Mar262018

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Pendidikan menyatakan, statistik pelajar yang dibuang sekolah daripada tahun 2014 hingga 2016 serta adakah kementerian mengkaji contoh mekanisme pelaksanaan program-program dalam membendung masalah juvana di kalangan pelajar di negara yang terkenal dengan sistem pendidikan terbaik di dunia seperti Finland.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk Chong Sin Woon

Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Baling.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan Sistem Sahsiah Diri Murid atau SSDM, murid yang dibuang sekolah dari tahun 2014 sebanyak 0.04 peratus. Tahun 2015 sebanyak 0.03 peratus dan pada tahun 2016 adalah 0.01 peratus daripada jumlah keseluruhan murid.

Hukuman buang sekolah adalah alternatif terakhir bagi pengetua atau guru besar sesebuah sekolah dalam menjatuhkan hukuman terhadap murid yang melakukan salah laku disiplin. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memandang serius dan mengambil langkah proaktif dalam membendung salah laku disiplin murid di sekolah. Antara langkah yang diambil ialah:

(i) mewujudkan kerjasama erat bersama pihak Polis Diraja Malaysia

(PDRM) khususnya menerusi Program Pegawai Perhubungan Sekolah atau PPS yang sering melawat serta berbincang dengan pihak sekolah bagi mengatasi gejala tersebut;

(ii) Program Remaja Berwawasan N-BOS adalah merupakan kerjasama pihak Angkatan Tentera dan PDRM dalam usaha menangani disiplin murid dengan lebih berfokus. Sekolah dan murid yang terlibat dalam salah laku disiplin akan diberikan latihan berbentuk teori dan fizikal secara berterusan dengan menggembleng kepakaran dan kemahiran tenaga anggota tentera dan polis dalam pelaksanaan aktivitinya;

(iii) mewajibkan penubuhan Kelab Pencegah Jenayah atau KPJ di sekolah iaitu dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia atau MCPF. Aktiviti serta jumlah KPJ di sekolah telah diperkemaskan dengan menumpukan kepada golongan sasar yang berisiko di sekolah;

(iv) bekerjasama dengan pihak PDRM dan MCPF bagi melaksanakan aktiviti pencegahan jenayah di peringkat negeri dan daerah;

(v) KPM telah mengeluarkan surat siaran KPPM Bil. 4, Tahun 2012 Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang dalam KP201/005/02, Jilid 3(43) bertarikh 8 Februari 2012 kepada semua sekolah melaksanakannya; dan

(vi) semua peringkat pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Daerah dan sekolah hendaklah secara bijaksana membuat engagement, dengan izin, dengan ibu bapa menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta badan atau agensi luar bagi menangani isu disiplin di peringkat masing-masing.

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya soalan saya ini amat dekat dengan hati saya. Ini memang gerak kerja yang saya lakukan di Parlimen saya.

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri di Parlimen saya tahun ini KPI kita adalah menyasarkan sifar dadah untuk Parlimen Baling. Jadi adakah Yang Berhormat Menteri sedar atau tidak, dadah-dadah seperti syabu sintetik sudah mula menular dijual di sekolah rendah dengan harga RM5 malah ada sampai RM3 satu tiub.

Jadi soalan saya, sejauh manakah kementerian telah mengkaji? Saya apabila Yang Berhormat Menteri jawab tadi saya seronok sudah ada N-BOS, sudah ada kerjasama menjalin dengan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia, PPS, MCPF. Jadi ini semua memang itulah sepatutnya kementerian lakukan. Akan tetapi, apakah kementerian sudah mengkaji segala peraturan disiplin yang sedia ada.

Mungkin ia tidak lagi sesuai pada zaman sekarang dan bagaimanakah kita hendak mengikut standard peraturan antarabangsa. Mungkin sudah sampai masanya kementerian melihat kepada kaedah perkongsian yang bijak khususnya mendekati anak-anak ini melalui motivasi dan pencegahan.

Bukan sekadar itu, kita harus melihat dalam konteks gejala najis dadah. Oleh sebab inilah di antara punca utama yang sedang berlaku yang kes-kes juvana yang menjadi gangsterism. Ini semua berlaku kerana ia dipengaruhi oleh dadah. Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, tindakan, kaedah bagaimana penekanan-penekanan khusus yang dilakukan khas untuk bagi tujuan kita hendak sifarkan gejala najis dadah bukan setakat di Baling, di tempat saya tetapi di seluruh negara harus kita mempertahankan dan kita mesti ambil tindakan. Saya yakin dan percaya dengan N-BOS, KPDN, dan kementerian, agensi-agensi yang lain, jangan kita tinggalkan AADK, Agensi Dadah Kebangsaan.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ini satu perkara yang mustahak yang harus kita bincangkan bersama-sama dalam Dewan Rakyat yang mulia ini untuk memastikan kita semua dalam satu nada satu suara, tidak kira pembangkang atau pemerintah untuk memastikan kita kena sifarkan gejala najis dadah di sekolah-sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti untuk kita pastikan dapat kita kurangkan peratusan kes-kes juvana di sekolah-sekolah. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Chong Sin Woon

Terima kasih Yang Berhormat Baling atas soalan tambahan. Apa yang dekat di hati Yang Berhormat Baling juga dekat di hati Kementerian Pendidikan Malaysia. Kita memandang serius tentang penularan atau isu-isu yang berkaitan dengan dadah di sekolah. Saya setuju dan memang kita membuat N-BOS kerjasama yang erat dengan AADK di mana semua kes-kes kepada pelajar yang berisiko tinggi, kita merujuk kepada AADK untuk melakukan urine test, dengan izin.

Untuk makluman Yang Berhormat Baling, sepanjang Januari dan Februari tahun ini, kita telah melakukan urine test bersama dengan AADK di seluruh Malaysia terhadap murid- murid dan pelajar yang berisiko tinggi. Hanya untuk pelajar SMK ya, kita ada 2.18 juta pelajar di sekolah menengah kita dan didapati 411 kes urine positive. Antaranya 403 adalah kerana tindakan yang diambil oleh AADK dan lapan kes adalah tangkapan yang dilakukan oleh PDRM.

Saya juga ingin memberikan pujianlah kepada yang Baling kerana ada inisiatif kerana melaksanakan program Sifar Dadah di kawasan Baling. Sebenarnya kalau kita melihat inisiatif yang kita lakukan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia kita berada di kawasan sekolah dan kebanyakan kes yang melibatkan dadah mereka mengambil, mencuba dadah di kawasan luar sekolah.

Jadi kita mengenal pasti golongan yang berisiko tinggi ini, kita akan bekerjasama dengan AADK supaya melakukan urine test dan setelah didapati positif, kita akan menjalankan satu program selama tiga bulan bersama dengan AADK. Selepas itu kita akan membuat susulan. Kalau masih lagi didapati positif, maka kita akan hantar pelajar ini kepada di bawah jagaan AADK untuk melaksanakan program pemulihan yang lebih panjang.

Jadi saya hendak memberitahu ialah kita mempunyai jawatankuasa permuafakatan disiplin di peringkat PPD, di peringkat jawatankuasa kawasan daerah tempatan. Jadi kalau Ahli-ahli Yang Berhormat mempunyai inisiatif seperti Yang Berhormat Baling, maka kita mempunyai lebih banyak tenaga sokongan daripada luar untuk membantu sekolah menyelesaikan atau mencegah penularan dadah di kawasan sekolah.

Jadi terima kasih sangat, kita akan teruskan usaha kita. Pada masa yang sama untuk makluman Yang Berhormat Baling, kita juga mengambil inisiatif bersama dengan UNICEF di bawah Profesor Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub yang membantu kita bersama- sama dengan USM juga telah melakukan kajian terhadap pencegahan kes-kes buli. Kita akan melakukan program khusus, modul khusus selepas kita membuat rintis nanti. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri, saya mengucapkan terima kasih atas jawapan kerana sebelumnya saya ada bawa dalam usul Kamar Khas tahun lepas berkait dengan masalah dadah, dan ketika itu jawapan Yang Berhormat adalah kesemuanya masih terkawal khususnya penggunaan dadah di sekolah-sekolah dan saya fikir tidak mempamerkan keseriusan. Yang Berhormat sebut tadi jawapan dan statistik ada pada AADK dan saya lihat di sini daripada tahun 2016 hingga tahun 2017, peningkatan daripada 3.8 peratus kepada lima peratus penggunaan dadah di kalangan pelajar sekolah.

Maka persoalan saya, ada lima program di bawah National-Blue Ocean Strategy tapi penglibatan dadah meningkat 14 peratus daripada tahun 2015 hinggalah tahun 2016 sehingga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri mengatakan pada 17 Disember 2017, Datuk Seri Zahid Hamidi mengatakan bahawa gagal selama ini, tidak ada usaha yang perlihatkan hasil yang baik bila berkait dengan usaha untuk melawan jenayah dadah. Jadi apa yang dibuat sekarang ini disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri tidak memadai.

Jadi persoalan saya, Menteri sudah menyerahkan resolusi belia kepada pihak UNESCO di Melaka baru-baru ini. Maksudnya mengambil kira saranan World Health Organization. Soalan asal Yang Berhormat Baling tadi adalah berkait tentang kesediaan kementerian untuk merangka semula dan mengambil kira apa yang dilakukan oleh banyak negara lain termasuk WHO dan juga apa yang dilakukan seperti negara Norway to include ya, ada concept psychology, kesedaran yang bersungguh-sungguh sebelum kita putuskan untuk buang sekolah semata-mata.

Jadi di manakah- adakah kementerian akan merangka semula program sedia ada termasuk NBOS memandangkan sekarang ini the results are not showing dengan izin, dan ini diakui sendiri oleh Menteri Dalam Negeri. Saya pohon jawapan daripada Yang Berhormat.

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Chong Sin Woon

Terima kasih soalan tambahan Yang Berhormat Lembah Pantai. Ada dua perkara di sini. Satu, berkenaan dengan masalah dadah di negara kita. Bila disebut masalah dadah di negara kita, kita kena ambil tahu bahawa usaha sedang dilakukan oleh kerajaan terutamanya daripada Kementerian Dalam Negeri untuk melawan penggunaan dadah.

Di pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, kita menjaga anak-anak sekolah kita supaya mereka tidak dipengaruhi oleh dadah di sekolah. Jadi kita melakukan satu spot check dengan izin, yang berkala terhadap maklumat yang kita terima. Sekolah tidak boleh melakukan spot check tiap-tiap hari atau setiap minggu tanpa adanya maklumat yang diberikan.

Nombor dua, kita juga mengadakan kerjasama dengan AADK. Jadi bila kita kata peningkatan tersebut bermaksud adalah urine test. Saya hendak menegaskan sekali lagi di sekolah ini kita kata mereka yang mencuba dadah, belum sampai lagi penagih dadah.

Nombor tiga, kita setiap kali berada di Dewan yang mulia ini kita menyeru bahawa kita memerlukan sokongan daripada semua pihak. Oleh itu N-BOS itu sangat penting, yang menjual dadahnya di kawasan luar sekolah, yang membawa dadahnya di luar itu. Jadi kita hanya boleh melakukan apa yang ada di kawasan sekolah kita. Akan tetapi saya yang mengalu-alukan seperti mana yang saya katakan Yang Berhormat Baling ataupun mana- mana Ahli Yang Berhormat atau mana-mana pun NGO di luar situ yang mempunyai inisiatif, program, usaha sama untuk membantu pihak sekolah, pagar sekolah kita terbuka luas untuk kita mendapatkan pandangan dan kerjasama dari pihak luar.

Untuk menjawab soalan nombor dua yang berkaitan dengan tindakan membuang sekolah. Kita mengambil pelbagai tindakan disiplin sebelum sampai ke tahap buang sekolah, kita ada nya amaran, kita adakan denda, penahanan, detention dan hukuman rotan sebelum adanya gantung sekolah, sebelum buang sekolah itu adalah alternatif yang terakhir. Kalau kita melihat kepada statistik data yang ada di Kementerian Pendidikan Malaysia yang bisanya majoriti yang sampai ke tahap buang sekolah itu adalah kerana ponteng.

Di bawah pekeliling kita, seorang murid atau pelajar yang tidak datang ke sekolah, ponteng secara berterusan melebihi 30 hari, maka akan dibuang sekolah ataupun yang berkala jumlahnya melebihi 60 hari dalam satu tahun, akan dibuang sekolah. Usaha boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memohon semula masuk ke sekolah dalam waktu satu bulan dan mesti diluluskan. Saya kena tegaskan setelah ibu bapa memohon anak-anak mereka masuk semula ke sekolah, mesti diluluskan untuk mereka kembali ke sekolah. Itu adalah supaya mereka mendapat kesedaran. Sudah dibuang sekolah, kalau hendak teruskan pembelajaran, kena memohon semula. Itu tindakan yang kita lakukan untuk kita menjaga ketenteraman sekolah, satu pilihan yang terakhir. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Tuan Lim Lip Eng [Segambut] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, status pencapaian langkah-langkah kerajaan memelihara dan memulihara alam sekitar termasuk larangan kegunaan polisterina dan beg plastik bukan biodegradasi oleh peniaga. Apakah inisiatif baru Kerajaan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.

final • 10:10 AM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih jugalah kepada Yang Berhormat, very good question. Sebenarnya jawapan kepada soalan Yang Berhormat ini ialah merangkumi semua tugas dan tanggungjawab saya dalam Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar khususnya berhubung dengan alam sekitar. Ini kerana kalau kita bahagikan soalan itu kepada tiga bahagi iaitu arah, apakah langkah-langkah kerajaan memelihara dan memulihara alam sekitar. Selepas itu termasuk larangan kegunaan polistirena dan beg plastik dan yang ketiga inisiatif baru kerajaan.

Jadi dia tiga peringkat persoalan. Untuk menjaga alam sekitar di negara ini, kita menggunakan undang-undang yang ada Yang Berhormat iaitu Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan akta ini masih dalam, diguna pakai walaupun telah menjangkau 30 lebih tahun.

final • 10:10 AM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Dalam keadaan yang sedemikian, maka kementerian berpendapat bahawa undang- undang akta ini perlu dipinda untuk diperbaharui untuk menangani masalah yang terkini termasuk perkara-perkara yang disebut oleh Yang Berhormat termasuk larangan kegunaan polistirena.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tumpukan jawapan saya kepada persoalan polistirena ini iaitu polistirena tidak terjadual. Dia bukan buangan dan tidak terjadual dan bukan juga benda-benda yang spesifik tetapi termasuk kepada buangan-buangan biasa.

Jadi maknanya dia tidak termasuk dan jadual tidak dikawal khusus oleh kementerian saya. Masa ini kita tidak mempunyai dasar khusus berkaitan dengan penggunaan polistirena dan beg plastik dan diperkenalkan oleh kerajaan. Dasar sedia ada iaitu dasar penggunaan sisa pepejal yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut memberi penekanan kepada pengurusan sisa pepejal melalui konsep 3R iaitu reduce, reuse and recycle.

Isu pengurusan sisa plastik adalah di luar bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Kementerian ini melalui Jabatan Alam Sekitar bertanggungjawab mengawal operasi premis industri sahaja menghasilkan plastik bagi memastikan operasi kilang plastik tidak menjejaskan alam sekitar. Antara langkah-langkah yang diguna adalah seperti berikut, menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar menjalankan secara berterusan penguatkuasaan ke atas premis industri plastik di negara Malaysia.

Mengikut rekod Jabatan Alam Sekitar terdapat kira-kira 1,767 buah premis industri plastik seluruh Malaysia. Industri ini adalah tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling kerana melepaskan asap industri ke udara dan effluence industri ke luar air daratan. Pada tahun 2017 sebanyak 1,419 premis 80 peratus daripada industri plastik ini mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 manakala sebanyak 348 premis iaitu 20 peratus pula tidak mematuhi kehendak akta ini.

Tindakan penguatkuasaan juga telah diambil oleh Jabatan Alam Sekitar atas premis yang tidak termasuk dalam pengeluaran notis arahan, mengenakan kompaun dan tindakan mahkamah. Sehingga kini sebanyak 259 notis arahan telah dikeluarkan, sebanyak 64 kompaun telah dikenakan dan sebanyak 25 kes telah diambil tindakan mahkamah, jumlah ialah lima peratus lebih rendah daripada dibanding dengan tahun 2016.

Berhubung dengan soalan mengenai pemberhentian penggunaan beg plastik dan kewajipan semua peniaga menyediakan alternatif alat pembungkusan lain, kementerian ini sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mempertingkatkan ke arah usaha konsep reduce, reuse and recycle untuk mengurangkan penghasilan sisa pepejal yang berbahaya terhadap alam sekitar.

Kementerian saya juga sentiasa menyokong usaha yang sedang dilaksanakan dengan memberikan input dan terlibat dalam program-program dilaksanakan oleh KPKT dan KPDNKK bagi mengurangkan penggunaan polistirena dan beg plastik bukan biodegradasi.

Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan jumlah polistirena dan beg plastik bukan biodegradasi ke tapak pelupusan- landfills. Berdasarkan kajian boleh memberikan kesan negatif kepada alam sekitar seperti pencemaran sisa, plastik di dalam tanah dan boleh menjejaskan kualiti air tanah, menyebabkan longkang dan sungai tersumbat, melibatkan banjir kilat di kawasan bandar di bawah mikroplastik boleh mengancam kehidupan marin sekiranya bahan-bahan plastik berakhir di laut. Kementerian juga memberi meningkatkan program pemantauan dan penguatkuasaan ke atas premis industri plastik dan mempertingkatkan inisiatif baru kerajaan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ini, penggunaan polistirena ini dan beg plastik bukan biodegradasi. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Namun jawapan Yang Berhormat Menteri bercanggah dengan kenyataan daripada UMNO Selangor. Ya, UMNO Selangor menggalakkan kegunaan beg plastik dan polistirena. Mereka berjanji akan memberi beg plastik secara percuma kepada warga Selangor. Dengan ini saya meminta satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan penggunaan pengurusan buangan domestik dan sebagainya termasuk barang-barang plastik adalah di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan dan kerajaan negeri.

Jadi pihak kerajaan negeri boleh memutuskan apa sahaja dasar yang mereka hendak buat setakat ini oleh kerana kita tidak mempunyai dasar nasional. Walau bagaimanapun, soal sama ada statement saya ini bercanggah dengan apa yang disebut UMNO Selangor itu saya kurang memahami sebab UMNO Selangor pun tidak sebut plastik ini adalah plastik yang biodegradable, mungkin mereka makna biodegradable plastic. Oleh kerana saya dimaklumkan pihak MOSTI sekarang membuat kajian yang terperinci untuk mencari jenis plastik yang biodegradable yang boleh diguna pakai seluruh negara, berkemungkinan statement-statement ini tidak bercanggah tetapi adalah selari yang tidak disebut ialah biodegradable kerana perkataan biodegradable ini jarang orang sebut sangat di luar sana. Orang biasa gunakan plastik sahaja tetapi plastik ada dua, tiga jenis plastic biodegradable dan plastic yang tidak biodegradable. Jadi dalam keadaan sedemikian saya tidak melihat ia menjadi suatu percanggahan Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan lagi satu, pendek.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya akan bagi satu soalan tambahan tetapi saya akan bagi Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya pendek sahaja berkenaan dengan bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Saya rasa saya bercadang untuk ini the very basic, ini adalah kutu- kutu sampah ini. Sebelum saya bertanya soalan saya melihat suatu wanita yang muda, dia tukar pampers anaknya di belakang kereta selepas itu dia buang pampers itu di bawah kereta dan jalan iaitu satu saya rasa amat menyedihkan.

Jadi saya merasa kalau kementerian ada N-BOS dengan kementerian-kementerian yang lain terutama sekali Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, KPKT supaya kempen amalan kita telah menjalankan beberapa kempen anti sampah ini tetapi tidak juga masuk dalam otak masyarakat kita. Jadi ini saya rasa daripada didikan daripada peringkat awal lagi ini awareness rasa ini.

Kalau kita melihat seorang itu buang sampah kita kutip sampah itu kasi tengok dia supaya dia malu, tanggungjawab kita tiada responsibility kalau ikut Yang Berhormat Kalabakan. Jadi saya melihat satu undang-undang yang ketat supaya undang-undang ketat ini kadang-kadang tidak boleh diterima oleh masyarakat tetapi ini awareness masyarakat kita ini sudah negara maju dan saya melihat ini satu tindakan untuk N-BOS kepada semua pihak- pihak kerajaan untuk menangani masalah kutu sampah ini. Boleh Yang Berhormat Menteri buat satu jawapan boleh meyakinkan kita.

final • 10:20 AM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat saya tadi memuji Yang Berhormat Segambut soalan itu memang cantik tetapi bila soalan tambahan itu ada politik sedikit itu yang tidak menyenangkan hati saya. Jadi soalan Yang Berhormat Putatan ini cantik, orang Sabah ini boleh tahanlah Yang Berhormat Putatan ini...

[Tepuk] Sebenarnya Yang Berhormat dari dalam content negara kita masih berbincang soalan kesedaran ini. Kesedaran memang adalah satu perkara yang amat besar untuk mengenal kepada masyarakat supaya masyarakat itu bersama dengan kerajaan mengambil tindakan-tindakan. Bukan sahaja hanya mengambil tindakan daripada sudut undang-undang tetapi kesedaran itu sendiri akan membimbing masyarakat itu menjadi orang yang baik daripada semua sudut.

Jadi itulah kenapa kementerian ini mencadangkan supaya silibus diadakan di sekolah-sekolah dan apabila silibus ini diadakan di sekolah-sekolah nanti kita lihat mungkin dalam masa lima tahun dan sepuluh tahun yang akan datang kita mempunyai satu generasi yang mengetahui, generasi yang sedar kepentingan alam sekitar.

final • 10:20 AM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Contohnya di Kuala Lumpur, Yang Berhormat Putrajaya cukup yakin bahawa pada tiap-tiap tahun tidak kurang daripada 22,000 tan yang tersumbat dalam lubang-lubang perparitan dan saliran di Bandaraya Kuala Lumpur oleh sebab buangan sampah daripada semua pihak, bukannya anak-anak tetapi yang tua-tua pun buang juga.

Daripada rumah, daripada kilang dan daripada semua sekarang masuk dan sumbat dekat situ. Itu yang mendatangkan banjir kilat. Akan tetapi dia terlekat dengan trap yang kita buat, dilaksanakan bersama pihak Wilayah dan juga pihak Jabatan Perparitan dan Saliran Malaysia. Akan tetapi, ini menunjukkan tidak ada kesedaran masyarakat kita berhubung dengan perkara ini. Jadi perundangan sendiri tidak mencukupi. Itulah saya sebutkan tadi, kita kena fikirkan soalan dasar. Soalan dasar nasional.

Kedua, soalan perundangan. Baru soalan N-BOS ini berlaku. Kesedaran ini, insya- Allah, apabila syllabus kita masuk ke sekolah nanti, kita percaya generasi yang akan datang lebih terdidik, lebih mengetahui, lebih sedar kepentingan alam sekitar supaya tidak mendatangkan perkara umpamanya dibuang sampah dalam longkang dan sebagainya, mendatangkan banjir dan kemudaratan kepada negara kita. Terima kasih Yang Berhormat Putatan.

final • 10:30 AM

3. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan] minta Menteri Kesihatan menyatakan, Hospital Daerah Tawau sudah dinaiktarafkan dengan kemudahan- kemudahan dan berharga lebih RM300 juta. Bolehkah Kementerian memberitahu Dewan bagaimana proses yang digunakan untuk melantik kontraktor yang sudah ada.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kalabakan.

Sebelum saya menjawab soalan Dewan ini, saya juga ingin mengalu-alukan rombongan JKKK daripada Parlimen Balik Pulau di belakang sana...

[Tepuk] Yang comel- comel belaka itu.

Tuan Yang di-Pertua, ini soalan tentang Hospital Daerah Tawau. Projek naik taraf Hospital Tawau telah diluluskan di bawah Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia Kesebelas. Kementerian Kesihatan telah melantik Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi pelaksana bagi projek ini. Kaedah pelaksanaan projek ini adalah reka dan bina manakala kaedah perolehan pula adalah secara tender terhad oleh JKR. Setelah tender dibuat oleh JKR, kontraktor dilantik melalui Kementerian Kewangan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di- Pertua jawapan yang diberi berlainan daripada apa yang saya tahu. Jadi saya mahu tahu sama ada JKR atau Kementerian Kesihatan ada meneliti? Apa yang saya tahu, kontraktor yang dilantik diberi kontrak ini secara direct award.

Jika sekiranya secara direct award, kita mahu tahu apa caranya direct award? Atau kalau selective tender yang dikatakan tidak ada selective tender yang kita tahu rakyat Sabah tidak tahu, jadi saya minta penjelasan sama ada Menteri...

[Disampuk] Sama ada jawapan yang diberi tadi betul atau tidak? Kerana bukan secara yang dinyatakan tadi. Yang saya tahu ia direct award. Jadi adakah prosedur dalam kerajaan kita memberi direct award?

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, ini soalan sama ada projek ini diberi secara tender ataupun secara direct award. Apa maklumat yang saya dapat, Kementerian Kesihatan adalah the client agency ini tetapi yang menjalankan tender dan sebagainya adalah oleh JKR dan kemudian di-award oleh Kementerian Kewangan. Setakat ini maklumat yang saya ada, tender terhad telah dijalankan melibatkan 10 penender.

Memang on the ground, Tuan Yang di-Pertua, memang kita dapati syarikat yang diberi adalah Syarikat Sri Esbina. Dalam kontrak memang dibenarkan untuk dibagi subkontrak kepada syarikat lain dan tidak disebut sama ada subkontrak itu kepada syarikat di dalam negara ataupun luar negara, Tuan Yang di-Pertua.

Kalau dia hendak lantik sebagai sebuah syarikat subkontraktor, dia mestilah inform ataupun memberitahu kepada JKR. Ini telah dibuat dan JKR telah bersetuju supaya membolehkan syarikat ini melantik subkontraktor tetapi tanggungjawab kepada semua projek masih lagi kepada kontraktor asal. Maknanya kalau dari segi dia lewat, tanggungjawab masih lagi di atas bahu syarikat yang telah pun diberi award tadi, Tuan Yang di-Pertua. Jadi kalau ikut apa yang saya dapat memang sudah ikut saluran itu.

Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, setakat ini apa yang saya tahu, projek-projek Kementerian Kesihatan memang tidak adapun yang direct award. Semua tender sama ada tender terhad ataupun tender terbuka, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

4. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, kenapa kes berkenaan Laporan Polis Daerah Ipoh Pusat Repot 6104/2017 disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sitiawan, Buntong dan Tronoh dipanggil untuk disiasat. Apakah hasil siasatan polis berkenaan Laporan Polis Daerah Ipoh Pusat Repot 662/2018, daerah Ipoh yang telah dibuat oleh ADUN kawasan Sitiawan- yang juga merupakan Ahli Parlimen Beruas, membantah tindakan polis menghalang wakil rakyat dan Dewan Undangan Negeri Perak dalam menjalankan tugas dan fungsi mereka.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan kes ini, pihak polis telah membuka dua Kertas Siasatan dan Kertas Siasatan itu telah dihantar kepada Pejabat Pendakwa Raya dan Pejabat Pendakwa Raya telah menghantar balik fail tersebut ke pihak polis untuk mendapatkan maklumat tambahan. Pada 13 Mac 2018, kita telah hantar balik ke Pejabat Pendakwa Raya. Setakat ini kita tidak dapat apa-apa maklumat seterusnya mengenai kes ini.

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab kenapa salah guna kuasa oleh polis atas arahan orang politik dalam kes ini menyiasat saya sebagai ADUN Sitiawan membangkitkan isu tentang Menteri Besar Negeri Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mendapat RM115,000 bonus dan menggunakan agensi Kerajaan Negeri Perak, menggunakan wang RM620,000 untuk membeli kereta mewah Audi Q7 yang ini memang merupakan tugas seorang wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri?

Jadi kenapa polis menyiasat saya kerana membangkitkan isu ini? Ini sangat jelas menunjukkan pihak polis telah melanggar undang-undang di bawah Kanun Keseksaan, seksyen 124 kerana mencampuri ataupun menghindarkan ADUN daripada menjalankan tugas.

Soalan tambahan saya juga, saya juga hendak jelaskan bahawa memang pihak polis- saya sangat hormati institusi polis dan harapan saya adalah institusi ini dihormati supaya mereka boleh bertindak secara profesional.

Saya juga baru-baru ini mendapat dua jawapan daripada Parlimen bahawa siasatan polis juga telah dibuat tetapi dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam kes di mana Yang Berhormat Batu Gajah pada masa itu Speaker Dewan Undangan Negeri Perak telah diusung keluar secara paksa pada 7 Mei 2009 semasa beliau merupakan Speaker yang tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak termasuk Barisan Nasional dan juga pihak Pakatan Rakyat. Masa itu pihak Pakatan Rakyat merupakan kerajaan tetapi ada pergolakan politik...

final • 10:30 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Begitu juga lagi satu, saya baru juga terima lagi satu jawapan di Parlimen, Kementerian Dalam Negeri mengatakan laporan saya, Ipoh Pusat Report 5917/2009 di mana semasa saya dengan Yang Berhormat Batu Gajah pergi ke DUN Negeri, beliau telah di...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Soalan Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

...Diserbu, dicekik dan juga beliau diambil oleh pihak polis tetapi juga tidak ada tindakan. Dikatakan keputusan no further action.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat!

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi soalan saya ialah apakah jaminan pihak kerajaan memastikan institusi polis ini dihormati. Kepada soalan asal saya, saya mohon Menteri mengarahkan tindakan sedemikian diberhentikan dengan segera kerana hendak menyiasat Ahli Parlimenkah, ADUN daripada menjalankan tugas. Setuju atau tidak, itu soalan saya.

final • 10:30 AM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Soalan Yang Berhormat Batu Gajah itu tidak berkenaan dengan soalan Yang Berhormat jadi saya tidak payah jawab. Kedua saya tidak setuju dengan apa Yang Berhormat cakap.

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Menteri penjelasan. Jadi Ahli Parlimen boleh disiasat dan pihak polis semasa menjalankan tugas di Parlimen.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat tidak boleh bangunlah Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Itukah jawapan Menteri?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, yang itu sudah out of order Yang Berhormat. Yang Berhormat Gerik.

final • 10:30 AM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Yang Berhormat Beruas mengambil kesempatan Parlimen. Soal PKMP memberi kereta rasmi kepada Menteri Besar, takkan kereta rasmi dibelanjakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak kita hendak pertikai.

Kemudian soal polis hendak menyiasat, polis tentu siasat.

Soalan saya- tidak payah tanya banyak, cuma pada saya Yang Berhormat Beruas menggunakan kesempatan dalam Parlimen untuk mengelirukan Dewan kerana kita hendak dekat pilihan raya. Ketika itu saya ADUN Temenggor, saya tahu cerita semua. Tuan Yang di-Pertua pun gelak. Saya tidak ada, secara peribadi saya tidak ada masalah tetapi saya tahu ketika itu Tuan Yang di-Pertua menahan Menteri Besar di mana kami majoriti mereka minoriti menafikan Menteri Besar dan EXCO-EXCO Kerajaan Negeri.

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Itu tidak benar, itu pembohongan.

final • 10:30 AM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Argh! Benar, di sinilah kalau berani bermain api kenapa takut?

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua soalan saya ialah saya disiasat baru bulan Januari ini bukan sudah lama...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, yang ini Dewan Parlimen Dewan Rakyat bukan Dewan Undangan Perak Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua boleh menjalankan tugas dengan baik.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya ya.

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Ini sebab saya disiasat baru-baru ini sahaja. Bulan Januari saya disiasat oleh polis sebab itu saya minta agar Menteri arahkan siasatan...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Beruas duduk, Yang Berhormat Menteri ada jawapan Yang Berhormat?

final • 10:30 AM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Saya tambah sedikit Tuan Yang di-Pertua.

Pertama sekali Yang Berhormat Beruas adalah merupakan seorang lawyer. Yang Berhormat tahu prosedur, pernyataan dan juga penghakiman. Apa yang paling penting saya hendak sebut di sini adalah maklumat yang diperolehi oleh kedua-dua ADUN tersebut merupakan maklumat rahsia Yang Berhormat di bawah Akta Rahsia 1972.

Jadi kalau itu merupakan satu kesalahan Yang Berhormat iaitu untuk menzahirkan rahsia kerajaan itu merupakan kesalahan Yang Berhormat. Yang Berhormat bawa perkara tersebut daripada DUN Perak ke Parlimen ini, saya hendak tanya juga kepentingan Yang Berhormat ini kepentingan peribadi, satu.

Kedua Yang Berhormat mempertahankan perkara yang salah, perkara yang melanggar undang-undang. Saya rasa itu merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab Yang Berhormat.

Akhir sekali hendak menjawab...

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Menteri saya setuju kalau siasatan di bawah OSA tetapi saya disiasat di bawah Akta Hasutan.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Beruas duduk Yang Berhormat Beruas.

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Oleh sebab itu saya tanya Menteri kenapa tidak siasat di bawah Official Secret Act tetapi dia siasat saya di bawah... [Pembesar suara dimatikan]

final • 10:30 AM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Yang Berhormat saya tidak boleh masuk secara terperinci dalam hal kes ini kerana ianya masih lagi dalam siasatan. Akan tetapi tadi saya membuat satu kenyataan bahawa Yang Berhormat tidak boleh memperjuangkan orang yang buat kesalahan, menzahirkan maklumat rasmi yang di bawah Akta Rahsia 1972, itu jawapan saya. Terima kasih.

final • 10:30 AM

5. Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah [Jasin] minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) rasional mengguna pakai 'project delivery partner' (PDP) model semasa membina model MRT 1 & 2M dan rasional mengguna pakai turnkey model bagi MRT3; dan

(b) berapakah jumlah kerugian yang dialami semasa membina MRT 1 & 2 itu akibat penggunaan model PDP tersebut dan berapa banyak pulakah penjimatan bakal diperoleh dalam membina MRT3 ini ekoran penggunaan model turnkey berkenaan.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Dato' Wira Othman bin Aziz

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berhormat Jasin, Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat projek MRT ini merupakan game changer kepada sistem pengangkutan awam di Malaysia yang telah memberi manfaat kepada pelbagai pihak termasuk rakyat dan industri. Kerajaan menggunakan model Rakan Pelaksana Projek, Project Delivery Partner (PDP) bagi projek MRT Laluan 1 yang menghubungkan Sungai Buloh-Kajang, dan juga MRT Laluan 2 yang menghubungkan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya.Berdasarkan model ini pihak PDP bertanggungjawab untuk mengawal selia pembinaan yang melibatkan bahagian bertingkat projek MRT serta mengawasi prestasi kesemua kontraktor.

Projek MRT Laluan 1 mempunyai jajaran keseluruhan sepanjang 51 kilometer di mana 41.5 kilometer merupakan jajaran bertingkat dan baki jajaran melalui terowong bawah tanah. Sementara itu MRT Laluan 2 dengan jarak 52.2 kilometer mempunyai landasan bertingkat sepanjang 38.7 kilometer dan landasan yang melalui terowong bawah tanah sepanjang 13.5 kilometer.

