Nov292017

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [Kota Tinggi] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, persediaan kementerian merancang transformasi pendidikan tinggi dalam menghadapi revolusi industri yang keempat agar lepasan pelajar pendidikan tinggi dapat merebut peluang di dalam pasaran pekerjaan dengan lebih efektif.

final • 10:00 AM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuai padi antara masak; Esok jangan layu layuan; Transformasi Pendidikan Tinggi menjulang rancak; Kota Tinggi mohon penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Biasanya berpantun, hari ini menyanyi pula. Sila.

final • 10:00 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam 1Malaysia. Terima kasih, Yang Berhormat Kota Tinggi, minta maaf saya tidak pandai menyanyi dan tidak pandai pantun pagi ini.

Untuk menghadapi cabaran semasa, Kementerian Pendidikan Tinggi mengambil sikap terbuka dan juga sikap fleksibel dengan mereka bentuk semula ataupun redesign higher education yang kita gunakan narrative redesigning higher education, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dengan mereka bentuk semula kurikulum pengajaran dan pembelajaran dan juga infrastruktur di universiti-universiti.

Untuk kurikulum kita lihat, kita memperkenalkan kurikulum baru dan di masa yang sama menjumudkan kurikulum lama. Satu Jawatankuasa juga telah ditubuhkan untuk memastikan kurikulum-kurikulum yang lama ini yang sudah kurang relevannya dijumudkan dan juga menggunakan kaedah pembelajaran baru, P&P yang baru bergerak kepada heutagogy, self-directed learning, dengan izin, dan juga pedagogi, pembelajaran dengan kawan-kawan serakan. Dengan menggunakan teknologi seperti gamifikasi, hologram, virtual reality, augmented reality, visualisasi, simulasi, IoT, dan sebagainya.

Kita juga pastikan kurikulum ini adalah kurikulum semasa dengan meningkatkan kerjasama dengan industri. Kita menggunakan pendekatan di mana kita katakan bahawa industri dan akademik adalah satu, industry and academic are one, dengan izin. Sudah tidak ada lagi tembok pemisah di antara industri dan juga universiti. Kita tidak lagi menggunakan konsep menara gading untuk universiti kerana kita lihat mereka patut menjadi satu.

final • 10:00 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Dengan ini kita telah melaksanakan program-program CEO faculty di mana CEO daripada syarikat besar dijadikan adjunct professor di universiti. Mereka sama- sama mengajar pelajar-pelajar universiti sampai 40 peratus daripada pengajaran boleh di kerjasama dengan mereka dan juga kita mereka bentuk semula kurikulum di universiti.

Juga dengan program 2u2i, dua tahun universiti, dua tahun industri. Kita boleh meningkatkan lagi pengalaman industri untuk pelajar-pelajar.

Kita lihat jelas minggu lalu kita telah mengadakan satu forum pendidikan tinggi yang bertemakan mereka bentuk semula pendidikan untuk industri 4.0 ataupun redesigning higher education for industry 4.0, dengan izin, yang mana ahli panel terdiri daripada naib presiden Alibaba, naib presiden Tencent yang melaksanakan WeChat, daripada World Bank, daripada Elsevier, daripada Huawei, daripada Khazanah dan juga daripada British Council di samping profesor-profesor daripada dalam negara. Ini mengatakan kita memberi kepentingan kepada perlunya kita mereka bentuk semula pendidikan untuk industri 4.0.

Untuk membantu pembelajaran di atas talian dan juga penyelidikan.

Kementerian telah melancarkan MYREN-X yang merupakan infra-siber jalur lebar yang berkelajuan tinggi- 100 gigabait sesaat. Diharapkan semua IPT- ia telah bermula dengan Universiti Malaya pada 4 Oktober yang lalu, dan insya-Allah akan diselaraskan ke semua IPT dalam masa dua tahun.

Kementerian juga memperkenalkan kampus digital dengan menggunakan QR kod di mana pelajar-pelajar di masa akan datang tidak perlu lagi membawa kad dan juga tidak perlu lagi menggunakan tunai. Kita katakan cashless and cardless. Insya-Allah, sebelum akhir tahun hadapan, kampus akan menjadi kampus digital.

Dengan penggunaan E-portfolio juga kita lihat resume pelajar-pelajar di atas talian di tambah dengan kemudahan-kemudahan bukan sahaja imej tetapi juga video mereka, pengalaman mereka bekerja dan kemampuan mereka untuk berkomunikasi.

Alhamdulillah, dengan penggunaan E-portfolio ini kita boleh melihat kebolehpasaran pelajar telah mula meningkat dan ada yang mendapat kerja apabila employer mereka hanya melihat E-portfolio mereka dan dapat menilai kemampuan pelajar-pelajar tersebut.

final • 10:00 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Insya-Allah, dengan ini, kita harap dan kita bersedia. Persediaan sedang diadakan di Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menghadapi industri 4.0 untuk kebaikan pendidikan tinggi negara.

final • 10:10 AM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Saya yakin matlamat transformasi pengajian tinggi bertujuan untuk menjadikan graduan berinovatif mempunyai kebolehan kognitif yang tinggi, berfikiran analytical dan kritikal, berupaya menyelesaikan masalah penaakulan, menguasai pelbagai bahasa dan keupayaan kombinasi dengan berkesan serta celik teknologi, menghayati nilai-nilai murni sebagai asas kehidupan dan mampu memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat, negara dan dunia dan juga menambahkan kebolehpasaran mereka.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri di atas penjelasan mengenai persediaan yang dilakukan oleh kementerian dalam menghadapi revolusi industri 4.0.

Saya ucapkan tahniah kerana pendekatan yang fleksibel dalam redesigning higher learning education kita, dengan izin.

Sebentar tadi Yang Berhormat Menteri ada maklumkan kementerian telah mengadakan Minggu Pendidikan Tinggi atau Higher Education Week pada minggu lepas yang melibatkan pemikir-pemikir dan pakar-pakar penyelidikan dari dalam dan luar negara berkongsi pengalaman dan pandangan mereka mengenai industri 4.0 ini. Jadi soalan saya, apa pandangan atau respons pihak ketiga ini setelah melalui program minggu lepas dan berkaitan pengiktirafan persediaan kita menghadapi revolusi 4.0 ini?

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi.

Sebenarnya kita juga telah mendapat banyak pengiktirafan daripada forum pendidikan tinggi baru-baru ini. Kita lihat satu memorandum ataupun persetujuan telah dibuat oleh Alibaba melalui Alibaba Business School dengan Universiti Utara Malaysia.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Ini adalah satu pengiktirafan kerana Alibaba telah menerima dan mengiktiraf Universiti Utara Malaysia sebagai satu universiti yang mempunyai Business School yang boleh diterima di peringkat antarabangsa.

Tidak kurang juga kita lihat daripada World Bank. Daripada World Bank juga kita mendapat pengiktirafan. Jelas kalau kita teliti apa yang dikatakan oleh pakar kanan ataupun senior specialist in higher education World Bank, Francisco Marmolejo- Orang sebelah nampak tak berapa percaya, nampak.

final • 10:10 AM

Seorang Ahli

Bukan tak percaya. Percaya.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Okey, okey. Di mana senior specialist World Bank ini telah mengatakan, “Malaysia is at the forefront in facing challenges in IR- Industry Revolution 4.0 with bold vision and concrete action to be emulated.” Beliau juga berkata bahawa Malaysia ada 13 innovative ideas designed and implemented by Ministry of Higher Education aimed at improving the relevance of its higher education system.” Ini jelas mengatakan pengiktirafan oleh pakar- senior specialist daripada World Bank itu sendiri.

Yang paling menggembirakan ialah, hanya dua hari yang lalu, iaitu UM Engineering Faculty telah dinobatkan oleh US News dalam top global university category di mana UM Engineering Faculty telah ditempatkan di tempat ke-10 sebagai the best engineering universities in the world… [Tepuk] Ini adalah lebih baik daripada Engineering Faculty of the Oxford, Cambridge dan juga Stanford.

final • 10:10 AM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita semua tahu bahawa pengangguran graduan adalah amat tinggi di Malaysia. Ada yang kata lebih kurang sampai 25 peratus. Jadi mengenai Industry Revolution 4.0 ini, semua pakar-pakar dunia menyatakan bahawa kita akan menghadapi- dengan robotics dan juga artificial intelligence. Satu dunia, di mana pengangguran akan meningkat 30 ke 40 peratus bagi semua pekerja.

Jadi saya hendak tahu, apakah pendirian kerajaan khasnya Menterilah tentang isu ini? Sebab, kita boleh cakap kita ada dasar, kita ada program-program kita, tapi kalau benar dalam tahun 2050, 30 peratus, 40 peratus orang tak ada kerja, apakah yang kita akan lakukan? Sama ada kita akan melakukan universal basic income ataupun program apa? Saya hendak tahu secara realistik sebab satu dunia cakap macam itu. Secara realistik, apakah kita akan lakukan dari segi pendidikan? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya. Saya masih ingat semasa saya kecil dahulu apabila Tun Samy Vellu pergi ke Besut dan merasmikan jambatan, yang membuat aduan ialah pengayuh-pengayuh sampan kerana pada masa tersebut pengayuh sampan akan kehilangan pekerjaan mereka. Kita tidak boleh mengatakan kita tidak akan bina jambatan kerana pengayuh sampan akan hilang pekerjaan mereka.

Sama juga dalam industri 4.0 ini. Kita tidak ada opsyen sebenarnya. Kita lihat apa yang dikatakan oleh Jack Ma, apa yang dikatakan industri specialist yang lain. Bila saya jumpa dengan industri, mereka mengatakan ini satu industri yang kita perlu terima that we have to adopt and adapt. Oleh sebab itulah saya katakan bahawa kita mempunyai sikap yang berbeza di dalam sistem pendidikan kita. Kita tidak lagi mengatakan yang universiti merupakan menara gading yang terpisah daripada industri. Sebab itu apabila saya berjumpa dengan industri, saya tanya mereka, apa yang mereka mahu sebenarnya.

Kerana mereka merupakan pakar dalam bidang industri dan bagi tahu kita, bagi tahu universiti apa yang mereka mahu. What is it that you want dan saya bertanya mereka berapa ramai yang mahu dan saya bertanya mereka bila mahu.

Jadi dengan ini, kita lihat kolaborasi ini. Sebab itu kita bawa mereka ke kampus, kita minta mereka melihat kurikulum kita dan kita kalau dikatakan tidak ada cukup pensyarah di universiti yang faham, kita minta mereka menjadi adjunct professor dengan bersama-sama universiti coaching, memberi syarahan bersama. Dengan ini, kita lihat tidak ada jurang lagi di antara universiti. University and academy are one. Insya-Allah, dengan adanya program-program ini, kita akan dapat memastikan.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Juga, kolej komuniti dan juga politeknik akan melaksanakan program-program untuk latihan semula, skilling and reskilling pensyarah-pensyarah mereka dan juga pekerja-pekerja. Insya-Allah, ianya tidak akan berlaku. Kita tidak ada opsyen dan saya katakan tindakan-tindakan tadi untuk mengurangkan jurang di antara industri dan juga academia ini akan dapat menyelesaikan masalah pengangguran yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi.

final • 10:10 AM

2. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, bentuk perlindungan dan kebajikan yang diberikan kepada mangsa jenayah seksual kanak-kanak dan keluarganya selepas pesalah yang menjadi tempat bergantung dijatuhkan hukuman.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kota Raja.

Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Kota Raja, suka saya memaklumkan bahawa bentuk perlindungan dan kebajikan yang disediakan oleh kementerian melalui Jabatan Kebajikan adalah seperti berikut.

Pertamanya, kita mementingkan terutama sekali ialah keselamatan mangsa kanak-kanak tersebut. Dengan itu, kita bekerjasama dengan pihak polis dalam memastikan aspek keselamatan diri serta perlindungan kepada mangsa kanak-kanak diutamakan sebaik sahaja kanak-kanak itu diselamatkan.

Keduanya, kita mengemukakan kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan ke mahkamah bagi menetapkan perintah penjagaan orang yang layak dan sesuai sama ada ibu atau bapa atau saudara mara kanak-kanak tersebut. Sekiranya mangsa ini tidak sesuai ditempatkan dengan orang yang layak dan sesuai, penempatan di institusi kanak- kanak akan dicadangkan kepada mahkamah.

Ketiga, kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual ini akan diberikan intervensi pemulihan termasuklah intervensi psikologi dan emosi seperti terapi, kaunseling individu, kaunseling keluarga atau kaunseling kelompok akan disediakan oleh pegawai psikologi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sebagai tambahan juga, semua mangsa jenayah seksual kanak-kanak dan keluarga perlu menghadiri sesi bengkel interaktif serta kemahiran keibubapaan yang dikendalikan oleh pegawai psikologi bagi tujuan untuk memperkukuhkan lagi hubungan institusi kekeluargaan serta juga proses pemulihan yang sewajarnya bagi mangsa.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Keempat, bagi memastikan pendidikan kanak-kanak itu berterusan dan tidak terjejas, usaha dilakukan dengan memastikan persekolahan bagi kanak-kanak dapat diuruskan melalui pengawasan oleh pelindung sekiranya ditempatkan bersama orang yang layak dan sesuai dan oleh ketua institusi sekiranya kanak-kanak itu ditempatkan di institusi kita.

Dan kelima, bagi mengukuhkan lagi kebajikan kanak-kanak serta keluarga, bantuan anak pelihara sebanyak RM250 sebulan diberikan kepada orang yang layak dan sesuai yang menjaga kanak-kanak yang menjadi mangsa tersebut.

Skim bantuan kewangan yang lain juga disediakan oleh kementerian dan boleh dipertimbangkan kepada kanak-kanak mangsa jenayah seksual serta keluarganya sekiranya memenuhi kriteria serta syarat permohonan bantuan kewangan yang ditetapkan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya bertanya setelah pemangsanya yang keluarganya dekat, terutamanya bapa atau bapa tiri didapati bersalah dan dia kena dipenjarakan, sekarang ini dia adalah breadwinner untuk keluarga. Jadi, kalau dia dipenjarakan sekarang, keluarga ini, ibunya dan anak ini sudah tidak ada lagi pendapatan. Jadi, RM350 itu saya rasa tidak mencukupi.

final • 10:20 AM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Inilah di antara sebabnya Yang Berhormat Timbalan Menteri, bila kebanyakan ibu-ibu yang mengetahui kes ini, tidak mahu melaporkan kerana dia tahu sekiranya tindakan diambil ke atas suaminya, maka lepas ini dia akan tidak ada pendapatan lagi.

Itu satu soalan saya. Saya ingin tahu sebenarnya begini. Apakah langkah kita, apakah langkah kementerian sekarang ini untuk mendidik para ibu dan masyarakat untuk memahami aduan anak-anak atau kanak-kanak ini? Walaupun remaja sekalipun, mereka tidak akan datang mengadu, “Oh! Saya telah diperkosa...”. Akan tetapi mereka dalam cara yang mereka sendiri hendak menceritakan bahawa mereka telah dikasari, dengan cara budak-budaklah. Kita tengok dalam kes yang bulan Ogos dulu, 600 kali meliwat. Takkanlah, saya percaya anak-anak ini telah cuba untuk memberitahu kepada ibunya, penjaganya tetapi mungkin ibu dan penjaganya tidak faham.

Jadi, soalan saya, kita tidak mahu menunggu benda itu menjadi satu kes. Ibu- ibu perlu peka, penjaga perlu peka, apakah tanda-tanda dan apakah mesej-mesej yang akan dihantar kepada mereka apabila anak-anak ini dicabuli. Jadi, bagaimana kementerian bercadang mendidik kerana kebanyakan mungkin daripada luar bandar, low socioeconomic group, mereka tidak membaca akhbar, mereka tidak mengikuti apa yang berlaku di dalam media. Jadi, itu soalan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih Yang Berhormat. Ada dua soalan tadi itu. Saya jawab dulu yang kedua tadi berkaitan dengan, bagaimana caranya, kaedahnya untuk kita membantu bagi seorang ibu itu dapat menjadi tempat mengadu kepada anak-anak yang bermasalah seperti misalnya, didera secara seksual oleh seorang bapa ataupun seorang bapa tiri dan mana-mana ahli keluarga yang lainlah.

Kalau kita tengok ini, mesti dia bermula dengan keluarga itu sendiri. Satu hubungan yang baik perlu wujud di antara seorang ibu dengan anak-anaknya supaya ada satu bonding yang rapat, di mana ibu boleh menjadi seorang kawan kepada seorang anak. Jadi, bila dia memerlukan tempat mengadu, maka ibulah tempat dia mengadu, termasuklah perkara-perkara yang sensitif seperti diperkosa, didera secara seksual oleh seorang yang bergelar bapa ataupun bapa tiri. So, ia mesti bermula daripada keluarga itu sendiri.

So, di sinilah program yang kita adakan antara lain ialah SMARTSTART Praperkahwinan itu yang kita kementerian juga laksanakan, yang juga dilaksanakan oleh JAKIM itu. Ini adalah penting supaya dimasukkan unsur-unsur seperti yang demikian itu.

Seorang wanita yang akan berkahwin, yang kemudian akan menjadi seorang ibu itu mesti ada ilmu bagaimana dapat berhubung- adakah hubungan yang baik dengan anak- anaknya. Jadi, program yang kita adakan seperti Program SMARTSTART di kementerian itu, kita masukkan ini.

Selain daripada itu, kita juga masukkan di dalam program parenting itu, parenting ataupun ilmu keibubapaan itu kita juga masukkan dalam program kita yang kita jalankan secara berterusan. Memang sudah banyak kita laksanakan program ini kepada ibu bapa kita di seluruh negara. Program ini antara lainnya akan memasukkan bagaimana caranya menjadi seorang ibu yang baik, seorang ibu yang bertanggungjawab, seorang ibu yang boleh mendengar anak-anaknya, seorang ibu yang boleh menjadi tempat mengadu kepada anak-anaknya dan ini kita masukkan di dalam program parenting kita dan kita akan teruskan.

Walau bagaimanapun saya tidak mengatakan bahawa program yang kita buat ini sudah cukup baik. Kita perlu menambah baik lagi dan kita tambah sekarang ini dengan program yang kita panggil FACE iaitu Family and Community Empowerment yang sekarang ini sedang berlangsung di 18 kawasan di seluruh negara kita sebagai permulaan. Di mana segala-gala ilmu yang berkaitan dengan kekeluargaan itu merupakan termasuk di dalam enam domain yang kita berikan kepada mereka yang terlibat di dalam Program FACE kita ini.

Antara lainnya tentulah kesejahteraan kekeluargaan itu, bagaimana merapatkan hubungan di dalam keluarga itu, suami, isteri dan anak-anak. So, ini langkah- langkah yang sudah dilaksanakan oleh kerajaan melalui kementerian ini, melalui LPPKN dan insya-Allah kita akan teruskan lagi. Kita juga sedia menerima mana-mana pandangan juga dan saranan daripada pelbagai pihak, termasuk daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, apa yang baik, yang boleh kita laksanakan.

final • 10:20 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Pertama tadi soalan berkenaan tidak cukup bantuan yang diberikan RM250 untuk orang layak dan sesuai menjaga itu. Akan tetapi kalau seorang anak itu dia terus duduk dengan ibunya, maka jika keluarga itu merupakan keluarga yang memang tidak ada pendapatan dan mempunyai anak-anak yang ramai, kita akan memberikan bantuan RM100 kepada setiap anak. Maksimumnya RM450, itu daripada pihak kementerian kami.

Saya percaya ada jabatan-jabatan lain lagi yang membantu, misalnya daripada JAKIM dan pusat agama Islam negeri-negeri juga akan membantu, Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Apabila kanak-kanak ini telah terkena dan dicabul oleh bapa mangsa kah, bapa saudara kah, keseluruhan keluarga dia tertekan. Begitu juga adik-beradik kepada mangsa akan tertekan. Bagaimana kita, Yang Berhormat Timbalan Menteri, hendak menghindarkan dendam keluarga ini kepada pemangsa yang membuat perkara yang tidak senonoh ini kepada anak saudara dia.

Ini kerana kita tahu bahawa dendam kita ini tidak akan terhakis apabila kita belum mencapai apa yang kita hendak balaskan kepada yang mengerjakan mangsa sebegitu kejam. Kalau boleh Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan, kalau boleh lelaki yang mengerjakan ini, kita bakarkan satu besi panas dan cocok kepada dia supaya dia merasa juga bagaimana sedihnya perasaan orang yang terkena perkara begini.

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ia cadangan sahaja Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Boleh saya jawab kah atau tidak bolehkah?

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Setuju atau tidak sahaja, Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Cadangan. Okey.

final • 10:20 AM

3. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Pendidikan menyatakan, berapakah jumlah guru-guru yang berkhidmat jauh daripada keluarga telah berjaya disatukan kembali bersama, dan apakah kriteria utama yang diambil perhatian oleh pihak kementerian berhubung permohonan pertukaran guru ini.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk Chong Sin Woon

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha memastikan isu ‘guru duka lara’ dapat diselesaikan. Walau bagaimanapun, isu ‘guru duka lara’ akan terus wujud kerana urusan perpindahan tempat kerja oleh pasangan guru atau guru-guru baru yang berkahwin sentiasa berlaku sepanjang tahun.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bermula 1 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2018, tahun hadapan, seramai 11,606 calon duka lara telah berjaya dipindahkan mengikut pasangan masing-masing. Kriteria utama yang diberi perhatian dalam meluluskan permohonan pertukaran guru duka lara ini ialah kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen di negeri yang dipohon. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan soalan nombor 3.

Tuan Yang di-Pertua, masalah isu guru ini bukan hari ini sahaja, sudah lama.

Jadi, selalu jawapan banyak manis, banyak bagus. Akan tetapi kementerian ada lihat atau tidak sudah berapa kes fasal guru mengajar jauh dari keluarga dia? Berapa kes sudah cerai fasal dia punya keluarga jauh?

Jadi bila kita memohon, ada satu kes sebelum dia cerai di Bintulu, kita memohon kepada kementerian tetapi kementerian macam-macam alasan ada. Akhir sekali, tunggu lagi satu tahun, sudah cerai pun. Itulah saya kata, tadi jawapan saya ucap terima kasihlah. Dalam tahun 2018 sudah 11,000 orang telah berpindah. Saya berharap ini nombor dia jangan kita kongkalikung, syok sendiri punya nombor.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Saya harap kita meneliti sedalam-dalamnya kesusahan terutama sekali guru bila meminta pindah tetapi akhir sekali memang kalau ada kabel cepat dapat luluskan.

Kalau tiada kabel, memang tidak ada.

Saya mahu tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah kriteria kita ataupun syarat-syarat untuk kita bagi guru-guru ini meminta pindah balik dia punya kampung? Bukan isu keluarga sahaja, ada lagi ibu bapa yang sakit. Cukup susah dapat kelulusan itu. Walaupun kadang-kadang Yang Berhormat Menteri sudah sign lulus tetapi bawah kementerian tidak ambil peduli. Kenapa ini perkara boleh berlaku? Saya mahu tanya kementerian, permohonan ini, boleh dijelaskan kepada guru-guru yang meminta ini?

Jangan kita jawab syok sendiri sahaja. Kita selalu jawab ini sudah, saya sudah empat penggal dalam Dewan, sudah dekat 20 tahun. Ini isu tidak boleh selesai. Kadang- kadang saya melihat ada segelintir pegawai daripada kementerian yang memang kepala lagi besar daripada Menteri. Saya mahu tanya, mengapa perkara ini boleh berlaku?

Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Chong Sin Woon

Terima kasih. ‘Kepala besar’ ini saya tidak tahulah kenapa ya tetapi saya cuba jawab. Tadi saya sudah jawab Yang Berhormat, tiga kriteria utama yang kita gunakan untuk meluluskan permohonan pertukaran. Pertama, kepentingan perkhidmatan. Kedua, kekosongan jawatan di daerah ataupun di negeri yang dipohon. Ketiga, keperluan opsyen ataupun mata pelajaran di daerah ataupun negeri yang dipohon.

Jadi, semenjak Menteri kita, Menteri Pendidikan memberi penekanan kepada penyelesaian duka lara, seperti mana yang telah saya berikan bahawa terdapat 11,606 permohonan telah diluluskan. Memang kementerian sentiasa memperbaiki cara kita untuk meluluskan perpindahan. Sekarang perpindahan tidak hanya berlaku sekali atau dua kali seperti dahulu, tetapi sepanjang tahun kita melakukan pertukaran. Akan tetapi masih lagi kena melihat kekosongan jawatan, keperluan opsyen di kawasan tersebut.

Saya hendak pergi beberapa kriteria, beberapa kategori seperti mana yang ditanya oleh Yang Berhormat Bintulu iaitu bukan sahaja duka lara, kita juga memberi pertukaran kepada beberapa jenis kategori, termasuk kes sakit kronik, ancaman keselamatan diri, ikut suami isteri duka lara, tempoh perkhidmatan dan lain-lainnya.

Jadi bukan sahaja duka lara, tetapi kes-kes yang telah saya kemukakan itu juga diambil kira untuk pertukaran. Pada masa yang sama, kita juga hendak melihat keadaan di negeri-negeri, beberapa negeri yang memang tidak ada kekosongan tetapi ramai yang ingin memohon masuk. Empat negeri ini adalah negeri yang paling kronik iaitu negeri Kedah, negeri Kelantan, negeri Terengganu dan negeri Perlis di mana jawatan yang ada kurang tetapi yang hendak memohon balik ke negeri-negeri ini ramai. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih di atas penyelesaian kepada duka lara, 11,606 orang. Cuma persoalan saya ialah mungkin di antara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ada empat negeri yang permintaan untuk masuk ke dalam negerinya agak tinggi permintaannya, apakah penyelesaian yang boleh dibuat? Ini kerana ada sesetengah permohonan yang bertemu dengan saya, sampai sudah lima tahun masih lagi tidak dapat untuk masuk sehinggakan guru kaunselor yang berada di sekolah tersebut menasihati beliau sehingga dia sampai kepada sakit mental.

Alhamdulillah baru-baru ini, untuk tahun ini sudah pun dapat untuk bertukar.

Apakah cadangan daripada pihak Menteri iaitu sekurang-kurangnya kalau dia tidak boleh pindah ke empat negeri yang agak ketara tadi, boleh atau tidak kita cadangkan supaya dipindahkan negeri yang agak berhampiran. Sekurang-kurangnya mereka itu boleh untuk berulang-alik untuk hujung minggu agar tidak membebankan pasangan tersebut. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Datuk Chong Sin Woon

Terima kasih soalan tambahan Yang Berhormat Bukit Gantang. Memang itu merupakan salah satu opsyen cadangan yang kita berikan. Kalau mereka hendak memohon balik ke Kelantan, kalau tidak adapun, kita cadangkan ke Pahang ataupun Terengganu.

final • 10:30 AM

Datuk Chong Sin Woon

Akan tetapi kadang-kadang pemohon enggan sebab dia tahu bahawa bila masuk ke sesebuah negeri, tidak mudah untuk mereka pindah semula balik ke negeri yang mereka hendak mohon pada asalnya. Jadi, mereka rela untuk tunggu supaya permohonan mereka diluluskan terus balik ke negeri mereka. Jadi, memang kita lakukan yang terbaik untuk membantu.

Akan tetapi seperti mana yang saya katakan tadi, bukan mudah untuk kita selesaikan sehingga tidak ada kes di mana mereka semua berada di tempat yang mereka hendak mohon. Itu memang tidak dapat diselesaikan sekiranya jawatan itu bersama dengan anak negeri yang menjadi guru itu terus tidak seimbang. Saya beri contoh untuk negeri Kelantan, kekosongan jawatan yang ada di sekolah menengah hanya 40 yang boleh dimohon masuk tetapi permohonan masuk ke negeri Kelantan seramai 1,999, hampir 2,000. Jadi itulah, kita kena mengambil masa untuk kita membuat penyelesaian mengikut opsyen juga. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

4. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, statistik pengangguran melibatkan graduan universiti di negara ini serta bilangan kekosongan jawatan atau pekerjaan mengikut taraf pendidikan dan sektor yang perlu diisi pada masa ini.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam negaraku Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu izinkan saya mengucapkan selamat datang kepada anak-anak, para pelajar daripada UiTM Raub, Pahang...

final • 10:30 AM

[Dewan tepuk]

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran bagi tahun 2000 hingga tahun 2016, juga hingga September 2017 kekal di bawah 4 peratus iaitu sebanyak 3.4 peratus atau 504,100 orang penganggur. Seramai 131,600 orang ataupun 26.1 peratus mempunyai kelulusan diploma dan ke atas berbanding seramai 37,250 orang berkelulusan STPM, sijil dan ke bawah.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Statistik ini menunjukkan negara berada pada tahap guna tenaga penuh atau full employment, dengan izin. Kadar pengangguran ini berada pada paras yang stabil dengan jumlah guna tenaga negara pada 14.67 juta orang. Mengikut statistik Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia, pendaftaran pencari kerja aktif yang berdaftar melalui portal JobsMalaysia sehingga 30 September 2017 adalah seramai 270,330 orang. Daripada jumlah tersebut seramai 187,551 atau 69.4 peratus adalah graduan iaitu pemegang Diploma dan ke atas dan seramai 82,779 orang ataupun 3.6 peratus bukan graduan ataupun berkelulusan STPM, sijil dan ke bawah.

Terdapat sebanyak 223,167 kekosongan jawatan diiklankan oleh majikan melalui portal JobsMalaysia. Antara sektor tertinggi adalah kekosongan di sektor pembuatan iaitu sebanyak 111,242 kekosongan. Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan sebanyak 35,356 kekosongan. Sektor pembinaan sebanyak 29,973 kekosongan. Sektor perkhidmatan sebanyak 15,432 kekosongan. Sektor pentadbiran dan aktiviti perkhidmatan sokongan sebanyak 8,822 kekosongan.

Manakala, 10 jawatan ataupun pekerjaan tertinggi yang diiklankan memerlukan kelulusan dalam bidang kejuruteraan awam sebanyak 6,073 jawatan. Perakaunan sebanyak 5,005 jawatan. Pengurusan perniagaan sebanyak 3,600 jawatan. Perniagaan dan perakaunan sebanyak 3,599 jawatan. Kejuruteraan mekanikal sebanyak 3,453 jawatan. Perakaunan, kewangan, pengurusan dan ekonomi sebanyak 2,870 jawatan.

Teknologi maklumat sebanyak 2,844 jawatan. Pengajian perniagaan sebanyak 2,661 jawatan. Sains komputer sebanyak 2,242 jawatan. Pengurusan dan teknologi maklumat sebanyak 2,181 jawatan.

Berdasarkan dokumen Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan telah mengunjurkan sebanyak 54.4 peratus pekerja separuh mahir dan sebanyak 35 peratus pekerja mahir daripada guna tenaga negara terutamanya graduan mengisi kekosongan pekerjaan yang wujud dalam ekonomi negara.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Tuan Yang di-Pertua, di antara usaha kita bagaimana meningkatkan kadar pekerjaan bagi warga tempatan, Jabatan Tenaga Kerja melalui jawatankuasa penempatan pekerja tempatan telah mempertingkatkan usaha menempatkan pekerja tempatan terlebih dahulu kepada majikan yang memohon pekerja asing. Sehingga 30 Oktober 2017, seramai 6,321 orang pencari kerja warga negara telah berjaya ditempatkan di kategori pekerjaan asas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dapat laporan sebagai contoh daripada kawasan saya. Bila dibuka permohonan untuk bekerja, hanya di tahap SPM sahaja. Akan tetapi yang memohonnya adalah di kalangan siswazah. Maka, siswazah yang mengisi kekosongan untuk jawatan yang bertaraf SPM sahaja. Ini bagi saya pengangguran terhormat. Bererti dia mendapat gaji yang tidak setimpal dengan kelulusan dia dan tentulah baki gaji yang patut dia peroleh itu adalah suatu bentuk pengangguran.

Saya menghormati dan juga mengucapkan tahniah kepada kementerian yang begitu bersungguh untuk menyelesaikan masalah ini. Cuma, yang perlu saya bangkitkan ialah sejauh mana di peringkat universiti ada latihan industri yang dibuat. Tidak semua mereka yang mengambil latihan ini menyambung ataupun memasuki bidang pekerjaan berdasarkan tempat latihan industri yang mereka ambil.

Adakah pihak kementerian berancangan untuk mewujudkan satu bentuk lagi latihan industri di luar daripada ataupun pascasiswazah untuk menangani isu-isu siswazah menganggur ini supaya sekurang-kurang bebanan kewangan yang mereka hadapi di awal berakhirnya pengajian siswazah mereka ini dapat di selesaikan walaupun tidak sepenuhnya tetapi sekurang-sekurangnya dapat menyelesaikan sebahagian.

Selain itu juga isu pengangguran di peringkat lepasan siswazah ataupun pasca yang ada Master dan juga PhD. Sebahagian mereka contohnya di sekolah-sekolah.

Mereka buat PhD. Akan tetapi, mereka tidak mengajar di sekolah. Itu saya rasa isu ini perlu kita bangkitkan juga. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus di atas prihatin tentang nasib masa depan anak-anak kita terutamanya para siswazah dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada sebutkan tadi sebenarnya statement yang Yang Berhormat sebutkan tadi tidak betul. Kita mengadakan pelbagai program termasuklah job fair. Kita tubuhkan pusat di UTC sekarang ini. Melalui program-program job fair yang kita lakukan sebenarnya jawatan yang ditawarkan bukan sahaja peringat SPM, bahkan di peringkat siswazah. Seperti mana yang saya sebutkan tadi, terdapat sebanyak 223,167 kekosongan jawatan diiklankan oleh majikan melalui portal antara sektor tertinggi adalah di sektor pembuatan dan sebagainya.

Jawatan-jawatan yang telah pun saya sebutkan tadi, juga menggambarkan kepada kita bahawa bukan sahaja di peringkat SPM rendah, bahkan di peringkat degree, diploma dan sebagainya yang juga menawarkan jawatan-jawatan yang cukup baik kepada pencari-pencari kerja. Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai banyak program lain. Mungkin TVET adalah salah satu program yang perlu dielaborate, diperjelaskan lebih panjang. Umpamanya kita ada Institut Latihan Perindustrian.

Oleh sebab itulah, pelajar-pelajar lepas SPM ini bukan sekadar mereka mendapat sijil peringkat SPM sahaja tetapi mereka boleh melanjutkan pelajaran di Institut Latihan Perindustrian. Kita ada Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) pusat latihan yang lebih advance iaitu lebih tinggi daripada itu yang juga meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang-bidang yang mereka cebur sebelum daripada itu. Kita juga telah mencari jalan bagaimana kita hendak mewujudkan NOSS baru iaitu National Occupational Skills Standard yang baru sesuai dengan masa depan negara kita.

Saya ingat Yang Berhormat, insya-Allah kerajaan serius, kementerian serius bagi kita memastikan supaya masa depan anak-anak kita ini terjamin pekerjaannya masa depan. Oleh sebab itulah sebenarnya pengangguran ini kena faham, bukan semuanya pengangguran kerana tidak ada kerja. Kerja yang saya sebutkan banyak tetapi ada sebahagian mereka ini berhenti kerja untuk meningkatkan lagi pengajian, meningkatkan karier dalam pekerjaan mereka dan mereka ini juga dianggap sebagai penganggur dalam kategori kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Insya-Allah akan kita tengok kan, selesai Parlimen ini, kita akan tengok kan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Isu yang kita bincangkan ini amat penting. Khususnya untuk negara kita atas pembangunan modal insan, generasi muda.

Jadi, soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Kuala Nerus saya menyokong penuh.

Akan tetapi, pada masa yang sama kalau kita tengok soalan pertama tadi pun isu yang sama tetapi kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

Jadi saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih pada Kementerian Sumber Manusia yang sedang berusaha sedaya mungkin dalam mengusahakan TVET, ADTEC dan semua yang sebutkan tadi oleh Yang Berhormat Menteri. Di mana saya sendiri mengikuti untuk memberi peluang dan ruang kepada generasi muda khususnya graduan, siswazah, belia, anak-anak muda, malah peluang kedua.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah mengusulkan enam tahun yang lalu program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang mana telah berjaya membantu graduan lebih 97,000 graduan yang telah diberikan ruang dan peluang termasuk kami di Tabung Haji pun sudah bagi lebih 3,000 peluang kepada orang-orang muda ini untuk mereka kebolehpasaran untuk seterusnya mendapatkan pekerjaan.

Hari ini kita juga sedia maklum, dunia pekerjaan dan industri hari ini semakin canggih termasuk alam robotik. Situasi ini boleh membuat kadar pengangguran khususnya kepada belia, beliawanis termasuk graduan-graduan ini boleh dapat mengekang apabila kadar pengangguran ini boleh meningkat.

Jadi, apakah usaha-usaha kerajaan dan Kementerian Sumber Manusia dalam membantu pekerja-pekerja yang hilang pekerjaan akibat proses modenisasi atau automasi terutama dalam sektor pekerjaan dan apakah program Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi dapat diuar-uarkan khususnya N-BOS.

Saya selalu tekankan berkaitan dengan N-BOS. Apakah pendekatan yang dibuat oleh kementerian dengan kementerian-kementerian yang lain malah dengan agensi-agensi yang lain. Oleh sebab kita mempunyai banyak sumber untuk kita mengatasi masalah pengangguran apatah saya sendiri di kawasan saya di Parlimen Baling hari-hari saya menerima surat lebih 10 surat daripada graduan-graduan yang menganggur yang tidak dapat peluang langsung.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Satu lagi, bila kita buat N-BOS, bagaimanakah kaedah yang dapat kementerian Yang Berhormat Menteri untuk pastikan diuar-uarkan, diiklankan untuk memastikan anak-anak muda yang duduk di belakang kita ini, ramai graduan, belia-belia generasi muda. Inilah pemangkin masa depan negara kita. Jadi, kitalah yang sedang berjuang dalam Dewan yang mulia ini untuk pastikan masa depan mereka terus terbela, malah cerah untuk menjadi insan, modal insan yang benar-benar cemerlang, gemilang dan terbilang. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Baling.

Tuan Yang di-Pertua, kalaulah Yang Berhormat Baling ini merupakan pemimpin Barisan Nasional yang amat prihatin tentang bangsa orang marhaen, bukan sahaja di negara kita bahkan berani ke negara lain, Palestin dan juga Myanmar umpamanya tetapi Yang Berhormat Baling, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri lebih prihatin daripada kita, di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melihat masa depan anak-anak muda dan pekerja di negara kita ini perlu diberi perhatian.

Sebab itulah TN50 diberikan keutamaan, perhatian serius oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan melalui Bajet 2018 ini, sejumlah RM4.9 bilion diperuntukkan bagi penjenamaan semula TVET yang akan dikolaborasikan bersama tujuh kementerian yang diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia dan akan menggerakkan TVET ini bagi memastikan supaya kemahiran, peluang-peluang pekerjaan dan persepsi terhadap teknikal, vokasional di kalangan masyarakat diubah dan kita boleh memberikan peluang pekerjaan yang baik kepada anak-anak kita.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Tuan Yang di-Pertua, TVET ini kita telah bergerak sekarang ini. Beberapa jawatankuasa di peringkat kementerian tertinggi, pegawai-pegawai tertinggi telah pun bergerak dan semalam pun kita ada perbincangan untuk menggerakkan program yang diilhamkan oleh Perdana Menteri ini dan kita harap masalah pekerjaan ini dapat kita selesaikan dan kita pastikan supaya pengangguran negara kita pada tahap 3.4 peratus pada hari ini dapat kita turunkan dan memberikan peluang yang lebih baik pada masa depan anak-anak kita.

Tuan Yang di-Pertua, di antara sumbangan ataupun usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan dan kementerian khususnya, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja telah melaksanakan pelbagai program untuk membantu para penganggur yang hilang pekerjaan akibat proses modenisasi dan automasi seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi.

Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah penganjuran karnival pekerjaan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah di seluruh negara yang diadakan sepanjang tahun. Bagi tujuan tersebut juga, pihak jabatan dengan kerjasama majikan, kerajaan negeri, NGO-NGO, institusi pengajian tinggi dan institusi latihan kemahiran awam telah bekerjasama bagi mengadakan karnival pekerjaan tersebut di lokasi-lokasi yang ditetapkan dan ini adalah antara usaha yang dibuat.

Pelbagai program yang bermanfaat dan berfaedah turut dilaksanakan semasa program karnival tersebut berlangsung. Di samping itu, ada program-program lain yang juga dilakukan oleh kerajaan, Tuan Yang di-Pertua. Antaranya ialah penganjuran Program Job Fair UTC tahun 2017. Kita dah buat dan telah bermula. Di semua UTC ini kita adakan Program Job Fair dengan kita memanggil majikan-majikan dan menawarkan pekerjaan-pekerjaan yang kosong untuk diambil atau direbut oleh anak-anak bangsa kita.

Ia adalah selaras dengan matlamat yang dihasratkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak bagi menjadikan Urban Transformation Centre, dengan izin, UTC sebagai job centre kepada rakyat Malaysia semasa pembentangan bajet tahun 2017.

Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, penganjuran Program Kembara Kerjaya- Train Ride. Kita bukan setakat adakan di tapak bahkan kita melibatkan Kereta api Tanah Melayu di mana kita pergi dari Utara ke Selatan, di peringkat Utara dan di peringkat Selatan, di Wilayah Selatan, kita mengadakan train ride ini dan kita mengadakan program-program sambutan ataupun memanggil majikan-majikan untuk menawarkan pekerjaan kepada masyarakat-masyarakat di Utara dan Selatan dan insya-Allah kita akan adakan pula di kawasan Timur.

Ini mungkin sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus tadi, mungkin sebahagian daripada masyarakat kita tidak sedar bahawa adanya program-program yang dianjurkan oleh kerajaan ini bagi kita memberikan peluang untuk mengambil pekerjaan kepada anak-anak kita. Berikutnya ialah Portal JobMalaysia telah dinaikkan taraf, Tuan Yang di-Pertua, dengan tujuan proses pemadanan pekerjaan di antara majikan dan pencari kerja dengan mudah untuk mereka menyesuaikan kelayakan dengan pekerjaan kosong yang ada dalam pasaran kerja pada hari ini.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi usaha-usaha lain yang dilakukan oleh kerajaan. Saya yakin bahawa insya-Allah keseriusan kementerian dan kerajaan Barisan Nasional khususnya akan menangani isu-isu pengangguran terutama di kalangan anak-anak di negara kita. Terima kasih.

final • 10:50 AM

5. Datuk Joseph Salang anak Gandum [Julau] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, tindakan dan perancangan bagi mengatasi masalah kekurangan sumber bekalan air bersih di luar bandar.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanya, Yang Berhormat Julau.

Untuk makluman Yang Berhormat Julau, perkara-perkara yang berkaitan sumber air, kawasan tadahan dan lembangan sungai adalah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi

Untuk makluman Yang Berhormat juga, Program Bekalan Air Luar Bandar di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar ini terbahagi kepada tiga skop utama iaitu bekalan air luar bandar retikulasi, sambungan paip sistem retikulasi daripada paip-paip utama pihak berkuasa air negeri ke kampung-kampung dan ke rumah-rumah sehingga meter stand termasuk pembinaan tangki dan sistem booster pump bagi tujuan menyediakan bekalan air kepada penduduk di kawasan luar bandar.

Bekalan air luar bandar alternatif; membina telaga tiub, telaga terbuka, sistem air graviti dan sebagainya bagi membekalkan air bersih kepada penduduk di luar bandar yang tidak kesampaian untuk diberi kemudahan bekalan air melalui sistem retikulasi.

Membaik pulih atau mengubahsuai sistem alternatif sedia ada bagi memulihkan atau meningkatkan sistem bekalan air kepada penduduk dan bekalan air luar bandar naik taraf atau bina baru loji.

Menaik taraf kapasiti loji atau membina baru loji di kawasan paip luar bandar yang mempunyai masalah tekanan dan kapasiti air yang tidak mencukupi bagi memastikan sistem retikulasi yang dipasang dapat berfungsi dengan baik dan untuk makluman Yang Berhormat juga, penggantian paip lama serta proses dan kos pengambilan balik tanah bagi Program Bekalan Air Luar Bandar kementerian ini adalah terletak di bawah tanggungjawab pihak berkuasa air negeri.

Sehubungan itu, Yang Berhormat bolehlah merujuk kepada pihak kerajaan negeri atau kementerian-kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar atau Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berhubung sumber air. Pihak kementerian KKLW akan sentiasa membantu kerajaan negeri dalam memperluaskan liputan air bersih di kawasan luar bandar berdasarkan skop dan kriteria pelaksanaan program bekalan air luar bandar di bawah kementerian KKLW ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Joseph Salang anak Gandum - Julau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih juga kepada jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Sebagaimana yang kita tahu, di Malaysia memang banyak sumber air tetapi inilah satu situasi yang aneh iaitu ramai rakyat kita kehausan dalam situasi kebanjiran.

Oleh yang demikian, maka saya menyeru supaya semua pihak berkuasa, berkongsi maklumat bagaimana kita mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh kita sendiri iaitu dalam kita memajukan kawasan kita, kita mencemar punca air dan sebagainya. Sebagai satu pertanyaan yang agak spesifik Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu bilakah kementerian atau kerajaan melaksanakan projek bekalan air fasa dua yang melibatkan RM40 juta atau lebih di kawasan Julau. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Menteri. Kalau tiada maklumat, jawapan bertulis, Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Ada jawapannya Tuan Yang di-Pertua. Ya, Tuan Yang di-Pertua, ada dua bahagian. Yang sebenarnya tadi, terima kasihlah atas pandangan Yang Berhormat yang terdahulunya.

Untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan program ataupun projek yang spesifik di kawasan Julau. Projek bekalan air luar bandar untuk kawasan Julau ini yang ditanya adalah fasa kedua, Yang Berhormat dan akan memanfaatkan sebanyak 2,260 isi keluarga ataupun pintu. Bukan rumah panjang tetapi pintu iaitu keluarga di kawasan Julau ini.

Ada berita baik, Yang Berhormat. Untuk Yang Berhormat, projek ini akan diperuntukkan sebanyak RM61 juta iaitu dinaikkan peruntukan tersebut sebanyak RM21 juta sebab daripada kos asalnya yang dianggarkan kepada RM40 juta. Jadi, projek ini telah disenaraikan di dalam pelaksanaan Rolling Plan Ketiga tahun 2018 dan 2019.

Status terkini adalah peringkat perancangan awal dan kerja-kerja pelantikan perunding dijangkakan akan dilaksanakan pada awal tahun 2018, dalam dua, tiga bulan lagi.

Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

6. Datuk Mohd Idris bin Jusi [Batu Pahat] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, betapa seriusnya kedudukan keluarga dan rumah tangga pasangan-pasangan muda. Apakah Program Pra dan Pasca Perkahwinan yang telah disediakan dan dilaksanakan untuk menyediakan asas kukuh membina sebuah keluarga bahagia yang berpanjangan.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia yang Kelima oleh LPPKN mendapati lebih satu pertiga perkahwinan pertama berakhir dengan penceraian atau perpisahan berlaku dalam tempoh lima tahun pertama perkahwinan.

