Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan sukacitanya saya memaklumkan kepada Majlis ini iaitu pada hari Selasa, 17 Julai 2018, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah berkenan menyampaikan Titah Diraja dalam Parlimen. Saya telah menerima salinan Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan seterusnya sekarang saya mengarahkan supaya salinan Titah Diraja itu dibentangkan di atas Meja Mesyuarat dan seterusnya dicetak dalam *Penyata Rasmi.
[Teks Titah Diraja adalah seperti Lampiran]*
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen Ketiga Belas dalam Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima dan Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam Parlimen Ketiga Belas yang lalu seperti berikut:
Akta Perbekalan Tambahan (2017) 2018; 2. Akta Antiberita Tidak Benar 2018; 3. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018; 4. Akta Had Masa (Pindaan) 2018; 5. Akta Timbang Tara (Pindaan) (No.2) 2018; 6. Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2018; 7. Akta Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018; dan 8. Akta Pergigian 2017.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen Ketiga Belas, Penggal Keenam 2018 yang lalu.
[Setiausaha membacakan Perutusan] “5 April 2017 Perutusan daripada Dewan Negara kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan rang undang-undang yang berikut tanpa pindaan:
Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018; 2. Rang Undang-undang Pergigian 2017; 3. Rang Undang-undang Had Masa (Pindaan) 2018; 4. Rang Undang-undang Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018; 5. Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) (No. 2) 2018; 6. Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(Pindaan) 2018; dan 7. Rang Undang-undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2018
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut Peraturan Mesyuarat 4A(3), saya suka hendak memaklumkan iaitu mengikut maklum balas yang saya terima, saya berpuas hati bahawa Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datuk telah sebulat suara mendapat sokongan daripada kalangan Ahli-ahli Pembangkang di Parlimen untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang...
[Dewan tepuk]
1. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir [Jerlun] minta Menteri Kewangan menyatakan, memandangkan kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri telah melalui perubahan yang besar selepas PRU14, adakah Kerajaan Persekutuan berhajat untuk menilai semula hubungan kewangan dengan kerajaan negeri berkaitan perkongsian hasil kutipan cukai supaya negeri-negeri yang tidak punyai sumber pendapatan yang besar dan lestari seperti minyak dan gas dapat membangun seiring dengan negeri- negeri yang kaya.
Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng
Terlebih dahulu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah atas lantikan sebagai Speaker untuk Parlimen yang baru dalam negara yang baru dan juga mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Parlimen yang telah pun dipilih oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-14 dan juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, serta juga kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang baru tadi.
Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan yang ditujukan kepada pihak Kementerian Kewangan daripada Yang Berhormat Jerlun...
[Disampuk] Terima kasih.
Menteri Kewangan - Tuan Lim Guan Eng
Terima kasih. Kerajaan Persekutuan akan terus memelihara dan menambah baik hubungan pusat dengan semua kerajaan negeri dalam hal ehwal kewangan. Semua pemberian dan bantuan yang sedang berkuat kuasa melalui peruntukan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang, keputusan Majlis Kewangan Negara atau keputusan Jemaah Menteri akan terus disalurkan, tertakluk kepada kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan.
Pada masa yang sama, Kerajaan Persekutuan pada tahun 2017 telah membuat pemberian sebanyak RM6.9 bilion kepada semua kerajaan negeri dan ini termasuklah pemberian penyelenggaraan jalan negeri dan pemberian kekurangan akaun pengurus. Ini merupakan peningkatan 1.9 peratus daripada jumlah pemberian 2016 sebanyak RM6.8 bilion. Perlu disebutkan bahawa dua negeri telah menerima pemberian kekurangan akaun mengurus pada tahun 2017 daripada Kerajaan Persekutuan iaitu negeri Kelantan sebanyak RM54.7 juta dan negeri Perlis sebanyak RM38.4 juta.
Kerajaan Persekutuan juga memberikan pinjaman kepada kerajaan negeri. Setakat April 2018, semua tiga belas buah kerajaan negeri berhutang sebanyak RM17.64 bilion kepada Kerajaan Persekutuan. Negeri Pahang merupakan penghutang yang terbesar sebanyak RM3.12 bilion manakala negeri Pulau Pinang merupakan penghutang terkecil sebanyak RM62 juta.
Kerajaan Persekutuan akan mencari kaedah yang bersesuaian supaya kedudukan kewangan negeri yang serba kekurangan serta terhad dapat ditingkatkan dan secara langsung dapat membangun seiring dengan negeri-negeri maju seperti Selangor. Walau bagaimanapun Kerajaan Persekutuan berharap semua kerajaan negeri dapat memberikan masa kepada Kerajaan Pusat untuk memulihkan keadaan fiskal di Putrajaya, ekoran perbelanjaan tidak terkawal, penyelewengan dan malah amalan rasuah yang berleluasa sebelum ini. Terima kasih.
Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan di atas jawapan sebentar tadi. Seperti mana yang kita sedia maklum, negara kita ini mengamalkan sistem federalisme di mana cukai dikutip daripada seluruh negara, dikutip oleh Kerajaan Persekutuan, kemudian agihan dibuat kepada kerajaan-kerajaan negeri mengikut keperluan.
Agihan peruntukan ini tertakluk kepada pelbagai akta. Ada juga akta yang begitu lama, 60-an, 70-an. Tidakkah sudah tiba masanya untuk kita melihat semula akta-akta yang lama ini, tengok kalau masih lagi sesuai, masih relevan, tidakkah boleh beberapa akta-akta ini berkait dengan peruntukan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri ini boleh disemak semula dan diperbaharui supaya menepati keadaan semasa.
Saya tidak bermaksud untuk kerajaan-kerajaan negeri ini meminta peruntukan yang lebih daripada Kerajaan Persekutuan. Kita pun faham, seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi mengenai fiskal defisit ini. Akan tetapi cuma hendak minta supaya agihan itu lebih adil dan saksama mengikut keperluan. Itu soalan saya, adakah kementerian sudah mula pertimbangkan untuk meminda akta-akta berkait dengan peruntukan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri.
Tuan Lim Guan Eng
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kepada soalan tambahan tadi. Cadangan-cadangan untuk menimbang peruntukan yang diberikan kepada negeri- negeri tertakluk kepada Perkara 109(1), Perlembagaan Persekutuan dan tentu sebarang cadangan kenalah berunding dengan Majlis Kewangan Negara seperti yang dinyatakan dalam Perkara 109 ini. Tentulah dasar kerajaan baru ialah untuk memastikan bahawa semua kerajaan negeri dapat layanan yang adil, khususnya negeri-negeri yang mundur.
Akan tetapi pada masa yang sama, kita pun mahu lihat bahawa dari segi pengurusan dan pentadbiran, mereka bolehlah dipertingkatkan supaya mereka boleh mengamalkan urus tadbir CAT – cekap, accountable dan telus, supaya dari segi kewangan, mereka tidak hanya bergantung pada peruntukan daripada pihak Kerajaan Persekutuan.
Tuan Lim Guan Eng
Saya memang bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Jerlun tadi tentang perlunya kita melihat semula dan dalam aspek ini pihak Kerajaan Persekutuan rela menimbang cadangan-cadangan yang disyorkan. Akan tetapi seperti yang saya sebutkan tadi, keadaan fiskal Kerajaan Persekutuan agak terkongkong kerana masalah- masalah yang saya sebut ini. Oleh sebab itu tentulah fokus kita ialah untuk macam mana kita boleh menyelamatkan keadaan fiskal supaya kita dapat pulih semula. Akan tetapi kita sedia menimbang sebarang syor yang diberikan termasuk daripada Yang Berhormat tadi. Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan sebagai Speaker.
Soalan saya, selama ini Kerajaan Persekutuan telah diberi kuasa untuk mengutip semua cukai-cukai di dalam negara kita bersesuaian dengan Perlembagaan Negara kita.
Dengan Malaysia kerajaan baharu ini, adalah Kerajaan Persekutuan bersedia untuk memberikan kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk mengutip cukai?
Sebagaimana semasa Yang Berhormat Menteri duduk di sebelah sini, Yang Berhormat Menteri sebut walaupun tidak setuju dengan GST tetapi minta kutipan GST itu diserah dan dikembalikan kepada Pulau Pinang. Jadi adakah kerajaan sekarang bersedia untuk menyerahkan kuasa kepada kerajaan negeri untuk mengutip cukai-cukai dan juga melupuskan hutang negeri Pahang kerana hutang yang tertinggi adalah untuk membekalkan bekalan air bersih kepada penduduk negeri Pahang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Lim Guan Eng
Terima kasih soalan tambahan daripada bekas Yang Berhormat Timbalan Speaker. Di sini tentu saya amat tertarik dengan soalan yang dibuat tadi kerana hanya selepas pergi sebelah sana, baru membuat cadangan sedemikian [Ketawa] [Tepuk]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Itu cadangan you dulu, bukan kita cadang.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Timbalan Speaker mana boleh bahas.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Cadangan you dulu, itu cadangan Yang Berhormat Bagan dulu. Kita nak...
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Duduk, duduk, duduk.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Bila Yang Berhormat Bagan jadi Menteri Kewangan...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, ini sesi soal jawab.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Bagan hendak buat atau tidak?
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Bila duduk sana, baru tahu fikir. Dulu tak tahu fikir.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Bukan cadangan kita, cadangan Yang Berhormat Bagan. Bila Yang Berhormat Bagan jadi Menteri, Menteri hendak buat atau tidak? Jangan pusing.
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Duduk, duduk.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Ini cadangan Yang Berhormat Bagan waktu Yang Berhormat Bagan duduk di sini dulu. Bila dah ada kuasa, mahu buat atau tidak?...
[Dewan riuh]
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Bila duduk sebelah sana, baru tahu fikir.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Duduk dulu, duduk dulu.
Tuan Yang di-Pertua
Nanti, dengar Speaker membuat ruling sekejap. Ini bukan sesi berdebat, ini soal jawab [Ketawa] [Tepuk]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tapi Yang Berhormat Menteri yang mulakan Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri yang mulakan.
Tuan Lim Guan Eng
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Kuala Krau bukan Timbalan Speaker lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri sila menjawab. Ada soalan lain, banyak soalan hari ini.
Tuan Lim Guan Eng
Boleh. Memandangkan bahawa ini adalah satu syor yang diutarakan selepas pergi sana, kita meminta Yang Berhormat boleh membentangkannya kepada pihak kementerian dan kita...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Alamak, standard soalan Menteri, aduh.
Seorang Ahli
Jawablah sekarang...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Sudah, kita beralih sekarang kepada soalan kedua.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Biasalah bersilat dulu.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk memohon Dewan ini bertafakur dan baca Al-Fatihah selama seminit sempena dengan empat tahun peristiwa atau tragedi MH17 yang mengorbankan seramai 283 penumpang dan 15 krew termasuk 43 orang rakyat Malaysia.
[Ahli-ahli beragama Islam membaca Al-Fatihah] [Sementara Ahli-ahli yang bukan Islam bertafakur]
2. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [Bagan Datuk] minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan, apakah aspek-aspek yang sedang dikaji, ekoran daripada penangguhan Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia-Singapura.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersyukur kerana diberikan penghormatan untuk menjawab soalan yang pertama daripada Ketua Pembangkang yang pertama dalam sejarah UMNO dan Barisan Nasional...
[Tepuk] Untuk makluman Yang Berhormat Bagan Datuk...
[Disampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Sabar-sabar, silakan Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Terima kasih, keutamaan kerajaan sekarang adalah untuk memastikan sebarang projek pembangunan mesti membawa impak yang positif kepada negara, khususnya dari segi pertumbuhan ekonomi. Semua projek pembangunan termasuk infrastruktur sekiranya dirancang dengan teliti dan mengikut prinsip pembiayaan yang telus dan dalam kemampuan kewangan negara boleh menyumbang secara positif kepada pembangunan ekonomi negara.
Berdasarkan perkiraan ataupun costing, dengan izin. Kos keseluruhan pembinaan HSR dijangka akan menelan belanja RM110 bilion. Jumlah ini amat tinggi untuk jajaran sejauh 350 kilometer. Pada masa ini, kerajaan sedang berusaha untuk mengurangkan bebanan hutang negara yang sudah mencecah hampir RM1 trilion.
Sehubungan dengan itu, kerajaan telah memutuskan pada 6 Jun 2018 supaya Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan mewakili Malaysia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Singapura bagi meneliti semula pelaksanaan Projek HSR dari segi terma perjanjian dan kebolehlaksanaan projek ini.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Jabatan Peguam Negara telah pun menyemak kandungan perjanjian dua hala Projek HSR yang telah ditandatangani pada 13 Disember 2016 dan maklum balas Peguam Negara telah pun saya bentangkan kepada Jemaah Menteri Kabinet pada 11 Julai 2018 yang lalu. Peguam Negara telah memberi pandangan bahawa perkara ini mesti diselesaikan mengikut undang-undang yang juga melibatkan rundingan dua hala.
Berdasarkan kepada nasihat Peguam Negara, kita sedang meneliti semua opsyen yang ada. Perjanjian dua hala Projek HSR membolehkan mana-mana pihak untuk membatalkan projek ini tertakluk kepada terma perjanjian.
Saya ingin menegaskan bahawa sebarang perjanjian yang dimeterai mestilah adil dan saksama kepada kedua-dua pihak. Saya akan mengetuai lawatan ke Singapura dalam masa yang terdekat bagi mengadakan perbincangan untuk mencapai persetujuan dengan Kerajaan Singapura bagi menyelesaikan perkara ini secara adil dan saksama serta menjamin hubungan diplomatik yang telah lama terjalin di antara Malaysia dan Singapura. Perkara ini telah pun saya maklumkan kepada Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Singapura Mr.
Khaw Boon Wan secara langsung melalui perbualan telefon pada 6 Jun 2018.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ucap tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat sebut tadi bahawa kos Projek HSR Kuala Lumpur-Singapura ini disebutkan angka RM110 bilion. Akan tetapi hakikatnya tender antarabangsa, tender terbuka akan hanya tutup pada 28 Disember tahun ini.
Dalam tender yang dirancang secara telus dan akan diputuskan sama oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura, jumlah sebenarnya belum diketahui sekarang ini sebab tender belum ditutup. Apabila ada tender antarabangsa seperti ini tentulah sangat kompetitif dan ada juga negara mungkin memberi pinjaman pada kadar kosong peratus atau 0.1 peratus.
Jadi saya hendak tanya, bagaimana Yang Berhormat boleh nyatakan bahawa projek ini akan menelan belanja RM110 bilion walhal tender terbuka belum lagi ditutup. Ini yang saya hendak tanya.
Kedua, saya hendak tanya. Saya setuju dengan apa yang dijawab oleh Yang Berhormat tadi bahawa perjanjian ini mestilah adil dan saksama. Itulah memang hasrat kami dahulu juga. Sekiranya projek ini hendak diputuskan nanti sama ada hendak diteruskan ataupun tidak, saya hendak tanya sama ada kajian impak projek ini akan didedahkan kepada rakyat? Ini oleh kerana sebahagian besar daripada rakyat memang menyokong projek ini.
Bukan sahaja dilihat dari segi kosnya tetapi externalities, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, limpahan kesan ekonominya kepada negara kita amat besar. Saya hendak tanya juga sekiranya projek ini dibatalkan, berapakah jumlah pekerjaan secara langsung dan tidak langsung akan hilang sama sekali.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pekan yang mewakili Yang Berhormat Bagan Datuk untuk bertanya soalan tambahan. Saya kira Yang Berhormat Pekan lebih layak untuk menjadi Ketua Pembangkang daripada Yang Berhormat Bagan Datuk...
[Dewan riuh]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Dia tengah cari jawapan, tengah cari jawapan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Macam Yang Berhormat Gelang Patah juga, bakal jadi Ketua Pembangkang.
Tuan Yang di-Pertua
Beri peluang kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya nyatakan dalam jawapan saya sebentar tadi ia merupakan satu perkiraan costing, bukan harga tender bagi projek yang berkenaan. Setelah perkiraan dibuat bersama-sama dengan Kementerian Kewangan, pada peringkat ini...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Apa hal Yang Berhormat Pasir Salak?
Seorang Ahli
Hei! Dengarlah. Jangan bising-bising!
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Harga yang disebut oleh saya sebentar tadi ialah costing, perkiraan awal tentang projek yang dicadangkan. Sudah tentulah dalam proses tender biasa, mana-mana pembidaan yang dibuat secara tender terbuka ia akan melakukan penjimatan.
Oleh sebab itu daripada awal Pakatan Harapan sebelum ini telah mendesak kerajaan di bawah kepimpinan Yang Berhormat Pekan supaya semua projek mesti dibuat secara tender terbuka...
[Tepuk] Mengapa hanya hari ini Yang Berhormat Pekan faham soal prinsip tender terbuka? Itu yang pertama.
Kedua, persoalan tentang mendedahkan kajian impak. Itu memang prinsip yang memang diterima pakai oleh Kerajaan Pakatan Harapan ketika awal dahulu. Mana-mana SIA ataupun TIA ataupun EIA, kita akan mendedahkan kepada rakyat supaya rakyat tahu apakah kos sebenarnya untuk menjalankan projek ini.
Akan tetapi pada peringkat ini Yang Berhormat Pekan, saya telah nyatakan tadi kerajaan telah memutuskan atas nasihat Peguam Negara supaya perkara ini mesti dibincangkan terlebih dahulu untuk melihat apakah terma-terma yang terkandung di dalam perjanjian tersebut yang membolehkan kita menyemak semula kebolehlaksanaan projek ini.
Ini kerana prinsip yang dipegang oleh Kerajaan Pakatan Harapan ialah sebarang projek tidak boleh membebankan rakyat dalam negara ini. Itu prinsip yang dipakai. Terima kasih.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tahniah di atas pelantikan sebagai Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan jawapan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Apa yang ditanya ialah kenapa secara tiba-tiba kosnya sehingga RM110 bilion?
Sedangkan sebelum ini tiada satu angka mencecah RM110 bilion. Kalau kita masih ingat, sebelum itu sekitar RM55 bilion hingga RM74 bilion. Itu memang telah didedahkan dan ia merupakan satu joint tender antara Malaysia dengan Singapura, seperti yang telah disebut oleh Yang Berhormat Pekan, hanya akan tamat pada 28 Disember. Persoalannya, bagaimana secara tiba-tiba RM74 bilion boleh mencecah RM110 bilion dalam tempoh tidak sampai satu bulan?...
[Disampuk] Tidak apa. Persoalannya Yang Berhormat, kalau kita lihat...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, bahasa yang lunak sikit ya.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya tenang, Tuan Yang di-Pertua.
Pada 28 Mei, Perdana Menteri umumkan batal terus. Pada 12 Jun, pergi ke Jepun, kata sambung semula. Dikaji semula. Jadi persoalannya, kalaulah ia berdasarkan kepada satu kajian yang menyeluruh, tidak akan dalam tempoh 14 hari kita buat U-turn secara begitu.
Jadi persoalan saya, Tuan Yang di-Pertua, apakah impak yang telah dilihat? Kita tahu bahawa pihak Singapura pun berpegang kepada prinsipnya iaitu apabila ditandatangani, sudah tentunya ada pampasan tertentu termasuk kalau pengambilan balik tanah yang telah dibuat oleh pihak Singapura. Semua ini perlu dipertimbangkan.
Apabila saya terkilan dengan pengumuman oleh Menteri iaitu RM110 bilion, tiba-tiba mereka jadikan half the cost, dengan izin. Saya hendak tahu, macam mana tanpa satu kajian, kita boleh menjadikan kos itu menjadi separuh? Saya minta supaya Yang Berhormat Menteri bagi satu penerangan kepada Dewan yang mulia ini supaya kita tidak keliru dan kita tidak flip-flop dalam tempoh 14 hari. Apakah komponen pampasan yang patut kita bayar setakat hari ini? Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam.
Saya sekali lagi ingin menyatakan di sini bahawa perjanjian yang ditandatangani ini juga menyediakan klausa untuk mana-mana pihak untuk membatalkan projek ini. Itu memang termaktub dalam perjanjian tersebut.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Namun, sudah tentulah ia tertakluk kepada beberapa syarat yang juga tertakluk dalam perjanjian ini. Itu yang pertama.
Kedua, seperti biasa, kos yang disebut oleh Yang Berhormat Ayer Hitam tadi adalah kos projek yang dikatakan RM55 bilion. Akan tetapi dalam banyak perkara, banyak juga hidden cost yang tidak didedahkan oleh kerajaan sebelum ini. Maka, Kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini, kita bertanggungjawab untuk mendedahkan keseluruhan costing bagi pembinaan projek ini dan kita akan lihat di manakah kemampuan kerajaan untuk membiayai projek ini...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Oleh sebab itu, sekiranya perkara ini tidak dapat dilaksanakan dalam suasana ekonomi pada hari ini, maka kerajaan mengambil pendirian untuk berbincang dengan Kerajaan Singapura bagi memastikan semua terma-terma dalam perjanjian ini mesti dipatuhi.
Itu pendirian yang diambil oleh kementerian. Terima kasih.
3. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, berkenaan pelaksanaan caruman KWSP untuk isteri atau wanita.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga - Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah kerana dapat menerajui Parlimen pada kali ini dan juga saya mengucapkan tahniah kepada Ketua Pembangkang. Saya kira bahawa Parlimen kali ini bolehlah kita naikkan dan tingkatkan kualitinya. Janganlah ada banyak gaduh kerana kita telah pertama kali kita tukar kerajaan dan kalau kita...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Soalan. Jawab soalan.
Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
...Boleh ada kualiti yang baik itu, itu lebih menguntungkan negara kita.
Terima kasih atas soalan Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya mohon izin untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kuala Nerus ini bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Puncak Borneo pada 24 Julai 2018 kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut saling berkait.
Wanita adalah golongan rentan, dengan izin, vulnerable dan terdedah kepada risiko kerana hanya 45.4 peratus wanita tidak berada dalam pasaran buruh. Suri rumah adalah golongan yang paling terdedah kepada kesusahan apabila terdapat perubahan mengejut dalam situasi rumah tangga seperti kematian suami, suami hilang upaya, perceraian atau sekiranya terdapat ahli keluarga yang tidak bertanggungjawab dan menimbulkan konflik.
Dalam usaha memastikan keselamatan sosial wanita terjamin, Kerajaan Pakatan Harapan komited menyediakan beberapa inisiatif. Antaranya memperkenalkan Skim Caruman Untuk Suri Rumah.
Beberapa siri mesyuarat dan perbincangan telah diadakan bagi meneliti mekanisme pelaksanaan skim ini untuk suri rumah. Antaranya saya telah mempengerusikan mesyuarat berkenaan cadangan peluasan perlindungan sosial kepada suri rumah bersama dengan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kewangan, KWSP dan PERKESO pada 31 Mei yang lalu.
Saya juga mempengerusikan bengkel mekanisme pelaksanaan caruman KWSP untuk suri rumah fasa pertama yang telah diadakan pada 28 Jun yang lalu. Inisiatif khusus untuk kaum wanita ini diwujudkan bagi memperkasakan hak wanita dan melindungi suri rumah dan ahli keluarga yang lain. Cadangan asal skim ini melibatkan simpanan kepada suri rumah melalui sumbangan caruman pekerja iaitu suami sebanyak dua peratus dan sumbangan kerajaan sebanyak RM50 sebulan.
Caruman ini pada dasarnya merupakan satu bentuk galakan untuk kaum lelaki, untuk kaum suami untuk memikul tanggungjawab dan menunjukkan komitmen menabung untuk simpanan bagi persediaan perlindungan masa depan untuk isteri dan anak.
Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Caruman berstruktur ini dijangka dapat menjadi tabungan bagi mempersiapkan suri rumah menghadapi apa-apa kemungkinan yang tidak diingini untuk meneruskan kelangsungan hidup pada masa depan. Bagi memenuhi iltizam kerajaan kepada rakyat, skim KWSP untuk suri rumah tetap akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan, insya-Allah. Pelaksanaan skim ini dicadangkan untuk dilaksanakan secara berfasa kerana kita ada kekangan-kekangan.
Fasa pertama, caruman secara sukarela. Eloklah kalau Yang Berhormat Kuala Nerus mencarum secara sukarela. Tidak perlu apa-apa tekanan.
Fasa kedua, caruman secara sukarela dengan peluasan liputan, perlindungan sosial oleh PERKESO melalui pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4]. Fasa ketiga, caruman menjadi wajib setelah pindaan pada Akta KWSP 1991 [Akta 452] selesai.
Pelaksanaan skim ini akan memberi manfaat kepada suri rumah, bukan sahaja berbentuk simpanan untuk masa depan, malahan akan menerima manfaat perlindungan sosial di bawah PERKESO. Pada pelaksanaan fasa pertama ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyediakan memorandum Jemaah Menteri yang dijangka akan dibentangkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri yang akan datang.
Fasa kedua dan ketiga skim ini dijangka memerlukan tempoh masa yang lebih panjang. Ada jangka pendek dan jangka panjang. Fasa kedua dan ketiga panjang sedikit sebab ia meliputi perubahan akta. Ini adalah lebih panjang untuk dilaksanakan memandangkan pelaksanaan caruman wajib dan liputan perlindungan keselamatan sosial oleh PERKESO memerlukan pindaan kepada akta, dasar dan peraturan yang sedia ada di bawah KWSP dan PERKESO yang mana masing-masing adalah di bidang kuasa Kementerian Kewangan dan Kementerian Tenaga Manusia.
Saya berharap benar semua Yang Berhormat dalam Dewan ini memang menyokong skim usaha murni ini, caruman untuk wanita dan isteri. Saya kira Yang Berhormat Kuala Nerus boleh memulakan dengan skim ini. Terima kasih.
Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Soalan tambahan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pandan. Saya ucapkan tahniah di atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Objektif daripada program ini sangat baik dan saya harap ia dapat mencapai matlamatnya. Cuma, timbul beberapa persoalan daripada projek ini iaitu antaranya ialah daripada projek ini tiada sebarang nilai tambah terhadap pendapatan semasa isi rumah.
Kedua, akan ada isteri yang tidak akan mendapat manfaat seperti isteri kedua dan juga ketiga...
[Dewan riuh]
Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Ada yang mungkin tercicir disebabkan diceraikan dan sebagainya.
Ini perkara yang perlu perhatian semua pihak.
Adakah kerajaan ingin mencadangkan sebagai tambahan daripada peruntukan itu untuk diberikan elaun bersifat semasa kepada isteri-isteri ini sebagai suatu penghormatan terhadap institusi- isteri diberikan elaun bulanan RM50? Itu yang hendak diberikan itu bersifat akan datang masa pencen ketika usianya 55 tahun ke atas tetapi yang kita bincang ini isu sekarang. Adakah kerajaan bersedia memberikan elaun seperti nelayan RM50 sebulan untuk isteri-isteri? Begitu juga saya ingin tahu, berapakah kos yang dijangka diperlukan jika projek ini dimulakan nanti dengan RM50 sebulan tadi akan diberikan oleh kerajaan? Terima kasih.
Cadangan daripada Yang Berhormat Pandan tadi untuk saya memulakan, insya- Allah saya sahut cabaran itu.
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus untuk soalan tambahan. Satunya, untuk kalaulah kata hendak bagi direct kepada isteri- isterinya, itu adalah tanggungjawab suami. Nafkah adalah tanggungjawab suami. Kenapa pula kerajaan hendak bagi nafkah yang tambahan? Kita kata untuk simpanan masa depan.
Ini yang kita akan bagi. Itu adalah satu skim untuk masa depan kalau ada apa-apa yang berlaku yang tidak diingini. Okey?
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Saya kira pembangkang bagilah peluang. Saya hendak menjawab ini adalah satu usaha murni...
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Menjeling nampak.
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Jadi salah satunya. Kalau dah mampu kahwin satu, dua dan tiga, mampulah untuk memberikan nafkah kepada semua... [Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Itu nafkah. Ini KWSP. Nafkah lain.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Soalan.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tidak benar pun untuk soalan tambahan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Soalan tambahan.
Seorang Ahli
Wanita, wanita. Ini isu wanita ini.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Soalan.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Parit Sulong.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan. Silakan, silakan. Soalan tambahan kedua.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kita bangkit dulu ini. Pendang bangkit dahulu.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya soalan tambahan. Bagaimanakah kedudukan caruman KWSP bagi isteri-isteri yang mana suami yang ada lebih daripada satu isteri? Minta penjelasan.
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bintang. Itu adalah khusus untuk mereka yang Islam yang ada isteri dua, tiga dan empat itu kan. Itu adalah atas tanggungjawab suami. Dua peratus daripada dua peratus- enam peratus.
Kalau ada lebih daripada satu isteri. Kerajaan akan bagi RM50 itu adalah untuk isteri pertama.
Manakala yang lain itu kita akan timbang kemudian apabila kita ada dana yang melebihi kerana kerajaan yang dahulunya meninggalkan kita hutang negara yang begitu membengkak. Terima kasih...
[Tepuk]
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi soalan.
Ini hal berkaitan wanita. Hal berkaitan wanita boleh tiga soalan.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Machang, Machang.
Tuan Yang di-Pertua
Kita beralih kepada soalan npmbor 4.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tiga soalan tambahan boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak boleh, tidak boleh. Dua soalan tambahan sahaja.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Ketiga ini berkaitan wanita.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Machang minta.
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan kepada soalan keempat.
4. Tuan Ahmad Faizal bin Dato' Azumu [Tambun] minta Menteri Pendidikan menyatakan, Kerajaan Persekutuan telah mengambil langkah-langkah untuk melunaskan janji 100 hari. Mohon YB Menteri Pendidikan memberikan penjelasan berkaitan hala tuju pendidikan kebangsaan serta langkah-langkah awal yang telah diambil KPM bagi menangani kemerosotan kualiti pendidikan di Malaysia.
Menteri Pendidikan - Dr. Maszlee bin Malik
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir Rahim...
[Membaca sepotong doa]* Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tambun.
Tuan Yang di-Pertua, terdapat dua pertanyaan yang berhubung kait dengan hala tuju pendidikan kebangsaan. Oleh itu, izinkan saya menjawab pertanyaan pada hari ini serentak dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Kluang pada 26 Julai 2018 memandangkan isu yang dibangkitkan adalah berkaitan.
Tuan Yang di-Pertua, keputusan Pilihanraya Umum Ke-14 telah membawa kita ke era Malaysia baharu. Ini adalah peluang terbaik yang dimiliki oleh rakyat Malaysia untuk kita bina semula negara ini agar menjadi sebuah negara yang menjamin kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat segenap latar belakang seperti yang telah dimasyhurkan oleh Tuanku Abdul Rahman dalam Pemasyhuran Kemerdekaan.
Sehubungan dengan itu, proses pendidikan yang terancang dan holistik melalui sistem pendidikan kebangsaan sangat mendukung aspirasi dalam memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional serta membangunkan modal insan bagi memenuhi tuntutan dan keperluan negara kita pada alaf yang semakin mencabar ini.
Kementerian Pendidikan pada era ini, seperti mana yang termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan, mempunyai hala tuju yang jelas iaitu untuk memastikan sekolah kebangsaan menjadi sekolah pilihan rakyat. Matlamat ini hanya akan dapat dicapai dengan memberikan tumpuan kepada peningkatan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Kementerian Pendidikan akan menerapkan tiga nilai utama dalam budaya pengajaran dan pembelajaran iaitu kegembiraan, kasih sayang dan saling hormat- menghormati. Murid-murid harus berasa gembira untuk ke sekolah dan guru-guru mesti turut merasa berbangga kerana berpeluang mendidik anak-anak bangsa.
Kementerian Pendidikan kini mempunyai hala tuju yang jelas untuk memperkasa institusi pendidikan tinggi dengan menjamin kebebasan intelektualisme para cendekiawan serta autonomi kepada pihak universiti. Para pentadbir universiti bukan hanya dilantik berdasarkan merit bahkan proses lantikan itu akan turut mengambil kira pandangan universiti berkenaan. KPM komited untuk menjadikan universiti-universiti awam sebagai medan intelektual terbuka.
Tuan Yang di-Pertua, antara langkah awal yang diambil oleh pentadbiran kali ini ialah dengan menggabungkan dua buah kementerian yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Tinggi dan juga Kementerian Pelajaran. Penggabungan ini merupakan satu inisiatif strategik di bawah kepimpinan Pakatan Harapan agar sistem pendidikan negara terus melangkah ke hadapan mengikut trend global sekali gus bersedia menangani sebagai cabaran dan perubahan semasa. Kini, kita boleh melihat pendidikan sebagai satu spektrum yang berterusan dan berkesinambungan daripada prasekolah sehingga pendidikan tinggi.
Sebagai Menteri Pendidikan Malaysia, saya ingin memberikan jaminan bahawa saya akan memastikan segala keputusan menyentuh dasar dan polisi dibuat berdasarkan pertimbangan profesional dengan mengambil kira pelbagai aspek demi kepentingan pendidikan rakyat seluruhnya. Mana-mana dasar terdahulu yang diyakini sudah mantap dan sudah baik akan diteruskan dengan mungkin sedikit penambahbaikan yang dirasakan perlu.
Dalam proses penambahbaikan ini, kita akan pastikan bahawa perkiraan utama ialah kepentingan pelajar dan generasi masa depan negara, bukan perkiraan politik sempit yang sering membelenggu seperti pentadbiran terdahulu. Pendekatan yang diambil oleh KPM juga adalah inklusif dengan tidak mengetepikan mana-mana pihak sama ada di luar bandar, dari Borneo, Orang Asal dan juga golongan orang kurang upaya. KPM akan pastikan pendidikan yang berkualiti akan dapat dinikmati oleh segenap warga Malaysia di tanah air tercinta ini.
Di samping itu, sukacita saya maklumkan bahawa KPM akan menubuhkan Jawatankuasa Kajian Semula Dasar Pendidikan Negara selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2018.
Menteri Pendidikan - Dr. Maszlee bin Malik
Jawatankuasa ini akan dianggotai oleh pakar-pakar akademik, ahli politik, pakar agama serta wakil bukan kerajaan yang akan berperanan untuk mengkaji semula falsafah dan Dasar Pendidikan Negara termasuk menambah baik kurikulum dan sistem pendidikan daripada peringkat prasekolah sehingga ke peringkat universiti meliputi kesedaran sivik dan juga pembentukan nilai-nilai murni serta pengukuhan penguasaan sains dan teknologi.
Terima kasih.
Tuan Ahmad Faizal bin Azumu - Tambun
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya berkenaan dengan isu penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar dan guru-guru. Apakah perancangan Kementerian Pendidikan untuk memperkasakan penggunaan bahasa Inggeris terutamanya bagi rakyat di luar bandar tanpa meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
Keduanya, saya terdengar tadi Yang Berhormat Menteri menyebut tentang autonomi institut pengajian tinggi. Mohon Yang Berhormat Menteri terangkan dengan lebih lanjut apakah pihak Kementerian Pendidikan memilih untuk memberi autonomi kepada semua universiti dan apakah kesannya pada institusi pengajian tinggi di Malaysia? Terima kasih.
Dr. Maszlee bin Malik
Setakat ini untuk pengukuhan Bahasa Inggeris, kementerian sudah mempunyai program Highly Immersive Programme (HIP) dan juga program outreach programme, dengan izin, yang mana kedua-duanya telah berlangsung untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar. Cuma kita akan melakukan usaha peningkatan. Antaranya ialah menambahkan penghantaran guru-guru Bahasa Inggeris pakar ke kawasan luar-luar bandar dan juga kita ingin menanamkan semangat tinggi kepada guru- guru tersebut untuk berkhidmat kepada anak bangsa.
Keduanya kita akan meningkatkan kemahiran guru-guru Bahasa Inggeris yang sedia ada, dengan izin, in-service training yang berterusan agar mereka dapat meningkatkan kualiti pedagogi dan juga Bahasa Inggeris.
Ketiganya kita akan meningkatkan usaha kesukarelawanan untuk mengundang guru-guru pencen, pihak industri, pelajar-pelajar pasca siswazah dan juga siswazah untuk datang ke luar bandar untuk menambah baikkan pengajaran Bahasa Inggeris dan juga kita akan cuba mendapatkan guru-guru pelatih dari luar hasil daripada hubungan pertukaran kita dengan negara-negara luar yang sudi untuk menghantar guru-guru mereka dan juga pelajar- pelajar ke luar bandar kita. Kita juga akan menggunakan teknologi terkini di dalam kelas seperti kelas atas talian, dengan izin, online classes dan namun ianya perlu diselarikan dengan capaian internet yang tinggi ke seluruh pelosok tanah air.
Berhubung soalan kedua pula, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat universiti merupakan medan intelektual terbuka dan selaras dengan kedudukan universiti ini ia harus hidup dengan semangat intelektualisme, kebebasan dan juga kebenaran. Universiti juga berperanan menjadi nadi kepada penghasilan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni. Maka autonomi amat diperlukan untuk para profesor dan pensyarah untuk mereka terus menabur bakti bukan hanya sekadar di dalam menara gading, malah juga kepada masyarakat. Bertitik tolak daripada semangat ini, Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan bahawa universiti awam beroperasi secara berautonomi di mana Lembaga Pengarah Universiti (LPU) akan mempunyai kuasa autonomi dalam menentukan cara perjalanan sebuah universiti.
Terima kasih.
Seorang Ahli
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rembau. Ya.
Seorang Ahli
Soalan tambahan.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin - Rembau
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Salah satu daripada janji 100 hari di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri adalah penangguhan pembayaran PTPTN sehingga gaji peminjam itu mencecah RM4,000 sebulan.
Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah kementerian sudah melaksanakan kajian berkenaan dengan tempoh purata seorang siswazah mencapai tahap gaji tersebut?
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin - Rembau
Kalau sekiranya telah melaksanakan kajian tersebut, apakah unjuran dari segi kesan kewangan kepada kerajaan sekiranya janji ini dilaksanakan? Saya jelaskan sedikit.
Apabila peminjam itu menangguhkan pembayaran pinjaman tersebut, maka PTPTN terpaksa pinjam untuk memberi pinjaman baharu kepada pemohon-pemohon baharu. Pinjaman ini semua ini adalah dijamin oleh kerajaan dan langsung akan meningkatkan kontinjen liabiliti kerajaan.
Jadi soalan kepada Yang Berhormat Menteri, apakah kajian itu dibuat dan secara mudah, ya ataupun tidak, apakah janji ini akan dilaksanakan dalam tempoh berbaki 100 hari kerajaan Pakatan Harapan?
Dr. Maszlee bin Malik
Setiap janji yang dibuat di dalam manifesto berkaitan 100 hari akan dilaksanakan dan setakat ini berkaitan dengan janji PTPTN, ia berkaitan dengan teras pertama, Perkara 6 iaitu dalam 10 janji 100 hari itu, pertamanya menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN seperti mana yang Yang Berhormat Rembau sebutkan tadi dan juga memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam. Ada dua komponen di situ. Komponen kedua telah kita laksanakan iaitu kita telah mansuhkan dasar senarai hitam ke atas semua peminjam PTPTN...
[Tepuk] Berkaitan menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN, kita sedang dalam mengkaji dan kita lihat- kita komited untuk melaksanakannya dan kajian berterusan sedang dijalankan. Terima kasih.
Seorang Ahli
Soalan tambahan.
5. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, apakah langkah kementerian untuk memastikan RTM dapat menerbitkan dokumentari yang berkualiti seperti yang dilakukan oleh British Broadcasting Corporation (BBC) yang banyak menghasilkan produksi yang menarik, bermaklumat, meningkatkan rasa patriotisme dan ada nilai intelektual. Adakah kementerian memberi peluang kepada penggiat dan bakat seni dokumentari dan filem pendek terlibat dengan menyediakan dana mencukupi untuk tujuan tersebut.
Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan nombor 5.
