Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar] minta Perdana Menteri menyatakan, Malaysia kini semakin dikenali bukan sahaja sebagai Negara Islam Contoh kerana prinsip wasatiyyah yang diperkenalkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi juga selaku peneraju dalam pelbagai inisiatif patuh syariah seperti industri halal.
Ketika ini industri halal terletak di bawah JAKIM dan MITI, sistem kewangan Islam dan perbankan Islam di bawah Kementerian Kewangan, wakaf pula di bawah pentadbiran negeri-negeri, Ar-Rahnu di bawah KPDNKK dan lain-lain. Adakah kerajaan bersetuju sekiranya keseluruhan inisiatif yang melibatkan instrumen dan sistem patuh syariah ini diperkasa dan disatukan di bawah satu pentadbiran bagi menyelaras satu agenda negara sebagai peneraju dunia dalam pelbagai inisiatif patuh syariah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, perkara yang melibatkan pentadbiran agama Islam dan hukum syarak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Ini selaras ketetapan Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan dan Butiran 1, Senarai 2 Jadual Kesembilan. Sehubungan itu perkara yang berkaitan dengan piawaian ataupun garis panduan untuk dipatuhi oleh suatu perkhidmatan mematuhi syariah adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri.
Dalam hal ini, JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri ataupun ringkasnya MAIN dan JAIN adalah pihak berkuasa berwibawa dalam persijilan halal. Pengurusan wakaf adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri manakala perkara berkaitan sistem perbankan Islam adalah dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan Ar-Rahnu yang kini sedang dioperasikan oleh pelbagai pihak seperti mana bank, koperasi dan juga yayasan.
Walaupun bidang-bidang ini tidak berada di bawah satu bumbung, namun usaha-usaha berterusan dilakukan untuk menyelaras, memperkemas dan memantapkan perkara ini sehingga Malaysia mampu muncul sebagai negara peneraju dalam pelbagai inisiatif patuh syariah. Antara usaha penyelarasan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan melalui JAKIM ialah dengan menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengesahan Patuh Syariah Akreditasi pada 10 Mac 2016 bagi melihat potensi untuk menubuhkan satu badan penilaian patuh syariah. Antara rumusannya ialah merintis pelaksanaan perkhidmatan dan premis patuh syariah menerusi kaedah penerapan mengikut piawaian standard syariah. Terima kasih.
Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menzahirkan rasa syukur saya kepada Allah SWT di Dewan yang mulia ini kerana di atas kebijaksanaan Perdana Menteri, beliau telah berjaya membawa pendekatan wasatiyyah atau, dengan izin, moderation ke dalam pentadbiran negara. Mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan langkah-langkah Dasar Wasatiyyah Negara yang dapat menyelesaikan permasalahan masyarakat yang menghadapi isu-isu ekstremisme dan meningkatkan toleransi rakyat menuju ke arah TN50. Terima kasih.
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kangsar yang menyambung soalan yang berkaitan dengan konsep wasatiyyah.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk sedikit memberikan penjelasan tentang konsep ini. Sebenarnya konsep wasatiyyah adalah bertitik tolak kepada tanggungjawab kerajaan di bawah tanggungjawab Maqasid Syariah yang melibatkan lima perkara penting yang menjadi tanggungjawab untuk kedatangan diturunkan maksud syariah itu ialah bertujuan untuk memelihara lima perkara iaitu memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara keturunan dan yang kelima memelihara harta.
Bertitik-tolak ini, maka premis yang diletakkan untuk supaya pelaksanaan kepada lima-lima perkara ini digarap dengan sebaik mungkin maka wasatiyyah juga diperkenalkan. Maka konsep wasatiyyah yang bertitik-tolak daripada perintah Al-Quran...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bahawa diturunkan konsep wasatiyyah ini ialah umat kita ini umat yang dipilih yang digelar dan diberikan gelaran mereka adalah umat-umat yang sederhana dalam pengertian bukan maksud pencapaiannya.
Sederhana dalam pengertian bukan maksud kemampuan, kebijaksanaannya yang mungkin peringkat sederhana tetapi seiring dengan doa yang sering kita doakan...
[Membaca doa] “Dunianya baik dan akhiratnya juga mendapat kebaikan”. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebut pada masa belanjawan baru ini par excellence di dunia dan par excellence di akhirat. Inilah maksud wasatiyyah yang digarapkan di sini.
Kembali kepada Yang Berhormat Kuala Kangsar sebutkan tadi bagaimana langkah dasar ini dalam menghadapi ISIS-nya, extremism-nya, golongan-golongan yang melampau dan sebagainya, maka kerangka inilah juga menjadi dasar untuk kita menuju TN50 yang diuar-uarkan.
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom
Ertinya daripada sekarang dalam semua bidang yang mencakupi bidang sosial, bidang pendidikan, bidang politik dan banyak lagi bidang-bidang yang lain harus digarap secara bersama dengan penerapan konsep untuk kita membina wasatiyyah, pencapaian kepada semua peringkat ini. Jadi dengan harapan yang demikian, kita telah membina satu masyarakat yang menepati kehendak wasatiyyah yang sepatutnya. Wallahualam.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Kangsar mendakwa bahawa Perdana Menteri telah berjaya membawa prinsip wasatiyyah dalam pentadbiran. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, di manakah keberkesanannya prinsip wasatiyyah di dalam pentadbiran Putrajaya apabila kita melihat insiden-insiden seperti dobi hanya untuk golongan Muslim, tindakan penceramah JAKIM seperti Zamihan Mat Zin yang menghina kedaulatan Raja- Raja Melayu dan juga mengambil pendekatan perkauman? Kita juga melihat isu melarang wanita bertudung untuk berkhidmat di hotel-hotel...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, habis masa.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Jadi di manakah keberkesanan pendekatan wasatiyyah ini sedangkan insiden-insiden ini mendapat dukungan daripada pimpinan kerajaan seperti pendakwah bebas...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
...Zakir Naik yang mendapat dukungan daripada Timbalan Perdana Menteri?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih, Yang Berhormat. Masa ya.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri di manakah keberkesanannya prinsip wasatiyyah yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Gombak. Yang Berhormat Gombak datang awal pagi ini. Alhamdulillah.
Saya mengucapkan terima kasih juga kerana soalan ini dibangkitkan bagaimana kayu pengukur kepada dasar-dasar ini. Tentunya dalam sebuah negara yang besar, memiliki rakyat yang melebihi daripada 31 juta orang dengan kepelbagaian, yang ini merupakan satu tapak yang boleh kita sebutkan kita sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk. Majmuk dalam pengertian agama, bangsa, budaya dan bahasa sebagainya.
Maka beberapa insiden ini untuk tidak kita menafikan bahawa ia adalah merupakan perkara berat, indikasi yang perlu kita ambil perhatian. Namun secara saintifiknya, secara saintifiknya kita tidak hanya melihat kepada insiden-insiden yang berlaku satu, dua, tiga perkara dan sebagainya. Akan tetapi kayu ukur yang telah dibuat oleh pihak kerajaan dalam pelaksanaan wasatiyyah, dalam masa yang sama juga melaksanakan maksud Maqashidul Syariah saya sebutkan sebentar tadi, kita ada satu lagi perkara, Yang Berhormat ya yang dipanggil dengan Indeks Syariah Malaysia (ISM).
Indeks Syariah Malaysia ini adalah merupakan kayu ukur ataupun pengukuran di mana kejayaan yang telah kita capai. Mungkin ramai orang boleh menyatakan dan mendakwa tentang mereka telah melaksanakan kebaikan-kebaikan di dalam negara dan juga negeri masing-masing namun apakah bukti dan pengukuran yang dibuat.
Jadi sebab itu melalui Indeks Syariah Malaysia (ISM) yang diperkenalkan juga oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita mengukur kementerian-kementerian yang telah melaksanakan hal-hal yang menjadi tanggungjawab Maqashid Syariah dalam pelengkapan pelaksanaan mengikut wasatiyyah, maka kita telah mencapai satu indeks yang diukur dengan begitu selesa dan pengukur-pengukur ini dengan menggunakan kayu ukur yang telah pun ditetapkan oleh mereka yang lebih daripada seratus lebih profesor melibatkan lebih lapan universiti yang terlibat untuk turut bersama membuat pengukuran.
Jadi inilah yang boleh saya simpulkan kalau Yang Berhormat Gombak sebutkan tadi apakah indikasi yang tadi menjadi pengukuran keseluruhan tetapi kita ada kayu ukur melalui Indeks Syariah Malaysia yang telah diperkenalkan. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.
2. Tuan Teo Kok Seong [Rasah] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, secara terperinci, apakah punca yang menyebabkan banjir yang teruk berlaku di Bandar Seremban, Taman Jasper Jaya, Taman Mutiara Galla dan sekitarnya pada 10 November 2017 serta tindakan yang telah pun diambil oleh pihak kerajaan untuk menebat banjir dan memastikan bantuan wang ihsan diberikan kepada semua mangsa yang terjejas.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Minta clock itu slow sikitlah.
Kejadian banjir kilat yang berlaku di Bandar Seremban pada 10 November 2017 adalah disebabkan oleh hujan lebat yang turun dengan bacaan 114 mm daripada jam lima petang hingga 8.30 malam.
Kedua, aliran daripada sistem perparitan akan mengambil masa yang lebih lama untuk memasuki sungai iaitu Sungai Temiang, ditambah dengan keadaan sistem perparitan yang tersumbat akibat daripada sampah sarap telah memburukkan lagi keadaan sehingga menyebabkan air melimpahi jalan utama di sekitar Bandar Seremban.
Namun, keadaan air banjir yang bertakung hanya selama 40 minit.
Bagi kawasan-kawasan perumahan yang dilaporkan mengalami masalah banjir kilat hanya melibatkan Taman Jasper Jaya dan Taman Sri Pulasan. Banjir kilat yang dimaksudkan adalah disebabkan oleh masalah perparitan perumahan yang tidak mampu menampung kapasiti air larian yang sangat lebat pada hari kejadian. Tiada sebarang laporan banjir yang diterima yang melibatkan Taman Mutiara Galla. Walau bagaimanapun, kejadian banjir kilat ini hanya berlaku dalam tempoh tiga jam. Surut sepenuhnya pada jam 8 malam.
Pihak kerajaan negeri telah mengambil langkah melaksanakan pembersihan longkang selepas itu, Tuan Yang di-Pertua secara besar-besaran melalui SWCorp. bagi mengelakkan kejadian tersebut berulang yang disebabkan oleh kekurangan kesedaran masyarakat akibat daripada pembuangan sampah tanpa kawalan dalam parit utama dan sungai.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Bagi penyelenggaraan sepanjang jajaran Sungai Temiang, pembersihannya diadakan secara berkala setiap bulan telah dilaksanakan. Namun, sekiranya masalah sikap dan kesedaran masyarakat tidak dibendung, perkara yang sama akan berulang sekali lagi. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya cuma ingin menyampaikan satu mesej kepada pihak kementerian di mana kita difahamkan sebenarnya kerja-kerja pembersihan longkang ataupun perparitan masih belum mula dilakukan di beberapa kawasan sebab rakan-rakan saya telah pun membuat peninjauan di mana ada beberapa kawasan lumpur masih berada di dalam longkang ataupun perparitan dan saya mohon pihak kerajaan dapat memberi kerjasama yang sewajarnya supaya memastikan isu banjir ini dapat diselesaikan. Terima kasih.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, biar saya memberi penjelasan secara jelas. Sebenarnya kementerian saya bertanggungjawab kepada sungai dan jajaran ataupun main river, stream ataupun main rivers atau perparitan yang besar di mana-mana tempat di seluruh negara. Akan tetapi persoalan perparitan, sistem perparitan, longkang dan sebagainya itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan.
Ingin saya memaklumkan juga bahawa keseluruhan Negeri Sembilan adalah kawasan yang difikirkan rendah, kawasan yang rendah, mempunyai- ada 107 hotspots ataupun kawasan-kawasan yang berpotensi kena banjir. Di Seremban sahaja, Yang Berhormat, mempunyai 31 kawasan yang mungkin terkena banjir. Jadi pada hari itu, walaupun hujan sampai 114 mm tetapi kapasiti Sungai Temiang itu sendiri masih ada sebab Sungai Temiang itu Average Recurrence Interval (ARI), kapasitinya ialah 50 dan hujan itu di-translate dengan ARI ialah 39. Bermakna sungai itu masih berkapasiti. Yang tinggal itu ialah perparitan dalaman dalam kawasan taman dan pengaliran air daripada taman-taman itu ke Sungai Temiang. Itu yang menjadi satu masalah besar.
Walau bagaimanapun Yang Berhormat, kita akan meluaskan Sungai Linggi dengan RM75 juta kontrak. Insya-Allah ini akan membantu di kawasan-kawasan tersebut dengan mengalihkan air lebih cepat lagi dari Sungai Linggi ke laut. Terima kasih.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya mahu bertanya, kita sungai-sungai di Malaysia banyak sudah cetek. Adakah kementerian mencadangkan mendalamkan sungai-sungai yang ada di seluruh negara kita?
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya amat bersetuju dengan apa yang dikata dengan Yang Berhormat Bintulu. Kebanyakan sungai 4,000 lebih sungai di seluruh Malaysia yang dipantau oleh pihak JPS ialah 377 sungai. Semuanya mengalami masalah kecetekan oleh sebab masalah pembalakan tidak ada catchment, tidak ada rizab, perladangan tidak ada rizab. Kalau ada rizab tidak diobserve. Pertanian ada rizab, tidak diobserve. Begitulah pembangunan yang ada juga rizab dibuat juga tidak diobserve hingganya semua siltation masuk ke dalam sungai membuat kecetekan berlaku di sungai-sungai di seluruh negeri Malaysia.
Kalau kita nak dredge kan semua sungai, Yang Berhormat, it costs us hundreds of billion. Ini lah mengapa apabila insiden kita jual pasir daripada muara sungai Kelantan dan juga Sungai Pahang menjadi satu isu pasir dikatakan silica. Sebenarnya complain itu salah. Masalah politik di India itu dibawa ke Malaysia. Jadi sebenarnya kita hendak jual pasir yang di muara sungai itu, dredge sungai-sungai itu, supaya orang boleh jual pasir dia dan kita tidak payah bayar dia. Dia bayar sendiri dengan menjual pasir itu saja.
Itu kita boleh laksanakan based on case-to-case basis atas permintaan yang ada. Terima kasih.
3. Tuan Anuar bin Abd Manap [Sekijang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan sejauh manakah prestasi francais tempatan dan jumlah sebenar nilai transaksi francais tempatan sepanjang tempoh dua tahun yang lalu serta bagaimanakah Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF) telah berjaya memanfaatkan pembangunan francais tempatan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Prestasi francais tempatan telah berada di paras yang memberangsangkan di mana sumbangan industri francais kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada tahun 2015 adalah sebanyak RM26.8 bilion. Manakala pada tahun 2016, sebanyak RM26.6 bilion.
Dari segi pendaftaran syarikat francais sektor makanan minuman, atau food and beverages (F&B) telah menyumbang sebanyak 39 peratus dari jumlah keseluruhan syarikat francais yang berdaftar. Pakaian dan aksesori sebanyak 11 peratus, perkhidmatan dan penyelenggaraan sebanyak 11 peratus, pusat pembelajaran dan asuhan sebanyak 11 peratus, rawatan kecantikan dan kesihatan sebanyak 10 peratus, IT telekomunikasi dan elektronik sebanyak empat peratus, kedai serbaneka dan pasar raya sebanyak dua peratus, dan lain-lain perniagaan sebanyak 12 peratus.
Tuan Yang di-Pertua, sejak program Dana Bantuan dan Pembangunan Francais (DBPF) ini diperkenalkan mulai tahun 2005 sehingga kini, sejumlah 85 syarikat francais tempatan telah berjaya dibantu melalui program ini dengan bantuan dana berjumlah RM5.657 juta. Program DBPF bertujuan untuk membantu syarikat yang mempunyai perniagaan atau jenama yang telah mendaftarkan perniagaan sebagai perniagaan francais dan telah mendaftar sebagai francaisor atau francaisi induk. Syarikat berkenaan adalah layak memohon geran pembangunan dalam bentuk bayaran balik atau reimbursement. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Nampaknya industri francais ini berkembang maju dalam negara kita. Soalan tambahan saya, apakah usaha KPDNKK sendiri dalam mempromosikan jenama francais ini, jenama francais tempatan kita ke luar negara. Boleh tidak pihak KPDNKK menyatakan pencapaian jenama francais Malaysia yang berjaya menapak ke luar negara sehingga kini dan apakah hasil kejayaan KPDNKK dalam mempromosi francais ke luar negara pada tahun 2016 dan juga tahun 2017. Terima kasih.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Sekijang.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian sentiasa memberi sokongan dalam mempromosikan jenama-jenama francais Malaysia ke luar negara melalui program yang kita namakan franchise expansion (FE) yang dikenali juga sebagai Franchise Malaysia Goes Global.
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini sebanyak 65 francais Malaysia telah berjaya bertapak di 66 buah negara dengan outlet sebanyak 4,271 semuanya. Hasil kejayaan misi promosi yang kita buat di luar negara bagi tahun 2016 telah mencatatkan pelaburan sebenar sebanyak USD2.83 juta.
Misi promosi pada tahun 2016 hanya melibatkan empat buah negara sahaja iaitu Indonesia, Filipina, China dan Australia. Manakala pada tahun 2017 sebanyak USD900,000 nilai pelaburan telah dicatatkan dan misi promosi telah dilaksanakan di empat negara iaitu Kemboja, Vietnam, Thailand dan Indonesia. Kebanyakan daripada syarikat-syarikat yang kita bawa tersebut adalah syarikat-syarikat yang kita rasa mampu untuk bukan hanya menjadi francaisor di luar negara tetapi juga dapat membuktikan bahawa produk-produk Malaysia boleh diketengahkan. Jadi konsepnya adalah bukan hanya hendak membawa produk tersebut tetapi juga membawa imej Malaysia sebagai sebuah negara yang maju yang dikenal oleh seluruh dunia yang ada hari ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Assalamualaikum. Terima kasih pada Tuan Yang di-Pertua. Walaupun target di pihak kerajaan untuk hendak mendapat 4.4 peratus daripada KDNK menjelang tahun 2020 dari segi projek francais ini, maka masalahnya ialah bagaimana untuk memulakan modal permulaan untuk membuat francais ini terutama dalam kalau kita hendak buat kadang-kadang makan modal dia berjuta seperti mana Marrybrown dan juga Creamore Coconut Shake. Soalan saya, apakah peranan di antara KDNK dengan BNS. Minta penjelasan.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Soalan yang baik untuk kita berikan peluang kepada IKS-IKS tempatan untuk kita memperbesarkan dan kita jadikan sebagai produk yang boleh kita francais kan. Dari segi pembangunannya ia berbeza dari pembangunan untuk kita francais kan produk tersebut. Produk yang belum masuk ke arena francais, kita boleh jadikan pembangunan product development program bersama dengan KPDNKK.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Kemudian, kita pastikan bahawa produk-produk itu mampu untuk kita jual di banyak tempat penjualan seperti hypermarket, supermarket, dan sebagainya. Itu produk yang biasa yang kita lakukan. Akan tetapi bagi produk-produk lain ini, yang kalau sudah pun ada dan kita merasakan ia mampu untuk kita francais kan dia boleh bekerjasama dengan PNS ada program untuk kita bangunkan dan kita berikan bantuan-bantuan tertentu seperti pinjaman dan beberapa geran yang telah pun saya maklumkan sebelum ini.
Ini adalah program untuk kita menentukan bahawa produk-produk kita tadi bukan hanya mampu untuk kita bawa ke luar negara tetapi ia bermula daripada dalam negara dan diperluaskan lagi sehingga boleh membawa imej yang begitu baik sekali. Ada juga program-program yang mana kita benarkan franchising induk dalam negara kita ini, mencari rakan-rakan di luar sana yang di luar negara, produk-produk yang kita rasa mampu untuk kita jadikan sebagai satu produk yang boleh kita memperbesarkan dalam negara juga kita boleh bekerjasama dengan PNS dalam program-program yang sentiasa kita aturkan demi untuk melihat ada peluang-peluang perniagaan yang kita berikan kepada rakyat Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Setakat itulah sesi pertanyaan-pertanyaan menteri untuk pagi ini.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh [Sabak Bernam] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan, langkah kementerian khususnya Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mencapai sasaran negara mempunyai lebih 2,000MW penjanaan tenaga daripada sumber tenaga boleh baharu (RE) menjelang tahun 2020 dan nyatakan impak Projek Solar Bersekala Besar (LSS) dalam menangani kos penghasilan tenaga daripada batu arang yang tidak menentu.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Sabak Bernam. Pencapaian negara dalam penjanaan elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) adalah amat memberangsangkan. Pada masa ini peratus TBB dalam campuran kapasiti terpasang iaitu, dengan izin, install the capacity ialah sebanyak 22.5 peratus ataupun 6,580 megawatt dengan sumber hidro berskala besar menyumbang sebanyak 6,059 megawatt atau 20 peratus.
Bagi menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu khususnya tenaga solar bagi penjanaan elektrik, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti memperkenalkan mekanisme Feed-in Tariff (FiT), Net Energy Metering, Program Solar Berskala Besar atau Large Scale Solar, dengan izin, LSS dan sehingga 31 September 2017 sebanyak 528.77 megawatt tenaga elektrik daripada tenaga boleh baharui telah dijana di bawah mekanisme FiT. 82.2 kilowatt menerusi program Net Energy Metering
(NEM), dan dua megawatt melalui program LSS.
Jumlah ini dijangka akan terus bertambah menjelang tahun 2020 apabila projek yang telah diluluskan di bawah program LSS sebanyak 450.9 megawatt pada tahun 2016 mula beroperasi dan mula menyalurkan elektrik ke sistem grid. Jumlah keseluruhan sasaran penjanaan elektrik dari tenaga solar sahaja ialah 2,050 megawatt menjelang tahun 2020 melepasi sasaran yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas
(RMKe-11) sebanyak 2,080 megawatt.
Manakala di bawah kajian separuh penggal RMKe-11 kementerian telah mencadangkan kepada Unit Perancangan Ekonomi (UPE) untuk mengkaji semula sasaran TBB dengan mengambil kira definisi ASEAN sasaran baru yang dicadangkan ialah sekitar 9,000 megawatt termasuk hidro berskala besar manakala sasaran tenaga solar ialah 2,300 megawatt.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Dalam menyokong agenda kerajaan untuk meningkatkan sumbangan tenaga boleh baharui dalam penjanaan elektrik, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai pihak utiliti telah melaksanakan inisiatif-inisiatif seperti berikut:
(i) menyediakan kemudahan penghantaran dan sistem bagi pelaksanaan feed-in tarif, Net Energy Metering (NEM) dan large scale solar ataupun Program Solar Berskala Besar;
(ii) penjanaan hidro elektrik dengan kapasiti besar sebanyak 536 megawatt dan kapasiti kecil sebanyak sembilan megawatt; dan
(iii) penjanaan menggunakan sumber biogas dengan kapasiti 1.6 megawatt dan penjanaan tenaga elektrik menggunakan floating solar di Sungai Labus, Selangor dengan kapasiti sebanyak 200 kilowatt.
Memang tidak dapat dinafikan harga arang batu di pasaran dunia adalah tidak menentu manakala harga bagi projek solar tidak terdedah kepada ketidaktentuan harga pasaran. Walau bagaimanapun, penggunaan arang batu dapat mengoptimumkan kos penjanaan elektrik disebabkan harga yang lebih rendah. Dalam erti kata yang lain, setiap sumber tenaga elektrik mempunyai kelebihan masing-masing dan memastikan bekalan elektrik yang berdaya harap dan mampu bayar kepada pengguna. Terima kasih.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan sebentar tadi. Kita lihat bahawa Tenaga Nasional Berhad sebuah syarikat utiliti nasional yang berada di landasan yang betul dan menjadi peneraju sektor tenaga yang boleh diperbaharui (RE) serantau di terutama di negara ASEAN.
Soalan tambahan saya, setakat manakah pelaksanaan inisiatif kuasa boleh diperbaharui (RE) seperti solar ini akan mendatangkan gangguan terhadap sistem grid nasional terutamanya kepada kualiti pembekalan elektrik seperti tahap frekuensi yang dijana dari sistem solar. Apakah ianya akan memberikan ancaman kestabilan bekalan elektrik kepada pengguna sistem grid dan generator di penjana bebas serta TNB. Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam yang mempunyai minat dan pengetahuan di dalam perkara intermittent power. Ya, seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sabak Bernam pihak TNB seperti juga utiliti-utiliti di negara-negara lain sentiasa memberi perhatian kepada satu isu ataupun masalah yang timbul daripada penjanaan tenaga- tenaga boleh baharui yang termasuk dalam perkara intermittent power, dengan izin.
Mengikut kajian dijalankan di sini sana ini perlu diberi perhatian kerana kebanyakan khususnya solar dan juga angin tidak dapat menjana tenaga 24 jam. Maka isu frekuensi itu menjadi perhatian supaya tidak mengganggu sistem grid. Akan tetapi dalam teknologi dan yang sedang dilaksanakan serta juga kajian badan-badan seperti General Electric dan Huawei perkara ini boleh dikawal.
Dari segi sistem grid, kita tidak kepastian ini dapat di-control. Itulah dalam soal mendapatkan injection point misalnya di manakah terletaknya nanti salah faham itu dengan izin ataupun wind kah, ataupun biogas, biomass yang tidak dapat membekal tenaga 24 jam. Power system study perlu dilakukan oleh pihak pemaju dan ini perlu diluluskan oleh pihak utiliti seperti TNB ataupun SESB supaya kita boleh anticipate impact kepada frequency ataupun bakal gangguan yang boleh timbul di dalam sektor- sektor tertentu. So, itulah power system study itu perlulah spesifik kepada lokasi mengambil kira kapasiti injection point dan kapasiti transmission kita untuk menerima power ataupun kuasa yang dijanakan itu.
Memang ia berbanding dengan sains sistem juga. Akan tetapi setakat ini, pengalaman TNB belum ada apa-apa masalah bagi TNB untuk menanggung penjanaan tenaga yang disalurkan kepada sistem grid oleh Tenaga Boleh Baharu khususnya daripada sistem solar. Terima kasih.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah status perancangan jana kuasa tenaga nuklear dan juga kajian tahap penerimaan rakyat terhadap tenaga nuklear.
Itu sahaja.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Perkara ini sebenarnya terletak di kawalan Jabatan Perdana Menteri. Kita sekadar pada saat ini memantau dan membantu di dalam perkara pengedaran maklumat dan juga untuk memberi kesedaran kepada pihak awam. Pada mulanya dalam perancangan tenaga masa depan memang dicadangkan pada zaman tersebut, 10 tahun dahulu bahawa untuk meneliti kemungkinan 10 peratus daripada penjanaan kita boleh difikirkan untuk dijana melalui tenaga nuklear.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Akan tetapi semenjak itu perhatian kerajaan adalah khususnya selepas Fukushima punya kejadian, maka saya pernah masa saya Menteri MOSTI bersama dengan mantan Menteri KEETHA bawa kepada perbincangan dengan anggota-anggota Parlimen backbenchers semua mengenai input dan pandangan Ahli-ahi Yang Berhormat semua. Pada waktu itu rata-rata majoriti terbuka kepada perkara ini.
Akan tetapi semenjak itu kajian masih lagi berterusan. Kerajaan ada memikirkan bahawa sebelum dari segi dasar itu dilaksanakan, perundangan-perundangan perlu dibentuk dan perundangan itu mesti dalam proses persediaan jika kerajaan mahu memutuskan untuk meneruskan. Setakat ini, is a very laissez-faire situasi, dan kerajaan telah memutuskan supaya tumpuan diberi kepada public acceptance dulu di kalangan rakyat dan juga menekankan bahawa renewable energy yang lain itu diberi perhatian sebelum pergi dan kalau itu sudah exhausted, dengan izin, barulah kita fikirkan penjanaan tenaga yang berasas kepada nuklear.
So setakat itu dia terbiar di situ saja sambil kementerian KETTHA menekankan eksploitasi tenaga-tenaga boleh dibaharui seperti yang lain seperti solar, hidro dan seterusnya. Terima kasih.
2. Tuan Haji Nasrudin Bin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah langkah memperkukuhkan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral di kalangan pelajar sekolah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat ustaz.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia secara berterusan membuat penambahbaikan terhadap Pendidikan Agama Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung, selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Di antara usaha penambahbaikan bagi Pendidikan Islam ialah seperti berikut:
(i) mata pelajaran ini ditambah baik melalui kurikulum standard sekolah rendah ataupun KSSR dan kurikulum standard sekolah menengah KSSM dengan memasukkan elemen- elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), konsep wassatiyah dan sebagainya.
(ii) penambahbaikan Program Memperkasakan Sekolah Agama dengan melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz sebagai kurikulum kebangsaan secara berperingkat-peringkat bermula tahun 2015.
(iii) pelaksanaan Tahfiz Modul Ulul Albab kepada 11 buah sekolah menengah kebangsaan agama dan empat buah sekolah berasrama penuh. Murid-murid tahfiz modul Ulul Albab juga dikehendaki mempelajari dan menguasai bahasa ketiga iaitu bahasa antarabangsa seperti Perancis, Jepun dan Mandarin; dan
(iv) bermula tahun 2018 Kementerian Pendidikan Malaysia akan memperkenalkan Syahadah Al Uliah Ulul Albab di Sekolah Menengah Imtiaz, Yayasan Terengganu, Besut, Terengganu.
Pelaksanaannya bertujuan untuk memberi nilai tambah, penguasaan ilmu tahfiz dan thurath kepada murid-murid tingkatan empat dan lima aliran tahfiz sains.
Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Kurikulum pendidikan moral pula bagi murid bukan Islam juga disemak untuk memberi lebih tumpuan kepada pemahaman tentang nilai-nilai perpaduan dan hubungan baik sesama insan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat penambahbaikan secara bersepadu dalam tiga aspek iaitu aspek kurikulum, pedagogi dan bahan sokongan mata pelajaran pendidikan moral dengan lebih menitik beratkan elemen perpaduan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Nasrudin bin Hassan - Temerloh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang telah dikemukakan.
Saya bangkitkan persoalan ini supaya kita benar-benar dapat memahami bahawa pendidikan ini bukan soal kita hendak mengejar ranking ataupun hendak mencapai gred semata-mata. Akan tetapi dia adalah persoalan pembentukan nilai, peribadi dan juga akhlak generasi kita.
Jadi ada isu mutakhir ini ialah jenayah di kalangan pelajar-pelajar sekolah yang sangat membimbangkan. Saya tengok statistik dalam Kementerian Kesihatan, pada tahun 2016, ada 3,980 orang remaja umur 10 tahun ke 19 tahun mengandung anak luar nikah. Kemudian kes dadah, 662 buah kes tahun 2014, meningkat kepada 772 buah kes pada tahun 2015. Malah kerajaan pernah mengumumkan ada 420 buah sekolah yang berisiko terhadap penyalahgunaan dadah dalam negara kita. Jadi data ini sangat membimbangkan.
Jadi persoalannya sejauh manakah sistem pendidikan hari ini benar-benar memberi penekanan terhadap subjek ini, Pendidikan Islam dan juga Pendidikan Moral.
Jadi soalan tambahan saya ialah, apakah kementerian ada hasrat untuk membina modul yang lebih komprehensif dalam isu pembentukan akhlak dan juga tingkah laku remaja dan pelajar pada hari ini dan juga saya ingin penjelasan, apakah kementerian berhasrat untuk membina satu modul tahfiz di sekolah-sekolah kebangsaan yang lain, selain daripada di sekolah agama, sekolah tahfiz dan Sekolah Menengah Ulul Albab, di sekolah- sekolah rendah yang lain kerana Al-Quran adalah tunjang membina akhlak insan remaja dan juga pelajar-pelajar keseluruhannya dan kalau boleh saya ingin tahu juga berapakah peratus pelajar-pelajar non-muslim yang mengambil subjek Pendidikan Islam dan juga moral di negara kita. Terima kasih.
Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat ustaz atas soalan tambahan. Yang Berhormat, kurikulum Pendidikan Islam sedia ada memberikan penekanan kepada aspek ilmu, amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan. Melalui pendekatan ini diharapkan dapat melahirkan murid yang mengamalkan ilmu yang dipelajari dan menjadi warganegara Malaysia yang memiliki sifat jati diri dan semangat patriotisme yang tinggi. Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia berpandangan kurikulum sedia ada masih relevan dalam pembentukan akhlak dan tingkah laku remaja di sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia pada masa kini melaksanakan kurikulum bersepadu tahfiz ini di 11 buah SMKA, empat buah SBP dan 16 buah SMPK dan melibatkan seramai lebih kurang sembilan ribu murid dan 511 orang guru tahfiz interim.
Sehubungan dengan itu Kementerian Pendidikan Malaysia sedia untuk meluaskan modul tahfiz ini jika mendapat kelulusan waran perjawatan daripada agensi pusat dan Kementerian Pendidikan Malaysia juga sedang bercadang untuk memperkenalkan modul tahfiz dan vokasional di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.
Yang Berhormat, untuk jawapan soalan tentang pelajar-pelajar bukan Islam yang pergi mata pelajaran Agama Islam ini buat masa ini tidak ada bersama saya. Saya akan beri jawapan secara bertulis. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Setelah saya mendengar penjelasan yang terperinci, yang begitu komprehensif berkenaan dengan Pendidikan Moral dan juga agama kepada murid-murid sekolah dan juga persoalan-persoalan yang dibangkitkan, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah Pendidikan Moral dan juga Pendidikan Islam kepada murid-murid sekolah ini mempengaruhi akhlak mereka dan juga apakah masalah-masalah yang timbul, masalah-masalah sosial yang timbul kepada murid-murid sekolah ini menggambarkan bahawa kurikulum ini tidak mencapai objektifnya. Terima kasih.
Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sik atas soalan tersebut.
Yang Berhormat Kementerian Pendidikan Malaysia secara berterusan membuat penambahbaikan terhadap Pendidikan Agama Islam dan juga Pendidikan Moral. Di antaranya Yang Berhormat, setiap lima tahun sekali, Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan semakan kurikulum agar sesuai dengan keperluan semasa. Dalam penyediaan kurikulum mata pelajaran ini, fokus bukan sahaja kepada ilmu yang berkaitan dengan kepercayaan kepada agama, beramal ibadat, malah mengamal dan menghayati akhlak turut diberi penekanan.
Untuk perancangan jangka panjang, mata pelajaran ini telah dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan berdasarkan anjakan kesembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ini, kerjasama di antara pihak sekolah, ibu bapa, penjaga serta komuniti perlu bersama-sama berganding bahu dalam menangani kebejatan sosial remaja.
Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Sebagai contoh Yang Berhormat, baru-baru ini saya sempat membuat lawatan ke Sekolah Integriti di Kajang dan dalam lawatan saya, saya sempat bertemu dengan pelajar-pelajar kita yang juga melalui sistem pendidikan yang kita telah sediakan di dalam penjara tersebut. Saya sempat bertemu dengan seorang pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dalam Sekolah Integriti, dalam penjara itu dan beliau menduduki tujuh mata pelajaran SPM dan semua tujuh mata pelajaran SPM itu dia mendapat A, termasuk Pendidikan Moral. Dapat A, duduk dalam penjara, Pendidikan Moral dapat A.
Akan tetapi daripada aspek pendidikan sahaja bukan akan membantu, tetapi aspek persekitarannya. Tanggungjawab ibu bapa, tanggungjawab komuniti, semua akan membantu anak itu menjadi seorang pelajar yang mana bukan sahaja cukup dari segi akhlak, tetapi juga semua pembudayaannya. Sebagai contoh Yang Berhormat, mata pelajaran ini telah memberi kesan positif dalam membina disiplin murid di sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia kini mempunyai 5.1 juta murid di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah dengan jumlah sekolah sebanyak 10,196 buah.
Manakala murid yang terlibat dalam keruntuhan moral atau kebejatan sosial remaja kurang yang merangkumi salah laku seperti berjudi, mencuri, mengancam guru dan murid, peras ugut dan gengsterisme hanyalah 0.12 peratus. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
3. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:
(a) apakah jenis-jenis komoditi keluaran negara seperti "Kopi Tenom" dan "Beras Bario" yang dipasarkan di luar negara; dan
(b) apakah jenis-jenis produk asli keluaran Malaysia dengan perisa Malaysia yang dipasarkan di luar negara dan sejauh manakah usaha dan kejayaan penyelidikan dan pembangunan produk- produk tempatan oleh Malaysia External Trade Development Corporation- MATRADE.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Chua Tee Yong
Tuan Yang di-Pertua, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) merupakan agensi yang mempromosikan produk dan perkhidmatan Malaysia ke pasaran antarabangsa.
Namun begitu, terdapat juga agensi-agensi lain yang turut mempromosikan produk keluaran Malaysia seperti Malaysian Palm Oil Council (MPOC) untuk produk kelapa sawit; Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk produk-produk pertanian dan asas tani; dan juga Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia bagi produk kayu-kayan.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Chua Tee Yong
Aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan produk-produk tempatan pula dijalankan oleh beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI), Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn. Bhd., Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), National Institutes of Biotechnology Malaysia, Agensi Inovasi Malaysia, universiti-universiti tempatan dan lain-lain lagi.
Berdasarkan maklumat statistik yang diperoleh dari Jabatan Statistik Malaysia, jumlah eksport produk pertanian pada tahun 2016 adalah RM70.4 bilion. Malaysia merupakan pengeluar dan pengeksport kedua terbesar di dunia bagi komoditi kelapa sawit dengan nilai eksport sebanyak RM48.27 bilion pada tahun 2016. Selain daripada itu, Malaysia turut mengeksport produk-produk yang berasaskan komoditi lain seperti getah asli RM3.6 bilion dan kayu bergergaji RM4.2 bilion. Secara keseluruhan, Malaysia mengeksport sejumlah RM20 bilion makanan berproses ke seluruh dunia yang terdiri daripada produk makanan dan persediaan koko dan penyediaan koko, produk bijirin berasaskan tepung, kopi termasuk kopi segera dan lada hitam.
Sebagai makluman Tuan Yang di-Pertua, antara produk-produk tempatan yang dikategorikan sebagai keluaran asli yang berjaya dipasarkan di pasaran antarabangsa adalah seperti berikut; tongkat ali dan produk berasaskan tongkat ali, sarang burung, durian sejuk beku dan produk berasaskan durian, gula nira, paste dan rempah makanan, roti canai, Ipoh White Coffee dan teh tarik. Sekian, terima kasih.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jawapan Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Ini melegakan perasaan dan rakyat pun senang mendengar usaha-usaha pihak kementerian, tahniah. Begitu banyak usaha kementerian melalui N-BOS.
Saya hanya minta sedikit soal usaha kementerian melalui N-BOS juga.
Berkenaan dengan produk-produk asli Malaysia ini, yang dikatakan asli tetapi yang dipatenkan oleh negara lain seperti tongkat ali dan lain-lain produk yang telah dipatenkan terutama sekali Musang King, saya mengharapkan ini tidak dapat dipatenkan oleh masyarakat antarabangsa dan usaha untuk mengeksportkan Musang King ini kepada Negara China telah pun bermasalah sedikit dan saya minta apa sebabnya, mengapa ini bermasalah.
Satu soalan lagi yang produk asli kita yang telah diambil alih oleh negara Thailand iaitu gaharu. Saya minta daripada pihak kementerian, berapa jumlah pengusaha penanaman gaharu ini? Berapa keluasan yang telah ditanam? Apakah industri pengilangan soal produk-produk gaharu dan berapa jumlah nilai yang telah dieksport dengan gaharu yang spesifik gaharu yang saya anggap sebagai produk asli Malaysia yang telah dipatenkan oleh negara lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, jawab yang berkaitan dengan kementerian Yang Berhormat.
Datuk Chua Tee Yong
Ya, sebenarnya soalan ditanya tersebut ia merangkumi luar daripada kementerian [Ketawa] Akan tetapi dari segi MATRADE, kita sebenarnya bekerjasama dengan kementerian-kementerian yang lain untuk menolong mereka mempromosikan barangan dan produk dari Malaysia. Sebagai contoh, baru-baru ini apabila Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membuat pesta durian di Nanning, kita juga membantu dari segi koordinasi, tetapi dia bukan di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri Asas Tani.
Dari segi isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, khususnya dari segi paten dan sebagainya, kita akan merujuk khususnya kepada kementerian yang berkenaan untuk kita cuba selesaikan masalah. Untuk isu-isu eksport, kadang-kadang sesebuah syarikat apabila mereka mendapat dan memenuhi piawaian antarabangsa atau negara pengimport tersebut, kadang-kadang juga terdapat perubahan dari segi mungkin tatacara atau perubahan dari segi perundangan yang mungkin tidak diketahui oleh pengeksport-pengeksport.
Akan tetapi kita sentiasa memainkan peranan untuk menolong khususnya pengeksport-pengeksport khususnya dari segi MATRADE untuk produk dan perkhidmatan. Dari segi gaharu dan sebagainya, ia sebenarnya dikategorikan di bawah pertanian dan komoditi. Sekian, terima kasih.
4. Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:
(a) berikan angka-angka pendapatan perkhidmatan di Pelabuhan Klang setiap bulan tahun ini dibanding dengan tahun-tahun yang lepas; dan
(b) adakah terdapat beberapa buah syarikat marin antarabangsa telah memindahkan operasi perniagaan mereka dari Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Singapura.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam negaraku Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya melanjutkan jawapan saya, saya ingin mengalu-alukan kehadiran pemimpin masyarakat daripada Parlimen Sri Gading yang berada di dalam Dewan...
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, pendapatan Pelabuhan Klang tidak dapat dibuat perbandingan secara bulanan, memandangkan terdapat pendapatan yang diterima secara suku tahun dan tahunan. Pendapatan yang diterima secara suku tahun adalah seperti pendapatan pajakan dan secara tahunan seperti perkongsian hasil dengan pengendali pelabuhan.
Untuk makluman Dewan yang mulia, berdasarkan kepada Laporan Tahunan Lembaga Pelabuhan Klang bagi tahun 2016, pendapatan LPK adalah sebanyak RM271.2 juta berbanding tahun 2015 iaitu RM302.8 juta.
Tuan Yang di-Pertua, terdapat beberapa syarikat perkapalan antarabangsa yang telah memindahkan operasi di Pelabuhan Klang ke Singapura. Perpindahan ini adalah disebabkan oleh penggabungan di antara syarikat-syarikat perkapalan antarabangsa dan kolaborasi laluan syarikat perkapalan seperti pengambilalihan United Arab Shipping Company (UASC) oleh Hapag-Lloyd yang telah menyebabkan satu juta TEU containers yang dikendalikan di Pelabuhan Klang berpindah ke Singapura.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Seterusnya pengambilalihan syarikat Orient Overseas International Limited oleh COSCO Shipping Holdings Limited dan Shanghai International Port (Group) Company dan kemudian pengambilalihan American President Lines Limited (APL) oleh syarikat perkapalan Perancis iaitu CMA CGM dan pengambilalihan ini merupakan alliances baru dalam industri perkapalan yang semakin kompetitif dan ia sama juga macam industri automobil, ia mewujudkan alliances untuk mendapatkan economy of skills. Jadi sebagai contoh syarikat France ini. Apabila dia mengambil alih American President Lines atau APL yang berada di Kuala Lumpur, syarikat Singapura dan dia telah membuat syarat untuk memindahkan transshipment ini ke Singapura. Jadi dengan penggabungan-penggabungan ini kita banyak kehilangan daripada Port Klang kepada Singapura. Terima kasih.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya sungguhpun Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan sebab-sebab perpindahan syarikat-syarikat maritim ini ke Pelabuhan Singapura. Saya ingin tanya, kita tidak boleh menafikan bahawa Pelabuhan Singapura memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan juga mengambil masa yang lebih pendek untuk memberikan perkhidmatan mereka.
Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah usaha kementerian atau perancangan kementerian untuk mengembalikan atau menarik balik atau menambahkan pendapatan Pelabuhan Klang dengan perancangan-perancangan seperti membesarkan Port Klang atau kita perlu bergantung kepada pelabuhan baru yang akan dibina oleh negara China di Melaka atau di tempat-tempat yang lain. Apakah perancangan kementerian supaya kita dapat kembalikan- kalau tidak, kita hanya membiarkan- sungguhpun alasan yang diberikan, saya tidak berapa yakin kalau tidak membuat sesuatu mungkin lebih lagi akan ke Pelabuhan Singapura. Minta satu jawapan.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Tuan Yang di-Pertua, mengenai langkah-langkah kerajaan untuk mengatasi perkara ini, kementerian telah membuat beberapa perancangan sebagai contoh Yang Berhormat Menteri akan mengadakan lawatan- lawatan di Denmark sebagai contoh pada hujung bulan ini kepada syarikat MAERSK Group di Copenhagen bagi membincangkan peluang-peluang dan potensi-potensi kerjasama dengan pihak MAERSK Group agar mereka terus dapat beroperasi di Malaysia.
Yang Berhormat Menteri juga akan membuat lawatan ke Hamburg, German di syarikat Hapag-Lloyd dan kerana syarikat Hapag-Lloyd ini merupakan satu syarikat perkapalan yang terbesar, yang kelima terbesar. Jadi seperti saya sebutkan tadi sebelum penggabungan Hapag-Lloyd dengan UASC, syarikat UASC ini beroperasi di Port Klang tetapi oleh sebab telah diambil alih oleh Hapag-Lloyd dan operasi ini dipindahkan ke Singapura.
Jadi lawatan-lawatan Yang Berhormat Menteri ini akan dapat menyumbang untuk menarik balik syarikat-syarikat container di Port Klang. Di samping itu juga, Port Klang sedang merancang untuk pembesaran untuk menampung efficiency pada masa akan datang seperti kelulusan untuk membangunkan Pulau Carey sebagai pelabuhan yang ketiga. Terima kasih.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu saya ingin mengalu-alukan kedatangan pemimpin masyarakat daripada kawasan Sri Gading dan juga daripada Beluran, Parlimen Beluran.
Tuan Yang di-Pertua, saya terpanggil untuk bertanyakan soalan. Akan tetapi sebelum itu izinkan saya memberitahu bahawa Singapura sedang membina Tuas Mega Port dan akan ada kapasiti sehingga 2040, 65 juta TEU- twenty feet equitment units. 2021 operasi pertama mereka akan menarik lebih kurang 20 lebih juta TU. Mungkin sebab port ini efficient, baru, itu sebab ada beberapa syarikat daripada Klang tengok- dan sekarang Singapura ada lima port terminal, Pasir Panjang, Tanjong Pagar, Pulau Brani, Keppel dan mereka melalui program selama 35 tahun, 2005 sampai 2040. Jadi mereka memperkukuhkan prasarana terminal itu sebab ada syarikat-syarikat yang pergi.
Akan tetapi Asia Tenggara, Selat Melaka pertumbuhan perkapalan 2015, 80,000 kapal seberat lebih 200 tan tetapi 2030 akan mungkin jadi double. Jadi kita perlu juga mengambil kesempatan untuk bersedia mengambil kepentingan untuk menambahkan kapasiti kita untuk kita dapat meraih peluang-peluang maritim ini dan kita sewajarnya menjadi sebuah negara maritim.
Jadi persoalan saya, kita sama-sama dalam Dewan ini telah meluluskan pindaan Akta Perkapalan Saudagar 1957 baru-baru ini, jadi ini satu akta yang baik dan kita dapat tambah pendaftaran kapal-kapal besar di samping kita menambah prasarana tempatan.
Jadi persoalan saya, apakah tindakan susulan kepada kementerian untuk memastikan bahawa akta ini dapat kita garap dan menarik potensi-potensi yang besar yang akan berlaku dalam 10 hingga 15 tahun sekarang, ia tidak lama. Singapura sudah buat, Indonesia mungkin akan buat, Thailand akan buat jadi Malaysia kena buat. Kita kena serius dalam perkara ini sebab tiap-tiap hari orang lain-lain buat keputusan. Jadi kalau kita tertangguh keputusan macam malam tadi, saya amat kecewalah.
Akan tetapi saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, penerbangan kita ada MAVCOM, macam darat kita ada SPAD tetapi untuk perkapalan, saya hendak tanya dengan adanya akta ini tadi, adakah kementerian bercadang untuk membuat satu badan atau satu lembaga macam MAVCOM supaya gerak kerja menarik pelaburan maritim ini, prasarana, connectivity, technology, automation ini mesti dibuat dalam bentuk mengikut kepentingan keperluan semasa. Jadi adakah kerajaan bercadang untuk membuat badan seperti MAVCOM, macam SPADA tapi khusus untuk maritim. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini kementerian belum bercadang untuk mewujudkan suruhanjaya maritim seperti yang diberi pandangan oleh Yang Berhormat Kota Tinggi. Walau bagaimanapun kementerian akan mengambil pandangan untuk membuat review.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Mengenai Akta Perkapalan Sudagar ini, memang kerajaan sedang menggiatkan untuk menarik lebih banyak lagi kapal-kapal untuk berdaftar di Malaysia. Sementara itu, kita juga sedang membuat usaha untuk menarik minat feeder operator daripada Indonesia seperti pelabuhan-pelabuhan di Belawan, Jakarta termasuk di Chennai, India, Sri Lanka untuk membantu meningkatkan transshipment di Pelabuhan Klang. Kita yakin dengan usaha-usaha ini selain daripada insentif-insentif yang Pelabuhan Klang tawarkan sebagai contoh- tadi kalau sebagai contoh syarikat feeder operator daripada Indonesia kalau dia bawa 1,000 container, kita akan bagi insentif seperti pengurangan tarif sehingga 6%. Pelbagai insentif disediakan oleh pihak pelabuhan untuk meningkatkan operasi ataupun volume di Pelabuhan Klang. Terima kasih.
5. Datuk Aaron Ago Anak Dagang [Kanowit] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan, pelan dan strategi kementerian bagi meningkatkan pengeluaran dan eksport komoditi utama negara seperti minyak sawit, getah, dan lada supaya negara kita masih menjadi pengeluaran utama dunia.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pelan dan strategi kementerian ini bagi meningkatkan pengeluaran dan eksport komoditi utama negara seperti sawit, getah dan lada adalah seperti berikut:
(i) meningkatkan pengeluaran hasil tanaman melalui perluasan kawasan tanaman baharu dan pada masa yang sama menanam semula tanaman komoditi yang tidak lagi produktif menggunakan klon-klon berhasil tinggi;
(ii) meningkatkan produktiviti hasil tanaman bagi setiap hektar yang ditanam melalui benih-benih yang bermutu tinggi dan tanah tahan penyakit, amalan baik pertanian, pengguna input pertanian yang sesuai dan penyelenggaraan ladang yang sempurna;
(iii) memperkenalkan kaedah automasi dan mekanisasi untuk penanaman dan penyelenggaraan bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan ladang termasuk penggunaan mesin yang sesuai untuk memetik hasil tuaian bagi mempercepatkan proses penuaian dan mengurangkan kerosakan hasil tanaman;
(iv) meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan R&D untuk menghasilkan produk-produk baru berasaskan komoditi negara;
(v) menghasilkan produk-produk hiliran premium yang boleh dipasarkan di peringkat global;
(vi) memperbanyakkan aktiviti promosi produk-produk komoditi Malaysia melalui misi teknikal dan ekonomi ke negara-negara sedia ada dan negara-negara pasaran baharu;
(vii) melipatgandakan usaha untuk menangani kempen-kempen negatif terhadap produk-produk komoditi keluaran negara terutamanya sawit melalui jalinan kerjasama dengan institusi- institusi penyelidikan di luar negara dan juga menggunakan tokoh-tokoh dan media-media berpengaruh antarabangsa; dan
(viii) melibatkan diri secara aktif dalam rundingan-rundingan perjanjian perdagangan bebas dua hala dan serantau antaranya seperti rundingan Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) yang melibatkan ASEAN dan enam rakan dagangan yang lain. Malaysia European Union Free Trade Agreement yang melibatkan negara-negara Kesatuan Eropah dan The Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership yang melibatkan 11 buah negara TPP.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur
Sekian, terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri pada puratanya pengeluaran FFB sawit daripada ladang-ladang besar adalah dalam lingkungan dua ataupun tiga tan sehektar sebulan. Akan tetapi bagi pekebun kecil ia mungkin setengah daripada itu. Kerajaan dalam Bajet 2018 telah pun memperuntukkan supaya para peladang ini dapat dilengkapkan dengan automasi dan mekanisasi moden seperti yang telah disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam jawapan tadi.
Jadi soalan saya di sini adalah, apakah sebenarnya langkah-langkah kerajaan dalam bantuan ini supaya pekebun-pekebun kecil ini dapat meningkatkan pengeluaran sawit mereka. Kedua, Yang Berhormat Timbalan Menteri kerajaan kita telah pun mengumumkan bahawa persijilan minyak sawit, certification melalui kita punya MSPO akan menjadi mandatori menjelang Disember 2019. Jadi apakah reaksi ataupun tindakan kerajaan apabila Sabah telah mengumumkan bahawa mereka akan melaksanakan RSPO certification. Terima kasih.
Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur
Tuan Yang di-Pertua, pertama berhubung dengan apa sebenarnya langkah-langkah kerajaan membantu pekebun- pekebun untuk meningkatkan usaha mereka atau meningkatkan produktiviti mereka.
Tuan Yang di-Pertua, melalui MPOB banyak usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu kepada pekebun-pekebun kecil yang memang menghasilkan produk-produk yang kurang berbanding dengan ladang-ladang besar. Satu daripadanya ialah kerajaan memberikan bantuan tanam semula dan tanam baru. Dalam pada itu apabila hendak mengadakan tanam semula dan tanam baru, kerajaan melalui MPOB memberi benih-benih yang lebih baik dan berkualiti.
Oleh sebab itu, maka ia akan menghasilkan hasil yang lebih besar berbanding dengan baka-baka yang digunakan sebelum itu. Kerajaan juga memberi bantuan penyelenggaraan kepada pekebun-pekebun kecil yang mengadakan tanam semula.
Apabila tanam semula dijangka dua tiga tahun mereka tidak ada pendapatan, oleh itu kerajaan melalui MPOB juga membantu.
Seperkara juga dibuat oleh kerajaan ialah memberi bantuan integrasi tanaman dan juga integrasi ternakan. Usaha ini adalah untuk memberi pendapatan yang lebih kepada pekebun-pekebun kecil supaya mereka dapat pendapatan-pendapatan bila mana harga tanaman mereka tidak turun ataupun tidak stabil. Begitu juga berpandukan tanaman dan juga ternakan.
Satu perkara lagi yang diusahakan oleh kerajaan ialah satu sistem yang dinamakan Oil Palm Industry Mechanisation Incentive Scheme (OPIMIS). Melalui skim ini kerajaan menggalakkan para penanam untuk mekanisasikan ladang mereka dan dengan usaha itu kerajaan memberi bantuan subsidi lebih kurang 20 peratus kepada penanam-penanam untuk membeli alat-alat yang diperlukan oleh mereka untuk digunakan di ladang.
Berhubung dengan getah pula, kerajaan telah memberi banyak bantuan.
Sekarang ini bantuan tanam semula bagi penanaman getah dilaksanakan oleh RISDA bukan LGM. Kerajaan sekarang ini juga memberi bantuan Bantuan Musim Tengkujuh
(BMT) kepada pekebun-pekebun kecil getah. Di bawah NKEA untuk tahun 2018, kerajaan telah memberi bantuan tanam baru dan tanam semula bagi Sabah dan Sarawak berjumlah RM6.3 juta dan bagi Sarawak pula RM83.07 juta yang diberi untuk tahun 2018.
Berbalik kepada berhubung pula dengan lada, lada pula kerajaan telah menggunakan skim yang dinamakan Skim tanaman Baru Lada dan skim ini amat popular di Sarawak. Keseluruhannya ialah RM18.53 juta telah diberikan oleh kerajaan dan digunakan kepada tahun 2016 dan 2017 dan pada tahun 2018 kerajaan telah memperuntukkan RM10 juta untuk skim ini. Jadi sebenarnya memang banyak usaha kerajaan yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti-produktiviti kepada pekebun- pekebun kecil terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, MPOB ialah adalah satu organisasi yang boleh dikatakan terbaik. Adakah MPOB terfikir untuk mengalih sedikit tumpuan mereka kepada tanaman kelapa juga tetapi kelapa matag dan kelapa lain.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Oleh sebab ternyata kelapa-kelapa jenis ini mempunyai potensi untuk dikembangkan downstream industry kerana kita dapati kelapa sawit ini terlalu sensitif dengan harga baja.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Kalau kita lihat bila harga kelapa sawit naik, baja juga naik. Akhirnya, ia sensitiviti. Maknanya seolah-olah ada pakatan di antara pengeluar baja di seluruh dunia melihat bahawa harga kelapa sawit ini kalau naik dia akan menaikkan baja, racun dan sebagainya. Jadi, apakah langkah MPOB untuk mengekang suasana seperti ini dan cuba beralih sedikit kepada kelapa yang lain bukan sahaja kelapa sawit. Terima kasih.
Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih juga Yang Berhormat daripada Rompin. Sebelum itu saya ingin menjawab sedikit soalan yang terlupa tadi dijawab, soalan tambahan daripada Yang Berhormat Kanowit. Berhubung dengan MSPO, pelaksanaan Malaysian Sustainable Palm Oil
(MSPO) dan juga apa pandangan kementerian bila mana Sabah menerima pakai Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO).
Bagi kita di kementerian, kita akan berunding seterusnya dengan Kerajaan Negeri Sabah untuk mencapai satu keputusan yang amat baik. Sebabnya, apabila kita menggunakan RSPO maka kita tidak ada kuasa untuk menentukan. Sebabnya, RSPO ini adalah di anggotai oleh orang-orang luar negeri. Jadi, oleh sebab itu maka tentu sekali kita tidak ada kuasa untuk menentukan hala tuju industri kita. Oleh sebab itu, kerajaan telah melaksanakan MSPO dan Sabah telah pun mengemukakan bahawa Sabah akan terus menggunakan sistem RSPO tetapi kerajaan melalui MPIC akan terus berunding dengan Kerajaan Sabah.
Berhubung dengan soalan daripada Yang Berhormat Rompin tadi. Berhubung dengan tanaman kelapa. Kelapa makan. Jadi, sebenarnya kelapa ini masih lagi di bawah Kementerian Pertanian. Dia bukan lagi di iktiraf sebagai komoditi. Jadi, oleh itu maka kita MPOB tiada kuasa untuk mengambil tindakan berhubung dengan kelapa ini. Kelapa adalah di bawah Kementerian Pertanian. Sekian, terima kasih.
6. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan, projek-projek pembangunan semula Projek Perumahan Awam di Kuala Lumpur, tarikh-tarikh permulaan projek, pemaju-pemaju yang dipilih dan tawaran yang akan diberikan kepada penyewa dan pemilik sedia ada PPA tersebut.
Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia Negaraku. Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kuala Krai, projek-projek pembangunan semula perumahan awam ataupun PA di Kuala Lumpur melibatkan kawasan perumahan yang melebihi 20 tahun. Kawasan usang serta tidak kondusif untuk didiami serta unit-unit satu bilik dan dua bilik berkeluasan di antara 400 atau pun 500 kaki persegi. Projek-projek ini bukan sahaja melibatkan pembangunan in-situ malahan melibatkan pembangunan di kawasan lain yang bersesuaian dengan jumlah unit yang terlibat.
Buat masa ini, terdapat empat lokasi terlibat iaitu Flat Pekeliling, Rumah Panjang Setapak Jaya, Perumahan Awam Razak Mansion dan Rumah Panjang Jinjang Utara. Bagi perumahan Flat Pekeliling, semua penghuni telah berpindah ke Perumahan Awam Desa Rejang dan Flat Sri Terengganu pada tahun 2005. Manakala, Rumah Panjang Setapak Jaya semua penghuni telah dipindahkan ke Perumahan Awam Desa Rejang pada bulan November 2008. Bagi, Perumahan Awam Razak Mansion semua penghuni dipindahkan ke Perumahan 1Razak Mansion pada bulan Mei 2017. Begitu juga Rumah Panjang Jinjang Utara di mana penghuni telah mula berpindah ke Perumahan Projek Rakyat (PPR) Sri Aman pada September 2017.
Semua penghuni telah berpindah dan mendiami di satu kawasan perumahan yang baru. Keluasan melebihi 650 kaki persegi, tiga bilik dan dua bilik air. Penghuni diberi tawaran untuk menyewa atau membeli unit baru atau gantian satu unit secara percuma bagi penghuni yang telah membeli unit asal di kawasan yang terlibat dengan pembangunan semula tersebut. Sekian, terima kasih.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tersebut. Ada lagi bahagian soalan yang tidak dijawab tetapi mungkin ada jawapan bertulis iaitu pemaju-pemaju yang telah dipilih dan bila ataupun bila jangkanya siap.
Saya ingin mengambil perhatian Yang Berhormat Menteri bahawa kerajaan telah memutuskan untuk mengadakan moratorium terhadap pembinaan rumah-rumah mewah dan juga pejabat-pejabat melebihi satu juta. Saya dimaklumkan dalam projek- projek pembangunan semula rumah awam di bandar raya ini, komponen pembinaan itu termasuk rumah baru untuk penghuni asal dan juga bahagian komersial.
Jadi, saya hendak bertanya kepada kementerian sama ada moratorium ini melibatkan projek-projek yang sedia ada dan yang akan datang. Ini kerana saya dimaklumkan di Keramat, di Seri Perlis pun akan dibangunkan. Sama ada moratorium ini boleh membantu pemaju menukar daripada pembangunan komersial yang mahal dan rumah yang mahal kepada lebih banyak rumah-rumah mampu milik untuk penduduk- penduduk B40 atau M40 di kawasan bandar raya. Terima kasih.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, moratorium yang kita kenakan adalah satu moratorium untuk perumahan-perumahan ataupun kondominium- kondominium yang mewah dan juga pejabat-pejabat dan mall ataupun shopping complex.
Untuk perumahan rakyat, dia tidak ada moratorium. Masih boleh dibangunkan.
Syarat moratorium yang dikenakan masih lagi kita menunggu daripada pihak Kementerian Kewangan ataupun Bank Negara, apa yang syarat-syarat yang mereka akan kenakan di atas sebab-sebab yang telah disebutkan oleh Kementerian Kewangan dan juga Bank Negara.
