Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, apakah langkah segera kementerian dalam mengawal selia pusat asuhan kanak-kanak termasuk yang di rumah persendirian agar tragedi penderaan seperti yang dialami Allahyarham Adam Rayqal tidak berulang.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau Panjang yang telah menanya soalan ini.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memandang serius dan bersimpati terhadap tragedi yang telah berlaku pada Allahyarham anakanda Adam Rayqal. Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 [Akta 308] yang sedia ada hanya mendaftarkan taman asuhan kanak-kanak- Taska ini yang menjaga empat orang kanak- kanak dan ke atas sahaja bagi kanak-kanak yang berumur empat tahun ke bawah. Manakala pengasuh yang mengambil kurang daripada empat orang kanak-kanak tidak termaktub dalam Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 [Akta 308], akta ini.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian akan menambah baik akta kanak-kanak supaya sistem daftar kanak-kanak sedia ada diperkasakan. Sistem ini akan memastikan sebarang pekerjaan yang melibatkan urusan dengan kanak-kanak termasuk pengasuh disaring untuk meminimumkan risiko keselamatan kanak-kanak. Ini akan melibatkan kerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kementerian mensasarkan pada 1 Januari 2019 tahun hadapan, agar semua agensi kerajaan mewujudkan taska di tempat kerja awam masing-masing terutama yang melibatkan kerja secara syif. Kementerian ingin bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan agar taska dapat diwujudkan di sekolah-sekolah untuk kemudahan guru-guru yang berkhidmat di sekolah berkenaan.
Bagi sektor awam, subsidi yuran pengasuhan taska di tempat kerja sebanyak RM180 sebulan bagi seorang anak kepada pegawai perkhidmatan awam yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan disediakan berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan, Bil. 38, Tahun 2013. Bagi sektor majikan swasta pula, insentif pelepasan cukai boleh dituntut dari kerajaan mengikut Pekeliling Jabatan Hasil Dalam Negeri bertarikh 15 Februari 1996 yang di mana pengecualian cukai 10 peratus selama 10 tahun bagi ubahsuai dan penyenggaraan bangunan bagi penyediaan Taska.
Selain itu, bengkel pindaan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 [Akta 308] telah pun diadakan pada 11 Julai 2018 ini, yang sudah, bagi memantapkan kawal selia taska di seluruh Malaysia.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan tahap penyampaian perkhidmatan taman asuhan yang dikendalikan oleh pengusaha berada di tahap keselamatan yang tinggi, kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah pun melaksanakan beberapa perkara. Pertama, mengumpul notifikasi pengasuh di rumah bagi individu yang mengasuh kanak-kanak.
Kedua, membimbing pengasuh dan memberi maklumat tentang Kursus Asuhan PERMATA dan program seminar taklimat berkaitan pengasuhan dan pendidikan awal kanak- kanak melalui 42 buah agensi latihan yang telah diiktiraf oleh JKM.
Usaha ini untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengasuh bagi bidang tersebut dan mengadakan pelbagai program meningkatkan kesedaran masyarakat dan ibu bapa tentang pentingnya dan kelebihan menghantar anak ke taska yang berdaftar dengan JKM. Kita ada program Jom Daftar yang membuka kaunter maklumat, pameran dan dalam program-program yang dianjurkan oleh jabatan dan agensi kerajaan yang lain. Itu yang juga kita hendak memastikan satu isu ini ditangani dengan menyeluruh, satu jawatankuasa khas akan diwujudkan untuk mewujudkan piawaian kompetensi untuk diguna pakai oleh pengasuh kanak-kanak ini yang merangkumi aspek keselamatan, latihan, kemahiran asas yang diperlukan oleh seorang pengasuh.
Kedua, pengawal selia keperluan untuk mewajibkan pengasuh kanak-kanak mendaftar dengan JKM.
Ketiga, bekerjasama dengan agensi perundangan untuk memastikan dan mewujudkan bukti pendakwaan bagi prosiding mahkamah yang melibatkan kes kesalahan pengasuh kanak-kanak. Keempat, mengkaji kos yang terlibat dalam pengurusan pengasuhan kanak-kanak.
Kementerian amat memahami akan keperluan untuk menyediakan taska yang selamat dan berkualiti. Ibu bapa juga dinasihatkan supaya tidak mengambil mudah kepada isu-isu keselamatan kanak-kanak bagi memastikan keselamatan anak-anak mereka sentiasa terpelihara.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Saya ingin tahu, apakah kerajaan akan memperkenalkan SOP emergency response sebagai satu mandatori kepada semua jenis pusat asuhan untuk memastikan keselamatan, begitu juga tentang keperluan CCTV. Apakah kekerapan ataupun mekanisme pemantauan kepada semua pusat asuhan termasuk juga pusat asuhan persendirian? Bagaimana menangani kos yang terlalu tinggi yang dikenakan oleh pihak pusat asuhan kepada pelanggannya? Minta penjelasan.
Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Memanglah kita tahu ada kekangan-kekangan dan bagaimana yang Yang Berhormat katakan pemantauan ini, kita jawab pemantauan. Kita ada 4,293 taska yang diperakui, perakuan taska JKM yang mendaftar sehingga bulan Jun tahun ini. Untuk memantau dan menjadikan bagaimana mereka boleh dipantau itu menggunakan sedikit kekangan kerana jabatan kami tidak mempunyai pegawai-pegawai yang menyeluruh untuk mengatasi dan memantau mereka dengan secara terperinci.
Apa yang disyorkan daripada Yang Berhormat Rantau Panjang tentang CCTV, itu memang diambil kira dan saya telah mengemukakan juga kepada Perdana Menteri. Akan tetapi bagaimana kita hendak berikan satu prasarana di mana pemantauan boleh dilihat juga diberikan satu contoh, kemungkinan ibu bapa juga menyediakan apps apabila boleh memantau anaknya daripada jauh. Selain itu, apa yang Yang Berhormat katakan tentang memberi satu kit, kita juga ada mempunyai yang diberi oleh kementerian yang dikatakan tadi 42 agensi tadi itu memberikan latihan, seminar dan semuanya. Kita hendak menggalakkan semua taska ini berdaftar.
Satunya, mereka kurang mendaftar kerana mereka rasakan ini memberikan kekangan dan memberikan mereka pemantauan yang menyusahkan dan menyulitkan kerja- kerja mereka. Selain itu ada juga perasaan bahawa kalau kita bagi kepada makcik ataupun keluarga mahupun saudara kita, tidak memikirkan itu sebagai taska tetapi hanya bagi kepada keluarga. Jadi mereka tidak notify. Mereka tidak daftar dengan pihak JKM. Selain itu, ada kita memikirkan juga apps apabila ada berlaku sesuatu emergency, kecemasan, ada tempatnya untuk mendapatkan pertolongan. Mana hendak cari dan mendapatkan pertolongan ini terutamanya kalau ada emergency, accident atau apa-apa.
Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Satu lagi juga, untuk mendapatkan satu kit- apabila mendaftar dengan JKM, JKM telah menyediakan kit untuk diberikan kepada taska-taska ini. Terima kasih.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
Soalan saya ialah, kadangkala berlaku ada anggota masyarakat yang mengesyaki berlaku penderaan ataupun berlaku di taska itu perkara-perkara yang tidak diingini. Bukan di taska sahaja tetapi kadang-kadang anggota keluarga yang mengambil tanggungjawab memelihara anak itu. Bolehkah ataupun adakah hotline untuk anggota masyarakat yang terasa ada masalah itu untuk memanggil hotline tadi dan menyampaikan maklumat. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Saya kira, terima kasih kerana– kalau ada pemantauan begitu oleh ahli keluarga yang lain ataupun jiran-jiran, memang kita mempunyai dengan polis juga kita mempunyai talian untuk mendapatkan maklumat supaya kalau ada apa-apa yang tidak dingini atau kita suspek, kita rasa bahawa ada yang tidak kena dengan taska itu, boleh dilaporkan kepada mereka. JKM juga ada branches kita di negeri-negeri yang boleh dihubungi untuk memberikan apa-apa maklumat demi keselamatan kanak-kanak yang dijaga oleh taska-taska ini.
Seperti mana yang saya katakan, kita hendakkan JKM memantau tetapi kadangkala tidak dinotifikasikan kepada jabatan. Jabatan dan mereka terutamanya yang terlepas jaringan, yang menjaga budak-budak atau kanak-kanak kurang daripada empat orang dan kurang daripada empat tahun. Ini tidak termasuk dalam jaringan, mesti akta yang kita cover. Jadi kalau ini berlaku, hendakkan taska terutamanya yang di rumah ini mendaftar supaya mendapat pemantauan. Kita bergantung kepada kalau ada apa-apa laporan daripada siapa- siapa, kita mengalu-alukan untuk kita memberikan pemantauan yang lebih baik.
Ini adalah talian yang diberikan, adalah 15999 yang dipanggil Talian Kasih. Terima kasih.
2. Dr. Hasan bin Bahrom [Tampin] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, usaha yang diambil bagi memastikan bekalan ternakan hidup mencukupi sebagai persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Tuan Haji Salahuddin bin Ayub
Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya daripada Tampin yang bertanyakan soalan tentang bekalan ternakan dalam kita menghadapi sambutan Hari Raya Aidiladha. Ada dua kemungkinan kebimbangan rakyat dalam negara kita tentang isu bekalan ini.
Pertama adalah tentang welfare. Dengan izin, animal welfare regulation yang dikeluarkan oleh Kerajaan Australia yang tidak mengeksport ternakan di sepanjang musim Aidiladha.
Kedua adalah laporan kejadian banjir yang berlaku di Thailand yang kemungkinan dua berita ini menggusarkan rakyat dalam negara kita.
Pada pagi ini, atas nama kerajaan, saya dan kementerian yang bertanggungjawab memberikan jaminan berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, terdapat 6,292 masjid dan surau, 18,101 surau yang akan mengadakan ibadah korban ini. Kita mendapati bahawa terdapat permintaan 44,673 ekor lembu dan juga 22,130 ekor kambing atau biri-biri yang diperlukan. Kita telah mengambil tindakan tiga bulan yang lalu di mana kita telah memastikan bekalan ini mencukupi.
Berdasarkan jumlah yang terdapat dalam negara kita sekarang, kita telah menyediakan 50,125 ekor lembu dan 31,079 ekor kambing atau biri-biri. Jadi saya pada pagi ini memberikan jaminan bahawa bekalan kita cukup dan jangan bimbang. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan memastikan tidak ada pihak yang mengambil kesempatan di saat akhir tentang mungkin berlakunya manipulasi harga. Kedua-dua kementerian ini akan bertanggungjawab dan kita cukup bekalan. Tidak ada isu dan tidak ada kebimbangan di mana akan berlakunya kekurangan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Tuan Haji Salahuddin bin Ayub
Oleh itu, saya sekali lagi memberikan jaminan kepada rakyat. Selamat menyambut Aidiladha dan dapat membeli lembu-lembu ataupun kambing-kambing ini yang tersedia cukup untuk sambutan Hari Raya Korban. Terima kasih.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Terima kasih Datuk Yang Berhormat Timbalan Speaker. Belum Datuk lagi. Minta maaf. Eh! Sudah Datuk?
Saya ingin menanyakan soalan susulan berkait dengan pengumuman Yang Berhormat Menteri bulan lepas di mana Yang Berhormat akan memberikan memorandum kepada Kabinet untuk menyambung semula projek National Feedlot Corporation di mana dikatakan untuk mencapai 30 peratus daging bagi penggunaan tempatan. Apakah rasional memandangkan projek ini telah memberikan imej yang sangat negatif termasuk tindakan diambil terhadap mantan Ahli Parlimen Pandan? Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Haji Salahuddin bin Ayub
Terima kasih Yang Berhormat ‘Lembah Pantai’.
Yang Berhormat Permatang Pauh [Ketawa] Minta maaf. Saya rasa kerajaan baru Pakatan Harapan tidak berminat untuk membawa naratif lama. Biarlah yang lama itu menjadi kenangan. Apa yang baik kita jadikan teladan, yang tidak baik itu kita jadikan sempadan.
Tuan Haji Salahuddin bin Ayub
Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh supaya kita pergi dengan langkah-langkah yang lebih konstruktif untuk kita pastikan bekalan tempatan daging kita ini dapat mencapai 30 peratus. Kalau kita mengungkap balik tentang NFC, ia tidak akan pergi ke mana-mana tetapi apa yang ada di hadapan kita, kita mesti membangunkan dengan penuh tanggungjawab.
Ladang satelit kita ada 72 buah ladang dan sekarang telah ada tujuh ekor lembu yang sedang kita usahakan [Ketawa]
Seorang Ahli
Tujuh, tujuh ekor?
Tuan Haji Salahuddin bin Ayub
Eh, 7000, 7000.
Seorang Ahli
Ada 7000, 7000...
[Dewan riuh]
Tuan Haji Salahuddin bin Ayub
Ya 7000.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Ingat tujuh ekor sahaja.
Tuan Haji Salahuddin bin Ayub
Kita ada taman kekal pengeluaran prominent yang kita sedang perkasakan dan kita ada program integrasi lembu dalam ladang kelapa sawit yang kebanyakan ladang-ladang ini dimiliki oleh Sime Darby, Tabung Haji, IOI dan KL Kepong Berhad yang berjumlah kalau kita kumpulkan lebih kurang kita boleh pergi kepada 1.4 juta hektar yang kita boleh membela hampir 400,000 ekor lembu.
Ini adalah satu pelan jangka sederhana dan panjang yang mesti kita usahakan di mana kita mesti bermula daripada langkah pertama hari ini dan saya rasa kalau kemungkinan syarikat-syarikat besar seperti IOI, Tabung Haji dan yang lain ini seperti Guthrie dan Sime Darby ini tidak berminat sebenarnya untuk mengizinkan, kita boleh melakukan insentif ataupun perbincangan yang lebih konstruktif. Saya yakin dan percaya dengan kerajaan mungkin boleh memberikan pengurangan cukai dan insentif lain, saya rasa target kita untuk mencapai bekalan daging ‘30’ peratus ini akan menjadi satu kenyataan dan bukan ilusi.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Soalan tambahan.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri pastikan lembu-lembu yang dibela tidak duduk di kondominium ya.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tumpat Tuan Yang di-Pertua, Tumpat.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sila Yang Berhormat Papar untuk mengemukakan soalan tambahan kedua dalam tempoh 30 saat.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya daripada P.175 Papar ingin mengemukakan bermacam-macam permasalahan yang dihadapi oleh petani-petani di kawasan saya. Kawasan saya pada ketika ini mempunyai lebih daripada 1000 ekar tanah sawah yang harus diusahakan tetapi disebabkan oleh ketiadaan jentera- jentera yang diberi oleh kerajaan untuk membantu mereka ini, maka sawah-sawah ini tidak dapat dikerjakan dengan sempurna. Mohon Menteri memberi sedikit peluang dan ruang kepada kawasan saya. Terima kasih.
Tuan Haji Salahuddin bin Ayub
Tuan Yang di-Pertua, soalan daripada Yang Berhormat Papar begitu spesifik untuk saya memajukan dan kementerian mengambil tanggungjawab untuk melihat sendiri tentang keperluan-keperluan di kawasan Papar dan saya insya-Allah bersama dengan kekuatan ataupun strength kementerian akan mengadakan satu lawatan rasmi ke Sabah. Minggu lepas saya pergi ke Sarawak dan kita akan memastikan bukan sekadar Papar tetapi kemungkinan kita akan menjadikan Sarawak dan Sabah ini kemungkinan jelapang baharu bagi padi dan juga suatu hab pertanian buah- buahan yang kita lihat begitu berpotensi dan keluasan tanah di kedua-dua negeri ini sangat luas.
Sarawak sahaja hampir sama dengan Semenanjung dan Sabah yang dalam mesyuarat Exco Pertanian yang saya adakan dua minggu yang lalu, kita memanggil semua Exco Pertanian negeri tanpa mengira ideologi mereka dan tanpa mengira pembangkang atau parti kerajaan untuk kita melihat secara holistik dan kita akan tampil dengan program-program yang kita rasakan boleh kita usahakan bersama. Jadi untuk jawapan Yang Berhormat Papar, saya mengucapkan terima kasih dan insya-Allah dalam lawatan ke Sabah nanti, apa yang kita kemukakan itu boleh kita kongsi bersama dalam mesyuarat yang akan kita adakan.
Terima kasih.
3. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau] minta Perdana Menteri menyatakan, sejauh manakah kerajaan dapat memastikan kedudukan agama Islam terjamin kemuliaannya bersesuaian dengan Perkara 3(1), Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam adalah agama Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krau atas soalan yang bernas.
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyebut Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana- mana bahagian Persekutuan. Dengan memperuntukkan Artikel 3(1) ini, kita juga harus membaca bersama dengan artikel yang lain yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.
Pertama, Perkara 11 memperuntukkan berkenaan dengan kebebasan tiap-tiap orang untuk menganuti dan mengamalkan agama masing-masing.
Namun demikian, ia tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan yang mana Perkara 11(4) itu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa undang-undang negeri dan Persekutuan boleh digubal untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa- apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang-orang yang menganuti agama Islam.
Seterusnya, Perkara 12(2) memperuntukkan Persekutuan atau negeri boleh menubuhkan atau menyelenggarakan dan membantu menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud tersebut.
Perkara 38 juga ada kaitannya dengan Islam iaitu memperuntukkan berkenaan dengan fungsi dan peranan Raja-Raja.
Begitu juga di dalam Perkara 74(2) memperuntukkan kuasa badan perundangan sesuatu negeri untuk membuat undang-undang mengenai apa-apa yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri iaitu Senarai Kedua yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan atau Senarai Bersama.
Perkara 121(1A) juga memperuntukkan kuasa yang ada di dalam Mahkamah Syariah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa
Senarai Kedua, Jadual Kesembilan memperuntukkan senarai perkara-perkara yang berada di bawah bidang kuasa negeri.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan peruntukkan tersebut dan apa yang berkaitan dengannya dibaca sekali adalah jelas bahawa Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan telah mengiktiraf kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan semua pihak wajar menghormati perkara tersebut bagi menggalakkan penyatuan serta mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam negara ini. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sejak akhir-akhir ini banyak posting dalam facebook dan media baharu yang menghina Allah, menghina agama Islam dan juga menghina Rasul. Jadi termasuk juga baru-baru ini dalam facebook Balan Pillai yang begitu menghina agama Islam. Baru-baru ini semasa temu ramah dengan sebuah surat khabar tempatan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan di situ sunnah boleh ikut dan tidak boleh ikut.
Soalan saya, sejauh manakah kerajaan bersedia mengambil tindakan tegas termasuk menggubal rang undang-undang yang baharu bagi memastikan yang menghina Islam ini mesti diambil tindakan yang berat? Yang Berhormat Menteri boleh memberikan nasihat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam urusan Al-Quran dan juga hadis. Terima kasih.
Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krau. Kerajaan Pakatan Harapan berhasrat untuk mengemukakan satu bill undang-undang yang dinamakan sebagai Akta Kebencian Agama dan Kaum di mana di dalam Akta Kebencian Agama dan Kaum bukan sahaja apabila agama Islam dihina tetapi agama-agama lain juga apabila dihina, boleh diambil tindakan.
Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa
Ini bagi menjamin kuasa yang ada dalam negara ini yang berbagai-bagai kaum dan agama, perlu diberi perlindungan agar mana-mana agama sekalipun dilarang daripada dicaci dan dimaki. Adapun yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Krau tentang kes-kes yang spesifik yang saya pun juga ada menelitinya, tetapi sehingga saat ini bagi pihak kami, belum menerima apa-apa laporan rasmi daripada pihak polis untuk kami meneliti dan melihat aspek- aspek yang boleh kami kawal dan boleh kami lihat agar Islam sebagai agama persekutuan itu dihormati oleh semua pihak, termasuk juga kita perlu menghormati sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan, agama lain, bebas untuk diamalkan.
Adapun persoalan tentang apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, insya-Allah pada 31 hari bulan iaitu hari Selasa ini, akan ada pertemuan dengan para alim ulama dan cendekiawan Islam untuk kita bertukar-tukar pandangan dan pendapat di mana di situ saya kira perkara-perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Krau itu boleh dibangkitkan dan apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam apa yang diungkapkan. Sekian, terima kasih.
Ustaz Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Dengan menghormati Perlembagaan yang ada, kita tidak mahu Islam hanya dilihat mulia kerana ketuanannya sahaja kerana ada unsur seperti memaksa di situ. Kita mahu kemuliaan Islam dirasakan kemanisannya, benefit-nya, dengan izin perkongsiannya dan sifatnya sesuai sebagai...
[Berucap dalam bahasa Arab] Apa rancangan kerajaan untuk meningkatkan imej baru, rebranding Islam di negara kita ini agar ia dapat dijelmakan dalam suasana yang lebih indah, lebih mesra? Terima kasih.
Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat sekali lagi. Dengan segala apa yang disebut dalam peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan yang telah diberi jaminan tadi, siapa sahaja yang memerintah negara ini, tetap tertakluk kepada hakikat Perlembagaan yang tidak ada siapa yang boleh lari daripada kenyataan itu.
Namun demikian, apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Hulu Langat itu sebenarnya adalah bagaimana kerajaan yang ada itu dapat membawa kerangka ini dalam suasana yang lebih kondusif, dalam suasana yang lebih meraikan suasana negara ini mengikut kekuasaan politik yang ada.
Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa
Saya dipihak kami, Jabatan Perdana Menteri khusus kepada soalan yang diajukan rebranding tadi, bukan rebranding Islam. Islam tidak akan rebranding. Sat lagi orang putar cakap saya pula [Ketawa] Bahaya sekarang Tuan Yang di-Pertua. Saya kata rebranding dari segi pentadbiran. Dengar baik-baik sebelah sana...
[Merujuk kepada blok pembangkang] Ya.
So apa maksud saya, tiga teras yang membina pentadbiran Islam di Malaysia, pertama ialah Islam..
[Berucap dalam bahasa Arab] Satu gagasan besar yang apa saja aktiviti akan tunduk kepada kenyataan itu...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Surah Al-Anbiya’ ayat 107.
Kedua, kita memperkenalkan pemikiran maqasid dalam pentadbiran-pentadbiran negara. Yang Berhormat Pasir Salak kena datang tanya maqasid itu apa benda, nanti saya akan terangkan. Maqasid ini satu pemikiran yang rintas kaum dan juga maslahat yang diperlukan untuk kita address perkara-perkara kontemporari yang ada dalam isu-isu pentadbiran Islam.
Ketiga, kita perkenalkan teras iaitu Model Malaysia. Kita mahu supaya pentadbiran Islam ini boleh menjadi contoh kepada dunia bahawa di Malaysia, kita mampu untuk mentadbir secara progresif, secara inklusif dan dia boleh menjadi model kepada dunia luar di sana, pada saat hari ini negara Islam berada dalam keadaan krisis, peperangan, konflik tetapi Malaysia dengan pentadbiran kerajaan yang baharu ini, kita hendak tunjukkan satu model Islam yang berjaya dalam suasana pelbagai kaum yang progresif, yang inklusif, yang akan menjadi contoh kepada dunia lain untuk mengikuti kita. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Tepat pada masanya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah] minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan, perancangan pihak kerajaan untuk menyelesaikan projek Rancangan Tebatan Banjir di daerah Kota Setar, Kedah yang telah lama tertangguh.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli - Dr. Xavier Jayakumar
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kedah yang telah tanya soalan tentang isu banjir di Kota Setar. Rancangan Tebatan Banjir ataupun dipanggil RTB, Sungai Kedah, Anak Bukit yang dilaksanakan di Daerah Kota Setar bukanlah bertangguh tetapi berlaku kelewatan pelaksanaan kerja-kerja di tapak. Kelewatan dalam pembinaan adalah disebabkan oleh isu berikut:
(i) isu pengambilan balik tanah;
(ii) perubahan reka bentuk jambatan;
(iii) peningkatan kos projek yang disebabkan oleh perubahan reka bentuk yang memerlukan kelulusan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan juga Kementerian Kewangan sebelum kerja-kerja dilaksanakan di tapak; dan
(iv) isu-isu pemindaan utiliti.
Bagi memerangi masalah kelewatan tersebut, beberapa langkah penyelesaian telah diambil:
(i) perbincangan bersama perunding untuk mempercepatkan proses reka bentuk jambatan;
(ii) mempercepatkan proses pengambilan balik tanah melalui perbincangan dengan agensi yang berkenaan; dan (iii) mengganti semula jadual kerja yang dirancang – revise CPM.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli - Dr. Xavier Jayakumar
Pada masa ini, sebahagian besar isu ataupun masalah di tapak telah dapat diselesaikan. Ia telah pun dapat diselesaikan sampai 80 peratus dan keseluruhan projek dijangka siap dilaksanakan pada awal tahun 2020. Terima kasih.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kelewatan projek ini yang seperti disebut oleh Menteri telah menyebabkan banyak kesusahan kepada penduduk sekitar. Kehidupan harian daripada anak sekolah sampai orang dewasa, juga ramai petani di sesetengah kawasan tidak dapat menjalankan usaha pertanian mereka sampai terlewat kerja pertanian, sampai hilang peluang mencari pendapatan mereka.
Soalan saya ialah, apakah yang telah kita pelajari daripada kelewatan ini? Ini kerana saya difahamkan bahawa antaranya ialah kerana kontraktor utamanya tidak kompeten.
Apakah jaminan bahawa selepas mendapat dana tambahan dan selepas memulakan kembali projek ini, tidak akan lagi berlaku kelewatan dan incompetency, dengan izin seperti yang telah berlaku? Terima kasih.
Dr. Xavier Jayakumar
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Pakej rancangan ini terlibat dengan tiga packages di dalam keadaan yang ada. Pakej satu ialah menaik taraf Sungai Baru dan juga Sungai Kubang Rotan. Ini pun sudah diselesaikan pada tarikh 20 Jun 2011 dengan perbelanjaan sampai RM15 juta dan masalah terbesar yang kita alami ialah pakej kedua.
Pakej kedua ini, kita kena mengalihkan sungai ataupun bypass yang kita buat ini, sungai itu dialihkan ke luar bandar Kota Setar. Itulah yang mengambil masa yang banyak sebab di sini, proses pengambilan tanah keseluruhannya berjumlah 293 lot ini, baru selesai dengan perbelanjaan kerajaan sampai RM292 juta. Proses ini baru selesai dan juga reka bentuk untuk kita membina dua jambatan baru pun sudah selesai.
Memang kita telah pun bagi teguran kepada kontraktor berkenaan dan kita telah dapat jawapan dan juga pegawai-pegawai berkenaan akan teliti projek ini dan kita jangka akan habis pada Disember 2019 yang akan datang.
Dr. Xavier Jayakumar
Akan tetapi, semua langkah telah diambil untuk penduduk di dalam kawasan untuk gunakan jambatan-jambatan baharu yang akan dibina, bypass yang akan dibuat. Kita faham bahawa isu ini penting ataupun mustahak di dalam kawasan dan kita akan ambil tindakan- tindakan yang sewajarnya. Dengan izin, saya harap we won’t have any more delays in delivering this project in early 2020 yang saya jangkakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Soalan tambahan, Kota Melaka. Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Tumpat untuk soalan tambahan kedua. Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Bagilah Jelebu.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tumpat, Tumpat.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dalam masalah yang sama dan isu yang sama, bagaimana projek yang tertangguh di Kota Setar? Apakah pula pelan tindakan kerajaan bagi mengatasi masalah ‘banjir termenung’ yang sering berlaku di kawasan sekitar Sungai Golok di Tumpat dan kawasan- kawasan sekitar yang mana ini telah lama dijanjikan oleh kerajaan terdahulu? Apakah kerajaan hari ini bersedia untuk menyelesaikan masalah yang telah lama ini?
Dr. Xavier Jayakumar
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Ini jauh dari Alor Setar. Daripada Kelantan dan Tumpat, Tuan Yang di-Pertua. Ya, kita akan kaji kawasan- kawasan yang berkenaan dengan kawasan Tumpat dan juga Sungai Golok dan sebagainya.
Saya hendak janji di sini bahawa kerajaan ini komited untuk mengatasi masalah-masalah yang telah pun saya diberitahu bawah ongoing project yang kita ada di dalam kawasan itu akan diteruskan untuk masa depan yang akan datang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Soalan tambahan.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua, satu soalan lagi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jelutong.
2. Dato' Sri Hajah Nancy Shukri [Batang Sadong] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, apakah dasar-dasar baru diperkenalkan oleh kementerian untuk meningkatkan taraf ekonomi wanita di luar bandar.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hannah Yeoh
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang dalam proses mengkaji semula keberkesanan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Negara melalui satu kajian gender mainstreaming yang telah saya jelaskan semalam. Jadi, setakat ini tiada dasar baharu untuk meningkatkan taraf ekonomi wanita di luar bandar.
Walau bagaimanapun, dasar sedia ada merupakan dasar pembangunan sosioekonomi yang merangkumi falsafah, inspirasi dan aspirasi wanita daripada pelbagai peringkat umur lapisan masyarakat dan semua sektor. Justeru, ia merangkumi usaha untuk meningkatkan taraf ekonomi semua wanita tidak kira di bandar atau di luar bandar- jadi tiada pengasingan, dengan menambah dan mempelbagaikan peluang serta mengerakkan sumber maklumat dan kepakaran di kalangan wanita melalui kerjasama dan sinergi antara agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO.
Kementerian ini melalui Jabatan Pembangunan Wanita juga telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan taraf ekonomi semua golongan wanita di bandar atau luar bandar melalui Program Pemerkasaan Ekonomi Wanita. Program ini memberikan peluang kepada wanita melibatkan diri di dalam bidang keusahawanan melalui Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) dan Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNita) atau kini dikenali dengan nama Development of Women Entrepreneurship Initiatives (DeWI).
Program I-KIT dan I-KeuNita menggunakan konsep inkubator atau hand-holding latih dan bimbing di mana ibu tunggal dan wanita diberikan latihan kemahiran dan penyeliaan yang rapi agar mereka mampu menjana pendapatan dan meningkatkan kualiti hidup mereka sekeluarga berbekalkan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh. Wanita termasuk ibu tunggal secara amnya yang layak di bawah kategori ini berpendapatan rendah B40 dengan pendapatan isi rumah bulanan kurang daripada RM3,860 sebulan boleh memohon untuk menyertai program I-KIT dan I-KeuNita melalui 13 Pejabat Pembangunan Wanita Negeri bagi Semenanjung Malaysia dan Labuan. Wanita di negeri Sabah boleh mengemukakan permohonan menerusi Jabatan Hal Ehwal Wanita, manakala wanita di negeri Sarawak melalui Biro Wanita Sarawak.
Melalui Program I-KIT yang diperkenalkan sejak tahun 2008 sehingga tahun 2016, sebanyak 303 program telah dilaksanakan dengan jumlah peserta seramai 5,294 orang ibu tunggal. Daripada jumlah tersebut, seramai 2,359 orang ibu tunggal telah berjaya menjadi usahawan.
Bagi program I-KeuNita, sebanyak 237 program telah dilaksanakan dan seramai 8,510 orang wanita telah menyertai program ini sejak ia diperkenalkan bagi tahun 2010 sehingga Disember 2016. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,446 orang wanita telah berjaya menjadi usahawan dengan peningkatan pendapatan sebanyak 50 peratus daripada pendapatan asal.
Manakala bagi program DeWI yang sekarang mereka gabungkan I-KIT dan I- KeuNita, bilangan program yang telah dilaksanakan adalah sebanyak 59 program dan jumlah peserta meningkat seramai 1,235 orang peserta berbanding tahun 2016. Manakala 130 orang daripadanya berjaya meningkatkan 50 peratus pendapatan daripada pendapatan asal. Pada tahun 2018 pula, setakat ini sebanyak 18 program telah dilaksanakan dengan jumlah peserta seramai 431 orang.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hannah Yeoh
Oleh sebab Yang Berhormat bertanya daripada negeri Sarawak, saya telah mendapatkan statistik khas untuk negeri Sarawak. Bilangan peserta program DeWI di negeri Sarawak pada tahun 2017 sehingga 2018 adalah seramai 118 orang, manakala bilangan program adalah sebanyak empat program. Antara kursus yang dilaksanakan adalah kursus sulaman manik, kursus kraf tangan moden kreatif dan kursus kecantikan. Jumlah peserta bagi setiap program berskala kecil antara 25 hingga 30 orang sahaja. Ini adalah supaya fokus sepenuhnya dapat diberikan untuk menerapkan latihan dan kemahiran dapat ditingkatkan.
Update yang boleh saya berikan sekarang adalah sejak 18 Mei 2018, Jabatan Pembangunan Wanita telah mendapat arahan daripada Kementerian Kewangan untuk menangguhkan pelaksanaan program DeWI bagi penyelarasan semula peruntukan dan perbelanjaan mengurus di semua kementerian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Sri Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebelum saya bertanya soalan, saya hendak tanya jugalah mengenai tadi Yang Berhormat menyebut Biro Wanita. Kalau saya tak silap, di Sarawak tidak ada lagi Biro Wanita, sudah dipertingkatkan kepada Jabatan Wanita.
Jadi mungkin Pakatan Harapan sudah ubahkan balik, saya tidak tahulah.
Jadi soalan saya Yang Berhormat ialah tadi panjang lebar jawapan Yang Berhormat.
Cuma saya hendak lihat di sini, kita perlu melihat dari segi penduduk atau wanita di luar bandar dan di bandar sebab cabarannya berbeza. Jadi saya hendak tahu, apakah perancangan- walaupun tadi Yang Berhormat ada mengatakan tidak ada beza luar bandar dan bandar, sebenarnya banyak perbezaannya bandar dan luar bandar dari segi sosioekonominya. Jadi maka sebab itu, saya mengharapkan kerajaan baharu ini akan melihat kepada bagaimana cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh masyarakat terutama sekali wanita di luar bandar.
Yang Berhormat Menteri, kita telah melihat banyak masalah yang kita lihat pada hari ini yang punca masalahnya dari segi penderaan, mental depression, dengan izin, dari segi masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat ataupun institusi keluarga adalah berpunca daripada ekonomi. Jadi, apakah yang dirancangkan oleh kerajaan baharu supaya mungkin berbeza daripada kerajaan yang lama- sebab, yang kita dengar tadi ialah semua yang kita telah lakukan. Kita hendak melihat, apakah pendekatan baru supaya ianya lebih cekap daripada Kerajaan Barisan Nasional? Terima kasih.
Puan Hannah Yeoh
Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju bahawa kita perlu melihat semula keberkesanan semua program. Tetapi saya hendak jelaskan, tadi saya tidak ada mengatakan bahawa tiada perbezaan di antara wanita bandar dan luar bandar. Saya telah menjelaskan bahawa program yang kita lancarkan selama ini tidak ada perbezaan melihat sama ada golongan sasaran kita luar bandar ataupun di bandar. Namun, saya setuju dengan Yang Berhormat bahawa kita perlu kaji semula.
Saya telah difahamkan juga bukan sahaja kementerian ini melaksanakan program untuk golongan wanita di luar bandar, Kementerian Pembangunan Luar Bandar juga mempunyai program-program khas bagi golongan ini.
Puan Hannah Yeoh
Saya setuju dan saya rasa kami akan mengadakan mesyuarat bersama Yang Berhormat terutamanya dari Sarawak dan Sabah untuk kita berbincang bersama bagaimana kita boleh memperbaiki program-program sedia ada. Terima kasih.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Masjid Tanah.
Dato’ Sri Dr. Hj Ismail bin Hj Abd Muttalib - Maran
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah untuk mengemukakan soalan tambahan kedua.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan skor jurang ekonomi melibatkan wanita ini ialah lebih kurang 0.6 peratus, maksudnya skor itu 0.6, maksudnya skor itu agak rendah dan dibandingkan di luar bandar pula ada beza.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Saya juga melihat bahawa ramai di kalangan wanita yang berkelulusan tertiary terpaksa tinggal di luar bandar untuk jaga keluarga, jaga ibu bapa yang telah uzur dan sebagainya. Mereka tidak dapat bekerja disebabkan peluang pekerjaan yang agak jauh.
Oleh sebab itu saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah kekangan dalam usaha pihak kementerian untuk mengupayakan wanita, adakah pihak kementerian telah pun mengenal pasti masalah-masalah ataupun kekangan dalam usaha kita untuk mengupayakan wanita ini dari sudut ekonomi, terima kasih.
Puan Hannah Yeoh
Tuan Yang di-Pertua, semalam saya telah menjelaskan bahawa kementerian ini sekarang dalam pelaksanaan satu kajian gender mainstreaming yang sedang dijalankan dengan kerjasama United Nations Development Programme (UNDP) bermula tahun 2016 sehingga tahun 2020. Kajian ini mempunyai empat output dan sekarang mereka sedang mengkaji keberkesanan semua polisi yang telah dilaksanakan untuk golongan wanita. Apabila kajian ini siap nanti kami tentu akan berkongsi dengan semua Ahli Yang Berhormat. Akan tetapi bila-bila masa sahaja Yang Berhormat jika ada sebarang feedback boleh berikan terus kepada kita. Terima kasih.
3. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kapar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, langkah-langkah kerajaan sekiranya syarikat luar mengambil alih syarikat tempatan dan mereka tidak mahu mengambil pekerja tempatan.
Menteri Sumber Manusia - Tuan M. Kulasegaran
Terima kasih. Majikan yang ingin menggajikan pekerja asing mesti mematuhi dasar dan polisi yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan terpakai kepada semua majikan, sama ada industri tersebut dimiliki oleh pelabur tempatan atau asing. Penggajian pekerja asing hanya dibenarkan dalam sektor dan subsektor yang tertentu sahaja, serta yang melibatkan kategori pekerjaan asas.
Kerajaan juga mengenakan syarat yang ketat ke atas majikan yang ingin menggajikan pekerja asing dengan mewajibkan mereka mengiklankan kekosongan sesuatu jawatan dalam portal JobsMalaysia sebelum dikeluarkan pengakuan JobsMalaysia kepada majikan sebagai prasyarat untuk pengambilan pekerja asing. Pendekatan ini adalah bagi memastikan keutamaan mengisi sesuatu kekosongan jawatan diberikan terlebih dahulu kepada rakyat tempatan.
Bagi mengawal kemasukan pekerja asing dan demi menjamin peluang pekerjaan rakyat tempatan kerajaan telah menetapkan nisbah di antara pekerja tempatan dan pekerja asing bagi setiap sektor dan subsektor yang dibenarkan. Sebagai contoh bagi sektor perkilangan, syarikat yang berorientasikan eksport, nisbah kelayakan bagi pekerja tempatan dan pekerja asing adalah 1:3. Manakala bagi syarikat yang bukan berorientasi eksport, nisbah kelayakan adalah 1:1 dan syarikat dalam subsektor elektrik dan elektronik, nisbah kelayakan ialah 2:1.
Di samping itu seksyen 60M Akta Kerja 1955, the Employment Act memperuntukkan tiada majikan boleh menamatkan perkhidmatan pekerja tempatan dengan tujuan mengambil kerja seseorang pekerja asing. Menurut seksyen 60M di bawah akta yang sama, sekiranya majikan dikehendaki mengurangkan tenaga kerjanya oleh sebab lebihan pekerja yang memerlukan pengurangan pekerja, maka majikan tidak boleh menamatkan perkhidmatan seorang pekerja tempatan melainkan pekerja asing dalam kategori pekerjaan yang sama ditamatkan terlebih dahulu.
Berdasarkan dokumen Rancangan Malaysia Kesebelas, penggajian pekerja asing dibenarkan hanya dalam kategori pekerjaan asas. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sehingga 31 Mei 2018, seramai 1,781,598 orang pekerja asing yang telah diberikan permit kerja melalui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dalam lima sektor formal dan sektor tidak formal. Terima kasih.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Agenda reformasi berdasarkan keadilan, kesaksamaan dan kebenaran untuk mengangkat ummah dan Akta Kerja 1955 di bawah seksyen 60M, menjamin kedudukan pekerja.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Apa yang berlaku di dalam sektor automobil PROTON sebagai contoh yang meminggirkan pekerja tempatan dan memastikan kedudukan, walaupun pelaburan China Geely ada sekitar 49 peratus.
Soalan saya, apakah langkah kerajaan untuk memantau dan memastikan supaya syarikat-syarikat macam PROTON ini tidak mengkhianati undang-undang negara tidak dicabuli sedangkan label inspektor, ini soalan kukuh saya label inspektor JTK tidak cukup menampung siasatan terhadap aduan yang dibuat sekitar 400 pegawainya. Mohon Yang Berhormat Menteri jawapannya. Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran
Soalan cantik. Betul, kementerian tidak mencukupi inspektor untuk menyiasat adakah kegagalan mereka mematuhi undang-undang. Setakat ini kita hanya ada lebih kurang 350 pegawai-pegawai berkaitan. Permohonan sedang dibuat pada Kementerian Kewangan untuk mendapat lebih pegawai. Juga Yang Berhormat, kenderaan- kenderaan kementerian usianya adalah di antara 30 tahun, 25 tahun yang sangat membawa risiko yang sangat besar kepada pemantauan pihak-pihak yang tidak mengikuti undang- undang.
Dalam hal ini satu pendekatan akan dibuat seberapa segera yang boleh untuk mengatasi masalah ini dan kedua mengenai PROTON, ya satu penyiasatan menyeluruh akan dibuat jika ada asas yang mereka tidak mengikuti kehendak undang-undang. Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan soalan yang telah dikemukakan tadi, Yang Berhormat Kuala Terengganu ingin bertanya bagaimana Kementerian Tenaga Manusia melihat dari segi, pertama sekali saya ucapkan terima kasihlah bagi pihak Terengganu di atas keputusan Kerajaan Pusat untuk meneruskan projek ECRL yang tentu sekali akan memberi limpahan pembangunan.
Projek ini ialah satu projek yang sangat besar, melibatkan pelaburan yang besar yang melibatkan seperti mana yang diketahui pembiayaan dari Negara China. Kita sangat prihatin tentang sejauh mana projek ini akan memberi ruang, peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Terutama sekali bagaimanakah dasar kerajaan selain daripada melihat peluang pekerjaan secara direct macam itu berhubung dengan local content. Seperti mana diketahui ini melibatkan pembekalan banyak termasuk besi dan sebagainya seperti mana yang pernah disebut oleh Yang Berhormat daripada Kapar tentang isu Perwaja yang mana sekarang ini telah pun menghentikan operasi. Jadi dalam projek ini melibatkan banyak pembekalan besi, rail dan sebagainya. Adakah usaha di pihak kerajaan supaya syarikat-syarikat perindustrian tempatan seperti Perwaja dihidupkan kembali dengan kerjasama mungkin daripada China bagi membolehkan peluang pekerjaan di dalam industri yang berkenaan dihidupkan kembali. Sejauh mana penguatkuasaan dari segi local content dan juga dari segi peluang pekerjaan kepada warga tempatan dipastikan di dalam projek ECRL ini? Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran
Terima kasih pada soalan tersebut tetapi soalan itu lari sedikitlah daripada soalan asas. Sebagai dasar, pendekatan yang dibuat oleh kerajaan baru ini adalah seberapa yang boleh kita perlu mengkaji balik perjanjian yang telah dibuat dengan Negara China.
Tuan M. Kulasegaran
Itu asasnya kerana terlampau kekurangan manfaat kepada pekerja-pekerja dan usahawan kita dan kita sedang meneliti perkara tersebut supaya there will be a win-win position kepada negara ini. Itu jawapan saya. Terima kasih.
4. Datuk Rozman bin Isli [Labuan] minta Perdana Menteri menyatakan, nasihat- nasihat yang telah diberikan oleh lima orang individu Majlis Penasihat Kerajaan lantikan Perdana Menteri serta apakah jenis pembaharuan yang berjaya dibawa dalam pentadbiran kerajaan khususnya bagi tujuan sistem penyampaian atau delivery system.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya memohon menjawab pertanyaan soalan hari ini bersama-sama dengan lapan pertanyaan-pertanyaan lain yang mana kesemuanya adalah berkaitan dengan Council of Eminent Persons, dengan izin, atau Majlis Penasihat Kerajaan dan pertubuhan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi atau Institutional Reforms Committee (IRC) yang diutarakan oleh Yang Berhormat daripada Kuala Nerus pada 26 Julai, Yang Berhormat Bukit Bintang pada 1 Ogos, Yang Berhormat Gerik pada 1 Ogos, Yang Berhormat Tenggara pada 2 Ogos, Yang Berhormat Ledang pada 2 Ogos, Yang Berhormat Padang Terap pada 7 Ogos, Yang Berhormat Rembau pada 8 Ogos dan juga Yang Berhormat Keningau pada 13 Ogos.
Tuan Yang di-Pertua, Majlis Penasihat Kerajaan atau Council of Eminent Persons telah diumumkan penubuhannya pada 12 Mei tahun ini selepas sahaja Pakatan Harapan menjadi kerajaan baharu di negara ini dengan matlamat utama menasihatkan kerajaan dalam bidang ekonomi, kewangan serta bidang-bidang lain yang perlu diberi perhatian mengikut keadaan dari semasa ke semasa.
Lima individu yang telah pun dilantik dalam Council of Eminent Persons ialah Yang Amat Berbahagia Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan kita sebagai Pengerusi.
Yang dihormati Mr. Robert Kuok Hock Nien yang merupakan sugar king terkenal di dunia ini, Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz iaitu Gabenor yang ketujuh Bank Negara Malaysia, Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Hassan Marican iaitu bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS dan juga Profesor Dr. Jomo Kwame Sundram yang merupakan ahli ekonomi terkemuka di Malaysia.
Council of Eminent Persons (CEP), dengan izin, telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan draf, polisi dan program untuk mencapai janji 100 hari Pakatan Harapan.
Justeru, CEP akan bertindak menasihati kerajaan dalam tempoh 100 hari sebagai mana mandat yang telah diberikan oleh kerajaan. Khidmat yang diberikan oleh anggota-anggota CEP ini merupakan khidmat negara ataupun national service, dengan izin Tuan Yang di- Pertua, yang sebenar-benarnya kerana mereka memberi kepakaran mereka kepada negara tanpa bergaji ataupun bayaran.
Tuan Yang di-Pertua, sejak hari pertama penubuhannya, CEP telah mengadakan mesyuarat, perjumpaan, taklimat harian bersama ketua-ketua atau wakil-wakil institusi yang berkenaan. Sehingga hari ini seramai hampir 340 individu daripada sekitar 220 organisasi telah dijemput untuk memberi taklimat ataupun pandangan mereka kepada CEP agar cadangan-cadangan daripada pihak CEP dapat mengambil kira pandangan sebenar peringkat akar umbi. Cadangan-cadangan masih lagi diperhalusi oleh pihak CEP dan akan dibentangkan kepada pihak kerajaan untuk pertimbangan. Peranan CEP adalah hanya dalam kapasiti penasihat ataupun advisory, dengan izin, dan tidak mempunyai sebarang eksekutif.
Pelaksanaan cadangan sekiranya perlu akan dilakukan oleh pihak kerajaan seperti mana mandat yang telah diterima selaku pemerintah baru ini.
Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa Pembaharuan Institusi ataupun Institutional Reforms Committee (IRC) telah pun ditubuhkan di bawah CEP pada 15 Mei 2018 ini adalah merupakan sebahagian dari komitmen kerajaan untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi utama negara. Antara institusi utama negara yang terlibat dalam kajian IRC seperti berikut:
(i) Parlimen;
(ii) institusi perundangan dan kehakiman;
(iii) Suruhanjaya Pilihan Raya; dan
(iv) agensi-agensi penguat kuasa.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Saya jemput Yang Berhormat Labuan untuk kemukakan soalan tambahan pertama.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sistem federalisme Malaysia sangat berpusat atau very centralize, dengan izin. Ianya sedikit sebanyak mengganggu pencapaian potensi kita. Malaysia pun sudah 62 tahun merdeka, sudah matang. Soalan tambahan saya, adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju dan begitu juga Majlis Penasihat supaya dilaksanakan sesegeranya devolution of power kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak yang memang pun sudah dipersetujui pada peringkat dasar oleh kedua-dua kerajaan dahulu dan juga Kerajaan PH sekarang.
Bermula dengan pelantikan Ketua Menteri Sabah dan Ketua Menteri Sarawak masing-masing sebagai salah seorang dari tiga Timbalan Perdana Menteri di Kabinet Kerajaan Persekutuan dan pada masa yang sama Perbadanan Labuan akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dari Sabah. Manakala Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan dilantik sebagai Timbalan Pengerusinya. Ini akan membolehkan koordinasi dan integrasi pembangunan Labuan dan Sabah menjadi lebih berkesan. Mohon jawapan.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Labuan atas soalan.
Saya rasa ada lari sikit daripada soalan yang telah pun ditanya oleh Yang Berhormat tadi.
Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat, Jawatankuasa Khas Kabinet sedang ditubuhkan untuk mematuhi janji-janji yang telah pun diberikan oleh Pakatan Harapan dalam manifesto mereka mengenai status negeri Sabah dan juga Sarawak dalam bentuk menyelaraskan dengan Malaysian Agreement 1963 dan juga isu-isu mengenai evolusi ataupun decentralization yang telah pun dikatakan oleh Yang Berhormat tadi. Untuk makluman Yang Berhormat, CEP ini tidak dalam term of reference mereka untuk melihat isu- isu yang telah pun dibangkit oleh Yang Berhormat tadi.
Walau bagaimanapun, seperti yang saya katakan tadi Jawatankuasa Khas Kabinet ini yang sedang ditubuhkan ini akan merangkumi dengan pakar-pakar daripada Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung untuk melihat isu-isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat daripada Labuan ini. Terima kasih.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tumpat, Tuan Yang di-Pertua.
Tumpat.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Saya jemput Yang Berhormat Rembau untuk soalan tambahan kedua.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, soal Council of Eminent Persons ini sebenarnya banyak kepincangan. Ini adalah satu majlis yang tidak dipilih, unelected and unaccountable. Soalan saya apakah punca kuasa CEP ini memandangkan CEP ini sebenarnya tidak hanya memberi khidmat nasihat sahaja kepada kerajaan. Itu jawapan Yang Berhormat Menteri tadi tetapi CEP ini telah memanggil bekas Ketua Hakim Negara untuk menghadap dan telah diberitahu bahawa Ketua Hakim mesti meletak jawatan, itu bukan nasihat, itu adalah arahan serta-merta letak jawatan dan ini direkodkan.
Rundingan dengan negara asing, seorang pengerusi CEP telah dihantar ke negara China untuk buat rundingan. Ini bukan nasihat ataupun advisory. Jadi satu lagi adalah percanggahan kepentingan. Apakah ini betul-betul national service? Salah seorang daripada ahli CEP dilantik sebagai Pengerusi PNB, dilantik sebagai Pengerusi Sime Darby Property.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Apakah ini percanggahan kepentingan, conflict of interest? Bila kerajaan nak bubarkan CEP yang unaccountable dan juga unelected ini?...
[Dewan tepuk]
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Terima kasih Menteri.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Rembau.
Seperti Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan sebelum ini juga telah pun melantik banyak advisor body seperti advisor body on 1MDB, special advisory on many other bodies... [Dewan riuh]
Datuk Liew Vui Keong
Akan tetapi soal accountability ataupun locus standi bagi CEP ini tidak wujud bagi locus standi kerana mereka ini hanya acting sebagai advisor body yang tidak terikat dengan apa-apa perundangan. Jadi, keputusan mereka ini tidak semestinya binding kepada kerajaan.
Kerajaan kena mengambil pandangan daripada mereka seperti Yang Berhormat sedia maklum.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Apa yang berlaku di negara China baru-baru ini, Yang Berhormat Menteri?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Rembau, bagi laluan kepada Yang Berhormat Menteri menjawab dulu.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Rundingan antara Tun Daim dengan Kerajaan China, adakah itu advisory? Adakah itu nasihat sahaja?
Datuk Liew Vui Keong
Itu adalah...
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Hanya memberi nasihat kepada Kerajaan China?
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Berat pada kerajaan lalu ini.
Datuk Liew Vui Keong
Yang Berhormat Rembau, itu adalah lawatan daripada pengerusi tersebut kepada sebuah negara, telah pun diarahkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sekiranya diarahkan, bolehlah pergi melawat. Jadi, untuk mendapatkan pandangan dan juga isu-isu yang berkenaan dengan dua negara ini.
Yang Berhormat sedia maklum bahawa isu accountability ini adalah terletak kepada kerajaan, Jemaah Menteri. Jadi, laporan mereka yang diberikan kepada kerajaan ini not necessary binding on the government...
[Dewan riuh]
Datuk Liew Vui Keong
Kita akan lihat, kita akan dengar dan kita akan membuat keputusan selepas itu. Jadi, kita kena pastikan bahawa kita beri kerjasama kepada CEP ini dan juga memandangkan mereka hanya- it’s only in this existence for these 100 days. So, after that 100 days, they will be disbanded. Thank you.
5. Tuan Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, kerajaan mengkaji semula penggunaan jajaran FR5 untuk penyambungan lebuh raya tanpa tol dan mahu pihak LLM dan konsesi menggunakan jajaran asal tanpa menggunakan jalan Persekutuan.
Menteri Kerja Raya - Tuan Baru Bian
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan ini bersama dengan soalan yang juga dari Ahli Parlimen Sungai Besar yang dijadualkan pada 26 Julai 2018 kerana menyentuh isu yang sama.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat dari Taiping ke Banting (WCE) melibatkan pembinaan daripada pihak swasta.
Pemegang konsesi yang melibatkan jajaran baru sepanjang 233 kilometer, manakala pembinaan menaik taraf Jalan Persekutuan 5 (FR5) sedia ada sepanjang 81.5 kilometer dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya. Di bawah perjanjian konsesi Lebuhraya WCE yang telah ditandatangani pada 2 Januari 2013, Lebuhraya WCE dijadualkan siap secara berperingkat di antara tahun 2016 hingga 2018. Walau bagaimanapun, jadual pembinaan ini telah disemak semula dan lebuh raya berkenaan dijangka siap secara berperingkat bermula tahun 2019 yang disebabkan antaranya isu penentuan semula jajaran dan isu tanah.
Selain itu, pertimbangan bagi penggunaan jajaran Jalan Persekutuan (FR5), isu keselamatan pengguna jalan raya dan rakyat sekitar telah dititikberatkan dan diambil kira.
Sehubungan itu, reka bentuk bagi menampung jumlah trafik dengan ciri-ciri keselamatan yang diperlukan telah dilaksanakan dengan menaik taraf jajaran FR5 yang merangkumi pelebaran jalan dari dua lorong kepada empat lorong dan penyediaan pembahagi jalan.
Bagi pakej di bawah konsesi, pembinaan melibatkan jajaran negeri Selangor sepanjang 93.8 kilometer, manakala jajaran negeri Perak 139.2 kilometer, dengan kos pembinaan sebanyak RM5.044 bilion, dengan pecahan mengikut negeri Selangor sebanyak RM3.122 bilion, manakala negeri Perak sebanyak RM1.922 bilion.
Menteri Kerja Raya - Tuan Baru Bian
Pada masa yang sama, pihak JKR juga sedang giat menjalankan kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan (FR5) bermula dari Tanjong Karang, Selangor sepanjang 50 kilometer dan berakhir di Hutan Melintang, Perak dari Teluk Intan, Perak hingga ke Kampung Likir, Perak sepanjang 315 kilometer. Kemajuan semasa keseluruhan projek telah melebihi 50 percent dan kerja-kerja ditapak sedang giat dilaksanakan kecuali yang melibatkan Seksyen 7 dari Asam Jawa ke Tanjong Karang. Sekian, terima kasih.
Tuan Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Apa yang menghairankan, kerajaan terdahulu menyediakan siling RM1 bilion untuk memastikan penyambungan lebuh raya, bukan naik taraf. Penyambungan lebuh raya Sepang ke Taiping dari konsesi WCE dan dilaksanakan oleh JKR. Kita nak tahu juga Yang Berhormat Menteri, berapa tahun konsesi telah diberikan kepada syarikat WCE dan kesan daripada pengambilalihan jajaran FR5 daripada Tanjong Karang ke Sungai Besar? Kita melihat ketidakcekapan syarikat yang telah dilantik. Dapatan daripada PDRM, IPD Sabak Bernam, jumlah kemalangan melibatkan lebih daripada 3,000 ataupun 3,084 kemalangan, 123 kemalangan maut, cedera 31 dan kemalangan biasa lebih ataupun 2,930.
Jadi, apa tindakan daripada JKR bagi memastikan kontraktor mematuhi piawaian pembinaan supaya keselamatan rakyat dapat dijamin? Terima kasih.
Tuan Baru Bian
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Isu-isu keselamatan ini telah diambil berat oleh kementerian. Kita akan pergi ke tempat itu dan juga bersama- sama engage-kan, dengan izin, dengan beberapa penduduk di kawasan itu supaya mereka faham juga dengan keselamatan di jalan raya. Tindakan yang akan diambilkan selepas ini, selepas kita mendapatkan isu-isu ini dan statistik yang telah dikemukakan di Dewan yang mulia ini selepas ini. Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Soalan tambahan, Jelutong.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai, Kuala Krai.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Soalan tambahan, Jelutong.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Lipis.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Soalan tambahan kedua saya panggil Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kerana dapat berikan saya peluang, saya pun sudah bangun beberapa kali tadi. Soalan tambahan saya, umum mengetahui bahawa di Pulau Pinang kesesakan lalu lintas makin hari makin teruk. Saya bangun pada hari ini bagi pihak rakyat di Pulau Pinang, yang menunggu untuk projek-projek yang boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas. Satu adalah projek Terowong Dasar Laut yang telah disabotaj oleh Barisan Nasional sebelum ini.
Kedua, projek LRT yang dimohon yang juga telah disabotaj oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional. Tiap kali bila kita mohon dari Pulau Pinang untuk projek- projek ini, kita diberitahu oleh Kerajaan Barisan Nasional kononnya tidak ada wang yang mencukupi. Akan tetapi rakyat daripada kawasan saya membawa surat khabar menunjukkan bahawa ada...
[Menunjukkan senaskhah surat khabar] RM1 bilion diambil daripada rumah Yang Berhormat Pekan.
Macam mana pula tidak ada wang untuk melaksanakan projek-projek?... [Dewan riuh] Daripada rumah Yang Berhormat Pekan ada RM1 bilion dirampas.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
RM1 bilion, rakyat tanya sama saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terus kepada soalan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi, soalan saya...
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tak reti bahasa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini adalah soalan Yang Berhormat, daripada rakyat di kawasan saya. Apabila mereka bawa surat khabar mengatakan macam mana Kerajaan Persekutuan kata tidak ada wang untuk melaksanakan projek-projek Lebuhraya Terowong Dasar Laut, projek-projek LRT walhal daripada rumah Yang Berhormat Pekan, RM1 bilion telah dirampas barang-barang kemas dan sebagainya.
Jadi soalan saya...
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Malu lawyer...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua. Peraturan mesyuarat Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Soalan saya, adakah kerajaan yang baru berhasrat untuk melaksanakan projek-projek ini bagi manfaat rakyat Pulau Pinang Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Jawablah.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, peraturan mesyuarat. Yang Berhormat, menurut Peraturan Mesyuarat 37(1).
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Perkara berapa?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Okey sekarang ini saya bangun 37(1). Kalau ada point of order, Yang Berhormat boleh kendalikan point of order pertama. Keduanya, saya bangun di bawah Peraturan Mesyuarat 36(5) iaitu seseorang Ahli tidak dibenarkan menyebut nama yang lain, nama Ahli yang lain. Tadi jelas Yang Berhormat Jelutong telah menyebut nama Yang Berhormat Pekan banyak kali. Yang Berhormat, dalam perkara, Peraturan Mesyuarat 36(5) ini, ia begitu luas bahawa seseorang Ahli tidak dibenarkan menyebut nama Ahli yang lain. Minta.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Okey, terima kasih. Di depan saya ada seorang Yang Berhormat bangkitkan perintah tetap. Saya hendak dengar penjelasan daripada Yang Berhormat Jelutong, adakah Yang Berhormat Jelutong sebut nama Ahli Yang Berhormat yang lain mengikut Perintah Tetap 35.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Untuk makluman Yang Berhormat, saya berulang kali telah mengucapkan dan mengatakan bahawa Yang Berhormat Pekan, tak pernah saya menyentuh nama.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu fahaman saya, Bahasa Malaysia yang mudah Yang Berhormat kecuali Yang Berhormat tidak faham Bahasa Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Okey, itu sahaja. Memandangkan Yang Berhormat Jelutong dah jelaskan yang dia sebut, “Yang Berhormat Pekan”. Dia tidak sebut nama. Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Tuan Baru Bian
Terima kasih Yang Berhormat. Ya betul pemerintah yang baru ini berhasrat untuk membawa pembangunan bukan hanya kepada Pulau Pinang Tuan Yang di- Pertua tetapi di seluruh negara Malaysia tetapi tertakluk dengan keadaan kewangan kita.