Secara amnya kedua-dua laluan ini jarak jajaran bertingkat yang lebih panjang daripada jarak jajaran bawah tanah yang menjadi faktor utama untuk mengguna pakai konsep PDP. Manakala bagi projek MRT Laluan 3, lingkaran- kerajaan akan mengguna pakai model turnkey. Memandangkan 85 peratus daripada jarak laluan adalah merupakan jajaran bawah tanah. Konsep turnkey adalah lebih sesuai diguna pakai berbanding konsep PDP yang mana pengawasan dan pengawalseliaan projek boleh dilaksanakan sendiri oleh pihak MRT Corp.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga projek MRT Laluan 1 berjaya disiapkan lebih awal dan tidak mengalami kerugian. Seperti yang semua sedia maklum kos pembinaan dapat dijimatkan sebanyak RM2 bilion kepada RM21 bilion berbanding RM23 bilion seperti yang disasarkan. Kejayaan ini turut disumbangkan oleh peranan PDP dalam mengawasi prestasi kesemua kontraktor serta mengambil segala risiko projek.

Di mana PDP dikenakan penalti jika projek tidak dapat disiapkan daripada tempoh yang ditetapkan ataupun kosnya melebihi apa yang disasarkan. Prestasi PDP ini pula diselia dan dipantau oleh MRT Corp sebagai pemilik projek MRT. Oleh itu kerajaan tidak menganggap keputusan menggunakan pakai model PDP bagi MRT Laluan 1, dan Laluan 2 adalah satu keputusan yang merugikan.

Bagi projek MRT Laluan 3 Lingkaran, kerajaan merancang untuk mengguna pakai model turnkey memandangkan 85 peratus daripada jajaran berada di bawah tanah ataupun, dengan izin, underground. Berdasarkan pengalaman untuk projek MRT Laluan 1 dan 2, MRT Corp bertanggungjawab dan mempunyai kepakaran tenaga kerja dalam mengawal selia pembinaan terowong dan stesen-stesen bawah tanah.

Selain itu pihak MRT Corp turut memperolehi pengetahuan dan kepakaran yang mencukupi daripada pihak PDP sebelum ini untuk mengawal selia projek MRT Laluan 3 sepenuhnya. Oleh itu bagi projek MRT Laluan 3, MRT Corp bersedia untuk melaksanakan fungsi PDP. Setakat ini kerajaan masih belum dapat memastikan berapakah penjimatan yang akan diperolehi melalui MRT3 kerana ketika ini proses mereka bentuk dan menentukan jajaran akhir belum diputuskan. Namun kita yakin bahawa kontraktor turnkey mampu mengawal kos MRT3 mengikut bajet yang diputuskan.

MRT Corp juga sedang melaksanakan proses pengurusan nilai ataupun value management untuk mengoptimumkan kos pembinaan projek. Selain itu melalui model turnkey pihak kerajaan juga akan menerima pakej kewangan menarik yang akan ditawarkan oleh pembida-pembida yang berminat. Secara tidak langsung dapat menjimatkan kos projek seterusnya menguntungkan kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan penjelasan yang cukup baik sekali. Apa pun saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional yang telah berjaya dapat menyediakan satu pengangkutan awam bagi kesejahteraan seluruh warga kota. Selaras dengan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti.

Soalan saya, sebelum itu yang paling penting sekali adalah saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah juga kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana penyertaan bumiputera telah dapat kita rekodkan. Bukan sahaja mengatasi pencapaian 43 peratus bahkan ada MRT 2 sebanyak 50 peratus penyertaan kontraktor-kontraktor bumiputera. Soalan saya, memandangkan tempoh projek ini atau tempoh projek yang telah dijalankannya selama 45 hari, apakah rasionalnya? Ini kerana kita hendak lihat seperti mana- mana projek-projek yang lain-lain seperti HSR dibuat sampai enam bulan, dibuatkan tempoh projek. Tentu kerajaan ada sebab-sebab tertentu.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Keduanya, memandangkan keseluruhan projek MRT 1, 2 dan 3 ini tanggungan kerajaan melebihi RM100 bilion, jadi apakah sebenarnya punca pendapatan kerana memandangkan ridership kita di bawah sasaran kita hanya 25 peratus. Jadi tanggungan kita, bagaimanakah untuk kita membayar semula? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Jasin.

Untuk makluman Yang Berhormat, ini merupakan satu projek yang kita kata projek jangka panjang, projek game changer dan ia bukanlah satu projek yang boleh return on investment ataupun breakeven ke atas projek itu dalam jangka yang pendek. Kita telah pun menggunakan pinjaman sukuk dalam tempoh antara 7 sehingga 30 tahun dengan kadar antara 3.62 peratus hingga 5.51 peratus.

Kita sedar bahawa kalau diambil kira projek MRT 1, 2 dan 3, projek keseluruhannya menjangkau sehingga RM100 bilion. Namun untuk makluman Yang Berhormat juga, kita menjangkakan bahawa apabila siap sepenuhnya, contoh ketika ini kita mendapat sambutan walaupun dalam tempoh tak sampai setahun, ridership di peringkat ketika ini mencecah sampai 130 hingga 140 ribu sehari. Kita mempunyai fokus ataupun ramalan untuk mendapatkan breakeven, kita memerlukan jangkauan sekurang-kurangnya dalam sekitar 250,000 orang setiap hari.

Ketika ini kita perlu sedar bahawa terdapat enam stesen yang masih belum diguna pakai sepenuhnya. Antaranya iaitu di Kwasa Damansara; Kwasa Sentral; Kampung Selamat, Sungai Buloh; TRX dan juga Merdeka.

Ini kerana projek-projek di tapak-tapak tersebut masih belum siap sepenuhnya.

Maka kita jangkakan apabila projek perumahan, projek komersial dan sebagainya siap, maka permintaan atas ridership MRT ini akan meningkat dan insya-Allah kita jangkakan ia dapat mencapai hasrat ataupun sasaran untuk kita breakeven.

Sudah tentulah sebagai projek kerajaan, kita memerlukan peruntukan-peruntukan daripada kerajaan sepanjang sekian lama untuk kita pulangkan balik, kita bayarkan balik pinjaman-pinjaman ini. Atas keyakinan, ramalan, forecast business viability itu, kita yakin bahawa ridership akan bertambah dan seterusnya akan membawa pulang modal dan membawa pulang atau return of investment yang kita ramalkan untuk menjadikan projek ini satu projek yang viable untuk jangka panjang. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM
PEMAKLUMAN OLEH TUAN YANG DI-PERTUA
PENGGANTUNGAN AHLI YB BERUAS, YB TAIPING, DAN YB BATU GAJAH SELAMA SEPULUH (10) HARI

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Ahli Parlimen Beruas, Yang Berhormat Ahli Parlimen Taiping dan Yang Berhormat Ahli Parlimen Batu Gajah pada hari Rabu, 7 Mac 2018 semasa sesi Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parlimen Ketiga Belas telah membuat kenyataan bersama yang telah disiarkan dalam laman sesawang www.malaysiakini.com berkenaan penolakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat terhadap usul perlu disegerakan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) berkenaan penyitaan kapal layar mewah, Equanimity yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Jho Low dan soalan-soalan yang berkaitan dengan 1MDB.

Kenyataan tersebut telah menyatakan bahawa Yang di-Pertua tidak sepatutnya menjadi sekutu untuk menutup skandal rasuah dan sebagai Speaker, Pandikar gagal menegakkan kebenaran. Justeru, perkara paling mulia untuk dilakukannya adalah meletak jawatan.

Pada hari Selasa, 13 Mac 2018, Yang Berhormat Ahli Parlimen Taiping juga telah membuat kenyataan media di www.freemalaysiatoday.com bahawa Yang di-Pertua Dewan Rakyat seharusnya mengambil tindakan yang bersesuaian untuk memelihara integriti Dewan Rakyat. Jika Yang di-Pertua Dewan Rakyat gagal berbuat demikian, Parlimen Malaysia akan dilihat sebagai salah satu institusi yang paling memalukan di dunia.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah meneliti kenyataan bersama tersebut dan mendapati wujudnya satu tuduhan ke atas Tuan Yang di-Pertua yang boleh disifatkan menghina Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi Majlis Mesyuarat. Ia merupakan suatu bentuk penghinaan kepada Dewan Rakyat yang mulia ini dan mencemarkan nama baik serta prestij Dewan Rakyat. Sehubungan itu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menulis surat kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen Beruas, Yang Berhormat Ahli Parlimen Taiping dan Yang Berhormat Ahli Parlimen Batu Gajah hari Selasa, 13 Mac 2018.

Surat berkenaan meminta Ahli-ahli Yang Berhormat untuk memohon maaf secara terbuka di dalam Dewan atas tuduhan yang dibuat terhadap Yang di-Pertua Dewan Rakyat selaras dengan Peraturan Mesyuarat 43.

Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Ahli Parlimen Beruas, Yang Berhormat Ahli Parlimen Taiping dan Yang Berhormat Ahli Parlimen Batu Gajah enggan memohon maaf, malah menuntut Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk menjawab soalan-soalan mereka terlebih dahulu melalui kenyataan yang disiarkan dalam laman sesawang www.malaysiakini.com pada hari Khamis, 15 Mac 2018.Tindakan yang sewajarnya diambil oleh Ahli-ahli Yang Berhormat adalah dengan mengemukakan usul bersendiri seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan Mesyuarat 43.

Lanjutan daripada itu, Yang Berhormat Ahli Parlimen Beruas telah mengemukakan satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) yang meminta Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk menarik balik surat permohonan permintaan maaf tersebut dan menyatakan bahawa surat tersebut merupakan suatu ugutan.

Tindakan Ahli Parlimen Batu Gajah yang enggan memohon maaf selepas diminta untuk berbuat demikian merupakan satu peninggalan- omission, yang sengaja dilakukan dan tidak menghormati Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebagai Pengerusi Majlis Mesyuarat.

Usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Beruas, juga tindakan Yang Berhormat Ahli Parlimen Taiping dan Yang Berhormat Ahli Parlimen Batu Gajah yang membuat kenyataan tidak wajar di media serta enggan memohon maaf merupakan satu perbuatan yang menghina Majlis Mesyuarat, tidak mengendahkan kuasa Tuan Yang di- Pertua Dewan Rakyat sebagai Pengerusi Majlis Mesyuarat, dan juga suatu perbuatan penyalahgunaan peraturan mesyuarat yang tidak wajar dilakukan oleh seorang Ahli Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, ingin saya ingatkan bahawa semua perbuatan dan kenyataan-kenyataan secara bersama yang dibuat oleh ketiga-tiga Yang Berhormat bagi kawasan Beruas, Taiping dan Batu Gajah adalah suatu penghinaan terhadap Tuan Yang di- Pertua Dewan Rakyat yang menjalankan tugas sebagai Pengerusi Dewan ini, dan demikian ini bererti penghinaan juga kepada Dewan Rakyat yang turut mencemarkan nama baik, prestij Dewan Rakyat...

final • 10:50 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya...

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

...Maka ia adalah perbuatan menghina Majlis Mesyuarat dan tidak mengendahkan kuasa Pengerusi seperti yang dinyatakan dalam Peraturan Mesyuarat 44(2).

Justeru itu, saya memerintahkan Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Taiping dan Yang Berhormat Batu Gajah keluar daripada Majlis Mesyuarat selama 10 hari, mulai hari ini, Isnin, 20 Mac 2018....

final • 10:50 AM

[Dewan tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya minta Bentara untuk menjalankan tanggungjawab.

final • 10:50 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, saya minta Parlimen membuat keputusan sama ada tindakan saya menghina Dewan ini atau tidak. Kalau Dewan ini- Usul saya telah saya buat, kalau semua orang berpendapat kami ini menghina Dewan Rakyat, kami sudi keluar. Akan tetapi kalau Tuan Yang di-Pertua boleh menolak Usul saya, ini bermaksud Tuan Yang di-Pertua lebih berkuasa daripada seluruh Dewan Rakyat ini. Jadi dua Usul yang saya bentangkan, pertama bahawa Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat...

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat tinggalkan Dewan ya.

final • 10:50 AM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Tuan Yang di-Pertua, berilah mereka peluang untuk beri penjelasan.

final • 10:50 AM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, kita seharusnya diberi peluang untuk...

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Bukan sahaja menghina, kurang ajar namanya.

final • 10:50 AM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Mana boleh macam ini Tuan Yang di-Pertua? Sepatutnya kita diberi peluang, kita dah bawa usul. Kita harus debat perkara ini dalam Dewan...

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Kalau dah biadab, keluarlah! Kalau dah biadab, keluar, get out! Yang Berhormat memang biadab.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya dah perjelaskan secara jelas-jelasnya Yang Berhormat, dan keputusannya Yang Berhormat dikehendaki untuk meninggalkan mesyuarat ini untuk selama 10 hari. Ya? Saya minta Yang Berhormat keluar daripada Dewan. Ya, Bentara sila.

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Keluar lah bawah pokok, pergi bawah pokok. Bawah pokok...

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Ini adalah keputusan politik, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, ya minta tinggalkan mesyuarat Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Ini adalah keputusan politik.

Sepatutnya kita diberi peluang untuk menjawab di sini. Perlu dibahaskan di sini.

final • 11:00 AM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Setiu okey, Setiu okey.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, ya. Ya, terpakai juga kepada Ahli Yang Berhormat Taiping yang tidak berada di Dewan pada ketika ini...

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

[Yang Berhormat Beruas, dan Yang Berhormat Batu Gajah keluar Dewan]

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Serdang.

final • 11:00 AM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya beberapa soalan tambahan.

Saya rasa, apabila saya baca laporan surat khabar, satu perkara yang telah dibentangkan bahawa tender ini, winner of the tender akan diannounce dalam akhir bulan Mac. Saya hendak dapatkan pengesahan kementerian sama ada ini adalah benar atau tidak?

Kedua, salah satu kebaikan turnkey yang telah dinyatakan oleh Timbalan Menteri tadi ialah, good financial terms. Apabila saya baca laporan surat khabar, salah satu ciri ialah di mana financial terms ini adalah, consultant yang memenangi tender ini tidak akan mendapat bayaran selama lapan tahun selepas penghabisan projek ini. Saya hendak dapatkan pengesahan daripada pihak kementerian sama ada ini benar atau tidak. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Serdang. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga makluman Dewan, ketika ini kita sedang menunggu, pembidaan dan juga membuat analisa tentang pelantikan dan sebagai nya. Buat masa ini, kita belum buat keputusan bila hendak lantik dan sebagainya sebab daripada awal tadi telah pun menyatakan bahawa design dan juga ganjaran dan sebagainya belum diputuskan, maka sudah tentu lah kita akan menimbang berdasarkan kepada maklumat mutakhir, keputusan, ganjaran dan sebagainya.

Kemudian, berkaitan dengan katanya mengikut bacaan akhbar oleh Yang Berhormat itu, kononnya consultant tidak akan dapat dibuat pembayaran dalam tempoh lapan tahun itu di luar pengetahuan saya. Saya tidak boleh mengesahkan sebab mungkin maklumat yang Yang Berhormat dapat itu mungkin hanyalah sekadar spekulasi. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

7. Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir [Kulim-Bandar Baharu] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, jumlah kes penderaan dan rogol bawah umur yang melibatkan kanak-kanak di seluruh negara sejak tahun 2015 sehingga terkini. Apakah usaha kementerian dalam memastikan kerjasama antara agensi kerajaan yang berkaitan seperti Kementerian Pendidikan, Jabatan Agama Islam dan Institusi Keluarga dapat dilakukan supaya kes tragis penderaan kanak-kanak sehingga melibatkan kematian dapat dielakkan.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua, mulai tahun 2015 hingga tahun 2017 terdapat sebanyak 1,107 kes penderaan kanak-kanak iaitu sebanyak 329 kes pada tahun 2015, sebanyak 349 kes pada tahun 2016 dan 429 pada tahun 2017 yang direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia.

Manakala, bagi kes rogol bawah umur sebanyak 7,379 kes yang direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia bagi tempoh 2015 hingga 2017 yang menunjukkan penurunan iaitu 2,704 kes pada tahun 2015, sebanyak 2,453 kes pada tahun 2016 dan sebanyak 2,222 kes pada tahun 2017.

Tuan Yang di-Pertua, antara usaha kementerian untuk memastikan kerjasama berterusan daripada agensi kerajaan yang lain dalam menangani kes penderaan kanak- kanak dan rogol bawah umur ini ialah melalui pindaan Akta Kanak-kanak 2001 yang telah memperuntukkan penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Kanak-kanak yang dianggotai oleh pelbagai agensi kerajaan, individu serta wakil kanak-kanak. Majlis ini dibentuk semula daripada Majlis Penasihat dan Perundingan Kanak-kanak Kebangsaan.

Antara agensi kerajaan yang menganggotai majlis ini ialah Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Penjara, Jabatan Imigresen, individu-individu yang pakar dalam bidang kanak-kanak dan wakil Majlis Perwakilan Kanak-kanak yang terdiri daripada kanak-kanak sendiri. Majlis ini dapat memastikan kerjasama yang berterusan daripada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan memandangkan ianya merupakan suatu badan dalam kerajaan yang berperanan dalam menasihati dan membuat syor kepada kerajaan mengenai semua isu dan aspek yang berhubungan dengan pemeliharaan, perlindungan, pemulihan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

Bagi memastikan fungsi dan peranan majlis ini dilaksanakan secara menyeluruh ke peringkat akar umbi, dua pasukan telah ditubuhkan di bawah majlis iaitu satu, Pasukan Pelindungan Kanak-kanak yang ditubuhkan di daerah-daerah di seluruh negara. Pasukan ini di struktur semula dengan keanggotaan tidak lebih daripada tujuh orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam perkara yang berhubungan dengan pencegahan, pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak, seorang pegawai perubatan dan seorang pegawai polis kanan. Dengan pindaan ini juga, pelindung ditugaskan untuk menyelia pasukan pelindungan kanak-kanak.

Keduanya, pasukan kebajikan kanak-kanak. Pasukan ini yang dahulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak berfungsi untuk menyelaraskan perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak jika kanak-kanak memerlukan atau disyaki memerlukan pelindungan dan pemulihan. Pasukan ini juga berperanan dalam memantau perkembangan kanak-kanak yang telah melalui pemulihan di institusi kebajikan bagi memastikan kanak-kanak tersebut melalui kehidupan yang lebih baik dan tidak terjebak semula dengan jenayah.

Bagi operasi menyelamat dan merawat kanak-kanak yang memerlukan pelindungan pula, SCAN Team ditubuhkan di 34 buah hospital-hospital utama kerajaan yang terdiri daripada golongan profesional dalam bidang perubatan seperti ahli pediatrik, pakar ginekologi, ahli obstetrik, ahli psikiatri, ahli patologi forensik dan pekerja sosial perubatan hospital. Pasukan SCAN Team bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Bantuan Guaman serta agensi lain yang berkaitan untuk memberikan sokongan dan perkhidmatan yang komprehensif kepada mangsa kanak-kanak.

Selain daripada kementerian dengan agensi-agensi kerajaan yang disebutkan tadi, saya juga ingin menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengenal pasti perkhidmatan dan sistem sokongan yang disediakan di kawasan masing-masing untuk dihebahkan kepada ahli masyarakat dalam menangani kes penderaan dan penganiayaan kanak-kanak. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum saya tanya soalan tambahan, saya hendak mengalu-alukan kehadiran rombongan daripada Parti PBB Parlimen Lawas yang bersama-sama kita pada hari ini...

[Tepuk] Soalan tambahan saya, jadi saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana dengan penyelarasan yang rapi dengan ada pelbagai pasukan yang mengenal pasti masalah penderaan kanak-kanak di akar umbi ini. Cuma, apakah saluran yang jelas yang ada untuk menguruskan sekiranya kanak-kanak ini dikenal pasti ada penderaan dan juga apa bentuk tindakan kepada guru, doktor atau pun pengasuh yang mengesan berlakunya kes penderaan ini tetapi tidak melaporkan kepada agensi atau pun kepada kerajaan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 11:00 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Sebenarnya kita mempunyai beberapa kaedah untuk pelaporan ini. Pertamanya, kalau kita tidak mahu dikenal pasti, kita boleh melaporkan sahaja melalui talian Kasih iaitu 15999 kalau kita mendapat tahu. Sesiapa sahajalah yang mendapat tahu berlakunya penderaan atau kemungkinan ada penderaan terhadap kanak-kanak.

Keduanya, kita boleh melaporkan melalui media sosial melalui Twitter dan Facebook kementerian ataupun secara bersemuka direct kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang ada di setiap daerah di setiap negeri di dalam negara kita ini ataupun direct kepada Polis Diraja Malaysia. Mengikut pindaan Akta Kanak-kanak 2001 yang telah kita luluskan pada tahun 2016, ada kewajipan melaporkan di bawah seksyen 27 oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan.

Kedua, seksyen 28 oleh anggota keluarga itu sendiri mesti melaporkan dan ketiga di bawah seksyen 29 oleh pengasuh kanak-kanak. Di bawah Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 ini, jika mereka tidak melaporkan yang diwajibkan ini, maka mereka boleh diambil tindakan dan jika disabitkan kesalahan, ada hukuman penjara dan juga hukuman denda terhadap mereka ini.

Satu lagi ialah ada juga pula peranan anggota masyarakat untuk melaporkan kes- kes penderaan. Peruntukan ini di bawah seksyen 29A yang menyatakan jika mana-mana orang selain daripada yang disebutkan tadi mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa seorang kanak-kanak telah dicederakan dari segi fizikal ataupun emosi akibat daripada teraniaya dari segi seks, mereka bolehlah memberikan maklumat itu kepada seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat. Yang ini tidaklah diwajibkan tetapi mereka diminta juga untuk menunaikan tugas dan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang bertanggungjawab untuk melaporkan jika kes-kes seperti ini berlaku.

Apabila kita mendapat laporan ini nanti, maka pegawai kita iaitu pegawai JKM di daerah itu yang merupakan pelindung akan terus mengambil tindakan menyiasat perkara ini, datang ke rumah yang terlibat itu dan mengambil kanak-kanak dalam perlindungan mereka buat sementara waktu di rumah kanak-kanak kita. Selepas itu, siasatan akan dilaksanakan.

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab soalan yang begini penting. Kita tahu bahawa kes penderaan dan juga rogol kanak-kanak bawah umur ini memang satu kes, satu perkara yang amat serius yang melanda sekarang ini dalam masyarakat kita. Akan tetapi ada satu lagi kategori kes yang seumpama ini yang lebih dahsyat lagi iaitu yang disebut sebagai sumbang mahram ataupun incest. Mengikut kajian, lebih daripada 10 peratus jumlah kes rogol yang dilaporkan kepada polis setiap tahun adalah sumbang mahram. Sumbang muhrim ini adalah kes penderaan seksual ataupun rogol yang melibatkan orang yang mempunyai pertalian darah seperti keluarga dan sebagainya.

Jadi Yang Berhormat, kita tahu bahawa mencegah adalah lebih baik daripada mengubat. Prevention is better than cure, dengan izin. Mengikut ajaran Islam, salah satu daripada kaedah untuk kita mengelakkan berlakunya tragedi yang tidak baik dan buruk seumpama ini ialah kanak-kanak apabila berumur tujuh tahun dalam satu keluarga, mereka perlu dipisahkan tempat tidur. Mereka tidak boleh tidur dalam bilik yang sama yang boleh mendorong kepada berlakunya keadaan ini.

Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat terutamanya di bawah kementerian Yang Berhormat. Adakah kerajaan bercadang untuk menguatkuasakan satu dasar di mana setiap rumah mesti mempunyai tidak kurang daripada tiga bilik tidur. Satu bilik untuk ibu bapa, satu bilik untuk anak lelaki dan satu bilik untuk anak perempuan dalam rangka untuk kita mencari formula yang terbaik untuk kita menyelesaikan masalah yang begini serius melanda dalam masyarakat kita. Mohon jawapan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Kota Bharu. Ya, memang sesungguhnya kalau kita lihat kes yang baru itu, kes jenayah seksual yang berlaku itu bahawa pesalah yang telah melakukan banyak sekali kesalahan itu ialah bapa kandung sendiri.

Kes yang terbaru itu, kita tahulah kalau hendak berpisah ibu dan bapanya, maka kanak-kanak perempuan itu duduk bersama-sama dengan bapanya. Mungkin dia ada bilik yang berasingan tetapi mungkin animal instinct, dengan izin, yang menyebabkan si bapa menjadi pelaku yang amat teruk sekali.

Sebenarnya, untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini bahawa di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, memang rumah-rumah yang dibina oleh kerajaan itu saya yakin bahawa mesti sekurang-kurangnya ada tiga bilik. Tiga bilik yang mana ertinya ada satu bilik untuk ibu bapa, ada satu bilik untuk anak lelaki dan ada satu bilik lagi untuk anak perempuan.

Tujuannya itu tentunya pertama memberikan keselesaan dan keduanya untuk mengelakkan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Akan tetapi setakat ini kita belum ada lagi perundangan yang khusus seperti mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi. Mungkin ini satu perkara yang boleh sama-sama kita lihat, kita kaji dan kita bincangkan nanti, insya-Allah. Ini kerana ini adalah perkara yang sama-sama perlu kita tangani dengan sebaik mungkin tidak kira yang di sebelah sini dan juga yang di sebelah sana.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

9. Datuk Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh [Sabak Bernam] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, setakat manakah kajian Pelan Induk Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) Malaysia dan setakat manakah kerjasama tujuh kementerian yang terlibat dan agensi berkaitan dalam penggubalan dasar dan perlaksanaan TVET Malaysia.

final • 11:10 AM

Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah merangka satu kajian Pelan Induk TVET Malaysia yang merupakan satu kajian komprehensif berhubung dengan pelan tindakan jangka panjang sehingga tahun 2050. Kajian ini merangkumi isu permintaan dan penawaran TVET ke arah menangani isu jurang kemahiran dan juga keperluan industri.

Kajian ini juga akan melihat pemadanan antara permintaan dan penawaran mengikut keperluan sektor ekonomi untuk memastikan kebolehpasaran pekerjaan yang tinggi di kalangan lepasan TVET dengan kadar gaji yang lebih baik. Kajian ini juga dapat membantu dalam penilaian semula program-program TVET sedia ada dan mencadangkan pembaharuan ke atas pendekatan dan kurikulum program TVET.

Kajian ini akan turut menyediakan analisa isu berkaitan kemapanan dana, tenaga pengajar, kadar yuran, kerjasama institut latihan kemahiran awam dan juga swasta dan juga pengiktirafan pencapaian terdahulu atau dalam bahasa Inggeris, recognition of prior experiential learning. Pelan tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang turut dirangka bagi memastikan pelaksanaan program TVET dapat berjalan dengan lancar.

Tuan Yang di-Pertua, kajian yang akan mengambil masa selama tujuh bulan ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama kementerian- kementerian dan agensi-agensi utama yang lain. Sesi libat urus bersama pihak berkepentingan telah diadakan bagi membangunkan terma rujukan atau terms of reference kajian Pelan Induk TVET Malaysia dan penubuhan jawatankuasa PEMANDU dan jawatankuasa teknikal kajian yang dianggotai oleh kesemua tujuh kementerian dan agensi termasuk pihak industri yang terlibat dengan TVET.

Kerjasama beberapa kementerian dan agensi utama TVET iaitu Unit Perancangan Ekonomi (UPE), Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Malaysian Qualification Agency (MQA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia, Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh Ilmiah juga di bawah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, TalentCorp Malaysia dan Akademi Binaan Malaysia (CIDB).

final • 11:10 AM

Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem

Dalam penggubalan dasar dan pelaksanaan TVET Malaysia adalah amat baik.

Berikutan pembentukan beberapa peringkat jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Penyelaras TVET Malaysia di peringkat pegawai, Jawatankuasa Penyelarasan di peringkat Menteri serta di peringkat tertinggi nanti iaitu Majlis TVET Malaysia.

final • 11:20 AM

Datuk Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan sebentar tadi yang begitu berpandangan jauh dan proaktif. Dengan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional yang melihat bahawa TVET ini adalah merupakan satu bidang yang sangat berpandangan jauh.

Tahniah juga kepada Kementerian Sumber Manusia yang telah menjadi peneraju utama dalam N-BOS ini. Soalan tambahan saya, apakah perancangan dan pelan tindakan Majlis TVET yang ditubuhkan baru-baru ini bagi menerajui TVET ini bagi memastikan pencapaian 35 peratus tenaga kerja mahir menjelang tahun 2020. Apakah langkah Majlis TVET ini memastikan peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran TVET ini termasuklah mendapat pengiktirafan dari pihak industri negara dan luar negara sejajar dengan aspirasi dari visi transformasi nasional tahun 2050 dan TN50. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem

Terima kasih Yang Berhormat dari Sabak Bernam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Sumber Manusia telah diamanahkan oleh kerajaan khususnya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menerajui perkataan TVET. Dalam mana perkataan “TVET”, khususnya penjenamaan TVET Malaysia telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri pada 27 September tahun lalu iaitu di ADTEC Shah Alam. Dalam mana enam kementerian bersama- sama dengan enam kementerian yang ada sangkut paut dengan melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi sama-sama dengan Kementerian Sumber Manusia telah bersama- sama menghadiri pelancaran itu.

Selain dari itu, industri-industri termasuk sebuah universiti iaitu Limkokwing University of Creative Technology telah diamanahkan oleh kerajaan untuk bersama-sama dengan ketujuh-tujuh kementerian yang ada sangkut paut dalam melahirkan modal insan yang berkemahiran ini akan menjadi kenyataan.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita sedia maklum, pelancaran slogan itu di tambah lagi dengan pembentangan bila mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membentangkan belanjawan bagi tahun 2018 iaitu pada bulan Oktober tahun lepas.

Iaitu dalam mana perkataan TVET Malaysia ini akan diperkasakan untuk memastikan bahawa sekurang-kurangnya menjelang tahun dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini yang berakhir pada tahun 2020 sekurang-kurangnya peratusan pekerja yang mahir di negara kita dari 28 peratus sekarang akan ditingkatkan kepada 35 peratus.

Dalam pada itu Yang Berhormat dari Sabak Bernam, pada 22 dan 23 bulan ini yang lepas, ini diperkukuhkan lagi dengan Kementerian Sumber Manusia bersama-sama dengan enam kementerian yang lain, bersama-sama dengan pihak industri, bersama-sama dengan orang yang berminat dalam melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi. Saya sebutkan di sini Majlis Profesor Negara turut bersama-sama dalam mana kita telah mengadakan ekspo atau Karnival TVET Malaysia dan di dalam ekspo itu yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Jadi pelancaran slogan telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Selepas itu TVET ekspo yang julung-julung kali diadakan di negara kita telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri baru seminggu yang lepas.

Ekspo itu telah mendapat kejayaan yang amat-amat kita banggakan. Tuan Yang di-Pertua, antara perkara-perkara atau yang kita buat iaitu satu, kita telah menyebut Revolusi Industri 4.0. Dalam industri 4.0 ini kalau pekerja mahir peratusannya tidak ditingkatkan, negara kita akan ketinggalan, negara kita akan ketinggalan ini bererti mengikut angka yang kita dapati 60 peratus daripada jawatan sekurang-kurangnya 60 peratus dari pekerjaan yang sedia ada akan lupus dengan sendirinya menjelang tahun 2027.

Maka dengan itu Tuan Yang di-Pertua minta maaf panjang sikit tetapi saya kena memberi penjelasan kerana TVET Malaysia adalah satu bidang yang amat penting tetapi baru. Untuk memastikan saya ulang untuk memastikan negara kita menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 perkataan 2027 selepas itu 2050 TN50. Saya tegaskan di sini bahawa kalau peratusan tenaga kerja kita tidak dipertingkatkan saya mengulang sekali lagi ini akan menyebabkan negara kita akan ketinggalan zaman dan kedua 60 peratus dari mereka dari mereka yang bekerja sekarang akan hilang pekerjaan kerana ianya akan digantikan dengan perkataan automation digitalization. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

[Soalan No.10 - Y.B. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary (Bachok)]

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem

tidak hadir]

final • 11:20 AM

11. Datuk Khoo Soo Seang [Tebrau] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, adakah kementerian akan mewujudkan suatu gred, kategori, pengkhususan kontraktor khas dan bertauliah sahaja dibenarkan untuk terlibat dalam 'tender' bagi pembinaan hospital, sekolah atau kerja-kerja menaik taraf sebagai pengukuhan kepada syarat 'pre-Q'.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya pun tidak menyangka dapat menjawab soalan pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) mendaftar kontraktor mengikut gred kategori dan pengkhususan mengikut kelayakan dan kemampuan kontraktor tersebut dari gred G1 hingga G7 sebagaimana yang digariskan di dalam peraturan- peraturan pendaftaran kontraktor 1995 dan Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Akta 520.

Gred G1 adalah gred kontraktor yang paling kecil manakala gred G7 adalah gred kontraktor yang paling besar di bawah pendaftaran dengan CIDB. Terdapat empat kategori pendaftaran iaitu kategori ‘B’ (pembinaan pembangunan), kategori ‘CE’ (pembinaan kejuruteraan awam), kategori ‘M&E’ (mekanikal dan elektrikal) dan kategori ‘F’ (fasiliti).

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Pihak CIDB melalui Akta 250 secara umumnya hanya menguatkuasakan gred dan kategori sahaja di dalam pendaftaran kontraktor. Kontraktor yang berdaftar di dalam gred serta kategori yang berkaitan dibenarkan untuk melaksanakan semua kerja-kerja di bawah kategori dan pengkhususan tersebut kecuali bagi sesetengah pengkhususan yang melibatkan pematuhan kepada akta-akta lain seperti kerja elektrik tertakluk kepada Akta Suruhanjaya Tenaga.

Tuan Yang di-Pertua, bagi projek pembinaan hospital dan sekolah, ia berada di bawah kategori ‘B’ iaitu pembinaan bangunan. Di bawah kategori ‘B’, terdapat 29 pengkhususan kerja telah didaftarkan dan kod B29 adalah pengkhususan pembinaan hospital. Pengkhususan B29 boleh diperolehi oleh kontraktor jika mereka mempunyai pengalaman melaksanakan projek membina hospital atau melalui program latihan CIDB yang melibatkan penilaian. Sekiranya lulus dalam penilaian tersebut, kontraktor layak menerima sijil kecekapan pengurusan daripada CIDB.

Pihak pemilik projek sama ada Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Kementerian Kesihatan Malaysia telah menambah baik syarat-syarat perolehan kerja dengan menguatkuasakan di dalam iklan tender mereka di mana hanya kontraktor yang mempunyai kategori B29 sahaja yang layak untuk menyertai tender projek pembinaan hospital. Prosedur menguatkuasakan B29 di dalam iklan tender projek hospital adalah bertujuan untuk memastikan projek hospital hanya boleh dilaksanakan oleh kontraktor yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang tersebut sahaja sekali gus dapat mengatasi masalah projek sakit dan tidak berkualiti yang mana memberikan impak yang tinggi kepada masyarakat dan negara.