Maka, sebagai sebuah PBT Kuala Lumpur kita akan akur dan kita juga akan berbincang dengan pihak-pihak yang tertentu jika kawasan-kawasan yang diperlukan pembangunan seperti ini, kita juga akan mempertimbangkan. Ini kerana buat masa sekarang untuk makluman Ahli Yang Berhormat, banyak kawasan-kawasan central business district (CBD) yang masih lagi boleh dibangunkan. Ini kerana kebanyakan unit- unit ini dijual kepada orang-orang asing dan juga orang-orang daripada luar negara.
Tadi, Yang Berhormat minta maaf saya terlupa hendak menjawab berkenaan dengan senarai yang telah melaksanakan projek-projek rumah seperti apa yang Yang Berhormat telah minta. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek pembangunan 12 blok Perumahan Awam Desa Rejang, pemaju Axis Sendirian Berhad, tarikh mula siap 2001 hingga 2005. Kawasan perumahan terlibat Flat Pekeliling.
Tawaran kepada penyewa, menyewa unit baru di Desa Rejang dengan harga RM124 sebulan ataupun mereka boleh membeli rumah-rumah ini dengan harga RM42,000 ataupun di Parcel Sentul Selatan. Untuk nombor dua, projek pembangunan Taman Sri Rampai. Nama pemaju CRSC Sendirian Berhad, tarikh mula 2013 dan tarikh siap 2016. Ini daripada Rumah Panjang Setapak Jaya. Membeli Perumahan Awam Desa Rejang RM42,000 atau membeli rumah rakyat Adelia dengan juga harga RM42,000.
Projek pembangunan Razak Mansion, Tetuan Impianika Development Sdn.
Berhad, mula 2014, siap 2017. Perumahan Awam Razak Mansion yang dipanggil sekarang membeli unit gantian dengan harga RM42,000. Ada juga unit-unit telah kita beri dengan secara gantian secara percuma kepada tuan milik. Untuk projek perumahan rakyat Sri Aman, KPKT yang telah amanahkan kepada unit-unit ini kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di bangun pada 2014 dan siap 2017. Rumah Panjang Jinjang Utara. Membeli unit PPR Sri Aman dengan harga RM35,000 ataupun mereka boleh iaitu dengan harga tunai ataupun mereka boleh membeli dengan secara rent-to-own dengan harga RM42,000.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Untuk makluman Yang Berhormat, apa yang kita lakukan di Kementerian Wilayah Persekutuan kita akan minta RFP untuk projek-projek yang kita ingin laksanakan. Di mana beberapa syarikat akan kita nilai- apa yang mereka hendak lakukan terhadap pembangunan-pembangunan kawasan-kawasan yang telah usang ini. Ada seperti Yang Berhormat telah sebut berkenaan dengan Sri Perlis, Kampung Keramat dan kawasan-kawasan tertentu.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Sekarang ini kita sedangkan galakkan rakyat untuk membeli unit tersebut supaya bila pembangunan dilaksanakan kita dapat beri mereka gantian secara percuma ataupun mereka boleh membeli unit yang baharu ini dengan keluasan 800 kaki persegi dengan harga RM42,000. Itu niat kita kerana kita hendak beri khususnya rakyat yang di kawasan-kawasan ini untuk memiliki rumah-rumah dan kawasan-kawasan lain seperti di Flat Sri Labuan di Bandar Tun Razak juga difikirkan untuk dibangunkan semula dengan cara yang telah saya sebutkan tadi, Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu saya ingin mengalu-alukan pemimpin-pemimpin masyarakat dari Parlimen Kinabatangan yang berada dalam Dewan pada pagi ini.
Yang Berhormat Menteri, Dasar Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan ini adalah untuk merealisasikan hasrat perumahan negara dapat dicapai. Malang sekali saya melihat di wilayah ini rumah mampu milik ini sudah hampir-hampir mustahil untuk dimiliki cuma mungkin mampu ditengok dan mampu dilihat. Itu yang saya dapat aduan.
Mereka juga menyatakan bahawa harapkan PR1MA, PR1MA sudah jauh tersasar bukan lagi menyediakan rumah mampu milik tetapi tinggal rumah yang tidak boleh dimiliki. Jadi apakah- soalan tambahan saya, apa langkah-langkah yang drastik, yang komprehensif yang dilakukan oleh kementerian dan kerajaan untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia yang berada di wilayah ini dapat memiliki rumah mampu milik dan memberi keselesaan kepada mereka? Terima kasih.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Terima kasih, Yang Berhormat daripada Kinabatangan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya tidak setuju apa Yang Berhormat Kinabatangan telah sebut.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Program RUMAWIP Wilayah Persekutuan hari ini kita telah meluluskan lebih daripada 70,000 unit untuk dibangunkan dan yang telah siap lebih daripada 13,000 unit – tidak silap saya, ini barangkali siap tetapi – ini yang saya tidak berapa pasti tetapi telah pun ada yang siap.
Untuk makluman Yang Berhormat harga yang ditawarkan bermula daripada RM188,000 hingga ke RM300,000, unit-unit ini dan ada juga permasalahan seperti Yang Berhormat telah bangkitkan berkenaan dengan tidak mampu dimiliki. Untuk makluman Yang Berhormat, kita juga ada program-program tertentu umpamanya ada kita bangun semula satu kawasan yang dipanggil Desa Pandan di mana rumah-rumah setinggan kita telah bangunkan semula, kita jual kepada kawan-kawan kita yang duduk di setinggan khususnya kaum India dengan harga RM42,000.
Akhirnya, kawan-kawan kita ini tidak dapat meminjam wang daripada pihak institusi kewangan maka kita juga telah membantu mereka dengan meminta supaya Yayasan Wilayah Persekutuan untuk memberi pinjaman kepada mereka di mana mereka hanya perlu membayar RM300 sebulan selama 12 tahun supaya rumah itu akan jadi milik mereka. Ini program yang kita ada. Macam-macam harga yang ada Yang Berhormat.
Ada harga yang hari ini baru-baru ini kita juga telah melancarkan satu rumah mampu milik di kawasan Taman Desa dengan harga RM230,000 untuk 850 kaki persegi, kondominium facilities dan ini juga telah mendapat sambutan daripada rakyat. Jika ada masalah rakyat yang tidak dapat dari segi mendapat pinjaman, pihak Kementerian Kewangan akan cuba untuk menyelesaikan masalah ini dengan cara bagaimana dapat membantu mereka.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, PR1MA tidak ada masalah, PR1MA juga membantu rakyat. Kedua, ini biarlah Menteri yang jaga PR1MA yang akan jawab tetapi saya hanya hendak bagi tahu Yang Berhormat tidak adil kalau Yang Berhormat kata PR1MA membangunkan rumah-rumah hanya mampu dilihat. Begitu juga Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan projek ini- rumah-rumah yang kita bangunkan ini merupakan rumah-rumah yang kita jual kepada penjawat awam dengan harga subsidi. Ada rumah mula daripada umpamanya di dalam kawasan saya sendiri di Putrajaya, ada rumah yang mulai daripada harga dengan RM90,000 untuk 900 kaki persegi, RM120,000 untuk 1200 kaki persegi dan RM200,000 dengan saiz 1500 kaki persegi.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Jadi jangan Yang Berhormat keliru kerana kita laksanakan ini demi untuk memastikan bahawa warga Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dapat memiliki rumah.
Begitu juga di Labuan, di mana kita telah bangunkan rumah-rumah unit dengan saiz 800 kaki persegi dengan kos RM152,000 dan ini tidak mungkin dan kita tahu harga- harga ini adalah lebih mahal daripada harga yang telah kita jualkan kepada rakyat. Itulah sebab Yang Berhormat daripada Kuala Krai tanya tadi kita adakan moratorium 10 tahun kerana kita tidak mahu keadaan speculation akan berlaku bila rumah-rumah ini diberi kepada rakyat. Itulah sebab kita adakan moratorium 10 tahun maka mereka tidak boleh jual 10 tahun.
Akan tetapi, baru-baru ini kita juga telah setuju di mana rumah-rumah macam kita beri rumah secara percuma Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan. Ini kita beri secara percuma kepada yang betul-betul asnaf yang betul-betul tidak berkemampuan kita telah benarkan kalau rumah ini tidak boleh dijual tetapi boleh ditukar milik kepada waris. Itu kita benarkan, terima kasih Yang Berhormat.
7. Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris [Jerantut] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, adakah kementerian bercadang membuka sebuah Mini RTC di Kuala Tahan bagi memperkasa ekonomi serta memudahkan penduduk setempat berurusan dengan agensi Kerajaan terutamanya bagi penduduk di Hulu Tembeling.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, saya belum sediakan pantun untuk membalas tapi ada sedia jawapan.
Tuan Yang di-Pertua, dan Yang Berhormat Jerantut. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah amat menghargai pandangan Yang Berhormat kerana melihat Mini RTC sebagai salah satu platform yang dapat membantu penduduk luar bandar dan dalam memperkasa ekonomi serta memudahkan penduduk setempat berurusan dengan agensi kerajaan. Bagi cadangan Yang Berhormat untuk membuka sebuah Mini RTC di Kuala Tahan, buat masa ini permohonan untuk membuka Mini RTC yang baharu belum dapat dipenuhi memandangkan peruntukan yang agak terhad.
Walau bagaimanapun, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengambil maklum dan akan mempertimbangkan mengenai perkara ini sekiranya mempunyai peruntukan di masa hadapan.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, buat masa ini sudah terdapat 21 buah mini RTC di negeri Pahang yang dikawal selia oleh pejabat KKLW negeri Pahang, MARA dan FELCRA yang mana terdapat satu mini RTC di daerah Jerantut iaitu Mini RTC Ulu Cheka. Mini RTC yang berdekatan ini diharap dapat memberi perkhidmatan kepada penduduk sekitar termasuk masyarakat dari kawasan Kuala Tahan. Kementerian tahu Mini RTC Ulu Cheka ini adalah agak jauh dari daerah Jerantut, jaraknya 100 kilometer.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jerantut.
Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris - Jerantut
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, tempat Kuala Tahan ini jaraknya lebih kurang 80 kilometer dari bandar Jerantut dan kalau ke pusat Mini RTC Ulu Cheka itu lagilah jauh. Kalau kita boleh buat di Kuala Tahan ini ia memberikan perkhidmatan kepada penduduk yang jauhnya sejarak tiga jam perjalanan mengikuti bot melalui Sungai Tembeling. Jadi sebab itu saya rasa satu keperluan untuk membina RTC di kawasan ini bagi memudahkan rakyat di kawasan tersebut.
Seterusnya saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah setakat ini mini RTC yang dijalankan di banyak tempat ini mendapat kerjasama daripada agensi-agensi lain ataupun adakah dibuat secara kolaborasi antara agensi-agensi kerajaan bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk-penduduk di kawasan sekitar di mana mini RTC itu ditubuhkan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Tiada maklumat tambahan tentang apa yang telah ditanya juga.
Yang Berhormat Jerantut, antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh mini RTC di seluruh negara yang melibatkan kolaborasi bersama jabatan-jabatan kerajaan dan swasta adalah seperti berikut:
(i) latihan komuniti berimpak tinggi seperti kursus pertanian bersama FAMA;
(ii) latihan kemahiran desa bersama GIATMARA;
(iii) latihan eRezeki bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC);
(iv) perkhidmatan setempat secara kolaborasi dengan agensi kerajaan dan swasta seperti pemeriksaan kesihatan bersama Kementerian Kesihatan dan perkhidmatan Pos Malaysia bergerak;
(v) program berbentuk kesukarelawan bersama Kementerian Pengajian Tinggi dan 1M4U kepada penduduk setempat seperti melaksanakan gotong-royong dan tuisyen kepada pelajar sekolah rendah; dan,
(vi) ada juga Kiosk Informasi 1Malaysia yang menawarkan pelbagai informasi dan perkhidmatan berkaitan agensi-agensi kerajaan secara atas talian seperti semakan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan semakan Unit Pusat Universiti (UPU) online bagi tawaran kemasukan pelajar ke IPTA.
Sekian, terima kasih.
8. Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera] minta Perdana Menteri menyatakan, mengapa penulis Muslim terkenal dari Turki, Mustafa Akyol, ditangkap dan ditahan selama satu malam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki
Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menjawab pertanyaan ini serentak dengan pertanyaan oleh Yang Berhormat Shah Alam pada 30 November 2017 kerana menyentuh isu yang sama iaitu berkaitan dengan penahanan Mustafa Akyol.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, silakan Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya isu penangkapan Mustafa Akyol ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bendera semasa perbahasan Bajet 2018 di peringkat dasar dan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memberikan penjelasan panjang lebar semasa penggulungan pada 8 November yang lalu. Malahan beberapa orang Ahli Yang Berhormat telah mencelah dan meminta penjelasan yang lebih terperinci. Namun, saya ulangi beberapa perkara penting yang disebut di dalam jawapan tersebut.
Untuk makluman Yang Berhormat, tindakan yang diambil oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ke atas Mustafa Akyol, seorang penulis dan ahli akademik warganegara Turki adalah berdasarkan aduan mengenai pembentangannya di Kuala Lumpur dan terbuka untuk orang awam. Menerusi semakan, didapati bahawa Mustafa Akyol tidak mempunyai tauliah bahkan pihak penganjur atau beliau sendiri tidak membuat sebarang permohonan bagi tujuan tersebut.
Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki
Beliau telah diberikan surat perintah hadir bagi memberikan keterangan mengikut seksyen 58(1) Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 560] tetapi gagal mematuhi perintah hadir ke JAWI bagi memberikan keterangan. JAWI telah melengkapkan siasatan dan mendapati beliau tidak memahami peraturan-peraturan berkenaan tauliah mengajar dan ini adalah merupakan kesalahan kali pertama dan beliau telah memohon maaf kepada pihak JAWI dan pihak JAWI telah membebaskannya. Pada masa yang sama pihak JAWI telah memberikan peringatan kepada beliau berkenaan keperluan untuk mendapatkan tauliah mengajar pada masa yang akan datang.
Oleh yang demikian, adalah ditegaskan bahawa tindakan yang dikenakan kepada Mustafa Akyol dan penganjur adalah berdasarkan kepada peruntukan undang- undang sedia ada yang berkuat kuasa. Sehubungan ini, ingin saya tegaskan bahawa keperluan tauliah untuk mengajar apa-apa aspek agama Islam telah ditetapkan di dalam seksyen 96, Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993.
Justeru, syarat tauliah merupakan pendekatan bagi memastikan setiap penceramah sama ada daripada dalam ataupun luar negara adalah berkelayakan tidak membawa fahaman yang menyeleweng dan bertentangan dengan prinsip agama Islam yang berorientasikan Malaysia serta membawa anasir perpecahan di kalangan masyarakat. Sekian.
Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan tadi. Akan tetapi saya hendak nyatakan di sini bahawa peristiwa ini sebenarnya telah amat memalukan negara kita di mata dunia sehingga telah menarik perhatian media-media antarabangsa. Di United Nations Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita melaungkan mengenai konsep wasatiyyah tetapi di sini kita nampak apa maknanya wasatiyyah apabila seorang cendekiawan yang berbicara mengenai Islam dalam konteks akademik dan bukan dalam kuliah agama telah ditangkap.
Jadi pada saya, saya nampak pokok pada permasalahan ini sebenarnya adalah peruntukan undang-undang seperti mana yang Yang Berhormat Menteri telah sebutkan tadi di mana takrifan kepada mengajar tanpa tauliah itu adalah terlalu tidak jelas dan terlalu luas sehinggakan apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam pun dikira sebagai mengajar tanpa tauliah.
Jadi, pada saya, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa terdapat kelemahan yang ketara dalam peruntukan undang-undang ini dan ia harus dikaji semula agar ia tidak disalahgunakan untuk tujuan yang sewenang-wenangnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Bagi pandangan saya, tidak ada apa yang hendak kita malukan kerana kita tidak boleh merasa apologetic dengan keunikan dan keistimewaan yang kita ada dalam konteks Malaysia dan pemerintah kita, kita kena faham bahawa kita kena meletakkan asas kestabilan, kerukunan dan keharmonian rakyat yang berbilang kaum dan berbilang agama. Inilah yang telah kita pertahankan selama 60 tahun kerana kebijaksanaan kepimpinan kita, memastikan sebarang anasir dan unsur-unsur yang boleh mengganggu- gugat kedaulatan dan kestabilan masyarakat apabila cuba membawa fahaman-fahaman yang menyeleweng.
Oleh sebab itulah saya tidak nampak apa-apa bertentangan dengan prinsip wasatiyyah kerana jangan kita menggunakan prinsip wasatiyyah untuk kita menjustifikasikan tindakan-tindakan yang boleh mengganggu-gugat kestabilan kita. Ini kerana kena faham maksud wasatiyyah bukan bermaksud liberal. Maksud wasatiyyah bukan bermaksud moderate tanpa hala tuju tetapi maksud wasatiyyah yang dianjurkan atau disebutkan dalam Al-Quran...
[Berucap dalam bahasa Arab] . Maksudnya dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “Umat yang cemerlang ...”.
Maksud wasatiyyah adalah kecemerlangan, ajwad, keadilan adalah dan juga keseimbangan muktadil. Maknanya, kalau kita hendak memastikan keadilan itu sentiasa berada dalam konteks negara kita, kita kena memastikan keamanan dan kesejahteraan.
Salah satu peruntukan undang-undang yang diluluskan di dalam Dewan yang mulia ini adalah untuk memastikan apa sahaja unsur-unsur dan ajaran-ajaran, ideologi-ideologi asing yang menyeleweng, yang boleh mengganggu-gugat struktur asas negara kita yang berpandukan kepada Islam, yang akidahnya Ahlul Sunah Wal Jamaah, prinsipnya wasatiyyah, maqasid syariah sebagai tunjang, tidak diganggu-gugat.
Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki
Oleh sebab itulah kita sama-sama telah meluluskan undang-undang ini dan akta ini. Saya tidak melihat bahawa tidak ada peruntukan yang jelas dalam soal tauliah seperti mana saya sebutkan tadi, SOP pun diperkirakan dan tauliah ini diberikan kepada mereka yang cuba untuk mengajar apa sahaja yang berkaitan dengan agama Islam yang kita kena pastikan bahawa ia sentiasa terikat kepada kerangka Islam yang diamalkan dalam kerangka Malaysia supaya tidak boleh mencetuskan sebarang bentuk ketidaktenteraman dan boleh menjejaskan keharmonian negara. Sekian, terima kasih.
9. Datuk Dr. Ewon bin Ebin [Ranau] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan:
(a) jumlah peruntukan yang diperuntukkan bagi negeri Sabah dan Sarawak dan bagi membantu pekebun kecil dalam program penanaman semula kelapa sawit; dan
(b) bagi membantu pekebun kecil untuk memulakan penanaman atau menanam semula lada hitam.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Ranau. Jumlah keseluruhan peruntukan yang telah disalurkan kepada pekebun kecil persendirian di bawah program Skim Tanam Semula Sawit bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 adalah sebanyak RM1.18 bilion.
Sehingga 31 Oktober 2017, bilangan pekebun kecil di Sabah dan Sarawak yang terlibat adalah seperti berikut:
• Sabah - 3,296 pekebun kecil dengan peruntukan RM131.66 juta; • Sarawak - 197 pekebun kecil dengan peruntukan RM6.12 juta.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur
Setiap peserta skim akan memperoleh bantuan bernilai RM7,500 sehektar bagi pekebun kecil di Semenanjung dan RM9,000 sehektar bagi pekebun kecil di Sabah dan Sarawak. Bagi Rancangan Malaysia Kesebelas yang bermula pada tahun 2016, jumlah peruntukan di bawah skim yang sama adalah sebanyak RM216 juta.
Bilangan pekebun kecil di Sabah dan Sarawak yang terlibat sehingga 31 Oktober 2017 adalah seperti berikut:
• Sabah, 863 pekebun kecil dengan peruntukan RM7.76 juta.
• Sarawak, lima pekebun kecil dengan peruntukan RM45,000.
Bantuan ini meliputi penyediaan kawasan tanaman anak benih sawit, baja sebatian untuk keperluan tahun pertama dan tahun kedua serta racun kawalan rumpai dan perosak.
Tuan Yang di-Pertua, bagi penanaman lada, kerajaan telah mewujudkan skim tanaman baharu lada untuk membantu pekebun kecil mengusahakan tanaman lada, memperluaskan kawasan tanaman dan menanam semula, pekebun yang diserang makhluk perosak dan kerosakan akibat bencana alam. Had bantuan bagi seorang pekebun kecil adalah 800 ekar, 800 pokok ataupun 0.4 hektar sepanjang tempoh RMK- 11. Walau bagaimanapun, bantuan yang diberi kepada pekebun kecil dalam setahun adalah tidak melebihi 200 pokok atau 0.1 hektar di Sarawak dan tidak melebihi 800 pokok di Semenanjung Malaysia dan Sabah.
Bagi tahun 2016 dan 2017, kerajaan menyediakan bantuan sebanyak RM26,000 sehektar kepada pekebun kecil yang merangkumi pemberian input pertanian seperti baja, racun, dolomit, insentif berbentuk wang tunai bagi keratan dan tiang sokongan serta khidmat nasihat teknikal. Sekian, terima kasih.
Datuk Dr. Ewon Ebin - Ranau
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sebentar, sebentar Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran enam orang Ahli County Councillors daripada United Kingdom...
[Tepuk] Ya, sila Yang Berhormat Ranau.
Datuk Dr. Ewon Ebin - Ranau
Okey, terima kasih di atas jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, negeri Sabah adalah di antara negeri di mana kadar kemiskinan masih lagi tinggi kalau dibandingkan dengan negeri- negeri lain di Malaysia ini.
Jadi satu cara yang dilakukan untuk mengeluarkan mereka ini daripada kepompong kemiskinan ialah untuk membantu menanam tanam-tanaman yang memberikan hasil yang berterusan seperti kelapa sawit, getah dan juga lada hitam. Kita juga sedar bahawa seperti mana yang diterangkan tadi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa sudah ada bantuan.
Akan tetapi untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, di Sabah masih ramai pemohon yang telah memohon tetapi belum mendapat bantuan. Jadi persoalan saya di sini ialah bolehkah kementerian menambah peruntukan itu supaya lebih ramai lagi pemohon yang dapat bantuan di Sabah dan mungkin juga di Sarawak?
Kedua, soalan saya ialah bolehkah kementerian membina lebih banyak jalan- jalan pertanian di negeri Sabah ini oleh kerana inilah merupakan sebagai satu penghalang utama bagi pekebun-pekebun kecil untuk mengusahakan tanah-tanah mereka? Sekian.
Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Ranau. Memang kita maklum bahawa di Sabah, khasnya di Sabah, ramai pemohon yang memohon tetapi belum dapat bantuan.
Ini disebabkan ialah undang-undang tanah di Sabah yang agak unik berbanding dengan di Semenanjung. Di Sabah kita, apabila seseorang telah dapat memohon tanah, dia akan mendapat resit permohonan tanah (PT).
Biasanya pemohon-pemohon ini akan terus mengusahakan ladangnya tetapi sistem kita di MPOB ini, apabila kita berikan bantuan, kita perlukan geran tanah daripada pekebun. Jadi itu sebab jadi masalah. Sekarang ini kita telah berusaha untuk memberi bantuan sedikit kepada pekebun kecil ini dengan meminta pejabat tanah ataupun pegawai daerah di kawasan berkenaan untuk memberi pengesahan bahawa tanah ini telah diluluskan kepada pekebun-pekebun kecil. Jadi itu akan membolehkan MPOB menyalurkan bantuan kepada pekebun-pekebun kecil. Itu yang sebenarnya yang timbul masalah di Sabah.
Berhubung dengan ladang-ladang ataupun dinamakan jalan ladang ini, memang diakui ini amat penting terutamanya di kawasan saya di pantai timur Sabah di mana tanahnya begitu lembut, becak apabila hujan. Jadi ini akan memerlukan banyak peruntukan dari kerajaan dan kita telah meluluskan beberapa jalan ladang di seluruh Sabah untuk dilaksanakan. Ada yang telah selesai dilaksanakan pada tahun ini dan ada juga yang masih dalam proses pelaksanaan, jalan-jalan ladang. Sekian, terima kasih.
[Soalan No.10 - Dr. Che Rosli bin Che Mat (Hulu Langat) tidak hadir]
11. Dato' Dr. Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah [Lenggong] minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah hasil perbincangan kementerian bersama Institut Jantung Negara (IJN) berkenaan kaedah penetapan bayaran yang digunakan sebelum ini perlu diubah supaya tiada aduan mengenai kos rawatan yang tinggi berbanding kos di hospital kerajaan lain yang menyediakan perkhidmatan rawatan sama.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Shamsul Anuar daripada Lenggong.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Soalan ini berkenaan dengan kos rawatan di IJN, Tuan Yang di-Pertua. Institut Jantung Negara telah ditubuhkan di bawah pelaksanaan Dasar Penswastaan Kerajaan pada 1 September 1992 sebagai pusat rujukan nasional bagi rawatan penyakit-penyakit kardiologi dan kardiotorasik. Seperti yang dinyatakan di dalam Perjanjian Pengkorporatan ataupun Corporatization Agreement, di antara Kerajaan Malaysia dan IJN bertarikh 10 Oktober 2000, penubuhan IJN adalah untuk tujuan penyediaan perkhidmatan diagnostik, perubatan dan pembedahan.
Tuan Yang di-Pertua, satu yuran rawatan kepada pesakit tanggungan kerajaan adalah berdasarkan struktur yuran rawatan yang diluluskan oleh mesyuarat Jemaah Menteri pada 16 Julai 2003 dan masih diguna pakai sehingga sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, tanggungan kerajaan adalah kepada penjawat- definisi tanggungan kerajaan untuk rawatan di IJN ini ialah satu, penjawat awam, pesara kerajaan dan ahli keluarga mereka sebagaimana yang ditakrifkan di dalam Perintah- perintah Am Bab F, Sistem Saraan Baru dan apa-apa pindaan yang dibuat kemudian dan juga orang yang berpendapatan rendah ataupun low income person atau yang didefinisikan sebagai orang yang berpendapatan rendah yang tidak mampu membayar perkhidmatan yang ditawarkan oleh IJN dan biasanya akan menerima perkhidmatan diagnostik, perubatan dan pembedahan dan semua perkhidmatan lain di hospital kerajaan pada kadar subsidi atau secara percuma seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.
Mereka ini, Tuan Yang di-Pertua, akan dibuat assessment, dengan izin, oleh bahagian kebajikan hospital tersebut dan yang tidak mampu memang akan ditaja di bawah Tabung Bantuan Perubatan, Tuan Yang di-Pertua. Untuk pesakit bukan tanggungan kerajaan, struktur yuran swasta adalah berpandukan kepada Jadual Ketiga Belas Perintah Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Pindaan) 2013.
Jadual Ketiga Belas memberi kuasa kepada kerajaan untuk meletakkan harga siling ataupun had maksimum kepada fi profesional iaitu fi perundingan dan fi tatacara pengamal perubatan atau pergi ke swasta supaya rakyat diberi perlindungan daripada dikenakan caj yang terlampau tinggi.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Walau bagaimanapun, selain daripada fi profesional, Kementerian Kesihatan tidak mengawal kos bagi penginapan, fi tatacara kejururawatan, caj peralatan seperti caj alat pakai buang, jarum, picagari dan sebagainya serta caj untuk ujian makmal dan kos- kos perubatan yang lain, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, kita tahu bahawa IJN telah lama wujud dan memberikan perkhidmatan yang banyak dan berjasa kepada rakyat dalam negara ini. Cuma saya ingin dapat kepastian daripada Yang Berhormat, kita juga sedar tentang kewujudan pelbagai hospital lain yang juga menawarkan perkhidmatan jantung ini. Daripada segi rankingnya, apakah kedudukan IJN masih lagi berada di nombor satu kah ataupun ada hospital lain yang mengatasinya?
Kedua, berbanding dari segi jumlah kosnya, sama ada ia dibuat pemotongan atau tidak. Apakah kos rawatan yang diberikan di hospital ini masih lagi rendah atau tinggi berbanding dengan hospital-hospital lain? Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Kalau ikut statistik yang saya ada pada saya sekarang ini, kerajaan memang membiayai kos yang amat tinggi Tuan Yang di-Pertua kepada- untuk menanggung pegawai-pegawai kerajaan, pesara-pesara kerajaan dan keluarga mereka dan sebagainya. Saya lihat di sini contohnya, kos memang meningkat.
Bukan kos- perbelanjaan kerajaan memang meningkat.
Tahun 2014 kerajaan menanggung RM383.9 juta, Tuan Yang di-Pertua. Tahun 2015 meningkat kepada RM418.45 juta, tahun 2016 sejumlah RM438.649 juta. Untuk tahun ini sehingga September 2017, kerajaan sudah keluarkan RM343.178 juta bayar kepada IJN kerana merawat pesakit-pesakit daripada kerajaan.
Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Jumlah bilangan lawatan yang mana yang mendapat rawatan di Hospital IJN ini, ini saya hendak beri contoh.
| Tahun | Jumlah bilangan lawatan |
|---|---|
| 2014 | 104450 |
| 2015 | 206423 |
| 2016 | 224554 |
| Sehingga September 2017 | 170751 |
Jadi memang meningkat tetapi dari segi purata tuntutan per lawatan ia tidak beza banyak.
| Tahun | Kos per lawatan (RM) |
|---|---|
| 2014 | 1935 |
| 2015 | 2027 |
| 2016 | 1954 |
| Sehingga September 2017 | 2100 |
Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, kalau dilihat perbezaan- ini saya hendak sebut juga perbezaan antara caj yang dikenakan oleh IJN berbanding dengan hospital swasta yang lain. Saya tidak mahu sebut nama hospital tersebut. Akan tetapi kalau berbanding dengan IJN contohnya coronary artery bypass graft di IJN yang dicaj kepada kerajaan sejumlah RM30,000 hingga RM40,000 depending on complexity Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Kalau di private yang bayar sendiri, ini di IJN sejumlah RM35,000 hingga RM50,000. Berbanding dengan hospital lain, caj yang dikenakan RM70,000 hingga 80,000 kes yang sama. Satu hospital lagi caj sejumlah RM65,000 hingga RM105,000.
Lagi satu hospital caj sejumlah RM72,000.
Satu lagi prosedur coronary artery bypass graft with valve, dengan menggantikan valve. Kalau di IJN kos pada kerajaan sejumlah RM40,000 hingga RM60,000. Kos di IJN, tetapi private patient sejumlah RM45,000 hingga RM85,000, yang lain tidak buat.
Coronary angiogram maknanya yang dibuat x-ray angiogram ini. Contoh, di IJN untuk pesakit yang dihantar oleh kerajaan RM4,000 hingga RM8,000. IJN yang private RM6,000 hingga RM10,000 tetapi di hospital yang lain RM9,000 hingga RM10,000. Jadi ada banyak perbezaan, Tuan Yang di-Pertua. Ini yang kita kawal ialah prosedur tetapi yang lain-lain kerajaan tidak kawal, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Setakat itu sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan untuk pagi ini.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2018 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2018 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 22 November 2017.”
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Wira Othman bin Aziz
Saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2018 dan Anggaran Pembangunan 2018 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kelima] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Giliran Kementerian Pengangkutan. Kepala Bekalan B.28 dan Kepala Pembangunan P.28 di bawah Kementerian Pengangkutan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Bintulu.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Pengerusi bagi peluang sama saya ambil bahagian dalam perbahasan Kementerian Pengangkutan.
Saya mahu sentuh Butiran 020300 – Penerbangan.
Tuan Pengerusi, masalah dia saya rasa, kita di Sabah dan Sarawak memang menghadapi masalah yang sama. Kita punya MASWings ini memang banyak masalah.
Selalu sampai last minute, ia punya flight memang cancel. Ataupun ia punya flight sudah cancel tetapi ia tidak beritahu sama kita. Masalah created a lot of inconveniences, dengan izin, saya sini mempersoalkan ini, masalah ini, kerajaan sudah mengalami berapa kerugian dalam isu ini. Saya pun tidak faham kenapa kementerian tidak boleh bagi lain punya airline masuk beroperasi dalam sektor ini.
Saya difahamkan, saya ada berbincang sama AirAsia meminta dia bantu sama kita di Sabah dan Sarawak. Dia memang sudah membuktikan beberapa permohonan sudah beri pada MOT tetapi saya difahamkan MOT sampai hari ini tidak beri jawapan pun. Saya tidak faham mengapa. Saya difahamkan daripada maklumat orang lain beri, beritahu MAVCOM tidak mahu beri. MAVCOM kata no load. Dia kata AirAsia nanti masuk rugi, ia memang tarik keluar. Apa kita mahu kira? Kita tidak perlu kira sangat.
Kalau AirAsia masuk dia rugi, kita kerajaan bukan rugi. Dia tarik keluar dia punya fasal. Apa fasal kita tidak mahu beri mereka peluang? Kenapa kita mahu minta MASwings? MasWing terbang kerajaan yang kena tanggung. AirAsia terbang, kita tidak perlu tanggung. Ini MAVCOM sama MasWing, apa agenda dia ada di belakang? Kenapa dia tidak mahu beri peluang? Kenapa Kementerian Pengangkutan tidak beri kelulusan?
Saya sebagai rakyat Sarawak, saya mahu minta AirAsia terbang ke Bintulu-Kota Kinabalu, ataupun Sibu-Kota Kinabalu, Miri-Kota Kinabalu, dan lain-lain juga.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Saya mahu minta MOT ambil perhatian ini serius. Sarawak punya orang banyak marah.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat, celah sikit boleh?
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kita nak minta pengangkutan ini kali ambil serius. Jangan MAVCOM ini, MAVCOM kongkong ini buat apa? Tak payah MAVCOM, Kementerian Pengangkutan tak boleh buat kajian sendiri? Apa guna mahu MAVCOM?
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat Bintulu, boleh celah?
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Kongkalikunglah.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu, terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Ha, cepat.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat, saya nak minta pandangan Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri pernah katakan bahawa mereka ada bagi subsidi sebanyak RM160 juta kepada MASwings. Jadi dengan subsidi yang begitu banyak, kenapakah harga mereka masih begitu tinggi dan juga yang dibawakan oleh Yang Berhormat Lanang katakan bahawa di mana Sibu dengan KK route, Yang Berhormat Menteri kata dia ada cap 240 lebih tetapi sekarang nampaknya bila kita check online, tak ada cap, RM300 lebih. Apa pandangan Yang Berhormat Bintulu?
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Itu nanti Timbalan Menteri boleh jawablah. Tadi saya sudah beritahu Yang Berhormat Stampin, itulah hasrat kita minta dia buka route ini untuk lain-lain airlines masuk. Bukan saya kata AirAsia, lain pun boleh masuk. Kita, kalau lain-lain airlines masuk, kita tidak payah tanggung. Kenapa kita mahu minta MASwings tanggung? MASwings saya difahamkan sekarang beli banyak kapal terbang baru lagi, bagus suruh dia tak payah. Kalau susah-susah tak boleh, kita kasi tutup itu MASwings. Tak payah terbang.
Kita kerajaan boleh jimat lagi banyak peruntukan bagi lain-lain infrastruktur punya projek. Kita tak payah kasi. Suruh mana-mana private sector kalau dia terbang, kita tidak payah tanggung punya. Sekarang, saya tidak berpuas hati.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Sampai hari ini kita belum dapat apa-apa jawapan. Saya difahamkan ada daripada bulan satu dia sudah bagi surat sama kita tetapi sampai hari ini pun tidak ada apa-apa jawapan. Saya harap hari ini Timbalan Menteri jangan lupa jawab jawapan yang tepat, jangan jawab kongkalikung punya.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Bintulu.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Satu...
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Sikit [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Bintulu, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya nak tanya pandangan Yang Berhormat Bintulu bahawa yang MASwings ini ada enam laluan telah dibuka. Jadi, pada masa Menteri jawab hari itu, Menteri kata enam laluan itu MASwings akan henti pada tahun depan. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Bintulu sama ada MASwings boleh tiba-tiba stop kerana ada AirAsia atau perlu ada persaingan untuk MASwings dan AirAsia.
Minta pandangan.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Ini Yang Berhormat Lanang, itulah tadi saya sudah kata, MASwings kalau dia tak boleh operate, jangan operate. Bagi lain orang peluang, kasi dia orang masuk. Kalau ada lain airlines mahu masuk pun boleh juga as long as swasta, jangan kerajaan tanggung. Itu paling mustahak. So sekali lagi saya minta route itu, contoh sekarang hanya AirAsia, apa dia minta? Kita sudah memang ada berbincang sama AirAsia minta dia pertolongan sama kita termasuk kita minta Bintulu buka pergi international flight juga, bukan hanya pergi Singapura termasuk pergi China sama Taiwan. Kita nak minta AirAsia buka ini. Bagi peluang kita orang Sarawak tak payah pusing sini pusing sana, baru boleh sampai destinasi.
Jadi Tuan Pengerusi, satu lagi saya mahu meminta. Ini pertimbangkan balik semula, mesti serius. Banyak rakyat persoalkan. Tahun depan kita punya airport tax naik jadi RM75 dan juga MAVCOM lagi RM1. Walaupun kita kira RM1 sikit sahaja tetapi untuk low cost airport, orang kesusahan guna itu airlines, tetapi RM1 boleh beli dua bungkus nasi lemak. Kalau dia satu keluarga ada enam orang, RM6. Berapa bungkus? Timbalan Menteri boleh kira. MAVCOM ini apa guna kita mahu MAVCOM banyak-banyak?
Kementerian Pengangkutan boleh buat kerja sendiri, ada DCA, ada MAB. Apa ini kongkalikung semua tidurkah, dia orang tidak boleh kerja?
Kenapa kita mahu MAVCOM? Saya minta ini sekarang punya international flight atau apakah, airport tax RM50 sahaja. Saya minta Kementerian Pengangkutan ditangguhkan sementara pasal rakyat kata sekarang ekonomi kegawatan, dia orang susah. Kadang-kadang dia punya anak ada konvo, dia punya keluarga datang, berapa lagi mahu tanggung mahu tambah lagi? Macam kita kaum Iban, ada orang miskin, dia orang datang, dia orang naik. Kalau satu keluarga dua tiga orang datang, berapa pertambahan kalau tambah RM25? Timbalan Menteri tolong kira berapa. Ini apa bikin airport? Kalau Malaysia Airport tidak pandai operate, kasi privatize sama dia juga. Ini Malaysia Airport berapa masuk sudah, kenapa rugi? So, they must find where is the bottom line, the root of kerugian ataupun tidak boleh make money. Kenapa lain-lain airport boleh untung, kita punya airport semua tidak boleh untung punya? Ini GLC memang kongkalikung punya, ada segelintir punya GLC. Kita mesti mahu tahu. Macam contoh itu hari saya kata KLIA2 punya airport, dia punya tandas untuk kencing punya, dia pun mahu panggil kontrak, pun mahu panggil tender. Itu maintenance punya orang mana pergi? Itu sikit punya hal, cuma blockage of the water flooring sahaja. Kenapa kita mahu panggil?
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Yang Berhormat Bintulu, boleh? Boleh kacau sikit?
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Cepat, tinggal dua minit.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Tuan Pengerusi.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
[Ketawa] Tuan Pengerusi, itu Yang Berhormat Kinabatangan tukar kerusilah. Saya tanya dengan Yang Berhormat Bintulu soal syarikat-syarikat yang mengambil alih lapangan kapal terbang termasuk juga pelabuhan-pelabuhan kita.
Jadi saya mahu tanya, tadi saya tidak sempat tanya dengan Menteri soal apa yang berlaku yang kononnya syarikat-syarikat antarabangsa perkapalan ini tidak begitu senang hati dengan SOP tindakan daripada pihak Imigresen dan Kastam yang sering memeriksa kapal-kapal antarabangsa ini yang menyebabkan kemarahan syarikat- syarikat ini, dia lari pergi ke Singapura dan kita proses di Port Klang ini akan berkurangan.
Jadi itu merugikan kepada Kerajaan Malaysia. Jadi saya mahu pihak Yang Berhormat Bintulu, kalau boleh juga ini dimasukkan kalau boleh syarikat GLC juga yang boleh alihkan perniagaan ini.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Okey, terima kasih Yang Berhormat Putatan. Apa dia soal tadi itu masuk saya punya sebahagian daripada ucapan dan minta Timbalan Menteri jawablah. Jadi saya mintalah, ini serius. Ambil cukai-cukai ini dan kita pertimbangkan balik semula, ditangguhkan. Nanti ekonomi ada baik sikit, baru kita perlu timbang. Janganlah sekarang masuk. Kalau sekarang masuk, nanti rakyat lagi bising semua tidak cukup, nak pembangkang lagi kasi spin itu. Spin, macam-macam dia spin itu. Why we want to have additional cost to people at this moment? Dia orang ada kesusahan itu dalam ekonomi, tidak cukup buat income itu semua.
Jadi sekali lagi sebelum saya berhenti, saya nak minta Timbalan Menteri kaji balik semula dan pertimbangkan habis-habisan. Ini permintaan dari Sarawak, buka domestic flight untuk lain kapal terbang. Janganlah minta lain airlines masuk, jangan cuma hanya tinggal kasi MASwings. Kita orang Sarawak tak setuju pasal dia punya track record tidak bagus. Jadi sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Merujuk kepada B.28, Butiran 011800. Berdasarkan statistik JPJ, jumlah motosikal yang berdaftar sehingga tahun 2015 ialah sebanyak 12,094,790 unit. Di Sabah sahaja terdapat 362,369 unit motosikal berdaftar.
Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan satu kali lagi di Dewan yang mulia ini mengenai bayaran tukar motosikal yang berbeza di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Bayaran tukar milik motosikal di Semenanjung adalah sebanyak RM3, di Sarawak pula RM5 tetapi yang paling hairan, bayaran tukar beli di Sabah pula ialah setinggi RM40. Di Sabah, cap untuk pendaftaran kereta baru ialah RM60, tukar milik ialah RM40 untuk kereta. Saya hairan, mengapakah bayaran yang dikenakan bagi urusan tukar milik motosikal ini pula sama dengan harga kereta.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Bagi urusan tukar beli kereta dan motosikal di Sabah ialah sama iaitu RM40.
Saya telah pun membawa perkara ini di dalam Jawatankuasa sejak tahun 2013 lagi. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, sudah lima tahun saya timbulkan isu ini tetapi adakah isu ini diselesaikan? Mengapakah di Semenanjung dan Sarawak sangat murah tetapi di Sabah sangat mahal? Bilakah harga bayaran ini akan diseragamkan?
Saya rasa amat kasihan kepada rakyat saya yang beli motosikal second hand dan mahu tukar nama pun mahal. Di Sabah, ramai beli rumah tetapi tidak mampu. Mahu tukar beli motosikal pun kena bayar mahal. Mengapakah ini boleh terjadi kepada Sabah? Apakah sebenarnya yang menyebabkan mahal?
Maka, orang Sabah bukan macam zaman British, orang Sabah, terkaya masa itu. Akan tetapi apabila kita sudah kahwin Malaysia, kita sudah jadi yang termiskin dalam negara kita. Ini betul-betul kasihanlah. Ini macam kadang-kadang pun ‘suwey’ juga, dengan izin. Terdapat persoalannya, adakah kerajaan sudah ambil tindakan sepatutnya?
Saya harap Yang Berhormat Menteri kasihanlah sama orang Sabah. Saya amat berharap Yang Berhormat Menteri bolehlah selesaikan isu ini dengan tangan mu yang sayang Sabahlah. Solve this unjust payment for orang Sabah, bolehkah Yang Berhormat Menteri?
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Tuan Pengerusi, merujuk B.28, Butiran 020400 – Perancangan Strategik dan Antarabangsa. Adakah rancangan atau hasrat kerajaan bagi menyelesaikan masalah ketidakseimbangan harga barang antara timur dan barat Malaysia yang disebabkan oleh kos pengangkutan yang tinggi seperti dasar kabotaj yang masih diteruskan? Apa lagi usaha kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan dalam menyeragamkan harga seluruh negara?
Kementerian telah pun mengambil keputusan untuk mengkaji semula dasar kabotaj bagi menurunkan harga barang di Sabah dan Sarawak. Malah Yang Berhormat Menteri juga telah mengaku bahawa Sabah ada potential sebagai saluran yang strategik untuk menghubungkan Brunei, Indonesia, Filipina, China, Thailand, Jepun dan Korea.
Jadi, bilakah kementerian yang akan mengkaji semula dasar kabotaj? Jangan kongkalikung. Ini tolonglah rakyat Sabah.
Tuan Pengerusi, merujuk kepada P.28, Butiran 13000 – Pembinaan dan Menaiktaraf Infrastruktur Lapangan Terbang. Saya minta kementerian ambil perhatian dan pertimbangan untuk naik taraf Tawau Airport kerana ada ramai pelancong datang ke Semporna melalui Tawau Airport, khasnya dari China.
Ini kerana purata pelancong dari China ialah dalam 13,000 orang sehari. Jumlah kurang 400,000 orang setahun. Dijangka jumlah pelancong akan meningkat 15 peratus sehingga 20 peratus setiap tahun dan boleh mencapai 1 juta orang setahun. Jangka masa dalam 10 tahun. Masalahnya sekarang ialah Tawau dan Semporna dahulu ada infrastruktur seperti airport yang baik dan hotel yang banyak untuk tampung kemasukan pelancong luar negara. Pelancongan ialah yang kedua pendapatan utama Kerajaan Sabah. Jadi, kerajaan mesti naik taraf dan menambah baik infrastruktur yang ada di Tawau, khasnya di Sabah juga.
Tuan Pengerusi, selain itu juga saya harap Tawau Airport boleh dinaiktarafkan dan menambah aerobridge. Sekarang hanya ada dua sahaja, Tuan Pengerusi. Adakah kementerian akan menambah direct flight ke Tawau Airport pada masa terdekat? Ini kerana penerbangan direct flight akan memudahkan pelancong datang ke Sabah, terutamanya ke Semporna yang merupakan banyak pulau yang tercantik di Malaysia dan di dunia.
This is, dengan izin, known as a heaven on earth, syurga di dunia. Dikatakan satu hadiah dari Allah, insya-Allah. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kinabatangan, Tuan Pengerusi? Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sedikit sahaja. Saya ada tiga butiran.
020200 - Udara, 030300 – Subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS), 010300 – Trafik Udara Sabah. Ini berkenaan dengan pengangkutan udara, Tuan Pengerusi. Lama sudah kita menyuarakan dan saya sependapat dengan Yang Berhormat Bintulu, rakan saya iaitu kerajaan perlu melihat bagaimana hendak memberi kemudahan pengangkutan udara kepada masyarakat di luar bandar.
Saya berbicara di dalam konteks di Sabah iaitu Sandakan-Kota Kinabalu, Sandakan-Kuala Lumpur. Kalau kita melihat pengangkutan udara tambang murah di Malaysia ini cuma ada dua mungkin iaitu AirAsia, FireFly, MASwings, Malindo. Akan tetapi konsepnya berbeza dengan negara-negara lain, negara-negara maju, negara membangun, di Eropah, di Amerika iaitu apabila seorang penumpang ketinggalan penerbangan, mereka akan uruskan penumpang ini untuk mendapatkan penerbangan yang seterusnya tanpa perlu dikenakan bayaran tambahan ataupun membeli tiket baru.
Akan tetapi di negara kita, terutama sekali AirAsia, lambat 10 minit, ditolak penumpang itu, disuruh beli tiket. Depan mata saya banyak penumpang menangis Tuan Pengerusi, orang kampung yang tidak mampu membeli tiket, menangis, tidak tahu mana cari duit hendak beli tiket baru.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Lenggong berdiri di belakang.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Kinabatangan, Lenggong, Lenggong. Saya pun setujulah dengan Yang Berhormat Kinabatangan. AirAsia ini tidak ada CSR kah? Bukan senang orang susah hendak dapat duit hendak beli tiket. Tidak ada budi bicara langsung. Saya ingat Yang Berhormat Kinabatangan sudah perjuangkan perkara ini sudah lama. Macam tidak didengar langsung oleh AirAsia. Ini apa hendak jadi Yang Berhormat Kinabatangan? Saya setuju bagi kerajaan sedikit tolong orang melalui perkara ini.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan
Ya seharusnya kerajaan, Yang Berhormat Lenggong, perlu melihat kalau ia penerbangan tambang murah, buatlah cara tambang murah. Jangan tambang murah, penerbangan Kuala Lumpur-Sandakan hampir-hampir RM2,000 Tuan Pengerusi, one way, ‘one way ticket to the blue’. Ini masalah.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Sikit, nyanyi sikit.
Tambah tiga minit, nyanyi.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan
[Ketawa] Jadi, kementerian harus melihat, minta penerbangan murah ini. Kalau mahu buat tambang murah, buatlah secara tambang murah. Belajar di Amerika, di Eropah. Jangan orang kampung kita ini orang susah, nasib saya ada. Saya kenal ini orang, terpaksa bagi duit beli tiket supaya dia boleh balik. Kalau tidak ada, saya tidak tahu dia mengadu di mana.
Ini masalah kita hadapi. Lewat 10 minit lambat untuk pergi kaunter, memang selesai, memang dia makan duit itu, dia suruh beli lagi. Masalah. CSR...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Kalau dia lewat, kalau dia lewat?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
CSR AirAsia memang totally zero. Saya tidak tahu macam mana dia boleh dapat penerbangan best in the world berturut-turut. Kalau saya yang rating dengan dia saya tidak bagi langsung markah dengan dia. Sebab saya tidak nampak dia boleh berkelayakan begitu. Apa yang saya hendak sentuh lagi ini Yang Berhormat Menteri berhubung dengan penerbangan Kota Kinabalu-Sandakan. Penebangan pagi pukul 8 lepas itu baru ada jam 5. Jadi vacuum di antara penerbangan ini terlalu panjang. Dulu dia ada tengah hari satu, sekarang sudah tidak ada.
Saya tidak tahu apa masalah MAS ini, di mana akal dia yang waras dia letak untuk melihat perkara ini supaya dijadualkan mengikut bukan mengikut sedap hati dia, mengikut keselesaan penumpang. Sebab MAS ini orang kenal sebagai penerbangan dalam negara tetapi lepas jam tujuh pagi baru ada lima petang. Saya pun tidak tahu jadi orang yang hendak pergi berulang-alik, hendak berniaga sudah tidak ada ruang. Saya mintak kerajaan panggil pentadbiran MAS di Kota Kinabalu ini bincang, macam mana hendak menstrukturkan semula penerbangan-penerbangan di Kota Kinabalu dan Sandakan ini.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Boleh Yang Berhormat Kinabatangan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih sahabatku Yang Berhormat Kinabatangan. Saya ada pengalaman yang begitu pahit melalui penerbangan Kota Kinabalu-Sandakan. Saya terpaksa tidur satu malam lagi kerana program di Sandakan itu yang agak lama. Jadi tiket terpaksa beli baru lagi. Tiket pun kena cancel Yang Berhormat. Jadi saya mohonlah, saya tidak berniat hendak memuji perkhidmatan MAS ini kadang-kadang kita sakit hati kerana kelambatan itu selalu lambat. Apa masalah dia?
Adakah pesawat ini kurang baik ataupun tidak?
Jadi yang soalan Yang Berhormat Kinabatangan ini yang kira amat bersetuju sekali kalau kita penerbangan daripada Kota Kinabalu dan Sandakan. Sebab saya bersangka ini ber‘kautim’ dengan syarikat penerbangan yang lain supaya penerbangan yang lain dapat memberi banyak perniagaan kepada pesawat yang lain. Jadi saya sangka yang tidak baik lah kerana MAS ini kenapa tidak berkhidmat kepada kepentingan dan keperluan rakyat di negeri Sabah.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan sedikit.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Putatan. Sebab dia sudah melalui pengalaman-pengalaman sebegini bermakna banyak sudah orang kena. Jadi oleh sebab itu, sebetulnya perlu tindakan serius, bincang dengan penerbangan tambang murah ini. Kalau dia tambang murah buat macam tambang murah. Jangan murah tetapi ada pembayaran yang orang tidak nampak hiding charger yang boleh mengelirukan penumpang dan buatlah CSR, jangan CSR pergi luar negara, CSR dalam negara buat. Jangan orang kampung lambat suruh beli tiket.
Satu perkara lagi Yang Berhormat Menteri, saya mahu tahu bila kerajaan di lapangan terbang ini hendak menukar kita punya screen laluan penumpang. Sebab saya pernah bincang dengan sekuriti-sekuriti di lapangan terbang, dia kata kita telah kemukakan cadangan kepada kerajaan untuk ubah mesin sebab mesin yang kita ada ini dia sensitiviti dia terlalu tinggi Tuan Pengerusi. Zip seluar pun dia lalu dia bunyi, sedangkan yang kita cari ini benda-benda yang tajam, benda-benda yang tidak dingini.
Akan tetapi semua asal ada besi dia bunyi.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Dia raba, dia raba.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Lepas bunyi kena raba lah Tuan Pengerusi. Di Eropah, di Singapore dia punya mesin screen tidak sensitif. Dia sensitif kepada benda-benda yang tidak diingini sahaja. Kalau zip seluar dalam dia tidak bunyi, zip seluar jeans dia tidak bunyi, butang besi dia tidak bunyi. Akan tetapi di tempat kita ini dia kata kita punya screen ini memang paling murah dalam dunia. Sedangkan lapangan terbang kita berbilion-bilion. Di Cambodia negara dia miskin, lapangan terbang dia macam kampungan tetapi mesin dia first class Tuan Pengerusi.
Tidak pernah raba-raba sebab tidak bunyi. Tempat kita berbunyi terus. Raba dia saya sudah berapa kali cakap raba ini Tuan Pengerusi. Saya betul-betul sakit hati kena raba ini. Dia kadang-kadang benda sulit kita dia raba. Saya kata jangan raba, jangan terlampau keras.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Ini sudah kenakah?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini masalah. Saya tidak tahu bila kita berhenti. Ini raba-raba Tuan Pengerusi cakap Kota Kinabalu memang ‘soi’ sebab itu kita hilang berapa kapal terbang. Mana boleh raba-raba. Raba sana, raba sini, bahaya. Saya minta Yang Berhormat Menteri tolonglah tengok keselamatan kita suruh mereka belajar di negara-negara membangun, negara-negara tidak membangun pun.
Berapa negara yang pakai raba-raba ini? Tidak ada.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Tidak ada, dalam Malaysia sahaja.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau tanya ini ustaz dia pun memang tidak setujulah, depan saya ini. Mana boleh raba-raba. Nantilah berhenti lah raba-raba ini bagi mesin pengimbas yang ada kualiti. Asal orang bawa benda tajam dia berbunyi. Itu benda yang bawa pistol dia bunyi, bawa dadah dia bunyi. Ini semua benda lalu dia bunyi, ini masalah. Jadi saya memang sudah lama hendak- minta berhentilah. Carilah mesin pengimbas, imbas betul-betul. Jangan lagi latih kita punya Polis Bantuan Lapangan Terbang, semua raba pun lain cara mungkin lain dia punya instructor, lain dia punya trainer. Saya percaya Yang Berhormat Sandakan pun banyak kali kena raba itu sebab dia termenung.
Tuan Pengerusi, melihat kita menuju negara membangun 2020, TN50. Oleh sebab itu, kita lihat keperluan-keperluan dalam negara kita jangan kita first class facilities tetapi third class mentality. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Silakan Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh terima kasih kepada Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bahas berkenaan dengan Butiran 012100 - Pengujian dan Pelesenan Pemandu, JPJ yang diperuntukkan sebanyak RM63,334,000 iaitu berkaitan dengan kes kemalangan jalan raya.
Sebagaimana yang kita maklum kes kemalangan jalan raya ini agak berat kerana dari segi perangkaan pada tahun 2015 sahaja sebanyak 489, 606 kes kemalangan jalan raya yang kebanyakannya berpunca daripada soal kecuaian manusia.
Sebagaimana ditunjukkan oleh kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, 80.6 peratus punca kemalangan ini ialah akibat daripada kecuaian manusia.
Motosikal merupakan jumlah yang tertinggi iaitu 39,744 kematian kerana Malaysia sendiri pun kita lihat telah pun mengalami kerugian sebanyak RM35.22 bilion dalam tempoh empat tahun akibat daripada kemalangan jalan raya.
Menurut WHO, kerugian ini ialah berdasarkan kepada kos rawatan iaitu kos rehat akibat kecederaan dan kos penyiasatan kemalangan dan juga pengurangan ataupun kehilangan produktiviti. Jadi persoalan saya ialah sekarang kita tengok berbagai-bagai kempen yang dibuat oleh pihak kementerian untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Cuma saya hendak menyentuhnya ialah saya tidak fahamlah sama ada cara yang dibuat kerajaan ini untuk hendak dapat pendapatan ataupun untuk hendak mengurangkan kemalangan. Contohnya selalu kadang-kadang diletaknya soal speed trap, diletak di tempat yang tidak sepatutnya letak. Kadang-kadang diletak di kawasan 60 kilometer sejam. Selama 60 kilometer sejam mana ada kereta naik 60 kilometer sejam. Kereta lembu pun 63 kilometer sejam. Ertinya memang ini untuk hendak mendapat pendapatan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yang Berhormat Bukit Gantang, boleh saya mencelah? Yang Berhormat Bukit Gantang saya just hendak tanya berkenaan dengan speed trap yang telah ditimbulkan dan isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang adalah keselamatan berkenaan dengan untuk mengelakkan kemalangan dan sebagainya.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Adakah Yang Berhormat Bukit Gantang sedar bahawa speed traps ini menggunakan kamera yang ada flash light? Flash light itu pun agak very bright yang bila kita bawa kereta kalau kita terkena speed trap flash light itu akan berlaku dan amat terang di mana ia boleh mengganggu seorang yang membawa kereta yang boleh mengakibatkan kemalangan. Adakah ini satu perkara yang perlu ditangani Yang Berhormat Bukit Gantang dan apakah cadangan Yang Berhormat Bukit Gantang untuk mengatasi masalah ini? Terima kasih.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor. Memang terutama kalau kita naik waktu malam- ini kes AES lah, memang kalau orang ada sakit jantung bahaya. Kalau lampu yang dia flash itu memang agak kuat mengganggu kesihatan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Satu lagi ialah saya bersetuju kalau tempat tangkap laju letak di tempat bahaya.
Contoh dia seperti mana double line dan orang potong atas bukit. Itu tempat-tempat kemalangan dan ada lagi kadang-kadang dipasangnya pula selepas daripada traffic light, ini berlaku di tempat saya iaitu dekat dengan simpang nak masuk Taman Damai dekat dengan simpang empat. Biasa apabila lepas daripada kita traffic light ini kita laju sikitlah, dia sudah tahan.
Saya dapat maklumat daripada polis trafik itu, dia sehari boleh dapat 100 keping. Maknanya berniaga paling untung itu, berniaga pendapatan kalau 100 keping maknanya darab dengan 300, RM3,000 satu pagi. Menoreh getah pun tidak dapat noh.
Jadi sebab itu kita lihat ini satu perkara yang kita tengok sebab itu sampai hari ini kemalangan tetap juga berlaku kerana sebab dia ialah cara yang kita buat.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
AES ini walau bagaimanapun saya agak bersetuju kerana AES ini dia letak, dia beritahu itu dia beritahu sudah tapi cuma malam-malam kita tidak perasan. Dia sudah beritahu isyarat dia, ini ada kamera ada benteng dia. Itu okeylah itu baru betul nak jaga keselamatan. Ini memang nak ambil duit rakyat betul dengan cara seperti begini.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Sekijang sedikit saja.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Yang Berhormat Sekijang, okey sekejap.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Bukit Gantang. Kalau tadi dikatakan bila ada speed trap itu tujuannya untuk mendapatkan pendapatan kepada kerajaan.
Setuju tidak Yang Berhormat Bukit Gantang kalau kita cadang kepada pihak polis kalau hendak buat speed trap sekurang-kurangnya buat tanda macam AES itu, ada amaran mengatakan di hadapan akan ada speed trap. Jadi sekurang-kurangnya kalau dia tidak perasan, itu salah pengguna. Jadi apa pandangan, Yang Berhormat Bukit Gantang?
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Ya, saya bersetuju sebab itu saya kata tadi satu kita beri sign, tanda. Kedua ialah kita letak di tempat yang bahaya, memang tempat itu kemalangan sebab itu saya kata tadi tempat atas bukit, double line kalau potong itu memang patutlah ambil tindakan kerana tempat itu tempat yang berbahaya.
Satu lagi saya nak menyentuh berkenaan...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
[Bangun] Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Minta maaf, walaupun sahabat kawan sebelah Parlimen
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Penting, penting ini.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Sikit saja, seminit.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Memang sikit sangat.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Jangan bersyarah panjang.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Saya nak tambah sikit saja.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Dia motivasi bersyarah panjang.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Ada dua tempat satu selepas simpang empat di Semanggol di kawasan Parlimen saya dan juga selepas sebelum sampai simpang empat di Parit Buntar.
Berkenaan dengan speed trap itu, dia punya limit dia 60 kepada 70?
Kebanyakan kereta tidak boleh turun rendah daripada itu. Jadi kebanyakannya akan kena. Jadi apa pendapat speed limit yang tidak sesuai itu, Yang Berhormat Bukit Gantang? Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Oleh sebab itu saya kata tadi kereta lembu pun 63 kilometer sejam. Okey, kita pergi kepada soal bas. Bas ini kita tengok bas, lori ini di antara bas yang kita tengok tidak ada siviklah sebab itu saya ingat kena ada peraturan. Selalunya apabila berlaku kemalangan ngeri adalah tubuh jawatankuasa penyiasat, siasat, siasat. Habis itu lupa semua, waktu hangat itu eloklah JPJ pun pergi tunggu dekat dengan apa dulu dekat Pudu, dekat Jalan Duta, dekat BTS tunggu check pemandu macam-macam tengok.
Akan tetapi apa yang berlaku selepas sebulan, balik perangai lama dia balik.
Bas ini kalau malam-malam, saya minta Yang Berhormat Menteri sekali skala itu naik eloklah pergi tengok atau pegawai-pegawai JPJ di belakang itu cuba naik belakang. Saya bas takut nak naik. Cuba bayangkan pukul 12 malam dari Kuala Lumpur, pukul 5 sudah sampai di Alor Setar. Lima jam. Setengah jam berhenti dekat R&R Bukit Gantang, maknanya perjalanannya dalam lima jam atau lima jam setengah. Ini perjalanan yang cukup mengerikan. Kita bayangkan kalau lintas barang-barang berbahaya ataupun benda bahaya memang sebab itu tidak hairan kalau mati 15 orang, 20 orang tidak hairan.