Yang kita boleh melaksanakan, kita akan teruskan. Terima kasih.
6. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah persediaan jangka panjang yang dilakukan oleh Malaysia untuk memastikan pasukan badminton negara dapat merangkul semula Piala Thomas setelah memenanginya buat kali terakhir pada tahun 1992.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Sim Chee Keong
Daun selasih biji kas-kas; Lada biji, jintan dan cili; Terima kasih Pasir Mas; Moga ini jawapan dicari. Memandangkan kita berbicara tentang sukan badminton, izinkan saya memulakan jawapan saya dengan mengucapkan tahniah kepada beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai yang baru sahaja memenangi Kejohanan Terbuka Singapura dua hari yang lepas...
[Tepuk] Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, ini merupakan kali pertama beregu campuran kita memenangi tournament ini sejak tahun 1987.
Saya rasa kita semua pun sedia maklum bahawa sukan badminton merupakan antara sukan kebanggaan negara kita. Justeru, Kementerian Belia dan Sukan bersama dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut terkesan dengan kegagalan pasukan badminton negara di kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber 2018 yang lalu.
Semasa kejohanan tersebut yang diadakan di Bangkok, Thailand, pasukan Piala Thomas negara tidak berjaya ke peringkat separuh akhir apabila tewas 1-3 kepada pasukan Indonesia di peringkat suku akhir. Kementerian melalui agensinya seperti Majlis Sukan Negara ataupun Institut Sukan Negara (ISN) senantiasa mengadakan perbincangan dengan BAM melalui badan-badan seperti Jawatankuasa Kerja MSN- BAM dan high performance team meeting di bawah Program Podium. Ia bukan sahaja untuk menumpukan perhatian kepada program latihan berpasukan secara khusus kepada sasaran Piala Thomas tetapi turut menyentuh mengenai persediaan sukan badminton negara dalam misi memburu pingat emas yang pertama kita di Sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti.
Akademi Badminton Malaysia ataupun ABM yang baru sahaja disiapkan akan mewujudkan satu suasana latihan yang lebih bersepadu melibatkan program pembangunan badminton secara menyeluruh. Saya sendiri bersama dengan pihak kementerian telah membuat lawatan yang singkat ke ABM, Bukit Kiara pada 20 Julai yang lalu dan perbincangan lanjut yang melibatkan pelbagai pihak seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, MSN, ISN dan BAM akan diadakan bagi mempercepatkan proses penempatan pemain-pemain remaja negara di ABM supaya keselesaan dan persekitaran baru itu akan meningkatkan motivasi yang secara tidak langsungnya boleh menambah baik prestasi mereka dalam latihan dan pertandingan kelak.
Perkhidmatan sokongan sukan seperti sains sukan, perubatan sukan dan teknologi sukan akan turut disediakan di ABM nanti. Sementara itu, program-program pelapis di negeri- negeri yang dilaksanakan oleh BAM dan MSN melibatkan hampir 804 orang pemain badminton sedang menjalani latihan di seluruh negara. Ini bagi melahirkan lebih ramai pemain-pemain badminton negara dalam jangka masa panjang yang akan memastikan pemain badminton hebat seperti Lee Chong Wei- orang Bukit Mertajam, akan sentiasa dilahirkan di negara kita.
Ketika ini, pemain-pemain kebangsaan di ABM sedang giat membuat persiapan menjelang Kejohanan Badminton Dunia, BWF 2018 yang akan berlangsung pada 30 Julai hingga 5 Ogos 2018 di Nanjing, China. Pemain muda sedia ada seperti Lee Zii Jia iaitu bekas pemenang pingat gangsa Kejohanan Remaja Dunia 2016, Leong Jun Hao bekas juara remaja Asia 2017, Cheam June Wei, bekas pemenang pingat gangsa acara beregu temasya Olimpik Remaja Nanjing 2014 dan Tian Jian Wei, juara Kejohanan Cabaran Antarabangsa Poland 2017 diharapkan dapat memperbaiki kedudukan ranking dunia masing-masing dalam tempoh dua tahun ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Sim Chee Keong
Ini penting dalam memastikan negara benar-benar bersedia untuk menghadapi kejohanan Piala Thomas 2020 dan juga meraih pingat emas yang pertama bagi negara kita yang tercinta di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Sekian, terima kasih.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam, Timbalan Menteri atas jawapan tadi.
Kita mengikuti dengan dekat bagaimana pergerakan dan langkah-langkah yang dilakukan oleh pihak Menteri Belia dan Sukan dalam isu yang berkaitan dengan sukan seperti kenyataan-kenyataan media yang dikeluarkan. Kita melihat bahawa terdapat seperti satu pendekatan konfrontasi yang telah dilakukan oleh Menteri dengan persatuan-persatuan sukan khususnya dengan pihak FAM kebelakangan ini. Kita ingin menyatakan bahawa tidak cukup dengan sekadar mengutip sampah di stadium tetapi pendekatan-pendekatan, rundingan perlu dilakukan dengan persatuan-persatuan sukan untuk meningkatkan mutu sukan khususnya badminton seperti soalan ini.
Tuan Yang di-Pertua, jika kita melihat pada tahun 2012, soalan daripada Yang Berhormat Sepanggar di Dewan yang mulia ini telah dikemukakan, bagaimanakah langkah kerajaan untuk meningkatkan taraf sukan badminton. Pada masa itu dijawab untuk melantik seorang pengurus prestasi tinggi. Jadi soalannya ialah apakah sebenarnya langkah kerajaan dan target yang diletakkan oleh kerajaan untuk kita menangi semula Piala Thomas. Ini kerana dulu Jepun, India dan Thailand jauh berada di belakang kita tetapi sekarang mereka telah mengatasi kita khususnya dalam kejohanan yang berprestij seperti ini. Terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tentang Piala Thomas tetapi telah melencong ke FAM, melencong kepada kerja-kerja Menteri. Saya rasa kita patut memuji sikap Menteri yang menunjukkan satu teladan yang baik, mengutip sampah selepas satu pertandingan dan ini merupakan satu model kepada semua anak muda di Malaysia ini...
[Tepuk] Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat terutamanya yang di sebelah sana juga turut akan mengambil contoh tersebut.
Bagi pertanyaan tentang kejohanan Piala Thomas, saya telah sebut tadi tentang penubuhan Akademi Badminton Malaysia dan juga pelbagai program pelapis di setiap peringkat di setiap negeri.
Tuan Sim Chee Keong
Kita percaya bahawa dengan wujudnya Akademi Badminton Malaysia (ABM) ini, kita akan ada satu tempat atau satu pusat yang lebih bersepadu, yang lebih selesa dan teratur untuk membolehkan para atlet negara, para pemain badminton negara berlatih dan membuat persediaan. Kita harap di Piala Thomas tahun 2020 nanti, bukan sahaja di Piala Thomas 2020 nanti tetapi juga di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti kita akan berjaya mendapat kembali pingat emas ataupun kejohanan juara di Piala Thomas dan meraih pingat emas yang pertama di Sukan Olimpik. Sekian, terima kasih.
7. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai] minta Menteri Wilayah menyatakan, langkah yang akan diambil kementerian untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur, khususnya di sekitar Lebuhraya NPE, Jalan Bangsar, Kerinchi dan Pantai Dalam di Lembah Pantai.
Menteri Wilayah - Tuan Khalid bin Abd Samad
Tuan Yang di-Pertua, masalah utama kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur berpunca oleh jumlah kenderaan yang tinggi, kapasiti rangkaian jalan raya yang tepu, ketidakpatuhan kepada peraturan lalu lintas yang tinggi, halangan pembinaan-pembinaan di dalam rizab jalan dan penggunaan pengangkutan awam dengan kadar yang rendah.
Bagi mengatasi isu isi padu lalu lintas yang tinggi dan kapasiti jalan raya yang tepu, penyelesaian mudahnya adalah meningkatkan kapasiti jalan raya selari dengan pertambahan isi padu lalu lintas.
Menteri Wilayah - Tuan Khalid bin Abd Samad
Walau bagaimanapun, sebahagian besar jalan-jalan di Kuala Lumpur telah mencapai kapasiti maksimum dengan hampir keseluruhan rizab jalan telah digunakan sepenuhnya. Ini mencerminkan lemahnya dari segi perancangan dan kepatuhan kepada perancangan. Pilihan yang ada yang selainnya adalah untuk membina jalan bertingkat atau terowong bawah tanah. Kaedah ini memerlukan kos yang sangat tinggi dan akan mengganggu estetika bandar.
Lanjutan daripada itu, tumpuan akan diberikan kepada mempertingkatkan pengangkutan awam serta penggunaannya. Perluasan perkhidmatan sistem rel melalui projek MRT laluan Sungai Buloh-Kajang yang telah siap pada tahun 2017 mampu menampung sekitar 400,000 penumpang sehari...
[Tepuk] Kerja-kerja MRT2 laluan Sungai Buloh-Putrajaya pula telah dimulakan...
[Tepuk] Selain daripada itu, projek sambungan LRT juga telah dan sedang dilaksanakan. Apabila siap, adalah dijangkakan peratus penggunaan pengangkutan awam akan meningkat dan secara tidak langsung kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur akan berkurangan...
[Tepuk] Pelbagai inisiatif berbentuk kemudahan serta infrastruktur fizikal telah dibuat untuk menggalakkan penggunaan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Antaranya ialah:
(i) penyediaan lima buah hentian akhir bandar;
(ii) dua buah park and ride iaitu Stesen LRT Pekan Sungai Besi dan Stesen LRT Bandar Tasik Selatan;
(iii) rangkaian siar pejalan kaki yang selesa dan selamat sepanjang lebih 50 kilometer;
(iv) building-to-building linkage sepanjang tiga kilometer;
(v) sejumlah 1,800 hentian bas dan teksi;
(vi) sejumlah 1,164 unit panel informasi perkhidmatan bas;
(vii) empat laluan bas perkhidmatan batu terakhir- last miles service;
(viii) penyusunan semula sistem koridor perkhidmatan bas bandar; dan
(ix) sejumlah 141 buah jejantas dan kemudahan sokongan yang lain.
Betul, kita tidak nafikan ini disediakan oleh pentadbiran yang lama setelah merosakkan perancangan yang asal sehingga terpaksa memilih penyelesaian-penyelesaian yang sebegini. Sedangkan penyelesaian yang lebih mudah kalau sekiranya dari awal mematuhi Kuala Lumpur Master Plan, Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 sekiranya telah diwartakan, digazetkan dan dipatuhi daripada awal.
Akan tetapi apabila perkara ini tidak dipatuhi, masalah timbul. Penyelesaian yang dikemukakan seperti mana yang telah dilakukan oleh pentadbiran yang lama adalah penyelesaian-penyelesaian yang mahal tetapi terpaksa dilakukan. Sedangkan, kalau dipatuhi dan diikuti dari asal, maka penyelesaian yang lebih mudah boleh diguna pakai.
Kementerian juga sentiasa mengenal pasti keberkesanan pengangkutan awam termasuk perkhidmatan rel dan bas perantara yang sedia ada. Di samping itu, mode-mode lain seperti kemudahan tram dan Bas Rapid Transit juga dikaji kesesuaiannya.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi kawasan khususnya sekitar Lembah Pantai iaitu Lebuh Raya NPE, Jalan Bangsar, Kerinchi dan Pantai Dalam, satu kajian komprehensif akan dijalankan bagi mengenal pasti langkah-langkah sesuai mengatasi kesesakan di kawasan ini.
Pada masa ini, beberapa cadangan pembinaan infrastruktur jalan raya sedang dalam peringkat pelaksanaan seperti jalan laluan keluar dari pembangunan Paramount dan sekitar ke Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE) yang sedang dalam pembinaan dan dari pembangunan Amona ke Lebuhraya NPE.
Menteri Wilayah - Tuan Khalid bin Abd Samad
Kementerian Wilayah juga sedang mengkaji kaedah bagaimana cara yang terbaik mengasingkan rangkaian lalu lintas tempatan dengan jalan hubungan antara bandar khususnya NPE dan Lebuhraya Persekutuan. Ia masih lagi di peringkat perbincangan antara Kementerian Wilayah dan Kementerian Kerja Raya untuk mendapatkan pandangan bersama.
Bagi mengatasi masalah kesesakan jalan-jalan yang disebabkan oleh halangan kenderaan di tepi jalan seperti Jalan Bangsar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang menyediakan lorong khas tambahan. Dengan adanya lorong khas ini dijangkakan laluan utama tiga lorong akan bebas daripada halangan dan kelancaran lalu lintas akan meningkat.
Namun demikian, kementerian sentiasa terbuka kepada cadangan daripada semua pihak berhubung dengan persoalan menangani masalah kesesakan hasil daripada ketidakpatuhan perancangan yang telah dilakukan di bawah pentadbiran lama. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan, saya terima baik. Ada beberapa perkara yang saya ingin persoalkan.
Pertama, Yang Berhormat Menteri sebut tentang pengangkutan awam. Memang kalau kita lihat, MRT banyak ada di kawasan Kuala Lumpur dan Greater Klang Valley. Namun realitinya, dengan izin, ridership masih agak rendah pada waktu ini. Mengikut National Transformation Programme, dengan izin, laporan tahun 2017 mengatakan jumlah pengguna MRT hanya 110,000. Ini adalah satu angka yang amat rendah jika dibandingkan dengan kos yang begitu tinggi yang telah dilaburkan untuk projek ini.
Akan tetapi bersangkutan dengan isu ini, Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanyakan realitinya adalah kesesakan lalu lintas di dalam kawasan Kuala Lumpur khususnya di Lembah Pantai berkait juga dengan pembangunan yang terlalu rancak yang telah berlaku akibat daripada keengganan dua Menteri Wilayah sebelum ini mewartakan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur. Kita lihat di Jalan Bangsar, sebagai contoh, terdapat beberapa cadangan pembinaan projek-projek yang amat besar yang akan mengakibatkan jumlah isi padu kenderaan yang melalui keluar masuk, ingress egress, ke Jalan Bangsar sebagai contoh akan bertambah berlipat kali ganda. Ini termasuklah juga projek yang akan dibangunkan di Institut Kesihatan Umum (IKU).
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Jadi soalan saya adalah, apakah kesediaan pihak Kementerian Wilayah Persekutuan khususnya berkait dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengkaji semula kelulusan yang diberikan kepada projek-projek berkenaan, memandangkan ia akan memberi kesan yang amat besar kepada lalu lintas di kawasan Bangsar, yang akan semestinya menurunkan kualiti kehidupan warga Lembah Pantai? Terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd. Samad
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai.
Seperti mana yang saya sebutkan tadi, punca masalah yang kita sedang tangani sekarang ini ialah oleh sebab walaupun ada pelan pembangunan Kuala Lumpur 2020- Pelan pembangunan ini ada dua:
(i) Pelan Struktur;
(ii) Pelan Tempatan.
Pelan Struktur itu memberikan satu overall development plan dan Pelan Tempatan itu pergi secara lebih terperinci dan menangani persoalan density plot ratio, penggunaan yang khusus dan sebagainya. Malangnya, pentadbiran yang lepas, tidak pernah mewartakan pelan tempatan walaupun diwartakan Pelan Struktur.
Oleh sebab itu, walaupun sudah jelas dalam pelan pembangunan yang dihasilkan oleh pakar-pakar, pakar rujuk consultant yang dibayar dengan kadar yang tinggi dan juga yang dibincangkan dan di bahas oleh pegawai-pegawai daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Wilayah dan dipamerkan untuk public hearing dan mendapat pandangan awam dan sebagainya, tetapi Pelan Tempatan Pembangunan Kuala Lumpur tidak pernah diwartakan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad
Ini menyebabkan banyak penyimpangan berlaku. Plot ratio yang sepatutnya rendah, tiba-tiba atas kelulusan daripada Menteri, maka boleh diubah sesuka hati. Ini punca masalah.
Di bawah Kementerian Wilayah yang baharu, di bawah pentadbiran dan kerajaan yang baharu, kita telah putuskan bahawa kita akan wartakan pada mulanya Pelan Tempatan hasil daripada Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 pada tahun ini juga...
[Tepuk] Walaupun agak lewat kerana ia sampai 2020. Ini sudah 2018. Kita hanya boleh pakai untuk dua tahun. Akan tetapi dalam tempoh dua tahun ini, paling kurang apa yang sedia ada, dapat kita pertahan dan dapat kita halang daripada ia dilanggar ataupun diselewengkan.
Sambil itu, setelah ia diwartakan, maka pada tahun 2019, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bersama dengan Kementerian Wilayah akan mengusahakan Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 dan pada penghujung 2020 sebelum tamatnya tempoh Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2020, kita akan wartakan, bukan sekadar Pelan Struktur tetapi juga pelan tempatan.
Ini akan mengambil kira penyelewengan dan infringement, dengan izin yang telah berlaku sebelum ini dan kita akan cuba menentukan bahawa kita dapat mengatasi masalah dengan sebaik yang mungkin. Lalu, bila kita hasilkan pelan pembangunan Kuala Lumpur 2040 ini, kita haraplah semua pihak khususnya Yang Berhormat Lembah Pantai, juga akan turut hadir melihat apa yang dipamerkan dan memberi pandangan dan teguran. Begitu juga kita harap daripada pihak pembangkang yang saya ucapkan tahniah kerana nampak semakin selesa dengan peranan pembangkang...
[Dewan Ketawa]
Tuan Khalid bin Abd. Samad
[Tepuk] Ia juga akan memberikan pandangan dan cadangan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tiada masalah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad
Berhubung dengan persoalan yang khusus, berhubung dengan tanah Institut Kesihatan Umum, sama ada kita akan mampu ataupun kita bersedia untuk mengkaji balik, saya kena kaji dari sudut latar belakangnya dan kelulusan dan setakat mana penggunaan ataupun progress yang telah wujud berhubung dengan pembangunan di tapak itu.
Berhubung dengan pengangkutan awam, memang betul ridership-nya adalah rendah. Laporan 2017 menunjukkan satu kadar penggunaan yang agak rendah dan ini kita akan kaji sebab-sebabnya. Mungkin ia adalah disebabkan kurangnya support services yang memudahkan penggunaan public transport itu termasuklah persoalan tempat meletakkan kereta dan feeder buses daripada stesen-stesen ini kepada destinasi-destinasi pejabat dan sebagainya yang diinginkan. Saya ucapkan terima kasih atas soalan itu. Terima kasih.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri, walaupun abang pernah jadi Menteri sekarang adik jadi Menteri. Ini menunjukkan masalah trafik atau perancangan pengangkutan ini ada kesinambungan. Saya dapati jawapan yang telah diberikan Yang Berhormat cukup panjang lebar. Fasa pertama nampaknya Yang Berhormat mengakui bahawa apa yang dapat kita kecapi hari ini adalah tindakan daripada kita sebelum ini...
[Tepuk] Terima kasih.
Akan tetapi apabila saya mendengar fasa kedua jawapan secara politik yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat, saya ada beberapa kemusykilan yang hendak tanya kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat, kita sedar bahawa zaman Yang Berhormat Langkawi jadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu fasa pertama, beliau memperkenalkan kereta PROTON.
Oleh sebab itulah car ownership untuk Kuala Lumpur cukup tinggi dan kita mengabaikan sistem pengangkutan awam. Soalannya, sejak 10 tahun ini kita mempertingkatkan sistem pengangkutan awam. Itu pun Yang Berhormat menganggap sebagai satu solution untuk perancangan akan datang dan dengan rancangan atau wartakan rancangan apa sekali pun, hendak panggil rancangan Harapan pun boleh.
Saya hendak bertanya, sekarang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata hendak satu syarikat pembuat kereta yang ketiga pula. Ini kalaulah kita ambil kira, ia memang konflik dengan dasar untuk kita memperkasa sistem pengangkutan awam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Sebagai Menteri Wilayah, bagaimana Yang Berhormat melihat terdapat kekusutan dari segi infrastruktur sejak dahulu sehingga hari ini, bagaimana kita mencari satu tindakan bersepadu untuk kita masukkan termasuk komponen sistem pengangkutan awam itu dapat kita perkasakan dan janganlah kita membatalkan projek yang memberi manfaat kepada rakyat jelata khususnya yang miskin? Apa penjelasan Yang Berhormat?
Tuan Khalid bin Abd. Samad
Ya baik terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ayer Hitam yang memberi teguran tentang jawapan saya yang panjang lebar. Saya hendak beritahu, soalan dia pun panjang juga...
[Dewan ketawa]
Tuan Khalid bin Abd. Samad
Lalu, kita kalau hendak komen orang itu, biarlah kita pun menunjukkan contoh yang baik. Kalau boleh ringkaskan soalan, tidak perlu bawa cerita-cerita yang tidak ada hubung kait...
[Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd. Samad
Bawa cerita tentang Yang Berhormat Langkawi lah, bawa cerita tentang kereta ketiga lah. Apa ini? Go straight to the point Yang Berhormat Ayer Hitam...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jawablah soalan! Jawablah.
Jawablah.
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Jawab soalan. Jawab soalan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad
Kalau tidak, jangan komen tentang jawapan saya.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Dia tiada jawapan, dia tiada jawapanlah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad
Sebab jawapan saya, tepat dan berhubung dengan soalan yang ditanya. Soalan...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Bila jadi Menteri baru perasan pula.
Tuan Khalid bin Abd. Samad
Yang Berhormat Ayer Hitam entah pergi ke mana.
Okey, soalan yang dikemukakan- ini hendak kena sambung jugalah sedikit yang tentang kesinambungan abang saya jadi Menteri Wilayah Persekutuan itu sudah 30 tahun yang lepas.
Hendak kata kesinambungan itu sudah putus sudah lama dan pada ketika dia banyak masalah yang seperti mana yang kita hadapi sekarang, belum lagi dihadapi.
Namun demikian, itulah apa yang telah diputuskan oleh takdir oleh Allah SWT. Dia pernah jadi Menteri Wilayah dan sekarang ini, saya pula. Sama ada baik ataupun tidak, itu kita lihat, okey.
Dalam soal masalah pengangkutan awam, betul, pentadbiran yang lama telah memulakan berbagai-bagai projek berhubung dengan pengangkutan awam dan sebagainya tetapi dalam perancangan itu, mungkin ada kelemahan dan kelemahan itulah yang menyebabkan ridership yang rendah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad
Masalahnya bukan kerana orang ada kereta. Orang ada kereta, itu hak masing- masing. Harga kereta di antara yang tertinggi di dunia, tidak ada orang boleh nafikan. Adakah Yang Berhormat Ayer Hitam mencadangkan supaya kita halang orang daripada membeli kereta? Kalau dia pakai kereta, dia pakai dengan cara yang baik, ada perkhidmatan sokongan yang menggalakkan...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(6), “Jangan ada sangkaan jahat”. Saya tidak pernah keluarkan satu perkataan pun menghalang orang menggunakan kereta. Saya takut esok viral dalam YouTube. Terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd. Samad
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Saya pun tidak kata. Saya tanya, saya kata, ‘adakah’ dengan izin Tuan Yang di-Pertua, do you know what’s a question and what a statement? Mine was a question. ‘Adakah’ ya. Saya tidak menuduh apa-apa. Itu hanyalah satu soalan. Akan tetapi apa yang penting sekarang...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, Menteri ini tidak menjawablah. Dia macam pembangkang.
Tuan Khalid bin Abd. Samad
Saya mahu menjawablah ini. Saya mahu jawab ini.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Bukan. Ini Menteri sudah...
Tuan Khalid bin Abd. Samad
Saya harap Yang Berhormat Kinabatangan ini pun ikut peraturan ya. Sila duduk kecuali dipanggil oleh Speaker. Kalau tidak, jangan bangun...
[Dewan ketawa]
Tuan Khalid bin Abd. Samad
Masalah yang dihadapi sekarang ini ialah low ridership. Kita semua akui itu.
So, kenapa? Adakah kita mahu salahkan rakyat? Rakyat ini tidak betullah, sudah ada- tidak.
Low ridership ini adalah hasil daripada perancangan yang tidak tepat dan tidak yang terbaik.
Kita kena kaji. Kalau kita ada komuter yang baik, kita ada LRT yang baik, kita ada MRT yang baik, kenapa rakyat tidak pakai? Mungkin support services-nya, tempat hendak parking kereta. Apabila sampai ke stesen yang kita pergi, bagaimana daripada situ hendak pergi ke destinasi kita yang kita mahu dan sebagainya. Lalu masalah ini, kita hendak akui ia wujud. Ia hasil daripada pentadbiran lama. Terima kasih...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebaik mana saya ingin memberikan ruang dan peluang yang terbaik kepada seluruh anggota Dewan untuk membawa suara rakyat, tetapi, adalah menjadi harapan saya tadi, saya kira soalan nombor tujuh ini mengambil masa lebih kurang 19 minit. Ini sebenarnya satu tangan tepuk tidak ada bunyi. Ini adalah kerana soalan panjang, jawapan pun panjang. Jika soalannya ringkas, maka jawapan pun ringkas.
Saya jemput Ahli-ahli Yang Berhormat untuk baca perkara 24(4). Perkara 24(4) jelas mengatakan, “Jangan kita jadikan sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dijadikan helah untuk berbahas”. Saya tahu Ahli-ahli Yang Berhormat perlukan publisiti. Akan tetapi, kita perlukan publisiti yang sihat untuk memakmurkan Dewan ini. Oleh sebab itu, adalah menjadi harapan saya, saranan agar Ahli-ahli Yang Berhormat, kita amalkanlah soalan ringkas seperti Ministers’ Questions Time. Hal ini supaya, kerana saya rasa tidak adil untuk Menteri dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat hendak mengemukakan soalan dan Menteri datang untuk jawab.
8. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, apakah perancangan pihak kementerian dalam membaik pulih jaringan telekomunikasi kawasan luar bandar agar ia seimbang dengan kawasan bandar.
Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan nombor lapan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian sentiasa peka dan berusaha untuk memenuhi keperluan telekomunikasi bagi komuniti luar bandar dengan usaha berterusan bagi meluaskan kawasan liputan jalur lebar berkelajuan tinggi, seiring dengan pelaksanaan program Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB).
Tuan Yang di-Pertua, sehingga Mac 2018, melalui program Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB), sebanyak 379,246 sambungan telah tersedia sepenuhnya. Manakala 114,620, sambungan dalam peringkat pelaksanaan. Melalui inisiatif ini, ia akan menyediakan kemudahan jalur lebar dengan kelajuan sehingga 20Mbps di kawasan pinggir bandar seluruh negara.
Manakala di bawah inisiatif perluasan liputan cellular dan jalur lebar mudah alih yang melibatkan pembinaan menara telekomunikasi baru dan menaiktarafkan menara telekomunikasi sedia ada, sehingga kini sebanyak 1,749 buah menara telekomunikasi baru telah siap dibina dan beroperasi. Manakala 286 buah menara sedang dalam peringkat pelaksanaan di seluruh negara terutamanya di kawasan luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 4,700 buah menara sedia ada juga telah dinaiktarafkan kepada perkhidmatan 3G atau 4G. Manakala sebanyak 865 buah menara sedia ada masih dalam peringkat penaiktarafan di seluruh negara.
Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tuan Gobind Singh Deo
Tuan Yang di-Pertua, selain itu, di bawah inisiatif peluasan jalur lebar talian tetap, sebanyak 424 ibu sawat sedang dinaiktarafkan bagi menyediakan perkhidmatan jalur lebar talian tetap kawasan pinggir bandar dan luar bandar di seluruh negara yang akan siap secara berperingkat sehingga akhir tahun 2019. Kerajaan komited dalam meneruskan perluasan liputan jalur lebar yang akan dijalankan agar memberikan impak yang positif Tuan Yang di- Pertua, dalam usaha untuk merapatkan jurang digital di antara bandar dan luar bandar.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih mengawal perjalanan pada hari ini. Kalau tidak, saya lihat soalan sehingga nombor lima ataupun nombor enam.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, terima kasih kepada jawapan tadi.
Kebimbangan saya ialah Kerajaan Malaysia baharu iaitu Pakatan Harapan hari-hari mengatakan wang tidak ada. Saya bimbang kerana jawapan yang telah diberikan tadi mengatakan banyak menara-menara telah dibina di luar bandar termasuklah di Gerik. Saya telah menyuarakan beberapa kali di dalam Dewan ini, cuma menara dibina tetapi signalnya tidak dapat. Hal ini kerana saya berpendapat jalan daripada Kelantan ke Gerik dan Gerik ke Kedah adalah kawasan jalan yang kurang baik. Apabila berlaku accident, memerlukan pemberitahuan dengan segera. Ini kerana menara ada, tetapi telefon tidak berfungsi. Signal tidak ada.
Oleh sebab itu, saya berharap supaya- Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, dia terlajak sedikitlah. Soalan saya ialah adakah menara-menara tersebut akan diteruskan seperti mana yang ada pada hari ini? Ramai kontraktor Kelas F di Gerik mengeluh. Projek sudah siap, projek kerajaan yang lalu, kerajaan hari ini memberikan alasan tidak ada duit dan mereka tidak bayar satu sen pun kepada kontraktor-kontraktor yang telah menjalankan projek-projek di luar bandar. Mohon penjelasan kerajaan. Terima kasih.
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kita hanya menjadi kerajaan untuk tiga bulan yang lalu. Apabila kita ada menara-menara yang sudah pun dibina tetapi tidak ada signal, ini adalah kekurangan dan kelemahan kerajaan yang terdahulu, yang sebenarnya kerajaan Yang Berhormat sendiri...
[Dewan tepuk]
Tuan Gobind Singh Deo
Akan tetapi Yang Berhormat jangan risau, saya berikan jaminan di sini. Kalau disebut berkenaan dengan tidak ada dana, saya hendak ingatkan Yang Berhormat bahawa apabila kita lihat kepada perkhidmatan di luar bandar, kita ada apa yang disebutkan sebagai USP fund. Hal ini di mana kita ada telco-telco yang akan membayar sebahagian daripada keuntungan mereka ataupun dana mereka ke dalam satu tabung. Tabung ini digunakan untuk kita mengadakan program-program dan juga digunakan untuk kita menyambung. It is done to assist, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, *connectivity in rural area.
So* jadi, dana itu ada. Kerajaan kita yang baharu ini akan pastikan bahawa perkhidmatan yang telah pun dipinggirkan oleh kerajaan yang terdahulu, kita akan bawa kepada satu taraf perkhidmatan yang selari dengan taraf seluruh dunia. Terima kasih.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai. Kuala Krai.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Soalan tambahan. Soalan tambahan, Kota Melaka.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka, soalan tambahan kedua.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Semalam Telekom Malaysia dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membuat pengumuman bahawa mereka akan menarik diri daripada cadangan projek untuk membangun dan mengimplementasikan pelan fiber seluruh negara. Mereka telah memaklumkan kepada Bursa Malaysia.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Soalan saya, memandangkan pelan ini amat penting untuk memastikan khidmat jalur lebar berkelajuan tinggi untuk seluruh rakyat Malaysia, jadi apakah punca sebenar yang telah menyebabkan TNB dan TM membuat keputusan sedemikian? Adakah keputusan mereka ini telah dimaklumkan kepada pihak kerajaan? Apakah kesannya akibat daripada penarikan mereka? Apakah rancangan seterusnya pihak kerajaan untuk mengatasi masalah ini, untuk memastikan rancangan untuk jaringan fiber optic ini berjaya? Terima kasih.
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya minta penjelasan? This is in respect of the MOU. Soalan ini berkaitan dengan MoU semalam.
Terima kasih dan minta maaf, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, semalam satu pengumuman dibuat bahawa kedua-dua Telekom Malaysia dan TNB tidak akan meneruskan dengan MoU. Saya ingin memberikan pengesahan ataupun jaminan saya kepada Dewan yang mulia ini bahawa keputusan tersebut tidak akan sama sekali menjejaskan usaha kerajaan baharu untuk menyediakan sambungan internet ataupun connectivity ke seluruh negara.
Tindakan Telekom Malaysia dan TNB kepada saya Yang Berhormat, akan membolehkan kedua-dua pihak iaitu Telekom Malaysia dan TNB bertindak secara bebas untuk bekerjasama dengan kementerian bagi menyediakan infrastruktur di seluruh negara.
Kita kena faham Yang Berhormat bahawa setakat ini kita ada pihak-pihak yang meluangkan kekhuatiran mereka bahawa kalau ada kerjasama di antara TNB dan TM, maka kemungkinan wujudnya satu monopoli yang cukup besar dalam industri ini. Itu akan menjadi satu sekatan kepada syarikat-syarikat lain menyediakan perkhidmatan yang sama, yang boleh menjadi apa yang disebut sebagai competition supaya kita boleh mewujudkan satu sistem di mana ada competition yang akan membawa kepada perkhidmatan yang lebih baik. So, ini adalah satu kekeluhan yang telah pun dibawa kepada kementerian saya.
Dalam keadaan tersebut, kalau kita lihat MoU itu, dilihat seolah-olah ada kerjasama, perikatan di antara TNB dan Telekom Malaysia. Dalam keadaan ini sekarang, ia tidak bermaksud bahawa kita tidak teruskan dengan pelan tersebut. Ia hanya bermaksud bahawa sekarang Telekom Malaysia dan TNB masing-masing boleh bekerjasama dengan kerajaan atau pihak-pihak lain yang berkaitan supaya kita boleh meneruskan dengan agenda kita, supaya kita boleh connect, dengan izin, seluruh negara ini dalam masa yang terdekat.
Tuan Yang di-Pertua, sejak saya menjadi Menteri, fokus saya adalah untuk memastikan bahawa nombor satu, kita akan pastikan bahawa kalau boleh dan sejauh mana boleh, kita adakan akses. We provide access of internet to each and every Malaysian dalam masa yang terdekat. Itu nombor satu.
Nombor dua, kita mahu akses itu pada tahap harga yang rendah, pada kelajuan yang tertinggi dan nombor tiga yang sangat penting, pada kualiti yang baik. Kepada kita, kalau kita hanya merujuk kepada fiberization. Fiberization itu sangat penting. Ini adalah selaras dengan tahap-tahap kemahuan di seluruh dunia, global standards. Akan tetapi, selain daripada menumpukan ke atas fiberization, kita juga kena faham Tuan Yang di-Pertua bahawa the last mile iaitu peringkat-peringkat di luar bandar, kawasan yang terpencil dan sebagainya. Kawasan-kawasan ini perlukan perkhidmatan yang lain. So, it’s just not the fiber tetapi kita perlu full fiber, dengan izin, setakat mana boleh. But for the last mile, kita perlu lihat kepada perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti wireless dan sebagainya.
Jadi dalam keadaan ini, di mana tidak ada MoU lagi, saya berpendapat bahawa ini memberikan kepada kita ruang supaya kita boleh tumpukan perhatian dengan lebih mendalam supaya kita boleh membawa agenda kami dengan kaedah yang lebih cepat. *So, we will be able to achieve what we want faster in this particular way.
So*, saya sekali lagi menyatakan dengan cukup jelas di sini dan memberikan jaminan kerajaan baharu bahawa walaupun tidak wujud lagi MoU ini, akan tetapi kerajaan tetap fokus kepada agenda kita supaya kita menyediakan sambungan Internet ataupun connectivity di seluruh negara.
Tuan Gobind Singh Deo
Kementerian saya akan membuat pengumuman-pengumuman berkenaan dengan kaedah-kaedah yang kita akan menggunakan untuk mengatasi masalah ini dalam masa yang terdekat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat, begitulah tamatnya waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Saya dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa satu usul yang saya rasa digemari oleh ramai Ahli Dewan Rakyat ini khususnya ahli pembangkang yang mungkin tidak sempat hendak berkempen ke Sungai Kandis.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 25 Julai 2018.”
Timbalan Menteri Pengangkutan - Dato' Kamarudin Jaffar
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; "Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Pertama, Parlimen Yang Keempat Belas." [23 Julai 2018]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli Yang Berhormat, minta Yang Berhormat Kuala Nerus menyambung berucap. Yang Berhormat Kuala Nerus mempunyai lagi baki masa 17 minit 10 saat. Masa yang diperuntukkan untuk Yang Berhormat berucap mulai pada hari ini adalah 20 minit. Dipersilakan.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
*Bismillahir Rahmanir Rahim...
[Berselawat ke atas Nabi]* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyambung perbahasan saya semalam.
Saya sebutkan bahawa di sana ada suara sumbang yang selepas pasca PRU Ke-14 mempertikaikan empat asas negara kita. Pertamanya, Islam sebagai agama Persekutuan; kedua, kedaulatan Raja-Raja Melayu; ketiga, hak istimewa Melayu; dan yang keempat, Bahasa Melayu.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****] Keempat perkara ini merupakan asas bagi sebuah negara yang termaktub dalam Perlembagaan. Berhubung dengan Islam, seperti mana yang kita faham bahawa Perlembagaan menetapkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan. Akan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian dalam Persekutuan.
Ia menunjukkan kepada kita bahawa Islam ada daulatnya, berdaulat di negara ini. Bahkan sumpah Yang di-Pertuan Agong juga adalah untuk mempertahankan Islam.
Maka di kala mana berlaku unsur-unsur ataupun suara-suara sumbang yang mempertikaikan Islam ataupun institusi Islam, ia boleh mencetuskan pergaduhan, pertembungan, pertelingkahan di kalangan masyarakat. Ia sangat bahaya untuk keharmonian bagi negara. Ini kerana itulah saya mengharapkan agar kerajaan baharu yang memanggil diri mereka sebagai Malaysia Baharu ini untuk memperhatikan perkara ini dan mengambil sikap yang tegas...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Minta laluan.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
...Dalam menangani perkara-perkara yang seumpama ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Minta laluan Yang Berhormat, sedikit sahaja. Untuk makluman Yang Berhormat, kita tidak pernah mempertikaikan perkara- perkara yang disebut oleh Yang Berhormat.
Pertamanya, biar saya jelaskan. Umpamanya di Pulau Pinang, Kerajaan Pakatan Harapan selepas tahun 2008 telah menyediakan tapak untuk pembinaan Mahkamah Syariah.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Pencelahan sahaja Yang Berhormat, ringkas sahaja.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, untuk makluman. Untuk makluman saya rasa perkara yang dinyatakan oleh Yang Berhormat itu tidak patut dinyatakan kerana di sebelah sini kita tidak pernah mempertikaikan perkara-perkara yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham maksud Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan jadikan isu ini isu...
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Ya, terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Politik sekarang menjelang pilihan raya Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Sudahlah masa singkat itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu adalah permintaan saya Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan jadikan isu ini isu...
Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Pertama sekali dan juga siapa yang makan lada, dia akan terasa pedas.
Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Kuala Nerus.
Yang Berhormat Kuala Nerus...
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Saya tidak tuju kepada mana-mana pihak. Saya menyatakan ada suara-suara sumbang.
Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Adakah Yang Berhormat Jelutong merasakan dia adalah suara sumbang itu?
Seorang Ahli
Betul.
Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Saya tidak tuju kepada Yang Berhormat Jelutong atau sesiapa. Saya menyatakan adanya suara sumbang...
Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Kuala Nerus
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Sama ada daripada orang ramai, masyarakat awam ataupun badan tertentu ataupun individu. Maka, saya menyatakan bahawa kewajipan sebuah kerajaan untuk mempertahankan Islam kerana Islam adalah agama bagi Persekutuan.
Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Kuala Nerus sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya cuma hendak ambil kesempatan ini untuk bertanya Yang Berhormat Kuala Nerus, adakah Yang Berhormat Kuala Nerus bersetuju bahawa sebenarnya penyediaan Mahkamah Syariah di Pulau Pinang itu telah pun dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum 2008, apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Barisan Nasional kalah di situ maka usaha untuk membuat itu baru diteruskan. Jadi...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No. Itu tidak benar Yang Berhormat. Tanah, tanah tapak itu sendiri. Tapak tersebut disediakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Ini floor saya ya.
Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor
Saya ialah Yang di-Pertua Majlis Agama Islam pada ketika itu.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Jelutong. Boleh saya, Yang Berhormat Tasek Gelugor?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tolong jangan putar belitkan fakta. Tanah tersebut disediakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.
Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor
Saya ialah Yang di-Pertua Majlis Agama Islam pada ketika itu dan saya terlibat di dalam perbincangan dengan kerajaan negeri dalam urusan penyediaan tapak yang berkenaan. Jadi, selepas 2008 itu baru kerajaan DAP mengambil alih. Masa itu, diteruskan proses. Jadi...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Yang Berhormat Jelutong minta kebenaran untuk bercakap daripada Tuan Yang di-Pertua. Saya minta supaya diteruskan floor Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita mendakwa apa yang kita buat sebagai tanda kita mempertahankan Islam, alhamdulillah. Saya menggesa semua pihak sama ada Kerajaan Persekutuan hari ini dan juga kerajaan negeri untuk memperkasakan Islam kerana itu kewajipan kita memperkasakan Mahkamah Syariah, memberikan peruntukan untuk kerja- kerja Islam, usaha-usaha dakwah diteruskan. Ini adalah kerja-kerja kita.
Akan tetapi, jangan lupa di sana ada suara-suara sumbang sama ada individu ataupun kelompok ataupun kumpulan ataupun persatuan. Bahkan, ada di kalangan barangkali orang-orang politik yang memperkatakan perkara yang boleh menyentuh Islam.
Ini sangat bahaya untuk keharmonian bermasyarakat. Kita hendak negara yang cantik, indah, harmoni, damai, aman yang tidak ada pertembungan antara kaum dan pertembungan antara agama. Maka. Suara-suara sumbang ini mesti dimatikan segera.
Suara awal untuk dihapuskan JAKIM. Suara awal untuk dihapuskan sekolah tahfiz.
Ini suara awal yang bertujuan untuk menguji market. Untuk menguji pasaran. Adakah orang Islam akan bangkit atau tidak? Jika orang Islam mengambil sikap ‘Tidak apalah, itu permulaan awal tidak akan besar kut, itu hanyalah api kecil’, umpamanya. Maka, dia akan merebak lagi besar. Oleh itu, saya mengucapkan tahniah kepada mana-mana badan, NGO, individu yang lantang bersuara menegaskan tentang perkara ini dan sepatutnya ia ditegaskan oleh kita semua.
Oleh sebab itulah, saya mengharapkan agar kerajaan mengambil sikap tegas agar jangan ada suara sumbang yang seumpama ini diperluaskan. Ini kerana ia akan menguji kesabaran orang Islam itu sendiri dan mencabar keharmonian pada negara kita. Itu yang pertama berkaitan dengan Islam.
Kedua, berkaitan dengan Raja-Raja Melayu. Ini adalah institusi yang berdaulat, menaungi negara kita. Akan tetapi, kita melihat hari ini satu kecenderungan seolah-olah ingin menghapuskan kedudukan Raja-rRja ini. Suara sumbang untuk dihapuskan...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh selit sedikit Yang Berhormat? Sedikit sahaja boleh? Ya. Yang Berhormat Kuala Nerus. Memang betul sebab mutakhir ini, kita terdengar di media sosial bermacam-macam perkataan yang dilemparkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kalau di Thailand, menyentuh sedikit tentang Raja dia. Dia akan di penjara tujuh tahun. Akan tetapi, di Malaysia kita bebas, dibenarkan pula. Apa pandangan Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat Kuala Nerus ingin mencadangkan bahawa suatu akta harus dibawa menyentuh Raja-Raja Melayu juga boleh dihukum seperti di Thailand.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Sudah ada peraturan dan akta Yang Berhormat berkaitan dengan isu ini. Boleh kenakan Akta Hasutan dan sebagainya. Akan tetapi, adakah mereka yang terlibat mengancam ini diambil tindakan?
Bekas anggota Majlis Penasihat Negara sendiri terlibat. Walaupun telah meletakkan jawatan tetapi apa tindakan yang dibuat? Ini kerana ia adalah cetusan awal menentang Yang di- Pertuan Agong. Itu adalah bunga-bunga awal. Kenapa Yang di-Pertuan Agong menjadi sasaran? Dikeluarkan suatu laporan yang tidak betul berkaitan dengan peruntukan...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Minta Tumpat.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
...Perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong disebarkan, dirosakkan namanya kemudian letak jawatan, hendak cover.
Akan tetapi, isunya ialah telah tersebar luas. Dibaca oleh semua orang. Semua pihak. Ini bunga-bunga awal yang mesti kita pertegaskan...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Minta mencelah.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik, mohon mencelah. Yang Berhormat.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apakah yang Yang Berhormat merasakan bahawa kenyataan-kenyataan yang menyentuh isu-isu agama dan juga kedudukan Raja-Raja Melayu ini semakin meluas selepas berlakunya perubahan kerajaan dalam pilihan raya yang lalu?
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Saya menyatakan bahawa semakin meluas pasca PRU Ke-14, itu kenyataan yang mesti kita ambil. Ini kerana saya mengharapkan agar kerajaan baharu mengambil sikap yang tegas dalam perkara yang seumpama ini. Kenapa Raja-Raja menjadi sasaran? Ini kerana Raja-Raja ketua bagi agama Islam. Ertinya mereka menyasarkan Islam itu sendiri kerana bukan hanya individu yang bernama Raja itu tetapi institusinya mesti kita pertahankan. Begitu juga berkaitan dengan Melayu. Berkaitan dengan Bahasa Melayu- Bahasa Kebangsaan. Itu adalah peruntukan Perlembagaan. Ini kerana di sana mesti ada satu bahasa yang menjadi penyatu bagi semua bangsa dalam sebuah negara.
Kita lihat di Thailand sebagai contoh. Orang Islam Melayu di Krabi, di Phuket hari ini hanya bertutur dalam satu bahasa sahaja namanya bahasa Thailand. Begitu juga orang Islam, begitu juga masyarakat Cina di Indonesia bercakap Bahasa Melayu. Satu bahasa kesatuan. Oleh itu, saya melihat bahawa usaha untuk mengiktiraf UEC adalah bunga-bunga awal untuk memecahkan perpaduan dari sudut bahasa.
Tidak kita nafikan bahawa kepentingan mempelajari bahasa lain seperti mana kata Nabi SAW...
[Membaca sepotong Hadis] Antaranya bermaksud, siapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum, dia akan selamat dari tipu daya mereka. Ini menunjukkan bahawa Islam mengajar kita mempelajari berbagai-bagai bahasa tetapi di sana mesti ada satu bahasa sahaja yang boleh menyatukan kita dalam konteks negara kita Malaysia, bahasa itu Bahasa Melayu...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik mohon penjelasan.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Maka, ia patut menjadi bahasa bagi semua orang dalam pertuturan rasmi dan ia sangat bimbang di kala mana dalam suatu kes mahkamah yang berlaku baru-baru ini...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Kuala Nerus, Sik memohon pencelahan.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Ya, sila.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Apa pandangan Yang Berhormat Kuala Nerus berkaitan kenyataan Profesor Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim yang menyatakan ahli politik yang menyokong UEC adalah mereka yang jahil Perlembagaan. Terima kasih.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Ya. Saya setuju dan menyokong ungkapan profesor tersebut dan masuk dalam ucapan saya.
Apa yang saya hendak tegaskan bahawa mesti ada satu bahasa yang kita perlu pertahankan. Saya bimbang bila mana Peguam Negara meminta supaya kes mahkamah melibatkan Yang Berhormat Pekan di jalankan dalam bahasa Inggeris. Kenapa bahasa Inggeris? Ini adalah mukadimah awal, pemimpin negara tidak sepatut bersikap sedemikian.
Ia adalah suatu isyarat kepada rakyat, isyarat yang tidak bagus kerana itulah ketegasan mesti ada dalam perkara yang seumpama ini.
Saya hendak beralih kepada isu seterusnya iaitu disebut dalam ucapan Yang di- Pertuan Agong iaitu tentang golongan miskin yang terpinggir. Siapa yang terpinggir itu? Yang terpinggir pertama, orang Melayu. Di mana orang Melayu itu? Negeri yang paling banyak ialah negeri Terengganu dan Kelantan, 90 peratus ke atas adalah Melayu. Kalau kita melihat orang Melayu ini apakah pekerjaannya? Mereka adalah pesawah padi. Bekerja sebagai pesawah melibatkan 350,000 orang.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Adakah kerajaan bercadang untuk mengurangkan agihan subsidi bernilai RM800 juta yang telah diberikan sebelum ini? Yang sepatutnya kita tambah lagi. Adakah pemberian RM200 sebulan akan diteruskan ataupun tidak? Ini persoalan kita kepada kerajaan baharu.
Orang Melayu juga terlibat dengan pekebun kecil dan penoreh getah. Seramai 440,000 orang terlibat dengan pekerjaan ini. Bantuan Musim Tengkujuh RM200 sebulan, adakah akan diteruskan? Begitu juga dengan hari ini yang diberikan Insentif Pengeluaran Getah (IPG).
Adakah akan ditingkatkan?
Ini kerana kita lihat hari ini ada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang begitu semangat memperjuangkan isu sebelum ini, Yang Berhormat Pokok Sena sebagai contoh.
Maka adakah kerajaan baharu bercadang untuk menaikkan harga siling, harga lantai bagi getah yang kita minta selama ini RM4 satu kilogram. Ini adalah permintaan di kala mana kita menjadi pembangkang. Adakah ia akan diulang balik ketika menjadi kerajaan?
Adakah pekebun kecil dan penoreh getah ini akan ditingkatkan lagi usaha-usaha untuk memberikan kebaikan pada kerja-kerja dan juga sara hidup mereka. Begitu juga dengan nelayan, seramai 140,000 orang nelayan kebanyakan mereka adalah orang-orang Melayu Islam. Adakah elaun yang diberikan, elaun bulanan sebanyak RM200 akan diteruskan? Ini kerana saya mendengar suara-suara sumbang untuk ia di undur ke belakang.
Dikurangkan dengan alasan kerana kerajaan hari ini banyak berhutang.
Begitu juga dengan miskin bandar. Bukan hanya kita bercakap tentang miskin di kampung-kampung tetapi di bandar kebanyakan adalah mereka orang-orang Melayu Islam.
Adakah PGK itu akan diubah balik? Ini kerana sebelum ini ketika mana jadi pembangkang kita bercakap tentang PGK yang tidak sesuai dengan zaman sekarang. Adakah kerajaan baharu akan mengubah PGK yang telah disediakan oleh kerajaan sebelum ini?
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Kita lihat hari ini sebagai contoh di Kuala Lumpur, paras gaji, living wage yang ada dianggarkan sebanyak RM2,700 lebih kurang bagi dewasa dan RM4,500 untuk pasangan tanpa anak, RM6,500 bagi pasangan dengan dua anak. Adakah ia akan dibina, disusun balik konsep PGK ini?
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad - Mersing
Yang Berhormat Kuala Nerus.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Kuala Nerus, dalam Islam ada asnaf... [Berucap dalam bahasa Arab] Dari dahulu, golongan asnaf ini tidak pernah dihina. Ada Menteri di sebelah sana kata yang menerima BR1M ini, yang majoritinya Islam, dihina. Orang Melayu lah. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Kuala Nerus?
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Baik, saya hendak kaitkan soalan Yang Berhormat dengan isu miskin tegar B40 yang sebelum ini mereka mendapat BR1M. Saya menyokong penuh BR1M tetapi saya menyokong untuk ditingkatkan lagi BR1M. Adakah kerajaan baharu ini akan menambah lagi BR1M untuk rakyat miskin, B40 seumpama ini? Ini kerana ia adalah sebahagian daripada usaha kita untuk menangani persoalan golongan miskin tegar ini.
Seterusnya, isu percukaian. Saya melihat apabila mana kerajaan baharu menghapuskan GST, ia adalah bersesuaian dengan apa yang kami perjuangkan di peringkat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan saya mengucapkan tahniah kerana telah menghapuskan GST. Akan tetapi sangat malang, mereka mahu undur ke belakang dengan mengembalikan SST. Menunjukkan bahawa kerajaan baharu ini tidak mempunyai idea yang banyak. Mereka begitu sempit pemikirannya, hanya berlegar-legar pada konsep cukai untuk menambah hasil pendapatan negara.
Sedangkan kami di peringkat PAS mencadangkan bukan hanya cerita cukai. Cukai kepenggunaan, akhir sekalinya akan menekan rakyat, end user pengguna paling akhir, rakyat marhaen. Mereka akan terkesan dengan cukai kepenggunaan. Akan tetapi apa yang kita cadangkan ialah cukai yang berasaskan model zakat Islam.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Zakat berkaitan dengan zakat simpanan korporat dan juga zakat melibatkan pegangan saham. Ini adalah income yang besar yang menurut perangkaan kami boleh menghasilkan pendapatan sehingga RM52 bilion, jauh melepasi apa yang mampu diberikan oleh GST, apatah lagi apa yang mampu diberikan oleh SST.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Kuala Nerus, Pendang.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Oleh itu, saya harap kerajaan baharu membincangkan tentang SST...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Kuala Nerus, minta laluan.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Ya.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya hendak tanya soalan berkenaan dengan yang disebut sebentar tadi oleh Yang Berhormat Kuala Nerus berkenaan dengan GST dan kita akan, dengan izin, move on to SST. Saya hendak tanya Yang Berhormat Kuala Nerus, di antara GST dengan SST ini...
[Disampuk] GST dan SST.
Sekarang kita hendak bergerak ke SST. Sebelum ini kita GST dan GST sekarang tinggal zero-rated, dengan izin, dikosongkan, bukan dihapuskan. Jadi, perbezaan manipulate harga apabila dihapuskan GST, harga masih lagi di tahap yang sama dan sekarang kita hendak tambah pula bebanan kepada rakyat dengan kita melaksanakan SST. Bebanan yang ditanggung oleh rakyat pun belum selesai lagi, sekarang apabila kita zero-rated GST, harga tidak turun-turun lagi. Begitu juga apabila kita tambah pula SST...
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat, saya rasa masa...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Masa Yang Berhormat tinggal satu minit sahaja lagi.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, baik. Sekejap, Yang Berhormat Kuala Nerus. Soalan saya, beri perbezaan di antara manipulasi harga oleh peniaga ataupun sistem.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Baik, terima kasih.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Di antara kedua-dua, mana yang lebih baik kepada rakyat untuk meringankan bebanan rakyat? Sekian.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Saya akan membahaskan isu SST dalam usul nanti apabila dibentangkan cadangan akta baharu berkaitan dengan SST.
Saya cuma hendak ambil peluang di sini untuk menegaskan bahawa antara tempat yang menjadi bumi orang-orang Melayu Islam ialah Terengganu dan Kelantan. Untuk meningkatkan ekonomi mereka, maka tentulah yang diperlukan adalah prasarana. Apa yang paling penting lebuh raya. Kerana itu, LRT3 mesti diteruskan. Saya mahukan penjelasan daripada Kerajaan Persekutuan, apa komitmen Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan projek LRT3 dengan kos yang rendah?
Begitu juga dengan ECRL. Saya menyokong penuh projek ini. Ia adalah baik untuk ekonomi umat Islam di Terengganu dan Kelantan. Akan tetapi yang kita pertikai kan ialah kosnya dan siapa orangnya. Maka, apa komitmen Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan projek ini untuk memberikan ruang peningkatan ekonomi bagi orang Melayu Islam di Terengganu dan juga negeri Kelantan? Itulah yang sempat saya sampaikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 17 Julai 2018. Dengan penuh tanggungjawab dan rendah diri, saya menyertai perbahasan dalam usul ini dan akan mengutarakan tiga isu utama. Pertama, pilihan raya di Malaysia; kedua, tentang sistem pendidikan; dan ketiga, korupsi dan rasuah.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut Titah Tuanku dalam merakamkan penghargaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), anggota-anggota keselamatan dan semua agensi kerajaan yang telah membolehkan Pilihanraya Umum Ke-14 dan peralihan kuasa berjalan dengan lancar. Khususnya penghargaan harus diberikan kepada semua petugas-petugas pilihan raya yang mana kebanyakannya terdiri daripada penjawat awam.
Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua, malangnya oleh sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Ini adalah kerana tujuh ahli-ahli pesuruhjaya SPR yang mengetuai pelaksanaan PRU Ke-14 dan yang diterajui oleh mantan Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, telah menyebabkan banyak kepincangan dalam sistem dan proses pilihan raya di Malaysia.
Saya merujuk kepada laporan yang telah diterbitkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil iaitu Bersih baru-baru ini pada 13 Julai 2018. Laporan terhadap sistem pilihan raya Malaysia dan juga PRU Ke-14. Dalam laporan Bersih ini telah menunjukkan bahawa terdapat lima faktor pra-pilihan raya yang telah mengancam integriti sistem pilihan raya di Malaysia.
Pertama, ketidakbebasan SPR; kedua, manipulasi persempadanan semula; ketiga, manipulasi daftar pemilih; keempat, pembiayaan politik; dan kelima, akses kepada media.
Semasa PRU Ke-14 pula, BERSIH telah menerima dan mengesahkan sebanyak 1,003 aduan kesalahan pilihan raya. Ini termasuklah kejadian beli undi, pemberian hadiah, penyalahgunaan aset kerajaan dan masalah dalam proses undi awal dan juga undi pos yang berleluasa. Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh BERSIH boleh disahkan oleh pengalaman saya sendiri di Melaka.
Semasa PRU Ke-14 yang lalu, saya telah menerima aduan daripada seorang pengundi di kawasan saya, Kota Melaka. Beliau pernah mengundi pada PRU Ke-12, dan Ke- 13 tetapi pilihan raya kali ini nama dia telah digugurkan. Apabila kita semak dengan pihak SPR, jawapan yang diberikan oleh SPR mengatakan bahawa pengundi tersebut telah meninggal dunia sedangkan dia berada di sebelah saya. Ini betul-betul pengundi hantu.
Tuan Yang di-Pertua, apabila aduan sedemikian ditujukan...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya diizinkan untuk mencelah?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Silakan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya just hendak tanya berkenaan isu yang telah pun ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka iaitu berkenaan dengan isu pengundi yang dikatakan tidak berdaftar dan sebagainya dan berada di atas rekod seperti pengundi hantu yang telah pun ditimbulkan.
Saya juga telah pun menerima beberapa aduan ataupun kompelin semasa pilihan raya baru-baru ini. Contohnya, terdapat banyak aduan di mana pengundi-pengundi di luar negara, overseas voters seperti di London, Sydney, Melbourne dan sebagainya, di mana mereka berdaftar sebagai overseas voters tetapi menerima borang ataupun ballot paper untuk pengundian melalui pos selepas tarikh yang dibenarkan untuk hantar balik ballot paper tersebut.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ataupun ada juga beberapa kes di mana mereka terima ballot paper itu selepas PRU selesai. Kami tahu mengikut beberapa statistik yang telah pun kami terima, kebanyakan pengundi oversea ini, kebanyakan trend mereka mengundi adalah menyebelahi pada masa itu, pembangkang Pakatan Harapan. Sekarang kita ini kerajaan.
Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat Kota Melaka, apakah tujuan- sebelum itu, adakah pandangan Yang Berhormat Kota Melaka bahawa terdapatnya sabotaj atas pihak SPR pada masa itu untuk membuat perkara-perkara tersengaja seperti ini untuk memastikan kekalahan Pakatan Harapan pada masa tersebut. Sekiranya ya, apakah langkah-langkah
yang boleh kami ambil untuk menangani masalah ini. Terima kasih. Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya setuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor dan saya minta supaya ucapan beliau dimasukkan ke dalam teks ucapan saya. Saya berharap supaya pihak SPR, harus menaik taraf ataupun memperbaiki proses undi pos dan juga undi awal.
Tuan Yang di-Pertua, saya sambung balik di mana di Melaka, persempadanan semula yang dibuat oleh SPR telah memburukkan gerrymandering dan pembahagian tidak sekata. Sebagai contoh, kawasan Parlimen Kota Melaka, kawasan saya mempunyai 126,848 orang pengundi berbanding dengan Masjid Tanah hanya sekadar mempunyai 51,441 orang pengundi sahaja. Ini adalah bersamaan lebih daripada 2.5 kali ganda dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Di Melaka juga terdapat pengundi hantu di setiap suku pendaftaran baru dan penukaran alamat pengundi. Terdapat permohonan-permohonan yang mencurigakan, di mana dalam satu suku, suku keempat 2017, satu rumah boleh didaftarkan lebih daripada 120 nama di dalam satu rumah. Apabila kita bangkitkan, kita buat bantahan kepada SPR, SPR pula minta kita pergi cari alamat yang tidak lengkap tersebut untuk mereka siasat.
Mereka daftarkan dengan menggunakan alamat yang tidak lengkap, kita adukan kepada SPR, sepatutnya SPR mengambil tindakan, akan tetapi dia tidak. Sebaliknya dia meminta kita pergi cari alamat tersebut yang tidak lengkap. Ini menunjukkan SPR ini, seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor memang tidak bertindak dengan adil.
Pada hari mengundi...
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Minta laluan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Pada hari mengundi laporan oleh Bersih mendapati...