Begitu juga dengan lain-lain projek sama ada pembinaan sekolah atau kerja-kerja menaik taraf, pihak kerajaan telah menambah baik serta memperkukuhkan lagi syarat-syarat tender dengan menetapkan keperluan pengkhususan tertentu dan pengalaman di bidang kerja yang berkaitan bagi memastikan setiap projek kerajaan hanya dikendalikan oleh kontraktor yang berpengalaman dan mempunyai trek rekod yang baik melalui profil kontraktor yang disediakan oleh CIDB. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Datuk Khoo Soo Seang - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah, apakah langkah-langkah pihak kementerian di dalam menangani projek-projek sakit di bawah kementerian termasuk pelantikan kontraktor baru? Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau di atas soalan tambahan yang dikemukakan.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Tebrau, bagi projek sakit, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku agensi pelaksana akan membawa projek tersebut ke jawatankuasa contract coordination panel (CCP) agensi untuk diputuskan, Yang Berhormat, sama ada untuk menamatkan kontraktor sedia ada atau melaksanakan langkah pemulihan yang dilaksanakan oleh pegawai penguasa.

Jika pihak jawatankuasa memutuskan untuk menamatkan kontraktor ini, pihak pegawai penguat kuasa, Yang Berhormat, akan mengeluarkan surat penamatan kerja kepada kontraktor dan akan memaklumkan keputusan penamatan tersebut kepada pihak CIDB untuk tindakan lanjut CIDB dalam soal ini berdasarkan kepada akta dan juga peraturan yang ada di bawah CIDB, Yang Berhormat.

Bagi tender semula untuk projek sakit, agensi berkaitan perlu merujuk kepada jawatankuasa saringan kontraktor penyiap untuk mendapatkan nama-nama kontraktor bagi tender terhad selaras dengan perolehan kerajaan di bawah PK4.5. Jawatankuasa saringan kontraktor penyiap ini, Yang Berhormat, akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya bersama-sama dengan wakil daripada Kementerian Kewangan, daripada pihak ICU, JPM dan juga JKR. Setakat ini, Yang Berhormat, sejak daripada tahun lepas, 20 kes telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dalam menangani projek sakit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Setakat itulah sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan untuk pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG ANTIBERITA TIDAK BENAR 2018 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta yang memperkatakan tentang berita tidak benar dan perkara yang berkaitan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG TIMBANG TARA (PINDAAN) (NO. 2) 2018 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Timbang Tara 2005; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG SIVIL (PINDAAN) 2018 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Undang-undang Sivil 1956; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG HAD MASA (PINDAAN) 2018 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Had Masa 1953; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (PINDAAN) 2018 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di

final • 11:30 AM

Jabatan Perdana Menteri - Datuk Wira Razali bin Ibrahim

; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Wira Razali bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:38 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:38 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2017) 2018 Bacaan Kali Yang Kedua

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2017 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu dibaca kali yang kedua sekarang.

final • 11:39 AM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Tuan Yang di-Pertua, Anggaran Tambahan Perbelanjaan Mengurus Pertama 2017 ini dibentangkan menurut Perkara 100, dan 101, Perlembagaan Persekutuan iaitu bagi memperoleh kelulusan terhadap perbelanjaan yang tidak diperuntukkan atau yang tidak diperuntukkan dengan sepenuhnya dalam Bajet 2017 yang telah diluluskan terdahulu oleh Dewan yang mulia ini.

Di bawah Perkara 103 pula, tiap-tiap jumlah wang yang didahulukan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka bagi perbelanjaan yang telah dibuat hendaklah diganti dengan beberapa segera juga melalui suatu Rang Undang-undang Perbekalan. Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2017 yang dibentangkan adalah berjumlah RM7,786.3 juta iaitu pertama, sebanyak RM663.5 juta adalah tambahan perbelanjaan tanggungan dan sebanyak RM7,122.8 juta adalah untuk pembiayaan perbelanjaan bekalan.

Tambahan perbelanjaan bekalan yang dipohon untuk diluluskan di bawah fasal 2 rang undang-undang yang dibentangkan adalah sebanyak RM7,122.8 juta yang boleh diringkaskan seperti berikut.

Pertama, RM2,710.8 juta adalah untuk pindaan lebihan daripada Akaun Hasil Disatukan 2017 ke Kumpulan Wang Pembangunan pindaan ini dicaj sebahagian daripada perbelanjaan di bawah Maksud B.12 peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pindaan ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 10(1), Akta Tatacara Kewangan 1957 Akta 61 dan bukan satu perbelanjaan baharu tetapi merupakan sebahagian daripada keperluan kewangan untuk menampung perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2017 yang berjumlah RM44,883.8 juta, bakinya adalah dibiayai melalui pinjaman.

Kedua, sebanyak RM1,246.4 juta adalah bagi merecoup semula jumlah yang telah didahulukan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka untuk menampung perbelanjaan- perbelanjaan luar jangka tahun 2017 seperti yang terkandung dalam penyata yang telah dibentangkan sebagai Kertas Perintah 1, Tahun 2018.

Ketiga, sebanyak RM3,165.6 juta adalah merupakan peruntukan tambahan langsung kepada kementerian/jabatan yang telah diberi kebenaran untuk perbelanjaan melebihi daripada peruntukan daripada membiayai perkara-perkara yang komited pada tahun 2017. Tuan Yang di-Pertua, kementerian-kementerian yang terlibat dalam anggaran perbelanjaan tambahan ini adalah seperti berikut:

(i) Kementerian Pendidikan sebanyak RM891.1 juta;

(ii) Kementerian Dalam Negeri sebanyak RM804.3 juta;

(iii) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berjumlah sebanyak RM685.5 juta;

(iv) Kementerian Kesihatan sebanyak RM479.1 juta;

(v) Kementerian Pendidikan Tinggi sebanyak RM425.4 juta;

(vi) Jabatan Perkhidmatan Awam sebanyak RM395.7 juta;

(vii) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebanyak RM235.1 juta;

(viii) Kementerian Luar Negeri sebanyak RM155.5 juta;

(ix) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebanyak RM150 juta;

(x) Suruhanjaya Pilihan Raya sebanyak RM82.1 juta;

(xi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebanyak RM35 juta;

(xii) Kementerian Komunikasi dan Multimedia sebanyak RM24.3 juta;

(xiii) Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM23 juta;

(xiv) Kementerian Sumber Manusia sebanyak RM16 juta; dan

(xv) Parlimen Malaysia sebanyak RM10 juta.

Tuan Yang di-Pertua, butiran dan penjelasan lanjut mengenai peruntukan tambahan bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2017 adalah seperti dalam Penyata Anggaran Tambahan yang telah dibentangkan sebagai Kertas Perintah 1, tahun 2018, dan Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 1A, tahun 2018.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang izinkan saya mengemukakan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2017. Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2017 adalah anggaran perbelanjaan yang dipohon adalah merupakan pendahuluan yang telah dikeluarkan daripada Simpanan Luar Jangka iaitu sebanyak RM1,052.2 juta.

Tuan Yang di-Pertua, anggaran tambahan diperlukan bagi membiayai projek-projek pembangunan bagi maksud-maksud berikut:

(i) sebanyak RM600 juta untuk Kementerian Kerja Raya;

(ii) sebanyak RM245 juta untuk Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air;

(iii) sebanyak RM156.7 juta untuk Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi;

(iv) sebanyak RM30 juta untuk Perbendaharaan;

(v) sebanyak RM8.5 juta untuk Kementerian Dalam Negeri;

(vi) sebanyak RM7 juta untuk Kementerian Luar Negeri; dan

(vii) sebanyak RM5 juta untuk Kementerian Wilayah Persekutuan.

Selain daripada itu, anggaran tambahan ini juga mengandungi permohonan peruntukan tanda token sebanyak RM520 bagi 12 kementerian. Peruntukan tanda ini adalah bagi mewujudkan butiran baru untuk membolehkan pindah peruntukan dilakukan antara butiran. Penerangan dan penjelasan lanjut mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2017 adalah seperti yang dinyatakan dalam Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2017 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2, Tahun 2018 dan Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2A, Tahun 2018.

Tuan Yang di-Pertua, perlu saya maklumkan di sini bahawa anggaran perbelanjaan tambahan yang dipohon ini berjumlah RM7,786.3 juta untuk perbelanjaan mengurus dan RM1,052.2 juta untuk perbelanjaan pembangunan adalah sebahagian daripada jumlah perbelanjaan sebenar tahun 2017 dan ia tidak menjejaskan defisit fiskal yang telah ditetapkan pada paras tiga peratus.

Tuan Yang di-Pertua, saya akan mengemukakan usul mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2017 selepas ucapan ini. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadang.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ada sesiapa yang menyokong?

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Wira Razali bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri sebut bukan yang baru tetapi yang perlu. Jadi saya setuju. Saya mohon menyokong.

final • 11:40 AM
USUL
ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.) (BIL. 1) 2017

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Bahawa Usul di atas nama Menteri Kewangan II, di dalam Aturan Urusan Mesyuarat yang berbunyi, “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3), Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion lima puluh dua juta dua ratus sebelas ribu dan lima ratus sepuluh Ringgit (RM1,052,211,510) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2017 bagi Maksud, dan Butiran seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2017 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2, Tahun 2018, dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang Sembilan dan Sepuluh penyata tersebut, diserahkan kepada Jawatankuasa sebuah- buah Majlis.” Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Wira Razali bin Ibrahim

Saya mohon menyokong.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah bahawa Rang Undang- undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk Perbelanjaan Tambahan bagi Perkhidmatan tahun 2017 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu. Masalah bahawa usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis sekarang.

Kedua-dua masalah tersebut terbuka untuk dibahas.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Yang Berhormat memulakan perbahasan, saya ingin memaklumkan bahawa perbahasan di peringkat dasar Rang Undang- undang Perbekalan Tambahan (2017) 2018 adalah sehingga jam 5 petang dan Yang Berhormat Menteri Kewangan akan menggulung selepas itu. Ahli-ahli Yang Berhormat diberi masa selama 15 minit untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. Saya jemput Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 11:50 AM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri yang memberikan Usul tentang belanjawan tambahan tadi.

Saya fikir saya harus tekankan, kita agak terkesan kerana hanya diberikan masa sehingga 5 petang hari ini.

Tuan Yang di-Pertua harus tahu bila bercakap tentang perbelanjaan tambahan, yang penting adalah kita melihat konteks bagaimana Kerajaan Barisan Nasional sedia ada mengurus kewangan negara supaya tidak menjejaskan masa depan. Sudah ternyata belanjawan tambahan ini yang berkali-kali siri, terkini ditambah dan walaupun disebut tadi RM8 bilion, pada saya ia datang dengan keadaan di mana hutang negara berada di tahap RM684 bilion.

Jadi, peratusan hutang kepada KDNK adalah pada tahap 51 peratus. Ini belum lagi dimasukkan off budget items. Yang Berhormat Menteri lebih jauh lebih arif berkali-kali mempertahankan dan sebagainya. Akan tetapi dari segi konteks ini, saya mahu juga merujuk kepada beberapa amaran dibangkitkan oleh para ekonomi termasuk Lim Teck Ghee, CEO Centre for Policy Initiatives Tuan Yang di-Pertua, kerana kalau kita tidak menjaga trend penambahan termasuk juga pemborosan kerajaan yang dari semasa ke semasa.

Bukan kita nafikan, memang keperluan untuk menambah emolumen dan sebagainya tetapi seharusnya dimasukkan dalam perancangan asal. Maka menjelang tahun 2021, Lim Teck Ghee menjangkakan ia mungkin mencecah RM1 trilion dan RM2 trilion menjelang tahun 2028. Jadi Perdana Menteri sementara beliau sibuk mengatakan di bawah Belanjawan Pakatan Harapan negara bakal menyaksikan hutang yang mencecah RM1.1 trilion, saya fikir itu lebih kepada berita dan tanggapan palsu oleh kerajaan untuk cuba menyembunyikan hakikat sebenar di bawah pentadbiran dan juga kepimpinan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan di sini, bila kita bercakap tentang perbelanjaan mengurus yang termasuk untuk emolumen dan segala bayaran buat Jabatan Ketua Audit Negara, saya benar-benar mahukan segala institusi dalam negara kita ini berfungsi seperti sepatutnya.

Kita dalam muafakat Pakatan Harapan mengatakan komitmen untuk memastikan kesemua institusi penting termasuk Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua SPRM dan Pengerusi SPR dan juga Ketua Audit Negara bebas daripada pengaruh kuasa politik. Mereka sepatutnya bertanggungjawab kepada rakyat menerusi Parlimen Tuan Yang di-Pertua, di mana menerusi Jawatankuasa Pilihan yang dinobatkan, diwujudkan, mereka akan melalui proses pengesahan sebelum dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Saya nyatakan di sini kenapa? Ini kerana obsesi kerajaan dan juga pihak eksekutif dalam Dewan Rakyat ini adalah untuk mendesak dan memaksa rang undang-undang seperti Undang-undang Antiberita Tidak Benar. Kita belanja sejumlah wang yang besar untuk Parlimen untuk membicarakan dan membahaskan isu rakyat, bukan undang-undang yang memberi kuasa penuh kepada kerajaan untuk define, mendefinisikan apa itu benar dan apa itu palsu. Ini sangat berbahaya Tuan Yang di-Pertua, memandangkan kerajaan sendiri sedang lagi terpalit dengan skandal berita palsu sebagaimana dilaporkan di negara luar termasuk disiasat di Britain.

Kita kena ingat, Cambridge Analytica, pakar perunding yang dikatakan telah diguna pakai oleh Kerajaan Malaysia sedang disiasat, diambil tindakan di Britain. Di India, laman web mereka ditutup. Jadi sebelum kita selamat hendak selesaikan apa sebenarnya berlaku, tiba-tiba kerajaan menggunakan kuasa untuk memaksakan Undang-undang Antiberita Tidak Benar. Bagaimana kita hendak percaya dengan mereka yang menerbitkan, mewujudkan dan mengguna pakai berita palsu termasuk mencuri data-data rakyat Malaysia. Ini persoalan yang penting Tuan Yang di-Pertua. Saya pasti di dalam hati kecil Tuan Yang di-Pertua pun Tuan Yang di-Pertua bersetuju dengan saya. Saya dapat lihat menerusi mata Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan di sini, Dewan ini juga di mana kita terpaksa meluluskan perbelanjaan, dipaksa untuk menerima persempadanan semula. Di sini saya ingin tekankan ya, amat mengejutkan kerana dalam senarai Aturan Mesyuarat dibaca hari ini, dikatakan Laporan Persempadanan Semula peringkat pertama selepas pendengaran telah dibentangkan pada Khamis lepas.

Tuan Yang di-Pertua, Khamis lepas pada awalnya bentara diarahkan untuk memastikan kami Ahli Parlimen tidak boleh buka pun buku. Okey, Tuan Yang di-Pertua cakap boleh dibawa pulang tetapi tidak boleh dimaklumkan ataupun dikongsi dengan pihak umum ataupun pihak luar.

Akan tetapi pada saya memang tidak memadai kerana akhirnya dalam Aturan Mesyuarat, direkodkan sebagai sudah dibentang dalam Dewan. Kita hanya ada sejak hari Rabu untuk membincangkan sesuatu perkara yang sangat penting, memberi kesan kepada kesemua sempadan Parlimen seluruh Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak rujuk di sini juga, kita mendengar bagaimana Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM sendiri, Datuk Seri Azam Baki pada Mac 2018.

Oleh sebab ini Pakatan Harapan hendak pastikan kita ada badan SPRM yang digeruni, bukan dapat kawan kalau kita baik dengan parti-parti tertentu. Beliau mendedahkan kes-kes rasuah yang disiasat oleh SPRM menunjukkan kebanyakan badan kerajaan kehilangan peruntukan sebanyak 40 peratus menerusi rasuah dan salah guna kuasa. Beliau mengatakan juga sistem pembelian aset- asset procurement sering memberi ruang untuk rasuah berlaku.

Kita tidak ada asset procurement select committee dalam Dewan ini Tuan Yang di- Pertua. Contoh yang beliau berikan, sekiranya suatu badan kerajaan punyai peruntukan RM3 bilion, hilang 40 peratus, maksudnya kita hilang RM1.2 bilion. Ini yang patut kita bincangkan, bukan Undang-undang Antiberita Tidak Benar seperti mana yang BN mahukan ataupun persempadanan semula yang dipaksa kepada kita. Ini isu yang akan menyelamatkan negara dengan dana yang kita perlukan untuk memastikan generasi yang mendatang dapat menikmati hasil mahsul negara.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan beliau apa? Ini bukan daripada pembangkang, cadangan daripada pihak SPRM. Kerajaan tidak boleh lagi laksana tender terhad dan perundingan secara terus kerana sekarang banyak syarikat yang bersaing dalam tender tetapi kata dia, akhirnya dimonopoli secara senyap oleh satu atau dua buah syarikat pilihan.

Ketua Audit Negara juga melaporkan 1Malaysia Development Berhad, ini syarikat yang sangat dikasihilah oleh pemerintah sedia ada. Semua rundingan, laporan di bawah Ketua Audit yang kita luluskan untuk bayar, untuk terbitkan, dirahsiakan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara mendedahkan laporan ini dirahsiakan oleh Majlis Keselamatan Negara sebelum diserah kepada PAC.

Tuan Yang di-Pertua, mantan Ketua Audit Negara ketika itu, Tan Sri Ambrin Buang menjelaskan di Mahkamah Sesyen. Ahli Parlimen Pandan didakwa melanggar OSA kerana mendedahkan muka surat 98, laporan audit. Ini disebut adalah kerana kebocoran laporan interim pada tahun 2015 dan dinasihatkan untuk merahsiakan laporan agar PAC dapat melaksanakan prosiding tanpa gangguan. Tuan Yang di-Pertua, ini perihal rasuah, salah guna kuasa, kehilangan dana. Jadi apabila berlaku sedemikian, kita akhirnya dalam keadaan tidak mampu untuk mencari dalang di sebalik 1MDB ini.

Saya hendak sebut di sini ya, di mana laporan mengenai 1MDB ini, sudahlah dirahsiakan di bawah OSA dan peranan Jho Low yang sekarang patutnya ditangkap di luar negara merupakan penerima manfaat tunggal dalam perkara ini dalam kes Good Star, muka surat yang membuktikan perkara sedemikian dikoyak keluar dari laporan.

final • 11:51 AM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Jadi sebenarnya, saya fikir Ahli Parlimen wajib diberikan jawapan kenapa beria-ia sangat pemerintah Barisan Nasional hendak menyelamatkan individu yang bernama Jho Low. Kalau kita cakap banyak-banyak nanti lepas lulus Akta Antiberita ‘palsu’ kita tertangkap Tuan Yang di-Pertua, bahaya. Sekarang ini hendak cakap apa pun dia ada penjara, hukuman dia 10 tahun dan denda RM500,000. Jadi, baiklah saya tanya sekarang sebelum diluluskan Akta Antiberita ‘palsu’ ini dan saya harap dapat jawapan. Semua ini akhirnya yang melibatkan peruntukan yang besar, kita bayar, kita biaya kos operasi tetapi kita tidak mendapat jawapan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin pergi kepada isu ataupun kes yang besarlah, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia kerana rakyat tidak mahu GST tetapi kalau pilihan raya ini tidak adil, tidak bersih maka rakyat bakal menerima bahana GST dan mungkin peratusan lebih tinggi lagi kerana cara bagaimana diatur, disusun pilihan raya itu adalah penuh dengan manipulasi dan hanya berat sebelah kepada Kerajaan Pusat.

Buku harapan ya Tuan Yang di-Pertua, kita beri janji menjamin ketelusan dan kemodenan sistem pilihan raya, di mana semua pelantikan Ahli-ahli SPR akan melalui proses perakuan Parlimen, tidak lagi kita mendapat Pengerusi SPR yang merupakan mantan Setiausaha Peribadi Ahli Parlimen Ketereh.

Ini tidak membangkitkan keyakinan, rakyat melihat tidak ada kredibiliti, dia yang pegang jawatan paling tinggi dalam Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia tetapi tidak mahu memberi masa satu minit atau lima minit pun kepada mana-mana parti politik yang merupakan pelanggan SPR. Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia Tuan Yang di- Pertua, tidak pernah berlaku sampai ke tahap ini, tidak dapat jumpa sekali pun kecuali semasa kita memberikan perakuan semasa proses bantahan.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Silakan, sikit sahaja ya. Baik.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Ya Yang Berhormat Lembah Pantai, ringkas sahaja. Poin yang Yang Berhormat Lembah Pantai yang sebutkan tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya begitu nampaknya terdesak hendak menyiapkan laporan sehingga tidak sanggup bertemu dengan pihak-pihak yang berkepentingan dari segi hak demokrasi mereka, walhal tempoh tugas Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menyemak semula persempadanan adalah mengikut Perlembagaan lamanya dua tahun dan ia ada enam bulan lagi untuk cukup dua tahun. Kenapakah begitu gelojoh sikap SPR tahun ini?

final • 12:00 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Betul Tuan Yang di-Pertua, saya pohon dimasukkan lagi dalam perbahasan saya. Kenapa kerana akhirnya kita harus menghormati prosedur sistem undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, diperuntukkan masa yang lama supaya ada rasional bila pengundi disusun di kawasan- kawasan Parlimen tertentu.

Contoh di Tenggara, saya pasti tentu Ahli Parlimen Tenggara punyai hubungan yang baik, yang rapat dengan pengundinya. Maka janganlah dimasukkan semua pengundi di Seri Gading, di Sekijang secara semberono. Saya dapat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak pernah kenal pun selain daripada semua sentiasa di bawah Parlimen Segambut, secara tiba-tiba tanpa rasional, 7,800 dimasukkan ke Parlimen Lembah Pantai.

Jadi, tentu sempena Hari Polis saya berikan kek untuk mereka untuk menyambut tetapi saya tidak dibenarkan masuk kerana itu merupakan kawasan larangan. Ahli Parlimen dinafikan bertemu dengan pengundi Tuan Yang di-Pertua. Jadi persoalannya sekarang bila Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman, siapa dia? Mantan Pengerusi SPR Tuan Yang di-Pertua, sendiri menggesa Pengerusi SPR kini, jangan menjadikan SPR ini ‘kuda tunggangan’ Barisan Nasional yang melanggar Perlembagaan Persekutuan, bertanggungjawablah demi proses pilihan raya yang demokratik dan mendapat kepercayaan rakyat.

Beliau juga mengutuk ya, bukan saya tetapi saya tambah juga, pengerusi kini sebagai Pengerusi SPR yang paling tidak profesional dalam sejarah Malaysia kerana memperlekehkan pembangkang dan mengabaikan semua komunikasi bertulis oleh pihak pembangkang. Jadi pada saya, kita mahukan SPR, pegawai-pegawainya termasuk pengerusi, khusus pengerusi ini jangan tunduk kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana apa, harus hormati proses pilihan raya yang bebas dan juga adil.

Tuan Yang di-Pertua, masalah utama yang kita hadapi sekarang, kita tidak mahu pilihan raya yang akan datang jadi pilihan raya pos. Kenapa? Ini kerana sekarang SPR menambah sembilan kategori baru untuk pengundi pos- ini poin terakhir saya. Di mana pengundi pos kalau dulu sudah ada jumlah yang tinggi, kita memperlihatkan hampir 30 Kerusi Parlimen BN menang hanya gara-gara undi pos, tidak undi awal. Saya hendak sebutkan di sini, rakyat tentu mahu hak untuk mengundi. Sepatutnya lebih ke depan, lebih menuju program Transformasi Kerajaan, menuju TN50, patutnya lebih ramai dapat mengundi.

Akan tetapi sekarang ada lima kategori tambahan kakitangan awam yang diminta untuk mengundi secara pos, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, anggota dan petugas Jabatan Kesihatan, saya tanya kepada mereka kerana saya kan selalu pergi ke penjara. Saya tanya adakah ini permohonan anggota penjara? Tidak, mereka sebut dalam bahasa Hindi, “nehi kabi nehi”, Tuan Yang di-Pertua. Mereka mahu mengundi, mereka mahu pergi ke tempat mengundi itu bukan mengundi secara pos.

Jadi angkara siapakah keputusan ini? itu persoalan yang kita harus jawab kerana kalau kita tidak hati-hati menjelang pilihan raya yang bakal mendatang hampir tiga juta orang semuanya undi pos akan ditambah.

Maka saya lihat Tuan Yang di-Pertua, kalau belanjawan tambahan ini memang secara akademik harus diluluskan, kita harus pastikan setiap agensi dalam negara kita mempertahankan rakyat bukan mempertahankan pemerintah Barisan Nasional. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Gerik.

final • 12:00 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Saya turut sama untuk membahaskan bajet tambahan yang telah dibelanjakan pada tahun 2017. Saya percaya kerajaan telah merancang dengan baik untuk memastikan perbelanjaan tersebut dapat disampaikan ke semua kumpulan seperti mana yang kita lihat beberapa kementerian yang telah terlibat yang melibatkan lebih daripada tujuh bilion.

Perkara pertama yang saya hendak sentuh ialah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Dalam bajet yang lalu, dinyatakan kerajaan hendak memperkasakan petani-petani terutama dalam kaedah untuk menanam durian Musang King. Saya melihat apa garis panduan yang telah dinyatakan oleh pihak kementerian hanya akan membantu petani- petani yang mempunyai tanah lebih dari 10 ekar. Apa berlaku kepada sebahagian besar daripada petani yang memiliki tanah kurang daripada lima ekar?

Pada pandangan saya, pendekatan yang betul mesti dibuat supaya kita hendakkan seberapa ramai petani-petani yang boleh menanam Musang King dan ada bantuan yang diberikan oleh pihak kementerian yang mana majoriti, kita pergilah berjalan ke mana-mana pun, tidak ramai daripada petani-petani yang memiliki tanah lebih daripada 10 ekar.

Saya berterima kasih, kerajaan mempunyai perancangan makro dan mikro tetapi saya nampak kalau kita boleh melatih petani-petani yang memiliki kebun kecil, mereka juga boleh mendapat pendapatan tambahan hasil daripada tanaman Musang King yang akan dibantu oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pertanian ini.

Begitu juga kita lihat rakyat semakin gemar dan berminat untuk memakan ikan darat seperti- ikan sungailah dalam bahasa orang kampung selalu sebut ikan darat kan. Antara kalau di tempat sayalah, ikan tilapia walaupun setengah tempat sebut ikan tilapia mempunyai pandangan yang negatif kerana konon bau ikan itu agak tidak baik, dia kena diternak dalam kolam lumpur.

final • 12:07 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Akan tetapi saya percaya kalau dipantau, dibantu, diberi khidmat nasihat oleh pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, ikan tilapia ia boleh menjadi satu sumber baru yang mendapat sambutan daripada rakyat. Kita boleh goreng garing-garing macam ikan terbang kita makan di Medan, cicah dengan kicap yang dipotong cili dan juga bawang dibubuh cuka, tentu sedap ini. Kalau tidak percaya boleh datang ke Gerik boleh makan di Sri Inai di Gerik sana, itu resthouse Gerik.

Begitu juga saya hendak melihat kepada Kementerian Kesihatan. Bajet banyak tetapi kita berhadapan dengan perubahan masa, banyak penyakit-penyakit kronik yang dialami oleh rakyat di Malaysia bagaimana bantuan tabung-tabung yang diperlukan untuk membantu semua kumpulan. Jangan kita anggap hanya kumpulan B40 sahaja yang kita hendak bantu, kumpulan pertengahan, kumpulan yang lebih atas yang kadang-kadang mereka sudah melewati usia, anak-anak terlupa untuk membantu ibu bapa mereka maka sudah tiba masanya pihak Kementerian Kesihatan melihat dari segi bantuan penyakit kronik ini tanpa mengira siapa untuk dibantu pada rakyat.

Hari ini farmasi tumbuh bagai cendawan di seluruh negara. Harga ubatan yang hendak dibeli oleh rakyat memang sedikit tinggi tetapi bagaimana kerajaan boleh membantu kerana kesedaran di kalangan masyarakat hari ini kepada kesihatan sudah mula tinggi. Kita melihat insurans. Pelbagai insurans ditawarkan kepada rakyat di seluruh negara.

Sejauh mana insurans tadi dapat membantu mengatasi masalah penyakit kronik dan pelbagai lagi yang kita lihat pihak hospital swasta yang lebih untung, lebih melayan mereka yang ada insurans habis insurans maka pesakit tadi terpaksa berbalik di hospital kerajaan.

Inilah yang kita kena perhatikan walaupun kita ada pelbagai kawalan untuk memastikan rakyat kita dilindungi tetapi kita melihat masih nampak berat sebelah dibantu pada kumpulan yang tidak berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih pula kepada Kementerian Dalam Negeri dengan peruntukan RM800 juta lebih iaitu RM804 juta cuma saya hendak menarik satu isu yang besar yang saya rasa kita rasa agak-agak sudah rasa jemu bercakap soal dadah, penyalahgunaan dadah. Hari ini kita berhadapan dengan penyalahgunaan dadah sintetik. Satu dadah yang dibuat daripada bahan kimia yang gabungan komponennya boleh dibawa setiap hari tetapi bila dicampurkan ia akan menjadi suatu penyalahgunaan di kalangan masyarakat di mana pendekatan yang dibuat oleh kerajaan hanya menghukum kepada pengedar dadah, kepada penagih dadah kita minta mereka menawarkan diri untuk masuk ke AADK dan akhirnya ramai yang menjadi penagih dadah dan hukumannya mereka masuk ke pusat rawatan.

Bagaimana pendekatan-pendekatan ini yang perlu kita lihat semula kerana kalau tidak rakyat mula rasa kecewa. Penyalahgunaan dadah berleluasa di seluruh negara. Dia sudah menyerang bandar dahulu, hari ini kawasan kampung pun sudah mula dadah sintetik tadi turun ke bawah. Saya pun dengar yang paling baru mereka kata dadah batu. Saya pun tidak berapa faham apa benda dadah batu ini kan, yang saya tahu syabu ataupun orang sebut ice.

Bermakna kalau kita biarkan berterusan maka negara kita akan menuju kehancuran kerana generasi muda terpaksa bergantung kepada dadah yang akhirnya bagaimana jati diri rakyat kita generasi muda pada masa akan datang...

final • 12:10 PM

Datuk Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:10 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Ya, Yang Berhormat Sibuti.

final • 12:10 PM

Datuk Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua boleh?

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 12:10 PM

Datuk Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Yang Berhormat Gerik, saya ingin menambah kerana sekarang seperti di kawasan kami di luar bandar sudah ada jalan ke kampung-kampung dahulu tidak ada jalan susahlah dadah ini hendak masuk kampung.

Sekarang sudah ada jalan raya maka dadah sintetik atau apakah boleh masuk kampung.

Yang kita takut pada masa ini ialah anak-anak sekolah kita yang terjebak dalam dadah. Tidak cukup pun pusat-pusat serenti untuk menampung budak-budak kampung masuk serenti.

Apa pandangan Yang Berhormat Gerik sekiranya penambahan anggota polis sebab di kawasan saya satu taman 72,000 orang hanya ada 13 orang polis. Manalah dapat hendak memantau keadaan itu? Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 12:10 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat Gerik, saya pun hendak tambah sekali Yang Berhormat Gerik.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 12:10 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga tertarik dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gerik tadi. Secara kebetulannya dua minggu atau minggu lepas terutamanya saya ada buat program bersama dengan AADK di mana kita panggil bekas penagih tegar untuk berkongsi bagaimana semasa dia di dalam penjara dan juga dengan AADK.

Cuma saya melihat apabila kita ini berbuat bersama program dengan AADK Yang Berhormat Gerik, saya tengok keperluan untuk adanya penambahan peruntukan untuk mereka sebab kita bercakap mengenai satu masalah yang dihadapi macam saya setuju dengan Yang Berhormat tadi cakap bukan sekadar di bandar sahaja tetapi juga sekarang sudah melibatkan luar bandar dan paling menakutkan sekali adalah kalau dahulu melalui urine test kita sudah boleh tahu sudah.

Akan tetapi ini kosnya juga sangat tinggi sebab ada juga jenis dadah yang dikatakan dan harapnya tidak masuk ke kampung-kampung di mana urine test pun dia tidak boleh hendak detect, dengan izin. Dia kena melalui blood test. Just imagine kalau blood test itu dekat semua tempat untuk memastikan perkara seperti ini berlaku, ia akan membuat ataupun menyebabkan kos yang lebih tinggi. Jadi setuju atau tidak Yang Berhormat Gerik mengenai satunya, manpower dengan AADK itu sendiri yang perlu kita concentrate ataupun kita beri perhatian. Ini masalah generasi akan datang. Jadinya itu dan keduanya bajet. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Terima kasih Yang Berhormat Sibuti dan Yang Berhormat Parit Sulong. Saya cukup setuju terutamanya sama ada anggota polis dan juga anggota AADK itu ditambah dan begitu juga dengan pandangan Yang Berhormat Parit Sulong.

Sambung seterusnya saya hendak bercakap soal Kementerian Pendidikan di mana kita melihat di Kementerian Pendidikan perubahan-perubahan pendekatan dengan pelajar ini berubah sepanjang masa. Kadang-kadang kita sebagai Ahli Parlimen dan juga bekas guru pun kadang tidak faham apa yang ada.

Saya melihat bila kolej vokasional diwujudkan dalam bentuk baru kita hendak melahirkan tenaga mahir bagi menggantikan buruh-buruh yang kita import daripada luar negara. Ini satu usaha yang amat baik tetapi yang paling baru yang saya melihat Kementerian Pendidikan membuat kemahiran ini ialah yang dikatakan PIMA. Maksudnya pelajar yang tidak pergi ke kolej vokasional tetapi duduk di sekolah biasa makna terus sambung sampai ke Tingkatan 5 di mana mereka hanya belajar akademik dalam tempoh dua hari, tiga hari lagi buat latihan untuk mendapat kemahiran di luar.

Cumanya saya berpandangan supaya setiap perubahan tadi pihak PPD ataupun pihak jabatan dan kementerian kena memaklumkan kepada masyarakat supaya ibu bapa tahu. Kalau tidak nanti ibu bapa menjadi masalah, kadang-kadang bila masa perubahan ini kita dengar di pertengahan tahun, di awal tahun dan pelbagai lagi. Niat baik, niat dari segi kita hendak menjadikan modal insan pelajar-pelajar tadi untuk lahir ke pasaran, boleh berdikari menguasai sesuai dengan kehendak pasaran memang baik.

final • 12:10 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Akan tetapi kita dapati semua orang tidak tahu. Kadang-kadang peringkat atas seronok merangka perancangan yang baik, pergi lawatan ke luar negara, ambil modul dan contoh di luar negara. Beri taklimat kepada pegawai pelaksana di peringkat bawah yang tidak pergi ke luar negara. Mereka ini faham kah tidak faham? Kadang-kadang untuk melaksanakan program yang dicadangkan di peringkat kementerian, akhirnya kita akan mula dengar rungutan daripada ibu bapa. Bebanan tugas daripada guru yang cukup tinggi yang pada saya bukan tidak baik tetapi biar semua pihak faham supaya pelaksanaan tadi bukan sekadar difahami oleh semua ibu bapa, difahami oleh guru-guru yang hendak melaksanakan.

Ini kadang-kadang guru pun macam burung kakak tua. Hendak melaksanakan tadi dia tidak faham apa benda arahan daripada kementerian. Akhirnya yang rosak ialah modal insan kita, manusia yang akan keluar ke dalam pasaran yang akan menjadi rosak.

Maka saya berharap pihak kementerian menjelaskan PIMA ini kepada rakyat. Saya melihat, saya sendiri pun tidak berapa faham juga. Saya dengar apabila kolej komuniti menceritakan kementerian akan buat di peringkat Kementerian Pendidikan akan buat PIMA maka kita menyokong. Akan tetapi biar bagi kefahaman supaya kita boleh tahu dengan lebih jelas apa benda maksud yang tersebut.