Oleh sebab itu ini perkara yang perlu di ambil perhatian oleh pihak kementerian.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Kita harapkan bas ini biarlah mereka ini ada had laju biar dia tekan macam mana pun setakat 90 sahaja, biar macam itu. Lagi satu berkenaan dengan lori saya dapat maklumat lori ini kalau JPJ tahan depan, kalau dia berhenti tepi jalan JPJ tidaklah mari tangkap dia. Ini pelik juga undang-undang apa ini? Saya pun tidak tahulah, pelik juga.
Lori, bas ini tuan-tuan boleh tengok kita boleh tengok sendiri dalam lebuh raya terutamanya kadang-kadang bila nak potong dia ikut dia saja, lepas kepala dia ikut ekor punya fasal hang. Oleh sebab itu berlaku kemalangan yang agak ngeri kepada kita.
Kemudian saya nak bahas berkenaan dengan Butiran 03040 iaitu Subsidi Tren Tidak Ekonomik, Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB). Cuma memang saya di antara orang yang banyak menggunakan ETS daripada berulang alik ke sini. Cumanya saya minta supaya dan minta juga memang penumpang-penumpang minta supaya seat itu agak luas dan selesa sikit. Itu supaya biarlah ada keselesaan kadang-kadang kalau orang naik dari Padang Besar nak ke Gemas perjalanannya agak jauh yang agak menyukarkan, yang agak tidak ada keselesaan.
Kemudiannya berkenaan dengan 010100 iaitu Ibu Pejabat, Jabatan Penerbangan Awam (DCA), saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan tadi. Jadi persoalan dia ialah AirAsia ini kita tahu satu lagi- saya tidak pastilah saya jarang guna AirAsia ini. Fasal kadang-kadang kita telefon dengan dia itu bukan telefon yang kita punya line biasa, telco biasa, hat dia sendiri. Kos dia agak mahal daripada berbanding biasa. Ini perlu ditegur kepada AirAsia. Memang nampak tambang murah tapi macam- macam diambil di situ.
Keduanya, berkenaan dengan kenapa hari ini membawa senjata api dikenakan bayar sebanyak RM200 termasuklah MAS itu sendiri? Terima kasih kepada Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk bahas di peringkat Jawatankuasa untuk anggaran perbelanjaan Kementerian Pengangkutan.
Saya nak menyentuh Butiran 040100, B.28 iaitu Perkhidmatan Pengangkutan, Butiran 00900 Pembangunan 28. Pengangkutan awam kita tahu merupakan satu pengangkutan yang amat penting dalam negara ini dan usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan kemudahan bertaraf dunia sedang rancak dilakukan. Saya puji langkah kerajaan untuk mempercepatkan jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor misalnya dan beberapa inisiatif-inisiatif lain.
Namun demikian, kita juga tahu bahawa masih juga ada lagi rungutan daripada masyarakat awam terutama pengangkutan-pengangkutan yang berkaitan dengan teksi misalnya, LRT, MRT, monorel dan apa-apa juga perkara lain. Sudah tentu juga kelemahan-kelemahan ini saya percaya dalam tindakan kementerian dan antara perkara yang sering disebut ialah tentang amalan pengurusan yang agak tidak cekap daripada beberapa pihak dan ini terutama ialah bas-bas awam ini.
Ini saya nak sentuh dan ia berkaitan dengan ketepatan masa perjalanan. Jadi saya harap kerajaan di samping kita menekankan soal pengangkutan yang bertaraf dunia ini soal-soal pengangkutan yang sering kali digunakan oleh rakyat juga ditekankan, apa yang saya sebut tadi ialah berkaitan dengan bas awam tentang ketepatan waktu.
Kelewatan bas ini sering berlaku dan yang kita dapat rungutan ialah tidak mengikut jadual dan ia menyebabkan sukar rakyat untuk menepati masa-masa perjalanan ke tempat kerja dan sebagainya. Hal ini juga mengganggu kepada produktiviti di sebuah tempat kerja dan sebagainya. Jadi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, penggunaan bas-bas lama oleh syarikat-syarikat pengangkutan awam yang dilaksanakan oleh pihak swasta ini.
Bagaimana langkah kementerian untuk meningkatkan penggunaan bas-bas yang lebih baik, lebih baharu yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat berkenaan? Kita lihat juga masalah ini yang saya nyatakan tadi perlulah diambil untuk jangka masa panjang supaya bas-bas yang digunakan tidak uzur dan sudah tentu ia menghadapi isu berkaitan dengan kemalangan dan sebagainya.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Kemudian bagi kecuaian yang disebabkan oleh pemandu, ini satu perkara lagi.
Mengapa apabila berlaku kemalangan barulah kita tahu kadang-kadang, ada saman 50 lah, 30 saman. Ia bukan pertama kali, tiap-tiap kali. Bila berlaku kemalangan maut yang menyebabkan jumlah kematian ramai sering kali timbul, barulah kita sedar bahawa pemandu ini samannya banyak tertunggak. Kenapa perkara ini tidak ditangani? Dia alasan berulang yang sering kali berlaku.
Saya harap perkara ini tidak lagi terjadi dan tidak mahu lagi kita dengar bila berlaku kemalangan sahaja, isu yang sama berlaku. Maknanya tindakan tidak diambil dengan berkesan. Saya harap pihak JPJ mengambil berat tentang perkara ini pastikan pemandu-pemandu bas yang membawa bas tidak ada isu-isu seumpama ini dan kita tidak mahu dengar lagi perkara tersebut.
Tuan Pengerusi, saya hendak cadangkan boleh atau tidak tadi kita dengar tadi Yang Berhormat Bukit Gantang sebut bagaimana lajunya bas dibawa daripada Kuala Lumpur ke Utara dengan kelajuan masa yang sampai sana memang begitu cepat, ia tentulah kerana bas itu laju. Boleh atau tidak kalau kita kaji pihak JPJ serahkan empower- kan juga kepada rakyat. Gunakanlah aplikasi telefon yang ada ini untuk rakyat membuat aduan. Jika dia nampak bas laju dia boleh gunakan aplikasi dan hantar maklumat kepada JPJ dan sebagainya dan JPJ mengambil tindakan.
Bila kuasa ini diberikan kepada rakyat, rakyat boleh mengadu, bagilah insentif kepada rakyat tidak apa. Kalau dia buat aduan, aduan itu betul bagi insentif pada dia.
Ramai orang mengadu, ramai orang buat laporan, saya percaya sedikit sebanyak akan menakutkan pemandu-pemandu bas. Ini dibuat, kalau tidak nanti waktu kawasan yang tidak ada JPJ, waktu tempat yang tidak ada amaran had laju dia bawa laju, dia tidak peduli tetapi kalau ada kuasa ini diberikan kepada rakyat, guna apps saya percaya kementerian boleh rangka ini, bagi power kepada rakyat untuk membuat aduan dan bila ini berlaku saya percaya ia akan mengurangkan tindakan-tindakan pemandu yang membawa dengan begitu laju bas-bas awam ini.
Oleh sebab itulah saya juga hendak tahu sejauh mana kementerian mengenakan tindakan kepada pengusaha syarikat awam yang telah terlibat dengan perkara-perkara seumpama ini.
Tuan Pengerusi, seperti di negara maju Jepun misalnya kita lihat tadi saya sebut soal ketepatan waktu perjalanan bas. Negara-negara maju tentu kita dapat contohi bagaimana ketepatan waktu dan ia menyenangkan rakyat.
Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk juga tentang keupayaan KTM negara ini yang telah begitu banyak membuat transformasi dalam usaha untuk menambah baik terhadap sistem pengangkutan rel di negara ini.
Untuk itu juga saya sekali lagi di dalam ruangan ini untuk mencadangkan pihak kementerian untuk mengkaji supaya jajaran laluan kereta api ini dimasukkan juga ke kawasan daripada Kuala Kangsar itu keluar ke Lenggong pergi ke Gerik kemudian keluar ke Kulim Bandar Baharu terus ke Butterworth kerana laluan ini laluan berpotensi untuk membangunkan daripada sektor ekonomi. Lenggong kawasan tapak warisan dunia, di Gerik, Royal Belum, di Kulim Bandar Baharu kawasan industri, ia saya percaya akan mempercepatkan pembangunan di kawasan ini dan tentu ia akan membolehkan sistem pengangkutan di kawasan ini dapat dipertingkatkan dengan lebih baik lagi.
Kalau kita lihat berdasarkan peruntukan dalam Bajet 2018, kita lihat banyak juga. Jadi apakah perancangan yang dilaksanakan oleh kementerian dengan peruntukan sebanyak RM2.1 bilion bagi meningkatkan keupayaan KTM ini untuk menawarkan perkhidmatan setara dengan negara-negara maju yang lain. Jadi saya mohon supaya pihak kementerian dapat memberi maklumat tentang apakah perancangan-perancangan yang lain dalam usaha untuk meningkatkan kemudahan pengangkutan kepada rakyat.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Sila Yang Berhormat.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada P.28 Kod 30000 Butiran 13000 iaitu Pembinaan dan Menaiktaraf Infrastruktur Lapangan Terbang.
Saya ingin tahu daripada pihak kementerian sama ada adakah rancangan meningkatkan taraf padang terbang Pulau Pangkor supaya ia boleh dimanfaatkan.
Sekiranya kerajaan tidak bercadang untuk meningkatkan menaik taraf lapangan ataupun padang terbang tersebut saya cadangkan ia ditutup oleh kerana penggunaannya amat kurang sekali sebagaimana dilaporkan pada tahun 2013, tahun 2014 hingga tahun 2017 sekadar 416 orang sahaja yang menggunakan penerbangan dan mendarat di padang terbang tersebut.
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 07000 iaitu Pembaikan/Pembinaan Kompleks Pejabat/ Sistem Peralatan Jabatan Laut. Untuk makluman Tuan Pengerusi, satu Marina Jabatan Laut di Pulau Mentagor bernilai RM28 juta telah siap hampir lebih 10 tahun tetapi malangnya Tuan Pengerusi tidak digunakan, abandon dan sekarang keadaannya amat teruk dan hampir rosak.
Maka sebab itu saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian benarkah ia dipajakkan kepada Majlis Perbandaran Manjung sebanyak dengan kadar RM160,000 setahun. Saya tidak faham untuk apa Majlis Perbandaran Manjung menyewa ataupun memajak marina tersebut sedangkan marina itu tidak ada orang duduk Tuan Pengerusi walaupun elektrik dan air ada tetapi tidak ada penghuni hanya seorang sahaja yang menjaga keselamatan marina tersebut.
Oleh yang demikian saya cadangkan supaya kementerian berusaha bersungguh-sungguh supaya marina tersebut dapat dimanfaatkan. Kalau boleh kita pajakkan kepada pengusaha-pengusaha luar untuk memanfaatkan marina tersebut.
Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk datang sendiri melihat keadaan marina yang terbengkalai ataupun tersadai, abandon ini, Tuan Pengerusi.
Seterusnya Tuan Pengerusi saya ingin mendapatkan maklumat daripada kementerian apakah status pencarian MH370 ini oleh kerana ia telah melebihi hampir empat tahun dan pesawatnya masih belum dijumpai dan kita harap satu keputusan muktamad dapat diputuskan oleh pihak kementerian. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi. Ada dua perkara yang saya hendak bawa dalam perbahasan kali ini. Pertamanya adalah Butiran 011800 Pendaftaran dan Pelesenan Kenderaan Motor, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kita maklum bahawa kadar yuran pembelajaran sekarang ini adalah berbeza, jadinya saya merasakan bahawa perlu ada pemantauan dan juga yuran pembelajaran yang dibawa oleh institut memandu yang sekarang ini banyak memberi tawaran kepada mereka yang hendak belajar memandu itu sendiri.
Jadi soalan saya adalah apakah usaha pihak kementerian bagi membolehkan harga yuran belajar memandu ini dapat distandardkan kepada satu kadar harga yang sama dan kemudiannya saya juga berharap agar pihak kementerian dan juga pihak JPJ pada saya perlu bertegas untuk melaksanakan satu kadar ini bagi menjaga kepentingan rakyat. Oleh sebab saya melihat bahawa hendak belajar memandu hendak mendapatkan lesen ini bukan lagi kehendak tetapi keperluan kepada masyarakat memandangkan hendak ke sana ke mari pun dia perlukan lesen.
Saya juga percaya bahawa insya-Allah permintaannya ada sentiasa ada dan sentiasa bertambah setiap tahun dan kerana itulah saya percaya syarikat memandu ini akan terus beroperasi. Kemudian soalan saya adalah saya hendak juga memohon kementerian untuk menyatakan usaha dan juga tahap keseriusan JPJ bagi memastikan perkara ini dapat dicapai.
Seterusnya kepada Butiran 040100, Butiran 010100, Butiran 020200 saya rasa seperti...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, Yang Berhormat sambung perbahasan pada sebelah petang nanti. Terima kasih.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Okey, sudah pukul satu kah?
Oh ya, okey, okey. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Ada baki lapan minit Yang Berhormat pada sebelah petang nanti.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ditangguhkan hingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya dijemput Yang Berhormat Parit Sulong, lapan minit. Sebelum itu Yang Berhormat, saya ingin dapat tahu ramai tak lagi yang berminat?
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ada lagi tidak masuk lagi ini.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya cadang Yang Berhormat Menteri, 3.30 petang boleh mula menjawab. Sila, Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ulang semula, ini poin yang kedua iaitu Butiran 040100, 010100, 020200 ia berkaitan dengan perkhidmatan pengangkutan udara.
Saya selaku rakyat Malaysia, saya memang bangga menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines terutamanya apabila kita berjalan atau terbang long haul. Jadi itu pilihan pertama kita selaku rakyat Malaysia tetapi akhir-akhir ini saya tengok keadaan MAS atau perkhidmatannya tidak segah dahulu. Mungkin keadaan kapal terbangnya kah, apanya kah tetapi soalan saya kepada pihak kementerian adalah apakah langkah-langkah drastik yang akan dibuat oleh pihak kementerian dan pihak kerajaan dalam usaha untuk mempertingkatkan kualiti Malaysia Airlines tersebut.
Melalui pengalaman sendiri, peribadi, baru-baru ini dalam perjalanan daripada Dhaka balik ke Malaysia ada ramai bersama-sama dengan saya seperti Yang Berhormat Pasir Gudang berada di sana dan ramai Speaker-Speaker juga, Yang Berhormat Bukit Katil juga berada di sana. Kita delay perkhidmatan tersebut. Bila delay, bila kita sampai di tempat tersebut, kita tengok ramai. Jadi saya ingin bertanya, saya nak mengucapkan ribuan terima kasih di atas perkhidmatan oleh pihak kakitangan Malaysia Airlines yang banyak membantu kami.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Apabila ditanya kenapa terdapat delay, dengan izin, dimaklumkan bahawa dua flight itu digabungkan menjadi satu. Jadi itu yang terjadi kesesakan dan segala-galanya.
Jadi soalan saya kepada pihak kementerian adalah berapakah jumlah penerbangan yang ditangguhkan ataupun dibatalkan kerana kekurangan penumpang sejak setahun yang lepas. Saya harap pihak kementerian dapat memberi maklum balas mengenai perkara ini.
Walau bagaimanapun, saya menyambut baik langkah kerajaan untuk membeli pesawat Boeing untuk MAS. Jadi besar harapan kita rakyat Malaysia terutamanya kepada CEO yang baru ini. Saya juga mengucapkan tahniah di atas pelantikan CEO yang baru ini. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit soalan yang saya hendak tanyakan iaitu apakah langkah-langkah dan pelan MAS agar dapat meningkatkan semula kecemerlangan Malaysia Airlines agar ia menjadi kebanggaan kepada kita rakyat Malaysia.
Seterusnya kepada Butiran 040100 iaitu Perkhidmatan Pengangkutan juga tetapi yang ini mengenai satu peruntukan baru di mana ada dana tetapi tidak ada butiran dalam ini. Jadi soalan saya adalah apakah jenis dasar baru mengenai perkhidmatan pengangkutan selain daripada apa yang saya tanyakan tadi yang dimaksudkan ini dan adakah pihak kementerian mempunyai cadangan untuk mentransformasikan perkhidmatan pengangkutan di kawasan luar bandar.
Saya hendak mengambil contoh, Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah Ahli Parlimen Sri Gading dan saya hendak beri contoh ini dan daerah Batu Pahat. Saya lihat contoh di UTHM Batu Pahat itu sendiri Yang Berhormat. Pelajar-pelajar di sana menggunakan khidmat bas Mayang Sari untuk bergerak dari kolej ke kampus utama.
Jadi soalan saya adalah adakah pihak kementerian ada memikirkan satu medium untuk menaik taraf penggunaan bas Rapid ini di kawasan-kawasan luar bandar seperti contoh yang saya nyatakan ini.
Butiran seterusnya ialah Butiran 030900 iaitu Malaysian Institute of Road Safety Research ataupun MIROS. Saya juga hendak memetik kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri yang menyasarkan pengurangan kemalangan menjelang tahun, waktu ketika itu 2014 hingga 2020 ada dinyatakan oleh Yang Berhormat. Setiap tahun dijangka akan berlaku penambahan 1.5 juta kenderaan dan pendaftaran sebanyak 500,000 pemandu baru.
Jadinya soalan saya berkaitan dengan butiran ini adalah apakah mekanisme yang telah dan akan dibuat oleh pihak MIROS bagi memastikan kita dapat mencapai sasaran pengurangan 50 peratus masalah kemalangan di jalan raya. Adakah pihak kementerian akan memperkenalkan satu yang dinamakan certificate of entitlement bagi mengawal kepenggunaan kenderaan yang banyak milik persendirian dengan mewujudkan sistem penggunaan kenderaan mengikut tempoh masa tertentu bagi mengelakkan kesesakan jalan raya terutamanya di waktu puncak. Itu sahaja, terima kasih banyak-banyak Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, yang bersongkok.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Bachok, sila-sila.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian bersama dalam perbahasan peringkat Kementerian Pengangkutan ini.
Saya merujuk kepada Butiran 030000 - Program Kursus, butiran kecil Subsidi Tren Tidak Ekonomik (KTMB) yang dianggarkan berjumlah RM25 juta pada muka surat 297 dan banyak persoalan timbul bila ucapan Bajet 2018 mengumumkan sejumlah RM55 juta sebagai subsidi pengangkutan perkhidmatan kereta api luar bandar daripada Tumpat-Gua Musang. Perbandingan dengan negara Thailand sebagai contoh, sejak sekian lama telah memberikan perkhidmatan kereta api secara percuma kepada penumpang kelas ketiga. Bahkan makanan juga diberikan secara percuma.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Penambahbaikan perkhidmatan ini telah dilakukan oleh Thailand dari masa ke semasa. Terkini ia memfokuskan kepada penumpang kereta api yang benar-benar miskin. Justeru itu langkah kerajaan dalam menawarkan subsidi tren tidak ekonomik yang berjumlah RM25 juta dan pengumuman subsidi sebanyak RM55 juta pengangkutan perkhidmatan kereta api luar bandar dari Tumpat-Gua Musang yang sangat mengelirukan pada saya bahkan jauh ketinggalan daripada negara jiran kita, Thailand.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Secara perbandingan, negara Thailand membelanjakan 585 juta baht atau RM73 juta setahun untuk kereta api percuma. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan kerajaan untuk mengambil langkah lebih drastik dan lebih memakmurkan ekonomi rakyat bawahan iaitu menyediakan perkhidmatan kereta api percuma bagi penumpang kelas ketiga dari Tumpat ke Kuala Lumpur kepada semua keluarga dan penduduk yang menerima BR1M. Ini kerana apabila sudah layak menerima BR1M ini, mereka juga layak mendapat hak-hak seperti ini.
Berkaitan subsidi KTMB, apakah jaminan subsidi yang begini besar tidak akan berlakunya penyelewengan sebagaimana yang berlaku sebelum daripada ini?
Begitu juga butiran yang seterusnya ialah di bawah projek rel kereta api yang dianggarkan berjumlah RM2.5 bilion pada muka surat 299, juga menimbulkan banyak persoalan. Apakah ini sengaja diadakan sejurus sebelum Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api atau Railway Network Access Agreement, yang sangat berat sebelah dan bakal menguntungkan syarikat-syarikat kroni. Di sebalik jumlah projek sedemikian besar ini, kenapa pihak kerajaan masih gagal mengatasi isu-isu yang dibangkitkan oleh Kesatuan Pekerja KTMB?
Senarai isu yang dibangkitkan oleh kesatuan KTMB ini ialah sangat penting dan serius untuk kebajikan dan kepentingan kakitangan kerajaan. Apa jawapan kerajaan terhadap isu pembaziran dan dakwaan kronisme, rasuah dalam KTMB? Isu perjanjian RNAA ini yang semua itu bakal menjejaskan 4,000 pekerja KTMB dan penumpang kereta api. Saya ingin tanya, apakah yang menghalang Menteri Pengangkutan dan pihak kementerian daripada menyahut cabaran debat daripada saudara Abdul Razak, Presiden Kesatuan Pekerja KTMB, atau the Railwaymen Union of Malaysia? Begitu juga Butiran 010000 – Perkhidmatan Pengangkutan. Tuan Pengerusi, Khalifah Umar Al-Khattab mengatakan, “Aku akan ditanya oleh Allah SWT jika ada binatang yang cedera akibat jalan yang tidak elok”. Seekor keldai di zaman khalifah pun diambil perhatian sebegitu rupa. Dalam negara kita Malaysia ini, Malaysia di bawah pemerintah kerajaan yang ada pada hari ini, apabila sesuatu insiden berlaku yang ditangkap dan dicari salah adalah orang paling bawah. UPSR bocor, guru ditangkap.
Pelbagai lagi perkara yang berlaku, skandal-skandal besar dalam negara kita ini, yang ditangkap adalah orang bawahan.
Saya ingin merujuk kepada kes kemalangan di Kuala Krai. Nahas yang menimpa pelajar-pelajar tahfiz di Kampung Telekung, Kuala Krai, Kelantan telah mengorbankan tujuh pelajar, yang menjadi tumpuan kerajaan adalah pemandu van yang dilaporkan tiada lesen. Itu sahaja. Sedangkan kerajaan tidak melihat secara lebih komprehensif bagaimana jajaran jalan rayanya, adakah selamat untuk kegunaan. Kita negeri Kelantan Tuan Pengerusi, satu-satunya negeri yang tidak ada lebuh raya.
Padahal orang Kelantan ini juga bayar road tax, kita juga pembayar cukai, tetapi bayangkan negara yang mengamalkan federalism ini menganaktirikan begitu rupa negeri Kelantan walaupun yang terkini setelah desakan daripada kita, ada usaha-usaha yang dibuat untuk pembinaan lebuh raya ini. Padahal yang lebih perlu ambil tanggungjawab adalah Menteri Dalam Negeri, Menteri Kerja Raya dan tentu sekali Menteri Pengangkutan ini yang perlu bertanggungjawab untuk menjawab persoalan-persoalan yang berkaitan dengan insiden-insiden menyebabkan korban nyawa seperti itu.
Persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan, yang pertama adalah apakah jalan raya Kampung Telekung, Kuala Krai, Kelantan yang dilalui oleh van tersebut benar-benar memberi ciri-ciri keselamatan dalam keadaan sekarang ini.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Kedua, bekas Ketua Audit Negara melaporkan 30 peratus nilai kontrak kerajaan terlibat dengan rasuah. Justeru, apakah implikasinya dalam kontrak pembinaan jalan raya? Kalau hal lain yang terlibat dengan rasuah pun ada kesan yang berat, inikan pula soal jajaran jalan raya kalau juga terlibat dengan ketirisan, kebocoran dan rasuah seperti ini, barangkali ini menjadi nyawa manusia sebagai taruhan.
Adakah Butiran 030900 – Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) yang dianggarkan peruntukan yang diberikan ialah RM15 juta ada membuat kajian kaitan keselamatan jalan raya dan kesan daripada berlakunya unsur-unsur rasuah terhadap keselamatan jalan raya ini. Rakyat Malaysia memerlukan pemerintah yang ada melebihi keadilan yang diperoleh oleh seekor keldai pada zaman Sayidina Umar dahulu.
Saya juga ingin memetik kenyataan media daripada Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang menyatakan dalam kes kemalangan bas Genting pada Ogos 2013, pemandu bas yang meninggal dunia dalam nahas tersebut dipersalahkan.
Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati terdapat 51 kecuaian, kelemahan, kekurangan, bersikap puas hati para pegawai yang tidak cekap dan penguatkuasaan yang lemah dalam sistem pengangkutan yang sedikit sebanyak menyumbang kepada faktor kemalangan, tetapi yang dipersalahkan hanya driver bas tersebut yang juga sudah terkorban dalam kemalangan itu. Faktor-faktor yang berasaskan institusi dan pengangkutan bertanggungjawab di atas kehilangan begitu banyak nyawa rakyat yang berharga sejak bertahun-tahun lamanya.
Begitu juga pada musim raya, kalau lebuh raya jalan hendak pergi ke Kelantan daripada Kuala Lumpur dipanggil lebuh raya maut. Lebuh raya maut, banyak sangat berlaku kemalangan. Saya yang ulang-alik daripada Kelantan ke Parlimen untuk persidangan ini pun, kita sangat merasakan jalan raya ini sudah tidak selamat. Itu belum lagi kita bangkit soal bagaimana kerosakan kenderaan bila melalui jalan-jalan tersebut.
Jadi, ini perlu menjadi perhatian kepada pihak kerajaan.
Kemudian Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga mengkritik MIROS dengan menyatakan sejumlah besar sumber telah dibazirkan berhubung model congakkan kematian di jalan raya oleh Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia dan penyelidik lain.
Laporan MIROS meramal kematian di jalan raya bagi tahun 2020, setiap model telah dipalsukan oleh penyelidik yang berkaitan. Hakikatnya, semua model cuma membuat anggaran berdasarkan kepada perangkaan masa lalu. Permodelan kematian di jalan raya pada masa lalu telah menunjukkan perangkaan yang dijangkakan lebih tinggi berdasarkan peningkatan geometric berbanding jumlah kematian sebenar di jalan raya.
Kerajaan kemudian dengan pantas mendakwa angka terbabit lebih rendah ekoran usaha-usaha mereka.
Penyelidikan secara membazir juga telah dijalankan untuk mengetahui kos tinggi nahas dan kecederaan jalan raya yang sudah diketahui itu. Kajian anggaran ini telah digunakan untuk mewajarkan pembentukan agensi pengangkutan yang tidak perlu.
Soalan saya, apakah pandangan kerajaan terhadap kritikan-kritikan yang disuarakan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang ini? Sekian sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Jasin. Oleh sebab ramai, saya hadkan kepada tujuh minit ya. Sila.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ringkas sahaja. Pertamanya saya pergi kepada perbahasan Butiran 012400 – Korporat dan Perancangan Strategik, JPJ; Butiran 020400 – Perancangan Strategik dan Antarabangsa; 020100 – Maritim.
Tuan Pengerusi, perkara pertama yang saya hendak bahaskan ialah kita berterima kasih dan bersyukur kepada kerajaan yang telah meluluskan satu pelaburan yang cukup terbesar di negeri Melaka daripada negeri China sebanyak RM30 bilion untuk membina satu pelabuhan. Dalam masa yang sama, kita menghadapi isu utama di sini.
Pertamanya, tiada infrastruktur jalan yang boleh menyokong tentang wujudnya pelabuhan yang bakal dibuat dan pembangunan Melaka Gateway.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Unjuran trafik di bandar Melaka pada ketika ini memang dalam keadaan yang cukup menyukarkan sekali. Walaupun kita sebuah negeri pelancongan tetapi setiap kali pelancong-pelancong yang datang, rungutan yang kita terima adalah mereka terpaksa menghadapi keadaan kesesakan yang cukup melampau. Pada ketika ini, jalan-jalan yang sedia adapun pada ketika ini tidak boleh menampung pengguna-pengguna, apatah lagi kalau pelabuhan ini akan wujud nanti. Jadi maknanya, tidak ada rangkaian langsung di antara bandar negeri Melaka ke pelabuhan gateway dan tidak ada dispersal system.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Jadi, kita mohon kalau boleh pihak kerajaan, apa juga perancangan yang kita buat, seharusnya lah kita membuat satu kajian yang benar-benar secara holistik.
Memastikan tidak ada masalah yang akan timbul. Keduanya, soalan saya, apakah kerajaan telah membuat satu kajian berkenaan dengan infrastruktur-infrastruktur jalan dan juga kajian sosial yang akan berlaku sekiranya projek pelabuhan ini direalisasikan?
Seterusnya, isu pengangkutan dan juga trafik di bandar-bandar utama.
Seperti yang saya sebut tadi, Bandaraya Melaka tiada lagi sistem penguraian trafik ataupun dispersal system yang efisien. Kita tengok banyak bandar-bandar utama yang lain di Malaysia telah ada sistem ini. Akan tetapi Melaka masih lagi belum memiliki program penyuraian trafik yang seharusnya telah wujud sistem penyuraian trafik ini. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, setakat manakah perancangan yang kita buat bagi memastikan kita dapat menyelesaikan masalah yang sedia ada ini?
Ketiganya, sudah kah kerajaan melalui SPAD menjalankan kajian tentang sistem pengangkutan awam bagi meningkatkan keberkesanan pengangkutan bagi bandar-bandar utama di Malaysia? Pada ketika ini, Melaka telah mewujudkan satu sistem public transport Panorama. Akan tetapi kita menghadapi masalah kerana kos operasi yang cukup tinggi. Jadi, setakat manakah bantuan yang akan dibekalkan oleh kerajaan bagi memastikan supaya kita dapat memberikan banyak kelegaan kepada pihak pengguna yang menggunakan sistem transport ini yang memang tidak menguntungkan.
Matlamat utama kita, kita memberikan keselesaan kepada seluruh penduduk.
Justeru itu, kita ingin melihat kalau boleh kerajaan membuat satu kajian secara menyeluruh tentang pengangkutan awam yang pada ketika ini menghadapi masalah kewangan untuk menguruskannya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Rasah.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Terima kasih Tuan Pengerusi. Untuk Butiran 010100 - Ibu Pejabat, Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
Di sini saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah yang telah pun berlaku pada tahun 2014 iaitu nahas udara MH370 dan juga MH17, apakah status siasatan untuk MH370 dan juga apakah hasil siasatan untuk MH17? Saya rasa kita semua tidak boleh melupakan kedua-dua nahas ini. Di mana saya rasa Parlimen dan juga pihak kerajaan kita perlu menjawab kepada rakyat kita. Termasuk kepada ahli-ahli keluarga mangsa.
Yang kedua, 011800 - Pendaftaran dan Pelesenan Kenderaan Motor, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Jadi, untuk pengetahuan Dewan Yang Mulia ini dan juga pihak kementerian, baru-baru ini saya ada menerima satu aduan. Di mana pemilik kenderaan – BHR6260. Beliau telah pun mengadu kepada pejabat saya bahawa hak milik kenderaan beliau telah pun ditukar nama. Ditukar milik tanpa pengetahuan beliau.
Sebelum ini beliau tidak pernah membuat apa-apa transaksi tukar nama ataupun thumbprint diambil oleh pihak JPJ untuk melaksanakan transaksi tukar nama.
Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah hasil siasatan terhadap kes ini? Oleh sebab sebelum ini saya telah pun menerima maklumat daripada pihak JPJ, siasatan masih di jalankan. Saya ingin tahu, sudah sebulan berlalu. Kalau sebulan pun tak tahu itu hasil siasatan, saya rasa itu sesuatu yang tidak munasabah dan saya mohon jawapan daripada pihak kementerian.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Terakhir, 00900 - Meningkatkan Keupayaan KTM. Untuk butiran ini, saya ingin bercadang kepada pihak kementerian. Sebenarnya, KTM khususnya, baru-baru inilah KTM telah pun wujudkan perkhidmatan ETS dari Gemas sehingga ke Padang Besar.
Sebenarnya, perkhidmatan tersebut agak kompetitif dan berdaya saing untuk mendapat lebih banyak penumpang-penumpang.
Bagi penduduk-penduduk yang tinggal di Negeri Sembilan, khususnya mereka yang tinggal di Seremban, kalau masa dulu kita ada perkhidmatan- kita boleh mendapatkan perkhidmatan ETS daripada Seremban, Kuala Lumpur ke Selangor, ke Perak, ke Pulau Pinang dan juga ke sebelah Kedah. Akan tetapi saya rasa dalam beberapa bulan yang lepas, perkhidmatan ETS dari Seremban sehingga ke Pulau Pinang telah pun diberhentikan. Saya telah pun berhubung dengan pihak KTM dan jawapan yang saya dapat daripada pihak KTM, mereka mengatakan bahawa kalau kereta api ETS hendak berhenti di dalam stesen Pulau Pinang, ia kurang viable. Tidak boleh mendapat keuntungan.
Saya rasa paling penting sekali, untuk pihak kerajaan, khususnya Kementerian Pengangkutan. Kita perlu memastikan perkhidmatan awam kita dapat meng-cover semua tempat. Khususnya, bagi kita yang berada di Negeri Sembilan. Kita berharap kereta api atau pun train, perkhidmatan yang ditawarkan itu, ia boleh diakses kepada setiap negeri. Sekurang-kurangnya ia berhenti di salah satu stesen di negeri tersebut.
Untuk butiran ini juga saya ingin bertanya kepada kementerian, memandangkan high speed rail akan siap pada tahun 2026, apakah pandangan ataupun apakah strategi untuk pihak KTM untuk bersaing dengan perkhidmatan high speed rail ini? Ini kerana saya difahamkan, kebanyakan stesen yang wujud pada sekarang sebenarnya ia tidak berapa jauh dengan stesen-stesen high speed rail yang akan dibina. Jadi, saya berharap dalam perkara ini, pihak kementerian boleh mengambil kira.
Jikalau kita mempunyai high speed rail dan dalam pada masa yang sama kita mempunyai perkhidmatan ETS, saya rasa adalah lebih baik pihak kementerian untuk mengkaji macam mana kedua-dua perkhidmatan ini boleh complement each other, dengan izin. Untuk memastikan yang terakhir, yang mendapat kebaikan ataupun manfaat itu adalah penduduk ataupun rakyat kita yang sering menggunakan perkhidmatan awam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Merbok.
Prof. Dr. Ismail bin Daut - Merbok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Butiran 013000 – Jabatan Keselamatan Jalan Raya, B.28.
Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia, kenderaan yang menghadapi kemalangan, khususnya di lebuh raya adalah tinggi. Pihak kementerian perlu membuat satu inisiatif untuk mengatasi kadar kemalangan yang tinggi di lebuh raya. Adakah pihak kementerian sudah mempunyai pelan-pelan jangka masa panjang dalam mengatasi masalah kesesakan yang berlaku di lebuh raya?
Di sini, saya suka ingin mengatakan berkenaan masalah kenderaan berat iaitu lori yang sering kali menjadi angkara masalah utama menyebabkan kerosakan berat. Ini dapat dihadkan bilangan dengan satu sistem pengangkutan yang lebih sistematik dengan menggunakan kenderaan darat lain iaitu kereta api elektrik. Dengan penggunaan kereta api elektrik, dapat mewujudkan satu sistem, di mana kita wujudkan satu konsep point pickup di stesen-stesen kereta api elektrik. Dengan cara ini, kita dapat mengelakkan dan mengurangkan daripada berlakunya kes kerosakan dan mengurangkan daripada berlakunya kes kemalangan jalan raya. Sekiranya sistem ini dapat diaplikasikan, ia dapat mengurangkan kos pembaikan jalan raya.
Saya juga memohon supaya kita wujudkan satu laluan khas untuk motosikal di sepanjang lebuh raya. Saya juga ingin bertanyakan kepada pihak kementerian, adakah pihak kementerian mempunyai pelan masa depan dalam mengatasi masalah kemalangan jalan raya yang sering berlaku melibatkan kenderaan-kenderaan yang lain?
Prof. Dr. Ismail bin Daut - Merbok
Bekalan P.28, Butiran 00900. Kereta api merupakan salah satu nadi pengangkutan di negara kita. Saya mencadangkan supaya pihak kementerian dapat meneliti semula keadaan laluan kereta api yang sedia ada dengan menambah kekerapan kereta api. Sebagai contoh, perkhidmatan ETS dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur daripada tiga kali sehari kepada enam kali. Bagi jarak dekat pula, pergerakan daripada Sungai Petani-Alor Setar dan Sungai Petani ke Butterworth kerana ia memudahkan pergerakan pengguna yang tinggal di Sungai Petani dan bekerja di Alor Setar dan Pulau Pinang. Penggunaan kereta api pada masa sekarang amat mendapat sambutan. Ini kerana pengguna bimbang terhadap keselamatan mereka ketika menggunakan perkhidmatan bas dan bas ekspres.
Bekalan P.28, Butiran 13000. Memohon supaya membina dan menaik taraf tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Kepala Batas, Lapangan Terbang Ipoh dan Lapangan Terbang Senai dengan menjadikan lapangan terbang yang sedia ada kepada hab antarabangsa yang baru dan tidak tertumpu pada satu tempat sahaja iaitu di KLIA dan Pulau Pinang. Dengan menaik taraf lapangan terbang ini dapat membantu dalam menambah laluan domestik dan antarabangsa dengan landasan yang baru akan membolehkan kapal terbang yang lebih besar mendarat di lapangan terbang tersebut.
Bekalan P.28, Butiran 06000. Satu pujian kepada pihak pengurusan jeti iaitu di Jeti Kuala Kedah, Jeti Kuala Perlis dan Jeti Langkawi kerana telah berjaya melaksanakan dan menangani masalah dengan cekap dalam kes kemalangan. Dengan penggunaan yang cekap ini dapat memastikan perjalanan menjadi lebih sistematik dan teratur. Saya memohon kepada pihak kerajaan untuk menaiktarafkan dua jeti di Parlimen Merbok iaitu di Jeti Semeling.
Dengan ini saya memohon supaya Jeti Semeling dapat dinaiktarafkan seiring dengan kawasan tersebut dan juga merupakan kawasan tarikan pelancong. Di Jeti Tanjung Dawai pula, dinaiktarafkan kerana jeti yang sedia ada adalah kecil. Jadi dengan menaiktarafkan jeti ini dapat mewujudkan sistem yang lebih sistematik dan tidak bercampur dengan para nelayan di kawasan tersebut.
Tuan Pengerusi, kenderaan pacuan empat roda merupakan kenderaan yang penting kepada para petani dan nelayan. Saya memohon kepada pihak kerajaan supaya dapat membantu untuk mengurangkan kadar cukai bagi kenderaan-kenderaan yang ber “cc’’ besar seperti pacuan empat roda. Walau bagaimanapun, sekiranya isu-isu tersebut diselesaikan, ia dapat membantu ekonomi negara dan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam di Malaysia. Sekian, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bukit Katil.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Oh, Yang Berhormat Bukit Katil.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ada lima perkara Tuan Pengerusi, yang saya ingin bangkitkan dalam perbahasan ini bersabit dengan Butiran 010000, 011800, 012000 dan 020400.
Pertamanya Yang Berhormat Menteri, saya ingin membangkitkan pada minggu yang lalu, pada hari Jumaat yang lepas. Saya bersama-sama dengan Ahli Parlimen daripada Alor Gajah dan juga Yang Berhormat Masjid Tanah yang juga Timbalan Menteri telah pun menghadiri satu taklimat berkaitan dengan high-speed rail (HSR). Walaupun kita sedia maklum bahawa MyHSR di bawah Kementerian Kewangan tetapi taklimat telah diberikan tentang jajaran landasan yang meliputi tujuh stesen dan stesen kelapan itu di Singapura.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Sembilan jam yang lalu kita dimaklumkan melalui media bahawa telah pun dikeluarkan satu pengumuman bahawa akan diadakan tender terbuka untuk melaksanakan projek ini yang dijangka siap pada tahun 2026. Saya ingin tanya kepada kementerian. Sementara kita mengalu-alukan engagement yang dibuat dengan stakeholders dengan Ahli Parlimen, dengan kumpulan masyarakat, tetapi apakah Kementerian Pengangkutan memberikan input kepada MyHSR supaya ia lebih bersifat kepada suatu kemudahan yang akan memberikan kesenangan kepada rakyat kerana ia seharusnya bersifat integrate di sesuatu tempat itu.
Misalnya saya hendak bawa satu contoh. Di Melaka ini stesennya di Ayer Keroh yang berhampiran dengan tol. Tempat keluar tol itu, lebih kurang dalam dua kilometer.
Di sebelah kanan akan ada stesen yang besar ini. Kalau kita tengok pada hari biasa seperti mana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Jasin tadi, berlaku kesesakan yang begitu teruk di kawasan itu.
Jadi kalau ditambah lagi dengan stesen yang begini, ini tentunya akan memberikan kesan yang cukup besar kepada penduduk setempat dan menyusahkan mereka. Sebab itu saya fikir dari segi ini, kementerian saya ingin tanya apakah ditubuhkan ada satu jawatankuasa atau sebagainya yang akan memberikan input-input yang sebegini supaya kemudahan ini dapat dimanfaatkan dan tidak menyukarkan rakyat atau penduduk di kawasan setempat.
Kedua Yang Berhormat Menteri ialah soal Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam. Saya ingin bertanya kepada kementerian. Ada satu feasibility study yang telah diumumkan oleh kerajaan pada bajet yang lalu tetapi kali ini tidak ada. Bajet yang lalu ada satu pengumuman untuk buat satu feasibility study sama ada lapangan terbang ini ingin diperluaskan atau apa. Jadi saya ingin tahu, apakah perkembangan study ini?
Ini kerana kita sedia maklum Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam ini adalah satu lapangan terbang yang begitu unik. International airport tetapi ada dua sahaja penerbangan. Saya ingat ini satu perkembangan yang cukup baik dan pada saya kita kena perbaiki keadaan ini.
Dalam masa yang sama kita juga ada lapangan terbang kecil- aerodrome, di Sungai Rambai. Jadi Tuan Pengerusi bayangkan di negeri Melaka yang kecil ini ada dua lapangan terbang. Satu lapangan terbang dua penerbangan dan satu lagi untuk kemudahan kononnya kapal-kapal kecil. Jadi saya ingin tahu apakah kementerian memberikan cadangan kepada kerajaan negeri misalnya supaya ada berlaku integrasi antara kedua-duanya kerana kita tidak perlukan lapangan terbang yang banyak kerana jumlahnya cukup besar. Kosnya amat tinggi. Misalnya di aerodrome Sungai Rambai, saya dimaklumkan bahawa kerajaan negeri meminta RM50 juta. Ini tentunya satu jumlah yang cukup besar untuk kita fikirkan secara bersama.
Perkara yang ketiga Tuan Pengerusi ialah soal yang tadi dibangkitkan oleh Yang Berhormat Merbok secara sepintas lalu berkenaan dengan cukai kereta lama yang berkuasa tinggi. Apakah kerajaan bersedia untuk mengkaji semula perkara ini kerana saya lihat di dalam website Perdana Menteri misalnya ketika mendengar pandangan- pandangan daripada rakyat, ada juga beberapa nama yang telah mencadangkan.
Misalnya Rolhisham bin Che Rom memohon menurunkan harga cukai jalan bagi kereta yang berkelajuan 1.8cc.
Encik Mohd Farid Daud- cukai kereta lama berkuasa tinggi harus dikaji semula kerana dalam konteks ini katalah kereta lama tahun 1999 katakan, 3,000cc, saya yakin road tax itu lebih mahal daripada insurans. Ini tentunya menyukarkan rakyat dalam keadaan kita berhadapan dengan pelbagai tekanan dari segi ekonomi.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Jadi saya ingin tanya, apakah kerajaan khususnya kementerian membuat satu sikap untuk mengkaji semula perkara ini agar ianya dapat mengurangkan beban terutamanya bagi orang kampung yang keretanya lama, tidak mahu tukar dan sebagainya. Ini tentunya membantu. Perkara yang keempat Tuan Pengerusi ialah berkaitan dengan pemeriksaan PUSPAKOM bagi e-hailing. Kita tahu SPAD ini di bawah Jabatan Perdana Menteri dan baru ini telah pun menghalalkan e-hailing seperti Uber, GrabCar dan sebagainya. Jadi timbul satu persoalan keperluan untuk memeriksa kenderaan teksi di PUSPAKOM yang kini berada di bawah bidang kuasa JPJ.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Buat masa ini keadaan teksi ini diwajibkan menjalani pemeriksaan oleh PUSPAKOM dan kita semua sedia maklum prosesnya agak sangat panjang. Jadi adakah ini akan dikaji semula kerana kita tahu bahawa sekiranya mereka tidak lalui ataupun pemandu teksi ini tidak lalui proses PUSPAKOM ini maka cukai jalan tidak dapat diperbaharui dan pemandu berkenaan tentunya tidak akan dapat bekerja.
Jadi saya ingin bertanya apakah monopoli PUSPAKOM ini akan di-break ataupun dihentikan dan diberi peluang kepada syarikat-syarikat yang lain agar ianya lebih banyak, lebih mudah dan ada competition. Ini tentunya memberikan kemudahan kepada pemandu-pemandu teksi yang terpaksa bersaing pula dengan e-hailing ini seperti GrabCar dan juga Uber ini.
Terakhir Tuan Pengerusi ialah tentang MIROS dan juga Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR). Saya percaya bahawa MKJR ini perlu diberikan empowerment dan perlu ada satu pendekatan yang bersifat pre-emptive. Misalnya, di kawasan saya banyak kadang-kadang aduan-aduan yang dibuat berkaitan jalan dan sebagainya dan kita tulis kepada MKJR. Jadi kalau boleh tindakan itu segera kerana yang dimaklumkan kepada kita ialah soal tidak ada bajet, kekurangan peruntukan dan sebagainya.
Jadi saya percaya ini perkara-perkara yang boleh diteliti oleh kementerian.
Kalau kementerian empower institusi seperti ini tentunya mereka akan boleh buat suatu tindakan dengan lebih efektif. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Setiawangsa.
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Pengerusi. Saya pendek sahaja. Pertama, 010900-Penguatkuasa Undang-undang, JPJ.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ucapan perbahasan pendek.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Orang tinggi. Yang Berhormat Bukit Katil tadi orang pendek tetapi ucapan panjang.
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Butiran 010900 - Penguatkuasaan Undang-undang JPJ. Saya difahamkan AES ini adalah kesinambungan kepada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010.
Terdapat 90 buah negara telah melaksanakan AES ini. Soalan saya ialah, apakah bentuk keberkesanan yang berjaya dilihat atau dicapai di Malaysia semenjak AES ini dilaksanakan?
Kedua, adakah kementerian bercadang untuk menambah lagi bilangan AES ini di lebih 800 kawasan black spot, kawasan kerap berlaku kemalangan pada masa akan datang? Berapakah jumlah saman tertunggak yang masih belum dijelaskan sehingga suku ketiga 2017? Apakah langkah yang diambil oleh pihak kementerian bagi mengutip saman yang tertunggak ini? Apakah KPI bagi tempoh masa si pelaku kesalahan ini untuk menerima saman mereka melalui pos?
Hal ini kerana terdapat sesetengah kes di mana saman AES ini tidak sampai langsung ke rumah mereka. Si pelaku hanya mengetahui tentang kesalahan mereka melalui kesalahan yang dilakukan semasa semakan dilakukan di atas talian seperti di MyEG dan sebagainya.
Saya ingin mencadangkan agar diwujudkan satu sistem pemberitahuan baharu selain daripada surat saman dihantar ke rumah iaitu SMS blasting iaitu sejurus sebaik sahaja kesalahan trafik ini dilakukan, maka AES akan memproses dan membuat perincian kesalahan dan terus menghantar melalui SMS. Ini agar dapat mengelakkan daripada timbul masalah yang mereka ini tidak dapat saman tersebut.
Kedua ialah 013000-Jabatan Keselamatan Jalan Raya. Tempoh Januari hingga September 2017 melibatkan 5,083 kematian dan daripada jumlah itu sebanyak 1,077 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan melibatkan pelajar sekolah berusia di antara enam tahun hingga 20 tahun. Diikuti dengan jumlah golongan tersebut yang cedera parah seramai 1,150 orang dan 1,675 orang cedera ringan.
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Soalan saya, berapakah jumlah terkini kemalangan melibatkan pelajar di kawasan sekolah sepanjang 2017 ini? Adakah pihak kementerian mempunyai senarai sekolah yang dikelaskan sebagai sekolah yang berbahaya keadaan jalan raya sekitar seperti contohnya sekolah yang betul-betul berada di tepi jalan raya yang besar dan sibuk? Apakah langkah kementerian yang dilakukan oleh kementerian untuk meningkatkan tahap kesedaran di kalangan pelajar sekolah untuk mendapatkan lesen kereta atau motosikal yang sah? Ini kerana trend yang ada sekarang di mana pelajar- pelajar pergi ke sekolah menunggang motosikal tanpa lesen. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh B.28-010200 iaitu Trafik Udara Semenanjung, Butiran 010400-Trafik Udara Sarawak dan P.28 Butiran 30000.
Tuan Pengerusi, saya ingin tanya adakah airport taxi adalah di bawah kementerian MOT? Beberapa hari yang lalu apabila saya menaiki airport taxi yang premier class, bukan yang bajet, yang premier class saya ingat saya bayar 50 peratus lebih banyak hendak naik satu teksi yang lebih baik. Akan tetapi dengan kecewanya teksi premier itu lebih teruk lagi daripada bajet. Teksi yang lama, aircond tidak sejuk, lagi dalam dashboard itu, dashboard, itu lampu indikator enjin ada masalah nyala di sana.
Jadi saya hendak tanya adakah kementerian ada mengawal teksi-teksi airport ini? Supaya teksi yang ada masalah janganlah pakai. Pakailah, gunakan- kalau premier class, gunakan kereta yang baharu. Jangan benarkan kereta yang 10 tahun, 20 tahun masih pakai lagi.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Okey.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Terima kasih Yang Berhormat Sibu, terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Sibu saya hendak pandangan Yang Berhormat Sibu. Saya pun ada experience yang similar, dengan izin, ya di mana pemandu teksi mengatakan bahawa yang airport taxi ini dikendalikan oleh sebuah syarikat dan mereka ada QC department dan QC department nampaknya ada penyelewengan, ada corruption di mana terdapat insiden di mana mereka driver taxi itu dia bagi under table duit dan dia lempar sahaja dia punya QC. Minta pandangan, Yang Berhormat.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh jawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Stampin juga. Saya diberitahu oleh pemandu teksi itu, kereta dia sudah expired. Sebenarnya dia sudah- bukan permitlah tetapi keretanya mesti tukar, sebenarnya mesti tukar tetapi dia belum tukar lagi. Akan tetapi MOT masih membenarkan kereta itu di jalan, digunakan dalam jalan raya. Jadi saya harap kementerian boleh beri satu jawapan.
Satu lagi masalah saya ingin bangkitkan ialah di Lapangan Terbang Sibu. Di antara Butiran 30000, saya ada nampak butiran untuk pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Kuching, Miri, Sibu, Mukah dan Lapangan Terbang Bario. Jadi saya ingin tahu adakah di Lapangan Terbang Sibu adakah rancangan daripada MOT untuk menaik taraf lagi atau menambah baik lagi Lapangan Terbang Sibu?
Hal ini kerana di Lapangan Terbang Sibu ini merupakan satu lapangan terbang yang sangat penting di kawasan zon central Sarawak. Kebanyakan saya rasa Yang Berhormat-Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini seperti Yang Berhormat Mukah, Yang Berhormat Kapit, Yang Berhormat Kanowit, Yang Berhormat Hulu Rejang, Yang Berhormat Tanjong Manis semua Parlimen-parlimen ini dia mesti melalui Lapangan Terbang Sibu tetapi Lapangan Terbang Sibu belum ada lounge, golden lounge belum ada.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Lounge belum ada lagi. Jadi bukan setakat itu sahaja. Banyak lagi fasiliti-fasiliti di Lapangan Terbang Sibu belum sebaik. Tidak apa.
Lounge tidak ada tidak apa tetapi tambang kapal terbang mesti diturunkan. Sibu pergi Kuala Lumpur, tambang dari Sibu pergi Kuala Lumpur harga tambangnya adalah sama dari Kuala Lumpur pergi Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Akan tetapi Sibu Airport dia tidak setaraf dengan Kuala Lumpur. Jadi saya rasa kalau ikut harga yang sama sebenarnya orang Sibu, penduduk Sibu mesti menikmati mutu perkhidmatan lapangan kapal terbang yang sama di Semenanjung.
Kalau tidak, tambang harga tiket Sibu pergi Kuala Lumpur ini mesti dikurangkan.
Maybe 20 percent or 30 percent. Kalau tidak saya tidak payah- untuk kalau saya hendak naik business class di Sibu Airport tidak ada lounge. Saya tidak boleh menikmati perkhidmatan lounge. Akan tetapi Kuala Lumpur pergi Sibu mereka boleh. Jadi tidak adil kalau saya beli business class saya tidak boleh menikmati lounge, okey itu satu masalah.
Satu lagi masalah yang ingin saya bangkitkan ialah Sibu sebagai pintu access kepada zon pertengahan Sarawak tetapi Lapangan Terbang Sibu masih tidak ada lagi international direct flight. Sekarang Bintulu sudah ada tetapi Sibu belum ada lagi. Saya harap kementerian boleh beri, open up the sky for Sibu Airport supaya international airport pun boleh terbang dan boleh melalui Lapangan Terbang Sibu.
Okey Tuan Pengerusi, satu lagi saya ingin bangkitkan ialah dulu kami ada menerima maklumat bahawa di Lapangan Terbang Sibu itu pili bomba ada masalah. Jadi saya ingin kementerian boleh beri sikit penjelasan apa yang sedang berlaku kepada pili bomba di Lapangan Terbang Sibu kerana kami menerima information bahawa paip di bawah tanah Lapangan Kapal Terbang Sibu itu sudah rosak, tidak boleh digunakan. Jadi saya ingin penjelasan dari kementerian. Sekian.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Masih lagi ramai?
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Tidak jelas] masa.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Lima minit Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Tenom. Silakan Yang Berhormat Tenom.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Yang Berhormat Tenom? Alhamdulillah. Lima minit, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya....
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, saya hadkan lima minit dan Yang Berhormat Menteri pukul empat Yang Berhormat Menteri, empat petang ya okey.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Okey, terima kasih Tuan Pengerusi memberi peluang kepada saya dalam peringkat jawatankuasa bagi maksud pembangunan P.28 Kementerian Pengangkutan. Saya cuma ingin menyentuh satu perkara sahaja Tuan Pengerusi iaitu Butiran 01400 yang berkaitan dengan Projek Pembaikan Kereta Api Negeri Sabah.
Tuan Pengerusi, di negeri Sabah, Tenom antara stesen yang terakhir kereta api dan kilometer jumlah jarak di antara Tanjung Aru sehingga ke Tenom sejauh 134 kilometer. Projek ini telah berjalan begitu lama dan kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta lebih untuk menaik taraf sistem kereta api di negeri Sabah.
Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri dengan peruntukan yang akan dibelanjakan pada tahun hadapan sebanyak RM13.5 juta yang akan dibelanjakan, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah kerja- kerja lagi yang belum dilaksanakan untuk melaksanakan projek pembaikan kereta api?
Datuk Raime Unggi - Tenom
Saya melihat bahawa bagi saya perkhidmatan kereta api di negeri Sabah ini amat masih lagi diperlukan. Saya melihat supaya peruntukan yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri kita faham bahawa perkhidmatan kereta api di negeri Sabah ini di bawah Jabatan Kereta Api Negeri Sabah yang diurus oleh Kerajaan Negeri Sabah. Akan tetapi kita memahami atas keprihatinan Kerajaan Persekutuan telah memberi peruntukan yang begitu banyak. Saya minta Yang Berhormat Menteri supaya dapat memberitahu dalam Dewan yang mulia ini apakah kerja-kerja yang sedang berlangsung dan kita harap dengan adanya pembaikan sistem kereta api di negeri Sabah ini akan dapat melihat perkhidmatan kereta apai itu lebih cekap.
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian apakah cadangan ataupun komitmen selain daripada pembaikan kereta api di negeri Sabah oleh Kerajaan Persekutuan di mana ada cadangan yang menyatakan bahawa kerajaan akan cuba untuk membangunkan sistem perkhidmatan kereta api ini mewujudkan laluan ke Utara ke Timur Negeri Sabah. Saya minta informasi daripada pihak kementerian adakah cadangan ini juga turut disertai oleh Kerajaan Persekutuan?
Saya lihat bahawa perkhidmatan kereta api yang ada sekarang ini banyak memberi manfaat kepada penduduk kampung yang terlibat Tuan Pengerusi lebih-lebih lagi apabila ada beberapa kampung di sana hanya perhubungan mereka bukannya jalan raya tetapi sistem perkhidmatan kereta api sahaja. Saya harap dengan ada peruntukan RM13.5 juta ini, saya harap penduduk-penduduk kampung yang terlibat dapat menikmati sistem perkhidmatan yang baik seperti mana saudara-saudara kita di sebelah Semenanjung. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberi penjelasan dalam hal ini. Itu sahaja Tuan Pengerusi terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Pengerusi, B.28, Kementerian Pengangkutan, Butiran 011900 iaitu Penguatkuasaan Undang- undang, JPJ. Saya hendak minta penjelasan daripada pihak kerajaan bahawa sejak dibekukan oleh Jabatan Peguam Negara berkaitan dengan isu kes-kes saman AES ini, saya hendak tanya apa akhirnya tindakan lanjut yang diambil oleh pihak kerajaan khususnya JPJ.
Keduanya ialah sehingga Julai tahun ini jawapan kepada saya melalui pelaksanaan AES dan kemudiannya diperbaharui melalui sistem AWAS ini kerajaan telah pun saman AES yang notis saman dikeluarkan sebanyak 142,135 dan 7,258 telah pun membayar kompaun dan dikenakan hukuman sistem mata demerit. Jadi saya hendak dapatkan penjelasan atas asas apa mereka ini dikenakan dan dipaksa untuk membayar saman dan juga hukuman sistem mata demerit sedangkan mereka belum dibuktikan kesalahan itu di mahkamah.
Seingat saya tidak, belum ada lagi selepas dibekukan oleh Jabatan Peguam Negara sehingga sekarang belum ada lagi kes-kes yang dibawa, kes-kes yang berkaitan dengan saman AES ini di bawah ke mahkamah. Jadi sepatutnya bagi saya bahawa tidak wajar untuk pihak kerajaan JPJ hendak paksa orang suruh bayar sedangkan mereka belum dibuktikan kesalahan.
Oleh sebab itu saya dan kawan-kawan hendakkan supaya kalau boleh kerajaan boleh bawa mana-mana satu kes saman di mahkamah untuk kita lawan dan kita challenge supaya akhirnya membuktikan sama ada apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan itu betul ataupun tidak. Jadi ini yang sepatutnya dilakukan oleh pihak kerajaan.
Saya ingin tahu apakah kedudukan akhir dan terkini dengan pelaksanaan sistem AES dan juga berkaitan soalan pelaksanaan AWAS ini.
Keduanya yang saya hendak dapatkan penjelasan ialah pelaksanaan AES dan juga AWAS ini dia ada kaedah dia berasaskan kepada Akta Pengangkutan Jalan di bawah Kementerian Pengangkutan ini. Kemudian pihak kementerian melalui JPJ telah pun menetapkan kaedah-kaedah pelaksanaan yang akhirnya dibawa dan digazetkan.
Di antara kaedahnya ialah sebelum laluan kamera ini, sebelum ada kamera ini maknanya kena beritahu melalui papan tanda iaitu dua kilometer, satu kilometer dan 500 meter untuk hendak beritahu kepada pengguna jalan raya bahawa kamera ada di hadapan. Dua kilometer ada kamera dan lepas itu lagi satu kilometer ada kamera dan 500 meter akan diberitahu bahawa kamera ada di hadapan. Ini kaedah dia.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Maknanya dia mesti beritahu tetapi masalahnya sekarang ini bahawa bukan sahaja JPJ yang menguatkuasakan pelaksanaan AES ini, tetapi polis juga membuat speed trap iaitu menggunakan sistem kamera Tuan Pengerusi. Akan tetapi polis punya saman speed trap ini tidak pun memberitahu, tidak ada kaedah sebab tidak ada papan tanda yang polis letakkan bahawa ada kamera di hadapan, ada kamera speed trap itu di hadapan.
Jadi ini saya lihat bahawa satu masalah kepada pengguna-pengguna yang berhadapan dengan satu saman AES JPJ ini, yang keduanya ialah saman speed trap daripada pihak polis yang tidak ada satu kaedah dan yang ada kaedah itu pun walaupun di saman masih belum tentu dia bersalah kerana dia masih belum dibuktikan di mahkamah.
Kedua ialah masalah apa yang berlaku kerana polis juga mengambil bahagian dalam saman kamera ini dengan menggunakan Akta Pengangkutan Jalan ini. Jadi saya minta supaya pihak kerajaan memberikan penjelasan kepada saya tentang perkara ini kerana ini menyusahkan pengguna-pengguna di jalan raya. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Rompin.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Saya satu sahaja. Butiran 06000 – Pembaikan dan Pembinaan Jeti Jabatan Laut Semenanjung.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Rompin satu apa?
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Ya?
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Satu apa?
Apa yang satu?
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Untuk sementara waktu satu sahajalah [Ketawa]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Dia sudah senja.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Pengerusi dua.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Kita dapati jalan...
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Pengerusi dia tidak ada speed trap.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Kita dapati jeti-jeti di pulau-pulau dan di jeti-jeti penumpang ini tidak diseragamkan umpamanya di Pulau Tioman tidak diseragamkan dari segi pengurusan dan maintenance dia. Ada yang dijaga oleh Jabatan Laut, ada yang dijaga oleh agensi-agensi.
Saya mencadangkan semua jeti-jeti ini diselenggarakan oleh Jabatan Laut dan dijaga oleh Jabatan Laut. Mudah bagi Jabatan Laut untuk minta peruntukan. Kalau agensi kerajaan, jabatan kerajaan negeri ada kekangan dari segi untuk mendapatkan peruntukan. Jadi dengan adanya keseragaman jeti-jeti ini mudah bagi Jabatan Laut untuk memohon peruntukan dan jeti penumpang terutamanya di kawasan-kawasan pelancongan adalah penting untuk diselenggarakan dengan baik bagi menjamin keselamatan pelancong-pelancong. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Stampin.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 010100 – Ibu Pejabat, Jabatan Penerbangan Awam (DCA); 010400 – Trafik Udara Sarawak; 011900 – Penguatkuasaan Undang-undang JPJ; 013000 – Jabatan Keselamatan Jalan Raya; 012600 – Pengurusan Integriti JPJ; 030900 – Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS); 30000 – Pembesaran dan Menaiktaraf Lapangan Terbang Kuching, dengan izin.
