Mar122018

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tan Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [Mukah] minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah langkah jangka masa panjang kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara khususnya penarafan kredit bagi mengekalkan kemapanan defisit negara pada kadar yang rendah serta memastikan pertumbuhan yang stabil.

final • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Tuan Yang di-Pertua, sewaktu saya mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada tahun 2009, dunia sedang berhadapan dengan krisis kewangan sub prima yang telah mengakibatkan ekonomi Malaysia menguncup sebanyak -1.5 peratus.

Namun begitu, alhamdulillah, kita telah berjaya mengharungi krisis ekonomi dan kewangan global tersebut dengan baik dan teratur. Ini kerana kerajaan telah melaksanakan langkah kitaran balas atau countercyclical menerusi pakej-pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM67 bilion yang berjaya memulihkan ekonomi negara, seterusnya mencatat pertumbuhan positif sebanyak 7.4 peratus pada tahun 2010.

Sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah ini, kemungkinan besar kegawatan ekonomi negara akan berterusan seperti mana yang telah berlaku di negara Eropah sebelum ini. Berikutan langkah ini, ekonomi negara terus mencatat pertumbuhan kukuh dengan purata 5.5 peratus setahun bagi tempoh 2010 hingga 2016. Manakala, dengan perbelanjaan yang berhemah dan berdisiplin, defisit fiskal secara peratusan KDNK berjaya diturunkan daripada 5.3 peratus pada tahun 2010 kepada 3.1 peratus pada tahun 2016.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang pencapaian ekonomi negara lagi, pada tahun 2017 lalu misalnya, kita telah mencatat pertumbuhan ekonomi 5.9 peratus...

final • 10:00 AM

[Dewan tepuk]

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Yakni antara yang tertinggi sejak krisis sub prima tahun 2009, malah lebih tinggi daripada sasaran 5.2 hingga 5.7 peratus dan ini merupakan antara yang tertinggi di dunia.

Malahan lagi berdasarkan laporan terkini oleh MIDA, pada tahun 2017 Malaysia terus menerima aliran masuk pelaburan dari dalam dan luar yang berjumlah RM197.1 bilion berbanding hanya RM105.5 bilion pada tahun 2010. Bahkan terkini, rizab antarabangsa negara mencatat RM419.5 bilion pada 28 Februari 2018. Manakala, kadar tukaran mata wang Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika juga telah meningkat nilainya daripada RM4.48 pada tahun Disember 2016 kepada RM3.92 pada 28 Februari 2018 untuk setiap USD1.

Tuan Yang di-Pertua, dari sudut pengurusan fiskal bagi memastikan kedudukan kewangan terus kukuh bagi jangka masa sederhana dan panjang, kerajaan telah melaksanakan inisiatif pembaharuan fiskal, khususnya langkah rasionalisasi subsidi berperingkat yang mengubah mekanisme pemberian subsidi pukal kepada subsidi bersasar.

Selain itu, bagi meningkatkan lagi kecekapan sistem percukaian dan mengurangkan ketirisan hasil negara, kerajaan telah mengambil langkah berani memperkenalkan GST.

final • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Hasil daripada langkah-langkah pembaharuan ini kita mengatur syukur kerana negara telah berjaya mengharungi fasa kritikal tatkala berdepan dengan ketidaktentuan harga minyak mentah dunia yang menjunam lebih 50 peratus daripada USD$100 setong kepada serendah USD$26 setong pada Januari 2016.

Walaupun situasi sedemikian telah menyebabkan kerajaan kehilangan hasil yang besar iaitu lebih dari RM30 bilion dari kutipan hasil cukai korporat, khususnya dividen Petronas, namun kerajaan masih mampu menurunkan defisit fiskal kepada tiga peratus daripada KDNK pada tahun 2017, berbanding 5.3 peratus pada tahun 2010.

Impaknya, kemampuan kita menguruskan kewangan negara terus mendapat pengiktirafan apabila badan penarafan antarabangsa seperti Fitch dan Moody’s telah memberi kita penarafan minimum A. Lebih membanggakan, penarafan ini kekal sungguhpun banyak negara-negara pengeluar minyak dunia mengalami penurunan ataupun downgrade dalam penarafan kredit negara Malaysia.

final • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Tuan Yang di-Pertua, terbaru pula, suka saya memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada minggu lepas bahawa dengan izin “Over the past three years, the Federal Government deficit was reduced from 3.4 percent of GDP in 2014 to three percent of GDP in 2017. This is helping bring down debt. Deficit reduction was achieved many through expenditure cuts, although the introduction of GST in 2015 also helped.” Bahkan lagi, beberapa hari yang lalu Moody’s telah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia akan mendapat lebih manfaat daripada revised perjanjian Comprehensive and Regional Trans-Pacific Partnership (CTTP).

Tuan Yang di-Pertua, merujuk tentang tahap hutang Kerajaan Persekutuan pula, kekal tidak melebihi 55 peratus daripada KDNK a self-imposed limit. Kini tahap hutang negara hanya berada pada paras 50.8 peratus daripada KDNK. Ini bermakna kedudukan hutang kita masih terurus dan Malaysia dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana sedangkan jika hendak dibandingkan dengan beberapa negara maju di mana hutang kerajaannya berbanding di KDNK jauh lebih tinggi sehingga ada yang melebihi 200 peratus.

Tuan Yang di-Pertua, jelasnya sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita akan terus menyediakan perancangan ekonomi dan kewangan bagi jangka masa panjang untuk mencapai hasrat negara high income advanced economy menjelang tahun 2020 dan saiz ekonomi RM2 trilion pada tahun 2025 sekali gus menuju TN50 untuk meletakkan Malaysia dalam kalangan 20 negara terbaik lagi termaju dunia pada tahun 2050.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh sekadar mengambil pendekatan populis sahaja. Sebaliknya kita perlu lebih bertanggungjawab dan melaksanakan apa yang perlu bagi menyediakan asas ekonomi serta kewangan yang kukuh demi kepentingan rakyat dan generasi masa depan.

final • 10:10 AM

Tan Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah - Mukah

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas jawapan. Saya ingin tahu apakah langkah pendekatan diambil kerajaan supaya mempelbagaikan asas pendapatan kita dan mengurangkan kebergantungan kita terhadap sumber asli atau sumber semula jadi dalam memacukan ekonomi ke arah pertumbuhan yang lebih baik.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Tuan Yang di-Pertua, langkah kepelbagaian sumber hasil negara telah pun kita laksanakan sejak Dasar Transformasi Negara dan ETP kita laksanakan. Hasilnya, pada ketika, pada tahun 2010 pendapatan dari sektor minyak dan gas, telah menyumbang kepada 41 peratus pada pendapatan hasil negara tetapi kini hanya 14 peratus sahaja. Dengan ini maka langkah-langkah kita untuk mengembangkan ekonomi kita untuk memastikan bahawa sektor korporat kita mencatat keuntungan yang lebih dan untuk melaksanakan GST telah pun membawa kita kepada keadaan kewangan yang lebih kukuh dan lebih resilient lagi.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, laporan akhbar The Straits Time pada 16 Februari yang lalu ada menyebut, tatkala Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengambil alih pentadbiran negara pada tahun 2009, kerajaan hanya membelanjakan sembilan peratus sahaja daripada pendapatan negara untuk membayar faedah hutang.

Namun pada ketika ini, jumlah pembayaran faedah hutang negara terus meningkat. Pada hari ini, pentadbiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membelanjakan 12.5 peratus daripada pendapatan negara hanya untuk membayar faedah hutang sahaja.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Kalau kita bandingkan dengan Singapura, republik ini hanya menggunakan enam peratus daripada pendapatannya untuk pembayaran faedah hutang negara.

Laporan yang sama menyebut bahawa tahun ini Malaysia dijangka membelanjakan RM31 bilion untuk membayar faedah hutang sahaja dan jumlah ini sudah tentulah merupakan satu jumlah yang cukup besar dan sama banyaknya dengan kutipan cukai pendapatan ataupun dua pertiga daripada kutipan GST.

Persoalan saya ialah, adakah kemelut hutang 1MDB pada hari ini, mendatangkan kesan...

final • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Fasal air Selangor. Kesan dia fasal air Selangor.

final • 10:10 AM

Seorang Ahli

...Fobia 1MDB

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Kalau, kalau Ahli-ahli Parlimen, kalau Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yakin dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bagilah peluang, bagilah peluang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjawab.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat sudahlah itu Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Kami tidak yakin dengan Selangor saja, mandi pun tidak ada pagi ini, air tidak ada.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Kalau, kalau, kalau yakin dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, berilah peluang dia jawab.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, sudahlah itu, Ahli Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Saya yakin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh menjawab soalan saya. Beri peluang.

Jadi persoalan saya, adakah kemelut hutang 1MDB yang sedang berlaku sekarang ini mendatangkan kesan kepada peningkatan jumlah pembayaran faedah hutang atau ada alasan lain yang lebih bertanggungjawab menyebabkan Putrajaya hari ini terpaksa membelanjakan 12.5 peratus daripada pendapatan negara hanya untuk membayar faedah hutang negara. Itu persoalan saya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak menegaskan bahawa masalah kemelut air di Selangor lebih kritikal...

final • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Daripada...

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Ini, ini saya tidak... [Dewan riuh]

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Biar saya jawab.

final • 10:10 AM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Duduklah. Malulah. Duduk, duduk.

Malu, malu...

final • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Orang lain tegur tidak boleh, orang lain tegur tidak boleh. Inilah pembangkang Negeri Selangor.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Saya tanya soal hutang negara...

final • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Bagi saya peluang... [Dewan riuh]

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Jaga air dulu, orang hendak mandi pun tidak boleh.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Rakyat kali ini akan hukum Kerajaan Negeri Selangor.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Bagaimana Tuan Yang di- Pertua boleh membenarkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menggunakan forum ini untuk tidak menjawab soalan saya...

final • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, sudahlah Ahli Yang Berhormat sudahlah, sudahlah.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Tenanglah, tenang.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua, soalan tentang hutang negara...

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Saya hendak jawab.

final • 10:10 AM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Yang marah sangat ini sebab apa?

Fasal air ini hendak marah sangat sebab apa?

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjawab.

final • 10:10 AM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Bila sebut bab air marah sangat Menteri Besar Selangor ini apa hal?

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Dia melencong daripada soalan saya.

final • 10:10 AM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Duduklah, duduklah. Duduklah Menteri Besar Selangor. Marah sangat apa hal?

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Itu bukan - jawapan. Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Gombak, duduk Yang Berhormat Gombak. Yang Berhormat Gombak, duduk, duduk.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua, soalan tentang hutang negara...

final • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

1MDB apa kena mengena dengan 1MDB? 1MDB tidak ada kena mengena.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Ahli- ahli Yang Berhormat yang lain tolong senyap. Duduk Yang Berhormat. Macam mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjawab kalau tidak Yang Berhormat duduk...

final • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Baik, saya boleh duduk Tuan Yang di-Pertua dengan syarat Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:10 AM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, ini Peraturan Mesyuarat pun dia tidak faham. Ini masa soal jawab, bukan boleh dialog.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat tolong Ahli Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Ini, duduklah, woi MB, MB, the stupid MB. Duduklah!

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat tolong, duduk Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Gombak, duduk Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:10 AM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Siapa Speaker sekarang ini Tuan Yang di-Pertua?

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, macam mana saya buat Ahli Yang Berhormat.

Ahli Yang Berhormat, inilah keistimewaan Parlimen. Apabila soalan, ada soalan sememangnya ada jawapan. Kadang-kadang soalan itu diletakkan atas asas mempunyai makna lain dan jawapan itu juga apabila dijawab, diletakkan atas alasan lain. Itulah politik namanya. Pokoknya, pokoknya Yang Berhormat Gombak, pokoknya jangan sampai melanggar Peraturan Mesyuarat dalam pemikiran Speaker......

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua, tetapi soalan ni tentang hutang negara, bukan soal...

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Memang betul air tidak ada, isu semasa. Ya, sekarang isu semasa Selangor tidak ada air. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dekat Selangor tidak ada air, kita orang hendak mandi pun tidak boleh. Betullah Yang Amat Berhormat Pekan sebut tadi. Janganlah hendak tegakkan benang yang basah.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat yang lain, Yang Berhormat Baling, duduk. Yang Berhormat Baling, duduk. Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, saya yang menilai. Soalan Yang Berhormat Gombak itu, adakah kedudukan 1MDB kritikal? Yang Amat Berhormat jawab, air di Selangor lagi lebih kritikal. Jadi, dua-dua kritikal.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Mana boleh air lebih kritikal Tuan Yang di-Pertua, hutang 1MDB...

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat duduk Yang Berhormat, sudah Yang Berhormat!

final • 10:20 AM

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar

Duduklah...

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

...Lebih RM40 bilion...

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah Yang Berhormat!

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

RM42 bilion hutang negara...

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sudah Yang Berhormat...

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Air itu lagi kritikallah, air di Selangor lebih kritikal.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Hutang negara, hutang 1MDB...

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Gombak duduk. Hei! Yang Berhormat Gombak, rakyat tengah marah Yang Berhormat Gombaklah.

final • 10:20 AM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat...

[Mengetuk tukul] Ahli Yang Berhormat yang lain, duduk!

final • 10:20 AM

Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Duduklah!

Duduklah!

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk! Yang Berhormat Gombak duduk.

final • 10:20 AM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Amat Berhormat.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Ini melengah-lengahkan.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Halau dia keluar, halau dia keluar!

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Hutang 1MDB lebih parah...

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, tolong duduk.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

...Daripada air Selangor.

final • 10:20 AM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat Gombak duduklah. Bagilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jawab, duduklah. Duduklah!

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk tukul]

final • 10:20 AM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Duduklah!

final • 10:20 AM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Yang Berhormat Gombak, tak tahu peraturan Dewan kah? Yang Berhormat Gombak duduk...

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Dengar dulu, hendak jawab...

final • 10:20 AM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Yang Berhormat Gombak duduk.

final • 10:20 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua, saya minta Tuan Yang di-Pertua tarik balik...

final • 10:20 AM

Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Duduk! Duduk!

final • 10:20 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tidak faham-faham lagilah.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua, kena tarik balik...

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Rakyat Selangor akan nilai inilah dia wajah Menteri Besar yang paling...

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat tolong duduk! Yang Berhormat Gombak duduk! Yang Berhormat Gombak, kalau Yang Berhormat berdiri sekali lagi, sudah banyak kali saya buat arahan supaya tidak, saya tidak teragak-agak menggunakan kuasa saya Yang Berhormat Gombak...

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Jadi pilihan kerana Yang Amat Berhormat akan menjawab, yang lain tolong senyap! Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tolong senyap kerana Ahli-ahli Yang Berhormat tidak membantu saya. Tolong, sama ada Yang Berhormat Gombak mahu berdiri lagi protes, selepas itu saya akan gunakan kuasa saya ataupun saya biarkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan untuk menjawab.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Saya tidak boleh berdiri Tuan Yang di-Pertua?

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sila.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Gombak tanya soalan. Jadi bagilah peluang saya jawab. Saya pun buat perbandingan sebab ada contoh juga bila kita jawab.

Kenapa Yang Berhormat Gombak ini punggung dia panas bila sentuh fasal air. Hairan, hairan [Ketawa] Baik, saya hendak nyatakan bahawa soal hutang negara memang diuruskan dengan baik kerana dari segi peratusan hutang negara, peratusan daripada KDNK telah pun dikurangkan daripada hampir, yang saya sebut dalam jawapan saya tadi, daripada sekarang ini 50 peratus daripada KDNK, 50.88 peratus daripada 55 peratus yang kita tetapkan sebagai maksimum. Jadi maknanya hutang negara dari segi jumlah keseluruhannya semakin menguncup. Soalnya bukan sangat saiz hutang Tuan Yang di- Pertua tetapi kemampuan kita bayar balik...

[Tepuk] Kalau Yang Berhormat sebut Singapura, Singapura punya hutang lebih besar lagi tetapi kemampuannya membayar balik memang tetap ada. Jadi kita ada kemampuan bayar balik yang tidak boleh dipersoalkan kerana badan-badan penarafan antarabangsa telah meletakkan Malaysia dalam kategori ‘A’ Tuan Yang di-Pertua...

[Tepuk] Jadi maknanya kewangan negara kita termasuk hutang negara kita memang diuruskan dengan baik dengan harapan bahawa masalah air di Selangor pun akan diselesaikan dengan baik...

[Tepuk]

final • 10:20 AM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat kerana kita mendapatkan pengiktirafan, penarafan yang cemerlang oleh badan-badan antarabangsa...

[Tepuk] Akan tetapi masih saya lihat pemimpin di sebelah sana masih dalam denial syndrome. Jadi contoh antaranya, seperti Yang Berhormat Bagan pernah pergi ke luar negara, ke Hong Kong di hadapan media antarabangsa mengatakan Malaysia ini negara bankrap. Jadi apakah Yang Amat Berhormat lihat ini salah satu tingkah laku oleh pembangkang sebagai sabotaj kepada ekonomi negara kita? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Tuan Yang di-Pertua, kita tahu apa yang mereka kata di luar negara. Sebenarnya apa yang mereka kata itu tidak ada asas, mesti berdasarkan kepada fakta. Apa yang saya katakan, jawapan saya dalam Dewan ini adalah berasaskan kepada fakta yang telah pun di-confirmed oleh badan- badan seperti IMF dan sebagainya. Jadi kalau ada pihak kata bahawa Malaysia ini bankrap kah, Malaysia ini failed state, itu adalah satu pembohongan yang jelas...

[Tepuk]

final • 10:20 AM

2. Tuan Loke Siew Fook [Seremban] minta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan menyatakan, butiran terperinci jumlah kutipan cukai pelancongan yang telah dikutip oleh kementerian setiap bulan sejak dilaksanakan mengikut pecahan negeri.

final • 10:20 AM

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya bagi pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk menjawab soalan ini secara bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Tanjong pada 15 Mac 2018 kerana menyentuh isu yang sama berkaitan dengan cukai pelancongan.

Seperti yang Ahli Yang Berhormat sedia maklum, cukai pelancongan yang dikenakan terhadap pelancong asing yang menginap di premis penginapan berbayar di seluruh Malaysia mula dikutip pada 1 September 2017 oleh pengendali premis penginapan dan dibayar kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Berdasarkan data yang diterima daripada Kementerian Kewangan, hasil kutipan cukai pelancongan bermula 1 September 2017 sehingga 31 Disember 2017 adalah sebanyak RM39,975,634. Perincian kutipan mengikut negeri adalah seperti berikut:

NEGERIJUMLAH (RM)
Perlis10962
Kedah827998
Pulau Pinang3881655
Perak471191
Selangor2028827
Kuala Lumpur16625258
Putrajaya1846970
Negeri Sembilan987257
Melaka1334165
Johor2716739
Pahang3473803
Terengganu298319
Kelantan56514
Labuan60290
Sabah4530628
Sarawak879058

Tuan Yang di-Pertua, dari segi pembahagian kepada setiap negeri pula walaupun sebelum ini saya telah mengumumkan agihan sebanyak RM1 bagi setiap RM10. Di sini saya amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kerajaan akan mengagihkan sebanyak RM5 bagi setiap RM10 kepada setiap negeri. Pembahagian cukai ini akan dibuat secara saksama berdasarkan peratusan kutipan cukai pelancongan di negeri masing-masing. Setiap negeri boleh menggunakan peruntukan ini bagi membangunkan sektor pelancongan masing-masing khususnya promosi dan pemasaran destinasi yang lebih agresif, penganjuran acara-acara pelancongan, pembangunan modal insan dan penyelenggaraan projek-projek pelancongan berskala kecil.

final • 10:20 AM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Yang pertamanya seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, selain Kuala Lumpur di antara dua negeri yang penyumbang terbesar ialah Pulau Pinang dan Selangor. Kedua-dua negeri ini saya rasa tadi kalau mengikut angka yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri telah menyumbangkan hampir RM7 juta daripada RM39 juta yang dikatakan telah dikutip selain daripada Kuala Lumpur.

Jadi persoalan saya ialah pengagihan 50 peratus yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, adakah pengagihan itu ataupun penyaluran balik dana itu akan disalurkan terus kepada kerajaan negeri khususnya untuk negeri-negeri di bawah Kerajaan Pakatan Harapan di Selangor, dan Pulau Pinang.

final • 10:20 AM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Apakah mekanisme penyaluran tersebut? Adakah dana itu akan dikembalikan kepada kerajaan negeri setiap tiga bulan ataupun setiap tahun? Bagaimanakah penilaian daripada pihak kementerian untuk memastikan dana yang dikembalikan kepada kerajaan negeri itu dapat dioptimumkan? Apakah mekanisme untuk memantau bahawa semua dana itu digunakan sebaik-baiknya untuk sektor pelancongan? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok jumlah yang dikutip dalam top five itu, satu sahaja negeri pembangkang ini. Kalau kita tengok pun, pelancongan ini bukan mula pada tahun 2008, ia sudah mula dari awal lagi, 1990. Jadi, Selangor dan Pulau Pinang ini dia cuma mempertahankan kerja baik yang telah dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum itulah.

Walau bagaimanapun, saya hendak maklumkan sini bahawa semua wang ini yang RM5 kepada RM10 itu kita akan hantar kepada kerajaan negeri. Maknanya kalau macam di Pulau Pinang, kita akan menghantar RM1,940,817.03. Itu kita akan hantar terus ke Pulau Pinang. Beritahu dekat saya hendak hantar ke mana, saya akan hantar ke sana. Selangor, kita akan hantar RM1,015,381,000, RM10, RM1...

[Disampuk] Ya?

Tiga bulan sekali.

Maknanya kalau kita buat setahun, bermakna duit itu tidak boleh dibelanjakan pada tahun itu. Jadi pihak Kastam telah bermurah hati bersetuju untuk setiap tiga bulan menghantarkan jumlah itu kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, kita akan terus hantar kerana kita mahu wang itu dibelanjakan secepat mungkin untuk seperti mana yang telah saya sebut sebentar tadi bagi tujuan pelancongan; promosi dan pasaran; destinasi yang lebih agresif; penganjuran acara-acara pelancongan dan pembangunan modal insan; dan penyelenggaraan projek-projek pelancongan berskala kecil.

final • 10:30 AM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Untuk melaksanakan cukai pelancongan ini, premis-premis penginapan mesti mendaftarkan premis-premis mereka dengan Kementerian Dalam Negeri. Yang Berhormat Menteri, setakat ini, berapakah premis penginapan yang sudah berdaftar?

Juga soalan saya satu lagi, adakah pengutipan cukai pelancongan ini menjejaskan kedatangan pelancong ke Malaysia? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya hendak maklumkan iaitu bahawa proses untuk mendaftarkan premis-premis yang menyewakan bilik mereka sedang berjalan dengan begitu baik sekali dan ia dilakukan oleh pihak Kastam. Pendaftaran itu dilakukan secara online dengan Kastam. Kita juga akan memastikan supaya Airbnb iaitu tempat-tempat yang memberikan sewaan lebih daripada lima bilik, mereka juga akan didaftarkan dan perlu membayar cukai. Jadi, prosesnya sedang berjalan. Saya boleh maklumkan iaitu apabila Kastam memaklumkan kepada saya bahawa proses ini sedang berjalan dengan begitu baik sekali dan makin lama makin bertambah mana-mana tempat premis yang menyewa bilik lebih daripada lima untuk disewa oleh pelancong-pelancong.

Soalan yang kedua, Yang Berhormat tadi bertanya sama ada ia akan ataupun telah menjejaskan. Jawapannya ia tidak menjejaskan, malah ia merupakan satu perkara amalan yang dilakukan di seluruh dunia. Kalau Yang Berhormat hendak tahu betul atau tidak betul, bila duduk di hotel pergi check tengok, macam-macam cukai ada. Di India dia ada cukai Tuhan, makna kena bayar. Jadi ini semua merupakan cara dan taktik bagaimana kita boleh mendapat wang yang lebih dan ia dibayar oleh pelancong- pelancong yang datang daripada luar negara. Langsung tidak dikenakan kepada pelancong dalam negeri. Terima kasih.

final • 10:30 AM

3. Dato' Sri Hasan bin Malek [Kuala Pilah] minta Perdana Menteri menyatakan, berapakah jumlah kes yang telah diselesaikan dan sedang berlangsung, oleh Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-kanak sejak ia mula beroperasi dan adakah kes-kes tersebut telah diselesaikan dalam tempoh yang singkat.

final • 10:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak yang pertama di negara dan juga yang pertama di Asia Tenggara telah pun mula beroperasi pada 22 Jun 2017 di Putrajaya. Penubuhan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak ini adalah untuk mendengar dan membicarakan kes-kes bagi kesalahan yang diperuntukkan dalam Akta 792 dan juga kesalahan-kesalahan jenayah seksual di bawah undang-undang lain yang melibatkan mangsanya kanak-kanak.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan bahawa dengan adanya mahkamah ini, pihak pendakwaan dan juga pihak peguam dan juga pihak mahkamah dapat bekerjasama untuk memastikan bahawa kes-kes kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak dijalankan tanpa apa-apa penangguhan.

final • 10:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah juga selari dengan Pekeliling Ketua Pendaftar, Bil. 2, Tahun 2017 dan menetapkan kes jenayah di Mahkamah Rendah diselesaikan atau dilupuskan dalam tempoh 12 bulan.

Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak ini telah dilengkapi dengan sistem Court Recording Transcription (CRT), sistem audio visual dan bilik saksi kanak-kanak dan bilik menunggu. Saksi kanak-kanak khusus ini amat penting demi membantu prosiding perbicaraan di mahkamah tersebut. Semenjak mahkamah ini diwujudkan, sebanyak 382 kes kesalahan terhadap kanak-kanak telah didaftarkan sehingga Februari 2018. Garis masa yang ditetapkan bagi penyelesaian kes kesalahan ini terhadap kanak-kanak adalah 12 bulan.

Berdasarkan daripada statistik bilangan kes yang telah diselesaikan dari tempoh bulan Jun 2017 hingga Februari 2018 adalah sebanyak 314 kes. Selanjutnya, jumlah kes tertunggak setakat Februari 2018 adalah sebanyak 68 kes. Jumlah ini menunjukkan bahawa kes-kes tersebut telah diselesaikan dalam tempoh yang singkat iaitu kurang daripada 1 tahun. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Hasan bin Malek - Kuala Pilah

Tuan Yang di-Pertua dan kepada Yang Berhormat Menteri, saya mengucapkan tahniah di atas inisiatif dan juga di atas perancangan pihak kerajaan dalam konteks mewujudkan Mahkamah Khas Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak ini.

Saya mengucapkan tahniah dan sudah tentulah ada perancangan untuk menyebarkan ke negeri-negeri. Setakat mana perancangan itu? Selain daripada itu pula, saya ingin mengetahui apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi memastikan bukan sahaja kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dapat dilupuskan dalam masa yang cepat, malah proses pengendalian kes dan keputusan juga adil dan berkualiti.

Harap dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat. Sudah tentu memang galakkan yang dibuat oleh kerajaan ini bukan hanya dengan penubuhan kes Tuan Yang di-Pertua, yang mana Mesyuarat Kabinet telah memberikan arahan bahawa mahkamah sedemikian ini diwujudkan di peringkat negeri-negeri mengikut fasa- fasa yang telah ditetapkan.

Selain daripada perwujudan mahkamah khas, kerajaan juga telah mengarahkan pihak mahkamah dan juga Pejabat Peguam Negara untuk melihat kepada beberapa pendekatan yang baru seperti pertama sekali kewujudan hakim iaitu dalam kategori JUSA C Tuan Yang di-Pertua, supaya hakim-hakim ini mempunyai pengalaman dan kemahiran bila menjadi hakim dalam perbicaraan kes-kes sedemikian.

Kemudian juga, pendakwa-pendakwa di peringkat negeri diwujudkan pendakwaan khas yang mana mereka juga dinaikkan pangkat kepada JUSA C supaya pengkhususan juga dapat diwujudkan. Saya telah berbincang dengan Ketua Pendakwa dalam negara kita di bawah Jabatan Peguam Negara termasuk juga Tan Sri Peguam Negara, mereka yang dikhususkan untuk pendakwaan ini tidak dipindahkan dalam masa tiga tahun supaya mereka adalah pakar. Kalau tidak, disebabkan oleh pemindahan yang dibuat oleh pegawai kerajaan, bertukar-tukar pendakwaan, kemungkinan kepakaran itu akan lari.

Seterusnya ketiga ialah kursus ataupun latihan di dalam dan luar negara bagi Hakim Mahkamah Sesyen dan Timbalan Pendakwa Raya tersebut untuk mengendali kes-kes jenayah dan juga kewujudan garis panduan khas untuk mengendalikan kes-kes kesalahan ini.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Garis panduan khas ini, Tuan Yang di-Pertua, adalah dianggap yang paling penting. Ia adalah satu-satunya diwujudkan dalam sistem mahkamah dalam negara kita dan ia dilancarkan yang pada 13 Disember 2017 akan menjadi rujukan dan panduan yang seragam kepada semua pihak yang terlibat. Garis panduan ini bukan sahaja membantu kelancaran perjalanan sesuatu prosiding kes malah memastikan proses pengendalian kes adalah bertepatan dengan prinsip keadilan.

Kemudian, kewujudan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan. Perkara ini boleh dilihat sebagai sesuatu yang dinamik, Tuan Yang di-Pertua, kerana isu jenayah seksual terhadap kanak-kanak ini adalah satu isu yang tidak boleh hanya diselesaikan tanpa undang-undang boleh berubah mengikut kepada zaman dan juga cabaran-cabaran masa depan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:40 AM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Saya sambut baik penubuhan Mahkamah Khas Jenayah Seksual ini ya. Saya ingin menanyakan kerana kita memerlukan solusi atau penyelesaian yang agak holistik berkait dengan pemahaman orang ramai dan masyarakat dalam membantu memastikan tidak ada lagi berlaku sebarang jenayah dan juga penderaan terhadap kanak-kanak.

Sehingga Mei 2017, terdapat lebih 22,000 kes yang melibatkan mereka yang berumur bawah 18 tahun. Secara khusus, sebanyak 13,000 kes berkait dengan pemerkosaan anak-anak kecil. Tahun lepas, Kementerian Wanita mengumumkan pendaftaran pesalah laku seksual yang sekarang memuatkan hanya 107 nama mereka yang telah didakwa bersalah kerana tidak ada pematuhan, is not mandatory, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Persoalan saya, apakah keberkesanan sejak pewujudan pendaftaran pesalah laku seksual ini, that is the child sexual offenders registry? Adakah kerajaan bercadang untuk memastikan ia bersifat mandatori supaya sekurang-kurangnya ada senarai mereka yang telah diputuskan bersalah, yang boleh membantu masyarakat juga mengekang kemaraan jenayah seksual ini? Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Sebenarnya soalan itu mungkin lebih baik dijawab oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebab pendaftaran itu akan berada di bawah mereka.

Bagi pihak mahkamah sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat daripada senarai-senarai penjenayah, daripada senarai majoritinya, ia datang daripada orang yang mereka kenal. Kadang-kadang terdiri daripada saudara mara, bapa tiri, abang tiri, adik-beradik kandung dan seterusnya.

Daripada senarai kes-kes yang kita buat setakat ini dari segi kajian di mana kes yang berdaftar di mahkamah dalam proses penyelesaian, kita dapati bahawa kes-kes kadang-kadang ditarik balik, kerana sudah tentu semua Yang Berhormat tahu tentang proses kehakiman dalam negara kita dari segi isu berkenaan dengan keterangan yang dibawa. Akan tetapi kalau kita hendak melihat pendaftaran tersebut dilihat sebagai suatu pendekatan yang preventif, mungkin pakar-pakar di dalam kementerian yang relevan boleh menjawab. Akan tetapi bagi pihak mahkamah, kalau kita tengok dari segi pendakwaan kes-kes tersebut, kadang-kadang mereka ini bukan dalam kategori pedofilia tetapi mereka melakukan perkara terkutuk ini kerana peluang itu dilihat boleh mereka melepaskan diri mereka.

Itu sebabnya saya percaya bagi pihak kerajaan, apa yang lebih penting ialah untuk mewujudkan kesedaran bagi masyarakat. Itu sebabnya salah satu daripada aspek kesedaran yang paling boleh dilihat sebagai satu penekanan yang lebih positif ialah kewujudan mahkamah khas. Ini kerana mahkamah khas ini bila kes diselesaikan dalam masa yang terdekat, mereka yang terlibat tidak boleh menyatakan bahawa mereka boleh mengambil kesempatan daripada sistem proses pendakwaan yang mungkin mereka hendak mengambil kesempatan untuk melambat-lambatkan. Itu sebabnya bila saya berada di Parlimen pada tahun lepas untuk bercakap tentang akta ini, kita menyatakan banyak kali bahawa tagline-nya Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, you can run but you cannot hide. Jadi saya harap mungkin kementerian yang bertanggungjawab untuk mewujudkan pendaftaran. Akan tetapi sebelum saya duduk,Tuan Yang di-Pertua, di negara-negara yang pernah melakukan sistem pendaftaran, pernah mengatakan bahawa dalam banyak kes, tidak ada jaminan pendaftaran tersebut boleh menyelesaikan kes ini dalam jangka masa yang panjang. Ini sebab kadang-kadang bila daftar, dia hilang daripada siaran pendaftaran itu.

Maknanya, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, they disappear from the registration. Maknanya, dia tahu dia boleh di-blacklist-kan, dengan izin, dia hilang. Itu yang sebabnya dalam negara-negara lain ada menyatakan sistem pendaftaran bukan sistem yang baik. Akan tetapi mungkin kepakaran daripada kementerian yang relevan boleh memberi jawapan yang lebih mendalam kepada soalan Yang Berhormat. Akan tetapi bagi pihak mahkamah dan juga pendakwaan, kita berharap sistem kewujudan mahkamah khas ini dapat mengurangkan dan memberikan satu pendekatan preventive, dengan izin, kepada mereka yang berangan untuk menjadi orang yang kena tuduh.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

4. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin [Pagoh] minta Perdana Menteri menyatakan, penjelasan dan menunjukkan geran-geran hak milik terkini lot-lot tanah Jalan Semarak yang diuar-uarkan telah kembali menjadi hak milik FELDA, bagi memberi jaminan bahawa ianya benar-benar telah kembali kepada FELDA, dan bukannya masih milik pemaju swasta, iaitu Synergy Promenade Sdn. Bhd.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Razali bin Ibrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam hormat, salam negaraku Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Pagoh ini bersekali dengan 15 soalan lain iaitu dari Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Lembah Pantai yang masing-masing di bilangan 28, 39 dan 43 Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini serta soalan Yang Berhormat Marang yang dijadualkan pada 13 Mac, Yang Berhormat Nibong Tebal pada 19 Mac, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Wangsa Maju pada 21 Mac, Yang Berhormat Ipoh Timur pada 28 Mac, Yang Berhormat Subang pada 2 April, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Kuala Krai pada 4 April dan Yang Berhormat Bukit Katil serta Yang Berhormat Sepang pada 4 April 2018.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:40 AM

Dato' Razali bin Ibrahim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Perjanjian Pembangunan Induk atau, dengan izin, Master Development Agreement bagi membangunkan tanah FELDA di atas 24 lot tanah di Jalan Semarak seluas 20.066 ekar telah ditandatangani pada 2 Jun 2014 di antara FELDA Investment Corporation Sdn. Bhd. (FICSB) iaitu sebuah anak syarikat penuh FELDA dengan Synergy Promenade Sdn. Bhd. (SPSB) di mana FICSB merupakan project management consultant (PMC) manakala SPSB dilantik sebagai pemaju utama projek.

Seperti Ahli Yang Berhormat telah sedia maklum, sebanyak 16 lot tanah FELDA berkeluasan 16.062 ekar telah dipindah milik kepada SPSB dan Synergy Promenade Kuala Lumpur Vertical City Sdn. Bhd. (SPKLVCSB) tanpa pengetahuan FELDA melalui empat perjanjian jual beli yang bertarikh 2 Disember 2015 manakala baki tiga lagi bertarikh 7 November 2016. Seterusnya pihak SPSB dan pihak SPKLVCSB telah mendaftarkan 16 daripada 17 lot tanah tersebut seperti yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang masing- masing bertarikh 21 Julai 2016, 27 Disember 2016, 16 Januari 2017 dan 3 Mac 2017 melalui surat kuasa wakil dengan izin, power of attorney yang bertarikh pada 3 Jun 2014.

Pihak FELDA menyedari transaksi meragukan tersebut berkenaan pindah milik tanah tersebut pada akhir Januari 2017 dan telah mengambil langkah untuk mendapatkannya semula melalui beberapa pendekatan. Antaranya, usaha berunding dengan pihak SPSB, siasatan SPRM, mempertimbangkan tindakan undang-undang, memasukkan kaveat persendirian bagi keseluruhan 24 lot tanah pada 14 April 2017 termasuklah membuat laporan polis pada 12 Disember 2017 dan 28 Disember 2017 seperti yang disyorkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri yang bertanggungjawab menjaga FELDA.

Seterusnya, satu kaveat pendaftar telah dimasukkan ke atas kesemua 17 lot tanah yang berkaitan masing-masing pada 26 Disember 2017, 28 Disember 2017, 3 Januari 2018 dan 4 Januari 2018 bagi tujuan untuk menghalang sebarang urus niaga daripada terus berlaku sementara menanti siasatan polis dan audit forensik yang akan dijalankan oleh firma audit luar. Jabatan Perdana Menteri pada 4 Januari 2018 telah melantik sebuah firma audit luar untuk menjalankan siasatan dan menilai pematuhan pelaksanaan projek berdasarkan undang-undang sedia ada, peraturan, dasar serta polisi kerajaan termasuk prosedur dalaman berkaitan kewangan, teknikal dan perihal perundangan.

Pada 15 Januari 2018, satu perjanjian persefahaman MoU di antara FELDA dan SPSB telah ditandatangani yang antara lain menyatakan bahawa:

(i) pihak SPSB secara sukarela mengembalikan semula kesemua hak milik ke atas lot-lot tanah tersebut kepada FELDA tanpa sebarang kos; dan

(ii) menubuhkan satu jawatankuasa rundingan untuk sama- sama meneliti pembangunan projek KLVC demi kebaikan kedua-dua pihak.

final • 10:40 AM

Dato' Razali bin Ibrahim

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, projek yang sedang berjalan akan diteruskan oleh FELDA serta SPSB telah bersetuju untuk berunding semula bagi penambahbaikan ke atas pelaksanaan perjanjian pembangunan.

final • 10:40 AM

Dato' Razali bin Ibrahim

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dato’ Dr. Yusof bin Ismail, ahli lembaga FELDA yang mewakili Kementerian Kewangan yang turut dianggotai oleh Dato’ Nik Ahmad bin Abdul Majid, ahli lembaga FELDA yang mewakili Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Husni bin Hussain, Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS), Dato’ Ab. Ghani Mohd Ali, Pengarah Besar FELDA dan Dato’ Muzzamil bin Mohd. Nor, Timbalan Pengarah Besar Pengurusan FELDA yang menjadi setiausaha kepada jawatankuasa tersebut. Tempoh rundingan tersebut hendaklah dilengkapkan dalam tempoh enam bulan dari tarikh perjanjian persefahaman ditandatangani iaitu pada 15 Januari 2018.

Manakala perkara ketiga yang dipersetujui di dalam perjanjian persefahaman tersebut adalah untuk memberikan kerjasama penuh kepada siasatan pihak polis yang masih berjalan sehingga ke hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya maklumkan bahawa yang terkini, kesemua hak milik ke atas lot-lot tanah tersebut telah kembali kepada FELDA yang masing-masing telah didaftarkan di Pejabat Tanah Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2 Mac 2018 sebanyak 14 hak milik dan pada 8 Mac 2018 bagi baki dua hak milik yang berkaitan.

Dalam masa yang sama, satu Jawatankuasa Siasatan Lembaga FELDA telah ditubuhkan bagi meneliti segala syor dan penemuan yang dikemukakan oleh audit forensik yang dicadangkan kepada Lembaga FELDA bagi tindakan yang sesuai untuk diambil. Skop tugas jawatankuasa ini adalah untuk memastikan bahawa segala proses berkaitan projek KLVC memenuhi tatacara tadbir urus korporat yang baik dan berintegriti.

Jawatankuasa Siasatan Lembaga ataupun Domestic Inquiry ini ditubuhkan dan dianggotai oleh ahli-ahli seperti berikut:

(i) Datuk Dr. Ahmad Kushairi bin Din (Pengerusi);

(ii) Yang Berbahagia Datuk Zulkifli Abdul Wahab;

(iii) Encik Andi Mohd Suraidi bin Haji Bandi;

(iv) Yang Berbahagia Datuk Ab. Ghani Mohd Ali; dan

(v) Puan Wan Zulina binti Wan Embong (Setiausaha Lembaga FELDA yang dilantik sebagai Setiausaha Jawatankuasa Siasatan Lembaga FELDA).

Tempoh masa berjalan siasatan adalah selama tiga bulan bermula dari tarikh pelantikan iaitu pada 13 Februari 2018. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin - Pagoh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kes ini memang agak serius dan sebab itu tadi disebutkan banyak soalan telah dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat.

Saya mengikuti kronologi perkara-perkara yang telah berlaku ini. Pada 15 Januari, Pengerusi FELDA, Ahli Parlimen Johor Bahru yang ada di sini, menyebutkan bahawa FELDA telah mendapat semula tanah itu- ini 15 Januari, tanpa melibatkan sebarang kos. Tetapi tarikh itu 15 Januari. Tetapi bila disemak oleh Ahli Parlimen Pandan, didapati bahawa masih lagi tidak didaftarkan. Itu satu kenyataan yang sebenarnya dibuat dengan tidak tepat.

Keduanya, Tuan Yang di-Pertua, ialah tindakan-tindakan yang sewajarnya diambil untuk menentukan supaya perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi kerana ia melibatkan hak milik ataupun harta FELDA yang cukup bernilai tinggi. Saya diberitahu hampir RM270 juta kalau tak silapnya, tak tahulah sama ada itu harga pasaran. Akan tetapi dalam kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi menyatakan bahawa ini tidak dengan pengetahuan FELDA. Jadi bila tidak dengan pengetahuan FELDA, bermakna tindakan-tindakan yang telah diambil itu pastinya ultra virus ataupun menyalahi, baik daripada sudut Akta Syarikat di bawah lembaga pengarah ataupun pihak FELDA sendiri.

final • 10:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin - Pagoh

Tadi telah dijelaskan panjang lebar tentang tindakan-tindakan yang sedang dan akan diambil. Saya hendak minta jaminan bahawa segala tindakan-tindakan diambil itu mesti diberitahu apakah keputusannya. Hal ini kerana kalau ini dibiarkan berlaku, kemungkinan pada masa akan datang banyak lagi kes-kes sebegini akan terus dibuat oleh pihak-pihak tertentu sama ada oleh pihak lembaga pengarah ataupun kakitangan- kakitangan yang tidak bertanggungjawab dan akhirnya harta dan hak milik FELDA ataupun mana-mana agensi pun akan hilang dengan begitu sahaja. Jadi, saya nak minta jaminan daripada pihak Yang Berhormat Menteri bahawa hal sebegini tidak akan berulang lagi.

final • 10:50 AM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Pagoh. Pertama, sebelum saya menjawab, Yang Berhormat ada menyebut tentang kenyataan Yang Berhormat Pengerusi FELDA mengatakan bahawa telah mendapat hak milik seawal tahun.

Sebenarnya pada tarikh yang dinyatakan tersebut, kesemua instrumen bagi persetujuan mendapat balik tanah telah pun ditandatangani. Apa yang paling penting adalah Borang 14A. Cumanya prosedur mendaftarkan di pejabat tanah, itu perkara kedua. Apa yang saya nyatakan kemudiannya hari ini, semua sudah kembali.

Pertama, waktu itu ada sebahagian daripada perkara yang terlibat berada dalam bukan penahanan tetapi disimpan oleh pihak polis kerana siasatan seperti yang kita maklum, dokumen-dokumen ini diambil. Akan tetapi pada 15 Januari itu ketika dinyatakan, Borang 14A telah ditandatangani. Ia sama macam perjanjian jual beli ditandatangani, maknanya sudah ada di antara dua belah pihak. Cuma prosedur mendaftarkan itu perlu mengambil masa dan kita sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita tidak ikut pintu belakang, kita tetap menjalankan proses pendaftaran di pejabat tanah itu seperti biasanya. Itu yang pertama.

Keduanya saya hendak beritahu, memang betul soalan ini serius, ramai tanya.

Jangan kata yang bertanya, perkara ini terdedah, walaupun dalam pengetahuan pihak pengurusan FELDA lebih awal, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun kecewa.

Oleh sebab itu kita jalankan satu forensic auditing daripada pihak luar, bukan oleh FELDA, untuk kita mengetahui apakah cerita yang berlaku di sebalik projek dan perpindahan ini. Oleh sebab itu, jaminan yang boleh saya beri ini adalah kita juga kecewa dan kita juga serius.

Cuma malangnya, saya tak boleh nak dedahkan 240 dokumen yang disiasat oleh forensik, syor-syor yang dinyatakan kerana laporan audit itu juga telah diminta oleh pihak polis dan oleh pihak SPRM bagi mereka menggunakan laporan tersebut sebagai salah satu dokumen siasatan. Jadi saya hendak beritahu bahawa laporan audit itu tidak boleh kita dedahkan kerana siasatan pihak polis masih berlangsung.

Kita akan pastikan bahawa perkara berkaitan ini tidak berulang dengan cara untuk kesemua jabatan kerajaan, agensi yang berkaitan mematuhi General Order ataupun perkara yang dianjurkan kepada mereka. Apa yang berlaku di FELDA ini sebenarnya satu pengajaran yang amat besar. Nasib baik ia tidak juga datang dengan kos yang besar. Maknanya kita dapat balik tanah tersebut daripada berpanjangan.

Saya setuju, kita tak boleh mengizinkan perkara ini daripada berulang dan saya boleh beri jaminan bahawa tidak ada jabatan yang boleh terlepas daripada kajian audit sebenarnya. Perkara ini saya harap dengan pelantikan dua jawatankuasa, Domestic Inquiry dan juga Jawatankuasa Merunding Semula Pembangunan Projek, kita dapat mengatasi masalah-masalah yang timbul sepanjang hasrat untuk membangunkan Kuala Lumpur Vertical City ini. Terima kasih Yang Berhormat Pagoh.

final • 10:50 AM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya. Saya ada sedikitlah pengalaman dengan tanah ini, dulu jadi pentadbir tanah. Soalnya, tanah itu nama FELDA, bagaimana FIC FELDA boleh membuat PA untuk membangunkan tanah itu? Apakah dalam PA yang dibuat oleh FIC FELDA itu membolehkan syarikat memindah milik tanah itu kepada orang yang ketiga atau kepada milik mereka sendiri? Ini soal yang besar. Soal ini berkait dengan undang- undang di mana pemindahan tanah, tuan tanah itu harus berhadapan atau di hadapan pentadbir tanah daerah. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Setuju. Perkara ini timbul apabila surat lantikan kepada SPSB ini dikeluarkan seawal 24 Januari 2014, kemudiannya Master Development Agreement ditandatangani pada 2 Jun 2014 dan power of attorney ini diberikan. Jadi, dalam power of attorney ini, antara lain, satu irrevocable dan juga kuasa penuh yang tidak diperjelaskan sehingga membolehkan syarikat yang mendapat PA itu menggunakan PA tersebut seolah-olah dia macam tuan punya keseluruhan.

final • 10:50 AM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Jadi, dia pun masuk satu perjanjian di antara diri dia dengan diri dia sebab dia antara syarikat yang bangun dan dia juga mempunyai full PA. Walhal, PA ini kalau tengok dalam perkara yang dinyatakan adalah untuk mereka melihat keseluruhan pembangunan, mencari, melantik perunding, mencari kewangan kerana FELDA tak nak keluar duit. Akan tetapi, dia gunakan kuasa yang tersirat itu untuk memindahkan tanah tersebut dan instrumen inilah yang dibawa kepada pejabat tanah.

final • 10:50 AM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Ini yang disebut banyak kali oleh Yang Berhormat Johor Bahru selaku pengerusi. Dia pun hairan kenapa Pejabat Tanah tidak menelefon FELDA untuk mendapat pengesahan dan forensic auditing juga melibatkan Pejabat Tanah untuk melihat prosedur perpindahan hak milik itu berlaku. Oleh sebab itu apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang ini termasuk di dalam terma rujukan forensic auditing dan memang dari segi prosedur semua dokumen itu nampaknya semacam memenuhi kriteria. Akan tetapi yang menjadi masalah Yang Berhormat Johor Bahru selalu sebut ini dia kata “Hei, ini tanah kerajaan. Tidak akan semudah itu dipindahkan?” Akan tetapi ini satu pengajaran kerana ketika saya menjawab ini menjadi lebih mudah kerana persoalan tanah itu sudah dipindah balik.

Kalau belum pindah balik susah sikit saya hendak jawab. Akan tetapi alhamdulillah pihak syarikat pun menyedari perkara tersebut. Tidak ada orang yang betul dan tidak ada orang yang salah. Siasatan masih berlangsung yang penting hak milik tanah telah pun didaftarkan kembali atas nama FELDA. Itu yang pada saya bersyukur.

Namun, apa yang dibangkitkan tadi tetap menjadi pertimbangan utama kita dalam mana- mana mengendalikan urusan yang berskala sebegini besar supaya jaminan kepada keuntungan bagi pihak kerajaan dan rakyat dapat kita pertahankan.

final • 11:00 AM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, boleh satu soalan? Ini kepentingan awam, Tuan Yang di-Pertua. Saya sangat sokong pandangan daripada Yang Berhormat Pendang tadi.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan. Singkatkan, Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Boleh? Soalannya simple, ringkas. Saya follow up daripada apa yang dinyatakan daripada Yang Berhormat Pendang. Saya, soalan yang cukup baik lah. Akan tetapi persoalannya, siapa yang mengeluarkan PA? Bagaimana boleh dapat PA? PA ini bukan senang kalau tanah itu pula dimiliki oleh FELDA. Jadi FELDA dia ada board. Has the board had a meeting?

Kalau tidak ada siapa yang mengeluarkan PA? Siapa yang ada autoriti mengeluarkan PA? Saya pun reti juga benda-benda begini sebab saya pun pernah buat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih banyak-banyak, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Datuk Wira Razali bin Ibrahim - Muar

Saya mengambil apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pagoh ya. Kita zaman sekarang ini tidak boleh hendak sembunyi- sembunyi pun. Banyak benda akan terdedah. Jadi saya akan menjawab di Parlimen ini.

PA tersebut ditandatangani oleh Pengerusi FELDA ketika itu dan Pengurus Besar yang menandatangani. Tak ada. Saya jawab soalan yang Yang Berhormat tanya. Saya beritahu lah.

Jadi maknanya ini bukan soal untuk saya mengata siapa betul siapa salah kerana siasatan masih berlangsung. Saya sebut tadi ada banyak syor sebenarnya atau penemuan yang didapati oleh forensic auditing. Cumanya menjawab soalan yang ditanya, saya jawab siapa yang keluarkan PA atau yang menandatangani. Prosedur tentang semua dokumen 240 dokumen, Minit Mesyuarat Lembaga telah pun diambil dalam melengkapkan siasatan.

Cuma Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tambah satu perkara yang dibangkitkan di luar yang tidak dibangkitkan di sini untuk saya jawab iaitu ada yang tanya, apa masalah tanah ini jadi isu sebab sehingga menuduh Yang Berhormat Johor Bahru berdrama? Dia kata tanah ini akhirnya nanti selepas 10 tahun kalau tempoh pembangunan itu akan dimiliki secara strata. Maknanya tidak jadi tanah FELDA pun. Ini ada disebut dalam ceramah dan ada juga pertanyaan yang dibuat tetapi tidak ditanya di sini. Saya hendak jawab serentak. Soalnya, kita tahu tanah itu akan diagih-agihkan secara strata. Cuma yang paling mustahak Yang Berhormat kena bantu beritahu dekat orang lain. Dalam membangunkan projek, kita doa dia berjaya.

Akan tetapi kalau dalam tempoh tahun-tahun pembinaan, syarikat yang dilantik gagal ataupun winding up, gulung tikar. Mana lebih baik? Dia gulung tikar dengan tanah sekali dia bawa atau dia gulung tikar tanah masih berada di pihak FELDA bagi kita cari syarikat yang baharu?

final • 11:00 AM

Datuk Wira Razali bin Ibrahim - Muar

Oleh sebab itu Pengerusi FELDA dia merujuk kepada hak milik tanah yang terlepas dan khuatir kalau apa berlaku kita tidak ada kawalan ke atas tanah-tanah atas projek yang hendak dibangunkan. Ini yang menjadi punca yang jadi perbincangan. Hari ini saya harap semua bersetuju dan bersyukur tanah itu selamat dan kita akan tengok hasil projek pembangunan itu benar-benar dapat memberi manfaat kepada kita FELDA dan organisasi kumpulan keseluruhan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

5. Datuk Haji Mohd Fasiah Bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, langkah kementerian bagi membantu wanita untuk berjaya dalam bidang pertanian termasuk menjadikan bidang pertanian sebagai kerjaya dan program keusahawanan wanita dalam bidang pertanian.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek - Kemaman

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Sabak Bernam di atas soalan yang dikemukakan yang saya kira soalan ini bertepatan dengan tahun ini kita menyambut tahun memperkasakan wanita. Jadi apabila soalan yang dikemukakan berkaitan dengan apakah langkah-langkah kementerian dalam membantu wanita, kerjaya wanita dalam bidang pertanian, dalam bidang industri asas tani dan sebagainya ia adalah sangat bertepatan.

Tuan Yang di-Pertua, kami sedar di kementerian ini bahawa di dalam pertanian secara tradisionalnya dilihat sebagai satu bidang di mana golongan wanita adalah golongan yang dianggap golongan disadvantage. Golongan yang memiliki pelbagai kekurangan, sering didiskriminasi, terpinggir, tersisih dan sebagainya. Oleh sebab itu kita katakan bahawa langkah secara sedar, secara conscious mesti dibuat. Bagaimana untuk mengangkat martabat wanita keluar daripada kongkongan daripada segala perkara yang menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang dikatakan disadvantage tadi.

Oleh sebab itu antara program-program yang telah kita pastikan untuk tahun ini misalnya, pembiayaan TEKUN misalnya telah kita tetapkan bahawa lebih daripada 50 peratus sekurang-kurangnya 50 peratus. Kalau boleh lebih mestilah dikhaskan untuk golongan wanita. Di bawah Agrobank ada program AgroTERAS yang di mana 95 peratus pada program ini ialah pinjaman diberikan kepada golongan wanita dan saya minta supaya Agrobank mengadakan suatu tingkap ataupun window khas, program khas lagi untuk tujuan membantu di kalangan usahawan wanita.

Tahun ini juga kita ingin memastikan bahawa program Agropreneur Muda sekurang-kurangnya 50 peratus dikhaskan untuk wanita. Begitu juga program-program seperti Geran Pemadanan High Impact Product, Program Geran Pemadanan Change Upgrade Product iaitu dipadankan kalau mereka keluarkan maksimum RM200 ribu, kerajaan akan membantu dengan memberi geran RM200 ribu lagi bagi tujuan ini dan kita berikan tumpuan khas untuk wanita menjalankan kerja dan usaha-usaha keusahawanan.

Tahun ini kita telah memutuskan bahawa MAHA 2018- MAHA adalah merupakan satu event terbesar kementerian yang dianggap sebagai event terbesar negara.

Kalau tahun lepas kehadirannya lebih kepada 3.7 peratus. Jadi tahun ini kita akan khususkan temanya juga ataupun konsepnya berteraskan tentang pembangunan wanita. Konsepnya kita panggil kita putuskan bahawa atas nama tagline ‘Segalanya Wanita’. Semuanya berkaitan dengan bagaimana untuk menambahkan segala bentuk awareness kesedaran untuk mengangkat martabat wanita dalam negara kita.

final • 11:00 AM

Datuk Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan secara komprehensif dan tahniah kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang telah memperkasakan wanita. Kebetulan pada tahun ini Dato’ Sri Mohd Najib telah merasmikan dalam Program Memperkasakan Wanita di peringkat nasional. Saya hendak tanya beberapa soalan. Pertama sekali, setakat manakah kemajuan dan peratusan peningkatan permintaan golongan wanita di dalam industri pertanian di Malaysia ini?