Tuan Yang di-Pertua, sejak penubuhan RTM, kementerian sentiasa memastikan supaya penerbitan dokumentarinya mencapai standard piawaian antarabangsa. Ke arah itu Tuan Yang di-Pertua, RTM telah menjadikan BBC sebagai penanda aras ataupun, dengan izin, benchmark yang menjamin kualiti penerbitan. Jalinan usaha sama juga telah diadakan dengan NHK ataupun dikenali sebagai Nippon Hoso Kyokai- Japan Broadcasting Corporation dari Jepun dan KBS iaitu Korean Broadcasting System dari Korea untuk tujuan- Tuan Yang di-Pertua perkongsian pengalaman dan ilmu pengetahuan. Kakitangan RTM juga berpeluang menghadiri latihan Tuan Yang di-Pertua, dalam dan di luar negara bagi menimba ilmu penerbitan dokumentari terutamanya mengenai teknik penerbitan agar dapat memenuhi cita rasa penonton.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian sentiasa menyokong dan memberi peluang kepada syarikat-syarikat penerbitan tempatan untuk terus menerbitkan dokumentari yang mempunyai nilai intelektual dan patriotisme. Mulai tahun 2016 Tuan Yang di-Pertua, Kementerian melalui Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia ataupun secara singkat dikenali sebagai FINAS telah menyediakan bantuan dana kepada penggiat industri di bawah Dana Kandungan Digital (DKD) yang merangkumi dana mikro, dana pembangunan, dana produksi, dana kerjasama produksi, dana pemasaran dan dana pesan khidmat masyarakat ataupun dikenali sebagai PSA.
Tuan Yang di-Pertua, sehingga Jun 2018, kementerian telah meluluskan sebanyak RM19,590,000 untuk penerbitan dokumentari. Manakala sebanyak RM1.33 juta untuk penghasilan filem pendek. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Seorang Ahli
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Terima kasih. Soalan tambahan saya, seperti kita ketahui bahawa kita di dalam peralihan kerajaan baharu dan banyak penggiat-penggiat seni ataupun dokumentari di golongan belia pada zaman kerajaan yang lepas digam ataupun diharamkan penerbitan dokumentari di dalam rancangan TV nasional.
Ingin saya bertanya, adakah kerajaan sekarang akan membenarkan penggiat- penggiat dokumentari seperti Amir Mohamad, Fahmi Redza ataupun Namewee menerbitkan ataupun menyiarkan rancangan-rancangan mereka di dalam TV RTM dan juga adakah di dalam keadaan ekonomi kita yang didakwa tidak begitu baik, adakah kerajaan akan meneruskan dana-dana yang banyak untuk penggiat-penggiat seni gunakan bagi penerbitan dokumentari-dokumentari seperti yang saya minta yang bersifat patriotik dan juga intelektual?
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Sibuti. Yang Berhormat Sibuti, saya ingin menegaskan di sini bahawa setiap penerbitan ataupun siaran yang dilaksanakan oleh RTM itu tertakluk kepada undang-undang yang sedia ada. Maka ada wujudnya, kita ada mekanisme- mekanisme yang perlu disalurkan sebelum satu perkara itu boleh disalurkan dan disiarkan melalui kaca mata RTM dan TV RTM.
So, itu akan terus kita laksanakan. Apa-apa dokumentari pun yang ingin disiarkan, yang telah pun dibuat dan diterbit itu, ia perlu dilihat sebelum ia satu keputusan dibuat sama ada ataupun tidak ia akan diterbitkan. So, ia bergantung kepada kandungan dokumentari tersebut. Ia bergantung kepada sama ada ataupun tidak, bukan sahaja dokumentari tapi perkara-perkara seperti filem dan sebagainya. Ia selaras dengan hasrat kerajaan.
Misal kata kita ingin menumpukan kepada dokumentari-dokumentari atau filem-filem Tuan Yang di-Pertua, yang mengeratkan perpaduan di antara seluruh rakyat Malaysia itu yang kita hendak tegakkan. Jadi semua dokumentari, bukan saja setakat mana yang disebut oleh Yang Berhormat Sibuti tadi, ia tertakluk kepada undang-undang tersebut. Berkenaan dengan dana-dana, saya ingin menyatakan bahawa saya selepas menerajui kementerian saya, kita lihat banyak aduan yang dibawa berkenaan dengan dana yang digunakan khususnya ada ketirisan kerana saya lihat bahawa sistem atau mekanisme yang wujud itu tidak ketat, iaitu mengundang keadaan-keadaan di mana kita boleh lihat ketirisan dan sebagainya.
Tuan Gobind Singh Deo
Saya- dalam proses untuk kita mengkaji semula sistem yang sedia ada dan saya harap dalam masa sebulan, dua ini, kita boleh umumkan bahawa adanya mekanisme yang baharu, supaya kita boleh pastikan dana yang diberikan untuk tujuan-tujuan tertentu digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu, dan bukannya tujuan-tujuan lain.
Saya harap bahawa kita boleh memberi jawapan berkenaan ataupun satu pengumuman boleh dibuat dalam masa sebulan, dua tetapi memang perkara itu dalam perhatian saya. Akan tetapi saya boleh memberikan pengesyoran bahawa memang dari setakat kita berikan dana supaya kita boleh angkat industri ini, memang itu kita akan teruskan, Yang Berhormat daripada Sibuti. Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Jelutong, soalan tambahan.
Dato’ Sivarraajh Chandran - Cameron Highland
Soalan tambahan kedua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Soalan tambahan sini.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sivarraajh Chandran - Cameron Highland
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya ucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua di atas pelantikan. Pada masa yang sama saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Komunikasi kerana pertama kalinya, peminat bola sepak di Malaysia dapat melihat siaran bola sepak melalui RTM dan siaran langsung RTM. Ini merupakan satu sejarah...
[Dewan tepuk]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kita berterima kasih kerana di atas keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan- dulu di bawah Barisan Nasional semua kita kena bayar. Hendak lihat bola sepak pun kita kena bayar.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Berbalik kepada isu bola sepak...
[Disampuk] Bola sepak kali ini...
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan. Dengar, dengar ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya. Pertandingan- pertandingan bola sepak kali ini memang merupakan pertandingan bola sepak yang bersejarah. Kita lihat tersungkurnya pasukan-pasukan gergasi seperti Argentina, Germany, England dan sebagainya seperti Barisan Nasional di Malaysia...
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pada masa yang sama Yang Berhormat, soalan saya adalah, kita masih lagi dalam siaran-siaran RTM dulu dokumentari yang menunjukkan Perdana Menteri kita menyeberangi Jambatan Pulau Pinang pertama menaiki kereta Proton Saga...
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Dulu ada tengok RTM kah?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
RTM, RTM. Kita lihat selepas Barisan Nasional mengambil alih lebih kurang dua, tiga tahun yang lalu, semua dokumentari yang menunjukkan perpaduan, yang boleh memupuk perpaduan di antara masyarakat berbilang bangsa, tidak ditunjukkan. Bolehkah RTM menumpukan perhatian kepada program-program yang boleh memupuk perpaduan di antara rakyat yang berbilang bangsa supaya kita dapat memupuk perpaduan di antara rakyat berbilang bangsa Yang Berhormat?
Terima kasih.
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Jelutong berkenaan dengan soalan tersebut.
Saya setuju pendekatan yang kami ambil dalam Kerajaan Pakatan Harapan berbeza daripada pendekatan yang dibawa oleh Kerajaan Barisan Nasional. Apa yang kita hendak lakukan kita hendak pastikan bahawa semua dokumentari seperti mana yang saya sebut tadi Tuan Yang di-Pertua- kita ada dana yang sangat besar yang disalurkan kepada bukan saja RTM tetapi juga FINAS dan sebagainya. Kepada saya, dana-dana ini perlu digunakan untuk tujuan-tujuan yang tepat dan kepada saya, apa yang perlu dititikberatkan adalah supaya kita ini boleh angkat dokumentari-dokumentari atau filem-filem yang membawa khususnya kepada perpaduan.
Jadi dalam keadaan tersebut saya beri jaminan bahawa kita akan lihat kembali kepada dokumentari-dokumentari masa yang lepas. Di mana kalau ada program-program yang telah pun dilakukan yang mendapat sambutan khususnya oleh pemimpin-pemimpin kita, maka saya akan pastikan bahawa dokumentari-dokumentari tersebut disiarkan dan juga dokumentari-dokumentari baru Tuan Yang di-Pertua, yang juga sedemikian rupa berjaya diterbitkan oleh RTM. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Soalan tambahan.
6. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah usaha yang akan dilaksanakan pihak kerajaan bagi mengatasi isu migrasi generasi muda dari luar bandar ke bandar bagi mencari alternatif pekerjaan yang lebih baik seterusnya menambah baik peluang menjana pendapatan di luar bandar.
Menteri Belia dan Sukan - Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.
Pertama sekali saya hendak ucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa ini merupakan dekad yang bersejarah di mana Tuan Yang di-Pertua yang dilantik tidak datang daripada golongan ahli politik atau pimpinan tertinggi mana-mana parti politik...
[Dewan riuh]
Menteri Belia dan Sukan - Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
Sabarlah, pembukaan sahaja. Cuba...
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
Bawa bertenang.
Tuan Yang di-Pertua
Sila jawab.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Pernah bertanding...
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Dengarlah. Jangan bising.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat menjawab.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya ingat kena ajar sebelah sana...
[Merujuk kepada blok pembangkang] Bagaimana hendak jadi pembangkang. Ajar mereka supaya berhemah- tidak belajar lagi...
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ajar mereka untuk jadi pembangkang.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
Soalan yang mustahak.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dengarlah soalan. Dengar dulu.
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Hendak puji pun tidak boleh.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
Soalan daripada Yang Berhormat Paya Besar kalau saya boleh ulang kan lagi sekali bagi rakan-rakan yang belum maklum berkenaan soalan ini, ia berkait rapat dengan migrasi belia daripada luar bandar ke bandar yang agak mencemaskan dan apakah tindakan susulan yang boleh kita buat untuk menyelesaikan masalah ini.
Ada beberapa perkara. Pertama sekali saya hendak maklumkan bahawa migrasi belia daripada luar bandar ke bandar bukanlah perkara yang luar biasa. Ia sudah berlaku sebelum ini bukan saja di Malaysia tetapi juga di negara-negara yang lain. Saya beri contoh mengikut kajian yang sedia ada daripada tahun 2013 ke 2015, ada peningkatan 9.5 peratus migrasi belia daripada luar bandar ke bandar. Pada masa yang sama yang lebih mencemaskan adalah, majoriti dari mereka yang migrasi adalah datang daripada golongan anak muda. Daripada umur 25 ke 34 tahun, migrasinya pada kadar 35 peratus. Daripada 15 tahun ke 24 tahun, kadar peratusannya adalah 25 peratus.
Maksudnya, sekurang-kurangnya satu dari dua belia yang tinggal di kawasan luar bandar akhirnya akan migrasi ke kawasan bandar. Persoalannya, bagaimana kita hendak menangani masalah ini? Pertama sekali kita hendak pastikan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan mampu untuk membandarkan luar bandar dan bagaimana kita hendak pastikan nasib belia di luar bandar ini tidak akan disisihkan, dikecualikan dan diasingkan daripada sistem pembangunan negara. Di bawah KBS ada beberapa program dan inisiatif yang baik yang pernah dipraktikkan sebelum ini, yang akan diteruskan dan ditambah baik. Sebagai contohnya, Program Outreach Usahawan Belia yang dikhususkan kepada belia luar bandar, yang telah pun memberi impak yang agak positif dan berjaya mencipta lebih 840 belia usahawan yang berjaya.
Pada masa yang sama, pemerkasaan TVET. Contoh seperti IKLBN dan IKBN, ILKBS dan IKBN yang juga telah pun mencipta beribu-ribu, kalau tidak pun berpuluh ribu belia luar bandar yang berjaya. Sekarang ini, saya agak gembira kerana wujudnya elemen pemerkasaan TVET yang diselaraskan, yang telah pun ditubuhkan satu jawatankuasa di bawah Yang Berhormat Permatang Pauh yang berjaya menggabungkan program TVET di antara enam kementerian ke bawah satu.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
Persoalan selepas itu, bagaimana kita hendak ada penambahbaikan daripada program-program yang telah pun diwujudkan oleh kerajaan yang lepas? Ada dua perkara, pertama adalah untuk memastikan bahawa urus tadbir program lepas ini dapat ditambah baik. Sebagai contohnya pengasingan kuasa, program open tender dan pada masa yang sama, sistem laporan yang terus. Kalau contoh ada apa-apa salah guna, ada pegawai SPRM di dalam kementerian tersebut untuk pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi. Contohnya sebelum ini, kita ada program TEKUN yang amat baik dari segi prinsipnya tetapi kita lihat banyak elemen penyelewengan sebagai contohnya bekas CEO TEKUN, yang telah pun diheret ke muka pengadilan di mahkamah yang sedia ada.
Kita juga hendak maklumkan bahawa untuk kita menyelesaikan masalah ini, perlu ada kerjasama di antara semua kementerian. Ini kerana isu belia luar bandar ke bandar ini, berkait rapat dengan program-program yang terletak di bawah KPKT, Kementerian Luar Bandar, Kementerian Ekonomi dan yang lain, yang bermaksud, program-program yang telah pun kita janjikan telah pun kita maklumkan akan memastikan bahawa masalah ini dapat diselesaikan.
Contohnya, peningkatan pengangkutan awam bukan saja di kawasan Klang Valley tetapi juga di kawasan luar bandar. Kita lihat di Johor, bas percuma. Kita lihat Bas Selangorku yang percuma juga sekarang ini sudah lebih 100 bas percuma fully equipped, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dengan WiFi yang sedia ada, air percuma di Selangor. Juga dimaklumkan bahawa baru-baru ini oleh Kerajaan Negeri Johor, air percuma bagi golongan B40, dan alhamdulillah, kerana baiknya Yang Berhormat Puchong kita, sekarang fokus MCMC adalah untuk memastikan bahawa internet berkelajuan tinggi dan yang berkemampuan dijadikan teras utama untuk memastikan bahawa usahawan muda yang ingin membuat business atas talian dapat dilaksanakan...
[Dewan riuh]
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
Yang Berhormat, ini berkait rapat dengan isu belia di luar bandar. Kalau internet dia lemah, maksudnya susah untuk mereka jadi usahawan, dengar. Perkara-perkara ini menunjukkan, kalau ada usaha yang murni di antara kementerian-kementerian yang sedia ada, kita dapat pastikan bahawa belia yang terpaksa migrasi daripada luar bandar ke bandar dapat diberhentikan apabila kita berjaya membawa agenda pembangunan di kawasan luar bandar itu sendiri.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
Akhir sekali saya hendak tekankan Tuan Yang di-Pertua...
[Disampuk] Berkenaan soalan. Akhir sekali saya hendak tekankan adalah untuk anak muda di luar bandar itu ada rasa, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, the sense of ownership yang bermaksud bahawa pimpinan belia atau pimpinan tempatan tersebut juga datang daripada golongan belia.
Oleh sebab itu, sebelum ini kita sudah menekankan kepentingan untuk contoh, ketua kampung daripada kawasan lokaliti itu sendiri datang daripada golongan anak muda.
Sebelum ini, lazimnya atau ikut peraturan dan piawaian sedia ada, ketua kampung datang daripada mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Akan tetapi telah pun kita gubal dan kali ini ketua kampung juga boleh datang daripada golongan anak muda atas 21 tahun... [Dewan tepuk] Juga pelantikan ahli majlis yang lazimnya sebelum ini kadar purata umurnya 45 tahun ke 55 tahun dan sekarang ini ada banyak ahli majlis datang daripada anak muda yang dapat merencanakan masa depan kawasan mereka tersendiri. The sense of ownership bermaksud bahawa anak muda boleh membangunkan kampung mereka, kawasan setempat mereka dan akhirnya menjamin bahawa mereka ada tempat dalam kawasan tersebut dan tidak perlu lagi migrasi ke luar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan...
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Soalan tambahan, Pasir Mas.
Tuan Yang di-Pertua
...Kita beri peluang kepada Yang Berhormat Paya Besar. Ada soalan tambahan?
Seorang Ahli
Pasir Mas, Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Pasir Mas.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Eh! Saya lah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Paya Besar dulu ya.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab. Saya pada mulanya Tuan Yang di-Pertua, agak keliru mengapa Yang Berhormat Muar perlu menjawab soalan ini kerana saya nampak tidak ada kaitan menyeluruh berkaitan dasar yang disampaikan sebentar tadi. Saya ingat soalan ini sepatutnya dijawab oleh Yang Berhormat Titiwangsa.
Ini kerana apa, apabila kita bercakap tentang migrasi anak muda, ia sepatutnya Yang Berhormat Menteri nampak jelas. Saya tidak faham ke mana, ke hulu dia bawa jawapan tadi, tetapi yang paling pentingnya dia telah mengakui bahawasanya Yang Berhormat Rembau telah memimpin Kementerian Belia dan Sukan yang baik pada pimpinan yang lepas...
[Dewan tepuk]
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Oleh kerana apa, dia mengakui bahawasanya dasar kerajaan terdahulu TVET banyak memberi kesan. Oleh sebab apa, kita mesti memahami bahawasanya anak muda yang berada di bandar hari ini mempunyai 74.8 peratus, anak muda yang berada di luar bandar 25.2 peratus. Sebanyak 11.1 juta Yang Berhormat Muar, anak muda berada di kawasan bandar. Jadi...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Paya Besar, itu soalan tambahan atau hujahan?
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tuan Yang di-Pertua, jangan...
Tuan Yang di-Pertua
Sila kemukakan soalan tambahan. Masa kita amat suntuk.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tidak, saya, saya bawa isu anak muda. Anak muda juga yang telah memilih Pakatan Harapan memimpin kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua
Saya ingat nyatakan soalan, nyatakan soalan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
...Kerana ini isu anak muda Tuan Yang di-Pertua. Isu anak muda merupakan isu negara.
Tuan Jonathan bin Yasin - Ranau
Soalan?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Ini isu soalan.
Tuan Yang di-Pertua
Kita dengar soalan dulu. Ya, ya.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Itu sebabnya saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apabila Kerajaan Pakatan Harapan hari ini seolah- olahnya berdolak-dalik tentang projek HSR dan ECRL yang sudah pastinya memberi kesan yang penuh kepada masyarakat di luar bandar iaitu anak muda. Boleh bagi jaminan atau tidak Yang Berhormat Menteri, bahawasanya apa sahaja keputusan pihak Kerajaan Pakatan Harapan kepada projek HSR dan ECRL tidak akan memberi kesan langsung kepada peluang pekerjaan anak muda.
Keduanya adalah manifesto Pakatan Harapan, manifesto Pakatan Harapan, iltizam satu menyatakan anak muda...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, itu soalannya?
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Perlu gaji RM2,500...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, saya pun ada soalan tambahan. You tanya semua mana...
Tuan Yang di-Pertua
Soalan telah dikemukakan. Itu soalan tambahan ya?
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Kami tidak ada peluang lah. Kami tidak ada peluang lah kalau macam itu.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Saya pun ada soalan tambahan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Kita bawa isu anak muda...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Ya, ya saya pun anak muda.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Pakatan Harapan telah menyatakan manifesto gaji RM2,500 sebulan kepada anak muda.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Apa kena-mengena?
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Ini bukan bawa anak muda, ini goreng anak muda.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri boleh jawab. Yang Berhormat Muar boleh jawab.
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
“Melepeh”.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Adakah ini manifesto Pakatan Harapan...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Dua belas soalan dalam satu soalan tambahan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang sebenarnya semata-mata untuk tipu anak muda yang berada di luar bandar? Kesian anak muda luar bandar Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
Terima kasih. Ada tiga soalan di sana. Soalan pertama adalah apa kaitan isu ini dengan Menteri Belia dan Sukan. Perbezaan Menteri Belia dan Sukan dalam pemerintahan ini adalah kita bekerjasama dan begitu rapat dengan Menteri-menteri lain dan isu belia yang merentasi kementerian lain dapat diperjuangkan...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Dulu ada lah. Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia ada. Itu bukan baru lah.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
Itu yang pertama. Tidak, dia tanya tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Dengar jawapan dulu. Sila teruskan Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
Soalan kedua, soalan kedua adalah berkait rapat dengan program dahulu yang diteruskan di bawah Kementerian Belia dan Sukan hari ini, kita tidak hendak semaikan vengeance politic. Program yang baik akan kita teruskan dan akan kita tambah baik...
[Dewan tepuk]
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
Seperti saya tekankan tadi dalam isu urus tadbir, akan kita perbaiki dalam isu di mana kita boleh tambahkan program-program dengan kerjasama dengan kementerian lain dan kerajaan negeri daripada isu air percuma, pengangkutan awam percuma, pas percuma. Perkara tersebut akan kita tambah baik bersama.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
Ketiga adalah ini, bagaimana isu ECRL dan HSR. Ada dua jawapan. Pertama untuk dapat jawapan terperinci, saya rasa lebih baik ajukan soalan tersebut kepada Menteri Ekonomi. Kedua, jawapan daripada Menteri Belia dan Sukan seperti saya tekankan tadi, pembangunan pengangkutan awam bukan sahaja dilihat daripada segi ECRL dan HSR. Kita kena ingat pembangunan khususnya di kawasan luar bandar, contoh bas percuma yang rangkaiannya jauh lebih mendalam dan boleh capai ke kawasan luar bandar di mana pengangkutan awam yang lain tidak boleh capai. Perkara ini akan kita tambah baik bersama.
Nasib anak muda di kawasan bandar dan luar bandar akan kita pertahankan bersama...
[Dewan tepuk]
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan, soalan tambahan. Ipoh Timur, soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat Menteri, Pasir Mas.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ketereh.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua, sebelah sini Tuan Yang di-Pertua.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, Ahli Parlimen Muar yang kebetulannya adalah ‘budak boy’. Istilah ‘budak boy’ ini sesiapa yang belajar di RMC tidak kira tua atau muda. Jadi ‘budak boy’ Menteri, saya pun ‘budak boy’, Tuan Yang di-Pertua pun ‘budak boy’...
[Dewan ketawa]
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Jadi, saya ucap terima kasih.
Sebelum saya kemukakan soalan tambahan...
Tuan Yang di-Pertua
Bukan sebab Yang Berhormat ‘budak boy’, saya nampak dia bangun tadi. Silakan Yang Berhormat.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Saya juga syukur kerana Tuan Yang di-Pertua, sewaktu saya mula menjadi Menteri Belia dan Sukan, usia saya waktu itu 33 tahun. Yang Berhormat Muar 25 tahun, kita kena ucap tahniah, syabas kita ada anak muda dalam Dewan ini. Kalau gagap dan gugup hendak jawab itu mula-mula, insya-Allah you will get better soon. Saya punya soalan tambahan ialah mudah sahaja. Oleh kerana rural-urban migration, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ada terkait dengan push and pull factor bandar dan luar bandar, atau dalam satu istilah lain disebut juga centrifugal dan centripetal forces yang ada di luar bandar.
Jadi saya hendak tanya, adakah Yang Berhormat sedia untuk memberi sokongan kepada projek seperti ECRL kerana ia selari dengan jawapan Yang Berhormat iaitu untuk membandarkan luar bandar. Apabila kita ada kemudahan prasarana seperti ECRL, maka Pantai Timur yang kurang urbanize akan lebih cepat jadi urbanize. Jadi, adakah Yang Berhormat bersedia untuk memberikan sokongan supaya projek-projek untuk memajukan di Pantai Timur bagi memajukan luar bandar Pantai Timur selari dengan jawapan Yang Berhormat, untuk dikaji dan ditimbang semula oleh kerajaan. Terima kasih.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
Terima kasih Yang Berhormat. Ada dua perkara di sini. Pertama, kita akan pastikan bahawa belia luar bandar, khususnya di negeri seperti Kelantan dan Terengganu tidak akan diasingkan. Oleh sebab itu, kalau kita lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri selepas berinteraksi dan berdialog dengan Yang Berhormat Presiden daripada PAS, menjanjikan bahawa isu royalti akan dikembalikan semula kepada kerajaan negeri. Itu sebagai satu contoh.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
Berkenaan isu ECRL yang mungkin boleh membangkitkan atau membangunkan landskap ekonomi di beberapa negeri, seperti apa yang dimaklumkan oleh Menteri Kewangan sendiri iaitu isu ini masih di bawah kaji selidik. Akan dikaji semula supaya kalau kita boleh turunkan kos, pastikan, dengan izin, efficiency ditambah baik, akan kita tambah baik.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
Akan tetapi yang paling penting sekali kita tidak mahu lupakan belia luar bandar khususnya, di negeri seperti negeri Kelantan, negeri Terengganu, walaupun ia terletak di bawah kerajaan pembangkang, akan tetapi selepas diberikan mandat oleh rakyat, nasib mereka juga harus juga dibela. Terima kasih.
7. Puan Alice Lau Kiong Yieng [Lanang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:
(a) apakah status kajian yang telah dijalankan oleh MAVCOM untuk mengkaji sama ada harga siling dapat dikenakan ke atas harga tiket penerbangan terutama pada musim perayaan; dan
(b) apakah langkah lain yang dapat digunakan untuk menurunkan harga tiket penerbangan pada musim perayaan terutama dari Sibu ke Kuala Lumpur dan Sibu ke Johor serta penerbangan domestik di dalam negeri Sarawak yang dikendalikan oleh MASwings.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Salam sejahtera dan selamat pagi. Izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Sibu, bertarikh 19 Julai 2018 yang menyentuh isu yang sama.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Lanang dan Yang Berhormat Sibu, pihak Suruhanjaya Penerbangan Malaysia ataupun MAVCOM adalah di peringkat akhir dalam memuktamadkan kajian penetapan harga tiket penerbangan domestik pada musim perayaan yang dijangka akan selesai pada penghujung Julai 2018.
Berkenaan dengan soalan (b), cadangan berhubung langkah lain yang dapat digunakan untuk menurunkan harga tiket penerbangan pada musim perayaan, akan dimuktamadkan bersama-sama dengan kajian terhadap harga tiket penerbangan sektor domestik. Pihak suruhanjaya akan mengemukakan hasil kajian serta cadangan penyelesaian kepada pihak kementerian untuk pertimbangan dan seterusnya diambil tindakan.
Manakala langkah-langkah untuk mengurangkan bagi kadar harga tiket penerbangan luar bandar dalam negeri Sarawak yang dikendalikan oleh MASwings akan dilaksanakan melalui mekanisme penetapan siling harga tambang yang akan ditambah baik dengan penetapan satu kadar tambang tanpa caj-caj lain yang dikenakan oleh operator seperti surcaj bahan api. Siling tersebut juga akan dikaji semula dengan lebih kerap dan ia ditetapkan berdasarkan persetujuan bersama di antara Kementerian Pengangkutan, MAVCOM dan MASwings mengikut keperluan semasa. Terima kasih.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada beberapa syarikat penerbangan iaitu Cathay Pacific, Malindo dan AirAsia kerana memberi tawaran istimewa seperti waive rebooking fees, dengan izin, kepada pengundi-pengundi yang ingin balik mengundi pada bulan Mei 2018. Syarikat AirAsia telah memberikan harga tiket tetap yang saya rasa berpatutan kepada pengundi yang ingin balik mengundi dari Semenanjung ke Sarawak supaya anak Sarawak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Soalan tambahan saya, apakah kaedah atau formula yang digunakan oleh kerajaan untuk menetapkan harga siling bagi setiap laluan, dan apakah langkah yang dapat diambil oleh kerajaan jika harga siling yang ditetapkan masih terlalu membebankan rakyat?
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Ini memandangkan penerbangan MASwings iaitu Rural Air Services (RAS) sudah pun mempunyai harga siling, tetapi harga siling yang ditetapkan masih terlalu tinggi. Jadi saya mencadangkan supaya satu kajian dan penyelarasan dapat dijalankan untuk mengkaji semula harga siling bagi MASwings supaya kadar yang ditetapkan tidak membebankan rakyat Sabah dan Sarawak. Adakah Kementerian Pengangkutan bersedia untuk engage atau melibatkan Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak serta mengambil kira input kami sebelum kajian MAVCOM ini dimuktamadkan. Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Yang Berhormat Lanang. Sememangnya isu harga tiket kapal terbang domestik terutamanya Sabah dan Sarawak adalah merupakan satu keprihatinan Ahli-ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak dan kerajaan baru melalui Kementerian Pengangkutan sudah tentunya mengambil pertimbangan sewajarnya daripada Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak berkenaan dengan isu ini.
Berkenaan dengan formula pengiraan, memang kita masih dalam kajian. Akan tetapi untuk sektor-sektor domestik, bukannya setiap sektor itu adalah mengikut kadar yang sama. Ada sektor-sektor yang memang betul ada peningkatan harga yang agak keterlaluan sehingga empat kali ganda dalam musim perayaan, mengikut perayaan-perayaan tertentu.
Akan tetapi juga ada sektor-sektor ataupun pada perayaan-perayaan yang lain, ia tidak melihat satu peningkatan yang begitu ketara. Umpamanya untuk sektor Kuala Lumpur ke Sibu, semasa perayaan Tahun Baru Cina, ia meningkat hampir 3.4 kali ganda. Akan tetapi untuk musim Hari Raya, sebenarnya ia tidak meningkat ketara, malah dari segi average-nya ataupun dari segi puratanya, harganya adalah lebih kurang sama pada musim-musim biasa.
Jadi formula menyeluruh bagaimana kita menetapkan kadar itu akan dikaji semula.
Memang betul bahawa di peringkat RAS itu kita akan lihat kembali dan perjanjian untuk RAS itu akan dimuktamadkan tidak lama lagi dan saya mengambil cadangan daripada Yang Berhormat Lanang, satu sesi dialog bersama dengan Ahli-ahli Parlimen khususnya daripada Sabah dan Sarawak akan dilakukan, dilaksanakan sebelum sebarang keputusan terakhir dibuat. Terima kasih.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana telah memberi jawapan. Jawapan kepada soalan Yang Berhormat Lanang mungkin berkaitan dengan harga tiket di musim perayaan.
Akan tetapi saya ingin membangkitkan perkara kadar tiket ini di luar musim perayaan. Sebagai contohnya semasa sekarang ini tidak ada apa-apa perayaan. Saya ini bertanya kepada kerajaan, apakah langkah ataupun tindakan yang boleh dibuat oleh kerajaan untuk mengawal harga tiket di luar musim perayaan. Saya bagi contoh, pada hari ini saya buka website MAS, penerbangan daripada Kota Bharu ke Kuala Lumpur, sebab Kota Bharu ke Kuala Lumpur ini banyak, lebih daripada 40 penerbangan dalam satu hari.
Untuk MAS, untuk jam 6.15 pagi hari ini, untuk Business Class RM1,919. Ini bukan musim perayaan. Begitu juga jikalau kita tengok di Economy Class, begitu juga mencecah RM500 lebih. Ini destinasi yang mempunyai banyak penerbangan.
Jadi, soalan saya sebagaimana Yang Berhormat Lanang juga tadi, bagaimanakah kerajaan ataupun apakah mekanisme yang ada kepada kerajaan sekarang ini untuk menetapkan sama ada harga siling ataupun kawalan harga yang berpatutan untuk penerbangan khususnya MAS sebagaimana yang dibuat oleh penerbangan-penerbangan yang lain. Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Memang kita mengambil berat berkenaan dengan isu-isu peningkatan harga ini pada musim-musim biasa ataupun hari-hari biasa selain daripada musim perayaan. Spesifik kepada sektor Kuala Lumpur ke Kota Bharu ini kita akan siasat mengapa ada satu peningkatan harga yang begitu keterlaluan mengikut Yang Berhormat Kota Bharu.
Memang benar bahawa dari segi implikasinya kepada harga tiket kapal terbang pada hari-hari biasa juga akan diambil kira. Itu sebabnya saya mengatakan bahawa satu kajian menyeluruh sedang dimuktamadkan.
Tuan Loke Siew Fook
Kita belum memastikan sama ada pendekatan harga siling ataupun pendekatan lain yang akan digunakan. Pokoknya ialah kita akan memastikan bahawa apa-apa keputusan dasar yang akan dibuat oleh kementerian tidak akan menyebabkan implikasi negatif kepada harga tiket kapal terbang pada hari-hari biasa.
Saya rasa semua boleh bersetuju bahawa tidak guna jikalau kita menetapkan harga siling pada musim perayaan tetapi pada hari-hari biasa harga tiket kapal terbang itu tidak dapat dikawal. Jadi, satu kajian menyeluruh sedang dibuat, dikaji oleh MAVCOM dan kita akan memuktamadkan formula ini supaya memastikan harga tiket kapal terbang berpatutan untuk rakyat Malaysia, terutamanya untuk sektor domestik.
Dasarnya ialah, kita akan memastikan harga yang lebih berpatutan untuk semua rakyat Malaysia untuk berhubung antara satu sama lain dan terutamanya sektor-sektor domestik. Terima kasih.
8. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed [Jeli] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, kesan peperangan perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China dan Kesatuan Eropah setakat ini kepada prestasi perdagangan Malaysia dan impak peperangan perdagangan ini kepada industri tempatan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Tuan Ignatius Dorell Leiking @ Darell Leiking
Good morning, selamat pagi Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Jeli.
Tuan Yang di-Pertua, semenjak Februari 2018, Amerika Syarikat mengenakan tindakan perdagangan ke atas import produk-produk solar, mesin basuh berkapasiti besar, keluli dan aluminium. Lantaran ini, rakan-rakan dagang utama Amerika Syarikat seperti, Republik Rakyat Cina, Kesatuan Eropah, Kanada dan Mexico telah mengambil langkah timbal balas dengan mengenakan duti perlindungan ke atas pelbagai barangan import daripada Amerika Syarikat.
Izinkan saya berkongsi Tuan Yang di-Pertua, satu persatu tentang kesan konflik perdagangan terhadap industri tempatan. Industri mesin basuh berkapasiti besar suka saya menyatakan di sini bahawa industri mesin basuh berkapasiti besar di Malaysia tidak terjejas sama sekali. Ini kerana tiada eksport ke Amerika Syarikat dicatatkan bagi semua kod tarif berkaitan sejak tahun 2014. Industri keluli dan aluminium, secara kasarnya, impak berkenaan duti import Amerika Syarikat ke atas keluli dan aluminium didapati agak rendah terhadap pengeksport Malaysia.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Tuan Ignatius Dorell Leiking @ Darell Leiking
Berdasarkan statistik Amerika Syarikat pada tahun 2017, import keluli daripada Malaysia hanya berjumlah 96,225 tan metrik ataupun 0.28 peratus daripada jumlah import keluli keseluruhannya iaitu sebanyak 3.4 juta tan metrik. Pasaran Amerika Syarikat menyumbang kepada dua peratus daripada jumlah eksport keluli dari Malaysia. Bagi tahun yang sama, import aluminium dari Malaysia pula adalah sebanyak 11,615 tan metrik iaitu hanya 0.23 peratus daripada import aluminium keseluruhan Amerika Syarikat yang berjumlah lima juta tan metrik. Peratusan eksport aluminium ke pasaran Amerika Syarikat adalah satu peratus.
Namun, pengenaan duti tambahan ini akan mengakibatkan peningkatan kos pengeksportan keluli dan aluminium ke Amerika Syarikat. Wakil industri telah memaklumkan bahawa syarikat pengimport keluli dari Amerika Syarikat telah mensyaratkan agar kos duti import tambahan produk daripada Malaysia diserap atau ditanggung oleh pengeksport Malaysia. Ini secara langsung akan meningkatkan kos menjalankan perniagaan, the cost of doing business, dengan izin, kepada industri-industri tempatan.
Industri solar crystalline silicon photovoltaic (CSPV) cells. Pengumuman duti pelindung ke atas pengimportan CSPV ke Amerika Syarikat ini akan memberi impak kepada beberapa syarikat CSPV tempatan dan syarikat asing yang mempunyai kilang pengeluaran di Malaysia yang mengeksport ke Amerika Syarikat.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Tuan Ignatius Dorell Leiking @ Darell Leiking
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada laporan penyiasatan pelindung ke atas pengimportan produk CSPV yang dikeluarkan oleh United States International Trade Commission, Malaysia merupakan antara sumber import terbesar CSPV oleh Amerika Syarikat daripada tahun 2013 hingga tahun 2016.
Butiran adalah menunjukkan- saya akan dengan ringkas akan memberi kepada Ahli Parlimen Jeli butiran yang ada di sini dan saya ingin membawa perhatian bahawa pada tahun 2016, jumlah keseluruhan import ke dalam US Dollar adalah 8,487 bilion. I will give the details to the Ahli Parlimen Jeli.
Walau bagaimanapun, produk solar yang menggunakan teknologi thin film adalah dikecualikan daripada dikenakan duti pelindung. Oleh yang demikian, syarikat pengeluar produk solar menggunakan teknologi thin film tidak terjejas dengan pengenaan duti pelindung berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pengenaan duti pelindung ke atas produk yang menggunakan teknologi thin film, pengecualian juga diberikan untuk kuota sebanyak 2.5 gigawatt untuk sel solar. Oleh yang demikian, syarikat-syarikat pengeluar produk CSPV di Malaysia berkemungkinan terjejas dengan pengenaan duti pelindung ini sekiranya syarikat- syarikat tersebut tidak mendapat pengecualian yang berkaitan dengan mengeksport melebihi kuota 2.5 gigawatt tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin ringkaskan jawapan ini sebab saya tahu masa sudah singkat. I assure Yang Berhormat Jeli, segala usaha yang diambil akan mengutamakan kepentingan Malaysia dalam perdagangan dan memastikan industri Malaysia mendapat perlindungan daripada impak yang bakal menimpa di sebalik kemelut konflik perdagangan yang sedang berlaku. Sehubungan ini, kementerian ini akan terus memantau perkembangan semasa dan bekerjasama dengan pihak industri untuk menangani perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya akan memberi jawapan ini kepada Yang Berhormat Jeli secara bertulis.
Tuan Yang di-Pertua
Ada soalan tambahan?
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed - Jeli
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan tadi. Umumnya impak kecil kecuali industri solar- terima kasih atas jawapan tersebut. Memandangkan ketegangan perdagangan antara Amerika dengan China dan EU ini mungkin akan menjadi serius dan mungkin menjadi satu trade war yang paling serius sejak tahun 1930-an, adakah kerajaan bercadang untuk mengambil inisiatif utama ataupun, dengan izin, leadership role untuk memastikan bahawa negara-negara tertentu- kerana perdagangan ini penting untuk Malaysia- mengambil kepimpinan bagi berusaha supaya peperangan ini tidak akan merebak sehingga menjejaskan perdagangan dunia sama ada melalui ASEAN ataupun WTO?
Sekarang ini, dengan izin, seolah-olah negara-negara dunia ini powerless, tidak ada kuasa langsung dan segala tindakan ini berleluasa, bermaharajalela diambil oleh negara- negara tertentu. Sekali lagi, adakah Malaysia ada rancangan untuk mengambil daya usaha utama untuk memastikan bahawa perkara ini tidak merebak sehingga menjejaskan ekonomi negara kita dan juga ekonomi dunia? Terima kasih.
Tuan Ignatius Dorell Leiking @ Darell Leiking
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Jeli. Yes, kerajaan sedang membuat suatu usaha untuk menjadi leader dalam penyelesaian masalah ini dan kita sudah membuat yang sepatutnya melalui WTO dan juga dalam leadership ASEAN. Kita akan ada suatu mesyuarat di Singapura dan saya pasti dan memberikan jaminan bahawa Perdana Menteri akan memberi clarity berkenaan dengan ini dan akan juga mengambil role untuk mencari satu penyelesaian yang perlu dan yang tepat dalam masa ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan kedua.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pendang. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Tuan Yang di-Pertua
Hanya satu lagi soalan tambahan, selepas itu selesai sudah.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya hendak mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah dipilih menjadi Tuan Yang di-Pertua. Walaupun kelmarin kami boikot tetapi bukan kerana batang tubuh Tuan Yang di-Pertua, tetapi proses pelantikan Tuan Yang di-Pertua yang kami protes kelmarin...
[Tepuk] Jadi tidak apa, walau macam mana pun kita terima.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, soalan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Soalan saya berkaitan dengan MITI, Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan perancangan. Selain daripada trade mission yang disusun atur oleh kementerian, apakah perancangan kementerian untuk menarik pelabur-pelabur bagi meningkatkan aktiviti pelaburan ke Malaysia bagi mengisi peluang pekerjaan kepada belia dan anak-anak muda kita sekarang yang mana kita dapati hampir 500,000 graduan-graduan kita yang tidak lagi mempunyai pekerjaan? Jadi, itu soalan saya.