Bagi terus memantapkan lagi institusi perkahwinan dan kekeluargaan di Malaysia, kementerian kami melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanakan program-program pra dan pasca perkahwinan, khusus untuk menyediakan asas kukuh dalam membina sebuah keluarga bahagia, terutama kepada pasangan-pasangan muda yang baru berkahwin. Antara program praperkahwinan yang dijalankan adalah seperti berikut. Pertamanya, Praperkahwinan SMARTSTART.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kekeluargaan kepada pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga dan juga pasangan yang berkahwin kurang daripada lima tahun. Dalam program selama dua hari ini, individu dan pasangan akan dilengkapkan dengan pengetahuan, kemahiran dan tips perkahwinan serta bimbingan kehidupan berkeluarga, termasuk bagaimana menghadapi cabaran dan masalah dalam rumah tangga. Ingin saya maklumkan di sini bahawa program-program ini kita jalankan dalam empat bahasa; bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Tamil, bahasa Mandarin dan juga Braille.

Kedua, Program SMART Belanja@LPPKN. Ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pasangan dalam membuat perancangan dan mengamalkan pengurusan kewangan secara bijak dan berhemah. Penyertaan dari kalangan pasangan muda, khususnya yang ingin berkahwin, dilihat mampu membantu mereka dalam menguruskan perbelanjaan keluarga dengan baik, seterusnya mengelakkan dari menghadapi masalah kewangan di masa hadapan.

Semenjak diperkenalkan daripada tahun 2007 sehingga Jun tahun ini, lebih daripada 380 program telah pun dilaksanakan dengan penyertaan 20,055 orang peserta.

Tuan Yang di-Pertua, perkhidmatan pasca perkahwinan juga dilaksanakan seperti berikut. Pertama, perkhidmatan kaunseling kekeluargaan. Perkhidmatan kaunseling kekeluargaan ini yang diselia oleh Unit Kaunseling LPPKN merupakan salah satu usaha kementerian bagi membantu pasangan suami isteri dalam menguruskan tekanan, konflik dan masalah yang wujud dalam perkahwinan. Sejak 2006 hingga Jun tahun ini, sebanyak 48,506 sesi dengan 129,626 orang klien telah mendapat manfaat daripada sesi ini.

Keduanya Program SMARTSTART 2nd Honeymoon. Ini disasarkan kepada pasangan suami isteri yang telah berkahwin lebih daripada lima tahun dan kebanyakan terdiri daripada pasangan yang dirujuk oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara. Ini adalah untuk menyubur dan menyemarakkan kembali perasaan kasih sayang pasangan suami isteri. Program ini memberikan penumpuan khusus kepada kemahiran dan pengetahuan menguruskan alam rumah tangga melalui pendekatan kaunseling dan pembelajaran melalui pengalaman.

Ketiga, Program Parenting@Work. Program ini memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa mengenai pentingnya mengimbangi peranan sebagai ibu bapa dan pekerja serta memberi kemahiran serta panduan, cara gaya keibubapaan bagi menghadapi kitaran hidup berkeluarga. Keempat ialah Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti (FACE) juga telah saya sebutkan tadi. Program ini telah dilaksanakan untuk mengukuhkan institusi keluarga dan komuniti iaitu Family and Community Empowerment. Ini adalah hasil daripada kerjasama Strategi Lautan Biru-Kebangsaan

(NBOS) dengan matlamat memperkasakan peranan komuniti untuk mengukuhkan kesejahteraan keluarga. Sehingga kini, lebih 18 komuniti telah dipilih di seluruh negara dalam pelbagai program intervensi yang telah dan akan dijalankan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ucapkan tahniah tentang komitmen kementerian menterjemahkan persepsi peri pentingnya family dalam pembangunan masyarakat. Saya ingin bertanyakan Yang Berhormat Menteri tentang program-program tadi. Berapa luaskah cakupan, coverage dalam training? Kedua ialah setakat mana keberkesanan atau adakah pengukuran dan alat yang digunakan untuk melihat keberkesanan itu?

final • 11:00 AM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Saya ingin juga menganjurkan atau ingin bertanyakan Tuan Yang di-Pertua, ialah tentang masalah keluarga muda ini, tentang persekitaran-persekitaran baru yang mereka akan hadapi, persekitaran ibu mertua dan bapa mertua dalam extended family.

Disebutkan tadi soal persekitaran baru dalam penyesuaian, masing-masing 20 tahun sudah ada budaya hidup sendiri. Suaminya dan isterinya pun begitu. Lebih 20 tahun ada pengalaman sendiri.

So, apakah barangkali input latihan yang diberikan untuk memastikan bahawa anak-anak muda yang baru mendirikan rumah tangga ini dapat menyesuaikan dalam persekitaran baru ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih dan terima kasih juga kerana tadi mengiktiraf kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kementerian ini untuk kesejahteraan keluarga. Ingin saya mengatakan di sini bahawa memang kita laksanakan program kita di seluruh negara. Program ini bukan sahaja kita sendiri yang melaksanakan, LPPKN di bawah kementerian tetapi kita juga bekerjasama dengan NGOs di seluruh negara.

Kita bantu mereka dengan peruntukan dan juga kita berikan mereka kurikulum kita yang kita sediakan dan kita bantu juga dengan penceramah-penceramah kita yang terpilih. Selain itu juga, kita juga bekerjasama dengan jabatan-jabatan supaya program kita itu dapat kita khusus kan kepada mereka yang bekerja di jabatan-jabatan, bukan sahaja jabatan kerajaan tetapi juga dengan jabatan-jabatan di peringkat swasta. Walau bagaimanapun, ini tidak bererti saya mengatakan bahawa telah cukup program kita ini.

Sesungguhnya kita di kementerian, khususnya di LPPKN, kita berusaha sedaya upaya untuk kita dapat lagi banyak peruntukan supaya lebih banyak lagi program ini dapat kita laksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak.

Itu sebab kita memperkenalkan Family and Community Empowerment (FACE) Programme ini di peringkat komuniti, di mana kita membawa komuniti itu untuk bersama- sama dengan kita supaya kita dapat capai satu indeks kesejahteraan keluarga yang lebih tinggi yang mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyasarkan supaya kita capai lapan point.

final • 11:00 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Sekarang ini negeri Melaka nampaknya sudah mencapai lebih daripada lapan point itu. Dalam domain kita perkenalkan ini ada enam yang berkaitan dengan keluarga, kesejahteraan keluarga, ekonomi keluarga, kesihatan keluarga, pekerjaan untuk keluarga dan sebagainya semua kita masukkan.

Antara lainnya, saya ingin nyatakan di sini Yang Berhormat dan di Dewan yang mulia ini, satu perkara yang kita tekankan ialah ‘pelukan 10 saat’ itu mesti ada supaya ini merapatkan hubungan. Suami isteri kadang-kadang mula-mula bercinta dahulu selalulah ingin bersama-sama, baru kahwin itu kalau boleh tidak boleh berpisah, berpeluk setiap masa. Akan tetapi kalau sudah bertahun-tahun itu sudah lupa hendak berpeluk-pelukan.

So, kita juga perkenalkan ‘ten second embrace’, ataupun ‘pelukan 10 saat’ itu.

Buatlah setiap hari, lakukannya setiap hari di antara suami isteri dan juga dengan anak- anak. Di antara pengisian program ini untuk maklumat Dewan yang mulia ini dan juga Yang Berhormat Batu Pahat ialah Mengenali Dirimu, Meneroka Harapan Kita, Menangani Konflik dan Cabaran, Ingat! Luahkan Perasaan Anda, Membina Kemesraan Seksual, Mengurus Sumber Keluarga dan juga undang-undang keluarga.

Ini adalah di antara pengisian program yang kita laksanakan ini dan kita harap ini dapat membantu untuk mengukuhkan lagi kekeluargaan ataupun hubungan suami isteri itu supaya kita dapat mengelakkan perceraian di kalangan orang-orang muda ini.

Memang betul salah satu sebab berlakunya perceraian yang dikatakan terutama sekali oleh orang lelaki sebabnya ialah kerana ada campur tangan daripada ibu mertua.

Jadi itulah. Terima kasih.

final • 11:10 AM

7. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar] minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) apakah status mutakhir rancangan pembinaan Hospital Padang Besar; dan

(b) bilakah projek pembinaan tersebut akan mula dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya bagi membolehkan masyarakat di kawasan Parlimen Padang Besar mula akses kepada rawatan kesihatan yang berkualiti di hospital tersebut.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Besar. Soalan ini ialah spesifik untuk Hospital Padang Besar, Tuan Yang di-Pertua. Memang ada keperluanlah untuk membina hospital ini kerana hospital yang terdekat ialah Hospital Tuanku Fauziah adalah jarak 45 kilometer dan dia punya bed occupancy rate dia sudah hampir penuh 92.5 peratus sekarang ini, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi oleh itu buat masa ini pihak JKR dalam proses melaksanakan survey ke atas tapak projek ini dan seterusnya akan menyediakan Preliminary Detailed Abstract

(PDA) bagi projek. Selepas kos Preliminary Detailed Abstract (PDA) dimuktamadkan, projek ini perlu juga melalui proses value management yang merangkumi proses value assessment dan value engineering iaitu proses pengurusan nilai bagi semua projek yang melibatkan kos yang melebihi RM50 juta.

Selepas skop dan kos dimuktamadkan berdasarkan daripada keputusan value management, pihak KKM perlu mendapatkan kelulusan kos yang dimuktamadkan berkenaan daripada pihak Unit Perancang Ekonomi sebelum ditandai oleh JKR dan jangkaannya akan ditandai pada awal 2018 dalam lingkungan bulan April dan surat diterima dijangka dalam bulan November dan projek mula kerja akan dijalankan pada awal 2019.

Tuan Yang di-Pertua, hospital ini mempunyai 108 katil dengan kemudahan wad multidisiplin lelaki 28 katil, wad multidisiplin wanita 28 katil, wad obstetrik 28 katil, wad kanak-kanak 20 katil, ICU dan high dependency ward 4 katil, dua dewan bedah, Jabatan Kecemasan, klinik pakar, pusat hemodialisis, makmal, Jabatan X-ray, Jabatan Rehabilitasi, farmasi, CHSD dan juga kuarters, Tuan Yang di-Pertua. Projek ini mengikut arahan MOF akan dijalankan melalui tender terhad melibatkan 10 syarikat, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar

[Pembesar suara tidak berfungsi]

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Gunakan mike sebelah- Yang Berhormat Sibuti.

final • 11:10 AM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar

Okey, mike ini ada masalah sikit minta maaf. Jadi, perancangan- minta maaf Yang Berhormat Menteri sebab apa tadi mike ini.

Hospital Padang Besar ini terletak di utara Semenanjung. Jadi, kalau boleh maknanya keperluan mendesak penduduk di kawasan tersebut, kita harap permintaan supaya dipercepatkan sedikit Hospital Padang Besar ini.

Kalau boleh, adakah perancangan pihak Kementerian Kesihatan kerana di utara Semenanjung ini tidak ada pakar contohnya pakar jantung dan pakar mata. Adakah perancangan pihak Kementerian Kesihatan untuk kita selain daripada hospital, kita wujudkan institusi pakar ataupun pusat pakar di hospital tersebut supaya penduduk di kawasan utara ini dapat memanfaatkan mereka dari segi kalau kata sakit jantung terdesak kecemasan jantung ataupun mata dan sebagainya? Oleh sebab kita lihat hospital yang canggih sikit yang terletak di utara adalah di Pulau Pinang sahaja kan.

Kawasan di Padang Besar ini kita lihat apabila ada kecemasan seperti jantung mereka terpaksa bergegas ke hospital di Hatyai di mana jaraknya lebih kurang ambil masa 45 minit. Jadi itulah soalan saya kalau ada apa-apa perancangan ataupun perlu kerjasama dengan pihak swasta untuk mewujudkan pakar dengan kerjasama hospital tersebut. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah menjawab tadi iaitu proses untuk menjalankan projek ini dia terpaksa melalui proses yang sama seperti projek yang lain tetapi kita akan cubalah untuk mempercepatkan seperti tentang proses tender boleh dipercepatkan dan proses mendapatkan surat setuju terima boleh dipercepatkan. Kita cubalah sedaya upaya tetapi yang penting request daripada Yang Berhormat Padang Besar memang amat munasabahlah supaya ia ditempatkan pakar- pakar.

Memang pada peringkat awal mungkin kita akan cuma sediakan doktor biasa bukan pakar tetapi akan ada doktor lawatan yang melawat tiap-tiap berkala. Akan tetapi apabila kepakaran kita cukup, pakar-pakar kita cukup, mungkin kita boleh jadikan hospital ini sebagai hospital pakar minor yang kepakarannya terhad kepada tujuh jenis pakar pada masa yang akan datang.

8 Dr. Ong Kian Ming [Serdang] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, tanggungjawab pihak kementerian sebagai salah satu penganjur acara larian antarabangsa "Malaysia Marathon" dan tindakan yang sedang dan akan diambil untuk mengelakkan pembatalan acara larian yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri seperti Malaysia Marathon 2017 dan Half-Marathon Hijau Melaka Ku Sayang 2017.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Datuk M. Saravanan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat acara Malaysia Marathon 2017 merupakan acara sukan anjuran Wisdom Sports Group yang dilantik oleh Chinese Athletic Association, dengan izin, yang mentadbir urus penganjuran sukan bagi pihak Kerajaan Republik China.

Republik Rakyat China bersama rakan strategik dari Malaysia iaitu Wisdom Sports Malaysia Sdn. Berhad. Disebabkan cadangan larian maraton antarabangsa adalah untuk mengeratkan salah satu misi One Belt One Road, dengan izin, yang dilancarkan oleh kerajaan Republik Rakyat China iaitu People Movement, satu memorandum persefahaman telah ditandatangani di Beijing, China di mana pihak Wisdom Sports Group perlu membawa seramai 5,000 pelari maraton dari negara China.

Walau bagaimanapun, Wisdom Sports Group telah gagal memenuhi syarat memorandum persefahaman dan pihak Wisdom Sports Malaysia Sdn. Berhad. terpaksa membatalkan acara maraton tersebut. Untuk tujuan rekod, saya ingin memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa pembatalan acara Malaysia Marathon yang telah dibuat oleh Wisdom Sports Malaysia Sdn. Berhad tersebut tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada Kerajaan Malaysia. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada seksyen 33, Akta Pembangunan Sukan [Akta 576] yang mana menyatakan bahawa, “Tiada seorang yang boleh membuat tawaran untuk menjadikan tuan rumah bagi apa-apa acara sukan antarabangsa tanpa kelulusan bertulis Menteri” dan juga seksyen 36, akta yang sama yang mengatakan bahawa, “Sebuah syarikat tidak boleh menjalankan apa-apa acara sukan tanpa mendapatkan kelulusan ataupun daripada pesuruhjaya sukan di bawah akta ini.”

final • 11:10 AM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Jadi saya hendak tanya Menteri, adakah Wisdom Group ini mendapatkan persetujuan secara bertulis daripada Pesuruhjaya Sukan dan juga Menteri untuk acara Malaysia Marathon? Jikalau ada, apakah proses verifikasi yang telah dijalankan oleh Pesuruhjaya Sukan dan juga pihak kementerian untuk mengesahkan bahawa Wisdom Group ini memang ada kebolehan untuk menjalankan satu sukan yang begitu besar di Malaysia yang melibatkan 5,000 orang peserta dari negara China? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk M. Saravanan

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, seksyen 34, Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] telah menetapkan bahawa badan sukan hendaklah memastikan penganjuran acara sukan mengikut kaedah dan garis panduan yang diiktiraf oleh semua badan pengelola dan pengawalseliaan bagi sukannya dalam semua perkara.

final • 11:20 AM

Datuk M. Saravanan

Selain itu, seksyen 36 [Akta 576] menyatakan bahawa sebuah syarikat tidak boleh menjalankan apa-apa acara sukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada pesuruhjaya.

Pihak penganjur Malaysia Marathon itu juga telah mengambil tindakan untuk memulangkan kembali sepenuhnya bayaran penyertaan kepada para peserta yang mendaftar dalam tempoh 30 hari bekerja. Kelulusan telah diberikan, mereka telah bekerja dengan Ministry of Tourism untuk menjalankan aktiviti, bukan melalui Pesuruhjaya Sukan.

Seterusnya Ahli Yang Berhormat, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan ataupun Pesuruhjaya Sukan hanya boleh mengambil tindakan apabila ada aduan secara rasmi, bukan melalui Facebook dan sebagainya.

Akan tetapi setakat ini, Kementerian Belia dan Sukan ataupun Pesuruhjaya Sukan tidak pernah menerima sebarang aduan daripada mana-mana peserta. Maka ini menjadi sukar kepada kita untuk mengambil tindakan seterusnya.

final • 11:20 AM

9. Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, adakah pihak kementerian bercadang untuk memasang lampu jalan di sepanjang Lebuhraya Pasir Gudang bagi mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering berlaku akibat keadaan jalan raya yang gelap.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang di atas soalan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lebuhraya Pasir Gudang sepanjang 29.8 kilometer, sebahagiannya sedang dalam proses naik taraf daripada empat lorong dua hala kepada enam lorong dua hala secara berperingkat mengikut keutamaan. Bagi fasa 1 sepanjang tujuh kilometer yang telah siap kerja naik taraf dan dibuka pada bulan Mei 2016. Pemasangan lampu jalan adalah di kawasan persimpangan sahaja sepanjang empat kilometer. Kawasan yang tidak berlampu adalah sepanjang tiga kilometer, bermula dari kawasan JB Tebrau 1 sehingga ke persimpangan Kawasan Perindustrian Tebrau 2.

Bagi fasa 2 pula yang sepanjang tujuh kilometer, pemasangan lampu jalan adalah termasuk dalam skop kerja, skop kontrak kerja naik taraf iaitu dari persimpangan Plentong ke persimpangan Bandar Seri Alam/Taman Rinting yang kini sedang dalam pembinaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, cadangan naik taraf fasa 3 yang juga sepanjang tujuh kilometer, kini sedang dalam peringkat perancangan yang pelaksanaannya tertakluk kepada peruntukan agensi pusat turut merangkumi skop pemasangan lampu jalan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya hendak tanya spesifik ini Yang Berhormat Menteri kerana saya sudah suarakan perkara ini sejak tahun 2014 dan jawapannya hampir sama setiap kali.

Pertama sekali, kawasan gelap adalah FT17 Lebuhraya Pasir Gudang melalui Permas Jaya ke Taman Rinting, saya mohon sejak tahun 2014 melalui projek naik taraf fasa 1. Jadi, bila hendak dipasang? FT35, Jalan Pantai kawasan yang gelap dari persimpangan Kota Puteri ke Pasir Gudang juga Kampung Pasir Gudang baru yang di mana setiap minggu berlaku kemalangan dan akhirnya wakil rakyat menjadi mangsa.

Kalau hendak tunggu sampai semua fasa siap, bilalah agaknya jalan-jalan ini, lampu- lampu ini dapat dipasang. Ini kerana lampu dipasang di tengah-tengah pengadang jalan, bukannya kepada jalan yang baru dilebarkan.

Mohon jawapan dan tindakan segera kerana orang Pasir Gudang menanti lampu-lampu ini disediakan untuk keselamatan jalan raya mereka. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang yang sering memperjuangkan apa yang berlaku di kawasan beliau.

final • 11:20 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bagi menjawab persoalan Yang Berhormat bangkitkan, izinkan saya untuk menyatakan di sini bahawa Permas Jaya ke Taman Rinting Yang Berhormat dan juga jalan Yang Berhormat bangkitkan iaitu Kota Puteri ke Pasir Gudang merupakan Jalan Persekutuan FT35, Yang Berhormat ya kedua- duanya.

Buat masa ini Yang Berhormat, sebenarnya tidak ada permohonan daripada JKR negeri Johor. Namun begitu, pihak kementerian akan menyusul perkara ini dan kita pun sudah memulakan engagement, dengan izin, dengan JKR negeri untuk memastikan apa Yang Berhormat bangkitkan pada hari ini dan sebelum ini akan diambil tindakan sewajarnya.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, bagi jalan, keadaan jalan ini di kawasan Kampung Pasir Gudang baru iaitu di bawah FT35 juga Yang Berhormat bangkitkan, terutama sekali jalan-jalan yang berlubang, kementerian memberi perhatian yang serius tentang perkara ini Yang Berhormat.

Seperti yang berlaku semalam di bawah Peraturan Mesyuarat 17, Yang Berhormat juga membangkitkan perkara yang sama dan untuk pengetahuan Yang Berhormat, bagi tahun 2015 sehingga tahun 2017, kementerian sebenarnya telah membelanjakan sebanyak RM4.7 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan. Namun Yang Berhormat, kita mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sama ada di sesi ini ataupun sebelum ini, insya-Allah kita akan ambil makluman dan juga akan bekerjasama dengan JKR negeri Johor untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

10. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, tindakan terhadap pindaan Akta Kerja 1955 yang telah dilaksanakan penambahbaikan apabila TPPA dipersetujui, namun masih belum dibentangkan.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam negaraku Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan, walaupun Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau TPPA, Kementerian Sumber Manusia (KSM) tetap akan meminda 9 atau 10 akta perburuhan di bawah bidang kuasa jabatan dan agensi di bawahnya termasuklah Akta Kerja 1955. Kementerian Sumber Manusia berpendapat pindaan sedemikian perlu dibuat untuk meningkatkan standard perburuhan di Malaysia supaya selari dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan memastikan undang-undang tersebut bertepatan dengan keperluan dan perkembangan semasa.

Tuan Yang di-Pertua, 9 atau 10 pindaan yang melibatkan bidang-bidang penguatkuasaan di bawah Akta Keselamatan Pekerja 1998, Akta Perhubungan Perusahaan 1967; Akta Kerja 1955; Akta Pasport 1966; Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990; Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981; Akta Antipemerdagangan Orang 2007; Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan); Ordinan Buruh Sabah (Cap.67); dan Ordinan Buruh Sarawak (Chapter 76) dan dalam Bab Buruh, Bab XIX.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan tersebut masih belum dibentangkan di Parlimen kerana KSM masih lagi meneliti cadangan pindaan yang telah dikemukakan semasa beberapa sesi libat urus yang terlibat dengan pihak-pihak yang berkewajipan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan daripada Timbalan Menteri namun persoalan saya ialah, apakah tindakan kementerian untuk penambahbaikan terutama sekali bila Timbalan Menteri mengatakan Amerika menarik diri, benda ini sudah jadi slow. Akan tetapi untuk pengetahuan Timbalan Menteri, benda ini sudah pun berlalu begitu lama.

Terima kasih pindaan itu dilakukan.

final • 11:20 AM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Saya mengambil contoh sebagai seperti mana Yang Amat Berhormat Pekan mengumumkan 90 hari cuti bersalin, pindaan itu perlu dibuat untuk diimplementasikan pada 1 Januari 2018. Akan tetapi setakat ini hingga hari ini dan esok, tidak kedapatan pindaan itu dibuat. Maka, tidak boleh dilakukan pada 1 Januari 2018.

final • 11:20 AM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Maka soalan saya yang major issue sekarang ini ialah, apakah tindakan kementerian untuk menyegerakan bilamana implementasi itu tidak boleh dilaksanakan bila pindaan itu tidak boleh dilakukan terutama sekali di bawah seksyen 37, Akta Kerja 1955? Ianya perlu disegerakan pindaan itu untuk membolehkan implementasi yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Pekan yang telah dibentangkan dalam bajet yang lalu. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Langat, termasuk juga satu jam boleh balik awal ya, Yang Berhormat Kuala Langat. Ada peluang, Yang Berhormat?

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Sebenarnya kita tidak terikat dengan Amerika dan mana-mana negara. Yang penting, mana undang-undang di bawah kementerian kita. Kita ada banyak, lebih kurang 20 lebih undang-undang yang ada, yang mempunyai kepentingan kepada pekerja kita, kita mesti bela pekerja kita. Kalau ada undang-undang itu yang telah lama dan tidak sesuai lagi dengan keadaan semasa, pindaan mesti dibuat dan perbincangan haruslah dilakukan dengan berbagai-bagai pihak termasuk pekerja, mereka yang berkepentingan, kerajaan dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, kembali kepada persoalan cuti bersalin 60 hingga 90 hari.

Di dalam merealisasikan cadangan pemberian cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari di sektor swasta, perkara ini akan dilaksanakan melalui dua fasa. Kita bergerak, Yang Berhormat Kuala Langat. Fasa pertama iaitu dengan menggalakkan majikan untuk memberikan cuti bersalin 90 hari kepada pekerja wanita dalam sektor swasta terutamanya dalam syarikat GLC. Dalam tempoh ini, sesi libat urus akan diadakan bagi mendapat pandangan dan maklum balas daripada stakeholders, dengan izin.

Fasa kedua pula akan diteruskan dengan membuat pindaan ke atas peruntukan seksyen 37 Akta Kerja 1955, seksyen 83, Ordinan Buruh Sabah (Bab 67), seksyen 84, Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) bagi mewajibkan cuti bersalin 90 hari ini dilaksanakan.

Peruntukan undang-undang sedia ada tidak menghalang mana-mana majikan untuk memberikan kemudahan cuti dan elaun bersalin yang lebih baik kepada pekerjanya. Malah, perlindungan yang lebih baik juga boleh dirundingkan di antara kesatuan sekerja dan majikan untuk dimasukkan di dalam perjanjian bersama masing- masing. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Baiklah, Yang Berhormat, tamat sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.

[Masa untuk Pertanyaan pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:32 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:32 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN (NO. 2) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Wira Othman bin Aziz

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan, saya ingin mengalu-alukan kehadiran bersama gabungan JKKK daripada Parlimen Jerlun, Kedah bersama kita dalam Dewan ini [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967; Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976; dan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014 dibacakan kali yang kedua sekarang.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Silakan.

final • 11:34 AM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2017 yang dicadangkan adalah bagi membolehkan pelaksanaan langkah percukaian yang diumumkan dalam Bajet 2018 di samping melaksanakan keputusan kerajaan berkenaan penambahbaikan pentadbiran cukai yang memerlukan pindaan kepada akta-akta tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini mempunyai 25 fasal yang dibahagikan kepada lima bab seperti berikut.

final • 11:34 AM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Bab I – Permulaan. Dalam bab permulaan, terdapat dua fasal seperti berikut.

Fasal 1 menyatakan tajuk ringkas akta ini iaitu dikenali sebagai Akta Kewangan (No. 2) 2017.

Fasal 2 menerangkan tujuan rang undang-undang ini iaitu untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 dan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014.

Bab II – Pindaan kepada Akta Cukai Pendapatan 1967.

Bab II yang terdiri daripada 12 fasal iaitu fasal 3 hingga 14 adalah bertujuan untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967 seperti berikut.

Fasal 3 bertujuan menyatakan tarikh kuat kuasa bagi pindaan yang dibuat ke atas akta tersebut.

Fasal 4, 7 dan 8 mula berkuat kuasa dari tahun taksiran 2019.

Fasal 5, 9, 10, 13 dan 14 disifatkan mula berkuat kuasa apabila berkuat kuasanya akta ini.

Fasal 6 dan 12 disifatkan mula berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2018.

Fasal 11 disifatkan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2018.

Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu 21A(3A) yang menghendaki supaya syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau pertubuhan koperasi memaklumkan Ketua Pengarah mengenai pertukaran tempoh perakaunannya.

Fasal 5 bertujuan meminda subseksyen 44(12) bagi menjelaskan bahawa tempoh asas bagi tahun taksiran perkongsian liabiliti terhad adalah sama bagi maksud subseksyen (6), (6A), (8) dan (11) di bawah Akta 53.

Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 60AA seperti berikut:

(a) menggantikan subperenggan 60AA(9)(b)(iii) dan 60AA(10)(b)(iii) dengan peruntukan baharu bagi menjelaskan perluasan skop potongan perbelanjaan pengurusan kepada apa-apa fi boleh terima lain bagi penentuan pendapatan larasan di bawah subseksyen 60AA(9) dan (10); dan

(b) memasukkan peruntukan baharu subseksyen 60AA(10B) bagi menjelaskan formula pengiraan perbelanjaan pengurusan yang akan diberi potongan daripada mana-mana fi yang boleh diterima lain.

Fasal 7 bertujuan untuk memasukkan subseksyen 107C(11B) baharu yang berbangkit dari subseksyen baharu 21A(3A). Peruntukan ini adalah bagi menjelaskan bahawa apa-apa kenaikan dan jumlah yang dikenakan di bawah seksyen 107A adalah kekal dan dianggap cukai kena dibayar kepada kerajaan sekiranya syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau pertubuhan koperasi gagal memaklumkan pertukaran tempoh perakaunan kepada Ketua Pengarah seperti termaktub di bawah subseksyen baharu 21A(3A).

Fasal 8 bertujuan untuk memasukkan subseksyen 112(3A) baharu yang berbangkit dari subseksyen baharu 21A(3A). Ia bagi menjelaskan bahawa apa-apa penalti yang dikenakan di bawah subseksyen 112(3) adalah kekal sekiranya syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah ataupun pertubuhan koperasi gagal memaklumkan pertukaran tempoh perakaunan kepada Ketua Pengarah seperti termaktub di bawah subseksyen baharu 21A(3A).

Fasal 9 bertujuan untuk meminda subseksyen 120(1) dengan memasukkan perenggan baharu (i) bagi menjelaskan bahawa adalah suatu kesalahan sekiranya gagal memaklumkan pertukaran tempoh perakaunan seperti yang dikehendaki di bawah subseksyen baharu 21A(3A).

final • 11:34 AM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Fasal 10 bertujuan untuk meminda subseksyen 127(5) bagi mengadakan peruntukan bayaran balik cukai pegangan ke atas pendapatan yang diagihkan oleh amanah pelaburan harta tanah kepada pemegang unit jika pemegang unit itu dikecualikan cukai.

Fasal 11 bertujuan untuk memotong subseksyen 140A(4). Dengan ini peruntukan berkaitan dengan permodalan tipis bagi bantuan kewangan antara orang berkaitan dimansuhkan. Pindaan ini juga adalah selaras dengan pengumuman kerajaan untuk memperkenalkan Earning Stripping Rules, dengan izin, mulai tahun taksiran 2019.

Fasal 12 bertujuan untuk meminda Perenggan 1, Bahagian I, Jadual 1 bagi mengurangkan kadar cukai yang akan dikenakan ke atas pendapatan individu yang boleh dikenakan seperti berikut:

(a) dengan memotong 5 peratus kepada 3 peratus bagi banjaran pendapatan antara RM2001 hingga RM35,000;

(b) memotong 10 peratus kepada 8 peratus bagi banjaran pendapatan antara RM35,001 hingga RM50,000; dan

(c) dengan memotong 16 peratus kepada 14 peratus bagi banjaran pendapatan antara RM50,001 hingga RM70,000.

Fasal 13 bertujuan untuk meminda perenggan 61A(5), Jadual 3 bagi menjelaskan pengiraan yang akan terpakai dalam menentukan baki perbelanjaan aset dalam tahun taksiran selepas aset tersebut diklasifikasikan sebagai dipegang untuk jualan.

Fasal 14 bertujuan untuk meminda subperenggan 33(b), Jadual 6 bagi memotong definisi “penghibur awam”. Pindaan ini berbangkit daripada pindaan ke atas seksyen 2, Akta 53 yang telah dibuat dalam Akta Kewangan 2017 [Akta 785] bagi menjelaskan takrif ‘penghibur awam’ yang baharu.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. Bab III yang terdiri daripada empat fasal iaitu fasal 15 hingga 18 adalah bertujuan untuk meminda Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah seperti berikut.

Fasal 15 bertujuan menyatakan tarikh kuat kuasa bagi pindaan yang dibuat ke atas akta tersebut.

Fasal 16, 17 dan 18 mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2018.

Fasal 16 bertujuan untuk meminda seksyen 21B bagi memasukkan peruntukan baharu (1A). Peruntukan baharu ini bagi menjelaskan jumlah yang dipegang simpan berhubung dengan pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai melibatkan pelupus bukan warganegara dan juga bukan pemastautin tetap adalah sebanyak 7 peratus.

Fasal 17 bertujuan untuk meminda perenggan 3 dan 16, Jadual 2 seperti berikut;

(a) meminda perenggan tiga dengan menomborkan semula sebagai subperenggan (1). Memasukkan subperenggan (2), menjelaskan bahawa transaksi pindah milik aset disifatkan sebagai harga pelupusan sama dengan harga perolehan, dengan izin, no gain no loss jika aset yang hendak dilupuskan itu adalah:

(i) antara suami isteri yang berstatus warganegara; atau

(ii) aset yang dimiliki oleh individu, isteri dan orang berkaitan yang berstatus warganegara kepada syarikat terkawal.

(b) meminda subperenggan 16(a) bagi menjelaskan bahawa tarikh pelupusan bagi kontrak bersyarat adalah pada tarikh kelulusan oleh Kerajaan Malaysia atau kerajaan negeri sahaja.

final • 11:40 AM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Fasal 18 bertujuan untuk meminda Bahagian III, Jadual 5 bagi menjelaskan bahawa kadar cukai di bawah Bahagian III turut dikenakan bagi pelupusan harga tanah pusaka si mati yang bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014. Bab IV yang terdiri daripada 5 fasal iaitu fasal 19 hingga 23 adalah bertujuan untuk meminda Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 seperti berikut:

Fasal 19 bertujuan untuk memaklumkan bahawa fasal 20, 21, 22 dan 23 mula berkuat kuasa apabila berkuat kuasanya akta ini.

Fasal 20 bertujuan untuk meminda perenggan 22(3)(a) bagi menetapkan bahawa pembekalan barang yang telah atau akan dibekalkan oleh mana-mana orang akibat pemberhentian perniagaan, nilai pembekalan itu tidak diambil kira dalam penentuan nilai threshold. Fasal 21 bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu 43(1A) untuk membenarkan Ketua Pengarah Kastam membuat taksiran ke atas mana-mana orang selain orang kena cukai di bawah seksyen 42.

Fasal 22 bertujuan untuk meminda seksyen 64 untuk meluaskan ketidakpakaian akta GST kepada apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan. Dengan pindaan ini semua pembekalan yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan tidak akan dikenakan GST.

Fasal 23 bertujuan untuk meminda perenggan dua, jadual dua untuk menjadikan pembayaran levi pembangunan sumber manusia di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia 2001 oleh majikan sebagai bukan pembekalan barang atau perkhidmatan.

Melalui pindaan ini, levi pembangunan sumber manusia yang telah dibayar oleh majikan tidak tertakluk kepada GST.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada Akta Kewangan 2013. Bab V yang terdiri daripada dua fasal iaitu fasal 24 hingga 25 adalah bertujuan untuk meminda Akta Kewangan 2013 seperti berikut; Fasal 24 bertujuan menyatakan tarikh kuat kuasa bagi pindaan yang dibuat ke atas akta tersebut.

Fasal 25 mula berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2018. Fasal 25 bertujuan untuk meminda subseksyen 23(7) bagi melanjutkan masa bagi tuntutan potongan peribadi sehingga RM6,000 bagi deposit yang dimasukkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional sehingga tahun taksiran 2020.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Henry Sum Agong

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 dan Akta Kewangan 2013 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Sila.

final • 11:40 AM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Nampaknya saya seorang Tuan Yang di- Pertua [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua ada sore throat ya? Saya harap Tuan Yang di- Pertua akan lebih baik sekejap nanti ya. Baik, dalam isu ini rang undang-undang ini terbahagi kepada tiga perkara yang agak besar dan satu perkara kecil. Ketiga-tiga perkara besar ini adalah mengenai income tax, dengan izin, Real Property Gains Tax, goods and services tax (GST), manakala perkara kecil adalah mengenai Finance Act. Saya prihatin bahawa pindaan kepada perkara income tax banyak memberi fokus kepada isu accounting period dan pindaan ini akan mula berkuat kuasa pada tahun penilaian 2018 dan juga tahun selepas itu.

final • 11:47 AM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Saya ingin tahu, apakah matlamat utama, the purpose kerajaan untuk membuat pindaan ini. Adakah banyak syarikat yang menyalahgunakan accounting period dan main tukar-tukar accounting period sehingga hasil daripada cukai pendapatan tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh kerajaan.

Soalan ringkas saya ialah dengan adanya pindaan fasal 4, 5 dan 7, berapakah kerajaan boleh menambah hasil cukai pendapatan daripada syarikat? Saya juga memerhati bahawa terdapat fasal baru khasnya fasal 6 di mana skop potongan perbelanjaan diperluaskan. Tidakkah tindakan ini akan mengurangkan pendapatan cukai kerajaan? Itu soalan. Saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan apakah impak pindaan ini kepada kedudukan fiskal kerajaan keseluruhannya.

Saya juga merujuk kepada fasal 10 di mana perkara withholding tax ataupun bayaran balik cukai pegangan memberi kelonggaran kepada pemegang unit amanah pelaburan harta tanah. Adakah kerajaan bertujuan untuk menggalakkan pelaburan harta tanah ataupun real estate investment trust? Saya tidak faham logik di bawah fasal 10, biasanya fasal-fasal kita bawa ini untuk menambahkan cukai tetapi nampaknya ini ada kelonggaran.

final • 11:47 AM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Lagi, apa yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Pekan, kekurangan kadar cukai kepada individu, di mana 2 peratus dikurangkan daripada golongan yang mempunyai pendapatan di antara RM20,001 ke RM70,000 setahun. Saya ingin meminta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan data terperinci yang Yang Berhormat Pekan bentangkan semasa bajet tentang 2 percent reduction ini. Saya juga hendak tahu berapakah pembayar cukai yang terlibat ataupun yang boleh enjoy 2 percent exemption ini? Berapakah pada keseluruhannya kekurangan fiskal cukai pendapatan individu akibat pindaan ini? How much will be saved or how much will be forgone by the Federal Government in terms of collection?

Adakah ini menimbulkan kekurangan sebanyak RM100 juta, RM1 bilion ataupun RM2 bilion ya? A specific figure kalau boleh. Now, soalan dasar saya, sebab ini isu peringkat dasarlah. Saya hendak tahu, perkara yang paling merunsingkan saya adalah pembayar cukai individu adalah tersangat kecil berbanding dengan populasi pekerja.

The tax base is very small. I’m sure the Minister understands. Saya faham terdapat lebih kurang 14 juta orang pekerja di Malaysia dan pembayar income tax yang difailkan adalah sebanyak 4 juta orang. Akan tetapi cuma 1 juta orang yang membayar. Cuma 1 juta orang yang membayar. 4 juta orang yang failkan, hanya 1 juta orang yang membayar. Ini mengikut data ataupun jawapan daripada kerajaan pada tahun 2013. Saya hendak tahu, berapakah jumlah orang yang membayar cukai pendapatan individu ini? Yang Berhormat Penampang? Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:50 AM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Tuan Yang di-Pertua, boleh?

Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Silakan.

final • 11:50 AM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih juga Yang Berhormat Kelana Jaya. Yang Berhormat Kelana Jaya, boleh setujukah Yang Berhormat Kelana Jaya bahawa kerajaan sepatutnya memberikan kita breakdown juga? Siapakah atau negeri manakah yang membayar terbesar cukai di Persekutuan ini?

Saya ingin tanya, berapa banyakkah pembayar cukai di Sabah dan bolehkah pembayar cukai ini dipecahkan melalui kaumnya? Contohnya, orang Kadazan kah, orang Cina kah, orang Bajau, orang Melayu, supaya kita dapat data yang lebih terperinci?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih kepada kawan baik saya Yang Berhormat Penampang. Itu adalah soalan yang baik dan kalau boleh ditambahkan di dalam ucapan saya ini. Oleh sebab Yang Berhormat Penampang menimbulkan satu isu, kita selalu tertanyalah, Pulau Pinang bayar berapa, Selangor bayar berapa? Kalau boleh itu Yang Berhormat Menteri, berikan data mengikut corporation dan juga individu. Dalam isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Penampang tadi, saya hendak tambahkan sedikit dan mengikut secara kaumlah.

final • 11:50 AM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Contohnya orang Cina bayar berapa, orang Melayu bayar berapa, orang India bayar berapa. Oleh sebab bagi saya, Kadazan juga. Orang Kadazan juga bayar berapa dan juga orang Iban lah. Jadi, saya hendak tahu, kalau boleh diberikan data-data ini sebab saya banyaklah kalau kita dengar di dalam kaum Cina ini, banyak yang kata orang Cina bayar semua, 99 percent of the tax. Itu memang tidak benar.

Saya rasa dalam isu perkauman ini, kita lebih baik buat secara transparent. So that, you can stop these kind of nonsense. Saya tujukan, saya continuelah perbahasan saya. Saya hendak tahu, saya hendak minta juga kerajaan untuk memberikan jumlah syarikat yang membayar income tax? Pada tahun 2013, kerajaan memberitahu kita terdapat 450,000 buah syarikat yang berdaftar, namun hanya 75,000 buah syarikat yang membayar.

So, kalau boleh itu bagi updated numbers daripada tahun 2013 sehingga hari ini lah, tahun 2017 atau pun sekurang-kurangnya tahun 2016. How many corporations actually pay any tax in Malaysia? Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada isu Real Property Gains Tax (RPGT) kerana saya kurang faham apa sebenarnya matlamat di bawah pindaan 21B ini, di mana seorang yang menjual hartanah perlu memberikan wang yang dipegang simpan ataupun retention sum sebanyak 7 peratus?

Saya difahamkan, ini adalah untuk penjual yang berwarganegara bukan Malaysia. Retention sum ini, bagi warga negara Malaysia cuma 3 peratus. Adakah tujuan ini untuk discourage foreign buyers? Soalan saya, apakah impak kepada property market yang kini begitu tertekan. I think this is the lowest period in Malaysia in the last ten years, dengan izin, ya, the lowest period for the housing market. Oleh yang demikian, saya ingin mendengarkan penjelasan penuh apakah impak sebenarnya Fasal 16 terhadap seksyen 21B, RPGT Act 1976.

Pada dasarnya, fungsi RPGT ialah untuk menghentikan spekulasi dalam pasaran hartanah. Oleh yang demikian, saya ingin Yang Berhormat Menteri menjelaskan, adakah Menteri mengkaji semula pengumuman kementerian menghadkan penjualan hartanah mewah? Terutamanya dan tidak masuk logik ialah hartanah 1MDB tidak ada had. Skandal 1MDB adalah skandal terbesar di dunia. Itu kita semua tahu.

Sekarang, Kementerian Kewangan adalah tuan punya penuh skandal itu.

Jadi, bagaimanakah ini bukan satu hypocrisy yang besar sekali sekiranya kementerian mengehadkan pemaju-pemaju lain tetapi untuk 1MDB tidak payah. Can you, dengan izin, on the one hand you tell the market that will to impose restrictions on luxury property. But, for 1MDB you allow 100 percent? Total freedom, without limitation. Tuan Yang di-Pertua, saya menuju kepada subject favourite Yang Berhormat Bagan Serai.

Yang Berhormat Bagan Serai tiada, okey. GST.

Selain daripada cheerleader utama GST, Yang Berhormat Bagan Serai, saya juga hendak memberikan pengiktirafan kepada jaguh GST iaitu Yang Berhormat Pontian, semasa dia menteri he went on taking your post. Saya rasa mereka masih dalam dunia fantasilah, di mana mereka masih percaya harga barang turun selepas 6 peratus naik GST. Pindaan GST ini semuanya teknikal.

Bagi Fasal 20, dengan mengambil kira tentang berlakunya pemberhentian perniagaan, saya hendak menanyakan kepada Yang Berhormat Menteri, jika perniagaan telah berhenti, namun GST masih diambil, apakah impak pindaan ini kepada keseluruhannya GST collections? Ini pembacaan saya lah tentang Fasal 20 ini. Soalan dasar saya ialah, saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri sama ada Institusi World Bank ataupun IMF ada membuat apa-apa recommendations untuk meningkatkan atau menurunkan kadar GST?

But I, saya tanyakan soalan ini kerana saya dengar rumor daripada financial circles memang terdapat satu recommendation daripada World Bank untuk meningkatkan kepada 7 peratus. Kalau World Bank atau IMF ada membuat recommendations, apakah kadar GST yang disyorkan? Kalau ada lah. Saya juga ingin tahu daripada segi dasar, adakah Yang Berhormat Menteri akan memberikan ketetapan bahawa GST tidak akan dinaikkan tahun depan selepas pilihan raya?

final • 11:50 AM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada perkara terakhir, perkara yang kecil ini adalah tentang Finance Act. Saya cuma ingin mengatakan fasal 30 ini adalah satu perkara yang baik dan boleh menolong Skim Pendidikan Simpanan Nasional. Itu sahaja lah perbahasan saya pada hari ini. Saya menunggu jawapan daripada Yang Berhormat Menteri dan saya akan pada masa ini menolaklah rang undang-undang ini. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila. Dari sebelah kanan tiada? Sila. Kalau tiada saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Sila, Yang Berhormat Menteri. Jawab.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Wira Othman bin Aziz

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya yang satu-satunya lah bangun untuk membahaskan pembentangan Akta Kewangan pada kali ini. Yang Berhormat telah pun membangkitkan beberapa isu iaitu berkaitan dengan counting period, matlamat utama dan sebagainyalah. Untuk makluman Dewan dan Yang Berhormat, kita selaraskan tempoh asas bagi tempoh untuk perakaunan ini adalah untuk kita pastikan bahawa mereka perlu melaporkan kepada Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk kita selaraskan dalam borang nyata cukai pendapatan dan sebagainyalah.

Jadi, ini bertujuan adalah untuk kita pastikan bahawa skop pemakaian dan semuanya adalah tersusun dan teratur supaya tidak timbul isu-isu yang berkaitan dengan bayaran cukai yang tidak cukup ataupun bayaran cukai yang tertangguh dan sebagainya.

Jadi, ini lebih kepada kita hendak selaraskan accounting period syarikat ataupun semua yang terlibat itu supaya tidak timbul isu-isu yang berkaitan dengan yang saya sebutkan tadi.

Fasal 6 berkaitan dengan potongan yang diluaskan skopnya dan impak yang terjadi. Untuk makluman Yang Berhormat dan juga makluman Dewan, peruntukan semasa bagi potongan skop perbelanjaan fi boleh terima ini, terutama sekali kepada pengendali takaful. Jadi, ia melibatkan fi wakalah dan juga apa-apa fi yang boleh diterima dan dalam semuanya belanja mengurus.

final • 11:58 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Wira Othman bin Aziz

Kemudian, secara prinsipnya belanja mengurus bagi pendapatan apa-apa fi boleh diterima berhubung dana am, dana takaful, alir semula masuk, dana luar pesisir atau takaful semula keluarga dan juga dana pelaburan, dana keluarga boleh dibenarkan sebagai potongan. Namun peruntukan semasa tidak membenarkan.

final • 12:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Menteri, penjelasan boleh?

final • 12:00 PM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Sekejap, sekejap Yang Berhormat. Jadi cadangan yang kita buat adalah untuk meminda sub perenggan 60A ini bagi tujuan memanjangkan skop potongan perbelanjaan kepada apa-apa fi boleh diterima yang termasuk dalam pendapatan larasan di bawah subseksyen 60AA(9) dan (10) ini. Pindaan ini adalah untuk melayakkan pengendali takaful menuntut bahagian belanja mengurus yang berkaitan dengan fi yang boleh diterima. Kemudian, fi wakalah berkenaan dana am, dana takaful semua ini juga boleh dituntut. Jadi ini sebenarnya memberikan kelebihan kepada pengendali takaful ini. Silakan.

final • 12:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak balik kepada soalan pertama itu tentang isu accounting period. Soalan saya sebenarnya ialah tentang, apakah impak fiskalnya dan juga sama dengan isu tentang fi skop potongan. Kedua-dua adalah soalan tentang apakah impak fiskal? Adakah ini merugikan kerajaan sebanyak RM100 juta, RM10 juta. Saya rasa Yang Berhormat Menteri tidak bolehlah menjawab secara spesifik sebab memang pada hari ini tidak ada debate orang lain ya. Kalau boleh itu bagi saya jawapan bertulis. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat saya kena beri jawapan bertulis sebab I don’t have the figure now. Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya.

final • 12:00 PM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Seterusnya Yang Berhormat Kelana Jaya juga minta supaya berkaitan dengan fasal 10 iaitu berkaitan dengan withholding tax, iaitu berkaitan dengan Akta Cukai Pegangan Harta Tanah. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, untuk kedudukan semasa agihan real estate investment trust (REIT) ini ataupun property trust fund (PTF) di bawah seksyen 61A yang diterima oleh pemegang REIT atau PTF ini selain syarikat pemastautin tertakluk kepada peruntukan cukai pegangan di bawah seksyen 109.

