Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor] minta Perdana Menteri menyatakan, persediaan serta persiapan Tabung Haji (TH) bagi menghadapi musim haji akan datang kesan daripada kenaikan tambang haji bagi musim haji 2018 dan berapakah subsidi yang akan ditanggung oleh TH. Sejauh manakah Sistem e-Hajj telah dilaksanakan dan apakah kesan Sistem Pintar oleh Kerajaan Arab Saudi kepada jemaah haji Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tasek Gelugor. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kos haji bagi tahun 2018 ataupun bersamaan 1439 Hijrah adalah sebanyak RM22,450 iaitu peningkatan sebanyak RM2,900 atau 14.8 peratus berbanding kos haji bagi tahun 2017, ataupun bersamaan 1438 Hijrah iaitulah sebanyak RM19,550. Peningkatan ini tidak memberi impak secara langsung kepada jemaah haji muassasah. Ini disebabkan kerana bayaran haji kekal sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Tabung Haji sebanyak RM9,980 bagi mereka yang pertama kali menunaikan ibadah haji.
Berikutan itu subsidi bagi setiap jemaah haji bagi tahun haji 2018 ialah sebanyak RM12,470 dan jumlah keseluruhan dianggarkan sebanyak RM400 juta berbanding dengan RM300 juta bagi musim haji tahun lalu.
Bagi menambah baik perkhidmatan dan kemudahan kepada jemaah haji pula, Kerajaan Arab Saudi telah memperkenalkan beberapa penambahbaikan dan juga Tabung Haji telah mengguna pakainya. Pertama, sistem e-Hajj yang telah dilaksanakan sejak tahun 2015 merupakan sistem permohonan dan pengeluaran visa secara online yang ditadbir bersama oleh Kementerian Haji dan Kementerian Luar Arab Saudi.
Kedua, projek perintis pra pelepasan imigrasi Arab Saudi yang dilaksanakan pada tahun 2017 yang lalu, di mana proses pelepasan tersebut telah dimulakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum bakal jemaah haji berlepas ke tanah suci. Terkini adalah sistem haji pintar seperti yang dilaporkan oleh pihak akhbar Arab Saudi baru-baru ini bakal diperkenalkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. Ia melibatkan pelbagai kemudahan berteknologi tinggi merangkumi penggunaan peranti berteknologi tinggi yang terbaharu. Sistem pra pelepasan immigration di lapangan terbang, penggunaan sistem kereta api berkelajuan tinggi dan sebagainya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom
Misalnya penggunaan teknologi seperti penggunaan frekuensi radio, radio- frequency identification (RFID) bagi mempercepatkan urusan jemaah haji di terminal haji. Di masa yang sama, jangka masa menunggu dapat dikurangkan kepada tidak lebih daripada dua jam ataupun sekitar amalan 10 minit yang dijangkakan.
Oleh itu, jemaah haji tidak lagi berurusan secara manual di lapangan terbang yang biasa memakan masa lebih daripada dua jam. Terima kasih di atas segala usaha dan juga kerjasama Kementerian Haji dan Arab Saudi bagi memastikan urusan haji Malaysia berjalan dengan lancar. Terima kasih.
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya tentang adakah kerajaan bercadang untuk mentransformasikan kaedah rayuan untuk mengerjakan ibadat haji. Jadi, memandangkan subsidi dan juga peruntukan, penambahan kuota dan sebagainya, adakah kaedah rayuan haji ini akan dilakukan secara online bagi memudahkan pemohon. Adakah pendeposit yang telah hilang kelayakan memohon Tabung Haji seramai 3,105 orang pendeposit yang terjejas akibat daripada kenyataan Yang Berhormat Pandan dulu, mereka boleh memohon rayuan haji lagi sekali. Terima kasih.
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom
Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Berkenaan dengan transformasi haji ini setiap tahun, apatah lagi bukan hanya sekadar kita di peringkat perbincangan biasa di Tabung Haji bahkan diadakan satu perbincangan ataupun muzakarah haji termasuk membincangkan ke arah peningkatan untuk penambahbaikan pengurusan haji termasuklah transformasi berkenaan dengan rayuan kuota.
Yang Berhormat, untuk maklumat selain daripada kita cuba menginovasikan rayuan- rayuan yang sebab ramai yang sedang menunggu hampir 2 juta orang yang telah berdaftar sebagai orang yang hendak menunaikan haji sedang menunggu. Namun dalam masa yang sama juga kita mencari inovasi memikirkan umur yang 75 tahun ke atas itu juga kita menjadi perhatian kepada kita ataupun mereka yang mahramnya mendapat haji, dia tak dapat pergi haji, itu juga menjadi perhatian. Begitu juga haji orang yang menunaikan haji dia pada tahun yang lalu mungkin dia terbatal dan sebagainya ataupun tak lengkap kerana sakit dan sebagainya, itu juga kita jadikan keutamaan untuk bagi menunaikan haji.
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom
Yang Berhormat, tiap tahun dalam musim mesyuarat haji, kita sentiasa merayu untuk kita mendapatkan kuota tambahan. Saya mengharapkan Dewan dapat kita sama-sama doakan supaya tahun ini juga sebagaimana tahun yang lalu, kita diberikan tambahan oleh pihak Kerajaan Arab Saudi bagi menambah cepatkan rayuan-rayuan haji.
Berhubung dengan mereka yang telah pun menunaikan ibadat haji tetapi tarik balik atas sifat kerana mereka itu telah ditularkan dengan maklumat palsu yang tidak benar tentang Tabung Haji akan bankrap, rugi dan sebagainya, maka mereka mengeluarkan deposit mereka, golongan ini boleh untuk mendaftar semula.
Cuma masalahnya mereka terlepas daripada tempoh yang kalau ada yang dapat pergi tahun ini atau tahun hadapan, oleh sebab dia keluarkan semula, jadi seolah-olah dia baru mendaftar balik. Ini di antara perkara-perkara yang berlaku di dalam kes kerana punca tular maklumat palsu dan mereka mempercayai yang menyebabkan hilang kelayakan haji mereka dan hilang giliran menunaikan ibadat haji. Terima kasih.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, kerana baru-baru ini pada permulaannya, pengiraan dividen untuk pendeposit Tabung Haji itu dikira daripada siapa yang simpanan terbanyak bermula bulan Januari. Kemudian apabila dapat kritikan daripada masyarakat dan terutamanya pendeposit, maka ia berubah balik ke pengiraan asal.
Jadi, apakah perkara ini berterusan ataupun untuk tahun ini sahaja? Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang atas keprihatinan Yang Berhormat Bukit Gantang terhadap jemaah haji. Begitu jugalah pihak kerajaan sentiasa begitu amat prihatin kepada masalah dan juga kepada penyimpan-penyimpan atau pendeposit. Sebenarnya bukan masalah, tetapi terhadap kebajikan pendeposit.
Maka sebab itu apabila kita melihat ada pandangan-pandangan yang baik ke arah untuk menambahbaikkan dari sudut apatah lagi- untuk maklumat Yang Berhormat, kita ada lebih hampir 8 juta orang yang menyimpan tetapi yang hendak pergi haji itu ialah lebih kurang sekitar 2 juta orang, dia simpan untuk haji.
Akan tetapi yang lebih daripada itu, 6 juta orang yang dia menyimpan adalah bertujuan untuk mendapat pulangan dalam bentuk dividen. Kenapa mereka tertarik kepada simpanan Tabung Haji, yang pertamanya ialah kerana simpanan Tabung Haji merupakan simpanan yang berkonsepkan patuh syariah- syariah compliance, dengan izin, yang sepenuhnya. Keduanya, yang menjadi tarikan kepada mereka ialah pihak Tabung Haji telah pun menyelesaikan urusan pembayaran zakat kepada penyimpan-penyimpan ini. Maknanya apa yang mereka terima adalah secara sepenuhnya.
Jadi, yang menjadi tarikan 6 juta orang menyimpan, fokus mereka, penyimpanan itu ialah untuk tujuan menunggu dividen dan bonus. Dalam masa yang sama juga, ada 2 juta lagi pula ialah penyimpan untuk menunaikan ibadat haji. Saya bercakap ini secara umum keseluruhan, maka sebab itu menjadi tarikan untuk mereka menyimpan daripada atas kesedaran dan juga atas keyakinan masyarakat penyimpan dan juga yang meyakini kepada Tabung Haji ini, maka kita mengambil kira sama ada agihan dividen dan bonus adalah atas kepentingan penyimpan dan pendeposit tersebut.
Maka sebab itu, apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, adalah untuk kepentingan. Jadi, adakah kalau soalannya untuk tahun ini sahaja ataupun tahun-tahun ke hadapan, tahun ini dan ke tahun-tahun hadapan juga konsepnya ialah kita ingin menjaga kebajikan. Jadi maknanya kalau ada kerana kebajikan dan kebaikan untuk pendeposit, penyimpan Tabung Haji, kita akan tetap memikirkan ke arah untuk yang baik tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.
2. Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, sejauh manakah perkembangan dan tindakan kementerian dalam menggubal Rang Undang-undang Kesaksamaan Gender.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Tuan Yang di-Pertua, keperluan mewujudkan Akta Kesaksamaan Gender dilihat amat perlu bagi mengimbangi peranan lelaki dan wanita di dalam pembangunan negara.
Cadangan untuk menggubal Rang Undang-undang Kesaksamaan Gender adalah selaras dengan komitmen dan keahlian Malaysia dalam Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW). Undang-undang ini akan membantu menghapuskan diskriminasi dan menegakkan kesaksamaan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Penggubalan akta ini dijangka dapat merapatkan ketidaksamaan gender yang wujud antara wanita dan lelaki dengan memasukkan prinsip-prinsip CEDAW ke dalam undang-undang di Malaysia. Fenomena seperti penglibatan yang rendah dalam kalangan wanita di peringkat kepimpinan, stereotaip dan pengasingan pekerjaan dalam bidang profesional, gaji yang tidak seimbang, hierarki wanita dalam masyarakat dan sebagainya akan dapat ditangani dengan penggubalan akta ini.
Kerajaan mengambil langkah proaktif berdasarkan keputusan kes ‘AirAsia Berhad v Rafizah Shima binti Mohamed Aris’ yang memutuskan bahawa peruntukan CEDAW hanya terpakai sekiranya suatu undang-undang domestik atau tempatan yang menerima pakai peruntukan atau prinsip CEDAW.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Oleh itu, kerajaan merancang untuk menggubal satu rang undang-undang berkaitan hak-hak wanita yang memasukkan prinsip-prinsip CEDAW seperti Rang Undang-undang Kesaksamaan Gender.
Susulan dari kesedaran itu, kementerian saya telah mengadakan satu Bengkel Penggubalan Rang Undang-undang Kesaksamaan Gender di Putrajaya pada 30 Ogos 2017.
Bengkel ini adalah anjuran bersama kementerian dengan United Nations Development Programme. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membincangkan rasional bagi mewujudkan Akta Kesaksamaan Gender di Malaysia dan memberi pemahaman tentang peruntukan cadangan penggubalan rang undang-undang ini.
Bengkel ini telah melibatkan agensi di bawah kementerian seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Wanita, LPPKN dan juga beberapa agensi luar yang dikenal pasti seperti EPU, Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Luar Negeri.
Bengkel turut disertai oleh pertubuhan bukan kerajaan seperti NCWO Joint Action Group dan WAO. Terima kasih.
Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam banyak perkara, kesaksamaan gender ini tidak tercapai bukan disebabkan tidak diberi peluang, tetapi keadaan yang menyekat disebabkan keadaan sekeliling. Justeru, apakah pendekatan yang telah diambil oleh pihak kerajaan khususnya kementerian dalam menyokong sasaran SDG ini dari sudut sosial, ekonomi dan politik?
Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Gudang. Tuan Yang di-Pertua, kesaksamaan gender penting di dalam kita memenuhi hak-hak wanita dan memastikan wanita mendapat peluang yang saksama dengan lelaki dan sentiasa bergerak seiring dengan arus pembangunan. Ini termaktub di dalam SDG 5. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan untuk mencapai kesaksamaan gender adalah pertama, kita ada Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita.
Selepas itu, yang sekarang tengah berlaku adalah kita telah diisytiharkan pada tahun ini, ‘Tahun Memperkasa Wanita’ supaya kita dapat melihat dari segi lima sektor utama iaitu kesihatan, keselamatan, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan, apa yang telah kita capai untuk wanita dan seterusnya mencapai kesaksamaan gender. Selepas itu kita ada dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam sektor awam. Kita juga ada dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam sektor korporat.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Kita telah mengadakan pindaan kepada Akta Keganasan Rumah Tangga, dah dua kali kita telah meminda untuk memastikan bahawa segala-gala yang kita usahakan ini menunjukkan bahawa pentingnya kita juga mengamalkan sesuatu yang diperlukan iaitu kesaksamaan gender. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ini fasal wanita. Sila Yang Berhormat Bukit Katil hendak perjuangkan wanita juga.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih, pengundi saya ramai wanita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada pihak yang sinis yang beranggapan bahawa akta ini akan memusnahkan sistem sosial yang berpaksikan budaya dan juga agama. Saya ingin tanya kementerian, apakah perkembangan terkini stakeholder engagement, dengan izin, yang telah dilakukan selain daripada bengkel yang tadi yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat daripada Bukit Katil dan terima kasih membangkitkan sesuatu memang itu sangat-sangat betul Yang Berhormat sebab negara kita sensitiviti dan sebagainya harus kita jaga dengan sebegitu rupa.
Jadi engagement yang kami adakan pertama bersama Kementerian Luar sebab itu adalah the push factor daripada badan-badan antarabangsa. Selepas itu kita membawa bersama iaitu Peguam Negara sebab kita hendak memastikan bahawa segala-gala yang kita buat ini mengikut lunas-lunas dalam negara yang penting juga Yang Berhormat, kita mengadakan engagement dari semua pihak.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Insya-Allah selepas ini kita akan mengadakan engagement khususnya bersama dengan pihak-pihak tertentu mengenai beberapa sensitiviti sebab itu CEDAW itu pun menjadi satu rujukan sahaja sebab CEDAW, bukan semua kita bersetuju dengan apa yang termaktub di dalam konvensyen. Akan tetapi selain daripada mengadakan engagement, selain mengadakan perjumpaan antara negeri-negeri dan juga dengan kementerian, jabatan dan agensi bersama dengan NGO, aktivis dan bermacam-macam lagi, kita juga mengadakan rujukan kepada negara-negara yang ada undang-undang yang sama.
Jadi di peringkat ASEAN, Filipina ada iaitu Magna Carta of Women (Republic Act No.9710), Thailand, Vietnam semua ada Laos ada, Singapura ada. Selepas itu kita benchmark juga dengan Denmark, Kanada, Republik Kosovo, Bulgaria, Kazakhstan, Republik Tajikistan, China, Taiwan, Cayman Islands, Australia dan Germany supaya kita menyeluruh, Yang Berhormat. Akan tetapi saya memerlukan buy-in juga dan insya-Allah kita akan mengadakan perbincangan dengan bersama dengan kokus dan sebagainya. Terima kasih.
3. Dato' Sri Bung Moktar Bin Radin [Kinabatangan] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah ESSCOM bercadang untuk menambah aset udara bagi meningkatkan keberkesanan operasi mengawal keamanan di ESSZONE terutama ketika mengawal pencerobohan nelayan di perairan Pantai Timur Sabah yang menyebabkan kerugian hasil tangkapan yang berjumlah berbilion-bilion Ringgit sekali gus menyumbang kepada kenaikan harga ikan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Ini soalan yang baik daripada wakil rakyat yang terbaik.
ESSCOM berperanan sebagai penyelaras kepada agensi-agensi keselamatan di kawasan ESSZONE seperti PDRM, ATM dan juga APMM. Pada ketika ini, ESSCOM menyelaras pemantauan keselamatan kawasan ESSZONE dengan menggunakan aset-aset udara yang dimiliki oleh komponen-komponen ESSCOM seperti ATM, PDRM dan juga APMM.
ESSCOM sentiasa memantau laporan-laporan operasi udara agensi keselamatan setiap hari. Hasil daripada perjuangan rakan-rakan, Ahli-ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Kinabatangan sekalian, maka kerajaan telah bersetuju untuk mempertimbangkan penambahan aset udara bagi tujuan kegunaan operasi. Dengan pertambahan aset ini kita yakin kecekapan dan keberkesanan ESSCOM dalam menyelaraskan keselamatan di kawasan ESSZONE dapat ditingkatkan.
ESSCOM sentiasa bersedia untuk memohon peruntukan tambahan bagi menambah keperluan aset udara jika perlu. Mengenai isu kerugian nelayan, ESSCOM berpendapat komuniti nelayan tidak mengalami kerugian seperti yang disebut oleh Yang Berhormat kerana setiap nelayan boleh keluar melakukan aktiviti penangkapan ikan dengan selamat kerana perintah berkurung berkuat kuasa bermula daripada 6 petang sehingga 6 pagi. Komuniti nelayan boleh memohon permit di IPD untuk kelulusan.
Isu ini mungkin sudah terdapat pengurangan jumlah ikan di kawasan perairan Sabah disebabkan oleh overfishing, fish bombing, kerosakan terumbu karang dan sebagainya.
Perintah berkurung merupakan satu pendekatan yang terbaik kerana ia menghalang kemasukan nelayan asing ke kawasan kita dan dalam masa yang sama kita juga cuba mengawal nelayan kita dari keluar menangkap ikan ke kawasan orang. Terima kasih.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Soalan tambahan. Apakah kerugian yang berlaku ini disebabkan oleh pencerobohan ataupun kegagalan pihak penguat kuasa mengawal persempadanan perairan di Sabah ini dan sekiranya ini yang berlaku apakah kerajaan tidak berhasrat untuk menambah kelengkapan-kelengkapan canggih seperti mungkin memberi menyimpan drone untuk memantau perairan Sabah untuk tujuan keselamatan dan juga pencerobohan. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, kalau mengikut berdasarkan statistik pencerobohan nelayan asing ini banyak berlaku di Pantai Barat Sabah berbanding dengan Pantai Timur dan dalam pemantauan beberapa agensi ESSCOM dalam membanteras pencerobohan kumpulan kidnap for ransom dari selatan Filipina secara tidak langsung memberi kesan dalam menyekat aktiviti bot nelayan asing di kawasan ESSZONE.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Selain daripada aset laut Yang Berhormat telah sebutkan tadi, pendekatan perintah berkurung di Pantai Timur Sabah memang memberi kesan kepada aktiviti perikanan tetapi Yang Berhormat kena ingat bahawa perintah berkurung hanya daripada tiga batu nautika sampai ke sempadan dan sesetengah kawasan sempadan ini di sana ia berbeza-beza.
Akan tetapi daripada shoreline, daripada gigi pantai sehingga tiga batu nautika, kawasan itu bebas tidak ada masalah. Jadi aktiviti nelayan asing boleh kata tidak ada di Pantai Timur Sabah. Aktiviti tempatan itu boleh kata bebas tetapi kalau sekiranya berlaku kekurangan ikan dia ada sebut faktor-faktor lain. Penguat kuasa akan memastikan supaya usaha kita membanteras pencerobohan daripada orang asing dapat disekat sama sekali.
Dalam masa yang sama kita memberi perhatian supaya komuniti kita dapat berada dalam keadaan aman dan damai dan ramai meneruskan kehidupan masing-masing. Jadi apa yang kita buat ini ialah untuk mengelakkan daripada campur tangan asing, pencerobohan asing dan juga bot nelayan asing.
Untuk yang lain-lain itu Yang Berhormat sekalian boleh memaklumkan kepada kami dari masa ke semasa berhubung dengan apa yang sewajarnya boleh dilakukan untuk membolehkan komuniti kita dapat meneruskan kehidupan dan dalam masa yang sama keselamatan mereka terjamin dan dalam masa yang sama keamanan ini sudah pasti akan membolehkan Barisan Nasional akan terus menang di kawasan ESSCOM.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua yang handsome pagi ini. Ini bukan soalan Wakil Rakyat, ini soalan rakyat direct dari rakyat, Tuan Yang di-Pertua terutama sekali nelayan. Bukan sahaja nelayan dari Sabah, Tuan Yang di-Pertua tetapi nelayan daripada Selat Melaka, di Pantai Timur Semenanjung, di Pantai Barat Sabah, di Sarawak nelayan sudah marah. Apa tindakan kerajaan ini Yang Berhormat Menteri mesti jawab dan rancangan kerajaan untuk menangani pencerobohan nelayan asing di perairan negara kita. Kita mahu tahu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Ini soalan yang cukup bagus, Yang Berhormat tetapi dia terkeluar sedikit daripada yang sewajarnya. Saya hendak beritahu Yang Berhormat bahawa kita menjaga perairan negara ini di tahap yang cukup, di tahap yang tertinggi Yang Berhormat malah disebut bahawa bot Rohingya akan menuju ke negara kita, kita sudah tempatkan kapal-kapal dan juga bot-bot kita termasuk TLDM pun ada di sana untuk menunggu di kawasan sempadan supaya mereka ini tidak dihalau oleh mana-mana pihak. Biar mereka bagi peluang dan ruang untuk mereka datang ke sini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Jadi itu cara kita jaga Yang Berhormat. Jadi demikian juga bot nelayan asing di kawasan Laut China Selatan yang menjadi tumpuan sekarang ini. Kita berhempas pulas, berhabis-habisan. Oleh sebab modus operandi mereka ialah mereka masuk cara beramai- ramai dekat-dekat di waktu malam dan dengan itu mereka boleh menangkap ikan dengan bebas.
Akan tetapi berdasarkan tangkapan yang kita buat, kita tidak bertolak ansur Yang Berhormat. Kita hendak pastikan supaya nelayan kita boleh menangkap ikan di kawasan perairan dengan aman dan damai. Yang Berhormat, saya sudah bagi tahu bahawa sekiranya terdapat kumpulan nelayan kita yang ingin menangkap ikan di laut dalam, kawasan terumbu dan juga beberapa kawasan terumbu, mereka boleh berbuat demikian dan kita akan bagi perlindungan.
Jadi, sampai ke tahap itu. Dalam masa yang sama, kerajaan telah berusaha supaya rakyat juga menolong kita melalui akta yang telah kita perkenalkan baru-baru ini iaitu membenarkan APMM mengambil sukarelawan supaya mereka sama-sama menjadi mata dan telinga dan juga membantu kerajaan. Jadi, nelayan asing sudah pasti akan dibanteras habis-habisan, tanpa tolak ansur.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Baiklah Yang Berhormat, tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini.
[Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Datuk Juslie bin Haji Ajirol [Libaran] minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah langkah-langkah yang sedang dan akan diambil oleh kementerian dalam menggalakkan lebih banyak syarikat korporat dan swasta untuk tampil membantu kementerian terutama melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka bagi meningkatkan tahap pendidikan pelajar yang berada di kawasan luar bandar khususnya di Sabah.
Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Libaran atas soalan mengenai tanggungjawab sosial korporat. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang mulia, Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil pendekatan terbuka dan sentiasa menggalakkan penglibatan semua pihak dalam membantu Kementerian Pendidikan Malaysia meningkatkan tahap pendidikan murid di sekolah.
Langkah ini selaras dengan anjakan kesembilan iaitu bekerjasama dengan ibu- bapa, komuniti, sektor swasta secara meluas di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal Dasar Sekolah Milik Masyarakat berserta garis panduan penglibatan sektor swasta yang boleh dijadikan rujukan oleh syarikat korporat dan swasta untuk tampil membantu kementerian, terutama melalui tanggungjawab sosial korporat bagi meningkatkan tahap pendidikan murid yang berada di kawasan bandar dan luar bandar, termasuklah di Sabah.
Semua Jabatan Pendidikan Negeri, termasuk Sabah telah diberikan tanggungjawab untuk memenuhi Key Performance Indicator, dengan izin, inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, perluasan penglibatan sektor swasta iaitu peningkatan penajaan di negeri masing-masing.
Antara usaha-usaha yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan penglibatan sektor swasta, termasuklah mengupayakan pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri dalam melaksanakan sesi engagement dengan sektor swasta serta membuat promosi dan hebahan melalui media elektronik dan cetak yang terancang dan strategik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Juslie bin Haji Ajirol - Libaran
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sejak pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 yang melibatkan keseluruhan wilayah, termasuk luar bandar dan pedalaman, mohon nyatakan jumlah program bantuan yang telah berjaya disalurkan ke sekolah-sekolah di luar bandar menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Selain daripada bantuan persekolahan dan sebagainya yang dilakukan menerusi program ini, adakah terdapat bantuan lain seperti menyediakan kepakaran dan kemahiran ke sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman yang sekali gus mampu mengembangkan potensi pelajar di sana secara menyeluruh? Terima kasih.
Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Libaran. Kita boleh memberi maklumat tentang bantuan ataupun segala bantuan yang telah pun ada penglibatan sektor swasta.
Untuk makluman Yang Berhormat, secara amnya kita nampak ada peningkatan.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Pertama seperti mana Yang Berhormat maklum sebentar tadi, dalam fasa pertama kita telah melaksanakan pelbagai inisiatif. Sebelum kita mengeluarkan seperti mana saya jawab sebentar tadi, sebelum kita hendak mengeluarkan Dasar Sekolah Milik Masyarakat dan juga penglibatan sektor swasta ini yang akan dilaksanakan dan akan diedarkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri pada bulan ini.
Pada tahun 2016 sahaja Yang Berhormat, kita telah menerima sebanyak 1,403 penaja dan pada tahun lalu angkanya meningkat daripada 1,403 kepada 4,093 penaja.
Peningkatan ini amat menggalakkan Yang Berhormat.
Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Untuk makluman Yang Berhormat juga, di negeri Sabah sahaja kita ada 278 sumbangan dan anggaran sumbangan itu lebih daripada RM1 juta. Di antara bantuan- bantuan yang kita telah terima daripada syarikat-syarikat swasta ataupun yang melaksanakan tanggungjawab sosial korporat mereka ini ialah dari segi aspek kewangan, dari segi aspek material, aspek fizikal, infrastruktur dan juga kepakaran dan khidmat sosial selain daripada hartanah, makan dan minuman, bantuan asas persekolahan dan sebagainya.
Ini semua akan kita teruskan. Di negeri Sabah sendiri kita ada pelbagai syarikat korporat yang telah membantu, contohnya PETRONAS di Sekolah Kebangsaan Pulau Balambangan di Kudat; Sime Darby di SMK Sepulot Nabawan; Lions Club of Kota Kinabalu di SK Talantang Kota Marudu; Yayasan Al-Bukhary di SK Sunsui Kota Marudu; Perbadanan Pinjaman Sabah di SK Kabuloh Keningau; SK Pinapak di Pitas; dan juga ASTRO kepada sekolah SK Kawiyan Ranau di Sabah.
Ini di antara contoh-contoh yang dapat dikemukakan dan kita akan terus melaksanakan usaha ini di seluruh negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan Program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA), di mana difahamkan, saya pun tidak berapa tahu sangat program ini. Difahamkan dibuat di aliran akademik biasa untuk Tingkatan 4 dan 5 tetapi kita sudah ada kolej vokasional.
Jadi, saya tidak faham bagaimana, fasal saya difahamkan mereka yang berada di sekolah menengah biasa ini dia akan bagi latihan. Maksudnya, tiga hari di industri dan dua hari di sekolah yang mana sesuai dengan soalan asal CSR ini kita perlukan datangnya daripada syarikat-syarikat swasta. Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Terima kasih Yang Berhormat Gerik dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun soalan PIMA ini jauh sedikit daripada soalan pokok, walau bagaimanapun aspek penglibatan sektor swasta inilah menjadi pemangkin kepada kita untuk melaksanakan PIMA ini. Ini kerana kita ada kerjasama yang secukupnya dengan industri-industri, khususnya contoh industri automobil. Mereka bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, maka kita telah mewujudkan satu aliran. Program PIMA ini juga selaras dengan sehaluan dengan Program TVET Kebangsaan yang mana diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia.
Kita di Kementerian Pendidikan Malaysia memang menggalakkan PIMA dan jumlah pelajar kian meningkat. Secara spesifiknya, saya akan beri maklumat ini kepada Yang Berhormat Gerik tetapi secara dasarnya, secara amnya, memang penglibatan sektor swasta, kerjasama sektor swasta dengan Kementerian Pendidikan Malaysia memungkinkan dan juga memberi semangat kepada kita untuk melaksanakan Program PIMA ini dengan lebih teratur.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
2. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [Telok Kemang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, setakat mana kewujudan Pusat Sehenti Perkhidmatan Pekerjaan yang melibatkan agensi-agensi lain seperti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) yang berteraskan konsep kerjasama di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (N-BOS) dapat membantu masyarakat dalam usaha menangani pengangguran.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu, izinkan Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ucapkan selamat datang kepada guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Temin, Jerantut.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Telok Kemang, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2018 telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mewujudkan pusat sehenti bagi menggabungkan agensi seperti JobsMalaysia, Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) di UTC dalam menyediakan khidmat nasihat profesional bagi mendapatkan pekerjaan dan latihan.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Sumber Manusia bersama semua agensi pelaksana telah bekerjasama berdasarkan konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan- N-BOS, untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Inisiatif ini diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan sektor swasta.
Dalam hubungan ini, Pusat Sehenti Perkhidmatan Pekerjaan yang pertama telah bermula di UTC Pudu dan kini sebanyak 12 UTC telah beroperasi di seluruh negara termasuk di Melaka, Perak, Pahang, Kedah, Johor, Kelantan, Sarawak, Sabah, Terengganu, Negeri Sembilan dan juga Perlis.
Tuan Yang di-Pertua, melalui Pusat Sehenti Perkhidmatan Pekerjaan ini, pengunjung bukan sahaja boleh mendapatkan maklumat berkaitan pekerjaan tetapi juga boleh mendapatkan maklumat bantuan yang boleh diberikan jika diberhentikan pekerjaan seperti skim insurans pekerjaan di bawah SOCSO serta latihan upskilling dan reskilling untuk mendapatkan pekerjaan baru di bawah PSMB.
Kita bersyukur kerana kadar pengangguran di negara kita sejak tahun 2000 hingga 2017, maknanya lebih kurang 20 tahun, kadar pengangguran negara tidak melebihi 3.7 peratus. Hanya dua tahun sahaja, Tuan Yang di-Pertua, iaitu pada tahun 2003 pada kadar 3.6 peratus kadar pengangguran dan tahun 2009 pada kadar 3.7 peratus.
Selain daripada itu, kadar pengangguran kita ialah bahawa daripada 3.5 peratus, tidak pun mencecah empat peratus, di mana negara-negara yang lebih daripada empat peratus kadar penganggurannya ialah dianggap negara yang berpengangguran. Kita adalah negara yang guna tenaga penuh.
Jadi kesimpulannya, Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya pusat sehenti yang menggabungkan pelbagai agensi di UTC ini, maklumat-maklumat dapat disampaikan dengan lebih berkesan, menyeluruh, mudah, cepat dan teratur kepada kumpulan sasar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Kamarul Baharin bin Abbas - Telok Kemang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pusat sehenti ini ditubuhkan melibatkan agensi-agensi yang berprofil tinggi seperti SL1M, TERAJU, PERKESO, Perbadanan Sumber Manusia dan juga ada National-Blue Ocean Strategy hanya semata-mata untuk menangani pengangguran. Jadi setakat ini, apakah inisiatif kerajaan ini untuk membantu golongan graduan ini mendapat pekerjaan kerana kita ramai graduan sekarang ini dan seterusnya dapat mengurangkan kadar pengangguran yang semakin meningkat? Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Telok Kemang.
Sebenarnya beberapa agensi yang saya sebutkan tadi mempunyai peranan yang tersendiri seperti mana Yang Berhormat sebutkan. Program-program Skim Latihan 1Malaysia ialah bertujuan untuk membantu graduan menganggur meningkatkan tahap keupayaan diri.
PERKESO memberi perlindungan keselamatan sosial kepada orang berinsurans dan tanggungjawab mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial serta memupuk kesedaran keselamatan dan juga meningkatkan kesedaran sosial orang berinsurans.
PSMB ditadbir oleh Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad juga meningkatkan kemahiran. Manakala bagi TERAJU pula di bawah Unit Strategi Jabatan Perdana Menteri bertujuan meneraju, memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara selaras dengan Pelan Transformasi Negara.
Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Tuan Yang di-Pertua, pelbagai inisiatif dilakukan oleh kerajaan dalam kita membantu golongan graduan mendapatkan pekerjaan. Antaranya yang boleh saya sebutkan yang cukup berkesan ialah pertama, program Graduate Enhancement Programme for Employability
(GENERATE) oleh Pembangunan Sumber Manusia di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Program ini bertujuan untuk membantu golongan graduan menganggur menerusi latihan kemahiran tinggi dan application based, dengan izin, yang diperlukan oleh industri bagi mempertingkatkan kebolehpekerjaan.
Kedua ialah program Skim Latihan 1Malaysia oleh Unit Perancang Ekonomi Negara, seperti mana yang saya sebutkan tadi ialah ke arah kebolehpasaran graduan melalui latihan soft skills dan juga on job training di syarikat-syarikat swasta.
Ketiga ialah program pekerja dan future workers oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran juga di bawah Kementerian Sumber Manusia. Program ini dilaksanakan kepada golongan future workers yang merangkumi kursus hard skills, high impact and high value yang memenuhi keperluan industri setempat. Kursus yang dijalankan ini merupakan nilai tambah kepada pencari kerja dan seterusnya menjadi pelengkap kepada skill gap di antara pelatih dan kehendak majikan.
Keempat ialah Jawatankuasa Kemahiran Industri (JKI) oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Jawatankuasa ini ditubuhkan sebagai satu platform untuk menyelaras penglibatan pihak industri bagi mengumpul maklumat mengenai keperluan industri.
Selain daripada itu, Jawatankuasa Jurang Kemahiran Kritikal juga telah ditubuhkan di bawah seliaan bersama TalentCorp. dan Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh
(ILMIA) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Agensi ini di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk membantu JKI mengenal pasti jurang kemahiran kritikal terutamanya dalam sektor strategik bagi perancangan modal insan pada masa hadapan.
Kementerian Sumber Manusia juga turut melaksanakan pelbagai usaha bagi menggalakkan graduan merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui mekanisme program penempatan pekerja dan lain-lain program, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih banyak.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, adakah kementerian sedar bahawa dalam beberapa tahun yang lepas, banyak peluang pekerjaan di dalam sektor minyak dan gas terutamanya di Labuan dapat diwujudkan dan ianya telah diisi oleh ramai rakyat Malaysia dari seluruh negara termasuk Labuan? Apabila sektor ini jatuh merudum lebih dua tahun yang lepas, maka banyaklah pembuangan ataupun pengurangan pekerja dilakukan.
Sekarang ada claim ataupun laporan-laporan yang mengatakan bahawa anak jati Labuan di-sideline, dengan izin, ataupun dalam pembuangan itu, anak jati Labuanlah yang lebih ramai dan yang lebih awal dibuang atau dikurangkan. Apabila ada pengambilan baru, maka rakyat daripada kawasan lain yang selalunya mendapat peluang di tempat itu dan dikatakan ini disebabkan juga di antaranya ialah middle management di syarikat-syarikat minyak dan gas yang ada di Labuan ini terdiri daripada mereka yang datang daripada luar Labuan dan mereka banyak cuba untuk membantu saudara-saudara dan kawan-kawan mereka dari luar Labuan.
Jadi, saya mohon, bolehkah kementerian membuat siasatan dan melihat sama ada claim ini betul ataupun tidak? Sekiranya betul, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan ianya tidak berterusan? Terima kasih. Mohon jawapan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Labuan yang cukup prihatin tentang masa depan pekerja kita bukan sahaja di Malaysia bahkan lagi di Labuan sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, saya setakat ini tidak mendengar apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Labuan tetapi andai kata perkara ini berlaku, Yang Berhormat bolehlah hantarkan laporan kepada kita, kepada kementerian dan kita akan buat siasatan.
Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Cuma, boleh kita katakan apabila sesuatu industri itu merudum dari segi ekonominya, maka sudah tentulah memberi kesan kepada pekerja kita dan sebahagian daripada pekerja mungkin terpaksa diberhentikan. Jadi sebab itulah pemberhentian pekerja ini ada dua keadaan.
Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Pertama, ialah kerana terpaksa berhenti kerana syarikat gulung tikar, rugi atau pun terpaksa ditutup dan sebagainya. Pekerja-pekerja ini boleh mendapat faedah di bawah Akta Tenaga Kerja. Keduanya ialah mereka berhenti secara sukarela, volunteer- VSS ya.
Tuan Yang di-Pertua, sebab itu lah hari ini kerajaan telah memperuntukkan lebih kurang RM122 juta yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di bawah SIP, Skim Insurans Pekerjaan yang mana skim ini bertujuan untuk membela, membantu pekerja-pekerja yang diberhentikan. Maknanya andai kata pekerja itu diberhentikan kerana sebab-sebab yang saya sebutkan tadi, mereka yang pertamanya akan diberikan ruang untuk tiga bulan elaun lebih kurang RM600 sebulan untuk mencari pekerjaan baru. Kita mengusahakan untuk mendapatkan pekerjaan baru termasuklah kita memberikan latihan kepada mereka.
Jadi, sebarang pemberhentian kerja yang terlibat selepas dilaporkan ke Jabatan Tenaga Kerja berhampiran di mana kita ada 55 pejabat di seluruh negara termasuklah 16 di Sabah, 14 di Sarawak. Sistem di bawah seksyen 69, Akta Kerja 1955 sekiranya hak pekerja dinafikan, maka kita boleh mengambil tindakan di bawah akta ini.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Labuan, insya-Allah beri maklumkan pada kita, kita akan buat siasatan. Kes ini kita akan buat siasatan sama ada benar atau tidak penduduk Labuan diketepikan atau pun tidak diutamakan. Apa yang hendak saya tegaskan jangan melibatkan pekerja asing. Maknanya pekerja asing- kalau ada pekerja diberhentikan, menjadi syarat pekerja asing mesti diberhentikan dahulu sebelum kita berhentikan pekerja tempatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
3. Dato' Sri Hasan bin Arifin [Rompin] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, adakah perlu kawalan yang lebih ketat dilakukan bagi meluluskan pusat-pusat pengajian tinggi yang dijalankan oleh pihak swasta dan agensi kerajaan. Ini memandangkan banyak kursus yang ditawarkan tidak berkualiti dan tidak memenuhi keperluan pasaran industri.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Terima kasih Yang Berhormat Rompin atas soalan berkaitan dengan kawalan institusi pengajian tinggi termasuk IPTS.
Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kawalan yang ketat perlu dijalankan dan sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, Agensi Kelayakan Malaysia atau MQA yang bertanggungjawab dalam memberi akreditasi kursus atau program di IPTS membuat penilaian dengan mengambil lapan domain iaitu:
(i) pengetahuan;
(ii) kemahiran praktikal;
(iii) kemahiran dan tanggungjawab sosial;
(iv) nilai, sikap dan profesionalisme;
(v) kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan;
(vi) kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik;
(vii) kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat; dan
(viii) kemahiran mengurus dan keusahawanan.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
MQA juga telah membangunkan standard program yang menggariskan keperluan minimum dan mereka bentuk program pengajian. Setiap standard program yang dibangunkan telah mendapat input dari pakar akademik, industri dan badan profesional. Ini memastikan program baru yang dibangunkan di semua institusi pengajian tinggi termasuk IPTS adalah relevan dengan keperluan pasaran dan industri.
Dengan adanya pindaan Akta 555 pindaan tahun 2017 yang telah berkuat kuasa pada 28 November 2017, tempoh sah laku sesuatu kursus adalah lima dan tujuh tahun bergantung kepada program yang ditawarkan. Oleh itu, sekiranya sesuatu program tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan tidak relevan dengan keperluan industri.
Kementerian Pendidikan Tinggi ini tidak akan memperbaharui tempoh pengendalian sesuatu program tersebut atau kelulusan kepada sesuatu kursus pengajian tersebut ditarik balik.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Yang Berhormat Menteri, apakah punca- punca yang dikenal pasti oleh pihak kementerian terhadap langkah menutup operasi atau membatalkan pendaftaran IPTS dan apakah langkah untuk membantu mereka? Setengah IPTS hari ini berlumba-lumba untuk mencari pelajar sebelum keputusan SPM keluar mereka telah menawarkan pelbagai kursus dan di mana ibu bapa yang tidak ada pengetahuan akan terperangkap dengan kempen yang saya rasa tidak profesional yang dilakukan oleh setengah pusat-pusat pengajian tinggi di negara kita ini. Apakah langkah untuk mengawal ini?
Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Terima kasih Yang Berhormat Rompin atas soalan yang berkaitan dengan punca-punca dikenal pastikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi terhadap langkah menutup operasi atau membatalkan pendaftaran IPTS.
Ada beberapa punca yang pertama ada berkaitan dengan isu kualiti. Sebagai contoh kursus pengajian yang tidak mendapat akreditasi dari MQA. Faktor yang lain yang diambil kira adalah berkaitan dengan keselamatan dan berdasarkan pengesahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat yang melibatkan fasiliti yang tidak dijaga dengan baik dan membahayakan keselamatan pelajar.
Faktor yang lain ada melibatkan kesihatan dan berdasarkan pengesahan dari Jabatan Kesihatan Daerah dan ini melibatkan kualiti kebersihan premis yang tidak memuaskan dan boleh juga membahayakan kesihatan pelajar. Kesesuaian lokasi adalah satu faktor lagi dan berdasarkan pengesahan dari pihak berkuasa tempatan yang melibatkan lokasi yang strategik sesuai dengan ekosistem pendidikan.
Jadi, langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk membantu IPTS yang bermasalah adalah di mana kita mengadakan satu tindakan susulan di mana kita panggil itu OPS Susul untuk memantau sama ada tindakan penambah baik telah diambil berdasarkan audit pematuhan yang telah dilaksanakan. Selain daripada itu, untuk membuat promosi kepada pelajar-pelajar, hari bersama pelanggan diadakan secara berkala mengikut zon dan selain daripada itu mesyuarat bersama dengan persatuan IPTS bagi membincangkan isu berbangkit dan sesi engagement dengan izin, bersama dengan IPTS dan Menteri Pendidikan Tinggi juga dijalankan. Sekian, terima kasih.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baru-baru ini berlaku kekurangan pelajar yang ingin memasuki IPTS. Soalan tambahan saya, berapakah IPTS yang terpaksa ditutup dan mungkin merging dengan IPTS yang lain. Sejauh mana pemantauan daripada kementerian terhadap IPTS-IPTS ini secara berkesan dan sejauh mana pelajar-pelajar terutama pelajar-pelajar asing dikesan apabila mereka ini gagal mengikuti program di IPTS? Terima kasih.
Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Yang Berhormat. Terima kasih atas soalan dan memandangkan ini adalah spesifik di mana data atau statistik diperlukan, makanya saya akan menjawab dalam bentuk bertulis.
[Soalan No.4 – YB. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan (Temerloh) tidak hadir]
5. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi] minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah usaha dijalankan oleh kementerian dalam menangani masalah stress disorder yang menyebabkan kemurungan, bipolar disorder dan schizophrenia di kalangan penjawat awam dan anggota keselamatan negara.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Tinggi.
Ini berkenaan dengan masalah stress disorder dan kemurungan, bipolar disorder dan schizophrenia di kalangan penjawat awam dan juga anggota keselamatan negara.
Tuan Yang di-Pertua, kajian National Health Morbidity Survey ataupun NHMS yang dikendalikan pada 2015 mendapati prevalence masalah kesihatan mental di kalangan penjawat awam adalah 24.6 peratus berbanding dengan pekerja swasta iaitu 29.3 peratus.
Ini menunjukkan kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan mental dan bukan penyakit mental. Kementerian Kesihatan telah pun melaksanakan pelbagai inisiatif dalam menangani masalah stress disorder di kalangan penjawat awam dan anggota keselamatan negara seperti berikut:
(i) program menangani stres di tempat kerja melalui KOSPEN Plus. Ini telah dibangunkan bagi membantu warga kerja termasuk penjawat awam dan swasta untuk membolehkan mereka menyaring atau membuat saringan di kalangan penjawat awam dan kalau didapati ada masalah, maka akan dibuat intervention awal sama ada merujuk kepada kaunselor ataupun merujuk kepada klinik ataupun hospital yang terdekat; dan
(ii) di tempat kerja juga ada program AKRAM atau Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam iaitu penjawat awam boleh dibantu oleh ahli AKRAM yang telah dilantik oleh jabatan masing-masing untuk menangani masalah tekanan kerja yang dihadapi. Pihak JPA turut menyediakan program perkhidmatan psikologi bagi membantu penjawat awam dengan memainkan peranan penting dalam mendengar luahan perasaan dan berkongsi pandangan serta pengalaman secara profesional.
Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia memanglah kalau ikut survey untuk adult population 16 tahun ke atas memang saya dah pernah sebut perkara ini iaitu terdapat 29.3 peratus masyarakat kita yang mengalami masalah kesihatan mental.
Yang Yang di-Pertua, daripada yang anxiety, depression dan sebagainya sampai kepada personality disorder sampai kepada overt penyakit mental ini. Kalau dalam takrif biasa, kita panggil gila lah Tuan Yang di-Pertua. Termasuk bipolar dan juga schizophrenia yang disebut oleh Yang Berhormat dalam soalan.
Untuk ini, kita ada empat institusi mental di seluruh Malaysia iaitu di Tanjung Rambutan; di Permai, di Johor. Sentosa, di Sabah; dan Bukit Padang, di Sarawak; dan hospital kita juga ada perkhidmatan penyakit mental ini. Ada tiga buah hospital di seluruh Malaysia dan klinik ada 761 buah dan kita juga ada menyediakan FMS atau Family Medical Specialist di klinik, terdapat 298 semuanya. Jumlah psikiatri ada 207 di kerajaan dan 115 di pihak swasta dan pegawai psikologi, yang ini yang bertanggungjawab untuk buat kaunseling dan juga ceramah-ceramah, ada 135 dan untuk clinical psychiatrist ada 23 yakni mereka yang terlibat dalam patient treatment. Jadi, kemudahan itu memang banyak, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Pendek sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Apakah kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk menangani kes-kes kesihatan mental? Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Apa dia soalan tadi?
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Tak sempat dengar? Okey, saya ulang. Apakah kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk menangani kes-kes kesihatan mental. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Tuan Yang di-Pertua, kemudahan yang saya sebut tadilah, tentang institusi mental yang terdapat di negara ini. Hospital kita pun ada pakar- pakar dan klinik pun ada dan kita ada juga Family Medical Specialist, psikiatri pun banyak.
Saya sebut tadi jumlah dia. Pakar psikiatri, pegawai clinical psychologist ini memang ada. Di semua peringkat ada pegawai kita yang boleh buat intervention.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri di atas jawapan. Saya juga rujuk kepada statistik peratusan masalah mental di Kuala Lumpur yang lebih tinggi kalau Yang Berhormat sebut tadi untuk nasional 29.3 peratus tetapi di Kuala Lumpur lebih kurang hampir 40 peratus, 39.8 peratus.
Maksudnya penduduk di bandar ini lebih tertekan dengan banyak masalah dan sebagainya. Saya ingin menanyakan, menjelang 2030, depression atau kemurungan akan dilihat sebagai masalah yang ataupun penyakit as the most disabling disease, itu dianggarkan dan menjelang 2020, lagi dua tahun sahaja lagi, penyakit nombor dua paling bahaya bagi rakyat Malaysia selepas sakit jantung.
Berapakah peratusan yang akan dibelanjakan oleh kementerian bagi maksud menangani masalah mental daripada keseluruhan belanjawan untuk bidang kesihatan?
Kerana bagi saya, kita harus bersedia daripada sekarang. Kalau kita garap sebagai masalah utama, maka it has to reflect, harus menjadi refleksi kepada berapa banyak kita laburkan.
Mohon jawapan Menteri, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat telah pun menyebut tentang isu ini. Memanglah di Kuala Lumpur ataupun bandar-bandar besar memang masalah mental ataupun penyakit, bukan penyakit mental tetapi mental health memang cukup tinggilah oleh kerana pelbagai faktor. Ini semua orang tahulah tentang pelbagai faktor, bermakna daripada segi stres tempat kerja, perbelanjaan tak cukup, family problem dan sebagainya. Memang terdapat. Ini kadang-kadang banyak juga perkahwinan, bercerai dan sebagainya. Ini semua adalah stress factor yang dihadapi oleh masyarakat kita.
Dalam hal ini, sebenarnya kita tak break down tentang kos untuk rawatan mental, rawatan jantung dan sebagainya, kita tak ada break down begitu tetapi yang nyata ialah bahawa kos meningkat tiap-tiap tahun. Tiap-tiap tahun ditambah peruntukan kita RM2 bilion tiap-tiap tahun tambahan tetapi ini pun tidak berapa hendak cukup.
Akan tetapi we make through with it sebab yang penting ialah kita accessibility untuk rawatan, yang penting ialah accessibility untuk rawatan apa juga jenis rawatan termasuk juga mental health ini kepada rakyat Malaysia memang cukup baik, cukup tinggi kalau kita banding dengan expenditure kita, kita belanja hanya 4.6 percent daripada GDP kita. Ini termasuk pihak kerajaan dan pihak swasta campur sekali, 4.6 percent berbanding dengan Amerika contohnya 17.9 percent dia punya perbelanjaan berbanding dengan GDP dia.
Maknanya satu kos yang tinggi tetapi accessibility untuk rawatan kepada masyarakat amat kurang berbanding dengan kita di Malaysia. Kita dah ada semuanya. Ini termasuklah di dalam bandar dan di luar bandar, memang dah ada. All everything is in place, ya. Maknanya di hospital kita ada 146 buah hospital, klinik ada 1060 buah, klinik KD kita ada 1,800 buah kemudian kita ada Klinik 1Malaysia, kita ada mobile clinic lebih daripada 200 lebih iaitu 203 buah, kita ada boat clinic, ada empat buah. Kita ada flying doctor service, ada 12.
Ini menunjukkan accessibility kepada masyarakat kita dan daripada segi ratio doktor kita pun meningkat dan hari ini 1:2, 600. Kita nak target kita pada tahun 2020 hendak turunkan kepada satu doktor kepada 400 population kita dan nurses kita sekarang ini ada 1:2 almost 400, sekarang kita nak turunkan kepada, tahun 2020 nak turun kepada satu nurse kepada 200 pesakit, 200 population. Ini apa yang kita dah buat. Seperti saya kata tadi, kita tidak breakdown kos rawatan mental health. Tidak ada tempat kita, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
6. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, mengenai e-sukan dan cadangan untuk menjadikannya sebahagian daripada sukatan pelajaran atau kokurikulum sekolah.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Datuk M. Saravanan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Datuk M. Saravanan
Tuan Yang di-Pertua, mengikut soalan ini sepatutnya saya khuatir tidak dapat menjawab sepenuhnya memandangkan soalan berbunyi menjadikan sebahagian daripada e-sukan sebagai mata pelajaran atau kokurikulum sekolah. Sememangnya bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya hanya sentuh setakat sukan sahaja.
Untuk makluman Yang Berhormat, sukan elektronik atau e-sport merupakan permainan komputer dan konsul yang popular dan diminati oleh golongan belia. E-sport mula dikenali sebagai sukan kompetitif melalui pro gaming atau electronic gaming yang dijadikan bidang kerjaya oleh golongan gamers dengan izin, yang berlatih untuk memenangi pertandingan yang dianjurkan oleh penganjur dari produk permainan video.
Sektor e-sport semakin berkembang serta menawarkan ganjaran yang lebih lumayan. Kini e-sport telah pun mendapat pengiktirafan dunia apabila Majlis Olimpik Asia
(OCA) menyenaraikan sukan ini di temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 dan buat julung kalinya juga akan disenaraikan sebagai sukan demonstrasi Sukan Asia 2018 di Indonesia.
Buat masa ini, Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara telah menubuhkan Unit Sukan Elektronik dan bekerjasama dengan Persatuan Sukan Elektronik Malaysia dalam merangka pelan jangka pendek dan pelan jangka panjang bagi melatih lebih ramai atlet bagi sukan. Kerjasama ini juga turut dibincangkan penyelarasan semula aktiviti- aktiviti sport dalam negara termasuklah penganjuran kejohanan di peringkat kebangsaan dan dijangka menyertai temasya sukan SUKMA pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan e-sport merupakan sektor yang sedang meningkat naik serta turut dipertandingkan di peringkat antarabangsa, kementerian pada dasarnya tiada halangan terhadap cadangan untuk menjadikan e-sport sebagai sebahagian sukatan pelajaran atau kokurikulum di sekolah.
Walau bagaimanapun, perkara ini memerlukan penelitian dari segi pelaksanaan bagi memastikan kejayaan dan kesinambungan dalam melahirkan atlet serta penggiat e-sport profesional pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi jawapan. Saya bertanya soalan ini berdasarkan kepada laporan bahawa pihak Kementerian Belia dan Sukan akan menyediakan modul kepada pihak Kementerian Pendidikan mencadangkan supaya e- sukan ini menjadi sebahagian daripada kurikulum ataupun kokurikulum sekolah.
Saya minta maaf kalau tersalah kementerian. Cuma saya hendak sebut pertama saya hendak menghargai usaha pihak kerajaan yang mendalami dan juga meraikan minat generasi muda hari ini. Kita tahu sekarang ini sukan elektronik ataupun e-sukan nampaknya berkembang begitu pesat di kalangan generasi muda negara kita mungkin akibat daripada perkembangan pesat dunia elektronik negara kita sendiri.
Perkara ini amat menarik untuk kita melihat bahawa kita telah melahirkan jaguh- jaguh e-sukan ini di peringkat Asia dan turut menyertai e-sukan dunia. Namun, kita tidak boleh mengelak daripada melihat kepada aspek-aspek negatif yang turut dibincangkan oleh dunia hari ini berkaitan dengan keterlibatan anak muda dalam sukan maya ini. Antara yang nyata ialah isu ketagihan permainan video di kalangan anak muda yang turut menjejaskan kesihatan tubuh, mental yang turut disentuh dalam jawapan tadi dan juga masa depan anak muda kita.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga mungkin akan mengklasifikasikan gaming disorder ini sebagai penyakit mental dalam manual penyakit-penyakit 2018. Penyakit mental juga dijangka menjadi penyakit nombor dua negara kita menjelang tahun 2020.
Soalan saya, sejauh manakah pihak Kementerian Belia dan Sukan dan juga Kementerian Pendidikan membuat kajian terhadap gejala ini yang akan memberi kesan negatif terhadap kehidupan dan kemahiran bersosial generasi muda negara kita. Apakah solusi dan langkah-langkah yang telah diambil? Terima kasih.
Datuk Seri M. Saravanan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti mana kita sedia maklum, setiap perkara dalam dunia ini ada kebaikan dan keburukan. Hari ini kita lihat sebagai modal insan khususnya golongan belia tidak boleh lari daripada perkembangan teknologi menggunakan alat gajet dan sebaginya.
Walau bagaimanapun, Kementerian Belia dan Sukan sebagai kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk mendorong golongan belia sedang mengadakan pelbagai program untuk melahirkan kesedaran di kalangan belia supaya tidak berlebihan dari segi kegunaan gajet dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, ini harus menjadi tanggungjawab semua juga bukan hanya Kementerian Belia dan Sukan sahaja boleh mendorong belia. Oleh sebab ini masalah kebangsaan, masalah antarabangsa. Untuk mendorong golongan belia supaya tidak menceburi dalam aktiviti-aktiviti seperti ini harus dijadikan tanggungjawab semua pihak.
Terima kasih.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan topik ini sebab e-sport ini adalah sukan yang paling cepat sekali perkembangan dalam dunia sekarang melibatkan bukan sahaja anak- anak muda. Sebenarnya persepsi ini tidak betul. Ia melibatkan begitu ramai golongan termasuk orang tua yang main video pada telefon masing-masing.
Cuma, saya minta kementerian sama ada Kementerian Belia dan Sukan dan saya pernah bercakap tahun lepas juga Kementerian Pendidikan. Ini kerana aspek ini terlampau very dynamic, terlampau cepat dan ia mempunyai kerangka yang jelas supaya positivity aspect of the game, dengan izin, dapat diketengahkan khususnya di kalangan ibu bapa. Oleh sebab ibu bapa mesti main peranan untuk sama-sama terlibat sama dalam perkembangan program yang begitu besar ini atau e-sport ini. Ia boleh menjadi ancaman yang besar tetapi ia juga boleh menjadi satu faktor positif. Contohnya e-sport ini melibatkan team work, melibatkan strategi, melibatkan multi-tasking, multi faceting dan ia terlibat dalam alam digital yang very dynamics. Jadi kalau kita tidak melihatnya sebagai satu sukan sahaja, kita tidak dapat melihatnya sebagai satu platform yang boleh membina masyarakat digital yang lebih besar sebagaimana kita sekarang menuju ke arah Digital Industry Revolution 4.0. Saya lihat platform ini akan menjadi lebih ancaman kepada di sebaliknya atau satu peluang kepada negara kita.
Jadi saya minta e-sport ini baik kita sudah melibatkan dalam bentuk sukan peringkat antarabangsa tetapi kita mesti mengetengahkan positivity aspect dengan lebih jelas lagi khusus dengan keterlibatan ibu bapa. Mungkin dengan melalui NBOS bersama Kementerian Pendidikan. Saya harap e-sport ini tidak dianggap sebagai sukan semata-mata tetapi ia juga satu medium yang penting untuk membudayakan digital technology dan application dalam dunia yang serba moden ini.
Jadi saya minta kementerian ambil perhatian bersama NBOS dengan Kementerian Pendidikan dan mesti ada kerangka yang jelas, yang solid untuk melibatkan bukan sahaja anak-anak muda, seperti saya cakap tadi bukan sahaja orang muda tetapi golongan tua. Oleh sebab profesional juga adalah gamers. Jadi saya minta ini diambil perhatian. Apa pandangan daripada kementerian? Terima kasih.
Datuk Seri M. Saravanan
Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita lihat kokurikulum e- sport salah satu program yang dapat membantu ibu bapa untuk memantau anak-anak mereka supaya dapat membahagikan masa dengan baik.
Kedua hari ini kita lihat perkembangan yang begitu positif di mana terdapat lebih daripada 30 buah universiti telah menubuhkan kelab e-sport dan menyertai pertandingan sukan elektronik yang diadakan oleh pelbagai agensi e-sport untuk para pelajar daripada pelbagai universiti dan kolej.
Datuk Seri M. Saravanan
Antara universiti yang dimaksudkan adalah seperti berikut untuk makluman Yang Berhormat. Taylor’s E-sport Club, APU E-sport Club, UNITEN, IIUM, UNISEL, Sunway College, MMU, UiTM, UTM E-sport, Monash, GMI dan UNIRAZAK E-sport. Terima kasih.
7. Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah [Jasin] minta Menteri Kewangan menyatakan:
(a) berapakah harga threshold minyak mentah yang telah diguna pakai bagi tujuan penyelidikan Bajet 2017 dan 2018; dan
(b) berapa banyak hasil kerajaan telah/akan bertambah ekoran daripada kenaikan setiap USDI se tong pada tahun 2017 dan 2018 dan bagaimanakah tambahan hasil tersebut akan dibelanjakan pada tahun ini sedangkan pegawai kerajaan dan rakyat terus mengeluh kerana pemotongan bajet dan kenaikan kos sara hidup
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Wira Othman bin Aziz
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jasin.
Untuk makluman Yang Berhormat, purata harga minyak mentah dan hasil petroleum untuk tiga tahun kebelakangan ini adalah seperti berikut; harga minyak mentah purata dalam untuk tahun 2016 adalah USD44.1 dan hasil petroleum adalah RM31 bilion.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Wira Othman bin Aziz
Dalam tahun 2017, kita telah membuat anggaran dalam bajet sebanyak 50 dolar tetapi kita sebenarnya mendapat 54.4 dolar. Anggaran bajet adalah RM33.6 dan hasil sebenar adalah RM34.6 bilion. Manakala untuk Bajet 2018, kita meletakkan ramalan, forecast kita pada tahap 52 dolar satu tong dengan anggaran RM37.8 bilion. Secara purata, bagi setiap permintaan harga minyak mentah dunia sedolar untuk satu tong, hasil Kerajaan Pusat akan meningkat lebih kurang RM300 juta setahun dengan andaian pengeluaran minyak mentah dan nilai tukaran wang asing tidak berubah.
Bagi tempoh 1 Januari hingga 23 Mac iaitu boleh dikatakan first quarter 2018, purata harga minyak mentah dunia berlegar pada 66.7 dolar setong. Sehubungan dengan itu, impak kenaikan purata untuk tahun 2018 seperti mana perbandingan dengan bajet tidak dapat kita pastikan lagi kerana ia masih awal.
Tuan Yang di-Pertua, kesemua kutipan hasil Kerajaan Pusat dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Hasil Disatukan dan digunakan untuk tujuan perbelanjaan mengurus dan pembangunan, termasuk pembiayaan program dan projek pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat seperti peruntukan perkhidmatan pendidikan dan kesihatan, pembangunan masyarakat di bandar dan luar bandar, menambah baik sistem pengangkutan awam dan juga perbelanjaan lain merangkumi subsidi barangan dan perkhidmatan seperti minyak masak, gas memasak, tepung, tol, pengangkutan luar bandar.
Begitu juga bantuan sosial seperti BR1M, bantuan persekolahan, bantuan keluarga miskin dan juga untuk OKU. Walaupun dalam keadaan peningkatan hasil petroleum, kerajaan tidak semudahnya menambah peruntukan tetapi kita perlu mengawal peningkatan perbelanjaan selaras dengan langkah mengoptimumkan bajet bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan. Antara langkah utama adalah menyusun semula keutamaan perbelanjaan bagi mengutamakan program dan projek yang memberi kesan pengganda yang tinggi dan memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan.
Tuan Yang di-Pertua, pelbagai langkah lain kita telah ambil juga untuk menangani kos sara hidup yang menjadi keluhan kepada masyarakat, terutama golongan B40, antaranya memperluaskan Program e-Rezeki, e-Usahawan, e-Ladang di bawah MDEC, kemudian program 1AZAM, meningkatkan pendapatan, memberi bantuan dan insentif RM600 untuk tiga bulan kepada pesawah selain daripada bantuan biasa kepada nelayan dan juga kepada pekebun kecil. Kemudian memansuhkan tol di beberapa plaza tol, memberikan elaun sara diri one-off kepada sasaran-sasaran tertentu seperti imam, siak dan juga bilal.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Wira Othman bin Aziz
Kemudian kita juga kena sedar- namun begitu, langkah mengoptimumkan perbelanjaan yang juga bertujuan untuk mengurangkan paras hutang dilaksanakan secara berperingkat untuk mengambil kira pelbagai aspek bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara dan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan tidak terjejas.
Oleh yang demikian, sebarang langkah yang diambil diperhalusi dan diteliti bagi mengimbangi kesejahteraan rakyat dengan keperluan untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan penerangan yang cukup jelas sekali. Apa pun kita dapat lihat bahawa trend harga minyak mentah dunia terus meningkat, tambahan lagi dengan beberapa langkah yang telah dibuat oleh Amerika. Kita dapat lihat 52 minggu terendah harga 44 Dolar, 52 minggu tertinggi sebanyak 71 Dolar.
Maknanya, hasil kerajaan akan bertambah berbanding dengan threshold yang kita buat semasa penyediaan bajet tahun 2017 dan juga 2018.
Mungkin ada sedikit kekurangan disebabkan pengukuhan ringgit kita. Apa pun kita hendak sebut di sini, tiada tanggungan daripada kerajaan kerana kita telah mengenakan atau memperkenalkan skim harga runcit mingguan. Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan satu skim ataupun harga tertinggi? Ceiling price, katakan sekarang 70 Dolar, kita letakkan 85 Dolar, apa sahaja di atas, selebihnya kerajaan tanggung supaya kita dapat meringankan sedikit bebanan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.
Soalan kedua saya, setakat manakah lebihan daripada hasil petroleum ini dapat menstabilkan defisit negara kita? Oleh kerana kita mahu kalau boleh satu masa nanti kita tidak ada defisit. Terima kasih.
Dato’ Wira Othman bin Aziz
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jasin. Kita sedar bahawa trend minyak makin meningkat, trend harga minyak.
Akan tetapi seperti yang kita sedia maklum, untuk purata antara 52 minggu terakhir ini paling rendah 44, tertinggi 71 dan ketika ini berlegar sekitar 67 dolar satu barrel. Akan tetapi dalam masa yang sama juga memang kita mengharapkan harga ini lebih meningkat tinggi untuk mendapatkan hasil negara yang lebih.
Akan tetapi kita juga sedar bahawa apabila harga minyak makin meningkat, maka ia juga akan menarik minat pengeluar-pengeluar shield oil yang menjadi competition kepada natural fuel ini dan ia juga boleh menekan balik kenaikan harga tersebut. Akan tetapi buat masa ini kita sedar bahawa dalam bajet negara, kita letakkan 52 dan kita berada di paras yang lebih daripada pendapatan sebenar yang kita jangkakan, maka ia akan meningkatkan pendapatan kepada keseluruhan hasil negara untuk jangka panjang.
Akan tetapi dalam masa yang sama, apabila naik harga minyak, katalah ke paras 72 dolar seperti mana yang disebutkan tadi, kita perlu menanggung beban rakyat. Hari ini kita meletakkan quotation harga minyak di pasaran RON95, RON97 itu mengikut harga mingguan. Buat masa ini, kerajaan melihat bahawa tidak ada kenaikan yang mendadak yang memberi kesan yang boleh menyebabkan bukan hanya pengguna harian tetapi kita kena juga ingat pengguna-pengguna diesel yang besar adalah dari kalangan industri. Kalaulah kenaikan harga minyak itu mendadak dua, tiga puluh sen seliter, ia memberi kesan kepada peruntukan dalam kos pengeluaran syarikat-syarikat tersebut.
Jadi, kerajaan memutuskan untuk membuat harga mingguan ini melihat kepada pergerakan minyak yang tidak begitu memberi kesan, impak yang tinggi dan mengejut kepada pengguna. Akan tetapi sekiranya untuk satu jangka panjang harga minyak itu mungkin lebih daripada 70 Dolar, 80 Dolar, kerajaan insya-Allah akan cuba memikirkan apakah langkah yang patut kita ambil bagi memastikan ia tidak memberi kesan yang teruk kepada rakyat, terutama golongan marhaen dan juga sudah tentu kepada golongan industri yang mungkin terkesan, kesan kerana kenaikan yang begitu tinggi.
Selain daripada itu, soalan yang kedua. Lebihan hasil petroleum ini sudah tentu akan dimasukkan dalam akaun yang disatukan. Jadi, boleh digunakan untuk OE. Antara OE ini adalah kita boleh menggunakan perbelanjaan mengurus ini untuk membayar hutang.
Ketika ini hitung panjang hutang yang kita bayar setahun sekitar 29 bilion Dolar.
Dato’ Wira Othman bin Aziz
Jadi, katalah contoh untuk tahun 2017, kita dapat lebihan sekitar RM1 bilion, kita boleh gunakan wang itu untuk membayar hutang. Hutang menjadikan RM21 bilion dan kesannya mungkin kita kata sekitar penambahan lebihan membayar hutang sebanyak 5 peratus.
Akan tetapi seperti yang saya sebutkan awal tadi, kerajaan akan melihat segmen mana kalau kita boleh kekalkan paras hutang yang kita bayar setiap tahun RM20 bilion itu tetapi kita dapat hasil yang lebih daripada hasil minyak, kita boleh gandakan, belanjakan peruntukan untuk projek-projek yang memberi kesan berganda, high multiplier effect, contoh macam MRT, LRT apa semua ini, itu yang mungkin boleh menjadi keutamaan kita. Jadi, kita akan tengok mana yang kita dahulukan, yang penting adalah kita perlu mengimbangi antara projek pembangunan, kesejahteraan rakyat, kita juga hendak kena tengok paras hutang negara dan juga akhir sekali, kita perlu ada a better fiscal policy untuk Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya sama ada Kementerian Kewangan sudah membuat analisis tentang hubung kait, coefficient correlations di antara kenaikan harga minyak dengan Consumer Price Index (CPI)?
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Ini kerana apabila harga itu sudah naik sampai ke peringkat USD50 hingga USD60 per tong, kesannya kepada harga CPI itu sangat besar terutama item-item di dalam kiraan CPI kita itu termasuk pengangkutan. Pengangkutan itu ada kesan yang terbesar dalam kenaikan harga iaitu inflasi. Ini kerana kesan inflasi itu sangat besar.
Kedua, jika sudah dibuat kajian tentang itu, bilakah target untuk menyelesaikan masalah mengurangkan harga-harga pengangkutan itu dilakukan?
Dato’ Wira Othman bin Aziz
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bandar Tun Razak. Soalan yang saya kira very interesting dari seorang yang ekonomislah. Saya kenal Yang Berhormat ini sebagai ekonomis.
Kita menyedari bahawa memang ada coefficient of correlation secara langsung tentang kenaikan harga minyak dan juga CPI. Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Bandar Tun Razak bahawa antara komponen yang paling penting dalam CPI ini adalah pengangkutan. Pengangkutan ini bukan hanya melibatkan pengangkutan awam tetapi juga pengangkutan dalam bidang kos untuk industri- haulage, container dan sebagainya. Ia memang ada kesan.
Cuma, untuk makluman Yang Berhormat, saya tidak dapat memaklumkan pagi ini kepada Yang Berhormat sama ada kita telah membuat kajian- memang ada kajiannya, dan apakah kesan. Contoh sekiranya harga minyak berlegar antara USD50 hingga USD60, atau USD60 hingga USD70, what is the significance terhadap CPI, apakah sumbangan terhadap kenaikan inflasi dan sebagainya.
Juga soalan Yang Berhormat tadi tentang target untuk menyelesaikan masalah contohnya dalam bidang transportation. Apa yang kita buat ketika ini, kita memberikan subsidi. Contohnya kepada bahagian transportation berkaitan dengan komuter, rel kereta api dan juga subsidi kepada bot nelayan dan sebagainya. Itu dapat kita makluman tetapi, insya- Allah, saya akan cuba dapatkan dan saya akan beri secara bertulis. Terima kasih Yang Berhormat Bandar Tun Razak dan Tuan Yang di-Pertua.
[Soalan No. 8 – YB. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) tidak hadir]
9. Datuk Khoo Soo Seang [Tebrau] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah rancangan pendekatan kerajaan dan kementerian untuk memperbaiki dan mempertingkatkan perkhidmatan ETS serta KTM yang sering berlaku kelewatan jadual, kerosakan gerabak dan masalah putus elektrik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan merancang serta mengambil beberapa tindakan bagi memperbaiki dan mempertingkatkan perkhidmatan ETS serta KTM di mana berlaku kelewatan jadual, kerosakan gerabak dan masalah putus elektrik.
Buat masa ini, Yang Berhormat, terdapat 15 set tren yang sedang digunakan untuk perkhidmatan ETS oleh KTMB di mana ia memang tidak mencukupi. Di antara langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan perkhidmatan ETS adalah dengan membeli sembilan set baharu tren ETS yang mana dua set dijangka tiba pada- sudah pun tiba tetapi tengah diassemble, dengan izin. Jadi, keseluruhannya kita rasa semuanya akan tiba dan seterusnya beroperasi pada bulan November 2019. Dengan itu, ia dapat menambah kekerapan perjalanan perkhidmatan ETS.
Selain itu juga, pembelian 13 set baharu tren diesel multiple unit (DMU) yang akan digunakan bagi perkhidmatan KTM di laluan sektor Pantai Timur iaitu Johor Bahru ke Tumpat akan dapat menambah baik mutu perkhidmatan di sektor tersebut. Tren diesel multiple unit
(DMU) ini dijangka tiba pada bulan April 2019 dan akan menggantikan gerabak-gerabak lama yang masih digunakan di sektor Pantai Timur ini. Sekian, terima kasih.
Datuk Khoo Soo Seang - Tebrau
Tuan Yang di-Pertua, ETS pengangkutan awam tersohor. Bilakah ia akan diadakan di Tebrau dan di negeri Johor? Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya membawa berita baiklah kepada Johor tetapi sama ada ia melalui Tebrau, tidak tahulah, sebab ia baru mula pada hari ini, Yang Berhormat. Pada hari ini diadakan Majlis Pelancaran Pecah Tanah untuk projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Baru...
[Tepuk] Jadi, inilah satu berita yang baik bagi orang Johor Bahru dan bila siap projek ini nanti, bolehlah ETS bergerak ke JB, Yang Berhormat ya. Terima kasih.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Ya, ETS Gemas ke JB itu saya rasa sudah tinggal berapa lama. Akan tetapi saya hendak tanya tentang isu kelewatan ETS. Saya hendak tanya pihak kementerian, apakah kaedah yang sedang digunakan oleh pihak SPAD untuk track jumlah aduan yang diberikan kepada pihak SPAD oleh pengguna yang ada membuat aduan tentang servis KTM? Ini kerana dalam Twitter feed saya, saya memang follow semua orang yang tag KTM. Mereka buat aduan kepada KTM tetapi kadangkala ada orang yang juga tag @aduanspad.
Jadi kadangkala saya ada nampak balasan daripada pihak SPAD. Jadi saya hendak tanya pihak kementerian, kalau seseorang itu tidak tag @aduanspad dalam Twitter, adakah aduan itu akan diperhatikan dan direkodkan oleh pihak SPAD? Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat. Ini Menteri shadow Cabinet untuk Minister of Transport dan yang SPAD ya. Ya Yang Berhormat, terima kasih di atas soalan tersebut.
Di SPAD kita memang ada Complaints Management Department yang mengendalikan semua ini. Sekiranya kalau tidak adalah, ia directly atau secara langsung kepada SPAD, memang pun SPAD sentiasa memantau. Malah saya sendiri pun memantau.
Kadangkala kalau nampak pun, saya sendiri membalasnya sebab saya mahu memastikan apa yang diadukan akan sentiasa mendapat jawapan daripada pihak kita.
Namun, kalau secara spesifik, Yang Berhormat, saya akan mendapatkan maklum balas daripada SPAD berhubung dengan KTMB untuk mengetahui apa juga cara yang lain.
Akan tetapi secara dasarnya, memang kita tidak akan meninggalkan apa-apa aduan mengenai kelewatan ataupun bukan sahaja kelewatan mengenai gerabak. Saya tahu ini adalah memang salah satu daripada aduan yang FAQ, Yang Berhormat ya, sebab saya sendiri memerhatikannya dan malah saya pergi menggunakan ETS, menggunakan stesen dan bertanya kenapa gerabak ini tidak bergerak, tidak digunakan.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Mereka mengatakan tengah ada proses rehabilitation. Jadi semua ini dalam pengetahuan kita dan juga dipastikan tindakan diambil. Seperti yang saya nyatakan tadi Yang Berhormat, kita membeli set baharu untuk menangani masalah ini juga, untuk mengatasi masalah kelewatan jadual. Malah, Yang Berhormat, dua sudah tiba dan walaupun secara sepenuhnya ia akan beroperasi pada bulan November 2019 tetapi kita jangka dua set yang sudah tiba ini akan beroperasi sekurang-kurangnya pada Disember tahun ini. Dua set sudah tiba dan tengah diassemble, kalau tidak silap di Perak juga ada salah satu daripada tempatnya. Jadi, itu cara kita mengatasi masalah ini semuanya Yang Berhormat ya. Terima kasih.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Yang Berhormat Menteri ini baik. Saya juga mengesahkan, I follow you on social media, you memang ada ambil ETS.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya adalah di antara Ahli Parlimen yang juga selalu menggunakan ETS.
Walaupun on the whole the service is good tetapi jadualnya menjadi masalah. You are so worried apabila ramai di antara penumpang-penumpang yang menaiki ETS mengatakan tidak sure boleh sampai 9.30 di Kuala Lumpur atau apa. Saya sendiri ada sekali saya ambil ETS datang ke Kuala Lumpur, patut sampai pukul 9.30 tapi sampai pukul 10. My question, I missed the question. Ini sangat jarang di luar negara. Apakah yang boleh dipastikan ini tidak terjadi?
Nombor satu.
Nombor dua, yang jarak-jarak di mana telah dihentikan perkhidmatan mereka seperti dari Tapah ke Teluk Intan, adakah ia akan dimulakan dengan with the upgrading of the services? Will that be done? Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih, Yang Berhormat. Tadi dari segi jadual Yang Berhormat maksudkan kita sudah- dalam proses sudah melaksanakan journey planner. Journey planner ini insya-Allah mungkin dalam bulan April kita akan lancarkan supaya ia dapat diketahui oleh masyarakat atau pengguna secara real time Yang Berhormat, dengan izin.