Dalam pada itu, saya juga ingin bercakap soal SPR. Kita berharap apabila soal kita hendak menyentuh isu-isu SPR, tunggulah waktu pembentangan persempadanan semula.

Kita melihat pihak pembangkang sering memberi pandangan silap tentang kerajaan.

Walaupun kita hendak menerangkan perkara yang baik tetapi boleh dimanipulasikan dalam Dewan ini, menggunakan Parlimen untuk buat sebarang berita.

Apabila kita hendak bawa berita palsu, masing-masing tidak berapa hendak setuju.

Jadi pada saya, saya menyokong tambahan bajet yang dibawa oleh pihak kerajaan. Dengan ini saya menyokong. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tadi PKR. Ya AMANAH. Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 12:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga ingin turut sama membahaskan dalam masa yang terhad ini mengenai perbelanjaan tambahan. Tadi saya ada mendengar Yang Berhormat Lembah Pantai menyentuh mengenai ‘rang undang-undang berita palsu’ ini.

Saya terbaca ‘rang undang-undang berita palsu’ ini. Saya terbaca semalam bagaimana Perdana Menteri membuat anggapan bahawa Pakatan Harapan kalau memerintah akan memecat pimpinan-pimpinan perkhidmatan awam, senior officer dalam perkhidmatan awam. Saya rasa, inilah berita palsu yang paling berat sekali.

Jadi kalau kita menolak rang undang-undang ini, hendak menyelamatkan orang macam Perdana Menterilah dengan macam-macam berita palsu, kerana media mereka kawal. Jadi berita-berita begini kita anggap sebagai satu propaganda yang sangat bahaya dibuat.

Akan tetapi oleh kerana kita bercakap dalam sudut politik, maka perbincangan begini biasa. Jadi kalau ada pihak yang tersinggung, sudah tentu kita mempunyai pelbagai undang-undang yang boleh digunakan untuk sama ada menganggapnya sebagai satu jenayah ataupun mengenakan saman-saman sivil. Jadi tidak perlulah satu rang undang- undang baru yang tentunya akan menimbulkan satu tekanan terhadap kebebasan bersuara di dalam negara ini.

Saya hendak menyentuh sedikit mengenai peruntukan yang telah digunakan oleh Kementerian Kesihatan di bawah Perbelanjaan Tambahan 2017 ini, baik pembangunan kesihatan keluarga mahupun perubatan am yang menelan RM479 juta yang terdiri daripada emolumen Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin menyentuh mengenai dilema yang dihadapi oleh anak-anak kita. Kita menghantar anak-anak kita belajar dalam bidang perubatan ke seluruh dunia. To begin with, dengan izin, mereka ini adalah anak-anak yang cekap, pintar, bijak, kelulusan yang tinggi.

Oleh sebab itu mereka boleh memijak kaki ke bidang perubatan yang tentunya memerlukan kepandaian, kebijaksanaan yang tinggi. Mereka melalui pembelajaran lima tahun, enam tahun baik dalam negara mahupun luar negara.

Kalau zaman dahulu, saya tidak ingin membandingkan sangat kerana mungkin suasana berbeza ketika kami belajar dahulu. Akan tetapi habis sahaja belajar, terus diserap di dalam perkhidmatan sebagai housemen, house officers tanpa menunggu lama. Malah kita yang minta kalau boleh tangguh sekejap hendak berehat dua minggu contohnya selepas habis ataupun selepas mendapat keputusan.

Kali ini anak-anak kita yang habis belajar menunggu enam bulan, setahun, ada yang dua tahun terpaksa membuat pelbagai pekerjaan yang lain sehingga memadamkan minat.

Juga tempoh dua tahun tanpa pembelajaran tanpa latihan itu menyebabkan sebahagian ilmu yang mereka acquire, dengan izin, boleh hilang. Itu satu hal.

Jadi yang lebih mengecewakan ialah saya dimaklumkan kadar keciciran daripada latihan housemen ini ertinya mereka yang ditempatkan sebagai housemen tidak tamat mencapai sampai 30 persen kegagalan untuk meneruskan sebagai seorang doktor.

Saya rasa Tuan Yang di-Pertua ini suatu perkara yang sangat berat bukan hanya kepada pelajar tersebut tetapi kepada keluarga dan juga kepada masyarakat. Sebahagian mereka ini telah dibiayai oleh masyarakat, sebahagiannya sendiri oleh pihak keluarga. Sudah tentulah ini menimbulkan suatu tekanan kepada keluarga.

Puncanya kita tidak tahu tetapi rungutan yang kita dengar ialah tekanan kerja. Di sini saya ingin membuat sedikit perbandingan dengan zaman kami. Bukan untuk dipakai pengalaman kami dahulu, mungkin berbeza tekanan atas kami lebih teruk.

Pada masa ini kita dimaklumkan housemen yang ditempatkan di jabatan-jabatan, pelbagai jabatan itu ramai. Ertinya kerja dibahagikan lebih ringan dan tidak adalah 36 jam ataupun 48 jam kerja berterusan. Namun, suasana hari ini menyebabkan ramai di antara mereka mengalami tekanan Tuan Yang di-Pertua yang sudah mula menunjukkan tanda- tanda depression, dengan izin.

Jadi ini menyebabkan suatu vicious cycle, dengan izin, yang menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan kepada latihan dan akhirnya menyebabkan senior-senior daripada kalangan Pegawai Perubatan ataupun Medical Officer ataupun pakar-pakar mereka memberikan tekanan yang berlebihan. Ramai di antara mereka ini sama ada mohon untuk berpindah randah ataupun minta berhenti daripada perkhidmatan.

Ini pada saya satu perkara yang perlu diambil berat oleh kementerian, kena cari jalan di mana kesilapannya. Ada yang kompelin medical officer bercakap kasar, jururawat pun kadang-kadang memberi tekanan kepada mereka. Saya berat untuk mempercayai. Berat, maksudnya tidak berapa mempercayai jururawat boleh memberikan tekanan sedemikian ataupun medical officer. Mungkin persepsi di kalangan anak-anak muda kita ini berbeza sehingga menganggap teguran-teguran ini sebagai suatu perkara yang memalukan, menjatuhkan maruah. Jadi saya mengharapkan pihak kementerian mengambil berat isu ini dengan menyelamatkan mereka. Carilah jalan supaya diberikan peluang kepada mereka dan tidak segera digugurkan kalau prestasi mereka kelihatan merosot. Mereka mungkin kalau dibenarkan terus menjadi doktor akan menjadi doktor yang bahaya.

Akan tetapi tentulah ada cara untuk memberikan initiation yang lebih baik. Bukan tuisyen ataupun bimbingan yang lebih personalized kepada mereka. Sayang tuan-tuan, kepada keluarga yang menghantar anak-anak mereka ini, akan kehilangan seorang yang boleh membuka ruang pembangunan ekonomi bagi keluarga, kalau mereka ini tercicir.

Kalaupun ada kes-kes yang memang tidak dapat dibaik pulih, tentulah ada cara untuk kita menyalurkan mereka ke bidang-bidang yang ada kaitan dengan perubatan walaupun bukan sebagai doktor dan memberikan peluang kepada mereka di allied health sciences, yang tentunya lebih mudah kepada mereka.

Sekali lagi kita minta Kementerian Kesihatan dalam hal ini memberikan tumpuan dan perhatian kepada anak-anak muda ini.

final • 12:22 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Keduanya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh semula isu TVET yang telah kita bahaskan di dalam ucapan perasmian oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai peruntukan kementerian ini.

Kelihatannya tahun lepas mereka diberikan tambahan sebanyak RM16 juta sahaja untuk perkhidmatan latihan. Kita mendapat maklumat ada kursus-kursus seperti Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA), ini kiranya bukan asas tetapi lanjutan di sekolah-sekolah ya- kepada 200 buah sekolah ditangguhkan kerana peruntukan ataupun mungkin kerana ada masalah atau isu pentauliahan oleh Kementerian Sumber Manusia terhadap sijil-sijil yang dikeluarkan.

Jadi ini juga saya rasa lari daripada hasrat kerajaan ataupun negara untuk melatih lebih banyak anak-anak kita di bidang teknikal vokasional ini supaya mengisi ruang-ruang yang akan wujud di dalam ledakan perubahan ataupun revolusi industri yang baru ini.

Jadi, saya hendak bertanya sama ada wang sejumlah RM16 juta ini- saya rasa tidak banyak kerana jangkaan saya ratusan juga diperlukan untuk mengendalikan kursus-kursus TVET ini baik di peringkat asas mahupun di peringkat sijil menengah atasnya.

Jadi, ini mesti diberikan keutamaan kerana kalau tidak, sia-sia kita menyediakan ataupun melantik pihak-pihak bertauliah di kalangan swasta yang telah diberikan garis panduan dan latihan untuk menjalankan kursus-kursus teknikal ini tetapi mereka tidak dapat belajar atau pelajar tidak masuk kerana kekurangan peruntukan yang diberikan kepada pihak-pihak bertauliah ini. Jadi saya hari itu sudah mengemukakan pertanyaan ini kepada Menteri, kalau boleh diperjelaskan lagi sama ada peruntukan yang disediakan ini melibatkan perkara-perkara tersebut.

Saya juga ingin menyentuh mengenai Suruhanjaya Pilihan Raya yang diberikan RM82 juta di dalam peruntukan tambahan ini. Tentunya saya jangka adalah untuk urusan- urusan persempadanan yang telah dibuat seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Lembah Pantai tadi. Apa yang berlaku dalam Dewan ini satu hallah, dibentangkan pada 22 Mac tetapi tidak dibenarkan dibincangkan secara terbuka sehingga 28 Mac. Jadi sama ada ini sudah menimbulkan kekeliruan atau tidak tetapi sudah timbul dalam media-media perkara ini menjadi polemik.

Saya ingin bertanya, masa yang diberikan untuk menyediakan cadangan pindaan persempadanan ini ada lagi beberapa bulan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tumpat tadi tetapi seelok sahaja selesai daripada beberapa kes mahkamah yang dibawa untuk mencabar kesahihan proses persempadanan ini, pihak SPR telah mengemukakan cadangan ini kepada Perdana Menteri. Seolah-olah apa yang berlaku itu memang sudah disediakan hanya sebagai satu latihan ataupun show off yang cuba untuk mengelirukan rakyat seolah-olah ianya berjalan melalui satu proses yang begitu baik. Masih ada lagi kes- kes yang dibawa ke mahkamah tetapi mengapa ianya tidak ditunggu supaya kita mendapat suatu penyelesaian terhadap kedudukan persempadanan baru ini?

Saya ingin bertanya kepada Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh menyentuh lagikah dalam isu-isu yang ada di dalam persempadanan itu? Boleh ya?

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Elok pada 28 hari bulan.

final • 12:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Pada 28 hari bulan?

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 12:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ini kerana saya menganggap ada beberapa perkara yang ironis yang mungkin kita boleh bahaskan nanti. Di antaranya perubahan-perubahan nama pada kawasan-kawasan dan juga ada satu cadangan yang pernah dikemukakan oleh Jawatankuasa Terpilih ataupun Select Committee Dewan ini pada tahun 2012 mengenai tindakan SPR hari ini yang memasukkan beberapa kumpulan di dalam pengundi pos. Ini tidak ada kaitan dengan persempadanan ya.

Kita telah memutuskan di dalam Dewan ini juga, Tuan Yang di-Pertua, bahawa Kementerian Kesihatan ketika itu tidak mahu anggotanya mengambil bahagian sebagai pengundi awal atau pengundi pos. Ini kerana mereka ini bekerja mengikut syif, jadi mereka boleh datang untuk mengundi sebagai pengundi biasa selepas gerak kerja mereka. Ini diputuskan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan ketika itu apabila kita bertanya kepada mereka sama ada mereka- termasuk yang bekerja di ICU ataupun unit-unit kecemasan.

Sama ada mereka mahu dikategorikan sebagai pengundi pos.

Akan tetapi kenapa hari ini bukan sekadar unit kritikal macam hospital ini dimasukkan tetapi yang lain-lain yang tidak berapa kritikal seperti RELA dan sebagainya juga dimasukkan? Jadi ini menimbulkan satu persoalan, apakah ada tujuan-tujuan tertentu untuk menyenaraikan beberapa kumpulan ini sebagai pengundi awal dan pengundi pos? Jadi saya minta penjelasan daripada pihak kerajaan kerana kita beranggapan ia tidak wajar. Kalau Kementerian Kesihatan pada satu ketika tidak mahu staf dia digolongkan sebagai pengundi awal, pengundi pos, kenapa yang lain ini tanpa setengahnya memberi persetujuan pun telah disenaraikan? Jadi, Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Jasin.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua beri saya peluang untuk mengambil bahagian dalam membahaskan untuk belanjawan tambahan untuk tahun 2017.

Belanjawan tambahan ini adalah merangkumi perbelanjaan pengurusan sebanyak RM7.122 bilion dan keduanya adalah perbelanjaan anggaran pembangunan tambahan pertama sebanyak RM1.052 bilion. Ini bermakna kita memohon sebanyak RM8.2 bilion yang merupakan sebanyak 3.1 peratus daripada jumlah perbelanjaan kita.

Sebelum saya meneruskan perbahasan saya, kita menyingkap semula apakah sebenarnya bajet asal kita. Bajet asal kita pada tahun 2017, hasil kita sebanyak RM225.3 bilion dan untuk belanja mengurus kita sebanyak RM209.9 bilion. Ini bermakna kita mempunyai lebihan sebanyak RM5.4 bilion. Sementara pembangunan pula, jumlah perbelanjaan kita ialah RM45.3 bilion yang merupakan sebanyak 17.3 peratus daripada jumlah perbelanjaan kita. Kalau kita campurkan kedua-dua tersebut, adalah sebanyak RM265.9 bilion perbelanjaan kita. Ini merupakan satu defisit sebanyak RM39.9 bilion ataupun merupakan anggaran defisit kita sebanyak tiga peratus.

Sekarang kita hendak minta pula perbelanjaan tambahan untuk menampung apa juga tambahan perbelanjaan tahun 2017. Kalau kita lihat daripada sini, seperti saya sebut tadi, perbelanjaan mengurus kita RM7.1 bilion sementara perbelanjaan pembangunan sebanyak RM1.05 bilion. Ini bermakna kita kena belanja lagi RM8.2 bilion.

Kalau kita lihat daripada segi mengurus, kita belanja RM7.1 bilion. Kalau kita tengok daripada lebihan RM5.4 bilion, maknanya kita ada terlebih belanja sebanyak RM1.7 bilion untuk mengurus sahaja. Selepas itu untuk pembangunan tadi, RM1.1 bilion, makna jumlah kita RM8.2 bilion yang membawa maksud sebanyak 3.1 peratus. Maknanya defisit kita sekarang semakin melebar. Kalau dahulu RM39.9 bilion, sekarang telah sampai kepada RM48.1 bilion yang mungkin anggaran defisit kita sebanyak 3.6 peratus. Sementara GDP kita sebanyak RM1.352 trilion.

final • 12:36 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Apa yang saya hendak sebut di sini Tuan Yang di-Pertua, kita mengambil kira tentang perbelanjaan tambahan kita yang berjumlah sebanyak RM8.2 bilion ini ataupun sebanyak 3.1 peratus. Maka perkara pokok yang patut kita terlebih dahulu mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri adalah tentang gambaran makro terkini 2017. Khasnya yang menyentuh tentang perkara berikut:

(i) berapakah sebenarnya kutipan hasil kita;

(ii) berapakah sebenarnya perbelanjaan kita; dan

(iii) berapakah nilai KDNK ataupun GDP kerana ia sebenarnya banyak memberi impak. Pertama, kepada akaun semasa kita. Kedua, kepada hutang negara, hutang kerajaan dan ketiga tentang defisit fiskal dan juga yang terakhir tentang kadar servis bayaran balik hutang kita.

Ini patut kita dapat tahu. Sekiranya jumlah kutipan hasil dan nilai GDP kita turut meningkat. Kalau tadi kita belanja sebanyak 3.1 peratus daripada anggaran asal selaras dengan kenaikan perbelanjaan, kalau kita dapat hasil lebih daripada tersebut, jadi tidak ada perbincangan hari ini. Kita tidak ada masalah. Janganlah hendaknya pembangkang memutar belitkan perkara ini kerana kita tahu kerajaan kita adalah sebuah kerajaan yang cukup bertanggungjawab. Jadi sekiranya jumlah tersebut ada lebihan, kita maklumkan sama-sama.

Mengikut perkiraan saya, berdasarkan kepada laporan ekonomi tahun 2016/2017, saya dapati perbelanjaan tambahan sebanyak RM8.2 bilion ini memberi impak seperti berikut.

Pertama, akaun semasa kita menghadapi defisit. Kalau dahulu kita ada RM54 bilion lebihan akaun semasa, sekarang kita belanja RM7.1. Sekarang kita ada defisit pula RM1.7 bilion. Ini bermakna kerajaan sebenarnya tidak mematuhi tentang konvensyen kita yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, saya rasa sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan Barisan Nasional begitu prudent sekali dan kita mahu melihat kalau boleh jawapan yang telah diberikan bagi memberikan kepuasan kepada kita.

Kedua, tentang defisit bajet kita yang telah meningkat daripada RM39.9 bilion kepada RM48.1 bilion.

Ketiga, apakah sebenarnya outcome daripada defisit tersebut kerana defisit fiskal kita pula telah melompat. Kalau dulu hanya 3.0 peratus kepada 3.6 peratus daripada nilai GDP sebanyak RM1.4 trilion.

Jadi kita mohon kalau boleh pihak Menteri dapat memaklumkan sama ada angka yang saya beri ini adakah angka yang berpatutan ataupun saya reka-reka tetapi kita lihat daripada sebenarnya tentang perangkaan sebenar.

Sekarang saya pergi pula kepada perhatian kepada empat butiran peruntukan tambahan yang kita pohon ini. Pertamanya, peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun.

Kedua, tentang pencen, elaun bersara dan juga ganjaran, emolumen, perkhidmatan bekalan dan juga subsidi padi.

Terbesar tambahan ini, sebanyak RM2.7 bilion ataupun 38 peratus saya lihat daripada RM7.1 bilion tadi adalah bagi tujuan peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun yang kita berikan kepada Kementerian Kewangan. Kalau boleh kita minta pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri tentang penggunaan wang tersebut.

Saya juga ingin mendapatkan penjelasan tentang peruntukan tambahan yang dipohon berhubung dengan pencen, elaun bersara dan juga ganjaran sebanyak RM661.4 juta supaya kita dapat menerangkan punca yang mendorong kepada peruntukan tambahan ini yang besar sedangkan bilangan pesara yang sedia ada, kita sudah tahu. Adakah disebabkan oleh kelemahan daripada pihak-pihak pegawai yang menyediakan bajet tahun lepas ataupun ada apa-apa kesilapan yang berlaku.

Seterusnya kita lihat mengenai pesara pula. Setahu saya, bilangan pesara wajib atau yang bersara wajib sudah pun kita ketahui lebih awal lagi berdasarkan kepada umur dan juga pilihan persaraan masing-masing. Jadi janganlah hendaknya kerana kesilapan yang kita buat memberi banyak implikasi yang kita tidak ingini. Oleh yang demikian, bayaran faedah pesara kepada kerajaan ini kita nampak terus meningkat.

Seterusnya, saya pergi kepada tentang perkhidmatan dan bekalan. Kita memohon kalau boleh dapat dijelaskan peruntukan tambahan bagi perkhidmatan dan bekalan. Adakah kerana kegagalan kita dalam membuat unjuran dari segi keperluan dan juga harga pasaran atau adakah kerana terlalu kita berleluasa dengan budaya pembaziran.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengenai subsidi yang berkaitan dengan padi iaitu subsidi harga padi, subsidi baja padi, insentif keperluan padi dan juga subsidi baja padi huma. Peruntukan asal kita adalah sebanyak RM1 bilion manakala peruntukan tambahan yang dimohon adalah sebanyak RM685 juta atau hampir 70 peratus. Apakah sebab peruntukan tambahan yang besar ini diperlukan?

Jadi Tuan Yang di-Pertua, terakhir sekali, seharusnyalah kita meraikan kejayaan Kerajaan Barisan Nasional yang telah membuktikan keupayaan dan keprihatinan kita membela nasib rakyat. Kita dapat lihat pertumbuhan kita begitu meyakinkan sekali sebanyak 5.9 peratus. Kita bukan sahaja telah membuktikan kepada seluruh dunia bahawa kita telah berjaya dalam menguruskan kewangan dan juga negara kita dan negara Malaysia sekarang telah terkenal sebagai sebuah negara emerging economies yang seharusnya diberikan perhatian.

Terakhirnya, kita dapat lihat kita telah dikategorikan sebagai keempat terbaik pelaburan dalam dunia pada ketika ini. Kita berjaya mengalahkan Singapura. Kita berjaya mengalahkan Australia dan hendaknya kejayaan ini dapat kita teruskan. Saya yakin dengan Kerajaan Barisan Nasional yang cukup meyakinkan pada ketika ini, insya-Allah akan mendapat kemenangan yang paling cemerlang sekali.

Saya Tuan Yang di-Pertua, ada sikit kebimbangan saya. Ini kerana sekiranya kerajaan yang cukup prihatin dan cukup bertanggungjawab yang telah menjaga dan menguruskan kewangan dan pembangunan negara ini ditumbangkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kerana dengan janji-janji manis mereka. Kalau kita dapat lihat Tuan Yang di-Pertua, janji manis mereka, kalau mereka berkuasa, dia kata hendak hapuskan GST.

Kalau mereka berkuasa, dia hendak hapuskan PTPTN. Kalau mereka berkuasa, tidak ada lagi tol. Tanpa mengambil kira GST sebenarnya telah menyumbang sebanyak 17 peratus kepada KDNK kita.

Bayangkanlah kalau kita hilang wang tersebut, apakah jadi kepada ekonomi kita?

Maknanya mereka yang bercakap ini tanpa menggunakan minda langsung. Dia tidak kira apakah nasib rakyat pada masa akan datang. Kalaulah sebenarnya kita hilang GST, akibat pertama sekali ialah pengangguran akan berlaku dan berleluasa. Itu yang pertama sekali.

Kedua, kita akan hilang keyakinan pelabur. Apabila pelabur keluar, ekonomi kita akan merudum dan di sini sebenarnya akan berlakulah masalah sosial yang berleluasa.

Di sini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kita dapat lihat dia kata hendak hapuskan PTPTN. Tahu kah mereka bahawa kerajaan pada ketika ini menanggung lebih daripada RM50 bilion hutang. Wang tersebut dimasukkan ke satu tabung. Revolving fund yang sepatutnya digunakan oleh anak-anak kita. Kalau sekiranya kita hendak hapuskan, wang daripada mana kita hendak cekau ini untuk membantu mereka melanjutkan pelajaran?

Gunakan minda sedikit. Jadi saya yakin rakyat di bawah sana tahu menilai, siapakah sebenarnya orang yang benar-benar mahu membela nasib rakyat.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Selepas itu dia kata dia hendak hapuskan tol. Tuan Yang di-Pertua, inilah satu perkara yang cukup lucu sekali. Saya tidak banyak pengalaman. Saya pernah menduduki dalam Lembaga Lebuhraya Malaysia. Saya tahu tentang apakah sebenarnya implikasi yang akan berlaku kalau sekiranya kita mansuhkan tol ini. Tahukah mereka kerajaan akan menanggung lebih daripada RM200 bilion hendak membayar semula kepada konsesi- konsesi tersebut. Senang bercakap boleh, janji manis boleh, tetapi boleh kena kencing manis.

Semua boleh tetapi kena kencing manis.

Kerajaan kalau buat begitu, yang akhirnya akibatnya rakyat yang akan menderita.

Saya yakin rakyat di bawah sana tahu menilai siapakah sebenarnya yang mahu membela nasib mereka. Pelabur-pelabur sudah keluar, pelabur sedia ada. Pelabur yang baru hendak datang ini, tidak akan datang ke Malaysia lagi kerana dia tahu kita tidak lagi kompetitif. Kita mahu kalau boleh kita terus dapat bersaing dalam keadaan global yang cukup mencabar pada ketika ini, dalam keadaan ekonomi yang cukup mencabar pada ketika ini.

Mereka ini sebenarnya tidak mahu ambil perkara, pusing perkara-perkara ini. Kita tidak mahu pancing undi. Janganlah hendaknya kita menjanjikan mereka bulan dan bintang tetapi sampai masanya, mereka tidak akan dapat laksanakan. Pihak yang akan merana rakyat. Lihat apa yang terjadi sekarang, kekurangan air di negeri Selangor. Kalau patutnya itu yang kita bela, itu yang patut kita perjuangkan. Bukan hanya janji-janji manis, buat cara politik yang sebenarnya boleh menyusahkan rakyat pada masa akan datang.

Saya Tuan Yang di-Pertua, banyak perkara yang saya hendak sebut tetapi saya jaga mulut saya. Akan tetapi apa pun saya yakin, saya penuh yakin rakyat di bawah sana tahu menilai, dengan izin Allah, insya-Allah kerana kita di pihak yang benar yang mahu memberikan pembelaan kepada seluruh rakyat. Insya-Allah Kerajaan Barisan Nasional akan peroleh kemenangan cemerlang pada pilihan raya akan datang. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya menyokong...

final • 12:50 PM

[Dewan tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kelana Jaya.

final • 12:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam isu bajet tambahan.

Saya ingin memulakan ucapan saya dengan memberi satu analogi ataupun senario supaya rakyat boleh faham apakah itu sebenarnya isu tentang bajet tambahan ya. Hubungan kerajaan eksekutif dengan Parlimen adalah seperti anak dan bapa. Bapa itu Parlimen lah, kita lah. Kerajaan itu anak. Anak kata dia hendak pergi beli aiskrim, dia hendak makan Cornetto, jadi bapa pun agree bagi dia RM3 beli Cornetto.

Akan tetapi bila dia jalan slow-slow pergi ke kedai itu, dia tengok ada aiskrim lain.

Dia beli Haagen-Dazs, yang lebih mahal. Itu adalah senario di mana kita ada bajet tambahan.

Apa yang pelik itu, satu tahun dulu dia makan aiskrim itu, dia beritahu ayah dia setahun lepas itu. One year later. Beritahu sekarang saya dah makan Haagen-Dazs, boleh tidak bapa pergi ke kedai bayar balance itu? Itu adalah bajet tambahan dan inilah isu yang kita kena pertikaikan di dalam Dewan Yang Mulia ini. Saya bermula dengan tiga perkara yang perlu dibincangkan secara ringkas ya. Tiga perkara.

Pertama, adalah tentang isu masa ataupun timing perbelanjaan tambahan itu berlaku. When was the money spent and what time? Nombor dua, adakah kuantum RM8.2 bilion ini adalah final amount ataupun angka terakhir untuk tahun 2017? Adakah terdapat Supplementary Budget kedua untuk tahun 2017?

Ini Menteri, saya minta menjawab.

Nombor tiga, bagaimanakah bajet tambahan ini akan dibayar? Adakah ia melalui terbitan Malaysian Government Securities yang baru ataupun daripada kutipan hasil yang lebih daripada jangkaan pada tahun 2017? Semua tiga perkara ini berkaitan dengan perkara fiscal-discipline dan sekiranya Parlimen ingin memantau isu Supplementary Budget tiap-tiap tahun dengan lebih baik, kita perlukan satu reformasi di dalam fiscal reporting standard.

Isu pertama tentang timing. Saya difahamkan kerajaan biasanya memulakan proses bajet ini seawal bulan Mac, atau bulan April dan dalam masa enam bulan, dia akan sediakan bajet untuk dibentangkan pada bulan Oktober, setiap tahun. Jadi, maknanya memang ada masa untuk prepare bajet dan preparation bajet ini kenalah dibuat dengan baik dan betul.

Bajet pengurusan bagi saya adalah straightforward kerana isunya ialah tentang isu operasi dan biasanya operasi ini tidak ada perkara-perkara yang unforeseen yang di luar jangkaan yang akan berlaku.

Ini sebab kita kena bayar gaji, gaji itu kita boleh predict bila, berapa banyak kita kena supply. Sekiranya ada unforeseen events, kalaupun ada seperti bencana alam ataupun kita perlu dapatkan lebih untuk bonus pekerja, bonus civil servants kita, kita ada Dana Fasilitasi sebanyak RM2 bilion. Itu already contingency dia sudah ada.

Bajet pembangunan pula sepatutnya memang terkawal kerana proses untuk mendapatkan dana untuk pembangunan memerlukan proses yang panjanglah kalau hendak buat pembangunan infrastruktur jalan, jambatan. Kita ada proses tender, planning, engineering works, maknanya semua ini adalah proses yang betul-betul boleh dilakukan. Jadi sekiranya terdapat perubahan bajet yang drastik, ia tidak masuk akal kerana seperti yang saya katakan tadi, dengan izin, we have ample time to properly plan the budget. Lagi pun ada contingency allocation di dalam bentuk dana fasilitasi.

Soalan dasar pertama saya ialah soalan tentang timing. Pada masa bilakah semua bilangan terkandung di dalam supplementary budget ini digunakan ataupun diperlukan?

Contoh satu, Bilangan 1, B.1 - Parlimen, RM10 juta. Bilakah duit RM10 juta ini diperlukan dan digunakan oleh Parlimen? Adakah ia digunakan pada bulan Januari 2017, Februari 2017 ataupun Jun 2017? Itu penting.

Oleh itu, saya minta Yang Berhormat Menteri memberi bagi setiap bilangan ataupun perkara, memberi timeline yang accurate. Bilakah dana tambahan bilangan itu diperlukan atau digunakan? Kalau permintaan adalah pada bulan Januari 2017, maka maknanya ada perkara mala fide di dalam pembentangan Bajet 2017 pada bulan Oktober 2016. The timing, dengan izin, may prove that your government has intentionally suppressed the budget to create a better than intended deficit.

final • 12:52 PM

Saya minta better reporting standards daripada Menteri tentang dua perkara iaitu

(i) timing dimasukkan sebagai satu column; dan

(ii) satu simple audit terhadap setiap Menteri ataupun kementerian yang gagal mengikuti bajet.

Oleh demikian, saya minta Yang Berhormat Menteri, pandangan dia, sama ada dia setuju atau tidak untuk membuat reformasi sikit tentang reporting standards ini?

final • 12:52 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

[Bangun]

final • 12:52 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Silakan.

final • 12:52 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 12:52 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Wong Chen. Soalan saya bergabung dengan Yang Berhormat Jasin tadi dengan Yang Berhormat Wong Chen. Ada gabungan.

Yang Berhormat Jasin tadi telah mengatakan bahawa mungkin ada kesilapan di pihak pegawai. Pegawai telah melakukan kesilapan, sebab itu angka ini perlu diubahsuai dan ada perbekalan tambahan. Yang Berhormat Wong Chen pula mengatakan ini adalah mala fide. Ada niat...

[Disampuk] Ya minta maaf, Yang Berhormat Kelana Jaya. Ada mala fide, Yang Berhormat Kelana Jaya mengatakan ada mala fide dan ada niat untuk mewujudkan satu perbelanjaan defisit.

Saya rasa apa yang diterangkan Yang Berhormat Kelana Jaya ada asas dan pada waktu yang sama untuk kita menyalahkan, menyalahkan pegawai melakukan kesilapan yang dibentangkan perbelanjaan ini adalah Yang Amat Berhormat Pekan, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Mana boleh hari ini kita duduk di dalam Parlimen ini dan kita menyalahkan seorang pegawai. Sekiranya pegawai bersalah, bukan-kah itu tanggungjawab seorang Menteri untuk memikul tanggungjawab itu sekiranya ada kesalahan begini. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

final • 12:52 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Ya, saya memang setuju dimasukkan dalam ucapan saya. Jadi, cadangan saya senang. Masukkan dua column baru di dalam report ini. Satu ialah bilakah dana itu digunakan? Januari atau Februari, boleh kita tahu? Kalau Disember kita boleh terimalah.

Nombor dua, column ialah deviation di antara bajet asal kementerian itu dengan bajet tambahan yang diminta. Adakah dia lari 5 peratus, 2 peratus? Kalau dalam syarikat besar ataupun apa-apa organization yang besarlah, kalau kita buat bajet lari 2 peratus, kita boleh terima. Lebih 2 peratus, CFO kena resign. Di dalam sini, bajet terus menerus menunjukkan bahawa secara nominal ya, secara nominal kita lihat sudah lari 3.6 peratus.

final • 12:52 PM

Seorang Ahli

Prime Minister resign.

final • 12:52 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

So, the Prime Minister has to resign. Bagi sayalah, bukan Prime Minister lah, Finance Minister kena resign. Dalam perkara kedua, yang saya ingin bangkitkan ialah tentang nombor-nombor yang Yang Berhormat Jasin telah bangkitkan tadi. Saya pun ada nombor yang lebih kurang sama. Peningkatan kuantum RM8.2 bilion merupakan peningkatan 3.1 peratus daripada RM206 bilion bajet yang asal. Ini deviation yang besar. Saya hendak tahu sama ada bajet ini, tambahan bajet ini boleh di-cover dengan peningkatan hasil ataupun melalui pengeluaran bon. Itu penting.

Kerajaan kena explain, Menteri Kewangan kena explain kalau hasil naik, siapa yang kena tax lebih? Kalau kerajaan kata dia jangka hendak dapat hasil RM220 bilion untuk 2017, tetapi nampaknya meningkat RM10 bilion lebih, siapa yang kena? GST kah iaitu rakyat ataupun tax payer iaitu personel income tax ataupun corporate tax? Beri kita report yang betul di manakah duit ini, RM8.2 bilion akan datang dari mana dan digunakan- sudah pun digunakan.

Jadi bagi saya perkara yang ketiga- masa ada lagi ya, boleh?

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

Boleh sambung.

final • 12:52 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Boleh sambung?

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 12:52 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Okey, terima kasih. Saya akan sambung lepas ini.

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

Saya pun tidak perasan sudah jam 1 lebih. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, kita tangguhkan persidangan kita sehingga jam 2.30 petang.

final • 12:52 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kelana Jaya, ada lima minit lagi.

final • 2:30 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya akan mengambil dua minitlah, saya rasa tak cukup pun.

Jadi sebagai satu recap yang cepat, saya menimbulkan tiga perkara. Pertama ialah tentang isu timing sama ada report kita kena lebih baik untuk dibentangkan di Parlimen. Mesti masuk bilakah timing berlaku untuk menggunakan duit yang telah digunakan.

Kedua, saya menimbulkan tentang bajet, perkiraan defisit itu macam mana dan ketiga ialah tentang di mana dana akan datang untuk membayar RM8.2 bilion ini sama ada daripada hasil lebih ataupun daripada Malaysian Government Securities yang di isu, bon-bon baru.

Jadi perkara terakhir saya ialah satu persoalan. Saya memang ada banyak soalan tentang butir-butir bajet ini Tuan Yang di-Pertua tetapi saya akan timbulkan semasa di committee stage seperti yang sepatutnya tetapi bagi saya perkara ini terlalu penting, saya hendak ambil kesempatan ucapan ini untuk menimbulkan perkara tentang khasnya bayaran Kumpulan Wang Terkanun sebanyak RM2.7 bilion iaitu di bawah Kementerian Kewangan B.12.