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Alor Setar minta laluan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Biar saya habiskan dahulu ya.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Okey.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Masa jikalau 30 minit bolehlah, ini 20 minit sahaja, ada tiga isu yang saya hendak bangkitkan. Saya minta maaf. Pada hari mengundi, laporan oleh Bersih mendapati terdapat kes-kes di mana pengundi tidak dibenarkan mengundi kerana terdapat orang lain yang telah menyamar, hendak mengundi bagi pihak mereka.
Terdapat juga kes-kes di mana ketua tempat mengundi enggan memberi salinan Borang 14 kepada pacak atau enggan menandatangani Borang 14. Walaupun terdapat pelbagai manipulasi dan penipuan pilihan raya, ia barangkali pihak sebelah sana akan kata sungguhpun kita dikritik sedemikian, kita menjadi kerajaan. Kita menjadi kerajaan adalah kerana kuasa rakyat kali ini, di mana kita lihat sungguhpun mereka sengaja adakan pilihan raya pada hari Rabu, tetapi kuasa rakyat semua rata-rata hendak tukar kerajaan, mereka balik mengundi dan kadar pengundian yang begitu tinggi iaitu 82.32 peratus.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Oleh sebab itu, kita boleh dapat menukar kerajaan. Kalau tidak ada manipulasi sedemikian, saya percaya di sebelah sana mungkin kurang bilangannya. Bukannya ada seperti hari ini, ada yang ramai yang tidak akan ada di dalam Dewan ini, daripada sebelah sana. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk memastikan penyiasatan dan akauntabiliti di dalam isu penipuan dan manipulasi pilihan raya ini.
Oleh itu saya mencadangkan supaya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat salah laku supaya tindakan boleh diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Sungai Siput minta laluan.
Berkaitan...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya minta maaf, nanti dahulu, biar saya habiskan. Selain itu saya juga menggesa supaya enam orang ahli pesuruhjaya yang masih berada di SPR iaitu Tan Sri Othman bin Haji Mahmood, Dato` Haji Md. Yusop bin Haji Mansor, Datuk Haji Abdul Aziz bin Khalidin, Tuan Haji Sulaiman bin Haji Narawi, Dato’ Bala Singam Karupiah dan juga Dato' Leo Chong Cheong untuk meletak jawatan serta-merta supaya penyiasatan dan reformasi sistem pilihan raya boleh dijalankan dengan lancar.
Dengan ini saya telah mengemukakan kepada Dewan yang mulia ini satu usul hilang percaya terhadap keenam-enam anggota SPR tersebut seperti mana yang tertera di dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Maka saya berharap Tuan Yang di-Pertua akan memberi masa dan ruang untuk usul ini dibahaskan dan diundi kerana ia berkait dengan kepentingan awam dan integriti sistem pilihan raya di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua mengenai dengan sistem pendidikan. Sistem pendidikan adalah satu aspek yang sangat penting untuk Malaysia kerana ia berkait rapat dengan pembangunan insan, daya saing dan masa depan negara kita. Oleh itu saya mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan yang telah mengambil beberapa langkah progresif di dalam mereformasi kan sistem pendidikan di Malaysia.
Pada masa yang singkat sahaja, Kementerian Pendidikan pimpinan di bawah Pakatan Harapan telah menyatakan, komitmen untuk menyelesaikan isu-isu seperti mengurangkan beban guru daripada tugasan perkeranian, isu beg yang berat, penundaan bayaran PTPTN, pemerkasaan Bahasa Malaysia, penguasaan bahasa Inggeris dan kebebasan akademik.
Tuan Yang di-Pertua, salah satu isu penting yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan ialah mengenai pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu ataupun lebih dikenali sebagai UEC. Pengiktirafan UEC ialah suatu langkah progresif terhadap pengiktirafan pendidikan berkualiti dan hak untuk pendidikan tanpa diskriminasi seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Saya mengambil kesempatan ini mengatakan, bahawa pengiktirafan UEC tidak bercanggah dengan objektif kerajaan untuk memperkasakan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Ini adalah kerana kurikulum UEC juga menitikberatkan pembelajaran dan pemeriksaan Bahasa Malaysia.
Selain itu, kerajaan telah mengatakan bahawa pengiktirafan UEC adalah dengan syarat yang wajib iaitu memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat SPM.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Minta peraturan mesyuarat. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Saya terlambat sedikit, saya terfikir sama ada hendak bangkitkan perkara ini ataupun tidak. Tentang perkara yang telah disebut oleh Yang Berhormat Kota Melaka semasa berbahas tadi.
Saya ingin mendapatkan sedikit ruling daripada Tuan Yang di-Pertua berhubung dengan perkara 36(8), iaitu perkara-perkara yang bersabit dengan suruhanjaya dengan Yang di-Pertuan Agong, dengan nama-nama mereka yang dilantik di bawah suruhanjaya- suruhanjaya tertentu. Seperti mana terdapat di dalam Peraturan Mesyuarat 36(8) ini, boleh atau tidak Ahli Dewan membuat ungkapan-ungkapan seperti mana yang kita baru dengar sebentar tadi. Sekali lagi saya merujuk kepada 36(8) sekadar untuk mendapat ruling daripada Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Tuan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Peraturan Mesyuarat 36(8) menyebut, “Kelakuan atau sifat Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu atau Tuan-tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri atau Hakim-hakim dan lain-lain orang yang menjalankan keadilan mahkamah atau ahli-ahli Majlis Pasukan Bersenjata atau mana-mana Suruhanjaya Jawatan Kerajaan yang ditubuhkan menurut Bahagian X dalam Perlembagaan atau ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan raya atau siapa-siapa jua Ketua Negara negeri-negeri yang bersahabat dengan Malaysia, tidak boleh disebutkan kecuali dengan dikeluarkan usul bersendiri bagi maksud-maksud itu”.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita mengambil maklum agar harus patuh kepada peraturan kelapan. Terima kasih, teruskan Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih tuan, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai seorang Ahli Parlimen, saya menyokong penuh tuntutan untuk memperkasakan bahasa Malaysia dan menyeru Kementerian Pendidikan untuk terus mengolah strategi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan kita, termasuk melalui UEC.
Selain daripada itu, pengiktirafan UEC juga tidak bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Saya hendak tegaskan di sini, ini adalah kerana Dasar Pendidikan Kebangsaan mengiktiraf kepelbagaian jenis sekolah, termasuk sekolah-sekolah vernakular dan sekolah- sekolah swasta.
Dasar Pendidikan Kebangsaan juga mengiktiraf kepelbagaian bahasa termasuk bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa ibunda. Penguasaan bahasa-bahasa bukan saling eksklusif, Tuan Yang di-Pertua. Oleh itu UEC wajar dilihat sebagai suatu kekuatan dan kebanggaan yang dimiliki oleh masyarakat di negeri ini. Dari segi kurikulum, saya nak tegaskan di sini juga bahawa pelajar-pelajar UEC turut mempelajari mata pelajaran Sejarah yang mengandungi 57 peratus adalah sejarah Malaysia dan hanya sekadar 43 peratus sahaja ialah mengenai sejarah dunia.
Isu pengiktirafan UEC seharusnya tidak dipolitikkan kerana ia juga pernah dipersetujui oleh pihak pembangkang UMNO, Barisan Nasional dan MCA turut menyatakan dalam manifesto PRU Ke-14 mereka mengatakan bahawa UEC akan diiktiraf oleh mereka.
Pada PRU Ke-13 kita lihat semula pada masa tersebut pihak PAS juga bersetuju dengan pengiktirafan UEC kerana ia terkandung dalam manifesto Buku Jingga pada masa itu yang dilancarkan oleh Pakatan Rakyat pada ketika itu. PRU Ke-13, PAS setuju dengan UEC. PRU Ke-14 UMNO, Barisan Nasional, MCA dan MIC setuju dengan UEC tetapi apabila kita PH kita jadi kerajaan, kita nak iktiraf UEC, UMNO, Barisan dan MCA semua mempolitikkan isu ini...
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Yang Berhormat, minta laluan Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Pasir Mas minta laluan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Lain kali. Tidak ada masa, minta maaf.
Seorang Ahli
Tak berani kah?
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Berani sebut nama PAS.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tak berani tu.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kalau Tuan Yang di-Pertua- saya boleh bagi masa kalau Tuan Yang di-Pertua beri saya masa tambahan. Kalau tidak, minta maaf.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dia ada sebut PAS.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Lagi ada dua minit.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tak berani tu takut, kalau berani bagilah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya hari ini kita lihat memang isu ini dipolitikkan oleh Barisan Nasional. Apabila Kerajaan Negeri Melaka melalui Ketua Menteri mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Melaka mengiktiraf UEC, UMNO kritik kita, PAS kritik kita.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Yang Berhormat minta laluan sikit lah, Yang Berhormat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Akan tetapi apabila di peringkat kebangsaan, Kementerian Pendidikan belum lagi mengiktiraf UEC, MCA pula kritik kita. Dia tanya, MCA pula kritikan Pakatan Harapan kenapa tak iktiraf UEC? Tak iktiraf, MCA kritik kita.
Kita iktiraf, UMNO kritik kita. Ini permainan dua muka, UMNO Barisan Nasional...
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, isu yang ketiga mengenai korupsi dan rasuah. Saya ingin menarik perhatian Dewan bahawa yang pertama, saya menyarankan agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk terus menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat dalam skandal korupsi dan rasuah. Penyiasatan SPRM harus diperluaskan kepada peringkat negeri. Hal ini kerana jika di peringkat Kerajaan Persekutuan terdapat banyak ikan-ikan jerung yang besar-besar, di peringkat Kerajaan Negeri Melaka ataupun negeri-negeri lain juga terdapat ikan-ikan garupa yang boleh tahan saiznya.
Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama saya minta supaya SPRM menyiasat semula kes rasuah yang melibatkan sejumlah wang RM150 juta yang melibatkan seorang pegawai khas yang rapat kepada Ketua Menteri, mantan Ketua Menteri yang lalu Idris Harun.
Kes ini telah ditutup kerana kita percaya ada campur tangan politik. Oleh sebab itu saya menyeru kepada pihak SPRM dan juga pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes ini, menyiasat dan membawa mereka yang bersalah ke muka mahkamah
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ahli Yang Berhormat masa telah tamat. Sila rumuskan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Akhir kata, SPR perlu dikuatkan dan diberi kebebasan penuh supaya perkara ini tidak diulang semula. Kerajaan telah mengumumkan bahawa SPRM akan menjadi badan bebas dan melaporkan secara langsung kepada Parlimen, maka saya menyeru agar kerajaan dan Dewan yang mulia ini mengambil langkah seterusnya untuk membentuk jawatankuasa- jawatankuasa tetap ataupun Select Committee, dengan izin, supaya proses memantau dan laporan oleh SRPM dapat dijalankan oleh Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja perbahasan saya ini. Saya dengan ini memohon menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Melaka. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
[Berucap dalam Bahasa Arab] Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di- Pertua kerana telah dilantik menjadi Timbalan Speaker pada kali ini dan juga tahniah kepada wakil-wakil rakyat yang telah berjaya dalam pilihan raya baru ini dan juga tahniah kepada Pakatan Harapan yang telah membentuk kerajaan. Saya ucapkan terima kasih kerana mendapat peluang untuk berbahas di dalam usul menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, suasana pilihan raya sudah habis sebenarnya. Yang menang, walau banyak atau sedikit tetap menang. Yang kalah dia kena terima takdirnya. Apa yang penting sekarang ini kita dalam Dewan Rakyat yang mulia ini ialah untuk meneruskan perjuangan untuk rakyat. Bermakna amanah yang telah diberikan kepada kita.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Kerja yang patut kita buat, suara rakyat yang patut kita bawa kerana ini adalah amanah. Kita telah dengar dalam perbahasan sehari dua hari ini, apabila amanah dikhianati, itu kalau dalam agama kita, agama Islam adalah tanda-tanda orang munafik. Saya belajar daripada ustaz. Ustaz beritahu ada tiga tanda orang munafik. Bila cakap dia tipu, bila janji dia mungkiri, orang panggil janji capati sekarang ini. Apabila diberikan amanah, dia khianati amanah ini.
Ini perkara yang penting kerana dalam kehidupan yang singkat hari ini kita kena rujuk kepada perkara-perkara macam ini. Perkara-perkara yang menyentuh tentang keperibadian, tentang peranan dan tanggungjawab kita hari ini. Justeru itu Tuan Yang di- Pertua, dalam Dewan yang mulia ini, kita sama-samalah. Saya mengajak diri saya dan juga semua kita di sini, amanah bermakna kerja kita, kita kena datang, tak boleh ponteng. Suara rakyat kita mesti bawa, tak boleh kita senyap. Dalam Titah Tuanku, semasa perasmian saya ingin menyebut Tuan Yang di-Pertua, “Yang Berhormat akan mengambil bahagian dalam perbahasan yang sihat matang dan merangsang dinamik...”
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua, mohon pencelahan.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
“...berfikir bukan untuk mencari pihak yang benar tetapi untuk menemukan apa yang baik lagi benar, memberi cadangan, teguran dan penuh berhemah, bijaksana penuh kesopanan, bertatasusila...”
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Mohon pencelahan.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
“...supaya institusi Parlimen terus dihormati, dipandang tinggi rakyat dan dunia luar.”
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Hari ini kita lihat dalam dua hari yang lepas...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Bagan Serai, Kuala Krau, sahabat.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Saya hanya memberikan masa 20 minit, saya memberikan dua pencelahan, Tuan Yang di-Pertua. Satu saya dah lulus, sahabat saya. Silakan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat baik saya daripada Bagan Serai.
Saya cukup tertarik dengan hadis yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat sahabat saya. Cuma kes lompat parti atau keluar daripada parti- yang memberi amanahnya, mewakilkan Barisan Nasional telah mewakilkan Yang Berhormat Bagan Serai sebagai wakil dan, Barisan Nasional telah memberi amanah kepada Yang Berhormat Bagan Serai untuk menang dan terus duduk di kerusi Bagan Serai sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional. Tiba- tiba Yang Berhormat Bagan Serai, mungkin perkataan yang lebih baik saya sebut bukan lompat tetapi hijrah keluar daripada kerusi. Jadi mohon pencerahan.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Cukup. Sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan betinanya, Yang Berhormat Kuala Krau. Sebutan itu sudah bagus.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Lepas ini kita minum teh.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
[Ketawa] Siapa yang mengkhianat? Kalau diberikan tanggungjawab untuk membantu tetapi mengkhianat, mensabotaj atas parti tetapi tindakan tidak dilakukan, ini yang dinamakan pengkhianat.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua, jadi hari ini kita bersembang tentang adab bahas ikut bersopan, buat homework dan bijaksana supaya Parlimen kita dihormati. Saya bimbang Tuan Yang di-Pertua, melihat dalam dua hari, tiga hari lepas ini, tidak minta izin bercakap, soalan panjang berjela-jela, cakap tidak mahu berhenti, semua hendak bercakap serentak. Saya yang duduk di belakang ini, pening kepala tengok, yang mana yang hendak dengar. Tuan Yang di-Pertua di depan sana, yang paling depan seorang-seorang, saya di belakang sini pun seorang-seorang.
Jadi memang- bukan apa, sebab kita ini di dalam TV, 24 jam. Orang di luar kata apa pada kita. Titah Tuanku kita sudah cemari. Titah Tuanku suruh beradab, bertatasusila, bersopan. Jadi ini sampailah masanya Ahli-ahli Yang Berhormat tunjuk perangai yang elok, tunjuk contoh teladan pada rakyat di luar sana. Kalau tidak nanti orang akan pandang rendah, pandang hina. Apa punya wakil rakyat macam ini?
Jadi ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pindah terus kepada perkara sepuluh dalam 100 ini. Sepuluh janji dalam 100 hari. Ini satu matlamat, ini satu goal setting. Saya percaya dalam masa menyuarakan perkara ini, tentulah Pakatan Harapan telah berfikir perkara-perkara yang lebih spesifik, lebih measurable, lebih attainable, lebih reasonable untuk buat.
Jadi saya harap sangat, kita jangan hari ini setelah sudah dekat- rakyat sudah tunggu ini mana sepuluh perkara dalam 100 hari. Kita tidak boleh duduk hari ini beritahu kita give all the reasons Tuan Yang di-Pertua, all the excuses kenapa tidak boleh buat.
Sedangkan sepatutnya Pakatan Harapan berfikir bagaimana find all the reasons Tuan Yang di-Pertua supaya benda ini dapat menjadi realiti, satu kenyataan. Barulah betul.
Jadi saya harap sangat kerajaan yang ada pada hari ini, yang telah bagi janji hari ini, betul-betul serius dan fokus tentang perkara ini. You sediakan satu dedicated team Tuan Yang di-Pertua dan berikan updates yang berkala kepada rakyat dan lebih berdisiplin untuk ini satu kenyataan rather than duduk dan beritahu tidak boleh buat ini, tidak boleh itu dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pindah kepada satu isu yang lebih penting.
Apabila Titah Tuanku berkatakan membantu ekonomi rakyat terpinggir. Hari ini kita lihat satu jurang yang sangat besar, satu jurang yang besar yang wujud di negara kita hari ini. Saya bagi contoh semalam. Kalau kita dari KL hendak pergi ke Kelantan, saya bagi satu contoh.
Kita lihat di KL kita rasa macam di London tetapi apabila kita melepasi Raub sahaja, kita rasa macam Zimbabwe.
Sebab apa? Dua jurang yang berbeza. Saya beritahu, saya bagi contoh sahaja. Kita lihat hari ini bagaimana yang dikatakan bandar dan luar bandar hari ini. Apa yang kita katakan sebagai satu ekonomi dualisme. Kita dapat lihat perbezaan ini. Oleh sebab itu hari ini hendak apa yang kita hendak dengan kerajaan dengan kerajaan yang ada sekarang ini, mewujudkan apa yang dikatakan growth for all Tuan Yang di-Pertua, dengan izin.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya ada penjelasan.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Growth for all bermaknanya pertumbuhan untuk semua. Saya harap Menteri Ekonomi...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ada soalan.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
..Membentangkan agenda ini di dalam mid-term review RMKe-11 dan juga Bajet 2019 nanti.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Soalan saja.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Kita fikir bagaimana perkara ini dapat dirancang dengan baik kerana dulu ada rancangan tetapi tidak begitu serius dan spesifik atas perkara ini. Kita lihat hari ini. Oleh sebab itu bila kita beritahu kita punya pendapatan negara, kita punya income per capita tetapi rakyat kata, “Where is all these?”.
Mana ada kita dapat hari ini. Sebenarnya kita ada economic dualism hari ini.
Jadi growth ataupun pertumbuhan yang ada mestilah mencakupi semua lapisan masyarakat, mencakupi semua sektor, mencakupi semua region, semua wilayah, mencakupi semua etnik, mencakupi semua profesion, mencakupi semua tahap pendapatan rakyat hari ini dan tidak ada yang terpinggir. Ini yang dibentangkan multidimensional yang dibentangkan oleh Titah Tuanku hari itu.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua, pertumbuhan yang saya kata hari ini memerlukan perancangan pertumbuhan yang lebih dekat dan mudah dicapai oleh semua. Kita hari ini tidak boleh melihat- kita patut melihat penglibatan yang penting daripada rakyat hari ini.
Maksud saya, pertumbuhan yang kita hendak buat, proses pertumbuhan yang hendak dibuat, tidak boleh menjadi Putrajaya centric. Sampailah masanya- jangan sana orang Bagan Serai tidak tahu tentang pembangunan, pertumbuhan. Dia fikir dari luar, semuanya kita kepada Putrajaya umpamanya. Sampailah masanya Putrajaya memberikan delegasi kepada tempat, memberikan apa yang dikatakan Tuan Yang di-Pertua, shift of trust kepada daerah, kepada negeri, kepada bandar.
Tuan Yang di-Pertua, masyarakat Malaysia sekarang ini ialah masyarakat yang kita boleh namakan pasca modenisasi ataupun, dengan izin, post-modernization society dan society ini hendakkan penglibatan langsung dalam pertumbuhan ekonomi negara. Ciri-ciri yang ada hari ini kerana masyarakat hari ini lebih educated, mereka lebih smart, lebih pandai hari ini, bukan macam dulu-dulu. Masyarakat hari ini lebih mempunyai pendapatan yang tinggi. There are richer Tuan Yang di-Pertua, lebih urbanization, mereka di bandar dan apa yang ada pada masyarakat, society hari ini ialah mereka mempunyai lebih ramai orang muda, 70 peratus hari ini.
Perlu satu model pertumbuhan yang baru untuk Malaysia Baharu, bukan model yang lama. Perlu memberi peningkatan kepada peranan masyarakat hari ini. Justeru itu, jurang yang kita katakan tadi antara dua jurang yang besar hari ini. Oleh sebab itu saya berpendapat bahawa mewujudkan contohnya projek mega HSR dan ECRL adalah satu perkara yang baik. Hal ini kerana akan mendekatkan jarak antara satu tempat ke satu tempat yang lain.
Dalam satu World Development Report 2009, Bank Dunia mengetengahkan kerangka 3D iaitu Distance, Density, dan Division. Tuan Yang di-Pertua, ini merupakan tunjang utama kepada pertumbuhan yang mampan. Seorang economist pembangunan, Paul Krugman. Paul Krugman telah memenangi Anugerah Nobel pada 2008 yang telah membentangkan bagaimana dapat mewujudkan pertumbuhan yang mampan dengan 3D ini iaitu pendekatan dari segi kepadatan, dari segi jarak, dari segi division.
Justeru itu saya harap kerajaan hari ini bukan membatalkan projek HSR dan ECRL tetapi menilai balik, buat costing balik, tengok balik ataupun do it in phases, scaled down the version, Tuan Yang di-Pertua. Jadi isu-isu sekarang yang ada ialah sebenarnya pertumbuhan yang tidak dimanfaatkan oleh semua orang. Maka perlunya perancangan ataupun growth for all, pertumbuhan untuk semua orang.
Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada satu perkara lagi yang telah dinyatakan dalam Titah Tuanku iaitu, “Beta menyokong langkah untuk memansuhkan GST, menstabilkan harga minyak dan memberikan bantuan sara hidup yang diharapkan dapat meringankan beban rakyat”. Ini satu topik yang sangat penting sekarang ini. Cerita GST, SST telah dibincangkan way down, lama sudah dan telah dibentangkan oleh tiga termasuk kerajaan yang lepas, empat Menteri Kewangan. Cerita yang pertamanya sebenarnya adalah tentang percukaian.
Hari ini tentang cukai sahaja, rakyat sudah keliru. Cukai sahaja rakyat sudah keliru. Rakyat tidak faham, rakyat pun tidak suka. Sebab kita rasa, kalau cukai, orang ambil duit kita. Orang ambil duit kita RM1 pun kita marah. RM1 pun kita tidak suka hari ini. Sebab itu hari ini kena GST 60 sen pun orang menjerit. Akan tetapi beli rokok mahal tidak apa. Kalau rokok mahal lagi pun tidak apa, beli lagi pun tidak apa. Tidak bising sebab itu nyawa juga kata dia.
Tuan Yang di-Pertua, kekeliruan inilah yang menyebabkan rakyat hari ini jadi kelam kabut. Tax ataupun cukai adalah satu tool, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Satu tool untuk distribute apa yang dikatakan pertumbuhan untuk semua orang. Semua kerajaan di dunia hari ini kutip tax untuk menjalankan kerja-kerja di negara, untuk menjalankan pertumbuhan, pembangunan. Ada tax, bukan duit datang dari langit.
Jadi kalau kata kita kutip tax, kalau kata GST kutip lebih, SST kutip kurang, kerajaan itu bagus, itu salah. Bukan bermakna kalau you kutip tax rendah, you bagus. Itu bukan betul dan harga barang kita tidak boleh kaitkan dengan sama ada GST pun barang tidak turun, SST pun harga barang tidak turun.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Ini bukan satu-satu the factor untuk harga barang turun atau tidak turun. Banyak perkara lain lagi tentang harga barang, tentang peniaga, tentang sikap, tentang manipulasi, macam-macam lagi penipuan yang manusia ini buat pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua,...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ahli Yang Berhormat, masa sudah pukul 1.00 petang walaupun ada masa lagi. Saya benarkan untuk di sambung selepas daripada ini.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat semua, kita tangguhkan dan menyambung semula pada pukul 2.30 petang.
Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Saya menjemput Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya diberitahu Yang Berhormat Bagan Serai mempunyai baki masa lima minit dan 24 saat.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Saya hendak pastikan minta, ada cukup kuorum kah kita ini?
Tuan Yang di-Pertua
Oh.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri semua tidak ada.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Minta tangguh.
Tuan Yang di-Pertua
Berapa orang ini? Tidak cukup kuorum? Itu cadangan yang baik, kita tempohkan dua minit hingga cukup kuorum, ya. Okey. Pergi bunyikan loceng.
[Loceng dibunyikan selama dua minit]
Tuan Yang di-Pertua
Saya sudah dimaklumkan kita ada 35 Ahli Yang Berhormat yang hadir. Jadi, cukup kuorum. Jadi saya persilakan sekali lagi Yang Berhormat Bagan Serai untuk meneruskan perbahasan. Baki masa lima minit dan 24 saat.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sudah berkata tadi bahawa kutip duit, kutip cukai daripada rakyat yang lebih, bukanlah satu dosa kerana kerajaan berjalan, berusaha menjaga rakyat melalui kutipan tax.
Kita dapat lihat hari ini, contohnya Finland, Norway dan Nordic countries, GST nya 20 percent dan kutipan tax-nya hingga hampir 50 percent. Akan tetapi, bagaimana dapat menjaga rakyat?
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Jadi kita lihat, ini yang penting kerana kita tidak sedar kepentingan cukai, bagaimana kita patut membayar cukai. Begitu juga contohnya orang Islam sendiri, kepentingan zakat, berapa orang yang bayar zakat? Kenapa orang jadi mundur? Hari ini kita lihat, saya hendak ulang sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, kalau orang ambil duit kita seringgit pun kita sudah bising. Akan tetapi hari ini kita lihat perbelanjaan-perbelanjaan yang lain hari ini.
Saya hendak bagi contohlah, ini apa yang saya takrifkan dengan izin sebagai public goods and private goods. Public goods contohnya sampah sarap, sungai, siapa hendak cuci?
Pantai, siapa hendak jaga? Kampung, siapa hendak jaga? Dan sebagainya. Ini memerlukan duit. Maka duit ini datang daripada mana? Duit ini datang daripada cukai yang dikenakan kepada rakyat. Akan tetapi private goods, kereta kita, rumah kita, kita cuci sendiri, rumah orang lain kita tidak cuci dan harta-harta awam contohnya tandas awam, siapa yang ada pergi cuci? Jadi inilah yang memerlukan duit sebagainya, sebab yang penting sekali adalah penggunaan duit itu. Bagaimana cukai dikutip dan penggunaan duit itu.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita dapat melihat perbincangan yang hangat tentang GST hari ini. GST sebenarnya bagus kerana GST ini telah dilaksanakan di lebih daripada 160 negara. GST lebih efektif, lebih efisien, lebih cekap, lebih telus. GST lebih mesra perniagaan dan GST telah mendapat satu pendapatan yang stabil bagi kerajaan untuk menjalankan kerja-kerjanya dan kita lihat hari ini, GST yang dilaksanakan di Malaysia, enam peratus...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Bagan Serai, minta laluan.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
...Antara yang terendah, antara yang terendah hari ini, GST ada di Malaysia dan ada perkara-perkara yang tidak dikenakan GST, yang zero-rated, perkara asas tidak kena, kesihatan tidak kena, tol tidak kena dan pendidikan juga tidak kena. Akan tetapi...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai minta laluan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ya Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Saya...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ada dua yang bangun.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua, masa saya suntuk. Akan tetapi saya sudah janji membenarkan dua sahaja pencelahan, pencelahan pertama oleh Yang Berhormat Kuala Krau, akan tetapi Yang Berhormat Kuala Krau ini minat dengan Yang Berhormat Bagan Serai, saya bagi juga kepada Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Kuala Krau.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan Serai. Saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Bagan Serai kerana masih lagi tetap mempertahankan GST sebagai satu, salah satu cukai yang terbaik secara konsisten, pendirian Yang Berhormat Bagan Serai.
Cuma saya hendak rujuk kepada Yang Berhormat Bagan Serai, apakah pandangan Yang Berhormat Bagan Serai apabila Yang Berhormat Menteri Kewangan katakan bahawa sistem GST lebih telus daripada sistem SST?
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. GST ini kita dapat lihat daripada resit itu. Akan tetapi SST kita tidak nampak.
Dulu kita beli barang, kita tidak nampak cukai itu. Kita tidak pernah marah. Akan tetapi pada hari ini GST, dia kutip, kita makan, dia kutip daripada restoran 60 sen, enam kupang kita menjerit satu bulan.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua, we have been taxed long ago, SST sejak tahun 1972. Akan tetapi dia tidak nampak, dia tidak ada pada resit. So, orang pun beli ikut suka barang, seolah- olah macam tidak kena tetapi kita pun tidak tahu harga itu mahal kah, dinaikkan kah dan sebagainya.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Justeru itu, GST lebih telus. GST lebih cekap dan pematuhannya lebih baik hari ini tetapi Tuan Yang di-Pertua, rakyat tak faham. Rakyat tak suka dan rakyat reject GST. Jadi justeru itu, kita dapat lihat rakyat tak mahu hari ini. Jadi saya berpendapat, kita dah cuba empat kali, empat Menteri telah cakap tentang GST tetapi rakyat masih tak faham. Mungkin bukan masanya, mungkin this is not the right time. Mungkin kita perlukan lima, enam, sepuluh lagi Menteri Kewangan akan datang untuk ceritakan GST.
Sebanyak 160 negara buat GST, Malaysia tak faham lagi tetapi yang penting suara rakyat. Saya berpendapat, Tuan Yang di-Pertua, kita patut refocus. Kita jaga rakyat dengan taxes yang lain tanpa GST sebab ini adalah suara rakyat, sebab ini adalah apa yang rakyat mahu hari ini. Kita lihat hari ini kalau kita tak dengar suara rakyat, maka jawabnya kita sedang menempah satu lagi kekalahan yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, Bagan Serai ingin menegaskan sekali lagi secara kesimpulannya Titah Tuanku. Titah Tuanku, berbahaslah dengan beradab dan bersopan dan ikut peraturan mesyuarat dan saya tekankan sekali lagi 10 perkara dalam 100 hari satu matlamat, satu goal setting oleh Pakatan Harapan. Jangan main-main, jangan janji jadi capati. Kita buat betul-betul, fikirkan bagaimana untuk bagi tahu- rakyat di luar sana menunggu. Rakyat dok tengok ini, bila kami nak dapat benda yang dijanjikan.
Tuan Yang di-Pertua, Titah Tuanku, bantulah ekonomi rakyat terpinggir. Bagan Serai berpendapat HSR, ECRL adalah jalan untuk merapatkan jurang dan pertumbuhan mestilah memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat. Perancangan, proses pertumbuhan janganlah kalau boleh dan kurangkanlah Putrajaya centric.
Tuan Yang di-Pertua
Masa tamat.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Sedikit lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Sedikit lagi. Bagan Serai hendak nyatakan sekali lagi GST tidak salah, GST bagus. Rakyat tidak salah, rakyat bagus tetapi kita kena bersedia menerima suara rakyat dan apa yang dititahkan oleh Tuanku, “Beta menyokong pemansuhan GST ini”. Bagan Serai pun rasa begitu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekarang ini giliran Yang Berhormat Alor Setar. Jemput, Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih rakan-rakan sekalian. Terima kasih kerana memberi peluang untuk saya berucap buat kali pertama untuk Titah Diraja di Parlimen ini. Dalam Titah Diraja ini ada merangkumi kesemua bahagian ataupun bidang dan saya rasa saya cuma ambil satu, di mana Tuanku mengalu-alukan perubahan ataupun sebarang inisiatif perubahan dasar untuk menghadapi cabaran yang saya anggap amat penting bagi khususnya kerajaan yang baharu ini. Saya cuma berharap untuk menitipkan beberapa isu yang penting termasuk pertanian, termasuk kewarganegaraan dan isu berkaitan dengan imigresen dan kalau ada cukup masa, saya akan sentuh isu lain.
Pertama sekali, pertanian bagi kawasan Kedah, Alor Setar khususnya, adalah jelapang padi seperti Yang Berhormat sedia maklum. Alor Setar dan Kedah menyumbangkan majoriti padi hasilan untuk sebagai sumber makanan seluruh Malaysia.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Baru-baru ini ada juga cadangan daripada pihak kerajaan bahawa untuk kita menghentikan monopoli import beras. Di sini saya ingin nak menekankan bahawa saya setuju bahawa kita menghentikan monopoli import, tetapi yang penting adalah sebenarnya apa isu masalah yang dibawa oleh import ini?
Ini kerana apabila BERNAS import beras, dia satu-satunya yang monopoli import beras khususnya dari Vietnam ataupun luar negara yang harganya lebih kurang sama dengan harga padi di Malaysia sekarang tetapi kualitinya cukup baik. Maka depa boleh campurkan beras tersebut untuk jual dalam harga yang lebih murah kerana BERNAS, keutamaannya ialah dia sumberkan hasil ataupun beras tersebut kepada khususnya anak syarikat sendiri, JATI dan Jasmine. Maka dia mewujudkan satu persaingan yang tidak sihat di antara kilang-kilang tempatan di mana anak syarikat BERNAS ini dia boleh jual sampai ke kedai dengan harga RM22 ataupun RM22.50 tetapi kilang yang lain hanya boleh jual sekurang-kurangnya RM24.50. Maka akhirnya daripada persaingan tidak sihat ini, kilang tempatan ini akan menghadapi masalah kerana semua kedai-kedai akan hanya ambil sumber daripada anak syarikat BERNAS.
Maka apabila kita nak cadangkan untuk menghentikan monopoli tersebut, kita kena jaga bahawa walaupun kita boleh buka seluasnya mungkin ada lima ataupun sepuluh pengimport yang akan datang, tetapi yang penting sejauh mana beras yang diimport itu boleh disampaikan sehingga ke kedai-kedai supaya persaingan di antara kedai-kedai tersebut adalah fair ataupun sihat di antara mereka.
Saya ingin nak cadangkan juga membuat kajian khususnya kepada biji benih yang baru-baru ini banyak masalah. Aduan daripada petani adalah ada satu padi yang dipanggil padi angin di mana padi yang dihasilkan tersebut ada kebanyakan tidak boleh dipakai. Ini juga ada disebabkan racun yang diguna itu tidak cukup berkualiti. Juga ada cadangan bahawa- walaupun ada subsidi racun yang diberi oleh pihak kerajaan tetapi simpan tak boleh pakai kerana tak cukup kualiti. Maka ada cadangan bahawa adakah boleh kita tukar subsidi tersebut dalam bentuk di mana boleh digunakan untuk baucar supaya petani sendiri membeli mana satu racun yang memang sesuai ataupun berkualiti supaya tidak dibazirkan subsidi tersebut.
Apa yang penting adalah di seluruh Malaysia ini, setakat ini hanya tujuh sahaja pembekal yang dibenarkan untuk menghasilkan biji benih dan di antara tujuh syarikat tersebut yang sebelum ini- oh! Sembilan syarikat. Dalam target 72,000 metrik tan yang kita nak hasilkan dalam biji benih padi ini, hampir sampai setengah tahun ini ada banyak syarikat tak sampai paras yang harus dihasilkan.
Contohnya MADA sendiri, Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) sehingga bulan Mei 2018 ini dalam target yang sepatutnya hasil adalah 12,000 metrik tan tetapi hasilan yang sudah dihasilkan hanya 3,000 metrik tan sedangkan ada juga syarikat lain yang diberi kuota hanya 6,500 metrik tan tetapi sudah hasilkan penuh 100 peratus. Maksudnya apa?
Maksudnya ada syarikat yang ada kapasiti untuk menghasilkan biji benih tetapi diberi kuota yang sikit sedangkan ada syarikat yang tak ada kapasiti ataupun tak ada kemampuan tetapi diberikan kuota tetapi tak habiskan kuota, terpaksa nak beli daripada syarikat lain.
Maka saya rasa sepatutnya dalam bab ini, kalau boleh kerajaan tolong kaji. Kita pilih syarikat yang memang ada kapasiti dan kita bagilah lebih ruang untuk syarikat untuk menghasilkan biji benih supaya tidak berlaku isu yang tahun lepas di mana ada shortage atau kekurangan biji benih pada satu waktu sehingga akhirnya yang biji benih subsidi yang harga dia sepatutnya lepas subsidi RM28 itu tetapi oleh kerana kekurangan, akhirnya petani terpaksa beli biji benih tanpa subsidi yang harga dia lebih kurang RM50. Inilah saya cadangkan supaya pihak kerajaan...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik mohon penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Beri laluan?
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Tadi Yang Berhormat menyebut berkaitan dengan masalah sawah padi khususnya di Kedah, di Alor Setar. Sekarang ini timbul masalah yang agak besar iaitu susutnya kawasan sawah ini apabila banyak tanah-tanah sawah ini telah ditukar status kepada tanah perumahan ataupun kawasan perumahan. Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa kerajaan negeri khususnya perlu membuat polisi tidak ada lagi tanah sawah ini ditukar ke kawasan perumahan untuk menjaga stabiliti kawasan sawah ini?
Terima kasih.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Terima kasih daripada Ahli Parlimen Sik.
Sebenarnya secara keseluruhannya saya setuju bahawa kita perlu kekalkan bendang- bendang yang sedia ada sama ada ia menguntungkan atau tidak. Sedangkan ia adalah jelapang padi, sumber makanan. Cuma, kalau negeri-negeri yang menghasilkan padi ini, mereka selalunya menghadapi masalah kerana kalau tanah tersebut guna untuk padi, maka tak cukup tanah untuk lain pembangunan.
Dalam bab ini, Kerajaan Pusat harus kaji sama ada bagi, contohnya macam royalti seperti dengan Sabah dan Sarawak yang dapat royalti minyak. Maka kalau Kedah kita nak kurangkan dapat pendapatan melalui pembalakan ataupun kita nak tumpu kekalkan bendang ataupun sawah ini, haruslah Kerajaan Pusat mungkin bagi sikit subsidi daripada segi pendapatan kerajaan negeri. Bab itu saya tidak menafikan perlu diambil kira. Terima kasih.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Satu lagi untuk isu pertanian ini adalah pemotongan permutuan. Kita faham bahawa sebelum ini lebih kurang 17 hingga 18 peratus pemotongan dan kini sudah hampir 20 hingga 25 peratus. Akan tetapi ini adakah berpunca 21 adalah kerana hasil padi yang dibawa daripada petani. Ini barangkali pada cuaca yang lembap ini, maka padi itu dipotong dengan lebih. Akan tetapi punca utama adalah kilang ini menganggap bahawa apabila harga padi seragam sampai RM1,200, maka margin keuntungan kurang.
Maka, tidak kiralah padi yang diambil masuk ini lembap atau tidak lembap, dia tetap hendak bagi potongan lebih. Dalam bab ini, saya minta kementerian untuk buat kajian.
Sekiranya kalau kita boleh ada satu pihak independent untuk buat kajian. Padi yang diambil itu ada atau tidak cara untuk kita ambil kira sama ada kelembapan itu betul ikut kualiti ataupun tidak. Sekiranya memang harga itu patut, maka haruslah kita ambil kira dari segi subsidi perlu tambahkan ataupun kita kaji semula dari segi harga tersebut supaya menjaga juga keuntungan kilang dan juga pesawah.
Selain daripada isu pertanian, satu isu penting yang saya hendak bangkitkan ialah isu kewarganegaraan. Baru-baru ini kita nampak ada banyak pertanyaan bahawa ramai permohonan, khususnya anak-anak yang bertaraf bukan warganegara dalam Malaysia ini selalu menghadapi masalah. Ikut statistik yang saya tanya dalam soalan sebelum ini, khususnya untuk permohonan Perkara 15 iaitu kewarganegaraan untuk anak kurang daripada umur 21 tahun. Kalau Perkara 15, di antara tahun 2013 hingga 2017, empat tahun ini, permohonannya lebih kurang 27,000. Akan tetapi untuk Perkara 15A sahaja, antara statistik yang telah saya dapat, tahun 2011 hingga tahun 2018, ada 52,000 permohonan.
Bezanya di sini ialah kalau ikut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 15, khususnya Perkara 15(2) adalah kepada anak kurang daripada umur 21 tahun, di mana ibu bapa salah seorang adalah warganegara. Akan tetapi kebanyakannya permohonan ini, JPN akan masukkan dalam kategori 15A dan bukannya 15(2) kerana 15A hanya menyatakan bahawa dalam keadaan khas. Dalam keadaan khas, maksudnya tidak mengambil kira ibu bapa salah seorang adalah warganegara ataupun tidak. Oleh kerana JPN hanya anggap bahawa yang daftar kahwin secara sah, barulah diambil kira sebagai ibu bapa.
Dalam bab ini, saya cadangkan supaya kita ambil kira DNA Report untuk mengesahkan status ibu bapa tersebut. Oleh kerana zaman sekarang ini, kalau orang hendak masuk untuk JPN, daftar anaknya, sebenarnya JPN tidak ambil kisah pada waktu itu.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Sesiapa sahaja kalau tidak daftar kahwin, bapa bawa emak, bawa anak sekali untuk daftar, maka nama bapa akan terus letak nama suami itu walaupun belum daftar. Cuma dia letak seksyen 13 bahawa dia lahir tanpa daftar kahwin. Dalam bab ini, sebenarnya kita tidak boleh hendak anggap orang itu sebenarnya bapa dia, sedangkan kalau ada laporan DNA, dia lagi mengesahkan bahawa statusnya. Dalam keadaan ini, sepatutnya permohonan tersebut perlu mengambil kira di bawah Perkara 15(2) dan bukannya 15A. Dalam keadaan ini, ia menyebabkan ramai di antara anak-anak kecil ini tidak dapat kewarganegaraan dan kumpul kes hampir 50,000 dalam KDN sekarang.
Suka tidak suka, anak itu akan besar suatu hari nanti. Kita terpaksa menghadapi masalah sekarang. Ramai mereka ini tidak dapat masuk sekolah. Tidak dapat masuk sekolah, bila kita tanya Jabatan Pendidikan, Jabatan Pendidikan kata, okey, boleh dalam dua tahun ini sila buat pasport ataupun dokumen. Akan tetapi ada kadang-kadang mereka ini, ibu itu mungkin tidak ada sini. Ibu dia sebagai orang Thailand, orang Siam atau mana-mana, tidak ada sini. Maka, dia pun tidak boleh hendak buat dokumen untuk anak tersebut. Akan tetapi Jabatan Pendidikan kata, tidak ada dokumen, tidak boleh.
Akan tetapi bila kita semak dengan kedutaan di China ataupun Thailand, ada pula kedutaan kata kalau ibu itu warganegara tersebut, tidak ada di sini, anak tidak boleh hendak buat pasport untuk negara dia sendiri. Maka sebenarnya, akan wujud masalah di mana anak- anak ini tidak boleh masuk sekolah. Walaupun dalam polisi kita adalah membenarkan. Ini akan wujud dalam dua tahun yang akan datang kerana setakat ini Jabatan Pendidikan sudah memberi satu buffer zone untuk tahun ini untuk selesaikan masalah ini. Akan tetapi semakan saya dengan duta-duta negara ini, ada perbezaan antara duta. Contohnya Thailand, membenarkan tetapi perlu dapat endorse daripada Wisma Putra tetapi China tidak membenarkan. Ia akan menyebabkan anak-anak ini tidak boleh dapat memohon dokumen supaya masuk sekolah.
Salah satu yang penting adalah di bawah Perkara 16. Sebenarnya ramai di antara di Malaysia ini yang lahir sebelum hari Merdeka. Mereka sebenarnya layak untuk membuat permohonan di bawah Perkara 16. Cuma masalahnya tidak dapat hendak trace dia punya Sijil Lahir. JPN tidak dapat hendak semak di mana sijil lahir. Maka, mereka akan letak permohonan di bawah Perkara 19. Ini adalah tidak adil untuk mereka.
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Beri laluan.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai, ya silakan.
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tambah sedikit terhadap Yang Berhormat Alor Setar berkenaan dengan kewarganegaraan.
Pada masa ini, dalam negara kita, banyak masalah warganegara timbul disebabkan mereka tidak dapat mengadakan satu borang ataupun borang-borang khas yang dimudahkan untuk mereka untuk diteruskan dan juga senang untuk mereka apply. Sekarang bila dia pergi, macam-macam borang diberi. So, maka susah mereka hendak isi dan sebagainya. Jika ia disenangkan ataupun diubahsuai balik, mungkin kita boleh selesaikan masalah ini dalam masa yang singkat. Teruskan.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Terima kasih. Sebenarnya saya rasa ada sikit kekeliruan di antara JPN itu sendiri. Saya bayangkan ketidakadilan kepada orang-orang tua yang lahir sebelum merdeka ini kerana mereka sepatutnya di bawah Perkara 16. Akan tetapi oleh kerana tidak dapat hendak trace sijil lahir yang cukup lama sekali, maka mereka ini akan dikategorikan di bawah Perkara 19.
Bezanya kalau Perkara 16, salah satu syaratnya adalah dia mempunyai pengetahuan asas Bahasa Melayu. Akan tetapi Perkara 19, khususnya untuk orang luar yang hendak masuk Malaysia, syaratnya adalah mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam Bahasa Melayu. Maksudnya, standardnya adalah beza. Akan tetapi saya menghadapi isu di mana orang-orang tua ini bila dia masuk buat ujian bahasa ini, ditanya bahasa, soalan yang bukan hendak uji bahasa itu pun. Hendak uji jawapannya.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Contohnya, kalau ada pegawai tanya contohnya, hendak mohon warganegara, tanya berapa helai rambut tuan ada? Macam mana uncle hendak jawab? Dia hendak jawab dia tahukah tidak tahu? Akan tetapi dia tidak tahu jawapan, dia tidak jawab, akan dianggap bahawa dia tidak tahu bahasa. Ini tidak adil untuk permohonan ini. Sebenarnya mereka ini di bawah Perkara 16, kita bagi bertimbang rasa. Seluruh Malaysia tidak banyak kes pun.
Kalau ikut kajian, I rasa tidak sampai 3,000 kes yang lahir sebelum merdeka dan sudah cukup lama. Saya mohon dalam bab ini, pihak kerajaan kalau boleh bagilah dalam bentuk apa pun untuk selesaikan. Walaupun depa mungkin umur sudah 70 tahun, 80 tahun, sekurang-kurangnya kita mengiktiraf bahawa mereka ini bukan lahir sini. Depa lahir sini, cuma sijil lahir yang lama itu sudah hilang. Bab ini saya minta selesaikan.
Isu ketiga yang saya hendak ketengahkan adalah khususnya kepada imigresen. Di sini, sejak dulu pun, kita ada permohonan untuk permit masuk, khususnya isteri yang kahwin dengan suami di sini, termasuk juga suami yang kahwin dengan isteri di Malaysia.
Prosedurnya adalah dia membuat permohonan, selepas itu buat temu duga di balai polis dan buat temu duga di imigresen.
Akan tetapi masalah kita, tidak ada SOP untuk semak sama ada permohonan tersebut sedang diproses ataupun tidak. Saya pernah ada isu, ada kes bahawa permohonan itu sembilan tahun simpan dekat balai tidak pernah ditemu duga, sedangkan sepatutnya dalam setengah tahun boleh selesai. Masalahnya depa hendak pergi tanya mana? Tanya JPN? Tanya imigresen, imigresen minta pergi balai. Pergi balai, siapa hendak tanya? Tanya balai, balai tidak tahu, sedangkan ia sepatutnya di bawah Jabatan Special Branch untuk buat semakan.
Kalau kita ada satu proses semakan, maka kita tahu kes sampai mana dan tidak wujud isu yang tertangguh sebegini yang menyebabkan kes-kes. Oleh kerana masalahnya, kalau depa ini tidak dapat hendak mohon permit masuk, sekiranya suami ataupun isterinya meninggal dalam beberapa tahun ini, maka mereka ini ada masalah untuk sambung visa dan terpaksa balik. Ada juga dulu kita ada sistem point. Setakat ini saya tidak pasti sama ada sistem point masih wujud ataupun tidak. Di mana kalau suami sudah meninggal, isteri yang belum dapat permit masuk ataupun IC merah ini boleh sambungkan visa tersebut. Dulu ada sistem point tetapi sekarang saya tidak tahu. Saya harap pihak kerajaan kena kaji, khususnya untuk ini dan termasuk satu lagi adalah permit untuk kerja.
Saya faham bahawa dulu ramai mereka ini mohon melalui MyEG. Setakat ini tiga syarikat itu sudah diberhentikan dan setakat ini kita tidak import pekerja asing yang baru tetapi pekerja yang lama sebelum ini adalah ambil permit khas untuk sepuluh tahun. Sepuluh tahun sudah sampai masa. Setakat ini kalau katakan kita market, pasaran kita masih perlukan tetapi kita segan untuk import baru dan syarikat yang buat import ini kita berhenti, maka apa akan jadi untuk yang setakat ini tengah kerja kalau kita hantar balik.
Adakah kita hendak import baru? Dalam bab ini saya cadangkan bahawa kalau kita hendak hentikan ataupun sementara untuk import pekerja asing yang baru, maka sekurang- kurangnya pekerja asing yang sedia ada sudah wujud sepuluh tahun ini kita boleh sambungkan supaya senangkan majikan. Tidak kita pening kepala hendak cari pekerja asing baru dari mana-mana untuk sambungkan kerja. Sementara ini, kita bersihkan prosedur tersebut supaya tidak mengganggu dari segi kegiatan ekonomi yang sedia ada.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang saya hendak cadangkan adalah khusus untuk di kawasan saya di mana ada dua stesen kereta api iaitu di Anak Bukit dan juga di Alor Setar. Termasuk juga di Perlis ada Stesen Arau yang sebelum ini tidak pernah kutipan parking di kawasan tersebut, maka ramai depa ini ada yang kerja di Penang ataupun di Perlis, depa parking kereta selepas itu ambil kereta api pi sana balik satu hari. Sekarang ini, dalam awal tahun ini sudah mula kutip parking di beberapa stesen ini. Maka untuk pekerja yang terpaksa parking di sana satu hari untuk kerja dan pulang balik setiap hari, maka tiba-tiba mereka ini kena tanggung beberapa ratus untuk setiap bulan.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Dalam bab ini kita bukan hendak cadangkan semesti hendak minta percuma pun, kalau boleh kita kaji. Setakat ini ada yang parking dekat dalam RM4 satu hari, dekat luar RM8 satu hari. Kalau boleh kita susun balik. Mungkin boleh buat sticker bulanan ataupun cara untuk kurangkan beban untuk orang-orang muda yang terpaksa cari kerja di luar kawasan bandar mereka sendiri supaya kita dapat kurangkan beban dalam masa yang terdekat ini, supaya kita tidak dalam keadaan yang ada GST atau SST dan kesemuanya ini. Maka saya harap dalam bab ini kalau boleh kita diambil kira.
Setakat ini saya ada beberapa isu lain mungkin pada masa depan saya boleh cuba ulang. Setakat ini saya ucap terima kasih kepada rakan-rakan sekalian yang tidak celah ataupun yang sudah celah, saya harap pada masa akan datang kawan saya Yang Berhormat Arau pun boleh bekerjasama. Dulu kita di Perlis, so kita harap kita boleh bersama-samalah membangunkan khususnya Malaysia yang baru ini dan dengan ini saya mengucapkan sokongan kepada Titah Tuanku. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar, tepat pada masa.
Mengikut senarai di hadapan saya, pembahas seterusnya ialah Yang Berhormat Ketereh.
Saya ingin memohon jasa baik Yang Berhormat Ketereh untuk memanggil Yang Berhormat Arau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Tidak apa?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Yang Berhormat Ketereh akan memberi bahas.
Selepas itu saya ingat saya ingin mengikut senarai. Selepas itu saya panggil Yang Berhormat Tanjong ya, selepas Yang Berhormat Tanjong, kita akan panggil Yang Berhormat Arau.
Silakan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya turut menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sewaktu merasmikan Penggal Pertama Parlimen Keempat Belas yang baru lalu.
Izinkan saya untuk memulakan ucapan ini dengan menyebutkan satu hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Jika amanah disia- siakan, tunggu sahajalah kehancuran terjadi”. Lalu sahabat bertanya bagaimana maksud amanah disia-siakan, Nabi SAW menjawab, “Jika urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah akan kehancurannya”. Tuan Yang di-Pertua proses Demokrasi Berparlimen dalam negara kita telah pun selesai. Kita harus berjiwa besar mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak ataupun semua wakil rakyat yang dipilih dan tahniah kepada pihak yang membentuk kerajaan kerana kerajaan itu adalah suatu kuasa yang dipinjamkan oleh Allah SWT. Tidak ada sebab untuk mereka yang telah pun menjadi kerajaan terus fobia dengan masa-masa yang lampau. Saya berfikir pada masa ini tanggungjawab kerajaan adalah untuk memberikan keyakinan yang berterusan kepada rakyat yang telah memilih mereka agar mereka dapat melakukan sesuatu yang lebih baik bagi negara.
Sementara pembangkang juga tetap akan mempunyai peranan kerana Parlimen dan pemerintahan tanpa pembangkang adalah suatu ketempangan yang cukup dahsyat kerana ia menjurus kepada absolute power corrupt absolutely, dengan izin Tuan Yang di- Pertua.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Hari ini rakyat mula kembali merasa resah apabila banyak janji yang tidak dapat ditunaikan ataupun rakyat akan mula merasa gusar apabila pembawaan kerajaan masih dilingkungi dan diselubungi dengan sentimen-sentimen tertumpu kepada usaha membalas dendam dan terbawa-bawa dengan pendekatan-pendekatan kosmetik kerana rakyat sebenarnya menunggu-menunggu sesuatu yang benar-benar akan membawa perubahan yang lebih baik kepada negara kita yang tercinta ini.
Kita ingin bertanya kepada kerajaan, apakah janji dan apakah sasaran yang bakal ditetapkan oleh kerajaan untuk setidak-tidaknya mengekalkan prestasi yang telah ditinggalkan oleh kerajaan yang terdahulu, Barisan Nasional. Kalau Kerajaan Barisan Nasional telah meninggalkan rizab antarabangsa sejumlah RM109 bilion atau hampir RM440 bilion, maka kerajaan baharu haruslah meletakkan satu indeks, apakah rizab antarabangsa yang sekarang ini telah mula susut hampir RM6 bilion untuk diletakkan kepada satu tahap yang lebih baik dan lebih tinggi daripada zaman Barisan Nasional.
Kalau keluaran dalam negara kasar (KDNK) ditinggalkan oleh Barisan Nasional berada pada tahap antara 5.9 peratus ke 6.2 peratus, kita ingin mendengar daripada kerajaan yang baharu apakah keazaman mereka untuk meletakkan sasaran berapakah pertumbuhan KDNK negara yang sekarang ini petunjuk terbaharu dari badan antarabangsa meramalkan penurunan kepada tahap 5.4 peratus.
Kalau Kerajaan Barisan Nasional meninggalkan nilai ringgit pada bulan Mei pada tahap RM3.88 bagi setiap Dolar Amerika Syarikat, kita ingin mendengar daripada kerajaan baharu apakah nilai mata wang ringgit ini dapat dipertahankan? Sedangkan unjuran terbaharu menunjukkan tukaran mata wang bergerak ke arah RM4.10 ataupun mungkin lebih parah daripada itu. Kalau Kerajaan Barisan Nasional telah meninggalkan indeks KLCI pada tahap 1,800 mata, apakah kerajaan baharu dapat memberikan keyakinan dan jaminan kepada rakyat agar indeks pasaran Bursa Malaysia berkembang dan menjadi lebih besar mencapai tahap yang lebih daripada zaman Kerajaan Barisan Nasional.
Kalau tahap daya kompetitif negara seperti mana yang diumumkan oleh World Economic Forum berada pada tangga ke-19 dunia dan petunjuk-petunjuk lain pada tangga ke-14 dalam konteks kemudahan memulakan perniagaan, pada tangga ke-11 daripada sudut efficiency pengurusan, pada tangga kedua dari segi pegangan global tertinggi aset perbankan pembiayaan Islam, maka kerajaan baharu apakah indeks baharu bagi meyakinkan kerajaan baharu akan dapat melakukan lebih baik dari apa yang telah dicapai oleh kerajaan sebelum daripada ini.
Begitu juga penarafan dunia oleh Fitch Ratings, Moody’s dan Standard & Poor’s yang meletakkan pada tahap A- stable, manakala Moody’s meletakkan pada A3 stable satu tahap pengiktirafan menunjukkan pengurusan ekonomi yang baik, maka apakah pula kerajaan baharu meletakkan sasaran-sasaran mereka. Begitulah seterusnya termasuk juga soal hutang negara ditinggalkan pada tahap RM686 bilion yakni pada kadar kira-kira 50.9 peratus daripada KDNK hendaklah kerajaan baharu menyatakan kepada rakyat apakah sasaran mereka.
Tuan Yang di-Pertua,...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Minta laluan Yang Berhormat.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
...Semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya hendak tahu tentang indeks rasuah?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong minta laluan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Je...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong minta laluan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Ya, Yang Berhormat Jelutong sila.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bolehkah Yang Berhormat tolong memberi- terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mengetahui tentang indeks rasuah ketika Barisan Nasional memerintah berbanding dengan indeks rasuah sekarang.
Boleh Yang Berhormat memberi perbandingan ulasan tentang perkara itu. Indeks rasuah, international rating.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Dia ini kadang-kadang mungkin orang baharu, dia soalan indeks negara ini tanyalah kepada Menteri, ini pembangkang. Kalau hendak jadi pembangkang duduklah sebelah sini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukan Yang Berhormat, ketika itu Yang Berhormat adalah di sebelah sana.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Okey, Yang Berhormat Jelutong duduk dahulu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, anda Ketua Penerangan UMNO ketika itu boleh memberi penerangan tentang indeks rasuah Barisan Nasional ketika itu. International rating.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Tuan Yang di-Pertua, begitu juga berhubung dengan perkara-perkara seperti kadar inflasi. Kerajaan bertukar pada saat kadar inflasi pada kadar 1.4 peratus. Apakah dasar kerajaan yang baharu untuk mempertahankan dan mengawal situasi inflasi?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya masih lagi minta penjelasan tentang indeks rasuah ketika Barisan Nasional...
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Dan dari sudut dagangan, dari sudut...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Duduklah, duduk, duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Memerintah.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Adakah...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau berani tolong jawab tentang indeks rasuah. Yang Berhormat Jelutong meminta, kalau berani meminta...
Tuan Yang di-Pertua
Laluan tidak diberi, Yang Berhormat Jelutong.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Saya okey.
Jawapannya mudah sahaja kalau hendak tahu indeks rasuah, tanya bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang didakwa oleh kes rasuah...
[Dewan riuh]
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Tuan Yang di-Pertua...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, apa ada kena mengena?
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ketereh tidak beri laluan. Jadi sila duduk.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk satu ruling memandangkan kes Yang Berhormat Ketereh katakan tadi masih di dalam mahkamah. Boleh beliau tidak...
Tuan Yang di-Pertua
Aturan mesyuarat itu agak mudah untuk difahami. Alright? Yang berbahas itu hendaklah memberi laluan. Jadi jangan cepat sangat berhujah sebelum laluan diberikan. Adakah Yang Berhormat Ketereh memberi laluan?
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Tidak.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan. Teruskan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Saya beri laluan kalau perkara-perkara yang ada standard. Kalau low class, no way [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Masa berjalan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Isu rasuah low class.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Soal perpindahan kuasa...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tak malukah isu rasuah low class? Lihat cermin muka sendiri. Isu rasuah negara low class.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
...Daripada satu kerajaan kepada satu kerajaan yang lain.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Is this your...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong, kita kena ikut aturan mesyuarat...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ketereh sedang berbahas, saya telah membenarkan Yang Berhormat Jelutong menyatakan apa yang disuarakan tadi. Yang Berhormat Ketereh telah memberikan jawapan walaupun tidak memuaskan pada Yang Berhormat Jelutong ya tetapi kita ikut aturan mesyuarat.
Akan wujud mungkin kesempatan di pihak sini untuk membangkitkan perkara- perkara ini. Akan tetapi untuk masa kini, saya ingin Yang Berhormat Ketereh meneruskan sebab kita kesuntukan masa. Baru pagi tadi kita telah panjangkan masa berbahas sampai pukul 9. Jadi teruskan, Yang Berhormat Ketereh.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soal perpindahan kuasa bukan satu perkara yang jarang berlaku malah kerap berlaku. Dalam tahun 1977, apabila Kerajaan Kongres di India yang memerintah hampir 30 tahun berterusan sejak merdeka akhirnya telah tewas kepada Janata Party, Morarji Desai dan Jagjivan Ram. Hampir samanya dengan Kerajaan Pakatan Harapan, Morarji Desai yang telah bersara lama tiba-tiba muncul semula. Jagjivan Ram pembelot saat akhir berganding bahu menjatuhkan Kerajaan Kongres. Akan tetapi sejarah menyatakan Kerajaan Kongres hanya bertahan selama tiga tahun selepas itu- maaf, Kerajaan Janata hanya bertahan tiga tahun.