Saya hendak tanya lagi satu perkara, saya yakin bahawa wanita di luar sana begitu berminat dalam industri pertanian dan kita dapati memang ada di antaranya telah mempelopori industri kerepek dan juga lain-lain bahan daripada pertanian. Saya hendak tanya berapa peratus kah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini mempromosi dan juga memasarkan hasil-hasil pertanian? Hal ini kerana ini adalah satu perkara yang penting supaya kita melihat bahawa wanita ini setelah menghasilkan bahan-bahan daripada industri pertanian ini dia dapat memasarkan, mempromosikan dan saya yakin bahawa perkembangan industri ini akan berkembang dengan baik. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam yang ternyata merupakan pencinta wanita yang patut kita banggakan di sini, sama dengan kita semua. Saya tidak boleh sebutkan berapa peratus, berapa peratus di sini tetapi bila kita merangka kan Karnival MAHA 2018, antara perkara nya ialah untuk memaparkan penceritaan mengenai wanita. Penonjolan kejayaan- kejayaan wanita.

Daripada segi jumlahnya dan juga daripada segi tokoh-tokoh nya. Semuanya akan kita utarakan semasa MAHA 2018 dan kita juga melihat tentang ada perkara yang dilihat secara tradisionalnya wanita merupakan golongan yang dominan dalam sektor yang tertentu. Sebagai contoh, saya katakan 61 peratus dari pengusaha ataupun peserta wanita bimbingan FAMA berniaga di pasar tani seluruh negara ataupun pengusaha di Pasar Khadijah di Kota Bharu adalah wanita tetapi kita tidak mahu terhenti dengan jumlah sahaja.

Oleh kerana kadangkala nya yang membuat keputusan di peringkat Majlis Perbandaran, menguruskan nya tersebut lelaki ataupun mereka yang tidak mempunyai pemikiran bagaimana untuk memperkasakan wanita. Dari segi pasar tani, kemudahan- kemudahan wanita, dari segi tandas nya, dari segi kemudahan kalau wanita muda untuk meniaga, bagaimana penjagaan anak-anaknya dan sebagaimana nya mesti dipertingkatkan. Bukan sekadar jumlah nya sahaja tetapi perlukan suatu kempen kesedaran. Apa jua bentuk kemudahan dan juga soal-soal bagi meningkatkan keselesaan dan bagi melonjakkan keupayaan wanita dalam bidang pertanian, industri asas tani dan keusahawanan dalam negara kita.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 11:10 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kita lihat dalam negara kita banyak lagi hasil-hasil pertanian yang dipasarkan dalam negara kita merupakan hasil pertanian yang diimport. Jadi, sejauh mana kementerian melihat isu ini? Apakah cabaran utama dalam meningkatkan lagi hasil industri, terutama penglibatan wanita ini? Terutama kekangan tanah-tanah pertanian yang masih di setengah tempat yang semakin berkurang akibat daripada pembinaan bangunan dan sebagainya, yang menukar status tanah pertanian kepada tanah bangunan.

Saya juga ingin tahu daripada jumlah pembiayaan TEKUN yang telah diluluskan setakat ini, berapakah yang telah berjaya dapat menghasilkan petani wanita jaya? Minta penjelasan.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, story ataupun cerita kejayaan wanita ini banyak, saya tidak mahu detail kan. Nama banyak, nama Ros Hafidah, nama Rohaya, nama sebagainya. Tidak dinafikan dari segi jumlah penerima pembiayaan TEKUN, majoritinya lebih daripada 50 peratus sudah wanita. Akan tetapi jumlah, bilangan lebih pada 50 peratus adalah wanita tetapi jumlahnya kurang kerana wanita ramai tetapi jumlah pinjaman yang diperoleh nya adalah kecil-kecil.

Akan tetapi kali ini, daripada RM500 juta yang diperuntukkan untuk pinjaman TEKUN, kita ingin pastikan lebih daripada RM250 juta dikhususkan untuk wanita. Jadi, ini antara perkara yang kita katakan usaha yang dibuat secara conscious, secara sedar untuk memastikan wanita diberikan kemudahan-kemudahan tertentu.

Jadi, soalan yang lain itu tentang soal kebergantungan pada import dan sebagainya, kita akui bahawa ada perkara-perkara yang dikaitkan dengan keperluan makanan kita, tidak upaya untuk kita menghasilkan, misalnya gandum. Susah untuk kita tanam gandum sendiri tetapi usaha untuk mengurangkan import seperti jagung bijirin misalnya, itu sedang dilakukan. Ada tanaman yang tidak mungkin, misalnya kacang soya dan sebagai nya, mengambil masa yang lama untuk kita pastikan untuk ada keupayaan sendiri dalam soal ini.

Namun begitu, kita juga mesti melihat ada produk-produk tertentu dalam negara kita yang boleh kita eksport, yang boleh menjadi juara baru dalam bidang pertanian kita. Misalnya, durian sebagai contoh nya. Saya pernah sebut dalam Dewan yang mulia ini, adalah produk juara yang boleh kita eksport, ternakan ataupun bukan ternakan tetapi keusahawanan sarang burung walit misalnya, madu kelulut dan sebagainya. Ini adalah antara perkara yang boleh kita pelbagai kan dan kita juga melihat wanita turut terlibat dalam bidang-bidang ini. Terima kasih.

final • 11:10 AM

6. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, tindakan terhadap pindaan Akta Kerja 1955 yang telah dilaksanakan penambahbaikan apabila TPPA dipersetujui, namun belum dibentangkan.

final • 11:10 AM

Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem

Bunyi garang, Tuan Yang di-Pertua...

[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Bunyi garang tetapi hati nya baik. Ini orang kuat pejuang para pekerja.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Akta Kerja 1955, satu daripada sembilan undang-undang perburuhan negara yang perlu dipinda susulan pemeteraian TPPA yang kini telah digantikan dengan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP). Pindaan Akta Kerja 1955, akan dilaksanakan dalam dua fasa.

Fasa pertama dijangka akan dapat dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini pada tahun ini yang antara lainnya meliputi penambahbaikan faedah cuti bersalin dan peruntukkan bagi mencegah diskriminasi di tempat kerja.

Pindaan fasa kedua pula meliputi skop lebih luas, termasuklah obligasi bab buruh CPTPP dan cadangan penambahbaikan hasil daripada kajian holistik undang- undang perburuhan negara. Pihak kementerian perlu mengadakan sesi libat urus iaitu engagement dengan pihak berkepentingan terlebih dahulu, khususnya majikan dan pekerja sebelum pindaan fasa kedua ini boleh dibentangkan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato' Abdullah Sani Bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri. Saya meneliti jawapan Menteri dalam proses untuk meminda Akta Kerja, terutama sekali di bawah seksyen 37, Akta Kerja 1955.

Namun yang jelas, apabila Amerika Syarikat menarik diri daripada TTPA, kedengaran sudah ada kelonggaran untuk menguatkuasakan pindaan yang telah pun dibelanjakan jutaan ringgit, khusus untuk menyamai Convention ILO yang mana dinilai daripada hak pekerja yang berada dalam negara ini.

Soalan tambahan saya ialah langkah kerajaan untuk memastikan walaupun Amerika Syarikat menarik diri tetapi meneruskan pindaan ini, sekurang-kurangnya boleh memastikan bahawa hak dan penyamaan saranan yang dibuat oleh ILO itu dapat dilaksanakan dalam keadaan secepat mungkin. Contoh yang Menteri beritahu, fasa pertama itu tahun ini akan dibuat pindaan tetapi di luar sana mereka bercelaru kerana pindaan itu tidak dilakukan di bawah seksyen 37 yang menyebabkan cuti bersalin ada dua peringkat. Satu, melayani rang undang-undang yang telah pun diluluskan. Satu, tidak melayani. Jadi, ini kesan daripada negatif yang kita dapat kerana tidak segera kan pindaan itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, harus diingatkan di sini bahawa saya telah sebut sebentar tadi bahawa untuk kita menyertai CPTPP, sembilan undang-undang harus dipinda atau digubal kan. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, sememangnya untuk menggubal, untuk meminda sembilan undang- undang dalam masa yang ringkas ini memang tidak dapat dilaksanakan iaitu holistic review.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem

Oleh sebab Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sebutkan undang-undang yang perlu dipinda oleh kita adalah berjumlah sembilan dan saya sebutkan di sini:

(i) Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 iaitu untuk memastikan semua agensi pekerjaan swasta yang menjalankan aktiviti merekrut berdaftar dan mempunyai lesen di bawah akta ini;

(ii) Akta Penginapan Pekerjaan 2009/2010. Akta baru ini digubal bertujuan memastikan majikan menyediakan penginapan kepada pekerja;

(iii) Akta Kerja 1955 untuk menangani isu diskriminasi pengkajian pekerja;

(iv) Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) iaitu pindaan dibuat supaya selari dengan pindaan dalam Akta 1955;

(v) Akta Buruh Sarawak (Bab 76) iaitu pindaan dibuat selari dengan pindaan Akta Kerja 1955;

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem

(vi) Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 untuk menangani isu buruh kanak-kanak dan menyediakan senarai pekerjaan berbahaya atau (list of hazardous work);

(vii) Akta Kesatuan Sekerja 1959 untuk menyediakan ruang kebebasan berpersatuan kepada pekerja;

(viii) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk mewujudkan keharmonian perusahaan di antara majikan dan pekerja; dan

(ix) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2009 iaitu akta baru ini adalah penggabungan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967 untuk memastikan untuk memasukkan senarai pekerjaan berbahaya atau list of hazardous work. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, kita di kementerian seperti mana yang saya telah sebutkan tadi untuk menggubal atau meminda sembilan rang undang- undang dalam masa setahun, dua tahun ini memang tidak dapat kita lakukan. Terima kasih.

final • 11:20 AM

7. Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid [Kuala Kangsar] minta Menteri Pertahanan menyatakan, adakah kementerian akan menambah usaha membina jalan di bawah Projek Jiwa Murni pada tahun 2018 dan berapakah pertambahannya.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Mohd. Johari bin Baharum

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan Yang Berhormat Kuala Kangsar yang bertanya mengenai Projek Jiwa Murni, Kementerian Pertahanan secara bersekali dengan pertanyaan-pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh yang pertama Yang Berhormat Julau pada tarikh 19 Mac 2018 dan Yang Berhormat Hulu Rajang pada tarikh 27 Mac 2018.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan telah melaksanakan Projek Jiwa Murni sejak tahun 2009 yang melibatkan pembinaan jalan perhubungan bagi penduduk di pedalaman. Bagi tahun 2018, penambahan projek pembinaan jalan ialah iaitu yang pertama naik taraf Jalan Simpang, Jalan Balak ke Sekolah Nanga Jambu, Julau bahagian Sarikei. Kedua, membina jalan baru dari Nanga Ngungun ke Nanga Jalau di Kanowit bahagian Sibu.

Ketiga, membina jalan baru dari Nanga Jalau ke Nanga Simujan, Kanowit bahagian Sibu membina tiga jambatan [Tidak jelas] di Losong, Laku, Belaga dan membina jambatan di Losong Lenglang Ulu Baram, Miri.

Kelima, lima pembinaan jalan ini adalah di negeri Sarawak. Selain daripada itu juga, kita ada membina sebuah jalan, sebuah projek. Kita ada sebuah projek iaitu membuat dan membina masjid di Pengkalan Ambai, Kota Belud.

Kedua, sebuah projek di Semenanjung iaitu di negeri Pahang yang melibatkan naik taraf jalan kampung Orang Asli di Pos Batau ke Pos Lenjang, Cameron Highlands.

Secara keseluruhannya projek-projek tambahan, projek-projek berkenaan bagi tahun 2018 ialah pembinaan jalan sejauh 82 kilometer, pembinaan 32 jambatan dan sebuah masjid dengan kos yang dijangkakan hampir RM200 juta.

Tuan Yang di-Pertua, bagi pertanyaan Yang Berhormat Julau pula yang bertanya berkenaan dengan Projek Membina Jalan Balak di Sekolah Kebangsaan Nanga Jambu. Projek pembinaan jalan ini dalam proses perolehan dan akan dilaksanakan pada tahun ini. Manakala projek membina Jalan Balak di Sekolah Kebangsaan Ulu Entabai ianya tidak termasuk dalam senarai projek tambahan bagi tahun 2018 di bawah Program Jiwa Murni Kementerian Pertahanan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi pertanyaan Yang Berhormat Hulu Rajang tentang status terkini pembinaan jalan daripada Belaga ke Nanga Miri yang sedang dilaksanakan, sukacita dimaklumkan pelaksanaan adalah mengikut jadual. Status terkini sehingga 28 Februari 2018 adalah sebanyak 40 peratus siap dan mendahului jadual pelaksanaan.

Projek ini dijangka akan disiapkan pertengahan tahun 2020. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid - Kuala Kangsar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya adalah adakah kementerian akan melaksanakan N-BOS dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi membina jalan luar bandar khususnya yang melibatkan kos yang tinggi dan juga Projek-projek Jiwa Murni selain daripada projek-projek jalan. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Mohd. Johari bin Baharum

Terima kasih Yang Berhormat.

Memang MINDEF kita sedang melaksanakan projek-projek bersama dengan Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah (KKLW) iaitu ada beberapa projek yang telah kita laksanakan yang dahulunya dibuat oleh KKLW iaitu menaik taraf jalan daripada Simpang Balak ke Sungai Nanga Jambu di Julau, Sarikei Sarawak.

Kedua, naik taraf Projek Jalan Nanga Ngungun ke Nanga Jalau di Kanowit Sarawak dan naik taraf jalan daripada Nanga Jagau ke Nanga Suk di Kanowit juga. Jadi projek-projek ini dilaksanakan sebelum ini oleh KKLW.

Selain daripada itu juga, kita ada membina rumah-rumah untuk angkatan tentera, veteran angkatan tentera. Sekarang ini kita sudah bina lebih kurang 966 buah rumah yang dibina cara baik pulih dan juga bina baru. Selain daripada itu juga menaik taraf jalan, naik taraf air dan sebagainya iaitu di Sarawak, di Kanowit, di Kapit, di Serian.

Ini menaik taraf bekalan air. Selain itu, Projek Jiwa Murni melibatkan kesihatan rakyat di luar bandar. Selain daripada itu ialah projek semasa banjir iaitu membantu mangsa banjir seperti mana yang kita lakukan yang terakhir ialah di Pulau Pinang dan di Johor baru- baru ini.

final • 11:20 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, ialah sebagaimana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi ya berkaitan dengan projek Jiwa Murni ini, banyak dimaklumkan tentang pembinaan jalan terutamanya di Sarawak.

Saya ingin tanya kepada kementerian apa tindakan kementerian terhadap laporan audit yang mendedahkan bahawa dalam Projek Jiwa Murni ini yang membabitkan jalan misalnya kalau tidak silap saya Laporan Audit 2015 yang menyatakan 11 Projek Jiwa Murni ini terutamanya membuat jalan, dia punya kualiti dia teruk dan di bawah par dan kita belanja sebanyak lebih kurang RM254 juta.

Jadi, apakah Kementerian Pertahanan telah mengambil tindakan susulan daripada laporan audit ini dan kalau ada, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk memastikan kejadian ini tidak berulang lagi? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Mohd. Johari bin Baharum

Terima kasih Yang Berhormat.

Memanglah jalan-jalan yang dibina dalam program jiwa murni ini jalan-jalan yang tidak ikut, tidak sampai ke taraf JKR. Namun demikian, jalan-jalan ini telah banyak membantu penduduk-penduduk di luar bandar. Umpamanya boleh saya contohkan jalan macam di projek naik taraf jalan Belaga, Nanga Merit di Kapit. Kalau kita bina secara konvensional, ikut spesifikasi JKR dan sebagainya, kosnya ialah RM950 juta.

Akan tetapi di bawah program jiwa murni yang kita bina mengikut jalan kita ialah, kita hanya membelanjakan RM326 juta iaitu tidak sampai ke berapa banyak kita lebih murah, hampir 65 peratus lebih murah. Sudah pasti jalan-jalan yang dibina ini tidak mencapai taraf seperti mana yang disebut di dalam atau dalam penyata audit tersebut yang telah disebut oleh Yang Berhormat tadi.

Namun demikian, perkara ini telah diperjelaskan dan saya rasa tidak ada isu lagi berhubung kait dengan perkara ini. Umpamanya macam projek antara daripada Bario ke Ba’kelalan. Macam Bario di Ba’kekalan kalau ikut dulu-dululah, kalau tentera hendak berjalan, dia orang mungkin ambil masa sampai berhari-hari. Itu kurang-kurang 2 minggu untuk sampai. Kalau Ahli Parlimen macam Yang Berhormat Tangga Batu lah, kalau hendak berjalan, saya ingat dua bulan tidak sampai. Jadi itu keadaan dia.

Akan tetapi walau bagaimanapun sekarang ini bila jalan itu telah siap, dalam empat jam saja penduduk-penduduk itu boleh keluar masuk dari antara Ba’kelalan hingga ke Bario. Jadi maknanya penjimatannya cukup banyak. Jadi kalau kita hendak banding dengan laporan audit itu, inilah justifikasi dia. Maknanya kos pembinaannya begitu murah. Kalau kos pembinaan itu tinggi, itu lain. Akan tetapi sebab itu sekarang ini berkenaan dengan laporan audit itu telah diperjelaskan dan saya rasa benda itu tidak menjadi isu kerana ianya telah banyak memberi kemudahan kepada rakyat di luar bandar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sesi pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan berakhir. Usul Yang Berhormat Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 12 (1), ya.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:33 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Keenam, Parlimen Yang Ketiga Belas”.

[8 Mac 2018]

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Sungai Petani saya difahamkan ada 11 minit lagi baki untuk berhujah. Selepas itu nama yang dalam list di depan saya ialah Yang Berhormat Kuala Pilah. Jadi pembahas seterusnya selepas Yang Berhormat Sungai Petani dihadkan kepada 25 minit sahaja. Sila.

final • 11:33 AM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya menyambung apa yang saya sebut minggu sudah. Saya menyebut bahawa bagaimana sekarang ini Tuan Yang di-Pertua lembapnya kerajaan menjawab isu-isu yang penting.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 11:35 AM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Sebab itulah bila disebut fitnah, kita tidak boleh marah orang yang membayangkan apa yang sedang berlaku kerana kegagalan khususnya Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang sepatutnya menjadi agensi kerajaan yang menerangkan apa yang sedang berlaku di dalam negara kita. Saya masih ingat lagi semasa pemerintahan Dr. Mahathir dahulu, sebut sahaja isu, cepat-cepat kementerian akan menjelaskan suatu isu itu. Jadi rakyat tahu.

Sekarang seperti yang saya sebut minggu sudah tentang 1MDB, sekarang ini 10 negara sedang bercakap tentang 1MDB dan walaupun saya pembangkang tetapi Yang Berhormat Pekan ialah Perdana Menteri saya. Bila depa dok hentak, depa kata macam-macam dekat Yang Berhormat Pekan, saya pun terasa juga. Dia Perdana Menteri saya. Ini pasai apa yang Kementerian Komunikasi dan Multimedia, dok diam.

Tidak kata apa. Bila tidak kata apa, orang buat spekulasilah, orang ceritalah.

Sebab itu saya katakan kementerian harus datang ke Parlimen, umumkan, sebut bahawa dalam kes 1MDB kerajaan tidak terlibat langsung. Yang Berhormat Pekan tidak terlibat langsung. PAC pun sebut tidak terlibat langsung. Yang terlibat hanyalah dua hingga tiga orang manusia, sebut dan 1MDB pun bukanlah hasil daripada dana kerajaan.

Dia hanya private company sebab itu kami tidak tahu langsung. Jadi tidak payahlah kita bergaduh seperti minggu sudah. Yang Berhormat Pendang kata “Kau ini bodoh”. Yang Berhormat Sepang kata “Kau ini sewel”. Nampak? Oleh kerana apa, kerana kegagalan Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak mahu menjelaskan. Buat satu white paper, serah dalam Parlimen ini. Seluruh dunia tahu bahawa “Wahai rakyatku dengarlah, sekarang ini Yang Berhormat Pekan tidak terlibat”, habislah cerita. Tapi dok diam. Bila dok diam inilah jadi isunya.

Jadi saya mencadangkan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia, cukup, lena sudah cukuplah, bangunlah. Pertahankan apa yang kamu percaya. Lepas itu terpulanglah pada rakyat untuk percaya atau tidak sebagainya. Jadi buat white paper ataupun buat satu Minister statement supaya clear kan dan PAC pun jangan dok lena saja. Dah hangpa dah dapat semua laporan, buatlah satu statement. Takkan tidak berani.

Yang itu pun tidak beranikah? Silakan Yang Berhormat Selayang.

final • 11:35 AM

Timbalan Yang Di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya sila.

final • 11:35 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Saya juga hendak tambah, minta bahawa laporan Auditor General tentang 1MDB yang masih dia ada OSA, sepatutnya hendak juga dilepaskan supaya semua boleh membaca apa laporan Auditor General.

final • 11:35 AM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih, sebab itu saya kata minggu lepas kita bergaduh sakan. Kau nu maki kau ni, kau ni maki. Orang sebelah sana pun tidak faham, orang belah sini pun tidak faham. Orang sana kata bodoh, sini kata sewel. Ahli Parlimen kata bodoh dan sewel. Kerana apa, kerana kita masing-masing tidak faham. Yang Berhormat Pendang dia pegawai tanah dahulu, Yang Berhormat Sepang dia lawyer, Yang Berhormat Kelana Jaya dia corporate lawyer,ada juga economist. Semua tidak faham. Jadi bila tidak faham, government might buat white paper. Pengerusi PAC mai, jawab betul-betul. Cerita habis. Oleh yang demikian, selesai problem ini. Okey, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

final • 11:35 AM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya hendak tanya sama ada yang sebelah itu selalu kata PAC telah kata bahawa Jho Low dan Perdana Menteri tidak berkaitan ataupun telah pun di-create tidak salah dalam PAC report. Akan tetapi dalam PAC report saya minta dia orang cakap muka surat apa yang disebut Jho Low dan Yang Berhormat Pekan itu tidak berkaitan dengan 1MDB sebab tidak ada, saya baca setiap muka surat tidak ada. Saya dalam PAC, tidak ada. Malah PAC Chairman telah pun delete satu ayat tentang apa yang Bank Negara kata bahawa syarikat Good Star yang di miliki oleh Jho Low itu tidak berkaitan dengan PetroSaudi, terima RM700 juta.

final • 11:35 AM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Okey, terima kasih.

final • 11:35 AM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

So, minta supaya penjelasan diberikan.

final • 11:35 AM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Saya, cerita dia macam inilah. Ini ialah isu besar yang melibatkan negara dan nama baik Yang Berhormat Pekan.

Sebanyak 10 negara sedang bercakap tentang hal ini. Sebab itu saya minta, saya cabarlah, bukan minta lagi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia buat satu white paper, umumkan di sini bahawa yang pertama syarikat 1MDB ialah milik private, tidak satu sen pun duit rakyat digunakan. Buat statement yang itu.

final • 11:35 AM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Kedua, kalau 1MDB tutup, kerajaan tidak akan salvage, tidak akan bayar satu sen pun. Hendak tangkap, tangkaplah dua, tiga orang yang disebut itu.

Makna clear lah. Jadi kita buat komitmen bahawa apa pun jadi pada 1MDB bukan masalah negara, bukan masalah rakyat, bukan masalah Yang Berhormat Pekan, bukan masalah Yang Berhormat Rompin. Ia ialah masalah dua tiga orang yang telah pun tubuhkan syarikat seperti syarikat private dan kalau depa hendak lingkup, depa inilah masuk jel dan bukannya kita.

final • 11:35 AM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Oleh sebab itu saya cabar sama ada Menteri Komunikasi dan Multimedia atau Menteri Kewangan buat satu white paper dan umumkan- senang. Jadi jangan tuduh pembangkangkah, rakyat biasakah, naik pentaskah fitnah kerana kita dapat satu official announcement, satu white paper, satu pengumuman khas oleh kerajaan yang kita kena percayalah. Kalau tidak percaya, itu isu lain tetapi sekurang-kurangnya ada komitmen.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak move ke kedua iaitu isu angkatan tentera.

Tuan Yang di-Pertua, kita tengok khususnya bekas-bekas tentera kita dalam keadaan yang daif. Saya melihat bahawa khususnya apabila depa ini berhenti, cara depa hidup ini agak susah. Cara mereka membela dan membesarkan family pun susah. Saya mencadangkan kerajaan memberikan tumpuan yang lebih kepada angkatan tentera.

Mereka telah pun memberikan masa, tenaga, malah nyawa untuk mempertahankan negara.

Atas sebab itu, saya mencadangkan- atau saya meminta, bukan mencadangkan lagi. Saya meminta bersungguh-sungguh supaya kerajaan melihat balik peranan yang dimainkan oleh Tabung Angkatan Tentera, Akta 101. Ini sebuah tabung yang dibina, yang diaktakan untuk memberikan peranan kepada tabung ini menjana kewangan dengan harapan apabila tabung ini membesar, maka bekas-bekas angkatan tentera khususnya mendapat hasil daripada tabung mereka.

Jadi, tidaklah lagi mereka ini dilihat amat susah di bawah. Saban minggu kita lihat, kita tengok dalam surat khabar bagaimana bekas angkatan tentera ini merayu meminta bantuan anak sakit dan sebagainya. Jadi saya mencadangkan supaya bina tabung ini sekuat-kuatnya seperti bagaimana kita ada Bank Rakyat yang telah berjaya.

Saya tidak nampak kenapa tabung ini tidak boleh berjaya dan membantu bekas-bekas angkatan tentera kita ataupun kita punya veteran. Jadi saya minta supaya ini diperhatikan bersungguh-sungguh supaya bekas tentera ataupun veteran kita mendapat pembelaan.

Isu seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, ialah tentang human resource ataupun tenaga kerja yang kita ada di Malaysia ini. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kita ada 27 penjara di mana 18 di Semenanjung dan sembilan di Sabah dan Sarawak. Jumlah banduan kita ialah seramai 6,292 orang dan mungkin meningkat.

Isu yang ada depan mata kita ini, kita dok bela bagi makan depa kosong sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Kita bagi makan, kita bagi dia ubat dan pentadbiran dan sebagainya, saya rasa perbelanjaan kita tidak kurang daripada RM25 seorang. Setiap banduan all in all, kita belanja lebih kurang RM25 seorang. Makan dia, ubat dia, pentadbiranlah, macam-macamlah. Apa salahnya kita menggunakan tenaga mereka ini untuk membangunkan negara.

Sebagai contoh, Tuan Yang di-Pertua, mereka ini kita letakkan dekat satu kawasan dalam penjara juga, contohnya kita latih mereka untuk menjadi tukang jahit.

Bawa mesin jahit masuk dalam penjara, Tuan Yang di-Pertua. Biarlah dia jahit uniform tentera kah, uniform polis kah, uniform agensi yang lain kah. Maknanya, setiap mereka kita mesti kerah untuk kerja. Jadi, tidak ada masalah.

Sekarang ini kita bela, selepas itu kita buat apa dengan depa ini? Banduan yang kena 15 tahun, yang kena 20 tahun ini buat apa? Makan, tidur, makan, tidur, makan tidur.

Tidak boleh. Dalam keadaan kita perlukan setiap manusia untuk bekerja di Malaysia, inilah yang paling baik. Cari jalan untuk menggunakan mereka ini. Sudahlah bayar RM25, dok lena dalam penjara. Tidak betul. Mereka mesti diberi kerja dalam keadaan yang kita kawal.

Kedua, di samping itu, kita juga memberikan mereka ilmu. Contohnya budak- budak yang kena penjara bermula pada umur 20 tahun katakan, dia kena 15 tahun. Bila dia keluar, umur 35 tahun. Sekurang-kurangnya dia mahir buat sesuatu. Dia mahir menjahit kah, motor mechanic kah ataupun electrical wiring kah, ataupun something lah. Sekarang ini, Tuan Yang di-Pertua, kita kurung dia selama 15 tahun, dia keluar tidak jadi manusia biasa. Ini kerana yang pertama, dia bingung, banyak benda yang dia tidak ikuti.

final • 11:40 AM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Kemudian dia keluar dalam masyarakat, dia ada problem sebab dia hendak adjust kepada masyarakat tidak boleh. Akan tetapi kalau kita train dia dalam penjara, dia keluar-keluar itu paling tidak pun dia boleh menjahit. Bolehlah dia ada modal esok RM3,000 atau RM4,000 untuk buka kedai jahit ataupun dia jadi motor mechanic. Benda ini boleh buat.

Jadi, kita tidak akan lagi menyaksikan mereka ini jadi repeat offenders. Ini kerana dia tidak ada kerja, selepas itu apa yang dia boleh buat? Dia kata aku pun tidak ada kerja, orang pun tidak mahu ambil aku kerja, jadi apa yang boleh? Balas anak ayam kah, curi gerek, basikal kah atau apa. Jadi, masuk balik jel. Inilah masalah yang kita ada.

So saya menyerulah kepada Menteri Dalam Negeri dan juga Ketua Pengarah Penjara, melihat balik. Lebih baik kita invest dalam mission ini daripada kita membiarkan masa berlalu. Kena 15 tahun, 16 tahun penjara, masa berlalu. Pagi dia bangkit, tengah hari dia makan, malam dia makan, selepas itu petang dia pergi joging sat, maghrib sat gi dia masuk dalam sel. Nothing happens. Akhirnya apa berlaku? Kita belanja. Oleh sebab itu, inilah masanya supaya daripada yang kita ada ini lebih kurang 6,000 lebih ini kita train dan kita harapkan paling tidak pun separuh, 5,000 orang kah keluar, paling tidak pun, menjadi tenaga baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekian.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Pilah.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Hasan bin Malek - Kuala Pilah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertamanya saya ingin memanjatkan kesyukuran dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membincangkan ucapan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Saya mulakan perbahasan saya ini dalam bentuk menyebut tentang Sabda Rasulullah yang ada menyebut bahawa sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia lain. Pelajaran daripada kalimah yang baik ini adalah supaya mengajak kita menjadi manusia yang memberikan manfaat kepada orang lain. Perkataan kita sebagai nasihat, tangan untuk membantu, fikiran untuk menyelesaikan, bahkan wajah manis yang membawa ceria dan cemerlang. Jelaslah kepimpinan yang kini berada di arus perdana pemerintahan negara sedang dan akan terus berusaha dalam menyebarkan seberapa banyak manfaat supaya dapatlah nanti mencapai darjat sebaik- baik manusia.

Tuan Yang di-Pertua, pemimpin yang dinamik dan penuh kebertanggungjawaban serta adil adalah yang didambakan dalam memimpin rakyat.

Pemimpin selagi mereka berpegang dengan tali Allah, menggenggam sumpah taat setia dan amanah kepada negara, rakyat haruslah menzahirkan taat setia dan kepatuhan yang tidak berbelah bahagi kepada mereka.

Manakala pihak pembangkang di negara ini, janganlah saban hari berpagi-pagi menggodak tanah mengeruhkan air yang jernih, meracun pohon hijau yang segar melalui sebaran cerita-cerita yang beriwayat dusta, palsu, tidak berasas dan berniat jahat, dan tohmahan terhadap dasar-dasar dan usaha berterusan yang telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memakmurkan negara kita. Sikap menangguk di air yang dikeruhkan oleh tangan-tangan sendiri demi faedah politik tanpa didasari oleh prinsip sejagat, universal value, seperti keadilan, ketelusan, kebertanggungjawaban yang mereka sering tempikkan dalam propaganda mereka adalah satu perkara yang amat mengaibkan.

Seruan saya secara sederhana, marilah menjadi rakan pembina negara sebagai sebuah blok pembangkang yang rasional, tercerah dan bukan merempuh sempadan sehingga meruntuhkan nilai agama dan budi dengan pelbagai kepalsuan yang disarungkan pada pakaian kebenaran kononnya.

Saya juga ingin mengajukan kepada seluruh rakyat untuk menjadi rakan kongsi negara ini dengan memberikan dukungan penuh terhadap aspirasi negara, menyalurkan pandangan yang kritis dan bertanggungjawab pada salurannya yang tepat serta menjadi penyaring terhadap pelbagai berita-berita yang sampai ke halwa telinga tanpa diketahui entah dari mana ia diterbangkan angin.

Wajar dinyatakan di sini, pemimpin kita Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak dan baris kepimpinan kerajaan tidak pernah lekang berusaha meneroka peluang dan ruang yang boleh memberikan kesejahteraan kepada rakyat, membela hak dan masa depan mereka serta mengangkat darjat kita ke arah yang lebih baik.

final • 11:46 AM

Dato’ Sri Hasan bin Malek - Kuala Pilah

Usaha konsisten kerajaan ini adalah berpaksi di atas rasa kesedaran tinggi demi melihat masa depan yang lebih baik untuk dikongsi dan dinikmati oleh rakyat terbanyak.

Saya juga menyanjung tinggi serta merasa berbesar hati mendengar inti pati Titah Diraja yang jelas merangkumi semua aspek penting dari sudut kesiapsiagaan ekonomi dan kemakmuran negara sehinggalah aspek kesihatan, kesejahteraan dan kehidupan rakyat jelata secara komprehensif. Saya melihat keseriusan rakan-rakan pimpinan Ahli Yang Berhormat bertungkus-lumus dalam memastikan aspirasi Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong itu untuk negara dan bangsa dapat ditunaikan dengan jayanya tanpa sebarang pengecualian.

Suka saya membawakan salah satu sentuhan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa fokus kerajaan melaksanakan dasar-dasar transformasi fiskal serta pengurusan ekonomi dan kewangan secara berhemat telah mendorong momentum pertumbuhan positif pembangunan negara.

Pagi tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membentangkan kejayaan-kejayaan kita dari segi ekonomi cukup dengan angka-angka dan juga pengiktirafan dari peringkat antarabangsa. Matlamat untuk menempatkan Malaysia menjadi 20 negara teratas dalam pembangunan ekonomi, kemajuan sosial dan inovasi menjelang tahun 2050 adalah realistik untuk dicapai jika momentum ini dikekalkan serta ditingkatkan lagi pada masa akan datang.

Berdasarkan fakta yang terkandung dalam Laporan Kompetitif Global, Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang terpesat di samping merupakan pemain ekonomi paling kompetitif dalam kalangan negara membangun di Asia.

Justeru, sasaran kerajaan untuk menempatkan negara ini dalam senarai negara maju menjelang tahun 2050 sebenarnya realistik dan berada di landasan yang tepat.

Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.

Namun, paradigma yang perlu diberikan perhatian oleh kita ialah apabila urbanisasi yang didorong oleh ekonomi komersialisasi berkembang pesat, pola kehidupan konvensional akan berubah. Hubungan interpersonal yang berteraskan nilai- nilai kesalingan, kolektif akan dicabar oleh budaya baru yang didasari oleh semangat individualistik yang ekstrem. Apakah kita bersedia untuk berkompromi dengan kebudayaan moden, dengan karakter berkenaan dan sanggup pula menyerahkan jati diri kita yang berpaksikan agama dan nilai ketimuran terhadapnya?

Saya yakin dan percaya, pihak kerajaan telah menyedarinya dan senantiasa mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menguruskan perubahan berkenaan.

Termasuk di dalamnya yang perlu diambil perhatian serius ialah langkah-langkah pemeliharaan topografi negara ini terus terpelihara. Persekitaran hijau, tumbuhan tutup bumi, iklim sederhana akan dapat dinikmati pada masa akan datang, seiring dengan pembangunan konkrit dan batu-bata yang bakal memenuhi landskap fizikal negara.

Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga turut memberatkan perhatian terhadap gejala penularan berita palsu dan fitnah media sosial.

Justeru itu, saya ingin menyokong cadangan kerajaan untuk menggubal suatu undang- undang bagi membendung penyebaran berita palsu demi memelihara kemaslahatan masyarakat. Cadangan ini mendapat dukungan daripada kalangan ahli akademik yang melihat bahawa ancaman penyebaran berita palsu di media sosial akan membawa banyak mudarat terhadap kerukunan hidup masyarakat di negara ini. Maka, sudah tiba masanya suatu langkah punitif lebih berat diketengahkan bagi membanteras gejala itu.

Inisiatif kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri untuk menangani berleluasanya berita-berita separuh masak, khabar angin yang dipenuhi prasangka dan prejudis terhadap kestabilan negara seharusnya disambut baik oleh pelbagai pihak.

Secara rasional, tindakan ini dijustifikasikan senada dengan sikap yang diambil oleh pemimpin-pemimpin negara maju dan demokratik di luar seperti Perdana Menteri Britain, Theresa May yang mahu menubuhkan sebuah unit baharu bagi meningkatkan usaha menangani penyebaran berita palsu dan menghalang kempen penyaluran maklumat tidak betul oleh negara lain. Manakala sebelum ini juga, Presiden Perancis, Emmanuel Macron mahu memperkenalkan satu undang-undang baru yang mengharamkan berita palsu.

Selain itu, pendidikan literasi media sosial hendaklah disegerakan di pelbagai peringkat. Prinsip tabayyun yakni memeriksa, menyiasat sesuatu berita yang sampai kepada kita terlebih dahulu adalah langkah terpuji untuk menjadi pengguna media sosial yang beretika.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Hasan bin Malek - Kuala Pilah

Jika ini tidak ditangani, dibimbangi hubungan yang harmoni antara pelbagai kumpulan masyarakat di negara ini akan menuju berantakan sehingga ke tahap yang boleh mendorong kepada berlakunya persengketaan dan juga perpecahan.

Tuan Yang di-Pertua, semangat yang meniti di sebalik Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong berkenaan adalah berkisar mengenai pembangunan yang mapan, kompeten dan seimbang yang meliputi sektor ekonomi, sosial, prasarana dan lainnya. Hasrat murni ini amatlah baik sebagaimana manifestasi keseriusan untuk mengangkat martabat bangsa dan negara menuju persada dunia. Namun, hasrat berkenaan sukar untuk dicapai tanpa tindakan proaktif yang menyeluruh untuk memperkasakan pendidikan rakyat di negara ini.

Pendidikan atau ilmu pengetahuan adalah perkara asas yang menjadi inti sesebuah ketamadunan. Melalui proses pendidikan ini, akan lahirlah manusia-manusia beradab dan berbudi pekerti, insan adabi universal man yang akan mengisi pembangunan, mencorakkan dan memandunya ke arah pencerahan ini. Ini bertepatan dengan pepatah Cina yang menyebut, *“Kalau mahu hidup setahun, tanamlah gandum.

Jika mahu hidup seribu tahun, didiklah manusia.”* Pendeta Za’ba, ilmuwan kelahiran Kuala Pilah yang telah melakar jasa besar terhadap pendidikan negara pernah mengungkapkan bahawa, “Maka segala punca sekalian jalan-jalan ini tidak sah lagi ialah pengetahuan dan pelajaran dan di atas asas- asas inilah dibina bangunan-bangunan lain dan daripada inilah diterbitkan persenjataan dan kelengkapan bagi membantu jalan-jalan yang lain atau cawangan.” Itu ungkapan daripada Pendeta Za’ba.

Melalui program pendidik yang berkualiti sahajalah kita dapat melihat masa depan yang cerah dan berpandu akan dapat dijelmakan. Kesedaran ini telah dizahirkan oleh kerajaan melalui pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang menyuratkan secara konkrit dasar yang menentukan hala tuju pendidikan negara untuk tempoh 11 tahun mendatang. Pembaharuan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Negara ini dapat dilihat daripada sudut kaedah pentaksiran yang membebaskan pelajar daripada penilaian berasaskan peperiksaan. Dengan demikian, ukuran terhadap kemenjadian pelajar semakin diluaskan ufuknya kepada bukan hanya sekadar pencapaian IQ, malahan turut menyentuh EQ dan SQ.

Keseriusan pihak kerajaan ini dapat dilihat secara implisit dalam penyata pelan berkenaan. Sebagai contoh, lonjakan pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang bermatlamat melahirkan graduan holistik berciri keusahawanan dan seimbang. Kesungguhan kerajaan untuk melahirkan graduan yang holistik, cemerlang jasmani dan rohani ini adalah selari dengan perubahan paradigma manusia yang kembali menitikberatkan orientasi nilai sebagai sendi penting untuk menginsankan manusia sejagat.

Di atas kesedaran inilah, saya selaku Ahli Parlimen Kuala Pilah, menyambutnya dengan penuh iltizam untuk mewujudkan lembah ilmu luar bandar yang penting di kawasan saya. Jika dahulunya daerah ini sememangnya hanya dikenali sebagai kawasan jualan daging, ikan dan itik salai sahaja, namun kini, ia turut menawarkan tarikan baru sebagai lembah ilmu selain tarikan kawasan budaya, pelancongan dan alam sekitar yang masih terpelihara. Walaupun masih di peringkat awal, namun, usaha berterusan untuk menjadikan Kuala Pilah sebagai lembah ilmu akan terus diperjuangkan.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Hasan bin Malek - Kuala Pilah

Antara institusi pendidikan yang ada di kawasan ini ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kolej Komuniti Kuala Pilah, kolej kejururawatan, Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Sekolah Sukan Negeri Sembilan SMK Za’ba dan satu lagi berita gembira buat penduduk apabila usaha untuk menempatkan satu lagi Maktab Rendah Sains MARA sedang giat direalisasikan di Kuala Pilah. Usaha pembangunan ini juga sebaris bersama aspirasi kerajaan negeri di bawah pimpinan Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamad bin Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan yang telah melancarkan, Rangka Rancangan Jangka Panjang Negeri Sembilan Moden 2015-2045.

Ia merupakan suatu inisiatif dan aspirasi Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus dalam merencana corak pembangunan sosioekonomi secara inklusif, bermatlamat untuk mencapai visi Negeri Sembilan Moden 2045: Negeri Makmur Rakyat Sejahtera. Negeri Sembilan telah melalui fasa-fasa pembangunan dan perubahan struktur ekonomi yang telah membentuk asas Negeri Maju 2020.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Hasan bin Malek - Kuala Pilah

Persekitaran ekonomi semasa dan keupayaan sumber membolehkan negeri ini untuk mengerak lebih maju dan berupaya mendepani era pasca 2020 berteraskan prinsip anjakan dengan memfokuskan kepada kemampanan ekonomi, kesejahteraan rakyat, keharmonian masyarakat dan kelestarian sumber. Kuala Pilah diharapkan akan menjadi hab contoh bagi pendidikan luar bandar yang mendukung ekosistem Negeri Sembilan, negeri maju menjelang 2045.

Seterusnya, mendukung ke arah aspirasi Transformasi 2050 untuk menjadi 20 kuasa besar dalam ekonomi dan teknologi di dunia. Jika ia berjaya direalisasikan adalah diharapkan pertambahan penduduk di bandar yang menyebabkan perebutan sumber, kesesakan yang mendorong kepada tekanan hidup akan dapat dikurangkan dan pilihan untuk tinggal di luar bandar dengan akses kepada pengetahuan dan teknologi tidak pula diremehkan. Semoga iltizam ini dapat diterjemahkan melalui dokongan para pengundi dan penduduk di Kuala Pilah dan warga Malaysia seluruhnya.

Peristiwa yang paling terkini ialah apabila Kementerian Dalam Negeri khususnya bahagian keselamatan AADK, Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri telah turun ke Kuala Pilah dan mengumumkan bahawa Kuala Pilah telah diisytiharkan sebagai Daerah Bebas Dadah 2019 di bawah projek 1 Strategic Partner Community (1SPC). Ini adalah satu langkah, satu petunjuk yang cukup baik di mana hampir lebih kurang 50 buah kampung yang- 40 lebih buah kampung di Parlimen Kuala Pilah sifar jumlah penagih dadah dan sebagainya. Ini adalah satu pengiktirafan yang begitu positif daripada pihak kerajaan. Insya-Allah, ini akan kita kekalkan dan akan kita lebar luaskan kepada daerah-daerah yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, mengakhiri ucapan ini, saya ingin melahirkan rasa keterujaan akan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah mendampingi semua topik dan isu yang penting terhadap rakyat dan negara kita Malaysia. Saya amat yakin bahawa Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menjadi pemangkin dan inspirasi kepada semua di Dewan yang mulia ini agar bersedia dan menggalas usaha bertungkus-lumus dalam menjayakan program transformasi kerajaan agar menjadi lonjakan roh kejayaan ke arah anjakan paradigma ke sebuah negara yang terus mekar hebat menjelang tahun 2050. Insya-Allah, dengan landasan subur dan padu pemimpin dan rakyatnya.

Bagai kuku kucing Persia; Sakitlah hati jangan serik; Subur negaraku Malaysia; Bangkit kita menjadi terbaik. Terutamanya di bawah Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini. ‘Tuan-tuan’ dan ‘puan-puan’, tidak ada siapa yang tepuk, ya?

Tuan Yang di-Pertua, itu sahajalah yang dapat saya sampaikan. Banyak lagi yang hendak diperkatakan tetapi masa tidak mengizinkan. Saya dengan ini memohon menyokong. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kota Kinabalu.

final • 12:00 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana beri saya peluang untuk bahas dalam- memberi saya peluang untuk ambil bahagian dalam membahas Titah Yang di-Pertuan Agong bagi sesi Parlimen ini. Saya mewakili keseluruhan rakyat Sabah bukan sahaja P172 Kota Kinabalu minta Kerajaan Barisan Nasional melaksanakan apa yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, masalah pampasan tanah dan penempatan semula di Sepanggar. Saya ingin mengambil perhatian Yang Berhormat Menteri Pertahanan berhubung perkara ini. Saya merujuk kepada masalah pampasan yang telah lama dihadapi penduduk dari tiga buah kampung yang dipindahkan ke Kampung Numbak, Tuan Yang di-Pertua. Kampung yang terlibat ialah Kampung Sabang, Kampung Lok Madas dan Kampung Lok Butah yang terlibat di Parlimen Sepanggar. Ini tempat Yang Berhormat Datuk Jumat bin Haji Idris. Perpindahan penduduk berlaku bagi projek Pangkalan Kapal Selam TLDM, Teluk Sepanggar.

final • 12:05 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Saya ingin tegaskan projek ini amat penting demi keselamatan negara. Apa yang jadi persoalan ialah bagaimanakah dengan pampasan lot tapak rumah yang dijanjikan kepada penduduk yang terlibat?

Tuan Yang di-Pertua, isu penempatan semula penduduk di Kampung Numbak sudah berlarutan lebih 20 tahun sejak tahun 1997 lagi, boleh? Hingga tahun 2018. Tuan Yang di-Pertua, saya bukan mahu masuk campur tangan kawasan orang. Yang Berhormat Sepanggar jangan marah, jangan rasa kecil hati. Kita sama-sama mahu membantu rakyat yang susah.

Saya dapat tahu mengenai isu ini semasa saya minum kopi di kedai kopi saya.

Orang kampung yang datang cari saya dan minta tolong buat aduan ini. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, mereka pun sudah lama sangat tunggu tetapi tiada apa-apa jawapan lagi. Masalah pampasan sudah lebih 20 tahun sangatlah lama. Ada orang pun sudah meninggal dunia, ada orang sudah pindah lain tempat atau dia punya budak-budak pun sudah kahwin, ada cucu sudah. Banyak itu yang sudah mati masih tunggu dia punya lot tapak, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, masih belum selesai ini hal. Dapati lot tapak rumah masih tidak tahu di mana, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, memang penduduk kampung terpaksa cari jalan lain.

Mereka jumpa saya di kedai kopi, sebagai MP Kota Kinabalu kawasan Yang Berhormat pun neighbor jugalah. Jadi, kita sama mahu tolong rakyat yang susah ini. Jadi, saya bawa isu ini ke Parlimen supaya suara orang-orang kampung di Sepanggar dan orang Kampung Numbak akan kerajaan dengar.

Tuan Yang di-Pertua, saya mahu rujuk kepada laporan akhir. Ini satu laporan Daily Express pada 18 Julai 2010. Inilah surat khabar tahun itu... [Menunjukkan senaskah surat khabar berkaitan] Masa itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah dia Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Dia kata, “Projek Pangkalan Kapal Selam TLDM Teluk Sepanggar. Proses pemindahan penduduk selesai akhir tahun- Najib”. Inilah surat khabar. Sekarang kita punya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah.

Jadi, dia punya janji 20 tahun belum lagi dapat tunai. Saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri ambil perhatian dalam apa yang dia sendiri janji.

final • 12:05 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Jadi, ini bukan main-main punyalah. Orang kampung susah bukan main. Masih tiada tapak rumah, air pun tidak ada, karan pun tidak ada. Sampai mahu curi air, curi karan.

Merujuk kepada surat Ministry of Defense, bertarikh 26 Mei 2016. Kementerian ada menyatakan sebanyak RM4 juta telah dijelaskan atau telah dibayar kepada Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, 23 Februari 1998. Saya mahu tanya, RM4 juta bayar kepada kerajaan, Land and Survey ini hak untuk itu dapat tapak rumah kah untuk kampung itu?

Ini saya punya soalan. Jadi- kalau bukan bayar untuk apakah itu RM4 juta?

Surat ministry itu juga menyatakan bahawa daripada 708 orang yang terlibat dalam pemindahan itu, seramai 433 yang akan disediakan lot tapak rumah. Seramai 275 orang akan dibayar sagu hati dan diberi lot tapak rumah oleh kerajaan negeri di mana rumah hendaklah dibina sendiri. Daripada 275 orang itu, seramai 200 orang telah dibayar sagu hati dengan jumlah peruntukan RM1.865 juta. Namun, apa yang menjadi persoalannya ialah kementerian sudah bayar kepada kerajaan, tapak lot rumah telah dijanjikan tetapi apa sudah jadi dengan tapak rumah? RM4 juta, Ministry of Defense bayar kepada siapa- kalau bukan bagi?

Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya difahamkan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris telah berjanji untuk bantu tempatkan penduduk di kawasan paya bakau seluas kira-kira 20 ekar, tidak jauh dari tempat sekarang. Penduduk kampung juga telah kumpul wang sendiri RM500, sampai pinjam Ah Long lagi. Kemudian bagi kita kerja – tapak supaya dia orang boleh timbus itu tapak kawasan tersebut. Hasilnya kurang lebih RM200 ribu wang orang kampung berjaya dikumpulkan.

Ini kawasan bukan orang kaya. Ada yang gadai dia punya cincin, gadai rantai emas, pinjam Ah Long lagi- terpaksa demi tapak lot rumah. Ini untuk apa? Untuk itu lot rumah. Akan tetapi, apa yang berlaku amat mengejutkan Tuan Yang di-Pertua, apabila penduduk sudah masuk tapak lot rumah tiba-tiba datang satu surat daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Surat DBKK bertarikh 27 April 2016 memberi arahan untuk merobohkan dan mengalihkan structure bangunan di bawah Undang-undang Kecil Bangunan Bandaraya Kota Kinabalu 1951. Sampai FRU, Task Force dan polis digunakan untuk menghalau penduduk yang susah ini yang membina rumah di tapak rumah tersebut.

final • 12:10 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Kenapa sampai begitu zalim dengan penduduk- orang kampung? Ini bukan pelarian. Dalam surat DBKK dia mengarahkan tanah itu di atas geran 01200927, dia bilang dia pun geran- untuk kerja-kerja roboh structure bangunan. Saya sudah check Tuan Yang di-Pertua, geran tersebut. Itu tidak ada dalam registration dalam Land and Survey. Land and Survey pun tidak ada ini geran. Jadi mana dia dapat itu geran? Apa itu geran? Saya mahu ini kerajaan mesti mahu siasat. Ini geran palsu kerana saya dapat bukti daripada Land and Survey. Ini tidak ada ini geran, bukan lagi survey plan. Ini tipu rakyat. Saya sangka ini dia mahu tipu itu rakyat, tidak mahu dia masuk itu rakyat.

Jadi saya sudah check geran tanah 01200927 tidak ada dalam rekod Land and Survey Department. Adakah DBKK gunakan geran tanah palsu untuk menghalau orang kampung daripada masuk dan bina rumah di tapak tanah tersebut? Saya minta kerajaan bagi penjelasanlah kenapa begitu. Apa yang menghairankan ialah ini adalah salah satu tapak penempatan kepada penduduk-penduduk tiga kampung yang terlibat.

Apa sudah jadi ini kerajaan? Kerajaan bagi penjelasanlah. Apa ceritalah sekarang lagi, Menteri? Apa cerita? Tapak rumah masih tidak tahu di mana lagi. Wang pampasan sudah diberi, tapak lot rumah sudah ada, penduduk sudah keluarkan wang tambak tanah. Sudah masuk tapak mahu bina rumah tiba-tiba kena roboh pula. Maka ini, yang tapak rumah itu Yang Berhormat Sepanggar pun ada bantu RM10 ribu juga untuk timbus itu tanah. Akan tetapi, tidak tahu kenapa dia tidak dapat buat apa-apa bila kena roboh.

Jadi inilah persoalannya urusan pemberian pampasan kepada penduduk yang terlibat dipindahkan tersebut amat meragukan. Very fishy, I suspect this is a conspiracy between State Government and DBKK to fool the rakyat yang susah. Saya mahu tanya Ministry of Defense, tidak tahu kah ini hal? Begitu lama, 2016. Tahu kah ini hal? Apa yang berlaku di sana?

Apakah sebenarnya yang berlaku? Tapak rumah masih hidup kah? Itu tapak janji- lot rumah masih hidup kah atau sudah mati? Kasi tahu rakyatlah supaya rakyat boleh ambil keputusan. Bukan dia dapat rumah yang dibayar oleh Ministry of Defense sebagai pampasan kepada penduduk Kampung Sapang, Kampung Lok Matas, dan Kampung Lok Butah atau tapak rumah tersebut ialah milik DBKK? Ini kita mahu dapat jawapan.

Jika tanah tersebut ialah tapak rumah yang dijanjikan oleh Ministry of Defense, saya minta supaya orang-orang kampung dibenarkan masuklah dan bina rumah sebelum PRU 14, dua bulan lagi. Kalau tidak mungkin UMNO akan kehilangan 5,000 undi Tuan Yang di-Pertua dalam kawasan ini. Dalam masa 21 tahun sepatutnya isu pampasan lot rumah sudah selesai. Budak-budak punya kerja pun selesai.

Akan tetapi, lain pula jadi. Saya juga mohon Yang Berhormat Sepanggar berilah penjelasan. Rakyat di kawasan Yang Berhormat menunggu janji-janji yang diberikan.

Mereka bukan orang senang, orang susah, orang miskin. Ini kawasan orang susah juga.

Selepas saya mengetahui perkara ini saya juga lawat kampung tersebut pertama kali.

Kita kasi bantuan lagi bikin jambatan yang dijanjikan tahun 2013 tapi sampai hari ini belum lagi buat itu jambatan kayu dan surau pun tidak ada orang peduli, buruk sekali, lampu pun tidak ada. Terpaksa saya tolong buat dia punya surau. Ini bukan pancing undilah, undi tolong rakyat. Ini tolong god juga kan.

Kawasan ini kira-kira adalah 5,000 pengundi dan penyokong kuat UMNO. Yang Berhormat Sepanggar sendiri bilang dalam satu news sendiri, Yang Berhormat sendiri cakap, dia bilang saya pergi pancing undi. Apa saya boleh pancing undi? Apa macam saya boleh pancing kalau rakyat sendiri senang hati sama dia?

final • 12:10 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Jadi, saya amat hairan kepada UMNO, tidak jaga rakyat, tidak peduli rakyat.

Mungkin ini kali dia mahu kasi menang kepada DAP saya fikir. DAP memang boleh bantu rakyat sebab kita buat kerja. Saya berharap kali ini Yang Berhormat Sepanggar boleh buat kerja baik-baik, dahulu jaga Ministry of Defense dalam state government. Dahulu Barisan Nasional menang lebih kurang 9,000 undi, sekarang saya rasa ini undi pun boleh swing kepada Pakatan Harapan, DAP. Jangan main-main oh.

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat di bawah UMNO Sabah memang banyak masalah. Isu tapak tanah kampung ini sama macam juga itu Projek Bekalan Air Luar Bandar di Pulau Gaya. Sudah janji air kepada 15,000 rakyat di Pulau Gaya dan lebih kurang 2,400 keluarga di Pulau Gaya, akhirnya RM93 juta sudah habis tetapi air sampai hari ini Tuan Yang di-Pertua, bukan saya marah, tapak itu- itu projek mahu pasang air paip dengan meter sampai rumah supaya pasang masing-masing.

final • 12:20 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Sampai hari ini tidak ada air. Kampung Sepanggar, Kampung Pulau Gaya semua bayar air yang termahal di dunia, di Sepanggar 50 sen satu gelen tetapi sampai hari ini 50 sen satu gelen.

Tuan Yang di-Pertua, saya mintalah Barisan Nasional ikut janjilah. Bagi tapak rumah, terus tunaikanlah. Kalau tidak boleh tunaikan, haraplah jangan lagi jadi kerajaan, turunlah, kami yang jadi kerajaan supaya tolong rakyat, boleh? Tuan Yang di-Pertua, jadi sekali lagi saya mahu bertanya juga.

