Nov222017

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Jumat bin Haji Idris [Sepanggar] minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) berapakah bilangan warga asing yang memasuki Sabah pada tahun 2016 sehingga kini; dan

(b) berapakah jumlah pelarian Filipina yang masih di bawah pengawasan UNHCR di negeri Sabah.

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2016, seramai 1,170,686 orang warga asing telah memasuki negeri Sabah secara sah. Daripada Januari 2017 hingga 31 Ogos 2017, seramai 544,644 orang warga asing telah memasuki negeri Sabah secara sah.

Sementara itu sehingga 21 November 2017, seramai 5,392 orang warga asing yang memasuki negeri Sabah secara tidak sah sedang ditahan di pusat-pusat tahanan sementara di seluruh Sabah.

Untuk makluman, sejak tahun 1990 sehingga semalam seramai 563,162 orang warga asing telah diusir keluar dari Sabah kerana memasuki negeri itu secara tidak sah dan di atas pelbagai sebab-sebab lain. Warga asing yang diusir tersebut majoritinya berasal dari Filipina dan Indonesia. Malah pada 23 November 2017 iaitu esok, kerajaan akan mengusir seramai 303 tahanan warga Indonesia melalui Pelabuhan Tawau.

Sementara itu tidak ada pelarian Filipina yang masih berada di bawah pengawasan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai pelarian (UNHCR) di negeri Sabah. Penglibatan UNHCR dalam pengurusan pelarian Filipina di negeri Sabah hanya semasa tahun 1970-an terutamanya dalam menyediakan tapak-tapak penempatan untuk pelarian pada masa yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak dapat menafikan bahawa keamanan dan kemakmuran negeri Sabah telah menjadi tarikan kemasukan pendatang asing tanpa izin dari Filipina dan Indonesia. Kerajaan telah dan akan terus melaksanakan langkah- langkah pencegahan kemasukan warga asing secara tidak sah ke Sabah dan melipatgandakan usaha pengusiran mereka ke negara asal. Orang-orang Sabah dan juga warga Malaysia keseluruhannya perlu bersama-sama membantu kerajaan bagi menangani masalah ini dan tidak terlibat dalam membawa masuk pendatang tanpa izin dan menggaji mereka tanpa mengikut undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada dua soalan tambahan. Pertama, apakah perancangan kerajaan terhadap anak-anak pelarian ataupun stateless citizen, yang berada di Sabah khususnya di kawasan Kota Kinabalu dan Sepanggar.

final • 10:00 AM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Keduanya, apakah sah pengeluaran IC merah terhadap pelarian ini yang pada hari ini begitu ramai mereka dikeluarkan kad pengenalan merah oleh task force. Adakah dokumen ini membolehkan mereka untuk mendapatkan warganegara? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Soalan nombor satu dan nombor dua akan dijawab oleh Kementerian Dalam Negeri. Akan tetapi yang nombor dua itu saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat, jenis dokumen yang dikeluarkan adalah seperti berikut. MyPR, 3,680 ini daripada JPN, sijil lahir 15,103 daripada JPN, permit masuk 482 orang daripada KDN. Imigresen - 13, IMM13 - 11,003 orang daripada Jabatan Imigresen, kad pengenalan sementara 281 daripada JPN, sijil banci 1,499 daripada MKN, daripada pasukan petugas tadi, surat daripada Jabatan Ketua Menteri 1,289. Kemudian lain-lain dokumen 6,023 jadi jumlahnya 39,360. Jadi daripada pasukan penguat kuasa Yang Berhormat sebut tadi itu hanya 1,499.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Jadi dia ada pelbagai jenis dokumen yang seperti saya sebutkan tadi dan daripada Yang Berhormat sebut itu hanya jumlah yang saya sebutkan tadi.

final • 10:10 AM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 10:10 AM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Boleh Tuan Yang di-Pertua?

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Penampang.

final • 10:10 AM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Boleh soalan satu lagi?

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tidak boleh Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri soalan tambahan saya adalah- boleh meminta penjelasan ataupun keterangan daripada kerajaan, bagaimana peningkatan yang tinggi dalam jumlah orang warga bukan Malaysia di Sabah.

Pada tahun 2010 angka mereka adalah 889,000 tetapi pada angka yang saya dapati dari statistik pada tahun 2016, dalam enam tahun, jumlah warga bukan Malaysia di Sabah sudah meningkat kepada 1,139,000- peningkatan dekat 300 ribu Tuan Yang di- Pertua. Boleh minta penjelasan. Jika mereka ini akan menjadi warganegara ataupun jika mereka juga akan dikeluarkan seperti mana Yang Berhormat Menteri telah menyebut tadi.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat terima kasih di atas soalan dan juga persoalan. Saya tahu tadi Yang Berhormat Sepanggar bangun tidak puas hati tentang jawapannya. Jadi saya jawab secara bertulis Yang Berhormat jangan bimbang dan ragu. Ini kerajaan sentiasa buat demikian.

Berhubung dengan angka tadi Yang Berhormat, saya sebut kehadiran orang asing yang sah, makna kata pelancong ramai ini. Itu sebab jawapan 1,170,686 ialah warga asing yang telah memasuki negeri Sabah secara sah Yang Berhormat. Jadi termasuklah pelancong dan sebagainya. Kalau pertambahan berlaku, ini adalah satu yang cukup bagus untuk Sabah sebab...

final • 10:10 AM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

300 ribu Tuan Yang di-Pertua daripada- I mean sekarang 1,139,000 warga bukan Malaysia tetapi peningkatan 300 ribu sejak 2010. Itu bukan tourist.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Penampang. Yang Berhormat Penampang.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya tetapi ini sah Yang Berhormat. Dia masuk ada pasport dia cap, yang sah.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Saya hendak ingatkan ini Sesi Soalan Jawab Lisan Yang Berhormat. Kita ada selepas ini perbahasan-perbahasan dan ada peraturan. Sila Yang Berhormat Menteri

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya, ini adalah kemasukan secara sah kita cop pasport dia, dia ada pasport. Akan tetapi yang kita usir itu seramai yang telah saya sebutkan tadi yang telah diusir seramai 563,162 yang kita usir ini termasuklah bukan sahaja mereka masuk tidak sah mungkin mereka tinggal lebih daripada tempoh yang dibenarkan. Jadi ini menunjukkan bahawa pasukan petugas Majlis Keselamatan Negara bertungkus-lumus untuk berusaha untuk memastikan warga yang sah sahaja yang tinggal di negara ini yang tidak sah akan diusir seperti yang telah saya sebutkan. Esok pun ada. Tangkapan ini boleh dikatakan kita buat tiap-tiap hari.

Kenapa berlaku kelambatan proses? Ini kerana dulu kita hanya proses dalam masa dua bulan kita hantar balik. Akan tetapi kerajaan baru sekarang ini dia terpaksa mengambil masa dua bulan sehingga empat bulan kerana mereka terpaksa proses untuk melihat sama ada di kalangan pendatang asing ini kumpulan ekstremis, Daish dan sebagainya. Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, bilangan pencarum PERKESO yang dapat kelulusan Lembaga Perubatan (Medical Board) untuk berhenti kerja setiap tahun mulai 2009- 2017.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Negaraku Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Gopeng.

Tuan Yang di-Pertua, suka saya maklumkan bahawa PERKESO ditubuhkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4] pada tahun 1971. Kini SOCSO mempunyai ahli atau peserta yang telah berdaftar sejak mula ditubuhkan ialah 16.43 juta.

Sementara itu ahli ataupun calon yang aktif pada masa kini ialah 6.6 juta orang. Ahli yang mendapat faedah pelbagai faedah sehingga September 2017 ialah 524,047 orang manakala majikan berdaftar ialah daripada awal 1.08 juta dan yang aktif dalam 406,435.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini salah satu syarat bagi mendapat pencen ilat di bawah apa yang ditanya oleh Yang Berhormat Gopeng atau bantuan ilat ialah pencarum atau orang berinsurans perlu disahkan menghidap keilatan atau Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan. Pencen Ilat akan di bayar setelah orang berinsurans ataupun orang yang mencarum tadi sahkan tidak lagi bekerja atau berhenti kerja. Statistik bilangan kes permohonan yang dilaporkan kepada PERKESO dari tahun 2009 hingga tahun 2017 adalah seperti berikut:

TahunDilaporkanDiluluskan Bayaran
2009105153687
2010119724005
2011128144689
2012136155372
2013175526890
2014180727000
2015196497830
2016235028714
2017 (sehingga September)134746967

Tuan Yang di-Pertua, manakala tuntutan atau faedah yang telah dibayar oleh SOCSO kepada penerima faedah ialah tahun 2015 sejumlah RM550,745,738, tahun 2016 sejumlah RM611,476,186, tahun 2017 sehingga September RM506,026,173 juta komitmen yang telah diberikan oleh PERKESO kepada penerima-penerima faedah ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tersebut. Saya sebagai doktor terlibat secara langsung dalam membuat menulis laporan perubatan mengikut format yang dibekalkan oleh PERKESO. Cuma saranan saya supaya format itu diupdated, diperbaharui supaya ia tidak mengelirukan hendak memberi maklumat yang tepat.

final • 10:10 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Cuma soalan saya, kalau kita lihat memang setiap tahun ada tujuh ribu hingga lapan ribu yang pencen Ilat dan apakah insentif oleh PERKESO supaya mendorong mereka supaya mengadakan latihan semula supaya mereka boleh mengambil secara aktif sekali lagi dalam pasaran tenaga kerja. Apakah insentif daripada PERKESO untuk golongan ini? Sekian.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Saya ucapkan terima kasih banyak di atas pandangan Yang Berhormat tentang format penyediaan untuk permohonan bagi pencen Ilat ini. Terima kasih atas sumbangan Yang Berhormat juga salah seorang saya ingat panel dalam SOCSO ini.

Tuan Yang di-Pertua, memanglah kita mempunyai syarat-syarat tertentu untuk menentukan pencen Ilat ini. Kita mempunyai doktor-doktor pakar yang telah dipilih ataupun diambil daripada Kementerian Kesihatan dan di bawah SOCSO sendiri kita mempunyai lima orang doktor yang bertanggungjawab bagi melihat urusan-urusan bagi pembayaran pecen ilat ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita tidak mahu mengeluarkan terlalu banyak wang kerana membayar faedah kepada pekerja-pekerja yang ditimpa kemalangan termasuklah pesakit di tempat kerja sebab itulah banyak agensi di bawah kementerian termasuklah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja menjalankan pelbagai aktiviti untuk memberikan kesedaran kepada pekerja-pekerja bersama dengan agensi-agensi lain supaya pekerja kita tidak terlibat dalam kemalangan. Mereka tidak ditimpa penyakit dalam masa bekerja dan juga mereka tidak ditimpa penyakit-penyakit di tempat kerja yang boleh merugikan mereka dan juga boleh merugikan tenaga kerja dalam kementerian.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Antara usaha yang dibuat oleh kementerian ialah kita telah menubuhkan satu pusat pemulihan, rehab centre di Melaka. Pusat ini adalah antara salah satu pusat yang terawal di Asia ini, telah ditubuhkan pada tahun 2012 sehingga sekarang. Kita telah memulihkan bilangan terkumpul kes yang telah kembali bekerja sejak tahun 2007 hingga tahun 2017 Tuan Yang di-Pertua ialah 17,368 orang.

Kalau usaha ini tidak dibuat mungkin pekerja ini akan habis begitu sahaja. Oleh sebab itulah kita ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan. Pusat ini telah pun dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini. Program ini kita panggil Return to Work, maknanya kita berjumpa dengan pesakit-pesakit yang ditimpa seperti mana Yang Berhormat sebutkan dan kita dapat mengelakkan mereka mendapat pencen ilat, bukan kerana kita tidak bayar, tetapi kita sayangkan mereka ini kerana mereka pekerja yang berkemahiran. Mereka pekerja yang cukup berpengalaman.

Jadi kita letakkan di bawah skim Return to Work maknanya pekerja ini dipulihkan dan dikembalikan ke tempat kerja masing-masing, mungkin tidak ke tempat kerja lama, tetapi kembali bekerja untuk menyara hidup dan membantu membangunkan negara kita.

Saya hendak sebut sedikit tahun 2017, 17 orang rawatan dipulihkan, Tahun 2015, 358 orang bilangan pekerja yang sakit ini dirawat. Tahun 2016, 824 orang. Tahun 2017, 770 orang. Maknanya kita akan sedaya upaya kembalikan semula pekerja-pekerja yang ditimpa kemalangan dan sakit ini untuk bekerja dalam pasaran pekerjaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

[Bangun]

final • 10:20 AM

Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kedua hendak ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang akan menerima PhD tidak lama lagi. Tahniah...

final • 10:20 AM

[Dewan tepuk]

Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit

Soalan tambahan saya ialah, sejauh manakah kementerian memantau pihak majikan yang gagal menyediakan polisi kesihatan yang asas termasuk mewajibkan saringan kesihatan secara menyeluruh buat pekerja sekurang-kurangnya setahun sekali.

Apakah tindakan yang dikenakan kepada majikan yang gagal menyediakan polisi kesihatan asas tersebut kepada pekerja mereka. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Parit di atas keprihatinan. Sebenarnya sudah terima Yang Berhormat Parit, minggu lepas. Terima kasih banyak.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya banyak usaha dibuat oleh kerajaan kerana kita hendak kalau boleh, duit sumbangan oleh majikan dan pekerja kepada SOCSO ini diberikan faedah kebajikan kepada pekerja kita. Bukan kerana kita hendak bayar, kerana mereka kemalangan jalan raya, kemalangan di tempat kerja dan sebagainya, hilang tangan, hilang kaki dan sebagainya. Ini adalah satu kerugian bukan sahaja kepada mereka, kepada keluarga bahkan kepada negara.

Oleh sebab itulah, antara program-program lain yang dibuat oleh kementerian di bawah SOCSO ini ialah Program Saringan Kesihatan disediakan kepada pencarum berumur lebih 40 tahun, lelaki dan wanita kita sediakan program ini. Kita minta majikan menggalakkan pekerja-pekerja mereka supaya membuat saringan melalui doktor-doktor ataupun klinik dan hospital panel yang telah dilantik oleh kementerian untuk mengesan lebih awal pesakit atau penyakit pekerja-pekerja ini.

Kita sebenarnya tidaklah memaksa secara ini, cuma kita hendak melihat kerana sambutan kepada pemeriksaan perubatan ini agak perlahan dan sederhana. Jadi kita hendak pastikan supaya apakah langkah-langkah yang perlu lebih drastik yang boleh kita ambil dan kita akan dapat membantu pekerja-pekerja ini mendapat rawatan kesihatan lebih awal dan mengesan penyakit lebih awal daripada sepatutnya.

Tuan Yang di-Pertua, di antara tindakan kita ialah yang pertamanya, kita hendak semua majikan yang saya sebutkan tadi yang sudah berdaftar begitu ramai, contribute ataupun aktif kepada tanggungjawab mereka, sosial ini kepada pekerja-pekerja mereka.

Oleh sebab itulah andai kata ada majikan yang tidak mencarum pekerja mereka kepada SOCSO, di bawah seksyen 94, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4] ini, hukuman bagi mungkir bayar caruman, majikan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Maknanya kita tidak bertolak ansur dan kita hendak memastikan supaya kita membela pekerja kerana pekerja menyumbang kepada pembangunan dan ekonomi negara kita.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

3. Dato' Sri Hasan Arifin [Rompin] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, Malaysia menuju ke arah peratus golongan orang tua yang semakin meningkat. Apakah langkah-langkah proaktif serta tindakan yang perlu diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah yang akan diambil nanti.

Misalnya, berapakah pusat aktiviti warga emas yang telah dibina di Malaysia. Adakah kerajaan bercadang untuk membina satu Parlimen satu pusat aktiviti warga emas.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rompin, ‘satu tetap satu’...

final • 10:20 AM

[Dewan ketawa]

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Tuan Yang di-Pertua, berasaskan unjuran yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, negara kita dijangka mencapai status negara tua pada tahun 2030. Dengan jumlah warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas, seramai 5.08 juta orang ataupun 15.3 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Pelbagai langkah proaktif yang telah dan sedang diambil oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama-sama dengan kementerian dan agensi lain dalam persediaan untuk mengoptimumkan potensi diri warga emas melalui penuaan yang sihat, positif, aktif dan produktif bagi meningkatkan kesihatan hidup dan terus menyumbang kepada pembangunan negara selaras dengan komitmen Malaysia di arena antarabangsa.

Antara inisiatif utama yang telah diambil oleh kerajaan adalah seperti berikut.

Pertamanya kita telah mengkaji pelan tindakan untuk warga emas agar kekal relevan dan selaras dengan perubahan semasa. Kementerian sudah mengambil inisiatif untuk mengkaji semula dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas dan Dasar Warga Tua Negara 1995 kini diganti dengan Dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara 2011 hingga 2020, yang terdiri daripada enam teras strategi. Pelaksanaan dan dasar pelan tindakan ini di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah adalah dipantau oleh Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Kedua, kita juga mengadakan promosi dan advokasi. Dalam usaha ini kita telah, sedang dan akan laksanakan oleh kementerian bersama dengan kementerian dan agensi lain dalam meningkatkan kesedaran semua lapisan masyarakat terhadap isu penuaan.

Ketiga, bagi memperkasakan program berasaskan komuniti, kita sedar bahawa kos tanggungan kerajaan untuk menjaga sosial dan kesihatan akan semakin meningkat.

Maka dengan itu, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan pelbagai program dan perkhidmatan yang berasaskan komuniti, community based programme, dengan izin. Bagi menggalakkan pemegang taruh ataupun stakeholders seperti pertubuhan bukan kerajaan, komuniti dan keluarga untuk berkongsi tanggungjawab dalam penjagaan kesejahteraan warga emas, program yang telah kita laksanakan ialah melibatkan termasuklah penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Program Pengangkutan Unit Penyayang Warga Emas (APWE) dan Program Home Help Services. Sehingga 30 September 2017, terdapat 53 buah PAWE yang sedang beroperasi dan dijangkakan bilangan ini akan ditambahkan ke 59 buah pada akhir tahun 2017 ini. Kementerian juga sedang berusaha untuk memperbanyakkan lagi bilangan PAWE dengan hasrat sekurang-kurangnya satu PAWE, satu Parlimen, insya-Allah. Terdapat juga persatuan kelab warga emas aktif di bawah klinik kesihatan di setiap negeri yang menyediakan ruang untuk warga emas untuk berinteraksi. Setakat ini makluman kami, 233 buah klinik kesihatan telah pun menyediakan kelab untuk warga emas berinteraksi ini.

Keempat, untuk penjagaan institusi dan bantuan. Kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menawarkan perkhidmatan sosial yang berbentuk kebajikan dan kewangan seperti Bantuan Orang Tua (BOT) yang juga telah kita tingkatkan kepada RM350 bermula pada tahun hadapan dan penjagaan warga emas di institusi kita seperti di Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan. Untuk memastikan warga emas kita terus aktif, kita juga melihat kepada pembelajaran sepanjang hayat bagi menggalakkan mereka kekal aktif dan produktif. Di sinilah di bawah Institusi Penyelidikan Penuaan Malaysia di UPM mulai pada tahun 2008 telah diwujudkan University of the Third Age.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Untuk keselamatan dan perlindungan di bawah Jabatan Perdana Menteri, Jemaah Menteri pada 28 Oktober 2016 telah bersetuju untuk menubuhkan satu Badan Induk Penyelarasan Dasar dan Pelaksanaan Program Perlindungan Sosial Secara Bersepadu.

Ketujuhnya, telah mewujudkan satu lagi program iaitu Beautiful Life for Seniors

(BLFS). Inisiatif ini adalah satu inisiatif National-Blue Ocean Strategy. Antara projek yang dilaksanakan yang terlibat termasuklah menyediakan portal dan penerbitan untuk BLFS.

Portal tersebut telah dilancarkan pada 1 Oktober 2017 oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Portal ini menyediakan antara lain maklumat komprehensif seperti kemudahan dan peluang yang disediakan, dasar dan kajian, diskaun tambang pengangkutan serta juga peluang pekerjaan kepada warga emas.

Selain itu, inisiatif lain termasuklah juga penyediaan infrastruktur dan kemudahan mesra warga emas yang menepati reka bentuk sejagat, menggalakkan amalan hidup aktif dan pemakanan yang sihat serta memperkasakan perundangan dalam meningkatkan kualiti penjagaan warga emas. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

Apakah keputusan atau matlamat yang telah dicapai oleh kementerian dalam melaksanakan Dasar Warga Emas Negara dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara?

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan tersebut. Di bawah Pelan Tindakan Warga Emas Negara dan Dasar Warga Emas Negara, kita ada enam strategi.

Pertamanya, promosi dan advokasi. Program ini terus berjalan dengan kerjasama kementerian yang lain untuk kita mempromosikan tentang penuaan ini, penuaan yang di mana warga emas kita terus aktif dan bagaimana kita membangunkan keupayaan mereka, capacity building melalui latihan dan kemahiran mengenai warga emas di kalangan pelaksana dasar iaitu di kalangan pegawai-pegawai kerajaan, di kalangan NGO dan juga individu dan komuniti setempat.

final • 10:30 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Keduanya ialah pembelajaran sepanjang hayat. Seperti mana yang telah saya sebutkan dalam jawapan tadi, kita juga bersama-sama dengan UPM telah menubuhkan ataupun mewujudkan University of the Third Age. Ini sedang berjalan dan bila-bila masa ada warga emas kita, pesara kita ingin melanjutkan pelajaran mereka, maka ada program-program yang disediakan di sana.

Ketiganya ialah keselamatan dan perlindungan. Kita tahu bahawa warga emas berhak mendapatkan keselamatan dan perlindungan dalam semua aspek tanpa mengira latar belakang mereka, maka akses warga emas kepada keperluan asas, keselamatan sosial dan perlindungan ini juga diteruskan melalui kerjasama pelbagai agensi dan kementerian dalam negara kita.

Keempat ialah tadbir urus dan perkongsian tanggungjawab. Ini juga ialah kita mendapatkan kerjasama dari pelbagai pihak juga untuk akauntabiliti dalam pengurusan dan kewangan menjadi teras kepada penyampaian perkhidmatan dan kemudahan untuk meningkatkan faedah secara langsung kepada warga emas kita. Strategi ini berasakan output dan prestasi yang dilaksanakan melalui pelaksanaan sistem piawaian di mana kerajaan bertindak sebagai agensi pemantau dan bukannya penyedia perkhidmatan.

Strategi ini memerlukan jalinan kerjasama efektif antara semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam pembentukan program dan juga aktiviti serta penyediaan kemudahan dan perkhidmatan. Ini adalah jalinan kerjasama yang melibatkan pihak kerajaan, swasta dan juga pertubuhan bukan kerajaan.

Kelima ialah penglibatan dan kesepaduan antara generasi. Kita juga perlu memberikan kesedaran kepada semua pihak iaitu warga emas bersama-sama dengan orang muda, anak-anak muda juga- pengukuhan hubungan dan perpaduan dalam kalangan warga emas dan antara pelbagai generasi ini perlu kita pupuk. Ini pun memang sudah kita laksanakan. Itu sebabnya di peringkat kementerian bila kita mengadakan Hari Warga Emas, kita tidak lagi untuk warga emas sahaja tetapi kita libatkan semua pihak termasuklah kanak-kanak sekali.

Keenamnya, ialah penyelidikan dan pembangunan. Kita percaya bahawa apa juga dasar yang kita laksanakan, apa juga program yang kita laksanakan itu mestilah relevan dan selaras dengan keadaan semasa. Oleh kerana itulah penyelidikan dan pembangunan ini terus kita adakan bersama-sama dengan universiti-universiti tempatan.

Ini juga berterusan kita laksanakan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dalam satu forum pasca Belanjawan 2018 baru-baru ini, salah seorang ahli panel iaitu Pengurus Besar EPF, Economic and Capital Market telah menyatakan bahawa, Malaysia hanya mengambil masa antara 25 tahun hingga 30 tahun untuk menjadi negara tua iaitu antara yang terpantas di dunia. Pada ketika itu, menurut ahli panel ini lebih 15 peratus penduduk Malaysia akan berusia 65 tahun dan ke atas berbanding hanya lapan peratus pada ketika ini. Panel juga menyatakan bahawa peruntukan sektor kesihatan akan terus meningkat sejajar dengan pertumbuhan penduduk yang lebih tua. Fenomena ini Tuan Yang di-Pertua akan menuntut kerajaan terpaksa berbelanja lebih besar dalam tempoh 30 tahun yang membabitkan pembinaan bukan sahaja hospital, tetapi juga bantuan sara hidup bagi menampung golongan tua negara.

Persoalan saya ialah apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani warga tua ini bukan sahaja dalam usaha membina banyak hospital, tetapi apakah kerajaan telah bersedia dengan inisiatif untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tetapi pada masa yang sama affordable kepada mereka.

Kedua, apakah inisiatif untuk memastikan ada usaha yang lebih awal untuk melakukan primary care bagi menangani masalah noncommunicable diseases (NCDs) yang menyebabkan sekiranya lewat ditangani, kos perubatan ini akan jauh lagi tinggi dan besar berbanding dengan usaha yang lebih awal diambil pada ketika ini. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri dapat membantu untuk memberikan penjelasan bagaimana fenomena ini dapat ditangani daripada sekarang supaya tidak memberi tekanan kepada kerajaan dan juga warga tua dalam menghadapi suasana ini. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih Yang Berhormat Gombak yang begitu prihatin kepada fenomena penuaan ini. Memang sesungguhnya betul bahawa dijangkakan pada 2030, negara Malaysia akan menjadi sebuah negara yang menua dengan 15.3 peratus penduduknya merupakan mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

final • 10:30 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Untuk itu, kerajaan sebenarnya setakat ini telah pun melakukan banyak antara lain kalau kementerian kami telah saya sebutkan tadi, kita ada Dasar Warga Emas dan kita ada pelan tindakan yang melibatkan pelbagai agensi dalam negara kita dan kementerian-kementerian, termasuklah Kementerian Kesihatan yang akan melihat kepada aspek kesihatan warga emas kita.

Setakat ini kalau kita lihat dalam kerajaan kita, perbelanjaan untuk kesihatan hanyalah seolah-olah percuma sahaja untuk warga emas dan semua kita RM1 sahaja untuk pergi ke hospital. Jadi, ini adalah sesuatu yang tidak akan menjadi satu permasalahan sangat kepada warga emas kita. Untuk penjagaan pula, baru-baru ini telah pun dibawa kepada Parlimen ini satu lagi rang undang-undang yang baru untuk penjagaan warga emas di bawah Kementerian Kesihatan. Masih lagi di peringkat perbahasan, belum lagi diluluskan. Ini adalah satu usaha lagi untuk penjagaan warga emas.

Di samping itu juga, di kementerian kita untuk penjagaan warga emas, kita memang sudah pun menyediakan Rumah Seri Kenangan dan juga Rumah Ehsan untuk warga emas kita. Saya ingin juga menyebut di sini bahawa daripada segi persiapan kerajaan kalau untuk pegawai-pegawai kerajaan, mereka yang bekerja di sektor awam kita lihat bahawa minimum pencen yang disediakan oleh kerajaan bagi Bajet 2016 telah meningkat kepada RM950 sebulan yang melibatkan 50,000 pesara. Ini minimum pencen.

Dalam Bajet 2018, Yang Amat Berhormat Pekan juga telah menyebutkan bahawa pencen minimum ini dinaikkan kepada RM1,000 sebulan.

final • 10:30 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Jadi, ada persiapan awal yang dibuat oleh kerajaan bagi memastikan mereka yang menjadi warga emas itu tidaklah terkontang-kontang nanti. Selain daripada itu, kerajaan juga melalui Program Simpanan KWSP di bawah Bajet 2016, KWSP telah dikekalkan carumannya kepada 11 peratus dan pada Bajet 2016 ini meningkatkan lagi sumbangan majikan kepada 15 peratus. Jadi, ini bagi memastikan sekurang-kurangnya ada RM250 setahun kepada pekerja kita. Ini adalah usaha-usaha yang awal selain daripada usaha-usaha yang lain yang kita laksanakan di kementerian, ya Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

4. Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, jenis-jenis projek dan jumlah peruntukan yang telah disalurkan ke kawasan kampung sekitar Kota Kinabalu, Putatan dan Sepanggar seperti kemudahan asas dan bantuan perumahan dan kewangan kepada golongan miskin.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat pagi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Kinabalu yang bertanya.

Untuk makluman Yang Berhormat Kota Kinabalu, bagi tahun 2017, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM13.16 juta untuk pelaksanaan program projek pembangunan di Daerah Kota Kinabalu, Putatan dan Sepanggar, Sabah yang meliputi Projek Jalan Kampung (PJK), Program Ameniti Sosial (PAMS) dan Program Rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk bina baru dan baik pulih. Daripada jumlah tersebut RM5.7 juta adalah bagi Daerah Kota Kinabalu, RM3.649 juta bagi Daerah Putatan dan RM3.81 juta bagi Daerah Sepanggar. Manakala bagi tahun 2018, perincian program ataupun projek bagi peruntukan yang diterima masih belum diperincikan mengikut Parlimen dan senarai yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri ke atas jawapan. Rasanya macam tidak cukup jawapannya. Jangan marah Yang Berhormat Menteri.

Merujuk kepada Projek Bekalan Air Luar Bandar Pulau Gaya, yang bernilai RM90 juta dalam Laporan PAC baru-baru ini, adakah projek tersebut dianggap selesai?

Walaupun penduduk kampung-kampung di Pulau Gaya masih tidak mempunyai paip air bermeter. Bagaimana RM93 juta ini digunakan dengan jelas? Apakah tindakan lanjutan Kerajaan Persekutuan untuk pastikan kemudahan air paip bermeter dapat disalurkan kepada 2,441 rumah dengan penduduk 15,000 orang...

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Ini kerana itulah tujuan yang utama untuk projek RM93 juta, Yang Berhormat Menteri. Bolehkah kementerian tolong membaiki kebanyakan jambatan atau laluan yang digunakan oleh penduduk di Pulau Gaya dan Kampung Lubak, Sepanggar. Penduduk terpaksa membaiki jambatan ini dengan papan terpakai atau batang pokok kelapa buat sementara waktu. Saya kesian kepada banyak kanak-kanak yang selalu jatuh di bawah laut...

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Itu sudah. Itu kawasan saya.

final • 10:40 AM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Harap Yang Berhormat Menteri boleh tolonglah, dan apa rancangan projek yang ada untuk kawasan-kawasan tersebut dalam Rancangan Malaysia Kesebelas? Sekian, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri, isu air di Pulau Gaya, Yang Berhormat Menteri sudah gulung baru-baru ini, panjang lebar dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa. Jawapannya sama. Tidak payah diulang lagilah.

final • 10:40 AM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua. Ini mana boleh? Itu projek belum siap. Hand over, cannot- how come?

final • 10:40 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ini salah ini. Tidak betul ini.

final • 10:40 AM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

How come projek belum siap, kasi hand over like this? Ini nanti saya cakap tipu, marah lagi, betul kah? Tidak boleh. Projek belum siap, how come it is handed over to the State Government?

final • 10:40 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat, hormat Speaker sikit, mana boleh buat macam ini. Soalan ini. Apalah.

final • 10:40 AM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Ya. Look, this is illegal.

Projek belum siap, how can you hand over?

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kota Kinabalu.

final • 10:40 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ini bukan dialog.

final • 10:40 AM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Jadi, mesti kena jawab. Ini suara.

final • 10:40 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ini bukan dialoglah.

Duduklah. Apa ini.

final • 10:40 AM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Ini suara serius. Serius kah tidak?

final • 10:40 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tidak fahamlah. Kesian.

final • 10:40 AM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Projek RM93... [Pembesar suara dimatikan]

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat. Ya. Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Kota Kinabalu, sila duduk. Sila duduk. Ya, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ikut nasihat daripada Tuan Yang di-Pertua lah, yang berkaitan dengan isu bekalan air luar bandar.

Oleh sebab isu ini telah dibangkitkan, di persoalkan oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu tempoh hari semasa penggulungan di Peringkat Jawatankuasa juga dan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri sendiri adalah begitu tepat dan menyeluruh sekali. Kali ini mungkin tidak perlu saya ulang kan, bolehkah Tuan Yang di-Pertua? Oleh sebab Yang Berhormat Kota Kinabalu sendiri yang bertanya.

final • 10:40 AM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat, ini bukan sesi perbahasan. Ini Sesi Pertanyaan- pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

final • 10:40 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Oleh sebab ini suara tambahan. Akan tetapi sebenarnya Yang Berhormat, bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

(KKLW), projek ini telah siap pada September 2013 dan telah diserahkan kepada pihak berkuasa air negeri. Jadi, pengoperasian dan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri Sarawak sekarang. Itu separuh daripada jawapannya juga. Eh, Sabah, Kerajaan Negeri Sabah, maaf. Terima kasih. Oleh sebab keliru.

Jadi, untuk ditanya- menjawab soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu, mengenai dengan jambatan-jambatan dan laluan-laluan yang perlu dibaiki.

Jadi, pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sentiasa boleh menerima cadangan daripada mana-mana pihak, lebih-lebih lagi daripada pihak Kerajaan Negeri Sabah dan wakil rakyat. Lebih-lebih lagi wakil rakyat daripada Barisan Nasional, kita boleh terima bila-bila masa untuk disenaraikan projek-projek ini yang mungkin perlu kita bina semula ataupun diperbaiki.

Tuan Yang di-Pertua, yang ditanya juga tentang Rancangan Malaysia Kesebelas. Saya ada jawapan di sini, Tuan Yang di-Pertua. Biar saya bagilah kepada Yang Berhormat Kota Kinabalu.

Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, terdapat lima Projek Bekalan Air Luar Bandar di Daerah Kota Kinabalu. Projek-projek tersebut adalah Projek Bekalan Air Luar Bandar, Sistem Retikulasi 2016, negeri Sabah zon satu. Daerah Kota Kinabalu bernilai RM2 juta. Status terkini projek ini adalah dalam proses reka bentuk. Ada juga Projek Bekalan Air Luar Bandar Kampung Moyog Atas dan kawasan sekitarnya, Penampang, Sabah bernilai RM48 juta. Status terkini projek ini adalah dalam proses reka bentuk.

Projek Bekalan Air Luar Bandar Kampung Kokol dan kawasan sekitarnya, Menggatal, Sabah bernilai RM37.5 juta. Status terkini projek ini adalah dalam proses reka bentuk juga.

final • 10:40 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Projek Bekalan Air Luar Bandar Kampung Poring-Poring dan kawasan sekitarnya Manggatal, Sabah bernilai RM48 juta. Status terkini projek ini adalah dalam proses reka bentuk. Projek Bekalan Air Luar Bandar Kampung Maang, Kampung Limbanak, Kampung Sugut dan sekitarnya, Sabah bernilai RM43.9 juta. Status terkini projek ini adalah dalam proses lantikan perunding.

Untuk Parlimen Sepanggar, bekalan air luar bandar, Projek Bekalan Air Luar Bandar Kampung Kokol dan sekitarnya Manggatal, Sabah dengan peruntukan berjumlah RM37.5 juta dan ini telah disebut untuk kampung Sepanggar. Projek Jalan Kampung, pada tahun 2016, terdapat dua Projek Jalan Kampung di Sepanggar iaitu dan kerja-kerja membina jalan konkrit di Kampung Bambangan berjumlah RM200,000. Begitu juga kerja- kerja membina jalan konkrit di Kampung Togong berjumlah RM200,000. Jalan Luar Bandar (JALB), projek jambatan di Jalan Mawila Dua dengan peruntukan berjumlah RM13.5 juta. Skop projek ini adalah membaik pulih jambatan konkrit sedia ada sepanjang 43 meter. Status terkini projek ini adalah di peringkat perolehan.

Kawasan Parlimen Putatan, Bekalan Air Luar Bandar- ini yang Pulau Gaya tadilah. Memang saya sudah ada. Jalan Luar Bandar, Projek Jalan Kampung Padang Tengah, Petagas, Sabah dengan kos RM10 juta. Skop projek adalah membina jalan sepanjang 1.5 kilometer dengan lebar jalan berturap enam meter. Status terkini projek adalah di peringkat perolehan dan projek Jalan Dewan Raya Putatan, Sabah dengan kos berjumlah RM6 juta. Skop projek adalah membina jalan sepanjang 1.5 kilometer dengan spesifikasi R2 dan status terkini projek adalah di peringkat reka bentuk. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Dato’ Sri ‘Dr.’ Yang di-Pertua. Walaupun ‘Dr.’ coming lah, coming. Terima kasih juga kepada pihak kementerian kerana memberikan penjelasan kepada permasalahan di tiga buah kawasan Parlimen di Putatan, Kota Kinabalu, Sepanggar, Penampang dan sebagainya.

Ini rakyat mendengar Tuan Yang di-Pertua bahawa Kerajaan Barisan Nasional begitu prihatin kepada rakyat*...

[Tepuk]*

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Akan tetapi bukan semata-mata kita ini perfect. Ada juga permasalahan. Ini rakyat faham. Masalah Tuan Yang di-Pertua di Pulau Gaya itu adalah masalah teknikal.

Walaupun paling banyak peruntukan diberikan kepada kawasan Putatan, paling banyaklah, terima kasih kepada kerajaan. Paling banyak daripada KKLW, daripada kementerian dulu pun banyak.

Jadi masalahnya masalah teknikal tetapi saya menjemput pihak kementerian melawat sama-sama juga apabila PAC melawat kawasan itu, baik jugalah pihak Menteri sendiri melawat kawasan yang diheboh-hebohkan oleh pihak di sana itu... [Merujuk kepada blok pembangkang] Dia tidak tahu, dia ambil- dia tidak pernah pun pergi turun ke Pulau Gaya. Dia soal. Saya turun almost every week. Dia tidak duduk di pejabat dia...

final • 10:50 AM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

[Bangun]

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Dia masuk pergi ke Keningau.

Dia pergi Batu Sumpah, balik-balik entah apa dia sumpah.

final • 10:50 AM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Ini bohong. Saya turun Pulau Gaya banyak kali...

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sibuk ini.

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

...Akan tetapi saya terima kasihlah kerana membawa perkara ini sampai Dewan Rakyat.

final • 10:50 AM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Walaupun Menteri dapat berjuta-juta.

final • 10:50 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Kota Kinabalu jangan ambil gambar.

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Akan tetapi masalahnya, ada saya mohon kepada pihak ...

final • 10:50 AM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Sibuk dengan kawasan orang.

final • 10:50 AM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Ini jangan cakap bohong...

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

...Pengundi dia bukan mahu mengundi dia.

final • 10:50 AM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Ini rakyat Sabah. Ini rakyat Sabah. Bukan saya tidak mahu...

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Saya tanya dia kalau pernah pergi ke Pulau Gaya, siapa nama ketua kampung dia? Siapa nama JKKK dia?

final • 10:50 AM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Saya tidak tahu ketua kampung. Saya tahu siapa saya punya ketua kampunglah...

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat, okeylah. Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Putatan, sila duduk Yang Berhormat. Sila duduk, sila duduk...

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya sengaja biarkan supaya orang di kawasan Sepanggar, orang di kawasan Putatan...

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tuan Yang di-Pertua, masalah ini DAP selalu mahu tunjuklah dia baik, dia hebat, dia hero.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Bintulu pun, orang Bintulu pun dengar apa yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat masing-masing. Okey sila.

final • 10:50 AM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Tuan Yang di-Pertua, boleh satu soalan?

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cukuplah Yang Berhormat. Panjang sudah Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Soalan tambahan. Saya mahu cakap. Itu belum soalan.

final • 10:50 AM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Sepanggar pun mahu.

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Ada soalan tambahan. Saya mohonlah jika boleh atau tidak- ini soalan, pihak Menteri turun kawasan Putatan dan melihat rumah-rumah di tepi sungai, apakah cadangan kepada pihak kementerian untuk membuat satu perumahan? Hal ini kerana sungai-sungai itu akan diperbesarkan, diperluaskan, diperdalam tetapi banyak yang setinggan-setinggan. Apakah cadangan kajian pihak kementerian untuk membantu masyarakat di sini di Putatan?

final • 10:50 AM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Tuan Yang di-Pertua, boleh satu ini?

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila, sila.

final • 10:50 AM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Yang Berhormat Sepanggar, soalan.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Sepanggar, ini Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan. Bukan perbahasan, Yang Berhormat. Perbahasan boleh minta pencerahan beberapa kali pun, Yang Berhormat. Sila, sila.

final • 10:50 AM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Sepanggar terlibat, Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ya Menteri sila jawab.

final • 10:50 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sepanggar kerana membantu memperjelaskan isu-isu dan juga merupakan cadangan-cadangan yang begitu baik bagi membantu Kementerian Kemajuan Luar Bandar untuk lebih efisien dan lebih menepati kehendak rakyat. Jadi ditanya tadi boleh atau tidak Menteri? Memang, sesungguhnya Menteri bila-bila masa boleh turun padang dan Menteri pun selalu turun padang ke Sabah, Sarawak dan di seluruh Semenanjung ini. Kita juga ada jawatankuasa penyelaras di peringkat atasan antara ...

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Tuan Yang di-Pertua, dia salah tempat itu. Dia lawat dia pergi Sepanggar tetapi dia Putatan pun belum lawat lagi.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ya.

final • 10:50 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Okey. Kita akan sampaikanlah pesan kepada Yang Berhormat Menteri. Jadi kalau tidak Menteri pun, memang pegawai-pegawai daripada kementerian yang berkenaan sendiri sentiasa turun padang ke semua kawasan di mana-mana sahaja di seluruh negara kita. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Boleh satu soalan?

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ringkas sahaja.

final • 10:50 AM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, tadi Menteri menyebut bahawa Parlimen Kota Kinabalu diberikan lebih RM5 juta jalan-jalan kampung. Sepanggar RM3 juta.

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, Kota Kinabalu ini hanya ada dua buah kampung sahaja iaitu Kepungit dan Pulau Gaya. Jadi macam mana peruntukan yang besar itu diberikan? Setahu saya, peruntukan yang dikeluarkan oleh kementerian yang terbaru, yang terkini, RM2.1 juta tetapi dilaksanakan di kawasan Parlimen Sepanggar. Ini harus dibetulkan kerana kadang-kadang kita tidak menyalahkan Menteri menolong kawan-kawan tetapi kuota untuk pembangunan Sepanggar sudah pun diambil oleh Kota Kinabalu. Dua kampung sahaja yang ada di KK ini. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Kota Kinabalu rajin kerjalah.

Itulah dapat duit yang banyak sedikit...

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Akan tetapi saya ucap terima kasih kepada Menteri apa yang...

final • 10:50 AM

Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar

Apa yang kamu buat? Kacau orang punya kawasan sahaja.

final • 10:50 AM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Saya ada buat. Saya ucap berbanyak-banyak terima kasih kepada Menteri ke atas juta-jutaan. Hanya saya minta Menteri, penting juta-juta ini ...

final • 10:50 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

...Check telinga...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat, saya ada di sini Yang Berhormat. Yang Berhormat, pandang Speaker Yang Berhormat. Sila ikut peraturan. Okey, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Dia macam tidak ada soalan tetapi tidak apa.

Apa yang kita dapat maklum balas daripada Yang Berhormat Sepanggar, kalau ada kesilapan kita perbetulkan fakta ini. Kalau benar peruntukan ini yang mungkin lebih kepada Sepanggar. Akan tetapi, kita memang menumpukan kepada kawasan luar bandar. Kota Kinabalu kalau ada dua buah kampung sahaja, kita biarlah apa keperluan dua buah kampung itu kita penuhi untuk rakyat. Akan tetapi Sepanggar yang lebih kepada kawasan luar bandar untuk masa depan, biarlah kita terima lebih banyak cadangan daripada Yang Berhormat Sepanggar. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

5. Datuk Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apakah dasar kerajaan untuk memerangi dadah setelah kegagalan sasaran ‘Malaysia Bebas Dadah 2015’ gagal, dan apakah perlu dilakukan, dan adakah agenda menghapus dadah dimasukkan dalam TN50.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Masir Kujat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Dadah merupakan antara musuh utama negara dan ancaman keselamatan yang memerlukan usaha-usaha pembanterasan secara berterusan.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Masir Kujat

Kerajaan memandang serius isu ini dan ia dizahirkan oleh kerajaan menerusi Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 10 Mac 2017 dengan meluluskan Dasar Dadah Negara sebagai sumber rujukan dan panduan utama dalam usaha memerangi dadah di seluruh negara. Dasar ini yang mempunyai lima teras utama iaitu pencegahan, rawatan dan pemulihan, penguatkuasaan, kerjasama antarabangsa dan juga pengurangan kemudaratan.

KDN melalui agensi AADK telah merangka Pelan Strategik Pelaksanaan Dasar Dadah Negara bagi memastikan ia dilaksanakan secara komprehensif untuk semua agensi yang terlibat sama ada kerajaan mahupun badan bukan kerajaan seperti NGO di peringkat kebangsaan, negeri dan juga daerah.

Di samping itu, pelan komunikasi bagi Dasar Dadah Negara juga telah disediakan agar semua pihak yang terlibat memahami dengan jelas peranan, fungsi dan tanggungjawab masing-masing. Maklumat mengenai Dasar Dadah Negara boleh didapati di media elektronik, media cetak dan juga media sosial.

KDN akan memastikan AADK mengadakan penilaian berterusan penilaian awal- assessment, penilaian keperluan- need assessment, dan penilaian impak- evaluation, yang dilaksanakan sebelum dan selepas sesuatu program dijalankan.

Laporan penilaian mengenai keperluan hasil proses kos dan juga kepuasan pelanggan termasuk sosio penilaian adalah dilaporkan kepada jentera penyelarasan pelaksanaan dasar membanteras dadah negara seperti yang diwujudkan melalui Arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri No. 1, Tahun 2004.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Masir Kujat

Mengambil kira cabaran yang lebih besar pada masa hadapan, agenda memerangi dadah merupakan salah satu aspirasi dalam Transformasi Nasional 2050

(TN50) bagi mewujudkan persekitaran hidup yang lebih selamat dan terjamin. Dapatan awal kajian empirikal kajian TN50 Kluster Keselamatan yang telah dijalankan oleh KDN mendapati bahawa empat peratus daripada 5,000 lebih orang responden mengatakan hasrat agar masyarakat bebas dadah menjelang tahun 2050. Menyedari akan hakikat ini, AADK telah melaksanakan pelbagai inisiatif jangka pendek dan juga jangka panjang dalam mengurangkan jumlah penagih baru dan juga penagih berulang di Malaysia.

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, yang telah memberikan jawapan dan keprihatinan kerajaan dengan penagih- penagih dadah ini. Saya ingin menyuarakan kebimbangan diri saya mengenai senario terdapat pelajar-pelajar sekolah luar bandar yang didapati positif dadah dalam ujian saringan air kencing.

Soalan saya, apakah usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk bersama- sama dengan NGO-NGO seperti PEMADAM, PENGASIH dan lain-lain NGO dalam langkah untuk membanteras dan pencegahan kepada generasi muda dan generasi TN50 akan datang? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Masir Kujat

Terima kasih, Yang Berhormat, ke atas soalan tambahan.

Yang sudah pasti KDN melalui agensi AADK juga bekerjasama dengan semua NGO- NGO seperti PEMADAM, PENGASIH dan lain-lain agensi atau NGO seperti Drug Free Youth Associations, Yayasan Salam, PENDAMAI dan juga KOMITED Malaysia akan sentiasa mengadakan program seperti kempen pendidikan yang melibatkan keluarga, sekolah, komuniti dan juga di tempat kerja. Sudah pasti kempen secara besaran ini dapat membantu serba sedikit mengenai pengedaran dadah, bahaya dadah dan sebagainya.

Selain daripada itu juga, kita telah membuat ataupun mengesyorkan pendayaupayaan komuniti- community empowerment. Melalui program ini, komuniti- komuniti juga akan diberi ceramah, kempen kesedaran supaya mereka lebih faham dan lebih arif mengenai masalah di komuniti terutama sekali yang melibatkan dadah-dadah yang pada saat ini melibatkan remaja dan juga pelajar sekolah.

Ketiga, yang saya boleh sebutkan di sini, ialah mengenai program modul iaitu memperkenalkan Modul Integrasi di peringkat sekolah dan juga institusi pengajian tinggi supaya modul ini dapat diterapkan untuk kegunaan kempen di peringkat sekolah dan juga institusi pengajian tinggi. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Timbalan Menteri. Saya bersetuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Sibuti tadi, terutama yang melibatkan penagihan dadah di kalangan pelajar-pelajar sekolah kerana mereka ini merupakan orang yang akan mewarisi kepimpinan negara yang berada di negara ini. Ini kerana menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, bagaimana terdapat 420 buah sekolah yang mempunyai risiko yang tinggi terhadap ancaman masalah dadah ini.

Persoalan saya ialah kita selalu bincang bagaimana untuk nak mengatasi berkenaan dengan penagih dadah dan nak mengubat orang yang terlibat dengan dadah.

Macam mana dengan keadaan pengedar-pengedar yang berleluasa kita tengok? Saya difahamkan kerana Polis Diraja Malaysia kita ini hebat, dia mempunyai rating yang tinggilah kalau dalam konteks Interpol untuk menangkap penjenayah-penjenayah, tetapi kenapa dalam soal berkenaan dengan masalah pengedar dadah ini kita lihat agak kurang memuaskan, pada kita? Persoalan saya ialah setakat hari ini, berapa tangkapan terhadap pengedar dadah dan nilaian dadah yang ditangkap untuk tahun 2017 sahaja?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Dato' Masir Kujat

Yang Berhormat Bukit Gantang, saya tak ada figure untuk tahun ini tetapi kalau Yang Berhormat dah pasti dua tiga hari ini, Yang amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengumumkan seramai 68 kingpin atau raja dadah telah pun ditangkap dan juga melibatkan penangkapan dari tahun 2014 sehingga tahun ini, seramai lebih 700,000 orang yang kena tangkap yang melibatkan penyalahgunaan dadah seperti yang disiarkan dalam surat khabar baru-baru ini.

final • 11:00 AM

Dato' Masir Kujat

Jadi, maklumat untuk tahun ini, saya akan bagi secara bertulis kerana ia spesifik dan secara kebetulan saya tidak ada figure tetapi memadailah kalau saya sebut tadi kita memang dah bertungkus-lumus untuk menghentikan atau menangkap mereka yang terlibat terutama sekali pihak polis. Sebagai pihak KDN, saya mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada pihak polis kerana telah berjaya, seperti yang saya katakan, menangkap seramai lebih 700,000 orang yang terlibat dalam salah guna dadah dan juga raja-raja dadah baru-baru ini telah pun ditangkap melalui kumpulan-kumpulan seperti STING, dan sebagainya. Terima kasih.

final • 11:00 AM

6. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:

(a) apakah langkah jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang diambil atau yang dicadangkan bagi mengatasi isu gelandangan di Bandaraya Kuala Lumpur yang masih berlarutan; dan

(b) nyatakan laporan keberkesanan Pusat Transit Gelandangan dalam membantu gelandangan di Kuala Lumpur.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai.

Tuan Yang di-Pertua, pendekatan yang diambil bagi menangani isu gelandangan adalah seperti berikut; Pertamanya adalah operasi menyelamat. Buat masa kini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendaftarkan golongan gelandangan melalui dua inisiatif iaitu operasi menyelamat orang papa yang merupakan sebahagian daripada golongan gelandangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat berdasarkan peruntukan Akta Orang Papa 1977 dan penubuhan Anjung Singgah.

Usaha menyelamatkan golongan papa terdiri daripada operasi yang diadakan akan disusuli dengan bantuan berbentuk khidmat sokongan seperti penempatan di institusi pemulihan, latihan kerjaya dan kaunseling. Antara institusi kebajikan yang disediakan oleh kementerian ialah Rumah Seri Kenangan iaitu penjagaan dan perlindungan bagi gelandangan berumur 60 tahun ke atas dan tidak berwaris atau waris tidak dapat dihubungi. Gelandangan yang berumur di bawah 60 tahun akan ditempatkan di Desa Bina Diri untuk menjalani program pemulihan dan kemahiran. Mereka yang sihat dan mempunyai keupayaan dan kemahiran tertentu akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan sesuai dengan kemahiran mereka yang ada.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Anjung Singgah. Pendaftaran golongan gelandangan juga dilaksanakan oleh kementerian menerusi Anjung Singgah iaitu sebuah pusat sehenti intervensi yang dikendalikan oleh Yayasan Kebajikan Negara. Anjung Singgah menyediakan tempat penginapan sementara, makanan serta khidmat kaunseling dan bantuan kebajikan yang diperlukan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan.

Anjung Singgah yang ditubuhkan pada tahun 2011 di Kuala Lumpur telah diperluaskan perkhidmatannya ke Kuching, Sarawak; Johor baru, Johor; dan Perak pada 2017. Sejak mula beroperasi pada 9 April 2011 hingga September 2017, sejumlah 5,013 orang gelandangan secara sukarela yang ingin mengubah kehidupan mereka telah mendapatkan khidmat bantuan sosial di lima buah Anjung Singgah tersebut.

Sesi kaunseling secara individu dan kelompok juga telah dijalankan mengikut keperluan gelandangan tersebut. Sesi kaunseling dikendalikan oleh kaunselor bertauliah yang berdaftar di dalam Lembaga Kaunselor Malaysia.

Ketiga, Rumah Bimbingan Gelandangan. Melalui kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kerajaan telah menyediakan projek Rumah Bimbingan Gelandangan untuk membantu dan membimbing golongan gelandangan diintegrasikan semula ke dalam masyarakat. Berhubung perkara ini, YKN telah dilantik oleh Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menguruskan Rumah Bimbingan Gelandangan.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Keempat, sekretariat penyelarasan bagi menangani isu golongan gelandangan.

Selaras dengan keputusan Mesyuarat High Level Committee (HLC) Majlis Sosial, yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada 18 Februari 2016 yang lalu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah diberi tanggungjawab untuk menjadi peneraju serta menubuhkan satu badan penyelarasan sekretariat dalam menangani isu gelandangan secara holistik.

Kerjasama dan penglibatan pelbagai pihak yang berkepentingan seperti agensi- agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan akan digembleng melalui pendekatan Strategi Lautan Biru- Kebangsaan dalam menangani isu-isu ini. Terdapat lima focal point yang ditubuhkan di bawah sekretariat ini bagi menangani isu-isu berkaitan gelandangan iaitu:

(i) untuk perumahan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT);

(ii) untuk kebajikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat;

(iii) untuk pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia;

(iv) untuk Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia; dan

(v) untuk bukan warganegara, Kementerian Dalam Negeri

(KDN).

Selain itu, satu pelan tindakan bagi menangani isu golongan gelandangan yang terbahagi kepada lima sektor utama mengikut pembahagian focal point tersebut juga sedang dirangka dan dijangka akan diterbitkan dalam masa yang terdekat.

Bagi Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur pula, selain daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Wilayah Persekutuan telah menubuhkan Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur di Jalan Pahang, Kuala Lumpur dengan kapasiti 250 orang.

Penubuhan Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur ini telah mula beroperasi pada 10 Februari 2016 merupakan hasil daripada kerjasama strategik yang dijalinkan antara Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Malaysian Resources Corporation Berhad dan NGO. Kemasukan ke Pusat Transit Gelandangan adalah berkonsepkan low barrier. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengalu-alukan dan menyambut baik usaha Kementerian Wilayah Persekutuan kerana selain dapat mendaftarkan golongan gelandangan yang menggunakan kemudahan ini, inisiatif ini juga dapat memberi penyelesaian kepada isu- isu jangka panjang seperti perumahan dan pekerjaan kepada golongan gelandangan.

Semenjak mula beroperasi pada 10 Februari 2016 hingga September 2017, seramai 1,207 orang gelandangan telah pun mendaftar sebagai penghuni di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,207 orang telah keluar daripada pusat tersebut telah mendapat pekerjaan, dirujuk untuk intervensi lanjut institusi yang lain, pulang ke pangkuan keluarga dan juga lain-lain. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri yang menjawab.

Saya rujuk statistik DBKL yang menunjukkan jumlah gelandangan di Kuala Lumpur bertambah daripada 600 orang pada tahun 2014 kepada 2,000 menjelang setahun selepasnya dan dianggarkan akan naik lagi kepada 5,000 orang. Saya ambil maklum jawapan yang diberikan bahawa ada beberapa yang mendaftar di pusat transit dan mampu mencari peluang pekerjaan lainnya.

Akan tetapi mahu tidak mahu, kita harus ambil kira kalau kita soroti kembali sejarah isu kemiskinan ini antara sebab dibangkitkan oleh Profesor Dr. Fatimah Kari, di bawah kajian kemiskinan Universiti Malaya yang menyatakan penyebab utama wujudnya golongan gelandangan dan miskin bandar yang mendadak adalah potongan dan rasionalisasi subsidi yang drastik. Maka beliau anggarkan pada tahun 2014 Tuan Yang di-Pertua, bahawa kadar kemiskinan dijangka kembali kepada tahun 1970 sekiranya dasar dan polisi termasuk kewujudan jaringan sosial keselamatan tidak diwujudkan.

final • 11:10 AM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Persoalan saya, apakah bentuk langkah pencegahan yang akan diambil oleh pihak kementerian bersama dengan kementerian lainnya bagi mengurangkan pertambahan golongan gelandangan di Kuala Lumpur? Ini kerana sekarang ini lebih 70 peratus warga menetap di bandar. Adakah kementerian bersedia di bawah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri- Yang Berhormat bagi Bagan Datoh, bekerjasama termasuk mengambil kira dengan serius pandangan oleh Institut Kajian Kemiskinan dan pihak-pihak berkepentingan lainnya?

Saya pohon jawapan kerana setakat ini pemberian BR1M, Pusat Transit Gelandangan dan Anjung Singgah itu bersifat sementara. Itu maklum balas yang kami terima di bawah dan setakat ini tidak ada perkongsian daripada hasil cost benefit analysis untuk membuktikan sebaliknya. Mohon jawapan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih, Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya jawab dulu berkenaan dengan kerjasama itu.

Saya penuh yakin bahawa jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri itu memang berkehendakkan supaya masalah- masalah seperti isu gelandangan ini dapat diselesaikan ataupun ditangani dengan sebaik mungkin. Sudah tentu untuk mencapai objektif tersebut, feedback ataupun maklum balas serta juga dapatan kajian-kajian dari pelbagai pihak yang berkenaan itu akan diambil kira oleh jawatankuasa ini dan juga jawatankuasa yang dipengerusikan ataupun dijaga oleh kementerian kami, insya-Allah.

Oleh sebab ini adalah masih lagi di peringkat yang awal dan kita masih lagi akan mengambil kira beberapa perkara yang kita dapat daripada semasa ke semasa, jadi mungkin masih awal lagi untuk kita beritahu kepada Dewan yang mulia ini sejauh manakah kejayaannya. Saya pasti ia akan mencapai kejayaan.

Saya ingin maklumkan juga kepada Dewan yang mulia ini dan kepada Yang Berhormat, bahawa kita juga menghadapi gelandangan dari luar negara. Ini memanglah beyond control kita. Jika masalah di negara mereka tidak dapat diselesaikan maka mereka akan masih lagi akan datang ke negara kita dan mereka akan- salah satunya mereka akan menjadi gelandangan. Antara lain juga, mereka akan menjadi pengemis.

Akan tetapi ingin saya kongsi di sini pengalaman saya semasa saya di Sabah, saya datang ke Kuala Lumpur ini untuk melihat gelandangan yang dikatakan datang dari negeri Sabah. Ini adalah tidak ada kaitan dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai tadi, potongan subsidi dan sebagainya. Ini adalah sebenarnya mereka yang datang ke sini termasuklah orang-orang muda yang ingin mencari pekerjaan dan mendapat pengalaman yang baharu di luar dari daerah dan juga negeri mereka. Apabila berada di sini, saya telah sebut tadi dalam Dewan ini juga dalam jawapan yang sebelum ini bahawa didapati antara mereka ini dia memilih pekerjaannya itu.