Di Jepun, Japan Democratic Party mengalahkan Liberal Democratic Party setelah memerintah hampir 60 tahun. Serupa juga dalam masa tiga tahun bertukar tiga Perdana Menteri kemudian kuasa bertukar. Kerajaan Pakatan Harapan juga hampir sama dengan dua-dua ini.
Kita belum tahu lagi Pakatan Harapan akan bertahan berapa lama tetapi saya meramalkan Kerajaan Pakatan Harapan tak akan sempat menghabiskan penggalnya dan kerajaan mungkin sahaja boleh bertukar.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Beri laluan? Yang Berhormat Setiawangsa.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Ketereh, mengapa agaknya bila UMNO kalah di Kelantan pada tahun 1960, dan kalah di Pulau Pinang pada tahun 2008, dan Selangor 2008, sampai hari ini tak menang- menang?...
[Dewan tepuk]
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Saya sudah kata tadi, soal kuasa ini ketentuan Allah. Kalau soal hendak bercakap tak pernah menang, DAP berapa puluh tahun dari 1966 baru sekarang menang. Kami baru kalah sekali. Parti- parti mereka kalah 13 kali. Jadi itu bukan isunya. Isu yang kita perkatakan di sini kerajaan apabila bertukar yang penting ialah membawa perkara yang lebih baik kepada rakyat dan kami ingin mendengar apakah perkara-perkara penambahbaikan yang hendak dilakukan oleh kerajaan.
Oleh kerana kerajaan yang ada pada hari ini belum lagi memberikan sesuatu melainkan menyalahkan yang lama, mengungkit cerita lama dan sebagainya. Saya fikir masa sudah habis. Bila sudah jadi kerajaan, saya fikir, saya percaya Yang Berhormat Pulai setuju dengan saya. Berapa lama dulu jadi pembangkang sekarang peluang sudah jadi kerajaan, silakan. Akan tetapi sekarang ini rakyat sedang melihat beberapa kebobrokan yang sedang berlaku. Perkara yang pertama yang paling prinsip yang sedang dilanggar oleh kerajaan yang ada sekarang ialah kerajaan yang ada sekarang tidak menghormati prinsip separation of power. Tidak menghormati prinsip rule of law. Kita ingin mengulangi hendak bertanya sekali lagi, bagaimana mungkin kerajaan sekarang sebelum Kabinet terbentuk membentuk CEP dan CEP itu kelihatan lebih berkuasa daripada Menteri sendiri. Kita ingin bertanya di Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, mana boleh anggota CEP...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta laluan?
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
...Memanggil hakim untuk menghadap mereka. Bagaimana boleh anggota CEP memanggil seorang Menteri kanan- saya dapat berita daripada Menteri itu sendiri. Menteri kanan dipanggil menghadap di pejabat anggota CEP.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta laluan?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
CEP bukan Jho Low, CEP bukan Jho Low.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Bawah undang-undang mana?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jho Low lain, CEP lain.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Bawah undang-undang mana? Dan yang paling memeranjatkan kita, yang paling memeranjatkan kita ialah seolah-olah para Menteri tidak ada wibawa, urusan hubungan diplomatik antara luar negara diutus anggota CEP. Ke mana perginya Menteri Luar Negeri? Ke mana perginya Menteri-menteri? Di mana kuasanya Timbalan Perdana Menteri sehinggakan anggota CEP kelihatan lebih besar daripada Menteri? Malah CEP diwujudkan sebelum Kabinet itu sendiri tertubuh.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan. Beri laluan. Silakan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sedikit sahaja, Yang Berhormat Ketereh. Saya juga dapat maklumat bahawa setiap keputusan Kabinet akan dihantar kepada CEP untuk ditentukan sama ada boleh diteruskan ataupun tidak. Apa pandangan Yang Berhormat Ketereh?
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Sebenarnya ini adalah satu amalan yang tidak sihat. Yang dipilih adalah wakil-wakil rakyat, para Menteri seharusnya mempunyai wibawa tersendiri. Dalam Perlembagaan, kita tidak ada satu badan yang lebih tinggi daripada Kabinet dalam konteks kuasa-kuasa legislatif. Ini satu precedent yang sangat buruk, apa lagi anggota CEP itu sendiri bukanlah orang yang rekodnya cukup bersih. Mengulangi kata-kata Ketua Umum PKR sendiri, anggota CEP itu ada yang kredibilitinya boleh dipersoalkan malah pernah dipersoalkan. Bagaimana mungkin kuasa yang patut ada pada Menteri, patut ada pada anggota Kabinet dipergunakan sedemikian rupa kerana ia menunjukkan penghinaan kepada anggota Jemaah Menteri.
Apakah Jemaah Menteri tidak ada wibawa untuk berunding dengan Ketua Kerajaan ataupun rakan sejawat mereka? Ini kerana Menteri-menteri di negara lain ada rakan sejawatnya di sini dan rakan sejawatnya bukanlah anggota CEP. Ini adalah menandakan unsur-unsur autokratik dan unsur-unsur diktatornya telah mula tersemai dalam Kerajaan Pakatan Harapan di mana one-man show telah mula pun berlaku.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Yang Berhormat, peraturan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Kedua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Kedua itu Tuan Yang di-Pertua, kita dapati...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Yang Berhormat.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
...Dalam beberapa perkara yang...
Tuan Yang di-Pertua
Ada peraturan mesyuarat yang dibangkitkan yang ini apa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Adakah 36(6), saya minta Yang Berhormat Ketereh menjelaskan, adakah kenyataan diktator itu dinyatakan terhadap Yang Amat Berhormat Langkawi? Hal ini kerana itu adalah maksud yang dinyatakan oleh Yang Berhormat. Kalau begitu saya minta kenyataan itu ditarik balik.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Tuan Yang di-Pertua, saya telah menyebut dalam term yang umum bahawasanya tanda-tanda ciri-ciri- Telah pun terwujud.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak Yang Berhormat. Saya mendengar, seluruh Dewan mendengar Yang Berhormat mengatakan *“Diktator Pakatan Harapan”...
[Pembesar suara dimatikan]*
Tuan Yang di-Pertua
Bagi peluang untuk Yang Berhormat Ketereh menjawab...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya. Jawab dahulu. Silakan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
[Bercakap tanpa menggunakan membesar suara]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Mic, mic, mic... [Merujuk kepada pembesar suara Yang Berhormat Ketereh]
Tuan Yang di-Pertua
Mic.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Dalam soal pelantikan Ketua Hakim Negara, pada masa ini kita ada dua Ketua Hakim Negara. Chief Justice yang dahulu telah mengeluarkan surat peletakan jawatan yang berkuat kuasa pada 31 Julai.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat tarik balik kenyataan ‘diktator’ itu. Semua orang mendengar. Tidak fahamkah peraturan...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Payah betullah Yang Berhormat Jelutong ini, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Apa yang hendak ditarik balik?...
[Dewan riuh]
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Tuan Yang di-Pertua, saya mengulangi ini poin, ini perkara yang sangat penting.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, sudah dengar. Tuan Yang di-Pertua, telah dengar kenyataan Yang Berhormat Ketereh mengeluarkan kenyataan ‘diktator’.
Tuan Yang di-Pertua
Akan tetapi Yang Berhormat Ketereh tidak merujuk kepada sesiapa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ada merujuk Tuan Yang di- Pertua. Dia merujuk kepada Perdana Menteri kita. Saya minta Yang Berhormat tarik balik kenyataan Yang Berhormat Ketereh...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Adakah Yang Berhormat merujuk kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Saya ulangi sekali lagi. Mungkin pendengarannya mungkin ada cacat sedikit, Tuan Yang di-Pertua...
[Dewan riuh]
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Saya sebut sekali lagi, keadaan yang sebegitu telah menjuruskan kepada tanda- tanda pentadbiran bersifat diktatorial...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Itu umum. Itu umum. Ya teruskan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Saya tidak sebut “diktator”. Saya kata “diktatorial”. Dictatorial leadership satu perkara yang bukan unparliamentary. Kalau tidak pandai, hendak kursus, saya boleh buka kelas kursus jadi Ahli Parlimen yang baik...
[Dewan ketawa]
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tanjong Karang minta laluan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Saya habiskan poin saya tentang pelantikan Chief Justice ini. Tuan Yang di-Pertua, surat letak jawatan jelas menyatakan 31 Julai. Bagaimana mungkin boleh mengangkat sumpah seorang lagi Chief Justice pada 10 Jun dan berlaku pada waktu malam? Angkat sumpah setelah kononnya ada Sidang Raja-Raja, sedangkan Sidang Raja-Raja itu sebenarnya sidang pre- council yang tidak pun dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong.
Adakah ini kerana adanya campur tangan daripada pihak Executive kepada sektor Judiciary. Konsep pengasingan kuasa ini Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak dihormati telah dibincangkan lama sebelum Masihi sudah dibincangkan oleh Aristotle dan Plato. Pasca Zaman Masihi telah dibincangkan oleh Montesquieu, dibincangkan oleh Harrington bahawasanya ia adalah petanda awal untuk bergerak ke arah satu bentuk pemerintahan yang mendorong ke arah penyalahgunaan kuasa.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Ketereh sebab masa sudah habis.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Sebagai rumusannya Tuan Yang di-Pertua, sebagai rumusannya bahawasanya kerajaan ini, Kerajaan Pakatan Harapan ini hendaklah memulakan peranan, tugas dan tanggungjawab mereka
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
untuk memberikan agenda dan memberikan pengharapan kepada rakyat, agar mereka boleh buat apa yang lebih baik daripada apa yang ada dan bukannya bertindak melakukan kezaliman ataupun melepaskan geram dan sebagainya.
Hormatilah prinsip-prinsip rule of law, hormatilah prinsip-prinsip separation of power dan hormatilah prinsip-prinsip peranan anggota Kabinet serta wakil-wakil rakyat yang dipilih.
Kita mengesyorkan agar CEP ini hendaklah dibubarkan dan Kabinet hendaklah membuat keputusan agar amalan seperti ini tidak diteruskan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pohon menyokong...
[Dewan tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Selepas ini saya akan menjemput Yang Berhormat Tanjong dan ini akan diikuti oleh Yang Berhormat Arau. Silakan.
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Pertama Parlimen Ke-14.
Saya juga ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat atas pelantikan sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baru dan ucapan tahniah juga saya ingin panjangkan kepada sahabat saya ketika di Pulau Pinang pada penggal yang lepas, yang kini merupakan Ahli Parlimen Batu Pahat dan juga Yang Berhormat Teluk Intan, yang masing-masing telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, setelah hampir lima tahun tidak menjejak kaki di Parlimen Malaysia, kini saya kembali untuk membawa tanggungjawab dan suara rakyat Pulau Pinang di dalam Dewan yang mulia ini. Pilihanraya Umum Ke-14 telah menyaksikan rakyat Malaysia memberi mandat kepada Kerajaan Pakatan Harapan untuk menerajui negara ini. Saya percaya Malaysia baharu di bawah pentadbiran Perdana Menteri serta barisan Kabinet yang dilantik merupakan sebuah pasukan yang berkemampuan dalam memastikan agenda pembangunan Malaysia akan terus maju dan mara ke hadapan.
Ketika perubahan kuasa berlaku di negeri Pulau Pinang buat pertama kalinya pada tahun 2008, Pulau Pinang berada di dalam keadaan yang kurang memuaskan. Tidak banyak perkara yang menguja kita pada masa itu. Bandar serta pekan kecil kelihatan tidak bermaya dan kotor. Keadaan kewangan negeri tidak memuaskan serta perbelanjaan kerajaan yang tinggi melampaui belanjawan tahunan. Namun, kerajaan negeri di bawah mantan Ketua Menteri ketika itu telah bekerja keras untuk membawa perubahan sehingga negeri Pulau Pinang telah dikenali sebagai negeri yang paling daya huni di Malaysia, yang bersih, hijau, sihat dan selamat.
Kini Pulau Pinang telah berada di persadanya yang tersendiri. Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang yang kini menjadi Menteri Kewangan Malaysia telah menyediakan landasan yang kukuh untuk negeri Pulau Pinang terus dikenali umum. Sebaik diangkat sebagai Ketua Menteri yang baharu, satu tanggungjawab yang besar harus dipikul oleh saya bagi memastikan kegemilangan Pulau Pinang diteruskan.
Kejayaan ini merupakan hasil komitmen tinggi dan daya tahan yang ditonjolkan semua pihak dalam memastikan keberlangsungan dan peningkatan pelaburan di negeri Pulau Pinang. Memang diakui Pulau Pinang berdepan dengan beberapa cabaran dalam usaha untuk negeri itu terus kekal maju ke hadapan.
Untuk itu, sinergi dan kerjasama yang lebih erat amat diperlukan di antara agensi- agensi kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan pada masa kini. Kerenah birokrasi dan ketidaksamaan fahaman politik yang mungkin wujud dan diamalkan sebelum ini, diharapkan dapat dihapuskan berikutan amalan keterbukaan yang menjadi agenda baharu kerajaan yang baharu ini.
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
Tuan Yang di-Pertua, dari segi pelaburan, Pulau Pinang berada di kedudukan yang sangat memuaskan. Kejayaan ini merupakan hasil komitmen yang tinggi dan daya tahan yang ditonjolkan semua pihak dalam memastikan keberlangsungan dan peningkatan pelaburan negeri itu. Pada tahun 2017, negeri Pulau Pinang telah mencatat jumlah pelaburan sebanyak RM10.8 bilion, menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai negeri yang jumlah pelaburan dalam sektor pembuatan kedua tertinggi di Malaysia.
Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, untuk meningkatkan pencapaian ini ke tahap yang lebih tinggi, negeri Pulau Pinang berdepan dengan beberapa cabaran dan memerlukan perhatian dan kerjasama daripada Kerajaan Persekutuan. Saya menyarankan agar MIDA dan agensi-agensi promosi pelaburan negeri perlu terus meningkatkan kerjasama untuk meningkatkan promosi pelaburan di Malaysia secara keseluruhannya. Ini termasuk dalam aktiviti-aktiviti penyatuan polisi pelaburan, promosi pelaburan secara bersama dan perkongsian maklumat bagi meningkatkan kecekapan penggunaan sumber dan mengurangkan pembaziran. Perkongsian ini termasuklah perkongsian makluman-makluman pelaburan dan perniagaan.
Pada masa ini Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 32 agensi persekutuan dan negeri terlibat dalam mempromosikan bidang pelaburan dan memberi insentif kepada para pelabur dengan kebanyakannya mempunyai peranan dan fungsi-fungsi yang bertindih.
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
Oleh itu, wujud satu cadangan agar MIDA diberi kuasa sebagai agensi pusat kebangsaan bagi hal ehwal pelaburan. Para pelabur akan lebih menghargai agensi promosi pelaburan one-stop di mana MIDA memainkan peranannya di peringkat Pusat, manakala agensi promosi pelaburan negeri memainkan peranan di peringkat negeri pula. Badan-badan lain yang mempunyai fungsi-fungsi bertindih juga perlu dikaji semula. Semua agensi lain perlu mempunyai peranan dan fungsi yang khusus dan batasan kuasa yang jelas bagi memastikan kecekapan perkhidmatan bagi mempromosikan pelaburan nasional.
Polisi-polisi yang melibatkan insentif haruslah dinilai semula dan repackage berdasarkan aras tanda antarabangsa. Kecekapan dalam mempertimbang dan membuat keputusan berkaitan cadangan projek dan mesyuarat bersama para pelabur juga harus diberi perhatian.
Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan permohonan untuk status MSC Malaysia telah dibekukan buat sementara waktu bermula 1 Jun tahun ini dan ini sekali gus telah menjejaskan beberapa pelabur baharu dalam proses membuat permohonan bagi mendapatkan status MSC. Bagi memudah cara kemasukan pelabur baharu, Kerajaan Persekutuan disarankan untuk mengambil langkah mempercepatkan kelulusan permohonan status MSC ini. Promosi pelaburan di Malaysia secara amnya, terutama dalam sektor berteknologi tinggi, berdepan dengan cabaran yang sangat tinggi. Kekurangan pakar dan tenaga kerja mahir termasuk mereka yang berada dalam bidang teknikal dan vokasional sangat ketara. Usaha perlu dipergiatkan agar bidang pendidikan latihan teknikal dan vokasional atau TVET akan terus diperkasakan dan diberi perhatian sewajarnya.
Di samping itu, Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap di Free Trade Zone Bayan Lepas dan lain-lain free trade zone di negara ini bolehlah disediakan satu ekosistem dan environment yang destruction free. Misalnya dalam bekalan tenaga. Saya difahamkan bahawa Suruhanjaya Tenaga sedang dalam usaha mengganti kabel-kabel di Free Trade Zone Bayan Lepas. Akan tetapi, ia akan mengambil masa sepanjang tujuh tahun dan saya percaya pelabur-pelabur asing tidaklah dapat menunggu sehingga tujuh tahun untuk melihat Suruhanjaya Tenaga melaksanakan penggantian kabel ini. Jadi saya berharap kementerian dan juga Suruhanjaya Tenaga dapatlah mempercepatkan projek ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ambil kesempatan ini untuk membangkitkan isu berkaitan pengurusan sumber bekalan air mentah. Jumlah populasi rakyat di empat buah negeri di utara Malaysia adalah kira-kira 6.69 juta. Dengan populasi dan aktiviti sosioekonomi yang semakin meningkat, sudah tentu permintaan air mentah di wilayah utara juga akan terus meningkat.
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
Di Pulau Pinang misalnya, Tuan Yang di-Pertua, permintaan air telah meningkat sebanyak 11 peratus dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Daripada purata 744 juta liter sehari pada tahun 2008 kepada 826 juta liter sehari pada tahun 2017. Oleh itu, sudah tentu cabaran baharu wujud bagi memastikan bekalan air yang secukupnya dapat dipastikan bagi menyokong semua aktiviti sosioekonomi di negeri-negeri tersebut.
Cabaran-cabaran yang dihadapi adalah seperti, pertama, Hutan Simpan Ulu Muda telah berfungsi sebagai kawasan tadahan air mentah utama bagi negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Hampir 70 peratus air mentah Perlis, 96 peratus di Kedah dan lebih daripada 80 peratus di negeri Pulau Pinang berasal dari Hutan Hujan Ulu Muda. Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014, Kedah telah melesenkan pembalakan sebanyak 46,264 hektar hutan dalam tempoh 2009 sehingga 2014 termasuk kawasan di Ulu Muda. Pembalakan ini, Tuan Yang di-Pertua, telah menyebabkan air mentah di Sungai Muda kelihatan seperti teh tarik.
Kedua, kelewatan dalam pelaksanaan projek-projek penting seperti Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak sejak tahun 2011 untuk menangani keperluan air mentah negeri Perak dan negeri Pulau Pinang.
Dan ketiga, ancaman krisis air serantau semasa musim kemarau yang luar biasa akibat perubahan iklim global. Pada tahun 2016, fenomena Super El Nino…
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik mohon mencelah...
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
...Mengancam rizab empangan yang teruk menyebabkan catuan air di beberapa kawasan...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Tanjong, mohon mencelah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sik minta laluan, Yang Berhormat.
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
Saya rasa tidak cukup masa, saya mohon maaf.
Tuan Yang di-Pertua
Beri laluan atau tidak?
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
Tidak. Dan mengancam perkhidmatan bekalan air di semua negeri di wilayah utara. Oleh itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mencadangkan agar bekalan air terawat kepada pengguna di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak diuruskan oleh operator bekalan air negeri masing-masing.
Walau bagaimanapun, diakui sumber air mentah bagi empat buah negeri ini merupakan cabaran serantau yang melampaui sempadan negeri. Kerajaan Persekutuan sebelum ini gagal menanganinya dan menguruskan cabaran-cabaran ini. Kesemua empat buah negeri berada dalam risiko kekurangan bekalan air mentah akibat daripada peningkatan permintaan air dan juga perubahan iklim.
Saya berharap Kerajaan Persekutuan yang baharu melalui Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dapat memberi perhatian akan isu berbangkit ini supaya langkah untuk menguruskan sumber air mentah di kawasan utara secara serantau dapat dilaksanakan dengan sewajarnya.
Saya kira inisiatif-inisiatif berikut perlu dilaksanakan, Tuan Yang di-Pertua, untuk memastikan kelestarian dan jaminan bekalan air di wilayah utara iaitu, pertama, mengharamkan semua aktiviti pembalakan di kawasan tadahan Ulu Muda kerana pembalakan di kawasan tersebut menjejaskan kuantiti dan kualiti air mentah untuk keempat- empat buah negeri atau tiga buah negeri iaitu Perlis, Pulau Pinang dan Kedah.
Kawasan hutan hujan seluas 163,103 hektar di Ulu Muda mesti diwartakan dan dipelihara sebagai kawasan tadahan air wilayah utara untuk manfaat tiga buah negeri ini.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sekali lagi, Yang Berhormat Tanjong, saya mohon mencelah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sik minta laluan ya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan Hutan Ulu Muda. Pada ketika ini, projek pembalakan 1,000 hektar yang diluluskan ketika Yang Berhormat Jerlun menjadi Menteri Besar masih diteruskan dan saya memohon untuk jika bersetuju, Kementerian Alam Sekitar perlu segera pergi melihat, memantau projek yang memberi kesan besar kepada sumber air di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Terima kasih.
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
Terima kasih Yang Berhormat Sik yang mengongsikan keprihatinan atas isu ini. Kalau diwartakan kawasan ini sebagai kawasan tadahan air, untuk bersikap adil kepada negeri Kedah, Kerajaan Persekutuan wajar membayar pampasan kepada Kedah sebagai ganti kepada hasil yang diperolehi daripada lesen pembalakan.
Kedua, laksanakan skim penyaluran air mentah Sungai Perak untuk kepentingan negeri Perak dan Pulau Pinang. Skim ini mempunyai potensi untuk memastikan jaminan bekalan air mentah untuk kedua-dua negeri sehingga tahun 2050.
Ketiga, merangka dan membangunkan Rancangan Pengurusan Krisis Air Mentah Wilayah Utara.
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
Pelan ini harus mengambil kira semua sumber air mentah yang ada di wilayah ini dan menentukan respond tindakan yang pantas untuk mengelakkan krisis bekalan air yang mungkin berlaku ketika musim kemarau yang panjang atau luar biasa yang disebabkan oleh perubahan iklim.
Sejak tahun 1999, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang telah bekerjasama dan berjaya mengelakkan catuan air di Pulau Pinang walaupun merupakan sebuah negeri yang berkurangan sumber air. Dalam semangat Malaysia baharu ini, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dengan semua negeri di utara adalah sangat diharapkan demi menjamin kelestarian dan jaminan bekalan air untuk 6.69 juta rakyat di utara Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, masalah kesesakan jalan raya di Pulau Pinang terutamanya ketika musim perayaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Pulau Pinang telah melancarkan Pelan Induk Pengangkutan (PIP) sebelum ini tetapi telah dikecam dengan hebatnya. Namun kerajaan negeri percaya PIP adalah penyelesaian utama kepada kesesakan lalu lintas dan untuk memenuhi permintaan terhadap pengangkutan awam dan kapasiti jalan raya dalam tempoh 50 tahun akan datang.
PIP dianggap sebagai kunci untuk menaik taraf Pulau Pinang dari segi ekonomi, tarikan pelancongan dan kehidupan penduduknya. Kerajaan negeri percaya PIP akan mengubah landskap pengangkutan dan seterusnya meningkatkan kesinambungan jajaran jalan raya dan akses di negeri ini. Kita berharap Kerajaan Persekutuan dapatlah memberi kelulusan kepada permohonan pihak kerajaan negeri untuk melaksanakan projek-projek di bawah Penang Transport Master Plan ini termasuk projek jajaran Transit Aliran Ringan (LRT) dari George Town ke Bayan Lepas serta lebuh raya Penang Island Link 1 dari Persiaran Gurney ke Lapangan Terbang Bayan Lepas.
Kita berharap juga perkhidmatan feri yang sinonim dengan Pulau Mutiara yang menjadikan salah satu mode pengangkutan yang penting juga dapat pembelaan sewajarnya.
Kerajaan negeri pernah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengangkutan pada tahun 2016 untuk mengambil alih perkhidmatan feri.
Akan tetapi setelah meneliti beberapa dokumen dan makluman tambahan yang diperoleh maka rancangan ini tidak terjadi. Sekarang kita sedia maklum bahawa perkhidmatan feri Pulau Pinang telah diambil oleh Prasarana Malaysia Berhad dan operasinya dilaksanakan oleh Rapid Ferry dan kita berharap beberapa penambahbaikan walaupun dilaksanakan namun perkhidmatan feri masih ditakuk lama.
Misalnya pagi tadi, sebuah feri didapati rosak di tengah-tengah laut dalam perjalanan dari Butterworth ke Pulau Pinang. Jadi kita berharap Kerajaan Persekutuan
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
dapatlah meneliti perkhidmatan feri dengan memperkenalkan water taxi atau catamaran bagi memberi satu alternatif pengangkutan air di negeri Pulau Pinang. Memandangkan masa tidak cukup saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan ini.
Mungkin dalam masa-masa akan datang lain-lain isu dapat diutarakan. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong. Sekarang ialah giliran Yang Berhormat Arau, selepas Yang Berhormat Arau saya akan menjemput Yang Berhormat Selayang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, saya pohon berucap sambil duduk.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya menjunjung kasih kepada Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berdoa kepada Allah SWT semoga Baginda sentiasa dapat menjalankan tugas dengan adil dan saksama. Pertama sekali sekalung tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof, yang telah dilantik menjadi Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat kesembilan.
Pelantikan Tuan Yang di-Pertua Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof ini pada pendapat saya adalah sangat tepat dan amat bersesuaian dengan latar belakang Tuan Yang di-Pertua yang bukan sahaja merupakan bekas hakim Mahkamah Rayuan yang boleh bersikap adil dalam membuat keputusan serta mempercayai keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang tetapi juga sebagai seorang bekas pensyarah di Fakulti Undang- undang di Universiti Malaya dan mempunyai kepakaran dalam undang-undang pentadbiran dan perlembagaan. Tuan Yang di-Pertua pastinya dapat mendengar dan mempertimbangkan apa yang bakal...
Tuan Teh Kok Lim - Taiping
Tuan Yang di-Pertua, timer tidak jalan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Mengenai prinsip Perlembagaan yang selama ini dipegang oleh kita semua rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Taiping, duduk dulu.
Tuan Teh Kok Lim - Taiping
Timer tidak jalan, timer.
Tuan Yang di-Pertua
Ya?
Tuan Teh Kok Lim - Taiping
Timer.
Tuan Yang di-Pertua
Timer. Terima kasih, saya pun tidak perasan timer tidak berjalan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Timer tidak masuk lagi tidak apa.
Prinsip Rukun Negara, yang pertamanya ialah kepercayaan kepada Tuhan, yang kedua kesetiaan kepada Raja dan negara, yang ketiga keluhuran Perlembagaan, kedaulatan udang- undang dan juga kesopanan serta kesusilaan.
Di sini saya ingin membahaskan mengenai Rukun Negara yang ketiga dan keempat iaitu keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
Keluhuran Perlembagaan, prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan negara.
Perlembagaan negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Perlembagaan negara telah digubal berdasarkan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Ia adalah sumber rujukan kepada segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan,
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
perundangan, kedudukan dan juga hak sosioekonomi rakyat. Perlembagaan juga menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan, kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri.
Kedaulatan undang-undang. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan negara. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan.
Tanpa undang-undang hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan negara.
Perkara 71, keluhuran Perlembagaan. Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri, 71(3), “Jika didapati oleh Parlimen bahawa di mana-mana Negeri, mana-mama peruntukan Perlembagaan ini atau mana-mana peruntukan Perlembagaan Negeri itu lazimnya tidak diendahkan maka, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi memastikan pematuhan peruntukan itu”. Peruntukan 71(4), “Jika pada bila-bila masa Perlembagaan mana-mana Negeri tidak mengandungi peruntukan-peruntukan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Kelapan, sama ada dengan atau tanpa ubahsuaian yang dibenarkan di bawah fasal (5) (kemudiannya daripada ini disebut “peruntukan-peruntukan perlu”) atau peruntukan-peruntukan yang isinya mempunyai maksud yang sama, atau mengandungi peruntukan-peruntukan yang tidak selaras dengan peruntukan-peruntukan perlu itu maka, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi menguatkuasakan di dalam Negeri itu peruntukan-peruntukan yang perlu itu atau bagi menghapuskan peruntukan-peruntukan yang tidak selaras itu.” Perkara 71 fasal (4), dengan jelas menyatakan bahawa jika ada mana-mana Perlembagaan Negeri tidak mempunyai peruntukan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Kelapan, maka ianya boleh dimasukkan sendiri oleh Parlimen. Bahagian I Jadual Kelapan wajib dimasukkan dalam semua Perlembagaan Negeri di mana Menteri Besar hendaklah dipilih di kalangan Ahli Dewan yang mendapat sokongan majoriti. Tidak ada dalam Perlembagaan Persekutuan Yang di-Pertuan Agong boleh melantik sesuka hati. Budi bicara Yang di-Pertuan Agong hanyalah pada menentukan siapa yang telah mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri. Di negeri Perlis memaktubkan Bahagian I Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan ke dalam...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Kangar mohon mencelah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Perkara 39, Undang-undang Tubuh Negeri Perlis yang mempunyai persamaan dengan Perkara 43, Perlembagaan...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Perkara 43, Fasal 2(a) berhubung dengan pelantikan Perdana Menteri mestilah mendapat sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan sebelum apa-apa keputusan dilanjutkan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kangar, mohon laluan, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perlis yang bersamaan dengan Perkara 39(2)(a) menyebut “Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah dilantik seperti yang tersebut di bawah ini...”. “Raja hendaklah mula-mula sekali melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri yang pada timbangannya boleh mendapat kepercayaan bilangan ramai ahli-ahli Dewan Negeri menjadi Menteri Besar bagi mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan;”
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kangar minta laluan. Yang Berhormat Kangar minta laluan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Siapa dia?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kangar, sebelah sana. Orang Perlis juga.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Boleh, sekejap lagi boleh, sikit.
Perkara 39 fasal (4), “Pada masa melantik seorang Menteri Besar maka Raja boleh dengan suka hatinya sendiri meninggalkan apa-apa syarat dalam Undang-Undang Tubuh ini yang mengehadkan haknya memilih seseorang Menteri Besar, jika pada pendapatnya mustahak berbuat demikian untuk memenuhi syarat-syarat dalam Perkara ini.” Pada pandangan saya, perkara ini harus dirujuk kepada Perkara 39(2) walaupun Raja boleh dengan sesuka hatinya sendiri, bermakna ia tidak boleh dari prinsip mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan.
Perkara 39(4) hanya membenarkan Baginda untuk mengetepikan syarat-syarat dalam perlembagaan negeri. Contohnya ialah dari segi bangsa, agama ataupun pemahaman.
Contohnya, seseorang itu mestilah Melayu, beragama Islam, berfahaman Sunah Waljamaah tetapi mestilah seorang yang mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan.
Perkataan, “Raja boleh dengan suka hatinya sendiri” pada pendapat saya merupakan satu interpretasi yang perlu dijelaskan lagi tentang maksud sebenar dan tahap bidang kuasa yang perlu diambil kira supaya apabila perkataan “Raja dengan suka hatinya sendiri” digunakan dalam membuat keputusan, ia adalah seiring dengan matlamat dan maksud yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 39(6), jika Menteri Besar tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan Negeri, maka dia hendaklah meletak jawatan sebagai Majlis Mesyuarat Kerajaan melainkan jika atas permintaannya Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Yang Berhormat Kangar, silakan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Arau. Saya sebenarnya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Arau mengenai pentingnya seorang Menteri Besar mendapat sokongan majoriti Dewan. Ini saya pertahankan ketika ramai orang mengambil kesempatan untuk memperlekehkan ataupun meremehkan pandangan Yang Berhormat Arau.
Cuma saya juga berpendapat bahawa dalam kes di negeri Perlis misalnya, kita difahamkan bahawa Ke Atas Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis juga turut berbincang dengan presiden daripada parti yang diwakili oleh Yang Berhormat Arau. Jadi, mungkin Yang Berhormat Arau dapat jelaskan sama ada Tuanku Raja sepatutnya mendengar presiden parti beliau ataupun daripada pengerusi negeri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Soalan yang bagus tetapi saya tidak terperangkap [Ketawa] Yang Berhormat, sini saya ikhlas, saya cerita dalam Dewan yang mulia ini supaya direkodkan. Yang pertama sekali, semasa itu berlaku proses peralihan kuasa Pengerusi Barisan Nasional. Yang pertama sekali, surat ditandatangani oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional. Selepas itu, Pengerusi Barisan Nasional sendiri menandatangani surat supaya seorang ADUN yang mendapat sokongan majoriti dipilih sebagai Menteri Besar, itu kedudukannya.
Selepas itu saya tidak tahu dan kami semua tidak tahu dan kami terpegun dengan apa yang berlaku kerana cadangan daripada Pengerusi Barisan Nasional ialah seorang yang mendapat sokongan majoriti Dewan tetapi selepas itu pelantikan dibuat berdasarkan 39 fasal
(4) iaitu di Perlis ini terjemahannya dibuat demikian rupa, saya tidak pasti sama ada betul ataupun tidak iaitu Raja boleh dengan sesuka hatinya.
Akan tetapi bagi negeri Selangor dan Pahang dan juga negeri-negeri yang lain, Raja boleh dengan menggunakan budi bicaranya. Jadi, walau apa pun peruntukan yang dibuat, undang-undang negeri tidak boleh melebihi undang-undang Persekutuan.
Undang-undang Persekutuan tidak ada, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Ahli Parlimen dengan sesuka hatinya, tidak ada. Akan tetapi Perkara 43(2) dengan jelas
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
menyebutkan bahawa Agong memilih seorang Perdana Menteri daripada seorang yang mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan. Kalau tidak, kita akan timbul masalah.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Minta laluan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Silakan.
Tuan Yang di-Pertua
Semua orang Perlis cakap ya.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Arau. Adakah maksudnya Yang Berhormat Arau ini, pelantikan Menteri Besar Perlis ini adalah tidak berperlembagaan ataupun unconstitutional? Kedua, dengan Yang Berhormat Arau mempertikaikan pelantikan Menteri Besar, adakah ia tidak didefinisikan sebagai menderhaka ataupun membangkitkan kemurkaan kepada pihak Raja? Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sakan ya. Okey, yang pertama sekali, perlembagaan di negeri Perlis ada tiga yang penting, 39(2)(a), Menteri Besar hendaklah dipilih daripada seorang yang mendapat sokongan majoriti. 39(4), Raja boleh dengan sesuka hatinya mengetepikan peraturan untuk melantik siapa yang Baginda suka. 39(6), Menteri Besar yang tidak dapat sokongan majoriti hendaklah berhenti, ‘shall’ dalam bahasa Inggerisnya adalah ‘mestilah berhenti’. Jadi, tidak boleh kita baca 39(4) itu bersendiri, Raja boleh melantik dengan sesuka hatinya. Kalau kita hendak baca bersendiri, kita tidak perlu ada 39(2) iaitu Raja mesti memilih seorang yang mendapat sokongan majoriti dan tidak perlu pilihan raya, lantiklah siapa sahaja.
Akan tetapi oleh kerana 39(2) itu dimulakan dengan itu dulu, mesti seorang yang mendapat sokongan majoriti sama ada yang telah dicadangkan oleh Pengerusi Barisan Nasional ataupun seorang yang Raja fikir sesuai untuk menjadi Menteri Besar tetapi mestilah seorang yang mendapat sokongan majoriti. Menteri besar sekarang mendapat satu sokongan majoriti tetapi Menteri Besar yang dicadangkan ialah mendapat lapan sokongan majoriti, itu kedudukannya.
Jadi, sama ada ia menurut perlembagaan ataupun tidak, pada pandangan saya, ia melampaui Undang-undang Persekutuan yang menghendaki supaya perkataan ‘sokongan majoriti’ itu diadakan. Perkataan ‘derhaka’ saya tak pasti sebab tidak jumpa dalam laluan penglihatan saya ada perkataan ‘derhaka’ wujud kerana memberi pandangan ini. Saya memberi pandangan ini bukan di atas dasar membiarkan undang-undang ini berlalu begitu sahaja, semua orang baca dan apabila orang baca, orang ingin mengetahui apakah tafsiran undang-undang tersebut. Jadi, tugas Parlimen, Perkara 71(4) tugas Parlimen untuk memastikan supaya definisi tepat diberikan kepada 39(4) bahawa walaupun pada pilihan raya untuk memilih seorang yang lain tetapi mestilah seseorang itu mendapat sokongan majoriti.
Kalau tidak, kita tidak perlu buat Perkara 39(2).
Apakah yang terkandung dalam Bahagian I Jadual Kelapan? Raja boleh bertindak menurut budi bicaranya selari dengan Perlembagaan Persekutuan tetapi tidak boleh melebihi Perlembagaan Persekutuan dalam melantik Menteri Besar. Berikutan dengan ini, Raja mempunyai budi bicara untuk melantik Menteri Besar, namun budi bicara ini tidak boleh diguna pakai dengan keseluruhannya.
Budi bicara Raja boleh diguna pakai mengikut prinsip Perlembagaan bahawa pemilihan Menteri Besar mestilah mendapat sokongan majoriti. Bagaimana budi bicara Raja boleh diguna pakai? Raja hendaklah terlebih dahulu, 39(2)(a), Raja hendaklah terlebih dahulu melantik seorang Menteri Besar untuk mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan iaitu seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan.
Berikutan dengan fasal (2) jelas bahawa Raja hanya boleh melantik Menteri Besar yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri. Jelas sekali bahawa di Perlis, pelantikan Menteri Besar tidak memperoleh kepercayaan majoriti Ahli Dewan. Ini adalah kerana lapan daripada lima belas ADUN tidak mempunyai keyakinan ataupun no confident terhadap Menteri Besar yang telah dilantik dan mereka telah membuat laporan polis serta akuan bersumpah yang menyatakan bahawa mereka tidak menyokong pelantikan Menteri Besar Perlis.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Point of order.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Namun, walaupun telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga negeri tetapi keseluruhan Perlembagaan ini dan kedaulatan undang-undang kelihatannya telah tidak diambil kira.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Bharu minta laluan.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Point of Order 36(7). Saya ingin mendapat satu petua, satu ruling daripada Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
36(7)?
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
36(7) muka surat 51. Oleh kerana dalam standing order ini disebut nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau nama Raja-raja Melayu atau Tuan-tuan Yang di-Pertua Negeri tidak boleh digunakan bagi mempengaruhi Majlis Mesyuarat. Saya ingin mendapat ruling daripada Tuan Yang di-Pertua, bimbang kalau-kalau persidangan ini dianggap terkeluar daripada landasan walaupun pihak kerajaan tidak membangkitkan perkara ini. Saya ingin satu petua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya pun telah membaca (7), tetapi perkataan di hujung itu menyebut tidak boleh digunakan bagi mempengaruhi Majlis Mesyuarat. Jadi pada pendapat saya selaku Tuan Yang di-Pertua, ini tidak berbangkit dalam perbahasan ini. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, saya setuju. Tuan Yang di-Pertua adil dalam hal ini. Itu sebab saya sebut dari awal-awal tadi. Merujuk kepada kejadian yang berlaku pada tahun 2008, Barisan Nasional telah menang dua per tiga...
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Arau, minta laluan Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Sungai Petani minta laluan Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, last one. Ada lima minit lagi.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Cuma Yang Berhormat Arau bangkitkan isu-isu yang berlegar dalam kawasan negeri. Adakah Yang Berhormat Arau merasakan ini medan untuk kita berbicara tentang isu-isu yang berlaku di negeri kerana kita Parlimen?
Adakah isu-isu apa juga yang kita putuskan di sini akan melibatkan tindakan itu boleh diambil di negeri? Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya sebut di sini ialah Perlembagaan Persekutuan bawah Perkara 71(4) di mana kalau ada perlembagaan negeri. Ini saya sebut perlembagaan ini, perlembagaan negeri yang melebihi daripada Perlembagaan Persekutuan, maka Parlimen- saya baca, Parlimen boleh meminda ataupun mengehadkan atau memberi penjelasan berhubung dengan undang-undang negeri.
Jadi merujuk kepada kejadian yang berlaku pada tahun 2008, Yang Berhormat masih ingat, Barisan Nasional telah menang dua per tiga majoriti tetapi saya Menteri Besar pada masa itu tidak mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan.
Dengan itu, saya telah mengundur diri secara terhormat kerana saya menghormati serta memahami bahawa kehendak perlembagaan negeri dan juga Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati dan dipatuhi. Ada pendapat yang menyatakan bahawa sekiranya Menteri Besar tidak lagi dapat disokong, maka dia boleh memohon kepada Raja untuk membubarkan Dewan Negeri. Pendapat ini meleset kerana parti politik yang menang pilihan raya di Perlis mendapat sokongan majoriti. Mengapa harus dibubarkan? Ini kerana yang tidak ada sokongan adalah Menteri Besar dan bukan parti yang menang pilihan raya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya merujuk kepada kemelut yang berlaku di Perak, di mana Sultan Perak pada ketika itu Yang Amat Mulia Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah membuat keputusan yang bijak dan mendahulukan kepentingan rakyat dalam membuat keputusan berhubung dengan kemelut yang berlaku.
Kuasa dan Perlembagaan yang diguna pakai adalah wajar berdasarkan kepada keadaan yang berlaku di mana Sultan Perak melucutkan jawatan Menteri Besar kerana telah kehilangan kepercayaan daripada majoriti Ahli Dewan apabila sebilangan daripada Ahli Dewan bertindak keluar daripada parti yang menang bertanding dan beralih ke parti yang lain. Menteri Besar yang baru kemudiannya telah dilantik di kalangan Ahli Dewan yang memegang majoriti kerusi di Dewan Undangan Negeri Perak yang baru. Selain daripada itu, ia juga wajar diguna pakai jika majoriti undi adalah seimbang antara parti yang bertanding dan undi yang sama rata.
Kesimpulannya, perkara 39 fasal (4) hendaklah dibaca bersama dengan perkara 39 fasal (2)(a) di mana hendaklah kita akur bahawa sebarang pelantikan Menteri Besar hanya boleh dibuat sekiranya mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
Oleh itu pada pendapat saya, demi untuk memastikan keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang, Rukun Negara Malaysia hendaklah dijunjung dan dihormati.
Perkara 39 fasal (2)(a), perkara 39 fasal (4) hendaklah dibaca bersama dengan perkara 39 fasal (6) demi menghormati proses pilihan raya yang telah dijalani secara adil dan saksama dan rakyat telah memilih wakil-wakil mereka sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri ataupun Parlimen.
Namun begitu pada pandangan saya, masih terdapat kelemahan yang amat ketara dalam Perlembagaan Negeri Perlis terutamanya tentang interpretasi perkara 39(4) di mana Raja boleh dengan sesuka hatinya, sepatutnya diolah serta dimaktubkan dengan terperinci bahawa sebelum perkara 39(4) diambil kira matlamat sebenar perkara 39(2) wajib diguna pakai terlebih dahulu iaitu pemilihan seorang Menteri Besar ataupun seperti dalam perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, pelantikan Perdana Menteri mestilah mendapat sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan.
Saya mengambil contoh mengenai kelewatan pengumuman pelantikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad di mana dilaporkan dalam berita menyatakan bahawa Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah menunggu begitu lama sebelum mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku di mana kelewatan ini adalah disebabkan mungkin Yang di-Pertuan Agong perlu mendapatkan kepastian dan siapakah yang mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen sebelum diperkenankan pelantikan. Ini adalah bersesuaian dengan apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan tiada siapa pun terkecuali daripada Perlembagaan yang telah digubal. Saya amat bersimpati dengan kejadian yang menimpa Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Walau bagaimanapun, sekalung tahniah buat beliau atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu.
Secara ringkasnya, nobody is above the law. Semua rakyat Malaysia termasuk penggubal undang-undang itu sendiri perlu mematuhi undang-undang tersebut dan alasan- alasan seperti kemungkinan telah berlaku kemenangan seorang Ahli Dewan sama ada peringkat negeri ataupun Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat melibatkan sama ada bapa atau anak, ibu atau anak, abang atau adik dan kakak ataupun adik tidak boleh sama sekali dikatakan bakal menjadi boneka ataupun puppet kepada pihak itu sendiri.
Contohnya, adakah pelantikan Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri akan menyebabkan Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir menjadi boneka kepada bapanya sendiri, sedangkan keduanya telah dipilih oleh rakyat Malaysia secara amnya.
Dengan ini, saya berharap demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan semua supaya tidak berlaku huru-hara ataupun kelewatan bagi menjalankan tugas untuk memimpin negara, saya mencadangkan agar mana-mana ADUN atau MP yang telah bertanding dan menang atas tiket sebuah parti, di mana telah mendapat kepercayaan rakyat haruslah kekal bersama-sama dengan parti tersebut sekurang-kurangnya setahun. Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Selayang untuk berbahas.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih. Saya mengucapkan tahniah atas pelantikan Tuan Yang di-Pertua sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan juga panjangkan tahniah kepada Yang Berhormat Batu Pahat dan Yang Berhormat Teluk Intan sebagai Timbalan Yang di-Pertua. Dengan prestasi, pengalaman dan kejayaan Tuan Yang di-Pertua sebagai Pensyarah Undang-undang di Universiti Malaya, sebagai peguam, sebagai pengarah yang menubuhkan Jabatan Siasatan dan Securities Commission, sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, saya yakin Tuan Yang di-Pertua akan melaksanakan tugas sebagai Tuan Yang di-Pertua dengan adil dan cemerlang.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan mereka yang minat untuk menjadi Tuan Yang di-Pertua, bahawa mengikut sejarah dan tradisi House of Commons, Speaker House of Commons adalah ejen kepada Raja dan jawatan Speaker penuh dengan bahaya. Ini kerana Raja United Kingdom akan mengambil tindakan sungguh dahsyat apabila Speaker keputusan House of Commons yang tidak disukai oleh Raja United Kingdom dengan izin, *until the 17th century, the Speaker as an agent of the King, was often blamed if they delivered news from Parliament that the King did not like. This made the role of Speaker quite perilous; seven Speakers were executed by beheading between 1394 and 1535.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)* mempengerusikan
Mesyuarat] Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Berita baik Tuan Yang di-Pertua.
Mengikut kajian saya, selepas tahun 1535, tidak ada Sepaker dari Westminster yang dipancung. Queen Elizabeth juga setahu saya tidak pernah mengikut tradisi ini dan di Malaysia, kita belum mula amalkan tradisi. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua dan juga Timbalan-timbalan Yang di-Pertua boleh membuat keputusan dengan izin, without fear or favor like kepala akan diselamatkan.
Satu isu yang timbul adalah Manifesto Pakatan Harapan menyatakan bahawa Tuan Yang di-Pertua perlu dilantik daripada Ahli Dewan Rakyat. Ini adalah mengikut konvensyen yang diadakan di Westminster. Akan tetapi pada pandangan saya, kalau kita melihat ke dalam konvensyen terperinci, saya berpendapat bahawa matlamat dan objektif telah dipenuhi. Ini kerana peranan dan konvensyen untuk melantik seorang Ahli Dewan Rakyat atau MP untuk menjadi Tuan Yang di-Pertua telah dihuraikan oleh Horace King, Speaker di Westminster daripada tahun 1965 kepada 1971.
Dengan izin beliau berkata, “...and this the British Parliament believes to be right – that, while the House of Commons is a place where, rightly, the fiercest controversy takes place, it shall take place within an ambit of mutual respect for each other’s personal honour, for ordered and regular procedure, and for the protection of all opinions, even those of the smallest minority. And because this conception lies at the heart of parliamentary democracy, Parliament selects one of its Members, divests him of his political post, and hands over to him the dignity and authority to preserve this fundamental idea”.
Mesyuarat] Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Saya dimaklumkan bahawa Tuan Yang di-Pertua meletakkan semua jawatan sebagai ahli politik. Oleh yang demikian, objektif konvensyen telah dipenuhi dan ini adalah untuk memastikan Tuan Yang di-Pertua tidak memihak kepada suatu parti dan dapat menahankan hak seorang Ahli Dewan Rakyat untuk berhujah dan bersuara sama ada
Mesyuarat] Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
mereka mewakili majoriti atau minoriti. Saya yakin kita akan- di Dewan yang mulia ini mengamalkan satu cara demokrasi yang adil.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Pencelahan Yang Berhormat.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Ya.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya, memang pun tradisi kita dan peraturan mesyuarat mengizinkan Tuan Yang di-Pertua tidak semestinya daripada kalangan Ahli Dewan. Itu telah pun termaktub dalam Perlembagaan dan peraturan mesyuarat. Cuma yang dibangkitkan sekarang ini kerana adanya janji dan ia di kalangan parti Yang Berhormat secara nyata untuk melantik Tuan Yang di-Pertua di kalangan Ahli-ahli Dewan Rakyat.
Oleh sebab itu pertanyaan dan persoalan berbangkit disebabkan oleh janji dari parti Yang Berhormat itu sendiri. Kita faham tentang konvensyen. Kita faham tentang ketelusan Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini pun apabila menjawat jawatan sebagai Tuan Yang di- Pertua, meletakkan semua jawatan dalam parti politik, telah dipatuhi dan sebagainya. Cuma berbangkit ketika ini fasal janji yang dibuat oleh parti Yang Berhormat sendiri, itu sahaja yang dituntut. Maknanya selama ini pun walaupun bukan di kalangan Ahli Dewan Rakyat, Tuan Yang di-Pertua meletakkan jawatan daripada parti dan melaksanakan tugas seadil-adilnya sebagai Tuan Yang di-Pertua dalam konvensyen Negara-negara Komanwel yang ada.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Yang Berhormat Beluran.
Ya, saya faham apa yang telah dikatakan dan kita juga menyaksikan bahawa kawan-kawan Yang Berhormat telah keluar pada masa untuk mengambil sumpah dan selepasnya kembali.
Saya beralih kepada perkara yang lain, Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam jawapan kepada soalan saya pada 18 Julai...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Minta jalan. Yang Berhormat, minta jalan. Boleh?
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Kalau saya boleh...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tidak, sikit. Fasal Tuan Yang di-Pertua sikit, sebelum you ubah tajuk lain.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Ya, kerana saya sudah beralih kepada topik yang lain.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tidak, sikit. Tidak sikit sahaja.
Boleh?
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Saya tidak...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tidak, bagi sikit sahaja.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Bagi saya habiskan...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Dengar, sikit sahaja.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Kalau ada masa saya bagi.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tidak, saya hendak fasal Tuan Yang di-Pertua sebab- sikit sahaja Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Selayang...
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Ya, saya tidak cukup masa.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Selayang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tidak, saya hendak tanya.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Tanjong Karang, saya serahkan kepada floor Yang Berhormat Selayang. Ini kerana Yang Berhormat Selayang tidak membenarkan, dia boleh teruskan. Teruskan.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam jawapan kepada soalan saya pada 18 Julai menyatakan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan akan menyediakan dokumen Rancangan Malaysia Ke-11 dijajarkan semula dengan hala tuju baru dan aspirasi Kerajaan Pakatan Harapan seperti mana terkandung dalam Manifesto PH iaitu ‘Buku Harapan’.
Kerajaan akan memperkenalkan hala tuju baru bagi tempoh tahun 2018 ke tahun 2020 sejajar dengan hasrat kerajaan yang telah diberi mandat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke- 14.
Yang Berhormat Menteri juga menyatakan bahawa kerajaan akan meneliti semula termasuk Dasar Ekonomi Baharu dan Model Ekonomi Baharu bagi mengkaji sama ada sasar tersebut masih relevan atau tidak. Dalam memastikan ekonomi negara yang mampan serta dapat menjamin pengagihan yang adil. Saya meminta kementerian untuk juga memberi perhatian bahawa masalah yang kita hadapi pada hari ini adalah pendapatan ketidaksamarataan iaitu income equality. Ini hendak diambil kira di dalam kajian semula.
Kalau kita melihat kepada Laporan UNICEF 2018, di mana kita melihat bahawa di bandar mendapati bahawa ada 22 peratus anak-anak, dengan izin, have stunted growth. Kita juga hendak melihat kepada Laporan Human Development 2013 di mana kadar kemiskinan bumiputera pada tahun 2009 adalah 5.3 peratus tetapi KadazanDusun, Murut di Sabah adalah empat kali ganda sebanyak 25 peratus. Kadar kemiskinan di Sabah adalah 8.1 peratus dan Sarawak 2.4 peratus berbanding dengan Melaka hanya sebanyak 0.1 peratus.
Masalah tentang income equality juga dilaporkan di Laporan Khazanah Research Institute di dalam State of Households volume one pada tahun 2014 dan juga State of Households II pada tahun 2016.
Apa yang penting kita hendak mengambil berat ialah masalah tentang kemiskinan adalah perbezaan pendapatan penduduk antara kelas the top 20 percent and the bottom 40 percent. Juga antara desa dengan bandar dan bukan semuanya adalah sebab kaum. Apa yang penting kita juga hendak mengadakan iltizam politik untuk melakukan perubahan dan juga perundingan dan komunikasi yang efektif dengan orang awam supaya kita dapat memberikan keterangan dan bukti bahawa dasar-dasar yang sebelum ini tidak dapat dan tidak sesuai untuk menangani masalah yang kita hadapi pada hari ini.
Mengikut seorang pensyarah dan pakar ekonomi, Encik Roslan bahawa masalah ialah ketidaksamarataan tentang pendapatan pada tahun 1957 yang mana the top 20 percent telah mengadakan 48.6 peratus dan ia naik 55.9 peratus pada tahun 1970. Manakala bahagian pendapatan golongan terbawah 40 percent telah jatuh daripada 15.9 peratus kepada 11.6 peratus. Kalau kita lihat kepada kaum India pada ketika itu median pendapatan mereka telah jatuh daripada RM228 pada tahun 1957 kepada RM192 pada tahun 1970.
Kita juga telah boleh mengambil perhatian bahawa di dalam MEB, buku Modal Ekonomi Baharu bahagian satu bahawa kelemahan DEB telah diakui bahawa DEB mengurangkan kemiskinan dan banyak menangani ketakseimbangan ekonomi antara etnik.
Walau bagaimanapun, pelaksanaannya juga semakin dan secara tidak langsung meningkatkan kos menjalankan perniagaan disebabkan mercantile atau rent-seeking, kuasa naungan patronage dan proses perolehan kerajaan yang tidak telus. Ini mengakibatkan rasuah membangkit. Justeru pula, perlu ditangani dengan serius.
Untuk menangani masalah yang kita ada, kita hendak juga melihat cara untuk meningkatkan pendapatan kita dan ukuran yang terbaik ialah faktor produktiviti menyeluruh iaitu total productivity factor. Di sini kita hendak mengambil cadangan yang telah diberi oleh OECD bagaimana kita boleh meningkatkan TFP kita di dalam artikel Boosting Productivity in Malaysia iaitu kita hendak memberikan tumpuan kepada bidang pembaharuan yang perlu untuk memacu produktiviti. Cadangan tersebut termasuk kualiti dalam pendidikan, teknologi dan inovasi pasaran buruh, rangka kerja, pengawal selia PKS serta produktiviti awam.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Bank Dunia juga di dalam Malaysia Economic Monitor: The Quest for Productivity Growth menekankan bahawa terdapat keperluan untuk terus bertindak ke atas agenda produktiviti sebagai teras utama dasar ekonomi Malaysia. Pemacuan pertumbuhan produktiviti akan memerlukan kerjasama rapat antara sektor awam dan swasta. Bank Dunia
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
menegaskan bahawa amat sukar mencari tenaga pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal, pengurusan atau kemahiran berbahasa Inggeris. Hal ini menyebabkan kekosongan dalam memenuhi jawatan sedia ada dan ini adalah punca yang membawa kepada kadar rendah dalam produktiviti pekerja.
OECD juga menegaskan bahawa prestasi pelajar Malaysia adalah rendah di ukuran OECD Programme for International Student Assessment (PISA). Maka, ujian pelajar untuk matematik, sains dan bacaan adalah antara yang terendah dalam 65 buah negara yang terlibat dalam kajian. Negara yang kurang membangun berbanding dengan Malaysia mencapai prestasi yang lebih baik. Maka, pelajar Malaysia untuk tahun 2012 telah jatuh merudum berbanding dengan tahun 2009. Ini bermakna Malaysia mempunyai masalah dengan pendidikan rendah dan hal ini perlu diperbetulkan dengan segera.
OECD mendapati faktor-faktor yang memberikan kesan buruk kepada pendidikan di Malaysia antaranya ialah kekurangan dalam memberikan tumpuan kepada pelajar pendidikan rendah dan menengah berbanding dengan pendidikan tinggi. Kerajaan memberikan 22 peratus bajet setiap tahun kepada pendidikan tetapi perbelanjaan sebenar seseorang murid sekolah rendah dan menengah adalah kurang daripada separuh seorang pelajar pendidikan tinggi.
Prestasi PISA menunjukkan bahawa kerajaan harus memberikan tumpuan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah untuk memastikan mereka ada asas. Dengan izin, the PISA results indicate Malaysia must first need to reinforce its basic education system. OECD juga berpendapat bahawa guru-guru sebenarnya tidak ada masa yang cukup untuk mengajar kerana dia perlu melakukan tugas pengurusan dan pentadbiran dan ini harus diperbetulkan.
Perkara ketiga yang saya hendak sentuh ialah tentang harga barang di mana ramai menjangka bahawa harga barang akan turun bila GST berubah kepada kadar sifar pada 1 Jun. Pada pandangan saya, masa harus diadakan supaya stok yang sedia ada perlu dijual dan bila bekalan baharu yang ada, kita akan melihat kadar dan barang akan turun walaupun dengan SST yang baharu.
Satu perkara yang juga hendak dilihat dan saya mengalu-alukan pengumuman yang telah dibuat oleh Menteri bahawa permit import (AP) untuk import barang makanan dan juga perniagaan monopoli akan dimansuhkan. Saya setuju dengan langkah-langkah ini. Hal ini kerana jika kita melihat seperti contohnya gula, satu kilogram adalah RM2.85, harga pasaran luar ialah RM1.80. Jika AP dimansuhkan, harga gula pasti akan turun. Hal ini sama juga dengan sayur kubis yang diimport.
Perkara yang keempat yang saya hendak sentuh ialah tentang kebenaran yang telah diberikan kepada TNB untuk memindahkan kos surcaj sebanyak RM1.35 dipindahkan kepada pengguna bukan domestik. Walaupun ini adalah pengguna bukan domestik, ini akan mengakibatkan bahawa kos akan naik dan kos sara hidup tidak akan turun. Saya meminta Menteri untuk mengkaji semula satu kadar keuntungan yang munasabah di dalam pelaksanaan ICPT dan IBR di mana kos dipindahkan kepada pengguna. Akan tetapi, kita melihat TNB telah dapat mengadakan keuntungan yang begitu tinggi iaitu untuk tahun 2017 berjumlah RM6.295 bilion dan juga dividen yang begitu tinggi sebanyak 61 sen berbanding dengan beban yang telah diberikan kepada pengguna.
Perkara yang terakhir yang saya hendak sentuh ialah saya meminta Menteri Kerja Raya memberikan perhatian kepada rayuan untuk memberikan peruntukan kepada projek meluaskan FT 3209 dari tol PLUS kepada Pekan Rawang. Projek ini telah menunggu hampir 20 tahun dan kesesakan trafik telah menjadi sungguh rumit.
JKR telah memaklumkan kepada saya bahawa JKR Selangor memberikan keutamaan pertama kepada projek ini tetapi sehingga kini tidak dapat peruntukan daripada kementerian. Saya meminta agar perkara ini dibenarkan dengan segera dan diluluskan untuk membantu mereka penduduk di Rawang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Selayang, masa telah...
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Saya dengan ini menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Selayang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Hulu Rajang.
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tahniah di atas pelantikan sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Semoga Dewan yang mulia ini akan terus menjadi medan yang terbaik bagi memperjuangkan isu-isu rakyat.