Saya ingin Menteri memberi penjelasan penuh, badan manakah yang sebenarnya menerima RM2.7 bilion ini dan digunakan untuk apa sebab dalam rekod kita, di dalam dokumen kerajaan memang menunjukkan bahawa ialah satu pemberian ataupun satu geran.

Di dalam Butiran 40000, so this grant, dengan izin, how was the grant actually used? Who was it paid to? Sebagai satu rujukan Tuan Yang di-Pertua, saya perhatikan setiap bajet kita memang tentang isu Kumpulan Wang Terkanun, penerima terbesar adalah KWAP iaitu Kumpulan Wang Persaraan. Saya hendak tanya sama ada RM2.7 bilion ini diberi kepada KWAP atau tidak, khasnya soalannya dan sekiranya diberi kepada KWAP sama ada ia berkaitan dengan isu SRC International.

Tuan Yang di-Pertua, kita semua dah tahu bahawa SRC International ialah anak syarikat 1MDB dulu yang menerima lebih kurang RM4.4 bilion loan daripada KWAP. KWAP telah membuat satu investment ataupun loan kepada SRC International dan mengikut laporan akhbar terbaru, 2017 mengatakan bahawa, “this loan is to be repaid”. Maknanya SRC ada duit bayar untuk loan ini sebanyak 4.4 bilion.

Akan tetapi kita semua pun kenal dan tahu bahawa 1MDB semua anak syarikatnya telah diambil alih oleh Ministry of Finance. Maka ternampak sangatlah bajet tambahan ini kemungkinan besar dalam sangkaan baik saya bahawa RM2.7 bilion ini ada digunakan untuk penyelesaian isu KWAP. Saya minta diberi senarai semua badan-badan yang menerima dan apa sebenarnya kegunaan RM2.7 bilion ini untuk bajet tambahan ini.

Itu sahajalah ucapan saya Tuan Yang di-Pertua untuk peringkat dasar ini. Saya harap Menteri boleh memberi jawapan yang tepat dan baik, dengan izin, you have a chance to redeem yourself by the quality of your learned response to this issue sebab isu bajet tambahan ini sepatutnya tidak boleh berlaku di demokrasi kita ini. Itu adalah satu amalan yang betul-betul tidak baik dan oleh itu sekurang-kurangnya saya mintalah daripada Menteri beri jawapan yang tepat dan telus. Terima kasih banyak.

final • 2:32 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Limbang.

final • 2:32 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Tuan Yang di- Pertua.

final • 2:32 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Bajet Tambahan 2017 ini. Saya hanya ingin nak menyentuh sedikit apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jasin pada pagi tadi.

final • 2:36 PM

Tuan Yang di-Pertua

Selepas Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Permatang Pauh ya.

final • 2:36 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Iaitu tentang kita semua tahu bajet ini adalah yang telah pun dibelanjakan dan sekarang kita hendak minta Parlimen luluskanlah pertambahan pembayaran. It’s okay kalau ianya adalah perbelanjaan yang memang diperlukan, prudent dan sebagainya. Hanya yang saya ingin memetik apa yang disebut Yang Berhormat Jasin itu, mudah-mudahan dalamnya tidak adalah yang disebut oleh beliau tadi ‘berleluasa dengan pembaziran’. Harapan kita macam itulah.

Jadi saya mengambil peluang, kita dah bercerita fasal peruntukan yang telah pun dibelanjakan dan minta kelulusan. Jadi saya ingin nak cerita juga sedikit perkara yang berkaitan dengan yang terkini. Pada pagi tadi di tempat saya, mungkin kena pasang tengah malam, satu poster besar dipasang di pekan Limbang iaitu membangkitkan isu transporter minyak iaitu transporter yang menghantar barang-barang subsidi kerajaan. Very bad tetapi saya tak adalah untuk memberi komen apa-apa tetapi perkara yang sama pernah saya bangkitkan di Dewan ini dua tiga tahun yang lalu, dari penggal lepas pun since this transporting punya subsidi ini ada, saya memang bangkitkan.

Saya rasa memang agensi yang bertanggungjawab, kementeriannya saya yakin sudah pun membuat penyemakan, membuat siasatan dan sebagainya. Just that, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada feedback lah apa hasil-hasil yang pernah saya suarakan tersebut. Apakah ada betul-betul pembaziran, adakah betul perkara yang tidak sepatutnya berlaku, itu satu.

Jadi setelah beberapa tahun, ianya bagi sebuah pekan yang kecil, ianya sesuatu yang mengejutkan dan perkara yang sama ini bukan hanya pernah disebut oleh saya wakil daripada Limbang, ramai kawan-kawan kita daripada Sarawak juga, Sabah pun ada yang menyebut perkara ini. Jadi apabila ianya muncul balik, dipasang semalam, berita hangat beberapa jam di kawasan saya. Mungkin benda yang pernah terjadi dulu ini berulang lagi ataupun mungkin berlaku, mungkin tidak. Jadi saya mintalah supaya sebab ini berkaitan dengan, kalau ini masih Mac lagi, jadi yang dibangkit ini sekiranya ianya betul sebagaimana yang dipamerkan dalam poster tersebut. Jadi ianya pastinya berkaitan dengan perbelanjaan tahun lepas. Jadi saya mintalah since ianya dibangkitkan semula, mintalah kepada semua pihak supaya mana-mana yang berkaitan untuk melihat perkara ini.

final • 2:36 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Kadang-kadang biasalah, kadang-kadang ini ibarat kata orang kadang-kadang macam tikus dengan kucinglah. Semasa ada kucing, tikus larilah. Kucing tidur, tikus berdansa baliklah kalau betul. Jadi saya mintalah ya, ini berkaitan. Apa yang dibangkit itu berkaitan yang tahun lepas perbelanjaan. Mungkin juga ada yang membabitkan yang perbelanjaan tahun Januari ataupun Februari tahun ini. Jadi ia memang skim tersebut mempunyai impak yang bagus kepada rakyat kita di luar bandar.

Memang, alhamdulillah itu antara program yang terbaik tetapi balik juga kepada pelaksanaannya dan mudah-mudahan tiada pembaziran yang berleluasa dalamnya.

Seperkara lagi walaupun ini peringkat dasar iaitu semalam saya mengucapkan tahniah kepada polis. Selamat menyambut Hari Polis ke-211 seluruh negara dan pernah juga saya suarakan sebelum ini juga di dalam bajet-bajet yang sebelum ini iaitu tentang perumahan polis. Kita dengar ada perumahan tentera dan sebagainya. Jadi ini berbalik ke kawasan saya di Limbang cerita tentang perumahan polis ini saya tahu ia begitu lama sudah memang saya besar-besar di situ saya melihat keadaannya begitu daif sekarang ini.

Pernah disuarakan dan juga di depan IPD yang baru di Limbang itu memang sememangnya disediakan sebuah lot. Saya difahamkan pada awalnya dulu semasa membina IPD baru itu sekali dengan perumahan untuk pegawai-pegawai polis di Limbang, untuk keluarga mereka dan sebagainya. Akan tetapi apabila dilaksanakan hanyalah yang dibuat pejabat IPD sahaja tetapi tempat mereka tinggal masih lagi duduk di berek-berek yang lama di kuarters-kuarters yang lama, di flat-flat yang lama. Ini kalau siapa pernah pergi Limbang ini tengah-tengah pekan Limbang ini.

Jadi saya merayulah kepada kerajaan walaupun kita bahas tentang bajet yang sudah terbelanja tetapi sebagai peringatan dan mungkin untuk dimasukkan ke dalam yang baru walaupun kita, penggalnya hanya tinggal dua minggu lebih, kot tiga minggu tetapi untuk peringatan jangan lupa. Dalam penggal baru berilah kepada polis, kepada PDRM khususnya untuk di Limbang ini sama juga yang di tempat-tempat lain. Berikanlah keutamaan tentang perancangan awal untuk membangunkan perumahan polis serta keluarga mereka supaya mereka dapat kediaman yang baik di samping melaksanakan tugas mereka. Itulah permintaan saya kepada kerajaan untuk melihat perkara ini.

Saya memang betul seingat-ingat saya belum ada lagilah saya nampak bangunan baru dalam premis polis Limbang sebab dia depan kampung saya. Belum saya tengok bangunan sebuah yang baru yang betul-betul untuk menempatkan pegawai-pegawai polis dengan keluarga mereka tak kira pegawai ataupun orang bujang. Kalau boleh berikanlah mereka ini perumahan untuk PDRM di Limbang. Saya difahamkan di Limbang anggotanya hanya 270 tetapi yang diisi hanya 217 lebih kurang macam itu sahaja di Limbang. Tak banyak pun.

Jadi mudah-mudahan perkara ini akan mendapat perhatian daripada kerajaan khususnya KDN untuk memastikan anggota-anggota keselamatan kita ini juga diberikan peluang dengan keluarga mereka untuk menikmati suasana kehidupan berkeluarga di pekan yang kecil seperti di Limbang ini. Saya rasa itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua berikan saya peluang. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera...

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Muhammad SAW, warahmah seluruh alam serta teladan untuk disanjungi.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana membenarkan mengambil bahagian membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2017) 2018 ini. Melalui rang undang-undang ini, kerajaan membentangkan perbelanjaan tambahan bagi tahun 2017 berjumlah RM7,122,833,728 dan jumlah RM1,052,211,510 sebagai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Tahun 2017.

Menurut Kertas Perintah 1 Tahun 2018 di muka surat 5, anggaran perbelanjaan mengurus yang sebenarnya bagi tahun 2017 bagi maksud bekalan telah meningkat kepada RM165,379,175,628 daripada RM158,256,341,900 iaitu peningkatan sebanyak 4.5 peratus.

Manakala menurut Kertas Perintah 2, Tahun 2018, Anggaran Perbelanjaan Pembangunan sebenarnya bagi tahun 2017 telah meningkat daripada RM48,000,000,000 iaitu RM48 bilion kepada RM49,522,115,100 iaitu peningkatan 2.19 peratus.

Berikutan dengan pertambahan anggaran perbelanjaan yang dikemukakan ini, saya ingin kerajaan memberitahu berapakah sebenarnya defisit Bajet 2017 banding defisit yang telah diunjurkan. Ini kita hendak tahu bagaimana yang berlaku selepas kita sudah buatkan belanjawan atau bajet ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk Maksud T.4. Ketua Audit Negara yang memohon RM326,960 yang termasuk bayaran gantian cuti rehat kepada mantan Ketua Audit Negara sebanyak RM117,000. Saya mengucapkan selamat bersara dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ke atas khidmat Tan Sri sebagai Ketua Audit Negara sejak dari tahun 2006 sehinggalah 2017. Saya dimaklumkan bahawa Tan Sri Ambrin Buang ketika menjadi Ketua Audit Negara bertanggungjawab mengklasifikasikan laporan akhir pengauditan syarikat 1MDB sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi

(OSA) 1972.

Ini disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Dato’ Sri Hasan bin Arifin yang juga Yang Berhormat Rompin pada 4 Mac 2016 semasa membentangkan laporan akhir itu di Parlimen. Beliau berkata Ketua Audit Negara memaklumkan bahawa laporan akhir terhadap pengauditan syarikat 1MDB iaitu 1Malaysia Development Berhad, diklasifikasikan sebagai “Dokumen Rahsia Rasmi” di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 ini.

Saya ingin menarik perhatian Dewan ini Tuan Yang di-Pertua pada 25 Julai 2016, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang semasa memberi keterangan di dalam Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di dalam perbicaraan kes jenayah bagi mendakwa Ahli Parlimen Pandan di bawah OSA mengesahkan, saya quote Tuan Yang di-Pertua keterangan beliau.

Tan Sri Ambrin kata, “Saya sendiri sebagai Ketua Audit Negara yang mengklasifikasikan laporan pengauditan 1MDB pada Januari lepas, selepas saya diberi kuasa di bawah Akta Rahsia Rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia.” Kenapakah soalan saya laporan akhir 1MDB diarahkan supaya dirahsiakan. Siapa yang mengarahkannya? Dari keterangan Tan Sri Ambrin di Mahkamah Sesyen itu secara implisit dan eksplisit, ia adalah arahan Yang Amat Berhormat Pekan sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, kenapa saya bangkitkan isu ini sebegini dalam bajet tambahan ini

final • 2:44 PM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Saya hendak katakan bahawa pada 23 Mac tahun ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengisytiharkan dirinya bersih daripada sebarang salah laku kaitan skandal 1MDB kerana katanya laporan PAC tidak menyebut beliau mencuri. Ini berdasarkan laporan Utusan Malaysia bertarikh 23 Mac 2018 ini yang bertajuk Perdana Menteri perjelas isu 1MDB, GST hutang negara. Jadi, saya petik kandungan laporan tersebut yang diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan dalam Majlis Pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Negara NTP2017.

Satu, dia kata pertama. “Adakah dalam laporan setebal 106 muka surat itu menyatakan duit 1MDB saya curi? Tidak sama sekali”. Kita tidak tahu, kita tidak baca, kita tidak diberikan peluang untuk baca. Itu OSA. Mana kita tahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata macam itu. Okey, katalah kita ambil apa yang dia telah tegaskan itu sebagai apa yang ada dalam itu. Saya kira okeylah, takkan dia hendak kata pula Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mencuri kan?

Kedua, sabar. Sama ada PAC kata. Sama ada ini kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri lagi ya. Kedua, apa yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata, “Sama ada PAC kata saya buat kesalahan?” “Tidak”. Satu lagi yang ketiga, “sama ada duit derma kerajaan Arab Saudi itu duit 1MDB?” “Tidak sama sekali”, tegas beliau.

Kita tidak tahu. Kita tidak boleh baca. Satu kosong tebal muka surat yang dikatakan laporan terakhir. Kita telah dikatakan OSA dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menggunakan sebagai evidence ataupun keterangan yang mengatakan dia bebas daripada semua ini. Mantan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin mengklasifikasikan laporan audit itu sebagai dokumen rahsia sejak Januari 2016. Ia masih kekal rahsia sehingga ke hari ini.

Tidak ada keterangan menunjukkan bahawa kerajaan telah menarik balik pengklasifikasiannya sebagai dokumen rahsia rasmi. Saya ingin bertanya, sejak bilakah laporan PAC yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi itu tidak lagi rahsia sehinggakan Yang Amat Berhormat Pekan, Perdana Menteri kita boleh memetik laporan tersebut. Dia seorang sahaja kah dan kita yang lain ini tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan nanti akan didakwa.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Yang Berhormat, ada Yang Berhormat yang berdiri di belakang sana. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Yang Berhormat Sungai Petani. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 2:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Ketua Pembangkang. Setujukah Ketua Pembangkang dengan saya apa yang dikatakan di luar, apa yang dibincangkan oleh rakyat banyak akan selesai. Kalau sekiranya laporan yang disediakan oleh PAC kah ataupun Audit Negara dibentangkan di atas meja ini.

Kita buka helai demi helai kemudian kita bincang dan kita tidak mahu tuduh dan kita tidak mahu fitnah siapa pun. Kalau kita ada laporan itu, seperti laporan-laporan lain-lain GLC, seperti lain-lain jabatan, tidak ada satu pun yang di OSA kan.

Maka kalau ada laporan itu, selesailah malah kita tidak boleh buat, tidak payah pun buat undang-undang anti fitnah dan sebagainya. Maka, selesailah segala masalah itu.

Apakah pendapat Ketua Pembangkang patut laporan itu diserahkan kepada Ahli Parlimen untuk kita tengok dan kita bincangkan dan akhirnya, kita akan tahu apa sebenarnya yang berlaku. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa pendapat Ketua Pembangkang?

final • 2:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat, boleh sambung sedikit.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Terima kasih...

final • 2:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Kapar.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Saya bagi anakanda saya. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh dan juga Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya hendak tambah. Antara laporan PAC yang telah di’OSA’kan termasuklah muka surat berkait dengan penglibatan individu bernama Jho Low, dikoyak terus dalam laporan PAC tersebut. Jadi, saya takut kalau kita dedahkan jangan lupa masukkan sekali muka surat yang dikoyak semat-mata untuk mempertahankan Jho Low ini. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya berterima kasihlah kerana memberi peringatan...

Yang Berhormat Kapar, silakan.

final • 2:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Boleh? Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Soalan saya ringkas sahaja. Kita tidak dibenarkan untuk meneliti PAC tetapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh meneliti. Dalam laporan itu, mengandungi isu-isu berkaitan dengan beliau. There is a conflict of interest. Itu perlu diperhalusi. Dia telah ditegur dan dia pun advisor of 1MDB.

Jadi, saya rasa memang ada conflict of interest. Sebab dia yang tengok, dia yang boleh keluarkan pandangan. Padahal kita tidak boleh. Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Memang betul kata...

[Disampuk] Yang Berhormat Shah Alam hendak cakap. Nanti sekejap. Shah Alam.

final • 2:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh.

Saya sebenarnya selain daripada PAC ini yang lebih penting bagi saya adalah Laporan Ketua Audit Negara dan saya rasa ini merupakan kali pertama, setahu sayalah Laporan Ketua Audit Negara itu sendiri di’OSA’kan sedangkan Ketua Audit Negara dia mengaudit bukan akaun peribadi Yang Amat Berhormat Pekan yang boleh dikatakan, oh, ini benda peribadi, rakyat tidak perlu tahu. Ketua Audit Negara sedang mengaudit perkara- perkara berhubung dengan negara, dengan perbelanjaan awam dan kekayaan duit negara ke mana ia pergi. Bagaimana ia digunakan. Kenapa ia perlu di’OSA’kan? Boleh Yang Berhormat Permatang Pauh mungkin komen sedikit.

final • 2:50 PM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Silakan.

final • 2:50 PM

Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Kalau Tumpat.

final • 2:50 PM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

Hello. Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Parlimen daripada Permatang Pauh. Saya masih ingat di antara tahun 2004 sampai 2008, Yang Berhormat Permatang Pauh dan saya juga Ahli PAC. Kalau kita punya Parlimen mahu sampai satu tahap world class Parliament patutnya declassify ini OSA. Patutnya kita boleh gembira jadi world class Parliament. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Terima kasih.

Saya minta maaf saya ada dua minit sahaja lagi Tuan Yang di-Pertua.

Saya memang bersetuju sangatlah. Ini kerana kalau nothing to hide, Tuan Yang di- Pertua dengan izin. Kalau nothing to hide, kalau kita kata hendak menjawab semua dakwaan daripada DOJ kah, Switzerland kah, Singapore kah, Hong Kong kah, biar kaki tangan melihat sendiri laporan itu. Tuan Yang di-Pertua. Itu yang ini saya ada dua minit.

Saya ingin tahu sama ada apa-apa dakwaan salah laku yang terkandung dalam Laporan PAC ini. Kenapa? Oleh sebab itulah kalau ada salah laku siapa-siapa dalam PAC, sebab itulah di’OSA’kan. Apakah PAC itu menumpukan untuk tujuan menyiasat sama ada Yang Amat Berhormat Pekan membuat salah atau tidak? Tentunya aneh jika saya boleh mendapatkan jawapan daripada soalan saya. Padahal, memang laporan itu masih rahsia.

Tuan Yang di-Pertua, mencuri atau tidak adalah kesalahan jenayah Kanun Keseksaan di bawah bidang kuasa polis. Di luar skop dan bidang kuasa siasatan Jawatankuasa PAC mahupun Ketua Audit Negara. Ini adalah untuk polis menyiasat ada tidak salah laku, ada tidak jenayah, ada tidak duit negara 1MDB itu diselewengkan. Ini yang menjadi persoalan. Bagaimana mungkin Yang Amat Berhormat Pekan seorang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengaitkan Laporan PAC yang mengaudit transaksi dan Laporan 1MDB dengan satu kesalahan jenayah mencuri yang berada di bawah kanun keseksaan menjadi tanggungjawab di bawah jurisdiction bidang kuasa PDRM. Sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua.

Kalau kes mencuri bukanlah untuk PAC siasat tetapi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kalau kes bunuh tidak akan ada dalam Laporan PAC kerana ia juga kes PDRM.

Kesimpulannya, saya hairan bagaimana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak tahu skop di bawah PAC dan di bawah mana skop PDRM. Saya hendak memohonlah bagaimana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuatkan kesimpulan begitu bahawa PAC membersihkan nama beliau, tidak ada unsur jenayah, kenapakah tidak ada siasatan yang dilakukan. Ini kerana di negara-negara lain antarabangsa benda itu telah dikatakan sebagai kes mencuri sebesar- skala yang terbesar dalam dunia mencuri ataupun masalah kleptokrat.

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua. Saya memohon keputusan Ketua Audit Negara mengklasifikasikan laporan audit, akhir audit 1MDB sebagai dokumen rahsia ini disemak semula. Jika benar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak terlibat dalam sebarang salah laku berkaitan skandal 1MDB, saya mencabar kerajaan bentangkan Laporan Audit 1MDB ini sebelum 5 April 2018...

final • 2:50 PM

Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Pohon penjelasan. Pohon penjelasan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

...Dan membenarkan Parlimen membahaskannya sekalipun hingga lewat malam. Kita biasa sampai lewat malam.

final • 2:50 PM

Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Pohon penjelasan Yang Berhormat Ketua Pembangkang.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Oh! Yang Berhormat Tumpat.

final • 3:00 PM

Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Penjelasan...

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Saya sudah habis.

final • 3:00 PM

Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Ringkas sahaja penjelasan ataupun permohonan saya iaitu untuk menjadikan maklumat dan fakta kita mungkin lebih jelas.

Oleh kerana saya Ahli PAC ketika itu, seingatan saya, pendirian Ketua Audit Negara merahsiakan laporan beliau ialah supaya ia dibentangkan di mesyuarat PAC dahulu. Itu dia kata hak dia. Selepas PAC menerima laporan ini dan membincangkannya, keputusan untuk menjadikan ia rahsia adalah keputusan Kabinet. Jadi ada dua peringkat di sini, bukannya hanya satu peringkat sahaja. Kabinet akhirnya, setelah ia menjadi kertas PAC yang mana bukan lagi kuasa Ketua Audit Negara untuk menentukan rahsia atau tidak, Kabinet yang membuat keputusan bahawa ia adalah rahsia. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Itulah persoalan saya. Kabinet- katanya Kabinet ya, mengarahkan. Dia kata, dia keluarkan arahan bahawa ini diklasifikasikan bawah OSA kerana diberikan arahan untuk- dia tidak kata arahan, dia kata, “Selepas saya diberi kuasa”. Jadi apa yang akhirnya saya hendak katakan bahawa saya mencabar kerajaan bentangkan Laporan Audit 1MDB itu sebelum Parlimen dibubarkan dan membenarkan Parlimen membahaskan sekalipun hingga lewat malam pada hari akhir Parlimen yang berlangsung sekarang dan terserahlah kepada rakyat untuk membuat penilaian dan menerima hakikat dan kebenaran. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

[Tepuk]

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 3:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua beri saya peluang bersama-sama untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2017.

Saya melihat beberapa isu yang juga menjadi perkara-perkara yang panas dan penting yang boleh membantutkan pertumbuhan ekonomi negara yang tidak sempat saya hendak bahaskan semasa perbahasan yang lalu. Antaranya ialah berkenaan dengan ancaman dadah yang kita dapat lihat beberapa kali telah dibawa oleh Ahli-ahli Parlimen dalam soalan lisan dan juga dalam perbahasan sesetengah Ahli Parlimen beberapa hari yang lalu.

Statistik menunjukkan 56 peratus daripada banduan dalam negara ini adalah jenayah yang berkaitan dengan dadah. Ini satu statistik yang boleh mencemaskan. Kalau kita lihat kalau diterjemahkan kepada angka, 33,500 daripada 59,600 dan 71.3 peratus adalah daripada orang Melayu. Ini satu lagi statistik yang boleh melemahkan. Bagaimana negara yang hendak pergi negara maju dengan pencapaian ekonomi yang baik, dengan pengiktirafan daripada badan dunia dan sebagainya tetapi akan dan boleh dilemahkan oleh kerana pengaruh dadah yang ada pada hari ini.

Banyak perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan oleh kerajaan oleh kerana masalah dan isu ini yang telah dikatakan adalah musuh negara dan ada diperangi habis-habisan. Hari ini perbelanjaan untuk seorang banduan umpamanya, RM35 satu hari, yang akan menjumlahkan kepada RM425 juta setahun.

Tuan Yang di-Pertua, satu kajian AADK mendapati bahawa tangkapan penagih dadah pada tahun 2016 meningkat kepada 30,844 tangkapan berbanding dengan sebelumnya 26,000. Sekali lagi tangkapan ini adalah juga penagih-penagih daripada orang- orang Melayu kebanyakannya. Apa yang lebih membimbangkan sekarang ini ialah penglibatan anak-anak muda. Penglibatan anak-anak muda lebih kurang dalam 2,000 orang pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah di lebih daripada 150 kawasan yang dikatakan panas. Situasi ini saya anggap sebagai satu situasi yang serius, yang kritikal, yang perlu kerajaan perlu mengambil tindakan.

Alhamdulillah, saya ucap tahniah kepada kerajaan melalui AADK yang kita semua tahu sejak tahun 2010 lagi dengan klinik cure & care, dengan cara sistem sukarela merawat dengan pelbagai aspek penagih-penagih dadah ini dan ada juga kejayaannya. Akan tetapi di sebalik undang-undang, di sebalik usaha-usaha ini, kita lihat masalah dadah ini makin berleluasa. Pertamanya, ia sudah berubah daripada tradisional kepada sintetik. Sintetik pun macam-macam cara, teknik ia pakai sekarang ini. Juga cara sindiket bergerak pun sudah macam-macam cara. Daripada keldai dadah, daripada sorok sini sorok sana, daripada buat mini lab dan sebagainya. Undang-undang diperketat dan kerajaan melalui PDRM telah buat kerja yang hebat sebenarnya. Banyak tangkapan kita dapat lihat hari ini.

Jadi apa yang membimbangkan ialah- apa yang saya hendak gambarkan ialah suasana begini bukan sahaja di bandar malah di kawasan-kawasan luar bandar. Contohnya di Parlimen saya sendiri, kita dapat lihat banyak lagi mereka yang terlibat. Apakah kita sudah begitu serius untuk menangani isu ini? Adakah semua pihak terlibat?

Sebab, kalau kita hendak letak pada AADK sahaja, hendak letak pada kerajaan sahaja, ataupun letak pada bahu-bahu keluarga yang terkena ini, kata orang, ‘berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’. Bukan senang hendak handle seseorang yang telah menjadi penagih ini. Kadang-kadang daripada dia menagih, dia balik, kalau terjadi balik, maka ia akan bawa sampai ke akhir hayatnya dan akan mendapat stigma seluruh hidupnya.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyarankan dan memohon penjelasan daripada kementerian. Adakah kerajaan bersedia untuk menambahkan bajet untuk membantu AADK menjalankan kerja dengan lebih baik lagi? Contohnya, pegawai-pegawai yang terlibat dalam AADK di kawasan, di daerah umpamanya, cukupkah untuk melaksanakan kerja dengan cekap, dengan terbaik, cukupkah itu?

final • 3:01 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Pencelahan.

final • 3:01 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Masalah infrastruktur satu lagi...

final • 3:01 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Rantau Panjang.

final • 3:01 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ya, silakan.

final • 3:01 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dengan apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat tentang isu dadah. Saya juga di antara kawasan yang cukup mencabar berkaitan dengan isu dadah, berada di sempadan Thailand. Jadi apa yang kita lihat hari ini memang banyak tangkapan yang telah dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap penagih dan pengedar dadah.

Akan tetapi yang paling kurang kita dengar ialah tangkapan kepada pembekal dadah. Jadi saya ingin pohon pandangan Yang Berhormat, apa punca? Kenapa kita tidak dapat tangkap pembekal yang membekalkan dadah kepada pengedar-pengedar? Adakah mungkin kerana wujudnya unsur-unsur rasuah yang boleh menyebabkan mereka terlepas daripada tindakan hukuman? Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 3:01 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Rantau Panjang.

Kita banyak hairan sebenarnya tetapi saya bukanlah hendak kata siapa-siapa yang buat rasuah atau sebagainya. Masalah dadah ini sebenarnya tentang supply and demand. Ada orang supply, ada orang demand. Saya pernah cakap benda ini. Kalau kita buka kedai tetapi orang tidak datang ke kedai kita, akhirnya kedai kita kena tutup. Jadi, this is chicken and egg, dengan izin. Oleh sebab ada orang minta, sebab itu ada orang supply. Kalau orang supply itu terlepas, itu satu persoalan yang kedua. Terlepas itu salahlah itu. Maknanya ada ejen-ejen kerajaan, ada jabatan-jabatan yang sepatutnya bertindak dengan lebih cekap lagi.

Penekanan kita hari ini kepada AADK, Klinik Cure & Care dan sebagainya supaya rawatan diberi supaya tidak ada relapse dan sebagainya supaya permintaan itu dikurangkan.

Bagi pendapat saya, alangkah baiknya kalau kerajaan kalau dapat tumpukan dengan lebih hebat lagi, dengan lebih baik lagi memberikan lebih bajet lagi untuk AADK yang saya sebut tadi pegawainya, infrastrukturnya, logistiknya dan segala kemudahan supaya program- program dapat dibuat dengan lebih baik lagi, dengan lebih kerap lagi. Kita tengoklah dalam masa setahun, dua tahun bagaimana kesannya.

Ini kerana apabila tidak ada permintaan ataupun permintaan berkurangan, supplier hendak buat apa? Supplier memang licik, dia pergi sini, pergi sana, ataupun ada orang kata dia boleh rasuah orang sini, rasuah orang sana, ataupun ugut orang sini atau ugut orang sana, tetapi kalau sudah tidak ada orang hendak ambil dadah, apa hendak buat dengan dadah ini?

Jadi itu yang saya hendak beri penekanan. Sebab apa, perkara ini kadang-kadang jarang sangat diperbahaskan. Disebut tetapi jarang sangat dibahaskan secara serius. Oleh kerana orang duk sibuk kepada perkara-perkara lain yang kononnya boleh merosakkan negara, tetapi ini perkara yang boleh merosakkan negara sebenarnya secara senyap ataupun secara ini kita dapat lihat. Khususnya statistik yang saya beritahu tadi, statistik yang amat membimbangkan. Jadi saya haraplah kementerian, kerajaan bagi penekanan tentang perkara ini. Saya sebut dahulu bagaimana tentang stigma penerimaan masyarakat.

final • 3:01 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Beberapa program yang saya hadir di kawasan saya, saya tengok tidak ramai orang, yang ramai adalah penagih itu sendiri, keluarga terdekat dia dan pegawai-pegawai. Mana dia orang lain? Mana dia komuniti lain, mana dia komuniti masjid, mana dia NGO? Adakah kerajaan bersedia untuk memberikan sedikit penekanan kepada pihak swasta umpamanya dengan CSR nya, kepada program-program yang berkaitan dengan membanteras dadah ini sendiri, membantu penagih dadah ini, ini yang penting.

Pengalaman saya selama hampir lima tahun di Dewan Rakyat ini dapat beberapa kali ke luar negara menghadiri workshop, menghadiri conference dan seminar berkaitan dengan dadah. Bagaimana melihat negara-negara di luar menghadapi ancaman dadah ini, bagaimana mereka dapat menyelesaikan masalah dadah ini sehingga berjaya...

final • 3:10 PM

Datuk Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

[Bangun]

final • 3:10 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Yang Berhormat Bagan Serai.

Boleh saya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Sebentar tadi Yang Berhormat Bagan Serai kata orang Melayu paling banyak yang menghidap masalah dadah ini.

Jadi adakah di sana itu ada sebab kenapa orang Melayu ini jadi macam itu? Adakah sifat orang Melayu ini suka mencuba benda-benda macam ini atau disebabkan complacency yang ada dalam masyarakat yang menyebabkan banyaknya gejala ini pada golongan orang Melayu dan tidak pada bangsa lain jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Tuan Yang di-Pertua terima kasih.

Yang Berhormat Bagan Serai, kita tahu menyeluruh Malaysia ini dadah susah dibendung dan susah dikawal. Apa yang penting kita usaha, kita hendak melihat anak bangsa kita, modal insan kita tidak terjejas dalam dadah ini. Apakah usaha yang boleh difikirkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai sebagai doktor? Usaha kita hendak menerangkan kepada pelajar- pelajar kita yang akan menjadi masa depan pemimpin-pemimpin negara kita di Malaysia.

final • 3:10 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh dan Yang Berhormat Sibuti. Saya pun melihat begitulah, eloklah kita tanya pada kementerian. Statistik menunjukkan orang Melayu, bukan makna orang Melayu dadah, orang Cina ambil pun dadah orang India pun ambil dadah.

Akan tetapi mungkin kita tidak dapat statistik yang- statistik yang diberikan ialah begitu. Ini kerana masalah-masalah pengambilan dadah ini disebabkan oleh banyak masalah atau faktor-faktor sosial, faktor kemiskinan, faktor macam-macam sampaikan faktor keimanan sendiri itu. Bagaimana seorang itu menyelesaikan masalah dia. Saya harap kempen-kempen gaya hidup, pendidikan melalui media sosial dan sebagainya diteruskan dan dipergiatkan lagi.

Saya ingin bertanyalah sejauh mana keberkesanan? Umpamanya sejauh mana aktiviti PEMADAM umpamanya selain daripada PEMADAM. Sejauh mana aktiviti PEMADAM ini telah menyelesaikan atau bagaimana untuk meningkatkan lagi supaya isu dadah ini dapat diselesaikan. So, isu tentang kalau ada yang terlepas itu kenapa mereka terlepas? Berapa statistik yang terlepas. Undang-undang ada tetapi keadaan makin teruk jadi kita bimbang tentang perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beralih kepada satu isu juga tentang masalah graduan-graduan perubatan sekarang ini, dianggarkan 5,000 setahun. Seramai 3,000 sedang menunggu sekarang ini. Dianggarkan dengan kelewatan pengambilan ini dan kita dapat lihat daripada jawapan Menteri baru-baru ini tentang perkara ini, tentang housemen yang tidak graduate daripada training, tentang mereka yang sedang menunggu dan menunggu in batches dijangka 2,000 orang akan menganggur lagi.

Kita bimbang ini, saya pun dengar daripada perbahasan awal tadi, tentang mereka ini. Ini anak-anak yang bijak. Mereka ini telah berkorban enam tahun, tujuh dan lapan tahun belajar untuk jadi seorang doktor. Excitement, kehebatan, keseronokan itu masa lulus cukup tinggi but it’s fading down. Ilmu pun fading down, semangat pun fading down dan ada di antara mereka daripada golongan B40 dan M40 yang mana kewangannya tidak stabil.

Mereka ini sudah tentulah pergi cari kerja lain. Bawalah Grabkah, buatlah kerja dekat KFC kah manakah, itu tidak apa, itu usaha, itu saya setuju. Akan tetapi saya ingat kementerian kena fikir lebih mendalam tentang perkara ini.