Pada masa yang sama Yang Berhormat saya pun bertanya fasal ini pagi tadi sebab saya risau apabila pengguna ataupun penumpang ini hendak mengetahui- saya bertanya soalan yang sama Yang Berhormat tanya tadi. Saya pun tanya kepada pegawai-pegawai sebab saya risau orang hendak bermesyuarat ia akan- it will have an impact dengan izin, kepada jadual kita hendak pergi and it doesn’t look good, dengan izin. Akan tetapi itulah yang kita lakukan ini adalah untuk mengatasi masalah seperti tersebut dan journey planner insya- Allah bila adanya, kita boleh dapat ketahui daripada segi jadualnya.
Selain daripada itu Yang Berhormat, kita ada apa yang dikatakan dia punya website boleh dirujuk iaitu secara online www.ktmb.com.my untuk mengetahui jadual. Kita mengharapkan dengan adanya tren yang kita beli baru dan juga penambahbaikan terhadap gerabak ini, ianya akan boleh mengatasi masalah yang kita hadapi sekarang dari segi kekerapannya kita hendak perbaiki. Whatever your concern Yang Berhormat, is also our concern.
Daripada segi secara spesifik Yang Berhormat tanya laluan daripada– Yang Berhormat ulang?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tapah ke Teluk Intan. There was always a service tapi telah diberhentikan.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Ya, saya- because it is specific so I’ll find out for you, dengan izin. Cuma yang ada di sini daripada segi jadual yang saya dapati, saya tanya juga laluan utama kita ada Gemas-KL Sentral-Butterworth; Gemas-KL Sentral-Padang Besar; Gemas-Butterworth-Padang Besar, KL Sentral-Sungai Buloh-Ipoh; dan insya-Allah dengan pembelian sembilan set yang baharu- tadi saya baru beritakan mengenai Johor, mungkin ini akan memperbaiki laluan Yang Berhormat maksudkan.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Namun I’ll give you outside the Dewan, insya-Allah selepas saya mendapat maklumatnya. Terima kasih banyak Yang Berhormat.
10. Datuk Mohd Idris bin Jusi [Batu Pahat] minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah langkah-langkah kementerian bagi meningkatkan kesedaran dan kerjasama di kalangan semua pihak; ibu bapa, pemimpin masyarakat, pemimpin politik dan pemimpin pendidikan dan para guru untuk mengatasi isu-isu di kalangan pelajar seperti isu ponteng sekolah, buli, gengsterisme, pukul guru, penyalahgunaan dadah yang semakin meningkat supaya fenomena menyalahkan guru sahaja dapat disekat.
Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat yang amat prihatin ingin mendapat maklumat tentang isu-isu penyalahgunaan dadah.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah- langkah yang sewajarnya dalam meningkatkan kesedaran masyarakat untuk bekerjasama meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini termasuk menangani isu-isu disiplin murid secara bersepadu. Antara langkah-langkah yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
(i) semua peringkat pengurusan iaitu Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah hendaklah secara bijaksana membuat perbincangan dan permuafakatan dengan ibu bapa menerusi PIBG serta badan atau agensi luar bagi menangani isu disiplin di peringkat masing-masing;
(ii) kaedah permuafakatan hendaklah digunakan dalam penyelesaian sesuatu isu disiplin murid. Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan peranan ibu bapa dapat dipertingkatkan melalui pendekatan Sarana Ibu Bapa, Sekolah dan Komuniti yang merupakan satu inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025;
(iii) Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengarahkan semua peringkat Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah menubuhkan jawatankuasa task force penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta bagi tujuan memastikan pelaksanaan inisiatif berkenaan berjalan dengan lancar dan menepati objektif serta hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia; dan
(iv) Sarana Ibu Bapa merupakan salah satu program yang dirancang untuk melibatkan PIBG dan ibu bapa agar membantu pihak sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan murid sekolah.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Soalan khusus yang pertama ialah setakat mana berkesannya program-program yang telah ditubuhkan dalam melaksanakan amanah yang ditetapkan.
Soalan kedua Tuan Yang di-Pertua ialah pendidikan merupakan sesuatu proses sepanjang hayat dan pendidikan di pendidikan keluarga bagi anak-anak itu bersifat foundational, bersifat asas yang merupakan asas kepada perkembangan anak-anak seterusnya. Apakah usaha kementerian untuk memastikan supaya pendidikan, foundational di peringkat keluarga ini dapat terlaksana dengan baik menerusi program-program konkrit dengan memperkasakan peranan PIBG.
Peranan PIBG selama ini hanya dilihat dan lebih popular di bawah sebagai pemungut pendapatan tambahan. Jadi bagaimana barangkali untuk men-transform supaya ibu bapa menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru memulakan pendidikan foundational kerana bangunan hendak naik tinggi kalau foundationnya kukuh, insya-Allah bangunannya akan naik tinggi.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Begitu juga dengan pendidikan anak-anak dan pendidikan keluarga peringkat keluarga ini bersifat informal yang membina sikap dan pendirian dan nilai dan kalau itu dapat dimulakan dengan baik di peringkat keluarga itu kita akan dapat meletakkan asas yang baik dalam pendidikan anak-anak.
Persoalannya Tuan Yang di-Pertua, apakah langkah-langkah konkrit yang telah dilaksanakan dan apakah pengajaran yang dapat dilihat dapat daripada program ini. Kalau boleh saya mengongsi sedikit Yang Berhormat Menteri, masa saya jadi pengetua saya ada apa yang saya panggil parent education seminar yang diadakan secara berterusan bukan sekali.
Dia ada bersifat monthly, ada yang bersifat yearly dan ada bengkel-bengkel kerjasama antara sekolah dengan ibu bapa supaya kita dapat melihat problem pendidikan dan pembinaan anak-anak di peringkat keluarga itu dapat dibuat dan dilaksanakan dengan baik dan sekolah meneruskan pembinaan yang telah dimulakan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat kerana sudi juga berkongsi pengalaman yang Yang Berhormat Batu Pahat apabila Yang Berhormat Batu Pahat menjadi pengetua sekolah.
Terima kasih.
Yang Berhormat seperti mana yang saya telah maklumkan tadi dalam jawapan asal saya Sarana Ibu Bapa ini memainkan peranan yang penting dan sarana ibu bapa ini juga akan mengambil kira penglibatan sekolah dan juga komuniti.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia akan sentiasa mencari kaedah-kaedah yang terbaik untuk memastikan keberkesanan program-program yang kita laksanakan.
Di antara inisiatif yang kita telah kenal pasti Yang Berhormat ialah contoh seperti mana yang saya sedia maklum semalam di Dewan, Program Remaja Wawasan. Program Remaja Wawasan ini kita kerjasama dengan kaedah N-BOS dengan PDRM dan juga Angkatan Tentera Malaysia. Selain daripada itu Yang Berhormat, inisiatif yang diambil oleh pengetua-pengetua amat luar biasa.
Saya bagi contoh di kawasan Parlimen Hulu Selangor, ada guru besar, pengetua yang juga telah mewujudkan program-program lawatan sepuluh. Apa akan mereka melakukan ialah apabila mereka mengenal pasti pelajar-pelajar yang bermasalah ini, setiap guru dipertanggungjawabkan melawat sekurang-kurangnya sepuluh orang keluarga, sepuluh ibu bapa untuk mengambil dan mengenali secara dekat apakah isu yang sebenarnya. Kalau ada isu-isu sosial maka guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan itu akan memberi laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
Bagaimana mereka semua dapat membantu untuk memastikan pembelajaran sepanjang hayat ini dapat memainkan peranan yang penting.
Saya setuju yang paling penting ialah foundation dan itulah Kementerian Pendidikan Malaysia ingin melaksanakan dan kita hendak melihat kemenjadian murid. Untuk melihat kemenjadian murid ini berlaksana dengan cemerlang, kita perlu kerjasama dengan semua orang. Saya boleh mengesahkan di sini hampir 450,000 guru di Malaysia ini semua mereka bertanggungjawab dan mereka melaksanakan tanggungjawab mereka dengan cukup baik.
Banyak tanggungjawab ini di luar tugas mereka tapi mereka rela pergi melihat anak-anak bagaimana mereka dapat membantu dan sebagainya.
Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga memainkan peranan penting. Malah Yang Berhormat Padang Terap, saya sendiri dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri Senator Datuk Chong Sin Woon juga apabila lawatan kita kepada PIBG dan sebagainya, kita memaklumkan kepada mereka betapa pentingnya PIBG memahami isu-isu yang dilalui oleh guru-guru supaya mereka dapat memaklumkan kepada ibu bapa.
Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Maka bila ada satu kesinambungan dan kerjasama yang cukup baik di antara PIBG, pengurusan sekolah, maka percayalah tidak ada satu masalah pun yang mereka tidak boleh selesaikan dan kita akan memastikan kaedah ini dilaksanakan dan dinasihatkan bukan sahaja kepada PIBG tetapi juga kepada pengurusan sekolah. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
11. Dato' Sri Wee Jeck Seng [Tanjong Piai] minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah hasil pencapaian penguatkuasaan kementerian setelah mengharamkan aktiviti merokok di semua premis makanan yang terbuka termasuk seperti kedai kopi, kafe makanan dan restoran, ataupun supaya mencapai sasaran 'Negara Bebas Asap Rokok' menjelang tahun 2045.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Piai. Ini adalah soalan yang berkenaan dengan larangan merokok.
Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini terdapat 23 jenis kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok di bawah Peraturan 11, Peraturan-peraturan dan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Selain itu, terdapat juga kawasan-kawasan yang diwartakan di bawah Peraturan 22 untuk program Bandar Bebas Asap Rokok ataupun Smoke Free City seperti Melaka, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan Johor.
Sepanjang peraturan ini dikuatkuasakan, sebanyak 131,624 notis kesalahan telah dikeluarkan kepada mereka yang melakukan kesalahan merokok di kawasan yang dilarang.
Jumlah kompaun yang telah dikeluarkan pula adalah sebanyak 58,872 kompaun.
Bagi kesalahan merokok di tempat makan atau kedai berhawa dingin, sebanyak 942 notis kesalahan dan 421 kompaun telah dikeluarkan sepanjang tempoh 2014 hingga 2017.
Sementara itu, bilangan notis kesalahan merokok di kawasan rehat dan rawat pula adalah sebanyak 149 dan bilangan kompaun adalah sebanyak 50. Bagi kawasan yang diwartakan di bawah Bandar Bebas Rokok pula, sebanyak 1,568 notis kesalahan telah dikeluarkan dan 438 kompaun telah dikeluarkan pada 2017.
Untuk makluman Yang Berhormat Tanjong Piai, bagi mencapai sasaran Negara Bebas Asap Rokok menjelang tahun 2045 iaitu jumlah peratusan perokok di Malaysia kurang daripada lima peratus. Kementerian Kesihatan Malaysia akan memperluaskan lagi tempat- tempat larangan merokok dengan memastikan semua tempat awam bebas daripada sebarang bentuk aktiviti merokok. Ini adalah selaras dengan prinsip utama Artikel 8, WHO FCTC di mana semua tempat awam adalah kawasan tidak merokok.
Tuan Yang di-Pertua, usaha untuk berhenti merokok bagi mereka yang berminat untuk berhenti merokok, kita ada sediakan program mQuit yang boleh didapati di semua klinik kerajaan di seluruh Malaysia.
Dato’ Sri Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya adalah adakah kementerian telah memperkenalkan satu alternatif yang berkesan untuk membantu orang berhenti merokok serta membantu mengatasi masalah rokok seludup di Malaysia? Apakah pendirian kementerian terhadap cadangan untuk memperkenalkan pek kecil yang kontra dengan inisiatif Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu?
Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini pihak kementerian bekerjasama dengan pihak lain seperti Kastam dan sebagainya untuk dalam segi hal Kastam mereka cuba menyekat rokok diimport secara haram. Dalam masa yang sama, di bawah peraturan yang sedia ada kita meningkatkan harga rokok. Sekarang sudah jadi RM17 saya ingat satu pek 20 batang.
Dalam hal ini seperti yang saya sebutkan tadi, memang pihak kementerian menawarkan pelbagai cara untuk mereka yang merokok supaya berhenti merokok. Jadi ini adalah sebenarnya kalau hendak berhenti memang senang, berhenti boleh berhenti overnight tetapi kalau ada pihak yang boleh berhenti dengan sekejap, overnight, ada pihak yang makan masa yang panjang.
Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Apa yang telah kita buat Tuan Yang di-Pertua, kita telah menawarkan seperti yang saya sebutkan tadi, semua program mQuit di mana semua klinik kesihatan boleh memberikan perkhidmatan ini.
Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, purata success rate untuk program berhenti merokok ini untuk seluruh Malaysia, setiap negeri ada breakdownnya, tetapi saya sebut untuk seluruh Malaysia yang pergi melawat ke klinik mQuit ini daripada Julai hingga Disember 2016 dan Januari hingga Jun 2017 sebanyak 10,240, kadar kejayaan ialah 36 peratus. Akan tetapi berbezalah antara negeri. Macam Perlis contohnya kejayaan 43 peratus, Penang 41 peratus kejayaan, tetapi ada lagi yang rendah seperti Melaka, rendah 32 peratus, ada yang Pahang 27 peratus. Jadi, average semua sekali lebih kurang 36 peratus kejayaan. Jadi, ini masih lagi rendah.
12. Dr. Azman Bin Ismail [Kuala Kedah] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, perkembangan projek Rancangan Tebatan Banjir di Kedah. Mohon dijelaskan juga perkembangan terakhir usaha-usaha menyelesaikan segmen-segmen projek yang tergendala.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah.
Tuan Yang di-Pertua, projek-projek RTB yang dimaksudkan adalah RTB Sungai Kedah/Anak Bukit dan juga RTB Changlun. Bagi RTB Changlun, kemajuan 23 peratus dan bagi RTB Sungai Kedah oleh kerana ada tiga pakej, pakej pertama, naik taraf Sungai Baru/Sungai Kubang Rotan siap 100 peratus.
Pakej dua, membina lencongan Sungai Baru dan menaik taraf Sungai Anak Bukit sepanjang 1.7 kilometer, 78 peratus lebih kurang dan pakej tiga menaik taraf Sungai Tanjung Pauh, menaik taraf Terusan Utama dan Terusan Utara MADA dan menaik taraf Sungai Anak Bukit, 81 peratus.
Kelewatan pembinaan bagi RTB Sungai Kedah/Anak Bukit disebabkan oleh beberapa isu seperti pengambilan balik tanah, perubahan reka bentuk jambatan kerana disesuaikan dengan keadaan setempat juga reka bentuk ban yang berubah, juga dengan sebab kesesuaian tempat dan juga keempat, memastikan sistem pengairan yang sedia ada tidak terjejas dengan musim sawah dan juga reka bentuk jambatan dan ban dapat diselesaikan segera.
Ini untuk makluman Yang Berhormat telah pun dalam tindakan Majlis Tindakan Negara yang mana dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan KSN sendiri memantau projek ini di mana semua jabatan yang terlibat bukan sahaja JPS tetapi JKR terpaksa memberikan keterangan, revise balik critical path method (CPM) dan lain-lain dalam usaha untuk memastikan bahawa projek ini siap dalam tempoh yang terdekat. Sekian, terima kasih.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau mengikut jawapan tadi, memang sebahagian segmen- segmen seperti berdekatan dengan Sungai Kedah itu sedikit sahaja lagi. Sakan tetapi yang sedikit itu yang belum siap, menimbulkan banyak masalah kerana laluan keluar masuk kampung-kampung tradisional itu terganggu, menyusahkan penduduk dan juga kerana tidak dapat beberapa musim penduduk kampung tidak dapat mengerjakan sawah mereka.
Saya berharap projek ini akan segera selesai tetapi sekiranya projek ini masih tertangguh, apakah pihak kementerian bersedia memberikan ganti rugi terutamanya kepada pesawah-pesawah yang kehilangan pendapatan? Terima kasih.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, terima kasih. Seperti saya sebutkan tadi, Majlis Tindakan Negara yang dipengerusikan oleh KSN sedang memantau projek ini. Daripada segi critical path method (CPM) diselaraskan semula, dibentangkan, semua jabatan terlibat terpaksa menjawab segala masalah yang timbul, segala misalnya daripada segi kemajuan setiap segmen ataupun setiap reka bentuk dan sebagainya dipantau.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Oleh kerana ini sudah pun berada di peringkat tertinggi, kita yakin semua masalah dapat diselesaikan dan isu-isu yang timbul tadi dapat disempurnakan, dapat diselesaikan.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Cuma satu perkara ialah kita seberapa boleh berusaha untuk mengurangkan segala masalah yang timbul khususnya berkaitan dengan kesan kepada pesawah-pesawah. Ini amat difahami oleh semua yang terlibat. Sebab itulah majlis di peringkat tertinggi negara telah pun mengambil tindakan. Cuma dari segi ganti rugi yang itu saya tak boleh dijawab di sini kita harap tak berlaku, kita harap tak berlaku tetapi insya-Allah, Kerajaan Barisan Nasional sentiasa prihatin dengan semua isu atau masalah rakyat yang ditebuskan. Terima kasih.
13. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Pendidikan menyatakan, adakah kementerian bercadang untuk menyemak semula kedudukan jumlah guru berbanding murid di semua jenis sekolah agar ianya sesuai dengan kehendak dan keperluan semasa.
Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, hari ini hatrik- tiga soalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, benar.
Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut untuk soalan mengenai kedudukan jumlah guru berbanding dengan murid.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini norma perjawatan guru akademik adalah 1.5n kepada 1.7n. Pada tahun 2017, nisbah murid guru di sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan ialah 11.62 manakala di sekolah menengah ialah 10.92. Nisbah ini adalah bergantung pada enrolment murid dan bilangan guru dan nisbah ini masih bersesuaian dengan keadaan semasa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Baiklah Yang Berhormat, selesai sudah sesi-sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan. Saya jemput Yang Berhormat Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 12(1).
[Masa Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Menteri Belia dan Sukan - Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dibahas dan diputuskan DR.7/2018 iaitu Rang Undang- undang Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018; DR.5/2018 iaitu Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) (No.2) 2018; dan DR.4/2018 iaitu Rang Undang-undang Had Masa (Pindaan) 2018 seperti yang tertera di nombor 1, 2 dan 3 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 4 April 2018.”
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ada sesiapa menyokong?
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, saya ada Peraturan Mesyuarat 36.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Peraturan berapa Yang Berhormat?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Peraturan Mesyuarat 36(12).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, tentang apa itu?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tentang semalam saya telah sempat mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Kuala Nerus ketika membahaskan isu perbahasan berkaitan dengan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018.
Saya telah meneliti ucapan beliau berdasarkan rakaman video sebab Hansard tidak siap lagi. Daripada TV PAS sendiri, dan saya mendapati ketika beliau menjawab soalan daripada Yang Berhormat Simpang Renggam berkaitan dengan ayat Al-Quran... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. Saya tidak ada masalah apabila beliau mentafsirkan dia kata termasuk makna fitnah di situ ialah kekufuran.
Saya akui memang kalau ikut para ulama memang ada salah satu tafsirannya ialah kekufuran. Akan tetapi yang saya tak boleh terima seolah-olah dia mengatakan itu sahaja tafsirannya sedangkan kalau kita baca kitab-kitab tafsir yang muktabar, jelas bahawa ia mengandungi makna lebih daripada satu. Bukan satu kekufuran.
Saya telah merujuk antaranya tafsir Zamakhshari. Tafsir Zamakhshari ini, Ulama Zamakhshari ini salah satu tafsir dipanggil Ummahatul Tafsir. Ibu tafsir. Dia ada lima termasuk tafsir daripada Iman Tabari, tafsir al-Kabir daripada Fakhr al-Razi, tafsir daripada Ulama Ibnu Katsir...
[Disampuk] Jadi saya mendapati bahawa- Tuan Yang di-Pertua, minta jangan kacau sebab saya hendak habiskan ini. Jadi saya mendapati bahawa tafsir beliau itu adalah tafsir yang mengelirukan Dewan kerana dia hanya mengambil satu. Kalau tafsir Zamakhshari...
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Yang Berhormat Kuala Nerus tiada dalam Dewan ini.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
...Ia termasuk makna fitnah itu adalah mehna walbalak. Mehna ini maknanya ujian ataupun tribulasi dan balak dan terpaksa juga waqilla azabul akhirah, azab akhirat. Saya ada satu kitab yang baru ini saya ambil daripada ulama Arab Saudi ini sendiri. Dia kata...
[Membaca sepotong hadis] Dia menghalang manusia daripada agama mereka.
Jadi ini kalau ikut daripada seorang agamawan yang agak popular yang pernah datang ke Malaysia pernah bagi pun ceramah di masjid dekat Putrajaya. Ia mengatakan makna fitnah itu adalah pelbagai. Termasuk maknanya dia ialah kekeliruan. Jadi sekarang ini yang saya rasa saya tak puas hati kenapakah Ahli Parlimen Kuala Nerus hanya memberikan satu makna sahaja, kekufuran sahaja dan seolah-olah itu sahaja tafsiran yang betul.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sedangkan beliau bukan ahli tafsir, kalau dia kata begitu bermakna seolah-olah ulama-ulama yang beri tafsiran lain salahlah. Jadi saya minta supaya beliau diambil tindakan menghina Dewan dan juga dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Hei! Ini PAS lah, yang UMNO hendak jerit buat apa. Nampak sangat PAS dengan UMNO ini...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Sudahlah!...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Baiklah Yang Berhormat. Saya mendengar dengan teliti hujah-hujah Yang Berhormat Sepang dan dalam hujah Yang Berhormat Sepang juga mengaku bahawa Yang Berhormat Kuala Nerus juga memberikan pendapat dan taksiran mengikut apa pembacaan Yang Berhormat Kuala Nerus berikan dan Yang Berhormat Sepang pun bersetuju.
Saya kira pandangan-pandangan dan pendapat-pendapat ini berbagai-bagai sumber-sumber yang boleh kita dapat dan perbezaan pendapat berdasarkan hujah-hujah akan menimbulkan suasana yang boleh disebut sebagai muzakarah yang perlu diadakan dengan panjang lebar dan saya tidak berpendapat bahawa Yang Berhormat Kuala Nerus perlu dirujuk di bawah Peraturan 36(12).
Sila Yang Berhormat Menteri. Ya sila.
Menteri Belia dan Sukan - Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Negaraku 1Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mengemukakan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pembangunan Sukan 1997.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk membentangkan latar belakang Akta Pembangunan Sukan 1997 ataupun dikenali sebagai Akta 576. Akta 576 adalah suatu akta yang diwujudkan bertujuan untuk menggalakkan dan memudahkan pembangunan serta pentadbiran sukan di Malaysia termasuk memperuntukkan perkara-perkara bersampingan dengannya. Akta 576 merangkumi 43 buah seksyen yang terbahagi kepada tujuh bahagian.
Akta ini mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 1998 di Semenanjung Malaysia, dan pada 1 Oktober 2004 di Sabah dan Sarawak.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Akta 576 memperuntukkan kuasa kepada Menteri Belia dan Sukan membuat suatu peraturan, arahan atau garis panduan dalam pelaksanaan fungsi yang termaktub di dalam akta ini merangkumi pelantikan pesuruhjaya sukan, pentadbiran sukan dan pertubuhan sukan, urusan pelaksanaan berkaitan pembatalan penggantungan dan rayuan pendaftaran pertubuhan sukan selain mengatasi masalah-masalah dalaman yang sering menggugat kemajuan sukan tanah air.
Penggubalan Rang Undang-undang Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018 merupakan suatu usaha sokongan perundangan dalam memastikan pembangunan sukan negara adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara 2009, menjamin pelaburan kerajaan dalam sukan dan membantu menyelesaikan masalah dalam badan sukan.
Menteri Belia dan Sukan - Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Penggubalan Rang Undang-undang Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018 tidak menjejaskan atau mengehadkan kuasa badan sukan, sebaliknya mengukuhkan lagi peranan pertubuhan sukan bagi melaksanakan tanggungjawab mereka dalam membangunkan sukan negara.
Secara rasionalnya, sepanjang tempoh 20 tahun pelaksanaannya, Akta 576 hanya mengalami pindaan kecil pada tahun 2000 dan 2004 ke atas Jadual 1 membabitkan penambahan 12 jenis sukan. Justeru, Akta 576 perlu dikemas kini bagi memastikan akta ini sentiasa relevan dengan perubahan dalam sukan di peringkat antarabangsa serta seiring dengan dasar-dasar semasa negara seperti Dasar Sukan Negara, Dasar Belia Malaysia, Transformasi Nasional 2050 dan dasar-dasar lain yang berkuat kuasa.
Tuan Yang di-Pertua, negara kita telah berjaya mencapai pelbagai kejayaan berprestij dalam bidang sukan. Tahun lepas sahaja telah melihat bukan hanya kejayaan dalam penganjuran Kuala Lumpur 2017 iaitu Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke- 9 tetapi juga kejayaan kontinjen Malaysia merangkul 323 pingat dan seterusnya muncul sebagai juara keseluruhan Sukan SEA dan naib juara Sukan Para ASEAN.
Tahun 2017 akan sentiasa dikenang dalam lipatan sejarah sukan Malaysia sebagai tahun hebat yang mendefinisikan kecemerlangan apabila bukan hanya kejayaan kita di peringkat rantau Asia Tenggara tetapi yang lebih membanggakan apabila atlet-atlet negara yakni Azizulhasni Awang, Cheong Jun Hong, Ziyad Zolkefli, Latif Romly, Chia Liat How, Wong Weng Son dan pasukan Dulian wanita dalam sukan wushu dan ten-pin bowling wanita telah mengangkat nama Malaysia megah di persada antarabangsa dengan menjadi juara dunia dalam sukan masing-masing.
Pencapaian atlet kita di Sukan Olimpik dan Paralimpik Rio pada 2016 juga tidak akan pernah luput dari benak ingatan kerana ia mencatatkan pencapaian terbaik negara dalam sejarah penglibatan kita di pentas Olimpik dan Paralimpik.
Dengan pencapaian empat perak dan satu gangsa, kontinjen Malaysia ke Olimpik Rio 2016 telah mencipta satu penanda aras baru untuk penglibatan Malaysia di pentas Olimpik. Negaraku pula telah buat pertama kalinya berkumandang di pentas Paralimpik bukan sekali, bukan juga dua tetapi tiga kali apabila Ziyad Zolkefli, Latif Romly dan Ridzuan Puzi mencatat sejarah memenangi pingat emas dalam acara lontar peluru, lompat jauh dan 100 meter pecut dalam kategori mereka masing-masing sejajar dengan moto temasya Olimpik, “Citius, Altius, Fortius”, dengan izin, “Faster, Higher, Stronger”, di samping satu lagi gangsa yang dimenangi oleh Siti Noor Radiah. Latif dan Ziyad menambah manis catatan tersebut dengan turut memecahkan rekod dunia dalam acara mereka masing-masing.
Atlet-atlet ini sesungguhnya telah meletakkan nama negara dalam sukan yang diceburi mereka ke satu takuk penanda aras yang baru. Tidak hanya lagi diukur di peringkat serantau, tetapi kini di peringkat dunia. Malaysia tidak lagi hanya dilihat sebagai anak kecil yang baru bertatih dalam sukan-sukan ini tetapi sebagai jaguh baru yang tidak boleh lagi dipandang sebelah mata kerana sudah mampu menggugat kuasa-kuasa besar yang sering mendominasi buat sekian lama. Saya harap kecemerlangan ini dapat diteruskan oleh kontinjen negara yang akan berjuang di Sukan Komanwel bermula beberapa hari lagi.
Pencapaian hebat dan membanggakan ini bukan hanya merentasi sukan berprestasi tinggi semata-mata, kejayaan-kejayaan ini sesungguhnya telah menyemarakkan lagi semangat bersukan rakyat di peringkat akar umbi. Buktinya, program-program sukan dan kecergasan untuk rakyat ataupun Sukan Massa seperti Hari Sukan Negara, FitMalaysia, Liga Sukan Untuk Semua dan pelbagai lagi juga telah mencatatkan pencapaian yang sangat memberangsangkan. Hari Sukan Negara yang pertama telah berjaya membawa lebih 5 juta rakyat Malaysia keluar bersukan serentak pada satu hari.
Hari Sukan Negara yang kedua pula telah melihatkan lebih 7.6 juta rakyat Malaysia keluar melibatkan diri. Program FitMalaysia pula yang sudah masuk ke pusingan ketiga senantiasa ditunggu-tunggu di pelbagai daerah di setiap negeri dengan setiap penganjuran memperlihatkan belasan, jika tidak puluhan ribu rakyat hadir melibatkan diri.
Menteri Belia dan Sukan - Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Komitmen dan sambutan hebat dari rakyat Malaysia ini menunjukkan bahawa sasaran untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan ataupun sporting nation, dengan izin, bukanlah hanya mimpi di siang hari.
Justeru, adalah amat wajar untuk usaha-usaha pembudayaan sukan ini diperkemas dan diperkukuhkan lagi melalui sebuah akta yang bergerak selari dengan tuntutan dan peredaran zaman. Kerajaan telah turut mengambil langkah untuk tidak membezakan antara atlet kurang upaya atau kelainan upaya dan atlet able-bodied atau atlet biasa. Atlet-atlet kurang upaya telah mengharumkan nama negara dengan kejayaan mereka memenangi pingat emas di sukan Paralimpik, sekali gus menjadi juara dunia di samping pelbagai lagi pencapaian hebat mereka yang lain.
Kejayaan mereka sememangnya menuntut pengorbanan, usaha dan perahan keringat yang sama hebat dengan atlet biasa. Jika tidak, lebih hebat lagi. Atas dasar itulah kerajaan melalui kementerian saya telah mengambil keputusan beberapa tahun yang lepas untuk mengiktiraf kejayaan mereka setaraf dengan kejayaan atlet-atlet biasa. Malaysia antara negara yang mengamalkan parity daripada segi pengiktirafan dan juga dari segi ganjaran untuk atlet-atlet kita.
Atas semangat dan pengiktirafan yang sama jugalah Kompleks Kecemerlangan Paralimpik yang pertama di Asia Tenggara dibina di Malaysia. Kini sudah tiba masanya pula untuk Malaysia mengiktiraf badan-badan sukan yang khas untuk atlet-atlet luar biasa, kelainan upaya sebagai badan sukan yang sah dan setaraf dengan badan-badan sukan untuk atlet biasa. Kita mengiktiraf Majlis Paralimpik Malaysia dan Persatuan Sukan Pekak Malaysia dalam pindaan Akta 576.
Melalui Akta 576, sehingga Februari 2018, sebanyak 9,580 badan sukan telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan. Dalam tempoh lima tahun iaitu dari 2013 sehingga 2017, Pesuruhjaya Sukan telah mengeluarkan sebanyak 432 lesen dan kebenaran penganjuran acara sukan.
Pada tahun 2017 sahaja, sebanyak 136 lesen dan kebenaran penganjuran sukan telah dikeluarkan dan angka ini dijangka akan terus meningkat setiap tahun. Perkembangan gaya hidup cergas dan sihat menerusi aktiviti sukan telah menggalakkan lebih banyak syarikat menganjurkan pelbagai aktiviti sukan seperti larian, berbasikal, sukan berasaskan pertahanan diri dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, perkembangan ini turut dicemari dan dikeruhkan oleh insiden-insiden yang melibatkan orang awam. Sebagai contoh, terdapat kes-kes penganjuran sukan yang dilaksanakan tanpa kebenaran daripada Pesuruhjaya Sukan seperti Klang City International Marathon yang tidak mematuhi syarat-syarat penganjuran sukan sehingga menyebabkan kematian kepada Evelyn Ang selepas tiga bulan beliau koma di hospital.
Selain itu, terdapat juga penganjuran acara sukan antarabangsa yang dibatalkan pada saat-saat akhir, mengakibatkan kerugian kepada peserta yang telah pun membayar yuran penyertaan yang tinggi seperti Melaka International Century Ride yang telah memungut yuran pendaftaran peserta sebanyak RM400,000. Insiden-insiden ini telah menjejaskan kepentingan awam dan imej negara di peringkat antarabangsa.
Oleh yang demikian, terdapat keperluan bagi memperkukuh dan menambah baik sokongan perundangan dalam Akta 576 serta memberikan kuasa kepada Pesuruhjaya Sukan, terutamanya dalam aspek kawal selia dan tadbir urus pertubuhan sukan supaya lebih cekap. Antaranya berkaitan pendaftaran badan sukan baharu, prosedur penggantungan atau pembatalan yang lebih jelas, prosedur penganjuran acara sukan, hukuman dan denda ke atas pelanggaran perundangan di bawah Akta 576, seterusnya memastikan agar kepentingan awam secara keseluruhannya tidak digugat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dalam memastikan pertikaian dalaman pertubuhan sukan diselesaikan dengan adil dan saksama, terdapat keperluan supaya suatu jawatankuasa pertikaian sukan dibentuk bertujuan membantu menyelesaikan permasalahan dalam badan sukan yang tidak dapat diselesaikan oleh badan sukan itu sendiri.
Menteri Belia dan Sukan - Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Ini penting bagi menjaga kepentingan atlet dan pertubuhan sukan secara keseluruhan serta mengelakkan sebarang kesan negatif ke atas kemajuan sukan.
Jawatankuasa ini menyediakan akses dan kemudahan untuk menyelesaikan pertikaian dalam tempoh yang singkat secara adil dan dengan kos yang rendah.
Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, Rang Undang-undang Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018 ini merangkumi 16 fasal seperti berikut.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2, Akta 576 dengan memasukkan takrif baru “Jawatankuasa Pertikaian Sukan” ke dalam Akta 576 dan untuk meminda takrif yang sedia ada.
Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan Bahagian baharu IIIA ke dalam Akta 576 untuk mengadakan peruntukan yang berhubungan dengan badan sukan iaitu Majlis Paralimpik Malaysia dan Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia yang masing-masingnya diiktiraf oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa dan Jawatankuasa Sukan Orang Pekak Antarabangsa.
Bahagian IIIA yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bahawa Majlis Paralimpik Malaysia bertanggungjawab untuk memastikan penyertaan Malaysia dalam Sukan Paralimpik, Sukan Paralimpik Asia dan pertandingan olahraga antarabangsa yang lain.
Bahagian IIIA yang dicadangkan juga bertujuan untuk mengadakan peruntukan bahawa Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia bertanggungjawab untuk memastikan penyertaan Malaysia dalam Deaflympics, Sukan Orang Pekak Asia Pasifik dan pertandingan olahraga antarabangsa yang lain.
Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 11, Akta 576 berdasarkan suatu dasar bahawa syarikat tidak lagi dibenarkan untuk didaftarkan sebagai badan sukan di bawah Akta 576.
Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 12, Akta 576 untuk menaikkan penalti bagi kesalahan tidak mematuhi arahan Pesuruhjaya, mendedahkan maklumat palsu atau mengemukakan laporan palsu daripada denda sedia ada iaitu tidak melebihi RM5,000 kepada denda yang dicadangkan iaitu tidak kurang daripada RM5,000 tetapi tidak lebih daripada RM50,000.
Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 20, Akta 576 dengan membezakan alasan untuk membatalkan atau menggantung pendaftaran sesuatu badan sukan. Dengan pindaan dicadangkan, alasan pembatalan atau penggantungan yang sedia ada dibezakan bagi membolehkan Pesuruhjaya melaksanakan pembatalan atau penggantungan dengan lebih cekap.
Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 21, Akta 576 berbangkit daripada pemasukan Jawatankuasa Pertikaian Sukan di bawah Bahagian VI.
Fasal 8 bertujuan meminda seksyen 24, Akta 576 untuk membolehkan mana-mana anggota badan sukan atau badan sukan itu sendiri untuk merujuk apa-apa pertikaian yang tidak dapat diselesaikan mengikut tatacara dalaman kepada Jawatankuasa Pertikaian Sukan dan bukannya kepada Menteri.
Fasal 9 bertujuan memasukkan seksyen baharu 24A ke dalam Akta 576 yang memberi kuasa kepada Menteri untuk mendengar rayuan daripada mana-mana anggota badan sukan atau badan sukan itu sendiri yang tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Pertikaian Sukan.
Menteri Belia dan Sukan - Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Fasal 10 bertujuan untuk meminda subseksyen 25(2) untuk menaikkan penalti bagi apa-apa pelanggaran di bawah subseksyen 25(1) daripada denda sedia ada iaitu tidak melebihi RM5,000 kepada denda yang dicadangkan iaitu tidak kurang daripada RM5,000 tetapi tidak lebih daripada RM50,000.
Fasal 11 bertujuan untuk menggantikan Bahagian VI, Akta 576 untuk mengadakan peruntukan berhubungan dengan Jawatankuasa Pertikaian Sukan yang menggantikan Panel Penasihat Sukan yang sedia ada.
Cadangan pindaan kepada Bahagian VI adalah berikutan dengan pindaan seksyen 24, Akta 576 yang sedia ada. Dengan cadangan tersebut, mana-mana anggota badan sukan atau badan sukan itu sendiri boleh merujuk kepada Jawatankuasa untuk mendapatkan keputusan terhadap apa-apa pertikaian sukan.
Seksyen 27 yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Jawatankuasa untuk mendengar dan menyelesaikan apa-apa pertikaian sukan yang dirujukkan kepadanya oleh mana-mana anggota sesuatu badan sukan atau badan sukan itu sendiri.
Seksyen 28 yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi keanggotaan Jawatankuasa dan perkara yang berhubung dengan keanggotaan Jawatankuasa.
Seksyen 29 yang dicadangkan bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk melantik Pesuruhjaya Sukan untuk menjadi Setiausaha kepada Jawatankuasa dan pegawai lain untuk membantu Setiausaha.
Seksyen 30 yang dicadangkan bertujuan untuk memberi Jawatankuasa kuasa untuk menghendaki pendedahan maklumat, laporan atau dokumen daripada mana-mana orang dan kehadiran mana-mana orang di hadapan Jawatankuasa bagi membolehkan Jawatankuasa menjalankan tugas dan fungsinya dengan lebih baik untuk mendengar dan menyelesaikan apa-apa pertikaian sukan yang dirujukkan kepadanya.
Seksyen 31 yang dicadangkan bertujuan untuk melindungi anggota dan pegawai Jawatankuasa terhadap guaman dan prosiding undang-undang bagi apa-apa tindakan yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan dengan suci hati semasa menjalankan tugas dan fungsi mereka di bawah Akta 576.
Seksyen 32 yang dicadangkan bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan yang berhubung dengan Jawatankuasa.