Isu saya yang pertama iaitu isu ‘lesen kopi O’. Kita semua tahu bahawa kemalangan jalan raya di negara kita semakin membimbangkan. It’s one of the worst, dengan izin. Jadi saya berpendapat bahawa kadang-kadang isu ini adalah kerana lesen kopi yang begitu berleluasa, begitu ketara sekali.
Jadi saya hendak tanya kementerian, apakah langkah yang telah pun diambil untuk mengatasi masalah sedemikian. Kalau kita turun padang, kita sering dengar bahawa if we go to that driving school, dengan izin, dia ada pakej di mana including license. Jadi mungkin kah kemalangan yang berlaku di jalan raya kita ini adalah disebabkan oleh licenses yang kepada pemandu yang sebenarnya mereka tidak fasih dalam memandu kereta mereka.
Saya beri contoh dekat Kuching. As long as dia ada roundabout, mesti ada jammed kenapa? Ini kerana banyak pemandu tidak pandai tackle macam mana hendak masuk ke roundabout daripada a three lane roadway. From a three lane roadway to a three lane roundabout, mereka tidak tahu macam mana hendak tackle. Kadang-kadang ada pemandu di mana bila di roundabout, mereka hendak keluar mereka keluar from the inner most lane mereka terus potong pergi keluar sahaja dan ini mengakibatkan banyak kemalangan.
Kadang-kadang kita juga nampak banyak pemandu bukan one or two, sebenarnya ramai pemandu di mana mereka memandu dekat fast lane, empat kilometer per hour sahaja. Isu di Kuching juga kita nampak ramai pemandu, mereka park kereta mereka di satu kereta, dua petak. Penguat kuasa, mereka tidak saman yang park dua petak itu tetapi mereka saman kereta dekat yang park dekat tepi kerana tidak ada tempat meletak kereta kerana sudah di park oleh kereta yang mengambil dua petak itu.
Isu kedua iaitu RM160 juta subsidi yang diberikan kepada MASwings. Isu ini saya telah pun bangkitkan selama ini di mana saya hendak jawapan di mana setiap route yang di subsidi itu berapa, every single route bukan one lump sump RM160 juta supaya kita boleh teliti apakah masalah yang dihadapi oleh MASwings. Every single route each flight how much subsidy is taken by MASwings, kalau boleh minta izin. Itu pun jawapan yang saya- yang diberikan oleh kementerian kepada saya yang belum saya dapat lagi.
Isu yang ketiga iaitu again MASwings. Saya dapati bahawa- saya hendak minta pandangan kementerian. Baru-baru ini kementerian negeri yang menjaga transportation di Sarawak ada mengatakan bahawa negeri Sarawak mungkin akan mengambil alih MASwings dengan syarikat Hornbill.
Jadi apakah pendapat Kementerian Pengangkutan dalam hal demikian kerana kita tahu Hornbill Skyways ini mereka mengendalikan helikopter dengan kapal terbang jenis kecil contohnya Beechcraft King dengan beberapa buah private jet. Mereka mungkin tidak ada kewangan ataupun expertise yang diperlukan dan kita juga boleh nampak rekod Hornbill yang tidak begitu memuaskan pada pendapat saya.
Jadi saya hendak minta MAVCOM ataupun Kementerian Pengangkutan, hendak bagi sejarah Hornbill, berapa buah helikopter ataupun kapal terbang yang telah pun terhempas semenjak adanya Hornbill Skyways.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Minta penjelasan...
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Biar kita tengok rekod mereka, macam mana rekod keselamatan mereka adakah baik atau tidak. Silakan Yang Berhormat Lanang.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Terima kasih Yang Berhormat Stampin, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin minta pandangan Yang Berhormat Stampin tentang RM160 juta subsidi- kalau Kerajaan Negeri Sarawak akan mengambil alih MASwings iaitu Kenyalang Airways kah? Hornbill. Adakah subsidi ini akan diberikan kepada Kerajaan Negeri Sarawak juga? Minta penjelasan.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Terima kasih Yang Berhormat. Sila masukkan isu Yang Berhormat Lanang itu dalam perbahasan saya. Itu memang satu isu yang bagus. Are were going to get the RM160 million subsidi kalau negeri Sarawak akan mengambil alih MASwings ya.
Isu yang seterusnya iaitu runway excursion di Kuching International Airport yang ini saya hendak again walaupun kementerian telah memberitahu saya bahawa this year telah membuat calibration dekat PAPI Runway 07 itu tetapi saya masih mendapat lagi- apabila saya double check PAPI di Runway 07 itu memang out of calibration ada berlaku.
Jadi saya harap DCA boleh membuat satu kali lagi calibration terhadap Runway 07 kerana runway dekat Kuching International Airport itu memang one of the highest runway excursion apabila musim hujan. So, Kuching runway is one of the yang teruklah, banyak sekali jadinya runway excursion jadi begitu juga kerana saya minta lagi supaya put into consideration untuk membuat upgrade supaya ada centered lighting supaya excursion ini tidak akan berlaku begitu frequent. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Limbang.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada B.28 011900 – Penguatkuasaan Undang-undang, JPJ.
Jadi saya hendak membawa isu yang pertinent untuk di Sarawak dan Sabah iaitu kita ada tiga wilayah, negara jiran, negara Brunei Darussalam di tengah-tengah kedua-dua negeri ini. Jadi keperluan untuk melintas itu sebagaimana yang diketahui memang tidak dapat hendak dielakkan, memang keperluan bersama untuk ketiga-tiga, Sarawak, Sabah dan negara jiran ini. Kita tentunya menghormati kedaulatan sesebuah negara.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Jadi masalahnya isu sekarang ini melibatkan Sabah, Sarawak ialah tentang kereta yang mempunyai tinted. Sekarang ini timbul dalam Facebook, dalam media massa dan sebagainya, semuanya hal-hal apabila cermin kereta yang di-tinted ini, cermin gelap ini disaman, terpaksa dikoyak, dibuka right on the spot tetapi kita hormati. Itu kedaulatan undang-undang negara tersebut. Jadi kita minta kepada kerajaan sebab ini adalah G2G, apalah kiranya Malaysian registered car, dengan izin, Sarawak, Sabah supaya apabila melintasi negara ini, supaya ia tidak perlu dikenakan penguatkuasaan negara tersebut.
Saya difahamkan negara tersebut cermin gelap memang tidak dibenarkan, tetapi undang-undang adalah di-apply juga kepada kereta daripada negara kita. Jadi saya berharap, minta kepada kerajaan G2G. Saya tahu setiap tahun kita ada bilateral meeting antara kerajaan negara tersebut, Brunei dan kita Malaysia. Kita mohonlah, kita tetap menghormati kedaulatan undang-undang negara tersebut.
Akan tetapi kita mohon belas ihsan, kerjasama sebab ini keperluan. Oleh sebab orang kampung, orang biasa, bawa orang sakit hendak melintas, kalau kebetulan kereta tinted, apa macam mana hendak cerita ini. Kereta yang mahal-mahal itu barangkali lain ceritalah, tetapi kereta murah-murah ini payah sedikit. Kadang-kadang kereta second hand yang sudah memang dipasang dengan tinted glass dan sebaginya. Jadi kita mohon kepada kerajaan supaya dibawa masuk dalam bilateral meeting yang saya difahamkan akan dibuat di mana, di Malaysia ataupun negara tersebut pada tahun ini.
Keduanya lagi Yang Berhormat Menteri ialah tentang yang dibawa oleh Yang Berhormat Kinabatangan pagi tadi, hal masalah check-in ini. Saya hendak share sahaja, pernah satu flight di satu airport, saya ini pun seorang tidak tahan juga, bila dia raba-raba geli sedikit. Ada yang raba kuat, ada yang raba lembut. Jadi masalahnya there’s one time Yang Berhormat Menteri, saya minta jangan kuat sangat.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Jadi the officer yang berdekatan terdengar, dia bagi tahu officer dia, kenapa tidak pakai scanner ini. That means the scanner is there, why don’t you use it? Ini depan mata, pengalaman peribadi. Saya kata jangan kuat sangat, saya geli. Pegawai dia dengar, saya ulang, pegawai dia dengar, “Eh, kenapa tidak pakai scanner ini?” That is my question. Jadi ini ertinya, scanner itu ada. Kenapa tidak dipakai? Jadi kalau boleh, betul jugalah kita mempunyai pendapat yang samalah. Seterusnya, rasanya itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, belakang. Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Pengerusi. Di bawah Butiran 00900 - Meningkatkan Keupayaan KTM.
Saya cuma ingin kemukakan pertanyaan berkaitan dengan KTM Ekspres daripada Tumpat ke Kuala Lumpur. Namanya ekspres, tetapi perjalanannya sangat lambat, 12 jam baru sampai ke Gemas. Sepatutnya ekspres, lambat. Kemudian, daripada Gemas terpaksa naik ETS ke Kuala Lumpur. ETS yang paling awal pada jam 8 pagi, kadang-kadang yang sampai daripada Tumpat tidak sempat untuk menaiki ETS yang pertama, terpaksa tangguh untuk tunggu sampai ETS yang seterusnya pada jam 2 petang, makan masa yang agak lama untuk menunggu. Juga dengan kemudahan- kemudahan kereta api ekspres ini yang agak kusam, agak lama, tandas yang tidak mencukupi.
Jadi saya ingin bertanyakan, apakah kerajaan tidak melakukan kajian berkaitan dengan kesesuaian pengangkutan kereta api ini? Berapakah sebenarnya jumlah penumpang yang masih lagi menggunakan khidmat ini untuk daripada Tumpat ke Kuala Lumpur dengan segala permasalahan yang ada? Bagaimanakah cara untuk mengatasi supaya ia menjadi lebih baik daripada semasa ke semasa?
Kedua Butiran 13000 berkaitan dengan Pembinaan dan Menaiktaraf Infrastruktur Lapangan Terbang. Saya ini bertanyakan berkaitan dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu. Antara salah satu lapangan terbang yang agak sibuk di Malaysia ini, lebih daripada 30 penerbangan sehari. Lebih sibuk daripada lapangan terbang negeri Tuan Pengerusi, tetapi masih lagi menghadapi masalah landasan pendek yang menyukarkan kepada kapal-kapal terbang yang besar untuk mendarat. Sudah ada janjinya dan dikatakan awalnya pada bulan Julai tahun ini, kemudian ditangguhkan sehingga bulan September, sampai ke hari ini bulan November pun masih lagi belum dilaksanakan pemanjangan landasan ini. Saya hendak tanya, bilakah projek ini akan dibuat?
Begitu juga dengan kemudahan terminal lama yang ada di lapangan terbang tersebut yang saya tidak tahu apakah fungsinya yang boleh dibuat ataupun apakah yang terjadi kepada bangunan ini dan bagaimana untuk di manfaatkan. Begitu juga dengan kemudahan masjid yang sebenarnya telah dibina oleh kerajaan negeri yang agak besar tetapi sudah ditinggalkan, tidak terurus, tidak menarik, parking juga tidak cukup.
Saya juga memohon kepada MAS untuk menambahkan penerbangan ataupun mengambil peluang mengadakan penerbangan daripada Kota Bharu ke Kota Kinabalu dan juga Kota Bharu ke Kuching. Sekarang ini sudah ada AirAsia yang melaksanakan penerbangan ini. Saya rasa ia agak laku dan ramai penumpang yang menggunakannya.
Kemudian yang terakhirnya, saya ingin memohon supaya kalau boleh dipercepatkan untuk menjadikan landasan ataupun Terminal Sultan Ismail Petra ini sebagai tempat untuk menerbangkan jemaah-jemaah haji daripada Kelantan ke Jeddah terus, tidak perlu datang ke Kuala Lumpur untuk melaksanakan ibadah haji. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 010000 – Perkhidmatan Pengangkutan dan Butiran 020300 – Logistik dan Darat.
Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada perkhidmatan KTM Komuter Utara. Buat masa ini, perkhidmatan ini bermula dan berakhir dari Padang Rengas hingga ke Bukit Mertajam dan Padang Besar. Saya membawa permintaan tinggi dari rakyat Kuala Kangsar yang mempunyai ramai pengguna perkhidmatan di kalangan pelajar-pelajar dari beberapa asrama penuh dan pelajar-pelajar universiti dan kolej, pelancong-pelancong yang sering sampai ke Kuala Kangsar dan rakyat tempatan yang terpaksa ke Padang Rengas untuk ke utara.
Jarak di antara Padang Rengas dan Bandar Diraja Kuala Kangsar adalah 12.5 kilometer dan mengambil masa selama 18 minit untuk sampai melalui jalan raya.
Sekiranya servis komuter ini boleh dimulakan dari Bandar Kuala Kangsar, ia akan membantu begitu ramai pengguna di kalangan orang muda dan pelancong dan akan membantu dari segi keselamatan dan industri pelancongan Kuala Kangsar yang menjadi mercu tanda Kesultanan Melayu Perak yang menjadi kebanggaan negeri Perak. Harap kementerian dapat memenuhi permintaan ini.
Kedua dan terakhir, Butiran 013000 - Jabatan Keselamatan Jalan Raya. Tuan Pengerusi, terlalu kerap kemalangan berlaku di lebuh raya dari Kuala Kangsar ke Ipoh dan Ipoh ke Kuala Kangsar. Setelah kemalangan berlaku di hot spot di sepanjang jalan ini, ia akan menyebabkan jem yang sangat teruk yang melibatkan berpuluh kilometer dan menyebabkan kelewatan yang sudah pasti ia menimbulkan kemarahan pengguna.
Ia juga adalah laluan yang sering diguna oleh pegawai-pegawai kerajaan negeri dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak ke Istana Duli Tuanku. Saya berpandangan, kelewatan menguruskan kemalangan dan mangsa kemalangan yang sangat tidak efisien harus ada sistem yang lebih efisien dan time line yang pendek. Satu lagi kerana tidak ada lay-by pun pada laluan ini, jadi tidak ada tempat untuk menarik kenderaan yang terlibat ke tepi sementara menunggu bantuan. Apakah kementerian boleh menyediakan untuk laluan ini satu kaedah yang berbeza supaya pengurusan kemalangan dapat dibuat dalam jangka masa yang pendek dan dikendali oleh satu pasukan yang berpengalaman.
Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Kalau perkara ini tidak dipandang serius ia akan terus menimbulkan persepsi negatif rakyat mengenai pengurusan, pembaziran dan sudah pasti produktiviti negara.
Masalah ini juga berlaku di lebuh raya-lebuh raya di seluruh negara dan ia perlu diatasi dan ditangani secara nasional. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Saya hanya ingin membahaskan satu item sahaja, Tuan Pengerusi. Iaitu Penguatkuasa Undang-undang Butiran 011900. Saya ingin menyentuh tentang isu AES seperti mana Yang Berhormat Pokok Sena tadi. Cuma, saya mungkin ingin membahaskan dari segi perspektif yang berbeza. Berdasarkan laporan- saya baca dalam The Sun Daily, 30 April 2017. Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa akan di-install, dengan izin, tujuh lagi kamera AES di tujuh location yang dikatakan tempat yang banyak accident.
Saya ingin tanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, bagi saya apabila kita letak di tempat yang banyak accident ini, kamera ini- saya berpandanganlah, sebenarnya dia lagi sebenarnya merancakkan lagi accident. Kenapa saya berkata begitu Yang Berhormat Menteri, sebab apabila ada mesin kamera ini mungkin orang tengah laju tiba- tiba dia akan terus jadi slow. Ini mungkin apabila tiba-tiba slow ini atau secara drastik ini ia mungkin boleh membahayakan pengguna jalan raya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Jadi, saya sebenarnya agak berbeza pandanganlah dari segi kita letak di tempat-tempat yang mungkin banyak accident ini. Hal ini kerana, at the end of the day kita punya tujuan ialah untuk reduce, dengan izin, kemalangan.
Untuk makluman Parlimen ini, bahawa saya rasa Malaysia ini kita mempunyai sistem perundangan dari segi jalan raya ini yang agak hebatlah. Akan tetapi, saya pun pelik walaupun kita mempunyai sistem perundangan yang hebat tetapi dari segi hendak menurunkan kadar kemalangan dan kadar saman sebenarnya kita agak sukar. Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), berdasarkan surat khabar setakat bulan April 2017 – 19,230 saman telah dikeluarkan. Jadi, saya tanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri daripada 19,230 ini berapa banyak kah yang telah dibawa ke mahkamah dan berapakah kadar kes yang dimenangi oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)?
Sebab kita tahu bila kita bawa ke mahkamah ini banyak dia punya komplikasi dia dan yang paling susah untuk membuktikan kes ini dan berdasarkan pengalaman sayalah semasa saya mula-mula jadi peguam dahulu, kita banyak buat kes-kes melibatkan kemalangan jalan raya ini kes yang melibatkan- masa itu tidak ada lagi AES pun. Selalunya, pihak yang mendakwa ini mereka tidak mengemukakan keterangan- keterangan yang boleh mensabitkan orang yang bersalah. Orang yang didakwa. Sebagai contoh, kadang-kadang mesin itu tidak di-calibrated- tidak di-calibrated dalam Bahasa Melayu saya tidak pasti. Ini saya hendak tahu kamera ini adakah kita telah pastikan bahawa kalau kita bawa ke mahkamah dia boleh- tidak mendatangkan masalah?
Sebenarnya saya secara dari awal saya tidak setuju dengan sistem AES ini.
Bagi saya sistem AES ini bercanggah dengan Perlembagaan. Akan tetapi, tidak apalah oleh sebab kerajaan hendak buat itu satu hal lain dah tetapi saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pokok Sena sendiri apabila kita bawa ke mahkamah ini, berkemungkinan akan dicabar dari segi kesahihan of AES ini sendiri. Akan tetapi, yang saya hendak tekankan di sini ialah kenapakah despite kita ada satu sistem yang bagus ini kemalangan jalan raya masih juga tinggi dan juga kadar saman masih tinggi?
Di sini saya ingin mencadangkanlah kalau boleh dalam menyelesaikan masalah jalan raya ini, kita kurangkan sedikit pandangan undang-undang. Di negara-negara barat saya bagi contoh. Saya- bila kita pergi negara Barat, kadang-kadang seminggu hendak dengar hon pun susah. Hendak dengar orang bunyikan hon pun susah. Saya seminggu duduk Australia tidak pernah dengar bunyi hon.
Akan tetapi, of course-lah negara macam Pakistan ini hon selalulah. Dia orang kata kalau hendak beli kereta dekat Pakistan kita kena tengok hon dengan brek. Kalau ada hon brek, dia boleh beli kereta. Sebab dia bangga dengan hon. Kalau kita pergi negara Pakistan, India dan Bangladesh ini dia kata kalau kita hendak follow lori dia kata “honk please”. Dia sebagai satu kebanggaan. Akan tetapi, dia punya sistem teruk dibandingkan dengan Malaysia jauh sangatlah. Dia lagi teruklah. Akan tetapi yang saya kagum kadar kemalangan dia kurang. Kita sistem bagus tetapi kemalangan tinggi. Jadi, ada something wrong somewhere. Jadi, kita mesti fikirkan.
Bagi saya ingin mencadangkan, kita perkenalkan apa yang dikatakan ithar. Ithar ialah sistem Islam. Ithar ini ialah perkataan maknanya preference to others. Makna kita mesti inculcate satu budaya orang yang memandu ini mesti mengutamakan orang lain.
Preference to others. Dalam istilah bahasa Arab ia dipanggil ithar.
Yang Berhormat Bagan Serai tidak tahu diam, Yang Berhormat Bagan Serai. Ini bukan fasal GST. Diamlah. You Ahli Parlimen GST, diamlah, duduklah.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Okey. Masa sudah habis.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Habis masa tidak apa. Tidak, dia bangun itu saya geram.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya. Yang Berhormat Langkawi.
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi
Saya menuju ke Butiran 010200 B.28 iaitu Trafik Udara Semenanjung. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan terutamanya kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan I Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana memberi bajet sebanyak RM89 juta untuk membesarkan airport Langkawi yang memang sudah tepu. Akan tetapi, dengan adanya pembesaran ini sudah tentu ia akan memberi kebaikan yang cukup baik kepada pelancong-pelancong yang kini nampaknya meningkat dengan banyak dan mendadak di Pulau Langkawi.
Lanjutan daripada itu, Tuan Pengerusi. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya Airport Langkawi yang sekarang ini dibuka 16 jam sehari dapat dibuka 24 jam pada tahun hadapan. Bagi menerima lebih banyak penerbangan dari luar negara.
Contohnya, saya difahamkan sekarang ini kita ada banyak penerbangan dari China, iaitu Chengdu tiga kali seminggu, dari Guangzhou empat kali daripada China Southern Airlines dan juga empat kali daripada AirAsia dan juga dari Shenzhen tiga kali seminggu ke Langkawi. Saya difahamkan bahawa penerbangan syarikat penerbangan China ini akan menggunakan Langkawi sebagai batu loncatan untuk ke London pada masa hadapan.
Jadi, dengan demikian itu saya memohon supaya kerajaan dapat mengembangkan jumlah penerbangan ini dari Dubai ke Langkawi, Europe ke Langkawi dan juga mungkin dari Bangkok ke Langkawi yang difahamkan juga AirAsia akan tambah dari Jakarta ke Langkawi. Dengan cara demikian itu, sudah tentulah Langkawi Airport akan jadi satu airport yang mustahak bagi negara kita dan saya memohon supaya kerajaan dapat memikirkan untuk menjadikan Langkawi Airport sebagai hub utara bagi penerbangan-penerbangan antarabangsa supaya ia lebih dapat menambah banyak lagi kapal terbang.
Difahamkan pihak AirAsia juga akan menjadikan Langkawi sebagai salah satu hub untuk penerbangannya dengan sekarang ini mewujudkan penempatan bagi 25 orang pilot di Langkawi dan juga 45 stewards dan stewardess di Pulau Langkawi.
Pada masa yang sama, apakah kerajaan boleh membuatkan Langkawi menjadi sebagai tempat open sky policy? Di mana, dengan kehadiran open sky policy akan menambah lagi banyak pelancong ke Langkawi dan pada masa yang sama, saya memohon supaya diadakan visa on arrival agar pelancong-pelancong dari negara- negara itu dapat kemudahan yang baik untuk ke Langkawi.
Kedua, Butiran 010500 iaitu Hal Ehwal Pelaut dan Pelabuhan, Jabatan Laut Semenanjung. Saya dapati bahawa sekarang ini banyak pelabuhan-pelabuhan di negara kita telah di dalamkan ke 18 meter untuk menerima kapal-kapal dagang yang dapat membuat 10,000 TEU atau kontena sebanyak 10,000. Akan tetapi, buat masa sekarang saya dapati bahawa contohnya di Pulau Pinang keadaannya sudah agak cangkat dengan 11 meter dan sebagainya. Saya memohon kerajaan agar dapat mengambil inisiatif untuk membuat kajian.
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi
Apakah mungkin Langkawi boleh dijadikan sebagai pelabuhan, sebagai complement kepada Pulau Pinang? Oleh kerana di Langkawi, kita mempunyai kedalaman yang asli iaitu 18 meter, 25 meter dan 30 meter seperti mana yang ada di Singapore. Langkawi boleh disambungkan ke tanah besar melalui jalan kereta api dan Songkhla Port supaya kita dapat membawa barang-barang daripada lautan sebelah sini ke lautan sebelah sana dalam masa yang singkat iaitu tiga jam sahaja.
Sedangkan sekarang ini di lautan Melaka punya straits ini, ia sudah tepu dengan 700 kapal sehari dan keadaan ia juga kecil. Saya rasa dalam masa 10 tahun ia akan menjadi congested dan sudah tentu makan masa lama untuk kapal-kapal dari sebelah sini sampai ke sebelah sana dalam masa lebih seminggu. Dengan adanya cadangan pelabuhan di Langkawi merentasi lautan ke Perlis dan juga Songkhla sudah tentu akan dapat memberi impak yang cukup tinggi kepada ekonomi kedua-dua buah negara iaitu Malaysia dan Thailand. Sekian, terima kasih. Mohon menyokong.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Menteri jawab, yang lain minta maaf, boleh mencelah.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Bismillaahi Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam negaraku Malaysia.
Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada 29 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018, peringkat Jawatankuasa yang menyentuh perkara- perkara di bawah bidang tugas Kementerian Pengangkutan. Terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap kementerian ini. Tuan Pengerusi, bagi menjawab isu-isu dan pertanyaan yang dibangkitkan Ahli-ahli Yang Berhormat.
Pertamanya, saya ingin menyentuh berkenaan Lapangan Terbang Tawau yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu, yang mencadangkan di naik taraf.
Untuk makluman Yang Berhormat Kota Kinabalu, pada ketika ini Lapangan Terbang Tawau masih boleh menampung kapasiti penggunaannya iaitu 1.5 juta penumpang setahun. Secara purata, Lapangan Terbang Tawau mengendalikan 800,000 hingga 1.2 juta penumpang setahun. Kerajaan akan menaik taraf Lapangan Terbang Tawau apabila kapasiti penumpangnya meningkat. Yang Berhormat Kota Kinabalu turut mencadangkan Lapangan Terbang Tawau menyediakan penerbangan antarabangsa.
Untuk makluman Yang Berhormat Kota Kinabalu, kerajaan sentiasa menggalakkan mana-mana syarikat penerbangan untuk menyediakan perkhidmatan antarabangsa dengan mempromosikan lapangan terbang tersebut, termasuk menawarkan beberapa insentif seperti mengecualikan caj pemakiran. Walau bagaimanapun, keputusan untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan adalah keputusan komersial syarikat penerbangan.
Seterusnya, Ahli Yang Berhormat Lumut...
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Tuan Pengerusi, Menteri boleh celah sedikit?
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Jadi, kita Sandakan tentang airport di sana, YAB sudah turun di Sandakan, sudah umum akan memanjangkan kita punya kapal terbang punya landasan, airport punya landasan. Jadi, yang diikuti ia bulan Ogos sudah mahu mulai tapi sekarang sudah November, nampaknya Bajet 2018 pun tidak ada itu peruntukan yang RM80 juta yang dijanjikan. Saya mahu tanya ini Yang Berhormat Menteri, adakah ini– bila ini panjangkan atau naik taraf ini airport Sandakan, bila boleh dilaksanakan?
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Projek memanjangkan landasan memang ada dalam bajet, ada. Akan dipanjangkan kepada 2,400 meter daripada 2,100 meter, 1.2 kilometer to 2.4 kilometer. Ini untuk menampung full load pesawat 737 and Airbus 320.
Jadi, dalam pelaksanaan.
Seterusnya, Yang Berhormat Lumut membangkitkan sama ada kerajaan mempunyai perancangan untuk menaik taraf Padang Terbang Pulau Pangkor.
Berhubungan dengan Padang Terbang Pulau Pangkor yang telah mula operasi sejak tahun 1994, telah mengendalikan sebanyak 124,242 orang penumpang sehingga kini.
Berjaya Air telah menyediakan perkhidmatan penerbangan bagi membawa pelancong ke Pulau Pangkor. Walau bagaimanapun, berdasarkan penurunan bilangan pelancong ke Pulau Pangkor, Berjaya Air telah menggantung operasi penerbangan berjadualnya ke Pulau Pangkor mulai 5 Februari 2014.
Buat masa ini, Padang Terbang Pulau Pangkor masih lagi menyediakan perkhidmatan penerbangan persendirian, di mana bagi tempoh 2014 hingga September 2017, terdapat 416 orang penumpang menggunakan Padang Terbang tersebut dan sebanyak 270 pergerakan pesawat dalam tempoh yang sama. Memandangkan kapasiti sedia ada masih dapat menampung operasi penerbangan, kementerian tiada mempunyai sebarang perancangan untuk menaik taraf lapangan terbang tersebut.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Seterusnya, Yang Berhormat Lenggong telah memohon supaya kerajaan mempertimbangkan untuk membina jajaran baru landasan kereta api yang menghubungkan Kuala Kangsar, Lenggong, Gerik dan Kulim.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan mengambil maklum cadangan Yang Berhormat Lenggong untuk membina jajaran baru landasan kereta api yang menghubungkan Kuala Kangsar, Lenggong, Gerik dan Kulim.
Buat masa ini, kerajaan belum mempunyai perancangan untuk membina jajaran baru di sektor Pantai Barat Semenanjung dan sedang menumpukan kepada pelaksanaan naik taraf jajaran sedia ada Gemas-Johor Bahru serta rehabilitasi jajaran sektor Pantai Timur antara Gemas dan Tumpat. Kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat sekiranya terdapat keperluan di masa hadapan, tertakluk kepada kajian kebolehlaksanaan ataupun feasibility study ke atas cadangan tersebut.
Seterusnya, Yang Berhormat Bukit Gantang membangkitkan mengenai tempat duduk electric train system yang kurang selesa, khususnya bagi perjalanan jauh, ETS tadi. Untuk makluman, kerajaan telah meluluskan pembelian sembilan set baru ETS pada tahun 2016. Perolehan ini adalah mengambil kira keselesaan tempat duduk penumpang mengikut piawaian antarabangsa.
Di samping itu, terdapat coach Business Class yang akan diperkenalkan pada hujung tahun depan apabila set ini sampai. Daripada enam coach, satu coach ini yang mempunyai 36 seats akan di naik taraf sebagai Business Class...
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Menteri.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bukit Gantang, bangun.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Ya.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Ya, terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Cuma hendak tanya sikit berkenaan dengan- masih sampai hari ini kami sebagai Ahli Parlimen yang hendak beli tiket itu, masih menggunakan cara manual. Nampak macam zaman ‘Tok Nadong’, kita tidak layak cakap macam itu. Terima kasih.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Yang Berhormat, sebenarnya kita telah membuat sistem baru dan sekarang sudah pakai sistem baru dan akan dilancarkan dalam tempoh dua minggu lagi. Ini akan mentransformasikan sistem ETS. Seperti saya sebut tadi, insya-Allah pada hujung tahun depan akan kita laksanakan ETS Business Class yang tempat duduknya lebih luas, lebih selesa dan ia boleh pusing dan dilengkapi dengan perkhidmatan dan kemudahan seperti video on demand, macam Business Class- lebih daripada dalam business class airlines lah.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bagan Serai bangun.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Menteri, boleh sedikit mencelah? Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Menteri. Saya tidak dapat peluang bahas tadi tapi saya ingin mengemukakan perkara sedikit tentang Parlimen Bagan Serai.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Stesen kereta api yang kita ada baru ini adalah stesen yang baru tiga tahun beroperasi, menggantikan yang sudah 60 tahun, besar, cantik dan selesa. Kita banggalah dan ucap terima kasih kepada kementerian. Cuma problem-nya dia tidak mesra OKU dan mesra warga emas. Tangganya tinggi dan untuk seberang ke sebelah sana, tidak ada lif. Jadi kalau hendak ada lif kena pergi ke Parit Buntar. Jadi menyusahkan rakyat di Parlimen Bagan Serai dan kita mohonlah supaya kementerian dapat menaiktarafkan, menyediakan lif supaya orang OKU ataupun orang tua ini tidak payah kita dukung. Mereka yang dengan wheelchair ini sama ada kita dukung wheelchair itu ataupun dukung orang itu untuk ke seberang sana. Terima kasih Yang Berhormat Menteri beri peluang.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai atas pandangan yang cukup bermakna dan pihak kerajaan akan mengambil maklum dan akan mencarikan peruntukan untuk menyediakan kemudahan untuk golongan OKU.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
[Bangun]
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Seterusnya Yang Berhormat Bintulu ...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Parit Buntar bangun.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasihlah sebab sebut Parit Buntar. Mungkin kalau hendak lif itu kena sokong pembangkang baru dapat agaknya. Terima kasih [Ketawa]
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Seterusnya Yang Berhormat Bintulu dan Yang Berhormat Putatan dalam perbahasan membangkitkan mengenai masalah syarikat perkapalan semasa berurusan dengan pihak Kastam.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada 1 April 2017, Jabatan Kastam menguatkuasakan Perintah Kastam ke atas 74 barangan dan komoditi. Perintah ini terpakai kepada barang-barang transit dan transshipment. Perintah ini mengakibatkan kontena transshipment- oleh kerana pihak Kastam mengetatkan, jadi kadang-kadang kontena biasanya boleh dilepaskan atau dikeluarkan dalam tempoh seminggu, kadang- kadang terpaksa melebihi sebulan.
Pihak kementerian telah merujuk perkara ini kepada pihak Jabatan Kastam dan pihak Jabatan Kastam pada bulan September telah melonggarkan syarat perintah tersebut dan memberikan pelepasan permit ke atas semua barangan transit. Akibat daripada itu, memang sebahagian syarikat oleh kerana kita agak meticulous jadi melambatkan sistem kontena, itu yang sebahagiannya pindah ke Singapura dan ini ia tidak business friendly. Akan tetapi bulan September yang lepas, pihak Kastam telah melonggarkan.
Seterusnya Yang Berhormat Lumut dalam perbahasan telah membangkitkan mengenai pembinaan Kompleks Marina Pulau Mentagor sama ada dipajakkan kepada Majlis Perbandaran Manjung. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2012 kerajaan telah memutuskan supaya marina-marina di bawah seliaan Jabatan Laut Malaysia diswastakan untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan untuk menyelenggarakan dan memastikan aset berkenaan dapat digunakan secara optimum.
Dalam hubungan ini, Marina Pulau Mentagor Perak telah dipajak kepada Majlis Perbandaran Manjung dengan kadar pajakan permulaan sebanyak RM160,000 setahun.
Oleh demikian, sebarang kemajuan pembangunan dan operasi marina tersebut adalah di bawah kawal selia Majlis Perbandaran Manjung.
Seterusnya Yang Berhormat Kota Kinabalu membangkitkan mengenai dasar kabotaj di Sabah dan Sarawak. Kerajaan telah mengecualikan dasar kabotaj di antara negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa 1 Jun 2017.
Pada masa ini, adalah sukar untuk menilai impak pengecualian memandangkan ia masih baru dikuatkuasakan. Kementerian telah mewujudkan sebuah jawatankuasa kerja menilai kesan dan impak pengecualian dasar kabotaj. Proses penilaian tersebut dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 12 bulan.
Seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan perkara AWAS ataupun kamera AES. Untuk makluman Yang Berhormat di bawah AWAS, semua kamera akan dipasang di lokasi had laju 90 kilometer ke atas. Semua kamera adalah statik manakala kamera mobile adalah di bawah PDRM. Lokasi pemasangan adalah di kawasan kerap berlaku kemalangan dan semua pemandu akan diberi amaran dua kilometer sebelum lokasi kamera AWAS diletakkan agar pemandu mematuhi had laju yang ditetapkan.
Seterusnya Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Bukit Gantang...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Ya.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Yang Berhormat Kuala Krai bertanya sedikit. Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tentang kamera AES. Saya hendak minta penjelasan kerana saya dapati paling tidaklah tempat yang saya lalui agak kerap di Slim River. Kameranya tidak menghala ke arah kenderaan dari selatan ke utara sedangkan semua tanda-tanda itu adalah mengingatkan pemandu yang datang dari selatan ke utara. Tiba di kameranya, kameranya menghala ke utara, menghala ke arah utara dan tidak menghala ke arah kenderaan yang datang dari selatan ke utara.
Jadi sebenarnya, kamera AES kalau tidak silap di Kajang pun begitu, tetapi yang pastinya di Slim River itu sama ada dia cuba memerangkap yang datang ikut selatan ataupun yang datang dari utara ke selatan kerana warning-nya semua ada di arah dari selatan. Jadi adakah kamera itu rosak, di manipulasi oleh orang tertentu ataupun memang sekarang ini mengambil gambar belakang dan bukan depan ataupun mengambil orang yang di sebelah lane yang sana? Terima kasih.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Tuan Pengerusi, mengenai pandangan Yang Berhormat mengenai kamera hari ini sebenarnya, kamera hari ini ia telah diubah mengambil gambar daripada belakang. Jadi sebab itu berlaku mungkin agak kekeliruan.
Ini adalah disebabkan salah satu seperti Ahli-ahli Yang Berhormat tadi kompelin mengenai flash daripada depan yang akan menjejaskan ataupun pemanduan. Jadi apabila kita mengambil gambar daripada belakang, maknanya pemandu tidak akan terjejas. Jadi sekarang semua sistem AES ialah mengambil gambar daripada belakang.
Jadi isu flashlight tidak timbullah.
Seterusnya Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Bukit Gantang yang membangkitkan isu sangat terang tadi. Seperti mana saya telah memaklumkan bahawa Kementerian Pengangkutan telah pun memasang kamera daripada arah belakang ataupun rear capturing image.
Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu supaya bayaran tukar milik motosikal sebanyak RM40 berbanding RM3 di Semenanjung, disemak semula. Untuk makluman, Kementerian Pengangkutan sedia maklum akan perbezaan kadar fi tukar milik motosikal di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM3, berbanding dengan kadar fi yang ditetapkan di negeri Sabah, RM40. Untuk makluman, perbezaan kadar fi tukar milik ini berlaku kerana sebelum Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 diperluaskan di negeri Sabah, perkara berkaitan pendaftaran dan pelesenan kenderaan adalah mengguna pakai Ordinan Lalu Lintas di bawah negeri Sabah.
Semasa peluasan pemakaian APJ 1987 dilaksanakan di negeri Sabah, semua kadar bagi fi perkhidmatan termasuklah fi tukar milik dipersetujui untuk dikekalkan dan kadar tersebut masih berkuat kuasa sehingga kini. Oleh itu, Kementerian Pengangkutan bersedia mengkaji semulalah perkara ini dan akan menyeragamkan penyelarasan harga ini di seluruh negara. Kita jangka pada tahun depan akan dapat direalisasikan.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, Sabah sama di Semenanjung sini, banyak perkara tidak disamaratakan.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Jadi ada satu perkara sahaja. Saya mahu tanya, membangkitkan berkali-kali, muatan lori. Mengapa di Sabah begitu banyak perbezaan di Semenanjung? Sekarang saya dapat tahu Semenanjung sini sudah meningkat ia punya muatan dari 52 tonnage sampai 75. Saya tidak tahu ini betul atau tidak. Akan tetapi Sabah masih di tangga 38.
Akan tetapi alasan yang diberikan daripada Yang Berhormat Menteri sini, kerajaan sini, sebab yang kita punya jalan tidak boleh tahan begitu punya berat muatan. Akan tetapi mengapa begitu?
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Sejak 54 tahun sudah kita merdeka tetapi masih kita punya Sabah baharu boleh tahan 38 tonnage ia punya muatan. Ini satu, saya fikir tidak adillah. Saya harap kementerian ini boleh, mesti mahu mengambil perhatian. Jadi mengkaji ini semula bagaimana sebab kita punya cost of living di Sabah, barang begitu mahal, sebab kita punya logistik ini, pengangkutan ini begitu mahal. Sebab kita punya road tax yang sama rata dengan ini di Semenanjung punya itu, 4 tan and above, kita pun sama rata. Even we are more expensive, kita dapat tahu. Ini sebab kita yang kira, satu treler dia punya charges, kalau dua treler, bermakna tambah dua atau tiga.
Akan tetapi Semenanjung sini, dia kira dia punya road tax satu prime mover.
Jadi berapa treler you tidak dikira. Jadi bagaimana ini? Saya harap Yang Berhormat Menteri sini mestilah mahu berikan serata. Kalau tidak pun, tidak boleh terlampau jauh berbezalah. Sekian.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Tuan Pengerusi, saya mengambil maklum akan pandangan daripada Yang Berhormat Sandakan. Saya pada dasarnya pun, memang kita mahu semua sama, cuma ini waktu dahulu...
[Disampuk]
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Apabila perkara ini dilaksanakan, mungkin pada ketika itu, jalan-jalan di negeri Sabah tidak mempunyai standard ataupun kemampuan yang sama dengan infrastruktur di Semenanjung. Walau bagaimanapun, dengan penyiapan Pan Borneo, saya rasa perkara itu tidak akan berbangkit dan boleh dilaksanakan sama dengan di Semenanjung. Saya akan pastikan perkara ini akan dapat dijayakan seperti harapan daripada Yang Berhormat Sandakan, ya.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Yang Berhormat Menteri, bagi turun kita punya road tax, jadi at least, lesen kita kebimbangan lorry driver itu.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Baik. Saya, pihak kementerian, kita tidak ada masalah untuk menyeragamkan, cuma kadang-kadang kita mempunyai kekangan dengan kuasa di peringkat negeri Sabah kerana kita sentiasa menghormati kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri Sabah.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
[Bangun]
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Sekiranya dibenarkan, kita akan memberikan rate yang sama.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Okey Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hanya hendak tanya, kalau ada kadar perbezaan ini, yang lebih itu, siapa yang kutip wang itu? Adakah kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan?
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Setakat hari ini, I will check. Saya tidak dapat ini.
Kalau JPJ, biasanya kementerian pusatlah. Kalau JPJ yang collect is kementerian.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Kalau kementerian pusat yang kutip semua wang ini, ini amat tidak adil.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
That’s why. I will check. I tidak certain. Saya akan dapatkan jawapan secara bertulislah. Seterusnya Yang Berhormat Parit Sulong telah membangkitkan mengenai usaha Kementerian Pengangkutan untuk menetapkan satu kadar harga yang sama di semua institut memandu bagi pengujian lesen memandu.
Dalam hal ini, kerajaan telah menetapkan kadar fi siling bagi latihan dan ujian memandu.
Kadar ini ditetapkan mengambil kira kajian pasaran dan keperluan bagi kompetensi pemandu yang dihasilkan. Kajian penerimaan kadar fi siling yang telah dijalankan MIROS dan JPJ pada tahun 2016 di mana 70 peratus responden bersetuju kadar fi siling dilaksanakan berbanding kadar pasaran bebas sebelum ini. JPJ sentiasa memantau kadar fi institut memandu bagi memastikan mereka mematuhi peraturan kadar fi siling yang ditetapkan oleh pihak JPJ.
Seterusnya- okey. Seterusnya Yang Berhormat- saya jumbled up sedikit, ya.
Ahli Yang Berhormat Kubang Kerian yang membangkitkan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Surat setuju terima ataupun pelantikan kontraktor akan kita lantik pada awal tahun hadapan.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Kemudahan yang dinaik taraf meliputi pembesaran bangunan terminal daripada 12,400 metre square kepada 25,517 metre square. Maknanya bangunan terminal akan dibesarkan dua kali ganda, ya. Seterusnya pembinaan parkir yang baru bagi pesawat kod 4C dan ATR 72 akan juga dibina. Maknanya peningkatan kapasiti akan ditingkatkan.
Seterusnya...
Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Menteri, Pengkalan Chepa. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sayangnya jawapan akan ini banyak kali sangat dah. Cuba beritahu hok sungguh ja sekali. Rasa nok kecek kut Klate doh. Yang Berhormat Menteri, hok sungguhnya bila?
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Yang Berhormat Kubang Kerian ya, peruntukan sudah lulus. Peruntukan sudah lulus RM400 juta lebih, pembesaran ini. Seperti yang saya kata, saya sebut tadi, pelantikan kontraktor akan dibuat awal tahun depan. Jadi sohih.
Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian
Yang Berhormat Menteri. Cuma disebut tadi berkaitan dengan landasan termasuk landasan. Panjang landasan itu.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Untuk makluman Yang Berhormat, landasan di Kota Baharu ini, ia sudah cukup besar, cukup panjang bagi menampung full load pesawat 737 dan Airbus 320. Jadi tidak perlu dipanjangkan lagi kerana runaway itu sudah mencukupi. Malahan tadi saya sebut Sandakan, Sandakan pun baru hendak dipanjangkan kepada 2.4 kilometer tetapi Kota Baharu sudah sedia ada.
Seterusnya perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bintulu mengenai caj kawal selia. Minta MOT tangguh selepas ekonomi dunia pulih. Untuk makluman, caj kawal selia ataupun regulatory charge sebanyak RM1 yang dikenakan oleh MAVCOM terhadap penumpang di lapangan terbang Malaysia adalah bertujuan untuk membolehkan MAVCOM dapat terus beroperasi bagi melaksanakan fungsinya. Bagi melindungi hak-hak pengguna dengan memastikan segala aspek ekonomi dan keselamatan dipenuhi oleh penyedia perkhidmatan penerbangan.
Dalam hubungan ini, caj kawal selia tersebut wajar dikenakan terhadap penumpang sebagai sebahagian daripada perkhidmatan yang diberikan oleh pihak MAVCOM kepada para penumpang yang meliputi pengurusan dan pengendalian aduan termasuk aktiviti-aktiviti pendidikan kepenggunaan yang dilaksanakan dari semasa ke semasa pada penumpang secara khususnya dan masyarakat amnya.
Seterusnya Yang Berhormat Bintulu juga membangkitkan isu terdapat lapangan terbang yang rugi...
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat Bintulu bangun.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Saya jawab dululah. Lapangan terbang yang di bawah kendalian MAHB, ada yang untung dan ada yang rugi. Antara sebab utama adalah disebabkan penumpang-penumpang tidak ramai. Macam sebagai contoh Batu Berendam, memang rugilah ia kurang penggunaan. Macam Ipoh, pun mungkin kurang penggunaan, Alor Setar. Jadi yang itu cross subsidize. Jadi oleh yang demikian, MAHB perlu menanggung kos operasi tersebut di bawah corporate social responsibility (CSR).
Lebih-lebih lagi untuk lapangan-lapangan terbang yang pendalaman di Sabah dan Sarawak banyak yang dipanggil padang terbang.
Seterusnya Yang Berhormat Stampin menanyakan harga tiket MASwings yang tinggi. Kadar tambang yang dikenakan bagi perkhidmatan yang disediakan oleh MASwings adalah berdasarkan harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan yang mengambil kira semua aspek termasuk surcaj bahan api, fuel charge. Selain itu, kerajaan telah bersetuju supaya perkhidmatan pengangkutan penumpang udara bagi laluan perkhidmatan udara luar bandar, rural air service di Sabah, Sarawak dan Labuan dikecualikan daripada GST. Seterusnya...
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bintulu bangun, Yang Berhormat.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Saya jawab sebahagian Yang Berhormat Bintulu punya ini...
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Selepas itu bagi Stampin ya.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Mengapa hanya dua penerbangan sahaja bagi laluan Kota Kinabalu-Sandakan? Pertanyaan iaitu satu penerbangan waktu pagi dan satu waktu petang. Pada masa ini, untuk makluman laluan Kota Kinabalu-Sandakan, tiga syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines, MASwings dan AirAsia menyediakan perkhidmatan penerbangan bagi laluan Kota Kinabalu dan Sandakan dengan kekerapan penerbangan sebanyak 49 kali seminggu. Dianggarkan purata terdapat sekurang- kurangnya enam penerbangan sehari bagi laluan Kota Kinabalu-Sandakan. Sehubungan itu, penerbangan sedia ada bagi laluan ini dapat memenuhi keperluan penduduk setempat.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh tanya? Itu mungkin saya punya soalan.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
[Bangun]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat, apa yang kita persoalkan di antara pagi itu jam 7 pagi kemudian baru ada 5 petang. Apa yang ada tengah hari AirAsia, AirAsia penuh. Saya AirAsia ini, saya alergi. Saya AirAsia ini saya punya last option. Kalau tidak ada lagi jalan, baru saya terbang, yang lain pun macam itu penjaga-penjaga. Oleh sebab ia banyak cerewet. Lagipun tambang dia bukan murah.
Seharusnya MASwings ini, AirAsia ia tambang murah buatlah murah. Ia ikut pasaran.
Kalau demand penuh, tiket Sandakan-Kota Kinabalu RM800. Mana ada murah. Macam naik Business Class. Akan tetapi kita naik kapal terbang yang macam rojak. Jadi cuba- ini yang kita persoalkan. Rakyat persoalkan, saya sampaikan. Terima kasih.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat Menteri, kalau boleh Stampin? Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Yang Berhormat Kinabatangan, ini naik kapal terbang fasal isu Yang Berhormat bangkit tadi hanya dua. Akan tetapi hari ini tadi Yang Berhormat mengakui tengah hari ada AirAsia. Saya ini kalau hendak naik kapal terbang, saya tidak kira pesawat apa, janji boleh naiklah. Jadi seperti yang disebutkan ini...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh naik tetapi harganya mahal, itu masalah.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Okey, yang ini saya tadi telah bincang dengan MAVCOM untuk mengambil tindakan sewajarnya supaya tidak berlaku profiteering oleh AirAsia dalam mengambil kesempatan apabila peak hours. Jadi ini akan menjejaskan khususnya masyarakat golongan yang segmen ekonomi. Yang Berhormat Bintulu, sila.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan
Jawatankuasa] Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi saya dengar itu route tidak boleh untung, rugi banyak. Saya bagi satu contoh, saya beberapa kali berbincang, mahu berbincang dengan MAS, MAS langsung tidak mahu jumpa. Saya jumpa MASwing punya CEO, macam ‘Tuhan Allah’ susah hendak jumpa [Ketawa] Akhir sekali, saya minta AirAsia Kuching-Bintulu awal-awal pagi mesti ada. Ini orang berniaga yang minta. Bertahun-tahun saya tunggu, kita hendak bantu. Dia tidak berminat. Akhir sekali, saya jumpa sekali di tengah jalan airport. Dia kata *“Oh! Kita kaji.
We would let you know”.* Belakang, orang bawah beritahu, kita tidak boleh pertimbangkan fasal new route.
Jawatankuasa] Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Sekarang AirAsia pagi-pagi Bintulu pukul 6 terbang pergi Bintulu, penuh. Tadi macam mana kerugian suruh kerajaan tanggung? Kau punya CEO boleh kata disingkirkan awal-awal sudah. Apa gunanya ini macam punya CEO? Bukan itu route sahaja, banyak flight schedule kita tengok. AirAsia kalau terlepas pukul 8, dia mesti terbang 8.30. Macam ini kita lawan, macam mana MAS tidak mati. MAB sekarang sudah Malaysia Airlines Berhad, mati juga itu MAB. Kedua-dua MAB pun kongkalikung juga.
Kita mesti mahu tahu, kerajaan hendak tanggung dia punya kerugian. Kalau saya tadi minta, kalau dia tidak mampu, buka dia punya aero bagi lain orang. Masuk kita tidak mahu tanggung. Inilah jimat rakyat punya wang. Contoh, tadi domestik punya. Saya tahu Yang Berhormat Menteri ada beritahu ini route ada berjanji sama itu MASWing sampai tahun 2024. Apa guna wang kita jimatkan? Tidak perlu, suruh dia berhenti. Itu ATR kalau transit itu duduk dalam sana macam sauna. Air conditioner pun tidak ada, apa guna? Suruh dia berhentilah operation...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Memang kongkalikung punya.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat, Yang Berhormat Stampin?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, hendak bagi Yang Berhormat?
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Tidak, saya hendak jawab dulu.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sebentar.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Tuan Pengerusi, berdasarkan hasil kajian yang dilaksanakan oleh MAVCOM, adalah didapati laluan-laluan yang dipohon oleh AirAsia masih belum berpotensi sebagai laluan komersial. Ini adalah kerana laluan tersebut mempunyai faktor muatan ataupun load factor yang rendah iaitu di antara 24 peratus hingga 73 peratus. Bilangan penumpang hanyalah 11,951 hingga 100,792 orang penumpang. Kebarangkalian syarikat penerbangan memberhentikan operasi disebabkan oleh kerugian laluan tersebut adalah tinggi, disebabkan faktor muatan yang rendah tersebut.
Pemberhentian operasi oleh syarikat penerbangan komersial secara langsung akan menjejaskan connectivity bagi laluan tersebut. Penyediaan perkhidmatan penerbangan secara berterusan ke laluan tersebut tidak dapat direalisasikan dan memberi kesan langsung kepada penduduk kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak yang sepatutnya menerima bantuan subsidi RAS daripada kerajaan.
Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat Bintulu, berdasarkan kajian semula RAS, enam laluan RAS sedia ada iaitu Kota Kinabalu-Sandakan, Kota Kinabalu-Tawau, Kota Kinabalu-Miri, Kuching-Miri, Kuching-Bintulu dan Kuching-Sibu yang dioperasikan bersama oleh MASWings dan syarikat AirAsia, MAS serta mempunyai faktor muatan yang tinggi sehingga 86 peratus, kita telah bersetuju untuk membuka dan keluarkan daripada definisi laluan RAS ini. Boleh dioperasikan oleh semua syarikat.
Dalam hubungan ini Yang Berhormat, kerajaan meneliti cadangan Yang Berhormat Bintulu untuk membuka laluan Bintulu-Kota Kinabalu atau laluan lain.
Kerajaan bersedia mempertimbangkan untuk memberi kelulusan bagi permohonan mana-mana syarikat penerbangan untuk menyediakan perkhidmatan bagi laluan RAS yang mempunyai commercial viability, untuk dioperasikan secara komersial. Maknanya pandangan Yang Berhormat Bintulu itu we take seriously and we will give approval...
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Boleh tambah sedikit?
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Ya.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini mengenai isu ini, itulah tadi saya kata saya tidak faham MAS sama ini MASwings selalu kata tiada load. Itulah tadi dalam perbahasan saya, saya kata kita mesti mahu buat satu siasatan to the bottom line.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kenapa dia orang kerugian? Kenapa lain orang masuk- dia orang guna AirAsia pakai Airbus A320. ATR berapa orang sahaja? Kenapa dia tiada load? Itulah kita mesti mahu siasat mengapa. Kenapa dia orang pakai Airbus boleh untung? ATR tidak boleh untung? Kita merasakan janganlah kerajaan balik-balik buat subsidi, buat CSR.
Kalau mana-mana syarikat, kalau mampu menanggung dia punya kerugian kah ataupun dia orang merasakan boleh menguntungkan, kita buka aero itu bagi sama dia orang, mesti bagi. Jangan tak ada bagi. Inilah saya ucap terima kasih tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata akan bagi, bila mahu bagi? Janganlah tunggu lima tahun lagi baru bagi. Saya mahu tahu sekarang daripada Dewan yang mulia ini, bila?
Fasal saya sudah balik-balik saya cerita minta AirAsia, AirAsia kata sudah dari bulan 1, 2017 sudah minta tetapi sampai hari ini kementerian tidak jawab. You punya MAVCOM bagi maklumat jangan kongkalikung punya maklumat. Minta MAVCOM punya CEO jumpa sama saya, saya kasi kong-kong sama dia kalau dia tak faham itu Sarawak.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat Menteri, Stampin. Isu yang sama, kalau boleh. Isu yang sama. Terima kasih, terima kasih Tuan Pengerusi.
Soalan yang saya bangkitkan sebenarnya apabila mencelah Yang Berhormat Bintulu adalah kita masih menunggu jawapan daripada kementerian isu di mana Yang Berhormat katakan bahawa route Sibu-KK ini sepatutnya ada cap 240 tetapi bila kita check online dekat Parlimen di Dewan yang mulia ini, dia sebenarnya lebih daripada 300.
So, we are still waiting for your investigation report, dengan izin, dan jawapan yang kita terima daripada Yang Berhormat Menteri tadi seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bintulu di mana Yang Berhormat katakan load factor tidak begitu tinggi kah, all these are standard answers. We have already debated semasa dasar sebelum ini, di mana load factor is not an issue because there is only MASwings, dengan izin, there is no AirAsia. Price is too high, of course, your load factor is low. Juga isu lagi ATR ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang lain, ATR sepatutnya is a turboprop aircraft. Sepatutnya dia punya efficiency lebih baik daripada turbo fan yang dipakai oleh AirAsia. Akan tetapi ATR yang dipakai oleh MASwings masih rugi dan RM160 million subsidi telah pun diberi kepada MASwings dan again, dalam sesi Parlimen yang berturut-turut, saya minta RM160 million subsidy ini, saya minta bagaimana subsidi ini diberikan. Every route yang kita terbang, berapa subsidi telah pun diberikan. For every flight, I’m sure your account has been audited and you can give us the answer in an instant because your account had been audited every single year. Jadi saya minta jawapan ini dan kementerian telah pun memberi komitmen bagi saya supaya dapat berikan jawapan ini kepada saya tetapi sampai sekarang saya masih tunggu lagi jawapan. RM160 million subsidy ini macam mana ianya dipakai for every single route yang MASwings terbang. Terima kasih.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Tuan Pengerusi, mengenai Yang Berhormat Bintulu, waktu untuk kelulusan ini, saya akan mengambil perkara ini serius. Pada dasarnya, saya dengan Yang Berhormat Menteri pun on the same page untuk memberikan kelulusan apabila mengikut proses seberapa cepatlah. Mengenai Yang Berhormat Stampin iaitu mengenai...
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi saya sudah kata jangan kata sebegini cepat. Kita sudah tunggu empat tahun, lima tahunlah. Janganlah tunggu lagi lima tahun.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Okey, okey. Tidak, tidak. Yang Berhormat Stampin mengenai subsidi RM160 juta itu, subsidi itu kita berikan secara lump sum kepada MASwings bagi menampung kerugian keseluruhan. Jadi, itu kaedahnya. Kita tidak ada bagi per route kah apa, kita bagi- fasal kita deal only with one company. Jadi kita bagi lump sum kepada syarikat MASwings bagi menampung kerugian keseluruhan.
Seterusnya Yang Berhormat Kota Kinabalu, bagi meningkatkan penerbangan terus ke Tawau. Kerajaan sentiasa menggalakkan mana-mana syarikat penerbangan negara atau asing untuk mewujudkan perkhidmatan penerbangan antarabangsa secara terus dari luar negara terutama ke Sandakan dengan mengambil kira langkah-langkah seperti mengadakan rundingan udara dua hala dengan negara-negara asing pada setiap tahun bagi mewujudkan meningkatkan hak trafik penerbangan di antara Malaysia dan negara-negara tersebut dan menawarkan pelbagai insentif kepada syarikat penerbangan daripada luar negara yang beroperasi ke mana-mana lapangan terbang negara termasuk bandar-bandar utama di Sabah oleh Malaysia Airport Holding Berhad menerusi airlines incentive.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Maknanya, kalau ada syarikat penerbangan dari luar negara nak direct ke Sandakan pun kita alu-alukan. Sehubungan itu, syarikat-syarikat penerbangan negara seperti Malaysia Airlines, MASwings, AirAsia menyediakan perkhidmatan penerbangan ke Tawau dengan kekerapan 125 kali seminggu. Malaysia Airlines, 28 kali. AirAsia, 60 kali. MASwings, 45 kali. Walau bagaimanapun, rancangan untuk mewujudkan perkhidmatan penerbangan antarabangsa secara terus dari luar negara ke Sabah adalah merupakan perancangan tertentu syarikat penerbangan di Malaysia dan asing berdasarkan commercial viability. Seterusnya yang dibangkitkan MAB selalu delay. Adakah disebabkan pesawat rosak atau sebab lain. Menurut Malaysia Airlines Berhad, sebab utamanya berlaku kelewatan yang kerap kepada jadual penerbangan yang dikenal pasti adalah masalah teknikal yang berlaku seperti kerosakan pesawat atau gangguan pada sistem peralatan penerbangan. Memandangkan aspek keselamatan penumpang menjadi keutamaan Malaysia Airlines dalam menyediakan perkhidmatan, maka perkara itu diambil kira.
Dalam hubungan ini, on time performance Malaysia Airlines bagi tempoh Januari hingga September 2017 adalah 73.49 peratus. Sebab-sebab lain ialah kelewatan perkhidmatan pengendali darat ataupun ground handling.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Minta pencelahan sikit.
Yang Berhormat Menteri, memang kita dimaklumkan kalau kelambatan ini disebabkan pesawat selalu rosak. Jadi persoalan yang kita hadapi, bilakah MAS hendak ganti pesawat-pesawat baru? Kita terbang pun tengok pesawat dah lama. Kadang-kadang kita berdebar-debar, tinggal tawakkal kepada Allah sahaja sebab pesawat dah lama masih diguna pakai sedangkan syarikat airlines lain, kalau Emirates contohnya asal sudah tidak berapa baik, dia jual, dia ganti baru. Jadi MAS seharusnya bersikap demikian. Terima kasih.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Yang Berhormat Kinabatangan, memang pihak Malaysia Airlines sedang merancang untuk menukar pesawat-pesawat tetapi nak tukar pesawat ini bukan macam beli kereta. Beli kereta, pergi kedai mungkin seminggu atau dua minggu sudah dapat tetapi beli pesawat ini, kena makan dua tiga tahun. Jadi insya- Allah dalam waktu yang terdekat ini apabila pesawat-pesawat baru MAS datang, Yang Berhormat Kinabatangan akan mendapat keselesaan yang lebih baik.
Seterusnya perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan.
Kebajikan penumpang tidak dijaga oleh AirAsia seperti isu kelewatan serta tambang Kuala Lumpur-Sandakan yang tinggi sehingga RM2,000. Adakah sampai RM2,000 Yang Berhormat? Berdasarkan kepada seksyen 17, Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771], salah satu fungsi MAVCOM adalah perlindungan pengguna- consumer protection, dengan izin, di mana MAVCOM bertanggungjawab untuk mengendalikan aduan dan tuntutan pengguna berhubung penerbangan awam, menyediakan dan menguatkuasakan kod etika pengguna berdasarkan tahap perkhidmatan minimum ataupun minimum service level dan meningkatkan kesedaran pengguna terhadap kod etika tersebut.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Dalam hubungan ini, MAVCOM sedang meminda Akta 771 bagi melindungi kepentingan pengguna daripada pengenaan fi dan caj oleh penyedia perkhidmatan penerbangan seperti caj kerusi roda, caj kad kredit dan fi pentadbiran. Pindaan tersebut yang bertujuan bagi membolehkan MAVCOM diberi kuasa untuk mengawal selia fi dan caj yang dikenakan secara tidak adil dan sewenang-wenangnya oleh penyedia perkhidmatan penerbangan demi melindungi kepentingan pengguna. Jadi masalah yang ini, saya akan panjangkan kepada MAVCOM untuk diambil tindakan sesuai supaya tidak berlaku penindasan kepada pengguna-pengguna seperti macam terlambat 10 minit, kena beli tiket baru. Ini semua akan diambil perhatian oleh MAVCOM.
