Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
1. Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, sejauh manakah pihak kementerian melihat permulaan Monsun Timur Laut ini sebagai satu fenomena yang berupaya untuk mengakibatkan kejadian banjir besar atau bencana alam lain di negara ini dalam tempoh sehingga Mac 2018 akan datang dan apakah langkah persediaan yang telah dilakukan oleh pihak kementerian dalam mengawasi fenomena ini selain daripada menyampaikan isyarat awal kepada seluruh rakyat di negara ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, lazimnya berdasarkan kepada rekod pencerapan Jabatan Meteorologi Malaysia, negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung dan Barat Sarawak akan menerima jumlah hujan yang tinggi menyebabkan berlakunya banjir.
Berdasarkan kepada analisa cuaca jangka panjang, METMalaysia menjangkakan negara akan menerima jumlah hujan yang normal sepanjang musim Monsun Timur Laut kerana tiada faktor-faktor atmosfera yang akan mempengaruhi corak monsun pada kali ini.
Dalam tempoh ini, negara dijangka akan menerima empat hingga lima kali episod hujan lebat yang boleh membawa banjir besar. Tinjauan cuaca di Semenanjung, Kelantan dan Terengganu dijangka menerima curahan hujan bulanan sekitar 700 mm bagi bulan November dan Disember 2017. Pahang dan Timur Johor dijangka menerima curahan hujan bulanan sekitar 700 mm pada bulan Disember 2017 dan 450 mm pada Januari 2018.
Keadaan ini boleh mengakibatkan berlakunya banjir, terutamanya di kawasan- kawasan lembah sungai dan kawasan rendah. Tinjauan cuaca di Sabah pula pada bulan Disember 2017 dan Januari 2018, taburan hujan di Sabah adalah dijangka akan tinggi dengan jumlah hujan sekitar 400 mm hingga 450 mm, terutamanya di Kudat dan Sandakan.
Bagi tinjauan cuaca di Sarawak pula, pada bulan November dan Disember 2017, kebanyakan bahagian di Sarawak dijangka menerima jumlah hujan sekitar 350 mm.
Namun, Bahagian Kuching dan Samarahan di Sarawak dijangka menerima taburan hujan sekitar 400 mm hingga 500 mm pada bulan Januari 2018. Lazimnya, keadaan cuaca sebegini boleh menyebabkan berlakunya kejadian banjir di kawasan rendah dan pinggir sungai. Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang tinggi, justeru kejadian banjir akan meningkat.
Hujan Monsun Timur Laut dijangka akan berkurangan menjelang Februari hingga Mac 2018. Selain daripada beroperasi 24/7, METMalaysia juga akan menggerakkan pasukan bilik gerakan apabila amaran terperingkat dikeluarkan bagi memastikan pemantauan yang lebih efektif serta mengelakkan kegagalan ke atas sistem pemantauan dan penyampaian. Di peringkat negeri, taklimat-taklimat tinjauan cuaca disampaikan kepada agensi-agensi pengurusan bencana masing-masing bagi memastikan kesiapsiagaan bagi menghadapi Monsun Timur Laut.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Dalam usaha meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, METMalaysia telah mendapati adaptasi inovasi aplikasi apabila melalui aplikasi cuaca mulai tahun 2015 yang dapat memberikan maklumat cuaca dan gempa bumi untuk diakses pada setiap masa oleh orang ramai. Aplikasi ini telah ditambah baik kepada versi 2.0 pada tahun 2017. Terima kasih.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, apakah usaha dan inisiatif kementerian bagi memastikan laporan kaji cuaca dan isyarat awal dapat disampaikan kepada orang ramai, khususnya di kawasan luar bandar untuk memastikan mereka dapat bersedia menghadapi kemungkinan bencana alam dengan lebih awal?
Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Terima kasih di atas soalan tambahan tersebut. Langkah utama adalah dengan menggubah kategori amaran supaya amaran yang dibuat sekarang ini, kita menggunakan warna iaitu kuning, jingga dan merah yang kita pakai. Kita mengakui bahawa ia kurang difahami oleh masyarakat umum pada ketika ini.
METMalaysia akan menggunakan amaran warna ini dan kita akan tukarkan kepada amaran bertulis supaya yang kuning ini kita akan letakkan perkataan waspada, amaran jingga kepada perkataan buruk dan amaran merah kepada perkataan bahaya.
Selain itu, METMalaysia telah mengadakan pelbagai perbincangan segera dengan pihak media seperti RTM, BERNAMA dan TV3 bagi memastikan penyebaran amaran cuaca dapat disampaikan secara optimum kepada orang ramai.
Pihak media telah bersetuju untuk memberi keutamaan untuk menyiarkan sebarang amaran yang dikeluarkan oleh METMalaysia. Melalui kaedah ini diharapkan masyarakat luar bandar, termasuklah di Parit Sulong dapat bersedia. Memandangkan laman web MET Malaysia sering mengalami gangguan apabila menerima jumlah akses yang tinggi, maka MET Malaysia akan meningkatkan keupayaan pelayan laman web bagi membolehkan ia menerima hits yang lebih tinggi. Terima kasih.
Tuan Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Adakah kemungkinan cuaca ini boleh berubah tidak seperti yang diramalkan tadi? Seperti yang berlaku di Greece sekarang, banyak masalah ya. Kalau berlaku keadaan luar biasa, apakah persiapan untuk menghadapinya?
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Kemungkinan itu boleh berlaku. Walau bagaimanapun, secara lazimnya apa yang telah saya sampaikan tadi, itulah kebiasaannya. Untuk menangani keadaan apabila keadaan cuaca berlaku yang tidak diramalkan, kita bergantung kepada SOP yang kita telah sediakan dan kita mengakui bahawa ada kelemahan-kelemahan tertentu dalam SOP ini terutama sekali dari segi perhubungan di antara Malaysia dengan agensi-agensi yang sepatutnya bersedia terutama sekali daripada NADMA dan ini adalah perkara yang kita perlu tingkatkan supaya persediaan dan persiapan pihak-pihak agensi yang sepatutnya bersedia untuk menangani hal-hal banjir. Terima kasih.
2. Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali [Bagan Serai] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, adakah kajian menyeluruh akan dilakukan mengenai kebaikan dan keburukan berkaitan kesihatan yang mungkin timbul di atas kekerapan memakan durian yang mungkin akan dipersoalkan oleh negara luar seperti China dan Eropah akan bahaya memakan durian serta negara mungkin akan kehilangan sumber eksport durian ke negara tersebut seperti yang dipersoalkan mereka bagi industri sawit negara yang tidak mesra alam sekitar.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, durian lagi. Terima kasih, Yang Berhormat Bagan Serai.
Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, apa pun kita mesti berasaskan kepada kesederhanaan. Kalau nasi pun kalau makan berlebih-lebihan pun ada bahaya dia. Akan tetapi daripada apa yang kita lihat banyak sekali kajian-kajian yang telah dibuat mengenai durian ini daripada perspektif kesihatan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Misalnya, ada kenyataan daripada- kalau tulisan, yang tulisan oleh Live Hack yang menyifatkan durian is the smelliest, yang paling berbau, yet one of the most nutritious fruits in the world, dia kata. Paling mempunyai nilai kesihatan yang paling tinggi.
Misalnya, kajian di Thailand dalam tahun 2011 oleh Gorinstein et al. membuktikan bahawa dari segi komposisi dan sifat durian kaya dengan antioksidan. Lebih tinggi daripada buah-buah tropikal yang lain.
Kajian di Eropah oleh Hanna Leontowicz pada tahun 2011 membuktikan jumlah antioksidan durian semakin tinggi dengan kadar kematangan durian. Kajian di China, Woo et al. pada tahun 2010 membuktikan kulit durian mempunyai sifat analgesic dan antibiotik yang berupaya melegakan batuk. Bahkan kajian di Thailand membuktikan durian ada gel polysaccharide yang bersifat diatrack daripada kulit buah tersebut bertindak balas kepada tindak balas imun bagi mengurangkan tahap kolesterol. Banyak orang kata durian ada kolesterol.
Sebenarnya kajian dia tidak ada saturated fat ataupun lemak tepu sebagaimana yang ada dalam makanan, daging dan sebagainya. Kajian ini daripada Singapore, orang Singapore banyak makan durian. Jadi kajian daripada Changi General Hospital, bahagian pemakanannya menyebut durian katanya mempunyai kandungan yang tinggi potassium, fiber, iron, zat besi, vitamin C, vitamin B kompleks dan potassium yang disebutkan tadi dapat membantu untuk merelakskan darah tinggi.
Ada pula kajian mengatakan bahawa organic fat misalnya dia membantu untuk mengelakkan kanser, bantu mengurangkan penuaan, anti-aging dan yang paling penting dia kata dia bantu untuk merangsang rembesan serotonin untuk memberi kegembiraan.
‘Durian Brings Happiness’ adalah merupakan slogan yang benar sekali menurut pandangan banyak pakar.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, adakah benar ada durian di pasaran dikatakan disalut dengan bahan kimia agar cepat masak supaya dan mungkin boleh membahayakan kesihatan?
Bagaimanakah kementerian ini N-BOS dengan Kementerian Kesihatan, MOSTI mahupun universiti penyelidikan dalam mewujudkan kajian-kajian berkaitan pertalian antara durian dan penyakit kencing manis? Hal ini supaya kita dapat bagi nasihat yang tepat pada rakyat dan sementara kita dapat menangkis jika ada soalan-soalan atau tuduhan-tuduhan dari dunia luar yang mengimport durian kita. Terima kasih.
Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, tentang ada orang menggunakan kimia dan bahan-bahan lain untuk memasak menjadikan buah itu cepat ranum, cepat masak, bukan sahaja pada durian. Itu kita mesti mengambil tindakan yang berbeza. Bukan kita kata durian yang tidak baik.
Kencing manis ini ialah kalau kita makan banyak- saya bukan pakar dalam soal ini tetapi durian bukan punca kencing manis. Akan tetapi kalau orang yang ada kencing manis, jangan kata durian dinasihatkan supaya tidak makan banyak. Nasi, gula, teh tarik dan roti canai semua ini adalah merupakan perkara-perkara yang boleh dikaitkan amalan yang dikatakan perlu dikurangkan sekiranya mereka sudah ada kencing manis.
Akan tetapi saya percaya Tuan Yang di-Pertua, durian seperti makanan- makanan yang lain. Ianya boleh dimakan, baik dimakan tetapi dalam bentuk kesederhanaan. Tadi Tuan Yang di-Pertua ada kawan saya beritahu memang benar ada juga kajian yang mengatakan durian ini ada unsur-unsur aphrodisiacnya, baik untuk lelaki dikatakan dan kita akan meminta supaya badan-badan yang berkaitan membuat kajian yang lebih tentang soal ini. Terima kasih.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah Malaysia bercadang, bersedia untuk mengeluarkan durian sepanjang tahun, tidak bermusim sebagaimana yang telah berlaku di negara jiran? Setakat ini berapakah jumlah import durian masuk ke negara kita setiap tahun?
Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, kita bersedia untuk buat kajian tersebut. Akan tetapi sekarang ini kita sudah ada teknologi untuk menyimpan durian pada waktu yang banyak dikeluarkan kalau musim. Sekarang ini musim sudah mula datang balik. Harga Musang King orang kompelin, sudah turun sudah sekitar RM50- RM45 sekilogram.
Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Kita sudah ada teknologi menyimpan ya menggunakan kaedah sejuk beku, menggunakan kolagen, dia boleh tahan setahun. Jadi isu buah ini sebagai buah bermusim tidak timbul sangat. Ya, kita ada import dari Thailand. Saya tidak boleh sebutkan secara spesifik di sini tetapi saya percaya bahawa pilihan, bukan sahaja orang Malaysia, kebanyakan masyarakat dunia kalau pilihan antara durian Thailand dengan durian Malaysia, durian Malaysia adalah pilihan yang lebih utama, Tuan Yang di-Pertua.
3. Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, pencapaian dan impak pelaburan bagi industri bioteknologi kepada pelaburan asing langsung (FDI). Nyatakan strategi jangka panjang Kementerian bagi menggalakkan pelaburan dalam industri bioteknologi.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang berperanan sebagai peneraju kepada Dasar Bioteknologi Negara bagi tempoh 2005 hingga 2020 telah menetapkan hala tuju serta tindakan menyeluruh bagi membangunkan bidang-bidang bioteknologi di Malaysia.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Sehingga kini, negara telah berjaya menarik masuk pelaburan sebanyak RM6.77 bilion. This is realist investment, daripada 340 buah syarikat bioteknologi yang diselaraskan melalui Bioeconomy Corporation. Daripada jumlah tersebut, RM4.6 bilion atau 69 peratus adalah merupakan pelaburan oleh syarikat asing atau pun FDI. Salah satu inisiatif yang dilaksanakan bagi menarik para pelabur ke Malaysia ialah melalui penawaran persekitaran kondusif untuk syarikat menempatkan kilang mereka berasaskan biomanufacturing dan bio industrial di biotechnology Park Bio-XCell, Malaysia yang terletak di Nusajaya, Johor.
Business model yang dijalankan di Bio-XCell Malaysia ialah melalui kaedah pembinaan dan penjualan kilang serta penyewaan tapak dengan tawaran penggunaan kemudahan seperti Central Utilities Facility (CUF), X-Sentral untuk makmal dan perniagaan. Facilities oleh Bioeconomy Corporation dan lain-lain insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Malaysia melalui MIDA dan Economy Corporation dan Iskandar Malaysia. Salah satu contoh peluang asing yang telah beroperasi sepenuhnya sejak tahun 2016 di Bio-XCell ialah Syarikat Biocon Limited dari India yang menjalankan penghasilan produk biopharmaceutical khususnya bagi produk protein recombinant, analog insulin dan insulin manusia. Di samping itu, syarikat ini telah menyediakan 600 peluang pekerjaan.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini pada usaha Kerajaan Negeri Sabah melalui Palm Oil Industrial Cluster atau lebih dikenali sebagai POIC Lahad Datu yang telah diwujudkan pada tahun 2005 bagi membangunkan sektor hiliran industri sawit yang boleh membawa kepada penghasilan produk yang mempunyai nilai tambah atau value added products. Sebagaimana Ahli-ahli Dewan ini sedia maklum, minyak sawit menghadapi pelbagai cabaran pemasaran. Ahli Dewan yang mulia, manakala bagi strategi jangka panjang pula, fokus MOSTI ini adalah untuk menggalakkan pembabitan syarikat tempatan dalam industri bioteknologi bagi memastikan pembangunan industri lestari dengan menyasarkan 20 syarikat BioNexus berstatus global.
Pada masa ini, 11 syarikat berstatus BioNexus telah mencapai status global dan menjadi perintis dalam mengukuhkan lagi daya saing industri tempatan dalam pembangunan teknologi dan inovasi antarabangsa. Sekian dan terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanyakan soalan tambahan saya. Apakah impak industri bioteknologi di Malaysia terutama sekali kepada pembangunan modal insan bagi menggalakkan generasi muda. Apakah jenis industri bioteknologi yang menjadi pilihan pelabur asing untuk melabur di negara kita terutama sekali oleh Malaysian Biotechnology Corporation. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Terima kasih di atas soalan tambahan tadi. Semasa dalam fasa kedua Dasar Bioteknologi Negara tahun 2011 hingga tahun 2015, industri bioteknologi Malaysia telah mencatatkan pendapatan lebih daripada RM2.7 bilion dan mewujudkan sebanyak 31,000 pekerjaan.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Bagi fasa ketiga iaitu tahun 2016 hingga September 2017, jumlah syarikat yang berstatus BioNexus telah meningkat kepada 283 syarikat dan telah mewujudkan sebanyak 10,665 peluang pekerjaan yang mana 3,926 pekerjaan adalah merupakan pekerja mahir ataupun knowledge workers di bidang biotechnology. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Menteri, hutan tropika mempunyai kekayaan daripada segi biosains. Adakah kementerian mempunyai perancangan untuk mengadakan hubungan atau bekerjasama dengan institusi-institusi perubatan di luar negara yang berprestij dan ada nama supaya hasil daripada kajian hutan tropika ini boleh dimanfaatkan.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Tuan Yang di-Pertua, kementerian sedang dan sentiasa berkolaborasi dengan badan-badan penyelidikan termasuk penyelidikan termasuk penyelidikan asing. Walau bagaimanapun, apa yang sedang kita tumpukan perhatian sekarang ini ialah mewujudkan satu apa yang kita panggil sebagai neutral entities sebagai agensi di mana dia boleh menghubungkan di antara penyelidikan dengan pihak industri.
Cabaran yang kita hadapi sekarang ini ialah banyak penyelidikan telah dibuat tetapi ia belum lagi dikomersialkan sampai ke peringkat industri. Jadi itulah cabaran yang kita hadapi dan kita ingin mewujudkan apa yang kita panggil neutral entities seperti mana yang telah berlaku di bidang elektronik dan electrical di mana agensi CREST telah begitu berjaya untuk menjadi satu penghubung di antara penyelidikan dengan pihak industri.
Jadi, itu tumpuan kita sekarang, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini berakhir.
[Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid [Kuala Kangsar] minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah penyakit-penyakit kronik yang paling mendadak di kalangan generasi muda negara dan peratusannya.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Tuan Yang di-Pertua, penyakit kronik adalah penyakit yang semakin membimbangkan di dalam negara kita dan penyakit ini bukan sahaja dihidapi oleh golongan tua tetapi buat masa sekarang, penyakit diabetes dan hipertensi juga sudah mula dilihat di kalangan orang muda juga. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang terkini pada tahun 2015 menganggarkan sebanyak 9.2 peratus atau satu juta penduduk menghidap penyakit diabetes. Sebanyak 14.7 peratus atau 1.7 juta menghidap penyakit hipertensi bagi penduduk Malaysia yang berumur 18 hingga 40 tahun iaitu yang boleh dikatakan golongan muda.
Selain daripada itu, di kumpulan itu juga, anggaran hyperglycemia atau paras kolesterol yang lebih tinggi di dalam darah di lingkungan 33.9 peratus dan berat badan yang terlebih iaitu obesiti lebih kurang 14 peratus. So, kerana perkara-perkara ini, kita pun nampak peningkatan kemasukan pesakit yang berumur di dalam lingkungan ini ke hospital sebanyak dua kali ganda di dalam empat tahun iaitu daripada tahun 2012 sampai ke tahun 2016.
Di dalam kajian yang dilakukan, ia menunjukkan prevalent ini meningkat daripada tahun ke tahun dan antara punca peningkatan penyakit kronik ialah kurang amalan gaya hidup sihat, tidak menjaga makan, kurang bersenam dan merokok serta perkara-perkara berkaitan. Terima kasih.
Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberi.
Tuan Yang di-Pertua, tahap kesihatan anak muda Malaysia sekarang akan menentukan tahap produktiviti negara untuk 15 tahun hingga 30 tahun akan datang.
Antara masalah terbesar anak-anak muda kita sekarang adalah obesiti yang menjadi penyebab kepada darah tinggi, kencing manis dan kolesterol yang tinggi. Antara sebab adalah faktor pemakanan tak seimbang dan habit pemakanan berlebihan gula dan lemak dari kecil dan gaya hidup yang tidak membantu.
Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Soalan saya Yang Berhormat Menteri adalah apakah tindakan drastik kementerian untuk memastikan tahap obesiti kronik yang melanda anak muda kita ditangani dengan segera. Adakah kementerian mengkaji dan mengadaptasikan cara Kerajaan Jepun bertindak terhadap obesiti yang terbukti berjaya iaitu kerap membuat saringan kesihatan rakyatnya semenjak usia muda supaya pemantauan yang stringent dibuat, dengan izin, dan menggalakkan program-program menurunkan berat badan yang berinsentif. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Di dalam tinjauan National Health and Morbidity Survey yang dibuat pada tahun 2015, kalau kita lihat kepada rakyat Malaysia pada keseluruhannya, lebih kurang 47 peratus dikatakan ialah overweight iaitu berat badan mereka lebih daripada apa yang berpatutan. Daripada kumpulan ini yang ditakrifkan sebagai obes ialah lebih kurang 15 peratus. Ini ialah satu isu perubatan dan kesihatan yang besar.
Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Ini kerana seperti yang telah dijelaskan oleh Ahli Yang Berhormat Kuala Kangsar tadi, ia ada berkaitan dengan penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit serangan jantung dan sebagainya. Puncanya ialah dua punca yang besar ialah di mana makanan tidak dikawal. Apa yang dimakan itu boleh dikatakan bukan makanan yang sihat. Nombor dua ialah dengan masa, apa yang sudah berlaku kepada generasi muda kecergasan di dalam kehidupan harian iaitu di dalam lifestyle kita sudah kurang khususnya budaya komputer dan sebagainya. Ada banyak yang duduk di depan komputer sahaja, Dengan perubahan cara hidup ini memang ia telah membawa risiko. Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain secara berpasukan mengambil pelbagai jenis inisiatif untuk menangani perkara ini. Salah satu daripada itu ialah untuk memastikan kita mewujudkan budaya makanan yang sihat.
Baru-baru ini, kita sudah membuat satu kempen yang besar untuk memperkenalkan kepada rakyat Malaysia cara makanan yang sihat. Contohnya ada satu kempen Tuan Yang di-Pertua yang dipanggil ‘Suku Suku Separuh’. Prinsip kempen ini ialah supaya di dalam apa-apa hidangan yang diambil di dalam satu pinggan atau the health plate yang kita panggil, makanan itu separuh itu ialah mesti buah-buahan dan sayur-sayuran. Suku ialah daripada bijirin, nasi dan sebagainya. Suku ialah daripada daging, ikan dan sebagainya.
Ini adalah satu mesej yang senang tetapi kalau diamalkan oleh rakyat Malaysia dengan sebetulnya ia boleh membawa satu pulangan yang besar kepada kita dalam usaha kita untuk memastikan budaya makanan yang sihat itu boleh diamalkan. Selain daripada itu budaya makan lewat dan makan lebih daripada tiga kali ialah satu daripada amalan budaya seharian rakyat Malaysia.
So, kita mahu mesti membawa perubahan. Memang di satu belah ialah di mana kita meningkatkan pendidikan, mendedahkan kepada mereka konsep-konsep di dalam tahap pengetahuan mungkin ia tinggi. Akan tetapi amalan pengetahuan ini untuk membawa perubahan di dalam cara hidup itu. Itu yang kita menghadapi masalah.
Pada masa itu pun, kita memberi insentif dan menggalakkan supaya kecergasan itu, active lifestyle yang boleh bermula daripada sekolah, selepas itu diteruskan apabila seseorang sudah dewasa. Ini kena dibuat oleh semua agensi berkaitan. So, di dalam kerajaan kita mempunyai jawatankuasa di peringkat Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri di mana pelbagai jenis agensi duduk bersama untuk mewujudkan program-program tertentu untuk memastikan rakyat Malaysia pada keseluruhannya boleh mengamalkan cara hidup yang sihat dan melalui ini mengurangkan risiko untuk mendapat obesiti dan berat badan yang lebih daripada yang ditetapkan untuk mereka. Terima kasih.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Penyakit kronik seperti masalah jantung, strok, kanser, diabetes, hipertensi merupakan penyakit pembunuh yang merekodkan kematian 60 percent di seluruh dunia dan di negara kita Malaysia. Hasil Tinjauan Kesihatan dan Mobiliti Kebangsaan 2015, mendapati semakin ramai golongan muda menghidapi masalah penyakit kronik seperti ini.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Yang Berhormat Menteri, soalan saya ialah, apakah bentuk program penerangan yang dijalankan oleh kementerian dan kerajaan terutamanya bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi juga peringkat universiti serta kerjasama dengan pihak majikan swasta bagi memberi pendidikan tentang masalah penyakit kronik yang semakin menular dalam kalangan orang-orang muda. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Tuan Yang di-Pertua, beberapa bahagian di dalam Kementerian Kesihatan memainkan peranan yang besar di dalam mendedahkan konsep-konsep yang sihat supaya kumpulan-kumpulan yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Sik tadi iaitu daripada mereka yang ada di universiti dan mereka yang kerja, mereka mempunyai pengetahuan yang cukup untuk memastikan mereka boleh mengamalkan cara hidup yang sihat.
Daripadanya ialah kita ada Bahagian Pendidikan Kesihatan yang mengadakan banyak program di seluruh negara di mana mesej ini sentiasa diberi. Dan melalui Lembaga Promosi Kesihatan dan kerjasama mereka dengan pihak NGO contohnya kita memberi peluang kepada NGO boleh turun ke padang, mengadakan program-program tertentu di mana mesej boleh disampaikan kepada rakyat di peringkat akar umbi.
Selain daripada itu, daripada tahun 2013 kementerian telah mengenalkan program KOSPEN di mana sekarang kita ada lebih kurang 6,000 locality... [Rakaman tidak jelas] KOSPEN di seluruh negara. Baru-baru ini kita sudah tambah dengan satu konsep yang baru dipanggil KOSPEN Plus. KOSPEN Plus ialah di mana kementerian minta pihak majikan untuk mulakan KOSPEN di tempat majikan mereka sendiri.
Melalui itu, kita memberi latihan kepada sukarelawan dalam satu-satu majikan untuk buat saringan, untuk mengadakan aktiviti-aktiviti kesihatan dan memberi mereka mesej tentang isu-isu berkaitan dengan amalan cara hidup yang sihat. Inilah pelbagai jenis langkah yang dijalankan oleh kementerian supaya satu ialah saringan boleh dilakukan. Nombor dua ialah mesej-mesej tertentu tentang cara hidup yang lebih sihat termasuk makanan yang sihat, cara hidup yang lebih cergas dan macam mana kita boleh mengurangkan tabiat merokok dan perkara-perkara itu boleh diambil kira di dalam kumpulan-kumpulan tertentu.
Ini akan diteruskan dan kementerian pun baru ada rancangan-rancangan tambahan khususnya yang diasaskan kepada klinik kesihatan. Akan tetapi bermula daripada klinik kesihatan tetapi dilaksanakan kepada masyarakat yang berhampiran dengan klinik kesihatan supaya semua agenda kementerian boleh tercapai. Terima kasih.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Satu soalan tambahan. Adakah pihak kementerian menganggap penyakit substance abuse dan juga yang berkait dengannya itu penyakit-penyakit mental di kalangan orang muda sebagai juga penyakit kronik. Kalau dianggap sedemikian, apakah tindakan pihak kementerian untuk mengawal penyakit ini. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Walaupun tadi jawapan saya tertumpu kepada isu-isu berkaitan dengan penyakit-penyakit cara hidup atau lifestyle diseases tetapi saya setuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat berkaitan substance abuse dan isu-isu kesihatan yang datang dengan substance abuse.
Kita tidak boleh lari daripada perkara bahawa substance abuse ialah satu isu yang besar di dalam negara kita khususnya di kalangan anak muda. Dengan mengambil kira bahawa pada masa sekarang, ada perubahan di dalam cara substance abuse. Manakala dahulu ialah mereka menggunakan substance seperti opium, ganja, heroin dan sebagainya. Akan tetapi banyak daripada yang digunakan sekarang ialah apa yang dipanggil synthetic drugs yang banyak daripada amphethamine dan selepas itu melalui proses-proses sintesis, menyampai kepada bahan-bahan yang lain.
Ubat-ubat substance abuse baru ini yang menjadi substance abuse synthetic memang kesannya teruk kerana ia selain daripada ubah sikap dan psikologi seseorang, ada kajian yang menunjukkan ia boleh mendatangkan irreversible damage to the brain.
Melalui itu, mempunyai kesan sampingan yang kekal, permanent structural change.
Perkara ini memang diketahui oleh kerajaan dan banyak agensi kerajaan bekerjasama.
Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Dalam hal ini, bukan Kementerian Kesihatan sahaja yang bertanggungjawab, agensi kerajaan seperti KDN, Pemadam dan semua bekerjasama dalam usaha ini.
Kementerian melalui majlis merawat mereka yang mempunyai substance abuse dengan kerjasama PEMADAM, melalui pusat-pusat rawatan untuk mereka.
Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Selain daripada Pusat Serenti, cara sekarang ialah untuk memberi rawatan di dalam komuniti, not institutionalized. Macam mana kita boleh memperluaskan ini melalui rawatan yang diberi di dalam komuniti melalui pusat-pusat C&C yang telah diwujudkan oleh PEMADAM dan Kementerian Kesihatan dengan kerjasama yang begitu berkesan supaya kita boleh sepenuhnya memberi rawatan kepada kumpulan-kumpulan ini dengan mengesan mereka dan rawatannya seperi Yang Berhormat mungkin tahu ialah it’s a multifaceted, bukan sahaja daripada rawatan perubatan, ada psychosocial, rehabilitation daripada memberi mereka kekuatan untuk balik kepada masyarakat dan penerimaan di dalam kalangan masyarakat kepada bekas-bekas penagih ini.
So, perkara ini kena dibuat secara holistik supaya kita boleh mendapat satu penyelesaian muktamad kepada perkara ini. Inilah cara yang digunakan oleh kerajaan pada hari ini. Saya berharap melalui pendekatan ini dan awareness, kita boleh berjaya di dalam ini. Saya di dalam semua mesyuarat yang berkaitan, saya biasa kata “We have to be sympathetic to the users, but we have to be very cruel to the people who are doing it as a business”. Ini kerana merekalah punca perkara ini. So itu sebab untuk menyelesaikan isu ini, kita memerlukan kerjasama dengan semua agensi, termasuk pihak polis. Terima kasih.
2. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan, perkembangan dan pencapaian projek solar komuniti yang sedang berjalan di seluruh Malaysia dan manfaat yang diperoleh oleh pelbagai komuniti.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Devamany a/l S. Krishnasamy
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Hulu Langat. Kategori solar community telah diperkenalkan pada tahun 2014 oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) untuk memastikan organisasi bukan komersial berpeluang untuk membangunkan projek-projek solar photovoltaic bawah mekanisme feed-in-tariff (FiT) tanpa perlu bersaing dengan syarikat-syarikat komersial.
Kategori komuniti yang layak memohon antaranya ialah sekolah awam dan sekolah swasta yang tidak berasaskan keuntungan; tadika awam dan tadika swasta yang tidak berasaskan keuntungan memiliki tapak untuk kelulusan galakan itu digunakan; tempat ibadat seperti masjid, gereja, kuil; dan pusat jagaan seperti rumah anak yatim, rumah jagaan atau rumah orang tua.
Dari tahun 2004 sehingga September 2017, jumlah 10.51 megawatt kapasiti telah diluluskan bagi program solar komuniti. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 4.96 megawatt telah mula menjana dan menjual elektrik kepada pihak utiliti. Pelaksanaan program solar untuk komuniti telah memberi banyak manfaat dan faedah. Antaranya, memberi pendapatan tambahan kepada komuniti untuk aktiviti-aktiviti mereka; mengurangkan kebergantungan komuniti kepada peruntukan daripada pihak kerajaan; memberi pendedahan dan pendidikan mengenai penjanaan tenaga elektrik dari sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB), dengan izin, renewable energy; dan meningkatkan kesedaran kepada komuniti mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan juga teknologi-teknologi baharu yang boleh menjaga alam sekitar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Syukur Alhamdulillah, kerajaan telah memberi allocation 10.1 megawatt untuk komuniti dan juga bersyukur kerana sudah ada 4.96 megawatt yang dihasilkan. Cuma soalan tambahan saya, saya ingin memohon penjelasan. Adakah penjana elektrik ini iaitu komuniti-komuniti masjid, surau dan sebagainya, menggunakan secara langsung elektrik yang dijana ataupun masuk ke grid, kemudian dibayar oleh utiliti contoh TNB, kepada mereka?
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Ini sebab saya melihat satu contoh, masjid di Kota Belud menjana 541.45 kilowatt, dia jimat RM506 sebulan. Akan tetapi surau di Bandar Kajang, dia menjana 300 kilowatt, dia mendapat RM3,300 daripada TNB. Saya bertanya kepada pihak pengerusinya mengatakan bahawa dia terus masuk ke grid dan TNB bayar kepadanya.
Soalan tambahan lagi, adakah kementerian mengadakan kempen besar- besaran untuk memastikan bahawa komuniti-komuniti ini memanfaatkan skim yang ada ini? Terima kasih.
Dato’ Sri Devamany a/l S. Krishnasamy
Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan pertama, mekanisme menjual tenaga daripada solar oleh institusi-institusi sosial, ini bergantung kepada model dan modus operandi masing-masing. Pertama Tuan Yang di-Pertua, kalau sekiranya institusi itu hendak jual terus kepada grid, kepada pihak utiliti, mereka boleh jual ataupun mereka boleh gunakan kaedah kedua di mana mereka boleh buat consumption sendiri, yang lebih itu dia jual. Itu sebab di Kota Belud dan di Kajang, pulangannya berbeza kerana model menjual tenaga daripada solar mereka berbeza.
Satu dia guna dahulu, yang lebih dia jual. Satu dia jual terus. Kemudian, kos pengurusan dia jaga sendiri.
Soalan yang kedua itu, memang ada lagi baki 3.81 megawatt, baki untuk 2017 untuk Tenaga Boleh Baharu (TBB) melalui solar komuniti. Kalau Yang Berhormat berminat, dijemput dengan segala hormatnya. Terima kasih.
Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi telah pun agak lama, sejak OPP3 2001 hingga 2010 dimulakan di Malaysia, termasuklah dalam soal untuk memajukan tenaga solar. Apakah Yang Berhormat sedar bahawa tenaga solar ini terlalu mahal untuk rakyat melaksanakannya? Kita masih lagi mengimport lampu-lampu solar yang mahal daripada negara China. Apakah sebab kita tidak boleh melaksanakan ini sedangkan telah dilaksanakan lebih daripada 10 ke 15 tahun yang lalu untuk negara kita?
Dato’ Sri Devamany a/l S. Krishnasamy
Terima kasih Yang Berhormat daripada Pendang. Saya rasa revolusi dan juga pengislahan solar telah banyak berubah.
Kalau sekiranya dahulu setahun yang lalu atau dua tahun yang lalu, kos photovoltaic untuk solar ini cukup mahal, hampir RM1 lebih. Akan tetapi sekarang, tawaran yang dibuat begitu murah kerana the economies of scale, solar telah menjadi begitu popular sehingga pengeluaran photovoltaic chips itu dan juga transformer itu telah menjadi begitu murah. Dalam keadaan begini, solar menjadi satu yang popular sekarang.
Malaysia sendiri telah membina infrastruktur pengeluaran solar dengan begitu besar dengan panel dia, dengan photovoltaic dia sehingga mereka boleh tawarkan RM0.38 berbanding dengan RM1 lebih. Maka dengan itu, pengamalan infra ini adalah suatu yang praktikal. Itu sebabnya demand-nya, permintaannya semakin menggunung.
Maka saya rasa di masa-masa hadapan, Malaysia sekarang sudah ke tahap 21.81 TBB dari konteks hidro dengan TBB. Hidro dengan TBB, tanpa bergantung kepada fossil fuel. Maka saya rasa masa depannya baguslah. Kalau ada yang minat, tolong datang bersama kita.
3. Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi] minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah kementerian bercadang melaksanakan silibus pendidikan seks di sekolah-sekolah seperti mana diuar-uarkan sebelum ini, agar murid-murid sekolah mengetahui baik buruknya perkara berkaitan perkara tersebut, salah satu sebab adalah kerana kepesatan teknologi perhubungan masa kini terlalu laju menyebabkan kita tidak mampu mengawal perhubungan murid-murid sekolah dengan pihak luar.
Menteri Pendidikan - Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Langkawi yang menanyakan soalan berkaitan dengan silibus pendidikan seks di sekolah-sekolah seperti mana yang telah diuar-uarkan.
Tuan Yang di-Pertua, pendidikan seks di sekolah ini tidak dinamakan direct pendidikan seks. Pendidikan seks di sekolah ini disebut sebagai Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial ataupun PEERS yang telah dilaksanakan susulan daripada kelulusan Kabinet pada Disember 2006. PEERS diajar kepada semua murid di semua sekolah melalui Kurikulum Pendidikan Kesihatan sejak tahun 1989 di sekolah menengah, tahun 1994 di sekolah rendah dan tahun 2011 baru kita buat di prasekolah.
Menteri Pendidikan - Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Pelaksanaan ini bermula dari Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 5 melalui Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang komponennya terdiri daripada PEERS ini, iaitu pendidikan kesihatan reproduktif ini 75 peratus, pemakanan 15 peratus dan pertolongan cemas 10 peratus. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial ini digubal dan dilaksanakan dari sekolah rendah dan menengah berdasarkan kepada tahap perkembangan kognitif dan kesesuaian peringkat umur kumpulan sasaran.
PEERS adalah berasaskan kemahiran kecekapan psikososial untuk meningkatkan kesedaran, membantu pelajar-pelajar memperoleh kemahiran, membuat keputusan yang tepat, bijak serta bertanggungjawab dalam usaha membentuk generasi muda yang sihat sejahtera, berakhlak mulia dan bebas daripada perkara-perkara yang tidak diingini dalam masyarakat. Sukatan pelajaran PEERS ini disemak dan ditambah baik dari semasa ke semasa dan mengambil kira pelbagai aspek termasuklah hal yang berkaitan dengan teknologi komunikasi ataupun dalam dunia siber hari ini. Terima kasih.
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Lanjutan daripada zaman kita ke arah media sosial yang banyak ini, didapati bahawa ramai pelajar-pelajar yang terjebak dalam gejala yang tidak sihat. Apakah pihak kementerian bercadang untuk mengambil inisiatif bagi memperkukuhkan pelajaran agama Islam yang boleh merombak silibus supaya dapat mempertahankan anak-anak kita, pelajar-pelajar sekolah dari segi agama untuk mempertahankan diri mereka dari gejala-gejala yang tidak sihat?
Di samping itu, pada masa yang sama, adakah pihak kerajaan bercadang untuk menekankan lagi tentang masalah gejala yang tidak sihat ini terutamanya seks bebas yang mana pada zaman ini kita dapati bahawa ianya telah meningkat seperti mana yang kita sedia maklum di dalam akhbar-akhbar? Apakah caranya untuk kerajaan membuat penekanan ini agar ianya tidak menjadi satu persepsi yang negatif kepada ibu bapa? Ini kerana pelajaran seks di sekolah ini sudah tentu akan membawa pandangan yang kurang enak di kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa.
Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Terima kasih kepada Yang Berhormat Langkawi.
Tuan Yang di-Pertua, soalannya berkait dengan bagaimana dengan kepesatan teknologi pada waktu ini memberi gangguan kepada masyarakat khususnya pelajar-pelajar dan membawa kepada keadaan yang agak negatif untuk kita berhadapan.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Langkawi bahawa sebenarnya banyak usaha-usaha dibuat di peringkat kementerian untuk mempertingkatkan kualiti ataupun membantu pelajar-pelajar dalam hal yang berkaitan dengan masalah sosial yang kita hadapi.
Berdasarkan kepada tiga elemen yang boleh saya sebut di sini, yang pertamanya adalah yang berkait dengan kurikulum sekolah dalam semua mata pelajaran yang semuanya telah memberi penekanan hal yang berkaitan dengan tanggungjawab individu ataupun tanggungjawab pelajar terhadap hal yang berkait dengan perkara- perkara yang boleh mendatangkan hal yang negatif, kerana dalam semua kurikulum itu diberi penekanan soal bertanggungjawab, soal bijaksana, berakhlak mulia dan lebih-lebih lagi guru di sekolah memberi penekanan kepada soal disiplin dan menjauhkan daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan masalah.
Dalam soalan yang berkait dengan agama, sebenarnya bukan sahaja di kalangan pelajar-pelajar yang beragama Islam tapi pelajar-pelajar yang dalam agama- agama lain juga mereka juga mempunyai peranan dan tanggungjawab yang semua sekali saya kira memberi penekanan kepada soal kebaikan-kebaikan yang patut dibuat oleh pelajar-pelajar.
Kementerian Pendidikan memandang serius hal yang berkait dengan perkara- perkara yang boleh mencetuskan masalah. Antara masalah yang berat di sekolah ini, Tuan Yang di-Pertua, ialah masalah sosial, masalah disiplin, masalah yang berkait dengan dadah, masalah yang berkait dengan buli, masalah yang berkait dengan gengsterisme.
Salah satu daripada perkara yang telah diambil keputusan di Dewan yang mulia ini ialah apabila sebuah akta telah diluluskan iaitu Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak telah diluluskan di Dewan ini pada tahun 2017.
Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Sempena dengan itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah memberi kelulusan berhubung dengan pembinaan mahkamah yang berkait dengan gangguan seksual terhadap kanak-kanak. Ini juga penting kerana banyak masalah sosial ini kerana kadang-kadang ia di luar sana, luar daripada sekolah dan sukar dikawal. Jadi kawalan hendaklah dibuat melalui undang-undang.
Kita di peringkat kementerian juga mempunyai program intervensi, penyelarasan program intervensi dengan pihak polis, dengan pihak SUHAKAM, MCMC, Jabatan Peguam Negara dan juga NGO. Tujuannya adalah untuk penyelarasan tindakan, program, penerangan hal-hal yang berkaitan dengan masalah sosial.
Kerjasama yang baik di antara Pejabat Pendidikan Daerah dengan PIBG, alumni sekolah dan NGO juga dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk membolehkan supaya hal- hal yang disebut oleh Yang Berhormat Langkawi tadi dapat disusun, dapat diatur dan insya-Allah, dapat dirungkaikan dari semasa ke semasa. Terima kasih.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Menteri. Memang apabila sebut tentang pendidikan seks ini satu jenama ataupun subjek yang orang bayangkan hanyalah hubungan jenis-jenis antara laki-laki dengan perempuan.
Saya bersetuju sangat apabila kementerian memperkenalkan subjek PEERS iaitu sudah tentulah soal pendidikan kesihatan dan penjagaan diri. Ini kerana soal pendidikan seks atau seks ini merupakan tabii manusia yang kalau kita tidak ajarkan pun benda itu sudah diketahui. Kebetulan kita berada di milenium seperti begini sudah tentu macam mana kita hendak manage kan ataupun hendak uruskan supaya ia mendatangkan kebaikan terutama melibatkan generasi muda.
Tuan Yang di-Pertua, cuma di sana kita lihat ada di dalam pendidikan Islam ini dia sudah ajar daripada awal lagi iaitu bermula dengan soal thaharah ataupun kebersihan. Dia suruh bezakan antara haid, mani, mandi junub dan mandi hadas besar dan begitu juga dengan soal pergaulan, dipisahkan tempat tidur ketika umur 10 tahun.
Hendak masuk bilik emak bapa sudah diajar macam mana keadaan seperti itu dijaga dan perlu juga di sana adanya diceritakan kepada anak-anak berkenaan dengan aurat dan rasional kenapa perlu menutup aurat.
Jadi begitu juga diajar supaya kepada anak-anak ini jangan kita ungkapkan dengan ungkapan lucah, bercakap dengan laki-laki dan perempuan. Jadi sebab itu saya minta pandangan Menteri, adakah subjek-subjek ataupun kurikulum seperti begini dimasukkan di dalam pendidikan PEERS ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soal pendidikan ini adalah sesuatu yang sangat luas sebenarnya. Dia merangkumi ataupun merentasi sempadan dan boleh pergi di antara PEERS walaupun dibuat secara komprehensif dengan pendidikan-pendidikan lain yang ada kaitan dengan agama, yang ada kaitan dengan sivik, yang ada kaitan juga dengan kenegaraan. Ini kerana apa yang paling sekali ialah perkara ini boleh dibuat secara holistik dan yang paling penting budak boleh memahami.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bukit Gantang bahawa ada yang secara lumrahnya di kalangan anak-anak ini dia akan masuk dari satu peringkat, dari satu alam ke satu alam yang lain tetapi kita mesti educate, dengan izin. Kalau kita tidak educate, mungkin dia tidak boleh sampai ke situ. Di dalam soal educate ini pada saya, mendidik ini dia ada dalam tiap-tiap subjek itu.
Kalau hendak sebut fasal dalam agama ini yang berkaitan dengan Islam, mata pelajaran Pendidikan Agama Islam, saya ingat daripada sekolah rendah ke sekolah menengah seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gantang itu memang ada aturannya. Akan tetapi aturan itu ditambah pula nilai oleh keluarga di rumah yang telah memberi nasihat, tunjuk ajar kepada anak-anak dia menjadi bertambah baik.
Campur pula dengan PEERS yang ada di sekolah, campur pula dengan sivik maka pada saya murid sebenarnya selepas empat tahun, tahun keempat dan tahun kelima di sekolah itu mereka telah memahami sebenarnya apa yang patut dan apa yang tidak patut.
Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Cumanya pada masa yang sama di luar sana, di luar daripada sekolah itu, di luar sana dalam disebut oleh Yang Berhormat Langkawi tadi bahawa pelbagai perkara boleh datang untuk mempengaruhi. Sejauh mana keluarga, sekolah dan institusi yang lain boleh mempertahankan apabila datang perkara-perkara yang negatif dalam masyarakat.
Macam mana dia hendak mempertahankan? Dia boleh bertahan atau tidak.
Kalau dia boleh melepasi itu saya yakin bahawa ramai di kalangan kita akan berada di kalangan anak-anak yang sangat faham, memahami dan mempunyai tingkah laku dan disiplin yang memuaskan. Akan tetapi saya memberi jaminan kepada Yang Berhormat Bukit Gantang bahawa di Kementerian Pendidikan kita melihat semua perkara ini secara holistik sama ada dalam bidang subjek yang berkait dengan agama itu sendiri, agama Islam itu sendiri, dalam PEERS yang berkait dengan kesihatan dan seks dan juga dalam sivik yang kita ajar ataupun kenegaraan yang kita ajar.
Hari ini kenegaraan dan sivik ini untuk sekolah rendah dimasukkan sekali juga dengan sejarah, dicampurkan sekali dengan sejarah sebab kita hendak supaya ada kebijaksanaan boleh didapati oleh pelajar-pelajar kita di peringkat sekolah rendah dan juga menengah. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang.
4. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, permohonan Cuti Bersalin diberikan 90 hari kepada ibu-ibu yang bersalin sehingga anak ke lima.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Bismillahir Rahmanir Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam negaraku Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mulakan jawapan izinkan saya mengalu- alukan kehadiran tetamu kita iaitu pemimpin wanita Paya Pasir, Lubuk Paku daripada Maran, pelajar UNISEL Shah Alam dan juga pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Rampai ke Dewan Parlimen ini...
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Sumber Manusia sentiasa mengambil berat dan menjaga kebajikan pekerja wanita di bawah Akta Kerja 1955 dan beberapa penambahbaikan telah dibuat melalui pindaan akta ini pada tahun 2012 seperti berikut; yang pertama ialah memperluaskan perlindungan cuti bersalin kepada semua pekerja wanita tanpa mengira had gaji.
Sebelum ini Tuan Yang di-Pertua, RM2,000 diberikan cuti bersalin dan lebih daripada itu tidak. Membolehkan pekerja wanita yang telah hamil sekurang-kurangnya 22 minggu, lima setengah bulan menikmati cuti bersalin bergaji berbanding 28 minggu sebelum ini. Pindaan ini juga selaras dengan ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO). Seterusnya, seseorang pekerja wanita tidak boleh ditamatkan perkhidmatannya semasa dalam tempoh cuti bersalin walaupun pekerja wanita itu gagal memberikan notis mengenai cuti bersalinnya.
Tuan Yang di-Pertua cadangan Yang Berhormat Kuala Langat supaya cuti bersalin ini ditambah baik daripada 60 hari kepada 90 hari di sektor swasta telah didahului oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan. Bukan sekadar mencadangkan malah akan dilaksanakan mulai tahun 2018. Kita mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kepada kerajaan di atas keprihatinan kepada nasib kaum wanita dan pekerja wanita dalam sektor swasta seperti mana yang juga pembelaan dibuat kepada pekerja-pekerja wanita dalam sektor awam dengan diberikan cuti bersalin sebanyak 90 hari kepada mereka.
Cadangan pelaksanaan ini akan diperhalusi sebelum sebarang pindaan dibuat terhadap undang-undang yang berkaitan, membabitkan seksyen 37 Akta Kerja 1955, seksyen 83, Ordinan Buruh Sabah, Bab 63 dan seksyen 54 Ordinan Buruh Sarawak Bab 76. Pertimbangan yang menyeluruh dengan mengambil kira pandangan dan maklum balas secara komprehensif daripada stakeholder juga kita akan ambil kira.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, peruntukan undang-undang sedia ada tidak menghalang mana-mana majikan untuk memberikan kemudahan cuti dan elaun bersalin yang lebih baik kepada pekerjanya walaupun melebihi 90 hari. Malah pandangan yang lebih baik juga boleh dicadangkan di antara kesatuan sekerja dan majikan untuk dimasukkan di dalam perjanjian bersama masing-masing. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan daripada Timbalan Menteri yang di mana Yang Amat Berhormat Pekan telah umumkan pada 27 Oktober, bersalin peningkatan 360 hari maksimum, 90 hari setahun.
Merujuk kepada seksyen 34, 35, 36 dan 37 di bawah Akta Kerja khusus di bawah seksyen 37, Akta Kerja perlu dikaji semula dan dibuat pindaan supaya tiada diskriminasi kumpulan antara yang berkesatuan dan yang tidak berkesatuan kerana yang melindungi kesatuan hanyalah lapan peratus dan yang tidak melindungi kesatuan 92 peratus. Ini tidak boleh kalau tidak ada pindaan segera dibuat maka tidak boleh didakwa di dalam mahkamah. Soalan saya ialah di samping kita memikirkan wanita Tuan Yang di-Pertua, kita juga kena fikirkan lelaki, suami.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Maka, soalan saya ialah- ini Yang Berhormat Pendang suka. Apakah langkah kementerian untuk memastikan peranan suami ini untuk membantu isteri dan bayi, secara langsung meminda seksyen 37 itu untuk memastikan suami juga diberikan masa cuti untuk mereka menjaga bayi dan isteri tersayang? Mohon penjelasan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Yang Berhormat Kuala Langat ini Tuan Yang di-Pertua, lelaki, suami. Jadi, dia juga perlu membela dan memperjuangkan nasib kita sebagai suami dan kaum lelaki.
Tuan Yang di-Pertua, tenaga buruh di negara kita ada 14.6 juta, lelaki lebih kurang sembilan juta dan perempuan lebih kurang 5.6 juta. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kerajaan tidak mengabaikan perhatian, tanggungjawab dan keprihatinan kepada pekerja lelaki. Umpamanya baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Bajet 2018 telah mengumumkan untuk memberikan lima hari cuti kepada suami kakitangan wanita bagi sektor awam yang melahirkan anak.
Bagi sektor swasta Tuan Yang di-Pertua, tiada peruntukan spesifik di dalam undang-undang. Namun demikian, ianya tertakluk kepada terma dan syarat-syarat kontrak perkhidmatan dan persetujuan bersama. Saya bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat. Kita hendak supaya Kesatuan Sekerja dan juga majikan ini secara tripartite bersama dengan kerajaan, mencari jalan supaya masalah-masalah yang timbul di kalangan pekerja sama ada lelaki dan wanita ini dapat kita perjuangkan bukan sahaja khusus kepada pekerja lelaki.
Tuan Yang di-Pertua, cuma saya hendak sebutkan di sini, berdasarkan statistik, daripada 2.91 juta pekerja rumah di dalam kategori pekerja-pekerja ini Tuan Yang di- Pertua, ada 2.91 juta pekerja rumah, termasuk suri rumah. Terdapat 0.06 juta orang ataupun 60,000 suri rumah adalah lelaki, berbanding 2.84 juta wanita. Maknanya, ada lelaki menjadi suri rumah ataupun bekerja di rumah. Sama ada suri rumah lelaki tersebut adalah pekerja rumah secara sukarela ataupun sebaliknya, Tuan Yang di-Pertua.
Maknanya, dipaksa oleh isteri ataupun bagaimana.
Jadi, saya tidak tahu. Mungkin queen control, saya tidak tahu. Akan tetapi yang penting ialah sebenarnya mungkin sebahagian suami ini rela bekerja membantu isterinya bekerja di rumah untuk menjaga anak, membasuh pakaian, memasak dan sebagainya.
Jadi maknanya, saya yakin bahawa kerajaan kita, Kerajaan Barisan Nasional sentiasa prihatin dan tidak akan melepaskan tanggungjawab bagi membela bukan sahaja pekerja wanita di sektor awam, swasta, bahkan juga pada pekerja lelaki dalam sektor swasta.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, bagi saya peluang untuk soalan tambahan. Pertamanya, saya hendak ucapkan tahniah kepada pihak kementerian yang sentiasa prihatin kepada kepentingan- kepentingan pekerja dengan beberapa penambahbaikan pada pengumuman bajet yang lepas.
Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Sehubungan dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tahun 2018, tahun memperkasakan wanita. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah langkah yang telah ataupun akan diambil oleh pihak kementerian dalam usaha meningkatkan tenaga kerja wanita, seiring dengan perkembangan ekonomi negara dan program untuk menarik minat dan menambah tenaga kerja wanita di pasaran buruh? Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Awalnya saya hendak mengucapkan tahniah kepada kerajaan, kepada Perdana Menteri. Melalui Bajet 2018 baru-baru ini telah memberikan suatu gambaran dan kesinambungan kepada wanita yang lebih baik daripada sebelumnya. Umpamanya, mewajibkan 30 peratus wanita dalam keahlian Lembaga Pengarah GLC, GLIC serta badan berkanun.
Kedua, cuti bersalin seperti mana yang telah pun saya sebutkan tadi 90 hari, entrepreneurs programme di bawah MyWin Academic, peruntukan yang diberikan lebih kurang RM20 juta, pengecualian cukai pendapatan individu ke atas pendapatan yang diperolehi dalam tempoh 12 bulan kepada wanita yang kembali bekerja sekurang- kurangnya dua tahun berhenti bekerja.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan peratus penyertaan wanita dalam pasaran buruh kepada 55 peratus pada tahun 2020.
Sehubungan itu, antara langkah-langkah atau inisiatif lain yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita selaras dengan perkembangan ekonomi negara adalah seperti berikut, Peraturan-peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010. Peraturan ini telah pun dikuatkuasakan pada 1 Oktober 2010 untuk menggalakkan golongan latent workforce, dengan izin.
Latent workforce ini Tuan Yang di-Pertua ialah tenaga kerja yang terpendam.
Maknanya, wanita ini semua Tuan Yang di-Pertua, ramai yang terdiri daripada mereka yang mempunyai qualification yang cukup tinggi, ramai mereka yang mempunyai pengalaman, pengetahuan. Akan tetapi mereka tidak bekerja, sebaliknya bekerja di rumah kerana mereka memikirkan kehidupan rumah tangga atau keluarga lebih penting daripada mencari harta ataupun pendapatan yang lebih di luar. Jadi, khususnya golongan wanita ini dan dari kalangan suri rumah dan ibu tunggal untuk menyertai pasaran buruh negara.
Jadi, latent workforce ini, tenaga kerja yang terpendam ini ialah kebanyakannya daripada wanita dan ibu tunggal. Peraturan ini turut menggalakkan flexibility dalam pasaran kerja melalui penempatan waktu kerja yang mesra, khususnya kepada tenaga kerja wanita, sekali gus mampu menguruskan aktiviti rumah tangga mereka. Peraturan ini juga memastikan hak-hak perburuhan pekerja separa masa terjamin dan terpelihara.
Kedua, pindaan Akta Kerja 1995 juga telah dipinda bagi menambah baik peruntukan sedia ada dan beberapa peruntukan yang berkait rapat dengan penggajian wanita seperti berikut:
(i) perlindungan kepada wanita semasa cuti bersalin. Peruntukan cuti bersalin terpakai kepada semua pekerja wanita tanpa mengira had gaji. Dulu kita ada had gaji RM2,000 Tuan Yang di- Pertua, yang lebih pada itu tidak ada cuti ini;
(ii) pekerja wanita yang hamil sekurang-kurangnya 22 minggu menikmati cuti bersalin yang bergaji berbanding 28 minggu sekarang ini;
(iii) memastikan wanita ketika cuti bersalin tidak diberhentikan kerja oleh majikan. Ini bagi menjamin kebajikan dan hak pekerja wanita terpelihara sepanjang tempoh cuti bersalin dapat dibela.
Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak silap saya dalam bajet baru ini juga diperuntukkan RM200 bagi setiap wanita yang mengandung. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
5. Datuk Raime bin Unggi [Tenom] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, 10 inisiatif baharu dilaksanakan kementerian seperti pengawal keselamatan bersenjata wajib menjalani latihan Pegawai Keselamatan Bertauliah (CSG) dan lanjutan tempoh sah laku lesen agensi persendirian milik syarikat kawalan keselamatan kepada dua tahun bagi usaha mempersiapkan industri kawalan keselamatan negara mengharungi cabaran masa depan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Masir Kujat
Tuan Yang di-Pertua, sejak tahun 2014 KDN telah melaksanakan banyak inisiatif untuk menambah baik perkhidmatan kawalan keselamatan swasta di negara ini.
Pada tahun ini, KDN telah merancang sepuluh inisiatif yang sedang dilaksanakan pada tahun 2017 dan juga yang akan dilaksanakan pada tahun 2018. Pada tahun 2017, KDN telah melaksanakan lima inisiatif seperti berikut. Pada 2017 bulan Ogos, KDN telah menguatkuasakan Pekeliling Agensi Persendirian Bil.1/2017 berhubung garis panduan baru berhubung permohonan dan pengendalian senjata api oleh syarikat kawalan keselamatan yang berlesen di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 dan Akta Senjata 1960.
Kajian semula ke atas proses permohonan dan pembelian senjata api oleh syarikat kawalan keselamatan ini dilaksanakan berdasarkan kepada peredaran masa dan ancaman keselamatan masa kini yang melibatkan penggunaan senjata api, terutamanya oleh syarikat agensi persendirian atau syarikat kawalan keselamatan.
Selain itu juga, penyalahgunaan senjata api milik syarikat agensi persendirian ataupun syarikat kawalan keselamatan bagi tujuan yang menjurus kepada keganasan, aktiviti gengsterisme atau aktiviti lain yang boleh mendatangkan ancaman dan kemudaratan kepada ketenteraman awam perlu dibendung daripada terus berlaku.
Selain itu juga, bermula pada tahun 2018 semua pegawai keselamatan bersenjata wajib menghadiri latihan CSG sebelum mereka layak untuk dipertimbangkan bagi tujuan pembaharuan permit carry and use senjata api.
Keduanya, KDN telah mengambil tindakan untuk mewartakan pakaian seragam pegawai keselamatan, aksesori pakaian seraman dan juga logo Persekutuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan lagi imej dan keterampilan seorang pengawal keselamatan.
Pada 1 Oktober 2017, orang awam sudah boleh menyemak status syarikat kawalan keselamatan yang berlesen dengan KDN di bawah agensi persendirian 1991 secara atas talian di laman web Kementerian Dalam Negeri. Sebelum pemilihan syarikat kawalan keselamatan dibuat bagi mengekalkan perkhidmatan kawalan keselamatan, orang awam bolehlah menyemak status syarikat kawalan keselamatan tersebut sama ada ianya berlesen dan mempunyai rekod tindakan disiplin.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Masir Kujat
Orang awam juga boleh menyemak alamat syarikat, maklumat perhubungan, senarai cawangan syarikat yang daftar dengan KDN dan juga senarai perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat kawalan keselamatan tersebut.
Keempat, melalui Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan mengadakan operasi ujian saringan air kencing ke atas pengawal-pengawal keselamatan di seluruh negara pada bila-bila masa bermula dari bulan Oktober 2017. Operasi ini lakukan bagi memastikan pengawal keselamatan bebas daripada penyalahgunaan dadah.
Manakala yang kelima, KDN dan Agensi Perkhidmatan Pengawal Keselamatan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara telah pun mengambil langkah tindakan untuk mengkaji dan menyeragamkan format kontrak membekalkan perkhidmatan kawalan keselamatan pada kementerian dan juga agensi kerajaan.
Pada tahun hadapan, KDN telah merangka lima lagi inisiatif untuk dilaksanakan seperti berikut; pertama, Latihan Pengawal Peribadi akan dijadikan syarat wajib bagi pembaharuan Lesen Carry and Use (C&U) senjata api pengawal keselamatan peribadi pada tahun 2018. Langkah ini perlu diadakan bagi memastikan syarikat kawalan keselamatan tidak sewenang-wenangnya menyewakan senjata api kepada mana-mana individu atas dasar sebagai pengawal keselamatan peribadi. Pada masa yang sama latihan ini akan menjadikan mereka lebih terlatih serta meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan pengawal keselamatan peribadi.
Kedua, KDN dengan kerjasama Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia dan juga Persatuan Bank-bank Islam Dalam Malaysia sedang merangka garis panduan berhubung dengan kawalan keselamatan di institusi perbankan di Malaysia. Garis panduan tersebut akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2018.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Masir Kujat
Tindakan ini dibuat bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan di bank-bank di negara ini dengan mengambil kira kejadian-kejadian jenayah yang berlaku sejak akhir- akhir ini seperti rompakan bank dan juga mesin ATM serta peranan syarikat-syarikat kawalan keselamatan yang membekalkan perkhidmatan kawalan keselamatan di bank.
Ketiga, KDN dan juga perkhidmatan pengawal keselamatan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran telah mencadangkan supaya modul-modul program latihan CSG diakreditasikan. Ia bertujuan supaya modul ini ataupun modul CSG dapat diprofesionalkan bagi kebaikan pengawal keselamatan yang mengikut latihan.
Keempat, akan meneruskan audit ke atas semua syarikat kawalan keselamatan melalui Bahagian Audit Dalam Negeri, Audit Dalam KDN dengan kerjasama Jabatan Audit Negara. Pada tahun hadapan KDN juga akan mengkaji kesesuaian Personal System Self-Auditing bagi memastikan syarikat kawalan keselamatan mematuhi semua peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh kementerian.