Fasal 12 bertujuan untuk meminda seksyen 33, Akta 576 bagi mewajibkan mana- mana orang yang menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah bagi apa-apa pertandingan antarabangsa atau acara sukan antarabangsa di Malaysia untuk mendapatkan kelulusan secara bertulis Menteri terlebih dahulu.
Pada masa ini, hanya orang yang membuat bidaan atau tawaran untuk menjadi tuan rumah bagi apa-apa pertandingan sukan antarabangsa atau acara sukan antarabangsa di Malaysia dikehendaki untuk mendapatkan kelulusan secara bertulis Menteri terlebih dahulu.
Fasal 12 juga bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penalti atas kegagalan mendapat kelulusan.
Fasal 13 bertujuan untuk meminda seksyen 36, Akta 576 untuk menjadikan suatu kesalahan bagi mana-mana syarikat yang melanggar subseksyen 36(1), Akta 576. Pindaan ini dicadangkan kerana kesalahan tidak diperuntukkan di bawah seksyen 36, sedia ada Akta 576 bagi mereka yang melanggar subseksyen 36(1), Akta 576.
Dengan kejadian aktiviti sukan di Klang baru-baru ini yang dianjurkan oleh suatu syarikat tanpa mendapat lesen di bawah subseksyen 36(1), Akta 576 yang telah menyebabkan kematian seorang peserta dan kecederaan ramai peserta, syarikat itu tidak boleh dipertuduh di bawah Akta 576 kerana suatu kesalahan tidak diperuntukkan di bawah seksyen 36 sedia ada Akta 576.
Menteri Belia dan Sukan - Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Fasal 14 bertujuan untuk meminda subseksyen 38(3), Akta 576 untuk menaikkan penalti bagi apa-apa kesalahan kepada mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 38 dan seksyen 26, Akta 576 daripada denda sedia ada iaitu tidak melebihi RM5,000 atau tempoh pemenjaraan tidak melebihi enam bulan kepada denda yang dicadangkan iaitu tidak kurang daripada RM5,000 tetapi tidak lebih daripada RM50,000 atau tempoh pemenjaraan tidak melebihi lima tahun.
Fasal 15 bertujuan untuk memotong seksyen 39, Akta 576 berhubung dengan kesalahan-kesalahan am berbangkit daripada pindaan kepada seksyen 31, 33 dan 36 yang penalti bagi kesalahan itu dicadangkan supaya diperuntukkan dalam seksyen 31, 33 dan 36.
Seksyen 39, Akta 576 dipotong kerana peruntukan bagi kesalahan-kesalahan am tidak lagi relevan.
Fasal 16 bertujuan untuk mengadakan peruntukan kecualian dan peralihan.
Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya, dengan pindaan akta ini, peranan, objektif, fungsi dan kuasa Pesuruhjaya Sukan ditambah baik khususnya dalam memperkasakan pembangunan dan pentadbiran badan sukan di Malaysia.
Pada masa yang sama, pengukuhan akta ini tetap mendukung Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sukan negeri sedia ada ke arah pembentukan budaya sukan serta pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh.
Pengukuhan Akta 576 ini juga memudahkan pemerkasaan pembangunan sukan secara lebih menyeluruh dan terancang. Ini akan memberi lebih keyakinan kepada sektor swasta untuk bersama-sama menyumbang ke arah pembangunan industri dan teknologi sukan serta menaja program pembangunan sukan. Di samping itu, ia juga untuk memberi ruang untuk pembangunan sukan oleh Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dilaksanakan dengan lebih bersepadu dan teratur.
Menteri Belia dan Sukan - Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Tuan Yang di-Pertua, dalam penggubalan pindaan ini saya telah berbincang dengan pegawai-pegawai saya bagaimana dapat kita mengimbangi antara regulation dan juga kebebasan untuk membangunkan industri dan juga sukan di negara ini. Jadi kita terpaksa merangka satu pindaan yang dapat mengimbangi antara regulation, kawal selia yang tidak terlalu ketat, yang tidak menghalang pembangunan sukan dan juga perkembangan industri sukan. Akan tetapi juga dengan keperluan untuk kita memastikan bahawa acara-acara besar terutamanya acara yang melibatkan ramai peserta dapat dianjurkan dengan syarat-syarat dan juga garis panduan untuk menjaga keselamatan dan kepentingan awam.
Saya percaya dan yakin pindaan yang kita kemukakan pada hari ini dan juga peraturan yang bakal digubal untuk membantu dan untuk meletakkan pengisian kepada pindaan akta ini. Oleh sebab akta itu biarlah mudah dan simple tetapi peraturan itulah yang akan memberi butiran secara terperinci kepada segala acara yang akan dianjurkan selepas ini dapat menjamin keselamatan dan juga kepentingan orang awam dalam kita melihat Malaysia menjadi sebuah negara bersukan dengan lebih ramai lagi terlibat dalam acara sukan dan juga acara kecergasan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua dengan itu saya mohon mencadangkan, ‘Majulah Sukan Untuk Negara’. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Tuan Yang di-Pertua saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pembangunan Sukan 1997 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Berapa ramai? Bolehlah sepuluh minit seorang Yang Berhormat ya...
[Disampuk] Sepuluh minit. Yang Berhormat Kota Tinggi.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk berbahas dalam pembentangan Rang Undang-undang Akta Pembangunan Sukan 1997 ini.
Pertamanya, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana hakikatnya pada pertandingan Sukan SEA tahun lepas memang ada satu penampilan yang amat baik, lonjakan, pencapaian yang baik. Lonjakan pencapaian ini tidak lain dan tidak bukan terhasil akibat persiapan yang baik dan juga kualiti atlet-atlet kita yang saya lihat bertambah baik, secara keseluruhan bukan sahaja pada bidang-bidang, sukan-sukan tertumpu yang popular tetapi juga ruang-ruang untuk penglibatan atlet-atlet kita dalam bidang-bidang sukan yang non-traditional. Di situ kita lihat bahawa kalau ada persiapan yang baik, maka penampilan ini akan menghasilkan hasil yang baik dan itu membuktikan bahawa rakyat kita secara keseluruhannya. Kalau diberi kerangka yang baik, environment baik kita boleh bersaing pada peringkat tertinggi dan menghasilkan keputusan-keputusan yang baik. Saya melihat dengan pertambahan penduduk yang agak pesat sejak tahun 1990 hingga tahun 2020. Pada tahun 1960 penduduk kita baru lapan juta.
Selepas itu pada tahun 1990 penduduk kita melonjak 18 juta, tambah lebih kurang 10 juta. Akan tetapi bila tahun 2020, sekarang ini tahun 2018 dijangkakan penduduk kita akan mencecah 32 juta, maknanya pertambahan 15 juta dan median umur kita rakyat Malaysia ialah 28.7 tahun. Maknanya keseluruhannya rakyat Malaysia masih muda dan masih melihat sukan ini sebagai satu keperluan yang amat penting. Oleh sebab kata pepatah orang Melayu dulu kalau kita cergas, otak kita cerdas.
Jadi ini adalah penting untuk kita membudayakan satu budaya bersukan yang sihat di kalangan rakyat kita dan lebih-lebih lagi orang muda, belia mereka memerlukan sukan sebagai satu daripada keperluan jati diri mereka, pembentukan karakter masing-masing.
Begitu juga ia memberi satu peluang kepada mereka mencapai suatu pencapaian fizikal pada tahap tertinggi. Kalau boleh kita membudayakan anak-anak kita, belia kita satu sukan, satu pencapaian yang mereka boleh buat sampai tahap tertinggi, maka ini satu budaya yang baik.
Inilah yang perlu dilakukan oleh kementerian untuk merangka medium-medium atau mekanisme-mekanisme yang membolehkan golongan belia mencapai pencapaian terbaik sewaktu mereka muda sama ada dalam bidang-bidang khususnya dalam bidang sukan, sama ada bola sepak kah, hoki kah, kapal layar dan sebagainya. Bagi saya 30 tahun dulu mungkin peluang-peluang ini tidaklah terbuka luas tetapi hari ini kita tengok bidang-bidang sukan yang begitu banyak dapat di accessibility untuk ramai kumpulan contohnya memanah, berenang, kapal layar dan bidang-bidang sukan yang tidak terhad kepada mereka-mereka yang normal ataupun terbuka luas juga kepada kumpulan-kumpulan orang yang kurang upaya.
Dasar kita yang mengetengahkan bukan sahaja kumpulan-kumpulan normal, juga kepada kumpulan-kumpulan OKU ini amatlah saya sanjung dan mesti diperluaskan. Dalam akta ini kita juga memberi ruang-ruang yang khusus untuk kumpulan OKU dan juga kumpulan orang-orang yang kurang mendengar atau pekak.
Jadi saya ingat pembentangan RUU ini bertepatan, cuma saya lihat ada beberapa sudut yang saya hendak tekankan di sini iaitu nombor satunya ialah sukan-sukan yang terkini yang menjadi minat ramai pada ketika ini khususnya bidang sukan-sukan e-sport. Sebentar tadi kita bincang- tidak cukup masa, saya hendak bentang sekali lagi. Bahawa e-sport ini adalah satu sukan yang mempunyai pertambahan pengikut yang begitu pesat sekali dan sebenarnya dari segi hadiah-hadiah yang diberi pun sudah mengatasi hadiah-hadiah yang diberi oleh sukan-sukan profesional macam golf contohnya.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Malaysia pula saya difahamkan mempunyai potensi yang baik untuk menjadi hab kepada e-sport. Kita tahu e-sport ini paling kuat di China dan Korea tetapi di Asia Tenggara Malaysia yang paling ke hadapan dan kita telah berjaya menghasilkan pemain-pemain atau tim-tim yang mendapat ranking yang tinggi even di peringkat dunia. Saya melihat perkembangan dua, tiga tahun ini amat-amat memberangsangkan. Saya lihat inisiatif Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Belia dan Sukan memberi ruang yang seluas-luasnya untuk e-sport ini amatlah saya sokong.
Cuma saya hendak Yang Berhormat Menteri memberi perhatian sedikit tentang bil e-sport ini. Kerangka-kerangka yang ada sekarang ini masih belum mencukupi untuk kita menjaga sama ada keselamatan ataupun dari segi pengagihan hadiah contohnya. Kita ada beberapa program yang mana bila orang luar masuk Yang Berhormat Menteri, bila sampai masanya hadiahnya tidak ada.
Ini amat malang kerana kita melihat organisasi e-sport ini lain sikit daripada sukan lain. Sukan lain nampaknya digerakkan oleh mereka-mereka yang sudah veteran dan season. Ramai 20 tahun, 30 tahun dan 40 tahun. Akan tetapi memandangkan e-sport ini satu sukan yang sangat terkini penggerak-penggeraknya mereka pioneer dia merupakan anak muda-anak muda, umur 18 tahun, 20 tahun dan 25 tahun. Mereka ini mempunyai minat yang sangat tinggi dan kekecewaan itu boleh menjadi bahaya kalau kita tidak bantu mereka.
Oleh sebab industri ini berkembang begitu cepat dan hadiah-hadiah yang besar itu tetapi mereka peminat-peminat ini tidak dapat melihat satu kerangka yang boleh menjaga mereka dan memelihara mereka. Atas sebab itu boleh menyebabkan minat-minat mereka ini akan terbatas atau terbantut. Ini adalah kerugian untuk negara kita. Itu sebabnya saya minta kerangka khusus untuk e-sport ini mesti diwujudkan. Kita berpeluang dan berpotensi menjadi negara yang ke depan di samping Korea dan China, kita memang ke depan.
Jadi kalau kita tidak buat ini saya rasa ini satu kerugian yang amat besar. Usaha- usaha telah dijalankan, cuma saya harap kerangka-kerangka yang lebih solid mesti kita buat dengan kadar segera supaya sukan ini dapat kita jana, perkembangan dia boleh kita gerakkan dan akhirnya akan memberi kita satu asas yang kuat untuk kita menjadikan budaya baru dalam kita menggerakkan ke arah negara Industrial Revolution 4.0. Sebenarnya e-sport ini sebenarnya- saya sendiri pun sebagai orang baru, saya melihat dalam sudut yang lebih negatif pada awalnya Tuan Yang di-Pertua. Kita lihat ini mesti buang masa, kita lihat mereka ini duduk, menghabiskan masa, addicted. Kita sebagai parents melihat dalam sudut-sudut negatif.
Akan tetapi sebenarnya ada banyak perkara-perkara yang positif yang kita boleh lihat, kita boleh jana daripada program ini. Khususnya saya tengok dari segi interfacing, inter multi-skilling, multitasking. Kita lihat hari ini airport yang besar dikelolakan oleh dua tiga orang sahaja. Kalau dulu sebelum digital revolution mungkin sampai 20 orang.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Hari ini dua, tiga orang boleh handle satu panel yang besar yang menguasai 300 sensor contohnya. Di airport, kita ada railway, kita akan ada HSR, kita ada ERL, kita ada port- port bertaraf dunia, kita ada pelantar-pelantar minyak dan rapid yang memerlukan rakyat kita mempunyai multitasking dari segi mereka menggerakkan kerja. Saya lihat medium e-sport ini adalah satu medium yang paling sempurna, yang paling baik untuk kita membudayakan kemahiran multitasking di kalangan anak-anak muda kita.
Di samping itu, teamwork, strategi, disiplin, ini semua kalau kita garap ke arah positivity, maka dengan bantuan ibu bapa, kefahaman baik daripada parents atau ibu bapa, saya yakin kita dapat satu budaya e-sport yang menjadi positif dan akan membina negara kita dari segi pembangunan digital pada masa akan datang.
Saya amat tertarik dengan e-sport ini tetapi saya tengok kekangannya besar, saya harap Menteri kena beri perhatian yang khusus kepada e-sport dan supaya kita boleh dapat, saya difahamkan e-sport ini dah masuk dalam sukan SEA dan dalam Olimpik, maka e-sport ini OKU pun boleh masuk, yang pekak pun boleh masuk, semua boleh masuk. Jadi ianya boleh terbuka kepada kumpulan masyarakat yang lebih besar.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Di samping itu, saya juga meminta kepada kementerian di samping kita melengkapkan, saya setuju dengan Menteri tadi jangan kita terlampau ketat sangat sebab kalau ketat sangat nanti negara lain akan beri ruang yang lebih besar. Akan tetapi dalam masa yang sama, kita mesti ada kerangka yang untuk keselamatan dan mengurangkan penipuan sebab kalau ini berlaku pun tidak baik untuk negara, mereka akan pergi ke tempat lain juga.
Jadi dengan adanya rang undang-undang, saya ingat memang sesuai sangat, bertepatan supaya kita bagi mesej bahawa kita mengutamakan sukan, kita menyediakan prasarana yang baik, kita juga menyediakan kerangka undang-undang dan pertikaian yang baik. Dengan itu, kita akan dapat menarik dan kita tahu negara kita sentiasa menjadi hos yang baik.
Bila kita jadi tuan rumah, rata-rata orang lain puas hati. Jadi kita kena gunakan kesempatan ini untuk menarik aktiviti-aktiviti berasaskan sukan dan ini akan dapat menjana sedikit sebanyak ekonomi kita, di samping itu memberi ruang yang seluas-luasnya kepada belia dan bukan sahaja mereka bersukan, mereka juga mesti diberi peluang untuk menguruskan program-program yang besar ini supaya mereka mendapat dua dalam satu. Di samping mereka bersukan, mereka juga akan menjadi manager, pengurus-pengurus dan juga event yang baik di masa depan. Jadi saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas usaha beliau untuk membentangkan pindaan ini sebelum Parlimen dibubarkan. Saya rasa pindaan ini adalah hasil daripada cabaran yang dialami sejak Yang Berhormat Rembau menjadi Menteri Belia dan Sukan.
Saya rasa pindaan ini juga menggambarkan beberapa priority area yang telah diberikan tumpuan oleh pihak Menteri. Misalnya, pengiktirafan Majlis Paralimpik Malaysia sebagai Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan bagi Malaysia oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa dalam seksyen 9(a) adalah satu pindaan yang baik dan sesuai. Saya yakin bahawa langkah ini akan menambah baik penyeliaan sukan paralimpik di negara kita dan akan menjadikan satu perangsang untuk melonjakkan prestasi atlet paralimpik Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
Dalam isu ini, saya juga hendak memberi penghargaan kepada Menteri atas tumpuan yang telah diberikan kepada atlet paralimpik termasuk memastikan bahawa atlet paralimpik kita ini mendapat insentif kewangan yang sama seperti atlet biasa dalam acara sukan antarabangsa seperti sukan Olimpik, I thank you for your efforts in this area.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mewakili keluarga Evelyn Ang untuk mengucapkan terima kasih kepada Menteri. I would like to thank the Minister on behalf of the family of Evelyn Ang.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Evelyn Ang adalah seorang pelari maraton yang juga adalah kawan saya. Beliau telah dilanggar oleh kereta semasa mengambil bahagian dalam Klang International City Marathon pada bulan Disember 2017. Beliau juga telah mengalami kecederaan yang serius di kepala beliau dan telah meninggal dunia pada 1 Mac 2018.
Kemalangan Evelyn adalah salah satu sebab mengapa pindaan subseksyen 4 dan 5 diperkenalkan sebagaimana yang dinyatakan dalam huraian 14 ataupun explanatory note 14. Saya rasa bahawa legasi yang hendak ditinggalkan oleh Evelyn ialah usaha beliau untuk menambah baik safety standards ataupun tahap keselamatan semua acara larian di Malaysia. Cuma saya rasa masih terdapat lagi beberapa loopholes ataupun kekurangan dalam pindaan seksyen 36.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Tuan Yang di-Pertua, saya rujuk kepada subseksyen yang tertentu oleh kerana saya rasa ada isu pokok yang saya hendak timbulkan, yang saya hendak bangkitkan. Saya harap Menteri boleh memberi sedikit pelonggaran.
Saya tidak menafikan bahawa penambahan subseksyen 4 dan 5 memang boleh menangani isu yang wujud sekarang iaitu penganjur acara larian yang tidak memohon lesen daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan ataupun PPS kerana mereka sekarang tidak boleh didakwa jika kemalangan berlaku seperti apa yang dikatakan oleh Menteri tadi. Akan tetapi saya tidak pasti bahawa subseksyen 4 dan 5 akan memberi kepastian bahawa tahap keselamatan ataupun safety standards acara larian akan ditambah baik.
Cabaran utama adalah dari segi penilaian tahap keselamatan sesuatu acara larian.
Jadi tanggungjawab penilaian ini biasanya akan diberikan kepada kesatuan olahraga masing- masing, bukan dinilai oleh pihak PPS. Akan tetapi state AA ataupun kesatuan olahraga negeri biasanya hanya memberi nasihat teknikal ataupun technical advice sahaja apabila kesatuan olahraga sesuatu negeri memberi persetujuan mereka ataupun mereka sanction a race, dengan izin, kesatuan ini juga akan meletakkan satu disclaimer untuk tidak mengambil tanggungjawab atas apa-apa kemalangan ataupun incident yang mungkin berlaku semasa acara larian itu dijalankan.
Pada masa yang sama, state AA juga akan mengenakan caj yang tinggi, kadangkala beribu-ribu ringgit sebagai sanctioning fee dengan tidak mengambil tanggungjawab untuk apa-apa yang akan berlaku dari segi keselamatan dalam acara larian ini.
Saya hendak memberi satu contoh dan saya rasa Menteri pun sedar tentang contoh ini. Baru-baru ini pada 11 Mac 2018 di Run Out Pahang Marathon di Kuantan, seorang sukarelawan atau volunteer dalam keretanya telah melanggar empat pelari. Salah satu kalau tidak silap adalah seorang pensyarah dari UM telah patah kaki.
Mengikut laporan The Star, acara larian ini dianjurkan oleh syarikat Monkey Theory bersama dengan Pejabat Pelancongan Pahang dan juga Kesatuan Olahraga Pahang. Acara ini juga ada lesen daripada PPS dan diberikan kebenaran oleh PBT iaitu Majlis Perbandaran Kuantan tetapi kecuaian ini masih berlaku walaupun lesen telah diberikan.
Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang pelari amatur, jarang untuk volunteer yang membuat rondaan semasa acara larian untuk menggunakan kereta, biasanya mereka gunakan motor. Kalau ada kereta, ia biasanya adalah lead car untuk pelari di hadapan sahaja. Akan tetapi yang memang aneh adalah sebuah kereta rondaan membuat rondaan dekat garis penghabisan larian Pahang marathon ini. Jadi dalam kes sebegini, saya rasa bahawa subseksyen 4 dan 5 tidak boleh digunakan ke atas pihak penganjur kerana mereka telah mendapatkan lesen daripada PPS. Jadi untuk isu-isu sebegini, bagaimana pihak kementerian akan cuba menangani isu ini apabila kemalangan berlaku.
Satu lagi kelonggaran adalah keadaan di mana persatuan dan bukan syarikat menjadi penganjur untuk acara larian. Ini termasuk persatuan yang menganjurkan larian sebagai charity ataupun fundraising event. Jumlah acara seperti ini juga telah bertambah begitu banyak. Saya faham bahawa ianya tidak munasabah untuk mewajibkan semua persatuan untuk mendapatkan lesen daripada PPS oleh kerana ada ribuan persatuan dan NGO yang menganjurkan acara sukan. Akan tetapi saya rasa acara larian and to a lesser extent, dengan izin, cycling events juga perlu diberikan tumpuan yang lebih rapi oleh kerana acara-acara seperti ini biasanya melibatkan ramai peserta seperti yang dikatakan oleh Menteri tadi. Kadangkala sampai ribuan peserta.
Jadi saya hendak tanya Menteri, apa yang boleh dilakukan untuk menangani loophole yang saya sebut tadi. Saya rasa isu pokok dari segi penganjuran acara larian ini ialah kapasiti PPS dan juga kesatuan olahraga negeri untuk memberi penilaian dan juga mengeluarkan tatacara dan guideline secara telus dan komprehensif.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Saya rasa guideline ini adalah satu perkara yang perlu dan walaupun dalam borang permohonan, pihak PPS ada mengutip maklumat seperti track record sesebuah syarikat dan juga keadaan kewangan syarikat tetapi tatacara yang spesifik untuk acara larian tidak dinyatakan.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Saya cadangkan supaya satu jawatankuasa tetap ditubuhkan di PPS untuk menyelaraskan dan mengemaskinikan tatacara acara larian. Jawatankuasa ini boleh terdiri daripada wakil KBS, wakil PBT, wakil polis, wakil MAF, penganjur acara larian dan juga stakeholder lain yang relevan.
Buat masa sekarang tidak ada satu dialog formal yang telah diaturkan oleh PPS dengan penganjur acara larian dan juga stakeholder yang lain seperti selepas kemalangan yang berlaku di Klang dan saya rasa dengan adanya satu jawatankuasa tetap sebegini, satu official channel boleh ditubuhkan untuk menangani cabaran menganjurkan acara larian dan juga menambahkan safety standard untuk acara larian.
Saya juga ingin membangkitkan isu permohonan lesen untuk acara sukan seperti ultra-marathon, trail run dan juga triathlon yang tidak disenaraikan buat masa sekarang dalam Jadual Pertama, Akta 576, dan oleh itu tidak ada persatuan sukan atau pun sports body pada tahap kebangsaan atau pun negeri untuk mewakili sukan sebegini. Untuk acara-acara seperti ini, saya hendak tanya kepada pihak kementerian, siapakah yang boleh menjadi badan rujukan ataupun reference body untuk pihak PPS dalam proses permohonan lesen penganjuran. Apakah tatacara yang diperlukan untuk menjamin keselamatan peserta untuk acara seperti ini? Saya minta penjelasan.
Oleh kerana masa tidak mengizinkan, I just want to end by saying a few things. Saya harap Tuan Yang di-Pertua memberi sedikit izin kepada saya. Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dalam usaha beliau untuk membangunkan sukan di Malaysia. Although we have had our differences in terms of sporting activities and also in the political sphere, I acknowledge and I give you respect which you deserve for not only talking the talk but also walking the walk...
[Tepuk] Bagi pihak saya Tuan Yang di-Pertua, saya juga telah cuba dalam cara saya sendiri untuk memberi sokongan kepada aktiviti yang dijalankan oleh pihak kementerian seperti MPs Fit Challenge over the past two years. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, untuk MPs Fit Challenge yang pertama, saya adalah juara untuk kategori di bawah 40 tahun...
[Tepuk] Saya juga telah menyertai diri dalam dua half marathon, untuk Larian Sukan Negara dan saya juga telah mengambil bahagian dalam larian Sukan SEA di Bukit Jalil dan larian Tim Malaysia di Putrajaya.
It is my hope that sports can unite us. It is my hope that is the one area where MPs from both sides of Parliament can work together to promote sports and to show the nation what unity can be.
Saya harap Menteri Belia dan Sukan dalam penggal yang baru boleh meneruskan legasi Yang Berhormat Rembau, tidak kira daripada pihak sebelah sini, atau pun dari sebelah sana. Dengan itu saya sokong pindaan akta ini. Terima kasih...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya akan bercakap ringkas sahaja. Saya bersama-sama dengan Yang Berhormat Kota Tinggi awal tadi, ahli sukan kita Yang Berhormat Serdang sebentar tadi sama-sama mengalu-alukan pembentangan pindaan kepada Akta Pembangunan Sukan 1997 ini atas semangat kesukanan untuk perpaduan dan kesihatan seluruh rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya akan bercakap ringkas sahaja merujuk kepada dua perkara. Pertamanya ialah merujuk kepada fasal 12 yang menetapkan supaya penganjuran cara sukan antarabangsa di Malaysia mestilah mendapat kelulusan secara bertulis oleh Yang Berhormat Menteri terlebih.
Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, dalam memberikan kelulusan bertulis kepada permohonan untuk menganjur dan menjadi tuan rumah di Malaysia acara sukan ini, adakah Yang Berhormat Menteri menganggap bahawa antara perkiraan-perkiraan penting yang mesti diselesaikan dahulu ialah ia tidak mesti mewajibkan kita sebagai tuan rumah menerima penyertaan daripada negara-negara yang kita tidak mempunyai hubungan diplomatik atau pun kita pada dasarnya tidak mengiktiraf negara tersebut iaitu khususnya seperti negara Israel ini?
Ini saya harap ada dalam perkiraan Yang Berhormat Menteri supaya ia tidak akan mewujudkan masalah walaupun kita menganggap sukan dalam negara ini baik untuk semua pihak tetapi ada tanda aras, ada pertimbangan-pertimbangan tertentu supaya ia tidak melanggar prinsip negara kita yang kita pegang daripada semenjak kemerdekaan lagi.
Perkara kedua Tuan Yang di-Pertua, ialah berkaitan dengan rujukan pertikaian kepada Jawatankuasa Pertikaian Sukan yang mana dalam pindaan ini dimuatkan mana- mana anggota sesuatu badan sukan atau badan sukan itu sendiri boleh merujukkan pertikaian itu kepada Jawatankuasa Pertikaian Sukan untuk mendapat keputusan.
Saya ingin bertanya, kenapakah ataupun bolehkah yang mewajibkan atau membolehkan hanya anggota sesuatu badan sukan atau pun badan sukan itu sendiri diluaskan lagi kepada mana-mana pihak dalam negara kita ini yang mempunyai minat, kepentingan atau sikap tertentu yang boleh membawa kepada Jawatankuasa Pertikaian Sukan?
Contoh yang ada kepada saya Yang Berhormat Menteri ialah kes yang berkaitan dengan penglibatan negara kita dalam satu acara lumba basikal jelajah iaitu Yang Berhormat Menteri amat maklum saya yakin Giro d'Italia yang mana ia sukan seperti kalau di Malaysia ini, Le Tour de Langkawi. Kita di peringkat Eropah agaknya ada yang dipanggil Giro d'Italia yang mana untuk pertama kalinya dalam sejarah sukan tersebut perlumbaan ini bermula di luar daripada Eropah dan itu tidak paling penting. Apa yang paling penting nya buat pertama kalinya dalam sejarah sukan ini, bermula daripada Baitulmaqqdis di negara yang bernama Israel tersebut.
Saya mendapat maklumat daripada NGO-NGO di Malaysia ini yang membantah keputusan dan sikap wakil kita yang saya yakin namanya Datuk Amarjit Singh saya rasa beliau adalah sudah tentu pengerusi atau presiden persatuan lumba basikal atau basikal Malaysia ini yang mana Datuk Amarjit Singh ini mewakili Malaysia representative to the UCI, Union Cycliste Internationale yang menjadi penganjur acara ini. NGO ini memberikan bantahan kepada persatuan basikal Malaysia yang Datuk Amarjit Singh dan seorang lagi wakil Malaysia ada dalam majlis UCI ini. Akan tetapi mereka tidak ingin mengambil apa-apa pendirian atau pun mencatitkan bantahan negara kita di mesyuarat UCI ini terhadap keputusan UCI ini untuk memulakan acara ini buat pertama kalinya.
Bukan sahaja di luar Eropah tetapi daripada Baitulmaqqdis atau Jerusalem di negara haram Israel tersebut yang akan bermula acara ini pada 4 Mei 2018 ini yang kebetulan dianggap sebagai masa, bulan, tahun yang penting bagi Israel kerana ia nya adalah sempena sambutan 70 tahun negara Israel tersebut dan Baitulmaqqdis ini lebih sensitif lagi kerana Amerika Syarikat sebagaimana Yang Berhormat Menteri maklum telah pun mengisytiharkan bahawa pada bulan April, Mei ini akan memindahkan kedutaan mereka daripada Tel Aviv kepada Jerusalem atau Baitulmaqqdis ini.
Jadi, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri pertamanya sikap Yang Berhormat Menteri dalam negara dan kerajaan kita sendiri? Keduanya, adakah ini yang menandakan bahawa kita sudah mula secara senyap melalui sukan, mempolitikkannya untuk mengiktiraf Baitulmaqqdis sebagai ibu negara Israel yang negara itu sendiri pun kita belum isytihar dan iktiraf sebagai negara yang sah.
Ketiganya, oleh sebab itu adakah Yang Berhormat Menteri berhajat untuk melonggarkan syarat yang hanya membolehkan mana-mana anggota sesuatu badan sukan atau badan sukan itu sendiri boleh merujuk pertikaian kepada mana-mana pihak yang ada locus standi atau pun minat yang sahih untuk juga membuat rujukan sebarang pertikaian atau kekhilafan kepada Jawatankuasa Pertikaian Sukan ini.
Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Jadi, saya dalam semangat menyokong cadangan pindaan ini, dan ingin supaya Yang Berhormat Menteri mengambil kira perkara-perkara yang saya bangkitkan itu tadi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
*Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, sambung petang Yang Berhormat.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Bagan Serai. Sambung perbahasan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya bersyukur kepada Allah SWT, dapat peluang sekali lagi untuk berbahas dengan Rang Undang-undang Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018 ini.
Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memilih saya pada saat-saat hujung Parlimen Ketiga Belas ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Kita dah makan nasi ambeng, Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Ya. nasi ambeng memang sedap, Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Menteri dan juga Kementerian KBS kerana telah berjaya menganjurkan Sukan SEA tahun lepas. Sukan besar, sukan yang mengharumkan nama negara dengan pencapaian yang sangat baik, mengagumkan. Membuat semua orang excited. Apa yang saya jelas lihat ialah pada sukan itu, orang dah terlupa dah perbalahan. Orang dah terlupa dah ideologi berbeza, orang dah terlupa dah perbezaan.
Semua rasa kita 1Malaysia dan ini berkat komitmen dan sacrifice, dengan izin, urus setia, atlet dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Saya juga nak ucapkan tahniahlah kepada tadi pembahas, Yang Berhormat Serdang. Seorang Yang Berhormat yang ahli sukan yang menganjurkan sukan dan perbahasannya hari ini cukup cantiklah. Bersetuju. Jadi, bermakna memanglah sukan atau sport uniting us, dengan izin.
Sukan untuk semua dan juga Menteri kita pun seorang ahli sukan. Sesuai dengan jawatan yang dipegangnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya melihat rang undang-undang (pindaan) ini sudah tentu penting untuk menggalakkan pembangunan sukan dan juga penyelesaian kepada urus setia, kepada urusan pentadbiran. Sudah pastilah rang undang-undang yang dibuat pada tahun 1998, berusia 20 tahun, dah lama dah.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Jadi, kalau kita lihat dulu, suasana dulu dengan orang yang sikit, dengan pencapaian tak begitu hebat, dengan kewangannya sikit dan juga denda-denda yang dikenakan dulu sebab kesilapan, sudah tentu tak sesuai zaman sekarang. Sejak 20 tahun dahulu, saya ingat Menteri pun masa itu remaja lagi, 20 years ago. So, memanglah bersesuaian pada masanya untuk dibuat pindaan. Rasionalnya, hari ini kita lihat beberapa seksyen yang mengiktiraf sukan orang kurang upaya selaras dengan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP) pada 1 Mac lalu dan juga untuk mengemaskinikan akta ini mengikut sukan terkini dan menambah baik sokongan perundangan dan pembangunan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjurus kepada pengiktirafan kepada Majlis Paralimpik Malaysia dan Persatuan Sukan Orang Pekak. Ini satu perkara yang sangat-sangat baik. Sebab apa? Oleh sebab kita memberi peluang kepada mereka yang orang kurang upaya dapat menyerlahkan kehebatan mereka. Kalau kita lihat dalam sukan-sukan pun, boleh tahan. Paralimpik kita boleh tahan, kita dah dapat kemenangan yang banyak.
Dengan usaha yang dilakukan ini, dengan penambahbaikan ini, pengiktirafan ini, saya percaya peruntukannya lebih. Dapat memberikan insentif yang lebih, dapat memberikan hadiah yang lebih, menyuntik semangat paralympics. Menambah lagi orang-orang yang tak dapat pilih ini, orang kurang upaya ini. Kalau kita lihat sukan, sukan Olimpik ramai orang.
Sukan Paralimpik ramai orang tak? Kita lihat sukan Olimpik promosi begitu hebat, sukan Paralimpik promosi hebat tak?
Begitu jugalah kemenangan-kemenangan. Kalau kita lihat jaguh-jaguh kita, contohnya sukan Paralimpik di Rio pada tahun 2016, tiga atlet paralimpik iaitu Mohamad Rizuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly. Masing-masing mencipta rekod dunia, World records, World Records Paralympic. That means Malaysia ini hebat, hebat di dunia ini patutnya kita lihat. Dengan memenangi emas bagi acara 100 meter, lontar peluru dan lompat jauh.
Jadi, ini yang saya lihat. Kita sepatutnya lebih excited dan lebih memberikan penekanan kepada ini. Jadi, kita haraplah dengan pengiktirafan ini, terutamanya satu lagi yang saya nak nyatakan ialah tentang Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia, Deaflympic. Ada orang pernah sebut ke Deaflympic ini? Kan? Jadi, Deaflympic ini kalau kita lihat, deaf sahaja. Maknanya, dia pekak sahaja, yang lain itu semua bagus. Maknanya, kalau dilatih, dibimbing cara orang pekaklah, dia boleh jadi juara dunia. Sekali lagi paralimpik kita hebat, sekali lagi orang-orang kita yang the so-called OKU, orang kurang upaya lebih hebat pencapaiannya.
Oh! Ini kita sepatut menjadi jaguh dunia. Maybe bukan sukan-sukan yang hebat, banyakkan kali sukan-sukan yang terlibat dengan paralimpik. Kenaikan penalti ke atas pelanggaran peruntukan di bawah Akta 576 ini. Ha, ini saya lihat dalam banyak seksyen.
Fasal 5, fasal 10, ia sebut, fasal 14 sebut pasal penalti. Baguslah. Sejak 20 tahun dahulu, RM500 sikit- 20 tahun dahulu, RM500 banyak.
Sekarang ini RM500 kalau denda, orang buat salah. Ha, itu penting itu.
Kebanyakannya rang undang-undang, undang-undang kita yang dah lama, yang dah lapuk dah, patut dibuat pindaan. Ha, yang ini bagus ini. Supaya orang lebih berhati-hati, lebih berhati-hati dalam apa-apa pun tindakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya suka juga menyambut baik cadangan kementerian dalam menubuhkan Jawatankuasa Pertikaian Sukan. Isu pertikaian serta masalah dalaman.
Sukan pun ada masalah dalaman, saya ingat politik sahaja masalah dalaman. Jadi baguslah, saya amat setuju Tuan Yang di-Pertua. Berdamailah, berbaik-baiklah. Kita kena berjiwa besar. Saya nak katakan, buang yang keruh ambil yang jernih.
Sebab kalau bersatu, kita teguh. Kalau bercerai, kita roboh. Kita juga yang rugi dan sejurusnya kita ini orang Malaysia ini kata orang, air di cincang tidak akan putus. Kita duduk di Malaysia, kita duduk di negara ini, kita duduk di negeri ini. Jadi, baguslah. Pindaan ini akan memberikan kebaikan dan penyelesaian kepada proses, mempercepatkan proses pertelingkahan, perselisihan dalam masalah dalaman tadi, internal affairs. Penyelesaian.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Kita haraplah dalam perdamaian ini, persengketaan ini yang telah dibesar-besarkan, jangan ada pula tukang kipas, tukang cocok, tukang bakar. Nanti takut hangus. Kita kena berjiwa besar untuk menang, untuk berjaya dalam sukan. Ini kita kena bawa dalam kehidupan kita. Perkara ini jadi contoh. Bawa dalam kehidupan kita, dalam keluarga kita, dalam daerah kita, dalam negeri kita, dalam parti kita...
[Disampuk] Hoi! Tak faham kah?
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak nyatakan ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Dia badan kecil, suara besar, Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua, bumi mana yang tidak ditimpa hujan, Tuan Yang di-Pertua. Kita insan biasa, banyak kelemahan, buat kesalahan, banyak kesalahan. Bermaafanlah antara kita. Di tempat saya ini banyak orang Banjar. Lebih kurang 18 percent di Bagan Serai ini, populationnya etnik Banjar. Dia kata, “Berelaanlah kita”. Bermakna, bermaaf-maafanlah antara kita.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya Bagan Serai amat teruja dengan pindaan yang akan dibuat ini yang meliputi perkara-perkara penting yang akan meningkatkan pembangunan sukan, memberikan penumpuan kepada orang kurang upaya yang sudah memang cemerlang, sudah memang terbukti. Malah saya katakan banyak pingat yang telah dimenangi di peringkat dunia Paralimpik. Kita kena buka mata, get excited everybody. Stand up and give your excitement. Mahu Sukan Paralimpik kita pergi ramai-ramai kali ini. Ini saya rasa- saya nampak dalam TV kurang excitement itu kurang.
Juga yang saya tekankan tadi tentang penalti, memang tepat pada masanya.
