Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Datuk Raime Unggi [Tenom] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, jumlah pengguna aplikasi WhatsApp, Facebook, Youtube, WeChat, Instagram dan Twitter di Malaysia bagi tahun 2008 hingga tahun 2017.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Seri Jailani bin Johari
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Salam sejahtera dan salam Negaraku, sehati sejiwa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tenom yang menanyakan soalan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kerajaan telah menjalankan kajian seawal tahun 2006 bagi meningkatkan kadar liputan perkhidmatan jalur lebar di Malaysia. Pada tahun 2010, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan dengan sasaran capaian perkhidmatan jalur lebar sebanyak 50 peratus. Kini, kadar penebusan jalur lebar bagi 100 isi rumah di Malaysia telah mencapai sebanyak 81.8 peratus.
Menurut laporan tahun 2017 yang dikeluarkan oleh Reuters, peningkatan penembusan jalur lebar menjadi antara faktor yang menggalakkan penggunaan media sosial di kalangan pengguna internet di Malaysia. Antara aplikasi media sosial dan aplikasi pesanan yang digunakan ialah Facebook sebanyak 58 peratus, WhatsApp sebanyak 51 peratus, YouTube sebanyak 26 peratus, WeChat sebanyak 13 peratus dan Instagram sebanyak 13 peratus.
Dalam masa yang sama, pihak SKMM turut menjalankan kajian pengguna internet 2017 bagi menilai tahap kepenggunaan media sosial di Malaysia. Berdasarkan kajian tersebut, pengguna internet di Malaysia meningkat pada 24.5 juta pada tahun 2016 berbanding 24.1 juta pada tahun 2015. Manakala daripada jumlah pengguna internet sebanyak 24.5 juta pada 2016, sebanyak 89.3 peratus daripadanya turut sama melayari media sosial. Jumlah ini melibatkan peningkatan sebanyak 9.3 peratus daripada jumlah pengguna internet yang melayari media sosial pada tahun 2015.
Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, saya suka kongsi jumlah pemilik akaun media sosial berdasarkan jenama terpilih bagi tahun 2015 dan 2016.
Antaranya Facebook. Anggaran jumlah pemilik akaun pada tahun 2015 ialah 18.6 juta meningkat kepada 21.3 juta, meningkat sebanyak 14.5 peratus. Instagram 9.9 peratus meningkat kepada 12.3 peratus, meningkat 36.4 peratus. YouTube 8.1 peratus meningkat kepada 9.9 peratus, meningkat sebanyak 22.3 peratus. WeChat 11.6 peratus menurun pada 9.6 peratus. Twitter 5.1 meningkat kepada 5.8 peratus. Dan ada beberapa lagi. Itu antara Google, LinkedIn, Timeline dan Tumblr. Akhir sekali saya ingin berpesanlah kepada para pelayar internet di Malaysia agar jangan menjadikan media sosial sebagai weaponizing information, dengan izin. Terima kasih.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang telah dikemukakan.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, kita melihat bahawa media sosial ini adalah antara rangkaian di mana kita dapat berhubung, dapat berniaga dan macam-macam lagi dengan ada media sosial pada hari ini. Dan juga tidak dinafikan bahawa apabila media sosial ini bermain di kehidupan masyarakat kita hari ini, terdapat juga beberapa perkara yang perlu dilihat oleh pihak kementerian. Di mana tentang kebocoran-kebocoran data peribadi ini, Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian apakah tindakan-tindakan yang diambil bagi memastikan data-data peribadi pengguna ini, pengguna internet, pengguna laman-laman sosial ini Tuan Yang di-Pertua, dapat dilindungi daripada dijual ataupun dibocor ataupun digodam oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian juga jika ada berlakunya penyalahgunaan data-data peribadi ini. Setakat ini berapakah tindakan yang telah diambil kepada pihak-pihak tertentu yang menyalahgunakan data-data peribadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Jailani bin Johari
Terima kasih Yang Berhormat Tenom yang bertanyakan soalan. Untuk makluman ahli Yang Berhormat, seingat saya baru ini pun saya ada maklumkan perkara ini. Sebenarnya pihak kementerian ataupun pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif berkaitan dengan memastikan para pengguna di luar sana daripada permasalahan berkaitan kebocoran data peribadi. Dan kalau kita dapat lihat bukan hanya di Malaysia tapi di peringkat luar negara seperti Google dan sebagainya telah melabur pelbagai peruntukan bagi memastikan perkara ini tidak akan terjejas. Dan di pihak kita melalui agensi yang dinamakan Jabatan Perlindungan Data Peribadi, kita ada mempunyai akta yang tertentu.
Dato’ Seri Jailani bin Johari
Di sini suka saya ingin menekankan juga bahawa bukan hanya akta yang boleh membantu dari segi aspek penguatkuasaan dan sebagainya tetapi yang penting ialah dari segi aspek kawalan kendiri. Di sinilah yang saya cuba tekankan bahawa sebagai pengguna, kita seharusnyalah memastikan seboleh-bolehnya jangan kita berkongsi maklumat ataupun memasukkan apa sahaja maklumat mengenai kita di dalam website ataupun sosial media yang kita empunya.
Sebagai contoh, ingin saya nyatakan bahawa sebagai pengguna ataupun data subjek, apabila kita nyatakan di dalam Akta Perlindungan Data Peribadi bahawa sebaik- baiknya, kalau boleh sekurang-kurangnya tiga bulan sekali kita tukar kata laluan kita dan kalau boleh, kita gunakan alphanumeric number dan kita pun jangan sewenang- wenangnya memaut mana-mana pautan yang kita rasakan tidak sesuai kerana ia akan memberi kesan kepada kita. Itulah yang saya tekankan tadi perkataan berkaitan dengan weaponizing information, untuk makluman Ahli Yang Berhormat.
Ini perkara yang amat penting tetapi di pihak kita, walaupun sedemikian, kita masih mengadakan satu kerjasama yang dipanggil pendekatan berbilang serampang di antara agensi-agensi berkaitan bagi memastikan gejala penularan kandungan serta berita palsu di platform dapat kita kekang. Di sini juga, di pihak kita melalui SKMM, tadi saya menyentuh berkaitan dengan TPDP.
Kita ada juga di pihak SKMM, kita mempromosi portal SEBENARNYA.my yang telah dilancarkan pada Mac tahun ini di mana setakat ini, sehingga September 2017, portal ini telah mencatatkan jumlah layaran sebanyak 12.75 juta dan kita harapkan dengan usaha ini, ia dapat membudayakan amalan menyemak maklumat ataupun, dengan izin, fact checking dan agar masyarakat lebih celik fakta dan waspada sebelum bertindak menyebarkan berita yang tidak ditentu sahkan. Terima kasih.
Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini Yang Berhormat Menteri, kita dikejutkan dengan berita yang terjadi iaitu di mana pihak bank telah tersalah letak data-data oleh penyimpan-penyimpan dan pengguna-pengguna di dalam bank berkenaan. Sehubungan dengan itu, apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak kementerian bagi memastikan perkara ini tidak berulang dan dengan jelasnya tindakan kepada pihak bank. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Dato’ Seri Jailani bin Johari
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang.
Dato’ Seri Jailani bin Johari
Sebenarnya dalam hal ini, kalau kita dapat lihat dia ada dua perkara di bawah tafsiran Akta Perlindungan Data Peribadi iaitu data subjek seperti kita, individu dan pengguna data iaitu pihak syarikat. Dalam hal ini, apa yang kita perhatikan bahawa yang hilang adalah alat tersebut. They lost in transit, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dan perkara ini telah pun dalam siasatan di mana kalau menurut peruntukan di bawah akta, setiap pengguna data haruslah memastikan tahap kesiapsiagaan penggunaan data yang ada dimiliki oleh syarikat tersebut.
Di sini, pihak bank sendiri telah mengaku bahawa mereka akan mengemas kini SOP dalaman supaya perkara ini tidak akan berlaku di masa hadapan. Di pihak kita, melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi, kita biasanya membantu dari segi proses teknikal sekiranya terdapat permintaan dalam hal ini melalui pihak PDRM dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
2. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Pendidikan menyatakan:
(a) kadar kemasukan pelajar ke institusi TVET; dan
(b) tindakan yang diambil untuk meningkatkan kadar kemasukan pelajar pelbagai bangsa ke institusi berkenaan.
Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Sebelum saya menjawab soalan, saya mengambil kesempatan ini Yang Berhormat, untuk mendoakan ayahanda Yang Berhormat have a speedy recovery. Tuan Yang di-Pertua, terdapat tujuh kementerian yang bertanggungjawab melaksanakan TVET di Malaysia iaitu Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang diselaraskan oleh Kementerian Sumber Manusia.
Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) mulai tahun 2012 bagi mengangkat martabat pendidikan vokasional sebagai aliran perdana untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam memenuhi keperluan tenaga mahir negara bagi mencapai hasrat dan aspirasi negara sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Sehingga kini, tujuh peratus daripada murid lepasan Tingkatan 3 ataupun lebih kurang 15 tahun mengikuti pendidikan vokasional di bawah institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa melaksanakan pelbagai program dan aktiviti promosi bagi meningkatkan kadar kemasukan pelajar pelbagai bangsa ke kolej vokasional dan meningkatkan keyakinan stakeholders masyarakat dan ibu bapa terhadap sistem pendidikan vokasional melalui tiga fasa promosi iaitu untuk pelajar kolej vokasional. Tiga fasa adalah seperti berikut.
Fasa proses pengambilan pelajar kolej vokasional ataupun proses outreach campaign untuk pelajar masuk ke kolej vokasional. Pelbagai cara digunakan seperti media massa, jelajah ke seluruh negara dan ke lokasi tumpuan umum seperti pasar, surau dan masjid untuk menyampaikan maklumat tentang kolej vokasional.
Fasa kedua pula ialah promosi aktiviti pelajar dalam kolej vokasional yang mereka belajar. Fasa tersebut kita mempromosikan pelajar kolej vokasional sebagai kemahiran yang diperoleh mengikut bidang kursus sehingga ke peringkat antarabangsa.
Promosi ini perlu diteruskan dan digiatkan supaya pelajar KV laku di pasaran kerja.
Promosi yang ketiga ialah apabila pelajar hendak keluar dengan kolej vokasional iaitu untuk memaklumkan kepada dia bahawa untuk mendapatkan pekerjaan yang mana pendapatannya lumayan, menjadikan usahawan muda dan melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi.
Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Kementerian Pendidikan Malaysia akan terus melaksanakan program promosi yang bertujuan menyebar luas maklumat berkaitan program kolej vokasional bagi memberi kesedaran serta mengubah persepsi masyarakat dan secara langsung meningkatkan keyakinan masyarakat terutama golongan muda iaitu lepasan PT3 terhadap program kolej vokasional. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Saya hargai doa Yang Berhormat.
Saya ingin menanyakan soalan susulan berkait dengan isu pengambilan pelajar TVET ini. Kita sedar tujuh kementerian yang mengawal selia isu berkait ataupun pengambilan pelajar TVET. Yang saya ingin tanyakan, sekarang dalam Laporan Ekonomi 2017–2018, sudah diperincikan keperluan data pangkalan pusat berkait dengan statistik buruh dan juga kemasukan pekerja asing. Maksudnya diperakui terdapat banyak sangat agensi yang mengawal selia kedua-dua bidang ini.
Persoalan saya, memandangkan Perdana Menteri sendiri mengumumkan RM4.9 bilion ke dalam tabung untuk memperkasakan pelan induk TVET tetapi kita juga sedar bahawa Menteri Sumber Manusia sendiri disiasat atas dasar penyelewengan RM42 juta peruntukan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Jadi pada saya, bila ambil kira kesudian ataupun kemahuan kerajaan untuk adakan data berpusat, bagaimanakah RM4.9 bilion ini dapat diguna pakai sepenuhnya dalam perancangan Kementerian Pendidikan supaya dapat disatukan dan bila masa bab pelaksanaan, dapat dipantau supaya tidak berlaku penyelewengan kerana RM4.9 bilion ini jumlah yang sangat besar, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Lembah Pantai atas soalan tambahan dan pada masa yang sama, seperti mana kita sedia maklum, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, Yang Amat Berhormat Pekan telah pun meluluskan sebanyak RM4.9 bilion untuk program memantapkan TVET ini melalui Pelan Tindakan TVET.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan telah pun memasukkan segala keperluan untuk memperkasakan dan menambah baikkan proses pembelajaran dan pengajaran TVET. Selain daripada promosi-promosi yang sering dilakukan, kita juga sedang memantapkan lagi institusi-institusi yang sudah ada malah kita juga dalam perancangan untuk membina sebuah kolej vokasional dalam masa yang terdekat ini.
Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Kita akan memastikan pemantauan ini dilaksanakan dengan terbaik dan Kementerian Pendidikan Malaysia ada wakil-wakil kita yang akan menduduki Jawatankuasa Induk TVET ini. Saya pasti segala perancangan dan juga bagaimana kita mempergunakan peruntukan ini akan dilaksanakan dengan cara yang terbaik dan saya pasti juga kita akan mengawasi segala proses pentadbiran kewangan untuk memastikan segala peruntukan yang diberi ini dapat dilaksanakan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa meningkatkan keperluan ini. Kita sedar ada keperluan. Kita sedar contohnya Yang Berhormat ya, pada tahun lalu sahaja, apabila kita meminta pelajar-pelajar yang memohon, jumlah mereka yang mohon untuk masuk kepada kolej pendidikan vokasional ini agak tinggi dan sehingga kita terpaksa mencari peluang-peluang.
Contoh bagi tahun 2016, permohonannya 72,000. Kapasitinya hanya 16,000 dan tahun ini pula permohonan 66,000, kapasitinya 17,000. Maka kita tahu ada keperluan dan Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengkaji segala apa yang boleh untuk memastikan untuk memberi peluang yang lebih kepada anak-anak muda kita khususnya mereka yang masih ada di sekolah menengah untuk memberi peluang. Kita pasti dengan adanya peruntukan yang telah pun diumumkan oleh Yang Berhormat Pekan dalam bajet baru-baru ini, kita dapat melaksanakan, memberi dan menawarkan tempat ini kepada lebih ramai lagi pelajar. Terima kasih, Yang Berhormat.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri saya mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana telah mengambil langkah yang tepat dalam membantu kerajaan untuk menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan negara maju dan juga aspirasi TN50. Saya melihat TVET ini di kawasan luar bandar nampaknya pelajar-pelajar tidak begitu berminat. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah strategi kementerian untuk meningkatkan enrolmen kemasukan TVET terutama di kawasan luar bandar dan juga di bandar? Terima kasih.
Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sik yang bertanya soalan tentang bagaimana tindakan ataupun strategi Kementerian Pendidikan Malaysia mempromosikan ataupun meningkatkan enrolmen TVET di kalangan pelajar-pelajar di luar bandar.
Untuk makluman Yang Berhormat, bagi pengambilan 2018 ini Yang Berhormat ya, permohonan online telah pun bermula. Saya sedia maklum mungkin di kawasan luar bandar ini laluan internet, pencapaiannya mungkin kurang sedikit tetapi kita masih menerima ramai pemohon-pemohon dengan menggunakan talian online. Akan tetapi kita juga biasa menggalakkan, mengadakan program-program hebahan melalui radio-radio negeri. Melalui radio-radio negeri ini kita juga ada banyak permohonan, permintaan dan juga maklumat yang mereka ingin tahu.
Pada masa yang sama, kita juga mengambil iklan dalam akhbar-akhbar tempatan seperti Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Sunday Times, Sunday Nesan ataupun Tamil Nesan, Nanyang Siang Pau, Borneo Post untuk Sabah dan Sarawak dan sebagainya. Pada masa yang sama kita juga bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan. Contoh Yang Berhormat ya, semalam saya melancarkan Program Temple Transformation, dengan izin, yang mana dikelolakan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan salah satu inisiatif mewujudkan Temple Transformation ini ialah untuk menguar- uarkan program-program kemahiran hidup dan contoh, skill. Satu lagi program yang kita bekerjasama ialah dengan program Malaysian Indian Education Roadshow (M1NDER) yang mana juga kita kerjasama dengan badan- badan bukan kerajaan untuk menguar-uarkan dan juga memaklumkan kepada anak muda peluang-peluang untuk masuk ke kolej vokasional.
Program-program seumpama ini dilaksanakan di kawasan luar bandar, kawasan-kawasan dekat dengan perkampungan, kawasan-kawasan ladang supaya lebih ramai lagi anak muda kita meminati. Kita juga dalam proses untuk mewujudkan tempat-tempat untuk mereka dapat melaksanakan pendidikan mereka. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Sik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, tadi saya nampak Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat Baling tidak minat sudah. Ya, Yang Berhormat Pendang.
Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya, pertama ya saya katakan bahawa pelaksanaan TVET ini ialah satu langkah bijak untuk membantu rakyat Malaysia. Dalam soal pembelajaran TVET ini ia melalui tiga cara yang saya lihat bahawa secara formal, secara non-formal dan secara informal. Laman web kementerian pun mengatakan cara yang sama. Bolehkah Yang Berhormat memberikan contoh-contoh yang dikatakan formal, non-formal dan informal itu yang diajar di lebih 1,000 institusi TVET di negara kita?
Soalan yang kedua, dalam tahun 2020, dua tahun lagi, kita memerlukan 1.3 juta pekerja TVET. Apakah dengan keadaan sekarang dengan enrolmen yang kemampuan kita yang kecil itu, dapat memenuhi 1.3 juta dalam tahun 2020?
Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Terima kasih Yang Berhormat Pendang atas soalan ini. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua yang memberi peluang saya menjawab soalan ini sekali lagi. Yang Berhormat dalam sistem pendidikan vokasional ini, kita ada pelbagai pendedahan.
Pertama daripada segi akademik. Pada masa kita memberi tumpuan kepada akademik tetapi untuk pelajar vokasional, akademik ini bukan segala-galanya. Kita ada satu lagi sistem yang mana kita ada penempatan mereka di industri. Itulah hala tuju dan juga pathway, dengan izin kepada pelajar-pelajar vokasional ini yang mana kita ingin melihat mereka mendapat pendidikan.
Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Pada masa yang sama, ada hands on experience, dengan izin, dan selepas itu mereka dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.
Untuk makluman Yang Berhormat, kita rasa amat gembira walaupun banyak kejayaan yang telah kita tempah dalam masa yang dekat ini. Contoh ya, pada tahun 2016, daripada pelajar-pelajar vokasional yang telah pun digraduatkan pada tahun 2016, hampir 90 peratus pelajar telah pun bekerja.
Untuk tahun ini pula, setakat ini belum akhir tahun, serama 65 peratus pelajar vokasional telah mula bekerja. Maksudnya kualiti yang ada kita beri kepada pelajar- pelajar vokasional cukup baik dan diterima baik oleh industri. Soalan satu lagi Yang Berhormat ialah tentang 2020 sama ada kita dapat menyediakan pelajar 1.3 juta.
Memang 2020 ini tidak lama lagi, dalam masa tiga tahun kita akan capai tahun 2020, dan saya secara peribadi berpendapat bahawa sebagai sebuah negara maju kita tidak boleh bergantung kepada pekerja-pekerja mahir dari luar negara. Maka inilah konsep dan inilah sebabnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meletakkan dana bajet untuk cukup baik untuk kita melaksanakan program TVET ini secara cepat, fast track, berapa banyak yang boleh, wujudkan kolej-kolej yang berkenaan, kerjasama dengan kolej-kolej swasta, bagaimana kita dapat meningkatkan keperluan ini supaya kerajaan atau negara ini dapat mewujudkan pelajar-pelajar kemahiran tinggi khususnya berkelayakan melalui vokasional Malaysia ini dapat bersaing dengan pekerja-pekerja asing juga. Terima kasih, Yang Berhormat Pendang. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
3. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, apakah sasaran kementerian dalam memastikan masyarakat luar bandar berjaya dalam bidang ekonomi digital dan apakah bantuan yang kementerian sediakan kepada masyarakat luar bandar dalam melahirkan lebih ramai usahawan digital.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jerantut yang mengemukakan soalan. Saya jawab pantunlah; Jangan menimba pakai raga; Saya jawab soalan nombor tiga.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila. Ini menimba pakai raga, melepaslah jawabnya.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub
Tuan Yang di-Pertua, soalan daripada Yang Berhormat sebenarnya sememangnya berkaitan dengan salah satu daripada fokus utama kementerian. Yang Berhormat bertanyakan tentang sasaran pihak Kementerian KKLW dan saya maklumkan bahawasanya kita menyasarkan seribu usahawan dalam talian ini sehingga tahun 2018.
dan untuk makluman Yang Berhormat juga, setakat ini kita telah mengadakan program untuk membantu mereka ini iaitu Program DesaMall@Online yang telah kita sediakan dan hasilnya setakat ini ya seramai 300 orang usahawan telah mendaftar dan mula memasarkan produk-produk mereka melalui platform e-dagang iaitu 11street yang mana ia melibatkan 150 produk. Mereka ini terlebih dahulu telah kita tawarkan kursus- kursus dan telah menjalani kursus-kursus di bawah DesaMall@Online ini yang bermula sejak 11 Mei pada tahun ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan penerangan atas soalan saya.
Tadi, Yang Berhormat Menteri ada menyatakan kursus-kursus yang diberikan oleh pihak kementerian. Cuma saya ingin bertanya apakah jenis-jenis kursus, berapakah jenis-jenis kursus yang disediakan. Seperkara lagi ialah ramai yang hendak berniaga terutamanya lepasan ijazah ini, anak-anak muda. Mereka hendak mulakan berniaga, modal tak ada. Nak pinjam bank, bank statement pun tak ada. Nak minta mak ayah, ada lembu kerbau dah habis kena jual masa belajar. Jadi, apakah kemudahan-kemudahan yang ada disediakan oleh pihak kementerian untuk membantu golongan yang berminat dalam perniagaan online ini. Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih sekali lagi atas soalan tambahan Yang Berhormat Jerantut yang saya lihat begitu peka dan cakna kepada usahawan-usahawan luar bandar.
Untuk makluman Yang Berhormat, antara produk-produk yang kita bagi kursus kepada usahawan-usahawan ini melibatkan seperti makanan dan minuman, produk kesihatan dan kecantikan, pakaian, perhiasan dan aksesori dan juga kraf tangan.
Untuk makluman Yang Berhormat, kita amat sedar bahawasanya antara kekangan utama usahawan-usahawan luar bandar ialah soal modal dan juga bagaimana mereka hendak memasarkan barangan-barangan mereka selepas mereka berjaya menghasilkan produk-produk seperti yang saya sebutkan tadi.
Antara kemudahan-kemudahan kalau daripada bentuk kewangannya ialah kita menyediakan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED). Pinjaman ini bermula daripada RM20,000 sehinggalah kepada RM500,000. Mereka boleh memohon. Sekiranya syarat- syarat mencukupi, kita rasa tidak ada masalah untuk kita bantu usahawan-usahawan luar bandar ini. Selain daripada itu, tidak cukup dengan modal kerana antara kekangan dan juga permasalahan mereka ialah bagaimana hendak memasarkan barangan mereka.
Oleh sebab itulah kita menyediakan kemudahan-kemudahan seperti program dan juga platform untuk mereka memperkenalkan dan juga memasarkan barangan mereka.
Antaranya ialah kita mengadakan program realiti TV, “Mencari CEO Desa” di bawah RBC iaitu Rural Business Challenge, dan setakat ini 27 peserta telah pun menyertai. Sekiranya mereka berjaya menang, maka hadiah dalam bentuk geran perniagaan akan kita bagi sehingga bernilai RM1 juta.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, kita juga mengadakan program dwitahunan iaitu KUD atau karnival usahawan desa. Karnival usahawan desa ini adalah untuk dijadikan sebagai tempat mereka mempamerkan barangan-barangan mereka.
Sebagaimana yang kita maklum, yang telah lepas pada bulan Oktober iaitu 19 hari bulan hingga 22 hari bulan, kita adakan di PWTC yang mana pengunjung yang telah berkunjung ke karnival tersebut berjumlah 1.16 juta orang.
Hasil nilai transaksi jualan pada karnival tersebut adalah berjumlah RM3.5 juta manakala jaringan perniagaan, ini penting Tuan Yang di-Pertua. Jaringan perniagaan ataupun business matching ini telah melibatkan hasil transaksi awalannya ialah melibatkan sehingga RM10.75 juta. Alhamdulillah setakat ini kita dapati produk-produk daripada usahawan desa ini telah berada di pasaran-pasaran yang mana mereka telah berjaya menempatkan produk mereka di supermarket, hypermarket seperti Mydin dan Giant.
Selain daripada itu juga, rantaian perniagaan ini diperluaskan sehinggalah kepada petrol station yang mana kita lihat sambutan adalah amat baik. Hasil daripada kajian yang kita buat Tuan Yang di-Pertua, tempahan-tempahan yang diterima oleh mereka ini amat memberangsangkan sekali gus perniagaan mereka ini kita yakin akan lebih berdaya saing dan maju untuk masa-masa hadapan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri. Pertama sekali saya hendak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada kementerian yang banyak membuat usaha untuk memberi peluang kepada generasi muda khususnya di kawasan saya di Baling umpamanya, ramai anak muda dapat buat perniagaan dalam konteks online business ini.
Akan tetapi, saya juga setuju dengan Yang Berhormat Jerantut tadi, apa yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Jerantut. Adakah usaha sama atau N-BOS dengan kementerian-kementerian lain memandangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan RM500 juta untuk TEKUN umpamanya. Adakah usaha sama N- BOS dengan kementerian-kementerian lain dalam konteks memberi tambahan modal kepada mereka yang berminat seumpamanya di tempat saya, banyak anak muda hendak jual kerepek dan macam-macam perniagaan yang mereka hendak laksanakan melalui online business.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Keduanya, sejauh manakah usaha kementerian Yang Berhormat Menteri dengan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam memperkukuhkan perkhidmatan jalur lebar kelajuan tinggi di kawasan luar bandar seperti Baling, Sik, Padang Terap dan kawasan kami ini untuk memastikan semua pengusaha khususnya di kawasan luar bandar yang industri perniagaan ini berpotensi dalam mereka melaksanakan perniagaan ekonomi digital di peringkat global, insya-Allah. Itulah harapan kita bukan setakat dalam negara. Adakah usaha sama kementerian dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam usaha ini. Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Baling yang mana kita semua tahu Yang Berhormat Baling ini memang sentiasa dekat dengan masyarakat luar bandar. Sentiasa sahaja berada di mana-mana bersama dengan rakyat di kawasan kampung-kampung termasuklah di kawasan saya, berkali-kali saya menerima kunjungan daripada Yang Berhormat Baling terutama di dalam suasana susah. Kalau senang, Yang Berhormat Baling tak sampai tapi kalau kita susah, dia sampai. Terima kasih.
Berkenaan dengan soalan daripada Yang Berhormat berkenaan dengan N-BOS dengan kementerian-kementerian yang lain. Memang ya, kita mengadakan kerjasama dengan kementerian lain. Contoh semalam Yang Berhormat ya, saya sempat menghadiri program yang dianjurkan oleh MITI, Yang Berhormat Jeli di Kota Bharu, Kelantan yang diberi nama Hari MITI ataupun MITI Day. Semalam saya dapat lihat terlalu ramai usahawan luar bandar yang mana ada di kalangan usahawan tersebut apabila saya tanya, mereka adalah juga terlibat ataupun sebahagian daripada usahawan-usahawan yang terlibat dengan perkara-perkara yang saya sebutkan tadi yang telah menjalani kursus dengan pihak kementerian dan juga ada yang mendapat bantuan pun daripada pihak kementerian dan menjalankan perniagaan.
Saya amat berasa bangga apabila seorang daripada anak muda usahawan daripada kawasan Ketereh yang berniaga kopi, telah berjaya memasarkan kopi beliau sehingga ke Negara China, baru dalam tempoh dua minggu beliau mendapat tempahan daripada Negara China. Apabila saya tanya berapa banyak tempahan, beliau mengatakan satu kontena telah ditempah yang mana nilainya hampir RM200,000. Ini baru dua minggu. Saya rasa kalaulah dua tahun ataupun setahun atau setahun setengah, sudah tentulah jumlah tempahan pesanan ini akan meningkat. Ini antara N-BOS dengan MITI.
Keduanya ialah dengan KKMM, sebagaimana yang ditanya oleh Yang Berhormat. Kita sentiasa memberi maklumat daripada semasa ke semasa kepada KKMM tentang kawasan-kawasan yang perlu diwujudkan jalur lebar yang mana kita tahu masalah internet coverage ini memang menjadi masalah utama kepada peniaga-peniaga dalam talian ini. Bagaimana mereka hendak memasarkan barangan mereka kalaulah liputan internet ini tidak begitu kuat dan mereka terpaksa keluar ke bandar.
Oleh sebab itu, kita sentiasa memaklumkan kepada pihak KKMM. Contohnya Program Desa Lestari yang kita buat. Ada juga kita mewujudkan usahawan-usahawan desa di dalam program tersebut yang mana koperasi yang diwujudkan oleh masyarakat setempat akan mengeluarkan produk-produk luar bandar juga terlibat di dalam perniagaan dalam talian ini. Sekiranya kawasan tersebut, liputan internetnya amat lemah, maka kita akan meminta pihak KKMM agar dapat menyediakan kemudahan-kemudahan sebagaimana yang dimaksudkan.
Setakat ini, alhamdulillah tindakan yang pantas dan segera daripada KKMM telah menyebabkan segala-galanya dapat berjalan dengan lancar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.
Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Negara di persidangan iklim diwakili belia; Di Bonn Germany kita janji untuk tepat; Minta Yang Berhormat Menteri beri idea; Soalan Bandar Tun Razak nombor empat.
4. Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [Bandar Tun Razak] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, perincian rangka kerja dan pelan tindakan rentas sektor dan holistik Malaysia dalam usaha menangani perubahan iklim dunia merangkumi langkah-langkah strategik, sasaran jangka pendek, sederhana dan panjang serta jangkaan pelaksanaan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Minta maaflah, orang Sarawak tidak pantun sangat. Dari Bonn pun tidak pantun, orang Bonn. Minta maaf Tuan Yang di- Pertua. Anyway, saya akan jawab.
Tuan Yang di-Pertua, antara hasil utama persidangan, saya cerita daripada awal Tuan Yang di-Pertua. Persidangan Ke-21 UNFCCC ataupun dipanggil COP 21 adalah Paris Agreement yang telah dipersetujui pada 12 Disember 2015. Malaysia telah menandatangani Paris Agreement pada 22 April dan meratifikasi perjanjian ini pada 16 November 2016.
Antara tindakan susulan Paris Agreement yang perlu dilaksanakan adalah menyediakan dan mengemukakan sasaran pengurangan pelepasan gas kaca ataupun greenhouse gases yang dikenali sebagai National Determine Contributions atau NDCs, setiap lima tahun sekali. NDC merupakan sumbangan negara kepada usaha global untuk menangani impak perubahan iklim bagi tempoh pasca 2020 di bawah Paris Agreement. Malaysia telah mengemukakan Intended National Determined Contributions pada UNFCCC pada 27 November 2015. Menurut INDC tersebut, Malaysia berhasrat untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas, greenhouse gases berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar ataupun GDP sebanyak 45 peratus berbanding intensiti pelepasan pada tahun 2005 menjelang 2030.
Daripada keseluruhan sasaran pengurangan ini, 35 peratus akan dilaksanakan tanpa syarat, unconditional. Makna baki 10 peratus lagi adalah bersyarat ataupun conditional dan tertakluk kepada penerimaan peruntukan kewangan, pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti kepada negara maju.
Bagi mencapai sasaran NDC tersebut, kerajaan sedang membangunkan road map for effective implementation of NDC and adoption of the Paris Agreement, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Road map ini dibangunkan untuk mengenal pasti strategi, kaedah dan keperluan pelaksanaan tindakan mitigasi dan adaptasi oleh pelbagai sektor berkaitan bagi mencapai sasaran NDC negara.
Dalam masa yang sama bagi mencapai sasaran NDC negara, Kerajaan Malaysia melalui kementerian dan agensi di bawahnya telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk mengurangkan pelepasan greenhouse gases di bawah sektor utama greenhouse gases negara seperti sektor tenaga, pengangkutan, sisa pepejal,
proses industri dan pertanian seperti berikut, Tuan Yang di-Pertua. Ada 12 perkara
(i) menggalakkan penjanaan tenaga elektrik boleh diperbaharui melalui mekanisme feed-in tariffs ataupun FITs;
(ii) melaksanakan penjanaan tenaga elektrik boleh diperbaharui di luar mekanisme feed-in tariffs;
(iii) menggalakkan pembangunan loji biogas di bawah National Key Economic Area atau NKEA di bawah Economic Transformation Programme;
(iv) menggalakkan aktiviti kitaran semula bagi menggalakkan penjanaan dan pelepasan gas methane ataupun daripada pembuangan sisa organik di dalam tapak pelupusan;
(v) mempertingkatkan kawasan hutan simpan yang mampu menyerap gas rumah kaca;
(vi) membangunkan sistem pengangkutan awam berunsurkan rel;
(vii) menggalakkan penggunaan gas asli sebagai bahan api kenderaan pengangkutan awam;
(viii) membangunkan program bio diesel B5;
(ix) mewujud dan menggalakkan penggunaan sistem pengiktirafan kecekapan bangunan;
(x) menggalakkan penggunaan kenderaan cekap tenaga atau energy efficient vehicle (EEV);
proses industri dan pertanian seperti berikut, Tuan Yang di-Pertua. Ada 12 perkara
(xi) menetapkan sasaran dan pengurangan penggunaan tenaga 5 peratus oleh bangunan-bangunan kerajaan; dan
(xii) menggalakkan pembangunan teknologi hijau menerusi program Green Technology Financing Scheme ataupun GTFS.
Inisiatif ini menyumbang secara langsung kepada sasaran pembangunan intensiti pelepasan gas, greenhouse gases dalam emisi negara. Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.
Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya lihat Malaysia telah komited untuk mengurangkan emisi gas rumah hijau hingga 35 juta metrik tan menjelang tahun 2020 dalam usaha memelihara alam sekitar. Saya sangat setuju dengan komitmen ini. Akan tetapi apa yang saya lihat, penglibatan masyarakat masih belum begitu teratur walaupun ada usaha- usaha menggunakan panel solar di masjid dan di kawasan-kawasan sekolah tetapi tidak menerangkan kepada mereka sumbangan peralatan tersebut kepada usaha mengurangkan emisi gas-gas hijau ini.
Jadi saya lihat masyarakat tidak bersama dalam hal ini. Kedua, saya juga melihat dalam masa 20 tahun yang mendatang kita dikatakan mungkin bergerak menggunakan kereta-kereta berkuasa elektrik, bukan lagi menggunakan gas. Sehubungan ini, apakah usaha kerajaan untuk menyediakan masyarakat atau untuk menentukan masyarakat supaya mendapat manfaat daripada electric car ini seterusnya membolehkan mereka mendapat tenaga daripada solar, yang solar ini digunakan untuk memberi tenaga kepada kereta mereka?
Demikian soalan saya ialah, maksudnya bolehkah Yang Berhormat Menteri terangkan strategi untuk masyarakat manakala strategi kerajaan yang sebanyak 12 itu adalah kenyataan kerajaan. Bagaimana masyarakat diberikan maklumat untuk menerima strategi tersebut?
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya daripada awal lagi melihat soalan Yang Berhormat Bandar Tun Razak dan saya tertarik. Boleh dikatakan amat ke hadapan daripada sudut soalan berhubung dengan climate change ini. Selepas itu mendengar soalan tambahan pula memang amat baik dan amat mencabar daripada sudut jawapannya.
Pertama Yang Berhormat bercerita soalan solar, energy dan juga kereta elektrik.
Kesedaran masyarakat untuk bersama dengan pihak kerajaan. Saya menerima hakikat, sebenarnya kesedaran rakyat, bahkan di peringkat kerajaan, kerajaan-kerajaan negeri dan juga peringkat agensi di peringkat local council, pihak berkuasa tempatan. Di peringkat local council itu dia masih, kesedaran ini masih jauh tidak mencukupi.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Bahkan apabila kerajaan melaksanakan auditing kepada semua jabatan, bangunan-bangunan Federal, saya juga memohon menerusi Exco negeri yang terlibat dengan alam sekitar supaya negeri-negeri juga membuat auditing kepada bangunan- bangunan negeri kerana kebanyakan bangunan kerajaan di seluruh negara ialah kepunyaan kerajaan negeri di negeri masing-masing. Daripada itu kita boleh melihat sama ada kita bersama tidak dalam sudut melaksanakan green building dan green movement ini, jadi itu yang pertama.
Kedua, walaupun negeri telah menerima hakikat bahawa kita mempunyai untuk menukarkan tiap-tiap bandar itu menjadi bandar-bandar hijau di seluruh Malaysia. Akan tetapi kesedaran pihak negeri itu belum lagi sampai ke tahap itu dan begitu juga pentadbiran kita berhubung dengan resources sebab sumber asli ini semua kepunyaan negeri.
Akan tetapi dalam pentadbirannya, pengurusannya, pelesenannya, pengeluarannya, penggunaan, pengeksploitasiannya masih dibuat oleh pihak kerajaan negeri dan caranya masih belum lagi sampai ke tahap kesedaran yang dimahukan oleh Kerajaan Pusat dan setakat ini kita cuba memperkenalkan undang-undang baru, syarat baru dan terma-terma baru untuk mereka menjalankan tugas masing-masing. Kita berharap dengan masa yang terdekat ataupun dalam masa empat ataupun lima tahun kita boleh mencapai kesedaran yang menyeluruh daripada pihak Kerajaan Pusat, kerajaan negeri hingga ke pihak berkuasa tempatan.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Begitu juga dengan masyarakat, sebagaimana yang saya telah sebutkan beberapa kali bahawa saya hendak memperkenalkan silibus di peringkat sekolah. Ini juga tujuannya bukan apa, sebab anak pada hari ini akan menjadi bapa pada hari esok dan mereka ini akan sedar tugas dan tanggungjawab mereka berhubung dengan alam sekitar. Sebenarnya menjaga alam sekitar Tuan Yang di-Pertua, ialah menjaga a climate change, sebabnya banyak orang tidak faham what is climate change, apa itu alam sekitar. Sebenarnya kita penuhi kehendak alam sekitar, kita memenuhi kehendak climate change. Penggunaan solar Tuan Yang di-Pertua, untuk dimaklumkan juga penggunaan electric car dan solar ini. Solar ini kita masih mahal bahkan tadi saya beritahu dengan pegawai saya, saya nak jumpa semua pengeluar solar di seluruh Malaysia. Saya hendak macam mana nak menurunkan kos solar, macam mana yang dibuat di negara-negara lain, di negara macam di Eropah dan di Amerika. Macam mana kos solar itu boleh diturunkan serendahnya boleh diguna pakai oleh banyak pihak, yang pertama.
Kedua, electric car masih ada pergeselan sedikit di antara pihak-pihak yang tertentu. Saya dimaklumkan pihak SIRIM dan pihak Ministry of Transport. Jadi dua pergeselan ini hingganya electric motorcycle, electric car kita belum boleh jalan ke jalan raya oleh sebab belum lagi ada persetujuan di antara dua agensi besar, dua agensi yang berhubung kait dengan certification dan licensing ini yang perlu kita selesaikan. Insya- Allah soalan Euro 5 umpamanya penggunaan gas minyak.
Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat nak beli kereta daripada England umpamanya nak beli Range Rover murah di England tetapi ia diesel. Selepas dua tahun pakai, Range Rover Yang Berhormat akan rosak sebab diesel dia Euro 5, diesel kita masih low quality.
Jadi saya sudah bincang dengan Petronas, saya beritahu dengan Petronas, you tidak boleh leka, you tidak boleh buat apa yang you suka. Oleh kerana you kuat, you besar, you banyak duit tunjuk pada saya, you are capable of doing thing. Saya kata, the moment I put my foot down, I don’t care who you are. Jadi saya sudah bagi amaran ini kepada Petronas supaya Euro 5 ini dipercepatkan penggunaannya dan diesel kita dipercepatkan penggunaannya sebabnya inilah menghalang kita untuk menggunakan diesel-diesel ataupun minyak yang lebih bersih. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan perkara yang disebut dan saya minta pandangan Yang Berhormat Menteri.
Akhir-akhir ini kejadian alam sekitar ini agak meruncing di Amerika, Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua luar biasa pembadaian hurricane begitu ketara sampai Puerto Rico itu sampai habis. Baru-baru ini kesan ini sampai ke negara kita juga.
Di Sabah contohnya empat, lima hari dibadai dengan angin yang luar biasa dan kita berlaku banjir empat, lima tahun ini kesan yang amat buruk kepada negeri, rakyat dan bila kesannya buruk, Kerajaan Persekutuan tidak dapat tidak, mesti turun padang dan membantu.
Pulau Pinang banjir, Kelantan contohnya. Jadi seperkara lagi Menteri saya nak sebut sebagai background, rakyat kita tahun 1960 penduduk kita lapan juta. Tahun 1990, 18 juta, tahun 2020, 32 juta tambah 15 juta. Akan tetapi tahun 2050 penduduk kita akan 40 juta sampai 2050 pertambahan penduduk kita dalam sembilan atau lapan juta. Jadi dan median umur kita bertambah.
Soalan saya, adakah kita sebagai sebuah negara maju mempunyai satu kerangka yang begitu kukuh untuk memberikan kesedaran yang tinggi di kalangan rakyat kita bahawa alam sekitar ini bukan perkara yang kita boleh bersifat reaktif mesti bersifat proaktif dan mesti mempunyai kerangka yang kuat untuk memastikan kita bersiap siaga menempuhi perubahan climate yang tidak menentu dan mungkin bertambah buruk pada masa-masa akan datang. Jadi itu soalan saya, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Satu soalan yang baik. Memang daripada sudut kesedaran, inilah makanya saya banyak membuat perkara-perkara perubahan khususnya perubahan yang saya sebut dan nak repeat lagi sekali. Berhubung hendak perkenalkan subjek di sekolah-sekolah daripada kindergarten hingga ke sekolah menengah. Itu supaya masyarakat, generasi yang akan datang menjadi masyarakat dan generasi yang sedar dari sudut alam sekitar.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Keduanya, pada masa sekarang banyak orang tahu soalan cerita alam sekitar bila dia lihat Sungai Semenyih kena polluted, dia bising. Bila satu juta orang tidak dapat air, bila sungai di Johor masuk ammonia, pam air tidak boleh berfungsi. Akhirnya 1.8 juta orang tidak dapat air.
Akan tetapi dalam masa yang sama, orang yang sama, mulut yang sama buat kekotoran, buat pembaziran yang betul-betul tidak mengikut syarat undang-undang.
Undang-undang kita umpamanya The Clean Air Act kita masih sampai sekarang belum dapat dilaksanakan seterusnya dan bancuhan keluar daripada banyak agensi pun masih belum sampai ke tahap yang boleh diiktirafkan oleh agensi Jabatan Alam Sekitar sebab- sebabnya mereka in masih leka dengan buat business as usual. Tidak berfikir bahawa perubahan itu perlu mereka berubah juga bukan satu agensi bukan satu kementerian bukan satu menteri saja. Fasal ini adalah berhubung dengan keseluruhan masyarakat. Masih di Kuala Lumpur kita dapat 22,000 tan, masih debris masuk dalam longkang. Bila banjir, semua bising tetapi mereka yang sama, tangan yang sama buang sampah sarap dalam longkang. Sungai yang kotor macam itu juga semua sama. Jadi saya perkenalkan undang-undang. Itu yang terbaik pada saya.
Hendak perkenalkan undang-undang air supaya kita punya river reserve, kita punya catchment area, kita punya pembalakan, kita punya perladangan, kita punya pertanian, kita punya pembangunan, control oleh satu perundangan yang mana Kerajaan Pusat ada kuasa sedikit. Saya hendak perkenalkan undang-undang alam sekitar supaya alam sekitar ini untuk membantu tiap-tiap negeri untuk melaksanakan yang terbaik. Jadi formula ini kalau dapat dilaksanakan keseluruhannya insya-Allah, masyarakat kalau tidak dengar cerita terpaksa pergi di mahkamah. Itu sahaja soalannya Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
5. Datuk Haji Ahmad Lai Bin Bujang [Sibuti] minta Perdana Menteri menyatakan, atas kejayaan mentransformasi sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur, adakah kerajaan akan memperluaskan sistem pengangkutan awam lebih efisien di luar Bandaraya Kuala Lumpur seperti di Sarawak dan adakah Kerajaan Pusat akan membantu membangun sistem LRT yang ingin diperkenalkan oleh Ketua Menteri Sarawak bagi rakyat Sarawak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sibuti yang bertanya soalan. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha- usaha bagi memperluaskan sistem pengangkutan awam yang lebih efisien. Fokus dan rancangan ini tidak hanya terhad di Bandaraya Kuala Lumpur sahaja, malah turut melibatkan kawasan bandar dan juga luar bandar di seluruh negara. Dalam menentukan pilihan jenis pengangkutan awam yang terbaik bagi sesuatu kawasan, kerajaan perlu mempertimbangkan banyak faktor dari pelbagai sudut seperti kadar kepadatan penduduk sesuatu kawasan, keadaan muka bumi, aktiviti ekonomi, permintaan perjalanan serta perkiraan passengers per hour, per direction (PPHPD) dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini, mod pengangkutan awam darat yang paling optimum untuk dilaksanakan dan disediakan di kawasan-kawasan lain di negeri- negeri selain daripada kawasan Greater Kuala Lumpur atau Klang Valley atau GKL/KV dengan izin, seperti Sarawak adalah perkhidmatan bas berhenti-henti iaitu stage bus.
Walau bagaimanapun, kerajaan sedar bahawa industri bas berhenti-henti di seluruh negara berhadapan dengan pelbagai cabaran. Dengan harga tambang yang rata-ratanya rendah berbanding dengan kos operasi yang tinggi, pengusaha bukan sahaja sukar untuk mendapat keuntungan tetapi turut bergelut untuk memastikan tambang yang diperolehi memadai untuk menampung kos operasi mereka.
Situasi ini jika dibiarkan berterusan boleh membawa pelbagai masalah.
Antaranya, pengusaha bas berhenti-henti akan hanya menumpukan sumber mereka untuk beroperasi di laluan yang menguntungkan sahaja, yang lazimnya hanya di sekitar kawasan bandar. Impaknya pengguna di luar bandar di mana kawasan mereka tidak padat penduduknya tetapi masih memerlukan perkhidmatan ini di tempat mereka tidak akan mendapat akses kepada perkhidmatan pengangkutan awam ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah memberi bantuan kepada pengusaha bas berhenti-henti menerusi penyaluran Dana Sokongan Sementara Bas Henti-henti, dengan izin, Interim Stage Bus Support Fund ataupun ISBSF yang telah diperkenalkan sejak tahun 2012. ISBSF merupakan satu langkah sementara oleh kerajaan demi kepentingan rakyat iaitu bagi memastikan pengusaha bas henti-henti terutamanya untuk laluan sosial di luar bandar dapat meneruskan perkhidmatan mereka.
Untuk penyelesaian jangka panjang, kerajaan telah memperkenalkan program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti ataupun, dengan izin, Stage Bus Service Transformation (SBST) yang bertujuan untuk meningkatkan daya maju pengendali dan membantu dalam memperluaskan laluan serta meningkatkan lagi tahap kualiti perkhidmatan bas berhenti-henti. SBST turut dirangka bagi memastikan penumpang memperoleh perkhidmatan bas sepanjang laluan sosial yang dahulunya kurang mendapat perhatian serta mengurangkan pertindihan laluan bas agar liputan perkhidmatan mencapai tahap optimum.
Program SBST ini dicadangkan untuk dilaksanakan di semua ibu negeri di seluruh negara secara berperingkat. Bagi negeri Sarawak, khususnya bandar raya Kuching merupakan antara bandar terpilih bagi pelaksanaan projek perintis program SBST tersebut. Insya-Allah Tuan Yang di-Pertua, saya akan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian untuk pelaksanaan SBST di Kuching ini pada hari Rabu ini, insya-Allah 22 November 2017.
Manakala pelaksanaannya dijadualkan untuk dimulakan pada tahun hadapan.
Pelaksanaan SBST di Sarawak ini dijangka akan meningkatkan kecekapan mutu perkhidmatan bas berhenti-henti seperti penggunaan kenderaan yang selesa dan selamat, kekerapan yang lebih dan mengikut jadual, meningkatkan akses di kawasan luar bandar yang kurang liputan serta meningkatkan kesalinghubungan antara kawasan.
Sekian, terima kasih.
Datuk Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri yang telah menjawab soalan saya dengan secara terang- terangnya.
Tuan Yang di-Pertua, sejak Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak menyatakan hasratnya untuk membangunkan sistem LRT di Kuching, adakah pihak SPAD telah mengadakan perjumpaan dengan pihak Kerajaan Negeri Sarawak untuk berkongsi pandangan mengenai cadangan LRT atau menawarkan diri untuk merangka pelan dan kajian yang bersesuaian di negeri Sarawak. Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya SPAD tidak ada bidang kuasanya di negeri Sarawak. Kita ada versi SPAD yang ada di negeri Sarawak iaitu LPKP iaitu Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan. Cuma kalau dilihat dari segi kuasa SPAD ini, ia lebih luas kerana SPAD mempunyai kuasa untuk merancang dan juga kuasa untuk melihat secara keseluruhannya sistem sama ada sesuai atau tidak untuk menjalankan aktiviti seperti kereta api.
Saya hendak mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Sarawak terutama sekali kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang mempunyai pandangan begitu jauh sekali di mana dalam penggulungan beliau dalam Dewan Undangan Negeri baru- baru ini, disentuh mengenai LRT ini. Kalau dari segi sama ada SPAD menawarkan perkhidmatan mereka, setakat ini belum lagilah. Akan tetapi saya sebagai Menteri, ada mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Dari segi bidang kuasa LPKP di negeri Sarawak, bidang kuasa mereka hanya dari segi memproses lesen perdagangan dan juga mengawal selia perkhidmatan perdagangan. Ingin saya nyatakan di sini juga kenapa kita tidak ada kuasa dari segi perancangannya di negeri kerana kalau kita lihat dari segi keperluan kalau kita hendak mengadakan projek ini, ia memerlukan tanah, memerlukan beberapa perkara yang melibatkan stesen ataupun infranya di mana kuasanya adalah di bawah kerajaan negeri kalau untuk negeri Sarawak.
Jadi, Sabah adalah berbeza sedikit kerana mereka mempunyai kereta api, sudah ada sekarang pada masa ini. Jadi sebab itu kalau sekiranya negeri Sarawak meminta kita untuk memberi pandangan ataupun kerjasama, selama ini pun memang kita telah mengadakan kerjasama kepada negeri Sarawak dan kalau mereka minta sokongan kita, insya-Allah itu adalah salah satu daripada tugasan kita dan sebagai semangat 1Malaysia.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Kerajaan Persekutuan dan negeri selama ini memang sentiasa mengadakan kerjasama. Jadi kita secara sukarela, bila-bila masa sahaja akan menawarkan perkhidmatan kita. Terima kasih banyak.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya melihat kesedaran rakyat kepada penggunaan pengangkutan awam terutamanya bas ini masih rendah walaupun diberi percuma. Ini kerana saya melihat, baru-baru ini kita dapati umpamanya MRT menyediakan bas yang cukup banyak sebagai feeder bus dengan hanya bayaran RM1 tetapi kita tengok masih kosong, perjalanan mereka seolah-olah macam bagi sayalah, macam tidak ada tarikan kepada rakyat.
Begitu juga mungkin di Kuala Lumpur, GO-KL ataupun bas SMART Selangor.
Jadi sampai saya rasa Ahli Parlimen BN pun pernah sebut, jangan biarkan orang luar negeri ataupun pendatang asing menggunakan kemudahan itu. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Menteri daripada segi kemudahan-kemudahan yang kita beri dan kempen supaya rakyat menggunakan pengangkutan awam? Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat yang bertanya. Sebenarnya itulah di antara usaha kita sebab saya faham apa Yang Berhormat katakan tadi, biar jangan orang lain dari luar negara yang mengguna, mengoptimumkan pemakaian pengangkutan awam darat kita.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Sebenarnya kita telah menyediakan MRT, LRT GO-KL. Kalau di Selangor ada Selangor punya free bus, tetapi masih kurang lagi yang menggunakan pengangkutan awam darat ini. Jadi usaha kita ialah kita senantiasa mengadakan kempen tidak henti- henti. Selain daripada itu juga, kita menawar pakej-pakej yang tertentu untuk memudahkan orang ramai terutama sekali pelajar dan juga warga emas, orang pencen, orang pencen tidak tunggu umur jadi warga emas pun. Kalau dia pencen pun, kita beri harga diskaun 50 peratus.
Selain daripada itu juga, ada lagi yang sedang kita usahakan supaya kalau ada mereka naik tren pada masa yang tertentu, pun juga akan diberi discount, dengan izin.
Selain daripada itu juga, kita sedang mengadakan projek-projek, program-program untuk membekalkan sistem dari segi Touch ‘n Go diperluaskan. Kita sedang juga dalam proses untuk mengintegrasikan Integrated Payment Systems secara penuh dan siap pada tahun Jun 2019. Akan tetapi pada masa ini pun sudah ada digunakan, cuma ia memerlukan jaringan yang begitu besar sekali, luas sekali, maka sebab itulah memerlukan masa yang lebih.
Jadi, selain daripada itu juga, kalau masa perayaan pun kita mempunyai program- program tertentu untuk menggalakkan orang kita supaya naik pengangkutan awam darat. Di harap juga mereka peka menonton televisyen, melihat apa yang telah dilakukan oleh kerajaan demi untuk rakyat kita. Sebenarnya apa yang kita lakukan adalah untuk memudahkan rakyat terutama sekali kepada pelajar dan juga kepada mereka yang hendak menjimatkan dari segi kewangan untuk membawa kenderaan, jimatkan masa juga.
Jadi, semuanya ini adalah cara untuk kita supaya kita menjadi orang yang mahu menggunakan pengangkutan awam darat. Kita tidak mahu stigma yang sebelum ini ialah sebagai pengangkutan awam darat adalah tidak bagus. Kalau kita lihat terutama sekali MRT ini, paling utamanya ia adalah setaraf dengan negeri-negeri yang lain, negara- negara yang lain. Jadi kita amat berbangga, insya-Allah dengan perkhidmatan yang baik nanti yang kita tawarkan, rakyat akan mula beralih menggunakan pengangkutan awam darat.
Strategi kita untuk ini, 40 peratus supaya perkhidmatan ini digunakan oleh orang awam. Jadi itulah di antara usaha kita dan ia satu usaha yang tidak henti-henti. Satu lagi promosi kita adalah journey planner. SPAD sedang mengeluarkan journey planner supaya kita dapat tahu bilakah bas itu sampai, kita hendak pergi menggunakan bas. Jadi ini adalah di antara usaha-usaha, inisiatif kita untuk menggalakkan orang awam untuk naik pengangkutan awam darat.
Sedikit juga lagi Tuan Yang di-Pertua, saya beberapa kali sudah naik tren tetapi ramai orang di sini masih tidak tahu bahawa sistem kereta api kita terutama sekali ETS atau electric train service, yang cepat itu, pergi ke Ipoh, pergi ke Kangar semua itu.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Ramai orang masih tidak tahu. Jadi saya mempromosikan kerana saya sendiri menggunakannya. Inilah satu pengangkutan awam yang begitu baik sekali. Kita tidak takut di tengah jalan, kita ada di dalam tren, kita tidak perlu membawa kenderaan sendiri, jimat masa, murah lagi. Jadi, itulah antara promosi saya. Terima kasih.
6. Tuan Wong Ling Biu [Sarikei] minta Menteri Kesihatan menyatakan, oleh kerana negara kita melahirkan lebih daripada 5,000 graduan perubatan setiap tahun
(melebihi permintaan), tetapi mengapakah masih terdapat banyak Klinik 1Malaysia tidak mempunyai doktor yang layak.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Tuan Wong Ling Biu, Sarikei. Ini soalan berkenaan dengan Klinik 1Malaysia Tuan Yang di-Pertua. Klinik 1Malaysia telah ditubuhkan pada 2010 bertujuan mengurangkan beban golongan pinggir bandar serta penduduk bandar yang berpendapatan rendah dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Bermula dengan 53 buah Klinik 1Malaysia pada tahun 2010, jumlahnya telah meningkat kepada 361 buah tahun ini.
Penerimaan baik masyarakat terhadap perkhidmatan yang disediakan di Klinik 1Malaysia dapat dilihat menerusi pertambahan kedatangan pesakit dari tahun ke tahun.
Pada tahun 2015, kedatangan pesakit ke Klinik 1Malaysia berjumlah 6.092 juta orang.
Manakala pada tahun 2016, kedatangan pesakit adalah 6.472 juta orang Tuan Yang di- Pertua. Ini iaitu peningkatan sebanyak 6 peratus setahun. Bagi 2017 hingga 31 Ogos yang lalu, jumlah kedatangan pesakit ialah 4.445 juta. Maknanya akan kita lihat pertambahan pada tahun ini juga Tuan Yang di-Pertua.
Pihak kementerian sentiasa berusaha untuk menambah baik perkhidmatan yang diberikan di Klinik 1Malaysia. Salah satu inisiatif tersebut ialah dengan penempatan pegawai perubatan di Klinik 1Malaysia. Sehingga 30 September 2017, sejumlah 102 buah dari 361 Klinik 1Malaysia seluruh negara telah ditempatkan dengan Pegawai Perubatan.
Penempatan Pegawai Perubatan di Klinik 1Malaysia secara tetap melibatkan sumber dan sokongan daripada pelbagai pihak. Ini kerana penempatan Pegawai Perubatan akan turut melibatkan pertambahan anggota kumpulan sokongan di KKM, khususnya Penolong Pegawai Farmasi bagi tujuan dispensary ubat Tuan Yang di-Pertua, serta pertambahan ruang Klinik 1Malaysia yang sedia ada. Oleh itu, perluasan penempatan Pegawai Perubatan akan dilaksanakan secara peringkat demi peringkat ke seluruh negara Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Wong Ling Biu - Sarikei
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, bilakah Klinik 1Malaysia di Jakar di Sarikei akan mempunyai doktor yang berkelayakan iaitu pegawai perubatan?
Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk mengalihkan Klinik 1Malaysia di Jakar, Sarikei yang sekarang sewa kedai di Jakar beralih ke tanah yang diperoleh oleh Kementerian Kesihatan di Bayong, Sarikei yang telah dirancang oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini, jadi satu poliklinik yang penuh punya. Sila minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Tuan Yang di-Pertua, memang pihak kerajaan melalui KKM, kita akan sentiasa cuba meningkatkan perkhidmatan kita kepada semua rakyat di mana juga mereka berada. Kita sudah ada dan saya sebut iaitu kita ada klinik, hospital, klinik, klinik desa (KD) dan sekarang kita ada Klinik 1Malaysia. Ini yang saya sebut tadi Klinik 1Malaysia khas dibina untuk penduduk bandar dan juga pinggir bandar.
Memang ada perancangan untuk meningkatkan perkhidmatan di Klinik 1Malaysia Tuan Yang di-Pertua. Sudah ada contohnya di Kelantan, sudah ada satu Klinik 1Malaysia sudah diupgrade kepada KK atau klinik kesihatan. Kita sentiasa berusaha menambah baik program kita, perkhidmatan kita mengikut keperluan setempat Tuan Yang di-Pertua.
Jadi makna, program ini berterusan kita pertingkatkan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak balik pada isu lambakan pelajar perubatan ini sebenarnya.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Satu kajian daripada MMA atau Persatuan Perubatan Malaysia, menunjukkan kerajaan dalam empat tahun lagi hanya mampu menyerap 50 peratus daripada doktor- doktor yang tamat kontrak. Ini saranan daripada MMA supaya kita kurangkan graduan- graduan perubatan, daripada 5,000 setahun kepada 3,000 setahun.
Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini kita tidak perlu lagi hendak menghantar pelajar-pelajar kita ke Indonesia, Rusia, Mesir kerana di Malaysia ini, sudah banyak kolej perubatan. Juga di Malaysia ini pelajar-pelajar boleh membuat kursus asas MBBS dan MD juga kursus kepakaran- master.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Jadi apa yang saya hendak tanya, adakah kerajaan bersedia untuk penuhkan kuota pelajar-pelajar perubatan ini di universiti awam dan swasta untuk memaksimumkan keupayaannya? Contohnya, RCMP UniKL sudah 15 tahun kolej ini dan kuotanya hanya 100. Akan tetapi keupayaannya dari segi infrastruktur dan juga daripada tenaga pelajar, keupayaan dan kualiti tenaga pengajarnya dan juga mendapat kelulusan daripada MQA lagi boleh pergi sampai 250. Adakah kerajaan bersedia untuk memenuhkan kuota kolej yang contohnya Kolej RCMP ini di bawah tajaan MARA sendiri? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Tuan Yang di-Pertua, itulah yang terbaiknya apa Yang Berhormat Bagan Serai sarankan memang yang terbaiklah. Akan tetapi oleh sebab sekarang ini kalau ikut status yang ada sekarang ini Tuan Yang di-Pertua di Malaysia terdapat 33 kolej perubatan dan kapasitinya hampir setengah, that means lebih kurang 2,500 kalau diambil kira kesemua sekali yang dalam negara dan luar negara lebih kurang 5,000 setahun. Ini yang kolej yang telah pun beroperasi Tuan Yang di-Pertua tetapi pada masa yang sama kita dapati di luar negara lebih daripada 300 kolej di luar negara yang telah diiktiraf oleh MMC kita.
Di dalam negara, memang ada kawalanlah tetapi di luar negara tidak ada kawalan. Oleh sebab itu mereka, para pelajar ini boleh pergi ke mana-mana. Kalau dia tidak dapat tempat di dalam Malaysia, maka dia akan usaha untuk dapatkan tempat di luar negara. Akan tetapi masalahnya latihan tidak sama Tuan Yang di-Pertua. Latihan di dalam negara memang ada structured dan kita ada clinical, ada preclinical dan berkenaan clinical. Klinikal di Malaysia ini memang pelajar diberi peluang untuk interview ataupun memeriksa pesakit-pesakit di dalam wad. Akan tetapi di luar negara berbeza Tuan Yang di-Pertua. Ada yang saya tidak mahu sebut negara mana tetapi ada yang pelajar tidak berpeluang untuk hendak memeriksa pesakit.
Cuma pesakit dibawa ke lecture hall kemudian lecturer akan buat demonstrasi, itu sahaja. Selepas itu dia balik, dia tidak ada pengalaman. Ada pula pihak yang lain di tempat yang lain ada masalah terminologi. Dia belajar dalam bahasa tempatan di sana kemudian dia balik ke sini, kebanyakan kita gunakan bahasa Inggeris. Jadi ada culture shock di situ Tuan Yang di-Pertua. Jadi, ada tekanan dalam hal bila pesakit datang balik ke Malaysia dia terpaksa ubah terminologi dia dan ini juga memakan masa.
Jadi memang tepat sekali saranan Yang Berhormat Bagan Serai. Kalau boleh, eloknya kita latih semuanya di sini kerana juga kita lihat contohnya di UK, contohnya bila pelajar kita buat latihan di sana, klinikal di sana tidak ada ataupun kurang sangat penyakit tuberkulosis (TB). Dia ada banyak Hodgkin, Hodgkin disease. Akan tetapi di sini banyak tuberkulosis dan hodgkin ini jarang-jarang sekali jumpa.
Jadi maknanya pengalaman di England, UK dan pengalaman di Malaysia tidak begitu sama Tuan Yang di-Pertua. Jadi sebab itu memang saya setujulah. Oleh sebab keadaan sekarang, ia sudah diluluskan dan dapat di luar negara dan lebih banyak kolej- kolej mendapat pengiktirafan jadi kita terpaksa teruskan dengan keadaan begitu, Tuan Yang di-Pertua.
Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya ingin hendak mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah berjaya dipilih semula sebagai Presiden IGC MOST untuk penggal kedua, 2107-2019...
[Tepuk]
7. Puan Rubiah Binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, selaku Presiden bagi Intergovernmental Council of the "Management of Social Transformation" Programme
(MOST) yang bermula dari tahun 2015 hingga 2017 menyatakan apakah inisiatif Kementerian yang telah dijalankan khasnya melalui Institut Sosial Malaysia setelah 1st Asia Pacific Ministerial Forum of Management of Social Transformation Programme yang dijalankan pada 22-23 Mac 2017.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Menteri juga tahniah.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Kota Samarahan atas soalan ini. Management of Social Transformation (MOST) merupakan salah satu program di bawah Suruhanjaya Sains Sosial iaitu di bawah United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) yang bertujuan merancang, menyelaras dan melaksanakan program dan aktiviti UNESCO yang berkaitan dengan bidang sains sosial seperti transformasi sosial, inclusivity, kesaksamaan gender dan kemanusiaan.
Program MOST ini dilancarkan pada tahun 1994, bertujuan mengukuhkan penyebaran ilmu kepada negara anggota dengan menggalakkan pendekatan secara pembuktian atau evidence-based melalui dialog berterusan antara penyelidik dan juga pembuat dasar. Atas kapasiti sebagai Presiden IGC MOST bagi tempoh 2015 hingga 2017 dan syukur alhamdulillah pada 11 November baru-baru ini saya dipilih sekali lagi di kalangan 35 negara...
[Tepuk] Jadi, syukur alhamdulillah. Jadi untuk term 2017 hingga 2019 Malaysia kita telah dapat menganjurkan buat pertama kalinya The 1st Asia-Pacific Ministerial Forum bersekali dengan tiga lagi mesyuarat berkaitan MOST iaitu Bureau of IGC MOST, Mesyuarat IGC MOST dan Senior Official Meeting pada 14 hingga 23 Mac tahun ini di Kuala Lumpur.
Ini adalah yang pertama kali mesyuarat ini dibuat di luar dari Paris. Jadi ini adalah sesuatu yang saya rasa menjadi satu kebanggaan kepada Malaysia sebab pada mulanya negara-negara ini memikirkan apakah agaknya Malaysia dan bagaimana agaknya keadaan di Kuala Lumpur. Jadi setelah kita mengadakan The 1st Asia-Pacific Ministerial Forum of MOST telah kita dapat menghasilkan pula satu outcome document yang menuntut komitmen negara rantau Asia Pasifik terhadap sembilan perkara berkaitan pembangunan dan pelaksanaan Jawatankuasa Kebangsaan MOST, MOST School dan Inclusive Policy Lab untuk mencapai matlamat pembangunan lestari atau Sustainable Development Goals.
Jadi dalam hubungan ini, Institut Sosial Malaysia telah dilantik sebagai penyelaras bagi pelaksanaan beberapa program di bawah MOST tersebut dan di antaranya adalah MOST School. Saya harap jangan disalah anggap. MOST School, nama dia sahaja MOST School tetapi ia adalah sebenarnya aktiviti pembangunan kapasiti yang memberi fokus kepada memperkukuhkan kompetensi berasaskan kepada bukti dalam membuat keputusan di kalangan negara ahli.
Satu daripada MOST ini yang saya ingin maklumkan di sini, anggotanya bukannya semua pembuat dasar. Bukan semua Ahli Yang Berhormat, bukan semua Menteri tetapi ada negara wakilnya adalah researchers atau penyelidik dan ada negara menghantar pula NGO menjadi anggota. Jadi, bila pertemuan di antara pembuat dasar, researchers dan juga NGO, dia boleh membuahkan satu hasil yang begitu baik untuk kita membuatkan policy direction, dengan izin.
Jadi bagi saya, saya amat bersyukur sebab ISM telah dapat melaksanakan iaitu Ministerial Dialogue International Conference on Human Sustainability, Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan, Gender Sensitization dan beberapa lagi yang diperlukan untuk kita menampilkan hasil-hasil Malaysia di dalam kita menjadi sebagai Presiden MOST Asia Pasifik tetapi sebenarnya kita telah merapatkan Malaysia dengan 35 buah negara lain. Terima kasih.
Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan
Terima kasih atas jawapan tadi Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, apakah kelebihan kepada negara kita apabila Yang Berhormat Menteri sendiri menjadi Presiden MOST di bawah UNESCO? Apakah kolaborasi strategik antara kementerian dengan negara-negara UNESCO ini? Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Kota Samarahan. Ini adalah sebenarnya pertama kali Malaysia dapat menjadi Presiden kepada satu sub organ UNESCO ini. Ia selama ini telah diterajui oleh negara-negara barat. Jadi pertama sekali mereka telah- ini telah sebenarnya saya mengambil kesempatan ini sebab selaku Menteri jadi bila saya lihat pula kebanyakan program-program yang ada di dalam MOST juga sebenarnya ada di dalam kementerian saya, jadi ia telah memberi satu kemudahan untuk saya dapat berkongsi apa yang kita lakukan di Malaysia dengan negara-negara lain di dalam member states, MOST.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Jadi satu, apabila diadakan mesyuarat di Kuala Lumpur, saya telah dapat mengadakan beberapa bilateral. Jadi, beberapa negara yang menganggotai MOST telah sudi untuk mengadakan bilateral bersama dengan kita sebab didapati bahawa di dalam kita berkongsi the best practices, dengan izin, mereka mendapati bahawa ada beberapa ciri-ciri common atau boleh digunakan bersama sebab saya juga berpendapat, apa gunanya kita reinvent the wheel, kita sudah ada yang mana kita boleh sebenarnya berkongsi. Jadi itu satu.
Kedua, saya telah dapat membawakan researchers, penyelidik daripada negara-negara lain untuk berjumpa dengan penyelidik di negara kita. Penyelidik di negara kita pun sebenarnya handal-handal juga. Jadi satu daripada contoh iaitu kebanyakan negara Barat dia kata, dia tidak dapat statistik atau research mengenai penuaan daripada negara kita di Asia Pasifik. Jadi dengan kita mengadakan ministerial forum tersebut, researcher daripada Barat dengan researcher kita yang ada di Malaysia, telah dapat bertukar-tukar fakta dan maklumat untuk mereka memantapkan lagi kajian- kajian mereka secara keseluruhan.
Ketiganya, sebenarnya kita telah memberi visibility kepada apa yang sebenarnya dapat dibuat oleh Malaysia yang sebenarnya menjadi satu benchmark yang kita ini tidaklah juga ketinggalan. Setelah saya mempengerusikan selaku Presiden MOST, bukan mudah, ya untuk mempengerusikan 35 negara lain yang pelbagai. Saya dapati bahawa Malaysia kita tidak jauh dan kadang-kadang kita dapati ada beberapa perkara yang kita lebih ke depan. Jadi ini adalah sesuatu yang saya rasa kita akan boleh berkongsi dan lebih-lebih lagi untuk kita mencapai SDG yang mana...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tahniah Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih. Terkejut saya [Ketawa] Sebab bukannya apa Yang Berhormat, ini bukan atas saya tetapi atas nama Malaysia. Terima kasih banyak-banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga turut merasa bangga di atas pelantikan Yang Berhormat Menteri. Tahniah Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya adalah, apakah asas-asas yang diambil kira dalam merangka program-program MOST? Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat.
Sebelum itu, saya berkongsi sedikit, sebelum saya masuk ke asas. Negara-negara ini adalah Western Europe, North America, Central Eastern Europe, Latin Amerika, Carribean, Asia Pasifik kita, Afrika, selepas itu negara-negara Arab dinamakan Arab States.
Jadi Yang Berhormat, apabila saya pertama menjadi Presiden MOST ini, pada mulanya memang banyak juga yang saya kena belajar dengan secara cepat. Selepas itu, apabila kita rangkumi dengan seelok-eloknya, mengambil kira negara-negara 35 ini adalah pelbagai, selepas itu seperti yang saya kata tadi, anggota pula bukan policy makers atau pembuat dasar sahaja, bermakna mereka bukan politicians sahaja. Mereka adalah researchers dan mereka juga adalah daripada NGOs. Oleh yang demikian, asas- asas ini sangat penting untuk kita dapat merangka program-program MOST.
Asas pertama Yang Berhormat adalah iaitu dari segi penyelidikan. Tonggak ini dioperasikan dengan menyelaras rapi jawatankuasa-jawatankuasa saintifik, jaringan sains sosial dan komuniti kemanusiaan.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Mereka berjumpa dari segi penyelidik-penyelidik. Mereka membuat evidence based research. Selepas itu menganjurkan forum IGC MOST di kalangan negara-negara supaya kita dapat membentukkan agenda antarabangsa, sebab kita bukan hanya hendak mengetengahkan negara kita sahaja, tetapi semua negara-negara ini seharusnya menyokong sesuatu idea yang universal, yang baik. Ketiga, adalah untuk kita mengadakan sokongan dasar dan pembangunan kapasiti seperti yang saya katakan tadi, mereka mengadakan inclusive lab policy, kursus-kursus di kalangan anggota, member states untuk kita mencapai satu titik tolak yang common.
Bermakna, apa-apa differences tadi Yang Berhormat, melalui tiga tonggak ini, kita akan dapat sampai ke satu common dasar yang boleh digunakan oleh semua negara-negara anggota MOST. Jadi ini adalah sesuatu yang baik dan prosesnya bukan sahaja bermesyuarat, prosesnya adalah banyak sangat engagement yang perlu kita buat supaya kita saling mengenali sehingga kita dapat betul-betul mencapai satu policy direction untuk digunakan di seluruh anggota 35 negara tersebut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Baiklah Yang Berhormat, tamat sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.