Seterusnya, Yang Berhormat Lumut dan Yang Berhormat Stampin bertanya tentang MH370. Siasatan kemalangan dan insiden pesawat MH370 dilaksanakan oleh pasukan penyiasat bebas antarabangsa yang telah ditubuhkan oleh kerajaan bagi menyiasat punca kemalangan udara pesawat MH370 berlandaskan Annex 13 ICAO, pasukan penyiasat antarabangsa yang turut dianggotai oleh tujuh accredited representative daripada Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, China, Perancis, Singapura dan juga Indonesia.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Pasukan penyiasat telah mengeluarkan interim statement pada ulang tahun pertama, kedua dan ketiga. Berhubung dengan kehilangan tersebut, untuk makluman Yang Berhormat, laporan akhir penyiasatan yang menyeluruh dan terperinci sedang disediakan. Seperti yang termaktub di bawah Annex 13 Konvensyen Chicago, satu laporan akhir khas perlu dikeluarkan dalam tempoh satu tahun dari tarikh pengumuman penggantungan operasi pencarian di mana berdasarkan hasil siasatan pasukan penyiasat dan akan mengemukakan satu laporan yang terperinci dan syor-syor penambahbaikan keselamatan industri penerbangan awam di negara kepada pihak- pihak yang berkepentingan.
Namun begitu Yang Berhormat sedia maklum, pada ketika ini kerajaan sedang dalam rundingan dengan syarikat penerokaan dasar laut iaitu Ocean Infinity untuk memulakan misi baru pencarian MH370. Oleh yang demikian, tarikh pengeluaran laporan akhir kemalangan pesawat MH370 tersebut adalah bergantung kepada perkembangan terbaru. Seterusnya perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang mengenai caj penumpang yang membawa risk item seperti pistol. Kementerian amat prihatin dengan perkara ini dan akan mengemukakan kepada syarikat-syarikat penerbangan untuk pertimbangan.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Rasah ini.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Tadi saya ada membangkitkan hasil penyiasatan nahas udara MH370 dan juga MH17. Saya tidak pasti nanti Yang Berhormat Timbalan Menteri akan menjawab tak untuk MH17. Terima kasih.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Sampai pukul berapa Tuan Pengerusi?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ia tidak ada masa yang ditentukan Yang Berhormat. Memadai masa-masa yang...
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Lain-lain boleh saya jawab bertuliskah?
Beberapa Ahli
Boleh.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya rasa untuk MH17...
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Saya punya belum lagi itu, Parit Sulong punya.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidak payah berunding dengan mereka Yang Berhormat. Berunding dengan Tuan Pengerusi sahaja.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Pengerusi...
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta laluan.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Saya rasa untuk MH17 lebih baik Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jawab di dalam Dewan ini.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Okey. Yang Berhormat Parit Sulong membangkitkan perkara menaik taraf...
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta maaf. Kota Kinabalu.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Menaik taraf bas-bas Rapid di luar bandar.
Perkara ini di luar bidang kuasa SPAD. Kementerian Pengangkutan akan bekerjasama meneliti perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong.
Seterusnya, adakah kementerian bercadang untuk menetapkan had usia kenderaan. Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk menetapkan had usia bagi kenderaan. Walau bagaimanapun, kenderaan dapat dibatalkan pendaftaran. Pemeriksaan mandatori perlu dijalankan bagi memastikan kenderaan tersebut tidak selamat berada di atas jalan raya. Selepas itu, barulah wajar dibuat pelupusan.
Seterusnya Yang Berhormat Merbok mengenai jeti-jeti, Jeti Tanjong Dawai, Jeti Semeling. Kementerian akan mengambil maklum perkara ini. Setakat ini, tiada perancangan pembangunan di jeti-jeti tersebut.
Seterusnya...
Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kangar bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Kangar di belakang.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta laluan sekejap.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Yang Berhormat Kangar.
Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Menyentuh tentang jeti, saya tidak sempat hendak bahas tadi tetapi hal ini berkaitan dengan Jeti Kuala Perlis ke Langkawi. Sebenarnya ini sangat penting kerana pada masa kini, jeti tersebut amat cetek. Apabila air surut, satu feri sahaja yang dapat masuk ke jeti.
Jadi dengan ini, jadual pelepasan feri pun akan terganggu. Kita mendapat maklumat dan kompelin daripada pelbagai pihak terutamanya dari pihak bas ekspres, dari pihak pengusaha pelancongan menyatakan oleh kerana air di Jeti Kuala Perlis sudah cetek, jadi jadual feri terganggu dan jadual yang lain-lain pun terganggu.
Jadi, saya amat memerlukan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekiranya jeti ini hendak dinaiktaraf, mestilah memikirkan hal yang berkaitan dengan kedalaman di jeti tersebut. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan kementerian kerana telah menaikkan taraf Jeti Kuala Perlis dari yang tidak beraircon kepada beraircon dan sebagainya, tetapi masih lagi perlu kedalaman kawasan jeti tersebut diperbaiki. Saya mohon jugalah kalau boleh pihak kementerian memikirkan...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sudah macam berbahas ini Yang Berhormat.
Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar
Okey, itu sahaja. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Perkara baru boleh jawab secara bertulis Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Okey, saya bagi ringkas sahaja. Memang kita memahami kerana Jeti Kuala Perlis ini memang mempunyai kadar pemendapan yang tinggi dan menyebabkan kedalaman air di sekitar terminal dan alur pelayaran feri menjadi cetek. Dalam hubungan ini, Jabatan Laut telah melaksanakan pengerukan pada tahun 2014 dan tahun 2015 dengan kos RM35 juta. Akan tetapi yalah sekejap sahaja sudah ini dan pihak kementerian akan mengambil serius pandangan daripada Yang Berhormat Kangar.
Seterusnya, Yang Berhormat Bachok membangkitkan perkara perkhidmatan kereta api Kuala Lumpur-Tumpat kepada yang layak menerima BR1M. Kerajaan mengambil maklum cadangan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Bachok. Kajian terperinci terhadap cadangan hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu bagi menilai jumlah subsidi yang perlu ditanggung kerajaan. Buat masa ini juga, Keretapi Tanah Melayu menawarkan harga tiket konsesi kepada golongan yang layak dengan diskaun 40 peratus hingga 50 peratus kepada pelajar-pelajar, warga emas, OKU, pesara kerajaan dan kanak-kanak. Jadi, memang ada diskaun kepada ini.
Seterusnya...
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta laluan sekejap.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Yang Berhormat Kota Kinabalu, saya banyak sudah jawab you punya, awal.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Ya tadi saya lambat, minta maaf.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia baru masuklah. Sudah jawab semua.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Hujan lebat, minta maaf.
Beritahu jawapan...
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Bukan Yang Berhormat Kota Kinabalu, kita jawab habis semua sudah.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Boleh jawab satu kali lagi?
Tolonglah.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak bagi jalan Yang Berhormat. Duduk lah Yang Berhormat Kota Kinabalu
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Tolong lah kasi jawab satu kali lagi.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang belum kena jawab, Kinabatangan.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Seterusnya, Yang Berhormat Stampin mengenai siasatan runway excursion ataupun veer off di Kuching International Airport. Siasatan telah di jalan ke atas runway excursion di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, ia adalah berpunca daripada hujan lebat dan crosswinds yang begitu kuat. Jadi, masalah precision approach path indicator (PAPI) ini, berfungsi dengan baik.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat, kalau boleh. Tuan Pengerusi.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Saya hendak habiskan.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
A short one, can? Yang turn in veer off, I think this is important, kalau boleh. Saya mendapat feedback daripada pilot. Kalau mereka- Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Yang Berhormat Sibu yang membangkitkan menaik taraf Lapangan Terbang Sibu dan isu pili bomba.
Untuk makluman Yang Berhormat, Lapangan Terbang Sibu yang baru telah dibina pada tahun 2012 untuk menampung sebanyak 1.8 juta penumpang setahun.
Sebagai rekod terkini, hanya 1.4 juta penumpang yang menggunakan lapangan terbang dan masih mempunyai kapasiti sehingga tahun 2023.
Oleh yang demikian, pihak kerajaan masih tiada perancangan untuk menaik taraf lapangan terbang tersebut. Mengenai isu pili bomba pula, isu tersebut telah lama diselesaikan pada tahun 2015. Di mana pihak bomba telah memberikan sijil kelulusan untuk operasi lapangan terbang untuk pili bomba tersebut. Jadi Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Tenom mengenai naik taraf coach line Beaufort ke Tenom, peruntukan RM50 juta. Projek ini telah bermula pada Oktober 2017, maknanya bulan lepas, tempoh 18 bulan.
Projek menaik taraf landasan Halogilat-Beaufort ke Tenom, Sabah. Untuk makluman, projek ini dikendalikan oleh Kereta Api Negeri Sabah. Kerajaan Persekutuan akan menampung kos RM50 juta ini. Seterusnya, Yang Berhormat Langkawi mencadangkan agar diwujudkan pelabuhan di Langkawi. Kementerian Pengangkutan mengambil maklum berhubung cadangan tersebut. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, pembinaan pelabuhan adalah banyak bergantung pada MAS Kargo di sesuatu kawasan dan mengambil kira Langkawi setakat ini tidak mempunyai aktiviti-aktiviti ekonomi berasaskan import-eksport. Mungkin sekiranya ada cadangan yang substantial, kerajaan akan mengambil maklum dan mengambil tindakan akan keperluan itu.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, saya mengambil kesempatan jawapan Yang Berhormat Menteri berkait dengan pelabuhan Langkawi. Untuk tanya kepada kementerian, apakah strategi kementerian sekarang untuk memberi pertolongan kepada industri shipping di Malaysia memandang persaingan yang hebat daripada Singapura. Saya diberitahu, banyak shippers daripada Malaysia, khususnya di Port Klang akan pindah kepada Singapura, itu satu. Berkait dengan itu Yang Berhormat, semalam Menteri Pengangkutan telah mengatakan bahawa Projek Carey Island Port-Industrial City akan diteruskan.
Beliau mengatakan bahawa sebenarnya ada satu akhbar statement daripada Singapore Times yang mengatakan Port Klang Project akan dibatalkan. Akan tetapi semalam Menteri Pengangkutan mengatakan bahawa projek ini akan diteruskan.
Soalannya Yang Berhormat ialah siapakah kontraktor utama? Adakah ini MMC Port Holdings, Sime Darby Property, termasuk dengan Adani Ports Consortium ataupun China Merchants Group Consortium dan siapa yang akan diberikan kontrak?
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Saya juga membaca bahawa ada tiga angka yang dilontarkan untuk projek ini iaitu RM140 bilion, RM100 bilion dan RM200 bilion. Mungkin Yang Berhormat Menteri dapat menjelaskan siapa kontraktornya? Bila ia akan mula? Apa yang penting sekali, berapa kontrak yang sebenarnya?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Kalau perkara baru, jawab bertulis Yang Berhormat.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Ada berkait, Tuan Pengerusi.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Projek itu adalah dalam perancangan dan kita belum ada keputusan. Memang sudah ada kelulusan EC untuk membangunkan Pulau Carey. Akan tetapi untuk kontraktor ataupun pemaju, biasanya kita akan mengambil kira operator sedia ada iaitu Northport dan Westport. Kerajaan mempunyai perancangan untuk menggabungkan kedua-dua syarikat ini agar kita mempunyai satu syarikat pelabuhan yang besar, yang sustainable, yang boleh menampung the global industry, jadi setakat itu yang saya boleh maklumkan. Jadi, seterusnya...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, saya mengalu-alukan pandangan Yang Berhormat Menteri mengatakan it is important to have a big shipping company. Akan tetapi masalah di sini ialah kita dapat dua anchor company.
Satu China, satu daripada India iaitu Adani Ports and Special Economic Zone Ltd. dan China ialah China Merchants Group. So, sebenarnya how are you going, macam mana kerajaan akan membentuk satu shipping industry yang begitu robust memandangkan kita bergantung kepada GLC daripada China dan satu daripada India? Minta penjelasan.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Yang Berhormat, saya akan menjawab secara bertulis lah. Seterusnya Tuan Pengerusi, bagi pihak kementerian, saya akan menjawab semua secara bertulis.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat Timbalan Menteri, semua perbahasan saya tidak dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak boleh macam itu Yang Berhormat.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau isu tentang MASwings ini...
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Saya minta penjelasan kementerian untuk ETS, memang tidak di jawab, isu bertukar milik tanpa diketahui oleh pemilik tidak dijawab, isu nahas udara MH370 tidak dijawab.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Bertulis Yang Berhormat, boleh jawab secara bertulis. Yang Berhormat Rasah, tidak boleh macam itu Yang Berhormat. Kalau Menteri decide jawab secara bertulis, itu juga merupakan jawapan.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Itu tidak adil.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Tuan Pengerusi, we have all the time, what is the rush?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Itu juga jawapan, Yang Berhormat.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Ada isu yang lain kita bincang di Dewan yang mulia ini.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Saya mula duduk di sini sejak Yang Berhormat Menteri jawab tetapi tidak bagi apa-apa jawapan.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Kita tunggu sini berjam-jam.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Saya cuma ada tiga isu sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
We got time, what is the rush?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
You can’t get an answer macam itu, tidak boleh Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Pokok Sena pun tunggu dari awal tadi itu. Tidak jawab-jawab pun.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Tuan Pengerusi, Bukit Katil. Tuan Pengerusi, Bukit Katil.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, hendak bagi Yang Berhormat Bukit Katil, Yang Berhormat?
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Saya ingin tanya kepada Tuan Pengerusi kerana tadi dimaklumkan kita ada banyak masa. Jadi, saya percaya jawapan-jawapan yang diminta oleh rakan-rakan, termasuk Bukit Katil perlu dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Kita telah tunggu daripada pukul 4 tadi, baru satu jam. Kita pun tidak bercadang untuk membuat belah bahagi hari ini, so boleh teruskan lagi lah. Terima kasih.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Soalnya Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat Menteri bercadang untuk jawab secara bertulis, saya sebagai Tuan Pengerusi boleh membenarkan. Tidak salah pun. Yang Berhormat Menteri, ia tidak boleh kalau jawab bertulis, kemudian menjawab lagi balik, kemudian bertulis. Susah kerja saya, Yang Berhormat.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
So, oleh sebab saya sudah bercakap dengan Tuan Pengerusi, jadi saya akan menjawab secara bertulis. Saya berterima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Apa pasal JPJ langsung tidak menjawab?...
[Dewan riuh]
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Saya dan seluruh keluarga Kementerian Pengangkutan...
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tergantung sampai sekarang pun tidak jawab.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
...Akan terus memastikan sistem pengangkutan pelbagai mod yang cekap, bersepadu, selamat...
[Dewan riuh]
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
JPJ tidak berani jawab kerana pertukaran milik tanpa pengetahuan pemilik kenderaan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini tempat JPJ untuk biar kementerian untuk menjawab.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
...Dan mesra pengguna. Sekian, terima kasih.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Apa ini?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,505,085,600 untuk Maksud B.28 di bawah Kementerian Pengangkutan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,505,085,600 untuk Maksud B.28 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM2,970,965,300 untuk Maksud P.28 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2018 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM2,970,965,300 untuk Maksud P.28 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2018]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Seterusnya giliran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Kepala Bekalan B.29 dan Kepala Pembangunan P.29 di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Jasin.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Pengerusi bagi saya peluang. Saya terus kepada Butiran 00100 – Program Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui, Butiran 07400 - Rancangan Bekalan Air Negeri Melaka, Butiran 03202 - Penghantaran dan Pembahagian (Tenaga) dan Butiran 00107 – Projek Teknologi Hijau.
Tuan Pengerusi saya pergi kepada tenaga yang boleh diperbaharui. Di negeri- negeri maju seperti di Jerman, pada ketika ini telah pun mencapai 100 peratus tenaga boleh diperbaharui. Sistem tenaga ini boleh diberi ataupun disambung kepada sistem kepada negara-negara jiran dan seluruh Eropah. Jadi sistem tenaga yang diberi pada jiran ini boleh membantu semula apabila keadaan sistem suria jatuh mendadak.
TNB kita pada ketika ini membuat sambungan kepada negara Thailand dan juga kepada Singapura tetapi dalam skala yang amat rendah sekali. Jadi pada ketika ini tenaga suria adalah sumber tenaga yang intermittent dan tidak boleh dikawal. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, setakat manakah kerajaan membuat satu penelitian dan juga kajian secara menyeluruh bagi memastikan supaya kadar penetrasi ataupun nisbah opsyen tenaga sumber suria ini berbanding dengan tenaga sumber konvensional yang sedia ada supaya kita dapat pastikan ia resilient, dapat kepada grid kita pada ketika ini.
Kalau tidak kita akan menghadapi satu masalah, ada tenaga seperti sedia ada tetapi tenaga suria pun kita masukkan sekali. Jadi saya nak tanya sama ada ia bertepatan ataupun betul-betul dapat membantu tenaga yang sedia ada untuk keperluan seluruh rakyat kita. Seterusnya, saya pergi ke penswastaan air. Saya mohon kalau boleh pihak kerajaan untuk melihat semula tentang peranan Pengurusan Aset Air Berhad, kerana tempoh pajakan dia yang terlampau panjang sampai 45 tahun Tuan Pengerusi.
Ada aset-aset air kita sebenarnya lifespan tidak sampai ke 45 tahun. Jadi persoalan saya, PAAB ini seharusnyalah berperanan sebagai financer dan bukanlah sebenarnya dan sepatutnya memberikan kewajipan ataupun cara penyelenggaraan serta mengurus aset air ini kepada operator. Terutamanya dalam kita buat panggilan tender dan lain-lain projek yang berkenaan kerana setiap kali apabila tender, kita dapati bahawa pelaksanaannya mengambil masa yang begitu panjang sekali. Kalau ia diuruskan oleh pihak operator kita boleh menjimatkan masa dan juga kewangan.
Seterusnya bagi aset sumber air ini, adakah kerajaan bercadang untuk write off pinjaman-pinjaman tersebut kerana ia adalah satu infrastruktur bagi memberikan kesejahteraan kepada rakyat dan ia tidak harus dipajak kepada PAAB dan ini sebenarnya memang membebankan pihak operator-operator.
Ketiganya, Projek Empangan Jernih yang saya telah dimaklumkan tidak akan dilaksanakan. Jadi apakah sebenarnya cadangan kerajaan untuk memastikan supaya sumber air di negeri Melaka akan terus terjamin kerana kita mempunyai banyak permintaan bukan saja daripada rakyat bahkan kepada pihak industri-industri yang tumbuh pada ketika ini.
Seterusnya saya pergi kepada tenaga hijau. Melaka pada ketika ini dianggap sebagai sebuah negeri mapan berdasarkan daripada tenaga hijau. Kita di antara yang terbaik di negara ini dan Melaka telah memenangi berbagai-bagai award daripada negara luar.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, setakat manakah sebenarnya kerjasama yang telah dibuat oleh pihak kementerian dengan Kementerian Pendidikan kerana kita mahu kalau boleh kita memberikan pendidikan kepada anak-anak kita, betapa pentingnya sumber hijau pada ketika ini.
Seterusnya saya pergi kepada SEDA. SEDA pada ketika ini mengenakan caj sebanyak 1.6 peratus kepada semua pengguna bermula daripada 1.1.2014, sebelum ini satu peratus dan jumlah pungutan dia sebanyak RM625 juta setahun. Jadi kita nak lihat sebenarnya apakah kesan daripada wang yang terkumpul begitu banyak? Setakat ini di manakah kawasan yang telah kita kenal pasti bahawa SEDA benar-benar menjalankan tindakan-tindakan mereka?
Terakhirnya, baru-baru ini tersiar di akhbar satu berita mengenai TNB yang telah memeterai satu perjanjian MOU bersama dengan PLN daripada Indonesia untuk kerjasama satu projek stesen jana kuasa arang batu dan juga mengeksport tenaga ke Sabah. Jadi saya mahu membuat pertanyaan kepada Yang Berhormat Menteri, setakat ini apakah tindakan hasil daripada perjanjian tersebut bagi memastikan supaya tenaga yang sepatutnya kita dapati untuk negeri Sabah akan dapat dimanfaatkan. Itu saja Tuan Pengerusi, saya ucap terima kasih, saya menyokong.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sungai Siput.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya nak bawa B.29 Butiran 030500 – Subsidi Bil Elektrik sebanyak RM140 juta. Jumlah ini merupakan 60 peratus daripada jumlah bajet mengurus bagi tahun depan.
Jadi saya mahu tanya penjelasan sedikitlah apakah pengiraan dia kerana ia merupakan satu bahagian besar pada bajet kita. Begitu juga saya mahu kaitkan dengan satu surat khabar Star Business, 27 Oktober yang menyatakan TNB announced record dividend payout RM3.5 billion. Jadi jika kerajaan mahu bantu rakyat dengan kurangkan harga electricity untuk pengguna domestik mengapa kita tidak boleh minta TNB tukar dia punya schedule of fee untuk domestic users especially untuk pengguna-pengguna yang tidak pakai banyak. Kenapa kita kena pakai subsidi ini?
Point yang kedua ialah B.29 Butiran 010100 - Pengurusan Tenaga. Adakah kementerian sedang kaji penjanaan kuasa elektrik daripada angin? Wind powered memakai dengan windmill. Adakah kawasan-kawasan di Malaysia yang sesuai untuk kaedah penjanaan ini? Mungkin di tepi pantai, Pantai Timur ya. Satu lagi ialah kaedah solar thermal. Ini satu cara yang berlainan daripada solar photovoltaic. Ini satu cara di mana cahaya matahari dipakai untuk panaskan garam. So, they provide garam dalam satu tangki dan kepanasan itu dipakai untuk menjana stim dan untuk mengerakkan turbine. Kelebihan sistem ini daripada photovoltaic ialah photovoltaic keluarkan elektrik pada masa cahaya matahari turun pada panel itu. Akan tetapi dalam skim solar thermal ini kepanasan itu boleh disimpan sampai ke malam, so dia juga boleh menjana elektrik pada waktu malam. Ini kelebihan solar thermal daripada solar photovoltaic dan saya difahamkan bahawa ada beberapa loji komersial di Sepanyol, di Amerika Syarikat yang pakai teknologi ini.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
So, adakah kementerian sedang kaji kaedah itu? Last sekali, P.2900100 – Tenaga Diperbaharui di mana hanya RM33 juta sahaja diperuntukkan untuk membangunkan tenaga diperbaharui. Pada masa yang sama dua tahun lalu, 2016 saya telah baca dalam satu jawapan di Dewan ini bahawa kita telah import 24.7 tan arang batu untuk penjanaan electricity dan kita semua tahu arang batu ada yang most polluting, yang mencemarkan sangat.
So, kenapa kerajaan tidak ambil langkah yang lebih serius untuk memperkembangkan penjanaan daripada sumber-sumber yang tidak akan mencemarkan alam sekitar. Adakah kerajaan harapkan TNB akan buat kerja itu, jika ya, apa yang sedang dibuat oleh TNB? Saya rasa kita tidak boleh hanya gantung kepada feed-in tariff yang tidak begitu berkesan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Gerik.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya juga turut hendak berbahas, Butiran 00107 – Projek Tenaga Hijau. Kalau 2017 – RM6 juta, tahun 2018 RM2 juta. Berkaitan dengan solar hibrid, sejauh mana kementerian memantau dari segi harga peralatan solar hibrid sehingga hari ini masih mahal. Kalau kita tengok projek-projek di kawasan yang tidak ada elektrik secara talian, kita akan gunakan solar hibrid.
Kalau saya melihat di kawasan Orang Asli dan beberapa kampung pedalaman menggunakan solar hibrid ini kadang-kadang tidak tahan lama. Mesti ada satu kaedah yang perlu kita cari jalan supaya tarik talian ini dapat diteruskan walaupun kawasan pedalaman yang mana kosnya kadang-kadang tidak setara mana. Cuma yang saya nampak berjaya sistem solar hibrid yang buat di kawasan saya ialah di kawasan RPS Kema. Belanja hampir RM80 juta di mana kawasan dia letak piring solar hibrid itu hampir enam ekar dibantu oleh genset. Setakat ini saya tengok tidak pernah dipasang genset tetapi penduduk kampung mendapat nikmat daripada solar hibrid tersebut dengan syarat mesti ada orang yang menjaga tempat solar hibrid tadi.
Walau bagaimanapun, saya masih berpendapat tarik secara talian ini lebih memberi pulangan yang baik kepada masyarakat di luar bandar. Oleh sebab itu mungkin ada satu kajian yang saya melihat antara contoh yang terbaik ialah TNB bagi sponsor untuk lampu secara solar hibrid di dua jambatan di Tasik Temenggor. Akan tetapi sehingga hari ini kita melihat dalam tempoh dua tahun, lampunya kejap menyala, sekejap malap dan inilah kita kena cari satu teknologi untuk membolehkan solar hibrid ini sebenar menguntungkan dari segi teknologi hijau, harga murah dan lampunya berkekalan sepanjang masa.
Oleh sebab itu mungkin kementerian ini boleh mengadakan satu research untuk memastikan penggunaan solar hibrid ini boleh memberikan keuntungan kepada tempat- tempat yang payah dihubungi terutama di kawasan pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak dan juga di Semenanjung.
Butiran 00100 – Program kecekapan tenaga dan tenaga diperbaharui. Kita melihat TNB telah menyusun semula tarif yang ada. Sehingga hari ini kita melihat kenaikan caj kadar bayaran TNB ini agak mendadak tinggi. Kalau biasa kita guna RM60 dengan penyusunan semula, memberi keuntungan yang lebih kepada TNB sehingga RM200 sebulan, RM300 sebulan terutama kalau kita pakai aircond sebiji, ada peti ais, lampu pula kita pasang dalam rumah.
Bila kita melihat keuntungan TNB yang berbilion, tiba masanya pihak TNB patut kaji semula tarif tersebut untuk memberikan kemudahan di kampung walaupun kita tahu ada subsidi diberikan kepada penduduk kampung seperti dalam Butiran 030500 – subsidi bil elektrik RM140 juta. Kumpulan mana yang menikmati subsidi bil elektrik sehingga RM140 juta yang kita akan buat pada tahun hadapan?
Diharapkan biar menyeluruh terutama kepada individu supaya kadar bayaran tadi bersesuaian kerana kita hari ini berhadapan dengan pelbagai keperluan seperti elektrik, air, Astro, handphone canggih dan pelbagai lagi individu, sehinggakan ada kumpulan mengambil kesempatan semalam untuk menunjuk kepada masyarakat luar seolah-olah Kerajaan Barisan Nasional tidak peka kepada kenaikan harga. Akan tetapi sebenarnya, kita kena buat perbandingan iaitu penambahan pendapatan kita menjadikan harga-harga barangan naik.
Saya juga ingin membahas dalam kepala Projek Pembetungan. Saya ingin bertanya kepada kementerian, sejauh mana Jabatan Pembetungan yang berada di bawah KeTTHA tadi sentiasa menghantar bil pada tiap-tiap bulan. Kita kena kadar bayaran untuk IWK sedangkan perkhidmatan IWK ini ada kemungkinan. Kalau tandas di rumah kita tidak tersumbat tidak apa, tidak ada servis yang akan diberikan pihak IWK seolah-olah IWK kutip tetapi perkhidmatan tidak diberikan di perumahan-perumahan yang terpaksa kita kena ada IWK.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Misal kata di kampung sekalipun, kalau rumah hendak buat lebih daripada 30 biji, terpaksa ada laporan daripada IWK. Kalau tidak, kampung tersusun kita tidak boleh buat. Mesti ada satu kaedah di kampung-kampung, tidak perlu kita gunakan pembetungan IWK tetapi mereka boleh bangunkan kawasan RPT tadi yang tidak banyak mana. Mungkin kita sekarang ini dengan tanah yang terhad lima ekar, empat ekar, kita minta dikecualikanlah daripada dikenakan buat pembetungan secara IWK. Memadai di tiap-tiap rumah buat sistem yang terbaik yang mungkin pihak kementerian boleh memberi satu cadangan yang terbaik kepada pengguna-pengguna yang membuat rumah secara kampung tersusun di kawasan luar bandar.
Dalam pada itu seperti mana yang saya sebut dalam Butiran 00100 – Program kecekapan tenaga yang mana kita lihat ada RM32 juta yang kita tahu hari ini seperti mana yang dinyatakan iaitu harga arang batu naik. Kita lihat minyak naik, kadang turun, sumber tenaga untuk menjana elektrik, kita ada air seperti empangan-empangan di seluruh negara. Begitu juga kita guna arang batu dan juga kita gunakan diesel ataupun petrol. Akan tetapi mana masa hadapan negara? Bagaimana kerajaan membuat persediaan sekiranya sumber tenaga tadi sudah berkurangan, tidak ada, tetapi negara kita sering banjir, apa rancangan kerajaan dalam membina empangan yang memastikan empangan tadi boleh mengeluarkan jana kuasa, sumber elektrik kepada negara?
Begitu juga saya hendak bertanya tentang macam kata Yang Berhormat Jasin tadi iaitu solar hibrid yang kita bagi kepada rumah ibadat, kita bagi kepada sekolah.
Sehingga hari ini, saya tengok sesetengah negeri kita tidak tahu tetapi di Selangor dalam laporan banyak mendapat bantuan tersebut.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Akan tetapi adakah lagi skim di mana pihak kementerian memberi kepada rumah ibadat yang mana tenaga tadi tidak digunakan untuk tempat tersebut, dijual balik kepada Tenaga Nasional. Saya mencadangkan kalau masih ada peruntukan, kita tawarkan kepada pihak tahfiz di seluruh negara di mana kawasan tahfiz ini sebenarnya memerlukan sumber kewangan. Kalau ini kita boleh bagi solar hibrid yang dijual tenaganya balik kepada Tenaga Nasional, boleh menampung pendapatan untuk tempat- tempat tahfiz tadi di seluruh negara.
Jadi dengan ini, saya menyokong di dalam Jawatankuasa. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya mengambil masa yang sekejap sahaja iaitu Butiran 010100 - Pengurusan Tenaga. Saya ingin bercakap mengenai sumber tenaga berbanding dengan pencemaran karbon dioksida.
Tuan Pengerusi, kita tahu bahawa penggunaan tenaga dari masa ke semasa akan tetap bertambah dengan bertambahnya penduduk dan sebagainya. Saya melihat kepada satu laporan daripada Agensi Tenaga Antarabangsa yang menunjukkan bahawa pelepasan carbon dioxide ini dan juga kajian oleh UTM pada tahun 2010 menunjukkan bahawa pelepasan carbon dioxide ini adalah disumbangkan oleh industri tenaga kerana banyak industri tenaga kita berpunca daripada pembakaran bahan api fosil.
Jadi saya ingin bertanya ialah sumber tenaga lain misalnya di Kelantan, sumber hidroelektrik. Saya hendak tanya mengenai perkembangan Stesen Hidroelektrik di Lebir dan Nigiri. Apakah kajian-kajian impak sosial ataupun impak alam sekitar dan sebagainya? Hal ini kerana kita rasa dengan adanya stesen hidro di sana, banyak perkara yang positif yang boleh didapati daripadanya.
Pertamanya, kita mendapat tenaga dengan tidak mendapat pencemaran karbon dioksida. Juga di kawasan sana, kita boleh mengatasi masalah banjir dan beberapa perkara yang positif bersabit dengan sistem hidroelektrik ini. Jadi saya ingin bertanya kementerian apakah perancangan ini dalam masa yang terdekat untuk melaksanakan sistem ini? Ataupun apakah halangan-halangan yang tidak dapat dilaksanakan?
Keduanya, saya juga ingin bertanya mengenai solar di Kelantan, tempat-tempat yang sesuai untuk diadakan solar hibrid ini. Saya rasa di pesisir pantai di kawasan Bachok sangat sesuai. Ada juga di Pengkalan Chepa untuk mengadakan sistem solar ini. Juga apakah lain-lain sistem yang boleh kita janakan tenaga dengan tidak memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar? Itu sahaja, Tuan Pengerusi.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Ada beberapa perkara yang saya hendak bangkitkan di bawah kementerian ini.
Pertamanya adalah Butiran 010000 – Pengurangan Pelepasan Karbon Dioksida Melalui Kecekapan Tenaga Daripada Penjanaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) ini sebenarnya memang mampu untuk meningkatkan daya saing di samping meningkatkan keselamatan tenaga. Akan tetapi kos TBB masih lagi dilihat tinggi daripada tenaga yang biasanya.
Walau bagaimanapun, saya tengok ada Skim Pinjaman Fotovolta (PV) Solar Pertama di negara ini yang telah ditawarkan oleh Alliance Bank dengan pinjaman sehingga 90 peratus. Akan tetapi pada tahun 2013, saya lihat pelancaran skim tersebut dianggap mampu untuk menggalakkan lebih ramai pemilik rumah untuk memasang kemudahan penjana elektrik di bumbung menggunakan sistem PV solar ini.
Ada beberapa soalan yang saya hendak tanyakan kepada pihak kementerian berkaitan dengan butiran ini. Pertama, berapa banyak kah permohonan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) sejak 2011 hingga 2016? Sekiranya tidak ada data ini, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh maklumkan secara bertulis.
Seterusnya soalan yang hendak dibangkitkan lagi adalah adakah terdapat masih ada lagi pihak bank yang menyediakan skim pinjaman pemasangan PV solar ini?
Kalau sekiranya ada, bank mana dan apakah mekanisme yang digunakan sebagai pemakluman kepada pengguna yang berminat untuk mendapatkan fasiliti ini?
Seterusnya apakah tindakan pihak kementerian bagi mengawal kos dan perbelanjaan perolehan, pemasangan, pengujian tenaga dan pentauliahan sistem PV solar, net meter dan meter solar yang dianggap tinggi?
Seterusnya kepada Butiran 030300 iaitu Malaysian Green Technology Corporation. Green Tech Malaysia ini adalah satu organisasi yang bertanggungjawab terhadap penggunaan teknologi hijau sebagai enjin strategik bagi pertumbuhan sosioekonomi di Malaysia selari dengan Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan 2009. Saya percaya Green Tech Malaysia juga memang memberikan tumpuan dalam memenuhi objektif Dasar Teknologi Hijau Negara. Jadinya, soalan saya adalah dalam bajet baru- baru ini, saya tengok jumlahnya agak meningkat daripada RM1.8 juta tahun sebelum ini ke RM4.5 juta.
Jadi bolehkah dimaklumkan dalam Dewan ini apakah yang menyebabkan kos ini meningkat? Apakah status terkini pemasangan 100 stesen untuk mengecas kenderaan elektrik yang pernah dilaporkan sebelum ini? Ini kerana pernah dilaporkan akan pasang seratus stesen. Jadi saya hendak tahu apakah status terkininya? Apakah status terkini Malaysian Green Tech ini dalam membawa negara kita ke arah hab teknologi hijau di peringkat antarabangsa?
Soalan seterusnya, adakah pihak kementerian telah merancang untuk memperbanyakkan lagi pembangunan bandar rendah karbon terutamanya di kawasan luar-luar bandar seperti di kawasan Parlimen saya? Apakah usaha dan inisiatif terkini yang telah dilakukan?
Seterusnya mengenai perkara yang sama, soalannya ialah saya minta kementerian untuk menyatakan apakah usaha terkini yang akan dilaksanakan oleh pihak kementerian dalam memacu matlamat pengurangan pelepasan karbon selaras dengan komitmen Malaysia? Menerusi Paris Agreement berkaitan perubahan iklim tahun 2015 yang mensasarkan untuk mengurangkan kadar intensiti karbon bagi KDNK sebanyak 45 peratus untuk tahun 2020.
Seterusnya butiran berikutnya adalah 030600 – Bayaran Bonus MySuria. SEDA juga bertanggungjawab melaksanakan program MySuria yang memberi manfaat kepada sejumlah 1,620 buah rumah di bawah kumpulan pendapatan isi rumah B40. Jadi oleh sebab itulah saya tengok ada anggaran belanjawan untuk tahun hadapan ini ada RM6 juta. Jadi soalan saya adalah apakah mekanisme yang digunakan bagi proses pembayaran ini? Juga untuk program MySuria itu saya hendak tahu cara pemilihan peserta yang menerima program itu.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terakhirnya, Yang Berhormat Tuan Pengerusi adalah Butiran 030500 – Subsidi Bil Elektrik. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana baru-baru ini saya telah membawa satu usul di dalam satu perkara di dalam Kamar Khas mengenai pembayaran bil lampu jalan kampung yang telah dialamatkan kepada saya selaku Ahli Parlimen untuk saya bayar. Bila isu ini dibawa, ianya telah mendapat respons yang sangat positif daripada Yang Berhormat Menteri dan kerana itulah masalah pembayaran bil lampu jalan kampung ini telah selesai.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Ini menunjukkan bahawa Yang Berhormat Menteri, kementerian dan juga kerajaan begitu prihatin terhadap masalah-masalah yang dibawa di peringkat akar umbi dan dengan itu saya ucapkan terima kasih kerana memberi saya peluang. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat “Kubang Kuala Krai”.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih, ‘Kubang Kuala Krai’ ya. Macam Kuala Beluran ya. Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya. Di hadapan itu tak pakai Yang Berhormat, cuma Kuala Krai terpakai.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Kuala Krai menangis lagi ya.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada beberapa perkara juga yang ingin disentuh terutamanya yang menarik minat dan juga harapan kepada pengguna-pengguna elektrik di Malaysia di bawah aktiviti pengurusan tenaga ini. Sudah disebut oleh rakan-rakan tadi mengenai penggunaan panel photovoltaic. Walaupun pada teorinya ianya sangat menarik dan kita ada sudah nampak sebahagian daripada rumah-rumah yang memasang panel-panel ini dan menyambungnya kepada grid elektrik dan mendapat pendapatan daripada sumbangan tersebut.
Akan tetapi saya juga merasa rakyat teramai tidak berapa menyedari akan program ini. Malah kalau kita lihat kita banyak bangunan sekolah, sekolah-sekolah swasta ataupun bangunan-bangunan pejabat yang boleh mengambil program ini, projek ini dengan memasang panel-panel yang besar dan dapat menggunakan tenaga yang dijana untuk kegunaan bangunan sendiri di sekolah misalnya di samping menjualnya kepada pihak berkuasa elektrik TNB dan mendapat hasil. Akan tetapi kenapa kita tidak melihat excitement ini berterusan?
Saya mendapat maklum bahawa procurement dengan izin panel-panel ini agak mahal. Walaupun ianya ada dibuat dalam negara tetapi oleh sebab masalah economy of scale ini jadi ianya tidak dapat menurunkan harga dan harga-harga yang murah boleh kata dapat daripada panel-panel yang dipasang ataupun dibuat oleh negara-negara lain seperti negara China.
Jadi apakah cadangan kementerian supaya usaha untuk meramaikan penyertaan di dalam pemasangan PV panel ini menjadi satu kenyataan di samping kita dapat mengurangkan penggunaan tenaga daripada fosil ini maka kita juga akan mendapat hasil penjanaan daripada projek ini untuk tambahan pendapatan kita.
Saya juga ingin bertanya macam Yang Berhormat Parit Sulong tadi sama ada masih adakah kemudahan-kemudahan pinjaman yang membolehkan orang-orang kampung misalnya, sekolah-sekolah swasta ataupun sekolah-sekolah agama rakyat yang boleh dapat manfaat daripada program ini untuk membantu mereka melaksanakan projek yang begitu baik ini.
Keduanya, saya juga ingin bertanya tentang P.29 NRW Nasional ya, non- revenue water national yang diperuntukkan RM111 juta satu jumlah yang banyak. Saya ingin bertanya bagaimanakah pembahagian RM111 juta ini kepada negeri-negeri?
Kenapa tidak dimasukkan terus di dalam peruntukan di dalam rancangan-rancangan bekalan air bagi negeri-negeri seperti yang ada di dalam laporan ini tetapi ianya dilonggokkan di bawah satu Butiran 95000.
Jadi saya ingin bertanyakan kepada kementerian pecahan-pecahan peruntukan ini mengikut negeri-negeri supaya kita dapat lihat keseriusan kementerian membantu negeri menyelamatkan air yang dirawat ini daripada hilang tanpa memberikan hasil kepada pihak berkuasa air masing-masing.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya mengenai butiran kecil balik kepada Butiran 030400 iaitu International Greentech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia 2018 yang akan diadakan tahun depan.
Tahun lepas ia tidak ada peruntukan tetapi bagi tahun ini disediakan RM1 juta.
Kalau kita lihat sejarahnya tahun 2016 ia diperuntukkan RM3.48 juta. Jadi mungkin programnya selang setahun ya. Jadi tahun ini diperuntukkan RM1 juta. Kalau kita tengok daripada yang lepas ini, daripada IGM yang lepas memang banyak manfaatnya dan banyak maklumat daripada pengenalan teknologi-teknologi baru, perkhidmatannya dan kajian-kajian mendalam dalam diskusi dan forum.
Maka saya ingin bertanya, adakah peruntukan pada kali ini yang sebanyak RM1 juta itu mampu untuk mengulangi satu program yang lebih berkesan atau sekadar kita ingin menganjurkan suatu program semata-mata tetapi tidak memberikan satu keseriusan yang tinggi kepada program ini. Ini kerana kita rasa manfaatnya cukup banyak.
Seterusnya ialah mengenai Bayaran Bonus MySuria. Bayaran Bonus MySuria ini tidak banyak RM6 juta. Saya ingin bertanya apakah bonus ini bentuknya bagaimana dan dibayar kepada siapa? Adakah seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Parit Sulong tadi ianya juga adalah bonus penggunaan PV panel ini.
Kalau ya, adakah ianya over and above hasil daripada kemasukan tenaga yang dijana daripada panel-panel ini ke dalam grid elektrik ertinya tambahan kepada hasil yang telah dicapai daripada jumlah elektrik yang dimasukkan. Bagaimana perkiraannya pemberian bonus ini? Berapa ramai saya hendak lihat penglibatan berapa ramai masyarakat atau rakyat di dalam negara ini dalam projek ini supaya kita dapat tengok betapa sambutan dan betapa seriusnya kita untuk melaksanakan projek tenaga hijau dan lestari ini. Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lipis.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama, saya merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk turut serta berbahas anggaran perbelanjaan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Saya pergi terus kepada perkara Butiran 020100 iaitu Pengurusan Air. Saya tengok ini adalah rancangan bekalan air negeri Pahang yang saya kira sangat kecil peruntukkannya sedangkan saya sudah kata sedangkan Lipis lebih besar dari negeri Melaka ini kan pula negeri Pahang. Oleh sebab saya bangkitkan perkara sedemikian rupa kerana di Lipis ini bukanlah masalah air yang tiada tetapi masalah air yang kerap putus disebabkan oleh beberapa faktor, disebabkan paip pecah, loji sangat tua dan alam sekitar yang membuatkan air tidak boleh diproses. Maka banyak faktor yang perlu terlibat dengan N-BOS itu sendiri, alam sekitarnya dan sebagainya yang menyebabkan perkara itu berlaku.
Jadi dengan keadaan yang begitu kecil peruntukan negeri Pahang ini saya pun tak tahu apa yang hendak diperkatakan dalam urusan sedemikian rupa. Akan tetapi walau bagaimanapun, di kawasan saya pernah satu permohonan yang pernah diterima sebanyak RM13 juta untuk membina baru loji air Sungai Jelai. Akan tetapi apabila ditender sahaja loji air tersebut telah naik kosnya sehingga RM18 juta. Maknanya RM5 juta tidak mencukupi.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Ini telah beberapa kali kita minta KeTTHA memberi penjelasan melalui Perbadanan Air Pahang itu sendiri. Akan tetapi sehingga hari ini masih belum ada jawapan. Sehinggalah pada satu hari saya berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Ini melibatkan enam ribu pengguna dalam bandar Lipis sahaja yang sering mengalami gangguan putus air.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Jadi saya mohon- saya berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, di depan saya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menelefon kepada KSU Dato’ Sri Ir Dr Zaini Ujang. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri minta supaya diberi laporan terus kepada dia, begitu komitednya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Akan tetapi malangnya sehingga hari ini, tidak ada apa jawapan. Saya sebutkan nama ini betul. Saya sebutkan nama betul sekarang. Maknanya letih dah. Saya hantar dua, tiga surat. Tolonglah.
Maknanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri pun sudah telefon kepada KSU. Akan tetapi KSU tak tahu lah “cakne tak cakne”. Sibuk sangat. Betul sibuk sangat. Betul lah kata Yang Berhormat Rasah. Mungkin sibuk sangat. Jadi ini kalau tidak bagi RM5 juta, kos akan naik lagi dari masa ke semasa. Maka dalam keadaan ini, kena fikir-fikirkan lah. Pegawai ramai di tepi. Mungkin tidak boleh jawab dalam Parlimen.
Jawablah dengan Menteri. Beritahu Menteri apa sebabnya.
Oleh sebab ini adalah pinjaman, bukan kita ambil free. Bagi lah yang melibatkan orang ramai. Rasulullah dah bagi tahu kalau air tak bagi ini marah. Ini berdosa besar.
Jadi cubalah fikir, ini apa ini. Saya kira, janganlah. Ini Perdana Menteri sendiri telefon depan saya. Ini Yang Berhormat Bukit Katil, kalau Yang Berhormat Bukit Katil nak bangun saya beri duduk sekarang. Yang Berhormat Bukit Katil tanyalah apa yang nak tanya.
Yang Berhormat Bukit Katil semalam dah buat hal malam semalam. Jangan buat hal lagi hari ini. Sakit kepala kita. Ini air ini tak lulus lagi nanti bajet. Jadi, Perdana Menteri sendiri telefon depan saya. Jadi, jawab. Hari ini saya hendak dengar jawapan.
Saya sudah tidak larat tulis surat sudah tiga kali. Orang saya sudah pergi sendiri ke KeTTHA.
Jadi, jangan sampai kita bercakap di sini sebenarnya. Beri jawapan bersurat.
Kita hantar surat. Surat letterhead Ahli Parlimen Lipis. Apa masalah dia. Jadi saya berharap supaya selesaikan lah segera. Saya banyak lagi poin ni tetapi sudah rasa macam malas bila sebab macam ini punya mood.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tidak ada mood boleh duduk lah. Bagi kita pula.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Apa dia? Ya lah. KeTTHA ni.
Saya bab air ni saya memang marah sebab saya baca hadis. Saya baca hadis Rasulullah itu, air ini sangat penting. Kalau saya ulas nanti hadis ini banyak yang ustaz marah. Saya tahu apa masalah air ini. Saya bukan tidak ada air. Di Lipis keseluruhan penuh paip air sehinggakan saya hendak bagi tahu, saya hendak ucap terima kasih betul-betul kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar, KKLW ini. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob yang datang melawat kawasan saya. Dia luluskan banyak masalah air. Banyak. Dia luluskan, mengupgradekan.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Yang Berhormat Lipis jangan banyak air. Nanti masuk air nanti.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Ini dekat masuk air sudah Yang Berhormat Bukit Katil ni. Ini ucapan hari ini dekat masuk air dah. Biasa kawan- kawan saya yang depan sahaja selalu masuk air. Akan tetapi hari ini saya sendiri lah juga masuk air juga dah. KKLW beritahu banyak beri bantuan pada saya. Kalau saya cakap nanti kawan-kawan lain marah pula ke Menteri KKLW.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Yang Berhormat Lipis, minta laluan Yang Berhormat Lipis.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Saya beri lah. Yang lain biar saya tinggal lah banyak lagi.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Hendak cadang pada Yang Berhormat Lipis, kalau air banyak di Lipis tidak boleh kah minta kementerian untuk buat dam di sana. Buat satu empangan untuk menjana elektrik yang mencukupi untuk kita semua. Apa pendapat Yang Berhormat Lipis.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Sebenarnya Yang Berhormat Pasir Puteh, saya bersetuju dalam selepas ini sebenarnya ada saya pergi kepada perkara tersebut. Akan tetapi kerana saya hendak meluahkan rasa air itu. Masalah air itu, sampai ada rakan-rakan sebelah sana datang dia cerita fasal air.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Oleh sebab saya bercakap dalam Parlimen dia bawa ke tempat saya dia bercerita air pula. Dia ingat saya tak buat kerja. Saya sudah pergi 13 tempat buat air graviti. Saya buat macam loji.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Siapa yang hutang Yang Berhormat? Yang Berhormat Bukit Katil kah?
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Saya dah buat melalui KKLW sudah saya buat macam loji saya sendiri. Hampir 13 tempat saya buat. Saya buat loji saya sendiri. Makna menakung air, proses sendiri, bekalkan ke orang kampung dengan filter-filternya sekali.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam bangun Yang Berhormat.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Sila, ya lah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Kalau Yang Berhormat Tenggara memang dia tidak beri lah. Akan tetapi saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Lipis. Orang yang sebelah sini datang, kita cerita masalah air yang dihadapi dekat Lipis itu bukan kita marah dengan Ahli Parlimen Lipis. Kita marah dengan Kerajaan Barisan Nasional. Sepatutnya bila kita beri tekanan yang sebegitu rupa, Yang Berhormat Lipis pun seronok lah. Boleh lah cerita pada Menteri. Ini orang Pakatan Harapan datang sudah bawa isu ini, cepat selesaikan masalah. Kita bantu Yang Berhormat Lipis juga.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Ini Yang Berhormat Shah Alam, hari itu saya sudah cakap dah. Orang dari sini datang, saya tidak tahu siapa. Dia orang boleh telefon saya dia kata Mat Lampir. Saya tidak tahu siapa sebenarnya. Saya sudah beritahu hari itu. Saya sudah beritahu saya tidak tahu. Saya sebut nama itu melalui panggilan telefon sahaja. Saya sudah beri tahu. Saya kata hendak cakap dasar kerajaan cakap lah. Saya tidak marah.
Akan tetapi jangan cakap hal saya. Dia cakap hal saya. Itu bukan menolong namanya. Itu namanya kalau bahasa mudahnya kurang ajar. Kalau bahasa mudahnya kurang ajar sikit. Itu bahasa mudahnya. Jadi saya, tidak apa lah. Saya hendak ucap terima kasih KKLW. Saya sudah buat tank saya sendiri, 13 tempat sudah hampir selesai semua masalah air. Akan tetapi dalam bandar ini saya tidak boleh hendak buat air graviti.
Dalam bandar ini saya tidak boleh.
Yang tempat kampung-kampung saya buat air graviti. Saya buat tank saya sendiri. Saya masukkan air lebih kurang kos tidak sampai RM100 ribu. Kita proses sendiri. Sampai ke kampung air bersih macam Perbadanan Air Pahang juga. Kita sampai tahap itu kita buat. Kita buat sendiri, tetapi yang bandar ini saya tidak boleh buat apa- apa. Tolonglah KSU.
Kalau ada KSU dengar, beri jawapan pada Menteri terus. Apa kesudahan RM5 juta itu, cepat sikit bagi. Nanti naik kos esok, Pahang minta lagi. Kalau naik lebih lagi pula, lebih daripada RM20 juta akan minta lagi. Apa nak jadi kesudahannya. Dalam bandar tak ada air, tutup kedai. Orang hendak meniaga makan tidak boleh, orang hendak makan pun tidak boleh. Orang hendak mandi tidak boleh. Malam Jumaat apa masalah pada pagi Jumaat itu. Ini semua kena fikir juga.
Nak mandi hendak sebagainya. Saya kalau air ini, yang lain saya boleh maafkan. Jalan pecah ke apa, itu kecil sahaja bagi saya tetapi kalau air saya marah. Oleh sebab saya pun pernah kena mandi sungai disebabkan air ini. Jadi yang Yang Berhormat Pasir Puteh tadi saya sokong sebab saya ada sebenarnya cerita fasal arang batu dan sebagainya yang melibatkan kos penjimatan RM1 bilion lebih kalau hendak cerita.
Akan tetapi saya tengok dah tinggal 18, 17 saat saja dah. Jadi macam mana pun saya menyokong lah bajet ini. Kalau saya tidak sokong nanti dah kena duduk sebelah sana pula, macam semalam. Jadi hari ini saya terpaksa duduk sebelah sini lah juga menyokong. Nanti Yang Berhormat Kapar catat saya dalam kurungan tidak sokong bajet ini. Jadi Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bukit Katil.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya simpati dengan sahabat saya Yang Berhormat Lipis, 10 minit untuk bercakap tentang air. Kalau tidak dapat juga air ini saya ingat pindah sini saja lah Yang Berhormat Lipis. Saya ingin...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Ini perangai pembangkang saja.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Saya ingin membahaskan tentang Butiran 010000. Yang Berhormat Bagan Serai jangan masuk air ya. Perkara B.29 - 00100, 030300. Saya hendak mulakan Tuan Pengerusi, dengan meminta pencerahan daripada kerajaan.
Pertamanya ialah, pada tahun 2011 kerajaan telah melancarkan feed-in tariff di mana tadi kita dengar beberapa Ahli Parlimen telah memberikan sedikit penjelasan bagaimana rakyat diberi peluang untuk memanfaatkan sistem solar kita dan bumbung kita dijadikan sebagai satu tempat untuk mendapatkan tenaga melalui solar. Pada waktu itu, kerajaan mengumumkan bahawa mereka yang menggunakan perkara ini, teknologi ini ataupun tindakan ini akan mendapat return of investment sebanyak dalam masa empat hingga lima tahun. Kemudiannya akan generate, dengan izin, Tuan Pengerusi, profit keuntungan selama 21 tahun. Akan tetapi baru-baru ini kerajaan mengumumkan apa yang dipanggil sebagai net energy metering tarif.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Jadi saya ingin tanya kepada kementerian mekanisme feed-in tariff ini dan juga mekanisme pengukuran bersih elektrik bersih ini dan manfaatnya kepada rakyat. Ini kerana kita tengok ada mereka yang telah pun daripada awal mengambil sikap untuk menggunakan feed-in tariff dan kemudian sekarang ini, net metering ini. Jadi dari segi itu, bagaimana strategi kerajaan untuk mengimbangi mereka yang telah pun terlebih dahulu terlibat di dalam menggunakan solar ini.
Seterusnya Tuan Pengerusi ialah soal Pelan Strategi Pembetungan Negara. Kita dimaklumkan bahawa pendekatan ataupun pelan kerajaan itu sehinggalah tahun 2040, ingin membina 77 loji dengan kos sebanyak RM52 bilion. Kita lihat di sini, untuk projek pembetungan negara, kerajaan memperuntukkan anggaran bagi tahun 2008 ialah RM410 juta. Baru-baru ini pun saya ada baca bahawa ada dilancarkan satu yang dipanggil sebagai loji bawah tanah oxide and oxide anaerobic.
Ini pada saya pendekatan yang difikirkan oleh kerajaan baik. Cuma saya ingin tahu bawah bajet ini, berapakah loji-loji yang baru yang mungkin menggunakan kaedah ini akan dibuat oleh kerajaan? Apakah ia akan memberi kesan kepada kos yang akan dibayar oleh rakyat? Ini kerana saya percaya kita sekarang pun setiap tahun ataupun setiap bulan kita kena bayar, rakyat kena bayar. Jadi menggunakan teknologi baru ini, menggunakan kaedah baru ini, apakah pengguna akan dikenakan bayaran yang lebih tinggi daripada yang sedia ada sekarang ini?
Tuan Pengerusi, kalau kita lihat di bawah butiran yang menceritakan mengenai tenaga tadi, kita dapat melihat kecenderungan Ahli-ahli Parlimen adalah untuk membantah penggunaan karbon yang berlebihan. Saya percaya kerajaan punya komitmen hasil daripada CAP 23 baru-baru ini dibuat di Bonn, Jerman di mana saya percaya wacana low-carbon economy itu menjadi satu discourse yang telah pun mendominasi persidangan itu. Kita rasa terkejut apabila misalnya Peninsular Malaysia Electricity Supply Industry Outlook bagi tahun ini telah membuat satu unjuran bahawa penjanaan di Semenanjung sahaja pada tahun 2016 terdiri daripada arang batu Yang Berhormat Menteri, 53 percent, gas asli 41 percent, hydroelectric 5 percent dan *renewable energy is 2 percent.
So,* saya fikir ini satu perkara yang bercanggah dengan komitmen kerajaan dan juga negara sebagai satu pihak yang menandatangani Paris Agreement dan kemudiannya diperkukuhkan lagi dalam Persidangan COP 23 yang baru berlangsung.
Jadi saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah perancangan masa depan dalam kita mengurangi kebergantungan kita kepada karbon ini?
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Saya juga ingin menarik dan bertanya kepada kerajaan, menarik perhatian kerajaan bahawa baru-baru ini Terengganu telah melancarkan apa yang dipanggil sebagai projek waste to wealth yang pada saya merupakan satu projek yang baik dan dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2019 di mana difahamkan bahawa waste itu akan ditukarkan kepada tenaga.
Jadi, bagaimana kerajaan melihat perkembangan ini? Apakah model ini akan dimanfaatkan untuk di peringkat Federal? Ini kerana kita pun tahu bahawa baru-baru ini Sweden ini misalnya Yang Berhormat Menteri, terpaksa mengimport sampah kerana sampah sudah tidak ada lagi di Sweden. Jadi terpaksa import untuk pastikan bahawa tapak untuk menghasilkan tenaga itu boleh berjalan kerana hampir tiada lagi sampah di negara Sweden. Saya fikir ini satu pendekatan yang boleh kita manfaatkan di bawah kementerian Yang Berhormat dan tentulah ini selari dengan agensi-agensi yang telah pun diberikan peruntukan di dalam bajet ini.
Seterusnya Tuan Pengerusi ialah soal kenderaan elektrik dan kenderaan hibrid ini. Kita diberi maklum bahawa Petronas Dagangan Berhad baru-baru ini telah menandatangani satu memorandum persefahaman dengan MGTC dan juga TNB Energy Services untuk memasang 100 buah stesen pengecasan kenderaan elektrik dengan sel suria. Kebanyakan kita tengok kenderaan yang daripada Eropah ini yang menggunakan konsep EEV ataupun kenderaan cekap tenaga ini memang harganya agak mahal dan tentunya ia tidak memanfaatkan golongan berpendapatan rendah dan juga sederhana.
Saya ambil contoh misalnya di negeri Melaka Yang Berhormat Menteri, walaupun kita umumkan Melaka adalah negeri hijau tetapi kita tengok sahaja kereta-kereta kerajaan negeri, Exco misalnya, mereka tidak menggunakan kenderaan yang ke arah itu.
Mungkin juga faktor kos diambil kira. Oleh sebab itu saya fikir, adakah Yang Berhormat Menteri mempunyai perancangan dalam bajet ini di bawah MGTC untuk merancang satu pelan tindakan agar kita dapat membantu industri automotif tempatan misalnya, Proton dan Perodua supaya kita dapat menghasilkan kenderaan elektrik khususnya pada masa hadapan agar ia menjadi alternatif kepada kenderaan jenama asing yang tertakluk kepada duti dan cukai.
Terakhir Tuan Pengerusi ialah soal smart meter. Saya ingin mengalu-alukan smart meter ini kerana saya difahamkan ia akan dibuat di Melaka walaupun saya fikir sekarang ini masih lagi dalam proses kerana ramai rakyat belum dapat lagi. Cuma saya ingin tanya, dari segi pelaksanaan smart meter ini, boleh atau tidak kementerian memperincikan how it works dan adakah ia ada hidden cost kepada pengguna?
Ini kerana kita sedia maklum bahawa harga elektrik ini satu harga yang cukup mencabar bagi pengguna. Walaupun TNB banyak kali buat engagement dengan Ahli Parlimen menyatakan bahawa harga elektrik tidak naik dan sebagainya, tetapi realiti di bawah, that’s what the people feel, dengan izin Tuan Pengerusi. So saya fikir ini perkara- perkara yang harus diteliti, this every detail ini supaya ia tidak lagi membebankan rakyat yang terpaksa berhadapan dengan beban ekonomi selain daripada GST, harga barang naik dan sebagainya. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tasik Gelugor.
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ringkas sahaja. Saya cuma ingin menyentuh tentang Butiran 10300 dan juga Butiran 020000 - Pembangunan Air dan Pengurusan.
Di sini saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Menteri berkenaan dengan cadangan kenaikan tarif air di negeri Pulau Pinang. Kita difahamkan bahawa pihak kerajaan negeri dan Ketua Menteri telah pun memaklumkan.
Jadi saya memohon satu kepastian, adakah benar pihak kerajaan negeri mengatakan bahawa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang telah mengarahkan ataupun bersetuju supaya kenaikan tarif air di negeri Pulau Pinang ini dilaksanakan, sedangkan kenaikan tarif air sama ada tarif asal premiumnya ataupun melalui surcaj dan sebagainya, telah berlaku sebanyak empat kali dalam tempoh 2008 sehingga sekarang.
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Jadi, kepastian ini adalah amat-amat diperlukan kerana kita hendak melihat kebenaran adakah perkara ini wajar diarahkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ataupun memang ini adalah pendirian dan keputusan kerajaan negeri. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh P.29, Butiran 11600 – Rancangan Bekalan Air Sarawak. Tuan Pengerusi, di Sibu, kawasan hulu Sungai Merah sudah lama mengalami masalah tekanan air yang tidak cukup, kadangkala mengalami keputusan air.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Jadi, satu permohonan dari Sibu Water Board sudah diberikan kepada kementerian untuk memohon satu peruntukan RM4 juta untuk menaik taraf saluran paip untuk membekalkan air ke kawasan Hulu Sungai Merah. Akan tetapi saya difahamkan walaupun permohonan itu sudah dipohon quite some time tetapi masih belum ada peruntukan dari kementerian. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh berikan satu jawapan atau mengapa peruntukan itu tidak sampai? Selain itu, saya ingin membangkitkan masalah bekalan air di kawasan Sebatang Ikan di luar bandar Sibu, di kawasan Tutus, di kawasan Bunga Besar, Bunga Kecil dan sekitar kawasan situ masih belum lagi ada bekalan air paip, bekalan air terawat.
Jadi, saya harap- bekalan elektrik sudah sampai tapi bekalan air belum. Jadi, saya harap kementerian boleh memberi perhatian dan tumpuan kepada kawasan situ kerana Sibu memang merupakan kawasan bandar. Akan tetapi di pinggir Sibu masih belum ada bekalan air, ini memang tidak masuk akal. Jadi, saya harap kementerian boleh memberi peruntukan untuk memberikan bekalan air di sana. Selain itu, saya ingin menyentuh satu masalah di Pekan Kapit. Loji Rawatan Air Kapit baru saja disiapkan, kalau tidak silap pada tahun 2012, dengan satu jumlah peruntukan RM40 juta, kalau tidak silap. Akan tetapi walaupun loji rawatan air itu baru disiapkan, sekarang loji itu sudah tidak dapat menampung keperluan air di Pekan Kapit.