Apabila dia memilih pekerjaan, dia tidak suka kepada pekerjaan yang ini, dia mahu pekerjaan yang lain. Jadi sementara itu dia tidak ada tempat tinggal, dia seronok untuk bergelandangan ini. Tentunya kerana di Malaysia ini, rakyat Malaysia ini kerajaan dan rakyatnya begitu prihatin dan suka membantu. Ramai yang memberikan makan kepada mereka, tempat untuk mandi pun ada disediakan di mana-mana. Jadi mudah bagi mereka untuk bergelandangan sahaja, tidur di bawah tempat-tempat di mana mereka dapat melihat cahaya bintang dan juga bulan dan makan disediakan oleh pihak- pihak tertentu. Maka mereka suka- ini saya dapat sendiri daripada pengalaman saya.

Selain daripada itu, gelandangan-gelandangan ini terdiri juga daripada mereka yang merupakan orang yang penagih dadah, mereka yang merupakan penagih dadah.

final • 11:10 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Jadi ini bukan- lainlah. Miskin bandar tadi, lain perkara. Gelandangan ini perkara yang lain pula, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi yakinlah bahawa kerajaan ini sentiasa berusaha untuk mendapat maklumat daripada pelbagai pihak supaya masalah seperti gelandangan ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ramai yang minat rakan jalanan, gelandangan. Ya, Yang Berhormat Lipis.

final • 11:20 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya melihat kepada masalah gelandangan ini telah dibangkitkan dalam Dewan ini agak lama, sebelum saya masuk Parlimen pun sudah dibangkitkan.

final • 11:20 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Saya melihat dalam hal ini, kita banyak perkara yang kerajaan terpaksa hadapi.

Sekarang masalah Rohingya, kita terpaksa menghantar barang makanan dan sebagainya sehinggalah kita mengambil tahu soal gelandangan ini. Saya melihat kepada jawapan Yang Berhormat Menteri adalah baik tetapi walau bagaimanapun, begitu juga persoalan daripada Yang Berhormat Lembah Pantai yang ingin menyelesaikan masalah seperti ini.

Ini adalah salah satu daya inisiatif yang cukup baik sekali. Akan tetapi persoalan saya, sampai bilakah harus kita menyelesaikan masalah ini khususnya terlibat golongan wanita, kanak-kanak, warga asing? Persoalan saya, adakah Yang Berhormat Menteri akan mengkaji hal ini? Apakah punca gelandangan asing ini begitu bolos sekali masuk ke negara kita? Apakah cadangan pihak kementerian seperti yang berlaku di Jepun, mereka mengambil gelandangan ini dan akan bekerja?

Oleh sebab persoalan saya, saya tanya demikian rupa, saya tengok pekerja yang menyapu sampah di Jepun, semua orang tua. Apabila saya tanya, pemandu pelancong kata ini adalah semua gelandangan yang ditempatkan dan kita tidak mahu galakkan mereka makan percuma. Jadi mereka kena bekerja. Jangan nanti jadi gelandangan, duduk letak dekat rumah, makan percuma...

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 11:20 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Makan percuma. Jadi kita training dia. Bersihkan sampah. DBKL mungkin boleh menghantar mencuci-cuci sampah.

Adakah pihak kementerian bercadang untuk melakukan sedemikian rupa supaya gelandangan ini tahu kalau dia kena tangkap, dia kena kerja? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Cadangan yang baik untuk memastikan mereka bekerja.

Sebenarnya ingin saya maklumkan di sini bahawa telah saya sebutkan tadi bahawa bagi gelandangan yang berumur di bawah 60 tahun masih produktif, boleh bekerja, kita akan hantar satu ke Desa Bina Diri di mana mereka akan diberikan training, latihan dalam pelbagai bidang- bidang keusahawanan, bidang pertanian supaya nanti selepas berada satu tahun hingga tiga tahun di sana, mereka boleh ada pekerjaan ataupun memulakan perniagaan.

Selain daripada itu, di Anjung Singgah pun membawa JobsMalaysia untuk menemu duga mereka supaya mereka boleh mendapat pekerjaan. Mereka tidak perlu bergelandangan dan tidak perlu balik ke kampung mereka tetapi mereka boleh bekerja.

Oleh sebab itu, kita ada kerjasama yang baik dengan Kementerian Sumber Manusia dan JobsMalaysia akan bersama-sama dengan kita untuk memastikan mereka yang boleh bekerja mempunyai kemahiran dan juga kelayakan yang sesuai boleh mendapat pekerjaan. Ini usaha yang telah kita laksanakan. Kita tidaklah hendak menyimpan mereka untuk duduk di situ selama-lamanya sahaja dan diberikan makan secara percuma. Ramai, telah saya sebutkan tadi pun, sudah mendapat pekerjaan.

Berkaitan dengan- kita akan sampaikan kepada DBKL tadi yang cadangan untuk mereka bekerja di bawah DBKL, ya. Apa yang disebutkan pertama tadi, bagaimana mereka bolos masuk ke Malaysia ini, saya rasa ini soalan yang saya tidak boleh jawablah. Saya serahkan kepada KDN Imigresen untuk menjawabnya. Terima kasih.

final • 11:20 AM

7. Datuk Linda Tsen Thau Lin [Batu Sapi] minta Menteri Kewangan menyatakan, perancangan untuk pembinaan Pusat Transformasi Bandar di kawasan Perbandaran Sandakan.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Wira Othman bin Aziz

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebelum saya menjawab, saya hendak mengalu-alukan kehadiran rombongan guru-guru KAFA daripada Parlimen Jerlun yang berada dalam Dewan ketika ini...

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Pusat Transformasi Bandar UTC merupakan salah satu inisiatif N-BOS bertujuan menyediakan perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta kepada rakyat. Konsep UTC ini adalah berkos rendah, berimpak tinggi. Pelaksanaan yang pantas dan mampan dan juga penekanan kepada kerjasama Kerajaan Pusat dan agensi kerajaan negeri.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Wira Othman bin Aziz

Hasrat kerajaan untuk menubuhkan UTC di setiap ibu negeri di Malaysia dikenali sebagai UTC negeri, dan sekiranya ada keperluan, kerajaan akan mewujudkan UTC bandar di bandar-bandar utama yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan mengambil kira jarak antara satu lokasi UTC.

Kementerian Kewangan mengambil maklum bahawa Sandakan merupakan salah satu bandar utama di Sabah dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Bagaimanapun, keutamaan pada masa ini adalah untuk menubuhkan dua lagi UTC negeri iaitu di Selangor dan juga di Pulau Pinang. Buat masa ini, di Sabah kita telah wujudkan tiga UTC iaitu di Kota Kinabalu, di Tawau dan juga di Keningau. Kerajaan ataupun Kementerian Kewangan akan menjadikan cadangan kewujudan UTC di Sandakan sebagai keutamaan dalam perancangan masa depan. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Linda Tsen Thau Lin - Batu Sapi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Soalan tambahan saya adalah sejak ditubuhkan UTC di Sabah, sejauh manakah sambutan rakyat terhadap pelaksanaan pusat UTC? Bilakah pusat UTC akan diwujudkan di bandar-bandar utama lain di Sabah? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Sandakan. UTC Sabah...

[Disampuk]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Batu Sapi.

final • 11:20 AM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Ataupun yang diwujudkan di Kota Kinabalu...

[Disampuk]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Batu Sapi. Yang Berhormat Batu Sapi.

final • 11:20 AM

Dato’ Wira Othman bin Aziz

Yang Berhormat Batu Sapi. Minta maaf, ya. Yang Berhormat Batu Sapi minta maaf. Kita telah wujudkan UTC di Sabah pada 16 Disember 2013 UTC di KK. Sehingga kini, seramai 3,283,423 orang telah pun beroperasi dan telah pun pergi ke situ dan melaksanakan urusan masing-masing. Manakala di Tawau, diwujudkan pada 15 Ogos 2016.

Sehingga kini, 437,802 orang telah pun berurusan manakala di Keningau, bermula pada 17 November 2016 dan sehingga kini, 275,783 orang telah pun berurusan di sana. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, tambah sedikit. Rancangan untuk bandar-bandar seperti yang saya sebut tadi, sekiranya ada peruntukan, ada keperluan, insya-Allah kita akan pertimbangkan.

final • 11:20 AM

8. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah] minta Menteri Pendidikan menyatakan, jumlah pelajar-pelajar yang keciciran daripada sekolah rendah dan menengah di seluruh negara mengikut negeri bagi tiga tahun terakhir. Apakah langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini yang telah diambil oleh kementerian.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah atas soalan.

Tuan Yang di-Pertua, secara purata peratus keciciran murid sekolah rendah bagi tahun 2014 hingga tahun 2016 ialah antara 0.26 peratus hingga 0.74 peratus di Semenanjung Malaysia. Bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan ialah antara 0.05 peratus hingga 0.10 peratus. Manakala purata peratus keciciran murid sekolah menengah bagi tahun 2014 hingga tahun 2016 ialah antara 1.09 peratus hingga 3.59 peratus di Semenanjung Malaysia. Bagi Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan purata peratus keciciran murid sekolah menengah ialah antara 0.41 peratus hingga 1.18 peratus.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan satu inisiatif khusus dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu peningkatan akses daripada peringkat prasekolah hingga menengah atas yang bertujuan untuk menangani masalah keciciran di sekolah.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan

Melalui inisiatif tersebut, satu garis panduan mengurus murid berisiko bagi membendung masalah keciciran murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan telah pun disediakan. Selain daripada itu, satu modul intervensi juga disediakan sebagai panduan kepada guru untuk menjalankan program intervensi bagi murid berisiko cicir agar mereka kekal bersekolah sehingga tamat Tingkatan 5. Pada masa ini, garis panduan dan modul intervensi murid berisiko cicir tersebut sedang dirintis di tiga buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Kedah sebelum digunakan di seluruh Malaysia pada tahun 2018.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga menyediakan pelbagai bantuan seperti pemberian buku teks secara percuma, Rancangan Makanan Tambahan, Program Susu 1Malaysia dan pembinaan asrama sekolah supaya semua murid daripada keluarga miskin dapat kekal bersekolah. Bantuan lain yang turut diberikan ialah bantuan yuran khas sekolah, bantuan bayaran tambahan persekolahan, bantuan awal persekolahan, bantuan kumpulan wang amanah murid miskin, pakaian seragam badan beruniform, makanan asrama dan kenderaan asrama. Malah Kementerian Pendidikan Malaysia juga menyediakan biasiswa kepada murid daripada golongan berpendapatan rendah yang cemerlang iaitu Biasiswa Kecil Persekutuan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya daripada kawasan yang ramai keciciran atau murid tercicir terutamanya di kalangan golongan berpendapatan rendah dan setinggan.

Kes-kes keciciran yang berjaya diselesaikan dengan baik saya lihat kerana melibatkan peranan guru yang terus kepada keluarga yang kebanyakannya keluarga yang mengalami masalah dan atas inisiatif guru inilah masalah itu selesai bila guru ada hubungan direct dengan keluarga.

Soalan saya ialah apakah kementerian bersedia untuk memberi pengiktirafan, latihan dan ruang masa untuk guru-guru tertentu yang mempunyai minat dan kebolehan untuk melakukan intervensi begini. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat kerana mengiktiraf peranan guru. Saya tidak menafikan, memang guru bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak dan hampir semua, kita ada 430,000 guru. Semua guru bertanggungjawab dan mereka melaksanakan tanggungjawab mereka walaupun bukan bidang tanggungjawab mereka secara hakiki tetapi mereka memang ambil prihatin kepada anak-anak mereka, guru-guru kaunseling.

Akan tetapi Yang Berhormat, pada masa guru-guru memainkan peranan yang penting, komuniti juga bertanggungjawab. Harapan kita contoh kalau ada 450,000 pelajar masuk tahun satu pada tahun ini, kita hendak 450,000 pelajar ini habis tingkatan lima. Itu harapan kita dan kita melaksanakan semua dalam garis panduan yang boleh dalam Kementerian Pendidikan supaya ini berlaku.

Kita bersedia, kita sedang melakukan pelbagai program, pelbagai inisiatif dan contohnya, Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir ini juga diedarkan kepada semua sekolah, guru-guru, latihan diberi. Sekiranya guru-guru memerlukan lebih banyak lagi latihan dan bantuan, Kementerian Pendidikan rela dengan kerjasama jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah, semua 100 peratus memberi sokongan untuk memastikan kita hendak mengurangkan risiko murid-murid tercicir ini. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

9. Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, adakah kementerian mempunyai cadangan serta pelan tindakan bagi mengatasi kesesakan teruk di Lebuhraya Karak terutama di musim perayaan di mana penyuraian trafik yang lebih baik di kawasan Bentong, Raub, Lipis dan Temerloh amat diperlukan.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerantut di atas soalan yang dikemukakan.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya sememangnya amat prihatin berhubung kesesakan yang berlaku di Lebuhraya KL- Karak semasa musim perayaan. Kesesakan yang berlaku ini adalah disebabkan pertambahan bilangan kenderaan yang berlipat kali ganda berbanding hari biasa.

Bagi tujuan membantu melancarkan aliran trafik di Lebuhraya KL- Karak, Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia telah mengambil langkah proaktif dalam meminimumkan kesan peningkatan trafik ini dengan pelaksanaan langkah-langkah seperti berikut:

(i) menggalakkan pengguna untuk membuat perancangan perjalanan melalui nasihat waktu perjalanan atau travel time advisory, dengan izin, bagi mengelakkan tumpuan perjalanan serentak kepada pengguna;

(ii) mengaktifkan pelaksanaan laluan kontra di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti bagi pengaliran trafik yang lebih lancar terutamanya di kawasan mendaki;

(iii) menambah bilangan petugas serta bantuan anggota RELA di plaza tol serta hentian rehat bagi membantu mengawal aliran trafik keluar dan masuk agar lebih lancar;

(iv) menyediakan tempat letak kereta serta tandas tambahan di lokasi hentian rehat yang terpilih bagi menampung tumpuan pengguna;

(v) membuka lebih banyak lorong transaksi termasuk pelaksanaan kutipan tol secara berlapis atau multiple transaction lane (MTL), dengan izin, di plaza tol dan melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya;

(vi) memastikan pasukan ronda serta kren kembali dalam keadaan siap siaga atau standby, dengan izin, di lokasi- lokasi yang sering berlaku kemalangan untuk bantuan kecemasan atau kerja pengalihan kemalangan;

(vii) bekerjasama dengan pelbagai saluran radio dan televisyen utama bagi tujuan penyaluran maklumat keadaan trafik semasa untuk kemudahan perancangan perjalanan para pengguna dan;

(viii) menyampaikan maklumat semasa trafik melalui laman sesawang, media sosial dan melalui aplikasi LLM Trafik bagi membolehkan pengguna mendapatkan maklumat daripada semasa ke semasa.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Baiklah Yang Berhormat, tamat sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.

[Masa untuk Pertanyaan pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:37 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Baiklah. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:37 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 99.

final • 11:37 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 11:37 AM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, saya faham yang Peraturan Mesyuarat 99 mengatakan bahawa keputusan Tuan Yang di-Pertua dalam satu hal itu muktamad.

Namun pun saya berdiri untuk meminta petua kepada Tuan Yang di-Pertua kerana dalam proses pengiraan undi semasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang berlaku pada 20 hari bulan yang lalu, terdapat khilaf iaitu apabila kita lihat diumumkan bahawa yang menyokong ialah 52, yang tidak sokong 51, tidak mengundi 2.

Akan tetapi setelah kita semak balik, yang menyokong 52 tetapi yang tidak menyokong Tuan Yang di-Pertua, ialah 52 bukan 51. Petua yang saya minta daripada Tuan Yang di-Pertua ialah oleh yang demikian, bolehkah pihak Tuan Yang di-Pertua menunjukkan ataupun lihat balik kertas itu. Adakah betul yang tidak menyokong itu 51 tetapi tidak 52 seperti yang saya ada maklumat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Minta petua.

final • 11:37 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sungai Petani bahawa undian belah bahagi, kita telah jalankan mengikut peraturan mesyuarat dan penghitung-penghitung undian juga telah menyerahkan secara rasmi di dalam Dewan kepada Setiausaha Dewan dan Setiausaha Dewan juga telah memastikan bahawa bilangan adalah tepat dan betul dan telah diumumkan oleh Tuan Yang di-Pertua semasa itu. Saya kira keputusan itu adalah keputusan muktamad.

final • 11:37 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2018 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2018 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan ke atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2018 dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2018 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Keenam] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 11:37 AM
Maksud B.31 [Jadual] - Maksud P.31 [Anggaran Pembangunan 2018] -

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Kepala bekalan B.31 dan kepala pembangunan P.31 di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 11:40 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin membahaskan beberapa butiran iaitu Butiran 010200, 010400 – Pembangunan Industri, dan 010600 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) juga 02800 – Program Peningkatan Kemudahan Homestay dan 40600 – Program Pemuliharaan/Pemugaran Tinggalan Sejarah.

Tuan Pengerusi, Program Malaysia Rumah Kedua iaitu MM2H. Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri setakat ini bolehlah bagi breakdown ke Dewan ini iaitu warga asing yang menyertai program ini setakat ini.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Dengan terdapat beberapa projek mega yang disambut baik oleh warganegara terutama warganegara asing dari negara China seperti Forest City dan beberapa projek lagi. Ingin saya tanya, dalam keadaan sebegini adakah sebarang keistimewaan atau penghargaan untuk mereka menyertai program ini seperti kegunaan tanah, the land usage adakah release ke freehold status atau yang lain-lain keistimewaan? Adakah juga jauh berlainan dengan untuk pembeli-pembeli warga tempatan?

Kedua, ingin saya tanya iaitu tentang Butiran 010600 iaitu Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia. Saya difahamkan semasa pembentangan bajet, Yang Amat Berhormat Pekan ada sebut tentang dua-dua peruntukan besar iaitu peruntukan RM2 bilion diperuntukkan untuk Tabung Pelancongan PKS sebagai pinjaman kepada pengusaha pelancongan dengan memberikan insentif subsidi kadar faedah dan peratus.

final • 11:40 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Saya ingin tanya, bagaimana mekanismenya untuk dia meluluskan pinjaman ini.

Adakah ini melalui Kementerian Kewangan ataupun Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, dan adakah satu jawatankuasa khas untuk menimbangkan dan juga meluluskan? Adakah pihak kementerian ingin mencadangkan pinjaman atau soft loan ini yang melibatkan projek pelancongan ini diuruskan oleh institusi kewangan seperti CGC sebagai salah satu contoh iaitu memang untuk mempertimbangkan permohonan dan juga meluluskan kutipan balik. Memang saya rasa institusi bank memang dia punya pegawai dan anggota yang cukup untuk menjalankan tugas ini untuk mengelakkan tunggakan-tunggakan yang akan timbul.

Saya juga ingin tanya selain dari yang dikatakan ada tambah RM1 bilion lagi untuk Tabung Pembangunan Infrastruktur dan Pelancongan Pinjaman Mudah. Adakah ini juga sama-sama dengan RM2 bilion yang diperuntukkan? Adakah ini diagihkan untuk kementerian sendiri, untuk melaksanakan infrastruktur pelancongan, adakah ini oleh kementerian atau oleh swasta atau PKS yang telah disebutkan.

Butiran yang berikut iaitu Butiran 020700 – Warisan Negara, dan Butiran 40600 – Program Pemuliharaan/Pemugaran. Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri iaitu, adakah senarai semua warisan sejarah atau barangan purba oleh jabatan ini dan bagaimana dengan pemantauannya. Adakah ia tahunan atau bagaimana tentang keadaan atau kedudukan bahan-bahan ini atau tapak-tapak sejarah ini, keadaannya bagaimana. Saya mendapati saya juga ada bangkit dalam ucapan dasar sebelum dapat penjelasan atau jawapan yang penuh iaitu terdapat tapak sejarah atau bahan warisan tidak dimaintain dengan baik, Yang Berhormat Menteri.

Saya sudah pernah tanya dan dapat jawapan bahawa ada peruntukan yang besar dari kementerian untuk memulihkan tempat itu atau membaik pulih atau menambah baik dengan kemudahan-kemudahan seperti lighting yang lain. Akan tetapi pada suatu masa tertinggal sebegitu, tidak ada agensi atau jawatankuasa yang dikhaskan tugas mereka untuk memastikan kedudukan dan keadaan mereka sentiasa dalam condition yang baik.

Oleh sebab ini memang berlaku kalau kita umumkan satu projek baru untuk menarik pelancong-pelancong dan ini usaha kementerian, kita memang sokong. Akan tetapi kalau belanja wang dengan sebegitu besar akan tetapi tidak sampai satu tahun, dua tahun tidak diambil berat lagi. Itu memang saya anggap kita teruskan begini, kita membazirkan wang rakyat. Itu saya minta kalau dapatkan senarai yang tertentu dan siapa yang bertanggungjawab untuk menjaga tapak-tapak ini.

Saya juga ingin tanya Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini monorel di Melaka sudah Fasa Kedua baharu mula beroperasi, saya...

final • 11:40 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat Kota Melaka, boleh sedikit?

final • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 11:40 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya hendak membuat pencelahan sebelum Yang Berhormat pergi ke topik yang lain iaitu mempertahankan tempat-tempat yang bersejarah ini. Adakah Yang Berhormat Kota Melaka sedar sejak dua tiga minggu ini disiarkan di dalam Facebook tentang Makam Batu Acheh, Bukit Beruang, Melaka bagi kurun ke-18, di mana kita difahamkan mengikut orang ramai di bawah sana bahawa tempat ini kemungkinan akan dibangunkan, akan dibuat pembangunan.

Apakah Yang Berhormat setuju bahawa tempat-tempat bersejarah seperti ini yang mempunyai nilai yang penting untuk generasi akan datang dipertahankan dan bukan untuk dirobohkan dan dibuat pembangunan. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Katil.

Saya setuju dan pendirian saya adalah sama dengan Yang Berhormat Bukit Katil. Saya harap pertanyaan itu dimasukkan ke dalam perbahasan saya dan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri.

final • 11:40 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri, saya juga ingin tanya tentang Butiran 02800 - Program Peningkatan Kemudahan Homestay. Saya nampak usaha atau galakan oleh kementerian memang ada dan juga terdapat ada juga pengusaha homestay yang berjaya.

final • 11:50 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Akan tetapi masih tidak nampak homestay ini boleh mencapai matlamat seperti negara-negara lain. Boleh kah Yang Berhormat Menteri beritahu, apakah sebab-sebab nya? Adakah kerana mereka tidak cukup tarikan atau tiada satu tarikan utama? There’s a key attraction atau tidak di sana sebab itu mereka hanya jalankan perniagaan seperti biasa. Tidak ada tambah dengan nilai-nilai atau tarikan yang dapat membawa lebih pelancong ke sana. Adakah tapak sejarah ini kita boleh diswastakan pengurusan mereka supaya dapat dengan penggalakan homestay di persekitaran sana supaya kita juga dapat membangunkan theme park atau tarikan-tarikan semula jadi di kawasan itu.

Saya nampak macam di Kota Bukit Sumpai, di-surroundings bukan hanya beaches yang cantik tetapi juga ada nilai sejarah yang begitu tinggi. Homestay di sana kemungkinan kementerian dapat mengorganizekan mereka supaya dapat juga bersama- sama kita tambahkan pelancong di kawasan itu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, perbahasan ini akan tamat jam satu nanti, sebelum jam satu. Jam 2.30 nanti Menteri akan menjawab. Yang Berhormat Seremban.

final • 11:50 AM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang pertamanya Tuan Pengerusi, berkenaan dengan 010000 - Pembangunan dan Promosi Pelancongan.

Saya baru mendapat jawapan daripada pihak kementerian kepada soalan yang saya tanya. Namun begitu, apa yang saya hendak bangkitkan ialah pada pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Pekan, telah diumumkan bahawa RM500 juta telah diperuntukkan untuk promosi pelancongan dan juga untuk menaik taraf infrastruktur, kemudahan-kemudahan pelancongan.

Namun begitu, dalam peruntukan bajet yang kita lihat dalam buku bajet ini, untuk pembangunan dan promosi pelancongan, bayaran dan juga pemberian dan kenaan bayaran tetap hanya diperuntukkan RM310 juta sahaja. Di mana di bawah Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa ada RM119 juta dan kepada Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia ataupun Tourism Malaysia diperuntukkan sebanyak RM190 juta. Hanya RM310 juta diperuntukkan untuk promosi. Apakah baki yang dikatakan diperuntukkan RM500 juta itu? Itu hampir RM150 juta yang tidak diperuntukkan. Di manakah perginya peruntukan ini seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan?

Saya hendak membangkitkan bahawa sepatutnya peruntukan untuk promosi pelancongan pada tahun hadapan lebih tinggi memandangkan kita telah pun melaksanakan cukai pelancongan. Setakat ini, cukai pelancongan telah pun dikuatkuasakan selama tiga bulan. Semasa Yang Berhormat Menteri Padang Rengas membentang cukai pelancongan dalam Dewan Yang Mulia ini, Yang Berhormat Menteri telah mengatakan anggaran pendapatan daripada cukai pelancongan ini adalah lebih kurang RM650 juta. Akan tetapi saya rasa anggaran ini sudah tidak tepat. Oleh kerana memandangkan bahawa dasar cukai pelancongan ini telah pun diubah.

Oleh kerana pada ketika itu anggaran ini mengambil kira bahawa semua penginap-penginap hotel dikenakan cukai pelancongan. Sekarang ini hanya warga negara asing sahaja dikenakan. Saya hendak tahu berapakah anggaran baru daripada cukai pelancongan ini? Setakat ini, belum ada lagi pengumuman daripada kementerian berkenaan dengan mekanisme bagaimana cukai pelancongan ini diagihkan semula kepada kerajaan negeri.

Walaupun dasar telah ditetapkan bahawa 10 peratus daripada cukai yang dikutip di negeri-negeri akan dipulangkan kepada negeri, namun mekanisme bagaimana ia akan disalurkan kepada pihak kerajaan negeri masih belum lagi diumumkan. Saya berharap Yang Berhormat Menteri semasa menggulung nanti boleh memberikan satu penjelasan yang lebih terperinci bagaimanakah mekanisme untuk kerajaan negeri ini.

Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 010100 - Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa.

final • 11:52 AM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Tuan Pengerusi, salah satu faktor yang penting untuk meningkatkan industri pelancongan di negara kita ialah untuk menarik lebih banyak penerbangan-penerbangan terus, direct flights ke negara kita. Bukan sahaja ke KLIA tetapi apa yang lebih penting ialah ke bandar raya-bandar raya ataupun lapangan-lapangan antarabangsa yang lain seperti Pulau Pinang, Langkawi, Kota Kinabalu, Kuching dan sebagainya. Supaya pelancongan ini dapat kita perluaskan ke seluruh negara, bukan sahaja tertumpu di Lembah Klang.

Akan tetapi di utara, di selatan, di Sabah dan Sarawak, semua tempat, semua negeri mendapat tempias daripada pelancongan ini. Namun begitu, saya tidak melihat satu inisiatif yang kuat, yang agresif daripada pihak Kementerian Pengangkutan. Ia seolah-olah tidak dapat complement kepada usaha Kementerian Pelancongan. Dalam segi ni saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah inisiatif, apakah usaha daripada pihak kementerian sendiri untuk menarik lebih banyak airlines antarabangsa untuk masuk ke Malaysia secara direct flights? Kalau boleh Yang Berhormat Menteri nyatakan, sejak menjadi Menteri 2013, empat tahun ini berapakah direct flights yang telah pun diusahakan untuk masuk ke negara kita? Saya mengambil contoh di Pulau Pinang. Kerajaan Pulau Pinang telah mengambil langkah inisiatif yang lebih agresif. Iaitu kita telah berjaya menarik Qatar Airways untuk menerbangkan daripada Qatar terus ke Pulau Pinang kerana kita memberikan insentif kepada airlines tersebut.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan apa yang dikutip daripada penginap-penginap hotel iaitu local government fees. Sebahagian itu kita guna sebagai insentif kepada syarikat-syarikat penerbangan supaya mereka boleh terus masuk ke Pulau Pinang. Ini telah berjaya menarik sebuah airline yang besar iaitu Qatar Airways untuk terbang terus ke Pulau Pinang. Saya hendak tanya, sama ada pihak Kementerian Pelancongan bersedia untuk menggunakan cukai pelancongan yang dikutip itu, dijadikan sebagai insentif, sebagai satu strategi untuk kita menarik syarikat-syarikat penerbangan untuk terbang terus ke Malaysia, terutamanya ke destinasi-destinasi secondary. Berkenaan dengan pembangunan industri, saya juga hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Pertamanya, baru-baru ini Kerajaan Negeri Sembilan telah mengumumkan bahawa Port Dickson akan diadakan satu projek penambakan laut, satu land reclamation yang besar di Port Dickson akan dijalankan untuk membangunkan industri pelancongan di Port Dickson. Saya hendak tahu, sama ada, adakah pihak Kerajaan Negeri Sembilan telah berbincang dengan pihak Kementerian Pelancongan?

Apakah pelan strategik yang akan dilaksanakan di Port Dickson untuk membangunkan industri pelancongan di Port Dickson? Setakat ini saya belum membaca apa-apa kenyataan ataupun pengumuman daripada pihak kementerian ataupun pihak kerajaan negeri berkenaan apakah blueprint untuk membangunkan semula industri pelancongan di Port Dickson.

Saya berharap perkara ini dapat diberikan perhatian oleh pihak Kementerian Pelancongan memandangkan Port Dickson itu adalah satu-satunya destinasi ataupun produk pelancongan yang besar untuk Negeri Sembilan. Kalau Port Dickson itu dapat dibangunkan semula, sudah tentunya ia akan memberikan tempias kepada usaha untuk kita menaik taraf pelancongan di Negeri Sembilan dan seterusnya dapat merancakkan ekonomi di Negeri Sembilan.

Saya juga ingin membangkitkan satu lagi projek yang penting iaitu projek cable car di Bukit Bendera. Pihak Kementerian Pelancongan telah pun memberikan sokongan yang berterusan kepada Lembaga Perbadanan Bukit Bendera untuk meneruskan ataupun membangunkan projek cable car di Pulau Pinang. Projek cable car ini amat penting.

Seperti yang diketahui oleh Yang Berhormat Menteri sendiri, bahawa baru-baru ini semasa banjir besar di Pulau Pinang dan angin taufan berlaku di Pulau Pinang, banyak kejadian tanah runtuh berlaku di Bukit Bendera, menyebabkan funicular itu tidak dapat berjalan, sampai hari ini belum dapat beroperasi semula. Ia terjejas hampir satu, dua bulan. Sudah tentunya apabila funicular train itu terjejas, maka pelancong- pelancong, pengunjung-pengunjung ke Bukit Bendera tidak dapat pergi ke destinasi mereka. Bukit Bendera mengalami kerugian yang besar kerana dua bulan ini- secara kebetulan, bulan ini merupakan satu bulan yang amat penting untuk Bukit Bendera, memandangkan cuti sekolah telah sampai dan sebagainya.

final • 11:52 AM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Akan tetapi oleh kerana infrastruktur tidak dapat dijalankan, maka pengunjung- pengunjung tidak dapat pergi ke Bukit Bendera. Itu memberikan satu gambaran bahawa cable car itu penting sebagai satu alternatif kepada mode transport ke Bukit Bendera.

Saya berharap pihak kementerian akan terus memberikan sokongan untuk kita bersama-sama membangunkan projek cable car di Bukit Bendera. Saya juga berharap bahawa apa yang kita minta memang kita bersama-sama dengan Yang Berhormat Menteri untuk mendapatkan peruntukan yang lebih untuk promosi pelancongan. Kita tahu bahawa pelancongan ini merupakan satu industri yang penting untuk negara kita dan memang beberapa tahun ini kita melihat bahawa walaupun industri pelancongan ini memberikan pulangan yang besar kepada negara, kepada pendapatan negara tetapi seolah-olah layanan daripada pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan kepada Kementerian Pelancongan ini tidak setimpal dengan apa yang dibawa masuk oleh Kementerian Pelancongan.

Sepatutnya peruntukan tidak ditolak daripada Kementerian Pelancongan ini kerana apa yang kita laburkan dalam Kementerian Pelancongan ini akan memberikan pulangan yang lebih besar kepada negara.

Akan tetapi beberapa tahun ini saya lihat bahawa bajet untuk Kementerian Pelancongan sentiasa berkurangan walaupun untuk tahun 2018, untuk perbelanjaan mengurus ada pertambahan sedikit tetapi untuk perbelanjaan pembangunan sebenarnya telah dikurangkan daripada RM215 juta kepada RM189 juta sahaja.

Maka saya harap sepatutnya ada peruntukan tambahan memandangkan cukai pelancongan telah dikutip dan sepatutnya dilambangkan dalam peruntukan ataupun perbelanjaan promosi dalam kementerian. Sudah tentunya apabila kita bersama-sama untuk mengharapkan peruntukan yang lebih untuk kementerian, saya harap juga pihak Yang Berhormat Menteri sentiasalah melihat kepada semua kawasan termasuklah kawasan Parlimen Seremban dan juga kawasan-kawasan Parlimen lain apabila ada permohonan peruntukan untuk kawasan-kawasan pelancongan ataupun persatuan- persatuan yang membantu industri pelancongan, saya harap Yang Berhormat Menteri turut sama memberikan kelulusan dan memberikan sokongan tanpa mengira latar belakang parti dan sebagainya.

Jadi saya harap ini dapat dilaksanakan seterusnya dan terus diberikan sokongan oleh Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Tinggi.

final • 12:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang untuk perbahasan peringkat Jawatankuasa. Pertamanya saya hendak ucapkan tahniah kepada kementerian kerana kalau kita tengok daripada petunjuk pencapaian utama khususnya kepada jumlah perbelanjaan tahunan pelancong asing, maknanya dibelanjakan oleh pelancong asing pada tahun 2016, tahun 2017 dan tahun 2018 unjuran menampakkan satu pertambahan yang amat ketara iaitu sebanyak RM35.9 bilion daripada tahun 2016 sehingga tahun 2017 dengan pertambahan sebanyak 42 peratus. Pada tahun 2018 mungkin dibuat unjuran yang lebih kurang sedikit.

Akan tetapi walau bagaimanapun, angkanya masih besar RM16 bilion pertambahan iaitu sebanyak 38 peratus yang keseluruhan pendapatan sektor pelancongan ini nampaknya pertambahan daripada RM130.5 bilion jumlah pada tahun 2016 kepada RM168.8 bilion pada tahun 2017 dan dijangkakan bertambah lagi pada tahun depan RM187.3 bilion. Ini satu angka yang amat besar.

Jadi saya pun melihat kepada angka-angka ini dan jumlah angka ini menjadi sebahagian daripada Keluaran Kasar Dalam Negara. Ini satu sumbangan yang amat besar. Jadi saya setuju juga dengan Yang Berhormat Seremban tadi bahawa kita melihat kepada bajet tahun ini nampaknya saya rasa mungkin kita perlu memberi peruntukan yang lebih besar untuk merancakkan lagi sektor pelancongan ini.

final • 12:02 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Saya lihat antaranya melihat kepada petunjuk untuk average length of stay makna apakah langkah-langkah kerajaan, kementerian untuk menambahkan lagi pulangan daripada average length of stay dan juga jumlah perbelanjaan pelancongan perkapita iaitu pertambahan sebanyak 20.9 peratus daripada tahun 2016 sehingga tahun 2017 dan pertambahan hampir 10 peratus unjuran pada tahun 2018 kepada RM4,048.

Jadi atas perkara itu, saya juga hendak menyebut bahawa Kementerian Pelancongan ada peruntukan-peruntukan contohnya pada 01900 - Pembangunan Eco- tourism contohnya sebanyak RM12 juta. Akan tetapi saya lihat sektor-sektor yang boleh menarik contohnya kita ada medical tourism. Ada beberapa peruntukan dibuat pada bajet tahun ini. Kita ada juga cadangan saya untuk sport tourism. Adakah kementerian bercadang untuk meletakkan bajet khas untuk sport tourism. Dahulu kita ada Formula One. Sekarang Formula One sudah habis tetapi saya cadangkan kita tahun ini mempunyai banyak program-program yang dilancarkan berkaitan dengan sukan.

Contohnya macam golf. Kita tahu golf channel mempunyai satu pengikut yang begitu ramai dan mungkin juga saya mencadangkan kementerian melihat potensi untuk kita bukan sahaja terlibat atau pun promosi dalam golf-golf channel ini yang mempunyai begitu ramai dan perbelanjaan perkapita para golfer ini agak tinggi. Jadi ini satu potensi yang boleh kita lihat dan mungkin kerajaan kena lihat di sini.

Keduanya, Butiran 02800 - Peningkatan Kemudahan Homestay hanya 500,000.

Pandangan saya, satu lagi aspek tourism yang amat menarik di Malaysia ialah kita punya hospitaliti bukan sahaja peringkat di hotel tetapi di peringkat akar umbi, di kampung- kampung, di FELDA, di kawasan-kawasan luar yang mana medium terbaik bagi pandangan saya ialah homestay. Homestay ini masih adalah satu industri yang belum, boleh kita exploit atau kita tambah atau perkasakan lagi. Saya yakin, ia mempunyai satu tarikan yang amat menarik kepada pelancong-pelancong di luar negeri.

Seterusnya kepada 41700 - Istana Budaya. Saya tengok dari segi perbelanjaan dan juga pembangunan. Saya hendak tanya kementerian, apakah sumbangan- sumbangan ataupun pencapaian-pencapaian Istana Budaya ini. Apakah program yang diprepare untuk boleh menjelaskan peranan Istana Budaya ini. Setahu saya Istana Budaya dekat Jalan Tun Razak. Jadi saya hendak tahu jugalah.

Juga saya lihat satu lagi ialah muzium-muzium kita. Muzium ini adalah warisan kita. Kalau kita tengok tourist ini, dia memang seronok hendak pergi muzium. Akan tetapi saya tengok muzium-muzium kita ini selain yang ada di Parlimen ini, muzium-muzium ini nampak tidak berapa terserlah. Ini sebenarnya menjadi kekangan kepada pelancong- pelancong untuk memahami atau mendalami sosiobudaya kita dan warisan kita.

Jadi saya juga hendak tanya kementerian, apakah perancangan-perancangan untuk menentukan muzium ini menjadi sebahagian daripada program-program promosi pelancongan untuk pelancong-pelancong datang ke negara kita. Seperkara lagi ialah 021100.

final • 12:02 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Kota Tinggi, Kuala Krai. Hendak bertanya sedikit tentang muzium ini, boleh?

final • 12:02 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Okey.

Pendek ya.

final • 12:02 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Sedikit sahaja. Tuan Pengerusi, sedikit sahaja. Bila kita balik kampung setelah lama meninggalkan kampung, banyak peninggalan-peninggalan kampung dan warisan boleh kita kutipkan. Apa pandangan Yang Berhormat Kota Tinggi kalau kita galakkan kampung-kampung ini mewujudkan tempat pengumpulan barang-barang lama yang boleh dimanfaatkan oleh generasi akan datang dalam bentuk muzium-muzium mini begini. Apa pandangan?

final • 12:02 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Saya rasa itu pandangan yang baik. Saya berpendapat kita mempunyai sejarah yang begitu lama seperti Lembah Lenggong dan kita ada banyak, agak lama juga sehingga ke waktu zaman gangsa lagi, 4000 tahun hingga 7000 tahun sebelum Masihi. Selepas itu baru ketamadunan China, Yunan dan seterusnya kepada kita.

Jadi fakta-fakta sejarah ini boleh juga kita jadikan tarikan kepada pelancong- pelancong dan muzium adalah satu tempat yang focal point, dengan izin, di mana pelancong akan datang. Kita lihat di negara maju, kalau kita pergi tiga hari melawat, salah satu daripada program yang dicadangkan ialah melawat muzium sama ada muzium industri, muzium sejarah dan sebagainya.

final • 12:02 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Jadi muzium juga mesti dilihat sebagai satu elemen untuk kita jadikan produk pelancongan dan juga di samping bagaimana Yang Berhormat Kuala Krai cakap tadi, di samping artifak juga hasil-hasil kraf tangan.

Butiran 021100 - Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Saya pernah bercakap dalam Dewan yang mulia ini kita mempunyai ramai pelancong tetapi kita hendak tengok apa produk souvenir dibawa balik oleh pelancong-pelancong ini. Adakah produk kita kualitinya sama ataupun peringkat global atau sebagainya. Jadi ini adalah peranan-peranan yang mungkin dimainkan dan mungkin juga perlu dimainkan oleh Lembaga Kemajuan Kraftangan Malaysia dan di samping batik. Batik orang sudah tahulah, canting batik kita tahu, tetapi produk-produk lain.

Jadi mungkin kementerian juga mungkin boleh bagi sedikit penjelasan mengenai ini. Jadi saya ingat itu sahaja perbahasan saya. Walau bagaimanapun, saya ucap tahniah kepada kementerian kerana pencapaian kita tiga tahun ini amat memberangsangkan. Atas sebab itu, saya rasa kita perlu memberi empowerment,, pemerkasaan kepada kementerian ini dengan peruntukan yang lebih baik lagi. Jadi saya ucap terima kasih.

final • 12:02 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 12:10 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mengambil perbahasan dalam Butiran 010000, 020000 – Sektor Pelancongan dan Promosi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Kita dapati peruntukan tahun ini adalah berkurangan pada RM999 juta iaitu penurunan daripada tahun yang lepas di mana sepatutnya semasa ekonomi menurun, sektor pelanconganlah yang banyak diberi peruntukan untuk promosi kerana ini adalah investment jangka masa pendek. Pelancongan juga adalah peluang untuk memberi paling banyak peluang pekerjaan daripada peringkat bawahan, daripada doormen, porter dan sebagainya sehinggalah ke general manager. Ini adalah satu peluang yang amat besar pada semua pihak masyarakat kerana ia adalah labour intensive dan tidak boleh mechanise dan adalah very personalized service, dengan izin.

Saya rasa Kerajaan Malaysia dan bawah kementerian, saya ucapkan tahniah kerana promosi yang baik dan agresif. Akan tetapi ada juga perkara-perkara yang patut kita ambil kira kerana di bawah MAVCOM iaitu pengutipan cukai-cukai yang sekarang ini bertambah, tidak memberi kesan yang baik kepada industri pelancongan serantau. Kalau kita bandingkan dengan Indonesia, Tourism Malaysia menjangka kita punya pertumbuhan tidak sebegitu baik dalam masa jangka pendek tetapi Indonesia akan menghadapi phenomenal growth dan juga rantau ASEAN lain.

Jadi kita perlulah mengambil satu sikap supaya menjadi lebih kompetitif supaya our tourism tax, airport tax dan security tax yang setinggi US10 dan juga departure tax difikirkan kembali supaya tidak menjadi satu bebanan atau satu liabiliti kepada sektor pelancongan kita menyaingi pesaing-pesaing serantau di ASEAN sendiri. Itulah perkara yang saya rasa pihak kerajaan perlu melihat dari segi keseluruhannya. Jangan hanya memikir cara senang dan cepat untuk mendapat kewangan tetapi kesan jangka masa panjang untuk sektor pelancongan.

Saya pergi kepada Aset Pelancongan Malaysia dan saya rasa kita mungkin tidak sampai pun tujuh peratus memanfaatkan aset-aset kita hari ini kerana masih banyak lagi yang belum dimanfaatkan sepenuhnya. Saya ingin memberikan sedikit penekanan tentang negeri saya sendiri di mana saya rasa aset pelancongan tidak sampai 50 peratus pun dimanfaatkan sebaik-baiknya. Saya ingin memohon kepada Menteri Pelancongan untuk memberikan sedikit tumpuan kepada negeri Terengganu walaupun itu adalah urusan negeri tetapi saya rasa mereka perlu banyak bantuan kerana tidak ada kepakaran yang boleh membantu Terengganu muncul sebagai satu pemain industri yang utama.

final • 12:10 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Contohnya, accessibility airport. Walaupun Terengganu ada airport antarabangsa yang terbesar di Pantai Timur tetapi penerbangan daripada destinasi tempatan pun bukan bertambah tetapi berkurangan. Contohnya, dulu kita ada penerbangan ke Penang, sekarang tidak ada. Ada penerbangan daripada Singapura, tidak ada. Jadi sementara negeri-negeri lain menambah penerbangan, Terengganu berkurangan iaitu becoming more restrictive, dengan izin.

Jadi itulah saya rasa perlu kementerian memberi satu tumpuan supaya negeri Terengganu tidak membazirkan aset-aset mereka dan juga perbelanjaan kepada projek- projek yang kurang memberi manfaat kepada industri pelancongan keseluruhan Malaysia dan juga Terengganu. Satu lagi contoh adalah seperti apa yang telah terjadi kepada duty free centre di Tasik Kenyir yang masih juga terbengkalai. Walaupun dikatakan dibuka tetapi tidak sebenarnya. Hanya dibuka satu dua kiosk di Pengkalan Gawi tetapi bukan di pusat bebas cukai sebenarnya. Itu adalah satu kekeliruan yang telah ditimbulkan untuk menutup kegagalan projek tersebut.

Baru-baru ini pula kita dengar amphibious bus, bas yang boleh dimasukkan dalam air dan darat. Sudah empat, lima tahun di order, sudah bayar RM3 juta – RM4 juta tetapi sehingga hari ini tidak ada apa-apa manfaat dan tidak pun kelihatan di sini. Itulah saya rasa perlunya kementerian memberi sokongan, pandangan dan juga expertise kepada kerajaan negeri.

Terbaru adalah pengumuman Kerajaan Terengganu pula untuk memajukan sektor health tourism. Ini adalah satu saya rasa agak boleh dikatakan melucukan kerana Terengganu tidak pun ada satu hospital swasta yang berkualiti. Jadi bagaimana kita hendak memujuk pelancong luar untuk datang berubat di Terengganu. Ini akan menjadi a negative backlash bukan hanya kepada Terengganu tetapi kepada Malaysia.

Jadi biarlah kita realistik dan saya rasa perlulah kerajaan negeri meminta kepakaran di mana mereka tidak mempunyai expertise seperti medical tourism dan sudah buat promosi di Germany minggu lepas dan sebagainya. Kita belum pun ada satu hospital swasta yang boleh dikatakan hospital yang kompeten atau nak katakan tiga bintang pun. Kita masih bergantung pada hospital kerajaan. Jadi janganlah kita burukkan medical tourism dengan membuat satu perancangan yang kita sendiri tidak bersedia.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh sedikit tentang isu uniform pekerja hotel yang bertudung yang telah menjadi kontroversi di atas sebab hotel-hotel antarabangsa tidak membenarkan frontliners atau front office reception memakai tudung yang dituntut oleh Islam. Saya rasa kita perlulah mengambil sikap lebih proaktif dan janganlah terlalu mengambil sikap untuk bermusuhan. Kita engage-lah kerana ini adalah satu perkara yang kita boleh runding dan saya rasa kita perlu memberi cadangan alternatif. Kenapa tidak melalui Kementerian Pelancongan diadakan satu pertandingan atau fashion competition untuk memberi lebih glamour kepada pakaian front office yang bertudung dan sebagainya.

Perkara ini boleh diusahakan kalau satu attire yang acceptable dan presentable, dengan izin, boleh dicadangkan dengan membuat satu pertandingan, kalau tidak antarabangsa pun, tempatan yang dikelolakan oleh Kementerian Pelancongan. Ini adalah sikap yang lebih positif kerana kita tidaklah perlu mengambil sikap yang terlalu agresif dan confrontational walaupun polisi tersebut bertentangan dengan ajaran Islam kerana mungkin mereka tidak faham apakah Islam yang diamalkan di Malaysia. Mungkin sebahagian daripada mereka masih memikirkan kita ini seperti amalan yang dikuatkuasakan di Arab Saudi dan sebagainya dan seperti Taliban dan sebagainya.

Itulah tanggungjawab kita untuk memberi sektor pelancongan satu pandangan positif. Itulah sedikit sebanyak apa yang saya ingin sampaikan dan saya harap Kementerian Pelancongan dapat mengambil inisiatif supaya isu ini dapat kita selesaikan dengan win-win situation supaya umat Islam boleh bekerja di front office dengan menutup aurat mereka dan juga pihak hotel boleh adapt kepada situasi tempatan. Sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya ingin membahaskan sedikit tentang Butiran 0101000 – Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa.

final • 12:18 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar

Tuan Pengerusi, kita melihat dasar yang diletakkan oleh Perdana Menteri tentang hubungannya dengan China begitu baik dan juga beberapa negara di ASEAN.

Ini menyebabkan pihak-pihak orang beragama Islam di negara tersebut amat menyanjungi Perdana Menteri kita. Begitu juga dengan Menteri Pelancongan di mana kita lihat di Selatan Thai banyak pertubuhan agama amat menghormati dua pemimpin Malaysia yang hebat. Yang pertama Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang kedua Allahyarham Nik Aziz...

[Tepuk] Ini kebanyakan pertubuhan agama saya di Padang Besar amat menghormati.

Jadi menyebabkan ini begitu juga dengan negara kita ini dengan perjuangan kita kepada umat Islam Rohingya dan juga kepada contohnya Kemboja, dulu ada umat Islam apabila terkandas, maka kita membantu mereka untuk ke Mekah. Faktor-faktor ini menyebabkan ramai pertubuhan Islam dan umat Islam ingin ke Mekah melalui Malaysia, menjadikan Malaysia ini sebagai Pusat Pelancongan Islam. Ini adalah cukup baik untuk negara kita dari segi pelancongan kerana apabila mereka datang ke sini, mereka dapat melawat kebanyakan negeri-negeri dan ini akan menambahkan pendapatan dari segi pelancongan.

Akan tetapi yang saya hendak persoalkan di sini, dasar kalau kata buat kebaikan Kementerian Pelancongan, dasar negara yang baik ini tetapi masalah sekarang ini apabila Kementerian Pelancongan ini ingin mengadakan program-program pelancongan, contohnya umat Islam datang ke sini tetapi kita mempunyai sekatan dengan jabatan lain.

Contohnya pihak Imigresen kerana Imigresen ini siapa yang masuk keluar Malaysia adalah melalui Imigresen.

final • 12:18 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar

Jadi kadang-kadangnya Imigresen ini tidak memberi bantuan ataupun support program-program pelancongan, contohnya pelancongan Islam yang kita hendak buat.

Seperti contohnya Multiple Entry Visa. Apabila katakan negara China, mereka ramai daripada, pelancong dari China ingin datang ke Malaysia dan daripada Malaysia mereka ingin ke Mekah. Akan tetapi Imigresen tidak membenarkan macam contohnya apabila kita dapat sokongan Kementerian Pelancongan pun, dia kata tidak boleh. Visanya kena buat multi dan begini kena buat. Tidak boleh mengikut apa yang Kementerian Pelancongan buat.

Jadi kalau bolehlah kita minta Kementerian Pelancongan dapat berbincang dengan pihak Imigresen tentang kalau boleh dasar-dasar baru ataupun program-program baru dari segi pelancongan ini yang kita cadangkan. Apabila permintaan-permintaan daripada negara ASEAN ingin menjadikan Malaysia ini sebagai pusat pelancongan, menaikkan nama Malaysia.

Kita ini bukan sahaja membantu pelancongan tetapi juga membantu masyarakat ataupun komuniti ASEAN ini beribadat. Ini kerana kita lihat seperti saya katakan tadi apabila umat Islam, kebanyakan negara-negara ini menghormati Yang Berhormat Menteri Pelancongan kita sebagai orang yang banyak memberi sumbangan kepada Islam tetapi mereka berminat. Akan tetapi apabila satu dasar itu, maknanya menunjukkan bahawa kita tidak menyokong program-program membantu umat Islam beribadat. Maka ini dari segi dasarnya lah, apa yang dibuat oleh Kementerian Pelancongan mendapat sedikit halangan daripada jabatan lain.

Jadi kita mintalah kalau boleh Kementerian Pelancongan dapat membantu dan memberi penerangan kepada pihak Imigresen ini tentang apa-apa dasar baru yang kita dapat membantu umat Islam dan mengharumkan nama negara kita terutamanya daripada China, daripada Selatan Thailand, daripada Philippines yang ingin kalau boleh datang ke Malaysia sebagai pusat pelancongan Islam untuk ke Mekah.

Yang keduanya saya ingin bangkitkan sikitlah tentang apabila disebut tentang, saya sebenarnya hendak minta kalau boleh Perlis, di Padang Besar ini menjadi tempat ataupun kawasan pelancongan dengan apa kita ingin membuat pembangunan tapi kita biasa lihat bajet Kementerian Pelancongan ini dikurangkan ini.

Jadi saya pun harapkan maknanya hasrat itu tidak tercapailah. Walau bagaimanapun kita mintalah Kementerian Pelancongan memberi perhatian sikitlah sebab di negeri Perlis ini kita ini daripada segi sumber-sumbernya tidak banyak tetapi pelancongannya, dulunya, asalnya Perlis ini terutama Padang Besar, Wang Kelian, Kuala Perlis adalah menjadi tempat-tempat pelancongan dan juga menjadi tarikan pelancongan yang kita rasakan dapat memberi, meningkatkan pendapatan untuk negeri Perlis. Kita minta perhatian itu dulu walaupun bajetnya agak kurang. Jadi sekian sajalah, terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bachok.

final • 12:20 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya merujuk kepada Butiran 008011, 0001900, 02800 – Kajian-kajian Pelancongan.

Di tempat saya Tuan Pengerusi, Pantai Senok, Bachok atau sekarang lebih popular dengan Pantai Nami. Begitu popular di kalangan masyarakat tempatan. Soalan saya adakah sebelum ini lokasi pelancongan ini telah dibuat kajian oleh kementerian dan apakah pula dapatan kajian berkenaan. Adakah peruntukan penyelidikan, peningkatan kemudahan pelancongan diberikan sebelum daripada ini. Apakah pembangunan ecotourism yang telah dibuat di pantai tersebut serta adakah terdapat program peningkatan kemudahan homestay telah dibuat di sini. Manakala pantai sebelah dengan itu iaitu Pantai Kemayan yang berada bersebelahan juga perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan.

Sekarang kemudahan permainan yang banyak rosak dan perlu diperbaiki dan perlu menambah pembaikpulihan. Saya juga perhatikan aspek seni bina bangunan- bangunan di kawasan pelancongan masih kurang menitik beratkan ciri-ciri khas setempat. Saya syorkan elemen seperti dinding anyaman buluh, awan larat, pagar buluh sasak yang menurut kajian Muzium Kelantan adalah ciri pagar khas negeri Kelantan yang tiada di negeri-negeri yang lain. Begitu juga dengan duta-duta pelancongan local yang perlu diadakan terutama bagi menonjolkan pakaian dahulukala seperti punca potong, kain bengkung, kain semunta dan kain kelubung. Ini adalah merupakan pusaka-pusaka pelancongan yang perlu kita pelihara.

Saya harap tahun 2018, pihak kementerian dapat memberi perhatian khas kepada Pantai Senok dan juga Pantai Kemayan bagi memajukan lagi industri pelancongan di kawasan Bachok. Kita sudah ada di Bachok ini beberapa tempat penginapan, resort yang bertaraf antarabangsa seperti Villa Danialla. Yang Berhormat Menteri Pelancongan ini sangat biasa dekat situ.

Saya juga ingin membangkitkan isu pelancongan terpilih yang berbangkit dalam sidang DUN Kelantan yang baru membahaskan Belanjawan 2018. Fakta yang ada perlu kita terima adalah terdapat tiga kekangan besar yang dihadapi oleh kerajaan negeri Kelantan yang berpunca daripada bidang kuasa kerajaan pusat.

Halangan pertama ialah ketiadaan lapangan terbang antarabangsa sehingga boleh menjejaskan sektor pelancongan negeri Kelantan. Kedua, satu-satunya negeri yang tidak ada lebuh raya. Negeri Kelantan. Yang ketiga ialah tiada landasan kereta api berkembar. Walaupun kekangan yang begitu rupa yang dihadapi oleh kerajaan negeri Kelantan, tetapi jumlah pelancong yang mengunjungi Kelantan mengikut data dan statistik tahun 2016 ialah sebanyak 5.8 juta termasuk Yang Berhormat Menteri Pelancongan selalu melancong ke Kelantan.

Kemudian seterusnya Butiran 010000 - Pembangunan Promosi Pelancongan.

Begitu juga dengan 010100 iaitu berkaitan, saya ingin sentuh berkaitan dengan pelancongan Islam. Saya sering membangkitkan, sudah banyak kali bangkitkan di Dewan ini di antara instrumen pelancongan yang boleh menarik pelancong asing datang ke negara kita terutama pelancong daripada Timur Tengah. Mereka inginkan kepada privacy, khasnya golongan wanita. Saya juga pernah mencadangkan di sini untuk diadakan ladies friendly beach, dengan izin, sebagaimana yang ada di Pantai Marina di Mesir. Yang Berhormat Menteri Pelancongan masih lagi terhutang dengan saya kerana janji hendak bawa saya pergi sana untuk melawat. Jadi saya menuntut janji itu.

Begitu juga dengan soal yang saya pernah bangkitkan di sini ialah kalau boleh berkesempatan ataupun berkemampuan bajet yang ada dalam Kementerian Pelancongan ini untuk kita menjadikan Dubai sebagai benchmark. Dubai yang telah menambah satu produk pelancongan baru iaitu mengadakan satu Taman Tema Tumbuhan dalam Al-Quran. Ada lebih 50 spesies tumbuhan yang disebut dalam Al- Quran kecuali buah zaqqum lah. Buah zaqqum itu dalam neraka. Yang itu tidak ada di dunia ini. Ada 50 spesies tumbuhan yang dibuat taman tema berdasarkan kepada tumbuh-tumbuhan yang disebut dalam Al-Quran. Saya rasa kalau di Malaysia ini ada taman tema seperti ini, ini lagi boleh menggalakkan kehadiran pelancong khususnya yang berkaitan dengan pelancongan Islam.

final • 12:22 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Kemudian saya ingin merujuk kepada Butiran 40600 - Program Pemuliharaan Pemugaran Tinggalan Sejarah yang dianggarkan berjumlah RM10 juta. Saya ingin menarik perhatian kerajaan tentang Kota Purba Puteri Urduja di Gunung Chintawangsa di Hulu Kelantan. Yang ini nama pun sudah sedap sudah, Puteri Urduja yang bersemayam ketika itu, zaman purba dahulunya di Gunung Chintawangsa yang kian terhakis kerana kurangnya usaha pemuliharaan daripada pihak kerajaan pada hal ia sangat penting terutamanya dalam mengenalkan jati diri kita tentang hubungan Puteru Urduja dengan moyang Wali Songo iaitu Syed Hussein Jamadil Kubra dan pengembaraan tersohor Ibnu Battuta yang pernah singgah di Kuala Krai kalau mengikut catatan Ibnu Battuta.

Ini semua instrumen-instrumen pelancongan yang saya rasa sejarah yang boleh kita bangunkan dan kita pelihara. Apalagi ada kaitan dengan jejulur keturunan Sultan Kelantan kini dan juga ada kaitan dengan jejulur Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sebagai mana disebutkan oleh Yang Berhormat Padang Besar tadi yang sangat dihormati.

Bahkan Gunung Chintawangsa menyimpan rahsia seni landskap Taman Bunga Melayu.

Yang ini perlu dibuat penyelidikan dan juga perlu dibangunkan semula. Saya pernah membangkitkan soal ini dan kerajaan memberi komitmen untuk membantu. Akan tetapi sehingga ke tahap ini barangkali sudah ada tanpa pengetahuan saya, pohon penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri.

Soalan saya apakah usaha yang telah dibuat untuk memelihara perkara- perkara tersebut. Saya juga difahamkan kawasan berkenaan menjadi tumpuan para pencuri harta karun dan penceroboh hutan hingga menyebabkan warisan taman artifak yang ada telah banyak hilang dan dibawa lari.

final • 12:22 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Jika ini dapat kita laksanakan, ianya dapat memberi pencerahan kepada kita tentang bagaimana Kelantan sejak sekian lama menjadi pusat pengembangan Islam di Nusantara. Saya rasa itulah yang saya boleh sebutkan. Sekian, terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tanah Merah.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ringkas sahaja. Saya akan banyak menyentuh di bawah Butiran 010000 iaitu Pembangunan dan Promosi Pelancongan.