Sebab apa, ini satu bab. Pelajar-pelajar yang tidak dapat masuk, yang menunggu, ada laporan saya dapat graduates daripada University of Malaya waited for more than nine months. Sampai hari ini ada yang saya dengar tadi they can get into depression. Ada yang rasa very stressed, hidup very stressed, rasa sudah tidak seronok sangat, jadi ini kerajaan tolong fikirkan bagaimana. Bagaimana pula tentang doktor yang menjalani housemanship? Adakah kajian dilakukan sepenuhnya? Kenapa mereka tidak dapat melepasi? Adakah tentang ilmu, adakah tentang pengalaman, adakah tentang training ataupun graduation daripada universiti mana dan apa dilakukan kepada mereka yang go into depression. Ada saya sudah jumpa pelajar-pelajar yang takut hendak pergi kerja, yang tidak pergi kerja yang murung, yang depressed yang duduk dalam bilik. Siapa yang hendak tengok mereka ini? Keluarganya mungkin orang susah dan tidak tahu apa hendak buat. Jadi sejauh mana kementerian mengambil serius tentang perkara ini kerana kita kehilangan pelajar, seorang pelajar yang telah jadi doktor yang duit telah dibelanjakan selama enam tahun, hampir dekat sejuta dibelanjakan untuk menjadikan, mencipta satu pelajar untuk jadi doktor.

Jadi kita tidak boleh lepaskan, rugi kerajaan jadi rugi. Mungkin ini bakal specialist, bakal pakar bedah dan sebagainya. Jadi mintalah kerajaan fikirkan tentang perkara ini dengan lebih mendalam lagi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih bagi peluang kepada Bagan Serai untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan ini.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Parit Buntar. Selepas Yang Berhormat Parit Buntar, kalau tidak ada lagi, sebelah kanan saya Yang Penampang. Sila.

final • 3:10 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dalam masa 15 minit yang diperuntukkan untuk kita berbahas di Peringkat Dasar Supplementary Budget ataupun bekalan tambahan ini, saya mulakan dengan apa yang saya akan perkatakan ini iaitu I shall speak what is and I shall not speak what is not. Saya akan hanya berkata apa yang benar dari pandangan sudut saya dan saya tidak akan berkata selain daripada itu, berpandukan kepada fakta dan sebagainya.

Malah apabila saya mengamati Tuan Yang di-Pertua, masa depan yang sedang kita tempuhi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia di bawah semua Ahli-ahli Parlimen yang ada di sini, kita juga teringat akan pepatah Inggeris menyatakan, “If you tell the truth it becomes a part of your past, if you lie it becomes part of your future”, dengan izin. Kalau kita bercakap benar Tuan Yang di-Pertua, dia akan menjadi sebahagian daripada kehidupan kita tetapi kalau kita berterusan berbohong, maka dia akan jadi sebahagian daripada masa depan kita.

Tuan Yang di-Pertua as we move forward for a new deal, kita berusaha sekarang untuk maju ke hadapan. Tidak ada satu perkara besar yang paling terbaik yang kita lakukan khusus dalam membahaskan kepentingan negara melainkan dengan izin, is to tell the truth.

Qulilhaq walaukaana murron, “Berkatalah benar walaupun ia pahit”. Oleh sebab itu saya akan menegur pihak kerajaan yang hanya ada dua tiga orang Cabinet Minister, satu, dua, tiga, empat yang mungkin akan mencatat untuk diambil tindakan.

Selalunya bila bercakap tentang bekalan tambahan ataupun supplementary budget ini, dia menggambarkan satu keadaan yang sangat-sangat kritikal yang diperlukan, atau pun the dire needs untuk bajet itu. Saya pun dengar sebentar tadi beberapa rakan daripada sebelah sana juga seolah-olah bersetuju dan semua kita tahu ini amalannya Tuan Yang di- Pertua bahawa semua yang kita bincang lebih kurang RM8.2 bilion ini sudah pun dibelanjakan, bukan benda yang kita kata belum dibelanjakan. Itu it is a well-known fact tetapi atas tanggungjawab menegur Tuan Yang di-Pertua, atas tanggungjawab memberikan pandangan dan pendapat maka kita terpaksa menegur dari sudut cara bagaimana kita mengendalikan kewangan negara.

Proses legislatif yang kita bangga mengikut hala Westminster ini Tuan Yang di- Pertua, tidak ada di sana satu check and balance di dalam Dewan ini. Apa yang ada ialah belanja, bahas, tidak cukup duit pakai, bawa mai Parlimen belanja. Ia jangkaannya semua perlu bersetuju, tidak ada bangkangan, sebab kalau tidak setuju nanti kata duit hendak pakai.

Macam mana nanti kita hendak duit yang sudah dipakai ini?

final • 3:16 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

So saya rasa in the future reference, kita mesti memastikan bagi kita menghindari segala perkara-perkara pembaziran, perkara-perkara yang kita kata tidak produktif, perkara- perkara keberhutangan yang tinggi dapat dilakukan secara check-and-balance. Sebab itu saya antara lain dalam parliamentary reform ini yang saya kira Tuan Yang di-Pertua juga amat passionate terhadapnya ialah untuk memastikan ada satu jawatankuasa kewangan yang membincangkan tentang bajet dan perjalanannya. Bagaimana duit itu dibelanjakan?

Ada komiti, yang komiti itu bukan datang daripada jawatankuasa yang dibentuk oleh Kabinet sebab Kabinet, Jawatankuasa Kabinet, dia tidak akan menegur apa yang dibuat oleh Kabinet.

Akan tetapi dalam jawatankuasa yang dibuat di dalam Dewan ini, saya kira tidak ada isu-isu yang setelah dibelanjakan, setelah berlaku penyelewengan, kemudian minta untuk kita bahas di Dewan. Sudahlah itu ada setengah-setengah perkara yang embargo, tidak boleh bincang. Ada setengah-setengah perkara yang soalannya tidak boleh diajukan. Jadi ini mengekangkan lagi Tuan Yang di-Pertua, kaedah check-and-balance yang saya kira adalah satu perkara yang amat-amat diperlukan.

Tuan Yang di-Pertua, sejak daripada tahun 2010 hingga tahun 2018 setelah Yang Amat Berhormat Pekan menjadi Perdana Menteri, kita dapat membuat kiraan bajet yang diminta tambahan dan kadang-kali ada dua kali setahun telah menjangkau RM110 bilion. Ini adalah sesuatu yang indicator yang tidak baik kerana Supplementary Budget itu menggambarkan kegagalan pihak kerajaan untuk mengurus kewangan dan apabila habis duit atau sudah dipakai duit yang telah diperuntukkan, diminta lagi.

Saya menegur atas dasar Ahli Legislatif kepada rakan-rakan supaya kalau pemikiran ini berterusan, dengan izin, if this is the way we manage the public account, this is the way we manage the public finance, dengan izin saya minta maaf, this is not going forward.

Kalaulah ada kerajaan baru perintah pun Tuan Yang di-Pertua, kalau ada-lah, kalau dia ulang benda yang sama, it is still the same. Oleh sebab itu kerajaan yang baru mesti memikirkan cara berfikir yang baru dalam konteks mereformasikan cara bagaimana budget spending, cara bagaimana check-and-balance itu berlaku, cara ketelusan itu diinstitusikan, bukan ketulusan yang diretorikkan. Akan tetapi ketelusan yang diinstitusikan melalui Parlimen, melalui Kabinet yang lebih telus dan asasnya ialah kita tidak bercakap untuk menyembunyikan perkara-perkara dengan pelbagai alasan-alasan yang kita reka.

Tuan Yang di-Pertua, poin saya yang kedua. Saya melihat ramai daripada kalangan kita cuba untuk menyatakan bahawa kita tidak ada masalah atas apa juga alasan melalui fakta dan statistik. Ya, saya terima. Akan tetapi let us be fair, dengan izin, harus kita bersikap adil, harus kita bersikap lebih mikro, bukan sekadar makro ataupun mengambil satu-satu indicator, lalu kita kata selesai masalah. Saya mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, supaya bersikap jujur untuk kita melihat perkara yang menjadi perkiraan kepada bagaimanakah sesebuah negara itu dapat menjalani pemerintahannya dengan baik. Ada lapan perkara yang boleh dijadikan sebagai kayu pengukur.

Pertama ialah constraint government power ataupun apa yang dikatakan sebagai, bagaimanakah kuasa kerajaan itu menekan dalam sesebuah negara itu. Absence of corruption, itu kita ulang beberapa kali sudah. Absence of corruption, tidak ada korupsi, maka negara lebih baik. Ketiga ialah open government, sebuah kerajaan yang open.

Bukan kerajaan yang guna undang-undang untuk menutup sebahagian daripada kesalahan yang dilakukan. Hendak kita berbicara sekarang tentang bagaimana negara ini harus maju supaya rakyat lebih terbuka untuk mendapat maklumat yang kita cadangkan ialah Akta Kebebasan Maklumat, Freedom of Information Act, tiba-tiba kerajaan datang bercakap tentang Akta Antiberita Tidak Benar. Bagi saya, this is a totally different and contradict act all together. Ini kerana ia tidak menggambarkan kerajaan ini mahu move forward, tetapi dia menggambarkan kerajaan ini semakin ke belakang. Ini sebab apa yang ada di dalam akta hari ini pun dengan keadaan yang tidak telus, maka berbagai-bagai persoalan timbul.

So open government adalah penting untuk kita melihat apa-apa yang telah disebut oleh rakan saya daripada Permatang Pauh, yang lain menyebut tentang bagaimana OSA digunakan oleh Kabinet, this is not going forward. Ini tidak menuju ke hadapan. Jikalau tidak ada apa yang hendak dirahsiakan, apa yang perlu digunakan Akta Rahsia Rasmi, melainkan kalau Akta Rahsia Rasmi itu menyebabkan keselamatan negara terancam, kita tidak mahu berita ini keluar, ya itu kita boleh terima Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi tentang public fund, misleading public fund, misappropriating public fund, dengan izin, is cannot be under the categorization of OSA. Ini pandangan peribadi saya. I shall say what is, I shall not say what is not. Keempatnya ialah fundamental rights, hak asasi. Hak asasi ini adalah tanggungjawab kerajaan. Duit yang kita belanja itu, maka kita perlu bagi satu civil rights untuk menegur kerajaan. Barulah namanya kerajaan yang kita kata a civil state, kerajaan madani yang bagi ruang untuk berlaku check-and-balance. Keenamnya ialah regulatory enforcement; ketujuhnya, civil justice; dan kelapan, criminal justice.

Izinkan saya di dalam satu indicator berpandukan kepada lapan perkara ini Tuan Yang di-Pertua, World Justice Project yang melibatkan 113 negara berpandukan kepada perkara-perkara lapan ini, walaupun secara jujur Malaysia mencapai tahap lebih baik berbanding 2015, secara menyeluruh iaitu Malaysia naik dua tangga daripada 56 ke 53, alhamdulillah.

Akan tetapi saya juga harus jujur apabila saya melihat dari sudut kategori-kategori itu, maka izinkan saya berkongsi dengan rakan-rakan sebelah sana dan juga di sini, berpandukan kepada perkara yang melibatkan tentang open government yang saya sebut tadi, kerajaan yang terbuka, free flow of information, more accountability, tidak ada limitation kepada maklumat dan sebagainya, Malaysia mendapat tempat dari 113 kerajaan yang ada dibuat kajian, maka Malaysia berada pada tahap 97, out of 113. This is not good. Ini adalah sesuatu yang menyedihkan.

Pada saat kita moving toward transformation yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Pekan bergegar-gegar Dewan disebut tentang Government Transformational Plan dan sebagainya, tetapi *we still rank number 97.

On the issue of* satu lagi yang kita berada pada keadaan yang menyedihkan iaitu fundamental rights kita berada pada tahap 87 kepada 113 negara. Fundamental rights ini juga adalah perkara yang mengekang daripada rakyat untuk mendapat tahu apa yang dilakukan oleh kerajaan, termasuklah berbagai-bagai akta yang telah digunakan bukan untuk memberi maklumat tetapi untuk menyekat maklumat.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin juga bertanya kepada kerajaan tentang apa yang dinamakan sebagai hutang di luar bajet, contingency liabilities yang sedang meningkat dan saya ada fakta, cuma masa saya tidak ada. Apa yang saya hendak bagi tahu ialah Tuan Yang di-Pertua, walaupun tahap keberhutangan kita berpandukan kepada bajet yang kita tengok dalam setiap kali kita bentang bajet itu menandakan kita baru 50 peratus, which means tidak sampai 55 peratus yang diizinkan, tetapi jika dicampur dengan contingent liabilities iaitu hutang yang tidak ada dalam bajet, hutang yang tidak disebut dalam lejar kita, maka apa yang kita dapati hutang itu telah mencapai lebih daripada apa yang diizinkan iaitu sudah mencapai 69 peratus.

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Apabila kita minta lagi duit, ini bermakna kita akan lebih banyak lagi berhutang dan Malaysia membayar service debt ataupun hutang bunga, bayar bunga tinggi iaitu 12.9 peratus walaupun kita punya tahap keberhutangan tidak sampai 55 peratus. Akan tetapi yang kita bayar hutang akan menandakan tentang rating kita bahawa apabila kita membayar servis yang tinggi dengan pendapatan kita yang tidak seberapa walaupun kita dapat rating ‘A’– single ‘A’ bukan A++, ia tetap menandakan bahawa negara ini tidak menunjukkan satu peningkatan dalam menyelesaikan masalah keberhutangan.

Saya tidak ada ruang masa untuk berkongsi apakah isu-isu yang melibatkan hutang- hutang yang begitu besar yang ditanggung oleh kerajaan termasuklah Syarikat Pembinaan PFI yang berhutang, yang ketiga terbesar setelah Petronas dan juga setelah Khazanah Nasional, sedangkan kedua entiti sebelumnya itu berbeza kerana mereka boleh generate income tetapi Pembinaan PFI hanya mengambil hutang untuk membayar hutang yang mana ini adalah satu trend yang kita amat-amat bimbang. Tuan Yang di-Pertua, sekian. Terima kasih, dan saya harap pandangan ini diambil kira oleh kementerian.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Penampang.

final • 3:30 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya bermula dengan satu pertanyaan kepada kerajaan. Pembekalan ini sudah di belanja dan kita hanya minta kelulusan daripada Parlimen sekarang. Bolehkah dicadang kepada kerajaan bahawa setiap kali mereka ingin menggunakan anggaran tambahan yang tinggi begini sepatutnya ada Mesyuarat Parlimen untuk meluluskan sebelum dibelanjakan. Itu adalah satu cadangan.

Terima kasih lagi Tuan Yang di-Pertua saya akan bermula dengan SPR. Belanja yang saya nampak dalam tambahan ini dan mungkin sudah pun dibelanjakan adalah RM82 juta, tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Saya nampak minggu lepas dan di bawah meja kami sekarang adalah “Kajian Persempadanan Kerusi-Kerusi di Tanah Melayu.” Kita tahu bahawa Sabah sudah meminda Perlembagaan Sabah berkenaan dengan Kerusi DUN Sabah, Dewan Undangan Negeri Sabah daripada 60 Kerusi kepada 73, Tuan Yang di-Pertua. Sebanyak 13 Kerusi tambahan yang telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri pada 9 Ogos 2016 dan juga diwartakan dalam tempoh yang cepat, Tuan Yang di- Pertua, extremely fast which is only about lapan hari iaitu seven to eight days di mana Kerusi tambahan ini telah diwartakan gazette dan dikeluarkan, then we can buy this at the printing departments di Sabah pada 17 Ogos 2016.

So, in fact Kerusi Sabah sudah pun meningkat ke 73 dan bukan lagi 60. Adakah perbelanjaan kajian ini telah dipakai dalam tambahan ini di mana pada soalan saya kepada Perdana Menteri waktu penggulungan Bajet 2018 tahun lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menjawab bahawa kajian persempadanan Sabah yang mengikuti tambahan Kerusi 13 di Sabah itu telah diselesaikan dan telah diserahkan kepada Yang Amat Berhormat Pekan sebagai Perdana Menteri pada 21 Februari 2017.

Today is 26th March 2018 and yet we do not see persempadanan kerusi Sabah yang sudah pun dinaikkan dengan 13 Kerusi. This is a question I would like to ask the government. You spent so much money RM82 million sebagai tambahan and yet kerusi penambahan Sabah melalui Pembentangan Persempadanan Kerusi-Kerusi di Sabah ini tidak pun dibawa ke Parlimen seperti mana mereka membawa persempadanan Tanah Melayu.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai peguam dan Tuan Yang di-Pertua pun sebagai peguam, I think you understand that the State Government of Sabah cannot dissolve 60 out of 73 state Seats and if they do Tuan Yang di-Pertua, I believe it will be unconstitutional. So, I ask the government, are they prepared to face an unconstitutional election di peringkat Sabah. This is a very-very serious question of law and I believe the Attorney General should also help us through the Prime Minister’s Department to answer this and to make it clear kepada semua orang Sabah. Kenapakah mereka tidak membawa Kertas Kerja Kerusi Persempadanan Sabah itu when in fact it was completed on the 21st February 2018. Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama juga Suruhanjaya Pilihan Raya ini sudah mungkin bersedia menghadapi pilihan raya. Adakah SPR akan menghalang penggunaan telefon bimbit semasa memasuki dewan pengundian ataupun polling centre.

Kita sudah mendapat bahawa pada pilihan raya yang lepas ramai orang telah mengambil gambar kertas undi yang mereka telah garis. Adakah tidak menghalang ini akan membawa suatu keadilan kepada semua calon ataupun jika mereka tidak juga menghalang ini juga akan membawa kemungkinan vote buying, that is possible during the general election?

final • 3:31 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Penampang, boleh singgah sedikit?

final • 3:31 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yes, please. Thank you.

final • 3:31 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Penampang saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Penampang, tadi Yang Berhormat Penampang membangkitkan isu constitutionality of Sabah itu ya. Saya juga mendapat satu- ada orang bekalkan kepada sayalah satu maklumat tentang pengundian pos.

Saya bacakan di sini, pada tarikh 13 Disember 2017, Setiausaha Pilihan Raya iaitu SPR dia ada mengeluarkan satu pindaan di bawah Peraturan-peraturan Pilihan Raya Pengundian Pos 2003.

Saya bacakan izinkan, “Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Perenggan 3(1)(e) Peraturan-peraturan Pilihan Raya Pengundian Pos 2003, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan dan menyatakan yang ruang 1 Jadual yang merupakan anggota bagi orang- orang yang diperihalkan dalam ruang 2.” Maknanya ada kategori baru pengundi pos ini ialah anggota Pertahanan Awam Malaysia, anggota Jabatan Imigresen Malaysia, anggota Agensi Pengurusan Bencana Negara dan anggota Jabatan Pertahanan Negara empat kategori.

Saya musykilkan saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Penampang, mungkin jika Yang Berhormat Penampang tidak boleh jawab boleh forward kepada Yang Berhormat Menteri, dia kata mereka menjalankan kuasa ini di bawah *paragraph 3(1)(e) of the Election

(Postal Voting) Regulation 2003*. Saya sudah baca sudah regulation paragraph 3(1)(e) ini tidak ada langsung pun memberikan kuasa SPR untuk menambah. Para 3(1)(e) ini berkaitan dengan anggota-anggota SPR ini.

Jadi saya hendak tanya berdasarkan ini saya rasa it is ultra vires. Jadi, adakah Yang Berhormat Penampang setuju dengan saya untuk pilihan raya kali ini mereka akan buat apa sahaja ultra vires kah, unconstitutional kah mereka tidak kisah sudah sebab mereka rasa mereka sudah desperate untuk menang juga. Apa pendapat Yang Berhormat Penampang?

final • 3:31 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Saya setuju dan saya juga ingin tanya kalau adanya kuasa mereka untuk melantik pengundi-pengundi pos ini. Dalam bahasa Sabah banyak kerja- buyuk, ataupun penipuan ini [Ketawa]

final • 3:31 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Penampang boleh?

final • 3:31 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Sila.

final • 3:31 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya tertarik dengan pandangan Yang Berhormat Penampang tadi tentang isu kamera. Saya setuju bahawa kalau pengundi itu tidak boleh bawa kamera masuk sebab kemungkinan ini membenarkan pembelian vote, undi. Akan tetapi untuk petugas kita sebagai PACA, polling and counting agents, kita mesti tekankan bahawa telefon itu mesti boleh dibenarkan supaya kalau ada apa-apa gaduh dengan KTM, ketua tempat mengundi dia boleh telefon untuk minta lawyer selesaikan dan juga penting untuk kita ambil gambar sebagai proof tentang Borang 14 itu. Terima kasih.

final • 3:31 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Saya setuju dengan kawan saya Yang Berhormat Kelana Jaya dan juga Yang Berhormat Sepang. Saya juga ingin bertanya yang sama dalam perbahasan ini kepada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin move on kepada isu di mana Kementerian Dalam Negeri telah mendapat perbelanjaan tambahan sebanyak RM804 juta. Satu anggaran tambahan yang agak besar dan agak juga mengejutkan apabila kita kembali kepada Sabah dan nampak di Sabah bahawa siasatan Royal Commission of Inquiry berkenaan dengan pendatang tanpa izin yang telah dapat IC Sabah ataupun IC warganegara Malaysia tidak pun ada result yang kita boleh panggil dalam bahasa Inggeris, satisfactory.

Kita dengar banyak committee atau jawatankuasa yang telah diwujudkan selepas RCIA telah ditamatkan ataupun selepas RCIA tamat siasatan mereka pada Disember 2014.

Satu jawatankuasa yang baru juga telah disebut dan telah diuar-uarkan oleh Yang Berhormat Bagan Datuk di mana beliau dengan Ketua Menteri Sabah adalah co-chairman ataupun pengerusi bersama dalam jawatankuasa yang ingin ataupun yang menyiasat berkenaan dengan sindiket IC dan juga orang-orang pendatang yang dapat IC Sabah ini ataupun IC Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2006, committee yang sama pun telah diwujudkan oleh Perdana Menteri sekarang Yang Berhormat Pekan. Beliau adalah chairman. Committee yang sama pada tahun 2006, 26 Mei 2006 dalam Jemaah Menteri pun tidak dapat menyelesaikan dan tiadanya keputusan siasatan mereka itu.

Saya kembali lagi Tuan Yang di-Pertua kepada tahun 1992. Committee yang sama pun ada wujud tetapi masih tiada juga. Ertinya ini macam hanya gula-gula kepada orang Sabah. Macam orang Sabah diberikan kepercayaan bahawa hal ini akan diselesaikan selepas RCI yang telah tamat Disember 2014 yang lalu.

Maka, committee yang sepatutnya menyelesaikan hal-hal berkenaan dengan pendatang tanpa izin, IC projek dan sekiannya telah dimulakan pada tahun 1992 dan dibuat balik pada tahun 2006 dan juga baru-baru ini pada tahun 2017. So, kerajaan mesti jawab kepada orang Sabah, are you serious or not in solving the pendatang tanpa izin dan juga orang-orang yang telah jadi warga Sabah, warga Malaysia melalui Projek IC Sabah yang telah pun dibongkarkan melalui RCI...

[Tepuk] Pilihan raya yang akan datang ini Tuan Yang di-Pertua di mana banyak video di dalam Youtube dan juga dalam kompelin-kompelin yang dibuat, aduan-aduan yang dibuat oleh orang Sabah di mana pendatang tanpa izin yang telah jadi warganegara telah juga mendaftar sebagai pengundi dalam Daftar Pemilih di peringkat Sabah. Is this going to be another problem besides the 13 Seats that is unconstitutional jika tidak dibawa ke Parlimen berkenaan dengan persempadanan *plus this illegal immigrants who are still voting in Sabah.

The elections are near. Saya dengar tadi dua tiga minggu lagi ataupun satu bulan dari sekarang. But the Daftar Pemilih ada masalah. I think* di Jabatan Pendaftaran Negara melalui Kementerian Dalam Negeri must resolve this once and for all. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Menumbok loophole di mana Penampang telah membawa isu ini sejak tahun 2013. Pusat ataupun Unit Imigresen di Labuan yang ditubuhkan pada 1 Jun 2017 lalu efektifnya tiada. Oleh sebab apabila orang memasuki Labuan, mereka masih memasuki orang Malaysia dan juga pendatang atau orang asing ataupun foreign traveller masih memasuki Wilayah Persekutuan kalau Imigresen check box ini adalah di Labuan, airport.

Apa yang kita telah bangkitkan selamanya adalah menubuhkan imigresen check di Menumbok dan Jesselton Point di mana kuasa Imigresen Sabah akan selaras dengan kuasa Imigresen di Airport Sabah. Apabila orang daripada Tanah Melayu ataupun Semenanjung memasuki Sabah, mereka diberikan 90 hari visa. Warga asing yang memasuki Sabah pun diberikan 90 hari visa.

Akan tetapi jika mereka melalui Labuan dan memasuki Menumbok dan Jesselton Point, there is no visa. Hanya IC beli ferry ticket, itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. So, we are not in tandem dengan praktis kita dalam airport. I think if this is Sabahan, no problem, you just show that IC, move in. Akan tetapi when it is a West Malaysian and a foreigner, kita sepatutnya mematuhi undang-undang yang kita telah persetujui pada penubuhan Persekutuan Malaysia tahun 1963.

Tuan Yang di-Pertua, I would like to end my perbahasan dengan soalan kepada kerajaan berkenaan dengan perkhidmatan awam Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Dalam penubuhan Persekutuan Malaysia, satunya condition di Sabah adalah kita setuju untuk penubuhan Malaysia provided that Borneonisasi dalam perkhidmatan awam Persekutuan akan dilaksanakan.

How far has the government gone to put in all the top Sabahan civil servants as leaders and managers of the civil service of the state federal civil service. At the same time Tuan Yang di-Pertua, bagaimanakah dengan orang-orang Sabah yang telah dihantar ke Kuala Lumpur ataupun Johor, Kelantan who wants to go back and serve in Sabah in the Federal Government? Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, kotohuadan. Terima kasih and thank you.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 3:40 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya kita baru sahaja masuk bulan Mac. Bulan Mac belum lagi habis. Hari ini kita bincangkan berkenaan dengan bajet tambahan yang melibatkan lebih daripada RM8 bilion, RM7.1 bilion lebih untuk mengurus dan lebih daripada RM1 bilion pula ialah untuk pembangunan.

Jadi saya yakin bahawasanya dalam penyediaan bajet ini kerajaan memang begitu sukar terutama di dalam kita berada dalam suasana yang begitu mencabar dan ketidaktentuan. Lebih menyukarkan lagi apabila wujudnya tangan-tangan pemimpin politik dalam urusan kelulusan projek sehinggakan agihan peruntukan di peringkat kementerian dan jabatan. Kadang-kadang demi memenuhi kehendak politik, peribadi yang sempit hingga menyusahkan kepada rakyat.

Walaupun kita yakin bajet yang dibuat dahulu dirangka oleh pegawai-pegawai yang berada di belakang sana yang terdiri dari kalangan mereka yang cerdik pandai daripada latar belakang finance, latar belakang akaun, latar belakang daripada ekonomi, pengurusan dan mempunyai kelulusan charted dan sebagainya. Akan tetapi kegagalannya sebagaimana yang saya sebutkan tadi ialah kerana apabila mungkin ada wujudnya campur tangan pemimpin-pemimpin politik sehinggakan terpaksa kita pada hari ini untuk membincangkan tentang bajet tambahan.

Perlu diingatkan bahawa matlamat utama perbelanjaan kerajaan ini ialah untuk kita memberikan nilai tambah dengan izin, ialah value added dan impak berganda dalam menjana pertumbuhan ekonomi di negara ini.

Ini bagi memastikan ekonomi di negara kita ini diagih dan dikembangkan di seluruh masyarakat daripada atas sehingga ke bawah supaya ia tidak berlakulah sebagaimana yang Allah SWT menyebut...

[Membaca ayat Al-Quran] Tidaklah harta itu berpusing dari kalangan orang-orang kaya dari kalangan mereka sahaja.

final • 3:46 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Tuan Yang di-Pertua, formula nilai tambah- ini dapat dihasilkan. Saya gariskan melalui empat kaedah. Pertamanya ialah menambahkan nilai ini melalui kaedah tambah.

Antaranya dengan kita meningkatkan mutu modal insan dengan peningkatan kualiti pendidikan dan kesihatan rakyat. Ini satu jalan untuk kita hendak menjadikan satu formula nilai tambah kepada negara kita melalui bajet yang kita telah luluskan selama ini. Supaya kita dapat meningkatkan kualiti insan, kualiti modal insan terutamanya dari segi kualiti pendidikan dan juga kesihatan.

Ini salah satu daripada perkara yang boleh untuk memberikan keuntungan kepada negara kita. Sebagaimana yang kita maklum terutamanya dalam soal kesihatan, kita masih lagi kekurangan terutamanya dari segi katil-katil yang terdapat di hospital-hospital pada hari ini untuk menampung keperluan rakyat. Setengahnya hospital itu dibina, dilengkapkan waktu penduduknya tidak berapa ramai mungkin dalam 10 tahun dahulu, 15 tahun dahulu sedangkan keperluan pada hari ini amat memerlukan.

Kadang-kadangnya pula tidak mencukupi peralatan. Ini berlaku di depan mata saya sendiri di Hospital Taiping di Wad 17. Di mana nurse ataupun misi yang bertugas di wad tersebut terpaksa menggunakan secara manual untuk memberikan bantuan pernafasan kepada pesakit yang berada di dalam Wad 17 di Hospital Taiping. Saya tanya kepada nurse yang bertugas kerana dia beritahu kita tidak mempunyai peralatan yang cukup. Ini bagaimana kita hendak bercakap soal negara maju ataupun masyarakat kita yang lebih hebat, kalau seandainya soal berkenaan dengan kelengkapan, kesihatan ini. Ini saya bercakap tentang Hospital Taiping, hospital pakar. Saya belum cakap tentang hospital rakan-rakan kita sebut di sebelah Sabah dan Sarawak ataupun di kawasan-kawasan pedalaman di Semenanjung sekali. Itu satu.

Kedua ialah untuk menambahkan nilai dengan melalui kaedah tolak. Tolak ertinya ialah kita menghentikan sebarang bentuk pembaziran dan ketirisan. Saya mengharapkan juga kepada pihak kerajaan supaya terima pakai tentang anggaran-anggaran perbelanjaan.

Contohnya projek-projek yang dianggarkan oleh jurutera daerah (JD), misal katakan dalam projek-projek melibatkan JKR ataupun jurutera dalam bidang perparitan JPS dan sebagainya.

Gunakan kepakaran yang ada kepada mereka contohnya yang mereka menganggarkan jambatan itu hanyalah untuk jambatan hendak dibuat itu mungkin anggaran dalam RM10 juta.

Itu anggaran mereka, tiba-tiba apa yang berlaku ialah kenaikan kos sampai RM20 juta, kadang-kadang RM25 juta.

Kita gunalah. Sepatutnya profesion ataupun kepakaran yang ada kepada pegawai- pegawai kita yang berkhidmat di sini kalau kita tidak percaya dengan mereka, kepada siapa lagi yang akan kita hendak percaya. Supaya ianya dapat kita sebut tadi ialah untuk menambahkan nilai tadi melalui kaedah tolak dengan kita menolak menghentikan sebarang bentuk pembaziran, ketirisan dan juga salah guna kuasa, rasuah dalam perbelanjaan kerajaan. Sebagaimana yang dilaporkan oleh AG, sebagaimana juga dilaporkan oleh Ketua Audit Negara dan juga dilaporkan oleh SPRM. Itu laporan yang sepatutnya memberikan keinsafan kepada pihak kerajaan untuk membetulkan.

Ini kerana di pihak laporan daripada Ketua Audit Negara, mereka ini bukan orang politik, mereka ini orang yang terlibat, memang seorang profesional di bidang masing-masing, yang ada background ekonomi, background audit dan sebagainya. Mereka memberikan pandangan-pandangan yang telus. Sepatutnya perkara itu kalaupun kita tidak boleh untuk hendak dihapuskan secara totally 100 peratus, kurang-kurangnya ada improvement hasil daripada kritikan yang diberikan oleh mereka. Begitu juga dengan apa yang disebut oleh SPRM dan sebagainya.

Ketiga ialah untuk menambahkan nilai ini menggunakan kaedah ganda. Ganda ertinya ialah melipat gandakan usaha penyelidikan dan pembangunan serta budaya inovasi dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan.

Untuk menjadikan Malaysia boleh bersaing di tahap yang lebih tinggi dan juga di peringkat global. Tuan Yang di-Pertua, rakyat Malaysia ini bukan tidak cerdik, cerdik. Kita terdiri dari kalangan masyarakat yang berbilang bangsa, kaum dan sebagainya, mempunyai latar belakang yang cukup hebat dari segi kreativitinya dan juga punya inovasinya. Kadang- kadang kita tengok pertandingan di peringkat sekolah menengah sudah pun boleh berada di peringkat antarabangsa.

Daripada sekolah menengah, sudah adanya dari segi pertandingan inovasi. Mereka sudah pun ada. Begitu juga penyelidikan-penyelidikan yang dibiayai oleh IRPA, yang dibiayai oleh pihak-pihak swasta. Untuk kakitangan akademik kita universiti yang banyak melahirkan penemuan-penemuan yang cukup baik. Persoalan kita ialah sepatutnya hasil daripada produk ini mesti dikomersialkan, mesti dijualkan di peringkat antarabangsa lain kerana ia adalah merupakan hasil daripada pattern yang lahir daripada kebijaksanaan rakyat kita.

Secara tidak langsung ianya akan menjadikan satu nilai tambah ganda kepada negara kita.

Keempat ialah melalui kaedah kita hendak menambahkan nilai melalui kaedah bahagi yakni bagi memastikan kekayaan negara kita ini tidaklah dimonopoli oleh golongan atasan ataupun disebut sebagai T20. Akan tetapi turut diagihkan kepada golongan pertengahan M40 dan juga golongan bawahan B40. Serta mesti berlakunya keseimbangan di antara kawasan bandar dan juga di luar bandar.

Saya juga memang amat simpati terutamanya kepada rakan-rakan atau masyarakat yang berada di Sabah dan Sarawak dan sebagainya. Ini kerana kita tahu di sana khazanah buminya banyak, khazanah alamnya banyak tetapi mereka masih lagi ketinggalan di sana.

Oleh sebab itu kalau kaedah pengagihan dalam Islam ini kita mesti berikan keutamaan kepada rakyat yang berada di sana, negeri yang berada di sana untuk meningkatkan tahap hidup mereka dengan lebih baik.

Dalam kaedah kita, kita tengok kalau kita hendak berikan zakat sekalipun kita mesti pastikan orang yang berada dekat dengan kita dahulu. Antaranya ialah... [Bercakap dalam bahasa Arab] Orang yang paling dekat dengan kita iaitu seperti mana kakak kita atau abang kita, saudara mara kita yang susah yang kita utamakan jiran tetangga kita, orang kampung kita. Begitu juga dengan pengagihan kekayaan negeri ini juga supaya dapat berlakunya keseimbangan antara bandar dengan luar bandar dan juga antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

final • 3:50 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta laluan Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang.

Saya tertarik dengan apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat tentang hak ataupun yang seharusnya ditunaikan terutama di negeri-negeri yang masih lagi jauh dari sudut perbezaan pembangunan terutama di Pantai Timur dan Pantai Barat.

Kita lihat di antara isu besar di sini juga ialah hak negeri ialah hak royalti minyak.

Kita lihat banyak negeri-negeri yang menjadi pengeluar minyak tetapi negeri ini dinafikan hak royalti. Sepatutnya rakyat ini diberi hak sebagaimana yang telah termaktub dalam akta yang telah ditandatangani dan yang telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini.