Apakah aktiviti selain daripada trade mission? Sekian.
Tuan Ignatius Dorell Leiking @ Darell Leiking
Terima kasih Ahli Parlimen- minta maaf, tidak nampak tadi. Terpaksa pakai glasses. Rendang...
[Disampuk] Yang Berhormat Pendang. Terima kasih. Minta maaf. Tahu-tahulah ini, mahu biasa sudah daripada this corner. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
MIDA dalam usahanya untuk menarik pelabur-pelabur ke Persekutuan Malaysia telah men-schedule-kan banyak usaha untuk memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Saya tahu maksud Ahli Parlimen itu tetapi kerajaan ini baru ambil alih dua bulan lalu dan kementerian pun baru ada Menteri dalam masa dua minggu dan kita akan membuat usaha yang terbaik untuk Persekutuan Malaysia dan saya jamin bahawa kita akan membincangkan ini selepas beberapa minggu. Saya akan memberikan penjelasan yang lebih mendalam kepada Ahli Parlimen Pendang dan Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, we shall meet Ahli Parlimen Pendang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi dengan itu selesai sudah sesi jawapan lisan untuk pagi ini.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Sebelum itu Ahli-ahli Yang Berhormat. Sebelum saya menjemput Ahli Yang Berhormat Sungai Petani bagi memulakan Ucapan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat semua agar menggunakan ruang masa sewaktu tempoh perbahasan ini dengan sebaik mungkin. Saya mencadangkan agar terutama sekali Yang Berhormat Sungai Petani diberikan masa dua jam sebagai pencadang usul. Boleh?
Seterusnya, diikuti Yang Berhormat Tampin sebagai penyokong usul diberi masa selama satu jam bagi berbahas ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Manakala, bagi Ketua Pembangkang pula saya mencadangkan satu setengah jam tempoh masa diberikan untuk berbahas. Selepas selesai ucapan pencadang dan penyokong usul serta Ketua Pembangkang, saya cadangkan agar setiap Yang Berhormat diberikan tempoh selama 30 minit untuk berbahas. Cukuplah saya ingat itu ya? Memadai.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sungai Petani bagi memulakan ucapan.
Sila Yang Berhormat.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Yang saya hormati, Tuan Yang di-Pertua. Marilah kita memanjatkan setinggi- tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana kita dapat bersua kembali dalam Dewan yang mulia ini. Selamat kembali kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat lama dan senior dan selamat datang kepada yang baharu menjadi Ahli Dewan.
Saya bangun, Tuan Yang di-Pertua, mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Pertama, Parlimen Keempat Belas semalam.
Tuanku dalam Titah Baginda menyebut dan memberi peringatan kepada beberapa perkara penting. Bahawa Tuanku berasa bangga dengan pasukan keselamatan, polis dan tentera dan semua yang terlibat dalam memastikan Pilihanraya Umum Ke-14 yang lalu berjalan lancar tanpa masalah yang besar yang boleh menggugatkan ketenteraman awam.
Sememangnya kita amat bertuah dilahirkan di bumi Malaysia ini, kerana rakyat kita walaupun berbilang kaum, agama, budaya dan latar belakang tetapi dapat hidup dengan penuh harmoni dan menghormati antara satu sama yang lain.
Walaupun ada percubaan oleh pihak-pihak tertentu, khususnya sahabat saya di sebelah sana yang sentiasa menggunakan sentimen perkauman dan agama bagi meraih undi, namun rakyat Malaysia amat bijak dan pintar...
[Tepuk] Mereka tidak termakan dengan cara dan taktik dan teknik kuno ini. Ada kawasan majoriti pengundi Melayu tetapi calon bukan Melayu dari Pakatan Harapan menang di situ. Ada kawasan majoriti bukan Melayu, calon Melayu dari Pakatan Harapan menang pula di situ.
Malah, peralihan kuasa daripada BN ke Pakatan Harapan berlaku dengan penuh sopan dan bertamadun. Walaupun di peringkat awal ada yang rasa curiga berkemungkinankah huru-hara akan berlaku, darah mungkin tumpah ke bumi. Namun, semua itu tidak terjadi. Rakyat Malaysia amat matang. Mereka tukar kerajaan seolah-olah menukar tikar getah dalam surau. Ditarik lembut, tidak koyak. Inilah rakyat Malaysia hebat dan dahsyat...
[Tepuk] Kita juga amat berbangga dengan pasukan keselamatan kita. Polis dan tentera yang menjunjung sumpah mereka, berkhidmat untuk Raja dan negara. Mereka memang wajib dipuji kerana menjalankan tugas mereka dengan penuh setia kepada Raja dan negara.
Mereka tidak tunduk kepada tekanan orang politik. Mereka sentiasa menunjukkan sikap, “We serve the government of the day”. Mana-mana kerajaan yang terbentuk akibat pilihan rakyat, itulah kerajaan yang mereka dukung. Syabas perwira-perwiraku...
[Tepuk] Kita sebagai pemimpin politik patut berasa bangga dengan apa yang terjadi. Pilihan kuasa sedamai ini jarang dinikmati di negara-negara lain dirantau ini. Perbalahan politik kadangkala melibatkan tentera dan polis dan ada yang menumpahkan darah dan nyawa terkorban. Saya yakin dengan pengalaman indah ini kita dapat simpulkan bahawa kita telah berjaya mendidik rakyat kita, khususnya anak-anak muda, menjiwai dan mempunyai sifat toleransi, penuh hikmah, we are learned and educated enough.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Minta laluan Yang Berhormat.
Jelutong. Di sebelah kiri Yang Berhormat.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya tidak...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Mengangkat tangan]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Okey. Bagi saya habiskan ya? Terima kasih. Penuh hikmah. Kita telah mencapai kelas tertinggi dalam proses pendemokrasian.
Amalan ini mesti dipertahankan. Sila Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat. Saya turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan, terutamanya pihak polis di dalam melaksanakan tugasan. Terutamanya semasa pilihan raya.
Pada masa yang sama, rakyat di luar sana tertanya-tanya sama ada pasukan polis akan bebas melaksanakan tugasan dan tanggungjawab mereka.
Kalau kita lihat sebelum ini, di bawah Kerajaan Barisan Nasional, Ketua Polis Negara sering kali seolah-olah diberi arahan, di kongkong untuk mengambil tindakan- tindakan terhadap Ahli-ahli Pakatan Harapan. Kita memerlukan satu syor bahawa Ketua Polis Negara yang berkhidmat sekarang dan juga yang akan berkhidmat pada masa akan datang akan mengikut the rule of law, mengambil tindakan-tindakan terhadap mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang. Ini adalah perkara yang perlu diberi perhatian dan saya minta ulasan Yang Berhormat di atas perkara ini. Terima kasih.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Itu saranan yang baik dan saya mohon apa juga yang disarankan oleh Yang Berhormat tadi dimasukkan sebagai sebahagian dari ucapan saya.
Terima kasih.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Yang Berhormat Sungai Petani, pencelahan.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Okey, Yang Berhormat Kapar. Silakan.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya ingin menyinggung daripada ulasan yang dibuat oleh Yang Berhormat Sungai Petani berkenaan dengan agenda reformasi atas tuntutan rakyat yang ingin melihat pemimpin hari ini berkiblat kepada sifatnya memegang amanah daripada perlembagaan dan janji yang perlu di laksanakan.
Daripada aluran itu, saya berfikiran bahawa jangan ada di kalangan kita yang cuba hendak melanggar perlembagaan dalam kepimpinan hari ini. Oleh sebab generasi muda sudah bangkit dan sedar betapa perlunya integriti kepimpinan itu sendiri dan memberikan kesan yang paling buruk dalam PRU Ke-14 ini apabila peralihan kuasa kerajaan yang baru dalam Pakatan Harapan.
Jadi, apakah Yang Berhormat Sungai Petani bersetuju dengan saya, tidak dibenarkan mereka yang cuba melanggar perlembagaan, membatasi susila dalam membicarakan soal rule of law yang membolehkan undang-undang itu dimiliki di tangan mereka sendiri dan memberi kuasa yang tidak ada locus standi yang cuba menjadi jaguh dalam kepimpinan yang baru ini. Apa pandangan Yang Berhormat Sungai Petani? Terima kasih.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ini satu saranan dan soalan yang cukup berat. Namun begitu, berikan saya masa untuk berfikir bagaimana hendak jawab soalan itu sementara saya baca teks saya. Terima kasih. Tuanku juga menyebut bahawa Yang Berhormat-Yang Berhormat dalam Dewan ini harus menggalas tugas dan titipan amanah yang diberikan dengan jujur dan penuh dedikasi. Yang Berhormat-Yang Berhormat hendaklah mengambil bahagian dalam perbahasan dengan penuh matang, idea yang sihat dan dapat merangsang dinamika berfikir, memberi cadangan, teguran dengan penuh berhemah dan bijaksana, penuh kesopanan dan bertatasusila.
Baginda mahu institusi Parlimen terus dihormati, dipandang tinggi oleh rakyat dan dunia luar. Ini satu teguran yang saya kira keras dari Baginda. Dalam sesi-sesi yang lalu, kita lalui saat-saat pahit di mana, Ahli-ahli Yang Berhormat bertikam lidah dengan menggunakan kata-kata kesat dan unparliamentary serta lucah! Malah, ada insiden di mana Ahli-ahli Yang Berhormat mencabar satu sama lain untuk bertumbuk di luar Dewan.
Seorang Ahli
Dahsyat.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
...Ada yang menggunakan orang luar datang ke kawasan Parlimen untuk memukul Ahli Parlimen. Ada, Ahli-ahli Yang Berhormat yang rasa jaguh, dia hebat, dia boleh maki dan cerca orang. Akan tetapi, bila dia kena maki, dia melenting. Pokoknya, kepada Ahli-ahli Yang Berhormat pagi ini, Parlimen bukan tempat untuk tunjuk hebat dan samseng. Ini Dewan yang mulia. Tempat kita membuat undang- undang yang akhirnya undang-undang yang kita luluskan itu akan menyentuh kehidupan rakyat jelata. Kita juga tidak terkecuali.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yang Berhormat Sungai Petani? Boleh saya just tanya?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Mana itu?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Satu soalan. Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Oh, silakan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah atas pelantikan Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi, adalah berkenaan amalan biasa yang terpakai pada persidangan-persidangan Parlimen yang lepas di mana kerajaan yang sekarang menjadi pembangkang adalah kerajaan pada masa itu. Kami semua tahu, satu Malaysia tahu, bukan sahaja satu Malaysia tetapi seluruh dunia tahu bahawa isu 1MDB iaitu isu yang paling panas dan masih paling panas. Kami dilarang oleh persidangan Parlimen yang dulu untuk membangkitkan isu 1MDB tersebut khususnya berkenaan penglibatan Yang Berhormat Pekan iaitu pada masa itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri penglibatan beliau di dalam skandal tersebut.
Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Sungai Petani sekarang apakah amalan yang akan dijadikan order of the day pada masa Kerajaan Pakatan Harapan yang baru ini dari segi perbahasan skandal 1MDB tersebut. Adakah Kerajaan Pakatan Harapan ini bercadang agar isu itu di-debate atau dibahaskan secara mendalam agar kita dapat mencapai satu- get to the bottom and the truth of it. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Sungai Petani?
Yang Berhormat Sungai Petani berkaitan sikit.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Okey, Yang Berhormat Bagan Serai.
Silakan.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua atas pelantikan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Sungai Petani, saya mahu bertanya, saya dengar Yang Berhormat Sungai Petani menghuraikan cerita orang kata-mengata, keji-mengeji, ajak tumbuk dalam dan sebagainya. Saya sebagai Ahli Parlimen yang baru pada sesi lepas, saya belajar dan melihat perangai ini.
Jadi, saya mahu tanya Yang Berhormat Sungai Petani, adakah perangai tidak senonoh ini ataupun “kurang ajar” ini akan diteruskan dalam sesi Parlimen Ke-14 ini? Saya berkata untuk kedua-dua belah pihak, sebab apabila mahu tanya soalan, tanya soalanlah!
Jangan panjang-panjang. Kalau berbahas, berbahaslah. Tidak payah kita tunjukkan emosi kebudak-budakan dan memalukan kredibiliti Ahli Parlimen Malaysia. Macam mana Yang Berhormat Sungai Petani?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor dan Yang Berhormat Bagan Serai. Sebenarnya jawapan kepada soalan kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor ada di dalam teks saya. Namun, saya mahu respons kepada Yang Berhormat Bagan Serai, kadang-kadang apabila seseorang itu menyuarakan pendapat dia, dan cara dia menyampaikan seolah-olah dia cuba menunjukkan personalitinya yang sebenarnya. Jadi sama ada uncultured ataupun ada sesuatu yang something is wrong dengan cara dia dididik ataupun cara dia melalui kehidupan dia.
Oleh sebab itu, saya kira, Ahli-ahli Yang Berhormat yang tunjuk samseng di Dewan ini sebenarnya menunjukkan sifat sebenar dirinya. He or she is uncultured. Tidak bertamadun. Dalam dunia yang semua maklumat di hujung jari, perlakuan-perlakuan Yang Berhormat di sini ditonton oleh dunia luar. Rakyatlah yang akan mengadili kita. Hari ini kita di atas, kita rasa kita hebat. Akan tetapi rakyat benci dan meluat pada kita. Akhirnya, rakyat hukum kita. Rakyat humban kita. Kita tersungkur. Itu adalah realiti kehidupan
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Sungai Petani, saya minta pertanyaan sikit. Yang Berhormat Jelutong, sebelah kiri.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Berkenaan dengan saranan yang dibuat oleh Yang Berhormat, perkara-perkara yang telah berlaku di kawasan perkarangan Parlimen. Kita masih lagi ingat dua kejadian insiden yang begitu terpahat di dalam minda saya. Pertama, adalah kejadian mantan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Yang Berhormat Karpal Singh yang telah diserang di perkarangan Parlimen.
Kedua, adalah kejadian yang menimpa Yang Berhormat Shah Alam juga berlaku di perkarangan Parlimen. Apakah pandangan Yang Berhormat sama ada perkara-perkara itu perlu disiasat dan tindakan perlu diambil? Kalau kita ingin memperkukuhkan institusi Parlimen, menghantar mesej bahawa perkara-perkara ini tidak boleh berlaku pada bila-bila masa. Sepatutnya, adakah tindakan-tindakan diambil kepada pihak yang terlibat Yang Berhormat? Terima kasih.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Seingat saya, tindakan telah pun diambil ke atas kedua-dua insiden tersebut. Oleh yang demikian mungkin peringatan kita di sini ialah supaya kejadian sebegini tidak berulang lagi.
Ini kerana kita harus ingat, apa juga yang kita sebut, apa juga yang kita telah lakukan dalam Parlimen ini akan tercatat di dalam lembaran-lembaran sejarah dan ianya tidak mungkin akan terpadam untuk generasi akan datang. So, untuk itu saya menyarankan kepada diri saya dan juga kepada teman-teman yang lama ataupun yang baru, ingatlah, you are being watched.
Kita sedang diperhatikan.
Tuanku telah...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya minta maaf Yang Berhormat Sungai Petani, boleh saya just- saya mahu tanya soalan yang berbangkit daripada isu yang ditimbulkan oleh rakan saya dari Yang Berhormat Jelutong berkenaan dengan dua insiden yang berlaku tersebut. Satu kes yang melibatkan mantan MP dari Bukit Gelugor, the late Karpal Singh. Itu adalah satu perkara yang berlaku di perkarangan, di luar di mana seorang wheelchair bound, a wheelchair bound Member of Parliament was attacked dengan izin, Tuan Yang di-Pertua by uncouth, uncivilized, UMNO Youth Members. Uncouth, uncivilized UMNO Youth Members. They are here today. Mana? UMNO Youth? Where is the UMNO Youth Chief? Mana dia?
Saya dengar Tuan Yang di-Pertua, pada masa itu seorang- no, hold on. Di atas, wheelchair, diserang bukan oleh seorang, tetapi at least five to ten UMNO Youth gangsters.
Gangsters! I will repeat that word. Saya dengar kawan-kawan, pada masa itu UMNO Youth Chief, what did he do? What did he do? Beliau memberikan slap on the wrist, dengan izin, kepada gangsters tersebut.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
So, soalan saya sekarang, Tuan Yang di-Pertua, adakah Parlimen sebagai sebuah institusi yang berperlembagaan di bawah satu kerajaan baru, Pakatan Harapan ini akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap gangsters dari UMNO Youth tersebut?
Memandangkan kerajaan yang lepas, di bawah Barisan Nasional tidak berani berbuat demikian, apakah pandangan Yang Berhormat Sungai Petani? Terima kasih.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Sungai Petani, tanya sikit?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Bagi saya jawab Yang Berhormat Jelutong, nanti saya berikan, Yang Berhormat Lenggong sebentar lagi. Oleh sebab itu saya menyarankan, supaya pihak- yang pertama sekali kita, Ahli-ahli Dewan, mesti mengikut peraturan-peraturan yang telah pun ditetapkan.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Kedua, apabila kita masuk ke Dewan ini, kita bersumpah yang kita akan menjunjung Perlembagaan, bahawa kita akan berkhidmat kepada rakyat. Kita akan taat kepada semua undang-undang yang kita sendiri luluskan. Oleh sebab itu, adalah suatu mockery, kalau kita yang duduk dalam ini, kita tidak ada behave diri kita.
Manakala kedua, saya juga meminta pihak keselamatan di Dewan ini memperketatkan procedures agar mereka yang boleh masuk, keluar mesti dipantau supaya kejadian-kejadian pagi ini tidak lagi berulang. Walaupun kita anggap perkara ini kecil, kononnya satu pergaduhan kecil tapi sebenarnya ia memberikan implikasi yang cukup buruk bukan sahaja kepada anak-anak kita di luar tetapi juga di dunia luar. Silakan, Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Petani. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tahniah semoga dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan seadil-adilnya.
Saya bersetuju rule of law, saya bersetuju usul untuk mengangkat dan meletakkan Parlimen ke tahap yang cukup baik. Itulah yang kita lakukan sewaktu kita menjadi kerajaan dan semangat itu diteruskan pada hari ini. Kita menyokong. Kita menyokong juga apabila rakan-rakan tadi menyebut bahawa bila kita di dalam Parlimen ini, kita harus menunjukkan kredibiliti, kebijaksanaan dan bercakap berhemah. Malangnya, Yang Berhormat Jelutong dan rakan-rakan tadi sudah memulakan provokasi dan tidak melaksanakan sebagaimana yang dia sebut di awal tadi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Sudah menyebut kisah-kisah lama yang sepatutnya kita tinggalkan kerana kita hendak bawa lembaran baru.
Kalau semangatnya begitu, jangan memulakan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kita menuntut keadilan untuk mantan Karpal Singh. Kita menuntut keadilan.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Nanti sekejap. Nanti. This is my floor, sabar-sabar. Sabar lah. Sabar lah. Duduk dulu!
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ah! Inilah contoh-contoh yang samseng!
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Kalau you kata mahu ikut rule of law, you ikut peraturan- you duduk dulu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Individu-individu yang terlibat tidak duduk lagi- mereka patut duduk di mahkamah.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Ini ruang diberikan kepada saya.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ini floor saya.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini menunjukkan dia baru hendak jadi samseng lah.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Baik, sekejap.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ini floor saya. Kalau hendak bagi peluang saya suruh duduk dua-dua.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
...Sekejap, satu poin sahaja lagi.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Okey.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Oleh kerana, kita mahu angkat kredibiliti. Saya sokong, amat sokong sebab itulah kita bukan tidak menghormati atau tidak menyokong pelantikan Tuan Yang di-Pertua Speaker, amat sokong dan kita tahu integriti dan kehebatannya. Kita hendak jaga bekas hakim.
Oleh sebab itu, tindakan kita pada hari pertama bukan untuk menunjukkan kita tidak ada kredibiliti. Kita hendak memberi mesej kepada rakyat bahawa kalau kerajaan baharu ini mahu mematuhi peraturan, ikutlah peraturan yang sepatutnya bagaimana proses mahu melantik Yang di-Pertua Dewan. Itu mesej yang hendak kita bagi kepada rakyat.
Langkah pertama sudah tidak diikut. Apakah itu menunjukkan bahawa kerajaan ini adalah kerajaan rule of the law? Yang Berhormat Kuala Langat nanti. Bagi Yang Berhormat Sungai Petani jawab dulu.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh saya diberi laluan?
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Yang Berhormat Sungai Petani minta pencelahan. Yang Berhormat Sungai Petani, belakang.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yang Berhormat Sungai Petani, boleh memberi kebenaran?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya beginilah...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Just- sekejap sahaja.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Okey, one minute.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Just- less than that.
Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Lenggong. I think the first thing to note adalah Yang Berhormat Lenggong tidak menafikan bahawa UMNO Youth adalah gangsters. Itu adalah...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Saya tidak menyebut, tidak ada perkataan tersebut Yang Berhormat...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
No, no hold on. Hold on. Saya belum habis...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat tolong tarik balik.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
It’s my floor, saya belum habis. Please, sit down. Duduk.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tidak ada saya sebut, saya katakan bahawa UMNO itu gengster, tidak ada Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Mana boleh sebut.
Perkataan-perkataan gengster.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tolong! Jangan masuk dalam Hansard. Jangan menuduh, apa yang saya tidak sebut.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya belum habis, Yang Berhormat Lenggong saya belum habis. You can reply later.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tidak ada, saya tidak sebut.
Tolong tarik balik.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Perkataan- perkataan gengster.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Saya tidak sebut.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ini laluan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ini laluan Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat duduk.
Ini floor Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ya, finish off please. Your last sentence.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, apa yang timbul pada masa lalu adalah perlu untuk kami timbulkan sekarang.
Oleh kerana kita perlu memperbaiki apa-apa masalah yang telah pun berlaku sebelum ini. Kalau Yang Berhormat Lenggong is right, that means semua kesalahan Barisan Nasional kita tidak akan revisit- mana boleh? Are you trying to say that? Are you trying to say that we cannot rectify the mess that you all created for the past 60 years? Sudah tentu Tuan Yang di-Pertua, kita perlu membahaskan semua perkara yang berlaku sebelum ini. Apa pandangan, Yang Berhormat Sungai Petani? Terima kasih.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Sungai Petani, boleh?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
No, sekejap lagi. Sat lagi. Sat lagi.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Point of Order 36, Tuan Yang di-Pertua.
Alhamdulillah, syor-syor untuk memurnikan amalan dalam Dewan ini memang insya-Allah kita alu-alukan. Akan tetapi, seperti mana termaktub dalam 36(1), (2), (3), (4), (5) dan pecahan dengan jelas menyebut. Tidak dibenarkan mengeluarkan perkataan menyakitkan hati, bahasa yang tidak sewajarnya, menuduh, buruk sangka sesama ahli- Ketua Pembangkang yang bekas Menteri dirujuk sebagai gengster dan sebagainya. Kita bercakap bunyi macam cantik tetapi bahasa kita tidak sopan, Tuan Yang di-Pertua.
Saya cadangkan Yang Berhormat tarik baliklah bahasa tidak sopan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta Yang Berhormat tarik balik perkataan “samseng” dari sebelah sana.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh saya- since ini diajukan kepada saya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat juga tarik balik perkataan “samseng” yang dikeluarkan tadi- Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Sungai Petani, bagi sikit Yang Berhormat Sungai Petani.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tarik balik- kurang sopan.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Sungai Petani, setengah minit sahaja Yang Berhormat Sungai Petani.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Halau dia.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Memandangkan peraturan itu diajukan terhadap saya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tarik balik perkataan samseng, Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak benarkan pencelahan. Kalau begini saya tidak akan benarkan pencelahan.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Hai! Tidak ada kebebasan bersuara nampak?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya hendak proceed. Saya hendak proceed.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Sungai Petani macam tidak mahu bagi kebebasan bersuara nampak?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ini adalah floor Yang Berhormat Sungai Petani.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Akan tetapi point of order diajukan kepada saya.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak ada kebebasan bersuara sudah.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya akan bagi.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan mesyuarat, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila duduk kecuali, Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat Yang Berhormat. 36(4), Yang Berhormat.
Yang Berhormat Sungai Petani, saya mohon. Peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, 36(4) dengan jelas menyatakan bahawa adalah menjadi kesalahan bagi ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan, biadab.
Yang Berhormat Ketereh sudah sebut perkataan-perkataan yang perlu ditarik balik.
Jadi saya minta Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua membuat ruling apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ketereh dan apa yang saya sebut sebentar tadi 36(4) Yang Berhormat yang lain, yang telah menyebutkan perkataan yang biadab, perlu tarik balik Yang Berhormat. Saya minta ruling.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Kena buat ruling Yang Berhormat, tidak boleh biarkan begini. Yang Berhormat Sungai Petani, saya sedang berurusan dengan Timbalan Yang di-Pertua.
Peraturan mesyuarat, Yang Berhormat. Saya belum lagi mencelah, Yang Berhormat.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Kuala Krau ajukan pada saya kah atau kepada Speaker kah?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Speaker.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, peraturan. Saya juga...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, minta- saya faham.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, mana boleh ruling belum dibuat, Yang Berhormat sudah bangun, Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Atas peraturan yang sama.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat perlu buat ruling dulu, Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, saya minta semua duduk. Yang Berhormat “Lenggeng” telah menyebutkan peraturan dan Yang Berhormat Bukit Gelugor memang ada menyebutkan perkataan tersebut. Saya minta supaya reframe, dengan izin, untuk menarik perkataan-perkataan yang kurang sopan.
Jadi saya serahkan kepada Yang Berhormat Sungai Petani- yang lain duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, peraturan.
Saya gunakan peraturan yang sama. Saya minta Yang Berhormat Kinabatangan tarik balik perkataan samseng.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Macam mana saya hendak tarik Tuan Yang di-Pertua, dia memang samseng pun.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau] Yang Berhormat, kena buat ruling Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat saya minta beliau tarik balik perkataan “samseng”...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat kena buat ruling untuk menjaga keharmonian, kemuliaan Dewan ini Yang Berhormat.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, boleh saya jelaskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Minta Yang Berhormat Bukit Gelugor teruskan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Sungai Petani, saya minta Yang Berhormat Bukit Mertajam tarik balik Yang Berhormat.
Perkataan ‘saya tarik balik’ Yang Berhormat, perkataan itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya juga minta Yang Berhormat Kinabatangan tarik balik perkataan “samseng”.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Minta Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Lenggong...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta Yang Berhormat Kinabatangan tarik balik perkataan “samseng”.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat saya sedang berurusan dengan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua- Yang Berhormat saya minta ruling, tarik balik perkataan tersebut.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Kuala Krau, Tuan Yang di-Pertua telah membuat ruling tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya sudah kata ini adalah floor Yang Berhormat Sungai Petani. Silakan Yang Berhormat Sungai Petani teruskan, yang lain...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ini peraturan mesyuarat Yang Berhormat, 36(4) Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya tahu.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat, dia menuduh pemuda UMNO samseng, minta tolong tarik balik.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Speaker kena buat ruling- tarik balik Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Dia menuduh pemuda UMNO samseng. Minta tarik balik.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya minta ruling Yang Berhormat...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Kalau kita hendak angkat kredibiliti Parlimen, tolong dia tarik balik perkataan “Pemuda UMNO samseng”. Minta tolong, minta tolong...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Pemuda UMNO...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, duduk, duduk...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tidak, Pemuda UMNO...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Minta tolong tarik balik, tarik balik.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh saya jawab?...
[Dewan riuh]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat telah pun membuat ruling supaya reframe.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya follow, saya mahu...
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tidak apa, duduk.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Yang Berhormat Bukit Gelugor duduk. Yang Berhormat Bukit Gelugor duduk dahulu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Bukit Gelugor, Peraturan Mesyuarat 36(4) Yang Berhormat.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Let me clarify.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan 36(4) Yang Berhormat, minta Yang Berhormat Bukit Gelugor tarik balik perkataan ‘gengster’, Yang Berhormat.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Can I, can I clarify just- tadi saya ajukan perkataan...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya minta perkataan itu ditarik balik Yang Berhormat.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Can I clarify?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Bukan ada alasan- alasan tertentu. Tarik balik Yang Berhormat. Saya minta ruling, perkataan tersebut ditarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Kita minta ulasan daripada...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya tidak pernah panggil UMNO Youth Chief gangster. I did not say that. I never said that Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
I said the parties who came to Parliament that day and action like that, were gangsters.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, Yang Berhormat, 36(4) Yang Berhormat, tidak menuju kepada siapa-siapa. Perkataan biadab Yang Berhormat tidak perlu menuju kepada sesiapa.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Apa baca?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Baca betul-betul 36(4).
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Did you see what happened outside?..
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, Yang Berhormat kena baca Yang Berhormat. Baca dulu 36(4), tidak perlu merujuk kepada sesiapa perkataan biadab Yang Berhormat.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Come on-lah. Get out...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tarik balik Yang Berhormat, tarik balik. Tarik balik Yang Berhormat.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Apa tarik balik?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya mohon Tuan Yang di-Pertua minta Yang Berhormat Bukit Mertajam tarik balik Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ini ada dalam YouTube.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan ucapan saya...
[Dewan riuh]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tolong Tuan Yang di-Pertua, boleh saya teruskan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Teruskan Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya gunakan 36(4), tarik balik Yang Berhormat.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Get out.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuanku telah bertitah kepada kita Ahli- ahli Dewan wakil kepada 32 juta rakyat di luar sana.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, saya tidak akan duduk Yang Berhormat selagi Tuan Yang di-Pertua tidak buat ruling, saya tidak akan duduk Yang Berhormat.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ini bukanlah saranan...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, saya gunakan peraturan 36(4) Yang Berhormat. Yang Berhormat Sungai Petani orang yang setia...
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat, orang sudah kata Tuan Yang di-Pertua sudah ruling. Tuan Yang di-Pertua sudah ruling, Tuan Yang di-Pertua sudah ruling supaya saya teruskan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
...Yang faham peraturan mesyuarat, bila saya bangun untuk Peraturan Mesyuarat 36(4). Minta tarik balik Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ruling Speaker adalah final.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, 36(4) minta tarik balik Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua sudah ruling untuk saya teruskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya sudah ruling. Yang Berhormat Kuala Krau duduk dahulu.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
It is a ruling, it is a ruling.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Okey Yang Berhormat. Kita sama-sama duduk, kita sudah dengar Timbalan Speaker buat ruling.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Buat ruling duduklah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Speaker sudah buat ruling. Jadi ruling-nya...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Beruas duduk dahulu.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Duduk dahululah. Yang Berhormat Beruas, duduk Yang Berhormat Beruas. Biar Speaker ruling...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Kita sama-sama dengar dengan hormat. Duduk, duduk Yang Berhormat. Duduk dahulu Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Speaker sudah buat ruling… [Rakaman kurang jelas] ...Samseng.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Duduk dululah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Beruas. Ruling saya, saya minta Yang Berhormat Sungai Petani teruskan...
[Dewan riuh]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Ikut peraturanlah.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tidak boleh, tidak boleh, tidak boleh. Peraturan 36(4). Kalau saya keluarkan perkataan, perkataan ‘samseng’ boleh Yang Berhormat?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuanku telah bertitah kepada kita Ahli- ahli Dewan, wakil kepada 32 juta rakyat di luar sana. Ini bukanlah satu perkara biasa tetapi perkara-perkara penting yang mesti menjadi panduan untuk...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Sungai Petani. Peraturan mesyuarat, Yang Berhormat Sungai Petani. Peraturan mesyuarat, Yang Berhormat Sungai Petani. Yang Berhormat Sungai Petani, saya bangun untuk peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat Yang Berhormat, peraturan mesyuarat, sila duduk. Peraturan mesyuarat kena bagi Yang Berhormat, tidak boleh tolak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Diam, diam, diam. Saya buat ruling...
[Mengetuk tukul] Saya minta...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Sabarlah. Hari pertama sahaja.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan mesyuarat kena benar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Faham. Saya faham.
Saya ada baca, dulu ada buku ini, saya faham.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua sudah buat ruling. Tuan Yang di-Pertua sudah buat ruling. Ikut ruling...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya punya ruling...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ikut ruling, ikut ruling. Tolong ikut peraturan. Speaker sudah buat ruling.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Dengar ruling saya.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Duduk. Speaker sudah buat ruling. Apa ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Duduk dulu, duduk dulu.
Ini peraturan mesyuarat...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Duduk Yang Berhormat, peraturan mesyuarat Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, saya tidak mahu benda ini berpanjangan, saya minta kedua-dua untuk tarik balik, Yang Berhormat Bukit Gelugor dan juga Yang Berhormat Kuala Krau.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ya, tarik balik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tarik baliklah, kena sebut. Sebutlah bangunlah tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kuala Krau dan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kinabatangan tarik balik dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Yang Berhormat Bukit Gelugor. Sila Yang Berhormat Bukit Gelugor...
[Disampuk]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
You hendak dengar kah atau apa? Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya perlu menyatakan di sini bahawa saya berpendapat dan saya masih pegang pada pendapat saya tersebut bahawa ahli-ahli UMNO Youth yang masuk ke dalam Dewan Rakyat...
[Disampuk] Mahu dengar kah atau tidak mahu dengar? Bukan UMNO Youth Chief tetapi ahli-ahli UMNO Youth yang masuk ke dalam Dewan dan menyerang mendiang Karpal Singh itu memang gengster, memang berperangai gengster. That is nothing unparliamentary about it, I merely stating a fact. Ini adalah hakikatnya. Apakah kita tidak boleh terima hakikatnya? Saya tidak boleh. Saya minta maaf dalam keadaan tersebut with the greatest of respect, saya tidak dapat menarik balik perkataan itu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, 36(4) Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, perkataan-perkataan biadab tidak perlu ditujukan kepada seseorang tetapi menggunakan perkataan-perkataan biadab Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, peraturan, peraturan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tunggu, tunggu.
Saya dalam peraturan mesyuarat. Kalau Tuan Yang di-Pertua bagi ruling boleh benarkan perkataan-perkataan biadab, jangan kenakan tindakan kepada pihak kami jika kami menggunakan perkataan-perkataan biadab juga kepada mereka...
[Tepuk] Ini ruling yang kami minta Yang Berhormat. Adakah perkataan-perkataan biadab Tuan Yang di-Pertua buat ruling hari ini dibenarkan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya tidak benarkan perkataan yang tidak sopan...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Kalau tidak benarkan, minta Yang Berhormat supaya tarik balik, tarik balik...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
[Mengetuk tukul] Sekejap, sekejap. Minta duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, dengan izin biar atas peraturan. Perkataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor tidak dikeluarkan terhadap mana-mana ahli tetapi Ahli Yang Berhormat Kinabatangan mengeluarkan perkataan terhadap saya... [Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Lu siapa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Duduklah dulu, peraturan.
Dengar peraturan saya, dengar peraturan...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Lawyer boleh buat suka hati.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dengarlah saya dahulu, dengar saya dahulu atas peraturan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...You sit down...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya pohon 36(4) bukan 36(6). Saya pohon 36(4), bukan 36(6). Faham? Baca betul-betul dulu. Baca dulu. Tuan Yang di-Pertua, buat ruling.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, perkataan Yang Berhormat Bukit Gelugor tidak dikeluarkan terhadap mana-mana Ahli di dalam Dewan, tetapi Yang Berhormat Kinabatangan panggil saya samseng. Yang Berhormat Kinabatangan panggil saya samseng, dia kena tarik balik...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Ketereh, bagi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, saya minta Yang Berhormat Bukit Gelugor tarik balik.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ya, tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Demi perbahasan, saya minta Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tarik balik, tarik balik. Kalau tidak halau keluar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Perkataan “gengster”.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Ya, ya, tidak apa.
Saya minta Yang Berhormat Bukit Gelugor...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Duduk, duduk, duduk.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Minta tarik balik. Kalau tidak kita jadikan ini rujukan untuk kita juga mengatakan perkara yang sama. Presiden, minta tolong dia tarik balik perkataan yang dia sebut terutamanya tuju kepada siapa.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, Kota Melaka Tuan Yang di-Pertua. Minta laluan Tuan Yang di-Pertua. Kota Melaka, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Gelugor tidak boleh tidak patuh arahan Speaker. Tuan Yang di-Pertua, tindakan selanjutnya terus halau Yang Berhormat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Yang Berhormat Kota Melaka, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebelum Tuan Yang di-Pertua membuat keputusan Tuan Yang di-Pertua, kita harus ingat perasaan Yang Berhormat Bukit Gelugor Tuan Yang di- Pertua. Kita harus, kita harus fikir daripada segi Yang Berhormat Bukit Gelugor Tuan Yang di-Pertua...
[Dewan riuh]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kita cuba bayangkan kalau ayah kita diserang, bagaimana perasaan kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Ketereh, sila Yang Berhormat Ketereh. Saya minta Yang Berhormat Ketereh, sila.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita semua ini Ahli Yang Berhormat, kita ada masalah rakyat yang besar. Tolong hormat kepada Tuan Yang di-Pertua setelah Tuan Yang di-Pertua membuat ruling. Kalau ruling tidak dipatuhi, Tuan Yang di-Pertua kena membuat ruling selanjutnya terhadap keingkaran terhadap Tuan Yang di-Pertua. Kita merugikan masa Yang Berhormat Sungai Petani.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Kalau kita ada hal urusan berlaku di luar Dewan, kita ada undang-undang, kita ada peguam. Jangan kita buang masa di sini. Tolong patuh kepada apa yang telah Tuan Yang di- Pertua putuskan. Boleh diselesaikan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh saya address?
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
We have to move on.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila. Minta Yang Berhormat Ketereh duduk.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh saya address?
Seorang Ahli
Apa address? Tarik balik.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tarik balik sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ya, sila Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Tunggulah. Bagi dia hendak bercakap.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Are you going to listen or not? Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan tadi...
[Dewan riuh]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Seperti yang saya katakan tadi, Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya nyatakan adalah hakikatnya.
Sekiranya Dewan ini mengambil keputusan untuk menghalau saya, bagilah mesej kepada seluruh dunia bahawa kelakuan UMNO Youth itu bukan gangster like. By all means, go ahead, send out that messages to the world. *Let’s all watch YouTube tomorrow, send that messages out to the world.
But if- I am respectfully,* saya dengan segala hormatnya, Tuan Yang di-Pertua, I respect the chair. Saya menerima apa-apa keputusan daripada Tuan Yang di-Pertua, tetapi dengan segala hormatnya, with the greatest of respect, saya tidak dapat menarik balik perkataan saya itu. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 43.
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 43.
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Peraturan Mesyuarat 36(4).
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Peraturan Mesyuarat 43, Tuan Yang di-Pertua. Sebarang keputusan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua adalah keputusan yang muktamad...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya bagi peluang Yang Berhormat Kapar bercakap. Silakan Yang Berhormat Kapar.
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin mendefinisikan secara detail apa yang dimaksudkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Bukit Gelugor...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Dalam peraturan mesyuarat...
[Dewan riuh]
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Tunggu dahululah. Saya hendak bercakap.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Bukit Gelugor tidak menyebut mana-mana ahli di sana.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat sudah buat keputusan.
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Saya hendak bercakap Peraturan Mesyuarat 36(4)...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat sudah buat keputusan tidak ada- Tuan Yang di-Pertua sudah buat keputusan. Tuan Yang di- Pertua sudah buat keputusan, tidak ada penjelasan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Gelugor tidak menyatakan mana-mana ahli di sana.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Suruh tarik balik, Yang Berhormat.
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Sudah menjadi kesalahan sebagai Ahli-ahli Dewan menggunakan bahasa yang kurang sopan...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Sila ambil tindakan, Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Mesyuarat 43, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Peraturan Mesyuarat 43, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Saya minta Tuan Yang di-Pertua untuk menghalau Ahli Yang Berhormat daripada Bukit Gelugor.