[Masa untuk Pertanyaan pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2018 dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2018 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Keempat] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kepala bekalan B.43 dan Kepala P.43 di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Kinabatangan. 10 minit.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Pengerusi. 10 minit. Memandangkan kita selalu lambat balik, saya juga mencadangkan kepada Menteri, Menteri yang mencadang dan yang menyokong tadi juga turut menghadiri persidangan sehingga larut malam. Jangan mencadang tetapi mereka awal balik [Ketawa] Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan beberapa perkara iaitu Butiran 050000 – Dasar Baru, dan 010200 – Kerajaan Tempatan.
Baru-baru ini kita telah dihiburkan dengan berita bahawa beberapa buah hotel bertaraf lima bintang di negara kita, hotel-hotel ini beroperasi daripada negara luar, mereka berniaga di negara kita, di dapati mereka ini melakukan penindasan, melakukan diskriminasi. Seharusnya, kerajaan, kementerian ini sebelum mengeluarkan apa-apa lesen operasi kepada mana-mana hotel yang mahu berniaga di negara kita, mereka mesti diberi maklumat. Negara ini berpelembagaan. Perlembagaan kita itu, agama rasmi kita, agama Islam.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Justeru itu adalah tidak masuk akal, bagi mana-mana hotel yang membuat penindasan secara terbuka kepada wanita-wanita yang beragama Islam yang memakai tudung dan- sebab, wanita-wanita yang memakai tudung ini pun mereka orang yang profesional. Akan tetapi mereka tidak dibenarkan bekerja di front desk melainkan di belakang. Saya pinjam kata-kata Menteri Pelancongan kita, Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, mereka ini kurang ajar Tuan Yang di-Pertua.
Bagi saya pengusaha-pengusaha dan management hotel ini terlalu biadab di negara kita. Mereka perlu diberikan tunjuk ajar. Kalau mereka mahu berniaga mengikut cara mereka, mereka boleh berhambus ke negara-negara yang mereka rasa mereka boleh berbuat sedemikian. Di negara ini, kementerian dan kerajaan harus mengambil perhatian dan tindakan yang tegas kepada mana-mana pengusaha hotel. Panggil mereka dan mereka tidak dibenarkan melakukan penindasan dan diskriminasi seumpama ini.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya harap Timbalan Menteri ambil tindakan untuk membuat National-Blue Ocean Strategy berbincang dengan Menteri agama kita dengan mana-mana kementerian. Jangan orang luar datang, mereka mengaut keuntungan, mereka suka- suka membuat peraturan. Jika orang Malaysia berniaga di Amerika, kita kena ikut cara Amerika. Kita tidak boleh bawa cara kita. Mereka datang ke negara kita, mereka kena ikut peraturan negara kita. Kenapa mereka suka-suka membuat penindasan yang sebegini?
Tuan Yang di-Pertua, saya jarang geram Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi saya terlalu geram dalam hal seperti ini. Oleh sebab negara kita ini cukup makmur, negara majmuk berbilang kaum, hormat-menghormati budaya, bangsa, agama boleh diamalkan.
Akan tetapi kalau agama rasmi itu sudah dinafikan haknya bermakna terlalu longgar akta peraturan yang ada di kementerian kita. Ubah serta-merta. Gunakan kuasa yang ada.
Jangan biarkan orang luar mengaut keuntungan dan kita ikut tepuk tangan. Akan tetapi, dalam masa yang sama, rakyat kita tidak dibela untung nasib mereka.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Apa masalah pakai tudung? Kalau dia perempuan cantik, walaupun pakai tudung tetap cantik juga. Kalaupun dia tidak cantik, telanjang pun siapa yang tidak mahu?
Ini peraturan dia. Kalau tidak percaya tanyalah ustaz kita di hadapan ini. Dua orang ustaz kita ada. Ustaz daripada Marang ada, daripada...
[Ketawa]
Seorang Ahli
Bukit Gantang
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Bukit Gantang pun ada.
Mereka ini pakar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ustazah pun ada.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ustazah kurang sedikit [Ketawa] Oleh sebab itu, saya mengesyorkan supaya kerajaan melihat perkara ini secara serius, mengkaji dan buat peraturan baru, bawa dalam Dewan ini. Kita gubal, kita ubah, kita undi. Saya percaya kalau untuk kepentingan negara, rakan-rakan kita di sebelah pun akan menyokong akta yang kita bawakan ini. Jangan ragu-ragu, jangan bimbang.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Yang Berhormat Hulu Langat.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Negara kita ini kita menuju negara maju. Kita menuju sebuah perubahan. Kalau pihak perhotelan ini, saya lihat mereka hidup pada zaman batu lagilah. Mereka tidak mengikuti perubahan, mereka...
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Mencelah sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Hulu Langat, bangun.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Belum pernah ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Setujukah Yang Berhormat Kinabatangan dengan arahan daripada Menteri KPKT baru-baru ini mengatakan bahawa bila ada hotel yang mengambil tindakan tidak membenarkan front desk itu memakai tudung maka kita tarik lesen mereka. Setuju, tidak?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya sebetulnya. langkah yang harus diambil seharusnya begitu. Batalkan lesen mereka. Melainkan jika mereka mengubah cara pentadbiran mereka. Saya amat bersetuju Yang Berhormat. Oleh sebab kalau kita tidak ajar mereka ini, mereka akan besar kepala. Datang ke negara orang, hendak tindas orang. Ini rasa saya hidup dan di zaman batu. Negara kita ini walaupun kita kecil, tetapi kita berkembang. Kita develop well. Jadi ikuti perkembangan ini. Ajar mereka, panggil mereka. Jika mereka mahu berniaga, buat cara kita. Jangan buat cara mereka. Pengajaran yang pertama ialah batalkan lesen mereka supaya mereka sedar bahawa perbuatan mereka tidak baik.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya harap mesej saya ini sampai kepada pihak kementerian, supaya tindakan dapat diambil sebab ramai di kalangan wanita-wanita Islam kita meminta saya agar menyuarakan perkara ini. Oleh sebab potensi untuk mereka berkembang di peringkat perhotelan amat tertekan. Tidak ada kemajuan. Mereka tidak boleh membuat keterampilan dengan memakai tudung.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi, ini pada saya merupakan satu penekanan emosi dan harus diambil tindakan dengan segera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Ada beberapa butiran yang saya hendak bangkitkan di dalam perbahasan kali ini,iaitu yang pertamanya adalah B.43, Butiran 010200 mengenai Kerajaan Tempatan. Akan tetapi sebelum itu saya sokong 100 peratus apa yang tadi disuarakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Termasuk yang zaman batu Yang Berhormat?
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
[Ketawa] Jadi saya hendak ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan juga pihak kementerian di atas keprihatinan dalam meluluskan permohonan melalui BP1, untuk kawasan Parlimen Parit Sulong yang kemudian dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat dan juga Majlis Daerah Yong Peng. Ini kerana saya yakin apa juga pembangunan yang dibuat melalui ini dapat memberikan manfaat yang besar terutamanya kepada penduduk di kawasan Parlimen Parit Sulong khususnya.
Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang saya hendak bangkitkan di bawah butiran ini iaitu baru-baru ini telah berlaku banjir di daerah Batu Pahat termasuklah di kawasan Parlimen Parit Sulong khususnya sepanjang Jalan Rugayah. Banjir itu bukanlah sekali, banjir itu berlaku few times, beberapa kali tetapi ia amat menyukarkan kepada penduduk untuk lalu lintas dan banyak kenderaan yang tersekat semasa banjir tersebut.
Soalan saya kepada kementerian adalah adakah pihak kementerian ada perancangan untuk mengkaji dan bercadang untuk menaik taraf longkang-longkang ataupun melalui sistem perparitan di kawasan di bawah Majlis Perbandaran Batu Pahat ini? Mungkin secara bekerjasama ataupun secara N-BOS dengan JPS melalui perbincangan dengan kementerian ataupun agensi lain. Hal ini kerana ia- parit-parit ini semua sudah terlalu lama di daerah Batu Pahat dan kerana ia terlalu lama dan tidak mengikut zaman lagi, maka itulah jadi salah satu sebab yang menyebabkan banjir di kawasan dan di daerah Batu Pahat selain daripada hujan yang lebat dan juga air pasang.
Soalan seterusnya kepada pihak kementerian adalah saya di kawasan Parlimen Parit Sulong ini ada satu taman yang mempunyai 5,000 buah rumah. Ini merupakan taman yang paling besar sekali di kawasan Parlimen Parit Sulong. Saya hendak bertanya kepada pihak kementerian apakah perancangan untuk menaik taraf longkang ‘V’ untuk dijadikan ke longkang ‘U’, dan juga pelebaran jalan utama di Taman Industri Sri Sulong ini, dan panjangnya adalah seluas 1.5 km. Seperti yang saya nyatakan tadi, ini adalah taman yang paling besar sekali penduduknya di kawasan Parlimen Parit Sulong.
Oleh sebab itulah, apabila kita memberi peningkatan daripada segi longkang- longkang sebab longkang ini bau dia boleh tahan juga Tuan Pengerusi. Hendak cakap sudah letak macam-macam, Yang Berhormat Timbalan Menteri ada mendengar dengan tekunnya. Macam-macam yang sudah dibuat tetapi asyik tersangkut sahaja dekat situ.
Taman Industri Sri Sulong ini adalah taman yang pertama di kawasan Parlimen Parit Sulong dan taman yang paling besar.
Jadi kerana itulah terlalu banyak kompelin yang dibawa. Baru-baru ini saya ada bermesyuarat dengan semua JPP di kawasan Parlimen Parit Sulong dan antara perkara utama yang diminta oleh mereka adalah untuk membawa isu ini sendiri di dalam peringkat Jawatankuasa. Jadi saya mengharapkan bantuan dan kelulusan teruslah. Oleh sebab ini kawasan Parit Sulong ini kawasan Barisan Nasional menang jadinya perlu untuk diberikan banyak lagi bantuan supaya boleh terus menang Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Untuk seterusnya bagi Butiran 010500, iaitu Pengurasan Sisa Pepejal Negara.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Melalui butiran ini, ada beberapa perkara yang saya hendak bangkitkan. Saya hendak bertanya kepada pihak kementerian bagaimanakah kementerian menilai keberkesanan program pengasingan sisa pepejal yang berpunca daripada pembuangan sampah yang berlebihan. Akan tetapi ada diwajibkan mulai September 2015 yang terdapat terutamanya yang minta supaya ada pengasingan ini.
Jadi saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, berapakah jumlah mereka yang telah didakwa tidak mengasingkan sisa pepejal seperti termaktub di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2012 sepanjang pelaksanaan program ini. Adakah kementerian mempunyai perancangan untuk mempelbagaikan lagi usaha sama antara kesedaran bersama dengan terutamanya JKK di kawasan Parit Sulong dan juga JPP di dalam kawasan Parlimen Parit Sulong.
Seterusnya soalan saya adalah saya sudah bangkitkan perkara ini beberapa kali tetapi saya hendak minta mohon penjelasan daripada pihak kementerian lagi bagi ianya lebih menyeluruh dan supaya difahami oleh setengah golongan yang tak faham- faham di kawasan Parlimen saya dan juga kawasan Parlimen Sri Gading. Ini mengenai tempat pelupusan sampah Bukit Payung. Saya cuma hendak minta pihak kementerian untuk menyatakan bagaimanakah kriteria pemilihan tempat ini jadi siapa yang mencadangkan, kenapa tempat ini dipilih tidak tempat lain.
Tempat yang dicadangkan ini adalah berhampiran di kawasan kampung dan ianya memang terletak di kawasan Sri Gading tetapi saya tengok ianya sebab ia sempadan berhampiran dengan kawasan Parlimen saya iaitu di Kangkar, Merlimau ianya banyak dipersoalkan. Jadi saya hendak minta sekali lagi, saya faham ada beberapa soalan saya yang telah dijawab tetapi ramai juga mangkuk-mangkuk ini yang tidak faham-faham. Jadi saya hendak minta tolong daripada Yang Berhormat Menteri untuk menerangkan lagi dengan lebih jelas lagi mengenai perkara ini di bawah butiran ini.
Seterusnya mengenai B.41 Butiran 020300 – Bomba dan Penyelamat. Ini mengenai bomba di kawasan saya tidak ada bomba, tak ada balai bomba memang tak ada. Jadi saya hendak bertanya kepada pihak kementerian adakah cadangan untuk dibuatkan balai bomba di kawasan Parlimen Parit Sulong. Kalau sebagai contoh terjadi kebakaran di sempadan antara Muar dengan Batu Pahat terutamanya di Semerah itu, dia akan mengambil masa hampir satu jam untuk bomba itu sampai. Daripada Muar pun lebih daripada waktu tersebut kalau daripada Yong Peng pun dia jauh.
Saya percaya Yang Berhormat Timbalan Menteri yang mendengar ini dia faham dengan keadaan struktur di kawasan Parlimen saya itu sendiri. Adakah cadangan untuk dibina balai bomba di kawasan Parlimen saya.
Dan kemudian yang keduanya pula, saya hendak bertanya mengenai Skuad Sukarelawan Bomba. Yang ini adakah ianya boleh kita buat adakah ada perancangan untuk mengenal pasti dan juga menggalakkan lebih ramai lagi untuk menubuhkan skuad ini dan since memandangkan tidak ada balai bomba kalau ada perancangan ataupun ada peruntukan saya hendak minta sebanyak-banyak peruntukan diberikan sebab kalau terbakar hanya tengah jalan itu pun memang peratusan ianya dapat diselamatkan adalah kosong.
Jadi dengan adanya ini mungkin ianya dapat membantu dan ada lagi satu. Saya ada lapan tahfiz Yang Berhormat Menteri. Lapan tahfiz yang ini adakah boleh juga kah dibuat Skuad Sukarelawan Bomba yang untuk tahfiz ini. Jadi boleh bagi penerangan, bantuan dan mungkin kalau ada boleh buat CSR dengan mereka. Jadi secara tak langsung kita juga dapat bersama dengan mereka dan juga membantu tahfiz-tahfiz yang terdapat di kawasan Parlimen Parit Sulong ini.
Selain daripada itu yang terakhirnya Butiran 020600 – Perumahan Negara. Ada satu kawasan di perumahan swasta Taman Cahaya, Peserai, Batu Pahat. Saya tengok, saya sudah pantau memang tidak ada peningkatan dan tergendala dekat sini dan menerusi projek perumahan swasta ini. Saya hendak tahu apakah tindakan susulan yang diambil oleh pihak kementerian terhadap pemaju yang terlibat. Terima kasih banyak Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh kepala KPKT- Butiran 020000 dan juga 020100 yang telah diperuntukkan sebanyak lebih kurang RM61 juta.
Saya amat berterima kasihlah kerana ada peruntukan sebanyak RM61 juta ini dalam Bajet 2018. Walau bagaimanapun, saya rasa mungkin RM61 juta ini tidak mencukupi tetapi saya harap wang RM61 juta ini digunakan untuk membantu flat-flat kos rendah dalam kawasan-kawasan Parlimen kita untuk memastikan menguruskan perkara-perkara yang seperti lif rosak dan sebagainya.
Ini saya rasa amat diperlukan di negeri Selangor terutamanya apabila saya tengok Yang Berhormat Menteri sungguh aktif melompat sana, melompat sini ke PPRT sana, ke PPRT sini hendak menunjukkan tong sampahlah, hendak menunjukkan lif rosaklah dan sebagainya. Saya amat bersyukur kalau di Selangor dilakukan itu kerana ia menebus segala penipuan, kecuaian, penyelewengan yang telah dilakukan oleh Kerajaan BN sebelum tahun 2008. Ini kerana sebelum tahun 2008 Kerajaan Barisan Nasional di Selangor telah membuat satu projek, projek Setinggan Sifar. Projek Setinggan Sifar, sifarnya setinggannya disifarkan, rumahnya tidak ada.
Apa yang beban Kerajaan Pakatan harus pikul najis-najis Barisan Nasional ketika itu pada tahun 2008 adalah 7,000 setinggan yang tidak dapat penempatan. Apa lagi yang ditinggalkan najis-najis itu, pampasan pun tak dapat. Pampasan pun tak dapat dan apa lagi kualiti perumahan kenapa isu ini- kenapa Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Lipis.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Kalau tak mampu serah kepada Barisan Nasional balik semula, tak payah sebut najislah. Sudah masuk dua penggal masih tak mampu hendak selesaikan lebih baik tinggalkan. Bagi Barisan Nasional. Tak payah hendak sebut najislah, lebih banyak najis-najis yang PKR buat di sana. Lebih banyak. Selesaikan tak payah hendak selesaikan di Lipis.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Yang Berhormat Lipis, duduk Yang Berhormat Lipis. Nanti saya belum habis. Itu najis sebelum tahun 2008 harus dibersihkan dan you make the najis you don’t clean it up yourself. You have to clean up yourself...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lipis cukup.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Tuan Pengerusi, saya punya floor. He takes out my time.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, tetapi elak guna perkataan yang boleh membuat provokasi Yang Berhormat.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Najis adalah...
[Disampuk] Okey, kalau tak boleh, saya boleh kata, penyelewengan-penyelewengan dan penipuan- penipuan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum tahun 2008 di dalam pembinaan rumah-rumah kos rendah terutamanya di negeri Selangor...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, di dalam peraturan, dia kata perkataan yang boleh menyinggung hati.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Tak apa saya sudah tarik balik “najis”, saya kata...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Perkataan yang boleh menyakiti hati antara satu sama lain.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Okey, sudah sakit hati.
Maaflah ya. Sakit hati pasal najis, alright. Terima kasih okey.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Selesaikan dulu banglo besar itu, selesaikan dulu banglo besar itu. Selesaikan banglo besar dulu yang kata penyelewengan- PKR lebih banyak penyelewengan lah. Selesaikan dahulu masalah banglo-banglo itu.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Maaflah. Tak apa, tak payah. Dulu ini isu Selangor bukan isu Negeri Sembilan. Negeri Sembilan banyak lagi isu yang belum selesai. Tuan Pengerusi, duduklah.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ampang tidak bagi jalan.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Ya, duduklah. Bentuk- bentuk penyelewengan dia apa, Tuan Pengerusi termasuklah lifnya rosak, drainage system yang under quality. Selepas itu suis sistem yang sangat rendah mutu, sistem paip air, cracks, bocor dan sebagainya dan tempat-tempat sampah yang tidak dipantau dengan sebaiknya oleh Kerajaan Barisan Nasional pada ketika itu kepada pemaju- pemaju. Semua kualiti pembinaan rumah kos rendah terutamanya amatlah di bawah piawaian Tuan Pengerusi.
Jadi sudah tibalah Kerajaan Barisan Nasional bertanggungjawab di atas penyelewengan dan penipuannya ketika itu. Saya amat alu-alukan datang, datang ke Selangor terutamanya kerana tiap-tiap hari masuk dalam TV, rumah flat inilah, rumah inilah, datang. Saya suka kerana dapat menebus segala penyelewengan yang telah dilakukan sebelum tahun 2008. We give you a chance. Let’s do it, you do it, you clean it up, okey dengan izin.
Perkara yang kedua Tuan Pengerusi, saya juga hendak menyentuh tentang pendatang-pendatang asing kerana Yang Berhormat Menteri juga adalah bertanggungjawab tentang kesejahteraan bandar dan sebagainya. Saya amat minta kalau bolehlah ada satu sistem pemantauan yang mana warga-warga asing yang datang untuk menyewa rumah-rumah, apartment di negara kita ini ada satu sistem yang boleh kita pantau mereka dengan mendaftarkan mereka.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Jadi tuan rumah sebelum hendak menyewakan rumah-rumah ini kepada warga asing, mendapat kelulusan mungkin daripada pihak PBT agar kita dapat tahu ada daftar warga asing duduk di rumah-rumah kawasan perumahan kita. Jadi kalau sekiranya apa- apa berlaku, mudah untuk kita pantau dan kawal. Dengan ini juga, kita dapat tahu- kita dapat juga mengawal mereka agar mereka ada sedikit conscious bahawa mereka telah didaftar. Jadi apabila mereka telah didaftar, mereka akan rasa bertanggungjawab dan tidak melakukan sewenang-wenangnya, dengan sebebas-bebasnya untuk melakukan segala kerja yang membawa gejala sosial yang tidak kita kehendaki.
Oleh sebab kalau kes-kes sekarang kita ingat di apartmen-apartmen- bukan apartmen kos rendah tetapi kos sederhana dan yang tinggi, yang mana kita lihat ada orang-orang asing dengan- jadi tempat dadah, kawasan dadah. Lubuk, tempat digunakan untuk buat kerja-kerja illegal, kerja-kerja yang haram. Buat ubat yang illegal- lah, macam-macam. So, jadi harap kalau sistem yang boleh kita pantau mereka, agar daftar bersama dengan PBT dan boleh kita- sekiranya ada perkara-perkara atau kejadian-kejadian yang tidak disenangi oleh penduduk-penduduk kawasan itu, kita dapat mengawal mereka.
Mungkin KPKT juga boleh memikirkan untuk bagaimana satu orientation program yang boleh dilaksanakan kepada warga-warga asing yang datang ke negara kita. Ini termasuk refugees dan juga pendatang-pendatang ataupun pekerja-pekerja asing yang mana satu orientation program harus mereka tahu budaya kita, cara-cara kita.
Jadi mereka boleh mudah untuk menyerap budaya kita dengan budaya mereka dan mereka tahu bagaimana mereka hendak bergaul dengan rakyat Malaysia sendiri.
Dengan ini dapat memudahkan mereka berinteraksi dan sekiranya mereka ada masalah juga, mudah untuk kita membantu mereka.
Dengan adanya interaksi dan pergaulan ini, mungkin akan dapat membantu kerajaan untuk menurunkan kadar-kadar jenayah, kadar-kadar kecurian dan kerja-kerja yang tidak kita ingini. Dengan ini juga, kita akan dapat juga mengawal keadaan sosial negara kita dan kita tidak mahu mereka yang datang daripada negara luar ini datang dan membawa, menurunkan kadar status sosial kita kepada tahap yang lebih rendah.
Kalau kita hendak maju, kita harus pantau perkara ini agar negara ini, rakyat Malaysia akan dapat terus progress dengan lebih lancar dan tanpa hindrances, kekangan-kekangan oleh sebab adanya warga-warga asing ini. Itu sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Gudang.
Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Pengerusi, mengizinkan saya untuk turut serta dalam perbahasan ini.
Saya ingin menyentuh Butiran 010000 – Kemajuan Persekitaran, Perancangan Bandar dan Desa iaitu Butiran 010100. Saya ingin pihak kementerian mengemukakan kepada saya tentang bantuan-bantuan yang telah diberikan di dalam kawasan-kawasan kampung di dalam Parlimen Pasir Gudang. Di kesempatan ini juga, saya ada permintaan khusus bagi sebuah kampung yang bernama Kampung Plentong Baru untuk pihak kementerian melihat tentang sistem jalan dan juga perparitan di dalam kampung ini agar boleh dilihat secara teliti.
Saya juga hendak menyentuh Butiran 020000 – Kesejahteraan Komuniti, berhubung dengan kesejahteraan bandar. Ini saya hendak kaitkan juga dengan penempatan pekerja-pekerja asing. Apakah pihak kementerian melihat secara teliti agar pekerja-pekerja asing ini diadakan penempatan khusus? Tidak dibenarkan mereka ini diberi tempat-tempat untuk disewa di dalam kawasan-kawasan perumahan oleh pihak syarikat.
Ini kerana sudah jelas saya kira impak sosial, gejala sosial dan keadaan kurang manis serta kurang selesa oleh penduduk setempat. Jadi saya rasa sudah memang hampir wajiblah diadakan penempatan khusus untuk pekerja-pekerja daripada luar negara ini ditempatkan dan tidak dibenarkan sewaan-sewaan kepada kawasan-kawasan yang diduduki oleh penduduk-penduduk tempatan, bercampurlah.
Seterusnya saya hendak juga sentuh Butiran 020300 – Bomba dan Penyelamat.
Saya berterima kasihlah kepada pihak kementerian. Di kawasan saya ini ada balai bomba tetapi saya minta kementerian tolong tengok sikitlah, penduduk kawasan saya ini hampir 300,000. Saya ada dua balai bomba sebenarnya, satu di DUN Johor Jaya dan satu di dalam DUN Permas tetapi skalanya sangat kecil. Ia punya bantuan kereta itu pun ada dua sahaja dan kita ini kawasan industri, industri berat-berat.
Jika ada kebakaran yang serius melibatkan chemical dan sebagainya, kita bergantung kepada industri yang ada untuk membantu, tidak banyak daripada bomba sendiri. Saya minta perkara ini dilihat agar balai bomba di kawasan saya ini di-upgrade, prasarananya begitu juga perlu di-upgrade. Hal ini kerana saya melihat sendiri anggota bomba ini mereka bekerja apabila ada keperluan tanpa mengira apa yang mereka ada.
Jadi dengan keadaan prasarana dalaman yang kurang sempurna itu, saya kira kalau dapat di-upgrade akan menambah lagi semangat kawan-kawan kita yang bertungkus- lumus untuk bekerja apabila mereka diperlukan untuk membantu rakyat yang di dalam kesusahan.
Saya juga ingin menyentuh Butiran 020400 – Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai. Kita melihat sekarang ini ada paradigm shift daripada Ah long yang tidak berlesen kepada ah long yang berlesen. Akan tetapi sebenarnya akhirnya, Ah long yang berlesen ini juga menjadi penyebab kepada rakyat terhimpit. Orang tengah susah memang bukan salah kerajaan, mereka yang sepatutnya berfikir. Akan tetapi apabila mereka ini terlampau banyak diberi lesen, akhirnya dia datang side effect yang tidak bagus kepada masyarakat. Jadi saya kira, lesen-lesen ini tidak patut diteruskan, dihentikan sahajalah. Ini kerana kita pun tahu daripada yang tidak sah dan tidak berlesen kepada berlesen, tetapi dari segi ia punya interest tetap tinggi juga.
Apa yang paling saya rasa tidak patut Yang Berhormat Menteri, pengamalan saya sendiri. Saya bekas pekerja kilang, ada beberapa sahabat saya, pekerja saya yang dulu kerja di kilang, kad bank mereka ini disimpan oleh pemegang-pemegang ah long ini.
To make sure, dengan izin, untuk memastikan cukup bulan duit ini dapat terus kepada peminjam-peminjam ini yang memberi pinjaman ini. Jadi perkara ini saya kira perlu dilihat untuk kita bertindak dengan segera demi kesejahteraan komuniti kita.
Seterusnya tentang Butiran 020500 – Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata. Tahniah kepada pihak kementerian telah mengambil beberapa langkah. Saya juga hendak berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri sekali lagi kerana apabila Yang Berhormat Menteri turun, banyak bantuan diberi kepada flat-flat kos rendah di dalam kawasan saya untuk pengurusan tabung cat semula dan sebagainya.
Akan tetapi masalah pokok saya kira adalah keadaan JMB ini sendiri, undang- undang ini perlu disegerakan agar mereka mempunyai kuasa apabila orang yang menyewa itu tidak membayar.
Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Bagaimana caranya? Apakah lebih sesuai sewaan-sewaan bulanan ini, maintenance fee ini dimasukkan terus dalam cukai harta yang dikenakan? Mungkin itu lebih baik bagi mengelakkan masalah-masalah ini terus berlarutan. Ini kerana kawasan saya memang banyak sangat kawasan flat. Jadi banyak flat tidak dapat diselenggara dengan baik. Alasannya yang JMB akan bagi- pagi tadi pun Yang Berhormat Menteri sebelum datang sini, saya dapat SMS daripada satu JMB, “Yang Berhormat, tolong datang di kawasan ini, 70 peratus tidak bayar duit maintenance. Kita perlu buat itu dan ini.” Cari juga Wakil Rakyat. Jadi saya ingat kalau pihak kementerian dapat bantu ini, cantiklah perkara ini.
Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Seterusnya Program Khusus - Butiran 040000, berkenaan dengan sewaan CCTV. Kita sedia maklum ada beberapa kawasan ini diberi kemudahan untuk sewaan CCTV. Saya hendak menyentuh dalam kawasan saya ini, ada beberapa kawasan yang sangat sensitif dan mereka memerlukan CCTV ini dan juga tambahan juga untuk diadakan palang-palang keselamatan. Ini bermakna hendak masuk kena ada palang- palang keselamatan dan sebagainya. Mereka ini Yang Berhormat Menteri sedia maklum, ada pihak suka ganggu. Kalau tidak dapat dia kata, jangan sokong BN.
Ini terjadi dalam kawasan saya juga, mereka minta supaya diadakan gated dan juga CCTV. CCTV hendak sewa melalui majlis dengan syarat-syaratnya tidak sampai ke dalam kawasan berkenaan dan gated ini juga tidak diluluskan kerana sebab-sebab tertentu, akhirnya penduduk marah. Baru-baru ini minggu lepas ada datang jumpa saya, dia cakap kalau tidak lulus perkara ini, tahulah nanti apa hendak buat. Masalah kita, kita cuba buat. Ini dia ini suka ugut-ugut. Sana itu Yang Berhormat Bukit Katil suka galakan.
Yang Berhormat Seputeh semua datang, ugut sahaja bila geng dia, dia ugut, dia kata kalau tidak bagi jangan sokong BN.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tidak ada kerjalah itu.
Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad
Kalau dia pun tidak bagi juga, tidak settle juga. Jadi saya rasa Yang Berhormat Menterilah tempat terbaik hendak settle-kan masalah ini supaya mereka tidak boleh mengambil kesempatan. Jadi bila settle, tolong luluskan kawasan saya di Taman Rinting, kawasan Balau. Jangan masuk Taman Molek, jangan kacau. Saya sudah bawa dalam Parlimen ini supaya perkara ini diberi kelulusan kerana undang-undang kecil PBT tidak membenarkan perkara ini dilaksanakan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Mengugut- dengar mengugut nampak.
Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad
Itu saya ingatkan, bukan ugut, yang ugut tadi. Okey.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Pasir Gudang, siapa yang datang kacau bagi tahu saya Yang Berhormat Pasir Gudang.
Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad
Okey.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Lepas ini Yang Berhormat Pasir Gudang, saya pergi jumpa mereka.
Tuan Khalid bin Abd. Samad
Dekat Baling mana ada taman [Ketawa]
Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad
Jadi sebenarnya masalah keselamatan untuk gated dan juga CCTV ini adalah sangat perlu di beberapa kawasan dan saya harap pihak kementerian memberi perhatian kepada saya. Pengakhirnya, untuk balai bomba saya ini di-upgrade-kan. Saya minta tolong sangat kerana kawasan saya adalah kawasan ada beberapa heavy industry di dalam kawasan saya. Itu sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Menteri.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kluang.
Tuan Liew Chin Tong - Kluang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sentuh Butiran 010100 - Perancangan Bandar dan Desa.
Tuan Liew Chin Tong - Kluang
Saya minta kementerian beri tumpuan tentang perubahan iklim, climate change. Saya harap kementerian boleh memberi garis panduan untuk semua PBT supaya isu perubahan iklim ini boleh jadi satu agenda yang penting untuk semua PBT. Kita boleh tengok di seluruh negara, longkang sumbat, sungai tidak dijaga dengan baik. Ini saya rasa adalah agenda yang penting kerana bukan sahaja di Malaysia mengalami keadaan perubahan iklim, kita ada banjir di Pulau Pinang, banjir di New York, banjir di Texas, banjir di seluruh dunia. Ini adalah satu agenda yang saya rasa kementerian mesti beri tumpuan.
Butiran 010200 - Kerajaan Tempatan. Saya minta kementerian memberikan garis panduan ataupun satu- supaya memastikan semua PBT mengumumkan anggaran perbelanjaan. Anggaran bajet mesti diumumkan kepada semua pembayar cukai, supaya mereka boleh tahu apa yang telah dilaksanakan atau dicadangkan oleh PBT.
Sekarang ini Parlimen telah upload atau Kementerian Kewangan upload semua buku-buku anggaran atas website, tetapi, PBT ini tidak langsung mengumumkan anggaran belanjawan. Saya sudah minta di Johor, semua PBT tidak bersedia untuk memberi makluman tentang anggaran perbelanjaan kepada orang awam. Juga dalam akta memang semua boleh hadir pada sidang penuh PBT, tetapi saya minta Menteri memang orang Johor, orang Kluang, minta Menteri beri arahan bahawa semua PBT mesti memberi atau menerima semua yang hadir pada sidang penuh PBT.
Di Johor sekurang-kurangnya 10 PBT tidak membenarkan ahli politik dari Pakatan Harapan menghadiri sidang penuh PBT. Ini salah dari segi undang-undang, salah dari segi akta. Saya minta kementerian beri penjelasan dan juga memaklumkan semua PBT di Johor supaya orang umum boleh hadir pada sidang penuh PBT.
Isu Butiran 010400 - Solid Waste and Public Cleansing Corporation (SWCorp) dan Butiran 010500 - Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Dalam pengurusan sisa pepejal, saya rasa banyak kontrak telah diberi kepada kontraktor dan kontraktor ini biasanya upah pekerja asing. Akan tetapi dalam paradigm shift kita, saya rasa kita mesti ada dua pemikiran baru. Satu ialah prioriti atau keutamaan harus diberi kepada orang tempatan, warganegara.
Kedua, automasi- automation, mesti jadi satu agenda yang penting dalam pengurusan sisa pepejal. Untuk jadi satu negara yang lebih maju, automasi adalah salah satu agenda yang penting. Dalam pengurusan sisa pepejal, pengurusan sampah dam pelbagainya, agenda automasi mestilah jadi satu agenda yang penting.
Saya harap kementerian boleh belajar daripada pengalaman Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pulau Pinang di mana semua kontrak kepada kontraktor telah ditamatkan dan bawa balik dengan memberi peluang kerja sebanyak 2,500 peluang kerja kepada orang tempatan, warganegara. Dengan itu, mereka diberi gaji yang sekurang-kurangnya RM1,500 dan dengan elaun-elaun lain yang biasanya mereka dapat RM1,900.
Dengan agenda memberi peluang kerja kepada orang tempatan bersama dengan agenda automasi- automation, kita boleh beri peluang kerja yang berpatutan dengan gaji yang berpatutan kepada orang tempatan dalam sektor ini. Sektor ini memang boleh berikan banyak peluang kerja kepada orang tempatan. Jikalau Yang Berhormat Menteri pergi tengok di Australia, di Jepun, di seluruh dunia, kalau negara maju biasanya satu trak sampah mungkin seorang sahaja, seorang sahaja yang bawa, dia driver, dia operate machine itu, dia buat semua, dia seorang sudah cukup. Kenapa kita tidak boleh belajar daripada negara-negara maju dari segi itu. Dengan itu, orang tempatan, warganegara diberikan peluang pekerjaan dengan gaji yang berpatutan.
Butiran 020300 - Bomba dan Penyelamat. Saya minta Yang Berhormat Menteri berikan penjelasan tentang berita baru-baru ini, bahawa bomba sukarelawan akan diambil alih oleh kerajaan.
Tuan Liew Chin Tong - Kluang
Memang di seluruh negara ada banyak team atau skuad bomba sukarelawan dan mereka ini ditubuhkan oleh sukarelawan oleh mereka yang bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat dan mereka risau tentang apa yang telah dibincangkan dalam berita baru-baru ini bahawa kementerian mengambil alih- saya cadang kementerian harus memberikan lebih peluang dan menggalakkan skuad-skuad sukarelawan ini dan bukan ambil alih dan jadi sebahagian kepada kerajaan.
Tuan Liew Chin Tong - Kluang
Saya juga minta Yang Berhormat Menteri berikan penjelasan bahawa di hospital-hospital di Johor, memang banyak hospital ini ada masalah dengan risiko kebakaran dan saya minta Yang Berhormat Menteri berikan penjelasan, adakah langkah- langkah telah diambil oleh pihak bomba dan juga pihak hospital, di hospital-hospital seluruh Johor. Saya risau kalau tidak ada langkah yang berpatutan diambil, mungkin kita akan mengalami lebih banyak kebakaran di hospital-hospital di seluruh Johor. Saya minta kementerian berikan jaminan dan juga berikan penjelasan.
Akhirnya 020400 – Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai. Saya minta kerajaan untuk mengakhirkan struktur ini di mana ditamatkan struktur ini, di mana pajak gadai dan pemberian along yang berlesen ini di bawah kementerian ini. Semua ini sepatutnya dimasukkan di bawah Kementerian Kewangan dan dikawal selia oleh Bank Negara. Ini saya rasa ramai di sana pun akan setuju kerana kita dalam satu sistem kewangan yang tidak harus ada institusi-institusi yang tidak dikawal selia oleh Bank Negara.
Ini bahaya kerana institusi-institusi kewangan yang tidak dikawal selia oleh Bank Negara akan mengakibatkan krisis-krisis kewangan yang tidak dijangka kerana Bank Negara tidak memberikan tumpuan atau tidak ada kajian tentang trend-trend yang telah diadakan. Saya rasa ini adalah satu agenda kewangan yang penting untuk kita semua.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Simpang Renggam.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Secara ringkasnya, saya ingin menyentuh dua butiran. Pertama, 020300 – Bomba dan Penyelamat.
Saya ingin bertanya kepada kementerian tentang sebuah balai bomba yang kononnya akan diwujudkan, dibina di Simpang Renggam. Tanah telah pun diberikan oleh pihak kerajaan negeri Johor, memang sudah lama. Saya ingat tahun pertama saya menjadi Wakil Rakyat, ini sudah masuk tahun yang kesembilan, sering kali diberikan jawapan bahawa peruntukan tidak cukup, maka tanah sudah ada tetapi tidak dapat dibina sekian lama. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah status, apakah perkembangan yang terkini tentang Balai Bomba di Simpang Renggam ini.
Seterusnya Butiran 010500 – Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Tuan Pengerusi, ini memang menjadikan satu isu hangat di kalangan rakyat di Simpang Renggam tentang satu tapak pelupusan di CEPI Simpang Renggam kerana ia telah dikenal pasti sebagai satu punca utama yang menyebabkan pencemaran Sungai Benut apabila air leachate yang melimpah yang tidak dapat dirawat sepenuhnya melimpah dan seterusnya masuk ke Sungai Benut, sehinggakan loji air terpaksa diberhentikan kerana kandungan ammonia telah meningkat.
Saya tahu ada usaha daripada pihak kementerian bagi menjalankan rawatan tetapi saya juga dimaklumkan bahawa kapasitinya tidak cukup menampung air leachate yang terkandung dalam kolam itu dan apakah usaha selepas ini, apakah tindakan untuk meningkatkan lagi kapasiti loji ini. Sebagai jangka panjang, saya mengharapkan tapak pelupusan ini dapat ditutup selama-lamanya dan oleh itu, untuk menutupkan tapak ini seharusnya ada satu lagi tapak pelupusan yang baru perlu diadakan di tempat lain.
Jadi apakah perkembangan dan status terkini tentang tapak pelupusan di Bukit Payung, Batu Pahat. Jadi saya ingin tahu jawapan supaya saya boleh balik sampaikan kepada penduduk di Simpang Renggam. Itu sahaja. Sekian terima kasih.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Simpang Renggam, belum, jangan duduk dahulu. Saya hendak tanya soalan tambahan. Saya hendak menumpang.
Tadi Yang Berhormat Simpang Renggam ada bercakap mengenai pemindahan tempat tersebut dan ada menyebut mengenai Batu Pahat. Masalahnya sekarang kawasan di kawasan yang tempat ini yang rancangannya untuk dibina di Bukit Payung ini juga tidak diterima oleh penduduk setempat, mungkin disebabkan oleh beberapa, seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Saya juga hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat mengenai perkara ini dan juga mungkin Yang Berhormat Menteri boleh menjawab sebab lokasi itu sangat penting dan juga cara pendedahan ataupun kesedaran yang perlu diberikan kepada penduduk setempat dan juga sistem yang dibuat mengenai ini sebab kita khuatir ianya nanti akan mengeluarkan satu bau yang sangat busuk dan tempat yang dicadangkan itu sangat hampir dengan kampung. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat mengenai perkara tersebut.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya berharap isu ini tidak dipolitikkan, tidak dijadikan isu politik. Sebab apa, kalau tapak ini diuruskan dengan secara profesional saya rasa itu tidak ada masalah. Cuma ada pihak pembangkang you see, orang yang sama membuat bantahan di Batu Pahat.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Bau busuk dia masuk hidung BN kah hidung pembangkang sama sahaja.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tidak, dengar-dengar saya cakap dahulu.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Tetapi yang itu betul tahu. Yang itu betul tahu, tidak boleh, yang Yang Berhormat cakap ini saya sokong. Yang Berhormat Parit Sulong sokong apa yang dikatakan itu juga.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tidak, orang yang sama pergi buat bantahan di Batu Pahat, orang yang sama juga datang Simpang Renggam marah, buat sentimen supaya orang marah dengan Simpang Renggam. Kenapa tempat tidak diusahakan dengan baik? Kumpulan orang yang sama. Bantah di Batu Pahat, bantah di Simpang Renggam. Baik, di mana kita hendak bina tapak pelupusan ini? Jadi saya berharap Tuan Pengerusi, jangan kita jadikan isu ini sebagai hendak jadikan bahan politik untuk menipu rakyat. Jadi saya berharap kementerian selepas ini boleh bagi satu jawapan yang memuaskan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya hendak membincangkan berkenaan dengan Butiran 020600 – Perumahan Negara. Apabila sebut tentang perumahan sudah tentu perkara ini merupakan perkara asas di dalam kehidupan kita sebagai manusia yang memerlukan kepada tempat untuk kita tinggal ataupun kita tidur dan duduk.
Akan tetapi apa yang berlaku ialah hari ini berlakunya lambakan berkenaan dengan rumah yang banyak tidak terjual terutamanya ialah rumah yang atas daripada RM250,000. Inilah yang dikeluarkan oleh laporan perkembangan ekonomi dan kewangan Malaysia, suku ketiga pada tahun 2017. Sudah tentu antara sebab rumah ini tidak laku ialah kerana tidak mampu untuk miliki dengan harga RM250,000 ke atas ataupun RM300,000, bank memerlukan kepada pendapatan sekurang-kurangnya sebulan RM5000 hingga RM6000. Terutama yang agak ketara ialah sehinggakan dibimbangi kerana ia akan berlaku krisis kewangan Asia kembali berlaku apabila lambakan rumah- rumah yang tidak laku ini.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Persoalan saya ialah adakah pihak kementerian melihat, membuat kajian berkenaan dengan kebolehan pasaran untuk penduduk kita membeli, ia juga memberi kita keadilan sama ada kepada developer ataupun kepada pemaju dan juga kepada penduduk yang memerlukan rumah itu sendiri. Sudah tentulah rumah yang perlu dimiliki sangatnya ialah terutamanya di Kuala Lumpur yang kita perlu dirikan. Kebanyakan kalau mengikut rumah mampu milik di Kuala Lumpur ini perlukan kepada setahun sebanyak 150,000 tetapi yang hanya mampu disediakan hanyalah 100,000.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Maka dengan sebab itu, kita mengharapkan supaya adakah pihak kementerian membuat kajian supaya perkara ini berlaku antara permintaan dengan tawaran itu diseimbangkan supaya ia tidak menjejaskan dari segi ekonomi dan juga perkembangan ekonomi negara kita. Itu satu.
Keduanya, ialah saya hendak bangkitkan berkenaan dengan hal yang berhubung kait dengan 020300 - Bomba dan Penyelamat. Saya dimaklumkan kerana bomba ini satunya ialah mereka sampai hari ini jawatan bomba ini tidak ada lagi skim time based dan permintaan yang mereka maklum pada saya sudah lama time based ini tidak ada kepada mereka sedangkan sepatutnya dengan kerja-kerja bahaya yang dilakukan oleh mereka sepatutnya time based diberikan kepada pihak anggota bomba dan kita harapkan supaya ini difikirkan semula oleh pihak kementerian demi menyelamatkan kerja mereka yang mencabar ini perlu diberikan penghormatan dengan wujudnya time based.
Begitu juga dengan elaun kritikal. Tidak diberikan juga kepada abang bomba kita ini. Sedangkan mereka minta sekurang-kurangnya elaun bahaya asap, elaun bahaya api yang perlu diberikan kepada mereka. Mereka setakat hari ini mereka hanya mendapat elaun komuniti namanya iaitu apabila mereka bertugas lapan jam. Maknanya kalau masuk lapan pagi, keluar lapan malam, esoknya pula mereka akan masuk lapan malam, keluar lapan pagi dengan elaun bulanannya hanya RM110 sahaja. Jadi tidak apalah kekalkan dengan elaun itu, dalam masa yang sama saya harapkan supaya diberikan elaun kritikal kepada pihak bomba ini, petugas-petugas bomba ini.
Saya juga memohon hendak tahu perkembangan bagaimana wujudnya balai bomba di kawasan Trong kerana setakat hari ini di daerah Trong itu mereka terpaksa bergantung daripada khidmat bomba dari Taiping atau dari Beruas yang agak jauh sedikit dari Trong sedangkan perlukan satu balai bomba di pekan Trong sendiri untuk memastikan supaya memudahkan kalau berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang terutamanya bagi penduduk di Trong.
Kemudian saya hendak cakap berkenaan dengan Butiran 060100 – NKRA – Program Titipan Kasih atau Food Basket, iaitu yang diperuntukkan sebanyak RM2,000,000. Ini peruntukan one-off. Ini satu- saya hendak tanyanya, siapakah sasaran yang hendak diperoleh bantuan ini? Apakah mekanisme untuk kita hendak berikan kepada mereka yang layak untuk mendapatkan bantuan Titipan Kasih ini atau Food Basket ini kepada mereka yang perlu diperoleh?
Kalau boleh biarlah ia dapat diberikan kepada mereka yang sepatutnya diperoleh dan kebetulan tahun ini sahaja ada program ini, tahun lepas tidak ada. Adakah ia berkaitan dengan soal Pilihanraya Umum Ke-14? Terima kasih kepada Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Menteri dan juga Timbalan Menteri.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi yang beri laluan kepada saya Yang Berhormat Baling.
Saya ingin ambil kesempatan ini hendak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Menteri yang sudi datang ke Baling hendak bina rumah PPR, terima kasih untuk rekod. Yang Berhormat Seputeh jangan marah saya ucap terima kasih kepada Menteri dia datang Baling buat rumah 1,000 biji tetapi dimulakan dengan 500.
Terima kasih.
Cuma saya ingin tambah sedikit, kalau boleh kita jadikan rumah tersebut, taman tersebut Yang Berhormat Menteri kita panggil Taman PPR 1Malaysia sebab 500 unit rumah yang pertama ini akan diberi peluang kepada orang Melayu, India, Cina malah warga Siam di dalam daerah Baling – mungkin Baling boleh mencetus satu idea yang mana kita boleh letakkan Taman PPR 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan’. Jadi ini saya fikir satu perkara yang boleh Menteri ambil kira.
Berkaitan dengan B.43 saya turut ambil serta 020300 dan B.43 3100. Ini berkaitan dengan Bomba dan Penyelamat. Di kawasan saya khususnya malah bukan di Baling sahaja di Sik, Padang Terap yang bersebelahan dengan saya Pengkalan Hulu, Gerik dan sebagainya.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya fikir sudah tiba waktu dan ketikanya untuk kita tambahkan lagi 4x4 Tuan Pengerusi, kalau kita ada kereta jentera bomba yang besar dalam kampung kita jalan kampung- jalan kecik. Jadi bila terbakar, berlakunya kebakaran sekolah Tahfiz kah, rumah kah dan sebagainya.
Baru-baru ini di tempat saya juga ada sekolah Tahfiz terbakar tetapi alhamdulillah tidak ada kehilangan nyawa. Akan tetapi, memandangkan jentera itu besar hendak masuk- sementara orang kampung hendak bantu dan sebagainya akhirnya terbakar semua. Jadi saya ingin mencadangkan apakah Yang Berhormat Menteri, kementerian Yang Berhormat Menteri boleh tambah jentera yang kecil yang dipanggil 4x4 untuk dibanyakkan khususnya di kawasan-kawasan luar bandar?
Seperkara lagi saya ingin juga ambil serta berkaitan dengan P.43 iaitu 02101 – Pembangunan Taman Awam. Di Baling terdapat pusat rekreasi Air Panas Ulu Legong yang terletak di Mukim Siong. Kalau ada rakan-rakan Sungai Petani- orang Sungai Petani selalu datang kalau dia kata gatal-gatal dia datang mandi dekat Air Panas Ulu Legong hilang, mujarab tempat itu. Kita juga terkenal dengan Gunung Baling dan Gunung Pulai.
Sebelum ini hanya didaki oleh orang-orang kampung sahaja. Jadi kita hendak memanjangkan, membesarkan, memperluaskan hendak minta orang Tanjong Karang, orang Tenggara datang ke sana untuk daki gunung dan sebagainya. Saya ingin minta terutama sekali tambah kemudahan parkir serta lot-lot kedai agar dapat menambahkan keselesaan para pengunjung di samping dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung- pengunjung, pelancong ke daerah Parlimen Baling ini.
Kedua, khususnya di kawasan rekreasi air panas. Keduanya, minta PBT dapat menyediakan papan tanda tunjuk arah yang jelas agar memudahkan pendaki mengenal pasti laluan untuk sampai ke puncak dan menggelakkan pendaki sesat kerana tersasar daripada laluan. Ini saya mohon kementerian.
Satu perkara lagi berkaitan dengan ramai Ahli Yang Berhormat sudah bagi tahu berkaitan dengan 020400 – Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai. Saya setuju dengan ramai Ahli Yang Berhormat, bukanlah kami hendak menidakkan kewibawaan kementerian khususnya Menteri. Akan tetapi, adalah wajar sekiranya pihak kementerian boleh bincang dengan Kementerian Kewangan agar ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan di bawah Bank Negara Malaysia sebab ini saya melihat begitu dahsyat cara, kaedah kutipan mereka melakukan.
Baru-baru ini juga banyak di-viral-kan video-video yang mereka datang pukul dengan tali, dengan getah dan sebagainya. Ini sudah menular dalam viral-kan dalam video dan sebagainya. Mungkin boleh cari kaedah- kalau tidak hendak serahkan kepada Kementerian Kewangan mungkin Yang Berhormat Menteri di kementerian sendiri boleh ada satu enforcement yang khususnya, khas yang boleh melibatkan NBOS seperti SPRM, PDRM, Bank Negara. Jadikan KPDNKK boleh duduk sekali dan saya fikir ini satu titik noktah harus kita buat kerana kalau kita tengok ceti haram ini, peminjam wang ceti ini agak keterlaluan.
Waktu saya menjadi pengerusi Biro Pengaduan Awam dulu saya sendiri telah berdepan dengan pelbagai isu-isu ini dan telah menyelesaikan. Yang mana kita kalau hari ini kita telefon Ah long-Ah long ini dia tidak mahu datang. Kita hendak selesaikan cara elok, dia takut hendak datang.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Oleh sebab kebanyakan mereka yang beri pinjaman ini bukan yang ada lesen.
Dia ada lesen, dia sub balik ke bawah dan yang bawah-bawah yang beri ini yang tiada lesen, Jadi, nila kita panggil untuk hendak bantu rakyat Malaysia khususnya yang terlibat dalam peminjaman wang ceti ini tadi. Kita hendak salahkan ceti itu pun tidak boleh. Masa dia orang pinjam ini, dia merayu-rayu. Dia minta dan waktu mudah untuk sesiapa dapat pinjaman adalah melalui mereka.
Jadi, bila dia pinjam RM2,000 dia akan potong RM200 beri RM1,800 contohnya.
Akan tetapi, bila dia hendak bayar balik. Sudah susah itulah bunga atas bunga. Pinjam RM2,000 kena bayar balik RM6,000 pun ada. Jadi, bila kita panggil mereka untuk datang bincang, mereka takut. Oleh sebab, dia takut kita ini akan ambil tindakan dan sebagainya.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jadi, saya fikir perkara harus dihalusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Kota Raja.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Okey, mencelah sedikit fasal peminjam.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ya, sila.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ya, bersetuju dengan Baling. Cuma saya fikir, adanya ceti-ceti ini kita tidak dapat elakkan. Cuma mungkin kerajaan boleh membuat peraturan tentang keuntungan yang mereka boleh ambil. Keuntungan yang mereka ambil ini is obscene. You know. Dia terlampau banyak bila saya tengok keuntungan itu. Saya rasa macam tidak ada rasa bersalah pada mereka ini. Kadang-kadang jatuh sampai 10 peratus sehari. Mungkinkah kita boleh cadangkan kepada kerajaan, supaya peminjam-peminjam wang ini haram ke tidak haram ke tetapi kalau dia mengambil melebihi pada satu-satu had, maka, ia menjadi satu kesalahan. Setuju tidak Yang Berhormat Baling?
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Setuju. Saya minta masukkan dalam ucapan saya.
Satu lagi perkara Yang Berhormat Menteri, saya hendak tambah apa yang Yang Berhormat Kota Raja sebut. I think, tindakan- kita dalam Parlimen ini kena bincang dalam masa-masa sesi akan datang khususnya berkaitan dengan tindakan undang-undang dan setimpal dengan kesalahan- mahkamah kena buat satu tindakan yang setimpal dengan pinjaman yang mereka buat ini. Ini kerana kita tengok bila mereka beri pinjam dan 10 peratus setiap hari, 20 peratus kadang seminggu boleh jadi sampai kalau pinjam RM500 kena bayar RM1,500.
Jadi, saya fikir kita kena halusi perkara ceti haram ini. Ada baik dan tidak baik.
Baiknya dia senang beri pinjaman. Bukan mudah orang hendak dapat pinjaman hari ini, dapat mudah. Pemandu teksi umpamanya. Mereka pinjam duit dengan ceti cukup mudah. Oleh sebab mereka kadang-kadang teksi geran, kredit kad ataupun ATM kad diserahkan kepada ceti-ceti ini.
Jadi, saya harap kita dapat halusi dalam banyak hal yang kita bincang berkaitan dengan kementerian ini, saya fikir iaitu khususnya pemberi pinjaman wang dan pemegang pajak gadai ini harus kita teliti. Oleh sebab sudah banyak sangat isu ini telah kita bincangkan dan kita nampak tidak ada penyelesaiannya setakat hari ini, yang betul- betul boleh memberi manfaat kepada rakyat.
Jadi, saya harap kementerian Yang Berhormat Menteri boleh menjadi champion dalam urusan ini. Ini kerana Yang Berhormat Menteri sendiri seorang yang hebat. Kita tahu, dia pergi mana-mana ceti, ah long pun tidak berani hendak jumpa. Tengok Yang Berhormat Menteri pun ceti sudah lari sudah. Akan tetapi, kita mintalah Yang Berhormat Menteri bukan sekadar tengokkan Yang Berhormat Gombak itu sudah macam ceti. Kita anggap kita cari ceti lainlah. Kita cari betul-betul ceti ini, kita pastikan kita dapat win-win situation. Kalau ada yang pinjam kita tidak salahkan mereka ada lesen. They have license to give money pinjaman tetapi yang sub-sub itu. Jadi, hukuman setimpal harus di ambil.
Kalau tidak ada hukuman. Maka, dengan itu kita tidak boleh dapat menyelesaikan isu ceti haram ini.
Jadi, saya tengok tadi ramai di sini dan di sana. Sebelah sana pun tadi bawa perkara yang sama. I think walaupun pembangkang mereka melihat perkara yang sama untuk kita menghalusi perkara ini. Jadi, saya harap dalam penggulungan nanti bolehlah Yang Berhormat Menteri memberi satu tindakan proaktif yang mana kita tahu Yang Berhormat Menteri ini begitu proaktif berikan jawapan bagaimana satu tindakan dan kaedah yang dapat dihalusi boleh dapat kita laksanakan membanteras gejala ceti haram ini untuk menyelamatkan rakyat yang dekat luar sana yang susah. Bila mereka sudah pinjam dengan ceti, mereka ingat end of the world. End of it. Habislah hidup dia. Tidak boleh hendak selesaikan lagi dah.
Jadi, dia akan carilah rakan-rakan dalam sini atau pun sana yang akan menjadi orang tengah. Akan tetapi, akhirnya apa sekali pun dengan ceti ini kalau sudah pinjam, mesti bayar. Tidak banyak sedikit, bunga mesti bayar.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jadi, saya harap itulah di antara perkara yang Yang Berhormat Baling hendak sebutkan kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bangkitkan Butiran 010200 iaitu Kerajaan Tempatan.
Saya ingin menyeru kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bahawa memandangkan keadaan banjir dan suasana perubahan iklim yang berlaku di seluruh dunia, maka Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) harus mengadakan satu polisi untuk mengkaji balik pembangunan-pembangunan, kelulusan pembangunan kepada projek-projek perumahan dan sebagainya.
Saya hendak syorkan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bahawa haruslah ada fasiliti untuk water retention di setiap pembangunan. Ini kerana kita tahu bahawa keadaan sungai, parit dan sebagainya di kawasan bandar sudah tidak cukup untuk menampung air yang begitu banyak. Jadi, adalah perlu di setiap projek baru ada water retention untuk supaya air itu tidak mengalir begitu cepat ke kawasan bandar dan juga perparitan yang sedia ada.
Kedua adalah kita hendak tanya adakah selepas kita tahu bahawa Kementerian Kewangan telah mengumumkan moratorium kepada pembangunan lebih satu juta di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur. Adakah moratorium itu akan di pakai untuk seluruh negara? Termasuk Johor Bahru, termasuk Pulau Pinang, termasuk Selangor dan bandar-bandar besar termasuk juga Kota Kinabalu. Ini kerana kita tahu bahawa banyak- kita tahu bahawa banyak bandar di seluruh negara ini sebenarnya oversupply of condominium dan juga shopping mall itu memang ada. Memang berlaku. Jadi, adakah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ingin meng-extend the moratorium kepada seluruh negara.
Saya hendak masuk kepada Butiran 020300 iaitu Bomba dan Penyelamat. Saya ingin bangkitkan satu isu masalah bomba di- paip-paip pili bomba di kawasan Kampung Naran, di kawasan Bayan Baru. Kampung Naran ini adalah satu kawasan perindustrian kecil. Dia ada banyak kilang tetapi ada jalan di sana kebanyakan peralatan paip pili bomba di kawasan tersebut telah rosak dan telah dicuri dan sebagainya. Jadi, apa yang berlaku adalah dalam tahun ini sahaja beberapa kejadian kebakaran berlaku di kawasan Kampung Naran dan menyebabkan nyawa terkorban. Ini kerana itu adalah kawasan perindustrian kecil dan juga ada perumahan. Satu tempat yang sangat unik. Kawasan perindustrian kecil itu dia support kawasan free trade zone di Bayan Lepas.
Jadi, dia adalah sangat penting. Oleh sebab kawasan itu separuh kampung maka ada banyak perumahan kayu. Rumah-rumah kayu dan papan masih ada. Jadi, selalunya berlaku kebakaran. Saya minta supaya bomba di Pulau Pinang boleh upgrade atau reinstall pili-pili bomba di kawasan Kampung Naran.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ya. Silakan.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Sementara Yang Berhormat Bayan Baru dalam isu bomba ini. Bolehkah Yang Berhormat Bayan Baru bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, bahawa kita mempunyai anggota-anggota dan pegawai-pegawai bomba yang memang pakar berhubung dengan pemadaman api kebakaran dan keselamatan.
Akan tetapi, saya mencadangkan supaya kementerian memikirkan satu kaedah supaya juga memberikan latihan kepada anggota-anggota dan pegawai-pegawai bomba ini mengenai bagaimana repair enjin-enjin dan juga alat kebakaran dan sebagainya.
Supaya ia menjadi in-house. Maknanya, selama dia bekerja 25 tahun dalam bomba itu bukan sahaja dia jadi pakar kepada padam api tetapi juga dia pakar untuk repair enjin- enjin. Itu kita tidak bergantung pada kontrak-kontrak dekat luar untuk repair-kan enjin kita.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Jadi, maknanya kalau satu station itu katakanlah ada 50 orang. Kalau kita dapat produce 10 pakar dalam satu station. Sementara dia kerja 25 tahun itu, bayangkanlah berapa ramai orang yang akan jadi mekanik-mekanik dalam me-repair-kan enjin-enjin kebakaran. Apa pendapat Yang Berhormat Bayan Baru tentang hal ini?Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Sungai Petani dan saya masukkan ucapan beliau ke dalam ucapan saya dan minta Yang Berhormat Menteri jawab. Saya juga ingin bangkitkan satu tentang pili-pili bomba dan fasiliti-fasiliti pemadam api yang telah rosak di kawasan-kawasan flat dan juga rumah kos rendah, pangsapuri kos rendah dan sebagainya.
Ini adalah satu masalah yang time bomb waiting to explode sebab kita tahu bahawa daripada pengalaman sekolah tahfiz ini banyak yang flat-flat rumah kos rendah dan juga kos sederhana rendah ini dia sebenarnya bertingkat-tingkat. Kita tahu bahawa banyak yang pili-pili bomba ini semuanya sudah rosak dan JMB mereka tidak mampu untuk ganti balik semua ini. Jadi apakah perancangan KPKT untuk mengganti atau memperbaiki pili-pili bomba tersebut?
Selepas itu 020500 - Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata. Saya ingin cadangkan kepada KPKT kita tahu bahawa pengutipan yuran penyelenggaraan itu merupakan satu masalah yang sangat-sangat serius di mana ramai yang tidak mampu atau tidak bayar. Kalau kita harapkan tribunal untuk membantu menyelesaikan itu case- by-case, dia tunggu terlalu lama dan kita tahu bahawa sebab itu flat-flat ini menjadi usang dan sebagainya.
Jadi saya ingin cadangkan kita harus tackle masalah pembayaran yuran penyelenggaraan secara struktural di mana kita boleh memasukkan yuran penyelenggaraan itu ke dalam utiliti. Contohnya TNB, bayar bersama dengan TNB atau bayar bersama dengan bil air supaya mereka terpaksa bayar kalau tidak bayar mereka akan kena potong dan sebagainya.
Jadi ini boleh dilakukan dan sekali gus menyelesaikan masalah tunggakan yuran penyelenggaraan dan kurangkan- dan tribunal perumahan itu boleh menyelesaikan kes-kes yang lebih serius daripada menggunakan dan membazirkan masa tribunal. Saya cadangkan ini dan minta respons daripada Yang Berhormat Menteri.
Selepas itu adalah 04001 - Penyenggaraan Perumahan. Kita tahu bahawa selama ini ada satu Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia yang memberi wang untuk menyelenggarakan flat-flat, rumah-rumah kos rendah dan juga kos sederhana rendah.
Saya tidak pasti saya tengah cari, mana TP1M itu tetapi nampaknya tidak ada. Jadi saya minta supaya Yang Berhormat Menteri- saya rasa itu adalah satu tabung yang sangat penting untuk menjaga terutamanya lif-lif yang rosak dan juga tangki air, jalan yang rosak dan sebagainya. Saya nampak bahawa itu sangat penting.
Saya ingin mengesyorkan kepada KPKT untuk tambahkan peruntukan itu nanti untuk tabung TP1M itu. Tolonglah jaga semua tempat jangan jaga hanya kawasan Barisan Nasional yang menang sahaja. Kawasan Pulau Pinang perlu juga kerana kita tahu bahawa di kawasan Pulau Pinang, Bayan Baru kita ada banyak tempat yang memerlukan tabung itu dan penduduk-penduduk flat itu sangat-sangat memerlukan untuk upgrade lif kerana kasihan mereka. Ini kerana lif kalau rosak mereka terpaksa naik tangga 10 tingkat, 20 tingkat sometimes dia tiada air mereka kena angkat air dan sebagainya- ibu mengandung. Jadi ini adalah yang perlu...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Sebab itu kena sokong bajet.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Bagan Serai. Yang Berhormat Bagan Serai tiada flat jadi dia tidak faham ya. Jadi kita mahu tahu bahawa itu perlu untuk- saya nampak tiada dalam ini jadi mungkin itu sebab saya tidak sokong bajet ini.
Akhir sekali saya mohon kita, 01604 - Pemulihan dan Penyelenggaraan. Saya hendak tahu apakah yang butiran ini diguna pakai untuk tujuan apa dan apa projek-projek yang telah dijalankan. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lipis.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
*Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya turut serta dalam perbahasan anggaran perbelanjaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Tempatan.
Pertamanya saya melihat daripada akhbar-akhbar, kira saya pujilah Yang Berhormat Menteri selalu turun padang tidak kira Sabah, Sarawak tetapi Selangor lebih lah dia turun padang sebab itu dalam kawasan beliau dan termasuk beberapa negeri untuk menyelesaikan apa jua masalah yang timbul berkaitan dengan KPKT. Jadi saya berharap supaya Yang Berhormat Menteri dapat meneruskan momentum seperti itu supaya kita dapat menyelesaikan masalah rakyat khususnya dalam bidang KPKT itu sendiri.
Saya pergi kepada Butiran 02101 iaitu Pembangunan Taman Awam, anggaran perbelanjaan sebanyak RM43 juta bagi tahun 2018. Saya di kesempatan ini merakamkan tahniah kerana kalau kita hendak menuju kepada negara maju, sudah pastilah kita juga mesti mempunyai taman-taman yang indah, taman-taman yang cantik, tempat orang beriadah, tempat orang sebagainya melakukan aktiviti seharian. Kalau kita lihat negara- negara maju seperti Jepun dan sebagainya inilah salah satu langkah yang mereka lakukan bagi salah satu pra syarat untuk kita menuju ke arah negara maju yang kita sasarkan menjelang tahun 2020.
Pada tahun 2015 sahaja sasaran kawasan seluas 6,720 hektar seluruh negara telah dapat kita lakukan bagi melaksanakan tugas saya katakan sebentar tadi. Di kesempatan ini saya tidak kurang juga dalam kawasan saya walaupun kawasan yang agak sedikit jauh tetapi walau bagaimanapun kami juga mempunyai berbagai-bagai anugerah yang telah kami terima. Salah satu pada tahun ini kami menerima anugerah tandas yang terbersih dan tercantik dalam Malaysia.
Kebetulan masjid kampung saya pula yang menerima anugerah tersebut, bertanding seluruh Malaysia, masjid-masjid awam, masjid-masjid ibadat dan di kampung saya pemenang tempat pertama. Kita juga beberapa tahun yang lalu kita pernah menang anugerah bandar bersih. Kalau tidak silap saya kita bawah sedikit daripada Kuching sahaja, bandar bersih. Maknanya Lipis ini adalah bandar yang merupakan bandar bersih, bandar yang terjaga, bandar yang tiada denggi, bandar yang tidak kurang najis dan sebagainya. Makna bandar kita - itu Bandar Lipis.
Maknanya kita hidup dalam penuh keselesaan dalam udara yang bersih berbagai-bagai perkara. Jadi dalam hal ini saya tidak kurang juga memerlukan supaya bandar kita -bandar saya, bandar Parlimen Lipis menjadi bandar yang boleh dikenali juga.
Mungkin boleh dibina taman-taman yang saya katakan sedemikian rupa dan salah satu faktor utama juga seperti lebih memeriahkan dalam sesuatu kawasan itu saya minta juga supaya sebuah arena gelanggang futsal yang sangat popular pada hari ini- Arena Futsal.
Ini merupakan salah satu tempat yang boleh dijadikan riadah bagi sesuatu kawasan. Saya melihat telah banyak kawasan-kawasan yang telah diluluskan oleh pihak Menteri, gelanggang arena ini dan ia juga boleh dijadikan tempat-tempat seperti kenduri kendara kerana bangunan arena ini adalah bangunan yang besar, boleh dijadikan sesuatu kawasan yang melibatkan komuniti setempat untuk melakukan riadah dan juga berekreasi di dalam kawasan tersebut.
Saya pergi kepada tajuk 020300 iaitu Bomba dan Penyelamat, anggaran perbelanjaan bagi tahun 2018 saya melihat hampir satu bilion iaitu RM908 juta yang telah dianggarkan perbelanjaan tersebut. Jadi saya mohon jasa baik Yang Berhormat Menteri, saya Parlimen Lipis ini walaupun kepadatan penduduk lebih kurang 130 ribu orang mengikut bancian Jabatan Perangkaan tetapi saya mempunyai kawasan lebih kurang besarnya sama negeri Melaka. Bayangkan negeri Melaka ada seorang Ketua Menteri, ada beberapa orang Ahli Parlimen, ADUN-ADUN, ada Exco.
Jadi saya mencadangkan- saya setuju Yang Berhormat Pasir Gudang kata Lipis boleh letakkan satu Ketua Menteri. Itu saya setuju sangat letak Ketua Menteri tetapi kawasan saya yang jarak dari hujung ke hujung makan masa lebih kurang dua jam lebih jadi bagaimana kalau bomba hendak kejar berlaku sesuatu perkara. Maka yang sempat kita lakukan memang kalau sampai itu, rumah sudah habis. Jadi saya minta supaya ditempatkan sekarang di Merapoh itu ada satu pasukan bomba bantuan ataupun penyelamat.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Jadi saya minta di-upgrade-kan bomba di Merapoh ini supaya tugasnya menjadi lebih efisien lagi kalau kawasan-kawasan yang jauh seperti ini dan kalau boleh bantu juga kekuatan bomba di Parlimen Lipis itu sendiri.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, boleh sambung petang Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tidak dapat sedikit Tuan Pengerusi. Satu soalan?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Boleh lah.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Soalan ringkas, satu soalan ringkas. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, ya sila.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Yang Berhormat Lipis, saya hendak tanya soalan ini saya sudah tanya dua kali dan saya ingat dalam dua tahun. Berkenaan dengan mewujudkan dan memestikan alat pemadam api dalam rumah dan dalam kereta dan telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri sebab tidak ada undang-undang dan sebagainya. Saya hendak tanya, adakah boleh kita buat kuatkuasakan undang-undang atau pun buat satu bentuk insentif maknanya insentif kerana berkelakuan baik, insentif kerana mengadakan perkara-perkara yang boleh menyelamatkan harta dan nyawa. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Lipis.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Ya, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sambung 10 minit lagi selepas rehat.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ada empat minit Yang Berhormat.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ini ditangguhkan hingga jam 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Lipis saya difahamkan ada empat minit lagi baki. Sila.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bagan Serai sebentar tadi. Saya minta supaya dimasukkan dalam ucapan saya. Saya hendak pergi kepada...
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Yang Berhormat Lipis, sedikit.
Tuan Pengerusi sikit. Ya terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Lipis, saya ingin hendak mendapat kepastian daripada Yang Berhormat Lipis di bawah tajuk bomba ini.
Apakah Yang Berhormat Lipis bersetuju dengan saya sebagai daerah yang mudah ataupun pertama kali terdedah kepada risiko banjir ini.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Apakah Yang Berhormat Lipis bersetuju dengan saya supaya bomba ini dia menempatkan peralatan-peralatan yang penting di tempat-tempat yang strategik. Seperti di Jerantut dan Lipis ini dengan kemudahan-kemudahan yang sesuai. Misalnya bot itu pastikan ia lengkap supaya aktiviti pemindahan atau penyelamat ini lebih mudah kita gerakkan kerana Lipis dan Jerantut ini biasa dia lebih awal terdedah banjir di Sungai Pahang ini. Kemudian baru lah kita pindah ke daerah-daerah di bawahnya mengikut suasana banjir. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Terima kasih kepada Yang Berhormat Jerantut. Saya sebenarnya sangat-sangat setuju. Kerana suasana banjir di dalam Parlimen Lipis ataupun parlimen Jerantut adalah keadaannya sama. Dia seolah- olah seperti apabila berlaku banjir besar ia seolah-olah seperti menjadi laut. Jadi sangat penting pihak bomba menempatkan di tempat-tempat strategik bagi memudahkan gerakan bomba tersebut. Saya setuju masukkan dalam sebahagian dalam ucapan saya.
Saya pergi kepada butiran 20600 – Perumahan Negara. Anggaran perbelanjaan lebih kurang 2018 sebanyak RM29 juta. Saya di sini saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada KPKT, Menteri KPKT kerana telah mewujudkan satu skim iaitu skim perumahan mampu milik swasta ataupun MyHome dan skim pembiayaan deposit rumah pertama ataupun MyDeposit. Skim ini adalah melibatkan 10 peratus daripada harga jualan atau maksimumnya 30 ribu.
Ini sangat penting kerana kita dapat membantu rakyat yang ingin membeli rumah khususnya dalam bandar ini yang menghadapi cabaran hidup yang lebih daripada sebahagiannya adalah memungkinkan lebih ramai mendapat manfaat daripada skim tersebut. Jadi saya menerima bahawa skim-skim ini adalah sebagai satu skim yang boleh memberi matlamat kepada mereka yang ingin mendapatkan rumah-rumah di dalam bandar. Saya juga minta supaya skim-skim ini diperbanyakkan juga di kawasan-kawasan luar bandar khususnya seperti Parlimen saya ini.
Jadi Tuan Pengerusi, saya juga menyeru kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini supaya juga meneliti dalam keadaan seperti hari ini yang dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. Dalam keadaan yang sering berlaku bencana ini. Kita lihat hari ini bencana-bencana besar seperti banjir dan sebagainya yang mungkin melibatkan nyawa manusia, melibatkan harta benda. Saya minta supaya boleh satu kajian dibuat bahawa pembinaan-pembinaan yang melibatkan kawasan-kawasan bahaya, kawasan-kawasan yang boleh menutupi kawasan-kawasan tadahan air. Kita hendaklah teliti sepenuhnya walau saya faham dalam keadaan perumahan ini di bawah kuasa kerajaan tempatan iaitu di bawah kuasa kerajaan negeri tetapi walau bagaimanapun yang kita lihat bencana-bencana seperti ini sering berlaku.