Tuan Pengerusi, kini kita tahu sekarang ini perkara yang paling hangat diperkatakan ketika ini ialah berhubung tindakan hotel bertaraf lima bintang dan enam bintang mengamalkan polisi melarang pekerja wanita bertudung seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu tadi. Bagi saya perbuatan ini bukan sahaja biadab dan bertentangan dengan Perlembagaan, malah membuktikan bahawa sudah ada satu keberanian luar biasa oleh pihak-pihak tertentu untuk melakukan diskriminasi.

Sememangnya Malaysia memerlukan sokongan dan kehadiran hotel-hotel bertaraf antarabangsa kerana ia akan membantu meningkatkan industri pelancongan kita. Namun ia tidak bermakna mana-mana pihak berhak melakukan tindakan yang mencabuli Perlembagaan kita. Oleh itu saya ingin menggesa kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengambil tindakan setegas-tegasnya kepada pengusaha hotel terlibat.

Tidak kiralah sehebat mana pun hotel itu, apa yang kita pasti kita tidak boleh memberi muka kepada mereka untuk membuat polisi yang bertentangan dengan Perlembagaan negara ini. Dalam apa keadaan sekalipun Islam adalah agama rasmi Persekutuan yang perlu dihormati oleh semua pihak dan apa juga mereka lakukan termasuklah dalam pelaksanaan polisi di sesebuah hotel ia mesti menghormati kedudukan tersebut.

Saya menggesa kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan segera mengadakan perjumpaan dengan semua pengusaha hotel di negara ini termasuklah yang bertaraf antarabangsa bagi memberi garis panduan yang jelas berhubung sesuatu polisi yang hendak mereka laksanakan.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Jadi, saya juga ingin menyambung dan menyentuh di bawah Butiran 010100 iaitu Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa, di mana saya ingin membangkitkan satu perkara yang turut menjadi kebimbangan kita semua iaitu penganjuran pesta-pesta yang diadakan bertujuan menarik pelancong asing iaitu contohnya pesta arak yang menjadi isu baru-baru ini. Saya mengakui bahawa kita tidak boleh menghalang kebebasan ataupun hak warga asing untuk menghadiri pesta-pesta seumpama itu. Akan tetapi saya ingin mencadangkan supaya kementerian mewujudkan garis panduan yang jelas contohnya ia tidak boleh dilakukan secara terbuka ataupun diuar-uarkan secara meluas di media-media massa.

Jika mana-mana hotel ataupun pihak yang mahu menganjurkan pesta itu ia harus dilakukan secara tertutup dan pengumuman mengenainya dilakukan secara terhad ataupun terkawal. Ia bagi mengelakkan kerajaan khususnya kementerian dituduh mempromosikan pesta-pesta yang mencemarkan nama baik Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Tuan Pengerusi, seperkara lagi saya ingin bangkitkan ialah berhubung penipuan pakej umrah. Walaupun kementerian sudah melakukan tindakan tegas termasuklah mewujudkan peraturan baru, namun gejala ataupun kes penipuan ini terus berlaku. Oleh itu saya ingin menggesa kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mewujudkan sebuah petugas khas bagi memantau kes-kes secara terperinci. Pasukan tersebut bukan sahaja akan bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap syarikat yang melakukan penipuan tetapi juga memantau iklan-iklan syarikat yang menawarkan pakej umrah.

Ini memandangkan ada sesetengah tawaran dalam pakej itu hanya indah khabar dari rupa. Walaupun para jemaah tidak ditipu dari segi berangkat ke tanah suci tetapi kemudahan yang dinikmati di sana tidak seperti mana yang ditawarkan dalam pakej tersebut. Mungkin dia kata kita akan duduk hotel dekat-dekat sini akan tetapi bila sampai sana berubah. Tidak seperti yang diuar-uarkan.

Jadi ia adalah satu perkara yang perlu diberi perhatian. Pada masa yang sama saya juga berpendapat sudah sampai masanya kementerian mengkaji untuk mencadangkan kepada kerajaan untuk mengenakan hukuman lebih berat kepada individu ataupun pemilik syarikat yang melakukan penipuan pakej umrah tersebut. Ini kerana tindakan mereka adalah satu kejahatan kerana menipu orang ramai yang mahu beribadat di tanah suci.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri kita ini saya tahu minatnya kepada Kelantan cukup tinggi. Jadi saya- seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bachok tadi, vila apa? Vila Danialla saya pun tidak pernah pergi. Saya ingin sangat pergi. Kalau boleh melalui Yang Berhormat Menteri bagi special package kepada saya, saya hendak pergi. Saya tahu dia ada good networking. Tuan Pengerusi, musang king, durian musang king ini memang kita tahu cukup masyhur sampai ke negara China. Cerita fasal durian musang king ini macam-macam, begitu lama. Semua Ahli Dewan ini bercerita fasal musang king. Saya hendak mintalah rupa-rupanya saya rasa ramai Ahli Dewan tidak tahu durian musang king ini asalnya datang daripada Parlimen saya, Tanah Merah. Jadi saya hendak mintalah kepada kementerian untuk– tengok ramai yang tidak tahu ini. Ini kalau makan musang king ini kena ingat Tanah Merah. Jadi kalau boleh...

final • 12:30 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Tidak sampai pun.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Jadi kalau boleh hendak kenapa nama musang king itu saya ceritalah kemudian. Asal daripada Tanah Merah selepas itu dibawa ke Gua Musang, itu jadi musang king sahaja. Kalau tidak jadi Tanah Merah King. Jadi kalau boleh usahalah untuk mempromosikan fakta sejarah ini.

Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 12:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin sebut beberapa perkara, pertamanya adalah Butiran 010100 iaitu Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa.

final • 12:36 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Saya ingin tanya sekarang Sarawak Tourism Board telah keluar daripada Malaysia Tourism Board dan Malaysia Tourism Board juga telah tutup office boardnya di Sarawak. Apa yang akan terjadi kepada penggunaan peruntukan untuk mempromosikan pelancongan khususnya di Sarawak.

Mengikut apa yang saya faham dulu walaupun ada perwakilan daripada Sarawak di Malaysia Tourism Board, bahan-bahan untuk mempromosikan pelancongan di Sarawak ini amatlah kekurangan dan selalunya destinasi-destinasi pelancongan di Sarawak itu telah terabai daripada apa-apa promosi di antarabangsa. Ini yang telah berlaku dulunya walaupun ada perwakilan Sarawak di dalam Malaysia Tourism Board.

Sekarang keadaannya akan lebih teruk lagi kerana sekarang tidak ada lagi perwakilan Sarawak dalam Malaysia Tourism Board.

Walau bagaimanapun, saya haraplah Yang Berhormat Menteri boleh janganlah mengabaikan Sarawak dalam promosi pelancongan di antarabangsa. Saya ingin juga tahu di antara program-program yang akan dilaksanakan atau bahan-bahan risalah yang untuk mempromosi dan membangunkan pelancongan, peratusannya yang ditujukan untuk membangunkan pelancongan di Sarawak ini, berapa peratusan daripada peruntukan yang diguna pakaikan adalah untuk membangunkan pelancongan di Sarawak.

Perkara kedua yang ingin saya sebut adalah mengenai sikap Menterilah.

final • 12:36 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 12:36 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Sikap Menteri, ya?

final • 12:36 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sikap Menteri kecuali yang berkaitan dengan tugas boleh disebut.

final • 12:36 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ya.

final • 12:36 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dalam peraturan mesyuarat ya.

final • 12:36 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Mengenai perjalanan tugas beliau.

final • 12:36 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Okey.

final • 12:36 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Itu saya- awal tahun ini ada pertengkaran di antara Menteri dengan Menteri Pelancongan Sarawak iaitu Datuk Abdul Karim.

final • 12:36 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat tidak payah sebut ya.

final • 12:36 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Itu sehinggakan name calling Menteri jagung setahun...

final • 12:36 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat that one melibatkan peribadi, bukan tugas Yang Berhormat.

final • 12:36 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

...Yang disebutkan oleh Menteri.

Saya rasa ini...

final • 12:36 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Cuma yang melibatkan tugas Yang Berhormat. Ia dalam peraturan mesyuarat.

final • 12:36 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ya, ini adalah berkenaan dengan isu tourism tax, isu tourism tax. Saya rasa ini menunjukkan sikap UMNO yang selalu hendak buli, bulikan...

final • 12:36 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat saya ingat teruskan, tidak cakap macam itu ya.

final • 12:36 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

...Komponen parti khususnya komponen parti daripada Sabah.

final • 12:36 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tajuk lain Yang Berhormat.

final • 12:36 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Okey, okey saya akan...

final • 12:36 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dia kena patuh, kena patuh Peraturan Mesyuarat.

final • 12:36 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat?

final • 12:36 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Saya harap, saya harap...

final • 12:36 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sifat peribadi orang, cara tidak boleh masuk dalam perbahasan mesyuarat.

final • 12:36 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Okey, okey. Saya harap oleh kerana kita bukan sahaja ini adalah Menteri Pelancongan tetapi ada juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Oleh itu saya rasa mesti...

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat cukup, cukup Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Okey, okey. Yang Berhormat Stampin minta penjelasan.

final • 12:40 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching.

Yang Berhormat Bandar Kuching, saya ingin membentangkan satu isu saya minta pandangan Yang Berhormat Kuching. Saya ingat semasa kita bentangkan rang undang-undang tourism tax ini pernah ada satu orang yang menuju kepada Yang Berhormat Menteri Tourism di mana kita tanya tentang tax terhadap homestay. Saya masih ingat lagi Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa beliau tahu bahawa kesusahan rakyat maka homestay ini tidak akan dikenakan tax. Akan tetapi yang tak berapa lama lalu kita dapati bahawa dalam surat khabar mengatakan bahawa kementerian ada negotiation dengan Airbnb di mana kalau tourist from the foreigner mereka akan kenakan tax. Kita tahu bahawa homestay ini kebanyakan mereka naikkan homestay mereka di atas Airbnb. Jadi soalan dia, adakah tax akan dikenakan terhadap orang yang mengoperasikan homestay seperti mana yang dijanjikan apabila membenarkan rang undang-undang bahawa dia tidak akan dikenakan. Jadi macam mana. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Harap Yang Berhormat Menteri boleh jawablah. Mengenai cukai tourism adalah disebutkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak bahawa satu peratusan yang lebih besar akan diperuntukkan kepada negeri Sarawak selepas kutipan cukai itu. Akan tetapi saya nampak mengikut penelitian saya Kementerian Pelancongan sekarang terima kurang peruntukan daripada tahun lalu.

Tahun ini tanpa ada tourism tax peruntukan untuk Kementerian Pelancongan melebihi RM1 bilion. Tahun depan, walaupun sepanjang tahun depan akan ada kutipan tourism tax tetapi peruntukan untuk Kementerian Pelancongan adalah kurang daripada RM1 bilion.

Namun, jikalau kementerian sendiri peruntukan sudah dikurangkan bagaimana hendak menambah lagi peruntukan untuk sektor pelancongan di Sarawak. Oleh itu saya rasa yang telah disebut adalah satu perbincangan di antara Menteri dengan counterpart- nya di Sarawak, Menteri Pelancongan Sarawak. Apakah diskusi yang telah dilakukan dan saya haraplah diskusi yang akan dilakukan lebih baiklah dalam satu suasana yang hormat-menghormati di antara mereka. Jangan lagi ada Menteri setahun jagung nama ini disebutkan juga.

Perkara yang ketiga yang saya ingin sebutkan adalah mengenai peningkatan kemudahan pelancongan. Sarawak mempunyai satu world heritage site iaitu Mulu Cave, Gunung Mulu. Akan tetapi malangnya dan sedihnya sampai hari ini tak ada jalan boleh sampai ke Mulu Cave dan pelancong-pelancong terpaksa pakai kapal terbang kecil untuk melawati tempat ini. Jadi ia telah menyekat potensi Mulu Cave sebagai satu pusat pelancongan. Oleh itu saya haraplah satu peruntukan boleh diberi supaya jalan boleh dibina untuk sambung Miri kepada Mulu Cave. Jaraknya tidak berapa jauh, ini perkara ketiga.

Perkara keempat akhirnya adalah pembangunan ecotourism. Sebanyak RM12 juta telah diperuntukkan untuk ecotourism dan saya ingin tahu berapa daripada peruntukan ini akan diguna di Sarawak. Sekian terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, seperti yang diputuskan jam 12 saya akan memanggil Yang Berhormat Sandakan, selepas itu Yang Berhormat Hulu Rajang. Jam 2.30 Menteri menjawab.

final • 12:40 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Terima kasih Tuan Pengerusi memberi peluang saya berucap. Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada kepala P.31 di bawah butiran Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan. Bersama dengan Butiran 01900 – Pembangunan Ecotourism.

Peruntukan yang sebanyak dari Yang Berhormat Bandar Kuching baru bangkit RM12 juta ini saya ingin tanya jugalah Yang Berhormat Menteri sama ada kementerian dan kerajaan ada memperuntukkan sebahagian daripada bajet kedua-dua butiran ini untuk membangunkan sektor pelancongan di Sandakan.

Tuan Pengerusi, walaupun prestasi pembangunan pelancongan di Sabah terus membangun dengan pesat, kini Sabah keseluruhannya ada ketibaan yang menjangka pelancong seramai 3.5 juta dan juga menjangka menjana pendapatan sebanyak RM7 bilion begitu banyak ringgit yang tahun hadapan.

Akan tetapi yang sebanyak ini what we called, revenue yang didapati tidak banyak memanfaatkan di Sandakan. Oleh sebab di Sandakan ini sebanyaknya kita pun tahu pelancong-pelancong tidak singgah di bandar Sandakan. Jadi menjadi keseluruhannya di Sandakan ekonomi pun merosot dan previous punya satu prestasi yang istimewa dinamakan Little Hong Kong, small Hong Kong pun lama sekarang pun sudah tidak ada.

Jadi di sini saya minta Yang Berhormat Menteri mengambil inisiatif bagaimana membangun dan membantu Sandakan ini menambah tourist destination bahawa kita boleh menahan atau mengadakan satu tempat-tempat bahawa pelancong datang ke Sandakan boleh bermalam satu atau dua malam di bandar Sandakan.

Jadi bahawa ini kita panggil kita punya ekonomi. Jadi di Sandakan, satu bandar yang paling bersejarah di Sabah. Sandakan is a first town that come to the history, come to record dan kita juga di sana banyak destinasi yang berjasa sejarah yang semestinya kalau kita ada inisiatif membangunkan atau membangkitkan promosi ini semestinya ada tempat kita. Seperti kita ada banyak yang nampak seperti ada kita ini war memorial, ada dari Chinese Chamber of Commerce. Pada masa Japanese World War II yang bagaimana pemimpin-pemimpin ini dari kapitan-kapitan atau pemimpin masa itu yang mengorbankan nyawa untuk menahan warga di Sandakan bahawa sini masih mempunyai satu keistimewaan. Ini juga ada satu what we called, The Death March war memorial yang sedia sekarang ada di Sandakan juga ini Australian, pada masa itu kita ada ramai 2,000 lebih ini prisoner yang bagaimana dikorbankan sehingga enam prisoner baru ada survive-lah.

Jadi bersama-sama ini kita banyak yang tempat-tempat kita boleh panggil dan bangun so jadi satu destinasi bahawa pelancong-pelancong boleh sampai di sana boleh jangan sahaja bagi sampai Sandakan petang. Selepas melawat kita punya Orang Utan Centre terus balik. Jadi kita tidak dapat manfaat, kita punya hotel occupancy saya dapat maklumat dari ini pemilik-pemilik atau tauke-tauke, baru 20 lebih occupancy yang keseluruhan, begitu susah.

final • 12:45 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Hanya kalau ada special function yang diadakan, kalau tidak ia difficult to survive. Jadi di sini juga kita harap Yang Berhormat Menteri boleh memberikan peruntukan juga untuk menaik taraf beberapa destinasi yang kita sedia ada tetapi tidak ada orang jaga, tidak ada promote jadi sekarang pun merosotlah seperti kita punya pantai Batu Sapi, pantai Pulau Berhala – ini semua tempat kita sedia ada. Dahulu yang banyak keistimewaannya tetapi sekarang pun jadi sudah satu pantai yang buruk, tidak bersih, tidak cantik, tiada orang mahu melawatnya.

Jadi Tuan Pengerusi, saya pun berharap juga Yang Berhormat Menteri boleh memberi more what we called, more concern you know- jadi membangunkan- kita walaupun sekarang di Sabah, industri pelancongan is one of our major income, avenue income tetapi di Sandakan, kita nampaknya we feel very sad.

final • 12:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Kapal terbang di Sandakan dari KK, dari mana pun sudah kurang, sebab mungkin tidak cukup passenger. Kita punya setiap masa sekarang kita masih yang second biggest town in Sabah tetapi ekonominya kita tidak lawan Tawau dan sebagainya.

Tawau ada, even the air flight pun lebih dari kita Sandakan. Sandakan sekarang baru satu hari MAS baru ada satu Boeing, dahulu ada dua Boeing, semua ini MASwings- selepas itu tidak tahu MASwings baru mahu tamat lagi tidak tahu bagaimana yang – kita flight pun sudah kurang, kita tidak ada flight yang pergi lain tempat, hanya pergi Tawau, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur. Dahulu ada flight pergi Johor Bahru, sekarang pun ditamatkan.

Jadi sebanyak ini, kita haraplah Yang Berhormat Menteri beri more time maybe, melawat tempat kita, mencari inisiatif, membangkitkan, membantu kita membangun- bahawa Sandakan boleh dapat satu share yang begitu punya pelancongan begitu besar punya kek, boleh dapat bahagi bah kalau tidak mahu all the passengers going to Semporna, Tawau, Semporna, Kota Kinabalu tetapi di Sandakan, morning come, evening go. Jadi hotel pun tidak ada business, restoran tidak ada business dan sebagainya.

Jadi Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih memberi peluang saya walaupun ada begitu ramai Yang Berhormat yang sedia mahu berucap. Sekian, terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Hulu Rajang.

final • 12:50 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 040300 – Perpustakaan Desa.

Perpustakaan Desa merupakan pusat informasi dan pusat menghimpunkan informasi semua, sejarah dan pelbagainya. Ada beberapa jenis perpustakaan. Salah satunya adalah perpustakaan umum dan perpustakaan desa. Perpustakaan desa adalah sebuah perpustakaan relatif kecil yang ditempatkan di suatu kawasan yang mempunyai ramai penduduk. Tujuan penubuhan perpustakaan desa ini adalah untuk memudahkan masyarakat menikmati kemudahan pembacaan walaupun jauh dari pusat bandar. Ia memberikan peluang kepada masyarakat di kawasan luar bandar khususnya menikmati pembacaan dan prasarana ilmu yang lengkap dan menyeluruh. Dengan ini ia dapat meningkatkan penguasaan pelajar, belajar dalam pembelajaran serta ilmu pengetahuan.

Tuan Pengerusi, justeru itu saya ingin memohon agar penambahan perpustakaan desa di kawasan Hulu Rajang iaitu satu di kawasan Sungai Asap, kedua di Pekan Belaga dan ketiga di daerah Bukit Mabong yang baru di Bahagian Kapit. Saya juga ingin bertanya berapa banyakkah perpustakaan desa ini yang telah dibina atau ditubuhkan di seluruh negara kita? Saya berharap agar pihak kementerian dapat melihat kepada perkara-perkara ini dengan lebih mendalam.

Saya juga kepada Butiran 40600...

final • 12:53 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Tuan Pengerusi,

final • 12:53 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 12:53 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Yang Berhormat Hulu Rajang boleh mohon secara laluan sebab saya

final • 12:53 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Ya, Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 12:53 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

....Diizinkan untuk berucap.

final • 12:53 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Okey.

final • 12:53 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Jadi saya hendak minat dimasukkan sedikit tentang perpustakaan, kalau diizinkan Tuan Pengerusi.

final • 12:53 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 12:53 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sebab saya adalah Timbalan Pengerusi Perpustakaan Negeri Pulau Pinang, jadi saya ingin bertanya kenapakah Perpustakaan Negara mendapat penurunan dari sudut peruntukan daripada RM52 juta hanya RM50 juta sedangkan Malaysia mensasarkan Yang Berhormat Hulu Rajang untuk mendapat Kuala Lumpur sebagi World Capital Book pada tahun 2020. Makna kita ada lagi dua, tiga tahun sahaja.

Oleh sebab itu saya minta supaya kerajaan mengambil kira dengan bajet yang ada supaya diberikan satu penjelasan tentang pencapaian World Capital Book pada tahun 2020 dan bagaimana usaha yang sedang dilakukan sekarang ini. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang kerana memberi saya laluan.

final • 12:53 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. So, simpankan ucapan Yang Berhormat Parit Buntar dan saya minta Kementerian Pelancongan dapat menambahkan dan ini adalah satu daripada untuk rakyat kita di negara ini. Selain daripada itu, Butiran 40600, saya tahu, saya bersetuju walaupun Yang Berhormat Bandar Kuching tadi, mengenai Mulu National Park.

Mulu National Park adalah sejarah yang amat besar dan memberi erti kepada negeri Sarawak. Jadi saya bersetuju kepada Yang Berhormat Bandar Kuching dan juga saya melihat keadaan di Mulu National Park, keadaan prasarana dan juga infrastrukturnya, saya minta kementerian kalau boleh memberi peruntukan untuk menaik taraf dan juga membina jalan supaya pelancong-pelancong dari luar negara akan terus pergi ke Mulu National Park sebagai satu khazanah yang amat bermakna kepada negeri Sarawak.

Setakat ini saya difahamkan lima tempat di naik taraf secara rasmi sebagai tapak warisan UNESCO. Satu daripadanya Lenggong Valley. Kedua, Gunung Mulu National Park. Kota Kinabalu Park. Keempat, Georgetown dan juga Melaka. Jadi bilakah kerajaan akan melebihkan dalam usaha untuk mengiktiraf Lembah Bujang sebagai UNESCO, World Heritage Site...

final • 12:53 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Hulu Rajang...

final • 12:53 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Okey.

final • 12:53 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 12:53 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Saya ingin menambah sedikit kepada apa yang telah dibangkitkan oleh rakan saya dari Hulu Rajang.

Tuan Pengerusi, pada tahun 1987, UNESCO telah menghantar satu pasukan daripada Paris untuk mengkaji peninggalan sejarah di Lembah Bujang. Setakat ini Lembah Bujang belum lagi diiktiraf sebagai World Heritage Site oleh UNESCO. Saya ingin tahu, apakah prosedur, mengapa mengambil masa begitu lama untuk Lembah Bujang ini diberi pengiktirafan. Saya mempercayai tahun 2013, salah seorang pemaju telah masuk kawasan ini sebab ia belum digazet dan telah merobohkan candi nombor 11 di Lembah Bujang itu.

Pada masa yang sama, saya juga ingin bertanya di Dewan yang mulia ini, menambah sedikit. Tahun ini bulan April, rangka berumur 5710 tahun telah dijumpai di Gua Kepah, Kepala Batas. Sudah pasti ia jauh lebih tua daripada peninggalan Lembah Bujang. Maka saya ingin tahu, adakah ianya akan tersenarai dalam application permohonan untuk digazet di bawah World Heritage UNESCO, World Heritage Site. Bersama ini juga saya pasti Yang Berhormat Hulu Rajang pun mahu tahu, apakah status permohonan Royal Belum State Park, Perak di Gerik, Quatrz Ridge di Gombak dan juga FRIM. Terima kasih.

final • 12:53 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Terima kasih Tuan Pengerusi dan simpankan ucapan Yang Berhormat Batu Kawan tadi kepada ucapan Hulu Rajang. Dengan itu, sekian terima kasih.

final • 12:53 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri. Ada 50 saat.

final • 12:53 PM

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Pengerusi, saya hendak ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa ini bagi Kementerian Pelancongan dan juga kepada ...

final • 12:59 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Tuan Pengerusi, hendak tanya Yang Berhormat Menteri sedikit. Kalau orang yang tidak berucap boleh mencelah Yang Berhormat Menteri?

final • 12:59 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz]

Ya.

final • 12:59 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

...Dalam masa Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 12:59 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kalau diberi masa oleh Tuan Pengerusi, saya boleh bagi...

final • 12:59 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:59 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sama turut mencelah sebentar tadi kerana mereka pandai main hendak memasukkan soalan. Yang penting yang dia hendak tanya kepada saya, dia minta tolong kawan. Dia minta tolong tu kawan Barisan Nasional pula itu. Kita bagi jalan, tidak ada masalah.

final • 12:59 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Okey sambung petang Yang Berhormat Menteri.

final • 12:59 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya penuhkan satu minit sahaja.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 12:59 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ditangguhkan hingga jam 2.30 petang nanti.

final • 12:59 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri, sila.

final • 2:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya nak menjawab perkara yang dibangkit oleh Yang Berhormat Kuching. Jadi, saya sebenarnya ramai orang rasa iaitu bila Yang Berhormat Kuching tanya, saya nak marah.

Sebenarnya, membantu saya untuk membuat penjelasan, ya. Akan tetapi saya nak bagi tahu Yang Berhormat Kuching lah, tidak payah jadi batu apilah. Yang Berhormat Bandar Kuching, sorry Yang Berhormat Bandar Kuching. Oleh sebab tidak bangkit soal kata kita nak buli kah, kerana Barisan Nasional ini sudah lama tau! Bukan baru, ya. Yang Berhormat Menteri Kebudayaan ya, ada pepatah mengatakan itu bahawa, kalau nak cincang air, ia tidak boleh cincanglah, ia akan datang balik.

final • 2:32 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya dengan Yang Berhormat Menteri Tourism Sarawak, kita datang daripada satu parti. Apa yang kita bangkit, kita bahas, ia tidak menjejaskan hubungan yang erat, yang sedia wujud di antara UMNO dan PBB. Kita boleh gaduh macam mana pun, dengan MCA kah, dengan MIC kah, gaduh tidak bercerai punya.

Macam Pakatan Rakyat lah dulu kan, DAP buli PAS, PAS lari...

final • 2:32 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Betul, itu buli tapi kalau- larilah, fasal kena buli. Dulu tidak ada kesian, dulu Yang Berhormat Pokok Sena duduk depan ini, Yang Berhormat Pokok Sena ini. Yang Berhormat Pokok Sena duduk sini tahu. Sekarang jauh sana, saya pun sedih rakan saya jauh ke sana. Jadi, jangan bimbang Yang Berhormat. Sebenarnya...

final • 2:32 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bangun] Okey.

final • 2:32 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya...

[Ketawa] Nanti sat, sat lagi, sat lagi.

final • 2:32 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Dak, ini pasal daripada depan ke belakang ni [Ketawa]

final • 2:32 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Bagilah peluang jawab dulu. Saya sebenar kerana Menteri Kebudayaanlah saya sebut iaitu setahun jagung. Oleh kerana setahun jagung ini tidak menyindir tentang baru kah, apa kah, budak-budak kah, tidak ada. Setahun jagung ini kalau ikut pepatah Melayu kebangsaan, Bahasa Kebangsaan, satu tahun jagung, tiga bulan. Jadi, beliau baru menjadi Menteri pada ketika itu satu bulan lebih, jadi setahun jagung, itu saja. Akan tetapi kami dalam Barisan tidak ada masalah ya.

Jadi, Yang Berhormat tanya soalan itu memang tepat, bagus. Oleh kerana Sarawak Tourism Board memang ia buat keputusan untuk ia menarik wakil nya iaitu wakil negeri Sarawak itu ialah Setiausaha Tetap di Sarawak, dipanggil Permanent Secretary.

Wakil Kerajaan Negeri Sarawak dalam Malaysian Tourism Board ialah Datu Ik Pahon, memang Setiausaha Tetap jawatan dia. Jadi, itu dia menarik tapi kita tidak tanya pun apa alasan dan dia pun tidak memberi apa-apa alasan. Namun, kekosongan itu tetap terbuka pada bila-bila masa iaitu kalau Tourism Board Sarawak ataupun Kerajaan Negeri Sarawak mahu ada wakilnya, kita sentiasa mengalu-alukan.

Akan tetapi yang lebih penting, Tourism Malaysia ada wakil dalam Sarawak Tourism Board. Akan tetapi Sarawak Tourism Board tidak buang pun, makna tidak ada apa-apa sebenarnya, tidak ada apa-apa. Kalau betul-betul ada kemarahan, saya rasa negeri Sarawak boleh menggugurkan jawatan saya punya Ketua Pengarah Tourism Malaysia menjadi ahli kepada Sarawak Tourism Board. Jadi maknanya, kalau sekalipun mereka tarik, kita ada wakil kita di sana. Oleh sebab Sarawak buat mesyuarat, ada apa keputusan nak sampaikan kepada kita, maka disampaikan menerusi wakil kita Tourism Board Malaysia yang ada di Tourism Board Sarawak. So, tidak terjejas hubungan, itu pertama.

Kedua, pejabat ditutup ini Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat masih ingat, yang ini pun Yang Berhormat complained iaitu bahawa peruntukan untuk kementerian saya ini cukup kurang. Jadi, pada tahun lepas, memang dikurangkan begitu banyak sekali, banyak sekali dikurangkan saya punya bajet. Jadi, untuk membolehkan saya membuat savings dalam kementerian untuk membolehkan kita halakan duit itu kepada promosi pelancongan, maka saya telah membuat keputusan secara peribadi sebagai Menteri tahun lepas, untuk melihat kembali pejabat-pejabat yang ada, bukan saja di dalam negara tetapi juga di luar negara untuk ditutup.

Kalau sekiranya pejabat-pejabat itu sebenarnya tidak membantu. Jadi, macam kata di luar negara, saya tutup di Sweden kerana MAS tidak terbang ke sana sudah.

Saya tutup di Johannesburg kerana MAS sudah tidak terbang di sana, saya tutup di beberapa tempat lagi. Apabila MAS tidak terbang sana, apabila kita mempromosi pelancongan Malaysia, soalan yang akan datang seterusnya ialah bagaimana kami nak pergi ke sana.

Jadi, bila tanya balik pada saya macam mana, saya terpaksa sebut naik airlines itulah, naik airlines ini. Jadi, bila ia tutup, ada kekurangan daripada segi- bila ia tutup route, kita ada kekurangan daripada segi jumlah pelancong yang datang ke negara kita.

final • 2:32 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Maka, lebih baiklah saya tutup pejabat itu dan letak tempat-tempat yang mana kita boleh tarik pelancong seperti kita cadangkan di Chengdu, di China, di Dhaka, Bangladesh. Tidak ada pejabat di sana. Jadi, kita gunakan di luar negara pejabat yang di mana pelancongan telah bertambah kurang, disabitkan tidak ada connectivity, MAS tutup route, kita pindahlah. Begitu juga dalam negeri, macam di Sarawak, sebelumnya Yang Berhormat katalah, peristiwa Yang Berhormat sebut itu.

final • 2:32 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sebelum itu pun saya sudah buat keputusan, awal tahun saya sudah buat keputusan. Saya tutup pejabat di Sabah dan Sarawak kerana pertama sekali tourism, pelancongan di sana telah pun berjalan dengan baik, dengan kerja yang telah dilakukan oleh pejabat kementerian. Pertama sekali kena ingat, Sabah dan Sarawak ada Kementerian Pelancongan yang menjalankan kerja untuk mempromosi pelancongan di negeri Sabah dan Sarawak, dia memang lengkap. It is a ministry. Macam kalau saya di sini saya ada saya punya sebagai Menteri di Persekutuan, saya ada pejabat saya, ada pejabat tourism dengan dia punya staff nya sekali, supporting staff-nya, begitu juga di Sabah dan Sarawak. Okey, itu pertama.

Keduanya di Sabah dan Sarawak juga mereka ada Tourism Board mereka sendiri seperti mana saya sebagai Menteri Persekutuan ada Tourism Board saya sendiri.

Jadi dia ada Tourism Board Sarawak, dia ada Tourism Board Sabah. Jadi, mengapa perlu pejabat Tourism Malaysia pula ada pejabat di sana, jikalau sekiranya sudah ada dua kementerian dan lembaga yang telah menjalankan tugas itu. Kemudian pula, saya sebagai MOTAC Persekutuan, saya juga ada MOTAC negeri.

Bermaknanya, di Sabah dan Sarawak dan juga negeri-negeri yang lain di Semenanjung, kita ada empat. Iaitu pertamanya kementerian, Tourism Board, pejabat saya MOTAC dan Tourism Malaysia, empat pejabat buat kerja yang sama. Jadi saya telah lebih awal lagi membuat keputusan, untuk tarik supaya kita boleh buat saving.

Mengapa ada Tourism Board Malaysia di Sabah dan Sarawak, kalau Sabah dan Sarawak punya kementerian dan Tourism Board dia telah pun menjalankan kerja yang sama dan mereka lebih mengenali bagaimana hendak mempromosi negeri mereka sendiri kerana mereka orang tempatan.

Jadi kalau saya ada Tourism Board saya, saya hantar orang Semenanjung pergi sana, dan orang Sarawak pula hantar ke Semenanjung. Jadi kalau dibandingkan dengan orang tempatan sendiri yang mempromosi sudah tentu mereka lebih arif. Jadi oleh sebab saya hendak buat saving, maka saya telah membuat keputusan lebih awal, mengapa pejabat Tourism Malaysia ditutup di Sabah, Sarawak dan juga di beberapa buah negeri.

Macam di Semenanjung saya tutup sesetengah pejabat kerana apabila kita hendak mempromosi pelancongan di Malaysia, sudah ada exco negeri sudah buat.

Setiap negeri pun sudah ada lembaga dia sendiri, kemudian saya MOTAC pun ada pejabat, saya tutuplah. Jadi penutupan itu bukan khusus untuk Sarawak, penutupan itu telah dibuat awal pada bulan Januari di semua negeri. Jadi ini hendak menjelaskan dengan Yang Berhormat lah, janganlah jadi batu api.

Ketiga, berkenaan dengan kehadiran, macam saya hendak bagi tahu, di Sarawak saya tidak pernah mengabaikan Sabah dan Sarawak kerana pada saya, mula- mula saya menjadi Menteri saya kata the jewel of tourism sebenarnya ecotourism ini menjadi minat kepada orang-orang daripada Britain, Europe, Jepun, China mereka suka kepada ecotourism. Mereka suka laut, beaches, gunung, lung washing, fresh air. Di Semenanjung ini kadar pembangunan terlalu pesat dan jumlah penduduknya di Semenanjung 2/3 daripada penduduk Malaysia ini ada di Semenanjung dan terlalu banyak pembangunan sudah berlaku dan banyak tempat-tempat ecotourism telah pun terkurang. Sabah dan Sarawak mengikut saiz, kalau masing-masing hampir sama dengan Semenanjung. Jadi mereka penduduk kurang, kawasan green banyak.

Ecotourism Sabah dan Sarawak lah.

Oleh sebab itu saya hendak bagi tahu, apabila saya pergi keluar negara, kita telah mengambil bahagian dalam exhibition, travel exposition setiap tahun, di London, di Berlin, di Madrid dan sememangnya menjadi kita punya standard operating procedure, kita menjemput semua lembaga pelancongan negeri untuk mengambil bahagian sekali.

Kita set satu pavilion dan semua Tourism Board dijemput untuk datang, negeri Sarawak datang.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi untuk mengatakan itu bahawa kita tidak menekankan pelancongan di Sabah ataupun di Sarawak, itu tidak mungkin. Negeri pembangkang pun saya tolong, pergilah tanya Ketua Menteri, Sec-Gen DAP, tanya kepada dia, saya abai ke dia? Tanya Yang Berhormat Gombak, saya abai ke negeri Selangor, Kelantan Cheras? Cheras hendak promote pelancongan apa? Semuanya bangunan tinggi sahaja. Cheras, tetapi Wilayah Persekutuan saya- overall Yang Berhormat dalam Wilayah Persekutuan, kita bantu, semua kita bantu.

Kalau negeri-negeri yang dipimpin oleh DAP, PAS, PKR saya tolong, inikan pula adik saya negeri Sabah dan negeri Sarawak, lagilah saya tolong. Silaplah untuk Yang Berhormat memikirkan iaitu bahawa, mungkin tidak tahulah Yang Berhormat berfikiran begitu, kalau ada selisih faham, gam terus, dendam. Kami dalam Barisan Nasional tidak ada. Kita sama rata semua, kita berjiwa besar dan saya memang, negeri Sabah dan negeri Sarawak, ecotourism number one dan saya akan terus dalam pemberian bantuan.

Yang Berhormat ada tanya, kalau cukai tourism ini kita kutip macam mana buat?

Okey, pertama sekali saya telah menyatakan iaitu bahawa, saya akan pulangkan daripada RM10, kementerian saya RM10, RM1 kita akan pulang balik kepada negeri- negeri, okey RM1. Lagi RM9 itu saya akan gunakan untuk bahagi dengan– bukan sahaja adil, saksama. Saya telah menyatakan itu bahawa, saya akan membelanjakan yang balance RM9 itu bahagi dengan tiga, dengan izin, nine is divisible by three. Macam mana saya hendak agih secara adil balance RM9 itu kepada 14 buah negeri, pertama sekali is not divisible by, nine is not divisible by fourteen, itu mathematical lah.

Kedua yang lebih penting, tidak akan saya hendak bagi belanja yang sama peruntukan bajet yang sama kepada negeri Sabah dan negeri Sarawak, sama dengan negeri Perlis. Itu akan tidak adil. Adil dari segi bagi 14 buah negeri, akan tetapi tidak adil kalau kita lihat kepada saiz. Negeri Sarawak sama besar dengan Semenanjung, negeri Sabah hampir sama besar dengan Semenanjung.

Akan tetapi peruntukan mereka sama dengan negeri Perlis yang merupakan satu mukim sahaja di negeri Sarawak, adil kah? Tanya Yang Berhormat, adil kah? Jawab lah. Tidak adil kan? Bila tidak adil, saya sudah cakap awal-awal sudah, saya akan bahagi tiga. Jadi Yang Berhormat jangan lah cuba, saya tahulah Yang Berhormat parti kalah teruk tahun lepas, akan tetapi janganlah cuba hendak melaga-lagakan saya dengan negeri Sarawak, tidak ada.

Semasa di Sarawak itu saya, 14 hari sana, tahu. Masuk kawasan, tetapi tidak masuk kawasan Yang Berhormat lah, fasal kawan kan, yang lain saya pergi. Jadi jangan bimbang Yang Berhormat, RM1 kita pulang balik kepada negeri. Akan tetapi dari segi perbelanjaan yang Yang Berhormat sebut tadi kata jeti kah, apakah, saya akan bagilah, saya akan bagi. Akan tetapi bila hendak bagi ini Yang Berhormat, saya hendak bagi tahu, Yang Berhormat jangan fikir iaitu bahawa bila saya bagi, maka ikut suka hati saya sahaja, tidak boleh begitu. Kita dalam Barisan Nasional tidak kerja macam itu.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sistem kita ialah mana-mana- kalau macam ini Ahli-ahli Yang Berhormat yang mewakili kawasan-kawasan tertentu kalau hendak sesuatu, tidak boleh pergi terus kepada saya. Apa juga proposal, cadangan yang hendak dibuat- hari itu ada kawan saya daripada Sarawak kata macam mana dengan Sarawak tengah, tidak ada. Itu bukan salah saya kerana sistem kita, kita tidak boleh membelakangkan, bypass state kerana apabila kita hendak bagi bajet peruntukan kita, kita bagi kepada state, bukan bagi kepada daerah.

Jadi semua permohonan- katakan Yang Berhormat daripada Kuching hendak sesuatu, satu bajet yang besar- ha, macam ini Yang Berhormat Seremban sebut tadi bila hendak bajet untuk cable car itu sebagai contoh.

Pertama sekali, semua proposal itu kena hantar kepada negeri. Maka negeri akan kumpul dan negeri akan tengok dia punya keutamaan, prioriti di mana-mana, maka negeri yang akan bagi kepada Persekutuan dan mencadangkan dan recommend iaitu bahawa inilah projek untuk Rancangan Malaysia Ke-11 yang kami minta duit daripada Persekutuan. Jadi maknanya kalau saya pendendam macam Yang Berhormat fikirlah kan, saya tidak boleh kata, “Oh, jangan bagi Sarawak”. Saya tidak boleh buat sebab semua itu akan pergi kepada negeri dahulu.

Jadi kalau ada satu-satu kawasan yang tidak dapat peruntukan, jangan marah kepada saya. Marah kepada negeri dahulu. You marah pada negeri lah sebab negeri yang akan memutuskan projek mana di negeri itu yang dia hendak halakan kepada federal untuk mendapat peruntukan.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Dan saya sebagai orang kata, humble servant yang menurut perintah, saya akan ikut keputusan negeri. Jadi tidak bangkitlah soal kata saya hendak menganaktirikan.

Tidak bangkit. Kalau ada niat pun tidak boleh buat.

Akan tetapi yang saya boleh pastikan, bila ada recommendation datang daripada negeri ke Persekutuan dan Persekutuan approved, saya sudah dapat, saya akan lihat, Sabah Sarawak saya akan bagi keutamaan. Ini janji saya iaitu bahawa tidak ada kawasan ataupun negeri yang akan dianaktirikan kerana, Yang Berhormat, kalau saya tidak buat kepada negeri pembangkang, tidak akan saya hendak buat ke negeri saya sendiri yang Kerajaan BN yang memerintah di negeri-negeri yang berkenaan.

Keduanya, pada saya, pelancongan ini, Yang Berhormat, kalau dia masuk ke Penang, Penang itu belum keluar Malaysia pun. Kalau dia pergi ke Kelantan, Kelantan itu bukan Thailand. Malaysia. Kalau dia pergi ke Selangor, Selangor itu Malaysia. Jadi semua pelancong-pelancong yang melawat negeri-negeri berkenaan yang dipimpin oleh pembangkang itu menaikkan nama saya. Penang, Selangor negeri yang membantu banyak pelancong. Jadi, kalau berjuta pergi ke Selangor, berjuta datang ke Malaysia.

Jadi kalau banyak pelancong datang Malaysia, nama saya top. Apa fasal saya hendak aniaya ke negeri-negeri ini pula? Jadi tidak masuk akallah kalau saya hendak menganaktirikan mana-mana negeri.

Kemudian...

final • 2:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Menteri

final • 2:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat Menteri

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Nanti sekejap. Saya hendak jawab ini penting sebab ada orang tanya. Ini duit saya sudah- okey. Pejabat, okey. Okey, semua sudah jawab. Cukai pelancongan- pengagihan- saya sudah jawab. Okey, semua sudah jawab. Yang Berhormat ada apa lagi? Sila, sila.

final • 2:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Peratusan peruntukan yang dibagi kepada Sarawak di bawah itu item ecotourism, berapakah di antara itu RM13 juta yang diperuntukkan di bawah ecotourism akan diguna pakai di Sarawak?

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang bajet baru?

final • 2:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ya, bajet baru.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Seperti mana yang saya sebut dan Yang Berhormat Stampin pun bertanya macam mana kaedah kita nak belanja, itulah kaedahnya. Bila duit ecotourism itu diberi kepada saya, jadi saya dah sebut tadi, mana yang datang pada saya yang RM13 juta itu, seperti mana yang saya sebut di sini, nanti- saya punya pegawai-pegawai ada di belakang- mereka akan berjumpa dengan saya dan kita akan duduk dan kita akan agih. Kalau ecotourism RM13 juta, saya ingat kita boleh agihlah Semenanjung- saya sudah kata kaedahnya adalah untuk membelanjakan wang ini mengikut wilayah iaitu Sabah, Sarawak, Semenanjung.

Jadi, nanti itu wang bila sampai masanya, kita hendak tengok di mana yang kita hendak belanja untuk ecotourism ini. Kalau sekiranya sudah pun dalam bajet itu disebut tempat-tempat berkenaan, kita akan ikutlah seperti mana yang telah ditentukan oleh bajet. Ada yang bajet cuma bagi lumpsum RM13 juta macam itu kah and you buat sendiri.

Ada yang telah pun di- tapi selalunya dia ada RM13 juta itu katalah ecotourism, “Ha, yang ini, Sarawak dia minta yang ini, sudah lulus”, “Sabah minta...” Saya kena ikut. Saya tidak boleh lari daripada apa yang telah ditentukan oleh bajet. Okey, habis.

Yang Berhormat Stampin fasal ini tadi kan?

final • 2:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tertarik dengan apa yang Yang Berhormat Menteri katakan tadi bagaimana pengagihan peruntukan- tadi Yang Berhormat Menteri ada katakan bahawa it depends on proposal submitted by negeri, dengan izin. So, saya amat tertarik dengan perbincangan tersebut. Jadi, saya nak mintalah dengan Yang Berhormat, sampai sekarang, terkini, negeri Sarawak pernah hantar proposal tak? Apakah proposal mereka?

Kalau boleh, saya minta jawapan bertulis. Berapakah peruntukan yang telah pun mereka minta?

Isu kedua yang saya ada bangkitkan iaitu saya sampai sekarang...

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Homestay.

final • 2:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Ya, homestay. Okey, terima kasih Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:50 PM

Beberapa Ahli

Mic, mic.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Terima kasihlah. Saya sengaja buat itu. Mungkin Yang Berhormat tidak mahu dengar. Akan tetapi bila suruh pasang mic, nak dengarlah. Terima kasih. Terima kasih banyak.

Okey, homestay, Yang Berhormat, begini ya. Homestay ini satu program poverty reduction program yang kita kena bantu. Saya dengan jelas telah beritahu iaitu homestay memang tidak kena. Akan tetapi homestay itu mesti berdaftar dengan kita, sebab untuk hendak mengelak daripada sekarang ini percambahan begitu banyak sekali orang menggunakan perkataan homestay ini yang akhirnya nanti akan merugikan industri homestay kita kalau sekiranya kita tidak kawal. Jadi, homestay yang kita maksudkan ialah homestay yang diiktiraf oleh MOTAC.

Kedua, kita tidak lupa kepada mereka yang hendak mencari duit side income. Sebagai contoh, kata kalau dia ada rumah kosong, dia telah berhijrah ke bandar, jadi rumah itu kosong, maka dia hendak sewa. Dia masih lagi boleh sewa dan dia tidak kena cukai sebab kita telah jelas mengatakan iaitu bahawa rumah di mana kalau dia menyewa lima bilik ke bawah, tidak payah bayar.

So, kalau Yang Berhormat Stampin katalah ada rumah di Kuching, jadi Yang Berhormat ini bukanlah kaya sangat, jadi hendak- rumah kosong, hendak sewa, lima bilik ke bawah, tidak payah bayar. Lima bilik ke bawah tidak payah bayar. Itu kita punya syarat.

Saya sudah sebut dah dulu iaitu bahawa kita hendak bantu kepada mereka yang nak menambahkan income mereka. Jadi, mereka yang sewa lima bilik ke bawah, tidak kena.

Akan tetapi kalau enam bilik, sorry lah, kenalah. Lima bilik ke bawah kita anggap sebagai side income dialah, hendak membantu sara hidup dia. Akan tetapi kalau- kita mesti ada penentuan. Enam bilik, kita anggap sebagai Airbnb.

final • 2:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

[Bangun]

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Hai, tidak puas lagi? Nak kurang empat bilik?

final • 2:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Boleh soalan?

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya, ya.

final • 2:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Hendak minta kebijaksanaan Menteri.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya rasa soalan lagi, saya pernah baca dekat surat khabar bahawa kementerian ada membuat persetujuan dengan Airbnb- satu website ya- di mana dia akan auto deduction kalau ada foreigner yang tinggal di Malaysia. Itu yang saya pernah baca dan okeylah, saya agree because it is easier for taxation. Akan tetapi, terdapat juga website-website yang lain selain daripada Airbnb. Contohnya, kita ada Agoda.

final • 2:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Saya pernah buat satu eksperimen two weeks ago. Saya buat tempahan bilik kepada pelancong, dari luar negara kita, from international client, international pelancong. Apabila mereka membuat tempahan daripada Agoda, tax RM10 itu ia tidak dicaj dalam bil itu tetapi bila pelancong itu hadir ke hotel, baru hotel caj mereka. You have to pay the extra ten dollar. Tidak sama seperti di mana persetujuan daripada Airbnb di mana tax itu sepatutnya automatically add on to the total sum payment. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Pengerusi, dengan izinlah, we are at the early stage. Jadi baru sebulan, September. Ini Oktober. Kalau tidak silap saya dia start collect Oktober. Ini baru masuk bulan kedua. Sudah tentulah teething problem. Jadi kita akan atasi perkara tersebut. Sebenarnya sepatutnya dia kena masuk sekali RM10. Kita kena cukai juga Airbnb sebab sebenarnya Airbnb untuk berlaku adil kepada hotel. Tidak adil kita cukai hotel, tetapi tidak cukai Airbnb yang mengiklankan dalam Agoda dan macam-macam.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi, Airbnb pun kita akan caj RM10. Airbnb dia tidak marah. Airbnb sebenarnya suka sebab selama hari ini kita tidak mengiktiraf dia. Kita tidak pernah hendak mengiktiraf Airbnb tetapi apabila kita mahu dia bayar cukai sekarang, dia kata terima kasih kerajaan kerana kerajaan cukai kami. Sekarang ini jelas kerajaan mengiktiraf kehadiran kami dalam industri pelancongan.

final • 3:00 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

[Bangun]

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Okeylah, cukuplah itu.

final • 3:00 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Satu minit sahaja boleh? Satu lagi, last one.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya bilang satu minit.

final • 3:00 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Satu sahaja. Terima kasih ya. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih atas jawapan yang Yang Berhormat Menteri berikan tadi. Jadi soalan saya, terdapat banyak peniaga yang mempunyai bilik yang bawah itu, mereka juga advertise mereka punya bilik di Agoda dengan Airbnb. Jadi maksudnya daripada yang saya faham daripada kementerian adalah five bilik dan ke bawah, ia tidak akan caj dengan RM10 itu. Maksudnya kalau mereka advertise di Airbnb ataupun Agoda ataupun yang sama, mereka tidak akan dicaj tax pelancongan itu. Minta pengesahan.

Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Pengerusi, dia cukup jelas. Five rooms and below, tidak kena.

Okey, saya hendak pergi kepada- okey Yang Berhormat ya. Yang Berhormat Kuala Terengganu. Yang Berhormat Kuala Terengganu ada? Akan tetapi saya kena jawab ini Yang Berhormat Kuala Terengganu ini sebab...

[Disampuk] Okey. Saya ingat dia ada di sebelah. Rambut putih sama tetapi Yang Berhormat Klang ya. Okey, sama- sama rambut putih. Jadi saya ingat Yang Berhormat Kuala Terengganu ada tadi. Ada, lebih kurang, okey.

Ini Yang Berhormat Kuala Terengganu, pertama sekali Yang Berhormat sebut di sini bahawa seolah-olah apa yang kita lakukan dalam cukai, tax ini satu perkara yang tidak sepatutnya dilakukan. Jadi saya hendak sebut di sini, sebagai perbandingan di Asia Tenggara yang mengenakan cukai pelancongan, Thailand, dia cukai siapa keluar daripada airport, kena. Sama ada dia tourist atau tidak tourist, dia kena. Saya ingat itu tidak adillah. Kita hendak cukai tourist tetapi terpulang pada dialah tetapi dia cukai, Thailand. Singapura, cukai. Indonesia, cukai. Jadi kalau ini semua negara pelancongan.

Ini merupakan competitors kita. Mereka cukai. Eh, apa salahnya kalau kita cukai?

Apa yang kita cukai ini, bukannya kita cukai rakyat Malaysia. Kita cukai tourist dan kita cukai tourist kalau kita jadi tourist kah, you pergi ke Paris kah, pergi ke Geneva kah, city council cukai kita dan kita bayar sahaja. Tidak ada masalah. Kita bayar sahaja tetapi mengapa bila kita hendak cukai bukan orang kita, hendak cukai orang luar, tidak boleh? Ini kena perbetulkan sedikit kepala, maknanya cara kita berfikir. Jangan menganggap apa yang kita buat ini salah. Yang Berhormat sebut tadi, cukai itu cukai ini, tetapi saya cukai orang luar. Saya bukan cukai orang Malaysia...

[Disampuk] Yang Berhormat, ini cukai pelancongan. Yang Berhormat datang satu kolej dengan saya. Kita English medium bukan.

final • 3:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Menteri...

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Banyak perbezaannya...

final • 3:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Guna hujah yang sama. Orang lain buat, kita pun hendak buat.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

...Antara GST, services tax dengan cukai pelancongan. Jauh pelancongan dengan services, jauh, bukan perkataan yang sama. Not synonymous, bukan perkataan sama. Jadi berbeza. Kita berbeza Yang Berhormat ya. Kita cakap tentang cukai pelancongan. Yang Berhormat kena fokus ini.

Saya tahulah baru-baru ini baru keluar hospital, tidak berapa fokus kepala tetapi tidak apa, saya beri penerangan- nerbeza. Jadi kalau...

final • 3:00 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Yang Berhormat Menteri...

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

...Singapura, Thailand dan Indonesia mengenakan cukai, apakah kita punya asas untuk mengenakan cukai ini ada salah?

Saya tidak fikir salah.

final • 3:00 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Soalnya Yang Berhormat Menteri...

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Thailand tidak kurang pun dia punya pelancong. Indonesia hendak bertambah. Kemudian Yang Berhormat Kuala Terengganu sebut dia kata Indonesia sekarang dia punya growth, percentagenya tinggi. Sudah tentulah dia tinggi sebab base dia kecil. Apabila tiba-tiba dia buat satu promosi naik mendadak, daripada base yang kecil, memanglah percentagenya besar. Kita punya base besar. Kita 25 million.

final • 3:00 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Tuan Pengerusi...

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Hendak dapat percentage yang sama dengan Indonesia itu kita hendak kena jadi mungkin dapat 30 juta. We need extra five millions. Mereka kalau that five millions, the growth besar. Kita base kita besar, 25 millions for the last seven years, dengan izin. Kita punya pelancong datang negara kita ini, 25 juta ke atas. Indonesia baru tidak silap saya 12 juta kah atau 13 juta kah pelancong pergi ke negara dia. Kita 25 millions.

Jadi kalau dia tiba-tiba dengan satu peruntukan yang besar, USD300 millions dia dapat untuk pelancongannya. Sudah tentu kenaikan itu besar dan mendadak. Bila mendadak daripada base yang kecil, nampaklah growthnya besar. Akan tetapi kita ini yang selama hari ini 25 millions for the last seven years, six, seven years, jadi kita hendak dapat growth katalah 35 percent macam dia, bukan senang fasal basenya sudah besar Yang Berhormat. Jadi janganlah memperkecilkan usaha yang dilakukan oleh pegawai saya untuk memajukan pelancongan diperkecilkan sedemikian.

final • 3:00 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi saya harap Yang Berhormat tidak payahlah.

final • 3:00 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Tidak, sebenarnya, pokoknya...

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi soalnya di sini, bila kita buat begini, maknanya, lihat sebelum kita hendak menyatakan sesuatu, lihat daripada base dia berapa. Jadi saya kena sebut di sini kalau tidak akan dilihat seolah-olah apa yang kita lakukan kita ini maknanya Indonesia jauh lebih bagus. Tidak begitu. Akan tetapi Yang Berhormat, kalau hendak membantu saya mencapai growth yang sama, tolong rayu kepada kerajaan beri saya kalau boleh, orang kata peruntukan yang lebih. Kita...

final • 3:00 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Boleh, boleh Yang Berhormat Menteri?

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak boleh, tidak boleh.

final • 3:00 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Tidak boleh?

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak boleh. Keduanya, bantu Terengganu. Macam Yang Berhormat tanya kepada kementerian saya, sebab aset tidak digunakan sepenuhnya. Kalau sebagai katalah airport, airport ini kalau daripada segi hendak promosinya mesti dilakukan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad yang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan. Kalau Yang Berhormat sebut tentang connectivity, juga tanya kepada Kementerian Pengangkutan. Ini tidak ada kena. Walau bagaimanapun, saya bantu di mana yang boleh.

Akan tetapi saya memang bersetuju iaitu bahawa airports ini mesti digunakan asetnya 100 percent, jangan rendah. Saya setuju tetapi untuk menggunakan aset-aset ini, ini aset-aset kerajaan negeri yang kerajaan negeri sahaja yang boleh memutuskan untuk apa aset itu boleh digunakan, bukan saya yang menentukan.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi oleh kerana itu, saya hendak beri penerangan di sini iaitu bahawa kalau ada kurang penggunaan aset, itu soal negeri. Saya sokong Ahli-ahli Parlimen mendesak kerajaan negeri supaya mengguna penuh aset-aset. Saya setuju.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Untuk membantu juga kata macam ada sesetengah kawasan yang tidak dikenali. Itu kira Asetlah. Di mana aset ini tidak diguna sepenuhnya, kita cuba membantu kerajaan negeri dengan mengadakan pertandingan seperti di mana mereka melawat kita akan adakan competition. You pergilah mana-mana di Malaysia ini you tangkaplah gambar dan tunjuk tentang keindahan kawasan itu dan kita ada competition bermakna kita akan memberi hadiah supaya kita hendak mencungkil. Tidak mungkin kita tahu semua tempat yang begitu indah di negeri kita melainkan kita disedarkan tentang kehadiran tempat itu.

Jadi, untuk menggalak rakyat Malaysia dan bukan rakyat Malaysia sahaja mana-manalah pelancong yang pergi ke tempat yang kita tidak tahu sebagai contoh, kita minta supaya dia guna sosial media tunjuk di mana dia berada, tulis tempat ini dan kita akan tengok. Ini tempat baru. Kita pun tidak tahu.

Inilah cara untuk bagaimana- Yang Berhormat, saya bukan menjawab soalan Yang Berhormat. Saya menjawab Yang Berhormat Kuala Terengganu. Jadi, inilah caranya bagaimana kita boleh menggunakan aset-aset kita membantu menggunakan aset-aset kita ini. Kementerian saya membantu dengan mengadakan contest untuk kita tangkap selfie ke tempat-tempat yang mana pernah kita melawat.

Kemudian, saya hendak pergi kepada duty free...

final • 3:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Boleh, sebentar. Boleh tanya?

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Duty free yang- Yang Berhormat, saya kena jawab soalan orang yang tanya pada saya. Berlaku adillah. Okey.

Jadi, duty free di Kenyir dan amphibian boat. Ini Yang Berhormat Kuala Terengganu mesti tanya kepada kerajaan negeri. Oleh sebab aset-aset apa juga, saya sudah sebut tadi ya. Sebenarnya promosi tempat-tempat pelancongan di negeri masing- masing adalah merupakan tanggungjawab kerajaan negeri itu. Kita tidak boleh Federal kita terus masuk sebab ini di bawah State List. Kata macam tanah, gunung dan sungai.

Saya tidak boleh sebagai Yang Berhormat Menteri kata saya hendak buat. Tidak boleh.

Saya kena tanya kepada negeri dahulu sebab mungkin dia ada dia punya keutamaan dia, priority dia. Kita kena hormat kerajaan negeri. Jadi, oleh sebab itu perkara yang dibangkit oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu mesti dihalakan kepada Kerajaan Terengganu.

Keempat, berkenaan dengan health tourism. Saya rasa Yang Berhormat Kuala Terengganu- sebenarnya bercakap tentang health tourism. Saya rasa apa yang Kerajaan Terengganu buat itu adalah betul. Ini kerana health tourism ini bukan hanya kepada surgeri sahaja. Health tourism ini ada dia punya aftercare. Jadi, bila aftercare bermakna tempat-tempat peranginan tepi laut, di tasik atau atas gunung, ini merupakan tempat- tempat yang mana mereka boleh melakukan pemulihan kesihatan mereka. Jadi, apabila Kerajaan Terengganu kata iaitu bahawa mereka hendak terlibat dalam health tourism, kita tidak boleh memperkecilkan apa yang mereka hendak buat. Kita kena tengok apa benda yang dia hendak buat. Apa yang dia hendak buat itu ialah untuk aftercare.

Memang betul di Kuala Terengganu, di Terengganu mana ada hospital yang kenamaan.

Tidak ada.

Akan tetapi, untuk aftercare Kuala Lumpur dia ada good hospital tetapi bila mari aftercare, recuperation tidak boleh hidup Kuala Lumpur ini. Pening kepala. Traffic jam dan macam-macamlah. Akan tetapi, kalau aftercare, kita kena pergi keluar. Hendak relaks. Macam Kuala Krai kan? Di sungai itu- relaks. Fresh air, angin segar. Itu yang dimaksudkan. Jadi, saya boleh cadang Yang Berhormat Kuala Krai juga sebagai sahabat kepada Yang Berhormat Kuala Terengganu buat di Kuala Krai. Itu juga healthcare. Ini kerana aftercare is also part of healthcare.