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Kategorinya apa? Apakah kategori itu kita benarkan? Maksud Yang Berhormat Bukit Gelugor itu, perbuatan mereka adalah perbuatan yang tidak sopan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tidak boleh. Yang Berhormat Bukit Gelugor...
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Ini maksud Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Bukit Gelugor ingkar dengan perintah yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor bahawa ini tidak boleh diamalkan dalam Dewan yang mulia ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik Yang Berhormat Kapar...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Peraturan Mesyuarat 43, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya bagi peluang satu lagi. Seorang lagi, yang lain duduk.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Tuan Yang di-Pertua, sekarang bukan masa untuk kita hendak membuat pandangan tentang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor sebab Tuan Yang di-Pertua sudah pun membuat keputusan, sudah pun membuat ruling. Bukan masa untuk bincang salah atau tidak salah. Tuan Yang di-Pertua buat ruling.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih.
Duduk Yang Berhormat Bera.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Saya harap Tuan Yang di-Pertua menggunakan kuasa yang diberikan di bawah perkara 44(1), perkara 44(3) iaitu kuasa muktamad pengerusi ataupun Tuan Yang di-Pertua dan keduanya menggunakan kuasa untuk di bawah perkara 44(1) untuk mengambil tindakan kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya minta...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya buat ruling. Saya tadi minta penjelasan daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor, tetapi oleh sebab...
[Disampuk] This is perbahasan...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua sudah buat ruling.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat kena respect...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat sudah buat ruling, Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua sudah buat ruling. Tuan Yang di- Pertua sudah buat ruling minta Yang Berhormat Bukit Gelugor tarik balik. Sudah buat ruling, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, saya nak buat ruling yang baru...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Kita tengok Hansard, Tuan Yang di-Pertua. Kita tengok Hansard, Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya bagi ruling saya bagi warning kepada...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
No! Tidak ada.
Tidak ada.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tidak boleh. Tidak boleh. Tidak boleh...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya hendak bagi warning.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ini bukan main bola. Mana boleh! Tidak boleh! Tuan Yang di-Pertua, P.M. 43.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya bagi amaran kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya bagi amaran...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan 43...
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ambil tindakan halau keluar. Tuan Yang di-Pertua, ambil tindakan halau keluar. Halau! Halau! Halau! Halau!
Halau keluar, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya bagi amaran kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua halau keluar, Tuan Yang di-Pertua. Tidak boleh, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tidak boleh. P.M. 43 tidak boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya bagi warning.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tidak ada, Tuan Yang di-Pertua. P.M. 43, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua dengar, mereka ini...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan 43 Tuan Yang di-Pertua. Peraturan 43, Tuan Yang di-Pertua. Peraturan 43, Tuan Yang di-Pertua.
Peraturan 43, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Out! Out!
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Warning Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya minta semua duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, semua duduk! Semua duduk!...
[Mengetuk tukul] Saya minta...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tolong hormatilah ruling Speaker...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, ikut peraturan dalam buku. Ikut peraturan dalam buku. Bukan begini cara. Dalam buku. Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Peraturan 43, ruling Speaker final. Kalau tidak suka, bawa usul.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Okey, sila. Saya minta ini floor Yang Berhormat Sungai Petani. Ahli yang lain duduk, yang lain duduk.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, ikut peraturan dalam buku ini, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua, adakah ini suatu precedence? Adakah ini suatu precedence, Tuan Yang di-Pertua?
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Ikut peraturan dalam buku, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, ikut peraturan dalam buku.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Minta duduk. Saya sudah bagi warning, amaran kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Ini tidak ikut peraturan dalam buku.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Adakah ini satu precedence?
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, ikut peraturan.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Adakah ini satu precedence? Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bangun lagi tadi, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya, ruling Tuan Yang di-Pertua apabila ahli tidak mematuhi arahan itu amaran, adakah ini satu precedence masa akan datang? Sila jawab, adakah ini precedence, adakah ini precedence?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Kalau tidak setuju dengan ruling Tuan Yang di- Pertua, bawa usul. Ikut peraturan. Tuan Yang di-Pertua sudah buat ruling, keputusan dia muktamad. Kalau tidak setuju, bawa usul. Ikut peraturan. Bawa usullah kalau tidak setuju dengan ruling.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya serahkan kepada floor...
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Yang Berhormat Sungai Petani yang cakap. Yang Berhormat Sungai Petani, yang lain duduk.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Semua ini kawan saya. Mereka ini hendak buli sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya tahu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya tahu, saya tahu.
Saya faham.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Come on-lah. Saya kenal mereka Tuan Yang di-Pertua. Saya kenal. Semua ini saya kenal. Jangan cakaplah.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Niat jahat itu. Itu P.M. 36(6). Itu sudah niat jahat itu.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya kenal.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Mana ada buli Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya kenal semua ini. Saya bukan junior.
Saya bukan junior, saya kenal. Oleh sebab itu, Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya minta semua duduk! Saya minta semua duduk.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya teruskan, Tuan Yang di-Pertua.
Saya teruskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Teruskan Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya teruskan, Tuan Yang di-Pertua.
Kalau mereka tidak mahu dengar...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tuan Yang di-Pertua tidak betul. Tuan Yang di-Pertua tidak betul.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuanku telah bertitah kepada kita Ahli- ahli Dewan, wakil rakyat kepada 30 juta rakyat di luar sana. Ini bukanlah saranan biasa tetapi perkara-peraka penting yang mesti menjadi ingatan dan panduan kita semua...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tidak betul. Peraturan mesyuarat.
Keputusan Tuan Yang di-Pertua muktamad.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya buat keputusan...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Keputusan Tuan Yang di-Pertua muktamad.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Supaya rakyat yang memilih kita minta kita laksanakan tanggungjawab yang telah diberi ini dengan sempurna dan...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Keputusan Tuan Yang di-Pertua muktamad, tidak boleh tarik-tarik, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Keputusan saya muktamad. Saya beri floor kepada Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada Tuan Yang di-Pertua ke Dewan yang mulia ini...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan 43.
Peraturan 43.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Peraturan ini...
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Untuk lima tahun yang akan datang...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Peraturan 43.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
...Dato’ akan hadapi masa tenang dan gelora yang amat dahsyat...
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Macam manalah ini. Yang Berhormat Sungai Petani ini pun, aduh...
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Walaupun Dato’ orang baru, bukan politikus, saya yakin dengan wibawa, pengalaman dan pengetahuan-pengetahuan Tuan Yang di-Pertua dalam arena undang-undang, Dato’ akan layari bahtera ini dengan jayanya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
You kena ikut point of order, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Dalam Dewan ini- saya ulang, Tuan Yang di-Pertua. Dalam Dewan ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Teruskan Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya ulangi, Tuan Yang di-Pertua. Dalam Dewan ini ada good, bad and the ugly. Kami semua...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, guna peraturan, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua tidak ikut peraturan. Minta tolong ikut peraturan, Tuan Yang di-Pertua. Ikut peraturan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan, Tuan Yang di-Pertua. Peraturan mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua. Peraturan mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua. Ikut peraturan, Tuan Yang di-Pertua. P.M. 43, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua tidak ikut peraturan. Ikut peraturan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ikut peraturan, Tuan Yang di-Pertua. Ikut peraturan, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua mesti ikut peraturan. Ikut peraturan.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Ada perkataan kurang sopan atau kelakuan kurang sopan! Pergi di luar, buat PC!
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Rule of the law. Kalau rule of the law, ikut peraturanlah.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ikut peraturan. Rule of the law, bukan law of jungle. Rule of the law.
Seorang Ahli
Jangan jadi rule of jungle.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jangan rule of jungle. Rule of law.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat.
Beberapa Ahli
Rule of law! Rule of law! Rule of law!
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ikut peraturan.
Beberapa Ahli
Rule of law! Rule of law!
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Rule of law, bukan rule of jungle. Ikut peraturan, ikut peraturan. Kalau Speaker sendiri tak ikut peraturan, hancurlah Dewan kita ini.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya buat keputusan saya sambung, saya sambung Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Bukan soal sambung...
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin ucapkan...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Inikah kerajaan baru, ini kah negara baharu, negara baharu begini keadaan, susahlah...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, saya mintak Yang Berhormat semua duduk kecuali ini floor dari Yang Berhormat Sungai Petani.
Kalau siapa tak duduk saya haramkan, semua yang bising semua keluar.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Ikut peraturan Tuan Yang di-Pertua 43, 44. Ikut peraturan.
Seorang Ahli
Saya kata saya banyak kali Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tuan Yang di-Pertua, ikut peraturan, Tuan Yang di-Pertua you saksikan ini.
Dr. Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Ahli-ahli Yang Berhormat, Allah berfirman...
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Tak boleh! Kenapa tak tau yang sana, tak halau sana. Halau sana dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta duduk. Ini adalah floor Yang Berhormat Sungai Petani, sila Yang Berhormat Sungai Petani... [Dewan riuh]
Dr. Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Pegang teguh kepada tali Allah, jangan kamu berpecah belah.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat, peraturan mesyuarat, Yang Berhormat.
Dr. Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Yang Berhormat, anak-anak kita memandang perangai kita, anak-anak kita di belakang memandang perangai kita.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tak kisah!
Dr. Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Adakah kita marah orang cakap samseng tetapi kita berperangai samseng di sini. Sila hormati anak-anak kita di belakang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya, sila hormati.
Dr. Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Lihat perangai kita sekarang ini dan menghalang Yang Berhormat Sungai Petani untuk menjalankan ucapan.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menjalankan kudrat selama 10 tahun.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tak boleh! Kena buat keputusan. Kena buat keputusan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Duduk, duduk.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan mesyuarat Yang Berhormat, peraturan mesyuarat Yang Berhormat. Yang Berhormat Sungai Petani, peraturan mesyuarat! Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 43 Yang Berhormat, 43 Yang Berhormat. Yang Berhormat Sungai Petani, saya bangun, Peraturan Mesyuarat 43, Yang Berhormat. Yang Berhormat kena duduk Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat Yang Berhormat.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya ikut arahan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, 43 Yang Berhormat.
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Hormatlah Tuan Yang di-Pertua.
Seorang Ahli
Standing orders, dia campak sahaja.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua sudah buat keputusan. Yang Berhormat Kuala Krau mesti ikut arahan. Diarahkan supaya Yang Berhormat Sungai Petani teruskan, hormatlah. Itu keputusan dia, kalau tak suka ikut peraturan, bawa usul. Hormatilah peraturan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat..
tiada Yang Berhormat...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Mereka suruh tarik dan bagi warning, mana ada keputusan macam itu. Suruh tarik.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua sudah buat keputusan minta Yang Berhormat Bukit Gelugor tarik balik.
Kami orang semua dengar dia buat keputusan, buat ruling terhadap 36(4) bukan 36(6). Saya sebut 36(4), faham tak yang berdiri itu. Saya sebut 36(4), bukan 36(6) tau. Dengar dulu, dengar. Tuan Yang di-Pertua sudah buat keputusan supaya minta Yang Berhormat Bukit Gelugor tarik balik dan Yang Berhormat Bukit Gelugor telah bangun tetapi dia enggan tarik balik. Gunakan Peraturan Mesyuarat 43, ia ada warning Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Maksud, maksud.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ulasan daripada Yang Berhormat Kapar tadi ya Yang Berhormat Kapar tadi menjelaskan bahawa...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Bukan masalah Yang Berhormat Kapar Yang Berhormat, masalah Yang di-Pertua, masalah Yang di-Pertua!
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kapar sudah saya bagi warning kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Keputusan speaker Yang Berhormat, keputusan Speaker Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Betul ya, ya.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Keputusan Yang di-Pertua, perlu bantu kepada keputusan Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta ini arahan saya, kalau siapa tak boleh duduk, boleh keluar! Dan saya serahkan kepada Yang Berhormat Sungai Petani. Sila.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Oh, boleh keluar! oh boleh keluar!..
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Inilah Malaysia baru.
Seorang Ahli
Tarik balik perkataan, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Kalau tak ikut Tuan Yang di-Pertua, keluar sahaja!
Hormati! Keluar sahaja! Yang Berhormat Lenggong keluar!
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya benar-benar, saya minta Yang Berhormat Bera cakap sedikit.
Seorang Ahli
Aiyo!
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Macam manalah, macam manalah...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kerana Tuan Yang di-Pertua buat ruling.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Akan tetapi setiap arahan yang hendak dikeluarkan mesti berdasarkan kepada buku peraturan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Kalau Tuan Yang di-Pertua baca 44(2) misalnya, jelas menunjukkan apa yang perlu dilakukan oleh Tuan Yang di-Pertua di dalam membuat keputusan. Bukan kita rasa hendak beri warning, kita beri warning. Tak boleh. Ini semua tertulis di dalam peraturan. Itu yang perlu Tuan Yang di-Pertua lakukan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Bukan Yang Berhormat Kapar buat komen, Tuan Yang di-Pertua dengar...
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Baru sahaja hendak pandu buku, dulu semua tak ada.
Seorang Ahli
Ikut peraturanlah!
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Peraturan tetap, pihak pembangkang ini hanya mengikut peraturan yang mereka suka. Peraturan 42, masa perbahasan yang lain-lain mesti diamkan diri, Peraturan 42 tetapi tak ikut. Kemudian peraturan 43 mengatakan kalau Tuan Yang di-Pertua sudah buat keputusan, semua mesti akur kepada keputusan. Jadi Tuan Yang di-Pertua sudah selepas mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Gelugor ia mengatakan...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi Yang Berhormat Bukit Gelugor sudah ikut keputusan, Yang Berhormat tolonglah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Bahawa Yang Berhormat Sungai Petani teruskan perbahasan. Jadi kalau itulah keputusan yang terakhir, jadi kita mesti akur dan kalau tak suka bawalah usul mengikut peraturan. Janganlah pick and choose. Siapa yang ingkar dan diamkan diri, tak diam, tak akur, tak hormat Dewan. Jadi ikutlah peraturan secara menyeluruh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Inilah peraturan, harap kita semua akur dan suka bawa usul. Harap Yang Berhormat Sungai Petani dibenarkan teruskan perbahasan seperti yang telah diarahkan oleh Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sekejap, sekejap.
Terima kasih Yang Berhormat Beruas.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang jelas sekarang ini Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua tarik balik pula usul, usul keputusan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua. Sebab Yang Berhormat Bukit Gelugor sepatutnya tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya rujuk 44(2), Pengerusi dalam memerintah mana-mana Ahli yang berkelakuan tidak senonoh termasuklah yang ingkar daripada saya dan saya boleh katakan keluar.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tuan Yang di- Pertua betul, Tuan Yang di-Pertua betul. Tuan Yang di-Pertua tadi pasal Yang Berhormat Bukit Gelugor, Tuan Yang di-Pertua sudah keluarkan satu usul, telah keluarkan arahan ruling telah dibuat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta tarik balik tetapi apabila Yang Berhormat Kapar...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Kapar tak ada kena mengena, Yang Berhormat Kapar tak kena mengena dalam hal ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Hendak beri penjelasan saya kata saya bagi warning kepada dia, saya bagi warning kepada dia.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Ruling telah diberikan, ruling telah diberikan untuk tarik balik tetapi dia ingkar!..
[Dewan riuh]
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Baik, berkenaan dengan peraturan mesyuarat atau bila-bila... maka sesiapa Ahli yang sedang bercakap atau tidak bercakap dan Majlis Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diam... supaya cakap Pengerusi boleh didengar dan tidak diganggu! Ikut peraturan mesyuarat...orang ramai pun tidak faham.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Keputusan telah dibuat untuk tarik balik!
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Kapar, Tuan Yang di-Pertua... setelah ruling dibuat.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ini Yang Berhormat Parit Sulong nak ragging orang buat apa? Tahu you senior, betul you senior, jangan tunjuk terror-lah, tok sah, kita ada isu lain.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Ruling telah dibuat oleh Tuan Yang di- Pertua. Dia tidak tarik balik! Ada Dewan tidak menarik balik, bila tidak tarik balik... [Dewan riuh]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, kalau rasa tak boleh buat keputusan, rehat sikit lima minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya gunakan Peraturan 42, Peraturan 42.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Kita rehat lima minit. Tuan Yang di-Pertua, saya ingat rehat lima minitlah, fikir macam mana hendak buat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya gunakan peraturan 42, suruh duduk. Kalau tidak, siapa tak mahu duduk, boleh keluar. Siapa tak mahu duduk, boleh keluar!...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sebab itu tak keluar, duduk!
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Bukit Gelugor kena keluar dulu, tak. Yang Berhormat Bukit Gelugor kena keluar dulu!
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Ini ruling yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Peraturan mana itu Tuan Yang di- Pertua?
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua kita minta Yang Berhormat Sungai Petani diteruskan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Kalau tak hendak keluar kalau tak nak.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau Yang Berhormat Bukit Gelugor keluar, saya keluar!
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik semua saya minta semua Ahli Yang Berhormat sudah! Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Come on-lah brother aku nak bercakaplah!
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Semua duduk yang berdiri Ahli-ahli Yang Berhormat. Semua duduk dan saya minta Yang Berhormat Sungai Petani your floor teruskan.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya kata duduk! Kalau tak mahu duduk, boleh keluar.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, ikutlah peraturan ini, Yang Berhormat....
[Menunjukkan buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Dia sudah cabar...
[Dewan riuh]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Kita hanya mengikut peraturan ini sahaja.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Cabar Speaker, tidak boleh.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, kita hanya mahu Dewan ini dihormati iaitu Tuan Yang di-Pertua mesti mengikut peraturan ini.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ya, ini sejarah dia.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Kita mahu Dewan ini dihormati. Dihormati dengan cara...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Kalau berlaku begitu...
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Itu definisi Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua kata perkataan samseng itu tidak sopan, itu tidak terpakai. Maka...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat, kita minta Dewan ini dihormati. Apabila dihormati...
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Tuan Yang di-Pertua menggunakan peraturan, apabila...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila jangan... boleh keluar.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Inilah kita minta Dewan ini dihormati.
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
...Inilah perangai pembangkang, patut rakyat tolak. Inilah perangai tidak bermoral.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Ikutilah peraturan ini.
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tarik balik sahajalah.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, dengan hormatnya kita mohon supaya Dewan ini dihormati.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ya, saya minta Dewan ini dihormati.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Dengan cara mengikuti peraturan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ya.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Kalau kita tidak mengikut peraturan ini, perjalanan Dewan ini tidak akan berjalan dengan baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Betul. Termasuk Yang Berhormat juga...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Saya minta kita hormatilah Dewan ini dengan cara menghormati peraturan yang kita gubal.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Itu sahaja prinsipnya.
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
[Bangun]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Nampaknya apa yang disebut dan dibuat Tuan Yang di-Pertua tidak menghormati peraturan ini.
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak boleh hendak buat ruling, mungkin kita rehat sekejap lima minit.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Tidak, tidak. Yang Berhormat Parit Sulong duduk.
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, kita hendak dengar ucapan daripada Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, baik. Dengar.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Mantan YDP...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Lumut duduk dulu, Yang Berhormat Lumut duduk dulu.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Mantan YDP yang lalu...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan mesyuarat Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Lumut duduk.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan mesyuarat Yang Berhormat.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tan Sri Pandikar Amin Mulia...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya bangun atas peraturan mesyuarat Yang Berhormat.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menjalankan tugasnya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya sudah sebut, sudah berulang kali, banyak kali.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya bangun atas peraturan mesyuarat.
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, dia sengaja buat kacau.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya bangun atas peraturan mesyuarat Yang Berhormat. Yang Berhormat Sungai Petani, peraturan mesyuarat.
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Sengaja dia orang buat kacau. Kita hendak dengar ucapan Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan mesyuarat Yang Berhormat Sungai Petani.
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Kita hendak dengar ucapan Yang Berhormat Sungai Petani
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua kena beri laluan. Peraturan mesyuarat Yang Berhormat.
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Dia tidak mahu dengar ucapan Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, peraturan mesyuarat Yang Berhormat, peraturan mesyuarat. Yang Berhormat, peraturan mesyuarat. Yang Berhormat Sungai Petani kenalah bagi laluan.
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Dia tidak mahu dengar ucapan daripada Yang Berhormat Sungai Petani. Kita tidak mahu dengar peraturan mesyuarat...
[Dewan riuh]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Telah menjalankan...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan mesyuarat Yang Berhormat. Yang Berhormat, peraturan mesyuarat Yang Berhormat.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
[Bangun]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, ada kuasa Tuan Yang di-Pertua. Gunakanlah kuasa Tuan Yang di-Pertua. Jangan buat lengah-lengah lagi ya, gunakan kuasa.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, peraturan mesyuarat Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya sudah rujuk sudah.
Duduk, duduk, duduk. Sila duduk ya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, peraturan mesyuarat Yang Berhormat.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Larut, Larut... [Menunjukkan buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan mesyuarat.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila duduk ya. Saya punya peraturan, semua duduk...
[Mengetuk tukul]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, peraturan mesyuarat Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat, peraturan mesyuarat... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Yang Berhormat Larut, boleh? Saya minta Yang Berhormat Larut sekejap.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Alright. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah pun memberikan satu keputusan tadi. Dalam pertandingan bola sepak ada video assistant referee
(VAR). Dalam pada pertandingan itu kita nampak tadi ada video referee sudah kata itu foul.
Yang Berhormat Bukit Gelugor itu foul.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Akan tetapi, siapa referee itu?
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Referee itu Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ya, baik.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
VAR itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya arah tarik balik.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Kemudian VAR itu...
Beberapa Ahli
[Bangun]
[Dewan riuh]
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
VAR itu...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Jadi Tuan Yang di-Pertua...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
...Saya minta, cuma bagi warning.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Boleh tarik balik VAR.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Kena dengar referee...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Saya tidak suruh Tuan Yang di-Pertua debate dengan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Faham.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Saya minta Tuan Yang di-Pertua dengar penjelasan saya dulu. Apa yang kita hairan, kalau referee sudah suruh buat penalti. Kalau dia kata tidak hendak, goalkeeper tidak hendak, referee kena minta goalkeeper keluar, *red card...
[Disampuk]* Bukan referee kata, *“Oh, oleh kerana dia tidak hendak keluar, saya keluar”.
[Ketawa]* Itu referee...
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Itu referee kampung saya.
Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Guna kuasa Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Referee kampung saya di Larut, dia buat macam itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Akan tetapi kalau referee di Dewan Rakyat buat macam itu, maka habislah peraturan, standing orders yang dibawa oleh kita semua. Jadi saya minta...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Supaya Tuan Yang di-Pertua perbetulkan balik...
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
[Bangun]
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Dan minta supaya keputusan yang Tuan Yang di-Pertua buat tadi diikuti oleh semua. Supaya kami juga akan mengikuti segala peraturan yang dibuat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua peraturan mesyuarat. Peraturan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Larut.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua peraturan, peraturan. Peraturan Mesyuarat 44(2), Tuan Yang di-Pertua tadi telah membuat keputusan bahawa akan menerima penjelasan Yang Berhormat Bukit Gelugor dan meneruskan dengan persidangan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya baca Peraturan Mesyuarat 44(2), “Pengerusi hendaklah memerintah mana-mana Ahli yang berkelakuan tidak senonoh atau melakukan perbuatan yang menghina Majlis Mesyuarat atau terus tidak mengendahkan kuasa Pengerusi dari Majlis Mesyuarat bagi tempoh tidak melebihi sepuluh hari...” Ataupun keluar daripada Dewan. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat di sana masih lagi mengganggu persidangan dan tidak membenarkan Yang Berhormat Sungai Petani teruskan, saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat itu dihalau keluar daripada Dewan.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Itu bukan Peraturan Mesyuarat 44(2).
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Tuan Yang di- Pertua gagal ikut peraturan. Tuan Yang di-Pertua kena ikut peraturan.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya sudah buat peraturan ya bahawa saya sedang...
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
...Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya bagi warning pada dia, pada Yang Berhormat.
Saya minta floor ini terus, minta Yang Berhormat Sungai Petani teruskan. Yang Berhormat, saya sudah ulang benda ini sudah banyak kali sudah.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, kita hendak minta...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Teruskan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan mesyuarat Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua hormati peraturan ini sahaja.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan mesyuarat Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, kita hanya minta Tuan Yang di-Pertua menghormati peraturan mesyuarat yang satu ini.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan mesyuarat Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Jika peraturan ini tidak dihormati, kredibiliti Parlimen berada pada tahap yang tidak baik kerana institusi tidak dihormati...
[Dewan riuh]
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Tuan Yang di-Pertua sudah buat keputusan sudah pun.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Kami minta Tuan Yang di- Pertua hormati peraturan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya sudah, saya sudah rujuk. Saya sudah rujuk.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Lenggong, Tuan Yang di-Pertua sudah buat keputusan Sungai Petani berucap, duduklah. Sudah.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tadi Yang Berhormat Sungai Petani menyebut tentang rule of law, menghormati undang-undang.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Undang-undang telah pun dibuat.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Kita mesti ikut peraturan.
Maka peraturan ini dihormati.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Come on-lah.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Sungai Petani, ikut peraturan...
[Dewan riuh]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Kalau kita bercakap soal menghormati undang-undang...
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya kenal Yang Berhormat Lenggong bukan sehari...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Hormatilah...
[Dewan riuh]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Come on-lah, sudahlah.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Apabila kita bercakap soal menghormati peraturan, hormatilah peraturan ini.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Hormat ini.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Lenggong...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Kalau peraturan ini kita tidak hormati, macam mana kita hendak bercakap soal lain?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Lenggong, Tuan Yang di-Pertua, keputusan Tuan Yang di-Pertua, saya sambung. Ini floor saya Yang Berhormat Lenggong, ini floor saya.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Macam mana kita hendak bercakap soal lain? Kita minta hormati peraturan ini sahaja.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Yang Berhormat Lenggong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Floor Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, hormati peraturan ini yang kita minta. Itu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Parit Sulong duduk.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Lenggong dengar tidak?
Yang Berhormat Lenggong dengar tidak apa Tuan Yang di-Pertua kata?
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Ya, saya apa keadaan sekalipun saya minta Tuan Yang di-Pertua menghormati.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Lenggong, duduklah Yang Berhormat Lenggong. Duduklah Yang Berhormat Lenggong duduk. Duduk, duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Duduk, duduk.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Saya menghormati peraturan, menjunjung peraturan ini. Hormatilah peraturan ini...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Duduk, Yang Berhormat Lenggong duduk. Tidak hendak duduk, pergi keluar.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Kalau kita tidak menghormati peraturan ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Lenggong, duduk Yang Berhormat Lenggong...
[Mengetuk tukul]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Lenggong, Tuan Yang di-Pertua suruh duduk, duduklah. Yenna dei.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Kita bercakap soal peraturan, hormatilah peraturan.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ikut arahan Yang Berhormat Lenggong, Tuan Yang di-Pertua suruh duduk.
Seorang Ahli
Tuan Yang di-Pertua sudah buat ruling. Sudahlah, duduklah.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Ruling pun mesti ikut peraturan ini.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Thank you Yang Berhormat Lenggong.
Thank you Yang Berhormat Lenggong. Thank you, thank you very much. Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya minta semua duduk. Sudah, duduklah. Benda repeat yang sama juga. Duduk, duduk, duduk.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ini bukan, peraturan mesyuarat, yang lain Yang Berhormat, yang lain. Peraturan mesyuarat yang lain Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Tidak apa, duduk, duduk.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan mesyuarat yang lain Yang Berhormat. Ya, sila. Yang Berhormat Sungai Petani, peraturan mesyuarat yang lain. Okey, pertama...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Yang Berhormat Sungai Petani teruskan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan mesyuarat, Yang Berhormat kena bagi laluan. Peraturan mesyuarat, bila Ahli Dewan minta peraturan mesyuarat, Yang Berhormat kena bagi laluan, point of order kena bagi laluan.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Tuan Yang di-Pertua, kena dengar point of order.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan mesyuarat, point of order Tuan Yang di-Pertua kena bagi laluan.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Kena dengar Tuan Yang di-Pertua, point of order ini.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Kena bagi laluan Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Sungai Petani pun kena duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya bagi satu lagi, Yang Berhormat Kuala Krau.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Okey. Yang Berhormat Sungai Petani, terima kasih. Terima kasih...
[Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Tidak apa, duduk.
Duduk.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Sungai Petani, pandanglah ke sini Yang Berhormat. Mana boleh membelakangkan Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Sungai Petani satu lagi, dengar.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Apabila Tuan Yang di-Pertua sudah beri kebenaran pada saya, yang lain duduk diam Yang Berhormat. Duduklah Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kuala Krau...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tidak, rasakan.
Rasakan bagaimana.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik Yang Berhormat Kuala Krau, teruskan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ya. Yang Berhormat pertama Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua dengan jelas kita ada Hansard Yang Berhormat, esok akan dicatatkan.
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Peraturan mana ini?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 36(4), Peraturan Mesyuarat 36(6) Yang Berhormat.
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Sudah di jelas tadi, berapa kali hendak ulang?
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan itu telah di...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat dengarlah, Tuan Yang di-Pertua memberi laluan kepada saya Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua telah sudah bagi laluan kepada saya.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat dengarlah dulu...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, baik saya minta semua duduk...
[Mengetuk tukul]
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Yang Berhormat, peraturan sama jangan gunakanlah, Speaker sudah buat keputusan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tuan Yang di-Pertua sudah rujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(4) yang sama juga, ya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
36(6) Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
36(4)?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
36(4) ada kaitan dengan...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sama juga 36...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan Mesyuarat 36(4)...
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Ini merupakan perkara yang sama yang dibangkitkan sebentar tadi.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Dengarlah Yang Berhormat! Yang Berhormat, sudah bagi laluan Yang Berhormat, dengarlah.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Yang Berhormat pun telah membazirkan masa satu jam...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Dengarlah Yang Berhormat, dengarlah!
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang lain duduk! Saya bagi Yang Berhormat Kuala Krau cakap. Baik...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ya. Dengarlah Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Okey, Tuan Yang di-Pertua, pertama Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Okey, Ahli-ahli Yang Berhormat, masa berjalan! Okey.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Dengarlah Yang Berhormat. Duduklah Yang Berhormat, duduk, duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Duduk, duduk, duduk.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya sangat menghormati kerusi Speaker, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya, faham.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya sangat menghormati apa sahaja ucapan sulung Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat. Saya dengan Yang Berhormat Beluran pernah duduk di situ Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Beluran, Beluran.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tahu, semua orang tahulah, tidak payah cakap.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Dengan Yang Berhormat Beluran. Walaupun orang kata itu kisah lama tetapi peraturan tidak pernah diubah, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua, perintah tetap mana tadi? Perintah tetap mana?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat!
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sudah, duduk, duduk, duduk. I will handle that, I will handle that...
[Dewan riuh]
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Perintah tetap mana? Dia kata perintah tetap, perintah mana?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Mana Yang Berhormat?...
[Dewan riuh]
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Point of order, duduklah!
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Ipoh Timur.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Ipoh Timur, point of order duduk! Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Bagi tahulah perintah yang mana?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, 37 ada Yang Berhormat.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Bagi tahu peraturan yang mana baru...
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Apalah Yang Berhormat Ipoh Timur!...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Ipoh Timur, duduk dulu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, peraturan 37, 37, baca Yang Berhormat, 37.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak faham-faham.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tidak faham- faham. Tuan Yang di-Pertua, 36(4).
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Belajarlah dulu!
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua! Saya rasa perlu ambil tindakan yang tegas, masih ingkar dengan perintah daripada Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Duduklah dulu!...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua, saya hendak tarik perhatian. Tuan Yang di-Pertua sudah bagi laluan kepada saya, last peluang. Betul Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Boleh.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Okey, dengar itu?
Bagi laluan kepada saya, fahamlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, sila.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan 36(4) dan 36(6). Peraturan Mesyuarat 36(4) perkataan biadab, tidak perlu dirujuk kepada sesiapa Ahli yang lain...
[Disampuk] Ia tidak rujuk, memang saya kata- bacalah 36(4)! Tidak perlu rujuk kepada orang lain. Peraturan Mesyuarat 36(6) baru kena rujuk kepada Ahli yang lain.
Saya bangun 36(4), Yang Berhormat Kapar. Tuan Yang di-Pertua, bila Tuan Yang di-Pertua dengan jelas menyatakan bahawa minta Yang Berhormat Bukit Gelugor bangun dan tarik balik. Itu adalah satu perintah...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
...Satu perintah dan Yang Berhormat Bukit Gelugor telah diarahkan bangun dan Yang Berhormat Bukit Gelugor, dia tidak mahu tarik balik. Ada peraturan 42, 43, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya, tahu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Bukannya kita hendak kata warning, kena ambil tindakan yang tegas. Kalau berdegil-degil, tidak mengendahkan keputusan Speaker, kena ambil tindakan. Yang Berhormat Bukit Gelugor pun mengetahui bahawa dia telah berucap, kata, “Ambillah tindakan sekiranya...”, mencabar lagi kerusi Tuan Yang di-Pertua. Kalau inilah keputusan yang hendak dibuat, dia tidak ingin tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Poin pertama. Poin kedua...
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ini, bukan berucap, peraturan mesyuarat, tidak faham-faham.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong
Sabarlah, dengarlah!
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Sungai Petani kawan saya, abang saya, saya cukup hormat pada dia.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Abang angkat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Dia daripada dulu duduk dalam Dewan ini, percakapannya cukup hebat, cukup lunak sampailah hari ini. Cuma ada satu sahaja perkataan yang saya minta dia tarik balik, 36(6). Perkataan semua Ahli-ahli Yang Berhormat ini, senior dan membuli Timbalan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ya, betul, itu tidak betul.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Itu tidak betul.
Kami orang tidak ada niat hendak membuli kerusi Speaker, minta tolong tarik balik itu Yang Berhormat. Itu saya minta Yang Berhormat.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kuala Krau, sudah, duduk. Baik, baik.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya, saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya sudah buat...
Duduk, duduk...
[Mengetuk tukul]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya minta ruling dua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sudah, sudah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Kuala Krau, duduklah dulu, Yang Berhormat Kuala Krau duduklah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Duduk, duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Duduklah, ikut arahan!
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya minta ruling dua perkara. Pertama, adakah Yang Berhormat telah minta Yang Berhormat Bukit Gelugor...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tidak fahamkah? Duduklah woi! Yang Berhormat Kuala Krau!
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat!
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tidak fahamkah? Tuan Yang di-Pertua minta kamu duduk, jangan buli Speaker. Faham atau tidak faham peraturan Dewan?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Kata orang lama, takkan tidak boleh faham!... [Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat bangun ada peraturan mesyuarat? Yang Berhormat bangun ada Speaker bagi?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tidak, kamu tidak fahamkah?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat bangun ada Speaker bagi?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jangan buli Speaker! Duduk!
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat bangun ada Speaker bagi?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Duduk, duduk!
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat bangun ada Speaker bagi!
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Duduk! Saya minta duduk.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat bangun ada Speaker bagi? Terang-terang Yang Berhormat bangun...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik! [Mengetuk penukul] Sudah, sudah!
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Eh! Duduklah!...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua ruling untuk pertama.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kuala Krau.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Pertama, yang 36(4) tadi saya minta. Adakah yang disebut oleh Tuan Speaker akan dicatatkan dalam Hansard? Tuan Speaker sedar atau tidak sedar bahawa ini akan kami orang baca esok.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Faham.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ya, jelas membuktikan bahawa perkataan-perkataan yang dikeluarkan oleh Tuan Speaker telah mengarahkan Yang Berhormat Bukit Gelugor tarik balik. Yang Berhormat Bukit Gelugor telah bangun, minta tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Bukannya warning, bukannya warning, arahan tarik balik.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kuala Krau, mengapa...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Okey, satu, satu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Mengapa ulangi, mengapa ulangi?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, Yang Berhormat!
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sebab apa hendak ulang?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sudah bangkitkan peraturan duduklah! Biar Speaker buat ruling.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, saya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Mengapa hendak ulangi balik perkara yang sama?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya minta rakan saya, abang saya, Yang Berhormat Sungai Petani.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sudah bangkitkan peraturan, duduklah Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Janganlah kata kami orang buli Speaker. Ini kawan saya, rakan saya, saya hormat kerusi Speaker. Tidak ada niat kami orang hendak buli Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tidak ada hormat, tidak hormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Akan tetapi kelakuan begini, kelakuan Yang Berhormat Kuala Krau begini memang membuli Speaker.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Perintah tetap...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kelakuan Yang Berhormat Kuala Krau yang tidak tahu duduk, membuli Speaker.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini bukan Dewan Undangan Negeri lah!
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Ini bukan soal membuli. Kita sebut di awal tadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita tidak mahu membuang masa...
[Mengetuk tukul]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
...Ini soal kita hendak menghormati institusi ini, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta semua duduk! Saya minta semua duduk.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Saya minta mempertahankan kerusi Speaker.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Perintah tetap...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Itu sahaja.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Ini bukan soal membuli, kita hendak menjunjung peraturan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Yang Berhormat Beruas duduk. Yang Berhormat Beruas duduk, duduk.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Sebab itu kita minta Dewan ini mematuhi peraturan-peraturan yang ada dalam buku ini, itu sahaja.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Yang Berhormat Lenggong, duduk! Yang Berhormat Lenggong, perintah tetap!
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya tidak benarkan kamu bercakap, duduk!
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Yang Berhormat Beruas, perintah tetap.
Duduk boleh tidak?
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tidak, Yang Berhormat. Kita menghormati kredibiliti...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tadi Yang Berhormat Kuala Krau, perintah tetap, kita semua duduk.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
...Kredibiliti Dewan ini...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Sekarang duduk perintah tetap, Yang Berhormat Beruas, perintah tetap.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
...Dengan cara mencorakkan peraturan yang ada dalam buku ini.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Kuala Krau dan...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Ala, Yang Berhormat Lenggong jangan malukan orang Perak, boleh tidak? Perintah tetap sekarang.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Ini sahaja. Sebab di awal ucapan Yang Berhormat Sungai Petani tadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Yang Berhormat Lenggong duduk!
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tolong duduk.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
...Telah bercakap tentang rule of law, bercakap soal peraturan dan undang-undang, maka kita terjemahkan dengan cara menghormati peraturan ini.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
...Perintah tetap Yang Berhormat Beruas.
Yang Berhormat Beruas perintah tetap. Okey, duduklah Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Sekarang apabila peraturan ini tidak dihormati, maka apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Petani, maka apa disebut oleh Yang Berhormat Sungai Petani hanya omong kosong.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Perintah tetap Yang Berhormat Beruas.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Lenggong, saya suruh duduk.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Sebab itu hormatilah peraturan ini.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Kita menghormati Speaker, kita menjunjung kedudukan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, duduk, duduk, duduk.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Sebab itu kita minta Speaker dan Dewan ini menghormati peraturan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Ini sahaja.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Tetap 43...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Jika ruling itu tidak mengikuti peraturan ini kita bimbang...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Sebenarnya Yang Berhormat Lenggong dan Yang Berhormat Kuala Krau tidak hormati...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
...Ia akan berlaku perkara tidak baik di dalam Dewan ini. Dewan ini akan panjang lagi Tuan Speaker.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tuan Yang di-Pertua, Kuala Krai, Kuala Krai.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Tuan Speaker.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Sebab itu ikut peraturan ini.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Ikut peraturan 43, mana-mana perkara yang telah diputuskan oleh Tuan Speaker tidak boleh dibangkitkan semula melainkan melalui usul.
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Ha, betul.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi, Yang Berhormat Kuala Krau dengan Yang Berhormat Lenggong ini tidak hormati perintah tetap. Kita nampak tadi dari awal lagi...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tuan Yang di-Pertua, Kuala Krai, Kuala Krai.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Pihak pembangkang tidak menghormati Dewan yang mulia ini dan tidak mengikut peraturan...
[Dewan riuh]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Dengar, dengar penjelasan saya.