Saya mahu satu isu lagi. Isu ini warganegara. Kita banyak mendapat aduan, budak-budak dengan bapa orang Malaysia, mama orang luar negeri tetapi sebelum mereka kahwin, daftar, ada anak sudah. Jadi, belakang itu anak bila sudah daftar, belakang punya anak sama pun dapat IC tetapi di depan satu, dua, langsung tidak ada IC. Banyak di Sabah kerana orang Sabah banyak berkahwin dengan orang Philippines, orang Indonesia tetapi dia orang pun kerana ekonomi punya hal.

Jadi, saya berharap anak warganegara, jika ayahnya atau ibu warganegara Malaysia, bagilah dia warganegara. Saya mohon kepada kerajaan, sekiranya tidak boleh dapat kerakyatan, bolehkah kerajaan memberikan status penduduk tetap, IC merah kepada anak-anak ini supaya mereka boleh mendapatkan pendidikan lebih baik dan kerja cari makan. Jangan sampai dia pergi sekolah pun tidak boleh, sampai sekarang pergi kindergarten pun tidak boleh masuk.

Bagi menyelesaikan isu kerakyatan anak-anak Sabah yang tergantung, saya ingin merujuk kepada kes yang dibicarakan pada 2014 lalu di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah telah memerintahkan Jabatan Pendaftaran Negara mengiktiraf kerakyatan dan mengeluarkan MyKad kepada seorang remaja bernama Navin walaupun perkahwinan ibu-bapanya tidak didaftarkan. Ini satu kes tahun 2014. Akan tetapi dia pakai DNA lah. Saya harap pendaftaran tidak pakai– hari-hari mahu naik court kah? Ibu Navin ialah seorang rakyat Philippines, tidak dapat dikesan.

Dalam kes ini, bapa kepada Navin, R. Moorthy mahu membawa kerajaan iktiraf kewarganegaraan anaknya. Sudah dua kali Moorthy memohon kerakyatan anaknya tetapi gagal. Jadi, dia failkan saman di mahkamah dan menang. Menurut hakim, Datuk Hue Siew Kheng, kerajaan tidak wajar menghukum anak di atas kesilapan ibu bapa.

Perlembagaan Persekutuan tidak mengambil kira status ibu bapa seorang yang dilahirkan di dalam negara. Hakim juga memuji Moorthy kerana menjalankan tanggungjawab sebagai ayah tunggal dengan baik. Navin menunjukkan prestasi cemerlang dalam ujian UPSR...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, masa sudah habis.

final • 12:20 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Ya, saya sedikit- jadi, di sini saya banyak mahu mohon- begitu juga, sudah kahwin, belakang baru kahwin tetapi dia punya adik, abang, dia punya adik sama dapat IC, dia orang banyak tidak dapat. Jadi, sama bilang ada kahwin punyalah. Saya harap pendaftaran bolehlah, jangan kes bawa pergi court ini ongkos. Maka, ini court diarah JPN membayar RM8,000 lagi kos, mahupun dia bayar itu DNA lah. Saya mohon isu ini, bapanya Malaysia, kalau ada DNA, bagilah dia blue IC, jadi tidak susah rakyat begitu susah...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, tadi Tan Sri bilang 25 minit.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

20 minit. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Selain itu, minta terima kasihlah. Saya harap dapat ambil perhatianlah. Sekian, terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Tanjong Manis.

final • 12:20 PM

Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. *Au’uzubillaahi minassyaitaan nirrajeem. Bismilahi Rahmaani Rahiim [Membaca sepotong doa] [Membaca Selawat] Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh...

[Memetik ayat Kursi]*

final • 12:26 PM

Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis

Pertama kali marilah kita mengucap syukur ke hadrat Allah SWT dan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Kita amatlah bersyukur kerana masih diberikan kesihatan, kelapangan, kekuatan yang baik untuk menghadiri sidang Dewan yang mulia ini untuk Mesyuarat kali pertama dalam Penggal Keenam bagi Parlimen Ke-13.

Tuan Yang di-Pertua, saya Norah Abd. Rahman, Ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Tanjong Manis, negeri Sarawak dan mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dengan ini menjunjung kasih ke atas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di atas Titah Seri Paduka Baginda di persidangan kita ini, Penggal Keenam, Parlimen Ke-13.

Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda telah Bertitah dan amat mementingkan rakyat jelata apabila menyatakan bahawa kerajaan perlu merangka program yang boleh meringankan beban rakyat melalui Majlis Tindakan Sara Hidup Negara. Begitu juga dengan keprihatinan Seri Paduka Baginda agar kualiti hidup rakyat luar bandar dapat dipertingkatkan melalui transformasi oleh kerajaan.

Baginda juga amat menekankan keamanan negara agar negara terus memantau ruang siber, sempadan dan perairan negara Malaysia iaitu daripada ancaman daripada pihak luar dan dalam yang ingin mengucar-ngacirkan pemerintahan dan pentadbiran Malaysia, termasuklah membendung aktiviti pemerdagangan manusia, human trafficking. Jika dahulu anasir-anasir menggunakan cara fizikal atau kekerasan tetapi sekarang mereka hanya perlu menggunakan media sosial yang nyata lebih efektif dalam menyebarkan diayah mereka. Sebagai contoh, pihak ISIS menggunakan media Facebook untuk merekrut ahli-ahli baru mereka dari Malaysia.

final • 12:26 PM

Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis

Media sosial juga tidak mendatangkan sebarang kos kepada mereka dalam menyebarkan berita palsu. Begitu juga cara yang kedua ialah dengan menyebarkan berita palsu melalui media sosial dan internet. Ini ditambah pula dengan ramai di kalangan kita yang begitu cepat menyebarkan berita yang belum diketahui sama ada sahih atau palsu dan tentulah ini akan memburukkan lagi keadaan di dalam negara kita yang aman dan damai.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini, minggu lepas kita telah menyambut Tahun Hari Wanita Antarabangsa dan belum terlambat saya mengucapkan Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2018 dan juga selamat menyambut Tahun Memperkasakan Wanita Malaysia 2018.

Baru-baru ini dalam laporan International Parliamentary Union (IPU) pada 2 Mac 2018 telah menunjukkan peningkatan penglibatan wanita hanya meningkat sebanyak 0.1 peratus sahaja. Sebanyak 23.3 peratus pada tahun 2016 dan 23.4 peratus pada tahun 2017. Walaupun terdapat lebih ramai wanita yang memenangi kerusi Parlimen bagi peringkat nasional iaitu 27.1 peratus pada tahun 2017 berbanding 22.3 peratus pada tahun 2016.

Hal ini disebabkan lebih lagi tiada kuota bagi penglibatan wanita untuk bertanding kerusi Parlimen bagi sesetengah negara di dunia. Di dua puluh negara yang mempunyai kuota penyertaan wanita lebih daripada 30 peratus kerusi Parlimen telah dimenangi oleh wanita. Manakala wanita hanya memenangi 16.8 peratus kerusi di enam belas buah negara di mana tiada peruntukan kuota untuk wanita.

Oleh itu, saya berharap pada tahun ini, sempena Tahun Memperkasakan Wanita, penyertaan wanita untuk Kerusi Parlimen akan dapat dipertingkatkan melebihi sasaran 30 peratus. Sasaran 30 peratus penglibatan wanita di peringkat pembuat keputusan- decision maker ini telah dicapai dalam sektor awam dan syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Saham. Pada PRU Ke-13 yang lalu, terdapat seramai 23 Ahli Parlimen wanita daripada 222 orang Ahli Parlimen di Malaysia. Ini menjadikan peratusan cuma sebanyak 10.81 peratus sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, umum semua tahu sedia maklum bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak dalam pembentangan belanjawan tahun 2018 pada Oktober tahun lepas telah mengumumkan tahun 2018 sebagai Tahun Memperkasakan Wanita Malaysia dan pada hari Khamis yang lepas iaitu pada 8 Mac 2018 adalah sambutan Hari Wanita Antarabangsa di mana negara Rusia ia mengadakan hari cuti umum bagi sambutan, merayakan sumbangan wanita kepada mereka. Satu penghargaan yang amat tinggi pada wanita oleh negara Rusia.

Syabas dan tahniah Rusia.

final • 12:30 PM

Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis

Tahun Memperkasakan Wanita 2018, merupakan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak untuk mempertengahkan wanita ke arus perdana dengan lebih menonjol dalam pembangunan negara. Kita juga telah sedia maklum bahawa wanita merupakan tulang belakang pada kesejahteraan keluarga dan pembangunan negara. Seterusnya, wanita juga boleh pergi jauh ke hadapan secara holistik termasuklah di dalam aspek sosial dan terutamanya dalam bidang ekonomi.

Menerusi Tahun Memperkasakan Wanita 2018 ini juga, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang moden dari segi teknologi dan infrastruktur tanpa mengetepikan keperibadian dan budaya ketimuran kita. Oleh itu, kita seharusnya mengambil iktibar dan langkah sebaiknya untuk menjadikan tahun ini sebagai tahun pencapaian ekonomi yang terbaik untuk wanita Malaysia. Di antara lain pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam perbelanjaan tahun 2018 telah melibatkan wanita iaitu memperkasakan industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan peruntukan RM22.2 bilion. Begitu juga dengan pelaksanaan program latihan dan keusahawanan dengan peruntukan RM20 juta. Terima kasih banyak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak. Syukur Alhamdulillah.

Saya amat berharap Sarawak akan diberikan peruntukan sebahagian besar dana tersebut untuk memperkasakan wanita di negeri Sarawak. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah menetapkan penglibatan 30 peratus wanita dalam lembaga pengarah GLC, GLIC dan badan-badan berkanun di peringkat nasional. Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak. Terdapat banyak inisiatif dari Kerajaan Persekutuan yang telah berjalan dan boleh digandingkan dengan program ekonomi wanita tempatan. Sebagai contoh program pembangunan bimbingan dan latihan USAHANITA bersama agensi-agensi kerajaan seperti MARA, SME Corp, MATRADE dan semua agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) seperti RISDA dan FELCRA.

Sejak dari tahun 2011 polisi nasional adalah meletakkan 30 peratus wanita dalam golongan yang membuat keputusan (decision-making group) dalam sektor awam dan swasta. Polisi ini telah pun mencapai sasaran dan telah seterusnya adalah meletakkan 30 peratus wanita dalam komposisi ahli lembaga pengarah menjelang tahun 2020. Pada penghujung tahun 2017, penyertaan wanita sebagai pengarah untuk 100 syarikat teratas yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia ialah pada 19.2 peratus yang meningkat daripada 16.6 peratus pada tahun 2016.

Manakala syarikat seperti PETRONAS Gas, Sime Darby, Top Glove, Arab Malaysian Bank, GAMUDA mempunyai lebih daripada 30 peratus penyertaan wanita sebagai pengarah dalam syarikat masing-masing. Saya menyambut baik langkah syarikat GLC Prasarana yang telah melantik Puan Masnizam Hisham yang berusia 46 tahun sebagai presiden merangkap ketua pegawai eksekutif kumpulan baru bagi Prasarana Malaysia. Tahniah Puan Masnizam. We are very proud of your achievement. Begitu juga dengan Malayan Banking Berhad pada April tahun lepas, telah melantik Datuk Mohaiyani Shamsudin sebagai pengerusi wanita pertama yang mengetuai Lembaga Pengarah Maybank dan juga Puan Nik Fazila Nik Mohamed Shihabuddin yang juga telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Chemical Company (CCM) sebuah anak syarikat PNB. Tahniah kepada wanita.

Ini adalah apa yang kita katakan ‘Walk the Talk’. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengotakan janjinya dan untuk melantik lebih ramai wanita ke jawatan penting dalam syarikat berkaitan GLC. Syabas, tahniah dan terima kasih Yang Amat Berhormat Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak. Saya juga hendak berkongsi sedikit masalah-masalah wanita di negara-negara Komanwel secara umum dan ini juga terpakai untuk negara kita Malaysia. Isu di negara-negara Komanwel dan Malaysia dalam bidang perniagaan iaitu satu, kurang akses kepada modal.

Kedua, wanita yang baru bermula dengan perniagaan memerlukan program mentor untuk mereka mempelajari kemahiran perniagaan dan mendapat ilmu dan fakta- fakta kejayaan dalam perniagaan.

final • 12:30 PM

Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis

Ketiga, memerlukan pendidikan keusahawanan supaya mereka dapat mengurus perniagaan dengan berjaya. Bukti kejayaan Grameen Bank Bangladesh dan juga skim kewangan mikro dan lain-lain termasuk Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah menonjolkan peranan wanita yang sangat penting dalam menaik taraf hidup keluarga mereka dan seterusnya masyarakat setempat di seluruh negara-negara Komanwel.

final • 12:40 PM

Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis

Semua skim kewangan mikro menunjukkan kesamaan iaitu majoriti yang menyertai adalah wanita dan secara tidak langsung membuktikan bahawa sememangnya wanita menghadapi masalah kekurangan akses untuk keperluan modal di seluruh negara Komanwel termasuk Malaysia. Malah, dalam industri kecil dan sederhana juga, berulang kali di mana wanita mengalami kesukaran untuk mendapat pinjaman kewangan walaupun mereka telah membuktikan kejayaan pada peringkat kewangan mikro iaitu wanita adalah lebih bertanggungjawab membayar pinjaman dan melunaskan pinjaman bayaran mingguan kepada AIM setiap minggu.

Agensi-agensi kerajaan dan juga badan kemajuan negeri masing-masing juga boleh menyahut seruan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sempena tahun memperkasakan wanita Malaysia pada tahun 2018 ini dengan menyediakan ruang perniagaan yang strategik dengan harga jualan yang mampu dibeli ataupun mampu disewakan dengan kadar yang berpatutan khas untuk wanita terutamanya pada tahun memperkasa wanita pada tahun ini.

Saya juga ingin mencadangkan agar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bekerjasama dengan institusi kewangan yang berkaitan dengan kerajaan untuk menyediakan dana pembiayaan melalui tabung khas luar daripada sistem perbankan khas untuk wanita. Telah banyak cadangan yang telah dikemukakan dalam beberapa konvensyen agar wanita Malaysia menubuhkan sebuah bank khas untuk wanita memandangkan wanita sukar mendapatkan pinjaman bank komersial untuk perniagaan.

Saya menyarankan agar Kerajaan Malaysia menggabungkan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan TEKUN menjadi bank wanita yang pertama di Malaysia kerana majoriti permohonan pinjaman kedua-duanya adalah wanita. AIM dan TEKUN juga merupakan tapak permulaan bagi kebanyakan usahawan wanita dalam bidang perniagaan di Malaysia.

Umumnya kita mengetahui bahawa usahawan wanita menghadapi masalah untuk mendapatkan akses kepada dana pinjaman bank, pembiayaan modal teroka, venture capital. Ini menyebabkan kebanyakan wanita perlu bermula dari kecil dan kemudian barulah boleh berkembang ke fasa yang lebih besar melalui perkembangan perniagaan- mempunyai track record- untuk membuat pinjaman bank dan menggunakan pemasaran dalam talian dan sebagainya.

Bank wanita Malaysia yang pertama ini juga akan menjadi peneraju kepada implementasi menggunakan teknologi perbankan tertinggi berasas financial technology

(FinTech) sepenuhnya. Setakat ini, bank wanita yang telah ditubuhkan adalah di negara India, Pakistan dan Tanzania. Marilah kita Malaysia- saya mengalu-alukan supaya Kerajaan Malaysia mengambil langkah yang pertama di negara Asia Tenggara supaya kita dapatlah memperkasakan wanita seperti tajuk yang telah diumumkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Saya cuma hendak menyatakan baru-baru ini di kawasan saya di Tanjong Manis, terdapat kebakaran sebuah rumah panjang di Sare Rumah Saba sepanjang 17 pintu dan juga baru-baru ini juga terdapat enam buah rumah kampung yang terbakar di kawasan Maradong di Bintangor. Saya amatlah berharap agar KKLW ataupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapatlah menyalurkan dengan kadar segera untuk memberi mereka rumah-rumah baru. Ini kerana satu daripada keluarga rumah kampung yang terbakar mempunyai 19 orang dalam satu rumah dan sekarang mereka menumpang keluarga saudara-mara mereka dan amatlah tidak bersesuaian.

Dengan akhir kata, saya hendak mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Tuan Yang di-Pertua, kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin dan juga Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee yang telah banyak bersabar mendengar hujah-hujah kita dan telah mentadbir perjalanan Mesyuarat kita Ahli Parlimen Dewan Rakyat.

Saya juga hendak memohon maaf zahir dan batin kepada rakan-rakan seperjuangan di kedua belah pihak semoga kita sentiasa dirahmati Allah SWT dan diberi kesihatan yang baik. Kepada yang akan berjuang PRU yang akan datang, kepada semua kita yang akan berjuang, selamat berjuang dan semoga kita berjaya dan semoga Barisan Nasional sentiasa kekal mentadbir negara ini.

final • 12:40 PM

Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis

Syukur alhamdulillah, saya hendak mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang telah 60 kali datang ke negeri Sarawak semenjak beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia dan telah banyak memperkasa dan telah memberi banyak dana kepada negeri Sarawak demi pembangunan rakyat Sarawak. Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kota Raja

final • 12:40 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, tahun ini tahun yang ke-11 saya menjadi Ahli Parlimen seperti kawan-kawan yang lain juga, sesi kedua ini, dan mungkin tidak kembali ke Dewan ini sesi akan datang. Saya cuma hendak melahirkan beberapa perkara mungkin dapat diambil pandangan ini untuk sesi yang akan datang.

Kita bila dilantik sebagai Ahli Parlimen, kita dikatakan legislature ataupun penggubal undang-undang dan dasar dalam negara kita. Tetapi hakikatnya, ia bukan begitu kerana yang menggubal undang-undang dan dasar adalah eksekutif dan sedihnya dalam sistem Parlimen kita ini, kita hanya datang di sini terutamanya kami di pihak pembangkang ini, tidak terlibat langsung dalam penggubalannya dan hatta di dalam mempengaruhi bill, undang-undang yang dibawa. Saya selalu berkata kadang-kadang ini melemahkan semangat kita kerana satu titik, satu noktah pun tidak akan berubah bagaimana kuat dan hebat kita berhujah kerana pihak eksekutif dan pihak Barisan Nasional sudah membuat keputusan untuk meluluskan sebarang bill dan undang- undang.

Ini sebenarnya bertentangan dengan sistem ataupun semangat demokrasi yang ada di dalam negara-negara yang memegang prinsip demokrasi ini. Kalau kita lihat di Indonesia, Germany, United Kingdom dan sebagainya, mereka ada jawatankuasa- jawatankuasa atas banyak tajuk untuk membincang. Kalau di UK itu, setiap jawatankuasa dianggotai oleh Ahli Parlimen pelbagai parti dan di situlah mereka berbincang, berwacana apa yang terbaik untuk negara kita, bukan apa yang terbaik untuk parti pemerintah. Ini tidak berlaku di negara kita. Di Indonesia juga begitu. Oleh sebab itu, mungkin kita akan melihat di Indonesia semakin hari semakin maju kerana pemikiran-pemikiran ataupun cadangan-cadangan yang diambil daripada semua pihak, bukan hanya di sebelah pihak.

Maka, persepsi yang ada pada masyarakat, kepada rakyat umumnya adalah bila kerajaan buat undang-undang, ia lebih memikirkan kepada apa yang kerajaan hendak, bukan kepada apa yang rakyat dan separuh ataupun satu pertiga lebih daripada Ahli Parlimen ini bawa bagi pihak rakyat. Jadi dalam proses pembuatan undang-undang itu sendiri kita pincang dan apabila kita pincang, itu sebabnya dibawa di Parlimen ini perkara yang eksekutif yang tentukan, bukan kita sebagai Ahli Parlimen, sebagai legislature. Ia digubal oleh eksekutif dan kemudian kita ini seolah-olah rubber-stamp sahaja di sini untuk meluluskan. Itu pandangan saya 11 tahun di dalam Parlimen ini.

final • 12:46 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Jikalau kita lihat jawatankuasa-jawatankuasa yang kita ada, hanya mungkin Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan beberapa jawatankuasa yang dibentuk secara khusus untuk perkara-perkara tertentu. Sepatutnya kita ada misalnya jawatankuasa dalam urusan wanita, dalam urusan tertentu FELDA, pekebun kecil, semuanya itu perlu dibincangkan. Akhirnya bila kita bawa bill atau undang-undang itu ke dalam Parlimen ini, maka tidaklah berlaku perdebatan yang kadang-kadang kita semua setuju, merugikan masa kita.

Tuan Yang di-Pertua biasa merungut bahawa kita mengambil masa yang lama untuk membahaskan sesuatu bill itu atau sesuatu undang-undang itu, basically kerana kita tidak puas hati kerana tidak ada input kita. Jadi saya harap ini sistem Parlimen kita dan untuk kebaikan negara kita, akan berubah dalam masa yang akan datang supaya partisipasi dan inclusivity atau keterangkuman itu termasuk kepada Ahli-ahli Parlimen pembangkang untuk mendapatkan natijah yang terbaik untuk rakyat kita.

Saya hendak juga berkata bahawa ada banyak rang undang-undang yang saya lihat akhirnya- berapa kali sudah dibawa masuk Parlimen, masih tidak ada apa-apa perubahan. Contohnya untuk Orang Asli, empat kementerian saya ingat dalam perbahasan sesi yang lepas. Tahun lepas saya membawa isu Orang Asli.

final • 12:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Empat kementerian bangun menjawab tetapi masih tidak boleh selesaikan isu dan masalah tanah Orang Asli, tanah adat Orang Asli ataupun tanah hak mereka. Tidak boleh selesai. Ini kerana akhirnya tanah adalah di bawah kuasa negeri-negeri dan apa pun nasihat, apa pun yang diutarakan tidak boleh buat apa-apa. Jadi bila jawapannya “Kami tidak boleh buat apa-apa”, sangat mengecewakan. Ini kerana di mana jalan bagi mereka untuk mendapat hak di atas tanah mereka yang mereka duduki sekian lama?

Apa mekanismenya? Tidak boleh dibincang dengan tuntas dan tidak ada satu jalan penyelesaian dalam jangka masa panjang jikalau kita tidak menggubal ataupun mungkin juga meminda beberapa perlembagaan yang perlu.

Kedua adalah saya hendak sebut tentang pada awal dahulu saya baru menjadi Ahli Dewan Rakyat iaitu masalah komuniti berpagar dan berpengawal. Pada asalnya PBT tidak membenarkan taman-taman membina pagar di sekeliling perumahan mereka kerana mengikut Akta Kanun Tanah Negara, mereka tidak boleh untuk memagar dan menghalang orang lain daripada masuk.

Akan tetapi hakikatnya sekarang ini, hampir kesemua komuniti di dalam bandar terutama di Kuala Lumpur dan Lembah Klang ini adalah komuniti berpagar dan komuniti berpengawal. Cuma mungkin diperhalusi sedikit, diselaraskan dari segi operasinya sahaja oleh pihak negeri terutamanya di Selangor oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, tetapi ini adalah menyalahi undang-undang sebenarnya. Walaupun peraturan itu dibuat untuk melicinkan, menyelaraskan, kenapa Kanun Tanah Negara itu sendiri tidak dipinda?

Jikalau ia boleh, ia legal, maka ia perlu dibuat secara perundangan. Jikalau hari ini mana-mana rakyat menyaman mana-mana komuniti dan PBT tentang keizinan diberikan untuk mengadakan komuniti berpagar padahal mereka ini adalah pembangunan bertanah, bukan pembangunan berstrata, kita perlu ubah juga yang ini.

Lagi satu soal tanah yang dihadapi oleh rakyat iaitu tanah pusaka. Itu pun tidak dibuat apa-apa. Kita tahu masalah pusaka di dalam orang Islam, kepada orang Melayu ini, di mana satu tanah itu boleh diwarisi oleh berlapis-lapis generasinya, daripada tiga atau empat generasi tidak selesai. Tanah itu nilainya turun kerana tidak boleh dicagar di bank. Kenapa tidak kerajaan meminda Kanun Tanah Negara supaya masalah pewarisan tanah ini diselesaikan dalam masa tertentu?

Sekiranya tidak dapat diselesaikan oleh waris, maka mungkin kerajaan boleh membeli tanah itu ataupun salah seorang diberi hak untuk membeli kesemuanya supaya tidak berlaku bahawa tanah itu dirincik dan akhirnya apa yang berlaku di dalam tanah orang Melayu, di kawasan perladangan, pertanian adalah masing-masing mendirikan rumah seperti rumah setinggan dan bergaduh memanjang kerana tidak boleh ada hak ke atasnya.

Sudah 60 tahun kita Merdeka, akta ataupun Torrens yang kita ambil daripada UK itu tidak diperbaharui. Mungkin ini kerajaan patut melihat untuk menyelesaikan masalah di bawah sana. Di bawah sana rakyat suffer dan begitu juga mungkin ini yang berlaku di Kampung Baru. Jadi, patut ada- bermakna rakyat diberi masa tertentu untuk menyelesaikan masalah warisan ini dan sekiranya gagal, maka kerajaan boleh yakni membeli mengikut nilai supaya kita boleh membangunkan tanah itu dan sebagainya atau masing-masing mendapat hak mereka. Sekarang ini tidak dapat hak. Jadi, macam setinggan duduk atas tanah pusaka.

Kemudian banyak lagi masalah pembangunan rumah di bawah PBT dan juga di bawah pengawasan KPKT. Sehingga sekarang saya ada satu kawasan perumahan yang agak mahal, RM400,000 ke atas, dibina di atas tanah gambut. Bila elok sahaja habis ataupun sebelum lagi habis masa waktu masa untuk tuntutan kepada pemaju itu, rumah itu sudah mendap, tanahnya sudah mendap. Kes dibawa kepada PBT, kes dibawa kepada KPKT dan sebagainya dan akhirnya penduduk masih lagi tidak selesai kerana undang-undang itu begitu longgar ke atas developer. Maka akhirnya mereka terpaksa memperbaiki rumah mereka sendiri dan mereka kerugian banyak.

Ini saya hendak menyentuh satu isu yang kami telah melancarkan- sebelum itu, saya hendak sebutkan tentang tentera. Tadi Yang Berhormat Sungai Petani menyebut sedikit tentang veteran kita. Persoalan yang timbul daripada veteran ini adalah saya hendak bertanya kepada Menteri ini, dalam tahun 1973, Perintah Majlis Angkatan Tentera telah membuat persetujuan diluluskan oleh Kabinet bahawa setiap angkatan tentera, apabila dia bersara, dia boleh mendapat 20 ekar tanah dan dua lot perumahan pada tahun 1973. Sehingga sekarang, hanya segelintir sahaja yang dapat dan saya ingat biasa Menteri menjawab bahawa tanah adalah di bawah kuasa negeri. Cuma sekarang ini, di mana penyelesaiannya?

final • 12:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya mendengar satu ceramah bahawa tentera di Bangladesh, negara yang dikatakan lebih miskin daripada kita, mampu diberi sebidang tanah dan juga rumah.

Kenapa di negara kita ini telah menjanjikan kepada tentera kita tetapi kita tidak memberi kepada veteran kita? Itu sebabnya veteran kita sehingga sekarang mempunyai masalah dan berbagai-bagai kebajikan yang dihulurkan kepada mereka yang tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan.

Kita hairan dengan ada Lembaga Tabung Angkatan Tentera, juga ada Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad, apa guna tabung dan syarikat ini kalau setiap tentera tidak boleh diberi rumah? Mereka terpaksa juga membeli rumah berhutang dan 75 peratus mengikut anggota tentera yang pencen ini, yang veteran ini, bekas tentera mengalami kesempitan hidup, tekanan emosi. Hendak bersara, rumah tidak ada lagi, duit pencen tidak seberapa, sedangkan mereka berkorban nyawa untuk kedamaian, keamanan yang kita kecapi hari ini.

Jadi bagaimana kerajaan sehingga sekarang kita ada 150,000 orang veteran, tidak bolehkah kerajaan memenuhi janji yang diberi pada tahun 1973? Jikalau tidak boleh beri, tarik keluar, cerita kepada mereka, jangan diberi janji kosong. Jikalau betul tanah bukan di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan, mengapa dijanjikan pada awalnya?

Mengapa tidak ada negosiasi ataupun perundingan dengan kerajaan-kerajaan negeri apabila veteran ini balik kampung, mereka ada tanah untuk mendirikan rumah? Kita tidak minta untuk diri kita, kita minta untuk mereka kerana mereka bertanggungjawab melindungi negara kita.

Jadi, saya tidak faham, sehingga hari ini saya tidak faham kenapa kita tubuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Adakah hanya untuk memberi kerja besar-besar ini kepada bekas-bekas jeneral, bekas-bekas orang yang berpangkat tinggi tetapi angkatan tentera dengan lain-lain pangkat itu seperti peminta sedekah selepas mereka pencen- veteran ini? Setelah dilatih untuk mentaati perintah selama 20 tahun dan lebih, mereka keluar dan mereka diharapkan untuk memulakan perniagaan sendiri, pekerjaan sendiri, berusaha sendiri. Mereka mungkin tidak boleh fikir macam kita yang selama ini bebas kerana mereka dahulu command and do, komando. Bagi perintah, buat. Bagi perintah, buat.

Akan tetapi sekarang hendak mula perniagaan, hendak buat network dan sebagainya, ini adalah satu perkara yang tidak semua orang boleh buat. Mungkin kita boleh ambil beberapa orang yang berjaya di kalangan veteran, tetapi secara umumnya, mereka tidak mampu untuk memulakan satu karier baru untuk memajukan diri mereka sedangkan mereka sudah sampai ke satu umur 40 tahun ke atas yang mungkin susah hendak belajar benda baru. Ini perlu kita beri. Saya ingat tidak ada bantahan sekiranya kerajaan memberi satu buah rumah percuma kepada mereka. Walaupun gaji mereka rendah, tetapi apabila mereka bersara, mereka ada rumah.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat...

final • 12:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Seterusnya saya hendak masuk yang akhir tentang...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kita...

final • 12:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Ha, sambung ya? Okey, saya ingat lagi lima minit. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kita sambung jam 2.30 petang. Ada lima minit lagi.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 minit petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Kota Raja. Ada lima minit lagi.

final • 2:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin membetulkan sedikit tadi satu fakta yang saya tersilap.

final • 2:33 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Sistem Torrens sebenarnya adalah dari Australia dan bukan dari United Kingdom mengenai isu Kanun Tanah Negara tadi.

Tuan Yang di-Pertua, tadi saya tengah berbahas mengenai veteran angkatan tentera kita. Kita tahu bahawa majlis- kita ada Jabatan Hal Ehwal Veteran negara. Baru- baru ini, ada cadangan supaya persatuan-persatuan dan pertubuhan-pertubuhan NGO veteran ini tidak didaftarkan di ROS tetapi sebaliknya mesti didaftarkan dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran. Jadi saya ingin bertanya atas sebab apakah maka undang-undang ini atau peraturan ini dikenakan ke atas persatuan veteran ini?

Akhirnya saya ingin menyentuh tentang satu cadangan daripada Pakatan Harapan yang keluar di dalam Buku Harapan: Membina Negara, Memenuhi Harapan ini.

Satu tajuk iaitu tentang rancangan ataupun visi kami untuk mengadakan satu skim ala KWSP untuk suri rumah tangga. Kita mendapat reaksi yang negatif daripada Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat yang mengatakan bahawa ini adalah mungkin mereka dikenakan cukai dan sebagainya dan kononnya kerana kalau kita potong daripada suami dua peratus untuk skim ini, seolah-olah isteri ini bekerja dengan suaminya.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, skim ini saya lebih suka memanggilnya kumpulan-kumpulan wang simpanan suri rumah, sebenarnya adalah usaha kami untuk menghargai suri rumah yang kita tahu kerja mereka, sumbangan mereka kepada pendapatan negara ini tidak diambil kira dan tidak masuk di dalam perkiraan KDNK ataupun di dalam GDP.

Kalau kita lihat seorang suri rumah, is a jack of all trades lah, semua perkara dia buat daripada memandu, memasak, melahirkan, membesarkan anak, mendidik, the list, senarainya begitu panjang. Jadi sebagai penghargaan kepada suri rumah, hanya suri rumah yang tidak bekerja, kami bercadang supaya kerajaan memberi sedikit sumbangan ataupun sedikit gratuity kepada mereka RM50 sebulan daripada dia mula kahwin sampai akhirnya.

Ini kerana daripada pengalaman kita di dalam masyarakat, kebanyakan wanita bila dia sampai ke umur 50 tahun atau lebih dan sekiranya mereka tidak ada kemahiran, tidak ada pekerjaan, tidak ada pencen, tidak ada KWSP, tidak ada banyak perkara dan mereka bercerai dengan suami sama ada bercerai mati atau bercerai hidup dan anak- anak pula tidak semua boleh diharapkan kerana kita tidak ada undang-undang khas yang memaksa anak-anak untuk menyara ibu dan bapa mereka, maka ini adalah satu safety net yang kita hendak beri kepada wanita, suri rumah dan kita mencadangkan supaya kerajaan menghargai wanita yang sebenarnya melahirkan sumber manusia negara ini.

Jadi RM50 daripada kerajaan dan bagi suami yang bekerja dan berpendapatan tetap supaya membuat sedikit potongan untuk isteri dan sekiranya anak-anaknya sudah bekerja, juga membuat sumbangan. Beliau juga boleh sebenarnya menyumbang sendiri di dalam tabung ini yang boleh beliau kutip bila umurnya sampai ke tahap tertentu, mula ditentukan 55 atau 60 tahun, tidak kira.

Cuma untuk makluman Ketua Wanita UMNO, ini bukanlah sama skim dengan SSP1 ataupun Skim SARA 1Malaysia ataupun lagi satu skim saraan itu. Itu adalah secara voluntary, secara sukarela, tidak diwajibkan tetapi sekiranya kita mewujudkan skim ala KWSP ini, saya sebut kumpulan wang simpanan suri rumah, maknanya wang ini tidak boleh dikeluarkan sebelum umurnya sampai begitu kecuali kalau kita memasukkan skim lain di situ ala SOCSO pula di mana jika mereka sakit dan sebagainya, mereka dapat bantuan atau dapat mengeluarkan daripada situ atau diberi bantuan. Jadi ia adalah berlainan, ia adalah komitmen kerajaan yang memerintah, ia adalah untuk memberi safety social net kepada suri rumah tangga.

Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 2:33 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih...

[Membaca sepotong doa] Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan keizinan kepada Bagan Serai untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya pergi ke Bangladesh, Cox’s Bazar bersama dengan rombongan daripada bantuan Parlimen untuk memberikan selimut dan juga bantuan kewangan.

final • 2:38 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya dapati di Cox’s Bazar, di kem pelarian Balukhali dan juga di Kutupalong ramai orang, ratus ribu orang dan masalah di sana ialah masalah ayaq. Ayaq hendak mandi tidak ada, ayaq hendak minum pun tidak bersih dan masalah yang timbul, ayaq ini sangat saya insaf dan sedih hari ini. Bila saya balik Malaysia ini saya lagi sedih rupanya.

Rupa-rupanya bukan sahaja di Bangladesh, di Cox’s Bazar, di Selangor pun tidak ada ayaq. Jadi kalau- saya rasa orang Selangor tukarlah kerajaan lain kerana kalau ayaq tidak boleh manage, macam mana hendak manage orang.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum kita cerita benda-benda yang mendalam tentang negara kita hari ini, paling penting juga kita mengetahui tentang status ekonomi negara kita.

final • 2:38 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Kita kena tahu sebenarnya. Kita kena tahu dengan fakta-fakta, di mana kita dahulu dan di mana kita sekarang. Oleh sebab itu saya rasa terpanggil untuk memberikan pencerahan ini, kerana hari ini ada orang-orang yang keliru dan mengelirukan orang lain.

Ada yang kita katakan macam mengigaulah kan? Adapun rasa macam duduk dekat 1980an, ataupun duduk dalam krisis ekonomi, krisis kewangan umpamanya, masih lagi dalam keadaan yang terkeliru.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, mari kita lihat dahulu yang paling dekat dengan kita.

Kalau kita hendak lihat status ekonomi, kita lihat status ekonomi satu tahun kebelakangan ini. Umpamanya kalau di Malaysia ini, suku pertama tahun 2016 kita di tahap 4.2 percent.

Suku pertama tahun 2017 kita 5.6 percent , suku kedua 5.8 percent, suku ke tiga kita 6.2 percent, suku ke empat kita berakhir 2017 dengan 5.9 percent dan puratanya adalah 5.9 percent. Antara yang tertinggi dan antara yang terhebat dalam dunia sebenarnya. Kita lihat, dengan purata ini bermakna satu tahun kebelakangan ini pada hakikatnya, tidak ada problem, ekonomi tidak ada problem. Kalau tidak nampak ini butalah.

Ini adalah angka-angka rasmi daripada Bank Negara, daripada World Bank, daripada IMF. Ini perkara-perkara yang nyata. Jadi, kita hendak kejutkan dari igauan ini.

Jangan terkeliru dan jangan turut mengelirukan orang hari ini. Mari kita lihat jangka panjang. Saya hendak bawa Dewan yang mulia ini, kita lihat jangka panjang.

Daripada 1990an, maknanya hampir-hampir 30 tahun yang lepas, purata pertumbuhan ekonomi negara Malaysia juga 5.9 percent. Naik turun, naik turun berakhir 5.9 percent dan purata pertumbuhan ekonomi dunia adalah 3.6 percent, purata pendapatan negara-negara berpendapatan tinggi 2.1 percent, negara-negara miskin 3.7 percent, negara-negara yang sederhana seperti Malaysia juga adalah 4.7 percent. Apa yang kita lihat ini adalah Malaysia is above all, Malaysia yang tertinggi sekali. Jadi sepatutnya bukan ada orang yang turun mengelirukan rakyat tetapi patut memuji cara pengurusan kewangan yang telah dilakukan sejak lama dulu.

Pertumbuhan-pertumbuhan lain Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan hasil kerajaan naik 7.1 kali berbanding sejak 1990. Pelaburan 9.3 kali, perbelanjaan consumption 8.1 kali, eksport 9.3 kali dan juga rizab antarabangsa telah meningkat 8.5 kali. Natijahnya, hasilnya kek ekonomi yang besar itu, hari ini telah melebar, kek ekonomi sepanjang 30 tahun ini telah menjadi lapan kali dan pendapatan negara kita melompat empat kali. Apa petandanya?

Kalau kita lihatlah sepanjang sejarah dalam negara kita hari ini, pada tahun 2000 iaitu semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Ekonomi kita RM525 bilion dan pada tahun 2017, kita telah mencapai RM1.23 trilion, kita adalah ekonomi trilion, melebihi dua kali ganda.

Jadi itu Tuan Yang di-Pertua, saya bukan apa, untuk memberikan pencerahan untuk buat wake-up call supaya kita ini sedar dan insaf dan bersyukur. It cannot be that this country was managed wrongly, it just cannot be, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Memanglah, adalah kadang-kadang pening dan demam sikit. Saya sebagai seorang doktor, kalau ada orang pening-pening dan demam sikit, memanglah masuk hospital.

Masuk hospital dua, tiga hari, keluar pergi kerjalah. Ini bukan penyakit yang sangat serius, bukan sangat kronik. Kalau seseorang itu boleh buat maraton dengan baik, biasanya dia tidak adalah sakit jantung, dia tidak adalah penyakit-penyakit yang lain. Ini kita dapat lihat, kalau saya berfikir sebagai itu.

Dalam sepanjang ini pada- kita ada krisis-krisis, 1997 financial crisis Asia Timur.

Tahun 2001 ‘dot-com New York’ dan juga pada 2011 global crisis, masa ini ekonomi menjunam tetapi there was a v-shape recovery, pada semua insiden ini. Bermakna kerajaan telah dapat diuruskan dengan baik. Kita lihat bahawa kejadian-kejadian ini juga menunjukkan bahawa inilah faktor-faktor luaran.

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita hendak bermula dengan mengatakan bahawa ekonomi negara berada pada tahap yang bagus hari ini. Ekonomi negara berada pada tahap yang bagus hari ini sebab itu kita tidak lihat bagaimana benda-benda lain boleh mengganggu.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak berpindah kepada kos sara hidup. Kos sara hidup ini kita akui memang menjadi cabaran utama negara, but we are not alone. Negara- negara maju memang kos sara hidup dia tinggi, memang tinggi kos sara hidup. Mana ada negara maju kos sara hidup yang rendah. Kerajaan telah- apa kata orang, admit perkara ini dan kerajaan sedar tentang perkara ini sebab itulah kita lihat Kerajaan Barisan Nasional hari ini menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara.

Sebelum ini ia sebagai Jawatankuasa Kabinet Kos Sara Hidup dan telah diangkat menandakan kerajaan serius. Malah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah sedar perkara ini. Semasa GTP pada tahun 2009, perkara ini telah menjadi satu perkara NKRA. Kos sara hidup ini telah diwujudkan sebagai satu daripada perkara dalam GTP. Pada tahun 2011, pada asalnya enam, kemudian di campur dengan perkara ini.

Jadi, isu kesejahteraan hidup...

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sebentar. Isu kesejahteraan hidup. Never missed in all the budgets since the last five years, ini penting.

Bermakna kerajaan sedar, kerajaan bertindak dan mewujudkan apa yang kita katakan Majlis Tindakan Sara Hidup untuk negara. Silakan.

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Okey, terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya tertarik dengan apa yang Yang Berhormat bahaskan terutamanya mengenai kos sara hidup. Daripada apa Yang Berhormat katakan tadi, apabila Yang Amat Berhormat menubuhkan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup ini, itu satu tindakan yang sangat proaktif. Setujukah Yang Berhormat kalau saya nyatakan bukan sahaja penubuhan Majlis tersebut tetapi apa yang dilakukan satu langkah yang sangat proaktif dengan yang baru-baru ataupun hasil daripada feedback daripada orang ramai apabila adanya program jualan sentuhan rakyat itu sendiri yang mendalam usahanya untuk menangani masalah kos sara hidup. Apa pandangan Yang Berhormat mengenai perkara ini? Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya sangat setuju dengan perkara itu. Ini inisiatif, kerajaan telah buat banyak inisiatif. Kita jangan orang buat baik banyak, satu jahat yang itu yang kita hendak ceritakan. Kerajaan buat banyak inisiatif. Apa yang paling terasa adalah B40, kita semua tahu.

final • 2:40 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sebanyak 73 peratus perbelanjaan adalah daripada tiga komponen.

final • 2:40 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Makanan, rumah dan transport, dan kerajaan telah memberikan. Contohnya makanan, ada Kedai Rakyat 1Malaysia, ada BR1M, memberikan peluang meringankan beban dan juga barangan sifar GST. Kalau untuk rumah, kerajaan telah sediakan PPR, ada MyHome, ada MyDeposit, ada PR1MA dan juga transport dia buat naik Pan Borneo, MRT, LRT, ECRL dan sebagainya. Ini adalah usaha-usaha, inisiatif-inisiatif termasuk apa yang Yang Berhormat Parit Sulong katakan tadi, jualan untuk rakyat. Ini adalah perkara yang penting. Dan itu...

final • 2:40 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Bagan Serai, sikit.

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Okey, silakan.

final • 2:40 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Ya, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bagan Serai, saya rasa apa yang sebenar berlaku kepada rakyat jelata, kebanyakan daripada mereka merasai beban hidup mereka semakin meningkat. Padahalnya pada hari ini kita turun padang, semua orang akan beritahu kita kalau yang berniaga business tidak baik, kalau yang menjadi pengguna yang biasa, semua benda barang naik. Saya rasa perkara yang sangat penting sekali adalah bagaimana pihak kerajaan boleh mencari satu jalan yang benar-benar dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Saya tahu memang banyak laporan, banyak fakta yang telah pun dihujahkan oleh pihak sebelah sana.

final • 2:40 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Akan tetapi masalahnya hari ini rakyat hidup susah, rakyat hendak satu jalan penyelesaian untuk selesaikan isu kos sara hidup mereka. Apakah pandangan Yang Berhormat Bagan Serai?

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Rasah ini kadang-kadang memang buat orang jadi resah.

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Sebelum itu Yang Berhormat, Yang Berhormat Bagan Serai, sebelum itu. Saya hendak menyambung juga.

Okey. Kos, kalau kita tengok memang antara resah ataupun keluhan yang dinyatakan adanya juga tetapi dalam waktu yang sama, kita juga kadang-kadang melihat terutamanya saya ulang-alik balik kawasan, ulang-alik, ulang-alik, ulang-alik, saya tengok kadang-kadang jammed, tidak ada perayaan pun jammed. Jammed-nya Yang Berhormat tengok itu macam mana? Jammed jalan dengan waktu yang sama complain tetapi penuh, kereta sesak, pergi shopping center pun- Yang Berhormat sendiri pun pergi shopping center, Yang Berhormat sendiri cakap dengan saya, penuh shopping center itu. Jadi apa pandangan Yang Berhormat mengenai perkara ini?

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Itu sebablah kadang- kadang apa yang keluhan yang kita dengar daripada pihak pembangkang ini, kadang- kadang macam- is it true? Tujuh orang- berapa juta orang dapat BR1M? Berapa percent daripada rakyat?

final • 2:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Memang ada kita yang miskin sebab itu saya katakan pada awal tadi kerajaan sedar dan take initiative.

final • 2:50 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

[Bangun] Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 2:50 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Hari ini tengok Majlis Tindakan Sara Hidup buat enam kluster.

final • 2:50 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Banyak orang dapat BR1M sebab banyak daripada mereka melalui kedudukan yang miskin.

final • 2:50 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Daripada tiga, it’s okay.

Daripada tiga tadi makanan, transport dan perumahan ditambah utiliti, ditambah pendidikan, ditambah kesihatan. Ini menunjukkan serius. Malah saya dengar baru-baru ini Mesyuarat Pertama Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah buat mesyuarat yang begitu lama. Mesyuarat yang paling lama dia Chair...

final • 2:50 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta laluan perbahasan.

final • 2:50 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Pakar-pakar digembleng, tindakan segera dan juga macam-macam dia buat.

final • 2:50 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat Rantau Panjang minta laluan boleh, Yang Berhormat Bagan Serai?

final • 2:50 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Okay, just one minute please.

final • 2:50 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dengan apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat tentang BR1M. Sebenarnya kita semua tahu jumlah RM6.8 bilion adalah daripada kutipan hasil GST yang melebihi RM42 bilion yang dikutip setahun.

Jadi sebenarnya ini adalah daripada duit poket rakyat bukan duit kerajaan sebenarnya. Jadi apa pandangan Yang Berhormat dalam menyelesaikan isu kemelut kos sara hidup ini sepatutnya penyelesaian yang terbaik ialah kita menghapuskan ketirisan dan kita hapuskan GST insya-Allah, dengan cara ini kita boleh...

final • 2:50 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih, Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 2:50 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

...Menyelamatkan rakyat dan juga beban kos hidup.

final • 2:50 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Rantau Panjang ini memang sudah terlampau panjang terkelirunya, daripada awal lagi saya sudah beritahu tentang kepentingan perkara ini.

final • 2:50 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

GST kita lihat ini salah satu cara untuk kerajaan memberikan pada rakyat sebenarnya. Berapa percent saja, kebanyakannya orang-orang di bawah B40 tidak menerima, membayar GST seperti orang-orang kaya yang berbelanja besar.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak cerita sedikit tentang cadangan saya, tentang konsep living rich iaitu perbezaan kos sara hidup dan kos gaya hidup. Ini bermakna kita bukan melihat pada kadar kemiskinan yang hanya 0.4 peratus. Ada, saya tidak nafikan tapi 0.4 peratus. Kita hari ini berfikir apakah pendapatan yang selesa untuk orang hidup, tidak pening kepala boleh bayar bil. Contohnya kalau orang anak keluarga yang kecil anak dua orang, duduk di KL berapa ribu dia perlu? Ataupun duduk dikatakan di kawasan luar bandar berapa dia perlu?

Itu yang penting sekali dan ini yang penting maknanya tiada satu angka untuk seluruh negara. Apa yang penting ialah kerajaan perlu rombak dasar secara lebih mikro.

Secara mikro untuk melihat siapa dia, berapa anak dia, berapa dalam keluarga dia dan di mana dia berada. Tuan Yang di-Pertua..

final • 2:50 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 2:50 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya nak pindah kepada hutang kerajaan.

final • 2:50 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Bagan Serai. Yang Berhormat Bagan Serai, boleh masuk?

final • 2:50 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

One minute please.

final • 2:50 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Seminit saja. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya nak tanya Yang Berhormat Bagan Serai, dulu kita ada SST kita kena 10 and five, dua cukai 10 dan lima. Mahal itu. Kita collect RM16 bilion. Hari ini kita ada GST, satu cukai enam percent saja tapi kita collect RM42 bilion. Beza RM16 bilion dengan RM42 bilion ini banyak, satu.

Keduanya, saya nak tanya pandangan Yang Berhormat Bagan Serai. Bila kita kata collect, GST ini consumption tax. Kita ada hampir 32 juta pelancong datang sini, kita ada ramai pekerja-pekerja asing dekat sini yang makan, mereka tidak kena tax. Layak tidak kita tax consumption? Apa pandangan, Yang Berhormat Bagan Serai?

final • 2:50 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya setuju sangat dengan Yang Berhormat Kota Tinggi. Menghapuskan GST ini bermakna nak bawa negara jadi bankrap. Hari ini RM40 bilion lebih yang didapati itulah sebenarnya consumption. Maknanya ada ketirisan selama ini, maknanya duit RM40 bilion ini hilang daripada pendapatan negara sebab itu apabila ada GST mereka yang lari rupanya tiris tidak boleh lari sebab ada consumption. Itu adalah bukti, bukti pembelian.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak pindah kepada hutang kerajaan. Bila cerita fasal hutang ini, kita patut cerita fasal dua benda macam kita beli kasutlah. Beli kasut mana ada orang beli kasut sebelah, kita beli kasut dua belah. Tidak ada orang beli kasut sebelah. Jadi apa saya nak katakan, bila kita cerita fasal hutang, kita kena cerita fasal pendapatan. Kita tidak boleh cerita, “Oh kerajaan hutang RM600 bilion lebih habislah kita, bankraplah kita.” Itu otak yang bankrap cakap.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak bagi contoh saja, orang gaji RM4,000 setahun RM48,000. Kalau dia buat pinjaman loan RM200,000 untuk bayar 20 tahun, dia bayar RM1,500 sebulan. Matilah dia kalau gaji RM4,000 nak bayar RM200,000 tapi bayarannya adalah untuk 20 tahun.

Begitu juga dengan hutang kerajaan, RM648 bilion yang merupakan 53 percent daripada KDNK. Actually kita pay dalam 20 tahun, bukan kita bayar semua masa itu dan kita nampakkan gambaran angka yang sangat besar yang menakutkan. Hasilnya sebenarnya kita ada beban hutang yang ditanggung tahunan adalah lebih kurang 12 percent, itu biasa. Ramai orang berhutang macam itu, kebanyakan orang yang berhutang akan berhutang dalam 12 percent atau ke bawah.

Lagipun Tuan Yang di-Pertua, it cannot be. Agensi rating antarabangsa seperti Fitch, Moody’s, Standard and Poor’s memberikan ‘A’, stable outlook, kalau kita tidak mampu bayar hutang dia. Ini bukan main-main punya company, ini bukan main-main punya rating agensi. Ini adalah yang tersohor yang mempunyai kepakaran, yang tidak ada kepentingan dalam negara kita dan kita lihat daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri masuk ke pejabatnya pada tahun 2009, defisit fiskalnya minus six, minus seven. Hari ini sudah capai -2.8.

final • 2:50 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ini satu kebanggaan sepatutnya, bahkan kita bukan keluar ke bawah untuk katakan negara nak bankrap tapi sepatutnya kita puji bagaimana kerajaan hari ini menguruskan kewangan. Ini bukan bankrap, kalau orang cakap macam itu saya kata orang itu otaknya bankrap ataupun hatinya bankrap...

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya nak bawa sedikit beberapa isu penting yang saya nak sampaikan di sini tentang perkara-perkara yang lain. Kita lihat di dalam Bajet 2018 ada dikatakan sekolah-sekolah daif, akan dibuat penambahbaikan. Berapa bilion, RM2.5 bilion kalau tidak silap saya.

Saya memohonlah kerana di tempat saya di Parlimen Bagan Serai ada sekolah daif, sangat daif lebih daripada 50 tahun. Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, Sekolah Kebangsaan Datuk Mansur, Sekolah Kebangsaan Tebuk Mata, Sekolah Menengah Muzaffar Shah saya sudah pergi. Uzur, reput, ada anai-anai, masih digunakan cukup bahaya.

Keduanya ialah tentang masa depan veteran-veteran polis yang baru-baru ini telah dikatakan telah diberi perhatian oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya bertanyakan status, bagaimanakah masa depan mereka ini? Kita telah bagi banyak tumpuan kepada veteran angkatan tentera, bagus patut diberikan lagi. Bagaimana tentang veteran polis hari ini? Veteran Polis Diraja Malaysia. Saya tengok serah kepada mereka berkumpul tapi pejabat pun tidak ada. Apakah status? Adakah kita akan berikan mereka dana dan bagaimana kita bantu mereka ini dalam masalah kehidupan mereka dan sebagainya?

Perkara ketiga ialah tentang saya nak tanya tentang medical graduates. Masih ada lagi pelajar-pelajar perubatan yang tunggu lebih lapan bulan tidak dapat kerja, tidak dapat masuk lagi yang dikatakan kontraklah dan sebagainya. Saya minta kementerian menjawab perkara ini. Kasihan mereka. Ada beberapa orang daripada kelulusan dari Universiti Malaya perubatan masih lagi tidak dapat kerja, masih lagi tidak masuk. Ini melemahkan semangat dan juga lama-lama boleh melemahkan ilmu yang telah mereka pelajari selama ini. Mereka inilah telah berkorban untuk belajar, untuk meningkatkan kehidupan mereka dan kebanyakan mereka juga daripada kumpulan B40, daripada M40 yang mana memerlukan kewangan yang serius.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya nak nyatakan bahawa Yang Berhormat Bagan Serai amat terang tentang perkara ini. Malaysia adalah negara yang maju, yang mendapat pengiktirafan daripada agensi luar, mendapat pengiktirafan daripada World Bank, yang mengatakan bahawa ekonomi kita bagus dan kita sekarang hari ini berusaha dengan berbagai-bagai inisiatif untuk membantu rakyat di luar bandar, untuk membantu rakyat yang mempunyai masalah tentang kehidupan untuk meningkatkan kos sara hidup.

Buktinya sudah terang lagi bersuluh kerana apa, kerana baru-baru ini saja kerajaan telah menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup yang menggabungkan segala pakar-pakar dari pelbagai aspek dan meletakkan enam kluster supaya masa depan rakyat, supaya masalah rakyat dapat ditentang. Jadi Tuan Yang di-Pertua, bukanlah seperti setengah-setengah orang yang turun sana sudahlah mereka terkeliru, mengelirukan orang, menambahkan pembohongan dan penipuan semata-mata untuk menang dalam pilihan raya umpamanya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan Serai dengan sekuat hatinya menyokong...

[Tepuk]

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Mertajam.

final • 2:50 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Pada 10 Februari 2018 yang lalu, pasukan khidmat saya telah mendapat maklumat daripada orang awam bahawa ada seorang pembantu rumah Indonesia yang disyaki telah didera oleh majikan beliau. Apabila kami menemui beliau pada hari yang sama, kami mendapati bahawa tubuh badan beliau yang kecil itu penuh kecederaan. Darah masih belum kering lagi di luka kedua-dua belah tangan dan lebam di merata tempat termasuk di muka beliau.

Dipercayai beliau telah dibiarkan hidup melarat, tidur di tempat tidur anjing, bukan setakat sehari dua, malah sekurang-kurangnya sebulan lamanya. Pada malam itu, saya berjumpa dengan beliau di balai polis dan saya sempat berbisik kepadanya, “Saya Ahli Parlimen, jangan bimbang kita datang untuk membantu.”

final • 2:59 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Namun malangnya, walaupun telah diselamatkan, beliau telah meninggal dunia pada keesokan hari, 11 Februari 2018, lebih kurang jam 4.00 petang, di katil Hospital Bukit Mertajam sebak tidak terkata-kata. Akan tetapi sekurang-kurangnya Adelina Lisio iaitu pembantu rumah Indonesia tersebut sempat merasai kembali perikemanusiaan yang telah dinafikan kepada beliau sebelum ini. Sekurang-kurangnya Adelina sempat merasai kembali maruah sebagai seorang insan, tidur di atas katil sesudah sebulan tidur di tempat tidur anjing. Adelina berumur 21 tahun ketika beliau meninggal dunia. Keadaan ini mengingatkan saya kepada satu lagi tragedi yang hampir sama yang berlaku pada tahun 2016, Yufrenda Selan seorang pekerja Indonesia juga di Malaysia telah kembali ke tanah airnya dalam keranda. Umur beliau ketika itu hanya 19 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, ada tiga persamaan antara Adelina Lisio dan Yufrenda Selan. Pertama, kedua-dua gadis muda ini berasal daripada Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Kedua, mereka berdua datang ke Malaysia pada umur muda, belasan tahun, berharap untuk mendapat sesuap nasi supaya kehidupan keluarga mereka di kampung boleh menjadi lebih baik. Akan tetapi malangnya, mereka telah pulang ke tanah air, mereka telah pulang ke pangkuan ibu bapa mereka dalam keadaan jasad tidak bernyawa.