Maka, satu kaedah harus difikirkan oleh pihak Kementerian KPKT ini untuk meletakkan satu garis panduan bahawa ini hendaklah dikaji semula supaya kawasan- kawasan yang saya katakan tadi boleh melibatkan banjir besar, kita harus teliti bahawa satu kuasa harus diberikan. Mungkin satu perubahan rang undang-undang Tuan Pengerusi. Terima kasih kerana mengizinkan saya menyambung ucapan saya sebentar tadi. Saya mohon menyokong bajet tersebut.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin rujuk kepada butiran 010300 – Landskap Negara, 020300 – Bomba dan Penyelamat dan juga 020100 – Kesejahteraan Bandar.
Tuan Pengerusi, berkenaan dengan landskap negara, saya hanya hendak mengulangi ucapan saya yang saya buat pada tahun lepas yang mana saya tanya tentang penambahbaikan dan juga facility yang diperlukan di Bukit Kiara. Yang mana saya telah sejak tahun lepas telah mengajak Timbalan Menteri untuk pergi sana jalan dengan saya. Exercise dengan saya dia sudah setuju, satu tahun masih belum pergi dengan saya.
Saya lihat tempat itu ramai orang pergi tapi tandas pun tidak ada. Tempat letak kereta itu memang tidak mencukupi dan kita lihat yang Kementerian Wilayah Persekutuan hendak buat itu rumah pangsa berdekatan dengan sana yang itu yang menyebabkan penduduk di Taman Tun TDDI itu mereka bangkit membantah dan menyaman Kementerian Wilayah Persekutuan ataupun DBKL ke mahkamah.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi saya berharap yang Bukit Kiara ini satu tempat yang mana begitu penting untuk ramai kita yang duduk di Kuala Lumpur. Itu satu tempat yang mana ada banyak pokok dan juga tanaman yang untuk kajian universiti dan juga untuk bagi kita senam.
Saya memang berharap kementerian, memandangkan bajetnya telah pun meningkat dalam landskap negara ini, mereka boleh balik ke menambahbaikkan kelengkapan yang diperlukan oleh para ‘pesenam’, jogger seperti saya dekat Bukit Kiara.
Tuan Pengerusi, saya juga hendak tanya tentang satu cadangan yang saya pernah dengar daripada Timbalan Perdana Menteri sejak tahun lepas yang mana kementerian mempunyai rancangan untuk membukakan perkhidmatan pegawai di kerajaan tempatan supaya pegawai di kerajaan tempatan itu, mereka yang kalau ada kepakaran dan sebagainya, mereka boleh transfer ke kementerian, ke agensi kerajaan yang lain.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Seperti sekarang, perkhidmatan pegawai kerajaan kita ini di kerajaan tempatan adalah close service, secara tertutup. Kalau seseorang bekerja atau berkhidmat misalnya di MBPJ ataupun DBKL, jadi perkhidmatannya adalah seumur hidup dalam agensi itu sahaja. Saya rasa ini adalah kurang sihat sama ada bagi kerajaan tempatan dan juga bagi pegawai kerajaan yang mungkin mereka berharap boleh dapat pengalaman yang lain, boleh dapat transfer ke agensi yang lain tetapi kerana dia telah dari mula dia pilih untuk berkhidmat di kerajaan tempatan, jadi seumur hidup terpaksa duduk di sana.
Saya difahamkan kementerian memang ada rancangan meminda undang- undang supaya pihak kerajaan tempatan dan juga kementerian ada lebih fleksibiliti dari segi pemindahan pegawai. Saya hendak tanya, sudah satu tahun lepas, saya tidak pernah lihat pindaan apa-apa rang undang-undang berkenaan dengan ini dibentangkan di Dewan yang mulia ini dan saya hendak tanya what’s the latest, keadaan sekarang.
Juga saya hendak tanya tentang dari segi kesejahteraan bandar. Saya tidak pasti sama ada fungsi dalam bahagian ini tetapi saya hendak tanya juga sama ada keadaan di Kuala Lumpur. Kita lihat DBKL sekarang telah pun rampas banyak tanah hijau, kawasan hijau, tapak mainan kanak-kanak, padang main bola. Semua ini digunakan untuk buat Rumah WIP. Affordable home ataupun rumah mampu milik.
Jadi apakah kementerian ini- sekarang kita penduduk dari Kuala Lumpur, kita bising-bising tetapi tidak ada saluran. Sama ada kementerian ada satu saluran bagi penduduk di Kuala Lumpur yang ingin membuat bantahan terhadap cara DBKL dan juga kerajaan tempatan yang mana tidak ikut KL City Plan itu sama ada kita ada satu saluran untuk merayu supaya kawasan hijau dan padang ini tidak boleh dirampas sewenang- wenangnya bagi Menteri dan juga DBKL untuk dijadikan sebagai pembinaan rumah mampu milik.
Apakah ini juga di bawah- kalau di bawah Wilayah Persekutuan, selalu dikatakan yang pendengaran itu tidak diperlukan. Maksudnya kalau kerajaan ada keinginan untuk buat rumah mampu milik, jadi tidak perlu ada pendengaran. Jadi semua ini diketepikan.
Jadi adakah ini merupakan peraturan di bawah kementerian ini bagi rumah mampu milik.
Saya hendak tanya Menteri tentang ini.
Akhirnya saya hendak sebut tentang bomba dan penyelamat dan kita lihat climate change seperti apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kluang pagi tadi yang mana kita lihat cuaca kita ini semakin tidak tentu. Kadang-kadang macam hari ini sangat panas tetapi esok mungkin di seluruh pantai barat Semenanjung Malaysia ini akan hujan. Jadi ini bermaksud kita perlu lebih kakitangan. Kalau seperti apa yang berlaku di Kedah dan di Pulau Pinang dua minggu lepas itu, hari itu tiba-tiba hujan dan hurricane atau ribut taufan datang dan air naik malah pada waktu lewat malam. Ini bermaksud kita perlu lebih sukarelawan yang tahu macam mana menjalankan penyelamatan penduduk supaya kita boleh kurangkan mereka yang cedera ataupun kematian.
Jadi saya hendak tanya sama ada pihak bomba dan penyelamat bahagian ini, adakah bahagian ini mempunyai rancangan untuk mengadakan lebih kursus, lebih training untuk mengajak orang ramai yang mungkin mereka berminat untuk jadi volunteer atau sukarelawan untuk menyertai penyelamatan pada waktu banjir ataupun mungkin kebakaran yang tiba-tiba berlaku.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya rasa lebih penduduk, lebih ramai orang perlu menyertai training supaya kalau banjir atau kebakaran berlaku, lebih orang ada pengalaman ataupun ada pengetahuan untuk menjalankan penyelamatan pada waktu krisis itu. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Limbang.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin terus kepada Butiran B.43, 010300 – Landskap Negara dan juga B.43, 02102 – Pembangunan Landskap. Jadi saya sebelum ini pernah memohon kepada pihak KPKT iaitu tentang untuk membangunkan Lapangan Terbang Lama Limbang yang sekarang sudah pun digunakan sebagai tempat rekreasi.
Jadi kita mohon peruntukan sebab kita hendak membangunkan tempat itu untuk menjadi tempat rekreasi yang cukup dengan fasilitinya. Anggaran sepenuhnya ialah untuk program menaik taraf lapangan terbang lama ini, air strip-lah lebih accurate-nya, dengan izin, sebanyak RM5 juta tetapi mungkin kementerian boleh memperuntukkan, kita boleh membangunkannya dengan berfasa, RM2 juta ataupun RM3 juta dan seterusnya mengunjurkannya barangkali dua tiga fasa.
Seterusnya saya mohon terus kepada Butiran B 010400 dan B 10500 iaitu Solid Waste and Public Cleansing dan juga Pengurusan Sisa Pepejal. Jadi kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya Kerajaan Persekutuan kerana telah pun memberikan peruntukan sebelum ini untuk melaksanakan satu sel. Ada dua sel untuk kita melupuskan sampah dan juga 1.5 juta telah pun diperuntukkan dan akan bermula pada tahun depan untuk menutup semula, menimbus tempat pelupusan sampah yang terbuka yang lama.
Akan tetapi yang merisaukan kita pada masa ini ialah sel yang sudah dibina, dua sel yang telah dibina dan telah digunakan ini tidak mencukupi, sudah boleh dikatakan 50 peratus sudah berisi dan perancangan daripada PBT di kawasan saya ialah untuk membina dua buah lagi sel dan menganggarkan peruntukan dalam RM5 juta untuk kedua-dua sel ini.
Di samping itu, loji untuk kumbahan akan dibiayai oleh pihak kerajaan negeri.
Lojinya bernilai RM50 juta. Jadi kita mohon sekali lagi kepada pihak Menteri supaya dapat dengan ihsan memperuntukkan RM5 juta untuk membina dua sel lagi. Kita risau nanti tempat pelupusan ini akan penuh.
Satu lagi ialah B 023500 – Bomba dan Penyelamat, B 4330001 – Pembinaan Bangunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Sarawak. Saya telah pun memohon yang sebenarnya kepada kementerian iaitu untuk membangunkan bomba di sebelah kawasan Batu Danau tetapi dia telah pun dikata, dijawab dibalas dalam soal jawab lisan saya bahawa tiada peruntukan.
Akan tetapi tidak apa. Apa lah kiranya, saya tahu di Medamit telah pun diadakan Pasukan Bomba Sukarela Nanga Medamit yang telah pun ditubuhkan pada awal Januari tahun 2017. Jadi pada masa ini mereka hanya dibekalkan dengan tujuh set peralatan perlindungan diri. Personal protective equipment melibatkan jaket api, kasut, glove dan helmet sahaja. Itu pun baru juga dalam bulan Ogos tahun ini.
Akan tetapi untuk lebih berkesan lagi unit ini, kalau kita belum dapat membangunkan balai bomba gred D, sekurang-kurangnya kita memohon kepada pihak kementerian supaya membekalkan kenderaan Proton Arena yang digunakan oleh bomba sukarelawan. Di Limbang ada dua buah di kawasan zon lain tetapi terus terang Alhamdulillah mereka menunjukkan kesan yang begitu baik dalam melaksanakan operasi menyelamat. Kadang-kadang merekalah yang lebih dulu datang daripada bomba sendiri kerana kalau kebetulan mereka berdekatan dengan kawasan kebakaran. Mereka pun Alhamdulillah telah pun dilatih begitu baik.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Saya yakin di Medamit ini juga akan lebih berkesan lagi dengan latihan yang telah pun diberikan dan sebagainya. Akan tetapi kalau ada dibekalkan dengan sebuah kereta Proton Arena ini, cukup dengan pamnya, hos-hosnya, insya-Allah saya yakin mereka akan lebih berkesan lagi khususnya di kawasan rumah-rumah panjang sebab kalau di stesen di Medamit ini, yang di Batu Danau boleh di-cover oleh bomba sukarelawan yang mempunyai kenderaan Proton Arena sendiri, daripada Tedungan di sempadan.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Tetapi yang ini lebih kepada untuk rumah-rumah panjang di sebelah Ulu Medamit. Arena sesuai untuk kawasan ini mereka boleh melaluinya. Saya harap ianya dapat diperkenankan, diluluskan supaya keberkesanan melaksanakan operasi menyelamat ini akan lebih berkesan lagi. Insya-Allah. Itu saja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kota Raja.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin turut bahas maksud Bekalan 43 dan saya ingin menyentuh 010200 – Kerajaan Tempatan.
Tuan Pengerusi saya sebenarnya telah lama mengamati amalan di kerajaan tempatan ini. Ada beberapa perkara yang saya lihat. Saya tidak tahu sama ada ini disebabkan oleh cara kerja ataupun peraturan-peraturan yang sedia ada terutamanya dalam meluluskan kebenaran merancang. Peraturan yang ada sekarang, kebenaran merancang, apabila pemohon memohon untuk merancang pembangunan di atas sesuatu lot tanah itu, maka perparitannya hanya orang kata menumpu di kawasan yang dibangunkan itu.
Jadi misalnya kalau lot tanah itu di dalam kampung, perparitannya hanya perlu untuk lot itu sahaja dan di depannya sahaja dan tidak disambung ke mana-mana parit yang besar. Jadi pembangunan yang seterusnya, lot yang seterusnya baru dibenarkan, baru disambung paritnya dan seterusnya. Bila ini berlaku di kampung Tuan Pengerusi, kita akan lihat bahawa perancangan ataupun pembangunan sebeginilah yang menyebabkan banjir kilat yang ada dalam negara kita sekarang terutamanya apabila kawasan itu pesat membangun, dikelilingi oleh pembangunan dan kampung-kampung biasanya yang ada itu menjadi mangsa kepada banjir kilat apabila hujan turun dengan lebat. Terutamanya sekarang dengan perubahan cuaca.
Jadi saya fikir kita perlu melihat semula kepada kebenaran merancang ini supaya perancangan kita lebih awesome-lah, maknanya dia bukan piecemeal begitu sahaja kerana kesan jangka masa panjang ke atas rakyat ini sangat menyesakkan jiwalah apabila hujan dan sebagainya. Kalau kita tengok, itulah peraturan yang ada dan bila kita tanya kepada pegawai perancangan bahawa tidak ada siapa yang akan menanggung kos membuat perparitan itu kecuali orang yang membangunkan kawasan itu. Jadi kalau inilah yang kita amalkan, inilah yang kita ada di dalam negara kita sekarang, apabila perancangan secara holistik itu tidak dilaksanakan. Saya fikir kementerian perlu melihat semula kepada peraturan perparitan dan sebagainya.
Di atas itu pula perparitan ini, kita tahu dia ada tiga tuan, satu JPS, dua JKR, tiga adalah kerajaan tempatan. Sering tidak ada komunikasi yang baik di antara ketiga- tiga institusi ini. Masing-masing kononnya menjaga jurisdiksi atau kawasan mereka tanpa bercakap antara satu sama lain.
Jadi kita Wakil Rakyat ini selalu berada di tengah-tengah apabila misalnya parit JKR dinaiki air disebabkan tersumbatnya dengan sampah, maka JKR kata itu bukan kerja kita sebab JKR hanya bertanggungjawab membersihkan parit dua kali setahun kerana itu sahaja peruntukan kami. Jadi kita kena pujuk pula kerajaan tempatan ataupun PBT untuk membersihkan parit kerana ia tersumbat dek sampah. Jadi bila tidak ada, mereka tidak bercakap di antara satu sama lain ya. Akhirnya kadang-kadang pergi kepada JPS.
JPS kata kami hanya menjaga saluran dan sungai-sungai. Ini parit JKR, ini parit KPKT, parit PBT dan sebagainya.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Saya ingat di dalam latihan mereka ini, kita perlu menekankan betapa setiap mereka perlu berkomunikasi. Kalau mereka tidak boleh, saya hendak cadangkan pada kerajaan, biarlah perparitan dan saliran ini satu agensi sahaja supaya mudah untuk kita tangani. Ini kadang-kadang main tunjuk jarilah. Ini orang itu punya kerja, ini orang ini punya kerja. Tidak ada siapa yang hendak ambil tanggungjawab. Akhirnya yang kena balun adalah wakil rakyat-wakil rakyat yang dikatakan tidak melakukan sesuatu untuk mengelak keadaan banjir ini.
Seterusnya saya hendak sebut juga tentang bagaimana sesebuah pembangunan itu dibuat. Kita tahu bahawa dahulu apabila kebenaran merancang diluluskan oleh PBT, maka PBT lah yang akan memberi certificate of fitness. Maka PBT bertanggungjawab melihat supaya pemaju melaksanakan apa yang telah dirancang itu.
Namun sekarang ini kita tahu ia tidak ada lagi certificate of fitness tetapi hanya CCC iaitu certificate of completion and compliance yang ditandatangani oleh pihak pemaju, engineer ataupun konsultan pemaju. Apabila ini berlaku saya tahu kerana ia kadang-kadang hendak cepat, orang hendak masuk kerana biasanya kalau hendak ikut, hendak dapat certificate of fitness ini dia mengambil masa kerana PBT kerana periksa, tengok betul-betul dia ikut kah tidak. Jadi bila ini berlaku, makna dia pemaju tidak boleh hendak deliver rumah itu in time atau perumahan itu in time. Jadi sekarang kita ada apa yang kita panggil one-stop centre di mana semua jabatan yang berkenaan datang luluskan. Akan tetapi yang akhirnya yang meluluskan CCC ialah konsultan. Akibatnya daripada konsultan ini meluluskan, kebanyakan PBT merasakan bukan lagi tanggungjawab mereka untuk memastikan compliance ini kepada kebenaran merancang. Bila pembeli kompelin, mengadu bahawa parit yang dibuat itu tidak seperti yang dijanjikan. Parit yang dibuat itu sepatutnya begitu dan begini dan akhirnya PBT mengatakan itu kalau you all hendak kompelin, kompelin dengan Board of Engineers, Board of Architect. Kami bukan kerja kami. Kalau kami masuk, seolah-olah kamilah yang bertanggungjawab di atas meluluskan CCC itu.
Jadi bila pembeli membeli rumah Yang Berhormat Menteri, wakil kepada rakyat adalah kerajaan, institusi kerajaan iaitu PBT. Sekira PBT tidak boleh melaksanakan bagi mewakili rakyat, siapa lagi? Rakyat tahu bila masuk rumah, rumah ini sudah dapat kebenaran merancang. Sekarang ada masalah, siapa hendak menyelesaikan. Kita kata bawa kepada Tribunal Perumahan. Akhirnya rakyat letih kerana mereka tidak mempunyai kemudahan untuk melakukan ini semua dan mereka terpaksa melakukan secara kumpulan. Kita tahu bahawa amat susah untuk persatuan penduduk dan sebagainya untuk melaksanakan.
Saya tidak bercakap kosong Tuan Pengerusi kerana di kawasan saya ada satu kawasan. Bandar Puteri, Avina dan Muraya dibina di atas tanah gambut dan akhirnya tanah itu mendap dengan banyak kecacatan-kecacatan. Ada rumah yang senget. Jadi bila pembeli melakukan renovasi kerana dia tengok, dia takut dan sebagainya, pemaju kata, “Oh! Kamu sudah buat renovation, so we are not responsible anymore”. Bawa ke Tribunal dan tribunal akhirnya memberi RM10 ribu, RM20 ribu yang tidak boleh buat apa- apa kepada rumah mereka yang sudah tidak fit untuk dihuni dan PBT mengatakan KPKT pun sudah turun.
Sampai sekarang masalah ini belum selesai. Jadi saya melihat bahawa perkara ini, peraturan kita ada loophole. Saya biasa bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan ini kerja PBT. PBT boleh buat undang-undang, PBT boleh buat itu, PBT boleh buat peraturan, PBT bertanggungjawab.
Akan tetapi akhirnya PBT, dia biasalah kita orang politik ini, kita tidak lama.
Masa mula-mula jadi YB kita tidak faham peraturan-peraturan ini semua. Kadang-kadang kita kena ‘goreng’. Minta maaf saya sebut perkataan ini. Kerana apa? Kerana dia kata ini tidak boleh YB, ini peraturan dan sebagainya.
Jadi kita ini sentiasa mencari di mana solusi ini berada dan akhirnya kita tengok ada kelompangan-kelompangan yang ada di dalam peraturan-peraturan KPKT. Saya sedia untuk duduk dan bercerita. 10 tahun sebagai wakil rakyat dalam kawasan yang pesat membangun, masya-Allah masalah-masalah yang tidak boleh ditangani oleh wakil rakyat tetapi perlu kepada N-BOS kah, apa-apa yang disebutkan untuk semua jabatan bertanggungjawab.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Sebenarnya, saya ada banyak lagi tetapi masa hanya 10 minit. Saya harap saya akan boleh memberi maklum balas ini secara terus kepada Menteri, mungkin. Tidak ada benda yang kita hendak politikkan. Sebenarnya, kadang-kadang orang politik jadi mangsa, jadi mangsa kepada sistem yang sedia ada. Oleh kerana kita tidak ada kuasa untuk melaksanakan, untuk bagi bajet atau untuk apa-apa, tidak ada.
Kita mengharapkan kakitangan kerajaan, kita mengharapkan agensi kerajaan untuk melaksanakan, untuk menyelesaikan masalah-masalah ini, sedangkan kadang- kadang ia di luar daripada kemampuan kita. Kita boleh bawa kepada agensi-agensi, kita boleh bawa kepada PBT. Akan tetapi PBT pun nampaknya seperti- memang kadang- kadang bagi saya, tidak mampu untuk menangani masalah-masalah, terutamanya bila ada defect di dalam pembinaan rumah. Sekian. Saya harap itu dapat memberi sedikit maklum balas kepada Menteri yang saya rasa sangat prihatin dalam isu ini. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Yang Berhormat Tebrau.
Datuk Khoo Soo Seang - Tebrau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, perkara yang pertama yang saya hendak bahas ialah Butiran 010200 – Kerajaan Tempatan. Tebrau memang hendak berikan pujian kepada Ahli-ahli Majlis MPJB, MPPG dan MPJBT yang selama ini sudah memberikan perkhidmatan yang begitu baik kepada para penduduk dan juga kerjasama di antara pihak-pihak berkuasa tempatan dan ahli majlis serta Ahli-ahli Parlimen begitu baik.
Jadi, bahagialah penduduk di kawasan Tebrau. Hanya satu perkara yang saya hendak bawa ke perhatian Menteri iaitu berkenaan dengan MPJB. Oleh kerana sekarang sebahagian kawasan MPJBT dan juga MPPG sudah masuk ke MPJB. Dulu MPJB hanya berkeluasan 220 kilometer persegi tetapi sekarang kawasan baru ialah sebanyak 373 kilometer persegi, bermaksud penambahan 70 peratus. Akan tetapi bilangan ahli majlis masih tetap 24 orang. Jadi, saya minta Menteri timbanglah, kalau boleh atau kalau perlu ubah rang undang-undang pun kita perlu buat supaya ahli majlis menjadi lebih berkesan.
Perkara yang kedua ialah berkenaan dengan projek terbengkalai yang saya dah banyak kali bangkitkan di dalam Parlimen. Di kawasan Tebrau ada beberapa projek terbengkalai, projek sakit. Yang paling teruk ialah Projek Kong Sun di Taman Mount Austin yang banyak kali saya bangkitkan. Projek ini ia bukan terbengkalai.
Oleh kerana pemajunya tidak muflis, oleh sebab itu projek ini dah menjadi projek sakit lebih daripada 14 tahun. Pada satu ketika, Menteri KPKT pada masa itu ialah Datuk Cho daripada MCA pernah isytiharkan projek itu projek terbengkalai. Malangnya pemaju cabar di mahkamah oleh kerana dia berjaya selesaikan hutang-hutangnya, jadi dia tak muflis dan projek ini bukan projek terbengkalai.
Akan tetapi selepas itu, dia tidak ada kemampuan untuk habiskan projek. Jadi, sekarang dia memang ambil masa yang begitu lama, satu tahun satu blok dan sampai sekarang masih belum habis projek itu. Jadi, saya minta Menteri supaya cubalah tengok apa yang kita boleh buat untuk bantu oleh kerana ini ialah rumah pangsa yang pembeli semua merupakan rakyat jelata yang miskin.
Perkara yang ketiga yang saya hendak sentuh ialah berkenaan dengan Butiran 010500 – Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Tadi saya dengar ada Ahli-ahli Parlimen yang juga sentuh tentang masalah ini. Ada yang cadangkan bahawa kita perlu ambil tindakan yang lebih tegas terhadap penduduk yang tidak bekerjasama.
Akan tetapi perhatian saya dan aduan yang saya terima dan saya sendiri pun dah tengok, memang benar ialah kadang-kadang penduduk sudah asingkan sampah sarap itu. Akan tetapi bila pekerja ini, dia ambil, dia tak kira jenis apa, semua dia buang ke dalam lori yang sama. Jadi, lama-kelamaan penduduk rasa bahawa mereka membazir masa dan tenaga untuk asingkan sampah. Saya dah bangkitkan perkara ini di Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah tetapi SWCorp tidak mengaku.
Mereka menafikan bahawa tidak diasingkan tetapi ini memang apa yang berlaku. Kalau kita hukum penduduk, mereka akan sangat marah oleh kerana bukan salah mereka. Mereka tengok apa gunanya kita nak susah payah hendak asingkan, akhirnya buang ke dalam lori yang sama.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Minta laluan.
Datuk Khoo Soo Seang - Tebrau
Okey.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Tuan Pengerusi. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya nak sikit minta pandangan kepada Yang Berhormat Tebrau. Apa yang berlaku di kawasan saya, lebih kurang 40,000 tan sampah bersamaan dengan dua buah lori yang dari Cameron Highlands dihantar ke dalam Parlimen Lipis.
Jadi, saya rasa saya dah bangkitkan dalam sesi perbahasan yang lalu, kenapa sampah dari Cameron Highlands nak hantar ke tempat saya? Apakah penyelesaian daripada KPKT untuk menyelesaikan masalah sampah di Cameron Highlands itu sehingga dihantar ke Parlimen Lipis? Kebetulan pula dekat rumah saya. Apa pandangan Yang Berhormat Tebrau kalau berlaku dalam kawasan Tebrau?
Datuk Khoo Soo Seang - Tebrau
Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Lipis. Oleh kerana jawapan ini saya tidak boleh jawab, jadi saya minta masukkan sebagai sebahagian teks ucapan saya dan minta Menteri berikan respons. Tuan Pengerusi, saya bersetuju dengan cadangan Ahli Parlimen Pasir Gudang sebentar tadi untuk kita timbang masukkan yuran pengurusan bagi apa-apa perbadanan pengurusan ataupun persatuan penduduk ke dalam kutipan cukai harta.
Oleh kerana sekarang, khususnya di Johor Baru, kebanyakan kawasan merupakan kawasan gated and guarded. Akan tetapi ada kawasan yang tertentu di mana pihak persatuan penduduk ataupun perbadanan pengurusan menghadapi masalah untuk kutip yuran pengurusan, khususnya bagi pemilik-pemilik harta yang tidak duduk di rumah dia sendiri. Ada yang beli kemudian di sewakan dan biasanya mereka tak bayar. Jadi, apabila mereka menghadapi masalah ini, pengurusan kawasan ini semakin teruk dan apabila ia teruk, lagi ramai penduduk yang tak mahu bayar.
Jadi, selaku Ahli Parlimen, saya dah banyak bantu mereka daripada segi pemberian kemudahan, peralatan, CCTV, kabin tetapi saya tak boleh selesaikan hutang yuran pengurusan. Jadi, saya minta bahawa pihak kerajaan timbang cara untuk bantu persatuan-persatuan ataupun perbadanan untuk kutip yuran itu.
Berkenaan dengan Butiran 020300 – Bomba dan Penyelamat. Di Johor, sebenarnya ada banyak pasukan bomba sukarela yang memang amat efisien, misalnya di Tiram. Di Tiram, kami ada satu pasukan bomba sukarela yang sangat aktif dan saya sendiri pun dah banyak bantu mereka, misalnya daripada segi kelengkapan bangunan, daripada segi uniform mereka, peralatan mereka.
Akan tetapi sekarang, mereka ada satu enjin bomba yang agak uzur. Saya minta bahawa kalau boleh KPKT timbang berikan mereka satu enjin bomba yang terpakai tetapi masih dalam keadaan yang baik. Dulu mereka pernah mohon tetapi oleh kerana enjin yang mungkin mereka terima ini agak uzur, mereka tak berani hendak terima, takut nanti maintenance lagi mahal. Jadi, saya minta ini daripada Menteri oleh kerana pasukan- pasukan ini, misalnya baru-baru ini apabila berlaku banjir besar di Pulau Pinang, dari Johor ada beberapa kenderaan bomba yang pergi ke Pulau Pinang untuk bantu dan salah satu kenderaan itu, ia rosak di tengah jalan.
Butiran 020500 – Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai. Saya nak tanya pihak KPKT berkenaan dengan aduan oleh penduduk melalui apps.
Datuk Khoo Soo Seang - Tebrau
Misalnya kita ada iKepoh dan sebagainya. Nama itu pun agak menarik oleh sebab dalam loghat Hokkien, ‘kepoh’ means busybody. Jadi ‘I busybody’ tetapi ini busybody dari segi yang positiflah. Kalau kita nampak sesuatu, kita boleh kompelin. Jadi selama itu, apakah sambutan penduduk terhadap apps seperti iKepoh dan sebagainya?
Apakah masa respons, dan adakah ini berkesan? Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Sila Yang Berhormat, sila yang belakang Yang Berhormat Bukit Gantang. Ya sila.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Bismillahir Rahmanir Rahim...
[Berucap dalam bahasa Arab] Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Saya pergi kepada Butiran 020100 - Kesejahteraan Bandar. Isu melibatkan hijrah masyarakat orang kampung ke bandar ini disebabkan oleh urbanisasi. Saya mahu tahu daripada kementerian tentang peratusan hijrah masyarakat kampung ke bandar ini dalam tempoh 10 tahun yang terakhir ini. Sudah tentu ia akan menimbulkan satu lagi isu iaitu kemiskinan bandar.
Apakah Paras Garis Kemiskinan (PGK) yang disediakan oleh kerajaan untuk menentukan kemiskinan bandar? Adakah ia masih relevan dengan realiti hidup pada hari ini dengan sebab peningkatan kos sara hidup, disebabkan GST dan sebagainya?
Bagaimanakah kerajaan menyediakan pelan bertindak untuk membantu menyelesaikan atau menangani kemiskinan bandar ini? Itu yang pertama.
Kedua, saya pergi kepada 010200 - Kerajaan Tempatan. Saya mahu tentang garis pandu yang disediakan oleh PBT bagi masyarakat yang ingin mengadakan konsep hiburan kerana ia melibatkan isu ketenteraman awam, satu.
Kedua, tentang festival minuman keras. Ini kerana baru-baru ini kita ditimbulkan isu melibatkan festival- October Fest yang mana timbul pertikaian berhubung dengan hak untuk berpesta minuman keras ini. Kita menyatakan bahawa di sana ada beza hak antara hak individu untuk minum minuman keras dan juga hak masyarakat bagi orang yang hendak mengadakan festival seumpama itu. Maka saya mahu tahu apakah garis pandu yang disediakan oleh kerajaan tempatan dalam isu yang seumpama ini?
Ketiga, 020600 - Perumahan Negara. Kita sangat terkejut apabila dimaklumkan kepada kita tentang realiti harga rumah hari ini memang benar-benar tidak mesra rakyat miskin atau tidak mampu milik. Purata harga rumah RM380,000. Sedangkan B40 pendapatan mereka sekitar RM2,848 dan N40 sekitar RM6,500. Maka apa pelan kerajaan untuk menangani isu kenaikan harga rumah? Ya, kita sudah ada dua tiga program untuk membina rumah oleh kerajaan.
Akan tetapi yang kita bincang tentang peningkatan harga rumah disebabkan pelbagai faktor. Faktor sama ada disebabkan kenaikan harga barang, harga barang- barang yang diperlukan untuk membina rumah, kos pekerja dan juga faktor-faktor yang lain dan barangkali juga ada unsur-unsur lain. Spekulasi harga yang menyebabkan harga rumah ini meningkat tidak bersesuaian dengan kadar kenaikan pendapatan rakyat.
Sebagai contoh kalau kita lihat antara tahun 2012 hingga tahun 2014 kadar kenaikan harga rumah ialah sekitar 17.6 percent sedangkan kadar kenaikan gaji dan pendapatan rakyat adalah sekitar 12.4 percent. Ini tidak ditambah lagi dengan kenaikan kos sara hidup disebabkan oleh GST yang dipertahankan oleh kerajaan. Soalan saya ialah, apakah statistik pemilikan rumah mengikut kumpulan isi rumah? Satu.
Kedua, apakah perancangan kerajaan untuk menangani kenaikan harga rumah ini bukan di bandar sahaja bahkan rumah-rumah yang dibuat di pinggiran bandar?
Ketiga, pertumbuhan kadar pinjaman oleh rakyat untuk mendapatkan rumah ini, kita dapat maklumat ramai yang ditolak permohonan mereka. Saya mahu tahu, banyak mana, berapa statistik permohonan yang ditolak dan apakah punca-punca ditolak permohonan tersebut? Kemudian PAS mencadangkan satu sistem untuk rakyat memiliki rumah iaitu menggunakan konsep sukuk ijarah.
Itu satu bentuk pelaburan untuk mendapatkan rumah antara mereka yang berkemampuan dengan rakyat miskin yang kurang kemampuan. Maka adakah kerajaan bersedia untuk mengkaji sistem ini sukuk ijarah ini untuk menjadikan satu panduan jangka masa panjang bagi menyelesaikan masalah perumahan rakyat ini?
Terakhir, kalau kita lihat dalam 10 tahun, 20 tahun dahulu kita giat menggerakkan perkampungan baharu. Bagi saya, penyelesaian jangka masa panjang bagi isu perumahan rakyat ini adalah pembinaan pembukaan kampung-kampung baharu. Saya yakin negara kita masih belum kekurangan tanah dan juga bumi hutan yang boleh kita jadikan perkampungan dan ia memerlukan kerjasama dengan kerajaan negeri.
Akan tetapi barangkali kerajaan negeri memerlukan dana dan bantuan daripada pusat untuk prasarana. Maka bagi saya, sekiranya perkampungan baharu ini menjadi sasaran kerajaan dengan disediakan prasarana daripada kampung hingga ke bandar untuk mereka bekerja, laluan dan jajaran jalan raya yang baik dan sebagainya, ada bas, ada LRT dan sebagainya maka saya rasa ia akan menyelesaikan masalah perumahan rakyat untuk tempoh yang panjang.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Saya rasa terkilan juga apabila kita ziarah, semalam saya ziarah satu keluarga yang kematian suami. Rumahnya rumah flat tiga bilik. Ruang tamu yang kecil hanya 10 kaki kali 15 kaki dengan anak lima orang. Ini suasana yang dirasai oleh rakyat. Itu kemampuan mereka.
Akan tetapi, adakah di kala mana kita masih mempunyai tanah-tanah yang begitu banyak untuk dibuat perkampungan, tiba-tiba kita mengambil satu alternatif perumahan rakyat dalam bentuk rumah flat yang bertingkat-tingkat. Mungkin di bandar kita kata ada sebab dan relevan disebabkan harga tanah mahal. Akan tetapi di kawasan bandar yang masih ada ruang-ruang pinggiran bandarnya hutan-hutan yang boleh dibuka, hutan-hutan yang boleh diteroka. Juga ada tanah-tanah yang tidak dimanfaatkan oleh rakyat.
Ikut kaedah Islam, jika tanah tidak dimanfaatkan, kerajaan berhak untuk mengambil alih semula untuk manfaat rakyat. Maka bagi saya, pembinaan kampung baharu ini mesti menjadi satu perancangan jangka masa panjang kerajaan. Maka saya mahu dengar pandangan kerajaan dalam isu yang seumpama ini. Itu sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih. Waasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Sibuti.
Datuk Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Bismilahir Rahmanir Rahim.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya mengajukan butiran 030030 iaitu Bomba dan Penyelamat.
Terima kasih kepada kerajaan terutama sekali KPKT, Yang Berhormat Menterinya kerana telah bersetuju untuk membina balai bomba di kawasan saya. Apa yang saya hendak utarakan di sini kepada Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, balai bomba ini telah dibina tetapi terbengkalai disebabkan kontraktor yang pertama itu dia sub atas sub dan sub lagi sehingga kontraktor itu menarik diri. Banyak yang sudah dilakukan kepada balai bomba itu dicabut seperti panel window, dengan izin, cermin- cermin untuk jendela-jendela yang mahal-mahal itu pun sudah dicabut diambil balik oleh sub-sub kontraktor.
Jadi menyarankan kepada Yang Berhormat Menteri, jika balai bomba ini hendak disiapkan mesti membuat audit yang betul supaya balai bomba ini nanti tidak tergendala lagi apabila ia diambil alih oleh kontraktor-kontraktor yang lain. Saya juga menyarankan bahawa berilah peluang kepada kontraktor-kontraktor tempatan itu daripada kontraktor yang kita bawa dari Kuching, kontraktor yang kita bawa dari Sibu. Oleh sebab beginilah masalahnya, apabila yang datang dari Sibu tidak boleh mengambil barang di kawasan berdekatan disebabkan dia orang Sibu, kontraktor dari Sibu sebab pembayarannya tergendala.
Datuk Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Harapan saya kepada Yang Berhormat Menteri supaya bantulah kami sebab dua bulan, tiga bulan ini tadi banyak beberapa buah rumah panjang sudah kebakaran.
Satu tempat tidak kurang dari 63 bilik rumah panjang hangus sampai ke tiang-tiangnya pun sudah habis.
Belum lama dulu lebih kurang dalam bulan lalu, satu lagi kebakaran. Oleh kerana bomba yang ada di Miri bukan tidak dapat membantu. Oleh kerana mereka terlalu jauh lebih kurang 60 kilometer dan jalan raya pun sempit untuk kenderaan lalu lintas sehingga rumah yang terbakar itu ranap habis. Oleh sebab itulah saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri supaya dapat dipercepatkan Balai Bomba Batu Niah ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Subang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Tuan Pengerusi, memberi saya peluang untuk berbahas sedikit dengan kementerian KPKT ini. Saya rujuk kepada Kepala Butiran 020600 iaitu Perumahan Negara, dan juga berkait dengan Pengurusan Am iaitu Butiran 030100.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Isu yang saya ingin bangkit untuk mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri ialah berkaitan kuasa yang diberi kepada Menteri dan juga controller ya, di bawah Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989, dalam bahasa Inggeris Housing Development (Control and Licensing) Rules, dengan izin. Kuasa diberi di bawah Peraturan 11(3) untuk meminda atau membatalkan peruntukan-peruntukan dalam kontrak penjualan di antara pemaju dan pembeli.
Di dalam kes yang berlaku di kawasan saya, ini khususnya adalah berkaitan dengan pemaju yang bernama Epoch Property Sdn. Berhad. Yang Berhormat Menteri sendiri telah melalui surat yang bertarikh 29 Jun 2017, telah memberi satu perlanjutan masa kontrak itu, kontrak itu biasanya 36 bulan. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri sudah memberi perlanjutan 12 bulan dan melanjutkan kepada 48 bulan.
Ini dibuat ikut proses di bawah peraturan itu, pemaju telah memohon kepada controller di bawah peraturan itu, controller sudah menolak permohonan pemaju dan selepas itu pemaju buat rayuan kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Menteri telah membuat keputusan untuk ketepikan keputusan controller dan masukkan keputusan ini untuk lanjutkan masa.
Apakah effect keputusan ini?. Projek ini melibatkan lebih kurang 1,350 unit, ini bukan rumah low cost, ini bukan rumah affordable housing atau rumah mampu milik. Ia kos secara purata setiap unit ini adalah lebih kurang RM500,000 seunit. Jadi saya ingin dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah alasan untuk memberi faedah yang begitu besar ini kepada pemaju sebab effect-nya ialah hak pembeli-pembeli yang sekarang yang sepatutnya dapat rumah mereka dalam tempoh 36 bulan dan kalau ada lambat untuk tuntut ganti rugi untuk itu sudah dimusnahkan. Hak itu sudah seolah- olah dimansuhkanlah oleh keputusan Yang Berhormat Menteri.
Jumlah duit, effect kewangan ini bukan kecil. Kalau saya ambil RM500,000 sebagai harga purata sebuah unit, kita ada 1,350 unit dan ganti rugi untuk satu tahun Tuan Pengerusi ialah lebih kurang RM50,000 untuk setiap pembeli. Bermaksud dengan satu surat begini daripada Yang Berhormat Menteri, pemaju tersebut telah mendapat manfaat dalam nilai kewangan RM67 juta. Sejumlah RM67 juta bayangkan. Pembeli- pembeli, seramai 1,350 pembeli-pembeli ini sudah dinafikan hak mereka untuk menuntut ganti rugi yang mereka ada di bawah kontrak mereka.
Memang kuasa itu ada di bawah peraturan, betul. Itu saya tidak menafikan Peraturan 11(3) dan kuasa rayuan kepada Menteri Peraturan 12, itu betul. Akan tetapi syarat-syarat yang begitu ketat pun ada. Peraturan tersebut, dengan izin, there must be special circumstances hardship atau necessity, dengan izin, yang memerlukan satu terma atau syarat dalam kontrak itu dipinda atau dibatalkan seperti yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri.
Jadi saya hendak minta satu penjelasan dalam keadaan ini, dalam kes ini apakah special circumstances yang berlaku? Apakah hardship kepada pembeli yang berlaku? Kita tidak boleh ambil kira hardship kepada pemaju sebab dasar dalam undang- undang yang digubal ini di Parlimen ini adalah untuk memberi perlindungan kepada pembeli bukan kita bagi perlindungan kepada pemaju. Apakah necessity, dengan izin, yang memerlukan Yang Berhormat Menteri buat keputusan untuk batalkan keputusan controller, dan gantikan keputusan untuk beri perlanjutan masa kepada pemaju?
Oleh sebab ini melibatkan duit beberapa ribu ringgit, manfaat yang pemaju ini dapat secara automatik daripada keputusan ini seperti yang saya sebut tadi adalah dalam lingkungan puluhan, jutaan Ringgit. Saya juga perhatikan ada implikasi yang begitu besar dari segi kewangan kepada setiap pembeli sebab hak mereka untuk menuntut RM50,000 sekarang sudah tidak ada lagi. Dalam surat itu pun yang memberi kelulusan ini saya perhatikan Yang Berhormat Menteri tidak sebut apa-apa alasan dalam surat itu.
Surat itu macam just beri kelulusan itu sahaja, perlanjutan masa kontrak 36 bulan jadi 48 bulan tetapi tidak ada sebut satu alasan pun. Jadi itu adalah soalan saya tentang kes spesifik ini. Saya juga minta sebab saya difahamkan ini bukan satu kes yang terpencil, ini sudah berlaku berkali-kali. Jadi saya ingin diberitahu dan kalau tidak boleh diberitahu pada hari ini, saya diminta diberitahu secara bertulis. Itu tidak ada masalah.
Berapakah kes-kes perlanjutan masa sedemikian? Macam kita ada dalam kes Epoch Property Sdn. Berhad. tadi. Berapakah kes-kes perlanjutan masa yang dalam lima tahun kebelakangan ini daripada 2013, 2014,2015, 2016 dan tahun ini yang telah diluluskan oleh pihak kementerian, itu satu?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Juga saya ingin tahu dan boleh dijawab secara bertulis, berapakah permohonan-permohonan sedemikian oleh pemaju-pemaju untuk perlanjutan masa seperti yang dipohon oleh Epoch Property yang telah ditolak oleh kementerian. Kategori yang ketiga saya minta pengesahan ialah, berapakah kes-kes yang telah ditolak permohonannya iaitu pemaju memohon untuk perlanjutan masa ditolak oleh di peringkat controller mengikut kuasa di bawah Peraturan 11(3) tetapi selepas itu dilulus balik oleh Yang Berhormat Menteri seperti yang berlaku dalam kes Epoch Property.
Saya tahu ada kes Tuan Pengerusi ini mungkin kalau dibangkit dalam jawapan, ada kes di mahkamah tentang isu ini, isu ini secara umum ini untuk pengetahuan Tuan Pengerusi juga. Akan tetapi saya nak sebut di sinilah supaya kes itu tidak digunakan untuk mengelak daripada jawab.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Isu dalam kes yang masih pending di mahkamah telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, sekarang di Mahkamah Rayuan ialah sama ada kuasa untuk memberi pelanjutan masa itu wujud atau tidak dari segi undang-undang. Maksudnya kewujudan kuasa itu telah dicabar di Mahkamah Tinggi dan dinullify, probation itu null and void, so itulah isu yang masih kekal untuk keputusan. Saya tidak mahu sentuh arguments either way for that pendirian itu dan saya tidak minta Yang Berhormat Menteri pun sebut apa- apa tentang isu itu. Hanya saya minta penjelasan sekarang dan fakta, secara fakta apakah alasan untuk kes yang berlaku untuk Epoch Property Sdn. Berhad ini, dan apakah fakta-fakta statistik yang saya minta tadi.
Ini isu yang penting Tuan Pengerusi, seperti dalam kes ini saya sebut implikasinya besar, jumlah kewangan yang besar. Jadi kalau kita tidak boleh menunjukkan alasan yang kukuh, yang munasabah, yang baik untuk keputusan ini, tafsiran yang jelas yang akan dibuat oleh pembeli dan orang awam ialah unsur-unsur rasuah telah berlaku. There must be, kita mesti ada alasan yang cukup kuat supaya kita batalkan, kita menafikan hak pembeli dalam kes ini di bawah satu undang-undang yang kita gubal di Parlimen untuk memberi perlindungan kepada pembeli tetapi di sini kita memberi manfaat besar dan perlindungan kepada pemaju. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ada satu sahaja, Butiran - 010100 iaitu berkaitan dengan Perancangan Bandar dan Desa.
Saya amat memahami bidang kuasa kementerian terutamanya apabila berurusan dengan pihak berkuasa tempatan iaitu di peringkat negeri dan juga di peringkat daerah. Namun saya ingin mengambil saranan tentang hal berkaitan rumah generasi baru FELDA yang dikatakan walaupun perancangan dan pembinaannya di dalam kawasan tanah rancangan FELDA tetapi ia tetap memerlukan pemantauan dan juga kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan bagi meluluskan permohonan pembangunan yang dibuat di kawasan FELDA ini.
Saya ingin menyarankan beberapa perkara kepada pihak kementerian supaya kalau dapat diubah arahan boleh diberikan terus kepada pihak PBT bagi mempercepatkan dan mempermudah urusan pembinaan, permohonan dan juga pelaksanaan perumahan ini oleh kerana ianya telah menjadi satu polemik kerana rata- rata permohonan untuk pembinaan rumah generasi baharu FELDA ini, ia menghadapi masalah apabila melibatkan urusan dengan PBT.
Pertamanya saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian agar PBT memberikan kebenaran kepada pihak FELDA untuk memulakan kerja awalan pembinaan di tapak tanpa menunggu kelulusan penuh di peringkat pembangunan.
Kedua, bolehkah kementerian mengarahkan PBT supaya membenarkan kerja- kerja pembinaan yang berkenaan berdasarkan syarat yang dikenakan oleh agensi teknikal sahaja iaitu agensi teknikal utama sahaja tanpa melibatkan urusan-urusan yang lain.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Kemudian yang ketiga, mohon juga agar dapat dikecualikan daripada pembayaran caj pemajuan kepada PBT untuk Projek Rumah Mesra Rakyat ini kerana Rumah Mesra Rakyat yang akan dibina ini kita tahu konsepnya ialah bukan berkonsepkan komersial tetapi ia berkonsepkan CSR iaitu bantuan terus kepada rakyat.
Saya yakin jika perkara ini dapat kita laksanakan, ia bukan akan memberi manfaat kepada projek-projek perumahan di kawasan FELDA tetapi ia boleh memberikan manfaat juga kepada perumahan-perumahan lain yang melaksanakan projek berbentuk CSR terutamanya rumah mampu milik.
Keempat, saya hendak menyarankan juga agar dikecualikan daripada dikenakan fee submission bagi permohonan pembangunan dan juga bayaran-bayaran lain iaitu seperti cagaran yang dikenakan kepada syarikat komersial tetapi untuk projek- projek rumah mesra rakyat ini ataupun rumah mampu milik ini agar ia dapat dikecualikan berbanding dengan projek-projek komersial yang lain dan pengecualian dan kelonggaran dari segi pematuhan syarat dan spesifikasi pembangunan yang ditetapkan oleh PBT.
Contohnya jalan, perparitan, taman permainan dan juga yang lain-lain, contohnya perwujudan tangki septik yang dikatakan apabila pembinaan rumah melebihi 30 unit dikatakan pemaju perlu menyediakan satu kawasan tangki kolam yang lebih besar.
Jadi mohon jasa baik daripada pihak kementerian supaya dapat mengecualikan untuk projek-projek rumah mesra rakyat ini agar diberikan tangki septik individu, maksudnya tidak perlu dilaksanakan tangki kolam yang lebih besar untuk projek-projek ini. Jadi secara tidak langsung ia dapat mempermudah urusan untuk pelaksanaan projek- projek rumah mesra rakyat dan rumah mampu milik ini.
Kedua Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya tentang status rumah yang terbengkalai iaitu di Taman Tuanku Abdul Rahman, Segamat. Tempoh terbengkalai ini sudah masuk tahun yang ke-15. Jadi ramai pengguna-pengguna ataupun pembeli- pembeli rumah ini mereka bertanyakan tentang status. Dimaklumkan bahawa sudah ada pemaju penyelamat yang telah dilantik oleh pihak kementerian untuk menyelesaikan isu ini. Jadi saya mohon jasa baik daripada pihak kementerian hari ini supaya dapat memaklumkan kepada kami apakah status terkini pemaju penyelamat tersebut kerana ia telah menjadi polemik yang panjang kepada pembeli-pembeli rumah ini menunggu dalam tempoh yang lebih lama. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam reformasi.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin membangkitkan tiga perkara dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa ini. Yang pertamanya ialah perkara 060300 – One-Off Perbelanjaan berkaitan dengan World Urban Forum. Tentunya dalam konteks ini kita lihat bahawa perbelanjaan yang disediakan untuk persediaan penganjuran world forum ini adalah sebanyak RM8 juta. Tentunya kita mengalu-alukan New Urban Agenda seperti mana yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini ataupun, dengan izin, Agenda Perbandaran yang baru.
Saya difahamkan dalam New Urban Agenda ini Tuan Pengerusi, beberapa perkara akan diberikan tumpuan. Misalnya struktur tata kelola, alam sekitar yang mampan, kesejahteraan bandar dan juga social inclusion, dengan izin Tuan Pengerusi.
Saya ingin bertanya, apakah persediaan kerajaan untuk memastikan kesemua pandangan stakeholder diambil kira. Misalnya pandangan anggota-anggota Parlimen yang daripada kawasan bandar, adakah input tentang New Urban Agenda ini diminta daripada Ahli-ahli Parlimen supaya kita dapat memastikan kesemua pemain ataupun mereka yang terkesan dengan agenda bandar ini dapat diambil pandangan secara konstruktif untuk memastikan sasaran ataupun agenda ini dapat dilaksanakan dengan baik.
Saya juga ingin tanya kepada kerajaan khususnya kementerian, sejauh mana kementerian memberikan tugasan ataupun arahan dasar, policy direction, dengan izin Tuan Pengerusi, kepada Pihak Berkuasa Tempatan, selesai sahaja daripada forum ini yang dijangka akan dilakukan pada tahun depan, 2018.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Kita sedia maklum bahawa perbandaran yang pesat akan memberikan kesan yang besar kepada bandar, kepada masyarakat, kepada ekonomi setempat, perubahan iklim dan juga dasar yang berkaitan. Jadi tentulah perkara seperti ini kita perlukan pandangan asas kementerian kerana belanja yang kita keluarkan ini tentunya kita ingin mendapatkan, dengan izin, maximum impact terutamanya kepada pihak majlis perbandaran atau pihak berkuasa tempatan.
Misalnya kita lihat majlis perbandaran seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Subang Jaya dan juga Shah Alam telah pun mempunyai pelan tindakan dan perancangan yang teliti untuk memastikan pembangunan bandar yang lebih mampan sesuai dengan ke arah New Urban Agenda yang diumumkan oleh kerajaan. Di PJ misalnya Tuan Pengerusi, sudah ada dua bas elektrik yang percuma untuk kegunaan penduduk di situ. Ada juga laluan sikal, ada juga bas Selangorku untuk mengurangkan penggunaan kereta dan juga pelbagai lagi inisiatif yang lain yang telah dikemukakan oleh pihak berkuasa tempatan.
Jadi saya ingin tahu apakah ada penyelarasan di peringkat kementerian agar kesemua majlis perbandaran dalam negara kita dalam semua kawasan Parlimen ini dapat dipandu oleh satu arahan yang lebih sistematik agar perkara-perkara ini dapat dilaksanakan secara bersama untuk kepentingan rakyat dan juga penduduk.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Perkara yang seterusnya Tuan Pengerusi ialah berkaitan dengan 020300 – Bomba dan Penyelamat. Saya ingin menarik perhatian kementerian tentang pengumuman pihak bomba baru-baru ini yang menyatakan bahawa ketika pilihan raya umum yang akan datang mereka akan dibenarkan membuat undi melalui pos. Ini tentunya saya minta kementerian untuk memberikan penjelasan.
Oleh sebab kalau saya masih ingat di peringkat Jawatankuasa dengan Jabatan Perdana Menteri, perkara seperti undi pos ini hanya dibenarkan sekiranya kementerian atau pihak bomba menulis surat kepada SPR meminta request untuk melakukan undi pos ini. Jadi, saya tidak nampak bagaimana perlunya undi pos ini sewaktu pilihan raya.
Oleh kerana untuk memastikan agar banyak rumah yang tiba-tiba terbakar waktu pilihan raya, itu satu kemungkinan yang begitu tipis. Kita telah pun sebenarnya Tuan Pengerusi, pindah daripada undi pos ini kepada undi awam.
Jadi, saya tidak nampak apakah kepentingannya kerana kita tahu undi pos ini dari segi, scrutiny, transparency dan sebagainya, itu menimbulkan masalah. Jadi, sudah pasti kementerian mempunyai jawapan kepada isu ini. Oleh kerana dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Pos sendiri, yang menyatakan sepanjang musim pilihan raya, anggota kita turut akan terbabit, terutamanya di pusat pengundian pengiraan undi bagi menjaga keselamatan. Saya tidak tahu bagaimana bomba ini boleh menjaga keselamatan sewaktu hari mengundi. Mungkin dia bawa paip air sebagainya, kalau agak orang marah mungkin dia tembak dengan air. Saya tidak tahulah tetapi saya tidak nampak kemungkinan itu berlaku sewaktu pilihan raya. Jadi, saya minta penjelasan daripada kementerian.
Perkara yang ketiga, yang terakhir Tuan Pengerusi ialah perkara 010200 - Kerajaan Tempatan. Saya ingin tanya kepada kementerian, apakah ada strategi atau perancangan kerajaan untuk empower Pihak Berkuasa Tempatan ini yang mana terkesan dengan masalah bencana? Misalnya, adakah diberikan satu dana khas untuk memastikan agar kawasan-kawasan yang dilanda bencana itu diadakan satu pendekatan yang pre-emptive supaya tidak berlaku lagi pada masa yang akan datang?
Saya ambil contoh, pada bulan Ogos yang lalu di kawasan saya di Parlimen di Bukit Katil.
Ada 20 buah kawasan saya yang dilanda banjir.
Jadi Tuan Pengerusi, bayangkan bukit pun kena banjir, yang bawah bukit saya ingat hilang semua. Apabila kita study balik, kita kaji balik selepas banjir, saya bertemu dengan JPS dan sebagainya. Terdapat pelbagai agensi yang berselirat yang memastikan agar tidak berlaku banjir ini, antaranya JPS dan antaranya pihak berkuasa tempatan.
Dalam kawasan saya Tuan Pengerusi, ada banyak kolam tadahan banjir. Apabila kita teliti kolam tadahan ini, masalah yang paling utama adalah masalah penyelenggaraan.
Jadi, kita tanya kepada JPS, JPS kata, “Ini masalah Pihak Berkuasa Tempatan.” Apabila kita tanya pihak berkuasa tempatan, “Ini kami tidak ada peruntukan.”
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Jadi, saya mintak supaya bagi kawasan-kawasan yang prone, dengan izin, yang terdedah dengan bahaya ini, sudah pasti lah kita tidak mahu perkara itu berulang sekali lagi. Kita hendak supaya ada satu pendekatan yang bersifat sediakan payung sebelum hujan. Kalau tidak ada peruntukan bagi kawasan-kawasan yang Pihak Berkuasa Tempatan berhadapan dengan masalah ini, saya percaya ini perlu ada satu peruntukan yang khas agar perkara ini dapat dielak.
Tuan Pengerusi pun sedia maklum, kalau katakan berlakunya banjir, rakyat akan berhadapan dengan kesukaran kerana kebanyakan daripada mereka hanya dapat RM200 sahaja. Kalau buat laporan polis dapat RM200, rumah habis hilang tetapi dapat RM200. Ini biaya atau peruntukan bantuan ini, zaman selepas merdeka, saya ingat sekarang sampai tidak baiki-baiki lagi, tidak ada penambahan lagi. Saya fikir lebih baik pihak kementerian perlu ada satu strategi dan perancangan untuk memastikan agar apa yang berlaku itu dapat dicegah kerana ini within our control, dengan izin Tuan Pengerusi.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya hendak menyentuh lima butiran. Pertama, mengenai Butiran 020000 - Kesejahteraan Komuniti, khususnya Butiran 020300 - Bomba dan Penyelamat. Sebelum itu, saya hendak merakamkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah meluluskan surau bomba di Parlimen Sabak Bernam. Alhamdulillah dapat digunakan untuk masyarakat dan juga kakitangan bomba.
Kedua, tentang keperluan jeti, khususnya untuk menurunkan bot penyelamat.
Untuk pengetahuan Tuan Pengerusi, bahawa Parlimen Sabak Bernam ini tiga perempat dikelilingi oleh air iaitu di kawasan utara dan sehingga kawasan selatan ialah Sungai Bernam dan kemudian di kawasan barat hingga ke timur iaitu laut, Selat Melaka. Kita dapati apabila masalah ada kemalangan sama ada masalah operasi bot karam, banjir dan sebagainya ataupun mangsa-mangsa lemas, kita dapati bahawa bomba ini menghadapi kesukaran kerana selama ini bomba hanya menggunakan pangkalan awam.
Pangkalan awam ini ialah penggunaan bot yang menyeberang daripada Sabak Bernam ke Bagan Datuk. Kita dapati akan berlaku kesesakan di situ. Saya mengharapkan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat meluluskan dengan segera. Oleh kerana kita dapat menyelamatkan, kalau di darat mungkin kawasan bomba ini biasa membuat penyelamatan di kawasan jalan raya. Akan tetapi di kawasan Parlimen Sabak Bernam ini, kawasan airnya begitu luas di kanan kiri seperti yang saya nyatakan tadi.
Tuan Pengerusi, sebelum itu saya hendak menyentuh juga tentang masalah kebakaran. Sekali lagi saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah meluluskan rumah terbakar di Parlimen Sabak Bernam. Alhamdulillah bahawa projek itu telah diluluskan dan mudah-mudahan dengan kelulusan itu akan dapat membantu mereka yang menghadapi masalah kebakaran.
Saya ingin mencadangkan lah kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ataupun juga kementerian lain supaya ada khusus, sekiranya ada masalah kebakaran, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan lah yang mengambil khusus tanggungjawab supaya kita tidak membuat permohonan kepada KKW, KPKT, ICU dan sebagainya.
Oleh kerana bomba sahaja yang mengetahui masalah kebakaran di kawasan- kawasan tertentu. Kita sebagi pemimpin tempatan dan kita memang lah membuat permohonan. Akan tetapi mungkin kadang-kadang Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini kekurangan peruntukan dan juga ini akan menyebabkan lambat.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
Oleh kerana kita sedia maklum bahawa kebakaran ini sering berlaku sama ada di mana-mana lah di kawasan di seluruh Malaysia. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri dan juga Tuan Pengerusi, bahawa di Parlimen Sabak Bernam tahun lepas sahaja ada lima buah rumah yang terbakar. Alhamdulillah, pada peringkat awalnya saya meneruskan dengan peruntukan daripada Ahli Parlimen dan juga permohonan daripada KKW. Alhamdulillah dan akhirnya kita mendapat kelulusan daripada KPKT.
Seterusnya, tentang bomba juga. Saya hendak maklumkan bahawa bomba di Sabak Bernam ini sudah berusia lebih daripada 50 tahun. Sudah pasti lah daripada segi penyelenggaraan dan juga kemudahan-kemudahan asas yang berada dekat situ kebanyakan sudah usang, sudah lama. Saya baru-baru ini pergi ke Pejabat Bomba, kita dapati bomba dekat situ ada satu tempat untuk standby sementara sekiranya ada kemalangan, ada bencana dan sebagainya untuk menyelamat. Mereka tinggal di kawasan bilik yang kecil dan ada di antaranya yang tinggal di mana-mana lah mereka duduk. Saya lihat daripada segi untuk menunggu, oleh sebab mereka standby untuk masalah-masalah bencana, kebakaran, kemalangan dan sebagainya, daripada kemudahan asas.
Jadi, saya mengharapkanlah pada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan meluluskan satu bangunan untuk kakitangan bomba ini, penyelamat ini supaya tinggal di situ. Mungkin mereka boleh sambil buat kerja ada komputer, mungkin ada televisyen dan juga ada alat-alat permainan supaya mereka tidak jemu. Kadang-kadang kalau mereka tidak ada bilik untuk standby ini, kadang- kadang mereka ini duduk di persekitaran keliling, ada di antaranya yang duduk di kawasan luar bilik-bilik yang lain-lain. Saya mengharapkan lah bahawa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat meluluskan permohonan untuk bilik-bilik standby.
Seterusnya, saya ingin menyentuh Butiran 010200 - Kerajaan Tempatan. Saya ingin menyentuh berhubung dengan banyak kerosakan longkang seperti longkang untuk saliran. Semalam saya baru mengadakan gotong-royong peruntukan yang diberikan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya lihat di negeri Selangor, terutamanya di Parlimen Sabak Bernam ini tentang penyelenggaraan longkang ini. Kita terpaksa memanggil bomba untuk menyembur longkang-longkang ini kerana didapati longkang-longkang ini ada sampai setengah kaki lumpur dan sebagainya yang tidak dapat diselenggarakan.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
Ini akan mengakibatkan nyamuk aedes dapat membiak. Saya pernah kena penyakit denggi ini di kawasan perumahan saya itu dan saya telah menulis suratlah kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan alhamdulillah terima kasih kerana telah membaiki sistem longkang dan sebagainya.
Saya mengharapkan jugalah di semua taman terutama di seluruh negeri Selangor supaya kerajaan tempatan, Kementerian KPKT ataupun perbandaran dapat menyelenggarakan longkang-longkang ini kerana longkang dan juga parit dan sebagainya ini adalah tempat pembiakan nyamuk. Dengan harapan ini apabila dapat pembersihan dan sebagainya saya yakin bahawa denggi ataupun nyamuk aedes ini tidak dapat membiak. Ini satu perkara yang kita hendak ambil berat kerana ini sudah menjadi isu yang lama di kawasan negeri Selangor.
Satu lagi saya hendak menyentuh beberapa perkara tentang Butiran 020200 – Perkhidmatan Perbandaran yang menerima peruntukan sebanyak RM10.7 juta bagi tahun 2018. Bagi meningkatkan kesejahteraan komuniti, saya berharap kerajaan akan dapat menyediakan kemudahan untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti dewan dan sebagainya. Saya ingin menyentuh tentang dewan yang sekarang ini berada terutamanya di Parlimen Sabak Bernam dan amnya di negeri Selangor. Saya dapati bahawa dewan-dewan, dewan-dewan kecil, balai raya yang berada di kawasan kerajaan tempatan ini kadang-kadang tidak diselenggarakan dengan baik, tidak diurus dan ada di antaranya yang memang sudah rosak teruk.
Saya mengharapkanlah sama ada kerajaan tempatan ataupun KPKT mengambil inisiatif. Kalau mungkin negeri tidak dapat menguruskan, saya rasa kita boleh serahkan kepada Kerajaan Barisan Nasional untuk menguruskan. Kita dapati ada beberapa balai raya ataupun dewan, apabila kita hendak menggunakan daripada masyarakat tempatan, kalau dia tahu bahawa mereka ini adalah daripada Barisan Nasional mereka tidak memberikannya. Sedangkan dulu adalah Kerajaan Barisan Nasional yang membina dewan itu. Saya mengharapkanlah kepada kerajaan negeri tidaklah kira daripada mana pun supaya memberikan perkhidmatan ini kepada rakyat di negeri Selangor kerana kita boleh menggunakan bersama-sama.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
Seterusnya saya ingin menyentuh berhubung dengan Butiran 010500 – Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Saya dapati urusan pungutan sampah dan sisa pepejal ini masih menjadi masalah di Selangor termasuklah di kawasan saya di kawasan Parlimen Sabak Bernam. Saya ingin mendapat penjelasan apakah langkah kerajaan bagi meningkatkan lagi perkhidmatan kutipan sampah dan sisa pepejal ini. Saya ingin juga mendapat penjelasan setakat manakah kejayaan program pengasingan sisa pepejal di rumah untuk mengasingkan sampah seperti kertas, plastik dan kaca telah dilaksanakan.
Sebelum itu kita lihat bahawa tentang pengurusan sampah ini, kalau dulu saya duduk dalam satu taman, di kawasan taman itu dia boleh urus dan boleh kutip sampah ini tiap- tiap hari. Jadi apabila kita dapat kutip sampah tiap-tiap hari sudah pastilah bahawa kebersihan ini dijaga.
Akan tetapi tidak tahulah apabila kerajaan yang ada sekarang ini di negeri Selangor ia tidak dapat menguruskan tentang sisa pepejal ini yang kadang-kadang berlonggok sampai tiga hingga empat hari. Saya mengharapkanlah mungkin dengan penyelarasan daripada KPKT yang dengan kerajaan negeri, masyarakat dan juga umumnya rakyat di negeri Selangor ini dapat menikmati kesejahteraan.
Akhir sekali saya hendak sentuh tentang Butiran 010300 – Landskap Negara.
Saya hendak mintalah satu permohonan khas untuk Pantai Rekreasi Bagan Nakhoda Omar dan juga taman perumahan awam seperti di Taman Muhibbah untuk diberikan satu peruntukan untuk landskap. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Lanang.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 020300 – Bomba dan Penyelamat. Tuan Pengerusi, rakyat di Sibu Jaya sudah lama menunggu pembinaan sebuah balai bomba baru di Sibu Jaya.
Saya difahamkan projek perancangan ini telah ada di Rancangan Malaysia Kesebelas under First Rolling Plan. Akan tetapi apabila saya menerima jawapan pada bulan Ogos tahun ini, projek ini belum dibuka tender. Dalam perbahasan bajet saya di peringkat dasar, saya juga minta penjelasan sama ada projek ini telah dibuka tender dan bila projek ini dapat dimulakan?
Pada 13 November 2017, jawapan daripada Yang Berhormat Menteri ialah projek ini telah di tender dan tender telah pun tutup pada 20 November 2017. Saya tidak begitu faham dengan jawapan Menteri kerana hari ini adalah 20 November 2017. Jadi, adakah hari ini tender tersebut baru ditutup? Oleh itu saya ingin mendapat satu jawapan yang lebih jelas iaitu bilakah tender itu ditawarkan dan bila ia ditutup. Kalau boleh saya ingin tahu jumlah peruntukan yang diluluskan dan keputusan tender tersebut dan bilakah Balai Bomba Sibu Jaya dijangka akan siap dibina.
Saya berharap projek ini dapat dipercepatkan supaya dapat memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat di Sibu Jaya dan juga rumah panjang yang berhampiran. Selain itu saya juga ingin minta jawapan tentang jumlah alat pemadam api yang telah dibekalkan kepada penduduk rumah panjang di kawasan Lanang.
Adakah taklimat atau seminar diadakan untuk memberi pengetahuan cara pencegahan api dan cara menggunakan alat pemadam yang dibekalkan. Beberapa tahun ini ada banyak rumah panjang di kawasan Lanang terbakar, balai bomba pun jauh dari rumah panjang. Apabila pihak bomba sampai ke rumah panjang yang terbakar sudah pun hangus semua. Jadi saya berharap alat pemadam api yang secukupnya diagihkan kepada penduduk di rumah panjang dan pembinaan Balai Bomba Sibu Jaya dapat dipercepatkan.
Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 020400 – Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai. Sudah banyak Ahli-ahli Yang Berhormat membangkitkan isu ini jadi saya hanya hendak tambah sedikit. Saya juga bersetuju supaya lesen-lesen pemberi pinjam wang dan pemegang pajak gadai perlu dihadkan. Saya juga ingin mencadangkan supaya satu peraturan dikeluarkan supaya pemegang lesen ini yang haram atau yang tidak haram pun tidak dibenarkan untuk membuat advertisement atau iklan tentang perkhidmatan mereka iaitu pinjaman wang.
Di Sibu banyak pemberi pinjam wang membuat iklan secara berleluasa di sekitar tempat awam. Mereka mengagihkan risalah atau leaflet dan menggantungkan banner di tiang-tiang lampu dan road sign. Saya rasa tidak patut ada iklan-iklan tersebut kerana saya risau remaja-remaja akan menjadi mangsa juga.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Satu lagi isu iaitu...
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Lanang, minta sedikit.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Okey, boleh.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Boleh Tuan Pengerusi?
Terima kasih Yang Berhormat Lanang, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin minta pandangan daripada Yang Berhormat Lanang. Sekarang ini peminjam daripada along ataupun tempat-tempat seperti ini, pajak gadai mereka ada kuasa untuk memegang kad ATM daripada peminjam-peminjam. Walaupun ia adalah bukan haram, tempat-tempat yang they loan money out, jadi apa pandangan Yang Berhormat Lanang, adakah ia di bawah bidang kuasa KPKT untuk memastikan bahawa tempat-tempat seperti ini tidak memegang kad ATM peminjam-peminjam. Terima kasih.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Saya rasa Menteri boleh menjawab soalan Yang Berhormat Batu Kawan, jadi saya masukkan ucapan Yang Berhormat Batu Kawan ke dalam ucapan saya. Satu lagi isu iaitu Butiran 040400 – Sewaan CCTV.
Saya ingin tahu, berapakah peruntukan CCTV yang diperuntukkan di bawah PBT di Parlimen Lanang dan Sibu. Saya pernah mencadangkan supaya CCTV dipasang di seluruh kawasan Bandar Sibu. Jadi saya hendak minta penjelasan tentang apakah status pemasangan CCTV di Bandar Sibu setakat ini. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Sila Yang Berhormat, ya.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 020300 – Bomba dan Penyelamat. Saya ingat balai bomba saya sudah lulus pada tahun 2016 tetapi rakyat di kawasan saya kawasan Hulu Rajang di Daerah Belaga bertanya bilakah ia dibina? Ini kerana di kawasan saya ini Tuan Pengerusi kita bertanya bukan jauh kilometernya, jamnya.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Kalau kita ikut dari Bintulu hendak pergi ke Belaga, kurang lebih dari enam dan tujuh jam. Jadi saya mohon kepada kementerian yang telah diluluskan itu tolong bina dengan cepat. Satu di daerah Belaga.
Kedua, saya mohon juga satu lagi balai bomba di kawasan Asap. Asap adalah penempatan semula orang yang dipindah kerana memberi peluang untuk membina Bakun Hidro atau Sarawak Hidro. Jadi di kawasan Sungai Asap kita seramai 12,000 orang dan 15 buah panjang. Jadi kalau ikut saya mohon kementerian mengambil tindakan kerana dalam dua, ke tiga bulan yang lalu ada satu kebakaran di kawasan rumah badang di Sungai Asap. Jadi susah juga balai bomba dari Bintulu kerana memakan masa kurang lebih daripada empat jam. Jadi rumah itu sudah rentung. Jadi saya mohon ini kerana rakyat-rakyat di kawasan dan penduduk-penduduk di pedalaman yang jauh daripada balai bomba, saya mohon kementerian dapat mengambil tindakan dan menubuhkan atau membina balai bomba di Sungai Asap dengan segera.
Ketiga Tuan Pengerusi, balai bomba di Kapit di daerah Kapit kita ada kekurangan kemudahan iaitu bot dan juga enjin sangkut. Sekarang mungkin ada tiga, tetapi enjin sangkut sudah rosak. Jadi di kawasan saya dan di kawasan Parlimen Kapit juga kerana saya ingat jalan raya hanya 40 peratus digunakan jalan raya dan kebanyakan kita menggunakan pengangkutan sungai. Jadi saya minta kementerian berkenaan supaya menambahkan lagi bot dan juga enjin sangkut yang berkuasa kuda yang tinggi.
Jadi itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Batu Kawan.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Saya ingin mulakan perbahasan saya dengan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua staf di MPSB di bawah pimpinan Datuk Razali semua staf MBPB di bawah leadership Datuk Maimunah, semua staf-staf, pegawai-pegawai pejabat daerah dan tanah, bomba, bomba sukarela, PDRM, ATM, RELA, JKM, Angkatan Pertahanan Awam, JKKK, JKKP, Persatuan Penduduk Serci dan semua sukarelawan yang telah terlibat dalam usaha Penang bangkit selepas Pulau Pinang ditenggelami banjir dua minggu yang lepas. Jelas tanpa mereka semua tak mungkin Pulai Pinang dapat bangkit bersama.
Tuan Pengerusi, saya menyentuh Butiran 020300 – Bomba dan Penyelamat.
Kita melihat kenaikan sebanyak RM12.9 juta yang diberikan kepada bomba dan penyelamat. Tuan Pengerusi, saya ingin tahu berapakah peruntukan penambahbaikan yang telah diagihkan untuk penambahbaikan bomba di P.46 kawasan Parlimen Batu Kawan dan Pulau Pinang secara keseluruhan. Saya pasti dengan penambahbaikan RM12.9 juta ini banyak kawasan-kawasan, pejabat-pejabat bomba diberikan peruntukan yang sewajarnya untuk menambah baik servis mereka, perkhidmatan mereka kepada masyarakat.
Dalam banjir yang lalu, bomba sukarela berusaha bertungkus-lumus untuk membantu mangsa banjir. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengagihkan RM10,000 untuk 32 bomba sukarela di negeri Pulau Pinang di atas usaha mereka dua minggu membantu mangsa banjir. Saya ingin mencadangkan di sini Tuan Pengerusi, agar bot- bot penyelamat sekurang-kurangnya dua bagi setiap bomba sukarela dipertimbangkan oleh KPKT untuk disumbangkan agar kerja-kerja menyelamatkan mangsa-mangsa banjir dapat dijalankan dengan sempurna. Bukan sahaja di kawasan saya di negeri Pulau Pinang...