Jadi apa yang kita buat kali ini adalah untuk membolehkan, kalau katalah syarikat pemegang amanah itu yang terlibat dengan pelaburan dalam REIT kemudian dia boleh untuk mendapat pengecualian cukai dan kemudian boleh membuat tuntutan.

Jadi, dia dapat kelebihanlah kepada mereka. Ini bukan satu benda yang memberi tekanan. Jadi kita menggalakkan supaya peruntukan bayaran balik cukai pegangan ini dapat kita berikan balik kepada pemegang ataupun pelabur yang peringkat awal institusi mungkin contoh macam EPF dan sebagainya. Mereka ini dikecualikan daripada cukai hasil daripada perolehan dalam pelaburan REIT tersebut.

Seterusnya berkaitan dengan cukai pendapatan individu ataupun reduction daripada dua peratus mengikut banjaran-banjaran yang diterima itu iaitu berkaitan dengan fasal 12. Fasal 12 ini berkaitan dengan cukai ini. Kita melihat bahawa ia melibatkan golongan M40, selalunya melibatkan golongan M40. Jadi kita hendak supaya mereka dapat lebihan sedikit daripada pemotongan ini untuk take-home pay yang lebih antara RM300 ke RM1,000.

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah pembayar cukai ketika ini 2.3 juta pembayar cukai individu. Jumlah pembayar cukai yang terkeluar hasil daripada langkah yang diambil oleh kerajaan dalam Bajet 2018 ini adalah seramai 261,000 orang. Jumlah foregone loss ataupun kehilangan hasil kepada kerajaan sebanyak RM1.23 bilion.

Kemudian, jumlah golongan M40 iaitu dengan pendapatan antara RM46,800 hingga RM96,000 setahun yang terlibat adalah 124,143 orang.

Kemudian, perubahan kadar cukai ini juga memberi implikasi ke atas tahap pendapatan mula dikenakan potongan cukai berjadual. Contoh macam kita ambil kalau individu, kalau sebelum ini apabila dia punya pendapatan yang kena cukai itu pada RM2,851 tetapi dengan langkah baru ini pendapatannya ditingkatkan sehingga RM3,141 baru mula diarah untuk membuat potongan cukai berjadual (PCB).

Sama juga kalau yang berkahwin contoh berkahwin anak satu, anak dua, anak tiga semua ada dalam jadual, semuanya melihatkan peningkatan kepada kadar tahap permulaan dikenakan potongan cukai berjadual. Contohnya berkahwin anak tiga, kalau dulu RM4,351 ketika ini dengan langkah baru ini ia akan ditingkatkan sehingga RM4,496.

Jadi kita sedar bahawa kita akan kehilangan sebanyak RM1.23 bilion tetapi ini juga akan saya rasa dilaburkan balik, dibelanjakan balik dalam sistem ekonomi yang akan juga melonjakkan lagi aktiviti ekonomi dari semasa ke semasa. Seterusnya...

final • 12:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Menteri, Kuala Krai. Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:00 PM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Silakan.

final • 12:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Saya hendak mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri rasionalnya mengubah tahap pendapatan bulanan dinaikkan sebelum potongan cukai berjadual itu dikenakan. Apa rasionalnya? Ini kerana kalau tidak diatur melalui PCB ini, adakah kementerian menganggap lebih mudah bagi pekerja-pekerja ini membayar cukai secara tunai kah atau macam mana? Saya rasa PCB ini lebih memberikan satu kelegaan kepada pekerja kita. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Memang PCB memberi kelegaan. Ia memang memudahkan semua pihak sebenarnya. Jadi kita arahkan majikan untuk buat PCB. Apa yang saya maksudkan tadi Yang Berhormat Kuala Krai, dalam sebelum ini maksudnya sehingga tahun 2017, mereka yang kena bayar PCB ini tahap pendapatan mula dikenakan potongan cukai ini adalah RM2,851. Akan tetapi apabila kita reduce another two percent ini, pendapatan itu sampai ke peringkat RM3,100. Maksudnya sekarang ini, mulai sekarang maksudnya kita boleh kata bawah RM3,000 tidak perlu bayar, PCB cukai semua. Jadi dengan pengurangan daripada lima ke tiga peratus banjaran ini maka ia lebih meringankan bebanan rakyat, itu maksudnya.

final • 12:00 PM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Selanjutnya untuk makluman Dewan dan juga Yang Berhormat Kelana Jaya, berkaitan dengan pembayar cukai individu. Pembayar cukai individu untuk makluman, sehingga kini jumlah ini saya baca data sehingga tahun 2016. Jumlah tenaga buruh ataupun pekerja 14.6 juta. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri, maknanya dia buka fail dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri ini 12.2 juta. Aktif maksudnya walaupun dia ada fail tetapi dia tidak perlu bayar cukai pun banyak. Jadi yang aktif ini hanyalah 6.9 juta. Kemudian daripada 6.9 juta ini pula yang dikenakan cukai hanya 2.27 juta. Jadi untuk makluman Dewan dan juga Yang Berhormat Kelana Jaya, walaupun kita ada jumlah tenaga buruh berdaftar 14.6 juta tetapi yang membayar cukai hanya 2.2 juta.

Berbalik kepada cukai pendapatan syarikat, sehingga untuk data tahun 2016 juga tahun taksiran syarikat-syarikat yang berdaftar dengan SSM, registered 1.2 million, 1.203 juta dan syarikat yang berdaftar dengan SSM dan berdaftar pula dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri 1.08 juta. Kemudian pembayar cukai aktif, makna syarikat yang membayar cukai aktif ini adalah 747 buah syarikat. Maksudnya dia fail dia punya income tax return. Akan tetapi yang dikenakan cukai hanyalah 168,244 buah syarikat.

Jadi, mungkin daripada mula daftar dengan SSM itu tidak kiralah sama ada dia sole proprietor sampailah ke peringkat sendirian berhad ini daripada 1.2 juta itu rupanya yang bayar- syarikat yang kena bayar cukai ini hanyalah 168,000. Jadi nampak sangatlah bahawa seperti juga cukai individu tadi peratusannya memang rendah. Maksudnya, maka sebab itulah saya rasa kerajaan mengambil langkah untuk membuat consumption tax GST ini supaya siapa yang guna barang-barang yang dikenakan GST, maka dia bayarlah cukai untuk portion yang dia guna.

final • 12:00 PM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Seterusnya untuk IPGT tadi saya sudah sebutkan. Kemudian, berkaitan dengan harta mewah yang disebutkan oleh...

final • 12:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Penampang ada bertanya tentang...

final • 12:10 PM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Kita untuk makluman Dewan lah, memang I cannot give you today. Saya punya boleh bagi dari segi overall individual tax payers ini tetapi dari segi negeri, dari segi keturunan, segmen business semua saya tidak dapat berikan sekarang. Insya-Allah akan bagi dekat Yang Berhormat dan juga Yang Berhormat Penampang secara bertulis.

final • 12:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih banyak. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingat berkaitan dengan Fasal 20. Fasal 20 ini adalah berkaitan dengan threshold iaitu berkaitan dengan GST. Untuk makluman Yang Berhormat, sebelum ini- bagi syarikat-syarikat yang hendak folded, yang hendak tutup perniagaan ini jadi aset-asetnya yang baki asetnya yang ada itu dianggap sebagai threshold. Akan tetapi mulai dari sekarang maka aset- aset itu tidak lagi dianggap sebagai threshold untuk diambil kira sebagai kena bayar GST.

Jadi ini pun satu lagi langkah untuk memudahkan mereka kalau mereka dah nak bankrap, hendak tutup perniagaan, jadi kita pun tutuplah fail itu. Itulah cara kasarnya. Jadi kita biarkan supaya ianya tidak lagi, nilai-nilai pembekalan stok semua ini tidak akan diambil kira lagi sebagai threshold kerana mereka pun sudah hendak tutup perniagaan.

Seterusnya berkaitan dengan ketetapan kononnya ada laporan daripada World Bank yang membuat cadangan supaya Kerajaan Malaysia patut naikkan sehingga tujuh peratus kadar GST. Saya ingin menegaskan sekali lagi dalam Dewan ini, kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan lagi kadar GST daripada enam peratus ke mana-mana kadar walaupun selepas pilihan raya dan sebagainya. Jadi ialah mungkin setengah pihak yang mencadangkan ini mungkin ada sebab-sebab yang tertentu. Akan tetapi buat masa hari ini, saya tegaskan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji malahan untuk menaikkan kadar GST bagi masa hadapan.

Seterusnya...

final • 12:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Penjelasan Yang Berhormat Menteri, penjelasan. Boleh ya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Jadi maknanya laporan itu memang tidak adalah daripada World Bank, recommendation daripada World Bank?

final • 12:10 PM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Saya sendiri pun tidak, with due respect saya sendiri pun tidak terbaca dan saya tidak yakin katanya ada lah.

final • 12:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Okey.

final • 12:10 PM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Mungkin ada cadangan daripada mana-mana pihak tetapi as far as we are concerned on our side, we stick to six percent.

final • 12:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Okey, terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Terima kasih kepada satu lagi Finance Act berkaitan dengan galakan dilanjutkan lagi pengecualian RM6,000 untuk simpanan SSPN-i ini sebab memanglah kita hendak galakkan rakyat untuk terus menabung dan memikirkan masa depan anak-anak jadi kita lanjutkan sehingga 28 hari bulan ini ke 2020.

Jadi sekian terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Menteri, satu soalan tidak jawab lagi itu [Ketawa] Saya tanya Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak terjawab hari ini, bolehlah bagi bertulis ya tentang isu rumah mewah dan 1MDB yang exempted by the ruling ini sama ada akan kaji semula atau tidak? Terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Ya, memang untuk makluman Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri Kewangan telah pun mengatakan untuk kita kawal pertumbuhan pembinaan rumah-rumah mewah ini lebih daripada RM1 juta kemudian dibekukan ketika ini. Akan tetapi saya tidak terbaca pula ada exemption untuk 1MDB.

Jadi I cannot testify on that.

final • 12:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Timbalan Menteri, to be very fair to you Yang Berhormat Timbalan Menteri, I think it is actually from the housing side. Somebody read the statement.

final • 12:10 PM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Saya akan siasat balik, bagi kenyataan yang sah Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalah ialah bahawa rang undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

final • 12:10 PM

Fasal-fasal 1 hingga 25 - Tuan Pengerusi

Sila.

final • 12:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Tuan Pengerusi, saya hanya satu sahaja ingin mengulangi balik pandangan mengenai Fasal 12 iaitu penurunan cukai bagi banjaran-banjaran yang telah ditetapkan dan juga berkaitan dengan potongan cukai berjadual yang telah dijawab oleh Menteri di peringkat dasar. Walau apapun penurunannya pada bank yang tersebut, mereka mesti membayar cukai juga dengan pendapatan yang sama kerana mereka masih berada di dalam bank yang kena cukai cuma daripada lima peratus hingga ke tiga peratus.

Kita ambil contoh pada pendapatan RM2,001 cukainya tiga percent, ini bermakna lebih kurang RM600 cukai. Ertinya ia masih memerlukan potongan cukai berjadual ini untuk memudahkan. Jadi mungkin sebulan dipotong lebih kurang dalam RM50. Walaupun tidak banyak, tetapi itu lebih memudahkan si pembayar cukai.

final • 12:15 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Jadi apa rasional seperti apa yang saya tanyakan tadi kerana cukai tetap bayar kerana banknya tidak berubah dan pendapatan mereka tidak berubah, cuma kadar sahaja dikurangkan. Jadi kenapa untuk pendapatan yang berbeza pula ditambahkan pendapatan baru dikenakan cukai sedangkan pada tahun 2008 itu dia tetap dikenakan cukai tiga peratus? Jadi saya mohon penjelasan, terima kasih.

final • 12:15 PM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai. Dia macam ini cerita dia. Apa yang kata banjaran RM20,000 itu adalah taxable income bukan dia punya gross income. Jadi gross income ini sebab itu kita kata rakyat Malaysia yang di bawah RM3,000, maknanya kalau dia pendapatan RM3,000 sebulan, kalau setahun RM36,000 gross dia tidak kena bayar cukai. Jadi kalau hendak sampai band RM20,000 itu saya jangkakan pendapatan dia mesti sampai antara RM6,000 ke RM7,000 sebulan, gross kali 12 dan tolak relief, tolak apa-apa semua baru dia sampai RM20,000 itu.

Jadi kalau dulu RM20,000 dia punya band dia itu banjaran dia itu dia kena bayar lima percent. Jadi RM20,000 kalau lima percent is RM1,000. Akan tetapi hari ini dia telah turun ke tiga percent, tinggal RM600. Itu yang dikata saving dalam RM300 ke RM1,000 itu. Maksudnya yang, saya hendak beritahu Yang Berhormat yang kata RM20,000 bukan gross income. Kalau dia pendapatan sebulan RM2,000 memang dia tidak kena cukai. Itu memang. Terima kasih.

Jadi kita buat, kita kurangkan rate ini daripada lima peratus kepada tiga peratus sampailah yang ke band RM70,000 sebenarnya dia meringankan bebanan pembayar cukai. Dulu dia bayar- then balik kepada yang saya sebutkan tadi, dulu bila pendapatan dia yang bercukai ini bermula dengan RM2,800 jadi sudah naik RM3,000. Jadi RM300 itulah further saving lah kita kata pada dia tidak ada bercukai yang kerajaan rugi.

Akan tetapi tidak apa, itulah yang dia bawa balik yang kata additional take home pay yang antara RM300 hingga RM1,000. Kita di pihak kerajaan melibatkan 261,000 orang ini kita anggarkan dalam sekitar RM1.23 bilion government kena forgo. Jadi rugilah kerajaan. Akan tetapi tidak apa kerana kita juga hendak meringankan bebanan mereka.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:15 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Menteri...

final • 12:15 PM

Tuan Pengerusi

Sila.

final • 12:15 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih. Fasal 16 tentang RPGT. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri memberi satu kepastian sama ada retention sum ini sebanyak tujuh peratus ini bermakna kita ada dua kategori satu untuk warganegara Malaysia, satu bukan untuk warganegara Malaysia. Can you confirm that point? Maknanya for foreigners we are going to charge a higher IPGT. Terima kasih.

final • 12:15 PM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Untuk makluman Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat, dalam konteks Fasal 16 ini untuk RPGT, dia ada tiga kategori iaitu warganegara dan pemastautin tetap. Kadar lama tiga percent, kadar baharu pun tiga percent, no change.

final • 12:15 PM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Untuk bukan warganegara daripada tiga peratus jadi tujuh peratus and then bukan pemastautin yang tetap non-permanent resident, iaitu daripada tiga peratus ke tujuh peratus. That’s the kadarlah. Terima kasih.

[****Fasal-fasal 1 hingga 25** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga disokong oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah) dan diluluskan]

final • 12:20 PM
RANG UNDANG-UNDANG CUKAI PENDAPATAN (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Wira Othman bin Aziz

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan suatu Akta Cukai Pendapatan (Pindaan) 2017 dibacakan kali kedua sekarang. Pindaan ini melibatkan pindaan kepada seksyen 112A, seksyen 113A dan seksyen 119B.

Tuan Yang di-Pertua, selaku negara yang mengamalkan ekonomi terbuka sejak tahun 2014, Malaysia telah menyatakan komitmen untuk bersama-sama anggota negara OECD dan, dengan izin, G20 untuk mematuhi amalan terbaik percukaian yang bersesuaian terutamanya yang melibatkan transaksi perniagaan rentas sempadan.

Antara komitmen ini termasuklah penyertaan dalam inisiatif yang diperkenalkan oleh OECD. Sebagai contoh pelaksanaan pelan tindakan bagi mengekang ketirisan asas cukai dan pemindahan keuntungan atau, dengan izin, BEPS Action Plan dan juga pertukaran maklumat berkaitan percukaian secara automatik atau dengan izin, Automatic Exchange of Information (AEOI).

Tuan Yang di-Pertua, bagi terus memantapkan pentadbiran percukaian negara, kerajaan telah memberi komitmen untuk melaksanakan pertukaran maklumat berkaitan percukaian secara automatik bermula tahun 2018. AEOI akan dilakukan secara berkala setiap tahun antara pentadbir cukai menerusi satu platform elektronik yang dibangunkan oleh OECD. Amalan ini merupakan penambahbaikan kepada pertukaran maklumat berkaitan percukaian secara permohonan atau, dengan izin, by request yang dilakukan antara pihak berkuasa kompeten percukaian pada masa ini secara bilateral. Bagi membolehkan AEOI dilakukan, terdapat peruntukan khusus di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi memperkenalkan subsidiari berkaitan obligasi dan pengenaan penalti. Menerusi peruntukan berkenaan, obligasi adalah kepada pembayar cukai untuk mengemukakan maklumat berkaitan dan kegagalan boleh dikenakan denda atau hukuman penjara.

Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2017. Tuan Yang di-Pertua, Rang undang-undang yang dicadangkan mengandungi pindaan terhadap seksyen 112A, seksyen 113A, dan seksyen 119B, Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tujuan pelaksanaan AEOI di Malaysia.

Fasal 1 menyatakan tajuk ringkas akta ini iaitu dikenali sebagai Akta Cukai Pendapatan 2017.

Fasal 2, Fasal 3 dan Fasal 4 bertujuan untuk memastikan pembayar cukai memberikan maklumat yang tepat apabila mengemukakan pelaporan mengikut negara dan pertukaran maklumat secara automatik di bawah seksyen 132 berkaitan perjanjian pengelakan percukaian dua kali.

Seksyen 132A bagi tujuan perkiraan pertukaran maklumat percukaian dan seksyen 132B bagi perkiraan bantuan pentadbiran bersama. Sebelum ini, seksyen 112A, seksyen 113A, dan seksyen 119B hanya memperuntukkan penalti sekiranya pertukaran maklumat berkenaan dilakukan di bawah seksyen 132B.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulannya untuk mengambil kira komitmen Malaysia kepada OECD, pindaan terhadap akta ini adalah amat penting bagi memastikan maklumat yang diperoleh daripada pembayar cukai adalah tepat dan berdasarkan piawaian yang dipersetujui oleh pihak berkuasa kompeten percukaian seluruh dunia. Ini bagi membolehkan pelaksanaan AEOI dilaksanakan secara efektif dan sepenuhnya mulai tahun 2018.

Selain itu, pindaan ini juga menunjukkan komitmen penuh Malaysia bagi mematuhi amalan terbaik yang menekankan kepada ketelusan dan ketepatan maklumat berkaitan percukaian.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

final • 12:22 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim

Saya mohon menyokong.

final • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Bagi peluang sama Yang Berhormat Bandar Kuching dahulu. Sila, Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 12:22 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Rang Undang-undang Akta Cukai Pendapatan (Pindaan) 2017. Mengikut penelitian saya, pindaan ini dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini untuk mewajibkan sesiapa untuk membuat disclosure ke atas akaun-akaun atau transaksi-transaksi seseorang pembayar cukai di luar negara kita.

Ini seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi untuk menyelaraskan penguat kuasa kutipan cukai. Akan tetapi saya ingin menimbulkan satu kekhuatiran atau kebimbangan pembayar-pembayar cukai kita di mana ke atas amalan dan cara pengutipan cukai oleh LHDN dan pegawai-pegawai LHDN di mana sehingga sekarang ramai peniaga, pekerja dan juga orang ramai berasa tertekan atas cara dan amalan yang digunakan oleh pegawai-pegawai LHDN.

Ini kerana pegawai-pegawai LHDN akan cari technical error dan akan memaksa seseorang pembayar cukai ini bayar, dikatakan oleh pegawai-pegawai LHDN bahawa cukai kurang bayar atau cukai tertunggak. Manakala apakah taksiran-taksiran interpretasi itu pegawai-pegawai LHDN ini adalah mereka menggunakan interpretasi yang lebih memihak kepada LHDN supaya walaupun kadangkala pembayar cukai ini bukan sengaja hendak avoid tax or evade tax tetapi mereka terpaksa membayar cukai ini, cukai yang dituntut oleh LHDN.

final • 12:27 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Kalau tidak bayar pasport mereka akan disenaraihitamkan dan mereka tidak dapat pergi ke luar negara dan akaun-akaun akan dibekukan. Saya rasa ini satu cara yang amatlah tidak adil kepada pembayar cukai. You are presumed to owe until you prove otherwise.

Oleh itu dengan kelulusan rang undang-undang pindaan ini ia akan mewujudkan satu lagi cara untuk pegawai-pegawai LHDN untuk menekan dan memaksa pembayar cukai. Saya ingin tahu sekiranya undang-undang di luar negara mengenai disclosure ini adalah lebih, it’s more relaxed and it is not as tough or as strict as in Malaysia. Apakah undang-undang yang akan diguna pakai oleh pegawai-pegawai cukai, pegawai-pegawai LHDN atas duty to disclose seseorang pembayar cukai.

Saya ingin juga tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa selepas kita meluluskan rang undang-undang ini adakah itu duty to disclose akannya diextend kepada transaksi-transaksi beberapa tahun dahulu macam apa yang diamalkan oleh LHDN di mana sekarang transaksi-transaksi tujuh tahun lalu, sepuluh tahun lalu pun mereka isu tuntutan dan isu tuntutan untuk menggesa, memaksa pembayar cukai itu buat disclosure.

Kalau selepas kita luluskan rang undang-undang ini, pegawai-pegawai LHDN akan paksa pembayar cukai itu sesiapapun untuk membuat disclosure ke atas transaksi- transaksi mereka di luar negeri. Mungkin 10 tahun dahulu, 20 tahun dahulu adakah ini ditujukan oleh satu one of the intentions of this act. Sekiranya kalau ini adalah tujuan tax ini, rang undang-undang ini adakah LHDN akan isu surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya membuat disclosure atas akaun-akaun yang terlibat dalam 1MDB di negara Singapura atau negara Switzerland atau England, US.

final • 12:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Kalau kita hendak satu undang-undang, penguatkuasaan undang-undang ini haruslah adil dan bukan hanya untuk undang-undang ini menekan orang ramai, the common people, tetapi semasa ia menghadapi orang-orang yang berkuasa, LHDN tidak buat apa-apa. So, dengan kelulusan rang undang-undang ini adakah LHDN akan menggunakan fasal-fasal dalam pindaan rang undang-undang ini untuk memaksa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuat disclosure of his account overseas atau account 1MDB overseas. Oleh itu saya ingin tahu juga ingin dapat satu penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya rasa sebagai kesimpulan walaupun ia adalah tanggungjawab setiap rakyat untuk bayar cukai sekiranya kita dapat pendapatan yang harus bayar cukai tetapi saya rasa...

final • 12:30 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat Stampin.

final • 12:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Stampin, ya.

Sila, Yang Berhormat Stampin.

final • 12:30 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat Bandar Kuching. Yang Berhormat Bandar Kuching saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Bandar Kuching, saya tertarik dengan apa yang, Yang Berhormat katakan. Di kawasan saya terdapat kes di mana ada orang-orang tua yang telah pun bersara kian tahun, mereka pun ada yang terima pencen.

Seperti apa Yang Berhormat Bandar Kuching katakan bahawa tiba-tiba mereka mendapat surat daripada LHDN dan saya kasihan betul orang-orang tua tersebut kerana ada yang di antara mereka tidak fasih dalam komputer. Ada yang di antara mereka tidak faham apa yang surat LHDN itu katakan dan LHDN ini memaksa mereka mengemukakan akaun mereka selama tujuh tahun, sepuluh tahun dan mereka tidak tahu dari mana mereka hendak dapat history gaji mereka kerana mereka itu pun telah pun bersara.

Jadi sebelum ada pemindaan ini orang-orang terutama yang bersara dan tua terasa tertekan betul atas tindakan LHDN yang sebagaimana Yang Berhormat Bandar Kuching katakan. Apa pendapat Yang Berhormat Bandar Kuching dengan adanya pindaan ini ianya akan memberi lebih kuasa kepada pegawai ini untuk menekan rakyat yang telah pun begitu susah dalam keadaan ekonomi sekarang. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Itulah akibat daripada penyelewengan wang kerajaan, korupsi yang berleluasa akhirnya kerajaan tidak ada duit.

Oleh kerana kerajaan kekurangan duit rakyat tertekan untuk bayar cukai dan LHDN menjadi satu agensi kerajaan untuk menekan rakyat ramai untuk bayar cukai... [Dewan riuh] Walaupun berapa banyak kita bayar cukai sekiranya amalan Barisan Nasional ini tidak tukar, korupsi masih berleluasa, penyelewengan, wastage masih berleluasa, ia tidak akan it will not solve the problem. It is a bottomless pit the way Barisan Nasional spent the rakyat’s money. It is a bottomless pit. Oleh itu saya serulah kepada LHDN janganlah anggap semua orang, orang ramai sebagai penjenayah. Kita bayar tax tetapi cara LHDN untuk mengutip tax, cukai dari orang ramai berperikemanusiaan sedikit. Jangan anggap orang ramai semua adalah itu penjenayah dan terutamanya untuk mengenai orang tua, orang yang bersara mereka sudah berkhidmat untuk negara kita dan sekarang bersara dengan isu satu surat sia-sia dan paksa mereka you go and prove you are innocent, you are presumed to be guilty until you have proven you are innocent. Untuk seseorang pesara kalau yang didakwa ataupun dituntut adalah RM2,000, RM1,500, RM3,000 bagaimana mereka hendak cari itu mengupah seorang tax consultant untuk mengendalikan akaun-akaun mereka berpuluh-puluh tahun dahulu atau tujuh atau 10 tahun dahulu. Itu fi yang dibayar kepada tax consultant akan melebihi tuntutan tax, cukai yang dibuat. Sekiranya mereka berasa itu tidak sanggup bayar itu fi untuk tax consultant, apa yang mereka boleh buat? Mereka tidak tahu bagaimana hendak appeal, bagaimana hendak buat rayuan? Oleh itu mereka harus dan terpaksa untuk bayar sahaja dan ini bukanlah caranya untuk menjalankan tugas-tugas. Oleh itu saya sekali lagi seru kepada kerajaan dan juga LHDN janganlah, don’t treat the people as if all of them are criminals. Sekian, terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Kelana Jaya.

final • 12:30 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bermula dengan menyatakan saya memang empati dan simpati dengan apa yang ditimbulkan oleh rakan-rakan saya iaitu Yang Berhormat Bandar Kuching dan Yang Berhormat Stampin. Isu enforcement memang perlu diperbaiki, there must be some justice, natural justice. Akan tetapi dalam rang undang-undang ini, saya dah baca teliti, ia memang merupakan satu rang undang-undang yang saya boleh terimalah sebab ia akan menambahbaikkan double taxation issues dan juga tax avoidance dan juga tax evasion.

Bagi saya, saya cuma ada tiga soalan yang perlu dijawab. Pada mulanya, saya ingin menyatakan bahawa ini membawa manfaat baik iaitu membenarkan implementasi common reporting standards dan juga anti-tax avoidance and tax evasion system. Tuan Yang di-Pertua, saya tahu di dunia ini kita ada banyak tax havens seperti British Virgin Islands dan juga Cayman Islands. Di Dewan ini, kita semua tahulah tentang Cayman Islands sebab ini terkenal daripada isu 1MDB. Akan tetapi bagi banyak orang kaya di Malaysia ini, mereka lebih cenderunglah hendak pakai BVI. Ini satu tahu sebab dulu saya sebagai corporate lawyer, kita diminta kadang-kadang untuk membuka BVI company kepada client-client kita. Satu lagi tax haven yang biasa, yang lebih standard daripada Cayman Islands semua ini adalah Singapura dan juga Switzerland. Dengan terbongkarnya Panama Papers dan juga baru-baru ini Paradise Papers, kita telah melihat bagaimana orang kaya, ultra-net worth individuals dan juga korporat-korporat gergasi, Google, Facebook semua ini menyimpan wang di luar jurisdiction negara mereka sendiri.

Jumlah wang yang dianggarkan oleh IMF yang disimpan di tax haven dunia adalah dikatakan USD600 bilion sampai ke satu USD1 trilion.

Jadi, rang undang-undang ini sedikitlah memperketatkan atau memperkuatkan isu bagaimana kita boleh membanteras tax avoidance dan tax evasion. Dari konteks itu, saya rasa itu baik. Dari konteks enforcement, Yang Berhormat Bandar Kuching memang betul, we have to do better, LHDN ya kena buat lebih baik dan lebih simpati. Jadi ironinya, kita sebenarnya ada satu tax haven juga iaitu Labuan. Kita akan bincang tentang rang undang-undang Labuan ini selepas inilah.

Soalan pertama saya, saya prihatin Menteri ingin memastikan correct tax return dilakukan, correct information diberikan ataupun double taxation dan mutual administrative assistance arrangement dibuat dengan baik. Saya ingin tahu, sama ada Menteri mempunyai apa-apa data, berapa besar kah isu tax avoidance di Malaysia?

Adakah masalah ini RM1 bilion ataupun RM10 bilion ataupun RM20 bilion setahun?

Kalau boleh bagi data itu sebab ini memberi konteks yang betul kenapa kita perlu melakukan rang undang-undang ini.

Soalan kedua saya, negara ini disegani dunia sebagai negara yang mempunyai ‘capital flight’ yang terbesar, tersangat besar seperti apa yang dilaporkan dalam Global Financial Integrity Report, kita semua dah tahu, dah biasa. Saya hendak tahu sama ada kementerian akan atau telah membuat kajian terperinci tentang isu ini? Dengan izin, how big is the international tax avoidance di Malaysia and have you done a proper study, a white paper? Kalau ini melibatkan berbilion-bilion, we have to do something. Soalan ketiga, mengenai perkara country by country report. Saya ingin tanya Menteri, negara manakah yang kita akan memberi fokus lebih tentang isu double taxation? Adakah negara Singapura menjadi target utama kita ataupun Hong Kong ataupun Australia? Kalau boleh, senaraikan lima negara utama di mana double taxation dan mutual assistance menjadi fokus utama LHDN.

Saya menunggu jawapan Menteri nanti ya. Pada prinsipnya, saya menyokonglah pindaan ini kerana ia baik tetapi enforcement kena improve. Saya cuma hendak mengatakan bahawa inisiatif seperti ini perlu diutamakan kepada fokus kepada individu-individu. Tadi Yang Berhormat Bandar Kuching kata Yang Berhormat Pekan, saya rasa itu memang justified. Saya juga hendak syorkan Jho Low juga, individu yang terkenal di dunia. Saya hendak katakan satu benda, buku Tan Sri Robert Kuok akan keluar tidak lama lagi.

final • 12:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Mencelah sedikit. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Kelana Jaya mengenai Jho Low. Sama ada LHDN patut atau pernah menyiasat pendapatan Jho Low. Oleh sebab mengikut laporan berita sedunia, Jho Low adalah pemilik kapal laut yang paling mewah di dunia.

final • 12:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Segambut, saya masukkan soalan dia ke dalam ucapan saya. Saya rasa LHDN have to make better efforts dan Menteri juga kena buat efforts yang lebih baik. Jho Low ini saya rasa tidak ada satu kawan pun di dalam Dewan ini, namun tidak ada orang yang sokong dia tetapi tidak ada orang hendak cabar dia juga daripada sebelah sana. Jadi, saya hendak cakap tentang buku Tan Sri Robert Kuok. Beliau mengatakan terdapat dua jenis peniaga Cina yang kuat ataupun influential, dua jenis. Satu yang membina negara kita dan satu lagi peniaga Cina yang merosakkan negara kita. Saya ingin bertambah kepada soalan Yang Berhormat Segambut tadi, Menteri memang tahu Jho Low ini jenis kategori mana. Itu sahaja ucapan saya, terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tiada lagi? Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 12:40 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Wira Othman bin Aziz

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Stampin, Yang Berhormat Kelana Jaya dan juga Yang Berhormat Segambut yang turut membahaskan akta ini.

Untuk makluman Dewan, kita sedia maklum bahawa cadangan kepada rang undang-undang ini adalah berkaitan dengan kerjasama di antara negara-negara yang telah pun menandatangani menjadi ahli kepada OECD seramai 35 buah negara dan juga mereka-mereka yang tidak menjadi ahli tetapi bersetuju dengan langkah yang diambil dalam framework untuk isu-isu yang berkaitan dengan double taxation dan sebagainya ini melibatkan 108 buah negara.

Sebelum saya pergi ke situ, saya hendak cakap sedikit secara umum berkaitan katanya langkah yang diambil oleh Lembaga Hasil ini, lihat macam menekan rakyat dan sebagainya. Saya melihat bahawa apa yang dibuat oleh Lembaga Hasil ini sebenarnya adalah dalam konteks pertama, memberi awareness ataupun memberi kesedaran bahawa sebagai rakyat yang perlu membayar cukai, jadi dia kena bayar cukai. Kedua, educative. Educative ini bermaksud kalaulah dia ada masalah-masalah berkaitan dengan percukaiannya, maka Lembaga Hasil akan membantu.

Kemudian sudah tentu bila kita sedar bahawa kita kena bayar cukai, kita kena patuh dengan apa yang kita kena bayar. Cuma saya sedar adalah kita pun mendengar rungutan berkaitan dengan tindakan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Bandar Kuching, katanya macam interpretation selalunya apa-apa tindakan yang dibuat itu semuanya memihak kepada Lembaga Hasil. Ini mungkin satu persepsi tetapi apa yang disebut sebagai presumed to owe unless proven otherwise, ini pun satu lagi. Jadi, Lembaga Hasil akan mengambil langkah punitif ini sebagai langkah terakhir. Cuma kadang-kadang banyak di kalangan kita ini yang bila diminta apa-apa dokumen dan sebagainya, tidak dapat diberikan. Contohlah, sebagai orang-orang yang berniaga, kita tahulah bila kita berniaga, kita daftar syarikat dengan SSM, Suruhanjaya Syarikat.

Kita juga ada Auditor’s Report yang dibuat oleh akauntan bertauliah. Kita sendiri juga melantik tax consultant tetapi kadang-kadang bila dicari maklumat-maklumat tersebut, maklumat itu gagal diberikan. Maka, sebab itulah tindakan Lembaga Hasil itu meletakkan kewajipan, tanggungjawab untuk furnish, dengan izin, maklumat-maklumat tersebut kepada pembayar cukai. Kita tidaklah sampai peringkat macam kata kita hendak menekan rakyat dan sebagainya, ini bukan kita.

Apa yang penting sekarang ini, kita sedar bahawa langkah yang diambil oleh Lembaga Hasil ini adalah untuk memastikan bahawa tidak ada orang-orang yang patut membayar cukai walaupun sedikit ataupun banyak tetapi dia tidak bayar. Seterusnya, Yang Berhormat Bandar Kuching bertanya adakah dengan lulusnya bill ini, maka tugas ataupun tanggungjawab untuk disclosure kepada mungkin satu-satu badan cukai di luar negara itu akan dibackdated tujuh, lapan tahun kemudian. Itu saya ingat bergantung pada apa maklumat yang diperlukan oleh negara tersebut mengikut isu yang ditangani ketika itulah.

final • 12:46 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Wira Othman bin Aziz

Kemudian, macam Yang Berhormat Stampin masuk menambah, katanya diharassed oleh Lembaga Hasil, fail tak ada dan sebagainya. Samalah seperti yang disebutkan tadi, sekiranya mana-mana pihak yang ada masalah berkaitan dengan tanggungan cukai ini, saya ingat Lembaga Hasil bersedia untuk mendengar dan seterusnya memberi nasihat apa-apa langkah yang patut diambil dari semasa ke semasa.

final • 12:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat Menteri, Stampin kalau boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, saya ingin memberi satu pandangan iaitu feedback yang saya dapat daripada pengundi di kawasan saya. Kes yang saya sentuhkan itu adalah di mana ada yang di antara mereka itu mereka yang pekerja awam dan mereka telah pun bersara selama 10 tahun, 20 tahun. Sudah pun lama tamat kerja. Jadi, hairan apabila tiba-tiba mereka terima surat bahawa LHDN hendak tanya mereka for the past 10 years kenapa tidak, you know, declare tax. Boleh saya teruskan sedikit lagi?

Jadi, mereka sudah tua. Apabila terima surat ini, ada di antara mereka tidak fasih dalam komputer, jadi terpaksa mereka pergi ke pejabat LHDN dan kita pun tahu apabila mengemukakan cukai, ramai orang di LHDN. Jadi, bagi seorang tua itu mereka hendak pergi ke LHDN, ada di antara mereka tidak ada kenderaan, pergi ke LHDN beratur panjang-panjang, kena tunggu lama-lama, jadi mereka rasa tidak puas lah.

Takkan lah LHDN tidak tahu mereka sudah lama bersara? Terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau orang yang bekerja makan gaji apa semua ini, selalunya tiap-tiap tahun dia ada EA form, kemudian dia pun ada PCB. Jadi kalau kata kita ada backtrack 10 tahun yang lalu pun, saya ingat kalau dia bekerja itu memang dia sudah dipotong cukainya. Kalau kita kerja kerajaan, dia akan dapat gratuity upon masa dia retire tetapi, gratuity ataupun apa-apa imbuhan yang dia dapat itu hanya akan dijelaskan setelah selesai fail income tax. Jadi, kenapa tiba-tiba sudah lama pencen baru timbul isu ini? Akan tetapi walau bagaimanapun, kalau Yang Berhormat ada spesifik kes tajuk ini, sila bagi maklumat, kita akan bantu.

final • 12:50 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Minta penjelasan, Yang Berhormat Menteri.

final • 12:50 PM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Yang Berhormat Bagan Serai? Dah nak habis dah.

final • 12:50 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sedikit sahaja. Saya terpanggil untuk bertanya sedikit untuk penjelasan sebab saya dengar daripada dua Ahli Parlimen di sebelah sana mengatakan Lembaga Hasil kejam dan menyeksa rakyat.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, bukankah menjadi tanggungjawab setiap rakyat yang bekerja dan cari makan untuk mengisytiharkan, mengikut undang- undang? Dan semua orang patut faham, tentulah ada penyataan itu dalam jawatan kita.

Bukankah menjadi satu tanggungjawab? Apabila ditanya, kalau kita tidak dapat mengemukakan, jadi bukanlah kerajaan itu kejam dan zalim.

final • 12:50 PM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Saya telah pun sebut tadi di peringkat awal dalam rang undang-undang sebelum ini iaitu kita ada lebih kurang 14 juta pekerja dan yang bayar cukai 2.6 juta. Ya lah, fail yang aktif, fail yang tidak aktif apa semualah. Memanglah dia menjadi tanggungjawab dan saya sudah sebut. Cuma, balik pada Yang Berhormat Stampin. Kalau Yang Berhormat Stampin ada kes begitu, buat mari, kita akan cuba tolong.

Yang Berhormat Kelana Jaya, terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya. Saya faham lah, corporate lawyer ini dia faham tajuk pindaan undang-undang ini yang hanya memang hendak memberikan peruntukan supaya permohonan automatic exchange of information oleh negara yang tidak menandatangani ini, kemudian mutual administrative assistance in tax matters, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, multilateral competent authority agreement on the exchange of country-by-country reporting and MCAA on common reporting standard dan sebagainya.

final • 12:50 PM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Ini memanglah dan memang kita kerjasama dengan pelbagai negara bukan hanya ketika mereka perlukan maklumat itu tetapi kadang-kadang Malaysia sendiri juga memerlukan maklumat daripada negara asing untuk memastikan pembayar cukai ini melaporkan perkara-perkara yang tepat dan juga apa yang diperlukan.

Kemudian, data-data, Yang Berhormat, I am sure you asked me a very tough question. I cannot give you now tetapi I am not sure whether our team can provide lah berapa besar tax avoidance di Malaysia. Kajian, kita memang buat. Tetapi memanglah kadang-kadang kita dengar juga laporan-laporan. Lately, kita ada siasat syarikat-syarikat korporat yang besar yang, kalau bahasa mudah, kita kata lari cukai, mungkin backdated sekian banyak, even public listed pun ada. Jadi, ini adalah kerja-kerja yang sedang dibuat oleh Lembaga Hasil untuk memastikan bahawa prinsipnya yang saya sebut awal tadi, those who have to pay tax at the right rate bayar. Itu sahaja.

final • 12:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Jawapan bertulis boleh ya?

final • 12:50 PM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Ya, I will try to get and furnish you.

final • 12:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Fine, thank you.

final • 12:50 PM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Sebenarnya bekerja di peringkat Lembaga Hasil ini tough. Apabila kita agresif, orang kata kita menekan tetapi macam Yang Berhormat Kelana Jaya, I think he concurs with me that those who need to pay tax need to pay tax, don’t run away. Kes tax avoidance ini saya ingat mungkin I cannot reveal. I don’t have the figure but then, ini adalah langkah-langkah yang pihak MOF, peringkat Lembaga Hasil sendiri sedang menjalankan. Dia ada team lah, taskforce team dia untuk melihat kes-kes macam ini.

Saya ingat itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kenapa itu pasal Jho Low tidak jawab? Bagilah sedikit penjelasan sama ada dia orang baik kah orang tidak baik.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 4** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan disokong oleh Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Halimah binti Mohd. Sadique) dan diluluskan]

final • 12:50 PM
RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) (NO. 2) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Wira Othman bin Aziz

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta bagi meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 dibacakan kali kedua sekarang

final • 12:59 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 12:59 PM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Saya mohon mencadangkan suatu Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No.2) 1990 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Pindaan ini hanya melibatkan pindaan kepada seksyen 21. Pindaan ini merupakan, dengan izin, consequential amendment kepada seksyen 112A, seksyen 113A dan seksyen 119B Akta Cukai Pendapatan 1967 yang baru kita luluskan sebentar tadi.

Tuan Yang di-Pertua, bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran cukai, kerajaan telah memberikan komitmen kepada OECD untuk mengadakan pertukaran maklumat berkaitan percukaian secara automatik atau, dengan izin, Automatic Exchange of Information (AEOI) bermula pada tahun 2018. Amalan ini akan dilakukan secara berkala setiap tahun bersama pihak-pihak berkuasa kompeten percukaian negara yang turut memberikan komitmen yang sama kepada OECD bagi melaksanakan AEOI.

Antaranya, negara G20, Kesatuan Eropah, Jepun, China, India dan lain-lain.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang akan dibentangkan ini mengandungi pindaan terhadap seksyen 21 Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 bagi tujuan pelaksanaan AEOI di Labuan. Pindaan ini merupakan, dengan izin, consequential kepada seksyen 112A, 113A dan 119B Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk dipanjangkan kepada pembayar cukai di bawah Akta Aktiviti Perniagaan Labuan 1990. Ia bertujuan untuk memastikan pembayar cukai memberikan maklumat yang tepat apabila mengemukakan pelaporan mengikut negara dan pertukaran maklumat secara automatik di bawah seksyen 132 berkaitan perjanjian pengelakan percukaian dua kali.

Seksyen 132A bertujuan perkiraan pertukaran maklumat percukaian dan seksyen 132B bagi perkiraan bantuan pentadbiran yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan, dengan mengambil kira komitmen Malaysia kepada OECD, pindaan terhadap akta ini adalah amat penting bagi memastikan maklumat yang diperoleh dari pembayar cukai adalah tepat dan berdasarkan piawaian yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa kompeten percukaian seluruh dunia. Ini bagi membolehkan pelaksanaan AEOI dilaksanakan secara efektif dan sepenuhnya mulai tahun 2018. Selain itu, pindaan ini juga menunjukkan komitmen penuh Malaysia bagi mematuhi amalan terbaik yang menekankan kepada ketelusan dan ketepatan maklumat berkaitan percukaian.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

final • 12:59 PM

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 12:59 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas pada jam 2.30 petang nanti.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ditangguhkan hingga jam 2.30 petang ini.

final • 12:59 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Rang Undang- undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2017 terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Kelana Jaya.

final • 2:30 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rang undang-undang ini adalah berkaitan dengan Rang Undang-undang Cukai Pendapatan yang saya telah bahaskan tadi dan lebih kurang saya sokonglah yang itu ya. Pindaan ini pendek sangat dan oleh itu ucapan saya juga pendek. Ini membenarkan Yang Berhormat Menteri untuk membuat regulations tentang double taxation dan double taxation arrangement and taxation sharing of information arrangement.

final • 2:33 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Saya difahamkan bahawa OECD atau Organization for Economic Cooperation and Development mengesyorkan common reporting standard on automatic exchange of information untuk memperbaiki kan tax transparency regime. Labuan yang merupakan satu tax haven perlu mengambil langkah-langkah yang terbuka untuk comply dengan international standards yang disyorkan oleh OECD.

Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, satu soalan saja. Dalam isu ini macam mana kita hendak balance isu tentang privacy ataupun confidentiality dengan isu transparency yang perlu dilakukan untuk membanteras isu international tax evasion. Satu lagi kalau boleh memberi data berapakah tax evasion ini. Berapa besar isu dia? Ini saya sudah tanya tadi juga ya. Saya faham Yang Berhormat Menteri memang prihatin dalam perkara ini dan di dalam dunia yang baru di mana terdapat terlalu banyak skandal- skandal kewangan seperti 1MDB, rang undang-undang ini perlu dilakukan. It has to be done, we have to make sure, harapan saya untuk menyokong pindaan ini adalah satu saja.

Saya harap pindaan ini boleh menyokong ataupun boleh memperkuasakan authorities untuk tangkap orang-orang yang curi duit daripada 1MDB ini dan dikenakan maximum sentencing. Terima kasih. Itu saja.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 2:33 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Wira Othman bin Aziz

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kelana Jaya yang juga turut menyokong secara pada dasarnya dan untuk makluman Yang Berhormat, seperti yang telah dimaklumkan bahawa ini adalah untuk kita hendak conform, concur dengan peraturan ataupun persetujuan antara kita sebagai non-member country but kita affiliate kepada OECD ini untuk kita bekerjasama bagi menyampaikan laporan-laporan berkaitan dengan finance report sama ada laporan itu secara automatik seperti dalam CRS ataupun Common Reporting Standard ataupun juga dalam berkaitan dengan CDC.

Jadi kita tahu untuk makluman, sebelum ini Labuan ini pun kita tahu telah pun diperkenalkan pada tahun 1984 sebagai Labuan International Business and Financial Centre pada Oktober 1990.

Kemudian pernah disenaraihitamkan satu ketika pada tahun 2009 iaitu senarai dihitamkan kerana mungkin masa itu tidak concur, tidak bekerjasama dengan OECD.