Sekejap lagi Yang Berhormat Menteri Kesihatan ada, bagi peluang dia. Dia boleh bagi penjelasan dengan ini lagi [Ketawa] That- no, health tourism. Health tourism not all about surgery. Dia ada aftercare. Aftercare ini selalunya di luar bandarlah. Ada fresh air.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kemudian Yang Berhormat. Satu bendalah yang saya- ini Yang Berhormat Kuala Terengganu saya kena cakap di sini. Berkenaan dengan tudung ini, janganlah memperkecilkan apa reaksi rakyat Malaysia terhadap halangan menggunakan tudung di kaunter. Saya menujukan kekesalan ini kepada Malaysian Association of Hotels (MAH).

Saya tidak menyalahkan kepada international chains sebab mereka adalah orang luar negara datang buka hotel di negara kita. Yang Berhormat, tudung ini tidak ada soal, tidak ada ruang untuk berunding. Jadi, kalau Yang Berhormat Kuala Terengganu kata, apa salahnya berunding. Ini bukan soal perundingan. Soal tudung ini sama seperti kalau ada larangan sebenarnya di dalam hotel tidak boleh guna bahasa Melayu. Macam itulah.

Okey, kalau di hotel walaupun pelanggan itu Melayu dan kaunter itu Melayu, you tidak boleh guna bahasa Melayu ataupun rakyat Malaysia tidak boleh guna Bahasa Malaysia. Macam itulah kalau tidak dibenarkan tidak pakai tudung di kaunter. Jadi, ini soal Perlembagaan...

[Tepuk] Tolong faham. Ada benda yang kita boleh runding dan ada benda yang non-negotiable. Ini kita kena faham. Kalau kita sebagai rakyat Malaysia, Ahli Parlimen faint-hearted- tidak sanggup hendak memperjuangkan sesuatu yang merupakan hak kita di negara kita, lebih baik tidak payah mengaku jadi rakyat Malaysia...

[Tepuk] Apatah lagi mewakili rakyat Malaysia dalam Dewan Rakyat.

Saya sebenarnya apabila Yang Berhormat bangkit benda ini, saya terkejut. Oleh sebab saya halakan kepada MAH. MAH adalah warganegara Malaysia. Malaysian Association of Hotels. Dia rakyat Malaysia. Sepatutnya dia yang nasihat kepada hotel- hotel ini. Di Malaysia ini tidak boleh dan saya paling tidak suka sekali apabila dikatakan oleh pihak MAH boleh kerja tetapi di belakang kaunter. Yang Berhormat tidak terasa terhina kah? Apa yang hina sangat pakai tudung di front counter ini?...

[Tepuk] Apa yang hina sangat saya hendak tanya? Belakang kaunter boleh.

Jadi, housekeeping ini boleh. Jadi, cuci pinggan boleh tetapi kaunter tidak boleh.

Mana boleh kompromi, saya hendak tanya. Mana boleh kompromi. Saya Yang Berhormat Menteri Kebudayaan. Jadi, janganlah di kalangan kita- ini akan melemahkan kita. Ini akan melemahkan kita.

Ada benda-benda yang menjadi hak kepada kita. Di negara kita. Kalau dia buat di negara mereka kita boleh faham. Lantak pergilah negara dia. Akan tetapi, di negara kita ada peraturan seperti begitu. Saya rasa kita ini sebagai orang kata apa...

[Tepuk]

final • 3:10 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya tidak tahulah. I don’t know. Saya rasa terkejut.

final • 3:10 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Yang Berhormat Menteri. Sedikit.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya. Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sangat bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Begitu juga dengan berkaitan dengan desakan pramugari- pramugari dalam penerbangan MAS ini yang mereka juga mahu untuk bertudung ini.

Pakai menutup aurat. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Ini kerana ia juga berkaitan dengan soal pelancongan barangkali. Mohon komen Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat saya jawab. Mana perkara-perkara yang menjadi termaktub di dalam Perlembagaan yang tidak boleh dirundingkan lagi, tidak boleh dikompromikan lagi, tidak boleh buatlah. As simple as that.

Ini undang-undang tubuh ya. Undang-undang tubuh.

Jadi, tidak ada ruang sebenarnya untuk berunding. Tidak ada ruang untuk berunding. Dia mesti dilaksanakan. Kalau dia tidak faham, orang luar tidak faham, kita beritahu. Saya hendak beritahu betapanya timbang rasa kita di negara kita ini. Kita tidak pun mensyaratkan sebagai wajib bagi mereka yang bekerja di kaunter kena pakai tudung, tidak kira sama ada dia Islam ataupun tidak Islam. Kita tidak pernah buat pun. Bagaimana pula satu perkara yang merupakan hak kita, di negara kita dilarang pula untuk diguna.

Yang Berhormat rasa macam mana? Macam mana rasa? Ini bukan soal hendak berniaga. Ini soal satu benda yang menjadi hak asasi seseorang. No compromise.

Betullah dia di negara- dia mungkin orang luar...

final • 3:10 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

[Bangun] .

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat tidak payah. Duduk.

Dia orang luar, dia datang ke negara kita dia tidak tahu. Mungkin dia tidak faham tentang kita punya budaya. Akan tetapi menjadi tanggungjawab kitalah orang Malaysia untuk bagi tahu kepada mereka bahawa apa yang kamu laksanakan, yang kamu hendak kami laksanakan di negara ini tidak boleh buat, Perlembagaan tidak membenarkan.

Takkan itu pun kita sebagai rakyat Malaysia kita tidak boleh bagi tahu, it is unconstitutional- full stop. Jadi kepada saya, ini tidak benda yang kita hendak runding apa yang menjadi hak tetap menjadi hak. Saya hendak bagi tahu dia melanggar Perkara 3 Perlembagaan yang memperuntukkan Islam sebagai agama persekutuan namun agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

Ini bukan soal agama Islam sahaja. Yang Berhormat pernah tengok tidak orang Punjabi Sikh lelaki kerja di kaunter yang pakai serban, ada tidak? Tidak ada. Saya percaya they have suffered in silence. Ini juga satu syarat yang mungkin dikenakan kepada orang Punjabi Sikh, you hendak kerja di kaunter tidak boleh pakai serban, bolehkah saya hendak tanya? Memang tidak boleh.

Kedua, Perkara 8(2) yang menyatakan tiada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana- mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan.

Ketiga, peraturan 11(1) yang menyatakan bahawa setiap rakyat Malaysia bebas menganuti dan mengamalkan agama masing-masing. Dengan melaksanakan larangan ini secara tidak langsung telah menafikan haknya untuk mengamalkan ajaran agama yang dianutinya iaitu ajaran Islam yang mewajibkan wanita Islam untuk menutup aurat dia.

Ini mana boleh- ini hendak runding apa lagi. Saya hendak tanya hendak runding apa lagi. Hendak pinda Perlembagaan? No, jawapannya tidak ada ruang untuk perundingan. Saya percaya pun kalau bawa ke Dewan ini hendak pinda Perlembagaan semata-mata hendak melarangkan orang-orang ini daripada memakai tudung di kaunter tidak akan lulus, tidak akan sampai ke sini pun saya hendak bagi tahu.

Saya cakap benda ini kerana rakyat Malaysia sendiri ini yang tidak mahu menasihati malah dengan- tidak tahulah kalau sombong kah apa kah menyatakan itu adalah merupakan SOP mereka. Pondan kah kita ini. Jadi saya harap Yang Berhormat Kuala Terengganu akan faham iaitu saya bukan berkonfrontasi dengan pihak-pihak berkenaan. Saya hendak menyatakan apa yang mereka buat itu adalah tidak dibenarkan dan tidak ada ruang untuk berunding. Itu sahaja, full stop. Siapa yang melakukan perkara ini adalah melanggar kita punya Perlembagaan.

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri, ketegasan Yang Berhormat Menteri dalam isu ini. Ini syabas, tahniah saya ucapkan. Sama seperti mana Yang Berhormat Menteri tadi mengatakan bahawa Yang Berhormat Menteri tidak kira negeri pembangkang kah apa semua walaupun Gerakan, MCA pernah menyerang Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri tidak peduli itu semua. Syabas Yang Berhormat Menteri.

Cuma saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, mereka sudah pun melakukan suatu yang bercanggah dengan Perlembagaan, tiga perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Jadi apa langkah tindakan yang boleh diambil kepada pihak hotel ini jika mereka masih enggan mematuhi apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri. Ini yang rakyat hendak tengok, yang rakyat hendak supaya satu tindakan.

Saya kalau boleh kalau sampai ke peringkat keengganan mereka ini. Saya fikir Yang Berhormat Menteri boleh berunding dengan JAKIM sekurang-kurangnya kalau hotel ini ada halal punya- mesti ditarik balik kerana mereka telah melanggar satu perkara yang dihalalkan oleh Allah SWT untuk pekerja memakai tudung. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya hendak sebut dalam sistem perundangan kita, kita ada perundangan. Perlembagaan ini undang-undang tubuh yang menyatakan perkara-perkara yang disebut di sini perkara-perkara yang boleh diadakan dan tidak boleh ditentang.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi ia tidak ada satu undang-undang against the Constitution. Undang-undang ini menyatakan perkara-perkara yang asas untuk kita hendak memberikan kesan, effect kepada Perlembagaan kita, kita kena ada akta-akta. Jadi di bawah Perlembagaan itu pertama sekali mungkin ada Akta Pekerja. Sudah tentu Akta Pekerja itu menyatakan apa juga tindakan yang dibuat oleh majikan yang dianggap sebagai diskriminasi boleh diambil tindakan ataupun daripada segi Akta Pelesenan di peringkat kerajaan tempatan.

Jadi apa tindakan yang kita boleh ambil ialah di bawah di akta-akta yang telah pun diluluskan oleh Parlimen yang ada kaitan iaitu diskriminasi kah, diskriminasi di tempat kerja kah, diskriminasi daripada segi pengambilan kerja kah, macam-macamlah.

Jadi apa juga tindakan yang boleh kita ambil ialah mengikut akta-akta yang wujud yang memberi kesan, effect kepada kehendak Perlembagaan.

Jadi dia tidak ada macam wrong- satu akta mengatakan kesalahan terhadap Perlembagaan. Dia Constitution ini satu perbuatan orang itu akan dibawa ke mahkamah untuk diputuskan di mahkamah sama ada tindakan itu, constitutional atau tidak. Kalau dianggap sebagai tidak constitutional, maka kena turun balik kepada akta yang menguasai ataupun yang control perbuatan itu.

Jadi kalau macam hal ini dia merupakan pengambilan kerja. Jadi sudah tentulah tindakan yang boleh diambil ialah menerusi Akta Pekerja. Kalau dia mendapat lesen untuk operate sebagai sebuah hotel maka tindakannya itu bolehlah diambil oleh kerajaan tempatan untuk mengambil tindakan terhadap hotel itu. Jadi kita kena lihat kepada akta- akta yang berkaitan dengan perbuatan yang demikian. Jadi itu yang tindakan yang boleh diambil. Yang Berhormat, tidak apalah.

final • 3:20 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

[Bangun]

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sikit lagi. Ini helah- ini soal pengambilan khususnya pengambilan baru. Dia tidak ambil pengambilan baru kita hendak buat apa, dia tidak ambil, dia tidak katakan pun kata pasal tudung tetapi hakikatnya dia diskriminasi terhadap mereka yang memakai tudung.

Umpamanya contoh kalau yang telah bekerja dia kata saya bukan apa saya cuma transfer dia pergi ke bahagian lain. Ini satu diskriminasi lah tetapi hakikatnya dia telah membuat satu kenyataan yang sangat biadab seperti mana yang Yang Berhormat sebut tadi. Jadi sepatutnya ada satu tindakan yang lebih keras ke atas pihak pengurusan hotel itu sendiri.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kalau hotel itu mendapat lesen untuk operasi kita boleh menarik lesen dia. Kalau dia mengenakan syarat itu kita boleh mengambil tindakan di bawah Akta Pekerja. Kita kena ambil tindakan mengikut undang- undang yang ada. Kalau akta itu membenarkan kita kena kaji dalam akta kita di mana tindakan yang boleh kita ambil. Ia tidak ada satu sikap biadab- itu satu kesalahan di bawah akta- akta mana? Jadi kita kena check, memang kita marah tetapi dalam kemarahan kita oleh kerana kita ini sebuah negara yang uphold the law, kita kena cari, tengok di mana undang-undang yang ada.

Kalau tidak ada, lepas ini kita boleh bincang bagaimana satu tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang tidak mengendahkan Perlembagaan. Itu boleh kita lakukan. Akan tetapi setakat ini kita boleh ambil tindakan- Akta Diskriminasi kah kalau ada, Akta Hasutan kah. Itu kita kena cari di mana tindakan yang kita boleh buat.

final • 3:20 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Menteri boleh?

final • 3:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat, saya hendak pergi ke yang lain pulalah.

final • 3:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Sedikit Yang Berhormat Menteri.

final • 3:20 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Boleh Menteri? Saya mengenai- sebab jarang kita dapat mendengar daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak apalah boleh bincang lagi di masa lain.

final • 3:20 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Ini penting sebab Yang Berhormat Menteri telah memberi bukaan untuk saya bertanya.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat, saya ingat kita sudah sebut sini tidak ada- saya sudah sebut apa yang Yang Berhormat hendak bangkit pun katalah Yang Berhormat sokong apa yang kita sebut. Akan tetapi di sini kalau maknanya full stop tidak ada rundingan...

final • 3:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ai?

final • 3:20 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tidak, ini.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak maknanya apa- maknanya kalau hendak bincang bagaimana kita hendak turun ke bawah kah, engage mereka, tidak berbangkit. Memang tidak boleh buat, anything that is unconstitutional memang tidak boleh buat. Itu sahaja. Apa tindakan yang kita ambil terhadap mereka mengikut apa undang-undang yang wujud, kita boleh ambil tindakan.

final • 3:20 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tuan Yang di-Pertua, minta izin.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Okey, Yang Berhormat. Jadi saya hendak...

final • 3:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tidak bagi laluan, Yang Berhormat Menteri?

final • 3:30 PM

Seorang Ahli

Bagilah orang perempuan.

final • 3:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Bagilah laluan sedikit.

final • 3:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Sebab mengenai saya sangat terharu dengan apa yang Yang Berhormat sebut tadi, sebab inilah kali pertama isu mengenai menutup aurat sebagai hak pekerja ini datang.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat Pokok Sena tadi yang lepas, yang lepas, mereka boleh datang ke pejabat yang persatuan itu ataupun pergi ke JAKIM, laporkan tentang apa yang telah berlaku kepada mereka yang lepas, sebagai bukti untuk kita menunjukkan ini merupakan amalan yang telah mereka lakukan. Mungkin kita, first round, kita bagi amaran kepada mereka. Jangan buat lagi benda ini, itu yang lepas. Akan tetapi kalau cukup dengan bukti yang menunjuk- setengah itu saya difahamkan, ada dalam cerita itu, apabila pergi interview pakai tudung, nampak macam tidak ada minat hendak ini tetapi apabila dipesan, you pergi interview buka tudung, itu satu diskriminasi.

final • 3:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Ya.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jelas. Itu jelas. Maka kita kena tengok di bawah akta kita, di mana kita boleh ambil tindakan terhadap majikan yang sedemikian.

Jadi Yang Berhormat, 3.30 sudah. Jadi Tuan Pengerusi, saya minta yang mana saya tidak jawab, saya akan jawab bertulis. Terima kasih...

[Tepuk]

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Gerakan dengan MCA marah nanti Yang Berhormat Menteri ini...

[Beberapa orang Ahli menyampuk] Fasal dia bantu negeri pembangkang, negeri DAP.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Masalah ialah bahawa wang sejumlah Ringgit Malaysia- Yang Berhormat, tolong senyap Ahli Yang Berhormat.

Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM810,296,000 untuk Maksud B.31 di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM810,296,000 untuk Maksud B.31 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM188,869,300 untuk Maksud P.31 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2018 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

[Wang sebanyak RM188,869,300 untuk Maksud P.31 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2018]

final • 3:30 PM
Maksud B.32 [Jadual] - Maksud P.32 [Anggaran Pembangunan 2018] -

Tuan Pengerusi

Kementerian Wilayah Persekutuan. Kepala Bekalan B.32 dan Kepala Pembangunan P.32 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan terbuka untuk dibahas. Sila Yang Berhormat Cheras.

final • 3:30 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 010200 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Tuan Pengerusi, nampaknya hari pengundian PRU Ke-14 merupakan hari kiamat ataupun doomsday kepada Barisan Nasional.

final • 3:33 PM

Beberapa orang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:33 PM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Baru bangun tidurkah?

final • 3:33 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Kebenaran sememangnya menakutkan merekalah. Tuan Pengerusi...

final • 3:33 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Hei Yang Berhormat Cheras, sudah makan ubat atau belum? Sudah makan ubat atau belum?

final • 3:33 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Sejak PRU Ke-14, terdapat banyak penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa telah pun dilakukan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Saya kata hari kiamat kerana pada PRU Ke-13, Barisan Nasional telah gagal dalam mendapati undi majoriti popular di seluruh negara.

final • 3:33 PM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Ini dalam Wilayah Persekutuan kah ini? Ada dalam Wilayah kah ini? Ada dalam tajuk? Tajuk. Tajuk. Tajuk apa ini?

final • 3:33 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Akan tetapi ibu kota pula...

final • 3:33 PM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Bincanglah bab tajuk.

final • 3:33 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Ibu kota pula, BN cuma memenangi dua daripada 11 Kerusi Parlimen.

final • 3:33 PM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:33 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Butiran apakah ini?

Bagilah butiran apa, Butiran berapa?

final • 3:33 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat.

final • 3:33 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Kedua-dua buah Kerusi yang dimenanginya pun dengan majoriti yang paling tipis.

final • 3:33 PM

Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Sudahlah.

final • 3:33 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tuan Pengerusi, tanya Butiran apa yang dia cakap?

final • 3:33 PM

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Sila duduk.

final • 3:33 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Apa punya butiran itu? Dia pun tidak tahu.

final • 3:33 PM

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 3:33 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Sejak PRU Ke-13...

final • 3:33 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Saya ingat dia mimpilah. Butiran apa dia pakai?

final • 3:33 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Banyak skandal berlaku dalam Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL, khususnya jualan tanah DBKL dan juga...

final • 3:33 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat Cheras, ini butiran berapa ini?

final • 3:33 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Skandal Yayasan Wilayah Persekutuan.

final • 3:33 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat Cheras, cakaplah dulu butiran. Macam mana orang hendak jawab?...

final • 3:33 PM

Tuan Pengerusi

[Tuan Pengerusi mengetuk tukul] Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat yang berdiri itu. Yang Berhormat Cheras. Yang Berhormat Cheras. Yang Berhormat Cheras, sila duduk Yang Berhormat.

Duduk dulu. Duduk dulu, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita berbahas. Jadi biarlah Yang Berhormat Cheras berhujah. Jangan sahaja melanggar Peraturan Mesyuarat. Jadi kalau nanti ada tindak balas daripada sebelah, nanti selepas Yang Berhormat Cheras, balaslah bahawa tidak ada apa-apa berlaku pun. Begitu cara berbahas. Bukan berteriak-teriak. Sila Yang Berhormat Cheras. Jangan terlampau provokasi, Yang Berhormat Cheras.

final • 3:33 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Semua adalah hakikatlah. Tuan Pengerusi, sejak PRU Ke-13, banyak skandal berlaku, baik pun dalam Kementerian Wilayah Persekutuan, DBKL dalam soal jualan tanah milik DBKL dan juga skandal mengenai Yayasan Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Menteri Wilayah Persekutuan sendiri yang mendapatkan konsesi-konsesi dan kontrak-kontrak yang lumayan daripada DBKL.

final • 3:33 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 3:33 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Datuk Bandar sendiri adalah Ahli Lembaga dalam Yayasan.

final • 3:33 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Cheras. Yang Berhormat Cheras duduk dulu.

final • 3:33 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Okey.

final • 3:33 PM

Tuan Pengerusi

Saya cuma mengingatkan kepada Yang Berhormat, kalau ada tuduhan-tuduhan yang serius sebegitu, boleh sahaja dihujahkan di dalam Dewan tetapi itu merupakan satu abuse peraturan mesyuarat yang kita menggunakan kita punya imuniti. Jadi kalau ada benar tuduhan begitu, hujah sahaja di luar Dewan supaya nanti orang yang kena tuduh itu boleh buat tindakan. Itu yang seadil-adilnya. Dalam peraturan mesyuarat kita, jangan bilang kita menuduh begitu secara keras. Untuk menyindir pun ataupun niat tidak baik pun kita tidak benarkan apatah lagi perkara seperti begitu. Tolong, Yang Berhormat Cheras.

final • 3:33 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Terima kasih ke atas Tuan Pengerusi. Saya ingin menarik perhatian di sini. Apa yang saya berkata di sini adalah kesemuanya benar dan tepat. Tuan Pengerusi, tanah-tanah milik DBKL telah pun dijual begitu banyak sehingga saya difahamkan tidak lagi ada tanah-tanah yang dimiliki oleh DBKL lagi kalau trend jualan kepada kroni-kroni Barisan Nasional diteruskan. Saya memberi misalannya, baik pun tanah hijau, tanah lapang, tanah rekreasi, tanah padang bola, tanah medan selera, tanah pasar awam, tanah kosong di tepi bulatan yang sibuk dengan lalu lintas ada traffic, tanah velodrom. Velodrom satu-satunya di Kuala Lumpur pun dijual. Tanah-tanah di mana jabatan-jabatan DBKL seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Elektrikal dijual kepada syarikat kroni dengan kadar harga di bawah pasaran.

final • 3:33 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:33 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Teruknya sekali ialah jabatan-jabatan yang terpaksa berpindah ke tempat lain. Kos pemindahan dan pembinaan semual mesti ditanggung oleh kerajaan sendiri walaupun tanah dijual kepada kroni BN sekadar yang rendah. Untuk makluman Dewan ini, sepanjang tahun 2013 hingga Jun tahun ini, dalam tempoh 54 bulan, tanah-tanah milik DBKL yang telah dijual adalah 45 lot.

Tanah-tanah ini semua tanah berharga prime land di pusat bandar raya. Dalam tempoh ini adalah sejak Yang Berhormat Menteri sekarang memegang jawatannya sejak PRU Ke-13. Jumlah tanah yang telah dijual adalah mencapai 228.08 ekar.

final • 3:33 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Tanah-tanah ini tidak termasuk tanah-tanah yang diberi milik kepada Yayasan Wilayah Persekutuan tetapi digadai kepada bank dan kemudiannya dijual kepada pemaju dengan harga dua, tiga kali lebih ganda.

final • 3:40 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

[Bangun]

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Tuan Yang di-Pertua, ini satu skandal yang tidak boleh diterima. Saya ingin- setahu saya, Tuan Pengerusi, selaku Ahli Parlimen, wakil rakyat yang prihatin dan mendekati rakyat.

Untuk pengetahuan Tuan Pengerusi, ramai orang di Kuala Lumpur, warga kota sekarang tidak menganggap Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan ini sebagai Yang Berhormat Menteri tetapi Menteri yang ber-corrupt.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Ini bukan niat jahat saya, ini adalah ungkapan dan tanggapan orang ramai.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat...

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat, ini butiran berapa Yang Berhormat?

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Begitu banyak skandal yang tidak dapat dijelaskan oleh...

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

...Datuk Bandar...

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat Cheras, duduk Yang Berhormat...

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, saya mahu Ahli Yang Berhormat tarik perkataan bahawa menuduh Yang Berhormat yang berkenaan corrupt. Ini kerana itu adalah tuduhan keras Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Tuan Pengerusi, saya cuma membayangkan ungkapan dan tanggapan...

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, tarik balik Yang Berhormat...

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Beberapa Ahli

Tarik balik, tarik balik. Tarik balik Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Jangan bising. Ini adalah di antara saya dan Yang Berhormat Cheras. Yang Berhormat...

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Saya bercadang...

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, tarik dulu...

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Yang Berhormat Menteri boleh menjalankan satu kaji selidik untuk...

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Yang Berhormat tarik balik ,Yang Berhormat. Saya tidak boleh benarkan walaupun begitu secara...

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Sukarlah ditarik balik.

final • 3:40 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Tarik dulu.

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Ini kerana adalah tanggapan orang ramai.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Impression mereka.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Saya ada soalan.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, tarik balik Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Ini bukan saya yang menganggap...

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Ini dianggap oleh orang ramai.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Jangan berdolak-dalik dengan saya, kecuali Yang Berhormat tidak mahu berhujah, saya akan arahkan Yang Berhormat untuk keluar daripada Dewan.

final • 3:40 PM

Beberapa Ahli

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi.

final • 3:40 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Tuan Pengerusi, saya hendak celah.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat yang lain sila duduk, sila duduk. Yang Berhormat Cheras, Ahli Yang Berhormat telah menjadi Ahli Yang Berhormat begitu lama.

Tidakkah tidak tahu peraturan mesyuarat? Kalau saya benarkan tuduhan itu, bermakna semua hujah pun boleh dilontar di sini, unparliamentary. Saya tidak boleh benarkan Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat tidak mahu berhujah, jadi Yang Berhormat tidak menarik balik, saya akan arahkan Yang Berhormat keluar supaya orang lain boleh berhujah.

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Bolehkah saya menerima ruling ini di bawah protes?

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat...

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Oleh sebab ini bukan anggapan saya.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, itu adalah- dalam peraturan mesyuarat...

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Saya cuba membayangkan.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

...Sangkaan jahat tidak boleh Yang Berhormat, apa lagi menuduh. Menuduh seseorang Ahli Yang Berhormat yang tidak ada bukti yang jelas, tidak boleh.

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Okeylah, saya menghormati Tuan Pengerusi.

Saya tarik balik perkataan ‘Menteri yang ber-corrupt’ dengan ‘Menteri tidak ada integriti’.

Terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, kalau menarik balik hujah itu tidak ada conditional. Itu peraturan mesyuarat kita. Jangan berdolak-dalik dengan saya, Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Kalau tidak ada alternatif...

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Tidak perlu Yang Berhormat...

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Ayat alternatif saya- ayat itu tidak dapat di...

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Tiada Yang Berhormat. Kalau meminta maaf, tidak ada condition untuk minta maaf...

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Ayat itu tidak boleh dipakai...

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat yang lain, tolong jangan bising. Ini antara saya dan Yang Berhormat Cheras. Ini soal peraturan mesyuarat. Itu sebab dalam Dewan, kita address kawan-kawan kita sebagai Ahli Yang Berhormat, mesti berhemat.

Berbahas boleh, saya benarkan tetapi jangan sampai begitu. Yang Berhormat Cheras, mahu berhujah teruskah ataupun mahu saya arah keluar?

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Tidak, tidak. Masa sudah cukup.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Jadi, bermakna ini, I take it tarik balik tanpa condition?

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Mana Yang Berhormat? Belum lagi saya buat ruling. Mahu berhujah terus, kalau mahu berhujah terus, bermakna saya terus.

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Saya sudah tarik balik dan Hansard akan merekodkan apa yang saya sebut tadilah. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Sudah habis berhujah? Sudah, okey.

final • 3:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Sebelah- siapa di belakang Yang Berhormat Lenggong ini?

Di belakang Yang Berhormat Lenggong, siapa Yang Berhormat?

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

Setiawangsa.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Setiawangsa, sila. Elakkan menggunakan perkataan-perkataan unparliamentary.

final • 3:40 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.* Tuan Pengerusi, terima kasih.

Pertama, saya rasa adalah tidak adil untuk dia menggunakan Dewan ini untuk menuduh mana-mana pihak yang tidak berada di dalam Dewan untuk mempertahankan dirinya. Saya merasakan bahawa tuduhan mengatakan bahawa semua 200 atau 300 ekarnya dijual, ini seolah-olah tidak ada SOP penjualan ini, pun tidak adil. Sekiranya ada keperluan, ia telah dijual mengikut tatacara dijual above board. Tuan Pengerusi, saya pertama ingin merujuk kepada Butiran 050200 – NKEA - Greater (River of Life). Saya ucapkan tahniah kepada kementerian kerana telah dapat mentransformasikan sungai ini daripada keadaan yang kotor dan hambar kepada keadaan yang lebih menarik, terutamanya di kawasan Masjid Jamek dan Dataran Merdeka. Pada waktu malam, ia menarik dengan air pancut, dengan sinar lampu laluan pejalan kaki yang selesa.

Walau bagaimanapun, isunya sekarang ialah masalah bau yang dikeluarkan oleh sungai ini, terutamanya apabila percikan halus air yang dipancut, baunya agak tidak selesa. Soalan saya, apakah perancangan jangka panjang yang akan dilaksanakan oleh pihak kementerian bagi mengatasi masalah ini? Adakah kementerian Wilayah Persekutuan bercadang untuk menanam lebih banyak pokok yang mempunyai bau- bauan harum supaya mengelakkan kawasan itu berbau busuk disebabkan air dari sungai ini?

Kedua ialah Butiran 08000 – Baik pulih Sungai. Peruntukan RM10 juta. 43 peratus atau sembilan peratus daripada sungai-sungai di negara ini mengalami pencemaran dengan sebahagian besar daripadanya berada di dalam kawasan bandar.

Soalan saya, apakah projek River of Life ini adalah salah satu program untuk mengatasi masalah ini? Apakah fungsi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang menjaga sungai ini dengan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi maksud menjaga sungai dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini berada dalam keadaan yang baik sentiasa?

Saya ingin tahu daripada kementerian, sungai manakah di Kuala Lumpur ini yang telah dikelaskan sebagai kritikal tahap pencemarannya dan faktor utama yang dikenal pasti sebagai pencemaran tersebut? Apakah kerjasama yang terdapat dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi membaik pulih sungai ini? Berapakah individu yang telah ditangkap sepanjang ini ataupun syarikat yang telah dikenakan tindakan disebabkan bertanggungjawab mencemarkan sungai ini?

Butiran 010200 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Saya telah menanya soalan ini kepada Yang Berhormat Menteri pada bajet yang lepas, tahun Melawat Malaysia telah diisytiharkan pada tahun 2020. Sekali lagi soalan saya, apakah produk spesifik yang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ingin tonjolkan di kaca mata dunia bagi maksud ini?

Contohnya, adakah shopping or whatever it is? Saya ingin tahu produk yang ingin diketengahkan. Ini mengambil kira kerana Kuala Lumpur ini sudah menjadi 10 daripada 100 bandar dalam dunia yang paling dilawati. Untuk pengetahuan Dewan, pada tahun 2016, sejumlah 12.28 juta orang melawat Kuala Lumpur. Pada tahun 2017, sejumlah 12.8 juta tourists melawat Kuala Lumpur. Oleh yang demikian, saya ingin tanyakan sekali lagi kepada Kementerian Wilayah Persekutuan, apakah produk spesifik yang mahu ditonjolkan supaya ranking ini akan terus menaik bagi maksud mengharumkan nama negara?

Seterusnya, saya ingin menanyakan Kementerian Wilayah Persekutuan, saya lihat bahawa ada lebih kurang 100,000 orang dalam senarai untuk menduduki Rumah Perumahan Awam DBKL. Akan tetapi stok yang ada tidak sebegitu banyak.

final • 3:46 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Saya juga lihat bahawa tidak ada lagi program untuk membangunkan rumah- rumah PPR ini ataupun perumahan awam ini oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

(DBKL). Saya ingin menanyakan, sama ada Kementerian Wilayah Persekutuan ada mempunyai program untuk membangunkan lagi perumahan awam bagi maksud sewa kepada rakyat Kuala Lumpur ini terutamanya yang ingin memohon rumah?

Akhir sekali, Bank Negara telah menyifatkan sudah tidak ada keseimbangan antara permintaan dan bekalan yang menyebabkan lambakan rumah tidak terjual dan ruang komersial yang tidak dihuni. Mengikut Bank Negara, sekiranya keadaan ini berterusan, satu daripada tiga ruang pejabat akan tidak dihuni pada tahun 2021. Soalan saya, adakah Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menyekat ataupun mempertimbangkan supaya rumah-rumah yang harga tinggi, RM250,000 ke atas ini dikekang supaya developer akan hanya mengkhususkan kepada rumah-rumah yang berharga RM250,000 ke bawah.

Untuk pengetahuan Dewan, Bank Negara telah mengeluarkan laporan bahawa untuk suku pertama tahun 2017 ini, 130,690 buah rumah tidak berjual. Sebanyak 83 peratus daripada 130,690 buah rumah ini adalah rumah-rumah yang berharga RM250,000 ke atas. Oleh itu, soalan saya adakah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membuat kajian supaya meluluskan hanya rumah-rumah RM250,000 ke bawah ini bagi maksud membina rumah mampu milik bagi kesejahteraan rakyat dalam Kuala Lumpur?

Sekian, terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Yang Berhormat Setiawangsa.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 3:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya terus pergi kepada maksud perbekalan B.32 di bawah Butiran 010000 iaitu Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar khususnya Butiran Kecil 010200 iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Tuan Pengerusi, mengikut Belanjawan 2018 ini, peruntukan bagi DBKL dipotong sebanyak 55 peratus daripada RM9 juta tahun 2017 kepada RM4 juta untuk Belanjawan 2018 ini. Ini kali kedua, dipotong sejak tahun 2016. Maka persoalan saya, kenapa semakin menurun daripada RM28 juta Tuan Pengerusi, tahun 2016 pada hanya empat tahun depan. Sedangkan kita sedar warga kota dan golongan miskin bandar perlu diberikan perhatian penuh tatkala ekonomi Malaysia tidak kukuh dan kos sara hidup semakin meningkat.

Tuan Pengerusi, berkaitan juga dengan persoalan ini, adalah cukai taksiran pintu. Pada tahun 2013, DBKL menerima 80,000 bantahan atas keputusan mendadak mahu pada awalnya menaikkan cukai pintu dari kenaikan 100 peratus sehingga 300 peratus. Menjelang tahun 2014, sebanyak 166,000 bantahan diterima. Saya khuatir Tuan Pengerusi, pemotongan Bajet Peruntukan Persekutuan bagi DBKL akan menyebabkan kenaikan cukai sekali lagi. Maka, harus diperincikan apakah perancangan jangka masa pendek dan juga panjang bagi kementerian untuk memastikan peruntukan dan bajet DBKL itu mencukupi dengan khidmat buat warga kota?

Saya merujuk juga kepada bagaimana DBKL hilang sumber pendapatan ini dan terpaksa meningkatkan pungutan cukai bagi menampung potongan Belanjawan Persekutuan. Kita juga bimbang kerana akhirnya ini akan memberikan kesan berganda kepada kadar sewa rumah yang juga akan naik. Saya ingin persoalkan apakah jaminan kementerian untuk memastikan kadar cukai taksiran dan pintu yang berpatutan dapat diteruskan dengan kemampuan warga kota. Tuan Pengerusi, isu kedua adalah berkait...

final • 3:52 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Yang Berhormat Lembah Pantai. Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 3:52 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Saya tidak banyak masa lah, Yang Berhormat Segambut, boleh? Minta maaf ya. Nanti kita bincang lagi.

Berapakah jumlah kutipan cukai taksiran dan pintu yang dikutip oleh DBKL dari tahun 2013 hingga tahun 2017? Bagaimanakah ia disasarkan semula untuk keperluan warga kota?

final • 3:52 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Isu kedua, Tuan Pengerusi isu perparitan dan juga saliran. Oleh sebab utama banjir kilat di Lembah Pantai dan Kuala Lumpur. 30 Oktober 2017 menyaksikan kejadian banjir kilat yang sangat serius selama dua puluh minit berterusan tetapi antara sebab adalah bila masa pada 30 Oktober 2017 ini mencatatkan bacaan 86.55 mililiter melebihi jumlah kebiasaan antara 50 mililiter kepada 60 mililiter itu jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Sebelumnya, ini membawa kepada persoalan saya, apakah status terkini penaiktarafan longkang, perparitan dan saliran air di Kuala Lumpur kerana fenomena banjir kilat masih berterusan walaupun DBKL dikatakan memperuntukkan hampir RM600 juta untuk urusan naik taraf longkang dari tahun 2015 hingga tahun 2017? Saya desak pihak Yang Berhormat Menteri menyenaraikan syarikat-syarikat yang mendapat tender naik taraf saliran air daripada DBKL dengan lengkap dan telus dan memastikan kerja- kerja ini dilaksanakan dengan mengikut perincian yang standard.

Saya menyokong Yang Berhormat Cheras marah dengan Yang Berhormat Menteri bukan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi saya harap walaupun Yang Berhormat Timbalan Menteri terpaksa menjawab tetapi dapat kita senaraikan dengan terbuka dan telus.

Tuan Pengerusi, kawasan Kampung Pasir di Parlimen Lembah Pantai menyaksikan masalah yang agak serius akibat banjir kilat. Gasing Indah juga yang mengakibatkan bila masa berulang-ulang kejadian ini berlaku memberikan kesan yang sangat negatif termasuk kerosakan yang menimpa masyarakat setempat. Saya sudah sebut di peringkat perbahasan dasar tentang dua anak muda di Lembah Pantai yang menjadi mangsa lemas kerana tergelincir dan jatuh di longkang sebelah sekolah. Jadi, tentunya isu ini amat serius dan harus diambil kira dan kerana itulah saya pohon bila masa Yang Berhormat berkali-kali mengumumkan RM32 juta untuk penyelenggaraan saliran dan jalan raya di kawasan Parlimen Lembah Pantai, kenapa masih lagi masalah ini berulang?

Tuan Pengerusi, isu kawasan cerun dan tanah runtuh, saya mahu menyatakan isu yang besar ini mengambil kira pembangunan-pembangunan yang mendapat rungutan daripada penduduk setempat. Pada tahun 2015 sahaja sebanyak 1,740 permukaan tanah cerun bukit di Kuala Lumpur berisiko tinggi terdedah dengan insiden tanah runtuh. Memang kita sekarang ada Kuala Lumpur Information System (KuLSIS) di mana dikesan tempat-tempat berisiko tinggi dan dikatakan di Lembah Pantai mempunyai bilangan hill slope yang berisiko tinggi kedua tertinggi selepas kawasan Parlimen Segambut sebanyak 315 hill slope.

Jadi saya hendak bangkitkan isu tanah runtuh di Jalan Medang Tanduk yang keluar kenyataan DBKL cepat-cepat mengatakan mereka tidak bertanggungjawab sedangkan di kawasan itu saya sendiri melawat dan saya sendiri dapat bantuan daripada Timbalan Menteri hanya kita mahu proses kesinambungan memantau projek-projek ini bila masa terlalu banyak projek yang berlangsung di kawasan lereng bukit yang akan mengakibatkan tanah runtuh dan sebagainya.

Di Medang Tanduk ini pada 18 November, berlaku kejadian tanah runtuh- retaining wall, saya mahu jawapan susulan kerana sehingga Isnin, 20 November tidak ada tindakan susulan dan pernyataan jelas daripada DBKL untuk mengukuhkan lereng bukit tersebut. Khusus bila masa mempunyai kecerunan lebih 45 darjah. Tapak pembinaan juga tidak dimaklumkan sama ada berterusan ataupun tidak. Isu kedua adalah di Taman Tan Yew Lai bila masa pada 5 Disember 2015, mengakibatkan 42 orang penduduk Jalan Klang Lama diarahkan berpindah dan saya pergi memang kerosakan dia agak parah ya.

Setelah dua tahun, memang mereka mendesak agar sesuatu dilakukan tetapi pada saya dalam jangka masa panjang untuk memastikan struktur tanah itu tidak terkesan harus ada langkah yang tuntas selama ini. Saya juga ingin bangkitkan kebimbangan komuniti Taman Bangsar Pertama di mana penduduk amat risau dengan pembangunan semula ibu pejabat TNB, empat struktur bangunan dibina hampir 150 meter daripada rumah-rumah Jalan Senangin.

Jadi, satu pertemuan telah diadakan dengan TNB pada 18 November.

Diharapkan pihak pemaju iaitu Turner International dan TNB dapat menyediakan laporan environmental impact assessment memandangkan pelan sekarang bermaksud 300,000 tan metrik tanah akan dialih.

final • 3:52 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Daripada pengalaman saya sejak penggal pertama sampai sekarang, kalau saya minta sesalinan environmental impact assessment report, memang tak akan diberi.

Jadi saya fikir untuk, you know, for the interest of transparency, Tuan Pengerusi, harus ada kesediaan daripada pihak DBKL dengan terbuka dengan menggunakan kepakaran IKRAM dan sebagainya membuktikan when you approve a development, bila diluluskan, boleh memberi keyakinan, tidak ada rasa takut. Kena mampu mendepani cabaran dan juga dakwaan berlaku rasuah dan sebagainya. Ini penting, elemen yang penting.

Tuan Pengerusi, isu terakhir, isu lif-lif yang rosak, isu penyelenggaraan. Isu golongan miskin bandar khususnya yang tinggal di projek perumahan rakyat termiskin berhadapan dengan isu kerosakan lif yang tidak diselenggarakan. Pada Mei 2017, kerosakan di PPR Kerinchi, beberapa penduduk cedera termasuk warga emas. Dan berlaku lagi di Apartmen Putra Ria di Abdullah Hukum di mana RM500,000 diluluskan oleh Datuk Bandar tapi sehingga ke akhirnya masih lagi berlaku kerosakan.

Jadi saya pohon daripada pihak DBKL, saya tahu banyak perkara yang harus diambil kira tetapi mahu tidak mahu, sebelum kita menekan, kita minta penduduk untuk bayar kos RM54 senggara atau RM42 dan RM124, harus pastikan prasarana dan keadaan di rumah mereka itu bertepatan dengan kualiti hidup yang boleh diterima pakai.

Tuan Pengerusi, saya juga diberikan nota Butiran One-off daripada Ahli Parlimen Kuala Lumpur, tak silap saya Yang Berhormat Segambut. Butiran 050000 – “One-off”, butiran kecil River of Life di mana terdapat pencemaran dan kekotoran yang sangat-sangat teruk. Saya fikir ia bukan River of Life, lebih kepada ‘River of Death’. Jadi saya harap bila bersebelahan dengan stesen LRT Pasar Seni, harus ada penjelasan terkini bila kita peruntukkan jumlah yang begitu besar.

Apakah langkah DBKL untuk memastikan serta-merta kawasan River of Life ini benar-benar cocok atau padan dengan namanya? Bukan hanya mendapat imbuhan yang begitu tinggi daripada Kerajaan Pusat tetapi menjadi satu bukan sahaja eyesore, Tuan Pengerusi, tetapi yang memalukan bagi warga kota Kuala Lumpur dan Malaysia secara keseluruhannya. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Labuan.

final • 4:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus sahaja ke Butiran 010400 – Perbadanan Labuan.

Kelihatan di buku bajet ini, penurunan anggaran untuk bekalan daripada RM50.993 juta kepada RM43.319 juta untuk tahun 2018 dibandingkan dengan tahun 2017. Ini sangat menyedihkan memandangkan tahun 2017 dan sebelumnya pun kita sudah tahu dan merasakan bahawa peruntukan yang diturunkan ke Perbadanan Labuan tidak mencukupi.

Perbadanan Labuan mempunyai tanggungjawab ataupun skop yang luas. Kita punya Jabatan Pelancongan Perbadanan Labuan cuma menerima RM2 juta setahun dan inilah juga yang digunakan untuk sambutan Hari Wilayah, sambutan Hari Kemerdekaan, untuk perbelanjaan lawatan-lawatan Ahli-ahli Kabinet ke Labuan dan malah untuk aktiviti- aktiviti sukan dan sebagainya. Padahal, kementerian ingin melihat Labuan maju di dalam proses diversification asas ekonominya untuk menekankan kepada pembangunan pelancongan.

Alhamdulillah, kita telah dapat melihat momentum yang baik, kejayaan yang baik tetapi dengan penurunan kepada peruntukan ini yang menyebabkan susah untuk Jabatan Pelancongan Perbadanan Labuan itu mendapat peruntukan yang lebih besar, maka perancangan kita akan menjadi lebih rumit.

Belum masuk lagi satu program ataupun event ikonik Labuan yang dinamakan Labuan International Sea Challenge yang dahulunya dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan dengan bajet melebihi RM1 juta yang sekarang dilaksanakan ataupun di bawah tanggungjawab Perbadanan Labuan yang mana tahun lepas pun kita sudah tidak mempunyai bajet tambahan ataupun bajet khas untuk program tersebut.

final • 4:02 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Jadi, Kementerian Wilayah Persekutuan sepatutnya diberikan peruntukan yang lebih oleh EPU dan saya berharap Kementerian Wilayah Persekutuan akan terus memperjuangkan supaya bajet yang lebih besar dapat diperoleh untuk keperluan kita di Labuan.

Untuk Butiran 010500 – Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, saya pun nampak penurunan di sini padahal pada masa yang sama, kita merasakan kita tidak mendapat peruntukan yang cukup. Di Labuan, kos untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan sukan ini memang agak tinggi sebab apabila ahli-ahli sukan kita menyertai kejohanan dan training pembangunan sukan di luar Labuan, ia akan melibatkan perbelanjaan yang lebih mahal apabila mereka terpaksa terbang ke Kuala Lumpur ataupun menyertai kejohanan-kejohanan di Sabah dan Sarawak. Terpaksa naik kapal terbang, tidak boleh naik bas.

Begitu juga sebenarnya yang berkaitan dengan sukan, mungkin di bawah butiran yang pertama, Perbadanan Labuan. Labuan juga terlibat dengan Sukan BIMP- EAGA ataupun Brunei-Indonesia-Malaysia-Philipine East Asia Growth Area di mana sukan ini walaupun ia bukan di bawah MSWP tetapi ianya adalah di bawah tanggungjawab Perbadanan Labuan di mana ianya adalah salah satu program yang cukup baik untuk Labuan yang melibatkan Labuan dengan komuniti antarabangsa dalam sukan dan juga yang lain-lain aktiviti ekonomi tetapi selalunya kita mempunyai kekangan peruntukan dan ini membuatkan kita terlepas daripada peluang untuk mempertingkatkan kemajuan Labuan.

Untuk Butiran 040400 – Penyelenggaraan dan Kemudahan Awam, saya rasa Timbalan Menteri pun sedar memang di Labuan banyak infrastruktur milik kerajaan yang di bawah selenggaraan Perbadanan Labuan yang perlu diselenggarakan tetapi tidak dapat dilaksanakan dengan sebaiknya disebabkan oleh kekangan peruntukan.

Untuk Butiran 050600 – Diskaun Tambang Feri Penumpang, alhamdulillah, kita dapat seperti tahun yang sudah, RM11 juta. Saya bagi pihak rakyat Labuan dan pengguna feri mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan syabas atas usaha yang berjaya itu.

Untuk Butiran 050800 – Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan, ada satu yang saya ingin soalkan di sini. Ianya adalah sesuatu yang saya diminta oleh kepimpinan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Labuan di mana di Labuan, timbalan pengerusi tidak mendapat elaun, tidak seperti Timbalan Pengerusi MPP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Jadi kepada mereka, ini adalah satu yang pelik dan tidak adil. Kalau timbalan pengerusi di sini dapat elaun, sepatutnya yang di Labuan juga mendapat elaun.

final • 4:02 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Selain daripada itu, saya juga ingin menyarankan di sini MPP ini adalah satu jentera yang boleh membantu dalam pentadbiran terutamanya di dalam hal-hal berkaitan dengan kecemasan dan bencana. Jadi untuk kita empower mereka, sepatutnya kita kena minta peruntukan yang boleh diturunkan ke peringkat mereka. Apabila berlakunya bencana dan keperluan-keperluan yang mendesak, mereka boleh bergerak dengan cepat sebab mereka lebih dekat dengan kawasan yang terlibat selain daripada cuma aktiviti-aktiviti yang dirancang seperti gotong-royong dan sebagainya.

Saya rasa perlu kita bagi empowerment dan ini akan memberikan mereka lebih berfungsi dengan baik. Sebagai contoh waktu ribut taufan yang melanda Filipina yang mana Labuan terkena ekornya selama tujuh hari berturut-turut, 50 lebih batang pokok tumbang menghalang jalan. Ada 40 lebih atap terbang dan banyak aset-aset lain seperti kereta dan sebagainya dihempap pokok. Ia dapat diselesaikan dengan sebegitu segera dengan kerjasama oleh pihak Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Labuan.

Jadi memang patut kita berikan mereka empowerment dengan memberikan peruntukan yang cukup tetapi melihat di sini tidak sampai sejuta untuk seluruh Wilayah Persekutuan. Maka sudah tentu ia tidak dapat berbuat demikian dengan bajet yang sebegini. Jadi saya berharap kita pada masa-masa akan datang akan dapat memohon dan meyakinkan EPU bahawa ia adalah satu keperluan yang penting.

Untuk 02000 iaitu Jalan-jalan dan Jambatan-jambatan. Saya ingin tekankan di sini Labuan ini walaupun ia Wilayah Persekutuan tetapi ia lain daripada Putrajaya dan Kuala Lumpur. Labuan mempunyai kawasan luar bandar ataupun kampung-kampung.

final • 4:10 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Jadi sebenarnya banyak kita punya kampung air dan sebagainya yang memerlukan peruntukan yang cukup, yang sepatutnya datang daripada mungkin KKLW tetapi tidak masuk di dalam sistem disebabkan kita dianggap sepatutnya di bawah tanggungjawab Kementerian Wilayah Persekutuan. Begitu juga kawasan-kawasan Parlimen lain mendapat peruntukan daripada KPKT dan sebagainya tetapi Labuan tidak dapat disebabkan kita di bawah Wilayah Persekutuan. Akan tetapi malangnya Kementerian Wilayah Persekutuan tidak mendapat bajet yang secukupnya untuk membantu kita menyelesaikan semua tanggungjawab tersebut.

Jadi saya harap Kementerian Wilayah Persekutuan, EPU dan juga Kerajaan Persekutuan memahami keadaan ini dan pastikan kalau Kementerian Wilayah Persekutuan diberikan tanggungjawab untuk menjaga kawasan rural kampung-kampung di Labuan, maka peruntukan yang cukup besar patut diberikan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan.

Loceng pun sudah bunyi. Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya ingin menyentuh mengenai setinggan. Labuan ini kita diberi markah setinggan per kapita paling tinggi dalam negara. Kita mempunyai orang yang tinggal di setinggan dianggarkan lebih kurang 15,000 orang penduduk kita. Cuma lebih 15 peratus tinggal di dalam setinggan plus penempatan MKN.

Jadi ini adalah sesuatu yang tidak match dengan apa yang Kementerian Wilayah Persekutuan inginkan Labuan sebagai smart and sustainable island city. Jadi saya berharap Kementerian Wilayah Persekutuan kena melihat kepada peruntukan yang cukup untuk kita boleh merancang apakah arah tuju untuk kita clear kita punya setinggan dan seterusnya kita dapat menjadikan Labuan seperti wawasan yang kita sudah tetapkan bersama. Sekian, terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Temerloh.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Nasrudin bin Hassan - Temerloh

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih Tuan Pengerusi memberi ruang dan juga peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa ini.

Rujukan saya ialah kepada Butiran 050000, Butiran Kecil 050100 sehingga 050500.

Tuan Pengerusi, kita lihat pada hari ini di Kuala Lumpur bukan sahaja isu kebersihan yang berbangkit, maksud saya bukan sahaja isu kebersihan sampah sarap tetapi juga kebersihan sampah manusia ataupun lambakan manusia sampah yang saya kira juga menjadi isu besar. Ini adalah ekoran daripada kadar jenayah yang semakin tinggi yang melibatkan dadah, judi, kemudian pelacuran, judi siber dan lain-lain. Lebih kita bimbang ialah semua bentuk jenayah ini saya difahamkan banyak bersembunyi di sebalik pusat-pusat hiburan yang diberikan lesen seperti pusat snuker, kemudian kelab malam, rumah urut dan lain-lain.

Jadi inilah yang sangat membimbangkan kita dan akhirnya menjadikan kadar jenayah di Bandaraya Kuala Lumpur ini tidak pernah reda sampai sekarang.

Termasuklah juga jenayah jalanan yang melibatkan ragut dan juga samun. Saya dimaklumkan melalui laporan yang kita baca ini 35,000 jenayah jalanan setiap tahun di seluruh negara. Kalau ikut laporan pelan hala tuju Program Transformasi Kerajaan telah mendedahkan kepada kita ada empat negeri mewakili 70 peratus daripada kes jenayah jalanan di seluruh negara dan yang paling tinggi ialah Bandaraya Kuala Lumpur.

Jadi kita tidak boleh pandang ringan perkara ini sebab jenayah jalanan ini ia menepati 17 peratus daripada jumlah jenayah indeks yang dilaporkan dalam negara kita ini. Kalau ikut Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman tahun 2014 yang lalu, Kuala Lumpur ini telah menjadi satu lokasi yang telah mencatat jenayah yang paling tinggi dalam negara kita.

Jadi ini adalah perkara yang perlu saya berikan perhatian Tuan Pengerusi.

Kementerian Wilayah Persekutuan satu ketika dahulu saya lihat pernah menerbitkan sebuah Kuala Lumpur Structure Plan 2020 diterbitkan pada tahun 2003 yang lalu.

final • 4:14 PM

Tuan Haji Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Jadi draf pelan tersebut telah merangkumi pelbagai aspek melibatkan soal ekonomi, kemudian hubungan alam sekitar, pelancongan sehinggalah kepada soal urban design dan juga landskap.

Jadi Tuan Pengerusi, berdasarkan perkara ini saya mempunyai pandangan kita perlu kepada perubahan landskap secara total bagi menaik taraf Bandaraya Kuala Lumpur ini sekali gus dapat menyelesaikan masalah belenggu kebersihan ini sama ada kebersihan fizikal yang banyak disentuh tentang sampah sarap semua sekali dan juga kebersihan kerohanian seperti bebas daripada maksiat, mungkar jenayah dan sebagainya. Justeru itu, saya ingin dapatkan penjelasan sejauh mana draf Kuala Lumpur Structure Plan 2020 ini ataupun yang dikenali sebagai The Greater Kuala Lumpur telah pun dilaksanakan sehingga ke saat ini? Bagaimana keberkesanannya?

Kedua Tuan Pengerusi, rujukan saya kepada Butiran 010200 iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Tuan Pengerusi, di bawah Pelan Strategik The Greater Kuala Lumpur terdapat kawasan-kawasan khusus yang terdiri daripada kawasan tanah rizab Melayu dan juga kampung-kampung tradisi termasuklah juga kampung-kampung baru.

Kawasan rizab Melayu ini kalau kita lihat di bawah Enakmen Rizab Melayu 1913 dan juga Enakmen Tanah 1987, di bawah peruntukan tersebut, disebut bahawa orang-orang Melayu berhak untuk memiliki tanah dan juga kawasan rizab ini tidak boleh dipindah milik semuanya sama ada melalui proses penjualan ataupun melalui proses pajakan.

final • 4:14 PM

Tuan Haji Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Tuan Pengerusi, isu berbangkit di sini ialah kita lihat pembangunan yang pesat di Kuala Lumpur. Boleh saya sifatkan sebagai pembangunan yang begitu mencabar dan juga sukar dikawal proses pembangunannya yang akhirnya menyebabkan tanah-tanah rizab ini banyak digunakan untuk tujuan-tujuan komersial.

Jadi justeru itu Tuan Pengerusi, saya ingin mendapatkan data yang lengkap daripada pihak kerajaan, sehingga kini berapa peratus tanah rizab yang masih tinggal sebenarnya di Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada hari ini. Keduanya ialah berapakah peratus tanah rizab yang telah digunakan oleh pemaju-pemaju hartanah ini yang dibangunkan secara komersial di dalam negara kita ekoran daripada pembangunan-pembangunan yang begitu pesat di dalam negara kita.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin mendapatkan penjelasan bagi setiap ekar tanah yang ditukar milik itu adakah ia telah diganti semula oleh pihak pemaju ataupun dia semakin hilang dan akhirnya hilang terus tanah rizab Melayu di Bandaraya Kuala Lumpur ini. Adakah penguatkuasaan yang lebih tegas dijalankan oleh pihak berkuasa untuk memastikan tanah rizab dalam negara kita ini terus terpelihara dan tidak terhakis ekoran daripada himpitan pembangunan yang pesat.

Kita sedar bahawa pembangunan itu perlu untuk memastikan negara kita capai tahap negara maju perlu pembangunan tetapi bagaimana pula aset-aset negara yang saya kira tanah rizab Melayu di tengah-tengah bandar raya ini boleh dianggap aset negara yang perlu diberikan pemeliharaan yang serius dan juga bertanggungjawab oleh pihak kerajaan.

Jadi saya ingin mendapatkan penjelasan ini secara lengkap untuk kita memastikan, insya-Allah bahawa tanah-tanah rizab ini terus kekal, terpelihara dan kedudukannya terjamin sebagaimana yang telah dinyatakan dalam enakmen yang tercatat. Jadi saya kira sekadar itu sahaja perbahasan yang saya ambil bahagian untuk Kementerian Wilayah Persekutuan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih bagi saya peluang menyentuh beberapa perkara tentang Kementerian Wilayah Persekutuan. Atas Butiran 010200 iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Pembangunan Komuniti. Saya hendak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri ada beberapa dewan komuniti di Wangsa Maju.

Soalan saya ialah, apa sebab saya selaku Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat mewakili Wangsa Maju, tidak dibenarkan guna dewan komuniti ini. Juga apabila kita minta bukan tujuan politik seperti hari keluarga, itu pun tidak dibenarkan.

final • 4:23 PM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

Satu perkara lain Butiran 02000 - Jalan-jalan dan Jambatan-jambatan.

Sekarang kita masuk musim hujan. Baru-baru ini beberapa tempat kita panggil hotspot yang banjir kilat seperti depan IJN , di Jalan Tun Razak dan juga simpang Jalan Duta dan Jalan Semantan. Dua hari lalu apabila hujan lebat, kena juga banjir kilat. Lebih kurang dua minggu atau tiga minggu lalu, Federal Highway depan Angkasapuri.

Walaupun kita dengar ada langkah yang diambil oleh Kementerian Wilayah Persekutuan, DBKL dan sebagainya, kita hendak minta Menteri Wilayah Persekutuan walaupun peruntukan besar, apa langkah kekal atau proaktif dan perkara ini tidak berlaku lagi.

Ada satu perkara ialah perkara yang serius sebab tanah susah hendak dapat di Wilayah Persekutuan dan tanah sangat mahal. Atas tajuk Butiran 010200 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kawasan hijau. Minggu lepas saya ada peluang pergi dekat HUKM, hospital HUKM, padang untuk main bola sepak di Jalan Jujur di Bandar Tun Razak.

Saya pun pelik sebab dulu Tuan Pengerusi, kawasan ini sangat strategik. Kita sentiasa complaint budak-budak kita, remaja kita ambil aktiviti yang tidak sihat seperti mat rempit dan sebagainya. Apabila DBKL dan juga Kementerian Wilayah Persekutuan bagi permohonan dan lulus ini dapat yang strategik lebih kurang 30 tahun. Saya pun nampak dengan mata saya sendiri sudah dipagarkan dan paling pun sudah mula. Saya hendak minta satu jawapan yang jelas, apa sebab DBKL membenarkan aktiviti seperti ini. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jawab.

Satu lagi atas Butiran 020100 iaitu di kawasan saya Wangsa Maju. Tahniah DBKL sudah majukan satu taman hijau atau taman permainan yang tepi Jalan Genting Klang, belakang Setapak Central. It is Setapak Central. Walaupun DBKL gunakan peruntukan berjuta-juta ringgit tetapi saya menyeru dan minta Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimana taman ini tidak ada pintu masuk yang baik? Begitu juga, kadang- kadang orang yang duduk di kondo mewah dekat sini boleh jalan kaki sana tetapi segelintir orang guna kereta. Akan tetapi tidak ada car park yang sesuai. So, saya harap pihak Kementerian Wilayah dan juga DBKL mengambil serius perkara ini dan buat langkah yang sesuai.