Ketiganya, persamaan ketiga ialah kedua-dua Adelina dan Yufrenda merupakan mangsa penyeludupan manusia yang diseludup masuk ke Malaysia tanpa kebenaran. Tuan Yang di-Pertua, sama ada mereka ini mangsa rela atau tidak rela, dengan ketiadaan permit, tanpa dokumen yang sah, tanpa perlindungan undang-undang, tanpa sebarang hak, mereka mudah ditindas, mudah dibuli dan akhirnya, mudah diperbuat sedemikian rupa sehingga mereka kehilangan nyawa. Sampai bila, saya hendak bertanya kepada rakan-rakan di dalam Dewan yang mulia ini, sampai bila perkara ini kita biarkan untuk berterusan di Malaysia?

Hari ini kita ada 2 juta lebih kurang pekerja migran yang berdaftar di negara kita.

Akan tetapi di sebalik 2 juta pekerja migran yang berdaftar ini ada antara lebih kurang 2 hingga 4 juta warga asing yang tidak berdaftar. Saya hendak ucapkan syabas secara berhati-hati, with caution kepada Kerajaan Malaysia kerana ada cubaan untuk mempertingkatkan kawalan sempadan membanteras jenayah penyeludupan manusia.

Namun, sudah beberapa kali pembangkang, termasuk saya sendiri serta badan-badan berkenaan sama ada di luar atau dalam negeri telah memberi amaran bahawa dalang yang paling besar dalam isu penyeludupan manusia ini sebenarnya ialah sindiket orang dalam, insiders syndicate, dengan izin.

Justeru, jika kita sekadar mengukuhkan pagar sempadan, menambahkan anggota kawalan di sempadan, memang tidak memadai. Kita perlu segera menangani masalah, “Harapkan pegar, pegar pula yang makan padi”. Pada hemat saya, Tuan Yang di-Pertua, jika kita ingin menyelesaikan masalah sindiket orang dalam, maka Menteri yang dipertanggungjawabkan dalam isu Imigresen ini perlu terlebih dahulu menunjukkan kepimpinan melalui teladan bermula dengan pejabat beliau, bermula dengan kementerian beliau.

Saya telah sebelum ini membangkitkan masalah kronisme dan ketidaktelusan dalam penganugerahan kontrak-kontrak Imigresen kepada pihak swasta. Akan tetapi terbaru dan saya kira yang paling mencemar kewibawaan kementerian ialah dakwaan bahawa syarikat swasta milik Pegawai Khas Yang Amat Berhormat Menteri Dalam Negeri telah mendapat kontrak urusan Imigresen. Nama pegawai tersebut, Abdul Halim bin Husin. Beliau merupakan bekas ADUN Parti UMNO untuk kawasan Puteri Wangsa daripada tahun 2004 sehingga tahun 2013.

Rekod awam terakhir yang menyebut beliau sebagai Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri ialah 6 Januari 2017, hanya tahun lepas dan syarikat beliau Bukti Megah walaupun hanya ditubuhkan pada April 2014, telah seawal penubuhannya mendapat konsesi-konsesi Imigresen yang lumayan. Antaranya syarikat tersebut dilantik sebagai one-stop centre ataupun pusat sehenti memproses permohonan pekerja daripada Myanmar dan kemudiannya syarikat tersebut juga mendapat konsesi memproses permit pekerjaan untuk pekerja daripada 15 buah negara sumber.

Tuan Yang di-Pertua, apakah justifikasinya untuk memberikan konsesi Imigresen ini kepada Bukti Megah? Adakah pelantikan mereka dibuat melalui tender terbuka? Dalam web laman Facebook Bukti Megah, syarikat tersebut menguar-uarkan kadar kelulusan permohonan pekerja migran yang dibuat melalui syarikat mereka.

Apakah jaminan kita bahawa tidak berlaku unsur-unsur salah guna kuasa apabila Pegawai Khas Menteri yang memberikan kelulusan, dibenarkan untuk membuat untung hasil daripada proses kelulusan tersebut?

final • 3:00 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Di satu pihak, Yang Amat Berhormat Menteri Dalam Negeri berkuasa memberi kelulusan kepada pekerja migran. Di satu pihak yang satu lagi, Pegawai Khas Menteri tersebut diberikan kontrak swasta untuk memperoleh, memproses permohonan pekerja migran. Pihak dia yang bagi kelulusan kerajaan, pihak dia juga yang mendapat keuntungan swasta kerana kelulusan kerajaan tersebut. Tidakkah ini terlalu jelas mempunyai percanggahan kepentingan ataupun conflict of interest? Apabila saya bertanya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Dalam Negeri tentang perkara ini dalam Dewan yang mulia ini juga pada 20 November tahun lepas, beliau gagal menjawab soalan saya dengan baik.

Saya berpendapat masalah Imigresen negara kita sudah berada pada tahap kritikal. Saya telah banyak kali menyeru agar suatu Suruhanjaya Diraja Imigresen seperti Suruhanjaya Diraja Polis di bawah Tun Zaidin dahulu ditubuhkan bagi menyiasat secara menyeluruh dan merombak sistem Imigresen negara kita. Jadi, saya ingin menyeru agar kerajaan segera mengambil langkah ini. Oleh sebab membaik pulih institusi imigresen begitu penting sekali demi untuk memelihara kedaulatan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, isu kedua. Pada 30 Mac 2015 dalam Dewan yang mulia ini, saya telah bangkitkan bantahan saya terhadap gejala penjualan arak murah di Malaysia. Melalui usaha masyarakat sivil, termasuklah Malaysian Anti Cheap Liquor Movement yang diketuai oleh Saudara David Marshall, seorang Ahli Majlis daripada Pulau Pinang yang juga merupakan Pengerusi Tamila Kura Malaysia.

Kerajaan akhirnya meminda Peraturan-peraturan Makanan 1985 dalam Akta Makanan 1983, pada Mei 2016 untuk mengetatkan lagi aktiviti penjualan minuman beralkohol. Antaranya, pindaan tersebut merangkumi larangan menjual arak kepada mereka yang berumur di bawah 21 tahun dan sebatian minuman keras ataupun compounded hard liquor (CHL) tidak boleh dijual dalam botol selain botol kaca dan tidak boleh dijual dalam kuantiti kurang daripada 700ml. Pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 dan penjara sehingga dua tahun.

Kerajaan ketika itu juga sudah berjanji bahawa larangan-larangan baru ini akan dikuatkuasakan pada 1 Disember 2017. Semua usaha ini adalah sebenarnya untuk menangani gejala arak murah yang boleh dibeli dengan begitu mudah sekali. Bukan sahaja di kedai runcit, malah di kedai ubat dalam botol kecil dengan harga serendah RM5.00 sebotol.

Namun sedihnya, selepas begitu banyak usaha dan inisiatif dan selepas pindaan peraturan oleh kerajaan sendiri, hampir dua tahun selepas pindaan tersebut dan hampir 4 bulan selepas tarikh berkuat kuasa asal pindaan tersebut, kerajaan masih enggan melaksanakan peraturan terbaru itu. Malah, amat malang sekali, pada bulan November 2017 yang lalu, kerajaan telah mengeluarkan satu arahan baru untuk menangguhkan penguatkuasaan peraturan baru tersebut tanpa memberikan sebarang tarikh baru untuk penguatkuasaan. Kerajaan juga gagal untuk memberikan sebarang sebab ke atas penangguhan tersebut.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan perlu, mesti, wajib menjawab sendiri di Parlimen ini dan kepada seluruh rakyat Malaysia, mengapa undang-undang yang dipinda oleh kerajaan sendiri dan janji-janji beliau kepada rakyat untuk menghentikan penjualan arak murah ini dimungkiri tanpa sebarang sebab yang munasabah. Tuan Yang di-Pertua, where the government fails, The House has to intervene, dengan izin, di mana kerajaan telah gagal, maka Dewan ini perlu campur tangan. Saya menyeru agar pindaan 2016 terhadap Peraturan-peraturan Makanan 1985 dikuatkuasakan dengan serta-merta tanpa dilengahkan lagi.

Isu ketiga Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat, boleh?

final • 3:00 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Okey.

final • 3:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, isu tentang cheap liquor ini telah saya bawakan beberapa kali.

final • 3:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Kali terakhir sebelum penguatkuasaan itu dilakukan dan pindaan itu dilakukan di mana saya telah membawa beberapa botol arak cheap liquor ini sebagai bukti menunjukkan jualan sedang dilakukan dan jualan ini dilakukan secara berleluasa. Saya rasa seminggu atau dua minggu selepas kejadian, saya membawa contoh botol-botol ini Kabinet telah berbincang dan keputusan telah diambil.

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Akan tetapi saya terkejut juga mengapa ia perlu ditunda? Ketika itu saya juga telah memberi amaran kepada kerajaan bahawa yang menyalahgunakan cheap liquor ini juga adalah pelajar-pelajar sekolah. Jadi, ketika itu perkara itu sangat hangat dan keputusan telah buat. Sekarang kita nampak tiada lagi isu-isu berbangkit dibawa. Maka kerajaan sekarang melakukan satu U-turn. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Saya setuju dan saya harap Menteri Kesihatan akan jawab sendiri di Parlimen tentang isu ini.

Isu ketiga Tuan Yang di-Pertua, kepedulian Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap masyarakat luar bandar terserlah dalam Titah Baginda antaranya Baginda telah menitahkan agar kualiti hidup, kesejahteraan dan pendapatan peserta FELCRA ditingkatkan.

Namun di sini saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini tentang satu amalan yang tidak bertanggungjawab oleh FELCRA yang bukan sahaja membelot kepercayaan peserta malah saya percaya melanggar undang-undang. Saya telah menerima dua set invois jualan kelapa sawit FELCRA kepada pihak ketiga. Dalam kedua- dua invois tersebut yang merujuk kepada jualan pada tahun 2015 dan tahun 2017 masing-masing, kadar perahan minyak sawit ataupun oil extraction rate (OER) yang diguna pakai ialah 14.5 peratus dan 14 peratus.

Akan tetapi merujuk kepada manual penggredan buah kelapa sawit MPOB, OER minimum yang boleh diguna pakai bagi Semenanjung Malaysia ialah 18 peratus manakala bagi Sabah dan Sarawak ialah 18.5 peratus. Ini bermaksud FELCRA telah melanggar peraturan menjual sawit dengan OER yang jauh lebih rendah daripada OER minimum yang ditetapkan oleh undang-undang.

Tindakan FELCRA itu juga telah mendatangkan kerugian besar kepada pihak peserta. Kiraan kasar saya jika FELCRA menggunakan OER dan KER yang rendah tersebut dan kita bandingkan dengan mengguna pakai OER dan KER yang minimum sekali pun kerugian kepada peserta FELCRA dianggar sebanyak RM150 setiap tan.

Merujuk kepada laporan tahunan FELCRA pada 2013, tanah FELCRA seluas lebih 208 ribu hektar di seluruh negara dan berdasarkan laporan MPOB pula purata pengeluaran bagi tahun 2013 tersebut ialah 19.02 tan sehektar bagi tahun tersebut. Ini bermaksud pada tahun tersebut pengeluaran sawit adalah lebih kurang empat juta tan tahun 2013.

Jika setiap tan rugi RM150 maka bagi empat juta tan kerugian kepada para peserta FELCRA pada tahun tersebut sahaja mencecah RM600 juta.

Apa yang sedang berlaku di sini? Saya dimaklumkan bahawa bukan semua ladang menjual dengan OER dan KER yang begitu rendah namun peserta mengadu bahawa FELCRA sering menjual buah sawit tanpa mengikut OER dan KER yang ditetapkan oleh undang-undang sehingga menyebabkan mereka mengalami kerugian yang besar. Sebelum ini sudah ada beberapa saman peneroka terhadap FELDA. Tadi FELCRA ini FELDA. Atas isu penipuan OER yang sama.

Malah pada Ogos 2010 Mahkamah Persekutuan telah memerintahkan FELDA untuk membayar ganti rugi RM11 juta kepada peneroka di Felda Kemahang atas penipuan kadar perahan yang lebih rendah. Pada April 2012, 957 orang peneroka dari 10 FELDA di Pahang juga turut menyaman FELDA atas dakwaan penipuan kadar perahan yg sama. Kini, berlaku pula isu penipuan OER ke atas peserta FELCRA pula.

Saya ingin mengajukan dua soalan kepada pihak kerajaan.

Pertama, mengapa FELCRA boleh menjual sawit tanpa mengikut harga yang ditetapkan oleh undang-undang melalui kaedah OER dalam manual penggredan buah kelapa sawit MPOB?

Keduanya, adakah berlaku unsur rasuah ataupun salah guna kuasa di mana pihak ketiga yang menjadi orang tengah mengaut keuntungan haram menyebabkan kerugian mencecah hampir RM600 juta setahun kepada peserta FELCRA. Sejumlah RM600 juta ini hanya untuk setahun bayangkan bertahun-tahun kerugian yang dialami oleh peserta FELCRA.

Akhir sekali, saya ingin menggesa kerajaan untuk mewujudkan satu jawatankuasa terpilih khas Parlimen untuk menyiasat isu penipuan OER dan KER bagi kedua-dua peneroka FELDA dan peserta FELCRA ini. Oleh sebab mereka telah mendapat perhatian yang berat dan dalam Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan juga anggaran kerugian tadi sebanyak RM600 juta setahun ini merupakan angka yang amat besar sekali.

final • 3:10 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Isu keempat, saya ingin membangkitkan tentang kemerosotan keselamatan di kawasan saya Bukit Mertajam. Untuk makluman daripada rekod saya melalui carian laporan media sudah ada sekurang-kurangnya lima kes jenayah mencuri dan merompak di sekitar Bukit Mertajam pada bulan Januari tahun ini dan ini adalah melalui carian media sahaja yang dilaporkan oleh media.

Pada 3 Januari seorang pemberita Guang Ming Daily telah menjadi mangsa pecah kereta. Amat malang sekali pada 23 Januari bulan yang sama, pemberita yang sama sekali lagi menjadi mangsa pecah rumah. Dalam minggu terakhir bulan Februari yang lepas, sudah ada tiga kes curi dan rompak di Bukit Mertajam yang dilaporkan dalam media. Pada 26 Februari seorang lagi pemberita daripada Kwong Wa Yit Poh kali ini telah menjadi mangsa. Saya memohon pihak PDRM supaya melaksanakan sesuatu dengan serta-merta. Meningkatkan pasukan rondaan bermotor terutamanya di kawasan- kawasan perumahan yang baru sebab kawasan Bukit Mertajam dan beberapa kawasan di Pulau Pinang giat membangun. Jadi kita harap polis juga akan menambahkan sumber mereka di kawasan-kawasan ini.

Lagi sekali, pada 5 November yang lepas Pulau Pinang telah dilanda satu bencana alam iaitu banjir. Kadar hujan dua bulan telah turun dalam satu malam. Dalam keadaan itu rakyat Pulau Pinang bersama dengan Kerajaan Pulau Pinang telah tabah menempuhi cabaran. Kerajaan Pulau Pinang telah memperkenalkan satu program bangkit semula iaitu “Pulau Pinang Bangkit”. Dalam program tersebut Kerajaan Pulau Pinang telah memimpin ataupun mengetuai proses pembinaan semula dengan memberikan peruntukkan RM100 juta bagi Program Pulau Pinang Bangkit dan melaksanakan pelbagai program termasuklah pemberian diskaun kepada cukai pintu, pemberian diskaun untuk bil air dan juga pemberian wang ihsan RM700 kepada mangsa- mangsa banjir.

Di sini saya ingin memohon Kerajaan Pusat sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Yang Amat Berhormat daripada Pekan juga turut melawat Pulau Pinang ketika itu, kita ucapkan terima kasih. Akan tetapi beliau ketika itu mengaku bahawa masih ada lagi RM1 bilion iaitu wang peruntukan projek tebatan banjir yang dikhaskan untuk Pulau Pinang yang masih lagi belum diberikan kepada Pulau Pinang. Saya mohon supaya peruntukan RM1 bilion ini diberikan. Jangan tunggu lepas pilihan raya. Mungkin lepas pilihan raya Yang Amat Berhormat Pekan pun tidak ada lagi dah sebagai Perdana Menteri. Jadi, saya harap mungkin ini lah tugasan ataupun jasa terakhir PEKAN kepada Pulau Pinang iaitu memberikan sumbangan RM1 bilion itu dengan kadar segera.

Keduanya, kerajaan negeri telah pun menyalurkan RM700 wang ihsan kepada rakyat Pulau Pinang. Ini kali pertama sebuah kerajaan negeri mampu untuk memberi sehingga RM700. Kita minta supaya kerajaan Federal juga turut sama sebab sebelum ini di negeri-negeri lain kerajaan Federal memberikan RM500 kepada mangsa banjir. Kita minta supaya RM500 daripada peringkat Federal juga diberikan kepada rakyat Pulau Pinang yang menjadi mangsa banjir. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 3:10 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana beri peluang kepada saya dalam perbahasan ke atas Titah Diraja oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Pembukaan Rasmi Penggal Keenam, Parlimen Ketiga Belas.

Tuan Yang di-Pertua persidangan ini adalah kali yang terakhir sebelum PRU Ke-14. Marilah kita mengimbas kembali lima tahun yang lepas yang penuh cabaran, kesukaran dan ketidakpastian. Akan tetapi kerajaan telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan, pengalaman, kekuatan dan kepintaran yang secukupnya untuk memimpin negara dan masyarakat Malaysia mengharungi serta mengatasi masa kesukaran tersebut.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dalam Titah Diraja telah meluahkan kesyukuran bahawa kerajaan kekal fokus serta komited melaksanakan dasar transformasi fizikal serta pengurusan ekonomi dan kewangan negara secara berhemat walaupun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global. Ini merupakan satu pengiktirafan tertinggi kepada kerajaan dan Baginda percaya bahawa negara dan rakyat jelata mendapat manfaat daripada dasar-dasar dan keputusan kerajaan.

final • 3:18 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Biarpun berdepan dengan cabaran dalaman dan luaran di sepanjang lima tahun yang lepas, Malaysia tetap kekal berada pada landasan yang sihat, stabil dan membangun di bawah kepimpinan kerajaan. Keupayaan kerajaan terbukti apabila masalah seperti harga minyak dunia jatuh, kemerosotan nilai ringgit, kemelesetan ekonomi dunia tahun 2009, kejatuhan harga komoditi tahun 2014 dan sebagainya telah ditangani dengan giat, tepat dan efektif.

Kini ekonomi Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan 5.9 peratus pada 2017 melepasi unjuran yang dibuat kebanyakan penganalisis termasuk Bank Dunia.

Pertumbuhan ini lebih tinggi berbanding 4.2 peratus dan lima peratus yang dicatatkan masing-masing pada tahun 2016 dan 2015.

Pada suku keempat 2017, keluaran dalam negara kasar berkembang 5.9 peratus berbanding 4.5 peratus pada tempoh sama tahun sebelumnya. Fenomena kejatuhan nilai Ringgit bermula awal tahun 2017 telah kembali pulih apabila mata wang negara itu berjaya stabil melepasi paras RM4 berbanding Dolar Amerika Syarikat awal Januari yang lalu.

Sementara itu, nilai Ringgit pada Februari berlegar di sekitar 3.88 Ringgit hingga 3.93 ringgit sekali gus memberi gambaran positif buat Malaysia dan menyangkal dakwaan pelbagai pihak bahawa keadaan ekonomi negara berada dalam keadaan tenat atau tuduhan yang mengatakan bahawa negara kita akan menjadi bankrap.

Kesemua dakwaan ini merupakan fitnah yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab sehingga menjejaskan kepentingan negara. Saya ingin mengingatkan bahawa kepentingan peribadi tidak harus mengatasi kepentingan negara. Tindakan sabotaj sebegini harus dikenakan tindakan tegas dan berhenti dengan serta-merta.

Awal bulan ini, Kementerian MITI telah membentangkan jumlah dagangan negara bagi tahun 2017 berkembang sebanyak 19.4 peratus kepada pencapaian tertinggi iaitu RM1.774 trilion. Daripada angka itu, eksport meningkat sebanyak 19.9 peratus dan juga pertumbuhan paling kukuh sejak tahun 2005 kepada nilai tertinggi iaitu RM935.39 bilion.

Malaysia mencatatkan pelaburan yang diluluskan sebanyak RM197.1 bilion dalam sektor-sektor perkilangan dan perkhidmatan utama yang merangkumi pertanian, perlombongan, perladangan dan komoditi. Selain itu, ekonomi Malaysia berdasarkan keluaran dalam negara kasar turut berkembang 5.9 peratus pada tahun 2017, lebih tinggi daripada 4.2 peratus dan lima peratus masing-masing dicatatkan pada tahun 2015 dan 2016.

Pelaksanaan GST dan rasionalisasi subsidi sejak tahun 2009 adalah wajar dan diperlukan. Ia terbukti sebagai sebuah polisi mikroekonomi yang dipuji dan diterima baik oleh organisasi-organisasi dan pakar-pakar ekonomi terkemuka dunia dalam menstabilkan ekonomi negara serta memastikan Malaysia mempunyai kapasiti atau keupayaan yang secukupnya untuk mengharungi dan mengatasi cabaran ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, saya lihat manifesto pembangkang yang kononnya mereka mahu menggantikan atau memansuhkan sistem percukaian GST ini dan menggantikannya dengan sistem lama iaitu SST kerana dikatakan ini adalah salah satu punca yang membebankan rakyat, yang menyebabkan harga barang kita naik.

Tuan Yang di-Pertua, negara kita sejak merdeka, 31 Ogos 1957 sehinggalah 31 Mac 2015, kita telah melaksanakan sistem SST, melaksanakan sistem percukaian SST.

Selama berpuluh-puluh tahun ini, saya tidak nampak harga barang pernah turun sebaliknya setiap tahun meningkat. Ini kerana taraf kehidupan kita telah pun meningkat.

Dan dalam dunia ini, ada sebanyak 160 buah negara yang melaksanakan GST.

Tidak ada sebuah negara pun pernah buat U-turn setelah melaksanakan GST dan berbalik kepada sistem lama, SST. Tidak ada sebuah negara pun. Betul? Kalau GST tukar balik kepada SST boleh menurunkan harga, saya fikir negara Jepun akan jadi negara pertama untuk menukar balik ke sistem SST. Akan tetapi, apa yang kita lihat bukan sahaja tidak menukar tetapi ada negara seperti Singapura meningkatkan lagi daripada tujuh peratus ke sembilan peratus dan Arab Saudi baru-baru ini melaksanakan sistem GST pada 1 Januari 2018.

Kita semua tahu Tun Mahathir seorang yang terkenal di banyak arena antarabangsa. Jadi kalau boleh, janganlah hanya bercakap kepada rakyat Malaysia.

Beliau boleh menggunakan arena antarabangsa dan menyeru semua negara yang melaksanakan GST ini, marilah kita semua balik kepada sistem SST. Kalau beliau sanggup buat begitu, saya kata dia hebat. Kalau tidak, jangan memalukan Malaysia.

final • 3:20 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Harga handphone Samsung pun dulu kita beli dengan harga RM1,000 lebih, selepas itu naik harga sampai RM2,000 lebih dan hari ini, RM3,000 lebih, adakah kerajaan yang menetapkan harga ini? Bukan. Adakah ini salah GST? Bukan. Kalau kita nak turunkan harga, mungkin Tun Mahathir boleh pergi negara Korea, minta mereka balik kepada sistem SST supaya harga handphone boleh turun balik kepada RM1,000 lebih.

final • 3:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Simpang Renggam, sikit boleh?

final • 3:20 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Boleh.

final • 3:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Simpang Renggam, saya rasa isu kos sara hidup rakyat, masalah GST, ia tidak boleh berhubung kait dengan harga jualan handphone Samsung. Itu langsung tidak berkenaan. Saya rasa sebagai wakil rakyat, kita hari ini dapat berdiri di dalam Dewan yang mulia ini, tanggungjawab kita adalah meneliti apa yang berlaku di bawah dan paling penting, kita membawa suara mereka di Dewan Rakyat. Padahalnya, hari ini rakyat hidup susah sebab BN laksanakan GST. Jadi election ini, saya anggap ini adalah satu pilihan raya, merupakan satu referendum. Kalau rakyat sokong GST, sokonglah BN. Kalau rakyat tolak GST, sokonglah Pakatan Harapan...

[Tepuk]

final • 3:20 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Dia tak faham point saya.

Kenapa harus kita balik ke SST sedangkan kita sudah laksanakan GST? Tak ada sebuah negara pun- daripada 160 buah negara, namakan saya mana yang pernah selepas laksanakan GST lepas itu balik SST. Ada kah? Kecuali dipimpin oleh kerajaan U-turn.

final • 3:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Bagaimana dulu tak ada GST tapi kita boleh bina KLIA, kita boleh bina Putrajaya?

final • 3:20 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tak apalah.

final • 3:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Sekarang pula kata tak ada GST, kerajaan tak ada duit untuk bagi peruntukan, buat kemudahan asas semua.

final • 3:20 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Saya kata, dalam berpuluh tahun kita laksanakan SST, tak pernah pun harga barang kita turun sebab taraf kehidupan kita naik. Dulu mungkin dengan RM500 kita boleh menampung kehidupan sekeluarga tetapi pada waktu itu, apa yang kita ada? Mungkin kipas satu, TV satu, periuk nasi satu tapi bila banding dengan apa yang kita ada pada hari ini, mungkin TV dua, TV lagi ada ASTRO, ada aircond. Bermakna taraf kehidupan kita naik, tentu harga barang akan naik.

final • 3:20 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Jangan pembangkang memberi satu harapan kosong kerana walaupun kita balik pada SST, tetap harga barang akan juga akan naik. Jadi...

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kasi dulu baru tahu kosong atau apa.

final • 3:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Simpang Renggam, minta penjelasan. Boleh?

final • 3:30 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, saya kata kalau pembangkang memerintah kerajaan, negara ini tidak akan ada harapan.

Bukan mahu mendahului Korea, tetapi bankrap terus. Saya bagi contoh Tuan Yang di- Pertua, di Pulau Pinang, adakah dalam dunia ini projek ditandatangani, ditawarkan kepada seseorang kontraktor tetapi projek hanya mula 10 tahun kemudian?

Adakah di dalam dunia ataupun di Malaysia, projek itu ditawarkan tetapi tidak bermula sekarang, tetapi hanya bermula 10 tahun kemudian? Ada Tuan Yang di-Pertua, di Pulau Pinang, projek terowong. Projek terowong ditawarkan pada tahun 2015, tetapi hanya mula pada tahun 2025. Apa yang jadi isu sekarang ini sebab projek terowong dibayar dengan tanah. Nilai tanah pada hari ini akan naik mendadak selepas 10 tahun kemudian. Jadi perjanjian yang berat sebelah ini akhirnya siapa yang betul-betul untung?

Kontraktor Tuan Yang di-Pertua. Ruginya siapa? Rakyat. Ini satu contoh di Pulau Pinang.

Di negeri Selangor, isu tanah Ijok yang sudah menjadi tumpuan rakyat seluruh Malaysia. Pampasan ganti rugi yang dibayar balik kepada peneroka iaitu pampasan tunai sebanyak RM180 ribu dan rumah bernilai RM250 ribu tidak berpatutan. Ini sebab ada peneroka berkata seolah-olah ditipu oleh Kerajaan Selangor, kerajaan PKR kerana nilai tanah juga telah naik mendadak selepas 10 tahun.

final • 3:30 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Syarikat yang diisytiharkan bankrap pada waktu itu pula menerima keuntungan yang luar biasa, RM800 juta. Ini pun tidak dimaklumkan kepada peneroka dan pelantikan peguam yang menguruskan kes ini juga dipersoalkan kerana bukan lain tetapi Ahli Parlimen Subang yang mewakili kerajaan PKR. Jadi ini merupakan satu conflict of interest, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Jadi begitulah kalau negara ini dipimpin di bawah pimpinan dua kerajaan macam ini, DAP dan PKR. Saya rasa negara kita tetap akan bankrap suatu hari nanti.

Tuan Yang di-Pertua, saya ambil lima minit untuk balik ke isu UEC. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan pada PRU yang lepas bahawa kerajaan tidak ada halangan untuk mengiktiraf UEC, tetapi dengan syarat iaitu kredit dalam Bahasa Malaysia SPM. Akan tetapi apa yang kita lihat pada hari ini, Pakatan Harapan mereka copycat.

final • 3:30 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Simpang Renggam, saya rasa itu bukan copycat. Sampai hari ini di dalam Parlimen tidak ada jawapan daripada pihak kerajaan. Mereka kata kerajaan mengiktiraf UEC dengan syarat ada kredit di dalam Bahasa Melayu. Tidak ada pengumuman sebegitu. Saya telah pun memperjuangkan isu ini selama lima tahun. Tidak ada satu jawapan pun diberi oleh pihak kerajaan adalah positif ataupun mengatakan bahawa UEC akan diiktiraf.

final • 3:30 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, kita harus lihat juga sama ada apa yang dilontarkan oleh mereka ini ikhlas atau tidak. Pada tahun 1975 Tuan Yang di-Pertua, 27 Oktober 1975. Dong Zong yang diketuai oleh Encik Foo Wan Thot. Dong Zong ini datang ke Parlimen, Bangunan Parlimen ini pada waktu itu tahun 1975 untuk berjumpa dengan siapa? Berjumpa dengan Menteri Pendidikan pada waktu itu. Menteri Pendidikan mengarahkan Dong Zong supaya tidak menjalankan UEC pada waktu itu kerana beranggapan bahawa UEC menjejaskan perpaduan rakyat dan ia bukan dalam sistem pendidikan negara. Apa yang menggugat lagi, akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya Dong Zong enggan membatalkannya.

final • 3:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Minta penjelasan. Minta penjelasan Yang Berhormat Simpang renggam. Berani bahas dengan graduan UEC tidak? Berani tidak?

Saya dari UEC. Saya sekarang hendak tanya, berani bahas dengan graduan UEC tidak?

Tidak berani Yang Berhormat Simpang Renggam?

final • 3:30 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Saya habiskan dahulu.

final • 3:30 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Simpang Renggam, masa itu kerajaan buat apa?

final • 3:30 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tidak apa.

final • 3:30 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Masa itu kerajaan buat apa?

final • 3:30 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, Menteri Pendidikan pada waktu itu adalah Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

final • 3:30 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

MCA dan kerajaan semua tidurkah masa itu?

final • 3:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Ini tunjuk kegagalan kerajaan dan MCA kerana pada zaman itu kerajaan dan MCA tidak boleh pindah atau tukar pandangan Tun M tentang UEC.

final • 3:30 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat Pagoh...

final • 3:30 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Simpang Renggam, jangan mengelirukan Dewan.

final • 3:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Sekarang DAP kita mampu buat. Ini tunjuk kejayaan DAP dan juga tunjuk kegagalan Gerakan dan juga MCA. Pada masa itu tidak dapat tukar pandangan Tun M terhadap UEC, tetapi sekarang kita mampu buat.

final • 3:30 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Duduk, duduk.

final • 3:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Berani berbahas dengan saya tidak? Berani bahas dengan graduan UEC tidak, tidak berani? Takut, takut, hendak lari, hendak lari?

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat yang berdiri. Yang Berhormat Kulai, tidak boleh berbahas begini.

final • 3:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Dia itu fakta salah Tuan Yang di-Pertua. Bagi laluan. Kenapa tidak berani bahas?

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk Ahli Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Itu melibatkan pengiktirafan UEC Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Dewan Rakyat untuk perbahasan, dia tidak berani.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat Simpang Renggam duduk. Yang Berhormat Kulai duduk. Yang satu lagi duduk. Duduk.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya faham. Kadang-kadang ada isu yang dekat di hati Ahli Yang Berhormat masing-masing yang perlu untuk diperjuangkan.

Dalam pada itu, mesti patuhi kepada peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat kita ialah kalau seorang Ahli Yang Berhormat sedang berhujah, ada seorang Yang Berhormat ingin mencelah, minta sama ada dikasi laluan atau tidak. Begitu. Bukan begitu sudah kita tahu semua. Jadi kalau semua tiga, empat, lima Ahli Yang Berhormat bercakap secara serentak, bukan lagi berbahas itu. Itu macam jual ikan di pasar. Berapa harga? Tinggi-kah, kurang-kah. Tawar-menawar. Bukan begitu caranya. Sila Yang Berhormat Simpang Renggam...

final • 3:30 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, lega telinga saya sekarang ini. Pada...

final • 3:30 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Simpang Renggam, minta penjelasan.

final • 3:30 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Sudah masuk sudah. Pada 10 Januari 2018...

final • 3:30 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat ini berdiri minta laluan. Mahu kasi laluan atau tidak Yang Berhormat?

final • 3:30 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tidak.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak, sila teruskan.

final • 3:30 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Pada 10 Januari 2018, Yang Berhormat Pagoh juga menyatakan pendirian pada surat khabar. Beliau kata walaupun Pakatan Harapan memerintah, tidak akan juga mengiktiraf UEC. Itu daripada Yang Berhormat Pagoh, sebelum itu Tun Mahathir dan lagi seorang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencetuskan Operasi Lalang pada tahun 1987 sehinggakan ramai pemimpin Dong Zong ditangkap dan ditahan di bawah Akta ISA...

final • 3:30 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Hendak tanya Yang Berhormat Simpang Renggam, apa pendirian Gerakan?

final • 3:30 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Saya tidak habis lagi. Tidak, tidak. Tidak ada pendirian.

final • 3:30 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Tidak ada pendirian?

final • 3:30 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Surat khabar Sin Chew Daily juga ditutup pada waktu itu. Tiga-tiga mantan Menteri Pendidikan, tiga orang. Seorang lagi menjawat sebagai PM selama 22 tahun. Dua lagi Timbalan Perdana Menteri.

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Boleh mencelah?

final • 3:30 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Ketiga-tiga mereka sekarang bersama dengan DAP, adakah mereka ikhlas betul-betul mahu iktiraf UEC?

final • 3:30 PM

Seorang Ahli

Telah buat sesuatu yang betul.

final • 3:30 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Saya ingin mengatakan apa yang dikatakan oleh...

final • 3:30 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Masa dahulu bersama Gerakan.

final • 3:30 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

....Timbalan Menteri Pendidikan bahawa ada lagi satu kilometer untuk mengiktiraf UEC. Sikit masa Tuan yang di-Pertua. Apakah yang dimaksudkan satu kilometer itu? Adakah benar-benar kita hendak mendukung dokumen UEC, hendak berjalan kaki satu kilometer?

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, saya...

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta...

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kalau Gerakan hendak buat, buatlah.

Recognize sahaja, jangan cakap banyak-banyak. You ungkitkan sejarah lama-lama buat apa.

final • 3:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua boleh saya mencelah? Dia jual sayur, saya...

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Buat sahaja tidak apa. Gerakan begitu hebat.

final • 3:40 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Jangan copycat dan tindakan tegas dalam isu UEC ini. Tuan Yang di-Pertua, masa tidak mengizinkan, jadi saya mohon menyokong. Daulat Tuanku! Terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Nerus, sila.

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Alhamdulillahi robbil a’lamin...

[Membaca sepotong doa] Allah Taala berfirman dalam surah Al-Imran ayat 79... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya Allah Taala berfirman, *“Tidak wajar bagi seorang manusia yang diberikan oleh Allah Taala Al-Kitab Al-Hukum pemerintahan dan kebijaksanaan dan kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, “Jadilah kamu semua hamba-hamba kepadaku lain daripada Allah” tetapi hendaklah dia berkata “Jadilah kamu semua Rabbanihin, orang-orang yang mengikut Tuhan berdasarkan apa yang kamu sedang ajar kepada manusia tentang Al-Kitab dan juga berdasarkan apa yang sedang kamu pelajari”.

Sadaqallahul ‘azim*.

Dalam Titah Yang di-Pertuan Agong, antara isu penting yang perlu kita bincang pada hari ini ialah tentang urus tadbir yang baik. Ia menjadi hasrat bagi semua kerajaan yang sedang mentadbir dan tentulah juga hasrat daripada mereka yang menjadi pembangkang. Urus tadbir yang baik selalunya berasaskan kepada dua asas atau dua rukun yang penting. Pertamanya unsur tanggungjawab, yang keduanya unsur kecekapan dalam mentadbir.

Akan tetapi apa yang menarik untuk saya mengajak semua Yang Berhormat pada hari ini untuk kita lihat ialah satu lagi unsur yang patut kita masukkan untuk kita mencapai good governance ataupun urus tadbir yang baik iaitu ikatan seorang pentadbir dengan Allah SWT dengan Pencipta.

Ini kerana hubungan antara seorang pemerintah atau pentadbir dengan rakyat, bukannya hubungan antara seorang hamba dengan tuan kepada hamba. Kerajaan bukan tuan kepada rakyat. Rakyat juga bukan hamba kepada kerajaan. Begitu juga kerajaan bukan hamba kepada rakyat tetapi sama ada kerajaan ataupun rakyat kedua- duanya merupakan hamba kepada Tuhan, hamba kepada Allah SWT. Bila mana menjadi hamba kepada Allah, bererti baik rakyat mahupun pentadbir dan pemerintah terikat dengan perintah Allah SWT. Maka bila kita bincang tentang urus tadbir yang baik, sifat tanggungjawab, pertanggungjawaban dan juga kecekapan, tidak hanya tanggungjawab kita itu kepada rakyat semata-mata tetapi tanggungjawab kepada Allah SWT.

Tanggungjawab kepada rakyat semata-mata menyebabkan akan ada pentadbir yang hanya bersembunyi daripada pandangan mata rakyat. Rakyat juga adalah manusia dan tentu tidak mampu untuk memantau semua gerak kerja seorang pentadbir. Akan tetapi jika mana seorang pentadbir menyedari bahawa dia bertanggungjawab kepada Allah SWT yang akan disoal di hari akhirat Allah SWT, yang akan dihisab pada hari akhirat, yang menyedari bahawa ada malaikat yang mencatat setiap apa yang dia lakukan, dikatakan sama ada tersembunyi pada pandangan mata manusia ataupun tidak, maka keimanan itulah menjadikan dia seorang pentadbir yang baik, yang dia akan buat yang terbaik semata-mata kerana Tuhan yang akan memantau segala gerak kerja dia.

Begitu juga konsep yang diajar oleh Allah berkaitan dengan kecekapan. Al- Quran mengajar kepada kita tentang manusia...

[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Allah Taala yang mencipta kehidupan dan kematian untuk Dia menguji kamu manakah kalangan kamu yang paling baik, yang paling elok tindak tanduknya”.

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Ertinya, seorang pentadbir bila menyedari bahawa dia diarahkan oleh Allah untuk buat yang terbaik, maka kesedaran bahawa dia patut buat yang terbaik itulah yang akan menggerakkan dia buat yang paling baik untuk rakyat dia semata-mata untuk mendapat reda Allah SWT.

Dalam Islam ia dipanggil ihsan...

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Ihsan, asal makna dia buat yang paling baik. Kenapa dia buat yang paling baik? Ini kerana dia merasakan ia diperhatikan oleh Allah SWT, menyedari bahawa Allah Taala sentiasa memantau gerak geri dia. Maka bila mana seorang pentadbir boleh meletakkan rasa tanggungjawab dan juga kecekapan itu berasaskan keyakinannya kepada Tuhan ataupun disebut dalam bahasa Arab, ubudiyah, merasakan ia hamba kepada Allah SWT, maka dia akan menjadi seorang pentadbir yang sangat baik.

Di Kelantan, Kerajaan Negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS telah berjaya mengemukakan kepada rakyat satu bentuk urus tadbir ketuhanan ataupun saya istilahkan sebagai urus tadbir rabbani. Di kala orang bercakap tentang urus tadbir yang baik, saya istilahkan ini sebagai urus tadbir rabbani. Rabbani maknanya orang yang mengikut Tuhan seperti saya bacakan ayat tadi. Urus tadbir ketuhanan ataupun orang yang mengikut Tuhan, meletakkan nombor satu ubudiyah, dia adalah hamba kepada Allah diikuti dengan masuliyah, rasa tanggungjawab terhadap Allah SWT bukan hanya rakyat semata-mata. Ketiga, meletakkan unsur itqan iaitu kecekapan sebagai asas urus tadbir.

Hasilnya ialah 27 tahun, hendak masa tahun ke-28 Kelantan diperintah oleh PAS berjaya mengemukakan urus tadbir yang baik yang bebas rasuah, yang diiktiraf oleh SPRM sendiri dan diberikan taraf penilaian oleh Jabatan Audit Negara untuk Pejabat Menteri Besar dan juga SUK, 99 percents. Maka saya menyatakan bahawa jika mana kita hari ini bercakap tentang urus tadbir baik, rakyat mempertikaikan kemampuan Kerajaan Persekutuan mengemukakan kerajaan yang baik, urus tadbir yang baik. Maka kita juga menyatakan bahawa urus tadbir yang baik bukanlah satu angan-angan tetapi adalah kemampuan yang boleh dilaksanakan dengan syarat seorang yang menjadi pengurus tadbir itu mengikat dirinya dengan Allah SWT menjadi hamba kepada Allah SWT. Itu yang pertama.

Kedua, isu perpaduan yang juga disebut dalam Titah Yang di-Pertuan Agong.

Apa dia konsep perpaduan? Adakah perpaduan bermaksud bahawa bersatu pada entiti ataupun sama pada semua perkara? Saya rasa tidak. Ini kerana hakikatnya, manusia Allah Taala cipta ini berbeza. Allah cipta lelaki dan juga perempuan. Dijadikan pula manusia itu berbangsa-bangsa, bersuku-suku.

Firman Allah SWT dalam al-Quran, Allah Taala mencipta manusia... [Bercakap dalam bahasa Arab] lelaki dan perempuan...

[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Allah jadikan manusia pelbagai bangsa dan kabilah untuk mereka saling kenal mengenal”. Akan tetapi dengan kita meraikan pelbagai perbezaan tersebut, kita boleh bersatu dan juga berpadu berdasarkan asas yang boleh kita sepakati bersama.

Kita ambil hari ini, kehadiran parti-parti yang pelbagai, yang menjadi pembangkang dengan menjadi kerajaan. Kehadiran kepelbagaian parti ini perlu diiktiraf dan memang diiktiraf oleh peraturan dan undang-undang. Akan tetapi sayangnya ia tidak diiktiraf dari sudut amalan kerajaan.

Kita lihat bagaimana pembangkang dianaktirikan, Kerajaan Negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS, 28 tahun dianaktirikan oleh Kerajaan Persekutuan dengan bajet tahunan yang diperlambat dan juga pembangunan yang tidak turun rata seperti negeri-negeri yang lain. Dalam keadaan yang sama kita lihat untuk Ahli Parlimen di kalangan pembangkang, di tempat di mana pembangkang menang, Kerajaan Persekutuan akan melantik seorang pegawai untuk menggantikan tugasan Ahli Parlimen dengan segala peruntukan turun kepada beliau dinamakan sebagai Pegawai Pembangunan Parlimen.

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Ini adalah suatu pencerobohan terhadap hak dan ini adalah punca kepada robohnya perpaduan. Di kala kerajaan bercakap tentang perpaduan, tentang kesatuan tetapi hakikatnya perpaduan itu roboh dan juga hancur disebabkan kezaliman. Oleh kerana itulah syarat pertama untuk berpadu ialah mestilah kita menghapuskan kezaliman. Tidak mungkin perpaduan tercapai dengan adanya kezaliman. Bahkan zalim adalah punca kepada perpecahan. Kerajaan sepatutnya memberikan satu komitmen.

Jika mahu bercakap tentang perpaduan, maka hendaklah pertama sekali kezaliman dihapuskan. Iktiraf hak yang ada pada mana-mana parti meskipun ia adalah parti yang bersifat pembangkang, membangkang kerajaan.

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Al-Quran mengajar kepada kita asas kepada perpaduan. Menerusi firman Allah SWT...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Kata Allah SWT, “Hendaklah kamu, bekerjasama atas dasar kebajikan dan juga takwa dan janganlah kamu bekerjasama atas dasar dosa dan juga permusuhan atau pencerobohan hak.” Al-bikh. Kebajikan merangkumi segala hak melibatkan manusia. Setiap orang yang bergelar manusia berhak mendapat haknya. Maka bekerjasama merentasi kepentingan parti politik, merentasi ideologi parti masing-masing bertujuan untuk mengembalikan hak manusia yang kena zalim itu adalah dituntut oleh Allah SWT. Maka apa sahaja kerjasama yang dibuat dengan tujuan untuk menegakkan hak manusia pasti akan diberikan keberkatan oleh Allah SWT.

Kedua, takwa...

final • 3:50 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta laluan.

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Sekejap ya.

Takwa merujuk kepada Islam itu sendiri. Sebarang kerjasama untuk menegakkan agama Allah SWT adalah satu kerjasama yang diberkati oleh Allah SWT. Oleh kerana itulah asas kepada kerjasama ialah pertama kerjasama untuk mengembalikan hak kemanusiaan dan kedua, kerjasama untuk menegakkan agama Allah SWT.

final • 3:50 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat berkaitan dengan hak yang sepatutnya dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan termasuk hak mendapat royalti minyak.

Perkara ini telah termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum yang telah diluluskan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Sekarang ini, sampai hari ini negeri Kelantan dinafikan hak. Ada sesetengah negeri diberikan hak royalti. Di negeri Kelantan, hanya diberikan wang ihsan. Itu pun dibahagi dua antara JPP dengan MAIK. Jadi apa pandangan Yang Berhormat? Untuk mencapai perpaduan, sepatutnya hak semua rakyat, hak semua negeri di bawah Kerajaan Persekutuan ini sepatutnya diberi dengan adil dan saksama.

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Ya, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Rantau Panjang tadi. Pertama sekali, bagi saya Akta Laut Wilayah adalah suatu pencerobohan terhadap hak negeri-negeri.

Pencerobohan terhadap konsep federalism yang sedang kita amalkan dan tidak wajar ia berlaku kerana ia menggugat hak dan menceroboh hak yang patut ada pada Kelantan.

Sebagai contoh, melibatkan minyak dan juga pada negeri Terengganu melibatkan minyak.

Maka, selagi mana kita tidak menegakkan keadaan ini, maka pertembungan akan berlaku. Perpaduan hanya sekadar bicara di mulut tetapi tidak menjadi terbukti kepada tindakan. Bila kita bincangkan tentang perpaduan, tidak boleh kita berpadu atau bersatu untuk kita menghalalkan GST. Saya menegaskan bahawa GST adalah cukai yang salah. Cukai yang haram dan PAS daripada awal menegaskan bahawa GST adalah cukai yang salah dan zalim dan mesti dihapuskan dan itu adalah komitmen Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Tidak mungkin juga kita bersatu untuk menghalalkan hutang Kerajaan Persekutuan yang makin meningkat. Walaupun disebut oleh Yang Amat Berhormat Pekan pada pagi tadi bahawa itu hutang yang terkawal dan kita boleh bayar tetapi realiti hutang yang bertimbun sejak tahun 1997 hingga tahun 2018 sekarang tanpa menurun.

Itu adalah suatu benda yang tidak boleh kita terima.

Sama juga. Tidak mungkin kita boleh bersatu untuk kita menerima skandal yang berlaku sama ada skandal yang melibatkan 1MDB yang terkini atau skandal yang melibatkan Forex atau apa sahaja skandal kewangan dalam sejarah negara kita.

Skandal BMF tahun 80-an, skandal PERWAJA yang menyebabkan kerajaan menyuntik RM2 bilion. Skandal Forex tahun 90-an yang melibatkan RM30 bilion. Bail-out terhadap MAS. PKFZ melibatkan RM2.5 bilion dan juga Terowong Pulau Pinang yang kita bimbang juga ada unsur-unsur penyelewengan.

Ertinya tidak mungkin kita bersatu untuk menegakkan kebatilan. Kita perlu bersatu untuk menentang riba. Oleh kerana itu PAS menolak Akta AIIB kerana ia berasaskan kepada riba. PAS juga menolak untuk kerajaan menyokong sebarang usaha untuk menegakkan LGBT atau menyokong sebarang usaha untuk memudahkan orang Islam keluar daripada Islam.Tidak mungkin kita boleh menyokong akta-akta yang menyebabkan Islam semakin tercorot ke belakang.

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Sama ada Akta 164 atau akta-akta yang lain. Inilah konsep perpaduan yang diajar oleh Islam. Kita boleh bekerjasama untuk perkara kebajikan. Kita tidak mungkin bekerjasama atas dasar perkara yang boleh merosakkan agama Allah SWT.

Saya juga tertarik bilamana Yang di-Pertuan Agong menyebut tentang isu berkaitan dengan pemberitaan palsu yang semakin tersebar dalam masyarakat pada hari ini. Al-Quran mengajar kita tentang konsep berita...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Jika datang pada kamu seorang yang fasik, membawa satu berita, hendaklah kamu mengambil sikap mencari bukti dan juga penjelasan”. Ini kaedah Al-Quran. Dalam Surah An-Nur, Allah SWT bercerita tentang kisah yang berlaku kepada Baginda SAW.

Cerita tuduhan palsu terhadap Aisyah R.A, isteri Baginda SAW yang menjadi sebab untuk orang Islam menjadi berkecamuk disebabkan tuduhan palsu dikenakan kepada isteri baginda yang menjadi pemimpin kepada umat Islam di Madinah Al- Munawarah. Lalu Allah SWT turunkan ayat mengajar umat Islam... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Alangkah baik, kata Allah. “Di kala mana kamu mendengar satu berita yang tidak elok, lalu orang-orang yang beriman, laki-laki dan juga perempuan di kala mendengar cerita itu, bersangka baik terhadap diri mereka sendiri”... [Bercakap dalam Bahasa Arab] Bersangka baik...

[Bercakap dalam Bahasa Arab] Mereka menyatakan ini adalah pembohongan yang sangat nyata.

Pada hari ini, dunia politik kita dicemari dengan pelbagai cerita palsu dan juga bohong yang mungkin menguntungkan kita untuk jangka masa pendek tetapi ia menghancurkan negara, menghancurkan masyarakat dalam jangka masa yang panjang.

Kita akan melahirkan masyarakat yang suka membawa cerita yang buruk, cerita bohong, cerita fitnah.

Sedangkan Nabi kita Muhammad SAW, sebelum mengasaskan negara Islam, Madinah Al-Munawarah dibuat satu bai’ah dengan orang-orang daripada Madinah Al- Munawarah. Antara isi bai’ah Nabi SAW ialah dengan mereka yang bakal menjadi pendukung negara yang baru ini ialah supaya sabda Nabi SAW... [Bercakap dalam Bahasa Arab] “Kamu kena bai’ah dengan aku agar kamu jangan mendatangkan satu berita bohong yang direka-reka untuk merosakkan sesama kamu”. Ia menunjukkan kepada kita bahawa negara tidak boleh ditegakkan hanya berdasarkan kepada andaian, berdasarkan tohmahan, berdasarkan fitnah. Sama ada fitnah terhadap pemimpin politik yang dulunya disebut terlibat dengan seks, terlibat dengan liwat. Tuduhan yang merosakkan dunia politik termasuklah juga apa sahaja isu- isu yang tiba pada hari ini, tuduhan penerimaan dana dan sebagainya. Saya mengajak kepada semua ahli politik untuk melihat keuntungan negara jangka masa panjang.

Untuk melahirkan masyarakat yang baik, masyarakat yang berakhlak. Kita mungkin untung pada hari ini untuk jangka masa pendek. Kita mungkin menang satu, dua negeri. Kita menang politik kita, kita menang parti tempat kita bertanding tetapi negara kita akan rosak. Tidak mungkin negara kita dapat dibina berdasarkan akhlak yang buruk, akhlak yang hodoh kerana ciri sebuah negara yang baik mestilah negara itu rakyatnya yang berakhlak. Tentulah akhlak itu sebaiknya ditampilkan oleh para pemimpin kerana pemimpin itu menjadi suluhan kepada rakyat.

Oleh kerana itu Allah SWT mengajar kita...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin. Ia memimpin berdasarkan perintah kami”. Ayat ini mengajar kepada kita bahawa para pentadbir, ahli politik, mereka menjadi kerajaan memegang tampuk pemerintahan adalah orang yang patut memimpin rakyat ke arah kebaikan berdasarkan perintah Allah SWT.

Moga-moga nasihat yang kita sampaikan pada hari ini mendapat perhatian semua pihak sebagai penutup kepada pertemuan kita pada sidang kali ini. Wallahualam.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Hulu Rajang.

final • 4:00 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kesenangan yang kita peroleh pada hari ini adalah kerana berada di bawah kepimpinan sebuah kerajaan yang cekap dan telus bagi memastikan negara sentiasa berada pada tahap yang cemerlang.

final • 4:01 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Saya ingin merakamkan jutaan tahniah kepada semua agensi beruniform di negara kita yang tidak mengenal erti penat dan lelah bersama menjaga keselamatan negara sama ada di sempadan, di bandar mahupun di medan perang. Baru-baru ini di Amerika Syarikat kita dikejutkan dengan berita kematian 17 orang pelajar sekolah menengah ditembak mati oleh rakan kelas mereka. Insiden ini telah membuka mata ramai pihak kerana negara berstatus moden dengan pelbagai pencapaian global, namun kadar sivik di kalangan golongan muda adalah terlalu rendah.

Kita sangat bersyukur perkara ini tidak berlaku di Malaysia, Tuan Yang di- Pertua. Apa yang ingin saya tekan di sini adalah aspek keselamatan negara tidak hanya jatuh di bawah anggota beruniform. Namun ia merupakan satu tanggungjawab yang amat besar, yang harus dipikul oleh semua rakyat bagi memastikan menjadi benteng pertahanan negara ketika di saat berlakunya musibah tidak diduga.

Tuan Yang di-Pertua, saya di kesempatan ini turut ingin menyentuh mengenai beberapa ancaman keselamatan yang menggugat kesejahteraan negara baru-baru ini.

Perkembangan ini harus diberi penekanan serius kerana ianya melibatkan isu keselamatan negara. Aset dan keperluan keselamatan di sempadan harus dipertingkatkan serta melalui penubuhan agensi keselamatan sempadan turut akan membantu memerangi keganasan dan jenayah rentas sempadan serta meningkatkan usaha membanteras usaha pemerdagangan manusia.

Saya turut ingin membawa suara rakyat jelata menyentuh dengan lebih mendalam mengenai isu keselamatan ini khususnya di Sarawak. Bahagian Kapit, Sarawak adalah kawasan yang terbesar di Sarawak. Bersempadan dengan Indonesia dan mempunyai empat buah pusat pentadbiran daerah, Kapit, Song, Bukit Babong dan Daerah Belaga dan dua buah pusat pentadbiran di Sungai Asap dan Berit, Tuan Yang di-Pertua. Ia bersempadan dengan negara Indonesia. Banyak lorong-lorong tikus di sepanjang sempadan tersebut.

Oleh yang demikian, saya ingin memohon agar pihak kerajaan dapat menyediakan kemudahan pos kawalan di Long Busang, Belaga, Long Singut di Baleh dan Bukit Mabong di Daerah Bukit Mabong, Baleh, Kapit dan sebuah lagi balai polis di PRS Sungai Asap di Belaga. Tujuan permintaan bagi menyediakan pos kawalan ini adalah bagi memastikan aset bernilai berbilion-bilion ringgit yang dibina di Empangan Bakun, Murum dan Baleh dijaga dengan rapi.

Inisiatif kerajaan melalui penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara merupakan satu langkah yang amat proaktif dan teliti oleh kerajaan untuk menangani isu kos sara hidup rakyat yang berfokus kepada enam kluster iaitu makanan, perumahan, pendidikan, pengangkutan, utiliti dan kesihatan. Rakyat di Sarawak semestinya amat gembira dan teruja dengan penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang mampu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan sara hidup.