Akan tetapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada masa itu juga dalam masa beberapa bulan, April 2009 telah pun memaklumkan komitmen Malaysia untuk mematuhi semua piawaian-piawaian percukaian antarabangsa dan meminda perundangan domestik.

Maka lepas itu OECD telah mengeluarkan Labuan daripada senarai hitam tersebut. Kemudian kita tahu bahawa ianya perkara-perkara berkaitan amalan terbaik percukaian, Malaysia termasuk Labuan telah dua kali dinilai oleh OECD dan kini dikategorikan sebagai satu negara yang largely compliance dan dari aspek penilaian itu adalah berkaitan dengan pematuhan piawaian percukaian antarabangsa dan juga berkaitan dengan pertukaran maklumat berkaitan percukaian.

Bagi tujuan pertukaran maklumat ini, Malaysia termasuk Labuan menyenaraikan kesemua rakan perjanjian DTTA atau Double Taxation Avoidance Agreement ini iaitu melibatkan 74 negara ketika ini dan negara yang menandatangani bersama dengan OECD berkaitan AEOI. Ini termasuklah Singapore, Hong Kong, Panama, BVI, Cayman Islands, Ireland dan juga negara-negara EU. Jadi untuk makluman Yang Berhormat tadi saya sebut sedikit berkaitan dengan automatic exchange of information ini berkaitan dengan lah- contoh rakyat Malaysia yang ada akaun di Singapura dan negara-negara lain, Lembaga Hasil boleh mendapat maklumat-maklumat tersebut.

Walau bagaimanapun, untuk CDC ini, tumpuannya boleh dikatakan kepada syarikat-syarikat multinasional yang threshold nya agak besar iaitu USD750 Euro dan sebagainyalah dan adalah kewajipan bagi negara tersebut menyampaikan maklumat kepada kerajaan ini ataupun mungkin atas permintaan. Jadi apa yang diminta oleh Yang Berhormat Kelana Jaya, how to balance confidentiality dan juga P&C tadi ini.

final • 2:35 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Wira Othman bin Aziz

Memanglah ini merupakan satu perkara yang agak rumit tetapi saya ingat ia balik semula kepada pengurusan syarikat itu untuk memaklumkan perkara-perkara yang seharusnya dimaklumkan tepat dan juga mengikut piawaian ataupun amalan perakaunan terbaik supaya isu-isu yang berkaitan dengan P&C dan sebagainya ini tidak timbul.

Kemudian minta dimaklumkan berapakah kes tax evasion yang ada specifically mungkin untuk Labuan. Sama juga seperti pagi tadi, Yang Berhormat minta kepada kita untuk memaklumkan cases. Akan tetapi sebenarnya Yang Berhormat cases of tax avoidance ini cukup sukar sebab selagi kita tidak tangkap dia orang, kita tidak tahulah dia lari atau tidak. Kemudian bila ditangkap, di caj pun atas tax avoidance tetapi dia pun boleh memberi pelbagai alasan katanya mengikut tafsiran dia, mengikut tafsiran lawyer nya itu bukan avoidance tapi mungkin atas terlepas pandang dan sebagainya. Jadi saya tidak boleh dapat memberikan laporan tepat berkaitan tax evasion, how much involved dan sebagainya di Labuan ketika ini.

final • 2:35 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Wira Othman bin Aziz

Jadi saya ingat ini sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah) dan diluluskan]

final • 2:40 PM
RANG UNDANG-UNDANG KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS SWASTA 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”.

[26 Oktober 2017]

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, telah 13 orang berbahas untuk rang undang-undang ini. Saya seterusnya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

final • 2:40 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang- undang Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh bidang kuasa Kementerian Kesihatan dan ada beberapa yang telah menyentuh tentang isu berkaitan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Saya akan jawab kepada isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Kesihatan.

Rang undang-undang ini adalah bertujuan untuk mengawal selia institusi penjagaan kesihatan warga emas swasta iaitu bukan kerajaan. Menurut fasal 3 akta ini, tidak terpakai bagi kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta [Akta 586] di bawah Kementerian Kesihatan.

Pusat jagaan berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 kecuali pusat jagaan berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan yang disifatkan telah dilesenkan di bawah akta ini menurut seksyen 53 dan premis yang di dalamnya seseorang individu menyediakan jagaan kesihatan kepada saudaranya yang ialah seorang warga emas. Ketiadaan suatu akta khusus bagi jagaan warga emas di institusi mengakibatkan perkara-perkara seperti berikut:

(i) institusi yang tidak berlesen beroperasi dengan infrastruktur dan piawaian yang tidak seragam;

(ii) tidak ada satu proses yang seragam untuk kemasukan pengurusan dan discharge penghuni;

(iii) tiada latihan untuk penjaga dan petugas yang lain;

(iv) peranan dan tanggungjawab yang tidak jelas di antara ahli keluarga, pengendali pusat dan penguat kuasa;

(v) tiada pengelasan tahap penjagaan warga emas yang jelas; dan

(vi) kualiti penjagaan yang diragui.

Justeru itu, rang undang-undang ini telah memperuntukkan kuasa untuk menetapkan peraturan-peraturan dan garis panduan untuk memastikan institusi jagaan warga emas swasta ini dikendalikan pada tahap yang berkualiti termasuk memastikan bahawa petugas adalah terlatih dan kompeten serta standard penjagaan yang wajar dilaksanakan. Sehingga kini lebih kurang 341 pusat jagaan yang didaftarkan di bawah Akta Pusat Jagaan [Akta 506] kebanyakan pusat jagaan ini terpaksa memberi penjagaan kesihatan terutama kepada golongan warga emas walaupun piawaian perkhidmatan dari segi penjagaan kesihatan mungkin tidak begitu memuaskan dan ini telah menjejaskan mutu penjagaan kesihatan penghuni.

Oleh kerana piawaian di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta [Akta 586] serta peraturan-peraturan di bawahnya dianggap tinggi oleh pengusaha-pengusaha pusat jagaan yang mengakibatkan setakat ini terdapat hanya lebih kurang 21 institusi yang dilesenkan di bawah Akta 586. Sehingga kini terdapat lebih daripada 1,000 pusat jagaan yang tidak berdaftar atau dilesenkan di bawah mana-mana akta.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 2:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sungai Siput bangun Yang Berhormat.

final • 2:43 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ya Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 2:43 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mahu tanya, masalah dia ialah saya tengok ada penting kita ada piawaian, kita ada standard untuk menjaga care yang diberi di rumah-rumah ini.

final • 2:43 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Akan tetapi jika kita tingkatkan kos, katakan mesti ada seorang staff nurse yang fully trained ataupun satu HA yang fully trained ataupun kita tetapkan dia kena pergi ke kursus selama enam bulan atau satu tahun kah, itu semua akan meningkatkan kos untuk the patients dan keluarga mereka.

Saya rasa kes ini kita mesti ada satu balance yang simpan perspektif kita sebagai satu negara yang membangun di mana kita ada B40 yang juga perlu old care. Tidak boleh kita import kan piawaian daripada United Kingdom kah, Sweden kah, ke sini sampai tahap dia adalah unrealistic, terlalu tinggi di mana mereka pun tidak boleh ikut.

Saya rasa ini saya ingat penting, akta ini penting. Akan tetapi saya rasa ini isu di mana kita ambil piawaian kita ia mesti setaraf dengan kapasiti kita. Terima kasih.

final • 2:43 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat. Akta ini terdiri daripada keperluan keadaan sekarang di mana tiada apa-apa jenis piawaian. So, di dalam keadaan itu ada satu keperluan yang tinggi bahawa kita meletakkan standard minimum untuk memastikan bahawa penjagaan itu ialah selaras dengan apa yang ditetapkan.

So, pandangan Ahli Yang Berhormat ini akan diambil kira semasa kita menggubal peraturan berkaitan dengan undang-undang ini supaya semasa kita menetapkan standard yang minimum ia akan memberi satu peluang supaya pihak-pihak di peringkat swasta yang mewujudkan pusat-pusat ini akan dipandu oleh syarat-syarat yang ditetapkan di bawah peraturan untuk memastikan mereka yang menggunakan kemudahan-kemudahan ini diberi perlindungan di bawah peraturan-peraturan yang kita sediakan.

Tuan Yang di-Pertua, penubuhan kemudahan penjagaan kesihatan warga emas swasta boleh dibuat di mana-mana sahaja namun perlulah mematuhi peruntukan rang undang-undang ini dan undang-undang lain yang berkaitan.

final • 2:43 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Oleh yang demikian, penubuhan kemudahan sedemikian bergantung antara lainnya kepada permohonan oleh pengusaha, pengendali serta pematuhan kepada kehendak dan standard pelesenan rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini mendefinisikan warga emas sebagai orang yang berumur 60 tahun atau lebih daripada itu.

Terpulang kepada pengendali pusat jagaan sama ada ingin menubuhkan pusat jagaan sama ada kebajikan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] atau menubuhkan kemudahan jagaan kesihatan warga emas bagi tujuan kebajikan atau menerima keuntungan di bawah rang undang-undang ini. Selain daripada itu, bagi premis-premis jagaan kesihatan warga emas, kebajikan yang dikawal selia oleh kerajaan, rang undang-undang ini tidak boleh dipakai dan kebajikan warga emas yang kurang berkemampuan akan terus terjaga melalui kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

Tiada peruntukan dalam rang undang-undang ini yang menyatakan pengusaha atau pengendali kemudahan penjagaan kesihatan warga emas swasta mesti daripada golongan atau kumpulan orang yang ingin mengaut keuntungan sahaja atau penerimaan jagaan adalah daripada golongan berkemampuan sahaja. Pengusaha atau pengendali kemudahan sedemikian tidak semestinya mengenakan fi yang tinggi. NGO juga boleh menubuhkan dan mengendalikan kemudahan sedemikian secara kebajikan mengikut kemampuan mereka. Pihak kementerian amat bersetuju...

final • 2:50 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ya, Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 2:50 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih saya ucapkan pada Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bertanya tadi Yang Berhormat Menteri ada menyatakan mengenai charges yang akan ditetapkan. Bermaksud mereka boleh menentukan harga mengikut pasaran kemungkinannya. Cuma saya hendak bertanya pada pihak kementerian, kalau kita let go begitu saja, dengan izin, kita khuatir harganya nanti, harga charges itu akan tidak memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling.

Dalam perbahasan saya dulu pun, saya ada bangkitkan mengenai perkara ini.

Saya juga ada bangkitkan mengenai bagaimana kementerian itu kena ada juga pemantauan, Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Oleh sebab kalau tidak nanti terlampau tinggi. Bila terlampau tinggi, kalau dekat bandar besar kemungkinannya boleh. Akan tetapi macam mana pula kawasan-kawasan yang berada di pinggir bandar dan juga di luar bandar kalau kita tidak pantau dari segi harga. Mungkin kena ada limit kan berapa yang maksimum yang boleh. I don’t know. Itu yang saya hendak tanya dan minta penjelasan pada pihak Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Menteri, sedikit. Saya hendak tanya Menteri.

Okey. Seperti di kawasan saya, ia ada old folks home yang swasta. Walaupun mereka bukan daripada- tidak mempunyai experience in medical services dan sebagainya.

Mereka hanya mengupah maybe local folks atau yang tidak ada experience atau pekerja asing untuk menjaga warga-warga emas. Jadi, adakah ini juga terpaksa mengikut apa guidelines yang akan ditetapkan oleh kementerian pada masa depan? Mereka terpaksa mematuhi minimum guidelines tentang nurses dan sebagainya. Kalau Menteri buat regulations dan guidelines tersebut. Jadi, adakah ia akan terpaksa mengikut guidelines lah daripada kementerian? Terima kasih.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Pihak yang menubuhkan pusat-pusat penjagaan swasta ini mereka ada pilihan untuk berdaftar dengan akta ini atau akta di bawah Kementerian Kebajikan dan Keluarga. Tujuan mengapa ada keperluan yang tinggi untuk mewujudkan akta ini ialah untuk menyelaraskan dan memantau satu industri baru yang sedang wujud di dalam negara kita. Di mana ada pihak-pihak dalam negara dan daripada luar yang sedang melabur untuk menubuhkan pusat-pusat penjagaan warga emas ini.

Oleh kerana adanya pelaburan dan pembangunan industri yang akan berlaku dengan mengambil kira bahawa jumlah warga emas di negara kita akan meningkat dengan masa. Pihak yang melabur lihat bahawa ada sambutan untuk industri sedemikian dan kerana pada masa sekarang kita tiada apa-apa sistem perundangan yang boleh mengawal itu. So, kita telah rasa ada keperluan untuk mengadakan suatu sistem perundangan. So, khususnya ialah untuk mengawal industri itu.

Di dalam membuat itu, kerajaan memang sedar bahawa ada keadaan-keadaan tertentu seperti apa yang telah dijelaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Di mana pihak NGO, pihak-pihak yang lain yang telah menjalankan itu. Itu sebab di dalam itu kita akan mengadakan budi bicara. Satu, di dalam akta ini semasa kita mewujudkan peraturan- peraturan. Selain daripada itu, memberi peluang kepada mereka untuk berdaftar di bawah the Care Act di bawah Kementerian Kebajikan dan Keluarga. Apa yang sangat mustahak, mereka kena berdaftar di bawah mana-mana satu akta.

Sekarang keadaan yang kita lihat adalah banyak yang tidak berdaftar dengan mana-mana agensi kerajaan atau di mana-mana akta. So, kerana ini berlaku, tiada pihak kerajaan yang boleh memantau atau menguatkuasakan apa yang berlaku di banyak daripada pusat-pusat penjagaan ini. Di mana boleh dikatakan kadang-kadang penjagaan mereka dan nilai penjagaan dan standard yang diberi itu boleh dipersoalkan. Ada yang jumlah penghuni yang begitu ramai dan mereka yang memberi penjagaan itu tidak ada apa-apa jenis pengetahuan berkaitan dengan warga emas.

Ada yang memerlukan rawatan daripada kesihatan pun dimasukkan di situ juga.

Oleh kerana banyak isu yang dihadapi, sebelum isu ini menjadi satu perkara yang besar, kita ada keperluan untuk mengawal perkara itu. Terima kasih. Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat daripada Parit Sulong, untuk buat sementara waktu tidak ada tujuan atau tidak ada proviso di dalam akta ini untuk mengawal harga. Saya berpendapat kita akan lihat kepada macam mana di dalam kuasa pemasaran itu harga akan ditentukan.

Oleh kerana pada masa sekarang pun kalau lihat kepada institusi penjagaan warga emas ini, ada yang daripada percuma, tidak ada dikenakan apa-apa bayaran.

Daripada yang mengenakan charge beribu-ribu ringgit untuk satu bulan. So, ada satu spectrum. Saya berpendapat mungkin konsep ini akan berterusan selepas pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang ini. Akan tetapi saya setuju dengan apa yang telah dijelaskan oleh Ahli Yang Berhormat bahawa di dalam satu keadaan ketika di mana caj yang dikenakan adalah terlampau tinggi, maka keadaan itu kita akan lihat kepada keperluan untuk mengawal dan menetapkan siling seperti apa yang telah dibuat untuk hospital-hospital swasta pada masa sekarang.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian setuju dengan pandangan yang telah di kemukakan oleh banyak Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa institusi kekeluargaan memainkan peranan yang penting dalam penjagaan warga emas. Memanglah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk menjaga ibu bapa warga emas mereka. Namun, penjagaan di kemudahan jagaan kesihatan warga emas swasta adalah last resort dalam situasi-situasi tertentu. Seperti apabila anak-anak atas urusan kerja, tiada di rumah untuk menjaga ibu bapa warga emas mereka. Atau apabila anak-anak tiada pengetahuan atau pengalaman wajar untuk menjaga ibu bapa warga emas mereka yang kurang sihat.

Justeru itu, anak-anak masih memainkan peranan penting dalam penjagaan ibu bapa warga emas mereka walaupun ibu bapa mereka ditempatkan di kemudahan jagaan kesihatan warga emas. Tiada apa-apa dalam RUU yang menggalakkan anak-anak mengabaikan jagaan ibu bapa warga emas mereka.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, rang undang-undang menetapkan supaya pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa pemberi jagaan, caregiver adalah mempunyai latihan dan mempunyai competency. Pemegang lesen adalah membuat perkiraan dan persediaan antara lainnya, bagi latihan untuk memberi jagaan dalam bantuan hayat asas.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Menurut fasal 17, tempoh sah laku lesen ialah tiga tahun untuk kali yang pertama dan menurut fasal 18, ketua pengarah boleh menentukan tempoh sah laku lesen apabila ia diperbaharui.

Fasal 53 memperuntukkan pusat jagaan yang berdaftar di bawah akta ini, Akta Pusat Jagaan 1993 yang menyediakan jagaan kepada empat warga emas atau lebih hendaklah disifatkan telah dilesenkan di bawah RUU ini sehingga lima tahun daripada tarikh permulaan berkuat kuasa RUU ini atau apa-apa tempoh selanjutnya yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah.

Fasal 42 adalah sangat penting kerana fasal itu memberi ruang kepada Yang Berhormat Menteri selepas berunding dengan Menteri yang bertanggungjawab tentang Akta Pusat Jagaan 1993 iaitu di bawah Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat untuk menerima masuk orang yang berumur di bawah 60 tahun ke dalam kemudahan tersebut berdasarkan kriteria yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang akan digubal kelak.

Fasal 42 pun adalah untuk menangani keadaan seperti apabila seseorang suami berumur 61 tahun tetapi isterinya berumur 58 tahun. Fasal ini wujud supaya kedua- dua mereka tidak perlu diasingkan dalam kemudahan jagaan kesihatan warga emas dan pusat jagaan yang berlainan.

Fasal 42 tiada kaitan dengan penerimaan OKU. OKU juga boleh diterima masuk kemudahan jagaan kesihatan warga emas dengan syarat dia hendaklah berumur 60 tahun dan ke atas atau sekiranya dia berumur kurang daripada 60 tahun adalah mesti memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

final • 3:00 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Menteri, saya.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ya.

final • 3:00 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Okey. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya nak cuba memahami dengan apa Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi. Maknanya sekarang ini kita ada warga emas, sekiranya dia ada medical condition, kalau dia tidak mampu, dia tak boleh hendak masuk ke pusat perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas ini sebab swasta dan sebab ia adalah di bawah kementerian, maka dengan sendirinya dengan menyediakan prasarana yang ada jururawatnya dan semua, makna dia seperti satu pusat rehabilitation yang kita ada sekarang ini.

Makna dia, it’s going to be more expensive. Now, makna dia sekarang ini, yang akan menentukan sama ada walaupun dia ada masalah misalnya dia perlu ada nasogastric tube dan sebagainya tetapi oleh kerana dia tidak ada kemampuan untuk ke pusat jagaan kesihatan ini, maka dia boleh pergi ke pusat jagaan biasa yang di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat?

final • 3:00 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Is there anything to- adakah kerana dia ada masalah kesihatan, dia tak boleh masuk dalam pusat jagaan yang di bawah kementerian. Jadi macam mana itu?

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Right. Kalau ialah pusat di bawah kerajaan, tiada halangan untuk mereka dimasukkan ke dalam mana-mana pusat yang diuruskan oleh kerajaan di mana agensi kerajaan yang bertanggungjawab kena menyediakan kemudahan-kemudahan kesihatan yang diperlukan untuk jaga mereka di dalam institusi- institusi mereka. Akan tetapi, kalau ialah pusat di peringkat swasta yang menyediakan kemudahan kesihatan, maka mereka wajib didaftar di bawah akta ini kerana mereka mesti menyediakan kemudahan kesihatan selaras dengan peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan.

final • 3:00 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Maknanya Yang Berhormat Menteri, kalau ada warga emas 60 tahun ke atas, dia ada medical condition dan memang nak bawa balik tak boleh dirawat di rumah dan nak masuk dalam pusat jagaan bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini, tak ada siapa nak merawat dia. Maka jadi, dia akan duduk di dalam sistem kesihatan yang kita ada. Sama ada di hospital ataupun di hospital peringkat kawasan dan sebagainya. Dia tak boleh didischargelah. Makna dia kementerian akan terus...

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Apa yang saya maksudkan ialah, mereka yang di bawah jagaan pusat-pusat penjagaan warga emas yang di bawah kawalan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menyediakan kemudahan untuk menjaga mereka yang memerlukan rawatan kesihatan itu, kita tidak mengawal melalui akta ini.

So, mereka terus boleh dimasukkan di situ dan tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menjadi sebagai pihak yang bertanggungjawab kepada pusat itu untuk menyediakan kemudahan kesihatan di situ.

Akan tetapi bila sesuatu pusat swasta menyediakan kemudahan kesihatan, ia mesti mendaftar di bawah akta ini supaya kalau mereka tidak menyediakan kemudahan kesihatan yang sesuai dan selaras dengan standard minimum yang telah ditetapkan, kita boleh ambil tindakan terhadap mereka. So itulah tujuannya.

Bagi memenuhi kehendak RUU ini, pengusaha dan pengendali kemudahan jagaan kesihatan warga emas swasta hendaklah mematuhi dan memenuhi kriteria keperluan di dalam garis panduan penempatan fizikal warga emas yang dibangunkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di mana untuk spesifikasi infrastruktur perlu memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dalam design yang dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia untuk memastikan bahawa kadar minimum standard-standard ini boleh ditetapkan. Ini ialah untuk memastikan kemudahan- kemudahan ini dibangunkan selaras dengan kemudahan-kemudahan yang telah ada di dalam struktur yang telah diluluskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, mereka yang menjaga di dalam pusat- pusat ini, mereka mesti ada latihan mengikut garis panduan dan arahan yang akan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan kelak yang mungkin juga termasuk modul latihan penjagaan warga emas yang dibangunkan oleh National Occupational Skills Standard melalui Kementerian Sumber Manusia atau Sijil Kemahiran Malaysia. Ini untuk memastikan bahawa mereka yang menjaga dan bekerja di dalam institusi-institusi penjagaan warga emas ini telah mendapat latihan sekadar minimum melalui pensijilan di peringkat SKM.

Bukan kita memerlukan ada diploma atau degree tetapi sekurang-kurangnya mereka telah mendapat latihan di peringkat pensijilan di peringkat SKM untuk memastikan modul-modul yang akan dikeluarkan oleh kementerian untuk memastikan mereka mengikut ini dan ini akan memastikan bahawa mereka yang menjadi caregiver di dalam pusat-pusat ini telah diberi latihan.

Itulah sahaja Tuan Yang di-Pertua, jawapan kepada isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi keprihatinan kepada perkara ini dan kepada sokongan yang diberi. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalah ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 3:00 PM

Fasal-fasal 1 hingga 53 - Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kapar.

final • 3:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ada beberapa soalan ringkas yang perlu diutarakan untuk mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Yang pertama sekali berkenaan dengan fasal 4 yang memberi kelulusan untuk empat warga emas atau lebih mendapat kelulusan di bawah subseksyen 911 dan di sini pun telah meletakkan bahawa seorang individu atau suatu badan berkanun boleh mewujudkan rumah ataupun pusat perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas.

Persoalan saya adalah, sekiranya rumah itu mempunyai lebih daripada empat orang tetapi dia tidak meletakkan sesuatu caj, dia melakukan ini sebagai satu rumah sosial ataupun sukarelawan.

final • 3:09 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Adakah individu tersebut atau organisasi tersebut pun tertakluk kepada akta ini.

Sekiranya dia kalau dicaj dan sebagainya, iaitu dia boleh dianggap sebagai sedang melakukan sesuatu untuk keuntungan dan sebagainya tetapi kalau dia datang atas basis kebajikan, dia just hendak bantu lima atau enam orang. Bagaimana kerajaan atau kerajaan akan memandang situasi itu. Itu yang pertama.

Kedua adalah sekiranya katakan seorang anak, dia sudah berkahwin, dia ada seorang ayah dan ibu dan juga seorang ibu mertua dan ayah mertua. Keempat-empat di bawah jagaannya, bagaimana pula kementerian akan memandang situasi ini sebab itu pun adalah tertakluk kepada empat orang atau lebih, itu yang pertama.

Kedua Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi adalah berkenaan dengan fasal 5 sub 1(c) khususnya yang mengatakan apa-apa premis yang ditetapkan Menteri, adakah yang ini ada apa-apa guidelines yang kita akan rujuk atau kita akan guna dari tempat ke tempat atau premis ke premis untuk membuat penentuan?

Seterusnya adalah fasal 6. Ini berkenaan dengan permohonan kelulusan juga.

Kita mendapati bahawa semuanya ditentukan oleh Ketua Pengarah. Apakah Ketua Pengarah ini mempunyai guidelines untuk menentukan permohonan kelulusan sebab lesen kita nampak ada guidelines yang telah dimasukkan di dalam akta tetapi untuk permohonan kelulusan saya tidak nampak apa-apa.

Ada pertimbangan di fasal 8 yang mengatakan (a) sampai (e), but the issue is, adakah yang ini hanya guidelines yang akan diikuti atau Ketua Pengarah boleh menetapkan guidelines selain daripada fasal 5 ini? Sebab lima ini saya dapati dalam bahasa Inggeris, dia menggunakan perkataan “shall” that means it is mandatory. So fasal 5 ini, perlu diikuti oleh Ketua Pengarah sebelum membuat keputusan but the issue is, sebab saya nampak dalam fasal 6, 7, 8.

final • 3:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ketua Pengarah ini boleh meluluskan permohonan, boleh menolak sesuatu permohonan bermaksud sesuatu kuasa yang luas kita berikan, kuasa mutlak kita berikan kepada Ketua Pengarah. Kita letak hanya lima mandatori pertimbangan yang perlu diambil kira oleh Ketua Pengarah. Is this list exhaustive atau budi bicara Ketua Pengarah, dia boleh menambahkan point selain daripada lima yang ditetapkan dalam fasal lapan?

Seterusnya Yang Berhormat Menteri dan juga Tuan Pengerusi, berkenaan dengan fi-fi ataupun caj yang boleh dikenakan untuk kelulusan dan juga untuk lesen. Ini semua ditetapkan oleh Ketua Pengarah. So, adakah Ketua Pengarah ini akan dibantu oleh satu guidelines yang ditetapkan oleh kementerian atau diberikan kuasa mutlak kepada Ketua Pengarah tersebut?

Untuk bahagian lesen ini, agak menarik sebab apabila kita membuat kelulusan, apabila kita beri kelulusan kepada premis tersebut, ada pertimbangan. Point

(a),(b),(c),(d) dan (e) seperti dalam fasal lapan yang saya bangkitkan sebentar tadi tetapi untuk permohonan lesen, tidak ada apa-apa pertimbangan ataupun tidak ada apa-apa guidelines yang ditetapkan dalam akta ini, bermaksud ia membuka ruang seluas-luasnya kepada Ketua Pengarah untuk membuat keputusan. Adakah kementerian telah juga menyediakan guidelines yang akan diikuti? Jika ada, saya minta komitmen daripada Yang Berhormat Menteri untuk menerangkan bahagian itu.

Seterusnya adalah berkenaan dengan fasal 15 iaitu lesen sementara. Yang ini mesti ada kebaikan dari sudut kementerian, kalau tidak, kita tidak akan letak lesen penuh dan lesen sementara. Akan tetapi yang saya ingin Yang Berhormat Menteri terangkan dalam Dewan yang mulia ini adalah berkenaan dengan fasal 15 sub (4) di mana lesen sementara ini kita bagi untuk tempoh 12 bulan. Saya merasakan, satu, tempoh ini agak lama.

Kedua, sekiranya apa-apa berlaku dalam tempoh ini, perkara yang tidak diingini sebab ikut kepada pemahaman saya, tempat itu sudah boleh beroperasi tetapi ia tidak dapat lesen mutlak tetapi hanya lesen sementara. Sekiranya apa-apa berlaku dalam masa tempoh 12 bulan ini, apakah tanggungjawab ataupun amanah yang akan kita pikul sebab kita yang akan luluskan akta ini dalam Dewan yang mulia ini. So, komitmen untuk penerangan walaupun dalam 12 bulan ini, bagaimana kita akan memberi lesen sementara? Adakah lesen sementara ini tidak akan diberi untuk beberapa kriteria atau beberapa kategori-kategori tertentu? Saya minta Yang Berhormat Menteri boleh terangkan.

Kalau kita tengok fasal 16 juga, walaupun 12 bulan ini tidak dapat pemegang lesen atau yang telah mendapat kelulusan ini, dia tidak dapat menyelaraskan seperti permintaan Ketua Pengarah, fasal 16 sub (c) memberi kuasa melanjutkan lesen sementara bagi apa-apa tempoh yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah. Lagi sekali kita nampak dan saya bangkitkan tadi kalau 12 bulan itu kalau sesuatu berlaku, menjadi tanggungjawab kita kerana kita yang luluskan akta ini.

Sekarang pula kita bagi Ketua Pengarah satu tempoh masa yang tidak ada had kerana perkataan itu jelas dalam akta ini mengatakan bahawa apa-apa tempoh yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah. So, ini memberi satu lacuna dalam tempoh masa yang akan dibenarkan oleh Ketua Pengarah untuk menjadikan lesen sementara ini kepada lesen penuh. Yang ini pun saya minta jasa baik Yang Berhormat Menteri, wajib untuk memberi penerangan supaya akta ini tidak disalahgunakan oleh Ketua Pengarah atau sesiapa yang memegang watak tersebut pada masa yang akan datang.

Seterusnya fasal 23, orang yang bertanggungjawab. Orang yang bertanggungjawab ini kita letak dalam akta ini sebagai seorang yang mempunyai kelayakan, telah menjalani latihan dan mempunyai pengalaman. Itu secara holistik. Saya rasa merangkumi semua tetapi pemerincian dari sudut apakah kelayakan yang sewajarnya, apakah pengalaman yang kita perlukan daripada individu tersebut? Apakah latihan yang perlu dilalui? Tidak semestinya kita masukkan dalam akta ini tetapi kementerian sepatutnya ada satu guideline, mekanisme untuk menentukan ini adalah kriteria orang yang bertanggungjawab, manakala ini belum lagi boleh menjadi orang yang bertanggungjawab. Saya rasa itu perlu ada.

Saya minta jasa baik Yang Berhormat Menteri untuk menerangkan juga siapa yang boleh layak menjadi orang yang bertanggungjawab, siapa yang kita akan menolak ataupun tidak merentasi sempadan sebagai seorang yang bertanggungjawab? Buat masa ini saya rasa itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sungai Siput. Selepas itu Yang Berhormat Menteri boleh menjawab.

final • 3:10 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada, tidak begitu banyak. Satu yang saya hendak bawa ialah empat.

Dikatakan tidak boleh beri health care facilities and services, yang mengatakan itu.

Dikatakan ada seorang warga emas yang dimasukkan kepada pusat jagaan warga emas.

Bukan di bawah akta ini tetapi di bawah Akta Kementerian Wanita dan dia perlukan dressing untuk dia punya luka ataupun dia perlukan suntikan insulin, dia diperlukan untuk diberikan ubat-ubatan secara harian. Adakah itu juga satu health care facilities yang dia terima?

Jadi sebuah facility yang didaftarkan di bawah pusat jagaan warga emas, mungkin dia langgar syarat ini kerana jika dia bagi health care facility kepada warga emas, dia mesti bawa sini. Jadi saya ingat, ertinya how do you interpret apakah health care facility? Katakan jika rice tube and above, catheter and above, you know, ini semua adalah health care tetapi memberi ubat sahaja ataupun suntikan insulin ataupun dia check glucometer sebelum dia bagi suntikan. Adakah itu health care? Jika ya, dia salah untuk mendaftarkan diri di bawah Akta Pusat Jagaan Warga Emas tetapi menjaga warga emas yang perlukan rawatan macam itu. So where is the cut-off line? So ini tidak begitu jelas ini. I think for the people in the market, mereka harus tahu. You just don’t break the law. So, itu satu.

final • 3:17 PM

Tuan Pengerusi Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 3:17 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Ada lagi.

final • 3:17 PM

Tuan Pengerusi Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya?

final • 3:17 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Lagi ada. Lagi ada. Ada lagi beberapa.

final • 3:17 PM

Tuan Pengerusi Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak, fasal perkataan ‘hal itu sahaja’.

final • 3:17 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Bukan. Sorry, sorry. Nombor dua di bawah seksyen 20, “to ensure the caregivers are trained and competent”. Memang saya agree. Saya setuju dengan itu. Dia mesti trained, mesti kompeten. Akan tetapi apakah caranya? Jadi kita kenalkan mereka, pergi ke kolej-kolej swasta untuk dapat sesuatu, itu akan meningkatkan kos. So jika competency ini boleh dibuat in-house kerana kita ada beberapa ratus care centre di Malaysia yang juga rawat orang, warga emas yang ada medical problem. Jika mereka mendaftar di bawah ini, bolehkah mereka diminta buat in-house training, so secara kelompok untuk caregivers mereka.

final • 3:17 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Itu mungkin akan sekat kos, I’m worried about the cost kerana ini akta yang bagus. So ini juga dengan 44 di mana director general boleh ada guidelines dan directive yang perlu dan juga 49 di mana Minister, Menteri boleh buat regulations. Bolehkah saya minta ini dibuat dengan konsultasi bersama dengan the operators in the field. Kerana sekarang ini memang ada orang yang jalankan pusat-pusat jagaan, yang jaga orang warga emas yang ada masalah medical.

final • 3:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Sungai Siput, saya amat berminat tentang hujahan Yang Berhormat Sungai Siput kerana kita tahu bahawa di negara ini ada yang sangat maju, ada yang sangat mundur. Kita tahu bahawa ini adalah untuk regulate new industry, it sounds very expensive to me. It sounds to be sangat-sangat eksklusif kelab.

Kita tahu bahawa di kawasan kita, termasuk kawasan Yang Berhormat Menteri, dia ada kecil-kecil, dia ada caregiver, ada yang private ada yang empat hingga lima orang, itu pun ada.

final • 3:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Walaupun kita boleh categorise old folks homes daftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, akan tetapi at the same time, ada yang kecil-kecil medical yang provide basic medical services. Jadi saya nampak bahawa, jangan director general dia ingat, dia hanya satu one-size-fits-all, there’s no one size fits all in this industry. It has to be catered to low cost, low medium cost, medium cost and high cost and expensive facilities. Minta penjelasan, setuju kah Yang Berhormat Sungai Siput tentang argument saya. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Saya setuju, saya rasa ini satu usaha yang baik oleh kerajaan.

Akan tetapi I think develops the details. Cara kita gariskan panduan, apa yang perlu dibuat itu yang penting. Saya rasa mungkin kita boleh sekat kenaikan harga, the cost, jika kita include, kita minta, kita ada perbincangan bersama dengan caregivers yang sedia ada di market dan kita tubuhkan satu jawatankuasa bersama dengan mereka, dengan juga Kementerian Kesihatan untuk memantau, untuk memantapkan latihan yang diperoleh oleh orang yang kerja di tempat-tempat ini.

Saya rasa kita tidak perlu pergi terlalu komersial, jika kita jadikan ia komersial, dia mesti dapatkan sijil daripada sini, daripada sana. Mereka akan pergi underground- lah. Mereka tidak boleh daftarkan diri, yang daftarkan diri akan charge terlalu banyak, orang biasa tidak boleh hantar kepada mereka. The industry will go underground. So tujuan kita adalah untuk memantau, untuk kawal, untuk make it better, we’ve got to be realistic. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya telah terangkan tadi, tujuan mengadakan akta ini ialah dengan menyedari bahawa ada satu perkembangan industri yang baru dan ada satu keperluan supaya kita ada satu landasan perundangan untuk mengawal industri itu. Walaupun itu ialah, macam mana puncanya akta ini, tetapi saya berkongsi sentimen yang dipanjangkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa, tujuan adakan akta ini bukan menyekat pusat-pusat yang sedia ada yang memberi perkhidmatan kepada orang yang datang daripada kumpulan yang tidak berapa mampu atau berpendapatan rendah. Akan tetapi, untuk memberi mereka satu suntikan supaya mereka pun sedar di dalam memberi penjagaan kepada kumpulan- kumpulan tertentu, ada tanggungjawab masing-masing untuk memastikan bahawa tahap minimum mesti dicapai.

Itulah tujuannya dan untuk beberapa perkara yang telah dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya Yang Berhormat Kapar tentang adakah keperluan untuk mereka yang menjaga saudara-mara memerlukan lesen dan sebagainya. Di bawah seksyen 3(c) premises where an individual provides healthcare for his aged relative, ini ia tidak terpakai, undang-undang ini tidak terpakai. Oleh itu mereka dikecualikan.

Untuk premises ini, kita akan menggunakan piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk Pusat Jagaan Warga Emas.

They already have standards. Ini akan menjadi standard yang akan memastikan the minimum standards untuk menubuhkan.

Tentang kuasa Ketua Pengarah, kuasa Ketua Pengarah bukan sahaja di dalam akta ini, di dalam mana-mana akta dalam negara kita ada kuasa yang diberi kepada pegawai-pegawai pengurusan yang tertinggi supaya mereka boleh menjaga dan mengambil beberapa keputusan selaras dengan peruntukan-peruntukan yang ada di dalam akta itu. Akan tetapi, di dalam cara macam mana mereka menggunakan kuasa ini, mereka di nasihat, dipandu oleh beberapa faktor.

Di dalam akta ini, apa yang akan mengikut daripada kelulusan akta selepas ini, ialah penyediaan peraturan peralatan tertentu. Semasa peraturan peralatan tertentu disediakan, peraturan ini akan menyediakan garis panduan untuk mereka yang memohon untuk lesen dan untuk membuka premis. Ini akan menjadi asas yang akan digunakan oleh ketua pengarah di mana beliau akan menggunakan kuasa dia. Kuasa beliau, bukanlah satu kuasa persendirian, kuasa beliau terdiri daripada kedudukan beliau sebagai pegawai yang paling tinggi di dalam sistem itu dan beliau akan dinasihatkan oleh sistem pada keseluruhannya di dalam membuat keputusan.

Tentang seksyen 15 berkaitan dengan interim license. Tujuannya memang jelas di dalam seksyen itu di mana semasa pemeriksaan dibuat ke atas setiap premis dan jikalau tidak memuaskan, iaitu the director general thinks that the applicant of the license- the inspection of the premises is unsatisfactory.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Maka dalam keadaan itu mereka diberi masa 12 bulan yang maksimum, that’s maximum time limit yang diberi untuk mereka supaya untuk membuat pengubahsuaian yang diperlukan dan kalau mereka buat sebelum itu, selepas tiga bulan atau empat bulan, maklumat itu boleh diberi kepada director general dan beliau boleh memberi lesen.

Ini adalah satu tempoh, selepas inspection, mereka sudah melabur, sudah membangunkan satu kemudahan, tetapi semasa pemeriksaan kita nampak ada kekurangan-kekurangan tertentu, tidak boleh batalkan lesen pada masa itu. Itulah sebabnya interim diberi. Di dalam 12 bulan, you kena membetulkan apa-apa kesilapan yang tersedia ada supaya ia boleh selaras dan di dalam itu, selepas itu lesen diberi.

Tentang 23 berkaitan dengan person in charge...

final • 3:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat may I intercept before you move on. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada dua soalan ringkas. Terus kepada soalannya.

Sekiranya seksyen 3(c) berkenaan saudara mara tersebut berlawanan dengan seksyen 4 subseksyen 1, di mana saudara mara melebihi empat orang. Adakah seksyen 3(c) akan prevail itu yang pertama. Kedua, sekiranya tempat itu adalah untuk kebajikan, saudara mara jauh dan sebagainya, orang yang dia kenal dan sebagainya dia tidak buat dalam bentuk komersial. Adakah lagi sekali seksyen 3(c) boleh dikatakan sebagai saudara jauh dan sebaginya akan prevail itu bahagian pertama.

Kedua adalah berkenaan fasal 16(c) yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah melanjutkan lesen sementara, yang 12 bulan itu saya faham, saya akui penerangan Yang Berhormat Menteri tadi ada asasnya tetapi yang bahagian melanjutkan lesen sementara bagi apa-apa tempoh yang dibenarkan. Ini tiada had, yang tadi ada had 12 bulan, yang ini memberi ruang yang amat luas. It can be one month, it can be one year, it can be two years, so tidak ada apa-apa penerangan diberi, di ruang huraian pun bahagian ini mendiamkan diri. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Soalan Yang Berhormat yang berkaitan dengan soalan pertama kerana daripada pada mulanya, jelas bahawa akta ini is non- applicable kepada keadaan di bawah 3C, maka 3C akan prevail ke atas apa-apa keadaan yang lain. Selain daripada itu, berkaitan dengan 16(c) di mana extend the interim licence for such period as the DG may allow to enable the compliance with the standards or requirements. Ia kena berikutan dengan 15(i) di mana interim licence ini diberi kerana the report of the inspection is unsatisfactory. Dianggap bahawa kerana report is unsatisfactory, tempoh yang diberi 12 bulan mungkin dianggap mencukupi untuk membetulkan the state of unsatisfactoriness. Akan tetapi kalau di dalam 12 bulan itu mereka tidak boleh siap, so di dalam keadaan itu ialah kuasa di bawah 16(i)(c), di mana pihak DG kena lihat adakah mereka memerlukan tiga bulan tambahan atau empat bulan tambahan supaya mereka boleh selesaikan isu ini.

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat, just ringkas sahaja Yang Berhormat. Terima kasih atas penjelasan. Adakah ini bermaksud 16(c) ini sepatutnya lebih kurang daripada 15(4) iaitu mesti lebih kurang daripada 12 bulan yang ditetapkan oleh fasal 15(4)? Apakah pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Untuk pemahaman, kalau diperlukan lebih daripada 12 bulan, itulah kuasa di mana ia terdiri daripada 16(i)(c), lebih daripada 12 bulan, bukan daripada kurang. Kalau kurang, sudah termaktub di dalam 15(4). Teruskan kepada jawapan kepada isu-isu...

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Minta maaf Yang Berhormat.

Itu bukan soalan saya. Saya ingin menerangkan, dengan izin Tuan Pengerusi. Maksud saya, kita sudah beri dia lesen sementara bermula daripada...

final • 3:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Selama 12 bulan.

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

...Januari sampai Disember, 12 bulan. Selepas 12 bulan, apa-apa tempoh, adakah apa-apa tempoh ini tidak boleh melebihi 12 bulan yang awal? That means, let’s say dia tidak boleh dapat lagi satu tahun untuk membuat keputusan. That should be lesser than one year.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Itu terpulang- di situlah budi bicara Ketua Pengarah. Budi bicara kepada Ketua Pengarah.

Tentang perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Sungai Siput dan soalan pencelahan oleh Ahli Yang Berhormat Bayan Baru bahawa di dalam menguatkuasakan undang-undang ini, kementerian akan mengambil jalan yang boleh dikatakan realistik.

Apa yang tadi disebut oleh Ahli Yang Berhormat, di mana seorang pesakit untuk rawatan persendirian memerlukan ubat contohnya atau memerlukan suntikan dan ini dijaga itu, that will not be defined as a centre which provides medical service. Akan tetapi ini ialah untuk penjagaan diri individu itu yang mungkin dibantu oleh mereka yang ada di dalam pusat-pusat itu. Apa yang dimaksudkan oleh pusat-pusat jagaan yang di bawah kategori kesihatan, di mana proactive treatment is actually provided in the centre. So, itu yang dimaksudkan di mana rawatan diberikan mungkin ada penglibatan doktor, penglibatan jururawat atau rehabilitasi berterusan.

So, mereka jatuh di dalam the category of medical establishment di mana warga emas ada. So, mereka mesti daftar dengan itu tetapi di mana the whole ambit of responsibility di dalam sesuatu pusat itu tiada berkaitan dengan medical services tetapi mereka yang ada di situ mungkin perlu makan ubat darah tinggi contohnya, perlu makan ubat untuk kencing manis dan ubat itu diberi oleh mereka yang menjaga. That cannot be considered as a medical centre. So, di dalam itu I am sure we will be realistic in doing it.

Tentang compentency of the caregivers seperti yang saya jelaskan tadi, kementerian akan bekerjasama to get minimum standards according to SKM’s level yang boleh- we will develop it with the Ministry of Human Resource supaya ia perlu mendapat degree atau diploma dan sebagainya. Akan tetapi latihan minimum untuk kategori- kategori yang berlainan yang memberi penjagaan di dalam pusat-pusat ini, at least they have been exposed to those standards which they have. Ya.

final • 3:30 PM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

Menteri. Terima kasih Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak minta ini pusat jagaan- sebagai doktor pun saya ada peluang melawat banyak tempat. Ada kadang-kadang standard baik, kadang- kadang standard kurang. Akan tetapi soalan saya ialah adakah kementerian cadangkan impose satu cap untuk caj-caj mereka sebab sekarang banyak kompelin caj sangat tinggi.

Sekarang sampai RM3,000 sebulan pun ada, RM5,000 sebulan ada. Apa pandangan Meteri?

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat, saya sambung sedikit ya. Berkenaan dengan person in charge, fasal 23, specifically sub(c) 2(c) di mana kita ada healthcare professionals dan healthcare professionals ini telah disenaraikan dalam Second Schedule. Ini bermaksud adakah mereka yang pusat-pusat ini perlu mengambil Second Schedule ini sesiapa yang telah disenaraikan itu bekerja di sana, bagaimana penglibatan mereka? Adakah mereka wajib berada di sana untuk take care atau sebagai outpatient mereka perlu keluar? Bagaimana bahagian itu berfungsi?

Pandangan Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Berkaitan dengan isu kos, saya sudah jawab tadi sebelum Yang Berhormat masuk ke dalam Dewan, telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong tadi. Bahawa pada masa sekarang tiada tindakan melalui akta ini untuk menetapkan ceiling cost. Walaupun saya sudah beritahu Yang Berhormat Parit Sulong tadi bahawa kita akan memantau keadaan ini. Kalau ada keperluan seperti yang telah dibuat untuk pusat-pusat penjagaan kesihatan iaitu private healthcare pada masa sekarang, di mana kita telah menetapkan harga siling untuk ke professional care dan sekarang sedang mengadakan perbincangan untuk menetapkan harga siling untuk the other aspects of healthcare. Mungkin di dalam keadaan ini kita akan lihat pada masa itu.

Tentang person in charge, kalau lihat perbandingan dengan person in charge for private hospitals sekarang dan untuk hemodialisis center yang ada pada masa sekarang, person in charge ialah mereka yang mendapat professional responsibility untuk menguruskan pusat itu.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

So, di dalam perkara itu, mereka mungkin mereka yang menjadi owner of the center. Owner mungkin orang yang lain tetapi person in charge ialah professionally responsible. So, di dalam itu, kita tidak akan memerlukan mereka ada di center itu tetapi dia akan bertanggungjawab untuk menguruskan center, pusat itu daripada sudut profesionalisme untuk memastikan ia mengikut segala garis panduan yang telah ditetapkan daripada the professional care, the professional responsible. So, itu yang maksudnya, sama macam apa yang dilalukan untuk hemodialisis center dan pusat-pusat yang lain. Terima kasih Tuan Pengerusi.

[Fasal-fasal 1 hingga 53 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan disokong oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah) dan diluluskan]

final • 3:30 PM
RANG UNDANG-UNDANG PUSAT JAGAAN (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Pusat Jagaan (Pindaan) 2017 untuk meminda Akta Pusat Jagaan 1993 dibacakan bagi kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Pusat Jagaan (Pindaan) 2017 atau selepas ini disebut sebagai akta yang dicadangkan bertujuan untuk meminda Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506].