Jadi saya ingin pandangan Yang Berhormat, apakah seharusnya tindakan yang sepatutnya sebagai sebuah Kerajaan Persekutuan yang sepatutnya diberi kepada negeri sama ada di Sabah, Sarawak ataupun di Kelantan, Terengganu. Supaya negeri-negeri yang sepatutnya mendapat hak mereka ini diberi dengan bayaran yang sepatutnya. Tidak boleh sepatutnya yang dapat royalti semua dapat royalti jangan setengah negeri dapat wang ihsan, setengah negeri dapat royalti dan bayaran yang diterima tidak sampai tahap sepatutnya. Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 3:50 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau Panjang. Ini lagi satu persoalan yang kita dapat lihat.

Sepatutnya berkenaan dengan royalti minyak ini, benda yang memang ditulis secara jelas lima peratus itu akan diberikan kepada negeri yang mana terdapatnya hasil bumi, antaranya ialah minyak. Orang yang menulis perjanjian itu pun masih hidup lagi iaitu Tun Salleh Abbas. Beliau masih hidup lagi. Beliau menuliskan perjanjian tersebut dengan jelas.

Malangnya, perkara itu tidak berlaku.

final • 3:50 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Satu lagi saya juga hendak menyentuh dari segi sudut yang membabitkan soal pembaziran sebenarnya. Apabila bermula daripada tahun 1990, apabila Kelantan diperintah oleh PAS, maka bermula di situ kita lihat wujudnya Jabatan Pembangunan Persekutuan

(JPP). Sekurang-kurangnya setiap tahun berpuluh juta untuk pembiayaan kepada gaji, elaun dan sewa bangunan padahal tidak perlu lagi adanya agensi-agensi seperti begini.

Bayangkan kalau dalam setahun kita tengok JPP ini telah membelanjakan wang sebanyak RM50 juta setahun, kita katakan, boleh dirikan ada tiga atau empat sekolah menengah ataupun klinik kesihatan kecil di setiap daerah yang ada di negara ini.

Akan tetapi malangnya, wang ini dibelanjakan pada tempat yang tidak sepatutnya.

Patutnya apabila kita menang secara demokrasi, kita hormatlah dengan negeri-negeri yang telah pun rakyat memilih mereka melalui demokrasi dan bukannya melalui autokrasi, bukannya kita melalui revolusi tetapi melalui demokrasi memerlukan kepada penghormatan daripada Kerajaan Persekutuan sepatutnya untuk kita meletakkan tahap yang betul.

Akhir sekali ialah saya mengingatkan tentang bagaimana nota kajian yang dikeluarkan oleh Firma RHB Research Institute bertarikh 20 Mac 2018. Permohonan bajet tambahan berjumlah RM7.12 bilion ini adalah antara tertinggi sejak daripada tahun 2014 dan menganggapkan ia adalah tindakan yang biasa dibuat oleh pihak kerajaan. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Batu.

final • 4:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum saya mula dengan ucapan saya, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Polis kepada semua anggota polis yang telah bertugas dan juga semoga gaji dan kebajikan polis sentiasa dijaga. Kita sedar bahawa mereka telah melakukan banyak pengorbanan dalam perkhidmatan untuk negara.

Saya juga bersyukur dalam bajet ini...

final • 4:02 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Jangan gigit polis ini.

final • 4:02 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

...Ia melibatkan beberapa perkara termasuk PDRM, penjara dan imigresen. Saya harap apa yang kita luluskan ini boleh digunakan dalam konteks yang baik supaya kebajikan anggota-anggota beruniform ini dapat dipertingkatkan.

Saya hendak sentuh isu penjara sebab penjara disebut di sini. Saya sedia maklum dengan pengalaman diri sendiri bahawa kebanyakan penjara di Malaysia ini sudah melampau dari segi kapasiti muatannya. Ambil contoh Kajang yang secara strukturnya boleh akomodasikan 2,500 orang tahanan tetapi sekarang sudah sampai 5,000 orang dan kakitangan untuk berkhidmat dalam penjara juga cukup kurang. Saya sendiri dalam pengalaman saya, saya berjumpa dengan psychologist yang berkhidmat di Penjara Kajang yang mengatakan keseluruhan 5,000 orang ini, mereka diserve oleh dua orang psychologist. Ini memang tidak cukup. Lama-lama psychologist kita sendiri pun sudah jadi psiko kalau trend ini berterusan.

Dalam masa yang sama, saya ingin tegaskan bahawa kita harus mempertimbangkan peruntukan ini dari perspektif orang yang menjalankan tugas baik angkatan tentera, polis atau pegawai imigresen mahupun penjara. Dengan ini saya mengalu- alukan apa yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri yang menyatakan bahawa sebagai seorang pekerja yang mahir, sepatutnya gajinya sampai RM3,500.

Saya rasa tidak ada pekerja atau pegawai yang akan tolak tawaran setinggi begitu.

Cuma, saya ingin mendapatkan penjelasan, bagaimana ini dapat dicapai sebagai sasaran kerajaan untuk meningkatkan gaji, pertama sekali, untuk pegawai kerajaan dan kemudian untuk pekerja-pekerja swasta?

Dengan ini saya juga ingin beralih kepada isu SPRM. Saya juga lihat SPRM terkandung dalam peruntukan tambahan ini dan saya ucapkan tahniah kepada pegawai SPRM yang bertungkus-lumus untuk menghapuskan rasuah untuk menjaga integriti negara.

Walau bagaimanapun, saya tetap ingin menyatakan kekesalan saya dan juga ramai kawan- kawan di sebelah sini.

Dalam konteks kita mengatakan kita hendak memerangi berita palsu, saya rasa transparensi atau ketelusan kes-kes ini ditangani sehingga hari ini, rakyat tidak tahu. Ambil contoh baru-baru ini, Tempo sudah membuat laporan sepenuhnya tentang satu bot yang dimiliki oleh Jho Low tetapi sehingga hari ini kita tidak dapat penjelasan dari pihak SPRM sama ada perkara ini betul atau tidak ia berkait dengan kes 1MDB atau tidak. Kita tidak mahu laporan sepenuhnya dalam kes siasatan ini.

Kita memahami bahawa ada prosedur tertentu yang harus diambil oleh pegawai tetapi sekurang-kurangnya untuk mengurangkan rakyat merasa sangsi dan khuatir bila menyebarkan maklumat, kita perlu kebenaran. If you don’t want the spread of fake news, dengan izin, you must come out with the truth. Kalau kita tidak ada kebenaran dan kita hendak halang rakyat untuk menyebar sesuatu yang dianggap sebagai kurang tepat, bagaimana kita boleh menanganinya? Tidak boleh hanya dengan penalti atau hukuman yang berat sahaja.

Perkara ini bagi saya sangat simple sahaja iaitu di antara penguat kuasa dengan pencuri atau seseorang penjenayah. Di negara lain, di Singapura, kita lihat juga di Switzerland, dia antara penyiasat dengan orang yang dianggap sebagai culprit itu sahaja.

Tidak perlu komentar dari presiden, dari Menteri Kewangan dan mana-mana orang yang dianggap sebagai pegawai atau pejabat politik. Kenapa kita tidak boleh melaksanakan atau menunaikan benda yang begitu simple sahaja?

Itulah sebab saya rasa saya perlu penjelasan tanpa kita bertentangan atau berkontradiksi dengan perintah Speaker. Cuma, kita perlu tahu modus operandi SPRM di mana ada kes-kes tertentu seperti di Pulau Pinang, di Selangor, sebelum ada apa-apa pun, kita sudah sebar, sudah buat statement tetapi sebaliknya bila seluruh negara, seluruh dunia laporkan, kita tidak ada statement daripada SPRM atau pihak-pihak berkuasa untuk menjelaskan apa status sebenarnya kes-kes yang berlaku ini.

final • 4:02 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya seterusnya juga ingin sebut tentang dalam isu bahagian luar negeri. Saya berulang kali, ini Parlimen yang terakhir, saya ingin sebut sekali lagi. Penglibatan kita dalam isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia di luar negara. Kita telah dengar nada-nada yang tegas daripada Perdana Menteri tentang isu humanitarian di Rohingya dan Yemen, Syria dan lain-lain lagi. Saya ingin dapatkan penjelasan daripada Kementerian Luar Negeri, di mana ketegasan kita selepas kita keluarkan statement begitu? Apakah tindakan susulan yang secara efektif boleh membantu menyelesaikan isu pelarian atau refugees Rohingya di negara jiran kita Myanmar ini.

Pada masa yang sama, saya juga sangat passionate dalam isu Yemen dan kerana gambaran yang diberi ialah keadaan semakin teruk walaupun kita dapat penjelasan daripada kerajaan bahawa tentera kita tidak terlibat dalam combative duty di Yemen tetapi jelas kita hadir di sana. Kalau kita ambil satu pendekatan yang konsisten sekurang-kurangnya kerajaan kita harus menyertai suara-suara negara lain dalam mengutuk tindakan-tindakan yang melampau dan yang menindas hak asasi manusia di negara yang tertindas namanya Yemen ini.

Seterusnya dengan sedikit masa yang ada saya ingin sentuh, isu SPR. Saya sedar bahawa semua pegawai kerajaan termasuk daripada SPR mereka ingin memegang kepada etika profesionalisme mereka.

Akan tetapi malangnya dalam proses persempadanan semula yang kita akan bakal dibahaskan dan juga diluluskan dalam Dewan ini, saya tidak boleh dikecualikan untuk menyatakan kekecewaan saya terhadap SPR, di mana prosedur ini tidak disempurnakan secara lengkap. Banyak bantahan yang telah dikemukakan tetapi hearing tidak dilaksanakan.

Kemudian saya tidak faham kalau kita sudah tetapkan SOP tertentu, kenapa bila sampai ke Parlimen ia tidak ada kaitan dengan penglibatan orang awam dalam kritikan yang dikemukakan kepada cadangan yang telah dibawa oleh SPR. Saya ingin tahu di mana silapnya atau di mana prosesnya intervensi politik dibenarkan sehingga kita melihat satu rancangan persempadanan semula yang cukup tidak adil dan menyeleweng. Saya menyebut perkara ini bukan kerana saya mengambil pendapat bahawa dengan persempadanan baru ini, pembangkang atau Pakatan Harapan akan kalah. Itu bukan isu kekalahan mana-mana parti.

Akan tetapi kalau kita lihat apa yang berlaku ialah kita akan menghadapi satu polarisasi yang cukup teruk dan ini tidak baik untuk keharmonian masyarakat. Bila Wakil- wakil Rakyat dipilih dengan atas sokongan daripada satu kaum sahaja dan ini memudaratkan keharmonian dan masyarakat Malaysia ini. Saya ingin sebut perkara ini kerana bila kita ingin mengatasi berita palsu, kita tidak boleh mengelakkan bahawa berita benar ini harus disebarkan. Saya juga rasa tidak adil bahawa kita sudah lima tahun di sini semasa pada penggal yang akhir kita dalam hari-hari terakhir, kita diberi untuk membahaskan perkara yang cukup penting dan diputus begitu sahaja. Ini termasuk dalam peruntukan perbelanjaan pengurusan tambahan ini.

Kita lihat setiap kali kita ada persidangan, tidak ada sekali pun kita tidak dibentangkan oleh kerajaan satu perbelanjaan tambahan. Ini bermaksud, masalah disiplin untuk merancang satu budget, di mana kita ada budget kemudian kita usulkan supaya budget ini dipinda. Kalau begitu kita tidak perlu ada budget. Kita terus dengan satu perbelanjaan yang day to day, session to session, tidak perlu kita buat rancangan dalam jangka panjang.

Jadi, saya ingin sekali lagi untuk menegaskan bahawa prosedur untuk meluluskan budget dan juga terutamanya dengan satu hari sahaja kita dapat membahaskan ini sangat- sangat tidak bertanggungjawab dan ia mengingkari mandat yang telah dibawa oleh rakyat yang memilih kita.

Akhir sekali, saya ingin sentuh perkara yang melibatkan lebih mikro sekali iaitu Wilayah Persekutuan. Kita di Wilayah Persekutuan ini sangat-sangat concerned tentang kehilangan kawasan-kawasan hijau dan juga kawasan-kawasan yang digunakan untuk kegunaan awam. Sebanyak 45 keping lot tanah yang telah diswastakan termasuk yang baru- baru sahaja.

Sesiapa yang pergi ke kawasan Batu tahu di Intan Baiduri, setiap hujung minggu kita ada zoo malam. Di mana, penduduk cukup sengsara kerana traffic jam yang berlaku dan ini sepatutnya adalah satu tempat rekreasi untuk orang ramai tetapi digunakan untuk satu syarikat swasta digunakan untuk sungguh pun rekreasi tetapi untuk keuntungan pihak swasta. Saya ingin dapatkan penjelasan bahawa tanah-tanah ini diswastakan atas mandat apa? Kita tidak boleh biarkan penggal ini berakhir tanpa satu penjelasan. Dengan ini saya ingin mematuhi masa dan saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 4:10 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mulakan dengan beberapa pandangan saya pertama sekali tentang Kementerian Pendidikan yang telah kita berikan agak jumlah yang besar iaitu RM8.91 juta. Saya melihat Tuan Yang di-Pertua, ibu kepada semua masalah kita berpunca daripada bagaimana kita mendidik rakyat kita. Oleh sebab itu, seperti pepatah mengatakan kalau kita hendak kenal anak, kita lihat keluarga itu kalau anak-anak nakal, anak-anak tidak berdisiplin, anak-anak yang berperangai pelik, kita tengok ibu bapa dia lah. Di sini lah kita dapat membayangkan bahawa kalau tidak ada didikan yang sempurna di rumah itu maka lahir lah anak-anak yang kita kata kadang-kadang tidak wajar.

Oleh sebab itu saya rasa Kementerian Pendidikan menjadi kementerian yang amat penting. Oleh sebab itu pagi tadi kita banyak berbicara bagaimana rakyat Malaysia tidak sayangkan alam sekitarnya.

Bagaimana Yang Berhormat Putatan kata, bagaimana seorang ibu selepas tukar pampers anak dia, dia turunkan cermin dan terus campak pampers ke dalam laut. Bagaimana saya lihat juga Ahli Parlimen di sini yang merokok, selepas merokok dia keluar dia cucuk sahaja puntung rokok dia dekat pasu bunga, yang pokoknya segar. Akan tetapi kalau tiap- tiap hari dia cucuk rokok itu, akhirnya pokok bunga mati. Maknanya, ini lah peranan Kementerian Pendidikan.

Saya lihat harus ada rombakan secara besar-besaran kalau kita ingin maju ke depan. Saya melihat dua buah negara yang hebat sekali, satu ialah Jepun yang jauh ke depan daripada kita tetapi kita juga pernah ke depan berbanding dengan Korea satu masa dahulu. Akan tetapi Korea hari ini menjadi sebuah negara yang cukup disiplin.

final • 4:10 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Ini semua berpunca daripada sistem pendidikannya yang amat baik, amat hebat dan disiplin di situ diutarakan, diketengahkan. Saya lihat harus ada satu reformasi yang besar- besaran berlaku di Kementerian Pendidikan.

Begitu juga kita bicara tentang dadah. Bukan sahaja di Sabah dan di Sarawak, malah di Semenanjung ini dahulunya di pekan-pekan, sekarang ini dah masuk kampung.

Saya hendak tanya Menteri Pendidikan, ada tak kurikulum satu mengajar tentang sivik, mengajar tentang bahayanya dadah, mengajar tentang bagaimana harus bertindak sebagai seorang murid dan rakyat Malaysia apabila kamu keluar daripada sekolah, tidak ada. Apa yang kita tekankan ialah akademik, akademik, akademik. Berapa 10A kamu akan dapat?

Asrama penuh kamu di mana? Maknanya kita lebih menekankan kepada pencapaian akademik, tetapi kita tidak mengajar anak-anak kita untuk menjadi manusia yang baik.

Jadi sebab itu bila anak-anak kita walaupun dia menjadi seorang engineer, dia tinggalkan ibu bapanya di rumah, di kampung yang miskin, dia tidak peduli. Walaupun dia jadi doktor tetapi perangainya bukan macam doktor, perangainya tidak seperti yang digambarkan sebab di sekolah dia tidak mendapat ilmu ini semua. Jadi saya melihat peranan kementerian ini harus pergi jauh daripada memberikan pengajaran tentang akademik, tetapi juga hal-hal kemanusiaan harus dibina. Ikutlah contoh-contoh negara-negara yang ada seperti di kawasan kita sendiri, contohnya di Jepun dan di Korea yang paling dekat dengan kita.

Keduanya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bercakap sedikit tentang perkhidmatan awam yang ada berkaitan dengan kita iaitu di JPA. Saya menyeru pegawai- pegawai kerajaan sekali lagi untuk menjadi pegawai kerajaan yang independent, untuk menjadi pegawai kerajaan yang baik, untuk menjadi pegawai kerajaan yang telus, adil dan profesional. Saya masih terkenang-kenang, saya mimpikan untuk mendapat pegawai- pegawai kerajaan yang hebat-hebat seperti KSN-KSN kita dahulu, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, orang yang sangat saya hormati; Tun Abdullah Salleh; Tun Abdullah Ayub; Tan Sri Hashim Aman; Tan Sri Dato’ Sallehuddin Mohamed; Tun Ahmad Sarji; dan Tan Sri Samsudin Osman. Ini ialah pegawai-pegawai kerajaan yang kita respect.

Bila sebut sahaja nama-nama KSN ini, kita akan remang bulu tengkuk kita kenangkan bagaimana mereka ini ialah orang-orang yang profesional, orang-orang yang akan tegur Menteri-menteri kalau Menteri tidak betul, tegur pegawai-pegawai kerajaan kalau kerja tidak betul. Apabila dia turun ke bawah, orang seperti Dato’ Hassan Ibrahim kalau Yang Berhormat masih ingat Pengarah JPJ dahulu, bagaimana hebatnya Dato’ Hassan Ibrahim ini.

Ini adalah pegawai-pegawai kerajaan yang telus, yang profesional malah Yang Berhormat Jeli pada ketika itu pegawai kerajaan, masih ingat sama-sama dengan saya. Kita pegawai kerajaan tetapi sebut saja KSN-KSN ini, inilah orang-orang yang akan menjadi contoh dan idola kita.

Akan tetapi hari ini kita tengok kadang-kadang pegawai kerajaan ini serve your political master as if dia bukan bekerja untuk kerajaan, tetapi dia bekerja untuk political masters. Akhirnya apabila sesuatu terjadi, political master ini biasalah Tuan Yang di-Pertua, political master ini seperti seorang yang pegang gelas.

Saya hendak remind, saya hendak bagi kepada pegawai-pegawai kerajaan, ini ialah teguran yang ikhlas. Political master ini sepertilah seorang yang pegang gelas, waktu air sejuk dia pegang gelas cukup kemas tetapi waktu dia pegang gelas yang dalamnya ada air panas, percayalah political master akan lepas gelas itu.

Pihak yang berkecai adalah pegawai kerajaan, kamulah ke jel, political master akan selamat. Banyak contoh, keputusan-keputusan yang dibuat oleh political masters yang diambil alih, yang dipertanggungjawabkan kepada pegawai kerajaan, akhirnya apa jadi? Bila datang masalah-masalah perundangan, political masters terlepas, yang kena sangkut ialah pegawai-pegawai kerajaan. Jadi sebab itu saya nak remind, hendak memberi amaran dan juga teguran kepada pegawai-pegawai kerajaan, be independent, be professional dan you serve the government of the day. Ketiganya ialah tentang GST Tuan Yang di-Pertua. Saya kecewa mendengar ramai kawan-kawan saya yang menyebut, pagi tadi pun sebut, kalaulah tidak ada GST, bayangkanlah hancur negeri kita. Bayangkanlah kalau tidak ada GST, rakyat sengsara. Tuan Yang di-Pertua, ada orang yang bangga mengutip hasil daripada poket rakyat, dia rasa hebat kalau dia boleh tekan rakyat dan ambil duit dari poket rakyat, amat memalukan. Sepatutnya dia fikir apakah lagi yang dia boleh bagi kepada rakyat, bukan ambil duit rakyat.

Sebagai contoh kita tengok sama ada berapa negara yang paling dekat sekali UAE lah. UAE ini baru bercantum, Arab Emirates ini baru bercantum pada tahun 1971, bercantum daripada sebuah tempat pelabuhan yang tidak ke mana pun tetapi disebabkan oleh ada dynamism pemimpin-pemimpinnya itu, sebuah tempat pelabuhan yang orang tidak peduli pun, akhirnya menjadi apa yang kita lihat sekarang seperti Dubai dan beberapa kawasan yang lain dalam UAE. Sedangkan rizab UAE, rizab minyaknya antara yang paling besar di dunia. Dia melihat bagaimana hendak menolong rakyatnya, dia tidak cukai rakyatnya habis- habisan, malah dia buat yang terbaik dan berikan kepada rakyatnya.

Jadi sebab itu jangan rasa bangga kononnya kalaulah kita tidak kenakan GST, bankraplah kita. Kalau tidak kenakan GST, habislah kita. Apakah peranan kita? Apakah peranan Kabinet? Apakah peranan Dewan ini? Apakah kita tidak boleh fikir dah selain daripada kita hendak ambil duit rakyat? Apakah minyak yang Tuhan bagi? Apakah alam sekitar yang kita ada, kita tidak mampu buat apa-apa? Apakah zaman Tun Dr. Mahathir yang 22 tahun tidak ada GST, kita tidak membangun? Ini isu-isunya.

final • 4:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Sungai Petani, sedikit.

final • 4:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Nanti kejap, bagi saya habiskan ayat ini.

Jadi sebab itu jangan sekali-kali kata dan berbangga bahawa oleh kerana aku dapat tax-kan, cukai-kan orang miskin, orang susah, orang kaya, anak kecil. Oleh kerana aku berjaya kutip, maka akhirnya selamatlah negara ini sedangkan kita mempunyai kemampuan untuk bincang dan bangkitkan ekonomi kita dalam keadaan yang sempurna. Silakan Yang Berhormat Setiu.

final • 4:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Okey, terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Mengikut Yang Berhormat Sungai Petani kata, kerajaan melalui GST mengutip duit rakyat. Sedar-kah kepada Yang Berhormat Sungai Petani bahawa tidak semua barang dikenakan GST. Kalau kena pun, banyak yang zero rated, barang-barang keperluan, kita sedar itu. Jadi seolah-olah macam kita bercakap, seolah-olah macam kita mengatakan bahawa semua yang rakyat kena GST. Nanti, belum habis soalan lagi.

Jadi soalan saya, yang ada pemimpin-pemimpin daripada sebelah sana minta duit rakyat konon nak buat tujuan untuk pilihan raya. Adakah ini lagi membebankan rakyat kalau nak kira sebab sini tak ada zero rated dah, GST ada zero rated hampir 600 barang. Jadi sebab itu kita bercakap kadang-kadang kita jangan makna kita rangkum semua seolah-olah semua rakyat kena cukai. Ini minta pandangan.

final • 4:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyebut tentang benda-benda yang kena GST. Zaman Tun Dr. Mahathir, pembangunan terjadi. Zaman Tun Dr. Mahathir, pembangunan banyak yang terjadi tanpa mengenakan GST dan banyak di kalangan kita yang mendapat faedah termasuklah highway dan sebagainya tanpa ada GST. Isunya sekarang apa dia?

Isunya sekarang ini apabila kita kata kita tidak cukup duit, apakah kita tidak ada options lain selain daripada kenakan cukai kepada rakyat dan kenapa harus kita berbangga.

Itu maksud saya. Kenapakah kita harus berbangga seolah-olah kita tidak ada lagi isu yang lain, seolah-olah kita tidak boleh fikir dah nak buat lain selain dari mengenakan GST.

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak ada otak.

final • 4:20 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

[Bangun]

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Setiawangsa bangun.

final • 4:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Setiawangsa nak tanya saya kah?

final • 4:20 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Hendak tanya sikit.

final • 4:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Ya?

final • 4:20 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Sikit saja.

final • 4:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Dua minit saja ya.

final • 4:20 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Boleh? Satu minit saja. Yang Berhormat Sungai Petani, adakah Yang Berhormat Sungai Petani realize semasa Tun Dr.

Mahathir dulu penggantungan kepada minyak, revenue daripada minyak ini amat ketara.

Semasa Dato’ Sri Najib mengambil alih pentadbiran pada 2009, penggantungan adalah 41 peratus lebih, sekarang ini ada 14 peratus. Ini bermakna bahawa pergantungan kepada revenue minyak tidak lagi setinggi itu, so kita besarkan lagi base revenue kerajaan. Itu sahaja.

final • 4:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Base revenue kerajaan dibesarkan termasuk kenakan GST, itu membanggakan Yang Berhormat Setiawangsa?

final • 4:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Maknanya begini. Dubai buka– kita tengok sejarah Dubai. Contohnya buka UAE.

Dia promote kan benda-benda yang boleh generate income kepada negerinya. Kita banyak isu, kita banyak ruang yang kita boleh generate income. Isu yang saya hendak bawa Tuan Yang di-Pertua ialah kenapa bebankan rakyat? Sedangkan kita banyak opsyen yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat kita ini bukanlah 300 juta, 30 juta sahaja. Jauh lebih kecil daripada Thailand, daripada Philippines, daripada Indonesia, daripada negeri-negeri lain. Dengan hasil mahsul yang kita ada, impossible. Impossible, yang kita kena bergantung kepada satu sahaja iaitu minyak. Apabila kita tidak ada minyak, semua menggelupur. Opsyen yang kita ada, “Oh! Rakyat ada. Rakyat kita okey. Kita cukai rakyat”. Isu yang saya hendak bawa ialah, ada tidak opsyen lain? Ada. Kita buat, kita tidak buat? Oleh sebab itu yang paling mudah ialah kenakan cukai kepada rakyat. Sebanyak 30 juta rakyat tidak mungkin kita tidak boleh jaga mereka dengan hasil mahsul yang banyak.

Soalnya sekarang ini, adakah kita sudah habis-habisan gunakan opsyen-opsyen yang lain? Sedangkan hasil mahsul yang kita ada ini amat luas yang Allah SWT bagi saya rasa di antara negara yang paling banyak mendapat rahmat ialah Malaysia. Kita ada laut sekeliling negara kita. Semenanjung ataupun Sabah dan Sarawak ada laut. Tanah yang subur, rakyat yang rajin bekerja, jumlah yang sikit, cerdik pandai ramai, takkan ini pun tidak boleh fikir? Itu soal saya. Kenapa harus jalan pintas ambil duit rakyat. Jalan pintas cukaikan rakyat, jalan pintas susahkan rakyat. Selepas itu kita reka macam-macam.

Ini soal yang saya sebut. Adakah opsyen-opsyen lain ini telah kita gunakan? Oleh sebab itu saya katakan jangan tutup ruang-ruang yang lain tetapi harus diperbukakan ruang yang lain tetapi rakyat sendiri jangan disusahkan. Jangan tipu diri kita bahawa apabila kita turun ke bawah, rakyat semua mengeluh. Jangan kata orang BN semua kata okey, orang sebelah sini kata susah. Semua rakyat susah. Di Sabah kah, di Julau kah, di Bintulu kah, di Sungai Petani kah. Silakan Yang Berhormat Julau, sila.

final • 4:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:30 PM

Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani dan terima kasih juga kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya ingin hendak bertanya Yang Berhormat Sungai Petani, adakah betul dari segi tuduhan dari Sarawak bahawa kebanyakan pembangunan yang ada masa Tun Mahathir memerintah negara ini adalah at the expense of the development of Sarawak and Sabah? Terima kasih.

final • 4:30 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Oleh sebab itu saya selalu berkata bahawa orang Sabah dan Sarawak wajib dapat lebih daripada orang Semenanjung sekarang.

You deserve more than us now. You deserve more, especially Sabahan because orang Sabah dan Sarawak telah pun ditekan begitu rupa. Bangunlah Sabah dan Sarawak, tuntut hak kamu.

final • 4:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Setiap kali jadi peminta sedekah tiap-tiap sidang.

final • 4:30 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Oleh sebab itu dalam Perlembagaan ini hak Sabah dan Sarawak termaktub. Soalnya, kenapa orang Sabah dan Sarawak tidak bangun dan minta? Itu isunya, bangun dan minta. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bangunlah wahai Sabah dan Sarawak.

final • 4:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Itu tidak betul. Only the Government by Dato’ Seri Najib baru ada banyak sekarang.

final • 4:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Setiu.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ada yang minat? Ya, Yang Berhormat Setiu.

final • 4:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak bercakap sikit sahaja. Yang Berhormat Kapar, dia ini cakap banyak Yang Berhormat Kapar ini.

Sebagaimana kita tahu bahawa bajet yang telah dibuat biasanya di awal tahun ini, biasanya terpaksa melalui pelbagai masalah dan juga isu-isu di sepanjang tahun perancangannya. Jadi yang banyak biasanya perbelanjaan mengurus. Macam pentadbiran, pengoperasiannya. Jadi perubahan-perubahan juga pertambahan-pertambahan dan perluasan aktiviti biasanya atau apa-apa program yang tidak dirancang pada perancangan awal biasanya melibatkan perbelanjaan mengurus agak meningkat. Jadi ada kalanya perubahan-perubahan tersebut tidak dapat dielakkan.

Jadi saya hendak beritahu sedikit sebanyak lebih kurang kalau dari segi kenapa kita perlu bajet tambahan. Biasanya perluasan kepada dasar-dasar yang sedia ada seperti kita hendak menggalakkan pertumbuhan ekonomi sebagainya, yang akan meningkatkan pelbagai aktiviti penguatkuasaan dan sebagainya. Jadi kita tengoklah kalau macam program mesra rakyat, program hari raya bersama kadang-kadang. Jadi banyaklah yang kita terpaksa gunakan elaun perjalanan, perbelanjaan, penyewaan dan sebagainya. Dewannya, aset-aset terpaksa kena beli, kenderaan dan sebagainya. Jadi inilah sebab-sebab kenapa perlu ada kepada perbelanjaan tambahan.

Kalau kita lihat dari segi mungkin peningkatan harga barang, barangan kontrak dan sebagainya dengan peningkatan mata wang. Jadi ini juga sebagai penyebab kepada kenapa perlu adanya perbelanjaan tambahan. Juga kita lihat mungkin ada dari segi peningkatan tarif air, peningkatan tarif elektrik dan sebagainya, itu juga sebagai penyebab. Kalau kita lihat yang lainnya tambahan bilangan tajaan pelajar yang hendak buat perubatan dan sebagainya mungkin ada pertambahan. Jadi di situ juga kita perlukan ada sebab ia lari daripada perancangan awal.

Lain-lainnya kalau kita lihat di jabatan-jabatan kadang-kadang kita ada disebut sebagai pembukaan unit-unit baru. Apabila kita buka unit-unit baru akan ada pertambahan- pertambahan dari segi perbelanjaan.

Contohnya daripada segi bilangan kaki tangan, penyewaan ruangan dan pejabat, peralatan yang saya sebut tadi, aset dan sebagainya. Mungkin telefon, komputer dan sebagainya. Begitu juga dengan penyusunan organisasi pun akan menyebabkan perkara yang sama.

Contohlah kalau kita- akan berlaku kemungkinan selepas ini, kita mungkin akan ada mahkamah khas untuk membicarakan kes-kes yang dikatakan di bawah akta kalau diluluskan selepas ini, akta kenyataan yang tidak benar ya. Penyebaran akta-akta yang tidak benar.

Ataupun akta undang-undang palsu ini, yang banyak diuar-uarkan sekarang ini. Mungkin selepas ia lulus, maka akan ada penambahan-penambahan sama ada di peringkat pihak Jabatan Peguam Negara akan ditambah bilangan penyiasat-penyiasat ataupun bilangan pendakwa-pendakwa dan juga di mahkamah itu sendiri yang saya sebut sebagai mahkamah khas.

Saya ingin menyentuh sikit berkenaan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani butiran 00901 – Agropreneur Muda. Setakat ini kalau kita lihat tidak ramai sebenarnya yang terlibat dalam hal-hal pertanian. Lebih kurang 126,000 orang muda yang terlibat. Jadi apa yang saya hendak nyatakan sama ada orang-orang muda yang sudah biasanya dia terlibat dengan pertanian tetapi bersama keluarganya, bersama dengan ibu- bapanya. Ada atau tidak apa-apa peruntukan?

Ini pertanyaan saya kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, ada atau tidak apa-apa peruntukan yang kita beri untuk mereka buat perniagaan sendiri melalui pertanian? Juga kepada golongan wanita muda juga sebab pada mereka biasanya anak- anak muda lelaki sahaja yang sepatutnya bekerja di sektor pertanian. Jadi bagaimana cara kita hendak- makna kita hendak menggalakkan daripada golongan kalau sebut puteri- puterilah, orang muda puteri-puteri. Jadi kalau ada pertambahan bermaknanya kita perlukan peruntukan tambahan.

Kemudian yang akhirnya...

final • 4:34 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 4:34 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya hendak tanya Yang Berhormat Setiu sebab saya dengar panjang lebar tadi perbahasan mengenai tambahan. Kalau ikut tambahan RM7 bilion total adalah 2.5 persen daripada kos keseluruhan bajet dan juga 2.9 persen daripada belanja mengurus RM240 bilion. Kita saya tengok kita ini berbahas lama dan kita tengok macam-macam permintaan baik dari sini belah sana dan kerajaan kita sebuah kerajaan berdinamik dan kita bottom-up. Maknanya, kita dengar rintihan rakyat. Kita dengar, kita turun padang. Saya sendiri pun minta macam-macam tambahanlah. Bukan saya sahaja banyak belah sana pun minta.

Jadi, kita tidak boleh statik. Kalau pandangan kita statik, sebagaimana yang disebut belah-belah sana banyak statik tetapi dia minta macam-macam. Jadi, sebuah kerajaan yang dinamik kita ada keperluan-keperluan mendesak yang kita dengar naluri nadi rakyat yang sentiasa meminta pertolongan. Setiap kali saya balik Tuan Yang di-Pertua, macam-macam permintaan baru, yang separuh itu kita minta tangguhlah sebab separuh itu mendesak kita minta. Jadi, antara lain macam golongan muda. Saya sendiri pun banyak berjumpa dengan orang-orang muda, ini Yang Berhormat Setiu, Tuan Yang di-Pertua. Mereka meminta beberapa bantuan-bantuan tertentu yang saya rasa memang wajar kita beri pertimbangan.

Atas sebab itulah saya rasa perolehan tambahan yang 2.5 persen daripada belanja mengurus adalah keseluruhan ataupun 2.9 persen daripada belanja mengurus ini adalah satu figure yang saya rasa amat kecil. Saya tidak mengatakan ini jumlahnya kecil, besar. Akan tetapi, inilah sebenarnya nadi rakyat yang kita peka dan kita terima, kita bottom-up dan menunjukkan bahawa kerajaan ini kerajaan peka, prihatin dan dinamik kepada tuntutan semasa.

Apa pandangan Yang Berhormat Setiu tentang pandangan saya ini? Terima kasih.

final • 4:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Sudah tentunya saya bersetuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Kota Tinggi dan minta dimasukkan dalam perbahasan saya.

Akhirnya, dari segi kesihatan awam ini. Kita lihat ada setengah-setengah pusat kesihatan ini dia sudah uzur lama dah. Ada tidak apa-apa cadangan dalam kita hendak membangunkan ini kita kena bina yang sama ada naik taraf dan sebagainya? Jadi, saya minta jawapan jugalah daripada pihak Kementerian Kesihatan. Juga, kadang-kadang kita lihat di pusat-pusat kesihatan ini masa menunggu untuk rawatan itu agak lama. Ini complaints daripada rakyat-rakyat tempatan. Jadi, mereka kadang mengambil masa sejam hingga dua jam. Jadi, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk kita mengatasi masalah- masalah yang berlaku seperti ini?