Seterusnya tentang Jawatankuasa Pertikaian tadi.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sekali lagi bagi peluang kepada Bagan Serai untuk memberikan pendapat dalam perbahasan ini dan Bagan Serai bersetuju dan menyokong pindaan ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, saya melihat Yang Berhormat Kuala Langat tidak ada dalam Dewan sebab dia selepas Yang Berhormat Bagan Serai. Yang Berhormat Kuala Langat sama-sama besar suara.
Yang Berhormat Kelana Jaya. Oh, tidak ada yang bangun lagi? Selepas ini Yang Berhormat Menteri boleh jawab.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Okey. Sebenarnya kawan baik saya Yang Berhormat Kapar dia hendak berucap tetapi tidak sampai lagi. Maybe lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak payah tunggu Yang Berhormat Kapar.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Tidak payah tunggu dia ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri sudah tunggu lama, Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Biarkan dia.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baik, saya hendak bermula dengan mengatakan bahawa reputasi Malaysia ini di persada antarabangsa sudah tercemar dengan kes 1MDB...
[Dewan riuh]
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Walaupun kita terdapat global sympathy daripada kes MH370, kita boleh menggunakan sukan sebagai satu soft power. Kalau kita maju daripada segi sukan, kita boleh dapat satu soft power untuk memperbaiki keadaan negara kita.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Jadi, bagi saya, sukan sepatutnya tidak dipolitikkan dan saya rasa pindaan pada amnya dalam rang undang-undang ini nampaknya cantik, is good. Saya bermula dengan mengatakan bahawa pengiktirafan kepada Paralimpik kita itu memang satu konsep yang positif. Kita, saya rasa, di sebelah sini memang boleh terima dan mengalu-alukan dan congratulations to the Minister for a good job. Baik, saya ingin menyentuh tentang Sports Dispute Committee yang pada amnya nampak baik juga sebab kita tidak sukalah apabila kita baca dalam surat khabar, Yang Berhormat Menteri kita yang baik ini kena attack daripada VVIP. Itu tidak betullah. Kalau boleh itu, let’s have a dispute settlement melalui Sports Dispute Committee ini.
Akan tetapi on the closer look, dengan izin, saya rasa ada masalahnya daripada segi basic concept. Basic concept itu ialah di dalam Jawatankuasa ini terdapat lima orang ahli tetapi kesemuanya dilantik oleh Yang Berhormat Menteri. Ini adalah amalan yang tidak baik kerana apabila kita beri kuasa berlebihan kepada Yang Berhormat Menteri, there is no check and balance. Jadi prinsipnya ialah sekurang-kurangnya kita mesti ada satu kriteria untuk memilih siapa boleh jadi chairman. Saya lihat di dalam rang undang-undang ini terdapat kriteria iaitu untuk dua ahli sahaja iaitu qualification atau experience dalam sports atau sporting events.
Itu penting.
Saya hendak buat satu suggestion to the Minister kalau bolehlah. Kalau boleh pinda last minute ataupun untuk pindaan masa depan. Isu ini ialah committee untuk dispute settlement. Lebih baik kita katakan sekurang-kurangnya satu atau dua ahli daripada lima ahli Jawatankuasa ini terpilih daripada background undang-undang ataupun timbang tara ataupun hakim. So that at least we know the process ada terdapat satu dua expert dalam committee ini.
Bagi saya, kalau kita betul-betul nak advance policy making ataupun rang undang- undang di Malaysia ini, kita perlukan adakan satu jawatankuasa untuk specific ministry.
Dalam kes ini, kalau kita ada jawatankuasa untuk belia dan sukan- dan saya rasa isunya tidak politik sangat sebab kita semua sokong kebaikan sukan di negara kita. We can have Select Committee on this, bolehlah nanti dua ahli lembaga ini dipilih oleh Select Committee daripada Parlimen. Ini memberikan kuasa tiga ahli lembaga daripada Yang Berhormat Menteri sendiri.
Jadi kriteria dan juga selection process perlu diperbaiki. Oleh itu, saya tidak akan menyokong pindaan ini sekiranya- saya akan sokonglah dengan proviso ada pindaan sedikit tentang isu Lembaga ini.
Baik, saya hendak turn to the issue tentang sukan. Saya juga peminat bola sepak, peminat badminton. Jadi saya rasa kawan baik saya Yang Berhormat Kapar oleh kerana dia tidak ada opportunity untuk membuat ucapan dia- dia boleh interject nanti. Dia baru masuk.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Tadi sudah janji.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Tak apa, tak apa. You can interject. Saya bermula dengan isu bola sepak ini. Ranking terbaru Malaysia 178 daripada 208 negara. Yang Berhormat Kapar kalau hendak interject, sekarang masanya. Ini adalah ranking yang paling rendah dalam sejarah Malaysia. Ini mengikut ranking sistem FIFA yang diamalkan sejak tahun 1993 di mana kita bermula dalam ranking 75.
Sejak Yang Berhormat Rembau jadi Menteri Belia dan Sukan pada tahun 2013, ranking Malaysia kita 154. Dalam lima tahun ini jatuh kepada 178. Jadi Yang Berhormat Kapar hendak komen apa tak?
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Tidak apa. Saya hendak bahas.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
You hendak bahas? Okey. Jadi dalam perkara ini, saya hendak minta daripada Yang Berhormat Menteri- sebab bola sepak ini semua suka bola sepak, kebanyakan rakyat kita- can you please give a bit more focus, cuba naikkan ranking kita.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Badminton adalah sport yang juga membawa nama baik negara kita. Saya lihat sekarang Lee Chong Wei ranking dia nombor enam. Akan tetapi masalah besarnya ialah tidak ada pemain men’s singles selain daripada Lee Chong Wei dalam ranking top 20. Dalam top 50 ada tiga pemain lain iaitu Daren Liew pada rangking 44, Lee Zii Jia pada rangking 46 dan Iskandar Zulkarnain tepat-tepat ranking 50.
Kita semua tahu apabila Datuk Lee Chong Wei bersara, Malaysia akan terus hilang daripada dunia badminton kalau kita tidak ada men’s singles yang terkenal. Ini menjadi problem- saya rasa it is a soft power issue dan menjadi problem untuk kita sekiranya badminton kita tidak maju jaya.
Daripada segi men’s doubles juga, kita tidak ada team dalam top 10 pun. Paling tinggi ialah Goh dan Tan dalam ranking 13. Selepas itu nombor 18, 37 dan 51. We have a serious problem. We have international class player, famous players, kita ada history badminton 40 tahun, 50 tahun. Kita tidak boleh membenarkan badminton kita menjadi a forgotten sport di dalam Malaysia daripada segi persada antarabangsa ini.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Yang Berhormat Kelana Jaya, boleh saya interject?
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Boleh. Silakan.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Mengenai badminton ini, kalau dahulu kita ada beberapa kejohanan dunia seperti All England, kemudian Thomas Cup dan tidak banyak juga negara yang mengemukakan tournament tetapi kali ini sudah ada satu macam sirkit yang di dalam televisyen kita boleh tengok hampir setiap minggu ada kejohanan di seluruh dunia.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Jadi, boleh tidak saya cadangkan the thinking, pemikiran tentang membentuk pemain-pemain negara ini tidak boleh macam dahulu tetapi diberi nafas baru supaya satu kelompok yang besar menumpukan kepada sukan ini dan dibela dari segi kebajikannya supaya kalau mereka tertinggal dari segi pendidikan atau pekerjaan tetapi dibela oleh network, satu social network yang boleh membantu mereka supaya mereka menumpukan kepada kejohanan-kejohanan ini dan membina nama bagi negara kita. Terima kasih.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Kuala Krai dan minta dimasukkan dalam ucapan saya.
Point terakhir saya ialah saya ingin memberi niat dengan niat baik satu nasihat kepada Yang Berhormat Rembau. Yang Berhormat Rembau dan saya ini sebenarnya ada banyak commonality. Yang Berhormat Rembau dan saya pergi ke sekolah yang sama iaitu United World College of South East Asia di Singapura. Guru yang mengajar saya dahulu mengajar dia juga. Commonality nombor dua ini ialah kita dua-dua ini, saya rasa dalam Dewan ini tidak banyak main polo, saya pun main polo.
Saya bermain polo dua tahun lalu semasa saya peguam di Kota Bharu tetapi cara kita bermain polo di Kota Bharu ini memang berlainan dan polo ini adalah satu sport, kita panggil sport of kings and the closest thing to the experience of war on horseback memang- kalau you main polo memang sedap. Saya main untuk tiga, empat tahun di Kota Bharu pada masa itu tetapi yang kita main itu ialah rural polo, maknanya all cheaper lah. Rakan saya yang bermain polo itu bukan orang kaya, ada yang menjual Ramly Burger pun. Distributor bukan dia jual burger itu, distributor Ramly Burger, mekanik. Akan tetapi di Kuala Lumpur ini, ini adalah untuk upper class, super upper class, elite, Raja-Raja kita.
Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri kita please, dalam isu bola sepak dan badminton, please do not focus on your polo anymore. Look at the sport of the people. Try to do something daripada segi bola sepak, ranking kita sudah turun dan juga badminton. Kawan baik saya Yang Berhormat Ketereh, he was the champion of badminton. Masa Thomas Cup, I remember. Walaupun kita berlainan, I really respect what he’s done. So, Minister please take my personal advice, nasihat sayalah dengan sangkaan baik. Itu sahaja ucapan saya.
Terima kasih.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat, saya minta budi bicara.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya Yang Berhormat Kapar, selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
saya minta maaf terpaksa menghadiri mesyuarat dengan Yang Berhormat Senator Tuan Mohan berbincang tentang bola sepak juga, MIFA.
Saya teruskan dengan point saya mengenai Akta Pembangunan Sukan 1997, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Rembau, Menteri KBS kerana membawa satu peruntukan undang-undang yang perlu dipinda pada hari ini. Ada lima isu yang saya akan sentuh. Isu yang pertama adalah mengenai kedudukan kita dalam ranking FIFA khususnya untuk Harimau Malaya iaitu pasukan bola sepak kita.
Kita dapati pada bulan Januari, kita di tangga 175, Februari 175 dan Mac kita jatuh ke tangga 178. Ini agak mengecewakan apabila kita bandingkan dengan pencapaian kita pada tahun- kalau kita ambil contoh salah satu ranking yang terbaik adalah tahun 1993, ranking ke-79, 1994 di rangking 89. Saya rasa sudah agak lama kita tidak nampak apa-apa ranking sebegitu.
Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, kita sekarang di tangga 178 mendahului sebuah negara yang dipanggil sebagai São Tomé and Príncipe.
Sebuah negara di Benua Afrika di tangga 179. Populasi negara ini pula adalah 71,868 penduduk sahaja. Parlimen Kapar lebih besar daripada negara di Benua Afrika ini. Di Asia pula, kita di belakang Nepal, Maldives dan juga Afghanistan, kita di tangga ke-35. Ini menunjukkan kita agak tercorot dan ini juga telah memberi satu berita yang mengecewakan saya. Saya tidak tahu tentang Yang Berhormat Rembau with due respect yang menyebabkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Yang Mulia TMJ atau yang dikenali sebagai Tunku Ismail Sultan Ibrahim. TMJ kita meletakkan jawatan. Beliau menjadi presiden pada 25 Mac 2017, setahun selepas itu 15 Mac 2018, beliau meletakkan jawatan kerana kita jatuh tiga tangga.
Saya betul-betul kena mengambil ruang ini untuk salute TMJ kita kerana jatuh tiga tangga, beliau meletakkan jawatan daripada menjadi Presiden FAM. Dalam satu teks yang dikeluarkan, beliau mengatakan bahawa itu adalah satu kegagalan yang amat besar. Akan tetapi kita nampak beberapa input-input yang telah dibawa oleh Yang Mulia dalam mengembangkan FAM khususnya saya hendak sentuh tentang penaja untuk sumbangan dana. Saya minta jasa baik Yang Berhormat Rembau teruskan agenda yang telah dimantapkan oleh Yang Mulia TMJ seperti yang khususnya saya kata tadi tentang penajaan untuk sumbangan dana.
Saya rasa salah satu masalah ketara yang dihadapi oleh pasukan bola sepak kita adalah mengenai penaja-penaja. Kita tidak ada sokongan daripada syarikat-syarikat, institusi- institusi untuk menaja pasukan bola sepak kita, saya minta Yang Berhormat Menteri mengulas sedikit sebanyak tentang isu.
Kedua Yang Berhormat Menteri adalah mengenai sukan tradisional seperti sukan pertandingan Wau...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sepatutnya tumpu kepada perkara-perkara yang dipinda Yang Berhormat.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Ini dasar jadi saya minat jasa baik Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak, pada peringkat dasar perkara yang dipinda sahaja Yang Berhormat.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Ya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya cuba sedaya upaya saya. Saya juga minta komitmen Yang Berhormat Menteri mengenai sukan yang ada kaitan dengan tradisional dan sebagainya.
Ketiga Tuan Yang di-Pertua, saya ambil ruang ini juga untuk menunjukkan kemerosotan penglibatan pelajar dalam sukan sekarang, masa kini di mana kita dapati di peringkat sekolah ada wujud keadaan pilih kasih, campur tangan, tangan-tangan ajaib dalam pemilihan pelajar-pelajar mewakili sekolah ataupun negeri dan sebagainya. Ini juga saya minta Yang Berhormat Menteri beri perhatian supaya tidak membantutkan perkembangan sukan di negara kita.
Pada waktu yang sama, pelajar-pelajar juga sekarang masih lagi bermain bola, bermain hoki, basketball dan sebagainya tetapi dia main di komputer. Dia tidak turun padang dan bermain di padang. So, ini pun perlu diberikan perhatian walaupun saya menggalakkan permainan-permainan ini dimainkan di komputer dan sebagainya tetapi pada waktu yang sama, kita kena memastikan generasi akan datang meneruskan kemajuan kita dalam bidang sukan khususnya dalam bola sepak, badminton, hoki dan sebagainya.
Saya ingin menyambut juga apa yang diluahkan oleh Yang Berhormat Kelana Jaya selepas Dato’ Lee Chong Wei kita, barisan pelapis kita perlu diselaraskan supaya kita tidak terbantut dalam mana-mana sukan pada masa depan.
Keempat adalah berkenaan dengan kemalangan dan kematian yang berlaku kepada mendiang Evelyn Ang Loo semasa mengambil bahagian dalam Klang City International Marathon 2017. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, mendiang sebenarnya dilanggar di kawasan Parlimen Kapar sebab maraton di antara Klang ke Kapar lebih kurang di kawasan saya beliau meninggal dunia, jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk turut bersimpati di atas pemergian mendiang Evelyn.
Saya meminta Yang Berhormat Rembau dan juga agensi-agensi yang menganjurkan pertandingan sebegini untuk menetapkan garis panduan yang lebih ketat dan memastikan peserta-peserta yang mengambil bahagian tidak mengalami apa-apa kesulitan seperti yang telah dialami oleh mendiang Evelyn dan keluarga beliau.
Masuk kepada akta ini, saya juga ingin menyahut luahan yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Parlimen berkaitan dengan Jawatankuasa Pertikaian Sukan. Saya mendapati dua isu yang amat ketara adalah satu lantikan dan satu lagi ini kuasa undang-undang dibantutkan. Saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan kedua-dua bahagian ini sebab hari ini Yang Berhormat Menteri duduk di sebelah sana sebagai seorang Menteri Belia dan Sukan mengawasi dan memantau Jawatankuasa Pertikaian Sukan ini sebab lantikan adalah daripada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Akan tetapi ada satu masa nanti mungkin kementerian ini, Menteri ini akan diubah dengan Menteri yang lain, itu boleh membuka ruang kepada salah guna kuasa, membuka ruang kepada nepotisme dan kronisme menular dalam bidang sukan ini. Saya meminta ada atau tidak kerajaan atau Kementerian Belia dan Sukan menyediakan garis panduan ataupun checklist sebelum atau semasa kita menamakan lantikan-lantikan yang diselaraskan dalam Jawatankuasa Pertikaian Sukan.
Selepas itu pada waktu yang sama, apabila lantikan dilakukan oleh Menteri secara peribadi, saya mendapati ada juga fasal yang membantutkan atau menghalang mana-mana pihak membawa segala keputusan, membawa segala ketetapan yang dilakukan oleh jawatankuasa ini tidak boleh dibuat ke undang-undang ataupun tidak boleh diambil tindakan undang-undang, tidak boleh ada prosiding undang-undang. Itu sedikit sebanyak saya rasa membantutkan sikap demokrasi dalam bidang sukan. Kalau kita rasa kita buat satu keputusan yang tepat, mesti ada kebenaran untuk salah satu pasukan atau institusi atau organisasi yang boleh menyaman kita dan sebagainya, itu sikap keterbukaan yang perlu dilancarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Akhir sekali saya mengucapkan syabas dan tahniah walaupun ada beberapa bahagian yang perlu dibaiki, saya rasa seorang diri Menteri tidak boleh memerlukan rangkaian network daripada semua pihak untuk menjayakan sukan untuk negara.
Walau bagaimanapun, tahniah dalam keadaan yang amat ketat, gawat dan sebagainya, ada beberapa pencapaian yang perlu dibanggakan oleh negara kita. Saya pun sahut apa yang diluahkan oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, ‘Majulah Sukan untuk Negara’. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri Belia dan Sukan - Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan peringkat Majlis berkenaan dengan Rang Undang-undang Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018. Ada banyak juga pandangan dan soalan yang perlu dijawab, hampir kesemuanya ada di dalam Dewan. Jadi saya mohon izin untuk menjawab semua pertanyaan dan juga isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat.
Pertamanya, perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kota Tinggi. Ahli Yang Berhormat Kota Tinggi telah membangkitkan satu isu yang sangat penting dan pertinent, dengan izin, iaitu berkenaan dengan isu takrifan sukan. The very definition of sports as it were, dengan izin, sebab sekarang ini kita berdepan dengan takrifan sukan yang lebih luas daripada dahulu.
Dalam hal ini, saya merujuk kepada pembangunan dan kemunculan sukan elektronik sebagai satu aktiviti yang telah pun diterima sebagai sukan dan akan dipertandingkan di Sukan Asia dan juga mungkin di temasya-temasya yang lebih besar dalam masa yang akan datang. Untuk itu, Ahli Yang Berhormat telah bangkitkan pertamanya berkenaan dengan bagaimana kita dapat kawal selia sukan elektronik ini.
Ahli Yang Berhormat, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di dalam Jadual Akta Pembangunan Sukan ini, disenaraikan beberapa sukan supaya dapat kita kawal selia sukan- sukan yang telah disenaraikan. Ini berdasarkan kepada Jadual yang sedia ada dan dibaca bersama dengan pindaan tahun 2000 dan tahun 2004.
Sebagai contoh, pada tahun 2004, kita telah memasukkan pindaan kepada Jadual Akta 576 ini untuk memperkenalkan sukan-sukan yang dimasukkan ke dalam kategori kecergasan, seni mempertahankan diri, paralimpik, rekreasi dan sukan tradisional. Ini kerana kita dapati bahawa senarai sebelum ini tidak meliputi semua sukan yang saya sebutkan tadi.
Maka, sekarang ini sudah tiba masanya untuk kita buat pindaan kemudian pada Jadual yang tidak perlu dibawa masuk ke dalam Dewan untuk kita masukkan sukan elektronik ini, jadi sukan elektronik dapat dikawal selia oleh Akta 576.
Untuk memberi makluman kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah cadangkan sebab pembangunan sukan ini pantas dan mungkin akan ada sukan-sukan baru yang diperkenalkan dan saya hendak elakkan supaya terpaksa kita pinda Jadual setiap kali ada sukan baru muncul.
Oleh yang demikian, saya cadangkan kepada pegawai-pegawai dan akan kita muktamadkan selepas pindaan akta ini dan dibuat pindaan kepada Jadual bahawa selepas ini kita senaraikan berdasarkan kepada 13 kluster. So, sebagai contoh, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, athletics sports, disabled sports, equestrian sports, fitness sports, martial sports, mind sports, precision sports, racket sports, recreational teams, traditional water wheel based sports. Jadi soal sukan elektronik ini ia akan masuk ke dalam mind sports, dengan izin, mind sports any mind skill based games or thought skills with minimal physical movement which is played electronically, card or the use of a board.
Menteri Belia dan Sukan - Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Jadi kita dapat merangkumi semua permainan dan juga aktiviti yang menggunakan pemikiran yang kurang bergerak secara fizikal. Ini adalah 13 kluster yang saya anggap sebagai inklusif dan kompetitif.
Saya juga tertarik dengan perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat disebabkan kalau kita lihat daripada segi atlet sukan elektronik yang telah mencipta nama untuk Malaysia, antaranya saudara Chai Yee Fung dikenali sebagai Mushi yang mana games ataupun permainan beliau adalah Dota 2. Beliau adalah pemain Dota yang terbaik di Asian pendapatan beliau sejak berkecimpung dalam bidang sukan elektronik ini adalah RM3.3 juta.
Jadi ini potensi yang ada pada e-sports. Kita telah muncul sebagai nombor tiga di dunia pada tahun 2013 untuk Dota 2, nombor satu di Asia untuk FIFA dan nombor dua dalam counter strike pada tahun 2016. Jadi, ini semua telah mendorong dan menuntut untuk Kementerian Belia dan Sukan dan saya telah meminta Majlis Sukan Negara- this is a new announcement yang telah pun kita buat baru-baru ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, for the first time, Majlis Sukan Negara akan menubuhkan Unit Sukan Elektronik dan bekerjasama dengan Persatuan Sukan Elektronik Malaysia dan juga penggiat yang lain dalam merangka pelan jangka masa pendek dan jangka masa panjang bagi melatih lebih ramai lagi atlet bagi sukan ini. Kerjasama ini juga turut membincangkan penyelarasan semula aktiviti-aktiviti e-sports dalam negara termasuklah penganjuran kejohanan di peringkat kebangsaan dan dijangka menyertai mungkin Sukan Malaysia (SUKMA) pada masa yang akan datang. KBS juga akan duduk semeja bersama dengan persatuan dan agensi-agensi lain dalam pembangunan kerangka yang komprehensif berkenaan pembangunan sukan ini. Jadi Ahli Yang Berhormat, itulah perancangan kita dan ucapkan terima kasih atas usaha Yang Berhormat yang sentiasa mempromosikan sukan elektronik.
Saya menjawab dulu Yang Berhormat Tumpat mengenai isu yang melibatkan pendirian negara kita terhadap negara rejim Israel khususnya melibatkan penyertaan atlet- atlet Israel masuk ke negara kita. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, kemasukan atlet negara Israel pernah terjadi pada tahun 1997 ketika pasukan kriket Israel menyertai Kejohanan Kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) di Kuala Lumpur dan isu ini pernah berulang kali dibangkitkan di Dewan yang mulia ini.
Menteri Belia dan Sukan - Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Seboleh-bolehnya sukan ini kita tidak campur dengan politik ataupun dengan pendirian politik antarabangsa. Akan tetapi Malaysia adalah sebuah negara yang mana pernah kita buat pendirian berdasarkan kepada pendirian diplomatik kita. Antara contoh dalam lipatan sejarah negara kita adalah keputusan kita untuk tidak memainkan ataupun tidak menyertai mana-mana kejohanan. Ataupun tidak berhadapan dengan pasukan daripada Afrika Selatan sewaktu berlakunya rejim Apartheid. Keduanya, adalah pendirian Malaysia yang telah dipopularkan dalam filem Ola Bola di mana kita telah memilih untuk tidak menghantar kontinjen kita ke temasya Olimpik di Moscow pada tahun 1980.
Oleh yang demikian, berkenaan dengan kedudukan dan pendirian kita dengan atlet- atlet Israel buat masa ini terutamanya waktu- saya boleh jawab waktu saya jadi Yang Berhormat Menteri.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian saya tidak menyokong permohonan visa atlet negara Israel yang dua kali dipohon. Dua kali dipohon kerana dua kali semenjak saya menjadi Menteri ada kejohanan antarabangsa yang besar. Pertamanya, pada Kejohanan Pelayaran Remaja Dunia di Langkawi tahun lepas. Dua atlet Israel ada permohonan untuk menyertainya, tidak disokong. Malah mereka terpaksa menarik diri. Pada tahun 2016, yang melibatkan Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia di Stadium Malawati pun sama juga dan pasukan negara ataupun pasukan rejim Israel akhirnya menarik diri dari menyertai kejohanan tersebut.
Saya juga hendak beritahu kepada Yang Berhormat ya, ini membawa implikasi.
Akan tetapi implikasinya adalah sesuatu yang kerajaan pada hari ini sanggup untuk tanggung implikasi tersebut. Saya sebut perkara ini dalam kes Kongres FIFA, Kongres Persatuan Bola Sepak Antarabangsa yang sepatutnya diadakan di Malaysia pada tahun 2017.
Menteri Belia dan Sukan - Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Saya terlibat dalam keputusan ini di mana kita telah menyerah hak untuk penganjuran kerana tuntutan daripada pihak FIFA bahawa kita perlu menerima delegasi daripada Israel dan delegasi tersebut boleh mengibarkan bendera mereka di luar dan juga di dalam dewan persidangan antarabangsa KLCC. Saya bentangkan kepada Jemaah Menteri dan Jemaah Menteri setuju bahawa pendirian kita menentang rejim Israel lebih penting daripada penganjuran Kongres FIFA.
Untuk makluman Yang Berhormat Tumpat berkenaan dengan...
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Kota Tinggi.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya tertarik sikit dengan memberi- hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ingat dahulu tahun 1980 apabila team bola kita Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun. Sepatutnya kita qualified pergi World Cup 1980- saya tidak ingat di Rusia, kalau tidak silap masa itu. Kita tidak pergi sebab masa itu negara Rusia invite...
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Yang Berhormat, Olimpik. Saya rasa Olimpik bukan World Cup.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Minta maaf, saya tidak ingat. Terima kasih, saya ingat. Kita tidak pergi sebab kita- Russia invade- betulkan Yang Berhormat Serdang kalau tidak betul, Afghanistan. Atas sebab itu kita tidak pergi. Akan tetapi saya hendak ajak Yang Berhormat Menteri dan juga- memang betul kita hormati pendirian negara kita, kita tidak setuju tentang pencerobohan. Akan tetapi kesan emosional kepada kita punya pemain-pemain bola, sepatut what they could have done, achieved in 1980 and dia tidak boleh dapat achieve because of itu. Ini satu lagi bukti bahawa memang berat hati kita tetapi kadang-kadang kita terpaksa ikut kerangka-kerangka yang ada di peringkat dunia. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Sudah pasti kita terpaksa mengimbangi antara pengalaman dan pendedahan kepada atlet kita dan juga pendirian yang kita buat sebagai sebuah sovereign nation, negara berdaulat berkenaan dengan hubungan diplomasi.
Jadi dalam hal ini, merujuk kepada apa yang berlaku pada tahun 1980, itu sejarah.
Apa yang kita buat hari ini adalah pendirian kita sekarang di mana langsung kita tidak boleh terima penglibatan daripada rejim Israel walaupun dalam acara sukan. Ini kerana pendirian tegas kita yang tidak mengiktiraf rejim Israel sebagai sebuah negara. Ya, Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi jawapan yang saya fikir baik dan boleh kita terima. Tinggal lagi mungkin dalam prinsip kita untuk tidak mencampuradukkan politik dengan sukan, Yang Berhormat Menteri ingin juga diperingatkan bahawa sekarang ini pun United Kingdom telah membuat keputusan untuk melibat diri secara amat terhad dalam acara World Cup di Rusia di pertengahan tahun ini atau this summer. Ini kerana Rusia telah cuba membunuh warga Rusia di United Kingdom. Maknanya politik dengan sukan walaupun kita hendak pisahkan tetapi ada prinsip-prinsip tertentu yang memaksa diri kita untuk mengambil tindakan seperti Yang Berhormat sebutkan tadi. Jadi ini saya fikir amalan yang bukan Malaysia dan Israel sahaja terlibat, dunia barat dengan Rusia dan lain-lain negara pun terlibat. Terima kasih.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Setiap negara mestilah cari garisan merah ataupun redline mereka dalam kes sukan dan politik ini. Nasib baik kita tidak perlu buat keputusan berkenaan dengan Piala Dunia Bola Sepak kerana kita tidak layak, masih lagi tidak layak menyertainya.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Untuk makluman Yang Berhormat, ini berkaitan dengan soalan spesifik berkenaan dengan penglibatan Datuk Amarjit Singh daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia di Giro d'Italia yang tahun ini akan dikhabarkan bermula di Jerusalem ataupun Baitulmaqqdis. Saya telah menerima berita daripada Datuk Amarjit, dia tidak akan pergi, utama.
Kedua, penjelasan yang perlu saya sampaikan kepada Dewan ini daripada David Lappartient iaitu Presiden kepada Union Cycliste Internationale, badan antarabangsa yang mengawal selia sukan berbasikal bahawa- dan saya baca, dengan izin, “The Giro d’italia is a cycling event organized by RCS, a privately owned company and while the UCI regulates the race from a sporting point of view, it has no authority over the cities chosen for the departure of the race. Consequently, we had no involvement in the decision to start the race in Jerusalem and leave the judgement on whether this is inappropriate decision or not with the organizers of the event”. Jaminan bahawa Datuk Amarjit tidak akan hadir pada acara tersebut.
Saya pergi kepada ucapan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Serdang.
Pertamanya, saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Serdang. Ahli Yang Berhormat Serdang untuk makluman Dewan yang mulia ini, adalah seorang- walaupun seteru politik, tetapi seorang yang sangat menyokong dan membantu pembangunan sukan negara kita...
[Tepuk] Dalam penglibatannya, dalam pandangannya, pandangannya kadang-kadang pedas dan, dengan izin, annoying tetapi saya terima sebab dia buat sebagai seorang pengamal sukan yang sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukan. Jadi saya hendak ambil masa sedikit untuk menjelaskan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serdang, yang juga telah dibangkitkan dalam Kamar Khas tadi.
Isu lacuna dalam pindaan seksyen 36 adalah dicadangkan untuk mengatasi masalah syarikat yang tidak memohon lesen. Walau bagaimanapun, kementerian sentiasa memandang serius dalam aspek keselamatan aktiviti sukan. Seterusnya badan pengawal sukan yang terlibat dalam aktiviti sukan ini hendaklah memastikan aspek-aspek keselamatan dipatuhi oleh syarikat yang menganjurkan aktiviti sukan tersebut. Jadi kelompangan dalam akta sedia ada dapat diminimumkan.
Jadi dengan pindaan ini, yang pertamanya we’ve made it a statutory offense, dengan izin, apabila tidak memohon lesen. Ini dapat mengatasi masalah yang berlaku kepada penganjur Klang marathon maraton baru-baru ini, yang tidak dapat diambil tindakan kerana kelompangan daripada akta yang lepas di mana itu tidak menjadi satu statutory offense.
Di bawah subseksyen (1), saya hendak juga sentuh tentang the more important issue, dengan izin, isu yang lebih penting yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serdang.
Which is actually a valid issue iaitu dalam kes seperti mana satu acara larian yang berlaku di Pahang di mana lesen telah pun diperoleh. Akan tetapi masih lagi berlaku kemalangan.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Yang Berhormat pun saya rasa tahu bahawa tidak ada mana-mana akta mahupun peraturan yang boleh menjamin 100 peratus keselamatan mereka yang terlibat dalam apa sahaja acara sukan. Apa yang boleh kita buat adalah untuk meletakkan syarat-syarat peraturan dan juga akta yang boleh meminimumkan apa sahaja kemalangan yang boleh melibatkan peserta acara tersebut.
Di bawah subseksyen 1, seksyen 36 membenarkan Menteri membuat peraturan mengenai pemberian lesen kepada syarikat yang ingin menganjurkan aktiviti sukan tersebut.
Peraturan yang akan diwartakan ini akan memasukkan aspek-aspek keselamatan untuk dijadikan syarat bagi pemberian lesen. Sekiranya syarat-syarat tidak dipatuhi, lesen tidak akan diberikan dan syarikat tersebut tidak boleh menjalan aktiviti sukan tersebut.
Dalam hal ini, sekiranya syarikat tersebut menjalankan aktiviti sukan tanpa lesen, maka syarikat tersebut boleh didakwa di bawah subseksyen 4 dan 5. Selain itu, apabila sebuah syarikat telah mendapat lesen aktiviti sukan dan didapati melanggar syarat-syarat lesen, maka lesen tersebut boleh dibatalkan di bawah subseksyen 3. Dalam hal penganjuran acara sukan, kementerian sentiasa mengutamakan aspek keselamatan peserta dan orang awam.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Namun begitu, dalam sesuatu kemalangan hendaklah diingatkan bahawa undang- undang lain yang sedia ada juga adalah terpakai, sebagai contoh Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan tindakan sivil juga boleh diambil oleh pihak yang terlibat.
Dalam hal ini Yang Berhormat, saya meminda akta ini untuk saya menghormati prinsip kita menubuhkan undang-undang, law should be simple and clear. The minutiae of implementation should be put in the regulations, dengan izin. Itu sebablah peraturan yang akan kita buat selepas ini berkaitan dengan pelesenan adalah sangat-sangat penting dan boleh menjawab kebimbangan Ahli Yang Berhormat.
Seperti mana Ahli Yang Berhormat tahu, peraturan penganjuran acara sukan dalam negara- pelesenan hari ini, kita minta macam-macam. Selain daripada Sijil Pendaftaran Syarikat, kita minta juga surat sanksi- sanction letter, perlindungan insurans, surat kebenaran pemilik venue, surat jaminan keselamatan venue, surat pengesahan penajaan dan macam- macam lagi.
Namun demikian, kita dalam proses untuk memperketat lagi peraturan tersebut.
Antara cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh para pegawai di kementerian dan juga Pejabat Pesuruhjaya Sukan adalah untuk kita memperkenalkan durasi iaitu pemohon kelulusan untuk acara mestilah buat permohonan lebih awal lagi.
Kedua, pemohon itu boleh dikenakan- ini masih lagi dalam peringkat perbincangan.
Fi tahanan iaitu fi tahanan komitmen daripada syarikat dan juga penglibatan daripada semua pihak yang berkenaan, termasuklah polis, PBT dan sebagainya.
Untuk makluman Yang Berhormat, saya telah mengadakan perbincangan bersama dengan PDRM, RELA, KPKT, PBT dan sebagainya. Untuk sebelum kita memuktamadkan peraturan ini yang akan memberi penelitian kepada akta tersebut. Kementerian bercadang untuk mengadakan town hall dan road tour selepas pindaan rang undang-undang diluluskan.
Cadangan program tersebut dicadangkan pada April dan Mei tahun ini. Saya akan jemput semua persatuan-persatuan, semua penganjur-penganjur acara larian yang besar supaya mereka dapat memberi pandangan.
Untuk makluman Yang Berhormat, secara kebetulan juga Yang Berhormat bangkitkan tadi berkenaan dengan Jawatankuasa untuk melihat kepada penganjuran.
Memang kita juga cadangkan dalam peraturan ini satu Jawatankuasa untuk melihat kepada penganjuran acara besar, acara antarabangsa ataupun acara yang melibatkan puluhan, ribuan orang sebelum acara itu diberikan lesen dan sebelum acara itu diluluskan. Ya, itu jawapan kepada Yang Berhormat. Oh, termasuk- minta maaf.
Yang Berhormat juga bangkitkan berkenaan dengan acara larian yang tidak ada kawal selia seperti ultra-runs dan trail runs. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ultra-runs dan trail runs di peringkat antarabangsa kalau tidak silap saya di bawah kelola IAAF tetapi di sini ia tidak dibawah Kesatuan Olahraga Malaysia.
Jadi, saya telah minta supaya persatuan atau supaya Pejabat Pesuruhjaya Malaysia, Sports Commissioner Office buat runding bersama dengan pihak penganjur dan juga mereka yang terlibat dalam ultra-runs, trail runs yang tidak ada mana-mana badan kawal selia untuk menubuhkan persatuan supaya kita dapat membuat segala peraturan dan juga supaya kita ada a sanctioning body untuk acara-acara tersebut. Sila.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengambil baik cadangan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri, termasuk menubuhkan satu Jawatankuasa Tetap untuk mengawal selia semua syarat-syarat yang akan dimasukkan ke dalam penganjuran acara larian ataupun acara besar-besaran. Cuma saya ada beberapa soalan tambahan. Pertama ialah tentang sanctioning fees yang saya ada sebut dalam ucapan saya.
Saya tidak berapa pasti sama ada Menteri tahu tidak, di mana sanctioning fees yang dikenakan oleh state AA ini ada kalanya beribu-ribu ringgit dan ini akan membebankan para penganjur. Selepas itu, saya rasa sebahagian daripada kos ini akan diletakkan ke atas para peserta. Mungkin entry fees terpaksa dinaikkan.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Akan tetapi pada masa yang sama, sanctioning fees itu tidak diberikan apa-apa kepastian dari segi jaminan keselamatan. So, the burden of responsibility from the safety perspective, dengan izin, masih lagi terletak di penganjur tapi state AA itu mengambil duit.
Saya rasa tidak ada apa-apa guidelines yang mengatakan ini adalah sesuatu yang diperlukan, selepas itu, okey, ada satu minimum charge atau ada satu maximum charge supaya tidak membebankan para penganjur. Itu nombor satu.
Nombor dua, untuk pengetahuan Yang Berhormat, sekarang walaupun ultra- runnings dan trail runnings sekarang tidak ada satu badan kawal selia ataupun sports body yang official ataupun yang telah diiktiraf dan berdaftar, ada associations secara informal.
Saya tahulah bahawa pihak Menteri memang prihatin dan boleh memberi cadangan kepada pihak PPS supaya boleh menghubungi mereka. Terima kasih.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan sanction fees yang dikenakan oleh persatuan-persatuan olahraga negeri dan sebagainya.
Saya akan berunding dengan mereka. Saya akan melihat dalam peraturan nanti, apakah tanggungjawab tambahan yang boleh dipikul oleh persatuan-persatuan sukan negeri yang berkenaan.
Saya tidak boleh paksa tapi ini lebih kepada rundingan dan pujukan kepada mereka supaya dengan adanya sanction fees yang kadang-kadang agak tinggi, mereka juga boleh mengambil tanggungjawab, terutamanya dari segi aspek persediaan keselamatan. Saya faham bahawa mungkin mereka risau dari segi legal liability dan itu sepenuhnya adalah tanggungjawab penganjur. Akan tetapi mungkin ada satu penyelesaian yang dapat sama- sama kita capai dalam hal ini. Walau apapun, saya mengambil maklum tentang cadangan daripada Yang Berhormat sebagai cadangan tersebut.