Akta 506 telah digubal dan dibentangkan di Parlimen pada tahun 1994 untuk mengadakan pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan ke atas pusat jagaan mengikut standard dan peraturan yang telah ditetapkan. Akta tersebut telah diluluskan di Parlimen dan telah dikuatkuasakan di seluruh Malaysia mulai 1 Jun 1994.

Pada masa ini, selain daripada Akta 506, pusat-pusat jagaan di Malaysia juga dikawal selia oleh Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia. Akta 586 mengawal selia dan mengawal kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan kemudahan dan perkhidmatan lain yang berhubungan dengan kesihatan.

Walaupun Malaysia mempunyai dasar khusus untuk warga emas iaitu Dasar Warga Emas Negara yang telah digubal pada tahun 2011 untuk menjamin kesejahteraan warga emas, namun pada masa ini tiada akta khusus bagi penjagaan warga emas yang berusia 60 tahun ke atas. Ini adalah kerana kedua-dua Akta 506 dan Akta 586 memperuntukkan jagaan untuk semua peringkat umur.

Bagi memastikan pusat jagaan warga emas di Malaysia dapat dikawal selia dengan lebih rapi, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah bersetuju supaya satu akta khusus penjagaan kesihatan warga emas digubal iaitu Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017 yang telah dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

final • 3:40 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Tuan Yang di-Pertua, berikutan penggubalan Rang Undang-undang Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017 yang selepas ini disebut sebagai RUU KPJKWES, Akta 506 juga perlu dipinda sewajarnya (consequential amendment) bagi memastikan keselarasan dari segi pelaksanaan dan penguatkuasaan bagi kedua-dua perundangan ini memandangkan Akta 506 terpakai kepada semua pusat jagaan tanpa meletakkan had umur seperti yang dimaklumkan sebentar tadi.

Tuan Yang di-Pertua, akta yang dicadangkan ini mengandungi empat fasal kesemuanya. Ingin saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada setiap fasal dalam akta yang dicadangkan seperti berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta yang dicadangkan dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2, Akta 506 untuk meminda takrif “penghuni” untuk mengecualikan jagaan orang yang berumur 60 tahun dan ke atas yang diletakkan di bawah RUU KPJKWES. Seksyen 2 dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “seseorang” perkataan “di bawah umur enam puluh tahun”. Ini adalah kerana pusat jagaan swasta yang menerima masuk penghuni warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas kini akan berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan sebagaimana yang dinyatakan di bawah RUU KPJKWES yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Akta yang dicadangkan hanya akan terpakai kepada pusat jagaan yang menerima masuk penghuni di bawah umur 60 tahun sahaja.

Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 3, Akta 506 untuk memperuntukkan bahawa Akta 506 tidak terpakai bagi mana-mana kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta yang berlesen di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017.

Subfasal 3(e) dan (f) dipinda bagi membolehkan subfasal 3(g) dimasukkan untuk mengecualikan premis swasta yang berdaftar di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017 yang didaftarkan di bawah Akta 506.

Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 11B dalam Akta 506.

Seksyen baharu 11B adalah bertujuan memberi kelonggaran untuk membenarkan pengendali pusat jagaan pusat berdaftar menerima masuk orang yang berumur 60 tahun dan ke atas sebagai orang yang diterima masuk untuk penjagaan di pusat jagaan berdaftar. Terima masuk itu hendaklah berdasarkan kriteria sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan akta yang dicadangkan selepas berunding dengan Menteri dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017.

Kelonggaran ini diperuntukkan bagi membolehkan dalam hal tertentu, contohnya pasangan suami isteri boleh menerima penjagaan di kemudahan sama di bawah Akta 506 walaupun perkiraan umur salah seorang melebihi umur 60 tahun, tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan oleh Menteri yang dipertanggungjawabkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017.

Tuan Yang di-Pertua, secara kesimpulannya, susulan daripada penggubalan RUU KPJKWES, Akta 506 juga perlu dipinda bagi mengelakkan sebarang pertindihan pelaksanaan perundangan antara Akta 506 dan Rang Undang-undang KPJKWES.

Tuan Yang di-Pertua, transisi daripada segi pendaftaran pusat jagaan ini tidak akan menjejaskan kebajikan warga emas dan pendaftaran pusat jagaan lain yang menerima penghuni di bawah umur 60 tahun. Pihak kementerian akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan proses transisi pendaftaran dari Akta 506 kepada Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017 dilaksanakan dengan baik. Taklimat akan diberi kepada semua pengendali pusat jagaan yang berdaftar dan belum berdaftar di bawah Akta 506 dan NGO berkaitan bagi tujuan melaksanakan undang-undang ini kelak.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ada sesiapa menyokong?

final • 3:40 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Chua Tee Yong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pusat Jagaan 1993 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

final • 3:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ha, hampir yang sama. Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Memang betul sebelum ini pun saya pun memang ada buat perbahasan. Juga tengok pun rupa kawan-kawan pun sama juga.

Seperti yang kita maklum, Malaysia akan menjadi negara tua tahun 2030 iaitu bila nilai 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk yang berusia 60 tahun ke atas. Saya ringkas sahaja, Tuan Yang di-Pertua, sebab saya tengok bila ada amendment ini, ada beberapa perkara yang saya hendak tanya kepada pihak kementerian. Adakah di bawah pusat jagaan yang berada di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini juga menekankan pengisian di tempat-tempat pusat jagaan di bawah kementerian ini?

Sebabnya, ada satu pandangan yang begitu skeptikal yang mengatakan bahawa pusat penjagaan warga emas ini selalunya untuk warga tua yang sakit, selepas itu kurang mendapat perhatian keluarga dan perkara-perkara yang negatif seperti itu.

Akan tetapi, sebenarnya saya melihat pusat jagaan warga emas ini juga saya kira mereka juga mengharapkan pengisian-pengisian aktiviti yang berfaedah dan juga boleh merapatkan silaturahim antara ahli-ahli atau penghuni di tempat ataupun di pusat berkenaan terutamanya mereka yang beragama Islam kadang-kadang dia hendak aktiviti seperti kelas mengaji yang dibuat secara konsisten, mungkin setiap hari ada kelas dia dan segalanya. Jadinya, dia perlu perkara-perkara seperti yang saya nyatakan ini.

Selepas itu juga, saya ingin bertanyakan pula- sebab, kadang-kadang warga emas ini jadi fobia bila dikatakan bahawa mereka ini akan ditempatkan di tempat-tempat pusat jagaan warga emas.

final • 3:47 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Ini juga mungkin, saya ingin mencadangkan juga kepada pihak kementerian supaya mungkin pusat jagaan di bawah kementerian juga boleh ditransformasikan dengan lebih fresh, dengan izin, macam school for the older people. Jadinya apabila kita ada macam itu ia akan jadi dengan satu branding yang baru yang boleh tidak menakutkan warga emas ini untuk berada di tempat-tempat berkenaan.

Saya juga hendak bertanya mengenai- sebab sekarang ini di bawah kementerian, dia ada berapa geran. Ia ada tiga jenis geran kalau tidak salah saya, selepas itu geran-geran ini yang diberikan, ia ada geran operasi, pembaikan, selepas itu ia ada juga geran mengenai pentadbiran. Jadinya bila tadi kita sudah luluskan Rang Undang-undang Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017 yang baru sahaja kita luluskan.

Saya hendak bertanya juga status geran tersebut sebab ia sudah kementerian lain terutamanya bagi mereka yang- ia sudah dimasukkan terutama operasi yang menjaga penghuni-penghuni yang tidak berapa sihat ataupun mempunyai masalah kesihatan. Saya hendak bertanya mengenai status geran ini nanti dan bagaimanakah nanti, adakah ia akan diteruskan di bawah kementerian kah ataupun ia akan serahkan Kementerian Kesihatan? Jadinya saya mengharapkan jawapan juga daripada pihak kementerian.

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Walau bagaimanapun, saya menyokong rang undang-undang yang dibentangkan ini dengan pindaan-pindaan yang dicadangkan ini sebabnya pada saya secara tidak langsungnya ia akan membantu memperkasakan agenda sosial negara yang menumpukan kepada pembangunan modal insan dalam kalangan masyarakat. Apa lagi kita memikirkan bukan sahaja untuk golongan muda, golongan yang lebih dewasa tetapi golongan warga emas juga diambil ataupun ditekankan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Raja.

final • 3:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengalu-alukan sebenarnya pindaan ini tetapi ada beberapa perkara saya ingin perkatakan di sini. Di sini kita bercakap mengenai warga emas yang berumur 60 tahun ke atas. Kita semua tahu bahawa apabila seseorang itu sampai kepada umur 60 tahun, tidak semestinya dia langsung menjadi tidak berfungsi dan tidak produktif di dalam masyarakat. Jadi apabila warga emas ini ada sebahagian yang akan memerlukan penjagaan tetapi ada sebahagian lagi yang terus berdikari dan boleh menjaga diri sendiri.

Kalau kita melihat akta ini, Akta Pusat Jagaan ini saya nampak seperti ia adalah lebih kepada warga emas yang mungkin tidak mampu menjaga diri sendiri dan tidak mampu berdikari mungkin disebabkan masalah fizikalnya maka tidak kuat dan sebagainya ataupun mereka yang sudah tidak ada keluarga ataupun keluarga enggan menjaga mereka. Cuma dalam masyarakat kita ini, apabila sedikit masa dahulu ataupun masih lagi orang menganggap negatif apabila warga emas hendak ke rumah jagaan ini, malah memang sekarang kalau kita tengok semua program keagamaan Islam terutamanya menanamkan kepada rakyat dan masyarakat supaya tanggungjawab menjaga kedua-dua ibu bapa adalah tanggungjawab anak-anak.

Namun kita juga tahu bahawa realiti kehidupan masyarakat sekarang ini terutamanya bagi mereka yang kurang mampu, sekiranya anak, ibu dan bapanya memerlukan penjagaan sepenuh masa, maka anak kadang-kadang tidak dapat menjaga kedua ibu bapanya kerana terpaksa bekerja. Kalau seorang diri itu kita biasa dengar ada orang berhenti kerja hanya untuk menjaga kedua ibu bapanya tetapi persoalannya apabila dia berhenti kerja, menjaga kedua ibu bapanya siapa pula yang akan memberi ataupun membantu mereka di dalam kehidupan dari segi wang ringgit dan keperluan harian.

Jadi saya sendiri secara positif tidaklah memandang negatif kepada anak-anak yang terpaksa meletakkan ibu bapa mereka mungkin di rumah-rumah penjagaan orang tua kerana itu adalah realiti kehidupan. Namun sekiranya mereka orang yang mampu maka tentulah kita mahu mereka menjaga ibu bapa mereka dan mungkin boleh mendapatkan pertolongan menggajikan seseorang untuk menjaga ibu bapa mereka semasa mereka keluar bekerja.

Cuma dalam negara kita ini, kita juga tahu seperti di mana-mana, ada juga anak- anak yang mampu tetapi tidak mempedulikan kedua-dua ibu bapa mereka. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri tentang adakah kita hendak ataupun masa depan untuk membuat satu peraturan atau akta yang mewajibkan anak-anak menjaga dan kerajaan, kementerian boleh membantu mereka dari segi keperluan harian mereka itu sekiranya anak itu berhenti menjaga kedua-dua ibu bapanya, berhenti kerja dan jaga kedua ibu bapanya tetapi dia memerlukan kewangan untuk terus menjaga ibu bapanya. Negara-negara lain...

final • 3:52 PM

Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Yang Berhormat...

final • 3:52 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Ya.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tumpat bangun Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam pandangan Yang Berhormat tadi tentang peranan anak-anak untuk menjaga ibu bapa dan pilihan anak-anak sama ada untuk menghantar ibu bapa ke pusat jagaan dan sebagainya, adakah Yang Berhormat fikir kita boleh mencadangkan kepada kementerian supaya ada satu unit kaunseling di kementerian.

Supaya persoalan untuk memilih, untuk menghantar ibu bapa ke pusat jagaan ataupun sebaliknya ataupun soalan pilihan-pilihan yang anak-anak boleh buat tentang penjagaan ibu bapa mereka itu seharusnya ada sumbangan daripada unit kaunseling di kementerian itu supaya keputusan akhirnya adalah dilakukan oleh anak-anak ini dengan kefahaman yang sepenuhnya tentang tanggungjawab tugas yang mereka sepatutnya lakukan. Terima kasih.

final • 3:52 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Tumpat kerana kadang-kadang anak-anak ini kurang berpengalaman dan mereka tidak hidup di dalam satu keluarga yang rapat mungkin dan mereka membuat keputusan yang tergesa-gesa dan tanpa khidmat nasihat dan tidak tahu apakah consequence, tidak tahu apakah akibatnya apabila meletakkan kedua-dua ibu bapa di rumah jagaan ini.

Tanggungjawab mereka setelah meletakkan ibu bapa mereka, mereka tidak hanya boleh meninggalkannya di situ tetapi perlu melaksanakan tanggungjawab mereka. Jadi kaunseling itu sangat diperlukan oleh mereka. Jadi mungkin Yang Berhormat Menteri boleh mengambil cadangan daripada Yang Berhormat Tumpat itu.

Saya juga ingin menyebut bahawa selain daripada akta yang kita sedang gubal tentang penjagaan warga emas ini, negara-negara seperti Singapura, Thailand, Australia dan banyak lagi negara-negara barat yang lebih maju daripada kita mempunyai akta-akta untuk menjaga kepentingan warga emas ini. Jadi mungkin kita boleh mengkaji dan melihat kerana kita menuju 2030 ini, kita akan menjadi sebuah negara yang menua.

Lagi satu aspek yang saya ingin bawa ialah mengenai trend ataupun apa yang berlaku sekarang terutamanya di kalangan warga emas beragama Islam yang suka tinggal di pondok-pondok di mana mereka menjaga antara satu sama lain, mereka masih boleh berdikari menjaga diri sendiri dan sebagainya. Sekarang ini pihak swasta pun juga ada membina kompleks-kompleks, perkampungan-perkampungan di mana mereka boleh pergi. Dalam kes-kes sebegini bukanlah anak-anak mereka tidak mahu menjaga mereka.

Kalau saya tanya Yang Berhormat, Yang Berhormat di sini yang mana yang menjadi warga emas kebanyakan ingin berdikari dan tidak mahu tinggal di rumah anak- anak mereka dan sebagainya dan mereka lebih kepada satu keadaan di mana apabila anak-anak telah meninggalkan rumah, kita panggil empty nest syndrome, kesunyian dan mereka memerlukan kawan-kawan sebaya supaya mereka boleh meneruskan aktiviti secara produktif dan sebagainya. Jadi kalau ada institusi-institusi yang menubuhkan perkampungan-perkampungan begini.

final • 3:52 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Jadi secara tidak langsung mereka juga sebenarnya membantu menjaga warga emas yang ingin duduk di dalam satu komuniti begini. Jadi, adakah kementerian boleh menimbangkan pusat-pusat komuniti begini untuk juga diberi mungkin sumbangan, geran dan sebagainya. Hal ini kerana, mereka boleh menolong antara satu sama yang lain untuk hidup dengan lebih bermakna di dalam komuniti begini. Jadi, itu yang saya...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam bangun.

final • 4:00 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Okey.

final • 4:00 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih, Yang Berhormat Kota Raja. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Saya mendengar dengan penuh teliti ucapan Yang Berhormat Kota Raja apa yang disebutkan berhubung dengan golongan warga emas yang memilih untuk pergi duduk di sekolah-sekolah pondok. Mereka belajar agama dan mereka bergaul sesama mereka yang sebaya.

final • 4:00 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Maka, sekolah-sekolah pondok ini jugalah yang saya rasa itu mungkin yang hendak dinyatakan oleh Yang Berhormat Kota Raja ialah sekolah-sekolah pondok yang seperti ini juga sepatutnya boleh mendaftarkan diri mereka sebagai institusi yang memberikan khidmat jagaan kepada golongan warga emas. Dengan itu, layak untuk menerima apa-apa geran dan tidak perlu mengubah sistem dan sebagainya menjadi seperti mana yang pusat jagaan swasta yang mengikuti piawaian yang tertentu. Saya rasa mesti ada sedikit keanjalan dari segi pihak kementerian untuk mengiktiraf institusi- institusi sebegini sebagai juga memberikan khidmat. Apa pandangan Yang Berhormat Kota Raja?

final • 4:00 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Ya, saya bersetuju tetapi buat masa sekarang ini saya melihat bahawa kebanyakan yang pergi ke kediaman- kediaman pondok ini adalah mereka yang masih boleh berdikari dan mereka dilawati oleh anak mereka dan sebagainya. Akan tetapi ada sebahagian yang tidak- sebatang kara, yang tinggal di situ. Jadi, mungkin kalau yang warga emas ini mereka diberi bantuan oleh JKM untuk mereka hidup di dalam komuniti begitu. Saya sebenarnya hendak bertanya tentang- saya sudah lupa, saya minta maaf. Saya ingat setakat itu sahaja lah. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Seputeh.

final • 4:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Bukan diskriminasi kepada kaum lelaki ya tetapi saya panggil Yang Berhormat Seputeh.

final • 4:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih. Pendek sahaja apa yang saya hendak utarakan. Perbahasan kita ini untuk Rang Undang-undang Akta Pusat Jagaan ini sebenarnya hanya hendak keluarkan tanggungjawab tentang mereka yang berumur 60 tahun ke atas daripada akta ini kepada Kementerian Kesihatan. Akan tetapi, saya hendak buat sedikit komen kerana saya rasa umur 60 tahun ke atas, sebenarnya kita lihat umur Ahli Yang Berhormat di Dewan ini saya rasa lebih setengah juga yang berumur 60 tahun ke atas. Tidak termasuk Tuan Yang di-Pertua dan saya lah.

final • 4:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hampir sudah.

Hampir.

final • 4:02 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya hanya hendak cakap, katakan semua yang berumur 60 tahun ke atas yang berada di sini, sebenarnya kita semua ini juga menyumbangkan tenaga, menyumbangkan fikiran kepada membina negara dan juga masyarakat. Jadi, kadang-kadang saya lihat contohnya penjawat awam, apabila mereka bersara, saya rasa kasihan terhadap mereka kerana bagi mereka yang memang ada sense of responsibility dan juga ada kaliber, selepas- apabila mereka sampai ke tahap yang mereka tahu apa-apa pun, tahu mengenai semua selepas itu kena bersara.

Saya rasa mungkin bagi kementerian ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Saya rasa kita mungkin harus adakan lebih program bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Selain daripada masuk kepada bidang politik, saya rasa ada banyak kerja yang mereka boleh juga lakukan.

Akan tetapi saya rasa kita tidak cultivate mereka atau gunakan mereka yang berumur dan mempunyai pengalaman, yang berumur 60 tahun ke atas ini untuk membuat lebih perkara yang saya rasa lebih konstruktif kepada masyarakat kita. Saya ini...

final • 4:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 4:02 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Satu cadangan kepada pihak kementerian...

final • 4:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

Yang Berhormat saya melihat Yang Berhormat Setiu tidak ada kalau ada Yang Berhormat Setiu dia akan ingatkan bahawa...

final • 4:02 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Setiu mana?

final • 4:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Mesti berbahas kepada perkara yang dipinda sahaja Yang Berhormat.

final • 4:02 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Memang, tentang pusat jagaan yang keluarkan 60 tahun ke atas itu keluar daripada pusat jagaan. Saya hanya hendak cadangkan saya rasa kementerian boleh menggunakan mereka yang berpengalaman dan juga ada bakat dalam sesuatu bidang boleh lakukan lebih banyak program. Program- program harus diadakan bagi mereka supaya mereka yang berumur 60 tahun ke atas tidak semestinya begitu tua dan kalau mereka sihat mereka boleh menyumbang kepada pembangunan masyarakat kita.

Sebenarnya apabila saya buat ucapan dalam rang undang-undang yang lepas, saya lihat di Korea retirement home yang mereka buat satu blok retirement home sebenarnya ia juga bersambung kepada blok yang mempunyai keluarga supaya orang tua dalam satu blok kondominium itu mereka boleh socialize dan bercampur dengan kanak-kanak dan dengan mereka yang berumah tangga. Hal ini supaya mereka walaupun duduk di dalam retirement home, tetapi mereka juga berada di dalam satu masyarakat yang seperti orang biasa. Ini satu konsep yang saya rasa bagi Malaysia, kita haruslah mempelajari daripada negara-negara yang mementingkan kebajikan warga emas ini.

Jadi, saya tidak akan cakap banyak saya rasa kementerian tidak harus hanya pentingkan tentang keluarga, tentang orang OKU, ataupun orang tua selalu hanya berfikir untuk berikan mereka RM200 sebulan atau RM300 sebulan. Sebenarnya ada banyak aspek dari segi psikologi, kaunseling dan pelbagai aspek yang mana saya rasa kementerian ini sebenarnya boleh masukkan dalam bidang yang mereka ceburi dan harus menunjukkan keprihatinan kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Bukan hanya keluarkan daripada pusat jagaan, hantar kepada Kementerian Kesihatan yang sudah begitu sibuk dengan banyak perkara dan boleh lepas tangan. Itu sahaja pandangan saya. Terima kasih.

final • 4:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Puteh tidak bangun? Okey, Yang Berhormat Pasir Puteh.

final • 4:02 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Alhamdulillah.

final • 4:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tadi dia sudah bangun awal. Tiga kali sudah dia bangun.

final • 4:02 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Terima kasih. Saya ada sedikit sahaja. Kita tahu rang undang-undang ini kita sokonglah bahawa pusat-pusat jagaan untuk mereka yang OKU, mereka yang perlu kepada penjagaan atau sesuatu yang penting dan ia juga menentukan sama ada kita ini masyarakat yang bertamadun atau tidak. Hanya kita tahu juga di sebalik itu bahawa apabila suatu masyarakat yang bertamadun, mereka akan menjaga yang lemah di kalangan mereka.

Apabila kita lihat kepada umur seseorang itu, umur yang dia kuat ialah daripada umur 20 tahun sehingga umur 60 tahun. Selepas itu dia mula menurun dan deteriorates dan mungkin kalau panjang umur 90 tahun, 100 tahun mereka mungkin sudah terpaksa bergantung kepada pembantu untuk menjaga segala urusan hidupnya termasuklah berak, kencing dan makannya. Jadi, inilah yang kita perlu kepada penjagaan.

Dalam kita menjaga ini, selalunya yang paling penting menjaga ini ialah keluarga. Keluarga itu. Akan tetapi apabila kita lihat tamadun berkembang, zaman sekarang ini institusi keluarga semakin lemah. Penjagaan kepada anak-anak dan juga kepada orang tua semakin diabaikan. Anak-anak dibuang, tidak dijaga dengan rapi dibiarkan begitu sahaja dan tidak dididik dengan tarbiah yang baik.

Orang tua pula diabaikan, tidak dijaga, tidak diberikan makan dan tidak dijaga kesihatan dan tiada tempat tinggal yang selesa untuk mereka di hari-hari tua mereka. Ini adalah masalah sosial yang besar yang kita hadapi dan dijangka ia akan bertambah teruk dengan masa zaman kita ini keadaan ini akan bertambah teruk.

final • 4:07 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Oleh sebab itulah maka pusat-pusat penjagaan ini terpaksa kerajaan mengambil tempatnya untuk membantu golongan yang terabai ini. Sepatutnya yang terabai ini orang yang tidak kahwin. Oleh sebab tidak ada anak untuk menjaga dia atau orang yang sudah kahwin tetapi tidak ada anak.

final • 4:07 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Ini golongan yang miskin dan terlalu miskin. Orang yang tidak kahwin dan tidak mempunyai anak ini orang yang paling miskin. Harta yang paling besar, yang paling penting bagi dia ialah anak. Apabila anak ini boleh membesar, apabila kita menjaga dia daripada kecil dan jadi besar, dia boleh menjaga kita apabila kita sudah tua. Akan tetapi apabila kita tidak mempunyai anak, itulah kemiskinan orang tua ini apabila kita sudah tua, tidak ada anak untuk menjaga kita, itulah kemiskinannya.

Satu lagi, apa yang berlaku ialah apabila kita tidak mendidik anak kita dengan baik. Apa akan jadi? Anak kita ini akan membuang kita begitu sahaja, membuang kita, tidak ambil cakna kepada ibu bapa. Tidak menjaga ibu bapa sampai ibu bapa ini meninggal, tidak menjaga mereka. Ini kerana apa? Ini kerana kita mengabaikan tarbiah pendidikan kepada mereka ketika mereka kecil. Ini yang berlaku. Apabila berlaku demikian, tanggungjawab ini terpaksa diambil oleh masyarakat, diambil oleh kerajaan untuk menjaga golongan-golongan yang diabaikan ini. Sama ada mereka ini golongan anak-anak yang kecil, yang terbiar, yang dibuang atau orang tua yang juga dibuang dan terbiar. Inilah nasib manusia kalau kita lihat yang mana pihak kerajaan terpaksa memegang tanggungjawab ini.

Dalam pusat penjagaan ini saya rasa itulah tanggungjawab yang kerajaan terpaksa ambil dan tanggungjawab ini akan semakin besar apabila masyarakat kita semakin tua, masyarakat kita semakin maju ke depan. Kita lihat masyarakat juga kurang bertanggungjawab untuk menjaga golongan yang miskin ini.

Jadi, yang paling penting saya rasa ialah kita mendidik, kita menjaga anak-anak kita, mengajar semua peringkat supaya menjaga yang lemah. Sama ada yang lemah itu anak-anak atau OKU atau orang tua, mesti dijaga oleh semua kita. Untuk ini kita kena jaga, kita kena jaga anak kita, kita kena jaga orang tua kita. Barulah anak kita ini akan melihat kita menjaga orang tua. Maka, anak-anak kita apabila mereka besar nanti, dia akan menjaga kita sebab kita menjaga orang tua kita. Akan tetapi apa yang berlaku sekarang ini, kita mengabaikan orang tua kita, anak-anak kita melihat kita mengabaikan orang tua kita. Maka, apabila kita tua nanti anak-anak itulah yang juga akan mengabaikan kita. Allah SWT ini begitu adil.

final • 4:10 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Pasir Puteh, sikit boleh?

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Ya.

final • 4:10 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Yang Berhormat Pasir Puteh, saya rasa ke semua Ahli Yang Berhormat tadi kita boleh merasai apa perasan di mana apa yang akan berlaku kepada kita semua di sini kalau umur kita mencecah 60 tahun. Bagi saya, saya berkongsi perasan dan juga pendapat yang sama bersama dengan semua Ahli Yang Berhormat yang berbahas tadi. Di mana sebenarnya di kawasan saya pun mempunyai banyak pusat jagaan warga emas.

Setiap kali ketika saya melawat ke pusat penjagaan itu, bagi saya memang berasa agak simpati terhadap mereka. Akan tetapi kita wujudnya pindaan terhadap akta- akta ini, ini bermaksud ia memang merupakan salah satu trend. Di mana sekarang kebanyakan daripada rakyat kita, mereka menghantar ibu bapa mereka yang sudah tua ataupun uzur ke pusat penjagaan ini kerana mereka perlu ada lebih banyak masa untuk mencari sumber pendapatan mereka.

Bagi saya, saya rasa kita semua di dalam Parlimen ini, kita haruslah menggalakkan rakyat kita, orang awam kita supaya mereka mengambil satu tanggungjawab. Di mana kita perlu menjaga ibu bapa kita dengan baik tanpa menghantar mereka ke pusat jagaan warga emas. Bagaimanapun, saya rasa ini memang merupakan satu...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Ya, ya. Belum habis lagi. Walau bagaimanapun, saya rasa adalah amat penting untuk kita memastikan bahawa setiap pusat penjagaan warga emas ini ia mematuhi kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak kementerian.

Pada masa yang sama, sebenarnya pusat jagaan ini mereka juga mengambil satu tanggungjawab yang agak penting, di mana mereka telah pun sedikit sebanyak mengurangkan beban kerajaan. Saya rasa dalam usaha kita menentukan undang- undang ini, pada masa yang sama, penguatkuasaan terhadap pusat jagaan ini kita juga perlu dijalankan secara gentleman. Di mana kita perlu mengambil kira sebenarnya mereka juga mengambil peranan untuk membantu kerajaan. Apa pandangan Yang Berhormat Pasir Puteh?

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Jadikan sebahagian daripada ucapan saya.

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Pasir Puteh, hendak menyelit sikit. Yang Berhormat Pasir Puteh, sikit Yang Berhormat Pasir Puteh. Bagan Serai.

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Sila, sila.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bagai Serai bangun.

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak panjang macam Yang Berhormat Rasah.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak panjang dan tidak tinggi Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Pasir Puteh, saya hendak tanya Yang Berhormat Pasir Puteh. Kebimbangan dan kerisauan tadi, tentang cerita tidak dapat bagi contoh teladan jaga anak dan nanti anak pula tidak jaga kita dan perkara ini akan berterusan.

Jadi, apa pendapat Yang Berhormat Pasir Puteh sebab apa, satu usaha yang serius patut dijalankan. Ini kerana kebimbangan kita berterusan dengan apa yang kita hendak capai TN50, 33 tahun daripada sekarang. Bagaimanakah agak-agaknya suasana yang akan wujud, cerita penjagaan orang-orang tua ini? Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Yang menentukan...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam bangun, Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Saya jawab dulu.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, hendak jawab dulu.

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Nanti Yang Berhormat Shah Alam. Menarik apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Bagan Serai. Saya lihat di sini bahawa TN50, bagaimana keadaan itu akan bergantung kepada apa yang kita lakukan sekarang, apa yang kita rancang sekarang. Jadi, apa yang kita tetapkan sekarang, insya-Allah ia akan membentuk dan anak-anak kita nanti, apabila mereka membesar nanti, mereka akan melihat hasil kita ini dan mereka meneruskan apa yang kita teruskan, maka itulah yang akan berlaku.

Akan tetapi kalau kita cuai dalam penjagaan anak-anak kita nanti, kita akan lihat TN50 nanti matlamat kita akan tidak tercapai. Atau kita akan melihat masyarakat kita akan rosak dan kita juga akan teraniaya kerana kita akan terabai kerana anak-anak kita tidak akan menjaga kita, sudah pasti. Saya ingin...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam bangun, Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Yang Berhormat Shah Alam, sila.

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:10 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Parit Sulong, diam.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Parit Sulong tidak terlibat, Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ya?

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dia tidak terlibat.

final • 4:10 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Dia sudah dapat peluang cakap awal. Saya tertarik dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh.

Hanya saya merasakan dalam keadaan yang ideal, apa yang dikatakan itu mungkinlah yang terbaik. Ibu bapa itu kita jaga sendiri, itu yang terbaik. Akan tetapi bukan semua orang yang mampu.

Oleh kerana itu, soal kita kena berikan fahaman bahawa menghantar ibu bapa untuk dijaga di pusat penjagaan warga emas, ia bukanlah satu tindakan melepaskan tanggungjawab. Ini kerana kalau kita buat begitu, maka kadangkala mereka berusaha tetapi dia tidak mampu. Akhirnya, layanan yang diberi kepada ibu bapa yang tua itu adalah tidak sebaik yang mana yang sepatutnya.

Dari segi kesihatannya, dari segi keselamatannya dan sebagainya. Lalu benda ini kadangkala kita kena lihat kepada keadaan ekonomi, kemampuan dan jangan ada stigma orang ini tidak jaga emak bapanya dia hantar ke pusat jagaan. Hantar kepada pusat jagaan adalah satu cara, satu opsyen yang kadangkala itulah opsyen yang terbaik.

Kalau macam dia duduk rumah pun hendak kena naik tingkat sampai lima, enam tingkat naik tangga. Emak abah dia duduk sahaja dalam bilik tidak ada orang hendak layan.

So, sometimes we have to accept the reality. Akan tetapi jangan hantar, selepas itu tinggal. Itu yang dikatakan perlu kaunseling supaya anak-anak itu akan membuat keputusan yang terbaik bagi ibu bapanya dalam keadaan yang mampu bagi dirinya. Pada pandangan Yang Berhormat Pasir Puteh.

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Ya, terima kasih.

Tambahan sedikit untuk apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Shah Alam ini. Jarang- jarang sekali berlaku demikian. Selalunya berlaku apabila seorang ibu bapa atau satu pasangan ada mempunyai anak seorang atau dua orang. Anak ini tidak bekerja, suami isteri bekerja. Maka, ketika itu mungkin keadaan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Shah Alam itu terjadi.

Akan tetapi yang selalu berlaku, kita ini mesti banyak anak. Selalunya lima orang anak, enam orang anak, takkanlah tidak ada seorang daripada lima orang itu boleh menjaga ibunya? Mesti ada seorang. Allah SWT ini adil, Dia menjadikan anak-anak kita tidak serupa, semua pandai-pandai, ada seorang atau dua orang itu yang tidak berapa pandai...

[Disampuk] Jadi, anak yang tidak berapa pandai inilah yang akan jaga ibu dan ayah dia apabila dia tua nanti. Yang pandai ini, yang mengaji tinggi, yang jadi doktor, profesor, jadi wakil rakyat ini, jauh perginya. Yang duduk di kampung itu, yang tidak mengaji tinggi itulah yang akan menjaga ayah dan ibunya. Inilah kita mengharap insya-Allah- inilah anak yang berjasa kepada ibu bapanya. Anak yang berjaya, yang jadi orang besar ini, berpangkat tinggi ini, apa dia beri pada emak dan bapanya? Dia pergi hantar ke pusat- pusat jagaan. Ini anak yang boleh dipersoalkan jasanya kepada ibu bapa.

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Anak yang tidak ada kerja apa, duduk di kampung itu lebih baik daripada anak yang duduk di bandar pangkat besar, gaji besar, duduk dalam apartmen dan banglo yang besar tetapi tidak menjaga ibunya di kampung. Allah SWT Maha Adil. Allah SWT sediakan, insya-Allah SWT.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Akan tetapi keadaan-keadaan tertentu seperti yang saya katakan sebentar tadi orang yang tidak kahwin, macam mana anak tidak ada, orang yang kahwin, tidak ada anak, orang yang ada anak yang tidak terjaga, yang tidak mahu jaga, yang tidak mahu bertanggungjawab maka mereka ini perlu kepada pusat-pusat jagaan. Di sinilah peranannya dimainkan oleh kerajaan memastikan bahawa mereka ini mendapat penjagaan yang terbaik.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat Pasir Puteh.

Saya...

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Pasir Puteh.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih. Saya tertarik tadi apa yang Yang Berhormat Pasir Puteh katakan. Memang betullah kita percaya kepada takdir. Akan tetapi kadang-kadang kita dah usaha yang terbaik pun, kadang-kadang sudah nasib kita macam itu. Akan tetapi bukankah lebih elok kalau kita tekankan supaya generasi muda supaya dia menghormati dan sayang kepada yang lebih dewasa, yang tua, mak bapak terutamanya ini. Oleh sebab kalau tidak, mesti ada takut, kita khuatir tidak ada. Oleh sebab itulah kita kena daripada awal kita fokuskan orang muda ini. Apa pendapat Yang Berhormat mengenai cadangan ini?

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bagan Serai bangun.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sikit.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Saya setuju dengan Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Boleh tidak? Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya hendak balik kepada anak enam tadi. Yang seorang tidak berapa pandai dia yang jaga, dia yang take care parents dekat rumah.

Manakala yang lain doktor, lawyer semua duduk dekat Kuala Lumpur, profesor, saya berpendapat dia ada balance sebenarnya, bukan...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bagan Serai. Dia ada sebut di kalangan itu wakil rakyat dia kata.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Wakil Rakyat pun ada.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Wakil Rakyat seperti yang ada dekat sinilah. Wakil Rakyat ada mak ayah di rumah...

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Kena dengan diri sendiri atau tidak ada?

[Ketawa]

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Pasir Puteh, saya hendak tanya saya Yang Berhormat Pasir Puteh. Mereka ini sebenarnya alangkah baiknya mereka ini semua jaga anak itu ataupun adik mereka itu yang tidak berapa sangat itu. Dia jaga, dia bagi semua keperluan sebab mereka ini semua banyak duit katakan untuk bantu bapa, keluarga dan juga anak yang jaga itu. Itu balance.

Maknanya bukanlah yang jaga ini lebih baik daripada semua. Itu maksud saya. Bagi duit satu bab dan juga balik rumah tengok.

Akan tetapi yang jaga tiap-tiap hari, yang jaga makan minum, berak dan kencing kata orang, orang tua yang sudah tua ini ada, anak yang tidak seberapa tadi. Jadi balance semua sebenarnya.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai, saya sokong. Jadi untuk penjagaan ini semua kita mesti menjaga ya. Yang tua jaga yang muda, yang muda jaga yang tua. Yang lebih menjaga yang kurang. Begitulah juga kita supaya kerajaan dan kementerian kita mempunyai kelebihan kewangan dan peruntukan. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga golongan-golongan yang lemah ini. Inilah yang menentukan sama ada kita bertamadun atau tidak. Kita menjadi satu kerajaan yang maju atau tidak, di sini letaknya. Silakan.

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Yang Berhormat Pasir Puteh, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat sebut tadi itu tugas kerajaan. Dalam konteks ini kerajaan sekadar menyelia melalui Akta Pusat Jagaan ini. Akan tetapi tidakkah Yang Berhormat Pasir Puteh fikirkan bahawa dalam suasana kita ini dan saya bercakap dengan penuh kepentingan yang ada, Tuan Yang di-Pertua walaupun Yang Berhormat Kepong lebih berusia daripada saya tetapi saya pun telah layak untuk termasuk dalam golongan Akta Pusat Jagaan ini.

Akan tetapi tidakkah menjadi tanggungjawab kerajaan yang baru Yang Berhormat Pasir Puteh bukan sekadar mengawasi pusat-pusat jagaan ini tetapi memberikan peruntukan dan membawa program-program baru, misalnya orang yang berumur minat pada mendengar radio. Tidakkah misalnya kementerian berhasrat untuk mencadangkan kepada kementerian yang berkaitan ada saluran khas untuk orang-orang yang warga emas ini. Siaran televisyen ataupun channel khas televisyen untuk generasi ini yang minat mereka lain dengan anak-anak muda yang kita juga perlu layani tetapi yang berusia emas ini perlu channel khas dan sebagainya.

Begitu juga taman-taman riadah, kita bawa anak-anak, cucu-cucu kita ke taman riadah untuk anak-anak muda dan permainannya dan alat-alat riadahnya sesuai untuk anak-anak muda. Akan tetapi perlu tidak juga di tempat yang sama ada bahagian- bahagiannya yang sesuai dengan kita yang 60-an ini tempat riadahnya yang dibiayai dan ditaja oleh kerajaan dan mereka yang terlibat dengannya. Tidakkah pandangan ini perlu kita bawa kepada kerajaan Yang Berhormat Pasir Puteh?

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya sokong juga cadangan oleh Yang Berhormat Tumpat itu.

final • 4:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Pasir Puteh, last sikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya terpanggil untuk mencelah sedikit sebab saya teringat satu statistik mengatakan pada tahun 2020, lebih satu juta rakyat Malaysia yang berumur 80 tahun ke atas. Betulkan saya kalau saya silap. Maknanya masyarakat kita masyarakat menua.

Dua perkara dekat sini Yang Berhormat Pasir Puteh, pandangan saya. Apa yang berlaku pada kita adalah cerminan apa yang kita buat sewaktu kita muda, masih kita berupaya. Bila kita berumur 80 tahun ke atas kemungkinan besar kita sudah tidak berupaya dengan Parkinson, tidak ingat, dan pelbagai lagi. Jadi kebergantungan kepada satu kerajaan dan kedua kaum keluarga yang terdekat pada kita. Jadi pandangan saya elok, saya setuju dengan Yang Berhormat Pasir Puteh, kita mesti memperkukuhkan institusi keluarga supaya orang yang paling dekat dengan kita ialah keluarga kita, jiran- jiran kita, baiti jannati, keluarga kita, syurga kita di dunia ialah keluarga kita.

Jadi nombor satu tanggungjawab mesti kepada keluarga first. Kerajaan boleh membantu kerangka-kerangka yang kuat sama ada peruntukan ataupun kerangka kerja yang kuat tetapi kasih sayang, passion ini datang daripada ahli keluarga sendiri. Jadi pandangan saya kita mesti kuatkan dalam TN50 ini institusi kekeluargaan itu sebagai yang utama. Kerajaan memudahcara tetapi kita mesti ambil itu. Apa pandangan Yang Berhormat Pasir Puteh? Terima kasih.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Saya bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat Kota Tinggi tadi. Saya ingin tambah sikit sebelum saya beri kepada Yang Berhormat Kuala Krai. Tambah sikit. Bukan hanya keluarga yang penting, keluarga penting, masyarakat penting. Kita lihat juga di dalam masyarakat ini ada orang-orang yang mempunyai sifat penyayang, lembut dan suka membantu orang dan mereka organize dalam bentuk NGO atau menubuhkan pondok-pondok sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi. Di sini kita lihat juga mereka boleh membantu menjaga mereka yang daif.

Kalau kita lihat di pondok bukan hanya mereka menjaga orang-orang tua, mereka juga menjaga anak-anak yatim di pondok-pondok. Maka institusi pondok ini kita lihat ada seorang tok guru yang mengajar agama, memberikan keinsafan dan memberikan ilmu, memberikan hubungan yang baik di antara mereka dengan Allah SWT, menyediakan mereka untuk akhirat mereka. Maka di situlah kita lihat orang-orang tua ini kita lihat kadang-kadang ibu bapa kita tidak mahu duduk dengan kita. Kenapa? Mereka lebih suka pergi kepada pondok. Kenapa?

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Di sana ada tuan guru yang boleh mengajarkan mereka ilmu yang mereka tidak belajar masa muda dulu. Mereka hendak kembali untuk mempelajari dan menghayati agama ini dan menghayati cara hidup yang dekat dengan Allah SWT supaya mereka menyiapkan diri mereka untuk hari mati mereka. Selepas mereka mati, apakah persiapan-persiapan itu? Jadi mereka ingin melihat dalam suasana yang seperti itu.

Jadi suasana ini sudah ada Tuan Yang di-Pertua. Sudah ada dan mana kita boleh membantu. Bukan hanya untuk orang Islam, orang bukan Islam ada juga institusi mereka sendiri untuk membantu golongan orang tua ini mempersiapkan mereka ini untuk hari mati mereka, selepas mereka mati. Oleh sebab itu saya rasa kementerian juga mesti memainkan peranan untuk membantu institusi ini dan NGO-NGO ini yang memberikan khidmat kepada golongan yang daif ini kepada mereka yang Orang Kurang Upaya atau mereka yang lemah ini dan juga kepada golongan yang tua. Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 4:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Statement yang terakhir daripada Yang Berhormat Pasir Puteh tadi sangat rasional mengenai bentiu-bentuk tempat penjagaan warga emas ini pada masa akan datang. Sekarang ini kita bercakap dalam konteks yang ada pada hari ini, yang sangat menakutkan. Banyak berita pusat jagaan menyalahgunakan kedudukan mereka, layanan yang tidak setimpal, begitu juga suasana keluarga yang meletakkan ibu bapa mereka kerana mengelak daripada tanggungjawab.

Akan tetapi cuba kita fikirkan kalau kita boleh berada di satu peringkat pada masa yang tidak terlalu jauh akan datang, suasana di pusat-pusat ini, suasana sangat ceria, sangat mengambil kira minat individu, orang-orang yang dimasukkan dengan syarat contohnya anak-anak mesti muncul setiap hari untuk ziarah pada waktu petang sebagai tanggungjawab mereka. Jadi saya sebut ini kerana saya agak terkedu apabila seorang yang saya lihat berkedudukan cukup kaya dan hebat, meletakkan ibunya di satu pusat jagaan yang perlu dibayar RM5,000 sebulan. Saya kata if you can pay RM5,000, why don’t you employ somebody di rumah untuk kerja-kerja ini? Dia kata tidak sama.

final • 4:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Di pusat jagaan yang profesional ini, mereka terlatih. Dia boleh menjaga dari segi kesihatan, makanan, fizikal, mental yang tidak boleh dibuat oleh pembantu rumah walau dibayar banyak mana pun. Tempat itu selesa, bilik yang cukup sesuai.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya tidak apalah.

Selepas ini Yang Berhormat Pasir Puteh boleh berhenti. Kita panggil pembahas lain, Yang Berhormat. Jangan panjang.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Masih ada 16 minit 30 saat.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tak, itu jam.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Oh itu jam, sorry [Ketawa]

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Ini kategori warga emas juga kah apa ini?

final • 4:30 PM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Dia makan kacang.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Parit Sulong very telling. Jadi cuba kita bayangkan, minta Yang Berhormat Menteri bayangkan suasana kita bukan untuk hari ini.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Minta pendapat Yang Berhormat. Minta pendapat Yang Berhormat Pasir Puteh ya. Mintalah pendapat Yang Berhormat Pasir Puteh.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ya untuk persiapan masa akan datang supaya ia tidak menjadi satu rasa bersalah malah itulah trendnya dan kita dapat jagaan yang terbaik kepada parent kita. Apa pandangan Yang Berhormat Pasir Puteh?

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Pasir Puteh bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Krai dan jadikan ia sebahagian daripada ucapan saya.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan pencelahan begitu banyak. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya ramai lagi hendak bahas? Fasal kalau ramai kita akan hadkan masa Yang Berhormat. Tiga orang?

Bolehlah 10 minit seorang. Bajet yang penting pun 10 minit seorang kita bahas 10 minit seorang. Yang Berhormat Kapar.

final • 4:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua untuk izinkan saya membahaskan rang undang-undang ini. Ini berkaitan dengan penglibatan warga emas. Saya menyokong dan menerima baik apa-apa inisiatif kerajaan untuk memartabatkan warga emas. Terlebih dahulu saya merakamkan gabungan Rang Undang-undang Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas fasal yang baru tadi kita bahas dan luluskan dan Akta Pusat Jagaan 1993 ini berkaitan dengan warga emas ini amat diperlukan ketika ini dan perlu diambil sebagai satu inisiatif positif menuju era untuk memartabatkan warga emas.

Pada waktu yang sama, saya juga ingin kementerian dan Ahli-ahli Parlimen perlu mewujudkan satu caveat agar tanggungjawab seseorang anak itu tidak mengambil kesempatan dengan wujudnya akta-akta ini di mana mereka mengambil jalan singkat.

Dengan wujudnya akta-akta ini, tanggungjawab seseorang anak itu terhadap ibu bapa tidak dapat dilaksanakan seperti yang dikehendaki. Ini adalah satu caveat yang perlu dilaksanakan kerana kita tidak mahu seseorang anak mengambil kesempatan kerana adanya pusat jagaan, kerana adanya akta-akta perkhidmatan jagaan kesihatan swasta ini yang boleh menempatkan mereka. Ini memberi ruang kepada anak-anak sendiri mengambil kesempatan untuk mengabaikan tanggungjawab dan amanah mereka.

Jadi saya minta kementerian meletakkan satu caveat iaitu mengikut mekanisme tertentu iaitu nombor satu adalah kewajipan dan tanggungjawab anak-anak untuk menjaga ibu bapa mereka. Pada waktu yang sama, sekiranya mempunyai sebab-sebab tertentu, mereka boleh memilih pusat-pusat jagaan kerana itu pun penting. Sesiapa anak- anak yang meletakkan ibu bapa mereka di bawah pusat jagaan dan sebagainya, itu tidak bermaksud anak-anak itu menderhaka.