Akhir sekali, KDN akan membuat pindaan kepada seksyen 3(4) Akta Agensi Persendirian 1971 berhubung dengan tempoh sah laku lesen Agensi Persendirian yang pada masa ini tamat tempohnya pada tiap-tiap 31 Disember tiap-tiap tahun. Kementerian Dalam Negeri akan mencadangkan supaya tempoh lesen berkuat kuasa selama dua tahun. Cadangan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan beban operasi di pihak KDN dan juga syarikat kawalan keselamatan. Terima kasih.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang telah diberikan. Program latihan CSG ini telah diprogramkan. Saya melihat hasil tindak balas daripada masalah yang timbul beberapa tahun yang lalu di mana yang dihadapi oleh industri perkhidmatan kawalan keselamatan swasta. Juga saya lebih-lebih lagi Tuan Yang di-Pertua, ia melibatkan pekerja-pekerja asing dalam sektor ini.
Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian. Apakah SOP yang tertentu dalam soal kita untuk menyaring atau menentukan pemilihan pengawal keselamatan yang dihantar untuk menjalani latihan CSG selama enam hari seperti mana saya dimaklumkan dalam ini maklumat KDN? Saya ingin mendapatkan jawapan daripada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Dato' Masir Kujat
Terima kasih Yang Berhormat Tenom bertanyakan tentang SOP untuk memilih mereka-mereka dari pengawal keselamatan yang berkhidmat dalam syarikat tersebut untuk menjalani latihan CSG seperti yang ditetapkan. Memang sudah pasti syarat ialah mesti warganegara kita seperti warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 65 tahun. Mana-mana pengawal keselamatan dari negara lain tidak dibenarkan untuk mengikuti CSG seperti yang ditetapkan.
Kedua, kita juga dari segi keselamatan kita memang membenarkan polis untuk menyaring ataupun untuk menapis semua pengawal keselamatan sama ada mereka yang tempatan di sini local, Semenanjung, di Sarawak, Sabah yang menjadi pengawal keselamatan perlu ditapis terlebih dahulu oleh pihak polis kerana kita tidak tahu sama ada mereka itu pernah ada rekod jenayah dan sebagainya, melibatkan diri dengan dadah dan sebagainya. Itu yang perlu kita luluskan dulu. Sekiranya lulus daripada tapisan polis, maka mereka dibenarkan untuk mengikuti latihan CSG. Terima kasih.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan. Berikut bertambah kes salah laku pengawal keselamatan contohnya seperti merompak bank dan melakukan jenayah-jenayah oleh pengawal anggota keselamatan. Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah usaha kerajaan untuk menjadikan profesion pengawal keselamatan bertambah baik dan dihormati orang oleh orang awam? Terima kasih.
Dato' Masir Kujat
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bintang. Tadi saya baru sudah sebut CSG itu adalah satu usaha kerajaan atau KDN untuk melatih mana-mana pengawal keselamatan tempatan atau warganegara kita. Sudah pasti apabila mereka telah melalui proses ataupun latihan CSG ini mereka adalah lebih profesional. Isu-isu insiden atau insiden yang berlaku seperti rompakan mungkin melibatkan pengawal keselamatan dari negara lain yang dilantik secara haram dan saya tidak menyangkal kemungkinan besar pengawal keselamatan yang melibatkan dalam rompakan, membunuh dan sebagainya adalah orang dari negara asing yang tidak didaftarkan secara rasmi.
Dato' Masir Kujat
Maksudnya mereka adalah dilantik secara haram di belakang polis kerana polis sentiasa menapis semua pengawal keselamatan warganegara tempatan sekiranya lulus barulah dijadikan pengawal keselamatan akan tetapi ini adalah gelagat seseorang manusia kita tidak boleh menjangka mana-mana boleh berlaku dan sekiranya berlaku rompakan dan sebagainya itulah niat dia sendiri sebagai pengawal keselamatan yang tidak bertanggung jawab. Terima kasih.
Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [Kubang Kerian] minta Perdana Menteri menyatakan, perkembangan pusat percetakan al-Quran yang diumumkan oleh pihak kerajaan selaras dengan kelulusan bajet 30 juta pada tahun 2015.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam 1Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua , untuk makluman Ahli Yang Berhormat projek Pembinaan Pusat Percetakan Al-Quran yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2015 atas inisiatif kerajaan bersama Yayasan Restu ia telah dinamakan sebagi Kompleks Nasyrul Quran.
Pembangunan kompleks ini dikawal selia oleh Lajnah Pemegang Amanah Kehormat yang dianggotai oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Kewangan, Perbadanan Putrajaya dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(MAIWP) serta Yayasan Restu sebagai sekretariatnya. Tapak projek ini adalah di atas tanah luas 5.514 ekar di Presint 14, Putrajaya yang disediakan oleh Perbadanan Putrajaya dan telah mula dibina pada 15 April 2016.
Pembangunan Kompleks Nasyrul Quran ini dibahagikan kepada dua fasa iaitu pertama bagi fasa satu kilang percetakan telah siap sepenuhnya dan dirasmikan operasinya pada 13 Jun 2017 bersamaan 18 Ramadhan 1438 Hijrah oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom
Kilang ini mempunyai 14 buah mesin dan kini telah memulakan kerja-kerja percetakan sebanyak 275,000 naskhah tempahan telah diterima untuk cetakan Al-Quran dan lain-lain cetakan berkaitan.
Kedua, bagi fasa dua pula ialah pejabat, galeri dan dewan utama pembinaannya telah mencapai 78.4 peratus disiapkan. Berdasarkan kepada kemajuan kerja semasa dijangkakan pembinaannya akan siap sepenuhnya untuk beroperasi pada 31 Disember 2017 yakni pada tahun ini. Terima kasih.
Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah menjawab. Saya mengucapkan terima kasih di atas usaha yang telah diberikan dan yang telah dibuat dan mengharapkan agar ia juga sebahagian daripada usaha untuk memartabatkan Al-Quran dalam negara kita untuk mendekatkan lagi rakyat dengan kitab suci Al-Quran yang boleh menjadi pemandu kehidupan yang lebih baik.
Cuma saya ingin bertanyakan tentang pusat percetakan ini apakah ciri-ciri keistimewaan yang ada dalam mashaf Al-Quran cetakan yang dibuat ini? Bagaimanakah cara pengedarannya? Adakah ianya perlu dibeli ataupun diberikan percuma? Adakah juga termasuk di dalam percetakan ini percetakan untuk Al-Quran Braille untuk mereka yang OKU buta? Terima kasih.
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Kerian dalam keprihatinan dalam bercakap soal pusat percetakan Al-Quran. Mungkin dapat saya perjelaskan Yang Berhormat Kubang Kerian dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian di dalam Dewan yang mulia ini bahawa pusat percetakan ini adalah merupakan pusat percetakan kedua terbesar di dunia selepas daripada kerajaan Arab Saudi.
Dalam pengertian maksud terbesar ini bukan hanya sekadar building bangunan semata-mata, tetapi juga termasuk beberapa ciri keistimewaan yang lain yang terdapat pada pusat percetakan ini termasuk di antaranya ialah kita mampu mengeluarkan buat masa sekarang dengan kapasiti mesin yang sedia ada ialah sejuta naskhah untuk satu tahun percetakan untuk diedarkan.
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom
Kalau tadi ditanyakan soal percuma ataupun tidak, jawapannya ialah percuma di mana pada hari ini sudah tampil pihak dan golongan termasuk GLC dan juga atas nama CSR dan juga individu yang mendermakan kewangan untuk membelikan kertas percetakan dan kemudian akan diberikan balik percetakan tersebut di dalam secara percuma. Selain daripada percetakan ini keistimewaannya juga ialah Mushaf Malaysia.
Maknanya ini merupakan satu percetakan yang mengambil kira bahawa Al-Quran ini mengikut versi yang datangnya daripada Malaysia, mengambil kira yang telah pun dicetak oleh Yayasan Restu. Termasuk juga di antaranya ialah di dalam terjemahan pelbagai bahasa nanti.
Dalam bahasa Malaysia telah pun berjalan dan begitu juga dalam bahasa Inggeris telah pun kita finalkan. Ada satu terjemahan Inggeris yang selain daripada Yusof Ali ada lagi pada terjemahan-terjemahan Inggeris yang lain yang akan diketengahkan.
Kita sedang memikirkan supaya dalam masa yang sama ini ke arah untuk diterjemahkan dalam pelbagai bahasa-bahasa yang lain dan mengambil kira juga ialah bukan hanya di Malaysia tetapi mengantarabangsakan pusat Nasyrul Quran ini dengan percetakan untuk dihantar ke negara-negara yang berkaitan termasuk di seperti mana Rohingya, Kemboja dan sebagainya yang setiap tahun kita dapat permohonan daripada mereka untuk dihantar bantuan kepada naskhah Al-Quran ini. Kita akan gunakan juga termasuk terjemahan di dalam bahasa mereka. Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Bismilahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apabila kita mendengar kita boleh mencetak Al-Quran lebih kurang beribu-ribu naskhah apa yang saya ingat di sini yang saya selalu pergi ke surau, ke masjid melimpah ayat-ayat suci Al- Quran kita yang sudah uzur, yang sudah lapuk dan juga yang sudah koyak di sana sini bertaburan. Adakah pihak kementerian mengadakan satu tempat pengumpulan ayat- ayat suci Al-Quran ini dan di mana kita boleh melupuskannya supaya ia benar-benar dihormati. Begitu juga anak-anak muda kita faham mengapakah kita menghormati ayat- ayat suci Al-Quran itu. Terima kasih.
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada rakan Yang Berhormat Sibuti yang telah pun saya fikir ini merupakan satu keprihatinan bukan hanya sekadar kita prihatin tentang kewajipan untuk kita menjadikan Al-Quran itu sebagai landasan, ikutan dan panduan dalam kehidupan apatah lagi sebagai seorang Muslim bahkan dalam konteks meletakkan ketinggian dan juga kemuliaan Al-Quran itu termasuk menjaganya. Sebagaimana Yang Berhormat Sibuti sebutkan tadi dalam penjagaan, dalam konteks fizikal penulisan Al-Quran itu sendiri pun dijaga dengan baik.
Oleh sebab itu Yang Berhormat sememangnya bukan hanya melalui pusat Nasyrul Quran ini di peringkat Majlis-majlis Agama Islam Negeri sudah ada pelbagai inovasi-inovasi yang dilakukan di Wilayah Persekutuan di Terengganu, Perak dan di pelbagai negeri. Mereka telah pun ada satu pusat dan juga bahkan dalam banjir di Pulau Pinang baru-baru ini negeri Terengganu mencadangkan bagi mana Al-Quran-Al-Quran yang tenggelam dengan air untuk di buat pelupusan kerana tidak dapat digunakan lagi, pihak beberapa buah kerajaan negeri yang mempunyai mesin termasuk di Wilayah Persekutuan untuk tujuan pembakaran secara lebih teratur dan juga terjaga dengan rapi, kesucian kitab walaupun telah pun dibakar termasuk abu-abunya itu ada dimiliki. Saya fikir Yang Berhormat termasuk Ahli-ahli Dewan sekalian boleh untuk mendapatkan khidmat ini di pelbagai negeri termasuk di Wilayah Persekutuan kerana kita ada satu tempat pelupusan.
Cumanya mungkin proses menguar-uarkan, memaklumkan bahawa kedudukan dan juga keberadaan mesin ini boleh digerakkan oleh majlis-majlis dan Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri memaklumkan untuk pusat pengumpulan dibuat secara berkala bagi tujuan pelupusan ini. Terima kasih Yang Berhormat.
7. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Perdana Menteri menyatakan adakah program pemberian lot tapak rumah kepada generasi baru FELDA akan dilaksanakan serta sejauh manakah program ini sedang berjalan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim
Bismilahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan Yang Berhormat Jerantut, izinkan saya mengalu-alukan kehadiran pemimpin-pemimpin muda kita daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Shah Alam...
[Tepuk]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, di dalam Mesyuarat Lembaga FELDA Bil. 356 bertarikh 20 Mac 2017, mesyuarat telah bersetuju berkenaan dengan dasar pemberi milikan tanah kosong kepada generasi baharu FELDA dalam pegangan bandar. Seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 6, Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.
Dengan pelaksanaan ini, tapak-tapak projek Perumahan Generasi Baru FELDA
(PGBF) yang belum dilaksanakan di seluruh negara akan ditukar kepada dasar pemberi milikan lot kosong kepada generasi baru FELDA. Unit-unit rumah yang bakal dibina di atas lot-lot kosong ini akan dibangunkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad
(SPNB). Majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara FELDA dan SPNB bagi pelaksanaan Projek Rumah Mampu Milik generasi baru FELDA telah dimeterai pada 13 April 2017. Dengan objektif mewujudkan kerjasama strategik di antara kedua-dua agensi bagi faedah generasi baru FELDA.
Program kerjasama FELDA SPNB ini dinamakan Rumah Mesra Generasi Baru FELDA (RMGBF). RMGBF yang dicadangkan ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan sebagai permulaan sebanyak 5,000 unit rumah akan dibina sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika pembentangan Bajet 2018 iaitu dengan peruntukan sebanyak RM164 juta.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat peruntukan RM164 juta itu hanya kepada pembinaan unit-unit rumah sahaja. Manakala, tambahan sebanyak RM300 juta lagi diperuntukkan untuk pembangunan infrastruktur yang mana ia akan menggunakan dana dalaman FELDA. Sehingga kini, 60 peratus kerja-kerja pengukuran kawasan-kawasan yang terlibat telah siap. Permohonan pembatalan GSA dan permohonan tanah ke pejabat tanah dan daerah juga telah dilaksanakan. Terima kasih.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan penjelasan.
Tahniah kepada FELDA yang prihatin terhadap generasi baru FELDA melalui pembinaan rumah dan juga pengagihan lot-lot tapak rumah.
Persoalan saya, adakah harga yang diberikan terhadap rumah-rumah yang dibina oleh FELDA ini mampu dimiliki oleh generasi baru FELDA? Apakah kaedah pembiayaan yang mungkin boleh membantu anak-anak generasi baru FELDA yang benar-benar tinggal di FELDA tetapi tidak mempunyai penyata kewangan yang boleh diperakui oleh pihak bank? Terima kasih.
Dato’ Razali bin Ibrahim
Disebabkan kerjasama di antara FELDA dan SPNB, segala bentuk pembiayaan yang digunakan oleh pihak SPNB, akan terpakai dalam Projek Rumah Mesra FELDA ini. Maknanya, dari segi slip, dari segi tanpa gaji ini akan dapat kita atasi kerana pihak SPNB akan mengutip bayaran bulanan yang bakal dibuat kepada bakal-bakal penerima lot-lot tanah rumah ini.
Kedua, dari segi harga. Harga jualan bagi Semenanjung akan ditetapkan pada sekitar RM75 ribu untuk satu unit di mana daripada RM75 ribu ini sebenarnya RM20 ribu akan disubsidi oleh pihak kerajaan melalui SPNB. Maknanya pemohon, hanya perlu membayar RM55 ribu. Cadangan bayaran bulanan adalah sekitar RM349 sebulan, dalam tempoh 25 tahun. Maknanya, kemampuan untuk bakal pemohon bagi memiliki rumah tersebut pada saya berada di tahap yang sangat baik.
Kedua, yang perlu diingat ialah lot-lot ini perlu di pecah-pecahkan dan ada kos penstrukturan yang saya nyatakan tadi yang akan dibiayai melalui dana dalaman FELDA berjumlah RM300 juta. Maknanya, setiap satu lot Rumah Mesra FELDA ini akan dibiayai oleh pihak FELDA sebanyak RM60 ribu. Maknanya, kepada bakal penerima nanti mereka akan mendapat pembiayaan RM60,000 campur RM20,000 subsidi bagi rumah yang perlu mereka bayar RM349 sebulan itu tadi. Itu antara perkara yang saya rasa dapat melegakan para generasi baru di kawasan rancangan. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Sebelum itu saya hendak mengalu-alukan kehadiran pemimpin masyarakat daripada kumpulan Rukun Tetangga Taman Nuri Parlimen Pokok Sena daripada Alor Setar, Kedah...
[Tepuk] Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya hendak dapatkan penjelasan walaupun disebut tadi bahawa ada bayaran iaitu RM349 sebulan, tetapi bagaimana apabila generasi baru yang dikatakan tadi bukan merupakan pekerja kerana tidak ada slip dan sebagainya tetapi mereka menghadapi sampai satu tempoh, sampai satu peringkat iaitu mereka tidak mampu hendak membayar.
Maknanya, kejatuhan harga getah, kejatuhan kelapa sawit dan sebagainya.
Pendapatan mereka yang berkurangan, sedangkan keperluan untuk harian itu lebih mendesak. Adakah ada satu-satu tempoh dan tindakan yang akan diambil terhadap mereka sehingga menyebabkan mereka kehilangan hak ke atas pemilikan rumah selepas daripada tempoh beberapa puluh tahun itu? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Razali bin Ibrahim
Pertama, kejatuhan harga sawit sebenarnya tidak berapa melibatkan pemohon yang ini. Hal ini kerana, pemohon untuk Rumah Mesra FELDA ini adalah mereka daripada generasi kedua. Anak kepada peneroka. Biasanya tidak bergantung kepada sawit kerana sawit ini milik emak dan bapa dia. Akan tetapi mereka tinggal di situ bekerja di dalam dan sebagainya maknanya mungkin ada sebahagian tetapi tidaklah ketidakmampuan itu disebabkan hasil sawit kecuali mereka mengambil alih tanah bapa dia lah.
Kedua dari segi pembiayaan, SPNB sebenarnya sudah buat banyak Rumah Mesra Rakyat di kawasan-kawasan luar FELDA. Bayaran yang minimum ini, sebenarnya tanpa- yang tiada insurans kalau terbakar sahaja lah. Sebenarnya memberi banyak kelegaan kepada pemilik-pemilik Rumah Mesra Rakyat yang dikendalikan oleh SPNB yang bakal dinikmati kerana jumlah itu sangat rendah. Kita tidak akan mendera, sebab usaha SPNB untuk memberikan rumah mampu milik kepada rakyat akan menjadi keutamaan.
Namun begitu, kita nasihatkan kepada mereka yang telah dapat menikmati kemudahan yang diberikan ini, untuk mencari cara bagaimana untuk mengelakkan mereka terjerumus kepada golongan yang tidak mampu membayar jumlah yang sangat minimum seperti yang dinyatakan oleh pihak Yang Berhormat Pokok Sena. Jadi, SPNB berada di dalam kedudukan untuk mengendalikan mana-mana mereka yang tidak mampu untuk membayar secara bulanan ini dan saya boleh nyatakan bahawa jarang kita akan hukum mereka kerana kita akan tengok kemampuan dan kenapa mereka tidak mampu.
Untuk tambahan, bagi pemohon yang luar daripada 18 tahun sehingga 35 tahun ini, bagi rumah mampu milik FELDA ini, mereka perlu menyatakan penjamin. Kalau yang di bawah 35 tahun tidak payah. Akan tetapi kalau dia sudah berusia lebih kita perlukan penjamin kepada pinjaman RM55 ribu bagi membina rumah tersebut. Terima kasih.
8. Tuan Lim Lip Eng [Segambut] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan, langkah-langkah penyelesaian masalah kesesakan lalu lintas yang amat teruk di Jalan Kiara 3, Mont Kiara pada waktu puncak menghantar dan mengambil pelajar Garden International School dan Jalan Dutamas Raya, Segambut semasa waktu puncak pergi dan balik kerja.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Segambut.
Untuk makluman Yang Berhormat Segambut, masalah kesesakan lalu lintas ini berlaku di semua sekolah-sekolah antarabangsa pada waktu puncak, pagi dan petang berpunca daripada kurangnya penggunaan bas sekolah dan jumlah penggunaan kenderaan persendirian yang sangat tinggi. Di Jalan Kiara 3, Mont Kiara, yang mempunyai lebar rizab 20 meter di hadapan Garden International School telah dibina jalan dua lorong sehala dan mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menampung isi padu lalu lintas di kawasan ini.
Walau bagaimanapun, pada waktu puncak semasa menghantar dan mengambil pelajar berlaku halangan lalu lintas yang besar apabila banyak kenderaan persendirian menunggu dan menurunkan pelajar dengan keadaan beratur dalam satu lorong. Pada masa yang sama, banyak pergerakan membelok ke kanan daripada kenderaan yang masuk dan keluar dari kawasan sekolah.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Bagi mengatasi masalah ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengkaji kesesuaian dengan hanya membenarkan pergerakan “left-in, left-out” dan membatalkan pergerakan belok ke kanan.
Untuk membolehkan cadangan ini dilaksanakan, perlu disediakan U-turn untuk kedua-dua arah. Berkaitan dengan masalah kesesakan di Jalan Dutamas Raya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menyediakan satu cadangan untuk melengkapkan rangkaian Jalan Segambut yang bermula dari Stesen KTM Segambut hingga ke Jalan Kiara 4.
Ia dibahagikan kepada empat fasa di mana fasa 1 telah siap dilaksanakan pada tahun 2015 dan fasa 4 sedang dalam pembinaan. Fasa kedua dan ketiga masih tertangguh pembinaannya kerana perkara yang melibatkan pengambilan tanah belum dapat diselesaikan. Dengan siapnya rangkaian Jalan Segambut ini, dijangkakan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar dapat dikurangkan.
Tuan Yang di-Pertua, bagi mengatasi kesesakan jangka masa panjang, pihak DBKL telah mengemukakan pelan konsep cadangan bagi laluan masuk dan keluar melalui Lebuhraya Sprint Penchala Link ke kawasan rizab Melayu Segambut dan rizab Melayu Sungai Penchala dan sekitarnya ke pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Cadangan ini dijangka akan dapat mengalihkan sebahagian isi padu aliran trafik yang tertumpu di Jalan Desa Kiara pada masa ini di samping menampung pertambahan isi padu trafik pada masa depan. Sekian, terima kasih.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya kepada pihak kementerian mengenai kos yang akan ditelan oleh empat fasa di Jalan Dutamas Raya dan masa yang dijangka siap dan juga mengenai kesesakan lalu lintas di Jalan Kiara 3, Mont Kiara.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Saya bukan sahaja terima aduan daripada orang ramai, saya juga terima aduan daripada rakan-rakan di Dewan ini, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Permatang Pauh, sebab Jalan Kiara 3 ini adalah satu akses yang utama menghubungkan Kepong, Segambut dengan SPRINT Highway, Damansara dan Petaling Jaya sebahagiannya.
Jadi, saya rasa- Ini cadangan saya, adalah tiba masanya pihak DBKL menutup Garden International School, pindahkan dia, relocate. Sebahagian pelajar Garden International School ini, bukan semua, adalah orang-orang asing. Jadi, kenapa menyusahkan orang Malaysia demi kepentingan ibu bapa orang asing ini. Garden International School, pindahkan mereka, relocate.
Lagi satu di Jalan Kiara, Plaza Mont Kiara, selalunya ada kenderaan-kenderaan berhenti di tepi Jalan Kiara di luar Plaza Mont Kiara dengan pemandu di dalam kereta.
Jadi saya minta DBKL hantar anggota ronda setiap masa, memberi tiket saman walaupun pemandu ada di dalam kereta. Sebab merekalah punca separuh Mont Kiara dalam keadaan traffic jam. Mereka henti di luar Jalan Kiara. Itu dua cadangan saya. Terima kasih.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan soalan yang Segambut adalah lebih kepada cadangan, kita terimalah cadangan, kita lihat, kita kajikan cadangan.
Berkenaan dengan kos itu, kita kata RM70 juta tanpa pengambilan tanah. Okey, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Celah Yang Berhormat Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah DBKL menambahkan traffic warden di kawasan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Segambut untuk menyuraikan semua trafik dalam masa banyak kereta di kawasan itu untuk memastikan bahawa lalu lintas akan dilicinkan? Terima kasih.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Yang Berhormat Bukit Bintang, sudah tentunya DBKL mengambil kira semua kesesakan lalu lintas di seluruh Kuala Lumpur bukan sahaja di kawasan Jalan Kiara 3.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
Oleh itu, kita telah membuat banyak penambahan untuk memberi kekuatan traffic warden untuk membantu polis bagi mengawal keadaan kesesakan lalu lintas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
9. Dato' Sri Wee Jeck Seng [Tanjong Piai] minta Perdana Menteri menyatakan, bilangan graduan yang berjaya diambil dan dilatih di bawah skim SL1M dan bilangan antara mereka yang berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh masa enam bulan selepas tamat latihan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Devamany a/l S. Krishnasamy
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Tanjong Piai.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program Skim Latihan 1Malaysia
(SL1M) ditubuhkan pada 1 Jun 2011, bertujuan membantu para graduan lulusan ijazah sarjana muda dan ke atas yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan selepas ber-graduate atau mendapat ijazah. Program awal jariah ini dilaksanakan secara tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan izin, corporate social responsibility oleh industri atas rasa tanggungjawab memberi balik kepada rakyat dan negara dengan membuka peluang kepada para graduan tempatan untuk mendapatkan latihan pekerjaan di samping menimba pengalaman kerja sebenar yang cukup berharga dalam memberi nilai tambah kepada graduan.
Setakat 31 Oktober 2017 Yang Berhormat, seramai 139,398 graduan telah berjaya dibantu secara langsung dan tidak langsung dalam memperkasakan kebolehpasaran, dengan izin, employability diri melalui latihan SL1M di syarikat-syarikat yang mengambil bahagian serta melalui program-program yang dianjurkan oleh SL1M di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, seramai 58,354 graduan berjaya dibantu mendapat pekerjaan dengan mendapat latihan berstruktur daripada syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam program SL1M. Manakala 81,044 graduan berjaya dibantu melalui penganjuran karnival kerja SL1M atau program Search and Assist SL1M yang dilaksanakan di seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.
Terima kasih.
Dato’ Sri Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan. Apakah peranan yang dimainkan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah peserta SL1M ini yang gagal mendapatkan pekerjaan selepas tamat menyertai skim ini? Serta, adakah pihak kerajaan mempunyai perancangan mewajibkan pihak majikan untuk memberi modul latihan tambahan bagi mengatasi masalah tersebut?
Selain daripada itu saya juga ingin tahu, adakah terdapat mana-mana majikan yang didapati mengambil kesempatan melalui SL1M ini untuk mendapatkan pekerja dengan gaji yang rendah tanpa membuat apa-apa serapan selepas peserta SL1M tamat tempoh latihan mereka.
Dato’ Sri Devamany a/l S. Krishnasamy
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Untuk soalan pertama itu, apakah langkah-langkah yang telah dibuat oleh kerajaan untuk memastikan pelatih-pelatih Skim Latihan 1Malaysia dapat pekerjaan. Statistik saya telah beri.
Tuan Yang di-Pertua, mulai Ogos 2017, kita MOF, Kementerian Kewangan yang telah mengeluarkan Pekeliling P.K.1.2 di mana syarikat-syarikat yang mendapat pemerolehan kerajaan, yang dapat kontrak daripada kerajaan itu, yang lebih daripada threshold tertentu, RM4 juta, RM10 juta, RM5 juta, mengikut sektor masing-masing akan terpaksa, dipaksa untuk memperuntukkan satu peratus daripada jumlah kontrak untuk melatih pelatih-pelatih di syarikat mereka.
Katakan RM10 juta dapat kontrak kerajaan. RM100,000 terpaksa diagihkan untuk latihan pemegang-pemegang ijazah ataupun graduan dalam bidang masing- masing. Threshold RM18,000 satu latihan untuk 12 bulan untuk kos latihan seorang.
Maka, bahagikanlah lebih kurang enam orang bagi syarikat yang dapat RM10 juta itu, kontrak itu terpaksa dilatih.
Dato’ Sri Devamany a/l S. Krishnasamy
So, itu satu cara untuk memperluaskan lagi dan saya terima pandangan Yang Berhormat. Akan tetapi, kebolehpasaran dan keupayaan untuk menerap ilmu dan kemahiran dalam bidang masing-masing bergantung kepada individu. Maka, kita tidak boleh paksa kerajaan untuk terus bagi latihan. Ini kerana produktiviti mereka akan diambil kira. So, itulah cara-cara kita. Kita letakkan syarat perundangan untuk tujuan ini. Terima kasih.
[Soalan No.10 – YB. Tuan Chong Chieng Jen (Bandar Kuching) tidak hadir]
11. Puan Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, sejauh manakah kajian impak bagi mengurangkan jumlah kemalangan di jalan persekutuan dilakukan dan apakah solusi bagi mengatasi masalah ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang dikemukakan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kerajaan di dalam Rancangan Malaysia Ke-11 telah menyediakan peruntukan di bawah program menaik taraf infrastruktur keselamatan jalan raya. Di mana peruntukan ini digunakan untuk menaik taraf dan merawat lokasi-lokasi kemalangan di seluruh negara merangkumi pembinaan jejantas pejalan kaki dan lokasi kemalangan di bawah kategori black spot dengan izin, dalam usaha mengurangkan jumlah kemalangan di Jalan Persekutuan.
Pemantauan secara berkala di lokasi yang telah dirawat dilaksanakan secara berterusan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan sasaran pengurangan kemalangan sehingga 70 peratus. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Soalan tambahan saya. Apakah tindakan ataupun perancangan kementerian untuk mengurangkan kadar kemalangan dan juga kadar kesesakan di Jalan Dato Musa, Kota Samarahan. Terima kasih.
Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin
Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang dikemukakan. Yang Berhormat, memandangkan soalan ini secara spesifik tapi izinkan saya juga untuk berkongsi kepada Yang Berhormat langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang yang kita laksanakan.
Selain daripada rawatan seperti yang saya sebutkan tadi, Yang Berhormat, kita di kementerian ada mempunyai langkah-langkah- kalau dari segi kesesakan, Yang Berhormat, kita bekerjasama erat dengan pasukan keselamatan iaitu PDRM dari segi penyuraian trafik dan bagaimana management of traffic, dengan izin, Yang Berhormat ya.
Selain daripada itu, dispesifikkan di Jalan Datuk Musa itu, kita sebenarnya ada beberapa tindakan yang saya akan berikan secara spesifik kepada Yang Berhormat dari segi menaik taraf jalan tersebut dan juga beberapa program lain lagi yang saya tidak mempunyai maklumat ketika ini tetapi akan berkongsi dengan Yang Berhormat secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masa pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan untuk hari ini berakhir.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2018 dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2018 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketiga] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi
Kepala Bekalan B.13 dan Kepala Pembangunan P.13 di bawah Kementerian Luar Negeri terbuka untuk dibahas. Sila.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mohon kebenaran untuk membahaskan tentang Kementerian Luar Negeri di bawah Butiran 010000 dan Butiran 020200.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Pertamanya tentang hubungan diplomasi dan kerjasama dua hala. Tuan Pengerusi, kami ingin bertanya tentang situasi lobi Kerajaan Malaysia akan kedudukan di Security Council Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di mana Malaysia telah cuba membuat satu kempen untuk mendapat tempat di kerusi Security Council sekali lagi sebagai sambungan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Kita ingin tahu, berapakah perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk menduduki kerusi tersebut? Ini kerana kami difahamkan satu perbelanjaan yang agak besar telah dikeluarkan. Di antara sebabnya adalah kerana proses melobi tersebut diadakan di berbagai-bagai negara. Selalunya ia hanya diadakan di United Nations, di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York tetapi kali ini kami difahamkan ia telah diadakan di negara-negara individu dan sudah tentulah melibatkan kos yang lebih tinggi dan jauh daripada sepatutnya.
Saya beralih kepada Butiran 020200 tentang hak asasi manusia dan kemanusiaan. Saya ingin bertanya juga, apakah sebab-sebabnya percubaan Malaysia untuk menduduki Council, human rights atau hak asasi manusia telah gagal, dan apakah sebab-sebabnya? Ini kerana kami difahamkan pada mulanya Malaysia begitu bersungguh-sungguh dan berharapan tinggi untuk dapat menduduki kerusi yang berprestij ini.
Adakah di antaranya sebab-sebab penglibatan kita dengan situasi di Timur Tengah, di mana kita telah terlibat dengan perang dalaman di Yaman di mana juga pihak bersekutu yang kita juga melibatkan diri dimasukkan di bawah tindakan jenayah perang di bawah laporan PBB sendiri bertarikh 31 Januari 2017? Kalau ini antara sebab- sebabnya, saya berpendapat kita tidak payahlah mengeluarkan satu perbelanjaan yang begitu tinggi, satu usaha yang mengambil tenaga dan juga keupayaan pegawai-pegawai kerajaan kerana kita sendiri tahu kita tidak mempunyai peluang yang baik kerana situasi kita sendiri yang terkandung di dalam laporan PBB tersebut.
Menyentuh tentang isu itu juga, saya inginlah bertanya, apakah sebenarnya pendirian Malaysia dalam status pergolakan di antara Arab Saudi dan sekutunya dengan Yaman? Saya telah menimbulkan isu ini pada sesi yang lepas tetapi tidak dapat jawapan yang khusus. Ini kerana baru-baru ini, satu daripada akhbar Arab Saudi, Al Arabiya, telah mengeluarkan satu gambar tentang briefing atau taklimat oleh Kolonel Tariq al-Maliki yang telah menunjukkan bendera Malaysia di antara bendera-bendera pakatan bersekutu Arab Saudi. Adakah ini bermakna Malaysia terlibat dalam sekutu tersebut? Ini perlu satu penjelasan yang saya rasa patut diberi kepada rakyat Malaysia kerana sudah terlalu lama ditangguh dan kerajaan masih belum memberi penjelasan.
Kalau dahulunya dikatakan penglibatan kita adalah setakat war exercise atau war game tetapi itu sudah lama berlalu. Northen Thunder sudah lebih daripada setahun.
Selepas itu pula diberi alasan untuk memindahkan rakyat Malaysia yang bertempat di Yaman tetapi itu juga sudah lama berlalu dan tidak ada lagi apa-apa pemindahan rakyat Malaysia yang mungkin ingin kembali. Saya rasa inilah perkara yang tertangguh dan kita tahu bagaimana teruknya keadaan di Yaman hari ini yang mana akhirnya Kerajaan Arab Saudi terpaksa membukakan enam pelabuhan untuk membolehkan penyampaian bantuan perubatan dan makanan kerana sudah terlalu lama ditutup dan ini termasuklah di bawah apa yang dikatakan war crime. Beralih kepada Butiran 030300 tentang Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan. Di sini juga kita ingin bertanya kepada kerajaan, adakah apa-apa penglibatan di bawah Kementerian Luar Negeri tentang penubuhan King Salman Centre yang kita telah berikan komitmen kepada Arab Saudi untuk memberi tanah begitu luas di Putrajaya? Ini kerana ini adalah melibatkan implikasi penglibatan kita secara sah dan juga secara tidak sah dengan pergolakan di Timur Tengah.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Ini juga telah menimbulkan banyak pandangan daripada pihak akademik dan juga pensyarah termasuk juga salah seorang daripada pegawai kerajaan sendiri yang menyoalkan kebijaksanaan kerajaan terlibat dalam usaha menubuhkan satu pusat tersebut oleh Kerajaan Arab Saudi, kerana kita tahu sekarang ini pergolakan di Timur Tengah khususnya di Syria dan Iraq di penghujungnya dan ramai pejuang-pejuang IS dan juga Daish sedang keluar dan mungkin akan mencari medan untuk pertempuran yang baru atau perjuangan yang baru.
Adakah ini satu tindakan yang bijak? Kerana kita selama ini menjadi negara yang berkecuali sejak merdeka. Adakah kita masih mengamalkan dasar tersebut di bawah Kementerian Luar Negeri? Kalau tidak, mengapa kita membawa isu-isu yang jauh daripada sempadan kita tetapi kita juga menanggung risiko dan sebagainya?
Seperti yang saya sebut tadi, salah seorang pegawai daripada kerajaan sendiri yang terlibat dengan pemulihan pihak pengganas ini mungkin pandangan beliau ada meritnya kerana beliau terlibat dengan memulihkan pengganas-pengganas dan mungkin ada maklumat daripada penahanan yang telah ditahan, yang diinterogasikan oleh beliau, yang memberi maklumat bahawasanya kemungkinan Arab Saudi sendiri terlibat dalam sponsorship atau pembiayaan kumpulan-kumpulan tertentu di Timur Tengah yang melibatkan keganasan.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Saya rasa ini perlu diselidiki sedalam mungkin, bukan hanya hendak menutup apa-apa pandangan tetapi kita perlulah memberi satu penilaian yang sepatutnya supaya Malaysia tidak terbabit dan terbawa-bawa dalam isu yang tidak ada kena-mengena dengan rantau kita. Seperti saya katakan tadi Malaysia merupakan negara tunggal yang terlibat dengan korelasi atau sekutu Arab Saudi. Sementara negara Turki pun yang berdekatan negara Arab tidak terlibat dan Indonesia negara Islam yang terbesar pun tidak terlibat. Kenapa kita masih berada di sana ? Itu persoalan.
Akhir sekali, Tuan Pengerusi saya ingin merujuk kepada Butiran 050600 – Sumbangan Tahunan Pertubuhan Antarabangsa. Di mana didapati peningkatan yang agak tinggi daripada sebelumnya RM39,125,000 kepada RM70,225,000 iaitu sekali ganda. Apakah peruntukan yang naik begitu mendadak melibatkan perbelanjaan yang boleh menguntungkan Malaysia atau apakah sebenarnya di sebalik rasional di mana kementerian-kementerian lain menghadapi kalau tidak potongan pun hanya kekal dengan peruntukan lama. Akan tetapi, Kementerian Luar Negeri di bawah Sumbangan Tahunan Pertubuhan Antarabangsa menggandakan dengan double. Sekian, Tuan Pengerusi.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Yang Berhormat Kuala Terengganu boleh? Tuan Pengerusi? Mencelah.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Hendak mencelah Yang Berhormat Kuala Terengganu. Hendak mencelah atau hendak berbahas?
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Terengganu hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Sudah habis Yang Berhormat Kuala Terengganu?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sudah habis, dia sudah duduk.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Saya hendak celah satu poin sahaja.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Okey.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya setuju dan senada dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu tentang bayaran yang dikenakan untuk membiayai pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Boleh tidak kita minta kerajaan untuk senaraikan- sebenarnya berapa banyak pertubuhan yang kita terlibat, dan apakah peranan Malaysia di dalam pertubuhan- pertubuhan yang kita bayar ini dan terlibat? Terima kasih.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Tuan Pengerusi, saya rasa saya bersetuju dengan pendapat tersebut. Kita perlulah perincikan peruntukan di mana perbelanjaan tersebut telah dibelanjakan atau akan dibelanjakan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saya merujuk B.13 Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan.
Saya ingin bercakap sekali lagilah tentang apa yang berlaku dengan masyarakat atau etnik Rohingya di Myanmar yang mana dunia semua tahu hari ini dan banyak juga dibincangkan di negara kita dan banyak tindakan asas kemanusiaan yang telah kita buat.
Satu perkara yang sangat baik. Kekejaman yang berlaku di sana seolah-olah tidak ada noktah. Bermula sejak awal 1940-an lagi macam-macam sudah jadi kepada masyarakat minoriti etnik Islam ini di sana. Akan tetapi, dulu dunia tidak tahu sangat, tidak muncul sangat, kita pun tidak dengar sangat cuma akhir-akhir ini mutakhir ini keadaan sudah jadi jauh berbeza.
Cuba kita bayangkan etnik yang sedikit ini telah didera, dirogol, dibakar, dibunuh, dianiaya, kalau kita dan mereka-mereka yang telah pergi melihat sendiri boleh merasai dan kita yang melihat daripada akhbar dan sebagainya, sosial media, kita dapat rasa macam mana keadaan mereka hari ini. Hari ini Tuan Pengerusi, bintang pun orang tidak buat macam itu. Adakah kalau kita tidak suka dengan binatang itu kita terus bakar binatang itu. Adakah boleh? Saya hendak tanya umpamanya kalau anjing pun kita buat macam itu. Bolehkah kita bakar anjing itu, bunuh anjing itu? Mana bolehkan, itu salah.
Kita salah dari macam-macam hukum salah.
Jadi hari ini ada manusia-manusia yang berperangai macam binatang yang buat kerja macam ini, yang tidak guna akal dan fikiran. Akan tetapi, telah mengatakan bahawa etnik ini adalah ekstremis, terrorist dan sebagainya yang telah menyalahkan berbagai- bagai ini. Secara umumnya, siapa Rohingya ini? Mereka masyarakat etnik yang minoriti yang pada 1940-an dulu lari daripada tempat mereka ke Bangladesh kerana perang etnik di sana. Apabila mereka pulang, dasar negara telah berubah dan mereka jadi pengemis di negara sendiri.
Tuan Pengerusi, bila jadi pengemis di negara sendiri tidak diiktiraf maka kerajaan yang ada telah melakukan kezaliman yang berterusan sebegini. Saya melihat pada 1978, sejarah Operasi Naga di mana program Pelan 20 Tahun Pembasmian Rohingya. Ini extermination plan, menghilangkan etnik ini yang ada di sana. Kalau saya petik satu masalah yang timbul ini ialah, kita ambil kanak-kanak sahaja. Kanak-kanak di sana zat makanan tidak ada, terdedah kepada penyakit dan tidak ada pertumbuhan fizikal dan mental yang baik, tidak ada pendidikan, buta huruf dan memang nasib dia akan jadi sangat-sangat derita hari ini.
Tuan Pengerusi, sebab itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-31 ini telah secara terus-menerus membawa isu ini. Hari itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pergi ke US jumpa dengan Presiden US telah bercakap, dan kini usaha-usaha dijalankan. Saya difahamkan ada wakil US akan melawat ke Cox's Bazar untuk melihat dengan sendirinya.
Tidak cukup dengar, kena lihat sendirinya dan juga ada pertemuan dengan kaunselor Myanmar Aung San Suu Kyi memberikan respons positif untuk membuat satu pelan bagaimana untuk membawa pulang etnik Rohingya ini.
Saya ingin bertanyalah dengan lebih jelas lagi apakah ASEAN hendak buat?
ASEAN ini sidang kemuncak sudah ini. Apa ASEAN hendak buat? Adakah ASEAN akan membuat perkara-perkara baru?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Bagaimana untuk membantu etnik yang sedang terseksa ini kerana ini adalah satu malapetaka besar kerana ramai yang tahu tetapi tindakannya tidak dapat dijalankan untuk menyekat kezaliman yang sedang berlaku hari ini.
Tuan Pengerusi, saya ingin tujukan soalan ini kepada kementerian. Sejauh mana kesediaan negara-negara ASEAN memberi tentangan serta menggubal satu dasar baru dalam memerangi penindasan dan kekejaman terhadap etnik minoriti seperti yang terjadi di Myanmar. Apakah tindakan yang boleh diambil. Kita takut juga masa akan datang kalau satu sudah jadi macam ini, masa akan datang kita lihat ada pula tempat- tempat lain yang jadi dan orang tidak berani hendak buat tindakan.
Oleh sebab itu, Bangsa-bangsa Bersatu pun, badan dunia ini apa tindakan yang lebih drastik, yang lebih strategik yang dia hendak buat untuk menghapuskan perkara ini.
Semua orang tahu kalau terkena kepada kita dan saudara kita, seagama, sebangsa umpamanya maka barulah kita akan rasa, “Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul” ini yang kita takut.
Kedua, saya ingin bertanya apakah pendirian Kerajaan Myanmar yang telah dirundingkan dalam merundingkan MoU persefahaman tersebut dengan mengenakan syarat yang munasabah ke atas Rohingya ini untuk balik serta apakah pendirian ASEAN terhadap isu keganasan yang melanda dalam menangkis persepsi dunia terhadap terma Islamophobia. Satu lagi yang beria-ia sangat tidak terima ini kadang-kadang tidak masuk akal kerana etnik minoriti Rohingya ini telah duduk di Arakan yang sekarang dipanggil Rakhine ini sudah beratus tahun. Sudah bertapak sudah beratus tahun, nenek moyang semua di situ, sudah lama sudah di situ. Apalah sangat yang tidak dapat diterima oleh Kerajaan Myanmar hari ini? Adakah kerana Islamophobia itu? Itu yang kita takut, adakah itu?
Jadi saya hendak tanya kementerian sejauh mana perkara ini di buat?
Walaupun ASEAN dengan persefahaman awal, dasar-dasar non-interference, tidak masuk campur hal-hal dalaman tetapi apabila isu ini berkaitan dengan isu kemanusiaan, berkaitan dengan kezaliman yang dilakukan, berkaitan dengan hak asasi manusia maka isu ini perlu diambil kira.
Saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia yang terus-menerus menyatakan pendirian, yang terus-menerus memberi sumbangan dan sebagainya untuk membantu mereka-mereka yang teraniayai ini. Mudah-mudahan dengan doa kita dan usaha kita maka dunia ini akan lebih aman, etnik minoriti Rohingya yang Islam ini dapat diselamatkan. Tuan Pengerusi, terima kasih banyak-banyak kerana bagi peluang kepada Bagan Serai.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lembah Pantai.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Saya merujuk kepada Maksud Bekalan 13 di bawah pembangunan Kementerian Luar Negeri, secara khusus Butiran 010000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Dua Hala; dan seterusnya, Butiran kecil 010100 - Bahagian Asia; dan juga 010300 - Pejabat Perwakilan Luar Negeri.
Tuan Pengerusi, saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini tentang isu yang telah dibawa sebelumnya tentang pelarian dan juga jenayah kemanusiaan yang diperlakukan terhadap umat Rohingya.
Saya menyambut baik- saya awal ini hendak sebut bahawa pada September tahun ini, Menteri Luar Malaysia telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan pendirian Malaysia yang berbeza dengan pendirian ASEAN. Di mana kenyataan ASEAN itu langsung tidak menyentuh kezaliman yang diperlakukan kepada masyarakat Rohingya di Rakhine. Itu saya fikir satu pendirian yang sangat berintegriti. Hanya sebagai susulan Tuan Pengerusi, penting di mana kita juga mempamerkan keseimbangan menerusi setiap tindakan yang kita ambil.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Di sini, saya bila masa kita melihat dua isu dari segi tindakan kita terhadap Korea Utara, ia sedikit berbeza dengan Myanmar. Walaupun saya pasti tentu ada komplikasi lanjutan yang mungkin boleh dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, ya. Saya fikir akan menjawab bukannya Yang Berhormat Menteri, memandangkan beliau di sini. Bila masa bercakap tentang hubungan diplomatik dengan Myanmar, ia masih wujud dan saya mahu tahu apakah perkembangan terkini?
Memandangkan the genocide ya, Tuan Pengerusi, is basically widely accepted as happening tidak ada sesiapa yang boleh memberikan alasan.
Yang Berhormat Bagan Serai memperincikan satu demi satu pembunuhan, pembakaran, pemerkosaan yang saya fikir tidak ada manusia di bumi ini boleh terima.
Justeru, yang saya ingin bangkitkan bagi pihak kementerian harus menjelaskan status terkini. Oleh kerana ASEAN seolah-olah tidak mahu mengambil langkah yang serius dan sekarang cuba untuk menyalahkan kewujudan kumpulan-kumpulan pengganas yang sudah kita bangkitkan sebagai sebab utama akibat daripada pembunuhan yang berterusan.
Tuan Pengerusi, kerana itu saya ingin menanyakan jaringan yang wujud di antara kementerian ini sangat penting. Bila masa Kementerian Luar Negeri mengambil satu pendirian tetapi tidak digandingkan dengan tindakan susulan oleh kementerian lain.
Contohnya, yang amat mengecewakan apabila masa Petronas masih lagi meneruskan pelaburannya di Myanmar.
Ada 47 orang Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat ini yang telah menandatangani petisyen agar menggesa Petronas menarik kembali kesemua pelaburan mereka di Myanmar. Antaranya projek yang mengeluarkan hasil-hasil hidrokarbon di lapangan gas Yetagun yang syarikat asal Amerika Syarikat pun sudah tarik balik, hanya kita masih kekal.
Keduanya bidaan yang dikeluarkan oleh Petronas bagi blok baru di Myanmar.
Jadi, saya meneliti kerana selalunya kerajaan akan memberikan alasan ini adalah pelaburan yang bernilai berbilion Ringgit, akan mengakibatkan ekonomi Malaysia ini terkesan. Saya fikir harus juga teliti pelaburan-pelaburan ini belum lagi memberikan hasil, itu daripada capaian maklumat yang saya dapat. Apa yang ingin saya tanyakan, apa pun, pelaburan apa sekalipun tentulah kita harus berlandaskan mahu merancakkan ekonomi Malaysia ini berlandaskan integriti dan pendirian moral.
Sebuah negara yang terus menerus melakukan pembunuhan etnik sudah tentu tidak mampu kita teruskan dari segi perdagangan, hendak mengambil dana, hendak mencari duit dan sebagainya. Jadi, itu yang ingin saya persoalkan.
Kedua Tuan Pengerusi, berkait dengan isu yang sangat penting dibangkitkan tadi oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu iaitu tentang krisis kemanusiaan di Yemen.
Oleh kerana tidak banyak dijelaskan di dalam Dewan Rakyat ini berikutan serangan bertubi-tubi Arab Saudi ke atas negara Yemen sejak 2015. Perang dan campur tangan Kerajaan Arab Saudi ini selama lebih dua tahun mengakibatkan Yemen dilanda wabak penyakit taun yang paling teruk dalam sejarah.
World Health Organization mengeluarkan kenyataan pada 9 November 2017, minggu lepas, merakamkan situasi di Yaman ini dengan menyebutkan, dengan izin, “The country is still facing the world’s largest cholera outbreak and seven million people are on the brink of famine, including some two million severely malnourished children. If we can’t bring food and medical supplies into Yemen, we will not be able to save people’s lives.” Ini kenyataan WHO seminggu yang lalu. Penderitaan rakyat Yemen yang menghadapi wabak taun yang terburuk di dunia dan dua juta kanak-kanak kecil mengalami kebuluran yang amat serius. Maka pada saya, Malaysia harus mengambil pendirian dan juga menjelaskan sebenarnya apa yang mampu kita buat. Adakah kita sebenarnya memberikan dukungan kepada Kerajaan Arab Saudi yang memberikan mereka insentif, encouragement, dengan izin, menerusi secara langsung ataupun tidak untuk meneruskan, saya boleh sebutlah, kegilaan ini.
WHO juga menyebut sehingga 5 November 2017 Tuan Pengerusi, 908,400 kes taun dengan 2,162 kematian dilaporkan. Sekarang Yemen menjadi negara utama yang mempunyai masalah kesihatan. Jadi, apakah langkah diplomatik Wisma Putra dalam menangani krisis ini, menghentikan perang yang mengakibatkan malapetaka kemanusiaan antara yang terburuk dalam sejarah?
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Dengan peruntukan RM875,900 di bawah Butiran kecil 020200 - Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan, tentunya kita mahu mendengar dengan teliti dan bersabar usaha kementerian dalam menangani isu-isu kemanusiaan sejagat. Saya ingin tekankan, walaupun ada di antara inisiatif atau kritikan yang kita bawakan ini tidak tertakluk di bawah Kementerian Luar Negeri, untuk menunjukkan Kabinet itu berurusan, berbincang dengan dekat, memastikan mereka berkomunikasi demi meletakkan atau memperusahakan satu position yang konsisten. Jadi, haruslah ada maklum balas dan pemahaman daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam bab ini.
Saya fikir kita juga ingin membawa isu yang terakhir dalam seminit, 48 saat terakhir Tuan Pengerusi. So, saya lupa adalah peruntukan untuk Sekretariat ASEAN yang menurun, saya setuju. lah Saya fikir ASEAN ini sekarang hilang relevance, I have to admit that tetapi pada masa yang sama, kita juga mohon pendirian Yang Berhormat Menteri Luar Malaysia yang walaupun beliau sendiri mengatakan sudah putus harap hendak bekerjasama dengan ASEAN dalam isu Rohingya selepas tujuh mesyuarat diadakan tetapi mungkin dapat memperincikan apakah langkah-langkah susulan? Di mana antara kepentingan ASEAN ini dan kerjasama adalah untuk membangkitkan isu mengenai keselamatan perairan Laut China Selatan dengan negara ASEAN, China.
Kita masih lagi bergelut dengan isu South China Sea Code of Conduct. Kebanyakannya kalau kita lihat daripada sejarah ASEAN sendiri, tidak pernah ASEAN itu secara grouping tidak mengeluarkan pun kenyataan yang agak berani menyaingi China. Kalau dahulu adalah juga sekali skala kita nampak agak tegas tetapi sekarang selepas pasca pelaburan China ke rantau ini, termasuk Malaysia yang begitu besar, saya tidak mahulah Malaysia dilihat sebagai berkompromi tentang isu yang sangat penting di rantau ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Klang.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya membawa dua isu di bawah 020200 - Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan, 020300 – Keselamatan Pelbagai Hala dan Pertubuhan Antarabangsa; dan 020800 – Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Isu pertama yang saya hendak bangkit adalah berkait dengan the UN Binding Treaty. Pada sesi ke-26 iaitu pada 26 Jun 2014, Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa- bangsa Bersatu memutuskan untuk menubuhkan apa yang dipanggil an Open-Ended Inter Governmental Working Group on Transnational Corporations and Other Business Enterprises with Respect to Human Rights ataupun dalam short form (OEIGWG) atau apa yang dipanggil secara pendek iaitu UN Binding Treaty. Saya diberitahu Tuan Pengerusi bahawa, Malaysia telah mengambil bahagian secara aktif dalam perundingan dan perbincangan baru-baru ini di Geneva. Soalan saya Tuan Pengerusi, apakah rancangan kerajaan untuk menyokong UN Binding Treaty ini?
Apakah kerajaan Malaysia akan lobi negara-negara membangun yang lain termasuk ASEAN untuk menjadikan UN Binding Treaty, satu konvensyen atau treaty di Bangsa- Bangsa Bersatu? Juga saya fikir UN Binding Treaty ini penting sebab ini akan memberi satu kawalan kepada firma-firma gergasi yang datang ke negara-negara membangun untuk membuat pelaburan. So, saya minta pandangan Yang Berhormat dalam isu ini.
Isu yang kedua saya hendak bangkit adalah berkait dengan ASEAN dan juga perhubungan ASEAN dengan isu yang telah dibangkit oleh Yang Berhormat Lembah Pantai dan juga Yang Berhormat Bagan Serai berkait dengan kekejaman terhadap warga Rohingya di Rakhine State, Myanmar. Baru-baru ini ataupun dua tiga hari yang lalu, kerajaan-kerajaan ASEAN telah mengadakan satu mesyuarat di Filipina dan telah mengeluarkan satu statement ataupun Heads of Government’s statement dan jelas bahawa pandangan dan ataupun pendirian Malaysia tidak digambarkan dalam Heads of Government’s statement itu.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Malaysia telah mengatakan bahawa apa yang telah berlaku di Myanmar ataupun di Rakhine state merupakan satu genocide, satu crime against humanity dan juga satu ethnic cleansing. Ketiga-tiga perkataan ini telah digunakan oleh Kerajaan Malaysia dalam beberapa fora, termasuk dalam fora ASEAN. Akan tetapi malangnya, perception itu ataupun principle itu tidak digambarkan dalam Heads of Government’s statement yang hanya mengatakan the government of Myanmar will provide humanitarian aid kepada Rakhine.
Malaysia walaupun sokong humanitarian aid termasuk juga dengan membina satu hospital di Bangladesh, saya sokong tetapi yang penting ini ialah saya nampak dari luar dan juga saya follow discussion berkaitan dengan Rakhine state dan Rohingya, nampaknya influence ataupun pengaruh Malaysia di ASEAN telah mula jatuh. Oleh sebab Malaysia merupakan satu negara yang kuat yang memperjuangkan ASEAN, bukan sahaja di Asia tetapi juga di seluruh dunia.
Akan tetapi saya nampak sekarang, pendirian Malaysia tidak digambarkan dan telah mula dicabar oleh negara-negara lain, khususnya macam Cambodia dan sebagainya. So, saya minta pandangan Yang Berhormat bahawa adakah masalah ini oleh sebab pengaruh China dalam ASEAN? Hal ini kerana saya dengar dalam perbincangan di Manila dan juga lain tempat, bahawa sebenarnya China telah pergi kepada semua negara-negara lain dan mengatakan kepada mereka jangan sokong prinsip yang telah digunakan oleh Malaysia. I just speak on or focus kepada isu berkaitan dengan humanitarian aid. Saya juga hendak minta, apakah sikap kerajaan kalau membuat satu-satu cadangan untuk membawa isu ini, iaitu ethnic cleansing genocide ini dan genocide ini bukan 100,000 people, it involves 600,000 people. The largest movement of people in the world in a short period of time. Dalam dua bulan mereka telah dikeluarkan dari satu negara ke satu negara yang lain. 600,050 I think to be spesific. Adakah kerajaan akan membawa isu ini kepada International Criminal Court?
Itu saya hendak minta jawapan dan juga ada beberapa negara di ASEAN sebenarnya menghantar ataupun eksport intelligence equipment, termasuk weapons kepada Myanmar dan adakah kerajaan Malaysia bercadang untuk membawa isu ini ke ASEAN ataupun berbincang secara bilateral dengan negara-negara ini untuk supaya jangan membawa intelligence equipment termasuk weapons seperti pistol, machine gun dan sebagainya kepada military Junta Myanmar? Ini adalah sebab we have to teach the military of Junta a lesson. If we do not do that, this will carry on. So minta pandangan.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Saya hendak pergi kepada Butiran 010100 - Bahagian Asia. Banyak pihak bicara tentang isu Rohingya, satu masyarakat yang telah dizalimi oleh pemerintah mereka sendiri dan ia bukan isu agama, ia adalah isu kemanusiaan. Hari ini alhamdulillah telah mula mendapat sambutan- respons daripada masyarakat antarabangsa dan kita mula menghantar pelbagai bantuan berbentuk kebajikan. Soalan saya, adakah kerajaan bersedia untuk berfikir lebih jauh lagi untuk menggerakkan lagi satu inisiatif ketenteraan terhadap Myanmar yang begitu sombong dan juga angkuh dalam menangani isu kemanusiaan ini?
Sekiranya usaha itu dibuat, saya merasa yakin bahawa Myanmar akan lebih berhati-hati kerana banyak isu kemanusiaan yang kita lihat pada hari ini ditangani dalam bentuk yang begitu kecil atau begitu defensive sedangkan di setengah tempat bila berlaku perkara seumpama ini sangat mudah untuk dia buat serangan, seperti mana yang berlaku di Iraq sebagai contoh dahulu atau juga berlaku di Afghanistan. Jadi saya minta pandangan kerajaan dalam isu ini.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Kedua, tentang Dr. Zakir Naik. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana bertegas tentang pendirian terhadap kedudukan Dr. Zakir Naik ini di kala mana ada pihak yang menuduh beliau terlibat dengan pelbagai entiti atau pun aktiviti-aktiviti keganasan termasuk menuduh beliau terlibat dengan penggubahan wang haram. Maka, saya ingin tahu daripada pihak kerajaan sendiri status terkini tindakan India terhadap Dr.
Zakir Naik dan bagaimanakah sikap kerajaan menangani perkara seumpama ini? Bagi saya Dr. Zakir Naik adalah seorang pendakwah yang berhak untuk mendapatkan suaka politik daripada Kerajaan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.
Juga sebagai peringatan kepada mereka yang membuat tuduhan melulu terhadap Dr.
Zakir Naik yang diiktiraf oleh masyarakat Muslim di Malaysia khususnya sebagai salah seorang pendakwah Muslim.
Seterusnya, 020400 - OIC dan Kerjasama Serantau. Apakah peranan Malaysia dalam OIC dalam perkara-perkara melibatkan keselamatan negara-negara umat Islam?
Ini kita lihat bagaimana berlaku kancah perang besar-besaran di Asia, di Timur Tengah sebagai contoh, melibatkan bumi Yaman, Syria dan negeri-negeri yang berdekatan dengannya. OIC selama ini banyak menumpukan kepada kesatuan kebajikan dan ekonomi semata-mata, sedangkan isu-isu keselamatan ini melibatkan isu ketenteraan.
Saya melihat bahawa pertembungan yang berlaku hari ini ialah bagaimana pertembungan perang proksi antara Amerika Syarikat dan Rusia, khususnya isu Syria sebagai contoh. Walaupun diuar-uarkan sebagai pertembungan Sunni dan juga Syiah.
Hakikatnya ia adalah peperangan antara proksi Rusia dan juga proksi Amerika. Adakah Malaysia bersedia untuk menjadi perunding supaya perang di Syria khususnya dapat dihentikan segera? Hal ini kerana sebarang peperangan apa sebab sekali pun ia akan beri kesan kepada tamadun manusia di tempat tersebut. Syria adalah negara yang mempunyai tamadun yang sangat panjang, tamadun Islam yang sangat panjang daripada zaman Umayyah.
Maka usaha untuk menghancurkan tamadun ini wujud dan antaranya menerusi peperangan ini. Kita lihat bagaimana ramai kalangan anak-anak kita yang mempelajari agama Islam untuk menjadi para alim ulama di Syria, terbantut disebabkan perang ini dan ramai di kalangan alim ulama terpaksa lari meninggalkan bumi Syria disebabkan perang ini. Ertinya adalah suatu usaha untuk menghancurkan tamadun Islam itu sendiri.
Maka Malaysia saya harap mengambil peranan untuk menjadi perunding untuk menghentikan perang di Syria bagi menyelamatkan umat Islam menjadi mangsa peperangan proksi ini.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Seterusnya, isu Palestin. Saya mencadangkan supaya kerajaan, Parlimen kita ini mewujudkan satu jawatankuasa khas isu-isu Palestin. Hal ini kerana isu yang panjang bermula tahun 1948 lagi hingga sekarang belum lagi selesai. Khususnya saya ingin mendapat respons daripada kerajaan tentang Baitulmuqaddis sendiri. Di mana hari ini para umat Islam yang tinggal di Baitulmuqaddis mereka sedang ‘ribath’ atau mengikat diri, ‘murabithun’. Mengikat diri bertahan di Baitulmuqaddis di kala mana rejim Zionis sentiasa menekan mereka dengan pelbagai cara agar mereka meninggalkan Baitulmuqaddis. Maka mereka sedia bertahan dengan pelbagai tekanan melibatkan kewangan dan ekonomi mereka. Maka, adakah Malaysia bersedia membantu rakan- rakan kita, rakan-rakan Muslim di Palestin ini untuk mereka terus bertahan.