Saya percaya kewibawaan Tuan Yang di-Pertua dapat menjadi perantara yang terbaik bagi kedua belah pihak. Saya di kesempatan ini ingin menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sewaktu Pembukaan Penggal Pertama Parlimen Ke-14. Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk turut serta dalam perbahasan ini.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengundi, penduduk dan warga Parlimen P.216, Hulu Rajang yang buat kali kedua memberikan amanah dan kepercayaan yang cukup besar lagi bermakna kepada saya untuk menjadi wakil rakyat di Dewan yang mulia ini. Apa yang bezanya, Tuan Yang di-Pertua, cuma kali pertama saya sebagai kerajaan. Kali ini sebagai pemerhati kerajaan dengan izin, friends of the government. Walau apa pun kedudukannya, yang penting ialah amanah yang diberikan oleh rakyat akan saya perjuangkan, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan di seberang sana kerana telah diberikan dan memegang tampuk pemerintahan kerajaan yang ada sekarang ini. Saya percaya, mereka masih ingat janji 100 hari mereka yang masih segar di minda rakyat. Hari ini telah berlalu dan kini tinggal lebih kurang 30 hari lagi bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa janji yang ditabur semasa pilihan raya ke-14 akan ditunaikan seperti yang terkandung di dalam manifesto mereka. Saya juga percaya bahawa terdapat banyak kejayaan yang ditinggalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang lalu yang harus diteruskan oleh Pakatan Harapan untuk kesejahteraan rakyat kita di pedalaman, Tuan Yang di-Pertua.
Kami masyarakat dari pedalaman Sarawak tetap mahukan pembangunan yang adil dan saksama seperti yang dinikmati di Semenanjung. Kami mahu melihat negeri Sarawak berdiri megah dengan negeri-negeri lain di Semenanjung.
Saya percaya, di dalam manifesto Pakatan Harapan, banyak perkara disentuh mengenai negeri Sarawak. Saya harap agar ia dapat dilaksanakan segera bagi memberikan keyakinan penuh terhadap kepimpinan kerajaan pada hari ini, Tuan Yang di-Pertua.
Memartabatkan semangat Perjanjian Malaysia 1963, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Saya baharu sahaja tiba dari negeri Sarawak dan ramai kenalan, sahabat dan juga rakyat kurang senang hati dengan kenyataan dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai pembayaran royalti baru-baru ini. Ramai di antara mereka ber- SMS, WhatsApp dengan saya mahukan keadilan untuk rakyat Sarawak. Kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari mengenai hak royalti dan juga telah mengguris semua hati rakyat di negeri Sarawak Tuan Yang di-Pertua.
Umum mengetahui bahawa Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia.
Sebelum pembentukan negara Malaysia, Sarawak bebas dari kolonial British pada 22 Julai 1963. Pada peringkat awalnya Tuan Yang di-Pertua, Sarawak merupakan sebuah wilayah yang bergabung sama-sama Sabah, Singapura dan Tanah Melayu untuk membentuk negara
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Malaysia pada 19 September 1963. Kami tidak lupa pada sejarah. Masih segar dalam ingatan rakyat negeri Sarawak.
Tanpa wujudnya kerjasama 4S ini iaitu Sabah, Sarawak, Semenanjung dan Singapura, maka tidak wujudlah sebuah negara yang dinamakan Malaysia pada hari ini.
Gabungan negara ini ketika itu telah membentuk satu empire besar di Malaysia. Namun setelah menyusuri perjalanan lebih 50 tahun, Sarawak masih lagi mengemis dan meminta sedekah dari Kerajaan Persekutuan Tuan Yang di-Pertua. Hasil bumi dirobek, diambil untuk pembangunan nun jauh di Semenanjung ini. Bak kata pepatah, ‘kera di hutan disusukan, tetapi anak di rumah mati kelaparan’.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengimbas kembali kata-kata pernah di tutur oleh mendiang Tun Jugah yang nama popularnya di Sarawak Apai Jugah dengan loghat kata Ibannya Tuan Yang di-Pertua, “Anang Malaysia tuk baka tebu, manis dipun tabal di hujung”. Bermaksudnya Tuan Yang di-Pertua, “Jangan Malaysia ini seperti tebu, manis di pangkal tawar di hujung”, Tuan Yang di-Pertua.
Begitu juga ungkapan yang boleh saya berikan terhadap senario yang sedang berlaku. Namun pada tahun 2017, mantan Perdana Menteri berjanji agar kuasa autonomi Sarawak dikembalikan semula kepada rakyat Sarawak. Akan tetapi malangnya, Kerajaan Barisan Nasional ketika itu tumbang dan tewas di Semenanjung Malaysia. Ya Yang Berhormat Kapit.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hulu Rajang beri saya jalan. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Tadi Yang Berhormat Hulu Rajang menyatakan banyak yang sepatutnya kita dapat dan kita merasa ada hakisan kepada baiknya boleh dikatakan kuasa-kuasa yang sedia ada pada kita ataupun dalam bentuk yang lain.
Saya ada satu perhatian Yang Berhormat Hulu Rajang. Saya kira Yang Berhormat Hulu Rajang pasti bersetuju dengan saya. Sejak kita membentuk Kerajaan Malaysia ini 50 tahun, 60 tahun sudah, ini adalah kali pertamanya tiada dari suku kaum Dayak Iban yang suku kaum terbesar, suku kaum peribumi ataupun Dayak di Sarawak yang tiada bersama di Kabinet ataupun sebagai Timbalan Menteri sekurang-kurangnya. Mengapa semasa tibanya pertukaran kerajaan kepada Pakatan Harapan yang banyak memberi harapan kepada rakyat Sarawak sebelum pilihan raya, apabila dibentuk kerajaan, dibentuk juga Kabinet, tiada seorang pun dari kaum Iban?
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Bersetuju.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Jadi, saya syorkan di sini Tuan Yang di- Pertua...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Bandar Kuching minta penjelasan.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Tunggu dahulu. Tunggu dahulu. Ini orang baharu ini. The floor is mine.
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Yang Berhormat, saya berikan floor kepada Yang Berhormat Kapit.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Terima kasih. Saya syorkan untuk orang Sarawak untuk kaum Dayak, biarlah saudara daripada Yang Berhormat Saratok yang sudah senior juga dalam parti dia...
[Tepuk] Dua penggal sudah dalam Dewan Undangan Negeri dan sekarang pun masih dan sekarang berjaya untuk menang di Saratok, diberi peluang sebagai seorang Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Sebab apa?
Sebab Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KKLW) dahulu satu kementerian yang begitu penting untuk memastikan kita tidak ketinggalan ataupun kita tidak diberi perhatian yang sebenarnya. Sebab Yang Berhormat Saratok ini dia seorang yang begitu layaklah untuk menjawat...
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Yang Berhormat Kapit.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan- kami akan sokong sepenuh-penuhnya. Sokong tidak negeri Sarawak?...
[Tepuk] Ya saudara Yang Berhormat Saratok ini diberi peluang.
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Setuju. Yang Berhormat Kapit, kalau diberi 100 peratus, saya beri 110 peratus bersetuju dengan ucapan dari Yang Berhormat Ahli Parlimen Kapit kita.
Saya dengan rakan-rakan dari Sarawak ingin mengingatkan kepada Kerajaan Pakatan Harapan bahawa perjanjian yang termeterai semasa pembentukan Malaysia adalah memberikan hak sama rata. Kawan saya dari Yang Berhormat Sungai Petani ikut partnership semasa dalam setahun yang lalu kepada rakyat Sarawak. Justeru itu, saya mahu agar semua kuasa autonomi diserahkan kepada kerajaan Sarawak dengan secepat mungkin. Kita tidak minta kuasa dari orang-orang lain, dari negeri lain. Apa yang kita mahu dari negeri Sarawak sendiri. Kekayaan hasil bumi negeri Sarawak patut balik dan berikan kepada rakyat Sarawak sekalian...
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya turut menyentuh 18 perkara yang terkandung dalam perjanjian MA63 di mana hak mutlak Sarawak dikembalikan. Kami tidak mengemis meminta keuntungan, namun kami mahu hak royalti kami daripada minyak dan gas yang diambil dari Sarawak, berilah kepada Sarawak untuk Sarawak maju dalam tahun 2030...
[Tepuk] Selama lebih 60 tahun seperti kata Yang Berhormat Kapit tadi, masih mendahagakan pembangunan lestari yang mampan. Ramai di antara kami Ahli Parlimen Sarawak membawa suara akar umbi agar rakyat Sarawak tidak akan dirampas daripada kami. Terdapat beberapa pelanggaran MA63 telah pun dilakukan sejak 1963. Cukuplah Tuan Yang di-Pertua dengan semua yang telah berlaku ini. Kini masa untuk ubah semuanya, dengan izin, enough is enough Tuan Yang di-Pertua. It is time to change Tuan Yang di-Pertua. Berikan hak kami semula kepada negeri Sarawak.
Kemudahan fasiliti- sekarang saya menyentuh tentang kawasan-kawasan saya kerana kawasan saya jauh di pedalaman Tuan Yang di-Pertua- kemudahan fasiliti kesihatan.
Kesihatan merupakan perkara asas yang diberi secara percuma dan Kerajaan Persekutuan, usaha saya bagi memastikan rakyat di pedalaman perlu juga menerima rawatan setaraf mereka di bandar dan diteruskan sahaja sejak hari pertama berada dalam Dewan ini.
Saya menyeru agar Kerajaan Pakatan Harapan yang baharu, kawan-kawan saya di sebelah sana...
[Merujuk kepada Blok Kerajaan] Meneliti semula segala keperluan di Hospital Kapit di mana saiz- kapasiti perlu diperbesarkan dan melibatkan penambahan doktor pakar dan menambahkan jumlah mesin dialisis di Hospital Kapit di Klinik Belaga, di Klinik Sungai Asap dan juga di Klinik Pekan Song, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua mungkin tidak tahu, orang di Semenanjung kalau hendak pergi ke Kapit, dia bukan tanya bila hendak sampai. Dia tanya berapa jamnya Tuan Yang di-Pertua.
Jadi kalau Tuan Yang di-Pertua hendak pergi, saya akan bawa Tuan Yang di-Pertua untuk pergi lawat kawasan saya. Kemudahan-kemudahan internet luar bandar Tuan Yang di- Pertua, kita ini Sabah dan Sarawak sama equal partners tetapi kelajuan internet kita luar bandar begitu lemah sekali. Saya percaya dengan ilhamnya oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri kita sekarang yang senantiasa berusaha gigih untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Namun, pembangunan infrastruktur digital di luar bandar harus diberi perhatian serius oleh Kerajaan Pakatan baharu sekarang, selaras dengan kerancakan pembangunan yang pesat berlaku di Semenanjung, sama ada kelajuan internet mahupun signal telefon, paling lembab sekali di negeri Sarawak. Kita bukan hidup pada zaman purba tetapi pada zaman digital serba canggih dan berharap pihak kementerian memandang serius isu ini, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Justeru itu, saya mohonlah kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia kerana rakyat saya tertinggal dengan internet dan juga menara-menara pencawang. Saya minta di Long Busang patut menara didirikan, Long Busang dan Long Jawek di Daerah Belaga, rumah melintang di Sungai Kapit, Punan Sama dan Punan Biau di Daerah Belaga, Nanga Merirai, Batang Balleh di mana rumah panjang Yang Berhormat Kapit, Rumah Derick, Ulu Jelalong, Tubau, SK Lubok Mawang, Sungai Majau Kapit, Klinik Nanga Melinau, Sungai Mujong Kapit.
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Saya mohon kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia supaya tolonglah, kita rakyat dari negeri Sarawak mahu juga pembangunan-pembangunan seperti kelajuan internet dan juga komunikasi.
Selain daripada itu saya mohon kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar sehingga tahun 2013, Sarawak mempunyai sejumlah 35,517 kilometer jalan raya bersambung dengan 13,150 kilometer laluan ke kawasan luar bandar. Jika dibandingkan dengan Semenanjung iaitu laluan jarak sebanyak 177,569 kilometer, jauh sangat perbezaannya.
Negeri Sarawak akan menjadi negeri berstatus maju pada 2030. Ini bermakna kita mahu negeri Sarawak mahu peruntukan begitu besar, jikalaulah minyak yang dikorek, minyak yang diambil dari Sarawak peruntukannya itu berbilion pulang, saya ingat kita mohon kepada Kerajaan Persekutuan RM153 bilion untuk negeri Sarawak sebagai taraf negeri yang maju.
Tuan Yang di-Pertua... Yang Berhormat Kapit ingin berucap lagi?
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Sikit lagi.
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Okey.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Terima kasih. Saya rasa terpanggil untuk- bagi saya ada perhatian apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat Hulu Rajang. Saya setuju, Yang Berhormat Hulu Rajang kata kita jauh ketinggalan di Sarawak dalam pembangunan.
Akan tetapi saya nak penjelasan daripada, setuju atau tidak Yang Berhormat Hulu Rajang, yang baiknya, yang eloknya, dalam masa lapan tahun yang terakhir ini, semasa era Yang Berhormat Pekan menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita mendapat lebih banyak, jauh berlipat ganda daripada era sebelumnya. Jadi bukan kita tidak ada pembangunan, kita ada. Saya tahu kawasan saya di Kapit, kawasan Yang Berhormat Hulu Rajang pun banyak mendapat daripada pemimpin kerajaan terdahulu daripada sekarang.
Jadi bukan tidak ada, tetapi belum lengkap. Ini harus kita perjelaskan. Oleh sebab sebelum itu memang betul kita tidak ada langsung. Sebab jalan menghubungi Kapit ke Song, ke Sibu akan siap, cuma 5.1 kilometer lagi untuk disiapkan dan saya berharaplah kerajaan sekarang akan meneruskannya.
Jadi point saya Yang Berhormat bukan tidak ada, jadi kita menghargai sumbangan daripada Yang Berhormat Pekan yang dahulunya menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dalam masa hanya lapan tahun ini, yang kita dapat berlipat ganda, setuju atau tidak Yang Berhormat?
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh minta penjelasan?
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
100 peratus bersetuju.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh bagi laluan?
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Yang Berhormat Bandar Kuching ada ruang dan peluang okey. Sila bagi chance kepada saya.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Tadi puji-puji Yang Berhormat Pekan, kenapa tinggalkan Barisan Nasional?
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat duduk, duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenapa tinggalkan Barisan Nasional jikalau begitu? Masuk baliklah.
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenapa tinggalkan Barisan Nasional...
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
22 tahun pemimpin yang lain.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Kalau suka sangat, masuk Barisan Nasional lah.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Ini faktanya.
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Okey Yang Berhormat, terima kasih.
Saya bersetuju Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Teruskan dahulu Yang Berhormat Rajang.
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Kita bersetuju sekali. Jadi saya percayalah Yang Berhormat, kita berharap kerajaan sekarang supaya mereka akan menunaikan janji dan lebih baik daripada kerajaan Barisan Nasional. Kita tunggu lima tahun, rakyat akan tahu dan menilai mereka.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Hulu Rajang, kita hanya dua, tiga bulan sahaja.
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Okey, saya tahu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Betul? Mengaku?
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Okey saya tahu. Yang Berhormat Jelutong duduk. This is my floor Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
I know, but kita tiga bulan sahaja, saya hendak jelaskan itu sahaja.
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Okey, okey. Jadi oleh sebab Menteri dari Sarawak ini, Yang Berhormat Menteri Kerja Raya yang baharu, saya minta, saya mohon, banyak jalan-jalan di kawasan Jalan Simpangan Bakun, banyak berlubang-lubang. Saya mohon Yang Berhormat Menteri Kerja Raya yang baharu supaya beliau teruskan, supaya naikkan taraf disegerakan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua. Laluan utama di Sarawak ialah Lebuhraya Pan Borneo yang beroperasi dari Sematan Sarawak melalui Brunei, Tawau dan Sabah. Ini merupakan game changer Tuan Yang di-Pertua, untuk rakyat Sarawak memperlihatkan ekonomi negeri Sarawak akan melonjak. Melonjak begitu pesat sekali dan cetusan idea oleh kerajaan terdahulu yang ingin melihat Sarawak berdiri sama tinggi dengan negeri-negeri yang lain.
Adakah Pakatan Harapan nanti meneruskan projek Pan Borneo ini, ataupun tidak?
Tuan Yang di-Pertua, saya berharaplah jangan menghukum kerana politik, saya berharap Pakatan Harapan teruskan. Ini memberi manfaat kepada rakyat kita di luar bandar. Rakyat di pendalaman, mereka adalah orang-orang Malaysia, walaupun kita dibahagi dengan tasik.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan. Jadi saya harap janji dan manifesto bukannya retorik atau omong-omong kosong, supaya janji itu menepati aspirasi rakyat Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kawasan saya betul-betul memohon untuk jalan.
Jadi, kerajaan yang lalu telah saya ingat jalan-jalan projek KKLW, seperti Projek Jalan Rumah Juntan ke Jalan Melekun Nanga Sut sepanjang 16 kilometer dan juga nombor dua projek naik taraf jalan balak penempatan semula Tengulang fasa 6 sejauh 9.5 kilometer.
Ketiga ialah projek naik taraf jalan balak di penempatan semula Mentaloon fasa 5 di Kapit sepanjang 17 kilometer.
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Saya mohon satu lagi jalan dari Nanga Nujum ke Nanga Gaat yang terus ke rumah Tenku Sungai Gaat yang sepanjang 73 kilometer. Mungkin nama ini tidak dikenal oleh Menteri-menteri yang baru. Jikalau Yang Berhormat Menteri hendak pergi ke kawasan, tanya saya, saya akan membawa beliau untuk melawat kawasan-kawasan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, kesimpulan. Sebelum saya mengakhiri perbahasan, izinkan saya untuk membawa suara rakyat Sarawak dari suku kaum Dayak, seperti mana Yang Berhormat Kapit yang pernah berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan pembebasan dari penjajah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Hulu Rajang, masa sudah tamat.
Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Sekejap. Ini last Tuan Yang di-Pertua.
Seperti mendiang Temenggong Datuk Kanang, mereka ini mengorbankan nyawa demi tanah air tercinta. Namun hari ini saya sedih, tiada seorang pun suku kaum Dayak diberikan tempat untuk menjadi ahli Kabinet di Pakatan Harapan ini...
[Tepuk] Apa lagi menjadi Ketua Setiausaha Kementerian, apa lagi Ketua-ketua Pengarah dan Ketua Polis negeri Sarawak pun orang dari Semenanjung. Adakah kami tidak berkaliber Tuan Yang di-Pertua?...
[Tepuk] Dengan itu ada sebuah pantun lagi untuk mengakhiri ucapan saya Tuan Yang di- Pertua. Mana tadi? Inilah, masa betul-betul suntuklah. Okey Tuan Yang di-Pertua. Okey, pantunnya.
Buah keranji di atas batang; Mari ditembak si burung but-but; Kita berjanji bersama datang; Janji Pakatan Harapan rakyat kami akan tuntut.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang.
Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillah hirobbil alaamin... [Membaca sepotong doa] Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua di atas lantikan sebagai Timbalan Tuan Yang di-Pertua. Dahulu jiran saya, sekarang di depan sana.
Saya juga ingin mengucapkan juga terima kasih kepada warga Lembah Pantai yang telah memilih Parti Keadilan Rakyat, Pakatan Harapan buat penggal ketiga walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan, namun rakyat telah memilih Pakatan Harapan.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen baharu dari kalangan 90 Ahli Parlimen yang menjadi Ahli Parlimen buat kali pertama saya benar-benar teruja dan merasa terharu dapat bersama turut serta dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong.
Sebagai salah seorang Ahli Parlimen penggal pertama yang juga merupakan seorang orang muda, semestinya perkara-perkara yang saya ingin bangkitkan berkait dengan isu anak muda di kawasan bandar, juga isu miskin kota. Pada 15 Januari 2018 yang lalu, hanya 10 minit daripada Dewan yang mulia ini, telah berlaku insiden kematian seorang anak kecil berusia 14 tahun bernama S. Sathiswaran.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Kematian anak kecil ini satu kematian yang tidak patut berlaku, dan telah mengakibatkan perasaan hiba, bukan sahaja kepada ibu bapa dan keluarga beliau, tetapi juga kepada komuniti tersebut.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Apabila kita lihat warga di PPR Seri Pantai, Blok 100 dan Blok 102 di dalam kawasan Lembah Pantai yang terletak cuma tiga minit daripada Angkasapuri, kita dapat saksikan wujudnya realiti miskin bandar yang amat perit kehidupannya. Bagi saya, janji-janji yang telah ditabur oleh pentadbiran terdahulu untuk menyelesaikan masalah miskin bandar amat tidak memadai. Kepada warga di PPR Seri Pantai sebagai contoh telah disebut pihak kerajaan yang dahulu ingin memasang jaringan keselamatan namun sehingga bubarnya Parlimen, mereka cuma memasang jaring keselamatan di satu tempat sahaja iaitu tempat adik S.
Satiswaran terbunuh. Itulah contoh janji yang dicapati pentadbiran yang terdahulu.
Saya berasa amat sedih kerana apabila saya melihat, saya hadir bersama-sama keluarga tersebut, saya menyaksikan mereka mahukan satu kehidupan yang lebih baik dan harapan bagi ibu kepada adik ini, Puan Kasthuribai adalah anak ini akan dapat membesar menjadi seorang chef yang akan membantu keluarga ini keluar daripada kemiskinan namun impian tinggal impian. Akibat daripada kegagalan penggubalan dasar serta implementasi yang porak-peranda seorang anak telah terbunuh, sebuah komuniti terus ditinggalkan.
Saya terpanggil untuk membaca bait-bait daripada W.S. Rendra, “Kesedaran adalah matahari, kesabaran adalah bumi, keberanian menjadi cakerawala dan perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata.” Kita sebagai Ahli Parlimen, sebagai pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat, kita kini terlibat dalam satu perjuangan untuk melaksana kata-kata kita. Saya merasakan antara perkara yang perlu kita lihat adalah keperluan menyelesaikan masalah yang dihadapi warga miskin bandar.
Bagi saya, yang saya lihat antara perkara yang paling penting pada waktu ini adalah kita perlu mengkaji semula isu ataupun Pendapatan Garis Kemiskinan ataupun PGK. Saya telah bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkaitan dengan perkara ini dan jawapan yang telah diberikan bagi saya mungkin perlu diperhalusi kerana apabila saya berbicara ataupun berbincang dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat didapati nilai RM940 ataupun RM980 bukanlah satu angka yang boleh diguna pakai di kawasan Kuala Lumpur.
Saya bagi contoh- di Apartmen Abdullah Hukum berhadapan dengan Mid Valley yang cuma terletak 10 minit dari sini. Saya telah bertemu dengan sebuah keluarga yang mana anak muda yang menjadi, dengan izin, breadwinner dengan pendapatan sebanyak RM1200 sebulan. Beliau bekerja sebagai seorang despatch dan beliau menanggung ibu, adik serta anak-anak. Cuba bayangkan dengan pendapatan isi rumah RM1200 sebulan, apakah beliau boleh menampung kehidupan di Kuala Lumpur? Saya percaya, tidak.
Oleh sebab itu, saya ingin mencadangkan agar nilai PGK ini bukan dilihat pukul rata malah bukan dilihat dari segi isu urban dan rural sahaja, dengan izin, tetapi mungkin kita perlu lihat perbezaan realiti kehidupan, kos sara hidup bagi Kuala Lumpur berbanding dengan kota- kota yang lain. Jadi ini salah satu perkara yang saya percaya perlu kita perhalusi.
Tuan Yang di-Pertua, berkait dengan isu miskin bandar juga adalah isu akses kepada kesihatan. Saya lihat apa yang berlaku di...
[Disampuk] Silakan.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Boleh? Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai.
Menyebut tentang kemiskinan bandar, kita tahu bahawa dan mungkin boleh diulas oleh Yang Berhormat Lembah Pantai, apakah Malaysia ini antara negara yang mempunyai jurang pendapatan yang paling lebar antara yang kaya dan miskin. Malah pada masa yang sama juga, apakah pendapat Yang Berhormat Lembah Pantai berkenaan dengan laporan Bank Dunia yang mengatakan bahawa GNI per kapita tidaklah sepenuhnya mewakili tahap kedudukan kesihatan ekonomi rakyat bagi sesebuah negara.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat Ledang.
Saya setuju dengan apa Yang Berhormat Ledang telah bangkitkan malah saya terpanggil untuk menceritakan sedikit tentang komen yang telah dibuat oleh salah seorang pakar ekonomi daripada Bank Dunia yang telah mengadakan satu forum dan saya menjadi salah seorang panellist. Beliau mengingatkan bagaimana isu kalau kita lihat beberapa negara dengan izin, Continental Europe di Eropah seperti Switzerland, Poland dan Sweden yang mana, apabila kita lihat kepada Gini coefficient ataupun kepada takrif ataupun kesenjangan ekonomi yang dihadapi oleh warga sebelum dan selepas pemberian insentif ataupun dengan izin, cash transfer. Kita lihat implementasi atau pelaksanaan di negara-negara tersebut lebih baik daripada apa yang berlaku di Malaysia, dan ia dapat mengurangkan Gini coefficient dengan begitu mendadak di negara-negara tersebut tetapi kita telah gagal.
Saya minta Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk menyenaraikan langkah-langkah menambahbaikkan proses memberikan sama ada cash transfer, dengan izin, dan lain-lain insentif untuk menurunkan kesenjangan ekonomi terutama bagi warga miskin kota.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa perkara lain. Pada saya pada hari ini realitinya Tuan Yang di-Pertua, kita berada pada satu saat yang sangat bersejarah dalam ekonomi dunia. Apa yang saya maksudkan adalah kita berhadapan bukan sahaja dengan Industrial Revolution, dengan izin, Industrial Revolution 4.0 tetapi juga dengan keberadaan teknologi-teknologi baru termasuk teknologi seperti blockchain. Apakah kesediaan kita bukan sahaja kerajaan tetapi Ahli-ahli Parlimen untuk berhadapan dengan realiti bahawa masa depan ekonomi kita bergantung kepada kebolehupayaan kita menerima teknologi-teknologi baru seperti blockchain di mana konsepnya bukan sahaja, dengan izin, the internet of things tetapi ia lebih ke arah the internet of value. Saya berharap pihak kerajaan akan dapat menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memudahcarakan sama ada warga kota terutama anak-anak muda untuk menerima pakai dan berinteraksi dengan teknologi-teknologi sebegini dan apakah kesediaan pihak kerajaan untuk mengguna pakai teknologi seperti blockchain? Saya ingin menyentuh satu perkara tentang konsep, dengan izin, open government ataupun open data. Ini adalah satu konsep yang sangat penting. Saya sendiri telah berhadapan dengan beberapa masalah apabila berinteraksi dengan agensi-agensi kerajaan di mana saya percaya sama juga dengan kerajaan sebelum ini berkaitan dengan data. Saya percaya kita perlu bebaskan data, bermaksud kita perlu melihat data sebagai satu aset kelas yang baru yang mana kita perlu memudahkan terutama bagi penggubal dasar, terutama bagi Ahli-ahli Parlimen, akses kepada data-data di agensi-agensi kerajaan.
Saya bagi contoh di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Saya ingin bertanya kepada Menteri yang berkenaan. Pada waktu ini sekiranya kita ingin mendapatkan maklumat tentang sesebuah syarikat, memang kita boleh dapatkan maklumat yang bagi saya, saya percaya amat sedikit walhal banyak lagi maklumat berkaitan dengan syarikat-syarikat ini yang ada pada tangan SSM tetapi ia tidak dimanfaatkan. Saya ingin meminta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan maklum balas tentang perkara ini.
Dengan isu masa depan pekerjaan Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh tentang perkara ini kerana ia adalah sebahagian daripada konsep masa depan pekerjaan ataupun the future of work.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Saya percaya masanya telah tiba Tuan Yang di-Pertua, untuk pihak kerajaan meneliti cadangan untuk kita tubuhkan sebuah suruhanjaya meneliti masa depan pekerjaan kita. Ini kerana bila kita lihat dalam masa lima tahun antara PRU Ke-13 dan PRU Ke-14, pelbagai teknologi baru telah muncul, berbagai cara penggunaan teknologi telah hadir.
Sebelum ini, kita tidak pernah sebut pun tentang WhatsApp tetapi hari ni pelbagai undang- undang kita ingin mengguna pakai dengan penggunaan WhatsApp. Bagaimana pula lima tahun ke depan? Apakah teknologi-teknologi baru yang akan muncul? Apakah pekerjaan- pekerjaan baru yang akan muncul?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Kita lihat bagaimana industri-industri seperti industri penerbitan, bagaimana industri perhotelan, bagaimana industri pelancongan, semua telah, dengan izin, disrupted akibat daripada teknologi maklumat. Jika kita tidak bersikap proaktif dalam isu ini, jika kita tidak mengadakan satu- bagi saya, sebuah suruhanjaya, masa depan pekerjaan kita akan ketinggalan, Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin pergi ke isu lain berkenaan dengan kebudayaan dan kesenian. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjadi seorang Ahli Parlimen, saya berkecimpung serba sedikit dalam bidang kesenian. Warga seni, anak-anak seni, boleh kata pelosok tanah air rata-rata telah menyatakan rasa hiba mereka bila tidak ada sebuah kementerian khusus untuk warga seni. Walau bagaimanapun, mereka telah menyatakan beberapa perkara kepada saya yang saya rasa perlu kita bangkitkan. Ini kerana bagi saya kita mempunyai satu aset iaitu aset budaya kita. Kita sering melihat ke Barat bila disebutkan tentang teater. Kita sering mengungkapkan Shakespeare dan sebagainya. Namun, kita jarang sekali menyentuh naskhah-naskhah daripada seniman negara seperti Usman Awang - Uda dan Dara. Naskhah- naskhah seperti Lantai T. Pinkie nukilan A. Samad Said.
Kenapa tidak kita lihat satu keadaan di mana anak-anak murid kita, anak-anak masa depan kita, kita bawa menonton karya-karya ini yang dipentaskan supaya mereka memahami sejarah budaya, sejarah seni di Malaysia. Kalau kita lihat sebagai contoh di Singapura, apa yang berlaku, bila ada minggu Shakespeare, anak-anak murid dibawa berbas-bas untuk menonton. Kenapa tidak kita lakukan perkara yang sama di Malaysia supaya anak-anak kita tidak lupa tentang penulis-penulis, tentang pengkarya-pengkarya seperti Usman Awang, A.
Samad Said, Tengku Alias Taib dan begitu ramai lagi.
Pada masa yang sama, ramai penggiat seni mengharapkan kita dapat- pihak kerajaan akan dapat menambah dana untuk penggiat seni. Bukan sahaja daripada segi jumlahnya tetapi daripada segi penggunaannya juga. Pada masa yang sama, kita perlu lihat mungkin perlu di usahakan, bukan liberalisasi tetapi mungkin kita perlu melihat semula kepada beberapa cukai yang terkena pada penggiat seni yang saya rasa mereka berharap dapat dilonggarkan ataupun dihilangkan.
Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh satu perkara berkaitan dengan di kawasan saya, kawasan Kerinchi. Pada waktu berkempen, saya telah menyebut tentang satu isu di mana telah berlaku penukaran nama. Nama kawasan Kerinchi daripada “Kerinchi” menjadi “Bangsar South”. Bagi saya ini adalah satu perkara yang mungkin pada pangkalnya tidak patut berlaku. Malah, bila saya berinteraksi dengan warga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, mereka juga setuju nama Melayu ataupun nama asal seperti “Kerinchi” tidak patut ditukar.
Namun, oleh sebab perkara-perkara itu telah berlaku dan ia berlaku pada waktu pentadbiran yang dahulu. Saya telah mengusahakan satu perkara di mana kita telah mencapai satu win-win situation, di mana bukan sahaja kita dapat kekalkan nama “Bangsar South” itu sendiri tetapi kita akan usaha bersama-sama dengan pihak pemaju, dengan anak waris Kerinchi untuk memasyhurkan nama “Kerinchi”.
Isunya di sini Tuan Yang di-Pertua, adalah tatkala kita mengusahakan pembangunan, jangan kita lupa pada sejarah dan pada identiti kita. Jangan kita lupa warga seperti warga Kerinchi yang telah membuka kawasan Kerinchi sekitar 1880-an. Di mana mereka telah rasanya kehilangan identiti sejarah warisan mereka. Malah, jika kita tidak berhati-hati, trend yang telah bermula dan mencapai satu pecutan di bawah pentadbiran terdahulu, realitinya adalah warga Melayu miskin kota semakin lama, semakin terpinggir.
Semakin lama, tidak mampu untuk membeli rumah di kawasan kota dan saya mendapat teguran dan saya dapat banyak komen daripada warga Kerinchi, di mana mereka lihat pembangunan yang berlaku di Kuala Lumpur sekarang, mereka tidak dapat nikmati sama ada di Bangsar South itu sendiri ataupun di pelbagai kawasan pembangunan yang lain.
Maka, saya ingin minta jasa baik daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga Kementerian Wilayah untuk diusahakan pembinaan lebih banyak rumah mampu milik, bukan ‘rumah mampu tengok’ di kawasan Lembah Pantai, terutama di kawasan Pantai Dalam, di kawasan Kerinchi.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Ini adalah satu realiti, Tuan Yang di-Pertua. Di mana kalau kita tidak berhati-hati, anak-anak muda kita yang berpotensi terpaksa tinggal lebih jauh daripada kota. Mereka akan terlibat dalam meningkatkan jumlah kenderaan yang terpaksa keluar masuk Kuala Lumpur hanya untuk pergi ke Kota Kuala Lumpur bekerja tetapi selepas itu pulang ke kawasan yang lebih jauh. Adakah itu masa depan kita? Adakah itu masa depan anak-anak kita? Adakah itu masa depan sama ada Melayu, Cina dan India miskin bandar? Semestinya kita perlu fikirkan perkara ini. Bagi saya seorang Ahli Parlimen penggal pertama saya pasti akan perjuangkan isu ini.
Saya ingin menyentuh isu reformasi institusi antara reformasi-reformasi yang telah berlaku, yang telah berjaya. Pertama sekali, saya ingin ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana mungkin buat pertama kalinya kita tidak mempunyai seorang Menteri yang menjaga Hal Ehwal Parlimen. Ini adalah satu pencapaian yang sangat baik...
[Tepuk] Ini kerana kita lihat dengan keadaan ketiadaan Menteri Hal Ehwal Parlimen, kita nampak Parlimen itu menjadi sebuah institusi yang bebas dan dapat berdikari. Saya setuju dan saya sokong agar sebuah akta diwujudkan semula untuk memastikan kebebasan Parlimen itu sendiri.
Pada masa yang sama, saya menggesa pihak kerajaan untuk memastikan komitmen kita untuk memansuhkan akta-akta draconian. Akta-akta yang langsung tidak memanfaatkan rakyat, yang menindas, menzalimi rakyat. Kita perlu mansuhkan, dengan izin, there is no two ways about it, Tuan Yang di-Pertua, sama ada SOSMA, sama ada AUKU, sama ada Akta Mesin Penerbitan dan Percetakan, kita perlu hapuskan. Ini adalah komitmen kita. Seperti yang saya sebutkan tadi, perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata... [Dewan tepuk] Tuan Yang di-Pertua, dalam lapan saat yang terakhir ini, saya ingin menyentuh sebuah bait-bait terakhir daripada arwah Usman Awang dengan apology kepada beliau, dengan izin.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila, dan cepat.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Ya. Last. Last point ya. Bagaimanakah Malaysia Abad Ke-21 dengan apology kepada Usman Awang.
*Bagaimanakah Malaysia Abad Ke-21?
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang, Jika pantang menghalang kemajuan.
Jangan segan menentang larangan, Jika yakin kepada kebenaran.
Jangan malu mengucapkan keyakinan, Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa Malaysia yang bijaksana, Memegang tali, memegang timba, Memiliki ekonomi, mencipta budaya, Menjadi tuan di negara merdeka.* Sekian, terima kasih...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
*Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh* dan salam sejahtera.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Pertama, saya merakamkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, di atas kesempatan yang telah diberikan pada saya untuk berucap menjunjung kasih di atas titah yang disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya mulakan ucapan ini dengan membaca firman Allah SWT di dalam al-Quran. Surah Al-Araf, ayat 96 yang berbunyi...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud; Dan Tuhan berfirman lagi, sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa tentulah Kami akan membuka kepada mereka melimpah-limpah berkat dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan Rasul Kami lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa yang disebabkan apa yang telah mereka usahakan.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tuan Yang di-Pertua, persaingan di antara dua blok politik dunia berlaku selepas Perang Dunia Kedua tahun 1945 iaitu di antara blok Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan sekutunya seperti United Kingdom, Perancis dan Jerman Barat, manakala blok Timur pula diketuai oleh Kesatuan Soviet didukung oleh negara-negara lain seperti Poland, Hungary dan juga Jerman Timur.
Kedua-dua blok ekonomi politik dunia ini telah menggagas teori-teori pembangunan konvensional berasaskan ideologi ekonomi politik yang dianuti oleh negara mereka. Dalam teori pembangunan konvensional ini telah muncul beberapa teori pembangunan lazim iaitu teori modenisasi dan pertumbuhan yang berteraskan kepada kapitalisme blok Barat serta teori pergantungan dan struktur yang berteraskan kepada komunisme iaitu blok Timur.
Kedua-dua teori pembangunan konvensional yang dominan ini berkongsi pelaksanaan ekonomi yang sama dan bebas daripada pegangan prinsip agama dalam proses pembangunan, dan ternyata kerangka teoretikal pembangunan konvensional yang telah berakar sehingga hari ini tidak mampu menyelesaikan kebejatan ekonomi.
Justeru, kita hadir dengan penyelesaian yang bebas daripada kedua-dua teori yang telah menyebabkan kebejatan ekonomi seperti hari ini. Masalah pembangunan dan ekonomi di Malaysia hari ini seperti monopolism, kapitalis, kronisme, rasuah, korupsi, penipuan dan tidak menepati janji adalah satu barah yang perlu dibuang dan digantikan dengan model pembangunan yang baharu.
Indeks harga pengguna yang dilaporkan mencatatkan penurunan on monthly basis, dengan izin, tetapi jika dibandingkan dengan on year-to-year, telah mencatatkan peningkatan 0.8 peratus. Walaupun kecil, dan yang dikatakan paling rendah sejak 40 bulan lalu, tetapi banyak faktor yang dipengaruhi. Antaranya disebabkan oleh tax holiday, kawalan harga ketika sambutan hari raya dan lain-lain.
Namun demikian, untuk melihat hakikat sebenar, kita perlu melihat kepada suku keempat tahun ini. Rakyat termasuk para peniaga mengeluh kerana kadar 10 peratus yang dicadangkan oleh Kementerian Kewangan agak tinggi. Perbandingan kedua-dua cukai GST enam peratus dan SST 10 peratus jelas menunjukkan peningkatan harga jika tidak dikawal di pasaran. Kita boleh melihat apabila GST dimansuhkan, kita tidak melihat bagaimana harga barangan turun secara mendadak yang sepatutnya berlaku di pasaran dan kita akan menyaksikan bagaimana apabila SST dikuatkuasakan September ini, adalah tidak mustahil harga barangan akan meningkat dengan tinggi dengan kelonggaran kawalan yang dilakukan di pihak kerajaan terhadap peniaga.
PAS tetap komited menolak SST dan mahu menghapuskan GST. PAS mahu supaya konsep percukaian difahami bahawa ia adalah instrumen yang dikenakan kepada lebihan harta orang-orang kaya sahaja dan boleh memperbaiki kesenjangan pendapatan yang berlaku pada hari ini.
Di dalam manifesto PAS, kami telah mencadangkan kedua-dua cukai kepenggunaan dimansuhkan dan berikan peluang kepada PAS untuk berbincang dengan kerajaan untuk kita sama-sama meneliti peluang untuk mengimplementasikan cukai atas simpanan korporat dan cukai atas pegangan dan perdagangan saham yang boleh dikenakan hanya 2.5 peratus sahaja. Kami yakin menurut kajian yang telah dilakukan oleh cendekiawan yang ada bersama dengan kami, kedua-dua cukai ini boleh menyumbang kira-kira RM40 bilion sehingga RM50 bilion setahun kepada kantung kerajaan.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Daging kambing daging lembu; Wagyu juga terhidang di meja; Mari gembleng idea bersatu; Gerakkan tenaga kukuhkan negara.
Tuan Yang di-Pertua, PAS akan terus mainkan peranan sebagai parti meletakkan agenda Islam sebagai agenda yang paling utama. PAS yang diberikan peluang untuk mentadbir Kelantan semenjak tahun 1990 menunjukkan prestasi cukup baik. Kelantan telah menerima markah 99 peratus sebagai prestasi pengurusan kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2016 dan Laporan Ketua Audit Negara 2016. Pertubuhan ekonomi di Kelantan pada tahun 2016 ialah sebanyak 4.8 peratus mengatasi kadar nasional pada tahun yang sama, 4.2 peratus.
Di Terengganu, PAS telah melaksanakan lima janji daripada 20 manifesto PAS.
Walaupun ada yang kata mana mungkin kahwin hari ini esok beranak, tetapi di Terengganu kita telah beranak lima.
Pertama, mengembalikan tanah yang dirampas semenjak selepas pemerintahan PAS tahun 2004, membuka puluhan tanah baru dan terus memberikan geran yang kekal.
Kedua, menyerahkan kembali tanah rumah. Setiap rakyat Terengganu berumur 21 tahun layak, berhak mendapat satu lot tanah kediaman atau satu unit rumah kediaman dan permohonan untuk mendapatkan unit tanah dan unit kediaman ini telah dibuka.
Ketiga, Karnival Kahwin Kali Pertama percuma setiap DUN telah dilaksanakan baru- baru ini.
Keempat, memberikan bekalan air percuma 20 meter padu kepada golongan miskin juga telah dilaksanakan dan paling awal dilaksanakan.
Kelima, membuka pusat nurseri di setiap jabatan kerajaan negeri juga telah dimaklumkan oleh pihak Exco Kerajaan Negeri Terengganu dalam Sidang DUN dan telah dibuka kepada agensi yang punyai premis.
Tuan Yang di-Pertua, inilah dia agenda PAS dalam mentadbir negeri dan negara.
Kita tunjukkan kepada rakyat bahawa kita mampu untuk mentadbir dengan penuh kredibiliti dan dengan penuh akauntabiliti. Oleh sebab itu, kita menggagas idea matang dan sejahtera.
Sebelum PRU Ke-14, kita dilabelkan menerima pelbagai jenis dana. Kita disebut menerima dana RM90 juta daripada pihak-pihak tertentu. Hari ini kita mencabar mereka yang berada dalam kerajaan, isytiharkan di akaun manakah RM90 juta ini disalurkan kepada PAS.
Dulu sebelum PRU Ke-14, bila kita cabar supaya disebut secara jelas di akaun mana dan sebut secara terperinci, mereka menyebut pelbagai halangan melalui akta-akta yang kononnya dihalang oleh kerajaan.
Hari ini Pakatan Harapan sudah menjadi kerajaan, klasifikasikan dokumen-dokumen yang kononnya PAS telah menerima dana-dana seperti ini, dan nyata Ahli Yang Berhormat sekalian dan Tuan Yang di-Pertua, bahawa hari ini tuduhan-tuduhan yang menyatakan PAS telah menerima dana RM90 juta ini adalah merupakan satu kepalsuan yang disebarkan semata-mata untuk meletakkan persepsi yang jahat di kalangan rakyat sebelum PRU Ke-14.
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana itulah kita mahukan supaya kerjasama di antara...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Pasir Mas. Pendang minta laluan, Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sepuluh saat.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya tertarik dengan sebutan yang dibangkitkan mengenai RM90 juta. Sekarang ini sedang berjalan perbicaraan di mahkamah di London. Dalam portal-portal media yang kita baca, pihak mahkamah di London telah meminta bukti-bukti mengenai tuduhan yang dibuat ke atas penerimaan PAS.
Setujukah Yang Berhormat Pasir Mas bila bukti-bukti ini diminta, ia sudah dilampirkan ataupun evidence ini telah diberi kepada mahkamah London yang disebabkan tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Sarawak Report apabila mereka dapat maklumat daripada rakyat Malaysia sendiri yang memberi maklumat kepada Sarawak Report? Adakah evidence ini telah diberikan kepada mahkamah perbicaraan di London ini? Sekian.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Kegagalan untuk memberikan evidence dan bukti tersebut adalah merupakan di antara tanda-tanda awal bahawa tuduhan yang disebarkan adalah merupakan satu tuduhan yang tidak berasas. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, beralih daripada isu tersebut, saya ingin merujuk kepada beberapa isu yang melibatkan kepentingan rakyat Malaysia bersama. Pertama, isu sebahagian daripada komuniti rakyat Malaysia yang disebut sebagai OKU atau orang kurang upaya. Kita ingin menyatakan kepada kerajaan bagaimana sasaran satu peratus pekerja OKU dalam jabatan kerajaan yang telah disasarkan oleh kerajaan masih lagi gagal untuk dicapai pada hari ini. Justeru, hendaklah ini diletakkan sebagai penekanan utama.
Isu petugas di pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), petugas-petugas di PDK, mereka menjalankan bakti mendidik...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
...Dan menjalankan pemulihan untuk anak-anak OKU tanpa prejudis. Namun, hanya diberikan elaun sebanyak RM800 sahaja sebulan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sangat menyedihkan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Minta laluan.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sepuluh saat.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas.
Berkaitan dengan isu OKU, saya ingin mohon pandangan daripada Yang Berhormat Pasir Mas, apakah selain daripada perkara-perkara yang dibangkitkan, adakah Yang Berhormat merasakan sesuai untuk sebagai contoh di Parlimen ini, salah satu daripada kemudahan yang disediakan adalah, dengan izin, sign language interpreter supaya orang yang tidak boleh mendengar boleh mengikuti perbahasan kita? Terima kasih.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Sependapat dengan saya dan mohon dimasukkan dalam ucapan saya. Kita melihat bagaimana kemudahan di Parlimen ini sendiri pun, di bangunan, di kompleks Parlimen ini pun masih belum lagi mesra kepada OKU termasuklah di dalam lif dan sebagainya yang jika kita lihat ini wujud di dalam negara-negara maju.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Isu petugas PDK merupakan tempat untuk melatih OKU yang sebelum umur sekolah dan sudah tamat sekolah. Namun ada yang tolak daripada sekolah dan ada yang tidak sekolah langsung tetapi berada di PDK. Sedangkan kita mengamalkan polisi apa yang disebut sebagai no child left behind yang disebut dalam polisi pendidikan tidak ada anak- anak yang tercicir dalam bidang pendidikan daripada arus pendidikan.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Akan tetapi, hari ini ada anak-anak yang ditolak daripada sekolah tidak boleh meneruskan pengajian di sekolah, ditolak dan terus berada di PDK sehingga pada umur yang tidak sepatutnya.
Melihat kepada kepentingan PDK sebagai sokongan utama dan kritikal kepada OKU adalah tidak adil untuk kita melayan petugas-petugas seperti ini. Keperluan therapist pathologist, pertuturan bahasa SLP dalam penilaian, diagnosis dan pemulihan OKU sangatlah kritikal. Buat ketika ini perkhidmatan SLP hanya ada di hospital kerajaan, hospital universiti dan di pusat pendidikan khas. Namun jumlahnya sangat sedikit berbanding dengan jumlah OKU yang memerlukannya. Ini menyebabkan ramai anak OKU tidak mendapatkan perkhidmatan pemulihan yang bagus dan berkesan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya berpindah kepada isu berikutnya iaitu isu ‘guru duka lara’ yang telah saya bangkitkan di dalam soalan saya kepada Kementerian Pendidikan pada 23 Julai semalam di mana pihak Menteri telah memberi jawapan namun pada saya tidak menepati hasrat soalan ini yang sebenar.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita menerima banyak rungutan daripada guru-guru. Hari ini jumlah guru yang duka lara atau yang disebut sebagai ‘guru duka lara’ ini ialah mereka yang bertugas jauh daripada pasangan mereka dan jauh daripada keluarga sama ada suami di Sarawak, isteri di Johor dan sebagainya.
Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, sewaktu kita bersidang pada minggu lepas sahaja ada kes dua orang guru yang mengalami, ia termasuk dalam kes ‘guru duka lara’ ini telah ditemui mati iaitu satunya di Pulau Pinang, satunya di Terengganu. Apabila disiasat guru-guru ini mempunyai kes kemurungan yang sangat dahsyat dan termasuk kategori kes ‘guru duka lara’. Ini isu yang berlaku.
Pada kita walaupun isu ini masih dalam siasatan pihak yang berkuasa tetapi kes- kes seperti ini sangat membimbangkan kita. Saya ada 245 data lengkap kes ‘duka lara’ ini termasuklah kes anak sakit kronik sampai meninggal tetapi tidak dapat untuk bertukar, kes cikgu sendiri sakit kronik, kemurungan yang teruk, terpaksa perkahwinan jarak jauh (PJJ) Tuan Yang di-Pertua, ada 26 kes cikgu. Ada kes anak cikgu sakit kronik.
Isu yang berlaku apabila ada guru-guru yang telah bertugas 10 tahun, 11 tahun jauh daripada pasangan masing-masing belum dapat bertukar. Minta tukar, tidak dapat balik bertukar bersama-sama dekat dengan keluarga tetapi yang menyedihkan ada guru-guru ada yang baru masuk mengajar tetapi sudah dapat peluang untuk bertugas berdekatan dengan keluarga. Di sana adanya dakwaan kabel-kabel tertentu digunakan untuk menyumbang kepada isu-isu seperti ini.
Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian kita mencadangkan supaya pihak kementerian, alhamdulillah, kita yakin Menteri Pendidikan yang ada, saya yakin cukup-cukup sensitif dan cukup prihatin dengan isu ini sebagaimana pelepasan yang diberikan kepada kasut putih bertukar kepada kasut hitam. Dalam isu seperti ini juga, saya yakin Menteri Pendidikan boleh turun ke bawah berdialog kepada persatuan-persatuan guru yang ada, jumpa dengan guru-guru yang ada. Cuba ubah sistem permohonan pertukaran yang ada supaya sistem pertukaran dapat menjadi lebih adil dan dapat memberikan kesamarataan kepada guru-guru yang terbabit.
Ada kes kita melihat bagaimana guru yang sudah lima tahun hendak bertukar daripada Johor Bahru bertukar ke Simpang Renggam, Johor pun tidak diluluskan pada hal sama-sama negeri yang sama.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, daripada isu nasional saya pergi ke pada isu Kelantan. Saya ingin menyebut antara isu paling penting kami di Kelantan ialah...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Pasir Mas, mohon laluan.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Silakan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Berkaitan juga kebajikan guru suatu hal yang sedang berlaku di luar sana iaitu kuarters-kuarters guru yang tidak diduduki oleh guru. Banyak kuarters ini yang terbengkalai. Pada tahun 2011 lebih, 8,812 kuarters guru yang tidak diduduki. Antara puncanya ialah dikenal pasti guru-guru terpaksa dipotong elaun ataupun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan juga elaun sara hidup apabila mereka menduduki kuarters ini.
Jadi adakah Yang Berhormat Pasir Mas bersetuju untuk Kementerian Pendidikan menyemak kembali guru-guru yang tinggal di kuarters ini mereka tetap menerima kedua-dua elaun ini. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih, Yang Berhormat Sik di atas pencelahan tadi. Saya bersetuju dan mohon masuk dalam ucapan saya.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Pasir Mas sedikit sahaja. Minta sekali lagi.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Silakan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas dan yang juga kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Betul kah dan benar kah guru-guru yang telah diluluskan untuk kenaikan pangkat dan gred selepas Pakatan Harapan memerintah Malaysia telah dibekukan sehingga ke hari ini? Saya difahamkan oleh guru-guru sampai sekarang mereka tidak dapat lagi surat kelulusan pelantikan mereka ataupun kenaikan gred mereka sehingga sekarang yang mana telah diluluskan sebelum PRU Ke-14 yang dulu.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih, saya tiada ada maklumat. Sama jawapan dengan Yang Berhormat Damansara minggu lepas. Terima kasih, Yang Berhormat Pendang. Kalau ada maklumat dan kalau itu perlu untuk disiasat.
Baik, kepada isu IPG, Institut Pendidikan Guru Kota Bahru. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman pihak Dewan IPG Kota Bahru adalah merupakan salah satu daripada sembilan buah IPG yang akan ditukar fungsi pada tahun- bermula bila-bila masa sahaja dan bagi kami di Kelantan, IPG ini merupakan satu IPG yang paling tua di Malaysia dan ditubuhkan sejak tahun 1952 adalah merupakan kampus yang ketiga tertua di Malaysia.
Di Kelantan hanya ada satu kampus sahaja. Di Kuala Lumpur masih ada tiga, di Pulau Pinang masih ada dua.
Jadi kita berpandangan bahawa IPG di Kota Bharu mohon supaya pihak kerajaan dapat memberikan keprihatinan supaya IPG di Kota Bharu tidak ditutup sebagai memberikan peluang kepada guru-guru untuk mendapat pendidikan dan untuk mendapatkan kursus yang sewajarnya. Tidak ada rasional IPG ditukar kepada kolej vokasional kerana kolej-kolej vokasional yang masih adapun masih belum lagi mencukupi pelajar mereka.
Isu yang berikut ialah isu capaian internet di Kelantan. Untuk makluman pihak Dewan, di Kelantan hanya ada Kota Bharu dan di Kubang Kerian sahaja serta di Pengkalan Chepa di mana ada liputan UniFi dan kita mahukan supaya kabel gantian optik sebagai medium penghantaran di lebar luaskan di Kelantan khususnya di luar-luar bandar.
Kita tidak mahu kejahilan internet dan teknologi ini menyebabkan ada kes. Baru- baru ini ada seorang Menteri posting di dalam ruang media sosialnya gambar yang sudah tahun 2013 tetapi kononnya hanya berlaku sehari dua ini. Ini natijah kejahilan teknologi yang berlaku di kalangan orang yang mempunyai jawatan yang tinggi dan tidak sepatutnya berlaku isu ini berlaku.
Baik, Tuan Yang di-Pertua, seterusnya bagi pihak rakyat Pasir Mas kita mahu supaya isu tebatan banjir yang melibatkan Parlimen Rantau Panjang, melibatkan Parlimen Pasir Mas, melibatkan Parlimen Tumpat dapat diselesaikan dengan segera.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Hari ini tiap-tiap tahun Tuan di-Pertua, tiap-tiap tahun bagaimana tebatan banjir yang tidak dapat diselesaikan pembinaannya yang telah diluluskan oleh kerajaan disebut di dalam Bajet 2018 tetapi hari ini masih belum nampak bayang untuk dimulakan.
Kita mahu Pakatan Harapan membuka lebaran baru dalam hubungan di antara government-to-government (G2G), kerajaan dengan kerajaan tolong selesaikan masalah rakyat di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat ini yang berlaku setiap tahun apabila berlakunya banjir, hujan lebat di Selatan Thailand maka sudah pasti di tiga Kawasan Parlimen ini akan ditenggelami oleh banjir. Kalau perlu untuk melawat kita mohon Menteri yang berkenaan datang melawat Pasir Mas kita boleh pergi ke Sungai Golok bersama-sama hanya untuk tujuan ini, untuk tujuan lain kita tidak pasti.
Ahli-ahli Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya dalam ruang yang terbatas ini. Pasir Mas mohon mencadang.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas. Sekarang dijemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk Rasah untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong semasa pembukaan persidangan pada hari selesa yang lepas.
Tahniah juga kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga Timbalan-timbalan Yang di- Pertua atas pelantikan yang telah dibuat pada minggu lepas dan juga kepada semua Ahli Yang Berhormat yang tidak kira di sebelah Pakatan Harapan mahupun di sebelah sana. Saya berharap kemenangan yang telah dicapai oleh masing-masing pada PRU Ke-14 dapat menjalankan mandat ataupun harapan yang telah diberikan oleh rakyat dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Sesungguhnya PRU Ke-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018 yang lepas telah membuka satu lembaran baharu dalam sejarah landskap politik Malaysia yang menyaksikan bahawa Kerajaan Persekutuan buat julung kalinya dalam sejarah Malaysia telah bertukar tangan dalam keadaan yang bagi saya, aman damai dan sejahtera selaras dengan inspirasi daripada rakyat yang membawa ataupun yang mahukan satu harapan baharu untuk bumi tercinta ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap supaya lembaran baharu politik ini dapat kita sama-sama lakukan ataupun galas tanggungjawab masing-masing supaya akhirnya yang menguntungkan bukan ahli politik, tetapi rakyat Malaysia khasnya generasi masa depan kita.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang pertama yang saya hendak sentuh adalah berkenaan dengan tindakan yang cepat dan cekap daripada Peguam Negara yang baru sahaja dilantik pada bulan lepas yang berjaya membuka semula siasatan terhadap skandal mega 1MDB. Saya percaya pembukaan semula kes siasatan terhadap 1MDB ini selaras dengan aspirasi dan juga harapan rakyat yang telah membuat pilihan pada pilihan raya ke- 14. Tindakan Peguam Negara sebelum ini yang telah menutup penyiasatan 1MDB jelas tidak selaras dengan harapan ataupun kemahuan daripada rakyat dan seterusnya kejayaan ataupun keputusan pada PRU Ke-14 membolehkan kes skandal mega 1MDB dibuka semula untuk siasatan.
Bukan setakat itu sahaja, ucapan tahniah juga diberikan kepada Peguam Negara atas kejayaan ataupun membawa pertuduhan di mahkamah terhadap seorang pemimpin kanan baru-baru ini.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Akan tetapi saya juga menggesa pihak berwajib supaya melakukan ataupun menyegerakan penyiasatan terhadap kes-kes mega lain khasnya yang melibatkan dua gergasi politik dari Negeri Sembilan yang terlibat dalam kes penghantaran wang RM10 juta ke luar negara yang sebelum ini telah ditutup penyiasatannya supaya dibuka semula dan juga kes yang melibatkan FELDA. Saya berharap kedua-dua kes ini akan dibuka semula penyiasatan dan...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Minta laluan, Tumpat.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ya.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih. Apakah Yang Berhormat boleh bersetuju untuk membuka semua siasatan kes-kes yang terawal seperti kes kematian misteri Jalil Ibrahim dalam kes isu BMF, dan juga dalam tragedi Memali dan seumpamanya.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tumpat. Saya rasa kita buat secara berperingkat sebab Peguam Negara kita pun baru sahaja dilantik dalam sebulan lebih.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
[Menyampuk]
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jadi kita bagi masa dan...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
[Bangun]
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya tak bagi laluan kali ini.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Maknanya Yang Berhormat setuju...
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Soalan bersetuju atau tak bersetuju...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Tumpat, saya tak bagi laluan lagi.
Saya bagi sekali sahaja.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Okey, okey. Maknanya Yang Berhormat setujulah untuk membuka semua siasatan dalam isu-isu yang besar itu?
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Setuju atau tidak?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tak. Saya dah katakan, kita buat secara berperingkat.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Setuju atau tidak?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Apa yang gagal dilakukan oleh Peguam Negara sebelum ini telah kita nampak ada tanda-tanda satu pembaharuan dan harapan kepada kes- kes skandal mega selama ini...
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya yang saya ingin kemukakan pada petang ini adalah berkaitan dengan semua anggota pentadbiran termasuk Ahli Parlimen diwajibkan mengisytiharkan harta masing-masing kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya menyokong penuh cadangan tersebut tetapi jauh lebih daripada itu saya berharap satu undang-undang khas, satu akta dapat digubal dan dipersetujui dan seterusnya diluluskan oleh Parlimen ini supaya bukan setakat anggota Parlimen daripada pihak kerajaan tetapi mewajibkan semua Ahli Parlimen tak kira daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang untuk mengisytiharkan harta dan aset masing-masing kepada SPRM...
[Tepuk] Saya percaya ketelusan sebegini wajib kita sokong sama-sama supaya memastikan skandal mega 1MDB dan juga mega scandal lain-lain tidak berlaku. Saya percaya dengan adanya akta sebegini, ia tentunya akan menjadi satu petua ataupun satu panduan kepada semua wakil rakyat supaya tidak mengulangi apa yang terjadi sebelum ini dan membolehkan negara kita ataupun menyelamatkan negara kita daripada terus diketawakan oleh dunia dengan gelaran rejim kleptokrasi sebelum ini. Sudah tentu dan pastinya 9 Mei 2018, kita percaya keputusan rakyat pada 9 Mei 2018 jelas membuktikan rakyat Malaysia menolak rejim kleptokrasi.
Tuan Yang di-Pertua, satu isu yang sangat penting dan sangat mustahak untuk sama-sama kita renungi dalam Dewan yang mulia ini dan saya mohon perhatian yang khusus daripada Kementerian Dalam Negeri berkenaan dengan Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan tajuk kewarganegaraan, khasnya tentang Perkara 14 sehingga 22. Kita sedia maklum bahawa kewarganegaraan merupakan perkara yang sensitif, perkara yang perlu ditangani dengan penuh perhatian dan juga perlu ditangani menurut fasa- fasa yang termaktub dalam Perlembagaan.