Tuan Pengerusi, di Kuala Lumpur walaupun kita bangga duduk sini dan bangga Kuala Lumpur hendak satu status maju atau world class city tetapi kita harap DBKL guna wang yang Parlimen lulus untuk perkara yang baik. Di depan kita Lake Garden. Apa sebab DBKL perlu membazirkan wang. Naik pagar, tepi itu jalan. Apa tujuan itu? Tujuan kita pun nampak banyak tepi jalan pavement yang keadaan pun boleh kata baik tetapi lepas dua tahun, tiga tahun buat semula lagi. Ini perkara kita ada banyak kali runding dengan DBKL tetapi masih membazirkan. So, saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jawab perkara ini. Sekian terima kasih.

final • 4:23 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kepong.

final • 4:23 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Pengerusi Butiran 010100, Butiran 010200 dan Butiran 010500. Dalam ucapan Yang Berhormat Menteri, kita dapat tahu beliau hendak Bandaraya Kuala Lumpur menjadi sebagai bandar raya eko dan projek yang diminati itu river of life. River of life.

final • 4:29 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Walau bagaimanapun, ada usaha untuk menanam pokok dan sebagainya tetapi saya nampak belum lagi mencapai tahap eco kerana banyak kawasan yang tidak ada pokok pun dan bila pokok ditebang seperti di Jalan Kepong ada banyak pokok dan pokok ditebang untuk MRT. Itu baik untuk MRT.

Akan tetapi saya berharap pokok-pokok yang hilang ini dapat diganti. Kita mesti pastikan sebagai bandar raya eco setiap pokok yang ditebang ataupun yang jatuh ataupun mati kita mesti menggantikan dengan segera dan memastikan penjagaan ini adalah baik. Oleh sebab saya ada nampak ramai yang mengunjungi dan mengguna Taman Metropolitan Kepong kerana ada layang-layang dan sebagainya, Tuan Pengerusi.

Memang orang seronok dan di situ juga dekat dengan itu Forest Research Institute Malaysia (FRIM) dan ada banyak pokok dan ada pokok-pokok di kawasan tadahan yang tidak ada orang pun yang boleh menjejaskan taman-taman ini termasuk kawasan tadahan.

final • 4:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Walaupun ada orang kata, saya mesti jaga itu kawasan saya mengenai alam sekitar tetapi saya tahu tidak ada orang pun boleh menjejaskan tanaman pokok-pokok di FRIM dan juga di kawasan sekitarnya. Walau bagaimanapun, saya berharap pihak kementerian dapat mengambil perhatian mengenai penjagaan dan penggantian pokok.

Untuk dewan-dewan, saya nampak misalnya di Jinjang Utara, di Jinjang Selatan ada dewan. Dewan yang dibina oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tetapi ada dewan itu tidak diguna dengan sepenuhnya. Ada yang dibiarkan dengan begitu sahaja.

Saya berharap pihak kementerian dapat mengkaji di seluruh Wilayah Persekutuan, bilangan dewan yang ada dan bilangan yang digunakan dengan sepenuhnya. Kalau yang tidak digunakan dengan sepenuhnya ataupun dibiarkan begitu sahaja, kita mestilah mengkaji bagaimana kita boleh gunakan dewan-dewan ini dengan baik.

Selain daripada itu, ini mengenai Datuk Bandar. Datuk Bandar dengan saya lama sudah kita bertemu di cawangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Jinjang Utara.

Di Jinjang Utara sekarang di depannya banyak pembinaan, banyak pembangunan kerana ada MRT dan sebagainya dan adalah masa untuk memperbaiki atau membina semula dewan cawangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Jinjang Utara termasuk mengadakan dewan serba guna yang besar, yang cukup moden untuk menampung keperluannya. Ini memang perlu digunakan.

Tuan Pengerusi, mengenai sosioekonomi. Ada banyak bangunan untuk penjualan rumah rakyat PPR di kawasan Kepong dan di seluruh Wilayah Persekutuan.

Saya berharap pengurusan projek penjualan rumah rakyat PPR ini, diselenggarakan dengan lebih berkesan, lebih teratur sebab saya terima banyak aduan dan itulah saya berharap ini boleh diperbaiki supaya masalah yang timbul ini dapat dikurangkan. Akan tetapi saya ada nampak DBKL ada berusaha untuk memperbaiki penyelenggaraan program penjualan rumah rakyat tetapi usaha ini mestilah dipertingkatkan dan ditambah baik.

[Timbalan Yang di-pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Mengenai program pembangunan dan pengurusan penjaja. Saya sering melihat bukan sahaja di sempadan Selayang itu ada pasar borong dan ada pasar yang lain dan di situ kita nampak kerana perubahan sosioekonomi ini ramai pendatang. Rohingya pun ada, Bangladesh pun ada, Nepal pun ada, Vietnam pun ada dan ini bukan sahaja masalah di Malaysia banyak negara di dunia pun macam itu juga. Di Jerman pun macam itu, di UK pun macam itu. Yang Berhormat Menteri pun tahu, Yang Berhormat Menteri Belia kita pun tahu, di London dan sebagainya masalah ini timbul. Oleh kerana penjaja ini atau pekedai ini...

final • 4:30 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Siapa yang masalah itu sekarang ini? Saya ingat masalah di...

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Segambut, bangun. Yang Berhormat Segambut bangun, Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Saya ingat ada masalah di pasar dan penjaja sahaja.

final • 4:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Yang Berhormat Kepong saya hendak tanya, Menteri Wilayah Persekutuan pun tidak ada, Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tidak ada, siapa yang dengar?...

final • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Pengerusi, saya berharap Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat hadir untuk menjawab.

Walau bagaimanapun, kita ramai penjaja dan pekedai kecil yang bukan warga kota, memang bukan dan sinilah saya berharap DBKL dapat menguruskan, mengkaji bagaimana kita boleh menghadapi cabaran seumpama ini supaya semua dijalankan dengan baik.

final • 4:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Saya faham masalah ini memang rumit dan sebab itulah kita perlu menyelidik dan membuat strategi, dasar dan pelaksanaan yang berkesan untuk mengatasi masalah ini.

Akhirnya mengenai sukan di Wilayah Persekutuan. Memang pihaknya ada berikhtiar. Yang Berhormat Menteri memang dia seronok kerana sukan itu nampak baik sedikit, SEA Games itu kita ada nampak prestasi yang baik juga dan saya berharaplah semua jenis sukan. Di sini ada disebutkan beberapa jenis sukan, 45 jenis yang diutamakan di Wilayah Persekutuan. Saya berharaplah tahap latihan dan sebagainya untuk sukan ini dapat ditambah baikkan supaya tahap sukan di Wilayah Persekutuan boleh tinggi, secocok dengan yang dikehendaki. Sekian, terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Segambut.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Segambut.

final • 4:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Terima kasih. Saya merujuk kepada Bekalan 32, 010200 – peruntukan yang diberikan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

(DBKL) sebanyak RM4 juta.

Belanjawan RM4 juta kepada DBKL ini adalah penuhi soalan sebab beberapa tahun yang lalu pihak DBKL pernah adakan dialog bersama Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional, pembangkang, NGO, persatuan penduduk, stakeholders dan sebagainya untuk berbincang draf bajet DBKL.

final • 4:39 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Akan tetapi tahun ini sehingga kini tiada jemputan, tiada dialog, rundingan bersama wakil rakyat, persatuan penduduk, stakeholders yang lain mengenai draf bajet untuk DBKL. Jadi saya hendak tanya, mengapa begitu? Seolah-olah DBKL ada something to hide. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengapa DBKL mengamalkan governance tidak transparent? Jadi saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh minta DBKL mengadakan satu dialog bersama wakil rakyat Barisan Nasional, pembangkang, warga kota Kuala Lumpur, berbincang draf bajet untuk Kuala Lumpur ini.

Perkara yang kedua berhubung Butiran 020000. Yang Berhormat Menteri Kewangan II telah mengumumkan larangan keseluruhan terhadap hartanah bernilai RM1 juta ke atas, blanket ban. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri Kerja Raya cakap lain pula, dia kata ini bukan satu blanket ban. Dia hanya adalah satu larangan selektif, ada yang boleh, ada hartanah yang tak boleh. Hari ini kita baca dalam berita, Datuk Bandar Kuala Lumpur pula mengatakan tiada blanket ban di Kuala Lumpur. Ya, dia kata khususnya dalam satu projek yang belum mengemukakan sebarang permohonan untuk membuat apa-apa projek, nama dia Projek Bandar Malaysia.

Datuk Bandar Kuala Lumpur kata, larangan ini tidak terpakai dalam projek ini.

Projek ini adalah satu projek phantom, projek hantu. Tiada permohonan dibuat, tetapi seolah-olahnya Datuk Bandar kata kelulusan telah diberikan. Mengapa begitu? Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, sama ada larangan (ban) ini, ban terhadap kelulusan hartanah bernilai RM1 juta ke atas, benarkah blanket di seluruh Malaysia, di seluruh Kuala Lumpur atau larangan ini adalah larangan mengikut sesuka hati Yang Berhormat Menteri.

Isu yang terakhir, mengenai ban hartanah bernilai RM1 juta ke atas juga. Kalau kerajaan benar-benar hendak mengawal harga harta yang mewah, saya minta kerajaan apply, mengamalkan larangan ini terhadap projek kerajaan sendiri. Untuk pengetahuan Dewan ini, kerajaan ada satu projek perumahan yang mewah di kawasan Segambut saya. Dia di Taman Rimba Kiara, TTDI.

Taman Rimba Kiara sebelum Disember tahun yang lepas adalah berstatus satu tanah lapang hijau seluas 50 ekar tetapi pada Disember tahun lalu, kerajaan dengan alasan yang tidak diketahui telah merampas hampir separuh daripada tanah lapang ini, 12 ekar telah merampas dan bertukar hak milik kepada Yayasan Wilayah Persekutuan.

Untuk tujuan apa?

final • 4:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Untuk tujuan mixed development, untuk tujuan sembilan blok kondominium, satu blok kondominium mampu milik untuk memberi kepada penghuni rumah panjang Taman Tun, yang lain lapan blok adalah lapan blok kondominium yang mewah.

Jadi saya minta projek ini kalau diurus oleh kerajaan, larangan sekatan hartanah mewah RM1 juta ke atas mesti diapply di projek ini. Tiada kondominium mewah yang bernilai RM1 juta ke atas boleh dijual. Dalam hal ini, saya juga hendak minta jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri sebab Kementerian Wilayah Persekutuan tidak jawab dalam soalan lisan saya.

Dalam rampasan separuh tanah lapang Taman Rimba Kiara di Taman Tun ini seluas 12 ekar, apakah keuntungan kerajaan? Ini sebab tanah ini diberi secara percuma kepada Yayasan Wilayah Persekutuan. Apakah keuntungan kepada kerajaan? Apakah keuntungan kepada warga kota Kuala Lumpur, khususnya warga kota di Taman Tun?

Itulah soalan-soalan saya. Saya minta satu jawapan yang teliti. Sekian, terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar.

final • 4:40 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya terpanggil untuk berbicara tentang beberapa perkara di bawah Butiran 010200, Butiran 020100. Saya minta izin untuk gabungkan kedua-dua butiran ini iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan Perancangan dan Pembangunan.

Saya ada empat isu spesifik, yang pertama berkenaan dengan Taman Tiara Titiwangsa. Saya difahamkan DBKL telah bercadang untuk satu pembangunan tiga blok apartment dan apartment ini akan dibina di atas tanah kosong yang kini menjadi hak milik Yayasan Wilayah Persekutuan.

Saya ingin mendapat komitmen daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab, siapakah pemilik Yayasan Wilayah Persekutuan? Adakah yayasan ini telah mendengar rintihan daripada masyarakat setempat sebelum meluluskan cadangan pembangunan ini? Apakah status terkini mengenai pembangunan di Taman Tiara Titiwangsa?

Poin kedua saya dengan izin Tuan Pengerusi, adalah berkenaan dengan Stadium Badminton Cheras. Stadium Badminton Cheras telah ditubuhkan pada tahun 1990 selepas 27 tahun. Baru-baru pada awal tahun ini kita mendapati Stadium Badminton Cheras ini telah dijual kepada M Vertica hak milikan Mah Sing Group. Kita tahu bahawa Stadium Badminton Cheras ini bukan sahaja digunakan untuk permainan pertandingan-pertandingan badminton, malahan juga karate-do, tae kwan do, pingpong dan aktiviti-aktiviti lain. Mengapa DBKL membuat keputusan untuk menjual tanah ini dan melakukan satu pembangunan di Stadium Badminton Cheras ini?

Sepatutnya DBKL perlu menunjukkan komitmen untuk mempertahankan stadium badminton ini. Kalau hendak membangunkan pun dengan kompleks yang lain dan sebagainya, perlu digunakan sepenuh tanah itu untuk pembangunan kompleks sukan. Saya mendapati ada juga pembangunan lain yang akan dilakukan. So, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri memperincikan keluasan tanah Stadium Badminton Cheras ini, berapa banyak yang akan digunakan untuk stadium, berapa banyak yang akan digunakan untuk pembangunan-pembangunan lain, tidak kira flat ataupun apartment. Saya perlukan komitmen dan pendedahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri di dalam Dewan yang mulia ini.

Ketiga ialah berkenaan dengan kawasan hijau. Kawasan hijau ini seperti yang telah dibawa oleh Ahli-ahli Parlimen yang lain, rata-ratanya kebanyakan yang membahaskan hari ini telah mengatakan bahawa kini 5 tahun kebelakangan ini kita kehilangan banyak kawasan hijau di kawasan Kuala Lumpur. Saya ingin memetik kaji selidik yang dilakukan oleh Pengarah Treat Every Environment Special (TrEES) yang mengatakan bahawa 75 peratus kawasan hijau di Kuala Lumpur hilang sejak 20 tahun lepas atas nama pembangunan. Apakah kenyataan ini benar?

final • 4:46 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya perlukan komitmen daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab soalan ini secara khusus, adakah ini benar atau tidak, 75 peratus dalam 20 tahun terakhir. Saya juga ingin tahu, berapakah peratus kawasan hijau di Kuala Lumpur tanpa mengira Putrajaya dan Labuan? Tanpa mengira Labuan dan Putrajaya, hanya Kuala Lumpur sahaja, berapakah kawasan hijau yang masih ada di Kuala Lumpur?

final • 4:46 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ini pun Yang Berhormat Timbalan Menteri wajib jawab. Oleh sebab bukan saja saya, malahan ramai di luar, khususnya penduduk ibu kota Kuala Lumpur ingin tahu.

Oleh kerana walaupun ada beberapa Yang Berhormat telah ditegur oleh Tuan Pengerusi sebentar tadi, hakikatnya adalah, rintihan bahawa kebanyakan kawasan hijau dikorbankan atas nama pembangunan. Itu hakikat, itu realiti dekat bawah. Walaupun boleh bagi jawapan retorik, jawapan yang cantik dan sebagainya, itu tidak lari daripada penderitaan, rintihan, khusus daripada masyarakat ibu kota. So, komitmen daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, khususnya untuk menjawab soalan yang saya minta tentang kawasan hijau.

Keempat, ini mengenai satu jawatankuasa kawasan hijau yang saya perlu cadangkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Kementerian Yang Berhormat. Mengapa DBKL sehingga hari ini tidak mahu mewujudkan satu jawatankuasa hijau? Oleh kerana jawatankuasa ini sekiranya kita ada, boleh menilai segala pembangunan dan perancangan di kawasan Kuala Lumpur. Itu adalah yang keempat.

Kelima dan yang terakhir Tuan Pengerusi, adalah berkenaan dengan berapakah kawasan di Kuala Lumpur yang telah digazetkan oleh DBKL sebagai kawasan hijau sepanjang tahun 2015, 2016 dan 2017?

Bermaksud, kementerian sendiri telah gazetkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur. Saya tidak hendak Labuan, saya tidak hendak Putrajaya. Saya khusus kepada Kuala Lumpur. Berapakah kawasan hijau yang telah digazetkan sebagai kawasan hijau sepanjang tahun untuk tahun 2015, 2016 dan 2017? Jawapan Yang Berhormat Menteri setelah terangkan yang ini, perlu dibandingkan dengan kawasan hijau yang telah dikorbankan atas nama pembangunan untuk tahun 2015, 2016 dan 2017.

Saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri akan memberi jawapan secara telus. Oleh kerana soalan-soalan yang saya bangkitkan ini bukan sahaja yang dengar adalah Ahli-ahli Parlimen di sini tetapi ramai yang telah memberikan saya hujah- hujah ini untuk dibawa ke dalam Dewan yang mulia ini. Mengharapkan satu jawapan yang telus, ikhlas dan penuh dengan komitmen daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Bintang.

final • 4:50 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk Butiran 010200 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Maksud Bekalan 32, Kementerian Wilayah Persekutuan yang menerima peruntukan RM4 juta bagi membangunkan komuniti. Butiran 020000 - Perancangan dan Pembangunan, yang menerima peruntukan RM10,481,000.

Saya ingin membangkitkan soalan tentang tanah milik kerajaan dan DBKL yang sudah berpindah milik. Sepanjang lima tahun yang lalu, hal ini sering berbangkit dalam Dewan yang mulia ini. Beberapa soalan dan sentuhan dalam ucapan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Akan tetapi jawapan yang diberikan kurang memuaskan. Saya minta Yang Berhormat Menteri supaya jangan berselindung dalam memberikan penjelasan yang benar dan meyakinkan atas pertanyaan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Saya minta Yang Berhormat Menteri memperincikan jawapan kepada soalan- soalan tersebut. Soalan saya ialah berapakah jumlah keluasan tanah kerajaan dan DBKL yang sudah dijual kepada pemaju? Siapa pembeli-pembeli itu? Berapakah harga jualan dan sebab-sebab terpaksa dijual serta pembangunan yang dicadangkan ke atas tanah- tanah yang dijual itu? Apa bentuk jualan, sama ada melalui secara tender terbuka atau tertutup? Mengapakah ia jual secara tertutup? Bolehkah memberi alasan yang benar?

final • 4:52 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Kemudian, berapakah baki tanah kerajaan dan DBKL yang masih ada? Apakah perancangan akan datang, berapakah pula tanah DBKL yang dijalankan projek usaha sama dengan pemaju swasta? Status kewangan sekarang, bagaimana pula projek pembangunan semua perumahan awam DBKL yang sudah berjalan, dalam perancangan dan belum dimuktamadkan?

Para warga kota mahukan perincian ini supaya faham akan kedudukan tanah di Kuala Lumpur ini. Saya pernah ditanya soalan di Dewan yang mulia ini bahawa minta Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan butiran penjualan tanah DBKL dalam tempoh lima tahun ini. Akan tetapi menurut jawapan dari DBKL, dalam tempoh lima tahun ini 113,027 ekar tanah telah terjual. Ini satu angka yang amat menakutkan. Oleh sebab harga yang dijual itu dengan harga bukan pasaran, yang amat murah, RM200 - RM300 kaki persegi tanah yang dijual di Kuala Lumpur.

Hakikatnya, tanah di Kuala Lumpur ini sekurang-kurang RM800 hingga RM3000. Saya difahamkan TRX, 1MDB, tanah yang dijual kepada Tabung Haji RM2700 lebih satu kaki persegi. Akan tetapi 1MDB beli tanah itu hanya RM65 sahaja dan LTAT beli lagi dahsyat. RM3,000 lebih satu kaki persegi beli dari 1MDB. Inilah berlaku penyelewengan. Saya harap semua tanah yang dijual di Kuala Lumpur seharuslah melalui tender terbuka. Saya yakin kerajaan boleh dapat lebih kali ganda hasil dalam jualan tanah ini.

Tuan Pengerusi, menurut laporan Euromonitor International, pada tahun 2016 seramai 12.3 juta pelancong tiba di Kuala Lumpur dan 2017 meningkat kepada 12.8 juta.

Dalam senarai 10 destinasi pelancongan yang popular di dunia, Kuala Lumpur jatuh tangga ke-10. Manakala, Singapura jatuh tangga keempat dengan bilangan pelancong 16.6 juta. Walaupun negara kita tidak dapat mengatasi dan bersaing rapat dengan Hong Kong, pelancong ialah 26.6 juta. Bangkok yang kedua; London ketiga; Singapura keempat; Macau kelima; Dubai, Paris, New York dan Shenzen. Kuala Lumpur hanya kedudukan dalam tangga kesepuluh.

Kita haruslah mengorak langkah untuk berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk melonjakkan bilangan ketibaan pelancong asing ke negara kita, khususnya di Kuala Lumpur. Saya ingin membangkitkan isu, tadi Yang Berhormat Segambut pun ada bangkit ialah isu Taman Rimba Kiara yang dibangunkan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan dan memacu memperkasa untuk membina sembilan blok kondominium.

Sedangkan Taman Rimba itu telah diwartakan sebagai kegunaan awam di bawah Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020. Ini menimbulkan kebimbangan penduduk-penduduk sekitar TTDI dan orang ramai agar kepentingan Taman Rimba itu dikekalkan. Sekian, terima kasih.

final • 4:52 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu.

final • 4:52 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Di bawah tajuk 020000 - Perancangan dan Pembangunan. Saya ingin menyambut apa yang telah disebut oleh rakan-rakan yang lain.

final • 4:59 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya setuju bahawa isu penjualan tanah di Wilayah Persekutuan itu makin serius sehingga kedua-dua belah, termasuk Barisan Nasional seperti Yang Berhormat Setiawangsa juga setuju bahawa kita harus review semula segala penjualan tanah di Wilayah Persekutuan. Saya tidak tahu apa pendirian Yang Berhormat Titiwangsa sekarang sebab dia sudah jadi Menteri dalam Kementerian Kewangan.

So, saya ingin dapatkan satu senarai kalau boleh dalam pampasan ini dari tahun 2008 hingga 2017. Dalam 10 tahun ini, berapa tanah awam yang dimiliki oleh kerajaan atau DBKL telah dijual kepada tangan swasta supaya kita boleh mengkaji semula dengan tanpa panduan daripada Kuala Lumpur Structure Plan yang harus digazet. Ini adalah satu kecacatan yang besar dalam perancangan bandar.

Dengan ini saya juga secara khusus ingin dapat tahu, apakah alasan kerajaan telah membenarkan penswastaan atau penjualan tanah, bukan tanah tetapi kolam di Taman Wahyu, yang ketiga-tiga kolam itu sepatutnya adalah sebahagian daripada projek flood mitigation. Semasa kami bahas tentang SMART Tunnel beberapa tahun yang lalu, jawapan kerajaan ialah SMART Tunnel ini tidak boleh berfungsi secara isolation. Dia harus dengan rangkaian retention pond yang ada di Kuala Lumpur.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ketiga-tiga retention pond ini telah disenaraikan sebagai sebahagian daripada rangkaian untuk mengelakkan banjir di Kuala Lumpur. Jika kolam takungan air di Taman Wahyu diswastakan dan dibenarkan mixed development, saya tidak tahu sama ada kolam itu akan diisi dengan tanah dan dikurangkan kedalamannya atau apa akan terjadi.

Jadi saya ingin dapat penjelasan sama ada kajian yang mendalam telah dilakukan.

Seterusnya, dengan semua pembangunan kita juga sedar dia datang dengan risikonya. Akan tetapi sebagai bandar raya yang maju, kita tidak boleh membangun tanpa menjaga kumpulan yang berpendapatan rendah. Saya dapati di kawasan bandar, kita Ahli-ahli Parlimen di sini sentiasa menghadapi dilema yang semasa pembangunan, golongan yang lose out, yang hilang pendapatan dan kehidupan mereka adalah setinggan dan peneroka bandar.

Saya ingin tahu, apa terjadi dengan Jinjang, rumah panjang di Jinjang. Setahu kita Jinjang, rumah panjang itu adalah satu isu yang berlanjutan lebih daripada 20 tahun.

Kalau konsep rumah panjang, maksudnya mereka sudah bersedia untuk dipindah. Akan tetapi sebaliknya, mereka telah dipindahkan ke rumah panjang dan menunggu sehingga hari ini tidak selesai masa depan mereka.

Perkara ini bukan sahaja kesilapan yang berlaku 20 tahun yang lalu, saya ingin sebut semula isu Kampung Railway. Baru saya dapat jawapan daripada kerajaan bahawa Kampung Railway sehingga hari ini, mereka belum dapat rumah. Ini adalah kerana tapak asal yang harus didirikan dengan pangsapuri kos rendah ini, flat kos rendah ini iaitu PT 117 dan Lot 2006 didapati ada kabel TNB di bawah tanah dan juga ada saringan paip SYABAS.

Saya ingin ingatkan kerajaan bahawa penduduk Kampung Railway ini diusir dengan kekerasan, dipecahkan rumah dia pada Disember 2014, tiga tahun yang lalu.

Takkanlah kerajaan tidak tahu di bawahnya ada kabel. Di mana dokumen untuk menunjukkan bahawa kabel itu wujud? Sehingga sekarang, tapak ini tidak dapat dipindah milik kepada pemaju dan pemaju hanya dapat pelan pembangunan diluluskan pada 2017 dan dikatakan holding akan dinaikkan pada Disember 2017. Kenapa semua ini berlaku?

Apa perlunya kita halau penduduk dari Kampung Railway dan mereka dipindah ke PPR?

Pada waktu itu kami telah dapat runding supaya penduduk dapat rent free ditampung oleh kerajaan. Sekarang sudah tiga tahun.

Kalau kita hendak tunggu tiga tahun lagi untuk menyiapkan flat ini, adakah kerajaan akan terus menampung rental atau sewa PPR mereka? Ini merupakan satu perancangan yang cukup tidak elok. Saya juga ingin tahu sama ada perkara ini berlanjutan? Sehingga sekarang, tidak ada S&P ditandatangani, sama ada sebelum pilihan raya penggal ini kita dapat sign S&P atau tidak. Kalau tidak, orang-orang politik semua, sama ada di sebelah sini atau di sebelah sana tidak akan dipercayai oleh penduduk. Itulah sebab saya ingin dapatkan perhatian sepenuhnya daripada kementerian.

Seterusnya dengan setinggan juga, kita semalam Kampung Chubadak Tambahan telah banjir teruk dan ini juga sebahagian daripada masalah pembangunan.

Saya ingin memberi perhatian, sekarang di kampung-kampung tradisi, kampung- kampung rizab Melayu, sebab dikelilingi oleh pembangunan, tanahnya memang rendah dan semua air mengalir ke kampung-kampung ini. Kalau tidak ada usaha yang serius, kalau tidak ada perancangan yang baik, akhirnya kampung-kampung tradisi di Kuala Lumpur semua akan tenggelam.

Tidak adil kalau mereka yang merupakan penduduk asal di Kuala Lumpur sebelum Kuala Lumpur ini dihuni oleh pembangunan yang pesat ini, merekalah yang berkorban untuk mendirikan Kuala Lumpur dan kini mereka pula yang menjadi mangsa.

Saya ingin dapat tahu, di mana pelan yang telah dijanjikan kampung tradisi Kuala Lumpur ini akan digazetkan dan dinaiktarafkan? Tidak bolehlah kita berkali-kali memberi alasan bahawa mereka kata orang kampung tidak setuju, tidak bekerjasama dan lain-lain lagi.

Kemudian saya juga ingin membangkitkan isu penswastaan parking di Kuala Lumpur, di mana didapati banyak parking lot telah diswastakan. Pada mulanya kepada Yayasan Wilayah Persekutuan, kemudian kepada tangan swasta khususnya di kawasan saya di Taman Selayang, Pasar Borong Selayang, di mana parking lot itu diswastakan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan. Kemudian alasan tidak dapat kutip dengan tertib, dengan efisien, diswastakan lagi kepada satu lagi syarikat.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Apa alasan kita hendak swasta kan banyak level ini? Parking pun tidak boleh uruskan. Kita warga kota ini rela untuk bayar parking kalau hasil ini dikembalikan untuk menaik taraf infra negara, infra kota Kuala Lumpur. Kalau ini menjadi keuntungan untuk pihak swasta, itu adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab. Saya harap dapatkan penjelasan daripada pihak kementerian. Dengan ini, saya akhiri ucapan saya.

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak tukar kawasan kah Yang Berhormat Kuala Krai?

[Ketawa]

final • 5:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Sebagai Pengerusi Amanah Wilayah.

final • 5:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Menteri jawab Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai, selepas itu Yang Berhormat Seputeh, kemudian Menteri menjawab.

final • 5:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya hanya ada beberapa perkara. Pertamanya di bawah Bekalan 32 Butiran 010200 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Semalam Menteri ada membuat beberapa jawapan mengenai pembangunan semula perumahan awam dan juga rumah-rumah panjang, yang telah siap katanya ada empat dan masih ada lagi beberapa projek yang mungkin akan diadakan.

Saya ingin menyentuh satu yang khususnya di Keramat, Perumahan Awam Sri Perlis yang dikhabarkan akan juga melalui proses pembangunan semula. Semalam jawapan Menteri, tawaran kepada orang yang menyewa adalah satu unit RM42,000.

Kalaulah rumah yang sedia ada hari ini dapat dijual segera kepada penghuni yang menyewa dengan harga yang lebih murah kerana unit yang lama dan kecil, saya yakin mereka akan beroleh faedah apabila dibangunkan semula nanti di projek baru, mereka akan memperoleh unit-unit percuma.

Jadi saya ingin bertanya kepada Menteri, sama ada boleh perkara ini dilaksanakan iaitu menyegerakan penjualan bertukar daripada sewa kepada penjualan supaya memudahkan mereka memperoleh rumah baru secara gantian apabila projek ini selesai? Itu adalah satu perkara yang saya rasa ditunggu-tunggukan oleh penduduk- penduduk di situ. Mereka tidak menolak pembangunan tetapi mereka mahukan sedikit keselesaan dan juga gantian yang munasabah.

Seterusnya, saya ingin menyentuh mengenai Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu di bawah Bekalan dan juga Pembangunan dibaca sekali dengan Butiran 09000 – Program Pembangunan Semula Kampung Baru. Di bawah kedua-dua ini, saya hendak bertanyakan kepada kementerian, apakah perkembangan terkini pembangunan semula Kampung Baru? Kerana kalau mengikut laman web Perbadanan ini, banyak sekali disenaraikan cadangan-cadangan pembangunan semula. Ada dua yang telah siap. Disebut di sini iaitu pembinaan semula Masjid Kampung Baru yang kita sendiri dapat lihat dan juga pembangunan bangunan business suite 21 tingkat di Jalan Raja Muda Abdul Aziz.

Jadi yang lain itu bagaimana kedudukannya? Kerana senarainya panjang. Bila panjang ini, ia sangat impressive, dengan izin. Akan tetapi persoalannya ialah sama ada pembangunan ini dapat mengekalkan struktur kependudukan di Kampung Baru ini seperti yang sedia ada ataupun ianya akan mula dipenuhi dengan warga-warga daripada luar Kuala Lumpur, itu tidak menjadi masalah kalau rakyat Malaysia, tetapi warga-warga asing yang sebahagiannya mungkin akan menjadi pelabur-pelabur, bukan sekadar duduk tetapi sebagai pelabur dan kalaupun tinggal di situ? Sama ada Kampung Baru ini dengan kawasan yang sangat terhad, sudah bersedia dengan lonjakan kepadatan penduduk dengan infrastrukturnya yang ada?

final • 5:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ini saya bangkitkan kerana buat masa ini dengan laluan-laluan dua lanes bagi satu jalan satu hala dan dengan pembangunan sampai ada yang 74 tingkat contohnya yang dicadangkan di Kampung Baru ini, ini semua adalah satu perkara yang mungkin menarik tetapi dapatkah ia mengekalkan sedikit entiti Kampung Baru ini sebagai kampung warisan orang-orang Melayu di ibu kota kita ini?

Ada cadangan penghijauan Kampung Baru. Saya pun dengan melihat struktur dan pelan pembangunan ini, sama ada kita dapat mengekalkan contohnya padang- padang, Kelab Sultan Sulaiman misalnya ataupun kawasan-kawasan sekolah yang sedia ada? Saya khuatir kalau kita tidak ambil perhatian di peringkat awal ini, maka identiti Kampung Baru itu sendiri akan hilang dan mungkin menimbulkan satu kejutan nantilah bahawa kita pernah mempunyai satu kawasan penempatan orang-orang Melayu yang lama di Kuala Lumpur ini yang berakhir dengan satu kawasan metropolitan yang tidak mempunyai satu identiti yang boleh kita banggakan.

Seterusnya, Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh sedikit mengenai Perbadanan Putrajaya di bawah Butiran 010300 yang diperuntukkan RM87 juta, satu jumlah yang banyak juga, dua kali ganda daripada Labuan.

final • 5:10 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Nak buat orang Labuan marah kah?

final • 5:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Tidak. Labuan itu dah banyak dah itu. RM43 juta untuk Labuan, Perbadanan Putrajaya RM87 juta, dua kali ganda.

Labuan itu dah banyak itu. Cuma, saya menjangkakan sepatutnya Putrajaya jauh lebih banyak, tidak sekadar yang sedia ada.

Namun begitu, saya ingin bertanyakan bahawa dua tahun lepas ataupun setahun setengah yang lepas diadakan penstrukturan semula Perbadanan Putrajaya ini.

Saya hendakkan jawapan daripada kementerian, apakah kesan daripada penstrukturan Perbadanan Putrajaya ini? Sama ada ia menambah efficiency, menambah kecekapan dalam program pembangunan dan juga servis kepada Putrajaya?

Seterusnya, saya juga mendapat maklumat akan kesusahan yang timbul di Putrajaya ini bagi parti-parti politik untuk bergerak untuk membuka pejabat contohnya, kerana tuan-tuan punya premis agak keberatan untuk menyewakan kepada parti-parti politik, maksud saya yang tidak sealiranlah dengan kerajaan, kerana dikhuatiri ianya akan menimbulkan satu suasana politik yang agak lain di satu kawasan yang menempatkan kakitangan kerajaan yang begitu ramai.

Jadi saya hendakkan pengesahan sama ada, ada terdapat arahan-arahan sedemikian? Kerana tersebar di laman sosial akan perkara tersebut. Kalau tidak ada, saya harap ianya disebut secara khusus begitu, secara categorical macam itu supaya mudah kita hendak menjalankan urusan demokrasi di kawasan Putrajaya. Kawasan Putrajaya ini tidak mempunyai pengundi yang ramai- 16,000- kawasannya pun kecil. Jadi untuk menjalankan kerja-kerja politik memang mudah tetapi kalau ada halangan- halangan yang berlaku di kawasan tersebut, ianya mungkin menimbulkan masalah.

Tuan Pengerusi, terima kasih.

final • 5:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin rujuk kepada Butiran 010200 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan juga Butiran 040400 – Penyelenggaraan dan Kemudahan Awam.

Tuan Pengerusi, seperti apa yang dibentangkan oleh rakan-rakan saya tadi, saya mengalu-alukan campur tangan Kabinet dan beri arahan kepada DBKL untuk membekukan empat jenis pembangunan di DBKL kerana lambakan rumah dan juga kedai mewah dan juga kita ada terlalu banyak shopping complex di Lembah Klang. Saya sebenarnya juga hendak tanya pada Menteri, yang pengumuman ini dibuat oleh Yang Berhormat Titiwangsa, Menteri Kewangan II tetapi hari ini kita lihat Menteri Wilayah Persekutuan nampaknya hendak buat U-turn. Jadi ini siapa ada kuasa tentang arahan ini? Adakah ia akan dilaksanakan dengan serius?

final • 5:17 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Kedua ialah seperti apa yang ditanya oleh seorang rakan saya tentang kawasan hijau, Yang Berhormat Kapar tanya tentang kawasan hijau. Di Selangor bila saya adalah exco di Selangor, kami pernah menetapkan 30 peratus daripada saiz tanah di Selangor itu haruslah adalah tanah hijau ataupun kita kembalikan kawasan hutan 30 peratus daripada jumlah saiz Selangor. Jadi saya tidak pasti tentang Kuala Lumpur. Nampaknya dengan cara pembangunan dibuat, diluluskan oleh DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan, nampaknya DBKL dan kerajaan hanya berminat untuk jadikan Kuala Lumpur sebagai concrete jungle dan bukannya nak cuba simpan lebih kawasan hijau dan juga tanam lebih pokok di banyak tempat di Kuala Lumpur.

Jadi saya hendak tanya sama ada DBKL pernah buat kajian tentang RUMAWIP, iaitu rumah affordable homes, RUMAWIP, Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan?

final • 5:17 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Kita tahu memanglah terdapat kelebihan dari segi komersial unit di Kuala Lumpur dan shopping complex di Kuala Lumpur tetapi macam mana dengan RUMAWIP?

Ini kerana saya pernah melalui satu syarikat pemaju di kawasan saya, saya lihat yang RM300,000 satu unit yang sepanduk itu telah pun digantung lama- nampaknya ia belum habis dijual selepas lebih daripada sembilan bulan. Jadi apakah- kita juga menghadapi lambakan unit RUMAWIP yang mana kerajaan luluskan banyak tempat malah merampas kawasan hijau untuk membuat RUMAWIP. Nampaknya ada ramai orang masih tidak mampu untuk membeli RUMAWIP jadi adakah ia mempunyai kelebihan?

Saya juga tidak puas hati tentang apabila mana-mana pemaju yang hendak membuat RUMAWIP tidak perlu ada pendengaran, tidak perlu ada notis kepada penduduk di persekitaran- maksudnya Kaedah Lima itu digantung. Jadi semua penduduk datang buat bising di pejabat saya dan saya tidak dapat buat apa-apa. Di kawasan saya Taman Gembira, kita pernah ada persatuan penduduk. Tulis tujuh surat kepada saya dan meminta hendak jumpa saya dan mereka hendak membantah tentang penggantungan Kaedah Lima tidak ada public hearing tentang RUMAWIP yang dibuat dengan tingginya di hadapan rumah teres mereka.

Saya telah pun panjangkan semua aduan ini kepada DBKL hendak minta satu dialog kah ataupun satu taklimat kepada mereka daripada pihak DBKL tidak dapat pun.

Selepas itu dengan bantuan Yang Berhormat Timbalan Menteri, selepas lebih daripada setengah tahun baru dapat satu mesyuarat di antara pegawai DBKL dengan para pengadu. Saya rasa ini adalah satu cara yang mana saya rasa tidak elok bagi daripada DBKL kerana kita semua ini pembayar cukai. Kita penduduk di Kuala Lumpur, pembayar cukai kepada DBKL juga. Jadi kalau hendak minta ada pertemuan taklimat semua ini dinafikan dan tidak dipandang serius oleh pihak DBKL. Saya hendak minta dari segi ini DBKL haruslah menambah baik sikap mereka apabila menangani aduan daripada public. Tuan Pengerusi, saya hendak merujuk, saya juga hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, sama ada DBKL mempunyai apa-apa garis panduan dari segi pendirian menegakkan tiang-tiang telco, telekomunikasi. Saya mendapat aduan daripada penduduk di Jalan Nyaman, Taman Bukit Indah di kawasan saya. Saya juga mendapat aduan daripada penduduk di Jalan Gempita, Taman Salak Selatan di mana tiang telco itu terlalu tinggi kurang daripada 30 kaki daripada rumah mereka. Mereka amat tidak berpuas hati kerana tidak ada notis diberi kepada mereka. Pagi tadi apabila pembantu saya menghubungi pihak DBKL, baru saya diberitahu bahawa tiang telco di Jalan Gempita, Taman Salak Selatan itu sebenarnya adalah sementara kerana DBKL hendak memberi laluan untuk membuat Lebuhraya MEX. Kalau ini, saya rasa adalah lebih...

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam bangun.

final • 5:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Sedikit ya. Lebih elok bagi DBKL untuk memberi notis kepada penduduk berdekatan ataupun sekurang-kurangnya kepada saya supaya saya boleh menjawab bagi pihak DBKL apabila aduan seperti ini dibentangkan.

Ya, sila Yang Berhormat Shah Alam.

final • 5:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Seputeh sama ada selama inilah ada tidak pernah DBKL menjemput Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan daripada 11 kawasan, 12 kawasan kah untuk duduk bincang bersama mengiktiraf kedudukan Ahli-ahli Parlimen ini sebagai wakil yang telah dipilih oleh rakyat untuk bersuara bagi pihak mereka?

final • 5:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Sekiranya tidak, tidakkah sepatutnya Menteri Wilayah Persekutuan ini yang dilantik dan tidak dipilih paling kuranglah memberikan pengiktirafan yang sewajarnya dan memanfaatkan wujudnya Ahli-ahli Parlimen untuk sebagai satu hubungan di antara kementeriannya dan DBKL dengan rakyat jelata. Apa pandangan Yang Berhormat Seputeh?

final • 5:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Sebenarnya dahulu ada tetapi tahun ini sudah tidak ada kerana bila Yang Berhormat Menteri menjadi lebih mesra dengan pemaju jadi kami membantah banyak projek yang terlalu tinggi dan padat, di kawasan kami tidak ada mesyuarat lagi dengan pihak Menteri dengan juga DBKL. Saya hendak minta pihak...

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, yang ungkapan itu saya pernah dengar semasa peringkat dasar Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya, ya, saya hendak minta...

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak perlu ulang lagi.

final • 5:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh pulihkan. Saya juga hendak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri, bolehkah minta pihak DBKL sekarang ramai pengarah sudah pun tukar, jadi kita pun tidak kenal siapakah siapa, bolehkah mungkin adakan satu sesi sekurang-kurangnya kalau tidak mahu jumpa pun bagi suratlah. Ini pengarah siapa, nama dia dan gambar dia macam mana. So, sekurang-kurangnya kita tahu. Juga ada jabatan yang telah pun cantum dan bidang skop kerjanya berlainan. Jadi hendak minta semua ini diberitahu kepada kita sebagai Ahli Parlimen.

Saya juga hendak tanya juga tentang sistem parkir di Kuala Lumpur ini.

Sekarang siapa yang ada kuasa, yang keluar kompaun itu syarikat swasta yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu itu ada kuasa untuk keluarkan kompaun kah, kunci tayar kah ataupun pihak penguat kuasa DBKL? Saya terima satu aduan, satu e- mel daripada penduduk kawasan saya, dia letak kereta di Jalan Kuchai Maju 18 yang mana tidak ada parking meter, yang mana itu adalah tempat kediaman tetapi dia terima juga kompaun daripada penguat kuasa DBKL. Jadi dia sekarang membuat aduan kepada saya. Saya rasa kenapakah ini boleh berlaku? Saya juga rasa aneh macam di kawasan saya, dekat dengan rumah saya, dekat pejabat Seputeh, DBKL itu satu tempat letak kereta yang sepatutnya untuk pegawai DBKL kawasan Seputeh, ia dijadikan sebagai satu pusat penjaja.

Sudah tidak cukup parking, mereka buat lagi satu pusat penjaja dengan menggunakan tempat letak kereta DBKL sendiri. Macam mana ini boleh berlaku? So, saya memang tidak tahu apakah jenis planning yang ada pada DBKL dan juga saya hendak bangkitkan bantahan daripada penduduk yang mana saya terima surat di Jalan 6/149J, Zon L di Seri Petaling yang mana satu madrasah di satu rumah dijadikan sebagai madrasah, sekarang penduduk sana sangat tidak puas hati dan mereka mengadakan aduan kepada pihak DBKL dan sebagainya. Jadi saya hendak minta DBKL membantu memindahkan madrasah ke masjid ataupun surau yang lebih sesuai untuk dijadikan ini.

Akhirnya, saya hendak tanya tentang Butiran 040400 – Penyelenggaraan dan Kemudahan Awam. Saya lihat kali ini kementerian beri RM65 juta untuk projek ini. Jadi saya hendak tanya, sama ada yang RM65 juta ini boleh diberi kepada DBKL untuk menambahbaikkan jalan, parit dan longkang kah? Banyak jalan sudah bertahun-tahun, tidak pernah ditarkan pun. Jadi saya hendak minta DBKL buat lagi.

Saya hendak tanya juga sama ada Pejabat Tanah dan Galian (PTG), adakah ia diletakkan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan? Ini kerana saya sudah menulis surat kepada PTG tentang bengkel haram di Jalan Gembira yang mana di sebelah satu tapak pembinaan satu kondo yang baharu itu, jadi ia telah pun block jalan keluar masuk kenderaan berat, sangat bahaya kepada pekerja dan sebagainya tetapi tidak ada apa- apa tindak balas daripada pihak PTG- ini surat yang saya tulis September sampai sekarang pun tidak ada apa-apa jawapan daripada PTG. Sama ada Timbalan Menteri boleh tolong.

Akhirnya, saya rasa pihak...

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masa sudah berakhir, Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ada satu protes di mana saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri Perumahan dan Kesejahteraan Bandar harus hadir ‘Save Taman Rimba Kiara’ pada hari Ahad, sembilan pagi, 26 November...

final • 5:20 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Masa sudah habis.

final • 5:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ini kerana 48 peratus Taman Rimba Kiara di bawah bidang kuasa kementerian perumahan itu telah...

final • 5:20 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tidak faham orang cakap.

final • 5:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

...Akan dirampas oleh pihak pemaju dan saya rasa...

final • 5:20 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sudah, cukuplah itu.

final • 5:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Timbalan Menteri haruslah menghadiri kerana dia di bawah bidang kuasanya...

final • 5:20 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Yang Berhormat Seputeh, masa sudah habis.

final • 5:20 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sudah habis.

final • 5:20 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Masa sudah habis.

final • 5:20 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Masa sudah habis.

final • 5:20 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Berhentilah. You hendak jawapan kan?

final • 5:20 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Bagi dia jawab.

final • 5:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tengok ini Ahli Parlimen, kawasan dia...

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tapi betullah masa sudah habis Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

...tidak cukup rumah, dia tak tinggal, kerajaan pergi buat rumah kawasan dia...

final • 5:20 PM

[Dewan riuh]

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tak tinggal, pembangunan pergi ganggu saya untuk mempertahankan hak di kawasan saya ini.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Memang betul pun masa sudah habis.

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ikut peraturanlah.

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Berhentilah Yang Berhormat Seputeh, buat soalan bertulislah.

final • 5:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Akhirnya lot 54838 Taman Danau Desa yang Skywalk, yang pemajunya yang satu tapak mainan kanak-kanak sepatutnya buat dua blok 27 tingkat..

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tulis suratlah itu, itu surat pada Menterilah tidak payah cakap sini, kecil punya cerita.

final • 5:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Dan untuk satu-satu tingkat itu.

Sekarang pembeli rumah mereka dapat surat daripada pemaju...

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Itu kecil punya cerita nanti cakap pada Menterilah.

final • 5:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Bahawa yang projek itu tidak akan dilakukan sama ada ini benar ataupun tidak kerana memang terdapat bantahan yang cukup kuat, dua geng, dua puak di taman Danau Desa itu...

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, ya cukup Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Segambut pun suruh berhenti.

final • 5:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Mereka membantah projek yang begitu banyak high rise di kawasan mereka.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, cukup Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Seputeh berhentilah, Yang Berhormat Segambut pun suruh berhentilah.

final • 5:30 PM

Datuk Juslie bin Haji Ajirol - Libaran

Sudalah Yang Berhormat Seputeh.

final • 5:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Jadi saya nak minta sama ada nak mengesahkan sama ada ini jalan ataupun tidak jalan.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Pengerusi, yang semua yang bising-bising itu semua akan dirakamkan saya akan edarkan kepada pengundi saya dan lihat macam mana Barisan Nasional mereka berkomplot untuk...

final • 5:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Beritahu pengundi Yang Berhormat berucap di luar masa juga Yang Berhormat ya.

final • 5:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Membantah suara rakyat dibentangkan di Dewan Rakyat ini. Sekian, terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan bajet bagi Kementerian Wilayah Persekutuan pada peringkat Jawatankuasa. Saya mengalu-alukanlah sebahagian daripada perbahasan-perbahasan ini dan ada pula yang memang kita rasa tidak patut ataupun tidak kena pada tempatnya.

Untuk Yang Berhormat Cheras, DBKL melaksanakan proses penjualan tanah bagi tujuan pembangunan ekonomi dan pembangunan semula bagi di kawasan yang tidak aktif dan terdapat bangunan yang agak lama tidak digunakan sepenuhnya.

Oleh itu penjualan yang dilakukan untuk pembangunan semula tanah-tanah ini dengan pembangunan semula untuk kepentingan rakyat seperti RUMAWIP serta kediaman lain dan akan dilengkapi dengan pembangunan yang lebih terancang dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Ini penting untuk mencapai tahap daya penghuni yang berkualiti tinggi di Kuala Lumpur.

Penjualan tanah yang dibuat adalah berdasarkan nilai tanah oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan dan juga tertakluk kepada Jabatan Penilaian Pengurusan Harta DBKL serta ditambahkan dengan 20 peratus ke atas nilai tanah untuk dijual.

final • 5:31 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

[Bangun]

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat Cheras, tunggu dululah, Yang Berhormat Cheras minta saya tadi cakap macam-macam saya nak jawab Yang Berhormat...

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak bagi jalan lagi Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat.

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Ya lah tunggu, tunggu, tunggu, tunggu sekejap-sekejap. Yang Berhormat Cheras kami pun dapat tahu banyak operator dan pusat perjudian di kawasan Cheras menggunakan nama Yang Berhormat, adakah mereka ini kroni-kroni-kroni?

final • 5:31 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Habis, habis, habis.

final • 5:31 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ini tohmahan...

final • 5:31 PM

[Dewan riuh]

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menarik balik apa yang dia....

final • 5:31 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Tidak benar, buat laporan polis.

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat Cheras, saya belum bagi laluan. Yang Berhormat dengar saya cakap dulu.

final • 5:31 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Boleh tolong ulangi di luar, di luar Dewan.

final • 5:31 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Bagilah dia jawab dulu belum habis cakaplah.

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat saya belum habis Yang Berhormat. Kenapa Yang Berhormat lompat?

final • 5:31 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Saya tidak akan duduk kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak menarik balik fitnah yang tidak berasas.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Cheras.

final • 5:31 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Sangat jahat.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Cheras.

Kalau nak suruh tarik balik pakai standing order, guna standing order beritahu Tuan Pengerusi.

final • 5:31 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Peraturan 36(6) lah.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Okey.

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Tak Yang Berhormat saya nak...

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri tidak payah sebut macam itu Yang Berhormat. Tidak payah sebut terhadap sifat seorang individu Ahli, sifat Ahli.

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Tak, tak...

final • 5:31 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri berani, ulangkan kenyataan di luar Dewan.

final • 5:31 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Bukan dia cakap, orang cakap sama dia.

final • 5:31 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ulang di luar.

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat Cheras..

final • 5:31 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Jangan jadi pengecut.

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat Cheras mahu saya ulang apa yang saya cakap tadi tidak?.

final • 5:31 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ya di luar, di luar Dewan

final • 5:31 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Di luar Dewan.

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Tidak, tidak saya ulang di sini apa yang berlaku.

final • 5:31 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Jangan jadi pengecut.

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat Cheras.

final • 5:31 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Kalau tidak, penakut...

final • 5:31 PM

[Dewan riuh]

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Saya rela menerima cabaran di luar Dewan.

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat, apakah sebabnya saya nak ulang di luar Dewan..

final • 5:31 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Kerana takut.

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat tanya saya di dalam Dewan, jawapan saya adalah untuk menyatakan bahawa...

final • 5:31 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Apa yang saya kata itu berlainan..

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Dengar dulu...

final • 5:31 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Saya kata Yang Berhormat Menteri yang corrupt.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak boleh Yang Berhormat.

final • 5:31 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Tapi bukan..

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Cheras jangan bercakap macam itu, Yang Berhormat Menteri corrupt, tidak boleh Yang Berhormat.

final • 5:31 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Saya sudah gantikan perkataan ini dengan Yang Berhormat Menteri tidak berintegriti.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tuan Pengerusi telah menegur Yang Berhormat untuk tidak mengulang.

final • 5:31 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Itu pun tidak diterima oleh Tuan Pengerusi.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya. Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi.

final • 5:31 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Tarik balik.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Cheras.

final • 5:31 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Tarik balik.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 5:31 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Saya tidak akan duduk. Macam mana fitnah yang begitu.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Pakai standing order suruh Yang Berhormat Menteri tarik balik.

final • 5:31 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Dikeluarkan oleh seorang Timbalan Menteri.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, saya sudah tegur Timbalan Menteri untuk tidak mengulang itu perkataan yang sedemikian.

final • 5:31 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Minta maaf.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 5:31 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Saya sudah sebut peraturan mesyuarat...

final • 5:31 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Timbalan Menteri bukan tuduh...

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Baik duduklah.

final • 5:31 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Timbalan Menteri beritahu orang tuduh dia mahu betulkan.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Cheras duduk Yang Berhormat Cheras. Okey Yang Berhormat Menteri, sila tarik balik perkataan itu.

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Tuan Pengerusi, saya minta Tuan Pengerusi dengar apa yang saya bilang. Selepas itu, kalau Tuan Pengerusi rasakan...

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak perlulah Yang Berhormat, tarik sajalah yang menuduh bahawa dia itu...

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Tidak, tidak saya tidak menuduh.

Saya tidak menuduh.

final • 5:31 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Saya mahu perkataan yang jelas...

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Bagi Yang Berhormat Menteri bagi penjelasan.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tarik balik Yang Berhormat.

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Dengar-dengar apa Timbalan Menteri jelas dulu.

final • 5:31 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Tarik baliklah.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ikut peraturan mesyuarat Yang Berhormat, sifat seorang Ahli jangan disentuh dalam Dewan itu saja Yang Berhormat ya. Kalau ada insinuasi yang sedemikian pun tidak perlulah di...

final • 5:31 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Timbalan Menteri tarik sajalah.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Perlu ditarik balik Yang Berhormat, perlu tarik balik.

final • 5:31 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Itu adalah keputusan Tuan Pengerusi, so tarik.

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang lain duduklah.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang lain duduk ya. Yang Berhormat Cheras, duduk Yang Berhormat Cheras.

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Saya kalau saya salah, Yang Berhormat Cheras, Yang Berhormat Tuan Pengerusi, kalau saya salah saya tarik balik.

Tapi saya tidak menuduh Yang Berhormat. Saya katakan ini yang andaian yang dikatakan di luar. Saya tidak tuduh, saya tidak kata Yang Berhormat yang buat, saya tidak kata ini adalah...

final • 5:31 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Dia kata dalam dia punya kawasan apa salah.

final • 5:31 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Dia tidak tarik balik.

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Sudahlah Yang Berhormat Cheras.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dia tidak cakap Yang Berhormat, dia kata, dia tidak cakap.

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Dengar dulu Yang Berhormat Cheras, apalah.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, teruskan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Cheras jelaslah dia mengaku dia jelaskan bahawa dia tidak menuduh Yang Berhormat. Okey saya terima itu.

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Saya tidak menuduh. Saya mengulang saya tidak menuduh.

final • 5:31 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Jawapan dia clear dia kata dalam dia punya kawasan tidak salah itu.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, teruskan Yang Berhormat Menteri ya.

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Saya cakap kita dengar...

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Cheras duduk nak minta jalan Yang Berhormat Cheras? Nak minta jalan? Sudah saya sudah putuskan saya terima penjelasan Yang Berhormat.

final • 5:31 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Bukankah Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan saya memainkan satu peranan...

final • 5:31 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tuan Pengerusi, tadi dia kata dalam dia punya kawasan, kenapa dia takut? Dia ada terlibatkah? Kalau tidak ada, duduklah diam- diam, dengarlah penjelasan dulu.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya sudah buat keputusan Yang Berhormat...

final • 5:31 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Cheras, saya sudah buat keputusan..

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Cheras, Yang Berhormat Timbalan Menteri bukan terus menuduh...

final • 5:31 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Pengerusi keputusan tadi berbeza...

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya menerima penjelasan Yang Berhormat Menteri bahawa dia tidak menuduh. Jelas.

final • 5:31 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tapi Tuan Pengerusi tadi membuat ruling yang agak sama dengan keputusan Tuan Pengerusi, untuk tarik balik yang telah ditarik balik oleh Yang Berhormat Cheras.

final • 5:31 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Saya mahu dia dengan jelas berkata saya menarik balik tuduhan fitnah yang tidak berasas terhadap Yang Berhormat Cheras.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dia tidak cakap macam itu, dia tidak cakap. Saya terima penjelasan bahawa dia tidak menuduh Yang Berhormat.

Clear. Ya teruskan.

final • 5:31 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tidak boleh Tuan Pengerusi, berbeza daripada apa yang Tuan Pengerusi putuskan tadi. Peristiwa yang sama kononnya rintihan di luar, tetapi Tuan Pengerusi tadi membuat keputusan...

final • 5:31 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Cheras duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Cheras duduk.

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Kapar dia baru masuk dia tidak tahu, dia baru masuk sekejap tadi.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Cheras duduk. Tadi saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menarik balik, tetapi apabila dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa dia tidak ada menuduh Yang Berhormat sedemikian, saya menerima penjelasan itu sebab itu saya kata teruskan penjawapan daripada Menteri.

final • 5:31 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Pengerusi dengan izin, peristiwa yang sama berlaku tadi..

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya tidak tahu apa yang sama berlaku tadi Yang Berhormat. Jangan ulang yang sama.

final • 5:31 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Dia baru masuk dia tidak tahu apa-apa. Dia baru masuk...

final • 5:31 PM

[Dewan riuh]

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Tadi saya merujuk Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi saya kata anggapan orang luar, orang ramai. Dia pun menyebut anggapan orang ramai. Maka saya pun sudah tarik balik, mengapa dia tidak boleh?

final • 5:31 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ya, itu yang saya sedang bangkitkan.

final • 5:31 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Saya mohon satu pengadilan yang adil dan saksama.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Betullah.

final • 5:31 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Apakah masalahnya?

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Betullah. Saya menerima penjelasan.

final • 5:31 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Maka saya mahu satu...

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya menerima penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:31 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Pengerusi dia tidak minta penjelasan...

final • 5:31 PM

[Dewan riuh]

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

...Menteri yang corrupt, Yang Berhormat Menteri yang corrupt.

final • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Cheras, saya minta Yang Berhormat keluar daripada Dewan.

final • 5:40 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

MP yang corrupt.

final • 5:40 PM

Seorang Ahli

Keluar, keluar, keluar.

final • 5:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Kapar tidak bersangkut paut, dia boleh duduk!

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat yang lain duduk. Saya minta Yang Berhormat Cheras keluar daripada Dewan...

final • 5:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Kapar boleh duduk kah?...

final • 5:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Bentara.

final • 5:40 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Saya mohon ruling yang sama rata dan saksama daripada...

final • 5:40 PM

Seorang Ahli

Ikat dia, ikat dia.

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

[Yang Berhormat Cheras diiring keluar Dewan]

final • 5:40 PM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Kurang ajar begitulah.

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat. Ya. Teruskan Yang Berhormat Menteri...

final • 5:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Jangan berdegil-degil dengan Speaker, Yang Berhormat. Ya, keluar daripada Dewan. Ya, cukuplah Yang Berhormat.

Ya, sila teruskan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat Setiawangsa.

Kementerian dan agensi sentiasa berusaha memperbanyakkan lagi penyediaan RUMAWIP dan juga PPA1M di Wilayah Persekutuan yang berharga RM300,000 ke bawah, dengan proses engagement bersama pemaju swasta menerusi kadar cross subsidy ini. Ini memberikan win-win situation kepada pemaju, kerajaan dan rakyat keseluruhannya.

Program RUMAWIP dilaksanakan secara cross subsidy di mana komponen harga bebas masih diperlukan bagi memastikan projek berdaya maju untuk menampung penyediaan RUMAWIP melalui kaedah ini. Kementerian telah berjaya mencapai 89 peratus daripada 80,000 unit yang disasarkan merangkumi projek RUMAWIP dan PPA1M.

Yang Berhormat Setiawangsa. River of life. Projek river of life melibatkan pengindahan sepanjang 10.7 kilometer sungai termasuk di kawasan Masjid Jamek Kuala Lumpur yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan Ogos 2017 yang lalu.

final • 5:40 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Pengindahan sungai ini turut meliputi peringkat kualiti air yang akan ditingkatkan daripada kelas atau sebelum ROL kepada kelas 2B apabila siap kelak pada tahun 2020.

Buat masa sekarang, kualiti air yang telah meningkat kepada kelas tiga dan bahagian yang kurang elok akan menjadi elok apabila kualiti air mencapai sasaran kelas B2 kelak.