Kalau kita rujuk pada hadis Nabi SAW menyebut...
[Membaca sepotong Hadis] “ribath mengikat diri satu hari di jalan Allah SWT terlalu baik daripada dunia dan juga apa yang ada di atas dunia itu”. Hadis ini menggambarkan betapa orang yang sanggup bertahan berada di sempadan berhadapan dengan musuh diberikan ganjaran yang sangat besar oleh Allah SWT. Mereka yang berada di Baitulmuqaddis adalah ‘murabithun’ yang sedang bertahan dengan jasad mereka, dengan nyawa mereka demi untuk mempertahankan Baitulmuqaddis ini. Maka, saya minta pandangan kerajaan, apa sikap kerajaan untuk membantu mereka agar mereka kekal dapat menjadi ‘murabithun’ bertahan di Baitulmuqaddis.
Terakhir, Butiran 020800 iaitu Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 baru sahaja berlalu dan kita sangat mengecewakan sekali.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Isu Rohingya tidak menjadi perbahasan mereka. Maka, apa sikap Malaysia terhadap isu ini? Oleh sebab Malaysia juga adalah terlibat dalam sidang kemuncak ini.
Itu sahaja daripada saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Tinggi.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya untuk berbahas dalam Jawatankuasa untuk Kementerian Luar Negeri.
Cuma saya hendak tanya mengenai Butiran 02000 iaitu Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala. Saya melihat bahawa pendekatan negara kita dari dulu adalah bersifat wasatiyyah, prosper thy neighbor dan membuat engagements atau yang lebih bersifat- tidak bersifat reaktif tetapi apabila bersifat proaktif dan mengekalkan diplomasi ini sebagai satu pendekatan yang paling baik. Itu sejarah kemerdekaan kita.
Itu juga sejarah ketenteraman penubuhan ASEAN dan itu juga ketentuan bahawa kita akan laksanakan untuk memastikan ASEAN menjadi satu badan yang bebas daripada nuklear dan bukan jadi kancah peperangan yang seolah-olah itu yang kita hendakkan.
Berlaku di Myanmar bukan satu perkara baru, sebelum ini pun kita pada awal penubuhan ASEAN 10 pun ada isu-isu berkaitan dengan Myanmar tetapi Malaysia membawa pendekatan prosper-thy-neighbor and constructive engagement. Maka ini terbukti berkesan untuk memberi kesan jangka panjang yang lebih baik. Kita tahu Myanmar bukanlah satu negara yang mudah untuk kita tangani.
Hari ini isu-isu Rohingya juga menjadi- mengambil centre stage. Seingat sayalah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang pertama menyuarakan kebimbangan apa yang berlaku di Myanmar. Hari ini, tidak silap saya pada hari ini Setiausaha Negara Amerika berada di Myanmar untuk membuat satu pressure supaya Kerajaan Myanmar menimbang semula bagaimana repatriation atau mengambil balik semula 600,000- tadi Yang Berhormat Klang cakap genocide. Sebenarnya bukan 600,000 genocide Yang Berhormat Klang. Sebenarnya 600,000 yang lari ke Myanmar dan itu yang kita harap kita dapat lawat nanti insya-Allah 24 hari bulan, 25 hari bulan ini.
Jadi, dalam ASEAN pendirian kita tegas sebab kita tahu dalam ASEAN konsep kita ialah konsensus. Saya rasa ramai antara kita menghadiri sidang-sidang peringkat ASEAN ini, kita tahu konsensus. Walaupun kita tidak setuju, walaupun kita bertegas tetapi kita konsensus tentang statement yang kita buat.
Akan tetapi itu tidak bermakna apabila konsensus kita tidak melakukan usaha- usaha yang lebih untuk memastikan matlamat kita tercapai. Contohnya Rohingya walaupun statement saya tidak begitu secara langsung tetapi gerak kerja kita lebih menjurus kepada belakang tabir dan memastikan bahawa pembelaan pada Rohingya ini tetap kita jalankan. Ini bukan cakap-cakap sahaja. Di Malaysia pun hari ini kita 140,000 orang Rohingya di negara kita, kita take care. Jadi saya tidak fikir kerajaan kita melihat ini satu perkara remeh tetapi usaha-usaha telah pun dijalankan dengan terus.
Saya lihat dalam perbelanjaan Butiran 020000 ini, Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala ini dan bajet-bajet yang ada ini, saya rasa mungkin sampai masa kita mempunyai Kementerian Luar Negeri yang mempunyai interaksi ataupun engagement yang lebih lagi. Lebih-lebih lagi kita sebuah negara yang mengamalkan Dasar Wasatiyyah, kita juga mempelopori Dasar Wasatiyyah yang bersederhana tetapi bersederhana memberi kesan positif jangka panjang...
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
[Bangun]
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
[Bangun]
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Kita tahu ada pepatah mengata, “You live by the sword, you die by the sword”…
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Yang Berhormat Kota Tinggi, boleh sikit?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bukit Katil bangun.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Sekejap, sekejap. “You live by the sword, you die by the sword”. Negara yang mengamalkan ini sampai hari ini huru-hara. Akan tetapi kita di Malaysia kita buat permuafakatan antara kaum dan apabila kita merdeka, kita dapat mengekalkan keamanan ini 60 tahun. Ini konsep yang kita kembangkan ke ASEAN. Ini konsep yang kita hendak kembangkan kepada negara lain.
Itu sebab kita mempunyai hubungan baik dengan negara-negara besar kerana kita mempunyai pendekatan yang begitu unik di kalangan kita, yang kita asaskan sejak 60 tahun dahulu. Itu sebab kerajaan kita dihormati. Kalaupun kita bercakap sesuatu yang tegas, kita follow up dengan kerja-kerja kebajikan, kemasyarakatan yang nyata. Bukan setakat cakap-cakap talk shop.
Itu sebabnya tadi dalam ASEAN walaupun kita ada perbezaan pendapat mengenai ICAO contohnya, South-East Asia tetapi pendekatan kita membuat peripheral engagement yang akhirnya berhasil dalam sidang mesyuarat yang agaknya lebih dapat kita jangkakan dan memberi kita peluang untuk menyumbang ke arah yang lebih konstruktif bukannya destruktif. Saya...
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Yang Berhormat Kota Tinggi.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Sekejap, sekejap. Siapa ini? Sekejap, sekejap boleh tidak?
Jadi saya terpanggil bercakap di sini sebab kerajaan kita mungkin daripada segi Butiran 020200 iaitu Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan ini, Ekonomi Pelbagai Hala dan Alam Sekitar telah pun kita lakukan dengan baik melalui pelaburan dalam AIAB, dalam World Bank yang mana walaupun kita tidak meminjam, kita beri. Ini antara lain bagaimana kita meningkatkan taraf atau status kita sebagai negara yang apabila kita cakap orang dengar. Itu antara lain.
Dalam hubungan diplomasi dan juga IDFR saya lihat di sini Butiran 030400 iaitu Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri. Jadi kita menggalakkan diplomasi yang tebal dalam hubungan luar negara kita. Saya rasa kerajaan mesti- walaupun kita dihimpit dengan pelbagai isu Rohingya, South-East Asia tetapi kita jangan berganjak daripada prinsip kita non-interference, kita berdiplomasi, berwasatiyyah dan saya yakin konsep ini akan membawa kita jauh dan akan memberi keamanan, kesejahteraan kepada negara kita. Saya juga- okey. Sila tadi...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat Kota Tinggi. Klang.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Okey, sila.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Tadi Yang Berhormat Kota Tinggi mengatakan tentang isu Rohingya ini tidak ada genocide di sana. Jadi ini bercanggah dengan pendirian negara yang mengatakan ada genocide kerana ada pembunuhan di sana, ada ethnic cleansing.
Boleh jelaskan? Terima kasih.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Tadi sahabat saya Yang Berhormat Klang kata 600,000 genocide saya betulkan sikit. Bukan 600,000 genocide. Ada genocide tetapi 600,000 yang lari ke- bukan 600,000 genocide.
Jadi itu yang saya betulkan tadi. Ya Yang Berhormat Klang? Bukan 600,000 yang
genocide... Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Bukan, bukan. Ini isu lain.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Ya.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi, Tuan Pengerusi. Isu berkait dengan non-interference ASEAN. Sebenarnya Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi di Myanmar berkait dengan Rakhine State dan juga ethnic cleansing kaum Rohingya.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
One of the causes of that saya tulis sebab ialah non-interference. Walaupun ASEAN menggunakan prinsip non-interference supaya mereka tidak akan ada apa-apa problem daripada negara-negara lain, tetapi the not-interference concept harus ditukar.
Saya fikir bahawa Kerajaan Malaysia telah membuat beberapa idea baru-baru ini dan juga telah membuat beberapa pandangan termasuk kritik terhadap Kerajaan Myanmar, merupakan satu challenge terhadap- satu cabaran terhadap konsep *non-interference.
So,* saya fikir ASEAN juga mesti mengulang kaji, adakah non-interference masih boleh dipakai pada masa kini?
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Saya itu Kementerian Luar Negeri jawab. Akan tetapi pandangan saya berbeza dengan Yang Berhormat Klang. Kita stick to kita punya prinsip non-interference. Oleh sebab apa?
Apabila perang, apabila bergaduh temperature tinggi, people can do anything. Sampai bergaduh, membunuh. Akan tetapi kalau kita sober, kita balik kepada prinsip kita, kita bertabah keputusan medium jangka panjang itu lebih jauh. Itu sebab saya kata “You live by the sword, you die by the sword”, dengan izin.
Oleh sebab kita bukan negara yang kuat ketenteraan. Kita belanja banyak untuk pendidikan, kesihatan rakyat bukan untuk ketenteraan. Doktrin kita bukan untuk ketenteraan. Negara-negara keliling kita Myanmar, Vietnam, Cambodia, Laos, Indonesia, Filipina yang doktrinnya lebih membelanjakan kepada ketenteraan. Mereka belanja untuk ketenteraan tetapi hari ini bukanlah negara-negara yang stabil dan aman. Itu sebab kita jangan berubah, saya setuju dengan prinsip kerajaan. Itu pandangan saya Yang Berhormat Klang ya.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Saya hendak sentuh sikit masa pendek fasal Dr. Zakir Naik ini. Saya terpanggil sebab saya seorang Islam. Saya setuju dengan Yang Berhormat Kuala Nerus tadi. Saya mengikuti semua kalau tertinggal pun sedikit, updated Dr. Zakir punya ceramah melalui Peace TV. Dan tiap-tiap kali Peace TV ini- sebab jawapannya- dia ialah seorang scholar untuk comparative study dan dia berdasarkan skrip-skrip ataupun buku-buku holy book- Bible kah, Bagita kah, saya bukan pakar agama ya.
Akan tetapi apa yang saya lihat, setiap kali bila ada dialog yang diutamakan ialah soalan-soalan yang diminta daripada rakan-rakan yang hadir di situ 30 ribu, 20 ribu, 100 ribu orang- yang diutamakan ialah daripada mereka yang bukan beragama Islam.
Tanyalah apa soalan pun mengenai agama dan beliau telah memberi satu penterjemahan, yang bagi saya yang logikal berasaskan fakta dan berasaskan skrip- skrip yang lama, dan itu- saya lihat. Tidak ada pula saya lihat perkara-perkara yang- dan saya sebagai orang Islam, saya dapat juga melihat banyak perkara yang saya pelajari, dan saya dapat persepsi yang amat menarik dan ini semua ilmu-ilmu yang bagi saya amat bermanfaat dan berguna. Tidak ada pula saya lihat bentuk-bentuk menganjur kepada keganasan, menuju kepada perpecahan.
Jadi saya pun bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Nerus sepatutnya Dr.
Zakir Naik ini diberi peluang dan kalau kita beri suaka, bagi saya sesuatu yang wajar juga sebab beliau mempunyai satu penterjemahan, perbandingan yang amat scholastic, amat akademik yang baik untuk mengurangkan perbezaan antara agama-agama. Ini juga pandangan saya- ia terbalik. Bukannya mengajar keganasan tetapi menganjur kepada kesederhanaan dan wasatiyyah dan memahami Islam sebagai satu agama yang aman dan damai. Itu pandangan saya, dan saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kuala Nerus tadi. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih. Saya menyokong ini.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada kepala P.13 di bawah Butiran 020300 – Keselamatan Pelbagai Hala dan Pertubuhan Antarabangsa yang diperuntukkan sebanyak RM1.678 juta tahun hadapan.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Tuan Pengerusi, saya sentiasa tekankan bahawa Malaysia seharusnya memainkan peranan penting dalam arena perhubungan diplomasi antarabangsa khususnya dalam bidang keselamatan bagi menyelesaikan masalah keselamatan di negara kita.
Saya ingin bertanya pihak kerajaan, apakah inisiatif telah dibuat dalam kerajaan dengan negara asing untuk mencari penyelesaian terhadap pencerobohan kapal nelayan asing ke lautan negara kita khasnya di Sabah. Ini kerana Vietnam ialah negara yang paling dekat dengan Sabah kerana dengan 980 juta tan hasil laut dirompak oleh nelayan asing dengan nilai RM6 bilion, tiap-tiap tahun RM6 bilion...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, bukankah ini telah dibahaskan oleh Yang Berhormat sebelum ini?
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Ya, tetapi ini berkaitan dengan Foreign Ministry, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Isu berkenaan Vietnam- bukan kah sudah dibahas- apa dia Yang Berhormat?
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Ini berkaitan ya, kerana dia pun mahu main peranan supaya kita betul-betul selesai ini hal yang serius. Ini kerana Tuan Pengerusi, RM6 bilion sebetulnya dalam tidak kurang empat tahun sahaja kita dapat RM24 bilion. Cukup kita siapkan Pan Borneo. Betul kah Tuan Pengerusi? Pan Borneo cakap 50 tahun pun tidak dapat buat. Jadi kalau ini hasil kerana yang sebanyak ini hasil laut dari Sabah. Betul kah?
Tuan Pengerusi, saya rasa masalah ini semakin serius kerana ia bukan saja membawa ancaman keselamatan kepada negara kita khususnya nelayan kita adalah ancaman nyawa. Akan tetapi cara-cara penangkapan ikan yang diguna oleh kapal nelayan asing ini adalah destruktif...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, kita di Kementerian Luar Yang Berhormat. Butiran tentang Kementerian Luar mesti terpakai.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
...Dan mampu merosakkan biodiversiti dan ekosistem maritim negara kita.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Kaitkan dengan Kementerian Luar Yang Berhormat. Fasal nelayan, fasal destruktif, gears, kaitkan dengan Kementerian Luar. Kalau tidak Yang Berhormat keluar daripada butiran Kementerian Luar. Now we are in Foreign Ministry punya butiran Yang Berhormat.
Foreign Ministry- Kementerian Luar.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Foreign Ministry lah. Ya?
Ada kaitan lah, Tuan Pengerusi. Kalau tidak ada kaitan ini luar negeri untuk apa?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Saya boleh menilai sama ada kaitan atau tidak ada kaitan. Kalau tidak berkaitan saya minta Yang Berhormat tukar tajuk.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Ya lah, supaya dia fikir lah ada kaitan atau tidak, Foreign Ministry. Saya pernah bawa isu ini kepada pihak berkenaan seperti APMM tetapi saya lihat pencerobohan nelayan asing masih berlaku dan semakin berleluasa. Saya kita perlu ada aspek lain supaya selesaikan masalah ini secara holistik. Ini satu cara yang holistik sama pun mahu main peranan. Saya tahu ada kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dalam masalah ini. Namun ianya tidak begitu berkesan kerana kebanyakan kapal nelayan asing yang menceroboh lautan kita ialah dari Vietnam yang dekat dengan Sabah.
Jadi saya minta pandangan daripada Menteri Luar Negeri. Adakah Malaysia bekerjasama dengan Vietnam dalam hentikan masalah ini terus berlaku? Bukan sahaja kerjasama dua hala perlu diteruskan bagi menyelesaikan masalah ini tetapi kerjasama pelbagai hala pun penting.
Saya mahu bertanya, adakah ASEAN pernah bangkitkan isu ini? Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN- tahun lepas adakah bangkitkan isu ini supaya cari penyelesaian dengan negara-negara ASEAN. Hentikan pencerobohan kapal asing.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Saya percaya kalau kita dapat capai consensus atau kerjasama antara negara ASEAN, kita dapat pastikan bahawa pencerobohan kapal asing ini dapat dihentikan dengan mungkin tidak lama. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam negaraku Malaysia. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberikan ruang kepada saya untuk sama membahaskan dalam peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar Negeri Malaysia.
Saya ingin merujuk kepada Butiran 020300 iaitu berkaitan Keselamatan Pelbagai Hala. Tuan Pengerusi, apabila membicarakan tentang soal keselamatan pelbagai hala dan pertubuhan antarabangsa.
Pertamanya saya didatangi oleh para pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir bahawa mereka mengatakan kepada saya mereka mempunyai masalah terutama sekali dalam memperoleh visa untuk belajar di negara Mesir. Bagi pelajar Malaysia yang baru sahaja tiba di Mesir, mereka hanya diberikan visa selama tiga bulan daripada Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur.
Walaupun demikian, saya melihat visa tersebut bila mereka menyatakan kepada saya visa tersebut akan tamat tempoh dan peluang untuk memperbaharuinya amat sukar kerana pelajar masih belum mendapatkan pengesahan pengajian daripada pihak institusi pengajian.
Tuan Pengerusi, masalah ini dirumitkan lagi apabila pegawai-pegawai agen tempatan dari negara Mesir yang dilantik untuk menguruskan pembaharuan visa telah menahan pasport para pelajar sehingga melebihi sebulan untuk diproses hingga mengakibatkan sebahagian pelajar Malaysia ini bukan hanya tidak memiliki visa, bahkan pasport mereka juga tidak berada dalam simpanan masing-masing.
Dan apa yang menyedihkan saya bila saya mendengar pelajar-pelajar yang memohon visa secara sah terpaksa menunggu sehingga setahun. Sebaliknya apabila sedikit imbuhan diberikan kepada sesetengah pegawai tersebut ianya dapat dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan. Ini apa yang pelajar tersebut maklumkan kepada saya.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, boleh sambung petang Yang Berhormat?
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Okey, terima kasih.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Mesyuarat Dewan ini ditangguhkan hingga jam 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua **(****Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya akan memanggil pembahas yang terakhir untuk kementerian ini sebelum jam 3 petang nanti. Ya, sila Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi saya ingin menyambung perbahasan saya mengenai masalah pelajar Malaysia khususnya untuk mendapatkan visa di negara Mesir saya juga hendak merujuk kepada Butiran 020300 apabila apa yang lebih menyedihkan lagi pelajar yang memohon visa secara sah terpaksa menunggu sehingga setahun sebaliknya apabila sedikit imbuhan diberikan kepada ejen-ejen dari Mesir, ia akan dapat dilaksanakan dalam tempoh kurang daripada tiga bulan.
Di samping itu juga, birokrasi yang wujud di negara Mesir ditambah pula dengan teknologi yang digunakan dalam era 80-an tidak ada sistem yang terkini seperti Malaysia yang lebih efisien dan efektif dalam proses peralihan visa ini. Juga dimaklumkan bahawa ada di kalangan pelajar ditahan oleh pihak berkuasa negara Mesir di atas kesalahannya tidak mempunyai dokumen yang sah dengan istilah, dengan izin Tuan Pengerusi...
[Berucap dalam bahasa Arab] Iaitu apabila pada bulan Mac yang lalu seramai 126 pelajar Malaysia yang bersekolah di sebuah maahad tahfiz di Al Sharqia, Mesir ditahan polis Mesir pada 27 Februari berhubung kesalahan iaitu yang berkaitan tidak memiliki visa pelajar yang sah dan lebih-lebih lagi atau tamat tempoh. Saya juga dimaklumkan sehingga kini polis Mesir sangat aktif dalam menahan pelajar yang tidak mempunyai sebarang visa.
Sehubungan dengan itu Tuan Pengerusi, saya ingin bertanyakan kepada pihak kementerian berdasarkan Butiran ini adakah wujud sebarang bentuk kerjasama yang strategik di antara Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dengan Kerajaan Mesir, terutama sekali dalam memastikan keselamatan dan kemasyarakatan pelajar dalam menuntut ilmu dan kemudiannya berbakti kepada masyarakat ini wujud. Seterusnya, saya ingin merujuk kepada butiran yang sama iaitu apabila kebimbangan wujudnya sedikit jenayah terancang yang membawa masuk pengganas asing dengan menggunakan Pas Pelajar.
Ini lebih dikesan berikutan penahanan pihak berkuasa Malaysia terutama sekali dengan kumpulan-kumpulan tertentu sebagai contoh Abu Sayyaf Group di Selatan Filipina yang mendapati oleh pihak berkuasa Malaysia, mereka masuk ke Malaysia menggunakan Pas Pelajar Asing. Justeru itu, pada hikmat saya perkara ini harus diambil perhatian yang sangat serius oleh pihak kementerian kerana ada kalanya mungkin boleh menimbulkan ketakutan dan seterusnya menimbulkan ancaman yang amat dahsyat terutama sekali perasaan panik serta tidak aman di kalangan masyarakat.
Sehubungan dengan itu, berdasarkan butiran tersebut, saya ingin bertanya apakah pendekatan pihak Kementerian Luar Negeri, terutama sekali dalam memastikan gejala ini dapat dibendung terutama sekali menggunakan pas pelajar.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada Butiran 010300 – Pejabat Perwakilan Luar Negeri. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian. Sejauh manakah peruntukkan tahun hadapan dapat mengerakkan aktiviti-aktiviti tambahan misalnya demi menggalakkan hubungan atau engagement dengan Malaysia diaspora yang wujud di sebuah negara dan juga mahupun dengan pelajar-pelajar atau mahasiswa Malaysia di luar negara.
Misalnya mahasiswa Malaysia di UK, US begitu juga di Jepun dan sebagainya terutama sekali dalam memastikan mereka tidak terpengaruh dengan anasir-anasir negatif. Selain daripada itu, sejauh manakah juga dengan kedudukan Pejabat Perwakilan Luar Negeri Malaysia di laur negara ia juga dapat membantu mempromosikan Malaysia sebagai hab pelancongan begitu juga dengan program-program dan dasar-dasar kerajaan yang digerakkan di negara kita khususnya untuk difahami bukan hanya dalam negara yang mereka duduki tetapi juga dengan rakyat Malaysia yang berada di luar sana.
Saya juga dimaklumkan, ada wujud di setengah-setengah kedutaan mereka menyatakan bahawa mereka ingin membuat perkara-perkara ini tetapi mereka mengatakan mereka ada kekurangan sumber kewangan untuk menggerakkan aktiviti- aktiviti ini.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan supaya perlu ada mekanisme. Ini kerana mereka merupakan ejen ataupun merupakan wakil Malaysia di luar negara dan sudah tentunya perhatian yang serius harus diletakkan kepada pejabat- pejabat Kedutaan Malaysia terutama sekali di negara-negara yang mempunyai diaspora Malaysia yang ramai supaya akhirnya nanti segala bentuk apa yang dilakukan di Malaysia dipertahankan atas dasar semangat patriotisme Malaysia di luar sana.
Tuan Yang di-Pertua. Perkara yang terakhir, saya ingin merujuk kepada Butiran 010100 – Bahagian Asia. Di mana saya secara peribadi mewakili rakyat Kuala Selangor mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan di Myanmar yang telah mengorbankan ribuan nyawa yang tidak berdosa sehingga mencetuskan krisis kemanusiaan menyaksikan 56,000 pelarian Rohingya melarikan diri ke negara ini dan mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai pelarian UNHCR. Manakala, lebih daripada 400,000 etnik Rohingya melarikan diri untuk mencari perlindungan di kem-kem pelarian di Bangladesh.
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan begitu juga Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri begitu juga Kementerian Luar Negeri yang mengambil berbagai-bagai pendekatan terutama sekali dalam memastikan faktor kemanusiaan sejagat itu ia dapat diperjuangkan, lebih-lebih lagi negara Myanmar merupakan anggota ASEAN yang turut menandatangani deklarasi hak asasi manusia khususnya di peringkat ASEAN. Saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian, dalam persidangan APEC dan juga persidangan ASEAN baru-baru ini, sejauh manakah suara Malaysia dapat didengari, khususnya dalam soal memastikan hak asasi rakyat khususnya rakyat Rohingya ini terpelihara, khususnya apa yang berlaku ketika ini.
Apakah pihak kementerian mempunyai peruntukan atau pun sumber kewangan yang cukup terutama sekali dalam menggerakkan khususnya elemen-elemen kemanusiaan supaya akhirnya akan meletakkan Malaysia di satu sudut khususnya di peringkat dunia. Inilah antara fokus Malaysia terutama sekali dalam memastikan soal keamanan terutama sekali hak asasi itu terjaga. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanyakan dalam soal ini. Apakah wujud tapisan keselamatan sama ada biometrik di buat terhadap etnik Rohingya agar memastikan golongan pelampau atau pemberontak tidak menyelusup masuk ke Malaysia? Seterusnya, menimbulkan ketegangan di dalam negara Malaysia.
Ini kerana pada hemat saya ini sangat penting kerana ketika ini isu ini menjadi isu antarabangsa dan saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kementerian yang mengambil tindakan proaktif memperjuangkan hak asasi ini.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Di samping itu juga, apakah wujud juga satu pendekatan bagaimana suara hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh pemenang Hadiah Nobel Keamanan sewaktu junta tentera berkuasa di Myanmar ini boleh dijadikan antara perkara yang mungkin Malaysia boleh perjuangkan sama ada untuk dunia menarik balik semula pengiktirafan tersebut yang diberikan kepada pemimpin negara Myanmar ini sendiri?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Minta penjelasan.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Jadi ini juga antara perkara penting yang harus difikirkan secara holistik...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Penjelasan.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Only 30 seconds more.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Satu ringkas. Saya hendak tanya, apakah pendirian kerajaan telah berubah? Dulu kita kata constructive engagement dengan negara-negara di serantau ini tetapi sekarang macam involvement dalam hal-hal mereka.
Apakah ini satu pendirian baru? Setuju dengan pandangan saya?
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi. Dalam masa yang begitu padat, saya melihat paling penting soal kemanusiaan. Itu paling penting yang harus dilihat tanpa mengganggu soal politik.
Akhir kata, Tuan Pengerusi, Kuala Selangor menyokong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ringkas sahaja. Saya tidak mahu ulang isu Myanmar ini dengan panjang lebar tetapi saya ingin bangkitkan sedikit concern. Pertama sekali, isu Myanmar ini telah menunjukkan apa yang kita kata consensus ini sudah gagal. Yang Berhormat Kota Tinggi dan tadi Yang Berhormat Kuala Selangor juga kata Malaysia mengambil satu pendirian yang sangat- maaf, saya bahas di bawah Butiran 020000- dengan menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara tunggal mengambil pendirian berbeza daripada kenyataan oleh ASEAN yang tidak sentuh langsung dalam isu kemanusiaan di Myanmar.
Kalau mengikut consensus, maksudnya kalau ada satu negara atau satu pihak yang tolak, statement itu tidak boleh dikeluarkan. Maksudnya kita telah gagal untuk mencapai consensus. Kalau kita tidak bantah statement itu dikeluarkan, kemudian baru kita kata kita distant away daripada pendirian ASEAN, ini menunjukkan semangat ASEAN itu telah gagal dan ini memerlukan pemikiran dan strategi yang sangat intensif bagi pihak kementerian untuk memikir balik apa cara yang lebih berkesan dalam engagement dalam ASEAN ini.
Kedua ialah isu non-intervention. Tadi kita dengar semua- dari kedua-dua pihak mengatakan kita harus mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap negara yang telah melanggar hak asasi manusia. Kalau ini harus berlaku, maksudnya kita harus review balik sama ada non-intervention itu adalah cara yang terbaik kerana non-intervention ini yang menyebabkan dulu Myanmar, Kerajaan Junta, tentera juga, menekan kepada suku kaum Karenni, suku kaum Karen. Kita pun ambil sikap sama, kita tidak mahu campur tangan. Kini, keadaan ini makin teruk dan sikap non-intervention ini tidak lagi berkesan untuk menghalang tragedi kemanusiaan ini.
Jadi saya harap kementerian dapat menjelaskan sama ada engagement ini berterusan dengan cara yang lebih berkesan. Saya juga ingin nyatakan kalau kita ambil pendirian yang sama terhadap Myanmar, kita juga harus mengambil sikap yang sama terhadap Saudi yang telah melakukan perang yang menentang perikemanusiaan di Yaman dan Syria. Kita juga harus ambil sikap yang sama di Sri Lanka di mana genosid telah dicatatkan dalam PBB.
Saya dengan ini saya ingin sentuh sedikit dalam isu Saudi ini. Saya berkali-kali berdiri di sini mendesak supaya kerajaan mengecualikan diri dalam konflik di Yaman. Kita masih ada angkatan tentera di Saudi. Sungguhpun saya dapat jaminan daripada pihak Menteri Pertahanan bahawa tentera kita adalah non-combative, tidak engage dalam ground fight tetapi dengan kehadiran kita dan keadaan di Saudi sekarang, kehadiran kita menunjukkan sikap sokong kepada tindakan Saudi. Jadi saya sekali lagi mendesak supaya kita review balik sama ada kehadiran tentera kita harus ditamatkan.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Terengganu bangun, Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ini berkaitan dengan...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Batu.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Batu tentang komitmen bahawasanya kita tidak terlibat dengan cara terus iaitu non-combative role tetapi bukankah kalau kita terlibat secara logistik pun, kita bersubahat dan membantu dalam apa yang berlaku di Yaman hari ini yang melibatkan kolera dan juga malnutrition ataupun kebuluran berlaku? Apa komen Yang Berhormat? Terima kasih.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ya, ini yang saya sebut tadi.
Saya anggap kalau kita mengambil satu standard bahawa kita tidak harus mengambil bahagian dalam apa-apa tindakan yang akan menyebabkan pembunuhan beramai-ramai atau genosid ini, kita harus konsisten. Kita ambil pendirian ini terhadap Myanmar, kita juga harus tegur kepada negara Saudi dan sekurang-kurangnya menyatakan keberkecualian dengan tidak menghadirkan angkatan tentera kita di dalam keadaan yang getir dan kritikal ini.
Saya hendak sentuh tentang King Salman Centre. Saya ingin mendapatkan penjelasan, bagaimana King Salman Centre ini dapat berfungsi untuk mengurangkan terrorism? Bagaimana dia dapat memerangi persepsi negatif terhadap Islam di mana funder-nya, negara Saudi, telah dituduh dengan melakukan pelbagai tindakan yang bertentangan dengan kedamaian dan hak asasi manusia?
Lagipun, saya ingin juga dapat sedikit feedback daripada pihak kementerian sama ada kita hands-on dalam maklumat terkini tentang apa yang berlaku di Saudi sekarang. Kita telah lihat rupanya ada power struggle yang sangat intense di dalam kerajaan, dan sama ada kita teruskan dengan projek ini, akan mungkin tidak sengaja kita akan tersangkut dan diheret dalam konflik ini seperti apa yang berlaku di Lebanon sekarang di mana Perdana Menteri itu dengan remote control telah dipaksa untuk letak jawatan oleh kerana pengaruh dari Saudi ini.
Jadi saya ingin tanya dan meminta penjelasan daripada kerajaan, bagaimana King Salman Center ini dapat membantu kita?
Saya juga hendak sentuh isu ASEAN oleh kerana consensus dalam ASEAN ini sudah tidak lagi berkesan. Kita juga lihat dalam pendirian Laut China Selatan juga, kita tidak dapat consensus dan kita tidak dapat engagement secara ASEAN dengan China.
Ini sangat merugikan geopolitik strategik kita. Saya ingin mendapatkan pencerahan dari kementerian, bagaimana kita dapat menangani perkara yang agak rumit ini?
Seterusnya saya ingin beralih kepada Butiran 0400000 – Pengurusan Kementerian. Saya dapat banyak maklumat dan makluman dari pegawai-pegawai diplomat kita di negara-negara asing terutamanya di negara-negara yang kurang maju seperti Nigeria, Brazil dan negara-negara Afrika. Keluhan mereka ialah dalam keadaan mata wang kita makin merosot, gaji mereka amat sulit untuk menampung kehidupan mereka dan juga banyak privilege yang mereka dulu enjoy tetapi sekarang telah dikurangkan.
Saya ingin dapat penjelasan daripada kementerian, apakah cara yang terbaik untuk memastikan kebajikan pegawai-pegawai diplomat ini dijaga dengan baik dan ini adalah juga melibatkan dignity negara.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Akhir sekali saya ingin tanya sebab kebelakangan ini baru saja dua hari yang lalu, Presiden Mugabe telah ditangkap dan mengikut pihak tentera, salah satu sebab mereka terpaksa tahan dia ialah Presiden Mugabe mempunyai banyak aset di Malaysia dan takut dia akan melarikan diri ke Malaysia.
Saya ingin dapat pendirian kerajaan sama ada kita akan terima jika Presiden Mugabe telah melarikan diri datang ke Malaysia sama ada kita terima dia sebagai suaka politik atas perikemanusiaan, mungkin dan juga pendirian kerajaan jika kerajaan baru Zimbabwe mendesak supaya aset ini dikembalikan kepada rakyat Zimbabwe. Apa pendirian kita sama ada kita setuju bahawa ini adalah rampasan daripada rakyat dan kekayaan harus dikembalikan kepada negara Zimbabwe. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, seperti yang diputuskan, saya cuma boleh memanggil Yang Berhormat Kuala Kangsar, selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.
Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tidak panjang, hanya empat perkara sahaja. Saya terus pergi ke Butiran 010000, Butiran 010300 – Pejabat Perwakilan Luar Negeri.
Ada terdapat 105 kedutaan di seluruh dunia. Saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri untuk nyatakan berapakah perbelanjaan setahun secara purata untuk membiayai pejabat-pejabat di London, Washington dan Jakarta. Saya difahamkan pegawai dan kakitangan dari 19 kementerian dan agensi kerajaan turut sama berkhidmat.
Saya turut memberi cadangan dan berpandangan bahawa peranan pegawai dari Kementerian Pelancongan secara N-BOS dengan Kementerian Luar Negeri perlu dipertingkatkan bagi mengukuhkan hubungan dua hala dengan negara hos atau tuan rumah. Ini supaya pegawai-pegawai tersebut di pejabat perwakilan dapat memainkan peranan yang berkesan untuk memperkenalkan negara dan khidmat nasihat dan promosi dapat dibuat bersama bukan hanya dengan negara tuan rumah tetapi juga negara- negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan negara tersebut.
Berapa pejabat perwakilan negeri yang disewa dan berapa pula yang dimiliki secara pajakan dan apakah kriteria-kriteria yang menentukan status pejabat perwakilan luar negeri ini? Mungkin satu appraisal harus dibuat setiap lima tahun atau 10 tahun untuk memastikan kita mendapat pulangan yang optimum dari apa saja bentuk status dari segi kos dan lokasi. Saya juga pohon Yang Berhormat Menteri menyatakan pejabat perwakilan luar negeri manakah yang masih belum melantik duta ke negara tersebut?
Kedua, Butiran 050000 – Program Khusus, dan Butiran 050100 – Bertugas Di Luar Negara. Saya mohon kementerian, apakah tugas-tugas yang melibatkan butiran ini dan apakah keperluan-keperluannya?
Ketiga, Butiran 020100 – Ekonomi Pelbagai Hala dan Alam Sekitar. Ini berkaitan WEO, organisasi Alam Sekitar Antarabangsa yang mempunyai kuasa autonomi sebagai badan pemudah cara untuk membantu negara-negara dan membantu negara-negara lain menepati obligasi antarabangsa mereka.
Saya mohon kementerian nyatakan, apakah polisi antarabangsa negara dalam menangani hal-hal alam sekitar antarabangsa yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi negara yang sedang pesat membangun. Penting untuk negara mempunyai polisi berkaitan penjagaan alam sekitar yang konsisten dan lestari dan berkesan supaya ianya tidak melanggar apa-apa triti dan protokol antarabangsa seperti Kyoto Protocol. Dalam masa yang sama tidak menjadi penghalang kepada pembangunan negara.
Akhir sekali Butiran 010000 - Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Dua Hala dan Butiran 010400 - Hubungan Media dan Diplomasi Awam.
Saya mohon kementerian nyatakan apakah strategi komunikasi dan media yang membantu memelihara imej Malaysia dengan negara-negara Timur Tengah dan negara- negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, China dan India, terutama sekali bentuk media elektronik yang tidak lagi terkawal dewasa ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Reezal Merican
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh serta salam sejahtera, salam negaraku Malaysia.
Pertama sekali Tuan Pengerusi, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada wakil-wakil rakyat ataupun Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa, perkara-perkara dan butir-butiran yang berkaitan dengan Kementerian Luar Negeri.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Reezal Merican
Banyak yang dibangkitkan. Ada juga isu-isu yang dibangkitkan itu merupakan isu-isu yang dibangkitkan itu merupakan isu-isu yang agak intertwine dengan kementerian yang lain, berkait dengan kementerian yang lain. Namun saya akan cuba usaha untuk menjawab satu persatu secara detail dan seandainya tidak ada perkara yang dapat memuaskan dari segi jawapan tersebut, maka saya akan dapatkan secara lengkap melalui jawapan bertulis.
Saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kangsar atas keprihatinan dan juga simpati terhadap MOFA ataupun Wisma Putra.
Sememangnyalah perbelanjaan kepada MOFA ini adalah satu benda yang dilihat sebagai satu yang penting bagi memastikan aktiviti dan peranan Kementerian Luar Negeri yang berada di luar negara ini dapat dilaksanakan dengan baik dan efisien.
Namun izinkan saya maklumkan bahawa setakat ini kita ada 107 perwakilan seluruh dunia dan daripada 107 ini, naungan yang ada pada perwakilan Malaysia ini mencakupi bukan hanya datang daripada Kementerian Luar Negeri sahaja. Kita ada apa yang dinamakan Sistem Pengurusan Kerajaan Malaysia (SPKM) yang mengadunkan kesemua kementerian-kementerian yang mempunyai agensi-agensi mereka di luar negara untuk diletakkan di bawah satu bumbung. Makna kita ada Tourism Malaysia, kita ada MATRADE, kita ada MIDA, kita ada juga Education Malaysia yang meneliti tentang kebajikan pelajar-pelajar. Ini semua diletakkan di bawah SPKM yang merupakan di bawah naungan duta.
Inilah yang selalunya digunakan secara bijaksana kerana kehadiran agensi- agensi ini datang daripada belanjawan kementerian-kementerian berkaitan. Maka ada kalanya ia digunakan secara N-BOS bagi memungkinkan setiap program yang hendak dibuat oleh perwakilan dapat menghasilkan kesan yang optimum. Demikian juga on the need appraisal of setiap kedutaan dan perwakilan.
Saya tidak dapat nafikan bahawa memang ada kedutaan-kedutaan tertentu ataupun perwakilan missions kita yang dilihat sebagai keberadaan dia tidak membawa begitu hasil. Ini sedang dibuat kajian dan seandainya kalau ada keperluan untuk sama ada dikurangkan degree kehadiran mereka ataupun ditutup, hanya akan dibuat bila mana kita benar-benar yakin bahawa ia tidak memberi keuntungan kepada negara.
Kemudian, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor berkaitan dengan visa pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Saya hendak maklumkan bahawa isu ini memang telah pun diambil perhatian oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Apa yang menjadi masalah ialah pelajar-pelajar Malaysia yang hendak menyambung pelajaran mereka ke Mesir, sekarang ini sudah sampai ke tahap 11,102 pelajar keseluruhannya.
Kalau mereka mengambil kursus-kursus agama, maka mereka perlu masuk terlebih dahulu ke pusat-pusat bahasa ataupun apa yang dinamakan Markaz Lughah dan dalam Markaz Lughah inilah akan ditentukan tahap penguasaan bahasa Arab mereka ataupun tahdid mustawa. Di sinilah yang timbul masalah bila mana mereka diberi tiga bulan. Sedangkan kadang-kadang kursus bahasa itu membabitkan lebih daripada tiga bulan.
Akan tetapi alhamdulillah saya sudah pergi ke Kaherah berjumpa sendiri dengan Timbalan Menteri Luar di sana dan alhamdulillah juga saya telah berjumpa dengan Sheikh ul-Azhar sendiri untuk mendapatkan kerjasama secara bersepadu di antara kedua-duanya. Di samping itu, saya telah juga mendapatkan kerjasama dan juga persetujuan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi to lead a Joint Committee untuk lihat isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor ini dapat diatasi dan tidak akan memberi masalah kepada pelajar-pelajar kita yang sekarang ini sedang belajar di Mesir.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Pengerusi. Sementara Menteri masih on subject itu, boleh tak Menteri sebutkan on record, apakah yang jadi dengan hubungan kita dengan Indonesia tentang KITAS, pelajar-pelajar kita di sana? Terima kasih Menteri.
Dato’ Seri Reezal Merican
KITAS, saya dah jawab dah kepada Yang Berhormat waktu soalan di dalam Kamar. Perkara ini telah dibangkitkan dalam Joint Commission Meeting. Walaupun ini terkeluar sikitlah daripada jawapan, cuma saya ada jawapannya di sini.
Dato’ Seri Reezal Merican
Ia akan dibangkitkan lagi dalam annual consultation ataupun the highest framework untuk bilateral antara kita dengan Indonesia adalah annual consultation yang mana akan diadakan di Sarawak pada bulan Disember. Salah satu daripada topik sebab annual consultation itu bukan PM seorang sahaja tetapi PM bersama dengan Menteri- Menteri berkaitan. Termasuk jugalah Dato’ Seri Haji Idris Jusoh yang merupakan Menteri Pengajian Tinggi dan salah satu topiknya yang akan dibawa juga merupakan tentang KITAS.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Itu akan berlaku pada Disember ini?
Dato’ Seri Reezal Merican
Pada Disember.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato’ Seri Reezal Merican
Baik. Yang Berhormat Batu membangkitkan berkaitan dengan consensus dan non-intervention. Saya sebenarnya memang sebut daripada awal bahawa memang konsep pendekatan constructive engagement yang digunakan ini adalah baik. Akan tetapi dalam soal berkaitan dengan isu Rohingya ini, ia bukan lagi merupakan isu yang isolated yang hanya terhenti di dalam kawasan boundary Myanmar sahaja. Oleh sebab ia telah menjadi masalah yang bersifat spill over. Sehinggakan apa yang kita lihat, boat people crisis yang berlaku pada 2015. Bukan hanya Malaysia, malahan Thailand dan juga Indonesia terkesan daripada kebanjiran warga dari Myanmar daripada kalangan etnik Rohingya ini.
Oleh sebab itulah kita membangkitkan isu ini dan ini sama juga dengan kes-kes bila mana ada kepentingan negara tersebut terkesan seperti isu yang berkaitan dengan jerebu. Bila mana Kerajaan Singapura terpaksa mengenakan beberapa syarat dan juga beberapa tindakan terhadap mereka yang melakukan pembakaran terbuka di dalam kawasan negara Indonesia di Sumatera. Walaupun itu dilihat sebagai seakan-akan merupakan intervention. Akan tetapi bilamana ada kesan kepada ekonomi negara tersebut, maka mereka juga mengambil tindakan yang sama.
Berkaitan dengan King Salman Centre. Perkara ini sebenarnya berada di bawah...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Menteri, sebelum ke isu lain.
Saya tidak mempertikaikan the complexity of all the problems ini. Saya cuma tanya sebab kalau ASEAN dibenarkan untuk keluarkan satu statement yang berbeza dengan pendirian Malaysia dalam konsep consensus, kenyataan ini tidak boleh diterima.
Consensus means everyone must agree, tak boleh kata consensus sembilan negara setuju, yang satu tak setuju, therefore kita carry out. Itu bukan consensus, itu majority rules. So, kalau ASEAN true to the spirit of consensus, statement tidak akan keluar dan Malaysia tidak perlu secara terbuka kata, we distant our self from the statement. So, itu yang saya hendak tanya. If that happens, sekali. Next time, dalam Laut China Selatan, kita juga tak consensus. Satu lagi, apa akan terjadi dengan ASEAN? So, what is the strategy for the Ministry of Foreign Affairs to handle the problem in this?
Dato’ Seri Reezal Merican
That’s why saya kata, daripada satu kes ke kes yang lain ini Yang Berhormat, ia berbeza sikit. Oleh sebab dalam kes kenyataan chairman’s statement yang dikeluarkan di UNGA- at the sideline of UNGA itu, ia dibuat setelah mana kita ada perjumpaan bersama dengan Setiausaha Agung PBB, António Guterres. Sewaktu perbincangan dengan António Guterres, ia dibangkitkan specifically berkaitan dengan isu Rohingya. Bilamana isu Rohingya dibangkitkan, ada tiga benda perkara penting yang disebut. Satu, António Guterres mentioned, kata supaya a total stoppage of military operation. Kedua, adalah berkaitan dengan a safe return of Rohingyas back to their land. Ketiganya adalah unimpeded access of humanitarian aids directly to the targeted group. Ini merupakan tiga concerns yang dibuat ketika perjumpaan dengan Setiausaha Agung, sejurus sebelum daripada kenyataan itu dikeluarkan. Jadi, bila mana kenyataan ini keluar, maka terdapat kecenderungan bahawa pandangan-pandangan yang telah dinyatakan oleh Malaysia tidak dimasukkan.
Maka, sebab itulah Malaysia tidak ada choice yang lain melainkan untuk dissociate kerana banyak yang terkandung dalam kenyataan tersebut tidak memberi gambaran, malahan salah satu yang disebutnya humanitarian situation. Kita hendak supaya disebut humanitarian crisis, it is a crisis.
Dato’ Seri Reezal Merican
Kedua, the word “Rohingya” pun tak disebut langsung, then we want it to be mentioned and that was our stand. That is kenapa kita dissociatekan daripada keputusan tersebut.
Kembali kepada King Salman Centre tadi, ini adalah sebenarnya berada di bawah Kementerian Pertahanan. The one who will be leading King Salman ini is not MOFA, just untuk pengetahuan. Cuma saya dapat nyatakan bahawa apa yang cuba hendak dibuatkan ialah kerana berlaku peningkatan kes-kes yang membabitkan terrorism ini datang daripada melalui media-media sosial punya platform.
Salah satu daripada pendekatan yang dilihat agar kita dapat gunakan deterrent program bagi memastikan the foreign fighters yang banyakkan mereka entice melalui social networking ini dapat juga- can be reached melalui kaunter-kaunter naratif dan that is why kita memulakan dengan counter messaging centre. Pada waktu yang sama, ini adalah penting kerana ia juga dapat membendung peratusan-peratusan yang terjebak daripada kes-kes yang dikatakan dalam Daesh dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, malahan Kerajaan Malaysia di bawah KDN terutamanya, telah mengeluarkan satu buku yang telah dikongsi dengan banyak negara lain. Buku tentang program diradikalisasi yang telah menyaksikan 95 peratus kejayaan, malahan buku-buku ini juga telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, bahasa Arab dan juga bahasa Perancis.
Ketika saya berkesempatan untuk bersama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam lawatan-lawatan ke negara-negara luar, boleh dikatakan semua pemimpin negara menanyakan tentang the secret recipe ataupun the essence of this program diradikalisasi. Maka atas sebab itu, ini juga merupakan peluang untuk kita menonjol dan kita memasukkan, to insert certain of the values di dalam King Salman Peace Centre ini. Saya hendak beri jaminan...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Dato’ Seri Reezal Merican
Sekejap ya, Yang Berhormat Batu. Saya hendak memberi jaminan bahawa King Salman Peace International Centre ini, International Peace Centre, ya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ya.
Dato’ Seri Reezal Merican
Ha. Ia akan mengikut acuan kita 100 percent. They want to learn our mould dan ia akan digerakkan oleh kita bagi memastikan bahawa apa yang kita telah laksanakan sebelum ini dengan jaya dapat juga dikongsi dengan negara yang terkait.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Timbalan Menteri, saya pertamanya merakamkan tahniah saya terhadap program ini kalau kita telah berjaya untuk deradicalize perajurit-perajurit terrorist ini. Cuma soalan saya bukan menyentuh itu, saya ingin mengetahui apa peranan Saudi dalam King Salman Centre ini? Banyak negara lain yang saya nampak boleh dicontohi daripada segi combating terrorism, deradicalize mereka dan lain-lain lagi.
Apa kelebihan kerjasama kita dengan Saudi, di mana secara peribadi dan ramai di antara rakyat Malaysia juga rasa values yang dipegang oleh Saudi itu jauh lebih konservatif kalau dibandingkan dengan masyarakat Malaysia. Kita juga mempersoalkan, dengan kerjasama dengan Saudi, adakah kita terheret dalam politik dalaman Kerajaan Saudi? Terima kasih.
Dato’ Seri Reezal Merican
Pada saya, kita tidak terheret sebab kita have always been pragmatic. When the time comes, bila we’ve got to call a spade a spade and then we will do that. Cuma saya nak maklumkan bahawa perkara ini di bawah Kementerian Pertahanan. Saya cuba jawab sekadar yang saya mampu sahaja. I think by the time, Kementerian Pertahanan do, you can always ask that because...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
I’m not questioning the centre itself.
Dato’ Seri Reezal Merican
Tidak. I’m answering, I’m answering.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
What is the strategy for kementerian- Foreign Affairs untuk menangani a potential crisis in Saudi? We must have preparation. You cannot just say…
Dato’ Seri Reezal Merican
Yes, yes. That is another...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...And that’s my debate. Kita hendak dapat apa analisis kita? What happened inside and whether we are unwisely entangled ourselves in this internal politics of...
Dato’ Seri Reezal Merican
Kalau secara ikhlas saya hendak maklumkan bahawa lazim di dunia-dunia Islam yang lain pun Saudi dilihat sebagai negara yang dianggap sebagai pillar kepada Muslim ummah. Kerana apa? Hal ini kerana dua, two holy places are located in Saudi, satu.
Kedua, sebarang bentuk benda yang berlaku dan sebab itulah Amerika Syarikat apabila mana dia hendak buat lawatan ke negara Islam, Trump memilih untuk menghadiri Arab Islamic American Summit di Riyadh. Oleh sebab dia lihat bahawa this is a pillar that we need to address and at the same time to find, untuk cari bahawa kekuatan untuk mencari convergence di antara negara-negara Barat dan juga negara-negara di kalangan negara Islam. Selain daripada itu, tentang pembabitan dan sebagainya macam saya kata tadi- it is intertwined dengan Kementerian Pertahanan. Mungkin Yang Berhormat Batu boleh tanya...
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
[Bangun]
Dato’ Seri Reezal Merican
Yang Berhormat Kuala Terengganu hendak tanya?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan bahawa King Salman Centre adalah di bawah Kementerian Pertahanan. Akan tetapi sekurang-kurangnya saya rasa Kementerian Luar Negeri patut memberi pandangan dari segi sudut polisi kita yang akan secara terus atau indirectly terlibat dalam polisi Timur Tengah.
Saya ingin menyentuh juga apa Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tadi tentang program kementerian yang dikatakan diradikalisasi iaitu satu program yang agak dikatakan telah berjaya. Di situ juga saya difahamkan ada pegawai-pegawai kerajaan yang telah terlibat dan menjayakan program tersebut. Antaranya adalah seorang pegawai daripada JAKIM- Ustaz Zamihan yang baru-baru ini telah menyatakan beliau sendiri tidak bersetuju King Salman Centre ini diadakan di Malaysia.
Beliau amat terlibat dengan program untuk memulihkan pengganas-pengganas ini. Mungkin beliau mengetahui lebih mendalam apakah yang menyebabkan mereka ini terlibat dan terjebak di dalam aktiviti keganasan ini.
Mungkin beliau juga tahu apakah semangat Kerajaan Arab Saudi atau negara Arab Saudi dalam kehadiran begitu ramai pihak pengganas. Ini kerana kita tahu di antara seramai 15 pengganas daripada 19 pengganas 911 adalah dari Arab Saudi. Arab Saudi juga terlibat dalam kumpulan-kumpulan yang timbul di Syria semasa pergolakan berlaku.
Inilah satu perkara yang kita minta kementerian siasat. Kalau pegawai kementerian sendiri merasa ini tidak patut, mesti disiasat apakah sebabnya? Adakah Saudi ini mempunyai pengaruh negatif?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dato’ Seri Reezal Merican
Okey, terima kasih. Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya rasa apa yang kita hendak dapat daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah penjelasan mengenai bacaan Kementerian Luar Negeri, perkembangan politik yang sedang berlaku di Timur Tengah khususnya di Saudi Arabia kerana kita pun tahu bahawa sekarang ini memang sedang berlakunya satu boleh dikatakan sebagai satu power struggle, satu pembersihan.
Apakah pendirian kita melihat ini dan begitu juga hubungan Saudi Arabia dengan Qatar dan sebagainya. Ini semua semestinya kalau kita terlalu dilihat menyebelahi King Salman dan kumpulan yang tertentu ataupun tim ‘A’. Maka apa yang akan berlaku sekiranya tiba-tiba tim ‘B’ pula muncul. Fasal benda-benda ini satu tindakan Yang Berhormat Timbalan Menteri kata kita pragmatik. So, we are not being pragmatic doesn’t mean calling a spade- a spade. Being pragmatic means you must be able to be prepared to face either ‘A’ ataupun ‘B’ menang, dan apakah tindakan kita dan sebagainya. Begitu juga dengan perkembangan yang mutakhir berhubung dengan Qatar dan hubungan Saudi dan Qatar. Itu yang kalau boleh kita hendak dapat satu gambaran.
Dato’ Seri Reezal Merican
Terima kasih banyak Yang Berhormat Shah Alam dan terima kasih juga Yang Berhormat Kuala Terengganu sebagai tambahan. Seperti mana yang saya sebut tadi, pragmatism yang diamalkan oleh Malaysia melalui dasar luar tidak berubah. Akan tetapi saya terima bahawa perhatian dan juga concern yang dibangkitkan.
Oleh sebab itu saya katakan tadi apabila kita pragmatik, apabila ada kedua-dua negara bertembung di antara Saudi dan Qatar kita masih lagi mempunyai hubungan yang baik dengan Qatar. Malahan kita terima baru-baru ini lawatan Emir Qatar yang datang dan banyak substantif-substantif perjanjian yang dicapai.
Kalaulah dilihat bahawa kita ini oversidedly, hanya mementingkan Saudi, tentulah sekali kita tidak akan berada dalam hubungan atmosphere kerjasama dengan Qatar yang memungkinkan ia menimbulkan rasa keresahan Saudi berlebihan. Akan tetapi macam saya kata tadilah, apabila ada waktu-waktu yang we have to call a spade, a spade, we will do that. Contoh bilamana timbul Setiausaha Agung PBB yang minta dan mendesak supaya dibuka pelabuhan-pelabuhan bagi memastikan segala bantuan ke Yaman sampai, benda-benda yang mengakibatkan apa yang berlaku sekarang. Antara negara yang pertama menyokong kepada usul ini adalah Malaysia di pentas PBB. Oleh sebab itu saya kata pragmatism kita kekal. Apa pun yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu tadi insya-Allah saya akan ambil perhatian. Yang Berhormat Kuala Kangsar, sudah.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Yang Berhormat Menteri, sedikit boleh? Pasal Qatar tadi.
Dato’ Seri Reezal Merican
Okey.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Boleh Tuan Pengerusi?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, sila.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin minta sedikit lagi penjelasan tentang pendekatan Malaysia host atau memanggil kedua-dua negara ataupun entertained, dengan izin, kedua-dua negara iaitu Saudi dan Qatar. Pertama saya ingin tanya kepada kerajaan, what do we gain from here? Di mana- what’s next after this?
Oleh sebab saya difahamkan kalau ikut saya bacalah dalam website dan sebagainya ada berita yang dikatakan timbul ketengan di dalam Kabinet sendiri tentang perkara ini. Ada dua school of thoughts. Satu mengambil kira selesai dahulu masalah Asia Barat ini barulah kita panggil Qatar dan sebagainya. Jadi, adakah kita jelas tentang ke mana kita hendak pergi after kita mengambil pendirian untuk host kedua-dua ataupun kita ini macam Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi being pragmatic heading nowhere. Terima kasih.
Dato’ Seri Reezal Merican
Pragmatic is to have a balancing, tawazun. Akan tetapi saya pun tidak privy apa yang dikatakan berlaku dalam mesyuarat Kabinet walaupun saya Timbalan Menteri. Akan tetapi apa yang saya tahu bahawa tidak ada halangan langsung untuk kita menerima. Bukan kita panggil, mereka hendak datang. Itu kalau ketua dari segi ketua kerajaan dan juga ketua negara, head of state.
Dato’ Seri Reezal Merican
Akan tetapi dari segi lawatan-lawatan di bawah slightly one notch lower ataupun Yang Berhormat Menteri Luar Negeri macam hari ini. Hari ini akan tiba Menteri Luar Negeri dari UAE. Sebelum itu juga Menteri Luar Qatar. Ia berlaku secara berterusan menunjukkan bahawa dasar kita tidak membawa kepada kekangan mana-mana pihak whom we should be friended and whom we should not be friended. Selagi mana ia membawa kepada kepentingan untuk negara kita sendiri.
Baik. Yang Berhormat Kota Tinggi dan ramai lagilah yang bangkit berkaitan dengan isu Rohingya. Isu Rohingya memang saya sudah jelaskan panjang lebar ketika jawapan saya sewaktu soal jawab lisan bahawa isu Rohingya ini adalah isu yang hakikatnya yang dibangkitkan di peringkat antarabangsa oleh Malaysia.
Ia bermula bilamana- walaupun sudah bermula daripada 40 tahun dahulu kesnya tetapi yang benar-benar mencengkam perasaan dan juga jiwa rakyat Malaysia apabila berlakunya pembunuhan pada tahun lalu bulan 10. Kemudiannya membawa kepada beberapa tindakan diambil oleh Malaysia sehinggalah ia membawa kepada dunia melihat ini sebagai satu isu. Saya hendak berkongsi bahawa strategi yang digunakan adalah dua. Pertama, waktu itu kita lihat sebagai negara kecil untuk kita jadi penyelesai kepada kemelut di Myanmar ataupun membabitkan etnik Rohingya ini adalah satu benda yang agak sukar.
Maka apa yang kita buat ialah kita internationalized the issue. Kita bawa isu ini supaya mata dunia- to let the international community to have their eyes widely open to see what exactly is currently happening in Rakhine. Dengan melakukan benda itu kita berharap, strategi adalah to immediately stop the atrocities ataupun the hostilities.
Dato’ Seri Reezal Merican
Macam orang tengah mencuri kalau dalam keadaan everybody is scrutinizing tentulah dia tidak akan buat. Strategi itu berjaya. Manakala strategi kedua adalah untuk to make sure unimpeded humanitarian aids, hendak pastikan bahawa bantuan sampai maka kita hantar flotilla food dan kita hantar 2,700 tan. Saya sendiri pergi ke Yangon untuk menerima bantuan itu dan saya pergi merayu minta supaya dibenarkan duta kita untuk dapat sampai untuk melihat benda itu sampai waktu itulah. Alhamdulillah salah satu dari semua duta yang dibenarkan masuk ke Rakhine untuk lihat bantuan itu sampai adalah TYT Mohd Haniff kita yang berada di Yangon. So, ini adalah dua pro strategi yang kita gunakan.
Namun bila mana berlaku kali kedua pada tahun ini bulan Ogos, maka kita lihat bahawa cubaan demi cubaan yang kita gunakan gagal. Sebagaimana yang disebutkan oleh Menteri Luar kita melihat bahawa peranan yang dapat dimainkan di peringkat ASEAN tidak mencukupi. Maka kita bawa isu ini sehingga ke peringkat United Nations General Assembly (UNGA). Bukan itu sahaja, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menggunakan kesempatan untuk melobi bersama dengan Donald Trump bersama dengan Theresa May ketika perjumpaan bersama dengan mereka.
Hasilnya ialah immediately perjumpaan selepas daripada dengan Donald Trump, hari keduanya US mengumumkan bantuan USD32 juta. Demikian juga UK saya hendak cerita sedikit fasal UK. These are all the soft diplomacy yang kita guna. UK adalah negara yang telah berjaya menyebabkan Chairman ataupun presidential statement daripada United Nations Security Council dua hari sudah dikeluarkan. Untuk kali pertama dalam tempoh 10 tahun itulah satu-satunya presidential statement yang keluar. Tiga negara yang kita guna untuk berinteraksi adalah UK, Sweden dan juga Egypt. Oleh sebab kita tidak ada dalam UNSC member sekarang maka kita menggunakan negara yang rapat dengan kita.
Ini berlaku kerana selain daripada kita buat kita sudah engagement bersama dengan melalui lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Oleh sebab itulah hari ini kita lihat walaupun dunia mengecam dan sebagainya pada sesi ASEAN baru-baru ini yang berakhir semalam, walaupun ada yang mengatakan bahawa benda ini tidak dibangkit sebenarnya benda ini dibangkit.
Yang Amat Berhormat dalam ucapan intervention beliau daripada 38 para ucapan beliau bersama saya ini 10 para berkaitan dengan Rohingya. Sebanyak 10 para yang berkaitan dengan Rohingya ini juga telah mendapat immediate maklum balas daripada Aung San Suu Kyi.