Untuk kawasan saya, kita pernah minta satu pusat kesihatan kecil di kawasan Penarik. Penarik ini kawasan dekat dengan Rhu Sepuluh. Jadi, tanah sudah ada. Cuma tidak adanya lagi bangunannya. Saya tidak tahu apa statusnya. Sebab sampai sekarang saya menunggu jawapan belum ada lagi. Jadi, saya mintalah pihak Kementerian Kesihatan mengambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih dan saya mohon menyokong.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

Yang Berhormat Sibu.

final • 4:40 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh beberapa perkara di sini. Pertama ialah saya hendak menyentuh tentang petroleum. Hak petroleum bagi Sarawak. Baru-baru ini dalam kebelakangan ini, Yang Berhormat Menteri Sarawak, Abang Johari selalu menyatakan- berkali-kali dia menyatakan bahawa hak petroleum dan gas di Sarawak adalah milik Sarawak.

Kalau sesiapa syarikat hendak mencari gali petroleum atau gas di Sarawak mesti mendapatkan permit daripada Kerajaan Negeri Sarawak. Saya juga ada membangkitkan perkara ini di dalam pertanyaan saya dalam Parlimen. Saya menerima jawapan dari kementerian. Apa yang diberikan ia menyatakan bahawa pengurusan dan pemajuan sumber petroleum negara akan dilaksanakan berpandukan kepada peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Jadi, ini dengan fahaman saya ini menyatakan bahawa pada peringkat ini masih hak-hak petroleum adalah di bawah PETRONAS dengan akta yang masih berkuat kuasa itu PDA, Petroleum Development Act 1974. Jadi, di bawah akta ini memanglah sekarang semua hak-hak petroleum di seluruh Malaysia adalah dimiliki oleh PETRONAS. Jadi, saya agak keliru.

Jadi, siapakah yang menyatakan kenyataan atau perkara yang benar? Adakah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak memberikan satu kenyataan yang benar atau dia berbohong? Ataupun jawapan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan adalah benar bahawa PDA masih berkuat kuasa? Jadi, hak petroleum Sarawak adalah milik PETRONAS bukan milik Kerajaan Negeri Sarawak. Jadi, saya hendak pengesahan dari kerajaan siapakah yang berbohong dan siapakah yang benar. Jadi, saya minta satu jawapan.

Berkenaan yang kedua, saya ingin menyentuh di sini ialah tentang SPR.

Malaysiakini hari ini ada satu berita menyatakan bahawa di Kuching- bukan Kuching, Miri.

Dewan Undangan Negeri- Pujut, ada seorang pengundi yang berusia 150 tahun. Jadi, saya khuatir adakah SPR punya senarai pengundi itu masih bersih. Ini kerana bukan perkara ini berlaku ada pengundi yang masih berusia 150 tahun masih dalam senarai pengundi.

Bulan lepas, saya juga menerima beberapa aduan. Aduan apa? Pengundi yang pertama kali mendaftar apabila mereka check, semak status mereka ia mendaftar di Sibu.

Akan tetapi, kawasan mengundinya dipindah ke kawasan Kapit. Bukan satu perkara sahaja.

Bukan satu kes sahaja, ada beberapa kes.

Jadi, saya bertanya kepada SPR Kuching, dia cakap, “Ya, memang ini berlaku. Satu masalah teknikal”. Jadi, masalah teknikal walaupun sekarang sudah diselesaikan tetapi saya tidak tahu berapa kes masih berada dalam sistem senarai SPR. Okey.

final • 4:43 PM

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

Minta mencelah Yang Berhormat Sibu. Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya. Sila.

final • 4:43 PM

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

Berapa kali sudah kita mengadakan PRU di Malaysia? Satu. Berapa lama sudah kita masuk dalam zaman Multimedia Super Corridor?

Akan tetapi, setiap kali saya boleh bilang sejak tahun 2008 dan 2013, apabila tamat sesi penamaan calon kita akan diberikan Daftar Pemilih.

Akan tetapi, Daftar Pemilih itu diberi dalam naskhah hardcopy. Sejak 2008 pun kita minta bagilah sekarang zaman internet. Zaman IT. Bagilah daftar pengundi itu dalam bentuk softcopy. Akan tetapi, sampai sekarang minggu lepas kita ada satu taklimat dengan SPR di Pulau Pinang. Kita minta juga, kita timbulkan perkara yang sama bolehkah naskhah softcopy bagi Daftar Pemilih itu diberikan kepada kita selepas hari penamaan.

Jadi, saya hendak tanya juga sama ada Yang Berhormat Sibu bersama dengan saya supaya kita mendesak SPR membekalkan daftar pengundi dalam bentuk softcopy.

final • 4:43 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Ya. Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Jelutong. Softcopy mesti dibekalkan untuk supaya parti-parti politik boleh check dengan lebih senang. Kalau hardcopy susah hendak check apakah masalah yang terdapat dalam senarai nama pemilih. Jadi, Tuan Yang di-Pertua masalah SPR ini masih banyak. Saya rasa banyak lagi yang belum dikesan.

Jadi, Pilihanraya Umum Ke-14 pun hendak sampai tetapi tengoknya masih banyak masalah dalam senarai pengundi. Jadi, saya harap kementerian atau SPR boleh memberikan satu penjelasan mengapa sampai sekarang masih banyak masalah dalam senarai daftar pengundi...

final • 4:43 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Minta penjelasan Yang Berhormat Sibu.

final • 4:43 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Okey.

final • 4:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya. Sila.

final • 4:43 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Terima kasih Yang Berhormat Sibu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sibu tadi ada satu rekod di mana ada seorang pengundi yang berumur 150 tahun, tetapi sampai sekarang SPR belum buat satu kenyataan sama ada pengundi itu masih di dunia ini atau tidak. Kalau beliau masih di dunia ini, maksudnya kita sudah memecahkan rekod Guinness World Record yang mempunyai seorang warganegara yang berusia 150 tahun.

final • 4:43 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Jadi kita perlu SPR untuk mengesahkan sama ada maklumat ini adalah betul ataupun tidak. Ini kerana saya baru semak dalam website SPR dengan IC number 680101- 13-0069. Maklumat ini masih di dalam website daftar pemilih yang telah disahkan. Jadi saya rasa SPR perlu mengeluarkan satu kenyataan sama ada inilah salah satu pengundi yang akan mengundi pada PRU Ke-14. Saya harap SPR dapat membuat satu pembersihan list, senarai nama pengundi sebelum pilihan raya ke-14. Jadi saya minta penjelasan sama ada Yang Berhormat Sibu bersetuju dengan pembersihan senarai nama.

final • 4:50 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Ya, saya setuju penuh. Saya hendak tambah lagi bagi SPR. Sebenarnya SPR punya sistem boleh bergabung dengan JPN supaya masalah ini tidak akan berulang lagi tetapi saya tidak faham kenapa kerajaan tidak mahu menggabungkan sistem SPR dengan JPN supaya boleh cross check dengan masalah- masalah ini. Selain itu, saya juga hendak mencadangkan supaya saya rasa pembangkang atau Ahli-ahli Yang Berhormat sebelah sini sudah lama berulang kali mencadangkan bahawa pengundi baru diberikan hak untuk didaftar secara automatik.

Ini kerana sekarang masih banyak pengundi orang-orang muda sudah mencapai usia 21 tahun sudah ada, sudah boleh mendaftar menjadi pengundi, belum lagi mendaftar menjadi pengundi. Jadi, kalau boleh melaksanakan sistem, supaya pengundi baru ini didaftarkan secara automatik. Jadi, pilihan raya akan datang lebih ramai pengundi boleh keluar untuk mengundi. Supaya masa hadapan Malaysia tidak ditentukan oleh 40 peratus penduduk sahaja. Jadi, saya rasa pihak SPR mempertimbangkan perkara ini supaya diberikan secara automatik lah untuk pendaftaran pengundi.

Okey, perkara yang akhir yang saya hendak sentuh ialah tentang dadah. Perkara dadah semakin teruk di Malaysia. Saya rasa, sekarang di sekolah pun menghadapi banyak perkara yang melibatkan dadah. Saya ada satu jawapan dari kementerian mengenai perkara kes dadah yang berlaku di Sarawak. Statistik yang diberikan oleh kerajaan pada tahun 2010, kes penagih dadah yang dikesan di Sarawak adalah 145. Akan tetapi pada tahun 2017, penagih dadah yang dikesan di Sarawak ialah 440. Jadi, dia sudah naik. Walaupun usaha yang begitu banyak dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menangani masalah dadah ini tetapi nampaknya masalah dadah ini masih banyak berlaku.

Jadi, saya ingin memohon satu penjelasan daripada kementerian atau kerajaan, mengapakah statistik dadah masih meningkat di Sarawak walaupun begitu banyak usaha sudah dilakukan, daripada 145 naik kepada 440 pada tahun 2017. Jadi, ini memang merupakan satu masalah yang penting. Saya mohon penjelasan. Aik! Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat Sibu, terima kasih Yang Berhormat Sibu. Yang Berhormat Sibu, saya ingin mendapat pandangan Yang Berhormat Sibu. Saya tertarik dengan apa Yang Berhormat Sibu katakan bahawa masalah dadah memang ketara dekat- sekarang dekat Sarawak terutamanya di sekolah menengah. Saya terdapat isu di mana di sekolah di kawasan Bandar Kuching, duduknya di kawasan Stampin contohnya sekolah SMK Green Road. Di mana daripada 18 ujian urine test yang dijalankan, daripada 18 pelajar itu, lima terdapat positif. Kesan positif dadah.

Para guru juga takut atas keselamatan mereka kerana kita tahu murid-murid ini yang menghisap dadah ini bukan sahaja gejala dadah tetapi juga ada gejala samseng, gejala pukul memukul. Jadi, guru disiplin ini kalau mereka hendak disiplinkan murid ini, nanti mereka takut apabila selepas sekolah nanti, mereka kena. Keselamatan mereka terancam kerana mereka you know threaten the student. Jadi, saya minta pandangan Yang Berhormat Sibu, bagaimanakah polis mengatasi masalah sebegini yang begitu mendadak. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Okey, terima kasih Yang Berhormat Stampin.

Setahu saya, sekarang setiap sekolah ada- polis akan menghantar satu polis kepada setiap sekolah untuk menjadi polis dengan sekolah itu. Akan tetapi usaha ini nampaknya tidak berjaya kerana walaupun setiap sekolah ada pihak polis yang diadakan di sana tetapi masih berlakunya begitu banyak kes dadah. Jadi, mungkin dari pihak polis, mungkin mengkaji balik usaha ini atau bagaimana menambahkan lagi usaha yang berbeza, sebabnya masalah dadah di sekolah ini boleh ditangani.

Okey saya nampak our Minister, Menteri KDN pun ada di sini. Jadi, masalah dadah ini di sekolah ini memang satu perkara ketara. Saya berharap pihak kementerian boleh memberikan atau mengeluarkan langkah yang lebih berkesan supaya masalah ini ditangani.

Okey itu sahaja, terima kasih.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Okey, saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menggulung.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Ketawa]

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Kena komen ini lagi Tuan Yang di- Pertua.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Belum pukul 5 lagi, kata pukul 5 gulung. Seorang seminit setengah.

final • 4:50 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan bajet tambahan yang telah dibentangkan.

Saya juga ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat, bahawa saya akan menjawab perkara-perkara yang menyentuh bajet tambahan. Mana-mana perkara-perkara spesifik kementerian-kementerian Yang Berhormat bangkitkan ini, esok kita ada satu hari di mana setiap Menteri akan menjawab kementerian mereka masing-masing.

Saya akan menjawab secara dasar di peringkat bajet tambahan, yang menyentuh isu-isu tambahan bajet yang telah dibentangkan. Saya ingin menjawab soalan Yang Berhormat Kelana Jaya.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Kelana Jaya, walaupun bajet tambahan yang kita bentangkan kali ini mempunyai jumlahnya adalah RM7.786 bilion tetapi kalau kita lihat semula di peringkat OE ataupun operating expenditure, RM2.71 bilion itu sebenarnya adalah lebihan daripada hasil yang kita kutip sepanjang 2017 selepas menolak all kita punya expenditure ataupun operating expenditure. Maka, lebihan ini kita transfer kepada akaun pembangunan. Akaun pembangunan ini ataupun kita panggil Kumpulan Wang Terkanun adalah kerana apabila kita berbelanja untuk development expenditure, kalau kita ingat kita bajet dahulu RM46 bilion.

Daripada RM46 bilion itu, kita ada recovery lebih kurang RM1 bilion. Lebihan daripada RM2.71 bilion ini kita kemudian memasukkan ke akaun pembangunan. Oleh sebab itu apabila kita menggunakan duit di dalam akaun pembangunan ini, maka kurang jumlah sebanyak ‘RM2.71’ bilion yang dipinjam untuk buat pembangunan. Itu sebenarnya lebihan yang digunakan. Bukan dihantar ke mana-mana agensi ataupun mana-mana kementerian.

Ini adalah untuk akaun pembangunan yang telah kita luluskan waktu bajet tersebut. Very technical. Kalau siapa tidak faham, saya boleh engage separately dengan individual Yang Berhormat untuk saya explainkan dari segi konsep Kumpulan Wang Terkanun ini.

final • 4:57 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Kelana Jaya, kita memang selalu buat bajet tambahan ini. Kalau saya boleh sebut, pada tahun 1995 hingga 1997, tiap-tiap kali bajet dibentangkan pada tahun tersebut, empat kali bajet tambahan dibentangkan di Parlimen.

Kemudian, pada dua tahun iaitu tahun 2001 hingga 2002, empat kali. Tahun 2006 hingga 2007 dua kali tetapi tahun 2016 dan 2017 hanya sekali. Sekali ini untuk pengetahuan Ahli- ahli Yang Berhormat, memang sekali ini kena buat sebab kita perlu bentangkan bajet tambahan sekali ini kerana kita mempunyai dua contingency funds. Satu contingency funds yang kita panggil untuk perbelanjaan operating expenditure sebanyak RM1.5 bilion yang memang tiap-tiap tahun apabila kita bentang bajet, kita akan create contingency funds, reserve warrant, CF- nanti saya bacakan the exact account. CFAW ataupun contingency funds advance warrant. Tiap-tiap tahun apabila kita buat bajet OE, kita akan peruntukkan RM1.5 bilion general expenses dan RM1.5 billion ini telah diluluskan oleh kita semua dalam Parlimen ini tetapi detailed expenditure perlulah dibentangkan semula dalam Parlimen. Oleh sebab itu, tiap-tiap tahun, minimum mesti ada satu bajet tambahan untuk kita bentang kepada Parlimen.

Kedua, tiap-tiap tahun juga kita mempunyai CRAW ataupun contingency reserve advance warrant yang kita create waran ini ataupun reserve ini sebanyak RM2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan (DE). So kita ada satu OE RM1.5 billion dan satu DE RM2 billion.

Jadi, tiap-tiap tahun we have to present dalam Parlimen untuk beritahu kepada Ahli-ahli Parlimen, Yang Berhormat apa dia RM1.5 billion yang kita guna pakai dan apa yang kita guna pakai RM2 billion yang diagihkan di dalam kementerian-kementerian yang kita tidak dapat mengenal pasti perbelanjaan waktu kita prepare bajet pada ketika dulu.

Seterusnya Yang Berhormat Kelana Jaya bertanyakan dari segi ratio bajet ini.

Adakah kita ini buat bajet tambahan berapa percentage? Percentage yang telah...

final • 5:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Menteri, minta maaf. Boleh, Yang Berhormat Menteri? Sebab saya hendak pulang kepada isu yang terawal sebelum kita pergi ke isu tentang ratio. Tuan Yang di-Pertua, boleh ya? Izin ya? Terima kasih.

Jadi saya hendak tanya. Sebenarnya soalan tentang contingency funds itu saya memang fahamlah. Apa yang saya baca itu biasanya kita panggil dana facilitation fund on the reserve side, about RM2 billion- RM1.5 billion to RM2 billion, every year. Akan tetapi isu dia saya hendak tanya ialah sebenarnya, adakah kita akan adakan supplementary budget yang kedua? Kalau tidak ada, very good lah. If you have, you better disclose now because it’s already the first quarter of 2018- sudah habis- you should have an idea. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

I can confirm with you. Seperti saya sebut tadi, Yang Berhormat tidak ada- tahun 1995 hingga 1997 empat kali. Tahun 2001 hingga 2002 empat kali, tahun 2006 hingga 2007 dua kali. Tahun 2016 and 2017 sekali bajet tambahan.

final • 5:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

And this is final.

final • 5:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Menteri, hendak penjelasan sedikit.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 5:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Jadi boleh tidak saya hendak jelas sekali lagi bahawa the CFAW dan CRAW untuk operation expenses and DE yang telah diluluskan pada tahun lepas dibentangkan semula untuk detailing, butiran yang lebih lanjut kali ini? Maknanya pada RM7 bilion itu, RM3.5 billion adalah yang dibawa daripada tahun lepas. Is that what you’re saying? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Betul, Yang Berhormat. Seterusnya, Yang Berhormat Kelana Jaya juga mengatakan bilakah peruntukan tambahan ini disalurkan dan sila nyatakan jadual peruntukan tambahan ini, bilakah dana tambahan ini digunakan, sumber dana bagi membiayai keperluan tambahan.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada tahun 2017, secara amnya peruntukan tambahan disalurkan kepada kementerian dan agensi mulai Jun. By the time June, you know exactly siapa yang hendak additional budget but they have to justify every detail of this expenditure. Sebab setiap daripada kementerian dan agensi kerajaan yang diluluskan bajet, dia mestilah mengikut bajet- proses itu. Kalau dia boleh justify mengatakan bahawa dia memerlukan perbelanjaan yang cukup penting dan important untuk perjalanan kerajaan, bajet tersebut akan disalurkan dan kemudian kita akan dapatkan report. That’s all the procedure. Kemudian...

final • 5:00 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Penjelasan, Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Ya.

final • 5:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih. Saya hendak double confirmation daripada Menteri ya. Maknanya apa-apa pun tambahan ini cuma boleh bermula pada bulan Jun 2017? Terima kasih.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Melainkan dalam kes-kes, contoh sekiranya berlaku satu malapetaka macam MH370 contohnya, di mana kita memerlukan duit emergency untuk mendapatkan pembayaran untuk kita buat pencarian yang berjumlah hampir RM700 million tidak silap saya, itu memang kerajaan mempunyai kelulusan untuk kita belanja, kemudian kita bentang kepada Parlimen beritahu berapa kita belanja.

final • 5:00 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat Menteri, kalau boleh saya minta pengesahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Stampin.

final • 5:00 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Saya hendak minta pengesahan sahaja di mana soalan kita daripada Yang Berhormat Sibu terhadap Petroleum Development Act (PDA) dan Territorial Sea Act (TSA), adakah ia di bawah kementerian Yang Berhormat? Ini kerana semasa perbahasan kita dulu, soalan daripada Yang Berhormat Bandar Kuching, saya dengan Yang Berhormat Lanang, tiada pun satu Menteri yang menjawab soalan kita terhadap TSA dengan PDA. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Semua soalan-soalan yang berkaitan dengan Petronas ataupun mana-mana yang bersangkut paut dengan petroleum industri, ia di bawah Jabatan Perdana Menteri tetapi dari segi pengiraan untuk membayar royalti kepada mana- mana state, maka Kementerian Kewangan akan uruskan pembayaran royalti selepas menerima royalti daripada pihak Petronas.

final • 5:00 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat Menteri, kalau boleh? Jadi, soalan di mana kerajaan sekarang mengatakan bahawa PDA dengan TSA ini is not applicable to Sarawak, adakah ia betul?

final • 5:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Yang Berhormat, I don’t have the detail on that. Kalau boleh Yang Berhormat bangkitkan perkara ini semula esok apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjawab. Ataupun saya kalau dapat esok pagi maklumat tersebut, nanti saya bagi secara black and white.

final • 5:00 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Terima kasih.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

All right. Yang Berhormat Kelana Jaya fasal ratio tadi. Kalau kita tengok total OE dan juga the entire peruntukan OE yang telah kita lulus itu dengan bajet tambahan ini ialah 2.4 peratus dan untuk DE ialah 2.3 peratus. Seterusnya...

final • 5:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Menteri, minta maaf Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya saya minta butiran setiap kementerian yang menerima bajet tambahan ini. Maknanya kalau kata Parlimen RM10 juta, kita tahu peruntukan Parlimen kalau saya ingatlah lebih kurang RM80 juta sampai RM100 juta, that is a 10 percent increase. Saya hendak tengok ratio ini.

Kalau boleh cadangan saya ialah dalam kolum macam ini, kita masuk kolum reporting standards. Itu isunya. Kalau boleh, ratio-ratio ditulis untuk masa depan. The next supplementary budget you table- kalau kita table, kita menanglah. If you table, please put the column inside so that we can gauge immediately berapakah rationya, sebab kita semua tahu janganlah berlebih daripada dua peratus if possible. If you plan the budget, you cannot go like five percent increase, 10 percent increase suka hati.

final • 5:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

It must be a good ratio. Lepas dengan ada ratio, kita boleh pantau, kerja Menteri pun senang. You can scold the department, you can scold the Ministry. What kind of planning do you have? Terima kasih, setuju atau tidak dengan cadangan saya?

final • 5:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Saya mengambil maklum Yang Berhormat cadangan tersebut, tetapi ini format yang disediakan. Akan tetapi walau bagaimanapun itu satu cadangan yang bagus kerana kita tengok berapa kita bajet dan berapa bajet tambahan, each ministry do know exactly how many percent because saya mengambil maklum ada juga kementerian-kementerian on the specific subject matter, bajet dia lebih daripada 10 peratus on that particular subject. Ini kerana mungkin ada perkara-perkara yang boleh diolah secara detailed apabila ia berlaku.

Saya juga ingin menjawab soalan Yang Berhormat Permatang Pauh sama ada deposit ini berubah atau tidak. Deposit kita di 2017 tetap sama iaitu pada tiga peratus.

Kemudian Yang Berhormat Jasin, jelaskan peruntukan tambahan bagi perkhidmatan dan bekalan. Adakah wujud budaya pembaziran?

Perkhidmatan dan bekalan di bawah objek sebagai 2000 adalah disediakan untuk membiayai sewaan bekalan bahan mentah dan bahan-bahan untuk penyelenggaraan dan pembaikan pengangkutan barang-barang serta perhubungan dan utiliti.

Peruntukan tambahan ini adalah perlu bagi menampung komitmen mandatori dan kontraktual yang perlu dibayar. Oleh yang demikian, budaya pembaziran tidak akan berlaku kerana peruntukan untuk perkhidmatan dan bekalan disediakan berdasarkan keperluan spesifik kementerian.

Seterusnya Yang Berhormat Lembah Pantai, kerajaan uruskan perbelanjaan negara semakin bertambah hutang negara RM684 bilion, peratusan hutang kepada KDNK 51 peratus belum mengambil kira off budget item. Saya mengambil maklum statistik Yang Berhormat ini, suka saya untuk berkongsi maklumat ini. Hutang Federal Government adalah sebanyak RM686.8 bilion or 50.8 peratus daripada GDP.

Kalau kita bandingkan dengan negara-negara lain, kita dianggap masih mempunyai reasonable percentage of that debt to GDP. Saya bagi contoh kalau di US, 105.4 peratus of the GDP, Singapore 112 percent, Japan 253 percent, UK 88.3 percent. Walau bagaimanapun, saya ambil maklum Yang Berhormat kerana percentage ini hanya akan bermakna sekiranya kita berhutang kita boleh bayar, kita boleh menguruskan pembayaran tanpa gagal, akan tetapi kita berhutang kita tidak boleh bayar itu merupakan satu benda yang perlu kita berhati-hati.

Kedua, banyak juga Yang Berhormat sebut tadi soal contingency liability. Saya sukacita, saya ingin terangkan di sini bahawa contingent liability ini, dia kita kena tengok bukan sahaja the liability, we must also look at the asset. Kalau kita bagi contingent liability ataupun government guaranteed kepada asset equivalent, maka itu kita kena tengok secara keseluruhan.

Sebagai contoh kalau kita tengok di Khazanah for example, kita bagi government guarantee sebanyak RM20 bilion tetapi dengan government guarantee tersebut, Khazanah mempunyai nilai aset RM154 bilion. Banyak lagi contoh-contoh yang saya boleh bagi tetapi secara kasarnya kita mengambil maklum fasal contingent liability ini, hendaklah diguna bukan sewenang-wenangnya tetapi untuk kita membangunkan negara dan membantu develop kita punya infrastructure.

final • 5:10 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Tuan Yang di-Pertua, mohon- tadi saya ada sebut tentang syarikat IPF, pembangunan IPF. Itu juga bagaimana dia punya kedudukan sekarang ini?

final • 5:10 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Bersekali Yang Berhormat, mungkin sedikit sahaja. Terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat tadi. Saya juga bangkitkan disebut oleh Lim Teck Kee berkait dengan kalau kita ambil kira hutang kita yang bertambah sejak sedekad lalu, maka menjelang tahun 2021 akan mencecah RM1 trilion dan mencecah menjelang tahun 2028 RM2 trilion. Mungkin Yang Berhormat boleh berikan apakah jaminan dan juga langkah-langkah yang kerajaan akan laksanakan supaya tidak akan mengikuti dekad yang lampau.

Keduanya, saya juga bangkitkan ya, kita ada charge service hutang daripada peratusan belanjawan yang kita guna pakai untuk membayar dan ia meningkat daripada 9.1 peratus pada tahun 2009 kepada 13.2 peratus menjelang tahun 2018. Jadi saya hargai jawapan Yang Berhormat, saya hendak pastikan ada, what are we doing dengan izin to buck the trend.

final • 5:10 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Tuan Yang di-Pertua, tadi saya silap duduk, terduduk dekat Bagan pula. Mohon maaf Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 5:10 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Yang ini baru Parit Buntar betul.

Tadi saya tidak sempat hendak sebut dalam saya punya ucapan. Saya difahamkan ada satu jawatankuasa risiko dan juga perbelanjaan luar bajet yang kerajaan ada satu jawatankuasa.

Semua yang kita bicarakan ini akan, jika tidak dikawal akan membawa negara kita ini walaupun di atas, hutang dia itu masih 50 peratus tetapi kalau dicampur dengan contingent liabilities ini dia sudah mencecah 60 peratus lebih iaitu melebihi daripada had yang telah ditetapkan. Ini yang kami telah kemukakan, membimbangkanlah dari sudut Ahli-ahli Parlimen di sini. Mohon penjelasan.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat. Dia soal hutang ini Yang Berhormat, saya mengambil maklum terhadap kegusaran sebahagian daripada kita mengenai hutang ini. Saya melihat hutang ini adalah dari segi konteks pembangunan negara. Kalau kita hendak membangunkan negara, kalau kita menunggu waktu kita ada duit baru kita hendak buat, kemungkinan besar apa yang kita hendak buat ini kita tidak dapat lakukan kerana apa yang kita ada dan kos yang kita hendak bina ini berbeza.

Kedua, apabila kita mempunyai kebolehan untuk meminjam, untuk membangunkan ekonomi, saya takut ini kalau kita pinjam bayar OE atau bayar operating expenditure. Jadi saya mengambil maklum pandangan Yang Berhormat Lembah Pantai sudah tentu saya rasa baru kerajaan ini tidaklah akan membuat pinjaman untuk membayar expenditure ataupun operating expenditure. Akan tetapi kalau kita membayar development expenditure, itu you are creating an asset. Contoh kalau kita membuat MRT contoh, kita meminjam, kita buat MRT at the end of the day kos pembangunan ini dia mempunyai implikasi terhadap ekonomi begitu besar dan juga kepada rakyat. Jadi kalau pembangunan-pembangunan yang kita buat ini meminjam untuk membuat infrastructure investment ataupun pelaburan-pelaburan untuk rakyat, saya rasa itu tidak menjadi masalah dengan syarat bahawa kerajaan continuously will have surplus from the revenue yang kita ada, bayar OE kita ada surplus untuk kita servis kita punya hutang- hutang.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat sebut apa, PBLT. Saya tidak ada detail PBLT ini tetapi saya hendak sebut kepada Yang Berhormat, PBLT ini adalah satu konsep PFI yang diguna pakai oleh kerajaan. Under the PFI ini adalah syarikat PFI itu dikuasai oleh Ministry of Finance Incorporated atau MKD. Jadi kita pinjam duit dengan government guarantee and then kita buka, kita baik pulih pejabat-pejabat atau balai polis, kuarters-kuarters polis, kemudian kerajaan memperuntukkan pembahagian tiap-tiap tahun selama 16 tahun untuk kita servis interest tersebut. That is the concept of PFI yang diguna pakai dalam konteks Yang Berhormat sebut tadi.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Seterusnya Yang Berhormat Jasin, apakah punca tambahan kepada RM661.4 juta kepada pencen ganjaran. Bilangan pesara wajib memang diketahui lebih awal dan permohonan peruntukan adalah mengikut bilangan persaraan wajib yang dijangkakan. Punca tambahan adalah disebabkan oleh persaraan pilihan. Ini adalah kerana persaraan pilihan hanya diketahui paling awal enam bulan sebelum tarikh persaraan. Bagi tahun 2017, bilangan persaraan pilihan adalah seramai 14,961 orang pegawai.

Seterusnya Yang Berhormat Bagan Serai, apakah kerajaan bersedia untuk menambah bajet kepada AADK dan adakah bilangan pegawai serta keperluan infrastruktur mencukupi. Kementerian Dalam Negeri sentiasa memastikan bajet yang diperuntukkan kepada AADK bagi menjalankan program-program pembasmian masalah dadah mencukupi.

Walau bagaimanapun, berikutan ancaman dadah berbahaya yang sering berubah dan kemunculan dadah baru, agensi kerajaan yang menangani masalah dadah terutamanya AADK perlu diperkasakan dengan sumber kewangan, sumber manusia dan fasiliti yang lebih baik.

Dengan peruntukan dan kekuatan sumber yang sedia ada, AADK perlu melaksanakan program-program yang bertumpu kepada kawasan berisiko tinggi dan menjalin kerjasama yang erat dengan badan-badan bukan kerajaan untuk menggerakkan komuniti bersama-sama menangani masalah dadah.

Kementerian Sumber Manusia, adakah wajar wang sejumlah RM16 juta untuk kemudahan kursus TVET dan sijil mesti diberi keutamaan. Sila berikan penjelasan sama ada peruntukan tambahan yang diberikan melibatkan latihan-latihan ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, peruntukan tambahan RM16 juta untuk menampung peruntukan sedia ada...

final • 5:20 PM

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat mana itu?

final • 5:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Yang Berhormat Kuala Krai. Peruntukan tambahan RM16 juta untuk menampung peruntukan sedia ada yang tidak mencukupi bagi menambah bilangan pelajar di Institut Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia.

Kursus-kursus yang ditawarkan adalah kursus kemahiran TVET dan diberikan sijil SKM seperti bidang mekanikal dan pengeluaran serta electrical dan electronic. Bajet tambahan ini juga telah membolehkan seramai 3,154 pelajar ditambah untuk mengambil kursus-kursus yang disebutkan tadi.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Yang Berhormat Jasin- peruntukan asal bagi subsidi baja padi, subsidi harga padi, insentif pengeluaran padi dan subsidi baja padi bukit hampir RM1 bilion tambahan kepada RM650 juta iaitu jumlah peratus penambahan, apakah sebab perkara ini diperlukan.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, peruntukan tambahan sebanyak RM650 juta ini diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan tahun bagi 2016 sebanyak RM61 bilion dan sebanyak RM623 juta untuk 2017. Perincian pecahan ini akan kita bincang dalam perbincangan jawatankuasa di Peringkat Jawatankuasa esok.

Kemudian Yang Berhormat Gerik, apakah usaha kerajaan dalam membantu petani yang mempunyai tanah kurang daripada lima ekar untuk mengusahakan tanaman Musang King. Antara usaha MOA melalui Jabatan Pertanian bagi membantu petani kecil mengusahakan durian adalah melalui Program Kluster Durian dan program tanam semula durian pada kadar maksimum 20,000 per hektar meliputi komponen berikut; pembersihan dan penyediaan kawasan infrastruktur ladang seperti sistem pengairan, saliran dan perparitan; pembinaan infrastruktur seperti jambatan dan jalan; perolehan input pertanian seperti baja, racun, anak pokok termasuk kerja-kerja cantasan dan cantuman; peralatan pertanian bersesuaian...

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah habis.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih.

final • 5:20 PM

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan tentang Kementerian Kesihatan yang diperuntukkan ratusan juta. Saya bertanya, apakah tindakan kementerian terhadap masalah attrition housemen daripada latihan. Jadi, apa penyelesaian kerana ini kritikal kepada program pembaikan kesihatan kita.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Yang Berhormat, saya bacakan secara kasar dia punya jawapan ini daripada Kementerian Kesihatan, tetapi saya percaya ada banyak soalan tambahan akan keluar ini. Jadi saya hendak cadangkan Yang Berhormat, esok kita ada satu hari untuk bincang di Peringkat Jawatankuasa, Yang Berhormat Menteri setiap kementerian akan jawab. Jadi Yang Berhormat Menteri Kesihatan akan ada, kita akan jawab.

Walau bagaimanapun, saya hendak jawab. Yang Berhormat Kuala Krai, secara purata bagi tempoh 2013 hingga 2016, pegawai perubatan siswazah yang gagal menamatkan latihan siswazah hanya 1.5 peratus setahun. Kegagalan menamatkan latihan siswazah disebabkan beberapa faktor seperti pegawai tidak dapat meneruskan latihan dalam tempoh latihan siswazah yang ditetapkan.

Bagi menangani isu ini, kementerian melalui Ketua Jabatan sentiasa melaksanakan sesi kaunseling kepada pegawai-pegawai yang menghadapi masalah semasa menjalani latihan siswazah, memberi peluang untuk pegawai menukar tempat latihan siswazah di hospital-hospital latihan siswazah yang lain, memberi peluang latihan kali kedua kepada pegawai yang telah meletak jawatan semasa latihan siswazah untuk menyelesaikan latihan yang ditetapkan supaya pegawai berjaya memperoleh sijil pendaftaran penuh sebagai pegawai perubatan terlatih. Perkara yang lain itu Yang Berhormat, saya ingat esok Yang Berhormat Menteri akan bagi detil. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ahli- ahli Yang Berhormat, saya kemukakan masalah bahawa usul di atas nama Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis hendaklah disetujukan.

final • 5:20 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

[Diputuskan, Bahawa Usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis:

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion lima puluh dua juta dua ratus sebelas ribu dan lima ratus sepuluh Ringgit (RM1,052,211,510) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2017 bagi Maksud dan Butiran seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2017 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2, Tahun 2018 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang Sembilan dan Sepuluh penyata tersebut diserahkan kepada Jawatankuasa sebuah- buah Majlis.” ]

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, seperti mana Usul yang telah kita putuskan pagi tadi bahawa Mesyuarat ditangguhkan sekarang.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10, pagi hari Selasa, 27 Mac 2018.

final • 5:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.29 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026