Tadi semasa isu, sama ada perkataan ‘samseng’ itu digunakan, Tuan Yang di-Pertua telah membuat satu ruling.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Belum.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Bahawa iaitu...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ruling belum dibuat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Dengar...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Duduk dulu, duduk dulu.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Refrain from using the word.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yes.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Dengan itu tadi sudah buat keputusan tetapi pihak pembangkang tidak akur dengan perintah itu. Sebenarnya perkara ini tidak boleh dibangkitkan lagi tetapi di...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Tak akur kepada keputusan, berteriak-teriak hinggakan kerana Tuan Speaker inginkan satu Dewan ini dapat berlangsung lancar, minta ditarik balik. Akan tetapi setelah mendapat penjelasan, Tuan Speaker telah pun membuat keputusan bahawa pihak Yang Berhormat Sungai Petani teruskan dengan perbahasan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Itu pun lagi satu ruling. Jadi...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Perkara ini tidak boleh, tidak...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat, you are putting words into the mouth of the Speaker, Speaker tidak buat keputusan macam itu, Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Betul, selepas dia dapat penjelasan...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ruling Speaker tidak ada macam itu, Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Janganlah- he can choose. Takkan Speaker sudah buat ruling untuk teruskan perbahasan, takkan itu tidak faham?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tidak, ruling asal kepada Peraturan Mesyuarat 44.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi, peraturan tetap 43 kata, mana-mana pihak tidak boleh membangkitkan apa-apa perkara lagi...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ruling asal, tidak boleh Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Selepas keputusan telah dibuat.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Speaker telah buat ruling asal... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya telah buat keputusan...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Peraturan Mesyuarat 36(4).
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi, mana-mana pihak seperti Yang Berhormat Lenggong dan Yang Berhormat Kuala Krau ini tidak hormati peraturan tetap, tidak hormati Speaker.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat, tidak boleh.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Harap Tuan Yang di-Pertua dapat panduan daripada peraturan tetap, sudah buat keputusan, tidak boleh dibangkitkan lagi perkara ini, kalau tidak langsung kita tidak boleh bahas.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, boleh kita tangguh untuk makan tengah hari dulu?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Dengan demikian, saya haraplah kita teruskan perbahasan...
Tuan Karupaiya Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, kita minta teruskan Yang Berhormat Sungai Petani...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Yang Berhormat duduk, yang lain duduk, semua duduk, semua Ahli-ahli Yang Berhormat duduk!...
[Mengetuk tukul]
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Ini peraturan, bukan...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Ini peraturan. Yang Berhormat Tambun...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau inilah gaya Ahli Yang Berhormat Beruas, Yang Amat Berhormat Menteri Besar malu...
[Dewan riuh]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, ingat sudah pukul satu, kalau Tuan Yang di-Pertua...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
[Mengetuk tukul] Saya gunakan peraturan 42 untuk mengarahkan Ahli-ahli Yang Berhormat diam ketika saya bercakap...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, baik. Diam ketika saya bercakap.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Masa cukup.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, itu pun Peraturan Mesyuarat 42, baik. Saya telah menyebutkan tadi bahawa saya telah meminta untuk Yang Berhormat Bukit Gelugor dengan penjelasannya, saya kata saya bagi amaran kepada beliau.
Tidak...
[Disampuk] Saya sebut...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya kata senyap! Peraturan 42 dan saya kata floor ini adalah floor Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat, kita mengikut, ikutlah peraturan, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau macam itu, tahniahlah Tuan Yang di-Pertua. Tahniah sebab Speaker Dewan Rakyat ini boleh buat U-turn...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Kalau begitu ini bukan rule of law...
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, boleh kita tangguh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, boleh minta...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Kita minta Dewan ini dihormati...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Boleh tangguh tidak?
Rehat-rehat dulu, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
...Dengan cara mematuhi peraturan yang ada dalam buku ini, Tuan Yang di-Pertua. Itu sahaja...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, sekarang jam telah tepat pukul 1 tengah hari, saya dengan ini menangguhkan Mesyuarat dan bersambung semula 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Peraturan Mesyuarat 43 Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Sebentar, nanti sebentar. Bagi saya susun kertas-kertas dulu dengan izin.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Sebelum Dewan ditangguhkan jam 1.00 petang tadi, Tuan Yang di-Pertua sebelum itu telah membuat keputusan untuk meminta Yang Berhormat Tasek Gelugor menarik balik ungkapan biadab yang diutarakan oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor. Tuan Yang di-Pertua telah membuat keputusan bahawa ia perlu ditarik balik tetapi tidak diendahkan oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor sewaktu kekecohan berlaku kerana keputusan Tuan Yang di-Pertua tidak dipatuhi oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Saya inginkan pencerahan daripada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua sama ada Dewan ini...
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya, Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Saya ingin pencerahan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua sama ada keadaan sebegini, keputusan Tuan Yang di-Pertua melalui Peraturan Mesyuarat 43 iaitu satu keputusan yang muktamad boleh diendahkan oleh Tuan Yang di-Pertua sendiri sedang dalam keadaan yang sedemikian. Oleh sebab itu kita mahu meminta ini supaya kerusi Tuan Yang di-Pertua ini dihormati oleh semua Ahli Dewan dan perbahasan itu haruslah berasaskan kepada peraturan-peraturan mesyuarat. Perkataan-perkataan yang unparliamentary yang diutarakan yang disebutkan oleh ahli perlu ditarik balik oleh seseorang ahli seperti yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua.
Akan tetapi dalam keadaan yang berlaku tengah hari tadi, walaupun Tuan Yang di- Pertua telah membuat keputusan mengikut Peraturan Mesyuarat 43 tetapi Tuan Yang di- Pertua sendiri tidak menjalankan keputusan yang telah dibuat itu. Mengikut lazimnya dalam Dewan kita, saya duduk di atas itu selama sepuluh tahun.
Mana-mana Ahli yang tidak patuh kepada keputusan Tuan Yang di-Pertua boleh diambil tindakan mengikut Peraturan Mesyuarat 44(2) dan itu juga tidak diendahkan, tidak dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua sebelum ini. Saya ingin pencerahan daripada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Beluran yang sudah semestinya mempunyai pengalaman yang luas. Saya tidak ada di Dewan di kala itu tetapi cadangan Yang Berhormat Beluran saya ingat baik sekali. Jadi kalau semua pihak tarik balik bahasa yang tidak begitu sesuai, kita boleh teruskan mendengar Yang Berhormat Sungai Petani. Saya ingat banyak masa yang telah hilang. Saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Tasek Gelugor, belum masuk lagi? Sudah? Yang Berhormat Tasek Gelugor boleh tarik balik?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Bukit Gelugor.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Bukit Gelugor.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, sebelum mendengar Yang Berhormat Bukit Gelugor, sebelum ini Timbalan Yang di-Pertua membuat dua ruling. Pertama, meminta Yang Berhormat Kinabatangan menarik balik kenyataan samseng terhadap saya dan juga ada sesuatu yang ditunjukkan dengan lucah oleh beliau.
So, kalau dikuatkuasakan, kedua-dua ruling harus dikuatkuasakan, Yang Berhormat Kinabatangan juga perlu tarik balik terhadap perkataan samseng itu dinyatakan terhadap saya walhal Yang Berhormat Bukit Gelugor tidak meluahkan kenyataan terhadap mana-mana Yang Berhormat yang ada dalam Dewan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sila duduk Yang Berhormat. Semuanya berkisar kepada perkataan ‘samseng’ yang saya ingat dikeluarkan oleh dua belah pihak. Jadi untuk memendekkan masa supaya kita dapat dengar Yang Berhormat Sungai Petani yang sudah sedia untuk terus berhujah, saya ingat sebagai Tuan Yang di-Pertua saya ingin membuat keputusan. Kedua-dua pihak hendaklah tarik balik penggunaan perkataan ‘samseng’. Kalau tidak, saya gunakan Peraturan Mesyuarat 44(2) kepada kedua belah pihak. Ini perkara kecil sebenarnya Yang Berhormat, menggunakan perkataan yang tidak sesuai dalam Dewan yang mulia ini. Boleh kita bersikap agar matured sikitlah? Dua pihak hendaklah tarik balik penggunaan perkataan samseng.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya just buat satu- saya hendak tanya sikit. Berkenaan dengan ruling yang dibuat tadi oleh Tuan Yang di-Pertua sebelum lunch tadi. Ruling itu telah pun dibuat dan saya rujuk kepada peraturan mesyuarat iaitu kepada ruling ataupun peraturan 43.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua, 43 berbunyi; “Keputusan Pengerusi adalah muktamad. Tuan Yang di-Pertua dalam Majlis Mesyuarat atau Pengerusi dalam Jawatankuasa adalah tertanggung ke atasnya menjaga supaya peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat atau Jawatankuasa diendahkan...”. Saya tidak akan- I won’t repeat the whole thing tetapi effect-nya adalah bahawa ruling itu adalah muktamad. And that was the ruling that was made this morning, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. We cannot have a new ruling on top of a ruling that has already been made. Itu satu, minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya habiskan?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sila.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Jadi apa yang saya ingin menyatakan di sini adalah bahawa ruling tersebut telah pun dibuat. Sekiranya ruling itu dibuat dan ruling yang terakhir tadi tersebut perlu dihormati oleh pihak pembangkang. Saya merujuk kepada lagi satu standing orders- It is not a question or whether this is a small thing or not. Mengikut saya, ini adalah satu perkara yang bukan kecil, that is my pendapat.
Jadi memandangkan satu ruling telah pun dibuat pagi tadi, saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu lagi peraturan mesyuarat iaitu bahawa sekiranya sesuatu ruling itu pihak yang tidak puas hati kepada ruling itu, I will get the- saya akan dapatkan standing nombor dia sekejap. Akan tetapi ini adalah boleh diterima bahawa sekiranya terdapat apa-apa rasa tidak puas hati kepada sesuatu ruling, pihak yang tidak puas hati itu boleh membuat usul untuk mencabar ruling tersebut. Itu adalah amalan yang biasa di Dewan yang mulia ini.
Seorang Ahli
[Bangun]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
No, hold on, please.
Jadi sekiranya satu ruling telah dibuat, we cannot have another ruling and then it will never end. Itu sebab kita ada peraturan, standing orders ini untuk menyatakan bahawa ruling itu adalah muktamad. Sekiranya kita tidak puas hati kita kena failkan lagi motion untuk mencabar ruling tersebut. Jadi memandangkan keadaan tersebut, saya dengan rendah diri berpendapat Tuan Yang di-Pertua bahawa with respect, ruling itu perlu dikekalkan dan kami boleh teruskan dengan urusan order of the business for the day.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya, Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
There is nothing to stop this honorable Dewan from continuing with its business. All it needs to do is tell the pembangkang that the ruling has been made. Respect it. File a motion if you wish to. Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tuan Yang di-Pertua, we know very well about that ruling. Kalau kita tak puas hati keputusan Tuan Yang di-Pertua, kita boleh buat melalui usul. We know that very well but the fact of the matter now, Speaker telah membuat keputusan untuk meminta Yang Berhormat Bukit Gelugor menarik balik. Keputusan itu adalah satu keputusan yang muktamad. The Chair cannot overrule his own decision. That must be respected whether you like it or not. The Chair tidak boleh buat overruling terhadap keputusan yang dibuat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Kinabatangan juga Speaker telah buat ruling.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
That is separate matter. That is separate matter.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No, no. Cannot be separate matter.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
I am dealing with Yang Berhormat Bukit Gelugor...
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No, no. The Speaker has made a ruling. Please respect the ruling.
Tuan Yang di-Pertua
That ruling of course will stand. Tentu sekali ruling Speaker yang terdahulu akan kita kekalkan tetapi apa yang dipohon sekarang ialah untuk Speaker sekarang untuk terus menjalankan prosiding ini terhadap apa yang berlaku.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh, boleh, boleh.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua baru lagi tadi satu minit yang lalu membuat keputusan untuk meminta Yang Berhormat Bukit Gelugor tarik balik dengan Yang Berhormat Kinabatangan. That must be enforced, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, boleh saya standing orders? Thank you. Saya just nak bawa perhatian mahkamah- minta maaf. Bukan mahkamah [Ketawa] Kita selalu di mahkamah, Yang Arif- eh, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya pun tengok nampak macam peguam berhujah dengan saya.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua, boleh saya bawa perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada Standing Order 99, juga kepada Yang Berhormat Beluran. Yang Berhormat Beluran sebelum ini seorang Speaker juga bersama dengan Yang Berhormat Kuala Krau. I think they have forgotten that they are no longer Speakers [Ketawa]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
You don’t have to remind-lah.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
You have forgotten that you are no longer opposition Member. That’s the fact ya.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Very well. Tak apa.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tak baik gunakan perkataan begitu, Yang Berhormat.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh saya bawa...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
[Mengetuk tukul] Kalau empat orang bercakap, macam mana Speaker nak control? Susah nak kawal. Semua duduk.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya bawa perhatian kepada...
Tuan Yang di-Pertua
Ruling sudah dibuat, jadi Yang Berhormat Bukit Gelugor tolong tarik balik...
[Tepuk] Tarik balik. Saya nak dengar dan semua orang nak dengar Yang Berhormat Sungai Petani. Tarik balik. I mean ruling has been made and I cannot countermand that ruling ya, dengan izin.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf. Saya tidak boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Ha?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
*I do apologize, I cannot.
I am afraid I cannot.*
Tuan Yang di-Pertua
You cannot?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Peraturan Mesyuarat 44(2), Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Tarik balik, tarik balik. Kalau tidak, saya terpaksa menggunakan kuasa saya.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya mohon pembangkang membuat usul. File a motion.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tak. Tak, tak. Keputusan Speaker suruh tarik balik, you have to respect the keputusan Speaker.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
File a motion.
Tuan Yang di-Pertua
No, no. I am sorry. Tarik balik...
[Mengetuk tukul]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Itu adalah peraturan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua
Tarik balik.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak dapat. Saya minta maaf, I cannot. I am afraid...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tuan Yang di-Pertua, then you have to apply Peraturan Mesyuarat 44(2).
Tuan Yang di-Pertua
Saya beri amaran pertama ya, tarik balik. Kita ingin meneruskan dengan ucapan Yang Berhormat Sungai Petani. I mean with due respect, that is the business of the House today ya. Tarik balik...
[Tepuk]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya kena mengulangi, Tuan Yang di-Pertua. With the greatest of respect, saya tidak dapat berbuat demikian. Can I say why?
Tuan Yang di-Pertua
Okey, fine then. If that is your stand...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh saya katakan kenapa?
Tuan Yang di-Pertua
No. Bentara, sila jalankan tugas.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
*Very well.
[Yang Berhormat Bukit Gelugor diiringi oleh Bentara meninggalkan Dewan]*
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Beluran sepatutnya memfailkan motion di bawah Peraturan Mesyuarat 99, bukan asak Speaker buat ruling. With due respect.
Tuan Yang di-Pertua
Ruling telah dibuat kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Gelugor ada right to be heard, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Dan Peraturan Mesyuarat 99 adalah...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kinabatangan juga perlu diminta tarik balik.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Peraturan Mesyuarat 99 adalah amat jelas. You file the motion, not asking for another ruling in the court, I mean the Dewan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kinabatangan pun kena tarik balik. Tadi dia tuduh.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Ia adalah amat jelas, Peraturan Mesyuarat 99.
You are not happy, you file a motion pinda Dewan, bukan ask for another ruling. Itu salah prosedur...
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Yang Berhormat Kinabatangan pun kena tarik balik.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Tuan Yang di-Pertua, it’s wrong procedure. You should file order 99. He knows very well, dia faham aturan 99.
Tuan Yang di-Pertua
Sit down, sit down. Semua duduk...
[Mengetuk tukul] Kita teruskan. Yang Berhormat Sungai Petani, silakan. Yang Berhormat Sungai Petani, silakan.
Yang Berhormat Sungai Petani sebenarnya mempunyai baki masa ya.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kinabatangan macam mana? Yang Berhormat Kinabatangan!
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ruling Tuan Yang di-Pertua adalah juga untuk Yang Berhormat Kinabatangan kerana dia telah mengeluarkan kenyataan itu terhadap saya.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Kinabatangan buat tuduhan palsu terhadap Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya. Yang Berhormat Kinabatangan panggil Jelutong samseng.
Tuan Yang di-Pertua
Panggil apa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua telah minta kedua-dua pihak tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, giliran Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Kinabatangan pun tarik balik.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, saya hormati keputusan. Cuma, Speaker pagi tadi tidak pernah pun membuat ruling untuk saya.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jangan bohong. Dia ada.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tarik balik.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Kinabatangan, jangan tegakkan benang basah...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
[Mengetuk tukul]
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Itu pembohongan. Jangan berbohong.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau ruling baharu daripada Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ruling tadi adalah jelas. Yang Berhormat Kinabatangan, tarik balik.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Duduklah...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Saya akan gunakan kuasa saya.
Ustaz Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Kita semua dengar.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Kinabatangan, tolong tarik balik.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Yang Berhormat Kinabatangan tolong tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua
Bentara.
Beberapa Ahli
Tarik balik, tarik balik.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya mahu tariklah ini.
Duduklah.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Kinabatangan, tolong tarik balik. Kita semua dengar...
[Dewan riuh]
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, mohon untuk membuat ruling suruh Yang Berhormat Kinabatangan tarik balik. That is your decision, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Memang pun.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Cepat tarik balik, kami tengah tunggu.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Same rule applies in the House for both sides- ours and theirs- Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya mahu tarik tapi kalau tak diam macam mana saya nak cakap?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Cepatlah Yang Berhormat Kinabatangan, jangan lengahkan masa.
Tuan Yang di-Pertua
Sila dengar apa yang Speaker nyatakan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ha, dengar. Dengar, Tuan Yang di-Pertua, saya akan tarik. Dengar. Dengar ucapan saya.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tak payah nak berdalih. Tarik balik sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Tarik balik, okey. Kita rekodkan Yang Berhormat Kinabatangan telah tarik balik.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini macam samseng sahaja.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Siapa samseng, siapa samseng?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormatlah samseng.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Eh, jangan tuduh...
[Dewan riuh]
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Tarik balik, tarik balik.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jangan tuduh, jangan tuduh Rasah. Yang Berhormat Kinabatangan, tarik balik!
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Kinabatangan, sila tarik balik seperti yang telah pun diarahkan...
[Dewan riuh]
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Kinabatangan, tarik balik. Jangan nak berdalih.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Diamlah. Saya mahu tarik balik.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Kalau dahulu bolehlah...
Tuan Yang di-Pertua
Now let’s get this clear. Yang Berhormat Kinabatangan, tarik balik atau tidak?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Mahu tarik tetapi dia orang bercakap, macam mana mahu tarik?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tariklah sekarang! Jangan lengahkan masa.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ha, tengok. Suruh dia diam.
Tuan Yang di-Pertua
Ertinya Yang Berhormat Kinabatangan tidak tarik balik.
Bentara, sila...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya tarik. Saya tarik, Tuan Yang di-Pertua. Saya ini akur dengan Tuan Yang di-Pertua. Cuma janganlah bising, duduk diam-diam.
Tuan Yang di-Pertua
Ha, akur.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Walaupun saya tahu...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan sudah akur dengan Speaker...
[Dewan riuh]
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Duduk, duduk.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya tarik balik, Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ha okey. Rekod Yang Berhormat Kinabatangan tarik balik.
Okey, terima kasih...
[Dewan tepuk]
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sungai Petani, silakan Yang Berhormat Sungai Petani.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Sit down, sit down.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No, I just want to know...
Tuan Yang di-Pertua
Tak, tak. Ruling has been made.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
I know. I just want to ask Yang Berhormat Bukit Gelugor digantung berapa hari?
Tuan Yang di-Pertua
Duduk...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Yang Berhormat Sungai Petani.
Seorang Ahli
Tahniah, Speaker.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih, terima kasih. Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada Tuan Yang di-Pertua ke Dewan yang mulia ini [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Saya hadir pagi tadi.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ya. Tuan Yang di-Pertua akan kemudikan Dewan ini untuk lima tahun yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua akan hadapi masa tenang dan masa gelora yang amat dahsyat [Ketawa] Walaupun Tuan Yang di-Pertua orang baharu dan Tuan Yang di-Pertua bukan politikus, saya yakin...
Tuan Yang di-Pertua
Itu nasihat yang amat menakutkan [Ketawa]
[Dewan riuh]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ya. Pengalaman, pengetahuan dan pergaulan Tuan Yang di-Pertua dalam arena undang-undang, Tuan Yang di-Pertua akan dapat melayari bahtera ini dengan jayanya.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Dalam Dewan ini, Tuan Yang di-Pertua, ada suara the good, the bad and the ugly. Kami semua manusia biasa. Mantan Tuan Yang di-Pertua yang lalu, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menjalankan tugasnya selama 10 tahun. Penuh dengan cerita manis, masam dan pahit. Kita ucapkan jutaan terima kasih kepada sumbangan beliau...
[Tepuk] Apa jua yang diperkatakan terhadap beliau, saya secara peribadi ingin mengucapkan syabas dan terima kasih di atas banyak perubahan-perubahan yang telah beliau lakukan...
[Tepuk] Nafsu dan niat beliau untuk lakukan perubahan yang besar memang ada tetapi tidak semua berjaya beliau lakukan. Namun, ada kesan yang beliau tinggalkan, ada perubahan yang beliau lakukan. Dua perubahan yang jelas yang berkesan beliau lakukan ialah dengan memperkenalkan Second Chamber atau Kamar Khas.
Di sini, Ahli-ahli Yang Berhormat yang membawa isu-isu berhubung pentadbiran kerajaan di bawah Peraturan Mesyuarat 17 dan 18 tidak ditolak begitu sahaja tetapi hal ini dibawa ke Kamar Khas dan Yang Berhormat dapat kemukakan soalan di sana dan kerajaan menjawab di sini dengan agak terperinci. Ini telah mengelakkan daripada masa Dewan terbuang dalam membicarakan dan membincangkan satu-satu perkara yang agak spesifik dan mungkin tidak terlibat sebagai isu universal.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Walaupun kadangkala, keberkesanan Kamar Khas boleh dipersoalkan, namun soalan yang dibawa akan dijawab dan diberi perhatian oleh pemerintah. Untuk rekod, Yang Berhormat telah bawa isu tersebut yang mungkin isu besar di kawasan Yang Berhormat itu ke Parlimen. Orang kampung kawasan Yang Berhormat di luar sana tahu isu yang mereka bangkitkan telah dibawa oleh Yang Berhormat dan Yang Berhormat telah bawa ke Parlimen.
Baru hendak tengok. Beri nyawalah sedikit [Ketawa] Yang Berhormat Kota Tinggi.
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Sungai Petani.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, sila, masa ada lagi.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Sungai Petani, mohon pencerahan.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Hendak tanya, tanya ya? Pencelahan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ya.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Okey, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk, duduk Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ini bukan peraturan mesyuarat tetapi saya sebenarnya ada peraturan mesyuarat pagi tadi. Akan tetapi oleh kerana Tuan Yang di-Pertua sudah very fair kepada semua pihak, saya tidak berhajat hendak meneruskan peraturan mesyuarat saya terhadap Yang Berhormat Sungai Petani 36(6) kerana mengatakan kami ini membuli kerusi Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya kami tidak membuli. Jadi saya tidak berhajat hendak meneruskan.
Okey, sebenarnya Yang Berhormat, kronologi pemilihan Tuan Yang di-Pertua sangat menarik dalam sejarah tanah air. Jadi Yang Berhormat Sungai Petani sendiri menyatakan bahawa ada tawaran dalam Astro Awani pada 10 Julai mengatakan bahawa ada tawaran akan menjadi Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baru. Bermaknanya selepas 2 Julai.
Bukan saya hendak mempersoalkan tentang kesahan pelantikan Tuan Yang di- Pertua, tidak. Akan tetapi apa sebabnya Yang Berhormat Sungai Petani menolak jawatan Tuan Yang di-Pertua yang sangat mulia dan tertinggi dalam Dewan Rakyat ini, dalam Dewan Negara dan sistem demokrasi berperlembagaan dalam negara kita?
[Ketawa] Terima kasih.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa-rasanya tidak boleh berhadapan dengan kawan-kawan macam inilah [Ketawa] Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya teruskan.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Sungai Petani, pencelahan Yang Berhormat. Ya memang banyak yang dicadangkan oleh the previous Tuan Yang di-Pertua untuk membuat reform terhadap Parlimen dan dicadangkan pelbagai jawatankuasa-jawatankuasa Select Committee termasuklah Law Reform Committee yang dicadangkan.
Adakah kerajaan sekarang ini- adakah Yang Berhormat Sungai Petani akan pursue perkara-perkara yang dicadangkan oleh Tan Sri Pandikar sebelum ini yang belum terlaksana oleh kerajaan yang lalu?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Yang Berhormat Beluran.
Tuan Yang di-Pertua, jawapan kepada persoalan itu ada, akan saya berikan insya-Allah dalam ucapan saya seterusnya.
Mantan Tuan Yang di-Pertua juga memperkenalkan Ministers’ Question Time (MQT) setiap Selasa dan Khamis. Di sini soalan dibawa oleh Yang Berhormat dan mesti dijawab sendiri oleh Menteri. Masa diperuntukkan. Pihak yang bertanya tidak boleh meleret bertanya dan Menteri pula mesti menjawab dengan tepat dan padat dalam masa yang ditetapkan.
Tidak menjawab berjela-jela yang lazimnya penuh dengan bunga-bunga bahasa, merawit entah ke mana dan berakhir dengan pertengkaran yang memakan masa Dewan begitu sahaja.
Masa MQT, timer digunakan. Pihak yang bertanya dan yang menjawab tertakluk kepada masa yang diperuntukkan. Jika tidak, timer akan menjerit. MQT adalah salah satu kaedah di mana Menteri mesti bertanggungjawab untuk datang ke Parlimen menjawab soalan yang dikemukakan. Ini akan memastikan Menteri tidak dapat mengelak diri tidak mahu berhadapan dengan wakil rakyat dalam Dewan. Walaupun dalam pengalaman saya selama 10 tahun di sini, sejak MQT diperkenalkan, Menteri Kewangan tidak pernah hadir menjawab soalan tetapi Menteri Kewangan II yang menjawab soalan yang dikemukakan.
Mantan Tuan Yang di-Pertua juga meminda beberapa peraturan mesyuarat yang memberi kesan kepada perjalanan persidangan. Sebagai contoh, tiga soalan jawab lisan boleh dikemukakan semasa Dewan sedang bersidang. Ini membuatkan soalan yang dikemukakan relevan dan current. Jika tidak, sebelum ini semua 10 soalan mesti dikemukakan pada masa yang ditentukan dan lazimnya, isu tersebut akan menjadi overtaken by events. Tuan Yang di-Pertua, mantan Tuan Yang di-Pertua cuba melihat pembangunan Parlimen dari dua sudut. Pertama, sudut fizikal dan kedua, perjalanan Dewan itu sendiri sebagai satu institusi. Walaupun beliau dapat mengetengahkan idea untuk memperbesar dan melengkapkan fizikal Parlimen itu sendiri dan mendapat kelulusan daripada kerajaan tetapi pelaksanaannya mendapat halangan yang luar biasa dari kerajaan sendiri.
Sebagai contoh, di hadapan mata kita, mantan Tuan Yang di-Pertua mendapat kelulusan kerajaan untuk menyediakan ruang yang lebih kepada wakil-wakil rakyat untuk lebih selesa dan berfungsi dengan memperkenalkan bilik-bilik kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan lain-lain fasiliti agar mereka lebih efektif dan selesa.
Akan tetapi malangnya, perjalanan pembangunan dalam membina fasiliti ini amat lambat dan terhegeh-hegeh. Yang Berhormat Menteri Kerja Raya bersilih ganti, Menteri yang bertanggungjawab ke atas Parlimen tidak pernah berkomunikasi dengan end user khususnya kita Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan.
Tuan Yang di-Pertua dahulu tidak tahu apa yang terjadi kerana ia ditinggalkan keseorangan dalam hal ini. Akhirnya, fasiliti yang se-simple begini, yang dapat dibina dalam masa dua tahun setengah, sekarang masih di tahap 50 peratus siap walaupun telah mengambil masa lebih daripada lima tahun.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ini Parlimen di mana semua orang besar dan berkuasa berkumpul tetapi inilah yang terjadi. Saya tidak yakin pembangunan fizikal ini akan siap menjelang tahun 2020 jika Barisan Nasional terus memerintah...
[Tepuk] Dari sudut perjalanan Parlimen itu sendiri, banyak kelemahan yang dikenal pasti.
Semasa Dewan bersidang, jika ada rang undang-undang di bawa ke Dewan, rang undang- undang itu akan melalui beberapa proses sebelum ia dijadikan akta. Paling ketara...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ayer Hitam minta laluan.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Minta laluan Yang Berhormat.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Kan cantik.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ucapkan terima kasihlah. Orang berbudi, kita berbahasa. Yang Berhormat Sungai Petani adalah seorang veteran dalam Parlimen ini. Memang benar apa Yang Berhormat katakan tadi adalah suatu yang diperjuangkan oleh mantan Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya, sebahagian daripada perjuangan kita pada masa itu ialah boleh atau tidak kita minta Perdana Menteri yang menjawab soalan. Oleh sebab itu adanya Prime Ministers’ Question Time. Saya hendak bertanya, oleh kerana ada kerajaan baru, itu pun yang diminta oleh Yang Berhormat dan kawan-kawan ketika itu. Adakah setelah mengambil alih tampuk kepimpinan, ia akan dicadangkan satu slot khas untuk Perdana Menteri untuk menjawab?
Kedua, Yang Berhormat kata dari segi reka bentuk bangunan. Memang relevan Yang Berhormat kata menjadi isu sekarang ialah bagaimana kita hendak memperkasakan Tuan Yang di-Pertua dan bukan kerana kuasa. Kita hendak jadikan ia sebagai satu independent body. Apakah pandangan Yang Berhormat? Adakah kita hendak pulihkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen yang telah kita mansuhkan pada 1991? Apa pandangan Yang Berhormat tentang perkara ini dan ruang-ruang untuk Ahli Parlimen?
Kalau itulah yang diperjuangkan, saya rasa kita tidak ada masalah tetapi kena buat konsultasi dengan Tuan Yang di-Pertua dan juga semua Ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak. Terima kasih.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya amat bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Ayer Hitam, saya amat setuju. Malah inilah yang kita bincangkan dalam sesi yang lepas, saya sangat setuju. Jadi ucapan Yang Berhormat tadi masukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dahulu pun kita ada kedengaran pihak pembangkang sebelum ini telah menyuarakan supaya kedudukan Ketua Pembangkang ini kita naik taraf sama dengan gred jawatan Menteri selaku Ketua Pembangkang. Adakah kerajaan atau Yang Berhormat Sungai Petani akan meneruskan semula perjuangan tersebut untuk memastikan kedudukan Ketua Pembangkang ini diletakkan dalam taraf yang sesuai untuk kita melihat supaya bertaraf Menteri, supaya kita melihat kepada Parlimen ini dianggap sebagai Parlimen world class di dalam negara kita?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh sikit lagi?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Okey.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sebagai tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Kita memang berhasrat supaya Parlimen ini mendapat tempat yang paling baik. Separation daripada kuasa-kuasa politik, daripada kuasa pentadbir kita. Bersendirian. Memang telah pernah kita cadangkan. Walau bagaimanapun, hasrat kita tidak tercapai.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi apakah mungkin Yang Berhormat mungkin akan mencadangkan kepada kerajaan yang sedia ada ini untuk mewujudkan Select Committee. Ini kerana dalam dunia ini saya tengok Malaysia sahaja Parlimennya tidak ada Select Committee. Kita pergi ke luar negara, kita malu. Lain Wakil Rakyat memperkenalkan mereka ada Select Committee, kita tidak ada. Jadi mungkin ini langkah pertama Yang Berhormat untuk laksanakan. Terima kasih.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Untuk menjawab jawapan Yang Berhormat Kuala Krau. Yang Berhormat Kuala Krau, we walk the talk. Insya-Allah begitulah yang kita perjuangkan supaya apa juga yang kita janjikan termasuk menaikkan taraf Ketua Pembangkang setara seperti negara- negara lain. Kita hormat Ketua Pembangkang.
Kedua, saya akan teruskan. Jawapan kepada soalan Yang Berhormat Kinabatangan ada dalam teks saya ini. Dari sudut perjalanan Parlimen ini sendiri, Tuan Yang di-Pertua, banyak kelemahan yang dikenal pasti. Semasa Dewan bersidang, jika ada rang undang- undang dibawa ke Dewan, rang undang-undang ini akan melalui beberapa proses sebelum ia menjadi satu undang-undang.
Paling ketara bila rang undang-undang dikemukakan oleh kerajaan dan dibuka untuk dibahas di peringkat dasar, semua 222 orang Yang Berhormat boleh dan akan mengambil bahagian. Dalam banyak hal, Ahli-ahli Parlimen akan mengambil bahagian yang lazimnya bercakap bukan hal yang berkaitan pun. Oleh kerana ada peluang bercakap walaupun di luar tajuk tapi mahu bercakap. Yang Berhormat Kinabatangan setuju, kan?
[Ketawa] Just to put on record. Just to put on record, “I spoke in Parliament supaya pengundi aku tahu yang aku bercakap dalam Parlimen”. Kadang-kadang. Tuan Yang di-Pertua, ini real story, Tuan Yang di-Pertua. Kadang-kadang, baru masuk Dewan, belum duduk, masih berdiri, Tuan Yang di-Pertua nampak dia berdiri. Terus dapat bercakap. Orang yang dapat bercakap itu tanya jirannya. Dia tanya jiran sebelahnya. Apa tajuk rang undang-undang yang sedang dibahaskan? Jawab jirannya isu penanaman kenaf hendak ganti tembakau. Dia pun tanya lagi, kenaf itu apa bendanya? Walaupun dia tidak tahu tajuknya, tidak tahu hujung pangkalnya tetapi kerana waktu itu masih di peringkat dasar, sahabat kita tadi bercakap dengan penuh bersemangat untuk 34 minit.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Siapa, siapa? Siapa buat itu, Yang Berhormat?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ada contoh.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ahli Parlimen mana yang buat itu?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya tidak mahu sebut Ahli manalah tetapi ada rekodlah. Saya catat itu.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Sebutlah. Sebutlah tadi. Siapa dia?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Isu kenaf.
Seorang Ahli
Pokok Sena itu.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Kemudian, tiba masanya. Tuan Yang di- Pertua.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Timbalan Menteri Tenaga Manusia - Dato’ Mahfuz bin Haji Omar
Kenaf ini di Kelantan hendak ganti tembakau. Pokok Sena tidak ada tembakau.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, kemudian tiba masanya untuk peringkat Jawatankuasa. Orang yang sama- 222 orang Ahli Wakil Rakyat akan mengambil bahagian. Walaupun tidak semua, tetapi ramai yang bercakap di luar tajuk dan tidak mendalam dan bukan bidang kepakarannya.
Jadi kita pun undi dan luluskan satu rang undang-undang yang dibahaskan oleh separuhnya bukan oleh mereka yang faham dan tahu ekor pangkalnya. Ada juga rang undang-undang yang dibawa ke Dewan di bahas separuh jalan dan kerajaan buat keputusan menarik balik rang undang-undang tersebut. Sebagai contoh, kerajaan mahu kenakan hukuman yang amat berat ke atas penanaman dan mereka yang terlibat dengan daun ketum.
Persediaan rang undang-undang ini terlalu lemah. Banyak pihak tidak dirujuk dan Menteri tidak dapat pertahankan bill tersebut yang dibawanya. Akhirnya bill ini ditarik balik. Masa kita terbuang.
Oleh sebab itu, ada perbincangan di kalangan Ahli Parlimen dalam Dewan ini melalui satu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk meninjau...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
[Bangun]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
...Apa yang orang lain buat di negara lain supaya kita dapat belajar dari mereka. One minute. Maka rombongan terdiri dari Yang Berhormat- Yang Berhormat pun dibawa ke beberapa buah negara termasuk ke Eropah untuk meneliti proses di sana. Balik Malaysia, laporan dikemukakan. Laporan tinggal laporan. Mantan Tuan Yang di-Pertua tidak mampu laksanakan kerana ada orang yang lebih berkuasa di Parlimen. Bukan Tuan Yang di-Pertua tetapi Menteri. Rupa-rupanya di Malaysia, Parlimen yang sepatutnya bebas berada di bawah Eksekutif. Di bawah seorang Menteri. Silakan.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Tahniah. Parlimen menang, DUN pun menang. Kira hebatlah.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Okeylah itu.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua pun tahniah.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Walaupun pertikaian akan berlaku. Saya hendak tanya Yang Berhormat. Yang Berhormat kata tadi ada Ahli Parlimen tidak cakap, tidak tahu apa dia cakap. Akan tetapi saya dengar Yang Berhormat sendiri pun tidak jawab soalan. Yang Berhormat Kuala Krau tanya Yang Berhormat. Pada 10 Julai melalui Astro Awani, Yang Berhormat ada betul atau tidak betul dapat tawaran untuk menjadi Yang di-Pertua. Itu soalan yang ditanya. Yang Berhormat jawab oh sebab Yang Berhormat tidak boleh menghadapi rakan-rakan dalam Dewan. Itu bukan jawapan. Hendak tanya itu sahaja.
Itu satu, yang pertama.
Kalau Yang Berhormat kata tadi bahawa selama ini kerajaan, eksekutif yang kawal Parlimen. Berbalik kepada pelantikan Yang di-Pertua. Adakah pelantikan Yang di-Pertua ini mengikut peraturan ataupun eksekutif yang arahkan pentadbiran Parlimen? Itu soalan saya.
You nak ulang atau boleh faham? Soalannya, benar atau tidak benar Yang Berhormat ada mendapat tawaran untuk menjadi Yang di-Pertua pada 10 hari bulan? Itu sahaja saya hendak tanya.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Bukan tawaran. Saya dimaklumkan.
Saya dimaklumkan. Lagipun kita sudah ada Tuan Yang di-Pertua, apa masalahnya sekarang? Adakah Yang Berhormat tidak puas hati? Saya tidak ada masalah. Saya tidak ada masalah. Jadi sekarang ini kita ada Speaker of the day. So, we respect him. Soal saya jadi Yang di-Pertua tidak jadi Yang di-Pertua tidak penting. Saya ada kerusi di sini dan saya akan bertindak sebagai seorang Ahli Parlimen yang baik dan mengikut arahan-arahan seperti yang termaktub dalam peraturan mesyuarat. Terima kasih Yang Berhormat. Thank you very much.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Satu lagi, Yang Berhormat.
Boleh?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya teruskan, Yang Berhormat. Saya ada 22 minit sahaja lagi.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Bukan, kalau bolehlah. Saya mematuhi peraturan. Kalau boleh bagi laluan. Ini kerana soalannya...
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya tidak bagi laluan sekarang.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ini kerana...
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya sudah tidak bagi laluan. Saya sudah tidak bagi. Mengikut peraturan saya sudah tidak bagi.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tidak bagi jalan?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya sudah tidak bagi because saya ada 22 minit lagi. Terima kasih. Terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya pun ikut peraturan. Yang Berhormat tidak bagi saya duduklah. Saya boleh duduk bila Yang Berhormat tidak bagi.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tanjong Karang, laluan tidak diberi.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kalau tidak, tak adalah demokrasi.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Sebab itu kita usulkan Tuan Yang di- Pertua, supaya diwujudkan beberapa select committee ataupun jawatankuasa pilihan khas yang dianggotai oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dari kerajaan dan pembangkang. Committee ini bertindak sebagai medan di mana semua pihak yang berkepentingan termasuk pakar- pakar dipanggil berbincang dan dipersetujui dan rang undang-undang dirangka secantiknya supaya apabila ia menjadi akta, undang-undang ini menepati maksudnya dan dapat difahami dan di-interpret oleh mahkamah dengan jelas dan tepat tanpa ragu-ragu dan tidak menjadi bad law seperti yang selalu disebut oleh pengamal undang-undang.
Bad law terjadi kerana pembuat undang-undang, kita semua di sini dalam Dewan ini tidak semua pakar dalam semua hal. Kita perlukan pakar untuk menasihati kita. Bila dan waktu mana mereka dapat menasihati kita? Lazimnya sebelum perbahasan berlaku dan sebelum kertas biru yang kita panggil rang undang-undang itu berada atas meja kita.