Semoga martabat dan juga integriti ataupun kedaulatan negara ini tidak disalahgunakan ataupun dicabuli oleh mana-mana pihak. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, Artikel 15 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan antara lain berkenaan dengan kewarganegaraan untuk anak-anak kita harus diberikan perhatian supaya anak-anak yang dilahirkan oleh wanita warga asing tetapi ayah mereka adalah rakyat Malaysia patut diberikan perhatian.
Antara yang saya nak kemukakan adalah, sekiranya seorang wanita hanya mendaftarkan perkahwinan mereka di bawah Akta Memperbaharui Perkahwinan 1976 selepas melahirkan anak, maknanya apa yang terjadi sekarang ini adalah kewarganegaraan tidak diberikan kepada anak tersebut walaupun ayah kepada anak tersebut adalah warganegara Malaysia.
Jadi saya mohon KDN, JPN dan juga agensi yang berkaitan dapat menggunakan ataupun mencari satu formula ataupun mekanisme yang lebih memberikan perikemanusiaan terhadap kanak-kanak tersebut supaya kanak-kanak ataupun anak tersebut akhirnya akan menjadi warganegara Malaysia. Antara sebab yang saya boleh cadangkan ataupun antara cadangan yang boleh saya kemukakan adalah anak tersebut boleh diuji DNA dengan ayah kandung beliau untuk mengesahkan sama ada anak tersebut adalah hasil daripada rakyat Malaysia ataupun tidak.
Kegagalan mendapat kewarganegaraan menyebabkan anak kecil tersebut terpinggir daripada arus perdana pembangunan negara. Bukan sahaja pembelajaran anak tersebut akan terjejas, ada sekolah yang mana pengetuanya dalam keadaan yang waswas untuk terima anak-anak tersebut. Ada tadika yang tak sanggup nak terima. Kalau anak ini sakit, nak dapatkan rawatan di hospital kerajaan, terpaksa menanggung belanja ataupun bayaran yang lebih.
Keadaan sebegini sudah tentunya Kerajaan Pakatan Harapan tidak mahu lihat supaya ada anak yang terpinggir dan saya percaya simpati sebegini haruslah diberikan kepada anak-anak sebegini supaya mereka tidak terpinggir. Tuan Yang di-Pertua, perkara ini telah lama berlaku dan berlaku di seluruh negara. Dia bukan sahaja di Malaysia Timur tetapi di Semenanjung dan keadaan sebegini sudah sampai masa dan ketikanya satu mekanisme, satu pendekatan yang lebih sesuai direncanakan ataupun dirancang oleh KDN.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya yang saya hendak bawa berkenaan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Housing Development (Control and Licensing) Act 1966, dengan izin bersama dengan Housing Development (Control and Licensing) Regulations 1989, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, Schedule G dan H yang merupakan perjanjian standard untuk semua pembeli rumah yang membeli rumah kediaman baik landed ataupun strata tittle daripada pemaju perumahan untuk unit yang masih belum siap, yang selalunya mengelirukan pembeli rumah tersebut. Layout plan yang ditunjukkan dalam Schedule G mahupun Schedule H gagal memberikan maklumat yang detail. Saya memberikan contoh. Di antaranya, dikatakan ada substation TNB, ada Pencawang Masuk Utama (PMU) tetapi kapasiti ataupun voltage PMU tersebut tidak dinyatakan dan tiada peluang untuk pembeli rumah untuk menyiasat sebab rumah masih belum dibina dan PMU tersebut hanya akan dibina pada masa akan datang. Maka saya mencadangkan kepada KPKT supaya dalam layout plan tersebut dinyatakan dengan jelas dan secara menyeluruh, berapakah kapasiti dan voltan untuk setiap PMU tersebut supaya dalam mempertimbangkan sama ada hendak beli rumah atau tidak, pembeli tersebut mendapat maklumat yang sepenuhnya dan menyeluruh.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak menyentuh satu perkara berkenaan dengan kesihatan. Terdapat satu persatuan yang dinamakan Pertubuhan Penyakit Lisosomal Malaysia iaitu satu persatuan yang khas untuk pesakit-pesakit yang mendapat rare disease ataupun penyakit yang jarang berlaku tetapi ia berlaku dalam masyarakat kita. Kos perubatan untuk pesakit-pesakit adalah cukup tinggi sebab ubatnya sukar ditemui dan ia memerlukan kos yang sangat membebankan keluarga pesakit dan juga persatuan ataupun NGO tersebut.
Saya secara terbuka memohon supaya kerajaan baharu dapat memberikan sokongan ataupun peruntukan khas kepada persatuan ini supaya beban yang terpaksa ditanggung oleh para pesakit dapat diringankan.
Saya juga berharap pihak Kementerian Kewangan dan kerajaan supaya memberikan kebenaran untuk mengecualikan cukai pendapatan kepada para penderma kepada persatuan ini. Untuk makluman, Pertubuhan Penyakit Lisosomal Malaysia sebenarnya telah mendapat pengecualian cukai pendapatan dari tahun 2011 tetapi ia telah diberhentikan ataupun tiada lagi pengecualian cukai pendapatan untuk para penderma pada bulan Mei 2017. Saya memohon kerajaan baharu supaya mengembalikan kemudahan pengecualian cukai kepada para penderma terhadap persatuan ini.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan satu lagi isu yang membelenggu SRJK(C) sejak dua bulan ini di bawah Kementerian Pendidikan adalah sekolah komputer berbayar di SRJK(C). Melalui sepucuk surat daripada kementerian yang bertarikh pada 17 April yang lepas, semua kelas komputer berbayar di SRJK(C) terpaksa dihentikan.
Saya mohon Yang Berhormat Menteri yang baru, dapat mempertimbangkan kemungkinan untuk memberikan apa yang diistilahkan sebagai soft landing iaitu satu tempoh pengalihan kepada sekolah-sekolah tersebut sehingga hujung tahun ini. Sudah tentu saya setuju sekiranya satu mekanisme pendekatan baharu berkenaan dengan kelas komputer ini dilakukan oleh kementerian dengan kajian yang lebih mendalam, menyeluruh pada separuh kedua tahun ini supaya dilaksanakan pada tahun depan.
Akan tetapi sebelum kita memasuki tahun depan, musim persekolahan yang baharu, saya mohon supaya soft landing sementara untuk sesi persekolahan yang berbaki empat hingga lima bulan ini supaya proses pembelajaran dan persekolahan para pelajar SRJK (C) tidak terjejas dan juga jadual mereka tidak dibelenggu dengan keputusan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan pada 14 April yang lepas.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memohon kebenaran untuk membangkitkan satu lagi isu yang sangat penting untuk pendidikan iaitu UEC. Tadi rakan saya Yang Berhormat Kota Melaka telah menyebut tentang keperluan untuk pengiktirafan UEC. Saya cuma hendak tambah sedikit sahaja berkenaan dengan UEC ini.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya mohon Kementerian Pendidikan supaya dapat membentuk satu jawatankuasa teknikal bersama dengan Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dalam masa terdekat sebab pembentukan jawatankuasa teknikal ini akan dapat memastikan bahawa semua lepasan ataupun pemegang sijil UEC juga turut mendapat kredit Bahasa Melayu dalam SPM. Ini sebagaimana yang telah digariskan dalam Manifesto Pakatan Harapan sebelum PRU Ke-14.
Untuk makluman Dewan yang mulia, pihak Dong Zong sendiri telah memberikan komen ataupun reaksi yang positif berkenaan dengan syarat mendapat kredit dalam Bahasa Melayu. Saya juga sokong syarat ini sebab ia akan dapat menunjukkan ataupun membuktikan bahawa pemerkasaan Bahasa Melayu akan tetap diberikan keutamaan dalam isu ataupun proses pengiktirafan UEC oleh pihak Kerajaan Persekutuan.
Untuk makluman Dewan yang mulia dan juga Tuan Yang di-Pertua, beberapa kerajaan negeri....
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
...Termasuk Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak telah mengiktiraf UEC sebelum ini.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya tidak bagi laluan sebab masa tinggal dua minit lebih sahaja.
Jadi saya rasa sudah tiba masanya untuk pihak Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pakatan Harapan mengiktiraf UEC.
Tuan Yang di-Pertua, dua minit yang terakhir ini, saya hendak mengemukakan dua perkara di kawasan saya. Pertama, berkenaan dengan Jalan Lingkaran Tengah Seremban
(MRRS). Saya mohon untuk mendapatkan status berkenaan dengan jalan MRRS yang saya akui ia adalah antara projek Kerajaan Persekutuan selama sepuluh tahun ini yang dapat merancakkan pembangunan ekonomi di Negeri Sembilan, khasnya di Bandar Seremban. Ia juga telah memberikan pelbagai kemudahan kepada penduduk di kawasan daerah Seremban yang berjaya memendekkan perjalanan dan juga menjadi pemangkin kepada pembangunan di daerah Seremban. Saya hendak tanya, selepas fasa 3B, Bahagian 1 yang telah disiapkan, bilakah bahagian B ataupun fasa-fasa seterusnya akan dimulakan kerja pembinaannya?
Perkara kedua yang saya hendak sebutkan adalah berkenaan dengan Pusat Kualiti Alam di kawasan Sendayan di sebelah kawasan saya. Ia konsesi awal 20 tahun telah tamat pada 2015 dan pada 27 Februari 2015, satu letupan, kebakaran besar telah berlaku tetapi konsesi untuk Kualiti Alam telah disambung selama 15 tahun selepas itu.
Saya hendak dapatkan kepastian daripada pihak kerajaan sama ada terdapat apa- apa perancangan untuk menaik taraf ataupun memastikan keselamatan di Pusat Kualiti Alam tersebut untuk mengelakkan kejadian yang telah berlaku pada 27 Februari 2015 tersebut daripada berulang. Ini disebabkan kalau 20 tahun dahulu di sekitar kawasan tersebut, tiada kawasan perumahan yang banyak, sekarang ini kawasan tersebut telah rancak membangun khasnya dengan adanya Bandar Sri Sendayan di kawasan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, pada 37 saat yang terakhir ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan juga terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah memberikan sumbangan kepada Tabung Harapan Malaysia yang setakat petang semalam, jam tiga petang telah berjaya mengumpulkan lebih RM156 juta. Saya percaya, sumbangan derma daripada rakyat Malaysia bukan setakat dinilai dengan wang ringgit yang telah disumbangkan tetapi jauh lebih penting, ia adalah sumbangan yang menandakan sokongan rakyat Malaysia terhadap kerajaan baharu rakyat Malaysia. Ini disebabkan wang tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk membayar hutang yang telah ditinggalkan oleh rejim yang mengamalkan kleptokrasi sebegini.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Maka dengan itu, saya juga hendak menafikan tuduhan daripada Yang Berhormat Bagan Datuk pada minggu lepas yang mengatakan bahawa pelancaran Tabung Harapan Malaysia tersebut adalah langkah populis. Tidak, tetapi ia telah menjadi satu tabung yang popular di kalangan rakyat Malaysia yang seterusnya membuktikan rakyat sokong kerajaan yang ada.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya juga menyeru rakyat yang masih belum memberikan sumbangan terus memberikan sumbangan supaya sama-sama kita mengatasi masalah kewangan dengan hutang lebih daripada RM1 trilion, RM1 trilion satu perkataan yang saya hanya pelajari baru- baru ini. Selama saya belajar hampir 20 tahun, tidak pernah saya diajar dengan perkataan ini. Sekian sahaja, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tanjong Karang dan akan disusuli oleh Yang Berhormat Tuaran.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama mengambil bahagian dan membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terutama sekali tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua telah pun dilantik menjadi Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya tengok begitu adil menjalankan tugas sebagai Speaker. Sebentar tadi saya dengar ramai rakan-rakan dalam Dewan termasuk Yang Berhormat Rasah kata satu sejarah baharu telah tercipta dalam negara kita. Memang tidak dinafikan bahawa sejarah ini sejarah baharu dan juga kita ucapkan tahniah kepada kerajaan dan juga jangan lupa tahniah juga kepada Yang Berhormat Pekan kerana beliau kalah, serahkan dengan baik, tidak adalah berlaku huru-hara.
Kalau agaknya sebelah sana nanti kalau memerintah agaknya demonstrasi sudah tentulah berlaku, blackout akan berlaku dan berbagai-bagai. Ini satu sejarah kita serah tugas dengan baik dan esok bila BN menang lima tahun akan datang, jangan lupa serahkan juga dengan baik sebagaimana kami serahkan kepada PH pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, bila sebut sejarah ini saya pun ada sejarah sendiri. Saya ingat lagi pada tahun 1973 Tuan Yang di-Pertua, saya semasa itu di Tingkatan 3, seorang jumpa saya, dia kata Noh you tengok, dia kata, “UMNO ini memerintah apabila habis teori Rahman” kata dia. Saya kata “Apa dia teori Rahman ini?”. Dia kata “Teori Rahman ini tengok siapa yang akan jadi Perdana Menteri”. ‘R’ yang pertama Tunku Abdul Rahman, selepas itu kita tengok pula pada masa itu Allahyarham Tun Abdul Razak. Jadi Tun Abdul Rahman kita tahu, Tunku Abdul Rahman selepas itu Tun Abdul Razak, selepas itu Hussein selepas itu Mahathir, selepas itu ingatkan Anwar rupanya Abdullah Ahmad Badawi, ‘A’ juga ada dan akhir sekali Najib. Saya ingat ‘N’ itu Noh, rupanya Najib kata dia...
Tuan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Jadi sebab itu berlaku. Ini tidak mungkin. Sekarang ini masuk ke teori Mahathir pula, siapa? Sekarang ini ‘M’ Mahathir. Lepas ini ‘A’, tidak tahu. Anwar kah atau Azmin kah? Mungkin Ahmad Zahid kah? Boleh jadi juga, ‘A’. Selepas ‘A’ ini ‘H’ . Siapa ‘H’ ini? Hannah Yeoh kah? ‘H’ juga itu, Timbalan Menteri Wanita yang bukan Melayu. Ini sebab dalam Perlembagaan negara kita bukan Melayu pun boleh jadi Perdana Menteri. Ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. ‘H’ ini Hishamuddin. Ini pun kita tidak tahu.
Jadi teori ini semua sejarah dan sejarah yang berlaku pada hari ini juga kita lihat bahawa pertama kalilah pelantikan Perdana Menteri terdiri daripada parti yang minoriti di dalam kerajaan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kita ingat dulu parti Pakatan Harapan ada empat parti, DAP – 42 Kerusi; PKR – 51 Kerusi; Bersatu – 13 Kerusi; dan 13 Kerusi boleh jadi Perdana Menteri, sejarahlah juga, hebatlah kira itu. Itu sejarah.
Begitu juga sejarah yang seterusnya hendak lantik Perdana Menteri daripada pukul 9.30 pagi sampai 3.30 petang, sampai 9.30 malam kalau tidak silap saya. Dengan hebohnya dekat luar himpunan begitu ramai. Selama ini kita lantik Perdana Menteri tidak adalah macam itu teruk, terus buat appointment angkat sumpah, terus. Tidak adalah sampai berjam-jam menunggu. Itu sejarah yang kedua.
Sejarah yang ketiga hendak lantik Menteri ambil masa berperingkat-peringkat.
Hendak lantik Perdana Menteri, hendak lantik Timbalan Perdana Menteri pun mengambil masa dekat 10 hari lebih. Selepas itu 2 Julai, 13 Menteri pula lagi dilantik, berperingkat- peringkat. Saya kira-kira hendak lantik anggota pentadbir lebih kurang 44 hari baru dapat lantik. Ini juga sejarah ini, Yang Berhormat Sungai Petani. Tidak pernah berlaku. Dulu kita terus lantik. Ini satu sejarah.
Akhirnya kita lihat kalau ini berterusan- sebab itulah kita lihat negara ini dilihat tidak dapat ditadbir urus dengan cara yang baik. Asyik hendak cari salah Kerajaan Barisan Nasional sahaja. Saya pun hairan dulu Zeti kata hutang RM680 juta, tidak silap saya. Tiba- tiba kata trilion hutang pula. Yang mana satu betul, kita pun tidak tahu.
Oleh sebab pada masa itu negara kita banyak kementerian, belum ada Menteri.
Kemudian kita tengok bila kementerian tidak dapat melaksanakan dasar dan juga fungsi kerajaan dengan lebih baik, jadi kesejahteraan rakyat tidak terbela. Apabila dia tidak terbela, maka berbagai-bagai problem timbul.
Itu tadi lantiklah penasihat dan sebagainya seperti mana Yang Berhormat Ketereh telah bangkitkan tadi. Sampai hari ini ada dua Ketua Hakim Negara, tidak tahu yang mana satu yang betul. Kemudian kita- akibatnya apa kita lihat? Akibatnya negara kita tidak dapat ditadbir dengan begitu baik. Oleh sebab itu saya hendak cadanglah kalau boleh, kalau boleh dicadangkan siapa juga jadi kerajaan bagilah tempoh paling dua minggulah, dalam tempoh 14 hari itu lantiklah anggota pentadbir kita dengan baik. Kalau kita tidak dapat lantik anggota tadbir dengan baik, maka itulah kita lihat hari ini banyak janji tidak dapat ditunaikan, manifesto tidak dapat di tunai.
Apabila kita sebut mengapa tidak dapat tunai manifesto? Eh, dia kata barulah, orang kahwin pun tidak terus dapat anak. Semalam saya dengar ada sebelah sana sebut. Betullah, tetapi masalahnya sebelum kamu kahwin, kamu janji dengan bapa mertua. Kahwin dengan saya, sembilan bulan anak kamu mengandung, kamu dapat cucu. Ini sudah kahwin. Tengok- tengok sudah dua bulan, mengandung pun tidak lagi. Jadi ini yang kita persoalkan. Akhirnya apa kesimpulan kita boleh dapat? Bahawa menantu menipu, menipu bapa mertua, menipu keluarga isteri yang janji hendak bagi cucu dalam tempoh sembilan bulan tetapi mengandung pun tidak lagi.
Jadi ini ertinya istilah ini kalau tidak terlampau, kita kata, ini menipu namanya. Sama juga dengan PH pada hari ini.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Minta jalan, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ketereh minta laluan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Sila.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sila.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Saya sekali lagi tidak setuju dengan contoh yang dibawa oleh- ini tadi. Kalaupun dia berjanji hendak bagi anak bila kahwin, tidak salah dia sebab dia tidak tahu isteri hendak kahwin itu mandul, Tuan Yang di-Pertua...
[Dewan ketawa]
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Oleh sebab itu jangan menipu, jangan tabur janji kalau tidak tahu. Ini yang masalahnya. Bila sudah menipu- semua orang percaya. Itu yang pertama.
Sejarah yang kedua lagi polemik pelantikan Speaker Dewan Rakyat. Saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mempertikaikan langsung. Tubuh badan Tuan Yang di-Pertua memang layak betul. Handsome lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Oh, terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Suaranya lemah lembut lagi, pengalaman yang hebat sebagai bekas Ketua Hakim, pensyarah memang layak, memang layak, tidak boleh pertikai. Apa yang kami pertikaikan ialah peraturan. Peraturannya, rule of law dia ini yang kita hendak kena ikut- Dewan yang mulia ini sebab apa? Dewan yang mulia ini kerana ada peraturan, inilah yang menyebabkan peraturan kita dihormati. Kita ini above the law. We are immune, cakaplah apa sahaja dalam Dewan ini, kita tidak boleh disaman melainkan kita cakap fitnah, ada juga fitnah dan juga menyentuh beberapa perkara hasutan.
Itu betul.
Adalah satu kes dulu yang pernah Ahli Parlimen didakwa kerana menghasut, disuruh tutup sekolah Cina. Saya sudah lupa nama Ahli Parlimen tersebut, itu betul. Mark Koding kalau tidak silap saya. Selain daripada itu, we are above the law, cakaplah apa hendak cakap pun, tidak boleh. Oleh sebab itu sebab apa? Sebab peraturan. Ini yang kita kata kemuliaan Dewan ini ialah peraturan. Jadi kalau peraturan ini tidak dipatuhi bagaimana kita hendak menjadi ahli di dalam Dewan yang mulia. Saya hendak sebut mengenai peraturan ini.
Saya hendak sebut, izinkan saya baca supaya semua orang tahu bahawa Perkara 4(1).
“Tiap-tiap Ahli yang hendak mencadangkan nama seorang Ahli Dewan itu atau seorang yang layak dipilih menjadi Ahli Dewan itu hendaklah dipilih jadi Tuan Yang di-Pertua, hendaklah...”. Hendaklah ini— it’s mandatory.
“...Hendaklah memastikan terlebih dahulu iaitu Ahli itu suka berkhidmat...”. Suka berkhidmat.
“...Ahli itu suka berkhidmat jika ia dipilih, dan juga hendaklah memberitahu kepada Setiausaha dengan bersurat sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum mesyuarat”.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ertinya, kita mesyuarat 16 Julai, sebelum 2 Julai Tuan Yang di-Pertua sepatutnya- saya tak tahulah. Hanya Tuan Yang di-Pertua yang tahu sama ada betul atau tidak betul Tuan Yang di-Pertua telah pun menandatangani bersetuju dengan suka hati menjadi Speaker Dewan sebelum 2 Julai. Itu Tuan Yang di-Pertua sahaja yang tahu. Terpulanglah. Saya tak mahu tanya. Tuan Yang di-Pertua sahaja yang faham.
Akan tetapi apa yang saya persoalkan ialah bagaimana gara-gara polemik pelantikan Tuan Yang di-Pertua ini diuar-uarkan di dalam media. Kita lihat selepas 2 hari bulan- kita dah beritahu mesti sebelum 2 Julai. Pada 6 Julai, ada pula Tan Sri Rais Yatim mengatakan dia bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai Speaker Dewan Rakyat.
Ini bukan mewakili Parti Pribumi Bersatu- Tan Sri Rais Yatim.
Pada 8 Julai ada pula lagi yang mengatakan. Ini Setiausaha Agung PH, kalau tidak silap saya PKR, Menteri Luar kalau saya tidak silap. Dia telah mengatakan bahawa calon speaker telah disenarai-pendekkan. Pada 8 Julai ada lagi dia melaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri sendiri sebut telah memaklumkan bahawa telah memberikan cadangan nama untuk jawatan Speaker Dewan Rakyat kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Pada 10 Julai ada lagi statement yang dibuat, calon nama Speaker telah dimuktamadkan dengan hanya satu nama sahaja. Nama Yang Berhormat Gelang Patah pun disebut-sebut juga. Disebut-sebut jugalah. Siapa?...
[Disampuk] Yang Berhormat Iskandar Puteri, minta maaf. Yang Berhormat Iskandar Puteri pun disebut-sebut juga. Ertinya selepas 2 hari bulan. Kemudian banyaklah sehingga pada 11 Julai, sahabat saya Yang Berhormat Sungai Petani pun membuat kenyataan bahawa dia menolak jawatan Speaker. Dia pun mengesahkan bahawa dia telah dimaklumkan bahawa- dimaklumkan tawaran barang kali ini, Yang Berhormat Sungai Petani.
Jadi kita tidak tahu yang mana satu betul ini. Juga, kita melaporkan bahawa- ya lah, Tuan Yang di-Pertua sendiri pun ada buat statement pada 13 Julai sedang menunggu surat pelantikan rasmi yang akan dikeluarkan pada 25 Julai. Saya tidak tahu yang mana satu betul.
Tuan Yang di-Pertua
Itu dilaporkan. Tak semestinya betul.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Itu saya tidak tahu. Melainkan Tuan Yang di-Pertua nak wallahi wabillahi macam kami, mengaku betul-betul hantar surat sebelum 2 Julai, saya tidak tahulah...
[Dewan ketawa]
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kami berikrar, tapi saya tidak pertikai tuan punya badan. Kita mempertikaikan ialah apa dia punya prosedur...
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Bharu minta mencelah.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Tanjong Karang dan juga Tuan Yang di-Pertua.
Isu mengenai pemilihan, bukan pelantikan tetapi pemilihan, the election of Tuan Yang di-Pertua telah panjang kita berbincang dan sebagaimana Yang Berhormat Tanjong Karang sebut ini bukan salah Tuan Yang di-Pertua tetapi mungkin prosedur tidak betul.
Jadi bolehkah ataupun setuju kah kalau saya cadangkan, kalaulah benar prosedur yang dibuat itu tidak betul mengikut peraturan, kita boleh mencadangkan supaya orang yang mengesahkan bahawa surat cadangan atau usul mencadangkan Tuan Yang di-Pertua dikemukakan pada atau sebelum 2 Julai itu, orang yang membuat pengesahan itu membuat satu afidavit sebagaimana dalam mahkamah? Yang Berhormat pun seorang peguam, Tuan Yang di-Pertua seorang hakim. Buat satu afidavit affirm that dia menerima pada 2 Julai, itu satu rectification kalau boleh. Adakah Yang Berhormat setuju?
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Perkara yang sama. Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita faham fasal 99A peraturan menyatakan apa-apa juga keputusan yang dibuat dalam Dewan ini adalah sah, kita bukan mempertikaikan soal kesahihan itu, cuma kita dalam keadaan keraguan, apakah berlaku satu tindakan backdating the surat berdasarkan pada circumstantial evidence, dengan izin?
Yang Berhormat Tanjong Karang saya ingin bertanya, andai kata kalau itulah berlaku, pertama, Yang Berhormat Tanjong Karang sebagai peguam, apakah itu merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang? Backdating surat, adakah berupa satu kesalahan daripada sudut undang-undang?
Keduanya, selain daripada circumstantial evidence termasuk laporan-laporan yang mengelirukan yang menjurus ke arah berlaku backdating, ada dua peristiwa yang barangkali Yang Berhormat Tanjong Karang sedar.
Pertama, bekas Yang di-Pertua ada bertanya kepada pegawai di Dewan ini selepas tarikh 2 hari bulan dan disahkan nama belum ada. That is very strong evidence. Dan yang keduanya, kenyataan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua sendiri tiga hari sebelum majlis menyatakan beliau tidak mendapat apa-apa surat.
Jadi, dua evidence ini menjadi cukup kuat untuk boleh kita meragui berlaku backdating, dan adakah backdating itu satu kesalahan di sisi undang-undang?
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Terima kasih Yang Berhormat Ketereh dan juga sahabat saya Yang Berhormat Kota Bharu. Ini yang saya kata tadi, kita tidak tahu apa yang berlaku. Sebab itu pada hari itu kita minta tangguh saja.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kalau kita minta tangguh, mungkin kita boleh...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Nanti, kemudian. Saya menjawab ini dahulu ya. Masa saya pun sudah sedikit sangat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tanjong Malim minta mencelah.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kalau boleh kita nak rectify, tetapi tak apalah walaupun benda dah berlaku, kita ikutlah dan kita akur dan memang tak salah. Memang orang kata, memang tak salah pilih Tuan Yang di-Pertua kita yang bijaksana pada hari ini.
Jadi apa yang saya tengok, saya tak tahulah kalau betul berlaku satu lagi penipuan.
Kalau Dewan pun kena tipu, rakyat pun kena tipu, habis macam mana? Kesian Yang Berhormat Sungai Petani pun boleh jadi kena tipu juga, kata dia telah diberitahu. Kemudian Ahli-ahli Dewan Rakyat semua kena tipu sebab dalam manifesto kata- tadi sahabat saya telah bangkit- kata nak lantik Tuan Yang di-Pertua ini daripada kalangan Ahli-ahli Dewan Rakyat.
Ini juga menunjukkan bahawa kita juga tidak menunaikan janji...
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Setiawangsa minta mencelah.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Nanti kejap. Bagi saya habis isu ini dulu. Kita tidak menunaikan janji kita. Manifesto yang begitu mudah sekali pun kita tidak boleh tunai. Habis macam mana nak tunaikan manifesto yang macam-macam dekat luar sana?
Jadi akhirnya saya nak cadang selain daripada Yang Berhormat Kota Bharu punya cadangan. Saya nak cadang tadi- saya tadi tertarik dengan Yang Berhormat Selayang. Saya tahu Yang Berhormat Selayang ada baca barangkali tetapi dia baca tak habis. Saya pun ada baca juga Yang Berhormat Selayang.
Ini saya ada baca the Father of the House, daripada House of Commons. Ini pun kita juga ada rujukannya saya buat di “Speaker.” Sejarah Speaker ini Yang Berhormat Selayang tak habis baca. Itu history. Yang Berhormat kena baca lah, dengan izin, *“New procedure of the election of the Speaker who agreed by the House on the 22nd March 2001”.
I think* pada 22 Mac 2001, House of Commons dah buat peraturan baru ini, Standing Orders of the House of Commons. Dia punya nombor 1(1) dengan izin, “Whenever it is necessary to proceed forthwith to the choice of a new Speaker in consequence of the Speaker having ceased for any reason to be a Member of this House, the Chair shall be taken by that Member present in the House and not being a Minister of the Crown who has served for the longest period continuously as a Member of this House”. Maksudnya apa? Maksudnya kita tiru ini...
[Merujuk pada dokumen berkaitan] Saya nak cadang ubah peraturan kita.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Nak pilih Tuan Yang di-Pertua bukannya Setiausaha Dewan. Lantik, kalau ikut House of Commons, dia panggil the Father of the House. Siapa The Father of the House? Iaitu seorang Ahli Parlimen yang paling lama berkhidmat dalam Parlimen tanpa ada tempoh break. Kalau di sini Yang Berhormat Gua Musang. Dia bersambung. Yang Berhormat Iskandar Puteri lama juga tetapi tahun 1999 Yang Berhormat kalah. Jadi, tak boleh. Yang senior ialah Yang Berhormat Gua Musang. Patutnya kita pinda, biar orang yang lama lantik di situ, dia yang uruskan pemilihan ini.
Jadi kalau kita- Yang Berhormat Selayang sokonglah. Jangan Yang Berhormat Selayang baca sejarah separuh sahaja. Baca sampai habis. Kita kena baca sampai habis.
Jangan kita kelirukan Dewan.
Jadi sebab itu saya nak cadang buat Select Committee, ambil ini supaya pemilihan akan datang tidak ada penipuan, tidak ada backdated. Kasihan Setiausaha Dewan.
Setiausaha Dewan kena akur daripada apa yang diberi oleh kerajaan. Dia kalau backdated, backdated lah. Jadi, kita tidak tahu. Jadi saya nak cadang ikutlah peraturan yang telah dibuat standing order tahun 2001 yang telah pun dipakai di House of Commons itu.
Jadi yang akhir tentang UEC. Saya tadi dengar ucapan daripada Yang Berhormat Kota Melaka. Yang Berhormat Kota Melaka, dia ada sebut fasal UEC. Saya nak ‘dengar’ daripada Hansard esok.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kalau saya dapati di dalam Hansard, dia mengelirukan Dewan, saya akan bawa dalam Peraturan Mesyuarat 36(12) iaitu Ahli-ahli yang mengelirukan Dewan, disifatkan menghina Majlis dan boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.
Oleh sebab saya memang tidak ada dalam Dewan tadi tetapi saya dengar, saya dalam kereta, saya dengar. Tidak silap saya dia sebut fasal UEC ini tadi. UEC betul, dia kata, belajar Bahasa Malaysia, belajar Sejarah. Akan tetapi kita hendak tanya, apakah sejarah ini sama dengan sejarah standard SPM, selia sukatannya, silibusnya di bawah kementerian atau bukan, Bahasa Malaysianya? Adakah soalan itu dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia?
Kalau tidak silap saya, soalan itu hanya dibuat oleh Malaysian Independent Chinese Secondary School. Ini soalannya. Jangan kelirukan Dewan.
Apa yang kita kata, boleh, kita iktiraf UEC tetapi ambil Sejarah, ambil SPM yang dibuat oleh kementerian supaya selaras dengan Dasar Pendidikan Negara. Saya masih ingat waktu saya menjadi Timbalan Menteri Pendidikan dulu, tahun 2010 kalau tidak silap, kita memberi peluang kepada pelajar-pelajar kelulusan UEC ini memasuki IPG, 20 orang the first intake. Saya yang tukang bagi surat pelantikan itu tetapi kerana pada masa itu kita kekurangan guru dalam Bahasa Mandarin, kita ambil. Akan tetapi kita mereka ini ada kelulusan SPM dan juga ada kelulusan Sejarah. Jadi, yang ini yang kita kena faham, kita juga dia kata tadi mengenai- manifesto...
Seorang Ahli
[Bangun]
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
...Last sekali, masa sudah habis.
Tuan Yang di-Pertua
Masa habis sudah.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Manifesto. Ini saya hendak tengok. Jangan kelirukan Dewan.
Apa yang saya ingat di dalam manifesto kita, Barisan Nasional kena iktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu ataupun UEC untuk memasuki universiti tempatan dengan syarat mereka mendapat kepujian subjek Bahasa Malaysia dan lulus Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kena beza di antara taraf Bahasa Malaysia dan Sejarah di bawah SPM, Sijil Pelajaran Malaysia dengan standard Bahasa Malaysia dan Sejarah yang dibuat oleh badan yang kita tidak diiktiraf. Mana boleh ada dua badan.
Ini saya hendak bagi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tengok Hansard, ucapan dia. Kalau dia mengelirukan Dewan, saya akan bawa, hadapkan Yang Berhormat Kota Melaka ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Minta laluan.
Tuan Yang di-Pertua
Masa sudah habis.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, minta laluan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Masa sudah habis sudah.
Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Masa sudah habis.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kalau Tuan Yang di-Pertua bagi, saya bagi. It’s not a problem. Boleh Tuan Yang di-Pertua, bagi dia peluang? Kasihan dia.
Tuan Yang di-Pertua
Sekejap saja.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Sekejap, bagi, bagi? Kasihan dia.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Melaka, ya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya. Saya hendak ulang sekali lagi, tidak perlu merujuk kepada Hansard. Saya ulang sekali di depan Yang Berhormat, Manifesto Barisan Nasional memang mengatakan mereka akan mengiktiraf UEC, ya.
Saya hendak tegaskan di sini sekali lagi, mata pelajaran Sejarah untuk mengambil peperiksaan UEC tersebut, 57 peratus adalah mengenai Sejarah Malaysia dan hanya sekadar 43 peratus sahaja sejarah dunia.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Faham, ya faham. Saya faham maksud dia. Saya hendak tanya...
Tuan Yang di-Pertua
Dalam masa seminit saja.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ikut silibus kementerian kah atau pun silibus you sendiri? Itu soalan saya. Bahasa Malaysia memang betul you ada belajar, Sejarah betul you ada belajar tetapi silibusnya daripada mana? Adakah betul-betul Sejarah yang menanamkan semangat patriotisme seperti mana yang budak-budak sekolah lain ambil. Ini persoalan kita dan soalan manifesto you pun tidak habis. This is the problem dengan ‘pembangkang’. Baca sampai habislah. Kita kata sekarang...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kita pemerintah, kita bukan pembangkang Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Masa sudah selesai.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Yang Berhormat kena faham, kita kata sekolah...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Salah satu daripada sebabnya Barisan Nasional kalah...
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk, dua-dua Yang Berhormat. Kita sudah habis masa ya. Saya mempersilakan Yang Berhormat Tuaran.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Dia baca tidak habis.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Lulus bersyarat. Kepujian Bahasa Malaysia dan Sejarah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, sila duduk, sila duduk. Yang Berhormat Kota Melaka.
Saya sekarang menjemput Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang untuk turut serta membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang di- Pertua di atas pelantikan sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Keduanya, PRU Ke-14 telah pun berlalu. Kerajaan Persekutuan pun telah dibentuk, kerajaan-kerajaan negeri pun telah dibentuk. Maka, masanya sekarang masa untuk berkhidmat dan memberikan urus tadbir yang baik, sejajar dengan aspirasi rakyat. Dalam Titah Diraja telah menyentuh beberapa perkara yang sangat penting...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, mohon mencelah.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau - Tuaran
Akan saya bagi.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Cuma satu Yang Berhormat, saya hendak tanya. Tadi terpapar Yang Berhormat Tuaran masih lagi dalam Barisan Nasional, betul kah?
Datuk Seri Panglima Madius Tangau - Tuaran
Saya akan bagi peluang.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ada terpapar di skrin. Yang Berhormat Tuaran masih lagi Barisan Nasional. Saya ucap tahniah. Terima kasih.
Bila lompat balik ke sini ini?...
[Tepuk] Itu sebab majlis, kenyataan akhbar, PC dan sebagainya tidak dibuat. Jadi, saya hendak tanya bila dibuat untuk masuk balik Barisan Nasional itu?
Terima kasih. Welcome back to Barisan Nasional.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau - Tuaran
Ini urusan Dewan Rakyat. Kita pulang kepada Dewan Rakyatlah. Parti saya sudah pun keluar daripada Barisan Nasional, itu hakikatnya.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau dilihat daripada tempat duduknya, faham-fahamlah Yang Berhormat. Silakan, teruskan, masa berjalan ya.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau - Tuaran
Terima kasih. Titah Diraja telah menyentuh beberapa perkara yang sangat menarik dan perlu memang diambil iktibar oleh semua kita, pihak kepimpinan, kerajaan supaya menjadi garis panduan, khususnya untuk membawa pembangunan kepada negara ini. Pertamanya, saya tertarik dengan Titah Diraja apabila Baginda menyatakan bahawa “kerajaan ini komited untuk memastikan agar kehidupan rakyat dipertingkatkan dan kekayaan negara dikongsi secara adil dan saksama dan kerajaan juga akan meneruskan pelaksanaan pelbagai program dan projek bagi memastikan semua rakyat dapat menikmati manfaat pembangunan, termasuk Sabah dan Sarawak".
Apa yang menarik di sini ialah perkataan “termasuk”- “termasuk Sabah dan Sarawak". Tuan Yang di-Pertua, saya sudah berada di Dewan yang mulia ini sejak Parlimen kesepuluh di penggal ke- masuk penggal keempat dalam Dewan Rakyat ini.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau - Tuaran
Saya juga telah banyak berbahas tentang hal-hal pembangunan negara, hala tuju negara dan sebagainya. Kita juga sering mendengar kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin kita, sama ada di pihak kerajaan dan pihak pembangkang. Biasanya perkataan ini memang biasa digunakan, “termasuk Sabah dan Sarawak". Peruntukan ini akan diberi “termasuk Sabah dan Sarawak dan sebagainya". Bagi saya ini merupakan satu mindset dalam kepimpinan. Untuk membawa pembangunan ke negara ini, mindset kepimpinan itu sangat penting, bermula pada situ. Oleh kerana apa? Daripada mindset, ia akan diterjemahkan kepada pelbagai program, dasar, pengagihan peruntukan, bajet dan sebagainya.
Kalau kita lihat perkataan itu sekali lagi, “termasuk Sabah dan Sarawak". Kita boleh andaikan bahawa Sabah dan Sarawak itu adalah sebahagian kecil daripada negara kita Malaysia, sebab ia “termasuk” , cuma ‘“termasuk”. Akan tetapi apabila kita tengok hakikatnya, keluasan negara kita Malaysia ini ialah 329,953 kilometer persegi, itu keluasan Malaysia.
Keluasan seluruh Tanah Melayu Semenanjung ini ialah seluas sebanyak 131,598 kilometer persegi yang merupakan hanya 39.888 peratus daripada keseluruhan keluasan Malaysia.
Manakala negeri Sarawak, keluasan Sarawak ialah 124,451 kilometer persegi iaitu merupakan lebih kurang 38 peratus daripada keseluruhan tanah Malaysia. Manakala negeri Sabah pula ialah 71,904 kilometer persegi ataupun 23 peratus daripada keseluruhan tanah Malaysia.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau - Tuaran
Dalam lain perkataan, Sabah dan Sarawak ini keseluruhannya ialah 60 peratus daripada seluruh tanah Malaysia, manakala yang Semenanjung ini hanyalah 39.8 peratus.
Oleh sebab itu, perkataan “termasuk” itu perlu kita ubah sebab termasuk mengandaikan kita ini kecil. Saya ingin mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, supaya kita ubah yang “termasuk” itu dan kita katakan, “Kerajaan beta akan meneruskan pelaksanaan pelbagai program dan projek bagi memastikan semua rakyat dapat menikmati manfaat pembangunan terutama Sabah dan Sarawak”. Ini ialah kerana Sabah dan Sarawak merupakan 60 peratus daripada keseluruhan tanah Malaysia. Kita 60 peratus.
Selepas itu dahulu kita ada lagu. Sebuah lagu yang telah menyatakan kejayaan kita menubuhkan negara kita Malaysia, iaitu lagu “Malaysia Berjaya”. Boleh nyanyi lagu dan selepas itu seni kata seterusnya ialah dari Perlis sampailah ke Sabah. Oleh sebab itu kadang- kadang Sabah itu anak an after thought state”. Kerajaan sudah rancang pembangunan, selepas itu baru bertanya Sabah lagi macam mana, begitu.
Saya juga ingin mencadangkan supaya lagu itu diubah, kita mula dengan dari Sabah sampailah ke Perlis. Oleh sebab apa, negeri Perlis ini keluasannya 750 kilometer persegi.
Negeri Perlis, 12 orang ADUN tiga orang Ahli Parlimen berbanding dengan kawasan Parlimen Tuaran keluasannya 1,000 kilometer persegi, Ahli Parlimen seorang, Ahli Dewan Undangan Negeri tiga orang, ketua kerajaannya Pegawai Daerah tetapi luas. Kita luas, sebab itu ini perlu kita ubah. Kita perlu ubah supaya kita dapat memastikan keutamaan supaya adanya keadilan dan kesaksamaan dari segi memperkongsikan kekayaan negara kita.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Titah Diraja juga telah menggunakan satu perkataan iaitu “ketelusan”. Ketelusan dalam hal urus tadbir kewangan khususnya dan dinyatakan di sini tentang pendedahan dan sebagainya.
Hal pendedahan itu barangkali banyak laporan, tetapi ada satu perkara tentang kekayaan kita. Ketelusan dalam urus tadbir kewangan di negara kita ini iaitu berkenaan dengan sumbangan sebuah syarikat yang banyak memberi sumbangan terhadap revenue negara kita iaitu Petronas. Petronas mengikut dalam Petroleum Development Act 1974 telah menyatakan bahawa ia terkecuali daripada melaporkan ke Parlimen. Jadi oleh kerana PETRONAS ini terkecuali daripada melaporkan kepada Parlimen, Ahli-ahli Parlimen dan seterusnya rakyat tidak tahu apa yang berlaku di PETRONAS. Pengeluarannya berapa, keuntungannya berapa, siapa-siapa dia punya ahli lembaga pengarah dan sebagainya.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau - Tuaran
Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, demi ketelusan dalam urus tadbir kekayaan negara kita, kewangan negara kita, maka saya ingin bercadang supaya Petroleum Development Act 1974 ini, dipinda di Dewan Rakyat ini, dipinda artikel-artikel yang berkenaan supaya PETRONAS selepas ini melaporkan kepada Parlimen supaya Ahli-ahli Parlimen akan mengetahui apa sebenarnya kedudukan PETRONAS sama ada dari segi pengeluaran minyaknya, dari segi keuntungan, siapa-siapa lembaga pengarah dan sebagainya.
Dalam hal ketelusan ini juga Tuan Yang di-Pertua, ada hal-hal yang berkaitan dengan urustadbir negeri dan Persekutuan. Apabila dia urustadbir negeri dan Persekutuan, maka hal-hal berkenaan dengan kewangan dan juga banyak perkara dari segi pengagihan peruntukan-peruntukan dan sebagainya. Oleh sebab itu saya ingin mencadangkan supaya hal-hal yang berkaitan dengan hubungan urustadbir negeri dan Persekutuan ini terutama sekali yang berkaitan dengan Sabah dan Sarawak ini dikaji semula. Ini kerana dalam pembentukan negara kita Malaysia, kita ini telah dibentuk kerana ada perjanjian.
Perjanjiannya ialah yang dipanggil Perjanjian Malaysia 1963 dan masih ada lagi perakuan-perakuan di dalamnya yang masih belum dilaksanakan sepenuhnya ataupun ada perkara-perkara yang telah dipinda sama ada dalam Perlembagaan Persekutuan, mahupun dalam perlembagaan negeri masing-masing. Kita tidak menyalahkan mana-mana pihak. Ini sudah menjadi suatu sejarah, sudah menjadi legasi tetapi bagi kita yang tidak boleh diubah dan yang tetap itu ialah Perjanjian Malaysia.
Dalam Perjanjian Malaysia itu harus kita revisit, kita tengok balik dan bagaimanakah kita sebaik-baik mungkin dapat mengurus tadbir negara kita ini supaya kita bukan sahaja dapat mempertahankan, memastikan kesaksamaan, keadilan untuk memastikan kemakmuran mencapai tahap negara maju dan sebagainya, tetapi kita dapat juga memastikan yang Malaysia ini sebuah negara yang disegani.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ketereh minta laluan.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau - Tuaran
Silakan Yang Berhormat.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Terima kasih Yang Berhormat. Hujah yang pada saya menarik dan patut sekali diberikan perhatian dan pengesyoran supaya mindset terhadap Sabah dan Sarawak ini suatu perkara yang sangat relevan.
Dalam hubungan ini Yang Berhormat, saya ingin mendapat mungkin pandangan dan mungkin juga penjelasan Yang Berhormat berhubung dengan hak Sabah dan juga negeri-negeri pengeluar minyak tentang kenyataan terbaru Perdana Menteri kita yang bersetuju untuk memberikan 20 peratus daripada hasil minyak negara. Akan tetapi kita dikejutkan kemudiannya dengan satu kenyataan menyatakan ia naik 20 peratus yang mana kita menyangka naik 20 peratus daripada lima peratus sekarang, tiba-tiba dikeluarkan kenyataan 20 peratus daripada profit. Kemudian selepas itu Ketua Menteri di Sabah terus mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri. Ini bermakna Ketua Menteri Sabah bersetuju dan menerima apa yang telah disebutkan oleh Perdana Menteri iaitu 20 peratus daripada profit. Bila saya merujuk kepada PDA- Petroleum Development Act seksyen 4 menyebutkan dengan jelas pemberian itu mestilah bersifat pemberian tunai daripada revenue. Tidak disebut di mana- mana dalam PDA, pemberian tunai daripada profit. Kalau profit ertinya joint venture. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat dan juga bagi pihak barangkali Kerajaan Negeri Sabah, adakah sekarang ini Sabah sudah endorse pendekatan ataupun cadangan baru Perdana Menteri ataupun ini akan menjadi suatu pertikaian. Bagi saya oleh kerana ia merupakan satu promise daripada pihak yang berkepentingan iaitu Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kerajaan Pusat boleh didakwa atas breach of promises.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau - Tuaran
Terima kasih Yang Berhormat Ketereh atas persoalan itu. Saya bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah semasa kita mendengar jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang 20 peratus itu. Pada ketika itu saya dan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita tidak dapat detail daripada segi 20 peratus itu sama ada dari segi based on revenue kah atau based on profit. Andaian kami adalah seperti apa yang tertera dalam PDA, based on revenue.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau - Tuaran
Oleh sebab itu Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan saya sebenarnya, kami mengucapkan terima kasih. Esoknya apabila ada U-turn, dan ada penjelasan mengatakan ini based on profit, tentu sekali kami tidak bersetuju. Kerajaan Negeri Sabah tidak boleh bersetuju sebab kita mahu berasaskan seperti yang ada sekarang.
Contoh, sekarang ini lima peratus itu berasaskan kepada revenue, lima peratus kepada negeri, lima peratus kepada Persekutuan. Adakah nanti selepas ini dipinda itu yang lima peratus itu, tentunya tidak. Kita tidak boleh terima. Jadi, kerajaan negeri tidak boleh terima.
Oleh sebab itu, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah pun sudah mengatakan bahawa dia akan bincangkan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam perkara ini. Oleh sebab itu juga dalam ucapan saya ini, dalam perbahasan saya ini, saya ingin menyatakan bahawa dalam hal yang berkaitan dengan royalti minyak ini, sekali lagi kita mesti pertahankan apa yang tertera, tertulis dalam akta yang ada. Malah bagi Sarawak, dia ada Mining Ordinance, ada hal-hal yang memerlukan mana-mana syarikat memerlukan lesen dan sebagainya.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau - Tuaran
Negeri Sabah juga begitu dalam Ordinan Tanah Sabah seksyen 28 juga memerlukan mana-mana syarikat memerlukan kelulusan daripada kerajaan negeri kalau masuk dan sebagainya. Oleh sebab itu hal-hal berkenaan dengan revenue ini perlu dibincangkan. Apa pun komitmen 20 peratus itu kita berterima kasih, teruskan tetapi memang kita tak boleh terima kalau dia based on profit. Terima kasih.
Satu lagi perkara yang telah disebut yang disebut oleh dalam Titah Diraja ialah berkenaan peri pentingnya perpaduan dan keharmonian di kalangan rakyat. Malah selama ini kalau kita lihat kesemua rancangan Malaysia sehingga hari ini mukadimahnya yang pertamanya yang paling pentingnya ialah perpaduan. Oleh sebab tanpa perpaduan tidak ada kestabilan, kita tidak boleh merancang, kita tidak boleh membuat pembangunan dan sebagainya.
Oleh sebab itu, hal-hal yang berkaitan perpaduan ini sangat penting Tuan Yang di- Pertua. Antaranya ialah berkaitan dengan hal-hal urus tadbir kewarganegaraan dan hal-hal yang berkaitan keagamaan. Di Sabah sebagai contoh, kalau namanya Ariffin bin Gadait atau namanya Abidin bin Madingkir orang ini tidak semestinya Muslim. Saya ini pun nama saya Madius bin Tangau. Saya ada “bin”, tetapi saya beragama Kristian, saya bukan beragama Islam. Ada juga namanya Samsudin bin Amir tetapi dia beragama Kristian juga. Ada orang bernama Dougles bin Kabul dia bukan Kristian, dia Muslim, ada orang bernamanya Sylvia tetapi dia beragama Islam- Muslim.
Oleh sebab itu, dalam peraturan, tidak tahu dari peraturan mana dan dasar mana tetapi apabila di dalam IC kita ada “bin” dan Islamic sounding name, dia terusnya Islam.
Sehinggakan ada keadaan di negeri Sabah, ia berlaku di kawasan saya namanya “Joni”. Jadi dia ini pun sudah mahu kahwin, dia sudah bertunang. Dia beragama Kristian tetapi dalam IC ada “Islam”. Jadi tunangnya memang Kristian, keluarga sebelah dia tidak mahu dia berkahwin selagi perkataan “Islam” itu tidak digugurkan daripada i/c si Joni dan sebagainya. Oleh sebab memang dia bukan Muslim.
Akan tetapi apabila mangsa-mangsa seperti ini pergi ke JPN membuat pembetulan dan sebagainya, pihak JPN pegawainya akan beritahu, ini perlu pemulihan ini sudah salah akidah. Ini hal perlu dihantar untuk pemulihan akidah dan sebagainya. Akan tetapi dia sebenarnya bukan Muslim. Itulah di Sabah berlaku kahwin campur dan sebagainya.
Oleh sebab itu hal-hal dasar dan hal peraturan di Jabatan Pendaftaran itu sangat penting dan perlu di kaji semula. Jangan ada orang yang jadi mangsa sehinggakan bulan puasa dia ditangkap hanya berasaskan kepada Kad Pengenalan sebab ada nama Islam, ada ‘bin’ ada ‘binti’ dan sebagainya. Isteri saya namanya Jaina binti Sintian, Dr Jaina binti Sintian itulah isteri saya. Jaina, Islamic sounding name juga...
[Disampuk] Pak, saya ini orang Kristian. Tidak boleh dua, satu sahaja [Ketawa]
Datuk Seri Panglima Madius Tangau - Tuaran
Jadi sebab itu, peraturan-peraturan menyusahkan perlu dikaji semula. Sekarang sudah ada kerajaan baru, Menteri-Menteri baharu, saya mohon sangat supaya perkara ini diselesaikan. Ini menggugat hal-hal perpaduan, hal-hal keharmonian. Oleh sebab di Sabah ini, saya bagi satu lagi kita boleh pergi ke gereja barangkali upacara pengebumian. Setengah daripada- orang dalam gereja memakai tudung. Dia pakai tudung sebab yang meninggal itu barangkali abangnya, barangkali sepupunya, barangkali uncle-nya dan sebagainya begitu keadaan ataupun dalam hari raya.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Di hari raya, sambutan hari raya, rumah terbuka, ada bilik khas untuk saudara- saudara dia yang tidak seagama dengan dia, dia Kristian. Di situ pun ada minuman yang sepatutnya yang tak boleh bagi kepada orang-orang Islam, ini di Sabah. Ini keunikan. Oleh sebab itu di Malaysia ini, di Sabah ini saya mohon kerajaan baru ini buat perubahan dalam urus tadbir kewarganegaraan lihat dari segi dokumen-dokumennya.
Satu lagi perkara yang sangat penting...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Tuaran masa telah hampir, telah tamat.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau - Tuaran
Okey, saya mahu gulung sudah.
Ini hal kewarganegaraan. Hal kewarganegaraan dulu kita ada RCI, Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang asing tanpa izin. Sudah pun selesai, sudah pun dibentangkan di Dewan Rakyat tetapi hari ini tidak ada kesudahannya. Oleh sebab cadangan- cadangan yang kita telah sudah beri tidak dilaksanakan antaranya ialah kita mahu kad-kad pengenalan di Sabah ini di tarik balik dan reissue balik maknanya biarlah rakyat Sabah diberi peluang untuk sendiri mendaftar dan bagi mereka yang belum mendapat citizenship, tiada masalah.
Kepada mereka yang telah mendapat kewarganegaraan secara rasuah ataupun telah diberikan i/c tanpa memohon oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mereka tidak akan dapat. Biarlah undang-undang berjalan sehingga mereka layak dan sebagainya.
Ini sangat penting, demi perpaduan, demi keharmonian, demi pembangunan negara kita yang bersatu padu dan yang maju dan sebagainya.
Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih, menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan tajuk daripada titah yang telah diberikan begitu menarik, begitu relevan dan sebab itu saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Salam sejahtera dan salam harapan. Terima kasih kerana diberi peluang untuk turut serta dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Untuk memulakan ucapan sulung saya di Dewan yang mulia ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada warga P.195 Bandar Kuching di atas kepercayaan dan sokongan mereka pada pilihan raya yang lalu. Tanggungjawab yang diberi ini tidak akan saya pandang ringan dan saya akan memegang amanah ini dengan sedaya upaya saya untuk membawa suara penduduk Bandar Kuching ke Dewan yang mulia ini.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Sarawak bukan sahaja kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berasalnya dari Sarawak tetapi juga semua Ahli Yang Berhormat dari Sabah dan juga dari Semenanjung Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menceritakan sedikit tentang sejarah Sarawak di Dewan yang mulia ini. Hari Sarawak adalah satu perayaan atau hari peringatan di mana rakyat Malaysia di Sarawak mengingati hari di mana Sarawak diberi kuasa pentadbiran sendiri atau, dengan izin, self-governance dari penjajah pada masa itu iaitu kerajaan koloni British pada 22 Julai 1963. Pada hari yang bersejarah tersebut, Governor British di Sarawak yang terakhir Sir Alexander Wardle telah mencetak dan mengeluarkan, dengan izin, the Sarawak Government Gazette Extraordinary Part 5. Untuk mengisytiharkan pelantikan Ketua Menteri Sarawak yang pertama Tan Sri Stephen Kalong Ningkan dan juga Supreme Council Members yang menganggotai barisan Kabinet pertama di Sarawak.
Governor British juga secara simboliknya telah turun dari astana tempat kediaman rasminya menaiki sampan putih dan menyeberangi sungai Sarawak untuk menyerahkan kerajaan Sarawak kepada rakyatnya. Tambahan pula bendera Union Jack telah diturunkan buat kali terakhir pada hari mesyuarat Kabinet negeri yang pertama diadakan yang telah dipengerusikan oleh Ketua Menteri pertama Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan.
Ini semua berlakunya sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 di mana wilayah Sarawak, North Borneo atau Sabah, dan Singapura pada masa itu telah bersama-sama membentuk bukan menyertai Persekutuan Malaysia berdasarkan apa yang dipersetujui melalui Perjanjian Malaysia 1963.
Namun begitu, sejarah ini kurang diketahui rakyat Malaysia mahupun orang Sarawak sendiri. Saya mengaku semasa saya belajar di sekolah saya langsung tidak mengetahuinya kerana peristiwa ini tidak diajar di dalam syllabus sejarah yang ada.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Selain itu, peranan pemimpin-pemimpin Sarawak, North Borneo atau Sabah dan juga...
Datuk Seri Panglima Madius Tangau - Tuaran
Boleh mencelah?
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
...Kepentingan Perjanjian Malaysia 1963 dalam pembentukan Persekutuan Malaysia juga kurang diberi penekanan dalam syllabus yang diajar di sekolah.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau - Tuaran
Boleh mencelah? Terima kasih, Yang Berhormat Bandar Kuching.
Adakah Yang Berhormat Bandar Kuching bersetuju bahawa dalam kokurikulum Sejarah yang ada pada hari ini, bukan sahaja ia perlu dibuat balik untuk memastikan adanya sejarah-sejarah ini dimuatkan dalam buku teks tetapi sangat perlu penyertaan sejarawan, pakar-pakar sejarah dari Sabah dan Sarawak untuk membuat kokurikulum baharu subjek Sejarah ini? Terima kasih.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih, Yang Berhormat. Ya, saya setuju dengan cadangan tersebut dan saya akan talk about this masa dalam teks saya juga. Jadi apa yang ada dalam syllabus sekarang? Lebih penekanan telah diberikan kepada jasa-jasa pemimpin dari Malaya dan boleh dikatakan lebih Malaya-centric, dengan izin. Ini mungkin akan memberikan satu persepsi bahawa penubuhan Malaysia adalah usaha daripada pemimpin daripada satu pihak sahaja.
Oleh itu, saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Pakatan Harapan untuk membetulkan kesilapan Kerajaan Barisan Nasional dulu dan memberikan lebih penekanan bukan sahaja kepada peristiwa-peristiwa penting dan peranan penting yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin dari Sabah dan Sarawak tetapi juga kepentingan MA63 dan hak-hak yang tertakluk dalam perjanjian tersebut dalam pembentukan Persekutuan Malaysia. Selain itu, langkah-langkah lain yang lebih efektif juga harus diambil untuk meningkatkan kefahaman rakyat mengenai MA63 melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan supaya anak-anak kita akan lebih memahami kekayaan sejarah sebenar pembentukan Malaysia.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Pemahaman terhadap sejarah Sarawak ataupun Sabah ini bukan bertujuan untuk memisahkan kita tetapi ini mampu mengukuhkan perpaduan bukan sahaja di Sarawak tetapi di seluruh Malaysia. Isu ini bukan sahaja penting untuk masa lima tahun ke hadapan tetapi juga 50, 100 tahun ke hadapan kerana perpaduan dan integrasi nasional yang kukuh dan utuh hanya dan harus dibina atas pemahaman fakta sejarah yang benar bukan sejarah yang mungkin dimanipulasikan atau dilindungi oleh mana-mana pihak.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan bersyukur kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet bagi pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang akan dianggotai oleh wakil-wakil dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang mempunyai kepakaran dalam hal-hal berkaitan.
Jawatankuasa ini telah diarahkan untuk mengkaji dan memberi cadangan dalam beberapa hal. Antaranya pindaan kepada Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, hak Sabah dan Sarawak terhadap hasil semula jadi negara serta hasil minyak dan gas dan juga jumlah peruntukan yang seharusnya menjadi hak Sabah dan Sarawak termasuk peruntukan khas di bawah seksyen 11D, Perlembagaan Persekutuan.
Penubuhan jawatankuasa ini telah menunaikan salah satu daripada janji dalam 100 hari dan ini menunjukkan keikhlasan Kerajaan Pakatan Harapan untuk membetulkan apa yang salah serta mengembalikan hak-hak yang telah terhakis di bawah pemerintahan Barisan Nasional.
Saya juga berharap ini adalah langkah-langkah pertama untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak yang sebenar sebagai rakan kongsi sama taraf atau equal partners, dengan izin, yang telah diturunkan kepada negeri ke-12 dan ke-13 disebabkan pindaan kepada Artikel 1, Perlembagaan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang disokong dan dipersetujui penuh oleh parti-parti politik tempatan dalam Barisan Nasional Sarawak dulu atau sekarang sudah tukar baju, tukar nama dan dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Selain itu, ini satu platform yang baik untuk mengkaji semula atau review, dengan izin, akta-akta seperti Petroleum Development Act 1974, dan Territorial Sea Act 2012 yang telah mengehadkan bidang kuasa dan hak Sarawak, dengan izin, to its continental shelf to three nautical miles from the crossline. Untuk menentukan sama ada pelaksanaannya melanggar Perlembagaan atau tidak, supaya hak sebenar Sabah dan Sarawak terhadap hasil semula jadinya termasuk minyak dan gas dapat ditentukan. Sebenarnya hari itu saya amat tertarik kepada perbahasan Ketua Pembangkang Yang Berhormat Bagan Datuk beberapa hari yang lalu. Terutamanya di penghujung di mana beliau menyentuh tentang janji Kerajaan BN dulu, untuk mengembalikan apa sahaja hak yang termaktub dalam MA63.