Jadi, saya ingin tahu mengapa pada masa untuk merancang loji rawatan air itu, kementerian tidak merekabentukkan loji rawatan air itu dengan kapasiti yang lebih besar?
Sampai sehingga kini walaupun hanya disiapkan beberapa tahun dahulu, sekarang sudah tidak boleh menampung. Lagi mengikut berita, Yang Berhormat Menteri dari sebelah sana, Perdana Menteri pernah mengatakan bahawa Kapit sekarang memerlukan loji air rawatan kedua. Jadi, saya tidak faham mengapa pada masa untuk merekabentukkan loji rawatan air pertama, mengapa tidak mengincrease kan kapasiti loji rawatan air itu?
Masalah yang selanjutnya saya ingin menyentuh ialah tentang Butiran 00107 – Projek Teknologi Hijau, tentang solar energy. Tuan Pengerusi, walaupun solar panel sekarang semakin murah tetapi tentang solar energy, satu masalahnya ialah baterinya sangat mahal. Bateri solar sangat mahal.
Di kawasan saya, saya pernah menolong kampung, satu kampung di kawasan saya untuk mendirikan lampu jalan solar. Akan tetapi masalahnya selepas dua atau tiga tahun, bateri solar itu akan rosak. Jadi, bateri- kos untuk menukar bateri solar itu lebih kurang 60 peratus jumlah kos untuk memasang lampu solar itu. Jadi, panel solar sekarang murah, LED light bulb juga murah.
Akan tetapi masalahnya ialah baterinya sangat mahal. Jadi, saya harap kementerian mungkin boleh mengadakan satu rancangan untuk mensubsidi atau kalau ada kampung-kampung yang ada inisiatif untuk memasang lampu jalan solar, kementerian boleh ada inisiatif atau ada rancangan untuk membantu mereka, subsidize mereka. Supaya dalam dua atau tiga tahun, hendak tukar bateri, kementerian boleh juga subsidize lah untuk menukar bateri. Oleh kerana bateri merupakan kos yang paling besar dalam keseluruhan lampu jalan solar itu.
Jadi, saya harap kementerian boleh mengambil maklum dan consider lah. Okey, sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat. Saya tengok ramai tapi memadailah perbahasan ini dilanjutkan sehingga jam 7 malam sahaja.
Selepas itu, Yang Berhormat Menteri akan menjawab. Yang Berhormat Rompin.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sedikit sahaja. Semasa Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara, Butiran 80000 – Projek Pembetungan Negara, semasa Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara ditubuhkan, hampir semua bandar-bandar dirancang dengan menggunakan sistem pembetungan yang begitu lengkap dan melibatkan satu jumlah kepanjangan yang sangat panjang seperti di Muadzam Shah, di Bandar Kota Bahagia, Bandar Tun Razak dan beberapa bandar lagi.
Akan tetapi bila Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara ditutup, nampaknya sistem pembetungan di kawasan Pahang Tenggara ini tidak diuruskan dengan baik.
Banyak paip-paip yang pecah dan menimbulkan kerisauan najis-najis keluar di sana sini di beberapa tempat.
Oleh itu, saya mohon supaya kementerian melihat dan mengambil alih pengurusan sistem pembetungan ini, memperuntukkan satu jumlah yang saya kira sangat besar bagi memulihkan seluruh sistem pembetungan dalam kawasan Pahang Tenggara yang memerlukan belanja yang agak banyak. Kemungkinan majlis daerah tidak berkemampuan, kerajaan negeri juga tidak berkemampuan. Oleh itu, saya mohon supaya Yang Berhormat Menteri campur tangan dan melihat secara khusus masalah yang dihadapi di kawasan Parlimen Rompin. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kluang.
Tuan Liew Chin Tong - Kluang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bincang 010100 - Pengurusan Tenaga. Saya rasa Yang Berhormat Menteri yang hands- on mungkin ada masanya hands are tied. Tentang isu- isu ini pernah dibincang dalam Kamar Khas berkenaan dengan peranan Suruhanjaya Tenaga dalam isu meter ataupun meter bekalan elektrik ini yang biasanya disemak oleh TNB dan diputus oleh TNB tanpa 3rd party, tanpa satu pihak yang tidak ada kepentingan untuk memastikan keputusan itu bukan satu keputusan yang memihak TNB.
Saya rasa ini adalah penting dan ini harus dimasukkan dalam akta supaya peranan Suruhanjaya Tenaga diberikan kuasa untuk membuat keputusan dan bukan oleh TNB. Kes ini banyak Yang Berhormat Menteri, memang dimaklum dan saya pun telah maklum ke Kamar Khas bahawa kes ini banyak dan kes ini mesti ubah dengan perubahan dari segi akta.
Kedua, 020100 - Pengurusan Air. Memang juga saya rasa Yang Berhormat Menteri faham keadaan di Johor, di mana kawasan-kawasan tadahan air ini biasanya dengan ladang-ladang kelapa sawit. Ini tidak boleh diterima. Saya sudah minta sejak dulu, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh beri penjelasan. Adakah kementerian bersedia adakan piawaian ataupun garis panduan ataupun gubal akta supaya memastikan kawasan tadahan air ini tidak ada apa-apa aktiviti atau usaha apa saja.
Kawasan tadahan air mesti adalah kawasan tadahan air dan bukan untuk aktiviti-aktiviti lain, termasuk aktiviti pertanian.
Tuan Liew Chin Tong - Kluang
Baru-baru ini, di Johor Bahru 180,000 pengguna telah mengalami masalah bulan lepas kerana ada pencemaran sungai dan dua hari lalu di Kluang, kawasan saya mengalami pemberhentian air selama 24 jam tanpa notis kerana pencemaran ammonia di kawasan Kluang. Memang kawasan Kluang ini Empangan Sembrong dan juga kawasan lain. Empangan Sembrong ini berhampiran atau bersempadan dengan kawasan-kawasan aktiviti pertanian. Isu ini telah dibangkit, telah dibawa banyak kali dan saya rasa tidak memuaskanlah jawapan kementerian atau jawapan kerajaan negeri tidak menyelesaikan masalah.
Tuan Liew Chin Tong - Kluang
Tindakan kerajaan negeri ialah untuk menghentikan operasi satu kilang, walaupun itu saya rasa okey, tindakan itu betul tetapi tidak menyelesaikan masalah.
Masalah ini perlu tindakan dari kementerian dengan perspektif jangka panjang. There must be a long-term solution to this problem dan ini memerlukan semua kawasan tadahan air di Johor dikemaskan daripada aktiviti pertanian.
Saya juga hendak bawa tentang item Butiran 06400 - Rancangan Bekalan Air Negeri Johor. Peruntukan dari Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Johor pada tahun ini dari segi Rancangan Bekalan Air Negeri Johor hanya RM10,790,000. Ini agak tidak memuaskan dan saya rasa Johor memerlukan peruntukan yang lebih banyak supaya Johor boleh kurangkan, waste water ataupun boleh membaiki sistem bekalan air di Johor.
Ini adalah satu masalah yang saya rasa perlukan pelan jangka panjang, supaya kita tidak mengalami masalah yang kami hadapi setiap bulan, hampir setiap bulan di Johor. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada P.29 Butiran 00100 - Program Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui, peruntukan RM32 juta.
Melihat kepada Kecekapan Tenaga dan Tenaga Boleh Diperbaharui, merupakan salah satu asas untuk pembangunan sesebuah negara. Terutama negara kita yang hendak pergi ke negara maju, yang kita bercakap tentang teknologi tinggi, tentang inovasi dan kredibiliti dan ini melibatkan kehidupan kita seharian. Contohnya tenaga diperbaharui ini seperti hidro mini, tenaga biojisim, tenaga solar yang banyak diperkatakan hari ini. Kepentingannya yang penting adalah membendung ataupun mengurangkan penggunaan bahan api fosil, kebergantungan kepada petroleum, memelihara alam sekitar dan menambah baik simpanan luar.
Jadi kita beruntung sebab kita duduk di negara yang ada matahari. Kita ada nikmat yang Tuhan bagi ini, walaupun kita ada hujan, tetapi kita ada banyak cahaya matahari dan cahaya ini boleh ditukarkan menjadi tenaga. Namun penggunaannya di dalam negara masih kurang dan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat. Antara sebabnya yang kita dengar dari perbahasan ini adalah kos yang tinggi untuk penggunaan sistem solar pada ketika ini.
Saya lebih suka bertanya, adakah kerajaan betul-betul serius? Adakah kita bersungguh-sungguh untuk membuat perkara ini? Sebab kita perlu buat lebih R&D, tentang perkara ini. Saya dengar tadi perbahasan mengatakan bateri mahal, bagaimana kita hendak dapatkan bateri yang lebih murah, yang lebih tahan lama ataupun kita dapat daripada sumber-sumber yang lebih murah, atau perkara lain boleh dibuat gantian.
Adakah kita telah N-BOS dengan universiti research umpamanya yang membuat kajian-kajian bersama-sama dengan pakar-pakar renewable energy di universiti umpamanya. Adakah kita bersungguh-sungguh atas perkara ini. Saya pernah pergi ke Jepun, saya lihat ada satu bandar itu, dia kutip semua tahi lembu, tahi lembulah, saya ingat segala tahi dia kutip. Akan tetapi dibuat itu tidak ada bau sangat dan dia dapat mengeluarkan biogas untuk masak dan tenaga dijanakan dan elektrik pada satu bandar itu dapat disalurkan dan juga pada industri.
Dari hari ini kita kena fikir bagaimana matahari yang kita ada, nikmat yang kita ada ini kita dapat gunakan akal fikiran kita, dapat gunakan teknologi, dapat gunakan ilmu yang ada pada hari ini untuk menggunakan secara meluas, barulah kita dapat mengurangkan yang kita katakan pelepasan karbon umpamanya dan menjaga alam sekitar satu usaha yang lebih mampan. Saya hairan kenapa highway kita masih lagi tidak dapat kita buat gunakan tenaga solar. Contohnya di Parlimen Bagan Serai, saya nampak dua sekolah sahaja bumbung nampak ada PV untuk solar. Kenapa sikit? Kenapa masjid dan surau tidak digalakkan.
Adakah tidak ada kesungguhan yang kita katakan ini. Industri dan juga kita katakan kereta yang menggunakan tenaga solar. Di Bagan Serai ada juga banyak ladang-ladang ayam. Saya pun hairan, yang saya nampak banyak lalat, sehingga ada kampung-kampung yang hidup sengsara dengan lalat ini.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Bila ayam ini banyak, lalat pun banyak, orang hendak buat kenduri pun tidak boleh, orang hendak buat majlis tidak boleh, orang pergi masjid, orang pergi surau pun kena lalat juga. Kita tahulah lalat ini membawa penyakit, mungkin ramai orang yang akan keracunan makanan dan sebagainya.
Saya difahamkan ada orang sampai makan nasi dalam kelambu kerana banyak lalat. Sebab apa? Kerana banyak ladang, jadi kenapa kita tidak fikirkan, kenapa kerajaan atau kementerian tidak bersungguh-sungguh tentang perkara ini, kerana tahi ini boleh jadi tenaga, boleh jadi duit, boleh jadi tenaga. Sampah pun orang tidak boleh duit, boleh jadi tenaga.
Akan tetapi sampah di Parlimen Bagan Serai saya tengok, kawasan pelupusan sampah sudah jadi gunung sampah, sudah tidak boleh hendak timbus lagi. Ini macam mana hendak buat tentang perkara ini. Jadi, sedangkan ini nikmat yang Tuhan bagi, yang kita patut gunakan dan yang kita banyaknya ladang-ladang ayam, bela ayam beratus ribu ekor, tahi dia boleh jadi bukan sahaja baja tetapi boleh jadi tenaga. Dengan cara ini kita mungkin dapat menghindarkan apa masalah lalat dan sebagainya tadi.
Jadi saya harap, kerajaan lebih serius tentang perkara ini. Saya ingin bertanya kepada kementerian, bagaimana kementerian boleh membantu masyarakat pihak swasta, serta pengusaha kecil sederhana dalam mengaplikasikan penggunaan sistem solar di dalam perusahaan mereka? Adakah kementerian ada memberikan apa-apa insentif bagi menggalakkan penggunaan tenaga solar. Kita haraplah, negara kita hendak jadi negara maju, kita harap penggunaan tenaga solar ini lebih meluas lagi dan lebih menguntungkan rakyat lagi dan lebih memberi kesejahteraan lagi kepada rakyat. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, saya panggil seorang, lepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab. Yang Berhormat Hulu Langat. Lain-lain sudah selalu ini, so bagi peluang kepada Yang Berhormat Hulu Langat ya. Ada kementerian lain lagi selepas ini.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengambil kesempatan ringkas sahaja, merujuk kepada aktiviti dua bekalan air iaitu antara tujuannya mengawasi projek pembangunan bekalan air seperti pembangunan sumber air, memantau kualiti air mentah dan air terawat serta Program Non-Revenue Water (NRW).
Jadi saya menghormati peranan kementerian memantau kualiti air mentah.
Agensi manakah yang membantu kementerian memantau air mentah dari Pahang ke Selangor yang dikatakan kualitinya kurang baik? Apakah langkah-langkah mengatasinya untuk membekalkan air bersih dan berkualiti? Adakah kementerian boleh memastikan bekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan ini cukup bagi memenuhi keperluan rakyat berikutan bertambahnya perumahan-perumahan, hospital-hospital, hotel dan industri yang terus berkembang.
Tuan Pengerusi, berdasarkan Bekalan B.29, Butiran 020000 - Pembangunan Air dan Pengurusan berjumlah RM95.4 juta dan Bekalan P.29 Butiran 95000 - NRW Nasional berjumlah RM111 juta. Adakah kementerian mempunyai perancangan jangka pendek dan panjang untuk mengurangkan Non-Revenue Water (NRW) yang tinggi dan saya difahamkan hampir 30 peratus? Berapakah NRW sekarang ini? Mampu kah kita berusaha mengurangkan NRW kepada sepuluh peratus dalam usaha penjimatan air?
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Saya difahamkan di Bandar Jakarta, hanya tujuh peratus NRW. Antara punca besar NRW tinggi disebabkan oleh paip yang pecah dan kecurian air. Bilakah usaha menukarkan paip baru dibuat menggunakan Bajet 2018 di atas. Adakah benar PAAB yang bertanggungjawab menjaga aset semua paip-paip air di seluruh Malaysia ini.
Sejauh mana kementerian dapat mengambil tindakan berkesan kepada orang-orang atau industri yang mencuri air?
Tuan Pengerusi, akhir sekali merujuk kepada Bekalan P.29, Butiran 80000 – Projek Pembetungan Negara berjumlah RM490 juta...
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Sekejap, laluan, minta laluan. Yang Berhormat Hulu Langat...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Puteh.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Minta laluan, di belakang.
Tentang NRW.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Ya.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Kalau di Kelantan, kita mempunyai NRW lebih tinggi, lebih daripada 30 peratus mungkin yang tertinggi di Malaysia. Masalah yang paling besar ialah tentang paip-paipnya yang lama, yang sudah lama 30 tahun tidak ditukar dan bocor. Bukan kecurian tetapi kebocoran disebabkan oleh retikulasi yang paip-paip yang lama.
Jadi saya ingin tahu, bolehkah Yang Berhormat Hulu Langat menyampaikan bagi pihak negeri kelantan, apakah pemberian yang diberikan khusus kepada negeri Kelantan dan selepas migrasi yang dilakukan baru-baru ini, apakah yang boleh pihak Kerajaan Pusat lakukan untuk mengurangkan NRW di Kelantan dan berapakah peruntukan yang diperuntukkan untuk tahun depan kepada negeri Kelantan? Terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
mempengerusikan Jawatankuasa] Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya bercakap ini bagi pihak semua negeri-negeri, dengan peruntukan RM111 juta, kita harapkan secara berperingkat kita dapat menukar paip-paip yang sudah lama termasuklah daripada negeri Kelantan. Kita harap Yang Berhormat Menteri dapat memberikan penjelasan.
Akhir sekali, merujuk kepada Bekalan 29, Butiran 80000 – Projek Pembetungan Negara berjumlah RM410 juta dalam membina pembetungan berpusat yang telah setakat ini berapa banyak projek pembetungan berpusat yang telah diselesaikan dan yang masih dalam pembinaan dan apakah perancangan baru bermula daripada 2018.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Menteri menjawab.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih Tuan Pengerusi dan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dalam catatan saya, 15 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan butiran-butiran di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Perkara-perkara yang dibangkitkan begitu menyeluruh daripada perihal tenaga, bekalan tenaga, tenaga yang boleh dibaharui serta juga perundangan-perundangan yang telah dibangkitkan. Juga perkara bekalan air, sampailah kepada perihal pembetungan dan seterusnya kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan teknologi hijau.
Tuan Pengerusi, saya tidak bercadang untuk dapat menjawab setiap Ahli-ahli Yang Berhormat tetapi saya buat ulasan dan respons mengikut isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan di mana yang boleh merujuk kepada kes-kes spesifik yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Jika saya tidak dapat menyentuh semua perkara yang dibangkitkan, nanti saya bolehlah pihak kementerian menjawab secara bertulis nanti. Juga untuk menjimatkan masa, izinkan saya menjawab atau memberi ulasan kepada mereka-mereka yang telah berucap dan nanti jika ada masa, barulah pihak Yang Berhormat yang lain yang tidak berucap boleh merujuk kepada perkara yang perlu dibangkitkan.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Baiklah, Yang Berhormat. Ada beberapa perkara yang saya ingin perjelaskan sebelum saya, supaya dapat menjawab perihal-perihal yang berkaitan dengan perundangan. Dalam konteks pembangunan infrastruktur air khususnya dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh hal Sarawak termasuk juga hal di peringkat negeri Pahang. Jika di Sabah dan Sarawak, pengurusan air, pembangunan dan bekalan sampailah kepada penapisan dan distribution, ini adalah kuasa mutlak oleh pihak negeri Sabah dan Sarawak. Mereka mempunyai perundangan yang berasingan. Mereka ada akta air berasingan. Bahkan mereka ada Menteri, itu yang unik dalam Federation of Malaysia ini, Sabah dan Sarawak ada sistem Kabinet yang ada Menteri Infrastruktur dan Air dan begitu juga di Sabah dan Sarawak.
Jadi di peringkat kuasa Persekutuan, Kementerian KeTTHA yang saya terajui sekadar memantau dan membantu dari segi peruntukan. Kebanyakan peruntukan yang disalurkan kepada negeri Sabah dan Sarawak ini adalah dalam bentuk pinjaman dan di mana yang boleh melalui perundingan dan pihak Kerajaan Pusat dan Kementerian Kewangan dan EPU, mereka berjaya juga mendapatkan sedikit geran. Akan tetapi pada dasarnya, ia adalah dalam bentuk pinjaman untuk urban articulation system kawasan bandar, kawasan setengah bandar. Daripada kawasan luar bandar, dia diservis oleh KKLW. Ini dari segi pembangunan infrastruktur air yang mana untuk luar bandar ertinya untuk tempat dari segi capex- pembiayaan modal, yang tidak dapat dibantu oleh pihak kerajaan negeri sendiri. So, itu perlu.
Di Semenanjung, ini boleh menjawab tiga, empat persoalan yang telah disentuh. Di Semenanjung pula, Akta 655 membolehkan satu sistem di mana kerajaan- kerajaan negeri hendaklah migrate kepada akta tersebut. Menyerahkan more or less kuasa perihal pengurusan air termasuk aset-aset kepada Kerajaan Pusat melalui konsep yang telah diamalkan selama enam tahun ini, lapan tahun sudah asset light dengan penubuhan PAAB kerana dahulu negeri ini saddled with debts dan tidak boleh membuat capex ataupun oleh sebab banyak hutang piutang.
So, selepas itu Akta 655 membolehkan negeri migrate kepada akta sebelum iaitu WASIA dan dengan itu menyerahkan aset-aset yang perlu sambil PAAB mengambil alih semua pinjaman, hampir semualah dan selepas itu aset itu delist balik kepada operator di peringkat negeri yang dinominated oleh pihak kerajaan negeri. Biasanya operator-operator ini walaupun driven dengan dipandu oleh swasta tetapi kerajaan negeri mempunyJohor-saham tertentu. Ini the case di Pulau Pinang, kes di Melaka, kes di Negeri Sembilan dan seterusnya Johor. Negeri-negeri lain belum migrate termasuk Kelantan baru sahaja migrate awal tahun ini kepada akta.
Sekejap, saya selesaikan dahulu. Supaya konsep apabila kita minta peruntukan daripada Pusat, tengok sudah migrate itu negeri di bawah akta itu dengan itu boleh mendapat capex di bawah PAAB. Jadi kes macam di Pahang itu, bantuan-bantuan yang dapat diberikan apabila berunding dengan EPU, pihak MB masing-masing, ada juga yang geran tetapi pada kebanyakannya adalah bagi negeri yang belum migrate, ia mesti dalam bentuk pinjaman.
So, sering kali saya katakan tadi oleh khusus Yang Berhormat Rompin dan Yang Berhormat Lipis, kadang-kadang kelewatan itu kerana dia bukan disbursement dalam bentuk geran, pinjaman itu dalam bentuk pinjaman, mahu buat perjanjian lagi dan seterusnya. Jadi apa-apa halangan dalam bentuk itu, saya bagi pihak kementerian, untuk tujuan pihak yang saya sentuh kan tadi.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Nanti kita akan teliti kenapa yang RM5 juta itu tidak dapat disalurkan walaupun dia adalah sekadar pinjaman. So, you have to know this fact, dengan izin, because that is not so clear. So bagi negeri-negeri belum migrate, maka dia hendaklah kebanyakan itu permohonan dimajukan dan pihak EPU dan Kementerian Kewangan mempertimbangkan, adakah dia geran ataupun adakah dia pinjaman. Okey.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya ada dua yang bangun Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Lipis dan juga Yang Berhormat Hulu Langat
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Kawan, Yang Berhormat Hulu Langat
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih, Tuan Pengerus.
Sedikit penjelasan, saya difahamkan Selangor sudah serahkan aset kepada PAAB dengan nilai RM2 bilion jadi sehingga sekarang belum selesai lagi? Itu penjelasan daripada saya.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Ini Selangor baru setengah jalan ataupun 2/3. Dia 70 peratus completed perjanjian telah ditandatangani tetapi satu lagi operatornya iaitu SPLASH yang belum terselesai tadi pagi awal saya di sini Yang Berhormat Gombak berbincang kerana negeri belum membuat tawaran kepada pihak operator SPLASH.
Hal ini kerana dalam konsep pengambilan ahli ini, yang dipraktis untuk semua negeri-negeri yang telah migrate is the concept of willing-buyer willing-seller. Okey dia mesti bekal, how much they hendak beli syarikat tersebut apabila mereka sudah namakan operator utama dan lepas itu ada perjanjian jual beli S&P dia datang kepada Federal, melalui kita dan diurus oleh PAAB dari segi bantuan yang PAAB boleh beri dari segi pengambilan pinjaman-pinjaman tersebut dan perbincangan akan diadakan berapa list harga yang perlu mereka bayar apabila mereka mahu menjalankan operasi tetapi asset light tiada lagi hutang kecuali hutang dengan komersial yang tidak dimasukkan barangkali dalam perjanjian supaya sewa kepada PAAB itu tidak terlampau tinggi.
So, Selangor malangnya 70 peratus di situ tetapi memandangkan mereka belum selesai mengambil alih SPLASH seperti mana yang saya katakan apa yang menghalang you know, name the price to dengan SPLASH dan baru Kerajaan Pusat boleh masuk untuk membincangkan dari segi jumlah yang kita boleh bantu dalam hal pengambilan tersebut. Saya katakan tadi oleh Yang Berhormat Gombak bagus cepat- cepat kerana kalau tidak, perlu lagi sambung lagi itu master plan punya penyelesaian dan banyak implikasi yang terlibat termasuk tidak boleh mendapatkan bayaran sepenuhnya daripada PAAB pinjaman itu untuk bagi SPLASH bagi SYABAS membayarkan semua operator-operator yang ada setengah bilion hutang dan TNB pun tidak dapat dibayar oleh ...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Menteri saya sambung sikit, Yang Berhormat Menteri. Boleh, Jasin?
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Yang Berhormat Lipis?
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Lipis.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya nampak jawapan yang diberikan kepada Yang Berhormat Lipis tadi terlalu ringkas, jadi timbul rasa ketidakpuasan hati saya sebab kes ini sudah hampir setahun saya sudah beritahu tadi dengan penglibatan kos mungkin naik lagi esok bagi lagi RM5 juta mungkin jadi tidak cukup lagi.
Jadi saya berpendapat, pengorbanan kita negeri Pahang banyak Yang Berhormat Menteri kita bagi air ke Selangor dengan kadar sangat murah harga, jangan sibuk lah. Jadi, dengan pengorbanan ini saya tengok tidak patut dengan jawapan macam itu. Boleh tidak saya hendak minta Yang Berhormat Menteri mungkin sepatutnya KSU dia tahu sebab Perdana Menteri telefon sendiri patut sudah boleh beri jawapan kepada Yang Berhormat Menteri apa sebab dia.
Sekarang ini boleh tidak pihak Yang Berhormat Menteri bagi kepada saya jawapan kalau jawapan bertulis pun tidak apa tetapi saya hendak hari esok jawapan itu.
Takkan pegawai ada hari ini hari esok tidak boleh draf bagi kepada saya jawapan yang saya katakan kenapa RM5 juta itu tidak boleh disalurkan, apa masalah dia?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Saya sambung sikit, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Khas untuk Yang Berhormat Lipis, saya akan pastikan esok pegawai duduk bersama dan menyampaikan bincang bersama apa halangan-halangan mengenai perkara ini tapi itulah saya katakan tadi kalau dia dari pinjaman, dia akan melalui proses yang agak panjang sedikit.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Saya sambung sikit, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Akan tetapi memandangkan dia mendesak, nanti saya harap pegawai duduk bersama dengan Yang Berhormat Lipis dan menerangkan masalah bersama tetapi untuk pernyataan di Dewan ini, pihak Kerajaan Pusat telah berhabis-habis memujuk Kerajaan Negeri Pahang untuk migrate supaya capex semua itu ditaken over oleh pihak PAAB.
Akan tetapi pihak Kerajaan Negeri Pahang belum tersedia untuk migrate dan dengan itu tarif di situ belum kena semak hampir 20 tahun tetapi hutang-piutang saat ini, is about RM160 million. Akan tetapi namun Perdana Menteri begitu murah hati membantu, banyak kami bantu-bantu lagi di sebelah daerah yang lain itu dalam bentuk geran tetapi bukan dalam bentuk yang besar oleh sebab halangan perkara ini kuasa air di Pahang masih di bawah kerajaan negeri tetapi saya pun sudah berhabis-habis bincang dengan MB lah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Boleh saya sambung sedikit, Yang Berhormat Menteri?
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Yang Berhormat Menteri, saya memang faham yang pihak kementerian sudah berbincang dengan Kerajaan Negeri Pahang tentang masalah air tetapi Yang Berhormat Menteri Besar pun ada pandangan dia mungkin demi rakyat dan sebagainya, denyut nadi rakyat dengan tarif kita, api elektrik dan sebagainya itu Yang Berhormat Menteri Besar fikirkan. Akan tetapi dalam soal saya ini saya bertanya sebab sudah setahun sudah ditender dan sudah diberi pun oleh kementerian. Jadi sekarang ini hanya tambahan dan saya berhubung dengan Perbadanan Air Pahang dia tidak akan keluarkan LA selagi dia tidak dapat sekurang- kurangnya surat diberikan ‘sila mulakan kerja tersebut’. Tiada. Sunyi.
Seolah-olah kalau tidak tahu di mana roamingnya. Tidak tahu di mana di awang- awangan tergantung di mana, kita tidak tahu. Jadi saya sudah buat surat pun tidak jawab.
Susah sangat kah jawab surat saya? Kita hendak surat sekurang-kurangnya kita faham.
Itu sebab kalau sudah tidak boleh, surat tidak jawab jadi saya minta supaya hari esok diberi satu jawapan kepada saya. Saya hendak tengok apakah masalahnya? Apakah sebabnya? Mungkin saya boleh jumpa balik Yang Berhormat Perdana Menteri sebab dia yang call sendiri kepada KSU Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang. Jadi tolong sikit, pegawai dengar, tolong sikit.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Jasin tambah sikit lagi, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Okey, seperti mana yang saya katakan tadi esok pagi saya akan arah pegawai untuk duduk bersama dengan Yang Berhormat Lipis. Akan tetapi saya baca penjelasan yang daripada EPU dalam perkara ini, kenaikan kos sebanyak RM5 juta daripada kos asal sebanyak RM13 juta okey telah dikemukakan kepada EPU pada Mei 2017.
EPU telah meminta maklumat lengkap berhubung kenaikan kos kerana dia perlu melalui seksyen pengurusan nilai. You know value management EPU untuk mempertimbangkan. Maklumat lengkap hanya diterima pada Ogos 2017 dan telah dikemukakan pada bulan yang sama kepada EPU dan EPU telah meluluskan pada 20 November kelmarin dan dalam hal ini...
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Terima kasih Yang Berhormat Menteri jawapan telah diberikan
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Esok pagi nanti saya suruh pegawai duduk menyampaikan kepada Yang Berhormat. Okey, bagi pihak kementerian tetapi memandangkan peruntukan itu dari EPU dan kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak I think we absorb the kelewatan dan kita harap pada masa akan datang dapat dipercepatkan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Saya tambah sikit Yang Berhormat Menteri, kita menyokong usaha kerajaan yang terbaik ini tetapi kita mahu kalau boleh matlamat migrasi ini adalah untuk memastikan supaya operator-operator di negeri-negeri lebih efisien dan juga industri air ini akan jadi bankable dan viable.Akan tetapi apa yang terjadi sekarang cukup terbeban operator di negeri-negeri. Apabila kita terbeban, kita tidak ada pilihan lain terpaksa menaikkan tarif air yang cukup sebenarnya tidak dapat diterima oleh rakyat semua. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang Berhormat, saya sedia maklum mengenai perkara itu tetapi sebenarnya dalam sistem yang kita bilang asset light ini.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Semakan tarif ini dikendalikan setiap kali semakan itu perlu dikemukakan. Untuk menjawab misalnya Pulau Pinang, Yang Berhormat kita di situ tadi yang telah menyentuh perkara ini. Daripada segi kenaikan ini, it is adalah the negeri dan the operator yang memohon kepada SPAN, the suruhanjaya dan the regulator apabila keperluan untuk menaikkan tarif oleh kerana sukar untuk katakan tadi menguntungkan. Dalam submission tersebut, ia perlu detail mengikut standard procedure yang telah ditetapkan dan SPAN akan study daripada segi pengeluaran, daripada senarai kos, daripada segi return to investment dan juga bukan sekadar untuk meluluskan apa yang dipohon.
Sering kali apa yang mereka pohon di peringkat SPAN, sebelum sampai kepada kementerian, exhausted process, dengan izin, dipermudahkan. Testing checking model business mereka betulkah mereka tidak boleh menguntungkan dan kalau kos telah pun naik, what kind of cost, dengan izin, yang telah naik, sebelum itu dibawa kepada pihak kementerian.
So, it is not true seperti Ketua Menteri Pulau Pinang mengatakan bahawa Kerajaan Pusat yang tentukan tarif. This is not true at all. All operators angkat kepada SPAN, SPAN kaji semuanya barulah perkara itu diangkat dan kebanyakan tarif yang mereka tentukan itu sebenarnya diturunkan oleh SPAN ataupun kerajaan supaya adalah munasabah kepada semuanya pembayar bil-bil sampai satu tempat. It is never SPAN to go and fix the price they review what is submitted. Betulkah you tidak boleh untung and...
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
...Keputusan dibuat.
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Tuan Pengerusi, kalaulah proses itu berlaku sedemikian dan saya mohon kalau dapat kementerian menyemak apakah benar pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah pun memaklumkan di dalam media massa mengatakan bahawa penetapan kenaikan harga air ini adalah ditetapkan oleh kementerian dan mengarahkan kepada kerajaan negeri untuk melaksanakannya. Kalau itu tidak benar, apakah tindakan yang boleh dipohon supaya pihak kerajaan negeri memperbetulkan kenyataan tersebut?
Terima kasih.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Yang Berhormat Menteri, boleh? Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Saya katakan tadi itu tidak betul sama sekali kerana it is the operator that angkat dia punya cadangan berapa tarif dia ingin naikkan dan kebanyakan apabila diteliti oleh pihak SPAN dan kementerian meneliti, we do not give them what they ask for. Memang kata putus daripada kita tetapi keseluruhannya, we approved less than what they asked for, subject to- because kita test semua dia punya figure semua supaya tidak melebihi keuntungan.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Saya telah memutuskan baru-baru ini supaya operator apabila mereka angkat mesti ada resolusi di peringkat Exco Negeri mengatakan bahawa mereka ingin supaya harga air itu disemak dan...
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
...Bukan sekadar operator yang membawa. Terima kasih.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Yang Berhormat Simpang Renggam.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Ya, sila.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Terima kasih Menteri. Saya rasa lega mendengar jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tentang tohmahan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa sebenarnya adalah Kerajaan Pusat yang mendesak pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menaikkan tarif air. Sebenarnya saya pernah mencabar mereka untuk mendedahkan satu surat yang dikeluarkan oleh PBAPP pada 23 Disember tahun lepas tentang permohonan ini. Setakat ini, tidak ada satu jawapan pun yang pernah diberikan oleh Ketua Menteri. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi SPAN juga tolong jelaskan.
Baik, saya ingin maju kepada beberapa perkara sahaja khususnya berkaitan
dengan tenaga. Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Menteri, sedikit. Pasal Pulau Pinang.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Tidak ada berucap tadi.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Akan tetapi pasal Pulau Pinang tadi Tuan Pengerusi, saya rasa perlu diberikan penjelasan di sini.
Apa yang dimaksudkan dengan tarif air Pulau Pinang itu daripada sudut kita hendak memastikan jangan berlaku pembaziran. Saya rasa pihak kementerian pun boleh terima perkara itu. Kenaikan itu bukan untuk kita membebankan kerana dalam pada waktu yang sama, kerajaan negeri hanya mengenakan surcaj kepada penggunaan yang lebih yang kita sudah buat perkiraan. Tarif Pulau Pinang masih lagi yang terendah berbanding dengan negeri-negeri lain, Tuan Pengerusi. Cumanya apabila siapa yang menggunakan lebih Yang Berhormat Menteri, maka kita kenakan surcaj. Ini bagi kita mengawal supaya air itu walaupun kita kata supaya para pengguna lebih berhati-hati supaya jangan membazir air. Itu tujuannya dan kepada mereka yang ada lapan anak dalam satu rumah yang menggunakan lebih...
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat ‘Bagan Serai’.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
...Daripada itu, maka...
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Eh, Yang Berhormat ‘Bagan Serai’ pula, Yang Berhormat Parit Buntar.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
...Kerajaan negeri memberikan subsidi kepada penduduk di situ. Itu isu dia Tuan Pengerusi.
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Parit Buntar.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya rasa itu yang dikehendaki oleh pihak kementerian.
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Parit Buntar dia bukan duduk di Pulau Pinang. Dia bukan tahu.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya Pengerusi AMANAH negeri Pulau Pinang.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih...
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Itu pengerusi politik tetapi tidak duduk di Pulau Pinang. Tidak pernah ada bil dari Pulau Pinang pun.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, saya ...
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Simpang Renggam pun bukan dari Pulau Pinang tetapi dia komen pasal Pulau Pinang. Apa logiknya?
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Ada rumah di Telok Kumbar, di Pulau Pinang dan saya membayar tarif.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, saya Ahli Lembaga PBAPP...
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Simpang Renggam also not from Penang, he also commented on water tariff in Penang. Come on lah.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
...Saya hendak...
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Asasnya begini Tuan Pengerusi...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Saya hendak buat satu clarification Menteri.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Jangan dahulu. Thank you. Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri...
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
...Asasnya ialah nett is still kenaikan tarif walaupun you defined it as surcharge tetapi harga bayaran nett oleh pihak pembayar bil naik dan ini memerlukan kelulusan daripada pihak...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
...Kementerian dan SPAN. Jadi the nett is still naik. Apa yang penting it comes from the operators. It comes from the state.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, kami- air di Pulau Pinang masih terendah di seluruh Malaysia. Penggunaan untuk isi rumah masih di subsidi sebanyak 50 peratus. Jadi jangan ...
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Bil air tidak naik tetapi surcaj naik setiap tahun sampai berapa puluh kali ganda.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tidak, tidak. Itu adalah surcaj untuk mengurangkan pembaziran. Akan tetapi Menteri tahu bahawa di Pulau Pinang....
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
You naikkan surcaj.
Premium tidak naik, kenapa hendak surcaj? Buat apa.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
...Air masih paling rendah berbanding dengan Johor, berbanding dengan Perak.
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
...Sama sahaja.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jangan memutarbelitkan kenyataan ya.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
No, no.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
...Kerana saya tahu, saya Ahli Lembaga PBAPP, YangBerhormat Menteri.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Saya menyentuh tarif sahaja, tarif. Jadi, hal-hal itu jangan gunakan buat di sini. Yang Berhormat tadi pun sudah berucap.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ya, betul. Jadi kerana SPAN itu meminta supaya satu business plan untuk dikirakan kepada SPAN baru tetapi akan diluluskan oleh SPAN. SPAN ada beri feedback.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Memang kita teliti apa yang you submit.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Proses itu boleh di...
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Mana boleh senang- senang kita benarkan you menaikkan kebanyakan yang you minta itu dari negeri...
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
...Selalu SPAN/kementerian memberikan less than what you asked for. Sebab we are the regulator bukan.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Betul. Proses itu boleh rundingan dengan kerajaan negeri dan tidak payah dikatakan di sini kata kita memutarbelitkan kenyataan Menteri, tidak ada.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri mengatakan, it is SPAN, it is Federal who fixed the price. That is nonsense. Itu tidak betul.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ultimately you have the power Menteri. Betul atau tidak? Ultimately you have the power.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
But what you asked for, of course we are the regulator tetapi you asked for it, we always give you less than what you asked for some more Johor, Melaka, negeri, they use the same process what...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
So Menteri fix bukan? You fix it.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
...Dia tahu ini.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
You have the power Menteri.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
I think cukup banyak dalam hal air ini.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan surcaj.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang Berhormat tidak ada berucap tadi.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Juga tentang air di Pulau Pinang.
Berkenaan dengan surcaj.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Saya selesaikan dulu yang berucap. Okey, terima kasih, terima kasih, terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Menteri sendiri yang meminta supaya Pulau Pinang mengurangkan penggunaan air. Jadi saya rasa surcaj ini berkadaran ataupun mengikut arahan ataupun permintaan daripada Kerajaan Pusat sendiri.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Tidak, itu memanglah sebagai regulator, kementerian selalu menggalakkan rakyat menggunakan less water...
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Justeru, saya rasa Menteri pun...
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
...Menggunakan kurang, mengurangkan semua. Jadi, ini bukan sahaja Pulau Pinang yang buat semua pun kita buat.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Menteri dapat mendidik Ahli Parlimen dari Pulau Pinang termasuk juga dengan Pengerusi SPAN sendiri bahawa surcaj itu sebenarnya adalah untuk mengurangkan pembaziran air.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, kenapa tidak tegur Johor? Johor paling tinggi di Malaysia. Dia punya air paling...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Menteri,...
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat. Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat yang lain...
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang tidak berucap bagus jangan you campur tangan lah. Nanti hujung-hujung baru masuk balik.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Kestabilan grid disebabkan oleh TBB- beberapa yang telah berucap mengenai dengan tenaga yang boleh diperbaharui dan juga yang mengatakan dari segi sumbangan 1.6 percent yang telah kita kenakan itu.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya juga telah pun jawab ini sebelum ini. Dari segi installed capacity, usaha kita untuk memastikan supaya penggunaan arang batu dan penggunaan gas di mana yang perlu supaya dikurangkan dengan penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Setakat ini untuk makluman sebenarnya jumlah seperti mana saya jawab pagi tadi proportion ataupun peratusan dari tenaga yang boleh diperbaharui dalam generation mix kita ini adalah begitu baik sekali sebenarnya.
Setakat ini dari segi generation mix kita 44 peratus daripada kapasiti 29,333 megawatt itu adalah daripada gas dan 32.50 adalah daripada coal dan yang lebihan itu adalah daripada tenaga yang boleh diperbaharui yang mana jumlah keseluruhan adalah 22.5 percent adalah renewable.
Walaupun dalam komposisi itu adalah kira-kira hampir 18 percent adalah daripada hidro yang mana dalam terminologi dan definisi yang terkini- ini hidro of any size is considered as a renewable. Dalam KeTTHA, we took us a long time, beberapa tahun yang ini yang kita terima definisi tersebut because dalam pandangan kami, pandangan kerajaan hidro yang melebihi 500 megawatt itu dari segi saiznya adalah not immediately renewable dalam true definition. A lot of resettlement perlu banyak yang perlu- biosistem perlu kembali kepada suasana asal. It takes 20 years seperti Bakun actually.
Akan tetapi, dalam definition baru adapted only the World International Energy Agency dan Menteri-menteri Tenaga ASEAN, kami telah bersetuju bahawa- we considered as renewable. So, mengenai dengan cadangan Empangan Lebir. Ini masih dalam proses kajian. Untuk makluman, tadi ada Yang Berhormat juga menyentuh mengenai dengan energy trading. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat di sini, 1 Januari 2018 akan terjadi satu sejarah yang begitu penting yang mana antara negara- negara di ASEAN, program yang kami sebut LKTMS ataupun LTMS iaitu penjualan tenaga secara trading daripada Laos melalui Thailand, come Malaysia dan seterusnya ke Singapura.
Starting point 100 megawatt daripada hydropower daripada Laos. Ini mematuhi standard dari segi technicality dan seterusnya antara empat negara kita walaupun Singapore setakat ini belum lagi terlibat secara langsung. Jadi 100 megawatt itu kita akan bawa dari Laos sampai ke sini dalam hydropower dengan harga yang kompetitif dengan apa yang kita keluarkan kos di sini di Malaysia.
Ertinya, in future- kalaulah kita hendak retire mengikut planning kita dan kita tidak mahu terus membina loji-loji arang pada masa depan, opsyen-opsyen untuk membeli tenaga kalau harganya itu berpatutan daripada hydropower misalnya daripada Laos itu boleh mengurangkan kita punya carbon footprint sambil menerajui mendapatkan tenaga yang harganya tidak begitu mahal daripada membina dam atau empangan yang besar di Malaysia ini.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Itu satu perkara yang saya ingin huraikan. So, dari segi tenaga yang boleh diperbaharui. Sebenarnya, we are on target, dengan izin, seperti mana yang telah pun dirancang- mengenai program-program tenaga diperbaharui solar ini saya ingin katakan di sini bahawa dari segi program yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) serta juga SEDA. SEDA mengurus program yang di bawah program Feed-in Tariff.
Setakat ini daripada keseluruhannya hampir 1,200 telah pun diluluskan di bawah SEDA dan kira-kira 600 megawatt sudah pun COD dalam perkara ini. Dari segi feed-in tariff, dari segi solar kita telah menukar program itu under apa yang kita sebut large scale solar yang mana kuota itu yang kita telah tetapkan adalah 1,000 megawatt mulai tahun lalu sampai ke tahun 2020 dan 1,500 megawatt daripada tahun 2021 sampai tahun 2025. Semua large scale solar ini adalah open bidding, okey.
Bila kita taruhkan tahun lalu 400 megawatt dan kali ini yang akan dikeluarkan kelulusan dalam minggu ini atau minggu depan yang telah di-bidded, dengan izin, oleh pihak IPP, large scale solar ini another maybe kira-kira belum lagi keluar tetapi about almost 500 megawatt. Semua ini name your price, open bidding dan ST telah menelitinya dan sesuai dengan costing yang dikemukakan dan seterusnya hampir selesai untuk dianugerahkan kepada minggu depan.
Akan tetapi I can say the average costing is below 40 sen for open bidding. Dulu FIT pada masa kita driving ini sector one megawatt itu untuk di bawah feed-in tariff harga adalah antara the first batches is RM1 lebih, the second batches I think and third is still 90 lebih sen- no more of those stuff yang ada seperti mana yang disentuh adalah komuniti solar yang kita letakkan untuk bantuan untuk sekolah-sekolah...
Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
...Taruh di sekolah, taruh di atas kuil, taruh di atas surau, taruh di atas religious building secara kecil-kecilan. Akan tetapi, bukanlah yang begitu besar.
Satu lagi, skim ialah net energy metering. Net energy metering adalah siapa sahaja Ahli-ahli Yang Berhormat pun boleh untuk memasang solar PV di atas bumbung, car park dan you gunakan untuk kegunaan sendiri. Then, apa yang lebihan you park dengan utiliti dengan SESB atau TNB. Okey.
Hanya saat ini ia tidak bayar dalam bentuk cash, ia keep it dalam bentuk reserve dan bila you melebihi you punya consumption pada bulan seperti bulan depan you ambil dari kuota yang stored for you untuk menutup balik you punya penggunaan tersebut.
Akan tetapi, ada keluhan bahawa dia prefer yang lebihan itu terus bayar supaya mereka mendapatkan income yang visible.
Pihak ST dan kementerian sedang meneliti dan perkara ini bersama dengan SEDA. Ya, Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Okey, tidak lama lagilah.
Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan jawapan mengenai sumber tenaga daripada hidroelektrik daripada Laos yang kita boleh guna ke negara kita.
Jadi apakah ini bermakna bahawa perancangan kita untuk mengadakan hidroelektrik di Lebir itu tidak akan diteruskan atau macam mana kerana kalau kita boleh mengusahakan itu sendiri, kita mendapat kesan yang positif dan kita boleh menjual tenaga tersebut kepada negara jiran. Apa pandangan.
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi
Yang Berhormat Menteri, saya sambung sedikit Yang Berhormat Menteri. Langkawi, Langkawi. Boleh Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Tidak ada empangan di Langkawi.
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi
Tidak ada, cuma hendak tanya.
Saya tertarik dengan hujah ataupun perbahasan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi tentang solar. Dulunya kerajaan memberi bayaran yang tinggi kepada solar seperti mana Yang Berhormat Menteri katakan tadi RM1 lebih per unit dan kini sudah sampai ke 39 sen.
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi
Soalan saya ialah, bilakah negara kita akan mencapai nilai kos yang sama dengan kos yang dibuat oleh minyak ataupun gas yang kita panggil grid parity yang akan tercapai di negara kita? Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Pihak kementerian, EC dan SEDA, kami sedang meneliti dan sentiasa meneliti perkembangan di negara-negara lain dari segi costing dan seterusnya.
Pada keseluruhannya, mencapai grid parity, I think memerlukan masa yang sedikit lagi.
Misalnya, kalau open tender- tender terbuka di Abu Dhabi dan Dubai pada tahun yang lalu, the winner is empat sen. The first one is USD0.06. Okey. USD0.06 multiply by four, 24 sen you know.
Akan tetapi di situ tanah pun hampir almost free, the radians pun begitu panjang dan connectivity dia sudah sediakan connection point, tidak payah bayar transmission untuk connect to injection point. So, kita perlu meneliti perkembangan di negara-negara lain dan apakah facilitation yang kita boleh beri kepada pengusaha-pengusaha. Ini sebab kalau sekadar tentukan melalui tarif sahaja dan tanah di Semenanjung misalnya, kota- kota besar sudah mahal, lebih tinggi sebelum ini, sering kali injection point dia pun barangkali enam hingga lapan kilometer yang perlu pengusaha bayar sendiri pada saat ini.
So dari segi back grid parity, I think akan memerlukan sedikit banyak lagi. Akan tetapi, jika displacement cost untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) antara 25 sen sampai 31 sen displacement, means basic cost untuk mengeluarkan tenaga we are pada kali ini below 40 sen. I think for the sake of renewable energy, that is a good price already. We are supporting. Okey, saya ingin teruskan sekejap sahaja lagi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kuala Selangor bangun. Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Kawan hendak cakap.
Okey. Tadi, tidak dapat berucap.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak kementerian di bawah kepimpinan Yang Berhormat Menteri. Ini kerana saya melihat dengan keprihatinan mengenai pembangunan solar di Malaysia, Malaysia merupakan antara mencatat sejarah yang mana first green sukuk yang pertama di dunia, wujudnya di negara kita berasaskan solar.
Pertanyaan saya kepada Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah dengan perancangan kementerian khususnya dalam sistem penggunaan solar ini dapat memperbanyakkan lagi peluang-peluang pekerjaan daripada kalangan agensi muda, lebih-lebih lagi khususnya dalam the fourth industrial revolution dan juga kerjasama di antara kementerian dengan pihak universiti. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Selangor memang minat dalam perkara ini. Ya, sebagai reflection, dengan izin, bahawa sektor solar PV di Malaysia begitu attractive adalah dua rekod yang tercapai dua bulan yang lalu. Satu, Islamic sukuk, green Islamic sukuk yang pertama, RM220 juta untuk 50 megawatt di Sabah telah diperoleh dengan endorsement World Bank. That was the first green Islamic sukuk in the world. Sebulan kemudian, untuk 150 megawatt di Semenanjung by satu syarikat telah mendapat RM1 bilion, the biggest greenin Islamic sukuk untuk solar PV.
Ini mencerminkan bahawa pelaburan dalam sektor solar PV ini di Malaysia menguntungkan. Dengan ini, bank-bank yang sekarang ini lebih terbuka untuk menyokong pelaburan-pelaburan. Saat ini kita telah luluskan, we expected to lulus about 400 megawatt untuk solar PV LSS 2.0 yang akan awarded pada minggu depan. Kalau sebab baru 50 adalah RM200 million, is about 250 cost per every 50, five times. So kalau 400, it is almost RM20 bilion, 400 megawatt. Itu adalah satu pelaburan yang besar untuk para konsultan, untuk EPC- Engineering Procurement and Construction, untuk juga technicians kita.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Jadi, it can only be better dan itulah pada saat ini, Malaysia begitu terkenal dari segi sektor PV yang sedang kita perkembangkan. I think in Malaysia kita boleh katakan you can invest on the sun. Boleh melabur untuk sumber matahari yang ada pada kita di Malaysia.
Okey, seterusnya beberapa perkara...
Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Menteri...
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Cukuplah, I think...
Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa
Pengkalan Chepa. Soalan Yang Berhormat Pengkalan Chepa tidak dijawab. Yang Berhormat Pengkalan Chepa tanya tadi, soalan mengenai lebih tadi tidak jawab.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Saya katakan tadi masih dalam kajian. Kami- EIA sedang dibuat, dilakukan oleh pihak pemaju dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Akan tetapi dikatakan banyak resettlement kemungkinan yang perlu dilakukan. So, itu kos dia yang perlu diambil kira selain daripada kebimbangan mengenai dengan impak alam sekitar. Akan tetapi kerana kajian belum lagi diselesaikan, tetapi dalam list kementerian dan dalam list pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai pemaju. Kalau ada perkembangan terkini, saya sedia maklumkan kepada Yang Berhormat nanti. Terima kasih.
Kestabilan grid di sebabkan TBB. Komen kita dalam perkara ini, ini dialami di mana-mana tetapi teknologi terkini yang dibuat oleh para penyelidik dunia termasuk general electric dan Huawei ialah ini boleh dikawal tertakluk kepada perkara besar, tenaga yang intermittent power itu, dengan izin, masukkan dalam sesuatu injection kepada sesuatu grid. Also, tertakluk kepada sistem study yang dilakukan, adakah itu local grid ataupun straight to 275 KV ataupun setakat ini belum ada injection direct kepada 500-lah.
Jadi, ini dalam kajian. Akan tetapi, so far tidak ada masalah bagi pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengikut laporan yang diadakan. I think Feed-in-Tariff 1.6 itu telah siap, telah pun kita jelaskan. Ini hanya dibayar oleh mereka yang 300 kilowatt hour sehari sebulan. Jadi, yang voltan rendah itu tidak dikenakan.
Untuk perihal yang ditanya tadi mengenai dengan RM140 juta yang telah pun dimasukkan kembali kepada pihak kepada kita. Saya ingin maklumkan di sini bahawa untuk tujuan-tujuan tersebut, ini adalah memanfaatkan sejumlah 1.139 juta akaun bulanan. Ini adalah untuk seluruh negeri Sabah, Semenanjung dan juga Sarawak di mana mereka yang membayar bil kurang daripada RM20 adalah dikecualikan daripada pembayaran. So, semua ini kebanyakan adalah bagi B40 punya orang-orang kita. Akan tetapi saya difahamkan, ada juga VVIP yang dapat juga subsidi ini. Ini kerana mereka ada rumah dua tiga, jadi jarang-jarang tinggal di situ, hanya barangkali aircond sekali semasa. Jadi, dia orang pun dapat juga kerana bil dia bawah RM20.
So, kita sedang teliti inilah, termasuk kawan-kawan kita di sanalah, di sebelah sana. Jangan bilang ini untuk orang kecil-kecil. Ada yang ada rumah tetapi bilnya kurang RM20 pun dibayar oleh kerajaan. Jumlah sebulan adalah RM11.9 juta satu bulan untuk 1.139 juta akaun. Untuk tahun depan diperuntukkan RM140 juta seperti mana yang dikatakan.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Jadi, ini adalah terbuka mengikut bill di Sarawak, di Sarawak Energy dan SESB di Sabah dan bill mereka dengan TNB. Okay. So, itu penjelasan kita. Tahun lalu ini diperuntukkan di Kementerian Kewangan. Saya melihat ada itu ada Ahli Yang Berhormat dari sebelah sana mengatakan tiada lagi subsidi elektrik. Kerajaan sudah mansuhkan. So, maknanya itu tidak tepat dan temberanglah. Sebenarnya diletakkan- ambil daripada KeTTHA dan diletakkan di Kementerian Kewangan. Akan tetapi kali ini, nampaknya kami yang lebih barangkali sesuai untuk mengurus dana ini, maka telah dikembalikan dan itulah ada peningkatan RM140 juta.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Okey. Baiklah, ini satu sahaja, dua, tiga sahaja, suria punya program yang dikatakan RM6 juta. Ini sebenarnya adalah program yang diumumkan di Belanjawan 2017 itu. Membantu meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah kumpulan B40, menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui jenis solar photovoltaic, menjana kapasiti tenaga elektrik sebanyak tiga kilo watt satu rumah.
Dengan isi rumah berpendapatan RM3,860 ke bawah dan melalui program ini, dalam kiraan yang telah dilaksanakan, boleh mendapat pendapatan tambahan purata RM250 sebulan apabila mereka jualkan tenaga ini direct kepada utiliti iaitu SESB ataupun di Sarawak, Sarawak Energy ataupun di sini, TNB.
Jadi, untuk tujuan tersebut, kerana kosnya, displacement cost dan *the tariff.
The tariff in* Semenanjung 38.53. Di Sabah is 34.52. Jadi, untuk membolehkan supaya ada keuntungan, maka perlu di-subsidized itu tarif dan untuk membayar displacement cost dan RM6 juta itu adalah untuk pembayaran displacement cost untuk seramai 1,620 peserta dari 11 buah negeri yang terlibat dalam program ini.
Untuk makluman, ini sebagai percubaan di Wilayah Labuan – 30; di Sarawak – 200; Melaka – 40; dan untuk kebanyakan negeri-negeri yang jauh dari kotalah, yang lebih banyak di bawah B40, Terengganu – 200; Perak – 200; Sabah – 250; dan Kelantan - 100. Jadi, 11 negeri-negeri yang terlibat dalam percubaan ini.
Jadi, RM6 juta itu ialah pemberian MySuria sebagai subsidi kepada pembelian tenaga oleh pihak utiliti. I think itu cukup jelas. Soal termal nanti kita sedang dalam- UTP sedang meneliti ini tetapi saya pun sedang membaca potensinya dari segi penggunaan tersebut. I think- sudah saya sentuh tadi. RM40 juta sekitar tadi.
Net energy metering yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong.
Yang Berhormat Bukit Katil, MySuria telah saya jawabkan tadi. Penambahan oleh Yang Berhormat minta daripada pihak pejabat saya. Feed in tariff semua telah saya sudah- perkara-perkara yang baik sudah kita banyak kali bincang juga ini. Yang Berhormat Sibu, untuk makluman, in Sibu dan Sarawak ini, ia beroperasi di bawah Akta Bekalan Elektrik Negara tetapi kita telah kecualikan mereka.
Jadi, mereka beroperasi di bawah akta kita, it has been exempted. So, Federal tiada kuasa mengenai elektrik di Sarawak. It is all oleh pihak kerajaan negeri. Kita pantau sahaja dari segi carbon footprint yang mereka keluarkan kerana mereka sumbang kepada statistik kita keseluruhan, okey. Akan tetapi di-operated dan delegated power under the akta yang saya jaga. Sabah is under the akta direct. So, hal-hal elektrik di Sarawak, I think bagus tanyalah kerajaan negeri di Dewan Undangan Negeri Sarawak, ya?
Kenaikan caj TNB walaupun TNB mempunyai keuntungan yang berbilion.
Saya hanya sekadar mengatakan di sini bahawa TNB tidak boleh sembarangan menaikkan tarifnya. Sekali tiga tahun kita review, semak base tariff. Setiap enam bulan kita buat adjustment based on ICPT iaitu imbalance cost pass-through. Kalaulah dalam enam bulan itu kos arang batu meningkat, maka some adjustment would have to be done.
Kalau ia menurun seperti mana kami telah lakukan every enam bulan, kita pass itu rebat, so it is now very transparent. The system used the world over. Apabila ia naik, seperti PAM dan perihal SPAN same, the operator must submit their cost, show us your return to investment. Why should we reviewing the tariff kecuali kos telah meningkat. So, it’s properly done with international experts to be called bila-bila masa untuk melakukannya.
Ia tidak boleh beri naik sembarangan naik dan kita berharap bahawa- saya boleh katakan di sini, semakan akan- based tariff will take place early next year. ICPT itu selalu kita lakukan, sekali enam bulan di mana harga gas itu kita lepaskan kepada pengguna kerana mengurangkan subsidi.
Akan tetapi saya boleh beri jaminan di Dewan yang mulia ini, dalam semakan tarif pada tahun hadapan dan semakan base tariff ataupun ICPT, tidak ada perubahan dalam jangkaan kiraan kami bahawa untuk tahun hadapan, at least untuk enam bulan ataupun lebih, kami melihat dari segi figures, I can announce prematurely, tiada semakan tarif untuk ia melibatkan beban kepada pengguna untuk tahun hadapan, Ahli-ahli Yang Berhormat. Walaupun itu masih dalam proses penelitian kami tetapi preliminary I can say we can defend the existing tariff yang ada sekarang.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Kalau kita punya exchange rate better dan harga barang tidak naik, I think there might be even further savings yang kita boleh pass kepada consumer di Semenanjung, khasnya dan di Sarawak, di Sabah.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Alright, solar hibrid, I think straight forward-lah. MoU dengan TNB dan SESB, last comment untuk tenaga ini.
Ini adalah sekadar sebagai pre-feasibility study. Okey. Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih TuanPengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik tentang jawapan Yang Berhormat Menteri mengenai tentang semakan tarif elektrik. Oleh kerana saya ada terbaca dan menjadi tular di media sosial yang mana pernah berlaku, yang mengatakan tarif elektrik terpaksa dinaikkan bagi melindungi TNB daripada kerugian.
Saya fikir ini satu penularan yang begitu negatif sehingga ada kalanya menyebabkan rakyat resah.
Jadi, sehubungan itu Yang Berhormat Menteri, saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri, apakah pendekatan proaktif, terutama sekali sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa tidak ada kenaikan tahun hadapan, supaya kita boleh mengekang perkara-perkara ini supaya agar memastikan rakyat tidak lagi resah sekiranya berlaku fitnah ataupun fake news, khususnya di kalangan media sosial kali ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya telah katakan tadi, sistem semakan tarif yang kita gunakan sekarang ini begitu terbuka, which is what we called incentive based regulation, digunakan oleh negara-negara lain. The costing transparent, dari mana costing naik jika TNB hendak memohon untuk minta naik. Kita perlu kaji, telitikan semuanya secara terbuka. Based on- pada saat ini, termasuk saving daripada ICPT yang kita telah peroleh oleh kerana ada sedikit peningkatan, kebaikan foreign exchange kita, bahawa tidak ada keraguan bagi pihak rakyat. Tidak payah percaya blog-blog yang akan dinaikkan. Kita telah meneliti dan awal Januari ini, semakan akan dijalankan tetapi preliminary figures saya boleh beri jaminan bahawa kita boleh pertahankan tarif yang sedia ada.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Kemungkinan, jika exchange rate terus baik dan arang batu tidak meningkat ada saving rebate bukan sahaja yang sekarang ini tetapi rebat yang barangkali lebih bagus daripada sebelum kita- yangtelah kita berikan kepada saat ini. Beginilah kalau betul perlu ada sokongan, kita minta TNB untuk melabur dengan rakyat untuk menanggung sebahagian kenaikan, jika ada. Pada saat ini tidak ada chance untuk kenaikan tuan-tuan dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Okay, you can take that from the minister energy. From Sabah that when we said things, we mean what we said. So, itu saya boleh tinggalkan sebagai penutup ucapan penggulungan bagi pihak...
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Yang Berhormat Menteri, sikit Yang Berhormat Menteri. Boleh Bukit Katil? Sikit sahaja...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Cukuplah, cukuplah saya hendak komen dua sahaja untuk airlah.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Sudah lah Yang Berhormat Bukit Katil.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Nanti kita berbincang.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Boleh berucap tidak boleh.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Bukit Katil sudahlah Yang Berhormat Bukit Katil, hari sudah lewat malam
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Ini Yang Berhormat Bukit Katil sudah bagus.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Tarif elektrik.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Menteri jangan jawablah. Jawab yang ditanya sahaja.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Saya hendak jawab air dululah, air.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang ini bertulis, bertulis.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Yang Berhormat Menteri masuk airlah, bagilah laluan.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Ada satu kementerian lagi ini.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Saya jawab dulu, saya jawab dulu. Okey, dari segi air pun tidak banyak. Kebanyakan saya sudah jawab tadi.