Oleh sebab itu kalau kita buka dalam Peraturan Mesyuarat 81(1), membenarkan dengan jelas penubuhan jawatankuasa pilihan diwujudkan. Peraturan Mesyuarat 85 hingga Peraturan Mesyuarat 100, Tuan Yang di-Pertua, dengan jelas menggariskan peranan jawatankuasa ini dan tatacara bagaimana ia harus berfungsi. Akan tetapi sayang, mantan Tuan Yang di-Pertua tidak mampu untuk melaksanakannya kerana halangan-halangan tertentu. Oleh sebab itu kalau Yang Berhormat ada masa, bukalah dari muka 113 sehingga 112 dan pewujudan jawatankuasa ini amat penting kerana kalau tidak, kita di takuk yang lama juga.
Mantan Tuan Yang di-Pertua ialah seorang yang tenang tetapi dia juga kadangkala hilang kesabaran dan kerap juga menggunakan tukul kayu di atas meja Tuan Yang di-Pertua untuk tenangkan keadaan. Kita faham kenapa Tuan Yang di-Pertua bertindak begitu. Beliau juga ditekan dari atas.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ada isu yang dia sendiri tidak setuju tetapi kena setuju kerana ada orang yang menekan beliau supaya setuju. Sebagai contoh, yang paling klasik adalah isu 1MDB.
Percubaan untuk mendapat jawapan daripada Menteri Kewangan ataupun Perdana Menteri isu ini akan menemui kegagalan kerana Tuan Yang di-Pertua akan dihalang dari isu ini dibawa ke Dewan. Ada percubaan dari Ahli-ahli Public Accounts Committee (PAC) tetapi PAC itu sendiri terombak akibatnya Ahli PAC yang terombak, yang terkeluar, naik pangkat dan ada yang diganti.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ada Yang Berhormat yang diusir keluar Dewan kerana membantah keputusan Tuan Yang di-Pertua supaya isu 1MDB tidak dibincang dan dibahas dalam Dewan. Paling lemah hujah Tuan Yang di-Pertua waktu itu ialah ianya sub judice, walhal waktu itu tidak seorang pun yang terlibat dalam 1MDB didakwa oleh mana-mana mahkamah di Malaysia ataupun di luar negara. Apa yang sub judice nya?
Tuan Yang di-Pertua, waktu itu amat tertekan dan give in kepada desakan eksekutif.
Tuan Yang di-Pertua hilang kawalan, hilang semangat juang untuk buat perubahan dan beliau tinggalkan Parlimen dengan imej yang bercampur. Kesihatannya amat terkesan, saya amat bersimpati dengan beliau. Tuan Yang di-Pertua tidak dapat berfungsi secara efektif kerana Parlimen berada di bawah eksekutif. Ada Menteri yang mengawasi Parlimen, kakitangan Parlimen dibekalkan oleh JPA atau Jabatan Perkhidmatan Awam, kewangan Parlimen disalurkan oleh Kementerian Kewangan.
Mantan Tuan Yang di-Pertua berpendapat dan dipersetujui oleh Ahli Dewan sendiri bagi menjamin kebebasan Parlimen, Akta 394, Akta Perkhidmatan Parlimen hendaklah dihidupkan semula. Inti pati akta ini adalah berkaitan kuasa Parlimen mengawal selia institusi ini dan memberi jaminan parliamentary privileges atau kebebasan bersuara dalam Parlimen.
Parlimen menjadi satu cabang tertegaknya negara bukan sebahagian dari eksekutif.
Kalaulah akta ini tidak kita hidupkan kembali, saya rasa Tuan Yang di-Pertua hari ini yang sedang kendalikan Dewan hari ini juga akan mengalami nasib yang sama. Gook luck to you, Sir. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa isu imej negara. Isu imej negara kita di mata dunia, kita kena akui Kerajaan BN banyak berjasa. Kita mesti akui Kerajaan BN banyak berjasa kepada rakyat dan banyak yang dilakukan yang dinikmati oleh rakyat. Sebagai contoh, penubuhan FELDA. Puluhan ribu rakyat yang miskin dan tidak bertanah mendapat nikmat dari FELDA. Kini sudah ada generasi ketiga dalam FELDA. Ramai anak FELDA yang berjaya. FELDA pernah menjadi conglomerate yang berjaya dan dihormati oleh dunia.
MARA juga institusi yang berjaya menolong bumiputera dalam bidang perniagaan dan pelajaran. MRSM, ITM dan lain-lain institusi tajaan MARA telah berjaya mengeluarkan anak-anak bumiputera yang berilmu kini dan menyumbang kepada pembangunan negara.
Tabung Haji adalah kebanggaan umat Islam di Malaysia. Idea bernas oleh Profesor Ungku Aziz, mantan pemimpin Universiti Malaya disambut baik dan dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Banyak harta benda umat Islam selamat kerana waktu itu orang Islam banyak yang menjual harta mereka jika mahu ke Tanah Suci.
Banyak lagi agensi-agensi yang ditubuhkan yang berjaya di negara ini tetapi ini semua hancur lebur disebabkan amalan tamak haloba, tidak amanah beberapa kerat manusia yang diberi kuasa, menyalahgunakan kuasa mereka. Kehancuran ini bukan kehancuran fizikal dan kewangan sahaja tetapi lebih parah ialah kehancuran imej institusi- institusi ini. Masalah imej lebih berat dan sukar untuk ditangani berbanding masalah fizikal dan kewangan. Imej ialah persepsi. Ianya berlegar dalam minda manusia.
Untuk itu saya sarankan, kerajaan hari ini, Kerajaan Pakatan Harapan hendaklah mengambil tindakan drastik, pantas dan tepat untuk membawa mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang menyebabkan kehancuran institusi ini ke muka pengadilan agar imej institusi dan agensi ini dapat dipulihkan dengan kadar segera. Mereka yang mencuri, menyeleweng, menipu dan menjual aset-aset institusi serta tidak amanah hendaklah diambil tindakan seberapa segera yang boleh.
Jika tindakan segera tidak diambil atau melengah-lengahkan tindakan diambil, rakyat di luar sana akan beranggapan Kerajaan Pakatan Harapan juga bersekongkol dengan individu tertentu dan mahu menyelamatkan mereka. Ini akan membuahkan perasaan tidak puas hati dan akhirnya rakyat akan hilang keyakinan kepada kerajaan sekarang dan mereka akan menghukum kita dalam pilihan raya yang akan datang.
Di samping itu, isu-isu ini dibicarakan juga dalam media sosial. Macam-macam yang dikeluarkan dan diceritakan. Kita tidak tahu adakah cerita-cerita dan berita-berita ini betul atau palsu. Pemimpin BN dan eksekutif institusi ini dikecam hebat tanpa mempunyai ruang untuk membela diri mereka.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Oleh sebab itu membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan menjadi penting kerana di sini mereka akan membela diri dan kalau bersalah boleh dihukum.
Tuan Yang di-Pertua, saya bergerak ke isu lain, isu judi haram. Tuan Yang di-Pertua, isu ini bukanlah isu baru. Bertahun kita bawa isu ini ke Dewan yang mulia ini, mendesak pihak polis dan PBT mengambil tindakan segera. Kejadian mesin haram, judi haram, mesin kuda, apa jugalah kita panggil tetap ianya secara takrif haram yang tidak terkawal dan telah menjahanamkan masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu dan Islam.
Di premis-premis kegiatan mesin haram ini bukan sahaja perjudian berlaku tetapi kegiatan maksiat dan penyalahgunaan dadah berlaku. Setiap kali sesi Dewan akan ada Yang Berhormat-Yang Berhormat membawa isu ini ke Dewan, namun tidak banyak tindakan yang diambil bagi membanteras kegiatan ini. Kegiatan haram yang memusnahkan masyarakat ini terus terjadi.
Sebagai contoh di kawasan saya di Gurun dan Parlimen Sungai Petani juga tidak terkecuali. Puluhan premis mesin kuda ini beroperasi tanpa halangan daripada mana-mana pihak, baik polis, PBT ataupun Jabatan Agama. Jika di bulan Ramadan, kombinasi polis dan Jabatan Agama boleh dilakukan terhadap orang Islam yang tidak berpuasa, kenapa tidak operasi ini tidak dilanjutkan kepada kegiatan judi yang melibatkan orang Islam? Individu Muslim yang tidak berpuasa tidak memudaratkan masyarakat tetapi membiarkan individu Melayu Islam ini berjudi berterusan akan memporak-perandakan masyarakat.
Saya tidak tahu di mana silapnya Tuan Yang di-Pertua? Adakah operator perniagaan ini terlalu kuat dan kebal untuk dikenakan tindakan ataupun penguatkuasaan terlalu lemah untuk diambil tindakan. Oleh sebab itu saya menyeru pihak yang berwajib dalam kerajaan baru ini melihat supaya tindakan serta-merta mesti diambil untuk menutup segala kegiatan yang memusnahkan masyarakat ini. Tidak kira mereka Islam atau tidak, asalkan premis yang digunakan untuk kegiatan-kegiatan haram ini kerajaan kenalah mengambil tindakan secepat mungkin.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Sungai Petani, saya berterima kasih di atas pandangan dan perbahasan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani terhadap lesen-lesen judi dan juga penguatkuasaan yang mesti kita ambilkan tindakan secara tegas. Banyak viral di luar sama ada cerita ini betul atau tidak bahawa kerajaan baru-baru ini telah meluluskan sport judi di dalam negara kita.
Adakah berita itu betul? Kalau betul, apakah pandangan Yang Berhormat Sungai Petani dalam perkara ini?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Seperti yang saya juga tidak punya maklumat, jadi saya mohon supaya soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kuala Krau itu masuk sebagai soalan dalam perbahasan saya. Terima kasih untuk dijawab oleh Yang Berhormat Menteri.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Yang Berhormat Sungai Petani, Kota Melaka, belakang.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ya, silakan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Mengenai dengan topik yang dibangkit oleh Yang Berhormat Sungai Petani tentang perjudian haram yang selalu kita sebut sebagai mesin kuda, judi mesin kuda ini. Di kawasan saya Kota Melaka juga sama menghadapi masalah yang sama. Sering kali apabila kita buat laporan kepada pihak polis, tindakan akan diambil oleh pihak polis. Akan tetapi kedai-kedai sedemikian hanya sekadar tutup untuk satu hari atau pun satu minggu ataupun satu bulan.
Selepas itu, mereka akan buka semula. Apabila kita bangkit semula perkara ini kepada pihak PDRM, mereka kata, ya undang-undang yang sedia ada tidak memadai untuk mereka mengambil tindakan yang tegas.
Saya rasa jawapan sedemikian, saya kurang selesa. Oleh sebab kalau kita lihat dulu kala apabila kita pembangkang, pada masa dulu kita pembangkang, apa yang kita buat memang ada undang-undang yang boleh tangkap sudah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Akan tetapi sindiket haram ini dikatakan kononnya tidak ada undang-undang yang boleh dikuatkuasakan untuk ambil tindakan. Jadi pada pendapat saya, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Sungai Petani sama ada setuju dengan saya bahawa sepatutnya kita ambil tindakan kepada kepala sindiket tersebut. Bukannya apabila kita buat laporan di mana kedai ada kegiatan haram, polis pergi satu kali, lepas itu, satu minggu ia buka semula.
Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Sungai Petani sama ada setuju dengan saya. Kalau pihak PDRM mengatakan bahawa undang-undang sedia ada tidak cukup, kita tubuhkan satu jawatankuasa khas untuk kita rangka satu undang-undang yang baru supaya kita ambil tindakan yang lebih tegas untuk hapuskan sindiket sedemikian.
Terima kasih.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, saya amat setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kota Melaka itu. Malah saya hairan, semasa saya duduk sebelah sana sebagai pembangkang, apa juga pergerakan kita, special branch tahu. Tidak mungkin sekarang ini, kedai-kedai judi yang begitu banyak, polis tidak tahu. Jadi, tidak mungkin...
[Tepuk] Jadi, kalau special branch boleh mencari pemimpin-pemimpin pembangkang, sudah tentu special branch juga boleh kenal pasti di mana berlakunya mesin haram. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri...
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
...Untuk mengambil tindakan segera kerana melambat-lambatkan tindakan, dianggap sebagai kita bersubahat dengan mereka.
Jadi, tindakan kena ambil.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Sungai Petani.
Belakang, Yang Berhormat Bagan Serai.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya ingin bertanya sedikit dan juga menambahkan idea kerana kita sedang bercakap tentang judi. Judi, mesin kudakah, mesin macam-macam judi dan yang kita sebut ini judi haram. Bila kita sebut haram ini, maknanya kita sedang bercakap tentang orang-orang Islam yang berjudi.
Jadi, saya hendak tambah sikit. Di samping undang-undang yang kita buat, yang pertama saya pernah sebut dalam masa sesi lepas sebab kita buat undang-undang hukum gantung sampai mati kalau mengedar dadah, tetapi orang masih mengedar dadah. Saya sudah lama sudah cadangkan benda ini. Apa kata kalau kita buatkan hukuman ini, buatkan satu undang-undang hukum di depan khalayak ramai. Satu orang kena macam ini, saya rasa yakin ramai orang tidak berani buat. Ramai yang kena hukum gantung tetapi kita tidak nampak, entah betul entah tidak betul kena hukum gantung.
Keduanya, kita cakap tentang judi haram, khususnya untuk orang Islam. Orang Islam ini benda haram tidak boleh. Orang Islam tidak boleh makan babi. Orang Islam tidak boleh minum arak, orang Islam tidak boleh menipu, orang Islam tidak boleh curi duit, orang Islam tidak boleh berjudi. Jadi, saya cadangkan kerajaan yang ada sekarang, tingkatkan lagi, khususnya untuk orang-orang Islam ini, untuk usaha-usaha meningkatkan keimanan dia, supaya dia punya khauf, dia punya takut pada Allah, dia punya ikut perintah Allah itu jadi jitu dan benar. Maka dengan ini, tidak payah teruk-teruk sangat dengan kita hendak tingkatkan polis dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Pandangan yang baik. Namun pun begitu, kita mempunyai agensi-agensi yang banyak. Tambah undang-undang tetapi kalau agensi tidak bertindak pun tidak jadi. Apa yang pentingnya, laksanakanlah apa yang ada dulu. Saya kira kalau kita laksanakan, agensi-agensi ini mengambil tindakan, undang-undang yang ada pun sudah cukup sebenarnya.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ya, Yang Berhormat Pendang.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Tuan Yang di-Pertua dan sekali lagi saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Serai tadi, cuma dia tidak sebut undang-undang Islam saja. Apa yang dia cadang itu semua undang-undang Islam. Setelah dia keluar daripada UMNO, dia jadi BEBAS, dia setuju dengan...
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Saya sebut tadi orang Islam ini.
Tidak dengar ini, pekak kah?
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya, ya, tidak apa. Undang-undang itu.
Macam undang-undang PAS lah.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua, minta maaf.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Sungai Petani, saya hendak tanya sikit soalan ini berkenaan dengan judi haram ini. Sebelum kita mai ke sini untuk bersidang, saya dapat telefon dan juga maklumat berkenaan dengan pertumbuhan judi haram ini di kawasan saya sendiri. Di mana selepas 9 hari bulan, berlaku pertukaran kerajaan, tumbuhnya perjudian haram ini dengan begitu banyak, macam mana hujan turun, cendawan tumbuh dalam musim hujan. Jadi, kita hendak tanya soalan ini sama ada undang- undang ini kah yang tidak betul ataupun enforcement-kah yang tidak betul, dengan izin.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Kita juga tidak ada jawapan. Sebenarnya seperti yang saya katakan tadi sama ada operator ini terlalu kuat ataupun penguatkuasaan terlalu lemah. Jadi, apa pun jua, kita ada kerajaan yang baru, maka saya minta kerajaan yang baru ini membetulkan keadaan.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Betulkan secepat mungkin kerana kalau seperti Yang Berhormat Pendang kata tadi dan juga Yang Berhormat Bagan Serai kata tadi, kalau kita tidak mengambil tindakan sepantas kilat, maka kita akan dianggap orang-orang yang bersekongkol dengan operator-operator ini.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua....
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Setuju atau tidak dengan saya kalau saya kata selama ini walaupun isu berkaitan dengan judi haram ini telah dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini beberapa kali...
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Tuan Yang di- Pertua, point of order.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
...Akan tetapi saya nampak bahawa kita tidak ada political will. Itulah masalahnya. Kalau kita ada political will...
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Peraturan mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua. Saya mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Bagan Serai tadi menyebut perkataan ‘pekak’ terhadap Yang Berhormat Pendang. Jadi, saya rasa itu perkataan yang tidak sesuai. Kita rujuk pada 36(4). Saya minta ruling daripada Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, saya pun dengar. Sila tarik balik Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ini perkara kecil, Tuan Yang di-Pertua. Saya tarik balik Yang Berhormat Pendang, sorry Yang Berhormat Pendang.
Tuan Yang di-Pertua
Itulah semangatnya, ya.
Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tidak susah.
Tuan Yang di-Pertua
Tarik balik.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Jadi Yang Berhormat Sungai Petani, seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi, saya juga hendak bagi satu contoh. Dalam tempat-tempat judi haram ini, kita nampak budak-budak sekolah pun pergi ke sana, dipenuhi dengan pelajar-pelajar sekolah. Jadi, kalau pelajar- pelajar sekolah tahu, macam mana kalau kita kata polis tidak tahu? Jadi, ini nampak dengan jelas bahawa kita tidak ada political will dalam menyelesaikan masalah ini. Kalau ada political will, saya rasa masalah ini boleh diselesaikan dengan baik.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Alor Setar minta laluan.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Sungai Petani, sikit.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Sungai Petani, sini-sini.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Alor Setar minta laluan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Kuala Krau ya?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, cuma saya tidak nyatakan syarikat judi yang disebut, diluluskan tadi. Jadi, saya hendak nyatakan bahawa Ascot Sports Sdn. Bhd.. Jadi, saya ingin bertanya dan minta pandangan dan jawapan daripada pihak Yang Berhormat Menteri yang berkenaan. Terima kasih.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Alor Setar minta laluan.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Sungai Petani, sikit.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Alor Setar minta laluan. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Dalam isu judi haram ini, saya rasa bagi dua-dua pihak pun kita kena mengaku ada satu kelemahan. Di mana setiap kali, tidak kiralah siapa wakil rakyat, dari mana-mana pihak pun, sekiranya kita buat satu aduan kepada PDRM, sekiranya kita ada masa sama ada 24 jam kah, sehari kah, seminggu kah, pasti apabila tindakan diambil, mesin yang diangkut itu kosong. Faham, fahamlah apa maksudnya. Ini tidak kiralah dari parti mana.
Oleh sebab kita ini kalau hendak bersih, bukan hendak bersihkan judi haram dulu, bersihkan PDRM dulu yang penting. Oleh sebab apa? Setiap kali- sebenarnya kita faham, dalam market ini, pasaran judi haram ini, ada connection semua. Saya bukan hendak pinpoint sesiapa. Maka, di sini saya hendak cadangkan PDRM, sekiranya hendak betui kita berusaha, saya bagi satu cadangan. PDRM standby, sekiranya wakil rakyat dapat mana ada judi haram, kita terus call, jangan lengah, terus mai. Saya pasti pada waktu itu mesin yang kita angkat itu, mesin bukan kosong. Maka, barulah kita boleh betul-betul banteraskan.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Sungai Petani, sikit.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Sungai Petani, sini, sini.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon...
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Sungai Petani, sikit sahaja saya minta.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Sekejap, sekejap. Saya mohon, Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana group bergeloranya suasana tadi dan masa saya hampir satu jam diambil, bolehkah dengan ihsan Tuan Yang di-Pertua memberikan saya 20 minit untuk saya teruskan ucapan?
Tuan Yang di-Pertua
Sangat wajar 20 minit, sangat wajar.
Dato’ Sivarraajh Chandran - Cameron Highlands
Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Boleh, Tuan Yang di-Pertua? Tuan Yang di-Pertua, boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Kuala Nerus.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Okey, terima kasih.
Dato’ Sivarraajh Chandran - Cameron Highlands
Yang Berhormat Sungai Petani.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Sivarraajh Chandran - Cameron Highlands
Belakang, belakang.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Kita kerap menyebut perkataan judi haram sehingga menimbulkan persepsi di sana ada judi halal. Saya mencadangkan untuk kita menggunakan terma yang baru iaitu judi berlesen dan tidak berlesen agar memberikan kefahaman yang jelas bahawa judi adalah haram dalam semua agama dan tidak ada bangsa yang setuju dengan judi. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Ya, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Ya. Terima kasih.
Saya ingin bertanyakan berkaitan dengan isu judi. Pernah berlaku pada tahun 2015 satu insiden di mana seorang warganegara Malaysia tetapi tidak berada di Malaysia bernama Paul Phua Wei Seng.
Beliau merupakan seorang yang dikatakan seorang tauke judi yang sangat besar yang mana pernah pada waktu itu Menteri Dalam Negeri pada waktu itu telah mengeluarkan satu surat mengatakan beliau telah banyak membantu pihak kerajaan pada waktu itu. Saya mohon ya, kalau boleh adakah pihak kerajaan pada hari ini bersedia untuk memberikan penjelasan tentang apakah pada waktu itu berlaku satu usaha untuk melindungi seorang tokoh judi besar yang pernah diusir daripada Macau? Apakah sebab musabab surat tersebut dikeluarkan? Terima kasih.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
Sikit.
Dato’ Sivarraajh Chandran - Cameron Highlands
Yang Berhormat Sungai Petani.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
Yang Berhormat Sungai Petani, sikit.
Dato’ Sivarraajh Chandran - Cameron Highlands
Tengok belakang juga sini.
Gelap sini [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Silent.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya cukup tertarik dengan ucapan bahas yang pertama daripada pihak Barisan Nasional- eh, pihak Pakatan Harapan.
Dato’ Sivarraajh Chandran - Cameron Highlands
Memang gelap pun.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
Minta maaf, hendak sebut pihak Barisan Nasional pula tadi. Daripada pihak Pakatan Harapan yang antara isi utama berkait dengan judi tanpa lesen ini. Saya setuju cadangan Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya fikir itu adalah perhatian kita bersama dulu dan kita berbahas banyak.
Cuma saya hendak tarik perhatian ialah masalah kita seperti yang disebut ialah masalah penguatkuasaan. Manakala yang kedua yang lebih penting adalah masalah undang- undang. Saya harap kerajaan baru ini memberi perhatian bahawa isu judi kita ini amat teruk dan kronik. Bolehkah kalau kerajaan baru ini mengambil satu sikap yang lebih positif untuk melihat kepada apa yang Kerajaan Negeri Kelantan buat terhadap undang-undang berkait dengan judi ini di mana Kerajaan Kelantan langsung tidak memberi peluang untuk wujudnya premis-premis lesen judi dan lesen premis judi di negeri. Saya rasa Kelantan antara contoh negeri yang berjaya untuk menghadapi isu ini. Terima kasih.
Dato’ Sivarraajh Chandran - Cameron Highlands
Boleh Yang Berhormat Sungai Petani?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ya, Yang Berhormat Cameron Highlands.
Dato’ Sivarraajh Chandran - Cameron Highlands
Terima kasih kerana beri peluang kepada saya. Saya ingin mencelah sikit. Bahawa isu perjudian ini bukan baru, seperti yang kita tahu, dan keuntungan yang diterima daripada aktiviti perjudian ini agak banyak. Jadi saya rasa untuk membanteras atau mengurangkan perjudian ini, penguatkuasaannya harus jujur dan juga pada masa yang sama pemberi maklumat itu harus diberi perlindungan. Jadi, saya rasa tanpa kedua-dua ini, saya rasa susah dan sukar bagi kita, bagi kerajaan untuk membanteras atau mengurangkan perjudian ini.
Jadi, saya harap tanpa kita memberi alasan kerajaan baru, kerajaan lama, apa yang kerajaan lama tidak buat, kerajaan baru tidak buat, saya percaya baru-baru ini yang saya lihat daripada beberapa kaji selidik yang dilakukan oleh NGO, dikatakan bahawa aktiviti perjudian di Selangor sedang meningkat dua bulan yang lalu. Jadi, saya harap seperti yang saya cakap, tanpa alasan, dapatlah kerajaan baru dengan kerjasama PDRM untuk membanteras perjudian ini kerana natijah, kesan daripada perjudian ini adalah agak teruk khususnya kepada keluarga-keluarga yang miskin. Sekian, terima kasih.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa point yang panjang. Cuma saya selepas ini tidak benarkan dah pencelahan kerana saya hendak rush dalam masa 15 minit tujuh point.
Jadi, untuk itu, Tuan Yang di-Pertua, point saya selanjutnya ialah tentang Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang baru-baru ini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah pun keluarkan satu circular mengatakan bahawa semua pembekalan baja hendaklah dibuat secara tender terbuka.
Jadi, saya ingin memaklumkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, saya telah pun melawat kilang NAFAS, kilang pembuat baja di Gurun tempat saya dan saya melihat bahawa- saya telah dimaklumkan bahawa NAFAS sebenarnya telah pun membantu petani-petani kita khususnya dalam mengagihkan baja-baja subsidi dan satu juta petani-petani terlibat dalam kegiatan NAFAS ini. Jadi, saya minta supaya kementerian melihat balik circular tersebut untuk melaksanakan tender secara terbuka untuk supply baja- baja kepada petani-petani.
Ini kerana saya lihat kerajaan telah pun membelanjakan RM150 juta untuk menubuhkan kilang yang begitu sophisticated dan mendapat ISO dan ianya di antara kilang yang boleh dikatakan paling canggih dalam mengeluarkan baja-baja untuk petani-petani kita.
Jadi kalau sekiranya kita membuka tender ini kepada awam, kepada orang ramai, saya yakin kualiti baja yang kita kehendaki tidak akan tercapai. Apa yang lebih parah lagi ialah ahli-ahli kepada NAFAS ini yang jumlahnya hampir satu juta akan kehilangan pendapatan, bukan sahaja pendapatan tetapi juga kegiatan-kegiatan lain yang berhubung dengan penyediaan baja ini. Jadi, saya memohon supaya kementerian melihat balik tender ataupun arahan supaya tender terbuka dibuat.
Kedua, Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Boleh pencelahan?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya tidak bagi. Sat, sat.
Kedua ialah tentang BERNAS. I give you in a bit. BERNAS, saya melihat statement yang dikeluarkan oleh Menteri mengatakan bahawa peranan BERNAS akan dilihat kembali.
Saya amat menyokong keputusan ini supaya BERNAS yang kita tahu asalnya ialah sebuah agensi kerajaan dan akhirnya agensi kerajaan ini ditukar kepada BERNAS dan BERNAS di- listed. Kemudian selepas berjaya di-listed, kemudian banyak orang yang kaya dengan listing ini, kemudian akhirnya ditarik balik daripada listing dan menjadi sendirian berhad. Akan tetapi peranan dia untuk mengawal kononnya kepentingan petani-petani itu amat saya meragui.
Jadi, saya mendesak di sini agar kerajaan melihat balik peranan BERNAS ini supaya bukan sahaja petani-petani kita yang menanam padi mendapat keuntungan tetapi yang lebih penting rakyat yang memerlukan beras sebagai makanan asas kita tidak teraniaya. Ini kerana ada pihak-pihak yang dapat membawa beras ke dalam Malaysia dengan harga yang murah dan berkualiti tetapi oleh kerana BERNAS kontrol- BERNAS ini amat hebat walhal BERNAS bukan agensi kerajaan- ada pihak-pihak yang mengambil keuntungan daripada situasi ini.
Jadi, saya memohon supaya kerajaan melihat balik peranan yang dimainkan BERNAS dan kalau boleh tutuplah BERNAS ini.
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, ialah mengenai monopoli benih padi. Saya baru sahaja kembali daripada berjumpa dengan petani-petani dan mereka yakin di Kedah, kalau sekiranya mereka dibekalkan dengan benih-benih yang baik, benih-benih yang berkualiti, benih-benih yang memang mempunyai standard yang tinggi, mereka yakin bukan lagi kerajaan terpaksa bergantung dengan importation beras daripada luar negara tetapi juga dengan baja yang cukup, dengan pengairan yang baik dan dengan benih yang baik, mereka yakin kita boleh meningkatkan pengeluaran kita yang masih berada di tahap 70 peratus sekarang ini kepada tahap yang lebih tinggi.
Maka, saya menyarankan supaya monopoli khususnya dua syarikat ini dibatalkan serta-merta. Bukalah supply benih ini kepada pakar-pakar yang lain dan kalau boleh agensi- agensi yang terlibat hendaklah mencari idea ataupun cara untuk memperbaiki benih-benih ini. Akan tetapi, jangan memberikan kepada pihak-pihak tertentu supaya monopoli terjadi. Ini sudahlah beras pun dimonopoli, benih padi pun dimonopoli. Oh, ini teruk betul.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua ialah tentang isu getah. Saya faham ramai di antara kita telah pun menyuarakan isu getah ini sebab itu saya nak menyarankan seperti yang telah dijanjikan dahulu bahawa isu getah ini akan terus menjadi isu yang penting kerana ramai di antara kita khususnya penduduk-penduduk luar bandar yang bergantung kepada getah. Jadi dulu kita dengar bahawa telah pun diusahakan untuk buat research hendak gunakan getah dalam proses membina jalan-jalan.
Jadi apakah jadi kepada research tersebut? Ini sudah hendak masuk tahun keempat, atau kelima tidak akan ia tidak ada jawapan dan sekiranya ada jawapan maka kita harap...
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Menteri datang ke Dewan dan maklumkan kepada kita apakah yang jadi kepada research ini?
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Sekejap ya.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Ya.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Kedua ialah tentang harga lantai. Kita telah pun bercakap banyak tentang isu ini dan saya rasa telah tiba masanya untuk kita mengenakan harga lantai atau memperkenalkan harga lantai kepada petani-petani kita yang terlibat dalam getah kerana sekarang ini getah amat rendah dan ini menyebabkan penduduk- penduduk amat menderita.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, di tempat saya di kawasan Sik, di kawasan Jeniang, di kawasan Gurun, Baling ada orang sudah beli beras dua kilo tidak lagi lima kilo. Maknanya beg 10 kilo itu dibuka dan ada orang beli dengan dua kilo, tiga kilo dan anak-anak mereka yang umur setahun setengah, dua tahun sudah start minum air teh kosong. Jadi ini parah.
Sekiranya harga lantai ini diperkenalkan maka saya kira ini boleh selamatkan mereka.
Silakan, Yang Berhormat Kuala Kedah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kuala Kedah.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya hendak tambah sedikit sahaja lagi isu getah sebab banyak kali kita bincang, selagi kita tidak dapat menyediakan industri kita sendiri yang menggunakan getah kita, masalah ini akan berterusan.
Saya difahamkan Kerajaan Kedah ada mengusahakan yang disebut sebagai Rubber City, saya minta supaya ada menteri yang jelaskan kepada kita perkembangannya sebab saya ada jumpa beberapa businessman Malaysia yang pergi ke Thailand, mereka terlibat dalam perusahaan menggunakan getah asli buat produk-produk tertentu dan mereka kata di sana mereka dapat sokongan yang baik daripada Kerajaan Thailand kerana itu mereka berpindah ke Thailand. Sekian, terima kasih.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Pandangan baik yang saya mohon dimasukkan dalam ucapan saya.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Sambung sikit.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Pendang, sudah nak habis.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Sedikit saja. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Sambung berkenaan dengan Rubber City tadi, kita telah buat satu jumpa dengan kerajaan yang initiate untuk membangunkan Rubber City ini dan kita tanya adakah satu feasibility study yang telah dibuat supaya kesan kepada spill over kepada rakyat ini dapat kepada pembangunan Rubber City? Setakat sekarang jawapannya tidak ada. Jadi kalau tidak ada saya tanya apa yang ada dalam Rubber City ini? Rubber City ada hanya untuk mengumpul getah-getah daripada luar untuk dibuat kilang-kilang termasuk kilang kondom yang ini kita tengok tidak ada spill over kepada masyarakat persekitaran dengan pembangunan Rubber City. Saya minta kalau hendak dibangunkan Rubber City di Kuala Nerang, Padang Terap ini perlu kepada satu kajian ataupun kajian impact feasibility study yang mana memberi kesan yang besar pada persekitaran penduduk masyarakat.
Kedua, beras tadi ini kita sambung sikit. Beras sekarang ini 10 kilo lebih kurang RM25 ke RM26 dan harga padi masih lagi satu tan RM900. 10 tahun yang lalu RM900 sekarang harga pada 10 tahun yang lalu beras 10 kilo lebih kurang RM18 ke RM20 dan selepas 10 tahun satu tan padi masih lagi RM900 tetapi beras 10 kilo telah meningkat sehingga RM26 ke RM28 10 kilo. Ini tidak ada berlaku perimbangan setelah berlaku kenaikan.
Saya ingat minta Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani perhati, beri perhatian yang khusus untuk pembangunan anak-anak petani dan saya juga orang petani jadi saya minta supaya Yang Berhormat Sungai Petani tolong angkat benda ini kepada yang...
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Okey kita sarankan tutuplah BERNAS kita buat benda lainlah pula. Baik dua sekali point terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah tentang penjara. Kita ada sekarang ini penjara yang luas, yang banyak 27 buah penjara di Malaysia dan hampir 60,000 orang tahanan-tahanan di penjara kita. Saya melihat bahawa perbelanjaan- Ketua Pembangkang pun ada di sini, perbelanjaan untuk menyara seorang inmate, seorang tahanan ini hampir RM28 sehari, semua sekali.
Jadi saya menyarankan kepada kerajaan sekarang, kita ada satu reserve pekerja- pekerja yang boleh kita gunakan. Mengapa tidak kita gunakan banduan-banduan ini untuk memberikan kerja-kerja kepada mereka semasa mereka dalam penjara yang lebih produktif?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya mencadangkan supaya kerajaan memikirkan industri yang boleh dilakukan dalam penjara sebagai contoh mereka buat skru sahaja, nut and bolt. Kalau sekiranya 17, 27 buat penjara ini kita letakkan mesin untuk buat nut and bolt kita akan dapat jual nut and bolt di seluruh dunia dengan harga yang murah kerana labor kita free of charge. Jadi daripada kita bagi makan dia pagi, tengah hari, malam lepas itu kalau ayam tidak cukup dia kompelin, kalau nasi mentah dia kompelin. Orang ini semua dia tidak ada kerja apa, lepas dia keluar dia pun buat kerja yang sama, dia masuk balik lepas itu.
Saya mencadangkan kerajaan lihat balik 60,000 orang yang kita anggap sebagai pekerja-pekerja kita tetapi kita bagi makan tidak buat kerja. Oleh sebab itu saya mencadangkan kerajaan memperkenalkan industri. Industri pula Tuan Yang di-Pertua tidak bolehlah ‘dok’ buat rotan dengan kerusi sahaja. La ni orang tidak pakai rotan dah, kerusi kayu pun orang tidak pakai dah. Kita kena move to something high-tech lah contohnya buat screw and nut. Oleh sebab skru di dalam jam pun ada dalam komputer ada. Mungkin kita buat skru sekecil-kecil skru dalam komputer hinggalah skru nut and bolt yang sebesar-besar untuk kapal. Jadi kalau kita dapat labor yang murah ataupun free of charge sudah tentu barang yang kita akan eksport ke luar negara akan jadi murah.
Jadi saya mencadangkan kerajaan melihat penjara sebagai satu sumber tenaga agar kita dapat keluarkan mereka daripada mungkin jemu untuk duduk dalam lama sangat yang keduanya, apabila mereka keluar juga mereka akan ada kepakaran. Paling tidak pun mengendalikan mesin-mesin dan akhir sekali Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat sedikit sahaja satu perkara sahaja saya minta pandangan. Jelutong kiri, kiri, kiri.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Okey. Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sebagai seorang peguam, saya juga sedar bahawa bilangan banduan di penjara itu telah bertambah disebabkan oleh undang-undang yang boleh dikatakan zalim seperti SOSMA dan POCA. Perlu kah undang- undang ini dikaji semula sekurang-kurangnya di mana kita boleh kalau tidak menggubal undang-undang itu untuk menambahkan peruntukan yang boleh membenarkan semua yang dituduh di bawah akta ini dibenarkan diikat jamin dengan syarat-syarat tertentu dengan izin?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya mohon dimasukkan dalam ucapan saya dan minta Yang Berhormat Menteri jawab dan last sekali Tuan Yang di-Pertua ialah tentang siaran RTM. Kalau dahulu Kerajaan Barisan Nasional bermurah hati memberikan satu jam untuk siarkan perbahasan dalam Dewan ini, saya ingin bertanya kerajaan baharu, adakah kerajaan akan extend? Mungkin juga sepanjang persidangan ini TV ditunjuk supaya sekurang-kurangnya orang kampung tahulah wakil rakyat mana datang bercakap, wakil rakyat mana duduk tidak bercakap ataupun wakil rakyat tidak mai langsung.
Jadi maknanya saya mohon supaya kerajaan mengambil inisiatif untuk tayangkan agar mereka dapat melihat wakil-wakil rakyat mereka perform dan statement of the day saya Tuan Yang di-Pertua terima kasih. Nasihat saya kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan.
Ingatlah wahai sahabat-sahabatku dalam Parti Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan. Dok teringat lagi...
[Dewan riuh]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Rindu, rindu, rindu. Pakatan Harapan...
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Saya hendak ucap terima kasih.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Most welcome. Rakyat humban Kerajaan BN yang telah bertapak di negara ini selama 61 tahun. Parti pemerintah yang ada organisasi yang besar, kaya raya, kuat dan berpengalaman. Akan tetapi kerana angkara segelintir pemimpinnya yang angkuh, sombong dan pijak rakyat di bawah, akhirnya rakyat humban BN, Kerajaan BN jatuh berderai.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Begitu jugalah Kerajaan Pakatan Harapan, jika kita juga ulangi perkara yang sama janji tidak ditepati, curang pada rakyat, kita yang baru setahun jagung ini juga akan disingkirkan dari takhta kerajaan. Maka ingatlah yang paling berkuasa di bumi bertuah ini ialah rakyat. Dahulukanlah rakyat, jangan mencuri hak mereka dan berbaktilah kepada mereka. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan saya menyokong titah ucapan Tuanku.
Terima kasih...
[Dewan tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang saya minta Yang Berhormat Tampin berucap untuk menyokong.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Bismillahir Rahmanir Rahim... [Membaca sepotong doa] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi peluang dan ruang untuk saya turut serta mengambil bahagian buat pertama kalinya di dalam Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 17 Julai 2018 yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan setinggi-tinggi limpah dan inayah-Nya negara kita telah berjaya melangsungkan Pilihanraya Umum Ke-14 pada 9 Mei 2018 yang lalu dengan aman dan damai. Namun jauh lebih baik daripada itu adalah negara kita tidak seperti mana-mana negara di dunia ketiga, proses transisi kuasa ini berlaku dalam keadaan aman dari sebuah parti politik yang telah lama berkuasa, lebih daripada 60 tahun kepada satu pakatan parti yang telah mendapat kepercayaan rakyat Malaysia untuk menjadi kerajaan hari ini, membentuk government of the day, dengan izin di Malaysia...
[Dewan ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Masalah teknikal sedikit...
[Dewan ketawa]
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Saya ingin menjunjung kasih terhadap Titah Tuanku yang sama-sama kita harus hayati bukan sahaja untuk diri saya, malah kepada rakan-rakan Ahli Parlimen sama ada di pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang, untuk kita sama-sama bergerak ke hadapan demi memajukan negara ini selepas pilihan raya.
Pada masa yang sama, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam ucapan titah diraja, Baginda menzahirkan ucapan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan beberapa agensi kerajaan lain yang telah membantu memastikan pilihan raya Parlimen Ke-14 berlangsung dengan aman dan damai.
Tuan Yang di-Pertua, kita mengucapkan terima kasih atas kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya yang telah menjalankan tugas, mengendalikan pilihan raya bagi Parlimen Ke- 14 yang lalu. Walaupun pada masa yang sama, kita melihat institusi rakyat yang sangat penting dan significant seperti SPR ini juga menerima kritikan daripada rakyat atas beberapa insiden dan tindakan mereka sebelum, semasa pilihan raya berlangsung.