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Enjin perlu membeli bot juga...
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Ada perlu membeli bot juga.
Akan tetapi saya bersetuju dengan rakan saya dari Bukit Mertajam enjin dan bot sekali.
Tuan Pengerusi saya juga ingin mencadangkan agar satu sumbangan tabung bencana diagihkan untuk bomba-bomba sukarela di seluruh negara terutama sekali di kawasan-kawasan yang prone dengan musibah seperti bencana alam yang baru-baru melanda negeri Pulau Pinang ini.
Kedua saya ingin menyentuh Butiran 01513 – Program Perumahan Rakyat.
Tuan Pengerusi, status terkini permohonan untuk permohonan bank, pinjaman bank adalah dalam satu keadaan yang begitu mengecewakan. Ramai pemohon-pemohon yang layak mendapat rumah kos rendah atau rumah kos sederhana rendah di negeri Pulau Pinang menerusi inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang apabila mereka mahu membuat pinjaman di bank didapati bahawa pinjaman mereka telah ditolak.
Kita melihat kadar penolakan pinjaman ini semakin lama semakin tinggi, dengan izin, high loan rejection rate. Isu ini telah beberapa kali dibangkitkan oleh Exco Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Jagdeep Singh. Jadi saya membawa isu ini di sini agar mendapat satu pencerahan, penjelasan sama ada KPKT berusaha untuk berganding bahu dengan Bank Negara untuk memastikan bahawa pertimbangan istimewa ataupun a special consideration is given bagi golongan yang berpendapatan rendah membolehkan mereka untuk memiliki rumah-rumah kos rendah atau sederhana rendah.
Kita juga melihat Tuan Pengerusi selepas peninjauan yang terperinci di negeri Pulau Pinang didapati negeri Pulau Pinang mempunyai keluasan tanah yang mampu membina 5,000 lagi rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah. Sekiranya 5,000 buah rumah tersebut telah dibina, maka ramai yang akan ingin mohon untuk memiliki rumah tersebut. Dengan high loan rejection rate seperti ini saya khuatir apabila mereka layak, first stage sudah layak sampai ke tahap yang seterusnya ditolak daripada bank. So saya harap Menteri akan memberikan satu penjelasan ataupun satu explanation di sini Dewan yang mulia ini apakah langkah yang seterusnya boleh kita lakukan bersama-sama kami daripada sebelah sini dan juga pihak kerajaan bersama- sama membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah idaman mereka seperti rumah kos rendah dan sederhana rendah.
Tuan Pengerusi saya bersetuju dengan Ahli Parlimen Bayan Baru bahawa saya tidak nampak Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia ini dalam bajet ataupun perincian butiran dalam di bawah Kementerian KPKT. Saya ingin bertanya di sini, dalam beberapa tahun ini negeri Pulau Pinang telah memasukkan 154 permohonan untuk bantuan penyelenggaraan maintenance untuk rumah-rumah pangsapuri kos rendah dan sederhana rendah.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Akan tetapi dalam tahun-tahun ini hanya 28 diberikan kelulusan. Saya ingin tahu apa masalahnya mengapa kami tidak dapat, negeri Pulau Pinang tidak diberi kelulusan untuk mendapat bantuan peruntukan dari TP1M ini. Memandangkan 28 daripada 154 ini agak almost a quarter only of the application.
Saya juga ingin tanya setakat ini memang kami bersyukur dan terima kasih kepada kementerian KPKT kerana 90 peratus daripada apa yang telah diluluskan disumbangkan untuk kerja-kerja penyelenggaraan, penambahbaikan di pangsapuri kos rendah dan sederhana rendah. 10 peratus lagi itu terpaksa diabsorb oleh penghuni- penghuni, penduduk-penduduk di flat tersebut.
Akan tetapi di negeri Pulau Pinang ianya diserap oleh kerajaan negeri. Jadi saya ingin mencadangkan di sini mengikut budi bicara Menteri boleh tak 100 peratus ini di absorb, diserap oleh KPKT untuk membantu. Saya bukan minta untuk kondominium mewah ataupun apartment yang diduduki oleh orang kaya tetapi untuk flat-flat kos rendah dan sederhana rendah ini. Saya harap Menteri boleh menggunakan kuasa budi bicara untuk memberikan 100 peratus bantuan daripada Kerajaan Pusat untuk menambah penyelenggaraan dalam bagi rumah-rumah sebegini.
Lagi satu Tuan Pengerusi adalah isu mengenai akta, yang ini saya tidak harapkan apa-apa yang mungkin akan berlaku dalam sidang ini tetapi saya harap ia akan diletakkan dalam skop of view of Menteri. Kita tahu bahawa mengikut Housing Developers Act, Akta 118, S&P iaitu perjanjian untuk membeli rumah adalah sama untuk semua jenis rumah jika anda mahu membeli di Malaysia daripada low cost, low medium cost to apartment to condo to landed property. Saya ingin mencadangkan di sini, memandangkan ada masalah kita lihat ramai warga asing dibawa oleh agen mereka untuk menduduki di rumah-rumah kos rendah, rumah-rumah kos sederhana rendah yang khas untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.
Jadi bila lapan orang duduk di satu rumah maka sewa rumah akan meningkat.
Saya ingin Menteri menerima cadangan saya melapangkan dada untuk meminda Housing Developers Act untuk masukkan satu peruntukan bahawa rumah-rumah kos rendah dan kos sederhana rendah tidak boleh disewa ke sesiapa pun sehinggalah satu contoh moratorium 10 tahun seperti yang dilakukan di negeri Pulau Pinang.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Negeri Pulau Pinang low-cost, low-medium cost diberikan moratorium 10 tahun tidak boleh disewakan kepada sesiapa. Maksudnya, keluarga golongan berpendapatan rendah yang membeli rumah tersebut harus menduduki di situ. Tidak boleh menyewakan rumah itu kepada orang lain. Tuan Pengerusi, saya rasa saya telah...
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Minta laluan.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Ya?
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Saya hendak tanya Yang Berhormat Batu Kawan.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Boleh. Sila.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Walaupun ada moratorium 10 tahun tidak boleh disewakan kepada sesiapa, dijual ataupun disewakan kepada orang yang bukan pemilik.
Akan tetapi pada hakikatnya ini adalah masalah yang berleluasa. Di mana ada orang cuba untuk mengambil kesempatan untuk sewakan atau jual kepada pihak kedua.
Jadi bagaimanakah cara untuk menangani masalah ini? Selain daripada pindaan, saya rasa pindaan ke atas HDA pun tidak mencukupi, mungkin perlu ada cara yang lebih serius? Silakan.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong. Saya rasa pindaan tersebut haruslah dimasukkan di dalam perincian S&P supaya ia tertera dengan jelas apa yang boleh dibuat atau yang tidak boleh dibuat oleh pemilik rumah tersebut. Akan tetapi, mungkin Menteri boleh berikan penjelasan yang lebih menyeluruh mengenai isu ini.
Tuan Pengerusi, akhir kata saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Menteri KPKT yang sedia mendengar rintihan dan keluhan daripada warga Pulau Pinang mengenai isu-isu perumahan di sana. Saya ingin tahu juga, di sini sejak tahun 2013 hingga tahun 2016, saya melihat ada penambahan dalam tabung TP1M, tahun 2013 sebanyak RM36 juta, tahun 2014 RM41 juta, tahun 2015 RM50 juta tetapi penurunan 92 peratus dalam tahun 2016 hanya RM4 juta telah diagihkan. Pada masa itu, sembilan negeri mendapat kosong peruntukan daripada tabung TP1M ini.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Saya, ingin mendapatkan sedikit penjelasan daripada Menteri mengapakah pada tahun 2016 termasuk Pulau Pinang lapan lagi negeri tidak mendapat apa-apa satu sen daripada TP1M ini? Soalan-soalan saya, saya pasti ramai daripada Ahli Yang Berhormat di sini menghadapi isu yang sama. Jadi saya harap jawapan daripada Menteri dapat membantu kami semua di kawasan-kawasan kami. Dengan ini saya ucapkan, sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Salam Negaraku Malaysia. Terima kasih, Tuan Pengerusi kerana memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk turut sama berbahas peringkat Jawatankuasa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Tuan Pengerusi, saya hendak merujuk kepada Butiran 010000 – Kemajuan Persekitaran. Pertamanya saya menyambut baik cadangan yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri KPKT selaku Ahli Parlimen Tanjong Karang yang mana apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang merangkap Yang Berhormat Menteri, untuk mengambil alih Program Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor sekiranya Barisan Nasional berjaya mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Kerajaan Pakatan Harapan. Sebagaimana yang telah dilakukan di PPR Lembah Subang 1 dan juga Lembah Subang 2 yang akan diperluaskan ke PPR Hicom Kota Damansara dan juga Serendah.
Tuan Pengerusi, saya difahamkan, sejumlah 1,450 buah keluarga telah menerima manfaat daripada pelaksanaan Skim Rent-to-Own (RTO) atau sewa untuk dimiliki di bawah Program Perumahan Rakyat PPR. Justeru itu, saya melihat perkara ini sangat penting sebagai satu usaha bagi pihak kementerian membantu golongan berpendapatan rendah khususnya mereka yang gagal mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan untuk memiliki rumah pada harga yang rendah dan berpatutan. Apa yang lebih utama bagi mereka ialah, mereka tidak perlu lagi perlu membayar deposit dan hanya perlu untuk membuat bayaran secara bulanan dalam tempoh yang ditetapkan sehingga rumah terbabit menjadi milik mereka.
Pada hemat saya, Tuan Pengerusi, apa yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri KPKT ia bukan sekadar retorik tetapi sememangnya dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan di Selangor yang dilihat seakan-akan tidak mempedulikan masalah perumahan rakyat khususnya yang ada. Lihat sahaja sebagai contoh, apa yang berlaku di Gombak apabila lebih 20 buah flat, saya dimaklumkan oleh KPKT tidak pernah diberikan peruntukan oleh kerajaan negeri untuk diselenggarakan sehingga rakyat terpaksa tinggal dalam keadaan yang tidak selesa. Lebih-lebih lagi kawasan Parlimen tersebut adalah diwakili oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor itu sendiri.
Sekiranya kawasan ini sendiri tidak diberikan perhatian yang serius, bagaimanakah pula keadaan khususnya di kawasan-kawasan di tempat yang lain?
Tuan Pengerusi, akhirnya atas dasar keprihatinan pihak KPKT, peruntukan sebanyak RM9 juta telah diberikan untuk tujuan penyelenggaraan perumahan di Parlimen Gombak. Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada elemen kemakmuran rakyat apabila kerajaan memilih KPKT meneruskan khususnya pembinaan perumahan di Ladang Ampar Tenang, Dengkil yang mana 400 buah keluarga diberikan pembelaan. Saya lihat ini salah satu bukti keprihatinan yang ditunjukkan oleh KPKT untuk membantu khususnya perumahan PPR yang ada di negeri Selangor.
Saya juga amat berharap agar walaupun saya mendengar banyak perancangan khususnya dari segi pembinaan rumah PPR, saya amat berharap agar setidak-tidaknya dengan baiknya hati pihak Yang Berhormat Menteri KPKT mungkin di Parlimen saya juga dapat diperluaskan perumahan PPR supaya akhirnya nanti akan memberikan keyakinan khususnya bagi rakyat yang memerlukan, khususnya bagi warga yang memerlukan rumah PPR ini.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada perkara yang berkaitan dengan Butiran 020000 – Kesejahteraan Komuniti. Apabila melihat tentang butiran ini, saya merujuk kepada laporan Bank Negara Malaysia yang mengatakan jumlah hartanah kediaman tidak terjual adalah sebanyak 130,690 unit. Yang mana saya melihat ia merupakan antara jumlah tertinggi dalam tempoh sedekad dan ia hampir menyamai dua kali purata dalam sejarah yang pernah tercatat sebanyak 72,239 unit setahun antara tahun 2014 sehingga tahun 2016.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Apabila membicarakan soal kos hidup rakyat, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian kerana telah mengambil inisiatif untuk membekukan semua projek pembinaan kondominium dan premis komersial seperti ruang pejabat bernilai RM1 juta ke atas yang mula berkuat kuasa pada bulan ini. Pada hemat saya ia satu usaha yang amat tepat bagi mengimbangi penawaran dan permintaan hartanah buat masa ini yang mana permintaan rumah mampu milik adalah sebanyak 48 peratus, manakala penawarannya hanya sebanyak 24 peratus.
Sehubungan dengan itu, inisiatif yang diambil oleh pihak kerajaan melalui KPKT dalam menggiatkan pembinaan rumah mampu milik, pada hemat saya dapat membantu kelompangan penawaran rumah dan lebih ramai rakyat berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Justeru itu, apabila saya melihat laporan yang telah dikeluarkan oleh pihak bank negara, saya mendapati punca kepada lambakan rumah ini adalah disebabkan oleh harganya yang dijual pada nilai yang amat tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh rakyat kebanyakannya terutama golongan generasi muda.
Oleh itu, bagi merancakkan lagi pembinaan projek perumahan mampu milik, saya ingin mencadangkan agar pihak kementerian dapat menambahkan lagi peruntukan rumah mampu milik di bawah Skim MyHome kepada pihak swasta agar harga rumah yang ingin ditawarkan adalah pada harga yang berpatutan dan mampu dimiliki terutamanya golongan belia.
Tuan Pengerusi, Butiran seterusnya 040000 – Program Khusus. Saya melihat usaha kerajaan untuk menggalakkan lagi tahap pemilikan rumah terutamanya di kalangan rakyat merupakan satu usaha yang amat baik terutamanya menerusi pelaksanaan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama atau MyDeposit. Namun demikian, saya melihat ramai di kalangan masyarakat terutamanya golongan belia sama ada belia bumiputera atau bukan bumiputera kurang mengetahui mengenai pelaksanaan Skim MyDeposit ini.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Sehubungan itu, saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih di atas penerangan oleh Yang Berhormat Menteri sewaktu beliau berkunjung ke Parlimen Kuala Selangor, menerangkan tentang Skim MyDeposit di kalangan seluruh generasi muda yang ada ketika itu. Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian. Berapakah jumlah belia bumiputera yang telah memohon skim ini berbanding belia kaum lain? Justeru itu, saya juga melihat antara usaha yang perlu dilakukan oleh pihak kementerian bagi menggalakkan lagi masyakat, terutamanya golongan generasi muda yang berpendapatan isi rumah RM3,000 sehingga RM10,000 untuk memiliki rumah pertama.
Saya juga amat berharap agar pelbagai publisiti dan penerangan boleh dilakukan oleh pihak KPKT supaya ia boleh digerakkan secara N-BOS. Akhirnya nanti, maklumat ini boleh sampai ke denyut nadi, khususnya rakyat bagi generasi muda yang ada di negara kita. Tuan Pengerusi, saya juga ingin bertanyakan kepada pihak KPKT mengenai soal Laporan Impak Sosial yang mana di Parlimen saya ketika ini sedang digerakkan pembinaan tapak perkuburan Nirvana di kawasan Puncak Alam, Parlimen Kuala Selangor. Ini kerana pada hemat saya, apabila merujuk kepada Laporan Impak Sosial, saya ingin bertanyakan, apakah wujud Laporan Impak Sosial, terutama sekali dari segi penerimaan rakyat yang khususnya di Puncak Alam.
Ini kerana pada hemat saya, sudah tentunya di samping Laporan Impak Sosial di bawah KPKT, pembinaan tapak perkuburan Nirvana ini ada kalanya boleh menimbulkan beberapa persoalan di kalangan rakyat Parlimen saya, khususnya di Puncak Alam kerana ada dua kemungkinan. Pertama, sama ada Laporan Impak Sosial itu wujud dan kedua, sama ada wujud kah Laporan EIA, khususnya bagi menenangkan rakyat, khususnya di Puncak Alam. Sehubungan dengan itu, saya menyambut baik tentang apa yang telah dilakukan oleh pihak KPKT juga, khususnya dalam menyiapkan balai bomba dalam Parlimen Kuala Selangor. Ini saya rasa sangat terharu lebih-lebih lagi ia telah disiapkan. Akhir kata Tuan Pengerusi, Kuala Selangor menyokong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh P.43, Butiran 020300 – Bomba dan Penyelamat.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Tuan Pengerusi, biasa kita hantar pemadam api pergi check and maintenance. Biasanya bayar RM40. Akan tetapi setahu saya, kebiasaan syarikat- syarikat yang mengambil balik pemadam itu untuk check and maintenance, mereka hanya membersihkan, clean dan hantar balik. Itu sahaja. Selepas itu, letakkan satu sticker bomba. Itu sahaja. Jadi, ia tidak memberitahu adakah pemadam api itu ada di- Biasanya pemadam api, serbuk dalam pemadam api setiap tahun itu mesti tukar.
Akan tetapi kebanyakan syarikat-syarikat yang membuat maintenance itu, mereka tidak tukar serbuk dalam pemadam api itu. Jadi, saya hendak tanya kepada kementerian, adakah bersih dan hantar balik itu merupakan prosedur SOP untuk check and maintenance bagi pemadam api? Mengikut information saya, pemadam api di Malaysia ada dua jenis. Satu jenis adalah diapproved oleh SIRIM. Satu lagi ialah di approved oleh European Standard CE.
Jadi, untuk SIRIM punya pemadam api, biasanya serbuk dalam pemadam api itu setiap tahun mesti tukar. Bagi standard CE, lima tahun tukar sekali. Adakah ini benar?
Saya hendak penjelasan dari Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kalau betul, jadi kebanyakan syarikat yang mengendalikan maintenance pemadam api itu, mereka semua adalah salah. Tidak buat mengikut SOP.
Tidak menukarkan serbuk dalam pemadam api. Jadi, ini adalah satu masalah yang amat serius dan membahayakan.
Jadi, saya harap ini diambil berat oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya juga ingin tahu, di Sarawak ada- Bolehkah KPKT berikan senarai nama syarikat-syarikat ataupun pengusaha-pengusaha yang mengendalikan check dan maintenance pemadam api ini kepada saya? Bolehkah KPKT bezakan pengusaha-pengusaha ini, siapa yang ada facilities yang boleh menukar serbuk dalam pemadam api, siapa yang tidak ada facility itu?
Kalau syarikat-syarikat yang tidak ada facility itu yang menukar serbuk dalam pemadam api, adakah bomba juga memberikan lesen untuk mereka teruskan untuk mereka teruskan mengendalikan check and maintenance ini? Ini amat-amat penting.
Satu lagi, saya ingin bangkitkan satu masalah lagi. Di rumah panjang, kebanyakan pemadam api dibekalkan oleh kerajaan atau NGO kepada rumah panjang, tidak ada orang pergi check and maintain. Jadi, kebanyakan pemadam api di rumah panjang adalah expired. Sudah expired. Jadi, kemungkinan banyak pemadam api itu mungkin tidak boleh pakailah apabila ada kebakaran.
Jadi, saya menyeru kerajaan mungkin boleh mengadakan satu skim atau rancangan untuk membantu penduduk-penduduk di rumah panjang supaya membantu mereka check dan tukar serbuk dalam pemadam api mereka itu. Ini sangat penting.
Biasanya kerajaan bekalkan pemadam api itu. Itu sahaja. Tidak ada maintenance.
Jadi, selepas beberapa tahun, masih sana. Tidak ada check atau dari pihak yang berkuasa. Jadi, saya menyeru KPKT supaya adakan satu rancangan atau memberikan satu subsidi kepada penduduk-penduduk rumah panjang supaya mereka boleh setiap tahun, mereka boleh ambil pemadam api mereka pergi check dan maintain, disahkan supaya masih boleh berkesan dipakai. Satu lagi ialah tentang gas silinder. Saya dapati di kawasan Sibu banyak pengusaha-pengusaha atau syarikat-syarikat yang menjual gas silinder itu, mereka menstorkan, menyimpan gas-gas silinder mereka di dalam kedai yang tertutup.
Jadi, saya tidak tahu, adakah ini merupakan satu prosedur yang benar? Ini kerana banyak tauke atau owner di sebelah kedai yang menyimpan, menstorkan gas silinder itu, mereka takut. Oleh kerana kalau gas itu leaking, gas leaking dalam bangunan itu, ia akan amat berbahaya kerana ia akan meletup. Jadi, saya hendak tahu, adakah syarikat-syarikat gas silinder ini, mereka boleh menyimpan atau menstorkan bekalan- bekalan gas silinder mereka di dalam kedai yang tertutup?
Jadi, saya nampak banyak pengusaha di Sibu, mereka menggunakan kedai- kedai menjadi stor mereka. Apabila saya meminta penjelasan daripada pihak bomba Sibu, pihak bomba Sibu tidak memberi apa-apa balasan kepada saya. Jadi, saya harap pihak kementerian boleh berikan satu penjelasan. Adakah prosedur ini benar? Boleh storkan gas silinder mereka di dalam kedai yang biasa, yang kebanyakan kedai itu adalah tertutup. Tidak ada facilities yang boleh menyalurkan saluran udara yang baik. Jadi, ini amatlah berbahaya. Jadi, itulah perbahasan saya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 010200 - Kerajaan Tempatan.
Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang begitu peka dengan usaha-usaha di peringkat Majlis Perbandaran Kuala Kangsar untuk melakukan yang terbaik. Banyak usaha seperti bantuan pemulihan dan gotong-royong dan usaha-usaha lain, sangat membantu usaha saya sebagai Ahli Parlimen di Bandar Diraja ini.
Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid - Kuala Kangsar
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana menyokong usaha Royalty Nature and Scholar (RNS) Kuala Kangsar baru-baru ini. Satu usaha yang bersepadu yang akan membantu peningkatan dan industri pelancongan dan meningkatkan pendapatan rakyat saya di Kuala Kangsar.
Saya pergi kepada Butiran 010300 – Landskap Negara. Saya mendapat banyak cadangan untuk upgrade atau penambahbaikan kepada landskap di Kuala Kangsar terutama sekali Sungai Perak. Penanaman pokok yang membantu alam sekitar di tebing Sungai Perak secara profesional dan sistematik. Penekanan kepada penghijauan Kuala Kangsar sangat dituntut ketika ini oleh rakyat Kuala Kangsar yang peka terhadap hal-hal alam sekitar. KPKT menyasarkan 20 juta pokok pada tahun 2020.
Saya ingin bertanya KPKT, berapakah bilangan yang telah diusahakan setakat ini? Apakah polisi taburan penanaman pokok-pokok memandangkan kekerapan banjir kilat dan tanah runtuh berlaku juga di kawasan-kawasan PBT? Mungkin ada keperluan untuk memikirkan jenis dan lokasi penanaman pokok dan jenis tumbuh-tumbuhan yang boleh membantu menghindarkan bencana-bencana ini dalam jangka masa panjang.
Seterusnya Butiran 060000 – One Off, Butiran 060100 – Program Titipan Kasih.
Di bawah Program Food Basket ini, ia adalah satu usaha yang baik. Saya ingin kementerian mengkaji semula syarat-syaratnya memandangkan keadaan sara hidup semasa yang melanda dunia. Di antara syarat-syaratnya ialah satu, tersenarai sebagai miskin tegar dalam sistem e-Kasih.
Kedua, bilangan ahli isi rumah lima orang ke atas. Saya memohon kepada Yang Berhormat Menteri supaya jumlah sebanyak RM80 sebulan itu ditingkatkan kepada jumlah yang lebih tinggi, mungkin RM100 atau lebih dan bilangan isi rumah itu janganlah lima orang ke atas sahaja. Akan tetapi kalau boleh biarlah tiga orang anak ke atas pun cukup baik. Saya difahami juga pembelian barang-barang keperluan asas dibuat di kedai- kedai yang terpilih dan berdaftar. Di Kuala Kangsar, saya mohon berapakah bilangan kedai-kedai yang dipilih di setiap PBT juga?
Butiran 060200 – Program Kiosk Sejahtera. Mohon kementerian berikan kriteria-kriterianya. Apakah peratusan pengagihan di antara kumpulan-kumpulan masyarakat? Kalau boleh, adakah KPKT dapat memastikan supaya golongan wanita mendapat sekurang-kurangnya 30 peratus memandangkan tahun 2018 adalah tahun memperkasakan wanita. Satu lagi kumpulan yang harus diambil berat adalah kumpulan orang muda harus diberikan keutamaan.
Butiran 010500 – Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Saya mohon kepada kementerian mengenai berdasarkan statistik, berapa tan kah sisa pepejal di seluruh negara yang dilupuskan setiap hari? Apakah pulangan kitar semula dari sisa-sisa pepejal ini?
Saya difahamkan pihak industri perlu melantik penyedia ataupun pengusaha perkhidmatan pungutan sisa pepejal industri yang berdaftar dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara untuk melupuskan sisa industri tersebut di tapak pelupusan yang disediakan. Apakah usaha kementerian untuk memastikan SOP dan kualiti khidmat mereka di tahap yang tertinggi? Adakah kementerian menggalakkan bahan buangan organik sekarang di kalangan pengusaha-pengusaha perhotelan? Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, saya minta maaf Yang Berhormat ya, kerana kita sudah hampir tiga jam untuk kita bahas di peringkat Jawatankuasa KPKT dan kita ada dua lagi kementerian.
Saya boleh benarkan satu orang sahaja lagi iaitu Yang Berhormat Pokok Sena.
Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab lebih kurang sejam, Yang Berhormat Menteri boleh? Ya, sila Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih...
Seorang Ahli
Pilih kasih la.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Adinda Tuan Pengerusi yang benarkan saya. Menyentuh Butiran 010200 – Kerajaan Tempatan. Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, hari ini kawasan-kawasan kerajaan tempatan ini dihantui khususnya di kawasan-kawasan bandar, kawasan-kawasan perumahan ini dengan masalah banjir yang suatu ketika dahulu jarang berlaku.
Jadi apa yang saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat, sejauh manakah pihak kementerian memantau untuk pihak PBT ini dapat melakukan program-program dalam usaha untuk memastikan mengurangkan risiko banjir itu yang menyebabkan akan berlaku kerugian yang besar kepada penduduk-penduduk di kawasan-kawasan perumahan? Ini disebabkan pembangunan projek perumahan yang diluluskan oleh pihak PBT ini, kadang-kadang saya lihat bahawa tidak melihat kepada persoalan-persoalan perparitan dan saliran yang menyebabkan tidak ada dilihat ataupun dipantau kepada master plan perparitan induk yang lebih meluas. Untuk memastikan supaya di kawasan-kawasan perumahan itu ada laluan air yang boleh keluar ke parit- parit besar.
Jadi ini yang saya fikir bahawa antara menyebabkan berlakunya punca- berlakunya banjir-banjir di kawasan-kawasan perumahan. Jadi sebab itu saya hendak minta penjelasan, sefaham saya bahawa setiap pemaju perumahan yang hendak diluluskan bermula daripada kebenaran merancang oleh pihak PBT ini, mereka terlebih dahulu akan dikenakan caruman kepada pihak PBT untuk pihak PBT akan melihat kepada masalah perparitan di parit besar ini untuk dibina dengan melihat kepada kawasan-kawasan perumahan yang lain. Supaya akhirnya tidak terbeban hanya kepada satu-satu kawasan perumahan ataupun kepada pemaju-pemaju perumahan sahaja.
Jadi, sejauh manakah duit itu telah digunakan oleh pihak PBT ini untuk memastikan supaya monsoon rain ini, makna parit besar itu dibuat oleh pihak kerajaan tempatan itu sendiri? Oleh kerana dia sudah ambil duit daripada pihak pemaju. Jadi ini yang saya lihat bahawa masih ada kegagalan untuk menyediakan parit besar, untuk laluan air keluar daripada kawasan perumahan. Ini terjadi sendiri di kawasan perumahan saya sendiri yang menyebabkan air tidak boleh keluar daripada parit kawasan perumahan kami.
Keduanya ialah, sejauh manakah pihak PBT menguatkuasakan pembinaan kolam tanah di kawasan-kawasan perumahan ini? Sejauh mana...
[Disampuk] Kolam takungan ini. Sejauh mana penguatkuasaan itu dilakukan? Oleh sebab saya lihat bahawa banyak kawasan perumahan ini tidak ada kolam takungan. Saya difahamkan bahawa pemaju sangat bijak untuk mengelak daripada mereka membina kolam takungan ini kerana mereka membuat fasa 1, fasa 2 yang akhirnya melepaskan diri mereka daripada pembinaan kolam-kolam takungan.
Jadi saya harap bahawa kerajaan harus melihat dan mengatasi masalah kekurangan kolam takungan ini yang memungkinkan kalau mengikut Jabatan Saliran, mengesyorkan bahawa ini antara yang boleh mengurangkan risiko daripada berlaku banjir di kawasan-kawasan perumahan.
Kemudian saya juga ingin menyentuh Butiran 020600 – Perumahan Negara.
Saya hendak minta penjelasan daripada laporan yang dibuat oleh Bank Negara menunjukkan bahawa 130,690 buah rumah yang tidak terjual. Akan tetapi yang saya agak fokus ini ialah 17 peratus daripada 130,000 itu ialah rumah di bawah RM250,000.
17 peratus. Ini satu peratusan yang agak tinggi yang menunjukkan bahawa rumah-rumah yang dinantikan oleh rakyat yang berkehendakkan kepada rumah ini tidak terjual.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya melihat bahawa tidak terjualnya rumah-rumah ini kerana kemampuan dan keupayaan itu sangat terhad kepada pembeli-pembeli rumah. Malah kalau kita lihat perangkaan daripada Jabatan Perangkaan dan juga Bank Negara menunjukkan- kalau orang ini pendapatan isi rumah tidak melebihi RM1,999 dia hanya mampu untuk beli rumah RM112,200.
Kalau orang yang isi rumah yang berpendapatan RM2,000 hingga RM3,999 dia hanya mampu- maksimum rumah yang dia mampu beli ialah RM222,150. Kalau yang berpendapatan RM4,000 sampai RM5,999 dia hanya mampu untuk beli rumah maksimum ialah RM318,000. Jadi kalau dilaporkan oleh Bank Negara itu menunjukkan bahawa termasuk rumah-rumah yang dibina oleh PR1MA itu sendiri yang tidak berkemampuan dibeli oleh pembeli-pembeli termasuk kakitangan kerajaan dan juga swasta.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi saya hendak minta penjelasan ialah apakah langkah-langkah penyelesaian kepada mengatasi masalah ketidakmampuan rakyat sendiri termasuk untuk membeli rumah-rumah yang dikatakan lebih murah daripada pasaran, pada harga pasaran biasa iaitu rumah PR1MA dan juga rumah yang dibina oleh KPKT. Jadi sebab itu saya harap pihak kerajaan akan dapat melihat masalah isu perumahan sebagai satu persoalan yang sangat besar kerana masih ramai penduduk-penduduk ataupun kakitangan awam dan juga swasta yang masih tidak mempunyai rumah. Jadi itu sahaja yang dapat saya sentuh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tan Sri Haji Noh bin Omar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak ambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada 31 orang...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Campur Kuala Krau jadi 32.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Yang Berhormat Kuala Krau sudah tahu, pasal rumah PPR.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
PPR dan balai bomba.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Jadi campur dengan Yang Berhormat Kuala Krau, 32 orang Ahli-ahli Parlimen yang mengambil bahagian dan saya amat menghargai pandangan-pandangan dan juga cadangan-cadangan yang telah pun disampaikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dengan begitu ramai sekali dan menyentuh berbagai-bagai bidang kuasa di bawah kementerian KPKT.
Dalam masa yang sama, saya lihat daripada jumlah isu-isu yang dibangkitkan itu ia mungkin tidak ada kaitan di bawah kementerian saya kerana saya hendak jelaskan dalam Dewan yang mulia ini bahawa dalam melaksanakan arahan-arahan ini sebenarnya kita sudah maklum bahawa negara kita ini ada Lembaga, ada Perlembagaan Persekutuan. Di bawah Perlembagaan Persekutuan ini ada kuasa Kerajaan Federal, ada kuasa kerajaan negeri dan juga ada PBT, kuasa-kuasa yang telah diturunkan kepada PBT.
Jadi kerana itu, KPKT daripada segi walaupun kita Menteri jaga rumah, jaga kerajaan tempatan, namun demikian saya hendak menjelaskan bahawa ada isu-isu tertentu yang kementerian saya hanya boleh memberikan garis panduan dan terpulang kepada kuasa kerajaan negeri untuk melaksanakan.
Untuk itu, saya hendak mulakan dengan bomba sebab tengok ini isu yang penting, isu kebakaran selalu berlaku dan ramai rakan yang membangkitkan mengenai bomba. Saya harap apabila saya sebut jika ada yang tertinggal, mungkin pegawai- pegawai saya di belakang kerana ramai yang bercakap ini mungkin ada yang tertinggal jadi bolehlah bangkit. Kalau boleh saya jawab, saya akan jawab secara spontan.
Pertama, Ahli Parlimen Lipis yang mengesyorkan supaya menaik taraf bomba di kawasan Merapoh.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Lipis bahawa Merapoh sekarang ini mendapat perlindungan kebombaan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis. Selain daripada itu sebagai bantuan untuk memperkukuhkan dan mengurangkan kadar response time, Pasukan Bomba Sukarela Merapoh juga telah bertindak aktif di kawasan jagaan sekiranya berlaku sebarang insiden kawasan tersebut.
Pegawai dan Balai Bomba Kuala Lipis sentiasa memberikan latihan kepada pasukan bomba sukarela tersebut bagi meningkatkan taraf kesiapsiagaan dan kecekapan mereka.
Yang Berhormat Sungai Petani mengesyorkan supaya anggota bomba diberikan...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Menteri...
Tan Sri Haji Noh bin Omar
...Kebakaran.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Menteri, Speaker, Tuan Pengerusi. Boleh sekiranya tiada Yang Berhormat dalam Dewan, boleh jawapan bertulis Yang Berhormat?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Oh, supaya hendak cepat?
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Okey.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sungai Petani tiada dalam Dewan.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Yang Berhormat Sungai Petani tidak ada dalam Dewan, okey. Yang Berhormat Sungai Petani tidak ada dalam Dewan. Yang Berhormat Bayan Baru Ada?
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bayan Baru. Tiada dalam Dewan.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Yang Berhormat Bayan Baru tidak ada dalam Dewan. Tidak ada?
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tiada.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Tiada. Bagus juga macam ini.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Lagi cepat saya jawab.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Terima kasih. Saya berterima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana membenarkan saya menjawab sesiapa yang ada dalam Dewan...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Kecuali kepada isu yang terpaksa dijawab secara lisan.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Okey. Yang Berhormat Bayan Baru tidak ada.
Yang Berhormat Baling? Yang Berhormat Baling pun tidak ada.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Baling tidak ada, Yang Berhormat Parit Sulong ada ini.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Yang Berhormat Parit Sulong sahaja yang setia, dia mesti ada. Yang Berhormat Bukit Gantang ada?
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ada.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Ada Yang Berhormat Bukit Gantang.
Mengesyorkan supaya Jabatan Bomba dan Penyelamat menyediakan kenaikan pangkat secara time-based dan menyediakan Elaun Kritikal kebombaan.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah pun meluluskan skim time- based bagi anggota bomba yang telah berkhidmat melebihi 13 tahun bermula pada Jun- pada tahun 2006, mereka akan menikmati faedah ini bermula pada tahun 2018.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya sebagai Menteri juga memohon kepada JPA supaya dapat memanjangkan skim time-based ini kepada pegawai gred-gred yang lain. Ini permohonan kita sudah mohon Yang Berhormat.
JBPM melalui KPKT telah pun mengemukakan permohonan elaun kritikal kepada JPA pada tahun 2015- yang ini juga saya sudah jawab dalam Parlimen mengenai isu kritikal ini. Saya sendiri sudah bangkit dalam Kabinet dan kita tengah menunggu jawapan daripada pihak JPA. Kita faham- saya pun rasa tidak berapa seronok sebab PDRM dapat Elaun Kritikal, ATM pun dapat, APMM pun dapat Elaun Kritikal, bomba tidak dapat. Ini memang saya secara peribadi memang follow up isu Elaun Kritikal ini.
Mengenai balai bomba Trong Yang Berhormat pun sedia maklum, tadi pun saya sudah beritahu. Akan tetapi Yang Berhormat pun pandai dia potong, tidak corner- di mana untuk pengetahuan Yang Berhormat, Balai Bomba Trong ini telah pun dikemukakan oleh ADUN Trong kalau tidak silap saya, Yang Berhormat Datuk Seri Dr.
Zambry ya. Dia telah berjumpa dengan saya secara peribadi dan insya-Allah kita telah pun meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta dan saya juga telah dijemput untuk proses pecah tanah. Jadi Yang Berhormat, don’t worry benda ini akan dibuat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Bayan Baru sudah masuk. Tolong ulang sedikit ya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak perlu Yang Berhormat, jawapan bertulis.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Tidak apa.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak boleh diulang-ulang Yang Berhormat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Pergi tandas.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Seputeh, saya jadi Tuan Pengerusi Yang Berhormat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tuan Pengerusi, saya pergi tandas tadi.
Yang Berhormat...
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Tidak apa, saya boleh sebab dia berlari dari tandas, kita beri penghormatan.
Yang Berhormat Bayan Baru mengenai membaik pulih pili bomba di kawasan Kampung Naran. Jabatan Bomba dan Penyelamat membuat pemeriksaan dan ujian sekurang-kurangnya dua kali setahun dan mana-mana kerosakan akan segera di baik pulih bagi memastikan pili-pili berkenaan dapat berfungsi dengan baik apabila berlaku kebakaran. Jabatan telah pun memperuntukkan sebanyak RM400,000 di mana 227 pili bomba dibaiki di seluruh Pulau Pinang termasuk di kawasan Bayan Baru.
Dalam masa yang sama, Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menganjurkan program Teman Pili Bomba bagi menggalakkan masyarakat untuk bersama menjaga pili bomba serta melaporkan sebarang kerosakan kepada balai bomba yang berhampiran.
Begitu juga sistem pencegahan kebakaran rumah, Yang Berhormat bangkitkan juga facilities dan juga kemudahan sistem pencegahan kebakaran di rumah pangsa yang rosak. Ini saya boleh jawablah Yang Berhormat.
Pertama ini pasal bomba ini, saya akui sebab saya turun padang. Pertama, yang paip pili bomba ini, semalam saya melawat di Perak sebab itu kita tubuhkan Teman Pili Bomba ini supaya hendak minta masyarakat tolong melihat keadaan pili bomba ini kerana tempat saya pergi semalam sebab dia punya kepala itu daripada tembaga jadi banyak yang telah dicabut, yang telah pun rosak dan amat merbahaya kalau kita tidak baiki. Jadi kerana itu kalau kita hanya setakat baiki tetapi masyarakat tidak memberikan kerjasama untuk menjaga harta kerajaan, vandalisme juga berlaku maka ia tidak akan mencapai matlamat.
Begitu juga dengan Yang Berhormat kata tadi mengenai kos rumah, kemudahan paip dan bomba di rumah-rumah kos rendah, ini saya setuju dengan Yang Berhormat sebab saya sendiri pergi tengok dan saya selalu bercakap nauzubillah, ertinya kalau berlaku apa-apa kebakaran rumah flat kos rendah, kos sederhana ini saya tidak tahulah kerana saya sendiri turun tengok segala kemudahan-kemudahan paip bomba malah ada satu data bomba yang kita letak itu pun habis semua rosak, habis semuanya rosak.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Oleh kerana itu saya telah umumkan bahawa hanya mana-mana jawatankuasa penduduk ataupun JMB yang sanggup mewujudkan pasukan bomba sukarela ataupun bomba komuniti di kawasan-kawasan perumahan mereka, yang itu saya akan bagi keutamaan untuk kita memperbaikinya.
Tiada maknanya kita belanja beratus ribu, akhirnya kita baiki, tetapi tidak ada kerjasama dan penjagaan daripada masyarakat. Sampaikan gulung bomba pun hilang, ertinya memang saya akui, memang tidak berfungsi dan untuk kita membaiki sesuatu kemudahan bomba di kawasan-kawasan perumahan ini terutamanya it will cost us about RM300,000 bukannya kos yang rendah. Itu satu blok, ada dalam satu kawasan perumahan, ada sampai saya pergi ada sampai 20 blok, sudah berapa banyak kita kena belanja.
Jadi lebih-lebih lagi dengan keadaan rumah kos rendah, sederhana rendah dengan keadaan lifnya tidak tersusun dan sebagainya, memang kita- saya sendiri sebagai Menteri amat bimbang kalau berlaku kebakaran di kawasan perumahan seperti mana yang Yang Berhormat nyatakan dan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat sama dengan apa yang saya juga rasa bimbang dengan masalah kalau berlaku kebakaran di kawasan-kawasan rumah flat kos rendah atau sederhana rendah ini.
Saya pergi ke Yang Berhormat Simpang Renggam. Adakah kerajaan bercadang untuk membina balai bomba di Simpang Renggam? Saya hendak maklumkan kementerian ini telah pun memiliki sebidang tanah tapak bomba berhampiran dengan Tol Simpang Renggam dan kita akan cadangkan binaannya dalam Rolling Plan Keempat.
Saya mendengar sahabat-sahabat Ahli-ahli Yang Berhormat memohon balai bomba.
Saya tidak menafikan amat kepentingan dan kerana itu kami daripada KPKT, kita mencadangkan setiap tahun supaya balai bomba ini banyak dilaksanakan. Akan tetapi seperti biasa tentulah dalam keadaan peruntukan bajet ini, ada juga permohonan- permohonan yang tidak tersenarai dalam pelaksanaan pada tahun-tahun tertentu.
Sebagi contoh tahun lepas kita hanya berjaya dapat dua sahaja. Akan tetapi untuk tahun hadapan saya tengok kalau tidak silap saya, kita sudah dapat ada 11 balai bomba yang sedang di dalam perancangan kita. Oleh kerana itu kita lihat keperluan balai bomba ini, memang kita tidak nafikan, memang penting kerana response time kita apabila berlaku kebakaran ialah sepuluh minit dan kalau berlaku di kawasan-kawasan yang jauh daripada balai bomba, memang kita tidak nafikan, memang response time ini agak lewat dan menyebabkan kebakaran sukar kita hendak cegah ataupun kita hendak padamkan dengan segera.
Jadi mana-mana Ahli Yang Berhormat yang minta balai bomba itu, memang dalam senarai kita, bukan sahaja cukup banyak permohonan-permohonan yang telah pun diperoleh oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Kemudian Yang Berhormat Kluang dan ada beberapa juga yang saya dengar mengatakan kerajaan akan mengambil alih bomba sukarela. Terima kasih banyak kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu ini kerana isu ini saya lihat telah pun disalah tafsirkan oleh pihak-pihak tertentu, sehinggakan saya dapat laporan bahawa ada pasukan-pasukan bomba sukarela di seluruh negara dia tidak puas hati.
Seolah-olah macam KPKT hendak ambil alih harta dia, saya tahu ada pasukan sukarela bomba yang ada aset sendiri, ada kenderaan sendiri macam-macam atas usaha mereka sendiri, atas usaha mereka dapat penaja-penaja tertentu, maka mereka dapat menyediakan pasukan bomba sukarela.
Akan tetapi saya hendak maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, apa yang sedang kita cadang, ataupun sedang kita rancang ialah kita hendak meminta akta bomba ini, supaya pasukan bomba sukarela ini diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Bomba. Ini kerana hari ini, pasukan bomba sukarela ini mereka terpaksa berdaftar dengan ROS, yang mana kita tahu banyak badan-badan lain NGO yang berdaftar di bawah ROS dan di dalam masa yang sama kita lihat, ada banyak agensi-agensi sukarela ataupun badan-badan sukarela ini yang berdaftar di bawah badan induk.
Sebagai contoh kita tengok PIBG, pendaftarnya ialah Kementerian Pendidikan, Pertubuhan Peladang, Persatuan Nelayan dia berdaftar di bawah kementerian tertentu dan baru-baru ini kita lihat pasukan pertubuhan belia, dia berdaftar di bawah Kementerian Belia.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Jadi kerana itu kita hendak cadangkan supaya bomba sukarela ini pendaftarnya sahaja, kita tidak kacau aktiviti dia, pendaftarnya ini diubah daripada ROS kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai pendaftar pasukan bomba sukarela. Jadi saya harap penjelasan ini, Ahli-ahli Yang Berhormat tolong bagi tahu kepada pihak di bawah bukanlah kita hendak ambil segala harta ataupun pengurusan mereka. Hanya sebagai Pendaftar sahaja.
Yang Berhormat Pasir Gudang...
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Menteri sedikit soalan mengenai- boleh Tuan Pengerusi?
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tuan Pengerusi, boleh.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mungkin ingin mendapat sedikit pencerahan mengenai isu pindaan kepada akta bomba sukarela ini.
Yang Berhormat Menteri kata perlu didaftarkan di bawah Jabatan Bomba. Apakah manfaat yang boleh diperoleh oleh bomba sukarela sekiranya mereka didaftar di bawah Jabatan Bomba, adakah bantuan akan diperoleh or et cetera, what is the benefit or outcome of being parked under the Jabatan Bomba. Terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Pentingnya ialah kita lebih mudah hendak mengawal selia. Sama juga, sekarang ini mereka kena hantar laporan kepada ROS.
Akan tetapi hanya sebagai hendak pastikan pasukan sukarela ini masih lagi berjalan mengikut undang-undang di bawah ROS. Akan tetapi bila diletak di bawah kita esok, di bawah Jabatan Bomba sebagai pendaftar, maka kita akan dapat memperkukuhkan kawal selia dan juga pentadbiran bomba ini.
Kita juga pasukan bomba sukarela, macam saya kata mereka masih mempunyai kebebasan seperti yang ada pada hari ini. Apabila dia berdaftar dengan kita, maka sudah tentu ia lebih memudahkan kita untuk kita hendak buat perancangan dan mungkin juga ada satu syarat-syarat yang kita letak supaya kita hendak pastikan bahawa bomba sukarela ini menjalankan program-program mereka mengikut seperti mana yang dirancang oleh bomba sukarela.
Pendeknya bomba sukarela ini kita yang cadang tubuh, tetapi taukenya lain.
Jadi kita hendak ambil biar kita jadi tauke jadi mudah kita hendak uruskan. Yang Berhormat Ampang janganlah keluar. Yang Berhormat Ampang keluar? Janganlah keluar Yang Berhormat Ampang, ini Ampang saya hendak jawab. Jangan keluar. Oleh sebab kalau Yang Berhormat Ampang keluar, saya tidak boleh jawab dia punya soalan.
Saya dengar Yang Berhormat Ampang ini berucap bukan main hebat sangat tadi.
Kemudian Yang Berhormat Pasir Gudang memohon kementerian untuk menaik taraf balai bomba di kawasan Pasir Gudang. Saya hendak memaklumkan bahawa pada masa ini perkhidmatan kebombaan di Pasir Gudang dikendalikan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang dan dibantu oleh Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya dan beberapa balai bomba berhampiran.
Untuk menangani risiko yang tinggi dan berbahaya, jabatan telah menempatkan jentera-jentera pemadam dan jentera khas serta meningkatkan kemahiran kepada keanggotaan di balai bomba berkenaan.
Sebagai inisiatif tambahan dan langkah-langkah memperkukuhkan perkhidmatan kebombaan di kawasan Pasir Gudang, jabatan telah melaksanakan beberapa program seperti N-BOS dengan agensi kebombaan, menubuhkan skuad pemadam agensi dan menambah juga bilangan jentera serta anggota dalam Rolling Plan Keempat tahun 2019. Walau bagaimanapun buat masa ini berdasarkan kepada kajian, balai ini masih mampu memberikan perkhidmatan kebombaan di kawasan Pasir Gudang dengan bantuan balai-balai yang berhampiran.
Jadi saya rasa ini lah kalau jawapan yang saya akan bagi, itulah. Ertinya banyak kawan-kawan yang bangkitkan, penambahan balai bomba tetapi saya hendak maklumkan kita tahu dan kita sedar apabila kita kekurangan balai bomba, maka pihak bomba yang berhampiran akan mengambil langkah-langkah proaktif dengan menubuhkan pasukan bomba sukarela, pasukan bomba komuniti dan juga memberikan latihan-latihan kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya jika berlaku kebakaran dan kita tahu, kalau benda ini berlaku response time-nya berapa lama. Sedangkan standard kita sepuluh minit. Jadi langkah-langkah di antara yang saya sebut tadi terus diambil oleh pihak bomba.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Yang Berhormat Parit Sulong. Adakah kementerian bercadang untuk membina balai bomba di Parlimen Parit Sulong. Minta bomba lagi. Penubuhan pasukan bomba sukarela dan skuad tahfiz.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya hendak maklumkan bahawa kementerian pada masa ini dalam proses perolehan tapak balai bomba di Semerah dan dijangka selesai pada penghujung tahun 2017. Perolehan tapak, kita tengah proses yang sekiranya urusan perolehan tapak selesai, kementerian akan membuat permohonan bagi membina Balai Bomba Semerah dalam Rolling Plan Keempat pada tahun 2019 Yang Berhormat, sebab kita baru hendak mohon tanah pada tahun ini sebab Yang Berhormat lagi cepat tolong, mungkin lagi cepat kita dapat tanah.
Dalam masa yang sama, permohonan tanah di kawasan Yang Berhormat Parit Sulong telah dibuat pada JKPTG pada 7 Julai 2017 bagi pembinaan sebuah balai bomba yang baru. Terdapat dua Pasukan Bomba Sukarela di kawasan Parit Sulong yang tidak berapa aktif. Justeru, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan memastikan kedua-dua pasukan tersebut diaktifkan bagi memberikan bantuan awal kepada sebarang insiden di kawasan tersebut.
Pada masa ini, sebuah Skuad Bomba Tahfiz telah ditubuhkan di kawasan Parit Sulong iaitu di Madrasah Tahfiz Al-Quran Rahmaniyyah di Parit Raja Amat, Jalan Simpang Lima, Parit sulung. Kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan membuat kunjungan ke pusat-pusat tahfiz yang lain bagi memberi nasihat serta menyarankan penubuhan Skuad Bomba Tahfiz di pusat-pusat tahfiz tersebut.
Ini bukan sahaja di Parti sulung, tetapi kita sudah nampak tahfiz ini banyak berlaku kebakaran. Pada bulan Mei tahun ini, kita telah lancarkan Skuad Bomba Tahfiz sukarela dan tidak silap saya, sudah hampir dekat 1,000 lebih kita telah tubuhkan keahliannya. Ini kerana kita harap yang saya katakan tadilah bahawa kebanyakan kalau kita tengok tahfiz-tahfiz ini ialah langkah-langkah awal perlu diambil. Kemudian banyak kadang-kandang patut ada dua pintu, dibuatnya satu pintu. Sepatutnya ada dua tangga, dibuatnya satu tangga.
Jadi kalau perkara-perkara ini kita dapat laksana dengan pasukan tahfiz sukarela, sekurang-kurangnya mereka boleh membetulkan keadaan-keadaan yang berlaku. Jika berlaku kebakaran, maka langkah-langkah awal dapat kita atasi. Ya?
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Ada sikit.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Hendak bagi peruntukan atau sukarelawan?
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
[Ketawa] Terima kasih Tuan Pengerusi, saya hendak ucapkan terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Menteri.
Saya selaku Ahli Parlimen Parit Sulong juga hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada bomba daerah sebabnya mengambil satu langkah yang begitu proaktif dan melawat semua tahfiz. Ini dimaklumkan kepada saya oleh Pegawai Pendidikan Agama Daerah. Semua sudah settled dan semua sudah tengok.
Oleh sebab itulah saya mohon tadi supaya ada lagi peruntukan yang lebih untuk mungkin mendekatkan lagi bomba dengan anak-anak tahfiz ini sebab saya ada lapan tahfiz dekat kawasan Parlimen Parit sulung. Ada setengahnya yang established, yang sudah besar. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Saya juga di sini hendak mengambil ruang dan peluang untuk merekodkan ucapan penghargaan saya terutama sekali kepada kepimpinan pihak bomba Kuala Selangor yang juga mengambil pendekatan yang sungguh baik pergi keseluruhan pusat-pusat tahfiz dalam Parlimen Kuala Selangor untuk mereka memberikan khidmat nasihat dan juga di samping meneliti dan membuat audit khususnya dalam soal menangani kebakaran. Saya lihat hasil daripada arahan Yang Berhormat Menteri melambangkan bahawa perkara ini sangat serius supaya kita tidak mahu lagi berulang peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku sebelum ini.
Cuma saya hendak tanya yang Yang Berhormat Menteri, saya lihat Yang Berhormat Menteri begitu fokus dari segi memastikan balai bomba dapat diwujudkan di semua tempat khususnya di kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, dalam konteks negeri Selangor Yang Berhormat Menteri, saya lihat Yang Berhormat Menteri pernah memberikan kenyataan media tentang cabaran dan halangan terutama sekali hendak membangunkan khususnya balai-balai bomba baru. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah cabaran yang sebenarnya yang dihadapi oleh KPKT melalui kepimpinan Yang Berhormat Menteri khususnya dalam membangunkan balai-balai bomba baru, khususnya di negeri Selangor. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Untuk makluman Yang Berhormat, dua isu yang tahfiz ini memang kita telah minta bomba seluruh negara dan kita telah pun mendapat laporan. Saya juga telah membentangkan dalam Kabinet dan insya-Allah peruntukan yang ada RM30 juta yang ada pada tahun ini akan cuba dilaksanakan untuk membantu tahfiz-tahfiz. Pelaksanaan ini akan dilaksanakan bukannya oleh kontraktor tetapi oleh GiatMARA, oleh Kolej Komuniti, ertinya agensi-agensi kerajaan yang ada di kawasan- kawasan tersebut dan jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan dalam perancangan untuk kita laksanakan.
Mengenai bomba yang sebenarnya saya nyatakan tadi, banyak kita terima bomba. Bomba ini pertama ialah masalah tapak. Bila tapak, kita kena mohon macam di Parit Sulong tadi. Bila kita mohon tapak ini, tanah ini tanah kerajaan negeri. Ada juga tanah-tanah tapak bomba ini memang di-allocate yang memang telah ditetapkan oleh pemaju-pemaju perumahan.
Kalau kita tengok pada pelan asal itu, dia sudah kata ini ialah tapak bomba.
Tapak bomba ini bila sudah kena tapak bomba, dia tidak perlu premium, dia serahkan kepada kerajaan. Bila hendak buat balai bomba ini, tanah ini diserahkan kepada kerajaan negeri. Jadi bila kita hendak buat balai bomba, kerajaan negeri dia kenakan premium.
Bila premium yang mahal ini yang menyebabkan kita sukar untuk laksana. Lain-lain saya tengok tiada masalahnya, kurang masalah, tiada masalah.
Negeri Selangor yang masalahnya dia hendak mengambil untung, dia hendak berniaga daripada tanah yang premium yang hendak kenakan kepada kita lebih mahal daripada harga bomba, balai bomba yang kita hendak buat. Bak kata pepatah Melayu, “Mahal tali daripada lembu” sebab dia hendak ambil untung. Kita hendak buat ini bukan ada kepentingan, ini kepentingan rakyat untuk buat kawasan bomba, tetapi Kerajaan Negeri Selangor dia mengambil kesempatan mengenakan premium tinggi.
Jadi ada dua yang saya tidak boleh hendak buat. Satu di Bukit Rahman Putera, satu lagi di Setia Alam. Sudah bertahun sudah, ini sebagai contohlah. Tidak apa, Selangor tidak hendak, kita pindahkan peruntukan ini kepada negeri-negeri lain sebab dia hendak tunjuk pandai. Kalau ada peruntukan, kita pindahkan kepada Parit Sulong sahajalah. Selangor tidak mahu
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Kalau tidak hendak, tempat saya pun boleh. Tiada masalah, saya terima sahaja Yang Berhormat Menteri, dialu- alukan.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Okey, terima kasih. Begitu juga dan- terlanjur Yang Berhormat Kuala Selangor bangkit, tadi Yang Berhormat Kuala Selangor bangkit pasal bomba Kuala Selangor. Balai bombanya sudah siap. Jadi tidak silap saya, sisi-sisinya tengah kita tunggu dan Insya-Allah kita akan laksanakan, kita akan buka secara rasmi tidak lama lagi. Jadi, tahniah kepada Yang Berhormat Kuala Selangor sebab dapat. Itu nasib baik buat masa BN memerintah. Agaknya kalau BN sudah kalah agaknya, Kuala Selangor pun tidak dapat balai bomba.
Yang Berhormat Lipis, mohon kementerian untuk...
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Jadinya Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi, maknanya masalah ini hendak buat balai bomba ini semua dekat negeri Selangor atau mana-mana negeri?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Tidak, dia ada jenis Yang Berhormat. Dia ada tanah dahulu. Macam Parit Sulong belum ada tanah, jadi baru hendak ambil tanah. Jadi bila hendak buat balai bomba ini, mestilah tanahnya mesti ada dulu. Jadi saya kata tadi macam di Selangor ini tanahnya sudah ada, tapaknya sudah ada tetapi kerajaan negeri minta kita bayar premium yang lebih mahal, lebih mahal daripada balai bomba.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Nanti, belum sampai lagi you punya turn. Pasal?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Mengenai bomba boleh?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Nanti, saya baca. Sudah habis nanti. Kesian kepada kawan yang tanya nanti. Okey, Yang Berhormat Lipis mohon kementerian untuk meletakkan peralatan seperti bot yang lengkap bagi memudahkan kerja-kerja penyelamatan semasa banjir di kawasan Lipis.
Saya hendak maklum- Yang Berhormat Lipis ada? Jabatan Bomba dan Penyelamat telah pun menempatkan jentera dan peralatan yang secukupnya termasuk dua bot penyelamat di Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis. Dalam keadaan bencana seperti banjir, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan menyediakan logistik dan keanggotaan yang mencukupi di kawasan yang dilanda banjir dengan menempatkan peralatan seperti bot penyelamat berserta keanggotaan.
Pada masa ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat mempunyai kelengkapan sebanyak 670 buah bot yang boleh digerakkan di seluruh negara pada bila-bila masa.
Jadi insya-Allah Yang Berhormat, kita memang sebenarnya saya hendak bagi tahu, bukan sahaja di Lipis, seluruh negara kita sudah minta supaya pasukan bomba bersedia untuk menghadapi banjir, terutamanya banjir. Bukan sahaja kita minta anggota bomba bersedia dengan jadualnya, dengan peralatan-peralatan yang ada pada mereka dan jika ada kecemasan berlaku, mereka sudah tahu di mana mereka kena dapat bantuan
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Macam hari itu berlaku di Pulau Pinang. Tidak cukup, mereka minta bantuan daripada bomba negeri Perak. Maka, bukan itu sahaja. Maka, kementerian telah membekukan cuti-cuti anggota bomba ini. Kesian mereka. Bulan 12 ini mereka patut bercuti dengan famili. Macam Ahli-ahli Yang Berhormat semua bercuti dengan famili.
Akan tetapi anggota bomba tidak boleh bercuti. Kita kata bekukan cuti mereka. Ini kerana bomba hero yang tidak didendangkan. Bomba ini orang tidak nampak sangat. Bila banjir baru orang nampak bomba. Kebakaran baru nampak bomba. Akan tetapi kerja mereka amat mencabar sekali.
Baru-baru ini saya tengok di Ipoh, bayangkan dua orang anggota bomba kita hendak memadamkan api, habis melecur badannya terbakar. Saya pergi melawat.
Kemudian, di Parit. Seorang anggota bomba tengah menyelamat, kena current, elektrik dan masuk wad. Jadi, mengenai persiapan ini, insya-Allah saya telah pun kita telah menyusun untuk kita memberikan bantuan yang secukupnya apabila banjir melanda.
Yang Berhormat Seputeh. Sama ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mempunyai rancangan latihan mengajak orang ramai untuk menyertai penyelamatan semasa banjir atau kebakaran.
Untuk makluman Yang Berhormat Seputeh..., Yang Berhormat Seputeh ada?
Okey. Pakai baju putih, kira okeylah itu.
Jabatan telah pun mengadakan latihan pengurusan bencana banjir di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai pada tahun 2015 dan 2016. Melibatkan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah dan juga JKK seramai 400 orang telah pun kita libatkan. Jabatan juga berhasrat untuk mengembangkan program ini ke zon selatan, utara dan juga tengah dalam masa terdekat dan dijangka melibatkan 1000 orang peserta. Itu tidak dinafikan bahawa kebanyakan yang kita punya persiapan di Pantai Timurlah. Yakni musim tengkujuh. Jadi, lebih persiapannya di sebelah Pantai Timur.
Akan tetapi kalau di Seputeh, Ahli Parlimen Seputeh kena turun kempen supaya pasukan bomba sukarela, bomba komuniti, komuniti bomba JPP diperbanyakkan untuk kita hendak pastikan bahawa dapatlah masyarakat membantu pasukan bomba jika berlaku bencana banjir ataupun kebakaran.
Yang Berhormat Tebrau. Pasukan Bomba Sukarela Tiram memohon jentera terpakai. Saya dengar tadi bukan sahaja Yang Berhormat Tebrau, banyak rakan-rakan yang memohon jentera-jentera terpakai. Bukan sahaja jentera terpakai tetapi tadi saya dengar Yang Berhormat Baling pun ada mencadangkan supaya bomba menyediakan kereta 4x4. Kita memang tidak nafikan bahawa dalam usaha kita hendak berjaya menambah penambahan balai bomba. Kalau saya tidak silap, ada 19 balai bomba baru telah kita buat. Ia dalam proses untuk kita hendak rasmikan.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Dalam masa itu, bukan sahaja kita sekarang ini sedang hendak mengagihkan anggota-anggota kita yang sedia ada. Kita juga terpaksa mengagih-agihkan peralatan- peralatan yang sedia ada, di samping kita memohon kepada pihak kerajaan untuk menambah peralatan-peralatan ini. Permohonan-permohonan daripada Yang Berhormat ini memang dapat perhatian kita. Kalau kita lihat ada mana-mana pihak yang ingin memberikan sumbangan kepada sebagai jentera untuk bomba sukarela, kita memang alu-alukan. Ada juga yang melalui saya, dua tiga Parlimen yang telah pun kita laksanakan, hasil permohonan yang dimohon Ahli-ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat Lanang. Perkara yang dibangkitkan, memohon status bina bomba dan juga penyelamat Sibu Jaya. Tender telah pun dibuka. Ini untuk Yang Berhormat Lanang, ya. Saya hendak maklumkan, ada ya Yang Berhormat Lanang? Ada.
Tender telah dibuka pada 21 Oktober 2017. Sudah buka dah, kita baru buka dan ditutup pada 20 November 2017. Berdasarkan kepada dokumen tender, kerja-kerja pembinaan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan. Akan tetapi saya hendak jelaskan, dibangkit oleh Yang Berhormat Sibuti tadi. Saya jawab sekalilah. Yang Berhormat Sibuti tadi dia bangkit bahawa ada balai bomba yang lambat, yang seolah-olah terbengkalai. Ini saya hendak maklumkan bahawa daripada segi pelaksanaan balai bomba ini ialah oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.
Jadi, memang bila kita sudah dapat laporan, maka kita akan minta Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak untuk batalkan kontrak ini dan juga kena retender. Kena lantik kontraktor penyelamat. Jadi, kita ambil perhatian yang Yang Berhormat Sibuti dan juga Yang Berhormat tadi. Saya kata tender.
Akan tetapi cadangan Yang Berhormat Sibuti tadi memang satu cadangan yang baik. Kalau boleh bagilah kepada local contractor. Akan tetapi apabila perkara ini di tender, maka sudah tentulah kita akan terikat dengan proses-proses tender yang sedia ada.
Juga Yang Berhormat memohon alat pemadam api di rumah panjang dan juga tadi ada beberapa Ahli Yang Berhormat daripada Sarawak pun tadi Sabah, Sarawak.
Sabah pun ada tadi yang memohon untuk pemadam api di rumah panjang dan juga masalah kebakaran di kawasan rumah panjang.
Saya hendak maklumkan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat telah membuat perolehan sebanyak 4,500 unit alat pemadam api bernilai RM490,000 untuk diagihkan ke seluruh negara di bawah program kempen keselamatan kebakaran.
Keutamaan akan diberikan kepada rumah-rumah panjang di Sarawak. Memandangkan jarak perjalanan yang agak jauh daripada balai-balai bomba di negeri tersebut, latihan penggunaan alat pemadam api di rumah panjang akan dikendalikan oleh pegawai dari Jabatan Bomba yang berhampiran, jadi yang ini kita beri perhatianlah. Tadi Yang Berhormat minta memang kita sedar keperluan-keperluan ini, terutama di kawasan- kawasan pendalaman. Jadi, kita telah pun melaksanakan tetapi peringkat by peringkat dengan mengikut kemudahan yang ada di pihak bomba.
Yang Berhormat Bukit Katil- Yang Berhormat Bukit Katil ada?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Boleh sambung tentang bomba sedikit?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Nanti dahulu.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tadi isu bomba. Balai bomba.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Nanti. Bila sudah habis nanti saya beri. Bagi yang saya sebut nama ini dahulu. Kalau ada yang saya tidak sebut nama, saya akan buka.
Yang Berhormat Bukit Katil ada? Yang Berhormat Bukit Katil hendak kelam kabut, tempat pun salah duduk. Tempat Yang Berhormat Bukit Katil kah itu? Atau tempat orang lain itu?
Okey, Yang Berhormat Bukit Katil.
Sebagai sebuah agensi- Yang Berhormat Bukit Katil, dia bangkit apa keperluannya pengundi pos bagi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat. Sebagai sebuah agensi penyelamat dan pengurusan bencana, Jabatan Bomba dan Penyelamat memerlukan keanggotaan yang mencukupi pada setiap masa. Kekurangan anggota dalam operasi penyelamatan, pemadaman dan juga bencana mengakibatkan operasi tidak berjalan dengan lancar. Maka, Jabatan Bomba telah memohon Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada tahun 2017 untuk membuat undi secara pos kepada seluruh anggota bomba bagi memastikan kesiapsiagaan balai bomba berada dalam keadaan baik dan lancar.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah pun setuju dengan permohonan tersebut dan telah pun mewartakan kategori anggota yang diperihalkan sebagai undi pos pada 23 Oktober. Apa masalahnya Yang Berhormat?
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Ini Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Takut bomba sokong BN lagi kah?
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Boleh tidak saya?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Boleh.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Okey. Terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Soalan saya tadi antara yang saya bangkitkan ialah apa relevannya bomba ini diberikan undi pos? Ini kerana kita sedia maklum, angkatan tentera, polis dan petugas media dan petugas pilihan raya, itu munasabahlah undi pos kerana dia bertugas pada hari itu. Bomba tidak bertugas pada hari pilihan raya.
Oleh sebab itulah saya ingin cadangkan kepada kementerian. Undi pos ini ada masalah dari segi transparensi, pertama. Kalau boleh kita tukarlah kepada undi awal.
Mereka boleh mengundi awal dan dibuat satu sistem macam mana polis pun buat, sebahagiannya undi awal, tentera pun sebahagiannya undi awal. Jadi, saya tidak nampak apa manfaatnya untuk diadakan undi pos. Memanglah kebimbangannya itu ialah suspek terbesarnya akan berlaku kepincangan dan menyebabkan memberikan kemenangan kepada Parti Barisan Nasional. Memang ada perkara itu.
Jadi, perkara ini kita bangkitkan kerana kita tidak nampak apa relevannya Yang Berhormat Menteri untuk memberikan blanket untuk undi pos kepada petugas-petugas, kepada anggota bomba. Terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Faham Yang Berhormat. Yang Berhormat ini bila kita hendak membuat pembaharuan. Tidak setuju sahaja. Ada sebabnya Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak nampak. Jangan nampak polis sahaja. Itu saya kata.
Bomba ini hero yang tidak didendangkan. Kalau polis 24 jam, bomba pun 24 jam, Yang Berhormat. Kita berilah pengundi pos. Kalau dia kerja di Tanjong Karang tetapi dia mengundi dekat Bukit Katil. Jadi, dia on duty. Takkan dia- bila dia on duty, dia ada rutin dia. Dia tidak boleh hendak cuti. Rugilah undi Yang Berhormat. Kalau dia sokong Yang Berhormatlah. Maksudnya, apa salahnya. Dia mengundi juga tetapi kerana apa? Oleh kerana daripada laporan yang kita dapat, ramai di antara mereka yang tidak sempat untuk mengundi. Mereka juga rakyat Malaysia. Berhak untuk mengundi.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Tidak silap saya dengar dalam akhbar bukan sahaja bomba, pegawai kesihatan tidak silap saya pun telah dimasukkan kerana ini mereka yang bekerja yang tidak ada cuti. Orang cuti dia kerja, orang raya dia bekerja. Jadi mereka harus diberikan peluang untuk mengundi dan kita bagilah dia peluang undi pos. Jadi itu Yang Berhormat, jangan susah hati.
Yang Berhormat Sibuti...
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Yang Berhormat Menteri sikit sahaja kalau boleh.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Ya, boleh-boleh. Pendek cukup. Saya tidak ada masa.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Pendek. Baik.
Adakah kemungkinan perkara ini boleh diselesaikan dengan undi awal kerana pada kita undi awal itu lebih ada sistem, ada orang yang memantau dan sebagainya? Ini kerana saya fikir undi awal mereka undi lebih awal, jadi tidak timbul soal kalau mereka bertugas pada hari mengundi. Terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Untuk hal ini nanti SPR. Bila time SPR, boleh tanya SPR. Kita hanya mengemukakan apa yang masalah yang dihadapi tetapi yang penting bagi kita mereka adalah rakyat, mereka juga berhak mengundi tetapi akhirnya kita tengok, saya dimaklumkan ramai yang tidak sempat hendak mengundi kerana mereka bertugas. Jadi mungkin sebab itu SPR mengambil pertimbangan Yang Berhormat.
Kemudian, Yang Berhormat Sibuti. Saya sudah sebut tadi iaitu mengenai penyelamat Batu Niah dipercepatkan. Saya hendak maklumkan untuk makluman, projek ini dilaksanakan melalui JKR Negeri Sarawak, 16 Oktober 2017. Pihak JKR telah pun mengeluarkan terminal simulator, ia telah ditamatkan Yang Berhormat Sibuti dan kita akan tender untuk lantik penyelamat. Okey.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yang Berhormat Menteri, isu bomba?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Ya.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya, terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tadi Yang Berhormat Menteri telah persoalkan kerelaan atau kerjasama daripada negeri Selangor berkaitan dengan tanah untuk balai bomba yang baru. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, boleh saya minta pengesahan ini, bila tanah diminta oleh Federal untuk membina, dan Yang Berhormat Menteri tahu selaras dengan Perkara 83 Perlembagaan, mesti dibayar dengan harga pasaran. Itulah alat dalam undang-undang tubuh negara kita dan itulah amalan di seluruh negara.
Kedua, Yang Berhormat Menteri tahu, jadi kena cakap benarlah dalam Dewan ini. Jangan kita putar belit berdasarkan soalan Yang Berhormat Kuala Selangor tadi.
Kedua, Kerajaan Negeri Selangor sudah kurangkan harga pasaran 75 peratus, sudah buat. Jadi itu pun satu jumlah yang besar. Jadi apa kerajaan negeri buat ialah selaras dengan undang-undang dan memandangkan ini adalah untuk balai, kurangkan jumlah itu. Adakah fakta itu betul atau tidak?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Faham-faham.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Betulkan. Memang betul, boleh sahkan ini fakta.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Yalah, bagi saya jawab.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya, okey. Terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Yang Berhormat janganlah jump the gun. Saya belum jawab, Yang Berhormat sudah buat kesimpulan saya mengelirukan Dewan.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Okey.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya belum jawab, Yang Berhormat tidak adalah boleh kata saya mengelirukan Dewan, bagilah saya jawab dulu. Yang Berhormat peguam, saya pun peguam juga. Bukan Yang Berhormat sahaja pandai tafsir perlembagaan, saya pun pandai juga.
Jadi itulah Yang Berhormat, betul. Yang Berhormat kena baca sampai habis ayat itu, 83 ini. Apa yang dikatakan ialah tafsiran kita ialah mengikut harga pasaran.
Harga pasaran dan harga pasaran itu waktu harga pasaran diserahkan oleh developer 10 tahun dahulu, bukan harga pasaran sekarang. Kalau waktu diserahkan tanah itu dalam bentuk pertanian, itu boleh dikatakan jadi RM2 sekaki pada masa 10 tahun, 15 tahun dulu diserahkan.
Jadi bila dikatakan harga pasaran, janganlah ikut harga pasaran sekarang. Di dalam itu patut harga pasaran, tidak boleh diikut kepada rumah sekarang. Harga pasaran sudah lebih apabila kawasan perumahan itu sudah jadi kawasan perumahan. Jadi, itu yang kita minta. Apabila dia ikut harga pasaran- saya sudah lupa harga pasaran dia sekarang kalau tidak silap saya dekat RM100- saya sudah lupa harga pasaran dia, memanglah mahal kalau ikut harga pasaran. Apa salahnya ketepikan harga pasaran ini, bagi token, bagi nominal untuk kita laksanakan. Ini untuk kepentingan rakyat. Itu Yang Berhormat kena tengok- yang ini Yang Berhormat pandai tengok undang-undang, yang lain bila Selangor buat tidak ikut undang-undang tidak apa. Jadi susahlah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Pengerusi.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya bagi bomba. Bomba ya?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Harga...