Yang Berhormat Lembah Pantai. Kedudukan sampah dan sungai bagi projek ROL telah ditandatangani dengan mengadakan satu lagi perangkap sampah dalam Sungai Gombak. Di samping itu satu pasukan khas telah diwujudkan untuk memantau sampah-sampah dalam sungai dan seterusnya diambil tindakan untuk dibersihkan.

Selain itu, kementerian melalui DBKL sentiasa mengadakan kerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran dalam melaksanakan penguatkuasaan terhadap pembuangan sampah di dalam sungai-sungai termasuk sungai di bawah ROL.

Kementerian Wilayah Persekutuan juga mengadakan public outreach programme (POP) dengan NGO-NGO yang berkaitan untuk memberi kesedaran kepada rakyat dalam penjagaan sungai, khususnya kepada mereka yang mendiami kawasan yang berdekatan sungai. Yang Berhormat Lembah Pantai tiada, jadi tidak payah jawab. Saya bagi jawapan bertulis.

final • 5:40 PM

Seorang Ahli

Jawab bertulis, Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat Labuan. Ada?

Struktur Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan Labuan yang diluluskan oleh kabinet hanyalah jawatan Pengerusi dan Setiausaha, tanpa ada jawatan Timbalan Pengerusi. Oleh sebab itu, tiada elaun untuk jawatan Timbalan Pengerusi MPP Labuan. Walau bagaimanapun Kementerian Wilayah Persekutuan akan merayu kepada Kabinet. Yang Berhormat Labuan?

final • 5:40 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Teluk Bayu, sebab itu tidak adil untuk Labuan.

final • 5:40 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Okey lah, okey lah. Perbadanan Labuan merancang untuk membina RUMAWIP di Labuan yang diharapkan membantu menangani masalah setinggan khususnya warga tempatan. Bagi masalah setinggan lain seperti kawasan penempatan warga PATI, perkara ini di bawah tanggungjawab Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaraskan dan merancang masa depan.

Untuk Yang Berhormat Labuan, peruntukan untuk Labuan telah meningkat bagi tahun 2018 berbanding dengan tahun 2017. Peruntukan bajet menguruskan untuk Perbadanan Labuan bagi tahun 2018 ialah RM45,419,500 berbanding dengan RM50,993,600 pada tahun 2017, iaitu kenaikan sebanyak RM3,425,900.

final • 5:40 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Yang Berhormat Menteri. Tuan Pengerusi.

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 5:40 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Sebentar, sebentar.

final • 5:40 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Figure itu menunjukkan menurun daripada 50 lebih kepada 40 lebih [Ketawa]

final • 5:40 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

54, apa menurun? Yang Berhormat Labuan baca kah dengar?

final • 5:40 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Dalam buku ini 40 lebih [Sambil menunjukkan senaskah dokumen]

final • 5:40 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Sembang di luarlah.

final • 5:40 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Terima kasih lah. Dalam buku ini 50 lebih.

final • 5:40 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat Labuan.

Manakala untuk peruntukan dasar sedia ada bagi tahun 2018 juga terdapat peningkatan yang mana jumlah keseluruhan tahun 2018 ialah RM43,319,500 berbanding dengan RM39,093,600 pada tahun 2017 iaitu peningkatan sebanyak RM4,225,900.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Mana ada turun.

final • 5:40 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat Labuan, pergi lihat baliklah Labuan. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan yang telah disalurkan kepada MSWP bagi tahun 2017 adalah berjumlah RM7,880,000 di mana peruntukan dasar sedia ada berjumlah RM7 juta dan khusus berjumlah RM880,000.

Walau bagaimanapun bagi tahun 2018, peruntukan yang telah diperuntukkan adalah dasar sedia ada RM6,815,600, khusus RM880,000, “One-off” SUKMA RM1,500,000 berjumlah RM9,195,600.

Pihak kementerian mengambil perhatian terhadap pengurangan peruntukan dasar sedia ada MSWP yang berjumlah RM184,400. Walau terdapat pengurangan peruntukan, MSWP masih mengambil perhatian dan tanggungjawab terhadap pembangunan sukan di Labuan. Justeru pihak kementerian dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan akan mengambil langkah-langkah dan tindakan yang perlu seperti melibatkan kerjasama agensi lain serta pihak swasta N-BOS agar pembangunan sukan di Wilayah Persekutuan tidak terjejas khususnya di Labuan.

Yang Berhormat Temerloh, pembangunan yang dibangunkan di dalam tanah rizab Melayu tidak akan mengubah status rizab Melayu. Hartanah yang dibangunkan akan dimiliki oleh kaum Melayu. Terdapat enam kawasan rizab Melayu di Kuala Lumpur.

Yang Berhormat Temerloh, langkah-langkah mengatasi masalah perlambakan pusat hiburan, judi, snuker, gelandangan dan lain-lain. Kementerian Wilayah Persekutuan mengambil inisiatif menubuhkan operasi banteras aktiviti haram Ops Bah pada 16 April 2014, dalam menangani masalah lambakan pusat judi online, pusat hiburan, pusat urut, judi maksiat dan penyalahgunaan dadah khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

final • 5:40 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Kementerian yang bertindak sebagai lead agency bersama 26 agensi penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, kastam, LHDN dan 18 NGO dalam membanteras aktiviti haram. Ops Bah ini dijalankan secara National-Blue Ocean Strategy (N-BOS), operasi secara berterusan dan berkala, operasi bersepadu bersama agensi-agensi penguatkuasaan secara N-BOS dan pemantauan bersama agensi penguatkuasaan serta Polis Diraja Malaysia dan RELA di kawasan-kawasan hotspot.

final • 5:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

[Bangun]

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya ,Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Segambut bangun Yang Berhormat

final • 5:50 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Tindakan terhadap premis judi, snuker, StarsDraf dan dart setakat Januari dan September 2017, 90 tindakan telah dilaksanakan terhadap 330 premis. Tindakan terhadap premis urut setakat Oktober 2017, 20 tindakan telah dilaksanakan terhadap 17 premis urut.

Kementerian Wilayah Persekutuan telah menyediakan pusat transit gelandangan di Jalan Pahang yang boleh menempatkan sehingga 250 katil yang telah disediakan di awal tahun 2016, bagi mengatasi masalah gelandangan di Kuala Lumpur.

Kementerian Wilayah Persekutuan juga bersama dengan agensi-agensi penguatkuasaan sentiasa memantau kehadiran gelandangan di Kuala Lumpur bagi menekan penambahan di masa depan.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, hendak bagi Yang Berhormat Segambut Yang Berhormat?

final • 5:50 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Saya Yang Berhormat Temerloh lagi satu saya jawab, lepas itu sudah bagi.

final • 5:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ini berhubung tempat berjudi.

final • 5:50 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Okey, sekali.

final • 5:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Isu tempat berjudi. Terima kasih. Ini berhubung tempat berjudi, maksiat, hiburan dan sebagainya di Kuala Lumpur. Saya juga terima berita daripada orang ramai, mereka kata bos tempat-tempat maksiat ini di Kuala Lumpur menggunakan nama Yang Berhormat Timbalan Menteri sebagai protection. Apa macam?

final • 5:50 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Kalau dia menggunakan, saya tidak buat apa, apa saya mahu takut. Saya tidak takut. Kalau saya buat, saya takutlah.

Akan tetapi saya tidak buat, saya tidak takut. Kalau ada apa-apa bukti, sila buat laporan dan saya sedia pergi...

final • 5:50 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Yang Berhormat betul itu, cantik itu.

final • 5:50 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Kementerian Persekutuan Wilayah sedang mewujudkan blueprint khusus untuk kebersihan kawasan kediaman dan perniagaan di Kuala Lumpur. Aktiviti kebersihan yang dilaksanakan oleh alam flora dipantau oleh pasukan khas dalam DBKL selaras dengan peruntukan-peruntukan dalam blueprint kebersihan tersebut. Hasil daripada pemantauan yang rapi oleh pasukan yang ditubuhkan khas ini telah menaikkan taraf kebersihan dan imej ibu negara di Kuala Lumpur. Yang Berhormat Temerloh, silakan.

final • 5:50 PM

Tuan Haji Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mendengar tadi jawapan yang diberikan terhadap tindakan-tindakan yang telah diambil untuk menangani permasalahan jenayah, pusat-pusat maksiat dan seumpamanya.

Banyak tindakan yang diambil, cuma persoalan yang saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah apakah setelah tindakan- tindakan itu diambil sehingga sekarang, kadar jenayah sama ada kadar jenayah indeks ataupun jenayah jalanan itu telah menurun. Itu yang saya hendak tahu. Daripada unjuran sebelum ini kita dapati Kuala Lumpur antara yang tertinggi indeks jenayah dalam beberapa buah negeri yang disebut dalam laporan yang dikemukakan. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat Temerloh, saya tidak ada fakta, figure dengan saya. Saya akan beri secara bertulis. Terima kasih.

Yang Berhormat Wangsa Maju. Yang Berhormat Wangsa Maju, pembinaan pagar Taman Botani Perdana dibina dengan pagar baru kerana pagar sedia ada mengalami kerosakan yang teruk dan hampir runtuh yang mana membahayakan pengunjung.

final • 5:50 PM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:50 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Hendak jawab habiskah?

final • 5:50 PM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

Jawab habis.

final • 5:50 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Banjir di depan IJN dan inisiatif yang dilaksanakan untuk menyelesaikan banjir secara berkala. Untuk isu banjir di jalan Tun Razak, kerja-kerja lencongan Sungai Bunus adalah di peringkat akhir penyiapan dan mengatasi banjir secara kekal. Inisiatif-inisiatif penambahan pembinaan storm trap seperti di Kampung Segambut Bahagia dan Taman Botani telah dibuat. Selain dari itu, usaha meningkatkan kapasiti sistem saliran di lokasi-lokasi kerap berlaku banjir kilat turut dilakukan oleh DBKL.

Ada beberapa punca banjir di Kuala Lumpur iaitu banjir yang berpunca dari aras air sungai dan banjir yang berpunca daripada sistem saliran parit induk dan longkang- longkang yang terhalang. Untuk itu, Alam Flora telah diarah untuk membersihkan longkang-longkang dan outlet supaya tiada lagi halangan air yang boleh menyebabkan berlaku air bertakung atau banjir kilat.

Pintu masuk ke Taman Danau Kota, pihak DBKL melantik kontraktor untuk mengadakan pintu masuk kekal ke Taman Danau Kota daripada Jalan Genting Klang.

Kerja-kerja pembinaan pintu masuk ini akan bermula bulan Disember 2017. Silakan Yang Berhormat Wangsa Maju

final • 5:50 PM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mengalu-alukan jawapan yang terakhir iaitu taman pintu masuk sebab banyak penduduk dan pengundi sedang minta saya tentang perkara ini. Akan tetapi tentang pagar di Lake Gardens, saya pun ahli di kelab dan dari Jalan Parlimen ke Lake Club itu jalan bukan panjang, tetapi itu pagar yang kiri sudah ganti banyak kali.

final • 5:50 PM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

Saya pun tidak faham apa sebab dalam kepakaran DBKL, tidak boleh pilih satu pagar yang sesuai, tidak perlu dua tiga tahun ganti lagi. So itu yang poin saya. Saya harap untuk imej Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, itu masalah banjir kilat boleh selesai cepat sebab tiap-tiap kali lepas hujan lebat, akan ada berlaku banjir kilat lagi.

final • 5:50 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat Wangsa Maju, saya menerimalah seruan Yang Berhormat Wangsa Maju dan kita akan cuba laksanakan yang lebih baik untuk masyarakat di Wilayah Persekutuan.

Yang Berhormat Temerloh, ada lagi satu lagi pertanyaan yang saya belum jawab lagi, pewartaan Pelan Struktur Kuala Lumpur. Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 telah diwartakan pada tahun 2004. DBKL sentiasa menggunakan pelan struktur tersebut dan pelan-pelan lain yang disediakan sebagai panduan dalam pembangunan di Kuala Lumpur.

Yang Berhormat Kepong ada? Tahap prestasi atlet Wilayah Persekutuan dan program pembangunan sukan di Wilayah Persekutuan. Untuk makluman Yang Berhormat, Wilayah Persekutuan merupakan penyumbang utama kepada atlet kebangsaan. Ini terbukti melalui penyertaan dalam kejohanan Sukan SEA Ke-29, Kuala Lumpur 2017 di mana Wilayah Persekutuan merupakan penyumbang kedua terbesar pingat apabila daripada 133 orang atlet yang mewakili negara, 102 orang atlet telah menyumbang 40 pingat emas kepada kontinjen Malaysia untuk menjadi juara keseluruhan dengan kutipan 145 pingat emas. Selaras itu, pihak kementerian dan pihak Majlis Sukan Wilayah Persekutuan akan terus mempertingkatkan program pembangunan sukan di Wilayah Persekutuan untuk meningkatkan lagi prestasi Wilayah Persekutuan.

Yang Berhormat Kepong, pokok ditebang di sekitar Kuala Lumpur. Setiap pokok yang akan ditebang di Kuala Lumpur akan diadakan kajian yang rapi oleh hikmat pakar hidrolisis. Pokok-pokok yang terlibat dengan jalan dan infrastruktur akan cuba dikekalkan jika ia merupakan pokok warisan, pokok yang unik atau akan cuba dipindahkan ke kawasan lain yang sesuai. DBKL juga telah menetapkan setiap pembangunan, pemaju perlu menanam pokok di dalam kawasan pembangunan mereka. Bagi pokok-pokok yang tidak dapat dielakkan untuk ditebang, maka pemaju perlu membayar ganti rugi bagi setiap pokok yang ditebang untuk membolehkan DBKL membeli DNA menanam pokok di kawasan lain yang sesuai.

final • 5:50 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat Segambut, ada? Okey. Kenapa tidak ada dialog bajet antara Ahli Parlimen dan persatuan penduduk dan lain-lain stakeholders bagi Bajet 2018?

Dialog bajet sentiasa diadakan. Terkini adalah dengan focus group, antaranya bersama dengan persatuan penduduk, persatuan penjaja, NGO, badan sukan, akademik dan agensi kerajaan telah diadakan pada 16 Ogos 2017 di Institut Latihan DBKL. Pandangan dan idea daripada stakeholders dan warga kota diambil kira dalam penyediaan draf Bajet 2018. Yang Berhormat Segambut, isu Lembah Kiara...

final • 6:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Wakil rakyat tidak ada? Wakil rakyat tidak beri peluang untuk dialog dengan DBKL?

final • 6:00 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Belum sampai masa Yang Berhormat. Dia akan panggil tetapi belum– mungkin belum ada masa untuk adakan.

final • 6:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Sudah bulan November.

final • 6:00 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Ya?

final • 6:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Sampai hujung tahun?

final • 6:00 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Saya akan sampaikanlah hasrat Yang Berhormat dan Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan ini kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur. Isu Taman Rimba Kiara.

Untuk makluman, pembangunan bercampur tersebut tidak terletak di dalam kawasan Taman Rimba Kiara. Tapak tersebut telah mendapat hak milik daripada Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan bagi tujuan pembangunan bercampur.

Pembangunan ini telah mematuhi syarat-syarat teknikal DBKL. Di antaranya, traffic impact assessment (TIA) dan syarat-syarat agensi dan jabatan berkenaan. Kaedah lima juga telah dijalankan dan semua isu masalah penduduk sekitar yang membantah telah diambil kira dalam pembangunan ini.

final • 6:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

[Bangun]

final • 6:00 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Pembangunan ini juga menyediakan perumahan bagi penghuni tapak rumah panjang di kawasan ini. Ya.

final • 6:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Pengerusi. Saya hendak beritahu Dewan ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri telah memberikan satu jawapan yang mengelirukan. Satu jawapan yang bohong sebab tanah lapang hijau, Taman Rimba Kiara sebelum Disember tahun lalu, seluas 50 ekar. Akan tetapi tidak tahu dengan sebab apa, Kementerian Wilayah Persekutuan telah merampas hampir separuh daripada tanah lapang ini, sebanyak 12 ekar telah tukar hak milik kepada Yayasan Wilayah Persekutuan secara percuma, free untuk mixed development. Jadi, tadi Timbalan Menteri kata projek perumahan ini tidak mencerobohi tanah lapang. Itu adalah satu jawapan yang bohong. Ya, saya hendak minta penjelasan.

final • 6:00 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat Segambut, hendak minta penjelasan, bukan hendak rujuk saya kepada Jawatankuasa?

final • 6:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Juga.

final • 6:00 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Kata tipu tadi.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ini Timbalan Menteri makan sayur punya orang. Dia banyak baik. Dia tidak pernah bohong. You jangan tuduh dia. Bersangka tidak baik, Yang Berhormat Segambut [Ketawa]

final • 6:00 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Tidak. Tuan Pengerusi, dia kata saya menipu dalam soalan dia. Itu saya minta, tidak mahu rujuk kah saya ke dalam Jawatankuasa? Tidak salah bukan, Tuan Pengerusi? Tuan Pengerusi, Yang Berhormat, kes ini ada di mahkamah. Judicial review. Oleh itu, saya tidak dapat beri penjelasan yang lebih baik sehingga kes ini diselesaikan di mahkamah. Selepas itu bolehlah berbincang dengan pihak DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan. Untuk pengetahuan atau makluman Yang Berhormat Segambut, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan bukan di bawah kawal selia Kementerian Wilayah Persekutuan.

final • 6:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Akan tetapi Yayasan- penerima tanah itu adalah Yayasan Wilayah Persekutuan.

final • 6:00 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat sudahlah, duduklah Yang Berhormat. Pembangunan Bandar Malaysia. Perintah pembangunan belum dikeluarkan kepada pemaju Bandar Malaysia. Walau bagaimanapun, pembangunan Bandar Malaysia telah dipertimbangkan di peringkat plan susun atur.

Manakala, bagi sekatan harga yang melebihi RM1 juta pula akan diperincikan di antara Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL dan MoF dan Bank Negara supaya pelaksanaan kekal lebih teratur.

final • 6:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Penjelasan. Maksudnya, ini ban, sekatan hartanah bernilai RM1 juta ke atas, bukan satu blanket ban di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?

final • 6:00 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat Segambut, ini macam inilah. Masalahnya macam ini, arahan Kabinet berkenaan dengan blanket ini tetapi pelaksanaannya perlu digunakan kebijaksanaan PBT-PBT untuk melaksanakan.

Oleh itu, DBKL mengambil langkah untuk berunding dengan Bank Negara, menanyakan keadaan sebenar di Kuala Lumpur sebelum kita dapat memberi satu keputusan untuk cara penguatkuasaan ini.

final • 6:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan definisi ‘blanket ban’. Apa itu blanket?

final • 6:00 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Blanket, arahannya kita kena berhentikan, memperbanyakkan lagi kelulusan untuk kompleks membeli-belah, hotel dan juga office. Ini- tidak ada tetapilah. Akan tetapi you, saya tidak ada tetapi...

[Disampuk] Ini sahaja yang dimaksudkan...

final • 6:00 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat Kapar. Yang Berhormat Kapar, memberikan milikan tanah kepada Yayasan Wilayah Persekutuan. Pemberian milikan tanah kerajaan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan adalah dibuat dengan teratur melalui kelulusan Exco Tanah Kuala Lumpur.

final • 6:00 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Pemilikan tanah ini akan dibuat pembangunan yang juga memberi peluang kepada pihak yayasan untuk melaksanakan fungsinya dalam membangunkan komuniti di Wilayah Persekutuan, termasuk pelbagai program peningkatan masyarakat seperti pendidikan, perumahan dan juga pelbagai bantuan kepada kumpulan sasaran. Peranan dan fungsi Yayasan Wilayah Persekutuan ini diselaraskan melalui lembaga pengurusan yang dilantik merangkumi anggota kerajaan bagi memastikan peranan dan fungsinya adalah teratur dan telus.

final • 6:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Saya habis, Yang Berhormat Kapar.

final • 6:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Sudah habis.

final • 6:00 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

I finish all your questions, then you ask me. Thank you. Pembangunan semula tapak di Stadium Cheras. Stadium Badminton Cheras adalah terletak di kawasan tanah milik DBKL. Stadium itu akan dirancang untuk dibangunkan dan ditempatkan semula di kawasan berhampiran, di mana akan dibangunkan sebagai sebuah akademi badminton. Konsep cadangan ini pernah dibincangkan dengan Persatuan Badminton Kuala Lumpur. Yang Berhormat Kapar, lagi satu Yang Berhormat. Tunggu sekejap ya, Yang Berhormat Kapar. Ini ada lagi satu Yang Berhormat Kapar punya. Okey, Yang Berhormat Kapar. Silakan.

final • 6:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih. Dua soalan saya telah dijawab tetapi tidak sepenuhnya. Baki ada dua lagi soalan. Dua yang telah dijawab, saya juga telah bertanya tentang pemilik Yayasan Wilayah Persekutuan, siapa yang duduk dalam yayasan tersebut?

Kedua, berkenaan dengan Stadium Badminton Cheras ini. Yang Berhormat telah memberikan komitmen bahawa satu kompleks akan dibangunkan, kompleks badminton. Akan tetapi saya tanya juga tadi keluasan tanah tersebut, jumlah keluasan Stadium Badminton Cheras, satu.

Nombor dua, berapakah keluasan stadium yang baru yang akan dibina, akademi yang baru akan dibina? Tiga, selain daripada kompleks ini, apa lagi yang akan dibina? Berapa keluasan itu? Tiga itu secara terperinci. Tadi saya sudah tanya, saya ulang balik lagi sekali Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Yang Berhormat Kapar yang tanya tentang kawasan hijau. Di Kuala Lumpur, terdapat sebanyak 3,840.12 hektar ataupun 16 peratus daripada kawasan Kuala Lumpur dijadikan kawasan hijau pada tahun 2016. Keluasan ini adalah melebihi sasaran sepuluh peratus yang ditetapkan. Sasaran kawasan lapang adalah sebanyak 9.0 meter persegi bagi setiap orang. Ini selaras dengan piawaian World Health Organizations.

Pembangunan perlu menyediakan dua perimeter planting, sepuluh peratus kawasan lapang atas tanah atau lapan peratus atas rumah dan 16 peratus atas podium.

Ini akan menambahkan lagi kawasan hijau di Kuala Lumpur. 1,951.28 hektar telah diwartakan sebagai kawasan lapang di Kuala Lumpur, terdiri daripada 17 taman awam dan 408 taman permainan kanak-kanak. Berkenaan dengan Yang Berhormat minta itu, saya tidak ada details. Saya beri secara bertulis. Berkenaan dengan stadium badminton.

final • 6:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya sambung.

final • 6:00 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Apa dia lagi?

final • 6:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya tanya tadi tentang pemilik yayasan, yang satu. Kedua adalah tentang Stadium Badminton Cheras, bagaimana pembahagian dia. Berkenaan dengan gazet tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tanya khusus tahun ke tahun. Tahun 2015 berapa kes, 2016 berapa kes, 2017 berapa kes dan yang itu perlu dibandingkan dengan pembangunan 2015, pembangunan 2016 dan pembangunan 2017. Kalau jawapan macam itu, baru kita boleh dapat satu perbandingan apakah yang telah berlaku di Kuala Lumpur.

Ini bukan sahaja boleh membantu Yang Berhormat Timbalan Menteri, juga boleh membantu kami dan juga membantu rakyat yang sekarang rata-ratanya membawa isu bahawa berlakunya terlalu banyak pembangunan.

final • 6:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tanpa memberikan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, rintihan dan prasangka ini memang wujud. Jadi, ruang untuk rintihan ini dibenarkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri jika tiada jawapan pada hari ini. Saya minta Yang Berhormat Menteri ada ramai Timbalan Menteri dekat belakang, sediakan jawapan sebelum penggulungan dan bacakan jawapan itu kepada saya. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Dato' Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat Kapar, saya setujulah dengan Yang Berhormat Kapar ini, yang katakan memang kalau saya tidak jawab, kita akan membenarkan rintihan daripada rakyat. Akan tetapi, permintaan Yang Berhormat adalah secara scale khusus. Dia minta tahun ini, tahun ini dan tahun ini. Saya tidak boleh bagi jawapan macam ini dalam penggulungan peringkat jawatankuasa. Saya akan bagi secara bertulis kalau Yang Berhormat masih berminat, bukan cuma untuk di Parlimen sahaja.

final • 6:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Dato' Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Berkenaan dengan Yayasan Wilayah Persekutuan, tadi saya telah jawab. Anggota-anggota Lembaga Yayasan Wilayah Persekutuan ini adalah terdiri daripada pegawai-pegawai, anggota-anggota kerajaan dan pihak-pihak yang berkenaan untuk yang membantu rakyat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

final • 6:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat, adakah Yayasan Wilayah Persekutuan ini direkodkan dalam SSM? Jika ya...

final • 6:10 PM

Dato' Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Itu bukan soalan yang Yang Berhormat tanya saya.

final • 6:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

No, no. Itu soalan saya.

final • 6:10 PM

Dato' Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Memang kalau Yayasan Wilayah Persekutuan tidak didaftarkan, tidak akan kita gunakan nama Yayasan Wilayah Persekutuan.

final • 6:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Okey, kalau daftar di SSM, atas nama siapa?

final • 6:10 PM

Dato' Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Dia atas Yayasan Wilayah Persekutuanlah. Yayasan Wilayah Persekutuan merupakan satu badan yang tidak mempunyai keuntungan. Dia memberi bantuan dan membantu masyarakat sahaja. Dia tidak ada individual, no individual interest Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Minta penjelasan.

final • 6:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya bersetuju Yang Berhormat, tetapi mesti ada pihak yang ada had di dalam yayasan ini yang boleh membuat keputusan. Orang yang membuat keputusan tidak boleh duduk sebagai seseorang juga yang membuat keputusan di dalam kementerian. Itu yang Yang Berhormat kena bagi komitmen. Terima kasih. Saya minta pencerahan Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Dato' Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Bukan. Pengetahuan saya, yayasan ini ditubuhkan untuk membantu masyarakat di Kuala Lumpur. Kalau Yang Berhormat Menteri ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri dan anggota-anggota kementerian tidak dibenarkan berada di lembaga, macam mana mereka hendak membangunkan masyarakat di Kuala Lumpur ini, di Wilayah Persekutuan. Pada pandangan Yang Berhormat, semua Yang Berhormat berpandangan bahawa ada pihak- pihak yang berkepentingan. Saya boleh syorkan di sini bahawa tidak ada pihak berkepentingan di dalam Yayasan Wilayah Persekutuan.

Saya teruskan dengan Yang Berhormat Batu. Three retention pond dan SMART Tunnel. Perkara ini adalah di bawah bidang kuasa Pengarah Tanah dan Galian, Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Pembangunan di tasik Taman Wahyu. Tanah di sekitar tasik Taman Wahyu adalah milik persendirian. Pemaju yang telah mengemukakan cadangan pembangunan yang telah diluluskan secara dasar untuk pelan susun atur berdasarkan kepada kelulusan dasar tersebut, tasik Taman Wahyu ini tidak akan ditimbus dan akan dilengkapkan dengan boardwalk di tepi tasik.

final • 6:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat, satu soalan.

Minta izin Tuan Pengerusi.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 6:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih. Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hargai budi bicara Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi saya telah membangkitkan bahawa dalam masa 20 tahun terakhir ini, 75 peratus kawasan hijau telah hilang di Kuala Lumpur. Mengikut kenyataan Yang Berhormat sebentar tadi, pada tahun 2016 direkodkan sebanyak hanya 16 peratus kawasan yang dikatakan atau masih lagi kawasan hijau. Ini bermaksud kenyataan itu adalah benar. Kenyataan itu adalah benar kerana kalau 75 peratus sudah hilang kawasan hijau, bermaksud baki adalah 25 peratus. Sekarang ini membuktikan bahawa pada tahun 2016, 25 peratus itu telah kurang lagi kepada 16 peratus. Saya minta komitmen Yang Berhormat dan pencerahan. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Dato' Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat Kapar, saya tidak tahu hendak ulang apakah ucapan saya. Tadi Yang Berhormat berkata 75 peratus dari mana saya tidak tahu. Itu apa yang Yang Berhormat Kapar baca, Yang Berhormat Kapar gunakan di sini. Sepanjang pengetahuan saya, di Dewan yang mulia ini saya menjawab bahawa terdapat 3,840.12 hektar ataupun 16 peratus dari kawasan Kuala Lumpur dijadikan kawasan hijau pada tahun 2016. Piawaian yang kita hendaki adalah 10 peratus. So, kita ada 6 peratus lebih Yang Berhormat. Kita teruskan.

Yang Berhormat Wangsa Maju...

final • 6:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu bangun Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Dato' Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Ya. Ya. Yang Berhormat Batu.

final • 6:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut bahawa tanah keliling tasik Taman Wahyu itu adalah milik swasta. Saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Menteri rujuk kepada time period yang bila? Ini sebab kalau ikut jawapan yang telah ditulis oleh Pengarah land office Wilayah Persekutuan, Encik Muhammad Yasir Yahya dalam jawapan email dia kepada penduduk, saya, dengan izin, dalam bahasa Inggeris, *“During a meeting on 9 October 2015, the Land Working Committee approved the change of ownership for 32.37 hectares of the land where the ponds are to a company for a mixed development project”.

Then,* dengan mengatakan “Taking into account technical view of the government agencies such as Department of Irrigation and Drainage, DBKL, the approval of the change of ownership was done. We are screening the term of the areas and physical and social aspects”. Saya tidak faham kalau dikatakan sudah dimilik swasta.

Maksudnya, dari awal dia jadi swasta. Akan tetapi kalau ikut jawapan oleh land office, 2015 diluluskan untuk dipindah milik jadi swasta.

Saya tidak mahu bagi sebarang insinuation bahawa Yang Berhormat Menteri tidak memberi jawapan yang tepat, tetapi jawapan itu kurang tepat. Kalau ikut makna yang telah dikatakan adalah dalam fahaman saya ialah tasik di sekeliling ini sudah jadi swasta, kerajaan hanya luluskan untuk pembangunan. Akan tetapi kalau ikut jawapan oleh land office, dia ditukar milik jadi swasta pada 9 Oktober 2015 selepas Land Working Committees are meeting.

final • 6:10 PM

Dato' Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat Batu, untuk makluman Yang Berhormat Batu, apa yang saya ada di sini saya telah bacakan. Akan tetapi kalau Yang Berhormat Batu katakan ada unsur untuk saya mencari jawapan yang lebih betul, saya akan beri secara bertulis.

final • 6:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya tidak ada rujukan kepada- because whatever answer here, the Yang Berhormat Menteri harus bertanggungjawab.

Saya tidak tahu siapa sediakan.

final • 6:10 PM

Dato' Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Saya...

final • 6:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Akan tetapi ini, we are tripping into misleading the Dewan. So, saya hanya hendak bagi ingatan bahawa bila kita sudah bahas ini, maksudnya the change of ownership happened unless apa yang ditulis oleh email oleh land office itu adalah palsu. Someone has to say the wrong thing [Ketawa]

final • 6:10 PM

Dato' Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Saya terimalah. Yang Berhormat Wangsa Maju ada? Okey. Padang Jalan Jujur yang terlibat dengan pembangunan.

final • 6:10 PM

Dato' Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Padang di Jalan Jujur, Bandar Tun Razak akan dibangunkan dengan pembangunan RUMAWIP dan pembangunan kediaman yang lebih baik kepada warga kota terutamanya penduduk di kawasan Bandar Tun Razak. Padang yang sedia ada telah digantikan dengan padang yang lebih baik dan dilengkapi dengan kemudahan lampu serta kemudahan bilik air yang boleh digunakan pada waktu siang atau malam.

Padang yang disediakan di lokasi berhampiran dengan padang sedia ada.

final • 6:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri, sebelum habis sebab soalan saya- itu adalah factual tetapi soalan saya ialah dengan kelulusan ini dan dengan membenarkan pembangunan, apa impaknya kepada banjir di Kuala Lumpur? Apakah jenis pembangunan yang telah diluluskan untuk dibangunkan?

Itulah poin yang saya hendak bangkitkan. So, kalau itu tidak ada jawapan, itu maksudnya Yang Berhormat Menteri belum jawab lagi soalan saya.

final • 6:20 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat, saya jawab tadi kata kolam-kolam itu akan ditinggalkan macam begitu. Cuma, ia akan bina broad walkway di sepanjang kolam itu. Itu jawapan yang saya telah beri tadi.

final • 6:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ini sesuatu yang lebih konkrit.

What has been approved untuk ditunjukkan...

final • 6:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Memang betul. Sebab itulah yang kita hendak sebab tadi, earlier, saya dapat soalan yang kurang tepat. Sekarang ini saya haruskan- kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh bagi sesuatu yang dalam black and white daripada apa yang telah diluluskan bagi boleh memudahkan saya untuk menjawab kepada pengundi-pengundi saya.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, boleh jawab secara bertulis, Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kita semua ada pengundi kita yang ingin tahu atas nama ketelusan.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak apalah, Menteri boleh jawab bertulis perkara itu.

final • 6:20 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Saya ikut arahan Yang Berhormat Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat Kuala Krai, tidak ada dalam Dewan?

final • 6:20 PM

Seorang Ahli

Ada, ada.

final • 6:20 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Mana ada.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ada.

final • 6:20 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Oh! Ada.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dia Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan.

final • 6:20 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Ya, Amanah. Yang Berhormat Kuala Krai ini dia ada tiga soalan. Pembangunan semula Sri Perlis 2.

Sri Perlis 2 adalah merupakan perumahan awam DBKL yang sesuai untuk dibangunkan semula kerana keluasan unit yang agak kecil dan tidak ada kemudahan yang bersesuaian. Bagi tujuan pembangunan semula ini, DBKL tidak ada akan meminggirkan penghuni sedia ada di mana DBKL akan membangunkan pembangunan yang lebih terancang untuk unit kediaman sekurang-kurangnya 800 kaki persegi seunit.

Sekiranya pembangunan ini dilaksanakan, DBKL akan mempertimbangkan untuk menjual unit-unit baru kepada penyewa atau penghuni yang layak.

final • 6:20 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat Kuala Krai juga mengenai penstrukturan semula Perbadanan Putrajaya. Penstrukturan semula di Perbadanan Putrajaya adalah untuk menyelaraskan fungsi-fungsi jabatan selaras dengan perkembangan semasa di Putrajaya khususnya berkaitan penyelenggaraan Putrajaya dan perkhidmatan kepada warga Putrajaya.

Membuka pejabat atau cawangan parti politik Putrajaya. Perbadanan Putrajaya tidak mempunyai kuasa ke atas pemilik untuk menyewa premis mereka kepada mana- mana pihak.

Soalan, apakah perkembangan terkini pembangunan semula Kampung Baru?

Bagi memastikan kesinambungan pembangunan di Kampung Baru, PKB telah mengenal pasti kawasan-kawasan berpotensi untuk dibangunkan dan pada masa kini sedang diselesaikan isu harta pusaka yang sangat rumit. Setelah isu ini diselesaikan, rundingan bersama pihak pemaju akan dilaksanakan tertakluk kepada persetujuan oleh pemilik dan pewaris tanah dalam memastikan keperluan mereka dipenuhi.

Selaras dengan aspek kependudukan masa hadapan, Kampung Baru akan kekal milik orang Melayu seperti mana penempatan dalam sekitar kepentingan hak milik tanah. Berdasarkan Pelan Pembangunan Kampung Baru, kawasan lapang sedia ada seperti Kelab Sultan Sulaiman dan padang Kampung Pindah akan dikekalkan dan dinaik taraf lengkap dengan kemudahan sokongan seperti tempat letak kereta, dewan dan ruang-ruang perniagaan untuk membolehkan penduduk Melayu memulakan perniagaan mereka bagi menampung pembangunan berintensiti tinggi.

Pihak kerajaan telah bersetuju lebuh raya khusus yang dikenali sebagai DUKE 2A dihubungkan terus ke Kampung Baru dan mengadakan laluan keluar masuk khususnya dari Lebuhraya AKLEH.

Bagi memastikan aspek identiti dan imej Kampung Baru kekal, pihak kerajaan melalui PKB telah menyediakan garis panduan khusus reka bentuk seni bina Melayu Islam yang memfokuskan kepada aspek bentuk dan ruang- space and form, dalam memandu pemaju pembangunan Kampung Baru.

Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Krai juga, memang dengan penubuhan Perbadanan Kampung Baru ini sendiri, ia menunjukkan hasrat kerajaan untuk memastikan kepentingan orang Melayu di kawasan Kampung Baru ini terpelihara.

final • 6:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sedikit pertanyaan. Sedikit sahaja. Saya pun ada dengar orang cakap tentang Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ini. Dia orang kata Timbalan Menteri ini orang baik...

[Disampuk] Macam Yang Berhormat Tenggara juga ya [Ketawa]

final • 6:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kena tarik balik sebab menyentuh sifat seseorang ahli yang lain.

final • 6:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ya, tarik balik.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, boleh berhentikanlah yang ungkapan-ungkapan macam itu ya.

final • 6:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Sopanlah itu, Tuan Pengerusi.

Tak apa. Bagi ringan sikitlah.

Yang pertama tadi mengenai pembangunan semula Sri Perlis 2, Timbalan Menteri tak sebut harga jangkaan dijual. Saya minta diconfirmkan hari ini RM42,000 satu unit itu. Boleh Yang Berhormat confirmkan? Sebab semalam Yang Berhormat Menteri dah jawab macam itu.

final • 6:20 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Sudah tentu Yang Berhormat Kuala Krai semalam sudah dapat satu black and white. Jawapan samalah. RM42,000 lah, Yang Berhormat, tetapi saya ucapkan terima kasih lah kepada Yang Berhormat Kuala Krai yang begitu prihatin terhadap saya. Saya menghargai secara ikhlas.

Saya pergi yang terakhir, Yang Berhormat Seputeh.

final • 6:20 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Bukit Bintang belum jawab. Saya sudah ucap lama.

final • 6:20 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat Bukit Bintang ya? Jawapan Yang Berhormat Bukit Bintang belum dapat lagi. Saya bagi secara bertulis, Yang Berhormat. Saya tak ada jawapan. Saya tak mahu tipu. Nanti pula dia cakap saya tipu. Tolonglah, Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Semua Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan telah jawab kecuali saya. Apa sebabnya?

final • 6:20 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Mungkin Yang Berhormat tanyakan soalan-soalan yang detil-detil kena diambil. Mungkinlah. Saya tak tentu. Tapi saya harap Yang Berhormat akan tuju saya bagi secara bertulis.

final • 6:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat, banyak soalan yang saya telah sebut tapi Timbalan Menteri hanya jawab Taman Wahyu sahaja. Itu pun silap. Isu Kampung Railway, Kampung Tradisi, parking lot yang telah diswastakan, semua tak jawab. Rumah Panjang Jinjang...

[Disampuk] Semua nak bertulis, tak gunalah kita stay back sampai pukul 6, 7...

final • 6:20 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat, secara dari ingatan sayalah, berkenaan dengan Kampung Railway, tadi 2.30 petang saya dah jawab di Kamar Khas. Tidak ada jawapan baru yang boleh saya kemukakan. Itulah jawapan saya.

Yang kedua, berkenaan Rumah Panjang Jinjang ini. Rumah Panjang Jinjang ini telah pun mula ditawarkan kepada penghuni-penghuni Rumah Panjang Jinjang Utara ini.

Sudah mula. Prosesnya sudah mula. Cuma, belum dimuktamadkan lagi. Kita dalam undi.

Lebih kurang dalam 770 orang telah diundi untuk memiliki unit-unit di PPR Sri Aman yang dijual kepada penduduk-penduduk di situ dengan harga RM35,000. So, kita ada lagi untuk kita nak selesaikan.

Yang saya tak jawab itu, kalau ada benda yang tidak dijawab itu, bagi saya secara bertulis. Okey, Yang Berhormat Batu?

Yang Berhormat Seputeh. Adakah RUMAWIP juga menghadapi masalah lambakan unit tidak terjual? Berdasarkan kepada projek di Taman Gembira, didapati iklan penjualan telah hampir sembilan bulan seolah-olah tidak habis dijual.

final • 6:20 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Prestasi jualan RUMAWIP setakat ini adalah memuaskan walaupun menghadapi sedikit rintangan dari aspek kelulusan pinjaman perumahan. Sebanyak 34 projek RUMAWIP di Kuala Lumpur melibatkan 19,052 unit telah dibuka jualan di mana pencapaian prestasi jualan adalah 71 peratus. Manakala bakinya masih lagi di peringkat permohonan dan penyelesaian urusan jual beli yang dijangka pada ditingkatkan dalam masa yang terdekat. Berhubung dengan projek RUMAWIP di Taman Gembira seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh, setakat ini rekod jualan projek adalah sebanyak 88 peratus. Jualan bagi projek RUMAWIP perlu dilaksanakan secara berterusan sehingga projek habis dijual.

Jalan-jalan yang tidak diturap dalam tempoh bertahun-tahun. DBKL sentiasa menjalankan penyiasatan jalan-jalan di seluruh Kuala Lumpur dan menjalankan penyelenggaraan sama ada penyelenggaraan sementara atau menampal lubang-lubang atau penyelenggaraan menyeluruh dengan menurap semula jalan. Memandangkan jumlah panjang jalan yang besar sekitar 3,000 kilometer, penyelenggaraan dibuat secara berperingkat. Yang Berhormat Batu. Semasa DBKL menerima permohonan pembangunan pada tahun 2017, sebahagian tanah di sekeliling Taman Tasik Taman Wahyu adalah milik persendirian. Oleh itu, pertimbangan terhadap cadangan pembangunan tersebut diberi kelulusan secara dasar pada peringkat pelan susun atur.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] Saya rasa Yang Berhormat Seputeh juga minta tentang mendapatkan senarai pengarah-pengarah baharu dan jabatan-jabatan yang menjalankan operasi di DBKL.

Saya akan beri secara bertulis kepada Yang Berhormat untuk senarai tersebut. Okey, sekian. Terima kasih.

final • 6:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Eh! Ada lagi. Banyak isu saya bangkitkan. Banyak lagi isu saya telah bangkitkan, tidak ada jawapan.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Cukup, Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sembang luarlah, sembang luar.

final • 6:30 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Yang Berhormat Seputeh.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

Ini adalah jawapan yang saya terima.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ya, Yang Berhormat. Yang Berhormat, apabila Yang Berhormat sebut Yang Berhormat akan bagi jawapan bertulis, cukuplah. Kalau Yang Berhormat bangun hendak bagi jawapan, maknanya kena beri jawapan secara lisan.

Okey, Yang Berhormat? Terima kasih, Yang Berhormat.

Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM288,360,700 untuk Maksud B.32 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM288,360,700 untuk Maksud B.32 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM914,424,300 untuk Maksud P.32 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2018 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM914,424,300 untuk Maksud P.32 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2018]

final • 6:30 PM
Maksud B.42 [Jadual] - Maksud P.42 [Anggaran Pembangunan 2018] -

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Belum lagi Yang Berhormat. Baru hendak sebut. Kepala Bekalan B.42 dan Kepala Pembangunan P.42 di bawah Kementerian Kesihatan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Parit Sulong. Cuma Yang Berhormat, saya hendak dapatkan kepastian. Berapa orang yang minat?

final • 6:30 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Ramai.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Wah! Terlalu ramai Yang Berhormat. Jadi...

final • 6:30 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Lima, lima.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Lima minit ya?

final • 6:30 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Lima minit?

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Okey, lima minit setiap seorang.

final • 6:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Lima minit terlalu pendek.

final • 6:30 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Lima minit? Okey, cepat-cepat.

Jangan...

final • 6:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terlalu short. Terlalu short.

final • 6:30 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Lima minit, lima minit.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kalau saya benarkan 10 minit, tidak ramai yang dapat berbahas, Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tidak mengapa, kita ada sampai pukul...

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, lima minit. Sila Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 6:30 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Okey, terima kasih. Saya terus kepada Butiran 020500 - Farmasi dan Bekalan Kesihatan Awam. Saya dapati ada penurunan dana peruntukan dari tahun lepas iaitu jumlahnya RM949 juta dan untuk tahun depan RM930 juta. Saya hendak mohon kementerian untuk menyatakan secara spesifik mengapa ada penurunan dana ini? Adakah terdapat jenis bekalan ubat yang dikurangkan sebagai langkah penjimatan?

Seterusnya saya ingin bertanya kepada pihak kementerian. Adakah pihak kementerian juga mempunyai cadangan untuk menambah suntikan vaksin yang bertujuan untuk mencegah jangkitan paru-paru yang dilihat pada hari ini terlalu mudah dijangkiti di kalangan kanak-kanak?

Seterusnya ke Butiran 020300-Kawalan Penyakit. Menurut akbar dianggarkan kira-kira 3.6 juta ataupun 17.5 peratus rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap diabetes.

Jadi, sejauh manakah keberkesanan Program KOSPEN? Untuk kawasan Parlimen Parit Sulong pula, saya hendak tahu berapakah dana yang telah diperuntukkan kepada kelab sukarelawan KOSPEN ini pada tahun ini, tahun 2017? Pertanyaan lain ialah adakah dana ini terus disalurkan kepada KOSPEN tersebut? Apakah lagi cara-cara yang dibuat oleh pihak kementerian untuk membantu menambahkan lagi jumlah KOSPEN di kawasan saya?

Seterusnya B.42 Butiran 020400-Pemakanan. Mengikut laporan Tackling Obesity in Asean yang dijalankan oleh Economist Intelligence Unit Malaysia, Malaysia ini pernah berada di tangga yang pertama carta obesiti di kalangan negara ASEAN dan yang mempunyai berat badan berlebihan ini bukan sahaja di kalangan orang dewasa tetapi juga terjadi di kalangan kanak-kanak.

Jadi soalan saya mengenai perkara ini adalah, apakah langkah yang dilaksanakan oleh pihak kementerian dalam membantu secara bekerjasama dengan KPM dalam membantu agar penduduk Malaysia terutamanya kanak-kanak sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dikategorikan sebagai kanak-kanak yang sihat?

Seterusnya, apakah faktor utama obesiti di kalangan pelajar kanak-kanak sekiranya dan adakah kementerian ada membuat kajian untuk perkara ini? Apakah program intervensi obesiti yang dilaksanakan oleh pihak kementerian dengan kerjasama KPM yang dibuat kepada kanak-kanak yang dikenal pasti mempunyai masalah obesiti?

Ini kerana saya percaya adalah lebih baik sekiranya kita dapat menangani isu ini ketika mereka masih muda untuk mengelakkan komplikasi obesiti yang tidak diingini apabila secara berterusan sehingga mereka dewasa.

Seterusnya, Butiran 050300 - Penyelidikan. Sejauh manakah usaha KKM memainkan peranan dalam menjayakan pembangunan pusat vaksin halal pertama dunia di Malaysia dan apakah status perancangan dan perkembangan pusat tersebut?

Bagaimanakah Malaysia dilihat berpotensi untuk meneroka pasaran vaksin halal dunia dan menjadikan sektor perubatan ini sebagai salah satu sektor yang menyumbang kepada pertubuhan sektor ekonomi negara?

final • 6:34 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Seterusnya Butiran 020700 - Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia. Saya hendak bertanya kepada pihak kementerian. Sejauh manakah pihak kementerian menerusi MySihat telah berperanan dalam mempromosikan amalan pemakanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat luar bandar terutamanya? Apakah rancangan pihak kementerian dalam memastikan sasaran ketiga SDG iaitu memastikan kehidupan yang sihat dan kesejahteraan untuk semua peringkat umur dapat dicapai dengan lebih berkesan?

Menerusi laporan yang dibuat oleh WHO, lebih 80 peratus daripada bandar utama dunia mengalami pencemaran udara yang melepasi tahap garis panduan yang ditetapkan oleh WHO. Jadi soalan saya pada pihak kementerian, menerusi MySihat ini, adakah ia dapat membantu dalam memberi kesedaran kepada orang ramai dengan cara yang lebih efisien dan bagaimanakah kementerian melaksanakannya? Bagaimanakah kementerian boleh membantu menyedarkan masyarakat tentang pencemaran udara yang boleh mengancam kesihatan ini? Terima kasih.

final • 6:34 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Ketua Pembangkang saya benarkan 10 minit.

final • 6:34 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Terima kasih Tuan Pengerusi. Kementerian Kesihatan adalah antara kementerian yang teramat penting. Kita tidak mahulah membuatkan sebagai satu komoditi perdagangan. Di peringkat perbahasan ini, saya ingin membangkitkan beberapa isu dan permasalahan untuk pemerhatian semua.

Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada maksud Butiran 010000 iaitu Perubatan, muka surat 371. Butiran kecil 010100 iaitu Pengurusan Perubatan Ibu Pejabat/Negeri, anggarannya RM426,921,600. Menurut Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2018 muka surat 356, di bawah tujuh kerangka keberhasilan kementerian berkaitan dengan prestasi outcome kementerian.

Dibutirkan bahawa menurut outcome satu yakni akses dan kesaksamaan di dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan membutirkan petunjuk prestasi utama. Saya mendapati dalam butiran tersebut nisbah doktor perubatan termasuk doktor siswazah, houseman, dengan izin, kepada penduduk menurun. Nisbah tahun 2016 adalah 632 ianya menurun kepada 600 atau 5.06 peratus bagi tahun 2017.

Seterusnya sasaran kementerian menurun lagi bagi tahun 2018 kepada 560 iaitu penurunan sebanyak 6.6 peratus. Saya ingin tahu, kenapakah nisbah doktor kepada penduduk menurun sebanyak 6.6 peratus ini bagi tahun depan? Di sebalik negara mengeluarkan siswazah bidang perubatan yang layak menjadi doktor terus meningkat dari tahun ke tahun.

Apakah kerajaan berpuas hati dengan nisbah ini? World Health Organization melaporkan nisbah doktor di Malaysia sehingga tahun 2017 adalah 46.8 peratus bagi 10,000 penduduk berbanding dengan di negara Singapura, jiran kita nisbahnya adalah sebanyak 75.6 peratus bagi 10,000 penduduk. Adakah nisbah doktor ini merangkumi doktor yang bertugas di sektor swasta? Apakah langkah yang diambil bagi memperbaiki penurunan nisbah doktor perubatan kepada penduduk?

Saya ingin juga bertanya, adakah kementerian mengenal pasti berapakah pula nisbah doktor pakar di dalam sektor awam berbanding dengan swasta? Saya dimaklumkan bahawa semakin ramai doktor pakar yang dilatih dalam sektor awam memilih untuk ke sektor swasta. Ia disebabkan dalam sektor kerajaan mereka lebih dibebankan dengan urusan pentadbiran dan pengurusan berbanding mempraktikkan kepakaran klinikal mereka selain tawaran gaji yang lebih tinggi dan tarikan yang ditawarkan oleh pihak swasta.

Saya hendak tahu, apakah push and pull sector, dengan izin, yang menyebabkan pakar-pakar kita ini meninggalkan perkhidmatan awam? Adakah kerajaan akan memikirkan satu kaedah atau langkah-langkah yang dapat memastikan tenaga- tenaga pakar ini kekal dalam sektor awam dalam masa sama memastikan kepakaran mereka tidak disia-siakan dengan bebanan kerja yang tidak sepatutnya.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Selain itu, kerajaan juga harus memastikan mereka menerima kenaikan gred pangkat dan gaji yang bersesuaian dengan pengalaman dan kepakaran mereka. Ini dapat memastikan kepakaran doktor-doktor dapat dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia yang datang ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan. Mungkin difikirkan juga, apakah setakat ini mempunyai cadangan untuk memperluaskan private wing di hospital- hospital awam?

Mungkin menarik, menambat mereka bekerja dengan hospital kerajaan. Saya juga mendapati bahawa bukan sahaja penurunan nisbah doktor kepada penduduk menurun malah juga berlaku ke atas nisbah klinik kesihatan. Walaupun ada Klinik 1Malaysia, tidak ada doktor, doktor pergigian, jururawat dan katil hospital. Maka, apakah langkah holistik yang diambil bagi menangani penurunan nisbah kesemua ini?

Tuan Pengerusi, saya merujuk juga kepada maksud Butiran 070000 iaitu Pengurusan, muka surat 375. Butiran kecil 070100 – Pengurusan Ibu Pejabat/Negeri, anggaran RM509,829,500.

Saya ingin menarik perhatian kepada Yang Berhormat Menteri mengenai garis panduan pelaksanaan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017. Menurut garis panduan tersebut, kerajaan telah bersetuju supaya Perintah Fi (Perubatan) 1982 dikaji semula yang melibatkan kenaikan caj kadar pesakit kelas satu, 50 peratus. Kenaikan kadar caj wad sahaja bagi kelas dua, 25 peratus, pengemaskinian prosedur dan caj bagi rawatan fisioterapi, pergigian, radioterapi dan onkologi, penggunaan caj yang tiada dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982 ini bagi perkhidmatan perubatan tradisional dan complementary.

Saya mengamati daripada garis panduan Perintah Fi (Perubatan) 2017 itu mengenakan kadar caj baru khasnya caj wad, caj bilik bersalin, caj dewan bedah, caj rawatan, caj siasatan, caj pembedahan, caj pergigian, caj pesakit luar dan caj penjagaan harian. Kenaikan caj-caj ini ada kewajarannya? Saya akui. Namun apa yang ingin saya ambil perhatian ini, wujud pengurangan peruntukan pengurusan yang berjumlah RM1.05 bilion ataupun 40.5 peratus berbanding tahun 2017.

Adakah kenaikan caj ini adalah semata-mata untuk menampung pengurangan peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada pengurusan hospital kerajaan? Kenaikan caj ini bermaksud perlu adanya peningkatan dari sudut perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat sebagai pelanggan. Namun, jika kenaikan hanya untuk menampung kedudukan kewangan yang tidak mencukupi, ini merupakan satu tindakan yang zalim kepada rakyat.

Oleh itu, saya ingin tahu sama ada pihak kementerian akan mempertimbangkan untuk menyemak semula kadar kenaikan ini agar caj ini tidak membebankan rakyat yang tidak berkemampuan terutama mereka yang berpendapatan rendah dan masyarakat di luar bandar.

Saya juga ingin memohon Yang Berhormat Menteri menyenaraikan dengan lengkap kategori warganegara yang diberikan pengecualian berkaitan dengan penguatkuasaan Perintah Fi ini. Saya sedar pengecualian yang sedia ada turut merangkumi pelajar, Orang Asli, OKU dan warga berusia 60 tahun ke atas. Sehubungan itu, saya mohon kerajaan mempertimbangkan perluasan pengecualian ini kepada warganegara berpendapatan rendah yang tergolong dalam kategori berpendapatan isi rumah bawah RM4,000 dan khasnya juga rakyat yang tinggal di kawasan pendalaman.

Tuan Pengerusi, maksud Pembangunan 42 butiran projek di bawah maksud Pembangunan P.42, Butiran 00400 iaitu Hospital Baru, anggaran RM179,900,200.

Sehubungan itu, saya ingin menyentuh jawapan Yang Berhormat Menteri kepada pertanyaan lisan saya pada 20 November tahun ini berkaitan dengan senarai projek pembinaan hospital yang gagal disiapkan menurut jadual itu, Hospital Sri Aman, Hospital Petra Jaya, Hospital Rembau, Hospital Bera.

Yang Berhormat Menteri juga menyebut faktor kelewatan kerana masalah bukan kekangan kewangan. Ada duit sebaliknya adalah keadaan tapak, kekurangan pekerja, kelemahan strategi pengurusan pembinaan pihak kontraktor dalam mengoptimumkan sumber di tapak, pembinaan yang tidak mengikut perancangan- itu memang betullah. Pemilihan kontraktor yang tidak kompeten, mana salahnya?

Tuan Pengerusi, soalan saya, apakah status projek-projek di empat buah hospital tersebut? Adakah jadual asal unjuran terkini penyiapan projek-projek pembinaan tersebut?

final • 6:40 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Jadi, apakah langkah, cadangan dan tindakan kementerian bagi menangani faktor-faktor kelewatan pembinaan Hospital Sri Aman, Petra Jaya, Rembau dan Bera ini memandangkan faktor-faktor kelewatan ini begitu serius. Saya mohon Yang Berhormat Menteri memberi jawapan dengan butiran yang sewajarnya.

Tuan Pengerusi, berhubung dengan butiran yang sama kita dapat melihat semakin banyak hospital swasta telah dibina. Itu bukan di kawasan bandar. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah pihak kementerian memantau pembinaan hospital-hospital baru swasta ini terutama dari sudut keselamatan pesakit-pesakit. Saya juga ingin tahu, sejauh mana pembinaan hospital-hospital swasta ini mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh kementerian serta Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998?

Ini kerana kalau kita lihat bahawa ada senarai dalam list apabila ada kebakaran- kebakaran yang berlaku- saya ada di sini di Sarawak. Kebakaran Julai, Mac, Mei, Julai, Februari, tahun 2012, tahun 2013. Bukan sahaja di Sarawak, Sabah. Hospital Pakar KPJ Sabah pada Julai 2016, Negeri Sembilan Tuan Pengerusi, hendak akhir sudah sikit lagi ya. Negeri Melaka, Terengganu, Selangor. Jadi, kalau pembinaan-pembinaan ini tidak mengambil keselamatan pesakit-pesakit ini adalah satu boleh membawa kepada satu kadar jenayah.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak seluruh pasukan pakar perubatan dan kakitangan Hospital Kuala Lumpur. Saya menghargainya dan juga kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Pekan dan Yang Amat Berhormat Bagan Datuk yang telah menziarahi mantan Timbalan Perdana Menteri dan juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekian, terima kasih.

Akan tetapi sebelum saya habis saya kira inilah kali pertama Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri melawat seorang banduan yang dipenjarakan. Yang boleh ditafsirkan sebenarnya dia adalah banduan politik. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, kembali kepada lima minit Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 6:50 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Memang sedikit sahaja iaitu Butiran 00300 - Kemudahan Hospital, Butiran 01100 – Peralatan dan Kenderaan dan Butiran 010200 - Pengurusan Hospital.

Yang Berhormat Menteri, di Kinabatangan ini ada hospital tetapi malang sekali tidak ada doktor pakar, tidak ada staf yang mengendalikan mesin-mesin yang sedia ada, kereta ambulans dia satu buah sahaja, itu pun pandai rosak di tengah jalan, mesin dialisis dia cuma empat. Manakala yang sakit perlu cuci buah pinggang ini berpuluh-puluh orang.

Jadi saya mahu mintalah kalau boleh kementerian tengok hospital di luar bandar ini.

Saya tahu kerajaan telah membelanjakan banyak dan hospital paling murah di dunia ini saya lihat memang Malaysia lah. Tidak ada lain. Kita subsidi-kan macam- macam, walaupun macam-macam tohmahan daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab tetapi kita tetap memberikan perkhidmatan untuk pesakit-pesakit.

Cuma, saya memohonlah Yang Berhormat Menteri tolonglah tengok hospital di Kinabatangan itu.

Mereka juga memerlukan doktor. Pengarah dia berjumpa dengan saya, Datuk Bung mintalah kementerian untuk melihat hospital kita ini. Hospital ini lokasinya memang baik. Bukan seperti hospital di Sandakan, kalau masuk wad sakit dia 40 percent apabila masuk jadi 90 percent. Oleh sebab dia bercelaru, dia next to next tidak begitu kondusif.

Jadi kalaupun hospital kerajaan tetapi buatlah sesuatu suasana itu macam supaya yang masuk sakit itu dia lebih selesa. Lebih selesa, lebih rasa tenteram. Oleh sebab kalau kita ini sudah sakit, di dalam kita tidak tenteram maka tekanan jiwa itu akan juga menyebabkan sakit kita meningkat.

final • 6:51 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jadi, contohnya kalau ada accident, kemalangan jalan raya di Kinabatangan.

Pakar tidak ada, maka terpaksalah hantar ke Hospital Lahad Datu atau ke Hospital Sandakan. Kadang-kadang belum sampai hospital, sudah meninggal dunia.

Jadi hal ini kalau ada pakar itu di Kinabatangan, maka kemalangan itu mungkin nyawa yang terlibat dalam kemalangan itu boleh kita atasi. Bukan juga- sebab nyawa ini di tangan Allah SWT. Akan tetapi sekurang-kurangnya kita dapat memberi sambung nyawa kepada mereka yang terlibat di dalam kemalangan-kemalangan yang tertentu.