Pada masa beliau berhujah perkara tersebut saya melihat beliau telah memandang ke arah tempat duduk Ahli-ahli Parlimen dari Sarawak dan juga Sabah, bagaikan cuba memujuk mereka. Ini satu gambaran, satu kekasih yang sudah berpisah tetapi satu pihak masih mahu memujuk pihak yang lain untuk kembali ke pangkuannya. Kita tahu selepas kalahnya Barisan Nasional dalam pilihan raya ke-14, parti-parti dalam Barisan Nasional Sarawak telah mengambil keputusan untuk keluar dari BN dan tukar baju dan nama mereka kepada GPS.
Malah Ketua Menteri Sarawak sendiri telah dilaporkan di media, mengatakan antara alasan mereka keluar dari BN adalah disebabkan Kerajaan BN tidak menjaga kepentingan negeri Sarawak. Walaupun ironinya mereka sendiri adalah sebahagian daripada BN selama berpuluh-puluh tahun...
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Mohon pencelahan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Malah sebelum pilihan raya bukan main-main puji kehebatan Barisan Nasional. Okey.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Terima kasih saudara, Yang Berhormat Bandar Kuching. Tadi dalam pencelahan Yang Berhormat dari Kapit, beliau telah menyanjung sumbangan Yang Berhormat Pekan semasa lapan tahun menjadi Perdana Menteri. Akan tetapi bila kalah terus ditinggalkan ibarat, ‘habis madu, sepah dibuang’.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Jadi apa pendapat Yang Berhormat, adakah mereka ini tidak percaya lagi dengan kepimpinan Yang Berhormat Pekan ataupun ia hanyalah strategi untuk pilihan raya negeri Sarawak akan datang?
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Memang saya setuju.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Yang Berhormat Bandar Kuching, boleh?
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Tidak, masa kurang. Saya nak habiskan. Terima kasih.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Saya rasa terpanggil.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Ini ruang saya, terima kasih.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Secara disiplin saya bangun, saya tunggu Tuan Yang di-Pertua, bagi saya peluang tidak?
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Tidak, tidak. Saya nak habiskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ini ruang Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Boleh?
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Tidak, tidak saya tidak bagi laluan.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Tidak?
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Tidak bagi.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Saya.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih. Saya teruskan, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Teruskan.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Berani sikitlah. Kalau berani berpolitik, berani menuduh, beranilah.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Saya tidak bagi laluan juga, saya nak habiskan masa kesuntukan.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Okey lah, saya hormat.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, pada awal perbahasan saya, saya telah menyentuh tentang sambutan Hari Sarawak. Di mana kita menyambut self-govenors ,dengan izin, dan kebebasan kita daripada tangan penjajah koloni British pada masa itu. Namun pada masa sekarang perjuangan kita untuk membebaskan negeri kita daripada najis rasuah dan juga pemimpin-pemimpin atau rejim yang disyaki terlibat dalam aktiviti-aktiviti rasuah belum lagi selesai dan harus diteruskan dengan lebih giat lagi.
Kerajaan Pakatan Harapan selepas mengambil alih kuasa telah giat melaksanakan penyiasatan terhadap skandal kewangan 1MDB untuk membawa orang-orang yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Sebelum ini tiada siasatan telah dilancarkan terhadap 1MDB di negara ini, walaupun skandal ini mendapat liputan di pelbagai media antarabangsa dan mencetus pelbagai penyiasatan di beberapa buah negara sekali gus menjadikan negara kita dikenali sebagai negara kleptokrasi global terbesar.
Justeru, saya menyeru agar Kerajaan Pakatan Harapan juga akan melebarkan usaha membasmi rasuah di kalangan pemimpin-pemimpin di Sarawak yang disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah, tidak kira gelaran dan tidak kira posisi kuasa.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Di Sarawak, kita pun ada pelbagai dakwaan skandal-skandal kewangan, penyalahgunaan kuasa dan kekayaan yang tidak dapat dijelaskan yang juga mendapat perhatian dunia. Dalam konteks Sarawak untuk menangani masalah rasuah, dengan izin, we first need to address the elephant in the room kerana banyak dakwaan dan tuduhan rasuah dan juga penyalahgunaan kuasa ini melibatkan mantan Ketua Menteri Sarawak.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Mengikut jawapan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan beberapa siasatan ke atas mantan Ketua Menteri Sarawak berkenaan dan semua hasil siasatan pada masa itu telah dirujuk kepada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk diputuskan. Namun begitu, AGC pada masa itu memutuskan supaya semua Kertas Siasatan melibatkan isu itu ditutup pada tahun 2013, pada masa pimpinan Barisan Nasional yang dulu.
Oleh itu, saya menyeru agar kes ini dapat dibuka semula seperti kes siasatan kematian Teoh Beng Hock, Altantuya dan juga 1MDB dan dakwaan terhadapnya disiasat secara lanjut dengan lebih terperinci dan telus.
Pelbagai laporan polis dan laporan SPRM telah dibuat terhadap beliau dan yang terbaharu, setahu saya, adalah pada 6 Jun tahun ini. Pelbagai pihak seperti Bruno Manser Fund telah pun menyatakan hasrat mereka untuk berkongsi maklumat dan bukti-bukti yang dikatakan adalah hasil daripada usaha mengumpul bukti dan maklumat selama tujuh tahun.
Mereka menunjukkan hasrat untuk berkongsi semua maklumat ini dengan pihak berkuasa.
Oleh itu, saya menggesa Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, Datuk Sri Mohd. Shukri Abdull untuk bekerjasama dengan semua pihak tersebut dan membuat pertimbangan sewajarnya untuk membuka semula fail siasatan tersebut dan meneliti semua maklumat ataupun bukti-bukti baru mahupun lama supaya kes ini boleh disiasat secara telus berdasarkan lunas undang-undang di negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyambut kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 20 Julai 2018 di mana beliau telah memberi jaminan bahawa sesiapa yang mempunyai informasi ataupun maklumat tentang aktiviti-aktiviti rasuah atau whistleblower, tidak payah bimbang untuk membuat laporan kerana akan dilindungi oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang mempunyai niat untuk membasmi gejala rasuah di negara ini.
Dengan itu, saya juga berharap pihak kerajaan akan mengkaji semula Akta Whistleblower 2010 dan, jika perlu, haruslah dirombak supaya dapat memberikan perlindungan yang secukupnya kepada pemberi maklumat untuk menangani gejala rasuah secara lebih efektif. Undang-undang whistleblower adalah satu undang-undang yang membantu kakitangan-kakitangan kerajaan atau swasta, khususnya yang mengetahui tentang perlakuan rasuah ini untuk memberi maklumat kepada SPRM atau badan-badan yang sepatutnya. \ Kelemahan-kelemahan pada akta tersebut harus dikaji seperti di seksyen 6 di mana laporan hanya boleh dibuat kepada pihak berkuasa tertentu termasuk polis dan SPRM. Jika laporan itu dibuat ke pihak lain termasuk pendedahan di pihak media, pihak tersebut tidak akan menerima perlindungan di bawah akta tersebut. Ini berlainan daripada negara-negara seperti UK di mana pendedahan boleh dilakukan, dengan izin, kepada competent parties termasuk media, ahli politik mahupun NGO.
Saya ingin memberikan satu contoh. Di tangan saya, ada sekeping statutory declaration, dengan izin, bertarikh 2 April 2018 oleh sekarangnya seorang pesara, namun dulunya bekerja sebagai penjawat awam dengan Kerajaan Persekutuan di Jabatan Insolvensi selama 36 tahun bermula pada tahun 1980 hingga bersara wajib pada tahun 2016. Beliau mendakwa bahawa melalui peranannya untuk mengendalikan kes penggulungan sesebuah syarikat, beliau telah cuba mendedahkan salah laku oleh pihak yang terlibat di mana mengikut statutory declaration ini melibatkan pemimpin-pemimpin tinggi di Sarawak.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Beliau telah cuba melakukan perkara yang betul dan menulis kepada pelbagai agensi kerajaan dan berkuasa yang berkaitan, membuat laporan kepada pihak sewajarnya, namun beliau mendakwa bahawa tindakan dan aduannya telah disekat, malah telah dipindahkan untuk bertugas ke Ipoh, berpisah jauh dari keluarganya di Sarawak. Beliau juga mendakwa beberapa tindakan tatatertib telah dilakukan ke atas dirinya juga. Sekarang kes ini telah difailkan di mahkamah.
Saya berharap jika dakwaannya benar, kes-kes seperti ini di mana pegawai-pegawai awam mahupun swasta yang cuba melakukan perkara yang betul tetapi dihukum, tidak akan berlaku lagi di bawah Kerajaan Malaysia baharu ini dan pemberi maklumat dapat diberikan perlindungan yang secukupnya untuk menggalakkan pegawai-pegawai kerajaan seperti ini mahupun di Sarawak ataupun seluruh Malaysia tampil ke hadapan memberikan pendedahan jika mengetahui mana-mana pihak terbabit dalam perlakuan rasuah dan penyelewengan ini termasuk superior mereka ataupun post pemimpin-pemimpin di posisi berkuasa.
Dengan saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tersebut, saya juga menyeru pegawai-pegawai awam mahupun swasta untuk tampil ke hadapan sekiranya mempunyai sebarang maklumat tentang salah laku atau penglibatan dalam aktiviti-aktiviti rasuah tanpa rasa bimbang dan takut. Kita semua memainkan peranan yang penting, kita semua memainkan peranan sendiri untuk membina negara tercinta ini.
Oleh kerana masa tidak mencukupi, saya akan membawa isu-isu lain pada masa hadapan dan ingin mengakhiri perbahasan sulung saya dengan menyahut dengan penuh taat setia akan saranan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terutamanya agar semua rakyat dapat menikmati manfaat pembangunan termasuk di Sabah dan Sarawak selaras dengan dasar kerajaan agar hidup rakyat dipertingkatkan dan kekayaan negara dikongsi secara adil dan saksama. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Kota Bharu.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Saya mulakan ucapan saya dengan memetik satu hadis Nabi SAW yang berbunyi...
[Membaca sepotong hadis] Maksudnya, setiap kita adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipersoalkan daripada segi kepimpinannya.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut sama membahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dalam perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Keempat Belas pada 17 Julai yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya kita melihat suatu peristiwa yang bukan tidak pernah berlaku tetapi jarang-jarang berlaku iaitu satu perubahan kerajaan yang berlaku di dalam negara kita. Sebelum ini kita melihat ada beberapa perubahan kerajaan yang berlaku di peringkat negeri tetapi pada kali ini perubahan berlaku di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Namun, sebagai pemain di dalam sistem demokrasi berparlimen, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan baharu yang dipimpin oleh Pakatan Harapan, yang telah berjaya mendapat majoriti bagi membentuk Kerajaan Persekutuan pada bulan Mei yang lalu. Kerajaan Pakatan Harapan, kerajaan yang membawa harapan, memberi harapan dan diharap tidak menghampakan harapan rakyat dan kita semua.
Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di- Pertua dan juga kedua-dua Timbalan Yang di-Pertua kerana dipilih untuk mengendalikan Parlimen kita dalam Parlimen yang Keempat Belas ini terutamanya bagi Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Bagi saya dan beberapa rakan-rakan Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini termasuklah Yang Berhormat Bera, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Teluk Intan, Yang Berhormat Pengerang dan beberapa lagi mungkin, kami bukanlah baru mengenali Yang Berhormat Speaker ini. Kami adalah murid-murid beliau lebih daripada 30 tahun yang lalu di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya. Jadi saya ingin mengucapkan tahniah cikgu.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi di kawasan Parlimen saya P.21 Kota Bharu yang terus memberikan undi dan mandat kepada saya bagi penggal yang kedua sebagai Ahli Parlimen Kota Bharu dan juga tiga penggal sebelum itu sebagai ADUN Bunut Payong, salah satu DUN di bawah Parlimen Kota Bharu juga bermula tahun 1999.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua, institusi Parlimen adalah merupakan satu institusi yang amat penting dalam masyarakat kita dan juga dalam sesebuah negara seumpama Malaysia ini.
Jika sekiranya kita tinjau sejarah ataupun asal usul institusi Parlimen ini, ia adalah sebahagiannya terbitan daripada sebuah buku yang bertajuk, dengan izin, The Spirit of Laws yang telah dikarang oleh seorang political philosopher daripada French pada tahun 1748 yang bernama Baron de Montesquieu di mana di dalam buku The Spirit of Laws inilah Montesquieu telah merancang bahawa di dalam sesebuah negara itu mesti ada tiga badan ataupun tiga branch. Tiga cawangan dalam pemerintahan sesebuah negara itu, iaitu:
(i) legislative branch ataupun badan legislatif iaitu Parlimen yang bertanggungjawab untuk membuat undang-undang. To create laws, dengan izin;
(ii) executive branch yang merupakan kabinet sama ada di peringkat negeri ataupun di peringkat Persekutuan yang mana tanggungjawabnya adalah to enforce laws. Untuk melaksanakan undang-undang yang dibuat oleh pihak legislatif; dan
(iii) judicial branch iaitu mahkamah-mahkamah yang berfungsi untuk interpret laws ataupun memberi terjemahan kepada undang-undang yang dibuat oleh badan legislatif.
Daripada ketiga-tiga branches inilah maka wujudnya konsep pengasingan kuasa ataupun konsep the separation of powers, dengan izin, yang diamalkan juga di dalam negara kita ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya hanya ingin mengulas sedikit mengenai peranan satu daripada badan iaitu Parlimen. Salah satu daripada peranan Parlimen adalah untuk memberikan status keabsahan ataupun legitimasi kepada sesebuah kerajaan. Wujudnya satu Parlimen di sesebuah negara itu mengesahkan bahawa kerajaan itu adalah sebuah kerajaan yang legitimate ataupun kerajaan yang sah. Dalam negara kita, buat masa ini sebagaimana kita tahu bahawa kita diwakili oleh ahli-ahli yang dipilih oleh rakyat di dalam pilihan raya umum yang baru-baru ini telah masuk Pilihanraya Umum Keempat Belas.
Bermula daripada yang pertama 1959 selepas merdeka, kita mempunyai pada masa ini 222 orang Ahli Parlimen sebagaimana semua kita maklum.
Apa yang cuba saya hendak cadangkan di sini ialah kenapa ataupun bagaimana jumlah Ahli-ahli Dewan Rakyat kita sekarang ini, 222 orang ini merupakan angka yang genap ataupun even number, bukan angka yang ganjil. Tidak 221 ataupun 223. Ini mungkin dilihat tidak ada apa-apa kesan. Akan tetapi kalau kita amati dengan beberapa peristiwa yang berlaku di beberapa negeri terutamanya selepas PRU Ke-14 baru-baru ini di mana negeri- negeri yang mempunyai jumlah Kerusi DUN nya yang sama. Contohnya, di Kedah mempunyai 36 Kerusi. Begitu juga di Terengganu sebanyak 32 Kerusi. Di Kedah misalnya hampir-hampir berlaku hang Dewan ataupun Dewan tergantung apabila pembangkang dan juga kerajaan mempunyai jumlah Kerusi yang sama iaitu 18-18. Hendak tubuh ataupun hendak melantik Speaker pun ada masalah.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Begitu juga di Terengganu pada penggal Dewan Ke-13 baru-baru ini, hampir-hampir berlaku di mana pihak kerajaan sebanyak 17 dan pihak pembangkang 15. Itu benda yang berlaku. Jadi saya ingin mencadangkan dalam ucapan ini supaya kerajaan baru ini memikirkan bagaimana mungkin perlu meminda Perlembagaan kita untuk menjadikan jumlahnya tidak lagi even number ataupun jumlah genap. Akan menjadi jumlah yang ganjil.
Itu cadangan saya.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menghuraikan sedikit mengenai peranan eksekutif ataupun kerajaan di dalam Dewan Parlimen. Sebagaimana kita tahu bahawa salah satu daripada peranan Ahli-ahli Parlimen yang ada, sama ada di bahagian pembangkang mahupun di bahagian backbenchers ialah untuk menyemak atau scrutinize dan mempersoalkan tindakan-tindakan yang dibuat oleh pihak eksekutif iaitu kerajaan.
Kerajaan di dalam Dewan Parlimen mempunyai tanggungjawab untuk memberikan segala penjelasan ataupun pencerahan terhadap semua perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen sebagai sebuah kerajaan yang disebut responsible government. Kerajaan yang bertanggungjawab. Oleh sebab itulah kita melihat pentingnya dalam sesebuah kerajaan, pembentukan Kabinet ataupun orang-orang yang menganggotai Kabinet ini dengan hasrat untuk menjadikan sebuah responsible government, maka orang yang dilantik untuk menjadi para Menteri dan Timbalan Menteri mestilah orang yang berwibawa, berkaliber dan sebagainya. Kaliber ini termasuklah Tuan Yang di-Pertua, tidak ponteng.
Dalam akhbar hari ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberikan komen pada satu tajuk ini, “Kehadiran di Dewan tidak memuaskan. Perdana Menteri minta Menteri, Timbalan Menteri beri alasan kukuh jika tidak hadir.” Ini hari ini punya surat khabar.
Tiba-tiba tengah hari ini Tuan Yang di-Pertua, berlaku satu peristiwa, tidak cukup kuorum di dalam Dewan ini. Adakah ini suatu silent protest daripada....
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, minta penjelasan.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Penjelasan, penjelasan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak betul, Yang Berhormat.
Kami sebenarnya sedang mengadakan satu mesyuarat, untuk makluman Yang Berhormat.
Jangan mislead the Dewan, Yang Berhormat. Kami mengadakan satu mesyuarat sebenarnya, Yang Berhormat. Tidak betul.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
You should know the position. Tidak bagi, tidak bagi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenyataan itu tidak betul, Yang Berhormat. Please don’t mislead the Dewan.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
You beritahu nanti bila turn you lah.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberikan sedikit komen mengenai pembentukan Kabinet Pakatan Harapan ini. Kita melihat sedikit, tidak satu benda yang salah, akan tetapi sedikit yang ganjil yang tidak begitu proper kita melihat. Bagaimana Ahli-ahli Parlimen di sebelah sana yang dari segi profesionnya seorang insinyur menjadi Timbalan Menteri Kewangan. Seorang peguam menjadi Menteri Kerja Raya. Ahli-ahli Parlimen yang mewakili kawasan bandar menjadi Menteri di Kementerian Luar Bandar dan juga Timbalan Menteri Luar Bandar. Kementerian Kesihatan saya tidak pasti sama ada beliau doktor perubatan ataupun tidak.
Yang saya hendak sebutkan ini yang menjadi concern saya yang amat sangat ialah Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam di mana Menterinya, saya tidak mempersoalkan tetapi Timbalan Menterinya, kalau mengikut kajian saya seorang yang mempunyai ijazah pertama ataupun bachelor di dalam kaunseling.
Kemudian mempunyai master dalam bidang Business Administration. Jadi ini suatu yang tidak sesuai. Bidang agama terutamanya mestilah orang-orang yang ada kemampuan. Ini bukan perkara yang biasa-biasa. Walaupun saya tidak mempersoalkan, memperkecilkan kebolehan. Ini saya kata untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang responsible terhadap peranan kerajaan memberikan penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, saya...
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Minta pencelahan.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat menyebut satu perkara yang sangat fundamental yang menjadi tugas kita semua di sini tentang konsep separation of powers. Seperti mana kita semua tahu, dalam buku The Spirit of Laws yang ditulis oleh Charles-Louis de Secondat de Montesquieu, dia sebut segala-galanya akan jadi hancur kalau tiga-tiga kuasa itu dibolot oleh satu orang.
Jadi soalan saya mudah sahaja. Yang Berhormat adalah antara Ahli Parlimen yang agak lama dalam Parlimen. Yang Berhormat juga adalah seorang yang berkelulusan undang- undang. Saya ingin mendapatkan pandangan Yang Berhormat, berdasarkan kepada pengalaman Yang Berhormat sendiri, adakah dalam negara kita ini prinsip separation of powers itu semakin baik, menjadi ataupun menjadi semakin rosak. Ini kerana kita lihat bagaimana peristiwa campur tangan dalam soal judiciary dan sekarang ini difahamkan juga campur tangan dalam soal legislatif. Eksekutif kontrol Dewan yang merupakan badan- eksekutif kontrol Parlimen yang merupakan badan legislatif. Jadi nampaknya ada tanda- tanda konsep separation of powers itu nampaknya tidak menjadi.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya, terima kasih banyak ya.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Yang Berhormat tahu kalau dalam The Spirit of Laws, perilaku King Louis XIV menyebabkan Montesquieu mencadangkan separation of powers.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya, terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Saya amat bersetujulah dan saya memahami hasrat beliau bahawa satu perkara yang kita lihat sekarang ini seolah-olah berlaku encroachment ataupun pencerobohan di antara satu badan dan ke satu badan, memperlihatkan penguasaan satu badan atau satu orang ke atas badan-badan yang lain. Kita harap ia tidak berlarutan di dalam kerajaan kita ini.
Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan apa yang saya sarankan tadi saya ingin bertanya dengan pihak kerajaan sama ada kerajaan ingin mengamalkan satu konsep kerajaan yang disebut kerajaan teknokrat iaitu sebagaimana di amalkan oleh beberapa negara Tunisia, Pakistan, Bulgaria, Greece dan juga Romania. Di mana apabila kerajaan tidak mempunyai pakar-pakar di kalangan Ahli Parlimen mereka untuk menjadi ahli Kabinet mereka melantik pakar-pakar ataupun profesional dalam bidang masing-masing untuk menjadi anggota Kabinet dengan cara dalam konteks Malaysia ini melantik mereka menjadi Senator dan sebagainya.
Point saya yang ketiga mengenai pelantikan Peguam Negara, sebagaimana kita maklum bahawa Peguam Negara dilantik berdasarkan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan di mana dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri seorang yang layak menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara. Ini adalah satu perkara yang tidak kita persoalkan.
Apa yang ingin saya sentuh hari ini ialah saya amat bersetuju langkah tindakan pihak Kerajaan Pakatan Harapan yang tidak melantik Peguam Negara daripada kalangan Ahli Parlimen sebagaimana yang dikatakan dalam manifesto. Ini kerana kalau dilantik dalam kalangan Ahli Parlimen, kita cuba bayangkan bagaimana sebagai contoh sahaja Yang Berhormat Sepang kalau dilantik jadi Ahli Parlimen kedudukannya lebih tinggi daripada Yang Berhormat Kota Raja.
Begitu juga Yang Berhormat Jelutong, kalau dia dilantik menjadi AG di kalangan ini mungkin lebih tinggi daripada Yang Berhormat Bagan ataupun Yang Berhormat Iskandar Puteri. Begitu jugalah kalau Yang Berhormat Bukit Katil dilantik menjadi AG, mungkin lebih tinggi daripada Yang Berhormat Pandan dan juga ketua-ketua yang lain. Alhamdulillah tidak dilantik akan tetapi Yang Berhormat Bukit Katil tidak tinggi sudah [Ketawa]
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan di sini...
Timbalan Menteri Industri Utama - Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Yang Berhormat ‘Hang Tuah Jaya’ bukan Bukit Katil.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya ingin menyatakan di sini begini sahaja, apa yang saya hendak highlight-kan ialah, bagaimana ataupun adakah kerajaan bercadang untuk menjadikan Peguam Negara ini adalah salah seorang Ahli di dalam Dewan Parlimen. Ini bukan salah satu perkara yang baru, Yang Berhormat Jelutong lebih faham lagi duduk di DUN. State Legal Adviser atau Penasihat Undang-undang Negeri merupakan Ex Officio di dalam Exco dan mereka ini duduk di dalam Dewan Undang Negeri. Kenapa tidak AG duduk di dalam Dewan Parlimen untuk menyelesaikan, menjawab dan sebagainya, soalan-soalan yang dibangkitkan mungkin beliau boleh dilantik sebagai Senator untuk duduk di sini buat masa ini.
Point saya terakhir ialah saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan juga kerana benda yang mungkin tidak dilakukan oleh kerajaan dahulu dilakukan sekarang ini iaitu soalan- soalan berkaitan 1MDB. Ini subjek favorite Yang Berhormat Jelutong, diberikan jawapan dan sebagainya. Cuma saya hendak komen, saya ada satu soalan lisan mengenai 1MDB.
“Apakah status terkini siasatan 1MDB? Yang kedua, adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat 1MDB?” Saya menerima jawapan, jawapan yang pertamanya, “Untuk makluman, siasatan untuk kes 1MDB masih lagi dijalankan terutamanya kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi seperti diketahui.” Setakat itu sahaja yang diberitahu.
Jawapan yang kedua, yang ini saya rasa pelik. Jawapan yang diberi kepada saya Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai RCI. Apa jawapannya? “Pihak PMO akan beri input.” Jadi saya tidak tahu jawapan ini jawapan kepada pegawai yang sepatutnya menjawab soalan ini. Soalan saya, “Adakah kerajaan bercadang menubuhkan RCI?” Jawapan yang diberikan kepada saya, “Pihak PMO akan bagi input.” Apa yang saya faham PM Office lah.
Jadi, adakah ini jawapan yang diberikan terhadap soalan sama ada RCI hendak ditubuhkan ataupun tidak untuk kes 1MDB. Jadi saya menuntut jawapan kepada persoalan yang saya hendak bangkitkan ini.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Penjelasan boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Dua minit lagi.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Boleh, setengah minit.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tadi kalau saya tidak silap saya dengar jawapan daripada soalan tadi kata 1MDB ini dalam siasatan?
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kalau dalam siasatan mengapa yang sebelah sana telah pun membuat keputusan bahawa RM2.6 bilion Yang Berhormat Jelutong pun cakap macam itu juga, Yang Berhormat Damansara juga bangkit itu juga, tidak habis-habis 1MDB. Minta penjelasan.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya boleh berikan penjelasan Yang Berhormat Tanjong Karang. Ayat yang digunakan, “Kes 1MDB masih lagi dijalankan siasatannya termasuk kemasukan jumlah RM2.6 bilion ke dalam akuan peribadi.” Masih dijalankan, this is the answer to me.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, ucapan saya yang terakhir ataupun hujah saya yang terakhir mengenai kawasan saya. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Menteri Kesihatan terutamanya berhubung dengan, adakah kerajaan bercadang untuk membina hospital baharu bagi Hospital Kota Bharu yang sekarang ini hospital ini terletak betul-betul di tengah-tengah bandar yang mana jalan utamanya melintasi hadapan hospital ini.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Hospital ini ditubuhkan pada tahun 1938, setiap kali banjir, banjir akan masuk dalam wad-wad dan sebagainya menjadi masalah dan sebagainya. Bilakah kerajaan ingin akan membuat bangunan baharu untuk Hospital Kota Bharu?
Yang kedua, untuk Kelantan saya sekali lagi juga ingin memohon supaya Kerajaan Persekutuan memberikan sesuatu jaminan yang benar-benar berasas terhadapan janji untuk menguatkuasakan atau melaksanakan Perjanjian Petroleum 1975 iaitu royalti kepada Kelantan sebanyak lima peratus daripada production, daripada pengeluaran hasil petroleum di negeri Kelantan. Jadi akhirnya, saya sekali lagi juga mengucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang telah diberikan dan saya mohon untuk menyokong Titah Diraja ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Setiawangsa.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
*Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Yang saya hormati Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Setiawangsa menjunjung kasih ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sewaktu Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Keempat Belas.
Buat kali pertama dalam sejarah negara kita telah berlaku penukaran kuasa sejak kemerdekaan pada tahun 1957. Keprihatinan Tuanku terhadap rakyat Malaysia amatlah dihargai dan menjadi pembakar semangat kepada kerajaan baharu yang diberi mandat oleh rakyat untuk membina semula negara dan menangani cabaran-cabaran mendatang demi kesejahteraan rakyat negara.
Tanggungjawab kami jelas sebagai wakil rakyat untuk mendengar masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia, mencari penyelesaian kepada permasalahan dan isu serta melaksanakan inisiatif yang mengembalikan kecemerlangan negara ini. Ini adalah tanggungjawab dan amanah yang besar. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia khususnya anak muda kerana sudi memberi peluang kepada Pakatan Harapan untuk mengambil alih tampuk pimpinan negara.
Ini merupakan lembaran baharu untuk Malaysia, untuk barisan kerajaan dan pembangkang dan untuk rakyatnya. Tuan Yang di-Pertua, Yang di-Pertuan Agong di dalam Titahnya menggesa kerajaan, pihak swasta dan rakyat untuk bekerjasama terutamanya dalam perbaiki ekonomi rakyat yang masih terpinggir isu. Ini sememangnya antara perkara yang saya akan terus tekankan sehingga kita jumpa jalan penyelesaian. Menurut laporan World Bank Malaysia Economic Monitor 2017, dengan izin, kajian terhadap perbelanjaan isi rumah menunjukkan kesenjangan yang jelas di mana isi rumah yang paling kurang berkemampuan membelanjakan hampir 40 peratus pendapatan untuk makanan berbanding 25 peratus bagi golongan yang berpendapatan tinggi.
Dalam pada itu, kita juga telah mengambil maklum laporan UNICEF yang dibentangkan sejak awal tahun ini tentang kadar malnutrisi yang tinggi dalam kalangan miskin bandar terutamanya yang duduk di kawasan perumahan PPR.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Kadar inflasi yang meninggi juga tidak membantu dari segi pengurangan kos sara hidup. Malah, langkah kerajaan untuk mengurangkan kadar GST sehingga kosong peratus turut tidak memberi kesan yang secukupnya dari sudut menurunkan harga barangan. Dalam hal ini, saya menyarankan pihak kerajaan untuk memantau dan mengenal pasti kaedah terbaik untuk memastikan harga barangan tidak di manipulasi oleh mana-mana pihak.
Cadangan pihak kerajaan menerusi Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mengkaji semula sistem AP untuk barangan diharapkan dapat dilaksanakan untuk membantu mengurangkan harga barangan.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Akan tetapi ini sahaja tidak cukup untuk menangani masalah kemiskinan bandar.
Saya harap pihak kerajaan boleh memberi lebih fokus untuk menetapkan struktur polisi berbentuk jangka masa panjang berkenaan pendidikan, jaringan keselamatan sosial, kesihatan, penjagaan kanak-kanak dan sebagainya. Agar mereka yang berpendapatan rendah dan terpinggir boleh melalui mobiliti sosial yang lebih positif. Pada masa yang sama, golongan miskin bandar ini mestilah diberi peluang untuk menambah baik kebolehan menggilap potensi dan bakat seperti kemahiran TVET dan perniagaan agar mereka berpeluang mendapat manfaat ekonomi yang lebih baik dan juga membimbing mereka keluar daripada golongan miskin.
Dalam membincangkan golongan komuniti yang terpinggir, saya juga terpanggil untuk membangkitkan isu industri seni tanah air yang telah lama terbiar akibat penyelewengan wang geran yang membantutkan pembangunan industri seni tempatan.
Kebajikan penggiat industri juga sering kali diabaikan dengan pembayaran yang sudah lama tidak meningkat dan kebanyakan masanya pihak studio mengambil kesempatan dengan menetapkan agihan bayaran yang rendah. Hal ini menyebabkan pendapatan golongan penggiat seni tidak menentu. Industri seni juga terlalu banyak persatuan, perwakilan yang menyesakkan industri, namun tidak dapat membantu komuniti seni kerana tidak mempunyai kesepakatan. Malah, ia juga terikat dengan politik kepartian serta menggalakkan budaya ampu.
Penubuhan Majlis Seni ataupun Arts Council, dengan izin, yang diwakili oleh pakar- pakar industri diharapkan mampu memainkan peranan yang lebih baik dalam melindungi kebebasan serta kepentingan dan kebajikan penggiat seni. Artis pada masa ini perlu hidup sendiri, berdikari dan tidak mempunyai sebarang jaringan keselamatan sosial. Hal ini perlu diteliti lagi, termasuklah hal-hal pendidikan dan latihan mereka. Contoh, seperti Korea dan Thailand. Kita perlu melihat industri seni ini sebagai satu industri yang mampu menyumbang kepada ekonomi negara dan memperkenalkan seni budaya negara ke peringkat antarabangsa.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga mengalu-alukan langkah kerajaan untuk meningkatkan integriti, tadbir urus dan prinsip kedaulatan undang-undang. Di dalam hal ini, tiada yang lebih perlu diutamakan daripada menjulang prinsip demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Saya ingin menyentuh mengenai pilihan raya kerajaan tempatan yang dijanjikan oleh Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk dilaksanakan dalam tempoh masa tiga tahun. Saya amat berharap agar perkara ini boleh dipercepatkan di kawasan Kuala Lumpur. Penambahbaikan tadbir urus Wilayah Kuala Lumpur dan peningkatan integriti yang didambakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak akan berlaku dengan sempurna sekiranya rakyat Kuala Lumpur tidak diberi peluang yang sama seperti di negeri lain iaitu membuang undi dan memberi mandat kepada siapa yang mereka rasa layak untuk mengurus tadbir urusan tempatan. Rakyat Wilayah Persekutuan...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Setiawangsa.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
...Kini hanya mempunyai satu undi berbanding negeri-negeri lain yang mempunyai undi di peringkat Pusat dan negeri.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Ya, sila.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Saya cuma ingin bertanya pendapat kepada Yang Berhormat.
Apakah Yang Berhormat merasakan bahawa dengan mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan menggunakan- sekiranya SPR atau Suruhanjaya Pilihan Raya yang sedia ada, adakah itu memadai? Adakah ia memadai untuk menggunakan, sebagai contoh Rang Daftar Pemilih yang dipenuhi dengan pengundi hantu? Apakah pandangan Yang Berhormat tentang perkara ini? Terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Saya setuju bahawa mekanisme pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan ini perlu diteliti dengan lebih mendalam. Sudah tentu pertama, SPR perlu melalui proses reformasinya yang tersendiri. Kedua, sama ada kita mengguna Rang Daftar Pengundi yang sedia ada atau kita menggunakan senarai pembayar cukai yang ada untuk DBKL, itu suatu perkara dasar yang harus ditentukan oleh pihak Eksekutif.
Objektif perwujudan pilihan raya kerajaan tempatan adalah untuk membolehkan rakyat tempatan diberi peluang untuk menentukan wakil rakyat yang terbaik di semua peringkat pentadbiran dan meningkatkan kebertanggungjawaban pihak kerajaan tempatan.
Penduduk Kuala Lumpur sering kali diabaikan dari sudut demokrasi kepimpinan dan tidak memperoleh tahap penglibatan masyarakat yang memuaskan dalam semua hal tadbir urus sama ada dari segi sudut pembangunan, perancangan bandar dan sebagainya. Suara rakyat Kuala Lumpur yang sepatutnya dijulang prinsip demokrasi sering ditenggelamkan pula oleh birokrasi. Jadi, saya merayu kepada kerajaan yang baharu agar membenarkan proses pemerkasaan demokrasi ini berlaku secepat mungkin di Wilayah Kuala Lumpur.
Setiawangsa juga ingin meminta pihak kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur segera mewartakan Rancangan Tempatan Kuala Lumpur yang telah diberi komitmen oleh Yang Berhormat Menteri pagi tadi. Sekian lama masalah tidak mewartakan rancangan tempatan ini menyebabkan pembangunan Kuala Lumpur, khususnya di Parlimen Setiawangsa tidak seimbang dengan begitu banyak pembangunan, perumahan, kepadatan tinggi yang memberi tekanan kepada kemudahan infrastruktur, termasuk trafik setempat serta kawasan hijau.
Isu penyelenggaraan Projek Perumahan Rakyat (PPR), terutamanya di kawasan Setiawangsa seperti Kampung Baru Air Panas, Seri Semarak, Desa Rajang dan Sungai Bunus harus diberikan perhatian yang serius. Kini penduduk berhadapan masalah lif yang sentiasa rosak dan keadaan yang tidak bersih. Kita mahu persekitaran PPR juga berada di dalam keadaan yang baik.
Setiawangsa juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang telah mengambil satu langkah positif dengan menetapkan satu kementerian yang menyelia hal perubahan iklim yang seperti semua sedia maklum merupakan satu isu peringkat global yang tidak boleh diabaikan. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut mencabar pihak kerajaan untuk menggubal dasar, strategi dan kerangka perundangan bagi mendepani Revolusi Industri 4.0.
Saya juga berpendapat sudah tiba masanya Malaysia melihat ke arah masa depan yang berpandukan pembangunan mampan, di mana generasi masa kini wajib memelihara sumber untuk generasi mendatang. Era Revolusi Industri 4.0 membayangkan satu era pembangunan yang pesat berteraskan teknologi. Akan tetapi ia tidak bermaksud masa depan tersebut boleh dibangunkan dengan berhemah tanpa mementingkan pemeliharaan persekitaran. Pakatan Harapan telah berjanji di dalam manifesto untuk mengimbangi pembangunan ekonomi dengan pemeliharaan alam sekitar. Di peringkat antarabangsa, Malaysia telah memberi komitmen kepada Aichi Targets of the Convention on Biological Diversity (CBD) dan Sustainable Development Goals (SDG), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mengurus kepelbagaian biologi.
Malaysia juga mempunyai Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025.
Akan tetapi beberapa perkara harus diperhalusi. Contohnya, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Akta Perhutanan Negara 1984 dan beberapa undang-undang lain harus dikaji semula agar lebih konsisten dan tidak bercanggah antara satu sama lain. Kerajaan juga perlu memberikan peruntukan yang lebih untuk menyokong usaha pengurusan kepelbagaian biologi dengan lebih baik. Ia bukan sahaja akan memberi kelebihan dari sudut menjamin pemuliharaan alam sekitar mengikut piawaian antarabangsa tetapi kita juga boleh melihat pulangan kepada kerajaan melalui ecotourism atau pelancongan berasaskan alam semula jadi.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Saya mencadangkan satu agenda pembangunan mampan diwujudkan yang disokong oleh satu majlis antara kementerian untuk menetapkan hala tuju sedemikian. Majlis ini juga perlu diberi mandat untuk memperkasakan lagi usaha penguatkuasaan untuk memelihara biodiversiti, alam sekitar dan sumber alam. Jika kita lihat usaha negara barat di dalam hal ini seperti Sweden, Switzerland dan Belanda misalnya, hal pembangunan teknologi dan penjagaan persekitaran bukan sahaja dilihat dari sudut penjagaan kebersihan dan pengurusan sampah tetapi juga daripada segi green living. Kita juga harus menggiatkan lagi usaha untuk menggalakkan kaji selidik dan inovasi terhadap teknologi persekitaran dan menyuburkan lapangan yang membolehkan syarikat-syarikat teknologi hijau untuk lebih maju di Malaysia.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut menegaskan berulang kali keperluan menjaga keharmonian negara di samping menjaga kedaulatan undang-undang dan memperkasa prinsip demokrasi negara. Ia menjadi kewajipan bagi Kerajaan Pakatan Harapan untuk meminda dan memansuhkan undang-undang dan program yang zalim dan menekan rakyat selain melanggar prinsip hak asasi serta kebebasan individu. Undang- undang seperti SOSMA, AUKU, Akta Hasutan serta Akta Perhimpunan Aman yang pernah disalah guna pada masa lalu dan tidak menepati prinsip Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tulang belakang demokrasi berparlimen di negara ini harus dimansuhkan. Jangan anggap pemansuhan SOSMA sebagai bermakna kita bertoleransi dalam hal keganasan yang mesti diperangi sepenuhnya.
Masalah SOSMA adalah ramai individu yang tidak bersalah ataupun melakukan kesalahan yang dianggap kecil dihukum secara disproportionate, dengan izin. Kini, mereka yang ditahan tidak dibenarkan diikat jamin walaupun telah dibebaskan oleh mahkamah sehingga selesai perbicaraan. Malah, wujud tuduhan serius berlaku penyeksaan di dalam tahanan. Antara panji perjuangan Pakatan Harapan sebelum memperoleh mandat rakyat adalah pemansuhan undang-undang ini dan kita wajib meneruskan perjuangan ini sehingga kita berjaya. Saya ambil positif kenyataan Yang Amat Berhormat Langkawi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Sepang bahawa kerajaan komited memansuhkan SOSMA.
Selain itu, program seperti Biro Tatanegara mestilah ditamatkan dengan segera kerana ia tidak memberi sebarang manfaat kepada negara malah perbelanjaan yang digunakan merupakan satu pembaziran. Saya berharap, rakan-rakan PAS pun dapat menyokong sebab ketika saya menghadiri Biro Tatanegara, apa yang dikatakan ialah kalau PKR ini ‘ejen DAP’ dan PAS ini ialah ‘ajaran sesat’, apabila kami menghadiri Biro Tatanegara.
Jadi saya berharap...
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Sungai Petani kepala dia.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Jadi saya berharap agar kita dapat memansuhkan Biro Tatanegara. Sepatutnya perbelanjaan yang dikhususkan...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tanya Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Sungai Petani. Dia tenaga pengajar.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Boleh, kalau bangun minta izin saya boleh bagi laluan. Boleh, silakan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Okey, terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Tadi saya dengar ucapan Yang Berhormat begitu menyokong penuh pemansuhan SOSMA. Akan tetapi, tentang Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
(AUKU 1971) ini boleh Yang Berhormat berikan janji dalam Dewan ini bahawa Yang Berhormat akan mengetuai satu pasukan atau mendesak kerajaan untuk menghapus AUKU ini? Jika kerajaan tidak bertindak, ke mana harapan Yang Berhormat? Apakah tindakan Yang Berhormat akan ambil?
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat, Yang Berhormat saya. Lenggong sikit.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Saya ingat Yang Berhormat mahu cadangkan saya jadi Menteri? Okey, tapi tidak apa Yang Berhormat esok saya akan bertemu dengan satu rombongan daripada universiti. Mahasiswa-mahasiswa yang akan menyerahkan memorandum tentang pemansuhan AUKU...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tidak, bagi laluan sikit.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Tidak. Saya sudah terima. Saya mahu teruskan ucapan saya.
Seorang Ahli
Bagilah.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Bagilah. Oleh sebab Yang Berhormat jaguh AUKU.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Sepatutnya perbelanjaan yang dikhususkan untuk program seperti Biro Tatanegara dan PLKN boleh disalurkan semula kepada perbelanjaan pendidikan yang juga boleh menerapkan semangat-semangat patriotik secara semula jadi. Masyarakat negara ini sudah semakin matang, boleh berfikir untuk diri sendiri dan tidak perlu melalui proses indoktrinasi yang mungkin terbuka untuk disalah guna.
Tuan Yang di-Pertua, anggota dan veteran tentera memainkan peranan penting terhadap memelihara kedaulatan negara. Pengorbanan darah, keringat dan air mata mestilah dihargai oleh pihak kerajaan. Langkah awal yang boleh diambil oleh pihak kerajaan adalah untuk mengemaskinikan penggajian anggota tentera. Elaun-elaun yang masih belum dibayar mesti dilunaskan segera. Pencen minimum pula mesti ditetapkan pada kadar RM1,000 sebulan. Setiawangsa juga ingin mengusulkan satu elaun khas untuk isteri tentera sebanyak RM300 sebulan, bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka menjaga keluarga terutamanya ketika suami bertugas di luar.
Bagi jangka masa sederhana, Setiawangsa menggesa agar rumah yang dibina menerusi Skim Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) dijual pada harga lebih kompetitif. Akta Veteran 2012, harus ditambah baik manakala struktur angkatan tentera mestilah dinyah- politikan.
Tuan Yang di-Pertua, reformasi institusi Parlimen antara teras tawaran manifesto Pakatan Harapan. Kita tidak mahu situasi seperti dahulu sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Baharu, ketika mana 1MDB tidak boleh dibahaskan di dalam Dewan Rakyat ataupun PAC tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik.
Antara komitmen Pakatan Harapan adalah penubuhan jawatankuasa terpilih untuk setiap kementerian untuk membolehkan Parlimen memantau kementerian-kementerian yang ada. Amalan ini diperkenalkan di Selangor dahulu di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dan kemudian Pakatan Harapan serta merupakan amalan biasa di parlimen-parlimen Komanwel seperti United Kingdom dan Australia.
Setiawangsa menggesa agar penubuhan jawatankuasa terpilih ini dipercepatkan untuk membolehkan Parlimen memainkan peranan semak dan imbang, check and balance, dengan izin, yang terbaik. Saya mewakili penduduk Setiawangsa mendukung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika Upacara Perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Setiawangsa. Sekarang dijemput Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
*Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang untuk saya menyampaikan perbahasan sulung saya mewakili rakyat Parlimen Sibuti dan juga Sarawak secara amnya Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat] Ingin sekali saya mengucapkan tahniah kepada semua Ahli-ahli Parlimen yang telah menang di dalam proses demokrasi yang aman pada PRU Ke-14 yang lepas. Salam perkenalan dan saya hulurkan persahabatan moga kita dapat bekerjasama.
Tuan Yang di-Pertua, kita menghampiri kepada Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang keempat dan kini telah kembali sebagai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ketujuh. Adalah sesuatu yang sangat luar biasa di dalam fenomena landskap politik Malaysia dan dunia apabila seorang tokoh yang sangat dihormati di Malaysia bangkit kembali menerajui negara Malaysia. Malaysia baharu telah terbentuk dan kita bersyukur tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dalam proses transisi kepimpinan negara berjalan dengan lancar. Kini, adalah masa kita untuk maju ke depan untuk membangunkan Malaysia kerana rakyat kini sentiasa memerhati dan rakyat juga teruja melihat perubahan.
Tahniah di atas pelantikan Kabinet dan juga saya mengucapkan tahniah kepada dua orang Ahli Parlimen kerajaan daripada negeri Sarawak yang juga telah dipilih, walaupun saya merasakan pelantikan agak kurang bagi negeri Sarawak dan juga saya merasakan agar perlu ada pelantikan di kalangan wanita dari negeri Sarawak. Sekurang-kurangnya ada dua lantikan Menteri penuh untuk kami di negeri Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah mencipta satu sejarah, kerajaan baharu, seorang tokoh wanita telah diangkat sebagai Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Pandan. Saya berharap agar dapat melakukan sesuatu untuk wanita di seluruh Malaysia dan menjunjung wanita sehingga ke persada dunia.
Tuan Yang di-Pertua, terus terang saya katakan di dalam Dewan yang mulia ini, negara masih gagal memerangi isu dadah dengan baik. Statistik menggambarkan keadaan sedih dan merisaukan dari maklumat dadah tahun 2017, yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Jumlah penagih baru dikesan berjumlah seramai 25,922 orang dan sangat membimbangkan sehinggakan 80 peratus daripada jumlah tersebut adalah golongan belia yang berumur 13 tahun sehingga 40 tahun.
Sehingga tahun 2017, dicatatkan jumlah terkumpul penagihan dadah daripada tahun 1988, sebanyak 470,308 orang penagih di seluruh negara. Banyak kerugian dialami oleh negara dari segi kewangan dan juga produktiviti. Adalah wajar di bawah kerajaan baru ini kita perlu mengekalkan dadah sebagai musuh nombor satu negara selain daripada rasuah.
Malaysia telah gagal dalam usaha menjadi sebuah negara bebas dadah pada tahun 2015. Maka saya merasakan adalah wajar kerajaan melakukan rombakan dari segi penguatkuasaan undang-undang sehingga aspek pemulihan. Penularan masalah dadah ini sangat membimbangkan. Jika di kawasan Parlimen Sibuti, di kawasan luar bandar, anak- anak muda sudah mula menghisap dadah. Keasyikan kita membina sebuah negeri yang cantik, membangun, jalan yang berturap, pengedar-pengedar dadah mengambil kesempatan untuk masuk ke kampung-kampung dengan menjual dadah kepada belia-belia kami.
Anak-anak belia khayal mengambil dadah sehinggakan mereka mula melakukan jenayah seperti kecurian. Ada ibu bapa yang datang kepada saya mengatakan kerajaan sentiasa menggalakkan golongan-golongan belia untuk menjadi seorang petani yang moden.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Akan tetapi apa yang berlaku pada masa kini, golongan belia menjalankan aktiviti mencuri seperti mencuri hasil pertanian dan buah-buahan bermusim bagi membeli dadah terutamanya dadah jenis methamphetamine iaitu syabu. Hanya kebelakangan ini kecurian buah kelapa sawit agak berkurangan kerana penurunan harga sawit di komoditi dunia.
Penagihan dadah ini bukan terhad kepada golongan tertentu, malah wujud satu kelompok penagihan yang saya gelar sebagai career addict atau pengguna dadah di kalangan golongan profesional dan juga pelajar yang sudah lama wujud di sektor awam, swasta dan juga universiti. Maka saya mohon agar pemeriksaan air kencing ataupun saringan dadah di kalangan pelajar universiti, penjawat awam dan swasta harus kerap dilakukan. Beri inisiatif kepada syarikat dan juga universiti yang melakukan saringan air kencing ini secara sukarela.
Terdapat ramai ibu bapa menjadi patah hati melihat anak-anak yang terlibat dengan masalah dadah. Kerajaan harus memberi tumpuan kepada pusat-pusat rehabilitasi dadah seperti Persatuan Pengasih Malaysia, PUSPEN, Persada yang mengamalkan terapi kekeluargaan yang terbukti ia mampu merawat penagihan dadah ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Bagan Serai mohon mencelah.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Saya mendengar dengan teliti perbahasan Yang Berhormat Sibuti dan saya bersetujulah bahawa kerajaan hari ini tidak dapat membendung penularan dadah dan juga mereka yang menagih dadah walaupun usaha yang begitu gigih telah dilakukan. Jadi kalau kita lihat pada undang-undang yang ada pada hari ini, undang- undang yang mengatakan apabila dapat tangkap orang mengedar dadah pada suatu kuantiti tertentu akan dihukum gantung sampai mati dan juga undang-undang yang dijalankan oleh AADK dengan usaha seperti harm reduction, pengurangan kemudaratan selama ini tidak dapat membendung.
Seperti yang kita katalah kalau 60 tahun tidak boleh bendung, apakah kita akan meneruskan perkara yang sama? Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Sibuti, adakah Kerajaan Pakatan Harapan, kerajaan yang ada sekarang ini, kerajaan yang baharu ini bersedia untuk menggubal dasar dadah baharu, dasar undang-undang yang baharu? Ini supaya kita tidak stick pada undang-undang yang ada sekarang ini yang nampak gayanya tidak berhasil.
Kata orang, kalau kita tanam gandum, kita tidak dapat padi. Jadi kalau kita teruskan, we are doing the wrong things. Terima kasih, Yang Berhormat Sibuti
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Terima kasih, Yang Berhormat Bagan Serai. Masukkan sebahagian daripada ucapannya kepada ucapan saya. Saya setuju.
Dari segi penguatkuasaan, kita tidak mempunyai satu langkah yang ekstrem untuk mengekang masalah dadah. Kita mungkin tidak dapat mengambil pendekatan seperti di Filipina untuk menembak terus pengedar dadah. Akan tetapi, saya berharap gunalah kebijaksanaan pemerintahan Malaysia baharu untuk memikirkan kaedah yang paling efektif untuk membasmi dadah.
Maka, saya sangat berharap agar sistem pendidikan kita dapat mendidik anak-anak mengenai kesedaran bahayanya dadah. Begitu juga dengan Kementerian Belia dan Sukan akan memasukkan elemen memerangi dadah sebagai agenda utama sebelum menjelangnya Wawasan 2020.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membawa suara keresahan rakyat mengenai isu pembangunan di kawasan saya Parlimen Sibuti selepas tertubuhnya Kerajaan Malaysia baharu di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Pakatan Harapan. Banyak janji yang telah dibuat oleh kerajaan yang lepas tetapi saya berharap agar Malaysia baharu ini dapat menunaikan janji tersebut kerana pembangunan ini adalah sangat penting kepada rakyat di Parlimen Sibuti.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Berikut adalah projek-projek yang ingin saya jelaskan iaitu memastikan projek Balai Bomba Batu Niah yang telah terbengkalai akibat kontraktor lari dan meneruskan pembinaan balai bomba tersebut kerana kami sangat-sangat memerlukan balai bomba. Selain daripada itu juga, saya ingin mendapat jawapan daripada pihak kementerian mengenai status pembinaan baharu bagi sekolah SK Kita Niah dan juga SK Skim Sepupok, Niah yang turut bersama juga untuk pembinaan baharu bangunan Pejabat Pendidikan Daerah Subis di Pekan Bekenu.
Bangunan sekolah daif benar-benar wujud di Sarawak dan juga bukannya mitos.
Sebanyak 29.8 peratus sekolah kini dalam keadaan selesa dan selebihnya di dalam keadaan daif yang berjumlah sebanyak 1,020 buah sekolah di Sarawak. Sebanyak 395 buah memerlukan pembinaan semula dan kerajaan yang lepas telah menjanjikan sistem pembinaan sekolah melalui kaedah IBS. Saya ingin mendapat penjelasan daripada kerajaan yang baharu ini, adakah kaedah IBS akan dilaksanakan juga untuk memastikan sekolah- sekolah daif ini dibina untuk memberikan keselesaan kepada anak-anak kita di Sarawak?
Pada tahun 2016, kerajaan telah mengumumkan bahawa Institut Pengajian Guru Cawangan Miri di Sarawak akan ditutup. Dalam usaha kerajaan mencapai ratio guru tempatan dalam nisbah 90:10, penutupan IPG ini dilihat sebagai usaha merencatkan usaha tersebut. IPG Miri telah wujud sejak tahun 1958 dan juga banyak melahirkan warga pendidik di negeri Sarawak.
Pada 23 Jun 2018, kumpulan akhir seramai 13 pelajar daripada kaum Penan telah dipindahkan dari IPG Miri ke IPG Batu Lintang, Kuching. Mungkin ada yang melihat isu ini agak remeh tetapi saya merasakan perpindahan mereka ini akan menyukarkan mereka untuk balik ke kampung pada musim cuti kerana masa yang diambil untuk balik dari Miri ke kampung-kampung mereka mengambil masa sehingga 10 ke 13 jam dan juga melibatkan kos sekitar RM500.
IPG Miri perlu dikekalkan sebagai hab institusi melahirkan guru di bahagian utara.
Jarak Miri ke Kuching mengambil masa yang sangat jauh. Jika siapnya Lebuhraya Pan Borneo kelak juga, kedudukan IPG juga sangat jauh walaupun masa agak pendek. Bagi kumpulan pelajar pertama Politeknik IPG Miri, saya mencadangkan agar mereka dikembalikan ke kampus sedia ada di Kuching ataupun di Mukah memandangkan facilities IPG juga belum sedia dan juga sesuai untuk pembelajaran.
Walaupun secara dasar saya menyokong usaha kerajaan memperkasakan TVET di kalangan rakyat, tetapi menjadikan IPG sebagai pusat TVET saya merasakan masih banyak lagi aset-aset dan facilities kerajaan di Miri yang boleh dijadikan pusat TVET. Sekiranya rintihan rakyat ini menghalang penutupan IPG Miri gagal, saya mendesak agar IPG ini dinaiktarafkan sebagai universiti awam ataupun mewujudkan UiTM di tapak IPG ataupun Universiti Petronas mengambil alih IPG sebagai kampus Sarawak memandangkan kedudukan IPG berdepan dengan lautan Miri yang banyak mengeluarkan hasil minyak yang disedut bertahun-tahun.
Tuan Yang di-Pertua, ingin saya memetik kata-kata daripada Tok Nan, “Jika saya diberi pilihan negeri mana dalam Malaysia untuk saya dilahirkan, sudah tentu saya memilih untuk dilahirkan di Sarawak”. Di sini saya ingin menyentuh berkenaan tentang hak-hak kerajaan yang terhakis dan juga yang dikikis.
Kerajaan yang lepas Barisan Nasional dan juga kerajaan baharu Pakatan Harapan kedua-dua mendendangkan kesediaan untuk menawarkan semula hak-hak Sarawak berdasar Perjanjian Malaysia 1963. Ada yang memberi tawaran yang mahu berunding.
Hakikatnya, hak-hak Sarawak yang terhakis dan terkikis ini benar-benar menguji kesabaran rakyat Sarawak dalam semua lapisan umur yang sangat beremosi memilih mewujudkan sentimen memisahkan Sarawak daripada Malaysia. Bagi yang tenang dan rasional, usaha berunding, berbincang diteruskan walaupun pedas telinga mendengar kemarahan rakyat— bila lagi hak-hak tersebut dikembalikan?
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Bagi saya, wajib mana-mana kerajaan yang memegang Kerajaan Persekutuan membetulkan fakta sejarah mengenai Perjanjian Malaysia dan harus memberikan hak rakyat Sabah dan Sarawak seperti yang wajar kami terima. Saya ingin memetik kata-kata keramat daripada apai besar kami yang menandatangani Perjanjian Malaysia iaitu mendiang Tun Datuk Patinggi Temenggong Jugah anak Barieng, “Jangan Malaysia ibarat tebu, manis dipangkal, tawar di hujung”. Sekarang rakyat Sarawak merasakan kini tebu itu menjadi semakin tawar dan mungkin pahit kerana pada masa kini rasa tebu tersebut agak masam.
Usaha dalam mendapatkan hak Sarawak yang terhakis dan terkikis ini adalah supaya keputusan untuk menyertai pembentukan Malaysia tidak dikesali oleh anak-anak Sarawak pada masa hadapan. Kerja-kerja untuk mendapatkan hak-hak Sarawak yang terhakis tidak akan terhenti. Kami bersetuju bergabung bersama Semenanjung Tanah Melayu untuk menikmati kemerdekaan yang bermaruah dan kehidupan yang lebih baik.
Autonomi yang kami tuntut bukan untuk memperkecilkan Kerajaan Persekutuan tetapi adalah satu langkah mengurangkan beban Federal dan sebagai tanda kami telah diajar dengan baik melalui sistem pendidikan hasil penggabungan bersama Malaysia.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Dengan autonomi, kami mampu untuk menentukan dasar yang sesuai bagi rakyat Sarawak. Tidak banyak yang kami pohon kembalikan. Antaranya adalah kami sedar selama ini kami membentuk Malaysia dengan membawa hasil minyak dan gas yang membantu dalam perolehan pendapatan negara. Lima peratus diberikan kepada Sarawak sebagai royalti yang dirasakan pemimpin kami yang lepas adalah angka yang wajar tetapi dengan peningkatan dan desakan pembangunan, kami dengan lemah lembut meminta royalti ditingkatkan kepada 20 peratus. Malah, pihak kerajaan baharu turut menyatakan angka 20 peratus adalah jumlah yang mereka sedia kembalikan. Akan tetapi, sayangnya jumlah 20 peratus yang ingin mereka kembalikan adalah daripada segi keuntungan dan juga bukannya perolehan.
Selain itu, saya ingin menyentuh mengenai tuntutan Sarawak yang kurang diketahui umum atau telah dilupai oleh Kerajaan Persekutuan oleh pemimpin-pemimpin lepas iaitu mengenai special grant, dengan izin, di bawah Artikel 112D yang sepatutnya memerlukan semakan lima tahun sekali telah terhenti dalam tempoh yang agak lama. Jika saya sendiri terkejut mengenai perkara ini, bagaimana pula dengan rakyat-rakyat biasa di luar terutamanya rakyat Sarawak. Inilah yang dimaksudkan hak kami yang terhakis. Maka, dengan pembentukan Malaysia Baharu, kerajaan yang menawarkan harapan dan keadilan, maka kami menghulurkan salam kerjasama demi rakyat Sarawak bagi membantu kami mendapatkan hak-hak kami, tuntutan yang dirasakan terhakis ini.
Jelas, pemimpin tertinggi negeri kami sejak Allahyarham Tok Nan dan kini Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari menyatakan Sarawak akan terus kekal bersama Malaysia, semalam, hari ini dan juga esok. Walaupun demikian, pendirian akan terus kekal jika keadilan untuk hak Sarawak dilaksanakan. Kita tahu perkara ini bukan suatu yang mudah kerana agak lama dilupakan dan terabai dalam tempoh yang sangat lama. Maka, saya menyeru dan berlapang dada agar soal-soal berkaitan hak Sarawak kesemua 31 Ahli Parlimen memberi kerjasama dan berbincang dengan cara yang baik demi ibu pertiwi ku. Ya, saya tahu rakan-rakan di pihak kerajaan terikat dengan ketua masing- masing tetapi kami di pihak GPS bersedia menyuarakan apa yang perlu kami suarakan demi rakyat. Kami telah mengambil risiko untuk keluar daripada Barisan Nasional. Tiada perkara yang tidak dapat diperbetulkan, sedangkan setiap agama memberi peluang kepada umatnya untuk insaf dan membetulkan kesilapan.