Saya memasangkan harapan agar adanya Majlis Tindakan Sara Hidup Negara segera keluhan tentang kenaikan sara hidup yang diutarakan oleh rakyat mampu ditangani oleh Majlis Tindakan Sara Hidup Negara dengan efisien, cekap dan penuh integriti tanpa mengira fahaman politik supaya rintihan dan harapan rakyat yang mahukan isu ini diselesaikan tidak sia-sia.

Sesungguhnya inisiatif ini merupakan kayu pengukur bahawa keprihatinan kerajaan yang diterajui oleh Prime Minister adalah kesaksian rakyat dan bukannya berdasarkan agenda politik semata-mata, Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin membawa perhatian pihak kerajaan persekutuan agar elaun sukar 10 peratus daripada Kerajaan Persekutuan juga turut diberikan untuk penjawat awam persekutuan. Ini kerana elaun sukar untuk penjawat awam negeri Sarawak telah pun diberi kepada mereka yang berkhidmat bersama Kerajaan Negeri Sarawak. Ini membantu sedikit meringankan beban kewangan mereka. Saya berharap agar pihak kerajaan melihat perkara ini dengan lebih mendalam.

Kesihatan merupakan perkara asas yang diberi secara percuma oleh Kerajaan Persekutuan. Walau ada ramai yang memperlekehkan usaha Kerajaan Barisan Nasional namun di sudut hati rakyat saya percaya ramai di antara mereka terhutang budi dengan khidmat yang diberi. Namun begitu saya selaku Ahli Parlimen di kawasan pedalaman melihat keperluan agar hospital di Kapit ini dapat diperbesarkan dengan melibatkan penambah doktor pakar dan menambahkan jumlah bilangan mesin dialisis.

final • 4:01 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Tuan Yang di-Pertua, di Kapit bilangan mesin dialisis tidak mencukupi dan ada di antara pesakit diminta pergi ke Pekan Song bagi mendapatkan rawatan dialisis. Ini menambah kos yang sedia ada kepada pesakit dan membebankan mereka. Saya turut melihat dalam jangka masa dua tahun menjelang tahun 2020 Hospital Kapit akan menguruskan bilangan pesakit yang sangat banyak dan keperluan penambahan kakitangan dan pembesaran hospital amat diperlukan.

Saya sangat prihatin akan nasib generasi muda negara Malaysia dan saya juga ingin menyentuh tentang langkah-langkah bagi memastikan golongan khasnya kanak- kanak supaya tidak dieksploitasi untuk keuntungan teknologi maklumat. Laporan yang dikeluarkan oleh MStar Online amatlah membimbangkan apabila 17,338 orang alamat IP melibatkan pornografi kanak-kanak adalah dari Malaysia dan Malaysia dilaporkan sebagai negara yang paling aktif dalam aktiviti memuat naik dan memuat turun visual pornografi kanak-kanak apabila mencatat bacaan alamat IP tertinggi. Sebaliknya mereka harus dibangunkan sebagai modal insan yang bermutu pada masa hadapan dan bukannya menjadi mangsa kerakusan pihak yang tidak bertanggungjawab di alam maya.

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Pepatah itu adalah amat benar.

Kanak-kanak harus didedahkan dengan matlamat berguna, tentang penggunaan teknologi maklumat secara berhemah semasa melayari internet seawal mungkin supaya mereka membezakan mana yang betul dan salah dan seterusnya mampu mengurangkan kesan media ke atas diri mereka.

Oleh yang demikian, saya merasa bahawa kerajaan perlu memikirkan program- program ataupun pendekatan yang bersesuaian untuk memastikan kesan media ke atas kanak-kanak dapat dikurangkan, supaya teknologi mampu menjadi agen pembangunan yang sihat kepada kanak-kanak di negara kita selain memupuk kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat secara keseluruhannya tentang kesan media terhadap anak-anak masing-masing sekiranya diguna secara tidak terkawal.

Kawasan luar bandar seperti Hulu Rajang amat memerlukan pembangunan infrastruktur yang berterusan, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam tempoh pemerintahan beliau dari tahun 2009 hingga hari ini, bahagian Kapit kian dilihat berwajah baharu dengan pelbagai inisiatif yang telah dibawa oleh Perdana Menteri untuk penduduk di kawasan saya.

Jika dibandingkan dengan pemerintahan seorang mantan Perdana Menteri 22 tahun perjalanannya, namun tiada apa yang dibawa untuk kami di negeri Sarawak.

Cukuplah dengan retorik dan fitnah yang dilemparkan. Saya menjemput kalian semua kalau boleh turun ke Kapit dan melihat sendiri perubahan yang berlaku di atas bahagian Kapit di Parlimen saya.

Kepesatan dalam dunia teknologi pada hari ini memperlihatkan pelbagai rakyat kini mudah untuk berhubung dengan dunia luar serta mendapat maklumat yang tepat mengenai kerajaan di alam maya dan tidak termakan dengan dakyah diayah tipu oleh helah pembangkang. Hari ini kita lihat bagaimana dunia siber dapat menyebarkan fitnah dengan begitu pantas menyebabkan rakyat hari ini bercelaru pemikiran dengan tohmah- tohmahan yang dilemparkan, yang tidak berasas.

Justeru itu saya menyeru dan memohon pekhidmat akan kerajaan dapat menyediakan tambahan menara komunikasi di kawasan Parlimen-parlimen saya khususnya di Sungai Es, di Klinik Nanga Malinau, Nanga Kain, Sungai Baleh, di Rumah Panjang Lugat, Sungai Majau, SK Nanga Bena di Sungai Sut, Klinik Nanga Merirai dan di Rumah Panjang Mengak di Sungai Gat, Tuan Yang di-Pertua.

Kerajaan sentiasa meneruskan usaha menyambung bekalan elektrik di luar bandar. Menjadi bukti bahawa komitmen dalam usaha untuk membangunkan infrastruktur asas di kawasan luar bandar. Sememangnya inisiatif ini amat dialu-alukan oleh penduduk di luar bandar seperti di Parlimen saya.

final • 4:01 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Saya berharap agar usaha ini dapat diperluaskan ke kawasan Parlimen Hulu Rajang, khususnya di kawasan rumah-rumah panjang yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dari Nanga Mujong ke Nanga Gat.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang baru-baru ini telah melawat ke sebuah sekolah di kawasan Parlimen saya iaitu SMK Baleh.

final • 4:10 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Saya pasti Yang Berhormat Menteri kini menyelami isi hati warga pendidik di kawasan pedalaman serta melihat sendiri keperluan-keperluan yang diperlukan oleh sekolah-sekolah di luar bandar. Prasarana yang daif di Sarawak sudah mula mendapat perhatian oleh kerajaan.

Pendidikan di negara kita telah mengalami transformasi yang menyeluruh melalui penerapan Pembelajaran Abad Ke-21 yang memerlukan sekolah-sekolah berada dalam keadaan yang kondusif dan dengan persekitaran yang sofistikated. Saya bimbang kerana sekolah yang daif ini di kebanyakan di negeri Sarawak menjadi faktor penyumbang kepada kegagalan para pendidik untuk melaksanakan Pembelajaran Abad Ke-21 di bilik darjah masing-masing. Saya tidak bersetuju sekiranya pendidik menjadi kambing hitam untuk disalahkan setiap kali kita menemui kegagalan untuk melaksanakan transformasi pendidikan negara atas kelemahan kita sebagai pemimpin.

Mendidik nampak mudah di mata, namun demikian, sebenarnya bumi ditampar tidak juga terkena. Usah ditanya apa yang menjadi sumbangan pendidik kepada negara di saat mereka berkhidmat tanpa kelengkapan dan kebimbangan yang cukup tetapi tanyalah diri kita sebagai seorang pemimpin, apakah kelengkapan yang kita sediakan kepada mereka yang memastikan mereka mampu menggalas tanggungjawab mendidik anak bangsa? Kalau ada, adakah ia mencukupi atau kita sekadar ‘melepaskan batok di tangga’?

Saya percaya seorang pejuang dan perjuangan tanpa senjata umpama burung terbang tanpa sayapnya. Saya mohon agar peruntukan untuk bidang pendidikan dikaji semula agar mencukupi untuk kegunaan sekolah-sekolah di seluruh negara. Usahlah kita merasa rugi kerana dari bidang pendidikan, lahirnya modal insan yang berkualiti yang bakal mentadbir negara ini di suatu ketika nanti. Janganlah sampai sayang ‘rugi membeli tali, timba air setitik tidak dapat atau murah di mulut, mahal di timbangan.’ Kesimpulan Tuan Yang di-Pertua...

Pengubat hati wajah si dia; Senyum mesra penenang di jiwa; P.216 Hulu Rajang sebulat kata; Menyampaikan kekurangan rakyat jelata. Jadi, sebelum saya menyudahi ucapan ini, saya menyatakan harapan tinggi kepada semua rakan-rakan pemimpin, terutamanya Barisan Nasional supaya sentiasa mengamalkan permuafakatan yang jitu untuk kita sama-sama menyokong kepimpinan utama yang menerajui tampuk pemerintahan.

Saya mewakili rakan-rakan menyokong penuh kepimpinan Yang Amat Berhormat Pekan untuk terus menerajui pemerintahan negara menjelang PRU Ke-14 nanti. Saya percaya, semua rakan saya dari Sarawak senada dan senadi dengan saya.

Sokongan rakyat di Sarawak juga bertambah dan mereka juga mahukan Dato’ Sri Mohd.

Najib bin Tun Abdul Razak untuk terus memerintah agar banyak manfaat akan diberi kepada rakyat Sarawak melalui Kerajaan Persekutuan.

Perjuangan kita hanya satu, iaitu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat yang sentiasa memberi kepercayaan yang tinggi kepada kita. Janganlah kita bagaikan enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Bersama menentukan arah tuju negara. Kita harus bersatu dan sentiasa berganding bahu. Dengan itu, Tuan Yang di- Pertua, saya menyokong.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Penampang.

final • 4:10 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sidang ini adalah sidang terakhir bagi Parlimen Ke-13. Sejak saya diberikan peluang untuk memasuki Dewan ini melalui pilihan raya tahun 2013, Penampang telah membangkitkan beberapa isu. Izinkan saya untuk menyebut apa isu yang saya nampak dekat dengan Sabah pada hari ini.

Pada November 2013, Tuan Yang di-Pertua dan juga Timbalan Yang di-Pertua telah memberi laluan kepada Penampang untuk membahaskan permintaan untuk kaji balik Perjanjian Malaysia 1963.

final • 4:14 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Malangnya, selepas perbahasan, Tuan Yang di-Pertua pada waktu itu tidak setuju untuk membawa kepada pembentangan, tidak dibawa ke perbahasan kerana tidak urgent.

Sekarang ini dan sejak tahun lepas dan juga minggu lepas, kita telah baca bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Pekan telah membuat banyak janji kepada orang Sabah dan Sarawak untuk mengembalikan hak-hak yang hilang kepada Sabah dan Sarawak. Sekiranya ada, okey, saya ingin tanya...

[Disampuk] Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.

Saya ingin tanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah yang akan dikembalikan ini? Oleh sebab ramai telah membentangkan, ramai telah membangkitkan isu ini sejak saya memasuki Parlimen, baik daripada pihak pembangkang dan juga kerajaan. Yang Berhormat Kinabatangan pun selalu membangkitkan kalau saya tidak salah. Betul tak? Betul kan itu, Tuan Yang di-Pertua? Anyway, minggu depan saya faham Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan umum apa yang akan dikembalikan.

Saya juga dapat baca di surat khabar bahawa Ahli Parlimen Kimanis juga telah membuat satu teguran bahawa beliau akan undur jika Perjanjian Malaysia ini tidak dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Now, saya ingin membawa kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan memberi penjelasan kepada Tuan Yang di-Pertua. Tidak payah undur diri, tidak payah janji untuk melaksanakan dengan mendapat sokongan kepada kerajaan. He just should do it, because ini adalah international treaty dan bukannya bahan politik. Perjanjian Malaysia 1963 adalah international treaty, dengan izin. Sepatutnya tidak digunakan sebagai bahan politik. Just do it, laksanakan and fulfill the promises yang tidak dilaksanakan sejak penubuhan Persekutuan Malaysia.

Pada masa yang sama, Tuan Yang di-Pertua, apabila Perjanjian Malaysia ini dilaksanakan, saya juga membawa kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membawa pindaan yang saya percaya akan disokong penuh Ahli-ahli dalam Dewan ini, termasuk juga ahli daripada pembangkang, bahawa Artikel 160(1) Perlembagaan Persekutuan di mana Persekutuan Malaysia ataupun the definition of the Federation mesti dipinda. Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada saat ini masih menyebut Persekutuan adalah Persekutuan yang ditubuhkan ataupun established by the Federation of Malaya Agreement 1957, bukannya kita telah ditubuhkan melalui Perjanjian Malaysia 1963.

Tuan Yang di-Pertua, I know you understand what I’m talking about, because saya pun pernah baca bahawa Tuan Yang di-Pertua pun adalah seorang yang membawa isu berkenaan dengan Perjanjian Malaysia 1963. Kita mesti menggesa dan mendesak kerajaan untuk membuat pindaan ini supaya tujuan yang kita telah persetujui pada tahun 1963 akan diwujudkan iaitu definisi Persekutuan Malaysia adalah melalui penubuhan Perjanjian Malaysia 1963. Pada masa yang sama juga, definisi merdeka or Merdeka Day dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia ini pun patutnya dipinda kepada 16 September 1963 dan bukan seperti mana yang ditulis dalam Perlembagaan Malaysia iaitu 31 Ogos 1957.

Tuan Yang di-Pertua, jika definisi ini tidak dipinda dan is not corrected, Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, I think we can never fulfill what we all agreed pada penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Tuan Yang di-Pertua, dengan pelaksanaan yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu, saya harap beliau juga akan menerangkan mengenai hak-hak Sabah ini termasuk dengan pemindaan ataupun amendment to how much Sabah will get melalui Bahagian V iaitu dua perlima daripada cukai yang telah dikutip daripada Sabah.

final • 4:14 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Currently dan saya sedang menunggu juga jawapan daripada Kementerian Kewangan pada sidang lepas di mana Menteri Kewangan telah membuat satu penjelasan bahawa beliau akan menjawab kenapakah RM26.7 million sahaja dibayar setiap tahun kepada Sabah sejak tahun 70-an hingga ke hari ini. Hingga ke sidang ini, saya belum mendapat penjelasan kenapa jumlah itu tidak pernah dinaiki ataupun did not compute the inflation figures that we should have had, sebab it remains RM26.7 million until today.

Saya juga harap Perdana Menteri akan teruskan menerang bahawa dengan pelaksanaan Perjanjian Malaysia tahun 1963 ini, adakah GST yang telah diluluskan oleh Parlimen pada Akta GST 2014 bercanggah dengan sales tax yang berada di Sabah.

final • 4:20 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Oleh sebab saya faham bahawa sales tax di Sabah yang telah digubal pada tahun 1998 melalui Sabah Sale Tax Enactment 1998 juga, is like a form of taxation that also taxes a lot of services and goods in Sabah. Now at the same time, GST juga, you know, mencukai barang-barang di Sabah. So, there is element of double taxation. So, ini saya minta penjelasan daripada kerajaan jika adanya satu percanggahan dan jika GST ini tidak sah di Sabah dan sepatutnya tidak dilaksanakan di Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, banjir di Penampang. Tahun lepas dan juga awal tahun ini, banjir telah melanda lagi kami di Penampang. Walaupun kerajaan telah mengumumkan projek penebatan banjir dan juga immediate solution bagi keadaan di Penampang itu dengan jumlah projek RM200 juta ataupun lebih, until today, they have not addressed, Tuan Yang di-Pertua, dengan perparitan yang tidak dibersihkan. I think a lot of this banjir happen in Penampang because of the perparitan. *This is something that the government may have missed.

I think,* Tuan Yang di-Pertua, you know very well di Jalan Minitod yang pergi ke Inanam, Kionsom, the problem is about perparitan dan juga hill cutting yang ada di sana.

It is not about only the natural disaster tetapi dengan kerja yang tidak dilaksanakan oleh kerajaan tempatan di Penampang dan yang sepatutnya juga dibawa kepada kerajaan tempatan di Penampang oleh Kerajaan Persekutuan yang sedang membuat kerja untuk penebatan banjir di Penampang.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi yang dekat dengan hati Penampang adalah buku karya Bernard Sta Maria, The Golden Son of the Kadazan, yang telah ditulis sebagai in honor of the late Dr. Peter J Mojuntin. Dalam tiga jawapan kerajaan kepada soalan Penampang berkenaan dengan kenapa buku ini tidak dijual ataupun tidak dibenarkan untuk dijual di Persekutuan Malaysia adalah kerana buku ini kononnya memudaratkan keselamatan Persekutuan Malaysia. Kita tahu bahawa buku ini senang di-download dari internet. Kalau kita browse through dari internet, kita boleh dapat copy buku ini.

Saya mengaku bahawa semasa membaca dan browsing di internet, kita telah baca buku ini dan saya tidak nampak apanya yang memudaratkan. I think if it is available on the internet, the government should just open permission or should just allow this book to be sold openly supaya orang-orang Sabah dan juga orang-orang masyarakat di Persekutuan Malaysia dapat kenali pemimpin-pemimpin yang telah membuat historical political works for the people of Sabah at the same time yang telah korban dalam plane crash pada tahun 1976 ini.

Banyak lagi buku yang memudaratkan bagi saya tetapi saya nampak buku-buku ini sedang dijual di MPH, di Popular bookstore dan many other bookstores. I don’t understand why The Golden Son of the Kadazan tidak sahaja diberi kebenaran untuk dibaca oleh semua masyarakat rakyat Persekutuan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, minggu lepas pada sidang kita, Sekolah Dr. Peter J Mojuntin hostelnya telah dilanda kebakaran. Saya telah membuat lawatan pada Ahad lepas ini dan telah mendapati bahawa adanya 117 murid di sana and they are all sleeping in very uncomfortable circumstances, walaupun ramai telah memberikan sumbangan seperti mattresses, blanket dan *pillows.

I think the government has to act very quickly because this involves* 117 murid yang sedang menjalani pelajaran mereka dan juga sijil SPM yang akan datang tidak lama lagi. This is something that the government must act quickly to rectify. Oleh sebab pada lawatan saya yang minggu lepas ataupun Ahad lepas, semalam, saya nampak mereka dalam keadaan yang tidak sesuai dan tidak senang and it’s very hot there. I think if we don’t do anything, we are not helping them. I urge the Minister of Education to act quickly on this. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi yang saya ingin sentuh adalah hospital di Penampang. Dalam sidang yang lepas, Menteri Kesihatan telah membuat penjelasan bahawa type three hospital yang telah dipecah tanah ataupun telah diumum untuk pembinaan di Penampang sehari sebelum penamaan calon pada tahun 2013 masih dalam stage of planning. How could that be? Sudah lima tahun, *five years, and we are still at the stage of planning.

I think* banyak technical isu tetapi kenapa banyak bangunan yang diumum dan sudah sedang dibuat selepas PRU Ke-13, something is wrong even with the site. Kalau site ada masalah, we should never agree to build that type three hospital di sana. Mereka sepatutnya mencari alternate kawasan untuk membina hospital yang sangat diperlukan di Penampang ini.

final • 4:20 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Saya juga telah melawat poliklinik di Penampang. Kalau Tuan Yang di-Pertua dapat juga melawat, you will see- and also the Minister of Health should see- orang awam they are lining up in numbers dari jam 6.30 sampailah kepada jam 1 untuk mendapat rawatan. That is definitely a huge increase of a pesakit yang ingin dirawat di Daerah Penampang ini. Pada masa yang sama, mentua saya pun telah memasuki hospital dua bulan lepas dan saya telah mendapat seperti mana yang saya telah bangkit pada beberapa sidang yang lalu bahawa di wad ICU tiada tempat yang keluarga-keluarga boleh duduk semasa mereka menunggu rawatan di ICU kepada rakan keluarga mereka.

They are sitting on the floor, Tuan Yang di-Pertua. How could that be? The people of Sabah are sitting on the floor while waiting for their families to be or their relatives to be treated by the government’s doctors and hospital. It is not the fault, I think, of the government’s doctors or the staff of the hospital. Akan tetapi ini adalah satu kegagalan kita to appreciate and to help the family semasa mereka dalam cabaran di mana keluarga mereka dalam wad ICU. I urge the Minister to go to Queen Elizabeth Kota Kinabalu and to see at the ICU tiada tempat duduk yang selesa untuk keluarga-keluarga yang menunggu keluarga ataupun family mereka yang sedang dirawat.

final • 4:20 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, sidang ini seperti mana yang saya cakap adalah sidang terakhir, Penggal Ketiga Belas Parlimen Persekutuan Malaysia. Adanya satu permintaan yang saya telah bawa kepada kerajaan melalui soalan lisan dan juga bertulis dan ini berkenaan dengan pesta menuai di Sabah yang akan kita rayakan satu ataupun dua bulan daripada sekarang.

Dalam soalan kita, kita telah bertanya jika Kerajaan Persekutuan akan mengiktiraf pesta menuai ini sebagai cuti umum kepada seluruh Persekutuan Malaysia kerana pesta menuai hanya cuti di Sabah. Maka kita tahu ramai orang telah berhijrah ke Kuala Lumpur ataupun Persekutuan Malaysia dan tidak dapat beraya dengan keluarga mereka ataupun dengan keluarga mereka di sini Persekutuan Malaysia semasa kita di Sabah merayakan pesta menuai yang telah diiktiraf sebagai cuti dua hari di Sabah.

I think this government if they want to implement the Perjanjian Malaysia 1963, orang-orang Kadazan dan juga masyarakat orang asal di Sabah telah bersetuju untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. The least the Prime Minister can do now is don’t treat this Kaamatan as only a national celebration but to iktiraf and to upgrade it to a national public holiday supaya orang-orang daripada masyarakat yang bukan Kadazan juga dapat beraya bersama dengan kita, orang Kadazan seperti kita beraya dengan kaum-kaum masyarakat yang lain di mana perayaan mereka telah diiktiraf sebagai cuti umum.

Pada masa yang sama saya juga berharap dan saya ketahui bahawa rakan- rakan kita di Parlimen Sarawak pun mungkin juga ingin dapat cuti umum pada perayaan Pesta Gawai di Sarawak dan pada seluruh Persekutuan Malaysia. Dengan itu kotohuadan konsikan om Sabah ubah. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lipis.

final • 4:30 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

*Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya yang turut serta berbahas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada hari ini.

Pertamanya, kesempatan ini saya merakamkan ucapan terima kasih kepada kementerian KeTTHA kerana saya masih ingat dalam perbahasan saya yang lalu dalam sidang bajet di mana di dalam jawapan Menteri telah meluluskan peruntukan tambahan kepada pembaikan loji air di dalam bandar Lipis iaitu Sungai Jelai dan telah pun ditender dan telah ditawarkan kepada kontraktor. Beberapa lagi peruntukan air yang telah diberi kelulusan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada Parlimen Lipis yang jumlahnya begitu besar sekali bagi membantu permasalahan air dalam Parlimen Lipis.

Salah satu juga kementerian iaitu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga turut serta membantu dalam Parlimen Lipis bagi menyelesaikan masalah air. Bagi saya kalau dalam masa terdekat ini mungkin masalah air di Lipis tidak akan berlaku lagi. Akan tetapi malangnya apabila saya menjejaki Kuala Lumpur dalam masa sidang Parlimen ini, saya juga turut serta mengangkut air di Kuala Lumpur.

final • 4:32 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Samalah kita, sama- sama.

final • 4:32 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Rumah saya diberikan notis tidak ada air dan saya berdoa pada hari ini semoga selepas persidangan Parlimen ini, di rumah saya insya-Allah akan ada air. Bermula pada hari Rabu lepas, saya terpaksa mengangkut air tidaklah sampai tidak mandi sebab saya beli air mineral, saya beli air takungan yang ada di bawah kondominium saya, saya angkut ke atas menggunakan troli yang saya beli RM100 lebih kerana kita sudah tua, tidak berkemampuan.

Akan tetapi yang lebih menyedihkan saya lagi apabila saya menonton di dalam TV apabila masyarakat dalam negeri Selangor berbaris panjang mengangkut air, mengangkat air khususnya kalau yang tinggal di flat yang tinggi, saya tengok seolah-olah balik seperti zaman dahulu mengangkut air daripada perigi, hulurkan tali, hulurkan baldi, angkut tarik ke atas saya tengok dalam TV. Saya tidak tengok sendiri.

Oleh sebab itu saya rasa, ini andaian saya sebab pembangkang pun selalu membuat persepsi, saya juga membuat persepsi bahawa Yang Berhormat Kota Raja sebentar tadi menyatakan hasrat tidak mahu bertanding lagi. Dia kata kesedihan dia sebagai wakil rakyat. Saya percaya perkara inilah yang menyebabkan dia sedih apabila melihat Selangor kekurangan air itu sendiri. Sebab itu saya berpesan...

final • 4:32 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat...

final • 4:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 4:32 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Sedikit lagi.

final • 4:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Duduk dahulu.

final • 4:32 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Saya hendak habiskan ucapan saya. Sebab itu saya berpesan kepada salah seorang wakil rakyat yang datang ke kawasan saya bercakap hampir dua jam menceritakan soal masalah air di Lipis.

Sekarang saya hendak beritahu, padan muka dia pula, air di tempat dia sendiri sudah tidak ada sekarang ini. Dia mengata tempat saya. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh ingat, sewaktu perbahasan bajet saya menyebut ada Ahli Yang Berhormat datang menyebut soal air tetapi akhirnya saya dapat memulihkan air dengan baik sekali. Sila Yang Berhormat Kapar.

final • 4:32 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Lipis dan Tuan Yang di-Pertua dengan izin. Tadi Yang Berhormat telah menyentuh tentang ucapan Yang Berhormat Kota Raja bahawa ini adalah kali terakhir beliau berucap dan sebagainya. Sebagai seorang learned Member of Parliament dan juga sebagai seorang Melayu, saya rasa Yang Berhormat baik duduk dengan Yang Berhormat Kota Raja. Ambil pandangan beliau sebelum menaburkan fitnah sebegitu.

Beliau ada mesejnya tersendiri mengapa beliau tidak berminat atau tidak akan bertanding dan sebagainya. Saya rasa menabur fitnah dan sebegitu dan mengaitkan dengan isu air, saya rasa come on. Kita kena ada sikap profesional dalam Parlimen ini.

final • 4:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ringkaskan Yang Berhormat, masa Yang Berhormat Lipis berjalan, ringkaskan.

final • 4:32 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ya, silakan jangan bersikap begitu Yang Berhormat. Memilukan. Terima kasih.

final • 4:32 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Yang Berhormat Kapar, sebab itu saya sudah beritahu awalan tadi, ini adalah merupakan persepsi yang saya nyatakan. Sebenarnya, telinga saya sudah hendak bernanah Tuan Yang di-Pertua.

Empat tahun lebih saya duduk dalam Parlimen, persepsi yang sentiasa dibawa. Saya tahankan telinga saya. Saya cuba jolok sahaja sekarang ini, di sebelah sudah tidak boleh tahan. Kami duduk, sabar mendengar walaupun kadang-kadang peperangan besar berlaku.

Pagi tadi pun sudah kita berperang besar. Bila Perdana Menteri jolok sedikit sahaja, masalah air Selangor lebih besar daripada masalah 1MDB. Terangkat semua di sebelah sini apabila Perdana Menteri kata macam itu. Ini maknanya yang saya katakan tadi, empat tahun lebih tidak silap saya, angka tidak sampai lima tahun lagi, 24 Mei atau 24 Jun akan sampai genap lima tahun kita duduk dalam Parlimen, tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Saya rasa sudah hampir hendak pecah gegendang telinga saya mendengar hujahan daripada sebelah sana dua perkara yang paling tidak pernah Wakil Rakyat kesinambungan daripada ucapan-ucapan yang dilakukan oleh Wakil Rakyat.

final • 4:32 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Itu semua persepsi. Cerita pasal 1MDB. Cerita pasal GST. Sahabat saya ada seorang daripada Bagan Serai ini, tidak henti-henti juga mempertahankan GST. Cerita pasal Jho Low. Jho Low ini Tuan Yang di-Pertua, dia sudah lama kaya. Dia sudah lama kaya sebab itu Yang Berhormat Kepong mengakui tidak ada unsur yang berlaku dalam PAC mengatakan berlaku penyelewengan di dalam 1MDB.

final • 4:32 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Tidak ada. Kita kaitkan dengan berita-berita palsu, the bundle duit dalam kapal umpamanya. Akhirnya, orang Indonesia kata itu bukan adapun. Akan tetapi kita masih menyebarkan berita, fitnah. Saya dengar dengan penuh teliti, saya tidak kacau pun ucapan daripada pembangkang kecuali yang menyentuh beberapa perkara– sesuatu perkara sahaja. Saya tidak pernah kacau, saya duduk diam, saya dengar tetapi ini giliran saya pula bercakap.

Empat tahun setengah Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar ucapan Jho Low, ucapan 1MDB. Sekarang cerita pula fasal FELDA. Soalan pagi tadi daripada bekas Timbalan Presiden UMNO sendiri membuat soalan itu, pagi tadi. Selesaikan masalah juga FELDA di Ijok. Ke mana perginya RM700 juta lebih, untuk peneroka juga. Selesaikan masalah itu, duit peneroka, 900 lebih peneroka. Tidak apalah kalau hendak ambil untung, atau RM700 juta lebih itu hendak buat untuk buat persiapan pilihan raya? Kita pun tidak tahu. Kalau siapa bangun nanti, saya kata itu persepsi saya juga. Ini semua masalah tetapi tidak apa, kita serahkan kepada siasatan SPRM. Kita serahkan kepada mereka untuk melihat perkara ini.

Serupa juga dengan isu terowong. Saya tidak hendak mengulas tetapi saya sudah beritahu telinga saya sudah hendak pecah dengar. Hari ini pecahlah pula telinga Ahli-ahli Yang Berhormat lain. Terowong, lagi penglibatan besar. Kenapakah perlu ditubuhkan siasatan Diraja umpamanya? Adakah perlu? Kerana ini juga melibatkan wang yang besar, melibatkan pemimpin-pemimpin besar. Akan tetapi saya tidak hendak komen sebab ini di dalam kes siasatan SPRM. Saya akur dengan keputusan itu.

Oleh sebab itu kalau kita melihat dalam perkara ini, kita juga selalu mengata orang, akhirnya kena kepada diri kita sendiri. Akhirnya kita tidak tahan dengan perkataan orang lain pula. Oleh sebab itu saya diam, saya tidak hendak dengar sebenarnya.

Kadang-kadang saya tidak boleh tahan saya keluar, saya duduk dalam kabin umpamanya. Saya tidak dengar tetapi akhirnya perkara-perkara ini berlaku kepada diri kita sendiri. Kita sendiri yang tidak boleh tahan dalam perkara ini. Kena jawab. Kita tunggu Yang Berhormat Datuk Seri Azeez daripada Baling beri tempoh empat hari.

Hari ini cukup tempoh empat hari saya dengar, biar dia berlawan. Kita tengok panglima dari Pulau Pinang dengan panglima dari Baling. Dia akan berentap berdua nanti apabila tempoh empat hari yang diberikan tempoh itu telah genap. Saya tidak jadi masalah. Saya sudah dapat bantuan air begitu banyak tetapi saya bimbang di sini sahaja kekurangan air. Nanti saya hendak balik ini saya hendak berdoa kepada Allah SWT semoga saya balik jam 8.30 malam nanti saya boleh mandi. Jangan saya kena tumpang rumah orang ataupun saya kena mengangkut air sendiri atau beli daripada kondominium saya di bawah tempat penjualan air.

Jadi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan bahawa ini mungkin kita juga adalah persidangan yang akhir. Persidangan yang mungkin selepas ini kalau berlakunya penghujung saya katakan sebentar tadi, pada 24 Jun berakhirnya tempoh kita, maka saya percaya selepas itu kita akan kembali ke Parlimen ini dan Barisan Nasional dengan majoriti melebih dua pertiga akan mengangkat sumpah di depan itu. Saya percaya sebenarnya dengan melihat keadaan apakah senario yang berlaku pada hari ini, saya yakin bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dari Pekan telah dapat menjanakan beberapa pertumbuhan yang sangat ketara untuk negara kita ini sendiri.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, cuma dalam soal sedemikian rupa, kita juga mesti ingat beberapa perkara khususnya sebagaimana rakan-rakan kita nyatakan sebentar tadi bahawa kita juga perlu mengambil kira dari segi kemelut yang dinyatakan tadi tentang soal kos sara hidup yang diperkatakan. Ini bagi saya sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, adalah satu rehearsal yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk memastikan bahawa kerajaan tidak begitu baik, kerajaan tidak boleh menerajui dengan kos sara hidup yang tinggi.

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Akan tetapi, adakah kita pernah membuat kajian bahawa saya menyarankan kepada kementerian KPDNKK supaya apa yang saya nyatakan kekerapan di dalam Parlimen ini sendiri, saya menyatakan dari segi kemelut harga barang itu sendiri, adakah KPDNKK tahu benar harga barang itu. Adakah KPDNKK akan membuat satu stok penyimpan barang-barang sekiranya berlaku krisis dari segi makanan itu sendiri?

Saya percaya dalam soal yang sudah hampir kita menghadapi hari raya, boleh berlaku banyak perkara. Boleh berlaku kenaikan harga secara mendadak, boleh berlaku sabotaj kekurangan barangan makanan, hendak menunjukkan bahawa pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional tidak dapat mengawal harga makan yakni menyebabkan kos sara hidup naik tinggi dengan disebabkan GST kononnya.

Oleh sebab itu kita hendak hapuskan GST, kita hendak buat SST kembali dia kata. Saya menyarankan supaya kementerian KPDNKK ini mestilah melihat dalam hal ini, mestilah berhati-hati dalam keadaan harga barang, dalam keadaan stok barang itu sendiri. Itu sebab saya sudah bagi tahu rehearsal sudah berlaku, daripada RM8 sekilo kembung naik sehingga RM20. Beberapa harga barangan lain dinaikkan. Ini rehearsal sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, bagi saya. Maka kalau kita tidak jaga dalam hal ini, rehearsal ini akan berlaku dalam masa terdekat ini.

Oleh sebab itu mereka sangat tidak suka kepada Jualan Sentuhan Rakyat.

Tempat saya mendapat sambutan yang hangat Jualan Sentuhan Rakyat. Pada hari Jumaat ini akan kita buat lagi Jualan Sentuhan Rakyat. Walau apa orang hendak kata, walau sardin lima tahun sekali murah, tetapi sekurang-kurangnya daya inisiatif kerajaan untuk melaksanakan perkara ini untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat mestilah kita lakukan perkara seperti ini. Kita cari berbagai-bagai kaedah. Orang kata BR1M umpamanya, masih tidak dapat cover GST. Saya hendak tanya pada rakan-rakan saya, adakah kita mahu sendiri membuat pengiraan GST itu kepada kos sara hidup dalam diri kita, cost of living dalam hidup rumah tangga kita.

Saya ada buat, saya boleh membuktikan. Saya simpan selama satu ke dua bulan. Bulan pertama saya simpan berapakah kos rumah saya. Kemudian saya simpan lagi cukup satu bulan, saya tanda rumah saya yang kena GST sebab banyak barang yang tidak ada GST. Saya hanya dapati perbelanjaan rumah saya tidak sampai RM50 sebulan saya kena GST untuk barang makan, tidak termasuk barang lain. Hanya barang makan sahaja. Maknanya kalau kita beri BR1M sebanyak RM1,200. Kita belanja GST, kalau seperti saya belanja GST RM50 sebulan, setahun saya hanya memerlukan RM600 sahaja. Maknanya kalau diberikan BR1M sebanyak RM1,200, makna mereka masih lagi boleh mendapat lebihan daripada BR1M itu sendiri.

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Sebab itu, saya selalu dengar dalam Parlimen ini yang diputar belitkan sehingga mencecah RM19.35 sehari setiap rakyat Malaysia berbelanja. Betul. Dengan jumlah angka RM40 bilion lebih itu, memang betul. Siap per kepala dalam Malaysia ini berbelanja sedemikian rupa. Akan tetapi, kita kena ambil buat pengiraan sendiri. Adakah ia benar atau tidak benar. Saya sudah buat pengiraan. Maka, langsung tidak benar.

Akan tetapi walau bagaimanapun, memang kos sara hidup agak sedikit meningkat daripada yang asal sebelum GST. Sebab saya buat pengiraan dan ini juga langkah sebenarnya meningkatkan kutipan hasil cukai kita. Sebab itu, 168 negara melaksanakan GST daripada sebelum ini hanya lebih kurang RM15 bilion sahaja kutipan GST. Akan tetapi, sekarang mencecah RM40 bilion lebih. Bererti, apakah yang berlaku sebelum ini? Maknanya, satu penipuan yang berlaku di antara peniaga-peniaga di dalam negara kita ini menyebabkan kita tidak dapat mengutip hasil yang begitu banyak.

Ini sebenarnya yang berlaku. Sebab itu peningkatan hampir dua kali ganda ataupun tiga kali ganda hasil GST ini. Ini kerana kita telah melancarkan secara menyeluruh supaya tidak berlaku ketirisan dalam siri pembayaran cukai. Akan tetapi, inilah yang sebab dibenci sangat sehingga dihasut kepada rakyat supaya membenci GST, sedangkan GST ini dapat menampung pembangunan negara, dapat memberi hospital secara percuma, sekolah secara percuma, universiti pun kita menanggung subsidi yang begitu tinggi sekali, hasil daripada yang kita kutip ini, melalui ini. Maka, saya rela, satu keluarga saya lebih kurang RM50 saya bagikan kepada GST. Saya merelakan.

Saya bersetuju demi pembangunan negara.

Kalau Korea dahulu hendak membangun, mereka boleh melaksanakan sehinggakan barang kemas dan sebagainya, mereka serahkan untuk memulihkan ekonomi mereka. Kenapa kita sebagai rakyat Malaysia, kita tidak boleh melakukan perkara ini.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Maka, kita sebenarnya sepatutnya tidak menjadi halangan kepada kita apabila hendak memakmurkan, kita hendak memajukan negara kita. Ini kita bangkang, sentiasa bangkang. Sepatutnya, kita ada pembangkang-pembangkang yang berhemah sehingga boleh menyebabkan negara kita menjadi negara yang kaya. Ini sebenarnya. Kita boleh- Terima kasihlah Tuan Yang di-Pertua kerana masa sudah cukup. Sebenarnya hujahan saya banyak, tebal lagi tetapi oleh sebab kesuntukan masa, saya...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lipis, sambung penggal depan nanti ucapan itu...

[Ketawa]

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Insya-Allah. Saya cuma Tuan Yang di-Pertua, saya takut saya tidak boleh berbahas penggal depan. Sebab, mungkin saya menjawab soalan.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

[Ketawa]

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Jadi, saya takut saya tidak boleh berbahas...

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, akhir katalah bagi saya ruang dalam setengah minit. Saya mendoakan supaya kita dapat bertemu kembali semua sebenarnya. Walaupun dalam keadaan seperti ini, kami masih duduk sebelah sana, Ahli Yang Berhormat duduk sebelah sana. Tidak kisah sebenarnya. Janji kami di sini, kita dapat berjumpa lagi. Saya dapat jumpa Yang Berhormat Kapar, saya dapat jumpa lain-lain lagi. Kita dapat berjumpa Yang Berhormat Penampang, kita dapat jumpa lagi. Akan tetapi, dalam suasana kami masih duduk di sini dan Yang Berhormat semua duduk di sana. Tidak apalah sampai bila-bila pun tidak ada masalah, Yang Berhormat Kapar. Kita jadi rakan baik sebenarnya dalam Parlimen ini. Kita berhujah yang berhemah.

Jadi, saya doakan kepada Allah SWT, insya-Allah, BN akan memerintah bagi penggal yang ke-14 yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri daripada Pekan. Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Saya mohon menyokong.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Lanang.

final • 4:50 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Lanang untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas Titah Tuanku di Dewan ini.

Sekali lagi, saya ingin menyentuh isu harga tiket penerbangan.

Saya ingin tanya, apakah status kajian yang telah dijalankan oleh MAVCOM untuk mengkaji sama ada harga siling dapat dikenakan ke atas harga tiket penerbangan untuk meringankan beban rakyat terutama rakyat daripada Sibu dan Sarawak? Bilakah hasil kajian tersebut akan diumumkan? Saya telah menerima jawapan daripada Kementerian Pengangkutan bahawa kajian akan dijangka selesai sebelum pertengahan tahun 2018 tetapi tidak dijawab bilakah hasil kajian tersebut akan diumumkan. Jadi, saya minta jawapan daripada Kementerian Pengangkutan.

Saya juga ingin tahu jumlah aduan yang telah diterima oleh MAVCOM tentang harga tiket penerbangan yang tinggi terutama pada musim perayaan iaitu Tahun Baru Cina sejak MAVCOM ditubuhkan pada Mac 2016. Sejak tahun 2013, saya telah banyak kali membangkitkan isu ini dalam Dewan yang mulia ini tetapi hanya sampai November 2017, Kementerian Pengangkutan memaklumkan bahawa MAVCOM akan membuat kajian sama ada dapat menetapkan harga siling ke atas tambang penerbangan. Sudah melebihi 10 kali saya membawa isu ini dalam Dewan ini tetapi rakyat Sarawak masih perlu menanggung harga tiket penerbangan yang sangat tinggi pada musim perayaan terutamanya Tahun Baru Cina, baru-baru ini.

Pada bulan lepas, banyak rakyat Sarawak tidak dapat balik ke kawasan kampung masing-masing untuk meraikan Tahun Baru Cina bersama keluarga mereka kerana harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sibu dan Johor ke Sibu telah mencecah RM1,000 lebih satu hala bagi kelas ekonomi. Setakat ini, saya belum nampak ada apa langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk menyelesaikan masalah harga tiket penerbangan yang terlalu tinggi terutamanya tiket penerbangan dari Johor ke Sibu dan Kuala Lumpur ke Sibu dan juga laluan yang disediakan oleh MASwings pada Tahun Baru Cina dan musim perayaan.

final • 4:54 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Jawapan yang saya terima pada tarikh 6 Mac 2018 menyatakan bahawa kerajaan telah menetapkan harga siling ke atas semua laluan perkhidmatan luar bandar yang disediakan oleh MASwings. Betulkah kerajaan ada menetapkan harga siling untuk tiket penerbangan MASwings? Saya bagi contoh. Menurut jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri pada sesi Parlimen yang lalu, harga siling bagi tambang asas, base fare laluan dari Sibu ke Kota Kinabalu adalah RM243 sehala, tidak termasuk caj-caj lain.

Buat masa ini, MASwings mengenakan tambahan asas sebanyak RM240 bagi laluan tersebut dan ditambah dengan surcaj bahan api sebanyak RM50, Passenger Service Charge (PSC) sebanyak RM11 serta GST ke atas PSC sebanyak 0.66 sen, menjadikan tambang penerbangan terendah adalah berjumlah RM301.66.

Saya baru semak harga tiket penerbangan bagi laluan Sibu ke Kota Kinabalu untuk Kelas Ekonomi adalah paling rendah RM301.66 dan paling tinggi adalah RM549.01 sehala. Jadi, mana ada penetapan harga siling yang RM301.66 itu semacam harga lantai yang ditetapkan oleh kerajaan atau adakah ini bermaksud kerajaan memang ada menetapkan harga siling tetapi MASwings boleh tidak ikut?

Kalau MASwings tidak ikut, jadi, apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan terhadap MASwings? Sehingga sekarang, tidak ada apa-apa tindakan yang diambil. Rakyat Sibu masih menanggung harga tiket yang tinggi. Demi kepentingan rakyat, saya juga minta supaya kementerian mengumumkan harga siling bagi setiap laluan iaitu 49 laluan MASwings supaya rakyat tahu apakah harga yang tertinggi atau harga maksimum yang perlu dibayar.

Saya sangat mengalu-alukan mana-mana pihak yang dapat memberi cara penyelesaian untuk mengurangkan beban rakyat Sarawak. Tan Sri Tony Fernandes telah mengumumkan satu cara untuk mengelakkan kenaikan harga yang melampau pada musim perayaan. Saya tidak pasti sama ada cara yang dikatakan itu dapat dilaksanakan dengan berkesan tetapi sekurang-kurangnya ia adalah satu percubaan. Saya juga harap ia boleh dilaksanakan dengan serta-merta iaitu pada musim Ching Ming yang jatuh pada bulan April, Hari Gawai dan Hari Raya yang akan sampai tidak lama lagi. Adalah lebih baik jika ia boleh dilaksanakan semasa PRU Ke-14 supaya semua rakyat Sarawak boleh balik ke kawasan masing-masing untuk mengundi kerajaan yang mereka ingini. Bukan tunggu sampai Tahun Baru Cina tahun depan tetapi sekarang juga.

Selain itu, saya ingin menyentuh tentang isu kenaikan kadar bayaran parkir pada bulan Februari 2018 selepas Malaysia Airports Sendirian Berhad mengambil alih pengurusan medan letak kereta Lapangan Terbang Sibu. Sebelum ini, kadar bayaran yang dikenakan adalah RM1.50 pada jam pertama dan RM1 setiap jam seterusnya. Akan tetapi, ia telah dinaikkan kepada RM2.00 pada jam pertama dan RM1 setiap jam seterusnya. Kenaikan adalah sebanyak 33 peratus. Bagi mereka yang meletakkan kenderaan mereka di Lapangan Terbang Sibu untuk beberapa hari atau overnight, mereka perlu menanggung bayaran yang lebih tinggi. Sebelum ini, kadar bayaran maksimum yang akan dikenakan ialah RM15 untuk sehari.

final • 4:54 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Sekarang mereka perlu membayar RM24 sehari, kenaikannya sebanyak RM9 sehari atau kenaikan sebanyak 60 peratus. Tambahan dengan kenaikan kadar bayaran medan tempat letak kereta masih tidak berbumbung dan tidak nampak ada apa kerja naik taraf penambahan infrastruktur atau penambahbaikan perkhidmatan yang berlaku.

Rakyat daripada Sarikei, Bintangor, Julau, Kapit, Kanowit dan sebaginya perlu menggunakan lapangan terbang di Sibu kerana tiada lapangan terbang di kawasan mereka.

Jadi kekerapan mereka menggunakan facility tempat letak kereta tersebut adalah amat tinggi. Oleh itu, kenaikan bayaran sebanyak 60 peratus ini adalah bebanan yang amat berat untuk rakyat Sarawak. Saya minta penjelasan daripada pihak kementerian, apakah sebabnya kenaikan kadar? Saya minta supaya bayaran parkir dapat diturunkan kepada bayaran seperti yang dahulu.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh isu Jalan Pan Borneo di Sarawak. Baru-baru ini, hampir setiap hari ada kemalangan berlaku di Jalan Pan Boneo ini. Saya hendak tahu, berapakah jumlah kemalangan yang telah berlaku di Jalan Pan Borneo ini dan bilangan nyawa yang terkorban? Saya telah menerima banyak aduan tentang kerosakan jalan raya dari Sibu ke Bintulu. Yang Berhormat Bintulu sendiri pun menjadi mangsa kerana keadaan jalan raya yang buruk ini. Di mana tayar kereta beliau pancit semasa perjalanan beliau dari Bintulu ke Sibu pada bulan Januari 2018 yang lepas.

final • 5:00 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Keadaan jalan raya dari Tatau ke Selangau adalah sangat teruk juga, keadaan jalan yang berlubang-lubang, tidak rata serta berlopak-lopak terutamanya semasa hari hujan. Ia perlu di selenggara dengan segera demi keselamatan pengguna jalan raya tersebut. Saya dan wakil rakyat DAP pernah mengunjungi jalan-jalan tersebut selepas menerima banyak aduan dan telah mengenal pasti keadaan jalan raya adalah teruk dan tindakan untuk memperbaiki keadaannya perlu dijalankan dengan serta-merta. Saya rasa tidak boleh hanya menyalahkan kontraktor, tetapi juga Jabatan Kerja Raya. JKR sepatutnya bertanggungjawab untuk memantau setiap...

final • 5:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Yang Berhormat Lanang, saya hendak jelaskan sedikit.

final • 5:00 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

...Saya ada banyak lagi, nanti kamu jelaskan.

final • 5:00 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Sudah ada penyelenggaraan dari Tatau ke Sibu dan yang rosak-rosak itu banyak sudah direpair.

final • 5:00 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Okey, okey. JKR sepatutnya memantau setiap projek Pan Borneo dan memastikan jalan yang disediakan adalah dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan setiap hari. Kalau kontraktor tidak menjalankan kerja-kerja mereka dengan sempurna, jangan bayar mereka atau tukar kontraktor.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tahu, berapakah jumlah peruntukan yang diluluskan untuk menanggung pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di negeri Sarawak dan negeri Sabah sejak ia dimulakan serta anggaran kos dan masa ia dijangka siap? Menurut jawapan dahulu, anggaran kos keseluruhan untuk projek ini adalah sebanyak RM22 bilion dan telah dinaikkan kepada RM27 bilion pada tahun 2014 dan dijangka akan siap pada tahun 2025.

Akan tetapi jawapan yang saya terima pada 7 Mac 2018 minggu lepas, menyatakan bahawa peruntukan untuk fasa satu, projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah adalah sebanyak RM12.864 bilion, manakala bagi fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo negeri Sarawak adalah sebanyak RM16.488 bilion. Jadi, lebih RM28 bilion telah diperuntukkan hanya untuk fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo dan juga kerja-kerja pembinaan bagi fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2021.

Oleh itu, saya minta kementerian untuk menjelaskan peruntukan yang diluluskan untuk keseluruhan projek ini dan anggaran kos keseluruhan yang terkini memandangkan ada perbezaan dalam angka tersebut. Saya juga ingin mencadangkan supaya lampu jalan akan dipasangkan di seluruh Lebuhraya Pan Borneo untuk menjamin keselamatan jalan raya kerana ia merupakan hanya satu highway di negeri Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, di Bandar Sibu terdapat beberapa kawasan yang mengalami masalah kesesakan lalu lintas hampir setiap hari terutama pada peak hours.

Saya pernah minta supaya kerajaan membina flyover di kawasan-kawasan tersebut untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas dan berlakunya kes kemalangan. Akan tetapi, cadangan saya telah ditolak beberapa tahun yang lalu. Sekali lagi saya memohon jasa baik kerajaan untuk membina flyover di Sibu dan jika tidak dapat, saya ingin tahu apakah perancangan kerajaan untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas di Sibu setakat ini.

Isu seterusnya ialah isu skim bantuan kebajikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada ibu tunggal. Bantuan kanak-kanak perlu ditambahkan kerana bantuan kanak-kanak adalah sebanyak RM100 seorang sebulan dan bantuan maksimum yang diberikan untuk sebuah keluarga yang mempunyai empat orang anak dan ke atas hanya adalah RM450 sebulan sahaja. Saya rasa bantuan ini adalah tidak mencukupi untuk menanggung kos hidup yang semakin meningkat untuk ibu tunggal dan keluarganya.

Memandangkan GST pun enam peratus, saya rasa bantuan kewangan ini pun dinaikkan sekurang-kurangnya sebanyak enam peratus, untuk meringankan beban ibu tunggal. Saya juga mencadangkan supaya bantuan kewangan kepada ibu-ibu tunggal dapat diteliti mengikut case-by-case basis dan bukan terikat kepada bantuan standard untuk semua. Selain itu, saya juga ingin tanya, sama ada kementerian akan melaksanakan skim insurans ibu tunggal dan kad diskaun ibu tunggal seperti yang dijanjikan pada PRU Ke-13 dahulu? Saya rasa skim insurans ibu tunggal adalah penting kerana ia memberi satu jaminan kepada anak-anak mereka jika apa-apa berlaku kepada ibu-ibu tunggal.

final • 5:00 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Tuan Yang di-Pertua, terdapat tiga kes kebakaran telah berlaku di kawasan Lanang baru-baru ini. Satu di Jalan Ho Ping, kedua jalan Tiong Hua dan satu lagi kilang perabot di Sibu Jaya. Saya hendak tanya, apakah pertolongan yang telah disalurkan kepada mangsa kebakaran, oleh pihak kerajaan untuk membina semula rumah yang terbakar? Seterusnya, apakah status pembinaan balai bomba baharu di Sibu Jaya?

Siapakah kontraktornya dan bilakah ia dijangka siap dibina? Saya juga menggesa supaya balai bomba baharu di Sibu Jaya dapat dipercepatkan, memandangkan ia mengambil masa sekurang-kurangnya dua puluh minit untuk bomba sampai ke Sibu Jaya atau rumah-rumah panjang berhampiran apabila berlakunya kebakaran. Saya juga ingin tahu, apakah SOP Jabatan Kebajikan apabila berlakunya kebakaran di mana-mana kawasan dalam negara ini?

Saya menerima aduan daripada mangsa, bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi bantuan agak lewat sedikit untuk kes kebakaran di Jalan Tiong Hua pada hari Chap Goh Mei iaitu 2 Mac 2018, lebih kurang pukul 4 petang. Bantuan JKM hanya diberikan pada hari keesokan, lebih kurang jam 1 petang. Jadi, lebih kurang 33 orang mangsa yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda mereka berada dalam keadaan yang agak tidak menentu kerana bantuan JKM tidak sampai dalam masa yang tersingkat. Mangsa-mangsa tersebut pun telah meminta bantuan makanan daripada saya. Walau bagaimanapun saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada pihak JKM kerana menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa tersebut, walaupun agak lewat sedikit.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan pihak polis dalam usaha menguruskan kejadian atau kebakaran dengan profesional. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada NGO, gereja dan mana-mana pihak yang memberi bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran tersebut.

Seterusnya saya ingin menarik perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia tentang masalah lif di Hospital Sibu. Sudah beberapa tahun lif di Hospital Sibu yang selalu rosak dan sering kali hanya satu atau dua lif yang dapat digunakan. Saya rasa ini adalah tidak adil kepada rakyat Sibu dan rakyat negeri Sarawak.

Saya sendiri pernah nampak dengan mata saya sendiri, apabila saya melawat saudara saya di situ. Lif yang sepatutnya berhenti di tingkat satu, tidak dapat berhenti dan pintu lif tidak terbuka pada tingkat satu. Lif itu hanya turun naik, turun naik, turun naik ke tingkat yang lain dan jururawat yang on duty perlu naik tangga ke tingkat satu dan tekan lif supaya pintu lif akan terbuka di tingkat satu. Maksudnya, pintu lif tidak boleh dibuka dari dalam lif, saya hendak tanya, apakah yang akan terjadi jika pintu lif itu tidak dapat dibuka walaupun jururawat tekan butang dari luar lif? Ini akan menyebabkan pesakit yang baru menjalankan pembedahan terkurung di dalam lif.

Jadi saya mencadangkan, supaya lif-lif di Hospital Sibu dapat diganti dengan yang baru dan bukan hanya repair, repair, repair dan masih rosak hampir setiap hari.

Saya juga difahamkan, perkhidmatan lif baru di Hospital Sibu telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas. Jadi saya ingin tahu, apakah status pemasangan lif baru di Hospital Sibu dan bilakah ia akan dipasang? Supaya rakyat Sibu dan negeri Sarawak dapat menikmati perkhidmatan lif yang sempurna dan selamat.

Selain itu, saya juga menerima aduan kekurangan jururawat di wad Hospital Sibu. Pesakit di wad kelas satu pernah lupa diberi ubat kerana tidak cukup jururawat.

Jururawat yang bertugas terlalu sibuk sampai melupakan pesakit dalam wad kelas satu.

Oleh itu, saya berharap kes seperti ini tidak akan berlaku lagi. Saya juga memohon supaya masalah kekurangan doktor, jururawat dan kakitangan dalam Hospital Sibu dapat ditangani secepat mungkin. Agar perkhidmatan hospital yang terbaik dapat diberikan kepada rakyat negeri Sarawak.

Sekali lagi saya ingin tanya, bilakah kerajaan berhasrat untuk membina tempat letak kereta bertingkat di Hospital Sibu? Memandangkan masalah kekurangan tempat letak kereta memang serius dan semakin teruk di Hospital Sibu.

final • 5:00 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Apakah rancangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini setakat ini?

Masalah ini saya banyak kali bangkitkan di Dewan yang mulia ini dan saya harap kementerian dapat mengambil perhatian dan mencari penyelesaian untuk menolong rakyat Sibu dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu kewarganegaraan. Saya ingin minta Kementerian Dalam Negeri supaya mengumumkan bilangan pemohon kewarganegaraan Sarawak yang masih dalam proses atau belum diselesaikan.

final • 5:10 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Saya menerima banyak aduan di mana permohonan kewarganegaraan mengambil masa menunggu yang terlalu lama. Saya mencadangkan supaya satu tempoh masa perlu ditetapkan supaya pemohon tahu sampai bila mereka perlu menunggu. Adalah tidak adil kepada mereka yang memohon dan tertunggu-tunggu tetapi akhirnya masih tidak mendapat apa-apa jawapan daripada pihak JPN. Biasanya apabila permohonan mereka ditolak, mereka akan dinasihatkan supaya cuba memohon lagi, selepas itu tunggu lagi. Oleh itu, saya mencadangkan supaya kementerian perlu menetapkan satu tempoh menjawab untuk setiap permohonan.