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Terima kasihlah Yang Berhormat Tanjong Karang.
Saya rasa ini pertama kali...
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Tidak. Tidak apa...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Saya dapat takrif harga pasaran ialah harga asal sesuatu tanah. Harga pasaran ini mestilah harga semasa. Ini semua peguam semua kita agensi yang hendak ambil tanah ini, dia harga pasaran maksudnya masa dia diambil, bukan harga asal. Jadi saya harap diperbetulkan supaya jangan ada nanti pengambilan tanah berlaku digunakan takrif yang Menteri berikan. Jadi, diharap betulkan supaya tidak ada kekeliruan apa dia harga pasaran.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Okey, faham-faham Yang Berhormat, Yang Berhormat pun peguam. Faham, baik. Tidak ada keliru pun, Yang Berhormat yang keliru.
Yang Berhormat duduk, saya jawab. Bagilah saya jawab.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Kalau kita ambil sesuatu tanah untuk pembangunan, kita bayar harga 50 tahun yang lepas, mana boleh. Itu harga pasaran.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Yang Berhormat...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Ini pertama kali saya – sebab itu saya mesti perbetulkanlah. Harap Menteri memperbetulkan diri juga.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Ya, bagilah saya cakap Yang Berhormat. Yang Berhormat, tanah ini dibuat oleh S P Setia Berhad 10 tahun atau 15 tahun dulu, lama sudah, sudah digazetkan sebagai tapak bomba. Masa digazetkan tapak bomba, pada masa itu diserahkan kepada kerajaan negeri. Jadi masa diwartakan, jangan bukan waktu dia diambil ini, waktu diwartakan kita kena tengok. Bukannya sekarang ini baru kita hendak ambil, no. Bukannya macam dekat Parit Sulong, Parit Sulong betullah tanah tidak ada, kita mohon. Itu lain. Ini memang sudah diwartakan sebagai tapak bomba. Jadi, apa salahnya?
Jadi, harga pasaran dia patutnya dia ikut harga pasaran masa dia diserahkan itu. Kalau hendak ikut harga pasaran, inilah masalah negeri Selangor ini. Bila ikut harga pasaran sekarang, kita hendak buat bomba kalau tidak silap saya lebih kurang RM3 juta lebih, PR1M yang RM4 juta. Siapa hendak buat bomba? Walaupun apa tafsiran undang- undang, jangan kita tafsirkan undang-undang...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Nanti Yang Berhormat, jangan ikut tafsiran undang-undang. Kita tengok kepentingan rakyat. Tidak payahlah, kalau saya kalau BN memerintah Selangor esok, tidak adalah ikut tafsiran ini.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya setuju tetapi...
Tan Sri Haji Noh bin Omar
...Apa yang penting, kita pastikan kepentingan rakyat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Kerajaan mesti mohon kepada kerajaan negeri...
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Ya.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Untuk mansuhkan premium pun boleh. Mesti merayu atau memohon tetapi jangan kata itulah tafsiran harga pasaran. Seluruh negara keliru. Kita boleh mohon kepada kerajaan negeri turunkan premium atau mansuhkan premium pun baik demi rakyat. Kerajaan mungkin boleh mansuhkan premium, satu sen pun tidak payah bayar tetapi jangan kata itu tafsiran harga pasaran. Itu mengelirukan seluruh negara kerana Menteri yang menjawab.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Ya, betullah.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Betul, apa pula mengelirukan? Apa yang saya tidak faham Yang Berhormat kata yang mengelirukan, sekarang ini saya telah maklum- perkara ini kita sudah bangkit, Jabatan Penilaian pun telah pun supaya dikaji balik.
Bermakna ada dua, hendak bayar premium, ada tanah itu tanah state. Memanglah tanah yang kita mohon, ada itu memang tanah itu telah diwartakan dalam kawasan-kawasan satu perumahan Yang Berhormat. Yang Berhormat kata kita tidak rayu, kita sudah rayu.
Kita sudah rayu supaya dia bagilah nominal kepada kita.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Okey.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Akan tetapi macam mana Yang Berhormat Subang kata, kerajaan negeri dia kata bagi diskaun. Eh, bagi diskaun kalau ikut harga pasaran untuk apa, tidak payah kita buat rayuan. Jadi soalnya Yang Berhormat kita- ini the matter of interpretation yang kita tengok. Akan tetapi sekarang ini kita cakap apa juga undang- undang cakap, apa salahnya kalau kita mohon macam negeri-negeri lain, kita mohon, kita buat rayuan dan dia bagi kita buat kita punya balai bomba. Janganlah ikut harga pasaran.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yang Berhormat Menteri, kita hendak settle di sini apa fakta, apa yang disebut bukan fakta. Fakta satu, Perkara 83(2) Perlembagaan kata bila Kerajaan Pusat ambil daripada negeri, kita bayar premium yang sama banyak dengan nilai pasaran. Tadi Yang Berhormat kata pasaran...
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Sudah Yang Berhormat. Tidak Yang Berhormat, daripada segi undang-undang- baca sampai habis.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yang Berhormat sekejap lagi.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya hendak sambung. Yang Berhormat ayat tidak habis, Yang Berhormat patut baca mengikut harga pasaran melainkan harga kawasan perumahan itu telah pun dibangunkan, maka tidak boleh begitu. Yang Berhormat bacalah sampai habis ayat itu.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Isunya...
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya sudah lima kali sudah baca ayat ini.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Isunya nilai pasaran...
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Ya lah.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tadi Yang Berhormat Menteri kata pasaran itu kena ikut masa yang dulu. Kita ikut nilai pasaran masa you ambil, itu sahaja. Pada masa you minta...
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Ya, faham. Sebab itu...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Pada masa you minta kita menilai, nanti dulu I just beri fakta dulu, fakta sahaja...
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Ya lah.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Berapa jumlah dia, untuk Setia Alam RM19 juta, untuk Bukit Rahman Putra RM9.7 juta. Dua-dua jumlah ini dikurangkan 75 peratus. Fakta betul, ini semua fakta.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Okey, 75 peratus berapa juta?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Jadi janganlah kita kata, Kerajaan Pusat dianiayai, ditindas, kerajaan negeri tidak ada kerjasama jangan cakap macam itu.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Boleh tidak Yang Berhormat, 75 peratus berapa?
Tidak, bukan Yang Berhormat. Yang Berhormat 75 peratus- Yang Berhormat cakap RM9 juta, berapa peratus?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Satu lagi soalan. Sebelum 2008, Kerajaan Pusat Barisan Nasional yang perintah di Selangor- jawab soalan ini. Lebuh Bandar Utama- boleh tidak check sekarang? Tanah untuk balai bomba disewa kepada satu orang Dato’ buat restoran. Sampai sekarang hari ini balai bomba tidak pernah dibuat. Tidak pernah dibina. Inilah rekod Barisan Nasional membina balai bomba yang original dirancang. Ini rekod dia. Di kawasan Bandar Utama, Subang...
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Sudah habis dah?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tidak tahu berapa banyak lagi di kawasan lain.
Ini di kawasan saya sahaja.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Tak, Yang Berhormat sudah habis kah ni? Yang Berhormat sudah habis cakap?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Sebelum 2008. Tanah balai bomba diberi kepada Dato’ buat restoran. Bukan buat balai. Berapa lagi kena bagi tahu?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Sudahlah, Yang Berhormat. Saya faham.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ada berapa contoh. Jangan bawa contoh rekod Barisan Nasional.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya faham. Tak payah ulang-ulang cakap Yang Berhormat. Saya faham Yang Berhormat cakap.
Tuan R. Sivarasa - Subang
You have sold balai bomba- land to all sorts of things. Itu yang you salah buat dulu 2008.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Okey. Inilah perangai pembangkang. Eh! Tanah...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Kalau nak contoh lain kita bagi
Tan Sri Haji Noh bin Omar
...Dengar dulu. Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Dalam kawasan saya. You boleh tengok dalam kawasan saya Bukit Lanjan. BU8 tengok.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Sudahlah. Yang Berhormat mana pernah melawat kawasan.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tanah untuk dewan diberi kepada parti politik.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Okey lah.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Pergi ke Bandar Baru Sungai Buloh. Tanah untuk balai polis diberi kepada sekarang ada department store. Ada shopping mall. Ini semua dibuat oleh Barisan Nasional sebelum 2008.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Okey dah, sudah habis? Sudah habis kah belum?
Cakap lah.
Tuan R. Sivarasa - Subang
This is the record. So, saya harap Yang Berhormat Kuala Selangor pun faham ya apa yang sebenarnya berlaku di Selangor sebelum 2008 and selepas 2008. Okey.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Menteri boleh saya tambah sedikit? Terima kasih. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Kuala Selangor. Sorry, Yang Berhormat Menteri. Kalau undang-undang mengatakan mesti bayar harga pasaran kepada kerajaan negeri, apa salahnya Kerajaan Persekutuan memberikan wang kepada kerajaan negeri supaya kerajaan negeri ada wang untuk menjaga rakyat? Hal ini kerana hakikatnya mengikut Perlembagaan Persekutuan, memang we are Federal centric.
Maksudnya kebanyakan wang telah diberikan kepada Kerajaan Persekutuan.
Setiap tahun kita ada bajet. Pendapatan 200 lebih kurang RM50 bilion hingga RM70 bilion. Kerajaan negeri di Negeri Perak pendapatan RM1 bilion saja. Negeri Selangor mungkin lebih sikit RM3 bilion – RM4 bilion. Apa salahnya kalau undang-undang mengatakan silalah Kerajaan Persekutuan berikan sedikit wang kepada kerajaan negeri apabila Kerajaan Persekutuan mengambil atau menggunakan tanah negeri. Apa salahnya?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Okey sudah habis ya. Okey, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat. Fakta tanah. Ini bukan tanah kerajaan negeri. Kena faham.
Saya sudah bagi contoh tadi dah. Kalau tanah kerajaan negeri mungkin lah. Ini kerajaan tanah yang disediakan oleh developer. Developer sudah sediakan tanah ni. Yang Berhormat janganlah keliru. Yang Berhormat yang tidak faham. Jadi bila tanah ini tak ada kena mengena kerajaan negeri. Tanah ini tanah developer, Yang Berhormat. Dia buat housing. Dia sudah wartakan untuk digazetkan sebagai tanah bomba.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tanah itu diserah balik kepada kerajaan.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Iya lah. Dia dua tanah berbeza. Kalau tanahnya memang hak kerajaan negeri, mungkinlah akan ke kerajaan negeri. Jadi kerajaan negeri janganlah hendak ambil untung atas angin. Maksudnya kita ini bukan hendak buat keuntungan kepada mana-mana pihak. Kita hendak buat bomba untuk kepentingan rakyat. Yang Berhormat, RM19 juta. Yang Berhormat kata memang harganya RM19 juta.
Hari ini dia kata dia bagi diskaun.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Diskaun dia kalau tadi saya tanya Yang Berhormat kalau 35 peratus, lebih mahal daripada harga bomba yang kita hendak buat. Harga bomba kita hendak buat tidak silap saya lebih RM3 juta lebih. Premium lebih banyak. Lebih mahal. Lebih mahal tali daripada lembu. Itu satu.
Yang Berhormat jangan hendak pusing cerita. Janganlah cerita yang kata bomba bagi kepada restoran. Itu jangan cerita. Ini tanah yang sudah sedia ada. Kosong, saya sudah pergi tengok. Kosong tanah tu. Tak ada siapa yang buat. Di kawasan dekat Rahman Putra Parlimen Yang Berhormat, Yang Berhormat pun tak pernah tengok tapak bomba tu. Saya sudah pergi tengok dah. Kosong. Apa fasal kita hendak ambil untung?
Yang kata kalau tadi Yang Berhormat Beruas kata tolong. Eh! Apa yang kerajaan federal tak tolong Kerajaan Negeri Selangor ni? Kalau kerajaan kalah Selangor ini apa? KLIA siapa buat? KLIA2 siapa buat? Highway siapa buat- ada kira? Port Klang siapa buat, sekolah siapa buat? Ada kira? Hei, Yang Berhormat jangan fikiran cetek lah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Berdiri]
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Kita tak kira itu semua. Kita kira Yang Berhormat, yang mana- saya hendak tanya Yang Berhormat. Saya hendak tanya pendirian DAP.
Adakah DAP bersetuju kalau hendak buat balai bomba, mesti membayar premium yang tinggi? Yang Berhormat setuju ke tidak? Saya hendak rekodkan. Saya hendak tanya Yang Berhormat bersetuju ke tidak apabila sudah buat balai bomba, kerajaan negeri mesti mengenakan premium yang mahal? Adakah DAP bersetuju?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Bagi saya jawab
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Setuju ke tidak? Itu saja.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri mesti faham bahawa...
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Duduklah, Yang Berhormat .
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Semua wang Kerajaan Persekutuan adalah daripada rakyat setiap negeri.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Tak apalah, Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi untuk memulangkan wang kepada rakyat negeri, apa salahnya?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Okey lah Yang Berhormat dah ulang benda yang sama.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi kalau buat lapangan terbang pun rakyat negeri Selangor, Perak, Penang setiap negeri yang bayar.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Okey tak apa. Tak apa.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Bukan Kerajaan Persekutuan yang bayar sendiri. Jadi wang itu mestilah diagihkan secara adil kepada semua.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Okey tak apa. Saya setuju.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Itu saya harap Kerajaan Persekutuan fahamlah.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Okey saya faham. Saya faham. Saya hendak tanya Yang Berhormat satu saja. Adakah DAP punya pendirian, kalau hendak buat balai bomba Kerajaan Federal mesti mengikut harga pasaran walaupun harga pasaran itu lebih mahal daripada harga balai bomba. Setuju kah tidak? Okey itu saja lah. Kalau setuju kata setujulah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Kita mesti ikut Perlembagaan.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Tak bukan. Saya tanya setuju kah tidak?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri adakah ini peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan? Jangan Yang Berhormat Menteri mengatakan di sini...
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Yang Berhormat, Yang Berhormat kena faham.
Hendak buat balai bomba RM4 juta. Nak bayar premium RM6 juta. Yang Berhormat bersetuju kah tidak? Takkan itu pun tidak faham? Itu saja. Kalau Yang Berhormat setuju, kata setuju. Saya boleh bagi tahu. Oh, DAP hendakkan tanah tak kira, janji kerajaan negeri akan dapat duit. Walaupun harga bomba lebih murah daripada hendak buat harga balai bomba daripada harga premium. Itu saya kata. Apa salah kalau kita buat balai bomba RM4 juta, apa salahnya bagi premium katalah RM1 juta? Bukan kita hendak free pun? Saya tak ada kata hendak free.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Bangun]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Okey saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Yang Berhormat tidak faham.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Apa salahnya kalau itu logik Yang Berhormat Menteri, apa salahnya kalau semua rakyat negeri setiap negeri bayar cukai pendapatan kepada kerajaan negeri, apa salahnya? Ada, salah kah? Itu logiknya kita ada Perlembagaan Persekutuan, kita agihkan, kita hormati negeri, hak negeri ke atas tanah.
Jadi Kerajaan Persekutuan mesti menghormati hak negeri.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Sudahlah, Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Kalau itu logiknya, apa salahnya? Setiap rakyat negeri bayar cukai pendapatan kepada kerajaan negeri. Jangan bayar kepada Kerajaan Persekutuan. Setuju tak?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Yang Berhormat faham tak?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tak ada salah. Kerajaan negeri pun agihkan wang untuk rakyat. Ada salah tak?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya hendak tanya Yang Berhormat, Yang Berhormat cakap apa ni?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya hendak hormati Perlembagaan Persekutuan.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Perlembagaan apa? Yang Berhormat duduk.
Cakap apa. Kalau hendak cakap daripada segi Perlembagaan, apa yang kita tak bagi?
Daripada segi duit MARRIS- berapa juta kita bagi kepada setiap negeri?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
That one kehendak Perlembagaan. Kita hendak apa, duit per kapita? Dalam Perlembagaan kita bagi. Sampai Kerajaan Negeri Selangor dalam bajet yang lepas duit MARRIS pun dia tak mahu letak di dalam bajet dia.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Pengerusi, kerajaan tak bayar ikut Perlembagaan Persekutuan. Itu yang sangat...
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Ya lah. Betul lah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Sangat mengagumkan kalau Yang Berhormat Menteri boleh kata tak perlu bagi.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya cakap dalam Perlembagaan. Dalam Perlembagaan mengatakan bahawa kerajaan kena bayar per kapita. Duit MARRIS kita bayar. Sekarang ni saya hendak tanya bukannya soal undang-undang. Soal kepentingan rakyat. Adakah DAP bersetuju? Ini penasihat DAP ada ni.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
DAP bersetuju ke tidak bahawa kalau hendak buat balai bomba RM4 juta, tak apa Kerajaan Federal boleh bayar RM6 juta. Lebih mahal premium lagi. Ini yang saya persoalkan. Bukan kita hendak ambil free. Kita tak nak ambil free. Kita hendak bayar. Nak bayar tapi bagilah nominal.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Berdiri]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Tak boleh bagi nominal? Apakah hanya lebih penting duit negeri daripada duit untuk menjaga masalah kebakaran rakyat di dalam sebuah negeri? Yang Berhormat dengar tadi. Semua cakap masalah bomba. Yang Berhormat Beruas tak nak bomba?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jangan putar belitkan.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Siapa putar belit?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Okey boleh saya tolong? Saya tolong.
Saya tolong.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Apa salahnya? Adakah salah kalau Kerajaan Persekutuan memberi wang kepada mangsa banjir di Pulau Pinang? Mereka juga rakyat Kerajaan Persekutuan. Ada salah tak?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Tak ada salah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Akan tetapi kita hormati apa yang telah dipersetujui di bawah Perlembagaan. Itu saja.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Menteri. Duduk Yang Berhormat kejap. Yang Berhormat Seputeh duduk ya, Yang Berhormat Seputeh. Yang Berhormat Seputeh duduk, Yang Berhormat Seputeh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya ingat tepat sudah satu jam Yang Berhormat Menteri menjawab. Yang Berhormat Seputeh, duduk diam ketika Tuan Pengerusi bercakap. Kita ada Peraturan Mesyuarat 37(2).
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Seputeh, sekali lagi menyampuk, sila keluar. Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Subang pun ingin serta? Yang Berhormat, sebenarnya Yang Berhormat, kita, Speaker dan rakan saya juga yang lain telah berulang kali menyatakan bahawa kita ada peraturan. Saya biarkan sahaja supaya Yang Berhormat sendiri sedar bahawa Yang Berhormat tidak ikut peraturan. Silalah Yang Berhormat ikut peraturan. Yang Berhormat Menteri, saya ingat isu bomba ini sudah jelas, Yang Berhormat. Boleh kepada tajuk yang lain, Yang Berhormat?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bomba sudah selesai tetapi jelaslah. Saya hendak pindah kepada perumahan. Tanya apa lagi?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Sikit penjelasan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Seputeh.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Tidak payahlah. Akan tetapi tidak apa.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Sedikit penjelasan sahaja.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Sekarang ini kita lihat bahawa...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tanah. Tentang isu tanah. Tentang isu tanah.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Tidak, tidak. Sekarang ini kita fikir...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Seputeh, sila baca, Yang Berhormat Seputeh Peraturan Mesyuarat 37(1) dan Peraturan mesyuarat 37(2), Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya tanya...
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Tidak apa. Tidak apa, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, sekiranya hendak minta pencerahan, bangun dan Yang Berhormat Menteri duduk menghadap baru dipanggil oleh Tuan Pengerusi untuk bercakap. Yang Berhormat Seputeh lebih dahulu lagi duduk dalam Dewan daripada saya, Yang Berhormat. Ya, sila isu lain.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Isu lain. Isu bomba sudah tutup.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Isu perumahan, Yang Berhormat.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Isu perumahan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, skrip Yang Berhormat Menteri ada pada saya. Sila.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Jabatan Perumahan. Yang Berhormat Parit Sulong. Mana Yang Berhormat Parit Sulong. Ada? Apakah cadangan Yang Berhormat KPKT mengenai projek perumahan swasta yang tergendala iaitu Taman Cahaya Peserai, Batu Pahat, Johor?
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Taman Cahaya Peserai ini melibatkan pemajuan sebanyak 22 unit di mana hanya enam unit sahaja yang terjual. Pemajuan ini sepatutnya siap pada tahun 2011 dan peratus kemajuan adalah di antara 30 peratus hingga 60 peratus. Projek telah disahkan terbengkalai 1 Disember 2016. Pemaju asal projek telah digulung pada 20 Oktober 2013 dan pihak mahkamah telah pun melantik seorang pelikuidasi pada 20 Oktober 2017.
Bagi membantu meneruskan projek ini, pihak KPKT telah pun mengadakan mesyuarat pada bulan Mac 2013 dengan pemaju asal untuk kita hendak membincangkan hala tuju untuk pemulihannya. Pada masa ini kementerian sedang bekerjasama dengan pelikuidas untuk memastikan hak milik terjamin. KPKT akan bertindak sebagai mediator untuk berbincang dengan PBT, agensi teknikal dan juga pihak...
[Rakaman kurang jelas] Ini supaya pembeli untuk mencari jalan menyelesaikan dan memastikan pembeli mendapat rumah masing-masing.
Jadi ertinya ini kes projek terbengkalai. Projek terbengkalai ini tadi ramai yang bangkit kalau tidak silap saya daripada Yang Berhormat daripada Tebrau pun tadi bangkitkan projek terbengkalai dan beberapa tadi ramai juga yang membangkitkan pasal isu projek terbengkalai. Saya hendak nyatakan bahawa projek terbengkalai ini dia ada sistem kita. Kita kata projek lewat, projek sakit dan projek terbengkalai.
Apabila kita sudah isytiharkan sebagai projek terbengkalai, kalau projek itu bawah RM70,000, maka kerajaan terpaksa menyelamatkan projek tersebut. Setakat ini kalau tidak silap kita sudah belanja hampir dekat RM200 juta untuk kita menyelamatkan projek-projek terbengkalai ini. Bagi projek yang lebih RM70,000 ini kita kena lantik kontraktor penyelamat dan ini kerajaan tidak keluar duit untuk kita hendak menyelesaikan masalah projek terbengkalai.
Jadi begitu juga bila disebut projek terbengkalai, dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Subang yang dia bangkit tadi mengenai isu satu syarikat dekat Subang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Epoch Property Sdn. Berhad.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Epoch Property. Baik. Memang betul dalam proses kita sebagai kementerian, kita kena melihat kepentingan pembeli dan juga dalam masa yang sama, kalau kita lihat di bawah akta tersebut, dia punya tafsiran hardship ini di bawah peraturan 11(3) ini, Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989, hardship ini dia tidak semestinya hardshipnya ditanggung oleh pembeli. Kemudian kita juga sebenarnya melihat projek itu supaya tidak terbengkalai.
Kalau projek terbengkalai, semua orang sudah tahu. Masalah akan timbul bukan sahaja kepada pemaju tetapi juga kepada pembeli dan kesian kepada pembeli.
Mereka terpaksa bayar double. Installment bank pun kena bayar dan juga kalau sewa rumah dia kena bayar. Ini memang rungutan cukup banyak kita dapat. Kesian projek terbengkalai. Dalam masa yang sama, pemaju juga tidak boleh meneruskan.
Jadi kerana itu dalam kita memberikan pertimbangan untuk buat EOT ini ialah kita kena lihat sebab apa dia lambat. Ada kadang-kadang kita lihat sebab banjir, sebab bencana alam. Ada hari itu kita tengok sebab tanah runtuh.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Jadi sebab itu kita tidak boleh elakkan. Ada sesuatu jenis kita dapat dia ada buat bantahan. Penduduk setempat ada buat bantahan. Kes yang Yang Berhormat sebutkan tadi, tidak silap saya ada dua yang saya sudah tanya kepada pegawai tadi. Pertama, dia menghadapi masalah kekurangan pekerja pada masa itu. Kekurangan pekerja dan kedua pada masa yang sama, PBT juga tidak membenarkan syarikat ini untuk membuat kerja lanjut masa. Ertinya dia try catch up sebab dia sudah kurang pekerja. Dia hendak buat kerja lebih masa tetapi tidak dapat. Ini kerana mungkin kawasan bandar, akan mengganggu orang-orang sekitar. Jadi sebab itu kita berikan kebenaran EOT dan dia kena maklumkan. Dia kena maklum kepada pembeli dan dia kena panggil pembeli dan kena berbincang dengan pembeli bagaimana cara yang terbaik untuk menyelesaikan.
Jadi ini kita punya pertimbangan. Apa yang penting bagi kita ialah projek ini siap, win-win situation. Pemaju pun boleh siap projek, pembeli pun boleh dapat rumah yang dituntut. Kalau tidak, seperti mana yang kita dengar sampai 16 tahun, sepuluh tahun. Bila projek ini terbengkalai, bukan mudah untuk kita pulihkan balik semula.
Jadi itulah yang saya hendak sebut...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Boleh minta pencerahan sedikit, Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut pemaju ini diberi extension of time (EOT) dengan izin iaitu 12 bulan sebab kekurangan pekerja dan tidak dibenarkan kerja lanjut masa, kerja lewat dan sebagainya.
Akan tetapi seperti yang saya sebut dulu, ini bukan projek social housing atau rumah low cost atau rumah mampu milik. Kondominium ini lebih kurang harganya RM600,00 atau RM700,000. Kontrak ada tiga tahun sudah hitam-putih semua di antara kedua-dua pihak. Jadi satu pihak nampak macam atas alasan mereka tidak boleh habiskan. Jangan lupa pembeli pun bila dia lewat bayar, dia dikenakan sepuluh peratus bunga juga.
Jadi sampai sekarang saya masih belum dengar alasan yang cukup kukuh controller yang kerja di bawah Yang Berhormat Menteri sudah tolak. Sudah tolak permohonan daripada pemaju untuk extension of time. Jadi apa alasan Yang Berhormat Menteri untuk reverse, untuk batalkan keputusan controller dan ganti dengan keputusan ini yang beri manfaat besar, kewangan besar kepada pemaju...
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Ya.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Nilainya, nilainya saya sudah buat perkiraan....
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Betul, Yang Berhormat cakap...
Tuan R. Sivarasa - Subang
EOT ini RM67 juta .
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Yang Berhormat cakap perkara yang sebagaimana Yang Berhormat berucap tadi. Macam itulah hujah Yang Berhormat. Berapa kali Yang Berhormat hendak ulang? Tidak payah ulang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Akan tetapi jawapan...
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya faham. Ini jawapan saya. Bila jawapan saya, Yang Berhormat kena dengarlah jawapan saya.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya, okey, alright.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Yang Berhormat hendak pertikai kenapa controller tolak, Menteri lulus. Pertikailah undang-undang yang ada. Kalau dalam undang-undang itu tidak ada kuasa Menteri, Menteri tidak boleh gunakan kuasa kita, sebab undang- undang kita membenarkan dia membuat rayuan. Waktu kita membuat rayuan, kita bukan semudah-mudahnya. Macam saya kata kita kena tengok daripada kepentingan rakyat dan kita suruh pegawai kita you go underground, tengok underground. Sebab apa dia lambat? Kita mendapat report. Bila kita mendapat report dan kita bukan bagi begitu sahaja. Kita letak syarat pula walaupun syarat-syarat kalau Yang Berhormat study kes EOT ini, memang banyak kes ini berlaku. Hari ini ada satu kes.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Bila kita letak syarat supaya pemaju berbincang dengan pembeli. Hari ini keputusan mahkamah saya dimaklumkan tadi. Mahkamah kata tidak perlu. Pemaju tidak perlu berbincang dengan pembeli. Ada keluar dan ada satu kes Glomac punya kes saya masih ingat lagi begitu juga. Kita letak, kena bincang dengan pembeli. Oh, pada mahkamah tidak perlu, ada macam itu.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Jadi benda ini Yang Berhormat kita tengah melihat kepentingan dia dan kita juga memberikan tunggu laporan quarter. Kita tunggu fasal kita sudah bagi tiga hingga empat bulan. Dia kena lapor balik kepada kita kerana tugas kita ialah win-win situation. Pemaju pun berjaya menyiapkan projek dan jangan Yang Berhormat ingat projek-projek mewah tidak terbengkalai. Banyak juga projek-projek mewah ini yang terbengkalai apabila mereka tidak dapat menyiapkan projek ini. Ini yang saya hendak jelaskan.
Jadi Yang Berhormat, isu yang telah Yang Berhormat bangkitkan tadi, saya bilang kita pun menerima dan saya bersedia. Saya sebagai Menteri boleh datang, pembeli-pembeli itu boleh datang berjumpa dengan saya, kita boleh bersemuka. Saya boleh jadi orang tengah. Saya boleh turun padang, lebih-lebih lagi dekat Subang. Lain Yang Berhormat tidak pernah turun padang, mana Yang Berhormat tahu.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Pembeli-pembeli sudah jumpa saya Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Tidak apa suruh pembeli jumpa saya sahaja.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Akan tetapi saya suka Yang Berhormat Menteri kata boleh jumpa, bagus. Saya akan bawa sebab Yang Berhormat Menteri beri hak mereka untuk tuntut pampasan sekarang sudah habislah sebab keputusan Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Okey, tidak apa.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Akan tetapi kalau sedia jumpa, kita boleh bawa.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Ya, saya boleh urus.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Baik, akhirnya tentang statistik yang saya minta tadi, boleh kah saya dapat secara bertulis?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Yang itu nanti kita bagi bertulis. Yang sebenarnya Yang Berhormat punya soalan ini saya sudah jawab dalam Parlimen ini sebenarnya. Ada beberapa kes yang kita sudah pergi, yang kita luluskan. Saya akan tengok daripada pegawai saya bila saya jawab soalan ini.
Soalan ini tidak silap saya dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seremban tidak silap saya. Yang Berhormat Seremban yang bangkitkan kes ini, saya sudah jawab sudah.
Jadi saya tengok Yang Berhormat tengoklah balik dalam Hansard saya. Saya sudah jawab soalan ini sebenarnya. Yang Berhormat Seremban yang bangkitkan kalau tidak silap saya. Eh, bukan Yang Berhormat Seremban, siapa, sebelah ini, sebelum Yang Berhormat Seremban, Setiausaha Agung DAP ini.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Bukan, bukan. He’s not, from Negeri Sembilan.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Seorang Ahli
Yang Berhormat Rasah.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Dulu Yang Berhormat Rasah, oh Yang Berhormat Seremban sekarang. Yang Berhormat Seremban, sorry. Yang Berhormat Seremban ya.
I ingat dia still dekat Rasah. Okey, dia sudah tukar Seremban. DAP memang macam itu.
Dia kejap lompat-lompat [Ketawa] Dia DAP macam itu pembangkang, dia mana boleh stay satu tempat. Dia tukar lompat, lompat, lompat [Ketawa] Ya lah ini jangan marah saya. Saya ingat dia masih lagi di Rasah. Dia tengok Rasah tidak boleh menang, melompat Seremban. Esok lompat yang lain pula. Okey. Ini supaya jangan mengantuk.
Jangan marah saya cakap, ini kenyataan. Yang Berhormat Shah Alam pun dengar hendak melompat juga, hendak pindah ke Johor kalau tidak silap.
Baik, Yang Berhormat saya hendak pergi ke Bukit Gantang. Adakah kementerian membuat kajian kebolehpasaran bagi isu lambakan rumah yang tidak terjual. Isu ketidaksepadanan penawaran dan permintaan rumah yang boleh menjejaskan ekonomi negara. Isu yang sama juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya hendak maklumkan bahawa pada Ahli-ahli Yang Berhormat, kajian Dasar Perumahan Negara (DRN II) mengambil kira kajian penawaran dan juga permintaan perumahan secara menyeluruh. Salah satu teras dalam DRN II adalah untuk menentukan keperluan yang diperlukan dalam meningkatkan penyediaan perumahan. Kajian ini dilaksanakan bersama dengan Khazanah Research Institute ataupun KRI.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kementerian sedia mengkaji isu lambakan hartanah termasuk rumah yang tidak terjual dengan semua pihak yang terlibat, dengan industri perumahan seperti Pusat Maklumat Hartanah Negara (NAPIC), Kementerian Kewangan, Kementerian Wilayah Persekutuan, Bank Negara dan juga REHDA. Kajian ini dilihat dapat mengenal pasti isu-isu berkaitan perumahan termasuklah ketidaksepadanan penawaran dan juga permintaan rumah mengikut pasaran.
Seperti mana yang kita sedia maklum, tadi Yang Berhormat Kuala Selangor pun sudah bangkit, saya ingat Yang Berhormat Pokok Sena pun tadi sudah dapat, saya pun sudah ada. Ini figure ini, kita lihat di sini 130,690 unit rumah tidak terjual. Ia tidak jual tetapi yang hendak bagi tahu bahawa 83 peratus unit rumah tidak dijual adalah terdiri daripada rumah berharga RM250 ribu hingga melebihi RM1 juta. RM250 ribu hingga RM500 ribu, 33 juta, RM500 ribu dengan RM1 juta 35 peratus.
Akan tetapi banyak yang tidak terjual ini iaitu sebanyak 65 peratus adalah rumah bertingkat strata yang lebih daripada RM250 ribu. Ini saya ada complete dekat sini sebabnya ialah bila rumah strata ini yang masih tidak terjual dan tadi dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Batu Kawan. Tadi dalam ucapannya dia mencadangkan supaya diberikan peluang kepada peminjam-peminjam ini memang di dalam perhatian kita supaya kita hendak membantu pembeli-pembeli supaya masalah mendapatkan pinjaman wang, pinjaman bank dapat diatasi.
Namun demikian kalau kita lihat perangkaan pinjaman perumahan yang dikeluarkan oleh Bank Negara. Jumlah pinjaman perumahan yang dikeluarkan oleh bank terus meningkat pada kadar 8.9 peratus setahun iaitu sebanyak RM458 bilion sehingga suku kedua tahun 2017 dan juga kalau kita lihat di sini 42 peratus hutang isi rumah adalah daripada pinjaman perumahan.
Kalau ikut data yang ada pada saya dan juga kalau dilihat yang ini ialah kadar kelulusan pinjaman adalah 73 peratus. Ertinya pinjaman yang diluluskan ini 73 peratus sehingga suku tahun kedua 2017 di mana 70 peratus adalah pembeli rumah pertama. 70 peratus diluluskan kepada pembeli rumah pertama, 61 peratus adalah rumah pada harga di bawah RM500 ribu. Ertinya kalau ikut perangkaan Bank Negara, memang banyak kelulusan telah pun diberikan kepada peminjam pertama dan juga jumlah pinjaman yang diberikan untuk pembelian rumah.
Hanya yang kita lihat ialah mismatch lah. Ada harga terlalu mahal yang tidak mampu dibeli oleh rakyat. Oleh kerana itulah kerajaan baru-baru ini, kita telah pun- Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Mesyuarat Majlis Pembangunan Fizikal baru- baru ini yang dihadiri oleh semua Yang Berhormat Menteri-menteri Besar dan juga Ketua- ketua Menteri supaya minta kerajaan negeri berhentikan dahulu. Yang mana yang sudah terlulus, tidak apalah kali. Ini yang akan datang ini. Pertama kalau rumah yang high end, yang rumah strata lebih RM1 juta. Walaupun kita kata RM1 juta boleh dibeli oleh pendatang, warga negara asing, tetapi kita minta tolong berhentikan kerana rumah yang bernilai RM1 juta ini, seperti mana yang saya nyatakan tadi banyak yang tidak terjual.
Begitu juga kita juga minta supaya jumlah ruang niaga yang kosong semakin meningkat. Bila ia semakin meningkat, kerana itu kita minta supaya jangan banyakkan untuk buat office space kerana kalau tengok dalam kita ini, 13.4 peratus di Lembah Klang, 36 peratus di Pulau Pinang, 24 peratus di Johor, ruang-ruang pejabat yang masih kosong. Kita juga minta supaya mengkaji semulalah supaya kelulusan untuk kompleks- kompleks baru ini, pasar raya-pasar raya baru ini. Apabila kita ada 100 pasar raya baru akan siap dalam masa terdekat ini dan kalau kita lihat hari ini banyak pasar raya-pasar raya yang dulunya hebat, sekarang ini sudah semakin malap. Jadi ini memang kita minta kerajaan negeri. Ini ialah kuasa kerajaan negeri untuk memberikan kelulusan ini.
Begitu juga dengan harga rumah. Seperti mana saya nyatakan bahawa ini memang kuasa kerajaan negeri kerana mereka melihat di mana kedudukan rumah tersebut. Oleh sebab itu rumah di antara satu tempat ke satu tempat harganya mestilah berbeza kerana keadaan tanah mungkin lebih mahal dan juga caj-caj yang tertentu, raw material juga sedang meningkat. Jadi apabila harga ini telah diputuskan di antara pemaju dengan kerajaan negeri, baru dihantar kepada kita untuk mendapat APDL lah.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri penjelasan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak confirm dengan Yang Berhormat Menteri bahawa memang dalam Mesyuarat Kabinet, kerajaan memang telah membuat keputusan supaya empat kategori yang Yang Berhormat Menteri cakap tadi akan dilaksanakan dan diberi directive kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk menghentikan pembinaan, moratorium kepada kelulusan pembangunan-pembangunan kepada empat kategori tadi lah. Okey. Adakah itu benar? Adakah itu satu direktif Kabinet kepada semua kerajaan negeri? Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita alu-alukanlah keputusan itu kerana memang dah lama dah kita lihat masalah adanya surplus bangunan-bangunan pejabat, rumah-rumah yang mahal yang tak mampu dibeli oleh rakyat dan sebagainya. Moratorium itu satu tindakan yang baik, wajar tetapi ia tidak menyelesaikan masalahnya.
Masalahnya ialah satu disjunct ataupun keadaan yang tidak sepatutnya wujudlah di mana rakyat pendapatannya terlalu rendah dan tak naik berbanding dengan harga rumah yang semakin naik. Lalu selain daripada moratorium ini, apa cadangan kerajaan untuk menyelesaikan kerana masalah surplus itu, dengan izin, it will not go away. Dia tak akan hilang dengan sendirinya selagi mana keadaan ekonomi kita begitu lembap walaupun dikatakan ada pertumbuhanlah dan sebagainya. Kemampuan atau purchasing power, kemampuan untuk beli rakyat tidak dipertingkatkan, tidak ditangani, so apa penyelesaian yang sebenarnya?
Ini sekadar hendak hentikan masalah bertambahnya surplus tetapi penyelesaian pada masalah itu, saya rasa perlu juga difikirkan dan saya amat mengharapkanlah bahawa kerajaan ada cadangan ke arah itu. Terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Ya. Oleh sebab itu pertamanya saya jawab Yang Berhormat Bayan Baru. Yang Berhormat, dalam mesyuarat Majlis Bangunan Fizikal yang baru-baru ini yang juga dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang pun hadir sama dan wakil dari negeri Selangor pun datang, semua datanglah, Ketua Menteri, Menteri Besar kecuali Selangor diwakili oleh Exco dia. Memang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah minta supaya tiga kategori ini kalau boleh diberhentikan. Ada yang bertanya kalau dah lulus, yang lulus itu mungkin tak boleh buat apalah, yang akan datang ini. Ini seperti mana yang telah saya sebut sebab-sebab yang telah saya nyatakan tadi.
Yang Berhormat Shah Alam, saya dah kata tadi bahawa memang kita sedang buat kajian. Bukan kajian, kita dah dapat dah pun laporan ini bahawa ada mismatch dan banyak sebablah yang menyebabkan rumah tidak laku, pinjaman susah dapat. Oleh sebab itu saya ambil contoh, harga rumah kerajaan negeri dan tindakan dia, bukan kata kementerian sahaja apa kita buat.
Pertama untuk rumah B40, lepas itu B40 bayangkan harga rumah RM150,000, nak jual RM35,000, itu pun tak boleh dapat pinjaman bank. Maka kita perkenalkan sistem Rent to Own. Kita sewa untuk dijual. Itu satu.
Kedua, kita tengok untuk M40. Apa kemampuan yang kita buat? Kita perkenalkan MyDeposit, MyHome. Kita bagi RM30,000, free sahaja kita bagi kepada mereka untuk menampung mereka. Hari ini kita juga minta supaya developer lebih banyakkan rumah mampu milik, sebab itulah kerajaan telah pun mengumumkan yang 1 juta rumah mampu milik. Yang Berhormat terasa tak puas hati itu pun tak apalah, tak mahu argue lagi sebab yang itu kita dah buat dan telah pun on the ground sekarang ini, berjalan. Itulah di antara beberapa langkah. Walau macamana pun, kita ...
Seorang Ahli
[Bangun]
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Yang Berhormat tak bercakap tadi pasal perumahan. Ya, tadi saya hendak bagi tahu pasal projek terbengkalai tadi. Saya nak bagi tahu, kerajaan sejak tahun 2011, kita belanjakan RM219 juta untuk 32 projek terbengkalai. Punya baik Kerajaan Barisan Nasional, kita tolong rakyat untuk menyelesaikan projek-projek terbengkalai.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya juga masa- mungkin masa dah lebih, yang lain ini dah ready jawapan tetapi yang last ini sekali. Lain-lain saya ingat kita jawab bertulis sebab ada dua kementerian lagi yang nak bangkit.
Akhir ini ialah mengenai dua perkara yang saya kena terangkan mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru dan juga Yang Berhormat Batu Kawan yang mengatakan bahawa tidak ada di dalam buku, mana peruntukan penyelenggaraan itu dan mengapa TP1M tengah dikurangkan.
Jadi saya hendak maklumkan bahawa memang apa yang diumumkan tetapi telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa tahun depan diberikan tambahan, diberikan peruntukan RM200 juta dan juga tahun ini RM300 juta yang memang tidak ada di dalam buku ini. Akan tetapi ialah kerana untuk kita hendak memberikan sumbangan ataupun kita hendak berikan pembelaan kepada masyarakat yang tinggal di rumah-rumah kos rendah dan juga sederhana rendah.
Saya nak maklumkan bahawa dalam kita hendak melaksanakan perumahan ini, kita kena melihat betapa kesiannya mereka. Rumah mereka ini dah 20 tahun, 15 tahun dengan atapnya bocor, railingnya dah rosak, lifnya dah rosak dan macam-macamlah kalau kita pergi rumah kos rendah dan kos sederhana rendah ini. Maka Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberikan peruntukan untuk penyelenggaraan ini. Dalam masa kita memberikan sumbangan-sumbangan ini, kita agihkan kepada seluruh negeri termasuk juga di Pulau Pinang. Kalau tak silap saya RM12 juta saya luluskan dekat Pulau Pinang di beberapa kawasan Parlimen yang saya turun, saya melihat dan kita telah luluskan. Johor pun ada, Pasir Gudang pun ada. Banyaklah yang kita telah luluskan.
Saya lihat bahawa rumah ini agak sudah lama tetapi mereka tak ada duit untuk mereka nak membuat pembaharuan atau untuk hendak dibaiki. Oleh kerana itulah peruntukan ini telah pun kita dapat dan kita harap bahawa peruntukan ini akan dapat memberikan pembelaan kepada penghuni-penghuni kos rendah.
Saya nak nafikan yang Yang Berhormat Ampang cakap bahawa di Selangor ini, ini hasil tinggalan daripada Barisan Nasional. Kalau itulah kenyataan daripada Yang Berhormat Ampang, saya kata ini satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.
Walaupun kita buat pindahkan setinggan di Selangor tetapi kalau kita buat kajian, mereka senang hidup di rumah yang ada.
Akan tetapi betullah, waktu kita dah pindahkan, PKR memerintah dekat lapan tahun, dekat sembilan tahun memerintah. Takkan tidak ada pembelaan kepada rakyat ini? Mereka inilah yang telah memberikan undi sehinggakan kami kalah di negeri Selangor tetapi hari ini nak letakkan blame. Sudah dua penggal memerintah, takkan lagi nak salahkan Barisan Nasional? Saya tidak nafikan bahawa dasar Kerajaan Negeri Selangor untuk menolong rumah flat orang kos rendah ini ada Skim Ceria. Betul? Skim Ceria. Akan tetapi Skim Ceria ini apa? Kalau nak membaiki bumbung di rumah kos rendah, JMB kena keluar 20 peratus. Bayangkan kalau nak repair bumbung sahaja, paling murah dekat RM500,000 kos kita nak repair.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Tuan Pengerusi.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Jadi sebab itu adalah- sekejap, sekejap. Adalah tidak adil apabila hendak membaiki rumah, kerajaan hendak meminta JMB bayar, nak minta rakyat pula yang tolong bayar. Jadi sebab itu kita punya dasar, kita tak ada minta duit daripada rakyat. Kita baiki terus dan termasuklah di Shah Alam pun saya pergi tengok, kesian rumah di Shah Alam. Seksyen berapa saya pergi, tengok tangki air. Dia punya karat tangki itu dekat sekaki lebih. Bila saya tanya takkan Ahli Parlimen Shah Alam tak datang? Tak pernah datang pun, dia cakap. Mereka bagi tahu saya...
[Dewan riuh]
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Jadi saya kata tak apa, Ahli Parlimen Shah Alam tak datang tengok, saya datang, kita tolong untuk menyelesaikan masalah rumah tersebut.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Apalah Yang Berhormat Shah Alam
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Apa Yang Berhormat? Okey, satu last saya bagi.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yalah Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, kita ucapkan terima kasihlah. Sekali sekala yang Menteri turun tengok itu, lebih-lebih lagi bila dah dekat dengan pilihan raya ini memang dialu-alukanlah.
Akan tetapi dasar Kerajaan Negeri Selangor ini sebenarnya adalah satu dasar yang hendak mengajar rakyat untuk sama-sama bertanggungjawab kerana memang JMB kutip maintenance, memang tiap-tiap bulan dia kutip kos maintenance. Maka apa yang telah diusahakan ialah supaya sebahagian daripada kos iaitu 20 peratus dibiayai oleh JMB yang kutip maintenance dan yang balance itu 80 peratus dibayar ataupun dibiayai oleh PBT ataupun kerajaan negeri.
Ini merupakan satu pendekatan yang sememangnya baru kerana sebelum itu memang tak ada, langsung tak ada. Benda yang karat yang dah sekaki tebal itu, itu daripada zaman Barisan Nasional kerana rumah-rumah itu pun dah 20 tahun, 30 tahun yang pada ketika itu memang JMB pun tak ada. Semua kononnya nak dibiayai oleh PKNS ataupun mana-mana badan, tetapi akhirnya langsung tak ada.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Lalu sekarang ini kita sedang mewujudkan satu budaya baru, di mana penduduk di situ sendiri tubuhkan JMB, penduduk di situ sendiri yang kutip maintenance fees, penduduk di situ sendiri sama-sama dengan kerajaan menjaga suasana dan keadaan kebersihan, maintenance dan sebagainya.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Yang Berhormat Menteri, sedikit saja.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Ya, Yang Berhormat Sungai Besar.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Saya ingat semenjak Yang Berhormat Menteri mengambil alih KPKT ini, saya ingat Kerajaan Negeri Selangor ini dia gelabah puyuh sedikitlah. Oleh sebab antara beberapa skim yang dibuat, sebagai contohnya Skim Smart Life adalah Skim Ceria yang diumumkan dalam bajet Selangor baru-baru ini, pada saya 120 peratus tiru apa yang Kerajaan Pusat dah buat.
Jadi, pada saya tohmahan Yang Berhormat Ampang di peringkat awal- saya nak sebutkan ini ada kaitan dengan tohmahan Yang Berhormat Ampang di peringkat awal sebab Yang Berhormat Ampang kata apa yang kita buat pada hari ini adalah seperti nak menidakkan ataupun seperti nak balas kepayahan yang kita buat. Pada saya, itu sangat tidak betullah dan saya tengok apa yang mereka buat ini semata-mata kerana takut dan gelabah puyuh dengan apa yang KPKT buat pada hari ini.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya ingat biar konsistenlah ya, Tuan Pengerusi. Seorang kata langsung tidak buat apa-apa, seorang kata tiru Barisan Nasional.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Tidak, dia tiru pada saya...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Mana satu dia? Mana satu dia?
Soal JMB dan Skim Ceria ini daripada dulu lagi, bukan baru.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Ya tetapi pada saya apa yang mereka buat pada saya...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dah lebih daripada dua tahun dah dijalankan. Jadi, tidak payahlah nak kata siapa yang copy.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Jadi, Yang Berhormat Shah Alam jangan complain banyak sangat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Bukan saya yang kompelin, yang kompelin Menteri. Saya tidak kompelin apa-apa.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Ini Yang Berhormat Sungai Besar lari skrip ini, tidak payahlah.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Yang Berhormat Shah Alam yang kompelin.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Biar Menteri jawab sudahlah [Ketawa]
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Ini Yang Berhormat Bukit Katil, dah dua tiga kali kena jawab dah.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Baik Yang Berhormat, saya nak ulang lagilah. Kita kalau hendak tolong rakyat ini, tolong betul-betullah. Yang Berhormat kata nak suruh JMB bayar, tadi ramai ya. Saya ingat saya gulung sekali, ada ramai Yang Berhormat mencadangkan tadi, ingat tadi daripada Batu Kawan ada sebut, dari sebelah sini pun ada sebut. Kasihan JMB ini. Kutipannya bukannya mahal pun, ingat dalam RM40 tak sampai RM50 tetapi Yang Berhormat pernah tak pergi tanya berapa JMB ini dapat kutipan?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Tunggulah saya habis jawab. Yang Berhormat dah cakap dah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tak, fasal Menteri tanya tadi lalu saya hendak jawablah tadi.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Okey, tidak apa, tidak apa. Okeylah, beginilah, sayalah pergi turun padanglah senang cakap. Saya pergi turun padang, pergi Shah Alam, saya tanya berapa kutipan JMB, dia kata nak dapat 40 peratus pun cukup susah, hendak bayar api, hendak bayar air, hendak repair bumbung bukannya murah, hendak repair lif.
Jadi saya kata, lif saya bagi contoh, Yang Berhormat tahu tak pergi naik lif ini, saya kata lif ini bagi saya sebagai jalan. Kalau luar bandar kita buat jalan, tidak diminta duit daripada rakyat tetapi dalam bandar ini, kita hendak tolong rakyat, lif ini yang menghubungkan rumah ke rumah, sebagai jalan menghubungkan mereka, mengapa hendak minta duit daripada rakyat?
Jadi, sebab itulah kita buat, kita kata buat JMB ini, kita terus bagikan peruntukan untuk kita hendak memberikan pembelaan kepada rakyat yang tinggal dalam bandar ini, yang tinggal di rumah kos rendah, kos sederhana rendah. Yang rumah apartmen tidak payahlah, yang rumah kondo. Jadi, ini yang kita hendak bagi. Apa Yang Berhormat Sungai Besar cakap tadi, saya ingat mungkin dalam Dewan Undangan Negeri Sungai Besar lebih sebab Yang Berhormat Sungai Besar ini hebat. Dewan Undangan Negeri pun ada, Parlimen pun dia ada. Mungkin Skim Ceria itu kalau tidak silap, dia dah batalkan ya, dia hendak bagi 100 percent.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Jadi dia tiru kitalah, betullah, apa yang salah Yang Berhormat Sungai Besar cakap?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Mungkin dia confused, dia ingat dia dalam Dewan Undangan Negeri.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Ya, apa?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Itu yang dia bawa hujah itu ke sini.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Okey, tak apalah, tak apa.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Patutnya hujah itu bawalah di Dewan Undangan Negeri.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Okey, okey.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dia silap, dia ingat di Dewan Undangan Negeri.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Dah, tidak begitu, dia hanya bercakap.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, saya hendak beritahulah. Di Shah Alam ini dah ada lebih kurang 40 bangunan yang dulu tidak di cat, tidak di maintained dan sebagainya, sekarang ini dah. Seksyen 18, Seksyen 17, Seksyen 19, janganlah cerita bahagian yang seronok Menteri cerita saja tapi ada juga yang telah berjaya, yang mana JMB telah dapat mengutip 20 peratus, bayar bersama dengan kerajaan. Oleh kerana ini budaya yang baru yang kita hendak ajar, sama-sama kita jaga.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Tidak apalah, kalau ini hujah Yang Berhormat, terima kasih banyaklah. Senang saya kempen beritahu orang Shah Alam, Yang Berhormat tidak berapa setuju cara kita buat. Yang Berhormat, saya cakap perkara yang betul. Yang Berhormat Ahli Parlimen Shah Alam, saya turun tengok Pasar Shah Alam, RM500,000 saya luluskan Yang Berhormat, untuk membantu Pasar Shah Alam.
Saya hendak beritahu, saya turun ke Gombak, Gombak ini Ahli Parlimennya siapa? Menteri Besar Selangor, yang kata duit ada bilion-bilion, sampai saya tidak tahu macam mana hendak belanja duit bilion-bilion. Turunlah padang tengok, air kumbahan melimpah, dekat RM11 juta saya luluskan di Gombak sahaja. Yang Berhormat Ampang dah lari dah, kat Ampang lagilah banyak saya luluskan.
Jadi sebab itu, saya bukan hendak berpolitik. Kita hendak tolong rakyat yang dalam bandar dan hari ini ada beberapa cadangan. Satu cadangan ini saya ingat ia satu cadangan yang positif, ada beberapa kawan mencadangkan bagaimana kita hendak membantu JMB ini. Jadi, kemungkinan cadangan ini saya akan timbangkan supaya kutipan JMB ini mungkin kita boleh timbangkan sebagai masukkan dalam kutipan cukai pintu ini. Ini saya kena dapat persetujuan daripada semua negeri.
Oleh kerana saya kata, kementerian saya hanya boleh mencadangkan tetapi yang melaksanakan ialah daripada negeri. Akhir sekali, ini yang banyak sentuh tadi. Apa yang penting ialah pinjaman wang. Pinjaman wang tadi banyak cerita fasal Ah long.
Kesimpulan yang saya hendak nyatakan bahawa kita memberikan lesen pinjaman ini ialah kepada yang berlesen, yang Ah long-Ah long itu yang tidak ada lesen. Itu yang masalah kita yang tidak ada lesen.
Ini memang kita akan mengambil tindakan kepada yang tidak ada lesen. Yang ada lesen ini kita akan mengambil tindakan jika mereka melanggar syarat-syarat yang telah ditentukan. Daripada beberapa cadangan yang mengatakan tadi mengapa tidak meletakkan di bawah Kementerian Kewangan? Ini satu cadangan yang baik dan sebenarnya pihak kerajaan telah pun memulakan langkah proaktif, di mana kementerian saya, KPDNKK, Kementerian Kewangan, kita duduk bersama.
Kita dalam rancangan untuk mewujudkan satu Akta Kredit Pengguna, something like that lah. Kita hendak supaya kena tengok bahawa rakyat ini bukan sahaja pinjam daripada peminjam wang, ada yang pinjam daripada koperasi, pinjam daripada mana-mana agen-agen yang menjual barang-barang yang memberi pinjaman begitu mudah sahaja. Courts Mammoth pun sama, Singer pun sama ia punya pinjam. Daripada laporan yang kita dapat, ada pegawai yang cukup bulan tinggal tak sampai RM100 kerana banyak hutang-hutang yang kena bayar.
Jadi, ini memang dalam perhatian kita dan saya hendak maklumkan bahawa kerajaan telah pun mengambil tindakan proaktif untuk kita hendak mengatasi masalah ini. Jadi, saya minta maaf, masa dah lebih. Jadi, yang mana Yang Berhormat bangkitkan tadi, saya akan bagi jawapan bertulis dan isu-isu yang tidak disentuh. Terima kasih banyak.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM2,979,771,100 untuk Maksud B.43 di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM2,979,771,100 untuk Maksud B.43 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,451,267,700 untuk Maksud P.43 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2018 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,451,267,700 untuk Maksud P.43 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2018]
Bekalan B.25 dan Kepala Pembangunan P.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan terbuka untuk dibahas. Berapa orang yang minat Yang Berhormat? Ramai yang minat KPDNKK?
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Klang minat.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, salam negaraku Malaysia. Terima kasih Tuan Pengerusi yang segak bergaya pada petang ini. Tuan Pengerusi, saya hendak merujuk kepada Butiran 010000 – Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri.
Pertamanya, saya melihat dalam usaha kerajaan merencana dasar-dasar pembangunan ekonomi negara untuk kesejahteraan rakyat dan hasil limpahan ekonomi ini dinikmati sepuas-puasnya oleh para peniaga asing, terutamanya di bandar-bandar utama, hinggakan saya lihat kawasan-kawasan utama di beberapa tempat di pusat bandar seperti Jalan Tun Tan Siew Sin, Jalan Petaling, Jalan Silang mendapat pelbagai jolokan seperti Jakarta Mini, Dhaka Mini, Yangon, Karachi selain turut mendapat jolokan bandar kedua Abuja kerana dipenuhi oleh warga asing.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Tuan Pengerusi, perkara ini bukanlah hanya berlaku di sekitar pusat bandar, bahkan juga sehingga ke ceruk kampung juga banyak jenis perniagaan dikuasai oleh para peniaga asing. Dari sekecil-kecil perniagaan sehinggalah kepada perniagaan runcit, semuanya saya lihat ada kalanya dikuasai oleh mereka. Ini secara tidak langsung ada kalanya menjejaskan para peniaga tempatan akibat perlu bersaing dengan jumlah para peniaga asing yang ada kalanya semakin bertambah di sekeliling mereka.
Kesannya, ada para peniaga tempatan yang terpaksa gulung tikar akibat tidak mampu bersaing dengan peniaga asing. Perkara ini disebabkan oleh wujud rantaian urus niaga di antara mereka sehinggakan mampu ada kalanya memanipulasi harga barangan, terutama sekali barangan asas. Menurut kajian, kebanyakan peniaga asing yang miliki perniagaan di negara ini pada awalnya, memasuki Malaysia dengan permit buruh, pelajar dan pas lawatan sosial.
Namun, ada kalanya dikatakan disalah gunakan oleh mereka untuk menjalankan perniagaan. Namun, apakan daya, ada kala premis-premis yang telah diperuntukkan oleh warga tempatan disewakan dan kepada warga asing dan ada kalanya menimbulkan juga antara faktor penyumbang kebejatan warga asing, khususnya yang berniaga barangan asas.
Tuan Pengerusi, merujuk kepada butiran ini, di manakah sikap tanggungjawab orang tempatan yang menyalahgunakan bantuan kerajaan ini? Adakah sanggup hilang rasa cintakan negara sehingga sanggup menggadaikan usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara? Tuan Pengerusi, tambahan pula adakala saya lihat wujud seakan-akan tidak diberikan perhatian yang serius, terutama sekali dalam kaedah penguatkuasaan.
Sehubungan dengan itu, saya amat berharap agar para kementerian yang saya akui ketika ini begitu agresif untuk memastikan agar industri kecil dan sederhana di peringkat tempatan diperluaskan supaya dapat memikirkan kaedah-kaedah supaya kebejatan dan penambahan, khususnya peniaga-peniaga daripada warga asing ini dapat dikurangkan. Oleh kerana ada kalanya boleh mengancam, khususnya keselamatan rakyat tempatan. Saya percaya lambakan peniaga asing dalam negara ini ada kalanya digerakkan oleh beberapa sentimen ataupun kumpulan-kumpulan tertentu yang terancang, yang saya lihat berupaya menggugat ekonomi negara.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Mungkin mereka bergerak secara individu dan mempunyai ketua masing- masing. Sekiranya ianya berlaku, saya melihat aliran keluar wang negara yang tinggi akan menjejaskan pendapatan negara. Ini boleh menjejaskan juga terutama sekali khususnya dari segi penguatkuasaan dalam meningkatkan perindustrian kecil dan sederhana dalam konteks negara kita.
Justeru itu Tuan Pengerusi, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan, apakah bentuk tindakan undang-undang yang tegas, yang boleh diambil? Terutama sekali bagi individu-individu yang melindungi para peniaga asing, termasuklah mana- mana institusi yang sanggup, khususnya yang melindungi usahawan-usahawan asing yang ada dalam konteks negara ini. Saya juga amat berharap agar kerjasama drastik dapat dilakukan oleh pihak KPDNKK dalam membanteras usahawan-usahawan daripada rakyat asing.
Tuan Pengerusi, perkara yang kedua, iaitu Butiran 030000 - Pendayaupayaan Pengguna. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak kementerian kerana sentiasa agresif dalam memantau dan mengawal harga barang kawalan dan keperluan pada setiap masa, lebih-lebih lagi pada musim perayaan.
Skim kawalan harga berupaya membantu mengawal kenaikan harga barang pada musim perayaan agar tidak di manipulasi oleh peniaga sehingga membebankan rakyat. Pada ketika ini saya lihat, dalam melaksanakan skim ini saya mengakui ramai penguat kuasa dan kekuatan penguat kuasa di bawah KPDNKK lebih daripada 2,000 orang dan 1,000 orang pegawai pemantau harga di seluruh negara telah ditempatkan di kawasan-kawasan tumpuan seperti pasar-pasar awam bagi tujuan pemantauan harga.
Maka, ianya telah memberikan satu impak positif kepada kawalan harga barang secara berkesan.
Oleh itu, dalam memperkasakan lagi usaha pihak kementerian, dalam butiran yang telah saya nyatakan sebentar tadi. Saya ingin mencadangkan supaya, adakah boleh diwujudkan one-stop center KPDNKK di seluruh pasar-pasar awam bagi mudahkan proses pemantauan dan proses menerima aduan daripada pengguna? Oleh kerana pada hemat saya, ada kalanya bila merujuk kepada penubuhan ini, boleh memastikan agar sebarang ketidakpatuhan undang-undang oleh segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab dapat dipantau, terutama sekali para pengguna daripada di manipulasi harga oleh para peniaga.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin melihat kepada Butiran 070200 - Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) 2.0. Saya ingin bertanyakan, sebagaimana yang telah diumumkan oleh pihak kementerian, bilakah Program Kedai Rakyat 1 Malaysia 2.0 ini, dengan izin, akan dilaksanakan, khususnya oleh pihak kementerian? Saya juga amat berharap agar kedai Rakyat 1 Malaysia dapat diwujudkan, khususnya di kawasan Puncak Alam, Parlimen Kuala Selangor. Oleh kerana pada hemat saya, ini merupakan satu akses kepada barangan murah yang berpatutan, khususnya oleh rakyat dalam Parlimen Kuala Selangor.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk...
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Dato’.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
...Kepada...
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Kuala Selangor. Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih. Saya tertarik dengan apa tadi Yang Berhormat Kuala Selangor nyatakan, terutamanya mengenai Kedai Rakyat 1 Malaysia 2.0. Setuju ke tidak Yang Berhormat, bila kita bercakap mengenai 2.0 ini, sebab ia sudah ada yang dulu tetapi tidak berapa menjadi. Setuju kah tidak, mungkin kita tanyakan pada pihak kementerian, supaya mereka mengkaji juga yang telah dibuat sebelum ini, dan membuat langkah-langkah proaktif agar kelemahan itu dapat dibaik pulih. Oleh kerana akhirnya, ianya akan memberi manfaat kepada rakyat, itu tujuan murni daripada pihak kerajaan. Jadi, bagaimana Yang Berhormat mengenai perkara ini?
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Tuan Pengerusi, saya Yang Berhormat Kuala Selangor amat bersetuju apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong. Saya juga melihat dengan adanya penambah baikkan, khususnya Kedai Rakyat 1 Malaysia 2.0 ini, setidaknya harapan saya supaya di peringkat khususnya para nelayan yang ada di negara kita, mereka dapat membantu pihak kementerian memasarkan ikan segar beku, khususnya di seluruh Kedai-kedai Rakyat 1 Malaysia yang ada di negara kita. Setidaknya, tanggungjawab yang mungkin telah diletakkan di bawah bahu Yang Berhormat Menteri, dapat kita pikul bersama.
Khususnya oleh para nelayan yang ingin membantu dalam memastikan dan menangani kos sara hidup rakyat yang ada di negara kita.
Untuk makluman Tuan Pengerusi, ketika ini di peringkat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan juga pihak Persatuan Nelayan Kebangsaan, kita sedang gerakkan penjualan ikan segar beku, yang mana ikan-ikan rakyat ini menjadi tumpuan. Harga siling ikan kembung bagi satu kilo ikan segar beku adalah tidak boleh lebih daripada RM10.
Jadi, sudah tentu dengan adanya penambah baikkan Kedai Rakyat 1 Malaysia, ianya akan menjadi satu kekuatan baru kepada Yang Berhormat Menteri. Maknanya, ianya akan menggerakkan usahawan di peringkat akar umbi. Sekian Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kuala Selangor menyokong.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Klang.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin membangkit tiga isu berkait dengan kementerian ini, di bawah Butiran 070100 – Emolumen Pegawai Pemantau Harga, 13006 – Pembangunan Sistem dan akhir sekali 010900 - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).
[Timbalan yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Isu pertama Tuan Pengerusi ialah berkait dengan ubat-ubatan. Tuan Pengerusi, ubat-ubatan dipatenkan di Malaysia dikatakan 16 kali lebih mahal di Malaysia berbanding International Reference Pricing pada tahun 2007. Manakala ubat generik adalah 6.6 peratus kali lebih mahal berbanding negara lain. Bagi farmasi, harga mark up adalah setinggi 38 peratus bagi produk paten dan 140 peratus bagi ubat generik. Statistik ini bukan saya punya tetapi dikeluarkan oleh satu kajian yang dibuat pada tahun 2007 iaitu Evaluating Drug Prices Availability, Affordability, and Price Components: Implications for Access to Drugs in Malaysia oleh Mohamed Izham Mohamed Ibrahim, Harpal Singh, Nadeem Irfan Bukhari dan juga Andrew Creese.
Mereka membuat kesimpulan bahawa situasi ini disebabkan oleh price deregulation system yang ditetapkan oleh pengilang, pengedar dan peruncit tanpa kawalan kerajaan. Tanpa kawalan kerajaan. Ini saya hendak underscore. Kesimpulan ini juga ditunjukkan dalam kajian pada tahun 2012 iaitu lima tahun before yang membandingkan harga ubat di Malaysia dan Australia di mana harga di Malaysia lebih tinggi sebanyak 148 peratus berbanding harga di Australia.
Jadi perkara penting yang diperlukan adalah peranan kerajaan dalam menentukan harga dari segi kawalan harga ataupun fair price scheme yang dijalankan oleh negara-negara yang lain khususnya untuk ubat-ubatan.
Adakah kerajaan bercadang, ini untuk Yang Berhormat Menteri adakah kerajaan bercadang untuk menggunakan peruntukan itu iaitu Emolumen Pegawai Pemantau Harga untuk mengubah dasar kawalan harga ubat-ubatan ini selain daripada hanya memantau harga di farmasi serta klinik-klinik serta hospital? Juga minta Yang Berhormat Menteri untuk mengatakan bahawa berapa banyak pegawai pemantau harga yang sedia ada?
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Isu yang kedua Tuan Pengerusi berkait dengan proses paten. Saya ingin mengucapkan tahniah dan ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, kementerian juga kerana telah menggunakan apa yang dipanggil use of govenment clause di bawah TRIPS Agreement (WTO) untuk menurunkan harga Sofosbuvir iaitu satu ubat untuk Hepatitis C. Kalau harga dahulu ialah RM375,000 telah diturunkan kepada RM1,000. Ini saya fikir adalah satu pencapaian yang besar, a very bold effort by the Malaysian Government dan sekali lagi diucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.
Begitu juga saya ada soalan kepada Yang Berhormat Menteri. Adakah kerajaan bercadang ataupun mempertimbangkan untuk menurunkan juga untuk menggunakan kaedah yang sama either through compulsory licensing, use of government clauses yang ada di bawah fleksibiliti, the clause of flexibility di TRIPS Agreement untuk menurunkan harga ubat-ubat paten yang begitu mahal untuk kanser dan juga other lifesaving- other life threatening diseases? Kalau boleh digunakan untuk menurunkan harga ubat-ubat kanser, ini akan menjadi will be good for people oleh sebab sekarang harga ubat paten terlalu tinggi.
Hari itu saya jumpa dengan seorang kawan. Dia menggunakan one bottle a month yang harganya RM9,000 and he is unable to pay for it. So, therefore I think the ministry boleh menggunakan use of government ataupun compulsory licensing untuk menurunkan harga ubat-ubat khususnya untuk life threatening diseases. Akhir sekali Tuan Pengerusi ialah berkait dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). Baru-baru ini saya diberitahu bahawa MyCC telah sponsor satu study, satu kajian berkait untuk ubat-ubat. Bagaimana harga ubat-ubat di-control atau dikawal oleh pihak pengeluar ataupun the maker or the patent producers, pengilang dan sebagainya. So, saya ingin tahu, adakah kajian ini akan dikemukakan kepada rakyat dan adakah kita Ahli Parlimen ini boleh tengok apakah kesimpulan dan juga baca beberapa proposal, recommendations yang akan dibuat oleh pegawai kerajaan? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lipis.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Terima kasih Tuan Pengerusi yang mengizinkan saya untuk turut serta dalam membahaskan anggaran perbelanjaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Pertamanya, saya ingin menyentuh berkenaan Butiran 050500 iaitu Kempen- kempen Kementerian, anggaran perbelanjaan bagi tahun 2018 yang lebih kurang RM1 juta.
Saya berpendapat bahawa di bawah kementerian ini saya melihat beberapa perkara yang telah dilaksanakan oleh pihak Yang Berhormat Menteri menjalankan beberapa aktiviti untuk memastikan perlindungan kepada hak pengguna-pengguna dan juga untuk tanggungjawab bagi menjalankan aktiviti perniagaan ataupun urusan jual beli.
Jadi saya melihat dari segi ini, kita dapat melaksanakan sekiranya ada daya kuasa kita sendiri. Kita melaksanakan tanggungjawab maka selain daripada kempen-kempen diperkenalkan iaitu ‘Jangan Lebih-lebih’ kata Yang Berhormat Menteri. Kemudian, ‘Lock On Low’, ‘Jualan Kembali ke Sekolah’ dan macam-macam lagi yang bertujuan tidak lain dan tidak bukan untuk memberi pendedahan kepada para pengguna. Ini yang dilaksanakan. Maknanya kalau dahulu kita dengar kempen-kempen ‘Mencegah Orang Tengah’.
Kemudian kita kempen dari semasa ke semasa untuk memberi rasa tanggungjawab kepada para pengguna. Saya di sini mengambil kesempatan ini bagi memastikan bahawa pengguna itu adalah menjadikan pengguna yang bijak menggunakan harga itu. Oleh sebab kita tahu kartel-kartel ini, pihak-pihak peniaga ini akan sudah pasti mempermainkan harga. Oleh sebab itu kita menggunakan daya kuasa kita sebenarnya selain daripada kementerian sendiri yang melaksanakan tugas seperti yang saya nyatakan dengan kempen-kempen yang telah dilaksanakan.
Oleh sebab itu kadang-kadang kalau kita melihat- saya hendak bertanya juga kepada pihak kementerian. Saya melihat lebih kurang dalam tahun 2016 sahaja 30,000 orang ditipu dalam perniagaan online.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Jadi saya berharap supaya- apakah cadangan pihak kementerian untuk memastikan bahawa kempen urusan perniagaan jual beli ini juga mesti dilaksanakan, mesti memberi kesedaran kepada para pengguna sebab kita lihat pada hari ini beberapa NGOs telah melaksanakan tugas mereka juga dan sebahagian orang ramai juga telah melaksanakan tugas. Akan tetapi bayangkan pada tahun 2016 kita telah mendapat angka lebih kurang 30,000 orang ditipu oleh para pengguna online ini.
Pada saya penggunaan online ini senang sahaja. Sesuatu produk mungkin diperkenalkan dalam seminggu dua sahaja. Selepas itu dia tutup online dia, dia tidak ada penghantaran barang-barang. Jadi ini kena juga melalui N-BOS itu tidak bergantung kepada hanya KPDNKK sahaja melihat perkara itu. Melalui N-BOS juga mesti melihat perkara ini kerana telah berjuta-juta mungkin berbilion ringgit melalui perniagaan online ini telah berlaku sebagaimana yang telah diisytiharkan melalui guna macam-macam yang telah dipermainkan di dalam perniagaan online ini.
Saya hendak pergi kepada butiran seterusnya iaitu ...
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Yang Berhormat Lipis, Sekijang sedikit.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tadi Yang Berhormat Lipis sebut tentang penipuan berdasarkan internet ini yang dikatakan hendak laksanakan N-BOS dengan kementerian.
Boleh tak saya hendak cadangkan dengan Yang Berhormat Lipis supaya N-BOS ini dilaksanakan bersama dengan SKMM dan juga KDN untuk mengenal pasti mereka yang menipu dalam internet ini. Apa pandangan Yang Berhormat Lipis?
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Terima kasih, Yang Berhormat Sekijang. Saya sebenarnya sangat bersetuju. Oleh sebab itu saya katakan melalui N- BOS sebab kalau tidak melalui sedemikian rupa, saya percaya tidak boleh dilaksanakan.
Oleh sebab Kementerian Komunikasi dan Multimedia umpamanya mesti memainkan peranan untuk mengenal pasti. Kalau kita melihat di China umpamanya, dia tidak benarkan Facebook, perniagaan ini online, WhatsApp dan sebagainya. Dia hanya boleh mendaftar sahaja.