Kita kena mengambil isu ini dari kes ke kes, case-to-case basis. Kita kena pandang dari sudut subjektif, dari sudut setiap keluarga yang mempunyai masalah sebegini. So, saya ingin menimbang tara situasi ini. Satu adalah amanah dan tanggungjawab seorang anak, pada waktu yang sama isu-isu yang timbul supaya ataupun yang menyebabkan ia menghantar ibu bapanya ke pusat-pusat jagaan dan sebagainya.

So, kementerian perlu mewujudkan satu mekanisme supaya ada satu caveat yang utama iaitu anak-anak perlu ada tanggungjawab dan amanah untuk menjaga ibu bapa. Pada waktu yang sama perlu wujud satu mekanisme di mana sekiranya ada keperluan tertentu, case-to-case basis yang ada pandangan subjektif boleh menghantar ibu bapa itu ke pusat penjagaan. Itu perlu diselaraskan oleh kementerian.

Ketiga adalah Tuan Yang di-Pertua, kebelakangan ini saya mendapati masyarakat Malaysia tidak menghormati warga emas. Kita mengabaikan warga emas.

Sebagai contoh sopan santun terhadap warga emas pun agak kekurangan. Kita nampak belia-belia menghisap rokok di hadapan ibu bapa, kita nampak ada kes-kes di mana anak-anak memukul ibu bapa.

Kita dapati anak-anak menggunakan perkataan-perkataan lucah dan perkataan- perkataan kesat terhadap ibu bapa. Ini melambangkan satu masyarakat yang tidak menghormati warga emas. Saya secara peribadi Tuan Yang di-Pertua boleh mengibaratkan bahawa suatu negara yang tidak menghormati warga emas adalah suatu negara yang tidak akan maju dalam masa hadapan. Itu perlu disebatikan dan diperhalusi oleh setiap Ahli Parlimen dekat sini.

Warga emas ini penuh pengorbanan. Tanpa warga emas, kita mungkin tidak duduk di sini. Negara kita tidak mungkin menuju satu kemajuan seperti yang kita ada.

Apabila kita mengabaikan warga emas ini, di situlah punca kejatuhan integriti maruah negara kita. So, apa-apa tindakan yang diambil perlu menekankan kebaikan, kebajikan dan keadilan warga emas. Itu wajib disebatikan dalam setiap diri kita.

final • 4:31 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya balik kepada akta ini, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Akta ini sebenarnya mengambil kuasa daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan memberikan kuasa mutlak kepada Kementerian Kesihatan untuk menjaga pusat jagaan.

Kalau kita meneliti seksyen 2, ia sebenarnya mengeluarkan perkataan di bawah umur 60 tahun dimasukkan dalam perkataan ‘penghuni’ menyebabkan sesiapa yang melebihi 60 tahun, apa-apa pusat jagaan untuk sesiapa yang melebihi 60 tahun di bawah Kementerian Kesihatan, di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017 yang kita luluskan tadi.

Ini bermaksud kuasa pusat penjagaan telah diambil daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan diberikan Kementerian Kesihatan.

Ini saya agak terkilan dan saya rasa kuasa ini perlu diberikan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakatlah yang lebih arif tentang kebajikan dan kemudahan- kemudahan yang perlu diberikan kepada warga emas.

So, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan rasional mengapa istilah ‘penghuni’ dan juga Pusat Jagaan 1993 ini melepaskan kategori yang berumur 60 tahun ke atas iaitu warga emas dan diberikan kepada Kementerian Kesihatan? Pada waktu yang sama Tuan Yang di-Pertua, kita juga ada beberapa masalah yang sedia ada dengan pusat-pusat jagaan ini. Sebagai contoh, pada tahun lepas, kita mendapati di salah sebuah premis yang tidak berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 berlaku satu isu di mana warga emas dikasari. Satu rakaman video telah disebarkan iaitu di Rumah Jagaan Orang Tua di Klebang.

Ini adalah satu rumah yang tidak berdaftar. Kita tahu bukan sahaja ini satu tetapi ada banyak lagi rumah-rumah yang tidak berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993.

Sekarang pula kita akan beri kuasa kepada Kementerian Kesihatan. Saya balik kepada isu premis yang tidak berdaftar ini. Apakah komitmen Yang Berhormat Timbalan Menteri dan kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa mesti ada satu program untuk mendaftarkan premis-premis sebegini dan perlu juga wujud satu garis panduan, mekanisme dan peraturan supaya warga emas tidak dikasari di pusat-pusat jagaan seperti ini.

Tambahan kepada itu, kita juga mendapati bahawa pada tahun 2016, kita ada 18 buah pusat jagaan kanak-kanak dan 53 taska dibatalkan pendaftaran kerana mempunyai masalah-masalah tertentu. Apakah mekanisme ataupun perancangan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk mengatasi isu-isu sebegini di mana kita mendaftarkan pusat jagaan ini tetapi pusat jagaan ini tidak dapat memberikan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik.

Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, saya balik kepada isu mengimbangkan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu dan bapa di samping mengimbangkan dengan risiko-risiko yang dihadapi oleh setiap individu yang tidak dapat menjaga ibu bapa dan perlu menghantar kepada pusat jagaan sebegini. Saya rasa kena ada satu mekanisme sebagai contoh tadi ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Raja di mana kita perlu ada satu akta sebagai contoh akta kasih sayang, akta kasih sayang ibu bapa dan sebagainya untuk meletakkan supaya anak tidak melarikan diri daripada tanggungjawab.

final • 4:31 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Kedua, kita kena tubuhkan satu jawatankuasa untuk meneliti setiap kes sebab saya sudah maklumkan tadi bukan setiap anak yang menghantar ibu dan ayah ke pusat jagaan adalah anak yang menderhaka, tidak. Mereka ada sebab-sebab tertentu rasionalnya dan mungkin ada sebabnya faktor tertentu. Jadi kena ada jawatankuasa di tubuh di bawah peringkat kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri di bawah Kementerian Wanita supaya meneliti kes ke kes.

Ketiga, kita perlu wujudkan satu badan kaunseling, satu pusat kaunseling di seluruh negara supaya kita dapat membuat kaedah-kaedah kaunseling untuk membantu ibu bapa yang telah dianiaya oleh anak-anak pada waktu yang sama menerapkan kasih sayang di kalangan anak-anak ini.

Keempat Tuan Yang di-Pertua, program-program yang membolehkan warga emas ini berdikari secara sendiri. Hidup-hidup terakhir mereka perlu dilalui tanpa sebarang penderitaan.

final • 4:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Inilah satu-satunya balasan kita, anak-anak muda seperti saya satu balasan kepada warga emas sebab pengorbanan mereka tiada tolak bandingan, tiada apa-apa yang boleh dibalas. Hanya dengan memberikan mereka satu kebajikan, keadilan dan kemudahan untuk mereka meneruskan hidup mereka selepas 60 tahun secara aman, damai, harmoni itulah satu-satunya cara yang terbaik sebagai balasan kepada pengorbanan warga emas di negara kita. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sepang. Selepas Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Kelana Jaya dan Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Sebenarnya pada mulanya saya ingat hendak berkecuali sahaja tetapi bila saya melihat membaca ini Akta Penjagaan ini saya rasa saya ingin juga mengambil bahagian.

Sebelum saya membahaskan pindaan ini, saya telah membaca akta ibu yang asal ini dan saya dapati bahawa memang saya pada dasarnya tidak ada masalah sangat dengan akta ini sebab saya rasa satu akta yang baik.

Cumanya saya agak pelik bila saya membaca sebagai contoh Yang Berhormat Timbalan Menteri seksyen 11 berkaitan dengan apa yang dikatakan pembatalan, maknanya ada kuasa untuk membatalkan pusat jagaan ini. Akan tetapi yang saya pelik itu macam mana boleh tidak jumpa Bahasa Melayu dalam akta yang Melayu pun tulis ‘pengkanselan’, ‘pengkanselan’, memalukanlah bagi saya. Bagi saya bila kita hendak memartabatkan bahasa Melayu apa salahnya kita gunakan pembatalan. Kenapa kita gunakan ‘pengkanselan’. Cuba tengok akta ibu seksyen 11 ‘pengkanselan’. Saya tidak pernah lihat lagi mana-mana akta dia menggunakan perkataan ‘pengkanselan’, ini pertama kali saya lihat dan saya harap kalau boleh sepatutnya dipindalah.

‘Pengkanselan’ itu maknanya kansel itu batallah. Bukan susah sangat hendak tulis pembatalan mungkin masa dia draf itu dia tulis ‘pengkanselan’ dia tidak jumpa perkataan batal tetapi main masuk sahaja dalam Parlimen pun diluluskan. Jadi saya rasa pelik sangatlah. Itu perkara yang mungkin bukanlah sangat substantive tetapi saya hendak kata kalau kita ingin memartabatkan bahasa Melayu sepatutnya kita kekalkan perkataan pembatalan bukan ‘pengkanselan’, itu yang pertama.

Keduanya saya telah mendengar kawan-kawan berbahas tadi saya akuilah hendak jaga orang tua ini bukan mudah. Bukan sahaja orang tua dalam pusat jagaan, orang tua di luar pun susah. Sebagai contoh kita ada seorang orang tua berumur 90 tahun mendatangkan kesusahan kepada Barisan Nasional sampai hendak buat forum Nothing to Hide pun takut, hendak lawan dengan orang tua. Ini contohlah makna saya akuilah hendak jaga orang tua ini bukan mudah [Ketawa] Jadi jaga orang tua lagilah jaga orang tua yang kritikal kepada kerajaan lagilah susah. Ini tengah ramai tidak ada ini sedap ini kalau belah bahagi ini. Akan tetapi yang saya maksudkan ialah apabila kita buat Akta Penjagaan Orang Tua ini memanglah kita kena banyak– kita sepatutnya memberikan satu tahniah dan juga ucapan penghargaan kepada pusat-pusat penjagaan ini. Oleh sebab itu bagi sayalah Yang Berhormat Timbalan Menteri apa salahnya kalau kita memberikan sedikit imbuhan-imbuhan ataupun kelonggaran-kelonggaran.

Sebagai contoh, kadang-kadang dalam setengah-setengah perkara contohnya kalau kita tubuh yayasan. Kita mungkin boleh dapat tax exemption ataupun pengecualian cukai. Jadi mungkin oleh kerana pusat jagaan orang tua ini ataupun pusat jagaan ini boleh menerima termasuk kita kata ibu bapalah, orang-orang tua yang berumur 60 tahun ke atas dan perlu menjaga kerenah mereka dan dalam akta ibu pun dia kata mesti bagi makanan yang seimbang, diet yang seimbang, jadi maknanya ini bukanlah satu perkara yang mudah.

Oleh sebab itu bagi saya apabila ada pusat-pusat jagaan ini kita harus berterima kasih kepada mereka dan kita harus bagi mereka satu insentif. Saya ingin mencadangkan Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau boleh difikirkan sama ada mereka diberikan pelepasan cukai ataupun kalau mereka hendak membelanjakan kita tahu sekarang ini mereka hendak belanjakan makanan-makanan yang mungkin ada dikenakan GST dan sebagainya.

final • 4:42 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Mungkin bagi pusat-pusat penjagaan ini boleh difikirkan untuk dikecualikan GST. Walaupun mungkin Yang Berhormat Bagan Serai tidak setuju tetapi saya rasa kita kena ketepikanlah Yang Berhormat Bagan Serai sebab dia duit banyak lainlah.

Akan tetapi seterusnya Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya juga ingin mencadangkan kalau boleh dilihat kepada seksyen yang baru seksyen 11B itu, “person 60 years of age and above maybe admitted”. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita lihat kepada akta ibu ini kita lihat di sana diberikan satu kuasa yang agak luas kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

Sebagai contoh seksyen 22 mengatakan bahawa kalau ada mana-mana orang yang tidak puas hati dengan keputusan dan tindakan Ketua Pengarah boleh merayu kepada Menteri. Akan tetapi kalau kita lihat kepada seksyen 11B ini, izinkan saya membacakan; “Pengendali pusat jagaan berdaftar boleh menerima masuk mana-mana orang yang berumur 60 tahun...” Seterusnya “...berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Warga Emas” iaitu Menteri Kesihatan berdasarkan seksyen di bawah akta itu.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, okey sekarang ini apabila kita seksyen 11B ini memberikan kuasa kepada Menteri, seksyen 22 pula memberi kuasa untuk kita merayu kepada Menteri kalau tidak puas hati dengan keputusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat. Jadi persoalan saya bagaimana kalau sekiranya kita tidak berpuas hati dengan keputusan Menteri pula, hendak rayu kepada siapa pula. Jadi ada lacuna, ada satu loop hole ataupun satu kelompangan di situ.

Kita boleh merayu kepada Menteri tetapi bila Menteri buat keputusan kita tidak boleh merayu kepada siapa. Jadi ini bagi saya ada satu kelompangan yang sepatutnya kita plug-in, dengan izin. Jadi saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri mengambil kira yang itu, yang lain saya tidak ada masalah sangat jadi saya bersetujulah dengan akta dan pindaan ini dan saya memilih untuk tidak berkecuali. Terima kasih.

final • 4:42 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Rang undang-undang ini adalah consequential amendment kepada Rang Undang-undang Kemudahan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Warga Emas Swasta. Soalan dasar pertama saya adalah mengenai isu demografi. Negara kita ada lebih kurang pada fikiran saya 2.8 juta warga emas iaitu sembilan peratus daripada jumlah penduduk kita di Malaysia dan akan dijangka menaik ke satu paras yang cukup tinggi lebih kurang 11.4 peratus dalam lima, enam tahun ini mencecah lebih kurang empat juta.

Kita semua tahu definisi orang tua ini adalah 60 tahun. Soalan pertama saya sama ada maybe the 60 years old ini boleh ditingkatkan ke 65 oleh kerana kesihatan rakyat menambah tiap-tiap tahun, itu soalan pertamalah daripada segi demografi.

Saya hendak tahu sebenarnya data daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah data sebenarnya bilangan warga emas yang masih di dalam keluarga, bersama dengan keluarga dan berapa yang hidup tersendiri, outside of the family structure. Itu penting kerana kita perlu tahu berapa besarnya isunya dalam perkara ini.

Saya ada satu cadangan iaitu merombak semula sistem dan modul penjagaan warga emas. Hal ini berkaitan dengan kegagalan sistem KWSP dan pencen kita sebab kita tahu bila orang sudah habis kerja, sudah pencen dia akan belanja wang simpanannya dalam dua, tiga tahun, empat tahun habis semua. Dengan izin, so we have a large aging population with very little savings. Ini krisis pada pendapat sayalah sebab kita sudah tahulah kemungkinan empat juta warganegara kita akan mencapai usia warga emas. Tambahan pula saiz keluarga kita semakin mengecut. Pada perkiraan terbaru ialah 4.3 orang satu keluarga.

final • 4:48 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Jadi, pertukaran ataupun pattern demografi ini menunjukkan bahawa kita memerlukan satu reformasi sistem yang lebih sustainable dan lebih cepat. Jadi, saya buat cadangan kita merujuk kepada model yang terbaik di dunia iaitu di Jepun, di mana sistem jagaan warga emas dibiayai oleh sistem insurans dan juga insentif seperti apa Yang Berhormat Sepang cakap tadi itu, insentif daripada kerajaan.

final • 4:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Jadi, saya hendak tanya Menteri, sama ada Menteri boleh atau tidak buat satu commission, a paper from Universiti Malaya untuk melihat satu complete revamp ataupun feasibility study untuk mereformasi sistem kita lebih kepada arah yang dipakai oleh negara Jepun.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut satu survey yang dilaporkan oleh penyelidik- penyelidik bagi program Universiti Malaya, Prevent Elder Abuse and Neglect Initiative

(PEACE), lebih kurang 10 peratus orang warga emas di kawasan bandar didera dan diabaikan dan peratusan ini adalah lebih kurang 5 peratus di luar bandar ataupun di kampung-kampung. Saya seperti kawan baik saya Yang Berhormat Kapar, juga telah banyak membaca laporan-laporan kes penderaan dan pengabaian seperti yang dicakapkan tadi tentang kes Klebang di Melaka itu, yang telah ditangkap video dan dijadikan viral dalam Facebook. Adapun satu kes lelaki warga emas dipukul oleh pemilik pusat jagaan akibat meminta makanan pada waktu malam.

Seterusnya, dengan izin, while we debate today to solve the issue of private care, it is also important to remember that we have to do much more for those who cannot afford private care. Di dalam kawasan saya Kelana Jaya, terdapat ramai warga emas di kawasan Desa Mentari, Desa Ria, khasnya yang telah di abandoned, terbiar oleh keluarga mereka. Mereka tinggal sebagai satu keluarga baru, satu keluarga moden, di mana lima, enam wanita orang tua, bergabung duit-duit mereka yang sikit dan menyewa satu low cost flat. Jadi, situasi ini memang susahlah, they are just trying to survive. Jadi, Kementerian Wanita dan welfare kena memberi lebih prihatin kepada isu ini yang memang berleluasa.

Tuan Yang di-Pertua, industri perkhidmatan jagaan warga emas ini adalah industri yang cukup besar, pada pendapat sayalah. Jumlah pusat jagaan disenaraikan dalam laman web JKM adalah 327 buah. Daripada jumlah yang didaftar, dijangka ada lebih banyak lagi yang tidak berdaftar. Oleh itu, saya meminta Menteri memberi data yang terkini mengenai saiz industri ini. Berapakah industri? Adakah ini industri RM2 bilion setahun, RM10 bilion setahun? Termasuklah bilangan pusat jagaan yang tidak berdaftar, your estimate?

Bagi saya, saya akan menimbulkan dua lagi soalan lanjutan. Pertama, sekiranya terdapat pengabaian atau penderaan, apakah hukuman yang boleh dikenakan ke atas pekerja dan juga majikan dan lagi penting, pengarah-pengarah pusat jagaan ini? Dengan izin, can we shut down, fine and jail the directors? Oleh sebab seperti yang saya katakan tadi, saiz industri ini besar. Bila industri ini besar, katakanlah kita bayar yuran atau fi untuk warga emas kita RM500, RM800 sebulan, RM1,000 sebulan dan kita ada potential empat juta orang warga emas. Katakan separuh masuk itu, this industry is humongous. Jadi, kita kena memastikan hukuman yang berat dan setimpal dengan saiz industri ini. Jadi, saya minta pandangan Yang Berhormat Menteri tentang perkara ini.

Soalan lanjutan kedua yang terakhir dari saya ialah apakah akan terjadi sekiranya pusat jagaan ini menjadi muflis? Adakah kerajaan akan menyediakan satu fund to rescue the abandoned pusat jagaan? Kita tahulah banyak kes di mana telah terima fi, fitness center lah, saya cakap fitness center saja, terima fi lepas itu tutup. Jadi, pusat jagaan ini lebih penting. Will you set up a fund to ensure the continuity of pusat jagaan yang menjadi muflis?

Itu sahaja ucapan dasar saya pada rang undang-undang ini. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, saya bagi peluang seorang lagi, Yang Berhormat Kuala Nerus. Ringkas Yang Berhormat Kuala Nerus.

final • 4:50 PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih kerana bagi peluang untuk saya bincang rang undang-undang untuk meminda Akta Pusat Jagaan 1993 ini.

Saya cuma hendak ambil perhatian bila kita berikan tentang takrifan jagaan bagi pusat jagaan ini.

final • 4:56 PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Saya lihat dalam Akta Ibu, jagaan ini hanya merujuk kepada beberapa perkara.

Antaranya perlindungan, pengawasan, pemulihan dan juga latihan, empat perkara. Akan tetapi kalau kita rujuk pada konsep Islam dalam penjagaan, terutamanya warga emas ini.

Kita rujuk kepada firman *Allah SWT...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran]* Allah Taala tetapkan untuk kamu jangan menjadi hamba melainkan kepada-Nya”, satu dan Allah tetapkan juga.*..

[Membaca sepotong ayat Al-Quran]* Dengan dua ibu dan bapa, kamu mesti melakukan suatu yang namanya ihsan.

Ihsan satu perkara yang sangat luas, menggambarkan bagaimana hubungan kita dengan seorang manusia yang lain. Khususnya, hubungan antara anak dan juga ibu dan juga bapa. Pusat jagaan menjadi anak kepada orang-orang tua yang dijaga ini, mewakili anak-anak ini. Maka, tentulah segala perkara yang patut dilakukan oleh seorang anak dalam menjaga ibu dan bapa ini mesti juga dipraktikkan oleh sesiapa sahaja yang bertugas di pusat jagaan ini. Dalam Al-Quran, Allah Taala sebut... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Jika datang sampai kepada kamu umur tua seseorang mereka atau kedua-duanya sekali, jangan kamu sebut “ahh”, maknanya menggambarkan ketidaksetujuan dengan ibu dan bapa. ..

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Paling berat, jangan herdik mereka. Ketiga...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Sebut pada mereka ungkapan yang baik.

Ini mengajar kepada kita bahawa yang kita memberikan kepada mereka ini bukan hanya perlindungan pada jasad, bukan hanya pengawasan pada aktiviti mereka, bukan pemulihan, latihan tetapi kasih dan juga sayang. Oleh kerana orang tua ini ada macam-macam perangai. Yang nyanyuk pun ada, dah tua sangat, dia nyanyuk pula, dia lupa apa yang dibuat ketika masa dia memerintah dulu, sebagai contoh. Jadi, ini suasana dan penyakit orang-orang tua tetapi Allah mengajar kepada kita ihsan, berakhlak dengan orang-orang tua, ada akhlak kita dengan mereka kerana itu realiti mereka.

Maka, akhlak inilah yang saya rasa perlu dijadikan sebagai akta. Jadi, sebab itu saya mencadangkan untuk Akta Ibu walaupun tidak dimasukkan dalam akta pindaan kita pada hari ini, untuk takrifan ‘ihsan’ itu juga diperluaskan juga pada konsep. Sekurang- kurangnya masukkan perkataan ‘ihsan’ yang sangat luas takrifannya untuk dihayati oleh pusat jagaan dan ia juga memberi suatu peringatan kepada anak-anak yang tidak mampu menjaga ibu dan bapa mereka juga untuk mengetahui perkara ini. Oleh kerana ihsan tidak akan melepaskan kewajipan anak-anak terhadap ibu dan bapa mereka seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kapar sebentar tadi.

Kalau kita baca lagi...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Turun, rendahkanlah sayap kehinaan kamu kerana kasihan pada dia. Maknanya, kita tunjuk rasa hormat yang amat tinggi kepada orang-orang tua dan kamu sebut doa kepada Allah, “Ya Allah, rahmatilah mereka berdua seperti mana mereka berdua menjaga aku ketika mana aku kecil”.

Cerita ini cerita rahmah. Maka, pusat jagaan ini pertama, mesti suasana rahmah itu mesti meliputi suasana kehidupan pusat jagaan ini. Untuk melahirkan rahmah inilah kita kata kewajipan anak-anak tidak terlepas. Oleh kerana apa yang diingini oleh ibu dan bapa, bukannya perlindungan, bukan hanya makan minum tetapi adalah kasih dan juga sayang. Tentulah kasih dan sayang itu yang paling besar datang daripada anak-anak.

Maka, sepatutnya kita masukkan dalam akta kita, wording apa sekali pun, bahawa jika mereka hantar ibu dan bapa ke pusat jagaan ini kena ada satu aku janji bahawa mereka ini perlu ada waktu-waktu yang mereka datang ziarah dan ada kewajipannya. Kita tetapkan sebulan berapa kali supaya tidak putus hubungan dan mereka tidak ambil kesempatan hanya letakkan beban kepada pusat jagaan ini.

Saya ada pengalaman menguruskan anak-anak yatim, sampai sekarang saya ada sekolah untuk anak-anak yatim, hampir 80 orang anak-anak yatim. Bila mereka hantar kepada kita, mereka tinggal, tidak jaga, tidak ambil cakna langsung. Jadi, perkara ini mungkin juga berlaku kepada orang-orang tua ini. Mereka hantar, mereka tinggal.

Maka, kena ada satu perlindungan untuk mereka ini menerusi akta yang kita bincang hari ini. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 4:56 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

final • 5:00 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun membahaskan pindaan kepada akta ini. Terima kasih juga di atas sokongan yang diberikan kepada pindaan ini.

Saya akan menjawab pertamanya Yang Berhormat Parit Sulong. Yang Berhormat Parit Sulong telah mengemukakan tentang apakah aktiviti yang dilaksanakan di pusat-pusat jagaan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, adakah aktiviti untuk keagamaan dan sebagainya, dan bagaimana pula status pusat jagaan warga emas yang menerima geran sebelum ini.

Pertamanya, aktiviti yang dilaksanakan di pusat jagaan adalah termasuklah program-program rekreasi supaya mereka lebih sihat, mereka tidak murung dan sebagainya. Pemeriksaan kesihatan terhadap mereka, terapi, pemulihan, keagamaan, disediakan kelas agama mengaji Al-Quran, latihan, kursus, pembelajaran sepanjang hayat, aktiviti seperti senaman tai chi juga ada dan juga khidmat kaunseling.

Ingin saya kongsi juga di sini, secara peribadi saya selalu melawat rumah-rumah ini apatah lagi semasa saya berada di negeri Sabah. Saya dapati bahawa di situ macam- macam aktiviti lagi yang mereka lakukan. Mereka yang suka membuat kraf tangan akan membuat kraf tangan. Mereka yang suka menanam sayur-sayuran, menanam bunga- bungaan, mereka juga akan lakukan aktiviti tersebut, dan di situ juga aktiviti-aktiviti itu akan mendapatkan mereka kewangan ataupun duit tambahan lagi untuk mereka semua.

Saya tengok lagi mereka enjoyed lah, mereka gembira untuk melakukan ini. Dari semasa ke semasa, mereka ini akan dibawa melawat ke tempat-tempat yang lain supaya mereka dapat hidup seperti orang yang lain.

Kita menganggapkan bahawa tempat jagaan pusat warga emas yang di bawah kementerian ini bukanlah tempat yang terakhir untuk mereka hendak mengakhiri kehidupan mereka tetapi tempat mereka mempunyai satu fasa dalam kehidupan mereka yang mereka itu masih lagi diperlukan dan mereka produktif dan mereka boleh menyumbang bukan sahaja kepada diri mereka tetapi masyarakat. Alhamdulillah.

Seterusnya, untuk geran ini pula, untuk pusat jagaan yang nantinya akan dipindah pendaftarannya di bawah rang undang-undang yang baru kita luluskan tadi yang mereka selama ini menerima geran di bawah kementerian, kami mencadangkan supaya geran nanti akan disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Yang Berhormat Kota Raja tadi ada menyebutkan tentang- Yang Berhormat Kota Raja masih ada? Masa hadapan, masih adakah akta anak-anak untuk menjaga ibu bapa? Ada beberapa orang Ahli Yang Berhormat juga mencadangkan perkara yang sama.

Ingin saya berkongsi di sini bahawa Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara yang telah diadakan pada 23 November dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri bersetuju untuk satu jawatankuasa ditubuhkan bagi mengkaji keperluan akta bagi warga emas. Pada masa ini, akta sedia ada diperkasa untuk melindungi keselamatan dan kebajikan warga emas. Dalam erti kata bahawa perkara ini di dalam kajian. Ada satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji keperluan untuk mewujudkan sebuah akta, insya-Allah.

Yang Berhormat Kota Raja juga menyebut tentang perkhidmatan kaunseling.

Saya maklumkan di sini bahawa kementerian mempunyai bahagian khusus di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberikan perkhidmatan kaunseling kepada klien termasuklah kepada keluarga dan juga kepada warga emas. Intervensi kaunseling yang diberikan adalah kaunseling secara individu, kaunseling secara berkelompok dan kaunseling secara berkeluarga. Sehingga September tahun ini, kementerian mempunyai 192 orang pegawai psikologi dan penolong pegawai psikologi yang memberikan perkhidmatan kaunseling kepada rakyat kita yang memerlukan termasuklah keluarga kepada warga emas.

Yang Berhormat Kota Raja juga bertanya, adakah kementerian boleh menimbangkan geran untuk program-program di dalam komuniti.

final • 5:00 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Kementerian memang memberikan peruntukan pada masa sekarang ini kepada program-program yang berasaskan komuniti seperti antara lainnya yang selalu saya sebutkan dalam Dewan yang mulia ini juga ialah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di mana kita sehingga hujung tahun ini, insya-Allah, kita akan dapat mewujudkan 59 PAWE di seluruh negara.

Hasrat kita ialah setiap Parlimen akan ada PAWE iaitu Pusat Aktiviti Warga Emas di mana warga emas kita boleh berkumpul, boleh berinteraksi, mengadakan pelbagai program termasuklah program kesihatan, senaman, menyanyi, karaoke, bermacam-macam permainan. Kita juga sediakan pelbagai peralatan di dalam Pusat Aktiviti Warga Emas ini termasuklah peralatan untuk urutan, peralatan untuk senaman seperti treadmill dan lain-lain lagi. Terpulang kepada jawatankuasa yang bertanggungjawab itu untuk mereka boleh mengadakan program bagi keagamaan dan sebagainya. Tari-menari pun ada juga.

Yang keduanya, kita ada program *Home Help...

[Disampuk]* Betul itu. Ada warga emas seperti kaum Tionghoa, mereka suka ada tarian-tarian ini. Kita tidak menghalang.

Ini kita galakkan mereka kerana ini boleh menyebabkan mereka ceria dan rasa muda dan tidaklah merasa seolah-olah mereka itu tidak berguna lagi.

Yang keduanya tadi, program Home Help di mana kita ada sukarelawan yang datang ke rumah melihat kepada warga emas kita yang memerlukan, warga emas kita yang bersendirian tetapi memilih untuk tinggal di rumah. Kajian menunjukkan- saya dapat satu kajian daripada Universiti Utara yang menunjukkan bahawa rata-rata warga emas ini memilih untuk duduk di rumah mereka sendiri. Walaupun ada anak mereka yang mempunyai pekerjaan yang baik dan sebagainya tetapi mereka lebih suka duduk di rumah mereka sendiri.

Jadi, program Home Help ini disediakan khas oleh kementerian kita dengan sukarelawan kita di seluruh negara, mereka akan datang ke rumah warga emas ini untuk menolong mereka, menceriakan mereka, kadang-kadang membersihkan rumah, memasak dan sebagainya.

Yang ketiga, pengangkutan Unit Penyayang Warga Emas (UPWE). Ini juga kita adakan tidak di semua tempat tetapi sudah kita mulakan di mana pengangkutan ini menyediakan untuk membawa mereka ke hospital, ke klinik-klinik, kadang-kadang juga untuk pergi shopping lah.

final • 5:00 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Boleh tanya sedikit, Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 5:00 PM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Yang Berhormat Kulai.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 5:00 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya memang sukalah cadangan-cadangan dan idea-idea yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.

Jadi saya hendak tanya, rumah warga emas ini akan didirikan di setiap kawasan Parlimen ataupun di- ada bilangan tidak, ada satu target tidak berapa banyak rumah warga emas atau pusat yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, cadangan pertama itu, akan bilangan pusat ini, rumah warga emas ini akan didirikan di seluruh Malaysia?

Saya rasa kalau cakap bahawa satu pusat atau satu rumah warga emas di satu kawasan Parlimen, saya rasa mungkin tidak berapa mencukupi kerana kawasan Parlimen itu ada yang besar, ada yang kecil. Macam lah kawasan Parlimen di KL, walaupun populasinya tinggi tetapi sebenarnya keluasannya adalah kecil. Akan tetapi untuk tempat-tempat seperti Johor, dan yang lagi besar ialah Sabah dan Sarawak, satu Kerusi Parlimen tetapi keluasannya adalah sangat besar. Jadi kalau kami hanya mendirikan satu pusat di satu kawasan Parlimen, saya rasa mungkin dia tidak dapat memberikan perkhidmatan kepada kesemua warga emas.

Apabila kita mendirikan pusat warga emas ini ataupun rumah warga emas ini, jadi saya hendak tanya, bagaimana kita menjaga warga emas yang tidak fasih dengan Bahasa Malaysia?

final • 5:00 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Saya rasa itu adalah satu aspek yang kita mestilah ambil kira juga kerana untuk warga emas itu, bukanlah kesemua mereka adalah fasih dalam Bahasa Malaysia. Jadi, saya rasa kita perlulah memberi pertimbangan kepada dengan golongan ini untuk membantu mereka untuk mendapat kehidupan yang lebih berkualiti di pusat warga emas ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih Yang Berhormat daripada Kulai. Ini bukan rumah ya, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).

Hasrat kita ialah supaya sekurang-kurangnya setiap Parlimen itu ada satu. Akan tetapi insya-Allah sekiranya kita dapat nanti peruntukan yang lebih bertambah lagi, kita akan cuba buat tengok di mana yang memerlukan lebih banyak, kita akan buat because hasrat kita menjelang tahun 2030 kita akan jadi sebuah negara yang menua. Tentulah kita mahukan warga emas kita ini aktif. Untuk itu perlunya di peringkat komuniti kita adakan pusat aktiviti ini.

Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia, setiap Pusat Aktiviti Warga Emas ini ada jawatankuasanya, ada pengerusinya dan jawatankuasanya yang diambil daripada kalangan masyarakat kita yang ada di kawasan masing-masing ini dan tentunya bukanlah semestinya dia orang Melayu saja ataupun yang pandai berbahasa Melayu saja. Akan tetapi termasuk juga daripada mereka yang daripada kaum Tionghoa kerana rakyat Malaysia ini kita ada berbilang kaum.

Saya bagi contohlah Pusat Warga Emas di UTC di Kota Kinabalu itu.

Pengerusinya ialah seorang Tionghoa, seorang Cina. Jadi tidak ada masalahlah kan.

Ada juga orang Melayu, ada orang Kadazan dan sebagainya. Jadi kita ambil kira semua ini. Kita haraplah di semua, di setiap Pusat Aktiviti Warga Emas ini mesti ambil berbagai kaum supaya semua apa diberikan perkhidmatan. Sebenarnya apa yang kita buat ini, tadi yang saya sebutkan ini adalah untuk menggalakkan penjagaan orang tua kita berasaskan komuniti, aging in place. Ertinya tidak perlu mereka dihantar ke institusi.

Mereka boleh berada di dalam keluarga mereka sendiri tetapi mereka juga ada tempat yang boleh mereka berkumpul.

Seterusnya Yang Berhormat Seputeh tadi. Apakah kementerian menyediakan pusat jagaan, tempat untuk pegawai yang telah bersara menyumbang kepada masyarakat. Sebenarnya memanglah satu PAWE tadi itu pun memanglah itu adalah untuk tempat di mana warga emas yang berpengalaman sama ada daripada pesara kerajaan ataupun lain-lain lagi, mereka boleh datang, come together. Di sini mereka boleh berinteraksi dan mereka boleh menyumbang kembali kepada masyarakat secara berguna. Kita suka kalau mereka boleh, kalau mereka yang pandai sebagai cikgu, former cikgu boleh memberikan tuisyen kepada para pelajar kita. Mereka boleh juga, mereka yang mempunyai kepakaran-kepakaran tertentu boleh membantu kita dalam masyarakat kita.

Inilah yang kita inginkan sebenarnya. That is why kita tubuhkan PAWE ini dan kita mengalu-alukan mereka semua yang mempunyai kepakaran untuk ikut sama dalam usaha yang baik ini. Adakah kementerian akan lepas tangan kepada KKM? Sebenarnya kementerian selalu prihatin terhadap kebajikan dan kesihatan warga emas. Walaupun Akta Pusat Jagaan dipinda untuk membenarkan pusat jagaan warga emas berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan iaitu yang swasta, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan meneruskan program yang lain untuk menjamin kesejahteraan warga emas seperti program yang berasaskan komuniti, penjagaan warga emas institusi kerajaan. Itu kita teruskan lagi. Rumah Seri Kenangan kita akan kita teruskan lagi. Bantuan untuk orang tua kita teruskan lagi.

Seperti mana Yang Berhormat semua maklum baru-baru ini untuk Bajet 2018 ditambah lagi RM50 menjadi RM350. Pada masa ini kita mempunyai sembilan buah Rumah Seri Kenangan untuk warga emas yang berdikari dan dua buah rumah Ehsan untuk warga emas yang terlantar yang disediakan oleh JKM di bawah Kementerian kita.

Yang Berhormat Sepang tadi, perkataan “penkancelan”. Untuk makluman Yang Berhormat Sepang bahawa pindaan telah dibuat pada 2007 dengan menggantikan perkataan “penkancelan” itu dengan perkataan “pembatalan”. Sudah dibuat pindaanlah.

Yang Berhormat Seputeh tadi ada lagi. Adakah keluarkan tanggungjawab.

Tidak ada. Saya sudah jawab itu tadi kan.

final • 5:10 PM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar tadi, apakah mekanisme untuk atasi isu pusat jagaan yang didaftar tetapi tidak memberi jagaan yang baik kepada penghuni. Kementerian juga perlu memantau pusat jagaan yang tidak berdaftar seperti di Klebang yang menjadi viral. Ingin saya maklumkan di sini bahawa tatacara piawaian atau standard operating procedure (SOP) untuk mengawasi dan memastikan pusat jagaan diurus dengan sempurna ialah di antara bentuk pemeriksaan yang dijalankan ialah menjalankan aktiviti mengesan ke pusat jagaan yang tidak berdaftar dan memberi peringatan supaya berdaftar dengan JKM, menjalankan pemeriksaan berkala dan mengejut ke premis pusat jagaan oleh pegawai yang diberi kuasa.

Ketiga, mengambil tindakan penguatkuasaan seperti di dalam peruntukan Akta Pusat Jagaan 1993 seperti arahan bertulis, arahan penutupan, batal pendaftaran, lab, kompaun dan pendakwaan di mahkamah. Jika sabit kesalahan, pengendali pusat jagaan berkenaan boleh didenda tidak lebih RM10 ribu atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan yang berterusan, boleh sebagai tambahan dikenakan denda harian tidak lebih RM1 ribu bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu berterusan.

Bagaimana kerajaan menangani isu pusat jagaan tidak berdaftar. Bagi menangani isu ini, kementerian telah menjalankan kempen Jom Daftar dalam setiap program kementerian atau agensinya. Kementerian juga mengalu-alukan aduan dan maklumat daripada orang awam berkenaan pusat jagaan yang beroperasi berhampiran dengan mereka. Jadi kalau Yang Berhormat semua tahu, boleh memaklumkan kepada kita, memberi aduan kepada kita. Boleh juga melalui talian Kasih 15999, atau terus saja membuat aduan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Maklumat pengadu akan dirahsiakan.

Yang Berhormat Kapar juga, rasional pusat jagaan warga emas diambil alih oleh Kementerian Kesihatan. Sebenarnya, untuk makluman Yang Berhormat Kapar dan juga Dewan yang mulia ini, ini adalah untuk menjamin kesejahteraan serta maruah warga emas dengan menetapkan piawaian minimum jagaan. Memastikan kemudahan dan penjagaan kesihatan warga emas mudah dan mampu diperoleh serta menggalakkan pusat jagaan warga emas yang dikendalikan oleh pihak swasta termasuklah NGO’s yang berdaftar di bawah rang undang-undang yang baru saja kita luluskan tadi ini sebab mereka mempunyai kepakaran, doktor. Mereka yang pakar dalam bidang kesihatan supaya dapat memberikan pengawalan yang sebaik-baiknya kepada warga emas kita ini. Kami di kementerian tidak mempunyai kepakaran sedemikian.

Okey, Yang Berhormat Kapar juga, tubuhkan pusat kaunseling di seluruh negara untuk menerapkan program kaunseling anak-anak dan ibu bapa. Sebenarnya saya amat teruja tadi mendengar begitu passionate semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang berucap itu tentang kasih sayang terhadap warga emas, terhadap orang tua-tua semuanya. Kami kongsi bersama sebenarnya. Kami juga bersetuju sangat dengan pandangan-pandangan tersebut yang sepatutnya kasih sayang kita berikan kepada kedua orang tua kita. Kalau mereka boleh menjaga 10 orang kita tanpa mereka bising- bising dan mengadu kepada orang lain. Mengapa pula kita tidak boleh menjaga mereka yang hanya dua orang itu?

Sehingga September 2017, kementerian mempunyai, seperti mana yang telah saya sebut tadilah, 192 orang pegawai psikologi dan penolong pegawai psikologi di seluruh negara yang ditempatkan di JKM negeri, di pejabat kebajikan daerah dan di institusi-institusi JKM yang memberikan perkhidmatan kaunseling dan program intervensi kepada client termasuklah keluarga. Jadi mereka boleh datanglah ke pejabat kita, ke institusi kita untuk mendapatkan kaunseling dan kita mengalu-alukan mereka untuk datang. Yang Berhormat Kelana Jaya, berapakah pusat jagaan...

final • 5:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat, pencerahan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terima, saya dengar dengan teliti jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih kerana mengharungi semua soalan yang telah dibawa dari akta yang saya bangkitkan, kaunseling, program dan beberapa isu tambahan.

final • 5:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ada dua, satu soalan dan satu pendekatan yang saya hendak sampaikan. Satu, adalah saya telah juga menyentuh tentang satu jawatankuasa yang perlu ditubuhkan di bawah kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk meneliti setiap kes. Case- to-case basis. Kes ini boleh dihantar ke pusat penjagaan, kes ini boleh anak-anak sendiri jaga. Yang itu kena ada satu jawatankuasa yang perlu meneliti.

final • 5:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Kalau tidak kita tidak hendak macam saya sebut tadi kena ada kaveat di mana anak-anak tidak boleh melepaskan tanggungjawab sebegitu saja. Pada waktu yang sama kita juga hargai bukan semua anak-anak yang menghantar ke pusat jagaan adalah anak yang derhaka. So kita kena balance kan situasi ini. The balancing act, dengan izin, Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh dilakukan, boleh dimartabatkan oleh satu jawatankuasa di bawah kementerian Yang Berhormat.

Kedua, I beg to differ walaupun Yang Berhormat Timbalan Menteri telah memberi penerangan yang cantik dan holistik mengapa kita letakkan pusat penjagaan ini di bawah Kementerian Kesihatan. Yang Berhormat Timbalan Menteri telah memetik perkataan-perkataan seperti kepakaran diletak di bawah Kementerian Kesihatan dan sebagainya. Bukan kepakaran kesihatan sahaja yang diperlukan oleh orang-orang tua dan warga emas ini. Dia perlukan kasih sayang, dia perlukan psychological training, kaunseling dan sebagainya itu memang ada di bawah Kementerian Wanita dan kementerian Yang Berhormat.

Tadi saya beg to differ, saya rasa pusat jagaan ini wajar diletakkan di bawah kementerian Yang Berhormat sebab Yang Berhormat lebih arif sebab bantuan kebajikan, bantuan daripada JKM, apa-apa hal ehwal warga emas, apa-apa kebajikan warga emas semuanya ada di dalam kementerian Yang Berhormat. Jadi hanya meletakkan pusat jagaan itu saya rasa tidak rasional walaupun saya tidak perlu membahaskan perkara itu tetapi itulah pendirian saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:20 PM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd

Terima kasih Yang Berhormat Kapar, mana-mana juga perkara yang telah ditimbulkan dan tidak saya jawab itu sebenarnya kita ambil perhatian. You know I listened intentively to your request for caveat tadi itu. Jadi mana-mana itu yang kita tidak jawab itu kita ambil perhatian ya.

Yang Berhormat Kelana Jaya tadi berapakah pusat jagaan berdaftar terkini, berapa anggaran pusat jagaan tidak berdaftar. Sehingga September 2017 terdapat 422 pusat jagaan warga emas yang berdaftar dan mempunyai 9,299 penghuni. Terdapat 707 pusat jagaan yang tidak berdaftar, estimation sahaja ini dan 93 pusat jagaan warga emas yang tidak berdaftar. Terdapat pusat jagaan warga emas yang tidak berdaftar, ini cuma estimation sahaja ya.

Yang Berhormat Kelana Jaya juga, adakah boleh diubah umur warga emas dari 60 tahun kepada 65 tahun. Definisi di Malaysia berapa bilangan warga emas yang dijaga di dalam keluarga. Pada masa ini kerajaan tiada perancangan untuk meningkatkan umur warga emas dari 60 tahun ke 65 tahun memandangkan perubahan ini akan melibatkan kajian yang komprehensif untuk mengkaji implikasi daripada segi perundangan, ekonomi dan sosial. Definisi warga emas sekarang berdasarkan kepada United Nations World Assembly on Ageing di Vienna dan seperti yang diterima pakai di kalangan negara ASEAN.

Untuk menggalakkan warga emas terus tinggal di dalam keluarga atau berdikari, kementerian menyediakan bantuan orang tua dan program pusat aktivis seperti mana yang telah saya maklumkan tadilah. Sehingga Julai 2017 seramai 32,941 orang warga berdaftar sebagai ahli PAWE dan sehingga November 2017 seramai 151,149 orang warga emas menerima bantuan orang tua. Jadi mereka ini sebenarnya berada di luar pusat jagaanlah kalau mereka mendaftar dengan PAWE, PAWE ini bukan untuk pusat jagaan.

Yang Berhormat Kota Raja lagi tadi, adakah kementerian boleh menimbangkan geran untuk program dalam komuniti, sudah saya jawab tadi memang ada program di peringkat komuniti, NGO semuanya kita galakkan untuk bersama-sama.

final • 5:20 PM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd

Keperluan jawatankuasa bagi menilai warga emas ke pusat jagaan ini tadi- pada masa kini memanglah penentuan kemasukan mereka itu ke institusi dibuat oleh pegawai kebajikan kita di peringkat daerah-daerah dan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan di peringkat negeri tetapi seperti yang saya sebut tadi cadangan Yang Berhormat Kapar itu kita ambil perhatian.

Setakat ini itu sahajalah yang dapat saya sampai dalam jawapan saya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua ya. Mana-mana yang tidak sempat saya jawab kita ambil perhatian dan kalau perlu disampaikan jawapan secara bertulis kita akan buat secara bertulis. Itu sahaja terima kasih.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya tidak terpandang Yang Berhormat Kapar, saya sudah sebut fasal-fasal 1 hingga 4 jadi rang undang-undang. Tidak apa Yang Berhormat ya?

final • 5:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tidak apa, tidak apa. Silakan.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Silakan Yang Berhormat Menteri.

[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah) dan diluluskan]

final • 5:20 PM
RANG UNDANG-UNDANG INDUSTRI PELANCONGAN (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang Industri Pelancongan (Pindaan) 2017 dibaca kali yang kedua sekarang.

final • 5:28 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat.

final • 5:28 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, rang undang- undang ini mengandungi 13 fasal yang bertujuan meminda dan mewujudkan peruntukan- peruntukan baru di dalam Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482]. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bertanggungjawab memantau dan mentadbir urus industri pelancongan di Malaysia yang diberi kuasa melesenkan semua perusahaan berkaitan pelancongan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa melalui Akta 482.