Dato’ Seri Reezal Merican
Bukan itu sahaja kita berjaya juga menukar sedikit sebanyak rentak discussion and discourse yang menyebabkan rakan-rakan lain daripada negara-negara seperti Indonesia, Thailand dan yang terakhir ini ada mutakhir ini adalah Cambodia sendiri. So, ini adalah antara perkembangan-perkembangan yang diharapkan dapat membawa kepada kebaikan untuk menyelesaikan masalah ini.
Selain daripada itu juga...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Klang bangun, Yang Berhormat.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih, Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tertarik dengan beberapa pandangan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Akan tetapi sebelum itu saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia yang telah sedia from day one untuk membuat humanitarian aid kepada kawan-kawan kita di Rakhine State iaitu kaum Rohingya dan juga untuk membina satu hospital di Cox’s Bazar di Bangladesh.
Saya fikir ini satu contoh bagus di mana satu negara yang membangun menolong less developing country khususnya berkait dengan ethnic cleansing dan apa yang dipanggil crime against humanity. Akan tetapi Yang Berhormat tadi dalam ucapan saya, saya telah bangkit dua isu dan saya fikir dua isu ini adalah penting. Pertama, adakah kerajaan akan mempertimbangkan untuk me-refer Myanmar kepada International Criminal Court menerusi Rome Statute. Soalan itu saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab.
Isu yang kedua lebih dekat dengan hati kita iaitu dekat dengan ASEAN. Tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa Perdana Menteri telah menggunakan 10 para dalam ucapan beliau di ASEAN Heads of Government Meeting tetapi bila kita baca the Heads of Government statement, the final statement, pandangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ataupun Yang Amat Berhormat Pekan tidak digambarkan. It is not reflected in the final decision. Same problem dengan statement yang di keluar semasa selepas Mesyuarat UNGA yang telah berlaku.
Soalan saya ialah mengapa Kerajaan Malaysia tidak dapat mempengaruhi negara-negara lain supaya more forceful on the army of Myanmar. Isu satu lagi Yang Berhormat, isu ketiga ialah kita dapati beberapa negara di ASEAN sendiri yang mengeksport intelligence equipment termasuk weapons yang lain kepada tentera Myanmar. So, in the context of ASEAN solidarity macam manakah, Kerajaan Malaysia boleh memberhentikan eksport seperti ini supaya tidak memberi pertolongan kepada army di Myanmar.
Dato’ Seri Reezal Merican
Tadi saya sudah jawab sudah tentang soal hendak refer mereka kepada ICC ini. Saya sebut kata bahawa pertama kalau kita hendak buat itu we must have a full establishment of the actual atrocities that has taken place. Oleh sebab itu Malaysia untuk resolusi kali kedua di United Nations Human Right Council baru- baru ini, antara yang co-sponsor supaya fact finding mission (FFM) yang telah dinafikan kemasukan oleh Myanmar dipanjangkan dan mendesak Myanmar membenarkan FFM ini masuk...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
So, Malaysia is committed? Is that what you are saying?
Dato’ Seri Reezal Merican
No, no. I’m coming to that point first. Whatever that can come to the resolution of finding the resolution to etnik Rohingya itu adalah keutamaan kita. Soal hendak bawak dia ke jenayah dan sebagainya itu benda boleh berlaku as the time comes. Saya tidak boleh hendak menyatakan komitmen sesuatu yang belum sampai ke tempatnya tetapi principally if this ought to be done, it will be ought to be done.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
That is my concern, Yang Berhormat. Sebab if we take a principal position, kita mengatakan bahawa, “Yes we are committed to going to the ICC”, maka sekarang we are the first face of fact finding. So, that means...
Dato’ Seri Reezal Merican
Akan tetapi keutamaan sekarang pada waktu ini adalah kita hendak lihat dahulu kemaslahatan Rohingya ini diselesaikan. Itu yang pertama.
Kedua, they are adhering kepada apa yang telah direcommended by Kofi Annan, Advisory Commission on Rakhine State. So, kalau ada benda-benda ini berlaku ia merupakan permulaan kepada langkah-langkah yang lebih progresif pada masa akan datang.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat, recommendation daripada Kofi Annan, Commission Kofi Annan is after the fact. Genocide is already finished- it’s over. Walaupun masih ada pembakaran, pembunuhan dan sebagainya tetapi semalam dua hari yang lalu the Genocide Museum di Amerika Syarikat which actually did the investigation on the Jews telah mengatakan bahawa the genocide di Myanmar is a genocide. The ethnic cleansing is a genocide. So, ini jelas memberi bukti bahawa *genocide has taken place in ASEAN.
So*, mengapakah sebagai satu anggota negara ASEAN kita masih berdiam? We should be more forceful because this is our neighbor. If we do not discipline the neighbor from genocide then what are we trying to do in ASEAN?
Dato’ Seri Reezal Merican
Baik saya ambil perhatian perkara itu. We are forceful, if we are not forceful we will not have dissociated our stands.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dato’ Seri Reezal Merican
But let me- fasal, nanti kejap Yang Berhormat Shah Alam. Tentang statement, statement by Perdana Menteri is reflected.
Apa yang dibangkitkan dalam Chairman tentang humanitarian aids kepada Myanmar it is reflected. Akan tetapi saya hendak nyatakan ini kali pertama ASEAN Summit dalam tempoh- in fact unprecedented it never mentioned before. This is the first time. Not just you also kata, said- during the intervention tetapi reflected juga tentang berkaitan dengan soal bantuan kemanusiaan. Jadi there is a progress. Cuma tentang forceful, I will take note benda ini. Of course, it will progress as it comes. Tentang soal hendak ambil tindakan dan sebagainya I said to you if it is ought to be done, it will be done. Okey. Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berhubung dengan masalah Rohingya ini saya rasa semua orang memahami dan mengakui bahawa punca masalah ialah apabila kerakyatan kaum Rohingya telah ditarik balik dan dinafikan. Adakah dengan perkembangan-perkembangan mutakhir ini di mana Aung San Suu Kyi pun sudah minta MoU dengan Bangladesh, hendak hantar balik orang Rohingya dan sebagainya, maka persoalan kerakyatan itu akan dikembalikan kepada mereka? Boleh bagi jawapan.
Dato’ Seri Reezal Merican
Baik terima kasih. Baik, kerakyatan ini ketika mana ia diambil alih, berlaku proses itu tetapi terlalu slow dan tidak mendatangkan suatu benda yang boleh memuaskan hati international community.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dato’ Seri Reezal Merican
Nanti sekejap biar saya habis. Bila mana ia overtaken by the event of this hostility so kita lihat bahawa ia perlu melalui satu bentuk massive exercise ataupun usaha yang lebih seperti yang disebutkan tadi forceful. Jadi sebab itulah Kofi Annan Report on Advisory Commission on Rakhine ini, salah sebuah negara yang telah diminta dan dirujuk untuk memasukkan syor-syor itu adalah Malaysia.
Malaysia punya syor is reflected in that report, not just that bahkan antara salah satu yang kita tekankan adalah soal warganegara, citizenship. Ya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Soal citizenship Rakhine ini ataupun orang-orang Rohingya ini, ianya bukan satu perkara yang baru, ianya asalnya telah pun diterima. Kalau tidak silap saya pada 1992 ataupun 1982 ...
Dato’ Seri Reezal Merican
Tidak, tidak, tidak terima, ia 1982.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya 1982 berlaku coup d'état maka disenaraikan lapan suku kaum ataupun bangsa yang diterima sebagai rakyat Myanmar.
Dalam lapan itu, Rohingya itu tidak disenaraikan. Maka adakah itu perlu diperbetulkan dahulu at least they accept.
Dato’ Seri Reezal Merican
There are so many...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Indians in Rakhine...
Dato’ Seri Reezal Merican
Banyak perkara yang menjadi asas, itu adalah salah satu perkara yang ditekankan dalam Kofi Annan Report. Baik, saya hendak pergi pindah ke perkara yang lain pula.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Nerus bangun Yang Berhormat.
Dato’ Seri Reezal Merican
Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Menteri. Sorry.
Dato’ Seri Reezal Merican
Yang Berhormat Bagan Serai, okey.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Soalan saya tadi tentang adakah kerajaan bersedia untuk memikirkan untuk pakatan ketenteraan terhadap Myanmar.
Dato’ Seri Reezal Merican
[Ketawa]
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Ini adalah genocide, satu pembunuhan beramai-ramai yang jelas berlaku.
Dato’ Seri Reezal Merican
Ya, kita tidak sampai ke tahap itu lagilah Yang Berhormat. Kadang-kadang kita bila hendak membuat satu tindakan, kadang-kadang kita kena lihat the sensibility juga. Dalam biasanya operasi-operasi ketenteraan ini yang mudahnya bilamana ia berlaku melalui apa yang diputuskan dalam Security Council. Dalam dunia ini Yang Berhormat, yang enforceable dan legally binding when the resolution is adopted at Security Council. Jadi sebab itulah tadi saya hendak sambung tadi saya rasa seronok sebab ini bilamana UNSC baru ini bangkitkan kali pertama dalam presidential statement which is satu notch lower than yang dipanggil adopted resolution yang ditaja antaranya oleh UK dan beberapa negara yang lain. Yang paling menariknya juga ia tidak dibantah oleh satu, dua negara di kalangan P5 yang dikatakan kadang- kadang tidak bersama dengan yang the rest. Ini menunjukkan bahawa sedikit sebanyak ia telah membawa kepada kejayaan. Akan tetapi dari segi military pact daripada Malaysia, I think we have not come to that stage yet.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Menteri, kalau berlaku di Syria sebagai contoh. Kita lihat bagaimana Rusia bahkan juga Amerika boleh menghantar tentera dan juga jet pejuang. Saya tidak menyatakan Malaysia memulakan inisiatif ini tetapi kalau Malaysia yang menggerakkan di peringkat Council tadi, saya rasa itu satu permulaan yang baik untuk melihat ruang-ruang itu kerana jika tidak ada sebarang usaha ke arah itu, maka Myanmar bersikap kata orang Terengganu ‘babir’- degil, sampai ke hari ini. Bukan tempoh yang pendek sebenarnya.
Dato’ Seri Reezal Merican
Strategi saya sebut tadi kita buat pertama, kita hendak internationalize. Yang kedua kita hendak minta the main actor in the international community, US, UK mula bersama dengan kita on the same page. Kalau kita hendak buat secara kecil, kita tidak mampu tetapi macam mana Yang Berhormat tahu dalam kaedah Fiqah pun...
[Berucap dalam bahasa Arab] Maksud, apa yang tidak boleh dibuat semua tetapi jangan tinggal semua. Jadi Malaysia tidak boleh jadi Jack of all trades, but kita buat apa yang berkemampuan tetapi sekurang-kurangnya dalam sedikit yang kita buat itu, kita meninggalkan kesan kepada apa yang kita hendak cari resolusi di Myanmar.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri, yang terakhir. Kita ada ramai orang pelarian Rohingya di Malaysia. Apabila Burma Aung San Suu Kyi sudah minta hantar balik daripada Bangladesh ini, adakah mereka yang berada di sini juga akan turut dihantar balik sebelum persoalan-persoalan asas itu diselesaikan iaitu soal kerakyatan, hak kerakyatan mereka dan sebagainya. Apakah tindakan yang akan dilakukan oleh Malaysia berhubung dengan orang Rohingya di Malaysia?
Dato’ Seri Reezal Merican
Baik, pada waktu ini Yang Berhormat ada lebih kurang 62 ribu orang. Kalau untuk makluman, kita adalah negara yang boleh dikatakan kedua terbesar penerima etnik Rohingya selepas Saudi. Malahan dikatakan Indonesia pun lebih kecil daripada kita. Sememangnya kita ada cuba buat beberapa program bersama dengan mereka tetapi ini pun sebenarnya berada di bawah MKN, diletakkan solely sebab UNHCR cardholders all are under MKN. Soal penghantaran atau tidak menghantar mereka pada waktu yang sesuai tetapi sebagaimana Yang Berhormat sebut tadi, mungkin concern Yang Berhormat sebut tadi akan diambil kira sebelum berlakunya penghantaran. Cuma sebagaimana kita sedia maklum, kita ini bukanlah negara yang menerima refugees, cuma refugees yang ada dalam negara kita ini atas dasar ihsan.
Baik, Yang Berhormat Bagan Serai sebut tadi benda yang sama juga fasal Rohingya. Terima kasih kerana sokongan terhadap apa yang diambil pendirian oleh pihak kerajaan. Cuma tadi tanya satu soalan yang paling penting saya fikir untuk saya jawab ini adalah berkaitan dengan Islamophobia sama ada Kerajaan Myanmar ini menolak Rohingya ini disebabkan faktor Islamophobia. Saya hendak ulang sekali lagi bahawa isu Rohingya ini bukan isu agama. Ia adalah isu etnik, purely isu etnik.
Saya dulu pun saya tidak dapat membuat keyakinan kepada diri saya sendiri tetapi saya pergi ke Yangon ketika saya menghantar bantuan. Then, bila saya di Yangon itu, di bandar Yangon sahaja ada 27 buah masjid, more than the number of mosque in Kuala Lumpur. The top ten of the richest people in Yangon, two are Muslim. Bukan itu sahaja, Aung San Suu Kyi sendiri ketika dia hendak menggubal undang-undang baru ataupun perlembagaan, salah seorang daripada advisor to the constitutional reform yang kena bunuh baru-baru ini, he’s a Muslim. Jadi saya lihat it is not really isu tentang Islamophobia yang dikaitkan sebenarnya. Ya.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Akan tetapi kalau yang dibunuh itu adalah Muslim, maka tidakkah itu menunjukkan bahawa ada kemungkinan Islamophobia itu kerana dia dibunuh oleh kerana dia Muslim.
Dato’ Seri Reezal Merican
Tidak, saya ambil kerana Aung San Suu Kyi, from Aung San Suu Kyi perspective. Dia kata Kerajaan Myanmar dia tanya kan, kalau Kerajaan Myanmar saya tidak nampak begitu. Sebab tadi dibangkitkan sedikit oleh Yang Berhormat Batu, sebenarnya yang berlaku di Myanmar ini bukan hanya Rohingya, ada juga kaum Chin tadi disebut tadi kaum di utara China ada juga yang terdiri daripada kalangan mereka penganut Buddha juga. Jadi ada tempat-tempat lain juga yang sebenarnya terkesan daripada kejadian-kejadian yang disebabkan oleh junta ini ataupun hunta.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Menteri, sedikit. Saya faham daripada ucapan Yang Berhormat Menteri tadi seolah-olah mempertahankan Aung San Suu Kyi ini sedangkan ternyata dalam beberapa kenyataan dia begitu keras terhadap Rohingya ini. Maka saya rasa tidak patut kita memberi gambaran seolah-olah dia tidak terlibat dengan apa yang berlaku. Bagi saya dia terlibat.
Dato’ Seri Reezal Merican
Tidak, soal dia tidak mengambil enough action to stop, itu dia salah. Akan tetapi soal kerajaan dia menentang Islam secara keras itu dengan yang untuk dikaitkan dengan Rohingya, saya rasa kita kena bersikap adil. Ini, this is not orang kata Islamic ataupun religious isu, ia lebih kepada soal ethnic issue.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Menteri, sedikit ya.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bagan Serai, belakang Yang Berhormat.
Dato’ Seri Reezal Merican
Okey.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Timbalan Menteri. Terima kasih kerana jawapan yang baik itu. Cuma masih lagi ada kebimbangan sebenarnya. Walaupun dalam pelan 20 tahun dia hendak halangkan orang-orang yang datang secara haram ke Myanmar tetapi seolah-olah memang macam dia nak attack orang-orang Islam yang minoriti itu.
Saya sebenarnya hendak tahu juga di persidangan baru-baru ini, summit di ASEAN ini, apa sebenarnya yang dikatakan oleh Myanmar tentang pembunuhan kejam ini, tentang dera dan sebagainya. Tentang Aung San Suu Kyi hendak bawa balik itu baguslah, hendak bawa balik itu cerita kewarganegaraan tetapi apa dia cakap. Ini kerana pengalaman saya sedikitlah. Baru-baru ini saya menghadiri AIPA General Assembly di Filipina juga, di Manila. Apabila sesi-sesi perbincangan itu, bila kita bawa isu ini wakil- wakil MP daripada Myanmar itu berkerut dahi dia, muka dia itu macam takut hendak bercakap pun ada, macam kalau dia cakap, dia kena tembak saya rasa. Ataupun tidak mahu hendak cakap.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Ada juga saya dengar dalam terjemahan itu dia bagi tahu bahawa laporan yang kita terima ini salah. Sebab itu, saya sudah dua kali ulang di dalam Dewan ini mereka mengatakan kumpulan itu adalah terrorist, ekstremis dan patut disekat dan ini cara dia orang buat. Jadi, bagaimana tentang perkembangan yang baru-baru ini apa dia orang cakap. Terima kasih.
Dato’ Seri Reezal Merican
Tadi sebagaimana yang sudah saya perjelaskan, dia bila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bangkit kemudian Indonesia become more vocal dan kemudian responded by Aung San Suu Kyi sendiri. Aung San Suu Kyi responded mengatakan bahawa they are committed untuk bawa pulang dan juga MOU bersama dengan Kerajaan Bangladesh tetapi lebih penting adalah sebelum itu dia telah menyatakan untuk to adhere the Kofi Annan punya Advisory Commission Report. Kalaulah Yang Berhormat boleh baca itu, advisory report itu adalah salah satunya report yang boleh dikatakan diterima oleh Kerajaan Myanmar dan itu banyak menyentuh banyak perkara selain daripada pemulihan ekonomi di Rakhine sebagaimana Yang Berhormat Shah Alam sebut tadi salah satunya adalah kerakyatan.
Jadi, saya fikir bahawa ini adalah perkembangan yang saya boleh anggap positif walaupun ada. Cuma saya hendak maklumkan kalau Yang Berhormat pergi ke mana tadi Manila ya? Manila untuk AIPA. Saya minggu depan hari Ahad akan ada di Naypyidaw di Myanmar sendiri untuk menghadiri Asia-Europe Meeting, dan insya-Allah mewakili suara Malaysia saya akan bangkitkan lagi sekali isu berkaitan dengan Rohingya di bumi Myanmar sendiri.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, sikit sahaja Tuan Pengerusi. Kerajaan Aung San Suu Kyi mungkin ada sikap yang lebih internasional, terbuka dan sebagainyalah tetapi kita telah menganggap bahawa masalah yang sebenarnya adalah juntanya. Sejauh mana soal Islamophobia ini sebenarnya wujud dan diwujudkan oleh pihak junta. Ini kerana tahulah benda ini ada sejarahnya apa yang telah berlaku dan sebagainya. So, adakah mungkin kerajaan Aung San Suu Kyi ini boleh mempengaruhi pihak junta. Junta sudah kata we will never allow the Rohingya to be Burmese citizens. Dia sudah keluarkan kenyataan.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh saya buat follow up. Tuan Pengerusi, saya sokong pandangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Shah Alam sebab daripada pandangan saya dan saya telah pun berjumpa dengan beberapa pakar-pakar dalam isu ini di Myanmar dan luar Myanmar, nampaknya pentadbiran Aung San Suu Kyi tidak ada pengaruh langsung kepada junta- military junta. Apa yang berlaku di Rakhine State dan lain-lain kawasan etnik itu *fully under the control of military.
So*, saya nampak statement head of government, head of state statement yang tidak memberi apa-apa tekanan kepada military Myanmar tetapi hanya fokus kepada humanitarian aid.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
So, nampaknya we are putting the cart before the horse. Apa yang penting kita hendak force, kita hendak tekan their armed forces. So therefore, there is a need for embargo, arms embargo against the army in Myanmar. That is something Malaysia should be doing though.
Dato’ Seri Reezal Merican
Insya-Allah kalau kerana benda ini sudah mula masuk ke gelanggang UNSC it will be a progressive development then it will come to a point. Semacam juga North Korea, before it can come actually to sanction of course it has gone through numerous resolution until finally it gets the strictest one. So saya fikir bahawa...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Timbalan Menteri my question on arms trade within ASEAN that’s going to Myanmar. What is Malaysia's position?
Dato’ Seri Reezal Merican
Ya, itu tadi soalan tanya tadi lupa. Saya tidak ada maklumat berkaitan dengan perkara tersebut. I do not have any information at all. So that one should I have anything within my possession then I will share in bertulislah.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
I’ll inform you Timbalan Menteri, I got some information.
Dato’ Seri Reezal Merican
Thank you. Baik selain daripada itu antara yang dibangkitkan tadi Yang Berhormat Lembah Pantai sudah bangkitkan boleh katakan semua sudah dijawab sekali. Yang Berhormat Sandakan? Oh! Ini Yang Berhormat Kota Kinabalu. Yang Berhormat Kota Kinabalu bangkitkan berkaitan dengan isu tentang nelayan. Macam semalam disebutkan oleh Tuan Pengerusi tadi, banyak isu kadang- kadang dia intertwined sedikit Yang Berhormat dan ia berada di bawah ruang lingkup sama ada Kementerian Pertanian ataupun dari segi pelaksanaan operationalization ini berlaku di bawah APMM ataupun Kementerian Pertahanan.
Cuma saya hendak maklumkan nanti dulu, tentang isu nelayan ini selalunya dibangkitkan secara bilateral. Saya dapat tadi tengok note of conversation dan note of meeting setiap kali berjumpa dengan counterpart kita dengan Vietnam dan yang terakhirnya kalau tidak silap saya oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi sendiri, Timbalan Perdana Menteri. Isu ini dibangkitkan untuk diambil tindakan dan ada juga dicadangkan supaya ditubuhkan juga some bentuk mechanism untuk memastikan kejadian-kejadian ini tidak berlaku. Akan tetapi itu di peringkat diplomasi antara dua negara.
Akan tetapi kalau Yang Berhormat hendak tanya tentang soal bagaimana dengan aspek-aspek civilian dan keselamatan that one strictly falls under APMM dan juga di bawah Kementerian Pertahanan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya tidak semua dijawab. Saya sebut tentang kebajikan diplomat. Satu lagi ialah Mugabe. Apa pendirian kita kalau Mugabe ambil suaka di Malaysia dan jika dia tidak ambil suaka dan kerajaan baru andaikan minta harta yang ada di Malaysia dirampas dan dikembalikan kepada negara Mugabe.
Dato’ Seri Reezal Merican
Saya pun tadi..
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kepada negara Zimbabwe. Apa pendirian kerajaan dalam keadaan itu?...
Dato’ Seri Reezal Merican
Saya tidak ada maklumat tentang aset-aset tersebut dan saya tidak boleh buat jawapan berdasarkan andaian.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
It needs time to search around sebab itu yang disahkan oleh Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Seri Reezal Merican
Yang Berhormat Menteri mana?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Bukan Yang Berhormat Menteri tetapi pihak tentera dan ia...
Dato’ Seri Reezal Merican
Tentera mana?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...Perkara- tentera Zimbabwe.
Perkara ini bukan satu perkara yang baru.
Dato’ Seri Reezal Merican
Banyak laporan-laporan dan saya perlukan pengesahan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya rasa Malaysia juga ada aset-aset di Zimbabwe. So, it’s not impossible Malaysia have such interest. Apa isu ini ialah mudah kalau kita dalam internasional ini kita kena ikut human rights sebab kita sudah sebut Myanmar. Kalau secara konsisten, kalau ada berlaku pertukaran kerajaan dan kerajaan baru ingin mengambil balik aset-aset yang telah dirampas dan dicuri...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
You are preempting the issue.
Dato’ Seri Reezal Merican
Okey, Yang Berhormat Batu tidak apa.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
I am not preempting. As a Foreign Ministry they have to preempt what happen. Takkanlah dia berlaku baru kita react.
Dato’ Seri Reezal Merican
Kalau saya...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
That is your position to advise the Prime Minister apa yang harus kita buat.
Dato’ Seri Reezal Merican
Yang Berhormat Batu, preempting about so many things that cannot happen at one time. There are things according to the list of importance and priority. Cuma apa yang tidak ada nothing on my plate saya tidak boleh hendak komen berdasarkan andaian. Yang Berhormat Sandakan ada lagi?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Seri Reezal Merican
Oh! Yang Berhormat Kota Kinabalu, sorry. Ada lagi?
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Ya. Saya ada soalan mahu tanya juga. Tuan Pengerusi tadi Tuan Pengerusi kata ini tiada kaitan sama Foreign Ministry.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Mic dekat sikit Yang Berhormat, mic dekat sikit.
Beberapa Ahli
Mic, mic dekat sikit. Mic, mic.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Mic. Ya, Tuan Pengerusi kata ini tiada kaitan sama Foreign Ministry tetapi sama maritime atau pertanian. Akan tetapi Tuan Pengerusi, Foreign Ministry ialah dia orang tukang jaga pintu internasional tahu? Jadi penceroboh perairan kita, pintu itu kenapa kena buka? Itu saya mahu tanya.
Ini kerana, ini isu hak Menteri Luar Negeri yang ada hak dan the right to speak to the foreign country. Jadi, saya minta supaya boleh kita selesaikan ini penceroboh perairan kita dengan nelayan orang asing, jadi kita mesti dari langkah pertama ialah Foreign Ministry.
Berunding sama negara yang ada kaitan. Betulkah? Jadi kami tiada hak, maritime pun tiada hak mahu berunding sama dia orang. Ini Foreign Ministry punya tanggungjawab.
Betulkah?
Dato’ Seri Reezal Merican
Tadi saya...
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Jadi, saya rasa yang berat kerana ini nelayan dari Vietnam banyaknya di laut di Sabah sana. Sebanyak 980 tan dengan nilai RM6 bilion sebanyak ia dari Sabah.
Dato’ Seri Reezal Merican
Saya faham, ini sudah ulang tadi. Sudah sebut tadi fasal RM6 bilion itu, okey.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Jadi saya mahu tanya ialah adakah Yang Berhormat Menteri Luar Negeri buat isu ini di dalam ASEAN. Ini kerana kalau kita boleh kerja sama negara-negara ASEAN, kita boleh dapat selesaikan hal ini dengan cepat. Seperti kita yang kerja sama-sama Indonesia.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Jadi, sekarang kita tiada dengar banyak lagi menceroboh air lain orang punya laut seperti macam itu Indonesia sudah tegas. Jadi saya harap Ministry of Foreign Affair mesti mahu campur tangan. Ya.
Dato’ Seri Reezal Merican
Okey, saya faham. Okey, terima kasih. Sebab apa yang dibangkitkan, saya hendak kena perjelaskan. Daripada awal saya kata bukan tidak ada kaitan, tetapi intertwined, kadang-kadang ada yang terkait, tetapi di peringkat diplomasi di antara dua negara, memang kita bangkitkan. Akan tetapi di peringkat operationalization, operasi, penguatkuasaan, semua itu berada di bawah APMM dan juga di bawah Kementerian Pertahanan kalau ia membabitkan kedaulatan. Sebab, itu yang saya perjelaskan. Akan tetapi perkara ini dibangkitkan tidak? Bangkit. Dibangkitkan secara bilateral.
Isu bilateral jarang dibangkitkan dalam perjumpaan-perjumpaan ataupun meetings yang bersifat multilateral seperti ASEAN. Akan tetapi sewaktu persidangan ASEAN, kadang-kadang ada juga bilateral at the side line dia panggil. Macam saya hendak pergi ke ASEM baru-baru ini, saya ada empat bilateral. Saya berpeluang untuk berjumpa dengan Estonia, Romania, Itali- hendak jumpa. So, bilateral dalam perjumpaan multilateral. Itulah kebiasaannya yang kita lakukan. Sebab, isu-isu yang spesifik tidak dibangkitkan, tetapi dibangkitkan berulang-ulang kali sentiasa dalam bilateral.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya. Sudah jelas itu, Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Yang Berhormat Menteri.
Akan tetapi kalau ada bincang sama bilateral, kenapa macam tiada effect? Itu saya pun hairan. Kalau tiada effect, kita mesti mahu bawa isu ini...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya. Sudah selesai itu, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Reezal Merican
Baik. Terima kasih.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
...Dalam ASEAN. Boleh Yang Berhormat Menteri?
Dato’ Seri Reezal Merican
Boleh, boleh. Yang Berhormat Kuala Terengganu, saya hendak jawab Yang Berhormat Terengganu punya soalan lain-lain.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Ya, kasi jawablah kerana kita punya ikan bilis pun sudah RM12.
Dato’ Seri Reezal Merican
Okey, RM6 bilion, bukan?
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Jadi kita tidak rasa susah hatikah?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Kinabalu, cukuplah Yang Berhormat Kota Kinabalu. Ya, Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Dato’ Seri Reezal Merican
Okey.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Saya hendak tambah sedikit berkaitan dengan Yang Berhormat Kota Kinabalu tadi. Ada kebenaran apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu kerana selain daripada APMM dan Kementerian Pertahanan, di luar sempadan kita, perlu diambil sesuatu pendekatan.
Contohnya apabila pendedahan kehilangan begitu banyak sumber laut kita, telah dikenal pasti dua tiga pangkalan di selatan Vietnam sendiri yang terlibat khusus untuk pergerakan tangkapan laut daripada Malaysia. Ini di luar kemampuan kita dan perlulah diambil oleh kerajaan G-to-G almost.
Satu lagi, Yang Berhormat Menteri, sekarang ini Vietnam merupakan- masalah pertama. Sudah ada tanda-tandanya kemungkinan pula nelayan daripada negara China juga akan mencerobohi terutamanya di East Malaysia. Saya rasa perlulah diplomatic initiative bermula sekarang walaupun preemptive. Terima kasih.
Dato’ Seri Reezal Merican
Last but not least before saya kembali kepada soal kebajikan kakitangan tadi, soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Pertamanya berkaitan dengan lobi di Security Council sebagai sambungan keanggotaan tidak tetap kita di Security Council. Saya hendak maklumkan bahawa kita jadi Security Council Member pada tahun 2015, berakhir pada tahun 2016 bulan Disember, bererti dua tahun. Dalam sejarah United Nations ataupun United Nations Security Council, belum lagi pernah ada mana-mana anggota yang menjadi ahli anggota tidak tetap di UNSC secara dua penggal berturut-turut. Jadi, andaian kerana kita gagal sambung bukan sahaja tidak tepat, malahan salah. We never lobby for- our term is only two years.
Demikian juga ditanya tadi tentang berkaitan dengan kekalahan kita United Nations Human Rights Council. Saya sudah jawab sudah ketika di dalam dasar yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Kekalahan United Nations Human Rights Council ini sebenarnya pertamanya, jangan dilihat sebagai satu perkara yang menjadikan seolah- olah negara kita ini berada dalam keadaan yang amat-amat teruk sehinggakan tidak terpilih. Kita kena tahu konsep pemilihan. Banyak negara yang bertanding, ada juga yang tewas kerana faktor-faktor geographical spread yang dibuat dalam pemilihan tersebut.
Negara Sweden, negara Denmark tewas sedangkan ini adalah dua negara yang orang kata one of the strongest promoter in human rights. They lost. Negara P5, Rusia, kalah.
So, kekalahan ini bukan hanya menjadikan Malaysia ini bersendirian seakan-akan Malaysia sahaja yang kalah.
Ada juga negara yang menang seperti Nepal, yang mendapat undi tertinggi, malahan tinggi dari Qatar, tinggi dari yang lain sebab Nepal itulah kali pertama dia bertanding. Macam negara Malaysia, kita sudah menjadi dua kali iaitu tahun 2006 hingga tahun 2009 dan juga tahun 2010 hingga tahun 2013. Kita sudah jadi dua kali. Nepal bilamana ia merupakan negara kali pertama, bilamana kali pertama, bererti dia tidak pernah menjadi sebelum ini. Kalau hendak harapkan keadaan negara, kekayaan pun terbatas, maka mungkin susah. Maka lazimnya, ahli-ahli di kalangan ahli-ahli negara atau member state of UN akan memilih untuk memberi peluang kepada negara seperti ini untuk menjadi ahli.
Kemudian, Pakistan. Pakistan negara yang kalah pada pemilihan sebelum itu.
Maka pada kelazimannya, mereka akan beri sebab negara ini negara yang atas dasar simpati sebab tidak terpilih pada yang lalu.
Selain daripada itu, ia dipilih berdasarkan lima geographical spread ataupun region. Dia ada Amerika Selatan dan Caribbean, dia ada Afrika, dia ada Asia Pasifik, kemudian dia ada East Europe dan juga West Europe. Ada negara-negara yang dipilih sekarang ini sebagai UN Human Rights Council member tetapi kalau lihat kepada rekod negara itu, adalah amat buruk. Rwanda umpamanya, negara yang terlibat dengan pelbagai genosid. They are the member of UN Human Rights Council. Angola, Congo dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa soal pemilihan dan tidak terpilih bukanlah soal yang absolute tetapi ia bersifat relatif.
Terakhir, yang mungkin menyumbang kepada ketidakpilihan kita menjadi ahli ini adalah bilamana kita ada QPQ- quid pro quo, ataupun timbal balas untuk memilih. Ada dua negara di saat akhir menarik sokongan terhadap Malaysia menjadikan kita mencapai atau mendapat 129 undi, berbeza dengan yang mendapat tempat yang terakhir itu adalah 130, walaupun 129 itu melebihi dua pertiga daripada keanggotaan UN.
Dua negara ini telah menarik sokongan ataupun komitmen di saat-saat akhir dan untuk rekod, bahawa Malaysia tidak menggunakan apa-apa kesempatan untuk meminta supaya dua negara ini untuk terus memberi sokongan kepada kita bagi menjamin kita mendapatkan tempat di UNHRC. Sebabnya, kerana kita masih ada lagi ruang-ruang untuk kita mainkan peranan sebagai koordinator untuk APG. Kita adalah koordinator pada tahun 2016 hingga 2017. Kita juga ada chairman dalam sub-sub komiti yang menjadi feeder penting kepada UNHRC. Jadi, peranan kita will not be impeded hanya dengan kerana kita tidak dipilih.
Jadi Yang Berhormat...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat sudah habis tetapi belum jawab soalan saya berkait dengan...
Dato’ Seri Reezal Merican
Oh ya, open-ended.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Ya.
Dato’ Seri Reezal Merican
Open-ended yang...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Ada soalan juga daripada beberapa Ahli Parlimen mengenai Zakir Naik.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
[Bangun]
Dato’ Seri Reezal Merican
Okey, Yang Berhormat Kuala Terengganu lagi.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Saya ingin menambah. Terima kasih Tuan Pengerusi. Apa yang saya maksudkan ialah menang kalah dalam sesuatu lobi adalah adat pertandingan.
Akan tetapi apa yang saya maksudkan di sini, Malaysia patut mengetahui situasinya sendiri terutamanya di dalam Bangsa-Bangsa Bersatu dan laporan terkini Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyebut penglibatan kita dalam Perang Yaman. Di dalam laporan Bangsa-Bangsa Bersatu pada awal tahun ini menyebut Malaysia terlibat dalam sekutu Arab Saudi dan di bawah siasatan jenayah perang. Ini disebut di dalam laporan United Nations sendiri pada 31 Januari 2017, 242 muka.
Jadi kalau kita tahu situasinya sebegitu rupa, kenapakah Malaysia masih mahu belanja begitu besar dan membuat satu kempen yang meluas untuk mendekati satu situasi yang kita tahu kita sepatutnya tidak membuat satu permohonan kerana kita sendiri patut boleh menilai situasinya? Ini kerana sehingga hari ini, Malaysia tidak lagi mengakui penglibatan dengan apa-apa yang berlaku di Yaman.
Saya tahu Yang Berhormat Batu menyebut tadi, Yang Berhormat Batu telah menerima jawapan bahawasanya Malaysia kata, kita tidak involve dengan combating force. Itu hanya teknikal tetapi logistic kalau kita terlibat dalam Yaman, itu still considered as bersubahat. Hari ini kita dengar Yaman terlibat dengan kebuluran dan juga kolera.
Baru beberapa hari lepas, barulah sekutu Arab Saudi membenarkan enam pelabuhan dibuka. Maknanya ia telah ditutup, kenapa?
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Ini persoalan, Malaysia mesti akui yang kita terlibat dengan sekutu Arab Saudi.
Combative atau tidak combative, itu hanya teknikal tetapi kita bersubahat. Akui itu dan kita patut tahu senario sebenarnya.
Dato’ Seri Reezal Merican
Jawab soalan dari Yang Berhormat Klang. Soalan Yang Berhormat Klang, Zakir Naik. I think it falls under KDN lah. Soal dia nak masuk, soal dia dan sebagainya, it is not under my ministry.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri. Tuan Pengerusi, isu Zakir Naik...
Dato’ Seri Reezal Merican
Kalau hendak tanya...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
...Has become international story now, termasuk dengan MFA juga sebab kita dapati bahawa ada banyak keratan akhbar yang mengatakan bahawa, “Zakir Naik To Be Charged This Week in Terror Funding Case”. Terror Funding Case itu adalah *between countries. Therefore, it is multilateral.
So,* mesti datang dari bawah kementerian Yang Berhormat. Kita juga dapati bahawa, “Zakir Naik in Hate Speech, incitement.” Then ada juga banyak keratan akhbar mengatakan bahawa, *“Why India Wants to Arrest the Preacher Zakir Naik.”...
[Menunjukkan keratan akhbar berkaitan] So, this is becoming an international problem* sampai kita pergi negara lain pun mereka tanya kepada kita is Malaysia going to give citizenship kepada Zakir Naik? So, saya ingat MFA must have a position on this matter lah.
Dato’ Seri Reezal Merican
Okey, seperti yang saya sebut tadi kalau dari segi nationality, citizenship, it’s all under KDN. Kalau dia hendak minta as asylum ataupun suaka it still falls under KDN.
Dato’ Seri Reezal Merican
Kalau intelligence tentang movement dia, still under KDN. Kalau benda-benda yang membabitkan hubungan yang boleh menjejaskan diplomatik antara dua negara contohnya kalau negara India minta dari Kementerian Luar Negeri, then it falls under us.
Tentang bagaimana Kerajaan India punya tindakan terhadap Zakir Naik, that is their finding. The domestic law of the country.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, we are harboring a fugitive. So, if a fugitive in one country definitely it falls under the Ministry of Foreign Affairs.
Dato’ Seri Reezal Merican
No, no, it doesn’t fall. Kalau dia nak masuk, sama ada membenar atau tidak, benar it is under KDN. It’s not under me. I cannot stop anybody from coming but it is absolutely the call by KDN. Akan tetapi apa-apa pun I will take note Yang Berhormat Klang. I can inform KDN. Last...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat Menteri, Kapar. Boleh tambah sedikit? Boleh?
Dato’ Seri Reezal Merican
Yang Berhormat Kapar, boleh.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Tuan Pengerusi, berkaitan dengan jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat. Apakah kementerian tidak boleh membuat satu dasar polisi dan polisi itu direcommend kan kepada KDN? Sebab saya rasa yang buat polisi di bawah Kementerian Luar Negeri adalah tanggung jawab Menteri dan Timbalan Menteri. Minta pencerahan Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato’ Seri Reezal Merican
Dasar luar antara negara ke negara memang adalah Kementerian Luar Negeri. Keselamatan ataupun identiti atau maklumat-maklumat risikan berkaitan dengan seseorang di bawah KDN. Akan tetapi saya ambil pandangan sebab KDN pun rasanya belum lagi kan? Boleh ada peluang untuk ditanya benda berkaitan dengan Zakir Naik ini. Saya rasa they will be able to give an ample answers and more convincing tetapi yang terakhir yang saya hendak jawab daripada Yang Berhormat Kuala Terengganu tadi berkaitan...
Puan P. Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Menteri, Batu Kawan. Satu lagi, sedikit sahaja boleh? Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin mencadangkan mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh cadangkan dalam Jawatankuasa di antara Menteri dan Timbalan Menteri sama ada the ministry can make a recommendation.
Saya faham ini di bawah budi bicara KDN tetapi saya pasti KDN pun apabila membuat keputusan akan mendapat pertimbangan ataupun komen, reaksi ataupun any point to note kepada Kementerian Luar Negeri. So, I think both of you are working together Yang Berhormat Menteri. Jadi I think it’s fair to say that based on your recommendation, KDN also needs to act. Ya, apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Dato’ Seri Reezal Merican
Saya sudah kata tadi, I will take note about that, then I will raise to– tetapi pada waktu yang sama, Yang Berhormat boleh ambil kesempatan untuk tanya KDN bila tiba waktu mereka berbahas di peringkat Jawatankuasa. Cuma yang terakhir tadi, yang saya hendak sebut tadi pasal pembabitan, bila Yang Berhormat Kuala Terengganu minta akui. Benda ini kita tidak boleh hendak mengaku kalau benda itu tidak buat. Benda ini telah dimaklumkan dan saya hendak maklumkan mesyuarat yang terakhir yang telah dihadiri oleh- ini saya menjawab bagi pihak Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin, MTTK.
Dia maklumkan dalam perjumpaan persidangan tersebut atau mesyuarat conference tersebut, salah satu intervention dia ialah dia katakan bahawa, “Malaysian Armed Forces presence in the Kingdom of Saudi Arabia merely to provide the necessary assistance and facilitate the evacuation of Malaysians in Yemen, should there be.” Kedua, “It remained in the Kingdom to provide humanitarian assistance and possibly contribute to rebuilding efforts if required.” Yang ketiga dia kata, “The presence of Armed Forces within the borders of Saudi signify our resolute stand with the kingdom in preserving the security and sanctity of the two Holy sites Makkah and Madinah.” So, memang tidak pernah terlibat dan dibuat secara terang ketika dalam meeting.
Dato’ Seri Reezal Merican
Kedua, saya hendak perbetulkan laporan UN- itu bukan laporan UN. Itu laporan panel of experts. Panel of experts itu tidak mengatakan Malaysia terlibat. Ada satu footnote di bawah itu yang mengatakan tadi, ketika salah satu daripada briefing ada Malaysia punya wakil hadir. Akan tetapi that is overtaken and override by explanation by Menteri sendiri kepada semua, right in front of The Crown Prince himself. So, that is the position of the country. Jadi Tuan Pengerusi saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, UN Binding Treaty.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Reezal Merican
Open ended binding treaty, that one saya sudah maklumkan kepada Datuk Paul Low sebab it is under him and he will be attending di Geneva nanti pada 29 dan 30 November kalau tidak silap, berkaitan dengan human rights and business and the pejabat Datuk Paul Low menjawab sendiri kepada Yang Berhormat secara bertulis.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Menteri, soalan saya tentang Syria, Yang Berhormat Menteri dan juga Malaysia sebagai perunding untuk menyelesaikan perang di Syria.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Yang Berhormat Menteri, saya hendak jelaskan sedikit lagi. Akhirnya Yang Berhormat Menteri kata kita tidak terlibat secara direct di Yaman tetapi walaupun kita terlibat sebagai sokongan, adakah kita perlu berada di Arab Saudi di bawah Tentera Bersekutu. Yang Berhormat Menteri tunjuk dokumen, saya juga ingin menunjukkan satu keratan akhbar daripada Al Arabiya, 5 November...
[Menunjukkan keratan akhbar] Briefing oleh Colonel Turki bin Saleh al-Maliki, 5 November di mana bendera Malaysia bersama dengan sekutu Arab Saudi. Kenapa kita perlu berada sama dengan sekutu Arab Saudi? Negara lain semuanya Afrika dan Arab. Itulah persoalan rakyat Malaysia.
Kita mesti memberi satu penjelasan yang meyakinkan. Kalau kita hendak bawa keluar rakyat Malaysia, sudah lama sudah keluar dan itu tidak meyakinkan langsung.
Terima kasih.
Dato’ Seri Reezal Merican
Saya tidak tahu bagaimana hendak meyakinkan lagi kalau statement Menteri di depan Crown Prince Mohammed bin Salman sendiri membuat pendirian yang jelas agar benda ini tidak disalah ertikan lagi. Sebab dia ada dua coalition, satu ialah Alliance of Islamic Military Against Daish, satu lagi Coalition of Saudi-Led Military in Yemen. Yang itu kita tidak terlibat. We are not involved and then it has been said categorically and this is a documented evidence that Menteri menjawab bagi pihak pendirian kerajaan.
Yang Syria tadi macam saya kata lah kita berperanan di peringkat multilateral tetapi hendak menjadi perunding dan sebagainya pada waktu ini, banyak negara yang tengah memainkan peranan sebab dia ada proxy battle antara macam sebagaimana yang disebutlah. Cuma pada waktu ini ia ada dua, tiga mekanisme yang telah digunakan di peringkat Syria. Jadi salah satunya ialah yang dibuat oleh Astana dan juga yang dibuat di Geneva, Geneva Talks I, Geneva Talks II and Geneva Talks III.
So, kalau hendak ada lagi satu mekanisme untuk hendak jadi perantaraan I think it will complicate pada waktu ini. Yang paling penting ialah kita hendak lihat kesungguhan the main actor of the P5 to come and find the resolution. Kalau tanpa mereka buat pi lah macam mana perantara pun, *it will never get resolved.
So,* saya fikir Tuan Pengerusi itu sahaja jawapan yang saya dapat nyatakan di Dewan yang mulia ini. Kalau ada perkara-perkara yang saya tidak dapat sebut secara langsung insya-Allah saya akan usahakan untuk hantar secara bertulis dan Yang Berhormat Lembah Pantai saya sudah jawab waktu tidak ada tadi. So, tidak mengapa lah. Okey, sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM616,677,700 untuk Maksud B.13 di bawah Kementerian Luar Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM616,677,700 untuk Maksud B.13 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM123,996,300 untuk Maksud P.13 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2018 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM123,996,300 untuk Maksud P.13 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2018]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Seterusnya, giliran Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Kepala Bekalan B.22 dan Kepala Pembangunan P.22 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terbuka untuk dibahas.
Yang Berhormat Hulu Rajang.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus merujuk kepada Butiran 020000 – Pengupayaan Ekonomi Luar Bandar.
Etnik Penan salah satu daripada etnik minoriti di Sarawak bumi Kenyalang.
Etnik Penan merupakan salah satu daripada sub etnik yang membentuk kaum orang hulu yang mempunyai lebih kurang 27 etnik bernaung di bawah sebagai sub etnik seperti sejarah penghijrahan kebanyakan kaum orang hulu di Sarawak. Etnik Penan yang berasal dari satu kawasan legenda yang dinamakan Dataran Usul Apau. Majoriti daripada etnik Penan ramai mendiami di kawasan Beram.
Namun, sebahagian besar turut mendiami di kawasan besar di kawasan Parlimen saya di Hulu Rajang. Seperti di Lung Gurun, Lusung Laku di Sungai Belaga.
Kesemua kawasan-kawasan ini adalah masih lagi kaya dengan hutan belantara yang merupakan punca pendapatan bagi etnik Penan berkurun di sana.
Namun, etnik Penan ini juga di klasifikasikan sebagai Orang Asli di Sarawak iaitu saya mohon bantuan melalui peruntukan diberikan khas kepada kaum Penan juga di Kementerian KKLW, harus diberi perhatian yang serius. Ini saya merujuk kepada peruntukan khas juga diberikan kepada masyarakat Orang Asli melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Semenanjung ini.
Butiran 030000 – Pembangunan Modal Insan dan Pendidikan. Tuan Pengerusi, pendidikan merupakan suatu perkara yang asas yang perlu diberikan kepada masyarakat agar etnik dan kaum mereka dapat berdaya saing. Dalam mendepani cabaran ekonomi pada hari ini, KEMAS merupakan satu cetusan idea yang sangat unik kerana memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak seawal pra-sekolah.
Saya menyambut baik pelaksanaan Program KEMAS di semua peringkat. Di kawasan Hulu Rajang, KEMAS memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan identiti sesebuah masyarakat. Namun, apa yang menyedihkan adalah kurangnya peruntukan yang disalurkan bagi membaiki pembinaan kelas baru dan juga keperluan paling penting, peralatan seperti generator yang merupakan bekalan asas iaitu elektrik yang sering kali terganggu.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Butiran 00611 – Program GIATMARA, Tuan Pengerusi. Pendidikan kemahiran di kawasan luar bandar merupakan institusi pendidikan yang dipandang sangat tinggi di kalangan para belia. Sambutan terhadap program kemahiran ini mendapatkan perhatian para belia, khususnya di kawasan luar bandar. Dahulunya kita melihat ramai pemuda meneruskan kerjaya ibu bapa mereka. Namun pada hari ini, dengan cabaran globalisasi, ramai anak-anak muda kita mengambil cabaran baru dalam meningkatkan ekonomi keluarga mereka dengan menceburkan diri dalam bidang aktiviti kemahiran.
Justeru itu, saya ingin mengesyorkan agar peruntukan khas dapat diberikan kepada GIATMARA di Daerah Belaga dan di Kapit. Ini selaras dengan aspirasi negara yang kerajaan mahu melihat lebih ramai belia melibatkan diri dalam sektor kemahiran.
Butiran 01702 – Bekalan Elektrik Luar Bandar di Sarawak. Bekalan elektrik luar bandar merupakan keperluan paling asas untuk sesebuah pembangunan masyarakat dan negara. Namun, saya kecewa kerana bertahun saya memohon bekalan elektrik untuk kawasan dari Long Mejawah, Pekan Belaga sampai ke Kanang Marit yang terletak di bawah DUN Belaga, namun masih tertunggu-tunggu. Bagi mendapatkan jawapan daripada pihak kementerian, saya berharaplah yang saya tahu apakah cabaran yang sangat besar dihadapi oleh pihak kementerian sehingga gagal membekalkan bekalan elektrik di kawasan ini?
Saya mohon agar bekalan elektrik diberikan kalau boleh dengan kadar segera.
Butiran 02002 – Bekalan Air Luar Bandar di Sarawak. Air merupakan sumber asas kehidupan untuk manusia. Negara kita kaya dan bertuah kerana dilimpahi dengan syurga air. Namun, apakah semua rakyat kita berjaya mendapatkan kemudahan air bersih, khususnya di kawasan luar bandar? Di Parlimen Hulu Rajang, saya menantikan sumber air bersih ini untuk rakyat di Long Mejawah hingga ke Kanang Marit dan juga di kawasan Hulu Rajang juga.
Keenam, Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Di Parlimen Hulu Rajang merupakan Parlimen yang terbesar di Malaysia dan kebanyakan jalan di kawasan saya masih menggunakan laluan balak.
Saya faham kerana populasi penduduk per kapita tidak sebesar kawasan lain di Semenanjung, namun prasarana asas kepada rakyat mestilah sentiasa diutamakan.
Saya berharap agar laluan Nanga Mujung ke Rumah Tungku Sungai Gat sepanjang 73 kilometer dapat disegerakan pembiayaan kerana saya meratapi kesusahan rakyat yang sentiasa menggunakan laluan tersebut. Saya turut ingin menyeru agar perhatian turut juga diberi kepada laluan jalan ladang ke penempatan semula Sungai Asap yang mempunyai sebanyak 15 buah rumah panjang.
Pada pilihan raya negeri yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM4 juta, namun peruntukan tersebut tidak mencukupi bagi menaik taraf jalan tersebut. Saya percayalah Kementerian KKLW akan meneliti perkara ini secara mendalam demi kesejahteraan rakyat kita kawasan Hulu Rajang.
Akhir sekali, Butiran 02400 – Jalan Perhubungan Desa. Saya turut tertarik dengan perhubungan jalan desa di bawah kementerian. Saya berharap agar kementerian dapat meneliti laluan Jalan Simpang Kayu Balak, Sembeling, Belaga ke Punan Bah sejauh 17 kilometer dan Rumah Melintang ke Sungai Gat sepanjang 7 kilometer dan juga laluan Rumah Ragai ke Sungai Gat - 11 kilometer dan Rumah Nading ke Sungai Gat - 13 kilometer. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Temerloh.
Tuan Haji Nasrudin bin Hassan - Temerloh
*Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 010100 – Prasarana.
Tuan Pengerusi, dalam tempoh tahun 2006 sehingga 2015 yang lalu, sejumlah RM7.5 bilion telah diperuntukkan. Saya mohon supaya pihak kementerian menyatakan di sini sejumlah projek-projek luar bandar yang telah dibangunkan di negeri Sabah khasnya dan juga jelaskan kepada kita bagaimana faktor-faktor berlakunya penyelewengan pada dana tersebut.
Tuan Haji Nasrudin bin Hassan - Temerloh
Ini kerana saya khuatir Kementerian Kemajuan Luar Bandar ini yang telah menerima peruntukan yang saya kira telah meningkat pada 6.66 peratus iaitu RM592 juta bagi tahun 2018 ini yang juga merupakan peruntukan kedua yang tertinggi selepas daripada peruntukan Jabatan Perdana Menteri.
Saya khuatir di mana ianya akan terus menjadi lubuk berlakunya penyelewengan. Kebimbangan saya ini Tuan Pengerusi, adalah sangat berasas. Oleh kerana apabila kita melihat kepada kes penyelewengan RM1.5 bilion baru-baru ini yang masih lagi di dalam siasatan. Ini menunjukkan betapa seriusnya penyelewengan yang berlaku ke atas satu-satunya peruntukan yang disediakan kepada kementerian.
Tuan Haji Nasrudin bin Hassan - Temerloh
Tuan Pengerusi, justeru itu saya juga di sini ingin mengambil kesempatan untuk memohon nyatakan jumlah projek luar bandar di seluruh negara. Kalau tadi di Sabah sekarang saya minta di seluruh negara yang memerlukan suntikan dana tambahan kepada projek-projek tersebut bagi menyambung semula pembangunan projek tersebut.
Apakah punca-puncanya yang menyebabkan projek-projek ini perlu kepada dana tambahan? Itu yang pertama.
Butiran berikut 010500 - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Tuan Pengerusi, saya mohon supaya dinyatakan di sini jumlah Rumah Bina Negara yang telah pun dibina oleh RISDA pada tahun ini. Jumlah yang telah diserahkan kepada pemohon-pemohon yang diserah milik kepada pemohon- pemohonnya. Serta, nyatakan juga unjuran jumlah Rumah Bina Negara yang akan dibina bagi tahun 2017 dan tahun 2018.
Berikutnya saya ingin tahu jumlah permohonan skim Rumah Bina Negara ini yang diterima pada tahun ini dan jumlah yang telah pun diluluskan oleh pihak kementerian. Demikian juga dengan jumlah pekebun kecil dan penoreh getah yang memohon dan yang telah menerima elaun di bawah Bantuan Musim Tengkujuh. Di samping itu, kalau boleh jelaskan juga inisiatif yang dilakukan oleh pihak kementerian bagi memastikan kesemua 440,000 pekebun kecil dan juga penoreh getah di seluruh negara menerima bantuan ini yang berjumlah RM261 juta yang disediakan untuk mereka.
Saya yakin memang mereka memerlukan kepada bantuan ini. Mudah-mudahan semua duit peruntukan yang telah pun disenaraikan ataupun diperuntukkan itu tidak lagi berlaku sebarang kebocoran ataupun ketirisan di mana-mana.
Tuan Pengerusi, melalui Butiran ini juga, saya perlukan penjelasan mengenai dengan jumlah keluasan tanah terbiar di luar bandar yang dimanfaatkan untuk Program Tanaman Baharu dan juga Tanaman Semula Getah. Nyatakan kepada kami jumlah penduduk yang terlibat dalam program ini. Seterusnya Butiran 020100 Pembangunan Usahawan Desa.
Tuan Pengerusi, saya ingin mendapatkan butiran lanjut berapakah sebenarnya jumlah dagangan domestik dan juga antarabangsa bagi produk usahawan desa pada tahun 2017 yang lepas dan sebelumnya tahun 2016? Apakah inisiatif ataupun inovasi yang dilaksanakan bagi mempelbagaikan lagi produk-produk barangan dan juga perkhidmatan usahawan desa ini?
Seterusnya, Butiran 040900 Penyelarasan dan Pemantauan. Tuan Pengerusi, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai dengan garis panduan yang disediakan dan juga langkah-langkah yang dilaksanakan bagi memastikan ia tidak berlaku sebarang penyelewengan ke atas peruntukan bagi projek-projek pembangunan luar bandar ini.
Bagaimanakah penyelarasan dan pemantauan itu dilakukan? Apakah bentuk garis panduan dan juga sebarang langkah yang telah pun diambil? Hendaklah dinyatakan secara jelas di bawah Butiran ini.
Terakhir ialah, Butiran 020000 - Pengupayaan Ekonomi Luar Bandar. Di bawah Butiran kecil 020200 - Kesejahteraan Rakyat. Saya sebelum ini ada mendengar tentang satu slogan ataupun satu tema yang dibawa, untuk ‘Membandarkan Kawasan Luar Bandar’. Saya percaya sudah tentu tema ini ataupun slogan ini adalah bertujuan untuk menangani kemunduran di kawasan luar bandar ini. Jadi, spesifiknya saya mahukan penjelasan daripada kementerian apakah bentuk-bentuk projek pembangunan luar bandar terkini yang telah pun dilakukan khasnya di kawasan saya lah, di kawasan Temerloh dan sekitarnya?
Tuan Haji Nasrudin bin Hassan - Temerloh
Justeru saya melihat, di kawasan Temerloh ini realitinya kalau dilihat pada prasarana dan juga infrastrukturnya masih banyak lagi yang perlu ditambahbaikkan dan perlu dinaiktarafkan jalan-jalan kampung dan sebagainya masih banyak yang uzur. Apa yang paling ketara mutakhir ini ialah terutama menjelang musim tengkujuh. Tebing-tebing Sungai Pahang, banyak yang runtuh dan ia telah mengancam laluan jalan raya dan juga tanah-tanah orang-orang kampung yang semakin terhakis.
Jadi, ini saya mahu lihat apakah yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan termasuk juga mutakhir ini, kecenderungan untuk peningkatan ekonomi rakyat ini ialah anak-anak muda kita mengambil kesempatan berniaga dalam talian. Berniaga secara online. Maka, ekoran daripada itu, untuk membantu mereka saya rasa Projek Kampung WiFi itu mestilah dilaksanakan secara berkesan. Oleh sebab, janjinya telah pun diberikan masa pilihan raya yang lalu. Akan tetapi masih banyak lagi kawasan-kawasan yang dijanjikan untuk adakan kampung WiFi ini, ia tidak berlaku. Kalau adapun tidak berkesan, masih banyak lagi kawasan-kawasan sekitar yang tidak mampu pun hendak capai coverage daripada pencawang yang dipasang.
Jadi ini adalah merupakan satu perkara yang perlu diberikan perhatian kerana mereka telah mula tertarik dengan slogan, dengan iklan-iklan dan promosi yang diberikan yang dibuat oleh pihak kerajaan dan juga oleh pihak agensi-agensi tertentu. Sebagai contoh, kempen perniagaan online #YouCanDuit itu. Ramai anak-anak muda yang mahu terlibat. Akan tetapi mereka tidak boleh hendak access dengan internet dalam kawasan kampung mereka. Akhirnya bagaimana mereka hendak online dan macam mana mereka hendak menjayakan hasrat mereka untuk berniaga secara efektif di talian? Seperkara lagi, kita tahu bahawa orang-orang kampung ini Tuan Pengerusi, mereka sebenarnya banyak bergantung kepada hasil kebun mereka dan juga pertanian kecil yang mereka usahakan.
Jadi, bagaimanakah pihak kerajaan membantu mengupayakan ekonomi mereka supaya hasil yang mereka peroleh daripada kebun mereka dan juga pertanian mereka itu benar-benar dapat menaikkan taraf kehidupan mereka? Saya lihat perkara ini sebagai contoh di kawasan saya ini masih lagi kedudukan mereka tidak meningkat.
Tidak dinaikkan taraf. Sebagai contoh, hasil-hasil tani mereka dibawa ke Pasar Tani.
Akan tetapi suasana di Pasar Tani terlalu daif dan terlalu ketinggalan berbanding dengan keperluan zaman masa kini. Jadi kenapa tidak imej ataupun Pasar Tani ini dinaiktarafkan? Bukan sahaja pada reka bentuknya pada lokasinya tetapi juga pada mekanismenya dan juga supaya dia boleh dilihat bersaing dengan pasaran-pasaran yang lain di luar dari kawasan bandar.
Kalau boleh produk-produk mereka itu biarlah lebih mudah untuk mereka pasarkan bukan sahaja di peringkat nasional kalau boleh sampai ke peringkat internasional pun hasil daripada tangan ataupun titik peluh orang-orang kampung ini.
Jadi saya mahu detail daripada pihak kementerian sejauh mana dan bagaimanakah pelan yang telah pun dijayakan oleh pihak kementerian? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, ada dua Parit yang bangun, saya panggil Yang Berhormat Parit Sulong dahulu.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Ada beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan untuk perbahasan dalam peringkat jawatankuasa ini.
Saya terus kepada Butiran B.020100 - Pembangunan Usahawan Desa. Saya hendak mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana menyediakan peluang untuk masyarakat luar bandar untuk terlibat dalam aktiviti keusahawanan termasuk- dibuat pula ada satu Program Pembangunan Perniagaan. Jadinya soalan saya pada pihak kementerian adalah adakah bila sudah buat program yang begitu banyak ini, adakah kementerian ada membuat pengumpulan data hasil jualan produk usahawan yang dibimbing di bawah kementerian itu sendiri?
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Adakah kementerian ada mengenal pasti apa lagi penambahbaikan yang boleh dibuat oleh kementerian untuk membantu usahawan-usahawan ini? Seterusnya, apakah pula peningkatan yang dibuat oleh pihak kementerian untuk membantu usahawan muda, usahawan wanita terutama dari segi mendapatkan informasi mengenai program-program kementerian untuk memajukan perniagaan mereka terutamanya kepada usahawan- usahawan desa yang berada di luar bandar ini?
Seterusnya soalan berkaitan Butiran ini adalah, bagaimanakah kementerian membantu penggunaan digital seperti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Temerloh tadi? Membantu untuk penggunaan digital di kalangan usahawan-usahawan desa bagi membantu mereka.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Sebabnya pasaran sekarang ini bukan hanya tertakluk atau tertumpu di kawasan keliling mereka sahaja tetapi juga mereka boleh menembusi di peringkat antarabangsa.