Oleh sebab itu mereka boleh mengorak langkah kepada negara yang maju. Kita daftar hanya banyak cerita menipu sahaja khususnya selain daripada perniagaan berbagai-bagai perkara yang kita hanya menipu sahaja. Jadi oleh sebab itu saya kadang- kadang saya isytiharkan diri saya Facebook, WhatsApp, WeChat, Telegram, ini semua kerja buang masa. Oleh sebab itu saya isytihar pada diri saya, saya tidak isytihar kepada orang lain buang masa, duduk berjam-jam tengok. Kita sudah lupa lalai benda-benda lain. Kadang-kadang tengok online berjam-jam.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Ini semua kerja melalaikan sahaja kecuali kita tengok websites yang penting dalam rangkaian kawan-kawan kita yang rapat sahaja. Saya hendak pergi tajuk lain kalau tidak, tidak sempat. Ada lebih kurang lima minit sahaja.
Ada Butiran 010600 iaitu Pengurusan Subsidi Petroleum. Saya berpendapat bahawa hari ini minyak ini adalah harga yang turun naik. Banyak memperkatakan soal minyak pada hari ini. Saya melihat kita mengambil kira harga minyak dunia, pengapungan subsidi dan kedudukan mata wang negara. Walau bagaimanapun, apa yang terjadi disebabkan mungkin juga disebabkan juga saudagar-saudagar minyak dengan mengambil keuntungan di atas setiap liter yang dibeli oleh masyarakat. Setiap kali minyak diumumkan naik persepsi rakyat mesti mengatakan kepada kita, kerajaan tidak pandai mengurus dan sebagainya.
Soalan saya mengenai naik turun harga minyak ini, apakah usaha kementerian dalam menangkis segala persepsi buruk terhadap kerajaan berkaitan harga minyak? Kita hendak perjelaskan dalam Dewan Yang Mulia ini. Biar mereka tahu dulu pihak pembangkang pernah bercakap. Kenapa kita tidak apungkan harga minyak dari minggu ke minggu?
Akan tetapi bila kita lakukan sekarang nampak lebih parah lagi, maknanya lebih parah lagi dari segi ‘kemengataan’ itu kepada kita. Sedangkan kita mengikut, kita menggunakan teori-teori. Mungkin selepas ini Menteri yang bijaksana boleh melaksanakan pula, memikirkan soal bagaimana harga apungan minyak ini sendiri. Oleh sebab itu kita hendak supaya kita teliti betul masalah ini yang melibatkan mingguan ataupun bulanan dalam segi harga minyak itu sendiri.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Oleh sebab itu saya cadangkan supaya kementerian memfokuskan untuk memberi penerangan berkaitan dengan harga turun naik minyak ini. Kita dari segi jawapan Yang Berhormat Menteri ini kalau ada jawapan kita fokuskan biar kita secara live beri tahu kepada rakyat bahawa inilah cara kita menilai harga minyak secara apungan. Oleh sebab kita sudah macam-macam melalui website dan sebagainya tetapi saya tengok inilah yang saya katakan kadang-kadang kita terangkan macam mana pun tetap mereka tidak percaya. Jadi saya mengharapkan supaya kita mesti melaksanakan tugas ini.
Apa yang lebih membahayakan sekarang ini saya melihat di dalam televisyen seumpamanya, dalam televisyen tunjuk secara live- sorry dalam WhatsApp tunjuk secara live, bukan dalam televisyen. Saya betulkan balik, tunjuk secara live mengatakan minyak ini tidak mencukupi dengan apa yang mereka bayar. Sebagai contohnya kalau mereka beli 20 liter tetapi dengan kadar harga yang dia bayar 20 liter minyak itu tidak mencukupi 20 liter. Ini yang sedang di-viral-kan yang diisi dalam tong disukat, di ukur. Saya tengok kadang-kadang ada kebenarannya tetapi mungkin sesetengah stesen minyak sahaja tidak kepada semua stesen minyak.
Akan tetapi ini apakah puncanya? Adakah pam itu rosak? Adakah angin sahaja masuk, minyaknya tidak masuk? Ini juga perlu kita perjelaskan kerana ini telah saya tengok dalam WhatsApp group menjerit-jerit orang itu kata minyak ini tidak cukup. Saya kadang-kadang berfikir adakah ini angin sahaja? Adakah ini memang dipermainkan oleh stesen minyak tertentu? Saya tidak kata stesen minyak mana sebab ini sudah banyak berlaku dalam hal ini. Jadi saya mengharapkan supaya kita dapat pihak kerajaan dari segi penguatkuasaan mesti melakukan perkara ini untuk kita melihat bahawa kita tidak lemah dari segi pengawalan harga minyak ini. Kita mengharap supaya dengan apa yang kita berikan subsidi kepada rakyat itu boleh memberi kesan yang sebenar kepada rakyat.
Kita tahu tidak ada negara yang kos kenaikan harga barang tidak pernah ada yang kita dengar sesebuah negara barang akan turun. Tidak ada. Mesti setiap masa naik kerana kos itu semakin hari semakin naik. Juga kita kadang-kadang keperluan barang- barang import itu juga menyebabkan barang itu naik. Jadi kita melihat dalam hal ini, kementerian mesti memberi penjelasan yang sebenarnya.
Kalau kita pergi kepada Butiran 070200 umpamanya Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 anggaran perbelanjaan lebih kurang RM5 juta. Jadi ini adalah salah satu yang terbaik.
Akan tetapi malangnya kita terpaksa mengambil langkah untuk menambah baik kembali.
Ini sebenarnya boleh memberi kesan kepada masyarakat dari segi pengurangan harga tersebut. Kita kalau boleh KR1M ini kita fikirkan bagaimana kita boleh hendak jadikan pasar raya seperti Giant, seperti TESCO dan sebagainya boleh berdaya saing. Saya melihat kalau betul-betul KR1M ini melaksanakan tanggungjawab mereka dengan barang yang berkualiti, barang yang diminati oleh masyarakat, saya percaya kita boleh selesaikan masalah ini melalui seperti yang saya katakan tadi seperti Giant, TESCO dan sebagainya.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya. Terima kasih kepada pihak Yang Berhormat Menteri. Saya memohon menyokong.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kapar.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya mulakan dengan Butiran 010600 berkenan dengan Pengurusan Subsidi Petroleum.
Pertama sekali saya ingin memaklumkan kepada Dewan Yang Mulia ini bermula dari 2 November hingga 8 November RON95 bernilai RM2.24 manakala RON97 bernilai RM2.54. Setelah 14 hari untuk tempoh masa 16 November 2017 hingga 22 November 2017 nilainya sekarang adalah untuk RON95 RM2.38 seliter dan RON97 RM2.66. Ini apabila kita bandingkan dari Januari sebelum kita balik kepada peletakan nilai untuk mingguan sejak Januari sampai hari ini kita mendapati bahawa ini adalah harga yang paling tinggi untuk RON95 dan RON97 untuk tahun 2017.
Yang Berhormat Menteri pula 18 November telah merekodkan dalam media dengan mengatakan kenaikan harga minyak ini adalah susulan konflik di Asia Barat dan juga telah mengatakan bahawa RM2.38 seliter untuk RON95 masih terendah dalam kalangan negara ASEAN dan meletakkan Malaysia di kedudukan 20 buah negara yang jual minyak pada harga yang terendah.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Saya faham maksud Yang Berhormat Menteri tetapi apabila kita mengetahui kedudukan rakyat sedang menderita kerana pelbagai harga-harga barang yang sedang meningkat termasuk harga petrol ini, penderitaan itu dikaitkan dengan kita hakikatnya adalah sebuah negara pengeluar minyak. Ini menyebabkan tekanan dan persoalan- persoalan yang ditimbulkan mengapa kenaikan harga petrol ini tidak dapat dibendung oleh kementerian.
Saya ingin mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri walaupun kita di bahagian Pakatan Harapan termasuk Yang Berhormat Pandan telah menekankan bahawa kita kena semak harga minyak ini minggu ke minggu tetapi apabila kita perhatikan pandangan beliau secara khusus beliau juga telah menambahkan dengan dua hakikat bukan sahaja menekankan harga ini ikut minggu ke minggu tetapi juga menetapkan harga siling dan kembalikan subsidi minyak kepada rakyat. Tiga cadangan ini telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Pandan tetapi hanya satu sahaja dilaksanakan.
Melalui keratan akhbar yang telah disebarkan oleh Yang Berhormat Pandan ketika itu pada bulan Mac dia telah menekan bahawa hanya dengan menyemak harga minyak mingguan tidak akan membendung masalah ini tetapi dua isu ini perlu dikaitkan sekali. Jika kerajaan menggunakan ketiga-tiga cadangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Pandan mungkin itu boleh membantu. Akan tetapi hanya menyelaraskan satu bahagian dan menyemak harga minyak dari minggu ke minggu tidak dapat menyelesaikan masalah ini.
Saya minta pandangan Yang Berhormat dan komitmen Yang Berhormat adakah kerajaan sedang menimbangkan untuk menetapkan dengan harga siling dan kembalikan subsidi minyak kepada rakyat? Oleh sebab Yang Berhormat ada bagi komitmen bahawa Yang Berhormat pun tahu harga minyak sedang naik dan hendak membawa perkara ini ke Kabinet. Adakah Yang Berhormat sudi juga membawa isu menetapkan harga siling dan mengembalikan subsidi minyak kepada rakyat? Itu yang pertama.
Kedua berkenaan Butiran 030400 Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.
Berkaitan ini saya ada tiga soalan khusus.
Pertama adalah, berapa banyak kes yang telah dibawa kepada tribunal pada tahun 2017 dan yang telah diselesaikan?
Kedua berapa banyak kes di mana pihak yang tidak puas hati dengan award tribunal telah memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi pada tahun 2017?
Ketiga saya ingin mendapatkan contoh-contoh kes yang dirujuk kepada tribunal 2017 pada tahun ini. Tiga contoh yang ketara daripada pengguna yang membawa kes mereka ke tribunal.
Ketiga adalah mengenai Butiran 040300 iaitu Integriti. Ini saya nampak satu lambakkan yang besar daripada RM552,000 kepada RM 1,103,300, emolumen kod objek 10000.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Ini adalah peningkatan hampir 100 peratus. Adakah ini berkait dengan tambahan bilangan jawatan atau mengapa ada penambahan sebanyak 100 peratus? Ini saya minta komitmen daripada Yang Berhormat Menteri untuk menerangkan bahagian butiran ini.
Seterusnya saya ingin masuk kepada Butiran 050600 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS). Yang Berhormat Menteri, tahun lepas kita tidak ada apa-apa peruntukan, tahun ini ada peruntukan sebanyak RM720 juta. Jika ia akan digunakan untuk subsidi minyak saya ucapkan terima kasih tetapi saya juga ingin menekankan apakah tujuan sebenar kerajaan akan menggunakan peruntukan RM720 juta itu. Itu yang pertama.
Kedua untuk pandangan Yang Berhormat Menteri, minyak masak peket satu kilogram khususnya di DUN Layang-layang, Parlimen Simpang Renggam tidak ada bekalan langsung dan tidak dijual. Laporan polis dan laporan KPDNKK Daerah Kluang Johor telah dilakukan pada 20 September 2017 mengenai tiada bekalan minyak masak peket satu kilogram.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Saya secara peribadi telah turun memantau keadaan pada 11 November 2017 dan saya telah mendapati bahawa memang benar tidak ada bekalan langsung peket satu kilogram ini.
Susulan daripada ini, saya ingin dapat komitmen daripada Yang Berhormat Menteri mengapa perkara ini boleh berlaku? Adakah ia berkait dengan isu-isu sampingan yang mungkin diketahui oleh Yang Berhormat Menteri. Adakah memang tidak cukup atau langsung tidak dijual, bukan tidak cukup isunya, langsung tidak dijual.
Saya ada tiga soalan khusus berkaitan dengan minyak masak ini Yang Berhormat. Pertama sekali mengapa bekalan minyak masak paket satu kilogram tiada di DUN Layang-layang Parlimen Simpang Renggam? Mungkin ini di kawasan-kawasan lain saya belum lakukan semakan.
Kedua, adakah siasatan telah dilakukan ke atas pembekal dan pemborong yang sepatutnya menjual minyak masak peket satu kilogram di kawasan DUN Layang-layang.
Saya minta Yang Berhormat Menteri juga memaklumkan secara terbuka kepada Dewan yang mulia ini siapakah pembekal dan pemborong minyak peket satu kilogram khususnya di kawasan DUN Layang-layang, Parlimen Simpang Renggam.
Ketiga apakah pemantauan dan penguatkuasaan yang telah dilakukan oleh KPDNKK sejak laporan polis dan laporan KPDNKK dilakukan?
Saya juga ingin memaklumkan adakah ini berkaitan dengan mungkin penyeludupan dilakukan ke luar negara. Adakah apa-apa informasi yang telah diperoleh oleh kementerian? Jika benar, jika ada, saya minta Yang Berhormat Menteri tolong juga maklumkan kepada kami di Dewan yang mulia ini.
Seterusnya Butiran 060200. Ini adalah mengenai dasar baru khususnya Bantuan Upah Jahit Uniform. Kita akan belanjakan sebanyak RM1,206,706. Saya ada tiga soalan khusus, yang pertama adalah uniform ini untuk siapa dan apakah tujuannya?
Berapa banyak uniform akan disediakan, dan siapakah yang telah menerima kontrak uniform ini?
Seterusnya yang terakhir Tuan Pengerusi adalah berkenaan dengan Butiran 070100 berkenaan dengan Emolumen Pegawai Pemantau Harga. Saya tidak ada masalah bila kita memberikan emolumen untuk pegawai-pegawai ini tetapi yang saya ingin tekankan adalah dulu tidak ada, ini dasar baru bermaksud Yang Berhormat Menteri kena terangkan berapa ramai Pegawai Pemantau Harga yang terlibat? Nombor satu.
Kedua, bagaimana Pegawai Pemantau Harga ini dibezakan dengan FOK iaitu, dengan izin, Friends of KPDNKK.
Ketiga, sebelum ini kita pun ada Pegawai Pemantau Harga, bagaimana mereka diberi bayaran? Adakah ini berbeza dengan dasar baru ini? Apakah efficiency Pegawai- pegawai Pemantau Harga ini? Apakah yang mereka telah lakukan? Apakah kes-kes mereka telah dirujuk dan diselesaikan oleh kementerian? Itu sahaja Tuan Pengerusi.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, saya tidak akan panggil habis, saya akan panggil Yang Berhormat Menteri menjawab sebelum pukul 7.30 malam nanti. Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas di peringkat Jawatankuasa Anggaran Perbelanjaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Butiran 050400 – Program 1Malaysia 1Harga, Butiran 030400 – Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, Butiran 050500 – Kempen-kempen Kementerian juga Butiran 070200 – Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0.
Saya memuji langkah dan tindakan serta inisiatif KPDNKK yang memperkenalkan sembilan pendekatan yang memanfaatkan pengguna bagi menangani kenaikan kos sara hidup iaitu Kedai Harga Patut, Kedai Rakyat 1Malaysia, Karnival Jualan Mega, Jom Kembali ke Sekolah termasuk Kad Siswa, pemantau harga, penyeragaman harga, skim penstabilan harga minyak masak dan sebagainya.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Perkara yang saya ingin bahaskan hari ini ialah berkenaan dengan Program 1Malaysia 1Harga yang merupakan inisiatif kerajaan di bawah National-Blue Ocean Strategy. Inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar dan pedalaman bertujuan untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup bermula sejak Februari 2013 lalu. Ia juga merupakan kaedah untuk menyeragamkan harga barangan patut bersubsidi iaitu gula dan sebagainyalah termasuk barangan keluaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA) dan sebagainya.
Kita sedar bebanan penduduk luar bandar yang meningkat dan terpaksa membayar dengan lebih tinggi untuk mendapatkan barangan keperluan dan menerusi Program 1Malaysia 1Harga ini kita dapat melihat bahawa usaha yang baik ini dapat diteruskan.
Jadi dalam pada itu, mungkin kah kementerian boleh memaklumkan kepada Dewan ini adakah pihak-pihak tertentu terutama peniaga-peniaga yang tidak mematuhi atau tidak mengikut apa yang kerajaan laksanakan ini. Untuk itu berapakah jumlah peniaga yang mungkin enggan menurunkan harga melalui program-program ini jika ada?
Apakah tindakan yang diambil oleh kementerian? Apa pula perancangan yang dibuat kepada peniaga-peniaga khususnya di kawasan luar bandar yang tidak mematuhi mengikut apa yang kerja baik yang kementerian lakukan.
Jadi saya percaya perkara ini boleh dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Saya tengok Menteri pun serius, tolak mikrofon hendak dengar betul-betul, jadi boleh jawab sekalian. Kemudian perkara lain ialah kita juga dapat lihat dengan adanya aplikasi paparan harga yang dibangunkan oleh kementerian. Ini satu lagi pendekatan yang baik juga untuk memberi kemudahan kepada masyarakat mendapat maklumat mengenai kedai runcit dan restoran yang menjual harga patut. Adakah data daripada kementerian tahap penggunaan? Ramai kah yang menggunakan aplikasi yang diadakan oleh pihak kementerian?
Kemudian saya juga ingin sebut antara isu dan pemasaran yang sering dan berlaku mutakhir ini berkenaan dengan penjualan barangan secara online yang didapati sering juga berlaku penipuan dan melibatkan wang Ringgit dan juga barang tiruan. Apa pendekatan kementerian dalam soal ini?
Kemudian menerusi Tribunal Tuntutan Pengguna, apakah tindakan yang akan diambil bagi peniaga yang melakukan kesalahan-kesalahan berulang kali berkaitan dengan tindakan-tindakan yang mereka telah dikenakan. Ini kerana berdasarkan data yang ada sebanyak 3,921 kes penipuan dalam talian yang dilaporkan, data yang saya adalah. Mungkin Yang Berhormat Menteri ada data yang lebih tepat dan terkini. Jadi apakah tindakan-tindakan ini untuk mengelakkan kes-kes yang berkaitan dengannya.
Tuan Pengerusi saya juga hendak menyebut tentang Kedai Rakyat 1Malaysia.
Ini satu langkah yang cukup baik, langkah terpuji oleh pihak kementerian. Saya percaya apabila kita sudah laksanakan Kedai Rakyat 1Malaysia sebelum ini dan kita membuat pembaharuan pula kali ini, ini satu pendekatan yang baik.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Saya yakin atas keupayaan kementerian, tentu kita telah melihat apa kesan kebaikan dan kelemahan yang kita buat sebelum ini dan pembaharuan akan dibuat dalam program-program yang akan datang. Cuma Yang Berhormat Menteri, kawasan kita border bukit sahaja, buat kedai satu sebelah sini, anak-beranak Yang Berhormat juga. Di Lenggong, ada satu Kedai Rakyat 1Malaysia sebab sebelum ini hendak dibuat kedai yang berkaitan tetapi oleh sebab ada masalah, tertangguh dan saya minta untuk dilaksanakan KR1M 2.0 itu di kawasan saya, yang tempat pun ada. Kalau hendak buat esok, insya-Allah saya boleh siapkan tempat untuk Yang Berhormat Menteri untuk laksanakannya.
Apa pun, saya percaya dengan keadaan hari ini, cabaran besar kepada kementerian ialah bagaimana mahu menangani isu-isu berkaitan dengan kos sara hidup ini. Mungkin ada kesan tentang turun naik harga minyak hari ini. Ini juga satu lagi cabaran besar kepada kementerian, selain daripada usaha yang hendak ditangani oleh Kementerian Kewangan, apakah langkah-langkah terkini dan perancangan yang pihak kementerian hendak lakukan bagi menghadapi situasi yang tidak menentu dalam soal kenaikan dan penurunan harga minyak ini?
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Kita tak boleh jangkakan ia akan naik berterusan, mungkin juga ia bersifat sementara, sudah tentu ini cabaran yang memang bukan senang hendak buat. Saya percaya orang macam Larut ini boleh lakukannya tetapi kita hendak tahu apa yang ingin dan akan dilakukan oleh kementerian. Ini kerana perkara ini tentu akan memberi kesan kepada usaha-usaha dan perkara lain. Jadi, itu sahaja yang saya hendak sebut dan saya ucapkan terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya hanya ingin menyebut beberapa perkara sahaja. Pertamanya, mengenai Butiran 050600 - Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS). Di sini diberikan sejumlah RM720 juta, satu jumlah yang besar berbanding dengan tahun lepas tidak ada diperuntukkan. Ertinya, tentulah ini kerana mengambil kira mengawal harga supaya pihak pengguna dapat memanfaatkan harga yang lebih rendah kerana kita pun sebuah negara yang menghasilkan minyak masak ini.
Jadi, sebarang isu yang timbul mengenai keberadaan minyak masak dalam pasaran dengan harga yang munasabah akan menjadi satu hujah bagi lawan kita, musuh-musuh kita yang berada di negara-negara Barat, contohnya. Jadi, kita kena selesaikan isu ini dalam negara kita. Kita ada mendengar penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai penggunaan minyak masak yang melebihi daripada jangkaan.
Dijangka minyak masak sepatutnya digunakan dalam tempoh sebulan 40,000 tan tetapi akhirnya menjadi 85,000 tan. Ertinya, berlaku pertambahan lebih 100 peratus daripada jangkaan kita. Jadi, persoalannya ke manakah perginya minyak-minyak masak ini?
Adakah ianya telah dibawa keluar daripada negara ini, ke negara jiran?
Ini kerana kita dimaklumkan penyeludupan komoditi seperti ini masih lagi berlaku. Ini bukan sekadar menggambarkan kegagalan pihak penguasaan di sempadan tetapi menunjukkan kelalaian sehingga menyebabkan berlaku catuan bagi pengguna tempatan untuk membeli minyak masak ini di kaunter-kaunter kedai kita.
Jadi soalannya, adakah kementerian sedar dan saya yakin kementerian sedar dan apakah langkah-langkah yang akan diambil atau sedang diambil oleh kementerian bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku? Supaya kita tidak perlu memberikan sebarang peruntukan yang terlalu besar kalau sudah harganya ada dan berada barangan itu di pasaran, ianya tentu memudahkan pengguna kita. Saya rasa ini antara tugas penting bagi kementerian ini.
Kedua, yang saya hendak bangkitkan ialah mengenai Butiran 070000 - One-Off, Butiran kecil - 070200 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0. Kita semua sedia maklum bahawa Program Kedai Rakyat 1Malaysia ini telah ditangguhkan untuk disusun semula model perniagaannya. Ini pun kita telah bangkitkan di dalam peringkat Dasar. Cuma setelah dua minggu ini berlalu, kita hendak bertanya. Kalaulah model perniagaan yang asal iaitu memberikan tanggungjawab kepada satu syarikat sahaja untuk melaksanakannya dan satu syarikat ini sahaja yang menanggung kerugian, itu yang di kompelin oleh syarikat ini kerana mereka menanggung kerugian.
Apakah model baru yang sedang dirangka dan dicadangkan? Kita dimaklumkan bukan hanya satu syarikat yang akan menjadi pembekal tetapi banyak syarikat. Jadi, berapa banyak syarikat dan bagaimana? Adakah ianya kini ialah untuk mengajak lebih banyak syarikat menanggung rugi tetapi dalam jumlah yang kecil atau apa? Saya harap ianya bukan merupakan satu rahsia yang tidak boleh didedahkan supaya kita dapat menilai. Mungkin dengan cadangan yang disebut oleh Menteri, kita di Dewan ini boleh memberikan cadangan-cadangan balas supaya kita akan dapat suatu konsep atau suatu kaedah perniagaan yang lebih baik.
Ketiga dan terakhirnya Tuan Pengerusi, tidak lah merupakan satu perbelanjaan yang besar, Program 1Malaysia, 1Harga. Saya rasa konsep ini baik supaya kita dapat mengelakkan adanya differential harga di antara wilayah-wilayah di dalam negara kita ini. Khususnya, di antara Semenanjung dan juga di Sabah dan Sarawak. Oleh sebab kita telah menghapuskan sistem kabotaj pengimportan ke Sabah dan Sarawak, jadi sudah tentu harganya tidak boleh jauh berbeza.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Saya mengambil contoh, di antara Bandar Kuala Krai dengan sedikit pedalaman, tidak jauh, lebih kurang 80 kilometer daripada Kuala Krai, di Dabung. Jadi, harga barangan yang sama, termasuklah minyak petrol akan melambung naik kerana dijual secara runcit-runcit, secara botol, dalam botol.
Ini tidak dapat membantu keselesaan rakyat di luar bandar seperti di Dabung, di kawasan-kawasan yang jauh daripada pusat membeli belah. Di Dabung tidak ada pam minyak, bukan sahaja tidak ada balai bomba, saya hendak bangkitkan dalam sesi tadi tetapi tak dapat peluang. Pam minyak tidak ada, harga barang semuanya dinaikkan harga. Jadi, bagaimana agak kaedah bagi kementerian untuk mengatasi price differential yang terlalu menonjol ini, yang menyusahkan rakyat. Jadi, itu sahaja Tuan Pengerusi, mohon penjelasan.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, sudah habis ya. Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 010500 - Penguatkuasaan.
Isu harga sekarang menjadi satu isu yang sangat panas, yang selalu dibincangkan dan banyak juga rakyat terkeliru apa yang menyebabkan harga naik.
Seperti yang kita hendak dengar, sedikit penjelasan berkenaan dengan demand and supply. Bila barang itu tak cukup, maka harga akan naik. Kita cerita tentang ikan, saya dengar bahas tadi tentang ikan, kalau cuaca tak baik, maka ikan tak banyak, harga akan naik.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Kalau bulan Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Sama juga dengan durian, sekarang durian tengah banyak.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Masa bulan mengambang pun tak ada ikan Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
[Ketawa] Sekarang durian tengah banyak, baru hendak mula, harga sangat mahal tetapi kalau durian sudah berlambak-lambak, tambah pula kalau masuk bulan puasa, harga durian pun jatuh. Jadi, jelas satu ialah demand and supply, caranya mudah. Kita kena tolong orang yang tak dapat pergi ke laut, kerajaan kena tolong. Orang yang tak dapat pergi menoreh umpamanya, kerajaan kena tolong.
Akan tetapi kita kena fikir juga bagaimana untuk mempelbagaikan sumber- sumber pendapatan ini. Perkara yang kedua ialah tentang peningkatan harga minyak yang juga dibincangkan. Ini juga merupakan rentetan yang akhirnya kepada harga barang yang akan naik.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Harga minyak bukan salah kerajaan. Harga minyak ini ikut harga pasaran dunia.
Kalau harga naik sekarang ini sudah USD60 satu tong, maka harga akan naik. Kita mengharap pasaran dunia ini akan berubah dengan faktor-faktor yang tertentu. Jadi bila naik ini yang kerajaan kena fikir tentang rakyat. Saya memanglah- Bagan Serai juga berpendapat bahawa kerajaan kena fikir bagaimana rakyat janganlah sangat terbeban.
Kalau boleh capai- sekarang ini peningkatan 2.38, kalau dia boleh capai naik lagi, kerajaan kena fikir. Adakah kerajaan akan memberikan subsidi untuk membantu ataupun membantu rakyat dengan menolong share pembayaran ini umpamanya. Hal ini yang kerajaan kena fikir. Oleh sebab apa, untuk menolong mengurangkan beban rakyat.
Akan tetapi perkara yang saya ingin tekankan sekarang ini ialah tentang penguatkuasaan. Saya ucapkan tahniah kepada KPDNKK yang membuat program kawal harga dan sebagainya. Akan tetapi yang penting sekali ialah sebenarnya bukan kawal harga itu sebab harga memang payah hendak kawal. Apa yang penting sekali ialah harga yang adil. Adil untuk penjual, adil untuk pembeli dan tidak ada monopolistic dan juga harga barang-barang yang dikawal oleh kerajaan. Apa yang kita bimbang ialah penipuan- penipuan yang berlaku.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Hari ini Tuan Pengerusi, saya bimbang, saya ada dengar cerita tentang penipuan minyak ini. Hari ini ada yang cerita dekat saya, dia boleh ukur dengan tong dia cakap. Apabila bila minyak umpamanya katakanlah saya bagi satu contoh RM2.50 satu liter, dia beli 10 liter ataupun dia beli RM25, tetapi ukuran pada tong tidak sama. Apabila dia isi minyak untuk 25 liter untuk RM10 untuk RM25, dia tidak akan dapat 10 liter ataupun dia pergi ke kaunter, dia beli harga 25 liter, maka harga itu akan naik.
Jadi ini yang kita minta bahawa penguatkuasaan kena lebih jelas. Hal ini kerana benda-benda ini boleh berlaku. Hal ini kerana apabila orang telah terdesak ataupun orang ada akal hendak menipu, dia akan mengambil kesempatan dan sebagainya terutama- saya tidak tahulah kalau di kampung-kampung payah hendak jadi, tetapi kalau di bandar ini mudah jadi kerana orang pun tidak ada masa hendak check. Jadi penguatkuasaan ini kena kuat.
Tahniah kepada KPDNKK, ada penguatkuasaan. Mungkin kena tambah lagi staff, mungkin kena tambah lagi peruntukan untuk buat kerja macam ini dan betul-betul check. Hal ini kerana kita bimbang juga apabila penguatkuasaan datang check, mereka sudah adjust. Benda ini adjustable-lah. Saya pasti benda ini adjustable dan jadi elok.
Pada masa-masa yang lain, dia akan naikkan balik. Jadi bagaimana kerajaan hendak fikirkan benda ini? Jadi tentang penguatkuasaan ini penting. Satu isu yang sangat penting apabila penguatkuasaan diperketat, diperkuatkan, maka saya pasti juga harga juga dapat di-control dan penipuan tidak akan berlaku.
Jadi Tuan Pengerusi, ini perkara penting yang saya Bagan Serai hendak cakapkan, ia tentang Butiran 010500 - Penguatkuasaan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kulai.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan berucap lima minit dan lima minit bagi Yang Berhormat Stampin ya [Ketawa] Terima kasih.
Butiran 050400 - Program 1Malaysia 1Harga. Saya hendak merujuk kepada jawapan daripada Menteri yang bertarikh 24 Oktober 2017 kepada Ahli Parlimen Kota Melaka yang menyebutkan bahawa kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM106.37 juta bagi kos pembangunan KR1M di seluruh negara bagi menjadikan pengendalian KR1M lebih berdaya saing.
Akan tetapi sekarang kita semua tahu bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia di seluruh Malaysia ini sedang ditutup sementara sejak September tahun ini. Jadi saya hendak tanya, sama ada RM100 juta ini yang telah dibelanjakan ini telah dibazirkan.
Bagaimana kita hendak pastikan bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 ini akan berjaya?
Jadi saya hendak tanya satu persoalan, minta Menteri berikan sebab-sebab kenapa Kedai Rakyat 1Malaysia ini gagal? Kita perlu tahu apakah punca kegagalan barulah boleh kita memastikan bahawa kegagalan tersebut tidak berulang kembali. Jadi ini adalah soalan pertama.
Kedua, saya hendak sentuh tentang Butiran 040900 - PDNKK Negeri. Saya sebenarnya pada sidang Parlimen yang lalu, saya telah membangkitkan satu isu tentang sebuah syarikat yang bernama Syarikat Sunner Group International Berhad di mana saya rasa mereka menjalankan modus operandi yang menipu orang awam untuk memberi wifi vending machine.
Saya sekali lagi membangkitkan isu ini dalam bentuk ucapan penangguhan pada 15 November 2017 dan jawapan yang saya terima masa itu ialah Timbalan Menteri yang menjawab saya adalah kajian telah dibuat ke atas semua 63 laporan polis yang dikemukakan dan mendapati bahawa pertama, aduan ini tidak boleh diambil tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna kerana pengadu bukan pengguna end-user, tetapi pemberian yang dibuat lebih untuk tujuan perdagangan.
Kedua, elemen jualan langsung sukar dibuktikan dengan jelas dan terdapat isu traceability modus operandi panggilan telefon kerana pihak telco hanya menyimpan rekod panggilan bagi tempoh tiga hingga enam bulan. Ketiga, siasatan ke atas syarikat turut dijalankan dan mendapati bahawa syarikat berkenaan tidak menjalankan modus operandi jualan langsung.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Jadi kesimpulan yang saya terima daripada Timbalan Menteri sebenarnya kes ini perlulah merujuk kepada pihak polis untuk mengambil tindakan. Saya rasa jawapan ini cukup mengecewakan kerana beberapa hari dahulu ada pengadu di Johor yang menerima panggilan telefon daripada PDNKK Negeri yang minta pengadu-pengadu itu memberi maklumat kepada PDNKK Negeri kalau syarikat tersebut, Sunner Group International Berhad mengadakan sesi taklimat di negeri Johor lagi kerana PDNKK Negeri Johor hendak pergi ke sana untuk membuat serbuan.
Jadi saya rasa shocked walaupun saya amat menghargai inisiatif yang diambil oleh PDNKK Negeri Johor ini, tetapi nampaknya jawapan daripada Timbalan Menteri dan juga respons yang saya terima daripada PDNKK Negeri ini banyak berbeza. Walaupun Menteri ataupun Timbalan Menteri cakap mengatakan bahawa kes ini, aduan terhadap Sunner Group ini perlu dirujuk kepada pihak polis, tetapi di PDNKK Negeri Johor mereka sudi untuk mengambil tindakan terhadap syarikat ini.
Sebenarnya saya pun pernah baca daripada surat khabar bahawa PDNKK pernah membuat serbuan terhadap syarikat-syarikat sebegini yang menjual wifi vending machine dan pernah confiscated ataupun menyita wifi vending machine tersebut. Jadi saya tidak faham kenapa apabila saya membentangkan satu ucapan penangguhan pada 15 November 2017, jawapan yang saya terima daripada Timbalan Menteri adalah kes ini bukanlah di bawah bidang kuasa kementerian tetapi perlu dirujuk kepada KDN.
Jadi saya di sini hanya hendak meminta bantuan daripada Menteri yang hadir pada hari ini untuk menyiasat kes ini kerana setakat ini lebih daripada 80 laporan polis telah dibuat dan jumlah yang terlibat adalah melebihi RM3 juta jika ikut jawapan daripada Menteri Dalam Negeri Jadi saya minta bantuan dan perhatian daripada Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, tiada yang bangun?
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Ada. Stampin. Boleh?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Saya akan panggil Yang Berhormat Pasir Puteh, selepas itu Yang Berhormat Parit Sulong. Kemudian Menteri menjawab, yang lain minta maaf Yang Berhormat.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Stampin bolehkah? Lima minit.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya Yang Berhormat Dungun, bukan Yang Berhormat Pasir Puteh. Ya, Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Pertama dalam Butiran P.13005 - Pembangunan Koperasi. Hal ini kerana koperasi seluruh negara dilaporkan ada lebih daripada 13,200 buah dan ada koperasi yang maju, berdaya saing dan mampu memberikan pulangan modal yang besar kepada ahli-ahli koperasi yang menyertai pelaburan yang dilaksanakan yang saya bahagikan kepada koperasi yang sihat. Ada koperasi yang sakit, yang hidup segan mati tidak mahu.
Apakah usaha-usaha bagi memulihkan koperasi yang tenat dan sakit ini?
Ketiga, ada koperasi yang mati, yang tidak beroperasi. Apa usaha-usaha yang diambil oleh pihak kementerian untuk melihat kepada permasalahan yang sebenar yang berlaku kepada koperasi yang telah mati ini yang terpaksa ditutup supaya tidak berjangkit kepada koperasi-koperasi yang sakit.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun
Dalam koperasi yang maju ini, sektor pembinaan biasanya mendatangkan pulangan yang besar kepada koperasi yang menyertai sektor yang melibatkan perumahan.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun
Akan tetapi dalam suasana hari ini, bagaimana koperasi akan meneruskan usaha-usaha kerana kita melihat jumlah rumah-rumah yang tidak dapat dijual yang menyebabkan bagaimana kementerian merancang untuk memberikan nasihat kepada koperasi-koperasi yang menyertai sektor ini yang walaupun merupakan koperasi yang maju dan berdaya saing.
Di antara yang saya hendak minta supaya diberikan perhatian ialah kepada dua koperasi iaitu koperasi tentera dan juga koperasi polis supaya diperkasakan kerana kita dapati ada anggota-anggota tentera setelah mereka pencen ataupun anggota-anggota polis setelah mereka pencen, terpaksa bertugas. Tidak menikmati hari-hari tua mereka pencen kerana pulangan daripada apa yang mereka dapati daripada pencen mereka tidak memungkinkan mereka untuk terus menikmati hari dengan tidak bekerja maka terpaksa dicari kerja lain.
Oleh kerana itu, ada koperasi-koperasi yang memberi pulangan yang besar dalam apa yang mereka boleh perolehi daripada hasil 10 peratus. Ada yang beri dividen untuk setahun, menunjukkan bahawa kalau kita perkasakan koperasi polis dan tentera ini sekurang-kurang ia boleh memberi pulangan kepada anggota-anggota tentera dan polis setelah mereka pencen kerana ada sedikit sumbangan daripada usaha-usaha yang dilakukan melalui koperasi mereka.
Saya juga ingin untuk merujuk jika boleh, kementerian memberikan satu direktori kepada jumlah koperasi yang ada yang masih aktif supaya- saya difahamkan di tiap-tiap Parlimen ini ada pegawai-pegawai yang menguruskan hal ehwal koperasi dan kita boleh merujuk untuk kita melihat supaya kita menjadikan koperasi-koperasi yang maju sebagai satu rujukan yang boleh kita ambil pelajaran daripadanya.
Saya mengambil contoh Koperasi Iskandar Malaysia Berhad yang baru ditubuhkan pada 14 November 2014, IMCoop. Operasi wilayah Iskandar Malaysia, tumpuan kepada tiga teras strategik, yang saya tengok sangat bagus. Pertama ialah golongan yang miskin dan memerlukan. Maknanya ada focus group-nya.
Kedua, pembangunan negara terutama di Iskandar Malaysia. Yang ini kalau boleh kita libatkan koperasi supaya menyertai peringkat yang sampai kepada tahap pembangunan negara. Ketiga, membantu memajukan kebajikan rakyat Johor. Ini yang saya maksudkan ialah fokus yang tersendiri.
Dalam kegiatan yang dicadangkan dalam tempoh tiga tahun iaitu mewujudkan 150 rangkaian kedai harga patut di beberapa lokasi Iskandar Malaysia. Ini menunjukkan bahawa kalau kita boleh tingkatkan pembangunan koperasi ini, ia akan memberikan satu manfaat yang sangat besar kepada ekonomi dan sosial masyarakat.
Kemudian pada Butiran 010700- Delivery Management Office yang dalam anggaran 2017, RM10,720,000 tetapi dalam anggaran 2018, RM722,700 sahaja. Satu pengurangan jumlah yang sangat besar, sedangkan kalau kita melihat kepada fungsi yang disebut, merancang dan melaksanakan 12 projek National Key Economic Area di bawah sektor pemborongan dan peruncitan dan lima projek National Key Result Area iaitu NKRA, kos sara hidup yang melibatkan aktiviti mesyuarat, lawatan, seminar, latihan, harga barang dan lain-lain. Ini mengapa pengurangan sangat banyak sedangkan fokus utama kepada kementerian ini ialah melihat kepada kos sara hidup kerana harga barang yang tidak menentu yang terpaksa pembeli-pembeli yang melibatkan harga yang tidak menentu turun naiknya.
Kedua ialah kerana kejatuhan nilai ringgit kita dan kerana perbelanjaan rakyat yang tinggi dengan sebab kos sara hidup ini dan juga pulangan pendapatan yang tidak berapa yang diperolehi mereka. Sepatutnya NKRA kos sara hidup ini diberikan perhatian.
Jadi apakah dapatan-dapatan yang telah ditemui oleh pihak kementerian dan apakah penyelesaian kepada kos sara hidup rakyat? Kemudian yang akhir, 060100 – Perolehan Peluru. Ini adalah one-off anggaran baru 2018, RM500,000.
Saya percaya ini melibatkan penguatkuasaan pegawai-pegawai yang mungkin kerana risiko yang ada, yang terpaksa dibekalkan tetapi saya juga perlu mohon kepada kementerian untuk kita melihat bukan sahaja kepentingan kepada perolehan peluru ini tetapi ada lagi perkara-perkara lain yang melibatkan pegawai-pegawai kita ini mesti dilindungi ketika mereka menjalankan tugas kerana ini adalah untuk kepentingan rakyat.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya terus kepada Butiran 020100 – Pembangunan Koperasi. Kita maklum bahawa sistem koperasi ini sebenarnya sudah alam wujud di negara kita tetapi ia lebih berunsur kepada kecil-kecilan.
Tuan Pengerusi, ini orang sebelah saya ini, mengacau sahaja. Tidak boleh.
Suruh dia jangan, pandang sebelah sana. Okey. Ekoran jaminan keuntungan yang terhad...
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Tidak ada point itu.
Tidak ada point itu. Point tidak ada.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Jadi susulan daripada itu, saya juga hendak mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian apabila kerajaan...
[Disampuk]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Setiawangsa bangun, Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Oh, tidak ada. Tidak ada.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Apabila kerajaan melancarkan Dasar Koperasi Negara 2011-2020 oleh Perdana Menteri, ia menunjukkan komitmen kerajaan untuk mengiktiraf gerakan koperasi sebagai satu wadah yang menyumbang, yang sangat berkesan kepada pembangunan ekonomi negara.
Jadi sehubungan daripada itu, soalan saya adalah, apakah langkah yang diambil oleh kementerian untuk memperluaskan lagi penglibatan masyarakat dalam aktiviti koperasi dan bukan hanya menggalakkan koperasi peringkat masjid tetapi kita ada persatuan, PIBG-PIBG. Yang ada sekarang koperasi sekolah tetapi sekarang ini kita juga ada, kita maklum bahawa kita juga ada PIBG selain daripada koperasi sekolah itu.
Keduanya, soalan saya, apakah inisiatif kerajaan melalui kementerian sebagai satu galakan kepada bumiputera untuk mewujudkan dan mengembangkan koperasi sebagai satu cabang perniagaan?
Seterusnya soalan saya ialah berapakah jumlah keseluruhan koperasi yang berada di daerah Batu Pahat dan juga kawasan Parlimen Parit Sulong? Daripada ini juga, bagaimanakah pihak kementerian dan apakah langkah-langkah yang dibuat oleh pihak kementerian dalam usaha untuk meningkatkan lagi aktiviti koperasi di kawasan Parlimen Parit Sulong ini, bukan hanya tertumpu kepada mungkin usahawan kecil-kecilan itu, mungkin dia boleh pergi ke tempat yang lebih jauh sebab dia ada satu koperasi yang saya tengok mungkin boleh menjadi contoh yang boleh digunakan oleh pihak kementerian yang fokus kepada perniagaan travel, dengan izin.
Seterusnya soalan saya, saya juga minta kementerian juga memaklumkan berapakah jumlah koperasi wanita sebab saya dapat tahu ada berapa koperasi wanita yang telah diwujudkan. Saya juga minta supaya Yang Berhormat memberi contoh koperasi wanita yang berjaya, yang boleh menjadi ikon. Apakah jenis perniagaan mereka? Bagaimanakah kementerian mengukur kejayaan ini dan apakah lagi yang boleh dibuat oleh pihak koperasi untuk membantu koperasi-koperasi wanita ini untuk pergi bukan hanya fokus dalam negara tetapi juga pergi ke luar negara.
Seterusnya soalan saya- dimaklumkan apabila ada penubuhan koperasi, dia ada geran yang diberikan terhadap mana-mana koperasi yang diwujudkan. Adakah masih ada lagi geran ini? Bagaimanakah koperasi boleh memohon untuk mendapatkan geran-geran yang diberikan?
Seterusnya 010200- Industri Perkhidmatan. Dalam dunia tanpa sempadan ini, kita maklum trend sekarang ini adalah lebih kepada perniagaan atas talian terutama di kalangan peniaga-peniaga muda yang cenderung menjadikan perniagaan ini sebagai satu punca pendapatan sama ada tetap ataupun sambilan. Lagi satu modalnya rendah.
Jadinya operasi hanya memerlukan komputer dan seseorang boleh memulakan perniagaan. Soalan saya berkaitan ini adalah apakah dari segi aspek keselamatan, apakah cara yang kementerian buat untuk memastikan barangan yang ditempah melalui atas talian ini adalah bukan barangan terlarang?
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Oleh sebab, bila kita bercakap mengenai online business ini, kita sukar untuk mendapatkan- tadi banyak saya mendengar rakan-rakan yang lain ada menyatakan mengenai penipuan yang menggunakan perniagaan atas talian. Jadinya, apakah pihak kementerian, cara untuk memantau, adakah barangan itu barangan larangan kah, tidak kah? Adakah barangan yang dijual itu memberi ancaman kepada keselamatan negara kah? Jadinya, bagaimana kementerian memantau perkara ini?
Kemudiannya, soalan saya sebab kerajaan perlu untuk menggalakkan masyarakat untuk menceburi perniagaan atas talian ataupun online business, bagaimana aspek pemantauan dan juga penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh pihak kementerian? Agar perniagaan ini tidak hanya untuk kepentingan certain pihak sahaja.
Adakah ianya- kita tidak mahu perniagaan atas talian ini memberi mudarat kepada pengguna.
Oleh kerana tujuannya untuk mengelakkan penipuan ketika membuat transaksi secara online. Adakah pemantauan dari segi cara pembayaran itu dan dengan meningkatkan lagi tahap keselamatan yang berniaga secara online dan juga cara untuk mengelakkan barangan palsu. Akhirnya, apa yang saya bangkitkan ini untuk memastikan bahawa daripada luar, apabila dia berkata mengenai barangan Malaysia, dia akan memastikan- kita perlu memastikan bahawa barangan Malaysia ini berkualiti, boleh dipasarkan sehingga peringkat antarabangsa dan bagaimana kementerian boleh dapat membawa persepsi ini terhadap pengguna. Terima kasih.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
...Habiskan tiga minit itu.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sudah buat keputusan Yang Berhormat. Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengucapkan terima kasih kepada sesiapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan beberapa isu di kementerian saya ini.
Pertamanya, saya hendak jelaskan beberapa perkara yang telah pun dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Selangor bertanyakan beberapa isu tentang bagaimana hendak kita tentukan supaya ramai daripada peniaga-peniaga asing yang menjual atau berniaga di sini dapat kita banteras.
Kerajaan melalui N-BOS bekerjasama dengan banyak agensi lain seperti polis, Imigresen sebagainya dan juga local government untuk menentukan bahawa segala license yang dikeluarkan itu selepas ini dapat kita turun ke bawah dan memantau segala masalah yang telah pun dilakukan oleh peniaga-peniaga. Terutamanya yang tidak mempunyai lesen, daripada peniaga-peniaga daripada negara asing.
Tentang kawalan harga barang atau one-stop center di seluruh pasar-pasar awam ini. Saya hendak jelaskan kepada Yang Berhormat Kuala Selangor, bahawa ini telah pun kita lakukan. Memang kita ada khas kan beberapa pegawai kita kebanyakannya di pasar-pasar awam dan ini telah pun kita lakukan selama beberapa tahun. Tentang KR1M 2.0, bilakah akan dilaksanakan? Saya hendak maklumkan bahawa kita sedang melakukan penambahbaikan ini.
Maka, sebab itu ramai daripada Ahli-ahli Yang Berhormat membangkitkan isu, jadi biar saya jawab kan sekali tentang KR1M 2.0 ini. Apa yang kita hendak pastikan adalah supaya business model yang selama ini yang dilakukan oleh peniaga sebelum ini tidak lagi diguna pakai dan kita menggunakan model yang baru. Model baru ini adalah untuk menentukan supplier nya daripada kalangan manufactures atau mereka yang boleh supply kepada kita ini, kita berikan beberapa insentif yang diperlukan. Seperti AP untuk mereka import barang-barang yang kita rasa mampu untuk- jadi kita boleh jual dengan lebih murah daripada apa yang dilakukan. Jadi, tidak melalui mana-mana orang tengah dan kita hendak pastikan supaya ia dapat kita lakukan dengan lebih baik.
Keduanya, kita berikan peluang kepada lebih ramai untuk berniaga dalam negara kita ini. Jadi, tidak dipunyai oleh satu operator tetapi banyak operator yang ada dalam negara kita. Jadi, ia seperti model petrol station, ia kita boleh buka dan kita dapat supply daripada the main supplier yang akan kita uruskan nanti.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Semuanya dipunyai oleh owner operator yang akan menentukan bahawa barang-barang itu cukup supply. Ia boleh hantar kepada pengedar-pengedar yang telah pun kita tetapkan untuk memastikan segala jumlah barangan yang dihantar itu mencukupi untuk kawasan-kawasan yang ditentukan.
Yang Berhormat Kuala Selangor, saya ucap terima kasih kerana telah melakukan sesuatu yang baik untuk membantu kita untuk menjual barang-barang dengan lebih murah seperti penjualan ikan segar beku yang banyak dilakukan buat masa ini. Saya ucapkan tahniah dan syabas, insya-Allah ini juga akan kita lakukan bersama apabila kita menubuhkan KR1M 2.0 nanti.
Bagi soalan yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang. Saya hendak jelaskan Yang Berhormat Klang. Memang kerajaan sedang menimbangkan permohonan melalui compulsory license di bawah seksyen 49(1)(a), Akta Paten dengan syarat berikut. Pertamanya, tiada pengeluaran yang dilakukan dalam negara kita.
Keduanya, tiada produk paten yang diproses di Malaysia dalam pasaran tempatan. Sekiranya ada, ia dijual dengan harga yang mahal, maka kita boleh mengambil kaedah compulsory license ini. Kita boleh laksanakan apabila permohonan telah kita usahakan untuk memohon kepada pemilik paten untuk menurunkan harga dan ia tidak berjaya, maka kita akan mengambil beberapa tindakan seperti compulsory license yang boleh digunakan oleh kerajaan.
Jadi, sekarang ini memang betul seperti Yang Berhormat katakan tadi, sudah pun beberapa ubat-ubat yang ada dalam negara kita yang kita rasakan perlu untuk kita pastikan boleh kita turunkan harga, kita bincang dan telah pun kita ambil tindakan melalui akta tersebut.
Manakala, tentang kajian sektor farmaseutikal yang dijalankan oleh pihak suruhanjaya baru-baru ini, MyCC. Kajian sedang pun kita jalankan dan dalam peringkat akhir draf. Dua sesi telah pun kita lakukan consultancy dengan beberapa pihak. Insya- Allah apabila kita sudah diselesaikan nanti akan kita umumkan kepada public sama ada melalui website ataupun bolehlah Yang Berhormat tulis surat dan kita akan berikan maklumat yang dengan lebih jelas lagi. Adakah kerajaan bercadang untuk kita menggunakan PPH ataupun pegawai pemantau harga bagi mengawal harga barang selain memantau harga ini? Saya hendak jelaskan, untuk kes ini kita tidak lakukan kerana mereka ini berperanan untuk mendapatkan maklumat barang keperluan pengguna dan tidak mengikut harga barang-barang daripada farmaseutikal items.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Ya.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat, saya telah membuat beberapa kajian berkaitan dengan kanser ataupun barah. Kita dapati bahawa Malaysia is facing a huge cancer crisis, di mana kita dapati satu daripada 10 lelaki akan mendapat kanser dan satu daripada sembilan wanita akan mendapat kanser. Kajian daripada pihak swasta ataupun academic swasta mengatakan bahawa satu daripada empat rakyat Malaysia akan mendapat kanser.
Saya juga telah berjumpa dengan- banyak orang berjumpa dengan saya berkaitan dengan harga ubat kanser. Kita dapati bahawa patent medicine untuk kanser terlalu expensive, harganya terlalu tinggi. So, saya hendak tahu adakah kerajaan akan menggunakan compulsory licensing untuk menurunkan harga ubat kanser ini supaya orang ramai dapat hidup another 15 years dan sebagainya. Oleh sebab this is a major problem that is happening dan kita terpaksa respons kepada masalah ini atau tidak rakyat, Malaysia, banyak orang akan mati, itu satu.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Kedua, kita dapati kalau kita banding harga di Malaysia dan harga ubat di Australia, harga di Malaysia terlalu expensive terlalu tinggi untuk ubat yang sama. Hal ini kerana di Australia harga itu dikawal tapi di Malaysia kita mengikut pasaran bebas.
Macam mana harga ubat yang sama, boleh ada dua harga di lain negara? Perbezaannya bukan lima sen, dua puluh sen. Sebanyak 30 peratus sampai 148 peratus perbezaannya.
So, ini bermaksud bahawa rakyat Malaysia dimangsakan secara kita jual harga itu terlalu tinggi. So the free market doesn't work for the operation of price control, Yang Berhormat.
Minta pandangan Yang Berhormat.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih, Yang Berhormat. Pertamanya, tentang harga ubat-ubatan untuk penyakit kanser itu sedang kita bincang dengan Kementerian Kesihatan dan kita akan ambil tindakan yang sewajarnya seperti yang kita lakukan tentang ubat Hepatitis C. Ianya terpaksa mengambil masa sedikit kerana kita terpaksa membincang dengan the patent owner dan sebaginya ya, insya-Allah.
Tentang ubat-ubat yang dibandingkan dengan di Australia ini, saya rasa bolehlah Yang Berhormat hantar surat dengan saya apa ubat-ubatnya. Ini kerana ubat ini ada segala macam ubat yang ada. Ada juga ubat yang kita keluarkan dalam negara kita dan lebih murah daripada yang dijual di Australia. Jadi kita tidak boleh ambil pukul keliling tentang ubat, saya minta Yang Berhormat tulis, bagi tahu dengan saya insya- Allah from time to time saya akan bandingkan dan kita akan bincang dengan Kementerian Kesihatan ya, Yang Berhormat. Terima kasih.
Tentang cadangan daripada Yang Berhormat Lipis, tentang secara N-BOS kita lakukan kempen kesedaran mengenai penipuan perniagaan ini, saya ucapkan terima kasihlah. Memang betul banyak perkara yang kita lakukan, kita lakukan secara N-BOS.
Oleh sebab itu kalau kita perhatikan daripada jumlah bajet yang diberikan kepada kita ini, banyak kita kurangkan kerana kita buat secara bersama dengan agensi-agensi yang lain.
Tentang penggunaan masalah online, saya hendak jelaskan sedikit di sini bahawa, bila masalah yang dilakukan hari ini, kita terpaksa mengambil maklumat dan detail yang dikenal pasti oleh Unit Khusus Siasatan Internet dan Forensik KPDNKK. Kita lakukan ini dan setelah dikenal pasti pemeriksaan secara fizikal oleh Unit Tindakan Khas ini, kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut Akta Timbang dan Sukat 1973 sebagai contoh dan banyak lagi akta-akta yang ada di bawah kita untuk kita pastikan, segala apa yang berlaku bukan hanya online business tetapi juga segala perkara-perkara yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu akan kita ambil tindakan ya, Yang Berhormat.
Tentang apa yang dibangkitkan tentang subsidi minyak yang dibangkit oleh Yang Berhormat. Saya hendak jelaskan di sini, sebenarnya hari itu lagi saya sudah bagi tahu, kerajaan tidak ada bagi subsidi secara keseluruhannya- kita tidak bagi subsidi minyak ini. Hanya kepada beberapa kumpulan sahaja yang kita berikan.
Pertamanya, kepada nelayan dan beberapa syarikat-syarikat fleet transportation yang diberikan seperti ambulans, van jenazah dan beberapa kumpulan- kumpulan yang kita berikan. Selainnya, tidak ada subsidi minyak, yang penting kepada kita biarlah kita sedar bahawa harga minyak ini mengikut pasaran dunia. Bila kita kata mengikut pasaran dunia, ada juga setengah-setengah yang sebelah sana itu mengeluarkan viral hendak membandingkan harga crude oil yang ada pada hari ini dengan apa yang kita jual.
Apa yang kita jual hari ini adalah mengikut Means of Platts Singapore (MOPS) yang kita lakukan ini dan harga ini adalah berbeza dengan crude oil yang dikeluarkan oleh banyak agensi-agensi di seluruh dunia. Sebenarnya apa yang kita lakukan adalah untuk kita memastikan rakyat memahami bahawa apabila kita beli minyak yang telah pun diproses ini bukanlah boleh sewenang-wenangnya kita tukarkan menjadikan harga satu liter, kerana kita juga ada Automated Price Mechanism (APM) yang kita lakukan untuk kita berikan sedikit keuntungan kepada dealers, kepada oil companies mengikut segala apa keperluan yang kita rasa mesti untuk mereka dapat menjadikan industri ini satu industri yang boleh membantu keseluruhan masyarakat yang ada dalam negara kita.
Apabila ini sudah pun kita lakukan, barulah kita benarkan sesuatu harga itu kita jadikan harga apungan tiap-tiap minggu. Ini adalah untuk memastikan harga apungan setiap minggu ini, ada mengikut turun naik harga minyak dunia yang dipasarkan. Itulah yang kita lakukan dan bukan kita ambil kira dengan sewenang-wenangnya dan kita terus umumkan tidak benar kerana APM yang telah pun kita berikan semua rakyat yang dalam negara termasuklah juga Yang Berhormat Pandan tahu kedudukan APM yang telah pun kita umumkan kepada semua jelas.
Jadi itulah dan kadar itulah kita kena melihat kadar mengikut currency ketika itu.
Bukan hari ini yang kita kira, tetapi currency yang telah pun kita kira adalah minggu lepas sebagai contoh. Hal ini kerana harga yang kita dapat itu adalah mengikut minggu yang sebelumnya apabila kita umumkan untuk minggu kali ini. Jadi...
Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Ya, hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Sekejap. Kalaupun harga itu ada turun naik ianya adalah harga turun naik yang kita ikut dari segi jumlah harga pasaran dunia, currency dan juga mengikut APM yang telah pun kita umumkan pada seluruh rakyat.
Yang Berhormat Pandan dulu.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya hanya ada satu soalan yang sangat mudah iaitu Yang Berhormat Menteri sedia maklum dan juga industri sedia maklum bahawa kita terpaksa merujuk kepada Means of Platts Singapore (MOPS) kerana kerajaan tidak dapat maklumat mengenai kos yang dibelanjakan ataupun yang ditanggung oleh syarikat-syarikat minyak yang membekalkan petrol dan diesel itu daripada minyak mentah kepada refinery, dengan izin, penapisan, margin refinery-nya dari segi harga logistiknya dan lain-lain, maka cara yang mudah ialah dengan merujuk kepada satu harga yang dilaporkan mengikut pasaran.
Jadi soalan dan juga saya mohon pandangan Yang Berhormat Menteri, oleh sebab kita sangat terkesan kepada turun naik harga dan nilai mata wang Ringgit kepada Dollar dan pada masa yang sama ketidaktentuan harga minyak mentah dunia itu akan terus berlaku untuk tempoh sepuluh, 15 tahun akan datang dan itu ditetapkan di dalam Dollar, tidakkah kementerian akan mempertimbangkan untuk mendapat kerjasama syarikat-syarikat minyak supaya di bawah satu kerahsiaan di antara kerajaan dan juga syarikat-syarikat minyak, kos ini dibekalkan oleh syarikat-syarikat minyak supaya kita boleh mengurangkan kesan turun naik kadar mata wang?
Jadi kos kalau dia ambil minyak daripada tapis, kita purata kan, kalau dia ambil dari Saudi dan sebagainya, kita tahu refinery margin dia berapa, dengan izin, kita tahu logistik kos dia. Jadi paling kurang, kalaupun kita akan terus terdedah kepada turun naik harga minyak mentah dunia, tetapi kita berjaya melindungi pengguna daripada inflasi yang diimport akibat tukaran mata wang seperti yang berlaku sekarang. Mohon pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Yang Berhormat Pasir Gudang tadi.
Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak minta penjelasan dan tambahan sedikit pada Yang Berhormat Menteri ini. Terima kasih di atas penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi, cuma saya hendak minta Yang Berhormat Menteri kalau boleh huraikan dekat luar sana, ada yang telah disebar luaskan melalui social media beberapa negara yang kononnya mereka bukan pengeluar minyak, tetapi menjual minyak dengan harga lebih murah. Hari ini kita juga perlu satu jawapan kerana kalau dulu Yang Berhormat Pandan ini, dia cakap ikut minyak sekejap bulanan, sekarang sudah ubah pula ikut mingguan. Jadi apa penjelasan, Yang Berhormat Menteri?
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Terima kasih Tuan Pengerusi. Adakah tidak kerajaan menimbangkan semula kaedah penentuan harga minyak ini?
Umpamanya, kita meletakkan siling USD65 minyak mentah. Makna, kerajaan akan campur tangan setelah harga melepasi USD65 atau USD70, satu keadaan yang munasabah. Di bawah itu, kerajaan tidak campur tangan, biar industri yang menentukan harga minyak.
Jadi, tidaklah kita tentukan mingguan macam pasaran saham dan menjadi bahan tertawa, bahan mainan masyarakat. Saya rasa kita harus tentukan USD70, atas kerajaan akan interfere atau bagi subsidi. Bawah pada itu, biar industri yang menentukannya. Satu kadar yang kita rasa akan membebankan rakyat, macam Yang Berhormat Pandan cakap tadi. Kadar yang boleh menyebabkan kesan inflasi, imported inflation dan sebagainya. Jadi, saya rasa ini keadaan yang lebih munasabah, pendekatan yang lebih munasabah bagi negara kita yang terdedah kepada ekonomi bebas. Terima kasih.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Tuan Pengerusi, saya hendak jelaskan.
Pertamanya, seperti apa Yang Berhormat Pasir Gudang katakan. Bahawa Yang Berhormat Pandan ini, dia tahu yang kita import sebab itu dia pun gunakan tadi. Kalau kita import minyak daripada Saudi Arabia, jadi dia pun tahu kita import. Apa yang dia mengatakan, “Kita mengeluarkan semua, jadi tidak ada import”, semua ini tidak betul.
Actually, dia sendiri pun faham. Cuma dia hendak putar belitkan seperti apa yang selalu dia katalah, itu kerja dia. Mesti dia kelirukan rakyat, itu kerja dia.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Saya tanya soalan mudah sebab Yang Berhormat Rompin jawab tadi itu ialah mengulangi apa yang saya sebut selama ini.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Okeylah, saya...
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Kementerian Kewangan bersetuju dan telah pun keluarkan kenyataan. Jadi, lebih baik Yang Berhormat Menteri tumpu kepada jawapan yang terus, tanpa kita main politik Yang Berhormat Menteri, ramai orang tengok.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Jadi, saya hendak jelaskan Yang Berhormat Pandan. Kalau kita sudah tahu kita import, sebab itu saya sudah kata, kalau kita sudah import, kita sudah tahu kita gunakan kaedah MOPS itu. Oleh kerana semua orang akan tahu tidak ada perkara yang kita selindungkan. Seperti Yang Berhormat kata, kerahsiaan yang hendak kita lakukan, tidak ada. Oleh sebab apabila gunakan MOPS tadi, semua orang akan tahu. Kaedah harga yang sebenarnya, yang kita akan guna.
Keduanya, tentang nilai mata wang. Semua orang akan tahu kerana itu juga jelas dan senang untuk kita buat perkiraan.
Jadi, kalau kita tidak mempolitikkan isu ini, tidak timbul masalah. OIeh kerana banyak negara seperti juga Yang Berhormat Pasir Gudang kata tadi. Sebenarnya memang kita ini daripada negara yang kalau 20 buah negara yang terendah itu, kita salah satunya. Ini membuktikan bahawa banyak negara lain yang menjual dengan harga yang lebih tinggi daripada kita. Sepatutnya kita berterima kasih kerana langsung kita tidak menyusahkan rakyat dengan menentukan bahawa kadar kita ini, kita berikan yang paling minimum yang mampu kita berikan. Saya gunakan ayat ini, ‘yang mampu kita berikan’.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun
[Bangun]
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Oleh sebab? Oleh sebab apa saya katakan kaedah mampu ini kerana kita kena juga sedar seperti Yang Berhormat Rompin beritahu, kalau terlampau sangat tinggi nanti kaedah yang sepatutnya kita berikan, biarlah kita letakkan harga siling. Saya hendak maklumkan di sini...
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Sudah banyak cara, kaedah yang cuba untuk kita cuba lakukan. Hari ini yang kita gunakan ini adalah satu kaedah yang terbuka.
Sepatutnya semua dapat memahaminya. Akan tetapi apabila harga naik begitu ketara sekali, yang menyebabkan harga minyak mingguan itu sudah naik tujuh sen. Apabila tujuh sen, ianya lebih tinggi dari yang sebelumnya.
Saya hendak maklumkan, pada 30 Mac apabila saya umumkan ini, saya telah menjangkakan paling tinggi yang ia akan naik ketika itu saya sudah kata, kemungkinan lebih kurang average tujuh sen atau lapan sen. Saya sudah jelaskan kepada rakyat. Oleh sebab itu kalau kita semua tidak mempolitikkan, kita tahu ia naik tujuh sen, insya-Allah minggu ini, insya-Allah. Kalau ia turun, berapa saya tidak boleh hendak umumkan. Jadi, ini menunjukkan bahawa ia ada turun dan naiknya.
Kalau Yang Berhormat Kapar tadi kata bahawa sebenarnya telah naik begitu tinggi. Saya hendak maklumkan, mekanisme yang saya lakukan pada 30 Mac RM2.30.
Apabila kita umumkan hari ini RM2.38, baru lapan sen naik daripada bulan Mac yang umum, apabila kita umumkan mekanisme secara mingguan yang kita lakukan untuk RON95.
Jadi, ini menunjukkan bahawa kita tidak ada perkara-perkara yang kita selindung, tidak ada perkara yang kita rahsiakan. Apa yang pasti kita lakukan adalah apabila sampai waktunya, apabila kita merasakan seperti Yang Berhormat Rompin kata, harganya begitu tinggi sekali. Insya-Allah, saya sendiri mengaku seperti Yang Berhormat Kapar kata, saya akan bawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri untuk mencari bagaimana cara untuk kita membantu rakyat yang ada dalam negara. Hal ini kerana Kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa berhemah untuk menguruskan ini, insya-Allah.
Untuk isu lain yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lipis yang mengatakan pam mungkin rosak. Saya hendak maklumkan, ini kita telah pun mengambil tindakan dan kita telah pun menghantar untuk kita periksa stesen minyak tersebut, yang berlaku di negeri Perak, di Ipoh, di Gopeng sebenarnya. Kita dapati memang ada kesalahan yang dilakukan dan kita telah pun mengambil tindakan.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Tentang KR1M. Saya juga hendak jelaskan KR1M ini kerana ramai yang telah pun bangkitkan. Saya sudah maklumkan tadi bahawa KR1M ini– tadi yang telah pun saya jelaskan bahawa ia akan diberikan penambahbaikan. Insya-Allah, akan saya umumkan tidak lama lagi dan akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Apa yang pentingnya kepada kita, kita lakukan penambahbaikan. Insya-Allah, untuk membantu rakyat. Tentang soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lenggong, saya berjanji kita akan buka satu di Lenggong nanti. Terima kasih.
Yang Berhormat Kapar ada membangkitkan tentang beberapa isu. Pertamanya, tentang bilangan pegawai pemantau harga. Buat masa ini kita hanya ada 1,033 orang di seluruh negara. Bagaimana PPH dibezakan dengan FOK? PPH ini pegawai kontrak yang kita lantik, manakala FOK ini is only Friends of KPDNKK. Bagaimana mereka dibayar?
Mereka dibayar secara kontrak. Bagaimana pula keberkesanannya? Alhamdulillah, buat masa ini mereka dapat membantu kita dari segi mengutip data tentang harga.
Pertamanya, analisis tentang trend harga bagi mengesan perubahan harga di pasaran, analisa perubahan harga atau price alert yang kita lakukan.
Ketiga, dipaparkan melalui aplikasi Price Catcher yang baru sahaja kita buat masa ini, belum dilancarkan dengan secara terbuka tetapi sudah pun dimulakan.
Soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, berapakah– Yang Berhormat Parit Sulong ada bertanya, berapakah mereka yang telah menggunakan Price Catcher ini? Buat masa ini, hanya lebih kurang 5,000 pengguna telah pun menggunakannya. Tentang peningkatan emolumen di bahagian Integriti.
Pada Mac 2016, perjawatan di bahagian Integriti adalah lapan orang tetap, 10 jawatan secara pentadbiran. Pada Januari 2017, JPA telah meluluskan waran perjawatan B1 sebanyak 18 jawatan. Oleh itu, terdapat peningkatan emolumen di bahagian Integriti daripada RM552,000 kepada RM1,103,300. Namun, urusan ini tidak melibatkan sebarang pertambahan kepada emolumen di KPDNKK kerana mengguna pakai jawatan yang sedia ada.
Tentang tribunal yang disoal oleh Yang Berhormat Kapar. Jumlah kes yang difailkan di Tribunal Tuntutan Pengguna bagi tahun 2017 sehingga 17 November ialah 4,155 kes tuntutan semuanya.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Jumlah semakan kehakiman bagi tahun 2017, saya akan berikan secara bertulis kerana kita tidak ada angka di sini. Contoh kes tuntutan yang difailkan, contoh kes yang di failkan di tribunal ini pertama pembelian barangan dan perkhidmatan atas talian atau online. Kedua, pakej percutian seperti umrah dan ziarah. Ketiga, baiki kereta di bengkel-bengkel kereta dan juga pengubahsuaian rumah dan banyak lagi. Itulah contoh- contoh yang ingin saya berikan.
Tentang bekalan minyak masak, ini saya hendak jelaskan tentang bekalan minyak masak yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar. Apa yang Yang Berhormat Menteri kedua maklumkan kepada kita bahawa pada tahun 2016 dan sebelum ini memang betul jumlah yang dikeluarkan sama dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dungun. Jumlahnya 85,000 metrik tan sebulan. Itu yang dikeluarkan pada tahun 2016.
Kemudian, akhir tahun tersebut saya mengambil alih daripada kementerian lain dan kita rationalize-kan kerana kita merasakan bahawa 85,000 metrik tan sebulan itu terlampau tinggi angkanya. Penggunaannya kita ambil kita dari segi consumption-based, pengiraan tiap-tiap seorang hanya lebih kurang satu setengah kilo yang boleh digunakan sebulan.
Jadi kalau kita kalikan dengan 30 juta hanyalah 45,000 metrik tan dan kita berikan tambahan 10 peratus. Sepatutnya tidak melebihi 50,000 metrik tan. Maka sebab itu angka yang diberikan, penambahan yang diberikan dahulu kepada kita adalah sesuatu yang dipertanggungjawabkan daripada kementerian MPIC kepada kementerian kita. Ini yang sebenarnya dilakukan dan kuota minyak masak setakat ini mencukupi.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Akan tetapi sekiranya ada tempat-tempat yang berlaku kurang seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar, saya ingin Yang Berhormat berikan detail-nya di mana tempatnya supaya kita boleh pastikan sebab apa yang kita lakukan penambahbaikan ini adalah apabila kita berikan kepada re-packers untuk beberapa kawasan yang tertentu, kita hendak supaya dia memberitahu kepada kita di manakah kedai-kedai yang dihantar kerana mungkin satu kedai tiada tetapi kedai di sebelah lagi ada dan sebagainya.
Oleh sebab itu kita hendak pasti supaya Yang Berhormat Kapar buat tinjauan itu bukan hanya satu kedai tetapi kawasan keseluruhan di situ. Kalau tidak mencukupi maklumkan kepada kita insya-Allah kita akan ambil tindakan kepada supplier atau re- packers yang menghantar di kawasan tersebut. Kepada...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat Menteri
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kapar bangun Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Ya.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri dan Dewan yang mulia ini, saya bukan memantau satu kedai. Saya memantau beberapa kedai dan perkara ini sudah berlaku sejak Ogos 2017 dan keadilan cabang di Simpang Renggam pun telah turun padang satu persatu kedai mereka cari.
Semasa Deepavali pun tiada minyak satu kilogram, terpaksa beli dekat Skudai.
Saya boleh bagi perincian sebegini. Masalah yang saya bangkitkan Yang Berhormat Menteri mungkin kita kena semak pemborong yang ataupun penjual di kawasan tersebut. Oleh sebab untuk sekian lama tiga bulan kita tiada minyak masak satu paket ini dan di setiap kedai ini adalah sesuatu yang luar biasa. Ini bukan sahaja pemantauan tetapi kawalan.
Saya juga telah bangkitkan bertemu dengan beberapa orang ada juga yang membawakan ada kemungkinan- mereka tanya soalan. Adakah kemungkinan minyak masak diseludup. Itu yang saya minta tadi Yang Berhormat Menteri sebut kaji balik ada tidak apa-apa aduan diterima. Aduan tentang ini telah diletakkan di KPDNKK di Daerah Kluang, Yang Berhormat Menteri boleh semak terima kasih.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya akan ambil tindakan sewajarnya selepas ini. Esok saya akan hantar penguat kuasa seluruh kawasan tersebut untuk memastikan sama ada masalah ini masih lagi berlarutan ataupun tidak. Itu mungkin satu ketika waktunya saya tidak tahu. Jadi untuk tidak menjadi masalah yang lebih besar saya akan hantar pegawai-pegawai kita untuk turun di kawasan tersebut, ya Yang Berhormat.
Tentang apa yang dibangkit oleh Yang Berhormat Lenggong. Beberapa isu telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lenggong pertamanya tentang harga 1Malaysia 1Harga dan juga aplikasi harga patut price catcher yang telah pun saya jelaskan tadi.
Sebebarnya 1Malaysia 1Harga ini kita lakukan untuk pastikan beberapa item yang kita jual di Sabah dan Sarawak sama harganya dengan di Semenanjung. Ianya tepung, gula dan tidak berapa banyak items lain tepung, gula dan beras sahaja yang kita hendak pastikan ianya mencukupi. Begitu juga dengan minyak masak supaya harganya sama lebih kurang dengan di Semenanjung.