Sekiranya dahulu tidak dilakukan, sekarang kita perlu lakukan dan suarakan demi rakyat negeri Sarawak. Masih belum terlambat bagi masa depan. Biar ‘berkikis bulu betis’ untuk mencapai hasrat mulia ini...
[Tepuk] Saya menjunjung kebebasan bersuara. Saya merasakan apa yang disuarakan oleh rakyat mengenai Perjanjian Malaysia adalah satu perkara yang betul melalui dokumen sedia ada seperti Perjanjian Malaysia 1963, Inter- Governmental Committee Malaysia Act dan dokumen-dokumen tambahan yang lain, selaras dengan isu hak Sarawak.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Akhir sekali saya ingin menyentuh mengenai- menambah lebih banyak lagi fakta- fakta sejarah dalam teks sekolah rendah dan menengah agar sejarah Sarawak dapat dijiwai.
Saya yakin, kefahaman golongan muda dan pelajar mengenai fakta Sarawak masih kurang seperti sambutan Hari Sarawak 22 Julai yang lepas. Jika dahulu saya bersekolah, saya perlu mempelajari siapakah yang membuka Kuala Lumpur, Sejarah Lembah Bujang. Tidak salah jika sejarah Sarawak dikembangkan untuk pengetahuan semua bagi rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan mengenai masalah sosial seperti judi online. Kini terdapat kedai-kedai 24 jam yang berselindung sebagai kedai runcit menjual tambah nilai bagi perjudian online. Saya berharap agar pihak kementerian dan penguat kuasa mengambil satu tindakan tegas untuk menyekat laman-laman web ataupun aplikasi yang menjalankan judi online yang sangat merosakkan institusi keluarga dan juga masyarakat umum.
Selain daripada itu juga, saya ingin menyentuh mengenai projek Pan Borneo. Projek Pan Borneo adalah pemacu kepada ekonomi Sarawak terutama di kawasan luar bandar.
Adalah menjadi harapan besar rakyat Sarawak sekiranya projek Pan Borneo ini dibina laluan terus dari Miri ke Limbang melalui Baram, seterusnya Lawas tanpa melalui Brunei. Ini bagi saya akan meningkatkan connectivity dan juga melengkapkan Pan Borneo Sarawak. Dalam tempoh 2011 hingga 2018, di Sibuti berjaya membina jalan di Skim Sepupok, Saeh, Tiris dan Rancah Rancah tetapi kondisi jalan gravel tidak berturap masih banyak dan jalan menuju ke Kampung Rajong dan juga di kawasan Hulu Sibuti masih lagi memerlukan perhatian.
Saya juga ingin mengungkit Projek Bekalan Air Suai Kompleks Fasa 2 yang telah ditenderkan pada 27 November 2017 tetapi berlaku perubahan dan penambahan skop projek. Jawapan Parlimen pada sidang lepas memberitahu bahawa pihak Jabatan Kerja Raya
(JKR) akan melakukan kejuruteraan nilai pada April 2018 dan sehingga kini tiada kemas kini maklumat hal-hal tersebut. Adalah menjadi harapan saya agar projek ini dapat diteruskan bagi membolehkan penyaluran air ke kawasan rumah-rumah panjang terutamanya di kawasan Niah.
Akhir sekali, akhir kata, saya sangat teruja dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah mengupas pelbagai isu semasa dan menegaskan keperluan rakyat dan pemimpin untuk berusaha membangunkan Malaysia yang kita cintai. Maka dengan ini, saya menjunjung Titah Duli Tuanku. Sekian...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Dari Sarawak kini sampai ke Pulau Pinang. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Saya mulakan perbahasan saya dengan pantun.
*Biarlah orang bertanam buluh; Mari kita bertanam padi; Biarlah orang bertanam musuh; Mari kita menanam budi...
[Tepuk]* Tuan Yang di-Pertua, saya akan membawa ke Dewan yang mulia ini suara pengundi-pengundi di Jelutong. Terdapat beberapa isu yang membelenggu kawasan Parlimen Jelutong selama lebih kurang 20 tahun atau 30 tahun ini. Akan tetapi sebelum itu, saya merasa cukup bangga kerana pada kali ini saya telah dipilih untuk menjadi seorang Ahli Parlimen. Saya berterima kasih kepada pengundi-pengundi di kawasan saya. Bukan sahaja kerana menyokong saya tetapi juga kerana menyokong Pakatan Harapan dalam pilihan raya ini dan kali ini sungguh bersejarah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini kerana saya pada mulanya berkecimpung dalam politik adalah pada tahun lebih kurang 1995 ketika saya baru menjadi peguam pelatih dalam kamar mendiang Yang Berhormat Karpal Singh. Pada masa itu, kita melawan Barisan Nasional.
Kali ini, saya telah berkempen bersama-sama dengan Yang Berhormat Langkawi.
Sebab itu, pepatah yang selalu diucapkan oleh Yang Berhormat mendiang Karpal Singh, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “In politics, there are no permanent friends, no permanent enemies but only permanent principals”. Sungguh bersejarah. Ini kerana kali ini saya berbangga dengan pemimpin-pemimpin yang ada dalam Pakatan Harapan. Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Bagan dan semua pemimpin yang berkaliber di mana rakyat di luar sana telah memberi amanah kepada kita untuk menjadi kerajaan. Kali ini kita lihat perubahan yang begitu drastik, mendadak di mana kerajaan yang baharu telah dibentuk. Di mana pengundi-pengundi di Jelutong berharap beberapa perkara yang utama akan dapat diselesaikan.
Pertamanya adalah isu banjir di Jelutong. Setiap kali berlakunya hujan yang lebat, Sungai Pinang, satu-satunya sungai di Jelutong itu akan mengalami banjir yang begitu teruk.
Di mana tiga DUN di kawasan saya Datuk Keramat, Sungai Pinang, Batu Lanchang akan mengalami banjir yang begitu teruk. Walaupun permintaan telah dibuat beberapa kali kepada Kerajaan Barisan Nasional yang dahulu, di mana jumlah RM1 bilion masih lagi tertunggak untuk projek tebatan banjir, wang itu tidak kesampaian.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Akan tetapi sekarang mujurlah dengan kerajaan yang baharu, kita mempunyai harapan yang cerah di mana kita fikir dan seperti yang telah dijanjikan oleh Menteri-menteri berkenaan, jumlah dana itu akan sampai dengan seberapa cepat yang mungkin untuk kita melaksanakan projek tebatan banjir supaya masalah banjir di kawasan Jelutong itu akan dapat diselesaikan.
Selain daripada itu juga terdapat masalah berkenaan dengan beberapa sekolah.
Kalau dahulu Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri daripada DAP, PKR tidak boleh masuk ke perkarangan sekolah. Guru-guru begitu takut kerana kalau dibenarkan untuk masuk, guru besar atau guru berkenaan akan dihantar, ditukar. Berlakunya kejadian di Pulau Pinang, ditukar sampai Sabah, Sarawak kerana membenarkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri daripada DAP atau PKR masuk ke perkarangan sekolah. Ini adalah politik yang diamalkan Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana.
Saya sungguh dukacita kerana ada hanya tertinggalnya empat atau lima orang untuk mendengar perbahasan saya tetapi hantarkan mesej. Politik yang begitu sempit diamalkan oleh Barisan Nasional. UMNO khususnya tidak membenarkan guru-guru menjemput saya atau Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri daripada PKR masuk ke perkarangan sekolah ketika itu. Sekolah Kebangsaan Jelutong 2, Jelutong Barat mengalami masalah di mana dewan mereka hampir-hampir runtuh sebab bumbung mereka bocor.
Apabila diminta wang, JKR mengatakan tidak ada wang. Kementerian Pendidikan mengatakan tidak ada wang. Ke mana perginya wang itu? Kita semua tahu. Kita semua tahu.
Masalah yang juga dihadapi...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Minta laluan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tidak cukup masa Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
A friendly question.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sorry Yang Berhormat, minta maaf. Balai polis, saya ada tiga atau empat balai polis di kawasan saya...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Isu balai polis- minta maaf Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Kuala Krau, sahabat, tadi baru lagi...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya habiskan. Saya bagi Yang Berhormat Kuala Krau. Member saya, saya bagi.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Alright, terima kasih, terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Isu berkenaan dengan balai polis. Polis Diraja Malaysia melaksanakan tugasan mereka seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Setiawangsa tadi menyumbangkan bakti dan keringat. Akan tetapi tahu kah Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini di Balai Polis Jelutong, mereka tinggal dalam bilik kelamin, satu bilik sahaja. Kuarters mereka dibina pada tahun 1970-an. Pasangan suami isteri tinggal bersama-sama dengan lima atau enam orang anak mereka dalam kuarters itu.
Bilik yang mereka diami begitu teruk keadaannya. Pejabat mereka tidak ada penyaman udara. Mereka menggunakan kipas angin. Tidak ada komputer untuk mereka melaksanakan tugas. Apabila diminta, dimaklumkan bahawa tidak ada wang. Mana perginya wang? Semua dalam rumah isteri Yang Berhormat Pekan.
Isu Hospital Besar Pulau Pinang, juga di kawasan saya. Warga emas yang datang ke situ yang tidak boleh berjalan, tunggu untuk kerusi roda sampai satu setengah jam, tidak ada kerusi roda. Ada juga pesakit-pesakit yang terbaring di atas katil di kaki lima wad. Wad tidak boleh diperbesarkan, ubat-ubat yang diberi tidak mencukupi. Kalau dahulu diberi untuk tempoh masa sebulan, sekarang diberi hanya untuk dua minggu. Apabila ditanya, farmasi mengatakan tidak mencukupi bekalan ubatan tersebut.
Apakah yang berlaku Yang Berhormat? Apakah yang berlaku? Ini adalah perkara yang saya minta menteri-menteri yang bertanggungjawab memberi penjelasan. Akan tetapi saya yakin dengan adanya Kerajaan Pakatan Harapan yang baru, semua masalah ini akan diberikan perhatian dan akan dapat diselesaikan pada masa yang terdekat.
Saya pada masa yang sama...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Jelutong...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Juga ingin...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Sudah boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Kuala Krau minta pencelahan. Adakah Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
30 saat sahaja Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
30 saat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Masa 10 saat sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Masa 10 saat. Dia...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Jelutong ada dua, tiga soalan Yang Berhormat. Pertamanya saya ucapkan tahniah ucapan kepada Yang Berhormat Jelutong dan juga pengakuan Yang Berhormat Menteri Kewangan mengatakan bahawa kewangan negeri Pulau Pinang mempunyai kewangan yang kukuh dan mempunyai rizab yang paling tinggi di dalam negara kita. Di antara negeri yang paling banyak mempunyai rizab simpanan untuk pembangunan dan juga rakyat negeri Pulau Pinang.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Cuma soalan saya, kenapa kalau kita berlaku banjir dahsyat, tanah runtuh, kenapa kita tidak boleh mengeluarkan atau mencairkan rizab tersebut untuk maslahat rakyat negeri Pulau Pinang, tanpa menunggu daripada Kerajaan Persekutuan?
Keduanya betul Yang Berhormat, kita tidak ramai. Soalan itu biasanya ditujukan kepada pembangkang pada pihak kerajaan kenapa pihak kerajaan tidak ramai menunggu perbahasan terutama sekali Menteri dan Timbalan Menteri. Saya ingin tahu dalam ketika Yang Berhormat berucap ini berapa orang Menteri yang ada dalam Dewan dan berapa orang Timbalan Menteri yang ada dalam Dewan?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Okey, terima kasih...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
...Sebab Titah ucapan Tuanku...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Cukuplah, cukup, sudah lebih 10...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
...Sila duduk jangan lari. Nampaknya beberapa kali...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Cukuplah Yang Berhormat Kuala Krau..
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
...Disebut oleh...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya sudah bagi masa sudah, saya teruskan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
...Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi tidak...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon teruskan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
...Diendahkan oleh kawan-kawan kita...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, baik...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
...Kawan-kawan kita dalam kerajaan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Baik, saya teruskan. Saya juga ingin berbahas- biar Menteri-Menteri berkenaan menjawab soalan-soalan yang ditanya.
Berbalik kepada perbahasan saya, saya juga tertarik Yang Berhormat...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Minta laluan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak, tidak beri.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Beri keadilan kepada Yang Berhormat Kuala Krau boleh bagi kepada...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya teruskan...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
...Tumpat.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Tumpat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tanya soalan-soalan berkenaan dengan isu banjir, wang yang tidak mencukupi yang tidak diberikan oleh Barisan Nasional, wang yang tidak mencukupi yang diberikan untuk masalah prasarana, sekolah.
Wang yang tidak diberikan untuk kuarters, masalah untuk menyelesaikan masalah kuarters polis, berek polis di Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Masalah tidak mencukupi prasarana di Hospital Besar Pulau Pinang kerana setiap kali apabila ditanya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Barisan Nasional yang dahulu akan memberitahu bahawa wang tidak mencukupi. Tidak ada wang.
Kalau kita lihat berita yang telah dipaparkan dalam surat khabar baru-baru ini begitu dahsyat...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Jelutong...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya memetik kenyataan...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Jelutong...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Ataupun ungkapan Yang Berhormat Kapar, dahsyat!
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Jelutong sedikit.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak boleh Yang Berhormat, sorry.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
10 saat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak boleh Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Sedikit sahaja, lima saat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Masa tidak cukup.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Lenggong nanti saya bagi...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Jumlah yang diambil daripada rumah Yang Berhormat Pekan, RM130 juta...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Jelutong...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Wang tunai...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Perempuan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak diberikan, sorry.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Parit Sulong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Lagi berbisa.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Takkan dengan Parit Sulong pun...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sorry Yang Berhormat, tidak bagi, tidak bagi.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
... Tak nak bagi laluan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tidak bagi.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Parit Sulong.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Takkan dengan perempuan pun takut.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Jumlahnya...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
...Hendak tanya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
...Parit Sulong hanya hendak bertanya tadi.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Jelutong dengan perempuan pun takut kah?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tidak bagi, saya tidak bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat jemput duduk.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tidak apalah, Parit Sulong saja tanya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tidak bagi, minta maaf.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Ada dua...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Yang Berhormat Tumpat hendak sokong Yang Berhormat Jelutong...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Jelutong dia mengamalkan agenda gender equality.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Minta laluan Yang Berhormat Jelutong. Hendak sokong Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tidak bagi, saya tidak bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Lapan minit sahaja.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih, ya. Saya hendak tanya...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Saya hendak sokong Yang Berhormat Jelutong...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Rakyat di Jelutong hendak tahu sebab apabila kita lihat jumlah yang begitu dahsyat. Wang tunai disimpan di rumah Yang Berhormat Pekan RM130 juta tunai, RM200 juta dalam, 200 million in gems, barang-barang kemas. Ini adalah duit rakyat. Kita hendak memperbaharui sekolah, tidak bagi duit. Hendak memperbaharui balai polis, tidak bagi duit...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Jelutong...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kita hendak buat projek tebatan banjir, tidak bagi duit...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Duit ini adalah duit rakyat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat ini tuduh, ini tidak betul...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat mintalah kepada Menteri... sekarang Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Jelutong teruskan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah soalan yang rakyat Jelutong minta saya tanya..
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat sekarang minta kepada kerajaan sekarang, kenapa Yang Berhormat... tidak boleh, tidak boleh?...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan 36(6) peraturan mesyuarat...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sudah berulang kali saya memberikan- saya tak nak berikan teguran, saya berikan peringatan. Sana bahas, sini bahas, kita hendak dengar siapa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sekarang adalah floor dia.
Apabila dia tidak bagi floor tidak apa, sabar dahulu. Nanti Yang Berhormat Lenggong saya bagi 20 minit cukup. Simpan, simpan semu hujah. Teruskan, Cuma tinggal enam minit sahaja.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau kita lihat satu lagi laporan dalam surat khabar *The Star...
[Disampuk]* Jumlah yang telah dirampas adalah RM1 bilion dengan izin, RM1 bilion. Ini adalah surat khabar The Star... [Menunjukkan surat khabar The Star]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 36(6) Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang bertarikh 28 Jun, hari Khamis...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua, saya ingin menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua, jika ada seorang Ahli... 37(1) “Seseorang Ahli tidak boleh mengganggu Ahli yang sedang bercakap kecuali jika hendak mengeluarkan teguran mengenai perkara tertib Mesyuarat” iaitu peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Perkara mana?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Jadi Timbalan Yang di-Pertua kena bagi laluan kepada saya, Yang Berhormat yang sedang berucap kena duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, beliau mengambil masa saya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Perkara 37(1)...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Tunggu dulu. Yang Berhormat Jelutong, saya anggap ini injury time, saya bagi dua minit tambahan...
[Dewan Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Kuala Krau bacakan perintah tetap.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said Kuala Krau
Perkara 37(1) Yang Berhormat kena duduk. Ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua cukup faham kerana dia sudah lama duduk di sini. Dulu pun dia duduk di sini, saya jadi Tuan Yang di-Pertua dan banyak juga peraturan-peraturan mesyuarat Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua ajukan kepada saya. Jadi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya cukup hormat pada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Kita sama-sama belajar.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Kelakuan, adap cukup tinggi Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap tahniah.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih, terima kasih daun keladi.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Cukup tahniah.
Peraturan 36(6), Yang Berhormat kata duit yang dirampas daripada rumah Yang Berhormat Pekan adalah duit rakyat, duit untuk pembangunan, duit untuk tebatan banjir, duit untuk hospital dan sebagainya.
Yang Berhormat, kes masih lagi dalam siasatan. Yang Berhormat tadi sebut Yang Berhormat sebagai seorang peguam, Yang Berhormat. Contoh cukup baik, kita jumpa di luar tadi cukup baik. Sopan santun. Bila di dalam ini, sopan santun lah Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya mintalah Yang Berhormat, 36(6) tarik baliklah Yang Berhormat. Masih lagi dalam siasatan. Kalau saya sebut Yang Berhormat, kalau saya sebut Yang Berhormat Bagan jadi Menteri Kewangan dalam kes perbicaraan, kenapa angkat sumpah dan jadi Menteri Kewangan? Yang Berhormat Jelutong marahkan. Yang Berhormat marah, kan?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Jelutong telah bangun, marah menentang apabila isu ini ditimbulkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Okey, di depan saya ada seorang Ahli Yang Berhormat membangkitkan perkara 36(6). Sukacita saya hendak mendengar penjelasan Yang Berhormat Jelutong. Diberikan ruang untuk menjelaskan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya membangkitkan perkara ini kerana di Dewan ini saya hadir bukan di atas diri saya sendiri. Saya hadir sebagai wakil rakyat pengundi-pengundi saya di Jelutong.
Bukan sahaja orang biasa, pekerja-pekerja di hospital, anggota-anggota di balai polis, guru- guru yang bertugas di sekolah-sekolah yang minta saya tanya, mengapa bila mereka minta wang untuk projek-projek untuk menaik taraf balai polis, sekolah, hospital dan juga projek tebatan banjir, Kerajaan Persekutuan pimpinan Yang Berhormat Pekan mengatakan tidak ada wang. Walhal di rumahnya, dijumpai bukan RM1,000, RM2,000, RM130 juta tunai dijumpai! Duit siapa itu? Duit siapa? Duit rakyat. Bolehkah beri penjelasan Yang Berhormat?...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Cukup, cukup. Memandangkan Yang Berhormat Jelutong bertanya, maka kita tunggu Menteri menjawab.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Kra
Yang Berhormat, tiada perkataan Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Jelutong...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Kra
Yang Berhormat, Yang Berhormat Jelutong tidak ada perkataan ingin bertanya tetapi membawa isu dan hasrat pengundi-pengundi Jelutong hendakkan supaya duit peruntukan diberikan segera kepada kawasan Jelutong. Yang saya hendak sentuh sangkaan jahat terhadap Yang Berhormat Pekan, 36(6) mengatakan duit tersebut adalah duit rakyat. Kita tidak...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, beliau telah mengambil masa enam minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Saya bagi tiga minit tambahan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, Jelutong, Tuan Yang di-Pertua. Sangkaan jahat...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Saya sudah dengar hujah daripada kedua-dua pihak.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Saya jelas di mana memandangkan penjelasan Yang Berhormat Jelutong tadi dia kata dia bertanya, sama ada duit itu siapa punya...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Mana ada tanya Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Dia tuduh.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Dia tidak bertanya Tuan Yang di-Pertua, dia membuat satu tuduhan.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Jelutong, sila teruskan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Perkataan wang rakyat. Yang Berhormat, peraturan mesyuarat Yang Berhormat 36(6) perkataan- yang dirampas adalah duit rakyat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dalam kes ini kita juga ingin...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Kuala Krau sebagai bekas Tuan Yang di-Pertua, saya sudah buat ruling. Jika Yang Berhormat Kuala Krau tidak puas hati boleh buat usul tetapi bukan berdiri di sana, berteriak-teriak, bertengking- tengking. Saya rasa ia kuranglah bertepatan.
Teruskan Yang Berhormat Jelutong. Teruskan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tarik balik Yang Berhormat, Yang Berhormat Jelutong kena tarik balik perkataan yang dijumpai di rumah Yang Berhormat Pekan adalah wang rakyat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, kalau macam ini saya tidak boleh...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Jelutong, sila teruskan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kita juga ingin tahu apakah langkah yang akan diambil...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, Yang Berhormat Jelutong...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Kuala Krau, inilah dia sikap yang saya tidak hendak perhatikan di dalam Dewan ini. Saya sudah katakan saya buat ruling tetapi Yang Berhormat Kuala Krau masih lagi sengaja berdegil-degil. Saya tahu di mana ada udang di sebalik batu atau tidak ada. Yang penting, saya sudah membuat ruling. Yang Berhormat Kuala Krau pun tahu jika Yang Berhormat Kuala Krau tidak puas hati Yang Berhormat boleh membuat usul untuk mencabar ruling saya. Saya sudah membuat ruling.
Saya menjemput Yang Berhormat Jelutong, teruskan. Masa dua minit lagi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, bagi tiga minit, Tuan Yang di-Pertua kerana saya telah diganggu. Sebenarnya saya masa...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Masa 10 minit, 10 minit.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dalam perbahasan saya juga ingin bangkitkan satu lagi perkara yang melibatkan kakitangan kerajaan di mana kita lihat keluhan yang dibuat oleh Ketua SRPM yang terdahulu...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tumpat, Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Yang mengatakan bahawa... Sorry, saya tidak memberi laluan.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Orang lain semua dapat ini.
Saya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Minta maaf PAS lagi tidak diberi laluan, sila duduk. Duduk. PAS tidak diberi laluan. Langsung tidak boleh. Duduk!
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dalam kes ini kita lihat keluhan yang dinyatakan oleh bekas Ketua SPRM yang kononnya telah diekori sehingga di Amerika Syarikat oleh beberapa individu-individu. Saya mohon supaya perkara ini juga disiasat, ini adalah perkara serius. Seorang pegawai SPRM yang diamanahkan dengan tugas untuk menyiasat telah pun diugut. Peluru dihantar ke rumahnya. Beliau telah diikuti sehingga ke Amerika Syarikat. Ugutan-ugutan telah dibuat.
Beberapa pegawai-pegawai SPRM telah ditangkap.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Pencelahan Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya mohon perkara ini disiasat kerana perkara-perkara ini menunjukkan campur tangan individu-individu tertentu dalam kerajaan, semata-mata untuk mengugut kakitangan kerajaan yang melaksanakan tugas.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Pencelahan Yang Berhormat, boleh?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya ingin sambung perbahasan saya kepada isu yang terakhir.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat pencelahan, boleh?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak dibenarkan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Jelutong boleh?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya mohon, merayu kepada kerajaan yang ada sekarang...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat macam takut sahaja Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak takut Yang Berhormat Kuala Krau, nanti kita bincang di luar minum kopi.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Kuala Krau tahu sahajalah...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Akan tetapi di dalam Dewan ini saya ingin tanya...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Jelutong kata istilah disiasat tetapi pegawai yang tahu terhadap dia diugut...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tidak beri jalan, tidak beri jalan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Kenapa tidak buat laporan polis Yang Berhormat? Ada undang-undang di bawah Akta SPRM Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Masa sudah tamat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, isu terakhir...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Saya menjemput Yang Berhormat Jelutong menggulung.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dalam kes ini saya merayu kepada kerajaan sekarang untuk mencari sampai ke lubang cacing Jho Low... [Menunjukkan senaskah surat khabar] Mustahil!...
[Tepuk]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat hendak cari macam mana? Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau kita lihat...
[Disampuk] ...yang bertanggung jawab di atas skandal 1MDB dapat melepaskan diri...
Dato’ Sivarraajh Chandran - Cameron Highlands
Tuan Yang di-Pertua, mohon mencelah Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tak bagi, duduk. MIC lagi tak dibagi, duduk!...
[Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Menggulung, menggulung.
Dato’ Sivarraajh Chandran - Cameron Highlands
Ini bukan MIC, Wakil Rakyat, Wakil Rakyat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kita perlu mencari beliau dan bawa ke muka pengadilan. Akhir kata yang berhormat, saya di sini ingin menyokong nilai- nilai murni Kerajaan Pakatan Harapan dan menyokong usul Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan mengakhiri perbahasa saya dengan satu lagi pantun.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Dengar pantun dulu. Pantun.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...
Tahun inilah kami berpakat; Enam puluh tahun tidak mengalah; Biarpun ditindas dan dikutuk padat; Menanglah Pakatan Harapan yang tidak pernah mengalah. Dengan izin, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Betul kah berpakat itu?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Sebelum saya jemput Yang Berhormat Yang Berhormat Lenggong. Suka cita saya mengingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Perkara 37(1)(b), “Apabila seseorang Ahli sedang berucap, Ahli-ahli yang lain tidak boleh mengganggu Ahli yang sedang berucap kecuali jika hendak meminta penjelasan mengenai apa-apa perkara yang dikeluarkan oleh Ahli yang sedang bercakap itu dalam ucapannya dengan syarat Ahli yang sedang bercakap itu mahu beralah dan duduk dan Ahli yang hendak mengganggu itu dipanggil oleh Pengerusi”.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya harap kita fasihlah kerana Ahli Yang Berhormat semua adalah wakil rakyat yang disanjung tinggi oleh rakyat di luar. Marilah kita memakmurkan demokrasi berparlimen supaya Parlimen kita disanjung tinggi oleh rakyat dan kita menjadi teladan yang terbaik.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Bismillahi Rahmanir Rahim. Saya ingin memulakan perbahasan dengan ucapan penghargaan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah menyampaikan Titah Baginda tempoh hari. Menghormati amalan demokrasi, saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan kerana menang dan mengambil alih kerajaan pada hari ini.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Pencelahan Yang Berhormat, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Belum mula lagi.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Sudah mula Yang Berhormat. Boleh Yang Berhormat Lenggong?
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Sekejap lagi saya bagi.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Takut juga Yang Berhormat Lenggong?...
[Dewan ketawa]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terpulang kepada Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Okey.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Saya hormat Tuan Yang di-Pertua dan ayat yang sama, peraturan yang sama saya gunakan semasa menjadi Timbalan Yang di-Pertua duduk di sini. Terima kasih.
Cuma ada juga ayat yang sama juga saya hendak ulang kerana ada pihak yang duduk di sini juga mempertikaikan teks Titah Tuanku Agong, kononnya dituduh bahawa pihak kerajaan menyediakan teks ucapan ataupun Titah tersebut. Apa pandangan Yang Berhormat Lenggong terhadap Titah Tuanku Agong yang dirasmikan oleh Tuanku Agong?
Saya ingat Yang Berhormat Bukit Katil, dia geleng-geleng kepala, dia masih ingat lagi macam mana perasaan kita, Yang Berhormat Bukit Katil.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Hang Tuah Jaya lah.
Timbalan Menteri Industri Utama - Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin
Hang Tuah Jayalah.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau, apa pun kita menjunjung kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Akan tetapi saya masih ingat dan benar kalau kita dengar ucapan berkali-kali oleh Yang Berhormat Gelang Patah, beliaulah antara orang yang pertikaikan Titah Yang di-Pertuan Agong, kononnya ucapan ini dirangka oleh kerajaan. Saya percaya proses yang sama juga berlaku dan hari ini kita hendak tanya, apa pendirian beliau di atas Titah Yang di-Pertuan Agong?
Saya ingin menyebut bahawa- kita ucapkan tahniah atas amalan demokrasi di atas kemenangan Pakatan Harapan. Maka, laksanakanlah tanggungjawab dengan seadil-adilnya.
Akan tetapi saya cukup yakin dengan janji Allah SWT, insya-Allah kerajaan yang terbina di atas fitnah dan pembohongan, ia tidak akan lama, maka tunggulah masa dan ketikanya nanti.
Kalau saya rujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, harapan bermakna perihal mengharapkan sesuatu. Maknanya, hanya memberi harapan, harapan sahaja. Oleh sebab itulah hari ini kita dengar hari ini banyak yang disebut oleh pimpinan Pakatan Harapan, bila bercakap soal manifesto, timbullah perkataan-perkataan manifesto bukan janji, manifesto bukan kitab suci. Maknanya, betullah hanya harapan diberi kepada rakyat sebenarnya.
Tuan Yang di-Pertua, kita lihat kerajaan mengambil alih negara ini pada 10 hari bulan. Yang mengangkat ketika itu hanyalah Perdana Menteri. Berminggu juga, hanya dia sahaja mengangkat sumpah. Maka, kerajaan ini ditadbir oleh seorang sahaja dan ditubuhkanlah pula Majlis Penasihat Negara dan dalam beberapa ketika negara ini ditadbir oleh Majlis ini. Saya hendak tanya dalam Dewan yang mulia ini kerana kuasa diberi kepada Majlis Penasihat Kerajaan ini sangat besar. Atas dasar apa, peruntukan apa, peraturan mana satu yang diguna pakai oleh kerajaan yang memberi kuasa besar kepada Majlis Penasihat Kerajaan ini? Saya harap ia dijawab dalam Dewan yang mulia ini.
Apa pun, saya mengucapkan tahniahlah atas keupayaan Pakatan Harapan menyatukan kepelbagaian parti yang berbeza-beza hala tuju dan matlamat masing-masing dalam sebuah kerajaan. Paling penting, saya hendak ucapkan tahniah kerana mereka secara bersama-sama duduk dalam sebuah parti dan hanya menjayakan matlamat sebuah parti sahaja. Parti mana? Saya percaya ramai rakyat yang mengetahui.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Apa pun, dalam beberapa tempoh Kerajaan Pakatan Harapan memerintah, ada beberapa ciri-ciri tertentu yang boleh kita lihat pada kerajaan pada hari ini. Satunya ialah ciri yang pertama ialah suka membuat kenyataan sesuka hati. Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ada depan saya ini, sahabat baik dan lama saya. Satu ketika pernah buat kenyataan, apa dia kata? Oleh kerana sudah tidak ada GST, harga sayur, harga ikan, turun 30 peratus. Yang Berhormat, sayur memang tidak ada GST daripada dulu lagi.
Kemudian, ada lagi kenyataan. Kenaikan harga ikan misalnya. Menteri memberitahu jawapan, jika ikan banyak di lautan, harga ikan akan turun, kalau ikan itu berbilion jumlahnya, ia bukanlah boleh ditangkap begitu sahaja.
Jadi, janganlah buat kenyataan yang pelik-pelik ini. Ini satu ciri yang ada pada kerajaan hari ini suka membuat kenyataan sesuka hati. Ada lagi ciri lain. Satu lagi ciri ialah suka putar belit isu. Kenyataan Menteri Kewangan misalnya, mendakwa hutang negara RM1 trilion. Sedangkan sebelum itu salah seorang daripada Majlis Penasihat Kerajaan memperakukan bahawa rizab negara cukup baik, hutang terkawal. Akan tetapi Menteri Kewangan ini, belum pun mengangkat sumpah lagi waktu itu, telah pun membuat kenyataan bahawa hutang negara RM1 trilion. Ia sangat tidak benar. Oleh kerana mengikut Laporan Bank Negara, sehingga 31 Disember 2017 hutang kerajaan hanyalah sekitar RM686 bilion...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Lenggong.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Lenggong, jiran memohon jalan.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
...Iaitu 50.8 peratus daripada keluaran dalam negara kasar iaitu di paras yang selamat sebagaimana ditetapkan.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Sekejap. Yang Berhormat Lenggong, sikit sahaja.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Sila.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa tadi Yang Berhormat Lenggong katakan. Dia katakan mengenai apa yang dikatakan tidak jadi, kata A, jadi B, kata harga turun tapi sebenarnya naik. Saya tidak berani setuju Yang Berhormat sebab saya tengok bahawa siapa cakap Pakatan Harapan ini dia tidak tepati janji? Kita tengoklah sebagai contoh Yang Berhormat, saya hendak komen supaya Yang Berhormat pun maklumkan kepada saya, setuju kah tidak. Harga minyak sudah turun, minyak kelapa sawit. Macam mana Yang Berhormat mengenai perkara ini?
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Ah, yang itu saya bersetuju, yang tidak dia janji, turun. Memang harga kelapa sawit turun, harga getah turun, malah saya hendak bertanya dalam Dewan ini, apa mekanisme, apa langkah kerajaan hendak buat?
Jangan senyap sahaja kerana rakyat menderita di bawah sekarang ini. Tolong selesaikan perkara ini. Masukkan sebahagian ucapan dalam teks ucapan saya. Apa pun satu lagi ciri, ini satu lagi ciri yang saya hendak sebut.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Setengah minit.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Yang Berhormat Lenggong, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya tertarik dengan sedikit sentuhan daripada Yang Berhormat Lenggong berkenaan dengan lontaran statement, lepas itu baru cari yang realiti. Apakah ini satu bentuk pemikiran yang kita hendak bina ke dalam masyarakat kita iaitu melalui persepsi? Adakah Yang Berhormat Lenggong, sebelum kita mendapat realiti, persepsi dulu dibina. Ini kah pemikiran yang akan dibina ke dalam masyarakat kita yang mana berlaku perubahan dalam PRU Ke-14 ini?
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Itulah saya sebut di awal tadi.
Ini kerajaan harapan, memberi harapan kepada rakyat, membina persepsi sahaja. Itulah nampaknya rupa bentuk kerajaan yang ada pada hari ini, setakat hari ini.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Apa pun, satu lagi ciri saya hendak sebut. Apa ciri dia? Tukar kulit saja. Dulu BR1M tidak bagus, BR1M dedak, macam-macam termasuklah Yang Berhormat Bukit Katil, sahabat saya, dialah antara orang yang mengata saya.
Seorang Ahli
Hang Tuah Jaya, Hang Tuah Jaya.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Akan tetapi hari ini tiba-tiba, eh, boleh pula BR1M. Tukar nama. Tukar nama Bantuan Sara Hidup Rakyat. Benda sama juga. Akan tetapi yang tidak sama ialah ramailah...
[Disampuk] Jumlah. Ada kumpulan kategori yang tidak dapat lagi. Akan tetapi dilaksanakan juga.
Umpamanya di Johor di Kota Tinggi, bas kalau dulu ada Bas Muafakat Johor, sekarang ada bukan tidak ada, tapi dibuat Bas Harapan Johor. Bas sama, perkhidmatan sama, cat saja lain. Ha, inilah rupa kerajaan pada hari ini. Oleh sebab itu sekalian...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Yang Berhormat Lenggong, dia bukan tukar cat, dia tukar sticker saja. Itulah kerja dia orang.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Oh, saya tidak tahu. Ha, itulah rupanya.
Satu lagi ciri, dia suka mencari buruk saja, keburukan saja. Harga barang naik, salah kerajaan dulu. Segala-galanya menyalahkan kerajaan. Hendak cari mekanisme macam mana menyelesaikan masalah, ia tidak dibuat. Oleh sebab itu, Yang Berhormat, perbetulkanlah. Sudahlah janji lama tidak tertunai, bertambah-tambah janji pula, janji baru pula dibuat. Saya harap rakyat boleh memikirkannya, rakyat boleh melihatkannya. Akan tetapi saya percaya jika perkara ini berterusan, kerajaan yang ada pada hari ini, insya-Allah, akan dihukum oleh rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab itu, jangan mudah berjanji dan mencipta pelbagai alasan. Saya mendengar dan membaca ulasan daripada Timbalan Pengarah Biro Strategik dan Dasar Bersatu. Hebat nama jawatan ini. Dia kata apa? Dia tidak boleh atau sukar untuk menunaikan janji kerana tidak boleh akses maklumat dan data. Oleh sebab tidak boleh akses maklumat dan data, itu dijadikan alasan untuk tidak menunaikan janji. Oleh sebab itu, kalau tidak tahu pokok pangkalnya, jangan berjanji.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Ipoh Timur.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Ipoh Timur minta laluan.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, sekejap. Saya hendak habis sudah. Hendak habis sudah.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Orang Perak ini.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Saya tidak bagi laluan.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Kejap lah, tidak banyak, satu minit, satu minit.
Boleh?
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tidak, tidak, tidak.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Sudah bagi UMNO, sudah bagi PAS, bagilah Pakatan.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Oleh sebab itu, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Taiping...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Takutlah, takut.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Saya tidak bagi.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Boleh tidak? Bagi saya satu minit.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Confirm saya tidak bagi.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Saya merayu satu minit.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Kena betulkan. Kita Barisan Nasional.
Malulah. Baca fakta itu dulu.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Boleh, boleh? Satu minit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat, Yang Berhormat Lenggong, dia tidak bagi.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Fasal janji-janji dengan manifesto, boleh?
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tidak bagi, tidak bagi, tidak bagi dah. Yang confirm-nya, parti Yang Berhormat saya tidak boleh bagi lagi.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Ya, boleh? Boleh? Bagi satu minit saja, Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Saya kena berlaku adil.
Memandangkan Yang Berhormat Lenggong tidak membenarkan laluan, Yang Berhormat Lenggong dijemput meneruskan perbahasan.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Saya cukup hormat Tuan Yang di-Pertua ini. Cukup berbeza, dulu dan sekarang. Akan tetapi sekarang saya cukup hormat Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Lenggong, saya dulu, sekarang dan selama-lamanya orang baik. Berani, tegas dan adil...
[Dewan ketawa]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Ya. Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah kerajaan...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Itu Kuala Krau setuju, setuju.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat, kita hormat atas kehendak dan pilihan rakyat.
Namun, janganlah berbuat sesuka hati. Perkara yang baik, teruskanlah. Perkara yang baik, demi rakyat, teruskanlah. Walaupun tukar nama, teruskan kerana ia baik kepada rakyat.
Saya menghormati hak dan kepentingan semua kaum, hak kaum-kaum lain dalam negara ini sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan. Cuma saya minta kepada kerajaan yang ada pada hari ini, jangan sesekali mengurangkan apa yang telah diperuntukkan, yang telah dilakukan kepada Melayu dan Bumiputera sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan. Jika mahu melakukan perubahan, lakukan yang baharu. Jangan ubah dan jangan kurangkan apa yang telah diberikan kepada orang Melayu dan Bumiputera. Saya harap perkara ini dihormati oleh kerajaan pada hari ini.
Saya hendak bercakap sedikit soal pendidikan. Ini kerana ini penting dan sebenarnya kerajaan telah pun bercakap soal Revolusi Industri 4.0, bercakap bagaimana kita hendak melonjakkan pendidikan negara. Kerajaan sebelum ini ya, bukan kerajaan sekarang, sebelum ini. Kita hendak bercakap soal Revolusi Industri 4.0 hendak meletakkan, hendak melonjakkan negara ke-20 kelompok negara terunggul di dunia dan kita mahu menyediakan guna tenaga kerja terbaik yang mampu untuk bukan hanya berkhidmat dalam negara tetapi dihantar ke seluruh dunia. Itu dibuat oleh kerajaan dahulu.
Saya harap Menteri Pendidikan teruskanlah. Fikirkanlah bagaimana hendak mengangkat pendidikan negara. Janganlah soal-soal kasut, cerita fasal beg sekolah itu yang menjadi keutamaan. Tidak nampak lagi apa dasar polisi baharu yang hendak dibuat oleh kerajaan pada hari ini.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Kemudian, saya mengikuti perkembangan pelbagai kenyataan daripada Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi yang baharu. Saya dengar. Saya hendak sebut di sini, antara langkah yang dibuat oleh kerajaan hari ini, apabila menghapuskan sekatan imigresen, ya, boleh dibuat tetapi ia mempunyai kesan besar kepada kewangan PTPTN itu sendiri. Malah, jika dasar untuk memulakan bayaran balik di tangga gaji RM4,000, ia juga satu dasar yang mempunyai kesan besar kepada Perbadanan ini. Saya hendak sebut di Dewan yang mulia ini bahawa kedua-dua dasar ini sebenarnya menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan hari ini tidak menjaga generasi muda secara keseluruhannya. Ini kerana dasar ini hanya menjaga sebahagian kecil sahaja generasi muda.
Kenapa saya berkata sedemikian? Saya hendak sebut bahawa dasar kerajaan Barisan Nasional dahulu ketika mengendalikan PTPTN ini bukan hanya menjaga anak muda yang sudah mendapat pinjaman. Dasar sekatan imigresen ini dan memulakan pembayaran RM4,000 ini hanya dasar memberi kebaikan kepada mereka yang telah mendapat pinjaman.
Kerajaan dulu dia jaga juga anak muda yang sedang belajar.
Kita juga fikirkan bagaimana anak muda yang hendak belajar. Kita juga fikirkan bagaimana hendak jaga anak-anak muda yang belajar di IPTS yang juga tidak dapat pinjaman ini yang memerlukan pinjaman. Malah Kerajaan Barisan Nasional dulu juga sebenarnya sudah pun memulakan langkah untuk membawa rang undang-undang ke Dewan ini bagi memikirkan bagaimana boleh atau tidak PTPTN ini melebarkan sayapnya keluar negara untuk membantu anak muda yang juga tidak ada pembiayaan di luar negara. Itu beza antara Kerajaan Barisan Nasional dan Kerajaan Pakatan Harapan. Kerajaan Pakatan Harapan hanya menjaga sebahagian anak muda yang telah mendapat pembiayaan.
Saya hendak beritahu kepada Dewan yang mulia ini, pada tahun 2013, tahun 2014, apabila Yang Berhormat Pandan waktu itu saudara Rafizi dan juga Yang Berbahagia Dato’ Seri Anwar Ibrahim menguar-uarkan untuk menutup PTPTN, menghapuskan PTPTN waktu itu, apa berlaku? Berlaku kesan yang amat besar apabila ramai yang tidak bayar. Ramai yang tidak bayar, berlaku penurunan kutipan.
Bila berlaku penurunan kutipan, wang hanya berjaya dikutip sebanyak RM50 juta sebulan menyebabkan kutipan tahunan menurun sehingga RM600 juta hingga RM700 juta sahaja. Kita mengalami pengurangan yang cukup banyak. Apa kesannya? Kesannya menyebabkan PTPTN terpaksa memotong pinjaman daripada 100 peratus hanya kepada 95 peratus saja untuk pelajar ke IPTA dan 85 peratus saja untuk pelajar-pelajar IPTS. Itu jasa Kerajaan Pakatan Harapan kerana menyebabkan penurunan. Itulah kesannya. Saya percaya kesan akan lebih besar berlaku jika dasar ini dibuat.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Minta laluan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat tadi.
Sebenarnya kita dengar jawapan daripada Yang Berhormat Kulai semalam yang menyatakan kita bankrapkan orang itu ataupun isytiharkan muflis dulu baru kita senarai hitamkan. Akan tetapi pertanyaan saya kepada Yang Berhormat- penjelasan ya. Sebagai mantan Pengerusi PTPTN, kita sedar bahawa masyarakat kita bukan semua kaya, ramai yang terpaksa pergi ke IPTS. Oleh sebab itulah orang Cina, India, Melayu pun hantar anak dia ke IPTS.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Soalannya, kalaulah kita hendak memufliskan seseorang, dia ada had minimum.
RM30,000 kemudian naik kepada RM50,000. Kalau lebih daripada RM50,000, itu baru kita boleh bankrapkan orang itu. Saya hendak tanya, kalau kita melakukan perkara itu dan pada mereka yang di bawah RM50,000 atau siling yang ditetapkan, apakah tindakan kita? Kita tak boleh buat apa-apa dan adakah kita terus dan ini akan menjejaskan mengutip balik pinjaman yang telah kita keluarkan.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Ayer Hitam...
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Ipoh Timur, sekali lagi.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
...Dalam sejarah Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional, seingatan saya sejak mula ditubuhkan sampailah ketika kerajaan kita memerintah, hanya dua orang sahaja yang bankrap.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Yang Berhormat Lenggong, minta laluan.
PTPTN. Yang Berhormat Lenggong, minta laluan. PTPTN. Isu yang sama.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Hanya dua orang sahaja.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Boleh jawab sekali?
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tidak pernah kita buat. Ini polisi yang tidak pernah dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional kerana...
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Yang Berhormat Lenggong, minta laluan Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Minta maaf, minta maaf.
Suntuk dah.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Bagi Yang Berhormat Ayer Hitam, tak bagi Ipoh Timur ke? Bagilah, kasi sikit.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
...Kerana kita menjaga secara keseluruhan tetapi kalaulah ini dasar baharu yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan, saya baca ini. “PTPTN tidak jadi tangguh. Tidak bayar akan diisytiharkan bankrap”. Ini satu langkah yang cukup tidak baik. Ini amat malang kepada anak-anak muda di Malaysia...
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Lenggong, masa tamat. Sekian.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
...Kerana kita tidak pernah lakukan dasar ini kerana dasar ini memang saya rasa amat malang sekali. Harapkan benda lain, yang lebih teruk dapat. Jadi tahniahlah Kerajaan Pakatan Harapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Okey, terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Saya sekarang menjemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana diberi peluang untuk turut sama membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Yang di-Pertuan Agong.
Sebelum saya pergi lebih jauh, di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pengundi-pengundi rakyat di Parlimen Pasir Gudang yang telah membolehkan, menyokong sehingga saya dapat berada di Dewan yang mulia ini membawa hasrat dan harapan mereka.
Dalam ucapan ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada perkara yang kelima dalam Titah Diraja yang menyentuh tentang kehidupan rakyat. Saya baca ringkasnya di sini, antaranya Duli Yang di-Pertuan Agong menyatakan kerajaan, pihak swasta dan rakyat hendaklah terus bekerjasama dalam usaha menyusun masyarakat terutama memperbaiki ekonomi rakyat yang masih terpinggir. Saya ingin membahaskan perkara ini, perkara yang penting. Duli Yang di-Pertuan Agong tidak menyebut mana-mana kaum, dia hanya sebut rakyat yang terpinggir. Maknanya rakyat jelata, warganegara Malaysia. Rakyat yang terpinggir ini ertinya yang mundur, pendapatan rendah, kelas bawahan di bawah B40, dengan izin.
Jadi, Duli Yang di-Pertuan Agong menekankan bahawa kita mesti membantu membaiki ekonomi rakyat yang terpinggir ini. Banyak cara boleh dilakukan. Kerajaan Pakatan Harapan yang baharu ini berusaha untuk menghapuskan GST, itu satu cara.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Akan tetapi, saya melihat itu sahaja tidak cukup soal cukai ini. Ada satu perkara yang boleh kita lakukan terutamanya rakyat kelas bawahan ini, kehidupan mereka susah.
Kos terlalu tinggi. Jadi kerajaan yang baharu ini mesti cari jalan supaya kita rendahkan kos hidup rakyat ini supaya tidaklah rakyat tertekan sangat. Dalam hal ini, saya melihat kerajaan yang baharu ini mesti mempunyai keazaman politik iaitu kalau boleh kita hapuskan sistem monopoli dalam perniagaan ini terutama kapitalis-kapitalis kroni ini. Dengan izin, crony capitalism ini kerana ini di antara yang menyebabkan harga barang-barang terutama harga makanan ini tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa Yang Berhormat menyebut iaitu perlu dikaji semula dan kalau penting dihapuskan, kita hapuskannya. AP, permit import terutama dalam mengimport barang-barang makanan. Ada disebut, Yang Berhormat Alor Setar sebut AP tentang import beras. Yang Berhormat Selayang pun sebut AP mengimport gula. Yang Berhormat Setiawangsa pun menyebut tentang AP ini. Permit import ini memberi satu-satu pihak monopoli dan saya dari Pasir Gudang ini menyatakan bahawa dalam hal tepung pun juga diberi monopoli satu-satu syarikat import.
Jadi, saya mohon kerajaan yang baharu ini kaji semula hal ini. Menteri yang berkenaan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri telah sedar perkara ini tetapi kita mahu tindakan. Kita mulalah kalau boleh kita hapuskan monopoli yang tidak adil ini dan bukan sahaja soal makanan. Dalam AP ini, saya lihat antara yang penting ini kereta pun ada AP.
Import kereta ini yang menyebabkan harga kereta tinggi dan kereta selain daripada rumah merupakan mahal di negara kita.
Selanjutnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyambung Titah Diraja Duli Yang di-Pertuan Agong dalam perkara yang sama di mana baginda menyebut, pembelaan terhadap ekonomi rakyat yang terpinggir tidak harus dilihat sebagai dasar diskriminasi kaum tetapi sebagai usaha menebus ketidakadilan sosial yang telah diwarisi sekian lama. Saya ingin mengupas dan membahaskan perkara ini kerana sekarang selepas lebih 60 tahun, kita ada satu kerajaan yang baharu, satu peralihan. Di dalam Titah Duli Yang di-Pertuan Agong, baginda tidak menyebut rakyat yang terbiar, yang terpinggir ini mana-mana kaum, tidak.
Ertinya secara umum dan saya melihat serta percaya bahawa rakyat yang terpinggir ini terdiri daripada semua kaum. Orang Melayu ada terpinggir, rakyat peribumi Sabah dan Sarawak terpinggir dalam kelas bawahan, rakyat India, rakyat Cina dan orang asal atau Orang Aslinya lagi teruk keadaan mereka.
Jadi dalam hal ini, saya ingin melihat dan merujuk kepada perkara yang disebut, jangan anggap pembelaan terhadap ekonomi rakyat yang terpinggir ini sebagai dasar diskriminasi kaum. Saya rasa ini mungkin ada kaitannya dengan affirmative action, dengan izin, iaitu tindakan affirmative. Saya melihat dalam tempoh lebih enam dekad ini, dalam pemerintahan yang lama, ada usaha telah dibuat, tidak dinafikan. Dasar Ekonomi Baru dan sebagainya untuk menyusun semula masyarakat mengatasi kemiskinan. Ertinya usaha yang baik ini telah dibuat. Ada kejayaan di sana dan di sini, ertinya banyak kejayaan tetapi ada juga kelemahan-kelemahan dan kegagalan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Pencerahan, boleh- boleh Kuala Krau?
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Silakan, silakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Dibenarkan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Cuma bila Yang Berhormat sebut Dasar Ekonomi Baru bagus untuk semua masyarakat sama ada Melayu, Cina, India dan sebagainya. Cuma nak minta pandangan Yang Berhormat, apabila diumumkan bahawa Dasar Ekonomi Baru ini akan dikaji semula, apakah pandangan Yang Berhormat?
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih atas pencelahan tersebut, pandangannya itu. Saya ingin menyambung dan ada kaitannya dengan Yang Berhormat Kuala Krau sebutkan itu. Saya ingin membawa supaya tindakan affirmative ini, yang selama ini dibuat, tujuannya baik, hendak membela rakyat terpinggir. Ramai yang terpinggir, yang mundur ini kerana demografi rakyat kita ini, orang Melayu, rakyat peribumi Sabah, Sarawak ini yang ramai, yang majoriti. Sampai sekarang pun begitu juga. Akan tetapi kriteria yang diguna pakai untuk melaksanakan pembelaan berdasarkan affirmative action ini berdasarkan ethnicity, berdasarkan kaum.
Saya ingin membawa kepada kerajaan yang baharu ini bagaimana ada perubahan dilakukan supaya tindakan affirmative ini, kita hendak tolong semua rakyat yang susah ini.
Tidak kira apa kaum, bangsanya. Tidak kira di mana kawasannya, bukan berdasarkan ethnicity, bukan berdasarkan kaum tetapi berdasarkan sosioekonomi, latar belakang mereka.
Ertinya kalau mereka itu susah, pendapatan di bawah garis kemiskinan, kita tolong tidak kira apa kaum mereka, rakyat kita. Jadi ini satu usaha yang baik.
Saya lihat sekiranya dasar affirmative action ini, tindakan affirmative action ini berdasarkan sosio kaum, yang untungnya ialah orang Melayu, orang peribumi Sabah dan Sarawak. Mereka ramai, mereka yang tergolong ramai yang miskin ini akan dibantu dengan dasar yang betul-betul fokus membantu mereka. Bukan golongan yang sudah berada, berpelajaran tinggi dan sebagainya.
Dasar affirmative action yang kalau kerajaan baharu hendak lakukan ini, berdasarkan keadilan sosial ini, sosioekonomi mereka ini, ada baiknya mewujudkan rasa yang rakyat semua kaum rasa mereka terbela. Orang India yang miskin, yang daif, rasa mereka ada tempat di negeri ini. Orang Cina bukannya semua kaya. Ramai di tempat saya di Pasir Gudang itu yang susah, yang juga dapat BR1M, mohon BR1M dan sebagainya, Orang Asli dan sebagainya. Orang Sabah dan Sarawak di Pasir Gudang pun ramai yang tergolong dalam golongan rakyat terpinggir ini.
Ertinya kalau kita tolong mereka berdasarkan sosioekonomi mereka ini, negara kita akan mencapai masalah perpaduan ini, unity ini akan mudah kita capai dan semua orang akan merasa ada tempat di negara kita ini. Saya percaya bahawa orang Melayu, peribumi Sabah dan Sarawak, Orang Asli akan mendapat faedah yang betul-betul kerana dasar affirmative yang berdasarkan tolong mereka yang susah ini, bersesuaian dengan keadilan sosial yang hendak kita kemukakan, ketengahkan dalam negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya, saya ingin membawa sedikit isu yang ada berkaitan di kawasan saya di Pasir Gudang dan juga di Johor, khususnya. Saya mula di Pasir Gudang, ada dua perkara yang saya berjanji dalam kempen pilihan raya dulu. Saya berjanji kepada pengundi-pengundi, kalau saya sampai dapat ke Parlimen, saya hendak sebut dua.
Pertama ialah Hospital di Pasir Gudang. Tidak ada hospital kerajaan di Pasir Gudang, sedangkan Pasir Gudang ini ada pelabuhan, ada hab kawasan industri yang besar menghasilkan kekayaan, pencemaran ada dan kehidupan bahaya. Tidak ada apa kilang yang tidak bahaya di Pasir Gudang kecuali kilang nuklear sahaja yang tidak ada. Kilang lain ini macam-macam, kimia semua ada.
Jadi kepada kerajaan yang baharu, saya dimaklumkan kerajaan yang lama telah...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya sedikit dengan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Sila, sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Boleh.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih. Yang Berhormat, apabila saya mendengar tadi keluhan Yang Berhormat mengenai apa Yang Berhormat katakan mengenai Hospital Pasir Gudang. Adakah ini bermakna Kerajaan Pakatan Harapan sekarang ini tidak mahu melaksanakan apa yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk membina hospital di Pasir Gudang itu sendiri?
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Ia tercatat dan kalau tengok Hansard dalam Dewan Rakyat ini sendiri juga telah dinyatakan bahawa dan diumumkan oleh Yang Berhormat Pekan mengenai pembinaan Hospital Pasir Gudang. Jadinya minta komen Yang Berhormat. Maknanya kerajaan tidak hendak buatlah sekarang ini.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Biar saya jawab.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ya saya hendak tambah juga pasal hospital.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Sila, sila.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua, terima kasih. Memang saya pun pasti bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah meluluskan pembinaan Hospital Pasir Gudang dan majlis pecah tanah juga telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada ketika itu. Jadi, kenapakah projek tersebut tidak diteruskan?
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Minta laluan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ya, saya ada lima minit lebih sahaja.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Lanang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ya sila, sila.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana tadi Yang Berhormat ‘Pasir’ Sulong suruh dan Yang Berhormat Kuala Krau...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Kena betulkan sedikit, ‘Parit’ Sulong.
Bukankah kita neighbour dulu. Parit Sulong.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Oh! Yang Berhormat Parit Sulong. Yang Berhormat Parit Sulong mengatakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah membuat perjanjian untuk membina hospital. Ini saya hendak bawa satu kes di mana Hospital Sri Aman juga diumumkan dan di pecah tanah dua kali di Sarawak tetapi sampai hari ini pun belum siap lagi. Itulah janji Kerajaan Barisan Nasional. Terima kasih.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Maknanya Yang Berhormat- terima kasih banyak Yang Berhormat Pasir Gudang.
Seorang Ahli
Pendang lima kali kot.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Ia telah dimasukkan dan diluluskan dalam bajet. Apabila ia dimasukkan dalam bajet, bermaksud, peruntukan itu telah ada di dalam bajet. Pecah tanah, pecah tanah itu kemudian tetapi ini sudah diluluskan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu duit untuk 1MDB, 1MDB.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Jadinya bermakna, apabila hujahan Yang Berhormat tadi nyatakan bahawa pertanyaan lagi kepada kerajaan, ini bermakna kerajaan sekarang ini tidak mahu melaksanakan apa yang telah dibuat. Mana pergi duit itu? Kalau sudah diluluskan, mana pergi duit itu?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pekan sudah sapu dah 1MDB. Yang Berhormat Pekan ambil, tanya Yang Berhormat Pekan.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Mana boleh ada celahan atas celahan Yang Berhormat Jelutong.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
[Bangun]
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Saya bagi laluan kepada Yang Berhormat Sungai Petani, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Saya bagi Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau...
[Dewan ketawa]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Pasir Gudang, saya hendak tanya dan minta pengesahan daripada Yang Berhormat Pasir Gudang. Adakah yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong tadi, projek hospital yang telah enam kali di pecah tanah? Adakah itu yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong tadi? Terima kasih.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya timbulkan Hospital Pasir Gudang ini kerana memang dari satu pilihan raya ke satu pilihan raya, janji tetapi tidak ditunaikan...
[Tepuk] Itu satu.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua iaitu Lebuhraya Pasir Gudang. Lebuhraya Pasir Gudang ini juga sudah lebih tujuh tahun daripada satu pilihan raya ke satu pilihan raya. Jadi saya minta perhatian kepada kerajaan baharu ini untuk Pasir Gudang yang menjana kekayaan negara ini, hospital, binalah nanti. Lebuh raya, siapkanlah. Itu satu. Dalam dua minit ini ...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Pasir Gudang, satu, satu, last, last. Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Kuala Krau, last.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Saya tidak izinkan.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Sungai Petani bukan lagi Ketua Whip. Tidak payah lagi hendak bagi syarahan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Satu, satu.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Saya tidak bagi laluan. Saya...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Dia tidak bagi laluan. Yang Berhormat Pasir Gudang, teruskan.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ini isu Johor.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya ingat hendak bagi pada Pendang kot. Di Pendang, isu yang sama. Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Saya tidak benarkan. Saya tidak benarkan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang menangguhkan, buat kajian semula bukan Kerajaan Barisan Nasional tetapi Menteri Besar Johor sekarang. Tanya Menteri Besar Johor sekarang.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Pasir Gudang...
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Saya beralih kepada...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Pasir Gudang, dua minit lagi, dipersilakan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Pasir Gudang...
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa isu Johor ini, pertama...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Pasir Gudang, saya hendak tambah isu yang sama. Yang Berhormat Pasir Gudang, Pendang. Sedikit sahaja. Kita serupa ini.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Saya ingin membawa isu yang penting. Pertama, saya ingin penjelasan dalam Dewan ini, mengapakah rayuan Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Antarabangsa berkenaan Pulau Batu Puteh, pertikaian kita dengan Singapura ditarik balik?
Seorang Ahli
Siapa yang tarik? Kerajaanlah.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ini soalan saya. Saya tujukan ini kepada kerajaan. Ertinya, itu isu yang pertama.
Kedua, saya ingin tahu kedudukan sekarang di Johor, kerajaan negeri yang lama telah membina Projek Forest City. Saya tidak menentang pembangunan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Pasir Gudang, itu hendak pindah ke tajuk lain itu. Tuan Yang di-Pertua, minta. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Soalannya ialah taraf freehold diberi kepada pembeli-pembeli warganegara. Soalnya, adakah dasar ini memberi freehold title kepada warganegara luar, asing, tidak bercanggah atau bercanggah dengan Dasar Tanah Negara? Ini saya harap Kerajaan Persekutuan sekarang ini mengkaji balik. Ini dua perkara.
Terakhir sekali dalam 10 saat yang terakhir ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Menggulung. Sila menggulung.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Saya minta supaya PETRONAS di Pengerang sana kurangkan pekerja asing, ambillah ramai rakyat kita bekerja di sana. Sekian ucapan saya Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut catatan saya sepanjang hari ini, seramai 19 orang Ahli Yang Berhormat telah berjaya mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Tuanku.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 25 Julai 2018.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.02 malam]