Seterusnya ke Butiran 020800 - Majlis Amanah Rakyat (MARA). MARA ini dia ada satu konsep yang dinamakan Edu-Biz-Park yang mana ianya dibina di tempat di kawasan yang sama itu ada dibina institusi pendidikan kemudian juga ada membina kawasan IKS, kedai-kedai dan juga penempatan penduduk, di kawasan yang berhampiran.
Jadinya, saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, apakah kementerian ada cadangan untuk menumpukan pada projek-projek Edu-Biz-Park di pekan-pekan kecil, di kawasan Parlimen saya terutamanya supaya dapat memberikan peluang kepada pertumbuhan pekan-pekan kecil agar dapat sama membangun dengan bandar-bandar.
Oleh sebab kalau kita bercakap mengenai bandar, bandar ini Tuan Pengerusi, dia memang private driven development, dengan izin. Jadinya Kementerian Luar Bandar ini sepatutnya fokus untuk membantu kawasan luar bandar ini boleh gerakkan lagi projek- projek yang boleh membantu penduduk-penduduk di kawasan luar bandar. Jadinya sebab itulah saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian, apakah ada perancangan untuk keluar dan juga adakah sekiranya ada perancangan ini termasuk ke tidak perancangan untuk membuat park ini di kawasan Parlimen Parit Sulong.
Seterusnya, untuk Butiran 02404 - Program Lonjakan Mega Luar Bandar termasuk juga Butiran 02503 - Pembangunan Ekonomi Luar Bandar dan juga Butiran 020200 - Kesejahteraan Rakyat.
Apabila bercakap mengenai transformasi luar bandar, ia mestilah berdasarkan kepada pembangunan fizikal dan juga intelek. Ia tidak boleh salah satu. Ia mesti kena ada dua-dua sekali. Sebabnya apa? Sebab kita hendak menukar persepsi bahawa luar bandar ini sebagai tempat di mana orang tidak berkemampuan berada di situ, tidak ada.
Kita hendak tukar persepsi tersebut. Kita hendak luar bandar menjadi satu tempat yang lebih baik. Oleh sebab itu dalam ucapan dasar saya ada bercakap mengenai konsep rurbanization.
Kita tengok contoh. Contoh yang ada seperti Janda Baik. Dahulu orang tidak hendak duduk di Janda Baik tetapi sekarang ini sudah maju, nilai tanah sudah bertambah, banyak pembangunan yang dibuat, jadinya ia dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat. Jadinya mereka tidak perlu hendak berpindah ke Kuala Lumpur. Saya ingin membuat cadangan terutamanya kepada pihak KKLW untuk membantu tempat-tempat kecil, pekan-pekan kecil seperti selaku Ahli Parlimen Parit Sulong, saya hendakkan pekan-pekan kecil seperti di pekan Parit Sulong itu sendiri dan juga di Sri Medan yang boleh dibina semula sebagai satu pusat pertumbuhan ekonomi setempat yang mana kawasan ini adalah kawasan luar bandar yang berada di bawah kementerian Yang Berhormat.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa]
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Jadinya saya hendak bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri yang berada di sini, adakah ada perancangan untuk kementerian mungkin bergerak secara N- BOS seperti berbincang dengan PLUS untuk membuka satu exit PLUS di kawasan Sri Medan. Kerana apa? Tujuannya adalah untuk membawa industri-industri kecil di kawasan tersebut seperti industri asas tani sebagai contoh, tourism, selepas itu boleh buat retail business yang boleh dapat kita besarkan dan kita kembangkan.
Seterusnya, apakah ada perancangan di KKLW untuk juga membangunkan usahawan-usahawan dalam IR4.0 seperti dalam bidang green technology, kita ada bidang Internet of things yang lebih berdasarkan kepada pengetahuan. Oleh sebab saya percaya kepada investment kepada human capital Tuan Pengerusi. Ini sahajalah yang boleh mengubah persepsi masyarakat luar bandar kepada satu keadaan yang lebih baik di masa akan datang. Jadinya saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian mengenai perkara ini.
Butiran 030700 iaitu Pendidikan Awal Kanak-kanak, KEMAS. Tahniah sebab ada transformasi sejak tahun 2016 yang mana penerimaan daripada masyarakat terhadap tadika ataupun pendidikan awal KEMAS ini sangat diterima baik terutamanya daripada masyarakat luar bandar.
Namun saya ada beberapa perkara yang saya hendak soalkan. Pertamanya, bagaimanakah kaedah yang digunakan oleh pihak kementerian untuk melaksanakan ada cadangan pengambilan guru Tadika KEMAS dengan syarat minimum mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan diploma untuk mengajar secara menyeluruh. Jadinya, sebab saya dapat tahu ada lagi yang belum melaksanakan syarat minimum ini. Kemudian seterusnya soalan saya adalah saya mohon kementerian juga menyatakan jumlah guru Tadika KEMAS di kawasan Parlimen saya dan berapa ramai lagi yang belum mempunyai, belum ada lagi syarat minimum ini. Apakah tindakan pihak kementerian dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini di kawasan Parlimen saya?
Kemudiannya saya juga hendak bertanya kepada pihak kementerian, adakah kementerian mempunyai perancangan untuk membanyakkan lagi program-program pendedahan ilmu secara berskala kepada anak-anak KEMAS? Mungkin contohnya seperti melawat Pusat Sains dan segalanya dan kita mungkin boleh dapat kongsi dengan anak-anak KEMAS dari luar bandar.
Seterusnya soalan saya berkaitan butiran ini adalah apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian bagi mengimbangi persepsi masyarakat bandar yang menanggap bahawa KEMAS ini hanya untuk kanak-kanak di luar bandar. Adakah pihak kementerian ada membuat satu kajian tahap kematangan kanak-kanak yang telah tamat pembelajaran di Tadika KEMAS di bawah kelolaan kementerian Yang Berhormat.
Seterusnya Butiran 051100 iaitu Bantuan Sara Hidup Bekas Kakitangan Kontrak KEMAS. Saya hendak pohon perhatian pihak kementerian mengenai kebajikan terutamanya pembantu Tadika KEMAS yang kita tahu tidak mempunyai pencen.
Jadinya soalan saya, adakah kementerian bercadang untuk menyerap mereka ini yang telah lama berkhidmat melebihi sepuluh tahun kepada status kakitangan tetap?
Adakah kementerian berhasrat juga untuk meningkatkan kadar gaji pembantu tadika yang ditugaskan membantu guru kerana at least mestilah mengikut kadar minimum gaji yang ditentukan oleh kerajaan sendiri, bukan hanya RM500?
Terakhirnya, adalah Butiran 010100 iaitu Prasarana bersekali dengan Butiran 02300 iaitu Jalan-jalan Luar Bandar. Saya hendak tahulah mengenai ini sebab banyak kali sudah diusulkan permohonan kepada pihak kementerian mengenai naik taraf jalan- jalan luar bandar, membesarkan jalan-jalan luar bandar. Hantar ke sini, dia tolak ke sana.
Hantar ke sana, dia tolak ke sini. Lama-lama tidak ada siapa yang buat apa-apa.
Jadi saya hendak minta kementerian untuk menyatakan sedikit sahaja.
Menyatakan berapakah sebenarnya jumlah yang diperuntukkan untuk menaik taraf jalan- jalan kampung di kawasan Parlimen Parit Sulong. Saya hendak minta supaya dibekalkan sekali senarai jalan-jalan kampung tersebut untuk dimaklumkan kepada masyarakat kawasan Parlimen Parit Sulong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bukit Katil.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin membangkitkan dalam perbahasan ini beberapa perkara yang ringkas sahaja.
Pertamanya ialah Butiran 020800 berkaitan dengan MARA. Saya ingin alu- alukan kementerian berkaitan dengan pelantikan Pengerusi MARA yang baru yang telah pun mengungkapkan komitmen beliau untuk menjadikan MARA itu jadi lebih bersih, telus dan mengikuti tata kelola perniagaan yang baik. Difahamkan juga MARA akan menubuhkan Unit Integriti untuk memerangi rasuah. Saya ingin bertanya kepada kementerian, bagaimanakah hasil siasatan pengerusi yang lama, yang dikatakan terlibat dengan penajaan Persatuan Bola Sepak Kelantan?
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Apakah ada feedback ataupun maklum balas yang baik tentang perkara ini walaupun kita ada pengerusi yang baru tetapi kita juga mesti mengambil kira tentang masalah yang lama. Dalam konteks ini, kita meletakkan MARA sebagai cagarannya yang tentunya menuntut kepada satu jawapan yang lebih menyeluruh daripada kementerian.
Perkara yang kedua Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan UniMARA.
Saya percaya UniMARA ini satu benda yang lama lah, sejak Pengerusi MARA yang lalu, Yang Berhormat Ruhanie Ahmad dan sehingga sekarang. Apabila saya baca laporan- laporan berita ini, diumumkan pelbagai peringkat mulai daripada tahun inilah, saya nampak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa ada kemungkinan UniKL yang sedia ada ini akan diserapkan dalam konteks UniMARA. Saya mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan keadaan ini. Akan tetapi sekarang ini sudah pun November, Yang Berhormat Menteri. Apakah kedudukan sebenar UniMARA ini? Adakah ia berjalan ataupun tidak? Kalau ia berjalan, bagaimana masa depan UniMARA dan apakah perancangan kementerian tentang perkara ataupun universiti ini?
Ketiganya Yang Berhormat Menteri ialah tentang MARA Digital. Kalau kita masih ingat insiden 8 Disember yang lalu iaitu kes Low Yatt yang telah menyebabkan pengumuman kerajaan untuk menubuhkan MARA Digital ataupun yang lebih dikenali dengan nama Low Yatt Kedua.
Saya ingin tahu kerana secara spesifik, secara khususnya, kementerian telah pun mengumumkan bahawa MARA Digital ini adalah untuk pengusaha bumiputera sahaja. Namun kita lihat selepas dua tahun, sekarang ini sudah tahun 2017, kita tengok laporan itu tidak memberikan gambaran yang baik. MARA Digital mengalami kejatuhan dalam jualan dan juga bilangan pelanggan. Setakat tahun lalu, Yang Berhormat Menteri sendiri ada umumkan bahawa MARA Digital hanya berpendapatan RM18.4 juta. Jadi saya fikir perkara ini mungkin perlu ditengok balik.
Saya ingin tahu apa pendirian kementerian kerana ada beberapa pakar-pakar ekonomi yang telah memberikan feedback, misalnya kalau saya boleh kongsi di sini, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) telah pun menggesa secara terbuka bahawa MARA Digital ini sepatutnya dibuka sedikit kepada para pengusaha yang bukan bumiputera supaya ada satu persaingan yang sihat agar perniagaan ini dapat memberikan impak ataupun kesan kepada peniaga-peniaga bumiputera khususnya orang Melayu kita dan sudah pastilah ini dapat memberikan opsyen ataupun pilihan kepada pengguna. Jadi dalam konteks ini, saya percaya kementerian mempunyai strategi kerana kalau ini pengumumannya adalah untuk memperkasa ekonomi orang Melayu, sudah pastilah kita yakin kerajaan tidak mahu melihat projek ini akan menjadi projek yang gagal.
Seterusnya Tuan Pengerusi ialah berkaitan dengan apa yang disebut oleh ramai ahli-ahli wakil rakyat tadi ialah berkaitan dengan KEMAS, pendidikan awal kanak- kanak dan sebagainya. Kita tengok sekarang ini ada banyak saingan. Ada KEMAS, ada juga PASTI, ada juga beberapa pusat pendidikan awal kanak-kanak swasta yang ditubuhkan dengan pelbagai brand dan juga pelbagai orientasi. Jadi saya ingin tanya dari segi kementerian, apakah ada satu study ataupun kajian yang dibuat secara menyeluruh agar KEMAS ini ia hanya tidak wujud sekadar satu organisasi ataupun institusi pendidikan awal kanak-kanak semata-mata.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Akan tetapi ia mengambil kira perkembangan semasa dengan juga menilai dan menyelidik pertubuhan pendidikan awal kanak-kanak yang lain agar pendidikan awal kanak-kanak KEMAS ini akan menjadi lebih efektif sesuai dengan peredaran zaman dan silibusnya itu, contentnya, saya percaya ini merupakan perkara yang harus diberikan tumpuan kerana kita meletakkan belanjawan sebanyak lebih kurang RM30 juta khusus untuk membina dan mendidik generasi masa depan anak-anak ini.
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya juga ingin bangkitkan tentang program khusus berkaitan dengan Program Pendidikan Tinggi Malaysia Jepun. Kita saksikan di sini, ada satu peningkatan yang agak signifikan lebih kurang dalam RM10 juta.
Jadi saya ingin tanya, dari segi, bagaimana the way forward dengan izin Tuan Pengerusi, Program Pendidikan Tinggi Malaysia Jepun ini, kerana ini satu program yang saya percaya berasaskan kepada pendirian kerajaan di bawah pentadbiran yang lalu iaitu Look East Policy untuk mendedahkan orang-orang muda ataupun anak-anak muda Malaysia ini terhadap perkembangan teknologi, perkembangan ekonomi yang baik di Jepun agar mereka dapat dibina dalam satu nuansa ataupun suasana yang lebih baik dan akhirnya dapat memberikan khidmat kepada negara kita. Jadi saya ingin tahu the way forward dalam program ini. apakah contentnya, apakah hala tujunya? Bagaimana kerajaan meletakkan sasaran sebagai pulangan apa yang ingin kita dapat daripada pelaburan kita yang cukup besar di dalam program ini.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin bangkitkan tentang perkara Pembangunan 02503 -Pembangunan Ekonomi Luar Bandar. Saya amat setuju untuk kerajaan memberikan tumpuan kepada mandiri ekonomi. Ini kerana kita berhadapan dengan suasana yang agak rencam sekarang ini, dengan masalah yang berkaitan dengan kenaikan harga barang, masalah yang berkaitan dengan hilangnya tiadanya pekerjaan, masalah kemiskinan di bandar dan juga di kampung. Jadi sudah pastilah pembangunan ekonomi luar bandar ini jadi satu alternatif kepada kemelut ataupun masalah yang sedang kita hadapi sekarang khususnya berkaitan dengan ekonomi.
Kita tahu bahawa di luar bandar ini kebanyakannya adalah orang-orang Melayu, orang bumiputera yang duduk di kawasan luar bandar. Jadi bagaimana kita ingin manfaatkan hasil daripada peruntukan kita yang banyak ini untuk memastikan agar program ini dibuat dengan lebih baik dan lebih tersusun. Ini kerana saya percaya Yang Berhormat Menteri, program-program seperti ini ia tentu tidak ada sekatan politik. Ia mesti melampaui transcend political party.
Misalnya saya di kawasan Bukit Katil, kita juga buat program-program dalam skala yang lebih kecil kerana mungkin atas beberapa sekatan, kita tidak boleh lakukan dalam skala yang besar tetapi program-program yang atas inisiatif sendiri. Saya percaya kalau katakan diberi ruang, kita boleh berkongsi, bertukar maklumat agar program pembangunan ekonomi luar bandar ini dapat dilaksanakan dengan begitu efektif. Jadi yang ini saya ingin tanya kementerian. Apakah perancangan yang lebih detail?
Bagaimana sasaran kita? Apakah unjuran yang akan kita dapat hasil daripada pemerkasaan kementerian khususnya dalam bidang untuk membangunkan ekonomi luar bandar ini?
Terakhir Tuan Pengerusi ialah Butiran 02300 - Jalan-jalan Luar Bandar. Saya juga bersama-sama dengan wakil-wakil rakyat yang lain. Banyak kadang-kadang apabila saya turun ke bawah dan bertemu dengan mereka yang berhadapan dengan masalah jalan kampung, jalan luar bandar ini. Mereka kata sudah beritahu kepada JKK. JKK kata tidak ada bajet. Jadi saya sebenarnya ingin tahu, sebenarnya bagaimana flow chartnya itu kalau katakan ada maklum balas daripada masyarakat. Adakah kena rujuk kepada Ahli Parlimen ataupun hendak rujuk kepada DUN, rujuk kepada JKK? Kalau sudah sampai JKK kata tidak ada bajet, how do we do about it? Jadi pada saya, ini satu perkara yang harus diberi penjelasan kerana kita meletakkan jumlah yang cukup banyak, hampir satu bilion untuk pembangunan jalan- jalan luar bandar. Ini kerana walaupun kawasan saya di Bukit Katil itu adalah kawasan yang campur, urban dan juga semi-urban, termasuk rural area, tetapi kita berhadapan dengan masalah-masalah seperti ini yang kadang-kadang kita fikir perlu cari satu jalan, ada satu SOP yang standard. Apabila ada masalah ini, ini salurannya.
Jadi kalau kata tidak ada bajet, yes, kita kata tidak ada bajetlah. Mungkin bajet tahun depan. Jadi, perkara-perkara ini biar ada satu certainty dengan izin Tuan Pengerusi kerana perkara ini saya lihat banyak wakil rakyat lain telah bangkitkan dan bagilah satu jalan yang lebih tetap, yang lebih sempurna, lebih fokus agar kita sebagai wakil rakyat dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat yang kita wakili. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membahaskan dalam Jawatankuasa bagi perkara yang berkait dengan 030400 - Kewangan dan Perolehan, KEMAS. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah pun mengadakan lawatan ke Tabika KEMAS dan juga agensi-agensi di bawah Kementerian KKLW di Pulau Pinang baru-baru ini semasa kita mengalami banjir.
Saya rasa Yang Berhormat Menteri juga telah pun melihat dengan sendiri tentang kerosakan-kerosakan yang berlaku terutama sekali di Tabika-tabika KEMAS dan juga Pusat-pusat Kegiatan KEMAS yang lain. Jadi di sini kalau kita melihat peruntukan yang diperuntukkan sebanyak RM28,934,300 ini adalah merupakan satu peruntukan yang berkurangan daripada peruntukan tahun 2017.
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sama ada pihak kementerian telah pun membincangkan ataupun mengadakan satu rundingan bagi menambahkan peruntukan tersebut memandangkan banyak pusat-pusat kegiatan KEMAS terutamanya tadika-tadika mengalami kerosakan-kerosakan yang amat teruk terutamanya.
Selain daripada itu, sebelum berlaku banjir pun Tabika-tabika KEMAS kita ini kebanyakannya perlu kepada maintenance, dengan izin. Pemantauan dan juga pembaikpulihan. Ini kerana banyak tadika-tadika kita telah pun rosak sama ada syilingnya, wiring-nya dan juga pagar serta bangunan itu sendiri yang dimakan anai-anai dan sebagainya.
Oleh sebab ini adalah merupakan faktor keselamatan kepada anak-anak pelajar di kelas-kelas tadika. Kita mengharapkan kementerian KKLW sentiasa memberikan perhatian dan kerajaan juga meningkatkan peruntukan kepada KKLW bagi tujuan kita menjaga dan memelihara kelas-kelas tadika yang ada di seluruh Malaysia dan khususnya di kawasan-kawasan yang mengalami banjir dan sebagainya.
Jadi dalam hal lain, saya juga ingin berbincang tentang perkara Butiran 050400 - Penajaan Pelajar Cemerlang. Kalau kita tengok di sini tidak ada langsung peningkatan kos yang diberikan kepada KKLW khususnya untuk menaja pelajar-pelajar cemerlang.
Di mana kosnya sama juga RM8,000,000 pada tahun lepas dan RM8,000,000 pada tahun ini. Jadi dengan mengambil kira keadaan kesempitan kehidupan, peningkatan kos sara hidup dan sebagainya. Jadi, bantuan kepada pelajar-pelajar cemerlang khususnya untuk mereka menyambung pelajaran dan juga biasiswa ataupun bantuan-bantuan lain adalah amat-amat diharapkan dan amat-amat diperlukan.
Ini kerana mereka merupakan aset negara dan mereka akan menjadi pemimpin masa depan. Jadi kalau adanya peruntukan yang ditambah terhadap peruntukan ini akan memberikan satu peluang kepada kita untuk membentuk satu generasi yang cerdik dan pandai pada masa depan untuk menjadi pemimpin.
Bagi perkara 050800 – Kos Operasi dan Penyelenggaraan Lampu Jalan Kampung. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan KKLW kerana telah pun menyediakan saya rasa satu jumlah lampu jalan yang begitu banyak.
Namun begitu ada satu perkara yang perlu kita pertingkatkan ialah bagi kawasan-kawasan yang tidak mempunyai penyambungan talian elektrik daripada TNB sedangkan kawasan-kawasan itu perlu kepada suluhan lampu-lampu jalan terutama sekali di kampung-kampung di kawasan-kawasan yang agak sedikit terpencil tetapi menjadi laluan bagi penduduk kampung dan sebagainya.
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Jadi, saya cadangkan supaya pihak kementerian menambahkan lagi lampu- lampu jalan yang menggunakan tenaga solar dan ia akan banyak memberi manfaat kepada penduduk-penduduk kita. Jadi, sewajarnya saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang perkembangan pemasangan lampu-lampu jalan yang menggunakan kuasa solar untuk kemudahan masyarakat kita di Malaysia.
Bagi Butiran 02400 – Jalan Perhubungan Desa. Kalau kita melihat di sini dalam Jalan Perhubungan Desa peruntukan telah pun dikurangkan daripada RM284,000,000 pada tahun 2017 kepada RM145,000,000 pada tahun 2018. Saya rasa pengurangan ini akan memberikan kesan yang tidak begitu baik kepada masyarakat kita. Ini kerana jalan perhubungan desa ini adalah merupakan satu ameniti sosial yang amat penting dan dengannya jalan-jalan dan kemudahan-kemudahan ini ia akan menjadikan penduduk- penduduk di kampung lebih selesa tinggal di kampung dan tidak perlu berhijrah ke bandar.
Dengan adanya jalan-jalan ini kalau mereka melaksanakan program-program aktiviti-aktiviti pertanian dan sebagainya mereka akan dapat gunakan jalan-jalan kampung ini untuk mengeluarkan hasil-hasil tanaman dan sebagainya. Jadi, apa yang telah dilakukan oleh KKLW selama ini memang terbaik dan kita katakan mencapai tahap tetapi oleh sebab kita ingin menggalakkan perusahaan-perusahaan kampung ini diberikan perhatian dan sebagainya maka peningkatan kepada penyediaan kepada Jalan Perhubungan Desa ini adalah menjadi satu keperluan dan satu perkara yang diambil berat oleh kerajaan kita terutama sekali oleh pihak KKLW.
Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjelaskan kepada kita tentang perancangan Jalan Perhubungan Desa bagi tahun 2018 dan saya juga mencadangkan supaya Jalan Perhubungan Desa ini diperbanyakkan lagi untuk kegunaan seluruh masyarakat.
Sebagai penutupnya saya ingin mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan juga KKLW yang begitu prihatin menggerakkan semua agensi di bawah KKLW terutama sekali dalam urusan menangani masalah banjir yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini, tahniah dan terima kasih. Sekian assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih kepada Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.
Saya ingin untuk mengambil bahagian dan hendak menimbulkan beberapa persoalan berkenaan dengan P.22 Butiran 00616 – UniKL. Saya melihat bagaimana peruntukan beberapa agensi pendidikan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ini nampak dikurangkan. Contohnya ialah UniKL dikurangkan bajetnya lebih kurang saya kira RM38 juta. Untuk UniKL. MRSM berlaku kekurangan sebanyak RM4,250,500 juta dan begitu juga dengan Kolej Poly-Tech MARA yang berlakunya kekurangan sebanyak RM9,250,500.
Persoalan saya mengapa perkara ini boleh berlaku? Sedangkan ini ialah merupakan soal pendidikan yang sepatutnya tidak boleh untuk di kompromi. Ini kerana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ini menjaga terutamanya dari kalangan masyarakat ataupun orang yang berada di luar bandar sama ada Melayu ataupun bumiputera. Inilah institusi yang boleh untuk kita membangunkan intelektual mereka dan banyak dari kalangan profesional korporat dan cerdik pandai yang hantar sehinggakan bertaraf profesor di universiti pada hari ini ialah lahir daripada institusi seperti begini. Terutamanya daripada MRSM.
Kita tahu sebagai pusat untuk melahirkan dan mengambil pelajar-pelajar dari kalangan mereka yang terdiri dari kalangan anak-anak luar bandar. Kemudian kita develop, dengan izin, akhirnya mereka ini menjadi orang yang berjaya. Saya menjadi pelikan apabila bajet pada kali ini dikurangkan begitu juga yang agak ketaranya ialah berkenaan dengan UniKL.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
MRSM ini dahulu saya sewaktu di Kolej Islam Klang. Kami juga merupakan sekolah asrama penuh termasuklah juga Tuan Pengerusi yang merupakan daripada Kolej Islam Klang, asrama penuh ketika itu. Kalau hendak bandingkan dengan bajet yang diperoleh oleh pelajar-pelajar MRSM dari segi makan dia, kualiti makan dia, kami di Kolej Islam hanyalah orang panggil setiap petang kadang-kadang makan ikan- orang panggil ikan jaket iaitu ikan cencaru sahaja. Sehinggakan berlaku demonstrasi, barulah bertukar daripada makan ikan jaket kepada makan ikan yang agak baik sedikit waktu itu ketika berada di Kolej Islam merupakan sekolah berasrama penuh.
Sedangkan MRSM merupakan daripada dahulu lagi kita melihat makan mereka yang agak baik sehinggakan ini satu kebaikan kepada anak-anak yang lahir daripada situ. Begitu juga saya hendak soalkan berkenaan program GiatMARA pun juga berlakunya kekurangan iaitu sebanyak RM6,131,000 berlaku juga kekurangan.
Sedangkan ini merupakan pusat untuk hendak melahirkan ataupun hendak mengambil pelajar-pelajar yang keciciran yang mungkin mereka ini lemah dari segi bidang akademik, tapi mereka Allah SWT. Telah berikan kemahiran kepada mereka maka kita latih melalui GiatMARA.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Secara tidak langsung ada serampang dua mata. Satu, untuk memberikan pengisian kepada mereka. Ini kerana kebanyakan ini- kadang-kadang pelajar-pelajar ini terdiri dari kalangan mereka yang keciciran pelajaran dan mereka yang agak ada masalah tetapi mereka boleh ditempatkan di sini.
Jadi, saya pun agak tertarik juga baru ini saya pergi melawat di tempat saya, di satu kampung. Hebatlah. Saya ingat boleh beri satu pujian kepada seorang jurulatih GiatMARA pergi cari pelajar di rumah. Kebetulan waktu dia sampai di rumah budak itu, saya pun sampai sama untuk hendak beri bantuan dan hendak panggil budak itu suruh pergi belajar juga, habiskan juga pengajian dia.
Kalau awak tidak pergi ini, nanti elaun awak tidak dapat dan sebagainya.
Nampak satu kesungguhan yang ditunjukkan oleh seorang jurulatih yang mengajar di Pusat GiatMARA Taiping. Saya rasa satu kebanggaanlah kalau saya mendapati seorang guru yang seperti begitu, yang begitu cakna mengambil berat terhadap pelajar-pelajar seperti begini. Tiba-tiba kita lihat tahun ini bajet dikurangkan hampir RM6,131,000.
Begitu juga saya hendak bincang berkenaan dengan Butiran 03100 – Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA) yang juga dikurangkan agak ketara sehinggakan kekurangan bajet ini sebanyak RM198,783,700 berbanding dengan bajet pada tahun 2017. Pada tahun 2017, FELCRA memperoleh RM217 juta tetapi tahun ini diturunkan sebanyak RM18 juta. Ini juga saya hendak mohon kepada pihak Yang Berhormat Menteri supaya menjawab.
Akhir sekali ialah saya hendak bincang berkenaan dengan Butiran 050200 – Elaun JKKK dan JKKKP yang sebenarnya meningkat. Meningkat, meningkat itu al maklum, kita pun tahu sebab apa meningkat. Tidak apalah itu. Itu rezeki JKKK. Meningkat sebanyak RM116,369,600.
Tuan Pengerusi, cuma saya hendak persoalkanlah berkenaan dengan kewujudan JKKKP ini di negeri-negeri yang diperintah selain daripada kerajaan yang dipimpin oleh parti Kerajaan Pusat seperti mana di Kelantan, di Selangor dan juga di Pulau Pinang. Kenapa kewujudan ini masih lagi wujud?
Pada saya ialah ini soal pembaziran yang sepatutnya tidak perlu lagi ada yang saya rasa yang dilakukan oleh zaman, rejim yang lalu, dengan izin, sehinggakan wujudnya begitu juga seperti mana kewujudan Pejabat Persekutuan di setiap negeri yang diperintah oleh parti-parti lain daripada Kerajaan Pusat. Pada saya, saya pergi kepada soal pembaziran wang dana rakyat ataupun dana awam. Sedangkan wang ini sepatutnya boleh digunakan untuk kebaikan ataupun projek-projek yang memberi manfaat terutama di kalangan masyarakat luar bandar.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Payah hendak pilih ya, ramai. Yang Berhormat Libaran.
Datuk Juslie bin Haji Ajirol - Libaran
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya membangkitkan soal-soal infrastruktur sahaja terutama di kawasan saya.
Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasihlah kepada kerajaan terutama sekali KKLW kerana dengan usaha untuk mentransformasikan pembangunan kawasan luar bandar, walaupun kawasan saya ini terbahagi dua, sebahagian besarnya luar bandar, sebahagian lagi di pinggir bandar. Mungkin kalau orang datang ke Sandakan, Airport Sandakan itu adalah sebahagian daripada kawasan saya. Namun pun begitu, banyak lagi perkara-perkara yang harus kita laksanakan.
Terutama sekali saya ingin menyentuh soal Butiran 01703 berkenan bekalan elektrik luar bandar dan juga Butiran 01707 berkenaan lampu jalan. Dalam dunia moden ini, sudah tentu tenaga bekalan elektrik ini amat penting kepada manusia bukan sahaja di bandar tetapi khususnya juga di luar bandar.
Terlalu banyak, kalau kita nyatakan tentang keperluan elektrik ini. Mungkin untuk menjimatkan masa, saya terus sahaja ke perkara yang perlu saya nyatakan iaitu di kawasan saya seperti yang saya sebutkan tadi, banyak lagi kampung-kampung yang memerlukan bekalan elektrik luar bandar ini. Kita tahu sekiranya ada kemudahan seperti ini, sudah tentu masyarakat luar bandar ini tidak lagi payah menjadi penduduk yang berhijrah ke pinggir bandar menjadi- selama ini pengundi saya banyak menjadi setinggan-setinggan di pinggir bandar disebabkan kemudahan elektrik di luar bandar itu tidak ada.
Oleh itu, dalam soalan saya pada tahun 2014, kementerian menyatakan bahawa baru dibekalkan sekitar 283 buah rumah yang dibekalkan. Jadi, saya ingin tahu daripada Menteri KKLW, daripada tahun 2015 sehingga tahun ini, berapakah jumlah kampung-kampung yang telah menerima bekalan elektrik ini dan berapa jumlah buah rumah yang telah dibekalkan?
Juga, saya ingin mungkin terus memohon bahawa Kampung Nelayan Sungai Apung perlu dibekalkan, begitu juga Kampung Sungai Seguntor dan juga Kampung Pamaguan, di mana kampung-kampung ini ada kemudahan balai polis selain juga sekolah rendah dan juga balai raya dan sebagainya. Jadi, saya harap kementerian dapat melihat perkara ini.
Selain daripada itu, adakah kementerian membuat kaji selidik selain daripada bekalan terus daripada pusat-pusat yang membekalkan bekalan elektrik- maksud saya boleh menjimatkan penggunaan kepada penduduk kampung.
Tuan Pengerusi, saya terus berpindah ke Butiran 02003 iaitu bekalan air luar bandar. Ini juga amat penting di kawasan saya kerana selama saya menjadi wakil rakyat, selama Kerajaan BN bertapak lebih kurang 25 tahun di Sabah, sememangnya ada perubahan tetapi perubahan ini kalau boleh kita laksanakan secara secepat mungkin sesuai dengan dasar kerajaan iaitu N-BOS, Lautan Biru, supaya semua rakyat dapat menikmati.
Untuk pengetahuan Menteri KKLW, di kawasan saya ini hanya menerima bekalan air bersih elektrik lebih kurang 60 percent. Jadi bererti 40 percent lagi terutama sekali di pesisir pantai dan juga di pulau-pulau yang belum mendapat bekalan air bersih.
Jadi, melalui bajet kali ini, walaupun tidak begitu besar tetapi saya percaya Menteri dapat melaksanakan terutama sekali di Sabah khasnya di kawasan saya mengikut keutamaan yang diminta oleh pemimpin-pemimpin di kawasan di mana saya sebagai wakil rakyat hanya menyampaikan keperluan yang disebut itu.
Datuk Juslie bin Haji Ajirol - Libaran
Oleh itu, saya memohon supaya keutamaan juga diberikan kepada Kampung Dandulit, Kampung Semawang dan Kampung Tanjung Pisau. Ini kerana saya sebut kampung-kampung ini di mana kampung ramai penduduk dan juga merupakan pusat daerah mengundi selain daripada mempunyai bangunan-bangunan kerajaan yang ada di situ.
Datuk Juslie bin Haji Ajirol - Libaran
Tuan Pengerusi, ada lagi satu isu mengenai kemudahan asas ini iaitu Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Pada tahun lalu ada dua jalan telah diperuntukkan iaitu satu Jalan Dandulit–Banting. Di mana jalan ini merupakan jalan utama ke beberapa buah kampung yang sudah tentu penduduk di situ bukan sahaja menunggu-nunggu jalan ini, bahkan ia sudah di viral di dalam media massa bahawa jalan ini kerajaan hanya janji sahaja.
Pada Mac tahun ini, saya dengan Yang Amat Berhormat Tan Seri Musa Haji Aman, kebetulan beliau memang berasal daripada kawasan Libaran, kita turun bersama- sama dengan Pengarah JKR negeri. Dia menyatakan bahawa jalan ini akan dilaksanakan secepat mungkin tetapi sehingga hari ini bayangan pun tidak ada. Ini Yang Berhormat Menteri, harap apa masalah sebenarnya jalan ini? Sedangkan jalan ini dimaklumkan sudah mempunyai peruntukan. Jadi, saya harap KKLW mengambil nota supaya jalan ini menjadi satu jalan keutamaan.
Selain daripada itu, saya juga berterima kasih kepada bajet tahun lalu ada lagi satu jalan yang menghubungkan antara rancangan Sungai Manila melalui Kampung Kuala Gum Gum menuju ke Tanjung Semawang. Jalan ini lebih kurang 20 kilometer kalau tidak silap saya. Untuk pengetahuan Dewan dan juga Yang Berhormat Menteri sendiri bahawa jalan ini adalah amat penting. Oleh sebab jalan ini merupakan jalan luar bandar yang merentasi beberapa buah tempat, kampung yang sudah tentu apabila terbina jalan ini, bukan sahaja ia memberi kemudahan yang baik dari segi akses kepada masyarakat tetapi sudah tentu banyak perkara yang baik boleh diwujudkan di kawasan ini iaitu kebetulan kawasan ini adalah kawasan perikanan dan juga pengeluar asas tani.
Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri dapat juga mengambil perhatian. Di mana jalan ini iaitu Jalan Kuala Gum Gum ke Tanjung Semawang dan telah pun diluluskan peruntukannya, saya difahamkan pada tahun lalu. Jadi, apa yang perlu saya nyatakan di sini, saya memohon supaya dalam jawapan Yang Berhormat Menteri, dapat clear sedikit bilakah dimulakan kedua-dua jalan ini? Oleh kerana apabila saya turun ke kawasan, sudah tentu rakyat akan bertanya kepada saya dan sudah tentu jawapan yang agak jelas dapat saya maklumkan kepada penduduk di kawasan berkenaan.
Selain daripada itu Tuan Pengerusi, ada lagi satu jalan menghubungkan Pekan Sungai Tiram dan terus ke Pekan Beluran. Jalan ini sememangnya amat penting kerana bukan sahaja kedua-dua pekan ini dapat dihubungkan, sudah tentu pembangunan melibatkan masyarakat luar bandar akan dapat kita laksanakan di kawasan ini. Sudah tentu benda-benda lain, saya tidak sebut di sini, dari segi menjana ekonomi, pembangunan insan dan sebagainya sudah tentu dapat kita laksanakan di masa hadapan. Jadi, saya rasa itu sahaja yang saya dapat sampaikan. Jadi, saya menyokong, Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sandakan.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, di bawah P.22, Butiran 01703 - Bekalan Elektrik Luar Bandar: Sabah.
Saya mendapat tahu tahun 2018 ada peruntukan sejumlah RM220 juta telah diperuntukkan. Akan tetapi mengikut laporan bajet kita, buku ini pada tahun 2016 ada peruntukan RM398 juta dan tahun 2017 ada peruntukan RM250 juta. Akan tetapi kedua- dua peruntukan ini tidak ada disenaraikan dalam bajet ini. Saya mahu tanya ini, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh memberi penjelasan.
Mengapa kedua-dua tahun ini peruntukan telah diperuntukkan tetapi tidak dipakai? Kedua-dua ini kosong, bermakna 2016, 2017 tidak ada peruntukan bekalan elektrik yang telah dipakai. Saya tidak tahu kedua-dua peruntukan ini sudah ditarik balik kah atau dibatalkan kah? Ini kita– mungkin Yang Berhormat Menteri selepas ini boleh memberi satu penjelasan.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Akan tetapi walau bagaimanapun, tarik balik kah atau batalkan kah, ini pun satu ketidakadilan kepada kampung luar bandar, penduduk di sana. Oleh sebab kita boleh nampak banyak pedalaman atau luar bandar punya kampung-kampung ada tiang sudah dipasang berapa tahun tetapi tenaga elektrik itu tidak sampai. Sampai ada tiang-tiang atau transformer yang sudah dipasang itu pun sudah berkarat, rumput pun sudah menutupi transformer. Akan tetapi bagaimanapun harap tahun 2018 ini, RM220 juta ini yang telah diperuntukkan boleh dipakai dengan sebaiknya.
Jadi Tuan Pengerusi, selain itu ada satu lagi Butiran 02003 - Bekalan Air Luar Bandar: di Sabah; yang tahun 2018 telah dikurangkan, daripada RM230 juta pada tahun 2017, kepada RM160 juta sahaja. Jadi, di sini kita rasa tidak cukup disebabkan peruntukan yang lalu yang diperuntukkan sebanyak RM3.3 bilion, RM2 bilion telah hilang mengikut water gate punya scandal. Jadi, sepatutnya ditambahkan peruntukan untuk luar bandar, kampung-kampung ini. Kita dapat tahu di kampung-kampung di luar bandar di sini banyak kampung masih belum ada lagi bekalan air yang bersih. Ini satu kemudahan yang asas yang semestinya semua mahu menikmatinya.
Akan tetapi sampai sekarang kita pun banyak bantu, bahkan kita punya impian Sabah, membina banyak paip graviti untuk sambung air untuk penduduk di kampung- kampung. Jadi, kita harap ini satu kemudahan, Yang Berhormat Menteri mesti mahu jaga bahawa kita pun tahu juga ada banyak tempat paipnya sudah dipasang tetapi air tidak sampai. Selalu ada kita pun tahu, ada tangki-tangki yang diberi tetapi tangki banyak, air tidak ada, apa guna? Satu rumah ada lima tangki, blue, blue, full tank yang ada lima, ada enam setiap tahun ada dibagi tetapi air tidak ada. Dia bilang, ‘Bagaimana Yang Berhormat, kita tidak ada air? Ada tangki pun tidak guna.’ Jadi, kita harap ini sahaja dua perkara, harap Yang Berhormat Menteri memberi perhatian, jadi boleh menambah baik.
Kasi tambah peruntukan bahawa ini memberi manfaat penduduk-penduduk kampung di luar bandar. Sekian.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ucap terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberikan saya peluang untuk berbahas peringkat Jawatankuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Saya ada beberapa tiga kluster sahaja yang saya hendak bincang iaitu berkaitan dengan B.22. Pertama sekali saya hendak bincang B.22 iaitu 00400 - Pendidikan Awal Kanak-kanak. 00500 berkaitan dengan GIATMARA dan juga berkaitan dengan Hal Ehwal Penoreh Getah. Pertama sekali saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian yang telah banyak berusaha untuk membantu generasi muda dan kanak-kanak khususnya melalui GIATMARA. Saya tertarik dengan KEMAS kerana kita dapat mendidik anak-anak di pendidikan awal yang kita panggil 4M, “membaca, menulis dan mengira’’ dalam konteks menaakul.
Saya ingin bertanya kepada Program Pendidikan Kanak-kanak Awal yang dianjurkan oleh KEMAS ini yang dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak
(Tabika) merupakan program beri peluang pendidikan bagi kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. Konsep Tabika KEMAS ini belajar melalui bermain serta diselaraskan dengan sifat semula jadi dengan kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya memperluaskan kepada kemahiran 4M tadi. Di sini saya ingin mencadangkan agar kalau boleh kita memperkasakan lagi modul Tabika KEMAS ini dalam konteks pendidikan menerusi pendidikan awal ini kita boleh dapat pendekatan-pendekatan seperti, kita sudah ada modul mengaji, belajar, bermain dan sebagainya.
Akan tetapi untuk memudahkan pendidikan formal untuk mereka pergi ke darjah satu selepas ini, saya hendak melihat keseimbangan, kesepaduan untuk pastikan kita tingkatkan, memupuk dan mengukuhkan kepada amalan nilai-nilai murni melalui usaha- usaha program yang terancang dan berstruktur.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jadi saya ingin bertanyakan kepada kementerian, apakah tindakan ataupun untuk menggalakkan perkembangan sosial, emosi, fizikal, intelek dan rohani (SEFIR) kanak-kanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi? Di antaranya, KEMAS ini kita tahu semuanya di kawasan-kawasan luar bandar.
Jadi mereka hendak masuk Darjah 1, adakah ruang dan peluang untuk kementerian untuk menambah bantuan sedikit untuk memberikan pakaian sekolah umpamanya kepada pelajar-pelajar yang hendak masuk Darjah 1 ini? Saya juga hendak tambah, adakah insurans untuk mereka-mereka, pelajar-pelajar ini yang berumur empat, lima dan enam yang berada di Tabika KEMAS, adakah ruang dan peluang yang kita adakan insurans untuk keselamatan kanak-kanak ini?
Keduanya, saya ingin pergi ke tajuk 025000 iaitu Pusat Kegiatan Masyarakat GiatTMARA ini dan juga berkaitan dengan program 00611 Program Mini RTC menerima peruntukan sebanyak RM2.6 juta melalui transformasi dan sebagainya. Akan tetapi yang saya hendak pentingkan di sini, saya melihat GiatTMARA ini yang mana kita baru-baru ini telah mengumumkan, saya hendak mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri bila sekolah tahfiz terbakar, Yang Berhormat Menteri di antara orang yang pertama sampai ke situ dan mengumumkan menambahbaikkan pusat tahfiz di Keramat. Saya percaya RM3 juta yang Yang Berhormat Menteri telah umumkan.
Saya juga ingin berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah memberikan peruntukan RM50 juta kepada GiatMARA bagi membaik pulih dan menyelenggarakan sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar. Saya ingin bertanya, bagaimana pula dengan tahfiz yang tidak berdaftar?
Apakah tindakan, ada atau tidak thinking out of the box kementerian melalui Yang Berhormat Menteri. Kementerian boleh belikan fire ball contohnya, hari ini kebakaran yang begitu menular. Kalau hendak mereka mudahkan, kita adakan *fire ball.
Fire ball* ini satu produk yang cukup bagus saya tengok yang mana di mana-mana sudah mula pakai, khususnya di negara-negara maju seperti Jepun dan sebagainya mereka sudah ada. Fire ball itu mereka simpan. Ada sahaja flame, api dengan izin, mereka baling, terus padam.
Jadi ini satu lagi pendekatan yang boleh kementerian memikirkan berkaitan untuk membantu khususnya nyawa yang banyak terancam dan telah pun terkorban dalam konteks kebakaran rumah-rumah, sekolah-sekolah pondok dan tahfiz Al-Quran.
Satu perkara lagi berkaitan dengan GiatMARA, ingin saya syorkan kepada Yang Berhormat Menteri melalui kementerian, boleh atau tidak kita tambahkan lagi lebih banyak modul berkaitan dengan automotif, berkaitan dengan repair motosikal dan sebagainya? Ini sebab generasi muda pada hari ini, dua perkara yang saya melihat khususnya di kawasan luar bandar, termasuk di kawasan saya.
Kita boleh jadikan automotif satu lagi modul berkaitan dengan construction iaitu pembinaan rumah dan sebagainya termasuk wiring. Jadi kalau ini kita boleh buka ruang kepada anak-anak muda dalam konteks peluang kedua yang boleh dapat kita membantu mereka, saya yakin dan percaya pada hari ini kementerian Yang Berhormat Menteri begitu aktif malah begitu proaktif dalam konteks buat pendekatan dengan generasi muda.
Ini sekali gus akan memberi manfaat di kawasan-kawasan Parlimen seperti Baling, Sik, kawasan Padang Terap dan kawasan-kawasan luar bandar dapat kita menghalusi masalah generasi muda.
Peluang kedua, saya hendak adakan satu lagi cadangan saya kepada kementerian wujudkan satu lagi program di bawah GiatMARA- GiatMARA terbaik.
Walaupun tempat saya, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri datang tengok, upgrade sikit. Masih lagi bangunan lama. Jadi minta tolong upgrade dan untuk Baling tidak ada automotif.
Kalau boleh kita adakan automotif di Baling, ia sebab peluang kedua ini kepada generasi muda yang mereka bergelar mat rempit dan sebagainya, kalau kita ada satu tempat yang mereka boleh sasar, boleh datang, kita buat persiapan untuk mereka ini sekali gus kita boleh bantu mereka agar gejala sosial berkaitan dengan mat rempit, najis dadah dan sebagainya dapat kita kurangkan. Malah insya-Allah kita boleh mengelakkan.
Ini di antara cadangan yang saya rasa kementerian Yang Berhormat Menteri untuk melihat bagaimana untuk membantu.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Selanjutnya di kesempatan ini juga, saya ingin membincangkan sedikit berkaitan dengan KEDA, rumah KEDA ini dan yang mana KEDA begitu aktif di dalam kawasan Kedah khususnya di Baling iaitu P.22 04100 Lembaga Kemajuan Wilayah KEDA. Saya minta kerjasama kementerian Yang Berhormat Menteri agar melihat bagaimana- KEDA ini sudah lama sikit, ada kekangan. Mereka tidak dapat buat rumah mungkin kerana bajet. Akan tetapi saya melihat ada bajet yang begitu agak Alhamdulillah handsomelah, dengan izin, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan telah memberikan, boleh tidak kita fokuskan?
Jikalau Yang Berhormat Menteri fikir, kalau kementerian tidak boleh bina rumah baharu, KEDA beri tumpuan yang banyak dalam repair, memperbaiki rumah, mengubahsuai rumah which is RM5,000 to RM10,000, dengan izin, banyak lagi. Kalau satu rumah hendak buat RM48,000 kalau kita boleh bagi peruntukan RM5,000 hingga RM10,000 malah kita boleh dapat lapan hingga sepuluh biji untuk dalam konteks bina satu rumah yang baharu. Ini sekali gus dapat membantu rakyat di kawasan luar bandar.
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kementerian khususnya isu pemasangan lampu jalan kampung yang mana telah diuar-uarkan oleh kementerian sudah mula dilaksanakan. Terima kasih banyak-banyak...
[Tepuk] Satu perkara lagi, berkaitan dengan kawasan saya di Baling. Saya amat memerlukan bekalan air luar bandar. Saya yakin dan percaya kementerian telah meluluskan, tetapi belum lagi dapat dilaksanakan memandangkan kementerian mungkin tidak ada kuasa, sebab dia serah kepada KEDA dan kerajaan negeri. Akan tetapi saya minta kementerian tolong pantau dan tengok sedikit, bagaimana boleh dapat dipercepatkan. Di Baling ini, untuk Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi, orang kenduri kahwin kena bawa lori, bawa air. Kalau lori tidak datang, air pun tidak ada.
Hendak buat kenduri pun payah.
Jadi kalau bolehlah ini satu lagi, sebab saya yakin dan percaya rakyat luar bandar amat-amat kasih dan sayang kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Luar Bandar yang begitu rajin turun ke padang. Saya yakin dan percaya, kalau pendekatan ini dapat kita memperkasakan, insya-Allah pilihan raya esok rakyat akan boleh nilai yang mana kaca dan yang mana permata, yang mana datang membantu rakyat, yang mana datang memfitnah dan mengelirukan rakyat. Biarlah rakyat jadi hakim dalam erti kata sebenarnya.
Saya yakin dan percaya, dengan gerak kerja Yang Berhormat Menteri dengan kementerian Yang Berhormat Menteri yang begitu proaktif untuk membantu rakyat di kawasan luar bandar khususnya insya-Allah kita akan memperoleh kemenangan kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan walk the talk.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Apa yang kita kata, kita laksanakan. Janji-janji kita tepati. Jadi saya harap apa yang Yang Berhormat Menteri dan jabatan di kementerian Yang Berhormat Menteri buat teruskan dan saya yakin dan percaya dapat kita melaksanakan delivery system. Bajet pun telah diluluskan dan lepas ini insya-Allah yang ini pun dapat diluluskan. Saya minta delivery system Yang Berhormat Menteri dan seluruh anak buah Yang Berhormat Menteri dalam Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dapat segera turun ke bawah untuk melaksanakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kapar.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dia kena lepas Yang Berhormat Baling. Dia adik-beradik baru sah Dewan ini. Saya mulakan bicara saya dengan menyentuh Butiran 020200 berkenaan dengan kesejahteraan rakyat.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Kalau kita tengok huraian yang telah diletakkan dalam buku ini Yang Berhormat Menteri ia telah mengatakan bahawa fungsinya ialah untuk merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program-program yang dapat menjana pendapatan kumpulan sasar dan menyediakan peluang-peluang memperoleh kemudahan asas latihan serta memupuk semangat dan sikap berdikari di kalangan keluarga kumpulan sasar. So, berkaitan dengan butiran ini, kita ambil maklum bahawa kesejahteraan masyarakat adalah elemen utama untuk menentukan level atau tahap pembangunan sesebuah negara. Kalau rakyat tidak sejahtera, maka dengan adanya bangunan-bangunan yang mewah tidak mencerminkan kesejahteraan yang sempurna.
Dari sudut ini saya ada tiga soalan khusus kepada kementerian. Pertama sekali adalah apakah kerajaan atau kementerian bercadang untuk memberi penekanan kepada pendidikan asas mengenai kesejahteraan masyarakat dan kesejahteraan sosial? Apakah inisiatif-inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa pendidikan asas ini dipupuk kan di kalangan kanak-kanak mahupun anak-anak muda?
Kedua adalah berkenaan dengan kajian tentang indeks kesejahteraan masyarakat Malaysia. Adakah kerajaan telah melakukan? Jika kerajaan telah melakukan, apakah dan berapakah indeks kesejahteraan masyarakat Malaysia? Adakah indeks kesejahteraan ini membezakan masyarakat bandar dan luar bandar? Saya ingin juga mengetahui daripada kementerian, apakah sample yang telah digunakan untuk mengetahui indeks ini sekiranya ada. Jika indeks ini tidak dilakukan untuk luar bandar dan bandar, saya minta Yang Berhormat untuk membuat satu kajian tentang kesejahteraan masyarakat Malaysia. Benda ini dilakukan di luar negara. Saya pasti di dalam negara kita pun mungkin telah dilakukan. Kalau tidak mungkin tidak akan dapat perincian perbezaan antara bandar dan luar bandar. So, saya minta penerangan Yang Berhormat sebentar nanti.
Bahagian ketiga saya adalah berkenaan dengan RM1,874,500 dibelanjakan sebagai emolumen untuk 20 orang pekerja di bawah kesejahteraan rakyat. Itu yang saya dapati daripada buku ini. Kalau saya silap, saya minta Yang Berhormat betulkan saya.
Jika itu adalah benar, bermaksud purata seorang diberi gaji lebih kurang RM6,508.68. Ini purata. Saya tidak kata setiap orang dapat. Saya hanya membuat andaian ataupun anggaran purata. Apakah peranan 24 orang ini untuk memastikan kesejahteraan dapat diberi penekanan? Apakah kumpulan-kumpulan sasar yang telah meningkat dari sudut peratus kesejahteraan mereka? Itu dari Butiran 020200.
Saya teruskan Tuan Pengerusi. Untuk menggabungkan beberapa butiran di bawah kategori Orang Asli iaitu Butiran 020300, Butiran 020400, Butiran 020500, Butiran 020600 dan Butiran 020700 yang berkaitan dengan kebajikan kepentingan Orang Asli.
Berbicara tentang Orang Asli ini, kita mendapati dana tahun lepas dengan dana tahun ini hampir sama. Kalau diberikan RM13.5 juta, sekarang RM13.6 juta untuk khidmat pengurusan. Pembangunan sosial ekonomi, RM13.6 juta. Sekarang ialah RM13.5 juta.
Perancangan dan penyelidikan RM1.6 juta dulu, sekarang RM1.5 juta. So, saya tidak nampak perbezaan yang ketara.
Akan tetapi Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi, kita bila berbicara dengan Orang-orang Asli, kita mendapati bahawa ada banyak rintihan. Ada banyak keluhan daripada orang biasa, Orang Asli. Antara keluhan yang telah dibawa ke hadapan khususnya secara peribadi kepada saya adalah rintihan ketidakpuasan hati terhadap JAKOA. Itu perlu diberi penekanan. Itu adalah salah satu faktor yang saya dapati. Saya rasa secara peribadi bahawa rintihan Orang Asli lebih ditumpukan kepada kegagalan dan ketidakpuasan hati terhadap JAKOA.
Saya minta Yang Berhormat Menteri berlapang dada menerima pandangan saya. Ini bukan kritikan. Ini sekadar kita bantu antara satu sama lain. Saya mendapat pandangan daripada mereka. Mereka telah luahkan pandangan itu kepada saya. Jadi Dewan ini adalah satu platform yang terbaik untuk saya maklum kepada Yang Berhormat Menteri. Jadi saya minta budi bicara Yang Berhormat Menteri memastikan bahawa JAKOA ini memainkan peranan mereka dengan sempurna.
Saya boleh juga menerangkan satu, dua isu yang dibangkitkan khususnya berkenaan dengan pelantikan Tok Batin. Saya difahamkan ada penglibatan JAKOA.
Bermaksud Orang Asli tidak diberikan satu peranan yang sempurna untuk memilih siapa ketua mereka.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Di samping itu, yang hangat diperkatakan adalah kegagalan JAKOA untuk mengendalikan isu-isu tanah warisan yang melibatkan Orang Asli. Ini dua adalah rintihan yang dikemukakan kepada saya dari pihak Orang Asli. Mereka tidak puas hati.
Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri kena bagi tumpuan kepada JAKOA.
Kegagalan JAKOA akan menjadi satu kegagalan komuniti Orang Asli. Kalau JAKOA diperkasakan, dimartabatkan, bermaksud secara langsung kita sedang martabatkan dan memperkasakan Orang Asli di Malaysia.
Di samping itu, point ketiga saya adalah berkenaan dengan Akta Orang Asli 1954. Berkenaan dengan akta yang juga dikenali sebagai Akta 134. Apakah kerajaan dalam masa terdekat ini bercadang untuk membawa akta ini ke Parlimen untuk diperbaiki supaya menambahkan perlindungan terhadap masyarakat Orang Asli kepentingan dan kebajikan mereka. Pandangan Yang Berhormat selepas ini.
Saya teruskan Tuan Pengerusi kepada Butiran 030700. Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS. Saya ingin mendapat pandangan daripada Yang Berhormat sebab di negara kita, kita ada tiga bahagian yang berbeza. Satu adalah PERMATA, lepas itu kita ada Tabika Perpaduan, lepas itu kita ada KEMAS. Ketiga-tiga ini memainkan peranan untuk menaikkan taraf ataupun membantu mendidik kanak-kanak di peringkat awal.
Saya tidak masalah dengan banyak agensi ini. Akan tetapi kerisauan saya adalah bila ada terlalu banyak agensi, kita ada overlap. Kita ada modul yang digunakan berbeza. Kita ada penekanan, ke perincian subjek dalam setiap tempat ini adalah berbeza. Untuk saya selalunya diberi contoh seperti PERMATA ada pasaran dia, sasaran dia. KEMAS ada pasaran dia, sasaran dia.
Akan tetapi sebagai anak yang dilahirkan di Malaysia, tidak kira di bandar mahupun di luar bandar, mereka perlu melalui satu modul yang boleh memartabatkan mereka dan memantapkan mereka sebagai seorang anak masyarakat Malaysia. Jadi mengapa kita ada pelbagai agensi? Satu di bawah Jabatan Perdana Menteri. Satu di bawah Kementerian Yang Berhormat. Jadi saya minta boleh atau tidak kita selaraskan kesemua ini di bawah satu badan dan satu kementerian menjaga dan membantu pendidikan awal kanak-kanak. Kalau tidak, saya rasa selalunya kita mengalami masalah bila kita ada situasi macam ini. Boleh.
Puan P. Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya bersetuju dengan apa yang dibangkit dengan oleh rakan saya saudara Yang Berhormat Kapar mengenai mengapa wujudnya KEMAS apabila ada PERMATA dan setahu kami semua di sini early child care education bermula dengan Kementerian Wanita. Jadi apakah bidang kuasa KEMAS ini, di mana mereka mendapat silibus mereka, sukatan pelajaran mereka apakah jenis perlindungan yang diberikan, mungkin kita boleh minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan. Terima kasih.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Masukkan sebahagian daripada ucapan Yang Berhormat Batu Kawan dalam ucapan saya. Pada waktu yang sama Tuan Pengerusi, izinkan saya seminit dari sudut pendidikan awal ini sangat penting. Saya dari awal lagi menekankan skop pendidikan kanak-kanak ini. Saya kecewa tempoh hari tiada Yang Berhormat Menteri yang menjawab isu PERMATA yang saya bangkitkan.
Walau bagaimanapun saya tidak mengharapkan kementerian ini untuk menjawab saya hanya perlukan jawapan dari sudut KEMAS. Akan tetapi untuk Dewan yang mulia ini saya ingin letakkan input saya bahawa di negara kita untuk pendidikan kanak-kanak ini kita ada Jabatan Perdana Menteri, kita ada Kementerian Pendidikan pun memainkan peranan pendidikan...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Hendak 15 minit kah ini?
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Sebab guru-guru PERMATA daripada Kementerian Pendidikan, lepas itu kita ada Kementerian Wanita.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Pengerusi, seorang 15 minit kah? Boleh tanya Tuan Pengerusi seorang 15 minit kah?
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
...Dan kita ada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. So kita ada pelbagai masalah. Yang Berhormat Bagan Serai come on, behave lah ini masalah pendidikan kanak-kanak.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Because you are given only 10 minutes.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
No, you can take your time.
Tuan Pengerusi tidak ganggu, saya sudah minta izin.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
No, no, it’s okay. I was wondering. Baby, I’m just wondering, That’s why I’m asking.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Are you a Speaker? I minta izin.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
It’s okay, your time is over.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
I minta izin, I minta izin, I minta izin.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Your time is over. I’m sitting here, waiting for my turn. Your time is over.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Bila masa you jadi Speaker?
Tuan Pengerusi, saya tetap sokong Tuan Pengerusi. Saya tidak akan sokong dia, jangan risau. Speaker tetap Speaker.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Pengerusi, dia cuba hendak jack Tuan Pengerusi.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Because we realize you can perform your duty well. Thank you. Yang Berhormat Menteri, itu pandangan saya terima kasih walaupun ada gangguan begini tidak akan mencabar sedikit pun kewibawaan Yang Berhormat Kapar bila memainkan peranan dia dan tanggungjawab dia sebagai Ahli Parlimen untuk kanak-kanak demi negara kita. Thank you.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sabak Bernam.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
Terima kasih Tuan Pengerusi memberi peluang walaupun rakan-rakan senior ada. Saya hendak menyentuh Butiran 010100 tentang Prasarana yang mendapat peruntukkan sebanyak RM350 juta. Saya hendak menyentuh tentang perumahan iaitu peruntukan bagi membina dan membaik pulih 17 ribu unit rumah usang dan daif di luar bandar dengan peruntukkan RM350 juta.
Saya ingin mengucapkan terima kasih lah kepada Kementerian KKLW telah memberi peruntukan kepada Sabak Bernam dan juga daripada daerah-daerah yang lain yang mana kita lihat sebanyak 100 buah rumah dan 40 bina rumah baru yang belum dibina dan saya mengharapkan daripada kawasan Parlimen Sabak Bernam dapat memberikan peruntukan segera kerana 100 buah rumah baik pulih dan 40 bina rumah baru.
Tuan Pengerusi, saya hendak tanya apakah perancangan kerajaan bagi mengenal pasti bilangan rumah kampung yang daif dan usang di seluruh negara supaya pembaikan rumah daif dan usang di seluruh negara dan juga rumah ini dapat dilaksanakan dengan lebih menyeluruh bagi kesejahteraan rakyat marhaen. Adakah kerajaan bercadang mengadakan bancian dan kajian peringkat nasional bagi maksud tersebut?
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 030700 - Pendidikan Awal Kanak- kanak, KEMAS. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang komited untuk mendidik pelajar-pelajar terutama dalam pembangunan sosial, emosi, fizikal, intelek dan rohani kanak-kanak seluruh negara.
Di Parlimen Sabak Bernam ada 32 Tabika Kemas dan tiga buah Taska PERMATA Kemas dengan bilangan pelajar berjumlah 553 pelajar bagi Tabika KEMAS dan 38 pelajar Taska PERMATA KEMAS. Memandangkan Tabika KEMAS di Sabak Bernam telah mula beroperasi semenjak tahun 1972 lagi iaitu sudah 45 tahun lalu menyebabkan ke semua bangunan Tabika dan Taska KEMAS mengalami berbagai- bagai kerosakan. Saya mengharapkan bahawa perlu penambah baikkan da memerlukan pendawaian elektrik dan seluruhnya termasuklah kerusi meja yang perlu diganti kerana rosak dan tidak selamat digunakan.