Dalam ruang lingkup kuasa menjalankan tugas pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya ini telah menerima pelbagai kritikan dan serangan yang ditujukan kepadanya atas sikap ketidakbebasannya dan ketidakadilan badan itu di bawah rejim Kerajaan Barisan Nasional yang lalu di dalam mengurus Pilihanraya Umum Ke-14.
Sikap berat sebelah dan pendirian yang dianggap condong menyokong sebelah pihak, telah menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya terus menerima serangan, bukan sahaja dari kumpulan NGO, rakyat tetapi juga anggota Suruhanjaya Pilihan Raya telah diasak untuk meletakkan jawatan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Minta laluan Yang Berhormat.
Di belakang, Jelutong.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong minta laluan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat. Bercakap tentang jabatan-jabatan kerajaan yang berlaku tidak adil dan condong.
Saya ingin minta pandangan Yang Berhormat berkenaan dengan satu insiden di mana saya telah membangkitkannya dan sehingga hari ini, pihak Jabatan Kastam tidak dapat memberi sebarang penjelasan, malahan Pengarah Jabatan Kastam masih lagi berdolak-dalik dan tidak dapat memberi sebarang penjelasan yang memuaskan hati saya.
Perkara yang telah saya bangkitkan adalah berkenaan dengan 40 bilangan intan dan permata yang telah dirampas daripada rumah Yang Berhormat Pekan, kepunyaan isteri Yang Berhormat Pekan. Di mana saya telah menyoalkan sama ada kemasukan barang- barang kemas itu telah pun diisytiharkan kepada pihak kastam. Sehingga ke hari ini saya telah menyoal sama ada pembayaran kastam eksais, GST dan sebagainya telah pun dilunaskan. Maklumlah kita sebelum pilihan raya yang lalu, rakyat biasa ditekan oleh Pengarah Kastam, menuntut supaya rakyat biasa membayar GST.
Ini kita berbicara tentang 40 bilangan barang kemas yang berharga lebih kurang RM60 bilion yang dibawa masuk ke tanah air kita tanpa diketahui oleh pihak kastam. Apakah pendapat Yang Berhormat tentang perkara ini? Ini adalah perkara serius. Pendapatan negara, GST yang patut dibayar untuk barang-barang kemas ini sehingga hari ini, pihak kastam tidak dapat memberi sebarang penjelasan. Saya minta pandangan Yang Berhormat.
Terima kasih.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih daripada Yang Berhormat Jelutong.
Saya fikir apa yang saya kemukakan ini tidak ada hubung kaitnya dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat ya. Saya berbicara soal Suruhanjaya Pilihan Raya.
Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya yang paling ketara dan klimaks mendapat kritikan rakyat, selain menafikan kepedulian rakyat terhadap bantahan persempadanan semula, adalah apabila pengumuman kemenangan Kerajaan Pakatan Harapan diumumkan terlalu lewat, seolah-olah berlaku usaha untuk blackout, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, keputusan Pilihanraya Parlimen yang ke-14. Semua orang tahulah. Saya yakin dan percaya, ia memberi iktibar yang besar kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang baru pada hari ini.
Institusi rakyat seperti ini seharusnya mendukung integriti yang tinggi dan perlu sentiasa dilihat adil dan saksama terhadap mana-mana pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang apabila menguruskan pilihan raya. Justeru itu, reformasi institusi yang dibuat oleh government of the day pada hari ini, perlu disokong penuh oleh semua pihak, hatta pembangkang sekalipun demi untuk Malaysia terus maju ke hadapan.
Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, saya memetik petikan di dalam perenggan 72, Laporan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu bahawa Suruhanjaya ini mestilah bebas dan adil. Oleh itu, kami mengesyorkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya menjadi satu badan yang kekal, di mana ahli-ahlinya harus dilantik oleh Yang di-Pertuan Besar dan ahli-ahlinya itu mendapat keyakinan penuh daripada parti politik demokratik dan komunitinya.
Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Pilihan Raya merupakan satu badan yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menguruskan pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri di Malaysia.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Peruntukan berhubung kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya diperjelaskan dalam peruntukan Perkara 113(1) Perlembagaan Persekutuan. Antara lain menyebut, selain menjalankan pilihan raya, suruhanjaya diberikan kuasa untuk menyediakan dan menyemak daftar pemilih bagi tujuan pilihan raya serta mengkaji semula pembahagian Persekutuan dan negeri-negeri kepada bahagian-bahagian pilihan raya.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Tampin, minta laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kota Bharu minta laluan ya.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tampin yang sedang menghuraikan mengenai pembentukan Suruhanjaya Pilihan Raya. Mengikut Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 114, Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja iaitu terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan dan tidak lebih daripada lima orang ahli.
Sepanjang yang kita tahu, sepanjang proses pilihan raya diadakan di negara kita selepas merdeka terutamanya, kebanyakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya ini atau SPR Ini dilantik daripada kalangan biasanya bekas-bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan atau pegawai tadbir sama ada KSU ataupun TKSU dan sebagainya. Manakala Setiausahanya pula adalah daripada kalangan pegawai-pegawai tadbir yang sedang berkhidmat.
Jadi saya ingin pandangan daripada Yang Berhormat Tampin, adakah Kerajaan Persekutuan sekarang ini bercadang supaya untuk menjadikan SPR ini satu badan yang betul-betul bebas, yang tidak ada apa-apa tekanan, tidak ada apa-apa obligasi terhadap mana-mana pihak, sama ada pihak kerajaan ataupun pihak lain, adakah Yang Berhormat bercadang- kerajaan ingin mencadangkan supaya SPR ini dilantik daripada kalangan mereka yang benar-benar bebas daripada sebarang unsur-unsur perkhidmatan awam dan sebagainya, dan juga lebih-lebih lagi pengaruh parti-parti politik? Terima kasih.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Untuk menjawab soalan itu ada dalam ucapan saya. Beberapa Perlembagaan melalui Suruhanjaya Reid telah merangka peruntukan berhubung dengan pemilihan ahli-ahli suruhanjaya. Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya ini seterusnya dikanunkan dalam Perkara 114, Perlembagaan Persekutuan.
Rujukan asal berhubung dengan pelantikan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya dapat dilihat di dalam draf asal Perlembagaan, Perkara 106. Peruntukan ini telah dirujuk dalam Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja dan hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan lima orang anggota lain.
Hakikatnya Fasal 1, Perkara 114 ini telah mengalami dua kali pindaan. Pertama, pada tahun 1963 melalui Akta 26, 1963, perkataan “dua anggota” lain telah diganti dengan perkataan “tiga anggota lain” yang berkuat kuasa daripada 16 September 1963.
Manakala perkataan “lima orang” telah menggantikan perkataan “tiga orang” melalui Akta A1130, berkuat kuasa pada 28 September 2001.
Perkataan “seorang Timbalan Pengerusi” telah dimasukkan selepas perkataan “Pengerusi”, melalui Akta A514, berkuat kuasa 15 Mei 1981.
Tuan Yang di-Pertua, setelah banyak kebobrokan yang dilihat terhadap tindakan SPR di bawah rejim kerajaan yang lalu, antara persoalan penting selepas Pilihanraya Umum Ke-14 khususnya di bawah Kerajaan Pakatan Harapan adalah, bagaimana kita mampu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap SPR. Maka antara salah satu pilihan yang ada adalah meminda kaedah pelantikan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya yang mampu dimanipulasikan hingga menjadikan ianya tidak bebas dan adil. Ini kerana kita tidak mahu anggota Suruhanjaya Pilihan Raya dilihat berpihak kepada satu pihak yang akan menyebabkan badan mengurus pilihan raya ini diragui kesaksamaannya. Justeru itu ia perlu disemak dan dikaji semula.
Peruntukan penting dalam perkara dasar dalam menentukan kriteria ahli Suruhanjaya Pilihan Raya...
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Minta laluan. Yang Berhormat Sungai Siput minta laluan.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Yang Berhormat Kubang Kerian minta laluan.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
...Satu perenggan ini dahulu.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Yang Berhormat Kubang Kerian minta laluan.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Peruntukan penting dalam perkara dasar...
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Yang Berhormat Kubang Kerian minta laluan.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
...Satu perenggan lagi. Peruntukan penting di dalam perkara dasar di dalam menentukan kriteria Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya ini dapat dilihat dalam fasal (2), Perkara 114 yang menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong sewaktu melantik anggota Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah mengambil perhatian tentang peri mustahaknya satu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Yang Berhormat Tampin, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tampin sebagai tambahan, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, saya adalah bekas ADUN Hutan Melintang sejak 2008 hingga 2013. Hutan Melintang ini adalah di bawah Parlimen Bagan Datuk, negeri Perak. Jadi saya juga lihat di mana Suruhanjaya Pilihan Raya yang sepatutnya mengendalikan sebuah pilihan raya yang benar-benar adil. Akan tetapi apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Hutan Melintang di mana Daftar Pemilih Tahun 2017 sepanjang suku pertama hinggalah suku keempat, saya telah suarakan, malah saya juga telah mengadakan mogok lapar di depan pejabat SPR di Putrajaya sehari sebelum hari raya tahun lalu di mana wujud pendaftaran baru dan juga pendaftaran tukar alamat di DUN Hutan Melintang suku pertama 2017 sekitar 3000.
Apabila saya membuat semakan di lapangan, saya mendapati hampir 70 peratus daftar baru dan daftar tukar alamat, mereka ini tidak bermastautin di Hutan Melintang. Maka saya kemukakan bantahan kepada SPR sepanjang tahun 2017 dan hampir 800 permohonan bantahan saya berjaya diterima. Malah sebahagian, lebih 2000 ditolak oleh sebab-sebab tertentu. Jadi saya minta Suruhanjaya Pilihan Raya termasuk Pengerusi SPR Malaysia yang tidak mahu menerima temu janji saya kerana apa yang saya buktikan adalah benar di sisi undang-undang, di mana pendaftaran tukar alamat berlaku dengan beberapa pihak yang bersekongkol dengan Jabatan Pendaftaran Negara menukar IC tanpa pengetahuan pemohon tersebut. Maka jelas bahawa memang terdapat banyak penipuan dalam pendaftaran 2017.
Maka saya mencadangkan di Dewan yang mulia ini bahawa SPR perlu melakukan satu proses transformasi secara menyeluruh bukan sahaja melibatkan anggota Lembaga Pengarah malah juga termasuk Pengerusi SPR Malaysia harus ditukar kerana tidak menunaikan tanggungjawab mengendalikan pilihan raya yang adil dan bersih PRU Ke-14.
Terima kasih.
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Mohon laluan. Sikit. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian soal yang timbul dalam perbahasan kita ialah apakah itu kelemahan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
(SPR) yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-Raja atau kerana paksaan kerajaan yang memerintah pada waktu itu?
Kita bezakan antara dua situasi ini. Kalau ia berlaku di atas kelemahan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-Raja, bermakna kita hilang kredibiliti, kewibawaan Yang di-Pertuan Agong dalam membuat pelantikan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Ini suatu gambaran yang sangat serius.
Saya lihat bahawa masalah yang berlaku ialah bukan masalah di antara anggota Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia sahaja tetapi termasuklah kerajaan yang mengawal pada waktu itu, yang memaksa anggota perkhidmatan awam tunduk di bawah kehendak mereka.
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Sekiranya sistem ini dapat diperbetulkan, kita yakin suruhanjaya yang ada mampu berjalan dengan adil dan keputusan PRU Ke-14, saya fikir satu gambaran bahawa hasrat rakyat dapat dibuktikan dengan keputusan Pilihan raya Umum Ke-14. Jadi, saya mohon penjelasan sedikit dalam isu ini. Terima kasih.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Siput dan juga Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya fikir...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Yang Berhormat Tampin boleh minta laluan sikit, Yang Berhormat Tampin? Yang Berhormat Kota Melaka.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Nanti, nanti. Saya hendak jawab dulu apa yang saya...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Okey.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Siput dan satu cadangan yang bagus. Insya-Allah kita akan, mungkin Kerajaan Pakatan Harapan boleh melihat perkara ini lebih detail dan lebih mampu untuk melihat soal Suruhanjaya Pilihan Raya.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Kerian kerana memberikan pandangan. Kita membicarakan soal ini bukan kita hendak mengkritik soal pelantikan suruhanjaya akan tetapi soal pelaksanaan individu-individu yang memegang tampuk Suruhanjaya Pilihan Raya itu sendiri.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat, Pasir Salak.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Apakah yang dimaksudkan dengan mendapat kepercayaan umum?
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Soalan.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Saya hendak teruskan, saya tinggal 39 minit lagi.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sikit sahaja boleh?
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Saya hendak teruskan.
Menurut definisi ‘mendapat kepercayaan awam’ ini tidaklah ditafsirkan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan ketika ini. Namun, jika dirujuk di dalam Perenggan 72, Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu iaitu Reid, yang membawa maksud di mana ahli-ahlinya harus dilantik oleh Yang di-Pertuan Besar dan ahli-ahlinya itu perlu mendapatkan keyakinan penuh daripada parti politik demokratik dan komunitinya.
Peruntukan ini telah dikekalkan dalam draf asal Perlembagaan, fasal (3), Perkara 106.
Namun begitu, Hakim Abdul Hamid di dalam laporan Suruhanjaya Perlembagaan Reid, mempunyai pandangan berbeza dan berhujah bahawa klausa seharusnya tidak perlu dimasukkan dan harus dipadamkan memandangkan peruntukan itu didapati cacat disebabkan tiada definisi yang terang dan jelas dalam perlembagaan bagi maksud parti politik yang demokratik dan komuniti. Ini menjadi titik penting berdasarkan pandangan berbeza Hakim Abdul Hamid, salah seorang anggota Suruhanjaya Perlembagaan Reid di mana syarat asas pemilihan anggota suruhanjaya itu mendapat keyakinan penuh parti politik dan komuniti telah di padam dan diganti dengan peruntukan yang kekal sehingga hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, dalam memastikan badan SPR ini pada masa hadapan berfungsi dengan lebih baik, maka standard dan piawaian antarabangsa harus menjadi kayu ukur penting dalam amalan di beberapa buah negara Komanwel, khususnya Mother of Parliaments, dengan izin, United Kingdom.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Machang.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Saya dimaklumkan pilihan Suruhanjaya Pilihan Raya jika...
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Machang.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
...Di United Kingdom, Suruhanjaya Pilihan Raya dipertanggungjawabkan di bawah kuasa Parlimen. Satu jawatankuasa di bawah Parlimen dibentuk bagi menentukan pemilihan ahli-ahli suruhanjaya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Tampin, bagi tidak?
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Saya habiskan dahulu, satu perenggan.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Tidak apalah. Kalau satu perenggan banyak lagi yang minta lebih dulu daripada saya, maknanya saya tidak sempatlah tu.
Seorang Ahli
Ini floor dialah.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Satu jawatankuasa di bawah Parlimen dibentuk bagi menentukan pemilihan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya. Hanya pada 1 Oktober 2010, empat orang suruhanjaya ditambah dan berkhidmat secara sepenuh masa. Maka ini, dicalonkan bagi mewakili parti politik mereka dan cadangan nama mereka diteliti oleh jawatankuasa Speaker berhubung dengan Suruhanjaya Pilihan Raya dan diluluskan oleh House of Commons dengan satu surat memohon pelantikan dan perkenan Raja daripada Parlimen akan dihantar kepada Baginda Ratu untuk melantik mereka. Had masa tempoh pelantikan bagi tiga parti terbesar akan berkhidmat selama empat tahun, manakala pesuruhjaya yang dinamakan oleh parti kecil hanya akan berkhidmat untuk jangka masa dua tahun.
Justeru itu, apakah reformasi institusi seperti SPR di bawah janji Manifesto Kerajaan Pakatan Harapan akan dilaksanakan atau mekanisme lain yang akan diguna pakai kerajaan agar SPR tidak bias seperti di bawah rejim yang lama?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kota Melaka, Yang Berhormat Tampin.
Terima kasih Yang Berhormat Tampin.
Memandangkan SPR tidak melakukan kerja mereka dengan cekap dalam pilihan raya kali ini, banyak bias. Sungguhpun Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim bin Abdullah telah bersara awal, adakah Yang Berhormat Tampin bersetuju dengan saya bahawa enam orang anggota lain yang masih di dalam suruhanjaya pilihan raya iaitu Tan Sri Othman bin Haji Mahmood, dan lima orang anggota SPR yang lain Dato’ Haji Md. Yusop bin Haji Mansor; Datuk Haji Abdul Aziz bin Khalidin; Tuan Haji Sulaiman bin Haji Narawi; Dato’ Bala Singam Karupiah; dan juga Dato' Leo Chong Cheong juga haruslah meletakkan jawatan.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Yang Berhormat, boleh saya tambah lagi?
Saya setuju dengan apa yang Yang Berhormat Kota Melaka katakan. Akan tetapi, saya rasa bukan hanya SPR yang dapat arahan daripada kerajaan tetapi SPR seluruhnya, semua commissioner dalam SPR hendaklah bertanggungjawab. Ini kerana mereka gagal menjalankan tugas mereka. Oleh sebab itu, telah hilang keyakinan daripada orang awam. Ini adalah satu kriteria yang berada dalam Perlembagaan kita.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Tampin, bila kita baca laporan daripada BERSIH yang mengatakan ada banyak kesalahan yang berlaku pada PRU14 ini, adakah kerajaan akan mengkaji semula sistem pilihan raya yang kita adakan di sini? Di mana sekarang kita ada first-past-the-post tetapi bolehkah kita kaji semula dan menimbangkan sistem yang alternatif seperti mixed-member proportional representation atau MMP, supaya gerrymandering dan juga malapportionment tidak akan menjadi isu yang besar seperti yang berlaku sebelum PRU14.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Saya juga ingin membuat pencerahan. Angle mana atau sudut mana yang dikatakan SPR tidak berlaku adil di dalam pilihan raya umum baru-baru ini? Sedangkan kita tahu Pakatan Harapan telah berjaya membentuk kerajaan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Dan yang menguruskan pilihan raya umum dahulu adalah pegawai-pegawai kerajaan di peringkat pejabat daerah, di peringkat majlis perbandaran yang menjadi Pengurus atau Timbalan Pengurus Pilihan Raya. Tidak adil kalau kita katakan Pengerusi SPR itu tidak adil menjalankan tugas semasa menyediakan proses Pilihanraya Umum Ke-14 baru-baru ini.
Jadi, saya hendak tanya daripada Yang Berhormat Tampin. Sudut manakah yang dikatakan SPR itu masih lagi tidak berlaku adil kepada parti Pakatan Harapan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Kota Melaka dan juga Yang Berhormat Petaling Jaya?
Terima kasih.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih kepada yang bertanya, Yang Berhormat Kota Melaka dan Yang Berhormat Petaling Jaya. Mungkin yang bertanya itu lebih faham daripada yang ditanya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Yang Berhormat Tampin.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Tuan Yang di-Pertua, pada tahun depan juga, negara kita bakal meraikan 60 tahun...
[Disampuk] Saya sudah jawab. Orang yang menyoal itu lebih faham daripada orang yang menjelaskan.
Pada tahun depan juga, negara kita bakal meraikan 60 tahun sistem demokrasi...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Tampin. Ya, saya memerlukan jawapan yang baik, yang...
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terpulang kepada saya untuk saya menjawab ataupun tidak. Saya sudah jawab.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan saya Kota Melaka yang bangkit isu ini, Tuan Yang di-Pertua, memandangkan Kota Melaka yang bangkit isu ini, biar Kota Melaka yang jawab.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tampin bukan Yang Berhormat Menterilah. Apalah...
[Ketawa] Lupa kah?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua. Kalau Yang Berhormat Tampin izinkan, Kota Melaka sudi memberi penjelasan apa yang saya sebut tadi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, Jelutong pun boleh bantu.
Dua hari sebelum pilihan raya, Yang Berhormat Pekan membuat pengumuman memberi macam-macam janji. Bukankah itu menyalahi undang-undang pilihan raya?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ini yang saya katakan melanggar peraturan mesyuarat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dua hari sebelum pilihan raya, Yang Berhormat Pekan...
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Jelutong mahu jadi Yang Berhormat Menteri kah?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
...Kalau diberikan laluan barulah boleh berucap. Bukan terus bangun sahaja. Baca dahulu peraturan mesyuarat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukankah itu menyalahi pilihan raya? Duit dibayar. Janji duit dibayar. Macam-macam dibayar.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, baca dahulu peraturan mesyuarat. Dari pagi tadi tidak faham peraturan mesyuarat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu merupakan sogokan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya tanya dengan cara baik. Saya dapat kebenaran daripada Tuan Yang di-Pertua. Saya mendapat kebenaran daripada Yang Berhormat Tampin. Yang Berhormat busuk hati dan sakit hati kepada saya kenapa Yang Berhormat?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sebab itu Yang Berhormat kurang faham. You orang faham-fahamlah.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat baca peraturan mesyuarat dahulu. Minta kebenaran. Kalau Tuan Yang di-Pertua bagi, baharulah bagi laluan, baharulah bangun jawab. Ini terus nak jawab. Bukan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya bagi Yang Berhormat Tampin jawab.
Seorang Ahli
Ini bukan sidang DUN lah...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Belajar daripada Yang Berhormat Sepang, belajar daripada Yang Berhormat Pokok Sena ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Tampin, sila teruskan Yang Berhormat Tampin. The floor is yours.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar
Yang Berhormat Kuala Krau pun tidak belajar daripada diri dia sendiri [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Tampin, teruskan Yang Berhormat Tampin. The floor is yours.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pada tahun depan juga, negara kita...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Pokok Sena hebat.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
...Meraikan 60 tahun sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Dengan kejayaan Kerajaan Pakatan Harapan membentuk kerajaan pada hari ini, seolah-olah satu peluang yang terbaik untuk kerajaan hari ini mengambil tindakan yang betul melakukan reformasi keseluruhan terhadap institusi rakyat. Bukan sahaja SPR semata-mata malahan institusi Parlimen juga dilihat perlu untuk dikembalikan kewibawaannya.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Tampin.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Tampin, saya rasa soalan saya yang Yang Berhormat kata ada dalam jawapan itu tidak jawab lagi. Soalan saya tadi...
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Siapakah yang pada pandangan...
[Disampuk] Jangan ganggulah. Saya dapat laluan. Saya dapat laluan, apa you ganggu ini?
Saya tanya Yang Berhormat Tampin. Why are you so busy?
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Saya hendak teruskan saya punya...
[Disampuk] Biar saya habis dahulu.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya tanya. Tadi Yang Berhormat kata, bila saya tanya soalan, Yang Berhormat kata, “Ada dalam ini, nanti saya jawab”.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya hendak tanya, mana jawapannya? Tidak jawab lagi. Tidak ingat dah soalan saya? Tadi Yang Berhormat kata, “Ada dalam ucapan saya”. Mana jawapannya? Ini sudah masuk institusi lain dah. SPR tadi saya tanya. Ahli SPR tadi. Tidak ingat dah?
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Saya sudah jawab dalam ucapan saya tadi.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tidak. Tidak ada jawab. Mana ada jawab. Tidak ada.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Sama ada Yang Berhormat Kota Bharu faham ataupun tidak, itu terpulang kepada Yang Berhormat Kota Bharu.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya. Tidak jawab. Tidak jawab. Cuba tunjuk, mana jawapan?
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Macam mana hendak faham, jawab pun tidak.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tidak jawab. Tidak jawab.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Baca Hansard besoklah.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Okey, kita baca Hansard besok. Kita baca Hansard besok. Ini Yang Berhormat Sepang ajar ini.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Yang Berhormat Sepang behave sekarang.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Tuan Yang di-Pertua, antara salah satu janji di dalam manifesto Pakatan Harapan di dalam mengembalikan wibawa Parlimen adalah mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen. Undang-undang Perkhidmatan Parlimen ini penting dan signifikan memandangkan ia bertujuan untuk mengawal selia perkara-perkara berkaitan dengan syarat-syarat kelayakan untuk pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib kakitangan di Parlimen.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Tampin. Minta pencelahan boleh?
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Saya hendak habiskan dahulu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Okey. Nanti bagi peluang.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Malahan, jauh lebih penting daripada itu, ia akan membolehkan kakitangan Parlimen ataupun legislatif khususnya Ketua Pentadbir Parlimen, Setiausaha Dewan Rakyat, Setiausaha Dewan Negara serta kakitangan yang lain terpisah daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam daripada Badan Eksekutif.
Amalan kakitangan Parlimen bebas dan tidak condong kepada mana-mana pihak merupakan praktis antarabangsa di mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Hatta, di beberapa buah negara Komanwel, ia dikanunkan di dalam Akta Perkhidmatan Parlimen mereka bahawa kakitangan Parlimen bukan sebahagian daripada kakitangan Badan Eksekutif. Cadangan ini adalah bagi maksud mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen yang bebas dan tidak terikat dengan perkhidmatan awam yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, Undang-undang Perkhidmatan Parlimen Malaysia bukanlah sesuatu yang baharu. Malah, ia telah digubal buat pertama kalinya pada 11 Mac 1963 apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj telah membentangkannya bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat. Rang undang- undang tersebut dibaca kali kedua dan seterusnya diluluskan pada 12 Mac 1963.
Penggubalan Undang-undang Perkhidmatan Parlimen ini juga akan membolehkan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Ahli Jawatankuasanya untuk melantik kakitangan pentadbiran Parlimen selain Setiausaha Dewan Rakyat dan Setiausaha Dewan Negara sendiri.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 pada masa yang lalu hanya diguna pakai bagi tempoh 29 tahun sebelum akta ini dimansuhkan pada 20 November 1993 melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 1992 [Akta A837] pada 21 Oktober 1992. Pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan telah meminda peruntukan Perkara 65 dan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan Perkhidmatan Parlimen. Selain itu, beberapa peruntukan lain turut dipinda termasuklah Perkara 46 dengan penambahan Kerusi Dewan di Parlimen dan Perkara 113 berhubung dengan perjalanan pilihan raya.
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Tampin, boleh? Sudah habis dah? Boleh, Yang Berhormat Tampin?
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Saya tinggal 21 minit lagi ni.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Satu, satu saat sahaja soalan. Satu saja. Selepas itu saya duduk diam. Satu sahaja, boleh?
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terpulang kepada...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Dengan izin, boleh?
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Saya tinggal 21 minit sahaja lagi.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Satu saat saja, satu saat. Dulu kan, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Pokok Sena minta pencerahan saya bagi saja. Satu saat saja.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tidak bagi ya, tidak bagi?
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Saya pasti...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Macam mana hendak meningkatkan...
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
...Bahawa...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Dia tidak faham kah perintah tetap?
Orang tidak bagilah.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
...Bahawa kerajaan pada hari ini akan menyokong sepenuhnya usaha untuk mengembalikan wibawa Parlimen ini dengan mengembalikan semula kewujudan Akta Perkhidmatan Parlimen.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Boleh, sebelum tajuk lain, boleh? Sebelum tajuk lain.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Tampin. Saya hendak bantu, hendak bantu Yang Berhormat Tampin. Saya hendak bantu Yang Berhormat Tampin.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Selain daripada itu...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Tampin, boleh tidak?
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
...Daripada reformasi di dalam sistem pentadbiran melalui sistem pentadbiran Malaysia yang baharu ini juga...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Sepang dia akan bantu Yang Berhormat Tampin bagi jawapan.
Saya akan tanya...
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Yang Berhormat Kuala Krau, perintah tetap. Sila duduk. Ahli Yang Berhormat sedang berucap. Duduk, dia tidak bagi laluan...
[Dewan riuh]
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Saya hendak teruskan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya tanya, bolehkah saya buat pencelahan.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Yang Berhormat tidak bagi laluan. Yang Berhormat duduk.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Saya hendak teruskan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini adalah kelakuan Yang Berhormat Kuala Krau hendak buli Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Saya hendak teruskan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tadi bila Tuan Yang di-Pertua ada, dia tidak berkelakuan begini. Sekarang Timbalan Yang di-Pertua masuk, Yang Berhormat Kuala Krau sudah mula...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta, minta Yang Berhormat Kuala Krau, minta Yang Berhormat Kuala Krau...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan Mesyuarat, Peraturan Mesyuarat, Peraturan Mesyuarat. Ini Yang Berhormat Jelutong, 36(6) Yang Berhormat Jelutong, bersangka jahat terhadap saya sebagai Ahli Dewan yang lain, saya minta tarik balik. Saya menghormati kerusi Tuan Yang di-Pertua, saya minta tarik balik.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Minta Yang Berhormat Kuala Krau, minta Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau Yang Berhormat ...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya minta tarik balik, saya minta tarik balik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tunggu lah.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya tidak ada apa-apa perasaan prasangka pada Yang Berhormat Jelutong. Akan tetapi Yang Berhormat Jelutong telah menyatakan bahawa saya mempunyai perasaan hendak membuli Tuan Yang di-Pertua. Saya minta maaf.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau Yang Berhormat Kuala Krau tidak membuli, kalau Yang Berhormat Kuala Krau tidak membuli, saya tarik balik. Kalau Yang Berhormat Kuala Krau duduk tidak buli saya tarik balik...
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Peraturan Mesyuarat...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya sudah sebut Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(6) sangkaan jahat. Saya sudah cakap, saya sudah beritahu awal daripada pagi tadi saya sudah beritahu. Yang Berhormat Sepang ini point of order saya Yang Berhormat Sepang.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu
Yang Berhormat Sepang ini backbencher ini, Yang Berhormat Sepang ini backbencher.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Sepang, sila duduk. Ini point of order saya. Yang Berhormat Sepang sila duduk. Ini point of order saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Jangan mengganggu...
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Peraturan Mesyuarat. Beliau kata saya bersangka jahat tadi. Dia kata saya ajar Yang Berhormat Tampin. Sebelum dia quote 36(6), dia kena quote diri dia sendiri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, baik.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin
Ini apa ini, tuduh orang dia yang buat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, ini sebenarnya adalah floor Yang Berhormat Tampin. Terpulang kepada Yang Berhormat Tampin untuk berikan ataupun tidak, dengan cara baik. Sudah, sudah.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sudah, sudah, sudah.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Sepang ketagih itu, Yang Berhormat Sepang ketagih itu.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Point of Order 43...
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Peraturan Mesyuarat 43, Tuan Yang di- Pertua sudah buat keputusan, Peraturan Mesyuarat 43 Tuan Yang di-Pertua sudah buat keputusan Peraturan Mesyuarat 43.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Selain daripada reformasi di dalam sistem pentadbiran, melalui sistem pentadbiran Malaysia yang baharu ini juga kita perlu mendidik rakyat Malaysia untuk tidak bersifat prejudis...
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Minta laluan, minta laluan Yang Berhormat Tampin.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
...Terhadap kenyataan pihak kementerian terutamanya isu yang berkaitan dengan sentimen kaum dan agama.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Peraturan Mesyuarat Yang Berhormat. Peraturan Mesyuarat 36(6) saya minta Yang Berhormat Jelutong tarik balik. Perkataan saya berniat membuli Tuan Yang di-Pertua, saya minta tarik balik. Ini kerana saya menghormati Tuan Yang di-Pertua dan Kerusi Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat. Minta tarik balik Yang Berhormat. Itu saja Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat tarik balik, lima minit selesai Yang Berhormat.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Dato’ Tuan Yang di-Pertua, ini floor saya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Tampin, bila ada point of order, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kena putuskan dulu point of order Yang Berhormat. Yang Berhormat yang kena duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat, bila point of order, floor point of order Yang Berhormat. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya minta tolong tarik balik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya hormati Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya sedia tarik balik kalau Yang Berhormat Kuala Krau tidak terus membuli dan akan duduk dan tidak ganggu persidangan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Kuala Krau...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya dengan baik minta pencelahan. Kalau Yang Berhormat Tampin benarkan dan dijemput oleh Tuan Yang di-Pertua, saya akan bertanya.
Akan tetapi bila Yang Berhormat Tampin tidak bagi, saya duduk. Bila hendak beralih kepada yang lain, tajuk yang lain...
[Dewan Riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terus ganggu.
Seorang Ahli
Tadi you tidak duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kuala Krau, itu tadi saya sebut inilah floor Yang Berhormat Tampin, saya punya keputusan ini pula saya beri kepada Yang Berhormat Tampin sebab banyak kali diminta tetapi Yang Berhormat Tampin tidak membenarkan. Ini...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ya betul, saya faham. Akan tetapi niat untuk tarik balik itu bersyarat Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Minta laluan, minta laluan Yang Berhormat Tampin.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Tampin.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Yang Berhormat Pasir Gudang, laluan Yang Berhormat Tampin.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Sekejap saja, belakang, di belakang, belakang Yang Berhormat Tampin. Yang Berhormat Pasir Gudang sekejap saja, sedikit saja.
Tuan Yang di-Pertua, pihak Yang Berhormat Tampin ada menyebut tadi ingin mengangkat martabat Parlimen ke tahap yang lebih tinggi. Ada disebut tadi untuk melakukan reformasi terhadap institusi-institusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), SPRM dan sebagainya. Dalam hal ini, saya mencadangkan adalah penting dikaji kaedah pemilihan pengerusi-pengerusi khususnya agensi-agensi, institusi-institusi ini seperti SPR dan SPRM supaya peranan ini dapat dimainkan oleh Parlimen.
Maksud saya, kuasa yang terakhirnya nanti yang melantik Pengerusi Suruhanjaya dan jawatankuasa, mereka ini di bawah kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Akan tetapi kaedah pemilihan selama ini, nama-nama itu dikemukakan oleh Perdana Menteri. Akan tetapi kalau reformasi hendak dilakukan ada baiknya nama- nama yang hendak dicadangkan sebagai pengerusi agensi institusi-institusi seperti SPR dan SPRM ini diserah kepada Parlimen untuk individu-individu yang hendak dicalonkan ini disemak supaya Parlimen ada kuasa menentukan, supaya mereka yang memegang jawatan ini benar-benar ada merit dan bertanggungjawab, mana yang tidak memenuhi itu ditolak.
Selepas selesai, orang-orang ini diangkat supaya nama ini diketengahkan, dikemukakan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
Adakah Yang Berhormat Tampin bersetuju dengan pandangan saya ini?
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Yang Berhormat Tampin, saya hendak mencelah sedikit. Hendak tambah point kepada Yang Berhormat Pasir Gudang, jiran Yang Berhormat Rembau. Sikit saja ya. Saya tertarik dengan pandangan daripada Yang Berhormat Pasir Gudang tadi. Ini seperti mana yang dibuat di Kongres Amerika Syarikat, di mana ada congressional hearing, confirmation process untuk jawatan-jawatan tertinggi.
Apakah Yang Berhormat Tampin setuju bahawa sebelum dikemukakan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong nama-nama itu dibawa ke Dewan Rakyat Parlimen, satu jawatankuasa khas ditubuhkan sebagai semak dan imbang dan atas semangat semak dan imbang, jawatankuasa khas yang menilai calon-calon tersebut itu dipengerusikan oleh seorang wakil daripada pihak pembangkang?
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang dan juga Yang Berhormat Rembau atas cadangan yang baik dan bagus. Akan tetapi jangan lari.
Baru-baru ini pihak Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan pengiktirafan sijil UEC. Untuk pengetahuan semua, peperiksaan UEC dipraktikkan dalam United Chinese School Committees’ Association of Malaysia.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Peperiksaan bagi sijil UEC bagi subjek yang tidak berkaitan dengan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan diajar di dalam Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Selepas pengiktirafan UEC, kita menyaksikan golongan yang memperjuangkan bangsa secara radikal mula melatah tidak tentu hala dengan ada tanggapan yang mengatakan UEC akan menggugat perpaduan dan menghakis kedudukan Bahasa Melayu di Malaysia.
Namun untuk memahami isu ini kita perlu menilai dan membaca fakta-fakta sebenar berkenaan sijil ini. Menurut Joyce Tang seorang pemegang sijil UEC dalam pendapat beliau tentang UEC yang ditulis di dalam sebuah blog. Di Malaysia sijil UEC ini diguna pakai di sekolah menengah persendirian Cina. UEC adalah ujian peperiksaan menengah yang diuruskan oleh Lembaga Pengurus Sekolah Cina di Malaysia. Sekolah menengah Cina menerima pelajar daripada pelbagai kaum dan agama termasuk pelajar Melayu. Dong Zong menitikberatkan penguasaan Bahasa Melayu dan menerima syarat wajib memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM.
Setiap tahun sekolah menengah persendirian Cina bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan pertandingan forum pelajar dengan tujuan memperkasakan pembelajaran Bahasa Melayu. Kurikulum pula dirancang dengan tujuan untuk memupuk semangat nasionalisme Malaysia, memperkasakan keharmonian dan juga persefahaman kaum di Malaysia.
Jadi secara dasarnya isu pengiktirafan UEC bukanlah isu kaum mahupun politik. Ia adalah soal pendidikan dan pembaharuan dalam sistem akademik yang ada di Malaysia...
[Tepuk] Pengiktirafan sijil UEC perlu dikaji semula bagi melengkapi semua aspek selaras dengan perpaduan kaum serta sistem pendidikan di Malaysia.
Isu yang terakhir Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Tampin, boleh laluan?
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Yang Berhormat Tampin, Kubang Kerian- tumpang laluan.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Sedikit sahaja.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Kepala Batas. Kali pertama ini.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Satu isu sahaja lagi.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Boleh?
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
[Bangun]
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Satu isu sahaja lagi saya hendak bercakap.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Kota Tinggi
Ini bagi Yang Berhormat Padang Terap.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang telah diucapkan tadi. Boleh, Yang Berhormat Tampin?
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Boleh saya- UEC.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Sila.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tampin membangkitkan mengenai dengan UEC. Satu perkara yang saya ingin saya nyatakan di sini, bersetuju kah Yang Berhormat Tampin bahawa kita mempunyai Dasar Pendidikan Nasional yang jelas, dan apabila kita telah mempunyai dasar pendidikan yang jelas yang telah diperakukan dalam negara ini.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid - Padang Terap
Jadi Yang Berhormat Tampin bersetuju bahawa kita juga mempunyai satu dasar pendidikan lagi apabila kita telah meluluskan UEC nanti?
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih, Yang Berhormat Padang Terap atas soalan itu. Saya fikir ini bukan dasar, ini hanya pelaksanaan.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Dasarlah.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Ini pengiktirafan, ini bukan dasar.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Dasar tu.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan Titah Diraja semalam, Baginda Tuanku juga ada menyentuh tentang peri pentingnya peranan yang dimainkan oleh wanita dalam proses pembangunan negara.
Menurut statistik global, wanita hanya memegang 22 peratus daripada kedudukan Parlimen negara di seluruh dunia. Ini bermakna wanita masih lagi kurang diberi peluang dalam semua aspek proses politik disebabkan oleh halangan sosial dan budaya, ketiadaan latihan dan sumber untuk penganjuran politik wanita, taraf hidup dan cabaran ekonomi yang tidak menentu.
Menurut statistik pemerkasaan wanita dalam domain terpilih Malaysia 2017 dari aspek penguasaan politik di Dewan Negara, statistik wanita adalah 22.4 peratus, Dewan Rakyat 10.8 peratus, Menteri Kabinet 8.6 peratus dan Timbalan Menteri 17.6 peratus.
Penglibatan wanita dalam politik amat penting bagi membela nasib wanita yang dihimpit dengan pelbagai isu. Pemerkasaan wanita mempunyai potensi untuk membuka peluang untuk tambahan pendapatan per kapita dianggarkan berjumlah USD2,300, menjadikan wanita kunci kekuatan kepada sosioekonomi di Malaysia.
Kita mengambil maklum pelbagai dasar dan insentif telah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini bagi mencapai dasar 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan di sektor awam dan sektor swasta.
Tuan Yang di-Pertua, namun begitu di dalam proses partisipasi wanita di dalam politik, kita masih gagal mencapai piawaian 30 peratus ini. Buktinya pada sesi Parlimen Ke- 13 hanya 11 peratus sahaja Ahli Parlimen wanita yang berada di dalam Dewan yang mulia ini.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta penjelasan. Boleh, Yang Berhormat Tampin?