Berdasarkan Akta 482, pesuruhjaya pelancongan diberi kuasa untuk melesenkan agensi pelancongan yang ingin menjalankan perniagaan berunsurkan pelancongan dan perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Bagi premis penginapan seperti hotel, asrama, rumah inapan, rumah tumpangan, rumah rehat dan rumah permalaman.

final • 5:28 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Berdasarkan Akta 482, pihak-pihak terlibat hendaklah memohon kepada Pesuruhjaya Pelancongan untuk mendaftarkan premis itu sebagai premis penginapan pelancong. Dalam proses mendaftarkan premis penginapan, kementerian telah melaksanakan Skim Pengelasan Hotel Mengikut Bintang di seluruh negara sejak tahun 1996 diikuti dengan Skim Penarafan Orkid pada tahun 1999 yang dilaksanakan secara sukarela, dengan izin, voluntary basis. Yang terkini telah bermula menguatkuasakan kaedah pengelasan baharu bermula 2 Mei 2017 yang mengelaskan premis penginapan kepada lima kategori iaitu:

(i) hotel bandar;

(ii) hotel tanah tinggi;

(iii) hotel pulau/ pantai/ tasik dan sungai;

(iv) hotel inovatif; dan

(v) hotel butik.

Selaras dengan Akta 482, skim pengelasan premis penginapan terdahulu dan yang baru ini telah pun dilaksanakan secara bersepadu bagi menilai dan memastikan tahap perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh pengusaha dapat mencapai standard terbaik industri hospitaliti. Usaha ini turut diharapkan dapat memenuhi kehendak semasa mengikut peredaran zaman dan memberi pengalaman manis kepada para pelancong yang menginap, sekali gus meningkatkan nilai ekonomi industri ini.

Pada masa ini, pendaftaran premis penginapan adalah terhad seperti ditakrifkan oleh Akta 482. Justeru, pindaan bersesuaian adalah dicadangkan bagi meluaskan skop premis penginapan bersesuaian dengan perusahaan industri hospitaliti semasa khususnya melibatkan premis penginapan yang tidak ditaksirkan di bawah seksyen 2, Akta 482.

Premis penginapan inovatif seperti tube hotel, bus hotel, glamping, dengan izin, dan lain-lain adalah antara konsep baru pengusahaan premis penginapan di luar skop takrifan sedia ada. Sehubungan itu, cadangan pindaan ke atas taksiran premis penginapan di bawah Akta 482 ini akan turut merangkumi kelompok premis penginapan jenis baru ini agar ia juga boleh didaftarkan dengan teratur dan mencapai standard industri hospitaliti semasa. Perluasan skop taksiran premis penginapan ini juga akan memberi punca kuasa dan seterusnya memperkemaskan pelaksanaan perundangan- perundangan lain yang turut mengguna pakai taksiran premis penginapan di bawah Akta 482 seperti Akta Cukai Pelancongan 2017 [Akta 791] dan juga instrumen perundangan di peringkat kerajaan negeri yang berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua, perkembangan industri pelancongan telah menjadi satu fenomena global dan merupakan salah satu pemacu ekonomi dunia yang berupaya menjana peluang pekerjaan. Ketibaan pelancong ke Malaysia pada tahun 2016 telah mencatatkan sebanyak 26.8 juta orang yang merupakan peningkatan sebanyak 4 peratus dari tahun 2015.

Jika dilihat perkembangan bagi tempoh masa 10 tahun iaitu tahun 2005 ke 2016, ketibaan pelancong mencatat pertumbuhan sebanyak 62.9 peratus dengan peningkatan 2.57 kali ganda bagi perbelanjaan pelancong berbanding tahun 2005.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Pada tahun 2016, industri pelancongan telah menyumbangkan sebanyak 14.8 peratus daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNKK) berbanding 10.4 peratus pada tahun 2005. Kerancakan industri pelancongan di Malaysia ini telah menarik dan menggalakkan ramai pihak menceburkan diri dalam industri ini. Ini terbukti apabila sebanyak 3.2 juta pekerjaan iaitu satu daripada lima pekerjaan telah diwujudkan pada tahun 2015 berbanding 1.51 juta pekerjaan atau satu daripada tujuh pada tahun 2005.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun industri pelancongan berkembang pesat, pihak kementerian turut mendapati adanya peningkatan kes-kes yang melibatkan perusahaan pelancongan yang tidak berlesen dan pelanggaran kesalahan-kesalahan berdasarkan Akta 482 yang semakin tinggi. Penglibatan pihak-pihak yang menjalankan perniagaan berkaitan pelancongan secara tidak sah ini mendatangkan risiko kepada pengguna khususnya risiko penipuan dan sekali gus menjejaskan imej pelancongan negara sama ada melibatkan pelancong dari dalam mahupun dari luar negara.

Justeru, sebagai usaha mencegah dan memerangi situasi ini daripada terus berleluasa, kementerian mencadangkan agar kadar penalti ke atas kesalahan-kesalahan di bawah Akta 482 dipinda dengan satu kadar baru yang setimpal dengan kadar semasa dengan tujuan untuk melindungi kepentingan awam dan menjaga kepentingan industri pelancongan negara. Peningkatan kadar penalti ini juga akan turut mendorong semua pihak yang terlibat agar lebih berwaspada dengan mematuhi undang-undang dalam melaksanakan perniagaan secara sah termasuklah dengan mendapatkan lesen, membayar fi dan cukai berkaitan yang merupakan hasil kepada pihak kerajaan yang akan di manfaatkan bagi membangun dan mempromosi industri pelancongan di Malaysia.

Tambahan pula, kadar penalti yang digunakan ketika ini tidak pernah disemak dan dikaji semula semenjak tahun 1992. Selain kadar penalti di bawah peruntukan Akta 482, kadar penalti di bawah perundangan subsidi dari Akta tersebut juga perlu disemak dan diteliti semula. Ini kerana pihak kementerian mendapati banyak pelanggaran syarat- syarat di bawah perundangan subsidi Akta 482 yang juga merupakan kesalahan- kesalahan kecil adalah disebabkan kadar penalti sedia ada yang terlalu rendah dan tidak memberi kesan kepada pihak pesalah untuk mengulangi kesalahan yang sama.

Tujuan kadar penalti diwujudkan adalah bertujuan mencegah pelanggaran dan memberi amaran kepada pihak pengusaha pelancongan yang dilesenkan. Bagi tujuan ini, kementerian juga mencadangkan satu peruntukan baru diwujudkan bagi memberi kuasa kepada Menteri untuk menetapkan kadar hukuman denda dan tempoh pemenjaraan di dalam mana-mana perundangan subsidi yang dibuat di bawah Akta 482 tersebut agar ia lebih bersesuaian dengan keadaan semasa.

Berdasarkan peruntukan sedia ada- Akta 482, pihak kementerian boleh mengambil tindakan kompaun atau membatalkan lesen pihak-pihak yang didapati bersalah melanggar syarat-syarat lesen. Dalam hal ini tindakan yang boleh diambil oleh Pesuruhjaya Pelancongan berdasarkan peruntukan sedia ada- Akta 482 adalah tidak mencukupi dan perlu ditambah baik dalam mengendalikan kes-kes agensi pelancongan yang berlesen dengan kementerian. Justeru, wujud keperluan diadakan satu prosedur baharu bagi membolehkan Pesuruhjaya Pelancongan mengendalikan kes-kes kesalahan pihak yang dilesenkan iaitu prosedur penggantungan lesen.

Kementerian berpandangan bahawa tindakan penggantungan lesen perlu bagi membolehkan siasatan yang lebih teratur dan konklusif dapat dilaksanakan oleh pihak kementerian dalam tempoh penggantungan lesen sesebuah agensi pelancongan dan menghalang penjualan pakej-pakej baru kepada pelancong. Pada masa yang sama, agensi pelancongan yang digantung lesen masih perlu memenuhi obligasi pakej pelancongan yang telah dijual. Asas tindakan penggantungan lesen ini juga bersifat pembetulan, dengan izin, corrective untuk memberi ruang kepada agensi pelancongan yang disiasat memperbaiki kesilapan lalu dan yang paling penting adalah melaksanakan semua tanggungjawab ke atas pelanggan mereka.

Dalam hal ini, penggantungan lesen tersebut bukan hanya bersifat hukuman semata-mata ke atas agensi pelancongan, tetapi juga bertujuan menjaga kepentingan orang awam. Penggantungan lesen agensi pelancongan dapat menghalang pengguna baru dari turut menjadi mangsa kes penipuan dan pada masa yang sama memastikan hak-hak pelanggan yang telah membeli pakej pelancongan dilaksanakan, sementara pihak kementerian menjalankan siasatan dan membuat pertimbangan kes sebelum keputusan konklusif diambil ke atas agensi pelancongan tersebut.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Industri Pelancongan (Pindaan) 2017 ini akan meminda 11 seksyen dan mengganti satu seksyen Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482], seperti berikut.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Seksyen 2, Akta 482 dipinda dengan meluaskan takrif premis penginapan bagi merangkumi apa-apa struktur kekal dan sementara. Pindaan kepada takrifan diluaskan skopnya agar turut meliputi premis penginapan moden masa kini yang tidak lagi dibina dalam bentuk bangunan kekal seperti hotel tube, hotel bus, hotel kontena, dan sebagainya. Konsep premis penginapan moden seperti yang dinyatakan tadi adalah tidak termasuk dalam takrifan premis penginapan sedia ada.

Takrifan baharu penginapan yang dicadangkan ini juga adalah menyokong pelaksanaan Akta Cukai Pelancongan 2017 [Akta 791] yang mengguna pakai takrifan premis penginapan Akta 482 sedia ada. Pindaan takrifan melalui rang undang-undang ini akan meluaskan skop premis penginapan dan membolehkan kerajaan mengutip hasil cukai ke atas pengusaha-pengusaha premis penginapan yang dikategorikan sebagaimana takrifan baharu ini yang tidak dikutip hasil cukai pelancongan sebelum ini.

Peluasan skop takrifan ini juga akan terguna pakai kepada mana-mana instrumen perundangan Kerajaan Persekutuan dan juga dikuatkuasakan oleh kerajaan negeri yang menggunakan takrifan premis penginapan di bawah Akta 482.

Subseksyen 5(3), Akta Ibu dipinda dengan menaikkan kadar penalti daripada denda sedia ada yang tidak melebihi RM50,000 atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun kepada kadar denda yang tidak melebihi RM500,000 atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun.

Seksyen 8, Akta 482 dipinda untuk memperuntukkan tatacara penggantungan mana-mana lesen yang diberikan di bawah Akta 482. Di bawah pindaan yang dicadangkan, pesuruhjaya mempunyai budi bicara sama ada untuk menggantung atau membatalkan mana-mana lesen yang diberikan kepada pengusahaan pelancongan berlesen di bawah Akta 482.

Pindaan yang dicadangkan selanjutnya bertujuan untuk memudahkan kaedah pengiklanan suatu penggantungan atau pembatalan mana-mana lesen yang diberikan di bawah Akta 482. Dengan pindaan yang dicadangkan ini, pesuruhjaya mempunyai pilihan untuk mengiklankan penggantungan atau pembatalan lesen sama ada dalam sekurang-kurangnya satu akhbar harian kebangsaan bahasa Malaysia dan Inggeris atau mana-mana media elektronik yang difikirkan patut oleh pesuruhjaya.

Seksyen 9(1), Akta 482 dipinda bagi membolehkan mana-mana pengusaha pelancongan berlesen untuk merayu kepada Menteri terhadap penggantungan lesen mereka oleh pesuruhjaya.

Seksyen 10 Akta 482 dipinda dengan memotong subseksyen 10(3) untuk mengetepikan kewajipan pengusahaan pelancongan berlesen mengiklankan penyerahan balik lesennya.

Seksyen 11, Akta 482 dipinda dengan memasukkan kesan suatu penggantungan lesen di bawah seksyen 8, Akta 482. Di bawah pindaan yang dicadangkan, pengusahaan pelancongan berlesen yang lesennya telah digantung tidak dibenarkan untuk berurus niaga apa-apa perniagaan baharu semasa tempoh penggantungan itu. Pindaan ini juga bertujuan untuk menaikkan penalti daripada denda sedia ada yang tidak melebihi RM50,000 atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun kepada denda yang tidak melebihi RM500,000 atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun.

Subseksyen 15(3), Akta 482 dipinda dengan menaikkan kadar penalti daripada denda sedia ada yang tidak melebihi RM20,000 kepada denda yang tidak melebih RM50,000.

Seksyen 32, Akta 482 dipinda dengan memotong subseksyen 32(3) untuk mengetepikan kewajipan pengusahaan pelancongan berlesen mengiklankan niatnya untuk tidak memperbaharui lesen. Pindaan dicadangkan selanjutnya bertujuan untuk menjadikan mana-mana perlanggaran subseksyen 32(1) sebagai suatu kesalahan.

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Seksyen 34, Akta 482 dipinda dengan memasukkan subseksyen baharu 34(3) untuk memberi Menteri kuasa untuk menetapkan penalti bagi pelanggaran atau kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan, mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta 482. Penalti yang boleh ditetapkan ialah denda tidak melebih RM100,000 atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 37, Akta 482 dipinda dengan menaikkan kadar penalti daripada denda sedia ada yang tidak melebihi RM5,000 kepada denda yang tidak melebihi RM50,000.

Seksyen 39, Akta 482 dipinda pada subseksyen 39(1), Akta 482 dengan memperuntukkan bahawa keizinan bertulis pendakwa raya hendaklah diperoleh terlebih dahulu sebelum apa-apa kesalahan boleh dikompaun oleh pesuruhjaya.

Seksyen 49, Akta 482 dipinda dengan memperuntukkan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah akta ini boleh dimulakan melainkan oleh atau dengan keizinan bertulis pendakwa raya.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang dikemukakan ini akan dapat melindungi industri pelancongan di Malaysia dengan mewujudkan pasaran yang teratur tadbir urusnya, melindungi hak-hak penggunanya dan memberi pulangan secara langsung mahupun tidak langsung kepada pihak kerajaan khususnya dalam memberi keyakinan kepada pelancong domestik mahupun antarabangsa untuk menjadikan Malaysia pilihan pertama destinasi percutian mereka.

Selain itu, pindaan-pindaan yang dicadangkan melalui rang undang-undang ini juga akan dapat mencegah pelanggaran peraturan, memberi ruang kepada pembetulan, dengan izin, self-correction dan mengenakan hukuman yang lebih setimpal dengan kadar semasa supaya memberi impak dan kesan.

Tuan Yang di-Pertua, saya bentang.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ada sesiapa yang menyokong?

final • 5:40 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan

Saya mohon menyokong, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang- undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Industri Pelancongan 1992 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

final • 5:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tiga orang sahaja ya? Empat. Ya, Yang Berhormat Seremban, Bandar Kuching, Sungai Petani, Bukit Gantang dan Kota Melaka. Selepas itu Yang Berhormat Menteri jawab.

Ya, sila Yang Berhormat Seremban, sepuluh minit.

final • 5:40 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Walaupun saya tadi janji kepada Yang Berhormat Menteri tak berbahas tetapi sebagai jurucakap pelancongan untuk parti saya, saya kena bahaslah sebab ini rang undang- undang melibatkan Kementerian Pelancongan. Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, saya nak membangkitkan berkenaan dengan sama ada pindaan kepada rang undang-undang ini, tadi saya dengar bahawa fasal 2 bertujuan untuk meminda takrif premis penginapan untuk meluaskan takrif itu bagi merangkumi apa-apa struktur kekal dan sementara.

Soalan yang pertama yang saya hendak bangkitkan ialah sama ada pindaan ini melibatkan Airbnb. Konsep Airbnb ini merupakan satu isu ataupun konsep yang baharu dalam industri pelancongan kita kerana ramai pelancong-pelancong luar mahupun domestik sekarang ini, mereka ini memilih tidak menginap di hotel-hotel yang berdaftar tetapi mengambil penginapan mereka di premis-premis persendirian yang menggunakan platform Airbnb.

final • 5:48 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Jadi saya rasa pindaan ini kalau tak silap saya, saya dengar tadi kategori- kategori yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri itu tidak melibatkan Airbnb. Ada hotel-hotel di bandar, hotel di pulau, hotel yang bertemakan butik hotel dan sebagainya ataupun macam tadi saya tahu bahawa satu contohnya di Pulau Pinang, dan di Sekinchan itu ada hotel kontena dan sebagainya tetapi kategori-kategori ini tidak melibatkan Airbnb.

Airbnb ini merupakan satu cabaran yang baharu kepada industri perhotelan.

Sudah tentunya saya tahu bahawa persatuan-persatuan hotel ataupun industri perhotelan, mereka tidak mahu kerajaan mengiktiraf Airbnb ini. Akan tetapi saya melihat bahawa ada sedikit tidak konsisten daripada segi pengiktirafan kita, kerana setahu saya, yang pertamanya apabila kita melaksanakan cukai pelancongan, sekarang ini ada portal- portal seperti Agoda, Hotel.com dan sebagainya.

final • 5:48 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Saya difahamkan ada Airbnb, unit-unit Airbnb ini, mereka juga mengiklankan dalam websites ini, dalam portal-portal ini dan apabila mereka menerima bayaran di pihak Airbnb, saya difahamkan ada persefahaman juga bahawa mereka juga mengutip cukai pelancongan, tourism tax ini RM10 kepada warganegara asing.

Jadi kalau kita mengutip cukai pelancongan daripada Airbnb ini, seolah-olah kerajaan telah mengiktiraf Airbnb ini. Akan tetapi saya juga difahamkan bahawa ada negeri-negeri yang tidak mengiktiraf Airbnb malah ada kerajaan negeri yang mengatakan bahawa mereka outlaw atau tidak mengiktiraf kewujudan Airbnb ini. Bulan lepas saya juga menghadiri mesyuarat Kementerian Pelancongan dan difahamkan Kerajaan Negeri Sabah telah melarang unit-unit persendirian untuk melaksanakan business Airbnb.

Jadi saya hendak tanya, sama ada pindaan undang-undang ini melibatkan Airbnb. Kalau tidak, apakah hala tuju kementerian untuk kita melaksanakan satu guideline untuk Airbnb supaya ia dapat dilaksanakan secara serentak atau secara sistematik di seluruh negara?

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kota Raja bangun. Yang Berhormat Kota Raja.

final • 5:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma hendak tumpang tanya, adakah homestay termasuk di dalam takrifan pengiktirafan ini? Terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Okey, terima kasih. Itu soalan dikemukakan untuk Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan Airbnb, saya rasa ini kerajaan terutamanya Kementerian Pelancongan perlu ada satu pendirian kerana Kerajaan Pusat telah pun mengiktiraf ataupun telah melaksanakan undang-undang untuk e-hailing untuk kereta sewa dan sebagainya.

Jadi Uber, GrabCar dan sebagainya boleh dikatakan legal di negara kita pada ketika ini. Jadi konsepnya lebih kurang sama. Cuma bezanya untuk Airbnb ialah untuk penginapan bukannya untuk pengangkutan. Jadi saya rasa satu pendirian daripada pihak kerajaan perlulah diumumkan dan dilaksanakan untuk memastikan supaya tidak ada kekeliruan dalam industri pelancongan dalam negara kita.

Keduanya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh berkenaan dengan penalti. Rang undang-undang ini meningkatkan kadar penalti kepada kesalahan- kesalahan oleh industri pelancongan. Saya melihat satu peningkatan yang amat ketara daripada 50,000 kepada 500,000- 10 kali ganda. Memang ini kita menyokonglah usaha untuk melipat gandakan penalti-penalti kerana industri pelancongan ini terutamanya agensi-agensi pelancongan ini merupakan satu industri yang lumayan. Mereka selalunya mengambil deposit dulu. Biasanya pakej-pakej pelancongan ini dia membayar dulu sebelum mendapat perkhidmatan. Ini bukannya macam barangan lain. Kita beli pakej pelancongan ini kalau kita beli kereta, kita beli televisyen, kita beli peti sejuk, kita boleh tengok dulu barangan. Kita boleh dapatkan barangan itu baru kita bayar.

Akan tetapi pakej pelancongan ini, lain. Kita bayar dulu sebelum kita dapat perkhidmatan. Jadi industri ini memang bergantung kepada trust ataupun integriti agensi- agensi pelancongan ini.

final • 5:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Dalam beberapa tahun ini, kita tahu bahawa banyak berlaku penipuan- penipuan pakej-pakej pelancongan ini. Saya tahu bahawa beberapa tahun ada dalam MATTA Fair pun, dia pergi ke MATTA Fair, ramai mengambil pakej-pakej pelancongan, bayar berjuta-juta Ringgit deposit selepas syarikat itu lari. Mereka tutup kedai itu, tutup syarikat itu, sudah hilang dah, mereka lari, berjuta-juta Ringgit deposit itu dan mereka hilangkan diri.

Pengguna-pengguna ataupun pelancong-pelancong yang telah bayar deposit itu, mereka hilang segala-galanya kerana apa yang telah dibayar itu, mereka tidak boleh dapatkan pakej itu, hendak ambil tiket kapal terbang tidak ada, hendak dapatkan baucar untuk hotel tidak ada. Semua tidak ada dan mereka hilangnya berjuta-juta Ringgit.

Baru-baru ini, saya juga tahu bahawa bukan sahaja pakej-pakej pelancongan biasa Tuan Yang di-Pertua, malah pakej-pakej umrah pun ada banyak penipuan. Saya lihat dalam berita beberapa hari lepas, 35 individu kerugian RM1.6 juta apabila ditipu agensi pelancongan yang beralamat di Shah Alam, Selangor, melalui pakej haji orang kenamaan. Ini pakej haji pun ada orang tipu. Saya pun pelik ini. Pakej umrah, pakej haji pun ada orang tipu.

Jadi ini memang tepat pada masanya, Tuan Yang di-Pertua, kita meningkatkan denda ini kepada agensi-agensi pelancongan yang melanggar syarat- syarat ini ataupun mereka yang menipu. Cuma saya hendak tanya, kerana penalti ini mereka kalau didakwa dan disabitkan kesalahan, penalti atau pemenjaraan ini kalau dikenakan penalti, penalti ini dibayar kepada kerajaan. Ini kerajaan yang mendapat penalti itu, hasil kepada kerajaan.

Akan tetapi saya hendak tanya, apakah cara untuk kita memastikan kepentingan pengguna-pengguna? Kepentingan orang ramai itu juga terjaga. Saya hendak cadangkan supaya bukan sahaja penalti tetapi apabila sesuatu agensi pelancongan itu telah didapati bersalah, menipu, kalau ada kes penipuan di mana orang sudah bayar, mereka tidak mendapat khidmat mereka, tidak mendapat pakej tersebut, maka perlu disyaratkan selain daripada penalti, agensi pelancongan itu juga kena bayar balik apa yang mereka telah kutip daripada pengguna-pengguna, daripada pelanggan- pelanggan mereka.

Jadi ini sudah tentunya kalau ada syarat-syarat macam ini, ada cara untuk kita memastikan kepentingan orang ramai terjaga, ini lebih memberikan keyakinan kepada orang ramai kerana walau apa pun penalti itu, tinggi kepada agensi pelancongan. Kalau tidak ada satu cara ataupun cara saluran untuk pelanggan-pelanggan untuk mendapat balik deposit mereka, bagi pelanggan-pelanggan itu tidak bermakna apa-apa kerana ramai yang telah bayar deposit-deposit ini apabila agensi pelancongan itu menipu, mereka melarikan diri dan sebagainya, mereka ini hilang segala-galanya. Ada yang berpuluh ribu bayar pakej-pakej itu, tidak dapat apa-apa perkhidmatan.

Jadi saya harap ini dapat dipertimbangkan supaya sama-sama kita memastikan industri pelancongan ini dapat berjalan dengan baik di dalam negara kita.

Kita dapat menutup lubang-lubang ataupun peluang-peluang kepada agensi-agensi pelancongan ini untuk menipu. Bukan sahaja pelancong daripada luar negara yang datang ke negara ini mendapat jaminan, mendapat satu persekitaran yang terjamin untuk melancong dalam negara kita tetapi pelancong dalaman negara kita juga, orang Malaysia juga apabila mereka hendak melancong, membeli pakej daripada agensi-agensi pelancongan ini juga mendapat jaminan daripada pihak kerajaan supaya kepentingan mereka terjaga. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 5:50 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mengambil bahagian di dalam perbahasan rang undang-undang ini iaitu apabila kita sebut tentang pelancongan, ia merupakan salah satu daripada unsur-unsur yang boleh memberikan pendapatan kepada negara kita kerana lebih daripada dapatan untuk negara kita ini, dapatan yang ketiga ialah hasil daripada pelancongan.

final • 5:57 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Maka dengan pindaan rang undang-undang ini, satu perkara yang cukup baik untuk menambah baik supaya sektor pelancongan ini bukan sahaja berjalan dengan baik, ia juga dapat memberikan imej yang baik kepada negara kita. Ini kerana kalau kita tengok pada tahun 2015 sahaja, hasil daripada pelancongan ini lebih kurang RM69.1 bilion. Maka apabila dengan pindaan ini antaranya ialah untuk menaikkan iaitu denda daripada RM50,000 kepada RM500,000 dan penjara tidak lebih daripada 10 tahun. Ini satu perkara yang amat baik terutama untuk mengajar lintah-lintah darat yang telah pun menggunakan untuk menipu orang sama ada orang hendak datang ke sini atau hendak bawa orang ke luar.

Seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Seremban tadi, saya juga bersetuju yang paling sedih sekali ialah apabila sektor umrah dan haji pun ada orang tipu. Itu agak berat sedikitlah. Macam orang kata, kalau curi duit masjid itu, agak berat sedikit daripada- bukan kata duit lain tidak boleh tetapi duit masjid, tempat-tempat ibadah ini, kalau dia curi, itu agak memalukan kita. Orang yang seperti begini memang sepatutnya diambil tindakan kerana kalau kita lihat sektor umrah ini di antara perniagaan walaupun saya lihat hari ini orang tidak melancong ke tempat lain tetapi umrahnya orang pergi. Umrahnya satu sektor yang kita lihat semua orang membuka syarikat-syarikat untuk membawa jemaah haji atau umrah. Lebih-lebih lagi untuk sampai ke giliran mereka untuk mengerjakan haji itu agak lambat, maka mereka pergi umrah dahulu.

final • 5:57 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Akan tetapi malangnya, ada diambil kesempatan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Saya hendak minta penjelasan jugalah kerana timbul beberapa perkara iaitu macam disebutkan oleh Yang Berhormat Seremban tadi, selalu kebisaannya apabila kita hendak pergi Umrah, maka yang kita berikan deposit dahulu tetapi ada beberapa hal-hal yang menghalang atau apa yang disebut dalam kaedahnya, uzur syarie lah, uzur yang dibenarkan, mereka tidak boleh pergi. Ada di kalangan agensi- agensi pelancongan ini dia tidak mahu bayar duit kepada orang yang membatalkan, kononnya dia telah tempah dan sebagainya.

Jadi persoalan saya, berapa peratus yang perlu ditolak daripada wang yang diberikan kepada agensi pelancongan ini dan selebihnya diberikan balik kepada mereka yang hendak mengerjakan umrah? Kerana ini kadang-kadang kita menganggap benda ini agak zalimlah kepada mereka yang hendak pergi ke sana tiba-tiba ditipu dalam konteks begitu.

Begitu juga dengan syarikat yang telah di-blacklist-kan ini. Memang perlu disiarkan terutamanya melalui rangkaian televisyen kerana ini merupakan satu rangkaian yang cukup efektif untuk orang-orang kampung kerana mereka lebih mengetahui terutamanya waktu prime time selepas waktu berita dan sebagainya untuk menyiarkan syarikat-syarikat umrah yang menjadi salah satu daripada syarikat yang di-blacklist-kan oleh kementerian supaya mereka berjaga-jaga dan tidak terlibat dalam konteks untuk ditipu untuk syarikat ini.

Dan yang ketiganya, saya hendak juga mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan ada permohonan permintaan daripada- adakah hari ini koperasi perlu menubuhkan syarikat juga untuk mereka hendak membawa ataupun hendak menubuhkan agensi pelancongan?

Kerana, saya juga tertarik apabila ada permintaan daripada pihak ANGKASA iaitu Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Dato’ Abdul Fattah Abdullah yang meminta supaya koperasi ini dikecualikan daripada ditubuhkan syarikat kerana mereka boleh bergerak melalui koperasi. Kerana, kita faham koperasi ini kebanyakannya ialah dia banyak memberikan kepentingan kepada ahli-ahli yang masuk di dalam koperasi tersebut. Jadi, saya rasa permintaan dan permohonan daripada pihak ANGKASA itu perlu dipertimbangkan juga supaya koperasi ini dikecualikan daripada menubuhkan syarikat.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 6:00 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertama sekali, saya hendak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana membawa rang undang-undang ini kerana ianya amat bertepatan dengan keadaan masa sekarang, seperti yang telah disebutkan oleh teman-teman yang lain, bahawa banyak kes-kes penipuan yang berlaku apatah lagi menipu dalam keadaan jumlah yang besar.

Saya amat bersetuju supaya penalti dan denda yang dikenakan kepada mereka yang menipu ini dinaikkan, apatah lagi dipenjarakan, kerana banyak kes-kes di mana orang kampung khususnya yang buat tempahan untuk pergi ke umrah ini telah pun ditipu.

Orang yang simpan RM50, RM100 untuk pergi umrah, kena bayar deposit sampai RM4,000, lepas itu tunggu-tunggu dia pun hilang, agensi pun tiada, pejabat pun tiada, terus tak ada. Jadi, ini suatu yang amat malanglah.

Yang keduanya ialah saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian melihat bahawa harus ada usaha-usaha yang lebih agresif untuk memberikan latihan-latihan kepada mereka yang sebelum diberikan lesen-lesen untuk mengendalikan agensi pelancongan, khususnya saya lihat inilah peluang yang terbaik sementara seperti Yang Berhormat Menteri katakan tadi bahawa pelancongan telah menjadi salah satu daripada quite a large income contributor kepada negara kita? Saya kira pada tahun ini sahaja ianya akan menambah kalau berbanding dengan tahun 2016.

Jadi, ini adalah salah satu daripada agensi ataupun kementerian yang memang menyumbang kepada pendapatan negara. Ianya harus mendapatkan perhatian yang lebih daripada kerajaan.

Jadi untuk itu, saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, kalau sekiranya anak-anak muda khususnya yang tidak mempunyai pekerjaan sekarang ini dapat melihat di kampung-kampung mereka. Saya ada pengalaman melihat beberapa rumah yang ditinggalkan usang oleh penduduk-penduduk oleh kerana ibu bapa sudah tiada ataupun ibu bapa sudah meninggal, rumah itu ditinggalkan tetapi ada usaha-usaha beberapa kumpulan anak muda yang convert-kan rumah-rumah yang ditinggalkan ini menjadi homestay. Lazimnya kita tengok di kampung-kampung di Malaysia lah, mana-mana juga rumah-rumah tradisional ini ditinggalkan. Kalau di-organize-kan betul-betul, Yang Berhormat Menteri, saya kira ini sudah menjadi satu industri yang boleh dibangunkan.

Sebab, pelancong-pelancong yang datang ke negeri kita bukan mereka hendak tengok skyscraper sahaja. Dia juga ingin melihat kampung-kampung, cara orang kampung hidup dengan keadaan tradisional kita dengan mungkin suasana kampung dan sebagainya.

Jadi, daripada kita tinggalkan rumah-rumah terbiar begini, mungkin ada anak- anak muda ini dapat mengambil inisiatif untuk gazet ataupun untuk menamakan ini tempat homestay dan akhirnya pelancong-pelancong dapat tinggal di tempat-tempat yang saya sebutkan tadi.

Yang kedua, saya juga mencadangkan kepada kementerian...

final • 6:03 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat.

final • 6:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kapar bangun

final • 6:03 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Ya, Yang Berhormat Kapar

final • 6:03 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani.

Berbicara tentang pakej-pakej promosi pelancongan yang palsu dan menipu khususnya pakej umrah dan pakej-pakej lain, saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri bahawa setiap pakej yang diperkenalkan oleh agensi-agensi ini perlu mendapatkan kelulusan daripada agensi pelancongan. Sekiranya pakej-pakej ini mendapat kelulusan, diteliti dan diperhalusi oleh agensi-agensi di pelancongan dan Kementerian Pelancongan, pakej-pakej begini tidak boleh digunakan sebagai palsu dan menipu rakyat biasa. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

final • 6:03 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Okey, saya minta ucapan Yang Berhormat tadi dimasukkan di dalam sebahagian ucapan saya dan minta Yang Berhormat Menteri menjawabnya.

Di samping itu, Tuan Yang di-Pertua, kita melihat juga ada isu yang dibangkitkan bahawa kerajaan-kerajaan negeri ada masalah kadang-kadang. Adakah Exco-Exco ini diberikan penerangan khususnya Exco-Exco kerajaan negeri? Adakah mereka ini bertindak selari dengan apa yang dihajati oleh kementerian khususnya Yang Berhormat Menteri?

Jadi, saya kira kita harus ada consultation dengan mereka dan berikan mereka penerangan yang jelas kerana kita juga meminta supaya kalau boleh di peringkat negeri juga menganggap bahawa pelancongan ini mestilah menjadi sebahagian daripada pendapatan negeri. Ada kawasan-kawasan yang cantik tetapi tidak diendahkan oleh kerajaan negeri dengan memberikan seribu alasan dan alasan yang paling mudah diberikan ialah mereka tidak ada duit kerana Kementerian Pelancongan tidak memberi duit. Yang itu semua orang boleh jawab.

Akan tetapi untuk mereka mengambil tindakan bangun daripada kerusi yang empuk itu untuk membuat sesuatu, yang ini yang kita perlukan.

final • 6:03 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Minta pencelahan ya. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri- tumpang Yang Berhormat Sungai Petani tentang isu pakej penipuan. Kita bukan hanya pakej tentang umrah sahaja tetapi banyak yang pakej-pakej yang kecil macam day tour dan sebagainya, selalunya dia tidak letakkan berapa duit dan sebagainya. Kalau katakan day tour itu, masing-masing dia ikutlah suka hati dia punya harga masing-masing. Jadi, saya rasa itu adalah satu penipuan.

Satu lagi adalah apakah enforcement terhadap isu-isu ini? Kalau tidak, kita ada undang-undang tetapi tidak ada enforcement, maka penipuan akan terus berlaku.

Kedua adalah satu isu di mana ada pelancong daripada luar negara, saya difahamkan daripada Negara China, dia datang- semua pakej dia bayar di China termasuk- apabila dia datang, dia menggunakan pemandu itu pun orang China yang duduk di Malaysia. Tempat tinggal dan sebagainya semuanya dia punya komuniti. Jadi, itu tidak membantu ekonomi kita. Dan apabila berlaku penipuan, mereka tidak akan kompelin kepada kita dan authority pun tidak tahu wujudnya group macam ini. Jadi saya minta pandangan Menteri, bagaimana kita menyelesaikan isu-isu ini? Terima kasih.

final • 6:03 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Saya mohon juga dimasukkan dalam ucapan saya apa pandangan Yang Berhormat Bayan Baru tadi.

Saya juga ingin membangkitkan satu isu lagi Menteri ialah kalau agensi-agensi itu mengendalikan macam umrah dan sebagainya, kita dapat kenal pasti bahawa rakyat yang akan pergi melancong itu rakyat Malaysia yang juga akan pergi umrah dan agensi itu juga ialah agensi yang wujud di Malaysia. Itu agak mudah kita kendalikan siasatan tetapi yang lebih parah ini ialah agensi-agensi yang wujud, yang akan datang ini ialah pelancong-pelancong dari luar negara. Ini saya lihat pelancong-pelancong yang akan datang dalam masa-masa akan datang ini kebanyakannya datang dari Negara China.

Jadi kalaulah mereka ini terkandas disebabkan oleh penipuan, jadi saya rasa ini ialah suatu yang akan bukan sahaja memalukan tetapi juga memberikan imej kita yang amat buruk. Apatah lagi dalam keadaan sekarang ini di antara negara yang bukan sedang membangun, akan jadi world economy ialah China dan China rakyatnya melancong hampir setiap tahun, jumlah yang begitu besar dan sudah tentu Malaysia ialah di antara negara yang menjadi pilihan mereka. Jadi kita tidak mahu oleh kerana tindakan agensi-agensi ini yang tidak bertanggungjawab menyebabkan terencatnya kemasukan mereka ke dalam negara kita.

final • 6:10 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Akhir sekali Menteri ialah, saya lihat bagaimanakah kementerian boleh memberikan insentif kepada agensi-agensi khususnya agensi-agensi baru yang anak- anak muda khususnya supaya mereka ini dapat memulakan perniagaan di samping latihan tetapi juga memberikan lain-lain insentif supaya apa juga usaha yang hendak mereka lakukan ini dapat kita majukan dan galakkan supaya paling tidak pun seperti yang Menteri katakan tadi bahawa ini menjadi penyumbang kepada menurunnya pengangguran negara kita. Akhirnya mereka yang terdedah dengan pelancongan ini dapat saya kira upgrade-kan bukan sahaja perkhidmatan tetapi juga mutu kehidupan rakyat ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 6:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk berbahas, rang undang-undang untuk meminda Akta Industri Pelancongan 1992.

Tuan Yang di-Pertua, perbahasan saya akan pendek tetapi perspektif yang lain dan juga ia ada berkaitan dengan kuasa-kuasa negeri dan juga kuasa Kerajaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa rang undang-undang, pindaan akta ini akan menaikkan hukuman ke atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh sesuatu pihak yang di bawah Akta Ibu itu. Ini menunjukkan bahawa ada satu tindakan untuk menetapkan penguatkuasaan Kementerian Pelancongan atas polisi dan undang-undang yang di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, kebelakangan ini ada satu trend yang telah develop di Sarawak di mana Sarawak mempunyai satu Kementerian Pelancongan dan ada satu trend di mana pihak Kerajaan Negeri Sarawak hendak menguruskan hal-hal berkenaan dengan pelancongan melalui kementerian Kerajaan Negeri Sarawak.

Trend ini adalah supaya Kerajaan Persekutuan tidak campur tangan dalam pengurusan hal ehwal berkenaan dengan pelancongan di Sarawak. Ini telah disebutkan dalam beberapa kali dan dalam perkara seperti cukai pelancongan yang kita luluskan di Dewan yang mulia ini, ini juga dianggap oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan juga ramai di Sarawak sebagai satu pencerobohan kuasa negeri Sarawak. Ini kerana dianggapkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak bahawa itu hak negeri, bukan hak persekutuan untuk mengurus tadbir tentang tourism industry. Oleh sebab itu ada pertengkaran di antara Menteri Pelancongan dan juga Menteri Pelancongan Negeri Sarawak ke atas perkara ini.

Oleh sebab itu, ia adalah satu yang amat ketara bahawa trend dan intention Kerajaan Negeri Sarawak adalah untuk mengurus tadbir hal pelancongan di Sarawak tetapi sebaliknya dengan kelulusan rang undang-undang pindaan akta ini, ia akan menegaskan lagi kuasa Kerajaan Persekutuan atas urus tadbir hal berkenaan pelancongan di Sarawak juga bukan sahaja di Semenanjung sini, bukan sahaja di Sabah tetapi juga di Sarawak. Dengan percanggahan ini, percanggahan di antara apa yang dilakukan di Dewan yang mulia ini oleh Kerajaan Barisan Nasional Persekutuan dan apa yang disebutkan oleh Barisan Nasional Sarawak. Apa yang akan berlaku selepas kita, Dewan ini meluluskan akta ini?

Soalan yang ingin saya tanya kepada Yang Berhormat Menteri adalah adakah Yang Berhormat Menteri telah berkonsultasi dengan pihak Kerajaan Negeri Sarawak berkenaan apa-apa yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini sama ada Kerajaan Negeri Sarawak telah memberikan persetujuan supaya apa yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini akan dikuatkuasakan di Sarawak. Ini adalah penting kerana ia berkenaan tentang maruah Kerajaan Negeri Sarawak.

Saya haraplah sekiranya Yang Berhormat Menteri belum berkonsultasi dengan pihak Kerajaan Negeri Sarawak atau belum dapat apa-apa persetujuan daripada negeri Sarawak atas pindaan-pindaan ini.

final • 6:12 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Saya haraplah rakan-rakan saya Yang Berhormat daripada Sarawak seperti Yang Berhormat Mukah, Yang Berhormat Julau, yang masih ada di sini...

[Disampuk] Siapa lagi? Yang Berhormat Bintulu tidak ada. Yang Berhormat Kanowit, yang berada di sini tadi, tadi Yang Berhormat Santubong ada di sini tetapi dia keluar, Yang Berhormat Sri Aman, jangan sokong rang undang-undang ini.

Kalau Yang Berhormat Menteri belum lagi dapat persetujuan daripada pihak negeri Sarawak, janganlah kita laung kuat-kuat, Barisan Nasional Sarawak laung kuat- kuat di Sarawak tentang autonomi Sarawak, tentang semangat MA63, dengan autonomi kuasa-kuasa kerajaan negeri, maruah kerajaan negeri tetapi wakil Barisan Nasional Sarawak di dalam Dewan ini ada mulut tetapi bisu...

final • 6:12 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ada mulut tetapi bisu, tidak berani memperjuangkan kedudukan kita, kedudukan keistimewaan Sarawak di Dewan ini. Inilah masalahnya. Janganlah kita, mereka yang Barisan Nasional Sarawak, Ahli-ahli Parlimen di Dewan ini sokong rang undang-undang ini.

final • 6:12 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Selepas itu balik ke Sarawak, Kerajaan Barisan Nasional Sarawak kata ini pencerobohan. Pencerobohan hak negeri, Yang Berhormat Kapit sudah masuk. Tuan Yang di-Pertua, dahulu semasa Dewan ini meluluskan cukai pelancongan semasa ia hendak dikuat kuasa di dalam negeri Sarawak, ia ditentang dan dibantah oleh Kerajaan Barisan Nasional negeri Sarawak. Akan tetapi hakikatnya, Barisan Nasional negeri Sarawak, wakil-wakil mereka di Dewan ini tidak buat apa-apa bantahan. Mereka sokong sahaja atas pencerobohan hak-hak dan kuasa negeri, ini tidak betul.

Oleh itu, saya ingin mendapatkan satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, sama ada apa yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini telah dipersetujui oleh pihak negeri Sarawak. Kalau tidak, kalau tidak ada jawapan, atas ini atau jawapannya adalah tidak, belum dapat persetujuan, saya serulah untuk maruah kita orang Sarawak, Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional daripada Sarawak, tolaklah rang undang-undang ini, jangan bagi diluluskan dalam Dewan ini. Selepas itu balik ke Sarawak hendak jadi hero. Sekian, terima kasih.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kota Melaka. Selepas Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 6:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, sedikit ada isu.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, tadi saya sudah putuskan.

final • 6:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ada satu isu sahaja. Dua atau tiga minit pun cukup.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kota Melaka, sila.

final • 6:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Izinkan saya mengambil bahagian di dalam perbahasan rang undang-undang ini. Tadi pembentangan Yang Berhormat Menteri, saya difahamkan bahawa pindaan ini diperlukan untuk memasukkan takrifan yang lebih besar kerana untuk tempat penginapan, dikatakan ada penginapan-penginapan yang baru. Mungkin lebih canggih kerana sekarang sudah lebih moden dengan Tube Hotel dan lain-lain. Oleh sebab itu perlu diperluaskan takrifan ini dan juga dengan penalti-penalti yang ditambah lebih tinggi dengan penalti secara finenya dan juga pemenjaraan.

Oleh sebab itu dikatakan kerana sejak tahun 1992, tidak buat sebarang pindaan atau perubahan atas industri pelancongan iaitu Akta 482. Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, iaitu jika dikatakan tiada pindaan di atas penalti, tidak tambah penalti sejak tahun 1992, tetapi dalam pindaan yang dibentang dalam Dewan yang mulia ini, kita juga tidak nampak iaitu tambahan dengan kesalahan-kesalahan yang mungkin pada tahun 1990-an tidak wujud.

final • 6:22 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Akan tetapi sekarang dengan moden, dengan media elektronik dan juga dengan cara-cara yang digunakan, seperti yang disebutkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tentang banyak penipuan, tentang pakej pelancongan dan juga ada menggunakan nama pakej pelancongan, tetapi sebagai multilevel marketing (MLM) untuk recruit members, untuk dapatkan poin pulangan supaya dapat pelancongan yang percuma.

Ini ialah agensi pelancongan, yang saya percaya tidak berdaftar dengan kementerian. Akan tetapi scam ini memang kita perlu menghadapi. Oleh sebab itu saya tanya Yang Berhormat Menteri, jika kita buat perbandingan dengan tahun 1992 dengan masa sekarang, dikatakan penalti itu tidak cukup untuk menakutkan kesalahan- kesalahan yang melibatkan agensi pelancongan. Mengapa dalam pindaan ini kita tidak masuk lagi kesalahan-kesalahan yang dahulu tidak timbul? Oleh sebab itu, saya minta satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Kedua yang dikatakan...

final • 6:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Shah Alam bangun.

final • 6:22 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ya, sila.

final • 6:22 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Ini berhubung dengan soal denda yang dinaikkan. Memang ia kita setujulah, ia merupakan satu deterrent terhadap berlakunya pakej-pakej tipu ini. Akan tetapi yang menjadi satu lagi perkara yang perlu ditangani ialah persoalan mereka-mereka yang ditipu. Bukan sekadar kita denda pihak yang menipu, tetapi orang kampung yang ditipu ini, apa akan kita lakukan untuk mereka?

Adakah bila dikenakan denda yang daripada RM50 ribu naik ke RM500 ribu itu, maka duit yang dikutip itu, RM500 ribu itu kita akan guna untuk bayar balik kepada orang kampung yang ditipu ataupun kita akan kata, “Oh! Ini pendapatan tambahan bagi kerajaan”. Memanglah ia sebagai satu deterrent, tetapi ada kemungkinan yang deterrent ini ada juga yang berani hendak langgar. Saya rasa persoalan bagaimana golongan yang ditipu itu mendapat pembelaan dan mendapat compensation secara pantas, mungkin perlu juga di ambil kira untuk menentukan bahawa orang kampung itu tidak adalah pula kata “Oh! You take a lawyer, dengan izin, sue the company in court”. Itu merupakan satu masalah bagi orang kampung untuk melakukan. Lebih baik, kalau boleh denda yang dikutip yang daripada RM50 ribu sudah naik RM500 ribu itu mungkin ada satu pendekatan yang istimewa dan bijaksana supaya daripada situ kita boleh beri pampasan dan ganti rugi. Apa pandangan Yang Berhormat Kota Melaka? Terima kasih.

final • 6:22 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Saya memang setuju dengan Yang Berhormat Shah Alam. Saya harap masukkan sebagai sebahagian dalam perbahasan saya dan Yang Berhormat Menteri jika dapat memberitahu kepada Dewan ini, adakah ini dalam rancangan atau cadangan kementerian.

Saya ingin merujuk kepada huraian yang dikatakan dalam fasal 10 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 34(3) ke dalam Akta 482 untuk memberi Menteri kuasa untuk menetapkan penalti bagi perlanggaran atau kegagalan untuk mematuhi mana- mana peruntukan dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta 482 dan dikatakan penalti yang boleh ditetapkan iaitu denda tidak melebihi RM100 ribu atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Ini saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, adakah mengikut huraian ini, Menteri ada kuasa untuk menetapkan berapa lama ia akan dipenjarakan, selain dari denda.