Satu, dua sahajalah, okey.
NRW, NRW sahaja. Kerajaan telah memutuskan bahawa perihal non revenue water ini tidak boleh diserahkan sewenang-wenangnya ataupun sebulat kepada kerajaan negeri untuk menguruskannya. Dulu ini kalau kerajaan yang sudah migrate kepada WASIA maka PAAB yang melakukan program-program mengurangkan NRW bersama dengan operator tersebut. Kalau yang belum lagi migrate, maka kadang-kadang ada dana geran dari Pusat ataupun pinjaman.
Akan tetapi mulai pada tahun ini, kerajaan telah memperuntukkan setengah bilion, RM500 juta untuk mengurangkan NRW untuk enam negeri yang paling teruk ia punya NRW. So, negeri-negeri ini tidak perlu saya sebut nanti malu mereka. Termasuk negeri saya, negeri Sabah. Termasuk negeri Sabah dan Pahang. Ini dualah antara yang paling tinggi NRW. Hampir 46 percent daripada air yang dirawat tidak sampai rumah. So, kerajaan kata we bantu dan melalui operator di peringkat negeri telah menyediakan dana yang boleh digunakan. Konsultasi sudah pun dilantik untuk tujuan mengurangkan NRW walaupun bagi fasa pertama ini adalah untuk recording, menukar pumping plan di peringkat loji dan sedikit untuk penukaran paip.
Mulai pada tahun hadapan, NRW 2.0 kita buat matching grant. Sejumlah RM1 negeri atau operator bayar, melabur dalam NRW tertakluk kepada KPI yang ditentukan ada impak penurunan, Kerajaan Pusat beri RM1, one dollar for dollar. So, ini komitmen Kerajaan Pusat yang percaya, sayang duit kita buat empangan sini sana dan loji baru tetapi tidak sampai 40 peratus sampai kepada rakyat, ini tidak boleh diterima. Sasaran kita adalah we should be as possible below 25 peratus untuk NRW. Semua negeri adalah corporate except dua, tiga negeri yang bolehlah ia punya figure dari segi pengurangan NRW. Okey, yang terakhir...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Cukuplah, cukuplah.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Yang Berhormat Menteri, saya...
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Kuala Krai, duduklah Yang Berhormat Kuala Krai. Sudah malam sudah ini.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Soalan NRW tadi saya mengemukakan...
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Cukuplah, sudah last.
Terakhir, terakhir.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Yang Berhormat Menteri, soalan itu saya Kuala Krai yang mengemukakan tentang NRW.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Dia tidak masuk tadi, dia tidak masuk.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang Berhormat Kuala Krai, kawan lama nanti kita...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Tidak, saya yang membangkitkan. Yang Berhormat Menteri itu menjawab soalan saya itu...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Sudahlah itu.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Tidak.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Duduklah, cakap terima kasih sahaja.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Nanti dulu. Yang Berhormat Menteri kata diperuntukkan RM500 juta tahun lepas.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Tahun ini.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Tahun ini?
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Tahun depan.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Tahun depan ya? Dalam buku hanya RM111 juta. Itu sahaja, tolong reconcile-lah dekat mana itu? Yang Berhormat Tenggara yang itu pun tidak hendak dengar? Yang Berhormat Parit Sulong tidak apalah.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Itu keseluruhannya. Oleh sebab untuk 110, oleh kerana konsultasi dulu dan seterusnya. Jadi the details saya bekal nanti.
Bagi green technology, saya ingat semua kitar hijaulah, kita warna hijau. Hijau mempertahankan alam sekitar. Pastikan low footprint jadi itu kita boleh bicara. Siapa yang saya belum jawab, saya jawab secara bertulis untuk menjimatkan masa. Dengan itu, saya mohon terima kasih kepada semua para pembahas.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM253,990,800 untuk Maksud B.29 di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM253,990,800 untuk Maksud B.29 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,554,496,200 untuk Maksud P.29 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2018 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,554,496,200 untuk Maksud P.29 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2018]
Bekalan B.23 dan Kepala Pembangunan P.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Butiran 020000 – Pengurusan Alam Sekitar, Biodiversiti dan Hutan. Kerajaan menyelaraskan dasar untuk LCE supaya ia dapat menyumbang kepada agenda transformasi yang luas untuk lebih hijau, lebih berdaya saing dan pertumbuhan inklusif.
Jadinya pelbagai tindakan mitigasi terhadap iklim dilaksanakan seperti perlindungan forest carbon pools dan bandar hijau.
Sehubungan dengan itu, dia ada reducing emission from deforestation dan forest degradation ataupun REDD juga dianggap penting kerana ia merupakan satu mekanisme insentif ekonomi. Bagi mengurangkan pelepasan karbon dengan menggalakkan nilai karbon yang mampu disimpan oleh pokok ataupun hutan. Jadi ia juga merupakan inisiatif perhutanan yang melibatkan pengurangan kos yang efektif.
Saya juga maklum bahawa di peringkat kebangsaan juga ada satu Jawatankuasa PEMANDU Kebangsaan mengenai REDD+ ditubuhkan sejak tahun 2011 untuk merumuskan arahan dan strategi untuk pelaksanaan REDD+ ini. Jadinya- dan seterusnya, Carbon Trust merupakan satu rakan kongsi bebas yang pakar dalam membantu menyumbangkan dan juga memanfaatkan masa depan yang lebih mampan melalui pengurangan karbon dan juga strategik kecekapan sumber dan komersialkan teknologi karbon rendah.
Saya mendapat maklum bahawa pada 15 November yang lepas, Carbon Trust telah bekerjasama dengan NRE untuk menjalankan projek kesediaan dan iklim hijau yang pertama di negara ini. Jadinya soalan saya dan juga pertanyaan saya pada pihak kementerian berkaitan perkara ini adalah, apakah status terkini bagi projek REDD+ di Malaysia dalam memelihara dan memulihara hutan-hutan di Malaysia ini? Seterusnya, apakah – adakah pihak yang bertanggungjawab telah mengenal pasti kawasan-kawasan sasaran bagi melaksanakan strategi nasional REDD+ di bawah Green Climate Fund, dengan izin?
Seterusnya bagi Butiran 08601 – Penanaman Pokok Bakau dan Spesies- spesies Yang Sesuai di Persisiran Pantai (JPSM). Hutan paya bakau ini merupakan satu ekosistem yang berada di kawasan paya muara sungai dan ia berperanan untuk melindungi pesisiran pantai daripada hakisan ombak dan berfungsi untuk menstabilkan kawasan pantai dengan menjadi penahan semula jadi terhadap ribut taufan.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Di kawasan saya terutamanya sepanjang pantai ataupun tepi laut daripada kawasan Sungai Nibong sehinggalah ke Teluk Wawasan, kawasan paya bakau ini ianya adalah satu kawasan paya bakau yang berusia ada setengahnya lebih daripada 100 tahun. Akan tetapi masalahnya sekarang, ianya mengalami hakisan yang agak teruk.
Jadinya soalan saya kepada pihak kementerian adalah, apakah tindakan pihak kementerian dalam membantu, mengekang fenomena hakisan persisiran pantai ini terutamanya yang paling teruk saya tengok adalah di kawasan Teluk Wawasan itu sendiri, di Mukim Dua Bagan, dan yang keduanya, apakah perancangan yang dilakukan oleh pihak kementerian bagi Membaiki dan juga memulihara struktur persisiran pantai yang saya nyatakan tadi dan seterusnya, adakah kementerian ada satu kaedah lain ataupun kaedah melalui teknologi terkini dalam menangani hakisan persisiran pantai ini sebab ianya sentiasa di baik pulih tetapi masih juga terdapat hakisan-hakisan. Jadinya saya minta penjelasan dan jawapan daripada pihak kementerian.
Butiran 02803 – Pengujudan Sistem Pemetaan Utiliti. Ianya memang menjadi sumber rujukan penting terutamanya di kawasan bawah tanah. Bila nak buat apa-apa pembangunan, akhirnya dinyatakan bahawa sukar untuk dilaksanakan disebabkan oleh utiliti di bawah tanah ini.
Soalan saya kepada pihak kementerian, sejauh manakah pihak kementerian telah membuat kajian dan pemetaan yang menyeluruh di kawasan Parlimen Parit Sulong setakat ini dan bagaimanakah pihak kementerian menjalinkan usaha sama dengan badan-badan kerajaan yang lain ataupun agensi kerajaan yang lain dalam memastikan sistem pemetaan utiliti di kawasan luar bandar terutamanya di kawasan Parlimen Parit Sulong ini dapat dijalankan dengan baik.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Butiran 14500 – Menaik taraf Infrastruktur dan Saliran Bandar. Saya cuma nak tanya status mengenai pembinaan sistem perparitan ataupun longkang U-konkrit sepanjang perjalanan daripada Beserai sehingga ke Semerah, peruntukannya yang bernilai RM20 juta. Bila ianya nak dilaksanakan, nak mula dilaksanakan. Dah banyak kali saya bawa isu ini di peringkat Mesyuarat Tindakan Daerah tetapi jawapan yang diberikan sekejap bulan Jun, sekejap bulan September, ini dah bulan November.Jadinya, cuma saya hendak tahu, bila sebenarnya ianya akan dilaksanakan dan apakahsebenarnya kekangan yang menyebabkan pembinaan parit konkrit ini belum dapat dilaksanakan lagi oleh pihak JPS?...
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Boleh?
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Alah.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Yang Berhormat Parit Sulong, boleh?
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Cepat sikitlah, tinggal tiga minit.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Okey, terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya tertarik ucapan Yang Berhormat Parit Sulong soal parit konkrit ini. Saya tidak berapa bersetuju dengan Yang Berhormat soal pembinaan parit- canal konkrit sebab ini mengelakkan daripada pembiakan spesies akua yang kita galakkan supaya environment alam sekitar di sungai-sungai, di parit-parit kita ini kekal sebagai environment friendly. Kalaulah kita buat semua parit-parit itu dalam bentuk konkrit, maka pembiakan akua, spesies-spesies akua terjejas.
Jadi, apakah pandangan daripada pihak kementerian dan pihak kerajaan mengenaidengan isu-isu environment alam sekitar kalau dalam segi pembinaan perparitan. Saya melihat di Bandar Sibu, Sarawak telah membuat benteng melalui kayu- kayu yang keras.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Okey Yang Berhormat Putatan, rasanya dah okey itu. Menteri pun dah faham dah. Nanti tolong jawab sekali apa yang Yang Berhormat Putatan ini nyatakan.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Saya tak setuju itu.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Okey, seterusnya Butiran 020800 iaitu Operasi PERHILITAN. Ini saya nak bawa satu masalah. Dia binatang liar tetapi saya pun tak tahu sama ada dia monyet ke, dia kera ke ataupun dia lotong tetapi saya rasa semualah, dia dan rakan-rakan dia. Jadinya ianya menjadi satu masalah dekat kawasan saya sebab terlampau banyak dan dia mula mengganggu penduduk tempatan.
Bila dia mengganggu, sekarang ini bila saya masuk kampung bersama-sama dengan orang-orang kampung, apa yang kita khuatir, dia bukan pencuri yang masuk rumah sekarang, dia dah monyet yang masuk rumah. Habis semua rumah itu semua diselongkar, lepas itu habis semua diambil dan setengahnya mencederakan penduduk- penduduk kampung itu sendiri.
Jadinya saya hendak bertanya kepada...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Duit hilang tak?
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Saya nak tanya kepada pihak kementerian sebabnya saya dah bagi juga perangkap monyet ini, semua mukim saya dah bagi perangkap monyet. Dia mencuri telur lima. Satu mulut, dua di tangan, ketiak pun dia masuk. Jadi dia bawa lari monyet-monyet itu semua.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Monyet suka Ahli Parlimen itu.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Dia curi makanan macam itu.
Jadinya kita khuatir sebabnya ada yang cedera. Saya nak tanya kepada pihak kementerian [Ketawa]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Monyet suka Yang Berhormat Parit Sulong itu.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Apakah sebenarnya ini?
Macam mana saya hendak kekang ini sebab dia memang bahaya. Dia ada tiga spesies lain. Ada yang bagi cadangan kepada saya supaya bagi makan pil perancang. Jadinya saya pun tak tahu pihak kementerian setuju ke tak dengan cadangan tersebut.
Lepas itu yang keduanya, ada tak cadangan pihak kementerian untuk kumpulkan semua monyet ini dan rakan-rakannya ini di satu tempat, macam Cameroon dulu saya pernah pergi. Kita tengok semua, jadinya dia jadi tourist attraction. Jadinya adakah kementerian nak buat cadangan begitu ataupun ada ke tidak mungkin perancangan lain yang dibuat oleh kementerian, mungkin tangkap bagi insentif kepada orang yang tangkap monyet-monyet ini, serahkan kepada PERHILITAN dan kemudian PERHILITAN mungkin ambil mereka dan letak satu tempat dan yang terakhirnya berapakah sebenarnya kos yang terlibat di bawah PERHILITAN ini yang tugas dia adalah untuk menangani kes-kes sebab saya percaya ini bukan di kawasan saya sahaja. Kawasan yang lain pun banyak juga cabaran-cabaran yang kita hadapi terutamanya mengenai serangan monyet, kera, lotong. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri nak tengok video, saya pun ada video dia. Saya boleh tunjukkan aksi-aksi mereka ini.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Monyet jantan ke betina ini?
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih banyak-banyak Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Parit Buntar.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada beberapa perkara yang ingin diberi perhatian oleh pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Pertama, saya ingin menyentuh Butiran 020000 di bawah butiran kecil, 020200 iaitu Operasi Hutan dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
Isu yang saya ingin bawakan di sini, Tuan Pengerusi untuk perhatian Menteri ialah tentang apa yang dinamakan sebagai pencerobohan kepada hutan Merapoh. Isu ini telah menjadi satu perhatian apabila kita telah dikejutkan dengan pencerobohan dan yang merosakkan hutan Merapoh akibat daripada pembalakan dan juga perlombongan emas dan pasir di sekitar kawasan hutan yang dikatakan 2,600 ekar hutan dara di Merapoh ini.
Tuan Pengerusi, Merapoh ini terletak dalam negeri Pahang, dalam daerah Kuala Lipis dan bersempadan dengan daerah Gua Musang, Kelantan. Yang terlibat ataupun yang terkesan daripada pencerobohan pembalakan ini melibatkan hampir 10,000 penduduk di mana dalamnya ada lapan buah kampung.
Selain daripada itu, hutan Merapoh ini juga terkenal sebagai tempat perlindungan haiwan terancam. Dia juga tempat pembiakan bunga Pakma terkecil di dunia yang merupakan salah satu spesies yang jarang ditemui.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Terdapat juga gua yang bertaraf dunia yang kita kenali sebagai Gua Hari Malaysia. Nama gua itu “Gua Hari Malaysia". Ia antara gua yang berusia antara 230 juta tahun hingga 350 juta tahun. Jadi Hutan Merapoh ini menyimpan khazanah yang cukup berharga dan Malaysia berbangga kerana Allah telah mengurniakan kita dengan hutan yang begitu kaya dengan khazanah yang jarang ditemui ini.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Akan tetapi apa yang dikesali Tuan Pengerusi, semua keindahan ini hari ini nampaknya telah dicerobohi oleh pembalakan haram yang telah menjejaskan dan satu lagi saya lupa hendak sebut. Ia juga dikatakan gua dan Hutan Merapoh ini terletak dalam kawasan tadahan hujan Semenanjung Malaysia. Anggarannya 75 peratus air di Semenanjung Malaysia berpunca dari sini.
Maknanya kawasan tadahan hujan. Kita dengar hari ini pelbagai isu yang melanda negara kita seperti banjir yang tidak diduga campur dengan hujan yang lebat menyebabkan bencana banjir yang berlaku. Kemungkinan besar jika kita melihat segala faktor alam ini antara faktornya ialah apabila kawasan tadahan hujan ini sudah tidak lagi dijaga dan dipelihara akibat daripada pembalakan haram ini maka berlakulah bencana yang memberi kesan kepada penduduk kampung dan juga mereka yang ada di sekitar itu.
Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri beberapa isu tentang Hutan Merapoh ini. Yang Berhormat Menteri akan jawab, ya itu duduk dalam kuasa negeri. Kita sudah tahu dah, tanah semua dalam kawasan negeri. Akan tetapi kita ada akta yang kita namakan Akta Perhutanan Negara. Akta ini gunanya adalah untuk mengawal apa yang kita namakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK). Di bawah Hutan Simpanan Kekal ini ada beberapa kategori antaranya ialah untuk mengekalkan Hutan Simpanan Kekal untuk mengekalkan imbangan iklim dan sebagainya. Ada yang bersifat hutan lipur, ada yang bersifat pendidikan dan juga kajian.
Jadi saya kira tidak boleh dengan hanya kuasa negeri terhadap lesen permit untuk balak dan tanah ini, kita membiarkan negeri ikut suka menceroboh. Saya ingin bertanya juga, di Kanada kita tahu ia sebuah negara yang antara pengeksport balak yang besar. Akan tetapi ia tidak ada masalah yang kita sedang bincang pencerobohan dan sebagainya kerana setiap pokok yang ditebang Tuan Pengerusi mesti diganti, begitu.
Mereka juga bukan macam style pembalak-pembalak kita yang kerana kerakusan, dia cuci habis atau apa yang dipakai istilah ‘cuci mangkuk’. Ini yang menjejaskan.
Oleh sebab itu saya menyatakan kerajaan negeri yang terlibat dalam memberikan lesen untuk pembalakan ini disalahgunakan oleh syarikat-syarikat balak ini sehingga mereka telah melampaui daripada batasan yang telah ditetapkan. Apatah lagi mereka cuba mengelak undang-undang daripada keperluan Environmental Impact Assessment (EIA) ini. Dia tidak buat sekali Tuan Pengerusi. Akan tetapi dia buat yang sektor-sektor yang tidak memerlukan diberi EIA. Inilah masalah kita. Kita tidak ada kuasa untuk mengawal dan hari ini kita bercakap tentang bencana alam, banjir dan sebagainya.
Sedangkan ini adalah akibat daripada tangan-tangan kita... [Membaca sepotong ayat Al- Quran] Dalam Surah Ar-Rum.
Nampaklah kefasadan, kerosakan alam ini di daratan dan di lautan dengan tangan-tangan manusia. Salah satu daripada tangan-tangan manusia ini ialah kegagalan kita untuk menguatkuasakan. Ini telah mengakibatkan ancaman terhadap sungai-sungai, hidupan liar, flora dan fauna. Akhirnya kita akan merosakkan alam sekitar ini. Saya ingin bertanya, apakah tindakan kementerian untuk memastikan kuasa negeri tidak disalahgunakan sehingga menyebabkan hutan-hutan di dalam negeri khususnya Hutan Merapoh yang saya minta penjelasan agar dapat dijaga dan dipelihara?
Seterusnya bagi saya menambah lagi sedikit. Saya ada satu lagi tetapi saya akan tumpu kepada 020700 iaitu Konservasi, PERHILITAN. 1,914 spesies hidupan liar mati dilanggar kenderaan sejak tahun 2011. Kenyataan ini disebut oleh Yang Berhormat Menteri sendiri tentang spesies hidupan liar yang menjadi mangsa kepada manusia. Kita tahu bahawa pertembungan atau konflik antara manusia dengan binatang, haiwan liar ini adalah suatu yang tidak dapat dielakkan dalam arus pemesatan pembangunan hari ini.
Cuma apa yang perlu kita lakukan Tuan Pengerusi ialah bagaimana kita dapat memelihara supaya meminimumkan pertembungan yang akhirnya menyebabkan hidupan liar ini menjadi mangsa kepada kita.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Di sini disebut oleh Yang Berhormat Menteri daripada 61 jaringan itu, lima laluan telah dikenal pasti iaitu jaringan laluan kereta yang dilalui oleh kereta-kereta kita, yang dikenal pasti sebagai titik panas yang disebut roadkill iaitu Jalan Kuala Lipis-Gua Musang, Jalan Kulai-Kota Tinggi, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di mana Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) dan Jalan Taiping-Selama.
Ini mengajak kita supaya memikirkan satu kaedah bagaimana kementerian boleh cadangkan kepada Jabatan Kerja Raya bahawa tempat-tempat yang mana kita dapati terdedah kepada bahaya hidupan liar ini daripada dilanggar dan mati, kita mencadangkan supaya di sana dibuat jalan elevated road atau yang dinamakan sebagai animal viaduct, terowong atau lintasan hidupan liar. Dengan kata lain dia tidak perlu hendak cross jalan tetapi dia diberi satu ruang di mana binatang liar ini boleh lalu sama ada di bawah tunnel atau pun elevated road yang tidak melibatkan kemungkinan potensi kita melanggar binatang liar ini.
Jadi saya mohon kepada pihak kementerian agar mengambil kira isu ini supaya dalam mengejar apa sahaja pembangunan, janganlah kita memangsakan binatang atau hidupan liar ini tanpa kita mengambil langkah pro aktif agar mereka ini dapat diselamatkan. Jadi mohon pihak kementerian mengambil kira cadangan-cadangan dan komen saya dalam jawatankuasa ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Lipis.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
*Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan terima kasih kepada Tuan Pengerusi yang mengizinkan saya turut serta berbahas dalam Perbelanjaan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Buntar walaupun dia dari Parit Buntar jauh hendak sampai ke Lipis, sampai Merapoh itu kena lalu gunung-ganang tetapi dia peka dengan keadaan Merapoh itu. Merapoh itu dalam kawasan saya yang kira-kira penduduknya mencecah 7,000 orang kawasan Merapoh tersebut.
Saya awalan saya cakap menyokong apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Parit Buntar sebentar tadi. Saya melihat di dalam Butiran 020600 iaitu Pengawasan dan Penguasaan JAS. Saya hendak mendetailkan lagi cerita daripada Yang Berhormat Parit Buntar sebentar tadi. Kita sebenarnya di dalam kawasan yang disebutkan tadi mempunyai lebih kurang 415 gua kapur yang berusia 650 juta tahun dan terdapat pelbagai hidupan liar dan flora fauna yang cukup menarik dan cantik.
Ini merupakan program yang kita lakukan di kawasan sana melibatkan dunia, bukan lagi dalam peringkat Parlimen Lipis ataupun dalam negara. Kita telah melaksanakan banyak program iaitu seperti Merapoh Forest Run, Merapoh Mountain Bike, Jom Hogah Merapoh Caves dan kita laksanakan dengan dapat sambutan yang hangat sehingga mencecah lebih daripada 30 buah negara yang hadir turut sertdalam program yang saya katakan sedemikian rupa.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Di sini terletaknya gua-gua yang ratusan juta tahun. Maka sebuah kawasan yang seluas 668.79 hektar berhampiran dengan Gua Hari Malaysia yang telah terjejas dan telah musnah. Ini merupakan salah satu syurga kehidupan liar yang mana di situlah terdapatnya pencinta alam hadir ke tempat itu. Memang benar saya seperti Yang Berhormat Parit Buntar kata sudah pasti kementerian akan menjawab ini bawah kuasa negeri, saya pasti akan jawab sedemikian rupa.
Akan tetapi adakah pihak penguasa daripada JAS itu sendiri Jabatan Alam Sekitar yang telah memberi kelulusan kepada kawasan yang begitu luas? Saya dimaklumkan di bawah kuasa kerajaan negeri hanyalah di bawah 100 ekar sahaja yang akan mendapat kelulusan. Sekiranya mereka menjalankan penebangan balak tersebut tidak mengikut apa yang disyaratkan oleh JAS itu, saya minta supaya kementerian ini mestilah melihat perkara ini. Saya tidak mahu supaya JAS hanya sekadar ada nama Jabatan Alam Sekitar.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Ini sangat penting bagi saya. Satu kawasan yang menjadikan sumber pendapatan kepada penduduk dan ini telah dimusnahkan dan dihapuskan begitu sahaja.
Mungkin kita boleh membuat pandangan di peringkat kementerian. Kita memberi pandangan supaya kawasan ini diadakan buffer zone tidak semestinya ditebang habis- habisan sehingga boleh menjejaskan Gua Hari Malaysia itu yang mempunyai- begitu cantik sekali gua tersebut. Maka pada hari ini telah musnah begitu sahaja. Apa yang lebih ketara telah menjejaskan air di kawasan tersebut. Ini salah satu punca di kawasan air ini disalurkan untuk diambil di Loji Air Merapoh yang membekalkan kepada lebih 7,000 manusia yang berada di situ. Manusia yang bernyawa di situ yang masih kalau dicampur dengan kubur mungkin lebih. Akan tetapi ini yang bernyawa, 7,000 lebih yang menikmati air daripada tempat itu.
Oleh sebab itu saya katakan sedemikian rupa. Saya hendak maklumkan dalam Dewan Yang Mulia ini, KSU nya daripada Lipis, orang Lipis, kena tengok sedikit KSU.
Tengok sedikit, pandang sedikit Lipis. Saya tidak kiralah dia orang Lipis atau orang mana, mana yang tidak betul, macam tadi kesinambungan cerita daripada sebelum ini di bawah kementerian KeTTHA tadi saya sebut mula kesinambungan cerita air ini. Tidak habis di sana sahaja. Saya dengan kerakusan mereka ini sama ada haram, halal tidak kira.
Kalau terdapat di selain daripada Merapoh yang saya katakan sedemikian rupa tadi terdapat pula di Sungai Temau yang begitu banyak perlombongan emas, perlombongan bijih besi. Saya tidak tahu halal atau haram JAS kena beritahu selepas ini adakah ia haram atau halal. Mereka ini cerdik, waktu hujan mereka akan melakukan perlepasan air. Hari ini saya menerima mesej airnya melebih tidak tahu berapa pH yang tidak boleh diproses oleh Pengurusan Air Pahang untuk dibekalkan oleh masyarakat kampung. Kalau kita minum teh tarik itu lebih hebat lagi teh tarik di air Sungai Temau. Ini disebabkan perlombongan yang berlaku di situ. Saya tidak tahu sama ada haram atau halal.
Ini perkara ini bukan baru, berkali-kali dibangkitkan oleh penduduk. Sudah berkali-kali dibangkitkan oleh Wakil Rakyat. Saya sendiri sent message dan sebagainya.
Dibangkitkan oleh ADUN Padang Tengku tetapi tidak ada tindakan sewajarnya. Apakah kejadiannya? Adakah ia masyuk? Saya pun tidak faham. Saya hari ini macam-macam sebenarnya. Hari ini saya macam-macam kehangatan petang semalam yang dibuat oleh Yang Berhormat Kapar menyebabkan ia menjadi begitu panas...
[Disampuk] Jangan buat Yang Berhormat Kapar hari ini ya sebab hari ini panas.
Jadi saya tidak tahu apa punca dia. Kita sudah beri laporan, tolonglah tengok sedikit. Ini rakyat saya sudah sebut tadi. Air ini Rasulullah SAW sayang. Dia kata sudah kalau tidak bekalkan air ini, kita tidak jaga air ini, apa yang hendak disebut? Ada ustaz boleh bangun? Dalam surah apa ustaz Yang Berhormat Kuala Nerus. Tidak mengapa ustaz. Nanti ustaz mengulas pula baik tidak mengapa. Tolong tengok sedikit.
Saya sudah tengok semalam dalam bil kementerian ini banyak benda tetapi kehangatan kepada saya ini lah punca-punca yang melibatkan kalau dia campur dua kampung, tiga kampung ini menyebabkan mereka terganggu dari segi bekalan air. Saya boleh tunjuk kalau JAS hendak tengok sekejap lagi hari ini punya mesej kepada saya.
Hari ini yang dihantar oleh penduduk kampung Sungai Temau, oleh Ketua Kampung Sungai Temau. Lepas ini pembangkang masuk Sungai Temau menghasut pula.
Bukan salah kami hendak tahu. Yang Berhormat Kuala Krai tidak salah kami pun. Akan tetapi tidak dijaga dengan baik sebab itu penguatkuasaan yang saya sebut tadi di bawah bill penguatkuasaan ini sebenarnya, bill penguatkuasaan. Tidak cukup duit ke hendak pergi ronda? Saya sudah bagi tahu dalam sidang ini yang lalu. Saya kata gunakan helikopter kalau perlu. Beli helikopter kalau perlu. Buat rondaan, tengok, tangkap. Sekarang ini penebangan balak licin. Bukan lagi tebang macam dulu. Atas dan bawah daripada 21 inci tidak boleh ditebang tetapi sekarang tidak kira mana-mana negeri pun Kelantan dan sebagainya. Ini disebabkan oleh pengawalan kita.
Saya tidak kira sebenarnya saya sebut ini, saya tidak kira sama ada di Lipis, di Pahang, di Kelantan, di Terengganu dan di Penang pengawalan tidak ada juga dari segi pembinaan menyebabkan banjir. Di Penang ini saya hendak beritahu bila-bila masa pun boleh banjir sebab sudah tidak cukup takungan air yang hendak pergi mana bila pembangunan ini.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Saya pernah baca buku 20 tahun dulu. Dia kata 20 tahun dulu Kuala Lumpur ini akan sentiasa banjir disebabkan oleh sebab terlalu banyak cerucuk duduk dalam bumi.
Akhirnya terbukti Kuala Lumpur selalu banjir. Begitu juga yang akan berlaku di Penang kerana cerucuk-cerucuk terlalu banyak masuk dalam tanah menyebabkan banjir. Oleh sebab dia kawasan kecil. Di mana air hendak pergi. Saya pula Pahang kawasan besar, Lipis sudah besar daripada Melaka tetapi oleh kerakusan ini yang tidak dikawal oleh kita maka berlaku lah sedemikian rupa menyebabkan rakyat itu sendiri teraniaya sebenarnya.
Rakyat teraniaya, tidak kira negeri mana tidak kira. Saya bercakap ini secara keseluruhan sebab saya Ahli Parlimen Malaysia. Macam Yang Berhormat Parit Buntar tadi kalau tidak benar cakap, kenapa dia bercakap pasal Merapoh kawasan saya. Oleh sebab dia Ahli Parlimen Malaysia, saya sabar hendak sambung cerita dia. Cerita saya kesinambungan daripada KeTTHA tadi air bermasalah tetapi keseluruhan paip air di Lipis penuh tetapi disebabkan oleh hal-hal seperti ini menyebabkan kita tidak boleh proses.
Maka banyak perkara yang saya tidak boleh cakap sebab ini penting bagi saya kerana lebih penting daripada perkara lain. Terima kasih Tuan Pengerusi yang akhirnya saya hendak tanya sedikit sahaja berapakah tebatan banjir hendak dibina di Lipis? Oleh sebab Lipis pun kekerapan berlaku banjir. Sekian, saya mohon menyokong.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak merujuk kepada butiran berkaitan hakisan pantai lupa nombor butiran tadi. Butiran 15100 iaitu Mencegah Hakisan Pantai. Yang Berhormat Timbalan Menteri pun sedang menunggu mendengar ucapan.
Perkara ini saya bangkitkan banyak kali ini dan kali ini saya mengambil peluang untuk menceritakan tentang sejarah hakisan pantai di Pantai Kuala Nerus bermula dari tahun 2009 hingga tahun 2017 terakhir ini.
Hakisan pantai di Tok Jembal tahun 2009 disebabkan oleh projek pemanjangan landasan kapal terbang Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud. Akhirnya kesannya ialah berlaku hakisan yang sangat teruk di Pantai Tok Jembal. Kemudian kerajaan mengeluarkan bajet yang besar hingga menjangkau 70 juta untuk menyelesaikan masalah hakisan yang berlaku di Tok Jembal. Akan tetapi akibat daripada kejayaan menyelesaikan masalah pantai hakisan Pantai Tok Jembal menggunakan kaedah Lapis Lindung Batu yang dijaja dan disebut oleh kerajaan berkali-kali, kesannya ialah berlaku pula hakisan di pantai seterusnya iaitu pantai ke utaranya iaitu di Pantai Kampung Tanjung Gelam.
Kemudian kerajaan memanjangkan lagi projek tambakan pantai ini hingga sampai ke Tanjung Gelam dengan peruntukkan yang sama. Selepas projek itu berjaya kesannya ialah berlaku pula hakisan pantai di pantai seterusnya iaitu di Pantai Mengabang Telipot.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Itu sejarah yang panjang berlaku dari tahun 2009 hinggalah terakhir bulan Februari 2017, dan terakhir kalau kita turun ke site turun tengok Mengabang Telipot bila mana berlaku hakisan pada bulan Februari 2017. Kerajaan juga mengambil kaedah yang sama menggunakan lapis lindung batu sebagai cara untuk menghalang hakisan.
Kesannya ialah pantai ke utaranya juga Pantai Mengabang Telipot sekarang sudah hilang hampir 50 ke 100 meter.
Ertinya saya menyatakan banyak kali bahawa kaedah menggunakan lapis lindung batu sahaja tidak cukup berjaya untuk menyelesaikan masalah hakisan pantai sebelumnya Tok Jembal tetapi gagal di Tanjung Gelam, berjaya di Tanjung Gelam gagal pula untuk seterusnya di Mengabang Telipot dan begitulah akan berlaku. Oleh kerana itulah saya berulang kali menyatakan kepada kementerian bahawa cadangan yang saya berikan ialah seperti yang dibuat di negara luar seperti berlaku di Australia, di Pantai Miami dan Queensland, Australia.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Di mana mereka menggunakan di samping lapis lindung batu disambung pula dengan tambakan pasir menyebabkan apabila berlaku hakisan sekalipun pantai tambakan pasir itulah yang akan menjadi benteng kemudian batu dan ia tidak akan memberi kesan kepada pantai ke utaranya. Kalau ikut kajian, kalau keadaan ini berterusan ia akan menyebabkan hingga sampai ke Batu Rakit lagi lebih kurang lima kilometer ke hadapan dan yang sangat kita bimbang ialah kos begitu tinggi kita keluarkan.
Kerajaan memberi jawapan kepada kami kata kerajaan ini adalah suatu fenomena alam hanya kerana disebabkan–oleh musim monsun sahaja. Akan tetapi kalau kita lihat sebelumnya, di pantai sebelum Pantai Tok Jembal kampung saya sendiri, Kampung Seberang Takir, pantai juga tetapi pantai itu sentiasa berubah pendek dan panjang kerana disebabkan oleh monsun tetapi tidak berlaku hakisan hingga menyebabkan jalan raya dan rumah orang kampung. Ini kerana tidak ada tambakan batu yang dibuat di situ melainkan tambakan batu di kawasan kuala saja.
Maka saya melihat kita orang kampung, orang nelayan pun kata macam itu kita melihat dengan mata kepala kita sendiri betapa projek itu gagal menyelamatkan pantai atau berjaya pantai yang sekarang tetapi akan menyebabkan hakisan untuk pantai seterusnya. Maka saya mahu merekodkan usul ucapan saya ini bahawa kerajaan perlu mengubah kaedah tambakan pantai ini bukan hanya menggunakan lapis lindung batu tetapi lapis lindung batu disertai dengan tambakan pasir.
Itu sedikit daripada saya, saya minta sekali lagi Yang Berhormat Menteri untuk menjawab untuk rekod bagi rakyat di kampung saya memahami isu ini dan kita mengharapkan penyelesaian jangka masa panjang daripada kerajaan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Pasir Gudang.
Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Pengerusi memberi saya ruang untuk sama berbahas dalam kementerian ini.
Saya ingin menyentuh beberapa butiran yang pertama sekali berhubung kait dengan Butiran 030000 - Pengurusan Am Kementerian; tajuk Bekalan kecil 030200 - Pengurusan Sumber Asli; dan 030300 - Pengurusan Alam Sekitar. Saya juga ingin sekalikan Butiran 011500 – Perkhidmatan Teknikal, JPS kerana berhubung kait dengan pengurusan alam sekitar.
Apa yang kita lihat Tuan Pengerusi, sekarang ini kita melihat banyak langkah yang kita ambil lebih kepada after, dengan izin, selepas kerosakan berlaku. Kita tidak membuat sesuatu pencegahan sebagai contoh bagaimanakah saya ingin melihat perancangan ke hadapan yang dibuat oleh pihak kementerian bagi membendung pemusnahan yang dilakukan oleh pemaju-pemaju apabila membina bangunan, membina satu-satu kawasan tidak pedulilah untuk tujuan apa sekalipun. Jadi di manakah peranan kementerian dari sudut khidmat nasihatnya, teknikalnya dapat dimainkan.
Saya kira di dalam Parlimen ini sudah beberapa kali sama ada saya atau sahabat-sahabat lain menyuarakan perkara ini tetapi banyak kali dimaklumkan juga bahawa kelulusan tidak berada di tangan kementerian. Jadi kalau sudah bertahun-tahun perkara ini dikatakan, apakah tindakan kementerian bagi memastikan kawasan ini dapat diselamatkan sebagai contoh satu kawasan yang sangat saya sayang. Saya orang Johor kawasan Bakar Batu bukan dalam Parlimen saya tetapi di Bakar Batu dan Permas.
Kita melihat kepada pembangunan yang kita bersyukur kerana di kawasan itu diadakan rumah-rumah untuk mereka yang kurang berkemampuan, rumah-rumah flat tetapi yang saya ingin sampaikan di sini di manakah peranan kementerian dalam memastikan kayu-kayu bakau itu tidak ditebang, tidak dihapuskan yang akhirnya mendatangkan kemudaratan kepada kawasan setempat, kenapa?
Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Kita boleh teruskan kemajuan pembinaan perumahan ataupun komersial tetapi kenapa dibiarkan mereka merosakkan, memusnahkan kayu-kayu bakau yang sudah begitu lama berada di situ yang sepatutnya menjadi tebatan kepada kita di tepian-tepian sungai ini.
Kemudian kita mengeluarkan pula duit berjuta ringgit untuk program-program penanaman semula pokok, menanam semula bakau apa benda ini? Apa yang cuba kita gambarkan? Kita hapus dan kita replant, dengan izin. Jadi saya kira sudah sampai masanya semua pihak memberi satu pembaharuan iaitu kementerian mengambil satu langkah kalau perlu pinda, kalau perlu akta baru buatlah. Saya yakin semua pihak di sini akan memberi sokongan padu kepada pihak kementerian bagi memastikan alam sekitar kita.
Saya juga ingin menyentuh soal Penyelenggaraan Sistem Amaran Banjir di dalam Dasar Baru 050100. Satu jumlah yang saya kira agak besar dan memanglah penting sistem amaran banjir tetapi yang lebih penting ialah bagaimana menghalang banjir itu sendiri. Bagaimana kita memastikan supaya parit-parit besar, sungai-sungai kecil tidak ditutup oleh pembangunan. Ada kawasan sungai kecil, saliran-saliran air ditutup kerana pembangunan dan akhirnya ia menjadikan sebab untuk berlaku banjir dan kemudian kita keruk pula, kita korek lagi buat parit keluar lagi berjuta-juta ringgit. So why not, dengan izin, kenapa tidak kita banteras perkara ini daripada awal. Jadi duit-duit yang keluar ini dapatlah lebih dimanfaatkan.
Saya juga ingin menyentuh butiran tentang peranan Jabatan Alam Sekitar - 07200. Di kawasan saya ini kawasan industri. Kadang-kadang ada ketikanya saya hendak menyebut kilang-kilang tertentu, tetapi Jabatan Alam Sekitar Johor sedia maklum, bila saya sebut Pasir Gudang dia akan tahu kilang mana yang biasanya mengeluarkan perkara-perkara sama ada untuk tujuan mereka terpaksa melakukannya ataupun memang ada yang tidak bertanggungjawab melepaskan ke dalam sungai- sungai, parit-parit yang akhirnya menjadi pencemaran kepada alam sekitar dan penduduk sekitar akan terkesan dengan asap-asapnya, dengan jelaga-jelaganya yang akhirnya boleh menjadi sebab kepada pencemaran udara dan akhirnya kesihatan.
Siapa yang akan menanggung perkara ini? Saya kira kementerian dipertanggungjawabkan sudah sampai masanya mengambil perkara ini dengan serius.
Jangan bagi lagi penerangan yang agak-agaknya maaf, dengan izin Tuan Pengerusi, people don’t buy it lah. Orang sudah tidak hendak dengar alasan-alasan ini. Saya di Pasir Gudang 35 tahun, 35 tahun saya kira kerana saya dulu di dalam sumber manusia jaga juga hal ehwal keselamatan sebagai seorang safety and health officer. Cerita ini sudah lama, so sampai masa saya kira kita perlulah ambil satu pendekatan supaya perkara ini dapat dibendung once and for all supaya duit-duit kita dapat digunakan kepada perkara-perkara yang lebih bermanfaat.
Saya juga ingin menyentuh tentang Butiran 12300 - Pemulihan Tanah Bekas Lombong dan Kuari.
Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Semasa Pasir Gudang mempunyai masalah air yang agak kritikal, saya yakin kementerian pun tahu dan akhirnya kerajaan negeri membuat beberapa langkah untuk memastikan perkara ini tidak berlaku lagi. Saya harap pihak kementerian pun janganlah bila kerajaan negeri sudah melakukan sesuatu, Kerajaan Pusat tidak terus mengambil kira tentang apakah yang patut diambil dengan lebih efisien lagi. Saya sebut bekas kuari ataupun lombong ini kerana di dalam kawasan saya ada, di Bandar Seri Alam ada satu bekas lombong yang cantik dan besar. Jadi, apakah peranan ataupun cetusan pemikiran yang akan dibuat oleh kementerian bagi memastikan bekas lombong yang ada di beberapa tempat di Pasir Gudang ini dapat digunakan sebagai tempat tadahan air?
Saya juga menyentuh tentang Butiran 15300 dan Butiran 15400 – Mengorek Kuala-kuala Sungai dan Rancangan Pengurusan Sungai Saliran Mesra Alam. Dia di Kampung Pasir Gudang Baru, saya kalau setakat dua minggu sekali ini agak perkara biasalah mendapat gambar-gambar yang dihantar oleh penduduk kampung kerana air sungainya sudah bukan rupa air sungai. Ini adalah sebuah sungai yang ingin sangat saya selamatkan dalam Pasir Gudang ini.
Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Jadi kalau pihak kementerian dapat membantu, amatlah saya hargai. Ini kerana satu, dengan pencemaran yang dibuat oleh kawasan setempat menyebabkan air sungai ini memang sudah rupa air kopilah senang cerita dan penduduk affected dengan izin, terkesan kerana mereka adalah nelayan. Jadi mereka ini marah juga dia kata, “Kenapa tiada tindakan?” Saya sudah beberapa kali juga hantar gambar beritahu dan saya mohon satu peruntukan khusus untuk mendalamkan sungai ini dapat dilaksanakan dengan complete, dengan sempurna supaya ia dapat membantu penduduk dan tidak menjejas pendapatan penduduk-penduduk yang sebilangan besarnya adalah nelayan-nelayan yang juga merupakan selain pendapatan mereka, mereka adalah penyumbang kepada ekonomi kawasan setempat dengan ikan-ikan yang baik. Ikan-ikan yang sememangnya asli dan dihantar juga ke Singapura. Ikan asli ini kerana apa, ikan-ikannya jenis baik. Bukan ikan- ikan yang tidak bagus, ikan-ikan baik.
Yang Berhormat Kuala Selangor di belakang dia Pengerusi LKIM, dia sudah datang, dia tahu. Saya sudah tunjuk sungai ini macam mana dan saya yakin pihak kementerian yang memang prihatin akan terus membantu saya untuk menyelamatkan sungai-sungai dan kawasan yang ada di dalam Parlimen saya. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih. Assalamualaikum.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Wah, ramai lagi ya. Hampir 20 orang, lima minit cukup seorang? Ya, tujuh minit Yang Berhormat Kapar. Kalau boleh ringkas-ringkaskan.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya mula dengan Butiran 011400, ini berkenaan dengan Perkhidmatan Pengurusan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai kawasan pesisiran pantai. Ada kawasan-kawasan di pesisiran pantai lebih kurang 20, 30 tahun dahulu airnya surut. Bila airnya surut, kawasan itu masih lagi kawasan JPS tetapi kita mendapati sekarang ramai orang sudah menduduki kawasan- kawasan ini dan wujudkan kampung, tempat tinggal dan sebagainya. Kita ada ancaman sebab itu adalah kawasan kepunyaan semula jadi, kawasan perairan.
Satu masa nanti tempat-tempat begini akan diambil oleh air balik sebab itu alam semula jadi. So, apakah JPS mengetahui atau memandang perkara ini, membenarkan beberapa kilometer itu dibiarkan dari pesisiran pantai? Ini sebab saya amat percaya bahawa apa-apa kepunyaan Tuhan akan dikembalikan dan akan diambil balik oleh Tuhan. Berdasarkan pada konsep itu, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi dan memperhalus situasi itu. Ini sebab benda ini saya pernah bangkitkan beberapa kali bukan di dalam Dewan, ini kali pertama saya bangkitkan dalam Dewan.
Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi pengkhususan terhadap isu itu.
Kedua adalah Butiran 020400 digabungkan dengan Butiran 020500, ini berkenaan dengan alam sekitar. Dia ada dua isu yang ingin saya bangkitkan. Satu adalah tahap kesedaran alam sekitar. Saya rasa alam sekitar ini kementerian sahaja tidak boleh memastikan tahap alam sekitar ini berada di tahap yang memuaskan, tetapi setiap masyarakat perlu memainkan peranan yang penting dari yang kecil seumpama buang sampah di jalan raya dan sebagainya sehingga melakukan kegiatan yang besar-besar seperti pencemaran udara, pencemaran air dan sebagainya.
Jadi dari sudut kesedaran ini, apakah inisiatif yang telah diambil oleh kementerian dan yang akan diambil oleh kementerian? Ini sebab saya rasa tahap kesedaran di negara kita, masyarakat di negara kita berbandingkan dengan masyarakat- masyarakat lain di luar negara, agak jauh beza. Jadi ini adalah dua hala, pergerakan dua hala kesedaran ini. Jadi walaupun kementerian boleh datang dengan program tetapi kalau kesedaran itu tidak dapat diambil sebagai satu pelajaran, diteladani sebagai satu perkara yang perlu diawasi, jadi kita tidak akan mencapai kesedaran itu.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Saya perlukan pandangan dan pencerahan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Selain daripada itu, kita juga ada Environmental Impact Assessment dari sudut setiap pencemaran yang boleh berlaku. Ada tidak kerajaan telah melakukan dan saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menerangkan tahap impact assessment di Malaysia pada masa kini.
Seterusnya ini adalah satu topik kegemaran saya, Butiran 020700, Butiran 020800. Ini berkaitan dengan konservasi hidupan liar dan memastikan sumber biodiversiti dilindungi. Kita di negara kita ini ada pelbagai masalah yang menyebabkan kepupusan hidupan liar. Kita ada pembalakan, kita ada pemburuan haram, kita ada pengurangan rizab hutan, kita ada pemerdagangan haiwan liar, kita ada pembakaran hutan dan juga ada isu berkenaan dengan kelemahan penguatkuasaan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, negara kita banyak undang-undang yang berkenaan dengan alam sekitar, terlalu banyak. Akan tetapi dari sudut walaupun ada banyak undang-undang ini, tetapi kita tidak dapat melindungi flora dan fauna daripada pupus.
Kita ambil contoh beberapa hidupan liar yang kita boleh katakan hampir sudah pupus, contoh Badak Jawa, banteng, Burung Merak Hijau, burung upih, burung Sumatera, Beruang Matahari, seladang, Kambing Gurun, tapir dan of course haiwan kegemaran saya Harimau Malaya, sekarang kita sedang menghadapi kepupusan. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini, apakah tahap keseriusan kepupusan hidupan liar? Kalau boleh, berikan beberapa contoh hidupan liar yang menghadapi masalah kepupusan yang serius.
Tambahan kepada itu, saya juga minta jasa baik Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menerangkan di Malaysia ini, ada tidak satu statistik berapa banyak gajah, harimau belang, seladang, burung upih dan Rusa Sambar yang kita ada. Sepatutnya kementerian mempunyai bilangannya dan kalau ada, tolong terangkan. Selain daripada itu saya juga ambil maklum bahawa kita ada satu kajian dibuat di dunia di peringkat antarabangsa yang dikenali sebagai Data Bank Dunia terhadap kepupusan hidupan liar.
Kita pernah baca data ini pada tahun sebelum ini, tetapi saya ingin mendapatkan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri data terkini sekiranya ada.
Seterusnya saya masuk kepada Butiran 040300 – Program Konservasi Antarabangsa Giant Panda. Kita tahun lepas, RM4.1 million, tahun ini RM4.6 million dari semasa panda-panda ini dibawa ke Malaysia. Saya telah bahas panjang lebar dengan Yang Berhormat Menteri ketika itu dan saya difahamkan bahawa kita bawa giant Panda ini adalah kerana untuk menaikkan ekonomi dan juga ini akan memberikan kita sumber kewangan. Adakah sasaran itu dicapai? Adakah kita telah menaikkan ekonomi kita? Itu sesuatu yang perlu diterangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas di peringkat Jawatankuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Saya ingin menyentuh Butiran 07100 – PERHILITAN; 15300 – Mengorek Kuala- kuala Sungai; 15400 – Rancangan Pengurusan Sungai Saliran Mesra Alam; 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Kita sedar dengan perubahan iklim yang berlaku hari ini dan tentunya ia memberi kesan kepada kajian dan data-data yang dibuat oleh pihak berkaitan, khususnya berkaitan dengan keadaan bencana dalam negara ini.
Menyentuh mengenai perkara ini juga, saya ingin meminta untuk mendapat pandangan daripada kementerian dan juga jawapan. Di kawasan Parlimen saya misalnya, kita memang sentiasa menghadapi bencana banjir dan tahun ini sahaja telah kerap kali berlaku. Ia berlaku akibat daripada taburan hujan yang mungkin lebih daripada kebiasaan.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Walaupun demikian, kesan juga mungkin berpunca daripada kegiatan dan kerja-kerja yang kita laksanakan, khususnya berkaitan dengan rancangan pengurusan sungai ataupun pengorekan kuala sungai dan sebagainya.
Saya fikir sudah sampai waktunya untuk pihak kementerian, khususnya Jabatan Parit dan Saliran untuk mengkaji semula kaedah dan cara yang dibuat sekarang ini apabila melakukan kerja-kerja mengorek sungai kemudian menimbus pasir dan sebagainya di tebing sungai.
Akhirnya, apabila berlaku hujan, ia menyebabkan aliran sungai begitu deras sekali dan membawa semua pasir dan segala lumpur yang diletakkan di tebing itu dan akhirnya memberi kesan kepada penduduk di sekitarnya. Ia berlaku begini, malah jika kerja-kerja berkenaan dibuat di tempat-tempat yang tidak sesuai, maka kesannya lebih besar daripada sebelum perkara ini dibuat.
Walaupun saya memuji dan mengucapkan terima kasih kepada pihak kementerian, khususnya JPS yang melakukan usaha ini untuk mengurangkan bencana ini, cuma sejak akhir-akhir ini, saya minta JPS rujuk kepada JPS negeri dan daerah, khususnya di kawasan saya. Saya sudah mengalami masalah tidak kurang daripada lima, enam jambatan roboh kerana kerja-kerja aktiviti perusahaan sungai yang dibuat oleh JPS. Kesannya juga daripada situ. Terbaru ialah di Kampung Kuala Kenderung. Ia berpunca daripada kerja-kerja mengorek sungai.
Satu lagi, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak kementerian kerana telah pun meluluskan RTB Daerah Lenggong. Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu dan beliau sendiri telah pun mengadakan lawatan ke kawasan saya dan melihat serta mendapat gambaran tentang projek ini. Saya harap projek ini disegerakan dan dilaksanakan dengan secepat mungkin.
Pun demikian, saya minta supaya rancangan awal untuk pelaksanaan projek ini diubahsuai semula kerana saya dapati dalam skop kerja projek rancangan tebatan banjir daerah kecil Lenggong ini, kawasan-kawasan yang memang mengalami masalah, terutama sekali di Kampung Sumpitan, di Kampung Kod Tampan dalam DUN Kenering dan juga DUN Kota Tampan di Daerah Kecil Lenggong ini adalah kawasan yang memang menghadapi masalah banjir ini.
Namun demikian, dalam projek ini, ia hanya dimasukkan sebagai kajian sama ada perlu atau tidak tebatan banjir dibuat sedangkan sudah nyata kawasan berkenaan menghadapi masalah banjir. Jadi, masih lagi untuk kekalkan rancangan yang dibuat mungkin lima atau enam tahun dulu yang hari ini sudah tidak sesuai lagi untuk dilaksanakan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Saya minta perkara ini dilihat semula. Ada masa untuk mengubah pelan dan reka bentuknya kerana kita mahu RM20 juta wang yang ada ini dibelanjakan dengan tepat. Jika ia juga dibuat menggunakan pelan lama, saya percaya ia akan ditertawakan oleh rakyat di kawasan saya kerana kawasan yang hendak dilakukan itu tidak lagi menghadapi kesan yang besar berbanding dengan dua kawasan lain yang dibuat. Ini saya minta sangat-sangat dengan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah tahu perkara ini. Minta tolong panggil JPS, malah saya telah pun membawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk lihat perkara ini.
Saya harap diambil tindakan serius dan saya tidak bersetuju kalau rancangan tebatan banjir mengikut reka bentuk pelan lama. Oleh kerana ia tidak berapa sesuai lagi kerana kawasan yang sepatutnya dibuat memang banjir tetapi dalam rancangan tebatan banjir hanya dimasukkan kajian.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Saya fikir dan saya harap perlu dilaksanakan. Saya mohon supaya jika masalah-masalah banjir ini yang disebabkan oleh kerja-kerja pengorekan sungai ini, saya mintalah JPS sendiri mesti bertanggungjawab. Tidak adil kalau kerja-kerja pengurusan sungai dibuat oleh JPS. Akhirnya, jambatan rosak, infrastruktur awam rosak tetapi pihak lain yang terpaksa untuk mengganti sebenarnya. Saya telah mengalami masalah ini.
Jambatan rosak kerana kerja-kerja JPS.
Kita, Wakil Rakyat terpaksa mencari wang lain. JKR terpaksa cari wang lain untuk melaksanakan dan menggantikan kerja-kerja yang telah rosak, sedangkan ia dibuat. Oleh sebab itu saya minta jambatan di Kuala Kenderung ini, di Hulu Kenderung ini yang rosak juga kesan daripada kerja-kerja pengorekan ini mesti Jabatan Parit dan Saliran bertanggungjawab untuk menggantikan dengan jambatan baru. Tidak bolehlah tanggungjawab itu diserahkan kepada pihak lain.
Sama juga berkaitan dengan PERHILITAN. Saya minta kalau boleh- saya faham juga isu-isu serangan gajah liar masuk ke kawasan-kawasan ladang ini yang dibuat sama ada oleh FELDA, oleh RISDA, FELCRA dan sebagainya. Saya minta mungkin ada Blue Ocean Strategy. PERHILITAN mesti mensyaratkan mana-mana pembukaan kawasan baru mestilah di pagar dengan pagar gajah dan sebagainya supaya apabila serangan gajah berlaku di sesuatu kawasan, maka tidaklah Jabatan PERHILITAN diberi tanggungjawab. Jabatan PERHILITAN yang di marah kerana gajah masuk dan sebagainya, sedangkan sepatutnya tanggungjawab itu dibuat oleh agensi- agensi yang berkaitan.
Jadi, samalah berkaitan dengan banjir tadi. Saya ingat perkara ini diambil tindakan. Ini serius kerana ia melibatkan kesan kepada rakyat. Tuan Pengerusi bayangkan, apabila banjir berlaku, musnah habis harta benda di rumah berkenaan.
Bukan senang. Sepuluh hingga 20 tahun mereka hendak kumpul segala perabot dan sebagainya tetapi musnah dalam sekelip mata. Ia juga berpunca daripada aktiviti dan langkah-langkah dan tindakan kita dan saya fikir perlu dikaji semula. Terima kasih Tuan Pengerusi .
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuantan.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ambil peluang berbahas di bawah Kepala B.23 dan P.23. Butiran yang pertama yang saya ingin ketengahkan ialah Butiran 020000 – Pengurusan Alam Sekitar, Biodiversiti dan Hutan.
Saya ingin membawa perhatian Tuan Pengerusi kepada satu hutan dalam bandar. Di satu bukit namanya Bukit Sekilau dalam bandar Kuantan. Ia satu bukit kecil- 300 meter sahaja tingginya tetapi sekarang ini sudah jadi gondol. Sudah menyebabkan orang Bukit Sekilau dan orang Kuantan rasa susah hati kerana bukit itu gondol dan katanya kerajaan negeri telah meluluskan. Ini jawapan daripada kerajaan negeri. Syarikat Mega Usaha Bina Sdn. Bhd untuk buat projek perumahan.
Akan tetapi minggu lepas, apabila orang ramai kompelin dan persatuan- persatuan alam sekitar mengadu berkenaan dengan Bukit Sekilau ini, Exco Kerajaan Negeri kata, dengan izin, “He added that, the agencies were also trying to determine whether the project required an EIA Report to be tendered to the authorities.” Ini saya pelik ini. Exco Kerajaan Negeri cakap macam itu dan Exco Kerajaan Negeri kata, dia beritahu check kepada Majlis kah dan sebagainya, suruh check sama ada projek ini dapat kelulusan atau tidak dan mengatakan bahawa projek ini controversial. Jadi, saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sebab memang buruk sangatlah Yang Berhormat Menteri, bagaimana bukit itu sudah digondolkan di tengah-tengah bandar. Orang Bukit Sekilau risau akan berlaku banjir, selut dalam keadaan hujan sekarang ini.
Tuan Pengerusi, izinkan saya pergi kepada perkara yang kedua iaitu Butiran 010000 - Pengurusan Air, Geologi dan Tanah. Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan eksport pasir daripada Pahang yang telah dihantar kepada negara India, Tamil Nadu dan laporan baru-baru ini, baru-baru ini kita dapat laporan. Minggu lepas juga.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Pada 16 November baru-baru ini yang mengatakan bahawa sands from Malaysia not fit for construction. Yang peliknya Tuan Pengerusi, pasir ini dilombong di Sungai Pahang. Kemudian di eksport ke India melalui Singapura. Kita perlu penjelasan kenapa perkara ini berlaku. Yang Berhormat Menteri dalam satu kenyataan beliau pada 29 Oktober mengatakan, ada hanky-panky. No such thing. No APs telah dikeluarkan, tetapi pada 2 November, tiga hari kemudian mengatakan ada dua syarikat yang telah diberikan AP untuk eksport pasir ke India. Kita tahu bahawa sand export ban still remain in force, Tuan Pengerusi.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Jadi kita hendak tahu pohon penjelasan Yang Berhormat Menteri macam mana boleh diberikan AP, syarikat apa yang diberikan AP, kemudian kenapa melalui Singapura dan bila sampai sana rupa-rupanya bukan pasir tetapi silika, di-reject pula oleh India.
Saya juga ingin bawa isu alam sekitar di situ di mana apabila digali, dikorek sungai di Sungai Pahang dekat Temerloh dekat Kuala Krau dekat Bera itu, kita dapati bahawa sungai itu menjadi lebih cetek kerana tebing-tebing sungai itu jatuh, runtuh. Jadi masalah apabila sungai cetek dia akan menimbulkan masalah banjir. Jadi kita persoalkan kenapa perkara ini berlaku, kenapa AP dibenarkan kenapa sand mining ini dibenarkan dan sebagainya. Jadi pohon penjelasan berkenaan dengan projek sand eksport ke India yang kontroversi ini Tuan Pengerusi.
Perkara yang ketiga di bawah Butiran 030300, saya ingin menyahutlah kawan saya rakan sejawat saya daripada Yang Berhormat Lipis berkenaan dengan isu Merapoh.
Saya cuma ingin tambah lagi sedikit sebab isu ini sentiasa akan ditolak oleh kementerian dengan mengatakan bahawa ianya di bawah kerajaan negeri. Persoalan saya, in addition kepada apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Lipis dan Parit Buntar tadi, saya hendak tanya kenapa kita biarkan 2,600 ekar tanah, bukit, hutan digondolkan. Adakah telah keluar detil EIA sebab bila kita tengok dia bercantum dan dia jadi botak penuh. Jadi sama ada lot-lot itu telah diberikan detil EIA. Walaupun tanah di kerajaan negeri tetapi kita wajar, kita ada hak kuasa untuk bertanya adakah EIA telah dikeluarkan.
Saya ingin bertanya berkenaan dengan Aman Trading & Services satu syarikat yang telah mendapat kelulusan melanjutkan tempoh kuat kuasa lesen tanah milik Mukim Batu Yun seluas 668.79 hektar. Kita tidak tahu tak jelas daripada sini lesen apa ini saya dapat daripada orang group-group yang save Merapoh group ini dan mereka pohon bertanya ini lesen untuk apa dan sebab ini dekat dengan Gua Hari Malaysia dan ini untuk buat projek apa? Adakah untuk buat projek simen yang seperti yang mereka uar-uarkan.
Saya perlu penjelasan Yang Berhormat Menteri, sama ada benar atau tidak apa yang dikatakan oleh mereka. Sama ada kenapa kita biarkan gunung hutan digondolkan tetapi kita habiskan duit untuk tanam di Taman Tugu, tanam pokok di Taman Tugu.
Kenapa kita tak pelihara hutan kita. Kenapa kita tidak- come on, kita mesti ada political will untuk memastikan bahawa kerajaan negeri tidak buat ikut suka.
Pohon saya butiran yang akhir, Butiran 030300 juga berkenaan dengan projek pemuliharaan dan penyuburan tanah bekas tapak perlombongan bauksit. Saya ucap terima kasih sebab bauksit tidak ada dah sekarang tetapi sekarang hendak guna pula tanah Lynas untuk memulihara lombong bauksit. Saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kerana saya amat risau torium-torium dalam tanah daripada Lynas itu akan mencemarkan tanaman-tanaman nanti. Sebab torium ialah karsinogen dan tanah yang diproses itu dia punya torium itu lebih bersifat tenorm dan kita akan khuatir ianya akan masuk kepada ekosistem, masuk kepada kita punya tanaman dan akhirnya ia akan merosakkan industri yang lain pula seperti industri pertanian dan sebagainya. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Tinggi.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ucap tahniah kepada kerajaan kerana bajet ini untuk alam sekitar lebih sikit dan itu yang sewajarnya.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Ini kerana negara kita kena pelihara alam sekitar untuk anak cucu kita. Sebab kalau sudah rosak macam Penang hendak balik-balik sudah susah. Jadi saya terus kepada Butiran 020500 – Pendidikan dan Penilaian Alam Sekitar, JAS. Saya hendak minta RM12 juta ini cukup kah tak cukup? Pada pandangan saya di Amerika sekarang salah satu channel yang paling highest rating is weather channel. Sebab tahun ini begitu banyak musibah berlaku satu lepas satu Puerto Rico whitewash, dengan izin. Jadi di Sabah baru-baru ini ada pembandaian yang begitu empat, lima hari. Perkara ini tidak mustahil akan bertambah berterusan dan tiga, empat tahun sebelum ini banjir dan perubahan cuaca amat penting, tetapi pemuliharaan alam sekitar khususnya hutan-hutan ini amat penting. Kita di 55 percent forest cover, 13 percent plantation yang berasaskan good aggregation practice sustainable, kelapa sawit, getah dan sebagainya tujuh juta hektar. Jadi saya minta rakyat mesti mempunyai kepekaan sensitiviti yang lebih kepada pemuliharaan alam sekitar. Jadi saya tanya ini Butiran 020500 kena tambah.