Saya mendapat maklumat ini terdapat 11,215 Tabika KEMAS seluruh negara dengan bilangan pelajar berjumlah 2,243 pelajar saya menyambut baik langkah kerajaan khususnya KKLW yang telah mengenal pasti sebanyak 198 Tabika KEMAS yang perlu di selenggara dengan segera di seluruh negara.
Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada KKLW ke atas keprihatinan kepada masalah yang dihadapi oleh Tabika dan Taska KEMAS di seluruh negara. Saya ingin mendapat penjelasan sama ada KKLW turut mengenal pasti Tabika KEMAS di kawasan Parlimen Sabak Bernam kerana kerosakan dan usang serta aspek keselamatan seperti pendawaian elektrik dan sebagainya.
Tuan Pengerusi, berhubung dengan KEMAS juga saya ingin menyentuh Butiran 030300 - Sumber Manusia dan Pentadbiran, KEMAS. Saya berharap kerajaan akan segera mengisi kekosongan jawatan Penyelia Kanan Parlimen termasuklah Parlimen Sabak Bernam dengan memberikan keutamaan kepada penyelia yang menjalankan tugas yang ada dan dilantik secara time based. Begitu juga jawatan Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga - Masakan sekurang-kurangnya seorang pemaju masyarakat setiap satu DUN.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mendapatkan penjelasan kerajaan berhubung dengan program-program mesra rakyat. Setakat manakah program ini telah dilaksanakan dan adakah kerajaan bercadang untuk menambah peruntukan sedia ada bagi program ini.
Saya ingin menyentuh Butiran 050000 - Program Khusus mengenai 050400 - Penajaan Pelajar Cemerlang dengan peruntukan sebanyak RM8 juta. Saya ingin mendapatkan penjelasan apakah kriteria untuk mendapatkan perbelanjaan ini dan apakah tujuan peruntukan ini serta sejauh manakah ia akan memberi manfaat kepada pelajar cemerlang terutama pelajar luar bandar.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Sabak Bernam adakah Yang Berhormat Sabak Bernam bersetuju dengan saya.
Pertamanya, saya hendak merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah memberikan peruntukan sebanyak RM2.5 bilion untuk membiayai pendidikan anak-anak bumiputera. Dari segi apa yang telah Yang Berhormat cakap pengupayaan ekonomi luar bandar ini dari segi fokus kepada pendidikan sebanyak RM3.5 bilion lebih telah diperuntukkan untuk termasuk dalam apa yang Yang Berhormat cakap tadi.
Cuma saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat, saya terdengar daripada rayuan para ibu bapa yang mengatakan bahawa permohonan untuk pinjaman pendidikan di bawah MARA ini tempoh masa yang diberikan itu pendek. Kalau boleh kita minta panjangkan sedikit. Sekarang ini dia iklan dalam mungkin 10 hari secara online. Kadang- kadang pelajar ini dia balik cuti ataupun secara kebetulan cuti. Jadi mereka duduk di kampung, kadang-kadang di kampung ini maklum lah kalau kampung di kawasan saya di Hulu Tembeling itu liputan internet pun tenggelam timbul, jadi dia tidak dapat. Jadi akhirnya dia terlepas daripada tempoh untuk memohon.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Kemudian saya juga dapat aduan bahawa kelulusan pinjaman yang dibawa oleh MARA ini mengambil masa yang lama. Mungkin tiga ke empat bulan baru dia tahu dia lulus atau tidak. Jadi ada sebahagian daripada pelajar kita ini yang menamatkan pengajian kerana mereka tidak dapat hendak meneruskan terutamanya dari segi belanja sara hidup mereka. Jadi apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
Terima kasih kepada Yang Berhormat Jerantut dan saya setuju dengan pendapat Yang Berhormat Jerantut dan sila masukkan dalam teks ucapan saya.
Akhirnya saya menyentuh Butiran 01707 - Pemasangan Baharu Lampu Jalan Kampung dengan anggaran RM7 juta.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
Saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah kriteria dalam pemberian kepada kampung-kampung? Ini kerana kita dapati dalam pemberian lampu jalan ke kampung- kampung ini kadang-kadang kita tidak seragam dan tidak selaras. Ada di antara kampung-kampung yang menerima banyak lampu jalan.
Ini kerana kita tahu bahawa kawasan luar bandar ini adalah memerlukan lampu jalan. Kalau kita dapati mungkin kawasan-kawasan perkampungan yang hampir dengan bandar kadang-kadang jalan lampunya sudah begitu banyak. Ada didapati lampu-lampu jalan yang berada di kawasan kampung terutama di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak kita lihat bahawa lampu jalan ini terlampau sedikit.
Saya mengharapkan bahawa kementerian mengadakan satu kriteria atau pun ciri- ciri supaya lampu jalan ini boleh dipasang di seluruh negara. Saya rasa itu, saya menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin merujuk B.22, Butiran 02000 — Bekalan Air Luar Bandar dan Butiran 02003 bagi projek bekalan air luar bandar di Sabah. Menurut laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tuan Yang di-Pertua. Peruntukan keseluruhan projek bekalan air luar bandar di Sabah dari tahun 2010 sehingga tahun 2015 berjumlah lebih RM2 bilion.
Di mana sebanyak 184 projek telah dan sedang dilaksanakan.
This is a report of PAC untuk air di Pulau Gaya. Saya ingin mengambil perhatian Dewan yang mulia ini mengenai projek sistem agihan air di Pulau Gaya yang terpaksa dihentikan oleh kerajaan negeri. Dapat apa Tuan Pengerusi, ini macam terkejut sama rakyat di Pulau Gaya. Dalam Laporan PAC, tujuan projek RM93 juta yang diperuntukkan oleh kementerian ialah untuk memberi kemudahan air kepada 2,441 rumah dan 15,000 orang penduduk di Pulau Gaya.
Tuan Pengerusi, apa yang berlaku ialah duit sudah dapat dalam nama orang miskin 15,000 orang tetapi projek ditahan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Ini macam gila oleh kerajaan. Alasannya kerana rumah-rumah ini dalam status kampung tidak sah. Baru cakap tidak sah. Duit sudah dapat, baru tidak sah. Hai ya ini orang. Bukan kerajaan sudah siasat kah, baru luluskan projek ini. Tiada siasat kah?
Sudah ada bajet, nama orang miskin baru cakap status kampung ini tidak sah. Ini gila punya kerajaan, bodoh. Tipu rakyat sahaja. Saya amat terkejut dan hairan. Saya juga berasa amat sedih dengan tindakan zalim Kerajaan UMNO, Barisan Nasional di Sabah.
Sumber air bersih merupakan hak asasi manusia. Namun keadaan di Sabah adalah sebaliknya. Walaupun saya bukan Ahli Parlimen Putatan, bagi kawasan Pulau Gaya saya rasa amat terpanggil untuk suarakan isu yang berlaku kepada penduduk Pulau Gaya.
Isu ini pun sudah saya banyak kali suarakan dalam Dewan yang mulia ini.
Kebanyakan penduduk di pulau dan di kampung-kampung berdekatan. Ini semua orang miskin, bukan orang kaya. Apa yang berlaku, penduduk terpaksa beli air dari orang tengah yang jauh dengan harga yang mahal. Mahal sekali lagi. Harga air yang dijual satu tong hanya 200 liter ialah RM35 sampai RM40. Mahal kah?
Kalau 1,000 liter, mereka kena bayar RM175 sampai RM200 —1,000 liter.
Keadaan ini jauh beza dengan harga domestik air di Kota Kinabalu iaitu 90 sen sahaja untuk 1,000 liter. Penduduk di Pulau Gaya terpaksa beli air dengan harga RM36 sampai RM40 lebih ganda lebih mahal. Mungkin harga air yang paling mahal, itu dia.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Yang Berhormat Menteri, boleh siasatlah sendiri. Apabila saya pergi ke kawasan tangki air atas bukit di Pulau Gaya, saya tengok meter. Penuh dengan air tetapi orang kampung di bawah tidak ada air.
Tuan Pengerusi, apabila Kerajaan Sabah menafikan hak rakyat untuk dapatkan bekalan air bersih kononnya status tanah tidak sah, di Pulau Gaya. Akan tetapi, di Pulau Gaya ada lebih kurang 4,000 orang pengundi. Pulau Sepanggar ada lebih kurang 300 orang pengundi. Adakah mereka ini pengundi hantu? Kalau pendatang asing, maka siapakah 15,000 orang penduduk di Pulau Gaya ini? Adakah pendatang asing? Kenapa tidak tangkap dan halau balik ke negara asal mereka. Kalaulah mereka ini Malaysian Citizens dengan izin, kenapa biarkan rakyat sengsara?
Ini betul-betul zalim Tuan Pengerusi. Saya ingin tegaskan, penduduk-penduduk Pulau Gaya berhak untuk dapatkan kemudahan air walaupun status kampung mereka tidak sah. Status kampung mereka tidak sah oleh Kerajaan Barisan Nasional. Bukan salah orang kampung, mereka ini adalah manusia juga macam kita. Kenapa dilayan sebegitu? Barisan Nasional memang tiada hati perut kah? Heartless? Betul-betul heartless punya Barisan Nasional.
Tuan Pengerusi, Pulau Gaya dan Pulau Sepanggar ini hanya terletak dekat sahaja dengan pejabat baru dengan kos RM600 juta Ketua Menteri. Hari-hari pun Ketua Menteri boleh nampak. Akan tetapi, apa yang sudah dia bikin kepada rakyat Pulau Gaya dan Pulau Sepanggar dan Kampung Numbak. Saya minta kerajaan perlu selesaikan segera masalah status kampung Pulau Gaya. Ini tanggungjawab Kerajaan Negeri Sabah.
Tuan Pengerusi, soalannya di sini ialah peruntukan lebih dari mencukupi untuk membekalkan setiap 2,441 rumah Pulau Gaya dengan air paip bermeter. Rakyat ada hak untuk tahu, apa sudah jadi dengan peruntukan itu? Mana duit paip dan duit meter yang hilang? Rakyat Pulau Gaya tanya.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Tuan Pengerusi, saya minta kerajaan melalui SPRM siasat hal ini leave no stone unturned. Check semua batu kecil atau besar. Lepas itu cuci batu itu dengan clorox cap PH, Pakatan Harapan untuk bunuh kuman supaya bersih dan putih. Siasat semua jabatan yang berkaitan, menteri, kontraktor, wakil rakyat termasuk Ahli Parlimen Putatan yang ada peruntukan untuk tolong rakyat. Mana peruntukan yang kerajaan bagi? Ini memang kerajaan syaitan yang tiada hati. Peruntukan yang diperlukan untuk pasang air paip bermeter kepada semua orang miskin sangat kecil berbanding USD90 juta yang masuk akaun Ketua Menteri Sabah di Switzerland atau RM2.6 bilion yang masuk akaun Official Number 1. Tolonglah rakyat Sabah siasat hal ini.
Akhirnya, Tuan Pengerusi, saya berharap mother of all election budget kali akan dapat bantu penduduk Pulau Gaya, Kampung Numbak, Sepanggar, termasuk di kawasan pedalaman di Semporna, Pitas, Keningau, Pulau Banggi dan banyak lagi kampung-kampung yang tiada air...
Seorang Ahli
Sudah habislah.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
...Dan electricity. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Limbang.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat, ramai lagi yang hendak berbahas? Yang Berhormat sekejap. Ramai lagi yang hendak bahas?
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, tidak apa. Kita sampai 3 pagi sebab saya sudah balik semalam...
[Dewan ketawa]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Saya terus, Yang Berhormat Menteri, menuju kepada Maksud B.22 Butiran 030700 – Pendidikan Awal Kanak-kanak, KEMAS dan juga Maksud P.22 Butiran 00500 – Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM).
Jadi saya mohon supaya bangunan KEMAS dan PKM ini yang ada di Limbang sekarang yakni adalah gred C dan kita mohon kalaulah ianya dapat dinaik taraf supaya diadakan asrama dan sebagainya mungkin kepada gred ‘B’ ataupun gred ‘A’.
Satu lagi ialah saya menuju bangunan PPAK. Di Limbang pada masa ini taska di bawah KEMAS hanya ada sebuah iaitu di Lubuk Sigantang dan saya terus-terang maklumat yang saya terima ialah anak murid dia begitu sedikit sekali, mungkin tidak sampai 10 orang, tetapi kita mohon supaya taska ini diwujudkan dua buah di Pekan Limbang. Mungkin yang di Lubuk Sigantang ini dipindah ke Pekan Limbang. Masalah tanah memang tidak ada problem, Yang Berhormat Menteri, sebab saya sudah berbincang dengan KEMAS, kita mempunyai tapak tanah yang memang kepunyaan KEMAS. Jadi kita memohon sekiranya dua buah taska di bawah PPAK ini, pusat asuhan kanak-kanak ini dibangunkan di Limbang.
Selain itu juga, Butiran 060200 – Kenderaan. Saya mengucapkan terima kasih kepada KEMAS kerana memang begitu bekerjasama dengan wakil rakyat dan juga memang kepedulian kepada rakyat di luar bandar, tetapi saya mohon on behalf of KEMAS Limbanglah, kenderaan mereka sungguh daif, Yang Berhormat Menteri. Saya kadang-kadang join dengan dia orang, kesian. Malahan saya pernah telefon KSU, kalau ada peruntukan baki tahun ini, berilah kenderaan baru sebuah untuk KEMAS. Dia orang betul-betul bekerja. Pergi hulu, pergi pekan dan sebagainya dan kadang-kadang kena juga kenderaan ini pergi Miri juga. Sekurang-kurangnyalah sebuah kenderaan baru.
Yang sekarang ada, kasihanlah, daif sungguh.
Yang seterusnya ialah Maksud B.22 Butiran 00611 iaitu GiatMARA. Jadi, GIATMARA Limbang ini saya telah pun menulis surat kepada Yang Berhormat Menteri dan juga pada sesi lepas telah pun dijawab bahawa diluluskan kalau tidak ada masalah boleh menyediakan tanah. Untuk makluman, tanah sudah ada, diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sarawak di Bandar Baru Limbang dan kita mohon supaya pembangunannya, pembinaannya dapat dibuat dalam tahun hadapan, Kompleks GiatMARA dan untuk menambah kursus yang dibuat, sebab masa ini ada air cond dengan welding sahaja.
Dengan adanya, insya-Allah, Pusat GiatMARA yang baru, mudah-mudahan kita dapat menambah kursus-kursus yang lain lagi dan ini adalah satu-satunya pusat vokasional yang mengeluarkan tenaga kemahiran di kawasan Limbang, di utara Sarawak ya, Limbang dan Lawas.
Seterusnya saya pergi kepada Maksud B.22 Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kerana Jalan Telahak Meritam/Buangabaii fasa keempat, insya-Allah, akan dibina pada tahun depan sebab hal isu dengan Lebuhraya Pan Borneo sudah pun selesai dan fasa kedua yang hari itu selalu saya sudah bangkitkan, saya baru telefon JKR tadi- hendak confirm saja, Yang Berhormat Menteri bahawa mereka sudah mula balik kerja, buat lapisan pertama siling untuk jalan raya tersebut dan difahamkan juga untuk di retender juga. Surat default telah pun dihantar.
Saya harap kalau default lagi sekali, akan lambat lagilah kalau hendak retender.
Saya mohon saja supaya bila dia siap siling untuk lapisan pertama ini dalam minggu ini dan mudah-mudahan mereka dengan, insya-Allah, pemantauan yang rapi, saya berharap kementerian dapat minta kontraktor ini menyiapkan sebelum hujung tahun ini untuk lapisan kedua.
Satu lagi ialah program elektrik luar bandar. Saya mengucapkan terima kasih juga kepada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah. Alhamdulillah, di pedalaman Limbang, di rumah-rumah panjang. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, hanya sebuah rumah panjang lagi saya minta. Itu saja satu-satunya tidak ada bekalan elektrik luar bandar- Rumah Lumbung. Insya-Allah, masa ini jalan raya tengah buat di bawah projek PMR dan, insya-Allah, jalan itu siap dalam tahun ini, maka laluan untuk tanam tiang elektrik ke Rumah Lumbung itu akan menjadi lebih mudah. This is the only rumah panjang yang tinggal.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Satu lagi ialah Maksud P.22 Butiran 01707 – Pemasangan Baharu Lampu Jalan Kampung. Saya difahamkan sebelum ini iaitu satu parlimen akan dibekalkan dengan 500 lampu jalan solar. Jadi untuk makluman sajalah, Yang Berhormat Menteri, bahawa tempat saya belum ada lagi di bawah program itu. Jadi minta dipohon supaya ianya dapat dilaksanakan walaupun berfasa. Sebenarnya saya telah pun submit tiap-tiap rumah panjang, berapa batang tiang lampu jalan yang sepatutnya didirikan.
Satu lagi ialah Maksud B.22 Butiran 050900 – Program Mini RTC ini. Memang mungkin Limbang agak terlambat memohon RTC tetapi sebelum ini saya rasa tiada keperluannya tapi sekarang ini apabila melihat sudah nampak keperluan itu, jadi saya memohonlah kepada pihak kementerian, pihak Yang Berhormat Menteri, apalah kiranya dapat disediakan sebuah mini RTC di Limbang.
Seterusnya iaitu tentang pembaikan pusat khidmat kebajikan - Butiran 060100.
Pembaikan kepada pusat kebajikan masyarakat yang ada sekarang. Mereka telah pun mendapat peruntukan sedikit saya difahamkan untuk membuat baik pulih sebab keadaannya juga banyak anai-anai, buruk dan sebagainya tetapi itulah satu-satunya pejabat yang begitu penting untuk masyarakat kita di Limbang. Jadi apalah kiranya kalau dapat diberikan tambahan bajet untuk pembaikan Pusat Kebajikan Masyarakat KEMAS Limbang ini.
Jadi secara menyeluruhnya, Yang Berhormat Menteri, saya mengucapkan terima kasih atas segala apa yang telah pun diberikan oleh kerajaan di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri KKLW di Limbang. Memang banyak, syukur, alhamdulillah. Hanya yang just a few small, small thing lah yang rasanya touch up yang kena buat untuk di Limbang ini, insya-Allah. Jadi saya pun mengucapkan terima kasih jugalah kepada kerajaan- mungkin ini last session kita atas segala pemedulian ke atas rakyat di Limbang. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Pasir Puteh.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya agak ringkas sahaja.
Pertama, di bawah Butiran 020800 – Majlis Amanah Rakyat (MARA). Kita dapati bahawa di sana itu ada peningkatan yang agak drastiklah. Peruntukan 2017 sebanyak RM1.3 bilion dan pada tahun 2018 ialah sebanyak RM3.4 bilion.
Jadi, kenaikan ini saya rasa mungkin dalam biasiswa, saya pun tak pasti. Kalau boleh dapat penjelasan daripada Menteri, di manakah peningkatan yang banyak ini?
Kalau dalam bentuk biasiswa kepada pelajar-pelajar yang dibiayai oleh MARA, berapakah bilangan pelajar yang dibiayai oleh MARA sekarang ini dan di dalam negeri berapa ramai? Di luar negeri berapa ramai? Adakah di sana itu ada pemotongan kepada penerima-penerima biasiswa MARA yang terdahulu dapat, misalnya 2012, 2017 dapat tetapi sekarang ini dipotong dan jika dipotong, apakah sebab-sebabnya? Itu yang pertama.
Kemudian di bawah Butiran 00606 – Kolej Poly-Tech MARA. Kita lihat juga peruntukan itu agak menurun juga daripada RM17 juta pada tahun 2017 menjadi RM10 juta. Jadi, pengurangan ini saya tidak pasti kenapa tetapi saya ingin tahulah. Kolej Poly- Tech MARA ini ada di Kelantan, satu tetapi berapa buah lagi yang ada di Malaysia ini dan sebenarnya bilangan pelajarnya, adakah mereka semakin bertambah atau berkurangan?
Kalau kita lihat kepada setengah-setengah kursus itu kita lihat permintaan kepada kursus-kursus yang ada pada kolej-kolej seperti ini semakin berkurangan misalnya nursing dan sebagainya. Jadi adakah di sana disebabkan oleh penurunan bilangan pelajar di Kolej-kolej Poly-Tech ini menyebabkan penurunan kepada peruntukan ini?
Tentang GiatMARA juga, kita lihat ada sedikit penurunan kepada peruntukan.
Jadi, adakah ia masalah yang sama? Saya rasakan GiatMARA ini boleh membantu lagi.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Walaupun peruntukan untuk kemahiran MARA itu meningkat dua kali ganda tetapi masih kita rasakan keperluan untuk ada GiatMARA ini diteruskan dan dimantapkan lagi kerana ramai lagi bilangan pelajar-pelajar yang agak lemah dalam akademik ini, mereka perlu kepada bimbingan di GiatMARA. Sedikit, kalau boleh pihak Menteri memberikan sedikit gambaran bagaimanakah penerimaan sektor industri, menerima mereka daripada GiatMARA ini. Adakah peluang pekerjaan kepada mereka ini baik atau semakin berkurangan dengan adanya pusat-pusat kemahiran yang lain?
Kemudian, di bawah P.22, Butiran 00615 – Pinjaman/Pembiayaan Secara Islam. Kita lihat ada peningkatan yang 50 peratus lebih kurang daripada tahun 2017, RM100 juta dan pada tahun 2018 kepada RM158 juta. Saya ucapkan tahniahlah kepada pihak kerajaan kerana mengangkat pembiayaan ini. Hanya saya hendak tahu, duit ini letak di mana? Di MARA kah atau di bank, mana dan bagaimana prosedur dan syarat- syarat untuk memohon pembiayaan Islam ini? Itu satu.
Kemudian, di bawah B.22 Butiran 050500 – Program Pendidikan Tinggi Malaysia-Jepun. Kita lihat di sini ada peningkatan juga, tahniah. Bermakna bilangan pelajar ini mungkin bertambah. Jadi saya ingin tahu berapa ramai pelajar-pelajar kita di Jepun sekarang ini dan kalau kita lihat di Jepun ini, bahasa Jepun agak susah. Saya rasa susah untuk pelajar kita tetapi tahniahlah kepada pelajar-pelajar kita.
Boleh pergi ke sana dan belajar dalam bahasa Jepun dan mempelajari budaya Jepun yang perlu kita pelajari dan kita bawa balik budaya kerja mereka, budaya pemikiran mereka itu kita boleh bawa balik ke tempat kita untuk membangunkan negara kita. Look East Policy itu agak baik. Jadi saya tidak membantah program ini bahkan saya menyokong. Saya ingin tahu juga berapa ramai pelajar kita di sana dan pelajar kita yang dihantar ke sana itu dalam bidang apa? Itu sahaja.
Kemudian, yang akhir sekali secara ringkas, saya hendak menyentuh tentang KEMAS. KEMAS ini ialah untuk membangun modal insan dan pendidikan di kawasan bandar dan luar bandar. Walaupun dahulu mungkin lebih kepada luar bandar dan ia adalah suatu yang saya rasa suatu jentera kerajaan yang penting dalam memberikan kesedaran dan program kerajaan kepada rakyat di bawah. Kalau dia berjaya, maka dia boleh mengangkat kedudukan kerajaan dan boleh mengekalkan kerajaan tetapi sebaliknya jika dia gagal, maka kerajaan akan berubah. Itu pandangan saya tentang kerja KEMAS ini.
Akan tetapi saya lihat kesannya mungkin di negeri saya tidak begitu nampak sangat. Yang kita nampak hanyalah kepada tadika sahaja dan tadika ini banyak persaingannya dan kita lihat tadika KEMAS ini agak mundur jika dibandingkan dengan PERMATA, dengan tadika-tadika swasta dan hatta dengan PASTI pun susah nak bertanding. Walaupun peruntukan kepada PASTI tak begitu banyak tetapi natijahnya kita lihat jauh PASTI ke depan jika hendak dibandingkan dengan KEMAS.
Jadi saya rasa ini perlu diperbaiki dan cubalah untuk mempelajari sedikit sebanyak daripada tadika-tadika yang telah berjaya dan bagaimana mereka telah memperbaiki. Mungkin PERMATA boleh membantu sebagaimana yang dibawa oleh Yang Berhormat Kapar tadi. Walau bagaimanapun KEMAS juga ada kerja-kerja lain yang mana tidak ditonjolkan iaitu untuk memberi kaunseling, mengajar kemahiran-kemahiran kepada rakyat biasa ini yang sudah dewasa.
Jadi misal kata Butiran 030600 – Pendidikan Kemahiran, KEMAS. Kita lihat peruntukan itu masih ada dan masih banyak. Hanya kita lihat dengan lapan orang pekerja, kalau kita lihat itu RM1.6 juta, lapan orang pekerja. RM1.6 juta, makna hebat kan gajinya itu. Sama hebat dengan wakil rakyat ADUN. Jadi, saya nak tahulah sikit apakah jawatan ini, kelulusan mereka dan kehebatan mereka ini misalnya sedangkan mereka ini misalnya dalam bidang pendidikan kemahiran ini, mengapakah gaji mereka ini begitu tinggi? Adakah kelulusan mereka ini Phd, Master dan sebagainya atau apakah kelebihan mereka misalnya.
Walau bagaimanapun, kita lihat ada masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam bab ini. Saya tak tahulah, saya nak tahu dan hendak dapat pendapat daripada Yang Berhormat Menteri, apakah kejayaan sebenarnya daripada usaha-usaha untuk kita membangunkan masyarakat dalam kemahiran ini melalui KEMAS ini sedangkan ada MARA, ada jabatan-jabatan lain. Jadi, apakah peranan KEMAS di dalam membawa kemahiran-kemahiran ini kepada masyarakat umum di bawah sana. Saya rasa itulah sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sik.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi kesempatan saya untuk berbahas dalam Jawatankuasa KKLW. Saya ada banyak tetapi disebabkan oleh masa, saya ingat Yang Berhormat Menteri, saya akan tanya soalan-soalan sahajalah. Yang pertama, berkenaan dengan MARA.
Dalam Butiran 020800, MARA diberi peruntukan yang banyak iaitu lebih daripada RM3 bilion. Saya tidak mahu ulas tetapi soalan saya ialah berkenaan dengan pendidikan.
Yang pertama, berapakah dana terkini MARA berkaitan dengan penajaan pelajar ijazah di luar negara?
Yang kedua, negara manakah yang menjadi pilihan MARA untuk menghantar pelajar ke luar negara pada masa sekarang, dan seterusnya yang ketiga, apakah kursus utama MARA anjurkan kepada pelajar luar negara sama ada akauntan ke ataupun ekonomi, jurutera, doktor dan sebagainya? Berapakah kadar bayaran? Apabila mereka telah lulus dan balik bekerja, apakah kadar bayaran balik pinjaman kerajaan yang diberikan kepada pelajar luar negara ini? Selain daripada itu, masih dalam MARA lagi.
Lebih kurang 10 tahun yang lepas, ada satu program yang kalau tak silap saya, nama program itu ialah Hati Emas. Ada kaitan dengan IKM di mana KKLW ada buat rumah dan Sik juga mendapat lebih kurang 40 buah rumah. Saya nak tanya, adakah program ini masih diteruskan oleh kementerian?
Seterusnya masih dalam MARA lagi, saya ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerajaan, kementerian, Menteri KKLW yang telah memberi sebuah MRSM kepada Sik dan sekarang ini dah diluluskan dan sedang berjalan sekarang. Tanahnya telah ditetapkan dan sekarang ini kami wakil rakyat memantau dengan dekat MRSM ini dan sekarang dalam proses pengambilan tanah.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Satu soalan. Soalan ini sama dengan soalan masa saya minta MRSM pada tahun 2013 dahulu. Sama soalan Yang Berhormat Kota Bharu. Yang Berhormat Kota Bharu tidak ada di sini. Dia orang Sik. Soalan ini nampak macam tidak relevan tetapi rakyat dok tanya kami, wakil rakyat. Apakah MARA memberi pertimbangan khusus kepada pelajar-pelajar tempatan di dalam Parlimen ini supaya diberi keutamaan untuk memasuki MRSM? Kalau ada keutamaan untuk orang tempatan, berapa percent dan juga kelayakan-kelayakannya? Kalau Yang Berhormat Menteri jawab dalam tulisan pun tidak ada.
Seterusnya, saya ingin sebut berkenaan dengan agensi KKLW di Kedah iaitu KEDA. KEDA juga mendapat peruntukan sebanyak RM45.7 juta iaitu bagi saya, saya ingat satu peruntukan yang banyak dan kita tahu bahawa fungsi KEDA ialah meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk luar bandar.
Soalan saya ialah yang pertama, apakah bentuk projek yang akan dilaksanakan di Kedah di bawah KEDA pada tahun depan iaitu 2018, termasuk di Parlimen saya, Parlimen Sik?
Apakah kementerian berpuas hati dengan pencapaian peningkatan taraf sosioekonomi penduduk KEDA? Kalau ada cerita success story, cerita kejayaan penduduk KEDA di dalam bidang keusahawanan. Apakah bentuk program jangka panjang agar penduduk KEDA dapat dikeluarkan dari garis kemiskinan, terutamanya bagi generasi kedua, dan generasi ketiga?
Tuan Pengerusi, saya pergi bawah Butiran 004000 – Pendidikan Awal Kanak- kanak. Pertama, saya hendak tahu, berapakah jumlah peruntukan untuk Tadika KEMAS dan peruntukan penambahbaikan tadika-tadika KEMAS yang uzur?
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Oleh kerana saya dapati bila saya membuat lawatan di tadika KEMAS di dalam Parlimen Sik, banyak juga tadika KEMAS ini premisnya uzur, keadaannya tidak berapa memberangsangkan dan perlu kepada penambahbaikan dan juga pembaikan.
Kedua, berapakah bilangan tenaga pengajar untuk tadika, seperti ramai Ahli Yang Berhormat bincangkan, yang ada kelulusan peringkat Diploma? Apakah perancangan jangka panjang tadika KEMAS ini?
Saya beralih kepada Butiran 030200 – Komuniti Desa. Pada tahun 2015, terdapat program yang berkaitan dengan komuniti desa, di mana KKLW telah memperkenalkan Anugerah Ilham Desa yang di dalam Parlimen Sik ada satu projek yang dipanggil tanaman padi organik, tempat itu dipanggil SRI Lovely.
Soalan saya, ini di bawah KEDA. Adakah program seperti ini masih dijalankan untuk pembangunan komuniti desa? Satu lagi soalan saya berkenaan dengan padi organik ini, apakah pensijilan? Padi organik ini, satu kejayaannya ialah bila saya memantau juga, saya melawat dan juga melihat dengan dekat tentang projek ini, apakah pensijilan MyOrganic dan bagaimanakah proses beras padi organik ini dibuat? Ini disebabkan oleh kilang yang ada hanya proses padi konvensyen. Kalau kita buat projek padi organik ini banyak, jadi kita hendak proses itu kalau sikit tidak apa, kita guna cara tradisional tetapi kalau banyak, kita kena ada mesin untuk memproses padi organik ini.
Kalau di luar negara, padi organik ini sangat menjadi satu- marketnya tinggi.
Saya pergi kepada Butiran 020100 – Pembangunan Usahawan Desa. Terdapat kolej kemahiran GiatMARA yang fokus kepada kemahiran seperti kek, pastri, jahitan, solekan, pemotoran seperti GiatMARA yang lain.
Soalan saya ialah bagaimanakah kementerian memberikan pendedahan kepada mereka yang mempunyai kemahiran untuk melakukan perniagaan sendiri? Ini saya tengok di tempat saya, pekerjaan yang didapati oleh budak-budak atau pelajar yang keluar daripada GIATMARA ini tidak berapa memberangsangkan.
Kedua, adakah terdapat program berkaitan pembangunan niaga, kemudahan pembiayaan secara terus kepada lepasan kolej kemahiran, terutamanya di kawasan saya.
Saya pergi pula kepada Butiran 02300 – Jalan-Jalan Luar Bandar. Tahun lepas saya ada minta kepada kementerian satu jalan shortcut yang menghubungkan Parlimen Sik, kawasan Sik dengan Parlimen Baling iaitu di antara yang menghubungkan Sik di Kampung Hujung Bandar dan juga di Baling.
Jadi, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada kementerian sebab selepas saya cakap itu, seminggu, pegawai daripada KKLW Kedah sudah pergi tengok. Jadi, saya hendak tanya, macam manakah status perkembangan projek ini, sampai tahap mana? Saya ingat Tuan Pengerusi, setakat itu. Saya ada lebih masa satu minit lebih sedikit. Saya bagi kepada Yang Berhormat yang lain. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Yang satu minit itu saya hendak ambil peluang. Dulu Yang Berhormat Menteri kita jadi backbencher, dia memperjuangkan untuk diwujudkan semula LKWJ dan DARA. Sekarang ini Yang Berhormat Menteri sudah pun jadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Sampailah masanya perjuangan Yang Berhormat Menteri dulu diteruskan semula. Jadi, kalau negeri-negeri lain ada KEDA, ada KADA, KEJORA, Pahang ini dibubarkan. Saya ingat Yang Berhormat Rompin pun bersetuju selepas ini.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Setuju.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sebelum panggil Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Shah Alam. Sila.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tinggal Yang Berhormat Shah Alam sahaja dalam bilik ini.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya, Shah Alam ini bukanlah luar bandar tetapi oleh kerana ada beberapa persoalan yang perlu dikemukakan bagi pihak parti saya, maka saya ambil kesempatan untuk meminta penjelasan.
Ini di bawah B.22 Butiran 010000 – Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Asas, Butiran Kecil 010100 - Prasarana. Anggaran adalah sebanyak RM4,689,000 yang mana kalau dibandingkan dengan tahun 2016, sedikit peningkatan. Akan tetapi tahun 2017, anggaran yang asal adalah sebanyak RM6 juta. Lalu daripada RM6,647,000 turun kepada RM4,689,000. Ada penurunan hampir RM2 juta. Ini merupakan satu perkara yang agak menimbulkan tanda tanya.
Oleh kerana isu berkaitan prasarana ataupun projek yang melibatkan program pembekalan air dan elektrik sering ditegur oleh Ketua Audit Negara. Pada tahun 2015, siri satu berkaitan Program Bekalan Air Luar Bandar di Sabah, tahun 2015 siri dua Program Bekalan Air Luar Bandar Semenanjung dan tahun 2014 siri dua Bekalan Elektrik Luar Bandar di Sarawak. Antara yang ditegur ialah projek tidak menyumbang terus kepada penduduk yang terlibat. Kawasan yang sewaktu perancangan tiada kemudian dimasukkan, projek telah mengalami kelewatan, projek bertindih kawasan dengan projek JKR yang lain dan sebagainya.
Malah, baru-baru ini telah ditegur oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara berkaitan Bekalan Air Luar Bandar Sabah yang projeknya dipertikai disebabkan status kampung yang tidak sah di Pulau Gaya. Ini yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu. Ini menunjukkan projek-projek yang diberikan tidak disediakan secara menyeluruh dalam perancangan pihak pelaksana. Lalu kita hendak tanya, dengan penurunan bajet, saya mohon penjelasan pihak kementerian untuk menggariskan dengan lebih spesifik ke manakah wang ini akan dibelanjakan iaitu kampung mana, apa yang hendak dilakukan lebih kurang? Supaya kita boleh dapat lihat berapa bahagian yang akan diberikan kepada penduduk di Semenanjung, di Sabah dan juga di Sarawak.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kedua, Butiran 020000 Butiran Kecil 020500 - Perancangan dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Orang Asli. Anggarannya untuk tahun 2018 adalah sebanyak RM1.5 juta. Di Shah Alam ini ada juga Orang Asli, Tuan Pengerusi. Jangan anggap bahawa dekat Shah Alam ini tidak ada Orang Asli dan masyarakat Orang Asli, alhamdulillah dekat kawasan Bukit Cerakah di Shah Alam itu telah dapat sedikit sebanyak diserapkan dan dapat disesuaikanlah dengan masyarakat kita.
Terdapat peningkatan sebanyak tiga peratus. Pada anggaran disemak tahun 2017 berbanding 2016 dan pengurangan sebanyak lapan peratus bagi tahun 2018 berbanding dengan tahun 2017. Akan tetapi kalau kita lihat bajet itu dikurangkan tetapi penglibatan masyarakat Orang Asli dilihat kurang memberangsangkan dan belum mencapai tahap yang memuaskan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Berdasarkan teguran Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri Tiga berkaitan sosioekonomi Orang Asli, pelbagai kelompongan dalam agensi kerajaan Jabatan Kemajuan Orang Asli dan dilihat inisiatif itu tidak mencapai tahap yang memuaskan.
Menerusi ucapan penggulungan dasar Yang Berhormat Menteri baru-baru ini hanya 600 usahawan Orang Asli yang aktif ketika ini walaupun mereka mempunyai bakat tersendiri di dalam kraf tangan.
Perkara ini dilihat amat membimbangkan kerana inisiatif untuk memperkasakan komuniti Orang Asli perlu ditingkatkan menerusi sosioekonomi. Maka soalan saya walaupun terdapat penurunan dalam peruntukan tahun 2018, berapakah statistik sebenar masyarakat Orang Asli yang telah berjaya meningkatkan taraf sosioekonomi mereka seperti peratusan Orang Asli di penjawat awam dan sebagainya? Termasuklah dalam institusi pengajian tinggi dan sebagainya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya mengharap penglibatan Orang Asli di dalam pembangunan negara harus dilipat gandakan agar mereka ini tidak ketinggalan dan terlepas manfaat yang dinikmati semua. Selalu bila diturunkan dia punya peruntukan dan bajet kita harap bahawa ianya tidak akan merupakan satu kekurangan dari segi usaha untuk hendak meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli.
Ketiga, Butiran 050000. Butiran Kecil 050400, anggarannya RM8 juta Penajaan Pelajar Cemerlang. Ini nampak satu penurunan yang cukup memeranjatkanlah. Pada tahun 2016 bajet yang sebenar yang telah digunakan adalah sebanyak RM16 juta tetapi pada 2018 anggaran ataupun bajet yang baru dibentangkan jumlahnya adalah hanya separuh. Ini merupakan satu perkara yang kurang memberangsangkan walaupun tiada perubahan berbanding dengan 2017. Semestinya kewujudan program penajaan ini membantu golongan bumiputera yang mendapat keputusan cemerlang untuk meneruskan pengajian mereka tanpa perlu memikirkan soal kewangan.
Ini merupakan sememangnyalah satu perkara yang diberikan tumpuan. Inisiatif ini penting dalam pembangunan modal insan terutamanya dalam memastikan peluang menyambung pelajaran yang adil dan saksama diberikan khususnya kepada pelajar cemerlang khususnya di luar bandar ditambah pula pelbagai peruntukan biasiswa sebelum ini ditarik balik.
Maka soalan saya, biasiswa yang diberikan mampu meningkatkan daya saing di antara pelajar sekali gus menjadikan seorang pelajar itu kompetitif dalam pasaran pekerjaan. Berapa ramai kah pelajar yang bakal mendapat manfaat ini dan adakah pihak kementerian mewujudkan kuota khas kepada golongan bumiputera yang lain seperti Orang Asli dan sebagainya?
Terakhir ialah Program Pendidikan Tinggi Malaysia–Jepun yang telah juga pun disebut oleh beberapa orang lagi sebelum ini iaitu anggarannya sebanyak RM49 juta Butiran 050000, Butiran Kecil 050500. Anggarannya RM49 juta kalau kita banding dengan apa yang telah dibelanjakan yang sebenar pada 2016, RM80 juta.
Nampak gaya macam pendidikan ini dia slash separuh. Pelajar cemerlang pun separuh, Pendidikan Tinggi Malaysia-Jepun pun dipotong separuh. Ini satu perkara yang kita rasa agak mendukacitakan. Kita merasakan bahawa persoalan hendak berikan pendedahan kepada pelajar-pelajar kita untuk mendapat pengalaman dan ilmu daripada masyarakat Jepun dalam berbagai-bagai aspek adalah amat penting dan latihan dalam institusi pengajian dan juga pendedahan kepada industri bila melakukan industrial training di syarikat-syarikat Jepun juga merupakan satu perkara yang dapat membantu.
Saya harap bahawa Yang Berhormat Menteri boleh memberikan jawapan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat saya rasa memadai ada 17 Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan sudah hampir masuk tiga jam tempoh perbahasan untuk kementerian. Selepas Yang Berhormat Rompin saya akan minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, saya mengucapkan tahniah di mana Yang Berhormat Menteri sejak memegang jawatan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah banyak melakukan perubahan-perubahan yang begitu drastik dan baik untuk masyarakat.
Saya ingin pergi kepada Butiran 00604 – Institut Kemahiran MARA. Sudah sampai masanya MARA untuk melihat melahirkan golongan technician pertengahan ini bukan sahaja tradisinya kepada negara-negara yang berlatarkan kepada bahasa Inggeris sahaja. Kita harus pergi kepada Germany, Institut Kemahiran MARA supaya dapat bekerjasama dengan bahagian teknikal di negara German, di Taiwan, di Korea dan di Finland- Scandinavian Country, Norway, Sweden. Kita harus explore bidang-bidang teknikal baharu yang dapat menyokong pembangunan industri dalam negara kita ini.
Satu lagi perkara yang saya ingin bangkitkan ialah 01000 – JAKOA. Saya ingin mengucapkan tahniah di atas usaha Yang Berhormat Menteri melantik Timbalan Ketua Pengarah JAKOA yang terdiri daripada Orang Asli sendiri.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Ini buat pertama kali saya difahamkan di mana Orang Asli menduduki jawatan yang begitu tinggi dan kita harap suatu masa nanti Orang Asli akan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli.
Selalunya latihan kita buat kepada Orang Asli melibatkan Tok Batin, pengerusi JKKK kampung Orang Asli. Saya merasakan sudah masanya kita alih sedikit pendekatan kita. Sebenarnya di kalangan masyarakat Orang Asli, wanita memainkan peranan dalam membawa perubahan kepada institusi keluarga Orang Asli. Oleh itu adalah wajar bahawa kursus-kursus, seminar, kursus kesedaran tidak harus ditumpukan kepada orang lelaki sahaja.
Dia mesti melibatkan belia, belia wanita, ketua keluarga, ibu-ibu ini yang harus fokus kepada perubahan dari segi pendidikan dan juga kesihatan di kalangan masyarakat Orang Asli. Dua perkara yang saya rasa kaum ibu di kalangan masyarakat Orang Asli harus diberi latihan yang lebih, kesedaran yang lebih dan saya percaya jika penglibatan ibu-ibu selaku ketua keluarga juga akan menyebabkan masyarakat Orang Asli lebih boleh dibawa perubahan yang lebih cepat lagi.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Di samping itu juga saya ingin pergi kepada Butiran 00900 iaitu Institut Kemajuan Desa. Saya berharap institut ini harus digunakan sepenuhnya bagi melatih barisan kepimpinan yang penting di kalangan ketua-ketua kampung, ahli-ahli JKK, di kalangan Orang Asli, batin, di kalangan pengerusi JKK, pendek kata semua lapisan kepimpinan di peringkat kampung harus diberi latihan dengan pendekatan yang baru.
Mereka harus didedahkan dengan konsep-konsep pengurusan dan pentadbiran yang cekap. Mereka juga harus didedahkan dengan kaedah pengurusan moden hari ini.
Maknanya mereka juga harus pergi berkursus bukan sahaja berkursus satu hari, dua hari, mungkin masanya seminggu dan sebagainya.
Akhirnya, saya setuju dengan pandangan Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Krau bahawa negeri Pahang amat malang kerana dua agensi pembangunan wilayah ditutup iaitu Dara dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka.
Mungkin agak sukar untuk membukanya semula tetapi saya percaya Menteri mempunyai kaedah-kaedah yang tertentu bagi menampung keperluan pembangunan negeri Pahang yang besar dan memerlukan banyak lagi jalan-jalan luar bandar, air di kalangan masyarakat luar bandar, di hulu-hulu sungai, di Lipis, di Jerantut yang masih memerlukan pembangunan yang dulunya dilakukan oleh Dara. Jadi peruntukan yang lebih harus diberi kepada negeri Pahang.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lipis bangun, Yang Berhormat.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Ya, sila.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Rompin, dapat jugalah bercakap sedikit.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Dia tumpang itu, semalam tidak ada peluang berbahas.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Tiga jam tunggu Tuan Pengerusi, keluar masuk, keluar masuk tetapi inilah dapat peluang bercakap.
Yang Berhormat Rompin, saya sangat bersetuju. Dulu kita ada Dara, LKWJ, kita ada IADP tapi sekarang ini semua dah tidak ada. Jadi saya ingat inilah ruang dan peluangnya masa yang paling sesuai supaya diangkat kembali perkara ini kerana Pahang juga merupakan negeri yang sangat besar. Lipis sahaja sama besar dengan negeri Melaka, sebab itu kadang-kadang air tidak cukup tapi paip ada, air tidak cukup.
Akan tetapi saya hendak beritahu Yang Berhormat Rompin, ambil kesempatan sikit sahaja sebab nak berpeluang berucap tidak boleh. Yang Berhormat Menteri ini memang rajin turun padang. Kawasan saya dia habis round.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Alhamdulillah yang sering saya bangkitkan dah hampir selesai dibantu oleh Menteri. Akan tetapi kalau adanya Dara, LKWJ, IADP kembali seperti dahulu, saya penuh yakin bahawa dengan kewibawaan Menteri ditambah lagi dengan agensi sedemikian rupa, saya percaya kita Pahang lebih Pahang Darul Makmur, maknanya lebih segera dari segi pembangunan-pembangunan mengenai infra. Saya tadi teliti betul KEJORA, KESEDAR ini semua tetapi sayang kita di Pahang tidak ada. Apa pandangan Yang Berhormat Rompin?
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Saya sangat setuju dan diharap dimasukkan dalam sebahagian daripada ucapan saya. Saya pun rasa tahniah jugalah kepada Sabah, Sarawak, umpamanya bekalan elektrik RM1.4 juta di Sarawak, negeri Timbalan Yang di-Pertua, RM1.6 bilion, RM1.4 bilion Sarawak. Jadi agih-agihlah sedikit ke Pahang supaya kampung Orang Asli negeri Pahang banyak lagi memerlukan bekalan elektrik luar bandar.
Jadi akhirnya, terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya harap apa yang saya bangkitkan mendapat perhatian daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian di dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa ini. Saya dapati yang sebahagian daripada yang diucapkan melibatkan perkara dasar.
Jadi di peringkat Jawatankuasa, saya percaya kita perlu direct kepada isu yang berdasarkan butiran, tidak kepada dasar. Jadi yang dasar bukan saya tidak jawab tetapi saya boleh beri jawapan secara bertulis.
Yang Berhormat Hulu Rajang.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Hulu Rajang tidak ada dalam Dewan. Boleh jawab bertulis Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Hulu Rajang ada banyak ini. Yang Berhormat Temerloh.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Temerloh dah balik.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya mengikut arahan Tuan Pengerusi, yang tidak ada saya beri jawapan bertulis.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ini jawapan sudah ada. Yang Berhormat Parit Sulong.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Parit Sulong ada.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Parit Sulong bertanyakan mengenai inovasi untuk mempelbagaikan produk-produk usahawan desa. Pihak kementerian melaksanakan latihan dan bimbingan sebenarnya kepada usahawan- usahawan desa untuk meningkatkan kualiti produk untuk mencapai standard produk domestik dan juga antarabangsa. Kita mengadakan berbagai-bagai program bagi memastikan usahawan-usahawan desa mempunyai peluang untuk mempromosikan produk mereka hasil daripada kreativiti dan inovasi produk yang mereka cipta.
Bagi membantu mereka memasarkan produk mereka, kita menjalankan berbagai-bagai program sebagai contohnya Karnival Usahawan Desa yang kita laksanakan yang mana selama tiga hari. Program karnival ini dilaksanakan seramai satu juta pengunjung telah pun mengunjungi karnival ini, bermakna seramai satu juta dapat kita dedahkan produk-produk desa kepada mereka.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Dari segi penggunaan digital, saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat. Kita juga tidak mahu usahawan desa ketinggalan dari segi memasarkan produk mereka melalui Internet, melalui online ini. Saya rasa ini ditanya juga oleh Yang Berhormat Bukit Katil, sama dengan Yang Berhormat Parit Sulong. Kementerian telah melancarkan DesaMall@online iaitu satu portal untuk kita pasarkan produk-produk desa ini melalui online yang mana kita mengadakan kerjasama dengan Pos Malaysia, 11Street dan juga Celcom. Ia baru bermula iaitu tidak sampai sebulan lagi. Jadi saya tidak boleh nak memberikan gambaran dari segi sambutan dan sebagainya.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Cuma, okey. Yang Berhormat, tahniah saya ucapkan kepada pihak kementerian. Cuma saya harap usahawan wanita ini tidak ditinggalkan. Mungkin perlunya lebih ramai lagi pengetahuan ataupun informasi mengenai perkara ini terhadap usahawan-usahawan desa daripada kalangan wanita dan juga yang muda. Saya harap dapat perhatian daripada pihak kementerian mengenai perkara ini.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya dari segi usahawan desa, wanita sebenarnya melebihi daripada usahawan lelaki. Di bawah MARA pun lebih daripada 50 peratus terdiri daripada usahawan wanita. Malah di bawah MARA misalnya kita perkenalkan dana khusus untuk wanita yang dipanggil DanaNITA, khusus untuk wanita kerana kita faham yang di bawah MARA pun seperti saya sebutkan usahawan wanita melebihi daripada jumlah usahawan lelaki. Insya-Allah kita tidak akan pernah meninggalkan wanita dari segi pembangunan usahawan.
Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Kangsar, bangun.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Silakan.
Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya ingin memberi satu cadangan selain daripada hal-hal berkaitan dengan digital sebab perkara ini berlaku di kawasan saya dan ia terbukti berjaya iaitu memberi satu lagi kemahiran iaitu keperluan conversational digital English supaya dapat membantu wanita luar bandar yang rajin dan berbakat untuk memasarkan barang-barang mereka di dalam region Asia Tenggara.
Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Saya mempunyai kes-kes tertentu di mana saya membuatnya di kaunter kemahiran dan juga kerjaya Parlimen Kuala Kangsar di mana wanita-wanita luar bandar yang belajar kemahiran di peringkat KEMAS, mereka mahu memasarkan barang mereka ke Singapura. Akan tetapi sebab mereka tidak dapat bercakap bahasa Inggeris dan juga digital online, jadi saya mengadakan kelas-kelas Bahasa Inggeris, hanya conversational English sahaja dan sekarang wanita-wanita itu dapat memasarkan barangan mereka ke Singapura. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Yang Berhormat. Saya kira itu merupakan satu cadangan yang baik untuk kita bantu usahawan-usahawan wanita melalui penggunaan bahasa Inggeris dan sebagainya. Yang Berhormat Parit Sulong juga membangkitkan mengenai cadangan supaya Parit Sulong dikenal pasti sebagai salah satu daripada Edu Biz Park MARA. Konsep Edu Biz Park ini adalah education dan business. Di Parit Sulong saya rasa elemen itu sudah ada iaitu terdapat MRSM di Batu Pahat dan telah diluluskan di bawah RMKe-11 iaitu Projek Pembinaan Halal Hab di Parit Sulong. Jadi sudah ada dua komponen. Mungkin kita tambah beberapa komponen lagi di Parit Sulong dan kawasan sekitarnya. Maka boleh kita convert atau boleh kita jadikan itu sebagai Edu Biz Park.
Ini kerana dalam perancangan kita yang telah kita kenal pasti di Johor. Kita sudah kenal pasti iaitu Sekijang sebagai pusat Edu Biz Park negeri Johor. Jadi ini mungkin permohonan supaya ditambah Parit Sulong sebagai salah satu lagi kawasan untuk Edu Biz Park.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat, kita ada GiatMARA dekat kawasan Parlimen Parit Sulong tetapi dia agak- saya pernah mencadangkan supaya GiatMARA itu mungkin dipindahkan di kawasan berhampiran dengan MRSM dan dengan pembinaan mini halal hab di sana dapat juga membantu dan juga ada kedai-kedai. Akan tetapi kedai-kedai bawah MARA itu saya tengok macam tidak berfungsi pula yang itu pun MARA pun kena bantu juga supaya berfungsi. Terima kasih kerana meluluskan Edu Biz Park kawasan Parlimen Parit Sulong. Kira confirmed-lah ini Yang Berhormat Menteri bagi ini agaknya Tuan Pengerusi.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya sebut yang ada, baru ada dua komponen ya dan kalau kita sebut hab Edu Biz Park itu maknanya mungkin dari segi komponen pendidikan itu tidak cukup dengan satu, mungkin lebih banyak lagi. In future ada, dari segi masa depan mungkin. Kalau ada lagi tambahan daripada Kementerian Pendidikan dan sebagainya, mungkin akhirnya boleh kita jadikan sebagai Edu Biz Park.
Untuk ini kita tumpukan kepada Sekijang dulu ya. Yang Berhormat Sekijang ada belakang.
Apa yang disebut oleh- Yang Berhormat ada menyebut tentang rurbanization. Sebenarnya saya sudah jawab dalam penggulungan dasar, saya sudah jawab. Yang Berhormat boleh refer kepada jawapan saya nanti dan sebenarnya hendak maklumkan di bawah kementerian apabila kita melancarkan transformasi luar bandar, tagline kita- ‘Membandarkan Luar Bandar’ iaitu samalah dengan rurbanization yang disebut oleh Yang Berhormat Parit Sulong.
Kita juga memberi tumpuan kepada mengekalkan belia di kawasan luar bandar dan dari segi jangka panjangnya untuk mewujudkan reverse migration daripada bandar balik ke luar bandar. Jadi itu antara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong.
Terdapat juga pertanyaan mengenai Program Lonjakan Luar Bandar. Banyak program yang kita buat termasuklah Program Desa Lestari misalnya melalui koperasi. Kampung- kampung kita pilih untuk diberikan bajet supaya kita bangunkan kawasan kampung itu bukan setakat dari segi prasarana tetapi juga dari segi mewujudkan peluang-peluang ekonomi dan sebagainya. Sektor yang kita bangunkan adalah perkhidmatan, pelancongan, ternakan, peruncitan, pembuatan dan juga pertanian dan didapati terdapat peningkatan pendapatan di kalangan penduduk di mana kawasan Desa Lestari kita laksanakan.
Yang Berhormat juga bertanya mengenai kaedah pengambilan guru tadika KEMAS, guru KEMAS dan juga syarat minima. Kaedah pengambilan adalah melalui iklan dan temu duga, kelayakan minima adalah Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan kepujian dalam Bahasa Melayu. Sehingga kini terdapat seramai 8,694 orang guru KEMAS yang memiliki diploma daripada 11,823 orang.
Jadi bagi menjawab Yang Berhormat Pasir Puteh tadi yang menganggap KEMAS ini tidak ada kualiti dan sebagainya. Saya hendak maklumkan dari segi guru KEMAS daripada 11,800 orang kita ada 8,600 lebih dan sasaran kita menjelang tahun 2020, semua guru tadika KEMAS mesti memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan sebagainya.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, pada 2017 KEMAS telah mendapat award iaitu Most Trusted Brand Award peringkat Asia di dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diberikan oleh pembaca Reader’s Digest. Hanya tiga sahaja tadika di dalam negara kita yang mendapat Most Trusted Brand Award tersebut, iaitu kita dapat Golden Award, satu Tadika KEMAS nombor satu dan dua lagi adalah tadika swasta.
Saya tidak hendak sebut nama tadika swasta, nanti saya advertise, saya iklan pula tadika tersebut. Satu KEMAS, dua swasta.
Jadi dari segi KEMAS walaupun kita lihat KEMAS itu seolah-olah tidak ada kualiti, mungkin kerana bayarannya hanya RM10-RM20 sebulan, berbanding dengan tadika lain yang RM500 hingga RM1,00. Akan tetapi dari segi Tadika KEMAS itu, standardnya kita sentiasa tingkatkan dari segi guru, dari segi silibus pun tadi ada orang kata adakah kita mengikut perkembangan semasa. Yes, sekarang ini kita perkenalkan tiga silibus yang baru iaitu memperkasakan Pendidikan Islam.
Kedua dari segi keyakinan diri kepada anak-anak Tadika KEMAS sebab kita tahu anak-anak Tadika KEMAS kalau yang daripada Tadika KEMAS luar bandar kadang- kadang terlalu takut di depan public dan sebagainya untuk bercakap. Bukan sahaja bercakap, bila ditanya pun kadang-kadang dia malu hendak jawab.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
So, kita hendak ubah mereka supaya jadi anak-anak yang berani, yakin di depan orang ramai, terutamanya berdepan dengan public dan sebagainya.
Begitu juga dengan sekarang ini apabila timbul isu yang melibatkan soal moral yang begitu teruk di kalangan masyarakat kita. Apa yang berlaku di pusat tahfiz baru- baru ini. Umur berbelas tahun sudah bersama dengan kumpulan abang-abang dia untuk melakukan pembunuhan dan sebagainya. Buli di sekolah-sekolah merupakan perkara biasa. Di MRSM pun ada kita keluarkan pelajar kita kerana buli dan sebagainya. Jadi dari segi nilai moral pun kita tingkatkan di dalam pembelajaran di Tadika KEMAS. Jadi itu saya kira menjawab...
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
Tuan Pengerusi.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ya, all right.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
Boleh mencelah?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sabak Bernam.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
Saya berminat tentang Tadika KEMAS tadi bahawa tadi kan tentang guru-guru di Tadika KEMAS di mana kita lihat guru-guru tadika di Kementerian Pendidikan semuanya adalah berijazah.
Ada tidak KKLW ini bercadang bahawa guru-guru yang berada di KEMAS ini supaya diberi pengiktirafan dan pengijazahan. Mungkin ada skim kerana kita sendiri di bawah KKLW ini banyak universiti-universiti yang di bawah KKLW mungkin mereka yang berada ataupun guru-guru yang berada Tadika KEMAS ini kita bagi pengijazahan di bawah KKLW. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Yang Berhormat. Insya-Allah di masa akan datang mungkin kita akan perluas kan selain daripada diploma untuk ke peringkat yang lebih tinggi lagi ya.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kanowit bangun Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Kanowit- KEMAS?
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Sedikit ya. Terima kasih, yes KEMAS.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
KEMAS atau apa?
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Ya, related.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Okey.
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Di bawah KEMAS ini, selain daripada guru-guru KEMAS ini, terdapat Pembantu Pemaju Masyarakat (PPM). Saya ingat mereka ini juga sama penting dalam menguruskan kesemua aktiviti KEMAS dalam memberi pendidikan kepada kanak-kanak.
Jadi, soalan saya adalah apakah gred PPM ini? Mereka selalu merayu kepada saya untuk menyampaikan hasrat mereka untuk dinaikkan gaji. Pembantu Pemaju Masyarakat ini bersama-sama bekerja dengan KEMAS.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Macam mana Yang Berhormat? Untuk kenaikan gaji? Macam mana?
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Gred mereka ini dan mereka mohon untuk dinaikkan skim gaji ataupun gred dia.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Okey. Apabila mereka mendapat diploma, saya kira itu merupakan salah satu cara untuk kenaikan gaji mereka. Kedua, apabila mereka diserapkan sebagai penjawat tetap, tadi menjawab Yang Berhormat Parit Sulong atau mana tadi, yang bertanya tentang pegawai-pegawai KEMAS yang perlu diserapkan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya ingat Yang Berhormat Temerloh. Selepas 15 tahun mereka bertugas sebagai penyelia masyarakat KEMAS, mereka akan diserapkan menjadi penjawat tetap, jawatan tetap. Jadi, saya kira selepas itu seperti pegawai lainlah yang menjawat jawatan tetap, mereka akan menerima kenaikan gaji dan sebagainya.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Gerik bangun.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Tuan Pengerusi, saya amat berbangga bila Yang Berhormat Menteri memberitahu Tadika KEMAS yang paling berjaya bila diberitahu. Ini kerana kita rasakan Tadika KEMAS ini berada di mana-mana kampung.
Cuma saya tidak tahu, dalam selalu di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah memaklumkan, saya tidak tahu sejauh mana KEMAS boleh duduk dengan Jabatan Pendidikan mengatakan Tadika KEMAS ini, anak-anaknya bila masuk ke Tahun Satu, kebanyakannya tidak boleh membaca. Cuma ini pandangan yang saya dapat daripada luar. Sejauh mana kebenaran ini? Kalau betul sekalipun, kena ada satu pelarasan di antara KEMAS dan Jabatan Pendidikan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya akan lihat perkara tersebut. Akan tetapi dari segi pengetahuan saya, saya percaya perkara itu tidak benar. Ini kerana seperti yang telah ditekankan oleh rakan kita Yang Berhormat tadi, bahawa KEMAS menumpukan perhatian kepada membaca, menaakul dan dia ada empat yang diberikan penekanan oleh KEMAS. Jadi, membaca merupakan salah satu daripada perkara yang ditekankan di dalam pembelajaran mereka. Jadi, saya percaya tidaklah begitu buruk dari segi pencapaian anak-anak KEMAS ini apabila mereka masuk ke sekolah dan sebagainya.
Yang Berhormat Parit Sulong juga bertanya tentang green technology di bawah RMKe-11. Kerajaan meluluskan peruntukan menjalankan program Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Bangunan Hijau dan Cekap Tenaga) di KKTM Sri Gading. Di bawah RMKe-11 juga, kerajaan meluluskan peruntukan untuk menjalankan program Diploma Teknologi Komputer (Big Data) di IKM Lumut, Diploma Teknologi Komputer
(Sekuriti) di IKM Sik, Diploma Teknologi Elektronik di Petaling Jaya, Diploma Teknologi Komputer (Cloud Computing) di IKM Besut dan sebagainya. Ini melibatkan beberapa kampus di bawah IKM.