Sanctioning fees adalah hak milik badan sukan bagi kepakaran yang kementerian akan cuba bincang. Maybe we have a schedule of fees yang boleh diterima. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Bagan Serai, bangkitkan isu berkenaan dengan paralimpik, Jawatankuasa Pertikaian Sukan.
Saya sambut baik perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai tadi. Saya setuju dari segi publisiti untuk atlet luar biasa paralimpik kita bagus tetapi sambutan daripada rakyat agak mengecewakan sedikit. Saya hanya boleh sampaikan kepada Dewan kekecewaan peribadi saya. Oleh sebab apabila kita merangkul pingat emas di peringkat paralimpik dan sebagainya, banyak pertikaian berkenaan dengan sokongan kerajaan terhadap atlet paralimpik kita. Sedangkan kita sudah lama menyokong mereka sampai ke peringkat dunia pun atas latihan dan juga sokongan daripada pihak Majlis Sukan Negara.
Akan tetapi apabila tiba masa untuk rakyat Malaysia menunjukkan sokongan mereka terhadap atlet paralimpik kita, terutamanya di sukan Para ASEAN yang diadakan di Kuala Lumpur, di Malaysia pada tahun lepas, sambutannya agak mengecewakan.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Ini mungkin adalah mencerminkan sikap rakyat Malaysia yang banyak cakap tetapi bila tiba masa untuk menunjukkan sokongan secara nyata, mereka- they fall short, dengan izin, tetapi saya ucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat kerana bangkitkan isu ini.
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya Paralimpik ini saya pernah jadi Presiden Majlis Paralimpik Malaysia untuk tujuh tahun.
Sebenarnya sukan orang-orang cacat ini tidak ada sambutan langsung dalam tempoh 20 tahun dahulu, 15 tahun dahulu. Sehingga apabila kerajaan mengambil tindakan serius mengiktiraf Majlis Paralimpik Malaysia dan memberikan sokongan kepada Majlis Paralimpik Malaysia, baru kita nampak the emergence of paralympians sehingga mereka memenangi gold medal di pertandingan-pertandingan antarabangsa.
Saya mencadangkanlah- saya faham maksud Menteri tadi daripada segi sambutan masyarakat ramai tetapi yang saya hendak cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri, just carry on, teruskan. Teruskan memberi sokongan sepenuhnya kepada the paralympian. Saya percaya mereka akan membawa nama baik Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Insya-Allah, terima kasih Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota. Kita akan teruskan. Walau apapun sambutan untuk atlet paralimpik kita, tanggungjawab kita adalah untuk memastikan bahawa atlet luar biasa ini terus kita sokong untuk masa yang akan datang.
Yang Berhormat Bagan Serai juga sebut tentang Jawatankuasa Pertikaian Sukan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar dan Yang Berhormat Kelana Jaya yang akan saya jawab sekali. Cuma, Jawatankuasa Pertikaian Sukan ini mungkin suatu ketika nanti boleh jadi model kepada Jawatankuasa Pertikaian Politik yang boleh membantu di kawasan- kawasan tertentu seperti Bagan Serai.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Menteri.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Ya. Sama-sama. Yang Berhormat Kelana Jaya bangkitkan berkenaan dengan peranan Jawatankuasa Pertikaian Sukan. Banyak benda Yang Berhormat Kelana Jaya bangkitkan.
Pertamanya, Ahli Yang Berhormat daripada Kelana Jaya, seksyen 32 memperuntukkan kuasa Menteri untuk membuat peraturan berkenaan dengan Jawatankuasa Pertikaian Sukan. Jadi dalam seksyen 32, saya akan buat peraturan berkenaan dengan pelantikan Jawatankuasa Pertikaian Sukan.
Untuk makluman, Jawatankuasa ini adalah satu pilihan bagi penyelesaian pertikaian. Ia tidak menghalang mana-mana pihak untuk membawa kes ke mahkamah. Yang Berhormat, saya sangat teliti dalam merangka pindaan ini sebab satu ketika nanti- this is for the future, dengan izin- saya mahu supaya tidak ada apa-apa pertikaian yang perlu pergi ke Menteri.
Akan tetapi kita kekalkan peranan Menteri disebabkan banyak persatuan masih lagi dipimpin oleh sama ada orang kenamaan, ahli politik, kaum kerabat diraja dan sebagainya.
Jadi masih lagi ada keperluan untuk merujuk kepada Menteri, tetapi dalam pindaan ini, saya cuba kurangkan kuasa dan skop Menteri seperti mana yang ada dalam akta sedia ada.
Pertamanya, dulu yang membantu Menteri ialah Panel Penasihat, bukan Jawatankuasa Pertikaian. Panel Penasihat ini hanya memberi nasihat kepada Menteri sahaja. Kes pertikaian datang kepada Menteri dan the minister, dengan izin, can decide whether or not he wants to ask Sports Advisory Panel. Dalam kes ini, kes semua pertikaian akan pergi terus ke Jawatankuasa Pertikaian if both sides agree, dengan izin, ataupun- dan ini penting sebab selepas ini kita ada pindaan berkenaan dengan Akta Timbang Tara, kita juga akan menggalakkan supaya mereka boleh bawa kes kepada Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration bagi tujuan arbitrasi. Ini terpulang kepada mereka yang mana mereka rasa mereka lebih yakin dari segi kewibawaan proses tersebut.
Eventually, Tuan Yang di-Pertua, saya harap bahawa ini lebih kepada rule based terus pergi ke arbitrasi dan sebagainya. Jadi ini adalah proses migrasi daripada satu prosedur di mana Menteri mempunyai kuasa mutlak kepada satu Jawatankuasa, kepada pilihan yang diberikan kepada kedua-dua belah pihak sama ada they want to use arbitration route or they want to use the jawatankuasa route dan kita memberi pilihan kepada persatuan sukan dan juga mereka yang ada dalam persatuan sukan untuk memilih bagaimana mereka hendak menyeleraikan masalah.
Tujuan Jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk memudahkan penyelesaian dengan adil, murah, cepat dan berkesan. Salah satu sebab saya masih lagi pilih untuk ditubuhkan Jawatankuasa Pertikaian Sukan adalah kerana mungkin arbitrasi akan dikenakan sedikit komitmen kewangan walaupun KLRCA telah banyak memudahkan cara ini tetapi kita hendak bagi pilihan kepada persatuan-persatuan sukan.
Bagi memastikan Jawatankuasa ini adil, maka adalah sangat penting untuk memastikan syarat-syarat keahlian jawatankuasa ini dimasukkan di dalam peraturan. Antara perkara-perkara yang kita cadangkan supaya dimasukkan di dalam peraturan, sebagai contoh, adalah bahawa anggota-anggota yang mempunyai latar belakang perundangan dimasukkan ke dalam peraturan nanti supaya mereka mempunyai kepakaran dalam bidang undang-undang.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Cadangan daripada pihak Pejabat Pesuruhjaya Sukan sendiri adalah supaya mungkin peraturan itu diletakkan sebagai seorang bekas hakim dilantik sebagai Pengerusi kepada Jawatankuasa tersebut. Namun demikian, perkara ini akan kita perhalusi selepas pindaan ini diluluskan.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Penjelasan, Yang Berhormat Menteri. Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kelana Jaya bangun, Yang Berhormat.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Terima kasih. Terima kasih Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya merujuk kepada seksyen 28 ya. Isunya ialah kenapakah kelima-lima ahli Jawatankuasa ini dilantik oleh Menteri sendiri?
So bagi saya fundamentally tidak ada check and balance lah. Saya memang simpati dan empati dengan Menteri selalu kena daripada Raja-Raja dan semua ini. Dalam isu rules, kita semua tahulah kes ini memang dibaca dalam surat khabar selalu ya. So, dengan izin, in order for you to avoid this kind of future conflict, it might be good that you try to make sure that the appointment daripada lima orang ini, you appoint tiga lah, yang dua itu biar select committee ataupun orang lain yang appoint. Terima kasih.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Ya, saya mengambil maklum cadangan tersebut dan mungkin itu perbincangan yang boleh kita sambung apabila wujudnya sebuah jawatankuasa terpilih untuk sukan di Dewan Rakyat nanti.
Berkenaan dengan pembantutan tindakan undang-undang bagi Jawatankuasa Pertikaian Sukan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar tadi, saya hendak jelaskan kepada Yang Berhormat Kapar bahawa seksyen 31 pindaan rang undang-undang ini, ini tidak merujuk kepada- bukanlah untuk menghalang apa-apa keputusan dibawa ke mahkamah.
This is not a tribunal, dengan izin. This is jawatankuasa. Bila Jawatankuasa Pertikaian, maka keputusan Jawatankuasa itu hatta keputusan Menteri dalam rayuan boleh dirujuk ke mahkamah dan pernah pun dirujuk ke mahkamah.
Apa yang ada dalam seksyen 30 hanya menghalang tindakan undang-undang ke atas anggota dan pegawai Jawatankuasa Pertikaian Sukan yang telah melaksanakan tugas di bawah Jawatankuasa Pertikaian Sukan yang dilakukan dengan good faith. Sekiranya terdapat tindakan anggota ataupun pegawai yang terbukti dibuat dengan niat jahat, maka halangan untuk tindakan undang-undang tidak lagi ada bagi anggota dan pegawai tersebut.
That’s all it is. You can still bring cases to the court involving decision of Jawatankuasa.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat, ada beberapa isu yang saya akan bangkitkan tetapi dengan izin saya bangkitkan semasa jawatankuasa.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tak payah bangunlah kalau begitu, Yang Berhormat [Ketawa]
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Hendak masuk TV itu.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Ya, akhir sekali ini berkenaan dengan Yang Berhormat Kapar dan Yang Berhormat Kelana Jaya bangkitkan berkenaan dengan prestasi dua sukan iaitu bola sepak dan juga badminton. Kalau di lihat dari segi kedudukan pasukan bola sepak kebangsaan kita, memang agak mengecewakan. Rangking yang paling buruk di dalam sejarah.
Namun, saya ingin sekali lagi memberi penjelasan di Dewan yang mulia ini bahawa untuk bola sepak, kita sudah membuat keputusan sama ada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia mahupun Majlis Sukan Negara di bawah Kementerian Belia dan Sukan untuk memberi tumpuan kepada pasukan dan juga pemain-pemain muda kita.
Kita sudah sampai tahap di mana kita rasa pasukan utama negara sudah mencapai kedudukan yang tepu. Dia tidak boleh diperbaiki dengan drastik lagi, sebab itulah kita dalam proses peralihan. Apabila dilihat baru-baru ini apabila jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe memberi peluang kepada pemain-pemain daripada skuad bawah usia 23 tahun main untuk pasukan utama, mereka telah menunjukkan prestasi yang baik. Peralihan ini bukan hanya melibatkan pemain-pemain usia bawah 23 tahun.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Saya hendak beritahu kepada Dewan ini, sebab tadi gambaran yang diberikan adalah kedudukan bola sepak kita sangat-sangat teruk. Akan tetapi, gambaran yang tidak diberi adalah apa yang sedang berlaku di peringkat pembangunan. Saya bagi contoh, Malaysia layak untuk buat kali pertama layak ke AFC Under-23 Championship baru-baru ini sehingga kita telah menewaskan Arab Saudi 1-0 dan layak ke peringkat pusingan, dan kita kalah tipis dengan Korea Selatan 2-1. This is the under 23 team, coached by Ong Kim Swee.
Kita punya pasukan bawah usia 19 tahun juga layak ke kejohanan akhir AFC, pasukan yang dikendalikan oleh Bojan Hodak.
Kalau kita lihat dari segi pasukan bawah usia 16 tahun di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara Malaysia (NFPD) telah menjuarai di Iber Cup 2015 menewaskan pasukan-pasukan seperti Paris Saint-Germain, Sporting Portugal dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa the future is brighter than our ranking suggest, dengan izin.
Hari ini sahaja di bawah pengendalian Kementerian Belia dan Sukan, kita ada tidak kurang daripada 23,000 pelatih bola sepak antara usia 7 tahun hingga 17 tahun di 120 lebih pusat dan akademi melibatkan 2,000 jurulatih. This is the raw material, ini adalah ramuan mentah untuk kita membina sebuah pasukan kebangsaan masa hadapan yang satu hari nanti insya-Allah, akan layak untuk Piala Dunia...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
[Bangun]
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh. - Putatan
[Bangun]
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
I am not finished yet, sit down. Saya merujuk juga kepada Yang Berhormat Kapar, yang merujuk kepada keputusan Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Johor meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia. Yang Berhormat kena faham, Ke Bawah Duli telah meletakkan jawatan sebagai Presiden FAM, tetapi masih lagi terlibat di dalam bola sepak kebangsaan kerana beliau masih lagi kekal sebagai Pengerusi, apa yang dikenali dahulu sebagai FMLLP iaitu Football Malaysia Limited Liability Partnership, yang sekarang ini dinamakan semula sebagai Malaysian Football League. MFL inilah yang akan menjaga soal penajaan yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi. MFL inilah yang bertanggungjawab untuk berunding. Sebagai contoh, tadi Yang Berhormat kata tidak ada syarikat yang hendak melabur untuk bola sepak negara, Telekom Malaysia memberi penajaan kepada Malaysian Football League sebanyak RM480 juta selama lapan tahun dan iflix memberi tajaan sebanyak RM100 juta minimum dalam tempoh masa 10 tahun. Malah, Ke Bawah Duli Tuanku Tengku Mahkota Johor telah memaklumkan kepada saya bahawa usaha perancangan beliau untuk memastikan bahawa penajaan ini dapat ditingkatkan dan lebih penting lagi, pengagihan penajaan itu dibuat secara adil dan saksama kepada semua pasukan dan negeri yang terlibat masih lagi ongoing, masih lagi sedang dijalankan...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kapar.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh. - Putatan
Kapar atau Putatan?
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Saya ada dua soalan yang dibangkitkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kapar Yang Berhormat.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
...Pertama ialah mengenai usaha pembangunan yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Saya rasa itu adalah wajar, baik. Saya terima, tetapi pada waktu yang sama Yang Berhormat Rembau, kita kena juga hargai bahawa pembangunan sukan di peringkat usia 19 tahun, 23 tahun dan sebagainya, sebelum ini pun ada pencapaian-pencapaian yang memberangsangkan. Kita tidak boleh nafikan.
Akan tetapi, selalunya yang dikaitkan adalah di peringkat selepas merantaui usia 23 tahun. Di situlah kita tidak dapat mengekalkan consistency kita. Saya rasa Yang Berhormat perlu juga mengkaji dan memperhalus bahagian tersebut. Walaupun kita ada under 23, under 19, perkembangan bagus, kita kalahkan Arab Saudi dan sebagainya. Bila pergi ke satu peringkat yang lebih, kita tidak dapat mempertahankan kemasyhuran tersebut. Itu yang pertama.
Kedua, berkenaan dengan penaja dan sebagainya. Saya tidak menafikan, saya sendiri akui ada beberapa syarikat-syarikat yang telah menaja kemasyhuran bola sepak negara kita, tetapi yang saya maksudkan adalah tidak mencukupi. Kita kena memperhebatkan lagi, memperluaskan lagi syarikat-syarikat mengambil bahagian dalam penajaan ini.
Saya secara peribadi agak kecewa dan sedih apabila TMJ meletakkan jawatan. Itu adalah satu tanggungjawab yang beliau pikul. Saya rasa individu-individu lain pun, bila ada kegagalan sebegitu, itu perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat atas pandangan-pandangan tadi. Saya pergi kepada badminton yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kelana Jaya tadi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat...
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh. - Putatan
Yang Berhormat Menteri.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Ini juga adalah berkaitan dengan soal pembangunan dan depth...
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh. - Putatan
Sebelum pindah kepada badminton.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Hendak bagi Yang Berhormat Putatan Yang Berhormat? Ya.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh. - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin membincangkan soalan Yang Berhormat Kapar tadi, berkenaan dengan kolaborasi dengan sekolah sukan ini. Berapa jumlah sekolah yang ada berkolaborasi dengan Kementerian Belia dan Sukan? Berapakah syarikat-syarikat yang menaja sekolah-sekolah ini, yang didikan daripada umur 12 tahun ke bawah supaya kita boleh latih dia sampai dia ke tahap nasional.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Sukan di sekolah Yang Berhormat, di bawah Kementerian Pendidikan. Namun demikian, saya beri contoh. Saya beri contoh, kita ada hampir 150, 120 lebih pusat dan akademi latihan bola sepak yang kita buat sekali dengan Kementerian Pendidikan. Itu sebagai contoh. Selain daripada itu, kita ada Sekolah Sukan Malaysia, kita ada Sekolah Sukan Negeri dan sebagainya. Secara detil, saya rujuk kepada Kementerian Pendidikan untuk memberi maklumat tambahan kepada Yang Berhormat.
Untuk badminton, semua merisaui hari persaraan Datuk Lee Chong Wei. Ini kerana ramai yang tanya saya, siapa pengganti Lee Chong Wei. Boleh dikatakan bahawa Lee Chong Wei ini adalah pemain yang datang dua atau tiga generasi sekali sahaja. He is very special player. But, namun demikian, tidak bermaksud bahawa kita tidak dapat memasukkan lebih ramai lagi pemain-pemain kita di peringkat yang tertinggi badminton. Sekarang ini di bawah kepimpinan baru Persatuan Badminton Malaysia, kita telah merombak sistem pemilihan dan juga sistem kejurulatihan.
Saya difahamkan Datuk Seri Norza sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia telah meletakkan satu penanda aras yang tinggi bahawa either perform or you out.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Oleh sebab itulah sekarang ini KPI kepada pemain-pemain utama kita sama ada Wee Kiong, V Shem dan sebagainya, adalah untuk memastikan bahawa mereka mempunyai kedudukan yang tertinggi. Kita harap bahawa transformasi yang dimulakan sekarang ini dapat membuahkan hasil dalam masa yang terdekat.
Namun demikian, there are also some good news on pembangunan. Saya selalu rujuk kepada pembangunan sebab ini penting. Mungkin Yang Berhormat Kapar kata ini cerita daripada dahulu, tetapi tanpa pembangunan yang hebat, kita tidak akan ada pemain-pemain yang boleh menjadi bintang satu hari nanti. Of course some have disappointed us, but some have come good. Antaranya kita mempunyai Leong Jun Hao, Asian Junior Championship, World Junior Championship runner-up; coach Goh Jin Wei, becoming a senior player; Pearly Koong dan Toh Ee Wei, that is junior title winners. Apa yang lebih penting daripada itu adalah bagaimana kita dapat bangunkan ramuan mentah daripada awal lagi.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Untuk makluman Yang Berhormat, mungkin tidak tahu kita baru sahaja telah tamat pembinaan Akademi Badminton Malaysia yang terletak di Bukit Kiara. Kita keluarkan pemain- pemain daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil hanya kita dapat menampung 40 sahaja dan sekarang ini kita ada 200 pemain remaja di Akademi Badminton Malaysia. Mereka duduk di situ, mereka tinggal di situ, mereka tidur di situ, mereka belajar di situ dan mereka dilatih di situ.
Ini dianggap sebagai satu pendekatan baru daripada Kementerian Belia dan Sukan dan juga daripada Kementerian Pendidikan dan juga daripada Persatuan Badminton Malaysia untuk memperluaskan tapak penyertaan dan juga tapak bakat kita supaya kita ada lebih ramai lagi pemain yang akan dapat mewakili negara suatu ketika nanti. Saya cuma hendak memperbetulkan sedikit Yang Berhormat Kelana Jaya sebutkan tadi jangan hanya memberi tumpuan kepada sukan polo sahaja berilah tumpuan kepada bola sepak dan badminton.
Untuk makluman Yang Berhormat, polo ini bukanlah sukan teras. It is not even core sports, please don’t confused my personal interest even though that resulted in SEA Games gold medal with my professional priorities. Saya boleh jamin bahawa dari segi tumpuan yang kita beri bola sepak dan badminton sukan utama jauh lebih daripada sukan-sukan lain sehingga ada sukan lain yang menyeru supaya dapat kita memberi tumpuan kepada sukan- sukan tersebut.
Itulah sahaja Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua di peringkat Majlis ini.
Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan saya harap bahawa dengan pindaan ini, insya-Allah...
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Sebelum Yang Berhormat Menteri duduk saya bukan hendak tanya, saya hendak buat cadangan Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak mencadangkan ada dari segi sukan Paralimpik ini saya minta Yang Berhormat Menteri memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada dua tokoh. Satu tokoh namanya Mr.
Storey dalam tahun 1990-an di atas wheelchair dia telah memajukan sukan Paralimpik hingga kepada kata dek orang sukan kampung kepada sukan international.
Kedua ialah tokoh yang membelanjakan duitnya sendiri begitu banyak namanya Datuk Lam Peng Chong. Kedua tokoh ini diberi pengiktirafan oleh kerajaan di dalam memajukan sukan Paralimpik...
[Tepuk] Dahulu orang tidak peduli tetapi dengan ketokohan dua orang ini di awal Paralympians, he emerged as world champion dan sebagainya dan dengan sokongan kerajaan ketika itu maka this is new era of Paralympian. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Baiklah, Yang Berhormat saya mengambil maklum cadangan daripada Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Fasal-fasal 1 hingga 16 - Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Serdang selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Saya masuk kepada seksyen 9A dan 9A, fasal 3 yang dimasukkan untuk mewakili Majlis Paralimpik Malaysia dan Persatuan Orang Pekak Malaysia.
Ini satu cadangan yang bagus dan saya mengalu-alukan. Seksyen 11 iaitu fasal 4 memberi di akta ibu menjelaskan bahawa pesuruhjaya dalam mempunyai kuasa untuk mendaftar badan sukan di mana badan sukan didefinisikan sebagai mana-mana persatuan, kelab, pertubuhan atau syarikat sebagai badan sukan. Akan tetapi kita mendapati pada pindaan pada hari ini perkataan “syarikat” dikeluarkan tinggalkan dengan “pertubuhan” sahaja. Saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan rasional mengapa perkataan “syarikat” dikeluarkan daripada Akta Ibu.
Seterusnya saya ingin meminta pandangan mengenai seksyen baru 24A, fasal 9 di mana ia memberi kuasa rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Pertikaian Sukan.
Dengan izin, saya membacakan Tuan Pengerusi, “24A (1) mana-mana anggota sesuatu badan sukan atau badan sukan yang terkilan dengan keputusan Jawatankuasa Pertikaian Sukan boleh dalam masa 21 hari selepas keputusan itu disampaikan kepada anggota badan sukan atau badan sukan itu merayu kepada Menteri”.
Jadi sini kita ada satu kuasa yang diberikan khas untuk mana-mana anggota ini untuk merayu kepada Menteri. Selepas itu apa berlaku di subseksyen 2. Menteri boleh mengesahkan, mengakses atau mengubah keputusan Jawatankuasa Pertikaian Sukan. Jadi Menteri absolute power untuk tukar mengesahkan, mengakses atau mengubah keputusan.
Perkataan yang menggerunkan dalam seksyen ini fasal 9 adalah perkataan “mengubah” keputusan Jawatankuasa Pertikaian Sukan.
Selepas itu di subseksyen 3 Tuan Pengerusi, keputusan Menteri di bawah subseksyen 2 adalah muktamad. Bermaksud kalau di sini ada tiga peringkat sebenarnya kalau kita renung Akta Ibu di mana seksyen 23 prosedur dalaman bagi penyelesaian pertikaian. Sekiranya seksyen 23 itu prosedur dalaman bagi penyelesaian pertikaian itu tidak dapat selesai, kita kenalkan seksyen 24 iaitu rujukan pertikaian itu kepada Jawatankuasa Pertikaian Sukan.
Bermaksud, dalaman tidak selesai seksyen 23 kita masuk ke seksyen 24 yang baru.
Seksyen 23 adalah Akta Ibu, seksyen 24 yang baru, Jawatankuasa Pertikaian Sukan.
Sekiranya Jawatankuasa Pertikaian Sukan tidak boleh dia datang dengan satu keputusan, keputusan itu untuk 24A semasa mana-mana pihak merayu Menteri mempunyai suatu kuasa luar biasa untuk mengubah keputusan Jawatankuasa Pertikaian Sukan.
Bermaksud walaupun ada tiga lane dekat sana, seksyen 23 Akta Ibu selepas itu fasal 9 seksyen 24 yang baru, selepas itu kita ada rayuan. Di rayuan ini di peringkat ketiga ini Menteri mempunyai kuasa luar biasa untuk mengubah keputusan dan keputusan itu adalah muktamad.
Saya rasa yang ini kita balik kepada seorang individu yang bernama Menteri Belia dan Sukan akan membuat keputusan untuk mengubah kedudukan Jawatankuasa Pertikaian Sukan yang diwujudkan. Saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan supaya pada hari yang akan datang, interpretasi seksyen itu dapat diselaraskan dengan terbaik.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Saya masuk kepada seksyen 27 di mana ini adalah berkenaan dengan Jawatankuasa Pertikaian Sukan. Saya mendapati di bawah seksyen 27(2) ini menunjukkan hasrat dan objektif mengapa Jawatankuasa Pertikaian Sukan ini ditubuhkan dan seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi ini adalah untuk menggantikan panel penasihat sukan. Di sini dahulu kita hanya ada panel penasihat sukan yang menasihati Menteri dalam apa-apa perkara yang dirujuk.
Akan tetapi kali ini dengan wujudnya Jawatankuasa Pertikaian Sukan, kita telah meletakkan fungsi Jawatankuasa Pertikaian Sukan ini dan kita juga mendapati bahawa lima wakil dilantik oleh Menteri iaitu seorang Pengerusi, dua orang anggota yang pada pendapat Menteri mempunyai pengalaman, kelayakan, keupayaan dan profesionalisme dan dua orang lagi anggota yang disifatkan patut oleh Menteri. Ini disifatkan patut tidak ada definisi at least di 28(1)(b) dua orang anggota yang pada pendapat Menteri mempunyai pengalaman dan sebagainya at least ada garis panduan. Garis panduannya adalah dia seorang yang berpengalaman, dia berkelayakan, ada keupayaan, profesionalisme dan sebagainya.
Akan tetapi di bahagian (c) terbuka dua orang anggota yang disifatkan patut oleh Menteri. Patut, apa yang patut? Itu saya rasa apabila kita merangka undang-undang ini, usul ini sesuatu yang tidak menggunakan kerangka yang sewajarnya. Apabila kita menggunakan perkataan seperti disifatkan patut.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Tuan Pengerusi, saya hendak gabungkan seksyen 28(1) ini dengan seksyen 28(7) kerana ini berkenaan dengan kuorum. Izinkan saya Tuan Pengerusi, “Pada mana-mana prosiding Jawatankuasa Pertikaian Sukan, kuorum hendaklah terdiri tidak kurang daripada tiga orang anggota termasuk Pengerusi, dan jika Pengerusi tiada, mana-mana anggota yang hadir...”.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
[Bangun]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Cuba bandingkan subseksyen (7) ini dengan subseksyen 28 ini, apabila dua anggota yang pada pendapat Menteri, yang betul- betul ada kelayakan, pengalaman, profesionalisme, dan keupayaan tidak hadir dengan dua orang anggota yang disifatkan patut dan Pengerusi, sesuatu keputusan boleh diambil.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Gopeng bangun, Yang Berhormat.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Ya, silakan Yang Berhormat Gopeng.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Kapar. Cuma hendak tumpang sedikit Yang Berhormat Kapar berkenaan dengan dispute di antara Persatuan Sepak Takraw Malaysia dan pihak yang menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Utusan di mana ada dispute dari segi sistem dan sebagainya. Jadi adakah perkara tersebut di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pertikaian Sukan? Minta pandangan.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, boleh ringkaskan Yang Berhormat.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Saya minta pandangan ataupun soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gopeng dimasukkan dan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Jadi saya masuk balik kepada situasi kuorum di mana hanya tiga orang dan lantikan ini semua adalah oleh Yang Berhormat Menteri. Bahagian (c) yang saya katakan dengan perkataan “disifatkan patut oleh Menteri” boleh disalahgunakan oleh Jawatankuasa Pertikaian Sukan ini untuk membuat mana-mana keputusan.
Saya teruskan Tuan Pengerusi kepada fasal yang saya bangkitkan tadi iaitu fasal seksyen 31. Ini adalah perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang. Saya minta izin untuk membacakan bahagian ini, “Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa- apa prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap anggota dan pegawai Jawatankuasa Pertikaian Sukan berkenaan dengan apa-apa tindakan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh anggota dan pegawai Jawatankuasa Pertikaian Sukan jika tindakan, kecuaian atau keingkaran itu dilakukan atau ditinggalkan atau dibuat, dengan suci hati”.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
“Suci hati” ini mempunyai definisi ataupun interpretasi tersendiri, good faith. In good faith is sesuatu yang mempunyai definisi tersendiri. Akan tetapi yang kita maksudkan ataupun saya kurang puas hati adalah perkataan “kecuaian”. Kita selalunya boleh menyelamatkan diri kita dengan mengatakan saya melakukan kecuaian in good faith. So sesuatu yang saya rasa kalau betul ada kecuaian dan sebagainya benda ini boleh diberikan kuasa untuk dibawa ke mahkamah dan ada prosiding undang-undang...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, boleh gulung Yang Berhormat.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Alright, terima kasih Tuan Pengerusi. Akhir sekali saya ingin juga masuk kepada seksyen 32 di mana peraturan- peraturan berkenaan dengan Jawatankuasa Pertikaian Sukan ini pun ditentukan oleh Yang Berhormat Menteri. Contoh subseksyen (a) mengenai tatacara, subseksyen (b) mengenai fungsi. Semua ini memberi ruang yang agak luas kepada- terlalu luas, ya terlalu luas kepada seorang insan yang menerajui Kementerian Belia dan Sukan.
Akhir sekali, minta maaf Tuan Pengerusi adalah pindaan kepada fasal 12, seksyen 33. Seksyen 33 adalah sebenarnya dalam akta ibu berbicara tentang kelulusan untuk menjadi tuan rumah pertandingan antarabangsa di Malaysia. Ini kalau akta ibu mengatakan mesti mendapat kelulusan bertulis Menteri terlebih dahulu dan keputusan Menteri pun adalah muktamad.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Kini kita masukkan satu elemen kesalahan di mana sekiranya mana-mana organisasi tidak mengikuti kelulusan ini, kita akan mengenakan denda RM5,000 tetapi tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk mengkaji bahagian ini, memperhalusi bahagian ini. Boleh tidak kita memperluaskan kepada badan- badan tertentu seperti kalau sepak takraw kita ada persatuan dia. Kita ada bola keranjang, kita ada persatuan dia. Boleh tidak kuasa itu boleh di sama guna atau sama pakai oleh Menteri dan juga persatuan-persatuan ini.
Bermaksud kelulusan datang daripada dua pihak. Satu adalah gabungan, kena ada dua pihak yang memberi kelulusan. Satu persatuan juga memberi kelulusan sebab kita kena juga menghormati dan menyanjung persatuan-persatuan yang ada di setiap bidang-bidang sukan. Sebagai contoh takraw- persatuan takraw, bola keranjang- persatuan bola keranjang.
Mereka memberi kelulusan dan juga kelulusan diberikan oleh Menteri. Oleh sebab saya rasa kini kita ada penalti yang agak tinggi dari sudut fine wang Ringgit dan juga penjara, maka perkara ini perlu diberi pengkhususan. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Serdang.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bangkitkan dua fasal sahaja. Pertama ialah pindaan di seksyen 2 di mana “badan sukan” dengan menggantikan perkataan “pertubuhan atau syarikat” dengan perkataan “atau pertubuhan”. Mungkin hendak sambung sedikit apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kapar tadi.
Sebagaimana yang saya tahu ini adalah sesuatu pindaan yang baik kerana sebelum ini ada syarikat yang mendaftar diri sebagai persatuan sukan dan selepas itu mereka mendapatkan pengiktirafan daripada pihak PPS. Saya rasa ini mungkin tidak begitu sesuai ataupun adil kerana apabila sebuah syarikat itu mendaftar diri sebagai badan sukan, tidak ada pemilihan, tidak ada AGM, tidak ada keperluan untuk ada state committee dan sebagainya. Oleh sebab itu mungkin orang yang memiliki syarikat itu boleh menguasai segala yang berlaku dalam kegiatan sukan yang berikut.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Saya rasa jikalau itu adalah satu sebab, satu alasan kenapa pindaan ini berlaku saya rasa ini patut di sokong. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh beri sedikit penjelasan.
Tambah sedikit lagi, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh beri satu dua contoh kepada Dewan yang mulia ini beberapa badan buat masa sekarang didaftar sebagai syarikat dan selepas pindaan akta ini telah diluluskan mengikut seksyen 16.
Sebagaimana yang saya tahu, according to my understanding, semua pertubuhan sukan ataupun badan sukan yang buat masa sekarang didaftarkan sebagai syarikat, kelayakan mereka akan dilupuskan, selepas itu they have to re-register to the Sports Commissioner’s Office untuk mendapatkan pengiktirafan. Jadi kalau keadaan seperti itu adalah hasrat kementerian, saya juga kata bahawa ini perlu disokong. Jadi saya minta penjelasan kementerian.
Untuk fasal 9 iaitu seksyen 24A yang memberi kuasa untuk Menteri mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Jawatankuasa Pertikaian Sukan. Saya hendak minta penjelasan Yang Berhormat Menteri, sebagaimana yang saya tahu seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi memang seseorang atlet ataupun badan sukan boleh merujuk kepada Court of Arbitration for Sport under the KLRA ataupun CAS. Correct me if I am wrong. Akan tetapi sebagaimana yang saya tahu seseorang atlet ataupun seorang dalam satu badan sukan jikalau mereka ada sebarang pertikaian, mereka patut membawa pertikaian itu dalam masa had 14 hari selepas sesuatu keputusan dibuat kepada Court of Arbitration for Sport. Jadi saya hendak tanya sama ada had masa ataupun time limit untuk membawa sesuatu pertikaian kepada Sport Dispute Committee ini.
Saya juga hendak merujuk kepada had masa di sini di mana seseorang atlet ataupun seseorang yang mewakili badan sukan boleh membawa satu rayuan kepada pihak Menteri dalam masa 20 hari. Apa yang saya hendak tanya Menteri ialah selepas Menteri mendapat rayuan ini is there a time limit for the Minister to make a decision? Adakah apa- apa had masa untuk Menteri membuat keputusan kerana saya pun acknowledge-lah, saya pun tahu bahawa ada banyak perkara yang mungkin sensitif. If you make one decision one way, you are going to be criticized. If you make a decision another way, you are going to be criticized also.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Saya hendak memberi satu contoh. Seorang body builder, saya rasa Menteri pun tahu, Sazali Samad is a national body builder, telah digantung selama empat tahun bermula pada tahun 2015. Setelah Adamas membuat satu out of competition doping dan dia didapati telah melanggar undang-undang anti-doping. Saya diberitahu, again the Minister can correct me if I’m wrong, bahawa dia telah membuat rayuan kepada Menteri untuk mengurangkan penggantungan ini. Saya rasa buat masa sekarang Menteri pun belum membuat keputusan.
Jadi, how do we avoid a case whereby rayuan telah diberikan kepada Menteri tetapi duduk di atas meja Menteri untuk masa yang begitu lama dan tidak ada apa-apa keputusan yang muktamad yang dikeluarkan. So, if you are going to have a condition whereby you have to bring this dispute within 20 days, to be fair to the athlete or to the sports body, saya rasa perlu juga meletakkan satu had masa untuk Menteri membuat keputusan. Jadi, itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Menteri Belia dan Sukan - Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kapar dan Yang Berhormat Serdang kerana turut membahaskan pindaan ini di peringkat Jawatankuasa.
Baik, untuk Yang Berhormat Kapar. Pertamanya kenapa syarikat dikeluarkan daripada definisi badan sukan? Sebenarnya Ahli Yang Berhormat Serdang telah memberi jawapan yang sangat-sangat tepat dalam perkara itu.
Menteri Belia dan Sukan - Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Akan tetapi untuk rekod, saya akan memberi jawapan secara rasmi. Syarikat dikeluarkan bagi memudahkan proses kawal selia ke atas badan sukan. Hal ini adalah kerana syarikat juga tertakluk di bawah Akta Syarikat. Masalah berlaku dalam pemilihan pemegang jawatankuasa dalam AGM seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Serdang tadi.
Struktur syarikat menyukarkan sebuah sukan untuk mematuhi kehendak pesuruhjaya, for instance to have an AGM, because it is a company.
Oleh itu, kementerian mengeluarkan syarikat daripada badan sukan. Jadi, mana- mana syarikat boleh memohon lesen daripada Pesuruhjaya Sukan untuk menjalankan aktiviti sukan. Akan tetapi untuk makluman Dewan, sebab Yang Berhormat Serdang pun tanya tadi, just to illustrate how small a problem this is, dengan izin. Pada waktu ini, hanya dua syarikat sahaja yang masih lagi berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan yang akan terlibat dengan pindaan ini iaitu KLRC iaitu KL Racket Club, dan Touch Football Malaysia Sdn. Bhd. dan mereka telah dimaklumkan untuk menjadi persatuan sukan.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma nak minta penjelasan kedudukan misalannya ada syarikat- syarikat atau recreational club yang didaftar di bawah syarikat tetapi mungkin mereka atas nama sukan. Misalannya, Royal Perak Golf Club atas nama golf ataupun Ipoh Swimming Club atas nama renang tetapi mereka gunakan nama sukan tetapi didaftar sebagai syarikat, sebagai recreational club. Aktiviti bukan setakat renang ataupun golf sahaja tetapi ada aktiviti- aktiviti yang berlainan. Adakah pertubuhan sedemikian perlu didaftar di bawah akta ini?
Sekian.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Selagi ia melibatkan diri dalam aktiviti sukan Yang Berhormat, ia mesti mendaftar di bawah akta ini, di bawah Pesuruhjaya Sukan. Untuk makluman Yang Berhormat Kapar, yang tadi bangkitkan soal syarikat, dah selesai. Ini kuasa Menteri yang dikhuatiri dalam bentuk yang agak absolute.
Untuk makluman Yang Berhormat, saya buat akta ini untuk memberi pilihan dan ini perkara yang pokok dalam pindaan akta ini. Pilihan kepada mereka yang ada pertikaian, mereka hendak pergi mana? Sama ada mereka hendak bawa ke Jawatankuasa Pertikaian ataupun mereka hendak bawa ke KL Regional Center for Arbitration ataupun mereka hendak pergi ke mahkamah ataupun penyelesaian dalaman.