Menurut jawapan bertulis yang saya terima pada 8 Mac 2018, berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari tahun 2013 sehingga 2017, hanya 357 permohonan kewarganegaraan Malaysia yang telah diluluskan dan dikeluarkan dengan sijil kewarganegaraan manakala 19 permohonan kewarganegaraan tidak diluluskan.

Saya rasa angka ini adalah agak rendah memandangkan kita semua tahu isu stateless children di Sarawak agak tinggi. Banyak yang berlaku kerana mereka tidak membuat sijil lahir semasa mereka dilahirkan di rumah-rumah panjang dan ada juga kerana ibu bapa mereka tidak mempunyai dokumen perkahwinan yang sah.

Tuan Yang di-Pertua, banyak pertanyaan telah timbul apabila permohonan kewarganegaraan Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi dapat diluluskan dalam masa yang begitu singkat tetapi ia tidak berlaku kepada pemohon-pemohon yang lain. Saya faham dalam Bahagian III Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan beberapa kategori permohonan kewarganegaraan Malaysia yang antaranya adalah khusus bagi isteri atau anak kepada warganegara.

Setiap kategori tersebut mempunyai syarat permohonan seperti keperluan untuk memenuhi tempoh permastautinan yang berbeza. Saya minta supaya kementerian menjelaskan berapakah jenis kategori yang ada dan tempoh permastautinan bagi setiap kategori supaya pemohon dapat memahami sebab-sebab permohonan mereka ditolak atau masih menunggu.

Seterusnya saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Fatimah dan pasukannya yang berusaha untuk menyelesaikan masalah stateless children di Sarawak. Banyak usaha telah dijalankan dan saya faham ia memerlukan kerjasama daripada Kementerian Dalam Negeri.

Oleh itu, saya juga ingin tahu sama ada Kerajaan Persekutuan telah menjalankan kajian atau perbincangan tentang isu kewarganegaraan yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan apakah keputusan dalam perbincangan tersebut?

Saya juga ingin tahu sama ada taskforce yang telah ditubuhkan sebelum ini telah berfungsi dengan baik dan berkesan. Saya minta penjelasan daripada KDN.

Banyak lagi isu yang saya ingin bangkitkan tetapi masa tidak mengizinkan. Jadi oleh itu, sekian terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tenom.

final • 5:10 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan juga salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, berkat pada hari yang mulia ini, saya telah diberi peluang untuk membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dalam Dewan Rakyat yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama yang hendak saya bangkitkan adalah tentang soal persepsi seperti mana juga Yang Berhormat Lipis tadi iaitu soal persepsi ekonomi. Tohmahan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang bahawa negara muflis dan bankrap adalah satu sangkaan yang tidak bagus. Setiap hari mereka mengatakan ekonomi kita merudum. Saya tidak faham apakah tujuan sebenarnya. Adakah mereka hendak mengambil alih kerajaan dengan cara demokrasi rakyat yang tidak berpuas hati dengan ekonomi negara? Adakah benar situasi ekonomi negara terkesan terhadap rakyat?

Cuba kita lihat dengan mata kasar aliran kenderaan yang pesat dan sesak, restoran yang sentiasa dikunjungi oleh pelanggan, gedung-gedung membeli-belah dikunjungi oleh orang ramai malah pada hujung minggu, hotel sentiasa penuh serta sistem pengangkutan awam digunakan sepenuhnya.

final • 5:13 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Kalau kita lihat dalam keadaan ekonomi negara, Malaysia berada pada landasan yang meraih nilai keluaran dalam negara kasar (KDNK) RM2 trilion menjelang tahun 2022 jika dapat mengekalkan pertumbuhan pada kadar 5.0 sehingga 6.0 peratus setiap tahun.

Nilai keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia pada harga semasa adalah berjumlah RM1.35 trilion pada tahun 2017. Lebih tinggi berbanding RM1.23 trilion pada tahun 2016. Dengan usaha yang sedang dilaksanakan dengan pertumbuhan berterusan, kita mampu mencapai ekonomi RM2 trilion menjelang tahun 2022. Ini bermakna unjuran pertumbuhan antara 5.0 sehingga 5.5 peratus bagi tahun 2018 dilihat mampu dicapai.

Yang pasti, kerajaan melaksanakan pelbagai projek mega termasuk Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, Aliran Rel Pantai Timur (ECRL), Lebuhraya Pan Borneo, Bandar Malaysia, Vision Valley dan sebagainya.

Rakyat secara umumnya akan mendapat manfaat daripada projek mega sedemikian kerana pekerjaan berpendapatan tinggi diwujudkan. Oleh sebab itu, saya hairan dengan pemikiran pihak pembangkang yang no idea, Tuan Yang di-Pertua, kerana mereka tidak mempunyai kekuatan untuk melaksanakan sebarang perubahan yang boleh dirasai oleh rakyat. Yang mereka tahu adalah mengerakkan rakyat untuk reformasi dan juga demonstrasi.

Tuan Yang di-Pertua, menakut-nakutkan dengan cerita yang tidak benar adalah suatu yang melampau. Pelabur asing sudah pasti teragak-agak untuk melabur wang mereka di negara ini andainya ekonomi Malaysia tidak stabil. Umpama kita masuk ke kandang harimau, berfikir kita tiga empat kali untuk berbuat demikian.

Mujurlah pemimpin besar kita Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita serta barisan Kabinet telah melaksanakan tugas dengan baik dengan memperjelaskan situasi sebenar ekonomi dan pelaburan negara terutama di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, nilai ringgit dijangka terus meningkat melalui pelaburan oleh Saudi Arabian Oil Company (Saudi Aramco) berjumlah USD7 bilion bersamaan dengan RM31 bilion dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang ada di Pengerang, Johor.

Pelaburan itu mampu menyumbang kepada pelaburan langsung asing (FDI) negara sekali gus membantu meningkatkan nilai ringgit. Mulai 31 Mac nanti, dana pelaburan itu akan masuk ke dalam akaun negara kita. Bererti, kita dapat suntikan dalam ekonomi Malaysia bertambah kepada USD7 bilion. Apabila pelaburan itu masuk dalam sistem kewangan, ia dikira sebagai FDI dan ia menaikkan nilai ringgit. Kalau pelaburan mega dari Arab Saudi, apakah kita hendak menjual kedaulatan negara kita? Kita berniaga dengan China, adakah kita menjual kedaulatan negara kita? Ini semua pemikiran sempit oleh pihak pembangkang yang hendak mengelirukan pemikiran rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan maklumat Program Transformasi Ekonomi

(ETP), saya hendak menyatakan dalam Dewan yang mulia ini bahawa sebanyak 2.26 juta pekerjaan diwujudkan dalam tempoh enam tahun sejak 2010. Malah, 679,300 adalah daripada jumlah 2.26 juta itu membabitkan pekerjaan berkemahiran tinggi. Sektor perkhidmatan mencatatkan 1.78 juta peluang pekerjaan sejajar sumbangan sektor itu kepada 5.4 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK). Dengan pencapaian pekerjaan yang kukuh, Malaysia berjaya mengekalkan kadar guna tenaga penuh dengan kadar pengangguran kekal rendah pada tiga ke 3.5 peratus.

Penciptaan pekerjaan di Malaysia seiring dengan prestasi ekonomi negara yang kukuh. Pada masa yang sama, saya melihat beberapa inisiatif untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan universiti dan juga belia. Sejak tahun 2011, Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) diperkenalkan dan dapat membantu 130,000 graduan universiti untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam pasaran pekerjaan dan hasilnya, lebih 90 peratus pelatih SL1M sudah mendapat pekerjaan.

final • 5:13 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Di bawah TalentCorp, ada juga program seperti Graduate Career Accelerated Programme (GCAP) iaitu program latihan enam minggu bertujuan mentransformasikan graduan kepada eksekutif berprestasi tinggi untuk industri perkhidmatan. Graduate Employability Management Scheme (GEMS) pula bertujuan menyediakan graduan universiti yang tidak mempunyai pekerjaan dan kemahiran industri yang relevan dan pengalaman melalui kaedah penempatan dan juga latihan.

final • 5:20 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin maklumkan, selain program peningkatan kemahiran dan latihan semula kemahiran, ada juga geran untuk program dan juga dana kajian dan pengkomersilan, dana pelaburan bermula untuk perniagaan baru serta dana khas untuk belia Malaysia yang memilih menceburi bidang keusahawanan. Tabung Usahawan Belia adalah tabung yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui SME Bank dengan kadar faedah yang lebih rendah. SME Bank menyediakan peluang pembiayaan setinggi RM100,000 dan Tabung Usahawan Siswazah menyediakan skim pinjaman mudah ditujukan kepada pihak graduan.

Saya percaya, kerajaan yang di bawah pimpinan Perdana Menteri akan terus memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia kukuh dan stabil untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Hal ini kerana pertumbuhan ekonomi yang kukuh tidak bermakna jika ia tidak memberikan manfaat kepada rakyat.

Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Barisan Nasional perlu terus menyediakan penyelesaian dan mencari peluang untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia mempunyai pekerjaan dan pada masa yang sama menyediakan bakat yang bertaraf dunia. Saya jarang mendengar kerajaan di bawah pemerintahan pembangkang mempunyai program ekonomi atau model ekonomi yang dilihat berjaya untuk kesejahteraan rakyat. Apa yang adapun adalah hasil daripada model ekonomi Kerajaan Barisan Nasional yang mereka sekadar menumpang sahaja kejayaan itu.

Tuan Yang di-Pertua, antara keperluan asas yang boleh menggembirakan rakyat adalah penyediaan rumah mampu milik. Mempunyai kediaman sendiri adalah impian setiap rakyat mengikut kemampuan masing-masing. Rakyat boleh jadi marah andainya jualan kediaman itu mahal, pakej pinjaman yang tidak mesra pembeli, kualiti kediaman yang rendah dan tidak ada tarikan daripada pemaju perumahan. Tambahan pula, lebih-lebih lagi kerajaan membiarkan pemaju perumahan mengambil kesempatan untuk kepentingan tertentu. Yang sengsara bagi isu perumahan mampu milik ini kini bukan sahaja di kalangan rakyat yang berpendapatan rendah (B40) tetapi juga kepada yang berpendapatan pertengahan (M40).

Dalam kajian antara tahun 2016 sehingga 2017, Tuan Yang di-Pertua, harga rumah dilaporkan meningkat sebanyak 5.36 peratus kepada 9.8 peratus setiap tahun, yang mana ini menunjukkan bahawa harga bagi setiap rumah kos rendah bermula daripada RM334,736. Negeri yang memajukan peningkatan drastik harga rumah kos sederhana ialah negeri Kedah iaitu sebanyak 8.88 peratus, diikuti oleh Selangor iaitu 7.5 peratus, Negeri Sembilan iaitu 6.8 peratus, Johor dan Melaka iaitu 5.5 peratus, Kuala Lumpur iaitu 5.1 peratus, malahan di Sabah juga telah menunjukkan peningkatan, Tuan Yang di-Pertua, iaitu lebih daripada 4.0 peratus.

Harga rumah termahal di bandar-bandar utama secara purata pada kadar RM772,126 dan pada harga rumah termurah secara purata pada RM153,472. Rumah teres mengalami kenaikan harga kedua tertinggi iaitu pada 5.6 peratus secara purata daripada RM229,012 selepas apartment yang mengalami kenaikan 6.6 peratus secara purata daripada RM327,782. Peningkatan harga kediaman terendah membabitkan banglo iaitu 3.2 peratus secara purata daripada RM560,987 dan rumah berkembar sebanyak 5.0 peratus secara purata daripada RM519,943.

Akibat peningkatan harga yang melangkaui kemampuan golongan M40, pembelian rumah mengalami penurunan antara 20 hingga 30 peratus. Jadi, kita mahu pemaju menurunkan harga mengikut lokasi perumahan. Malah, stamp duty perumahan meningkat tiga hingga empat peratus bersamaan peningkatan kadar faedah pinjaman perumahan menyebabkan ketidakpadanan mampu milik yang dibebani dengan peningkatan harga rumah.

Menurut piawai antarabangsa, rumah mampu milik ditakrif sebagai rumah yang berharga kurang tiga kali ganda penempatan isi rumah median tahunan. Sebaliknya, harga rumah di Malaysia kini lima kali ganda penempatan isi rumah median tahunan. Hal ini sekali gus menjadikan ia sangat tidak mampu milik, Tuan Yang di-Pertua.

Di dalam laporan ekonomi negara suku keempat tahun 2017, harga median rumah di Malaysia dicatatkan pada RM313,000 berbanding harga maksimum mampu milik sebanyak RM282,000. Akibat ketidakpadanan bekalan permintaan yang serius, bilangan kediaman tidak terjual di Malaysia berada di tahap tertinggi dalam tempoh sedekad iaitu 146,497 unit pada suku kedua tahun 2017, telah meningkat daripada 130,690 unit pada suku pertama tahun 2017. Pada suku tahun kedua pula, Tuan Yang di-Pertua, hampir 82 peratus kediaman yang tidak terjual dengan harga lebih RM250,000.

final • 5:20 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Situasi penyumbang kepada faktor kediaman tidak terjual adalah ketidakpadanan bekalan dan permintaan. Ia terbukti apabila bekalan direkodkan adalah sebanyak 154,000 rumah baru berbanding permintaan sebanyak 114,000 antara tahun 2014 hingga tahun 2016.

Faktor lain ialah disebabkan banyak kediaman baharu yang dibina pada harga tidak mampu milik. Pada tahun 2017, hanya 35 peratus isi rumah Malaysia mampu membeli rumah berharga sehingga RM250,000.

Jadi, saya hendak tanya, Tuan Yang di-Pertua, iaitu setakat manakah penubuhan konsortium perumahan antara negeri dan Pusat dalam menyelaras Majlis Tanah Negara, Syarikat Perumahan Negara (SPNB) dan juga bank komersial?

Kedua, setakat mana pula tanah boleh diambil alih untuk tujuan pembangunan perumahan mampu milik?

Ketiga, Tuan Yang di-Pertua, setakat manakah amalan sewa beli untuk tempoh 35 tahun bagi golongan B40 dan M40 di bandar dan metropolitan? Ini kerana sewaan rumah dan wang deposit bagi tujuan sewa beli dapat meringankan beban kewangan mereka yang ingin memiliki rumah sendiri.

Keempat, kalau di Sabah, Tuan Yang di-Pertua, ramai yang mempunyai tanah kosong tetapi setakat manakah amalan membina rumah di tanah sendiri yang dapat menjimatkan harga rumah? Ini kerana harga tanah menyumbang antara 40 hingga 60 peratus pada harga rumah.

Kelima, bolehkah kerajaan mengawasi permainan harga rumah yang ada kalanya membabitkan pihak tertentu dalam lonjakan harga perumahan seperti di Pulau Pinang dan juga di Selangor.

Keenam, wujudkan laman web pangkalan data maklumat dan keperluan pembeli dan pemaju yang boleh diakses dalam internet. Perkongsian pintar di antara kehendak pemaju dan pembeli dapat diseimbangkan dengan keperluan untuk pembinaan rumah yang dikehendaki di sesetengah lokasi.

Ketujuh, Tuan Yang di-Pertua, paling penting adalah mengurangkan kadar peratusan stamp duty perumahan disebabkan penggantian cukai barang dan perkhidmatan (GST). Ini amatlah penting di dalam menurunkan harga di pasaran rumah terutama di kawasan panas yang mempunyai permintaan tinggi ke atas rumah mampu milik. Selain itu, pengecualian bayaran guaman perumahan oleh pemaju melalui penyerapan dan kos pembinaan rumah akan turut membantu mengurangkan harga perumahan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu lagi isu iaitu berkenaan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang saya lihat telah berterusan menjadi panas apabila semakin dekat Pilihanraya Umum Ke-14. Ada pihak yang begitu beria-ia dan melampau menghasut di akhbar tempatan dan media sosial melancarkan Kempen Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) untuk membangkitkan sentimen membenci Kerajaan Pusat di kalangan rakyat Sabah dan juga Sarawak. Media juga melaporkan ada pihak aktivis sosial dan politik mendakwa Kerajaan Pusat menganaktirikan anak Sabah dan Sarawak, malah telah gagal melaksanakan Perjanjian, 20 Perkara.

Malah, saya melihat aktivis sosial dan politik di Sabah dan Sarawak sering membangkitkan isu Sabah dan Sarawak berpisah daripada Malaysia. Suara berpisah lebih lantang kedengaran di Sabah berbanding di Sarawak. Malah, ada parti politik di Sabah yang memasukkan perkara tersebut dalam manifesto parti politik mereka dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Antara tuntutan dan dakwaan yang sering dibangkitkan sebagai alasan untuk Sabah berpisah dari Malaysia adalah kononnya rakyat Sabah tidak berpuas hati terhadap kadar petroleum, penjawat awam dari Semenanjung mendominasikan perkhidmatan awam di Sabah, rakyat Sabah masih mundur berbanding dengan rakyat di Semenanjung yang umumnya dirujuk sebagai Malaya dan Kerajaan Pusat melayan negeri Sabah sebagai sebuah negeri jajahan takluk Malaya.

Persoalannya, apakah wujud elemen kebenaran dalam dakwaan kumpulan aktivis sosial dan politik yang menuntut Sabah keluar daripada Malaysia? Adakah benar sebahagian rakyat Sabah merasakan Kerajaan Pusat tidak berlaku adil terhadap Sabah dan tidak melaksanakan Perjanjian 20 Perkara itu?

final • 5:20 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Apakah tuntutan dan juga dakwaan-dakwaan yang sering dibangkitkan itu kerana pertimbangan politik semasa untuk menjamin dan menyelamatkan masa depan politik seseorang individu ataupun parti politik mereka. Hakikatnya membangkitkan sentimen di kalangan rakyat Sabah agar Sabah keluar daripada Malaysia adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan malah semangat Perjanjian 20 Perkara yang bersama-sama dipersetujui oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu Sabah dan Sarawak dalam membentuk Malaysia pada tahun 1963.

Menurut Perkara 1(2) dalam Perlembagaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak adalah merupakan negeri-negeri Persekutuan. Sabah dan Sarawak adalah sebahagian yang sah dalam Persekutuan dan tidak boleh keluar daripada Persekutuan. Malah langkah memisahkan Sabah daripada Malaysia adalah bertentangan dengan Perkara 7 yang tersenarai dalam Perjanjian 20 yang mana telah menjadi asas pembentukan Malaysia. Kumpulan yang mendakwa bahawa Semenanjung Malaysia telah menakluki Sabah dan Sarawak untuk kepentingan rakyat Malaysia perlu mengimbas kembali senario geopolitik pasca Perang Dunia Kedua dan perkembangan politik seterusnya yang mendorong rakyat Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan juga Sarawak bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia berteraskan konsep federalism.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri memberi jaminan akan memastikan semua hak negeri ini yang termaktub dalam perjanjian MA63 dikembalikan. Perdana Menteri menegaskan mana-mana hak Sabah dan Sarawak yang terambil sama ada sengaja atau tidak sengaja sebelum itu sudah pasti dikembalikan demi masa depan negeri dan juga rakyatnya. Baru-baru ini pun, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bercakap di Kuching yang memperlihatkan jiwa besar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang mengatakan beliau sanggup mengembalikan hak Sarawak, tidak perlu kita ambil hak orang lain. Kita satu keluarga, biar kita kekal dalam satu keluarga Barisan Nasional dan sebuah negara yang bernama Malaysia.

Di Sabah pada tahun 2016 Tuan Yang di-Pertua, suara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri senada yang mana Kerajaan Persekutuan sentiasa membuka pintu rundingan untuk membincangkan hal-hal berbangkit berkaitan Perjanjian Malaysia 63 dengan parti komponen Barisan Nasional di Sabah. Tindakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memperlihatkan Kerajaan Persekutuan bersifat demokratik kerana apa yang lebih utama adalah memastikan Sabah terus maju di samping menikmati pembangunan seimbang seperti mana dikecapi di Semenanjung.

Saya masih ingat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri menyatakan, “Saya tak nak ambil hak orang Sabah, hal kepentingan orang Sabah akan dipertahankan tetapi saya minta jangan kata mahu keluar dari Malaysia.” Kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri lagi, “Saya beri ruang terbuka, kalau orang kata saya tidak demokratik, pemimpin yang tahan beratus orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting dulu, adakah ini lebih demokratik?.” Tuan Yang di-Pertua, Sabah dan Sarawak sudah 55 tahun menganggotai Persekutuan Malaysia. Sejak Rancangan Malaysia Kedua dilancarkan pada tahun 1971, banyak program pembangunan telah dijalankan untuk meningkatkan kualiti hidup Sabah dan juga Sarawak. Tidak dapat dinafikan bahawa dalam masa 50 tahun ini, kualiti hidup rakyat Sabah dan juga Sarawak telah berjaya dipertingkatkan ke tahap yang lebih sama dengan kualiti hidup rakyat di Semenanjung.

Walaupun kedudukan demografi geografi Sabah sebagai contoh unik serta rakyatnya tinggal bertaburan, berselerak di kawasan pedalaman menjadi satu cabaran kepada kerajaan untuk merancang pelan pembangunan, program-program pembangunan yang dilaksanakan dapat mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah. Sikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Kadar kemiskinan Sabah dapat diturunkan pada 70 peratus pada tahun 1970 kepada paras 16 peratus pada tahun 2007 dan ke paras 8.1 peratus pada tahun 2013 dan empat peratus pada tahun 2014. Jadi kurang empat peratus pada tahun 2017. Kadar pengangguran pula dapat diturunkan pada kadar 5.2 peratus pada tahun 2003.

final • 5:30 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Dalam konteks ini Tuan Yang di-Pertua, pembangunan ekonomi KDNK dan juga DP Sabah telah meningkat daripada RM602 juta pada awal tertubuhnya Malaysia 1963 kepada RM44.4 bilion pada tahun 2013 iaitu peningkatan hampir 74 kali ganda.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya harap apa yang telah saya bangkitkan saya harap pihak kerajaan dapat mengambil tindakan. Saya mendoakan supaya pada PRU akan datang, Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita akan dapat menerajui sekali lagi negeri yang kita cintai. Dengan itu saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Kapar.

final • 5:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Selamat petang, salam reformasi dan vanakkam. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi ruang untuk turut serta dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya mendapati ini adalah Titah Baginda yang amat ringkas dalam sejarah Parlimen Malaysia.

Saya merasakan bahawa titah baginda harus diperhalusi dan dihadam supaya hasrat sebenar Baginda dapat direalisasikan.

Saya mulakan Tuan Yang di-Pertua dengan isu pertama saya seperti biasa kos sara hidup. Saya sering kali bangkitkan isu kos sara hidup yang tinggi, harga barang yang meningkat serta kualiti kehidupan yang merudum. Pengenalan cukai GST serta penghapusan subsidi mengakibatkan punca kenaikan harga tanpa sebarang mekanisme kawalan harga amat membebankan rakyat biasa. Cukai GST yang dikenakan terpaksa ditanggung oleh semua dari bayi yang belum lahir sehingga insan yang sudah meninggal dunia terpaksa bayar GST.

Saya merasakan bahawa penghapusan GST, penghapusan monopoli jualan barang melalui permit import atau lebih dikenali sebagai AP dan subsidi yang wajar dikembalikan kepada golongan sasar secara terperinci akan menyelamatkan rakyat Malaysia daripada ditindas dan merana kerana polisi seperti GST yang dikenalkan oleh Kerajaan UMNO Barisan Nasional.

Dalam soalan saya dalam Dewan yang mulia pada minggu lepas berkenaan dengan kos sara hidup, Menteri telah menerangkan dengan membuat bandingan dengan negara-negara seperti Singapura, Thailand, Laos dan sebagainya. Saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini bahawa isu yang saya bangkitkan hari itu adalah mengenai kos barang asas seperti makanan dan sebagainya. Apabila kita bandingkan harga makanan Malaysia dengan Thailand, untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, makanan di Thailand lebih murah.

Kalau kita ambil barang seperti handphone dan sebagainya, dari sudut kemampuan membeli, purchasing power, Singapura lebih bagus daripada Malaysia.

Perkara seperti ini tidak boleh dibandingkan dari satu negara dengan satu negara dan katakan kita lebih bagus daripada negara-negara lain. Saya rasa apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Menteri minggu lepas dalam persoalan saya tidak sebenarnya mencerminkan dan menggambarkan kesengsaraan dan penderitaan rakyat di bawah, rakyat di luar sana dengan kos sara hidup yang mereka hadapi pada masa kini.

Tuan Yang di-Pertua, saya masuk kepada bahagian kedua iaitu tentang satu janji yang telah dibawa oleh Pakatan Harapan dalam manifesto Pakatan Harapan kerana telah memberikan satu janji bahawa akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja

(RCI) untuk menyiasat secara terperinci penyelewengan wang rakyat iaitu dalam isu 1MDB, FELDA, MARA dan juga Tabung Haji. Wira-wira yang diuar-uarkan sebagai penyelamat bangsa, jika tiada mereka bangsa Melayu akan tersungkur merupakan ayat- ayat UMNO Barisan Nasional sekian lama. Namun hari ini, institusi-institusi Melayu yang dinamakan seperti FELDA, MARA dan Tabung Haji wujud penyelewengan daripada bangsa Melayu sendiri, bak kata ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. Institusi Melayu dan Islam ini perlu diselamatkan daripada ketamakan dan kebobrokan pimpinan UMNO Barisan Nasional pada hari ini.

Kepentingan politik dan penglibatan politik wajib diasingkan daripada memastikan struktur pentadbiran institusi-institusi ini diselaraskan secara efektif dan profesional. Jadi saya mengalu-alukan apa-apa tindakan RCI sebegini ditubuhkan untuk kita menyiasat penyelewengan yang sedang berlaku.

final • 5:35 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya masuk kepada point ketiga. Kini, kami di sebelah sini masih sebagai pembangkang tetapi dianggap sebagai government in waiting. Pakatan Harapan baru-baru ini telah melancarkan manifesto dan untuk julung kali Tuan Yang di-Pertua, Pakatan Harapan telah memperkenalkan iltizam khusus untuk masyarakat India.

Sebanyak 25 janji khusus untuk masyarakat India disarankan dan ditunaikan oleh Pakatan Harapan sekiranya mentadbir Putrajaya selepas PRU Ke-14...

[Tepuk] Saya telah meneliti sebuah rakaman temu ramah oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Devamany mengatakan manifesto pembangkang khususnya untuk masyarakat India tiada keunikan sekadar retorik salinan Parti Barisan Nasional.

Saya berasa lucu menonton temu ramah tersebut kerana ia mencerminkan seorang pemimpin MIC yang sebenarnya merefleksikan bidalannya itu membangunkan orang yang pura-pura tidur lebih sukar dan susah daripada membangunkan orang yang tidur lelap. MIC sebenarnya pura-pura sedang tidur.

Daripada 25 janji Pakatan Harapan saya hanya akan menyentuh satu sahaja dalam Dewan yang mulia ini iaitu Pakatan Harapan akan memastikan kaum India mendapat peluang pendidikan yang baik. Semua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, SKJ(T) akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pakatan Harapan dan infrastruktur di setiap sekolah jenis kebangsaan Tamil akan dinaik taraf agar sama dengan kualiti sekolah kebangsaan.

MIC bersama Barisan Nasional selama 60 tahun, apakah komitmen mereka selama ini untuk menaikkan taraf sekolah SJK(T)? Ini retorik seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Senator. Ini adalah janji yang sepatutnya dilakukan sekian lama oleh MIC tetapi mereka gagal melakukannya. Bayangkan Malaysia...

final • 5:40 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar.

final • 5:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Satu minit.

final • 5:40 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Okey.

final • 5:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Bayangkan Tuan Yang di- Pertua, Malaysian Indian Blueprint yang diuar-uarkan oleh MIC tidak berani dibawa ke Parlimen dan dijadikan sebagai satu dasar atau polisi seperti Dasar Ekonomi Baru. Untuk saya, rakan-rakan saya di MIC, ini adalah ibarat no political will for almost 60 over years, shame on you brothers, shame on you...

final • 5:40 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Kapar.

final • 5:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Silakan.

final • 5:40 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kapar. Yang Berhormat Kapar, saya tertarik dengan janji yang dibuat itu. Ini berbunyi macam janji Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Pekan di Sabah dan Sarawak, di mana beliau kata, beliau berjanji untuk mengembalikan hak-hak Sabah yang hilang. Now, hak-hak Sabah ini adalah inherent, not only inherent but legal right Sabah dan tidak payah di janji, laksanakan sahaja, kalau tidak dilaksanakan. So, saya berpendapat bahawa janji itu sama sahaja, bunyi sahaja.

Terima kasih.

final • 5:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Yang Berhormat Penampang. Saya ingin menjawab rintihan yang dibawa oleh Yang Berhormat Penampang termasuk dalam ucapan sebentar tadi. Hak rakyat Sabah dan Sarawak seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Penampang adalah legal rights. Apa yang perlu dijanjikan lagi? If it’s a legal right, bagi sahajalah. Kita bukan dekat sini hendak minta sedekah daripada kerajaan yang ada sekarang.

Orang rakyat Sabah dan Sarawak tidak perlu minta sedekah, kalau benda itu dijanjikan perlu dikotakan dan ditunaikan. That’s it, period dan sama juga untuk rakyat orang India. Kami bukan third class citizen. Kalau sekolah Tamil adalah asas untuk kami membangunkan diri kami, sekolah itu perlu diberikan infrastruktur mekanisme yang terbaik. Buat apa hendak janji-janji lagi? Selama 60 tahun menunjukkan kegagalan MIC memartabatkan anak-anak muda orang India. Sebab itulah kami anak-anak muda di luar terlibat dalam gengsterisme, masalah-masalah sosial dan sebagainya. Itu saya letak mutlak kepada kegagalan MIC dan UMNO Barisan Nasional.

final • 5:40 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

[Bangun]

final • 5:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ya, silakan Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Ya, terima kasih Yang Berhormat Kapar. Berkaitan dengan isu blueprint ini, ini bukanlah satu perkara baru, dah banyak kali dalam 60 tahun ini, pihak MIC telah membawa blueprint dan semua blueprint ini tidak berjaya. Kali ini sebelum pilihan raya, mereka telah melancarkan blueprint yang baru dan bagi saya, saya rasa ini juga adalah satu gimik untuk menipu masyarakat India, untuk meraih undi dalam pilihan raya yang akan datang. Jadi saya rasa, selepas pilihan raya blueprint ini juga akan dilupakan. Apa pandangan Yang Berhormat Kapar?

final • 5:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Okey, terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Sejak ia diperkenalkan, saya hanya maklumkan bahawa janji- janji itu hanya di atas kertas. Sepatutnya, sewajarnya bawa ke Parlimen. Kalau betul kajian dilakukan satu tahun, dua tahun, diletakkan usaha diletakkan satu kajian, penyelidikan dan sebagainya, bawa ke dalam Parlimen.

Saya rasa kita pun akan sokong, rakan-rakan kita daripada Pakatan Harapan semua akan sokong. Mereka setuju bahawa rakyat India di Malaysia perlu dimartabatkan, perlu dinaiktarafkan, perlu diberi keutamaan, tidak salah bawa ke sini, itu menunjukkan MIC gagal. Jangan hanya sebut sahaja sebagai kita akan mempertahankan rakyat India Malaysia tetapi sekadar bermain di bibir sahaja.

Sepatutnya hendak bantu orang India kena dari hati dan otak, kita kena datang bagi hak mereka, kita kena datang dengan polisi, dasar dan sebagainya. Akan tetapi, Malaysian Indian Blueprint hendak bawa ke Parlimen, hendak jadikan satu dasar pun pemimpin-pemimpin MIC tidak berani hendak bincang dengan Yang Berhormat Pekan dan ahli-ahli Kabinet. Itu menunjukkan kegagalan mereka bukan sahaja hari ini tetapi sepanjang 60 tahun bersama dengan UMNO Barisan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai generasi masa depan. Kanak-kanak dalam lingkungan umur tiga hingga ke lima tahun dan lima hingga tujuh tahun menghadapi masalah pemakanan makanan yang berkualiti, berkhasiat dan bernutrisi yang sekali gus menyelesaikan masalah kekurangan zat kanak-kanak yang dinyatakan dalam kajian kanak-kanak pinggiran. Satu kaji selidik mengenai kemiskinan dan penafian hak kanak-kanak bandar di flat kos rendah di Kuala Lumpur oleh UNICEF.

Laporan UNICEF menunjukkan 12 peratus kanak-kanak makan kurang daripada tiga kali sehari serta 97 peratus isi rumah menyatakan mereka tidak mampu menyediakan makanan yang berkhasiat kepada anak-anak mereka kerana harganya yang tinggi. UNICEF juga melaporkan 51 peratus daripada responden kanak-kanak berumur lima dan enam tahun tidak menghadiri prasekolah. Ini sedang berlaku di Kuala Lumpur. Bayangkan di luar bandar mahupun di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Ini adalah perkara yang amat serius Tuan Yang di-Pertua, saya menuntut Kerajaan UMNO Barisan Nasional menerangkan keadaan ekonomi dan paras kemiskinan sebenar.

Rumusan kajian ini amat mengejutkan dan memilukan. Sekiranya satu kerajaan itu tidak dapat membela periuk nasi dan pendidikan golongan kanak-kanak di negara tersebut, kerajaan itu adalah kerajaan yang gagal dan perlu diganti.

Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya adalah berkenaan dengan isu alam sekitar. Setiap kali perbahasan seperti ini, saya telah membawa isu-isu alam sekitar seperti penambakan tanah, penanaman pokok bakau, isu sampah dan sebagainya. Kini, hari ini saya ingin mengutarakan isu beg plastik. Pada 18 Februari 2018, Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor, Yang Berbahagia Datuk Satim Diman berkata Barisan Nasional Selangor berjanji tidak akan meneruskan caj beg plastik sebanyak 20 sen sekiranya menang di Selangor pada pilihan raya yang akan datang.

Pada masa yang sama, Pengerusi UMNO Selangor, Yang Berhormat Menteri Tan Sri Haji Noh bin Omar pula berkata, peniaga seharusnya memberi 20 sen kepada pembeli yang membawa beg sendiri dan tidak mengenakan caj itu kepada mereka yang tidak membawa beg tetapi perlukan beg plastik. Isu beg plastik dan polisterin adalah ancaman utama kepada alam sekitar. Seluruh dunia memberi perhatian khusus kepada isu alam sekitar.

final • 5:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Selaras dengan dasar-dasar antarabangsa seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, malahan untuk Kerajaan UMNO Barisan Nasional di Selangor, beberapa buah negeri di bawah Barisan Nasional seperti Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor turut mengamalkan dasar mengurangkan beg plastik dan polisterin, mengikut jejak yang telah diutamakan dan diperkenalkan oleh negeri Selangor dan Pulau Pinang.

final • 5:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya terkilan apabila mendapati kerajaan ataupun rakan-rakan saya di Selangor daripada Barisan Nasional masih berfikiran mundur dan jauh ketinggalan zaman. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan dan kementerian terbabit supaya membawa usul untuk mengharamkan dan memberi larangan penuh terhadap beg plastik dan polisterin di seluruh negara di Malaysia. Kerajaan yang prihatin terhadap masa depan negara tidak sama sekali akan mengabaikan isu alam sekitar.

Tuan Yang di-Pertua, isu keenam saya adalah satu isu berkenaan dengan masyarakat India yang telah dipanjangkan kepada saya oleh rakan-rakan NGO dan perseorangan. Ini adalah berkenaan dengan isu Maika Holdings, anak syarikat MIC yang telah mengakibatkan skandal penyelewengan dana sejumlah RM106 juta pada tahun 1984 yang melibatkan 66,400 pemegang saham.

Bayangkan Tuan Yang di-Pertua, ini kita sedang bicara mengenai tahun 1984.

Nilai RM106 juta pada tahun 1984, kini jika dilaburkan dengan cara yang terbaik, saya rasa kita tidak perlu Malaysian India Blueprint dan sebagainya. Nilai RM106 juta pada tahun 1984 ini adalah sekurang-kurangnya berbilion-bilion Ringgit pada hari ini yang sebenarnya boleh menentukan nasib orang India pada hari ini. Kita tidak perlu menjadi third class citizen di negara sendiri. Akan tetapi kegagalan MIC melabur dan mempergunakan apa yang ada dalam Maika Holdings ini telah mengakibatkan kepincangan daripada masyarakat India bangun dalam arus pembangunan negara...

final • 5:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

[Bangun]

final • 5:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ya, silakan Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 5:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Kapar, saya difahamkan ini cerita Maika ini pun saya ingat lama sudah ini, dekat 15 tahun lebih dan ramai yang melabur terdiri daripada orang susah di estet dan juga di bandar-bandar. Setujukah Yang Berhormat Kapar dengan saya kalau kita meminta supaya rakyat yang melabur membuat laporan polis dan membawa isu ini supaya satu Royal Commission of Inquiry ditubuhkan. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Laporan polis sudah banyak sudah. Baru-baru ini pada 15 Disember 2017, Exco Pemuda Parti Keadilan Rakyat, saudara Kumaresan telah menggesa sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat skandal Maika Holdings dan 8 Mac 2018, Parti Generasi Baru yang dikenali sebagai Mira telah berjumpa dengan saya di Parlimen ini, mereka telah bagi saya memorandum ini dan meminta semua pihak untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat Maika Holdings scandal. Saya ingin memberi komitmen bahawa sekiranya...

final • 5:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Sedikit Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan Pusat, saya ingin memberi komitmen sebagai seorang ahli Pakatan Harapan pada hari ini bahawa kita akan menubuhkan RCI dan akan menyiasat skandal Maika Holdings. Ya, silakan Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Apa yang menjadi masalah adalah di mana kecuaian, di mana penyelewengan kewangan yang telah berlaku di Maika Holdings iaitu anak syarikat ditubuhkan oleh MIC. Walaupun kerajaan dengan usaha telah memberi balik 80 peratus wang tersebut, tetapi ia telah menganiayai- has made many people suffered in this country, the Indian especially.

Adakah Yang Berhormat setuju bahawa penyiasatan menyeluruh perlu di antaranya bukan saja RCI, tetapi pihak polis juga?

final • 5:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat. Ia mesti bermula dengan siasatan polis dan juga jika ada unsur-unsur rasuah, SPRM juga terlibat dan RCI pun perlu untuk menyelesaikan masalah ini sebab ia melibatkan hampir 66,400 shareholders.

final • 5:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Akhir sekali saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua barisan Tuan Yang di-Pertua, yang maha mahir yang duduk di hadapan, rakan-rakan Ahli Parlimen di dua-dua belah, petugas-petugas di Parlimen, penjawat-penjawat awam yang telah bertugas sepanjang penggal ini. Dengan restu Tuhan, sudah tiba masa Tuan Yang di- Pertua, kerajaan baru memimpin negara ini, mengambil alih kuasa daripada rejim UMNO Barisan Nasional yang sudah berkarat kuasanya dengan barisan pemimpin yang baru di Putrajaya.

Rakyat perlu diberi peluang untuk membuat satu keputusan, bukan saja untuk mereka, untuk anak-anak mereka, cucu cicit mereka yang ada dan yang belum lahir supaya kita sediakan satu platform yang terbaik supaya negara ini dikembalikan segala kemasyhuran dan kegemilangan. Gabungan dua insan yang berwibawa bakal disaksikan kembali setelah 20 tahun. Gabungan yang terputus pada tahun 1998, bakal dikemudikan kembali pada tahun 2018. Gabungan Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali, gabungan yang menggerunkan dan menakutkan UMNO, Barisan Nasional adalah satu gabungan bersejarah yang akan memartabatkan dan mereformasikan negara kita Malaysia. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita bina semula negara. Terima kasih...

[Berucap dalam bahasa Tamil]

final • 5:50 PM

[Dewan tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kanowit.

final • 5:50 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk bersama-sama membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, saya akan terus menyentuh beberapa isu.

Isu pertama adalah berkenaan dengan penyeragaman harga barangan keperluan di kawasan pedalaman terutama di Sarawak dan di Sabah melalui subsidi pengangkutan ataupun transport. Ini sebab kita memang mengetahui satu daripada sebab utama di mana barang-barang keperluan yang dijual di kedai-kedai runcit di kawasan pedalaman tinggi adalah disebabkan kos pengangkutan terutama di kawasan- kawasan pedalaman yang masih menggunakan sungai dan perahu untuk membawa barang-barang keperluan ini ke kawasan-kawasan pedalaman.

Jadi dalam hal ini, kerajaan telah memperuntukkan subsidi untuk mengangkut barang-barang ini ke kawasan tertentu dan melantik kontraktor-kontraktor untuk mengangkut barang-barang ini supaya kos pengangkutan ini dapat diringankan bagi mereka yang berkedai runcit di pedalaman.

Akan tetapi malangnya Tuan Yang di-Pertua, mungkin di kawasan lain juga sama, di kawasan saya di Parlimen Kanowit tidak banyak lagi rumah-rumah panjang yang belum ada jalan raya tetapi yang masih di kawasan pedalaman itu harga barangan keperluan adalah masih tinggi walaupun program ini telah berapa tahun sudah dilaksanakan. Sebagai contoh, saya baru berapa minggu dulu telah pergi ke kawasan di pedalaman di Sungai Ngemah, Jagau di mana minyak petrol RON95 masih dijual dengan harga RM17.50 segelen berbanding di pekan Kanowit, cuma RM10.50. Ini bermakna RM7 lebih tinggi.

Saya difahamkan mereka tidak pun mengetahui sama ada program pengangkutan ini sedang dijalankan oleh kontraktor-kontraktor yang diberi tugas untuk mengangkut barang-barang keperluan ini. Bukan sahaja petrol, saya difahamkan juga minyak masak. Sebenarnya minyak masak ini kalau subsidize minyak masak adalah RM2.50 sekilo, tetapi di kawasan pedalaman itu tidak pernah kita nampak minyak masak yang dalam paket plastik itu dijual RM2.50. Mereka membeli minyak masak sama dengan minyak-minyak yang dijual di bandar-bandar ataupun di supermarket.

final • 5:57 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Jadi dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun beberapa kali menyentuh ataupun membahaskan isu ini supaya subsidi ini disasarkan. Sekarang ini dia tidak disasarkan. Subsidi ini diberikan melalui third party ataupun melalui kontraktor pengangkutan dengan tujuan supaya mereka membawa barang-barang ini dan meringankan kos pengangkutan tetapi seperti yang saya sebutkan tadi ia tidak terjadi.

Maka, satu masalah adalah enforcement ataupun pemantauan yang sepatutnya dijalankan oleh KPDNKK supaya barang-barang ini sampai ke kawasan pedalaman dah dijual dengan harga yang sama di bandar-bandar.

final • 6:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Saya telah pun mencadangkan dahulu sebab sekarang ini, itu sudah tidak banyak lagi rumah-rumah panjang yang belum ada jalan raya. Dengan pesatnya pembinaan jalan raya di kawasan pedalaman, maka tidak banyak lagilah rumah-rumah panjang yang masih tidak ada accessibility. Jadi saya telah pun bercadang supaya mereka yang masih belum ada jalan raya yang sampai ke bandar-bandar ini diberi BR1M lebih daripada yang lain supaya BR1M ini adalah menjadi subsidi yang bersasar dan berhentikan subsidi pengangkutan ini supaya kontraktor-kontraktor ini tidak payah lagi diberi peruntukan untuk mengangkut barang ini di mana mereka tidak menjalankan tugas yang sepatutnya.

Jadi ini telah pun saya sarankan beberapa tahun yang lalu tetapi sekarang ini masih juga sistem pengangkutan ini, subsidi pengangkutan ini masih juga dijalankan oleh KPDNKK. Jadi saya berharaplah cadangan saya ini dapat diambil kira supaya subsidi ini lebih bersasar dan saya ingat kalau ini dijalankan, kos untuk memberi BR1M akan lebih lagi murah daripada memberi subsidi untuk mengangkut barang-barang ke kawasan- kawasan pedalaman.

Isu kedua Tuan Yang di-Pertua, yang terpaksa saya sentuh adalah berkenaan masalah banjir yang melanda sekolah-sekolah di luar bandar, sekolah-sekolah yang daif, sekolah-sekolah yang memang dari dahulu yang dibina olah masyarakat-masyarakat tempatan dan cuma di naik taraf oleh kerajaan menjadi sekolah kerajaan. Banyak sekolah ini terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman di Sarawak perlu dinaiktarafkan supaya dan kelengkapan di sekolah-sekolah ini perlu dinaiktarafkan.

Jadi apabila tiap-tiap tahun kita ada banjir, maka sekolah yang daif ini lebih banyak lagi rumah-rumah guru, bilik-bilik darjah rosak dan perlu dibaiki. Memanglah guru- guru ataupun YDP telah pun memajukan kepada kita peruntukan supaya sekolah- sekolah dan rumah-rumah yang rosak ini dibaiki dengan segera. Ini jadi masalah. Jadi dalam hal ini, saya mencadangkan kepada kementerian kalau belum ada, untuk mengadakan tabung, tabung pembinaan atau pun membaiki segera apabila sekolah- sekolah yang rosak disebabkan oleh banjir ataupun bencana alam yang lain supaya tabung sedia ada untuk dapat menyegerakan, membaiki ataupun membina baru rumah- rumah yang telah rosak ini. Jadi keadaan ini amat diperlukan.

Kedua, dalam beberapa tahun ataupun dalam tahun lalu, kita telah pun mendengar satu saranan atau program kerajaan di mana sekolah-sekolah SKM ini, sekolah kurang murid ini, lebih-lebih lagi sekolah yang serba daif ini dibina ataupun digabungkan untuk menjadi satu sekolah yang besar di mana dua, tiga buah sekolah yang daif ini digabungkan dan dibina satu sekolah yang besar dan moden dengan kelengkapan yang diperlukan untuk pembelajaran dan pengajaran. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah dasar ini atau apakah terjadi kepada program ini sekarang ini sebab saya melihat ia belum lagi dilaksanakan terutama sekali di kawasan-kawasan di Sarawak?

Tuan Yang di-Pertua, isu ketiga saya ingin sentuh di sini adalah berkenaan dengan satu program peruntukan pinjaman untuk membina rumah-rumah panjang di Sarawak. Dalam tahun 2016, telah ada peruntukan RM50 juta dengan maksimum RM50,000 pinjaman yang sepatutnya diberi kepada mereka yang memohon.

Pada tahun ini, permohonan amat meningkat sekali oleh kerana banyak rumah panjang yang telah pun dipindahkan disebabkan construction Pan-Borneo Highway, banyak rumah panjang terpaksa dibina baru dan mereka pun memohon supaya mendapat peruntukan ataupun pinjaman ini. Juga dengan adanya jalan-jalan baru pada kawasan-kawasan luar bandar, banyak rumah panjang yang sudah uzur, perlu dibina baru dan mereka pun telah memohon supaya dibina rumah baru dan juga dengan peningkatan penduduk atau orang-orang muda, mereka juga ingin untuk bersama-sama membina rumah panjang.

Dalam hal ini, saya difahamkan pada tahun ini memang banyak sekali permohonan dari rumah-rumah panjang, permohonan pinjaman untuk rumah-rumah panjang ini dan dengan ini saya menyeru supaya dalam tahun akan datang atau even this year, peruntukan lebih banyak perlu diberi kepada skim ini sebab skim ini adalah bukan geran. Ia adalah pinjaman. Kalau kita melihat di Semenanjung ini, beribu-ribu rumah dibina oleh kerajaan dan dijual dengan subsidi yang besar pada rakyat yang miskin tetapi di Sarawak, ia bukan subsidi, ia pinjaman. Oleh sebab itu saya fikir peruntukan ini perlu dinaikkan supaya lebih banyak lagi mereka yang memohon ini dapat dipertimbangkan.

Tuan Yang di-Pertua, kes seterusnya saya ingin sentuhkan dalam perbahasan ini ialah kes mereka yang sakit jantung ini yang memerlukan rawatan yang amat rapi dan very specific.

final • 6:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Kes ini selalunya amat menyedihkan oleh kerana kos bagi pesakit-pesakit untuk merawat mereka yang ada sakit jantung ini terutama di mana valve ataupun jantung ini perlu diubahsuai akan melibatkan kos yang begitu tinggi.

Jadi dalam hal ini banyak kes di mana apabila mereka ini tidak dapat rawatan dengan segera, ramai daripada mereka ini telah pun meninggal, yang amat sedih oleh kerana kerajaan tidak mempunyai bajet ataupun wang yang cukup di mana rawatan seperti ini dapat disegerakan. Jadi dalam hal ini saya ingin bertanya atau mohon ataupun mencadangkan kepada kerajaan untuk mengadakan satu tabung ataupun bantuan khas supaya kes-kes seperti ini tidak akan menyebabkan kematian.

Mereka yang ada insurans, mereka yang kaya ini tidak ada masalah sebab kos untuk rawatan seperti ini dapat dibiayai sendiri tetapi bagi mereka dari kawasan-kawasan pedalaman rumah panjang ini memang ini jadi satu masalah yang amat menyedihkan.

Kita sebagai wakil rakyat yang sering dijumpai oleh mereka untuk bantuan. Saya menyeru kepada Kementerian Kesihatan supaya melihat kes ini dengan begitu segera supaya satu program ataupun bantuan ataupun tabung dapat diletakkan supaya mereka ini dapat bantuan segera untuk perubatan.

Isu yang kelima ataupun yang last sekali Tuan Yang di-Pertua ialah pembinaan jalan raya di kawasan pedalaman, di kawasan saya. Ini adalah satu isu yang sangat spesifik. Jalan raya dari Ngungun ke Jagau di Sungai Ngemah yang telah pun dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pilihan raya negeri tahun 2016 di mana beliau telah pun bersetuju untuk menyegerakan pembinaan 20 kilometer jalan baru daripada Ngungun ke Jagau dengan kos yang sepatutnya mencukupi. Saya difahamkan bahawa agensi yang telah diberi kuasa ataupun untuk melaksanakan projek ini adalah di bawah Program Jiwa Murni ataupun MinDef, Kementerian Pertahanan tetapi sampai sekarang ini belum ada apa-apa yang kita lihat di kawasan tersebut.

final • 6:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Jadi saya pun khuatir sebab menjelang pilihan raya ini, inilah satu daripada isu yang akan dibangkitkan oleh mereka yang akan bertanding untuk pihak pembangkang, yang susah hendak kita jawab. Jadi, kita harap dalam hal ini kerajaan ataupun kementerian yang berkaitan ataupun MINDEF perlu melihat kes ini. Kalaulah peruntukan itu sudah ada- jalan ini perlulah disegerakan supaya ia tidak menjadi isu dalam PRU Ke- 14 ini. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Sekian.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 6:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Semasa menjawab kepada soalan saya, Yang Berhormat Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi mengenai kelapa sawit yang mungkin akan diharamkan ke Eropah. Jawapan beliau amat mengecewakan saya. Juga saya telah mendapat banyak e-mel selepas saya membangkitkan isu itu. Di antaranya, perkara-perkara sedemikian.

Jawapan tersebut tidak mempunyai sebarang nilai memandangkan beliau tidak menangani isu ladang kelapa sawit kepada isu penebangan hutan iaitu slaughtering of forest di negara ini, yang merupakan soalan yang ditanya oleh saya.

Beliau sepatutnya memberi alasan, mengapakah hutan-hutan yang telah dibersihkan untuk ladang kelapa sawit hanya mempunyai impak yang kurang terhadap perubahan iklim dengan analysis empirical dengan hanya menyatakan bahawa kerajaan telah mengekalkan dan memberi guarantee bahawa 50 peratus daripada hutan simpan di negara ini tidak memberi sebarang nilai kerana penebangan hutan dan proses membersihkan tanah gambut melibatkan pelepasan gas hijau yang merupakan teras isu alam sekitar.

Sebagai contoh, apabila tanah gambut dibersihkan untuk ladang, tanah gambut asas perlu disalirkan melepaskan GHG ke atmosphere yang pada purata Malaysia mempunyai kadar pelepasan yang sangat tinggi melebihi 55 tan CO2 sehektar setahun yang menyumbang kepada perubahan iklim. Pengeluaran karbon dioksida akan berterusan untuk beberapa dekad sehingga keseluruhan karbon dioksida yang dilepaskan ini akan menambah kepada jejak karbon mengeluarkan minyak mengakibatkan masalah apabila kita menanam- planting of the palm oil trees.

Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa ini bukanlah satu isu tetapi yang lebih mustahak adalah kerana Eropah nampaknya mengambil tindakan yang sewenang- wenangnya mengatakan bahawa apa yang dibuat oleh EC adalah tidak berpatutan.

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ini kerana mungkin cemburu kepada penglibatan pengeluaran minyak sawit di mana kita telah melipat ganda. Kalau 20 tahun dahulu hanya lebih kurang 10 peratus sumbangan kami kepada EC, sekarang sudah menjadi lebih kurang 60 peratus. Ini adalah cemburu oleh faktor-faktor lain. Akan tetapi yang lebih mustahak adalah kita perlu tahu kenapa tindakan ini- bukan baru sahaja, lebih 20 tahun tindakan ini telah dimulakan oleh European Parliament. Saya difahamkan kita tidak ada inisiatif-inisiatif atau satu proses untuk membatalkan atau membuat satu-satu pemikiran yang baru supaya pihak European Parliament, Ahli-ahli Parlimen Eropah dapat menerima cadangan-cadangan yang dibuat oleh Malaysia.

Saya harap- saya hendak tahu, apakah yang dibuat oleh agensi kerajaan?

Berapa lamakah dan berapa perjumpaan yang telah dibuat? Saya difahamkan ramai di antara officers yang pergi ke Eropah untuk berjumpa dan berbincang dengan pihak-pihak yang specialist dalam hal ini di negara Eropah, tidak ada apa perubahan. There is no positive output. Hanya nampaknya it’s just a free visit to Europe. Saya hendak tahu...

final • 6:11 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Berapakah yang telah dibelanjakan oleh kerajaan dalam tempoh lima tahun?

final • 6:11 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Ipoh Barat, boleh minta laluan?

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Cepat sikit.

final • 6:11 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Oleh sebab kau sebut pasal lawatan pergi Europe. Saya antara satu daripadanya yang tetapi tohmahan daripada Yang Berhormat itu tidak betul. Ada kesan, tiada kesan, you hanya mimpi sahajalah Yang Berhormat. Kami kerja kuat ini berjumpa dengan- kadang-kadang ada pergaduhan, pertengkaran dalam hal isu ini.

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tidak ada kesan.

final • 6:11 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Takkan ada kesan...

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Setujukah tidak ada kesan?

final • 6:11 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Kita ada persetujuan...

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tidak ada kesan. Yang Berhormat...

final • 6:11 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

...Untuk berjumpa lagi.

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Putatan, tidak ada kesan.

Apabila Yang Berhormat membawa delegasi yang besar bukan menunjukkan- menukar fikiran mereka. There is no in substance, tidak ada. Itulah- apabila saya dapat e-mel selepas saya membangkitkan perkara ini, saya hairan Yang Berhormat stand today to say that apa yang dibuat oleh Yang Berhormat adalah betul, atau telah pergi untuk menukar pandangan mereka. You didn’t succeed.

final • 6:11 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

You will not succeed…

final • 6:11 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat...

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...If you have this old style thinking.

final • 6:11 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 6:11 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Atau Yang Berhormat memilih suruh berdiam sahaja?

final • 6:11 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 6:11 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa kita ini diam sahaja, dengar apa...

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

No, kita tidak boleh diam...

final • 6:11 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

...Ahli-ahli Yang Berhormat, betul?

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya setuju.

final • 6:11 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Itu Yang Berhormat sebutkan?

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Kita perlu formula yang baru...

final • 6:11 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Kita telah kerja keras.

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Kita perlu satu peningkatan yang lebih tegas, jangan membazirkan wang. Kita perlu mendekati isu yang ada depan kita.

final • 6:11 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Ipoh Barat, boleh?