Jumlah keseluruhan Pemaju Masyarakat KEMAS di Parit Sulong. Ini juga soalan daripada Yang Berhormat Parit Sulong. Sekarang ini terdapat 72 orang Pemaju Masyarakat KEMAS. Apakah perancangan KEMAS untuk kakitangan kontrak yang tiada diploma. Seperti yang saya sebutkan tadi, bahawa pengambilan guru tabika dan taska KEMAS berkelulusan diploma dibuat pengambilan bermula pada tahun 2006.
Selain daripada itu, KEMAS telah membuat kursus KDC iaitu Kursus Dalam Cuti kepada guru-guru yang tiada memiliki diploma. Setakat ini, jumlah 5,299 guru yang tiada diploma telah pun diberikan latihan. Okey, itu perancangan kita bagi membantu guru- guru yang tiada diploma.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ya.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Guru-guru yang kita ambil untuk mendidik kanak-kanak dan sebagainya di KEMAS ini adalah di bawah naungan kementerian sendiri atau guru-guru ini dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan? Minta pencerahan. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Di bawah kementerian KKLW sendiri, berbeza. Kalau guru-guru di Kementerian Pendidikan, dia lebih kepada untuk prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan. KEMAS direct di bawah kita.
Yang Berhormat Bukit Katil. Hasil siasatan terhadap bekas Pengerusi MARA.
Perkara ini kita sudah serahkan kepada SPRM...
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri belum habis lagi jawapan soalan kepada soalan-soalan saya lagi.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ada yang ketinggalan itu saya jawab secara bertulis ya Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri ada cakap tadi, dia kata mana yang menyentuh tentang dasar, dia akan jawab bertulis Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Menteri jangan lupa Baling ada ya. Takut tidak nampak, itu sahaja [Ketawa]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Baling ada. Terima kasih Yang Berhormat Baling.
Yang Berhormat Bukit Katil bertanya tentang siasatan. Siasatan ini adalah di bawah SPRM. Jadi, kita serahkan kepada SPRM untuk menentukan apa hasil siasatannya. Setakat ini, tiada apa-apa keputusannya.
MARA Digital. Untuk makluman Yang Berhormat, selepas MARA Digital pertama dibuka di Medan MARA di Bangunan MARA di Jalan Raja Laut, kita membuka satu lagi di Shah Alam iaitu di Anggerik Mall. Dua lagi pada tahun ini telah pun dibuka iaitu di Ipoh dan juga di Kuantan. Bagi di Kuala Lumpur, pengunjungnya pada tahun lepas tahun 2016 adalah sebanyak 1 juta lebih pengunjung. Dari segi jumlah jualan terkumpul di empat buah MARA Digital walaupun dua itu baru dibuka bulan Oktober, sehingga hari ini sudah pun RM28.7 juta. Jadi kalau mengatakan bahawa MARA Digital ini mengalami kerugian dan sebagainya, secara keseluruhannya saya boleh katakan tidak.
Akan tetapi, biasalah di dalam katakan ada 30 usahawan atau peniaga, satu dua yang mengalami kerugian ataupun mengalami penurunan dari segi perniagaan merupakan perkara biasa. Mungkin dari segi promosi mereka sendiri tidak ada, mereka tidak aktif dari segi promosi dan sebagainya, itu menyebabkan penurunan.
Untuk di Kuala Lumpur, oleh sebab permintaan begitu banyak dari segi peniaga- peniaga untuk MARA Digital ini, kita akan buka satu tingkat lagi di Level 4. Di Melaka pun kita telah pun merancang untuk membuka di Melaka. Mula-mula kita bincang dengan jabatan air Melaka tetapi ada masalah dari segi beberapa teknikal. Mungkin untuk membuka di Melaka, kita mungkin melihat kepada RTC di Sungai Rambai. Ini kerana kita difahamkan Sungai Rambai akan menjadi sub district yang baru. Jadi kalau ada sub district, mungkin dari segi peluang untuk meluaskan perniagaan itu pun lebih cerah.
Dari segi kita membuka kepada warga lain selain daripada bumiputera, setakat ini kita belum ada perancangan lagi. Ini kerana seperti saya kata tadi, kita banyak menerima permohonan daripada usahawan-usahawan bumiputera untuk menjalankan perniagaan di MARA ini. Ini kerana di tempat lain mungkin tidak ada peluang, mungkin sewanya begitu mahal, jadi bagi mereka MARA lah tempat yang terbaik. Jadi oleh sebab queue-nya yang panjang, kita terpaksa memenuhi permohonan daripada usahawan- usahawan bumiputera sebenarnya ya, Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
UniMara. Yang Berhormat juga bertanya tentang UniMara. Adakah UniMARA ini sambungan daripada UniKL? Sebenarnya tidak, Yang Berhormat. Dari segi pendidikan di MARA, kita ada dua jenis. Satu, akademik yang bermula daripada MRSM dan sebagainya sehingga ke peringkat tertinggi ke universiti.
Yang keduanya adalah TVET, daripada GiatMARA, IKM dan sebagainya. UniKL adalah institusi ataupun pengajian yang tertinggi di dalam TVET MARA manakala UniMARA adalah daripada akademik non TVET di bawah MARA sendiri. Setakat hari ini, kita sudah buka, Yang Berhormat- pengambilan pertama adalah seramai 174 orang di dalam program perakaunan profesional dan juga kejuruteraan. Jadi kita baru bermula.
UniMARA ini akan teruskan.
Yang Berhormat juga bertanya tentang silibus dan content- tabika tadi saya sudah jawab Yang Berhormat ya. Saya rasa itu sahaja daripada Yang Berhormat Bukit Katil.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Yang Berhormat Menteri, ada sedikit lagi. Ada satu yang tertinggal tentang jalan luar bandar.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Jalan luar bandar ya, okey. Untuk makluman, pelaksanaan jalan luar bandar ini, permohonannya kita terima daripada Pejabat Daerah ataupun daripada JKK yang menghantarkan kepada kita senarai itu, ataupun pemimpin-pemimpin di kawasan Parlimen itu, sama ada ADUN, Ahli Parlimen dan sebagainya. Selepas kita mendapat permohonan itu, maka kita akan membuat siasatan dulu untuk menentukan skop, kos dan sebagainya. Jadi, semua pihak...
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Tuan Pengerusi, kenapa Yang Berhormat Bukit Katil punya jawab, saya punya tidak jawab? Pasal jalan luar bandar ini.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sama ya, sama. Saya kira sama.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Tidak mengapa. Saya cuma minta list sahaja, senarai itu. Boleh bagi secara bertulis, saya tidak ada masalah.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Insya-Allah, kita akan bagi.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Kena jawab juga. Bukit Katil bukan kawasan luar bandar pun. Saya yang kawasan luar bandar.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ya, saya reverse kepada Yang Berhormat Parit Sulong ya. Untuk jumlah peruntukan jalan kampung di Parit Sulong pada tahun 2017 adalah sebanyak RM800,000...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Itu malas sebut.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Minta list dia. RM800,000 itu saya hendak tengok list dia.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Okey, kita bagi list.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Bagi ya, semua kampung- kampung itu. Senang hendak menjawab nanti. Terima kasih banyak.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Itu yang malas sebut itu. Kalau saya sebut, orang lain sudah bising sudah.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Ya, terima kasih banyak.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja.
Pasal bandar, luar bandar ini. Yang Berhormat Menteri, saya hendak bertanya- Labuan ini banyak kampung. Akan tetapi inilah masalahnya. Labuan ini semua orang ingat dia macam Putrajaya, macam Kuala Lumpur pasal Wilayah Persekutuan. Sehinggakan yang program lampu-lampu kampung, saya just found out, rupa-rupanya Labuan tidak termasuk, Yang Berhormat Menteri. Tidak tersenarai. Jadi, kesianlah Labuan.
Kita baru-baru ini diumumkan jambatan Labuan, Yang Berhormat Menteri, ramai yang berkata di dalam social media, dia kata sibuk hendak buat jambatan besar, jambatan di Kampung Air semua pun masih banyak yang roboh dan tidak dibuat. Sebab apa? Sebab Labuan ini kalau kita hendak mengharapkan bajet daripada Kementerian Wilayah, dia memang tidak cukup. Dia tengok lah kawasan bandar dan tepi jalan tapi kawasan kampung yang sepatutnya di bawah tanggungjawab Kementerian Luar Bandar itu, dia tidak masuk ke Labuan. Akan tetapi, alhamdulillah, Yang Berhormat Menteri datang melawat, saya minta, dia bagi juga tetapi kalau dia tidak masuk dalam sistem, dia memang banyak akan terlepas pandang.
Jadi, Yang Berhormat Menteri, mohon jangan lupa Labuan. Terima kasih. Kita 27 kampung sudah masuk JKK di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri. Itu membuktikan kita ini kampung. Bandar kita kecil sahaja, memang banyak kampung lagi.
Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Insya-Allah, Yang Berhormat, sudah ada JKK, kita kira itu sebagai kampunglah.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Tasek Gelugor. Yang Berhormat Tasek Gelugor tidak ada.
Yang Berhormat Bukit Gantang? Tidak ada. Yang Berhormat Libaran? Ha, Yang Berhormat Libaran ada.
Yang Berhormat Libaran tanyakan mengenai bekalan air luar bandar di Kampung Semawang, Tanjung Pisang dan Kampung Dandulit. Betul ya?
Untuk makluman Yang Berhormat, semua perancangan berkenaan pembangunan infrastruktur termasuk bekalan air tertakluk kepada senarai keutamaan negeri. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek tertakluk kepada peruntukan yang diterima oleh pihak kementerian.
Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian ini telah pun meluluskan Projek Bekalan Air Luar Bandar Kampung Dandulit dan juga kawasan sekitarnya bernilai RM15 juta pada RP2. Projek sekarang adalah di peringkat reka bentuk dan dijangka akan di- tender pada awal tahun 2018.
Yang Berhormat Libaran juga bertanya tentang jalan Dandulit-Banting. Banting ya? Oh, ada Banting. Status dan masalah- dan juga Jalan Tanjong Semawang. Untuk jalan Dandulit, untuk pengetahuan Yang Berhormat, projek jalan Dandulit ke Kampung Banting, Sandakan, Sabah telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM6 juta dengan skop membina jalan sepanjang dua kilometer dengan spesifikasi R2 dan status terkini adalah di peringkat akhir reka bentuk dan dijangka di-tender pada Disember 2017.
Manakala Jalan Semawang ke Tanjung Kuala Gunggum, untuk makluman Yang Berhormat, projek jalan ini telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM179 juta dengan skop pembinaan jalan sepanjang 18.8 kilometer dan sebuah jambatan. Status terkini adalah di dalam proses permohonan tambahan kos daripada EPU.
Datuk Juslie bin Haji Ajirol - Libaran
Boleh tanya, Yang Berhormat Menteri?
Jalan ini memang merupakan jalan utama. Terima kasih lah kerana kementerian telah meluluskan. Cuma, saya hendak tanya, jalan ini agak-agaknya bila masa dia selesai dilaksanakan? Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Seperti yang saya sebut, kita sedang memohon pertambahan kos itu. Jadi saya harap EPU dapat- kalau kita dapat segerakan dengan EPU, jadi kita boleh teruskan dari segi proses untuk reka bentuk, tender dan sebagainya selepas kita dapat pertambahan kos tersebut.
Yang Berhormat Libaran juga. Projek dari tahun 2015 hingga sekarang rumah dan kampung dan juga status Kampung Nelayan Kampung Seguntor. Bagi Kampung Pamaguan dan juga di Kampung Libaran-Puku-Libaran, kedua-dua projek akan menggunakan sistem solar hibrid dan pelaksanaan dijangka siap pada 13 November 2018. Projek di Kampung Seguntor telah pun dilaksanakan pada tahun 2012 secara talian grid. Jika terdapat rumah-rumah tambahan, maka pembekalan elektrik akan dibuat melalui program late applicant yang dilaksanakan oleh SESB yang akan menggunakan peruntukan KKLW. Manakala Kampung Nelayan, senarai KKLW akan kita semak dengan KPLB Sabah untuk perancangan pelaksanaan projek.
Yang Berhormat Sandakan?...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sandakan tiada dalam Dewan, Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Baling? Yang Berhormat sudah balik ya?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Baling ada.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Baling- Yang Berhormat Baling bertanya mengenai modul Tadika KEMAS, nilai murni dan sebagainya. Saya sudah sebutkan tadi, memang Yang Berhormat Baling, kita masukkan selepas beberapa isu yang kita lihat melibatkan moral dan sebagainya. Jadi, kita sudah ada tetapi kita lebih menekankan dari segi moral tadi.
Untuk anak-anak tadika KEMAS kita, diberikan pakaian seragam sewaktu Tahun 1, dukacita saya maklumkan tiada dalam peruntukan. Akan tetapi kita tahu Yang Berhormat Baling, dia beri seluruh pelajar di Baling, dia boleh perluaskan ke Parlimen lain kalau boleh.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Okey, sekolah tahfiz. Untuk sekolah tahfiz, kita ada dua fasa. Fasa pertama ini kita untuk tahun 2017, kita dapat bajet daripada ICU sebanyak RM30 juta untuk kita baik pulih 69 pusat tahfiz yang tidak didaftarkan. Kita memberi fokus kepada pusat tahfiz yang belum didaftarkan kerana dari segi keadaannya adalah begitu teruk dan perlu disegerakan.
Jadi, kita sudah dapat RM30 juta untuk kita teruskan. Manakala, tahun 2018 kita ada RM50 juta untuk fasa kedua untuk kawasan tahfiz yang lain. Apa yang kita laksanakan ini bukan melibatkan pendawaian semata-mata tetapi melibatkan perkara- perkara lain, termasuk pintu kedua dan sebagainya. Kalau dua tingkat mungkin ada tangga di luar dan sebagainya bagi memenuhi keperluan Jabatan Bomba.
Jadi, itu dari segi sekolah tahfiz. Cadangan untuk GiatMARA di Baling diadakan kursus automotif, modul peningkatan kursus automotif diwujudkan bagi perkara-perkara yang akan- saya rasa tak perlu saya sebutlah. Saya cuma hendak sebut memandangkan GiatMARA di Baling, Kedah telah ada kursus teknologi automotif, maka MARA akan mempertimbangkan untuk mengadakan kos-kos specialized yang lain melalui peningkatan modul. Kita ada program meningkatkan modul, walaupun Baling sudah ada kursus teknologi automotif. Akan tetapi atas permohonan tadi, jadi kita akan masukkan di bawah program peningkatan modul kita supaya kita boleh tambahkan kursus ini seperti yang dipohon oleh Yang Berhormat Baling tadi. Okey, maknanya okeylah itu.
Rumah PPRT di bawah KEDA. KEDA sehingga kini daripada tahun 2009 hingga 2017, telah membina rumah baru sebanyak 3,746 unit, manakala rumah baik pulih sebanyak 4,325 unit yang jumlah peruntukkannya sebanyak 25.7 juta. Okey, Yang Berhormat Baling juga memohon bekalan air luar bandar bagi kawasan Parlimen Baling.
Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat dua projek BALB atau bekalan air luar bandar retikulasi yang sedang dilaksanakan di Parlimen Baling, melibatkan 15 buah kampung dengan peruntukan sebanyak RM5.3 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2018. Projek BALB alternatif pula telah dilaksanakan melibatkan empat buah kampung di Baling dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM2 juta. Projek-projek ini telah siap sepenuhnya dan telah dinikmati oleh penduduk kampung tersebut. Bagi tahun hadapan, sebanyak tujuh buah kampung di Baling telah di senarai pendek untuk dilaksanakan projek bekalan air luar bandar dengan anggaran kos sebanyak RM2 juta.
Jadi, banyak Baling dapat ini.
Prof. Dr. Ismail bin Daut - Merbok
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana bagi peluang. Saya hendak ucapkan sebanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Tadi saya memandangkan masa hanya 10 minit, ada kekangan, menghormati, saya tidak sampai satu lagi hajat saya yang saya hendak sampaikan, saya tunggu pada sesi ini.
Yang Berhormat Menteri, dalam P.22 04000 – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA); tadi ini berkaitan dengan pekebun kecil, saya tak sempat cakap sebab masa. Saya hendak minta- pertama sekali saya hendak ucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan yang telah meluluskan RM200 kali tiga bulan, tahun ini dan tahun hadapan.
Jadi, cadangan saya kepada Yang Berhormat Menteri dalam konteks pekebun kecil getah dan juga penoreh getah ini, boleh atau tidak ataupun syor saya, boleh atau tidak kita adakan NBOS ataupun kita adakan jawatankuasa PEMANDU di antara kementerian Yang Berhormat Menteri di bawah RISDA bersama-sama dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi dan juga Kementerian Pertanian. Kami bukan setakat rakyat Baling, seluruh penoreh getah dalam negara ini bersyukur ke hadrat Allah SWT, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang beri RM200 setiap bulan tetapi boleh atau tidak, rather than giving them ikan, kita bagi mereka mata kail.
N-BOS tadi ini boleh lah dibincangkan ada tak boleh beli ikan keli ataupun udang galah ataupun apa jua yang mereka boleh lakukan tambahan. Why? Oleh sebab bulan 10,11 dan 12, confirmed musim tengkujuh.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jadi, last sekali kalau ini dapat dilakukan dengan gerak kerja urus tadbir yang cemerlang di bawah Yang Berhormat Menteri, dibantu oleh semua Timbalan-timbalan Menteri dan dibantu oleh KSU dan seluruh warga KKLW, saya yakin dan percaya dengan bantuan yang dibuat oleh KKLW tanpa sempadan politik iaitu tidak kiralah Kepong kah, Kapar kah, Kota Baharu kah, semua pakat dapat, Kuantan semua dapat, akhirnya rakyat akan menilai dan rakyat akan membuat keputusan muktamad pada pilihan raya umum akan datang. Yang mana kaca, yang mana permata. Syabas dan tahniah! Teruskan Kementerian KKLW.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Saya sokong Yang Berhormat Baling.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Jadi, patut Yang Berhormat Baling dapat banyak tadi [Ketawa] Sebenarnya, dari segi program peningkatan pendapatan, memang ada di bawah RISDA. RISDA mengadakan program peningkatan pendapatan kepada pekebun-pekebun kecil iaitu seperti kata tadilah, memelihara ayam kampung, madu kelulut dan sebagainya. Jadi, memang program itu sentiasa ada. Mungkin kalau di Baling perlu diperluaskan, kita boleh perluaskan.
Sebenarnya, saya tidak boleh umumkan lagi tapi di bawah- baru-baru ini ada Hari Inovasi di peringkat RISDA. Untuk pengetahuan semua, pokok getah ini waktu tengkujuh tak boleh menoreh kerana hujan, kerana susu itu akan bercampur dengan air dan sebagainya. Bukan bermakna musim hujan tidak ada susu. Musim hujan masih ada susu. Jadi, RISDA sekarang ini sedang mencipta alat untuk dijadikan sebagai payung kepada susu getah dan juga tempat torehan getah.
Kalau kita dapat keluarkan perkara ini boleh kita pasarkan, maknanya waktu musim tengkujuh pun boleh menoreh dan boleh kita mengutip susu. Jadi, pendapatan mungkin boleh diperoleh oleh penoreh getah sewaktu musim tengkujuh. Ini perkara baru yang saya hendak sebut tetapi perkara ini masih lagi dalam perancangan. Yang Berhormat Kapar.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kapar, ada ya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Kapar mencadangkan supaya kita membuat kajian indeks kesejahteraan keluarga KKLW.
Untuk makluman Yang Berhormat, kajian indeks ini telah pun dilaksanakan tetapi oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu di bawah LPPKN Lembaga Perancangan- I tak tahu apa-apalah, Keluarga Negara...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Ya, yang telah dibacakan oleh Yang Berhormat with due respect adalah Indeks Kekeluargaan...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kesejahteraan?
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Kesejahteraan Kekeluargaan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ya.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang saya tanya adalah kesejahteraan rakyat dari sudut komuniti dan sebagainya. Komuniti sasaran.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tidak dilaksanakan di bawah KKLW. Saya akan check lagi sama ada kementerian lain ada melaksanakan ya?
Yang Berhormat bertanya tentang PERMATA, Tabika Perpaduan- ada beberapa pendidikan prasekolah ini di bawah beberapa kementerian. Yang Berhormat mencadangkan untuk disatukan. Perkara ini melibatkan dasar Yang Berhormat. Jadi, kita akan check. Kita akan bawalah perkara ini untuk dibincangkan.
Yang Berhormat Kapar juga menyebut tentang kegagalan JAKOA. Kegagalan di JAKOA. Saya sudah jawab secara detail ya sewaktu dasar. Saya ingat paling panjang yang saya menjawab adalah JAKOA. Jadi banyak yang telah pun saya senaraikan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya harap Yang Berhormat boleh rujuk balik kepada jawapan saya di Peringkat Dasar. Cuma, oleh sebab Yang Berhormat maklumkan ada tidak puas hati kepada JAKOA dan sebagainya, Yang Berhormat boleh tulis direct kepada saya apa isu sebenarnya. Insya-Allah saya sebagai Menteri saya tidak akan memandang ringan perkara ini. Saya akan menyiasat.
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Menteri?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Parit, bangun Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Terima kasih. Tentang JAKOA Yang Berhormat Menteri, saya ada empat kampung di Parlimen Parit yang masalahnya ialah kerana kemudahan infrastruktur, jalan, rumah dan sebagainya. Dalam senarai yang Menteri tersebut, adakah tadi termasuk kah kampung-kampung Orang Asli di Parlimen Parit? Atau kalau tidak, saya ada kemukakan senarai baharu kepada Menteri. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Boleh, Yang Berhormat. Sila kemukakan senarai kepada saya. Ya, insya-Allah kita ada bajet kita pun belum pakai lagi untuk tahun 2018 kita boleh beri pertimbangan yang sebaik-baiknya kepada Yang Berhormat Parit.
Prof. Dr. Ismail bin Daut - Merbok
Tuan Pengerusi, boleh saya bercakap sedikit?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang mana?
Prof. Dr. Ismail bin Daut - Merbok
Merbok.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Merbok ya.
Prof. Dr. Ismail bin Daut - Merbok
Okey, memandangkan KKLW ini mendapat peruntukan yang cukup banyak. Jadi saya hendak cadangkan pelebaran jalan-jalan di kampung daripada enam kaki kepada lapan kaki. Dengan ini kita boleh mendapatkan kemudahan pergerakan yang baik di mana lori ataupun bas ataupun kereta boleh berjalan dengan baik. Sekian.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih, Yang Berhormat.
Sebenarnya saya pun kalau boleh hendak berpandangan seperti Yang Berhormat. Oleh sebab dulu, jalan kampung ini hanya melibatkan motorbike- motosikal, dengan izin.
Sekarang ini, kereta sudah merupakan perkara biasa di jalan-jalan kampung. Akan tetapi ini merupakan satu dasar yang mana kalau kita lebarkan jalan lebih daripada apa yang kita ada pada hari ini, kita mesti-apabila kita mengambil tanah, kita mestilah ambil tanah secara pengambilan tanah di bawah Akta Kanun Tanah Negara. Jadi kita tidak boleh dapat laluan seperti hari ini. Hari ini kita minta kebenaran daripada tuan tanah untuk kita buat laluan tersebut. Right away sahaja kita minta kebenaran sahaja.
Akan tetapi kalau kita luaskan lebar menjadi lapan kaki, maka kita terpaksa untuk kita dapatkan pengambilan tanah mengikut Kanun Tanah Negara yang mana kita terpaksa membuat bayaran dan sebagainya kepada pemilik-pemilik tanah. Sebenarnya, di dalam mesyuarat Exco Luar Bandar yang dipengerusikan oleh saya, salah satu cadangan daripada kita adalah untuk kita memperluaskan jalan tersebut dan juga akan mencadangkan kepada pihak Kementerian Kewangan apabila kita membuat pengambilan tanah, kita mesti membayar. Oleh sebab, saya kira kita juga berpandangan Exco Luar Bandar dan waktu mesyuarat tersebut berpandangan adalah tidak adil kalau kita mengambil secara percuma.
Hal ini kerana tanah-tanah di luar bandar pun bukan macam 40 tahun atau 50 tahun dahulu, tidak ada harga. Sekarang pun harga tanah di luar bandar pun tinggi. Jadi, tidak wajar kalau kita mengambil secara percuma tanah mereka. Jadi, memang perkara ini dalam pertimbangan dan perbincangan. Insya-Allah kita akan sediakan paper dan sebagainya kepada Kabinet dan sebagainya untuk pertimbangan.
Yang Berhormat Kapar lagi kan- bertanya sama ada kerajaan bercadang untuk membawa Akta Orang Asli 1954 ke Parlimen.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sememangnya bercadang untuk membuat pindaan terhadap Akta Orang Asli 1954 atau Akta 134 Semakan 1974.
Cadangan pindaan ini bertujuan untuk menambahbaikkan peruntukan sedia ada bagi menjaga kepentingan dan kebajikan masyarakat Orang Asli sejajar dengan keperluan semasa.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Di antara perkara yang menjadi keutamaan dalam pindaan tersebut adalah perkara yang berkaitan dengan tanah Orang Asli, seperti yang dibangkitkan. Seperti yang saya telah sentiasa terangkan, tanah masih lagi milik negeri.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kapar, bangun Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ya, okey.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Dua pencerahan daripada Yang Berhormat- sebelum itu saya ingin mengucapkan terima kasih dan saya terima baik bahawa hendak gabungkan Tabika Perpaduan, PERMATA dan Tabika Kemas adalah satu dasar. Saya terima. Akan tetapi yang saya minta jasa baik Yang Berhormat untuk menerangkan ada tidak wujud perbezaan dari sudut modul yang digunakan untuk mendidik di antara ketiga-ketiga ini? Oleh sebab itu akan menjadi asas untuk kita hendak gabung atau tidak. Itu yang pertama.
Kedua, berkenaan dengan Akta Orang Asli 1954, atau Akta 134, Yang Berhormat. Saya rasa perbincangan ini sebelum saya masuk Parlimen lagi pada tahun ataupun awal semasa saya masuk Parlimen 2013. Ada desas desus mengatakan hendak lakukan penambahbaikan terhadap akta ini. Akan tetapi, sehingga kini tidak ada apa-apa yang berlaku. Akan tetapi saya terima baik jawapan Yang Berhormat yang akan dibawa.
Saya minta jasa baik untuk memanggil semua tokoh-tokoh Orang Asli yang terlibat, berbincang sebelum bawa akta itu ke dalam Parlimen. Terima kasih, Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih, Yang Berhormat. Untuk tadika, empat tahun sehingga enam tahun, walaupun kita ada Tadika Perpaduan, Tadika Kemas, prasekolah tetapi modul pendidikan itu adalah disediakan oleh Kementerian Pendidikan. Jadi, basic-nya sama. Tidak ada perbezaan. Yang Berhormat Kapar juga tidak berpuas hati mengenai pelantikan Tok Batin.
Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, berdasarkan Para 16 Akta 134, dua prosedur pelantikan Tok Batin yang pertamanya secara keturunan. Kedua, melalui pengundian di kalangan masyarakat Orang Asli. Jadi, ada dua. Satu, turun temurun Tok Batin itu.
Kedua, mereka undi untuk memilih Tok Batin. Sebenarnya mereka lagi demokrasilah. Masyarakat Orang Asli ini, memilih Tok Batin pun dia ada pertandingan memilih Tok Batin.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Terima kasih, Yang Berhormat.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Rentetan yang saya bawa tadi adalah sebenarnya untuk Bahagian Kedua di mana berlakunya pengundian. Saya mendapat aduan secara langsung daripada beberapa kawasan Orang Asli, walaupun Kapar tidak ada kawasan Orang Asli.
Akan tetapi, aduan disampaikan kepada saya oleh Orang Asli dan juga Tok Batin di mana semasa pengundian ini berlaku, ada di kalangan Orang Asli yang bertanding ini dibawa atau diketengahkan oleh JAKOA sendiri. So, mereka minta JAKOA sewajarnya mengawasi dan menyelaraskan pengundian ataupun pilihan raya yang diadakan untuk mengundi Tok Batin bukan mengambil bahagian. Oleh sebab itu mengganggu tradisi orang yang mahu bertanding dalam pelantikan Tok Batin. Itu yang mereka minta saya sampaikan kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih. Saya akan ambil perhatian perkara ini. Akan tetapi saya melihat dari segi pemilihan Tok Batin ini daripada mereka bertanding memecahbelahkan masyarakat Orang Asli, lebih baik kita lantik sahaja. Apa pandangan masing-masing? Setuju. Kita sedang buat kajian. Don’t worry. Don’t worry. Kita akan tengok perkara ini pros and cons- pro dan kontra dia.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Saya, dengan izin Yang Berhormat Menteri, saya tidak ada masalah apa-apa cadangan. Janji ia balik kepada Orang Asli. Janji keutamaan diberikan kepada Orang Asli. Pendapat dan cadangan mereka diterima dan diguna pakai dalam apa-apa polisi yang kita lakukan sebagai polisi dasar. Itu pandangan saya. Terima kasih, Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih. Yang Berhormat Kelantan?
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya. Yang Berhormat Kota Bharu boleh sedikit?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kota Bharu ada Orang Asli?
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Di Kelantan ada. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, Kota Bharu tidak ada Orang Asli tetapi bukan tiruan jugalah [Ketawa] Di Kelantan, sering kali berlaku isu tuntutan tanah oleh Orang-orang Asli daripada kerajaan negeri. Sebagaimana Yang Berhormat sebut tadi, tanah-tanah ini di bawah kerajaan negeri. Saya ada maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan dan mewartakan lebih daripada 11,000 hektar tanah di Kelantan untuk diberikan kepada Orang Asli di tujuh kawasan di Gua Musang.
Akan tetapi ada sedikit masalah apabila Orang Asli ini dengan sokongan daripada beberapa NGO, mereka menuntut lebih, terlalu banyak daripada kerajaan negeri. Misalnya, satu keluarga 20 hektar. Itu yang diminta. Orang biasa pun tidak ada tanah sebanyak itu. Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah Kerajaan Persekutuan boleh menjadi macam mediator atau orang tengah untuk menyelesaikan masalah ini supaya isu ini tidaklah berlarutan sehingga bawa ke mahkamah dan sebagainya dan yang menjadi mangsanya adalah Orang Asli itu sendiri.
Mohon pandangan Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Yang Berhormat. Memang benar ada pengaruh daripada NGO-NGO yang tidak bersama kita yang mempengaruhi masyarakat Orang Asli. Di pihak kementerian, saya rasa kita cuba selesaikan masalah ini apabila kita telah pun menyelesaikan pengukuran tanah Orang Asli, reserve Orang Asli yang telah pun kita kenal pasti. Kita akan serahkan kepada kerajaan negeri. Kalau Kerajaan Negeri Kelantan bertindak cepat meluluskan di dalam Exco apa yang kita telah pun ukur dan boleh terus gazet dan tidak akan timbul lagi pencerobohan ataupun mereka claim tanah mereka yang lebih luas daripada apa yang kita beri.
Oleh sebab yang ini telah pun kita persetujui bersama sejak daripada dulu lagi.
Jadi untuk menjadi mediator kalau timbul isu, saya rasa kita sudah pun laksanakan.
Sewaktu timbul isu Gua Musang dulu, JAKOA merupakan salah satu daripada badan yang terlibat untuk kita selesaikan bersama dengan Kerajaan Negeri Kelantan dan juga masyarakat Orang Asli. Terima kasih Yang Berhormat atas minat untuk menyelesaikan isu Orang Asli ini.
Yang Berhormat Sabak Bernam bertanya tentang kriteria pemasangan Lampu Jalan Kampung (LJK). Program pemasangan Lampu Jalan Kampung (LJK) dipasang di kawasan-kawasan tumpuan umum, di persimpangan utama memasuki kampung dengan had maksimum sebanyak 40 unit lampu jalan kampung bagi setiap kampung dan dipasang di tiang yang sedia ada yang sesuai iaitu tiang low voltage. Untuk makluman Yang Berhormat, selain daripada kementerian ini, terdapat juga agensi lain yang melaksanakan program lampu jalan di kawasan luar bandar seperti ICU dan sebagainya.
Yang Berhormat juga memohon membaik pulih tabika. Pada tahun ini, Parlimen Sabak Bernam telah menerima sebanyak dua projek baik pulih iaitu sebanyak RM20,030 dan kepada Yang Berhormat, tolong senaraikan mana-mana tadika yang keadaannya kritikal dan uzur terutamanya yang melibatkan pendawaian dan juga siling ataupun atap.
Bajet yang kita terima tidaklah besar tetapi fokus kita adalah membaik pulih tadika yang kedudukannya uzur bagi pendawaian dan juga atap. Maknanya kalau hendak cat baru dan sebagainya, mungkin itu tidak menjadi keutamaan kepada kita.
Yang Berhormat Sabak Bernam juga bertanya tentang pelantikan penyelia kanan di Sabak Bernam supaya disegerakan dan diberi peluang kepada yang sedang menjalankan tugas. Sebenarnya Yang Berhormat, saya sudah buat keputusan bahawa mana-mana penyelia kanan atau penyelia kanan, penyelia yang tamat tugasnya waktu ini dan Ahli-ahli Parlimen memohon supaya disambung untuk satu tempoh, kita telah pun, kita akan menulis kepada pihak JPA.
Oleh sebab seperti saya kata tadi pegawai-pegawai KEMAS adalah pegawai- pegawai tetap yang mereka di bawah kuasa JPA. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat tolong berikan saya nama untuk saya hantar minta KP KEMAS saya menghantar kepada JPA untuk kita sambungkan tugas mereka.
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi, saya mencadangkan supaya Menteri secara mandatorinya menyambung perkhidmatan mereka sebab mereka penting untuk pilihan raya yang akan datang.
Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Yang Berhormat. Saya katakan tadi, senaraikan. Senaraikan insya-Allah, sebab saya tidak hendak sambung tetapi ada masalah pula dengan Ahli Parlimen dan pemimpin-pemimpin di kawasan masing-masing. Jadi saya hendak dapatkan surat daripada Ahli Parlimen ataupun sesiapa sahajalah di peringkat kepimpinan kawasan tersebut untuk menulis kepada saya.
Bagi perancangan pengisian Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga di Sabak Bernam, pengisian baru telah pun dibuat dari semasa ke semasa bermula dari awal tahun 2017. Perancangan baru bagi pengisian berikutnya akan dibuat pada tahun 2018.
Yang Berhormat juga bertanya mengenai perancangan untuk mengenal pasti rumah-rumah kampung yang daif di seluruh negara sama ada secara bancian kajian di peringkat nasional. Pada masa ini kementerian mengguna pakai data ataupun maklumat sistem eKasih dan juga permohonan daripada individu, pemimpin-pemimpin tempatan, pejabat daerah melalui focus group daripada seluruh negara. Jadi itu senarai-senarai yang kita guna pakai.
Yang Berhormat juga bertanya tentang kriteria pelajar-pelajar cemerlang dan manfaatnya. Kriteria pemilihan pelajar cemerlang ialah memperoleh sekurang-kurangnya 8A di dalam SPM, memperoleh rekod cemerlang dalam kokurikulum, keutamaan kepada pelajar-pelajar luar bandar daripada golongan B40, mendapat tawaran daripada universiti yang tersenarai di dalam top 50 universities di bawah QS World University Ranking at Times Higher Education. Manfaatnya, menyumbang guna tenaga kerja dalam bidang- bidang separa profesional dan profesional seperti doktor, engineer, peguam, pakar ekonomi, pakar IT dan lain-lain, melahirkan workforce yang kompeten dan global oriented marketable workforce dan future leaders. Yang Berhormat Jerantut- Yang Berhormat Jerantut ini dia mencelah tadi bukan? Tidak ada ya. Nanti saya beri jawapan kepada Yang Berhormat Jerantut.
Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Kota Kinabalu ini saya tidak perlu jawab pun sebenarnya. Isu yang dibangkitkan awal lagi dia sudah kata, paip sudah ada tetapi Kerajaan Sabah stop, jangan keluarkan air. Ini tanya dalam Dewan Undangan Negerilah. Tidak boleh saya jawab. Ini berkaitan dengan keputusan Kerajaan Negeri Sabah. Okey, Yang Berhormat. As far as ...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
State matters, ya.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Nanti sekejap. Daripada segi KKLW, kita telah pun menyelesaikan tugas kita apabila menyiapkan bekalan air luar bandar yang diperlukan oleh pulau tersebut. Jadi akhirnya selepas siap, kita serahkan kepada kerajaan negeri dan terserahlah kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan selepas itu. Jadi Yang Berhormat, itulah perkaranya. Bolehlah kalau Yang Berhormat bukan ADUN, berbincanglah dengan rakan-rakan daripada parti Yang Berhormat, bawa dalam Dewan Undangan Negeri Sabah. Jadi, saya tidak boleh jawablah.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Minta laluan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tidak ada laluan sudah sebab saya tidak jawab. Saya tidak akan jawab.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Ya, saya mahu tanya jugalah.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tidak mengapa. Tanya bertulis, saya jawab bertulis.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya sudah lewat ini. Kita turn lain.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya tidak jawab dua perkara.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Satu perkara yang tidak berkaitan dengan kementerian. Satu perkara yang melibatkan dasar.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan, Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ya, saya tidak bagi jalan. Okey? Cara Yang Berhormat tadi pun tidak betul. Kerajaan Sabah bodohlah, BN bodohlah. Kalau saya kata Yang Berhormat macam itu, Yang Berhormat marah. Yang Berhormat tidak betul bawa perkara ini ke sini, bukan? Kalau saya kata Yang Berhormat kurang cerdik pun, Yang Berhormat marah. Ini pula cakap Kerajaan Sabah bodohlah dan sebagainya.
That’s not fair. Tidak mengapa, Yang Berhormat boleh jumpa saya dekat belakang dan beritahu saya.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Okey, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri tetapi maksudnya, oleh kerana ini tujuan ini...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan, Yang Berhormat. Bagi jalan Yang Berhormat Menteri?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tidak. Saya teruskanlah.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Nanti dulu. Yang Berhormat Menteri tidak jawab dulu.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ini floor saya. Saya tidak bagi jalan.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Tidak boleh. Tidak boleh tidak mahu jawab.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya tidak boleh bagi.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Kerana ini projek...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat, saya sudah jawab isu ini beberapa kali. Last session, waktu Titah Diraja, Yang Berhormat bawa the same issue dan saya sudah jawab. Bawa soalan bertulis, soalan lisan pun sudah jawab. Hari ini soal lagi dan soal, jawapannya sama. Ini adalah berkaitan dengan kerajaan negeri. Saya sudah katakan, ada tadi kata, paip sudah masuk, air tidak ada keluar. Api tiang sudah masuk, api tidak menyala.
Saya hendak terangkan, daripada segi prosedurnya di bawah KKLW, kita buat projek elektrik luar bandar pun kita buat setakat meter di rumah. That’s it. Selesai tanggungjawab kita. Jadi masuk api selepas kita serahkan kepada kerajaan negeri.
Kerajaan negerilah yang memasukkan api melalui, kalau Sabah, SESB. Kalau Sarawak, Sarawak Elektrik.
Kalau air, begitu juga. Kita siap buat, sampai ke meter. Setakat itu sahaja. The rest adalah di bawah tuan rumah ataupun kalau ada sesetengah negeri, ada bantuan kerajaan negeri dan sebagainya. So, kita tidak campur lebih daripada apa yang kita buat, di luar skop bidang kuasa kita. Jadi as far as Pulau Banggi, pulau apa?
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Pulau Gaya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Pulau Gaya is concerned, kita sudah selesai tanggungjawab kita. Jadi kalau Yang Berhormat tanya saya, saya tidak boleh jawab lebih daripada itu.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Yang Berhormat Menteri, belum selesai lagi. Ini peruntukan RM93 juta ini dari kementerian Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Akan tetapi ini projek belum complete. Itu yang janji. Ini peruntukan RM93 juta termasuk pasang paip dan meter sampai ke rumah 2,441 buah rumah untuk 15,000 orang penduduk. Akan tetapi saya mahu tanya, kerana tujuan itu untuk tolong itu rakyat tetapi akhirnya rakyat tidak dapat ditolong. Matlamatnya tidak tercapai jadi mana boleh tidak boleh jawab. Jadi saya mahu kementerian peruntukan RM93 juta tetapi belum siap ini projek. Belum siapkan untuk rakyat dapat air. Jadi kita ada tanggungjawab dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Projek itu sudah siap.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Mana ada siap.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Projek itu sudah siap.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Mana ada siap? Paip belum pasang sama meter rumah ke rumah.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Paip sudah pasang.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Ini kerana peruntukan RM93 juta adalah termasuk paip sama itu meter. Mana itu duit sama itu meter, sama itu paip?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Paip...
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Mana boleh tidak tahu.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kita tidak pasang...
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Ini duit dari kementerian kita.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, seorang, seorang,Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri sudah jawab. Seorang, seorang.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Hei, kita tidak pasang- Yang Berhormat, kita tidak pasang paip one stand pipe itu. Kita just sampai kepada meter...
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Ada janji dalam bajet. Ada itu RM93 juta itu, termasuk pasang paip dan meter sampai rumah- 2,441.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ya lah tetapi piping- dia tidak faham itu.
Piping sampai rumah. Masuk dalam rumah bukan kita...
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Ya, ya. Itulah. Masuk tanpa meter.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sekarang ini masalahnya...
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Tanpa meter, 2,441 meter itu termasuk dalam bajet projek.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ya, Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat. Dengar Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat, saya sudah katakan tadi, untuk menentukan air disalurkan bukan kita. Itu Jabatan Air Negeri Sabah yang menyalurkan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kerajaan Negeri Sabah mempunyai beberapa alasan untuk tidak memasukkan air di situ kerana sebahagian daripada rumah itu adalah rumah PATI. PATI daripada Filipina dan sebagainya. Kerajaan negeri lebih tahu. Jadi kita serahkan kepada kerajaan negeri dari segi menentukan. Kita tidak tahu siapa PATI, siapa tidak PATI.
Bukan kerja Kementerian Luar Bandar untuk tahu siapa PATI. Yang Berhormat mungkin hendak seronok PATI dapat air, itu terserah kepada Yang Berhormat. Akan tetapi kita, buat kerja kita sahaja.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Kalau awal-awal kerajaan tahu itu PATI, kenapa ini projek tidak ada lulus? Begitu banyak untuk perbelanjaan.
Kenapa buat sudah, baru- duit sudah keluar, bilang PATI? Ini maksud dan tujuan belum dapat tercapai. Jadi kita tidak boleh buang macam kita tidak ada tanggungjawab. Betul kah Yang Berhormat Menteri?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat, perkara ini sudah dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Bukan undang-undang negeri punya tetapi kementerian mesti mahu tanggungjawab ini projek complete. Apa yang peruntukan itu kena pakai. Kalau tiada, mana duit itu?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Baik. saya ingat Yang Berhormat tidak fahamlah.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Bukan tidak faham.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tidak faham. Saya kata tidak faham. Saya sudah kata, kita buat setakat yang kita sudah buat. Sudah siap di peringkat kita, the rest adalah menyalurkan air dan sebagainya oleh kerajaan negeri. Yang Berhormat tidak faham. Cakap orang sana bodoh. Orang sini bodoh. Yang Berhormat pun tidak faham apa yang kita cakap.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Bukan tidak faham tetapi dalam bajet itu termasuk itu meter dan paip sampai rumah ke rumah.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Okeylah, tidak mengapalah.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Akan tetapi itu tidak ada buat. Apa macam?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tidak mengapa. Yang Berhormat sudah rekod dalam Hansard pun sudah cukup baik lah.
Saya pergi kepada Yang Berhormat Limbang. Ada Yang Berhormat Limbang?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Limbang ya, ada.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Limbang mahu dengar.
Lagi bak. Yang Berhormat Limbang mohon supaya kementerian memastikan projek Jalan Meritam, Telahak, Buang Gabai dan Pengkalan Rejab fasa dua, Limbang Sarawak disiapkan pada tahun ini juga.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerja-kerja penurapan baki jalan sepanjang tiga kilometer telah pun dimulakan oleh pihak kontraktor. Projek ini akan dapat disiapkan sepenuhnya selewat-lewatnya pada pertengahan bulan Disember 2017.
Yang Berhormat juga mohon ditubuhkan sebuah mini RTC di Limbang. Bajet 2018 tiada peruntukan untuk pembinaan mini RTC baru di seluruh negara. Walau bagaimanapun, kita akan mengambil maklum permohonan Yang Berhormat dan akan kita pertimbangkan sekiranya terdapat bajet nanti.
Yang Berhormat Limbang juga, daripada kuota 500 unit lampu bagi setiap Parlimen, mengapa tiada pemasangan lampu solar di kawasan Limbang? Bagi Parlimen Limbang, kementerian hanya menerima permohonan sebanyak 389 unit dan telah pun meluluskan untuk pemasangannya. Ia meliputi 358 unit lampu sodium dan 31 unit LED.
Sehingga kini sebanyak 223 unit lampu HPSU telah siap dipasang dan baki dijangka akan diselesaikan sebelum akhir tahun 2017.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Untuk makluman Yang Berhormat Limbang, tiada pemasangan lampu jalan kampung melibatkan jenis solar dilaksanakan di bawah program lampu jalan kampung kementerian.
Yang Berhormat Limbang juga mohon supaya dinaik taraf Pusat Kegiatan Masyarakat Limbang. Bagi tahun 2018, KEMAS telah diluluskan peruntukan menaik taraf dan pemuliharaan premis KEMAS sebanyak RM5.040 juta. Sebanyak RM300 ribu telah diluluskan untuk menaik taraf premis di KEMAS. RM172,710.39 telah diperuntukkan di bawah peruntukan mengurus bagi pemuliharaan kerja-kerja sivil dan elektrik di Pusat Kegiatan Masyarakat Limbang dan dijangka siap pada pertengahan bulan Disember 2017. Permohonan untuk pembinaan Taska KEMAS akan mengambil maklum perkara ini kerana setakat ini tidak ada bajet lagi.
Yang Berhormat Pasir Puteh- tidak ada...?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tiada dalam Dewan.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Ini Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Limbang bangun, ya.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tadi ada saya menyentuh tentang kenderaan untuk pejabat KEMAS di Limbang sebab yang sekarang ini daif sangatlah, ya. Akan tetapi masih dapat dipandulah. Saya pernah ikut kenderaan itu tetapi saya rasa kena ada upgrading-lah untuk mereka. Itu yang saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri dan juga fasal elektrik tadi, rumah Kampung Lumbung.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Untuk kenderaan pun saya kira tidak ada peruntukan tetapi kalau kenderaan itu terlalu uzur dan tersangat uzur, insya-Allah saya akan bincang dengan pihak KEMAS lah bagaimana hendak membantu, Yang Berhormat ya. Yang elektrik satu lagi itu saya akan dapatkan daripada pihak pegawai saya mengenai kedudukannya. Okey Yang Berhormat?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sudah habis?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Pasir Puteh...?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Puteh tidak ada dalam Dewan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Sik?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sik ada.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tidak ada.
Yang Berhormat Sabak Bernam? Sudah jawab tadi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sik ada Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Oh, Yang Berhormat Sik ada. Belakang.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Dia belakang.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat menanyakan tentang bilangan tenaga pengajar di Tabika KEMAS yang memiliki diploma. Saya sudah jawab tadi- 8,000 lebih. Untuk jangka panjang pun pelan tadi saya sudah sebut by 2020 sasaran kita sepenuhnya 100 peratus.
Bangunan KEMAS untuk di baik pulih di Sik. Untuk tahun ini, Parlimen Sik telah diperuntukkan sebanyak RM19,295 untuk baik pulih satu projek. Untuk tahun 2018, KEMAS menerima sebanyak RM9,630,000 untuk baik pulih dan akan melaksanakan pembaikan tadika dan taska. Jadi untuk tadika di Sik, seperti yang saya sebutkan tadi sila senaraikan. Kita akan tengok dari segi keutamaan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat juga menanyakan tentang Anugerah Ilham Desa, adakah masih dilaksanakan. Anugerah Ilham Desa program pertandingan hasil inovasi, kreativiti masyarakat luar bandar yang dilaksanakan oleh KKLW tahun 2000 hingga 2015. Mulai tahun 2016, tidak lagi dilaksanakan secara tersendiri tetapi dijenamakan sebagai Anugerah Desa Perdana. Maknanya masih lagi dilaksanakan di bawah branding yang lain.
Okey. Yang Berhormat Sabak Bernam saya sudah jawab tadi. Sudah jawab kah Yang Berhormat Sabak Bernam?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sudah jawab ya.
Yang Berhormat juga bertanya adakah MRSM mempunyai kuota tertentu untuk pelajar tempatan untuk kemasukan ke MRSM di kawasan tersebut. MRSM tidak mempunyai kuota tertentu untuk pelajar tempatan untuk memasuki MRSM di kawasan tertentu. Bagaimanapun, pihak MRSM sentiasa mengadakan program outreach bersama-sama sekolah tempatan bagi membantu para pelajarnya memasuki MRSM sekiranya memenuhi syarat kemasukan. Pada tahun 2017, MRSM telah mengadakan sebanyak 381 program outreach yang melibatkan 15,320 pelajar daripada sekolah- sekolah tempatan untuk memasuki MRSM 2018.
Yang Berhormat juga menanyakan mengenai Program Hati Emas. Tiada peruntukan khas diberikan. Walaupun begitu IKM ada mengadakan Program Hati Emas melalui latihan kemahiran dengan menggunakan peruntukan dalaman MARA seperti latihan pemasangan, pendawaian elektrik dan sebagainya. Okey, Yang Berhormat juga bertanya tentang dana untuk program pelajar cemerlang. Dana peruntukan pelajar cemerlang ke luar negara yang diperuntukkan adalah RM800,000,000. Negara yang menjadi pilihan untuk penghantarannya ialah India, China, Itali, Germany, France, Egypt, Mesir, Korea, UK, USA dan Australia.
Kursus di luar negara ini adalah keutamaannya adalah STEM iaitu perubatan, pergigian, kejuruteraan, ekonomi, actuarial science, international business, aero- angkasa, artificial intelligence dan lain-lain. Kadar bayaran balik adalah bergantung kepada keputusan akhir ataupun CGPA pelajar dengan syarat perlu memohon pengurangan bayaran balik kepada MARA dan kadar maksimum pembayaran balik pinjaman bagi pelajar cemerlang di luar negara adalah sebanyak 20 peratus sahaja tertakluk kepada syiling RM150,000.
Yang Berhormat Pasir Puteh, tidak ada. Yang Berhormat Sik juga bertanya KEDA berkaitan Sri Lovely BERNAS Organic di kampung Lintang Sik. Operasi padi organik ini masih lagi berjalan seperti biasa, okey. Yang Berhormat juga bertanya tentang persijilan MyOrganic- Sijil Organik Malaysia. Projek ini mendapat sijil berkenaan daripada Jabatan Pertanian.
Yang Berhormat Sik juga bertanya mengenai program keusahawanan KEDA untuk peningkatan ekonomi generasi kedua. KEDA menyediakan ruang kemudahan untuk disewakan, bengkel-bengkel, lot-lot industri, pusat-pusat perniagaan dan gerai, program promosi terlibat dengan program karnival usahawan desa, program mentor- mentee usahawan dan program mobilepreneur, program promosi dalam dan luar negara seperti di Singapore. Juga bantuan peningkatan produk untuk usahawan untuk pelbagai jenis produk seperti jahitan, makanan, pemprosesan dan lain-lain, latihan kemahiran usahawan iaitu di Kolej KEDA di bidang yang ditauliahkan oleh Suruhanjaya Kemahiran Malaysia (SKM) dan juga program latihan kemahiran di agensi dan juga syarikat-syarikat lain.
Bajet untuk KEDA bagi tahun 2018 adalah RM45.7 juta iaitu projek peningkatan ekonomi petani Kedah RM1.5 juta; agro hi tech RM1.5 juta; taman IKS RM1 juta; agro tourism dan homestay RM1.5 juta; kemudian niaga Kulim, Serdang, Bandar Baharu RM5 juta; naik taraf Kolej KEDA RM6 juta; ameniti dan naik taraf desa KEDA RM11 juta; jalan perhubungan desa RM5 juta; bayar premium tanah RM4 juta; baik pulih atau naik taraf sawah padi RM1 juta; tanam semula kelapa sawit RM800 ribu; kemudahan perniagaan, dan juga bengkel industri RM1.7 juta; pembangunan kemahiran golongan TN50 RM1 juta; transformasi desa, dan pengupayaan komuniti RM2 juta; pembangunan pusat pertumbuhan desa RM500 ribu; dan naik taraf bengkel kelengkapan RM1.2 juta, yang menjadikannya RM45.7 juta.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Pasir Puteh tidak ada.
Yang Berhormat Shah Alam tidak ada.
Yang Berhormat Rompin...?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Rompin tidak ada.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Rompin sudah keluar.
Yang Berhormat Shah Alam tidak ada. Itu sahaja.
Yang Berhormat, sekali lagi saya hendak ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan pelbagai-bagai isu di bawah kementerian sewaktu membahaskan bajet di Peringkat Jawatankuasa.
Mana-mana yang saya tidak sempat hendak jawab ataupun tertinggal sewaktu menjawab saya akan berikan jawapan secara bertulis. Terima kasih, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM5,614,038,900 untuk Maksud B.22 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM5,614,038,900 untuk Maksud B.22 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM3,869,042,700 untuk Maksud P.22 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2018 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM3,869,042,700 untuk Maksud P.22 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2018]
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin maklumkan. Saya telah menerima dan membenarkan permohonan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, serta Kementerian Pendidikan masing- masing dijadualkan di nombor 8, nombor 17, nombor 24 dalam Susunan Giliran Kementerian di Peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2018.
Jadual terkini adalah seperti yang telah diedarkan berwarna biru.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli Seterusnya giliran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Kepala Bekalan B.30 dan Kepala Pembangunan P.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terbuka untuk di bahas. Ya Yang Berhormat Parit Sulong. Tidak balik lagi Yang Berhormat ya?
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Belum lagi. Terima kasih banyak, Tuan Pengerusi. Saya terus kepada butiran-butiran yang saya hendak bangkitkan dalam kementerian ini.
Pertamanya, Butiran 01200 – Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan berita berkenaan Tiangong 1. Sebuah stesen angkasa milik negara China yang dijangka akan jatuh ke bumi dalam masa beberapa bulan ini.
Jadi berita ini dilaporkan oleh media massa dan menular di media sosial.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Jadinya, adakah perkara ini telah sedia maklum dan disedari serta dilaporkan oleh pihak kerajaan atau agensi kerajaan yang berkaitan seperti Agensi Angkasa Negara sebelum ini? Seterusnya, apakah langkah-langkah pemantauan dan mitigasi yang telah diambil?
Soalan seterusnya lagi adalah mengenai- ia ada pelbagai laporan yang telah dibuat termasuklah usaha-usaha United Nations Office for Outer Space Affairs
(UNOOSA) dalam menangani isu space debris ataupun sisa-sisa objek buatan manusia di angkasa lepas yang sudah menjadi semakin kritikal bagi seluruh dunia.
Soalan saya adalah, apakah tindakan kerajaan dalam menyumbang kepada isu sejagat ini? Tidak kurang pentingnya pula, adakah kerajaan mengambil tindakan proaktif bagi menjamin keselamatan rakyat dan mengelakkan sebarang kejadian buruk yang mungkin berlaku, yang boleh mengakibatkan kerosakan harta benda ataupun kehilangan nyawa disebabkan jatuhan objek daripada angkasa lepas ini? Sekiranya ia dijangka berlaku ataupun terjadi di Malaysia.
Soalan seterusnya adalah, apakah standard operating procedure (SOP), dengan izin, yang telah dibentuk dalam menangani kejadian seperti ini? Apakah persiapan yang telah dibuat sama ada dari segi kelengkapan peralatan bagi mengesan mahupun menganalisis kejadian seumpama ini? Termasuklah yang tadi saya katakan space debris. Seterusnya, dalam hal berkaitan ini dan sebarang kejadian penting di angkasa lepas sama ada disebabkan buatan manusia atau semula jadi, soalan saya adalah adakah pemantauan dan kesedaran ataupun, dengan izin, space awareness yang berterusan yang dilakukan oleh pihak kementerian? Apakah Agensi Angkasa Negara mempunyai kepakaran yang diperlukan dalam bidang yang diperlukan ini bagi memantau, menganalisis dan mungkin menasihatkan kerajaan terutamanya mengenai perkara ini?
Soalan seterusnya pula di bawah tajuk yang sama adalah, apakah status- sebab dulu kita pernah melancarkan satelit RazakSAT. Jadi sekarang saya hendak bertanya, apakah status projek satelit RazakSAT-2 memandangkan tiada bajet yang diperuntukkan terutamanya mengenai untuk projek pembangunan angkasa ini? Jadi saya minta jawapan daripada pihak kementerian mengenai perkara ini.
Seterusnya Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
Terus juga kepada Butiran 060400 – Pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi dan Pengkomersialan. Dalam menuju sebuah negara maju untuk mencapai terutamanya Wawasan 2020 dan juga TN50, soalan saya adalah apakah pencapaian secara komprehensif negara dalam menggalakkan dan juga menjayakan aktiviti R&D bukan hanya di universiti tetapi yang paling pentingnya adalah industri dan juga pihak swasta?
Soalan seterusnya pula, saya hendak bertanya kepada pihak kementerian mengenai sumbangan R&D ini keseluruhannya kepada KDNK negara dan impaknya juga kepada ekonomi negara? Kalau kita bercakap- ini soalan seterusnya mengenai R&D dalam teknologi angkasa. Contohnya telah menghasilkan pelbagai produk dan manfaat seperti sel suria, bahan termaju, sensor pengimejan dan macam-macam lagi. Jadinya soalan saya, adakah pihak MOSTI mengambil serius dalam mengeksploitasi teknologi angkasa lepas ini? Adakah peranan ini diambil, agensi mana yang mengambil peranan mengenai perkara yang saya bangkitkan ini?
Mengenai Butiran 00603 – Agensi Remote Sensing Malaysia. Sebagai kementerian yang bertanggungjawab bagi sains, teknologi dan inovasi, soalan saya pada pihak kementerian, apakah tindakan dan sumbangan MOSTI dalam memberi amaran awal banjir dan juga maklumat analisis bagi mengelakkan kejadian banjir kepada Agensi Penguatkuasa dan Perancangan? Saya hendak mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri daripada pagi sampai ke malam berada bersama-sama dengan kita menunjukkan komitmen beliau untuk menjawab semua soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen yang berada di dalam Dewan ini.
Soalan seterusnya ialah Butiran 00608 – Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC). Kerajaan mengenal pasti kepentingan IR4.0 dalam memacu daya saing dan juga kemajuan ekonomi negara. Berkaitan dengan perkara ini saya hendak bertanya, hendak minta penjelasan daripada pihak MOSTI.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Jadinya, apakah dan bagaimanakah peranan yang dimainkan oleh pihak MOSTI dalam agenda IR4.0 ini? Seterusnya, bagaimanakah MOSTI mengambil peluang untuk meletakkan negara kita di hadapan berbanding dengan negara-negara lain dan di dunia ini? Sejauh manakah pihak kementerian menilai setiap hasil inovasi yang dihasilkan oleh penyelidik sebagai sesuatu yang boleh dikomersialkan di peringkat bukan sahaja dalam negara tetapi juga di luar negara? Bagaimanakah pihak kementerian dapat membantu mereka ini, penyelidik ini ataupun hasil daripada produk penyelidik ini agar dapat satunya, menyumbang kepada masyarakat dan memberi impak kepada ekonomi di Malaysia? Terima kasih banyak-banyak, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Hulu Langat.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Salam sejahtera.
Merujuk kepada Bekalan B.30 Butiran 30000 – Pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi dan Pengkomersialan, berjumlah RM155.5 juta dan Bekalan P.30 Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) sejumlah RM81.8 juta. Butiran 02100 – Commercialization of R&D Fund (CRDF) sejumlah RM40 juta. Butiran 03600 – Program Pengkomersilan Nano Teknologi Bagi Rancangan Malaysia Ke-11 berjumlah RM22.2 juta.
Menarik perhatian saya kepada usaha yang bersungguh-sungguh Kementerian MOSTI ini untuk mengkomersialkan R&D dan inovasi. Adakah kementerian mampu mengkomersialkan R&D walaupun peruntukan yang diberi agak kecil terutama mengkomersialkan R&D yang dibiayai oleh kementerian sendiri melalui TechnoFund? Sebagai contoh R&D motosikal elektrik dan bas elektrik yang sampai sekarang saya kira belum lagi dapat dikomersialkan. Selepas itu banyak lagi R&D yang dihasilkan oleh penyelidik di peringkat universiti dan institusi penyelidikan lain. Saya kira pengkomersialan nano teknologi agak baru di negara kita. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan produk-produk yang dapat dihasilkan melalui R&D teknologi nano ini dan yang boleh dikomersialkan.
Baru-baru ini Dewan yang mulia ini telah meluluskan pindaan Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang membolehkan mereka menubuhkan satu syarikat yang diharap MOSTI juga boleh bekerjasama dengan mereka untuk mengkomersialkan R&D sama ada dengan mewujudkan hubungan kerjasama dengan syarikat-syarikat yang mampu membantu mengkomersialkan R&D yang telah dipatenkan.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Tuan Pengerusi, saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan tambahan mengenai P.30 Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
Butiran 02100 – Commercialization of R&D Fund (CRDF) dan Butiran 03600 – Program Pengkomersilan Nano Teknologi Bagi Rancangan Malaysia Kesebelas. Adakah peruntukan ini hanya melibatkan pembangunan fizikal atau pembangunan produk R&D, saya mohon penjelasan.