Jadi, soal mereka kalau terpaksa pilih Jawatankuasa Pertikaian Sukan tidak timbul sebab kalau mereka tidak yakin dengan lantikan saya ataupun lantikan Menteri, siapa saja Menteri selepas ini, tidak yakin dengan keanggotaan, maka mereka ada pilihan untuk memilih cara rundingan ataupun timbang tara yang lain. Apa yang penting di sini Yang Berhormat adalah apabila saya ataupun pengganti saya nanti buat peraturan yang akan merujuk kepada keanggotaan jawatankuasa ini, mestilah kita buat peraturan yang dapat melantik dan menjamin lantikan yang berwibawa. It will not be in our interest or the interest of the Minister, dengan izin, to appoint a committee which is not credible.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
[Bangun]
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Jadi, oleh sebab itu saya harap bahawa dalam peraturan nanti sama ada dari segi lantikan yang disebut secara nyata dalam akta ataupun lantikan tambahan tersebut, mereka semualah datang dengan kewibawaan dan pengalaman yang boleh menjaga imej dan kewibawaan jawatankuasa itu sendiri. Ya, Yang Berhormat Gopeng.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Terima kasih Menteri. Cuma saya rasa ada sedikit banyak contradiction, di mana kalau pertikaian itu boleh dibawa ke mahkamah tetapi sementara ada kuasa mutlak yang diberikan kepada Menteri untuk membuat keputusan apabila satu pihak di bawah Jawatankuasa Pertikaian. Jadi, ini seolah-olah Menteri boleh mengatasi ataupun membenarkan satu cara di mana boleh overcome keputusan di mahkamah. Jadi, ini satu contradiction.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
No, no, no, Yang Berhormat, can I explain? Kalau dilihat kepada seksyen 24, saya baca, “Jika sesuatu pertikaian tidak dapat diselesaikan mengikut tatacara dalaman yang disebut dalam seksyen 23, mana-mana anggota sesuatu badan sukan atau badan sukan itu sendiri boleh...”, bukan mesti, “...boleh merujukkan pertikaian itu kepada Jawatankuasa Pertikaian Sukan untuk mendapatkan keputusan.”
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Itu apabila mereka memilih untuk mengikut Jawatankuasa Pertikaian Sukan. Kalau mereka mengikut jalan mahkamah, there is nothing that I can do. Ini hanya sekiranya mereka memilih penyelesaian melalui Jawatankuasa Pertikaian Sukan.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat, minta penjelasan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini untuk kebaikan bersama, untuk masa depan apabila kita merujuk Hansard balik. Apabila berlaku pertikaian iaitu adalah pertikaian antara dua pihak.
Jadi, katakan satu ketika itu merujuk kepada Jawatankuasa Pertikaian Sukan, satu lagi individu merujuk kes ini ke mahkamah. Apa pendirian kementerian dan juga Menteri? Terima kasih.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Kita tidak boleh mengambil apa-apa kes yang sudah dirujuk ke mahkamah. Kita kena menghormati keputusan mahkamah. Jadi, saya pun terpaksa terima kes Kuala Lumpur Badminton Association, bawa kes ke mahkamah, kita terpaksa melaluinya walaupun saya di sepina dan sebagainya, saya terpaksa memberi keterangan di mahkamah.
Untuk perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar tadi, penganjuran acara antarabangsa. Dalam peraturan yang sedia ada sebab Yang Berhormat sebut bahawa mesti ada kelulusan daripada- sanction daripada persatuan sukan. Saya tidak boleh bagi mengikut peraturan yang sedia ada, saya tidak boleh bagi kebenaran sekiranya tidak ada sanction daripada persatuan sukan. You must have a sanction from the national sporting body.
Yang Berhormat Serdang, sebut berkenaan dengan tempoh masa rayuan. Untuk tempoh masa rayuan, saya ingin memaklumkan bahawa tempoh rayuan tersebut akan kita cuba pendekkan. Saya sedang bincang dalam pembentukan peraturan sama ada kita hendak letakkan satu tempoh masa untuk Menteri buat keputusan tetapi saya kena rujuk kepada kes- kes tertentu. Saya cuma hendak jelaskan dalam kes yang melibatkan atlet bina badan negara, Sazali Samad, kes itu bukan tertangguh.
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Saya pilih untuk tidak menerima rayuan tersebut. Because I have made a policy, Yang Berhormat, dalam kes anti-doping. Minister cannot get involved because itu membuka ruang kepada pertikaian dibawa ke Court of Arbitration for Sport (CAS). Dalam mana-mana kes yang melibatkan pergantungan yang disebabkan anti-doping, saya tidak entertain rayuan termasuk kes itu juga. Akan tetapi, saya ambil maklum dan mungkin perkara itu boleh kita pertimbangkan supaya diletakkan satu timeline bagi rayuan yang dibuat. Cadangan itu cadangan yang kita ambil maklum.
Yang Berhormat Gopeng, saya cuma hendak perbetulkan atau pun perjelaskan sedikit. Badan sukan adalah persatuan sukan, tetapi syarikat sukan yang hendak menganjurkan boleh dapat lesen daripada Pesuruhjaya Sukan, masih lagi boleh dapat lesen, untuk penganjuran aktiviti as long as you’re a company.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi. Masalah timbul apabila recreational club, aktiviti utama mereka bukan untuk sukan tetapi sebagai recreational untuk keluarga dan sebagainya. Jadi, apabila mereka menganjurkan aktiviti sukan, ini lebih kepada aktiviti dalaman. Jadi, bagaimana itu dikawal oleh badan sukan pula?
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
Ya, ya. Untuk aktiviti dalaman, kita mengamalkan soft touch. Kita tidak mahu overregulation. Akan tetapi kalau for example, Yang Berhormat Gopeng, Cycling Recreation Club sebagai syarikat hendak menganjurkan kayuhan yang melibatkan ribuan orang yang mengenakan fi pertandingan dan sebagainya, then you have to get a license from- you have to have your local right or whatever it is, dengan izin, then you know, by all means, please go ahead.
Itu sahaja, Tuan Pengerusi, daripada saya. Saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua dan saya sudahi dengan *wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[****Fasal 1 hingga 16*** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]
Brig. Jen. Khairy Jamaluddin
[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim) dan diluluskan]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam negaraku 1Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Timbang Tara 2005 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1956, Malaysia menjadi ahli Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia-Afrika (AALCO). Setahun kemudian iaitu pada tahun 1957, Malaysia menjadi ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan komisennya dalam Undang-undang Perdagangan Antarabangsa atau pun UNCITRAL.
Pada tahun 1978, AALCO menubuhkan Pusat Timbang Tara Kuala Lumpur sebagai sebuah organisasi bebas untuk mempromosikan timbang tara di Malaysia dan bagi rantau Asia Pasifik. Manakala pada tahun 2005, Akta Timbang Tara atau pun Akta 646 telah diluluskan. Akta ini dimodelkan berdasarkan semakan semula Undang-undang Model Timbang Tara Antarabangsa yang digubal oleh UNCITRAL atau pun yang akan saya kenali sebagai Undang-undang Model pada tahun 1985.
Namun, sejurus Akta Timbang Tara diluluskan pada tahun 2006, UNCITRAL telah mengeluarkan versi Undang-undang Model yang telah disemak semula. Versi Undang- undang Model yang terkini masih belum diterima pakai oleh Malaysia walaupun pindaan kepada Akta Timbang Tara 2005 dilakukan pada tahun 2011.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Akta 646 yang dipinda pada tahun 2011 adalah berasaskan justifikasi berikut.
(a) memberikan kebebasan kepada pihak yang bertelingkah untuk menentukan undang-undang substantif yang terpakai di Tribunal Timbang Tara dan tidak hanya mengehadkan kepada undang- undang Malaysia bagi menggalakkan pihak-pihak negara luar untuk membuat timbang tara di Malaysia;
(b) pindaan tersebut juga memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi di Malaysia untuk membuat perintah bagi apa-apa langkah interim atau pun interim measures walaupun tempat timbang tara adalah di luar Malaysia;
(c) memandangkan pada ketika itu Akta 646 tidak mempunyai peruntukan berkaitan perintah yang boleh dikeluarkan oleh mahkamah semasa menggantung prosiding admiralty, maka peruntukan dimasukkan ke dalam Akta 646 bagi membolehkan Mahkamah Tinggi membuat perintah penahanan harta ikat jamin atau jaminan lain sebelum atau semasa prosiding timbang tara sebagai jaminan bagi amaun dalam pertikaian; dan
Datuk Wira Razali bin Ibrahim
(d) terdapat lompang dalam beberapa peruntukan dalam Akta 646 yang sekiranya tidak dipinda akan memberi implikasi perundangan daripada segi komitmen Malaysia dalam menunaikan obligasi di bawah United Nations Commission on International Trade Law (UNCITRAL) ataupun UNCITRAL Model Law on International Commercial Arbitration 1985. Seterusnya pada tahun 2013, AALCO dan Kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian untuk mempromosikan Malaysia sebagai hab global atau pun Alternative Dispute Resolution Global yang menjadikan Malaysia sebagai satu safe seat.
Lanjutan itu, Kerajaan Malaysia memberikan komitmen untuk memperkasa dan menjenamakan semula KLRCA. KLRCA juga ditempatkan semula di Bangunan Sulaiman atas usaha ini pada tahun 2018.
Dalam usaha Kerajaan Malaysia dalam memperkukuh status negara sebagai satu safe seat, KLRCA dinamakan sebagai Asian International Arbitration Centre Malaysia.
Penjenamaan itu merupakan langkah pertama dalam mempromosikan Malaysia sebagai hab ADR global dan kemudian KLRCA sebagai tempat yang diiktiraf untuk menyelesaikan pertikaian antarabangsa.
Pindaan yang dicadangkan itu adalah langkah kedua ke arah peningkatan bilangan kes antarabangsa di Malaysia dan pengukuhan status Malaysia sebagai tempat yang selamat dengan mengguna pakai pindaan-pindaan terkini Model Undang-undang UNCITRAL dalam Undang-undang Timbang Tara di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, Pusat Timbang Tara Malaysia atau Asian International Arbitration Centre (AIAC) yang dahulunya dikenali sebagai KLRCA adalah bertujuan untuk mempergiatkan usaha pengukuhan pemasaran dan promosi dengan lebih berkesan. Ini termasuk usaha untuk menubuhkan satu badan latihan yang dipanggil Asian Institute for Alternative Dispute Resolution. Penubuhan satu pakatan timbang tara untuk menangani pertelingkahan yang berbangkit daripada inisiatif ‘belt and road’ dan pelbagai inisiatif lain sama ada dari perspektif serantau atau pun domestik.
Satu memorandum Jemaah Menteri berkenaan usaha-usaha penjenamaan dan pemerkasaan semula pusat timbang tara serantau KLRCA telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2017.
Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Dalam hal ini, sebagai langkah pertama ke arah penjenamaan dan memperkasakan AIAC, AIAC telah mengusulkan penjenamaan semula Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur
(KLRCA) kepada Pusat Timbang Tara Antarabangsa Malaysia atau Asian International Arbitration Centre Malaysia melalui Akta Timbang Tara (Pindaan) 2018, Akta A1563 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan mula berkuat kuasa pada 28 Februari tahun ini.
Lanjutan daripada langkah penjenamaan semula AIAC, kini AIAC mencadangkan penambahbaikan kepada rangka perundangan sedia ada bagi memperkasakan Malaysia sebagai satu hab penyelesaian pertelingkahan bertaraf antarabangsa dan bagi mewujudkan platform yang kukuh untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju pusat penyelesaian pertikaian alternatif (ADR) di rantau Asia Pasifik dan di persada antarabangsa.
Cadangan pindaan rangka perundangan yang kini diusulkan adalah berasaskan UNCITRAL Model Law untuk memenuhi dan melaksanakan obligasi Malaysia kepada UNCITRAL. Selain itu, pindaan kepada Akta 646 selaras dengan UNCITRAL Model Law bertujuan sebagai satu langkah penyeragaman bagi Malaysia mengguna pakai piawaian antarabangsa iaitu UNCITRAL Model Law.
Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Cadangan pindaan ini juga dilihat dapat meningkatkan daya persaingan timbang tara dalam arena antarabangsa serta bertujuan menjadikan Malaysia sejajar dengan negara- negara maju yang lain dan meningkatkan statusnya sebagai destinasi penyelesaian pertelingkahan yang boleh dipercayai atau safe seat.
Berdasarkan faktor-faktor di atas dan langkah penyeragaman peruntukan undang- undang Malaysia dengan UNCITRAL, pindaan yang dicadangkan ini bertujuan untuk mengguna pakai semakan semula undang model 2006 untuk membawa Malaysia selaras dengan 23 negara yang timbang tara telah mengamalkannya. Pindaan yang dicadangkan khususnya berhasrat untuk menstrukturkan semula bidang kuasa mahkamah dan memastikan penetapan award timbang tara yang bersifat muktamad.
Antara lain pindaan yang dicadangkan ini memberi mahkamah kuasa pengawasan yang lebih besar terhadap timbang tara:
(i) melanjutkan skop langkah-langkah interim yang diberikan menurut semakan seksyen 11, dan seksyen 19J; dan
(ii) membenarkan mahkamah untuk menilai hal perkara pertikaian ketika memutuskan tentang kebolehtimbangtaraan selaras dengan pindaan seksyen 4(1).
Pindaan yang dicadangkan itu juga bertujuan meletakkan Malaysia setaraf dengan Singapura dan Hong Kong terutamanya dengan menetapkan dalam seksyen 33 yang telah disemak semula dengan jelas berhubung dengan pemberian faedah pra award dan pasca award bagi mahkamah dan tribunal timbang tara. Cadangan pemansuhan seksyen 42 dan seksyen 43 tidak akan menjejaskan bidang kuasa mahkamah. Ini kerana:
(i) seperti yang dinyatakan di atas, mahkamah akan menikmati kuasa penyeliaan yang lebih besar seperti seksyen 37 dan seksyen 39 dengan pengecualian dasar awam kekal tidak berubah; dan
(ii) tidak ada peruntukan sedemikian di dalam kedua-dua semakan Undang-undang Model UNCITRAL yang merupakan satu rangka kerja undang-undang yang telah dilaksanakan oleh lebih daripada 109 buah negara di seluruh dunia.
Salah satu indikator utama Indeks Daya Saing Global ialah kecekapan rangka kerja undang-undang dalam menyelesaikan pertikaian. Malaysia menduduki tempat ke-23 dalam Laporan Daya Saing Global 2017. Singapura dan Hong Kong yang masing-masing menduduki tangga pertama dan keenam dunia di mana bagi rantau ini, Malaysia berada di kedudukan ketiga di belakang Singapura dan Hong Kong.
Pindaan yang dicadangkan akan memperbaiki rangka kerja undang-undang dalam menyelesaikan pertikaian dan dengan itu akan menyumbang secara positif kepada kedudukan Malaysia dalam Indeks Daya Saing Global. Peningkatan kedudukan Malaysia dalam laporan tersebut akan menjadi petunjuk kepada pelabur asing dan pelaburan yang datang ke Malaysia. Dengan itu, peningkatan ekonomi Malaysia dan peningkatan pendapatan selaras dengan dasar negara.
Daripada perspektif perundangan, Akta Timbang Tara 2005 yang berdasarkan semakan 1985, Undang-undang Model tidak mencerminkan perkembangan dalam timbang tara antarabangsa di peringkat global dan serantau. Pindaan yang dicadangkan mengguna pakai semakan semula Undang-undang Model 2006 adalah tepat pada masanya memandangkan Singapura dan Hong Kong yang telah melangkah lebih jauh dengan meminda Akta Timbang Tara masing-masing untuk memberi peningkatan autonomi parti dan kejelasan yang terdapat di bawah kedua-dua semakan pada tahun 1985 dan 2006 Undang- undang Model UNCITRAL.
Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Pindaan yang dicadangkan itu bertujuan untuk mengikuti perkembangan Singapura dan Hong Kong di mana pastinya akan memberi kelebihan kepada Malaysia memandangkan lokasi strategik negara, kepakaran yang kita miliki serta kos yang lebih rendah. Pindaan- pindaan ini pastinya akan turut membantu untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Global Kompetitif Indeks.
Justeru itu Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Dewan yang mulia, Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) (No. 2) 2018 yang dicadangkan ini keseluruhannya mengandungi 13 fasal seperti berikut.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta yang dicadangkan dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan meminda seksyen 2, Akta 646 dalam takrif Tribunal Timbang Tara untuk menghapuskan ketaksaan dan untuk memastikan kejelasan berhubung dengan award yang dikeluarkan oleh penimbang tara kecemasan.
Fasal 3 bertujuan memasukkan seksyen baru 3A dalam Akta 646 untuk memastikan bahawa kedua-dua pihak domestik dan antarabangsa mempunyai kebebasan untuk memilih perwakilan melalui mana-mana wakil.
Fasal 4 bertujuan meminda seksyen 4, Akta 646 dengan memasukkan peruntukan berkenaan dengan kerelevanan, kebolehtimbangtaraan hal perkara apabila memutuskan persoalan mengenai kebolehtimbangtaraan sesuatu pertikaian.
Fasal 5 bertujuan meminda seksyen 9, Akta 646 untuk mengadakan peruntukan bagi satu kerangka untuk mengiktiraf perjanjian timbang tara yang dibuat dalam bentuk elektronik.
Fasal 6 bertujuan meminda seksyen 11, Akta 646 untuk mengadakan peruntukan bagi bidang kuasa mahkamah tinggi untuk memberikan langkah interim.
Fasal 7 bertujuan meminda seksyen 19, Akta 646 untuk mengadakan peruntukan bagi kuasa Tribunal Timbang Tara untuk memberikan langkah interim serupa dengan langkah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi.
Fasal 8 bertujuan untuk memasukkan seksyen 19A, 19B, 19C, 19D, 19E, 19F, 19G, 19H, 19I dan 19J dalam Akta 646.
Seksyen baru 19A yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan syarat-syarat memberikan langkah interim.
Seksyen baru 19B yang dicadangkan adalah bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi permohonan untuk perintah permulaan dan syarat-syarat untuk memberikan perintah permulaan. Perintah permulaan memperuntukkan satu cara untuk memelihara status quo sehingga Tribunal Timbang Tara mengeluarkan satu langkah interim.
Seksyen baru 19C yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi mekanisme spesifik yang mengawal selia pemberian perintah permulaan yang menetapkan perlindungan untuk pihak yang terhadapnya perintah permulaan itu diarahkan.
Seksyen baru 19D yang dicadangkan memperuntukkan bahawa Tribunal Timbang Tara diberi kuasa untuk mengubahsuai, menggantung atau menamatkan suatu langkah interim.
Seksyen baru 19E yang dicadangkan memperuntukkan bahawa Tribunal Timbang Tara boleh mengehendaki pihak yang meminta satu langkah interim untuk mengadakan jaminan melainkan jika Tribunal Timbang Tara fikirkan bahawa ia tidak sesuai atau tidak perlu untuk berbuat demikian.
Seksyen baru 19F yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi obligasi satu pihak untuk menzahirkan apa-apa perubahan penting dalam hal keadaan tertentu untuk memastikan keputusan yang adil dan saksama dalam memberikan langkah interim.
Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Seksyen baru 19G yang dicadangkan memperuntukkan bahawa liabiliti untuk membayar kos dan ganti rugi adalah pada pihak yang meminta satu langkah interim atau yang mohon satu perintah permulaan jika pihak itu gagal dalam permintaan atau permohonan sedemikian.
Seksyen baru 19H yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengiktirafan kebolehkuatkuasaan satu langkah interim yang dikeluarkan oleh satu Tribunal Timbang Tara.
Seksyen baru 19I yang dicadangkan memperuntukkan alasan untuk menolak pengiktirafan atau menguatkuasakan satu langkah interim.
Seksyen baru 19J yang dicadangkan memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk mengeluarkan suatu langkah interim berhubung dengan satu Tribunal Timbang Tara, Fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 30, Akta 646 untuk memperuntukkan bahawa pihak-pihak kepada prosiding timbang tara boleh memilih kepada undang-undang yang terpakai kepada isu pertikaian.
Fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 33, Akta 646 untuk memberi kuasa kepada Tribunal Timbang Tara untuk mengaward kaedah pra award dan pasca award.
Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Fasal 11 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 41A dan 41B dalam Akta 646.
Seksyen baru 41A dan 41B yang dicadangkan bertujuan untuk melindungi kerahsiaan prosiding timbang tara yang merupakan salah satu unsur teras timbang tara; dan Fasal 12 dan 13 bertujuan untuk memotong seksyen 42 dan 43 Akta 646.
Seksyen 42 dipotong untuk menggalakkan timbang tara sebagai satu bentuk alternatif penyelesaian pertikaian.
Seksyen 43 dipotong sebagai pindaan berbangkit kepada pemotongan seksyen 42.
Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Seri Ahmad bin Haji Maslan
Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Timbang Tara 2005 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Sila.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Nampaknya saya seorang yang berbahas pada petang ini. Hujan lebat ini. Baik, bagi saya terus dengan point Tuan Yang di-Pertua. Ucapan pun pendek sahaja. Nampaknya isu yang paling substantial dalam rang undang-undang ini adalah mengenai kuasa kepada Tribunal Timbang Tara untuk membuat interim measures ataupun langkah-langkah interim.
Saya difahamkan ini seumpama memberi satu interim injunction ataupun interim mandamus. Soalan dasar pertama saya, adakah sama ada ini langkah-langkah interim injunction ini, interim measures ini adalah selaras atau tidak dengan international law. Saya faham, ini adalah satu pindaan yang berdasarkan UNCITRAL, akan tetapi dalam specific issue tentang interim measures, adakah terdapat dalam basic international law? Setahu saya, kalau kita adakah proses arbitration semestinya berdasarkan mutual agreement dua pihak dan biasanya kita akan adakan satu mutual agreement di dalam bentuk agreement perjanjian bertulis. Sebagai peguam dahulu peguamlah. Sekarang Ahli Parlimen kita selalunya, biasa ada dalam perjanjian satu arbitration clause dan arbitration clause itu saya tidak ingat sama ada atau tidak biasanya tidak ada *arbitration for interim measures.
Arbitration general* ada tetapi untuk interim measures tidak ada.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Jadi saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri sama ada interim measures ini spesifik ada atau tidak dalam international law ataupun UNCITRAL.
Mengenai fasal 8 iaitu pindaan pada seksyen 19 ini, pindaan ini memberi ruang mengenai enforcement oleh interim measures yang boleh dilakukan oleh Mahkamah Tinggi.
Akan tetapi apa yang membimbangkan saya mengenai pindaan seksyen 19(7)(3) di mana aplikasi untuk mendapatkan High Court Order ini boleh dan akan mengehadkan kuasa mahkamah di Malaysia.
Minister, saya hendak rujuk kepada 19J(3) very important yang saya baca dan saya akan baca dalam bahasa Inggeris, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “The High Court shall treat any findings of fact made in the course of such ruling by the arbitral tribunal as conclusive for the purposes of the application.
Maknanya di dalam kes di mana interim measures telah dibuat oleh arbitration dan dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk enforcement, Mahkamah Tinggi tidak boleh lihat fakta- fakta kes itu sebab arbitration tribunal has set the conclusive finding of fact. Bagi saya, dengan izin, this clause subverts the independence and powers of other Malaysian judiciary. Ia menghakis dengan indirectly sovereignity negara Malaysia.
Soalan kedua saya, adakah seksyen pindaan ini mengikut panduan United Nations Commission of International Trade Law Model? Deos it follow UNCITRAL di mana mahkamah local, mahkamah Malaysia memberi kuasa penuh kepada Tribunal Timbang Tara untuk memastikan conclusive finding of fact. Saya ingin menasihati Yang Berhormat Menteri supaya meminda semula klausa ini because we cannot empower the interest of corporations over the interest of our natural justice by our courts. Jadi oleh ini, sekiranya diluluskan pindaan spesifik ini 19J(3) ini, ia akan menjadikan mahkamah kita Mahkamah Tinggi kita sebagai satu rubber stamp on the issue of finding of facts. Ini akan menimbulkan fundamental constitutional issue. Bolehkah Parlimen mengehadkan kuasa mahkamah kita? So, Minister, dengan izin, please don’t embarrass the court, embarrass everybody here in Parliament. I expect a good reply from you. Akan tetapi kalau boleh itu tarik balik pindaan ini. Study a bit better then present again dalam after the election. Itu sahaja ucapan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Saya tunggu kalau ada lagi. Tidak ada ya? Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya. Saya tidak pasti sama ada penyampaian saya tadi tidak jelas atau tidak. Saya sudah pun beritahu yang pertama tentang- sama ada ia menepati piawaian antarabangsa. Sebenarnya ya, sebab waktu kita meluluskan Akta Timbang Tara yang diwartakan awal tahun ini, kita guna pakai satu perkara yang tidak mengambil kira perubahan yang dibuat oleh UNCITRAL. Maknanya memang ia sudah mematuhi pun.
Malahan saya juga menjelaskan dalam penjelasan tadi kegagalan kita untuk mengikuti pindaan terbaru menyebabkan kita kerugian berbanding Singapura dengan Hong Kong. Jadi sebenarnya apa yang dibuat ini, pertama ia memang menepati kepada piawaian.
Kedua, ia sebenarnya untuk kita mengikuti langkah Singapura dan Hong Kong yang mana dalam rantau ini Singapura nombor satu, Hong Kong nombor dua. Kita nombor tiga.
Akan tetapi kita masih ketinggalan kerana kita mengguna pakai model law yang lama dalam meluluskan Akta Timbang Tara. Jadi sebenarnya memang ia selaras dengan piawaian antarabangsa.
Mengenai tentang konflik dengan mahkamah. Disebut tentang seksyen 19. Boleh saya katakan bahawa tentang seksyen 11 dan seksyen 19 ini tidak ada konflik kerana pihak- pihak itu boleh memilih untuk mohon di antara timbang tara atau pun mahkamah dalam menentukan interim. Bergantung kepada prosiding yang telah ditetapkan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Malahan kalau saya boleh beritahu, sebenarnya Mahkamah Tinggi boleh menimbangkan semula penentuan Tribunal Timbang Tara dalam keadaan di mana keputusan sedemikian adalah perlu untuk melindungi pihak ketiga.
Jadi maknanya tidak ada pelanggaran dalam undang-undang negara ataupun menidakkan kuasa mahkamah kerana semuanya itu telah diambil kira dan dilaksanakan di mana-mana negara sekalipun. Malahan kuasa dengan penghapusan seksyen 42 dan seksyen 43, kuasa turut diberi dengan lebih luas dalam pindaan yang dibuat. Ya Yang Berhormat.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yalah, tadi Yang Berhormat Menteri membentangkan 19J tadi itu Yang Berhormat Menteri kata ini adalah untuk competition purposes. Akan tetapi pembacaan saya dalam 19J(3) ia jelas menunjukkan bahawa arbitral tribunal as conclusive for the purposes of the application. Jadi maknanya mahkamah kita telah memberi kuasa on the finding of fact to the arbitral tribunal in consideration of the application. Saya rasa ini memang terlalu penting. Bagi saya, saya tidak ada comparison dengan apa yang dibuat di Hong Kong ataupun Singapura.
Saya minta Yang Berhormat Menteri kalau boleh secara bertulis pun boleh buat semakan dan beri suatu jawapan yang terus.
Oleh sebab bagi kita kalau perkara ini timbul dalam apa-apa perbalahan di mahkamah suntuk harilah, kita kena periksa balik the true construction of the law. Apa yang kita bincangkan, berdebat di antara saya dan juga Yang Berhormat Menteri di Parlimen sekarang. Jadi tersangat penting. Kalau boleh itu Yang Berhormat Menteri bagi jawapan sama ada Singapura mengamalkan klausa yang sama di mana tribunal boleh buat ruling conclusive finding of fact dalam isu aplikasi enforcement of the interim measures. Terima kasih.
Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Sementara Yang Berhormat minta yang bertulis, saya bacakan dahulu apa yang ada di hadapan saya.
Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Pindaan kepada 19J sebenarnya menyokong kepada pindaan seksyen 11 yang secara khusus memperuntukkan langkah interim yang boleh diberikan oleh Mahkamah Tinggi. Seksyen ini secara khusus menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi dalam mempertimbangkan permohonan langkah interim akan melaksanakan kuasanya mengikut tatacara mahkamah yang ditetapkan serta mengambil kira ciri-ciri khusus timbang tara antarabangsa.
Pindaan ini memberikan penjelasan bahawa tatacara Mahkamah Tinggi yang ditetapkan hendaklah mengatasi apabila mahkamah mempertimbangkan satu permohonan langkah interim tanpa mengambil kira sama ada timbang tara diputuskan di Malaysia.
Selain itu seksyen 11 juga memelihara peruntukan penting yang membenarkan penahanan harta oleh Mahkamah Tinggi dalam konteks timbang tara tuntutan maritim dengan menggunakan bidang kuasa MLT nya untuk mengambil jaminan sementara tuntutan maritim diteruskan. Untuk penentuan oleh timbang tara yang mengguna pakai undang- undang pilihan pihak-pihak yang bertikai. Maknanya kuasa yang diberikan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kelana Jaya sebenarnya diperuntukkan dalam pindaan kepada kuasa Mahkamah Tinggi.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya bagi pandangan sebab saya minta itu memang Yang Berhormat Menteri itu bagi jawapan bertulis. Pandangan saya senang. Isu apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di bawah fasal 11 ini adalah tentang prosedur. Kita pergi ke mahkamah ada dua perkara.
Pertama, finding of facts and second the procedural matter. Nampaknya jelas 19(J)(3) ini ialah di mana finding of facts memang ditolak habis. Diberi kepada kuasa conclusive to the tribunal. Jadi itulah yang kerisauan saya. Terima kasih.
Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Saya rasa saya sudah menjawab. Cuma saya hendak tambah, tadi tidak sempat hendak beritahu. Seksyen 19(J)(3) ini adalah satu perkara yang juga turut dilaksanakan di negara Singapura dan Hong Kong.
Nanti kalau Yang Berhormat bertulis juga nanti, kita bagilah seperti yang dikehendaki. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 13 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Datuk Seri Ahmad bin Haji Maslan) dan diluluskan]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Had Masa (Pindaan) 2018 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, Akta Had Masa 1953, Akta 254 merupakan satu akta yang memperuntukkan tempoh had masa untuk memulakan tindakan dan timbang tara. Secara khususnya perenggan 6(1)(a), Akta 254 mengehadkan tempoh masa untuk memulakan tindakan undang-undang bagi kes kontrak dan tort iaitu tempoh enam tahun yang dikira dari tarikh kausa tindakan terakru sebelum 1983.
Prinsip undang-undang yang diguna pakai untuk menentukan permulaan tarikh kausa tindakan terakru bagi kes tort ialah discoverability test. Ini bermakna kausa tindakan bagi kes tort hanya bermula apabila satu kerosakan diketahui.
Walau bagaimanapun pada 1983, House of Lords dalam kes ‘Pirelli General Cable Works Ltd lawan Oscar Faber & Partners (A Firm)’ (1983) ataupun saya akan sebut sebagai Pirelli selepas ini telah memutuskan tarikh kausa tindakan terakru bagi kes tort bermula pada masa sesuatu kerosakan itu berlaku dan bukannya bermula pada kerosakan itu diketahui.
House of Lords memutuskan sedemikian kerana terikat secara stare decisis dengan keputusan dalam kes ‘Cartledge lawan E Jopling and Sons Ltd 1963’, AC 758.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Selepas keputusan dalam kes Cartledge v E Jopling and Sons pada 16 Januari 1963, Ahli Parlimen United Kingdom telah meluluskan Limitation Act 1963 untuk menangani masalah berkenaan dengan permulaan tarikh kausa tindakan terakru bagi kecederaan diri.
Namun begitu berdasarkan keputusan kes Pirelli, apa-apa tuntutan ganti rugi selain daripada kecederaan diri termasuk kes pembinaan, mahkamah masih terikat dengan prinsip kes Cartledge v E Jopling. Walau bagaimanapun, Lord Reid dalam kes ‘Cartledge v E Jopling’ turut menyatakan bahawa secara prinsipnya adalah tidak munasabah dan tidak adil untuk satu tindakan mula terakru sebelum sebarang kecederaan diketahui. Keputusan ini telah memberi kesan kepada tempoh had masa bagi kes tort terutamanya kes pembinaan yang melibatkan kerosakan pendam ataupun latent damage yang tidak diketahui walaupun pemeriksaan yang sepatutnya telah dilakukan.
Berikutan daripada kes Pirelli, seorang plaintif akan menghadapi halangan had masa kerana berkemungkinan plaintif tidak akan menyedari bahawa satu kerosakan telah berlaku sejak beberapa tahun dan kausa tindakan telah pun bermula dari tarikh kerosakan tersebut.
Walaupun kes Pirelli memutuskan sedemikian, Lord Fraser dalam kes tersebut bersetuju dengan pandangan Lord Reid dalam kes ‘Cartledge v E Jopling’ bahawa adalah tidak munasabah dan tidak adil untuk sesuatu tindakan mula terakru sebelum sebarang kecederaan diketahui dan Lord Fraser selanjutnya memutuskan bahawa undang-undang yang lebih mantap tersebut hanya boleh dipinda oleh Parlimen dan dipersetujui oleh Lord Carmont. Lanjutan daripada itu, Latent Damage Act 1986 telah diluluskan di England dengan memperkenalkan peruntukan baru berkenaan dengan kerosakan pendam.
Tuan Yang di-Pertua, mahkamah di Malaysia telah mengikut keputusan kes Pirelli berkenaan dengan tarikh kausa tindakan terakru dalam kes ‘Credit Corporation (M) Berhad lawan Fong Tak Sin (1991) 1 MLJ 409’, dan ‘Bank Bumiputera Malaysia lawan Tetuan Wan Marican Hamzah & Shaik’, dan lain-lain (1994) 1 MLJ 124 kerana peruntukan yang diputuskan dalam kes Pirelli iaitu seksyen 2, Limitation Act 1939 sama dengan subseksyen 6(1), Akta 254. Kedua-dua kes tersebut bukanlah kes yang melibatkan pembinaan tetapi kes yang melibatkan tuntutan ganti rugi dalam kes kemalangan jalan raya dan kecuaian defendan dalam menyempurnakan dokumen gadaian atau cagaran yang melibatkan kerugian kepada plaintif.
Di Singapura pula, keputusan dalam kes Pirelli telah diikuti dalam kes ‘People's Parkway Development Pte Ltd v Akitek Tenggara (1992) 2 SLR’ yang juga memutuskan bahawa tarikh kausa tindakan terakru apabila suatu kerosakan tersebut berlaku. Di England, undang-undang berkaitan dengan had masa telah dipinda selepas kes Pirelli. Pada tahun 1986, Latent Damage Act 1986, Chapter 37 telah meminda Limitation Act 1980, Chapter 58 berkaitan dengan tempoh had masa bagi kes kecuaian melibatkan kerosakan pendam tidak termasuk kecederaan diri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Latent Damage Act 1986 tersebut memperkenalkan peruntukan baharu seperti berikut:
(i) peruntukan yang membolehkan had masa dilanjutkan sehingga tiga tahun selepas plaintif mengetahui berlakunya kerosakan pendam bagi kes kecuaian sekiranya kerosakan tersebut tidak diketahui semasa date of accrual;
(ii) peruntukan yang menghalang mana-mana pihak daripada memulakan tindakan mahkamah melebihi tempoh 15 tahun daripada tarikh kawasan tindakan terakru;
(iii) peruntukan berkenaan dengan pelanjutan had masa bagi seseorang yang tidak berkeupayaan untuk membawa apa-apa tindakan sebelum tamat tempoh tiga tahun daripada tarikh dia terhenti menjadi hilang upaya atau meninggal dunia mengikut mana-mana yang berlaku dahulu; dan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Wira Razali bin Ibrahim
(iv) peruntukan untuk mengecualikan kes yang melibatkan maklumat yang disembunyikan secara fraud daripada kerosakan pendam yang tidak melibatkan fraud. Di Singapura pula, Limitation Act Chapter 163 telah dipinda melalui Limitation Amendments Act 1992 dengan memasukkan seksyen 24A yang baharu mengenai lanjutan masa bagi tindakan kecuaian, kacau ganggu dan pelanggaran kewajipan yang melibatkan kerosakan pendam dan kecederaan diri pendam.
Seperti di England, Singapura juga mengadakan seksyen 24B yang baharu bagi memperuntukkan overriding time limit selama 15 tahun daripada starting date iaitu date of breach of duty that gives rise to the action. Selain England dan Singapura, negara lain yang telah meminda Undang-undang Had Masa selepas kes Perilly ialah Hong Kong pada tahun 1991 melalui Limitation Amendment Ordinance 1991. Di Alberta, Kanada pula Limitation of Action Act yang telah diluluskan pada tahun 1935 dan dimansuhkan dan digantikan dengan Limitation Act yang baharu pada tahun 1999.
Tuan Yang di-Pertua, sejak kes Perilly diputuskan, tiada pindaan dibuat pada undang-undang berkaitan dengan had masa di negara kita. Berdasarkan perkembangan di negara lain yang telah meminda Undang-undang Had Masa bagi mengatasi kes Perilly, kerajaan telah memutuskan kajian cadangan pindaan kepada Akta 254 dengan mengambil kira peruntukan undang-undang di negara lain seperti England dan Singapura.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, Rang Undang-undang Had Masa
(Pindaan) 2018 adalah wajar digubal kerana dalam industri pembinaan, kerosakan pada reka bentuk dan kualiti kerja lazimnya dikaitkan dengan kerosakan pendam yang tidak dapat diketahui pada masa kerosakan itu berlaku. Undang-undang yang sedia ada tidak memberi peluang dan keadilan yang sewajarnya kepada pihak plaintif untuk mengambil tindakan bagi kes kerosakan pendam dalam kes pembinaan.
Rang undang-undang ini akan membolehkan seseorang plaintif mengambil tindakan berasaskan kecuaian yang melibatkan kerosakan pendam dalam kes pembinaan dengan membenarkan pelanjutan had masa tiga tahun daripada tarikh pengetahuan orang yang mempunyai klausa tindakan jika kerosakan itu tidak dapat ditemukan melalui pemeriksaan umum dan orang yang mempunyai klausa tindakan itu tidak tahu atau tidak dapat semunasabahnya dijangkakan untuk mengetahui tentang kerosakan tersebut.