Keduanya konservasi, PERHILITAN. Tempat saya ini gajah ini bila hendak ada Panti ini. Sebab tahun lepas ada pertembungan manusia dengan gajah, manusia tewas mati sorang tahun ini kita naik basikal ramai-ramai tiba-tiba gajah keluar. Jadi benda ini bukannya remeh ya, jadi saya minta kerajaan tengok, kementerian.
Ketiga, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Saya tanya ini sebab baru-baru ini kita– ini bawah Butiran 021100. Sebab baru-baru ini kita sudah luluskan Access Benefit Sharing (ABS). Saya ingat it’s beautiful, satu akta yang sangat baik dan mempunyai potensi yang besar. Kita mempunyai one of the best biodiversity asset dalam dunia. Jadi saya hendak tanya kementerian apakah tindakan yang selanjutnya untuk memastikan akta ini kita manfaatkan? Dalam Bajet 2018 ini ada tak untuk kementerian khusus untuk melaksanakan ABSuntuk dapat gerakkan dengan kadar yang segera.
Seterusnya kod Butiran 11900 – Kajian Sumber Air Tanah Negara. Saya hendak tanya di samping kalau kita jaga pokok kita lawan SDG 30 tentang deforestation kita juga mempunyai sumber-sumber air yang ada juga yang hendak kita hendak jaga, tetapi pembangunan yang begitu besar keperluan yang saya ingat meningkat. Jadi saya tanya kerajaan apakah peranan-peranan atau inisiatif kita ambil untuk memastikan sumber air tanah negara ini kita dapat gunakan untuk masa-masa depan.
Seterusnya, Butiran 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai. Ini tadi ada orang sudah sebut.Butiran 15300 sungai saya ada dalam MQT, Sri Besar itu sudah cetek, APMM pun tak boleh masuk, jadi bot-bot nelayan pun susah nak masuk jadi saya ada minta beberapa peruntukan dan saya difahamkan telah pun di announce-kan MQT. Jadi saya hendak minta adakah masuk dalam bajet ini?
Seterusnya Butiran 17200 – Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan.
Ini saya balik kepada biodiversiti tadi, ABS tadi. Saya melihat kementerian mempunyai peranan yang besar untuk memperkasakan lagi R&D kita dan juga menjadikan dan membina satu kerangka yang mapan dan sustainable untuk merealisasikan potensi- potensi ini. Saya hendak tanya kementerian siapakah yang bertanggungjawab untuk ABS ini? Adakah FRIM sahaja atau bagaimana? Jadi itu antara permohonan saya. Jadi terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Maksud B.23, P.23. Saya memulai perbahasan Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar yang mana dalam Bajet 2018 memperuntukkan RM517,541,000.
Jadi saya ingin tahu, berapakah bajet yang diperuntukkan untuk pembinaan tebatan banjir di Kelantan? Khususnya tebatan banjir di Rantau Panjang yang sekian lama saya telah bawa dalam sidang Dewan dan sehingga sekarang tidak ada sebatang tiang ataupun sebiji jongkong pun yang dibuat untuk tebatan banjir.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Kalau kita melihat sejarah, janji Kerajaan Barisan Nasional terhadap tebatan banjir sejak bermula Rancangan Malaysia Kesembilan lagi tetapi sehingga sekarang masih belum di terlaksana. Kalau kita tengok dalam sesi lepas kerajaan menjanjikan tebatan banjir akan dibina bermula tahun 2015 dan dijangka siap tahun 2019 dan sehingga sekarang saya tidak tahu berapa tahun lagi akan siap. Jadi saya ingin tahu, bilakah tambatan banjir akan dibina dan di manakah ia akan dimulakan dan statusnya setakat mana?
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Begitu juga saya ingin penjelasan tentang berkaitan dengan 011400 – Perkhidmatan Pengurusan Jabatan Pengairan dan Saliran di mana kerja-kerja menaik taraf parit terutama sistem pedalaman parit dan sungai. Saya ingin tahu, berapakah peruntukan yang disediakan untuk pembinaan parit-parit ataupun penggalian parit-parit dan pendalaman sungai dalam kawasan Parlimen Rantau Panjang dan juga seluruh negeri Kelantan. Apakah masalah yang dihadapi?
Ini kerana kita lihat banyak lagi kawasan-kawasan sungai yang terkepung yang menyebabkan aliran air masih bertakung yang menyebabkan berlakunya hujan menyebabkan cepat berlakunya banjir kilat. Jadi apa perancangan pihak kementerian untuk memastikan terutama di sekitar Pekan Rantau Panjang dan kampung-kampung di sekitarnya supaya tidak mudah berlaku air bertakung terutama di musim hujan lebat.
Begitu juga saya ingin menyentuh 08100 – Pusat Pembangunan Produk Herba di mana dalam Bajet 2018 mendapat peruntukan RM1,496,000. Peruntukan ini lebih sedikit berbanding dengan peruntukan tahun lepas 2017. Jadi saya ingin tahu berapakah produk herba yang telah di patenkan setakat ini dan berapakah jenis produk herba yang telah berjaya dipasarkan di peringkat antarabangsa.
Sejauh manakah pemantauan terhadap produk-produk herba terutama yang diimport ke dalam negara melalui pintu-pintu masuk yang ada di sekitar terutama di sempadan negara kita. Berapakah nilai eksport kita setakat ini terhadap produk herba ini.
Apakah perancangan kerajaan untuk membantu pengusaha-pengusaha herba kecil- kecilan terutama di luar-luar bandar yang mengusahakan herba secara tradisional.
Saya ingin tahu juga tentang berkaitan dengan 060300 – Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di mana dalam peruntukan bajet ini diperuntukkan RM10 juta One- Off kepada pengusaha perabot bumiputera. Saya ingin tahu berapakah hasil eksport negara terhadap industri perabot setakat ini? Apakah jenis perabot yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa? Seramai manakah yang telah berdaftar terutama di kalangan usahawan bumiputera yang berdaftar dalam negara kita yang berjaya dalam industri perabot. Kalau kita lihat sasaran negara kita untuk mencapai pendapatan negara menjelang 2020, 53 bilion hasil daripada eksport perabot kayu kayan ini. Jadi setakat ini berapa peratus kos sasarannya.
Apakah usaha kerajaan untuk membantu pengusaha-pengusaha ini berdaya maju. Sebab kita tahu di antara masalah utama pengusaha perabot ialah bahan mentah.
Bahan mentah utama terutama kayu-kayu yang berkualiti seperti kayu cengal, kayu seraya, kayu merbau menjadi semakin pupus. Begitu juga bekalan rotan yang menjadi bekalan terutama dalam industri perabot rotan. Semakin berkurangan. Apa perancangan pihak kementerian untuk memastikan bekalan bahan-bahan mentah ini supaya tidak kepupusan.
Sejauh mana usaha yang telah dibuat kepada bantuan kepada usahawan- usahawan ini untuk memastikan usahawan-usahawan terutama bumiputera kita berjaya dalam memperluaskan industri perabot mereka. Berapa banyak kah yang telah dikeluarkan persijilan bagi produk-produk perabot yang dikeluarkan oleh FRIM dalam memastikan standard perabot yang dikeluarkan oleh negara kita menepati standard pasaran yang dikehendaki oleh domestik ataupun di peringkat antarabangsa.
Saya ingin juga tahu berkaitan dengan Dasar Baru 050100 – Penyelenggaraan Sistem Amaran Banjir. Jadi saya ingin tahu berapakah pusat ataupun Pusat Amaran Banjir yang telah ditempatkan di Kelantan.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Apakah teknologi terkini yang telah diguna pakai dan berapakah tempoh masa yang paling cepat untuk memberi amaran ataupun maklumat kepada penduduk supaya dapat berpindah sekiranya berlaku banjir. Apakah cabaran utama dalam melaksanakan sistem ramalan awal banjir ini.
Tuan Pengerusi, begitu juga saya ingin menyentuh 020100 Dasar Pengurusan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Saya ingin tahu apakah usaha kementerian terutama untuk mengatasi pembalakan haram yang sebagaimana yang disebut rakan- rakan yang lain. Berapa kes kah yang telah diambil tindakan dan dijatuhkan hukuman untuk memastikan persekitaran kita, alam sekitar kita, tidak disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Itu saja Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ramai sangat Yang Berhormat. Saya minta maaf, tidak akan dapat dipanggil semua. Saya akan panggil Yang Berhormat Kuala Selangor. Kemudian, Yang Berhormat Kuala Krai, sudah berucap tadi kan Yang Berhormat. Yang Berhormat Pasir Puteh. Selepas itu Menteri menjawab.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 030300 - Pengurusan Alam Sekitar. Tuan Pengerusi, apabila saya ingin menyentuh mengenai pembangunan, seharusnya mengambil kira faktor-faktor ekosistem dan kesejahteraan masyarakat. Oleh itu apabila pembinaan tanah perkuburan Nirvana Memorial Park yang berbukit seluas 80 ekar, di kawasan Parlimen Kuala Selangor, yang mana ianya terletak di sekitar Kampung FELDA Bukit Cerakah, Kampung Bukit Kapar, Kampung Bukit Kapar Tambahan, Bandar Puncak Alam, dan Bukit Kerayong. Ketika ini menimbulkan kegusaran dalam diri masyarakat setempat dari segi keselamatan nyawa dan harta benda kesan daripada pembinaan tanah perkuburan tersebut.
Pada hemat saya apakah wujud pihak kementerian mengetahui tentang projek ini dan saya ingin mencadangkan supaya pihak kementerian haruslah melakukan intervensi supaya tanah perkuburan ini dapat dikaji semula kelulusannya dan penempatannya yang mana kerajaan negeri Selangor telah meluluskannya saya dimaklumkan. Pada hemat saya ia akan dikhuatiri akan menggugat ekosistem sedia ada dan seterusnya akan mengakibatkan takutnya berlaku banjir dan meningkatkan suhu setempat.
Justeru itu saya amat berharap agar pihak kementerian dapat membantu Parlimen Kuala Selangor supaya dapat menasihatkan khususnya kepada kelulusan projek tersebut supaya dapat dipindahkan di tempat yang bersesuaian lebih-lebih lagi untuk memastikan hutan yang begitu cantik itu dapat dipertahankan.
Keduanya dalam butiran yang sama saya juga ingin bertanyakan mengenai kewujudan kilang haram, khususnya di Parlimen saya. Ada kalanya memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar dan ekosistem setempat sehingga berupaya menjejaskan kesihatan penduduk serta berlakunya kebanjiran pekerja asing tanpa permit yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah di kawasan terbabit di samping mengancam keselamatan penduduk sekitar.
Lebih menyedihkan lagi dengan adanya aktiviti kilang haram ini, saya melihat berlakunya pencemaran sungai sehingga menjejaskan ekosistem di kawasan pantai terutamanya Pantai Remis, Jeram Kuala Selangor sehingga mengakibatkan kemusnahan pokok bakau yang memberi kesan kepada pendapatan penduduk setempat yang bergantung harap penghidupan laut persisiran pantai seperti kerang.
Untuk makluman Tuan Pengerusi, kerang merupakan hasil pendapatan utama bagi penduduk di Pantai Rremis. Kesan daripada pencemaran mengakibatkan kemusnahan pokok bakau yang menggugat pembiakan kerang di kawasan terbabit.
Sehubungan dengan itu dengan butiran yang sama, saya amat berharap pihak kementerian dapat mengambil tindakan tegas terhadap kilang-kilang haram di sekitar khususnya di Kuala Selangor bagi mengelakkan perkara yang sama berulang. Di samping itu juga saya memohon agar pihak kementerian dapat mempergiatkan lagi usaha konservasi dan penanaman semula pokok bakau khususnya di Pantai Remis dan termasuk juga di kawasan Kampung Kuantan Kelip-kelip demi kesejahteraan alam sekitar khususnya di Kuala Selangor.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 020800 – Operasi PERHILITAN.
Sungguhpun haiwan seperti monyet menyumbang kepada rangkaian ekosistem yang harmoni, akan tetapi Tuan Pengerusi, kebijakan monyet liar yang berkeliaran khususnya di kawasan perumahan telah menimbulkan kegusaran penduduk, khususnya di Bukit Melawati dan juga di Ijok mengakibatkan tindakan agresif monyet liar ini. Saya lihat yang menjadi peliknya Tuan Pengerusi, monyet-monyet liar ini, dia cepat membiak Tuan Pengerusi. Ada di kalangan ibu monyet ini melahirkan anak lebih daripada tujuh ekor, Tuan Pengerusi. Ini membimbangkan saya kerana lebih-lebih lagi daripada aduan penduduk, anak-anak monyet ini pula dia tidur dalam rumah yang ada dalam kawasan perumahan tersebut.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Jadi saya amat berharaplah PERHILITAN dapat bantu kerana saya lihat mungkin kerana banyaknya hutan telah ditarah mengakibatkan monyet keluar dari hutan masuk ke kawasan-kawasan perumahan dan mereka membiak dengan cepat dan mengganggu-gugat khususnya keselamatan, khususnya bagi penduduk.
Tuan Pengerusi, seterusnya saya hendak merujuk kepada Butiran 17100 – Taman Laut. Saya ingin menyatakan dengan adanya ekopelancongan yang menarik dan indah di Parlimen Kuala Selangor iaitu Sky Mirror ketika ini, saya amat berharaplah pihak kementerian dapat menggazetkan kawasan Sky Mirror dan sekitarnya sebagai taman laut bagi melindungi keindahan flora dan fauna di kawasan tersebut. Perkara ini sangat penting kerana jumlah pelancong ke Sky Mirror pada tahun lepas berjumlah 51,480 orang pelancong asing sehinggakan pada tahun ini para pelancong asing terpaksa menunggu giliran berjam-jam untuk melawat ke Sky Mirror disebabkan tempahannya telah penuh sejak dibuka awal tahun yang lalu.
Tuan Pengerusi, perkara yang terakhir iaitu Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RBT) dan Saliran Bandar. Saya ingin menyatakan di sini, ketika ini bila berlakunya hujan lebat, rakyat di Parlimen Kuala Selangor agak gusar dan bimbang kerana masalah banjir yang berlaku khususnya di kawasan kampung-kampung.
Saya amat berharaplah kepada pihak kementerian dapat mempertimbangkan dan mempercepatkan pelaksanaan projek tebatan banjir bagi Parlimen Kuala Selangor khususnya di Kampung Sentosa, Ijok kerana ketika ini bila hujan lebat turun, rakyat di sana tidak tidur malam Tuan Pengerusi dan mengakibatkan ada kalanya- saya pun ‘hairan bin ajaib’, bila hujan lebat berlakunya banjir khususnya di kawasan tersebut. Ini setidaknya menyebabkan kerugian harta benda para penduduk di samping merugikan khususnya bagi rakyat tempatan yang terpaksa menanggung kos lebih-lebih lagi untuk memastikan mangsa-mangsa tersebut dapat pulih daripada kehidupan. Saya juga melihat dengan berlakunya banjir tersebut ini juga akan melibatkan kos penyelenggaraan dan baik pulih kawasan setempat yang akan meningkat dari masa ke semasa.
Sehubungan dengan itu sebagai akhirannya, saya amat berharaplah agar projek tebatan banjir bagi Parlimen Kuala Selangor dapat disegerakan oleh pihak kementerian kerana ini merupakan satu kemaslahatan bagi penduduk di Parlimen Kuala Selangor ketika ini. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ada beberapa perkara ringkas sahaja.
Di bawah P.23 Butiran 15100 – Mencegah Hakisan Pantai. Kita lihat di sini ada penurunan dari tahun 2017 sebanyak RM41 juta, tahun 2018 turun kepada RM33 juta sedangkan kita tahumasalah ini masalah yang besar yang kita hadapi di seluruh negara termasuk di Kelantan. Saya lihat di sempadan Thailand, cara dia menyelesaikan masalah hakisan di bahagian Takbai ke atas sana, dia menggunakan groins dan mereka berjaya.
Hanya kita tidak dapat melihat di bahagian selatan di Kelantan atau di Terengganu program ini. Bolehkah pihak kementerian memberikan sebab kenapa kita tidak memilih cara ini untuk menyelesaikan masalah hakisan pantai ini? Saya rasa kosnya pun tidak begitu besar jika hendak dibandingkan dengan usaha yang kita lakukan sekarang. Itu yang pertama.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Perkara yang kedua P.23 Butiran 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai. Kita banyak mendengar rungutan daripada kebanyakan wakil rakyat pada hari ini juga dan pada penggal-penggal yang lepas bahawa ini suatu masalah yang besar yang melibatkan banjir dan melibatkan masalah lalu lintas masuk ke sungai, perkapalan dan sebagainya, nelayan hendak keluar ke pantai ialah masalah mengorek kuala-kuala sungai.
Kita lihat di sini ada penurunan yang cukup ketara juga daripada RM346 juta pada tahun 2017 turun kepada separuh iaitu hanya RM169 juta pada tahun 2018. Kenapa ini boleh terjadi dan kenapakah penurunan yang begitu ketara sedangkan masalah ini berterusan dan amat besar?
Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Pasir Puteh, boleh?
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Silakan.
Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, boleh tumpang Yang Berhormat.
Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa
Tumpang. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Setujukah Yang Berhormat Pasir Puteh dengan saya bahawa kita perlu kepada statistik mengenai pantai-pantai yang terhakis teruk di Kelantan dan juga muara-muara sungai yang cetek kerana seperti mana yang selalu saya bangkit juga di Pantai Kundur adalah pantai yang sangat terhakis.
Saya berharap bahawa kementerian mengambil tindakan yang segera kerana kita akan menghadapi musim tengkujuh tidak lama lagi. Juga mengenai kuala terutamanya muara Kuala Besar. Baru-baru ini terdapat kematian kerana kuala yang cetek menyebabkan perahu nelayan yang masuk itu terbalik dan mangsa meninggal dunia di situ.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Terima kasih. Jadikan sebahagian daripada ucapan saya.
Perkara seterusnya ialah P.23 dan B.23 Butiran 07200 – Jabatan Alam Sekitar.
Ada peruntukan RM75 juta dan P.23 – Pengawasan dan Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar sebanyak RM82 juta dengan jawatan yang ada dalam 1,322 jawatan. Persoalan saya ialah adakah bilangan penguat kuasa daripada Jabatan Alam Sekitar ini mencukupi? Hal ini kerana inilah masalah yang ditimbulkan oleh kerajaan negeri juga apabila ingin mengawal penggondolan bukit di kawasan lojing dan di tempat-tempat lain.
Selalunya masalah yang disebutkan oleh Jabatan Alam Sekitar ialah kerana kekurangan penguat kuasa.
Jadi persoalan saya, adakah ini betul atau apakah sebabnya? Kalau tidak mencukupi penguat kuasa, saya rasa perlu ditambahkan bilangan penguat kuasa supaya hutan kita, alam sekitar kita dapat dikawal dan pembangunan yang dilakukan di lereng- lereng bukit dan tempat-tempat yang mengundang kepada bencana alam itu dapat dikawal dengan baik. Pencegahan adalah lebih baik daripada kita menyelesaikan masalah yang timbul disebabkan oleh kerana tidak mengawasi alam sekitar kita.
Perkara yang terakhir ialah tentang hutan. B.23 Butiran 02030 – Pembangunan Hutan; 020100 – Pengurusan; dan 020200 – Operasi Hutan. Kita lihat kawasan hutan ini di Kelantan dekat 50 peratus kawasan di Kelantan itu masih lagi hutan. Kita berusaha sedaya upaya untuk menjaga hutan ini tetapi bagi saya we are losing it, kita semakin kehilangan hutan. Bukan disebabkan oleh kerana kita tidak berusaha di pihak kerajaan tetapi kerana rakyat kita cukup suka pada tanah dan suka untuk membuka tanah. Di kalangan tengah-tengah hutan sana dia buka tanah, tanam dengan macam-macam buah-buahan dan sebagainya.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Boleh mencelah Yang Berhormat Pasir Puteh?
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Ini masalah pengawalan.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Yang Berhormat Pasir Puteh, hendak celah boleh?
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Sila.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih.
Kakanda Pasir Puteh, saya setujulah tetapi kita dari Kelantan ini kita tahu masalah hutan ini, kan banjir yang dulu banjir yang teruk sekali yang berlaku, ini sebabnya kes penerokaan hutan yang berleluasa. Jadi saya mohonlah kepada Yang Berhormat Pasir Puteh yang selaku senegeri dengan saya ini, tolonglah beritahu yang penerokaan hutan itu perlu dikawal. Sekarang ini kita orang kata jeram-jeram semua dah tukar jadi air kuning. Terima kasih.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Terima kasih.
Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa
Sedikit ,Yang Berhormat Pasir Puteh.
Terima kasih. Saya rasa Yang Berhormat Pasir Puteh juga kena perjelaskan bahawa negeri mana yang menyumbang kepada restorasi hutan negara kepada 46 peratus.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Saya rasa itu saya serah soalan-soalan ini kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Saya menyokong kedua-dua sahabat saya bahawa kita mesti berusaha untuk menjaga hutan-hutan kita.
Pihak negeri mesti memainkan peranan yang penting, pihak negeri paling pentinglah tetapi pihak Persekutuan juga mesti bersama-sama bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri untuk menguatkuasakan supaya hutan-hutan kita ini tidak digondol oleh sesiapa yang tidak bertanggungjawab ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat lebih kurang 12 orang Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian, dua celahan. Saya akan merujuk kepada isu dan saya mohon maaf kalau ada Ahli Yang Berhormat yang tidak bersama pada waktu ini, saya akan jawab secara bertulis.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Pertama tentang REDD+. Yang Berhormat Parit Sulong, beliau tidak ada saya jawab secara bertulis. Tentang isu pencerobohan hutan ataupun tentang isu perhutanan dibawa oleh, pada peringkat awal dibawa oleh Yang Berhormat Parit Buntar. Saya jawab begini, jawapan telah pun dijawab sendiri oleh Yang Berhormat. Hutan adalah di bawah kuasa negeri. Ada dua perkara.
Pertamanya ialah...
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Parit Sulong ada ini ya Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sudah terlepas Yang Berhormat.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Pertamanya ialah, ada, ada. Pertamanya ialah kita ada Majlis Tanah Negara di mana isu perhutanan itu selalu dibincangkan di dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara dan semua negeri biasanya diwakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Di situ masing-masing lebih memahami, lebih menghayati dan menerima tanggungjawab untuk sama-samamemastikan bahawa pengurusan hutan itu dapat dilaksanakan secara lebih baik. Kita ada Sustainable Forest Management (SFM), garis panduannya jelas dan saya yakin semua ketua eksekutif kerajaan negeri boleh mematuhinya.
Keduanya ialah seperti yang pernah yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tempoh hari, kemungkinan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar terpaksa menggunakan pendekatan lain iaitu dengan menggubal semua akta yang sedia ada khususnya Akta Perhutanan dan Akta Kualiti Alam Sekeliling yang akhirnya boleh mengawal semua jenis pembalakan yang tidak terkawal.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Misalnya mungkin boleh dikenakan kajian EIA sebelum sesuatu kawasan hutan diteroka bagi tujuan pembangunan, bagi tujuan perlombongan dan sebagainya.
Sekarang ini pun keluasan sesuatu kawasan yang melebihi 20 hektar mestilah ada EIA.
Itu contoh yang jelas. Itu saya fikir menjawabsoalan daripada Yang Berhormat Parit Buntar.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Parit Buntarbangun Yang Berhormat.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Okey, sekejap ya.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya juga sebut Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga sebut dalam saya punya ucapan bahawa semua kita tahu ada undang-undang, dia kena ada EIA itu. Akan tetapi masalahnya mereka mengambil satu sektor yang besar, hektar dengan dia. Contohnya- dia tidak buat EIA keseluruhan. Dia hanya, dia kata 20 hektar ini tidak payah, so dia ambil sikit. Yang ini dia ambil sikit, begitu. Maksud saya di sini Yang Berhormat Menteri, kita tidak boleh sekadar kata ada Majlis Hutan Negara sebab jawapan ini kita dengar sudah lapan tahun saya duduk sini, mungkin lapan tahunlah jawapan yang kita dengar itu.
Akan tetapi tidak ada satu tindakan...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Selama 10 tahun sudah.
Akan tetapi tidak ada satu akta kalau Yang Berhormat Menteri kata perlu satu akta.
Makna selama ini yang kita telah raise-kan isu ini tidak ada tindakan. Apatah lagi penguatkuasaan. Kalau saya tanya dekat Yang Berhormat Menteri, berapa ada penguat kuasa yang hendak jaga hutan. Saya rasa jawapannya akan menyedihkan. Negeri-negeri yang menceroboh hutan ini tanpa kawalan ini sepatutnya perlu dipantaudari segi apa sasaran, sustainable forest management ini, berapa peratus kita kena kekal contohnya.
Kalau satu pokok ditebang, diganti dengan ditanam dengan pokok yang lain supaya kita kekal fizikal dia. Itu maksud saya.
Saya tahu jawapannya duduk dekat negeri tapi bagi pihak federal saya belum berpuas hati dengan jawapan yang 10 tahun saya dengar benda yang sama.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kapar bangun Yang Berhormat, hendak bagi Yang Berhormat Kapar.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat boleh tambah sikit.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
I think jawapan. Kejap Yang Berhormat Kapar. I think saya konsisten dengan jawapan saya kerana sebagaimana sedia maklum, kuasa masih terletak di kerajaan negeri dan seperti yang saya sebut tadi di peringkat kementerian sendiri terpaksa menggubal semula semua akta yang berkaitan. Misal seperti kawasan-kawasan yang perlu EIA melebihi 20 hektar, ada yang dibuat secara berperingkat untuk mengelakkan daripada 20 hektar dan sebagainya.
Itu semua perlukan satu, saya fikir, saya gunakan term rombakan segala akta yang sedia ada kerana kalau dulu akta itu boleh dikuatkuasakan tetapi masa berlalu, orang ramai semakin pandai, peguam semakin pandai dan sebagainya. Maka semua akta terpaksa dirombak, sama ada Akta Perhutanan. Saya, even, malah, walaupun kita ada Akta Perhutanan tapi kuasa masih di peringkat kerajaan negeri. Sama juga hendak, kecuali Akta Alam Sekitar, itu adalah senarai bersama di mana kita boleh mengenakan suatu peraturan ataupun undang-undang bagi menjamin alam sekitar.
Itu pun perlukan rombakan supaya pada masa akan datang perkara-perkara seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar tadi dapat diatasi. Saya rasa jawapan saya sama sahaja. Apa pun isu yang dibangkitkan tentang ini, itulah jawapan saya.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Seterusnya, oleh kerana Yang Berhormat Parit Sulong sudah ada, Yang Berhormat Parit Sulong membangkitkan tentang perkara-perkara penting. Saya terpaksa ulang semula iaitu tentang...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat,. Yang Berhormat Parit Sulong sudah diputuskan jawab bertulis Yang Berhormat.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Yang itu betul, ini isu lain. Isu tentang hutan paya bakau JPSM iaitu pemeliharaan kawasan hutan paya bakau di Sungai Nibong Teluk, dekat Wawasan betul. Yang Berhormat Parit Sulong ini.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Senibong ya.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Bukan, minta maaf. Sungai Nibong sampai ke Teluk Wawasan. Sungai Nibong. Sungai.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Itu peruntukan projek penanaman pokok bakaudari segi spesies yang sesuai di pesisiran pantai sebanyak RM2 juta setahun, kawasan seluas 50 hektar dapat di baik pulih setiap tahun bagi seluruh Malaysia. Bagi tahun 2017, sebanyak RM65 ribu diagihkan kepada kerajaan negeri bagi membuat tanaman empat hektar tersebut. Itu sebahagian daripada jawapanlah.
Sebenarnya juga Yang Berhormat Parit Sulong membangkitkan tentang kesesuaian pokok bakau yang sesuai dengan hakisan pantai. FRIM sedang giat membuat satu inovasi terhadap pokok bakau yang boleh bertahan dengan hakisan pantai. Itu di antara usaha yang sedang dibuat daninovatif penanaman spesies pokok bakau dan spesies pesisiran pantai di mana pengawalan ejen-ejen perosak pokok bakau juga diambil kira. Itu di antaranya.
Kemudian Yang Berhormat Lipis membangkitkan tentang pembalakan di kawasan Merapoh bersama dengan Yang Berhormat Parit Buntar tadi. Saya jawab juga perkara yang lebih kurang sama seperti yang dijawab oleh perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parti Buntar sebentar tadi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lipis bangun Yang Berhormat.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya bangkitkan soal tadi kenapa pihak kita, kementerian, tidak, saya rasa laporan telah banyak dibuat tentang Merapoh tersebut sebab dia sudah makan masa melebihi dua bulan dan saya sebutkan tadi memang di bawah kuasa kerajaan negeri dan juga tanah milik tetapi melibatkan 664 hektar tanah tersebut. Itu di bawah bidang kuasa kementerian. Maka kenapa pihak kementerian tidak terus pergi meneliti di atas laporan-laporan yang dibuat sama ada daripada penduduk sendiri, sama ada daripada Ketua Kampung, sama ada daripada wakil rakyat dan orang ramai.
Maknanya tindakan kita sangat lambat di atas kuasa yang kita ada supaya dapat kita menyekat perkara yang kita nyatakan tadi.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Saya ada jawapan, saya ada jawapan di sini.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Parit Buntar bangun Yang Berhormat.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Kejap, saya jawab kejap.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Pengerusi. Saya hendak tambah sikit sahaja. Yang sama, isu yang sama. Menyokong Yang Berhormat Lipis.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Menteri, saya rasa isu ini sudah dibawa bukan sekali, laporan- laporan berita, tindakan “Save Merapoh” yang worldwide semua orang sudah tahu pencerobohan ini. Ini menyebabkan Gua Hari Malaysia yang menyebabkan kedatangan pengunjung semakin berkurangan di atas faktor pencerobohan tadi. Saya bersama dengan Yang Berhormat Lipis. Dalam hal ini pun saya ingin bertanya, kenapa tidak ada satu tindakan yang pantas. Sekurang-kurangnya menyekat dahulu semua pencerobohan ini dan mengambil tindakan kepada pihak yang telah menceroboh, baru kita cakap macam mana kita hendak reserve. Ini tindakan apa pun tidak ada oleh kementerian, saya itu yang hendak disampaikan oleh Yang Berhormat Lipis dan saya menyokongnya.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Tuan Pengerusi, saya memahami isu ini dan keprihatinan Ahli Yang Berhormat saya yakin Ahli Yang Berhormat pun sudah ada jawapannya sendiri. Sudah tentulah di peringkat ibu pejabat JPSM tidak boleh mengambil apa-apa tindakan kerana pegawai-pegawai penguat kuasa bukan di bawah ibu pejabat, ia di bawah negeri masing-masing. Itu satu dari segi penguatkuasaan.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuantan bangun, Yang Berhormat.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Sekejap, sekejap. Kemudian daripada semakan yang telah dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, mendapati memang terdapat kerja-kerja penebangan pokok dan penolakan jalan di kawasan pekan Merapoh, itu kita tidak nafikan.
Penebangan pokok dan penolakan jalan ini adalah bagi kerja-kerja pembinaan jalan menuju di kawasan tanah milik Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang. Balik kepada kerajaan negeri. Seterusnya penolakan itu berlaku, maknanya masih juga di peringkat kerajaan negeri yang sedia maklum Kerajaan Pusat tidak ada kuasa untuk menghalangnya apatah lagi untuk menguatkuasakan. Itulah jawapan yang saya boleh beri di Dewan yang mulia ini.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa
Akan tetapi Tuan Pengerusi, yang ini na****t****ional interest, khazanah warisan. Bagaimana Yang Berhormat Menteri boleh menjawab dengan mudah, kata ini state punya isu. Ini khazanah warisan dunia yang kita kena pertahan sepatutnya ada satu tindakan daripada nasional. Bagaimana Kementerian Pelancongan boleh main peranan untuk menggazetkan ia sebagai satu kawasan pelancongan dunia. Akan tetapi tidak ada apa-apa pun daripada tindakan yang kita kata hendak menjaga dan memelihara hanya sekadar kata ini negeri. Saya tidak berpuas hati Tuan Pengerusi dengan jawapan Yang Berhormat Menteri yang cuba hendak lepas tangan begitu sahaja.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Tuan Pengerusi, saya pun memang tidak puas hati. Ini sebab saya hairan kenapa Jabatan Alam Sekitar, JMG ini saya rasa jabatan yang di bawah kementerian bukan di bawah kuasa negeri. Kalau tanah betul di bawah kuasa negeri, tetapi kalau Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memainkan peranan, saya setuju untuk memberhentikan dahulu kemudian kita cuba buat siasatan sebab tanah ini luas, 664 hektar tidak silap saya. Kalau kali dengan 2.48 ertinya hampir 1,500 ekar.
Maknanya saya pun kalau tidak dapat fakta sebenar, kalau boleh bagi jawapan yang sebenar kemudian pun tidak mengapa sebab ini di bawah bidang kuasa kita sebenarnya, Federal. Pegawai-pegawai tolong semaklah tengok macam mana kuasa itu.
Saya pertikaikan sekarang ini melanggar keluasannya itu, kalau tidak silap saya 100 ekar sahaja yang boleh diterokai terus. Akan tetapi melebihi sampai 1,500 ekar sebab saya mempertahankan ini, ini sudah dalam peta dunia, Tuan Pengerusi. Kawasan ini dalam peta dunia, yang memang pelancong berpuluh buah negara sudah sampai ke sana, sudah pastilah dunia melihat perkara ini. Kita sebagaimana orang kampung kata, hendak kaya, kayalah tetapi jangan sampai menyusahkan kami.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Tuan Pengerusi, saya jawab begini lah.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuantan bangun.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Isu yang sama.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Sekejap, sekejap. Jabatan Perhutanan Negeri. Walaupun bunyinya Jabatan Perhutanan Negeri, bunyi dekat sama, tetapi sedia maklum bahawa gaji, perjawatan adalah di bawah kerajaan negeri, bukan di bawah Kerajaan Pusat. Sama ada perjawatan ataupun gaji. Jadi itu menjelaskan tentang kuasa seperti yang saya sebutkan tadi.
Kedua saya hendak sebut, sebab itulah antara perkara-perkara yang saya sebutkan awal tadi, di peringkat kementerian terpaksa memikirkan tentang apakah akta lain yang boleh digunakan untuk mengawal keadaan tersebut pada masa akan datang.
Apa yang telah berlaku, telah berlaku, kita tidak boleh buat apa-apa, telah berlaku. Sama ada tindakan susulan akan dibuat, perlu ada laporan polis dan sebagainya itu adalah melibatkan kepentingan awam yang saya fikir di peringkat kerajaan negeri. Perkara tersebut juga saya yakin dibincangkan di Majlis Tanah Negara.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuantan dan Yang Berhormat Pasir Puteh bangun Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Boleh mencelah sedikit?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, okey.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Pengalaman kita dalam hal ini di Kelantan kita menghadapi masalah yang sama dan saya percaya yang datang ke Merapoh membuka hutan ini juga orang Kelantan. Ini kerana kebiasaan orang Kelantan ini suka kepada tanah dan mereka akan masuk ke hutan untuk buka tanah dan seterusnya meminta tanah itu kepada kerajaan negeri. Apa yang pentingnya masalah kerajaan negeri dan penguat kuasa yang ada pada kerajaan negeri, apa yang mereka buat.
Kita bimbang takut ada juga di sana itu masalah kurang integrasi yang menyebabkan perkara ini dapat berlaku di depan mata mereka, tetapi tiada tindakan yang dilakukan. Jadi di sini saya rasa pihak Jabatan Alam Sekitar ini juga dan pihak Persekutuan boleh memainkan peranan untuk memastikan bahawa benda ini tidak berlaku. Itu pengalaman kita di Kelantan. Cadangan untuk Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Kuantan.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan apabila isu bauksit dulu. Mula- mula dia ada minimum acreage untuk EIA. Akan tetapi apabila berlaku environmental disaster dalam kes bauksit, Yang Berhormat Menteri membuat keputusan untuk mengeluarkan satu perintah kualiti alam sekitar iaitu tidak ada minimum acreage untuk EIA.
Dalam hal pembalakan ini, kita masih menggunakan Perintah Kualiti Alam Sekitar tahun 2015, betul Yang Berhormat ya. Kita masih menggunakan Perintah Kualiti Alam Sekitar 2015 dan tidak ada pindaan, tidak ada perintah yang baru berkenaan dengan pembalakan. Saya kira kita perlu buat perkara yang sama berkenaan dengan pembalakan. Sama macam telah dibuat kepada perlombongan bauksit dahulu, perlu ada satu Perintah Kualiti Alam Sekitar yang baru berkenaan dengan EIA berkaitan dengan pembalakan sebab kita tengok terlalu berleluasa dan terlalu banyak pencerobohan hutan.
Kalau kita tengok dari segi gondolnya, memang gondol sangat. Akan tetapi seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri kata, it’s done, it’s past, sudah lepas.
Walaupun pada tahun 2013 saya ingat Exco Kerajaan Negeri Pahang mengatakan hendak gazet kawasan itu untuk menjadi hutan negara. Jadi sekarang ini kita perlu buat sesuatu.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Mungkin apa yang berlaku, kita tahu sangat banyak kali berlaku, mereka luluskan kawasan yang just below the mark untuk EIA. Kalau EIA itu 100 hektar, dia buat 99 hektar dan luluskan tanpa EIA. Akan tetapi bila kita gabungkan, dia jadi macam jigsaw puzzle jadi kawasan itu menjadi luas. Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya kira kita kena buat perkara yang sama macam kita buat perlombongan dahulu. Terima kasih.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Terima kasih Yang Berhormat sekalian.
Saya ambil nota atas cadangan tersebut. Seterusnya Yang Berhormat Pasir Gudang tentang mengawal kerosakan pokok bakau. Saya sebut di sini ialah tebangan pokok bakau dalam hutan simpanan kekal akan diganti dengan tanaman semula dan kawasan berkenaan boleh diambil kayu bakau semula dalam tempoh 10 hingga 15 tahun. Bagi kawasan berstatus tanah kerajaan dan tanah milik lazimnya penebangan pokok bakau adalah untuk projek pembangunan dan adalah di luar kawalan Jabatan Perhutanan.
Kemudian Yang Berhormat Parit Sulong juga ada menyebut tentang kera. Saya sebut di sini adalah di antara langkah-langkah bagi mengatasinya ialah: pertama, menambah bilangan perangkap kera di seluruh Semenanjung Malaysia; akan menjalankan operasi tangkapan kera dengan kerjasama komuniti; dan kita mengalu- alukan kerjasama daripada Ahli-ahli Yang Berhormat; dan ketiga, meningkatkan program kesedaran awam untuk tidak memberi makan kepada kera.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Empat, mengembangkan operasi tangkapan kera secara kontrak kepada syarikat swasta yang berdaftar. Saya sebut di sini iaitu kera dia tidak makan pil perancang. Kalau kita beri, dia tidak makan.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Kalau kita mandulkan mereka pun, mereka tetap mengacau ganggu kerana jumlah populasi kera yang luar biasa di dalam- saya ingat Yang Berhormat Kapar pun suka kera juga.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, macam kalau dekat Kuala Selangor pun ada satu kawasan memang famous untuk kera dan sebagainya. Akan tetapi Yang Berhormat, saya berpandangan begini, apabila kita kacau tempat habitat dia, memanglah dia kacau tempat Yang Berhormat Parit Sulong sampai rumah dia pun kena kacau. So, saya minta kementerian juga memperhalus kawasan-kawasan tempat-tempat habitat mereka tidak perlu diganggu sebab mereka ganggu kita kerana kita ganggu tempat dia. Pandangan Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Betullah jawapan itu.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Betullah sebab kita kacau kawasan dia.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Saya sebenarnya tidak terlepas daripada itu juga sebenarnya. Ada yang mengatakan bahawa kera ini diambil daripada tempat lain dibuang ke Kuala Lipis. Ada juga kata macam itu. Akan tetapi saya setuju juga dengan macam Yang Berhormat Kapar kata, kita pergi kacau rumah dia, dia kacaulah rumah kita. Maksudnya kita sudah tebang balak banyak, maka dia pula datang ke rumah kitalah.
Akan tetapi isunya saya tanya tadi, betul atau tidak ada diambil daripada tempat lain dibuang ke tempat lain. Banyak sangat di Lipis ini. Rumah saya pun dia masuk Yang Berhormat Kapar. Nasib baik tidak berus gigi sahaja, gigi dia. Lain diselongkar semua.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Yang Berhormat Timbalan Menteri pasal monyet. Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja monyet. Saya ada kawasan hutan ditebang jauh tetapi kawasan kampung di Ser Besar banyak pula monyet.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Saya ingat satu sebab tempat itu sesuai untuk pembiakan dia, bukan masalah kita kacau dia sangat. Kawasan saya banyak hutan pun tidak kacau pun, dia datang juga tetapi bila diletak sangkar banyak pun, populasinya bertambah juga. Jadi mungkin persekitaran- jadi saya tengok apakah perancangan dia supaya kita sama ada buang ataupun mandulkan?
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Tidak, saya sebut- kami sudah berbincang dengan pihak pakar yang ada di kementerian ini. Monyet tidak makan pil perancang. Kalau kita mandulkan pun, monyet-monyet ini oleh sebab populasinya banyak, tidak berupaya untuk kita halang mereka daripada mengacau ganggu. So, jawapan yang saya hendak jawab dalam sini agak brutal. Masuk perangkap...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Ini Beluran ada monyet?
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Dahulu betullah...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Beluran tiada monyet?
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Dahulu ada yang beralih ke tempat lain, itu betullah seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Lipis.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Gajah pun ada Yang Berhormat.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Kemungkinan besar dia masuk perangkap, dialih tempat lain. Akan tetapi yang saya hendak sebut lebih brutal di sini ialah masuk perangkap dan kita tidurkan dia.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Buat selama-lamanya. Ini kerana tidak ada pilihan apabila spesies tersebut mengacau ganggu penduduk.
Kemudian Yang Berhormat Kapar bertanya tentang keseriusan ancaman kepupusan hidupan liar. Memang serius. Saya sebut di sini umpamanya kita telah tidak ada lagi Badak Jawa, Badak Sumatera tiga ekor, tinggal dua ekor dan ada empat spesies dinilai sebagai kritikal atau endangered, termasuklah Harimau Malaya, tenggiling dan banteng.
Sebanyak 12 spesies dinilai sebagai endangered, sementara 14 spesies dinilai sebagai vulnerable. Maknanya ini betul, kita mengakui bahawa spesies hidupan liar ini berada dalam situasi yang kritikal, khususnya bagi spesies tertentu seperti yang saya sebutkan tadi. Tindakan kita ialah dua perkara.
Pertamanya, kita terpaksa seboleh-bolehnya membiakkan mereka jika kita mampu dan untuk jangka masa panjang, saya dimaklumkan oleh pihak jabatan PERHILITAN, kita sedang berusah untuk menyimpan genetic bank bagi spesies tertentu supaya sekiranya pada masa akan datang pupus ataupun critically endangered, kita boleh biakkan dengan cara yang lebih advanced pada masa akan datang, dengan izin.
Seterusnya Yang Berhormat Kota Tinggi- ini projek gajah. Saya suka sebut oleh sebab saya orang Johor, saya suka sebut ada ramai bertanya tentang projek sanctuary gajah di Johor. Projek ini telah dijalankan bermula 20 April 2017- mana?
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Kawasan Parlimen Tenggara.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Termasuk kawasan Parlimen Tenggara.
Projek ini terdiri daripada dua fasa iaitu berjumlah RM15 juta. Fasa satu lebih kurang RM9 juta, pembinaan infrastruktur dan lain-lain. Fasa dua, lebih kurang RM5 juta, dan dijangka bermula pada Rolling Plan Keempat 2019 yang terdiri daripada skop pembinaan, padang ragut, jerut dan sebagainya. Maknanya ada projek tersebut untuk makluman Yang Berhormat Tenggara dan Yang Berhormat Kota Tinggi...
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Dalam Parlimen Tenggara.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Dalam Parlimen Tenggara. Ini kenapa ini, garang pasal apa ini?
Yang Berhormat Parit Buntar membangkitkan tentang beberapa kejadian, mengurangkan kes kepupusan haiwan liar akibat daripada kemalangan jalan raya dan sebagainya. Selain daripada langkah-langkah yang telah pun dibuat termasuklah membina lintasan hidupan liar yang dikenali sebagai animal viaduct dan sebagainya, termasuklah memasang lapan papan tanda besar dan sebagainya.
Saya hendak sebutkan di sini begini iaitu Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah pun membuat satu peraturan dan telah pun diterima baik oleh kerajaan iaitu semua selepas ini, semua sekali projek-projek besar terutamanya projek yang melibatkan kecacatan ke atas keluasan hutan ataupun projek yang melibatkan jajaran jalan termasuk high-speed rail kereta api, termasuklah ECRL, kereta api pantai timur, mestilah dirujuk kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi tujuan kelulusan kerana ada dua perkara.
Seboleh-bolehnya kementerian akan meminta pihak pemaju supaya tidak ataupun sekurang-kurangnya mengurangkan lintasan yang dikenal pasti sebagai kawasan lintasan ataupun laluan ataupun penuh dengan habitat-habitat hidupan liar dan seboleh-bolehnya kalau perlu dibina viaduct awal, dibina viaduct awal. Sekiranya melibatkan membina terowong, membina terowong ataupun, dengan izin, worst case, kawasan yang terlibat digantikan dengan kawasan lain yang berhampiran. Kawasan hutan yang terlibat diganti dengan kawasan hutan lain yang terlibat. Ini pendekatan baru yang dikenakan, yang diminta oleh pihak kementerian.
Kos tersebut tidak melibatkan kos kerajaan, tidak melibatkan bajet kerajaan tetapi akan dimasukkan dalam kos projek tersebut. Kalau projek tersebut kosnya RM10 bilion, mungkin terpaksa ditambah setengah bilion bagi tujuan tersebut. Kalau setengah bilion berbanding dengan RM10 bilion, masih lagi memadai berbanding kerajaan terpaksa membiayai kos kemudian seperti yang kita lakukan pada hari ini. Itu jawapan daripada kementerian.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kapar bangun.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Tentang konservasi tadi, haiwan yang pupus dan sebagainya. Saya minta Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri dan jabatan di bawah Menteri juga menggunakan kaedah- kaedah baru untuk mengenal pasti lokasi-lokasi haiwan-haiwan ini. Sebagai contoh di luar negara, mereka ada GPS wildlife tracking, satellite system di mana hutan-hutan ini boleh kenal pasti haiwan-haiwan dan sebagainya. Ada tidak bajet tahun depan akan digunakan untuk kaedah-kaedah seperti ini termasuk bioteknologi, juga ada kaedah- kaedah di luar negara. Ada tidak benda-benda seperti ini akan diperhalusi oleh kementerian? Terima kasih.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Terima kasih Yang Berhormat Kapar.
Saya ambil catatan dan itulah di antara sebahagian yang sedang kita rancang.
Tentang panda Nuan Nuan telah selamat sampai di Chengdu. Itu adalah satu kejayaan Malaysia, walaupun setengah pihak menafikannya. Cuma ada satu berita yang suka saya sampaikan di sini, cerita ini daripada Ketua Pengarah PERHILITAN. Pihak China di Chengdu terperanjat kerana Nuan Nuan tersebut disangka ibu kepada Nuan Nuan kerana badannya besar, sebesar badan ibu dia yang dulu dibawa daripada China.
Maknanya, kita berjayalah, mating natural, beranak natural, diberikan makanan yang sesuai dan sebagainya. Akhirnya, dalam berusia dua tahun tetapi badannya seperti bersaiz ibunya. Pihak Chengdu terperanjat menerima makluman tersebut. Selamat sampai, sekarang sihat walafiat. Sudah tentulah hubungan, objektif tersebut adalah untuk hubungan dua hala, panda diplomasi antara Malaysia dan Republik Rakyat China lebih erat dan semakin banyak pelaburan yang akan masuk ke Malaysia kerana hubungan baik tersebut.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Pada masa yang sama juga, saya ingin sebutkan di sini iaitu oleh sebab segalanya berjalan dengan lancar, oleh sebab Nuan Nuan ataupun anak panda tersebut lahir dengan natural, oleh sebab kedua-dua pasangan tersebut dalam keadaan yang sihat, sempurna, sudah tentulah mereka mengenal kita sebagai negara yang mahir dalam menguasai sains dan teknologi. Sudah tentulah saya yakin pihak pelabur mengambil kira tentang kepakaran sains dan teknologi dalam semua bidang yang kita ada di negara kita.
Isu perlombongan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lipis. Ini adalah aktiviti perlombongan emas dan juga bijih besi di Sungai Temau, Lipis. Kalau Yang Berhormat Lipis setuju dengan saya, saya jawab secara bertulis, boleh? Hendak dengar jawapan? Okey, terdapat dua lombong yang sah diluluskan di kawasan Sungai Temau.
Walau bagaimanapun, hanya satu lombong yang aktif beroperasi di kawasan Sungai Temau. Aduan telah diterima dan GMG sedang memantau rapi aktiviti lombong tersebut bersama-sama jabatan-jabatan lain yang berkaitan, JAS dan sebagainya. Itu yang saya jawab di sini, yang selebihnya secara bertulis.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Yang Berhormat Menteri,
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Ya? Tidak puas hati juga?
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Saya kalau mengikut jawapan Yang Berhormat Menteri, hanya ada satu lombong beroperasi. Maknanya, yang beroperasi tanpa lesen ini banyak berlaku. Oleh sebab itu, keadaan jadi sedemikian rupa sebab tidak terkawal. Ini yang saya katakan di mana penguatkuasaan kita termasuk GMG, JAS mungkin. Maka, sebab itu saya minta Yang Berhormat Menteri jawab, apa yang saya hendak tunjukkan, ini yang saya terima pagi tadi, mesej.
Di dalam loji air, gambarnya lebih pekat daripada teh tarik kita di kafe kita.
Kemudian, keadaan sungai yang menyebabkan tiga, empat hari air penduduk kampung tidak boleh digunakan. Oleh sebab itu saya kata, di mana letaknya peranan penguatkuasaan sama ada JAS, GMG sebagainya? Kalau betul haram, kita pastikan lah tidak beroperasi.
Akan tetapi kalau yang ada lesen, kita pasti lah ia mengikut apa kehendak kita.
Di sini merupakan tempat perlombongan besar dan lebih sangsinya, ia tidak benarkan kita masuk hendak tengok. Ia kata apa autoriti kita? Autoriti hanya boleh GMG, Jabatan Alam Sekitar, PTG, mungkin polis, mungkin tentera.
Jadi, ini sebab kita akan penguatkuasaan. Penduduk sini boleh dikatakan setiap seminggu, dua minggu sekali berlaku pencemaran air sungai ini. Ini yang saya kata, di mana peranan kita? Maknanya, macam Yang Berhormat Menteri kata tadi lah, kalau cakap kasar ini, kita takut sebut ‘masyuk’, itu yang kita takutnya. Jadi, yang orang salahkan Wakil Rakyat juga, Wakil Rakyat tidak pergi tengok, Wakil Rakyat tidak itu, sampah kotor pun Wakil Rakyat, lalang tinggi pun Wakil Rakyat, semua Wakil Rakyat salah. Jadi, saya hendak tahu peranan yang dimainkan, berapa kali lawatan dan sebagainya. Minta maaf Tuan Pengerusi.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Oleh sebab pegawai-pegawai daripada GMG telah mendengar ucapan Yang Berhormat, saya menggunakan Dewan ini untuk mengarahkan mereka mengambil tindakan dan melaporkan terus kepada Yang Berhormat.
Kemudian, Yang Berhormat Pasir Gudang juga menyebut tentang perhutanan semula kawasan terosot tanah bekas lombong. Dalam isu ini, sebenarnya pihak FRIM berjaya menghutankan semula kawasan bermasalah dengan penanaman pelbagai spesies hutan yang bersesuaian. Contoh, bekas tanah lombong biji timah di Bidor, Perak seluas 120 hektar berjaya dipulihkan dengan penanaman spesies seperti tamat nipis, merawan siput dan lain-lain. Ini di antara yang boleh juga diamalkan, di aplikasikan di kawasan-kawasan lombong lain.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Yang Berhormat Kuantan menyebut tentang- membangkitkan tentang pembukaan kawasan di Bukit Sekilau. Untuk makluman, kawasan pembangunan di Bukit Sekilau itu adalah berstatus tanah milik yang berkeluasan 6.652 ekar dan kawasan ini akan dibangunkan sebagai kawasan perumahan. Ini untuk rekod Yang Berhormat Kuantan. Kemudian...
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Menteri, boleh tanya berkenaan dengan detail EIA? Oleh sebab Exco kerajaan negeri kata tidak pasti sama ada, ada EIA dilakukan
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Oleh sebab keluasan ia di bawah, kalau ikut catatan sini 6.52 ekar, makna tidak perlu EIA.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Akan tetapi maksudnya, they can get away with it lah? Ia sekarang ini penduduk sudah risau, lepas itu kerajaan negeri pun macam tidak tahu, seolah-olah macam apa yang sedang berlaku?
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Oleh sebab kita berasaskan dengan undang-undang, mungkin lebih elok kalau aduan itu boleh dibuat terus kepada pihak kerajaan negeri. Seterusnya, Yang Berhormat Parit Sulong tentang pemetaan utiliti.
JUPEM di bawah kementerian yang mengetuai Jawatankuasa Pemetaan dan Data Spatial Negara yang ahlinya daripada pelbagai agensi kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pemetaan Utiliti. Pengerusi jawatankuasa ini adalah menyelaraskan polisi dan kerjasama antara pihak yang terlibat seperti TNB, Telekom Malaysia, Indah Water, Konsortium dan lain-lain.
Oleh demikian, mekanisme usaha sama NRE dan agensi lain memang wujud melalui jawatankuasa tersebut. Yang Berhormat Parit Sulong juga menyebut tentang pemetaan utiliti di kawasan Parit Sulong. Saya rasa, saya fikir pendekatan ini juga sama.
Details akan saya bagi jawapan bertulis.
Saya masuk isu Jabatan Perairan. Saya cuba jawab mana yang boleh dulu, yang lain mungkin saya akan jawab bertulis. Pertamanya, perkara yang dibangkit oleh Yang Berhormat Parit Sulong iaitu bagi Projek Parit U Konkrit, Peserai ke Semerah.
Peruntukan ini adalah di bawah peruntukan EPU. JPS hanyalah sebagai pelaksana, bukan di bawah peruntukan atau bajet JPS atau Kementerian NRE dan tender telah pun panggil. Validity period mungkin akan tamat dan kami menunggu peruntukan tersebut daripada EPU. Sekiranya peruntukan sampai, kita akan laksanakan.
Yang Berhormat Lipis, membangkitkan tentang projek tebatan banjir berserta kos yang telah dilaksanakan di kawasan Lipis. Sukacita saya sebutkan iaitu NRE melalui JPS telah membuat permohonan dalam rolling plan ketiga bagi Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Jelai Fasa 1 Daerah Lipis, Pahang Darul Makmur.
Kos yang dipohon adalah sebanyak RM45 juta. Tahun 2018, sebanyak RM200 ribu untuk kerja-kerja awalan, terutamanya survey dan design. Tentang penambakan...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri. Sedikit boleh?
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Tentang penambakan-penambakan...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Bagan Serai. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tambah sedikitlah.
Pertama saya hendak ucapkan terima kasih dan tahniah kepada kementerian kerana RTB yang telah dijalankan di daerah Kerian ataupun di Parlimen Bagan Serai, saya kira berjayalah. Sudah banyak sangat kurang banjir walaupun ada lagi sikit-sikit.
Sebab apa, sekarang ini contohnya baru-baru ini hujan berterusan. Pulau Pinang banjir, Kedah banjir dan merata banjir tetapi di Parlimen Bagan Serai tidak banjir. Air yang naik itu di Sungai Kurau dan Sungai Kerian tidak melepasi tebing kerana ada ban yang baik.
Walau bagaimanapun ada sedikit setengah-setengah tempat yang airnya takungan tidak dapat keluar. Sebab utamanya adalah kerana kawasan ini adalah lebih rendah dari paras laut.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Jadi, di Daerah Kerian telah memohon untuk mewujudkan pam kekal yang berkapasiti tinggi yang hendak ditempatkan di kawasan Sungai Beriah. Permohonan ini telah dibuat pada Jun 2016 dan masih tidak ada apa-apa. Ini kerana kehadiran pam ini akan mengeluarkan air yang takung di kawasan padi dan sebagainya. Akhirnya, hasil padi akan jadi lebih baik, pendapatan rakyat akan jadi lebih baik dan kawasan tadahan itu akan jadi lebih baik. Jadi, kita mohonlah. Terima kasih.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya ambil catatan dan bersetujulah dengan cadangan tersebut. Kemudian, saya hendak ulang semula Yang Berhormat Kuala Nerus. Jawapan semasa lisan mungkin tidak berapa terang ataupun tidak difahami.
Sebenarnya, bagi Pantai Mengabang Telipot di Kuala Nerus yang kita buat ialah struktur lapis lindung batu berserta dengan tambakan pasir. Saya tempoh hari tidak sebut kesan daripada mengapa hakisan pantai berlaku. Tadi, Yang Berhormat sebut tentang pembinaan landasan kapal terbang. Itu adalah projek yang telah berjalan satu ketika dahulu. Daripada kajian tidak dinafikan bahawa magnitud ombak berubah menyebabkan arus mengarah ke utara dan sepanjang pantai daripada landasan kapal terbang sampailah ke Batu Rakit akan terjejas.
Walau bagaimanapun, kekuatan arus tersebut bukanlah sama daripada Selatan hingga ke Utara. Maka, sebab itulah di peringkat Selatan lebih kepada rock development ataupun struktur lapis lindung batu yang ditambak dengan pasir dan seterusnya ke utara sehinggalah ke Batu Rakit. Di mana Batu Rakit itu kawasan pantai yang stable.
Dijangkakan tidak ada kesan kepada arus laut yang boleh menyebabkan hakisan pantai.
Saya telah sebutkan di sini iaitu kita buat juga, penambakan pasir yang dijangkakan akan berterusan sampai ke Batu Rakit sepanjang enam kilometer dan peruntukan telah lulus di bawah RP3, RM90 juta.
Maknanya, kebimbangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus kita sedia maklum dengan sebab itulah peruntukan tersebut diluluskan bagi meneruskan penambakan pasir dan lain-lain berkaitan sehinggalah ke Batu Rakit. Di mana di situ kawasan yang stable dan dijangkakan arus yang lemah tidak berterusan sampai selebih daripada itu.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jawapan itu saya sangat hargai. Cuma, sekadar untuk rekod.
Saya ini memang tiap-tiap minggu rutin saya adalah berjalan di sepanjang pantai daripada kampung saya Seberang Takir sampai ke Batu Rakit. Makan nasi dekat situ kemudian cari ikan, tengok ikan celup tepung, orang Terengganu panggil.
Jadi, saya boleh perhatikan bagaimana keadaan hakisan pantai berlaku setiap minggu. Bila saya bercakap minggu lepas hari Jumaat semalam baru ini saya balik lagi tengok dan ambil gambar lagi. Terakhir dia Mengabang Telipot yang kita sudah letak batu, yang kementerian letak batu itu, telah menyebabkan hakisan sangat teruk di hadapan sedikit sahaja hanya sekitar dalam 30 meter. Memang perbezaan sangat ketara.
Jadi, kalau memang kerajaan berhasrat, kementerian memang telah merancang untuk membuat tambakan pasir di situ saya sangat mengalu-alukan. Maka, bagi saya hanya akan tunggu ia dapat dilaksanakan. Cuma hendak tahu bila tarikh mula selepas dipasang lapis dengan batu itu? Bila akan bermula pasang tambakan pasir? Ini kerana orang kampung sangat bimbang di situ tempat di mana sedang giat program petang-petang orang makan ikan celup tepung. Jadi, kalau berterusan akan ada tiga empat buah kedai yang akan hilang oleh sebab hakisan ombak itu Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Okey, bagi saya cakap, saya jawab bersekalilah ya. Bagi Mengabang Telipot seperti kawasan yang disebutkan tadi. Bagi pantai sejauh satu kilometer, kerja bermula 19 Mei 2017 penambakan pasir dan juga rock revetment dan selepas itu sejauh lebih kurang satu kilometer- selepas itu ke utara.
Tender Disember 2017 dengan anggaran kos bernilai RM10 juta. Ini selain daripada RP3, RM90 juta enam kilometer seperti yang saya sebutkan tadi. Maknanya, sudah ada dalam projek untuk dilaksanakan.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri panjang lagi Yang Berhormat Menteri?
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Ya?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Panjang lagi?
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Tinggal- oleh sebab terlalu banyak isu yang dibangkitkan, saya mohon izin pada Tuan Pengerusi untuk saya jawab secara bertulis.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya. Boleh Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Menteri jawab sedikitlah fasal pasir itu.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Mana?
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Pasir, pasir...
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Pasir?
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Eksport pasir.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Saya jawab bertulislah ya?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Saya rasa isu itu telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri dalam sesi soal jawab Yang Berhormat ya.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Ya. Betul.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat Menteri pesisiran pantai tadi?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Akan dijawab secara bertulis Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,082,798,900 untuk Maksud B.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,082,798,900 untuk Maksud B.23 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,444,435,400 untuk Maksud P.23 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2018 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,444,435,400 untuk Maksud P.23 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2018] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 22 November 2017.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.58 malam]