Saya difahamkan bahawa berapa lama dia kena dipenjarakan ini kita tertakluk kepada mahkamah atau pendakwa raya yang akan bawa ini ke mahkamah. Oleh sebab itu saya ingin tanya, adakah huraian ini meragukan, misleading atau memang ini ada kuasa untuk Menteri untuk menetapkan selain dari denda termasuk dengan iaitu masa pemenjaraan.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi ingin saya bangkit dalam perbahasan ini iaitu yang dikatakan penginapan, iaitu takrifan penginapan. Takrifan penginapan ini, memang ia very luas. Ada yang tanpa sebarang, hanya untuk buat lawatan ke ladang buah-buahan atau tanaman buah-buahan bersama.

final • 6:22 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Adakah semua bangunan termasuk pondok-pondok itu pun akan dijadikan, dibawa dalam takrifan ini? Oleh sebab ini akan memberikan satu gambaran bahawa kementerian ini hanya untuk mengutip lebih hasil dari pelancong, baik pun dari luar negara atau tempatan. Semasa kita menggalakkan pelancongan berasaskan pertanian buah-buahan, durian dan lain-lain, adakah tempat penginapan dalam taman atau ladang pertanian ini juga semua akan dimasukkan. Tadi dikatakan gunakan kontena, guna semua ini akan dimasukkan.

Saya ingat perlu kita jelaskan lebih detail supaya ini tidak akan bawa satu prasangka yang tidak baik iaitu sekarang ekonomi yang kurang baik, semua kementerian gunakan secaranya untuk mendapatkan hasil, untuk mengutip cukai. Oleh sebab ini saya ingat kita perlu satu pindaan untuk kita membawa lebih kawalan atau pemantauan dan juga penguatkuasaan terhadap ejen-ejen pelancongan dan juga untuk membangunkan industri pelancongan. Saya memang sokong tetapi harap keraguan-keraguan ini kita perlu menjelaskan semasa kita, Yang Berhormat Menteri menggulung. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya...

final • 6:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya tadi sudah minta Yang Berhormat Menteri jawab. Yang Berhormat Kapar bangun.

final • 6:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya hendak minta izin, lima minit.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kapar boleh mencelah Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ini kes khusus. Jadi, biar saya bacakan...

final • 6:30 PM

[Dewan riuh]

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat celahlah, celah sekejap lagi.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat celah nanti Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih, sila.

final • 6:30 PM

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasihlah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan rang undang-undang ini.

Pertamanya, Yang Berhormat Seremban hendak tanya Airbnb. Airbnb kena la Yang Berhormat, sebab apabila takrifan ini berdasarkan kepada struktur permanent. Jadi sudah tentulah Airbnb ini kalau kita tengok, ia dalam bangunan 20 tingkat kah atau 30 tingkat kah. Jadi apabila bangunan tetap, maka ia kenalah. Makna dia boleh ditakrifkan sebagai tempat penginapan. Jadi jawapannya ialah ya.

final • 6:32 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

[Bangun]

final • 6:32 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Okey.

final • 6:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 6:32 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

pertamanya, sekiranya Yang Berhormat Menteri kata bahawa Airbnb ini tertakluk kepada akta ini. Maka, soalan saya ialah adakah Airbnb setiap unit itu perlu didaftarkan dengan Pesuruhjaya Pelancongan? Itu yang pertama.

final • 6:32 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Keduanya, apabila Yang Berhormat kata ia part of this akta ini, adakah keputusan daripada kementerian ini above kepada keputusan-keputusan yang dibuat oleh PBT? Umpamanya di Sabah. Saya difahamkan bahawa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu kata Airbnb ini haram dan DBKL pun ada kata pihak management boleh meletakkan syarat untuk melarang Airbnb. Jadi pelaksanaan itu, bagaimana? Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh memberikan penjelasan. Terima kasih.

final • 6:32 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, sikit lagi Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri.

final • 6:32 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

...Tempat pengiktirafan sebagai tempat penginapan. Jadi kalau Airbnb itu, kalau ianya dijual, sold as lebih daripada lima bilik, dikendalikan oleh satu syarikat, ia kenalah ya. Maka ia kena bayar apa yang dikatakan cukai, tax. Dia kena bayarlah. Jadi kepada kita, kita iktiraf ia sebagai tempat penginapan, sekarang ini. Berkenaan dengan di peringkat negeri...

final • 6:32 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 6:32 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kita mengutip, kita mengutip cukai.

Sekali pun katalah iaitu bahawa PBT tidak mengiktirafkan mereka, tetapi cukai tourism is a different matter, satu hal yang lain. Kepada kita, Airbnb kita iktiraf untuk kita kutip cukai.

Jadi kalau di PBT itu, dia sendiri pun kalau kata macam di Sabah, mereka tidak mengiktiraf ini sebagai hotel, tidak mengapa. Akan tetapi daripada segi kutipan, kita berlaku adil kepada hotel di Sabah, kalau kita tidak kutip daripada dia. Jadi, kepada kita soal kalau ada negeri-negeri yang tidak mahu iktiraf Airbnb, itu daripada segi PBT, itu hak mereka. Akan tetapi daripada segi kita di bawah Akta Cukai, kita akan kutip. Kalau tidak, kita tidak akan berlaku adil kepada hotel-hotel yang ada di negeri Sabah, Sarawak ataupun negeri-negeri di Semenanjung. Jadi, Yang Berhormat, sila.

[Timbalan yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 6:32 PM

Mesyuarat] Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi Yang Berhormat Menteri, adakah Airbnb ini dia berdaftar di luar negara, dia berdaftar di US? Maka sekarang, kerajaan belum impose tourism tax RM10 kepada Airbnb, ya. Betul? Jadi kalau saya dengar Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri akan cuba untuk impose RM10 terhadap, itu Yang Berhormat Menteri nanti boleh confirmkan.

Kedua adalah kita tahu bahawa sharing economy Airbnb dan Uber dan sebagainya ia merupakan satu trend di dunia. Ada ramai yang bercitarasa lain-lain. Ada yang hendak pergi experience local accommodation, dia hendak duduk rumah kampung, Airbnb dan sebagainya. Ada orang yang hendak pergi hotel.

Jadi saya nampak tidak munasabah kalau sesetengah PBT kerana dia telah banned sesetengah jenis, katakanlah di Sabah dia banned Airbnb tetapi biarkan homestay dijalankan. Jadi saya rasa kalau boleh Yang Berhormat Menteri, bolehkah Yang Berhormat Menteri adakan satu regulation seperti e-hailing supaya we regulate the industry. Supaya berlaku adil dan memberi pelbagai pilihan kepada pelancong- pelancong dan mengembangkan industri pelancongan. Minta pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 6:32 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri, ada bersangkut paut. Boleh?

final • 6:32 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah sebut tadi. Itu PBT, dia ada undang-undang dia sendiri dan mungkin dia ada sebab-sebab mengapa dia tidak mahu mengiktiraf Airbnb. Akan tetapi kita daripada segi Akta Cukai Hotel dan Pelancongan ini, daripada segi kita, kita iktiraf dia untuk kita kutip duit. Oleh sebab saya sebut tadi tidak akan berlaku adil kepada hotel-hotel di negeri-negeri berkenaan yang tidak mahu mengiktiraf Airbnb. Kalau saya tidak cukai Airbnb negeri berkenaan, saya tidak akan berlaku adil kepada hotel-hotel.

final • 6:32 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi soal PBT itu, itu daripada segi pengeluaran lesen, itu mereka punya hal.

Akan tetapi daripada segi kita, kalau orang itu sudah, kalau sepatutnya kalau PBT tidak iktiraf Airbnb, tutup terus. Jangan beri dia berniaga, itu bukan masalah kita. Akan tetapi kalau dia berniaga dan kita tahu walaupun di Pulau Pinang, di mana kita tahu dalam Agoda dia masih jual dia punya Airbnb, kita kena cukai dia. Oleh sebab bangunan itu berada di negara kita, kita cukai dia. Ini untuk berlaku adil. Jadi kalau soal PBT tidak iktiraf, tutuplah. Kalau tutup, kita pun senang. Kita pun tidak akan kutip duit daripada dia.

Jadi itu yang saya hendak sebut...

final • 6:32 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, adakah Airbnb akan kutip cukai RM10 dan serah kepada...

final • 6:32 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya, ya. Ya, mesti.

final • 6:32 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sekarang belum right?

final • 6:32 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sekarang belum. Kita hendak daftar dia sekarang ini.

final • 6:32 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey.

final • 6:32 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kita dalam proses hendak mendaftarkan dia. Sebaik sahaja kita mendaftarkan dia, tanggungjawab dia untuk kutip bagi pihak kita.

final • 6:32 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey, terima kasih. Jelas.

final • 6:32 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Selepas itu Yang Berhormat Kota Melaka cakap fasal pondok. Kalau Yang Berhormat ada dusun durian di Melaka, ada satu pondok, takkan saya hendak cukai? Akan tetapi kalau buat lebih daripada lima pondok, sudah enam, tujuh, lapan pondok, saya akan cukai. Oleh sebab itu mengikut akta kita, lima ke bawah kita tidak anggap itu sebagai satu perniagaan. Kita menganggap dia sebagai hendak ada side income. Akan tetapi, kalau lebih daripada lima buah pondok, saya akan cari Yang Berhormat, kena bayar cukai.

final • 6:32 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ya. Yang Berhormat Menteri, adakah ini termasuk juga dengan campsite iaitu seperti di hutan rekreasi mereka ada sediakan tempat untuk camp untuk sekeluarga lengkap dengan kemudahan. Jika begini, adakah ia termasuk juga dengan takrifan ini dan perlu didaftarkan serta perlu membayar cukai?

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kalau dia buat campsite untuk berniaga, dia ada satu kawasan campsite itu, dia ada lebih daripada enam pondok dan dia berniaga sudah pasti. Hal ini kerana dia tidak termasuk dalam kumpulan pengecualian yang telah kita berikan. Melainkan kalau dia itu merupakan, katalah budak- budak sekolah punya outing, itu kita tidak akan kenakan cukailah sebab termasuk di dalam pengecualian itu. Akan tetapi kalau...

final • 6:40 PM

Seorang Ahli

Rekreasi.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Rekreasi ya. Religious kah apa, kita tidak kenakan ini. Akan tetapi kalau dia berniaga, kalau sudah pasti kita akan kenakan cukai terhadap dia sebab dengan adanya takrif ini, walaupun dia temporary, dia diiktiraf sebagai bilik penginapan. Jadi, sebab kita pinda ini kerana kita hendak cekup orang yang macam inilah. Maknanya selama hari ini oleh sebab dia buat temporary structure, dia tidak kena. Contohnya macam dia ambil bas, satu badan bas, kemudian dia buat. Kalau dia ada satu kita tidak kenakan cukai, tetapi kalau dia sudah lebih daripada lima itu, kita akan anggap dia sebagai tempat penginapan dan kita akan minta dia bayar cukailah.

Hal ini adalah untuk supaya kita berlaku adil kepada mereka yang menggunakan penginapan sebagai satu perniagaan. Melainkan yang telah dikecualikan seperti Yang Berhormat Kota Raja yang bertanyakan mengenai homestay. Homestay memang dari awal telah kita kata iaitu ia dikecualikan daripada cukai tetapi kita daftarkan dia sebagai penginapan. Dia memang penginapan, dia termasuk dalam penginapan.

Jadi Yang Berhormat, penalti. Seremban ya, kita masih lagi Seremban. Saya berterima kasihlah, saya ucapkan kepada Yang Berhormat kerana menyokong supaya kita mengenakan penalti ini.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Akan tetapi yang penting di sini Yang Berhormat, yang kita hendak sebutkan walaupun RM500,000 ataupun 10 tahun, itu tidak melebihi. Tidak melebihi. Dia boleh berikan penalti yang mungkin sekarang ini katalah RM20,000, sekarang ini dia boleh berikan RM25,000, dia boleh berikan RM30,000 asalkan jangan melebihi RM500,000.

Jadi, kalau Yang Berhormat tanya Yang Berhormat Menteri ada kuasa kah hendak- Yang Berhormat Menteri tidak ada kuasa. Yang Berhormat Menteri sudah saya sebut dalam pembentangan saya tadi cuma ada kuasa untuk merayu kepada saya, itu sahaja. Saya tidak ada kuasa untuk menentukan kenakan dia RM30,000, masukkan dia empat tahun jel. Saya tidak ada kuasa. Itu kuasa mahkamah...

final • 6:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri, adakah ini bermakna bahawa huraian ini ada misleading? Huraian yang terkandung dalam...

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Apa dia?

final • 6:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Huraiannya.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya?

final • 6:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Huraian untuk tadi yang saya baca hari itu memang terkandung di dalam huraian ini?...

[Menunjukkan senaskhah dokumen] Katakan...

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak. Saya- dia tidak payah huraian.

Yang Berhormat Menteri memang tidak ada kuasa.

final • 6:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Okey.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Mana-mana akta pun kita bentangkan, kalau kita lihat apabila ada denda, bukan kuasa Yang Berhormat Menteri. Itu kuasa mahkamah. Eksekutif tidak boleh menentukan berapa denda hendak dikenakan ataupun penjara berapa lama, kita tidak langsung ada kuasa melainkan itu adalah merupakan kuasa daripada mahkamah. Yang Berhormat Bukit Gantang, saya bersetujulah kalau umrah ini macam- eh! Tidak habis lagi? Macam bercinta sahaja ini.

final • 6:40 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya juga ada, dalam perbahasan saya juga ada bertanya bagaimana kita memastikan kepentingan pelanggan-pelanggan yang telah membayar deposit kepada agensi-agensi pelancongan yang menipu mereka ini mendapat pembelaan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam juga. Denda itu hasil kepada kerajaan, tetapi orang ramai yang telah ditipu itu mereka tidak mendapat apa-apa berbalik.

Jadi, apakah caranya ataupun kita melihat apakah mekanisme supaya deposit yang telah ditipu oleh agensi pelancongan itu dapat dipulangkan kepada orang ramai yang membayar deposit itu? Sekurang-kurangnya mereka mendapat sedikit pembelaan.

Terima kasih.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak ada kuasa untuk membuat ganti rugi. Kita cuma ada kuasa untuk penalize. Hal ini kerana Yang Berhormat, kalau kita hendak buat ganti rugi, maka Yang Berhormat kena berikan saya kebenaran di dalam akta ini kita untuk kutip tabung pula. Mungkin setiap- sekarang ini setiap agensi ini, kalau dia hendak daftar dia kena ada paid-up capital RM200,000.

Mungkin Yang Berhormat boleh cadanglah. Selain daripada paid-up capital RM200,000, bagi tabung amanah RM200,000 untuk kepada kita. Mungkin itu kita boleh buat ganti rugi.

Akan tetapi dia punya redress dia, mereka yang ditipu suka atau tidak suka redress dia ialah untuk menyaman syarikat berkenaan. Oleh sebab di bawah akta ini kementerian atau saya, tidak ada langsung kuasa untuk membuat tuntutan ganti rugi.

Melainkan ia mesti dibawa ke mahkamah dan diputuskan oleh mahkamah untuk ejen membayar balik. Itu sahaja. Saya tidak ada tabung untuk mereka. Melainkan kalau Yang Berhormat cadanglah, tabung itu kita boleh fikirkan.

Yang Berhormat Bukit Gantang, ya yang tipu umrah Yang Berhormat, bukan sahaja kita kata dia curi duit masjidlah. Dia curi duit orang miskinlah tu. Saya ingat di kalangan gengster-gengster pun kalau dia dapat tahu you curi duit orang miskin, dia masuk dalam jel dia kena lanyak lagi. Memalukan golongan pencuri dia kata,memang teruklah perangai ini. Nanti Yang Berhormat, saya akan berikan jalan. Jangan bimbang.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi, bagi mangsa ini seperti mana jawapan Yang Berhormat Seremban, sebenarnya kita tidak ada tabung yang dikutip daripada ejen-ejen untuk kita membayar ganti rugi. Memang tak ada. Melainkan kita punya redress kita untuk mendapatkan pembelaan ialah dengan menyaman mereka di mahkamah. Itu sahaja. Itu yang terbuka kepada mereka. Kemudian, koperasi Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Maksud saya ialah bukan maknanya daripada kementerian yang membayar, maksud saya ialah syarikat itu kena bayar balik. Kadang-kadang ada jemaah yang dia tidak pergi, dia batalkan pemergian dia. Berapa percent yang itu maksud saya, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kalau refund, maknanya bayaran balik pakej pelancongan yang telah ditempah atau dibeli. Kalau dibatalkan oleh pelancong bagi pakej berkumpulan, bayaran balik oleh travel agent kepada pelancong adalah seperti berikut, kalau antara lima hari ke 21 hari bekerja. Sebelum berlepas, katalah 21 hari lagi dia hendak terbang, dia boleh kalau mengikut di sinilah, dia akan dapat tambang balik 35 peratus daripada tambang. Lapan hari ke 14 hari, sebelum berlepas, mendapat 50 peratus. Tiga hari ke tujuh hari, hari bekerja sebelum berlepas mendapat 75 peratus daripada tambang pelancongan. Dua hari sebelum berlepas, dia mendapat 100 peratus.

Ini mengikut– saya pun tidak berapa faham ini. Akan tetapi mengikut apa yang ditulis oleh pegawai saya, beginilah jawapannya.

final • 6:40 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Yang Berhormat Menteri, tambang ataupun pakej itu? Tambang itu lain, pakej itu lain.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Dia tulis di sini, tambang pelancong.

Daripada tambang pelancong.

final • 6:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya habiskan sedikit selepas itu Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Boleh. Silakan.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ini berkenaan dengan koperasi.

Koperasi ini kena, Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Koperasi perlu menubuhkan syarikat untuk menjalankan perniagaan agensi pelancongan dan syarikat ini perlu berlesen, perlu dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Sebab nanti siapa nak bertanggungjawab pada dia nanti, sebab lesen yang dikeluarkan oleh kita. Jadi, dia perlu mendapat lesen ini sebab untuk kita hendak mengawal dia. Kalau tidak nanti, kalau apa-apa berlaku tidak ada badan yang boleh menjurus untuk mengambil tindakan terhadap mereka.

Seperti yang saya sebut tadi paid-up capital nya ialah sebanyak Ringgit Malaysia bagi agensi pelancongan dalam bandar RM200,000 manakala luar bandar RM50,000. That means jawabnya dia kena berlesen. Yang Berhormat Kapar.

final • 6:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Yang Berhormat.

Izinkan saya membawa satu isu berkenaan dengan kes penipuan umrah di Terengganu, berlaku pada tahun lepas 2016. Ini tadi banyak yang bangkitkan tetapi saya bawa isu spesifik iaitu ia melibatkan 3,800 mangsa. Kebanyakannya adalah guru dan keluarga mereka. Guru-guru di Terengganu. Guru-guru ini terlibat kerana telah mendapat satu surat arahan daripada pengarah pendidikan negeri, Kementerian Pendidikan yang memberikan kuasa mengatakan mereka mengisytiharkan pakej umrah ini.

So, dalam lingkungan RM3000, 3,800 orang telah melibatkan diri. Scam ini melibatkan hampir RM19 juta. Guru-guru ini cerdik tetapi mereka telah mengambil bahagian sebab ada penglibatan Kementerian Pendidikan, ada penglibatan pengarah pendidikan negeri sendiri telah memberi surat. Saya hari ini ingin mengambil kesempatan untuk memaklumkan siapa yang telah melakukan pakej ini, dengan izin, Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Syarikat tersebut bernama Yayasan Bakti Negara Terengganu terletak di Parlimen Besut. Yayasan berdaftar, ada lesen dan 3,800 mangsa telah terlibat. Mereka telah melakukan laporan polis, namun hanya seorang ditangkap sebagai kambing hitam dan dibiarkan begitu sahaja.

Jadi, tadi saya telah mendapat beberapa mesej daripada guru-guru di Terengganu, supaya saya membangkitkan perkara ini supaya Yang Berhormat Menteri bagi satu komitmen untuk menyiasat kes ini dan membela nasib 3,800 masyarakat di Terengganu yang merupakan guru-guru yang menjadi mangsa penipuan skim umrah di Terengganu. Penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat kata hendak bagi maklum sahaja. Saya ambil maklumlah ya. Saya ambil maklum. Pegawai saya di belakang sana oleh sebab syarikat ini dia berniaga atas lesen, kalau dia berniaga atas lesen dikeluarkan oleh MOTAC, kita akan siasat.

final • 6:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Mereka juga sedang mendengar pada waktu ini.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya.

final • 6:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Memerlukan satu komitmen daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya...

final • 6:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

...Satu harapan yang tinggi pada Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya, saya sudah ambil maklum.

final • 6:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

...Dan pegawai saya mengambil nota dan seperti mana disebut tadi, kalau syarikat ini berniaga di bawah lesen yang dikeluarkan oleh MOTAC, kita akan mengambil tindakan ya, siasat. Baik, terima kasih Yang Berhormat.

Ini untuk Yang Berhormat Bukit Gantang tadi. Lebih jelas begini Yang Berhormat. Yang Berhormat hendak tahu tentang bayaran balik tadi. Yang Berhormat pergi ke- tulis ya, di bawah Jadual Keempat, subperenggan 6(1)(m)(ii) di bawah Peraturan-peraturan Industri Pelancongan (Perniagaan, Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan 1992) semua ada senarai di situ ya. Berapa hari dan semua ya.

Kemudian Yang Berhormat Sungai Petani. Yang Berhormat Sungai Petani ini saya akan jawab mengikut apa yang di hadapan saya. Yang Berhormat bertanya usaha oleh kementerian dalam memberi latihan kepada syarikat agensi pelancongan sebelum memulakan perniagaan. Kementerian telah mensyaratkan supaya sesebuah agensi pelancongan yang ingin menjalankan perniagaan dengan lesen inbound, outbound ataupun ticketing perlu menjalani dan hadir dengan jaya kursus Travel and Tours Management Course (TTMC) selama dua hari sebelum dilesenkan. Kena hadirlah, hendak memudahkan orang-orang muda terlibat dalam perniagaan ini, kita bagi kursus dua hari. Ini kena ambil.

Pada masa yang sama, agensi pelancongan yang ingin menjalankan pakej umrah perlu dan wajib hadir di peringkat ahli lembaga pengarah dan pemegang saham Kursus Pemantapan Pengendalian Umrah (KPPU) sebagai satu syarat wajib lesen khas umrah. Ini untuk umrah. Jadi yang di luar bandar paid-up capital ialah RM50,000 dalam bandar RM200,000. Jadi kalau ada yang berminat itu geng-geng, carilah 10 orang kah apa, berniaga macam ini ya.

Kemudian Yang Berhormat Sungai Petani juga minta convert rumah tinggalan kepada homestay di kampung-kampung. Yang Berhormat, ini kita memang setuju terutama sekali kalau rumah tradisional, memang diminati oleh pelancong-pelancong.

Jadi, mana-mana rumah tradisional tinggalan di kampung-kampung yang memenuhi syarat-syarat kriteria penubuhan homestay, adalah dialu-alukan menyertai program pengalaman homestay KPU.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi ia macam ini, kalau rumah ini kita kumpul apabila kita recognize sebagai homestay program, ia mesti ada bukan sahaja menyewa rumah tetapi dia kena ada program. Ia ada tarian budaya, kemudian bawa dia. Kalau kita ini, village itu kampung fisherman, bawa dia pergi tengok macam mana fisherman, bangun pagi-pagi kah apa kah buat kerja ataupun kalau di kebun getah, ada program untuk tunjuk mereka macam mana hendak menoreh getah, kita panggil ia experiential tourism. Jadi tidak cukup kalau kita hanya menyewa bilik, kita kena ada program-program tertentu untuk mereka.

Yang Berhormat Sungai Petani juga berkenaan dengan Exco-Exco. Exco-exco dia orang buat kerja dia orang sebab setengah-setengah negeri kita tengok, dia ada visit macam ini Visit Selangor Year, Visit Pahang Year, Visit Terengganu Year, Visit Perak Year, Visit Penang Year, Visit Melaka Year, dia orang buat kerja Yang Berhormat sebab exco-exco ini dia dibantu oleh lembaga pelancongan negeri di bawah UPEN.

Jadi dia mendapat sokongan daripada lembaga ini untuk membantu pelancongan di negeri-negeri berkenaan. Dengan saya pada setiap tahun sekurang- kurangnya dua kali, setahun ada perjumpaan iaitu exco pelancongan negeri dengan Menteri Pelancongan, kita ada. Di situ kita akan berbincang apa-apa perkara yang berbangkit, apa yang hendak kita sampaikan, pada ketika itulah kita sampaikan.

final • 6:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya sebut isu ini Yang Berhormat Menteri kerana kita lihat dan dengar dalam Dewan ini sendiri, ada wakil-wakil rakyat di sini yang mencadangkan berbagai-bagai tempat untuk disenaraikan dalam senarai kementerian. Nampaknya berkali-kali tadi kita dengar, banyak negeri yang mengatakan kenapa tidak letakkan dalam negerinya. Jadi isu yang kita bangkitkan ini ialah seolah-olah negeri itu tidak push satu tempat yang sepatutnya yang menjadi kawasan pelancongan itu dan hingga ia tidak tersenarai dalam list kementerian. Itu maksud saya. terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat, kalau sekiranya negeri-negeri mahukan sesuatu tempat itu dijadikan sebagai tempat pelancongan dan mahu supaya ada satu peruntukan disediakan, ianya seperti biasa mesti dihalakan cadangan dia itu kepada UPEN negeri. Jadi negeri akan bincang dan kerajaan negeri akan putus dan memberi keutamaan kepada mana yang mereka fikirkan patut diberikan keutamaan. Kemudian mereka akan menghalakan kepada Pusat, maka pada ketika itulah Pusat akan memberikan peruntukan mengikut apa yang telah dipohon oleh negeri.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Dia tidak boleh pergi direct kepada saya. Bukan Sarawak sahaja. Semua negeri tidak boleh pergi direct kepada saya. Cuma, kalau saya boleh bantu sikit-sikit kalau macam hendak buat jeti, katalah kelip-kelip. Jadi, dia minta jeti kepada saya. Kalau saya ada duit, itu pun kena pohon kepada negeri, negeri pohon kepada Federal, maka Federal kata okey, yang ini RM1 juta untuk kelip-kelip, baru boleh saya salurkan. Kalau tidak, tidak ada. Begitulah yang kita membuat peruntukan ini. Dia direct kepada saya, memang tidak ada apa-apa.

Oleh sebab itu, kalau ada orang bangkit di dalam Dewan tentang tempat- tempat, saya dengar sajalah dan saya akan sampaikan kepada pihak negeri supaya mereka memberikan keutamaan tentang apa yang telah dibangkitkan oleh wakil-wakil rakyat ini. Jadi, direct kepada saya, peruntukan untuk hendak membangun sesuatu itu tidak ada, melainkan telah diputus oleh kerajaan negeri.

Yang Berhormat Sungai Petani juga bangkit tentang bagaimana kementerian boleh memberikan insentif kepada golongan muda dalam mewujudkan perniagaan agensi pelancongan. Antara insentif-insentif pelancongan di bawah kementerian adalah Tabung Khas Pelancongan yang merupakan kemudahan pembiayaan pinjaman dana pelancongan yang dikhaskan kepada pengusaha pelancongan bumiputera bertaraf kecil dan sederhana. Ada dia punya Tabung Khas Pelancongan. Tabung ini adalah bagi membantu pengusaha yang ingin membangun atau mengembangkan produk-produk pelancongan.

Saya ingat yang itu Yang Berhormat Sungai Petani. Satu lagi saya hendak sebut, Yang Berhormat. Yang Berhormat kata kadang-kadang bila ada tourist daripada luar negara datang, kadang-kadang tengok ada macam dia ada tourist guide dia sendiri.

Tidak. Itu saya ingat itu group leader.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Dia group leader yang pegang bendera, yang pegang payung. Itu group leader.

Sebenarnya tourist guide mesti ambil tempatan punya. Mesti ambil tempatan. Yang datang yang itu group leader sahaja. Dia bukan tourist guide kita.

final • 7:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat, pencelahan saya tadi?

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Dah tadi.

final • 7:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Itu saya tidak celah. Saya mencelah Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Berkenaan dengan apa?

final • 7:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Berkenaan dengan cadangan saya supaya semua pakej termasuk pakej umrah ini dirujuk kepada agensi di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebelum mereka mempromosikan pakej- pakej tersebut. Bermaksud, kita ada satu kawalan di sana.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya, kita ada sistem namanya IMAMS di mana semua pakej ini ia mesti mendapat kelulusan daripada kita untuk pakej-pakej itu.

Kita sudah beritahu sudah, kalau pakej itu harganya RM5,000 ke bawah, itu tipulah.

Walaupun dia kena rujuk kepada kita, tetapi ada yang kaki penipu ini dia buat sendiri juga. Kalau kita kata RM5,000 kita keluar dan uar-uarkan anything less than RM5,000, dengan izin, itu bukan pakej, dia tipu pula dia kata cuma bayar RM3,000, ada hamba Allah akan bayar RM2,000 lagi. Ini mereka kaki penipu. Kalau dengan agama pun tidak takut, dia boleh tipu macam-macam. Jadi dia kata dia buat kutip juga, bukan rujuk kepada kita pun.

Jadi, yang pentingnya sebenarnya kita ada apa yang dikatakan kita punya website, rujuklah di situ nama-nama syarikat yang diluluskan oleh MOTAC, recommended. Rujuklah. Kalau orang beritahu pada saya dia kata orang kampung mana tahu, orang kampung ada anak, Yang Berhormat. Takkanlah anak-anak tidak peduli langsung hendak check untuk bapa hendak pergi umrah, suka hati bapa dia sahaja. No excuse. Sila rujuk sesawang kita, website kita. Di situ semua tertera berkenaan dengan mana-mana syarikat yang diiktiraf oleh kita ya.

Baik, kita hendak pergi kepada Yang Berhormat Bandar Kuching. Yang Berhormat Bandar Kuching ini biasalah, Yang Berhormat, ini batu api. Hari itu dia try dah.

Saya bagi dia 100 percent dah kerana dia punya resilience untuk hendak menjadi batu api kepada saya...

final • 7:00 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Failed lah, Yang Berhormat. No way.

Yang Berhormat, akta ini, Yang Berhormat kena faham iaitu cara kita menggubal undang-undang. Undang-undang ini digubal, kita mencadangkan, kemudian akan disediakan oleh AG Chambers. Jadi dalam AG Chambers itu, mereka lebih awal lagi akan meneliti supaya tidak berlaku apa-apa percanggahan di antara kuasa negeri dan kuasa Federal. Jadi kalau sekiranya apa-apa yang dicadangkan oleh satu-satu kementerian, kemudian kita serahkan kepada AG yang menggubal undang-undang ini semua, yang buat semua seksyen ini semua ialah AG. Jadi, dia lebih awal-awal lagi akan beritahu kepada kita, ini bercanggah.

Seperti sebagai contoh, yang kita kata parents itu dalam akta Reform (Marriage and Divorce) Act itu, parents itu dalam Constitution dikatakan ibu atau bapa. Walaupun fahaman kita ibu dan bapa, tetapi dalam Perlembagaan, dia beritahu tidak boleh buat sebab dalam Perlembagaan, pengiktirafannya takrifnya ialah parents itu ibu atau bapa.

So, we have to refer to the Constitution. Jadi bila refer, dia kata tidak boleh. Oleh sebab itulah kita kena dapat dua pertiga daripada Dewan ini untuk meminda Perlembagaan supaya ditukarkan takrif itu kepada parents itu ibu dan bapa, one.

Beginilah juga kalau ada perkara yang kita bangkit di sini yang bercanggah dengan kuasa kerajaan negeri, awal-awal lagilah Pejabat Peguam Negara akan maklumkan. Jadi, Yang Berhormat, saya tahu memanglah frust kalah, kan? Daripada 72 kerusi, kalah tinggal berapa kerusi sahaja.

final • 7:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kalau saya pun, saya frust menonggeng. Saya akan cari jalan bagaimana hendak memecahbelahkan Barisan Nasional.

final • 7:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan. Bukan sahaja yang saya sebut itu adalah percanggahan daripada segi Perlembagaan Persekutuan sahaja, tetapi apa yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan Barisan Nasional Sarawak bahawa mesti ada satu proses konsultasi di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sarawak khususnya atas perkara di mana ada satu Kementerian Pelancongan di Sarawak.

Oleh itu, soalan saya senang sahaja, simple sahaja, iaitu sama ada konsultasi dengan Kementerian Pelancongan Sarawak, ada atau tidak? Atau Kerajaan Persekutuan, Kementerian Pelancongan hanya hendak bulldoze apa-apa sahaja polisi, implementasi dan undang-undangnya? Tidak respect, tidak hormat rakan-rakan, your counterpart di negeri Sarawak...

final • 7:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tanyalah orang Sarawak sana, Ahli-ahli Parlimen kerajaan dari Sarawak.

Soalan saya simple. My question is simple. Have you got the consultation? Have you consulted negeri Sarawak or not? Have you consulted? You see, all those who are shouting there, they are not from Sarawak. Those MPs from Sarawak, they are just keeping quiet. They do not dare to speak up against UMNO. That is the problem, you see. They do not dare to speak up against UMNO. But deep down in their heart, they agree with what I said. Respect. Adakah semangat menghormati rakan-rakan...

final • 7:00 PM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Ini Yang Berhormat Julau jawab, Yang Berhormat Julau.

final • 7:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

...Kamu di Sarawak? Itu Yang Berhormat Menteri Pelancongan Sarawak, adakah konsultasi atau tidak? Ada tidak consult?

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat, parti Yang Berhormat ada hormat Yang Berhormat Kota Melaka kah?

final • 7:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ha?

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Punya jauh Yang Berhormat Kota Melaka di sana itu.

final • 7:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ini hal lain.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Bukan hal lain. Maknanya, saya hendak beritahu...

final • 7:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ini hal lain.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Nanti dulu. Duduk dulu. Saya faham.

Kita dalam Barisan Nasional, kita boleh argue apa sekali pun tetapi kita tidak bercerai.

Tetapi Yang Berhormat bergaduh dalam Pakatan, PAS sudah lari sana nampak, jauh pergi sana. Dulu Yang Berhormat Pokok Sena ini duduk dekat sini, sekarang pergi belakang sana. Yang Berhormat Kota Melaka itu kesian, jauh hujung sana.

Jadi saya hendak beritahu Yang Berhormat, kita- saya hendak tanya senang sahaja. Yang paling terakhir sekali saya hendak tanya, apa Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Sarawak minta daripada saya? Apa dia minta? Dia minta...

final • 7:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Bangun]

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Eh! Nanti. Dia minta kepada saya iaitu supaya cukai yang saya kutip ini 30 peratus dia hendak. Apa maknanya? Dia setujulah itu...

final • 7:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Apalah. Dia setuju.

final • 7:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ini, ini selepas itu...

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Bukan kira selepas.

final • 7:10 PM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Dia bukan kerajaan, dia tidak tahu.

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Hakikat.

final • 7:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Akan tetapi tidak diberi, tidak diberi 10 peratus yang diberi kepada negeri Sarawak sahaja, 10 peratus cukai pelancongan hanya diberi balik kepada negeri Sarawak sahaja. Bukan satu per tiga.

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat ini pekak kah atau tidak faham bahasa?...

final • 7:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya sudah kata RM10, RM1 semua negeri dapat balik. RM1, daripada RM10 buang RM1 tinggal RM9. RM9 is divided by three. Boleh dibahagi dengan tiga. Dapat RM3, RM3, RM3 seorang selain daripada RM1 tadi. Tidak faham lagi? Saya sudah kata, tidak boleh. Saya bagi dengan adil kepada 14 buah negeri.

Kalau Perlis itu hanya sebagai mukim sahaja di negeri Sarawak. Saya kena bagi ikut adil dan saksama. Saya sudah cakap. Sama ada pekak ataupun tidak faham bahasa kebangsaan. Itu sahaja...

final • 7:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Bukan sahaja pekak, batu api.

final • 7:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Menteri belum jawab soalan saya, sama ada rang undang-undang ini sebelum Yang Berhormat Menteri bentang di Dewan ini, sama ada sudah ada satu persetujuan atau konsultasi diadakan dengan pihak negeri Sarawak? Ada atau tidak? Simple.

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Pihak kementerian telah pun mengadakan konsultasi dengan Kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak pada 13 Oktober dan 17 Oktober 2017...

final • 7:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya hendak bagi Yang Berhormat faham. Memang kita consult. Tidak payah hendak sebut bila. Memang kita buat kerja ini. Saya dengan Pulau Pinang pun saya consult, Selangor saya consult, inikan pula Sarawak, negeri Barisan Nasional. Okey? Okey.

final • 7:10 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, jadi bagi mereka yang belum saya jawab, saya akan beri jawapan bertulis. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalah ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang [Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

final • 7:10 PM

Fasal-fasal 1 hingga 13 - Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kapar.

final • 7:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ada beberapa poin penting untuk mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali adalah berkenaan dengan fasal 4 di mana kini kita telah membawa satu lagi perkataan di sebalik perkataan pembatalan iaitu penggantungan.

final • 7:13 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Sebelum ini hanya pembatalan sahaja tetapi sekarang kita membawa perkataan ‘penggantungan’. Pembatalan quite drastic tetapi penggantungan ada leniency. Dalam situasi yang sedang berlaku sekarang di mana banyak kes penipuan dan sebagainya, Yang Berhormat Menteri sendiri mengakui tadi wajar kah kita membawa juga isu penggantungan bukan terus pembatalan? Bermaksud introduction of this particular word pembatalan, apakah rasionalnya? Minta Yang Berhormat Menteri terangkan.

Selepas itu fasal 6 iaitu berkenaan dengan pindaan seksyen 10, di mana dahulu kita ada subseksyen (3) yang menerangkan wajar ada pengiklanan sekurang-kurangnya di satu akhbar selama tiga hari berturut-turut. Ini telah dikeluarkan sama sekali. Saya menuntut rasional bahagian ini sebab ini ialah satu kerangka untuk menerangkan kepada masyarakat secara umum, berlakunya penyerahan balik lesen. Dengan menarik balik seksyen ini, dengan meminda seksyen ini, bagaimana kita hendak memaklumkan kepada masyarakat umum seperti sebelum ini di akta ibu.

Fasal 9 iaitu seksyen 32 pun adalah berkenaan benda yang sama di mana tiada perlu pengiklanan lagi. So, minta jasa baik Yang Berhormat Menteri untuk gabungkan fasal 6 dan fasal 9 untuk menjawab perkara tersebut. Perkara ketiga adalah berkenaan dengan fasal 10 iaitu pindaan seksyen 34.

Akta Ibu kepada akta ini, Akta 482 ini di bawah seksyen 34 memberikan kuasa Yang Berhormat Menteri untuk membuat peraturan-peraturan. Di bawah subseksyen, Yang Berhormat Menteri boleh membuat apa-apa peraturan sebagaimana yang difikirkan suai manfaat bagi maksud akta ini. Di bawah subseksyen (2) pula, peraturan boleh dibuat bagi mana-mana daripada maksud atau perkara-perkara yang berikut. Selepas itu ada listing dekat sana.

Hari ini kita sedang selitkan Bahagian III yang membawa maksud apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini, siapa buat? Yang Berhormat Menteri yang buat boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan sebagai satu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda. Ini selaras dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka tadi memberi kuasa kepada Yang Berhormat Menteri menetapkan penalti denda tidak melebihi RM100,000 ataupun pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.

Bermaksud bahagian subseksyen (3) yang tidak ada sejak tahun 1992, hari ini kita bawa ke dalam Dewan yang mulia ini dan kita akan luluskan sebentar lagi, memberi kuasa kepada Yang Berhormat Menteri secara drastik. Apabila dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka dalam peringkat dasar tadi, ada penafian dalam ucapan Yang Berhormat Menteri with due respect to you mengatakan Yang Berhormat Menteri tidak ada kuasa. Itu adalah jawapan Yang Berhormat Menteri sebentar tadi.

Akan tetapi apabila kita rujuk kepada huraian fasal 10 di dalam akta pindaan ini mengatakan bahawa fasal 10 bertujuan untuk memasukkan subseksyen baru 34(3) ke dalam Akta 482 untuk memberi Yang Berhormat Menteri kuasa untuk menetapkan penalti. That is very clear that section is giving the power with due respect, dengan izin.

Memberi Yang Berhormat Menteri kuasa untuk menetapkan penalti bagi pelanggaran atau kegagalan untuk mematuhi mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta 482.

Ini selaras dan memang apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka tadi dalam perbahasan dan pencelahan yang dilakukan oleh Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Menteri menafikan bahawa Yang Berhormat Menteri tidak ada kuasa. Akan tetapi apabila baca amendment dengan membawa masuk subseksyen

(3) yang saya rasa drastik, walaupun kita perlukan hukuman dan sebagainya, tetapi memberikan kuasa sepenuhnya kepada kuasa Yang Berhormat Menteri di bawah subseksyen (10) ini dengan huraian ini yang mengatakan bahawa Yang Berhormat Menteri mempunyai kuasa untuk menetapkan penalti perlu diterangkan secara holistik supaya tidak disalahgunakan pada masa yang akan datang.

Selagi Yang Berhormat Menteri sebagai Menteri Pelancongan, mungkin tiada masalah. Akan tetapi jangan lupa akta-akta yang direka, dibahas dan diluluskan di sini bukan sahaja untuk Yang Berhormat Menteri yang duduk sewaktu itu tetapi pada masa- masa yang akan datang.

final • 7:13 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terakhir sekali Tuan Pengerusi dengan izin adalah fasal 13 berkenaan dengan pendakwaan. Saya memerlukan penjelasan sebab saya nampak ada dua branches ataupun dua cabang iaitu satu, tiada pendakwaan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis pendakwa raya. That means, satu pendakwa raya boleh dengan sendiri membuat pendakwaan atau kaedah kedua adalah pendakwa raya boleh memberi keizinan bertulis untuk seseorang itu didakwa di mahkamah.

So, bahagian ini pun perlu diterangkan kerana adanya, wujudnya perkataan “kecuali oleh, atau” dalam satu barisan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 7:13 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 7:13 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sebelum ini tiada penggantungan.

Sebab-sebab kementerian tidak melaksanakan penggantungan lesen ialah:

(i) tidak ada punca kuasa yang membolehkan penggantungan lesen di dalam Akta 482 sebelum ini, tidak ada;

(ii) tindakan pembatalan di bawah Akta 482 akan menyebabkan manipulasi oleh agensi pelancongan melepaskan tanggungjawabnya terhadap pengguna; dan

(iii) tindakan pembatalan dirasakan terlalu drastik bagi syarikat- syarikat yang telah insaf dan membuat tindakan pembetulan.

Oleh itu memerlukan satu hukuman yang sederhana, yang menghukum dan pada yang sama boleh memberi ruang pembetulan.

Oleh sebab itu sekarang kita ada- kita buat penggantunganlah dan juga sebab kita kena hendak berlaku penyiasatan terlebih dahulu. Kalau kita batal terus, nanti dia seolah-olah tidak memberi ruang untuk menyiasat, the right to defend themselves, terus kita batal sahaja. Jadi kita bagi dia lebih ruanglah untuk dia selepas ini, kita gantung sahaja dan kalau dia bayar balik dan memperbetulkan balik kesalahan dia, kita bagilah balik lesen untuk sebab kalau batal nanti, dia merayu balik.

Jadi sebab itu Menteri ada kuasa untuk menggantung supaya kita boleh, tidak payah lagi. Kalau kita batal nanti dia hendak mohon balik satu masa yang lama. Jadi kalau dia telah membetulkan kesalahannya jadi kita gantung, ada ruang untuk dia membuat pembetulan.

final • 7:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya ingin memberi pandangan saya, Yang Berhormat Menteri, dengan izin Tuan Pengerusi. Saya rasa penggantungan dan pembatalan ini perlu digunakan dalam dua kerangka yang berbeza. Andai kata sesuatu ataupun sebuah industri pelancongan ini atau agensi pelancongan ini atau syarikat pelancongan ini melakukan kesilapan, kesalahan dan sedang disiasat, mereka perlu digantung.

Sekiranya mereka dikaitkan melakukan kesilapan, kesalahan atau disabit hukuman barulah pendekatan untuk pembatalan perlu dilakukan. Ini bermaksud dalam tempoh masa siasatan itu dilakukan, di situlah penggantungan perlu digunakan, bermaksud kriteria penggantungan dan kriteria pembatalan perlu dibezakan bukan ikut case to case basis. Pandangan Yang Berhormat, terima kasih.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Itu Yang Berhormat punya pandanganlah tetapi pada kita, kita rasa bila kita gantung, maka itu ada ruang untuk dia membetulkan diri. Kalau kita batal terus makna dia kata, “Lantak pergilah sudah batal”. Jadi tidak dapat balik kita hendak pujuk dia suruh bayar balik atau apakah. Jadi, gantung itu lebih kita rasa membaikkan keadaan daripada kita terus batal. Batal dia boleh kata, “Okay, forget it. Cancel. I don’t have to pay, batal dia”. Jadi kalau kita kata kita gantung, kita boleh lagi ada ruang untuk dia kerana dia berniaga, dia mesti hendak lesen dia. Jadi orang kata lebih softer. Makna, ada ruang untuk kita pujuk dia, Yang Berhormat.

Iklan tadi, kalau tidak silap saya Yang Berhormat kata tentang iklan tadi, kalau dahulu kita suruh dia iklan. Jadi kalau dia tidak iklan, dia buat tidak tahu, tidak boleh buat apa. Jadi sekarang kita iklan. Dahulu kita suruh dia iklan maknanya syarikat itu yang iklan. Jadi kadang-kadang bila kita suruh dia iklan kalau dia tidak buat macam mana. Jadi sekarang ini kalau tidak silap sayalah mengikut fahaman saya kita yang membuat iklan itu. Kemudian Yang Berhormat...

final • 7:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Sebelum poin seterusnya...

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sebenarnya, nanti. Berkenaan dengan...

final • 7:20 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Berkenaan dengan penalti tadi...

final • 7:20 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Fasal apa balik?

Yang Berhormat, the law is very clear. Menteri tidak boleh hantar orang masuk penjara, memang tidak boleh. Jadi saya cuma menentukan penalti okey, menentukan penalti.

Baik.

final • 7:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih, Yang Berhormat.

Saya pun tidak mengatakan Yang Berhormat Menteri ada kuasa untuk menghantar mereka ke penjara. Saya kata kuasa untuk menentukan penalti itu sendiri merupakan satu kuasa yang agak drastik dan besar terletak di bahu seorang Menteri untuk membuat keputusan. Jadi mesti ada mekanisme supaya ia tidak disalahgunakan, itu yang pertama.

Balik kepada yang iklan ini tadi tidak apa-apa peruntukan yang mengatakan sepanjang akta ibu dan akta pindaan ini tidak ada apa-apa yang mengatakan bahawa kita yang akan mengiklankan selama ini sejak tahun 1992 sehingga pindaan pada hari ini yang melakukan pengiklanan ini adalah syarikat berkenaan. Dengan memansuhkan ini, kita tidak letak satu akta baru supaya kita akan melakukan sedemikian. Selain kalau Yang Berhormat Menteri akan wujudkan satu peraturan tersendiri. Pandangan Yang Berhormat, terima kasih.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kalau tidak silap saya, saya rasa kalau dari segi iklan itu kita- tidak apalah saya akan bagi penerangan kepada Yang Berhormat selepas ini, sebab saya bagi jawapan yang bertulis.

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

[Fasal-fasal 1 hingga 13 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Halimah binti Mohd. Sadique) dan diluluskan]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis 30 November 2017.

final • 7:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.27 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026