Tentang penjualan secara online, penipuan telah pun saya jawab tadi. KR1M juga telah saya jawab tadi.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Tentang turun naik harga minyak telah pun saya jawab tadi. Cuma kalau ada beberapa perkara yang saya mungkin terlupa hendak mencatatkan Yang Berhormat boleh tanyakan dengan saya semasa...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Yang Berhormat Menteri sedikit pertanyaan tadi
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Yang Berhormat Kuala Krai belum lagi tunggu lah.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Oh, ingat sudah habis tadi. Tidak, tentang harga 1Harga 1Malaysia itu sementara berada di topik itulah...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Okey apa dia?
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Selain daripada differential harga di antara Semenanjung dan Sabah Sarawak, bagaimana dengan pertanyaan kita mengenai antara kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman dan juga kawasan urban ada perbezaan. Apa tindakan yang boleh dibuat oleh kementerian? Terima kasih.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat. Kebanyakan daripada kawasan-kawasan di Semenanjung ini kita tiada program 1Malaysia 1Harga tetapi ada juga kawasan-kawasan tertentu yang begitu pedalamannya sebab kita ingin bantu sesetengah kawasan ada. Jadi kalau Yang Berhormat merasakan kawasan ini perlu dibantu, boleh hantar cadangan kepada saya. Saya hantar pegawai-pegawai untuk membuat kajian. Kalau terpaksa kita bantu di kawasan tersebut akan kita lakukan.
Tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai yang inilah seperti di Dabong ini mungkin Yang Berhormat boleh buat tinjauan dan akhirnya hantar kepada kita tentang kajian Yang Berhormat sendiri boleh kita gunakan untuk kita membantu rakyat keseluruhannya Yang Berhormat.
Kemudian, Yang Berhormat Bagan Serai ada tanyakan tentang penguatkuasaan di stesen minyak perlu dilaksanakan bagi memastikan isi padu tepat bagi setiap nilai jualan minyak. Memang betullah kita telah pun melantik satu syarikat untuk memastikan segala mesin pam dan sebagainya mesti mengikut peraturan yang telah pun kita adakan. Pam dispenser ini perlu ditentukan semula apabila tamat tempohnya dan kita lakukan tiap-tiap tahun dan boleh ditentukan semula pada bila-bila masa apabila pemilik alat mendapati pam dispenser di stesen minyak itu tidak tepat. Ini boleh kita perbetulkan pada bila-bila waktu yang kita rasa perlu untuk mereka lakukan.
Manakala, Yang Berhormat Kulai tentang adakah seratus juta telah dibazirkan untuk KR1M asal ini? Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Kulai sebenarnya yang Yang Berhormat Kulai bangkitkan adalah 1Malaysia 1Harga lain dengan KR1M 2.0 ada perbezaannya di situ. Manakala KR1M yang dahulu model yang lama yang telah kita selesaikan isu itu dan kita akan buat isu yang baru mengikut model yang baru iaitu KRIM 2.0.
Insya-Allah saya jangkakan ianya tidak memberi satu angka yang boleh merisaukan kita semua kerana kaedahnya adalah memberi beberapa inisiatif-inisiatif yang kita bantu mereka bagi mereka membawa masuk barang-barang daripada luar negara seperti bawang, ubi kentang, banyak, cabbage semua ini kita berikan semua secara lebih mudah untuk mereka bawa masuk tanpa menggunakan orang tengah.
Insya-Allah ini boleh mengurangkan harga barang-barang yang dijualkan dalam KR1M 2.0 nanti.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Manakala isu Sana Group ini, saya akan cuba untuk mendapatkan maklumat yang terperinci tentang isu ini apa yang telah pun dijawab oleh Timbalan Menteri saya tempoh hari. Walau bagaimanapun, saya hendak maklumkan sekiranya mereka yang melakukan ini benar-benar melakukan kesalahan mengikut akta yang ada di bawah kementerian saya kita selalunya akan mengambil tindakan. Jadi, saya akan cuba untuk melihat kembali akan isu ini dan saya akan bincang semula dengan Yang Berhormat apabila saya dapat maklumat itu nanti.
Tentang Yang Berhormat Dungun yang membangkitkan isu koperasi ini. Saya hendak maklumkan, kita akan cuba bawa akta yang baru. Kalau boleh dalam sesi ini nanti tidak lama lagi. Akan tetapi, kalau tidak sempat sesi yang akan datang kita akan cuba bawa. Kita hendak mengubah akta koperasi ini supaya tidak menyekat, menyusahkan dan menyulitkan koperasi untuk membangun dengan lebih besar.
Kita hendak supaya koperasi ini dibandingkan dengan syarikat-syarikat yang di bawah penyeliaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Suruhanjaya Syarikat Malaysia banyak kebebasan yang diberikan tetapi apa yang perlu adalah untuk mereka comply dengan sesuatu seperti corporate governance dan sebagainya. Kita berikan input-input dan kita melalui advocacy yang kita berikan supaya ahli lembaga pengarah yang dilantik nanti adalah mereka yang bertanggungjawab, yang tahu bagaimana untuk menguruskan koperasi-koperasi.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Jadi, peluang-peluang yang ada insya-Allah apabila semua akta yang baru ini telah pun kita luluskan ini insya-Allah dalam Dewan ini nanti mudahlah untuk koperasi- koperasi itu dikawal selia mengikut tahap masing-masing. Yang baru dilantik kita menggunakan kaedah-kaedah untuk mengajar mereka. Yang sudah pun besar dan bebas, kita berikan kebebasan untuk mereka boleh bersaing bukan hanya dalam negara tetapi juga di luar negara. Manakala mereka dalam pertengahan itu kita tentukan berapa perkara-perkara yang perlu mereka laporkan kepada SKM untuk memastikan tidak ada penipuan, tidak ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku di dalam urusan koperasi- koperasi tersebut. Yang Berhormat Dungun.
Manakala, akhirnya Yang Berhormat Parit Sulong minta supaya saya maklumkan tentang jumlah koperasi wanita yang berjaya. Saya tidak ada angka buat masa ini Yang Berhormat Parit Sulong. Jadi, saya beri maklumat secara bertulis. Sama ada geran masih lagi ada atau tidak, selalunya kita tidak beri geran sebegitu sahaja. Saya ada beberapa sektor yang kita berikan keutamaan. Insya-Allah kalau Yang Berhormat mahukan beberapa geran, terpulanglah.
Saya perhatikan tentang Kertas Kerja yang dihantar kepada kita tersebut kalau kita merasakan ini adalah sektor yang kita perlukan dan akan kita bantu mengikut keperluan-keperluan yang tertentu. Pertama, sama ada koperasi tersebut benar-benar mampu untuk membangunkan apa sahaja perancangan yang mereka hendak lakukan.
Jadi, kita tidak bagi dengan sewenang-wenangnya seperti dahulu. Insya-Allah kalau geran ataupun permohonan Yang Berhormat tentang koperasi yang kita rasa mampu untuk dipertingkatkan, kita insya-Allah akan meluluskan geran-geran tersebut.
Tuan Pengerusi, saya mengucapkan banyak terima kasih itulah kepada semua Ahli Yang Berhormat. Kalau ada perkara-perkara yang saya terlupa insya-Allah akan saya jawab secara bertulis. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,347,679,800 untuk Maksud B.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Tuan Pengerusi. Saya mencadangkan belah bahagi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Apa dia Yang Berhormat?
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Saya mencadangkan belah bahagi.
[Lebih 15 orang Ahli bangun minta diadakan belah bahagi]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya. Saya kena lihat 15 orang dahulu. Ya. Oleh kerana melebihi 15 orang bangun meminta diadakan belah bahagian, maka mengikut Peraturan Mesyuarat 46(4), saya memerintahkan supaya satu belah bahagian diadakan sekarang.
Setiausaha, sila bunyikan loceng selama dua minit.
[Loceng dibunyikan]
[Dewan berbelah bahagi]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
[Pengundian dijalankan]
[Dewan riuh]
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Berikut adalah keputusan belah bahagi untuk kementerian ini:
Ahli-ahli yang tidak mengundi, 2 orang...
[Tepuk] Ahli-ahli yang tidak bersetuju, 51...
[Tepuk] Ahli-ahli yang bersetuju, 52...
[Tepuk]
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli Pembangkang: Tipu, tipu, tipu....
[Dewan terlalu riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
[Wang sebanyak RM1,347,679,800 untuk Maksud B.25 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM90,158,800 untuk Maksud P.25 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2018 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM90,158,800 untuk Maksud P.25 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2018]
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Kementerian seterusnya Kementerian Kerja Raya. Kepala Bekalan B.27 dan Kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya terbuka untuk dibahas...
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bintulu.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kementerian Kerja raya.
Tuan Pengerusi, saya mahu masuk Butiran 08280 – Pembinaan Jalan-jalan (I), 09260 – Naik Taraf Jalan-jalan (II), 09280 – Membina Jalan-jalan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Is it possible BN tak menipu- satu hari boleh tak? Satu hari saja lah. Just one day jangan menipu...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Masalah mengenai isu Lebuhraya Pan Borneo, memang ini perkara saya ada persoalkan dalam sesi yang lepas mengenai isu keselamatan.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Shame on you also. Why are you shouting?...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Itu hari saya terima jawapan daripada kementerian...
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Tak tipu bukan BN.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Satu hari tak tipu boleh tak BN?
Satu hari saja. Tak payah tipu satu hari.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Pergi lah balik ramai-ramai! Tak setuju boleh pergi balik ramai-ramai!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
BN ketagih tipu!
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Teruskan Yang Berhormat Bintulu. Duduk Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Point of order.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Pengerusi. Pengiraan
ini satu konspirasi jahat. Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Point of order, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Bintulu.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bintulu, duduk dulu, point of order.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Pengerusi, Peraturan Mesyuarat 47.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Parlimen pun tipu!
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Pengerusi, point of order berkenaan dengan belah bahagi yang telah pun dilakukan tadi. Tuan Pengerusi, apa yang berlaku tadi adalah satu complete mockery of this House.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Which part of it?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
47(2).
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
47(2)?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yes. The whole of it actually. Apa yang berlaku tadi Tuan Pengerusi, adalah penyalahgunaan proses Dewan yang mulia ini. Kita semua dapat lihat apa yang berlaku. Saya hendak minta kepada Tuan Pengerusi, adakah peraturan-peraturan yang digunakan tadi di mana dalam masa kita buat undi, tidak ada kekurangan tiga atau empat daripada Barisan Nasional. Proses itu dilengah-lengahkan.
Boleh kita semak semula senarai itu?
Tuan Pengerusi, why was it allowed to happen? Kenapa ini berlaku di dalam Dewan Rakyat ini? The whole world is watching. Ini apa yang berlaku di sini. You can’t have justice in this Dewan. Tuan Pengerusi cannot control this proceedings here. Allow other people to come, delay the session and then, to win by one vote. With due respect Tuan Pengerusi,...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Are you done?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
...Was it not an abuse of the rules of this House?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Okey 47, 41, belah bahagi memang telah dibuat. 47(1), 47(2). Ia tidak mengatakan bahawa ada time frame. Time frame bunyi loceng dua minit. Kemudian ia tidak mengatakan bahawa ada time frame orang yang lambat masuk tidak boleh dikira. Ia tidak tercatat dalam tu Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ada dalam 3. 3 dinyatakan dengan jelas, every Member present. Present!
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat dah tandatangan diberikan ke hadapan tidak boleh diberi balik.
Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Orang sembahyang lah tadi dekat surau! Tak kan lah tak boleh! Keputusan belum buat! Apa ni!
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kapar duduk. Ya, 47(3) setiap Ahli yang hadir...
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Dia tak sembahyang lah! Dia datang lewat!
Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Lu cakap baik sikit.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat diam, Yang Berhormat.
Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Jangan tunjuk...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Harap jangan guna agama sebagai alasanlah ya. Jangan guna agama sebagai alasanlah.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Kalau tidak setuju...
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Saya last one from the surau. I came out from the surau just now.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
If the rules are such you follow the....
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli Barisan Nasional, diminta diam.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Shah Alam, kalau tidak setuju boleh baliklah.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Baliklah!
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Shah Alam kalau tidak setuju baliklah, Yang Berhormat Shah Alam. Kalau tidak setuju baliklah.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang
Apa benda...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pendang, duduk Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Lenggong, duduk.
Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang
Apa macam orang gila.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Kalau nak tipu, janganlah tipu.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Saya meneliti Peraturan Mesyuarat 41, Peraturan Mesyuarat 42 dan Peraturan Mesyuarat 43, tiada pelanggaran yang dibuat, Yang Berhormat. Jadi tiada pelanggaran. Soal dia lambat masuk itu, soal lambat masuk berlaku. Di sini pun berlaku dulu sebab tidak ada had masa ditentukan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bangun]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Ya, sama saja.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Betul! Betul!
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Pengerusi, apa yang berlaku Tuan Pengerusi...
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Sini tidak ada berlaku.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
...Proses ini dilengahkan. Proses ini dilengahkan...
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Tidak berlaku sebab Yang Berhormat Ampang....
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Peraturan mengatakan, peraturan tidak mengatakan Yang Berhormat masuk tidak boleh dikira, Yang Berhormat.
Mana ada.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yes but you can’t wait until the people come....
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
No time frame. No time frame.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
You already know the result...
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Sudah tanda tangan tadi.
Sudah tanda tangan boleh kembali balik? Adjust balik? Mana boleh. Sampai macam itu esok pagi baru kutip itu undi.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
You know the result. That’s why you waited.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Semua Peraturan Mesyuarat 41, Peraturan Mesyuarat 47(1), Peraturan Mesyuarat 47(2), Peraturan Mesyuarat 47(3) telah diikuti sepenuhnya. Cuma masalahnya lambat datang tetapi itu tidak ada peraturan mesyuarat tidak mengatakan yang lambat datang itu tidak dikira.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Oh, boleh tunggu sampai...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Selagi keputusan belum diumumkan....
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Sudah lambat datang, sudah tanda tangan. Blok masing-masing sudah tanda tangan. Blok masing-masing sudah tanda tangan...
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Selagi keputusan belum diumumkan, Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Boleh tunggu sampai bila?
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Ketua blok masing-masing sudah tanda tangan. Ketua blok masing-masing sudah tanda tangan. Mana boleh.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Disgraceful.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Dibenarkan untuk lihat undi? Adakah Menteri dibenarkan untuk melihat?...
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang menyerahkan ialah Bentara. Menteri tidak ada mengacau. Tidak ada.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
[Menjerit]
[Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Menyampuk]
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
[Bangun]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Nak tipu.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Soalnya....
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Menteri....
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Disgraceful.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sudah, sudah, sudah, Yang Berhormat. Soalnya selagi keputusan belum diumumkan, proses masih berjalan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Disgraceful.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat yang masuk tidak apalah. Itu...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Disgraceful in this House. Seriously.
[Dewan riuh]
Beberapa Ahli Pembangkang
Tipu, tipu, tipu...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tadi saya kata, saya masuk 08280, 09260, 09280. Mengenai isu ini, Lebuhraya Pan Borneo...
[Dewan riuh]
Beberapa Ahli Pembangkang
[Berjalan keluar Dewan]
Datuk Raime Unggi - Tenom
Blah lah, blah. Blah, blah, blah, blah.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Hari ini dalam sejarah.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
mempengerusikan Jawatankuasa] Datuk Raime Unggi - Tenom
Balik, balik, balik, balik.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Hari ini akan masuk dalam sejarah.
Speaker tidak bertindak adil, tidak menjawab kepada peraturan mesyuarat... [Dewan riuh]
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Balik!
Datuk Raime Unggi - Tenom
Sudah undi, menang.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Ampang, baliklah Yang Berhormat Ampang. Tunggu buat apa di sini. Balik!
Datuk Raime Unggi - Tenom
Hey, Yang Berhormat Ampang, baliklah Yang Berhormat Ampang. Lorat betul Yang Berhormat Ampang ini. Baliklah balik.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Bukit Katil, balik, balik. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, blah lah Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Blah lah Yang Berhormat Ampang.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Petaling Jaya Utara pun blah lah. Ini mana? Yang Berhormat Bachok? Yang Berhormat Bachok pun baliklah. Yang Berhormat Bachok, balik, balik.
Beberapa Ahli Pembangkang
Tipu, tipu, tipu, tipu.
Seorang Ahli
Semua akal nak balik awal.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Ini Yang Berhormat Pas belakang ini. Baliklah, balik. Balik, balik, balik. Satu, dua, tiga, empat. Blah lah.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Sudah pergi baliklah semua ini.
Pergi balik. Baliklah ramai-ramai. Berjemaah.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kalau tidak tipu bukan Barisan Nasionallah. Kalau tidak tipu...
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat. Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Lenggong. Ya, ya Yang Berhormat. Okey, Yang Berhormat.
Cukup, Yang Berhormat. Yang Berhormat, duduk diam, Yang Berhormat. Siapa yang hendak keluar boleh keluar, Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Keluarlah.
Keluarlah. Keluarlah. Tukar baju macam Yang Berhormat Pokok Sena lagi bagus.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Duduk, duduk, duduk.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang dan Yang Berhormat Rantau Panjang.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Bukit Katil tertinggal. Kawan-kawan semua dekat luar buat press statement itu. Pergi, pergi, pergi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ya. Yang Berhormat Bintulu duduk. Ya, sila Yang Berhormat Bintulu.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Yang Berhormat Bukit Katil balik.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih. Mengenai soal Lebuhraya Pan Borneo. Memang perkara ini di sesi yang lepas, 31 Julai 2017, soal mengenai isu keselamatan. Memang dalam soalan itu saya ada dapat jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada kata empat tindakan sudah diambil, prosedur pelan pengurusan trafik di tapak bina sepanjang binaan jalan raya dan juga termasuk teknik JKR. Dua, Akta Kilang dan Jentera 1967. Peraturan four-wheel atau building operation dan...
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Ya, ketua Yang Berhormat Bukit Katil sudah balik sudah.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
...Tahun 1986, dengan izin.
Ketiga, Akta Keselamatan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Garis Panduan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Awam di Tapak Binaan 2007.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tuan Pengerusi, mengenai isu ini, rakyat sekarang banyak disoal tentang Bintulu- Sibu punya jalan. Saya difahamkan penyelenggaraan punya kontraktor, road maintenance punya, dengan izin, kontraktor itu sudah serahkan kepada Lebuh Raya Pan Borneo punya kontraktor, mesti mahu dinaik taraf jalan-jalan itu kalau mana perlu di naik taraf, itu jalan mesti mahu di tar, siling itu semua. Akan tetapi kita hari ini boleh nampak banyak teruk jalan itu. Atas banyak tempat ada tanah terutama sekali plastic barrier sepatutnya dalam sana mesti mahu taruk air, jadi gerakan.
Ada kemalangan trailer sama logistik punya lori terlanggar di lebih kurang daripada Sibu, tidak lebih setengah jam. Ada kemalangan setengah jam atau satu jam.
Kemalangan itu, dia terlanggar kerana plastic barrier dalam angin kuat. Dia terbang sini sana. Oleh kerana mereka tidak nampak, mereka terlanggar. Nasib driver itu saya dengar pun teruk kena. Rakyat kata paling teruk punya. Kalau sekarang musim hujan, lampu itu tidak ada. Blinking light tidak ada tetapi rakyat kata bila dia pergi Kuching, kenapa dia nampak Kuching punya jalan daripada Serian pergi Kuching, jauh-jauh semua boleh nampak blinking light. Signage semua betul. Kenapa Bintulu-Sibu tidak betul.
Daripada zaman sebelum mula mereka ada beritahu kontraktor mesti act daripada ada standard, ada kelas punya kontraktor. Kenapa sampai hari ini kata ada kontraktor dalam kontrak memang tidak pandai siap dalam jangka masa. Dia pun dapat kontrak juga.
Jadi berapa kemalangan sudah jadi dalam ini seksyen. Rakyat mahu tanya betul- betul bila barulah betul-betul kasi buat jaminan kepada rakyat ataupun pengguna atas jalan raya ini. Rakyat sudah kata cukup sudah, puas sudah terutama sekali orang motorists saya sudah beritahu bila mereka ada angin ataupun pasir banyak. Habuk.
Mereka tidak boleh nampak tetapi kita pun banyak kali sudah panggil daripada residence office, panggil meeting ini tetapi Cuma- meeting. Sampai hari ini tiada lagi betul-betul satu concrete proposal ataupun betul-betul punya tindakan diambil dan dilaksanakan ini jaminan kepada rakyat.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Saya minta JKR, Yang Berhormat Menteri pun ada sini, tolong kalau boleh jelas sikit kepada kita punya pengguna di atas jalan raya. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kulai.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasih Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Kenapa, saya tidak boleh ucap sekarang? Boleh tidak? Boleh ya? Terima kasih ya. Ini isu penting, jadi silalah semua dengar baik-baik ya.
Butiran saya yang saya hendak sentuh ialah...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat, cukup, cukup Yang Berhormat.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
...Butiran 051800 - Pampasan Tol.
Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang
Yang Berhormat bagus.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Okey, tentang pampasan tol. Saya rasa semasa pembentangan bajet, Yang Amat Berhormat Pekan menyatakan bahawa empat tol akan dimansuhkan dan salah satu adalah tol di Johor, EDL. Akan tetapi selepas itu, beberapa hari kemudian, Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Menteri Kewangan II menyatakan dalam satu program TV3 bahawa pampasan yang perlu dibayar kepada syarikat konsesi EDL iaitu MRCB adalah sebanyak RM70 juta setiap tahun.
Akan tetapi Yang Berhormat Titiwangsa tidak menjelaskan untuk berapa tahun kita perlu bayar pampasan kepada MRCB, syarikat konsesi ini. Konsesi untuk EDL adalah sepanjang 30 tahun sampai tahun 2042.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Maksudnya, kalau kita perlu bayar pampasan sampai hujung konsesi ini, kita perlu bayar konsesi sebanyak RM25 tahun lagi. RM70 ribu satu tahun, kalau kita perlu bayar 25 tahun, maksudnya pampasan dalam bentuk wang kepada syarikat konsesi ini adalah setinggi RM1.75 bilion. Akan tetapi kos pembinaan EDL ini hanyalah RM1 bilion.
Bukan itu sahaja, saya juga hendak mintak penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, sama ada selain daripada membayar pampasan dalam bentuk wang tunai RM70 juta satu tahun, saya hendak tanya sama ada kerajaan akan mengambil alih pinjaman wang bon yang sekarang di bawah MRCB untuk membina EDL itu? Oleh kerana bon yang setakat ini adalah RM1 bilion, tidak kira faedah itu lagi.
Jadi, kalau kita bayar pampasan dalam bentuk wang tunai untuk 25 tahun, 1 tahun RM70 juta. Maksudnya, ini adalah RM1.75 bilion. Kalaulah kerajaan akan mengambil alih bon itu, yang dibawa MRCB untuk membina EDL iaitu RM1 bilion, ini maksudnya pampasan yang akan dibayar, ditanggung oleh Kerajaan Pusat untuk memansuhkan tol di EDL itu adalah setinggi RM2.75 bilion. Walaupun kos pembinaan hanyalah RM1.2 bilion. Jadi, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, sama ada kita akan ambil alih loan yang sekarang ditanggung oleh MRCB? Itu satu.
Kedua, saya hendak tanya bagaimana Yang Berhormat Menteri Kewangan kita ataupun Yang Berhormat Menteri kita, kerajaan kita dapat angka pampasan sebanyak RM70 juta setiap tahun. Saya hendak tahu dari mana kita dapat angka ini? Oleh kerana kalau saya merujuk kepada Laporan Tahunan MRCB, revenue mereka pada tahun lalu, tahun 2016 adalah sebanyak RM120 juta, betul, tinggi. Akan tetapi itu revenue. Dalam laporan yang sama, laporan tahunan mereka menyatakan bahawa profit, keuntungan mereka setahun hanyalah RM59 juta. Jadi, saya hendak tanya kalau untung untuk MRCB pada tahun yang lalu hanyalah RM59 juta, kenapa kerajaan kita offer untuk bayar RM70 juta sebagai pampasan bentuk wang tunai satu tahun?
Nampaknya, MRCB ini lebih baik cepat-cepat surrender kepada kerajaan kerana profit mereka pun tidak capai RM70 juta setahun. Bukan itu sahaja, mungkin Yang Berhormat Menteri akan cakap, “Oh, profit mereka, keuntungan mereka setiap tahun meningkat.” Akan tetapi bukan, revenue untuk MRCB ini setiap tahun merosot kerana mereka menaikkan tol. Oleh sebab itu, pengguna untuk EDL ini pun turun sebanyak 30 peratus selepas mereka naikkan kadar tol. Jadi, di antara tahun 2015, revenue mereka RM115 juta. Tahun yang lalu hanyalah RM112 juta.
Jadi sebenarnya, peruntukan mereka, keuntungan mereka, revenue mereka setiap tahun merosot. Akan tetapi saya tidak tahu bagaimanalah Yang Berhormat Menteri ataupun kerajaan kita boleh dapat satu angka yang menyatakan bahawa kita perlu bayar pampasan sebanyak RM70 juta kepada MRCB. Walaupun MRCB untung daripada EDL ini satu tahun pun tidak sampai RM60 juta. Jadi, saya rasa inilah Yang Berhormat Menteri perlulah memberi satu penjelasan bagaimana kita dapat angka RM70 juta.
Kedua, sama ada kami akan mengambil alih loan yang sekarang ditanggung oleh MRCB? Oleh sebab ini bukan satu secret, itu bukan satu rahsia bahawa sebenarnya EDL sekarang menjadi satu beban, satu beban kepada MRCB. Saya hendak tanya, walaupun ada banyak tol-tol lagi di seluruh Malaysia seperti di LDP, salah satu highway, lebuh raya yang cukup untung. Akan tetapi kerajaan kita tidak buat keputusan untuk mengambil balik tol tersebut ataupun memansuhkan tol tersebut.
Akan tetapi untuk EDL ini nampaknya syarikat konsesi ini ada masalah kewangan dan kerajaan kita cepat-cepat offer untuk mengambil balik tol tersebut. Jadi, saya hendak tanya keputusan untuk mengambil balik ataupun memansuhkan tol di EDL memang satu keputusan untuk membantu rakyat kah, meringankan beban rakyat kah atau ini adalah satu strategi, satu cara untuk membantu kroni?
Oleh sebab syarikat konsesi ini ada masalah untuk financing, keuntungan tidak setinggi dalam anggaran mereka. Jadi, kerajaan offer buy back, untuk mansuhkan tol, buy back. Akan tetapi untuk lebuh raya yang lain yang memang syarikat konsesi itu mampu untung berbilion-bilion Ringgit tetapi kerajaan kita sampai hari ini tidak buat apa- apa. Biarlah syarikat tersebut hanya kutip tol lagi daripada rakyat jelata. Jadi, saya hanya hendak sentuh isu ini tetapi saya harap saya boleh dapat jawapan yang terperinci daripada Yang Berhormat Menteri kita. Sekian sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Pasir Gudang.
Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Pengerusi, bagi saya peluang untuk turut serta bahas dalam Kementerian Kerja Raya.
Saya hendak menyentuh Butiran 20000 - Membina Persimpangan Bertingkat dan Jejambat; bersekali dengan Butiran 31000 - Pembinaan Jalan dan Jambatan.
Saya sukalah hendak minta penerangan dan sedikit tindakan segeralah daripada pihak JKR, kementerian, yang keadaan jalan di EDL daripada Permas Jaya, Baka Batu ke Permas. Keadaan jalan di sini sangatlah teruk. Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri, ada beberapa kemalangan yang berlaku kerana keadaan jalan yang buruk. Tambahan pula di jambatan ini ada isu, di mana serahan antara JKR dan Majlis masih tidak lagi selesai. Saya mohon tindakan diberilah. Kalau belum selesai, kita selesaikan supaya ada pihak yang boleh bertanggungjawab.
Ini kerana jalan ini ia ada macam renggang, penyambung antara jambatan dan jalan menyebabkan gangguan kepada trafik. Berhubung dengan jalan raya EDL ini, saya kira Yang Berhormat Menteri pun sedia maklum tentang masalah ini. Cuma saya bawa lagi sekali, bukannya Yang Berhormat Menteri tidak ambil berat, Yang Berhormat Menteri ambil berat, saya tahu. Cuma saya mintalah Yang Berhormat Menteri adakan kelulusan segera ataupun lawatan turun ke kawasan. Minggu lepas ada dua kemalangan. Mereka kerana termasuk lubang yang penuh dengan air di jalan EDL ini. Akhirnya, keadaan ini menjadi satu luahan seolah-olah kerajaan tidak mengambil berat tentang keadaan jalan- jalan di dalam kawasan saya.
Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Tentang Butiran 60000 – Naik Taraf Jalan Raya dan Laluan di sepanjang jalan lebuh raya Pasir Gudang. Saya sedia maklum Yang Berhormat Menteri ada beritahu penjelasan bahawa jalan raya yang dibina ini mengikut jadual. Saya akur Yang Berhormat Menteri, memang mengikut jadual tetapi rakyat Pasir Gudang merasakan adakah mengikut jadual kerana masa yang diberi kepada kontraktor ini lama sedangkan kerja kadang-kadang sampai dua minggu ke tiga minggu kerja tak bergerak dan keadaan jalan memang teruk, Yang Berhormat Menteri. Di Lebuhraya Pasir Gudang ini pun ada.
Saya di Parlimen, saya hantar wakil saya pergi menziarahi, berlaku kemalangan, terlanggar lubang, dilanggar oleh lori dan akhirnya meninggal, Yang Berhormat Menteri.
Jadi keadaan ini sangatlah merupakan satu kehilangan sumber manusia yang merugikan kepada negara dan juga masyarakat dan keluarga. Saya juga nak minta Yang Berhormat Menteri tengok juga di Lebuhraya Pasir Gudang, saya kira Yang Berhormat Menteri pun maklum juga bahawa tentang pemasangan lampu ini.
Sudah berapa kali saya suarakan dari Permas bawa ke Taman Rinting, daripada fasa satu sudah selesai sekarang sudah masuk fasa kedua, lampu jalan ini masih lagi tidak ada, Yang Berhormat Menteri. Jadi minta tolonglah diberi perhatian kepada perkara ini. Jadi, tidak adalah isu-isu berbangkit tentang kementerian di dalam kawasan saya jika ianya dapat diselesaikan dengan segera. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Hospital Pasir Gudang sudah selesai?
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tak, saya hendak tengok muka lama-lama Yang Berhormat Bukit Gantang ini macam mana orangnya.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Bukit Gantang baik, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bukit Gantang baik ya? Sila, Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
[Ketawa] Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat malam. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.
Saya hendak bincang berkenaan dengan- berhubung kait dengan soal pampasan tol yang diberikan kepada syarikat konsesi tol iaitu Butiran 5051800. Jadi selalu kita naik tol ini atau naik lebuh raya ini untuk laju tetapi malangnya kadang-kadang kita terpaksa perjalanan kita lambat dengan sebab berlakunya kemalangan. Sampai hari ini saya pun tidak faham SOP yang dibuat oleh pihak PLUS, bagaimana untuk menyuraikan trafik. Misalnya, kalau kita dari Utara berlakunya accident lori terbalik ke sebagainya, kadang-kadang terpaksa tunggu sampai dua jam. Ini pengalaman, bukan saya bercakap teori tetapi pengalaman. Seperti mana kita hendak keluar tak boleh kerana tersepit.
Jadi, apa SOP yang dibuat oleh pihak PLUS bagi mengatasi pengguna- pengguna lebuh raya? Kalau kita tahu dalam keadaan jalan yang lambat begitu, lebih baik kita menggunakan jalan biasa sedangkan kita terpaksa menunggu jalan perjalanan yang makan masa yang lama serta membuang pula petrol dan serta kita pula terpaksa membayar tol. Oleh sebab itu persoalan saya, apakah SOP yang ditentukan oleh pihak kementerian kepada pihak PLUS ataupun PROPEL di dalam mengendalikan untuk kebaikan kepada pengguna lebuh raya itu sendiri?
Keduanya ialah persoalan saya, apakah apabila laluan trafik terhadap lebuh raya tiba-tiba laluan trafik itu tidak mencapai piawai, maksudnya ialah tidak capai target, adakah pihak kerajaan kena membayar kepada konsesi itu? Misal kita katakan ada lebuh raya yang mengalami kerugian oleh kerana trafiknya tidak sampai target, adakah kerajaan kena bayar dengan sebab laluan trafik itu tidak tercapai? Jadi kalau ianya kerajaan kena bayar pampasan kepada konsesi ini, ini merupakan satu perkara yang amat malanglah kepada rakyat kerana ia melibatkan penggunaan dana awam tadi.
Ketiganya, selalu kerajaan apabila kita bercakap soal kenaikan harga tol, maka selalu dijawab gunalah jalan alternatif. Okey, sebab itu boleh kita menggunakan jalan alternatif tetapi dengan syarat biarlah jalan alternatif yang kita sediakan biarlah jalan yang baik yang diuruskan dengan baik supaya menjadi pilihan kepada rakyat oleh kerana mereka tidak membayar tol, di sana ada pilihan kepada mereka untuk menggunakan jalan biasa. Masalahnya ialah jalan-jalan yang kita hendak lalu itu tidak dapat untuk jalan alternatif kerana terpaksa juga kita melalui jalan tol. Oleh itu alasan mengatakan gunakan jalan alternatif itu tidak berapa tepat. Kalaupun hendak suruh rakyat lalu jalan alternatif, biarlah kita sediakan ataupun kita uruskan jalan tersebut, jalan biasa itu dengan baik.
Keempatnya, isu yang sering saya bangkit selalu iaitu berkenaan dengan masih lagi rungutan daripada kalangan peniaga R&R terutama di dalam keadaan yang perniagaan mereka amat merosot terutama zaman mutakhir pada hari ini sedangkan sewa satu hal, kemudian dengan dikenakan bayaran tiga sen setiap transaksi yang berlaku kepada peniaga di situ dianggap satu perkara yang membebankan mereka. GST lain, ini tiga percent pula yang terpaksa dibayar kerana sudah ada mesin yang telah diletakkan di situ. Setiap transaksi berlaku di situ, mereka terpaksa membayar kepada PLUS.
Jadi kadang-kadang setengah kedai itu terpaksa membayar sampaikan RM2,000 ke RM3,000 sebulan. Tiba-tiba dalam keadaan yang perniagaan yang agak meruncing pada hari ini, maka mereka merayu sangat-sangatlah kurang-kurangnya tiga percent itu diminta dikaji semula oleh pihak kementerian supaya ianya tidak dikenakan lagi kepada mereka.
Isu yang kedua ialah berkenaan dengan Butiran 050800 iaitu Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia. Jadi, saya mohon kerana bajet yang diperuntukkan sebanyak RM330 juta, banyak di kawasan Parlimen saya jalan persekutuan itu, jalan-jalan yang kita tengok amat berbahaya terutama dari Tol Changkat Jering sampai ke Beruas sana, jalan yang agak rosak dan berlopak. Kadang-kadang hanya ditampalkan begitu sahaja malahan sering berlakunya kemalangan yang berbahaya kepada pengguna-pengguna di sana.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Diminta perhatian kepada Yang Berhormat Menteri untuk menguruskan tentang penyelenggaraan jalan ini. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Satu sahaja yang hendak bangkitkan kat sini iaitu Butiran 051400 – Penyelenggaraan dan Bil Lampu Jalan dan Lampu Isyarat Jalan Persekutuan.
Saya mula-mula hendak ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri apabila dibangkitkan beberapa kali di dalam Dewan ini, maka dapatlah peruntukan untuk memasang lampu Jalan Federal. Saya rasa selesai dah tahun lepas dan awal tahun ini tapi walau bagaimanapun saya tengok kerajaan ada memperuntukkan sebanyak RM30 juta kepada kementerian untuk tujuan penyelenggaraan jalan lampu federal dan kerana itulah saya nak tahu berapa banyak yang dikhususkan untuk menyambung pemasangan lampu-lampu Jalan Federal daripada yang terhenti tempoh hari di Mukim Dua- ia bermula dari Mukim Satu sampai ke Mukim Dua dan seterusnya sampai ke Beserai.
Lagi satu Jalan Federal itu dari Batu 21 sampai ke area Sri Wangi. Sebab itu memang kawasan yang sangat bahaya apabila accident, memang gelap gila kat situ.
Yang Berhormat Menteri pun pernah sampai ke kawasan saya, memang gelap dan itu adalah Jalan-jalan Federal di kawasan Parlimen Parit Sulong. Jadinya saya harap mendapat maklum balas daripada pihak Yang Berhormat Menteri mengenai perkara ini dan saya dimaklumkan bahawa yang dah dibuat itu adalah Fasa Satu.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Jadi saya hendak bertanya bila fasa kedua, ketiga, keempat dan selesai itu akan dibuat di kawasan Parlimen Parit Sulong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Merujuk kepada P27, Butiran 80000 dan 81000 dan 08280 Jalan Persisiran Pantai Tawau. Tuan Pengerusi, rancangan untuk membina Jalan Persisiran Pantai Tawau Batu 4, Jalan Ampas sudah ada sejak zaman berjaya. Sudah rancang sejak 30 tahun dahulu. Pembinaan jalan ini akan mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.
Rakyat dan pelancong-pelancong dalam atau luar negara juga mengadu tentang masalah kesesakan jalan raya sama ada dari Airport Tawau ke Bandar Tawau dan sebaliknya. JKR pun mengenal pasti cadangan untuk membina jajaran Persisiran Pantai Tawau dalam Pelan Strategik Pembangunan Jalan Raya Fasa 2. Hasil daripada kajian itu mendapati cadangan Projek Jalan Persisiran Pantau Tawau.
Tuan Pengerusi, iaitu dari Bandar Tawau ke Jalan Ampas sepanjang 35 kilometer. Itu sememangnya sesuai untuk dilaksanakan. Projek ini melibatkan kos RM280 juta. Oleh itu, kementerian telah berhasrat untuk melaksanakan projek ini secara berfasa. Kalau kementerian tahu bahawa jalan ini sangat penting dan baik untuk rakyat, kenapa rancangan ini masih tidak dimulakan, Yang Berhormat Menteri.
Bilakah pembinaan jalan ini boleh dimulakan? Yang Berhormat Menteri yang saya sangat sayangi, minta perhatian. Sampai hari ini pun tiada buat apa-apa, hanya cakap-cakap syok sahaja. Saya haraplah Yang Berhormat Menteri, saya mahu tanya juga bilakah- cakap terang-teranglah- bilakah boleh mulakan pembinaannya?
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Jadi kami pun rakyat Sabah pun boleh ingat kebaikan hati atau sayangi kepada rakyat Sabah. Adakah kementerian juga bercadang untuk meluaskan jalan dari Bandar Tawau ke Morotai yang juga selalu mengalami kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.
Jalan ke Morotai hingga Kalabakan juga berlubang-lubang dan rosak teruk. Saya minta supaya kementerian ambil perhatian dan ambil tindakan untuk baiki kerosakan- kerosakan jalan dari Bandar Tawau sehingga Kalabakan dengan segeranya.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin tahu bilakah pembinaan Pan Borneo dari Batu 38, Jalan Ampas hingga ke Pekan Semporna boleh mula dan disiapkan? Ini kerana Semporna sebetulnya sekarang ramai pelancong dari China dan luar negara, tiap-tiap hari tidak kurang 1,300 orang pelancong pergi melancong di Semporna. Ini kerana Semporna sebenarnya satu tempat dengan pulau-pulau yang paling cantik dalam Malaysia. Yang Berhormat Menteri, datanglah ke Semporna untuk melancong, Yang Berhormat Menteri.
Saya juga ingin tahu apakah status Jalan Persisiran Tuaran-Kudat yang dijanjikan oleh Perdana Menteri di Program Janji Ditepati di Kudat lima tahun yang lalu.
Ini Barisan Nasional tidak boleh percaya kerana selalu cakap kosong sahaja. Jadi haraplah ini bukan kosonglah. Bolehlah ditepati Tuan Pengerusi.
Merujuk kepada P27, Butiran 050700 Jalan Kalabakan, 140 kilometer telah menelan perbelanjaan RM920 juta. Akan tetapi jalan itu telah rosak selepas hanya dua tahun sahaja atau dua tahun sudah digunakan. Kenapa jalan raya tersebut mudah rosak Yang Berhormat Menteri. Adakah jalan tersebut mengikut spesifikasi yang ditentukan sebab ramai pengguna cakap jalan ini kecil dan sempit dari jalan biasa. Saya mahu kementerian siasat sama ada kontraktor tidak bina jalan ikut spesifikasi yang ditetapkan.
Ini kontraktor macam ada curi ayamlah, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi, memandangkan jaminan jalan tersebut telah tamat tempoh, adakah kontraktor yang baru dilantik akan memastikan jalan disenggarakan dengan spesifikasi yang ditetapkan? Bagaimanakah kita memastikan jalan raya berada dalam kualiti, keadaan dan condition, dengan izin, yang baik. Ini kerana jalan ini macam kita pergi Kalabakan sampai Sapulut macam rock and roll. Banyak berlaku dengan accident.
Banyak pengangkutan bas atau lori banyak kali buat aduan kepada saya. Dia rasa jalan ini macam ada lain, terlampau sempit. Jadi dia bilang selalu ada accident, begitu.
Adakah kerajaan juga tahu bahawa kerosakan jalan ini disebabkan oleh lori-lori balak yang membawa muatan berlebihan. Jadi kenapa kementerian tidak cadangkan supaya JPJ membina stesen timbang di kawasan tersebut untuk memastikan kenderaan tidak membawa muatan berlebihan, untuk memastikan keadaan jalan raya sentiasa baik.
PLUS, tolonglah ambil tindakan yang drastik mana-mana pengangkutan yang melanggar undang-undang. Jangan macam tidak kisah, biarlah. Banyak yang macam ada kaitan dengan rasuahlah, Yang Berhormat Menteri. Mesti pastikan jalan ini. Kalau bukan RM900 juta, lebih kurang RM1 bilion punya duit, jalan ini bukan macam biasa.
Longkang sini, longkang sana. Kalau Yang Berhormat Menteri pergi sana jalan pun mungkin marah melampau. Mungkin orang kampung marah juga, kenapa begitu?
Saya harap kita buat satu jalan sampai musang, babi hutan sama kena makan ini macam. Minta maaflah Yang Berhormat Menteri. Di mana agensi pengangkutan kerajaan selain daripada JPJ boleh memantau lori-lori balak yang overload ini? Semua jabatan kerajaan adalah tanggungjawab untuk memastikan undang-undang dipatuhi.
Tuan Pengerusi, Pan Borneo.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Projek Lebuhraya Pan Borneo sangat penting kepada Sabah, saya mahu tahu berapa kilometer telah siap? Berapa telah dibelanjakan setakat ini? Adakah projek ini berjalan dengan lancar dan mengikut jadual? Kenapa projek pembinaan Pan Borneo kelihatan perlahan, adakah berlaku masalah atau kerajaan tiada peruntukan?
Tuan Pengerusi, rakan kongsi projek penghantaran mekanisme bagi Kerajaan Persekutuan melibatkan dari melalui Borneo Highway PDP Sdn. Bhd. diketuai oleh Shahelmy Yahya, Setiausaha Pemuda UMNO Sabah. Pembinaan oleh syarikat tersebut juga kelihatan lambat.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Tuan Pengerusi, sudah habis Tuan Pengerusi.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Satu petikan saja, hendak habis sudah. Bolehkah kementerian bagi penjelasan? Saya minta SPRM siasat kontraktor yang terlibat dalam pembinaan Pan Borneo dan road maintenance sebab nampaknya macam mereka ini tidak buat kerja dan hanya ambil duit rakyat sahaja. Saya pasti ada...
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Sudah habis, duduk.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
...Kes yang sama macam skandal rasuah Jabatan Air yang bernilai RM3.3 bilion. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Parit.
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ada dua tiga tajuk sahaja.
Pertama, 050600 - Penyelenggaraan Bangunan Guna Sama Kerajaan Persekutuan dan Kuarters. Untuk makluman Tuan Pengerusi, selepas Pejabat Daerah Perak Tengah berpindah ke Seri Iskandar, maka banyak kuarters yang kosong yang di bawah nama JKR. Pada hari ini kuarters-kuarters itu sebenarnya langsung tidak ada maintenance dan sebagainya.
Jadi saya melalui ucapan ini hendak mencadangkan kepada Kementerian Kerja Raya kalaulah sudi apalah kiranya untuk menyerahkan kuarters tersebut dengan tanahnya sekali kepada kerajaan negeri supaya tanah kuarters itu dapat diberikan kepada orang kampung yang hendakkan tapak rumah. Sebenarnya luas, tapak-tapak yang ada itu luas dan kalau sekiranya diberi kepada kerajaan negeri, maka kerajaan akan dapat menimbangkan permohonan daripada orang kampung untuk sebagai tapak rumah, itu yang pertama.
Kedua, 610000 - Naik Taraf Jalan-jalan. Saya sudah sebutkan beberapa kali di Dewan ini iaitu saya minta kepada Kementerian Kerja Raya dapat melihat balik jalan daripada Tanjung Belanja ke Bota Kanan yang sekarang ini sudah banyak berlubang- lubang dan sangat merbahaya kepada kenderaan. Jalan itu pernah dibaiki 10 tahun yang lalu tetapi selepas itu tidak ada peruntukan yang diberikan oleh kerajaan dan menyebabkan selalu berlaku kemalangan dan sebagainya.
Ketiga, sekali yang saya nak tahu daripada Yang Berhormat Menteri ialah tentang Jambatan Lambor di Parit yang telah pun lulus dan saya dimaklumkan telah pun di tender tetapi masih tidak tahu keputusannya. Jadi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri hari ini, bila agaknya Jambatan Lambor itu dapat dibina kerana ianya memberikan kesan utama kepada kami di Parit. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Pengerusi. Beberapa soalan ringkas sahaja kepada Menteri di Kementerian Kerja Raya, di bawah kepala P.27 Butiran 00700 Pembinaan Lain-lain Jalan Persekutuan dan Jambatan.
Pertama, saya ingin mengetahui berapakah sebenarnya panjang Jalan Persekutuan yang telah dibina di Kelantan, berapa kilometer?
Kedua, sebagaimana yang diketahui keperluan kepada pembinaan lebuh raya daripada Gua Musang ke Kota Bharu sangat-sangat mendesak dan perlu disegerakan.
Bolehkah pihak kementerian dan Menteri memberikan tarikh yang pasti bilakah lebuh raya ini akan mula dibina?
Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian
Ketiga, berkaitan dengan Jambatan Pulau Setelu di Gua Musang yang telah runtuh pada banjir besar pada tahun 2014 yang lalu telah dijanjikan pembinaannya dan sekarang ini sudah adapun jambatan sementara. Cuma jambatan sementara ini akan sentiasa ditenggelami banjir apabila adanya hujan lebat di Gua Musang dan pada tahun ini sahaja pun sudah beberapa kali tenggelam. Sekarang ini pun sudah masuk musim banjir, musim hujan tidak tahu berapa kali lagi akan tenggelam. Saya hendak tahu bilakah jambatan kekal itu akan mula dibina yang telah dijanjikan sehabis sahaja banjir besar pada tahun 2014 yang lalu.
Di bawah Butiran 19000 - Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan. Saya pernah bertanya berkaitan dengan satu projek di Pasir Tumbuh dalam kawasan Parlimen Kubang Kerian. Jambatan Pasir Tumbuh yang menghubungkan Pasir Tumbuh dan Kampung Chicha. Jawapan yang- projek ini telah ditambah masa untuk pembinaannya selama setahun lagi, sepatutnya sudah siap pada tahun ini tetapi ditambah setahun lagi dengan alasan yang diberikan oleh kerajaan pada jawapannya kerana baru diketemui di bawah jambatan itu sistem paip ataupun perpaipan air.
Saya rasa pelik juga walaupun telah dibuat selama dua tahun, tidak adakah kajian-kajian telah dibuat sebelum ini mengenai sistem perparitan ataupun sistem air, sistem elektrik yang ada di sekitarnya sehingga terpaksa menangguhkan dan seolah- olah baru tahu bahawa di bawah itu ada sistem paip yang baru ditemui. Jambatan yang sedia ada pula, di sebelah daripada jambatan yang baru dibuat ini, sering mengalami penurunan di kedua-dua kepala jambatannya.
Beberapa kali telah dibetulkan tetapi masih lagi mengalami penurunan dan kepalanya menjadi semakin tinggi dan sangat merbahaya kepada kenderaan yang lalu yang sangat banyak jumlahnya pada setiap hari. Di penghujung jalan ataupun jambatan ini, jalan itu menghubung ke Pekan Peringat ada satu jalan ataupun sambungan daripada projek ini juga saya rasa jalan baru yang dibuat khususnya di Kampung Guntong Limbat.
Pada tahun 2016 yang lalu berlaku banjir besar, saya tidak mahu menuduh disebabkan oleh pembinaan jalan ini.
Akan tetapi di kampung itu tidak pernah berlaku banjir walaupun tahun 2014 yang lalu banjir menenggelami negeri Kelantan tetapi di situ tidak pernah banjir. Akan tetapi selepas dibuat jalan baru yang agak tinggi sedikit daripada sistem aliran air telah berlaku banjir besar pada tahun lepas yang menenggelamkan lebih daripada lima ribu penduduk kampung di situ yang sangat-sangat membimbangkan. Saya takut ianya berulang lagi pada tahun ini dan saya merasakan boleh jadi tidak adanya laluan air keluar untuk air yang datang daripada jalan yang dibuat itu dan tersekat di jalan yang agak tinggi dan tidak ada aliran keluar ke tempat yang lebih rendah ataupun masuk ke sungai.
Kemudian yang lainnya ialah berkaitan dengan kualiti jalan yang saya rasakan ada beberapa batang jalan utama di Kelantan yang dilihat sangat mudah rosak. Baru dibaiki, baru di tar, baru dibuat apabila berlaku hujan lebat sahaja ia akan berlubang dan akan mengalami kerosakan.
Saya hendak tanya, adakah kajian dibuat kerosakan itu berpunca daripada mutu tar ataupun bitumen yang digunakan ataupun di atas kecuaian sikap kontraktor yang melakukan pembinaan jalan tersebut dan jika itu yang berlaku, berapakah sebenarnya kontraktor yang telah diambil tindakan di atas kecuaian yang disengajakan ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Rompin. Lima minit, bagi signal macam ini.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri yang budiman. Rompin dua saja perkara.
Pertama, Kepala 31000 - Jambatan. Ini janji pilihan raya Yang Berhormat Menteri, pilihan raya kecil iaitu pembinaan jambatan Kampung Aur, Mukim Keratong, Rompin yang dianggarkan hanya RM6 juta hingga RM10 juta saja. Ia menghubungkan orang kampung dengan kawasan FELDA. Jambatan ini sangat penting.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Keduanya, 61000. Dua jalan utama dalam Parlimen saya yang begitu agak berbahaya. Jalan Keratong ke Bahau, jalannya begitu kecil, bahu jalan yang sempit, berombak jalannya. Sekarang ini merupakan jalan utama. Kalau hendak pergi ke Putrajaya, orang Mersing, orang Terengganu, orang Kuantan, dia akan menggunakan jalan ini, shortcut ke Putrajaya ataupun ke lapangan terbang antarabangsa. Dia akan pergi ikut jalan ini kerana jaraknya agak pendek.
Jadi inilah jalan yang paling mustahak dalam kawasan Parlimen saya iaitu setiap tahun akan meragut banyak nyawa, lima hingga sepuluh orang. Kemalangan setiap minggu berlaku dan ini membimbangkan masyarakat setempat terutamanya mereka yang tidak biasa dengan jalan ini. Dia akan membawa kereta seolah-olah sebagai jalan biasa saja Tuan Pengerusi.
Kedua ialah jalan daripada Muadzam Shah ke Rompin. Design-nya sama iaitu jalannya kecil, bahu jalannya sempit, berombak dan kalau hari hujan juga berbahaya.
Saya berharap dapat pertimbangan daripada Menteri yang budiman ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ramai lagi ya? Lima minit cukupkan?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Seorang lima minit saja ini. Boleh-boleh Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukup ya?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Cukup, cukup.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya tanya Yang Berhormat Lipis, lima minit cukup?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Cukup.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Boleh ya?
Kalau boleh, Yang Berhormat Bayan Baru. Lima minit ya.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bangkitkan Butiran 030300 – Cawangan Kejuruteraan Cerun.
Saya nampak bahawa akibat daripada perubahan iklim dan juga banjir dan hujan yang begitu lebat, saya rasa Cawangan Kejuruteraan Cerun harus adakan kajian yang lebih detail tentang cerun-cerun di Malaysia kerana kita tahu bahawa kejadian tanah runtuh yang begitu kerap di serata Malaysia bukan sahaja di Pulau Pinang, tetapi di merata tempat termasuk Cameron Highlands, termasuk Pahang, Johor dan sebagainya.
Ini adalah satu yang sangat serius. Malaysia memang ada gunung-ganang, jadi ia haruslah dikaji adakah cerun-cerun ini adalah selamat untuk penggunaan awam.
Kedua adalah Butiran 051100 – Program Pembangunan Kontraktor. Kita tahu bahawa masalah kita di Malaysia adalah kualiti kontraktor yang kualiti kerja. Kalau kita bandingkan JKR dan KKR, produk-produk KKR sekarang berbanding dengan dulu kita nampak ada kekurangan kualiti. Ini kerana nombor satu, saya rasa adalah masalah pekerja asing dan supervisor kita telah semakin tidak serius atau strict.
Jadi menyebabkan kualiti kerja itu semakin menurun. Apabila kita tahu bahawa infrastruktur ini kalau kita tidak jaga kualiti, ia rosak cepat dan terpaksa kita membaiki dan sebagainya. Ini tidak berbaloi, so we have to do it right at the first from the start. Jadi program pembangunan kontraktor itu, saya harap Menteri memang strict untuk make sure kualiti kontraktor. Kalau kontraktor tidak deliver quality, workmanship yang teruk, reject sahajalah. Kenapa kita hendak takut-takut dengan kontraktor.
Ketiga, 051200 – Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia
(Bukan Pavemen). Saya ingin menarik perhatian kepada Menteri bahawa perparitan Jalan Sultan Azlan Shah menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di depan kilang B. Braun itu selalu banjir. Ini adalah disebabkan perparitan yang tidak dapat menampung surface run off.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jadi saya minta supaya, ini adalah Jalan Persekutuan dan memang di bawah jagaan kementerian KKR dan ini perlu upgrade kerana kita tidak boleh biarkan jalan utama menuju ke lapangan terbang itu dibanjiri air sehinggakan kereta stuck dan ini di kawasan perindustrian. Jadi kita tidak boleh biar pelabur-pelabur hilang keyakinan terhadap Malaysia kerana kalau Jalan Persekutuan, jalan utama pun boleh dibanjiri air, apakah mereka boleh hilang keyakinan kepada kita semua.
051800 – Pampasan Tol. Saya nampak bahawa tahun lepas tidak ada pampasan tol, tahun ini ada RM448 juta. Saya nampak bahawa kita telah bincang banyak tentang isu ini dan saya nampak itu satu ketidakadilan kepada pembayar-pembayar cukai kerana pampasan tol kepada sesetengah tol tetapi ditanggung oleh rakyat jauh daripada Sabah, di kawasan Yang Berhormat juga di Sarawak. Mereka tidak ada tol tetapi terpaksa mereka bayar cukai untuk menampung tol.
Akhir sekali adalah 08250 – Kajian Perlindungan/ Pembaikan Cerun-cerun. Di Pulau Pinang sekarang selepas banjir besar baru-baru ini, cerun-cerun itu saya nampak bahawa ada yang sedikit tanah runtuh terutamanya di kawasan Balik Pulau dan banyak cerun-cerun yang perlu diperbaiki. Saya minta JKR, juga IKRAM untuk mengkaji keselamatan cerun-cerun tersebut. Kalau boleh, bawa peruntukan untuk membaiki cerun-cerun. Jadi ini adalah sangat penting kerana kita tidak mahu cerun-cerun ini rosak dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, saya akan bagi peluang semua ya. Yang Berhormat Labuan. Selepas Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Gerik.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Labuan sedikit sahaja.
Untuk Butiran 19180, ada satu pembinaan jalan yang sebenarnya pernah diumumkan dua jalan di Labuan, tetapi nampaknya di dalam ini cuma satu jalan. Jadi saya ingin bertanya, apakah Jalan Tanjung Taras ke Tanjung Aru itu, jalan pesisir pantai cuma akan dibuat tahun selepas ini sebab tidak nampak bajet? Ia sudah diumumkan dan saya rasa ia patut dimulakan pada tahun 2018.
Butiran 051500 serta 051300, penyelenggaraan cerun dan juga penyelenggaraan Jalan Persekutuan. Di Labuan jalan-jalanya memang belum banyak lagi, jadi saya rasa penyelenggaraan itu tidaklah memakan bajet yang begitu banyak.
Jadi diharapkan penyelenggaraan itu dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. Buat masa ini banyak jalan yang masih berlubang-lubang.
Akhir sekali, kajian jambatan ada diumumkan semasa bajet speech baru-baru ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Apabila jambatan itu akan dilaksanakan nanti, sudah tentu ia juga akan melibatkan jalan-jalan raya yang akan memerlukan perancangan sebab ia akan memerlukan jalan yang akan menyambungkan jambatan itu untuk terus ke kawasan perindustrian dan pelabuhan supaya lori-lori besar tidak mempunyai masalah apabila ia perlu keluar dari Labuan ataupun masuk daripada seberang Sabah.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Jadi saya berharap kementerian dapat merancang dengan lebih baik dan seterusnya memberikan peruntukan yang secukupnya. Sekian, terima kasih
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Gerik.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya pun turut hendak membicarakan di bawah jawatankuasa JKR 050900 – Pembaikan dan Penyelenggaraan Cerun di Jalan Persekutuan Semenanjung yang diperuntukkan RM100 juta.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Di mana dalam kawasan saya jalan Gerik ke Kelantan dan jalan Gerik ke Baling berbukit-bukit. Namun saya berterima kasih kepada pihak JKR setiap kali ada runtuhan yang teruk mereka membuat tindakan untuk membaiki cerun-cerun yang ada. Terima kasih kepada JKR.
Butiran kedua 051200 ialah Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung. Sama juga apabila saya memaklumkan kepada Yang Berhormat Menteri rupanya sudah diluluskan peruntukan jalan membaiki jalan daripada Gerik ke Kelantan lebih daripada RM5 juta saya difahamkan walaupun di sini peruntukkan RM30 juta yang melibatkan seluruh semenanjung. Apa yang saya melihat adalah waktu musim hujan apabila line putih ini tidak nampak boleh mengakibatkan kemalangan, pun tindakan telah di ambil oleh pihak JKR. Saya ucapkan jutaan terima kasih.
Perkara kepala ketiga 051700 – Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil Jambatan, 02800 – Membaiki dan Mengganti, Menaik Taraf Jalan Jambatan, 31000 – Pembinaan Jalan dan Jambatan.
Satu yang saya cukup tertarik dengan JKR ialah pembinaan jambatan yang menggunakan ABS. Sebenarnya kalau diurus dengan betul satu jambatan yang kukuh dan belanja yang rendah. Saya melihat apabila PLB di Gerik membina satu jambatan yang runtuh kerana banjir tidak sampai RM500 ribu tetapi urusan tidak ada untung lah, pergi beli di kilang.
Saya mencadangkan supaya JKR pun menggunakan kaedah yang sama kerana kita dapati jambatan yang menggunakan ABS ini ia amat kukuh dan kuat serta kenderaan berat boleh melaluinya. Jadi pengalaman pertama saya dapatkan peruntukan daripada EPU semasa Yang Berhormat Tan Sri Mohamed Yakcop membina jambatan secara ABS di Kampung Bandariah dengan RM7 juta merentasi Sungai Perak.
Akhirnya hari ini saya berterima kasih pelaksanaan JKR penduduk di seberang sungai yang sana boleh menoreh dengan happy, dapat pendapatan yang lebih dan saya berharap supaya JKR dengan ICU duduk bersama supaya diperbanyakkan jambatan secara ABS ini kerana kosnya lebih rendah tambahan pula musim hujan sekarang ini banyak jambatan-jambatan yang runtuh, banyak cerun-cerun yang runtuh saya percaya ini boleh menjimatkan peruntukan kerajaan.
Akhir sekali pembinaan jalan baru- saya masih hendak minta supaya dibina satu jalan baru daripada Kampung Tasek Pengkalan Ulu menembusi Jalan Gerik Kupang.
Jadi setakat itu sahaja lah. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya sebelum saya jemput Yang Berhormat Tebrau, saya juga hendak kongsi simpati akibat banjir 2014, 2015 lampu jalan di laluan Jalan 98 Temerloh-Jerantut, 87 Temerloh-Mentakab sampai sekarang bergelap. Minta perhatian Yang Berhormat Menteri. Ya Yang Berhormat Tebrau.
Datuk Khoo Soo Seang - Tebrau
Terima kasih Tuan Pengerusi berkenaan dengan peluang Butiran 010000 – Pembangunan Infrastruktur Jalan dan Pembangunan Industri Pembangunan, 08600 – Naik Taraf Jalan Raya dan 010200 – Cawangan Jalan.
Saya hendak minta daripada Yang Berhormat Menteri kerja menaik taraf longkang saliran di tepi jalan Kota Tinggi dari Taman Johor Jaya menghala ke Tiram.
Oleh kerana setiap kali hujan lebat longkang-longkang yang berkenaan memang bertakung air dan menyebabkan banjir kilat pada jalan yang berkenaan sepanjang jalan itu. Yang kedua itu, saya juga hendak minta kerja naik taraf Jalan Sungai Tiram daripada Persimpangan Pekan Tiram menghala ke Sungai Tiram oleh sebab jalan ini tidak begitu baik.
Tuan Pengerusi, saya hendak sentuh sedikit satu perkara yang saya sudah banyak kali bangkitkan di Parlimen iaitu berkaitan dengan Tol Lebuh Raya Senai-Desaru.
Lebuh raya ini hanya sepanjang kalau saya tidak silap 70 kilometer sahaja tetapi tol yang dikenakan adalah sebanyak RM8.40. Jadi kebanyakan pengguna mengadu bahawa tol ini agak tinggi. Saya minta kementerian pertimbang, saya percaya kalau boleh direndahkan sedikit mungkin lebih ramai yang menggunakan lebuh raya yang berkenaan.
Datuk Khoo Soo Seang - Tebrau
Tuan Pengerusi, Butiran 19000 berkenaan dengan Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan Teknik Membina Jalan. Saya ingin tahu apakah kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan oleh unit itu. Sama ada, ada buat kaji selidik terhadap mungkin teknik membina jalan yang baru, bahan yang baru.
Oleh sebab baru-baru ini saya dimaklumkan bahawa di negara India mereka sudah gunakan plastik yang di kitar semula untuk membina jalan. Saya difahamkan bahawa penggunaan plastik yang di kitar semula itu kos pembinaan jalan itu jauh lebih rendah dan jauh lebih murah.
Kedua, saya difahamkan bahawa ia lebih tahan lasak dan juga kos penyelenggaraan juga rendah. Jadi saya percaya kalau kita boleh menggunakan sisa pepejal plastik untuk membina jalan bukan sahaja kita boleh jimat kos tetapi kita akan kurangkan sisa pepejal plastik yang selalunya menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Jadi dengan kata-kata sedemikian Tebrau sokong Bajet 2018 untuk Kementerian Kerja Raya di Peringkat Jawatankuasa. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Lipis.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh terima kasih Tuan Pengerusi.
Pertamanya saya merakamkan ucapan terima kasih. Saya pergi terus butiran 60000 – Naik Taraf Jalan Raya dan Laluan.
Anggaran perbelanjaan bagi tahun 2018 yang melibatkan RM300 juta lebih iaitu jalan CSR iaitu Central Spine Road. Di mana kalau mengikut perancangannya boleh siap pada 2020 tetapi soalan saya bilakah akan dimulakan daripada Lipis sehingga ke Raub?
Saya tahu sekarang ini daripada Bentong sehingga ke Raub dalam pembinaan. Jadi saya hendak tahu status bilakah akan dimulakan di antara Lipis ke Raub.
Saya mengharapkan jalan-jalan utama seperti ini supaya dibina terowong- terowong laluan bagi penduduk kampung. Saya dapati dalam kawasan Merapoh yang telah siap daripada Merapoh sehingga ke Kampung Kecatui ini di mana di Kampung Bentara Baru itu tidak ada terowong. Penduduk-penduduk terpaksa melalui begitu jauh sekali jalan ini. Jalan untuk menuju ke sesuatu destinasi contoh hendak menghantar anak ke sekolah, hendak pergi menoreh getah, hendak mengeluarkan hasil-hasil kampung terpaksa berjalan begitu jauh.
Saya minta juga supaya kita ada juga melalui jalan-jalan kampung dalam pembinaan tersebut maka, minta kontraktor mesti lah menyelenggara jalan-jalan kampung ini. Janganlah sehingga sudah tulis dalam Facebook, kita kompelin kepada Menteri, kompelin kepada JKR barulah kontraktor hendak mengambil tindakan maknanya daya inisiatif kontraktor itu mestilah dari peringkat awal lagi jangan menyebabkan rakyat marah kepada kita.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Saya kalau saya berkedudukan seperti itu pun saya akan marah kerana saya hendak menghantar anak ke sekolah, saya hendak mengambil hasil-hasil yang menyebabkan tidak boleh dilalui jalan-jalan lama ini dan mesti kita hendak adakan terowong-terowong itu. Minta supaya kalau ada pembinaan baru, kaji itu. Kalau ada peruntukan, buat tambahan di kawasan Merapoh dan Mentara Baru serta Telok Gunung tersebut.
Saya pergi kepada tajuk seterusnya iaitu Butiran 61000 – Naik Taraf Jalan-jalan.
Ini adalah anggaran bajet bagi naik taraf jalan. Saya hendak tanya juga status Jalan Benta-Jerantut yang begitu lama lagi dan saya rasa mula saya masuk sidang Parlimen Dewan Rakyat ini saya sebutkan perkara ini akan tetapi jawapan masih samar-samar sedangkan jalan ini pernah dilancarkan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Pahang telah melancarkannya.
Akan tetapi sehingga hari ini tidak ada lagi proses pembinaan. Saya ingat kos pun sudah naik begitu tinggi daripada RM50 juta sehinggalah saya dapati yang apa saya dengar telah mencecah sehingga RM200 juta sekarang ini kalau hendak membina.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Jadi kalau kita tunggu lagi sudah pastilah akan menyebabkan kos yang tinggi.
Saya dimaklumkan oleh penduduk dari Benta sampai Kampung Jeransang sahaja tidak sampai ke Jerantut ada 138 corner Tuan Pengerusi, ada 138 corner dengan jarak yang tidak jauh. Maknanya dia orang boleh saya ingat Menteri KBS ada sini boleh adakan lumba litarlah untuk tengok siapa yang boleh lawan corner sebenarnya.
Boleh anjurkan di dalam kawasan itu. Saya hendak minta juga tahu status jalan yang saya dengar, jalan antara Mela, Gemuncur, Kampung Balak sehinggalah ke Jerantut. Jalan ini melibatkan dua kawasan Parlimen iaitu Lipis dan Jerantut. Apakah statusnya? Adakah benar hendak membina baru sehingga ke Jerantut itu, maka saya minta supaya dapat tahu status tersebut.
Satu perkara lagi di bawah penyeliaan yang dalam naik taraf ini juga, saya hendak tanya apakah kedudukan kita ada tiga konsesi iaitu Selia Senggara di Selatan, Belati Wangsa di Utara dan Roadcare, Pantai Timur. Adakah mereka ini dapat memayung kontraktor-kontraktor kecil. Saya dapat maklum mereka tidak memayung kontraktor-kontraktor kecil sedangkan konsesi ini diberi oleh kerajaan kepada mereka untuk memayung kontraktor kecil. Apa yang saya tahu mereka tubuhkan syarikat sendiri, syarikat-syarikat kecil tetapi tidak payungkan kepada kontraktor-kontraktor.
Kalau tidak boleh payung, saya hendak nasihatkan pulang kembali kepada kerajaan supaya biarlah pihak mungkin JKR yang boleh melaksanakannya, melakukannya, pulangkan kembali kalau tidak boleh hendak memayung. Sedangkan inilah hasil daripada kontraktor-kontraktor kecil yang boleh kita payungi. Saya minta kerajaan boleh beri jawapan bilakah konsesi-konsesi ini akan tamat? Kalau dia tidak membantu kontraktor kecil kita tamatkan terus. Tiga kontraktor ini. Sekian, terima kasih saya mohon menyokong.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saya menyentuh B.27 Butiran 050800 – Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia RM330 juta dan P.27 Butiran 61000 – Naik Taraf Jalan-jalan RM785 juta. Ini berkenaan dengan jalan raya di Parlimen Bagan Serai. Pertamanya ialah dari Kampung Dew ke Bagan Serai. Daripada Taiping ke Kampung Dew cantik, daripada Kampung Dew ke Bagan Serai tidak cantik.
Ada repair dibuat tetapi dibuat secara tampung-tampung. Jadi kalau kita lalu jalan itu kita macam berjoget-jogetlah. Dalam kereta ‘ching’, ‘ching’ ‘ching’ joget-joget macam itu. Kalau motor silap-silap joget, jatuh terus. Jadi saya percayalah. Saya ucap tahniah kepada Menteri dan KKR yang baru-baru ini datang ke kawasan Parlimen Bagan Serai juga melalui FT Roadpedia Program. Tahniah tentu dapat merasai joget-joget itulah kalau lalu jalan itu. Jadi memang masalahnya bahaya kerosakan pada kereta juga, tayar cepat rosak, suspension, mudah jadi accident dan sebagainya.
Keduanya ialah saya mohon penaiktarafan jalan raya kepada lorong yang lebih besar yang diperlukan juga dengan kadar segera, sebab apa ini penting. Yang Berhormat Menteri terima kasih saya ucapkan kerana datang merasmikan tol interchange Alor Pongsu-Bagan Serai pada bulan puasa pula itu, dua tahun lepas. Daripada tol itu sampai ke Bagan Serai jalannya agak kecil dan di situlah terletak beberapa kampung dan ramai anak-anak pelajar yang tunggu bas, yang naik basikal, yang naik motor, petani-petani naik motor. Kebimbangannya ialah peningkatan kereta yang banyak bila ada tol dan perjalanan jadi lebih cepat tetapi mungkin jadi kemalangan dan sebagainya.
Jadi ini minta dapat buat sesuatulah. Ini selalu menjadi rungutan orang-orang di Parlimen Bagan Serai, rakyat di Parlimen Bagan Serai. Jadi pertanyaan saya dalam perancangan RMKe-11, nyatakan jalan-jalan Persekutuan yang telah dibaik pulih serta di naik taraf oleh pihak kementerian. Adakah Parlimen Bagan Serai terlibat?
Butiran satu lagi ini Butiran 020000 – Pembinaan Infrastruktur Bangunan. Saya ingin menyentuh tentang Sistem Binaan Berindustri atau IBS. Ini nampaknya hangat juga diperkatakan kerana keistimewaan dia, kebaikan yang dibawa.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Bukanlah benda baru ini sebenarnya kalau ini sudah dibuat dengan meluas di negara-negara maju. Komponen-komponen bangunan dibina di kilang dalam satu persekitaran yang terkawal yang lebih baik dan tidak ada pencemaran umpamanya.
Dihantar ke tapak, dipasang. Tenaga kerja yang minimum.
Program IBS ini dikatakan akan meningkatkan kualiti kerja dan kualiti bangunan, mengurangkan penggunaan buruh asing, mempercepatkan kerja, lebih sistematik dan mengurangkan kemalangan. Jadi dikatakan tujuh orang boleh buat kerja 14 orang dan juga dikatakan dengan sistem ini rumah atau bangunan itu jadi lebih murah lagi. Saya difahamkan ada kajian kata RM75,000, kalau tidak jadi RM140,000. Jadi ini semua perkara-perkara yang menguntungkan. Jadi saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah status IBS, galakan IBS, motivasinya di negara kita ini.
Berapa banyak kilang-kilang sudah ada ini untuk menyediakan bangunan ini, produk-produk untuk bawa. Sejauh manakah penerimaan pihak swasta tentang IBS ini?
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagan Serai mengucapkan terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sabak Bernam.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama saya ingin menyentuh Butiran 010000 – Pembangunan Infrastruktur Jalan dan Pembangunan Industri Pembinaan khususnya Butiran 010200 – Cawangan Jalan.
Saya ingin menyentuh berhubung dengan cadangan pembinaan jambatan sejauh 800 meter dan jalan penghubung sejauh empat kilometer merentasi Sungai Bernam, Sungai Air Tawar dengan Sungai Sumun di Bagan Datuk.
Untuk pengetahuan Tuan Pengerusi bahawa sekarang ini jalan apabila merentasi jalan biasa akan memakan masa lebih kurang 40 minit dan lebih kurang dalam 40 kilometer. Apabila jambatan ini dilaksanakan saya yakin hubungan di antara Sabak Bernam dengan Bagan Datuk akan lebih pantas, mungkin dalam masa beberapa minit sahaja. Pembinaan Jambatan Sabak Bernam ke Bagan Datuk ini amat mendesak berdasarkan beberapa pertimbangan.
Pertama, Jambatan Sabak sedia ada yang merentasi Sungai Bernam telah dibina lebih 30 tahun yang lalu. Pembinaan Jambatan Sabak Bernam ke Bagan Datuk ini akan menjadi jambatan yang penting seandainya sesuatu berlaku ke atas jambatan yang sedia ada. Sebagai contoh penutupan Jambatan Sultan Yusuf yang menghubungkan Telok Intan dan Sitiawan di kilometer lapan Jalan Maharajalela pada 11 Ogos lalu yang telah ditutup sekurang-kurangnya empat bulan atau sehingga akhir tahun ini. Ini boleh dijadikan iktibar. Penutupan jambatan tersebut telah menyebabkan kesukaran kepada pengguna sehingga melalui jalan alternatif selama tiga hingga empat jam.