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yes.

final • 6:11 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat saya mengambil peluang juga sebab saya salah seorang yang pergi. Saya ingat Yang Berhormat Ipoh Barat mungkin tidak memahami konteks keseluruhan kenapa cubaan daripada EU untuk memboikot kelapa sawit. Sebenarnya apa yang berlaku kita ada Strategic Development Goals 2030 yang mana mereka meletakkan satu tahap-tahap baru yang lebih tinggi untuk cuba menidakkan pengimportan tujuh juta tan palm oil, bukan sahaja pada Malaysia juga pada Indonesia ke EU. Oleh sebab mereka ada lobby pada rapeseed oil dan canola oil. Jadi ini masalah yang lebih kompleks, tidak sebagaimana simplified version yang Yang Berhormat Ipoh Barat cakap.

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat.

final • 6:11 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Kalau bagi saya peluang 20 minit saya boleh terangkan.

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ini kerana saya tidak cukup masa.

final • 6:11 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Cuma...

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya faham, saya faham.

final • 6:11 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Sikit saja Yang Berhormat Ipoh Barat. Cuma saya hendak cakap dengan Yang Berhormat Ipoh Barat...

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya faham.

final • 6:11 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Pandangan Yang Berhormat Ipoh Barat tidak tepat. Tidak tepat, melencong dan tuduhan itu tidak benar.

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Bukan, bukan. Apabila saya membuat...

final • 6:11 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Jadi kalau tanya pasal impact, kalau tanya impact Yang Berhormat Ipoh Barat...

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Saya telah mendapat pandangan dari orang ramai di negara ini.

final • 6:11 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Tidak, tidak. Orang ramai itu bukan orang yang pergi ke sana, kami berdepan dengan Parliamentarian European, kami tahu exactly what happened.

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Very well, very well. Akan tetapi asasnya...

final • 6:11 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Kami bercakap dengan agensi-agensi terbabit di Brussels dan....

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat cukup. Cukup untuk pandangan.

final • 6:11 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

...Ini sebenarnya fakta-fakta kalau elok...

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih.

final • 6:11 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Kalau elok sebelum Yang Berhormat Ipoh Barat menuduh, menganggap ini tidak baik atau membazirnya...

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Bukan, apabila saya- Yang Berhormat.

final • 6:11 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Saya ingat ini perkara yang tidak tepat dan Yang Berhormat Ipoh Barat cakap dalam Parlimen tidak betul.

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat.

final • 6:11 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Ipoh Barat jangan main politik.

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Apabila saya tanya dengan Yang Berhormat Menteri, katakan soya bean adalah...

final • 6:11 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Saya hendak berhenti jawab tetapi tuduhan itu...

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Kompetitif dan menjadi masalah kepada negara ini. Saya hairan hari ini kita ada dua ahli Parlimen yang setuju yang mengatakan telah pergi ke- mungkin ke Eropah banyak kali telah berjumpa- dan soalan saya adalah untuk kementerian untuk menjawab.

final • 6:11 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Betul.

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat saya hairan Yang Berhormat boleh berdiri mengatakan...

final • 6:11 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Saya hendak bercakap dengan Yang Berhormat Ipoh Barat bahawa your pretexts of allegation is baseless dan salah.

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

No, no. Okey, okey Yang Berhormat.

Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh jawab.

final • 6:11 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Jadi saya hendak cakap sebelum dipanjangkan...

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Okey Yang Berhormat Menteri boleh jawab.

final • 6:11 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Lebih baik Yang Berhormat tarik balik dan...

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Jadi apa yang saya katakan, kita...

final • 6:11 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

...Study balik tentang apa yang disebut palm oil tadi. Itu sahaja saya hendak sebut, terima kasih.

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, kita perlukan strategi untuk memahami hubungan antara perdagangan dan perubahan iklim yang telah menjadi isu perdebatan dan dasar untuk membangunkan negara. Antara Persidangan COP Ke-15 di Copenhagen pada tahun 2009 dan Accord COP ke-21 Paris mengenai perubahan iklim pada tahun 2015 sejumlah enam tahun disia-siakan dengan kegagalan untuk mengemukakan satu kes untuk kemampuan minyak sawit.

Asas ini adalah Tuan Yang di-Pertua, kita sependapat- we totally support the government initiative tetapi saya rasa yang lebih mustahak adalah kita perlu ada lobby yang betul-betul boleh berfungsi untuk kita. Untuk memastikan bahawa kita- there’s a win-win situation dalam perkara ini. Itu yang saya khuatir Yang Berhormat. Ini kerana kita percaya ada lebih dari ratusan ribu orang yang bergantung kepada kelapa sawit dan that is the main source of income di negara ini.

Kita perlu usaha, we can’t not run away dari reality, the peat soil dan effect daripada dia kita tidak boleh run away. Akan tetapi kita perlu kenapa kita gagal dan itulah Yang Berhormat Menteri perlu memberi jawapan dengan keseluruhan. The real and true picture supaya kita dapat tahu perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengalih kepada apa yang telah dikatakan.

Saya difahamkan lebih kurang 50,000 pekerja akan hilang kerja pada tahun ini. Pada Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia, Shamsuddin Bardan berkata bahawa sektor pembuatan adalah sektor utama yang akan terjejas dan diikuti dengan sektor perkhidmatan insurans, perbankan dan runcit dan akhir sekali sektor pembinaan.

final • 6:11 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Nampaknya apa yang dikatakan oleh Malaysian Employers Federation pada asasnya, there is a mismatch of graduan-graduan yang dikeluarkan di universiti di mana ramai di antara mereka yang bekerja akan hilang kerja, yang belum dapat kerja mustahil untuk mendapat kerja dan ini adalah masalah yang perlu ditangani oleh kerajaan yang sedia ada. Kursus-kursus yang kita ada di universiti-universiti, there is a mismatch. Itu kita tak boleh nafikan.

Satu di antaranya adalah kegagalan murid-murid kita, anak-anak kita untuk mempelajari dan mahir dalam bahasa Inggeris atau mahir dalam bahasa Mandarin.

Kekurangan mereka dalam memperkasakan kedua-dua bahasa ini sangat merugikan bukan sahaja kepada mereka tetapi juga kepada sektor pekerjaan di negara ini. Ini disebabkan, Tuan Yang di-Pertua, kita pada masa ini dalam IT dan sebagainya, kita mengambil beribu-ribu orang dari luar negara walhal kita ada IT university, kita ada IT college tetapi tidak setaraf atau tidak mengeluarkan, produce enough graduates of quality supaya mereka boleh diserap di industri-industri berkaitan.

Khususnya saya nak tahu, apakah sebabnya walaupun kemakmuran kita dapat daripada beberapa statistik yang menunjukkan bahawa kita akan menambah baik pada tahun ini tetapi ramai di antara pekerja-pekerja akan kehilangan kerja di swasta-swasta ini? Malaysian Employees Federation mengatakan sedemikian dengan statistik-statistik yang boleh dipercayai. Saya khuatir bahawa ini akan menjadi satu isu yang besar.

Kesatuan sekerja juga mengatakan bahawa ini adalah isu-isu yang penting yang perlu ditangani dan apakah inisiatif-inisiatif kementerian supaya perkara ini dapat dielakkan?

Manakala untuk kesatuan pekerja, saya nak tahu apakah yang dibuat oleh Kementerian Human Resources dalam hal ini supaya kita ada situasi di mana lebih pekerja menjadi ahli di kesatuan? Sekarang saya difahamkan tak sampai 10 peratus. Ini adalah disebabkan tidak ada galakan-galakan yang tertentu, tidak ada polisi-polisi yang tertentu untuk menggalakkan lebih pekerja-pekerja di negara ini menjadi ahli di union di negara ini.

Akhir sekali, untuk perkara ini, saya pohon seperti dalam manifesto pembangkang, manifesto government in waiting…

final • 6:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 6:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Yang telah diumumkan pada hari Jumaat dulu di mana satu di antara perkara yang kita cadangkan adalah equal opportunity commission di mana semua pekerja tak kisah mana sahaja, kalau dia layak, dia patut mendapat kerja tersebut. Ini adalah satu commission yang saya difahamkan telah dicadangkan beberapa tahun oleh kerajaan tetapi telah menarik perkara itu. Ya, Yang Berhormat Shah Alam.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 6:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya ada mendengar tadi Yang Berhormat Ipoh Barat menyentuh tentang persoalan pendidikan dan kegagalan daripada segi bahasa Inggeris, bahasa Malaysia dan sebagainya.

Akan tetapi pada masa yang sama, oleh kerana waktu masih ada, saya dimaklumkan bahawa apa yang pernah digembar-gemburkan beberapa tahun sebelum ini iaitu program TVET, latihan vokasional yang kononnya merupakan satu teras yang baharu untuk melahirkan tenaga mahir untuk membantu pembangunan industri dan sebagainya, tiba-tiba saya telah mendapat maklumat bahawa program TVET ini pun telah pun hampir-hampir bagaikan dihentikan iaitu ada surat yang dihantar ke sekolah-sekolah day school, sekolah-sekolah harian, sekolah-sekolah kerajaan yang mana asalnya ada bidang vokasional mulai daripada Tingkatan 4, tiba-tiba dihentikan. Begitu juga di peringkat swasta dan sebagainya dan kolej-kolej dan sebagainya.

Di antara sebab mengapa ianya berlaku ialah oleh sebab masalah kewangan dan ini menunjukkan bahawa visi yang diheboh-hebohkan, nak bawa ke TN50 lah, apa lah dan sebagainya, daripada segi pelaksanaannya dah bercelaru. Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 6:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya setuju kepada pandangan Yang Berhormat Shah Alam. Saya pohon agar Menteri memberi jawapan yang baiklah kepada perkara yang sangat mustahak yang dibangkitkan.

final • 6:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, saya ada dua perkara yang lain. Satu adalah di mana kita tahu sekarang situasi politik di mana there is two prongs. Satu adalah government in waiting dan satu adalah yang sedang in government. Saya rasa ada dua parti dalam negara ini dan manifesto Pakatan Harapan pun telah dikeluarkan pada hari Jumaat dahulu. Saya mohon agar apa yang saya akan baca selepas ini akan diambil kira oleh kerajaan dan tindakan diambil.

Pakatan Harapan sudah mempunyai manifesto yang tersendiri yang telah diumumkan pada hari Jumaat dahulu. Tidak lama lagi, pasti Barisan Nasional pun akan keluar dengan satu manifesto yang sama. Tiba masanya untuk mengadakan suatu perdebatan, debate di antara Perdana Menteri dan dengan bakal Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dan disiarkan di semua saluran TV.

Terdapat beberapa sebab mengapa perdebatan ini perlu diteruskan dan disegerakan. Di dalam sebuah negara yang demokrasi, ia adalah penting bagi rakyat untuk membuat pilihan yang tepat. Perdebatan akan menjelaskan beberapa aspek dasar yang akan membantu rakyat membuat pilihan yang tepat. Pada masa kini, Kerajaan Barisan Nasional menggunakan ‘TV3 suku’ dan RTM untuk membuat propaganda dengan berita yang separuh benar, yang menipu rakyat Malaysia dan menghalang mereka daripada mengetahui kebenaran.

Tun Dr. Mahathir mengatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib telah melakukan sebanyak lebih daripada 62 jenayah. Perdebatan ini akan memberi satu peluang kepada Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd.

Najib untuk membela dirinya terutama kepada pelbagai skandal yang melanda negara ini seperti 1MDB, skandal tanah FELDA dan sebagainya.

Rakyat akan dapat menganalisis kebenaran setiap calon melalui penghujahan- penghujahan mereka dan ini adalah perkara yang mustahak. Kalau kita tengok perkara sedemikian, national debate, open debate dibuat di negara-negara yang maju seperti di UK, Kanada dan Australia tetapi baru-baru ini ia juga dibuat di India dan negara-negara lain. Saya harap the challenge will be taken by the Barisan Nasional untuk membuat debate di antara Pakatan Harapan dengan Barisan Nasional.

Satu lagi perkara adalah mengenai penukaran agama. Saya telah menerima satu jawapan dua hari lalu di mana saya telah bertanya apakah kerajaan telah belajar daripada kes Indira Ghandhi yang keputusan telah dibuat di Mahkamah Persekutuan.

Saya telah cadangkan bahawa kita perlu rang undang-undang iaitu seksyen 88A yang telah ditarik balik pada bulan Ogos tahun 2017 supaya ia di-introduce lagi sekali supaya dapat menentukan once and for all dalam perkara ini. Jangan kita lupa- apa yang saya kata bukanlah satu yang baharu.

Pada tahun 2009, Kabinet telah membuat satu directive yang sama di mana kerajaan telah mengisytiharkannya di Parlimen ini. Apakah kerajaan takut? Apakah mereka tidak sedar bahawa ini perlu dibuat dengan segera? Ini adalah janji yang dibuat oleh kerajaan. Jangan mengabaikan janji tersebut. Dan jawapan yang diberi kepada saya pada hari Khamis dulu adalah nampaknya ialah untuk mengelak daripada obligasi mereka.

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, ialah mengenai International Criminal Court dan Armed Statutory. Saya nak tahu apakah perkembangan terbaharu mengenai International Criminal Court di mana pada tahun 2011, kerajaan telah mengatakan bahawa kerajaan akan mengiktiraf dan menjadi seorang member of the International Criminal Court of the Rome Statute tetapi walaupun Kabinet telah meluluskan perkara ini, namun sehingga sekarang tidak ada apa-apa keputusan untuk menjadi anggota tersebut.

final • 6:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Lagi satu adalah Arms Trade Treaty, di mana kerajaan telah menandatangani perjanjian tersebut di New York tetapi belum lagi diratifikasi. Akhir sekali ialah mengenai biochemical, di mana kita telah pun tandatangani perjanjian dan kita juga ada akta berkaitan. Apakah waspada-waspada yang di buat oleh kawal selia- kawal selia yang dibuat oleh kementerian supaya tidak ada wrong use oleh pihak-pihak ekstremis dalam perkara ini? Tahun dulu bila saya tanya kerajaan, Menteri Luar telah mengatakan bahawa akan membawa beberapa perubahan kepada undang-undang supaya ia akan menyelesaikan perkara ini, supaya tidak ada tingkah laku yang salah.

Akhir sekali adalah Indian blueprint. Saya ingin tahu apakah kerajaan ingin membawa satu white paper atau untuk debat di Parlimen ini supaya semua dapat tahu seperti rancangan Malaysia yang tiap-tiap lima tahun dibawa untuk debat di Parlimen ini?

Terima kasih.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Julau.

final • 6:30 PM

Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi saya peluang untuk sama-sama membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Titah Diraja tersebut banyak menyentuh kawasan pedalaman dan rakyat minoriti, terlebih lagi di Sarawak dan Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menyahut sentuhan dan saranan tersebut, saya akan mengangkat beberapa isu penting yang boleh memberi kesejahteraan kepada rakyat di desa. Di Sarawak, kawasan Julau adalah satu satunya kawasan yang dikenali sebagai kawasan penanaman lada hitam dan putih yang mungkin terbesar di Malaysia. Namun pada masa sekarang, Tuan yang di-Pertua, penanam-penanam lada mengalami beberapa cabaran.

Satu, seperti harga lada yang menurun dan pada harga sekarang mungkin penanam-penanam mengalami kerugian. Kedua, beberapa penanam lada juga mendapati banyak pokok-pokok lada mereka mati entah disebabkan apa. Mereka pun tidak tahu. Mereka melaporkan kepada Lembaga Lada Malaysia dan kepada Jabatan Pertanian, tetapi sampai sekarang mereka tidak tahu mengapa beberapa pokok lada itu mati. Adakah ia kerana salah guna dari segi racun serangga, racun rumput atau pun baja yang mungkin tidak sesuai untuk pokok lada?

Ketiga, Tuan Yang di-Pertua, selain dari harga lada yang rendah, racun rumput dan serangga ataupun serta pembunuh cendawan, pula tinggi. Oleh sebab harga kimia- kimia ini tinggi, maka harga lada yang rendah sekarang tidak setimpal dengan kos penanaman lada. Oleh yang demikian, saya ingin tahu apakah tindakan yang mungkin diambil oleh Kementerian Komoditi dan Perladangan melalui Lembaga Lada Malaysia untuk membantu penanam lada seperti apa yang diberi kepada penanam padi ataupun penoreh getah di masa tengkujuh? Oleh sebab kematian pokok-pokok lada mereka penanam-penanam lada ini mungkin akan kembali kepada golongan yang miskin nanti.

Ini akan menjejaskan kebajikan penanam-penanam lada yang sekarang hanya hidup bergantung pada hasil daripada penanaman lada.

Saya juga ingin bertanya, adakah kementerian melalui Lembaga Lada Malaysia bercadang untuk menubuhkan industri-industri hiliran untuk komoditi ini? Pada masa sekarang, lada adalah dianggap sebagai komoditi dan dijual sebagai biji lada di eksport ke luar negara. Oleh yang demikian, maka harga lada terdedah kepada harga pasaran antarabangsa. Sekiranya ada industri hiliran, maka tambah nilai kepada produk ini boleh menguntungkan penanam-penanam lada.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa kawasan pedalaman lebih-lebih lagi di Sarawak dan Sabah adalah luas. Kemudahan-kemudahan asas memang betul-betul sangat memerlukan peruntukan yang banyak. Oleh yang demikian, saya berfikiran supaya kerajaan pada Parlimen yang akan datang akan memberi peruntukan yang lebih banyak lagi kepada kawasan-kawasan pedalaman yang betul-betul memerlukan kemudahan dan utiliti-utiliti yang belum sempat dibekalkan oleh kita sampai sekarang.

Bagi kawasan Parlimen Julau, saya bertanya adakah klinik kesihatan tahap empat ataupun type 4 di Pekan Julau dan Pekan Pakan akan diimplementasikan pada masa yang terdekat? Jika ya, saya mengharapkan ini cepatlah kita uar-uar kan supaya rakyat tidak tertunggu-tunggu lagi. Sekiranya belum dilaksanakan secepat mungkin, maka kita mengharapkan supaya bangunan-bangunan yang sedia ada diperbaiki untuk keselesaan bukan hanya pesakit-pesakit tetapi juga pekerja-pekerja di klinik-klinik yang sedia ada.

Saya juga ingin bertanya kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, adakah jalan dari jalan balak ke SK Ulu Entabai akan dinaik taraf dalam RMKe- 11? Seperti mana yang telah saya pohon beberapa kali dan telah saya serahkan surat permohonan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa beliau melawat Bukit Seri pada tahun 2016. Jalan ini dipohon bersama dengan jalan yang hampir sama iaitu jalan menuju ke SK Jambu dari jalan balak, di mana saya difahamkan pada jawapan Kementerian Pertahanan pagi tadi ia akan dibangunkan pada tahun ini, dan saya ucapkan terima kasih.

final • 6:31 PM

Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau

Tuan Yang di-Pertua, ada satu fenomena yang mungkin berlainan di Sarawak dari negeri-negeri lain. Pada masa darurat dahulu, masa konfrontasi, kerajaan menggunakan perkhidmatan Border Scout.

final • 6:31 PM

Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau

Pada masa ini kita tahu bahawa Border Scout tidak diberi pencen dan mereka juga tidak termasuk dalam pemberian yang diberi kepada veteran-veteran polis dan veteran-veteran askar. Oleh yang demikian, saya minta pertimbangan dari kerajaan supaya mereka yang telah berjuang ini dan banyak membantu polis dan askar pada masa itu diberi pertimbangan supaya mereka juga boleh diberi peruntukan untuk memudahkan kehidupan mereka yang sekarang sudah tua dan ada yang uzur.

Tuan Yang di-Pertua, di Sarawak dan saya percaya di pedalaman yang lain bahawa perkhidmatan komunikasi semakin susah hendak disediakan. Pada masa beberapa tahun dahulu menara komunikasi telah didirikan, maka banyak tempat di pedalaman mendapat capaian dan mendapat perkhidmatan dari menara-menara tersebut. Akan tetapi selepas penaiktarafan kepada sistem dan teknologi yang baru dari 2G ke 3G dan sekarang di bandar ke 4G maka capaian dari sistem tersebut semakin dekat, tidak jauh dan tidak sampai ke capaian yang sepatutnya. Oleh yang demikian, maka di antara menara-menara yang telah dibangunkan banyak tempat yang tidak ada capaian dan hilang kemudahan perkhidmatan tersebut.

Pada sesi yang lepas Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh kekerapan kebakaran berlaku di rumah panjang dan juga mungkin di kampung-kampung di pedalaman, Kampung Melayu, Kampung Bidayuh, Kampung Orang Hulu. Kebakaran ini mungkin boleh kita sekat ataupun dikurangkan sekiranya kita ada perkhidmatan bomba.

Akan tetapi sebagaimana yang kita tahu bahawa pemberian perkhidmatan bomba di pedalaman adalah sukar kerana tempatnya jauh dari pekan dan juga pili bomba, fire hydrant pun tidak ada. Oleh yang demikian, saya telah mengajukan satu permohonan untuk mengkaji keberkesanan satu, sistem pemadam api komuniti yang direka bentuk oleh seorang pensyarah di Swinburnes, universiti di Kuching kepada Yang Berhormat Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Saya mengharapkan kementerian tersebut telah menguji ataupun mengkaji kesesuaian sistem ini dan mungkin kementerian tersebut boleh memberi kita jawapan sekiranya sistem ini bole diguna pakai. Seperti mana yang saya telah katakan pada sesi yang lepas bahawa kita juga telah menyediakan dan memasang beberapa sistem tersebut di beberapa buah rumah panjang. Ada bukti bahawa beberapa rumah panjang yang mungkin terbakar tetapi kerana ada sistem ini maka api yang menjadi di rumah- rumah tersebut tidak menjalar dan rumah-rumah tersebut terselamat.

Oleh yang demikian saya sekali lagi menyeru supaya kementerian melalui Jabatan Bomba boleh memberi kelulusan kepada sistem tersebut supaya ianya boleh dibekalkan melalui projek kecil luar bandar (MRP) Ahli-ahli Yang Berhormat dari kawasan pedalaman. Sekiranya ini dapat dilakukan saya percaya lebih kurang rumah-rumah terbakar di masa yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita telah baca dan telah ketahui beberapa hari yang lepas bahawa Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan bahawa master plan untuk amenity iaitu bekalan air terawat di negeri Sarawak ada di bentang dan ianya akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM8 bilion.

Saya percaya dalam kita menyatukan negara ini dan saya percaya juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang prihatin kepada semua penduduk di seluruh negara ini akan memberi bantuan dan pertolongan kepada negeri Sarawak untuk memastikan bahawa rancangan ini akan dilaksanakan secepat mungkin ini supaya semua penduduk- penduduk di negeri Sarawak akan sama-sama menikmati air terawat pada masa yang terdekat.

Begitu juga sebagaimana rakan-rakan kita dari kawasan pedalaman tahu bahawa walaupun Rural Electricity Supply (RES) yang dikendalikan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dari beberapa tahun yang lepas telah dinikmati oleh rakyat-rakyat di pedalaman tetapi masih banyak lagi penduduk-penduduk di pedalaman walaupun mereka berdekatan dengan pekan-pekan kecil masih belum mendapat perkhidmatan tersebut. Oleh yang demikian saya menyarankan agar kerajaan akan memberi peruntukan yang lebih kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah supaya perkhidmatan ini akan ditambahkan kepada kawasan-kawasan yang belum dibekalkan bekalan elektrik 24 jam seperti mana yang ada di bandar.

final • 6:40 PM

Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau

Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa kebanyakan kita di Dewan ini mungkin selepas berbahas pada sesi ini tidak lagi bersama di Dewan yang mulia ini. Akan tetapi tidak kira walaupun kita masih berada atau tidak di Dewan ini kita selama ini telah sama- sama berkongsi pengetahuan dan berkongsi idea. Seperti mana yang telah saya dengar rakan-rakan dari sebelah kanan saya kebanyakan mereka memohon supaya apa yang telah kita sediakan dan apa yang belum kita sediakan akan disediakan oleh kerajaan sekarang seolah-olah nampaknya mereka meminta berkat agar kerajaan yang ada sekarang akan menang lagi pada Pilihanraya Umum Ke-14. Terima kasih.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 6:50 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang telah merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parlimen Ketiga Belas pada 5 Mac yang lalu. Menjunjung kasih di atas Titah Tuanku mewakili suara rakyat Rantau Panjang dan mewakili suara Muslimat PAS seluruh negara.

Saya menjunjung kasih di atas Titah Tuanku yang banyak menyentuh isu-isu yang sangat dekat di hati rakyat dan berhasrat supaya negara kita diurus tadbir dengan cara yang terbaik berpandukan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan.

Sebagaimana peringatan Allah dalam Al-Quran, dengan izin... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan ingatlah ketika Allah berfirman kepada para malaikat bahawa kami menjadikan manusia sebagai khalifah Fil Ard (Khalifah di muka Bumi)”. Inilah berat dan besarnya tanggungjawab kita sebagai pemimpin. Pemimpin bertanggungjawab melaksanakan tugas yang telah diamanahkan oleh Allah dengan adil dan saksama tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan ini adalah menjadi tanggungjawab dan tanggungjawab ini akan dipersoalkan di akhirat nanti.

Sebagai sebuah kerajaan di bawah prinsip federalism, sepatutnya semua negeri dapat menikmati kekayaan negara ini secara adil. Akan tetapi sayang sekali kita lihat apa yang berlaku, berlaku jurang ekonomi beza yang besar terutama di sebelah Pantai Timur dan Pantai Barat negara kita yang masih lagi mempunyai jurang perbezaan jauh. Kalau kita lihat dari negeri Kelantan, hak royalti rakyat Kelantan yang telah dijanjikan dalam Perkara 9, Perlembagaan Persekutuan negara kita, tidak ditunaikan sebagaimana termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974. Ini merupakan penafian hak rakyat Kelantan yang seharusnya ditunaikan.

Saya mengambil kesempatan ini memohon penjelasan daripada pihak kerajaan berapakah jumlah yang telah dibayar kepada semua negeri di seluruh negara kita yang berhak mendapat royalti ataupun dalam bentuk wang ihsan yang telah dibayar setakat ini dan berapakah jumlah yang telah dibayar kepada negeri Kelantan? Setakat ini yang di bayar hanya dalam bentuk wang ihsan dan dibahagi dua. Sebanyak 50 peratus kepada JPP dan 50 peratus kepada Majlis Agama Islam.

Jadi saya ingin tahu, berapa banyak yang telah dibayar setiap tahun setakat ini dan saya ingin tahu apakah program-program yang telah dilaksanakan melalui projek ataupun pembayaran wang ihsan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan yang diwujudkan di Kelantan.

Kita tidak lama lagi akan berdepan dengan Pilihanraya Umum Ke-14 dan ini adalah sidang terakhir kita dan kita ingin tahu dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat, rakyat semua tahu bagaimana besarnya tanggungjawab pemerintah hari ini. Jadi kita ingin tahu apabila sesuatu kerajaan itu dipilih oleh rakyat, kenapa hak pilihan rakyat ini dinafikan?

Contohnya pewujudan Jabatan Pembangunan Persekutuan di negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh Barisan Nasional. Ini seolah-olah menghakis hak yang telah dipilih oleh rakyat. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi yang adil.

Jadi sepatutnya perkara ini tidak berlaku. Jadi saya ingin tahu berapa kos yang telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk mengendalikan pengurusan JPP di negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang khususnya.

final • 6:50 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Tuan Yang di-Pertua, Tuanku menyebut dalam Titah Tuanku berkaitan dengan kos hidup yang semakin menekan rakyat. Jadi saya ingin tahu apakah mekanisme yang akan dibuat oleh kerajaan untuk berdepan dengan kos hidup yang semakin mahal, dengan harga barang yang semakin tinggi. Pemberian BR1M tidak memadai untuk menyelesaikan isu yang ada. Begitu juga dengan lelongan pembelian ataupun barangan murah kepada rakyat tidak menyelesaikan masalah terhadap isu sebenar rakyat. Rakyat hari ini terkejar-kejar mencari di mana lagi jualan barangan murah. Sepatutnya rakyat tidak terus dibebankan dan menyusahkan rakyat.

Jadi, saya ingin tahu apakah mekanisme terbaik yang sepatutnya kerajaan laksanakan dan apakah kerajaan akan menghapuskan GST ataupun mengurangkan GST yang sepatutnya tidak dibebankan kepada rakyat, yang sepatutnya kos cukai ini dikenakan kepada golongan orang kaya.

Begitu juga tentang isu ketirisan. Keruntuhan institusi keluarga. Bagaimana keadaan institusi keluarga hari ini semakin teruk dengan kadar penceraian yang semakin tinggi. Keruntuhan moral remaja. Masalah gejala sosial di kalangan remaja termasuk dadah yang melibatkan pelajar sekolah dan sebagainya. Saya ingin tahu apakah penyelesaian kerajaan dalam menangani isu ini.

Begitu juga keselamatan sempadan, isu jenayah termasuk jenayah siber yang semakin membimbangkan kita termasuk berkaitan dengan kecurian dan sebagainya.

Jadi untuk melaksanakan tanggungjawab untuk mencapai negara maju ini, tidak bererti kalau negara kita mencapai negara maju berpendapatan tinggi sekiranya negara kita terus sarat dengan rasuah, dan ketirisan.

Rakyat sepatutnya tidak dicucuk hidung untuk terus menyokong kerajaan dengan pelbagai ugutan kepada kakitangan kerajaan dan sebagainya termasuk juga dengan cara ugutan ataupun dengan sogokan seperti pemberian BR1M dan sebagainya.

Seharusnya rakyat diberi kebebasan untuk memilih kerajaan yang terbaik untuk masa depan anak cucu yang akan datang.

Begitu juga saya ingin tahu tentang apakah penyelesaian kerajaan terutama dalam berdepan dengan isu masalah rasuah dan ketirisan yang semakin berleluasa dalam negara kita. Kita malu apabila negara kita saban kali berita-berita melibatkan integriti negara kita tercabar. Kita malu kepada negara-negara jiran kita apabila memperkatakan tentang isu rasuah terutama berkaitan dengan isu 1MDB termasuk juga isu kapal mewah dengan sebagainya yang sepatutnya diberi penjelasan yang sejelas- jelasnya oleh kerajaan kepada rakyat. Saya ingin tahu juga iaitu berkaitan dengan persiapan untuk menghadapi Pilihanraya Umum Keempat Belas, di mana kita dapati sembilan agensi kerajaan telah disenaraikan untuk terlibat dengan undi pos.

Saya ingin tahu apakah justifikasi yang telah diguna pakai? Kenapa Jabatan Bomba ataupun Jabatan Penjara atau kakitangan hospital yang sebelum ini mereka boleh mengundi secara biasa. Kenapa mereka harus dilibatkan dalam pengundian pos?

Jadi saya ingin tahu sembilan agensi yang terlibat ini termasuk Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, sukarelawan, polis, APAM dan sebagainya yang sepatutnya mereka boleh mengundi secara biasa, kenapa mereka dilibatkan dalam senarai pengundi pos? Adakah ini akan menjadi satu agenda untuk menyelamatkan UMNO dalam pilihan raya umum akan datang? Rakyat tertanya-tanya. Jadi saya ingin penjelasan kenapa perkara ini harus dilakukan?

Begitu juga sejauh mana SPR memantau tentang pemberian IC kepada pendatang-pendatang asing yang kita dapati ada dakwaan bagaimana ada di kalangan mereka yang mendapat IC dan mereka diberi tempat untuk mengundi. Ini pun adalah satu perkara yang sangat memalukan. Jadi perkara ini walaupun dibuat secara rahsia tetapi Allah SWT Maha Berkuasa. Perkara ini terdedah juga. Jadi saya ingin tahu sejauh mana perkara ini ditangani oleh SPR dan bagaimanakah SPR hendak memastikan bahawa keadilan dan ketulusan dapat dilaksanakan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Saya ingin menyentuh juga berkaitan dengan pemerkasaan wanita. Kita berterima kasih atas usaha kerajaan untuk memperkasakan wanita. Tahun 2018 sebagai tahun memperkasakan wanita Malaysia. Sebenarnya Islam telah lama mengangkat tinggi darjah wanita. Jadi saya ingin tahu apakah persiapan ataupun perkara-perkara yang telah disediakan oleh kerajaan untuk memastikan terutama yang boleh membantu ataupun meningkatkan lagi pemerkasaan wanita, penglibatan wanita dalam pelbagai sektor dalam negara kita.

final • 6:50 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Pencapaian wanita hari ini cukup membanggakan. Cuma banyak perkara yang perlu ditingkatkan termasuk kemudahan-kemudahan prasarana dan sebagainya ataupun sistem sokongan yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan. Perkasa tidak ada erti tanpa bersama dengan syariah Islam itu sendiri.

Saya mendapat makluman ada beberapa aduan terutama daripada kakitangan syarikat penerbangan yang mengadu dan sangat tidak puas hati apabila ada di kalangan mereka yang tidak dibenarkan berpakaian menutup aurat terutama bagi wanita Islam.

Kakitangan syarikat penerbangan ini dilarang untuk berpakaian menutup aurat, tidak dibenarkan memakai seluar panjang, tidak dibenarkan memakai tudung atas alasan kerana menjaga imej korporat sesuatu syarikat perniagaan penerbangan.

final • 6:50 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Jadi saya ingin tahu, apakah sikap kerajaan? Kerajaan seharusnya dalam sebagai menjaga ataupun mengawal terutama bagi kakitangan wanita yang beragama Islam. Islam sebagai agama persekutuan. Sepatutnya kakitangan wanita diberi hak untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim. Jadi amat sedih kalau ada di kalangan mereka yang ingin berpakaian menutup aurat, tetapi dihalang ataupun disekat atas dasar kerana hendak menjaga imej korporat dan sebagainya.

Jadi, sejauh mana ketegasan kerajaan tidak kira sama ada dalam syarikat penerbangan Firefly-kah, Malindo Air-kah ataupun MAS dan semua syarikat penerbangan yang beroperasi dalam negara kita sebab kita tidak mahu hanya beberapa negeri diberi pengecualian.

Saya dapat makluman ada beberapa kelonggaran diberi. Contohnya penerbangan ke Acheh ataupun penerbangan Kota Bharu diberi kelonggaran. Tidak sepatut begitu. Sepatutnya ia menjadi satu dasar untuk kita memberi ruang dan hak terutama kepada wanita Islam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang muslimah. Jadi, saya harap perkara ini diberi perhatian oleh kerajaan supaya tidak berlaku diskriminasi ataupun eksploitasi terhadap wanita. Ini termasuk juga iklan-iklan yang masih lagi mempamerkan batang tubuh wanita yang seolah-olah maruah wanita ini tergadai dengan hanya semata-mata kerana hendak menjaga ekonomi negara semata- mata. Jadi saya ingin tahu, sejauh mana perkara ini diberi perhatian oleh kerajaan?

Saya ingin menyentuh juga sebagaimana yang dititahkan oleh Tuanku iaitu berkaitan dengan hutang negara. Setakat ini dengan keadaan hutang negara walaupun Perdana Menteri telah menjelaskan bahawa kerajaan mampu membayar hutang negara, tetapi hutang negara ini dibayar dengan duit rakyat. Alangkah baiknya kalau negara kita tidak ada hutang.

Jadi dalam keadaan sekarang kita terpaksa berbelanja berbilion-bilion ringgit, berpuluh bilion kerana bayar hutang negara sahaja. Jadi setakat ini, apakah langkah- langkah penjimatan atau apakah strategi yang akan digunakan untuk memastikan negara kita tidak terus dibelenggu oleh hutang negara? Begitu juga hutang isi rumah rakyat yang semakin meningkat.

Saya ingin tahu juga tentang berkaitan dengan untuk mengurangkan beban kos hidup rakyat. Hari ini harga barangan di pasaran sangat membebankan hidup rakyat terutama kepada suri rumah. Sebagai seorang ibu, sebagai seorang wanita, saya sangat tersentuh bagaimana terutama kalau ibu-ibu di kampung dengan harga komoditi getah yang rendah, dengan harga barang yang semakin mahal. Untuk dapat sekilo ikan yang biasa dibeli harian, tidak memadai dengan lima kilo atau enam kilo getah sekerap yang mereka dapat toreh setiap hari. Ini adalah satu beban yang cukup besar. Apa lagi ditambah dengan beban kos harga petrol yang semakin meningkat setiap minggu, ditambah dengan GST dan sebagainya.

Jadi untuk menangani kos sara hidup rakyat ini, tidak cukup dengan semata- mata dengan lelongan barang murah. Jadi seharusnya kerajaan mencari penyelesaian yang terbaik. Apakah jalan penyelesaian yang dicadangkan oleh kerajaan untuk menyelesaikan beban kos hidup rakyat yang semakin meningkat?

Begitu juga saya ingin menyentuh sebagaimana yang disentuh oleh Tuanku berkaitan dengan masalah bahasa kebangsaan. Bahasa adalah jiwa bangsa. Kita melihat sekarang ini dalam masyarakat kita terutama dengan kedatangan pendatang- pendatang asing, bahasa menjadi terutama jadi bahasa pasar, bercampur. Begitu juga termasuk saya sendiri pun bukan mahir sangat bahasa, tetapi ada lagi Ahli-ahli Parlimen kita yang kita tengok masih lagi kena banyak lagi latihan terutama dari sudut bahasa kebangsaan ini.

final • 7:00 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Jadi saya ingin tahu, apakah program kerajaan terutama untuk memperkasakan Bahasa Kebangsaan sama ada kepada kami Ahli-ahli Parlimen ataupun kepada di peringkat rakyat di bawah? Apakah halangan ataupun masalah yang menyebabkan Bahasa Kebangsaan ini kita lihat sekarang ini semakin bercampur terutama dengan bahasa internet, bahasa IT, mereka dari segi tulisannya, dari segi percakapannya dengan bahasa yang bukan lagi menggunakan bahasa baku. Ini termasuk juga sekolah-sekolah yang bukan aliran kebangsaan. Apa perancangan kerajaan dalam memperkasakan bahasa ini supaya bahasa ini mempamerkan jiwa bangsa kita sebagai rakyat Malaysia?

Begitu juga saya ingin sentuh berkaitan dengan lebuh raya di Kelantan yang walaupun telah dijanjikan oleh kerajaan dan diluluskan oleh kerajaan, tetapi sampai sekarang ini kita lihat sekian lama masih belum dapat diselesaikan, dapat belum digunakan dengan sebaiknya.

Contohnya projek Central Spine Road yang sebelum ini sejak tahun1990 lagi sebenarnya, 1980-an lagi telah dijanjikan dan sekarang sudah 29 tahun, tetapi sampai sekarang belum lagi siap dengan sepenuhnya. Walaupun kita faham yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri dengan fasa dan sebagainya, tetapi kenapa terlalu lewat. Jadi saya bimbang sebagaimana apa yang berlaku pada pembinaan lebuh raya di Pantai Timur antara Kelantan dan Terengganu, sampai sahaja di Terengganu diberhentikan, tidak disambung ke Kelantan. Jadi seolah-olah rakyat Kelantan ini sentiasa dianaktirikan.

Begitu juga dengan tebatan banjir di kawasan saya. Walaupun dijanjikan, walaupun ada hendak ambil alih tanah, hendak buat projek, diluluskan, sampai hari ini sebatang tiang pun belum didirikan. Begitu juga naik taraf lapangan terbang. Walaupun diluluskan, tetapi belum menjadi realiti. Apakah ini juga akan dijadikan umpan untuk Pilihanraya Umum Ke-14?

Setiap kali apabila berlaku pilihan raya, maka rakyat disogokkan, dijanjikan dengan projek-projek sedangkan selepas pilihan raya, bertahun-tahun sampai ke hari ini kami menunggu ibarat buah yang tidak tahu bila hendak gugur, walaupun dijanjikan buah itu ada. Jadi sebab itulah saya mengharapkan supaya projek-projek yang telah dijanjikan oleh kerajaan terutama di negeri Kelantan dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin untuk kepentingan rakyat dan negara kita, rakyat seluruhnya, insya-Allah.

Begitu juga saya ingin penjelasan berkaitan dengan sistem pendidikan.

Bagaimana kita semua tahu bidang pendidikan merupakan nadi atau pembangunan negara yang sepatutnya menjadi tumpuan utama negara. Akan tetapi malang sekali kalau sistem pendidikan kita hanya berorientasikan akademik semata-mata tanpa menekan keutamaannya adalah dari sudut akhlak ataupun dari sudut keperibadian pelajar itu sendiri. Amat sedih kalau pelajar-pelajar yang dilahirkan di sekolah kita terlibat dengan gejala sosial sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah ataupun di peringkat pengajian tinggi.

Jadi saya ingin tahu dari sudut pemantauan pihak kerajaan, berapa ramai kes- kes yang melibatkan gejala sosial? Apa salah laku ataupun gengsterisme ataupun termasuk yang melibatkan perkara-perkara yang melibatkan pelajar sekolah kita setakat ini yang telah berlaku dan berapa kes yang telah diambil tindakan?

Sejauh mana kerajaan memantau program-program untuk memastikan ataupun sukatan itu dinilai balik supaya memastikan subjek pembinaan akhlak, subjek pendidikan jiwa, pendidikan agama itu menjadi agenda yang besar, bukan semata-mata hanya boleh ditukar dengan subjek-subjek lain.

Ini sebab kita ingin membina satu bangsa yang mempunyai jati diri dan integriti yang kuat yang memerlukan kepada asas modal insan yang hebat. Jadi tanpa agama, tanpa kekuatan jati diri, tidak akan lahir manusia yang berintegriti. Undang-undang tidak mampu mengawal manusia tanpa kawalan dalaman. Jadi sebab itulah saya ingin supaya kita mampu melahirkan sistem pendidikan yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang tinggi, mulia akhlaknya dan mempunyai integriti yang tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menekan berkaitan dengan bidang pertanian iaitu kita lihat terlalu banyak lagi barang-barang yang masih diimport masuk ke dalam negara dan kebergantungan kita yang sangat tinggi kepada import sedangkan kita mempunyai keluasan tanah terbiar yang masih luas di seluruh negara. Jadi apakah halangan, apakah cabaran, apakah yang menyebabkan kita masih belum dapat bersaing dengan negara-negara maju lain terutama dalam bidang pertanian? Apakah pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang untuk memastikan kebergantungan kita kepada import dapat dikurangkan untuk jangka panjang yang akan datang?

final • 7:00 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Jadi akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, menjelang PRU Ke-14 yang bakal tiba, saya mengharapkan semua parti diberi ruang kempen yang sama terutama melalui arus perdana. Jadi tidak harusnya dalam PRU Ke-14 ini hanya parti kerajaan sahaja yang boleh berkempen, bersuara melalui TV dan media perdana sedangkan kami pihak pembangkang tidak langsung diberi peluang untuk memberi kempen, penerangan ataupun penjelasan manifesto dan sebagainya. Sebagai sebuah negara demokrasi, sepatutnya semua parti diberi hak yang sama.

Jadi saya mengharapkan supaya dalam menghadapi PRU Ke-14 ini, tidak ada agensi ataupun kakitangan kerajaan yang diugut ataupun diberi amaran untuk terus menyokong atau mengundi parti kerajaan supaya mereka dapat mengekalkan kerajaan yang ada pada hari ini.

final • 7:00 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Sepatutnya kebebasan diberi kepada semua rakyat Malaysia untuk memilih siapakah yang paling layak untuk mewakili kerajaan untuk menjadi pemerintah akan datang. Jadi, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya sepanjang saya berada di Dewan ini ada melakukan kesalahan dan kekurangan, saya mohon maaf dan insya-Allah, semoga negara kita ini akan terus adil dan Dewan yang mulia ini akan terus mulia dengan sama-sama kita mendaulatkan syariat Allah SWT.

Sekadar itu dulu, wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Samarahan.

final • 7:10 PM

Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk bersama-sama berbahas pada hari ini.

Mengamati ucapan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang merangkumi pelbagai aspek termasuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat pelbagai peringkat, tadbir urus yang mantap dan berkesan serta isu perpaduan, keselamatan dan kedaulatan, saya terpanggil untuk sama-sama menyentuh isu-isu berkenaan dalam perbahasan saya pada kali ini.

Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana Malaysia terus berada di landasan yang betul dalam mengorak langkah ke arah negara berpendapatan tinggi. Kita melihat pendekatan yang bertanggungjawab oleh Kerajaan Barisan Nasional telah diiktiraf oleh badan antarabangsa seperti Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Dunia dan baru-baru ini Pertubuhan Perdagangan Dunia. Di sebalik persekitaran ekonomi global yang mencabar, negara kita terus menerima keyakinan pelabur luar yang turut sama merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Difahamkan Malaysia telah berjaya menarik pelaburan diluluskan bernilai RM197.1 bilion pada tahun 2017. Pelaburan langsung domestik telah menyumbang 72.2 peratus ataupun RM142.4 bilion, sementara pelaburan langsung asing pula sebanyak 27.8 peratus ataupun RM54.7 bilion.

Justeru, keyakinan pelaburan yang berterusan ini turut menyokong pertumbuhan ekonomi dan sekali gus menggambarkan keyakinan pelabur domestik dan luar negara terhadap potensi yang ada pada negara kita. Suara-suara nakal yang memomokkan kononnya negara kita ke arah negara yang gagal ternyata tersasar. Di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Pekan, kita terus membuktikan Kerajaan Barisan Nasional terus relevan memegang pucuk kepimpinan negara.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat Sarawak juga turut tidak terkecuali mendapat kesan daripada kepesatan pembangunan ekonomi negara di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Pekan. Rintihan penduduk terus didengari, keinginan rakyat terus dipenuhi. Kini, Sarawak tidak lagi ditinggalkan. Jurang pembangunan Sarawak dengan Semenanjung cuba dirapatkan. Bahkan penduduk Sarawak semakin merasa kesaksamaan pembangunan dan perhatian di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Pekan.

Kami rakyat Sarawak amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Pekan yang memimpin pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional ke arah memajukan Sarawak.

final • 7:10 PM

Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan

Ini terbukti apabila Yang Amat Berhormat Pekan telah melawat ke 159 kawasan di seluruh pelosok negeri Sarawak sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri yang melibatkan sebanyak 60 kali siri lawatan. Ini merupakan sesuatu yang luar biasa daripada kebiasaan Perdana Menteri sebelum ini. Bahkan, lawatan berkenaan bukanlah lawatan kosong. Janji yang dikhabarkan terus dipenuhi. Kami amat bersyukur dan berterima kasih.

Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo misalnya, membuktikan komitmen kerajaan sejajar dengan konsep pembangunan bersifat inklusif yang diterapkan bagi memastikan tiada rakyat tertinggal daripada pembangunan. Umumnya mengetahui pembinaan lebuh raya ini akan membawa kesan besar kepada Sarawak berbanding projek lain yang dilaksanakan sebelum ini kerana akses perhubungan darat yang selesa dan cekap dapat dilaksanakan, selain merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat menerusi pembukaan kawasan-kawasan pembangunan baru.

Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Pekan dan juga Kementerian Kerja Raya kerana telah merealisasikan pembinaan Jambatan Batang Samarahan yang menghubungkan Kota Samarahan dengan kawasan-kawasan lain pinggir pantai khususnya Sadong Jaya.

Dikhabarkan jambatan ini telah siap 93 peratus. Jambatan sepanjang kira-kira 774 meter bernilai RM93 juta yang menghubungkan Daerah Kota Samarahan dan Sadong Jaya, kira-kira 45 kilometer, dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mei dan dibuka kepada umum pada Jun ini menjelang sambutan perayaan Hari Gawai.

Semestinya jambatan ini akan memberi manfaat kepada lebih 50,000 penduduk Samarahan dan sekali gus meluaskan jaringan perhubungan dan merancakkan ekonomi setempat.

Namun demikian, kita rakyat Samarahan dan Sarawak masih mengharapkan agar Kerajaan Persekutuan terus menaik taraf ataupun memperbaiki jalan-jalan pinggiran ataupun pesisir pantai yang menghubungkan kampung-kampung di luar bandar. Kita berharap jaringan jalan pesisir pantai dan jalan Pan Borneo merupakan titik tolak pembangunan ekonomi bandar dan di luar bandar di negeri Sarawak yang mana seterusnya akan memberi keseluruhan impak kepada rakyat Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, kita seterusnya berbangga dengan usaha kerajaan dalam merapatkan jurang ekonomi bandar dan luar bandar. Dalam era digital dan ke arah ekonomi digital pada masa ini, rakyat Sarawak mengharapkan penambahbaikan jaringan telekomunikasi. Saya ingin mendapatkan penjelasan, sejauh mana usaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam pembangunan menara telekomunikasi serta peningkatan kelajuan internet terutamanya di Sarawak mampu dilaksanakan mengikut perancangan yang direncanakan?

Perkembangan ekonomi digital perlu dipergiatkan dan diberi penekanan agar golongan luar bandar turut sama terlibat dan menerima manfaatnya. Kita sedia maklum dengan program eUsahawan misalnya, saya mengambil contoh Sarawak, difahamkan sebanyak 808 orang usahawan di Sarawak telah dilatih melalui Program eUsahawan Mikro MDEC dan MDEC terus menyasarkan peningkatan penyertaan sehingga 3,000 orang usahawan. Kita menyambut baik akan usaha MDEC untuk terus melebarkan ekonomi digital terutamanya di kawasan di luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, namun begitu, saya ingin mendapatkan penjelasan terkini daripada pihak kementerian, apakah perancangan masa depan MDEC terutamanya eUsahawan Mikro ini agar jumlah penyertaan terutamanya di Sarawak terus dipertingkatkan serta apakah kekangan yang perlu diperhalusi agar program eUsahawan ini terus mencapai sasarannya? Saya juga ingin mencadangkan agar semua bentuk bantuan, geran, skim bagi usahawan dipantau oleh sebuah agensi agar lebih mudah golongan yang memerlukan bantuan untuk mendapat maklumat lanjut dan lebih berfokus.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Barisan Nasional yang terus menggalakkan penyertaan golongan wanita dalam program meningkatkan pendapatan terutamanya melalui program keusahawanan. Kami golongan wanita senantiasa menyambut baik usaha dan inisiatif yang semakin galak diberi saban tahun. Sehingga kini, menurut SME Corp., 20.6 peratus golongan wanita telah menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan dijangka terus meningkat kepada 23 peratus pada tahun 2020. Tambahan lagi, 20 peratus daripada sektor perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia dimiliki dan diurus oleh usahawan wanita.

final • 7:10 PM

Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan

Meskipun peratusan ini masih kecil, namun penyertaan golongan wanita dalam sektor pekerjaan telah mencapai 54.3 peratus. Sasaran 30 peratus wanita dalam membuat keputusan terus menjadi pemangkin kepada betapa pentingnya golongan wanita untuk turut serta mengambil tempat dalam mengembangkan ekonomi negara.

Sesuailah tahun 2018 sebagai tahun memperkasa wanita.

Tuan Yang di-Pertua, mengambil contoh DanaNita di bawah kelolaan MARA misalnya, saya ingin mendapatkan status terkini usahawan yang telah dilatih dan menerima dana serta apakah usaha kementerian dalam membantu golongan belia wanita khususnya. Program ini difahamkan turut menjadi platform dalam melahirkan pelapis kepada kepimpinan pada masa hadapan agar lebih ramai usahawan wanita yang berjaya, berdaya tahan, berdaya maju, berdaya saing dapat dilahirkan. Dengan inisiatif yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional, saya percaya lebih ramai lagi golongan wanita yang akan bergiat aktif dalam ekonomi dan peluang yang sama rata perlu diberikan untuk membolehkan golongan wanita terus menonjol dan mengembang potensi mereka.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar, Transformasi Pertanian secara komersial perlu diberi penekanan. Difahamkan FELCRA berhasrat untuk membuka tanah pertanian berskala besar dan menyelaraskan aktiviti pertanian. Justeru itu, apakah kata sepakat yang telah dicapai dalam usaha memaksimumkan potensi hak milik tanah hak adat peribumi (NCR) bagi program pengeluaran makanan dan pembangunan industri makanan halal di Sarawak? Mohon penjelasan. Terima kasih kerana terus giat meningkatkan kemudahan pertanian dan diharapkan ini terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin hendak menyentuh sedikit berkenaan pembangunan luar bandar. Kami akui mutu kehidupan rakyat luar bandar perlu sentiasa diberi perhatian. Kampung-kampung di sekitar Kota Samarahan amat memerlukan tambahan naik taraf bekalan elektrik luar bandar dan juga memerlukan pengukuhan sistem penjanaan dan penghantaran elektrik terutamanya di kawasan Asajaya. Ingin saya bertanya kepada pihak kementerian, apakah cadangan kementerian bagi menambah baik bekalan elektrik di kawasan Asajaya? Apakah kekangan yang perlu diperhalusi oleh pihak kementerian bagi menambah baik masalah bekalan elektrik di kawasan ini?

Saya juga berharap penduduk bukan sahaja memperoleh tekanan air yang jauh lebih baik pada masa hadapan malah berharap paip-paip air perlu ditukar kepada sistem yang lebih terkini bagi memudahkan pengaliran air rumah ke rumah berada di tahap terbaik. Diharap masalah air bersih yang dialami terutamanya di beberapa buah kampung di kawasan Kota Samarahan khususnya, mampu diselesaikan dengan kadar segera agar kesejahteraan rakyat terus diutamakan.

Beralih pula kepada isu pendidikan. Usaha membaiki 3,000 buah sekolah daif dan uzur melalui Bajet 2018 amatlah kami hargai. Saya berharap agar perancangan ini berada di landasan yang sewajarnya. Sehingga kini, berapa peratuskah usaha membaik pulih sekolah-sekolah daif ini telah terhasil? Saya merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan yang telah pun merealisasikan 90 peratus guru tempatan yang mengajar di Sarawak. Usaha memulihkan ‘guru berduka lara’ juga harus dipuji dan dihargai.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh juga sedikit berkenaan dengan isu alam sekitar. Situasi ini dialami di kawasan Kota Samarahan terutama kawasan-kawasan kampung di Semenanjung Asajaya yang terdedah dengan masalah berkaitan dengan benteng dan ban-ban yang usang. Benteng-benteng dan ban-ban yang usang ini telah dibina sekitar tahun 1970-an, 1980-an yang kini rata-ratanya berusia lebih 30 tahun.

Keadaan ini telah menyukarkan untuk menampung kenaikan paras air. Malahan pada awal tahun ini semasa situasi banjir di Sarawak, kampung-kampung di Kota Samarahan menghadapi masalah limpahan air di atas ban-ban berkenaan. Oleh itu, saya berharap pihak Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli dapat memperhalusi cadangan membaik pulih benteng-benteng dan ban-ban usang di kawasan Semenanjung Asajaya agar masalah banjir dapat diatasi.

Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada golongan belia yang menjadi tunggak negara. Semestinya menerusi TN50, kanvas yang dihampar luas untuk mencorakkan masa depan negara terletak di bahu belia. Menerusi pembentangan kanvas baru yang mencorakkan aspirasi belia, TN50 merupakan sesuatu yang amat dibanggakan.

final • 7:20 PM

Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan

Aspirasi belia dan idea-idea inovatif yang datang daripada suara hati akar umbi dalam merealisasikan matlamat TN50 dan masa hadapan Malaysia yang diimpikan bersama ke arah top 20 nation kelak.

Namun begitu, apakah lanjutan daripada aspirasi ini? Apakah pelan tindakan kementerian agar lebih 60,000 aspirasi ini terus diperhalusi dan mampu direalisasikan?

Sejauh manakah kerajaan dan stakeholder telah bersedia memacu golongan belia ke arah transformasi nasional berdasarkan aspirasi yang telah dilakarkan oleh golongan belia itu sendiri?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin hendak mendapatkan maklumat lanjut berkaitan program Inisiatif Melestarikan Pembangunan Komuniti (IMPAK). IMPAK yang diselia oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mampu menjadi medium untuk membangunkan modal insan dan tenaga mahir di negara ini menerusi pelbagai kursus dan kemahiran yang dibekalkan.

Menerusi IMPAK, MARA menyasarkan 250,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 10 tahun. Menerusi Program IMPAK dalam membantu belia terutamanya belia luar bandar mendapatkan pekerjaan, sebanyak 26 buah daerah terpilih untuk melaksanakan program itu dengan pembabitan pelbagai syarikat dan industri seperti elektrikal, automatif dan aeroangkasa. Sejauh mana MARA turut melibatkan belia Sarawak dalam perancangan IMPAK ini? Mohon penjelasan lanjut daripada pihak kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit berkaitan program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat. Sebanyak 50 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan distrukturkan semula sebagai KR1M 2.0 tahun ini. KR1M 2.0 akan menyediakan lima barang keperluan asas dengan harga rendah iaitu beras, gula, minyak masak, tepung dan gas petroleum cecair. Usaha ini disambut baik oleh semua pihak yang semestinya mengharapkan agar kos sara hidup dapat dikurangkan dalam situasi ekonomi yang mencabar ini. Namun, bilakah rakyat Sarawak bakal menikmati transformasi KR1M 2.0 ini? Apakah strategi agar transformasi KR1M ini terus berjaya di negeri Sarawak?