Jadi itu sahajalah Tuan Pengerusi. Saya tidak mahu memakan masa yang panjang, yang penting saya minta kepada Yang Berhormat Menteri tolong hantar pegawai-pegawai melihat Hospital Kinabatangan. Terima kasih.

final • 6:51 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Lanang.

final • 6:51 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 010200 - Pengurusan Hospital, Butiran 00300 - Kemudahan Hospital dan Butiran 00600 - Ubahsuai Naiktaraf dan Pembaikan.

Pada 18 November 2017, kira-kira jam 8.29 pagi, kepulan asap dikesan di wad isolasi lelaki di Hospital Sibu. Kira-kira 1,000 orang terlibat dalam operasi pengosongan bangunan termasuk seramai 399 orang pesakit telah dipindahkan ke tempat yang selamat tanpa sebarang kecederaan. Walaupun dikatakan tiada kesan kebakaran tetapi siasatan perlu dijalankan. Jadi, saya ingin tahu apakah hasil siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian tersebut?

Adakah pemeriksaan secara terperinci dijalankan dari masa ke semasa di setiap hospital untuk memastikan keselamatan dan kepentingan rakyat terjamin? Apakah perancangan kementerian untuk memastikan kejadian ini tidak akan berlaku lagi di Hospital Sibu? Hal ini kerana rakyat memang sudah menjadi fobia selepas kebakaran berlaku di Hospital Sultanah Aminah pada tahun lepas.

Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 020000 - Kesihatan Awam dan Butiran 020100 - Pengurusan Kesihatan Awam Ibu Pejabat/Negeri. Saya menerima satu aduan di mana seorang rakyat berkaum Iban yang ingin memohon bantuan kebajikan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat di Sibu. Beliau diminta untuk mengisi borang yang disediakan dan dalam borang tersebut mengatakan satu pemeriksaan kesihatan- medical check-up perlu dijalankan. Oleh itu, beliau dibawa oleh anaknya ke Klinik 1Malaysia di Sibu untuk menjalankan pemeriksaan tersebut. Oleh sebab Klinik 1Malaysia tidak ada perkhidmatan tersebut, beliau pergi ke Poliklinik Oya pula untuk menjalankan pemeriksaan.

Namun apabila beliau mendapatkan laporan yang diisi dan ditandatangani oleh pegawai perubatan, beliau diminta untuk membayar fi sebanyak RM100. Saya ingin tahu, apakah fi ini sebenarnya? Adakah setiap laporan pemeriksaan kesihatan dikenakan fi sebanyak RM100 di mana tiada X-ray, tiada ubat atau sebarang scanning dijalankan.

Saya rasa fi ini tidak patut dikenakan kepada seorang warga tua dan juga seseorang yang ingin memohon bantuan kebajikan.

Permohonan kebajikan pun belum lulus tetapi fi RM100 pula dikenakan. Apabila ditanya oleh anak beliau tentang RM100 fi yang perlu dibayar, seorang pegawai di kaunter pendaftaran mengatakan bahawa ini adalah arahan daripada Kementerian Kesihatan. After some argument, dengan izin dengan pegawai akhirnya fi RM100 dapat dikecualikan. Walaupun akhirnya beliau tidak perlu membayar fi RM100 itu, saya rasa semua rakyat perlu tahu apakah fi tersebut sebenarnya dan kenapa pemohon bantuan kebajikan yang terpaksa menjalankan pemeriksaan kesihatan tersebut dikenakan fi yang tinggi itu? Bagaimanakah kerajaan dapat mengenakan fi RM100 kepada mereka yang perlu bantuan kebajikan di mana permohonan mereka belum pasti akan diluluskan. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Saya juga ingin menyentuh Butiran 040000 - Perkhidmatan Farmasi dan Butiran 040200 - Amalan dan Perkembangan Farmasi. Sudah lama ahli-ahli farmasi di Malaysia menunggu pelaksanaan sistem “doctor diagnose, pharmacist dispense” di Malaysia.

Akan tetapi, seakan-akan ia tidak mungkin akan dilaksanakan di Malaysia.

final • 6:54 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Saya ingin bertanya, apakah status kajian atau perkembangan ke atas pelaksanaan sistem ini?

Memandangkan pelaksanaan sistem ini masih tidak dilaksanakan di Malaysia, saya ingin mencadangkan supaya setiap klinik perlu ada seorang ahli farmasi untuk mengendalikan kerja-kerja dispense dan kaunseling kepada pesakit. Ini juga dapat mengurangkan kes kecuaian atau kesalahan yang tidak diingini.

Saya ingin memberikan satu contoh, pada bulan lepas Yang Berhormat Rasah telah menghantar gambar ubat yang diberikan apabila Yang Berhormat melawat sebuah klinik di kawasannya. Apabila saya lihat, saya terus bertanya sama ada Yang Berhormat Rasah ada tekanan darah tinggi? Hal ini kerana ubat yang diberikan adalah perindopril 4mg. Dos yang ditulis di atas dispensing bag tersebut, satu tablet two-times daily. Akan tetapi, Yang Berhormat Rasah mengatakan doktor memberikannya ubat tahan sakit. Kemudian apabila Yang Berhormat Rasah balik ke klinik tersebut, ubat itu ditukar kepada diclofenac sodium 50mg. Maksudnya ubat yang telah dimasukkan ke dalam dispensing bag itu adalah salah. Apakah yang akan terjadi jikalau Yang Berhormat Rasah tidak bertanya saya tentang ubat yang dibekalkan? Mungkin Yang Berhormat Menteri akan kata ini isolated case.

Saya bukan hendak menyalahkan sesiapapun saya hanya ingin mencadangkan supaya kerajaan boleh membuat satu undang-undang di mana setiap klinik yang ingin menjual ubat perlu mengupah seorang ahli farmasi di klinik tersebut. Ini adalah kerana ahli-ahli farmasi mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang ubat-ubatan dan apa yang membimbangkan ialah kalau pesakit mengalami sebarang kesan-kesan sampingan selepas menggunakan ubat yang tidak begitu sesuai kepada mereka untuk tempoh masa yang panjang. Sebenarnya ahli-ahli farmasi bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan tentang ubat-ubatan dan cara pengambilan ubat dengan betul dan memberikan peringatan yang sewajarnya kepada pesakit atau mereka yang membeli ubat.

Akhir sekali, saya ingin menyentuh Butiran 010400 - Rawatan Pesakit Dalam dan Butiran 012200 - Farmasi dan Bekalan.

Saya pernah membangkitkan kes ini semasa perbahasan saya di peringkat dasar tetapi tidak mendapat jawapan daripada pihak Kementerian Kesihatan. Jadi saya ingin bertanya sekali lagi saya menerima aduan bahawa pesakit dimasukkan ke hospital tetapi hospital mengarahkan keluarganya untuk membeli ubat di luar dan bawa masuk ke hospital untuk kegunaan pesakit. Adakah ini prosedur yang biasa diamalkan? Sekian, terima kasih.

final • 6:54 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 7:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 012700 – Psikiatri dan Pusat Kesihatan Mental.

Tuan Pengerusi, kebelakangan ini gejala bunuh diri menjadi berita utama yang dipaparkan di media-media khususnya dalam negara kita seolah-olah ia merupakan satu perkara biasa yang berlaku di luar negara, tetapi boleh berlaku di negara kita. Pada hemat saya, perkara ini amat bertentangan dengan prinsip dan norma budaya ketimuran.

Kajian menunjukkan bahawa gejala bunuh diri ini berlaku dalam kalangan pesakit mental kronik seperti skizofrenia atau kecelaruan personaliti dan dalam kalangan penagih dadah serta alkohol.

Ada juga kes berkenaan dengan mangsa buli dan keganasan juga didapati berisiko tinggi untuk membunuh diri akibat tidak mahu terus dibuli. Terdapat juga kes-kes lain yang turut menjadi penyumbang kepada gejala bunuh diri seperti beban hutang, krisis rumah tangga, percintaan, tekanan belajar dan lain-lain. Di samping itu juga, berdasarkan laporan Persatuan Psikiatri Malaysia, menunjukkan lebih 2,000 orang telah membunuh diri saban tahun dan lebih mengejutkan lagi, kebanyakannya terdiri daripada golongan muda yang merupakan pewaris negara.

final • 7:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Ini bermakna secara purata, sebanyak tujuh kes bunuh diri berlaku dalam sehari ataupun anggaran kira-kira 200 orang sebulan.

Tuan Pengerusi, justeru itu saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah langkah intervensi strategik yang boleh dilakukan oleh pihak kementerian bagi mengurangkan kes bunuh diri di kalangan rakyat Malaysia kerana ini sungguh membimbangkan. Selain daripada itu, saya ingin mencadangkan agar pihak kementerian dapat memperkasakan program-program N-BOS, mungkin dengan kementerian- kementerian lain ataupun badan NGO terutama sekali tentang program kesedaran tentang sebab dan akibat berlakunya kejadian bunuh diri. Ini kerana saya lihat semakin hari semakin ramai golongan generasi muda punyai keinginan nak bunuh diri Tuan Pengerusi.

Seterusnya Butiran 00600...

final • 7:00 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat Kuala Selangor, boleh sikit? Selama 20 saat. Bukit Katil.

final • 7:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Masa dah nak habis, saya nak teruskan. Lepas ini Yang Berhormat Bukit Katil boleh bahas.

final • 7:00 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih.

final • 7:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Minta maaf Yang Berhormat Bukit Katil, penasihat dan juga Ahli Lembaga PKNS. Dia pun tahu juga kenapa. Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan.

Ini saya nak merujuk kepada keadaan pusat khususnya infrastruktur Pejabat Kesihatan Kuala Selangor. Saya hendak merayulah kepada pihak kementerian agar dapat memikirkan soal untuk baik pulih khususnya Pejabat Kesihatan Kuala Selangor dalam kadar yang sangat segera memandangkan ketika ini ia dalam keadaan yang sangat uzur serta memberikan satu ketidakselesaan kepada pesakit mahupun kakitangan yang bertugas. Ini penting kerana saya lihat daripada segi perkhidmatan kesihatan yang baik mampu menghasilkan mutu kehidupan masyarakat yang lebih baik pada masa akan datang.

Seterusnya Butiran 00201 iaitu Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Saya amat berharap agar Klinik Kesihatan Bukit Cerakah, Klinik Kesihatan Jeram, Klinik Kesihatan Ijok agar dapat diberikanlah pertimbangan dalam Bajet 2018 supaya dapat dibaikpulih dengan kadar segera. Ini kerana pada hemat saya, klinik-klinik ini juga merupakan antara akses perkhidmatan yang paling hampir yang dikunjungi oleh penduduk kampung terutamanya, bagi mendapatkan rawatan. Mungkin di Kuala Krau juga ada klinik-klinik kesihatan yang perlu juga diberikan perhatian oleh Yang Berhormat Menteri sekali.

Jadi Tuan Pengerusi, saya juga ingin mencadangkan juga, di Puncak Alam pula ada sebuah klinik bidan yang saya lihat daripada segi perkhidmatannya sungguh baik iaitu terutama sekali memberikan perkhidmatan kesihatan kepada ibu mengandung.

Akan tetapi yang menyedihkan, klinik ini terpaksa menyewa rumah untuk dijadikan sebagai klinik sementara. Lebih-lebih lagi saya lihat Tuan Pengerusi, ada di kalangan ibu mengandung yang duduk di atas lantai untuk mendapatkan rawatan kerana keadaan klinik yang begitu sesak. Apa yang amat membanggakan saya, kebanyakan penduduk di Puncak Alam ini alhamdulillah Tuan Pengerusi, kadar kesuburannya meningkat saban tahun sehingga menyebabkan klinik bidan tersebut begitu sesak sehinggakan perlukan pembelaan untuk dibesarkan.

Saya juga amat mengharapkan Klinik 1Malaysia di Kuala Selangor agar dapat diwujudkan khususnya di Ijok kerana penduduk di sana mengharapkan. Pengumuman Yang Berhormat Menteri baru-baru ini memberikan kegembiraan kepada mereka. Jadi akhir kata Tuan Pengerusi, Kuala Selangor menyokong. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kota Raja.

final • 7:00 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 7:05 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Lepas Yang Berhormat Kota Raja, mana Yang Berhormat Sik tadi? Keluar dah? Ya, sila.

final • 7:05 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Baik. Tuan Pengerusi, saya hanya akan menyentuh dua perkara. Butiran 010500, kemudian Butiran 020000 – Kesihatan Awam yang merangkumi daripada Butiran 020400 ke Butiran 020700.

Kesemua perkara ini sebenarnya sangat berkait rapat kerana perkara yang saya hendak cakap sekarang ini adalah mengenai bagaimana kita sekarang approach kepada rawatan diabetes mellitus. Kita tahu obesiti, diabetes mellitus, darah tinggi, sakit buah pinggang dan sebagainya, semuanya adalah related.

Akan tetapi saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri sebenarnya, dengan perkembangan perubatan sekarang, banyak orang kata evidence-based medicine bahawa cara kita merawat diabetes mellitus ini adalah tidak begitu tepat. Ini kerana kita tahu diabetes mellitus disebabkan oleh rintangan ataupun resistance terhadap insulin.

Cara kita merawat sekarang ini dengan menganggap diabetes mellitus sebagai apabila kita ada penyakit ini, it is a chronic disease it’s incurable. You will be on medication for the rest of your life. Akan tetapi penemuan-penemuan baru bukan daripada kita di sini, tetapi daripada orang kata orang yang melakukan penyelidikan dan sebagainya, it is not due, dia boleh dirawat sekiranya dia dapat control beberapa perkara.

Jadi maka saya ingin bertanya, paradigm shift di dalam cara pemikiran kita merawat diabetes mellitus ini, adakah ia sedang berlaku di dalam negara kita, di kalangan our specialist, our doctors sebab saya melihat doktor-doktor muda tidak tahu tentang perkara ini. Sebagai pensyarah dahulu, saya tahu bahawa pengetahuan terkini yang ada sekarang hanya akan masuk di dalam buku mungkin 10 tahun kemudian. So, you are 10 years late. By that time, kita sudah set dengan cara kita fikir. Jadi sekarang kalau kita lihat, kita perlu melihat re-educate. Kita perlu unlearn and relearn bagaimana kita hendak menangani penyakit diabetes mellitus ini bersama dengan obesiti, bersama dengan darah tinggi dan sebagainya.

Jadi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sama ada kita ada membuat kajian-kajian evidence-based researches to show that, untuk menunjukkan bahawa kita boleh kontrol kencing manis ini dengan cara yang lebih murah, yang lebih berkesan. Telah ditunjukkan bahawa sekiranya pemakanan boleh dikawal, kita kurangkan karbohidrat, kita kurangkan gula dan sebagainya, maka keperluan pesakit kepada ubat-ubatan ini akan berkurang dan akhirnya boleh berhenti terus.

Tentulah syarikat-syarikat farmaseutikal tidak berminat untuk mendanai research ini sebab ia akan menyebabkan keperluan kepada ubat-ubat diabetes mellitus ini akan berkurangan, sedangkan rawatan yang paling mudah adalah dengan mengawal makanan, kurangkan karbohidrat dan kemudian berpuasa. Fasting is seen as one- menunjukkan bahawa ia boleh mengawal diabetes mellitus. Akhirnya kita ini kalau kita tidak berubah Yang Berhormat Menteri, saya risau bahawa masalah obesiti yang kita sekarang menjadi juara di Asia Tenggara, we have obesity at I don’t know what rate but it’s definitely high apabila melihatkan kepada figure.

Saya minta kepada Yang Berhormat Menteri untuk melihat semula cara mana kita mendidik doktor-doktor baru kita dan mengubah the paradigm shift di dalam cara kita merawat, evidence-based medicine. I am not talking about just listening, dengar dan kemudian ikut, tidak. Akan tetapi kita boleh melakukannya, a controlled pilot study dengan orang yang menerima ubat dan cara yang baru ini. Saya tak boleh nak describe now sebab my time is very short. Okey, saya nak minta izin sedikit tentang pengurusan. Butiran 010200 mengenai Pengurusan Hospital. Yang Berhormat Menteri, saya sebenarnya diamanahkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat untuk membawa kepada perhatian Yang Berhormat Menteri tentang kes-kes di mana ada kelewatan laporan perubatan termasuklah orang yang memerlukannya itu adalah di dalam penjara.

final • 7:05 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Jadi, oleh kerana kelewatan-kelewatan ini, maka kes-kes itu tidak dapat proceed di dalam pendakwaan dan sebagainya kerana ada alasan-alasan perubatan. Jadi, saya akan bagi the details, the numbers to you sebab Yang Berhormat Menteri, saya rasa perlu ini.

final • 7:10 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Akhir sekali, sedikit sahaja lagi. Saya ingin bertanya, saya dengar banyak di antara doktor muda kita, terutamanya yang perempuan, meninggalkan perkhidmatan kesihatan disebabkan ada konflik di dalam tuntutan berkeluarga dan juga kerja.

Masa kerja kita yang panjang dan sebagainya. Bagaimana kita hendak tap mereka ini? Saya ingin mencadangkan bahawa mereka yang ada pengalaman setahun, dua tahun, dilatih mungkin 200 jam, 300 jam di dalam wad-wad nefrologi supaya mereka boleh meneruskan tugas mereka sebagai MO di dalam pusat-pusat dialisis sekarang yang tumbuh seperti cendawan kerana ramainya orang sakit buah pinggang. Mereka boleh berkhidmat di situ, less demanding walaupun less pay, but we are saving our young doctors who are leaving the medical practice. Itu cadangan saya kepada kementerian.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 7:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Sik.

final • 7:10 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin pergi kepada Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan; 080500 – Medical Equipment Enhancement Tenure (MEET); 01100 – Peralatan dan Kenderaan dan 00800 – Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Disebabkan oleh masa lima minit, saya fokus kepada kawasan saya sahaja dan saya fokus kepada Hospital Sik. Tuan Pengerusi, Hospital Sik taraf hospital daerah.

Umurnya sudah 33 tahun dan katilnya pun sudah umur 33 tahun, dekat hendak menopause. Oleh sebab itu, saya tumpu dan fokus kepada hospital walaupun kawasan saya ada banyak lagi masalah kesihatan dan perubatan.

Dalam Butiran 00600 - Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan. Saya amat berharap kepada kerajaan untuk memberi peruntukan bagi melakukan kerja-kerja pembaikan paip air utama dan juga wiring elektrik yang telah uzur. Pada tahun ini sahaja, tiga kali paip bocor disebabkan oleh sistem wiring yang lama.

Seterusnya, pembinaan bangunan hemodialisis yang baru diperlukan untuk memudahkan proses rawatan dan keselesaan kepada pesakit. Naik taraf unit kawalan infeksi juga diperlukan dan juga kawasan parking kereta serta laluan berbumbung di hospital ini. Seterusnya menaik taraf unit farmasi, klinik pakar, unit kecemasan dan juga trauma serta bangunan HDU atau hemodialisis unit. Dalam Butiran 080500 - Medical Equipment Enhancement Tenure (MEET). Bahagian medical equipment dan enhancement. Pertama, saya berharap kerajaan memberi peruntukan di hospital ini bagi melakukan penambahan atau penambahbaikan atau penggantian biomedical energy maintenance service iaitu penambahan mesin X-ray, penambahbaikan mesin X-ray yang telah sedia ada dan penambahan inkubator dan juga mesin phototherapy. Seterusnya, penambahan empat buah mesin dialisis yang menjadi sekarang ini mesin dialisis ada empat itu sudah jadi beyond economic repair. Seterusnya, menambah baik unit radiologi bagi kemudahan- kemudahan proses merawat pesakit.

Saya pergi kepada Butiran 01100 - Peralatan dan Kenderaan. Dalam butiran ini saya mohon peruntukan kerajaan untuk menambah bilangan ambulan sebanyak empat buah ambulan. Sekarang ini ada lapan buah ambulan. Dua telah dilupuskan, dua lagi beyond economic repair dan empat ambulan yang boleh berjalan. Hak boleh berjalan itu yang betul-betul Tuan Pengerusi, yang betul-betul boleh berjalan daripada Hospital Sik, kalau hendak hantar pesakit kepada Hospital Sungai Petani ataupun Hospital Alor Setar, hanya tinggal dua ambulan.

Jadi, saya harap pihak kerajaan mempertimbangkan berkenaan menambah ambulan di Hospital Sik. Dalam Butiran 00901 – Kemudahan Kuarters Luar Bandar. Saya juga berharap agar kerajaan menaik taraf kemudahan kuarters bagi memberi keselesaan kepada staf di Hospital Sik. Ada dua minit lagi.

Dalam Butiran 00800 - Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), saya ingin memohon kerajaan untuk melakukan penambahbaikan ataupun update sistem komputer yang sedia ada di Hospital Sik. Komputer selalu hang. Jangan pula pesakit kena hang.

Kalau ada pesakit skizofrenia, itu ada potensi untuk hang.

final • 7:11 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Menaik taraf line telefon PABX untuk kemudahan komunikasi, menggantikan kaedah punch card kepada sistem thumbprint dan menaik taraf pengurusan sistem daftar pesakit dan juga menambah bilangan CCTV di hospital. Satu lagi yang akhir sekali, saya ingin bertanya kepada kerajaan dan kementerian, saya mendapat informasi bahawa Pusat Kesihatan Bandar Sik telah diluluskan dan telah dimasukkan di dalam RMKe-11.

Saya ingin bertanya, bilakah Pusat Kesihatan Bandar Sik ini akan dimulakan dan juga kalau boleh disebabkan oleh penambahan pesakit yang banyak, diharap Pusat Kesihatan Bandar Sik ini dibuat secepat mungkin. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 7:11 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Lumut.

final • 7:11 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak merujuk kepada Butiran 010100 - Pengurusan Perubatan Ibu Pejabat/Negeri. Yang Berhormat Menteri, saya ingin tahu apakah pendirian terkini kementerian ke atas Hospital KPJ Damansara dan Doktor Chong Yip Boon ekoran daripada dapatan siasatan Jawatankuasa Preliminari yang mendapati terdapat kecuaian di pihak KPJ Damansara dan juga Doktor Chong Yip Boon yang menyebabkan kematian isteri kepada Komander Dr. Tan Kai Poh pada 19 Mac 2016. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberi jawapan yang telus dan terkini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 7:15 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kota Samarahan.

final • 7:15 PM

Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 00201 - Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Saya percaya Kementerian Kesihatan sentiasa mengutamakan kebajikan kesihatan rakyat, khususnya di luar bandar di Sarawak.

Oleh itu, saya berharap peruntukan bernilai RM160.2 juta iaitu melalui Butiran 011500 - Nefrologi dan Butiran 011900 – Radioterapi dan Onkologi. Saya berharap pihak kementerian dapat mempertimbangkan penyediaan pusat hemodialisis dan pusat X-ray di Klinik Asajaya. Tuan Pengerusi, sebenarnya Klinik Asajaya ini dibina pada tahun 2008, yang pada awal perancangan memang mempunyai unit hemodialisis dan pusat X-ray.

Namun, akibat kekangan ekonomi dan juga kos pembinaan yang tinggi, dua unit ini telah digugurkan dari pembinaan. Namun begitu, pada masa ini unit hemodialisis dan pusat X-ray ini amat penting dan amat diperlukan oleh orang kawasan Asajaya kerana khidmat yang terdekat adalah Klinik Kesihatan Kota Samarahan dan Klinik Kesihatan Kuching yang jaraknya jauh dalam lingkungan 60 kilometer, yang mana sering menjadi beban kepada pesakit-pesakit di kawasan Asajaya.

Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri pun sudah melawat klinik kesihatan ini. Dua minggu yang lepas, semasa saya mengadakan Program KOSPEN dan dialog bersama KOSPEN dan masyarakat Asajaya, inilah antara isu-isu yang hangat diutarakan. Kita mohon pertimbangan dan pengesahan telah pun saya terima daripada pihak pengurusan Klinik Asajaya bahawa keperluan yang tinggi untuk mendapat khidmat hemodialisis dan pusat X-ray di Klinik Asajaya. Begitu juga saya ingin mendapat penjelasan lanjut daripada pihak kementerian.

Usaha sama N-BOS, kementerian dengan agensi dan NGO bagi menambah pusat hemodialisis, terutama di kawasan luar bandar. Jika program ini dapat dilaksanakan, kemungkinan klinik-klinik berdekatan kawasan Asajaya boleh juga mendapat perkhidmatan berkenaan.

Seterusnya, saya pergi kepada Butiran 00600 - Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan. Jadi, menyentuh butiran ini, saya ingin hendak menarik perhatian kementerian berkaitan dengan Klinik Kesihatan Kota Samarahan. Sebenarnya, Hospital Daerah Kota Samarahan diberi keutamaan yang rendah, seperti jawapan Yang Berhormat Menteri pada sidang-sidang yang lepas.

final • 7:16 PM

Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan

Namun begitu, peningkatan pesakit ke klinik kesihatan ini makin hari makin meningkat. Majoriti 500 orang lebih pesakit sehari. Apa yang kita lihat, kemudahan ataupun kesesakan dalam bangunan Klinik Kesihatan Kota Samarahan berkenaan.

final • 7:16 PM

Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan

Klinik ini satu bangunan dua tingkat, tetapi perkhidmatan yang disediakan banyak. Ruangnya agak sempit dan apa yang makin menyempitkan ialah pejabat pentadbiran bahagian pun berada di blok yang sama. Malah apa yang sering menjadi isu kita sekarang, pusat rawatan kecemasan pun telah dipindahkan ke Institut Jantung Negara Kota Samarahan yang mana telah menjadi beban dan juga menjadi masalah kepada masyarakat-masyarakat sekitar Kota Samarahan.

Dengan itu, saya mohon kepada pihak kementerian untuk meninjau lebih lanjut tentang keadaan bangunan tambahan untuk Klinik Kota Samarahan supaya dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat-masyarakat di Kota Samarahan dan juga luar bandar. Saya juga di sini ingin hendak mencatatkan rasa penghargaan dan terima kasih saya kepada doktor-doktor dan pihak pengurusan Klinik Kota Samarahan, staf-stafnya yang telah dapat menangani isu-isu, kerenah-kerenah pesakit-pesakit ini dengan begitu sabar, begitu bertanggung jawab dan dapat menangani isu-isu masalah sebaik yang mungkin bagi memuaskan hati-hati pesakit di kawasan berkenaan.

Tuan Pengerusi, seterusnya saya pergi kepada 01100 - Peralatan dan Kenderaan. Sama juga seperti Kinabatangan tadi, Klinik Asia Jaya hanya mempunyai satu van ambulan dan telah berumur sudah tua dan selalu sangkut-sangkut. Apa yang membimbangkan kita sekarang, pada satu-satu masa banyak kejadian berlaku serentak.

Ini menyebabkan masalah kepada pihak pengurusan klinik untuk membawa pesakit- pesakit ke klinik ataupun ke hospital yang berdekatan. Jadi mohon pertimbangan daripada pihak kementerian untuk melihat masalah ini dan sebolehnya kalau dapat meningkatkan perkhidmatan van ambulan di Klinik Asia Jaya. Tuan Pengerusi, terima kasih. Kota Samarahan mohon menyokong.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Klang.

final • 7:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membahaskan beberapa isu di bawah Butiran 012200, 020500 dan sebagainya. Isu pertama saya hendak bangkit ialah berkait dengan peruntukan RM4.2 bilion untuk perubatan. Rakyat negara berharap bahawa KKM akan meningkatkan peruntukan perubatan tetapi malangnya, ini tidak berlaku.

Tuan Pengerusi peruntukan yang kecil ini adalah amat tidak adil kepada rakyat Malaysia khususnya pesakit-pesakit di Malaysia, memandangkan permintaan untuk perkhidmatan kesihatan yang begitu tinggi. Semalam Yang Berhormat Menteri sendiri mengakui bahawa terdapat kekurangan antibiotik untuk merawat pesakit di hospital kerajaan.

Selain itu, Malaysia sedang menghadapi cabaran an ageing society dan pindahan pesakit-pesakit di hospital swasta kepada hospital kerajaan. Semua ini akan memberi tekanan kepada perkhidmatan kesihatan wam yang sedia ada. Saya juga menerima aduan daripada rakyat Klang bahawa doktor kerajaan memberi preskripsi untuk pesakit-pesakit kanser, leukemia dan sebagainya untuk membeli ubat daripada farmasi luar. Dengan itu, perbelanjaan out of pocket akan menjadi beban kepada pesakit.

Cadangan saya ialah untuk Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meminta peruntukan daripada Kerajaan Pusat. Itu satu, dan juga untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu. Sebenarnya Tuan Pengerusi, saya ingin membawa kepada pengetahuan Yang Berhormat Menteri dan juga Dewan yang mulia ini bahawa saya telah membawa satu usul untuk memberi satu penyuntikan sebanyak RM2 bilion kepada Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi malangnya, kena tolak oleh Speaker. So sorry Minister, you ought to got RM2 billion if only the Speaker allowed for more. But I still haven’t done yet, 18(1) I am going to do it again. One more try.

final • 7:22 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Cadangan seterusnya adalah untuk mengurangkan harga ubat paten dengan memohon lesen wajib ataupun compulsory licensing di bawah perjanjian TRIPS Agreement WTO. Dengan cara ini, harga ubat paten dapat dikurangkan seperti ubat hepatitis Sofosbuvir di mana harga ubat ini telah dikurangkan sebanyak 99 peratus.

Tuan Pengerusi secara keseluruhan, peruntukan bagi ubat-ubat sebanyak RM4.2 bilion adalah tidak mencukupi. Saya juga minta Yang Berhormat Menteri mengatakan perbelanjaan kerajaan untuk membeli ubat genetik, ubat paten dan juga perbelanjaan untuk ubat-ubat bagi NCD, kanser dan juga penyakit jantung. Isu berkenaan adalah- *sorry.

Carry on* Butiran 011900 – Radioterapi dan Onkologi. Statistik KKM menunjukkan bahawa satu daripada sembilan wanita akan mendapat kanser dan satu daripada 10 lelaki akan menghidap kanser sebelum mereka mencapai umur 75 tahun.

Saya ada banyak butiran, tetapi masa sudah suntuk. Terus to the point, apakah strategik KKM untuk melaksanakan pengesanan awal- early detection pertama dan juga strategik pengesahan awal dapat membantu memanjangkan nyawa seseorang pesakit dan kekurangan perbelanjaan kos hospital kerajaan dalam masa yang panjang.

Next issue adalah Butiran 020200 - Pembangunan Kesihatan Keluarga. Ini merupakan satu bajet yang begitu besar, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh memberi satu explanation apakah perbelanjaan ini untuk pembangunan kesihatan keluarga. Isu berkaitan adalah pendidikan kesihatan di mana kita dapati satu penurunan sebanyak RM10 juta berbanding tahun yang lalu. Ini research question sebab kita dapati bahawa KKM- isu pendidikan kesihatan dikurangkan memandangkan salah satu tanggungjawab utama KKM adalah untuk memastikan masyarakat yang sihat dalam jangka masa yang panjang tidak membebankan hospital kerajaan. Apabila peruntukan pendidikan kesihatan dikurangkan, ini menunjukkan bagaimana penjimatan kerajaan atau government austerity impacts on well-being of the rakyat.

Isu yang berkait dengan hospital kanser di Sungai Petani. Ini satu- saya sokong hospital ini, idea ini, rancangan ini tetapi soal di sini ialah manakah oncologist untuk kerja di Sungai Petani Hospital. Menurut Malaysian Oncologist Society memerlukan kira-kira 240 hingga 300 pakar onkologi, tetapi hanya sekarang adalah 110 sahaja iaitu radiation and clinical oncologist. So dalam hospital kerajaan, hanya ada 26 pakar onkologi. So, how are you going to train oncologist when the ministry’s peruntukan telah dipotong? So sangat ini mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan dan juga berapakah jumlah yang diperuntukkan bagi latihan onkologi baru.

Akhir sekali, voluntary health insurance. Saya mohon kerajaan untuk memberi penjelasan mengenai matlamat voluntary health insurance dan penyertaan beberapa NGO untuk mengetuai operasi VHI ini dan harap kerajaan boleh berikan nama-nama.

Apakah kajian telah dibuat dan siapakah kontraktor, siapakah pakar rujuk, konsultan yang telah dilantik untuk kajian voluntary health insurance.

Last sekali Tuan Pengerusi ialah emolumen kakitangan kontrak. Saya dapati bahawa kakitangan kontrak telah meningkat sebanyak 308 peratus. Emolumen bagi kakitangan kontrak naik sebanyak 308 peratus. Apakah ini bermakna kerajaan akan mengurangkan kakitangan tetap dan mendapatkan lebih ramai pekerja-pekerja kontrak?

Apakah impak yang akan dialami oleh graduan-graduan yang ingin memohon pekerjaan di hospital dan di klinik kerajaan? Juga mohon Yang Berhormat Menteri jelaskan jenis pekerjaan, the type of work yang dibuat oleh pekerja kontrak. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 7:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Tanjong Piai.

final • 7:22 PM

Dato’ Sri Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 00400 - Hospital Baharu. Tuan Pengerusi, Hospital Pontian yang sedia ada sekarang ini telah dibina pada tahun sekitar 1937 dan kebanyakan merupakan bangunan lama yang berusia hampir 80 tahun. Pada hari ini sesuai dengan jumlah penduduk yang semakin bertambah, menyebabkan hospital ini tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang ramai. Difahamkan hospital ini tidak mempunyai dewan bedah, purata kekerapan rujukan kes ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu, kekerapan ataupun tiada khidmat kepakaran adalah hampir sebanyak 10 kes sehari.

final • 7:28 PM

Dato’ Sri Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Selain daripada itu, hospital ini tidak mempunyai wad kelas pertama dan wad kelas kedua amat terhad dengan hanya mempunyai lapan katil lelaki dan lapan katil perempuan. Pertambahan bangunan-bangunan tambahan juga menjadikan hospital sedia ada mempunyai tempat letak kenderaan yang sangat terhad dan ini menyukarkan orang ramai yang berurusan dengan hospital ini.

final • 7:28 PM

Dato’ Sri Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Hasil daripada pertambahan penduduk limpahan kepesatan pembangunan Wilayah Iskandar menjadikan banyak pembangunan mega dan berisiko telah wujud di Daerah Pontian seperti hab petroleum di Tanjung Bin. Maka, perkhidmatan sokongan seperti hospital semakin menjadi keutamaan bagi menangani kemungkinan- kemungkinan yang akan berlaku.

Tuan Pengerusi, kemudahan rawatan terkini dan doktor pakar diperlukan demi kepentingan penduduk setempat. Saya berharap alasan menyatakan Pontian terletak berdekatan dengan Johor Bahru tidak boleh digunakan untuk melewatkan pembinaan hospital baru di daerah ini. Kebanyakan kes kecemasan akan dihantar ke hospital di Johor Bahru.

Walaupun pada pandangan mata kasar ia dekat, namun perjalanan sejauh kira- kira lebih kurang 50 kilometer perlu ditempuh untuk ke Johor Bahru. Ini ditambahkan dengan masalah kesesakan jalan raya yang rosak dan berlubang di jalan Pontian-Johor Bahru menyukarkan perjalanan ambulans dan kenderaan yang membawa pesakit ke sana.

Tuan Pengerusi, saya difahamkan pihak Kementerian Kesihatan pernah mengemukakan cadangan pembinaan hospital baru untuk Daerah Pontian dan lokasinya juga telah dikenal pasti yang kebetulannya berada di kawasan Parlimen Tanjong Piai.

Lokasi yang dipilih sangat sesuai untuk dibina hospital baru berdasarkan kedudukannya yang sangat strategik dan saya selaku Ahli Parlimen menyokong penuh cadangan tersebut. Namun, sehingga hari ini perkembangannya tidak menunjukkan sebarang kemajuan.

Tuan Pengerusi, di negeri Johor, Daerah Pontian merupakan satu-satunya daerah yang tidak dibina hospital baru yang lengkap dengan kelengkapan moden dan kepakaran doktor. Oleh yang demikian, saya mohon pihak Kementerian Kesihatan untuk melihat kembali cadangan tersebut dan melaksanakan pembinaan hospital baru bagi Daerah Pontian yang lebih moden sesuai dengan pembangunan di daerah ini.

Tuan Pengerusi, saya dan bagi pihak penduduk Parlimen Tanjong Piai dan khasnya di kawasan Pekan Nanas merakamkan penghargaan terima kasih atas terbinanya sebuah klinik kesihatan baru di Pekan Nanas. Bangunan tersebut tertangguh sebegitu lama dan akhirnya telah siap dibina sejak beberapa bulan yang lalu.

Namun, orang ramai tertanya-tanya, bilakah klinik baharu tersebut akan memulakan operasinya? Sukacita jika pihak Kementerian Kesihatan dapat memberikan satu tarikh untuk operasinya bagi memudahkan pemakluman kepada orang ramai dan bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab menularkannya untuk mengelirukan orang ramai. Jadi, itu sahaja. Sekian.

final • 7:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bukit Katil tak berminat? Ya, sila.

final • 7:30 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin membahas tentang Butiran 010000 – Perubatan, Butiran kecil 012200 – Farmasi dan Bekalan.

Melalui Belanjawan 2018, belanjawan Kementerian Kesihatan telah ditingkatkan sebanyak RM2 bilion. Namun, dari sudut farmasi dan bekalan, daripada RM1.743 bilion pada tahun 2017 kepada RM1.714 bilion pada tahun 2018. Berlaku penurunan 1.6 peratus.

final • 7:33 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Tuan Pengerusi, pengecualian GST salah satu menjadi keutamaan. Belanjawan 2018 tidak memberikan pengecualian tambah ataupun sifar GST kepada ubat-ubat kesihatan. Walaupun kerajaan dikatakan komited dalam mengurangkan caj perkhidmatan perubatan dengan konsep bundling dengan hospital swasta tetapi peningkatan hampir 30 peratus pesakit di Malaysia perlu diberikan perhatian dan pertimbangan untuk mengurangkan harga ubat-ubatan dengan pengecualian GST khususnya buat kelompok B40.

Pertambahan pesakit ke hospital dan klinik awam bukti bahawa mereka terpaksa bergantung kepada ubat-ubat kerajaan yang murah tetapi masih dikenakan GST. Kita ambil contoh di India, 20,000 ahli Federation of Medical and Sales Representative Association of India telah membantah pelaksanaan GST ke atas ubat- ubatan dan peralatan perubatan pada 12 November 2017. Sebabnya, GST 12 peratus ke atas ubat-ubatan di India telah menyebabkan harga naik 2.30 peratus. Kalau bantahan besar-besaran begini boleh mengakibatkan perubahan di negara luar, kenapa kita harus bersendirian dalam isu GST dengan kesihatan awam?

Awal bulan Mac 2017, kerajaan telah meningkatkan pengecualian GST untuk ubat kesihatan kepada 4,215 jenis daripada 2,900 jenis ubat dalam National Essential Medicine List, dengan izin. Persoalannya, adakah kerajaan mempunyai perancangan mengecualikan GST untuk semua ubat di Malaysia dengan kejayaan meningkatkan ubat yang dikecualikan GST?

Kita tahu akibat pelaksanaan GST terhadap ubat-ubatan menyebabkan kenaikan harga berlaku di beberapa institusi terpilih antaranya Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Universiti Sains Malaysia. PPUM misalnya, turut melaporkan bayaran bulanan pertambahan perbelanjaan untuk pembekal apabila kos GST berjumlah RM4 juta diambil kira pada tahun 2015.

Jikalau kutipan GST mampu mencecah RM41 bilion sepanjang tahun lalu, kenapa ia tidak disalurkan kembali untuk membantu melunaskan keperluan perubatan rakyat? Sedangkan, ia berkemampuan mengubah masa depan rakyat yang tidak dapat menanggung kos ubat yang menggunung.

Tuan Pengerusi, jumlah peruntukan untuk Butiran 020500 – Farmasi dan Bekalan Kesihatan Awam menurun daripada RM949,587,500 pada tahun 2017 kepada RM930,697,800 pada tahun 2018. Penurunan ada nampak sedikit iaitu sebanyak 1.9 peratus tetapi yang akan terasa tentulah orang awam khususnya B40. Apakah kerajaan mempunyai perancangan dalam menangani isu ini dengan memberikan pendekatan yang lebih berkesan dalam membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit awam?

Perkara ini seperti yang diunjurkan dalam FDA pada tahun 2013 dalam usaha tempoh jangka panjang mengelak berlaku kekurangan ubat mencadangkan pendekatan risk-based approach untuk memberi peringatan awal mengenai kekurangan ubat dan kawalan kualiti.

Tuan Pengerusi, bagi Butiran 070000 – Pengurusan mengenai sumber manusia dan perancangan tenaga manusia. Malaysia sekarang ini seperti mana yang telah dimaklumkan di dalam Dewan ini oleh Ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua belah, Malaysia sedang mengalami satu situasi yang kritikal di mana bilangan hospital dan kakitangan tidak mencukupi untuk menampung jumlah pesakit yang tinggi di seluruh Malaysia.

Statistik yang dikongsikan kementerian sendiri menunjukkan bahawa untuk setiap 632 penduduk di satu-satu kawasan, hanya ada seorang doktor perubatan dan ini berdasarkan data pada tahun 2016. Waktu menunggu berjam-jam dilaporkan di wad kecemasan. Pesakit luar ada yang terpaksa tunggu tiga hingga empat jam untuk berjumpa doktor sebab tidak cukup kakitangan. Dan bajet terbaru menunjukkan peruntukan sumber manusia yang mendadak sampai tinggal kurang sepuluh peratus daripada bajet tahun lalu dari RM260 juta hingga tinggal RM18 juta sahaja. Penurunan yang besar, lebih 90 peratus daripada bajet tahun lepas.

Jadi bagaimana dengan peningkatan peruntukan bagi perancangan tenaga manusia dan latihan yang naik sekali ganda daripada peruntukan tahun 2017 daripada RM242 juta ke RM514 juta? Adakah ini disebabkan lambakan graduan bidang perubatan pada masa ini? Saya mohon pihak kementerian menerangkan penyaluran peruntukan lebih RM500 juta ini. Adakah ia untuk membantu meletakkan barisan graduan di hospital- hospital?

final • 7:33 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Seterusnya, Tuan Pengerusi, saya ingin juga bertanya tentang fasiliti untuk hospital seperti di klinik desa dan sebagainya. Adakah peruntukan kerajaan ini merangkumi seluruh sistem klinik di bawah kerajaan iaitu klinik desa, klinik kesihatan dan Klinik 1Malaysia? Begitu juga dengan Hospital Melaka yang selalu saya bangkitkan, kita menghadapi masalah kerana kekurangan tempat, katil dan sebagainya. Bila kita pergi turun melihat, menziarah hospital, nampak ramai pesakit yang berada di luar. Jadi saya percaya ini perkara-perkara yang kecil tetapi besar kesannya kepada rakyat. Terima kasih.

final • 7:33 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Lenggong.

final • 7:33 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Terima kasih, Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk bahas di Kementerian Kesihatan di peringkat Jawatankuasa. Sedikit sahaja iaitu Butiran 00201, Butiran 00300 dan juga Butiran 00600.

Tuan Pengerusi, saya ingin ambil kesempatan di Dewan ini untuk minta dan ucap terima kasih terdahulu kepada pihak kementerian kerana telah pun memberi kemudahan di Pusat Kesihatan dan Wad Bersalin di Lenggong yang telah pun dirasmikan baru-baru ini dan dihadiri sendiri oleh Yang Berhormat Menteri. Cuma, kalau dapat ditambah dan tingkatkan perkhidmatannya.

Pertama, oleh kerana di kawasan saya bayangkan jika berlaku masalah kecemasan, kita tidak ada wad di situ. Terpaksa lebih daripada 50, 60 kilometer ke Gerik dan mungkin terpaksa ke Kuala Kangsar ataupun ke Taiping dan juga ke Ipoh. Ia memang cukup menderitakan rakyat di situ walaupun kemudahannya telah pun dipertingkatkan. Oleh itu, kita harap dapat ditingkatkan kemudahan dengan menempatkan katil kalaupun tidak sebagaimana yang telah pun dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri untuk transit katil terlebih dahulu di kawasan berkenaan.

Selain daripada itu juga, saya harap ditambahkan juga kemudahan ambulan di situ kerana kerap kali oleh kerana laluan di kawasan berkenaan adalah laluan utama menghubung ke Pantai Timur dan sebagainya, sering kali berlaku kemalangan dan kadangkala berlaku kemalangan serentak dua, tiga kemalangan sekali. Jadi memang agak susah dari segi kekurangan ambulans dan sebagainya. Ini saya harap ditingkatkan.

final • 7:38 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Satu lagi ialah saya mohon juga dan terima kasih dahulu kerana memberi kemudahan pusat hemodialisis di kawasan saya dan kalau dapat ditambah lagi bilangan mesinnya supaya kemudahan itu dapat dikembangkan lagi dan kerana jumlah pesakit memang meningkat. Apa pun saya harap pihak kementerian menambahkan lagi usaha- usaha untuk prevention ini. Saya percaya tahap kesihatan rakyat akan meningkat jika kita lihat jumlah rakyat ke hospital berkurang. Kalau ramai ke hospital ini, maka kita dapati sebenarnya ada masalah dari segi kesihatan rakyat.

Jadi kalau ramai orang tidak pergi ke hospital, hospital kosong, tidak ramai orang pergi, itu menunjukkan bahawa tahap kesihatan rakyat meningkat. Jadi oleh sebab itu saya harap ditambahkan program-program bukan hanya kepada Lembaga Promosi Kesihatan tetapi juga kepada hospital-hospital terutama di luar bandar ini untuk melaksanakan program-program kesedaran kesihatan ini. Usaha memang telah dibuat tetapi ditambah lagi supaya tahap kesihatan rakyat dan kesedaran ini dapat dipertingkatkan. Terima kasih Tuan Pengerusi dan saya menyokong.

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya saya bagi Yang Berhormat Bagan Serai dulu, lepas ini dua daripada pembangkang ya. Sila, Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 7:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 7:41 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya menyentuh Butiran 020000 B.42 iaitu Kesihatan Awam. Ini berkenaan dengan Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) yang dicetuskan oleh Yang Berhormat Menteri pada tahun 2013, satu transformasi perkhidmatan kesihatan meningkatkan mutu kesihatan rakyat dengan penglibatan masyarakat. Jadi sukarelawan ini dinamakan pasukan Gerak Sihat 1Malaysia (GS1M). Melalui program ini, ada banyak perkara-perkara baik telah dilakukan untuk membantu kementerian menurunkan masalah penyakit non-communicable diseases (NCD).

Apa yang saya hendak lihat di sini ialah perlu diadakan kursus-kursus latihan yang lebih termasuk latihan CPR kepada masyarakat secara berkala. Seperti contohnya enam bulan sekali kerana CPR yang baik dan difahami dan dilakukan dengan baik dapat menyelamatkan nyawa di saat-saat kecemasan.

Jadi saya ingin bertanya, apakah perancangan jangka masa panjang kementerian terhadap program KOSPEN ini? Long term. Serta nyatakan bentuk-bentuk bantuan yang diberikan oleh kementerian terhadap program tersebut. Adakah kerajaan bersedia untuk memberi sedikit insentif kepada mereka yang bersemangat untuk bersama-sama membantu masyarakat ke arah kesihatan yang baik?

Butiran 00400 P.42. Perkara ini saya ingin nyatakan iaitu keperluan satu klinik yang baru di Parlimen Bagan Serai iaitu di Klinik Matang Gerdu. Klinik Kesihatan Bagan Serai dan Klinik Kesihatan Kuala Kurau yang terletak di antaranya itu adalah agak sesak dengan mereka yang sakit. Perkara ini telah lama, dah beberapa kali saya telah bangkitkan dalam Parlimen ini dan tidak lagi mendapat apa-apa tindakan yang sewajarnya. Hari ini 50 hingga 60 orang sehari di Matang Gerdu dan di Klinik Bagan Serai lebih daripada 100 orang. Di Kampung Matang Gerdu ini mempunyai penduduk lebih kurang 20,000 hingga 22,000 orang dan kebanyakannya daripada golongan sederhana dan juga bawah.

Jadi mohon pertimbangan kementerian dalam melihat kepada pembinaan klinik kesihatan yang baharu di kawasan tersebut kerana keperluannya agak kritikal. Di kawasan Matang Gerdu ini juga wujudnya rumah PR1MA 1,248 unit dan juga banyak perumahan-perumahan telah naik di kawasan itu dan juga sekolah-sekolah yang telah naik di kawasan itu. Jadi masa depan dijangka akan menjadi lebih padat lagi.

Selain daripada itu, saya ingin mencadangkan kepada kementerian agar membina lebih banyak bangunan parkir bertingkat di setiap hospital kerajaan yang besar.

Ini kerana melihat kepada kesesakan yang berlaku boleh menyebabkan kesusahan kepada pesakit, kepada staf dan juga masalah kepada ambulans yang keluar masuk.

Butiran 070400 – Perancangan Tenaga Manusia dan Latihan, B.42. Ini berkenaan dengan lambakan doktor hari ini yang dikatakan 5,000 setiap tahun dan dijangkanya akan datang apabila kontrak doktor-doktor yang mengikuti program kontrak ini telah tamat, maka hanya dikatakan 50 peratus dapat diserap dan dijangka dalam 1,000 hingga 2,000 orang akan tidak ada kerja. Kalau kita lihat menuju kepada negara maju dalam tiga ke empat tahun lagi, kita akan lihat lebih daripada 5,000 orang, mungkin 10,000 orang doktor-doktor akan terpaksa menganggur kerana perkara ini.

Jadi saya nak tanyalah, apakah perancangan kementerian dalam mengatasi masalah lambakan graduan di dalam negara pada ketika ini? Adakah kementerian bercadang untuk melaksanakan kerjasama dua hala bersama hospital di luar negara umpamanya dalam menawarkan latihan perubatan- housemanship pada graduan perubatan negara.

Tuan Pengerusi, saya ucap terima kasih bagi peluang kepada Bagan Serai.

final • 7:41 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Terima kasih.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sedikit sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.

Butiran 0200500, 012200 – Farmasi dan Bekalan Perubatan kita lihat penurunan dan ini agak memelikkan kerana bilangan pesakit semakin ramai, ubat semakin mahal tetapi kenapa ada penurunan? Adakah ini akan menyebabkan mungkin bekalan ubat-ubatan ini hanya sampai bulan enam, bulan tujuh, kemudian selepas itu mana nak datang? Atau ia perlu kepada bajet tambahan untuk menampung?

final • 7:45 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Kita lihat juga fenomena ini kekurangan kepada bekalan-bekalan, ini bukan hanya kepada barang farmasi sahaja tetapi kepada prosthesis dan perkara-perkara yang perlu untuk membantu dalam operation-operation seperti ortopedik surgeri dan plastik dan lain-lain juga kita lihat tidak ada peningkatan. Sedangkan kita tahu bahawa barang- barang ini semakin mahal dan kita tahu juga bahawa ramai pesakit tidak boleh di-operate kerana tidak ada prosthesis atau bahan-bahan yang perlu kerana peruntukannya tidak mencukupi. Itu yang pertama.

Kedua ialah tentang 020000 – Pendidikan Kesihatan. Kita lihat juga di sini ada penurunan daripada RM45 juta kepada RM35 juta. Kita lihat bahawa masyarakat kita perlu kepada pendidikan, perlu kepada penerangan tetapi peruntukan untuk pendidikan dan penerangan kepada banyak penyakit yang perlu kepada penerangan, kepada pendidikan kepada rakyat ini dikurangkan.

Jadi adakah ini selari dengan usaha kita untuk kita mengurangkan pesakit kita dengan pendidikan supaya mereka tahu bahawa mereka mesti menjaga kesihatan mereka dan seterusnya mengurangkan sakit dan mengurangkan penyakit-penyakit dan insya-Allah tidak perlu kepada ubat-ubat yang lebih untuk menyembuhkan penyakit- penyakit mereka. Jadi kita lihat masalah non-communicable disease dan juga penyakit- penyakit berjangkit yang perlu kepada kefahaman dan ini kita lihat tidak selari dengan kehendak kita untuk kita membawa pendidikan atau penerangan ini kepada masyarakat.

Kita lihat juga kepada latihan pun begitu juga, Latihan dan Perkhidmatan – 00105 P.42 juga kita lihat penurunan yang ketara dekat 50 peratus penurunan. Jadi ini suatu yang bercanggah dengan apa yang kita inginkan.

Kemudian akhir sekali tentang 012800 – Perubatan Rehabilitasi dan Perubatan Tradisional dan Komplimentari. Tahniah kepada kerajaan kerana memasukkan juga perubatan tradisional dan komplimentari. Saya cukup tertarik kerana ini mungkin boleh membantu kerana ramai juga pesakit-pesakit kita yang mempercayai tentang perubatan- perubatan tradisional dan juga komplimentari ini seperti homeopati, Chinese traditional medicine, ayurvedic medicine dan macam-macam medicine lagi yang perlu diiktiraf tetapi perlu juga ada kawalan daripada kementerian supaya tidak ada penipuan kepada pesakit-pesakit.

Jadi saya ingin tahu peruntukannya agak ada juga di sini, berapa ramai pengusaha-pengusaha perubatan tradisional dan komplimentari dan bentuk-bentuknya dan centres yang ada di Malaysia ini, di hospital mana? Ada berapa buah center? Berapa ramai pengamal-pengamal ini sudah diberi gaji, digaji oleh pihak kementerian?

Akhir sekali, saya rasa saya ingin menyokong, satu lagi iaitu cadangan, oh sudah satu minit. Tidak apalah, cukup setakat ini. Terima kasih. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 7:45 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Saya mula dengan mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana memperuntukkan RM24 bilion untuk kementerian ini tetapi sayang sekali 62 peratus adalah untuk emolumen, baki untuk perkhidmatan dan bekalan adalah 38 percent. Itu adalah apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang untuk memberikan peruntukan yang lebih untuk kementerian itu untuk bahagian perkhidmatan dan bekalan.

final • 7:49 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya ingin menekankan Butiran 011900 iaitu Radioterapi dan Onkologi.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia telah melaporkan bahawa 8.8 juta pesakit meninggal dunia akibat kanser. kita ada kenyataan baru-baru ini daripada MAKNA yang menyatakan bahawa kos menanggung perbelanjaan untuk pesakit kanser agak tinggi.

Sebagai contoh rawatan kanser payudara, hampir RM65 ribu setahun.

Ini adalah termasuk semua perubatan dan perbelanjaan yang ditanggung oleh pesakit. Dari sudut itu apabila kita bandingkan dengan Australia. Di Australia kita ada Cancer Council Australia. Mereka telah mewujudkan satu akta di Parlimen yang dipanggil sebagai Cancer Australia Act 2006 pada tahun 2006 dan akta ini telah memberi kuasa untuk mewujudkan satu agensi yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Australia. Hasil daripada agensi ini, mereka juga telah mengenalkan pada tahun 2014 satu pelan yang dipanggil sebagai strategic plan yang dikenali sebagai Cancer Australia Strategic Plan.

final • 7:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Apabila kita kaitkan dengan negara kita, adakah kerajaan mempunyai strategi pelan sebegini, number one. Number two adalah adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu akta seperti di Australia untuk menguatkuasakan isu penyakit kronik kanser ini. Ketiga adalah di negara kita pun ada MAKNA. Adakah MAKNA diberikan peruntukan supaya boleh membantu pesakit-pesakit kanser yang merujuk kepada MAKNA.

Kedua adalah Butiran 012700 berkaitan dengan Psikiatri dan Kesihatan Mental.

Saya mendapat satu data Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa 4.2 juta masyarakat Malaysia iaitu 29.2 peratus penduduk Malaysia mempunyai masalah kesihatan mental. Ini bermaksud setiap tiga orang hingga empat orang, seorang mengalami masalah mental. Ini juga dapat dibuktikan apabila kita, saya sendiri telah membaca beberapa artikel yang mengatakan doktor sendiri mempunyai masalah mental, guru sekolah mempunyai masalah mental.

So, apakah ini benar? Saya dimaklumkan juga antara negeri yang mempunyai masalah mental yang tinggi adalah Kuala Lumpur, Sabah dan Kelantan. Saya minta Yang Berhormat Menteri menerangkan adakah ini betul. Sekiranya ini adalah betul, apakah rancangan kerajaan untuk memperbaiki keadaan ini? Oleh sebab saya rasa masalah mental ini adalah sesuatu yang perlu dibendung dan sewajarnya kerajaan mempunyai pelan yang holistik untuk membantu.

Ketiga dan terakhir Tuan Pengerusi adalah Butiran 020500 iaitu Farmasi dan Bekalan Kesihatan Awam. Saya telah membangkitkan beberapa kali mengenai bekalan perubatan yang menjadi persoalan yang tidak cukup. Lagi sekali saya membawa benda yang sama. Sebagai contoh di PPUM pada 10 November 2017, satu ubat basic, it is, dengan izin, it is a basic wound cleaning lotion yang dipanggil sebagai Dermacyn 500ml diminta untuk dibeli dalam inhouse pharmacy. Bermakna PPUM tidak ada pada hari tersebut. Diminta pesakit untuk beli dan pesakit terpaksa beli dengan harga RM33.80 Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, ubat itu bukan tidak ada, memang ada dalam supply tetapi tidak berada ataupun tidak dibekalkan oleh hospital tersebut pada hari tersebut. So ini adalah beberapa contoh. Saya ada banyak lagi tapi masa tidak izinkan. Banyak contoh walaupun Yang Berhormat Menteri saya baca baru-baru ini pun telah mengeluarkan kenyataan bahawa bekalan ubat cukup dan sebagainya tetapi sebagai praktikal bila kita turun, kita mendapati keadaan adalah berbeza. Please do not take- with due respect this is isolated cases. I hope you don’t do that because it is a critical issue. A lot of people with due respect is making a complaint that the supply of the medicine in the hospital are not enough. Thank you. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 7:50 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Tuan Pengerusi, tiga minit, Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

final • 7:50 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Tiga minit.

final • 7:50 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Tiga minit saja.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, saya bagi selepas Yang Berhormat Mersing, saya bagi Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 7:50 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

final • 7:50 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking ]Penampang]

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Penampang pun kasi.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Mersing dulu.

final • 7:50 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Pengkalan Chepa ini.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Yang Berhormat Mersing dulu.

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing

Tuan Pengerusi, terima kasih. Butiran 011500 iaitu Netfrologi. Tahun ini banyak peruntukan tambahan. Kalau ikut dalam buku belanjawan ini untuk gaji kita belanja RM53 juta, untuk operasi RM145 juta.

final • 7:54 PM

Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing

Kita semua tahu bahawa kerajaan yang bagi subsidi kepada mereka yang menerima hemodialisis, yang End Stage Renal failure (ESRF), dengan izin, Tuan Pengerusi. Belanja untuk mengurus satu tahun hemodialisis ini dekat RM40 ribu setiap kepala di mana mereka kena cuci tiga kali satu minggu.

Saya hendak tahu pertama sekali pecahan. Saya difahamkan bila diadakan satu pemantauan perlu ada pakar nefrologi yang diberi tanggungjawab untuk mengurus mereka ini. Mereka yang menerima hemodialisis ini sekarang ini sudah tiga kali ganda daripada awal dulu tahun 2007. Sekarang ada 7000. Tiga kali gandalah, saya tidak ingat figure dia.

Jadi saya hendak tahu, saya dapat maklum yang pakar-pakar ini diberi satu bentuk imbuhan. Dia jaga 10,000, 20,000 pesakit, saya hendak tahu berapa banyak dia seorang pakar itu dapat imbuhan. Kedua apakah peranan kementerian supaya bila lama- lama menjalani hemodialisis, biasanya pesakit akan rasa selesa. Dia tidak hendak dia pergi dekat center itu, duduk empat jam, balik, lusa dia pergi sekali lagi. Dia akan rasa selesa tapi ini bukan cara yang betul. Cara yang betul macam apa yang dibuat Yang Berhormat Kinabatangan. Dia buat transplant. Jadi saya tahu daripada peruntukan ini, berapa banyak yang diperuntukkan untuk memberi satu penerangan kepada semua pesakit yang menjalani End Stage Renal failure (ESRF).