Kedua peningkatan jumlah kenderaan kerana kepesatan pembangunan di Bagan Datuk sejak akhir-akhir ini yang telah mula melimpah ke Sabak Bernam. Bilangan trafik terus meningkat setiap tahun yang memberikan tekanan kepada laluan sedia ada termasuklah Jambatan Sabak. Kesesakan ini telah mula dirasai, maka satu laluan jambatan terus ke Bagan Datuk amatlah penting bagi melancarkan peningkatan lagi efisien berhubungan dengan pengangkutan.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
Ketiga pembinaan projek lebuh raya pesisiran Pantai Barat daripada Banting ke Taiping yang sedang dibina dengan kos RM5 bilion sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Bajet 2018 lalu. Pembinaan jalan antara Sabak Bernam dan Hutan Melintang dijangka siap dua tahun lagi iaitu pada tahun 2020 nanti. Pembinaan lebuh raya ini memberikan impak yang besar daripada segi ekonomi dan sosial.
Keempat, perancangan strategik pembangunan Lembah Bernam yang melalui Bagan Datuk, Teluk Intan, Tanjung Malim, Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang dan Kuala Selangor sebagai suatu kawasan pembangunan baru dengan pendekatan pembangunan yang menyeluruh sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
Maka pembinaan jambatan Sabak Bernam ke Bagan Datuk ini menjadikan perhubungan dan infra yang terbaik sebagai pemangkin pembangunan di kawasan pembangunan Lembah Bernam kini.
Kelima, pembinaan jambatan Sabak Bernam ke Bagan Datuk ini akan menjadikan Sabak Bernam sebagai tumpuan berbagai pihak termasuklah sebagai pusat perniagaan kerana jambatan ini menjadi laluan utama ke Perak. Projek jambatan ini merupakan projek infrastruktur yang memberi manfaat kepada rakyat Selangor dan Perak keseluruhannya.
Keenam, projek jambatan ini juga akan membawa pembangunan bandar baru di Sungai Lang di Sungai Air Tawar yang bakal memberikan manfaat kepada lebih 30,000 penduduk termasuklah peluang pekerjaan. Saya yakin kawasan industri akan dibangunkan di kawasan ini seperti pembangunan agro industri pelancongan selain arus pemaju dan pembangunan bidang pertanian.
Tuan Pengerusi, saya difahamkan kerajaan sedang menjalankan kajian pelan pembangunan rangkaian jalan raya negara ataupun highway network development plan, saya harap mendapat ulasan memohon agar perundingan bagi NHDP ini memasukkan perancangan pembinaan jambatan Sabak Bernam ke Bagan Datuk.
Tuan Pengerusi saya ingin menjelaskan satu lagi perkara iaitu pembinaan jalan daripada Tanjung Karang ke Sabak Bernam yang saya maklumkan kepada Menteri tempoh hari. Dalam beberapa hari ini berlaku lagilah kemalangan kerana saya mengharapkan bahawa kontrak itu haruslah mematuhi pelan pengurusan trafik atau traffic management plan semasa pembinaan jalan raya dengan membina papan tanda lampu dan sebagainya. Terima kasih Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Jerantut.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sikit sahaja terutamanya Butiran B 050800 – Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia.
Tahniah kepada kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui Kementerian Kerja Raya yang sentiasa peka terhadap permasalahan rakyat dengan meneruskan penyelenggaraan jalan-jalan di seluruh negara termasuk di Parlimen Jerantut. Cuma persoalan saya ialah dari segi kualiti jalan. Apakah jalan kita ini standard kualitinya rendah ataupun muatan khususnya lori-lori ataupun jentera berat ini yang melebihi had muatan sebenar.
Saya dimaklumkan ada di antara lori-lori yang mengangkut barang-barang yang besar ini, bersaiz besar had muatannya melebihi 100 tan. Apakah standard atau had muatan jalan kita yang sebenarnya? Jadi kalaulah sekiranya muatan lori ini melebihi had keupayaan jalan, apakah langkah-langkah yang boleh dicadangkan oleh kementerian kepada kerajaan agar kita tidaklah, kementerian ini tidak menggunakan peruntukan yang banyak untuk menyelenggarakan jalan, baiki pagi, petang sudah pecah balik, baiki petang malam pecah balik, jadi kerja kita tidak pernah selesai sekiranya tidak ada satu kerjasama yang baik di antara kementerian-kementerian yang ada di negara kita.
Menyentuh tentang Butiran P 60000 – Naik Taraf Jalan. Saya merayu kepada pihak kementerian khususnya Yang Berhormat Menteri agar dapat memberikan perhatian yang serius kepada jalan FT1802 Jalan Padang Pior Sungai Rentang, di mana sebahagian kecil daripada jalan ini sentiasa ditenggelami air.
Boleh dikatakan setiap tahun jalan ini sentiasa putus yang mengakibatkan penduduk di kawasan sebelah atas sana itu menghadapi masalah untuk pergi ke bandar termasuk juga pelancong-pelancong yang pergi ke Taman Negara Kuala Tahan. Tidak perlu banjir dia naik sikit sahaja airnya sebahagian daripada jalan itu telah pun tenggelam dan kenderaan tidak boleh melalui jalan ini. Jadi saya minta agar Yang Berhormat Menteri memberikan lebih sedikit perhatian kepada jalan ini kerana ini merupakan jalan utama untuk menghubungkan Jerantut dan Taman Negara Kuala Tahan.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Menyentuh satu lagi Butiran P 71000 – Memperelok dan Membaik pulih Jalan iaitu di FT64 Jalan Jerantut- Maran bermula daripada simpang Jengka 8 ke simpang FELDA Tekam Utara.
Jaraknya saya ingat dalam lingkungan di bawah daripada 10 kilometer.
Masalahnya jalan ini Tuan Pengerusi telah pun dibuat dan mula di baik pulihnya mula dibuat laluan baru pada tahun 2007 dan saya ingat lagi setiap tahun dalam Dewan ini saya bangkitkan masalah jalan ini. Namun sehingga sekarang ini masih belum berubah wajahlah. Saya difahamkan Yang Berhormat Datuk KSU sendiri telah pun melawat pada projek ini pada 15 Oktober 2014.
Namun sehingga sekarang masih lagi belum ada perubahan dan saya minta sangatlah agar jalan ini diberikan perhatian kerana apabila waktu banjir ia menimbulkan masalah kepada usaha-usaha menyelamat dan juga menghantar bantuan. Ini kerana sebahagian daripada jalan ini apabila ada yang sudah dibina tetapi tidak disiapkan ianya menjadi penghalang kepada usaha-usaha memberikan bantuan dan juga pemindahan.
Sekiranya penduduk hendak menggunakan bot untuk melalui kawasan ini juga merupakan ada sebahagiannya dalam keadaan bahaya.
Saya sangat berharaplah agar dalam peruntukan tahun 2018 ini, ini tahun kelima Yang Berhormat Menteri saya bangkitkan isu jalan ini dan saya harap dapatlah ada usaha-usaha sekurang-kurangnya sebelum pilihan raya ini menghiburkan hati di penduduk di kawasan ini yang sebahagian besarnya memberikan majoriti lebih kepada kerajaan. Ini kerana mereka ini setia dan saya bimbang nanti merajuk hati pula akhirnya kita kecewa disebabkan jalan ini telah terlalu lama 2007 sehingga sekarang ini. Saya harap sekurang-kurangnya adalah perubahan. Terima kasih Tuan Pengerusi saya menyokong.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sekijang.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya teruskan kepada Butiran B 02000 – Pembinaan Infrastruktur Bangunan.
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian akhir-akhir ini kita memperkenalkan sistem IBS, jadi apakah inisiatif daripada pihak kementerian dalam merancakkan penggunaan Sistem Bangunan Industri (IBS) ini bagi menjayakan Dasar Pembangunan Negara terutamanya bagi projek-projek yang dilaksanakan oleh pihak kementerian sendiri dan juga pihak kerajaan. Apakah inisiatif yang dilakukan oleh pihak kementerian bagi memastikan penglibatan sektor-sektor swasta yang ada dalam negara kita ini supaya mereka turut sama terlibat dalam menggunakan Sistem Bangunan Industri
(IBS).
Adakah inisiatif IBS ini adalah ia merupakan sebahagian daripada Construction Industry Transformation Program (CITP) ini kerana kita tahu IBS ini merupakan antara option ataupun pilihan yang boleh kita berikan kepada kontraktor pertamanya untuk menjimatkan kos yang kedua ia akan mempercepatkan proses untuk pelaksanaan sesebuah bangunan. Apakah inisiatif lain selain daripada sistem IBS ini yang turut sama berada dalam CITP.
Seterusnya kepada Butiran P 81000 – Membina Jalan-jalan Baru. Saya ingin mengetahui status PBT dan juga pembinaan Jalan Segamat-Tangkak bagi laluan fasa 1A yang menyambungkan jalan sedia ada sehingga ke Bandar Segamat. Saya bertanya ini kerana saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri kerana pernah turun dan melihat sendiri jalan Segamat-Tangkak ini yang projek ini telah pun berjalan cuma ada sebahagian jalan daripada jalan sedia ada ini sehingga ke kawasan Bandar Segamat yang masih belum dapat dilaksanakan. Jadi saya ingin mengetahui bilakah status pembinaan untuk projek laluan fasa 1A ini. Juga pintasan daripada Kampung Batu Badak sehingga bersambung ke laluan Lebuhraya Segamat-Kuantan.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Yang ini pun sama. Bilakah status PBT akan dibuat dan juga bilakah pembinaan jalan baharu ini akan dilaksanakan? Laluan ini akan bersambung terus ke Lebuhraya Segamat-Kuantan ataupun Lebuhraya Tun Razak.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Seterusnya saya ingin bertanya tentang status meluruskan Jalan Buloh Kasap yang saya sudah bawa beberapa kali yang tempoh masanya sudah melebihi lebih 30 tahun. PBT telah dilaksanakan, kalau tadi dua itu belum dilaksanakan PBT tetapi yang ini PBT telah pun dibuat tetapi urusan untuk meluruskan Jalan Buloh Kasap ini masih belum dilaksanakan. Jalan Buloh Kasap ini terletak dalam FT001, dia antara simpang masuk ke Pekan Jabi sehingga ke Kampung Kadut. Jadi mohon penjelasan daripada pihak kementerian tentang perkara ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya mulakan dengan B.010200 iaitu Cawangan Jalan. Saya minta Yang Berhormat Menteri melihat balik signboard-signboard yang digunakan oleh JKR sekarang. Saya ingat ada signboard-signboard yang berbahaya khususnya signboard yang tajam-tajam di hujungnya.
Saya tengok yang terdapat khususnya di traffic light dan juga di persimpangan jalan. Saya ada satu kes di mana motor langgar signboard yang tajam itu akhirnya terkoyak dadanya. Jadi, saya ingat ada kewajaran untuk melihat balik signboard- signboard ini. Kalau bulat itu okey lah. Akan tetapi, kalau dia ada sharp edges itu, saya ingat harus ditengok.
Kedua, ialah tentang kontraktor-kontraktor yang kita berikan award kerja-kerja.
Saya tengok kadang-kadang kontraktor-kontraktor tidak ambil endah tentang signboard- signboard yang cukup untuk tujuan keselamatan. Baru-baru ini ada satu kes di mana seorang wanita yang mengandung bawa motor tetapi disebabkan oleh signboard tidak cukup di Gurun, dia naik atas jalan raya yang separuh siap akhirnya dia jatuh dan meninggal dunia.
Jadi, mereka nasihatkan saya hendak ambil action ataupun tidak? Saya kata nanti saya akan bincangkan dengan Yang Berhormat Menteri dulu kalau kita perlu bawa pergi court kah ataupun kita boleh bincang macam mana lah kerana dia mahu proceed dengan legal action, baik.
Ketiganya ialah tentang B.050600 iaitu Penyelenggaraan Bangunan Gunasama Kerajaan Persekutuan dan Kuarters. Saya akan tetap bawa isu kuarters guru-guru ini.
Apa hendak jadi? Walaupun ia di bawah Kementerian Pendidikan kerana jumlah kuarters ini terlalu banyak, kuarters cantik tetapi hari ini terlalu sayanglah Tuan Pengerusi kerana ditinggalkan begitu sahaja.
Saya rasa baik jumlah yang begitu banyak dengan jumlah, dengan harga yang begitu mahal. Jadi, saya ingat JKR bolehlah membuat keputusan kalau kuarters itu tidak digunakan oleh guru-guru- belum pun masuk, 15 tahun sudah, pokok-pokok sudah tumbuh dalam kuarters, sarang burung pun jadi. Sayanglah. Saya ingat eloklah kerajaan buat keputusan untuk jual sahaja kuarters yang tidak digunakan ini untuk kegunaan rakyat apatah lagi dalam keadaan ini rakyat amat memerlukan rumah.
Akhir sekali Tuan Pengerusi ialah tentang B.050800, B.080800, Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia. Di mana saya tengok banyak jalan-jalan state yang side table-nya rumput-rumput tidak diselenggarakan dan tidak dijaga. Akhirnya apa yang berlaku, khususnya di Sungai Petani dan juga kawasan Kuala Muda, air hujan yang deras, air itu tidak boleh lari keluar daripada side table kerana rumput tinggi.
Akhirnya jalan itu menjadi sungai dan kalau sekiranya terus digunakan oleh lori besar khususnya akhirnya jalan akan rosak. Jadi oleh sebab kita tidak handle side table yang murah harganya kita terpaksa repair jalan-jalan yang mahal harganya. Jadi sekiranya kementerian melihat, apa salahnya kita belanja untuk jaga side table akhirnya jalan terpelihara. Saya ingat elok kita buat begitu kerana kalau kita jaga saya ingat dalam tiga bulan atau empat bulan kita pastikan side table ini dipotong elok rumputnya dan juga tanah itu ditolak akhirnya air masuk ke parit dan tidak menjadikan jalan itu sebagai laluan air. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sik.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ada beberapa butiran yang ingin saya sebut di sini. Saya mulakan dengan B.020000 iaitu Pembinaan Infrastruktur Bangunan. Sebelum itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan, kepada kementerian, Yang Berhormat Menteri yang telah mempersetujui permohonan saya berkali-kali memisahkan JKR Sik dan JKR Kuala Muda.
Dahulu kongsi JKR Sik dan JKR Kuala Muda kongsi sekarang Parlimen Sik, Daerah Sik sudah dapat pejabat JKR yang baharu. Berpuluh-puluh tahun bermadu selepas itu berpisah tetapi selepas berpisah ini saya mahu minta Yang Berhormat Menteri hendak minta rumah pula. Yang Berhormat Menteri mahu minta rumah pula.
Hendak minta bangunan pula.
Yang Berhormat Menteri, sebenarnya JKR Sik ini keperluan Pejabat JKR adalah sesuatu yang sangat mendesak. Jadi sebab apa, dulu pejabat di sini yang digunakan sekarang ini lebih kurang ada 30 orang kakitangan JKR Sik ini. Mereka duduk di satu pejabat yang kecil yang mana merupakan sebagai seolah-olah satu bilik mesyuarat yang dulu hanya menjadi pejabat operasi JKR di Daerah Sik. Jadi JKR Sik telah membuat proposal ada dua tempat yang dicadangkan untuk membuat bangunan JKR Sik ini dan proposal ini bernilai lebih kurang RM6 juta.
Pertama, pegawai daerah sedang mencari tempat yang sesuai, tanah kerajaan.
Kedua, kalau tidak ada tanah, JKR Sik buat proposal supaya dibuat bangunan ini di atas tanah yang ada sekarang. Jadi saya harap saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri adakah proposal ini boleh diluluskan? Saya harap Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan benda ini dan memberikan peruntukan kepada JKR Negeri dan juga Pengarah JKR supaya pejabat JKR baharu dibina di JKR Daerah Sik.
Kedua, dalam Butiran 050800 dan B.050900 iaitu Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia dan Pembaikan dan Penyelenggaraan Cerun di Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia. Kalau tidak silap saya pada tahun 2017, JKR Sik telah memohon lebih kurang RM5 juta untuk menyelenggarakan jalan persekutuan yang di Sik ini jalan persekutuan panjang sebab Daerah Sik luas lebih kurang dekat-dekat dengan negeri Perlis. Jadi peruntukan yang diberikan pada ketika itu kalau tidak silap kami tidak sampai RM2 juta, lebih kurang RM1.7 juta. Ini adalah tidak cukup. Bukan sahaja jalan persekutuan tetapi juga jalan-jalan negeri yang lain juga management ataupun penyelenggaraan cerun-cerun.
Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat melihat perkembangan ini dan dapat memberikan peruntukan yang lebih kalau minta RM5 juta atau RM6 juta bagi setengah RM3 juta itu okeylah. Akan tetapi kalau minta dalam RM5 juta dapat tidak sampai RM2 juta itu tidak cukup Yang Berhormat Menteri. Ada banyak beberapa cerun yang bahaya yang tidak dapat diselenggarakan sehingga sekarang contohnya cerun Jalan Persekutuan Kampung Pinang anggaran dalam RM200,000 lebih, di Padang Pulut dekat- dekat RM1 juta dan juga di kawasan Carok Tala lebih kurang RM200,000. Ini menyebabkan mungkin berlaku bahaya.
Ketiga, adalah Butiran 60000 iaitu Naik Taraf Jalan Raya dan Laluan. Ada satu jalan iaitu jalan dalam Sik ini iaitu Jalan F175, Jalan Persekutuan dari Pekan Sik ke Gulau. Jalan ini bahaya kerana panjang dan bengkang-bengkok, banyak corner-corner dan banyak kemalangan yang telah berlaku. Ada satu tempat itu di mana selekohnya berbahaya dan pada tahun 2017 terjadi empat ke lima kemalangan dan baru-baru ini awal bulan ini, tok imam di kawasan itu iaitu di kawasan Telaga Batu mengalami kemalangan dan meninggal dunia di situ.
Jadi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri adakah ada rancangan untuk menaik taraf jalan raya ini F175 dari Pekan Sik ke Gulau? Saya difahamkan bahawa JKR Sik negeri minta dan anggarannya saya tidak berapa ingat tetapi diletakkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Kalau boleh saya minta Yang Berhormat Menteri mempercepatkan hal ini sebab jalan ini bahaya, kalau boleh masuklah dalam RMKe-11 ini. Akhir sekali ialah, Jalan Persekutuan juga FT175 saya mohon, ini saya sudah cakap sebelum ini iaitu jalan di antara Pekan Jeniang dan Pekan Sik.
Sekarang ini ada dua lane dan sempit-sempit.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Jadi kawasan orang di situ banyak bawa kereta perlahan, jadi apabila perlahan ini kadang-kadang sampai sekarang kereta banyak sampai 20 buah kereta, 15 buah kereta berderet. Jalan di situ bengkang-bengkok dan jalan kecil. Jadi tidak dapat hendak potong. Jadi, maknanya sekarang ini sudah sampailah keperluan untuk supaya- saya minta Yang Berhormat Menteri, kementerian untuk buat rancangan kalau boleh naikkan taraf jalan ini dari Pekan Jeniang ke Pekan Sik, dari Gurun ke Jeniang sudah four lane.
Sekarang ini supaya Jeniang ke Sik naikkan taraf daripada dua lane menjadi empat lane.
Sekian sahaja, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bukit Katil, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Libaran. Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab. Sila Yang Berhormat Bukit Katil.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membangkitkan dua perkara sahaja iaitu pertama soal Butiran 60000 iaitu Naik Taraf Jalan Raya dan Laluan. Saya juga ingin membawa perhatian Yang Berhormat Menteri kepada dua perkara. Satu ialah soal jalan yang sedang di naik taraf sekarang ini apabila keluar daripada tol Ayer Keroh, saya ingat masih lagi belum disiapkan dan sekarang ini menimbulkan satu keadaan yang cukup sesak.
Dalam masa yang sama, saya juga ingin tarik perhatian Yang Berhormat Menteri berkaitan juga dengan naik taraf jalan di Peringgit, simpang Peringgit, Melaka juga. Saya percaya itu di bawah perhatian kementerian di mana sampai sekarang dilihat seolah-olah macam tidak ada sebarang perkembangan. Ini menyukarkan penduduk dan juga rakyat di kawasan itu yang tentunya berhadapan dengan kesesakan jalan raya. Jadi saya minta kementerian untuk menyatakan apakah langkah-langkah seterusnya berkaitan perkara ini.
Kedua Tuan Pengerusi ialah berkaitan dengan 020000 – Pembinaan Infrastruktur Bangunan. Saya ingin tanya secara khusus kepada kementerian iaitu berkaitan dengan laporan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) berkaitan dengan pasar besar Melaka Sentral yang mana kita membelanjakan hampir RM100 juta tetapi berlaku kerosakan struktur yang menyebabkan tidak selamat diduduki. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, sekarang ini peniaga dan juga orang awam terpaksa berhadapan dengan masalah yang baru di pasar transit.
Saya ingin tanya kepada kementerian, apakah Laporan IKRAM ini ada deadline- nya? Ini kerana kita dimaklumkan bahawa pasar ini ia bersifat sementara, dalam kajian sama ada selamat atau tidak kerana kita lihat, saya turun ke sana melihat masalah itu hanyalah sedikit. Jadi pada pandangan mata kasar seolah-olah tidak berbahaya tetapi menyebabkan mereka terpaksa move, dengan izin, daripada tempat yang strategik kerana di situ adalah pusat yang ada pengangkutan awam dan sebagainya sehingga ke tempat yang kecil.
Sekarang ini kalau Yang Berhormat Menteri pergi ke pasar transit ini, memang tidak selamat kerana belum siap sepenuhnya tetapi telah pun dipaksa untuk pindah dan sebagainya. Mereka berhadapan dengan kenaikan sewa dan ini tentunya menyebabkan tidak ada value for money untuk projek itu. Jadi saya ingin tanya kepada kementerian tentang perkembangan perkara ini kerana kalau ada laporan IKRAM itu, mungkin boleh dikongsi di dalam Dewan ini, apakah hasil daripada laporan tersebut. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Langkawi.
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mohon untuk membawa kepada Butiran 050800 - B.27 iaitu Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia.
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi
Tuan Pengerusi, bahawa saya ini di Pulau Langkawi adalah sebuah pulau pelancongan yang didatangi oleh jutaan manusia daripada luar negara dan dalam negara. Sehingga sekarang ini, hampir mencecah empat juta pelancong daripada luar negara terutamanya, dengan 3,000 penerbangan setiap bulan ke Langkawi dan luar Langkawi.
Jadi isu yang timbul daripada masyarakat dan juga pelancong ialah tentang penyelenggaraan jalan turap semula untuk seluruh Pulau Langkawi kerana Pulau Langkawi bukan pulau sembarangan. Ianya pulau pelancongan antarabangsa. Akan tetapi dengan kualiti jalan yang kita ada, berlubang dan sebagainya, yang sudah lama tidak diadakan penurapan semula kepada jalan-jalan utama di Pulau Langkawi menyebabkan keadaan yang tidak baik.
Baru-baru ini, semasa Ironman, Ironman ini kira tiap-tiap tahun kita ada program Ironman ini yang melibatkan lebih kurang 1,500 peserta dari luar negara untuk bertanding di Pulau Langkawi, berenang selepas itu kayuh basikal, berlari dan sebagainya tetapi pada masa yang sama, ada accident, banyak berlaku accident kepada 1,500 basikal ini apabila lopak-lopak tidak dibuat dengan kemas ataupun masih ada lopak di jalan utama.
Jadi saya memohon pihak kementerian agar tolonglah beri perhatian kepada Pulau Langkawi ini kerana ianya memberi gambaran yang tidak baik kepada pelancong luar lantas ia akan memberi impak yang tidak bagus kepada pelancongan negara kita.
Difahamkan sebanyak 98 peratus daripada jalan-jalan utama di Langkawi adalah hak Kementerian Persekutuan sementara dua peratus lagi adalah kerajaan negeri. Sedikit sangat yang kerajaan negeri.
Kedua, saya ingin menyentuh tentang jalan kampung Chandek Kura ke Bukit Lembu iaitu satu jalan yang lama tetapi rosak teruk dan perlu pembaikan dengan menggunakan teknologi konkrit rasanya lebih sesuai daripada menggunakan tar. Ini kerana di situ lori-lori tanah dan lori batu menggunakannya menyebabkan masyarakat kampung tidak dapat menggunakannya dengan baik. Anggaran dalam RM1 juta, saya ingat.
Ketiga Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan masalah isu yang sangat kacau bagi saya sebagai wakil rakyat iaitu traffic light di Kuala Temoyong ke Pantai Cenang yang sentiasa kerap berlaku accident. Saya ingat 10 accident setiap bulan yang mana sebelum ini saya minta melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tetapi katanya bajet tidak ada dalam kementerian itu.
Jadi saya minta supaya JKR melalui Kementerian Kerja Raya dapat membantu untuk menyediakan satu traffic light. Saya ingat dalam RM200,000 siaplah traffic light itu dan juga traffic lights yang lain di Pulau Langkawi. Sudah sampai masanya untuk kita membangunkan traffic light kerana masyarakat, pengguna kenderaan telah bertambah dan juga memberi impak kepada pelancong kerana terutamanya pelancong daripada luar negara, China especially yang sentiasa menggunakan kereta pandu sebelah kiri tetapi datang ke Langkawi, pandu belah kanan menyebabkan ada masalah daripada segi koordinasi itu di jalan raya.
Akhirnya Tuan Pengerusi, saya ingin mengingatkan Yang Berhormat Menteri bahawa pernah di Dewan ini kita berbincang tentang masalah isu jammed daripada Pekan Kuah ke Jeti Pulau Langkawi. Ini kerana apabila berlaku jammed ini, ramai di antara pelancong-pelancong tidak dapat menaiki feri pada masa yang sama, dan akhirnya tiket itu hancur, kena beli tiket baru. Ini sudah tentulah memberi impak yang tidak bagus kepada Pulau Langkawi dan jammed ini pula berlaku ketika cuti, ketika ramai pelancong yang datang ke Pulau Langkawi dan bukan tiap-tiap hari tetapi ketika peak time, ketika peak hours maka perkara ini akan berlaku. Jadi saya mohon pihak kementerian dan Yang Berhormat Menteri yang disayangi dapat membantu saya.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Libaran.
Datuk Juslie bin Haji Ajirol - Libaran
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus sahaja kepada Butiran 05100 – Jalan-jalan Besar di Sabah.
Datuk Juslie bin Haji Ajirol - Libaran
Seperti Yang Berhormat Menteri sedia maklum, lintas Libaran kini berada di fasa satu. Fasa ini bermula daripada Pekan Gum-gum Batu 16 menghala ke Pekan Hulu Dusun 32 dan bersambung ke Pan-Borneo. Kepentingan jalan ini disebabkan jalan yang sedia ada sudah terlalu sesak dan lalu lintas yang berada di situ sangat teruk sekali di mana jalan yang sedia ada ini digunakan oleh berbagai-bagai kenderaan bermula daripada kenderaan persendirian, kenderaan awam, pelancong dan turut sekali digunakan oleh kenderaan perdagangan terutama sekali lori tangki-tangki yang membawa minyak sawit.
Jadi saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Fasa satu ini ada empat fasa. Fasa keempat sudah dimulakan dan saya ingin tahu fasa tiga, fasa dua dan fasa satu ini bila dimulakan? Saya difahamkan jalan lintas Libaran ini akan dipindah, dimasukkan ke dalam jajaran Pan-Borneo. Cuma saya ingin tahu sama ada dimasukkan di jajaran Pan-Borneo ini, adakah tidak melambatkan pelaksanaan jalan tersebut?
Datuk Juslie bin Haji Ajirol - Libaran
Kedua, saya memohon juga Yang Berhormat Menteri alignment jalan ini juga saya mohon sedikit diubahsuai supaya dioptimumkan penggunaan jalan ini mengambil kira atas pembangunan yang berlaku di sekitarnya terutama sekali di pesisir pantai di mana kewujudan pekan-pekan baru berada di situ. Jadi saya cadangkan supaya jajaran ini terus menggunakan Jalan Sungai Tiram – ini bukan Sungai Tiram di Johor seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tebrau tadi, daripada Jalan Sungai Tiram ini lebih kurang satu kilometer sahaja jauhnya. Jadi apa salahnya kita terus sahaja ke Jalan Sungai Tiram kerana esok tidak lagi kita memohon satu jalan baru.
Selain daripada itu Yang Berhormat Menteri, ada satu jalan yang dicadangkan mungkin belum sampai ke pihak kementerian. Saya difahamkan bahawa JKR Sandakan telah mencadangkan iaitu Jalan Klagan yang menghubungkan empat Parlimen di kawasan Sandakan iaitu melalui Parlimen Libaran bermula daripada Pekan Sungai Tiram, menuju ke Pekan Beluran dan seterusnya boleh digunakan oleh Parlimen Batu Sapi dan seterusnya Parlimen Sandakan. Jadi saya memohon kalau belum sampai cadangan ini supaya pihak Yang Berhormat Menteri dapat memaklumkan kepada JKR Negeri Sabah.
Kedua, Butiran 08260 – Menaik Taraf Jalan dan Memulihkan Jalan. Saya ingin memohon juga sejumlah dana bagi membolehkan jalan utama menghala daripada Jalan Telupid terus ke Batu 32 terutama sekali terus ke Sandakan. Ini kerana Yang Berhormat Menteri tahu bahawa jalan ini seperti yang saya sebutkan terlalu sesak sekali dengan lalu lintas dan jalan-jalan ini sudah berlubang-lubang. Walaupun kementerian memang sudah membaiki jalan ini tetapi ini sahaja jalan yang boleh digunakan sebelum jalan lintas dapat disiapkan.
Ketiga, penyelenggaraan Jalan SPS 2 dan SPS 3. Jalan ini sudah lebih kurang tujuh tahun siap. Jalan ini juga sudah beralun dan banyak lubang di situ. Jadi diharap kementerian dapat melihat jalan ini. Selain daripada itu, Jalan Sungai Tiram kalau boleh kita sambung terus ke Jalan SPS 3 lebih kurang ada dua kilometer kalau tidak silap saya.
Ini kerana di situ ada kampung yang memerlukan akses yang sempurna bagi memudahkan penduduk di kawasan itu. Jadi itu sahaja, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, minta maaf Yang Berhormat. Tadi saya sudah putuskan kalau pendek tiga minit boleh ya?
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Sedikit, dua minit.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Dua minit?
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Dua minit sahaja.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Tasek Gelugor dua minit, Yang Berhormat Kuala Kangsar dua minit dan...
Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Sama. Sama Tuan Pengerusi.
Datuk Dr. Ewon Ebin - Ranau
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terlupa saya kawasan.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Ranau.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Ranau dua minit. Sila...
Datuk Dr. Ewon Ebin - Ranau
Okey, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Ranau dulu.
Datuk Dr. Ewon Ebin - Ranau
Okey, saya terus menyentuh kepada Butiran 051300 – Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan. Saya menyentuh mengenai jalan raya dari Tamparuli ke Ranau. Kalau ada di antara kita yang pernah jalan dari Tamparuli ke Ranau, ini merupakan satu jalan yang mendukacitakan. Oleh kerana bukan sahaja ia berlubang-lubang tetapi berombak-ombak pula.
Jadi oleh yang demikian, maka saya mintalah kementerian supaya melihat dan juga memberikan peruntukan kepada jalan ini. Oleh kerana jalan ini antara atau sebahagian daripada Lebuh Raya Kota Kinabalu-Sandakan dan juga Tawau.
Kedua ialah jalan raya ini digunakan oleh pelancong-pelancong yang datang ke Ranau, Tuan Pengerusi. Jadi saya mintalah kementerian untuk melihat dan kalau boleh memberikan peruntukan mengenai jalan raya Tamparuli-Ranau ini.
Kedua, yang saya ingin sentuh di sini ialah Butiran 00700 – Pembinaan Lain- lain Jalan Persekutuan dan Jambatan. Saya menyentuh mengenai Jambatan Liwagu di daerah Ranau. Jambatan ini merupakan sebagai bottleneck kepada jalan raya Tamparuli, Ranau dan juga Sandakan. Pada setiap kali ada perayaan seperti Hari Raya, Krismas yang menyebabkan kesesakan jalan raya yang amat sangat. Kadang-kadang berkilo-kilo, berbatu-batu jauhnya. Oleh yang demikian, maka ini merupakan sebagai satu rungutan bagi pengguna-pengguna jalan raya atau Lebuhraya Ranau-Sandakan.
Oleh yang demikian, saya mintalah kepada kementerian supaya memberikan peruntukan segera untuk membina satu lagi jambatan baru untuk menyelesaikan kesesakan jalan raya ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyentuh tentang Butiran 010200 – Cawangan Jalan dan juga Butiran 60000 – Naik Taraf Jalan Raya dan Laluan.
Menyentuh tentang perkara ini, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan adakah pihak Kementerian Kerja Raya mempunyai cadangan ataupun perancangan untuk melebarkan jalan daripada Tasek Gelugor ke Kubang Menerong dan Kepala Batas? Memandangkan jalan itu terlalu sibuk sekarang ini dan agak begitu sempit serta banyak kemalangan telah pun berlaku.
Kemudian yang kedua, jalan daripada Pokok Sena ke Kampung Selamat. Jadi jalan ini selalu mengalami kesesakan lalu lintas dan kita mencadangkan supaya diadakan penyuraian melalui traffic light di kawasan Balai Polis Tasek Gelugor. Jadi memang jalan ini adalah jalan negeri tetapi apakah perancangan Kementerian Kerja Raya bersama- sama dengan kerajaan negeri untuk mewujudkan satu jalan yang lebih besar dan lebih luas bagi kedua-dua jalan yang saya maksudkan.
Kemudian dalam Butiran 19000 – Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan. Saya ingin mengetahui apakah peranan ataupun perancangan yang telah dibuat oleh Kementerian Kerja Raya khususnya bagi memahamkan kepada masyarakat pembeli rumah tentang kebaikan rumah yang menggunakan sistem IBS.
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Ini kerana sekarang ini apabila kita merancang pembangunan rumah IBS menggunakan sistem IBS, nampaknya sambutan daripada pembeli-pembeli agak berkurangan khususnya di kawasan utara kerana mereka tidak begitu yakin dengan kekuatan rumah IBS tersebut. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus pergi ke Butiran 040100 – Sektor Pengurusan dan Pentadbiran KKR. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, apakah status permohonan bagi mengiktiraf dan memberi insentif kepada profesion teknikal iaitu jurutera, arkitek dan juruukur dan tarikh pertama untuk diisytiharkan sebagai Hari Profesion Teknikal Negara?
Keduanya akhir sekali, Butiran 010200 – Cawangan Jalan. Mohon Yang Berhormat Menteri sekolah-sekolah di Parlimen Kuala Kangsar sangat memerlukan bonggol ataupun road breaker di depan sekolah supaya anak-anak kita selamat melintas dan laluan kenderaan yang sangat laju di jalan-jalan tersebut walaupun ada signage had laju. Saya mohon Yang Berhormat Menteri kalau boleh diluluskan beberapa permohonan road breaker sekiranya bonggol tidak sesuai di beberapa sekolah di Parlimen saya.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih. Sila Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terlebih dahulu izinkan saya untuk mengucapkan terima kasih kepada seramai 25 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan 2018 Peringkat Jawatankuasa bagi maksud Butiran B.27 dan juga P.27 Kementerian Kerja Raya.
Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan dan insya-Allah saya akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan jawapan terhadap setiap isu yang dibangkitkan.
Tuan Pengerusi, saya hendak mendapat panduan, sama ada hendak jawab keseluruhan ahli yang telah membentangkan ataupun pada yang...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang tiada dalam Dewan boleh jawab bertulis.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum itu, pembentangan Bajet 2018 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut memberi tumpuan dan penekanan terhadap fokus serta komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pelbagai projek pembinaan. Ini sebagaimana penunjang yang pertama iaitu, merancak pelaburan, perdagangan dan juga industri yang akan terus menekankan pelaburan berimpak tinggi dengan memacu sektor logistik seperti Lebuhraya Persisiran Pantai Barat dan juga projek Central Spine Road.
Begitu juga dalam penunjang yang keempat iaitu memacu pembangunan inclusive bagi menyedia infra rakyat bagi menyedia infra rakyat yang berkualiti untuk manfaat semua wilayah ataupun region dan tidak hanya kepada wilayah tertentu sahaja.
Ini turut melibatkan pelaksanaan projek dan program infrastruktur awam yang dilaksanakan di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Dalam Bajet 2018 ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM48 bilion untuk tujuan perbelanjaan pembangunan negara secara keseluruhan. Daripada jumlah tersebut, Kementerian Kerja Raya bakal menerima peruntukan sebanyak RM3.76 bilion untuk perbelanjaan pembangunan manakala di bawah perbelanjaan mengurus kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM234.25 bilion secara keseluruhan dan Kementerian Kerja Raya mendapat RM2.004 bilion.
Bagi projek-projek yang telah diluluskan oleh agensi pusat dalam Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-11 ini, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya telah menerima kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri bagi jumlah keseluruhan sebanyak 200 bilangan projek.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 185 bilangan ialah projek sambungan, manakala 15 lagi ialah projek baru.
Untuk respons kepada Yang Berhormat Bintulu saya akan kemukakan secara bertulis kepada apa yang telah dikemukakan, tetapi saya hendak mengucapkan terima kasihlah merekodkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bintulu kerana Yang Berhormat Bintulu sendiri telah pun pergi pada 26 Mei 2017 di mana syarikat LBU telah memberi taklimat kepada beliau dan seterusnya melawat sebahagian daripada tapak projek Lebuhraya Pan Borneo yang sedang berjalan. Saya mengharapkan kerjasama erat dengan semua Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya, supaya mendapat menjadi pemantau dan juga membantu kita dalam menyelesaikan permasalahan, khususnya apa yang dibangkitkan berhubung kait dengan keselamatan perjalanan tersebut.
Yang Berhormat Kulai, berhubung kait dengan EDL. Apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi adalah jawapan daripada Menteri Kewangan II. Jadi saya dalam konteks pampasan ataupun sudut kewangan untuk EDL ini sebenarnya kita masih dalam peringkat perincian ataupun dalam peringkat untuk memuktamadkan.
Akan tetapi, apa asas Yang Berhormat tadi mengatakan berhubung kait dengan keuntungan dan sebagainya, mungkin kurang tepat. Bagi saya benda ini kita boleh bincangkan secara lebih terperinci disebabkan banyak keadaan mengapa kita akhirnya memutuskan untuk memasukkan tol di EDL. Perkara ini kita masih dalam peringkat perundingan, setelah selesai sahaja perundingan nanti berhubung kait dengan apakah muktamadnya penyelesaian, kita akan umumkan kepada pihak yang terlibat termasuklah dalam Dewan yang mulia ini.
So, setakat ini saya tidak akan dapat memberi perincian, tetapi sebab bukan untuk kita menggantikan ataupun memberi imbuhan kepada konsesi yang disebutkan ataupun tanggapan Yang Berhormat tadi. Sayugia diingatkan bahawa konsesi EDL ini, salah satu lagi shareholders-nya adalah KWSP dan KWSP sudah pasti menjaga hak kepentingan pekerja.
Jadi kita bukan melindungi kepentingan syarikat, tetapi lebih kepada investment yang telah dilaburkan untuk memastikan bahawa semua pihak termasuklah kerajaan tidak akan rugi, pengguna tidak rugi dan juga pelabur tidak akan rugi. Itulah akhirnya matlamat kita, tetapi sudah pasti dengan pemansuhan EDL ini ada sebab-sebab mengapa kita membuat, tetapi lebih kepada restructuring untuk kawasan EDL tersebut disebabkan ada pendekatan baru iaitu termasuklah pendekatan oleh Kementerian Pengangkutan yang juga mengenakan entri dan sebagainya, charges kepada semua kenderaan yang masuk dan keluar ke Singapura.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri satu jawapan yang cukup terperinci. Saya hanya hendak tanya sedikit lagi. Lebuh raya di Malaysia banyak, tol banyak bagaimana kementerian sama ada Kementerian Kewangan ataupun Kementerian Kerja Raya yang memilih mana satu tol yang dimansuhkan pada tahun yang akan datang ini. Saya hendak tahu apa-apa itu kriteria yang diambil kira oleh kementerian semasa membuat keputusan tersebut, what is the consideration itu sahaja, terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Consideration Yang Berhormat. Akan tetapi sebab di peringkat kerajaan, kita ada kementerian kami yang melihat kepada teknikal, EPU melihat kepada sudut ekonomi dan MOF melihat kepada sudut kewangan dan akhirnya kita ada kajian dan feedback, maklum balas daripada rakyat dan akhirnya kita kena buat perundingan.
Hasil daripada perundingan dengan syarikat konsesi, sebagaimana kita sedia maklum, apabila perjanjian sudah sain, kita tidak dapat melupuskan ataupun menghapuskan dengan sebarang– tanpa sebab satu-satu perjanjian.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Sebab itu perundingan- akhirnya dengan perundingan tersebut kalau kita dapat capai pada persetujuan, barulah pemansuhan akan dilaksanakan. Sebab itu sebelum ini, kalau kita lihat kita sudah pun memansuhkan sepuluh tol. Itu juga dibuat hasil daripada kajian social impact study dan akhirnya kita dapat berunding dengan syarikat konsesi dan mencari jalan pertemuan untuk kita mencari situasi yang menang-menang kepada semua pihak. Itu kriteria yang kita tetapkan.
Seterusnya Yang Berhormat dari Pasir Gudang. Untuk Pasir Gudang, untuk Lebuhraya Pasir Gudang, fasa pertama. Untuk makluman Yang Berhormat, jalan ini sudah siap, cuma dalam kontrak jalan ini dulu ia tidak termaktub untuk meletakkan lampu-lampu jalan, hanya lampu-lampu jalan adalah untuk persimpangan sahaja.
Manakala untuk fasa kedua yang sedang dijalankan sekarang lampu jalan termasuk dalam terma kontrak, jadi insya-Allah fasa kedua nanti lampu-lampu jalan akan termasuk.
Dari segi pelaksanaan projek ini apa yang berlaku ialah yang menyebabkan sedikit kelewatan, bukan kelewatan ada sebahagian jalan dilihat seolah-olah tidak ada kerja, sebenarnya disebabkan pengalihan utiliti. Bila kita membuat jalan, kontraktor tidak boleh mengalih sebarang utiliti, sehinggalah syarikat utiliti itu sendiri melantik kontraktor untuk mengalihkan, sama ada paip air, kabel elektrik, kabel telefon dan sebagainya.
Sebab itu nampak ada sebahagian tempat itu seolah-olah tidak ada pekerjaan, akan tetapi mereka masih berada dalam penjadualan kerja yang ditetapkan. Insya-Allah kita akan memantau dengan sehabis baik.
Pada masa yang sama kita akan melihat bagaimana aduan berhubung kait dengan isu jalan berlubang, sebenarnya kita ada peruntukan untuk fasa kedua ini RM1.4 juta untuk kerja penyelenggaraan jalan. Memastikan jalan-jalan berlubang itu akan ditampung dan sebagainya untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna akan diberi fokus dalam kita memastikan jalan itu dilaksanakan dengan sebaiknya.
Okey kah? Jalan EDL sebenarnya untuk EDL telah juga, hari itu mereka saya rasa sudah pun mula membuat penambahbaikan untuk EDL proper. Akan tetapi yang dibangkitkan tadi adalah permasalahan antara siapa ada bidang kuasa di antara sebahagian jalan, yang ini saya akan mengambil untuk berjumpa dengan semua pihak supaya kita dapat selesaikan secepat mungkin. Terima kasih kerana membawakan perkara tersebut.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Seterusnya ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, isu jalan rosak dan sebagainya terutamanya untuk Changkat Jering ke Beruas FT60, seksyen 88 dan juga daripada seksyen 53.6, daerah Manjung kemudian ke FT73, seksyen 10 Beruas. Daerah Manjung ke Beruas sepanjang 44.4 kilometer. Untuk tahun 2017 ini peruntukan yang telah diluluskan untuk FT60 iaitu di Manjung ke Changkat Jering adalah sebanyak RM2.45 juta bagi penyelenggaraan berkala pavement kepada pihak konsesi iaitu Belati Wangsa.
Satu lagi berhubung kait dengan PLUS. Seperti mana yang dibangkitkan dahulu, saya kira saya sudah pun membuat respons terlebih dahulu pada waktu tempoh sesi yang lepas dan insya-Allah saya akan cuba menyiasat balik bagaimana penyelesaian kepada yang dibangkitkan berhubung kait dengan penjaja-penjaja di R&R.
Seperkara lagi berhubung kait dengan emergency response team. Apabila berlaku kemalangan, kadang-kadang kemalangan ini bergantung dengan keseriusan kemalangan. Ada kemalangan yang mungkin tidak menutup sepenuh jalan. Malangnya ada beberapa perkara kemalangan yang melibatkan jalan langsung tertutup disebabkan tanker terbakar dan sebagainya yang menyebabkan untuk menyelesaikan permasalahan tersebut bukannya mudah.
Pertama apabila sudah berlaku kesesakan, pasukan penyelamat yang hendak pergi. Kedua, hendak mengalihkan kenderaan. Fokus utama yang pertama ialah untuk menyelamat kalau berlaku accident ialah untuk memastikan pasukan penyelamat datang menyelamatkan apa-apa mangsa kemalangan dahulu.
Kedua, proses untuk mengalihkan kenderaan yang menutup jalan. Kalau kemalangan yang tidak serius mungkin ia dapat diselesaikan dengan cepat tetapi melibatkan tanker dan banyak kenderaan dan sebagainya, bayangkan kita hendak mengangkut treler sahaja, untuk mengangkutnya itu mungkin satu permasalahan apatah lagi kalau jalan lorong kecemasan ditutup oleh kenderaan-kenderaan. Sebab itu kadang- kadang masa yang diambil itu agak lama.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Sebenarnya sepanjang jalan lebuh raya, ia ada langkah untuk mereka membuka sebahagian jalan supaya boleh membuat pusingan dan sebagainya. Akan tetapi kita akan berusaha untuk melihat bagaimana kita dapat tambah baik dengan pengalaman akibat berlakunya kemalangan yang besar dan sebagainya, bagaimana kita akan dapat meningkatkan daripada segi SOP untuk kita tangani apabila berlaku kecemasan tersebut.
Persoalan yang seterusnya ialah, adakah syarikat konsesi akan dibayar pampasan? Kalau mereka tidak sampai kepada unjuran yang dipersetujui sewaktu mereka menandatangani perjanjian. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan tidak akan mengambil pampasan untuk unjuran itu tidak tercapai. Itu adalah risiko yang ditanggung oleh syarikat konsesi itu sendiri.
Yang Berhormat Parit Sulong ada? Yang Berhormat Parit Sulung- lampu jalan hari itu sudah terang jadi hendak minta tambahan RM30 juta peruntukan- bagi chance juga kawasan orang lainlah yang belum dapat lampu.
Jadi Yang Berhormat Parit Sulong sudah dapat mungkin, kita bagi chance orang lain. Akan tetapi janganlah katakan disebabkan tidak ada lampu jalan, maka kemalangan berlaku sebab kemalangan berlaku tidak kira malam dan siang. Kadang-kadang siang lebih banyak berlaku kemalangan. Akan tetapi insya-Allah saya akan ambil perhatian apa yang dipohon oleh Yang Berhormat Parit Sulong tersebut.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Sebab saya dapat makluman daripada- ini daripada JKR daerah sebab yang pelaksananya adalah JKR daerah. Jalan itu ia sepanjang- sebab saya pun cemburu juga dengan Ahli Parlimen Muar, sepanjang perjalanan daripada Muar sampai ke Semerah itu terang sahaja sampai Semerah boleh gelap. Semerah itu kawasan Parlimen saya. Okeylah terima kasih banyak-banyak....
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Parit Sulong. Kalau Yang Berhormat Parit Sulong cemburu Yang Berhormat Muar, saya cemburu dengan Yang Berhormat Parit Sulong kerana dapat RM30 juta.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
...Ada 60 – sepanjang satu kilometer sahaja. Jadinya janjinya hari itu buat berperingkat dan berfasa, ini baru fasa pertama. Apabila sampai sikit macam itu sudah timbul isu lain. Apabila ditanya pula oleh rakyat di situ kenapa tidak buat sampai habis? Apa punya kerajaan ini? Jadinya saya selaku Ahli Parlimen, saya menyampaikan hasrat daripada penduduk di situ dan remember kawasan Batu Pahat, empat Parlimen, tiga menang, satu kalah dan yang menang 100 peratus itu adalah kawasan Parlimen Parit Sulong. Sebab itulah...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Kawasan saya semua menang Yang Berhormat...
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
...Saya hendak minta supaya diberi pertimbangan mengenai permohonan daripada kawasan Parlimen Parit Sulong.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Kawasan Beluran semua menang Yang Berhormat.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Yang Berhormat Parit Sulong...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Dia tiga menang, satu kalah. Beluran semua menang.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Ya, betul-betul.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Daerah Batu Pahat ada empat Parlimen...
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Tuan Pengerusi, dia minta timbang tetapi kalau timbang Yang Berhormat Parit Sulong sekarang ini dia sudah ringan sedikit kalau kita timbang dia sebab dia sudah slim dan [Ketawa] Jadi insya-Allah kita akan mengambil perhatian kepada apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Parit Sulong.
Yang Berhormat Kota Kinabalu. Dalam perbahasan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu sendiri sebenarnya Yang Berhormat telah pun memberikan jawapan berhubung kait dengan keadaan jalan. Jalan yang sudah siap di Kalabakan tetapi dua tahun mula rosak.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Jadi Yang Berhormat mengatakan bahawa kerosakan disebabkan oleh overloading khususnya lori-lori balak. Cadangan Yang Berhormat ialah bagaimana kita hendak kuatkuasakan termasuk ada beberapa pihak Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tadi menyarankan supaya kita jalinkan kerjasama yang erat dengan kementerian- kementerian lain ataupun agensi penguatkuasaan yang lain.
Sememangnya ini adalah salah satu cabaran yang kita hadapi sebab sebahagian jalan- kita hendak membina jalan asas dahulu supaya memudahkan perhubungan. Oleh sebab itu, kita dengan orang kata kekangan peruntukan kita buat apa yang berdasarkan peruntukan yang ada.
Apabila jalan-jalan rosak diakibatkan oleh overloading of vehicle ia jatuh di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan melalui JPJ. Kita tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan dan sebab itu memang kita selalu menyuarakan untuk JPJ khususnya mengambil tindakan supaya pemantauan dan penguatkuasaan yang konsisten terutamanya kepada overloading ini sebab overloading akan menyebabkan keadaan jalan rosak dan akhirnya yang rugi kita juga dan pengguna-pengguna lain akan merasakan ketidakselesaan dan boleh menjejaskan keselamatan keadaan jalan itu sendiri. Kita memang akan meneruskan usaha untuk memastikan JPJ akan bersama untuk memastikan pemantauan dan penguatkuasaan akan dijalankan secara konsisten.
Ada beberapa permintaan bukan sahaja daripada Yang Berhormat Kota Kinabalu tetapi semua Yang Berhormat yang menyuarakan permintaan sama ada untuk penyelenggaraan jalan, untuk membuat jalan-jalan baru, menaik taraf jalan- kita sudah pun mengambil catatan akan semua permohonan Yang Berhormat. Kalau saya hendak respons satu persatu mungkin tidak dapat juga hendak menyelesaikan permasalahan sekarang ini tetapi saya akan mengambil segala permohonan tersebut.
Prosedurnya ialah untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa apabila ada permohonan khususnya projek-projek baru kita kena melalui kerajaan negeri. Kemukakan kepada kerajaan negeri sebab apabila kerajaan negeri sudah dikemukakan, kerajaan negeri akan mengemukakan pula kepada central agency dan juga kita dan di situ nanti akan ditentukan keutamaan. Akhirnya keputusan ini akan dibuat oleh central agency iaitu EPU akan memutuskan projek-projek mana yang akan diberikan keutamaan berdasarkan garis panduan yang sedia ada.
Oleh sebab itu dengan jumlah permohonan yang begitu besar, kita tidak mengharapkan bahawa seluruh permohonan itu akan dapat diluluskan tetapi sedikit demi sedikit proses ini kita akan dapat melihat bahawa kelulusan projek yang ada akan dapat menaik taraf sedikit demi sedikit jalan-jalan yang sedia ada. Slowly and steadily progress jalan-jalan akan bertambah baik insya-Allah.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Ada lagi jalan persisiran Tawau yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi itu jalan negeri. Ini bukan jalan Persekutuan, jadi kena bawa di peringkat negeri. Begitu juga Tawau hingga ke Morotai, sebahagian adalah juga di bawah Negeri dan di bawah Kerajaan Negeri boleh menggunakan peruntukan MARRIS untuk menambah baik jalan- jalan tersebut.
Manakala status keseluruhan Lebuhraya Pan Borneo untuk negeri Sabah, sekarang ini lima projek sudah pun berjalan dari segi pelaksanaan. Work package nombor enam, baru dilancarkan dalam dua hari yang lepas tidak silap saya dua hari lepas? Hari Sabtu yang lepas manakala work package tujuh akan di-award dalam bulan ini.
Ada 10 lagi yang insya-Allah sudah pun dimuktamadkan daripada segi value engineering dan value assessment. Ianya akan dapat dimuktamadkan dari segi tender proses, there is a tender process untuk kita lantikkan kontraktor dan sebagainya. Yang melambatkan ialah sebab di Sabah ianya ada 35 work packages dan ianya kena melalui value engineering dan value assessment. Bila selesai itu baru lah tender dapat dikemukakan. Dan yang lebihnya akan dibuat tendernya Insya-Allah dalam tahun hadapan. Itu untuk Pan Borneo Negeri Sabah, 35 packages.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Kinabalu Yang Berhormat Menteri
Datuk Dr. Ewon Ebin - Ranau
Tuan Pengerusi boleh minta penjelasan? Saya minta
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Boleh saya bagi dengan Yang Berhormat Kota Kinabalu sekejap? Saya masih menjawab Yang Berhormat Kota Kinabalu
Datuk Dr. Ewon Ebin - Ranau
Saya minta bertanya mengenai dengan Tamparuli-Ranau, sama ada itu termasuk dalam pakej Pan Borneo punya pelaksanaan ataupun tidak? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Untuk Tamparuli tidak silap saya ianya akan masuk sama ada dalam fasa yang kedua ataupun sebab Ranau-Tamparuli dia agak mencabar jalan tersebut. Tidak silap saya ia mungkin masuk dalam fasa yang kedua yang akan dirundingkan. Sekarang ini baru fasa yang pertama.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hanya tadi ada bahas ke atas permintaan mengenai persisiran jalan dari Tawau kepada 35 kilometer, sampai kurang lebih di Airport Tawau. Ini satu rancangan sudah janji 30 tahun dahulu. Jadi ini bukan permintaan yang baru tetapi sudah lama.
Jadi saya harap Barisan Nasional boleh pertimbangkan persisiran Tawau yang utamakan kerana Tawau lama tiada jalan yang baru. Ini juga kerana Tawau ada potensi yang paling luas untuk pelancongan, sampai ke Semporna. Jadi saya ada juga tanya, bilakah Barisan Nasional akan membina Pan Borneo dari Batu 38 sampai Semporna? Ini adalah kerana pelancongan, the second pillar economy for Sabah, very important. Jadi Semporna yang paling berpotensi untuk pelancongan. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri boleh ambil pertimbangan supaya dapat membina Pan Borneo kepada Semporna.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Yang itu Yang Berhormat sudah bangkitkan tadi. Kita pun sudah mengambil catatan. Akan tetapi untuk makluman, keseluruhan Pan Borneo Sabah, fasa pertama sahaja, kalau ikut perancangannya akan siap pada tahun 2021.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Tahun 2021? Akan tetapi saya ingat janji 2025- eh 2021? Dapat kah? Kerana macam sekarang hanya lima pakej.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Saya kata itu untuk fasa pertama.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Fasa Pertama? Akan tetapi bila mulai bina dari Batu 38 pergi ke Semporna?
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Bila semua proses sudah selesai.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Ini ada satu masa juga Yang Berhormat Menteri, tolong lah bagi ...
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Ini termasuklah kalau kita melihat kepada banyak persoalan, Tuaran ke Kudat dan sebagainya. Semua ini akan dilaksanakan dalam pakej pertama Yang Berhormat. Okey, boleh saya beralih ke
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Tuan Pengerusi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, orang kalau tidak sokong bajet, boleh kah dia hendak minta macam-macam?
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Yang Berhormat Parit Sulong, jangan kacau, ini hal Sabah.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Setuju, setuju! Saya sokong itu, kali ini saya sokong
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Hendak bagi lagi Yang Berhormat Kota Kinabalu lagi, Yang Berhormat Menteri?
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Duduk lah Yang Berhormat Kota Kinabalu
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Ya satu lagi Yang Berhormat Menteri, yang penting saya mahu tahu, ini jalan persisiran pantai Tawau, Batu Empat, jalan ini sudah janji lama sudah.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Saya sudah jawab. Yang Berhormat tidak dengar Yang Berhormat duduk dulu baru Yang Berhormat dengar.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Okey, terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Kan saya kata tadi untuk Tuaran ke Kudat, dia ada beberapa fasa. Memang termasuk dalam jajaran Pan Borneo. Bila selesai sahaja semua proses tender, sebahagiannya akan dapat dilaksanakan pada tahun ini.
Boleh saya beralih ke Yang Berhormat Parit, naik taraf jalan Tanjong Belanja- Bota Kanan, Perak. Setakat ini saya akan mengambil maklum permohonan Yang Berhormat dan kita akan perincikan dan insya-Allah kalau mendapat kelulusan peruntukan, kita akan tunaikan hasrat Yang Berhormat tersebut.
Berhubung kait dengan isu kuarters Persekutuan JKR yang kosong dan tidak digunakan, sama ada boleh atau tidak diserahkan kepada Kerajaan Negeri? Untuk makluman Yang Berhormat, kuarters JKR di seluruh negara terbahagi kepada dua kategori satu, persekutuan, satu lagi negeri. Ada 2,240 unit kuarters JKR yang kini dianggarkan kosong, 40 peratus. Untuk masa kini kita sedang membuat apa yang dikatakan a building condition assessment, dengan izin, dan ini untuk seluruh negara.
Setakat ini 67 peratus kajian telah disiapkan dan selebihnya kita harap akan dapat disiapkan pada akhir tahun ini.
Selepas ini kita akan keluarkan garis panduan berhubung kait dengan kuarters seluruh negara sebagai panduan kepada Kerajaan Negeri untuk isu-isu kuarters JKR berhubung kait dengan milik, sama ada milik negeri ataupun Persekutuan dan sebagainya. Setakat ini, kalau yang di bawah JKR Persekutuan ini, hak miliknya adalah di bawah Pesuruhjaya Persekutuan bukan JKR, JKR hanya bertanggungjawab untuk dari segi maintenance. Jadi kalau ada permohonan kena buat permohonan ke sana lah.
Jambatan Laboh, insya-Allah proses tender sebenarnya sudah dibuat pada 10 Ogos yang lepas dan tarikh tutup tender, 11 September. Kini kita dalam penilaian tender dan insya-Allah, kalau semua berjalan lancar, kita mengharapkan awal 2018 kerja ini akan dapat dilaksanakan.
Yang Berhormat Rompin, adakan? Untuk permintaan menggantikan jambatan Sungai Janglau di Kampung Aur tetapi menggantikan jambatan Sungai Janglau, sama kah itu, tidak? Yang ini sebenarnya untuk menggantikan jambatan. Kita memang ada program. Saya tidak pasti, saya kena semak sama ada kita bercakap berhubung kait dengan jambatan yang sama ataupun tidak. Sememangnya sudah ada keputusan untuk menaik berat muatan kenderaan yang dipohon oleh Kementerian Pengangkutan.
Jadi kita sudah kenal pasti ada beberapa buah jambatan sebenarnya tidak boleh menampung berat muatan yang telah dipersetujui. Oleh sebab itu kita sudah kenal pasti.
Jadi sebahagian jambatan-jambatan ini nanti akan diganti dengan jambatan baru. Jadi saya akan semak sama ada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat nanti. Kalau dapat tulis bagi maklumat kepada kita supaya kita dapat compare-kan sama ada jambatan tersebut adalah termasuk dalam senarai jambatan yang akan diganti.
Yang Berhormat Bayan Baru, peruntukan untuk baiki cerun Pulau Pinang khususnya kebanyakannya berlaku di sebelah Balik Pulau.
Untuk makluman Yang Berhormat, tanggungjawab kita adalah hanya berhubung kait dengan Jalan-jalan Persekutuan. Selain daripada Jalan Persekutuan, bukan dalam bidang kuasa Kementerian Kerja Raya (JKR). Ia sama ada bawah tanggungan kerajaan negeri ataupun PBT yang berkaitan.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Minta laluan.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Untuk bidang kuasa Persekutuan. Kita sudah peruntukan sebanyak RM2 juta hingga RM4 juta untuk cerun runtuh di Pulau Pinang. Sebab khususnya di kawasan yang saya katakan tadilah di Balik Pulau. Setakat ini peruntukan sebanyak RM7 juta juga telah diluluskan untuk baiki cerun berikutan banjir besar baru-baru ini.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Ya. Minta laluan. Berkenaan dengan cerun ini.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Saya respons pada siapa yang berbahas sahaja dan yang tidak berbahas tadi saya tidak respons. Dengar jawapan dahululah.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Okey. Baik-baik. Minta penjelasan.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Kekurangan kualiti kerja disebabkan kualiti kontraktor dan penggunaan pekerja asing. Untuk makluman Yang Berhormat, sekarang ini kalau kita melihat sebenarnya dari segi kualiti kerja ia sudah bertambah baik kalau kita bandingkan dengan dahulu. Kita sudah pun menyediakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Standard Operating Procedures yang berasaskan ISO yang terkini. Bila kita berasaskan ISO, maknanya ia mesti mematuhi standard yang ditetapkan.
Di samping itu, CIDB juga telah memastikan latihan bukan sahaja kepada pekerja malahan sekarang ini kita sudah pun mula melatih penyelia projek. Supaya projek bila di-award mestilah the project team adalah mereka yang qualified yang telah pun menghadiri kursus untuk berhubung kait dengan penyeliaan projek.
Ini langkah-langkah yang kita ambil. Melalui CITP juga memang komitmen kita, Construction Industry Transformation Program salah satu yang kita hendak pastikan ialah dari segi kualiti dan juga profesionalisme semua pihak terlibat dalam sektor pembinaan. Untuk memastikan kualiti kerja akan sentiasa dipatuhi dari segi specification, dari segi standard dan juga dari segi material yang digunakan. Ini amat penting untuk kita pastikan.
Berhubung kait dengan kajian sama ada berhubung kait dengan cerun tadi, sama ada kajian di buat. Sememangnya kita telah pun membuat kajian way back in 2008 dan 2018, kita- sebenarnya untuk Semenanjung RM140 juta akan dibelanjakan nanti untuk membuat preventif dan juga corrective measure khususnya cerun-cerun yang kita telah kenal pasti. Iaitu termasuklah cerun di Pulau Pinang.
Di samping itu, kita juga kerajaan sudah memutuskan pendekatan baru ialah untuk melantik syarikat konsesi. Supaya mereka akan sentiasa berada di hadapan untuk memastikan cerun-cerun ini akan dapat dipantau berdasarkan study yang telah di kendalikan. Di mana, ia dipecahkan kepada yang sangat kritikal, yang sederhana dan kemudian immediately kita akan ambil tindakan berdasarkan keseriusan cerun-cerun yang perlu diambil tindakan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Okey, sedikit. Saya- terima kasih kerana Yang Berhormat Menteri penerangan. Saya ingin tahu bahawa RM7 juta yang tadi Yang Berhormat Menteri cakap katakan untuk Balik Pulau itu, selepas banjir besar. Dia digunakan untuk di Balik Pulau sahaja kah atau di tempat-tempat lain juga? Sebab kita tahu bahawa- tadi saya juga minta Yang Berhormat Menteri bantu sedikit daripada segi menghantar pakar-pakar daripada IKRAM untuk memantau cerun-cerun yang walaupun bukan dalam jurisdiction Jabatan Kerja Raya (JKR) tetapi ia agak kritikal kerana IKRAM mempunyai kepakaran untuk memantau dan juga analyze serta untuk memastikan cerun itu selamat. Kepakaran ini amat diperlukan dan minta jasa baik Yang Berhormat Menteri untuk membantu dari segi ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
RM7 juta tadi untuk keseluruhan Pulau Pinang. Bukan sahaja di Balik Pulau. Berhubung kait dengan IKRAM bukan sebuah agensi di bawah Kementerian Kerja Raya adalah semua one private entity. No longer under Jabatan Kerja Raya (JKR).
Akan tetapi, pada masa yang sama saya kira mungkin mereka boleh membantu kalau dipohon oleh pihak negeri. Akan tetapi, untuk jalan persekutuan memang kita ada pakar Jabatan Kerja Raya (JKR) yang akan memantau dan juga membantu dari segi cerun-cerun di sepanjang Jalan Persekutuan. Yang Berhormat Labuan...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri. Sedikit. Tadi saya juga bangkitkan tentang Jalan Persekutuan Sultan Azlan Shah. Di mana keadaan banjir ini memerlukan perhatian Yang Berhormat Menteri. Ini kerana dia di depan B. Braun, Jalan Sultan Azlan Shah yang banjir. Saya minta Yang Berhormat Menteri ambil perhatian.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Ya, saya sudah mengatakan tadi dalam jawapan saya mana yang spesifik berhubung kait dengan projek kita sudah ambil maklum dan kita akan respons dan memikirkan apakah tindakan. Kalau dalam bidang kuasa kita berdasarkan peruntukan yang ada kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Kita sudah ambil maklum.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Untuk Labuan. Jalan Tanjung Taras ke Tanjung Aru. Dukacita dimaklumkan setakat ini, projek ini belum tersenarai dalam Pelan Induk Rangkaian Jalan Raya dan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi insya- Allah kita akan minta unit kita untuk membuat kajian berhubung kait dengan jalan yang dimaksudkan. Kita mengharapkan Yang Berhormat Labuan juga akan dapat membawa kepada kerajaan negeri supaya jalan ini dapat diberi keutamaan dalam permohonan mereka.
Yang Berhormat Grik. Yang Berhormat Grik ada?...
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Ada.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Ini permohonan spesifik. Saya akan jawab secara bertulis. Seperti mana yang saya katakan tadi dan kita akan melihat dan kalau belum termasuk dalam Rolling Plan yang sedia ada kita akan kemukakan permohonan ini kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk dipertimbangkan kelulusan.
Untuk Yang Berhormat Tebrau. Jalan Sungai Tiram. Jalan ini merupakan jalan negeri. Jadi, harap Yang Berhormat akan bawa kepada peringkat negeri. Kadar tol di lebuh raya SDE yang tinggi. Ini adalah risiko yang mereka sendiri tanggung. Kalau terlalu tinggi tidak ada orang guna dan akhirnya mereka juga akan menanggung tetapi insya- Allah, saya kira apa yang kita laksanakan ialah untuk memastikan jalan ini akan ditambah baik supaya dengan tambah baik itu diharapkan orang akan dapat menggunakan jalan tersebut. Apatah lagi kalau Pengerang telah dibuka nanti insya-Allah kadar trafiknya akan meningkat.
Yang Berhormat Bagan Serai? Ini pun permohonan yang spesifik. Berhubung kait dengan permintaan. Kita akan melihat kepada semua jalan tersebut dan permohonan-permohonan tersebut dan insya-Allah setakat ini apa yang telah di allocate untuk FT001 seksyen 687 ke seksyen 705 Bagan Serai ialah 600,000 untuk penyelenggaraan. Lain-lain itu, insya-Allah kita kalau ada peruntukan kita akan lihat bagaimana kita dapat selesaikan masalah yang telah dibangkitkan.
Yang Berhormat Kubang Kerian. Terima kasih Yang Berhormat. Untuk panjang Jalan Persekutuan di Kelantan. Panjangnya 1,330.4 kilometer. Ini berdasarkan statistik 2017. Untuk penyelenggaraan jalan, kerja tampalan lubang- kita ada kaedah iaitu kerja berkala dan juga kerja-kerja berjadual termasuklah memotong rumput, mencuci parit dan sebagainya. Kerja berkala ini ialah untuk membaik pulih ataupun yang baru buka jalan termasuklah menampal lubang dan sebagainya.
Ini komitmen kita ialah kalau ada aduan berhubung kait dengan jalan berlubang.
Kita mesti mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam. Dalam tempoh 24 jam tersebut, pertama sekali apa kita lakukan ialah tampungan sementara. Tampungan sementara ini ialah kadang-kadang ada disalahfahamkan bahawa kualiti kerja tidak baik. Sebenarnya tampungan sementara ini untuk memastikan lubang itu ditutup untuk mengelakkan berlakunya kemalangan dan sebagainya. Bila sudah ditampung barulah mereka akan menjalankan kerja untuk tampungan kekal. Itu mereka akan membuat kerja yang lebih terperinci untuk memastikan ia akan berada lebih mengikut standard yang telah ditetapkan.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Jambatan Pasir Tumbuh. Projek ini dapat tambahan masa. Ini berhubung kait dengan mengapa setelah projek di-award tiba-tiba ada jumpa utilities di bawah jalan?
Mengapa sebelum ini kajian tidak menemui? Kadang-kadang bila proses untuk membuat jalan memanglah konsultan kadang-kadang dilantik untuk membuat side survey dan sebagainya. Malangnya kadang-kadang kalau kita pergi kepada pihak utiliti ataupun PBT dan sebagainya, waktu planning dibuat kadang-kadang jalan itu tidak ada tetapi bila buat tiba-tiba dijumpai. Memang kadang-kadang berlaku keadaan macam ini.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Hal ini kerana, kajian awal bila kita hendak buat projek mungkin empat tahun yang lepas, tender hanya dibuat sekarang. Jadi keadaan masa sudah berubah. Ini sebahagian daripada cabaran bila kita hendak laksanakan jalan. Waktu kajian dan waktu pelaksanaan tempohnya yang tidak bersama menyebabkan kita tidak menemui apa yang sebenarnya yang berada di jalan.
Kedua, mungkin di peringkat PBT sendiri tidak ada as built drawing. Oleh sebab itu kadang-kadang kita mempunyai masalah untuk mencari di mana sebenarnya kedudukan paip dan sebagainya. Kalau kita hendak tengok keseluruhan Malaysia ini ada banyak tempat yang sebenarnya tidak ada as built drawing pun sebab projek di jalan- jalan yang lama dulu, utiliti yang sudah lama dibuat. Jadi ini sebahagian cabaran dan sebab itu kadang-kadang kita mempunyai kekangan akhirnya kita terpaksa memberi extension of time kepada kontraktor untuk menyiapkan dan menyelesaikan masalah utiliti tersebut.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, panjang lagi Yang Berhormat Menteri?
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Ada beberapa lagi Tuan Pengerusi- yang saya- apa tadi? Projek-projek saya tidak akan jawab.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Sebab saya akan bagi jawapan bertulis kepada semua yang spesifik yang diminta tetapi kita sudah pun mengambil maklum segala permohonan yang berbentuk spesifik. Daripada segi dasarnya saya sebenarnya sudah pun menjawab kebanyakan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat terutama berhubung kait dengan pengalihan utiliti tadi, cabaran untuk membina jalan, mengapa berlaku kelewatan, mengapa daripada segi Pan Borneo dan sebagainya sudah kita pun kita buat.
Cuma saya hendak respons pada Yang Berhormat Lipis sebagai respons yang terakhir. Terima kasih....
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lipis ada dalam Dewan? Yang Berhormat Lipis ada dalam Dewan Yang Berhormat.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Yang Berhormat Lipis ada?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ada.
Datuk Juslie bin Haji Ajirol - Libaran
Libaran?
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Yang Berhormat Libaran, dari segi spesifik projek tadi saya sudah ambil maklum. Semua permohonan yang spesifik cuma Yang Berhormat Libaran disebabkan ia menyentuh daripada segi dasar dalam kita merancang jalan untuk mengambil kira kepentingan masyarakat setempat khususnya laluan- kalau kita membina jalan jangan kita putuskan dari segi perhubungan dua kampung ataupun termasuklah juga kemudahan kepada orang kampung untuk mengadakan sama ada laluan dan juga maintenance kepada mereka.
Insya-Allah kita akan mengambil maklum perkara tersebut dan kita akan cari jalan supaya designs yang lain nanti akan kita ambil kira dan kita juga akan usahakan untuk mencari peruntukan kalau ada kita akan cuba laksanakan apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lipis tadi.
Jadi Yang Berhormat sekalian, terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian membangkitkan isu-isu berhubung kait dengan kementerian kita.
Semua pandangan dan permohonan insya-Allah kita akan ambil dan kita akan respons mana yang tidak dijawab secara bertulis. Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM2,004,642,400 untuk Maksud B.27 di bawah Kementerian Kerja Raya jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
[Wang sebanyak RM2,004,642,400 untuk Maksud B.27 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM3,763,461,900 untuk Maksud P.27 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2018 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM3,763,461,900 untuk Maksud P.27 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2018] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli yang Berhormat mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 21 November 2017.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 11.25 malam]