Saya berharap agar usaha menambah baik infrastruktur kesihatan diteruskan melibatkan kawasan-kawasan pedalaman. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan sejauh mana kementerian mempertimbangkan cadangan pembinaan Hospital UNIMAS yang telah diminta sejak lama dahulu?

Apakah kekangan untuk merealisasikannya? Rakyat Sarawak turut mahu pusat perubatan universiti setanding Hospital Universiti Malaya dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia agar rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan kesihatan berkualiti. Bahkan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS telah pun ditubuhkan sejak tahun 1995. Justeru, pembinaan Hospital UNIMAS ini bakal memanfaatkan pelajar, pengajar dan rakyat Sarawak secara khususnya.

Selain daripada itu, saya ingin juga bertanya sejauh mana kementerian dalam usaha menambah baik bangunan Pusat Kesihatan Samarahan yang kini dalam keadaan yang sempit dan kurang selesa kepada para pelanggan ataupun para pesakit?

final • 7:20 PM

Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan

Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua wira-wira negara, anggota keselamatan JPAM, semua pegawai kerajaan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjaga kedaulatan negara dan sedia berkhidmat sewaktu musibah seperti bencana banjir yang melanda negeri Sarawak baru-baru ini. Namun yang demikian, saya terus berharap agar usaha menambah baik mutu perkhidmatan dan bantuan dipercepatkan dan lebih dipermudahkan agar bantuan yang diberikan dapat sampai dengan kadar yang lebih cepat dan efisien.

Akhir sekali, saya menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar kita saling bekerjasama mengharungi cabaran dan dugaan yang melanda kita seharusnya bersatu hati memelihara kemakmuran, keamanan dan sentiasa berganding bahu memacu negara ke arah kegemilangan demi masa depan generasi yang akan datang. Semoga negara kita yang tercinta ini sentiasa terpelihara dalam lindungan Allah SWT. Insya-Allah, Sarawak akan terus bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia sampai bila-bila. Sekian, Kota Samarahan mohon menyokong. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 7:30 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pada permulaan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, baginda telah menyebut perlunya pengurusan ekonomi dan kewangan negara dibuat secara berhemat. Pesanan ini amatlah tepat dan kena pada masanya dan baru- baru ini Datuk Ameer Myden, tuan punya Mydin Store telah menyatakan rakyat hari ini tidak mempunyai wang di dalam poket mereka untuk berbelanja. Sebagai ahli perniagaan yang berpengalaman dan berjaya, beliau sudah tentulah tahu apa yang beliau perkatakan.

Bagaimanapun, Menteri-Menteri kerajaan telah menegur beliau dengan menyatakan ramai pelancong Malaysia kononnya rakyat yang ada wang yang boleh pergi ke luar negara. Ada banyak beza jurang antara golongan atasan yang berada dan bawahan. Tidaklah tepat dibuat perbandingan golongan perniagaan atasan yang boleh pergi ke London, New York dan Tokyo beberapa kali setahun dengan rakyat biasa yang susah. Umum tahu, kerajaan hari ini kekurangan wang kerana hutang yang berlebihan terlalu tinggi sehinggakan tuntutan Ahli Parlimen pun lambat dibayar. Rakyat memang tidak ada wang dan kerajaan bayar lambat tetapi kerajaan terus belanja seperti biasa.

Kalau kita bandingkan pada tahun 1980-an semasa ada masalah ekonomi yang lembap kerajaan telah mengadakan satu austerity drive di mana pihak kerajaan sendiri telah menggesa pegawai kerajaan dan menteri-menteri supaya menjimatkan belanja dengan tidak memasuki hotel-hotel lima bintang dan makanan tidak dihidangkan seperti hotel-hotel antarabangsa untuk merasa kesusahan rakyat.

Akan tetapi, hari ini tidak ada gesaan seperti yang disebutkan tadi. Penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara oleh kerajaan sendiri membuktikan isu kos sara hidup yang tinggi itu adalah realiti yang serius dan bukan persepsi seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Kerajaan perlulah mendengar pandangan serta keluhan rakyat biasa termasuk tauke besar daripada Mydin dan juga seperti artis- artis Shiela Majid dan sebagainya. Kerajaan patut berterima kasih dan bukan mencemuh pandangan mereka. Semua pihak berhak untuk bersuara.

Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga ada menyentuh tentang pentingnya nilai kesederhanaan dan buruknya sikap ekstremisme yang Malaysia pernah bentang di Bangsa-Bangsa Bersatu. Ciri-ciri kesederhanaan tidak ada dengan kerajaan Israel yang merampas tanah orang Palestin dan menindas mereka di bumi mereka sendiri. Kekejaman mereka ke atas orang Palestin amat ekstrem dan sudah lama berterusan.

Baru-baru ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita pegawai tertinggi termasuk bekas menteri Israel dibenarkan masuk dan tinggal selama satu minggu di Malaysia. Ini adalah precedent yang amat mengejutkan dan mengemparkan. Hanya beberapa minggu sebelum itu, Ahli-ahli UMNO mengajak rakyat berdemonstrasi membantah Amerika dan memindahkan kedutaan mereka dari Tel Aviv ke Jerusalem. Ini kononnya menentang kekejaman Israel dan juga adalah kononnya bersolidariti dengan rakyat Palestin atas kekejaman Israel.

Pegawai Israel yang sama juga telah mendedah dan memuji jalinan perhubungan di antara Israel dan Malaysia. Perniagaan katanya secara senyap-senyap telah berkembang pesat di antara Israel dan Malaysia yang hari ini bernilai RM6 bilion atau RM6,000 juta. Inilah sikap “cakap tidak sama bikin”. Saya minta kerajaan jawab isu ini tentang kemasukan pegawai-pegawai tinggi Israel dan juga perniagaan yang begitu banyak dengan Israel.

Saya ingin menyebut contoh perbandingan dengan negara jiran kita yang lebih berprinsip apabila pesawat presiden Israel Benjamin Netanyahu ingin terbang dari Israel ke Australia, Indonesia telah melarang kegunaan ruang udara mereka walaupun mungkin kalau mereka terbang pun tidak dinampak oleh rakyat-rakyat mereka. Akan tetapi, atas prinsip Indonesia telah membantah dan akibatnya Israel atau kapal terbang Israel tersebut terpaksa mengambil masa 11 jam dan bukan lapan jam untuk penerbangan tersebut. Ini adalah sikap yang kita rasa patut dicontohi oleh kerajaan kita sendiri.

Saya ingin juga kerajaan menjelaskan apakah kita sekarang ini sudah membuka pintu untuk rakyat dan juga pegawai-pegawai Israel memasuki Malaysia? Ini kerana setahu saya pasport rakyat Malaysia hari ini masih ada satu cop yang menyatakan kita tidak dibenarkan memasuki negara Israel. Itulah satu perkara yang kita mesti dapat penjelasan daripada pihak kerajaan.

final • 7:31 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Isu perkhidmatan kesihatan adalah amat penting untuk ditingkatkan untuk rakyat biasa. Hari ini, tahap khidmat kesihatan di hospital kerajaan amat menyedihkan.

Untuk orang luar bandar dan kampung mereka perlu menghabiskan hampir sehari untuk berulang ke hospital, menunggu untuk rawatan dan mengambil ubat. Dahulu ubat diberi bekalannya antara satu bulan atau dua bulan. Akan tetapi, di atas kekurangan peruntukan kewangan kalau dapat dua minggu pun bernasib baik dan ada kalanya mereka diberi surat untuk membeli ubat ini di farmasi swasta yang harganya amat-amat tinggi. Walaupun ada hospital baharu yang kelihatan gah tetapi khidmat untuk rakyat biasa amatlah menyedihkan.

Kesihatan anak-anak pula kita amatlah penting untuk dijaga daripada umur muda, pra sekolah sehinggalah peringkat universiti. Anak muda kita perlu berada dalam tahap keadaan kesihatan yang baik. Amat mengejutkan baru-baru ini kandungan pendedahan dalam kaji UNICEF Bangsa-Bangsa Bersatu yang di bentang kepada Ahli Parlimen pada 6 Mac 2018. Penemuan dalam kajian tersebut menunjukkan 26 peratus anak-anak kecil di bawah umur lima tahun di Terengganu, contohnya mengalami pembesaran stunting pembesaran fizikal terbantut dan tidak mengikut umur seperti sepatutnya.

Ini adalah angka kedua tertinggi selepas Kelantan yang tidak menerima apa- apa hasil minyak dan gas. Perlu diingat Terengganu adalah negeri yang menerima wang hasil minyak dan gas tertinggi di Semenanjung. Kajian ini juga menunjukkan 26 percent anak kecil di bawah lima tahun tidak mendapat zat dan makanan yang mencukupi. Ini adalah mengejutkan kerana Terengganu mempunyai bajet tahunan melebihi RM2 bilion setahun untuk rakyat hanya 1.1 juta berbanding dengan Selangor yang mempunyai bajet sekitar RM1.6 bilion untuk rakyat lima juta. Ke manakah perginya kekayaan negeri Terengganu kalau rakyat tidak mampu mendapat makanan yang cukup dan berzat?

Ini menunjukkan pengurusan kewangan yang amat tidak bertanggungjawab dan lemah dari kerajaan negeri. Kelantan dengan penduduk 1.7 juta dan bajet tahunan RM700 juta mempunyai angka 34 peratus anak di bawah umur lima tahun yang pembesarannya terbantut iaitu yang paling tertinggi. Pahang, satu lagi negeri di Pantai Timur negeri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan penduduk 1.6 juta dan bajet tahunan RM700 juta juga mempunyai angka 26 peratus sama dengan Terengganu untuk anak-anak kecil bawah lima tahun yang pembesaran mereka terbantut. Ini adalah tiga negeri Pantai Timur yang kita soal kenapa keadaan sedemikian rupa boleh berlaku dan ini adalah kajian yang ditaja oleh UNICEF, satu pertubuhan yang bereputasi tinggi.

final • 7:31 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Secara umumnya, ke mana kah pergi kekayaan negara? Oleh kerana kalau kesihatan orang biasa tidak dijaga daripada umur yang awal, itu adalah satu masalah yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Di manakah pergi wang negara dan wang negeri-negeri tersebut? Adakah jawapannya ada kaitan dengan tajuk muka depan Tempo? Satu majalah Indonesia.

Maruah Malaysia makin hari makin tercabar setelah dimalukan oleh berbagai- bagai negara asing berkaitan dengan isu 1MDB. Amerika Syarikat, Switzerland, Abu Dhabi serta Singapura bersama dengannya tujuh, lapan negara lain telah merampas harta hasil haram berpunca dari penipuan 1MDB. Begitu banyak negara menawarkan pulang wang Malaysia tetapi kita menolaknya. Kita tidak ada duit tetapi kerajaan tidak mahu terima wang yang dicuri. Malahan dikatakan tidak ada apa yang hilang, tidak ada apa yang dicuri tetapi kenapakah rakyat terpaksa membayar hutang berbilion-bilion ringgit.

Terkini, jiran serumpun kita Indonesia pula merampas kapal mewah dipercayai milik Jho Low di Bali kerana dipercayai dibeli dari sumber wang haram 1MDB. Tempo telah menyiarkan dalam edisi terbaru di muka depan gambar kapal Equanimity tadi dan telah menyebutkan dengan jelas nama Perdana Menteri kita dan keluarganya. Adakah Malaysia akan bantah penulisan Tempo kepada Kerajaan Indonesia? Adakah rakyat Malaysia, Pemuda UMNO dan sebagainya tidak berhasrat untuk berdemonstrasi di depan Kedutaan Indonesia? Oleh kerana ini adalah satu perkara yang memalukan negara kita dan menjejas nama baik Perdana Menteri kita.

Tidak berapa lama dulu, Indonesia adalah negara lebih miskin dan tinggi rasuahnya berbanding dengan Malaysia. Hari ini situasi telah jauh berbeza. Hari ini ekonomi Indonesia di antara 10 terbaik di dunia. Indonesia akan menjadi gergasi dunia tidak lama lagi, sementara negara seperti Cambodia dan Vietnam pun meningkat ekonomi mereka. Akan tetapi Malaysia masih dibelenggu masalah skandal-skandal kewangan yang memalukan di tahap amat tinggi di senario antarabangsa.

final • 7:40 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Baru-baru ini Menteri Kewangan Indonesia, seorang wanita bernama Sri Mulyani Indrawati telah mengharumkan nama negaranya apabila terpilih sebagai Menteri Kewangan terbaik dunia, sebelum itu Menteri Kewangan terbaik Asia. Sementara Menteri Kewangan Malaysia iaitu Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Najib dan ahli keluarga, terpalit dengan skandal kleptokrasi terbesar yang memalukan negara kita di pentas dunia antarabangsa.

Jika jiran kita Singapura boleh menangkap pesalah dari bank di sana yang mencuri wang 1MDB. Indonesia pula merampas kapal mewah Jho Low dan hasil wang haram. Kenapa Kerajaan Malaysia menyatakan tidak ada wang yang dicuri atau hilang dari Malaysia? Alangkah memalukan di atas tidak ada tindakan dan pengakuan yang bersungguh-sungguh dalam isu ini. Apa yang lebih memalukan lagi adalah apabila para agamawan yang ingin menasihati kerajaan terus membisu dan berlakon pekak, tidak mendengar rintihan rakyat yang menderita kekurangan wang akibat skandal-skandal kewangan ini. Malahan ada mereka yang menyuruh rakyat untuk terus menyokong kerajaan ini supaya terus memerintah negara.

Apakah pendirian antarabangsa kita? Saya hendak bertanya dalam isu Palestin.

Apakah pendirian antarabangsa kita dalam isu Yaman dan juga dalam isu-isu skandal kewangan yang makin hari makin buruk? Saya ingin menyentuh juga tentang kedaulatan negara kita. Isu kedaulatan perairan Malaysia di Laut China Selatan menjadi pertanyaan besar, di mana pencerobohan Negara Republik China berleluasa tanpa bantahan dari Malaysia. Ini amat mendukacitakan.

Walaupun pencerobohan secara terbuka dan besar-besaran berlaku tetapi tidak sedikit pun diadakan apa-apa teguran atau bantahan. Nelayan negara kecil seperti Vietnam pun boleh sewenang-wenangnya memasuki perairan kita. Mereka mengakibatkan kehilangan, kecurian 980 ribu tan metrik tangkapan hidupan laut dan nilainya adalah lebih kurang RM6 bilion atau RM6,000 juta. Ini adalah satu kerugian besar kepada nelayan kita yang di antara golongan termiskin.

Jadi, kalau golongan termiskin kita juga tidak dibela atau diberi satu penjagaan yang baik, apakah sikap kerajaan dalam isu-isu pencerobohan oleh negara asing kuasa besar? Kita perlu ingat, kita tidak boleh memberi terlalu banyak kebebasan kepada negara besar di laut dan kita begitu dekat dengan tanah besar. Kalau diberi begitu banyak kebebasan pada negara komunis China di lautan. Di tanah besar juga, kerajaan juga telah membenarkan mereka mendominasi ekonomi kita melalui penjualan hartanah cara besar-besaran tanpa kawalan yang sepatutnya. Ini adalah sangat membimbangkan.

Perlu kita ingat penjajahan hari ini tidak semestinya melalui kuasa ketenteraan tetapi boleh menjadi penjajahan melalui pengawalan atau penguasaan ekonomi. Seperti yang berlaku di negara-negara Afrika dan Sri Lanka. Kita telah melihat bagaimana Sri Lanka telah menghilangkan begitu banyak pendapatan dan kekuasaan atas tanah-tanah mereka. Di mana projek-projek mulanya dimulakan dengan projek pelabuhan, di mana mereka berhutang begitu banyak kepada kuasa besar negara China yang tidak dapat dibayar dan terpaksa pula menggadai pelabuhan mereka dan juga menggadai lapangan terbang antarabangsa mereka.

Ini telah menimbulkan banyak keresahan dan juga rusuhan di negara Sri Lanka.

Negara-negara Afrika juga telah jatuh ke dalam perangkap yang sama setelah diberi begitu banyak pinjaman yang tinggi dengan syarat-syarat yang tidak begitu sihat untuk negara. Di situ lah letaknya kelemahan-kelemahan negara ini iaitu negara dunia ketiga yang jatuh dalam perangkap bebanan hutang yang terlalu tinggi.

Akan tetapi Malaysia hari ini kononnya negara yang akan sekejap lagi menjadi negara yang maju. Akan tetapi pemikiran dan tahap persediaan untuk menghalang penjajahan ekonomi oleh kuasa luar tidak begitu ketara dan tidak begitu kemas untuk menjaga masa depan rakyat kita. Inilah satu perkara yang kita perlu pertimbangkan bersama di dalam memilih kerajaan di dalam PRU Ke-14 yang akan berjalan atau berlangsung tidak lama lagi.

Ini kerana kedaulatan negara perlulah dijaga dan juga kewangan kita mestilah di dalam tahap dan juga penjagaan yang lebih sihat dan tidak terlalu tinggi. Oleh kerana kalau kita begitu bergantung pada pinjaman begitu banyak kepada satu-satu negara kuasa luar, kita akan hilang our independence atau kita punya kemerdekaan untuk membuat keputusan yang memihak atas keperluan rakyat kita. Kita tidak mahu jatuh di dalam perangkap di mana kita terpaksa menggadai maruah dan juga kebebasan kemerdekaan kita kerana terhutang begitu banyak dengan negara asing yang mendominasi ekonomi kita hari ini.

final • 7:40 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak lama lagi akan menghadapi PRU Ke-14.

Besarlah harapan kami untuk memberi satu kesedaran pada rakyat untuk membuat satu pilihan untuk mengembalikan maruah negara dari segi pandangan komuniti antarabangsa, dari segi aspek kehormatan atas skandal-skandal yang begitu memalukan. Begitu besar kleptokrasi antarabangsa yang menjatuhkan nama negara kita dari tahap yang begitu disanjung pada sedikit masa yang dahulu. Ini adalah satu perkara yang amat penting kerana kalau tidak ada satu kepercayaan atau keyakinan komuniti antarabangsa dan juga komuniti perniagaan negara kita sendiri, pertumbuhan ekonomi dan juga kesejahteraan rakyat akan teruk terjejas dan tidak akan menjadi baik untuk jangka masa panjang anak-anak kita.

final • 7:40 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Masa depan anak muda dan juga kesihatan dan pendidikan mereka adalah dua aspek yang perlu diberi penekanan dan kajian atau keputusan kajian dari UNICEF tadi yang menunjukkan betapa ramainya anak muda kita daripada peringkat lima tahun ke bawah telah tidak menerima makanan dan zat yang mencukupi walaupun kononnya ekonomi kita baik adalah satu perkara yang amat membimbangkan. Kita juga perlu memberi ruang untuk anak-anak kita mendapat peluang pendidikan dan seterusnya selepas itu untuk mendapat peluang pekerjaan.

Hari ini mereka yang mampu pun mendapat pendidikan tinggi telah keluar dan menunggu bertahun-tahun untuk mendapat pekerjaan yang boleh menyara hidup mereka dan malangnya ibu bapa mereka masih terpaksa menanggung mereka setelah tamat pengajian mereka. Itulah harapan rakyat Malaysia dan kita rasa sudah sampai masanya satu penilaian oleh rakyat Malaysia dibuat secara sebaik-baiknya untuk membuat keputusan menjelang PRU 14. Kita harap satu perubahan yang besar dan boleh mengubah masa depan dan juga nasib kita akan dapat dicapai tidak berapa lama lagi. Insya-Allah SWT. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Sapi.

final • 7:50 PM

Datuk Linda Tsen Thau Lin, J.M.N. - Batu Sapi

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sewaktu pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parlimen Ke-13 pada 5 Mac yang lepas.

Di sini saya ingin merakamkan penghargaan atas peluang yang diberikan untuk membahaskan titah ucapan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya menyahut dengan penuh taat sebagai wakil rakyat saranan Titah Duli Yang Maha Mulia tentang penekanan ke atas pengurusan ekonomi dan kewangan negara secara berhemat, serta langkah kerajaan untuk menangani beban kos sara hidup yang tinggi. Saya menyarankan agar Majlis Tindakan Sara Hidup Negara mengambil tindakan segera untuk meringankan beban rakyat yang menghadapi kos sara hidup yang tinggi.

Berkenaan dengan penarikan pelaburan di negara kita, saya sangat gembira melihat pelaburan yang dijangka lebih tinggi pada tahun 2018. Walau bagaimanapun, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, tentang ekonomi lembap di pantai timur Sabah yang masih mengalami kemelesetan ekonomi yang berpunca daripada ancaman pengganas dan penculik dan perintah berkurung yang dikenakan oleh ESSCOM pada waktu malam.

Pelabur-pelabur dan pelancong-pelancong telah menjauhi Sandakan dan kawasan pantai timur Sabah yang lain kerana ancaman keselamatan dan nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh banyak negara. Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan untuk menenangkan keadaan di sana, supaya pelabur dan pelancong rasa selamat dan selesa pergi ke sana, untuk memajukan ekonomi, terutamanya sektor perindustrian dan pelancongan.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh usaha kerajaan untuk mengadakan projek naik taraf sekolah-sekolah daif. Di kawasan Batu Sapi, sepanjang Jalan Leila dan Jalan Lintas Batu Sapi, hanya terdapat sebuah sekolah menengah sahaja tetapi bilangan murid sangat ramai. Oleh itu, saya menggesa Kementerian Pendidikan mempercepatkan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi 2.

final • 7:51 PM

Datuk Linda Tsen Thau Lin, J.M.N. - Batu Sapi

Sehubungan dengan ini, saya memohon kepada Kementerian Pendidikan supaya lebih banyak bantuan diberikan untuk institusi pendidikan pra sekolah, kerana pihak pengurusan beberapa buah tadika telah mengadu kepada saya, bahawa bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka sangat terhad.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya mengambil kesempatan untuk menarik perhatian Kementerian Kerja Raya tentang projek Lebuhraya Pan Borneo. Saya meminta pihak berkenaan mengatur dan mempercepatkan pembayaran pampasan kepada pemilik-pemilik tanah dan penghuni yang terjejas akibat daripada pembinaan Lebuhraya Pan Borneo. Di Kampung Segaliud, yang terletak di kawasan Batu Sapi yang saya wakili, penduduk kampung telah mengadu kepada saya bahawa tanah mereka telah diambil untuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, tetapi pampasan belum dibayar. Saya menggesa pihak berkenaan membayar pampasan secepat mungkin.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai seorang wakil rakyat wanita saya menyokong penuh usaha kerajaan untuk memperkasakan wanita dalam pelbagai sektor. Saya memuji pencapaian sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam dan syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Saya menggesa usaha dipergiatkan untuk memperkasakan wanita, dalam sektor-sektor lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan usaha kerajaan untuk mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan. Di sini saya ingin memohon kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, agar kemudahan dan peralatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan dipertingkatkan, termasuklah penambahan bilangan ambulans, penambahan tempat letak kereta, perkhidmatan radiologi termasuk CT scan, mammogram dan fluoroscopy Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usaha kerajaan untuk mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Tidak boleh dinafikan bahawa sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan masih boleh dipertingkatkan. Saya mengalu-alukan penurunan kuasa Kerajaan Persekutuan kepada kementerian dan agensi kerajaan negeri di Sabah dan Sarawak untuk perkara-perkara tertentu, kerana ini akan mempercepatkan proses membuat keputusan.

Sehubungan dengan ini, saya yakin Pusat Transformasi Luar Bandar dan Pusat Transformasi Bandar telah dan akan memainkan peranan penting dalam penyampaian perkhidmatan. Di sini saya menggesa pembangunan Pusat Transformasi Bandar di Sandakan, dilaksanakan dengan segera.

final • 7:51 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Yang Berhormat Batu Sapi, sedikit.

final • 7:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jerantut di belakang bangun.

final • 7:51 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. saya sedikit sahaja Yang Berhormat Batu Sapi- Yang Berhormat Kuala Langat kalau hendak campur boleh juga, tidak ada masalah. Tadi Yang Berhormat Batu Sapi ada memperkatakan tentang Pusat Transformasi Bandar ini.

Apakah Yang Berhormat Batu Sapi bersetuju dengan saya- saya menyokong apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu Sapi bahawa Pusat Transformasi Bandar ini sangat penting dan berguna kepada terutamanya kawasan-kawasan luar bandar atau bandar-bandar kecil contoh seperti di kawasan saya di Jerantut yang masih lagi ada beberapa agensi dan juga jabatan kerajaan yang belum membuka pusat-pusat perkhidmatan mereka.

Saya mencadangkan agar dibuka pusat-pusat transformasi ini jika boleh pada setiap bandar yang masih belum ada lagi.

final • 7:51 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Kalau sekiranya kawasan satu-satu daerah itu, contohnya di kawasan saya macam saya katakan tadi mempunyai kawasan yang agak luas maka perlu juga diperluaskan mini UTC ini ataupun yang dipanggil RTC. Akan tetapi dengan syarat, ia mesti melengkapkan dengan perjawatan-perjawatan yang penting supaya perkhidmatan kepada rakyat ini dapat ditambah dan diperluaskan bagi memudahkan mereka untuk berurusan dengan mana-mana jabatan. Jadi, dengan adanya perkhidmatan yang macam ini, kepada semua kawasan-kawasan Parlimen ia sekali gus akan dapat menyelesaikan banyak urusan-urusan rakyat yang tidak ada disediakan di kawasan- kawasan berkenaan.

final • 8:00 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Batu Sapi, adakah bersetuju dengan cadangan saya itu? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:00 PM

Datuk Linda Tsen Thau Lin - Batu Sapi

Saya bersetuju sangat dengan cadangan Yang Berhormat Jerantut, saya mohon dimasukkan sebagai sebahagian ucapan saya.

Tuan Yang di-Pertua, saya memuji usaha kerajaan untuk memodenkan sektor pertanian. Di samping tanaman pertanian, saya mencadangkan tanaman perhutanan seperti gaharu, pokok getah, sentang dan pokok jati juga diberi perhatian dalam usaha pembangunan perladangan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ulasan dan cadangan yang saya bentangkan tadi, saya berharap perbahasan saya dapat diberi perhatian dan dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh semua kementerian dan agensi kerajaan lain. Akhir sekali, saya ingin menekankan sekali lagi saya mendukung Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong semasa pembukaan Mesyuarat. Dengan ini, saya mohon menamatkan ucapan saya ini. Terima kasih.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

final • 8:00 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan keizinan kepada saya untuk membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan masalah gangguan bekalan air yang berlaku di Selangor beberapa hari yang lepas yang memberikan satu kesulitan kepada penduduk di sekitar Lembah Klang.

Tuan Yang di-Pertua, banyak isu gangguan bekalan air yang telah dipolitikkan oleh pihak UMNO dan Barisan Nasional. Saya hendak tekankan di sini, masalah yang timbul putusnya gangguan bekalan air di Selangor ini berpunca daripada Syarikat SPLASH. Di mana Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) telah pun diberikan konsesi perjanjian selama 30 tahun oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional untuk mengeluarkan air terawat untuk dibekalkan kepada SYABAS.

Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dikendalikan oleh SPLASH.

Apa yang berlaku pada minggu lepas kerana di mana sebelum itu SPLASH ini tidak menjalankan tanggungjawab untuk menyelenggarakan loji air. Mereka diberikan konsesi 30 tahun untuk membina, beroperasi dan menyelenggarakan maintenance loji air...

final • 8:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Setiawangsa bangun Yang Berhormat.

final • 8:02 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Tetapi, okey.

final • 8:02 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Mengikut Tan Sri Khalid Ibrahim, mantan Menteri Besar. Beliau telah membawa usul untuk membawa SPLASH ke SELCAT tetapi ditolak oleh Hannah Yeoh iaitu Speaker Dewan Undangan Negeri, kenapa ia dilakukan?

final • 8:02 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Itu saya tidak pastilah. So, you kena tanya yang lain yang berkuasa itu. Saya hendak nyatakan di sini, bahawa SPLASH ini tidak menjalankan tugas dengan baik. Mereka tidak maintain loji air SSP3 ini. Pada minggu lepas, ketika SPLASH menjalankan maintenance untuk membaiki pam yang rosak yang tiba-tiba meletup kerana sistem mampatan udara atau surge vessel system pecah dan mencederakan lima orang pekerja.

Hal ini menyebabkan air terputus selama empat hari dan 500 buah rumah di Lembah Klang ini terjejas dengan bekalan air ini. Saya ingin nyatakan di sini bahawa ini bukanlah masalah SYABAS, bukan masalah Lembaga Air Selangor dan bukan masalah kerajaan negeri.

Hal ini kerana, SPLASH ini masih di bawah Kerajaan Persekutuan, di bawah SPAN iaitu di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Selangor. Kerajaan Negeri Selangor tidak ada kuasa untuk campur tangan urusan SPLASH. Malangnya, sejak tahun 2016, ada tiga pam di loji SSP3 ini tidak diselenggarakan. Pam yang keempat, ada masalah besar sampai Lembaga Air Selangor campur tangan untuk menegaskan ada masalah dan kerja-kerja terpaksa dijalankan.

final • 8:02 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Boleh?

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingat Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan benar-benar tidak faham apa yang berlaku. Sebenarnya pada tahun 2016, sudah setuju Kerajaan Pusat sudah bantu supaya diambil alih SPLASH ini. SPLASH ini difahamkan dimiliki 40 percent by Gamuda Holdings, 30 peratus ke Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan selebihnya oleh Tun Azmi, syarikat swasta. Makna dia secara tidak langsung saya ingatkan lagi berkaitan dengan kerajaan negeri, itu yang pertama.

Kedua, kalau boleh ambil, Tan Sri Khalid pun cakap “Kalau bayar RM250 juta boleh”. Akan tetapi Kerajaan Negeri Selangor tidak mahu. Mereka mahu RM2.7 bilion atau kosnya mungkin lebih lagi. Jadi di sebalik ini, sanggup mengambil risiko supaya benda ini dilewat-lewatkan.

Kalau suatu hari keperluan ialah 4,900 juta liter, dan marginnya tidak sampai 1 percent, macam mana mahu buat maintenance? Jadi saya ingat air ini hal negeri, jangan salahkan Kerajaan Persekutuan. Sebenarnya perkara ini tahun 2008 lagi sudah di beritahu. Kalau ikut buat Langat 2, tahun 2014 sudah tidak ada masalah. Akan tetapi hari ini, di Langat 2 tahun 2019 baru hendak siap. Jadi saya ingat...

final • 8:02 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Okey. Saya faham.

final • 8:02 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Jadi saya ingat Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan tidak faham isu yang sebenarnya ni.

Yang pastinya rakyat terseksa.

final • 8:02 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang tidak faham itu Yang Berhormat Kota Tinggi.

final • 8:02 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Result nya almost kosong.

final • 8:02 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Rakyat terseksa kerana Barisan Nasional.

final • 8:02 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Tidak.

final • 8:02 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Sudah tepat.

final • 8:02 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan...

final • 8:02 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Penstrukturan semula air ini bukan kerana Kerajaan Negeri Selangor kerana Kerajaan Pusat sengaja melambat- lambatkan proses.

final • 8:02 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, jangan tuduh. Study balik apa yang berlaku, bukan saya cakap tetapi Tan Sri Khalid Ibrahim yang cakap. Bekas Mantan Menteri Besar Selangor dari parti sebelah sana juga.

final • 8:02 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Cukuplah. Saya faham. Saya faham.

final • 8:02 PM

[Dewan riuh]

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Ini masalah Barisan Nasional, masalah penduduk di Lembah Klang.

final • 8:02 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Jadi Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, jangan mengelirukan Dewan. Sila tarik balik, study balik baru cakap benda-benda yang patut. Selagi itu, saya ingat janganlah dipertahankan benda-benda yang mengelirukan Dewan. Terima kasih.

final • 8:02 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Tuan Yang di-Pertua saya mahu teruskan...

[Disampuk] Saya rasa apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat Kota Tinggi ini sangat mengelirukan. Kita masih tunggu tarikh penyelesaian bila Kerajaan Persekutuan hendak bagi peluang untuk kita ambil balik penstrukturan semula air ini.

Sehingga sekarang kita masih tunggu-tunggu dan tarikh pun belum...

final • 8:02 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Kalau ambil RM250 juta, duitnya ada. Akan tetapi kenapa tidak mahu ambil RM250 juta?

Kenapa hendak bayar RM2 bilion lebih? Akhirnya tarif ini akan dibayar oleh pengguna- pengguna di negeri Selangor.

final • 8:02 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Okeylah, cukup lah. Saya tahu.

Saya tahu.

final • 8:02 PM

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar

Isu ini tidak payah bawa lah.

Tidak ada orang dalam...

final • 8:02 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Itu sebenarnya yang berlaku. Ada sebab kewangan jadi rakyat Selangor menderita.

final • 8:02 PM

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar

Isu air rakyat Selangor susahlah!

final • 8:02 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Jangan tuding jari kepada orang lain. Ini kelemahan Kerajaan Negeri Selangor, jangan cuba tuduh kepada Kerajaan Persekutuan. Ikut fakta! Tengok apa sebenarnya yang telah berlaku. Saya ingat Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan tarik balik, study balik baru berceritalah.

final • 8:02 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Kota Tinggi, Johor pun banyak masalah. Air pun terputus.

final • 8:10 PM

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar

Itu sebab Yang Berhormat Kuala Langat pun diam, dia pun tidak tahu isu air.

final • 8:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Kalau tidak, saya minta Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan cuba mengelirukan Dewan. Cuba mengelirukan Dewan...

final • 8:10 PM

[Dewan riuh]

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

...Sebanyak 40 percent oleh Gamuda Holdings…

final • 8:10 PM

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar

...Kuala Langat air pun sudah tiada

final • 8:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Jadi, saya ingat perkara air ini jangan kita bolak-baliklah. Minta tolong.

final • 8:10 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Ini susah ini, dia melalut tidak tentu arah ini. Mesti tidak makan ubat ini.

final • 8:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Jangan berbolak-balik. Jangan kita berbolak-balik.

final • 8:10 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Kuala Langat steady.

Air semua cukup Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Kuala Langat, ini isu air jangan kita menipu diri sendiri.

final • 8:10 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Ini apa Yang Berhormat Sungai Besar duk melalut-melalut ini. Kuala Langat steady. Kuala Langat supplier air in order.

final • 8:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Jangan menolak fakta. Jangan menolak fakta

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tidak payah...

final • 8:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Kalau ini diselesaikan dahulu, tidak ada masalah kepada rakyat Selangor. Akan tetapi kelemahan negeri dan berdolak-dalik menuduh orang lain.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya...

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Dia tidak faham itu.

final • 8:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Jadi saya minta kalau boleh Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan tarik balik kerana cuba mengelirukan Dewan.

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Johor pun tiada air. Selalu terputus, air pun mahal orang kompelin. Johor Bahru, tengok balik Johor. Jangan kacau...

final • 8:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Air, semua tempat ada masalah air tetapi di Selangor ini systemic, system failed kerana kelemahan pentadbiran negeri...

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Kerana Kerajaan BN, especially kroni Barisan Nasional.

final • 8:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Ini dimiliki oleh 40 percent oleh Gamuda Holdings, 30 percent oleh Kumpulan Perangsang Selangor. Kumpulan Perangsang Selangor 30 peratus.

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Gamuda siapa?

final • 8:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Petaling Jaya tahu tidak fakta-fakta ini? Tahu tidak fakta-fakta ini?

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Kita tiada kuasa. Kita share majority, minoriti tiada kuasa, yang ada kuasa itu majoriti. Faham tidak?

final • 8:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Mana ada tiada kuasa.

final • 8:10 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Setiawangsa faham, duduk.

final • 8:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Jadi tarik baliklah, ini mengelirukan Dewan.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, mahu bagi jalan Yang Berhormat?

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Tidak bagi.

final • 8:10 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Malulah Kerajaan Selangor cakap dalam Dewan cakap tiada kuasalah pula, aduh.

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Aduh, ini tidak faham ini. Yang Berhormat Parit Sulong tidak faham.

final • 8:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Masalahnya jangan menipu, jangan kita berdolak-dalik, tuduh pada orang lain. Tolonglah selesaikan masalah ini sebab yang menderita rakyat.

final • 8:10 PM

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar

Sekarang suda tiada tipu, siapa hendak backup Azmin lagi?

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Ini Barisan Nasional semua tipulah.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, teruskan Yang Berhormat

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Tuan Yang di-Pertua, saya amat kecewa tuduhan yang diberi oleh pemimpin Barisan Nasional yang menuduh kerajaan negeri kerana saya rasa punca itu berpunca daripada Kerajaan Pusat. So kita minta Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air supaya mempercepatkan proses pengambilalihan. Kita tunggu tarikh, sampai sekarang tidak dapat lagi. Bila? Kita suda pun berjaya untuk ambil alih SYABAS, kita telah ambil alih Puncak Niaga.

final • 8:10 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

[Bangun]

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Setiawangsa bangun Yang Berhormat.

final • 8:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Kalau boleh ambil SYABAS, kenapa tidak boleh mengambil SPLASH? Kenapa tidak hendak ambil RM250 juta? Kenapa hendak ambil RM2.7 bilion?

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

SPALSH masih di bawah Kerajaan Persekutuan. So, saya minta supaya proses ini dicepatkan. Apakah masalah yang timbul sampai sekarang Kerajaan Pusat tidak boleh serahkan SPLASH ini kepada Kerajaan Negeri Selangor? Ini kerana harga. So saya harap ada satu penyelesaian...

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Setiawangsa bangun, hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Tidak payahlah, buang masa sahaja. Tiada masalah SPLASH ini. Bukan setakat tidak dapat untuk baiki masalah pam yang timbul, tetapi juga dia hutang kepada TNB berjuta-juta ringgit sampai TNB hendak potong bekalan elektrik kepada syarikat SPLASH ini.

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

So saya harap kementerian yang bertanggungjawab, saya rasa perlu kita kaji semua adakah dengan gangguan bekalan air di Selangor ini kita minta SPLASH supaya bayar ganti rugi kepada penduduk. Ini tanggungjawab SPLASH. Dia tidak mampu untuk menjalankan tugas, dia failed, dia tidak mampu, pam tidak dijaga dengan baik dan juga berhutang berbilion-bilion Ringgit kepada TNB.

Juga saya minta kita perlu kaji semula konsesi perjanjian ini sama ada kita perlu terminate SPLASH kerana dia tidak berfungsi, dia tidak mampu untuk menjalankan tugas, dia gagal. Empat hari rakyat sengsara kerana SPLASH. Saya hendak tegas di sini, SPLASH masih di bawah Kerajaan Persekutuan. Dia bukan di bawah kerajaan negeri.

Kita tiada kuasa untuk campur tangan dalam urusan SPLASH.

So, saya memang merasa kecewa apa yang berlaku di mana semua mengatakan kerajaan negeri yang salah tetapi bukan. Bukan, kita tiada masalah.

Kerajaan negeri bantu untuk selesai masalah sampai SPLASH hendak baiki pam pun tidak mampu, mereka tidak tahu cari source di mana dapat alat ganti rugi. Kita yang bantu, SYABAS yang bantu mereka, Lembaga Air Selangor yang bantu mereka untuk cari spare part dan juga di mana SPLASH ini dia outsource dia punya kerja-kerja 80 peratus kepada Gamuda air. Gamuda air ini di-control sepenuhnya oleh Gamuda.

Ia bukan di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Kita tiada kuasa untuk campur tangan masuk ke keluarga dia. Oleh sebab itulah saya minta SPAN iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Selangor, dan juga Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air supaya mempercepatkan penstrukturan semula air ini. Jangan kita postpone, postpone tiga kali sampai sekarang SPLASH masih tidak diberi kuasa sepenuh kepada kerajaan negeri. Saya rasa jangan salahkan kerajaan negeri, salahkan Barisan Nasional, salahkan Najib, Yang Berhormat Pekan kerana tidak bersungguh-sungguh untuk selesai masalah ini...

final • 8:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Ini budak sekolahkah yang cakap ini?

final • 8:10 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Tidak betul itu Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Kalau tidak faham, tanya.

Hendak tanya apa lagi? Yang Berhormat Setiawangsa.

final • 8:10 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, you’re not answering the question. The questions is ialah isu harga. Harga kerajaan negeri tetapkan RM200 juta, tetapi SPLASH tuntut two over billion. So kita hendak tahu how can you agree on that?

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Okey saya jawab. Harga ini bukan kerajaan yang tetapkan, kerajaan negeri tetapkan. Kita panggil consultant, consultant yang tetapkan harga. Kita minta dua tiga consultants yang tentukan harga ini.

final • 8:10 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Okey.

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Saya rasa Pusat pun lantik consultant mereka. Harga jual beli lebih kurang sama. Saya tidak pasti kenapa sampai sekarang masih melambat-lambatkan penstrukturan semula air ini. So jangan salahkan kerajaan negeri. Harga bukan ditetapkan oleh Menteri Besar atau saya, harga ditentukan oleh consultant daripada Malaysia dan juga consultant daripada antarabangsa. Faham?

final • 8:10 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Then are you saying that mantan Menteri Besar wrong in his calculation to come out with RM200 million?

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Saya rasa itu bukan masalah, masalah...

final • 8:10 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Dia masalah. Semasa itu dia yang membuat keputusan kepada 200 juta ini.

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Kementerian perlu cari penyelesaian mengapa hari ini...

final • 8:10 PM

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar

Ini rundingan antara SPLASH dengan kerajaan negeri, apa ada kaitan dengan Kerajaan Pusat?

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Cukuplah Yang Berhormat Sungai Besar. Di Dewan pun tidak mahu tanya, Dewan Negeri tanyalah.

final • 8:10 PM

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar

Kalau tidak faham, jangan hendak bangkitkan benda yang susah.

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Duduk diam-diam sahaja, macam bisu sahaja dalam Dewan.

final • 8:10 PM

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar

Bisu apa?

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Apalah Yang Berhormat Sungai Besar ini.

final • 8:10 PM

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar

Jangan buat cerita bohong dekat sini, sudah tiada orang hendak backup isu air.

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Cukuplah, berani tanya di Dewan Kerajaan Negeri Selangor.

final • 8:10 PM

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar

Isu backup, isu air. Isu air, sudah tiada orang hendak backup. Tinggal Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan seorang sahaja

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Itu masalah itu. Masalah Yang Berhormat Sungai Besar ini...

final • 8:10 PM

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar

Mana yang lain?

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Tidak faham-faham

final • 8:10 PM

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar

Sebab dia tidak faham, dia backup isu ini.

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Tidak faham langsung. SPLASH ini kepunyaan siapa? Kepunyaan Barisan Nasional.

final • 8:10 PM

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar

Akan tetapi perundingan ini antara SPLASH dengan kerajaan negeri.

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

SPLASH bukan kepunyaan negeri Selangor.

final • 8:10 PM

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar

Kalau dia tidak berunding dengan kerajaan negeri, dia hendak berunding sama siapa?

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Itulah fasal tidak faham

final • 8:10 PM

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar

Jadi kalau tidak faham, jangan duduk belakang lalang Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Tanya Yang Berhormat Pekan, sebab itulah saya...

final • 8:10 PM

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar

Jangan duduk belakang lalang Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Cukuplah. Cukuplah, tanya di Dewan Negerilah, tanya Menteri Besarlah. Jangan duduk dalam Dewan Negeri diam- diam macam bisu sahaja, itu sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sambungkan. Hanya tinggal tiga minit dan masalah air ini saya harap Kerajaan Pusat bagi satu perjanjian bila hendak selesai masalah ini. Kita tunggu sudah lama. Saya rasa masalah punca tiada bekalan air ini berlaku sebelum PRU yang akan datang. Saya rasa ini sengaja diadakan. Ada orang sabotaj tentang isu ini. Saya harap bukan jadi satu isu politik, tetapi saya rasa amat kesal ada sabotaj daripada di sebelah sana. Bukan berlaku sebelum itu, berlaku semasa hendak tiba PRU 14 ini.

final • 8:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Bukan margin air di Selangor less one percent since 2014?

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Cukuplah Yang Berhormat Kota Tinggi. Selesai masalah air sendiri di Johor dahulu...

final • 8:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Sekarang sudahlah empat tahun tidak selesai-selesai. Tidak akanlah Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan tidak nampak data ini.

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Cukuplah Yang Berhormat Kota Tinggi.

final • 8:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Itu sebab air tiada. Faham tidak?

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Johor pun tiada air, Johor tiada air.

final • 8:10 PM

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar

Ini jawapan yang paling tidak cerdik sekali yang saya pernah terima dalam Dewan ini.

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Tuan Yang di-Pertua, saya minta bila tarikh, bila? So difahamkan tarikh yang baru postpone sampai pertengahan tahun ini iaitu 30 Jun.

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

So adakah pada tiga bulan akan datang ini masalah akan selesai? Saya rasa Kerajaan Barisan Nasional sengaja melambat-lambatkan penstrukturan semula ini kerana mereka hendak tunggu sehingga pilihan raya umum. Selepas ini mereka rasa mereka boleh ambil alih Kerajaan Negeri Selangor. Saya rasa ini satu mimpi, mimpi di siang hari. Yang Berhormat Sungai Besar, mimpi siang hari.

Tuan Yang di-Pertua ...

final • 8:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

You mengigau atau mimpi ini?

final • 8:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Kota tinggi pun tengah mimpi ini. Tengah malam hendak mimpi...

final • 8:20 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Cukuplah.

final • 8:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, ini wang persekutuan sudah ready. Tahun 2016 sudah ready. SYABAS pun sudah ambil. Kenapa SPLASH tidak ambil sekali? Sebab apa?

final • 8:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Ini kerana Kerajaan Barisan Nasional ...

final • 8:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

RM210 tidak cukup, hendak RM2.7 bilion.

final • 8:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Tidak payahlah.

final • 8:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Kalau tidak cukup wang, sudah ada. Kalau sekarang, sekarang pun boleh ambil. Kenapa tidak ambil? Sebab mahu harga tinggi.

final • 8:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Harga itu ditentukan oleh consultant ...

final • 8:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Mahu tinggi macam negeri Pulau Pinang lah.

final • 8:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

...Antarabangsa. Tanya Yang Berhormat Menteri.

final • 8:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Sepatutnya RM20 juta tetapi kos RM305 juta. Macam Negeri Pulau Pinang, macam Ijok.

RM441 juta jadi RM1 bilion lebih. Inilah dia cerita rakyat yang sengsara. Jangan tuduh kami. Sebenarnya tanya diri sendiri.

final • 8:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Tidak payahlah, cukuplah, cukuplah...

final • 8:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Masalah tanah di Ijok ini, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tegaskan di sini. Kerajaan Barisan Nasional, 20 tahun tidak boleh selesaikan masalah ini.

Mereka diberi peluang untuk selesai masalah, tetapi tidak boleh. Semasa kita selesai, semasa Menteri Besar dalam setelah dua tahun selesai, mereka pula bising.

Mereka tidak mampu untuk tadbir apa yang berlaku di Ijok ini. Kita memang lihat mereka bantu pemaju lebih daripada bantu peneroka, yang mana peneroka ditinggalkan.

Janji-janji yang dibawa untuk membantu peneroka dapat rumah, tidak jadi pula. So, ini satu penipuan. Yang Berhormat Sungai Besar, dengar. Masalah Ijok ini masalah Barisan Nasional kerana Barisan Nasional ini gagal, Barisan Nasional lembap...

final • 8:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar

Itu sebab dia terpaksa bayar lebih.

final • 8:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Saya harap Yang Berhormat Sungai Besar tanya soalan di Dewan.

final • 8:20 PM

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar

Sebab banyak yang mengelirukan. Itu sebab kita tidak mahu mengelirukan Dewan.

final • 8:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Jangan bisu lagi. Itu masalah itu.

final • 8:20 PM

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar

Jadi kes Ijok sudah tidak selesai, air tidak selesai, jadi balik mandi lebih baik.

final • 8:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Beri tanah 2,000 ekar kepada pemaju tetapi tidak selesai, tidak dapat rumah ...

final • 8:20 PM

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar

Dia hendak selesaikan itu sebab dalam kes saya, tidak ada orang hendak back up dia. Tinggal dia seorang sahaja.

Yang Berhormat Kuala Langat...

final • 8:20 PM

[Dewan riuh]

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Sudah- sudah lah, cukup-cukuplah kita kelentong. Sudah-sudahlah Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Cukup-cukuplah.

final • 8:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 8:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Sudah-sudahlah. Jangan salahkan Kerajaan Negeri Selangor. Kita perlu salahkan Kerajaan Barisan Nasional kerana tidak boleh- ya, okey.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, masa sudah habis Yang Berhormat.

final • 8:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih, terima kasih.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masa sudah habis, Yang Berhormat.

final • 8:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Tuan Yang di-Pertua, saya beri Yang Berhormat Shah Alam.

final • 8:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Mereka kata kita tidak buat apa- apa bab air tetapi macam-macam kita buat. Yang tidak buat apa-apa- 1MDB. What have you done on the warranty?...

final • 8:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar

Hei, balik!...

final • 8:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar

[Pembesar suara dimatikan]

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masa sudah habis, Yang Berhormat. Masa sudah habis...

final • 8:20 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Pembahas-pembahas seterusnya. Masa sudah habis, Yang Berhormat. Duduk, Yang Berhormat...

final • 8:20 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, pembahas-pembahas seterusnya. Saya jemput Yang Berhormat Jerantut.

final • 8:20 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Orang cerita fasal air, dia cerita fasal lain. Apa lah Yang Berhormat Shah Alam.

final • 8:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun tidak cakap tadi.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar, duduk Yang Berhormat Kapar. Pembahas asal sudah duduk. Ya, Yang Berhormat Jerantut.

final • 8:20 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua untuk memberi peluang kepada saya untuk turut bersama berbahas mengenai Titah Diraja semasa pembukaan sidang kali ini. *Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera, salam perpaduan, salam sehati sejiwa, salam negaraku Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Dewan riuh seketika kerana kita mementingkan diri sendiri tanpa mementingkan peraturan dan undang-undang yang ada di dalam Dewan ini. Akan tetapi kita bersyukur kerana ada Tuan Yang di-Pertua yang bijak mengendalikan Dewan...

final • 8:23 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Walaupun kita tidak ramai tetapi suara riuh, mungkin kerana ketidaksabaran kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil peluang untuk menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia yang sangat bermakna semasa perasmian sidang Dewan baru-baru ini dan didengari dan diamati oleh setiap Ahli Dewan.

Ia menyentuh pelbagai aspek yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat.

final • 8:23 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Baginda begitu yakin dan menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang mampu untuk terus memajukan rakyat dan negara tanpa siapa boleh menafikannya kecuali hanya mereka yang saya sifatkan seperti kata sahabat saya Yang Berhormat Sungai Besar, hanya mereka yang bersifat durjana sahaja yang menafikan kejayaan yang telah dicapai setakat hari ini.

final • 8:23 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, perkataan ‘durjana’ itu, standing order. Perkataan ‘durjana’. Perkataan ‘durjana’ itu, janganlah hendak pakai ...

final • 8:23 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Inilah masalah. Tuan Yang di- Pertua tidak bagi kebenaran pun sudah bangun. Ini kawasan saya. Peraturan mana?

Tengok. Mintalah kebenaran daripada Tuan Yang di-Pertua. Ini masalah kita. Sedikit sahaja guna perkataan, sudah sakit telinga. Apa hal ini?

final • 8:23 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Perkataan ‘durjana’...

final • 8:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya tidak benarkan perkataan ‘durjana’.

final • 8:23 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

...Yang dilemparkan terhadap mereka dalam khususnya pembangkang, yang tidak menganggap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai pemimpin contohan yang perlu kita sanjung.

final • 8:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jerantut, mungkin ada perkataan yang lebih halus sedikit dari ‘durjana’ Yang Berhormat ya.

final • 8:23 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Tuan Yang di-Pertua, saya kata tadi, saya meminjam perkataan sahabat saya Yang Berhormat Sungai Besar. Kalau Yang Berhormat Shah Alam hendak bantah, mengapa tidak bantah ketika dia menyebut perkataan ‘durjana’ beberapa kali? Baru hari ini dia bantah. Saya meminjam perkataan dia. Kalau hendak suruh saya tarik balik, tarik balik kata Yang Berhormat Sungai Besar.

Apa yang pening sangat ini?

final • 8:23 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, mana mungkin saya bantah kalau saya tidak ada di dalam Dewan?

final • 8:23 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Ha, rugilah tidak ada. Ini masalah kita. Mengapa tidak ada di dalam Dewan? Ini buang masa saya, Tuan Yang di- Pertua. Saya sudah rugi beberapa minit ini. Saya hendak bawa urusan rakyat.

final • 8:23 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Semasa saya berada di dalam Dewan, Tuan Yang di-Pertua...

final • 8:23 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Tuan Yang di-Pertua, minta tolong tambah waktu saya.

final • 8:23 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

...Maka saya berhak untuk membantah. Saya rasa Yang Berhormat perlu akur kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Setakat itulah Yang Berhormat.

final • 8:23 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Saya jelaskan tadi kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sebentar, sebentar, Yang Berhormat Jerantut. Setakat itu saya terima penjelasan bahawa dia tidak ada niat jahat dan perkataan itu tidak akan digunakan lagi di dalam Dewan ini. Ya, teruskan Yang Berhormat Jerantut.

final • 8:23 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang menyabarkan kita yang kurang sabar apabila mendengar sedikit perkataan yang pada hemat saya tidak ada salah pun kepada mereka yang bersifat seperti itu. Itu sahaja.

final • 8:23 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerantut masih membantah keputusan Tuan Yang di-Pertua. Kenapa ini?

final • 8:23 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Sedangkan saya dengar, saya dengar perkataan yang dikata kepada ...

final • 8:23 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Hebat sangat kah perkataan itu yang hendak dipertahankan juga?

final • 8:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dia tidak sebut pun, dia tidak sebut pun, Yang Berhormat Shah Alam.

final • 8:23 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Saya tidak sebut pun perkataan.

final • 8:23 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ya, dia tidak sebut tetapi dia kata bahawa tidak ada salah dengan perkataan itu. Kenapa hendak pertahankan? Terima sahajalah. Kalau saya hendak buang masa, jangan buang masa.

final • 8:23 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Tuan Yang di-Pertua saya tidak sebut apa sudah, Tuan Yang di-Pertua. Masalah pembangkang inilah. Pening. Pening kalau macam itu. Kita rugi masa, buang masa. Patutnya kita Dewan ini membincangkan perkara-perkara yang penting berkaitan dengan kepentingan rakyat.

final • 8:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Teruskan, teruskan.

final • 8:23 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Bukan perkara-perkara yang macam ini. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan...

final • 8:23 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, pembahas di sana nampak cantik, akhlak tinggi tetapi kerana satu perkataan itu, hilang respect saya kepada Yang Berhormat. Hilang terus, hilang terus. Terima kasih.

final • 8:23 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Terima kasihlah kerana saya hanya menyambung- kalau ikut tidak respect, saya lagi tidak respect pada pasukan pembangkang. Apa yang saya tidak tahan, Tuan Yang di-Pertua, saya ingat saya nak cuba hendak bahas dengan baik, tetapi saya sebagai ahli yang baru di dalam Dewan ini melihat gelagat rakan-rakan kita terutama di kalangan pembangkang yang langsung tidak hormat- Tuan Yang di-Pertua pun tidak hormat.

final • 8:23 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Kalau baru, Tuan Yang di-Pertua, buatlah cara baru. Bila orang tegur itu, terimalah. Kalau sudah baru itu, buatlah seperti cara baru ya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:23 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Duduk Yang Berhormat Shah Alam, duduk Yang Berhormat Shah Alam. Tuan Yang di-Pertua tidak bagi laluan pun semacam ini. Perangai macam mana ini kita...

[Disampuk] Saya tidak guna perkataan itu. Yang Berhormat Sungai Besar yang guna perkataan ‘durjana’, Tuan Yang di-Pertua.

Betullah agaknya.

Kerajaan Barisan Nasional yang...

final • 8:23 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tengok itu, Tuan Yang di-Pertua.

Dia masih hendak pertahankan juga.

final • 8:23 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Astagfirullahaladzim.

Lailahaillallah.

final • 8:23 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Laluan, laluan. Yang Berhormat Jerantut, adakah Yang Berhormat Jerantut ingin menggelarkan sahabat kita itu sebagai durjana?

final • 8:23 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Saya tidak sebut.

final • 8:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dia tidak ada sudah. Tidak perlu bangkit, Yang Berhormat.

final • 8:23 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Yang Berhormat Pasir Puteh, saya tidak sebut. Jangan tersalah dengar.

final • 8:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Baiklah Yang Berhormat, Yang Berhormat Jerantut, sambung esok. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 13 Mac 2018.

final • 8:23 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.30 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026