Rang undang-undang ini juga melindungi mereka yang terlibat dalam industri pembinaan seperti jurutera dan arkitek apabila tempoh liabiliti akhir selama 15 tahun ditetapkan. Rang undang-undang ini memberikan hak kepada seseorang yang tidak berkeupayaan untuk membawa apa-apa tindakan bagi sesuatu kerosakan pendam dalam kes pembinaan sebelum habis tempoh tiga tahun daripada tarikh dia terhenti daripada menjadi hilang upaya atau meninggal dunia mengikut mana-mana yang berlaku dahulu.
Rang undang-undang ini juga selaras dengan Rang Undang-undang Had Masa di negara lain seperti England, Singapura, Hong Kong dan Alberta, Kanada yang telah membina Undang-undang Had Masa selepas kes Undang-undang Had Masa, bagi mengatasi kes Perilly.
Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaan dalam rang undang-undang ini digubal berpandukan kepada empat prinsip utama seperti berikut:
(i) peruntukan yang membolehkan had masa dilanjutkan sehingga tiga tahun selepas plaintif mengetahui berlakunya kerosakan pendam bagi kes kecuaian sekiranya kerosakan tersebut tidak diketahui semasa date of accrual;
(ii) peruntukan yang menghalang mana-mana pihak dalam memulakan tindakan mahkamah melebihi tempoh 15 tahun daripada tarikh klausa tindakan terakru;
(iii) peruntukan berkenaan dengan pelanjutan had masa bagi seseorang yang tidak berkeupayaan untuk membawa apa-apa tindakan sebelum tamat tempoh tiga tahun daripada tarikh dia terhenti menjadi hilang upaya atau meninggal dunia mengikut mana-mana yang berlaku dahulu; dan,
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Wira Razali bin Ibrahim
(iv) peruntukan yang mengecualikan kes yang melibatkan maklumat yang disembunyikan secara fraud daripada kerosakan pendam yang tidak melibatkan fraud. Berdasarkan empat prinsip utama tersebut, maka dapatlah dirumuskan bahawa pindaan yang dicadangkan ini akan dapat menyelesaikan isu-isu berbangkit berhubung dengan masalah isu tempoh had masa untuk memulakan tindakan bagi sesuatu kerosakan pendam dalam kes pembinaan yang tidak dapat dikesan pada masa kerosakan itu berlaku.
Cadangan pindaan ini akan menangani implikasi undang-undang dalam kes Undang-undang Had Masa, bagi mengatasi kes Perilly yang berkaitan dengan undang- undang pembinaan. Ini juga untuk memastikan pihak plaintif mendapat keadilan yang sewajarnya dan sekali gus menjadikan Akta 254 lebih komprehensif serta sesuai dengan perkembangan semasa.
Secara keseluruhannya, sebanyak dua seksyen baharu dimasukkan dan satu seksyen telah dipinda melalui rang undang-undang ini seperti berikut:
Fasal 1, mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan; Fasal 2, bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 6A ke dalam Akta 254 untuk membolehkan seseorang untuk mengambil tindakan berasaskan kecuaian yang tidak melibatkan kecederaan diri dengan membenarkan pelanjutan had masa tiga tahun daripada tarikh pengetahuan orang yang mempunyai klausa tindakan itu. Peruntukan ini mengambil kira kes kecuaian yang melibatkan kerosakan pendam dalam kes pembinaan.
Jika kerosakan itu tidak dapat ditemukan melalui pemeriksaan am dan orang yang mempunyai klausa tindakan itu tidak tahu ataupun tidak dapat semunasabahnya dijangkakan mengetahui tentang kerosakan itu. Walau bagaimanapun, peruntukan ini menghalang mana- mana orang daripada memulakan prosiding mahkamah lebih daripada 15 tahun selepas tarikh selepas klausa tindakan itu terakru walaupun ia akan mengakibatkan tempoh had masa yang dilanjutkan menjadi kurang daripada tiga tahun atau kerosakan itu ditemui selepas 15 tahun.
Bagi menjelaskan peruntukan ini, izinkan saya memberikan beberapa misalan.
Misalan pertama adalah, bagi situasi kerosakan yang diketahui pada tahun kelapan daripada tarikh klausa tindakan terakru. Contoh pada 1 Januari 2000, Ali membeli rumah daripada Syarikat Bina Rumah Sendirian Berhad. Pada 1 Januari 2010, Ali menyedari terdapat retakan yang telah merosakkan dinding dengan teruk.
Satu laporan daripada perunding menunjukkan bahawa retakan telah wujud pada tahun 2002, dua tahun setelah Ali memasuki rumah tersebut. Ali mempunyai tiga tahun daripada 1 Januari 2010 untuk memfailkan tindakan terhadap Syarikat Bina Rumah Sendirian Berhad di mahkamah untuk menuntut ganti rugi.
Berdasarkan Undang-undang Had Masa pada masa ini, Ali tidak boleh memfailkan tindakan terhadap Syarikat Bina Rumah Sendirian Berhad kerana telah melebihi tempoh had masa enam tahun. Dengan pindaan yang dicadangkan, Ali mempunyai masa tiga tahun lagi, daripada 1 Januari 2010 untuk memfailkan tindakan bagi menuntut ganti rugi.
Misalan seterusnya adalah bagi situasi kerosakan yang diketahui pada tahun keempat daripada tarikh klausa tindakan terakru. Pada 1 Januari 2000, Ali beli rumah daripada Syarikat Bina Rumah Sendirian Berhad. Pada 1 Januari 2006, Ali menyedari terdapat rekahan yang telah merosakkan dinding dengan teruk.
Satu laporan daripada perunding menunjukkan bahawa retakan telah wujud pada tahun 2002, dua tahun setelah Ali memasuki rumah tersebut. Ali mempunyai tiga tahun daripada 1 Januari 2006 untuk memfailkan tindakan terhadap Syarikat Bina Rumah Sendirian Berhad di mahkamah untuk menuntut ganti rugi.
Berdasarkan Undang-undang Had Masa pada masa ini, Ali mempunyai dua tahun untuk memfailkan tindakan terhadap Syarikat Bina Rumah Sendirian Berhad kerana kerosakan pada tahun keempat klausa tindakan terakru. Dengan pindaan yang dicadangkan, Ali mempunyai masa selama tiga tahun lagi, daripada 1 Januari 2006 untuk memfailkan tindakan untuk menuntut ganti rugi.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Begitu juga jika kerosakan yang diketahui pada tahun kelima dari tarikh klausa tindakan terakru. Contoh, pada 1 Januari 2000, Ali membeli rumah daripada Syarikat Bina Rumah Sendirian Berhad. Pada 1 Januari 2007, Ali menyedari terdapat retakan yang telah merosakkan dinding dengan teruk.
Satu laporan daripada perunding menunjukkan bahawa retakan telah wujud pada tahun 2002, dua tahun setelah Ali memasuki rumah tersebut. Ali mempunyai tiga tahun daripada 1 Januari 2007 untuk memfailkan tindakan terhadap Syarikat Bina Rumah Sendirian Berhad di mahkamah untuk menuntut ganti rugi. Berdasarkan Undang-undang Had Masa pada masa ini, Ali mempunyai satu tahun untuk memfailkan tindakan terhadap Syarikat Bina Rumah Sendirian Berhad kerana kerosakan diketahui pada tahun kelima klausa tindakan terakru. Dengan pindaan yang dicadangkan, Ali mempunyai masa selama tiga tahun lagi, daripada 1 Januari 2007 untuk memfailkan tindakan untuk menuntut ganti rugi.
Bagaimana pula jika situasi kerosakan yang diketahui selepas 15 tahun daripada tarikh klausa tindakan terakru? Contoh, pada 1 Januari 2000, Ali beli rumah daripada Syarikat Bina Rumah Sendirian Berhad.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Pada 1 Januari 2017, Ali menyedari terdapat retakan yang telah merosakkan dinding dengan teruk. Satu laporan daripada perunding menunjukkan bahawa retakan telah wujud pada tahun 2001, setahun setelah Ali masuk rumah tersebut. Ali tidak boleh memulakan tindakan kerana melebihi had tempoh 15 tahun.
Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 24A ke dalam Akta 254 untuk mengadakan suatu tempoh had masa khas bagi orang yang tidak berkeupayaan bagi kes di bawah seksyen 6A yang dicadangkan. Tempoh had masa itu ialah tiga tahun daripada tarikh orang itu terhenti menjadi hilang upaya atau meninggal dunia tetapi tindakan tidak boleh dibawa selepas 15 tahun daripada tarikh kausa tindakan itu terakru.
Bagi menjelaskan peruntukan ini, izinkan saya sekali lagi memberi beberapa misalan. Misalan ini ialah bagi situasi apabila tindakan boleh diambil dalam tempoh tiga tahun dari tarikh orang kurang upaya terhenti menjadi hilang upaya.
Pada 1 Januari 1987, defendan Syarikat Bina Rumah Sdn Berhad telah membina sebuah bangunan yang dia bertanggungan dalam tort kecuaian kepada pemilik iaitu Preeta.
Kerosakan sebenarnya berlaku pada tahun 1998 sekali gus mencetuskan kausa tindakan.
Pada 1 Januari 1989, Preeta menjadi kurang upaya dan tidak sedar sehinggalah 1 Januari 1993. Preeta mempunyai tiga tahun dari 1 Januari 1993 untuk memfailkan tindakan terhadap Syarikat Bina Rumah di mahkamah untuk menuntut ganti rugi.
Berdasarkan undang-undang had masa pada masa kini, Preeta boleh memfailkan tindakan terhadap Syarikat Bina Rumah Sdn Berhad pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh enam tahun dari kausa tindakan terakru. Preeta mempunyai setahun sahaja daripada 1 Januari 1993 untuk memfailkan tindakan di mahkamah untuk menuntut ganti rugi. Dengan pindaan dicadangkan, Preeta mempunyai masa tiga tahun lagi dari tahun 1993 untuk memfailkan tindakan untuk menuntut ganti rugi.
Misalan kedua pula adalah bagi situasi apabila tindakan tidak boleh dibawa selepas 15 tahun dari tarikh kausa tindakan itu terakru. Contoh, pada 1 Januari 1987, defendan Syarikat Bina Rumah Sdn Berhad telah membina sebuah bangunan dan dia bertanggungan dalam tort kecuaian kepada pemilik iaitu Preeta. Kerosakan sebenar berlaku pada tahun 1988 sekali gus mencetus kausa tindakan. Pada 1 Januari 1989, Preeta menjadi kurang upaya dan tidak sedar sehingga 1 Januari 2004. Preeta tidak boleh memulakan tindakan kerana telah melebihi tempoh had masa 15 tahun.
Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan suatu subseksyen baharu 29 subseksyen (2) ke dalam Akta 254 untuk mengecualikan seksyen baharu 6A yang dicadangkan dengan apa- apa tindakan yang berhubungan dengan hak tindakan yang disembunyikan oleh fraud.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Sebagai contoh, Ali beli rumah daripada Syarikat Bina Rumah Sdn Berhad. Syarikat Bina Rumah telah menggunakan material yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Namun, fakta tersebut disembunyikan secara fraud. Rumah tersebut telah mengalami kerosakan struktur yang teruk dan laporan pakar mengesahkan kerosakan disebabkan oleh material yang tidak berkualiti. Ali boleh memfailkan tindakan di mahkamah untuk menuntut ganti rugi terhadap Syarikat Bina Rumah Sdn Berhad, pada bila-bila masa selepas fraud tersebut diketahui dan tempoh had masa yang dinyatakan dalam seksyen 6A tidak terpakai.
Akhir sekali fasal 5 bertujuan untuk memperkatakan peruntukan kecualian dan peralihan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Seri Ahmad bin Haji Maslan
Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah rang undang- undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Had Masa 1953 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Sila.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya terpanggil untuk berbahas tentang isu ini bersama dengan kawan baik saya Yang Berhormat Kapar.
Rang undang-undang ini saya baca ialah mengenai isu latent damage to bangunan.
Saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana inilah satu- satunya rang undang-undang yang baik dan terdapat enam ilustrasi dan penggunaan ilustrasi ini memang tepat dan memang memberi pandangan yang baik tentang isu dia. Saya faham dan appreciate apa yang Yang Berhormat Menteri cakap tentang court cases di UK itu dan juga yang diamalkan di Kanada dan Australia semua inilah.
Bagi saya, rang undang-undang ini baik untuk consumer protection iaitu jelasnya ialah pembeli rumah dan rumah ini merupakan satu-satunya investment yang terbesar setiap orang yang buatlah. RM300,000, RM400,000, RM1 juta, RM10 juta. Rumah besar atau kecillah. Jadi latent damage ini penting.
Saya cuma hendak tanya dua, tiga soalan sahaja. Soalan pertama ialah saya ingin tanya sama ada Yang Berhormat Menteri telah berbincang dengan REHDA, Housing Developer Association tentang rang undang-undang ini? Ini penting sebab mereka adalah the developer dan kita perlu mendapat feedback daripada developers sama ada had limitation ini patut diperpanjangkan dan sama ada mereka setuju atau tidak.
Saya juga ingin tahu sama ada kementerian telah membuat kajian atau study tentang kebiasaannya bilakah sebuah rumah itu akan mendapat latent damage. Is it in the first three years lepas kunci diberi atau lima tahun, 10 tahun, 20 tahun? Was there a study done? Adakah Yang Berhormat Menteri mendapat data daripada REDHA ataupun daripada consumer group untuk membuat rang undang-undang ini?
Saya bukannya seorang peguam tort atau negligence dan bukannya conveyancing.
Saya memang- saya cuma buat mergers and acquisition. Corporate lawyer. Jadi saya tidak berapa pandai dalam isu conveyancing tetapi setahu saya, latent defect liability period dalam perjanjian yang biasanya beli rumah ini, S&P for house, adalah di antara 24 bulan ke 36 bulan.
Rang undang-undang ini akan menukar konsep limitation dengan perjanjian di antara pembeli dan penjual dan juga apa yang diberikan sebagai satu rang undang-undang dan had masa lah. So, kalau boleh Yang Berhormat Menteri boleh beri explanation yang lebih tentang perkara ini. How is it going to affect the latent defect period untuk perjanjian S&P?
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Akhirnya, saya ingin tanya macam mana kita dapat 15 tahun ini? This limitation selama 15 tahun berdasarkan apa? Adakah ini dasar report daripada engineer ataupun daripada QS? Soalannya senang sebab itu isu dia macam ini ya. Saya bagi ilustrasi. Kalau saya beli rumah, when can I expect this house to last for how long, berapa lama? Kalau saya beli rumah baru, when can I expect- is it for 15 years, 100 years? Takkanlah rumah ini boleh last 100 years-lah. Jadi sekurang-kurangnya 20 tahun, 30 tahun should be in perfect condition. Jadi sama ada limitation 15 tahun ini berdasarkan satu expectation daripada consumer atau tidak?
Jadi akhirnya saya hendak cakap ini fasal 5 dan fasal 3. Fasal 3 tentang disability.
Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri, this is a very good thing sebab kita kena protect disabled people and disabled consumer in particular. Mengenai fasal 5, fraud, itu adalah satu pindaan yang baik sekali. Oleh itu, saya dengan terus teranglah saya akan menyokong pindaan ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sila.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk saya membahas terhadap pindaan rang undang-undang ini ke atas Akta Had Masa 1953.
Cadangan yang dicadangkan itu memang adalah sesuatu yang penting tetapi memang ada kes-kes di mana memang tidak boleh terpakai. Saya ingin mengambil satu contoh di mana insiden keruntuhan pada struktur di Bangunan UMNO negeri Pulau Pinang di mana bangunan itu siap dibina pada tahun 1997, dan pemilik asal itu adalah Amanah Capital Malaysia dan telah dijual bangunan itu kepada DKP Sdn. Berhad pada tahun 2007.
Insiden tersebut berlaku pada tahun 2013.
Jadi selepas insiden tersebut, Suruhanjaya Siasatan Negeri telah ditubuhkan dan selepas itu pada tahun 2015 telah diterbitkan satu laporan yang mengesahkan ini berlakunya atas kecuaian pihak arkitek pada tahun 1995, arkitek yang design bangunan itu. Kerja itu dilakukan pada tahun 1995.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Pada kebiasaannya jikalau terdapat apa-apa kecacatan daripada segi struktur bangunan itu, semestinya arkitek atau jurutera yang kena bertanggungjawab. Mereka kena bertanggungjawab untuk seumur hidup. Akan tetapi ada kes di mana memang walaupun ada jaminan seumur hidup, arkitek atau jurutera itu akan mati atau meninggal dunia. Mereka tidak akan wujud selama-lamanya.
Akan tetapi jikalau dalam kes insiden Bangunan UMNO Negeri Pulau Pinang, sehingga 2015 baru disedari insiden tersebut berlakunya atas kecuaian arkitek. Jikalau dengan adanya pindaan ini, maka JKP Sendirian Berhad dia boleh mengambil tindakan terhadap Amanah Capital Malaysia kerana- jikalau sebab itu dapat ditentukan pada tahun 2013, ia boleh ada masa sehingga 2016 untuk mengambil tindakan.
Jadi ini jikalau lanjutan masa yang diberikan memang ini terdapatnya masalah daripada- sama ada dari segi reka bentuk bangunan tersebut. Ini mungkin berlaku sudah lebih 15 tahun. Walaupun ada lanjutan 15 tahun diberikan dari segi klausa tindakan terakru itu. Akan tetapi dalam kes ini, ini tidak terpakai. Jikalau tindakan itu diambil terhadap pemilik asal Amanah Capital Malaysia, mungkin pun tidak sempat kerana laporan hanya dapat diterbitkan pada tahun 2015, tinggal kurang daripada satu untuk memfailkan semua tindakan itu.
Jadi saya rasa, ini juga akan berlakunya satu keadaan di mana pemilik yang seterusnya mereka gagal menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan. Jikalau kerja- kerja penyelenggaraan tidak dapat dijalankan dengan baik oleh pemilik seterusnya sama ada tindakan sedemikian masih boleh diambil terhadap pemilik yang asal.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Jadi saya rasa, jikalau kita beri tempoh masa 15 tahun ini, ini akan seolah-olah kita menggalakkan pemilik bangunan tidak perlu membuat kerja-kerja penyelenggaraan yang baik kerana jikalau hendak buat- jikalau diambil tindakan kerja-kerja penyelenggaraan yang baik masih mereka perlu bertanggungjawab.
Di bawah seksyen 85A, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 semua bangunan yang ketinggian lebih lima tingkat, mereka dikehendaki membuat pemeriksaan bangunan secara visual, secara berskala setiap 10 tahun. Akan tetapi hakikat dalam negara kita, walaupun PBT yang mengeluarkan notis untuk pemilik bangunan menjalankan pemeriksaan ke atas bangunan mereka tetapi pada kebiasaannya kerja-kerja penyelenggaraan itu tidak dibuat, pemeriksaan tidak dibuat walaupun ada notis dikeluarkan tetapi laporan akhirnya tidak disediakan.
Jadi ini akan menyebabkan bangunan semakin lama akan semakin lebih bahaya.
Jikalau pemilik yang kedua, ketiga itu mereka selepas memiliki bangunan itu hanya dijual kepada pemilik yang seterusnya. Akan tetapi kerana limitasi pindaan dari segi tempoh masa ini memberikan ruang untuk pemilik terkini mengambil tindakan terhadap pemilik yang sebelum itu. Jadi ini mungkin bukan kecuaian mereka tetapi ini akan membuka satu ruang supaya pemilik yang selanjutnya akan selalu diambil tindakan oleh pemilik terkini walaupun kecuaian ini sudah berlaku lebih awal oleh pemilik yang sebelum itu.
Jadi saya pohon satu penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri. Adakah sebarang kes yang terkini yang menyebabkan pindaan ini perlu dilakukan dengan segera?
Saya rasa kes law yang dipetik itu yang berlaku pada tahun 1960-an. Mungkin bukan satu sebab-sebab yang nyata untuk menyebabkan kita perlu membuat pindaan ke atas akta ini.
Adakah sebarang kes yang terkini menyebabkan pindaan ini perlu dibentangkan dan diluluskan dalam Dewan ini? Pohon penjelasan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kapar.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Izinkan saya membawa beberapa isu di bawah Akta Had Masa 1953 yang kita buat pindaan pada hari ini.
Apabila seseorang ingin menuntut ganti rugi dalam kes sivil seperti yang diketahui, seseorang itu harus memfailkan kes tersebut di Mahkamah Sivil dalam satu jangka masa tertentu dan mengikut seksyen 6(1) Akta Ibu- Had Masa 1953. Sesuatu tindakan yang terbit daripada kontrak atau tort haruslah dibawa ke mahkamah dalam tempoh masa enam tahun.
Selepas tempoh masa ini, sebarang tuntutan tidak boleh difailkan di mahkamah kecuali kalau kita kaitkan balik kepada seksyen 29 Akta Ibu di bawah had masa.
Akan tetapi hari ini kita bicara tentang kecacatan pendam ataupun dalam bahasa Inggeris, dengan izin, latent defect yang membawa secara khususnya memasukkan seksyen 6A dan 24A. Saya pada asasnya menyokong akta ini walaupun dibawa dan dipinda agak lambat. Sepatutnya dilakukan lebih awal lagi untuk kita mengelakkan beberapa situasi yang telah bangkit secara praktikal di luar apabila masyarakat sedang menghadapi masalah tentang bangunan-bangunan yang mereka duduki.
Saya mendapati kesemua ilustrasi di sini menerangkan objektif asal akta ini dipinda iaitu masuk kepada tarikh kerosakan itu diketahui. Itu adalah sesuatu yang saya rasa adil, saksama, bagus sebab seseorang yang membeli apa-apa bangunan, ketika dibeli semuanya adalah dalam kedudukan yang cantik, menarik dan sebagainya. Akan tetapi selepas menduduki beberapa lama, kita dapati di sini ilustrasi (A), (B) mahupun (C) secara spesifiknya menggunakan perkataan bahawa kita memulakan sesuatu kes apabila dia discover a crack which damaged the walls and so on so forth. Itu adalah satu ilustrasi yang betul-betul tepat dan adalah menginterpretasikan akta ini dalam penggunaan pada masa yang akan datang.
Persoalan yang saya ingin bangkitkan adalah berkenaan dengan liability under the building contract yang selalunya disimpan oleh kontraktor dalam kejadian ataupun secara praktikal Yang Berhormat Menteri, selalunya ia ada 12 bulan sahaja iaitu satu tahun.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Itu adalah warranty yang diberikan oleh kontraktor dalam apa-apa kontrak yang mereka wujudkan antara mereka dengan pihak pemilik rumah. Apabila kita menerima satu pindaan begini, apakah kesan dan impak kontrak-kontrak terhadap kontraktor dan pembeli rumah pada masa akan datang? Adakah kontraktor-kontraktor ini wajar dan wajib mengikuti pindaan ini dan dimasukkan dalam klausa-klausa kontrak mereka? Itu yang pertama.
Kedua adalah, ada juga keadaan-keadaan yang selalu dikaitkan apabila kita membeli satu rumah ada kalanya ketika membeli rumah itu ada sedikit perubahan yang kita akan lakukan. Ada yang letak tiles, ada yang letak porch, ada yang buat sedikit pengubahsuaian. Yang Berbahagia Datuk Roosme pun angguk-angguk di sana, sedang bantu saya dengan perkataan-perkataan di sana. Terima kasih Datuk Roosme. Dalam situasi macam itu, bagaimana kita hendak guna pakai akta ini? Oleh sebab saya nampak situasi begitu hampir mendiamkan diri. Pengulasan dan pentafsiran Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh membantu masyarakat di luar untuk mengaplikasikan akta ini pada masa yang akan datang.
Berkaitan dengan seksyen 24A, saya terima baik sebab ilustrasi lagi sekali amat tepat apabila dikatakan bahawa seseorang yang mengalami kecacatan, apabila dia pulih daripada kecacatan baru dia boleh memfailkan sesuatu kes itu adalah sesuatu yang terbaik termasuk dengan orang yang meninggal dunia. Itu adalah sesuatu yang saya rasa membawa naluri kepada akta ini dan pindaan yang telah dimaksudkan.
Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya sebulat suara menyokong akta ini dan saya rasa perlu untuk masa ini di mana kontrak-kontrak dihasilkan ataupun bangunan- bangunan yang dihasilkan banyak yang melibatkan ada kepincangan dalam design ataupun pembinaan gerak kerja, workmanship ataupun bahan-bahan yang digunakan.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Ini semua adalah sesuatu di luar kerajaan tak kisahlah mana-mana kerajaan sesuatu yang tidak boleh dikawal selia, di selaras dan sebagainya. Sebab ini antara kontraktor- kontraktor kepakaran mereka dan pengalaman mereka. Jadi undang-undang sebegini adalah amat diperlukan walaupun agak tiba lambat sikit tetapi saya rasa naluri ini akan memainkan peranan pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengalu-alukan kelima-lima staf daripada pejabat Parlimen Kapar yang hadir bersama kita pada hari ini untuk mendengar ucapan kita...
[Tepuk] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Kota Raja.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengambil peluang untuk membawa beberapa perkara di dalam rang undang- undang yang dipinda ini, akta untuk meminda Akta Had Masa 1993 yang kita faham tujuannya ialah untuk melanjutkan masa untuk claim ataupun menuntut ganti rugi ataupun menuntut tindakan ke atas pemaju yang di dalam pemajuan rumah. Ini kerana saya melihat beberapa kali saya bawa juga di dalam Parlimen ini mengenai kes-kes yang ada terdapat di dalam kawasan saya sendiri di mana kecacatan rumah itu hanya berlaku selepas tamat waktu guarantee itu warranty dia. Pada hal yang kadang-kadang pemaju enggan memberi mengambil tindakan yang sepatutnya dan pembeli menanggung kerugian yang teramat besar.
Dalam kawasan-kawasan salah satu contohnya dalam kawasan kami di Klang seperti di Kapar di sana kita ada kawasan tanah gambut yang luas. Apabila pemajuan- pemajuan rumah ini dibuat di atas tanah gambut sering kali pembeli tidak mengetahui tentang keadaan ataupun risiko yang mereka hadapi apabila rumah yang dibina di atas tanah gambut.
Apa yang berlaku setelah menduduki rumah beberapa tahun kadang-kadang dia nampak awal kadang-kadang berapa tahun maka berlaku pemendapan tanah itu.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Di dalam pemajuan rumah, pembinaan rumah-rumah ini kontraktor biasanya tidak membuat piling di kawasan-kawasan di luar daripada bahagian-bahagian utama rumah itu menyebabkan pagar senget, porch jatuh dan kita boleh nampak kecacatan itu.
Cuma masalahnya oleh kerana masa warranty yang diberi oleh pemaju itu sekiranya mereka tidak- perkara itu berlaku di luar waktu warranty maka mereka tidak mengambil tanggungjawab. Apa yang berlakunya adalah biasanya mereka mengadu dan bila mereka mengadu pemaju ataupun kontraktor itu mengambil masa yang lama dia drag dan dia hendak bertindak itu dia mengambil masa yang lama sehingga habis waktu warranty itu.
Akhirnya kadang-kadang apabila pembeli merasakan bahawa tidak ada apa yang boleh dilakukan mereka membuat pengubahsuaian kerana untuk memastikan tidak berlaku lagi defect itu. Ini sendiri telah membatalkan hak mereka untuk mendapat ganti rugi ataupun pembaik pulih daripada pihak kontraktor itu sendiri, pemaju itu sendiri.
Jadi, I think saya sangat mengalu-alukan seperti Yang Berhormat Kapar ia adalah satu pindaan yang agak lambat kerana banyak peristiwa banyak kawasan-kawasan pemajuan yang begini berlaku dan kadang-kadang defect di dalam design di dalam reka bentuk yang pembeli kadang-kadang...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Tidak tahu bila mereka membuat misalnya dipanggil itu siling ataupun membuat secara engineeringnya itu menjolok mata dan menjadi defect kepada rumah mereka itu.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat boleh tambah sikit.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Ya sila.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Untuk situasi rumah-rumah yang telah menghadapi masalah dan sebagainya saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Boleh tak fasal-fasal yang kita ubah suai pada hari ini mempunyai kesan retrospektif itu minta pandangan Yang Berhormat terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
mempengerusikan Mesyuarat] Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Yang Berhormat Kapar saya juga ingin masukkan apa yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Kapar ini. Cuma dalam kes-kes yang ada sekarang seperti yang dipinta oleh Yang Berhormat Kapar misalnya saya telah membawa kes perumahan Muraya dan Alvina di Bandar Puteri.
Jadi apa yang telah dijawab oleh Menteri KPKT sebelum ini oleh sebab mereka sudah pergi kepada tribunal oleh kerana setengahnya mereka sudah ambil langkah untuk membawa menyaman secara sivil di mahkamah dan ada yang juga telah membuat pengubahsuaian mereka hilang hak untuk membuat tuntutan. Jadi secara retrospektif memanglah kalau ia boleh dilakukan maka mereka ini pembeli ini juga akan turut terbela.
Kalau yang sekarang ini yang ada kes-kes yang telah lepas itu kalau ada retrospektifnya sejauh mana ianya boleh dibawa ke belakang supaya tuntutan-tuntutan yang lepas itu boleh diteruskan. Lagi tentang defect-defect yang dialami yang saya sebut tadi adakah ini bermakna pemaju, kontraktor akan bertanggungjawab untuk mengembalikan atau memulihkan sehingga pihak pembeli puas hati dengan tindakan yang diambil oleh pihak pemaju. Tuan Yang di-Pertua terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih empat Yang Berhormat. Yang Berhormat Kelana Jaya, Yang Berhormat Tanjong, Yang Berhormat Kapar dan Yang Berhormat Kota Raja dan saya seronok kalau saya main loteri saya ambil loteri hari ini. Bukan sebab Yang Berhormat Kelana Jaya sebab Yang Berhormat Kapar sokong. Jarang hendak dengar Yang Berhormat Kapar sokong.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang baik saya sokong Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat. Ada beberapa perkara tetapi yang saya hendak simpulkan di awal, pertama semua Yang Berhormat tahu macam Yang Berhormat Kelana Jaya tanya pasal S&P dan sebagainya, saya tahu Yang Berhormat kalau conveyancing lawyer, corporate lawyer dia mungkin tahu perkara tersebut.
Semua sama maknanya perkara ini bukan perkara baru cuma dari segi bila tahun dan bila berlaku sahaja untuk memberi faedah kepada pengguna. Sebab itu kita ada tribunal perumahan pengurusan strata, kita ada tribunal pembeli rumah. Maknanya semua ini akan terpakai. Sama sahaja cuma beza macam saya sebut apa yang kita cuba laksanakan ini adalah bagi memastikan kerosakan yang kita tak tahu, kita tahu kemudian. Ini Yang Berhormat Kota Raja bangkitkan.
Jadi maknanya kalau waktu itu sudah tamat tetapi masih dalam tempoh 15 tahun dan dia dikategorikan sebagai latent damage boleh untuk mohon. Yang Berhormat Kapar pun sama bila cakap pasal tengah buat rumah, belum siap, belum masuk, kita buat renovation.
Kalau renovation itu melibatkan kontraktor yang buat renovation itu rosak dialah yang akan tanggung, tetapi bukan arkitek atau engineer yang buat rumah itu maksudnya. Maknanya sama cuma dia punya perbezaan dalam apa yang cuba kita bawa ini adalah tentang kerosakan pendam itu tadi.
Maknanya kita tahu kemudian adalah tidak adil zaman sekarang ini apabila buat bangunan terutama piling dekat dalam kontraktor yang tidak bertanggungjawab menggunakan bahan-bahan yang tidak berkualiti dan benda itu menyebabkan kepada kerosakan tempoh had masa itu sebenarnya diberikan mengikut pindaan ini lebih menguntungkan kepada pihak pengguna.
Kes-kes ini banyak mengajar kita dan selepas kita buat kajian memang ada dilakukan di negara-negara lain. Bagi Yang Berhormat Tanjong bila tanya fasal bangunan UMNO itu kalau ikut saya tak ada bahan sebab dia sebut tarikh secara spesifik kalau ikut tarikh itu sudah lebih 15 tahun lah. Akan tetapi kita akan semak cuma hendak bawa ke belakang Yang Berhormat Kapar tak bolehlah sebab kita tak bagi tahu pun sifat undang- undang ini untuk ke belakang dan kepada kontraktor juga sebenarnya dia ini satu soalan yang baik daripada Kelana Jaya kenapa 15 tahun.
Sebenarnya tidak adalah saya tak ada jawapan kajian sebenar kenapa 15 tahun selain daripada kita mengambil asas apa yang dibuat di United Kingdom di England dan di Singapura. Tetapi biasanya tempoh-tempoh kalau rumah ini boleh tahan 50 tahun.
Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Jambatan biasa spesifikasi engineer, arkitek yang buat, 120 tahun. Jadi, 15 tahun ini adalah asas yang kita ambil sebab ada available undang-undang. Mungkin Yang Berhormat boleh bangkit tanya, kenapa bukan 10, kenapa bukan 20. Akan tetapi pada saya, kita ambil berasaskan undang-undang sedia ada ataupun mungkin tempoh biasa kalau orang beli rumah, dia ambil loan, itu antara tempoh biasanya, sekurang-kurangnya pengguna itu masih terlindung. Ini bukan jawapan, ini pandangan sayalah. Makna kenapa kita ambil sama ada 15, 10, 25, sebenarnya tidak ada satu yang khusus mengenainya kecuali undang-undang yang telah diterima pakai di negara-negara lain.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
[Bangun]
Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Sebelum saya sambung, Yang Berhormat Tanjong bangun untuk tanya ya? Okey.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Ya. Minta penjelasan. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut bahawa pindaan ini boleh terpakai ke atas Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah.
Saya rasa ini mungkin tidak dapat terpakai kerana memang dalam akta tribunal pembeli rumah itu memang disebut dengan jelas, mana-mana tuntutan perlu difailkan dalam tempoh masa 12 bulan dari tarikh CFO atau CCC atau dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh tamat bagi defects liability period. Minta penjelasan.
Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Yang Berhormat, saya beritahu kita ada banyak tribunal. Saya bukan kata itu- kita ada banyak tribunal, kita dapat maklumat daripada kes-kes yang diajukan dalam tribunal-tribunal yang ada untuk kita melihat perkara yang kita pinda. Itu maksud saya.
Akan tetapi kalau kita bercakap fasal S&P, S&P ini adalah merupakan perjanjian terjadual dalam Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966. S&P akan memperuntukkan defects liability period. Jadi, pindaan ini merujuk kepada had masa untuk ambil tindakan. Makna S&P itu satu perjanjian di antara dua belah pihak daripada vacant possession (pemilikan kosong) itu, ada syarat-syarat dia. Akan tetapi, ini fasal yang saya sebut awal tadilah. Dia berkaitan dengan tempoh had masa untuk mengambil tindakan kepada apa yang telah dipersetujui. Okey, ini saya sudah jawab. Jadi, itu lebih kurang ya Yang Berhormat.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
[Bangun]
Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Maknanya SNP yang ditandatangani itu akan bercerita tentang defects liability period. Cuma ini kita hendak cakap fasal tempoh had masa untuk kita mengambil tindakan kepada satu-satu kerosakan.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya, soalan asal saya ini ialah sama ada REHDA sebagai satu stakeholder telah diconsult sebelum pindaan ini dibuat. Minta Yang Berhormat Menteri beri penjelasan. Terima kasih.
Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Saya ada catat yang itu. Saya secara peribadi tidak jumpa. Ini sebab apa, dalam membina akta ini, saya masih menunggu jawapan tetapi yang tolong saya belakang ini orang yang draf undang-undang. Jadi, orang yang membuat kajian selepas dibawa ke Jemaah Menteri untuk berbincang itu mungkin tidak ada di dalam Dewan.
Jadi, saya akan beri Yang Berhormat kemudian. Saya secara peribadi, saya tidak jumpa dengan persatuan pemaju perumahan negara kita. Dia bukan hanya rumah, dia bangunan- bangunan lain pun akan termasuk Yang Berhormat.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat, terima kasih.
Berkenaan dengan perjanjian kontrak itu, saya tahu itu perlu dibezakan dengan had masa.
Akan tetapi, ada tidak apa-apa cadangan di peringkat kementerian untuk berbincang dengan kontraktor-kontraktor untuk memberi effect yang hampir sama dengan had masa ini. Contoh, ada dalam klausa-klausa kontrak mereka pada masa hadapan.
Ada apa-apa pandangan ataupun cadangan untuk berinteraksi dengan pemaju- pemaju supaya nanti tidak kecoh pula di mahkamah tentang kontrak kami mengatakan setahun, tetapi had masa mengatakan tempoh masa yang lebih lama. Ini sebab saya nampak tempoh masa akta ini dipinda mempunyai objektif yang baik, kadang-kadang kontrak pula menyelindungi perkara-perkara dan menyusahkan pemilik rumah pada masa akan datang.
Pandangan Yang Berhormat. Terima kasih.
Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Kalau kita ada masa lagi di Dewan ini, kalau tidak ada pembubaran, itu antara perkara yang kita boleh kena fikir sebab akta ini dibawa oleh Jabatan Perdana Menteri yang akan diguna pakai oleh- antara kementerian yang paling mengguna pakai adalah KPKT. Dia akan ada- macam contohlah saya beritahu, kita ada undang-undang sivil ini, bila kita pinda Akta Pencen, umur pencen itu sudah berubah, maka akan ada lagi akta-akta lain yang terpaksa ikut.
Datuk Wira Razali bin Ibrahim
Jadi, itu cadangan mungkin akan dipertimbangkan oleh agensi pelaksana macam di bawah KPKT, supaya tidak ada debt stopper ataupun ultra vires di antara satu sama lain.
Cuma jawapan saya hari ini, kita di Jabatan Perdana Menteri di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri, kita bawa tentang bagaimana kepentingan pengguna dapat kita tingkatkan dengan pindaan ini. Akan tetapi kementerian-kementerian yang terlibat, agensi-agensi yang terlibat perlu mengambil kira bahawa pindaan ini dalam pelaksanaan kerja mereka masing-masing terutamanya KPKT.
Jadi, terima kasih Yang Berhormat berempat yang telah memberi pandangan yang pada saya di hujung-hujung ini semua nampak baik sedikit, pun satu benda yang baik. Jadi, saya ucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Kami sentiasa baik Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 5 *diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pendidikan (Datuk P. Kamalanathan a/l P.
Panchanathan) dan diluluskan]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ahli- ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 4 April 2018.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.48 petang]