Seorang Ahli
Yang Berhormat Tampin.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Persoalannya adalah wanita di Malaysia kurang diberikan kepercayaan dalam memimpin atau wanita di Malaysia memegang- memang kurang motivasi untuk ke hadapan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh meminta laluan? Sedikit sahaja.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau tidak bagi cakap, kalau bagi cakap.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Tidak bagi.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Cakaplah. Jadi saya tidak tunggu-tunggu.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Kalau saya meneruskan ucapan itu maksudnya tidak bagilah.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Mesti mahu bagi tahu. Saya hendak tanya sedikit- Menteri baharu berapa hari kenapa tidak ada ini? Kosong sahaja.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Orang kata tidak bagi duduklah. Orang sudah kata tidak bagi.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kosong sahaja.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Orang sudah kata tidak bagi, duduklah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Minta Yang Berhormat Tampin bagi tahu. Bagi, tidak bagi?
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Tidak bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Tidak bagi. Itu jawapannya.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Tuan Yang di-Pertua, oleh itu Pakatan Harapan yang diberi mandat rakyat pada pilihan raya umum baru-baru ini yakin dan percaya wanita seharusnya diberi ruang dan peluang yang lebih besar di dalam pelbagai bidang profesion terutamanya di dalam bidang politik.
Bangga saya melihat kerusi-kerusi di Parlimen kali ini diserikan dengan wanita- wanita yang kuat dalam memperjuangkan nasib rakyat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Akan tetapi tidak ada dalam Dewan.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Amanah berapa orang calon wanita?
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terutamanya Pakatan Harapan telah mengangkat...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terutama Menteri Wanita tidak ada dalam Dewan.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
...Melantik menjadi Timbalan Perdana Menteri yang tidak sanggup dilaksanakan oleh Barisan Nasional walaupun sudah memerintah 60 tahun.
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Akan tetapi lari-lari, tinggal Dewan.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Menteri tidak ada dalam Dewan.
Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor
Menteri tidak ada dalam Dewan, jangan lari-lari. Menteri tidak ada dalam Dewan malulah.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Jemaah Menteri lah, hari ini Rabu. Itu pun tidak tahukah. Cabinet Meeting-lah, tidak akan itu pun tidak tahu?
Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Tampin baca teks.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ada jawatan, tidak ada dalam Dewan.
Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor
Teks tulis hujan, tapi siang tengah hari.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terutamanya Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Yang Berhormat Puan Rina Harun, Yang Berhormat Puan Zuraidah Kamarudin, Yang Berhormat Yeo Bee Yin...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Mana ada?
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tidak ada. Menteri Wanita- semua tidak ada ini.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Semuanya tidak ada.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Mana? Semua nama-nama disebut tidak ada dalam Dewan [Ketawa]
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tidak ada dalam Dewan buat kerjalah itu. Bukan macam you orang.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Mohon pencerahan boleh?
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Saya dapat merasakan...
Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor
Baca teks, baca teks.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Ya, saya memang baca teks. Memang ditulis kalau tidak ditulis bagaimana saya membacanya?
[Ketawa]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Orang lain tulis kah ini? Siapa tulis teks ini?
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Saya yakin dan percaya...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini bukan berbahas. Ini berucap namanya.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Membaca teks, membaca teks.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Akan tetapi tidak apa mengaku, jujur. Bagus, bagus.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ini Menteri tidak ada dalam Dewan pun baca juga teks, bagus.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Bagi laluan sikit.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Sim Chee Keong
Ini cara hormat Tuan Yang di-Pertua kah?
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Ada Mesyuarat Kabinet Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Tampin, minta laluan satu.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Saya dapat merasakan masa depan Malaysia lebih cerah di bawah pimpinan wanita yang amanah dan dedikasi dalam bekerja demi negara...
[Tepuk]
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Tampin, minta laluan Yang Berhormat Tampin.
Seorang Ahli
Ya.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Akhir kata, akhir kata.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Satu minit lagi. Ya, satu minit lagi.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Saya tidak berikan.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Terima kasih.
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Akhir kata, hendak akhir sudah itu. Saya menyarankan setiap kementerian untuk terus menyokong, memberi peluang dan membela nasib wanita bagi memperkasa, memartabatkan wanita dalam negara kerana mereka adalah permata yang boleh menggerakkan negara di mata dunia.
Seorang Ahli
Ya!...
[Tepuk]
Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Justeru itu, dengan segala penuh hormat dan takzimnya, saya memohon menyokong Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat bagi Sungai Petani sekarang terbuka untuk dibahas. Minta Yang Berhormat Ketua Pembangkang untuk berucap...
[Tepuk]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera... [Membaca sepotong doa] Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah. Saya merafakkan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang mengizinkan saya berdiri di sini mewakili kawan-kawan yang berada di blok pembangkang...
[Tepuk] Untuk melafazkan rasa junjung kasih kami kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua. Kami bukan tidak bersetuju dengan pelantikan. Kami ucapkan tahniah dan syabas, memang yang paling layak setakat ini menjadi Tuan Yang di-Pertua...
[Tepuk] Akan tetapi, peraturan Dewan harus dihormati dan itulah perjuangan kami, walaupun ada satu, dua yang degil [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, kita tahu sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi bahawa mantan Yang di-Pertua yang lalu telah banyak melakukan perubahan. Saya berharap kita bersama-sama di sini...
[Merujuk kepada blok pembangkang] Atau di sana...
[Merujuk kepada blok kerajaan] Kita merakamkan dan merekodkan ucapan tahniah kepada mantan Yang di-Pertua dan jangan lupa Yang Berhormat Beluran dan juga Yang Berhormat Kuala Krau yang telah menjadi Timbalan-timbalan Yang di-Pertua yang juga telah memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Dengar itu Yang Berhormat Jelutong.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Saya juga ingin mengucapkan tahniah pada rakan-rakan di sini, sama ada yang lama ataupun yang baharu, juga di sana yang lama dan baharu yang dapat bersama-sama di Dewan yang mulia ini. Allah Taala telah mentakdirkan kami berada di sini...
[Merujuk kepada blok pembangkang] Di blok ini, tetapi ingatlah bukan lama di sana...
[Merujuk kepada blok kerajaan] Insya-Allah, kami akan berpindah ke blok sana...
[Merujuk kepada blok kerajaan] [Tepuk]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat mimpi kah apa?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Ini suatu hakikat.
Namun di dalam keadaan itu kita harus mengetahui bahawa apa yang berlaku adalah sesuatu ketentuan yang kita harus reda dengannya. Namun, ada hikmah yang berlaku di sini...
[Merujuk kepada blok pembangkang] Dan di sana...
[Merujuk kepada blok kerajaan] Termasuk di sana...
[Merujuk kepada blok kerajaan] Mungkin harus belajar dengan kami di sini...
[Merujuk kepada blok pembangkang] Ini kerana kegagapan mengatasi kemampuan untuk menjawab persoalan oleh pihak kami.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Oleh yang demikian, dengan tidak berhasrat untuk riak atau takbur, kami merasakan bahawa harus ada jalinan yang baik antara di sana...
[Merujuk kepada blok kerajaan] Dan di sini...
[Merujuk kepada blok pembangkang] Insya-Allah, untuk menjaga kemuliaan Dewan ini, kita harus bersama-sama berada di dalam situasi wahdatul fikr, penyatuan pemikiran soal- soal yang membabitkan agama, bangsa dan negara. Jangan ada perbezaan di kalangan kita.
Kita biar pun diizinkan untuk meraikan perbezaan tetapi keutamaan untuk memuliakan Dewan yang mulia ini harus dilakukan.
Oleh yang demikian, apa yang kita lihat, detik yang berlaku pada 9 Mei yang lalu adalah merupakan satu tragedi, satu mimpi buruk yang telah berlaku. Namun, kita harus mengakui hakikat detik itu adalah detik di mana 61 tahun yang lalu apabila kerajaan yang lama telah memerintah di mana 22 tahun daripada 61 tahun itu Tuan Yang di-Pertua adalah diperintah oleh orang yang memimpin kita sekarang ini. Ertinya, satu pertiga daripada 61 tahun itu adalah legasi yang telah dibuat oleh orang yang sama.
Jadi untuk menyalahkan kerajaan yang lalu semata-mata, saya fikir tidak adil kerana legasi yang ditinggalkan tidak semua baik dan tidak semua buruk tetapi Perdana Menteri selepas itu dan selepas itu terpaksa menanggung legasi-legasi termasuklah projek-projek dan keberhutangan yang membebankan kepada kerajaan dan rakyat. Ini harus diterima sebagai satu hakikat tetapi tidak dengan rasa kemarahan, apatah lagi dengan fitnah dan seranah yang menyelubungi seluruh kepompong kebencian yang telah dilakukan.
Di dalam hal ini bagi saya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta penjelasan Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Bagi saya, apa yang amat perlu, apa yang amat perlu...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Adakah 1MDB warisan Yang Berhormat? Adakah 1MDB itu disebabkan oleh Yang Berhormat Langkawi? Boleh beri penjelasan, 1MDB itu salah siapa? 1MDB itu adalah salah siapa?...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Kami merasakan bahawa nikmat yang diperoleh oleh Yang Berhormat dan kawan-kawan yang lain adalah hasil daripada kekayaan yang lalu, yang telah memberikan sesuatu hasil yang baik...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta penjelasan Yang Berhormat. Warisan siapa?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Duduk, duduk, duduk!
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Ini adalah satu hakikat.
Tidak semestinya yang lama semua tidak baik, yang baru semua baik. Apa yang baik harus diterima sebagai baik, yang tidak baik harus diterima sebagai tidak baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Siapa yang menyebabkan skandal 1MDB, Yang Berhormat?
Dato’ Sivarraajh Chandran - Cameron Highland
Minta dia duduk Speaker.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Satu pembaharuan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukankah itu yang disebabkan oleh Yang Berhormat Pekan?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Di dalam hal inilah saya memberikan kepada Yang Berhormat Bera [Ketawa]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bagan Datok. Isu 1MDB sekarang ini masih di dalam siasatan.
Tidak ada siapa yang dihadapkan ke mahkamah sehingga hari ini berdasarkan kes 1MDB ini. Tidak ada. Daripada segi prinsip perundangan, semua kita adalah innocent until proven guilty.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Jadi hak siapa sekarang ini yang boleh menghukum mengatakan Yang Berhormat Pekan bersalah dan sebagainya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Tunggu, tunggu. Di dalam peraturan mesyuarat, apabila Ahli sedang bercakap, orang lain duduk sehingga diberi peluang. Itu lesson number one.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Jadi, bermakna tidak ada siapa yang boleh dikatakan bersalah walaupun Yang Berhormat Bagan misalnya, telah pun dihadapkan ke mahkamah tetapi oleh kerana mahkamah belum menjatuhkan hukuman, dia masih tidak bersalah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Oh! Yang Berhormat jangan terpesong daripada isu.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jangan terpesong. Jangan salahkan Yang Berhormat Bagan. Jangan kaitkan Yang Berhormat Bagan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan pesongkan isu Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Sila tarik balik. Jangan tuduh Yang Berhormat Bagan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Apa tuduh? Bukan tuduh.
Sudah di mahkamah sudah!
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tarik balik!
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia sudah kalah sudah. Faham kah atau tidak!
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon tegas!
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sudah bicara mahkamah, tunggu lagi! Apa mahu campur?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Teruskan, teruskan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Bagan Datok mengatakan warisan lama. Soalan saya adalah, adakah 1MDB itu adalah warisan yang lama?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jangan nak kaitkan Yang Berhormat Bagan Datok.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tiada soalan dalam soalan, Yang Berhormat tidak faham.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Siapa yang menyebabkan skandal 1MDB? Bukan Yang Amat Berhormat Langkawi.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Dengar dulu...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
...Orang lama. Yang Berhormat Bagan...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tak ada.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukan yang Yang Amat Berhormat Langkawi. Bukan Yang Amat Berhormat Langkawi. Siapa yang menyebabkan skandal 1MDB?
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Jangan makan cili, nanti terasa pedas.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Minta Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Jelutong duduk dulu.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Dengar. Dengar dulu, itu contoh. Dengar dengan baik.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Saya bercakap daripada segi prinsip.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila, sila teruskan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Prinsip apa? Sudah tuju Yang Berhormat Bagan, apa prinsip? Jangan pesong, jangan memesongkan fakta. Jangan tuduh Yang Berhormat Bagan.
Tarik balik Yang Berhormat Bera.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Point of order, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Tuan Yang di-Pertua, kalau...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat, mabukkah ini?
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Point of order, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak faham-faham. Duduklah, tidak faham-faham. Mabukkah, minum todikah ini?...
[Dewan riuh]
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Point of order, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang buat ni mungkin mabuk.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Sebentar Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Teruskan berucap.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Benarkan Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Tuan Yang di-Pertua, saya sebut dari segi prinsip *in the...
[Disampuk]* Duduklah dulu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Kinabatangan tarik balik kenyataan “mabuk” terhadap Yang Berhormat Rasah. Saya minta Yang Berhormat Kinabatangan tarik balik kenyataan “mabuk” itu terhadap Yang Berhormat Rasah.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Point of order, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Apa bukti kamu, saya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tarik balik.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Apa yang saya hendak tarik? Apa tujuan saya buat?
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Kinabatangan, siapa yang mabuk?
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Tuan Yang di- Pertua, point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Minta semua Ahli Yang Berhormat duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kinabatangan...
[Dewan riuh]
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Point of order, Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya telah berbahas dengan tertib. Saya berbahas dengan tertib.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Okey, saya belum habis lagi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tanya Yang Berhormat Bagan Datok, apakah kaitan skandal 1MDB ini dengan warisan ataupun isu keberhutangan?
Tidak ada kena mengena. Siapa yang menyebabkan skandal 1MDB, Yang Berhormat?
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Bagan Datok tidak bagi floor.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Saya bagi floor kepada...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tuan Yang di-Pertua, sebentar Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta Yang Berhormat Kinabatangan tarik balik kenyataan “mabuk” terhadap Yang Berhormat Rasah.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bera ada membuat pencelahan kepada Yang Berhormat Bagan Datok, yang dua orang di sana itu tidak boleh ganggu pencelahan dalam pencelahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sudah, sudah. Saya sudah suruh duduk.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kalau you tidak mabuk, you tidak kacau dia berucap.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya berbahas...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Eh cukup.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kalau you tidak mabuk, you kacau dia berucap.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jangan tunjuk macam itu.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kalau you tidak mabuk, you tidak langgar peraturan mesyuarat.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jangan buat tuduhan.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Hanya orang yang waras sahaja yang akan menghormati peraturan mesyuarat.
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Kalau macam itu, Yang Berhormat Kuala Krau pun mabuklah. Yang Berhormat Kuala Krau pun mabuk sebab dia selalu mencelah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Yang Berhormat Bera habiskan...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Okey jadi...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Bera, saya tanya dengan betul, tolong jawab soalan saya. Kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bagan Datok bahawa negara terhutang, isu warisan. 1MDB itu adalah skandal adalah disebabkan oleh siapa? Setuju ia disebabkan oleh Yang Berhormat Pekan?
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Okey, Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Teruskan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Setuju disebabkan oleh Yang Berhormat Pekan? Jangan pergi ke isu lain.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Saya sudah diberi laluan oleh Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan pergi ke isu lain.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
...Jadi saya harap mengikut peraturan Dewan, apabila Ahli sedang bercakap, jangan kacau.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya minta selain daripada Yang Berhormat Bera, yang lain duduk. Yang Berhormat Bera sahaja ada.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Jangan tanya saya, jangan mencelah, saya bukan membahaskan usul. Jadi sekali lagi saya katakan bahawa daripada segi prinsip, seseorang tidak dianggap bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah perlu kita hormati. Hendak mengatakan skandal dan sebagainya, tidak ada keputusan yang mengatakan daripada mahkamah yang mengatakan isu ini merupakan satu skandal besar dan sebagainya. Kita yang membuat andaian itu adalah skandal. Itu andaian.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Soalan saya hutang negara disebabkan 1MDB oleh salah seorang siapa?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Andaian.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Siapa yang menyebabkan negara ini hutang disebabkan oleh 1MDB? Adakah Yang Amat Berhormat Langkawi atau Yang Berhormat Pekan?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Saya harap...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tolong beri penjelasan.
Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Jelutong duduklah.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Tuan Yang di- Pertua, point of order.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Siapa yang menyebabkan skandal 1MDB? Yang Berhormat Pekan atau Yang Amat Berhormat Langkawi? 1MDB ini warisan siapa? Hutang siapa, disebabkan oleh siapa?
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Tuan Yang di- Pertua, point of order.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Okey bagaimana...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Rakyat hendak tahu 1MDB ini adalah skandal siapa? Yang Berhormat Pekan atau Yang Amat Berhormat Langkawi? Sila jawab.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Okey. Oleh sebab tidak ada prima facie case setakat ini, sebab itulah pihak DPP tidak mencadangkan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, jawab soalan saya. Bilakah skandal 1MDB ini bermula Yang Berhormat?
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Okey, point of order.
Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor
Kena keluarlah ini. Tidak faham peraturan...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Jelutong, duduk. Kita punya timing floor...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak faham soalan kah? Ini Bahasa Malaysia mudah. Darjah 1 pun boleh faham.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Halau Yang Berhormat Jelutong. Dia pun tak faham...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Jelutong, minta floor kepada Yang Berhormat Bagan Datok.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Tuan Yang di-Pertua, eloklah ajar, ini baru masuk. Bukan reti pun.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, saya sudah dua penggal jadi wakil rakyat. Ini soalan saya Yang Berhormat. Kalau berani jawab. Kalau berani bahas, jawab. 1MDB skandal siapa? Yang Amat Berhormat Langkawi atau Yang Berhormat Pekan, warisan siapa?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Kalau dua penggal...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Negara ini hutang disebabkan oleh 1MDB, warisan siapa? Yang Berhormat Bagan Datok bagi penjelasan kalau berani dalam Dewan yang mulia ini, saya menuntut penjelasan...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Rasah message clear. Minta Yang Berhormat Bagan Datok respons.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Kalau Yang Berhormat lama tetapi perangai macam orang tidak tahu, ertinya memang...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No, jangan menuduh.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jangan tuduh.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan tuduh. Yang Berhormat Bagan Datok, jangan buat tuduhan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Tuan Yang di-Pertua, saya mahu...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No, kita backbencher akan mempertahankan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Saya mahu kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bera itu disedut sebagai sebahagian ucapan saya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Yang Berhormat Bagan Datok, boleh minta laluan?
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Point of order, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Kami juga...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Yang Berhormat Bagan Datok, minta laluan Yang Berhormat Bagan Datok. Kota Melaka.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
...Merakamkan merasa...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Sekejap sahaja. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, Yang Berhormat Kota Melaka.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Bukan, bukan, Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Tuan Yang di- Pertua, saya minta dari tadi lagi.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Yang Berhormat Kota Melaka kah?
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Point of order, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Saya melihat tiga empat kali bahawa ucapan diganggu berdasarkan peruntukan 36(4), menggunakan perkataan kurang sopan dan juga gangguan terhadap Ahli Yang Berhormat yang sedang berucap tanpa minta laluan, dibuat oleh Yang Berhormat Jelutong, berkali-kali, mengganggu kita mendengar ucapan daripada Ketua Pembangkang, dan juga pencelahan daripada Yang Berhormat Bera.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Tahu, Yang Berhormat Kuala Nerus, saya sudah kawal. Sekarang ini floor Yang Berhormat Bagan Datok, sila.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Kawal apa? Tuan Yang di-Pertua dari pagi tadi. Betul daripada pagi tadi.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Okey, saya fikir elok kita beri tepukanlah kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua walaupun baru beberapa hari tetapi seolah-olah ada pengalaman 10 tahun sebagai Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila teruskan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Tuan Yang di-Pertua, apabila kami berada di sini kami bertekad dan berjanji untuk menjadi pembangkang yang konstruktif dan dinamik dan kita berjanji untuk menjalankan prinsip check and balance dan kami berterima kasih kepada rakan kami yang dulu berada di sini kini tetap berada di sini bersama kami, PAS yang bersama-sama dengan kami...
[Tepuk]
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
GPS sudah larilah.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Tentunya apa yang berlaku adalah sesuatu yang harus diterjemahkan dengan penuh hikmah walaupun sebahagian daripada mereka mufaraqah untuk menjadi Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada cara pintu depan atau belakang.
Akan tetapi Yang Berhormat Pokok Sena ada keberanian masuk ikut pintu depan.
Dalam keadaan itulah saya merasakan proses demokrasi Tuan Yang di-Pertua, melalui apa yang telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang telah menjalankan tugas dengan sempurna sejak pilihan raya 1955 walaupun dipertikaikan oleh mereka tetapi kalau Suruhanjaya Pilihan Raya tidak telus, tidak profesional, mustahil mereka dapat membentuk kerajaan. Jadi dalam keadaan itu, kami berlapang dada dan berfikiran terbuka.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Bagan Datok.
Timbalan Menteri Tenaga Manusia - Dato’ Mahfuz bin Haji Omar
Alhamdulillah Yang Berhormat Bagan Datok pun berhempas pulas juga dulu [Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Jika SPR harus diletakkan di Parlimen, kami bersetuju dan tentunya sesuatu...
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Bagan Datok, minta laluan, Puncak Borneo.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Hendaklah diletakkan sebagai sebuah organisasi yang berintegriti...
Tuan Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Bagan Datok, minta laluan.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua, Pendang.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Sila.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Datok.
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya tertarik dengan kenyataan Yang Berhormat Ketua Pembangkang tadi berkenaan dengan satu pertiga daripada pemerintahan adalah jasa UMNO dan juga ada kebaikan dan keburukan. Jadi saya hendak menarik perhatian dengan bila dikatakan satu pertiga UMNO memerintah ini ada kebaikan dan keburukan, apakah perlu ya- kita tidak sebut nama. Kita tahu apabila satu pertiga itu siapa yang memerintah...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya Yang Amat Berhormat Langkawi.
Apakah perlu kita mencadangkan supaya RCI dibuat dalam peristiwa memali yang lebih hampir 30 tahun telah berlaku? Kalau adil kepada semua pihak, adakah Yang Berhormat Ketua Pembangkang bersetuju dengan cadangan yang saya beri? Sekian.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Masukkan itu sebagai sebahagian ucapan saya...
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada PDRM yang telah menentukan bahawa sepanjang proses pilihan raya, ia berjalan dengan tenteram. Polis Diraja Malaysia telah bertindak dengan cara yang profesional.
Ucapan tahniah dan syabas ini tentunya juga ditujukan kepada lain-lain agensi dan anggota keselamatan yang telah menentukan rasa ketenteraman awam yang telah dilakukan.
Namun, hakikat amalan demokrasi yang hidup subur di negara ini, dengan membuktikan bahawa peralihan kuasa telah berjalan dengan sebaik-baiknya. Tidak ada sebarang pertumpahan darah, tidak ada perang saudara yang berlaku. Malah, peralihan kuasa ini telah berjalan dengan baik. Ertinya, walaupun dulu kami adalah kerajaan yang lama tetapi kami telah menyerahkan dengan sebaik-baiknya. Itu adalah pilihan yang telah ditentukan oleh rakyat walaupun ia diselimuti dengan kebencian, pembohongan dan pelbagai balingan isu-isu yang menjadikan bahawa, dengan izin, the center of gravity adalah kepada seseorang.
Di dalam hal inilah kita harus melihat bahawa relevancy-nya kita di sini dengan kedaulatan undang-undang harus dilihat di mana the rule of law dan juga prinsip kedaulatan undang-undang termasuklah perkara-perkara yang melibatkan hal-hal yang berkaitan dengan perkara-perkara yang tidak seharusnya dijadikan intimidasi dan rasa kebencian dibaling, diterajang, dilemparkan seolah-olah ada semacam pembalasan dendam kesumat mahu menyumbat, mahu menyiasat, mahu melihat bahawa dendam dibalas dengan sesegera yang mungkin.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Saya fikir sebuah kerajaan rasional tidak begitu. Hakikatnya buatlah dan lakukanlah sesuatu yang lebih baik kerana rakyat mahukan perubahan. Bagaimana perubahan dijalankan jika harga yang dijanjikan tidak turun? Apa yang turun hanya tomato... [Dewan ketawa] Dalam keadaan itulah kita harus melihat bahawa- ya, kita bersetuju di sini. Kita mempunyai kelemahan dulu dan kelemahan itu harus dibaiki oleh rakan-rakan yang baru. Ini hakikat. Namun rakyat sedang menunggu sesuatu yang baik kerana janjinya adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik pada rakyat.
Di dalam hal itulah kita harus melihat bahawa prinsip undang-undang harus dihormati oleh semua. Dalam hal ini, menjunjung institusi raja-raja sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan harus dikekalkan. Kami tidak minta lebih daripada apa yang termaktub di dalam Perlembagaan. Kedudukan agama Islam sebagaimana yang tercatat dalam Perkara 3(1) harus dipertahankan. Bukan ada suara-suara sumbang untuk melihat JAKIM semula, untuk melihat institusi lain dari segi keagamaan. Mana boleh menyamaratakan semua agama kerana apa yang termaktub adalah sesuatu yang telah terpahat di dalam Perlembagaan. Ini harus dihormati.
Bagaimana hak istimewa orang-orang Melayu bukan sekadar kontrak sosial tetapi ini telah mendapat persetujuan semua. Bagaimana kedudukan kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan? Adakah dianggap sebagai rasis perkauman jika perkara- perkara itu dibangkitkan oleh mereka yang mahu merasakan bahawa apa yang terdapat dalam Perlembagaan harus dikekalkan? Adakah terrorist dianggapnya kalau kita mahu menegakkan agama Islam? Adakah kita dianggap mengetepikan bahasa lain kalau kita mahu memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan? Rasional ini harus dilihat oleh kita semua.
Ya, kita berbeza pendapat dan kita meraikan pendapat. Akan tetapi, ini soal prinsip yang harus kita lihat bersama. Saudara-saudara Yang Berhormat bernasib baik di sana. Ya, setakat ini. Tunggulah apabila nasib itu menyebelahi kami.
Kami juga melihat bahawa apa yang sedang kita lakukan sekarang ini adalah sesuatu yang kami lihat ada sumbangan yang harus kami terjemahkan dalam bentuk iltizam atau komitmen yang akan terus kami jalankan...
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
[Bangun]
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Yang Berhormat Bagan Datok.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Sila Yang Berhormat Ketereh.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Yang Berhormat Bagan Datok, minta maaf, saya tidak setuju dengan kenyataan Yang Berhormat yang menyatakan hanya harga tomato turun. Sebab, harga saham juga turun... [Dewan ketawa] Harga getah turun.
Beberapa Ahli
Harga sawit, harga sawit.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Harga sawit turun dan Ringgit Malaysia turun. Saya tidak setuju Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Saya menghormati ketidaksetujuan itu dan itulah hakikat yang sedang berlaku.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Yang Berhormat, Yang Berhormat Bagan Datok.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Kota Bharu.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Saya benarkan kepada Yang Berhormat Larut yang pernah menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Datok. Ini bila bercerita fasal barang turun ini, betul-betul yang saya hairannya kalaulah barang-barang itu dahulunya ada GST, kemudian hari ini tidak ada lagi GST, sepatutnya turun tetapi tidak turun seperti apa Yang Berhormat kata. Ini yang dia suka sangat ini barang- barang yang tidak pernah ada GST, itu yang dikatakan turun. Apa kena-mengena dengan GST? Memang sudah tidak ada GST. Ini bermakna ada konsep supply and demand yang mereka tidak faham.
Apa yang saya hendak tanya pada Yang Berhormat ini adalah kerana mereka mengatakan ini kerana banyak barang dulu kita import. Apabila kita import harga ketika itu kerana ringgit kita rendah, maka sebab itu kita import dengan harga yang tinggi. Dia salahkan Perdana Menteri kerana ringgit itu rendah.
Saya hendak tanya Yang Berhormat, kalau dahulu boleh katakan salah Perdana Menteri kerana harga ringgit rendah, apakah hari ini kita juga sanggup boleh mengatakan salah Perdana Menteri kerana harga ringgit juga turun rendah? Yang Berhormat.
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Pokok Sena jawab, Yang Berhormat Pokok Sena jawab.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya, Yang Berhormat Bagan Datok.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Datok, Tuan Yang di-Pertua.
Saya tertarik dengan ungkapan dan juga ucapan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang tadi mengenai kita lihat akhir-akhir ini atau mutakhir ini, terutamanya selepas pasca PRU Ke-14 ini, kita melihat beberapa institusi-institusi dalam masyarakat kita yang sebelum ini amat dihormati, amat dipandang tinggi dan mulia, umpamanya institusi Raja- Raja, institusi Yang di-Pertuan Agong tetapi akhir-akhir ini kelihatan ataupun nampak suara- suara yang secara kurang bijak dan kurang sopan ataupun biadab mencabar ataupun menyentuh atau memfitnah institusi ini.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Bagan Datok, adakah Yang Berhormat Bagan Datok bersetuju supaya kerajaan yang ada pada hari ini memberikan penekanan dan mengekalkan sifat dan sikap ketimuran rakyat kita yang menghormati institusi yang ada di dalam negara kita supaya ia wujud keharmonian, keamanan semua kaum, semua bangsa dan semua agama? Mohon penjelasan. Terima kasih.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Minta pencerahan Ketua Pembangkang. Saya hendak dapatkan pandangan tentang satu kenyataan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian. Saya memang tertarik sangat kenyataan itu.
Selepas sebulan dia jadi Menteri, dia kata buah-buahan dan juga sayur-sayuran harganya turun 30 peratus hingga 50 peratus. Sedangkan kita tahu, tidak pernah dikenakan GST dan sekarang di-zero-rated-kan, disifarkan GST. Saya hendak dapatkan pandangan Yang Berhormat Ketua Pembangkang, di manakah logiknya seorang Yang Berhormat Menteri boleh membuat andaian sebegitu? Apakah teori yang digunakan oleh Yang Berhormat Menteri tersebut? Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Bagan Serai boleh jawab ini.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Tuan Yang di-Pertua, saya fikir orang yang mufaraqah tidak harus dilayani [Ketawa] Saya mohon supaya kenyataan itu dijadikan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Saya amat bersetuju dengan dapatan kajian yang dilakukan itu. Saya fikir aspek-aspek yang telah terpahat di dalam perlembagaan, Tuan Yang di-Pertua, harus terus dipertahankan.
Kita maafkanlah, Yang Berhormat Ayer Hitam. Yang Berhormat Ayer Hitam, kita maafkanlah, orang yang kurang reti dan masih geli-geli duduk di kerusi yang baru ini untuk membuat kesilapan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Mudah-mudahan selepas 100 hari lagi, kalau buat kesilapan lain, kita lakukanlah apa-apa yang patut, sekarang ini kita maafkanlah. Walaupun memang itu satu kelemahan yang tidak ada pengetahuan dan latar belakang sebelum itu, termasuklah apa yang sedang dialami oleh Yang Berhormat Pokok Sena dan kawan-kawannya.
Dalam keadaan yang beginilah Tuan Yang di-Pertua, kita lihat bahawa impian menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 hingga 2024 adalah bercanggah dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Kita lihat hingga Mei tahun ini, rizab antarabangsa negara berjumlah USD109.4 bilion. Cukup untuk menampung 7.6 bulan import tertangguh dan membiayai 1.1 kali hutang luar jangka pendek. KDNK negara pada suku ketiga tahun yang lalu, 2017 mencatatkan pertumbuhan tertinggi sejak tahun sebelum itu iaitu kira-kira 6.2 peratus.
Pada tahun ini, unjuran yang dibuat oleh Bank Dunia pada April 2018, diturunkan kepada 5.4 peratus. Ini hakikat. Oleh yang demikian, kita harus melihat bahawa apa yang sedang berlaku sekarang ini, termasuklah unjuran oleh Morgan Stanley, yang menyatakan bahawa Ringgit akan berada pada paras RM4.10 bagi setiap Dolar pada hujung tahun ini, amat membimbangkan. Biarpun pada dasarnya ia baik pada pengeksport tetapi sebaliknya untuk pengimport dan pelabur asing, ia akan cukup mendukacitakan.
Kita juga bimbang kerana hanya dalam lebih sedikit 60 hari sahaja rizab negara menjunam kepada USD104.7 bilion iaitu merosot kira-kira USD4.7 bilion. Kami memohon kerajaan menjelaskan, kenapa ini berlaku? Apakah aliran penurunan ini akan berterusan dan untuk tempoh berapa lama? Kami juga meminta kerajaan menjelaskan, apakah pendekatan yang diambil untuk menyekat aliran turun rizab di negara ini? Kami juga Tuan Yang di- Pertua,...
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rembau bangun.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
...Ingin meminta kerajaan untuk memperincikan aliran keluar dana asing dari pasaran modal yang kelihatan amat membimbangkan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MIDF Research pada Jun yang lalu, aliran keluar dana asing adalah antara yang tertinggi iaitu kira-kira RM4.93 bilion.
Sebelum peralihan kuasa, aliran keluar dana asing hanyalah sebanyak RM1.89 bilion.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Bagan Datok, ada...
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Aliran keluar dana asing pada Jun 2018 dan terkumpul hingga kini adalah berjumlah RM6.82 bilion. Mengapakah ini terjadi? Pada penghujung Jun 2018, MIDF Research menyatakan bahawa indeks saham di dalam FBMKLCI akan menjunam ke paras 1,665.6 mata, kadar terendah sejak Januari 2018.
Bolehkah kerajaan memperincikan fenomena ini? Apakah kesannya kepada jangkaan prestasi keseluruhan bagi tahun 2018? Yang Berhormat Rembau.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya sangat tertarik dengan angka-angka yang disebutkan tadi dan angka-angka ini dan juga unjuran yang telah dirujuk sangat-sangat membimbangkan. Apakah Yang Berhormat Ketua Pembangkang setuju bahawa antara sebab angka-angka dan unjuran yang meletakkan satu masa depan yang begitu membimbangkan dari sudut ekonomi sebenarnya disebabkan pendekatan kerajaan pada hari ini lebih kepada menyalahkan orang lain dan tidak mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi dari segi ekonomi dan sebagainya.
Saya bagi contoh kepada Yang Berhormat, bagaimana Yang Berhormat Menteri Kewangan telah menggembar-gemburkan angka hutang negara yang sebenarnya langsung tidak mengikut piawaian pengiraan hutang negara oleh badan-badan agensi penarafan dunia.
Dia masuk dalam hutang negara, antara lain jaminan kerajaan, bayaran pajak dan sebagainya, sengaja untuk membengkakkan angka yang sebenar supaya dapat menyalahkan kerajaan sebelum ini.
Akan tetapi hakikatnya, ini telah menggugat kepercayaan pelabur kepada Malaysia dan telah menyebabkan angka-angka yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan Datok telah menjadi realiti.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Jadi, apakah Yang Berhormat setuju bahawa sebenarnya keadaan yang ada pada hari ini adalah self-fulfilling? Maka, mereka yang mencetuskan masalah ini dengan adanya pendekatan blame game dan akhirnya, masa depan negara terjejas. Terima kasih.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Yang Berhormat Bagan Datok, Kepala Batas.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Rembau, supaya pendekatan menyalahkan orang lain ini tidak dilakukan, tidak dilakukan.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Minta laluan, Yang Berhormat Bagan Datok. Sekejap sahaja.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Ikut peraturanlah.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ya, sekejap.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Rembau. Jangan menyalahkan orang lain. Beliau sendiri, blame game ini jangan dilakukan. Lakukan perubahan, terima hakikat, itulah sikap yang harus ada. Sekarang ini indeks turun, mata wang turun dan kita lihat antara syarikat pengurus dana yang...
Timbalan Menteri Tenaga Manusia - Dato’ Mahfuz bin Haji Omar
Awat, Yang Berhormat Rembau ada buat apa?
[Ketawa]
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Saya minta laluan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
...Dengan kejatuhan nilai pelaburan, susulan...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar
Yang Berhormat Rembau, ada bercanggah dengan Yang Berhormat Bagan Datok kah?
[Ketawa]
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Yang Berhormat Bagan Datok, Ketua Pembangkang.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
...Nilai menurun dalam urus niaga Bursa Malaysia ialah...
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Ketua Pembangkang.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
...Syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kerajaan, Government-Linked Companies, dengan izin. Kita lihat apa yang berlaku pada KWSP. Sehingga 19 Jun yang lalu, secara keseluruhannya KWSP kehilangan nilai pelaburan sebanyak RM3.86 bilion. Kehilangan nilai pelaburan ini adalah di dalam blue chip, dengan izin, Telekom Malaysia, Axiata, CIMB Group dan Malayan Banking. Saya baca ini untuk makluman Dewan yang mulia ini.
Kita lihat bahawa Maybank pula mengalami kejatuhan harga sahamnya sebanyak tujuh peratus, kehilangan 12 peratus dalam Axiata, CIMB lapan peratus dan Telekom Malaysia 21 peratus. Ini menyebabkan kerugian-kerugian dialami, di mana pelaburan mereka di dalam Maybank, mereka kehilangan RM1.06 bilion. Begitu juga di dalam Axiata, mereka kehilangan sebanyak RM990 juta, CIMB RM770 juta dan Telekom Malaysia RM690 juta.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Minta laluan Yang Berhormat, minta laluan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Ini hakikat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Rembau ini adalah satu kenyataan. Oleh yang demikian, kita harus menerima hakikat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat boleh...
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
...Tuan Yang di-Pertua ini suatu, ini suatu...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, boleh beri pandangan tentang kehilangan 1MDB Yang Berhormat?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
...Suatu senario yang amat...
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Boleh Yang Berhormat? Beri pandangan tentang kerugian 1MDB...
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Kita lihat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...RM2.6 bilion, RM2.6 bilion itu.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
...Bahawa kesan langsung...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Boleh Yang Berhormat mengulas tentang perkara itu, 1MDB Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
...Ini adalah sesuatu yang harus dielakkan. Jangan sebut satu perkara sahaja. Walaupun telah dua penggal, masih tidak tahu-tahu lagi peraturan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya hendak minta penjelasan Yang Berhormat. Rakyat hendak tahu Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Saya berikan kepada Yang Berhormat Kepala Batas.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Siapa yang menyebabkan 1MDB...
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Datok.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Kehilangan duit berbilion Ringgit, Yang Berhormat, boleh ulas?
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Yang Berhormat Jelutong duduk dulu, saya- terima kasih Yang Berhormat Bagan Datok, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Angka-angka yang Ketua Pembangkang sebut tadi adalah angka-angka sebenarnya yang merupakan benda yang benar dan benda yang memang dilaporkan oleh agensi-agensi yang diiktiraf di peringkat dunia. Akan tetapi saya hendak tanya, setujukah Ketua Pembangkang...
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Termasuk 1MDB oleh DOJ.
Amerika Syarikat mengiktiraf 1MDB, skandal 1MDB oleh DOJ, diiktiraf. Boleh beri ulasan.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Saya hendak bercakap fasal rakyat, tunggu sekejap ya. Setujukah Yang Berhormat Bagan Datok bahawa...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Diiktiraf oleh Amerika Syarikat, Department of Justice, skandal 1MDB, boleh beri penjelasan Yang Berhormat?
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Ikut peraturan Yang Berhormat, duduk, ikut peraturan...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab saya melihat gelagat pencelahan yang tidak diizinkan dan ini floor saya...
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Kena ada adablah, ada adab, ada akhlak.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
...Saya fikir elok Tuan Yang di-Pertua gunakan kuasa Tuan Yang di-Pertua supaya...
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Buat ruling.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datok
...Mungkin dia mencari jalan untuk dikeluarkan dari Dewan ini.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar
Sambung esoklah.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican - Kepala Batas
Tuan Yang di- Pertua, saya harap supaya Yang Berhormat Jelutong...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Jam telah 5.30 petang, saya hendak bagi- Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ditangguhkan sehingga jam 10 pagi esok, hari Khamis, 19 Julai 2018.
[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.31 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
DR 18.7.2018 I