Oleh sebab kalau pengurusan transplant ini satu tahun kerajaan biasanya kos dia antara RM20 ribu ke RM25 ribu saja satu kepala dan dia produktif macam Yang Berhormat Kinabatangan. Siap dapat anak kembar lagi dan dia produktif macam-macam lagi. Jadi hemodialisis ini satu benda yang tidak mendatangkan faedah kepada pembayar cukai.

Perkara kedua, Butiran 012300 iaitu Dietatik dan Sajian. Kerajaan belanja banyak ini, dekat RM100 juta untuk bagi makan orang sakit. Orang sakit ini bukan kuat makan sangat. Akan tetapi kenapa banyak sangat? Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri sama ada satu bentuk pemantauan atau skim di mana kos-kos ini boleh dikurangkan. Ada banyak sistem yang dibuat di luar negara di mana tiap-tiap hospital sudah tidak perlu ada kitchen. Dia perlu ada central kitchen dan guna teknologi untuk memastikan kos makanan itu jadi rendah dan kerajaan boleh jimat belanja. Terima kasih.

final • 7:54 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

final • 7:54 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Pengerusi yang baik hati. Saya ingin bercakap mengenai Butiran 012300 dan Butiran 020400 berkaitan dengan Dietetik dan Sajian dan Pemakanan.

Tadi kita banyak berbincang mengenai NCD’s maknanya penyakit-penyakit tidak berjangkit yang meningkat saban tahun dan juga kos pengubatan yang makin meningkat. Jadi persoalannya ringkas sahaja. Berapa dietetik atau dietitian yang kita ada sekarang ini? Berapa keperluan yang ada? Adakah kerajaan, kementerian ingin membuka post Pegawai Dietitian ini kepada graduan yang ada, itu saja.

Kedua juga berkaitan dengan Audiologist iaitu Butiran 011200 iaitu Otorinolaringologi (ENT) dan juga speech therapy ataupun pertuturan. Ini juga saya merasakan bahawa jumlah yang ada di hospital-hospital tidak mencukupi dan ini menyebabkan diagnosis kepada masalah ini dan juga rawatan kepada pertuturan menjadi lambat. Jadi ini juga saya tanya adakah kerajaan akan membuka posts audiology dan juga speech therapy ini untuk menangani masalah-masalah yang berkaitan.

final • 7:58 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Ketiga, masalah Butiran 011900 ini berkaitan dengan Radioterapi dan Onkologi. Ini agak spesifik, saya ingin bertanya mengenai hospital rujukan, Hospital USM Kubang Kerian. Kita tahu bahawa kanser semakin hari juga semakin meningkat, pelbagai jenis kanser dan USM menjadi sebuah hospital rujukan untuk radioterapi. Jadi persoalan saya ialah berapakah jumlah oncologist yang ada di HUSM? Dan adakah ia mencukupi?

Kedua masalah dengan mesin radioterapi di HUSM itu sendiri.

final • 8:00 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Walaupun pada bulan Mei tahun ini ada sebuah mesin radioterapi yang canggih tetapi saya mendapat perkhabaran bahawa di HUSM, mesin yang lama selalu rosak dan ia tidak dapat menampung kes-kes rujukan atau kes-kes rawatan lanjut onkologi menyebabkan rawatan-rawatan ulangan ini menjadi terbatal ataupun menjadi lambat. Ini menyebabkan rawatan itu sendiri menjadi tidak efektif. So, itu sahaja Tuan Pengerusi, tiga minit betul.

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Hulu Rajang.

final • 8:00 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar.

Kemudahan akses kesihatan di Sarawak masih jauh perlu dibaiki jika dibandingkan dengan di Semenanjung ini. Kementerian amat mengetahui bahawa bentuk muka bumi Sarawak yang tidak sekata dan banyak kawasan sungai serta kebanyakan penduduk masih tinggal di kawasan pedalaman yang menyukarkan mereka untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang baik.

Justeru saya ingin menyeru kepada pihak kementerian agar sebahagian besar peruntukan dari butiran ini dapat disalurkan ke negeri Sarawak untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat di pedalaman. Saya juga ingin mohon perhatian pihak kementerian agar memberikan perhatian serius kepada senarai klinik-klinik di luar bandar. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri telah datang ke Kapit untuk melihat keadaan sendiri klinik-klinik luar bandar dan melawat ke klinik di Nanga Mujong di bahagian Kapit. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Jadi saya juga senarai-senarai klinik seperti yang perlu dinaiktarafkan klinik di Nanga Entawau, Baleh. Ini kira jam Tuan Pengerusi. Klinik di Nanga Gaat, klinik di Nanga Merirai, klinik di Nanga Melinau, klinik di Nanga Mujong perlu diperbesarkan dan juga klinik di Lusong Laku. Sekarang Lusong Laku diserang oleh wabak penyakit ‘tabuik’, suku kaum kita Penan di Lusong Laku sekarang yang sangat serius.

Selain daripada itu saya juga ingin memohon klinik baru iaitu klinik di Nanga Majau kalau boleh di kawasan Baleh dan juga klinik di Nanga Setapang Sungai Gaat dan juga klinik di Long Urun, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dengan penambahan bilangan pesakit yang kian bertambah setiap hari.

Jadi minggu lepas saya telah terjumpa dengan seorang ibu tunggal yang mengalami sakit buah pinggang dan ibu tunggal itu mengadu kepada saya kerana berulang alik dari Pekan Kapit ke Song dan menggunakan kos yang begitu besar. Jadi RM100 bagi seorang ibu tunggal amat susah untuk mengeluarkan duit tersebut. Jadi saya mohon kepada kementerian supaya agar menambahkan mesin dialisis ke kawasan Hospital Kapit, Hospital Song, Hospital Belaga, Hospital Sungai Asap yang sangat memerlukan mesin dialisis itu. Jadi itu sahaja. Sekian, terima kasih.

final • 8:01 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya minta maaf ya, tidak dapat memberikan peluang kepada semua Ahli Yang Berhormat. Lepas ini boleh celah. Sila Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

final • 8:01 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Dua minit, dua minit.

[Ketawa] Dua minit tidak boleh?

final • 8:01 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 8:01 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa tentang Kementerian Kesihatan. Lebih daripada 19 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian.

final • 8:03 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ada dua jenis perkara yang telah dibangkit, satu ialah perkara-perkara tertentu tentang kemudahan-kemudahan perkhidmatan kesihatan di kawasan masing-masing berkaitan dengan keperluan-keperluan untuk meningkatkan, menaik taraf dan untuk menambahkan kemudahan-kemudahan yang tersedia ada.

Kedua ialah tentang isu-isu daripada perspektif dasar dan program-program kerajaan. Untuk perkara-perkara tertentu tentang pembangunan-pembangunan di kawasan masing-masing saya ucapkan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memperjuangkan keperluan kesihatan di kawasan masing-masing. Ini telah masuk di dalam Hansard dan kita akan jawab itu secara bertulis. Saya akan beri tumpuan kepada perkara-perkara yang telah dibangkitkan secara dasar dan program-program tertentu.

Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bangkit tentang Program KOSPEN.

Program KOSPEN ialah satu program yang telah dimulakan oleh kerajaan untuk mewujudkan satu badan kesukarelawan di peringkat akar umbi supaya kumpulan ini boleh membantu kita yang di mula ialah dengan tujuan untuk membendung wabak NCD yang dihadapi oleh kita pada masa sekarang. Dengan itu sampai sekarang kementerian melalui program KOSPEN ini kita telah membangunkan lebih daripada 6,000 lokaliti KOSPEN di seluruh negara yang telah memberi latihan kepada lebih daripada 40,000 sukarelawan di dalam beberapa bidang. Secara menyeluruh modul-modul yang ada di dalam program KOSPEN tertumpu pada saringan iaitu mereka telah dibekalkan dengan glukometer, BP set dan sebagainya untuk membuat saringan.

Nombor dua ialah untuk memberi nasihat tentang cara hidup yang sihat dengan menggalakkan cara hidup yang cergas iaitu active lifestyle, makanan yang sihat, mengelakkan tabiat merokok dan langkah-langkah untuk mengurangkan kegemukan badan. Baru-baru ini kita sudah masuk dua modul tambahan ialah satu daripada segi macam mana untuk mengurangkan tekanan mental iaitu reducing mental stress. Pada tahun 2018 kita akan masuk latihan CPR di dalam modul KOSPEN.

So, melalui- dan cadangan kerajaan untuk tahun 2018 untuk menambahkan lokaliti KOSPEN sampai 8,000 lokaliti di seluruh negara. Itu akan memberi peluang untuk lebih ramai orang mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti KOSPEN. Daripada kajian yang kita telah buat, KOSPEN ialah satu program yang telah menunjukkan keberkesanan kerana beberapa program contohnya mereka yang telah masuk program memerangi obesiti telah menunjukkan di dalam enam bulan mengikuti program ini telah mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya 10 peratus.

Selain daripada itu saringan telah menunjukkan bahawa daripada mereka yang telah disaring dan telah dirujuk kepada klinik kesihatan, kita telah mengesan satu jumlah besar yang dahulu mereka tidak tahu ada penyakit kencing manis atau darah tinggi, sekarang melalui usaha ini kita telah sudah berjaya di dalamnya. Dengan peruntukan yang telah diberi, kita berharap untuk menambahkan lagi program-program tambahan KOSPEN di lokaliti-lokaliti itu dengan meningkatkan modul-modul latihan untuk mereka yang ada dan memberi sedikit peruntukan untuk menjalankan program-program kegiatan kesihatan di tempat masing-masing dan mungkin membantu mereka untuk mengadakan mesyuarat dan sebagainya supaya aktiviti-aktiviti mereka boleh dijalankan secara baik.

Selaras dengan KOSPEN ialah beberapa perkara yang telah dibangkit dengan noncommunicable diseases. Salah satu daripadanya ialah isu kegemukan. Isu kegemukan melalui National Health and Morbidity Survey yang telah dijalankan, yang telah keluar pada tahun 2015 lebih daripada 47 peratus daripada rakyat Malaysia dikatakan overweight dan daripada itu lebih daripada 15 peratus ialah obes mengikut definisi yang telah ditetapkan itu. Untuk memerangi perkara ini memang kita semua tahu isu obesiti ialah keseimbangan daripada intake of calories and expenditure of calories. Kalau perkara itu tidak seimbang memang the extra deposit leads to extra weight. Untuk memastikan macam mana ini boleh dikawal, program dimulakan daripada awal sekolah. Saya telah minta Bahagian Nutrisi di kementerian supaya mengadakan program daripada mula sekolah contohnya di PIBG untuk para ibu bapa di sekolah supaya mereka mendapat maklumat yang tepat tentang apa yang makanan...

final • 8:03 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:03 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Nanti saya habis dulu. Pemakanan yang sihat untuk anak-anak mereka. Selain daripada itu ialah untuk mengenal pasti mereka yang overweight dan obesiti di dalam sekolah supaya mereka boleh diberi nasihat dan menyalurkan kepada program-program tertentu yang ada. Program-program yang kita akan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memastikan makanan yang disediakan ialah makanan yang nutritious, kawalan terhadap kafeteria di sekolah, nasihat diberi kepada mereka yang menguruskan kafeteria, mereka yang menguruskan kantin sekolah dan sebagainya. Ini di peringkat sekolah. Di peringkat masyarakat melalui KOSPEN, banyak aktiviti yang diadakan untuk memastikan isu makanan boleh dikawal.

Ya Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 8:10 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma hendak tanya mengenai KOSPEN ini, ada tak pihak kementerian setkan berapa kekerapan mereka ini di setiap lokaliti itu kena buat program ataupun you just leave it to them, dengan izin?. Terima kasih.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ini kerana ini adalah satu kumpulan sukarelawan. Untuk mereka, kita tak beri apa-apa imbuhan tertentu kepada mereka. So apa yang kita buat ialah untuk meningkatkan semangat mereka supaya mereka boleh lebih aktif, pada tahun ini saya sudah cadangkan mungkin kita akan memberi grading kepada KOSPEN supaya mereka yang lebih aktif, kita akan memberi sokongan yang lebih banyak. Ini mungkin satu suntikan yang baru untuk meningkatkan keaktifan mereka.

Akan tetapi kepada keseluruhannya daripada sambutan yang diterima daripada pemimpin iaitu semua Ahli Parlimen, memang excited tentang KOSPEN kerana mereka nampak di kawasan mereka, di peringkat akar umbi, ini ialah satu aktiviti yang sihat.

Daripada sukarelawan pun di dalam KOSPEN yang aktif, memang mereka memberikan tumpuan dan mereka mendapat satu kepuasan hati kerana menjalankan satu aktiviti yang luar biasa. Contohnya mereka mempunyai kuasa untuk periksa darah yang tiada paras gula di darah yang mereka tak buat langsung dalam kehidupan mereka sebelum ini.

So perkara-perkara ini telah memberi satu semangat kepada KOSPEN dan kita berharap pada tahun ini, inilah kali pertama KOSPEN telah diberi peruntukan khusus.

Sebelum ini kita telah gunakan peruntukan kementerian daripada program-program yang lain untuk menjalankan. So saya berharap pada tahun 2018, boleh nampak satu perubahan yang besar di mana kita boleh meningkatkan lagi aktiviti KOSPEN.

Tentang isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Parit Sulong tentang usaha membangunkan vaksin di dalam negara kita...

final • 8:10 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:10 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Menteri sikit.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Walaupun sebelum ini- nanti. Sebelum ini ada beberapa inisiatif yang tidak berjaya. Baru-baru ada satu syarikat daripada luar negara yang telah datang untuk melabur dan kerjasama dengan pakar-pakar di dalam bidang vaksin antarabangsa untuk menubuhkan dan membangunkan satu factory yang boleh mengeluarkan vaksin di dalam negara kita. Sekarang factory itu masih di dalam peringkat pembangunan. Selepas mereka sudah siap bangun, kita berharap mereka boleh mengeluarkan vaksin buatan Malaysia, halal, yang boleh diterima di peringkat antarabangsa. Ya Yang Berhormat Kota Raja.

final • 8:10 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Ya Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri menyebut tentang obesiti bahawa kita perlu mendidik. Cuma saya ingin bertanya, pemikiran tentang ataupun ilmu tentang obesiti dan pemakanan sekarang sudah banyak berubah. Dulu kita belajar food pyramid ,di bawahnya adalah karbohidrat. Akan tetapi sekarang food pyramid itu sudah terbalik. Dalam kita, maknanya ilmu kita perlu di unlearn and relearn and saya takut bahawa yang menyampaikan ilmu ini membawa ilmu yang sudah outdated. Jadi sejauh mana kementerian is updated untuk bawa ilmu ini turun?

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Ahli Yang Berhormat, perkara yang sama...

final • 8:10 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Menteri sikit.

Pengkalan Chepa sikit, sambung. Sama. Obesiti.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Okey.

final • 8:10 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sedikit sahaja, mengenai obesiti kanak-kanak. Jumlah kanak-kanak obesiti kita tahu obes ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Cuma persoalannya, adakah kita merujuk kanak-kanak obesiti ini secara berkumpulan kepada pakar-pakar pemakanan untuk tujuan pengetahuan mengenai cara pemakanan dan sebagainya. Adakah itu dilaksanakan?

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Untuk jawab Yang Berhormat Pengkalan Chepa, memang itu menjadi sebahagian daripada cara kita menangani itu. Pakar nutrition menjadi sebahagian daripada mereka yang memberi nasihat.

Balik kepada Yang Berhormat Kota Raja, kementerian memang mempunyai satu komitmen supaya amalan yang dibuat oleh kementerian di semua peringkat ialah diasaskan kepada scientific evidence dan debate by evidence. So itulah sebab apa-apa dasar yang dikeluarkan ialah dasar terkini. Contohnya our National Nutrition Policy digubal beberapa tahun sekali. Tiap-tiap kali kita memindahkan atau membuat pembaharuan kepada nutrition policy ini, ia mengambil kira segala perkembangan di dalam bidang nutrition terkini dan ini masuk di dalam national policy kita supaya ia selaras dengan perkembangan terkini di dalam bidang sains.

Tambahan kepada itu, kementerian telah membangunkan an evidence bank, evidence bank di mana semua bukti sains daripada seluruh dunia berkaitan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan dimasukkan ke evidence bank ini supaya bila kita menggubal satu dasar ataupun menggubal satu guideline ataupun garis panduan, ia diasaskan kepada bukti itu.

So pandangan saya sebagai Menteri dan ini ialah saranan yang diberi oleh saya kepada kementerian bahawa untuk memastikan bahawa apa-apa yang dilakukan oleh kementerian yang selaras dengan perkembangan sains pada masa kita, Kementerian Kesihatan mestilah satu kementerian di mana segala kegiatannya diasaskan kepada scientific evidence dan bukti.

final • 8:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, soal isu yang sama. Isu berkait dengan obesiti dan juga sebenarnya obesiti merupakan satu lifestyle disease. Kalau kita hendak tukar lifestyle seperti ini, cara hendak makan dan sebagainya, we need to educate. Akan tetapi saya dapati bahawa peruntukan kementerian Yang Berhormat sebenarnya telah diturunkan sebanyak RM10 juta untuk pendidikan kesihatan. So, apakah cara untuk mencapai matlamat kementerian bila peruntukan telah dikurangkan?

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Pendidikan kesihatan dibuat di kementerian di beberapa peringkat, bukan sahaja oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan. Contohnya berkaitan dengan nutrition, pendidikan ini dibuat oleh bahagian nutrition, klinik-klinik kesihatan, diberi oleh skim perkhidmatan kesihatan sekolah, kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui KOSPEN.

So, perkara in dibuat secara holistik. Oleh itu, walaupun saya terima apa yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa bila pendidikan kesihatan mesti diberikan peruntukan yang tambahan, tetapi macam mana kita menangani kekurangan itu ialah dengan menggunakan semua agensi di bawah kementerian yang mempunyai agenda yang sama supaya semua membuat aktiviti-aktiviti untuk memberi pendidikan dan mesej tentang ini sampai bukan sahaja daripada satu saluran, tetapi sampai daripada beberapa saluran yang lain.

Saya mahu pindah kepada topik tentang nisbah doktor dan nisbah pegawai- pegawai yang lain yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Permatang Pauh. Pada keseluruhannya, jumlah doktor telah meningkat dan nisbah kita untuk doktor pada masa sekarang ialah hampir kepada 600 atau 500 penduduk seorang doktor, lebih kurang sudah. Walaupun ada banyak orang katakan WHO cakap 1/400 tetapi pandangan WHO di dalam perkara ini, there is no rigid formula berkaitan dengan ini. Ia terpulang kepada tiap-tiap negara masing-masing mengikut perkembangan perubatan di dalam negara kita itu.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Untuk negara kita di dalam satu jangka masa yang pendek, our nisbah sudah meningkat kepada satu tahap yang lain. Nanti saya jawab lebih. Ini disebabkan kerana jumlah doktor muda yang masuk di dalam sistem kita pada tiap-tiap tahun ialah lebih kurang sampai 4,000 doktor yang masuk ke dalam sistem.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Isu kementerian di dalam perkara ini ialah untuk macam mana kita hendak memastikan bahawa kementerian boleh memberi latihan yang mencukupi dan baik kepada mereka yang masuk. So, apabila ini berlaku, contohnya dua tiga tahun yang lalu, isu yang dihadapi ialah kita tidak mempunyai jumlah jawatan yang mencukupi untuk memberi mereka tempat di housemanship iaitu pegawai siswazah.

So, itulah sebabnya untuk menangani dan pada masa itu ada mereka yang menunggu satu tahun setengah, dua tahun sebelum mereka mendapat peluang untuk mengikuti latihan sebagai pegawai perubatan siswazah. Untuk menangani isu ini, kerajaan telah mencadangkan bahawa satu cara mungkin yang lebih cepat ialah supaya kita mewujudkan jawatan kontrak. Oleh kerana JPA untuk mereka mewujudkan jawatan kontrak itu lebih senang daripada mewujudkan jawatan kekal atau permanent post. So, dengan adanya jawatan kontrak ini which is flexible mengikut keperluan kita, sekarang kita telah mengurangkan tempoh menunggu untuk housemanship to about nine months, we can further reduce it as time goes by. Di situ telah mengurangkan jumlah masa menunggu.

Kedua ialah macam mana kita memastikan bahawa mereka mempunyai clinic exposure yang mencukupi seperti apa yang saya dan Yang Berhormat dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menerima semasa kita melalui latihan pegawai perubatan siswazah ini. Inilah satu sebab mengapa kita telah menambahkan hospital-hospital yang memberi latihan di dalam pegawai perubatan siswazah.

Nombor dua ialah macam mana melalui program-program tertentu kita boleh memastikan bahawa mereka mendapat exposure yang mencukupi dan mewajibkan beberapa bidang yang lain, termasuk di dalam housemanship training supaya they have a chance to be rotated among various other fields. Tentang nisbah pakar di dalam Kementerian Kesihatan, memang itu ialah satu cabaran.

Saya setuju apa yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain bahawa banyak daripada pakar-pakar selepas mereka mendapat latihan, sudah bekerja dengan kementerian untuk beberapa tahun. Kalau mereka dapat ganjaran yang lebih tinggi di swasta, mereka pergi ke sektor swasta. Macam mana untuk mengelakkan itu? Bolehkah kerajaan meningkatkan imbuhan itu supaya ia selaras dengan apa yang mereka dapat di swasta? Itu satu perkara mungkin mustahil.

Ada bidang-bidang tertentu di mana mereka dapat RM200 ribu dan ini luar daripada keupayaan Kementerian Kesihatan untuk membayar mereka RM200 ribu. Oleh itu, apa langkah-langkah lain yang boleh kita gunakan untuk memastikan penghijrahan ini boleh dikawal? Salah satu daripada itu, apa yang Ahli Yang Berhormat telah cadangkan, can we have a private wing? The closest to that, apa yang kita ada pada masa sekarang ialah Full Paying Patient yang ada di dalam 10 buah hospital di dalam negara ini. Di mana peluang diberikan kepada pakar-pakar tertentu untuk ada private patient. Ini serba sedikit telah menunjukkan daripada analisa, the evidence we have, di dalam hospital-hospital ini kita nampak pakar-pakar itu, their resignation is lesser. Akan tetapi memang sistem itu mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu yang kita telah kenal pasti. Sekarang melalui kajian yang telah dibuat, kita sedang lihat macam mana kita boleh mengatasi kelemahan-kelemahan ini supaya cara Full Paying Patient atau apa yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat, we have a complete private wing yang boleh memberi peluang supaya mereka boleh bekerja di dalam sistem kerajaan dan menyumbang kepada perkhidmatan awam semasa mereka pun telah ada peluang untuk meningkatkan imbuhan mereka, ya.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya balik kepada doktor siswazah tadi itu. Apakah caranya untuk memberikan pemantauan? Ini kerana ada juga doktor siswazah yang tidak ada apa-apa tetapi dia masuk dalam sistem tanpa diawasi dan lolos dalam sistem itu walaupun dia tidak betul-betul mendapat kelulusan daripada medical school. Ini ada contoh, saya tidak ingat di mana tetapi memang ada yang terjadi.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Saya faham bahawa ada masalah kekangan tentang untuk melatih doktor- doktor siswazah ini mendapat training yang sewajarnya. Mengenai pakar-pakar ini, memang kita menghadapi masalah, terutamanya dahulu masa mula-mula hendak diperkenalkan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar dahulu pun memang dia ada perbincangan yang hangat.

Oleh sebab, kalau ada private wing, doktor itu tidak mahu melihat atau merawat pesakit-pesakit yang tidak boleh membayar, tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

Akan tetapi masih lagi boleh menambat mereka bekerja dengan kerajaan. Saya hendak tanya, apakah caranya latihan yang diberikan, pengawasan dan bagaimana kita boleh melihat doktor-doktor siswazah yang keluar ini safe, not to harm, yang boleh menjadikan masalah untuk kita semua. Terima kasih.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Di dalam dua tahun ini modul-modul tertentu telah diwujudkan untuk doktor siswazah. Selepas setiap posting mereka, mereka melalui satu process of accreditation tentang pencapaian mereka.

Oleh itu, lebih daripada- saya ingat 20 peratus sehingga 30 peratus daripada mereka, they cannot finish in the two years kerana mereka tidak mencapai mutu yang telah ditetapkan. Mereka kena dilanjutkan tempoh masa siswazah mereka supaya mereka boleh mendapat tahap yang telah ditetapkan. Daripada usaha kementerian untuk memastikan bahawa mereka dapat exposure yang mencukupi, mempunyai pengetahuan yang mencukupi dan mereka selamat daripada apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat, dicapai melalui semua langkah-langkah yang kita ambil. Daripada non- regulated regimented training yang boleh dikatakan structured and objective supaya kita boleh mencapai tujuan-tujuan tertentu yang telah ada di dalam.

Ahli Yang Berhormat pun telah bertanya tentang perintah fi. Di dalam perintah fi selepas kita telah mengemukakan ini dan selepas mendengar pelbagai jenis rintihan yang keluar daripada beberapa pihak, kita sudah membuat keputusan bahawa kenaikan ini cuma kepada mereka yang terpilih untuk mendapat rawatan daripada kelas satu dan dua. Bermaksud, pesakit akan masuk ke dalam sistem kesihatan, mereka ada pilihan.

Mereka yang masuk ke dalam the third class seperti apa yang mereka buat, the third class mereka akan mendapat semua secara free dan tidak akan dikenakan apa-apa bayaran.

Akan tetapi kalau mereka memilih untuk pergi ke first class contohnya, memang bayaran mereka telah dinaikkan mengikut kadar yang telah ditetapkan. So, as prinsipnya ialah mereka yang seperti yang telah disenaraikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi, yang tidak ada mempunyai kemampuan, mereka masih boleh memilih supaya dirawat sebagai seorang rakyat Malaysia melalui sistem rawatan third class yang kita ada. Di mana semua perkara yang diberikan kepada mereka iaitu blood charges, ward charges semua ialah percuma seperti apa yang kita ada pada masa sekarang. Akan tetapi kalau mereka choose to go to first or second class, then of course, they have to pay the increase of the charges.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Minta maaf, saya hendak tanya. Apakah yang dimasukkan third class itu, bayaran untuk darah semua itu kadang sekarang tidak ada, dia terpaksa outsource, dia terpaksa pergi ke klinik lain untuk mendapatkan...

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Itu adalah keadaan luar biasa yang sebenarnya tidak patut berlaku.

final • 8:20 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Di mana most of out investigations are done in the hospitals itself. Kalau ada keadaan-keadaan tertentu, di mana mereka diminta membuat pemeriksaan di luar, itulah satu perkara yang luar daripada keadaan biasa.

Mungkin ada isu-isu tertentu di dalam hospital itu atau ada kajian-kajian tertentu mungkin hospital itu tidak boleh buat pada masa itu. Oleh kerana keperluan mendesak supaya mendapat result itu di tempat lain. Akan tetapi daripada the prinsip, segala siasatan daripada darah atau ubat yang diperlukan sepatutnya diberikan di dalam sistem hospital.

final • 8:20 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan kos, saya tidak sempat tadi untuk bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi saya akan ambil peluang dengan kos.

final • 8:20 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Saya ada satu constituent, satu orang dari Penampang yang tanya saya bahawa Hospital Queen Elizabeth I di Sabah telah memberikan kos pembedahan katarak sebanyak RM5,000 untuk dua mata. Dengan izin, is that really the kind of figures that we are charging these people kerana beliau tidak dapat mampu membayar harga begitu tinggi, terima kasih.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Pada biasanya untuk katarak surgery, apa yang diminta daripada pesakit ialah untuk pay for the lens sahaja, kanta lens sahaja.

final • 8:30 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Bukan operasi?

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Not for the operation.

final • 8:30 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

So, RM5,000 itu mungkin tidak benar? Okey, terima kasih.

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Itu saya ingat satu maklumat yang salah.

final • 8:30 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Terima kasih. Saya akan tanya dia lagi.

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

All right, all right. Tentang senarai hospital- hospital yang terbengkalai yang dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh, secara dasar, kadang-kadang kita menghadapi situasi ini di mana hospital pembinaannya tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sebab mengapa ini berlaku most of the time, ialah satu, kadang-kadang tanah yang diberi untuk pembinaan hospital itu tidak sesuai. Contohnya Sri Aman, isunya ialah tanah daripada awalnya memberi isu yang banyak dan kerajaan terpaksa membelanjakan satu jumlah yang begitu tinggi untuk menguruskan tanah.

Kedua ialah pilihan kontraktor-kontraktor yang pada mulanya nampak mereka berwibawa tapi selepas itu dihadapi dengan pembinaan hospital, dalam pertengahan pembinaan, kewibawaan ini bukan selaras dengan apa yang diperlu. Ini berlaku di Bera, di Rembau dan hospital-hospital macam itu. Sekarang keempat-empat hospital yang telah disebut oleh Ahli Yang Berhormat telah diberi rawatan yang mencukupi dan dengan itu, ada kontraktor-kontraktor penyelamat atau different contractors, dan kerja telah dijalankan untuk memastikan hospital ini boleh dibangunkan.

Isu ini kita sudah bincang di Jemaah Menteri macam mana kita boleh mengelakkan supaya perkara-perkara macam ini tidak berlaku secara berpanjangan.

Salah satu daripada cadangan daripada kementerian ialah JKR kena menyenaraikan kontraktor-kontraktor yang mempunyai pengalaman dalam pembinaan hospital, kerana pembinaan hospital, pembinaan balai raya adalah satu perkara yang berbeza. Mereka yang mempunyai kemampuan bangun balai raya atau sekolah contohnya, mereka mungkin tidak mampu untuk bina hospital kerana kepakaran yang diperlukan dan teknologi yang diperlukan di dalam pembangunan hospital. Perkara ini dibincangkan di peringkat kita, peringkat Jemaah Menteri, peringkat JKR supaya macam mana kita boleh lihat kepada perkara ini dan pastikan kita boleh mengelakkan kewujudan isu-isu ini secara berpanjangan.

Ahli Yang Berhormat Kuala Selangor telah bangkitkan tentang isu mental stress, isu mereka yang cuba bunuh diri dan langkah-langkah yang telah dijalankan oleh kerajaan untuk mengatasi ini. Saya setuju bahawa mengikut pelbagai jenis statistik, lebih dari empat juta rakyat Malaysia- ada anggaran some form of mental stress kebanyakan reactive depression dan ini seperti kita semua tahu, stress ialah satu perkara yang menyumbangkan itu ialah many different reasons. Tetapi di dalam menangani ini, langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan mula daripada peringkat sekolah kerana kita telah- melalui kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan mengenal pasti satu jumlah besar daripada murid-murid di sekolah iaitu melalui satu program saringan yang dipanggil DASS yang dibuat untuk murid-murid di Tingkatan 4 di sekolah-sekolah, mereka telah mengenal pasti satu jumlah yang besar yang mempunyai some form of depression problem.

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Minta maaf, Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri sebab saya nak patah balik kepada pembinaan.

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Kalau hospital swasta, apakah Kementerian Kesihatan memantau bagaimana mereka nak membina hospital? Sebab, ada masalah ialah kalau hospital- tragedi yang saya list kan tadi iaitu kebakaran tapi hospital swasta pun dalam tragedi kebakaran itu telah berlaku. Jadi bagaimana pemantauan kementerian sendiri atas pembinaan hospital swasta yang baru supaya ada keselamatan the safety of the patients is at utmost priority?

Terima kasih, dengan izin.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 8:30 PM

Jawatankuasa] Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Semua hospital swasta yang akan dibina, mereka mesti mendapat kelulusan daripada kementerian melalui the Private Healthcare Facilities Act. Apa cadangan mereka akan dibawa ke Bahagian Amalan di bawah kementerian dan kelulusan akan diberi daripada beberapa aspek dan daripada itu ialah untuk memastikan the structure of the hospital itu memenuhi tahap-tahap keselamatan dan keperluan-keperluan perkhidmatan kesihatan yang akan dijalankan oleh hospital ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh kementerian.

Kalau mereka tidak ikut ini, kita tidak akan memberikan kelulusan. Sebenarnya, rintihan daripada the opposite side on the private sector ialah kementerian terlalu tegas di dalam undang-undangnya dan susah untuk mendapat kelulusan. That’s the perception. Ini kerana kementerian memberi satu keprihatinan yang begitu tinggi untuk memastikan bahawa keselamatan pesakit terjaga di dalam pembinaan hospital itu.

Contohnya tentang isu keselamatan kalau ada kebakaran, the alternate escape routes, berapa ketinggian yang boleh dibenarkan, how many floors dan kalau lebih daripada beberapa tingkat, apa yang keperluan tambahan. Perkara-perkara ini, in fact micro management dibuat oleh Bahagian Amalan untuk memastikan keselamatan hospital itu terjaga.

Di Kementerian Kesihatan, memang untuk memastikan bahawa penyelenggaraan hospital dibuat secara baik, Ahli-ahli Yang Berhormat maklum, ini di bawah concessionaire yang telah dilantik contohnya di dalam Semenanjung, bahagian utara ada satu syarikat, bahagian tengah satu syarikat, bahagian selatan satu syarikat.

Mereka diberi tanggungjawab untuk penyelenggaraan secara menyeluruh tentang semua aspek di dalam hospital termasuk untuk memastikan preventive work and preventive detection dijalankan oleh mereka, contohnya di dalam isu-isu kebakaran dan sebagainya.

Walaupun ini menjadi sebahagian daripada tanggungjawab mereka, we do come across a situation di mana ada kebakaran-kebakaran tertentu seperti apa yang telah dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat Lanang berkaitan apa yang berlaku di Sibu pada masa sekarang. Walaupun kita ada beberapa suspicions tetapi saya tidak mahu memberi jawapan tentang puncanya sampai pihak bomba secara rasmi mengeluarkan laporan mereka tentang apa yang puncanya. Seperti Ahli Yang Berhormat tahu, bahawa tiada kecederaan or no damage to patient tetapi ia satu perkara we take it very seriously kerana ini tidak boleh berlaku.

Ada berlaku di dalam beberapa hospital yang telah dikawal dan sekarang satu audit dibuat untuk all the electrical systems in hospital above 20 years old untuk memastikan bahawa ia selamat. Kalau tidak selamat, kita mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki atau mengubah sistem elektrik yang ada di dalam hospital-hospital ini selaras dengan kehendak semasa.

Pada tahun ini, di dalam bajet, ada peruntukan tambahan telah diberi untuk usaha ini. Saya berharap melalui itu, kita boleh menangani this risk of fire and risk of dangers which mungkin ada di hospital-hospital lama contohnya, supaya rakyat boleh bebas daripada itu dan risiko itu tidak akan menghadapi rakyat.

Saya minta maaf tentang the mixture of medicine which you say, di mana seorang pesakit yang sepatut diberi diclofenac telah diberi perindopril. Sebenarnya itu tidak boleh berlaku. It shouldn’t happen. Kita ambil berat tentang perkara ini dan saya akan minta siasatan dibuat mengapa this kind of mix up. Nasib baik sudah ditahu. Kalau tidak, ada seorang yang mempunyai ubat sakit untuk sakit lutut akan makan ubat darah tinggi. Perkara ini ialah satu perkara yang tidak berlaku di mana-mana hospital atau mana-mana klinik and we will take the necessary measure to make sure it doesn’t happen.

final • 8:30 PM

Jawatankuasa] Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat Kota Raja telah cadangkan, adakah rawatan untuk kencing manis diabetes kita selaras dengan the current trends atau it is still in the olden days. Apa yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat diambil kira oleh pihak kementerian supaya diabetes becomes a multi-professional management. Sekarang di dalam perubahan transformasi kesihatan, salah satu daripada agenda transformasi ialah apa yang dipanggil Enhanced Primary Care di mana kita sedang memperluaskan skop perkhidmatan primary care iaitu di klinik-klinik kesihatan, khususnya kepada non- communicable diseases supaya kawalan yang diberi kepada mereka cuma bukan terhad kepada memberi ubat sahaja, tetapi ialah lebih holistik.

Bila saya cakap lebih holistik, seorang pesakit kencing manis beliau akan mendapat nasihat daripada doktor, daripada nutritionist, daripada physiotherapist, daripada pakar-pakar yang lain supaya satu, we can optimally manage it. Nombor dua, mereka akan makan makanan yang sepatutnya dimakan dan berat badan mereka boleh dibawa kepada satu tahap yang lebih sesuai. With this holistic concept, kita berpendapat bahawa our ability to control diabetes will be much more. Hal ini kerana, pada masa sekarang, salah satu daripada kelemahan yang kita nampak, walaupun mereka menerima rawatan, tetapi kawalan mereka bukan di dalam tahap yang boleh dikatakan memuaskan.

Contohnya, in all our klinik kesihatan, our HbA1c indicator yang digunakan untuk menunjukkan kawalannya for about three months ialah di lingkungan about 30 percent.

Itu walaupun di peringkat antarabangsa boleh dikatakan it’s a good achievement tetapi harapan kita ialah supaya meningkatkan lagi, supaya peratusan yang mencapai HbA1c less than 6.5 boleh ditambah untuk satu jumlah yang lebih baik...

[YB Kota Raja bangun] Ya, Yang Berhormat Kota Raja.

final • 8:40 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya ingin bertanya, tadi Yang Berhormat Menteri menyebut tentang holistik management of diabetes mellitus. Cuma sekarang ini, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sebagai KPI kita, sebagai satu kementerian dengan ada statistik insiden kepada diabetes mellitus yang ada sekarang, apakah perancangan kita? Banyak mana kita hendak turunkan? Adakah kita ada target, kita ada sasaran atau tidak? Apakah insentif kepada doctors ini sekiranya mereka berjaya convert pesakit diabetes ini yang bergantung pada ubat-ubatan, kepada yang bebas?

Ini sebab saya diberitahu di dalam NHS System di UK bahawa doktor yang managed diabetes yang berjaya, ialah sebab holistik itu dapat menurunkan berat badan dan sebagainya, maka dia macam ada insentif. Jadi bolehkah kita tahu, apakah tahap insidennya sekarang? Apakah target dalam berapa tahun kita hendak sampai sasaran?

Kalau kita tidak ada target ini, sasaran ini, saya rasa kita akan- maknanya bekerja sampai bila-bila, tanpa ada sasaran. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 8:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat. Pada masa sekarang, kita ada dua sasaran. Satu ialah mengikut National Health and Morbidity Survey (NHMS) anggaran kita rakyat Malaysia yang lebih daripada 18 tahun, lebih daripada 17.5 peratus yang mungkin ada diabetes dan daripadanya cuma sembilan peratus tahu mereka ada kencing manis. Lapan peratus tidak tahu. So, first tujuan ialah untuk mengesan 8.5 peratus. Melalui aktiviti-aktiviti membawa sistem kesihatan kepada peringkat masyarakat, kerana mereka ini mempunyai kencing manis, mereka tidak tahu ada kencing manis. Ini ialah kumpulan yang akan sampai di klinik sepuluh tahun lagi, tidak boleh lihat, tidak boleh tengok, kehilangan kaki, kehilangan fungsi buah pinggang dan sebagainya.

Itu sebab first date is macam mana kita boleh mengesan 17.5 peratus itu.

Selepas itu boleh dibuat then ialah kawalan optimum supaya, kawalan blood glucose, weight dan semua boleh dibuat melalui sistem yang saya telah beritahu tadi.

Tentang contoh yang diberi oleh Yang Berhormat, apa yang dibuat di The National Health Service di United Kingdom ini, kerana sistem mereka ialah sistem yang diasaskan daripada reimbursement kepada primary care practice facilitation di mana The National Health System, reimburses mereka bayaran untuk apa yang dibuat. So, oleh sebab mereka bayar, mereka telah mengagihkan pembayaran itu one is the standard payment, nombor dua ialah the incentivized payment. Di mana kalau pencapaian lebih tinggi, you akan diberi ganjaran yang lebih tinggi.

final • 8:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Di Malaysia kerana we don’t have reach that reimburse system untuk gunakan bayaran sebagai satu perkara untuk regulate that is difficult. Akan tetapi bila kita sampai one of the objectives of the voluntary health system is di mana kita boleh beli services from the private sector. Kalau kita sudah sampai kepada tahap itu, mungkin perkara yang dicadangkan oleh Ahli Yang Berhormat boleh dilakukan kerana it will be based on performance. Siapa yang boleh perform better mungkin akan diberi peluang untuk assist the government in controlling NCDs. So, itulah untuk jangka masa panjang macam mana kita boleh menggunakan ganjaran sebagai satu langkah to make sure the doctors make the optimal. Untuk sekarang, di perkhidmatan awam we have got objectives within our own system on how to achieve this. Ahli Yang Berhormat daripada Klang telah bangkitkan tentang kekurangan ubat.

I never said that there is no antibiotics di dalam hospital. Walaupun saya baca kenyataan yang keluar daripada the press interview, tetapi the journalist did not understand what I’m saying. Apa yang saya maksudkan, kadang-kadang ada kekurangan di dalam satu-satu klinik, which is because of the short supply and reimbursement in that particular clinic, di mana saya telah beritahu kita di dalam keadaan ini boleh membuat, mengambil ubat dari klinik-klinik yang lain.

So kalau klinik di mana tidak ada ubat dan ini satu perkara whether management of stock is centralized within the pharmacy dan perkara ini boleh dilakukan dan saya telah nasihat mereka yang sedang menguruskan klinik-klinik ini tidak sampai kepada tahap you don’t have the medicine sebelum itu mereka harus menggunakan kebijaksanaan mereka supaya their shortages are rectified. Itu apa yang dimaksudkan oleh saya.

Walaupun the paper took the wrong report. Seterusnya Ahli Yang Berhormat telah bangkitkan, what is the percentage of patented medicine and generic medicine? Prinsip di dalam Kementerian Kesihatan is generic first. Kita cuma menggunakan patented medicine kalau tiada generic alternate.

Kalau di mana-mana keadaan ada there is alternative generic, tumpuan diberi kepada generic medicine kerana generic medicine pada masa sekarang, they are very equally effective as patented dan kos mereka begitu rendah dan membolehkan mereka memberi rawatan kepada satu jumlah pesakit yang lebih banyak daripada apa yang kita boleh buat dengan patented medicine.

Akan tetapi ada keadaan-keadaan tertentu, we can’t run away from using patented medicine contohnya ubat-ubat baru di dalam onkologi, perkara-perkara, tetapi harga mereka kadang-kadang...

[Yang Berhormat Sungai Siput bangun] Ya, Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 8:40 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Berkaitan dengan kos ubat-ubat di mana kita, ada masalah dengan bajet kita tidak boleh beli semua ubat, adakah kementerian ambil serius rundingan trade agreements kerana sekarang TPPA ini masih ditimbulkan balik dan juga RCEP dan di semua perundingan ini. Isu-isu Intellectual Property Rights diperketatkan di mana evergreening sedang diminta oleh negara-negara maju second used, you know. So data exclusivity beberapa perkara yang akan jadikan tempoh paten lebih panjang. Ini akan meningkatkan kos kita.

Saya khuatir mungkin MITI dan orang lain dengan lawyers dan akauntan, mereka tidak faham isu-isu ini. So, adakah kementerian- kementerian kena jadi advocate untuk rakyat, untuk mempertahankan ini. So, I think the Menteri must take it very seriously, dan kena ambil bahagian dalam perbincangan ini. Jika tidak, we give in on these things tetapi lepas satu ketika, satu-satu agreement and we are stuck into a long patency period. So I want to know about that. Terima kasih.

final • 8:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi.

Saya hendak balik kepada isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Menteri berkait dengan kekurangan ubat. Yang Berhormat Menteri, dua minggu lalu, to be precise, 21 hari yang lalu, seorang berumur 51 tahun telah datang ke pejabat saya dan aduan dia ialah dia sebenarnya adalah seorang pesakit leukemia stage four.

final • 8:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

He came to me on Thursday. The Monday, dia telah berjumpa dengan oncologist ataupun doktor-doktor pakar yang telah datang ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah di Klang, dan doktor yang check dia, periksa dia, mengatakan bahawa “This medicine is not working for you. So, therefore, we are not going to give you...” I am going to say it more carefully now. “You’re going to die. So, there is no medicine for you anymore.” So, orang itu kata actually he felt like fainting on the spot. How can the doctor- macam mana doktor boleh katakan pada dia bahawa dia akan mati dan oleh sebab itu, dia tiada ubat, dan ubat ini boleh digunakan oleh orang lain. So, saya pun tidak faham.

Tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa tidak ada kekurangan.

Maybe there is supply and demand problem within the organization and so on and so forth. But, saya dengar lebih cerita sekarang yang mengatakan bahawa memang tidak ada ubat dan oleh sebab itu, doktor jelas mengatakan bahawa *we are giving you a prescription, you go and buy from the outside.

And this is the classic case* di mana seorang yang ada leukemia telah dikatakan kepada muka beliau bahawa he is not going to live, so no more medicine for him. So, I think something is very wrong when a doctor said macam itu. So, actually I return to Tunku Ampuan Rahimah tetapi malangnya tiada jawapan because- actually I raised it with the Kementerian Kewangan semasa perbahasan. Mereka telah dengar dan mereka telah menguruskan dengan saya who’s the patient and so on. But, that should not be the attitude. Minta penjelasan.

final • 8:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Untuk jawab soalan daripada Yang Berhormat Sungai Siput dulu, semasa TPPA telah dirunding, ada wakil daripada Kementerian Kesihatan yang menjadi sebahagian daripada pasukan di MITI untuk lihat kepada perkara-perkara berkaitan dengan isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu prolongation of patent period, reduction of period for data exclusivity dan for biologicals particularly dan perkara ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mempunyai satu pendirian yang tegas.

We were very solid in our decision not allowing apa-apa yang telah dicadangkan oleh TPPA dan kerana itu, pelbagai jenis perubahan yang telah dibuat from the original text of the TTPA to the final text dengan mengambil kira apa yang telah dicadangkan oleh Malaysia dan ini telah mendapat sokongan daripada beberapa negara kerana negara- negara diasingkan kepada dua kategori. Those countries which are involved in innovated drugs, mereka mempunyai pendirian yang lain. Countries yang menjadi consumers of drugs, mereka mempunyai pendirian yang lain.

So di dalam ini, negara-negara yang menjadi consumers of drugs, mereka memang memahami keadaan yang sebenarnya dan telah menyambut our stand dan telah mendapat sokongan. Di dalam TPPA baru yang mungkin akan dibincang, our stand will be the same di mana kita akan memastikan. We won’t give in to the need for these countries where there is a risk of what you said where availability of generic medicine for us quickly will be delayed.

Berbalik kepada soalan yang telah dibangkit oleh Yang Berhormat Klang. Saya memang sangat sedih dengan apa yang saya dengar. Sebenarnya, walaupun it might be the truth that you have reached the end stage and no other treatment is going to help tetapi cara komunikasi itu that is not that way to do it, and that is definitely something wrong in the way komunikasi itu telah dibuat. Di dalam rawatan onkologi, pakar-pakar onkologi di Kementerian Kesihatan, mereka mempunyai protokol sendiri dengan ubat- ubat yang mereka telah tetapkan- this is our regime for this particular problem. Dan ubat- ubat ini ada di dalam standard formulary dalam kementerian.

Kadang-kadang apa yang berlaku ialah there is a reason introduction of a newer drug which probably gives better hope. Ini menjadi satu cabaran kerana kos ubat itu terlalu tinggi. Di dalam keadaan ini, saya tahu kadang-kadang doctors offer to the patients walaupun ini adalah protokol yang kita ada but there is a new alternative but it is so much more expensive, so- mungkin. Ini untuk pengetahuan pesakit ini tetapi kalau ada keadaan tertentu di mana the treating pakar is so confident that this will make a difference, mereka boleh minta kepada Director General of Health untuk mendapatkan kelulusan khusus untuk menggunakan ubat-ubat yang tidak ada di dalam senarai standard yang kita ada.

final • 8:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, susulan itu. Isu yang sama berkait dengan Intellectual Property Right. Saya ingin...

final • 8:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Saya boleh jawab that one. I will answer you before you ask your question.

final • 8:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Okey.

final • 8:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Tentang patency and using compulsory licensing, memang kita kena mengimbangkan why ada patency dan mengapa kita memerlukan compulsory licensing. Daripada udang-undang kita di Malaysia, for the purpose of public health, Kerajaan Malaysia dibenarkan untuk menggunakan compulsory licensing as a mechanism untuk mendapatkan ubat-ubat yang patented dengan harga yang rendah. Kita sudah buat ini untuk HIV treatment beberapa tahun yang lalu, kali yang pertama di mana compulsory licensing telah dibuat.

Baru-baru ini mungkin Ahli Yang Berhormat telah dengar, kita telah menggunakan cara yang sama melalui kelulusan di Jemaah Menteri untuk merawati hepatitis C dengan satu combination baru kerana di dalam perbincangan kita dengan syarikat, harga yang paling rendah yang telah ditawarkan oleh syarikat ialah lebih kurang RM40,000 for one patient. So dengan rawatan yang kita ada, it’s less than RM1,000. So, ini telah berubah dengan compulsory licensing dan kerjasama kita dengan syarikat- syarikat yang boleh membekalkan ubat itu supaya diberi rawatan.

So, akan kah kerajaan gunakan ini secara berterusan? It will depend on the situation kerana satu ialah kita kena memastikan bahawa compulsory licensing is not overused to the extent that this ends survived the production of new molecule or new medication kerana itu pun diperlukan.

Pada masa yang sama, kita memastikan bahawa we take care our population supaya penyakit-penyakit berjangkit ini doesn't become a major health problem. So, di dalam menimbangkan ini, kerajaan akan menggunakan that concept judiciously dengan mengambil kira keperluan rakyat Malaysia.

final • 8:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, isu barah adalah salah satu isu yang saya telah bincang dengan Yang Berhormat Menteri dan saya telah bincang di Dewan yang mulia ini. Menurut statistik KKM sendiri, satu daripada 10 lelaki dan satu daripada sembilan wanita akan mendapat kanser. Itu adalah statistik pada tahun 2011. Kalau kita fast forward kepada 2017, the numbers will be much more higher. Saya ada baca beberapa academic research yang mengatakan bahawa, it could be one to four Malaysian will have cancer. So, don’t you think we have come to that threshold point supaya kita menggunakan compulsory licensing? And what is the threshold point that the ministry is waiting for before we can decide to use of government on compulsory licensing dan sebagainya? Minta penjelasan.

final • 8:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Pada masa sekarang, it is used for public health purposes. HIV was public health purposes. Kalau mereka tidak dirawati, it will impact other people. Hepatitis C also public health purposes. Kalau tidak dirawati, their health infect others. Itulah tujuan-tujuan tertentu yang telah ditetapkan. Kalau kita memperluaskan this for others, then this might actually- walaupun saya faham perasaan yang datang daripada Ahli Yang Berhormat dan prinsip yang ada di bawahnya tetapi cara kita akan menggunakan ini, we have to take into consideration multi factors and walaupun kerajaan memang mempunyai keprihatinan yang tinggi supaya semua pesakit diberi rawatan yang optimal for whatever condition which we have, ini akan diambil kira dengan the overall policies yang kita ada pada masa sekarang. Dan secara...

final • 8:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

The threshold point, Yang Berhormat Menteri

final • 8:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

We have not defined any threshold point now. Untuk menjelaskan Ahli Yang Berhormat yang tanya tentang voluntary health insurance dan apa maksudnya, secara awal I have to menjelaskan kepada you, no NGOs are involved, no private sector is involved.

final • 8:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ini adalah satu usaha kerajaan yang akan diuruskan oleh kerajaan is non profit orientated. Tujuannya ialah untuk mewujudkan suatu sistem alternatif di mana certain groups of people ia boleh mendapatkan skim insurans yang kalau dia dengan masa menjadi besar, then, we can guna itu sebagai satu bridge between the public sector and the private sector di mana kita boleh beli perkhidmatan-perkhidmatan tertentu di dalam private sector untuk pesakit-pesakit contohnya di dalam NCD.

final • 9:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Contohnya, kalau you said there are so many diabetes patients in this area, ada klinik-klinik yang tidak cukup patients dan kalau mereka sudi untuk merawat mereka di dalam kadar yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan dengan KPI-KPI tertentu yang telah ditetapkan, then you can use it. So we need a mechanism then that is the mechanism yang tujuan the voluntary health insurance situ.

Kajiannya dijalankan oleh Harvard Medical School Research team dan mereka menjadi our consultant for this dan bila sudah siap, maybe 2018, kita akan mula dengan one small kumpulan iaitu pekerja-pekerja asing yang secara mandatory they have to take health insurance. So we used them as initial cohort to see how the system runs sebelum ia boleh diperluaskan kepada kumpulan-kumpulan yang lain.

So saya akan membetulkan persepsi bahawa it is privatized or private entity driven or NGO driven kerana ini semua persepsi yang salah kerana ini adalah government driven initiative with the long term objective of bringing alternate with which we can actually affect market forces to ensure the private sector health cost can be brought to a lower level. So itu yang tujuannya.

Seterusnya, banyak langkah promosi kesihatan yang dilakukan. I have said in many, melalui banyak agensi dan saya bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Lenggong bahawa kalau rakyat sihat, supaya kalau rakyat sihat, tidak perlu pergi ke hospital. Itu ialah tujuan Kementerian Kesihatan dan program- program yang ditujukan melalui semua langkah termasuk KOSPEN ialah bertujuan untuk melahirkan, menghasilkan generasi rakyat Malaysia yang bebas daripada penyakit melalui amalan cara hidup yang sihat.

Ini kerana rakyat Malaysia, budaya kita suka makan lewat dan ada makanan yang boleh dibeli secara 24 jam dan budaya-budaya ini semua tidak bantu untuk melahirkan generasi yang sihat termasuk Ahli-ahli Parlimen yang selepas keluar daripada Dewan sahaja kena merokok untuk meringankan tekanan mereka. So ini semua ialah perkara-perkara yang sebenarnya tidak membantu di dalam melahirkan generasi yang sihat.

So perkara kena dilihat daripada secara holistik dan kita memberi tekanan yang besar untuk- the promotive aspect of healthcare and preventive. Itu sebab KOSPEN sekarang enhanced primary care, semua ditujukan kepada preventive aspects. So tekanan besar diberikan kepada preventive aspect dan saya berharap kita akan berjaya dalam usaha melahirkan generasi rakyat Malaysia, makan makanan yang sihat, betul, pada masa yang tepat dan hidup cara yang cergas. Kalau boleh capai ke tahap itu...

final • 9:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

[Bangun]

final • 9:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

...We will be away dan walaupun peruntukan untuk pendidikan kesihatan sudah diturunkan- I think that is why you are standing up. Kita akan membuat itu melalui cara-cara yang lain. We are doing it through many...

final • 9:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Saya hendak cadangkan supaya Parlimen membina satu gimnasium selepas Ahli Parlimen boleh exercise.

final • 9:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Okey [Ketawa] Tentang jumlah doktor yang keluar yang lebih banyak pada masa sekarang. Harapan kita ialah untuk mewujudkan pelbagai jenis saluran alternatif untuk mereka.

Satu ialah mereka yang akan pilih dan mengikuti kursus-kursus kepakaran di dalam bidang-bidang yang tertentu.

Nombor dua ialah untuk memastikan mereka menjadi general practitioners, menjadi pakar-pakar di dalam family medicine. Kalau mereka menjadi- that will become a subspecialty dan semua orang yang menjadi general practitioners, mempunyai kepakaran di dalam family medicine, itu akan meningkatkan tahap pencapaian.

Nombor tiga ialah untuk menghasilkan bahawa banyak daripada doktor kita mempunyai minta contohnya research di dalam bidang penyelidikan.

Nombor empat ialah untuk macam mana kita boleh memberikan ganjaran supaya mereka take up the basic sciences. Contohnya, kita ada 33 institusi perubatan di dalam negara kita. 11 di dalam kerajaan dan 22 di peringkat swasta.

final • 9:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Kalau dilihat kepada the basic science lecturers di dalam lebih kurang all the private colleges, mereka semua daripada mereka yang datang dari negara-negara asing kerana tiada bekalan yang mencukupi di dalam negara kita to provide lecturers in biochemistry atau physiology or anatomy dan sebagainya. Kalau dengan lambakan jumlah doktor yang ada, these are the opportunities yang mereka kena lihat kepada supaya melalui latihan-latihan itu, mereka boleh mengisi jawatan-jawatan yang ada di dalam bidang-bidang tertentu. So dengan itu, saya ingat banyak peluang yang masih ada di dalam bidang perubatan although it might not be in his route which we know but we have to find and look at alternate routes. Kerajaan telah mengiktiraf dan membawa Traditional and Complementary Medicine di bawahnya dan di dalam negara kita, kita mempunyai Complementary Medicine secara tradisional daripada beberapa budaya. Contohnya budaya Melayu, budaya Islam, budaya Cina, budaya India dan ini semua di bawah- the Traditional and Complementary Medicine...

final • 9:00 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Budaya Kadazan...

final • 9:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

...Section of the kementerian. Tujuannya ialah untuk memastikan bahawa latihan mereka diiktiraf, dan mereka yang panggil mereka sebagai practitioner traditional medicine sebenarnya telah mengikuti kursus- kursus tertentu yang boleh dikatakan diiktiraf oleh their own peer groups, not by us. Kita ada majlis untuk tiap-tiap satu bidang ini dan mereka akan iktiraf. Ini akan meningkatkan profesionalisme sektor ini dan memberikan satu keyakinan yang lebih tinggi kepada bidang ini.

Di dalam kementerian, kita ada beberapa hospital yang mempunyai contoh di Port Dickson Hospital, ada traditional medicine untuk Ayurveda massage, massage untuk perbidanan- post natal, dan sebagainya. Di dalam Hospital Putrajaya ada, di dalam beberapa hospital dan kita berharap dengan masa, kalau ada sambutan daripada rakyat untuk menggunakannya, kita akan gunakannya secara supplementary to what we are doing supaya bidang traditional medicine boleh menjadi sebahagian daripada the holistic management of patients di mana ia sebenarnya daripada bukti sains akan menunjukkan bahawa ia akan membantu.

Saya setuju dengan cadangan yang diberikan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Pengkalan Chepa bahawa Dietitian Audiologist semua kena dipertingkatkan.

Pengisian jawatan di dalam sistem kerajaan diasaskan- satu ialah jawatan yang tersedia ada. Banyak kali kita mempunyai jawatan yang bukan dikatakan terlampau banyak. So kalau jawatan itu semua telah diisi, then, kita kena menunggu kewujudan jawatan tambahan oleh JPA sebelum boleh diisi.

Pada masa sekarang, JPA telah membekukan semua jawatan. So kalau lihat kepada bidang-bidang yang Ahli Yang Berhormat telah bangkitkan tadi, saya ingat semua jawatan itu ada diisi. Walaupun saya setuju jumlah itu mungkin tidak mencukupi. So apa yang diperlukan ialah kita memerlukan lebih jawatan. Kalau ada lebih jawatan, saya ingat supply itu tidak isu kerana dengan adanya kolej-kolej swasta yang mengeluarkan banyak orang di dalam bidang-bidang tertentu ini, kita ada supply yang mencukupi. So the balancing terhadap jumlah jawatan yang ada dan keperluan ialah satu perkara yang berterusan.

final • 9:00 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

[Bangun]

final • 9:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Sebagai kementerian, we are always fighting with JPA untuk menambahkan jumlah perjawatan di dalam bidang-bidang tertentu. Ya, Yang Berhormat Kota Raja.

final • 9:00 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Menteri, terima kasih, Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Bolehkah saya minta daripada Menteri secara bertulis jawatan yang sedia ada, dan apakah sebenarnya yang diperlukan supaya kita boleh melihat perbezaan yang diperlukan supaya kita boleh keep helping with the fight for the places as well? Secara bertulis. Terima kasih.

final • 9:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Okey, thank you. Tuan Pengerusi, itulah isu- isu daripada peringkat Dasar yang saya mahu jawab.

final • 9:00 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat, Yang Berhormat, soalan saya satu pun tidak jawab.

final • 9:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Isu-isu yang lain yang saya tidak jawab, akan dijawab secara bertulis. Terima kasih.

final • 9:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Soalan saya satu pun tidak jawabkah?...

final • 9:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM24,736,883,700 untuk Maksud B.42 di bawah Kementerian Kesihatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM24,736,883,700 untuk Maksud B.42 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM24,736,883,700 untuk Maksud P.42 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2018 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM24,736,883,700 untuk Maksud P.42 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2018] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 9:00 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 23 November 2017.

final • 9:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.11 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026