Merujuk kepada Bekalan B.30, Butiran 030400 – Agensi Remote Sensing Malaysia, Butiran 020200 – Meteorologi, Butiran 030500 – Standard Malaysia dengan peruntukan RM16.2 juta dan Butiran 020100 – Kimia dengan peruntukan RM102.3 juta.
Mohon penjelasan dengan bajet yang di peruntukan, apakah perancangan utama masing-masing agensi ini yang di atas tadi dalam tahun 2018?
Apakah ada kerjasama antara Agensi Remote Sensing dengan Meteorologi dalam membuat ramalan cuaca dalam negara ini? Saya percaya sebahagian besar daripada bajet yang disediakan untuk emolumen, tetapi jika dirujuk Jabatan Kimia dan Meteorologi, mendapatkan peruntukan yang besar untuk perkhidmatan dan bekalan.
Jadi, saya minta penjelasan Menteri, apakah perkhidmatan yang akan diberi oleh kedua- dua agensi ini.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Seterusnya saya juga ingin mendapat penjelasan mengenai pembangunan yang akan dilaksanakan di bawah B.30, Butiran 00603 – Agensi Remote Sensing dengan peruntukan RM15.1 juta; Butiran 00100 – SIRIM Berhad, RM43.8 juta; dan Butiran 00200 – Jabatan Kimia Malaysia RM16.9 juta.
Saya juga ingin mendapatkan penjelasan Bekalan B.30 di bawah Butiran 040000 – Pengurusan Teras, dan Am Sains Teknologi, dan Inovasi RM188 juta; Butiran 040300 – Pengurusan Dasar Sektoral, RM120 juta; dan Butiran 040200 – Pengurusan Am RM49.4 juta.
Adakah secara amnya peruntukan-peruntukan ini untuk mengukuhkan lagi minat masyarakat terutama generasi muda dalam STEM? Apakah program-program yang akan dilaksanakan? Saya mohon sedikit pencerahan sebagaimana tercatat dalam buku anggaran yang saya sungguh-sungguh ingin mendapat penjelasan iaitu elemen foresight dan future technology dengan memberi contoh-contoh.
Akhir sekali, saya merujuk kepada Bekalan B.30, Butiran 020300 – Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dengan peruntukan RM16.9 juta yang berperanan meregulasi Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 dan peraturan-peraturannya. Saya difahamkan akta baru mengenai kendalian tenaga atom telah pun disediakan. Bilakah akta ini akan dibincangkan di Parlimen untuk menggantikan Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984?
Mohon sedikit penjelasan skop bidang-bidang yang akan dirangkuminya. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Tinggi.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya untuk berbahas dalam Jawatankuasa untuk Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 030000 – Pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi dan Pengkomersialan.
Jadi untuk dana pengkomersialan ini Butiran 030100 sebanyak RM86 juta ini.
Saya hendak bertanya kepada kementerian kerana kita sebuah negara perdagangan, kita telah mempertingkatkan lagi usaha-usaha mengurangkan pergantungan kita kepada tenaga asing dan kita memperkenalkan automasi. Kita juga memperkenalkan production pintar yang mana kita mesti kurangkan penggantungan kepada tenaga buruh dan mempertingkatkan automasi melalui inisiatif inovasi yang boleh mengurangkan bukan sahaja pergantungan, unit kos kita.
Jadi saya hendak tanya, apakah ini mencukupi untuk kita memastikan bahawa dana-dana ini sesuai dan mencukupi untuk kita adakan usaha-usaha seperti mana yang saya sebutkan tadi. Juga dana-dana pengkomersialan tentang kita telah pun menggerakkan STEM iaitu membudayakan inovasi di kalangan anak muda supaya kemahiran mereka lebih tinggi dan dengan kemahiran tinggi itu akan mengurangkan penggantungan tenaga buruh yang banyak.
Kita juga menggerakkan kerang-kerangka. Contohnya ABS di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) iaitu access benefit sharing untuk memperbanyakkan pelbagai lagi penggunaan bahan-bahan mentah biodiversiti yang boleh dihasilkan. Jadi apakah ini juga diambil kiraan dalam bajet tahun ini supaya kerangka ini dapat di gerakkan dengan lebih kuat lagi dan menjana pendapatan lebih tinggi untuk negara?
Saya berpandangan bahawa kementerian ini, dalam usaha-usaha R&D ini tidak terbatas untuk penggunaan domestik tetapi mesti bertaraf global dan bertaraf antarabangsa supaya kita juga menjadi pusat untuk mereka merujuk reference center dan juga pembinaan kapasiti sebagai pusat R&D hab yang akan menjana lebih banyak peluang.
Ini juga memberi peluang kepada universiti-universiti tempatan mengambil kesempatan dalam R&D lebih bersifat global dan lebih bersifat komersial supaya ia dapat meningkatkan taraf universiti kita dan kapasiti universiti tempatan untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Saya juga ingin bertanya tentang Butiran 060200 iaitu Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi. Saya ingat figure RM500,000 ini terlampau sedikit, adakah ini pertama kali dibuat?
Saya rasa pembudayaan ini mesti dibuat secara menyeluruh dan kita telah berbahas sebelum ini banyak kali, bahawa pembudayaan STI ini adalah amat-amat penting untuk memastikan generasi kita mempunyai budaya sains dan teknologi inovasi tinggi dan ini akan memastikan mereka mempunyai kemahiran tinggi dan sekiranya mereka bidang profesional, mereka juga mempunyai kapasiti membuat R&D lebih tinggi.
Jadi saya rasa ini satu perkara yang perlu dilihat balik.
Saya mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana melihat kepada petunjuk-petunjuk prestasi nampaknya tahun lepas kita telah dapat melaksanakan dengan baik. Cuma saya rasa kita sebagai sebuah negara, tahap R&D kita masih jauh kalau kita bandingkan dengan Korea, Jepun dan sebagainya.
Jadi saya ingat kementerian ini juga akan melihat secara keseluruhan keupayaan kita dalam R&D dan bagaimana R&D ini boleh kita terjemah dalam bentuk peluang-peluang peningkatan universiti tempatan dan juga peluang-peluang pengkomersialan untuk bahan-bahan mentah yang ada di dalam negara kita khususnya macam biodiversiti yang saya sebut tadi.
Jadi itu sahaja tuan Pengerusi, saya yang ingin bertanya kepada Menteri kementerian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuantan.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin berbahas di bawah B.30 di bawah satu butiran sahaja Tuan Pengerusi iaitu Butiran 020300 – Lembaga Perlesenan Tenaga Atom.
Tuan Pengerusi, saya terima aduan berkenaan dengan satu aduan pemuliharaan dan penyuburan tanah bekas tapak perlombongan bauksit di Bukit Goh yang diadukan kepada saya menggunakan tanah daripada kilang Lynas. Tuan Pengerusi, ia menimbulkan kerisauan daripada penduduk Bukit Goh dan di sini saya ingin menggunakan peluang ini untuk bertanya kepada Menteri sama ada benar kah kajian itu menggunakan condisoil daripada kilang Lynas.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] Oleh sebab lori yang membawa masuk tanah tersebut yang digunakan untuk apa yang dikatakan pemuliharaan dan penyuburan tanah bekas tapak perlombongan bauksit ini, tertera di situ satu lesen untuk keluar masuk Lynas.
Jadi, perlu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri nanti. Tuan Pengerusi, isu Lynas ini selama beberapa tahun yang telah diperjuangkan daripada tahun 2011, saya mula bercakap tentang isu ini pada tahun 2008, tidak selesai sehingga kini. Saya ingat apabila Yang Berhormat Menteri menjawab pada bulan Julai lepas berkenaan dengan status condisoil yang belum mendapat kelulusan SIRIM. Saya ingat daripada awal, kementerian MOSTI berdolak-dalik dan memberi berbagai-bagai jawapan berkenaan dengan sisa radioaktif daripada Lynas.
Sebelum pilihan raya 2013, kementerian mengatakan beberapa Menteri- tiga Menteri mengatakan bahawa sisa radioaktif daripada Lynas akan dihantar balik ke Australia. Itu kenyataan sebelum pilihan raya. Selepas pilihan raya, dikatakan pula bahawa Lynas telah pun memberikan proposal untuk permanent disposal facility, ini kenyataan Timbalan Menteri pada bulan Julai 2013.
Kemudian, Timbalan Menteri juga mengatakan PDF of LAMP will be located at the plant in Gebeng. Lokasi PDF itu akan berada dalam Gebeng itu sendiri, di dalam kilang itu sendiri. Kemudian Lynas pula menjawab, kami tidak akan membina PDF di Gebeng. Lynas kata, kita sudah ada RSF ataupun residue storage facility.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Kemudian ex-DG EALB, Raja Abdul Aziz mengatakan pada bulan Ogos pula, dia kata bahawa, “Oh Lynas sudah bagi conceptual proposal berkenaan dengan PDF.” Maksudnya tidak ada PDF. Jadi, yang berdolak-dalik, kami agak jelas sekarang ini bahawa memang tidak ada PDF, tidak ada perancangan pun hendak membina PDF.
Tidak ada tapak PDF yang dikenal pasti dan macam-macam proposal daripada Lynas berkenaan dengan bagaimana hendak recycle ataupun kitar semula sisa buangan radioaktif itu. Akhirnya, timbullah kisah condisoil ini. Sebelum ini road aggregatelah dan sebagainya, sekarang ini timbul kisah condisoil. Yang Berhormat Menteri sendiri menjawab bahawa ianya proses of dilution dalam sesi sidang yang lepas. Sesi dilution 1:2:7 - 1 part WLP:2 bahagian NUF:7 bahagian FGD.
Jadi, daripada sini apabila kita buat calculation, kita lihat bahawa apa yang dilaporkan oleh Lynas dalam radioactive waste management plant di awal dahulu yang mengatakan bahawa WLP ini ialah 6.29 becquerel per gram, itu tidak benar. Kalau kita tengok the process of dilution dan juga apabila kita gabungkan dengan maklumat berkenaan dengan satu kajian untuk extract thorium from the WLP waste in 2014, dengan izin Tuan Pengerusi.
Ada satu kajian oleh UKM dan kemudiannya di published pada bulan April tahun 2014 dalam The Malaysian Journal of Analytical Sciences yang bercakap berkenaan dengan extraction of thorium from the WLP. Dengan izin Tuan Pengerusi, the digestion process used manage to recover very low thorium in the range of 0.17 percent to 4.99 percent. The reason being 99 percent of the radionuclides in thorium are converted into refractory and insoluble form through the calcination stage of LAMP processing. An interesting point to note, the thorium concentration in WLP was 1,952.9 milligram per kilogram ataupun 1,952.9 part per million which is equivalent to 7.98 becquerel per gram. Jadi, ini daripada kajian yang dibuat oleh UKM. Jadi, di sini apabila kita sudah sampai ke satu tahap di mana PDF tidak dikenal pasti, tidak jelas bagaimana sisa buangan radioaktif WLP ini akan diproses, apa akan berlaku, mustahil akan dihantar balik ke Australia. Jadi, warga Kuantan dan seluruh warga Malaysia yang ambil berat tentang isu Lynas ini berasa agak khuatir dan gusar sebab proses- kalau sekiranya eksperimen ataupun kajian di Bukit Goh ini, condisoil digunakan untuk memulihkan lombong-lombong bauksit yang tinggal itu, timbul kekhuatiran kerana kita tahu tadi bahawa thorium itu susah hendak di- ia sudah tidak dapat kita asingkan dan kita tahu bahawa thorium itu is a known carsinogen. Tapak di Bukit Goh itu pula ialah ladang kelapa sawit dan kita tahu bahawa minyak sawit kita sekarang under scrutiny. Minyak sawit kita sekarang harus kita lindungi.
Seharusnya apa sahaja perkara yang mencemarkan industri sawit kita, harus kita kawal begitu ketat. Jadi, ini menimbulkan kegusaran yang amat sangat, persoalan yang tidak selesai selama, pada saya, lebih enam tahun, Tuan Pengerusi. Saya kira pihak kementerian perlu jelaskan sejelas-jelasnya, apakah perancangan sebenarnya yang akan dilakukan oleh pihak kementerian?
Pada saya, Tuan Pengerusi, memulangkan balik radioactive waste ataupun sisa buangan radioaktif daripada Lynas ke Australia itu di luar kawalan kita sebab Australia tidak akan terima. Tidak perlulah beritahu kepada rakyat yang boleh dipulangkan kerana Australia sudah jelas-jelas tidak akan terima.
Maka pada saya, permanent disposal facility (PDF) ialah jawapan yang paling selamat, tidak harus kita benarkan Lynas mengawal negara kita dan yang merupakan satu syarikat kepunyaan Australia 100 peratus. Pada saya, tidak harus kita benarkan Lynas mengawal keputusan kita, kalau keputusan itu silap sekalipun, yang dibuat pada tahun 2007 ketika itu, pada saya, Tuan Pengerusi, dengan izin, the most responsible decision bagi pihak kementerian ketika ini ialah untuk memastikan bahawa segala sisa buangan radioaktif itu diletak di dalam permanent disposal facility. Itu pandangan saya dan saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, lagi tiga.
Yang Berhormat Bukit Katil, Yang Berhormat Tanjong dan Yang Berhormat Gerik, selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab. Pendek, lima minit boleh? Tujuh minit.
Okey, tujuh minit seorang. Sila Yang Berhormat Bukit Katil.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Yang Berhormat Menteri, tiga bulan yang lalu di kawasan saya di Bukit Katil berhadapan dengan masalah hujan yang terlalu lebat dan kemudiannya menyebabkan satu keadaan banjir yang begitu mengejutkan. Saya percaya ini merupakan satu isu yang penting kerana ia berkaitan dengan Butiran 020200 – Meteorologi.
Seperti mana Yang Berhormat Menteri sedia maklum, Tuan Pengerusi, bahawa kita sekarang ini, masyarakat dunia membicarakan tentang climate change ataupun global warming. Saya baru sahaja pulang daripada Bonn, menghadiri persidangan mengenai climate change. Untuk ini Tuan Pengerusi, untuk kawasan South East Asia ini, kita berhadapan dengan cabaran yang dipanggil East Asian Summer Monsoon dengan East Asian Winter Monsoon, yang ini tentunya akan memberi sumbangan kepada kehadiran hujan yang tidak menentu dan menyebabkan kita berhadapan dengan masalah banjir.
Saya ingin memberikan perhatian kepada Yang Berhormat Menteri dan Dewan ini bahawa susulan daripada perkembangan banjir di Pulau Pinang misalnya, ramai pihak yang mengkritik tentang kita punya early warning system, sistem amaran awal kita dan jangkaan. Saya ingin tanya kepada kementerian, apakah dalam bajet ini kita menyediakan peruntukan yang munasabah untuk memastikan agar perkara ini dapat kita pertingkatkan lagi?
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Misalnya kalau kita teliti kenyataan Pengerusi Persatuan Pekilang-pekilang Malaysia, Pulau Pinang. Beliau menggesa agar ditingkatkan lagi usaha dalam kita memberikan ramalan awal ataupun ramalan cuaca yang lebih awal, yang lebih tepat.
Misalnya negara-negara maju seperti Amerika Syarikat yang memberikan amaran ribut taufan dalam waktu yang lebih lama sebelum kita secara tiba-tiba diberikan ataupun dimaklumkan at the eleventh hour, dengan izin.
Jadi ini menimbulkan masalah kepada rakyat seperti mana Yang Berhormat Menteri tahu. Bagi mereka yang berhadapan dengan masalah banjir ini, mereka hanya dapat RM200. Dalam banyak tempat ada juga dapat RM500. So, I think kita punya resilience, society kita punya resilience untuk berhadapan dengan masalah banjir ini akan berhadapan dengan cabaran kerana peruntukkan disediakan juga sedikit. Kemusnahan itu satu perkara yang besar dan ini menyebabkan kepada suatu penyelarasan yang lebih kemas. Sudah pastilah kementerian Yang Berhormat diberikan peranan yang penting untuk memastikan agar rakyat tidak terbeban dengan masalah banjir. Itu yang pertama.
Tuan Pengerusi, yang kedua ialah berkaitan dengan yang disebut CyberSecurity Malaysia. Seperti mana dalam P.30 iaitu Butiran 01600 - CyberSecurity Malaysia. Saya meneliti dengan penuh minat perkara ini Tuan Pengerusi kerana kita berhadapan dengan suatu unjuran yang telah pun diberikan oleh banyak syarikat- syarikat kajian. Market research, dengan izin. Malah ada syarikat kajian market misalnya memberikan satu unjuran bahawa pasaran dunia untuk keselamatan siber ini akan berkembang kepada USD170 bilion menjelang tahun 2020. Ini satu peluang untuk kita tap, dengan izin, perkembangan yang baik ini.
Sudah pastilah saya lihat di sini peruntukkan yang diberikan ialah begitu tinggi iaitu lebih kurang dalam 70 juta. Jadi saya ingin tahu di bawah kementerian Yang Berhormat, bagaimanakah Malaysia ingin menyumbang kepada penyelesaian isu-isu dan cabaran-cabaran siber ini. Tentunya dalam konteks ini CyberSecurity dan dalam masa yang sama kita menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.
Dia become satu lagi sumber ekonomi negara kerana saya difahamkan Malaysia sekarang ini telah pun diberikan Common Criteria Recognition Arrangement yang merupakan satu perkembangan yang cukup baik dan bagaimana kita boleh memperkasa syarikat-syarikat tempatan untuk mendapat manfaat daripada perkembangan yang positif ini. Itu yang kedua Tuan Pengerusi.
Ketiga, saya ingin juga memberikan pertanyaan berkaitan dengan yang disebutkan tadi tentang RazakSAT.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Seperti mana Yang Berhormat Menteri sedia maklum bahawa kita dengar komitmen kerajaan ini cukup banyak dan terdapat satu keadaan yang cukup membimbangkan sekarang ini kerana kita dilihat jauh ke belakang berbanding negara- negara ASEAN terutama dalam teknologi angkasa khususnya dalam bidang satelit ini.
Kita sedia maklum bahawa RazakSAT misalnya adalah merupakan antara the first of its kind yang dilancarkan di equatorial orbit. Dipanggil near equatorial orbit. Yang mana dekat dengan khatulistiwa iaitu dekat dengan negara kita tetapi ia tidak bertahan lama.
Ini tentunya menuntut kita kepada satu penjelasan tentang RazakSAT-2 ini bagaimana dan bilakah ia di lancarkan kerana ada jawapan Menteri 2015, ada jawapan 2016 because I think, dengan izin Tuan Pengerusi, this is very important kerana sekarang ini kita sudah jauh ketinggalan berbanding negara ASEAN. Dia macam lumba antara arnab dengan kura-kura. Jadi kita nampaknya dah macam arnab. Kita relaks jadi kita ketinggalan. Kura-kura jalan dulu. Jadi kita jauh ketinggalan dengan Vietnam dan negara- negara yang lain.
Saya fikir kita mesti jadi pemain yang penting kerana kita telah memulakan pada kedudukan yang baik. Kita malah ada agensi. Kita ada ATSB yang diberikan peranan yang khusus untuk berkaitan perkara ini.
Terakhir Tuan Pengerusi, adalah berkaitan dengan pendidikan sains iaitu Butiran 040400 – Akademi Sains Malaysia. Saya ingin tanya kepada Menteri. Saya terbaca bahawa terdapat suatu kerjasama yang baik dengan Kementerian Pendidikan melalui satu pelan tindakan bagi menyediakan satu pedagogi atau pun kaedah pendidikan yang lebih baik berasaskan pertanyaan. Yang mana tentunya dalam usaha untuk memastikan kita address the issue of pelajar-pelajar sains dan teknologi ini.
Jadi saya hendak tanya kepada Menteri khususnya apakah perkembangan perkara ini kerana pada saya kita sekarang amat kekurangan pekerja kemahiran tinggi apatah lagi dalam kes-kes jenayah. Misalnya saya jadi peguam, kita berhadapan dengan kekurangan pegawai penyiasat polis IO yang pandai. Ahli-ahli kimia yang tentunya patut diberikan pendedahan yang lebih baik dalam konteks ini, tentunya memperkasa sains teknologi dan inovasi ini. Sekian terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Tanjong.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 020200 – Meteorologi. Di mana peruntukkan bagi tahun depan hanya meningkat sebanyak empat peratus sahaja. Ini menimbulkan satu persoalan sama ada peruntukan tersebut cukup untuk kita mendapatkan sistem dan peralatan yang lebih canggih untuk menambah baik lagi sistem early warning kita.
Memang kita menghadapi satu krisis keyakinan di mana Jabatan Meteorologi menghadapi satu krisis keyakinan baru-baru ini. Di mana early warning sistem ini tidak dapat mengurangkan atau menyediakan warga negeri Pulau Pinang atau di negeri- negeri lain untuk menghadapi banjir, ribut taufan dan angin kencang yang melanda negara kita.
Ini satu masalah yang besar di mana sehingga kelmarin di mana kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin mewujudkan satu sistem tersendiri. Seruan itu telah diberi tawaran di mana Konsul Jeneral China di Pulau Pinang, beliau telah menawarkan bahawa bantuan akan diberikan. Bantuan dari segi kepakaran akan diberikan kepada kerajaan negeri supaya kita boleh wujudkan satu sistem early warning yang lebih baik. Jadi ini menimbulkan satu masalah. Apa yang telah berlaku kepada Jabatan Meteorologi kita?
Kenapa jabatan tersebut kini menghadapi satu krisis keyakinan yang begitu besar sehingga satu kerajaan negeri tidak ada keyakinan dalam Jabatan Meteorologi kita. Jadi saya ingin bertanyakan apakah persediaan atau strategi-strategi yang akan diambil Oleh Jabatan Meteorologi supaya masalah ini dapat di tangani dengan lebih baik.
Supaya kita memang- apabila saya merujuk pelan strategik Jabatan Meteorologi bagi tahun 2016 sehingga tahun 2020.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Memang mereka ada satu matlamat yang besar supaya jabatan ini dapat menjadi antara pusat meteorologi, klimatologi, dan geofizik yang terbaik di Asia.
Akan tetapi pada hakikatnya adakah kita dapat menjadi satu Jabatan Meteorologi yang terbaik di Asia? Jikalau kita dapat lihat dan banding sistem yang ada pada kita dengan sistem yang ada pada negara-negara lain yang selalu dilanda dengan taufan, dengan ribut ini. Memang saya rasa kita jauh ketinggalan. Memang kita tidak boleh wujud dalam satu keadaan, kita tidak harus ada satu mentaliti silo di mana kita rasa kita yang terbaik.
Padahal kita bukannya yang terbaik. Dari segi apa yang berlaku kebelakangan ini kita boleh mengetahui pelbagai kelemahan pada sistem kita. Seperti apa yang selalu kita tanyakan, adakah ribut taufan seperti yang diuar-uarkan itu akan melanda negara kita? Memang banyak khabar angin kebelakangan ini. Jikalau ada khabar angin tersebut mengapa warga negara kita tidak merujuk kepada Jabatan Meteorologi?
Akan tetapi mereka lebih yakin kepada agensi-agensi luar negara, kepada berita-berita palsu dan kepada berita-berita yang tidak berasas. Jadi ini menunjukkan satu masalah krisis yang besar pada Jabatan Meteorologi dan saya harap sesuatu dapat dilakukan dengan cepat. Jangan hanya apabila saya membangkit isu ini dalam perbahasan peringkat dasar. Menteri tidak memberi sebarang jawapan. Ini menunjukkan bahawa Menteri tidak ambil berat langsung masalah ini.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Bila kita menggunakan application Jabatan Meteorologi application myCuaca itu, sepatutnya dia kena ada fungsi untuk push notification. Kita tidak perlu- sesiapa jikalau hendak mengetahui berita terkini perlu melayari application itu baru boleh dapat semak berita terkini, amaran yang terkini. Sepatutnya dengan ada application yang kita download pada handphone, kita boleh dapat alert walaupun kita tidak masuk dalam application itu. Akan tetapi jikalau ada sesuatu amaran dikeluarkan, semua orang boleh dapat dengan secara automatik.
Saya juga tidak faham mengapa kita hendak subscribe kepada perkhidmatan SMS Jabatan Meteorologi, kita perlu membayar 20 sen untuk setiap SMS. Jikalau kita hendak dapat lebih banyak berita yang terkini dan amaran yang terkini kerana memang ada empat amaran yang boleh dikeluarkan amaran cuaca, amaran laut, maklumat taufan dan maklumat gempa bumi, ada empat jenis. Jikalau kita hendak subscribe semua ini, kita kena bayar lebih.
Saya rasa ini satu- haruslah satu perkhidmatan yang percuma. Saya tidak rasa Jabatan Meteorologi kena bergantung kepada sumber pendapatan ini. Ini harus diberikan secara percuma untuk menggalakkan banyak rakyat Malaysia dapat subscribe application tersebut. Jadi, saya harap dapat diberikan satu jawapan yang lebih komprehensif macam mana early warning system ini dengan perkhidmatan teknologi yang terkini dengan applications yang tertentu dapat menambah baik lagi sistem yang kita ada. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Gerik.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga turut membahaskan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di bawah Butiran 060200 serta Butiran 060400 iaitu Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi serta Pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi dan Pengkomersialan.
Reka bentuk sering kali dilihat dari sudut kecantikan luaran semata-mata.
Namun hakikatnya, reka bentuk merupakan penyelesaian strategik yang memacu aktiviti inovasi, penjanaan kekayaan, pencorak kepada kualiti kehidupan yang lebih sempurna melalui penghasilan produk, sistem perkhidmatan dan paten. Bidang reka bentuk diyakini mampu memainkan peranan besar bagi merealisasikan hasrat kerajaan melaksanakan transformasi negara dalam pelbagai sektor pada masa hadapan.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Pemikiran sedemikian harus dimulakan segera sebagai langkah kecil untuk meningkatkan inspirasi yang juga antara matlamat di bawah gagasan Transformasi Nasional 2050.
Kita menyedari bahawa sumber negara adalah terhad dan ia perlu dimaksimumkan. Kita perlu memanfaatkan apa sahaja yang dimiliki dan satu-satu cara untuk berbuat demikian adalah menerusi kreativiti dan inovasi. Di Singapura sebagai contoh bidang reka bentuk sendiri menyumbang RM6.7 bilion nilai keluaran dalam negara kasar republik itu selain menjana 30 ribu peluang pekerjaan pada tahun 2013.
Persoalannya, apakah usaha pihak kementerian bagi membudayakan generasi muda mendalami minat dalam sektor reka bentuk dalam menjayakan aspirasi Transformasi Nasional.
Memasukkan mata pelajaran Sains dan Inovasi di peringkat sekolah dalam memupuk minat pelajar bagi menghasilkan sains robotik misalnya, apakah program- program yang telah direncana oleh pihak kementerian bagi mengajak masyarakat menceburi bidang teknologi dan reka bentuk dalam usaha untuk meningkatkan sosial ekonomi rakyat. Sudah sampai masanya bilakah kementerian akan menubuhkan satu jabatan pembangunan dan reka bentuk Malaysia ini di bawah kementerian ini di mana sesuai dengan kita sudah lulus harta intelek dan pelbagainya untuk memastikan segala reka bentuk dalam negara di bawah dan kita ada paten-paten kita.
Saya seterusnya dengan Butiran 01600 - Cybersecurity Malaysia. Kes penipuan menerusi internet dan jenayah siber dilaporkan semakin membimbangkan di dalam negara kita apabila mencatatkan peningkatan kes yang ketara. Sebanyak 3,921 insiden penipuan dalam talian dilaporkan sepanjang tahun lalu membabitkan pelbagai kes seperti curi data, scam penipuan, pembelian barangan dalam talian serta perbankan internet. Jumlah itu adalah peningkatan kira-kira 20.4 peratus berbanding tahun 2015 yang mencatat 3,257 kes penipuan dalam talian bagi kes yang sama. Antara bentuk jenayah siber yang kian menular ialah pencerobohan data, fitnah terhadap pemimpin yang akhirnya menjejaskan kestabilan politik dan sosial serta kedaulatan negara.
Sama ada kita sedar atau tidak, jenayah siber secara tidak langsung boleh menyebabkan negara kehilangan harta intelek akibat kecuaian aset kewangan dan urusan perniagaan yang digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Soalannya, apakah usaha pihak kementerian dalam membendung jenayah siber ini dari terus merebak menerusi agensi-agensi di bawah kementerian serta adakah pihak kementerian menjalankan penyelidikan berkaitan teknologi terkini dalam membanteras jenayah tersebut.
Apakah usaha yang sama yang dijalankan oleh agensi di bawah pihak kementerian bersama PDRM bagi membanteras jenayah siber secara habis-habisan hingga ke akar umbi. Persoalan yang paling akhir, apakah program-program yang telah direncanakan oleh pihak kementerian dalam mendidik orang ramai tentang bahayanya jenayah siber pada masa kini terutamanya pada golongan muda. Sekian. Saya menyokong.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya sila, Yang Berhormat Menteri.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan kementerian saya di peringkat Jawatankuasa.
Pertamanya, saya ingin menjawab persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong. Yang Berhormat Parit Sulong telah bertanya tentang apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk bersedia menangani satelit daripada China nama Tiangong-1 yang telah diberitakan akan reenter ke bumi dan dikatakan akan melalui termasuk di negara kita dan sebagainya.
Langkah-langkah yang sedang diambil, untuk makluman Yang Berhormat sebenarnya satelit ini bukan perkara baru. Pihak pemilik satelit ini iaitu Negara China sebenarnya telah kehilangan control, bermula lagi pada tahun 2016.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Walau bagaimanapun, pihak pemiliknya negara China masih lagi meneruskan tracking satelit ini. Sebagai pendatangan triti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai dengan space, mereka wajib untuk memberi tahu pihak yang berkuasa.
Pertamanya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan daripada Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu itu, kita akan mendapat maklumat tentang pergerakan satelit ini dan daripada pergerakan ini dan negara-negara yang berkenaan yang berisiko untuk menerima debris ini boleh menjalankan langkah-langkah untuk bersedia.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Pertama yang kita hendak sediakan ialah, setelah kita mendapat berita ini, kita memaklumkan kepada pihak yang kita dapat maklumat ini dan bertanya, mendapat maklumat-maklumat tentang pergerakan satelit ini dan di manakah tahapnya.
Sebenarnya untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila satelit ini menuju ke bumi, sebenarnya dia akan hancur. Sebenarnya akan hancur. Walau bagaimanapun, pihak kita melalui Agensi Angkasa, kita akan memberi maklumat berkala kepada pihak awam tentang di mana kedudukan sebenar satelit ini apabila dia nanti reenter. Pertanyaan seterusnya daripada Yang Berhormat Parit Sulong, apakah kita mempunyai SOP untuk mengendali ini. Sebenarnya kita ada dan panjang catatannya kalau saya hendak sebut semua satu per satu daripada segi SOPnya. Kita mempunyai SOP untuk menangani space debris seperti ini. Pertanyaan seterusnya daripada Yang Berhormat Parit Sulong berkenaan dengan space debris ialah, apakah langkah-langkah kita untuk memastikan supaya kita dapat menangani pelbagai cabaran tentang kewujudan space debris seperti mana saya nyatakan tadi bahawa kita mempunyai SOP untuk menangani perkara ini dan tidak perlu kerisauan daripada pihak awam tentang risiko yang akan dihadapi.
Seterusnya Yang Berhormat Parit Sulong bertanya tentang sama ada kita mempunyai kepakaran tempatan untuk pemantauan Tiangong-1 ini. Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Agensi Angkasa Negara mempunyai kemampuan memantau pergerakan dan altitud Tiangong melalui aniline element yang dijana oleh pihak North American Aerospace Defense Command (NORAD) secara harian bermula Disember 2017. Selain itu, pihak kementerian melalui Angkasa akan mengeluarkan tempoh masa stesen tersebut berada di atas Malaysia secara harian apabila stesennya kurang daripada 50 kilometer. Setakat itu saya jawab berkenaan dengan satelit Tiangong.
Seterusnya saya beralih kepada pertanyaan Yang Berhormat Parit Sulong berkenaan dengan apakah peranan yang dimainkan oleh MOSTI dalam memacu The Fourth Industrial Revolution dan apakah tindakan MOSTI dalam meletakkan negara di hadapan cabaran The Fourth Industrial Revolution. Pertamanya, kita telah berbincang perkara ini di Majlis Sains Negara memandangkan sebenarnya pihak MITI telah lebih awal menjalankan satu rangka kerja untuk membuat satu pelan tindakan untuk The Fourth Industrial Revolution berkenaan dengan manufacturing. Kita telah bentang di situ dan hasil daripada keputusan Majlis Sains Negara, hal yang berkaitan dengan The Fourth Industrial Revolution ini melibatkan pelbagai kementerian dan oleh sebab itu elok penjelasan dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara.
Bagi MOSTI, kita melihat bahawa MOSTI perlu memfokuskan kepada pembangunan inklusif yang berasaskan pembangunan nilai kemanusiaan untuk memastikan kelestarian pembangunan dan penggunaan teknologi untuk memastikan Malaysia mampu mengecap impak Revolusi Industri 4.0 semaksimum mungkin.
Maksudnya di sini ialah kita harus melihat bahawa The Fourth Industrial Revolution ini adalah merupakan satu it’s a new world all together. Bagi negara Jepun sebagai contoh, untuk menangani era industri yang baru ini, the new wave ini, Kerajaan Jepun telah mengadakan apa yang dipanggil Society 5.0. Kita memikirkan di MOSTI bahawa Malaysia juga perlu mengambil pendekatan secara menyeluruh yang melibatkan kemasyarakatan. So, kita lebih bercerita tentang masyarakat Malaysia 4.0. Jadi oleh itu kita perlu menyelesaikan hal-hal yang berkaitan dengan bagaimana bukan sahaja untuk menggabungkan teknologi-teknologi ini tetapi kita juga di MOSTI ini memainkan peranan untuk melihat dari segi ethics.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Seri Panglima Madius Tangau
The Fourth Industrial Revolution adalah satu revolusi yang unlimited. Tidak ada batas. Anything is possible dan sebenarnya penyelidik-penyelidik kita di Malaysia sudah pun boleh berkemampuan untuk mengeluarkan pelbagai mesin dalam industri ini tetapi kita juga perlu melihat dari segi ethicsnya. Jadi di situ kita memainkan peranan.
Walau bagaimanapun, kita masih dalam perbincangan untuk mengadakan satu kerangka atau framework di mana kita boleh bekerja, how we can drive The Fourth Industrial Revolution ini melibatkan kementerian-kementerian yang lain. Sebagai langkah dan panduan, MOSTI sudah pun melancarkan apa yang kita panggil sebagai Envisioning Malaysia 2050 yang telah dibangunkan oleh pihak Akademi Sains Malaysia dan ini akan menjadi satu asas bagi kita untuk memacu The Fourth Industrial Revolution dalam kaca mata yang lebih luas lagi.
Seterusnya Yang Berhormat Parit Sulong telah bertanya tentang R&D dalam hal yang berkaitan dengan space awareness program. Untuk makluman Yang Berhormat, banyak program yang dijalankan oleh agensi sama ada pihak Agensi Angkasa ataupun Planetarium. Program-program ini dijalankan secara bersepadu bersama dengan rakan-rakan strategik aktiviti seperti bersama dengan Kementerian Pendidikan dan sebagainya untuk mempertingkatkan lagi kesedaran rakyat khususnya pelajar dalam space program. Antara program-program yang dijalankan adalah National Space Challenge, Kejohanan Roket Kebangsaan, Pertandingan Poster Kebangsaan, bengkel guru-guru dan kanak-kanak dan pelbagai lagi program yang dijalankan. Dengan lain perkataan, program ini adalah berterusan. Selain daripada itu, rakyat khususnya pelajar dialu-alukan untuk melawat Planetarium Negara untuk mengalami sendiri simulasi angkasa supaya mereka akan dapat kesedaran dan juga mempertingkatkan minat dalam sains angkasa.
Berkenaan dengan penyelidikan yang ditanya oleh Yang Berhormat Parit Sulong, dari segi sumbangan dan kedudukan kita dalam GERD pada tahun 2015, sumbangan GERD terhadap GDP kita adalah 1.3 peratus dan sememangnya peratusan ini masih rendah lagi kalau kita bandingkan dengan negara jiran kita seperti Singapura.
Singapura ini keputusan GERD adalah lebih kurang 2.7 dan sebagainya. Kita masih rendah.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Walau bagaimanapun, di sini kita ada cabaran lain, bukan sahaja dari segi penyelidikan tetapi juga dari segi pengkomersialan. Dalam hal ini, terima kasih Yang Berhormat kerana telah bertanya tentang soalan sebab ini juga adalah merupakan satu perjuangan MOSTI yang selama ini di mana kita mahu supaya bajet untuk penyelidikan dapat dipertingkatkan. Bukan sahaja bajet yang dikendalikan oleh pihak MOSTI tetapi bajet untuk agensi-agensi dan kementerian-kementerian yang terlibat dalam penyelidikan.
Banyak betul Yang Berhormat Parit Sulong ini. Berkenaan dengan pengkomersialan hasil penyelidikan yang ditanya oleh Yang Berhormat Parit Sulong.
Saya fikir Yang Berhormat Hulu Langat juga ada bertanya. MOSTI telah mengambil langkah-langkah drastik untuk mempertingkatkan lagi perkomersialan hasil-hasil R&D kita. Antaranya bermula daripada tahun 2015 kita telah mengadakan apa yang dipanggil sebagai MOSTI Commercialization Year dan selepas itu pada tahun lepas kita telah mulakan menaiktarafkan pengkomersialan itu ke peringkat kebangsaan dan kita akan teruskan pada tahun ini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia Commercialization Year pada tahun ini akan diadakan pada 12 Disember dan pada kali ini kita akan N-BOS dengan Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Pengajian Tinggi. Di Commercialization Year ini kita akan mengadakan pelbagai program seperti mempamerkan hasil-hasil penyelidikan. Kita juga mengadakan conference, simposium dan sebagainya.
Untuk makluman Yang Berhormat sasaran utama kita dalam pengkomersialan ini adalah untuk mempertingkatkan bilangan produk kita yang dikomersialkan. Dalam tahun 2016 sebagai contoh sebanyak 130 produk teknologi, hasil R&D yang telah dikomersialkan dengan RM155 juta.
Sebanyak 84 daripadanya telah pun menembusi pasaran di dalam dan di luar negara. Bagi tahun ini, tahun 2017, sebanyak 129 produk telah dikenal pasti dan berpotensi untuk dikomersialkan dan kita akan pamerkan ini di Malaysia Commercialization Year yang akan diadakan pada 12 Disember nanti.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Berkenaan dengan sama ada kita berkolaborasi dari segi pertanyaan Yang Berhormat Parit Sulong berkenaan dengan sama ada kita apakah lagi langkah-langkah kita untuk mempertingkatkan lagi penyelidikan dan cadangan Yang Berhormat sama ada kita untuk berkolaborasi dengan institusi penyelidikan di negara lain. Sememangnya ini sudah kita lakukan.
Untuk makluman baru-baru ini di peringkat ASEAN sebagai contoh kita telah membuat komitmen untuk menyediakan dana sebanyak USD1 juta. Seperti juga yang telah dicommitkan oleh pihak Singapura, Thailand dan pihak Filipina di mana kita akan berkolaborasi walaupun dana ini bukanlah is a non cross-border fund tetapi kita akan berkolaborasi dari segi membuat penyelidikan. Apa yang kita telah persetujui di kalangan Menteri-Menteri Sains ASEAN ialah kita akan menumpukan penyelidikan kita terhadap practical human, practical economic problem yang dihadapi oleh negara-negara yang berkenaan.
Seterusnya, saya beralih ke persoalan-persoalan yang dibangkitkan. Banyak betul Yang Berhormat Parit Sulong ini, ada tiga lagi.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Ada yang fasal status Satelit RazakSAT-2 itu.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Okey.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Berkenaan dengan RazakSAT saya ingat ini dijawab bersama dengan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Katil juga yang ingin bertanya tentang status RazakSAT. RazakSAT-1.
Prof. Dr. Ismail bin Daut - Merbok
Yang Berhormat, boleh cakap sikit?
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Menteri tengah buat...
Prof. Dr. Ismail bin Daut - Merbok
Merbok, Merbok.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Merbok duduk dulu.
Prof. Dr. Ismail bin Daut - Merbok
Okey.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Yang Berhormat Merbok.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, bagi peluang Yang Berhormat Menteri jawab. Sila terus, terus.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Ya. Berkenaan dengan RazakSAT ini memang yang untuk makluman Yang Berhormat, RazakSAT-1 memang sudah tidak- it’s out of control dan memang sudah menjadi space debris itu yang kita akui. Kerajaan telah meluluskan sejak tahun 2010 lagi sebenarnya untuk perolehan RazakSAT-2. Kita telah mengambil masa yang panjang sebab kita cukup berhati-hati tentang bagaimana RazakSAT ini dapat diperoleh sebab kita mempelajari apa yang kita telah lalui semasa kita membuat perolehan terhadap RazakSAT-1.
Jadi oleh sebab itu, sepatutnya pada tahun ini kita sudah mulakan. Sebenarnya kita sudah kenal pasti dan kita cuma perlu pergi ke Kabinet lagi sebab kenaikan harga dan sebagainya kita perlu lagi sedikit tambahan peruntukan. Sebab itu dalam bajet pada kali ini hanya diberi token sahaja lebih kurang RM100 tetapi mudah-mudahan pada tahun hadapan Yang Berhormat kita akan buat keputusan, kita akan memulakan untuk mendapatkan Satelit RazakSAT-2 ini. Bagaimanapun dia akan mengambil masa barangkali kita akan hanya dapat peroleh dalam beberapa tahun selepas tahun depan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Merbok.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Yang Berhormat Merbok.
Prof. Dr. Ismail bin Daut - Merbok
Yang Berhormat Menteri tadi bercakap fasal MIMOS tadi ya. Kebanyakan pegawai penyelidikan MIMOS yang dilepaskan jawatan mereka di universiti-universiti di Malaysia, adakah dengan jumlah peruntukan yang diberikan sebanyak RM126 bilion dapat melaksanakan kajian terdahulu dan mengambil penyelidik-penyelidik yang semula, boleh tidak?
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Tadi Yang Berhormat tidak bangkit. Ini persoalan baru ya, MIMOS. MIMOS penyelidik MIMOS. Sebenarnya di MIMOS ini kita mempunyai lebih 1,000 kakitangan. Kita banyak penyelidik sebenarnya di MIMOS. Jadi, persoalannya apakah peranan mereka yang sudah berpencen ya?
Prof. Dr. Ismail bin Daut - Merbok
Tidak ada peruntukan. Jadi, mereka dilepaskan bekerja di universiti-universiti. Sekarang dengan peruntukan yang cukup besar ini boleh bawa kembali sebab dapat research yang terbaiklah di MIMOS ini.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Yang Berhormat peruntukan yang ada yang telah dimasukkan dalam bajet ini adalah peruntukan yang spesifik dan tidak ada peruntukan seperti itu sebenarnya.
Tuan Pengerusi izinkan saya meneruskan untuk menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Langat. Pertama, berkenaan dengan produk-produk hasil penyelidikan yang telah dikomersialkan. Yang Berhormat ingin bertanya apakah kita telah menghasilkan produk-produk. Sebenarnya sudah banyak hasil-hasil penyelidikan. Saya boleh sebut beberapa di sini tetapi kita sebenarnya banyak produk-produk kosmetik, penapisan air, produk antimicrobial dan sebagainya.
Banyak ultracapacitor dan graphene banyak. Cuma saya hendak sebut ada satu perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Langat tentang electric motorcycle.
Sebenarnya, kita sudah mula mengkomersialkan. Ini sebuah syarikat bernama Eclimo dan tetapi kita menghadapi cabaran dari segi we are not that competitive sebab electric motorcycle ini harganya mahal.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Jadi apabila kita membuat pemasaran, kita perlu membuat satu business model di mana kita tidak jual motosikal itu tetapi kita buat go on leasing. Walau bagaimanapun, pihak PDRM telah pun membeli beberapa buah motosikal elektrik yang dihasilkan oleh syarikat ini dan saya tahu juga yang syarikat ini sedang berusaha untuk memasarkan hasil produk mereka di negara Filipina dan juga di negara Cambodia.
Berkenaan dengan pertanyaan Yang Berhormat Hulu Langat sama ada pihak MOSTI bekerjasama dengan pihak MyIPO, memang kita bekerjasama. Kita mempunyai perjanjian baru-baru ini, tak lama mendatang ini, satu perjanjian di antara MOSTI dengan MyIPO. Tujuan kita adalah untuk supaya kita dapat bertukar-tukar maklumat. Niat akhirnya ialah supaya intellectual property yang dihasilkan itu kita dapat sama-sama membuat strategi untuk memasarkan atau mendapatkan usahawan-usahawan yang ingin memasarkan intellectual property tersebut.
Berkenaan dengan perolehan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan berkenaan dengan Meteorologi yang ditanya oleh Yang Berhormat Hulu Langat, sebenarnya kita telah membuat banyak perolehan. Saya boleh sebut satu persatu di sini sebenarnya tetapi barangkali saya akan sebut ini bersama-sama dengan beberapa pertanyaan tentang amaran banjir tadi.
Jadi saya akan jawab bersama dengan Yang Berhormat Bukit Katil dan juga Yang Berhormat dari Tanjong berkenaan dengan ARSM, perbelanjaan ARSM. Pada tahun ini ada sedikit penurunan daripada segi bajet tetapi ia tidak menjejaskan kerja-kerja yang dijalankan oleh ARSM.
Yang Berhormat Hulu Langat juga bertanya berkenaan dengan perkembangan STEM. Ini saya akan jawab bersama dengan keprihatinan yang telah disebut oleh Yang Berhormat Bukit Katil. Terima kasih. Memang pihak kementerian, kita begitu prihatin tentang bagaimana kita hendak memperkukuhkan STEM.
Seperti mana yang pernah saya nyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa melalui satu penyelidikan pertama yang telah dibuat oleh pihak Akademi Sains Malaysia pada tahun 2015 iaitu Science Outlook, kita telah dikejutkan dengan peratusan pencapaian kita, bilangan pelajar yang eligible to take up science hanya lebih kurang 21 peratus sedangkan daripada segi dasarnya sepatutnya bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sains itu mencapai pada tahap 60 peratus.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Jadi langkah-langkahnya ialah untuk memperkenalkan pedagogi baru. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil yang menyebutkan tentang satu pedagogi baru yang kita perkenalkan iaitu inquiry-based science education. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Katil dan juga Yang Berhormat Hulu Langat, semua pilot study yang kita telah buat sejak tahun 2001 lagi sampai sekarang telah membuktikan dengan jelas bahawa this is the way to go. Jadi untuk kini, sebenarnya pihak Kementerian Pendidikan, Yang Berhormat Menteri Pendidikan juga sendiri telah melawat ke Paris dan melihat IBSE ini dan beliau juga begitu yakin bahawa this is the way to go. Persoalannya di sini ialah untuk mula memperkenalkan dalam sistem pembelajaran kita, kita memerlukan guru-guru yang terlatih dan bukan itu sahaja tetapi guru-guru yang passionate. Sebab itu dalam bajet kali ini, kita mengucapkan sedikit penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah menyatakan untuk permintaan kita untuk mewujudkan satu STEM Centre.
STEM Centre yang kita akan wujudkan ini adalah satu STEM Centre yang dimodelkan, it’s modelled after the York STEM Centre in York, UK di mana ini adalah satu kerjasama di antara pihak kerajaan dan juga pihak swasta. Ia diletakkan di bawah Kementerian Sains tetapi dia berN-BOS dengan Kementerian Pendidikan, dan terbukti dengan STEM Centre di York ini telah meningkatkan minat pelajar-pelajar, mempertingkatkan minat pelajar yang mengambil pelajaran sains.
Berkenaan dengan pertanyaan Yang Berhormat Hulu Langat juga tentang foresight technology. Sebagai langkah pertama, kita telah mengadakan, seperti yang saya sebutkan awal tadi, we have this Envisioning Malaysia 2050 dan dalam ini, kita telah menyatakan pelbagai foresight kita dalam pelbagai teknologi dan kita juga ada bahagian di kementerian untuk menangani ini, melihat ini, memantau dan mengurus tadbir dan ini akan dilaksanakan sejajar dengan pelaksanaan TN50.
Berkenaan dengan pertanyaan Yang Berhormat Hulu Langat tentang apakah status rang undang-undang berkenaan dengan pindaan kepada LPTA. Ini akan dibentangkan pada tahun hadapan. Sebenarnya, segala-galanya sudah bersedia.
Tinggal lagi, ada beberapa perkara yang perlu kita selesaikan yang ada kaitan dengan kementerian-kementerian lain termasuklah daripada Kementerian Kesihatan dan sebagainya.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Ya, silakan.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Yang tadi, nanoteknologi. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Okey, berkenaan dengan nano teknologi. Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Langat, sebenarnya peruntukan yang diberikan kepada nano teknologi ini, NanoMalaysia ini, bukan tertumpu kepada penyelidikan tetapi lebih kepada untuk membudayakan dan menggalakkan penggunaan nanoteknologi. Antaranya ialah National Action Graphene Action Plan yang kita buat bersama dengan MITI dan ini kita akan teruskan. Tujuan kita adalah untuk memperkenalkan teknologi graphene kepada syarikat-syarikat dan kita memberi graphene worth RM200,000 but we are giving as in kind. Jika sekiranya dengan penggunaan graphene technology ini mereka dapat melahirkan satu produk yang baru yang lebih baik dan mereka mahu mengeluarkan secara mass production, pihak syarikat akan menggunakan kewangan mereka sendiri.
Untuk makluman Yang Berhormat, di antara produk-produk yang dikeluarkan oleh NanoMalaysia yang telah diperkenalkan melalui Graphene Action Plan ini adalah bateri yang telah saya sebut lebih awal tadi. Bateri yang lebih baik ya.
Yang Berhormat Kota Tinggi. Beliau telah bertanya tentang bagaimanakah dan apa peranan pihak kementerian untuk mempertingkatkan lagi usaha untuk mengautomasikan industri kita khusus untuk mengurangkan kebergantungan kita terhadap pekerja asing.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Tinggi sebab ini juga adalah keprihatinan kita. Kita amat prihatin, kita tahu bahawa oleh kerana industri kita termasuklah sektor kelapa sawit sebagai contoh, satu sektor yang begitu penting untuk negara kita dan kita sangat bergantung pada pekerja asing. Begitu juga dengan sektor perabot dan sebagainya. Dan kita menghadapi banyak cabaran kerana masalah untuk mendapatkan pekerja asing. Sebab itu kita mengambil langkah-langkah untuk memperkenalkan automasi. Yang terdekat untuk mempertingkatkan lagi hal automasi ini ialah satu program yang dijalankan oleh pihak SIRIM.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Kita ada program yang dipanggil SIRIM Friend Offer, di mana SIRIM akan mengadakan atau menjalankan audit teknologi terhadap syarikat-syarikat dan untuk mempertingkatkan produktiviti dan juga efficiency. Akhirnya, mempertingkatkan keuntungan. Kalau pihak syarikat mahu untuk mengambil teknologi yang diperkenalkan ini, kerajaan memberi peruntukan sebenarnya sebagai permulaan.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Yang Berhormat Menteri, hendak tanya sedikit boleh? Saya tertarik pasal automation, because Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ini akan buat research dan akan mendengarkan dapatan-dapatan atau research ini untuk kita aplikasikan. Kerajaan saya tengok dalam bajet tahun ini yang menariknya, tahun 2015 sampai tahun 2017, kita ada spent RM1.5 billion untuk isolated capital advance untuk menyegerakan pelaksanaan automasi ini. Pada tahun ini 2018, bajetnya another RM1 bilion. So, RM2.5 bilion.
Akan tetapi saya hendak tanya kementerian, bagaimanakah kementerian melihat pembudayaan automation? Macam mana pembudayaan STI, pembudayaan sains dan teknologi ini dibudayakan di kalangan manufacturer seluruh negara, bukan sahaja perabot sahaja ataupun kelapa sawit sahaja. Ini supaya jumlah kebergantungan pekerja asing ini dapat kita kurangkan, satu.
Kedua, kecekapan proses itu akan ditambah dan ini akan mengurangkan unit kos. Dengan itu kita akan lebih berdaya saing. Jadi, apakah program pembudayaan yang kementerian rancang? Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Terima kasih. Sebenarnya proses untuk memperkenalkan automasi ini adalah sesuatu yang sangat mencabar. Untuk makluman Yang Berhormat, saya ambil satu contoh dalam melaksanakan Program SIRIM Friend Offer yang dijalankan oleh SIRIM. Apabila kita menjalankan audit, pihak SIRIM menjalankan audit syarikat-syarikat yang dikenal pasti. Syarikat pun takut, ia tidak terbuka. Ia begitu selesa dengan teknologi yang ia ada. Selain daripada itu ia juga risau, ada trade secret dan sebagainya. So, banyak cabaran-cabaran yang kita hadapi.
Walau bagaimanapun, untuk langkah pembudayaan automasi ini, antara projek mega yang telah diadakan baru-baru ini, kita telah mengadakan National Innovation and Creative Economy Expo (NICE). Di mana, for first time kita menggunakan, mengambil semua peruntukan yang kita telah gunakan selama ini yang dijalankan oleh agensi- agensi masing-masing. Kita kumpulkan dan kita telah mengadakan ekspo ini selama empat hari di Technology Park Malaysia. Kita telah menjemput orang ramai, termasuk daripada pihak industri untuk memperlihatkan pelbagai teknologi.
Teknologi yang bersifat smart 4.0 technology dan sebagainya supaya mereka dapat melihat dengan sendiri bahawa proses yang mereka gunakan selama ini banyak alternatif, banyak teknologi yang mereka boleh gunakan. Untuk makluman Yang Berhormat, NICE ini kita akan adakan setiap tahun bermula pada tahun ini. Akan tetapi tahun hadapan kita akan adakan bersama-sama dengan pihak Agensi Halal pada tahun hadapan.
Pada tahun 2019, kita akan mulakan pada bulan April, di mana musim cuti supaya pelajar-pelajar pun berpeluang untuk melihat ia juga. Jadi, ini langkah-langkah yang kita buat selain daripada program-program kesedaran yang dibuat oleh agensi masing-masing sebagai kerja-kerja rutin.
Seterusnya, saya beralih kepada Yang Berhormat Bukit Katil dan Yang Berhormat Tanjong. Yang Berhormat Tanjong mengatakan yang we have lost credibility.
Sebenarnya, saya hendak beritahu bahawa apa yang dikatakan kita tidak memberi amaran awal, sebenarnya itu, dakwaan itu tidak betul.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Saya hendak beritahu bahawa tentang insiden baru-baru ini, sebab itulah asas yang mengatakan yang dikatakan we have lost credibility. Sebenarnya Tuan Pengerusi, kita pihak MET sebenarnya telah mengeluarkan amaran cuaca buruk pada 1 November iaitu tiga hari sebelum insiden banjir berlaku di Pulau Pinang yang telah berlaku pada 4 November. Ertinya, dari segi SOP kita telah memenuhi the first pada 1 November kita sudah buat. Pihak MET sudah mengeluarkan amaran.
Amaran ini dikeluarkan dan dihebahkan seperti biasa iaitu melalui RTM dan laman web dan berbagai apps yang kita ada. Selain daripada itu, memang kita telah memberi makluman, beritahu kepada Pengarah MET Negeri. Untuk makluman, di Pulau Pinang ini kita ada 50 orang kakitangan, kita ada pengarah di sana dan sebagainya, sudah diberitahu. Selepas itu. Pada hari telah berlaku iaitu pada 4 hari bulan kita telah juga mengeluarkan amaran jingga. Pada 1 hari bulan itu, kuning.
Seterusnya, terus kita telah buat amaran merah. Barangkali di sini ada persoalan ia tidak biasa dengan yang warna-warna ini tetapi sebenarnya, pokoknya ialah amaran sudah dikeluarkan. Saya fikir dalam hal banjir ini ada dua perkara. Satu dari segi maklumat, keduanya dari segi persediaan on the ground, agensi-agensi yang terlibat untuk menangani hal-hal banjir ini. Akan tetapi dari segi amaran itu sudah dibuat. Jadi, persoalan cadangan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mengatakan ia sendiri akan mengadakan sistem amarannya, by all means, go ahead. Buatlah sendiri.
Ambil daripada Negara China atau mana-mana, go ahead. Sebenarnya, ini bukan senang. Kalau dikatakan negara China itu adalah canggih dan paling maju dari segi teknologinya. Untuk makluman, yang lebih maju, more advanced, yang kita gunakan adalah kita ambil daripada Jepun sebenarnya. Jepun ini, satellite imagenya every 10 minutes. Itu yang kita gunakan. Negara China ini sebenarnya lebih terkebelakang berbanding negara Jepun. Akan tetapi walau bagaimanapun mana- mana...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Menteri, sebenarnya isu ini sudah dijawab beberapa kali. Saya ingat tidak perlu ulang. Yang Berhormat Tanjong pun sudah bertanya dengan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Saya tanya tetapi hari itu tidak ada jawapan. Jadi, saya bangkit sekali...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya. Yang Berhormat, Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat. Saya penuh sabar dengar jawapan Yang Berhormat Menteri. Sila duduk Yang Berhormat Menteri. Ya, Yang Berhormat Menteri, sila duduk. Yang Berhormat Tanjong sudah bertanya di peringkat Dasar. Yang Berhormat Timbalan Menteri pun sudah jawab. Yang Berhormat Tanjong juga telah berucap dalam Kamar Khas. Saya juga yang menjadi Tuan Pengerusinya. Hari ini Yang Berhormat Tanjong ulang juga Yang Berhormat. Jadi, cukuplah Yang Berhormat.
Tajuk lain Yang Berhormat.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Ini bukan ulangan. Saya bangkit point yang baru.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 37(2), Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Cukuplah, cukuplah. Ini di peringkat Dasar. Saya cuma ingin...
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Boleh minta izin.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, isu lain Yang Berhormat.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Saya minta izin kerana isu ini tidak dijawab.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Dijawab Yang Berhormat. Saya yang mempengerusikan, Yang Berhormat.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Saya tahu. Kamar Khas itu adalah NRE. Saya tanya MOSTI. Hari itu adalah Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, jawapan yang sama, Yang Berhormat Timbalan Menteri pun sudah jawab, Yang Berhormat.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Boleh saya tanya, penjelasan? Tuan Pengerusi, boleh saya minta penjelasan?
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila Yang Berhormat, isu lain. Yang Berhormat, sila duduk. Yang Berhormat, sila duduk.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Tuan Pengerusi, boleh sedikit?
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Saya fikir begini sahaja, Tuan Pengerusi. Kita akan buat secara bertulis kepada beliau supaya dia puas hati.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Yang Berhormat Menteri, boleh sedikit? Bukit Katil, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, boleh sedikit? Bukit Katil.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Silakan.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Boleh, Tuan Pengerusi?
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Isu apa Yang Berhormat?
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Ekosistem amaran ini. Amaran banjir tetapi ekosistem, bukan isu berkaitan dengan Penang. Boleh, Tuan Pengerusi? Yang Berhormat Menteri, saya mendengar dengan teliti jawapan tadi.
Cuma, saya ingin tanya, kita tahu bahawa dalam menangani masalah banjir secara khusus ini kita berhadapan dengan pelbagai agensi. Jadi adakah sistem amaran ini disalurkan kepada agensi-agensi yang berkaitan, misalnya Jabatan Parit dan Saliran dan mereka-mereka yang di bawah pengawasan yang boleh mengelakkan daripada berlakunya banjir ini? Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Sebenarnya Yang Berhormat, MiGHT Malaysia ini, MOSTI ini cuma pembekal maklumat dan yang mengambil tindakan ini adalah pihak NADMA. Di NADMA ini, semua pun terlibat daripada Jabatan Parit dan Saliran, daripada agensi-agensi lain semuanya di situ.
Jadi di situ. Ekosistem sudah ada dan bagi kita di kementerian termasuklah agensi yang disebut oleh beberapa Yang Berhormat seperti- semua pun terlibat di situ.
Jadi ekosistem sudah ada.
Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Satu isu lagi Yang Berhormat, Yang Berhormat Kuantan, selepas itu Yang Berhormat boleh jawapan bertulis yang lain.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Okey, Yang Berhormat Kuantan, dia perlu jawapan menyeluruh. Sebenarnya apa yang ditanya oleh Yang Berhormat Kuantan itu sudah pun balik-balik diberi penjelasan sebenarnya. Saya fikir macam inilah, Yang Berhormat, kalau saya sebut di sini, kita bergaduh di sini pun tidak ada guna. It is better we write it completely supaya tidak berbangkit lagi sebab balik-balik, ini juga yang ditanya. Balik-balik, itu juga yang ditanya.
Perkara yang dibangkitkan tadi tentang di Bukit Goh dan sebagainya, itu barangkali andaian tetapi bagaimana status dan bagaimana kita menangani Lynas itu, I better give you a complete write up and I give it to you once and for all. Sebagai what I can say...
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Menteri. Boleh ya, Tuan Pengerusi?
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ya.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Saya agak kecewa apabila Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa apa yang berlaku di Bukit Goh itu andaian, kerana di sini ada signage yang diberikan kepada saya yang menunjukkan berkenaan dengan kajian pemuliharaan dan penyuburan tanah bekas tapak perlombongan bauksit ini. Tarikh yang digunakan adalah 21 Ogos 2017. Maksudnya ada enam bulan untuk projek ini sehingga 28 Februari. Ada signage satu kajian yang dilakukan oleh UMP.
Cuma, saya mohon penjelasan sama ada tanah yang digunakan itu ialah tanah Lynas? Kerana saya juga terima gambar satu lesen, vehicle pass Lynas. Lori yang membawa tanah itu mempunyai vehicle pass Lynas. Maksudnya mengambil tanah daripada Lynas dan dihantar ke Bukit Goh. Oleh sebab itu saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, sekiranya Yang Berhormat Menteri tahu atau tidak.
Saya rasa ini bukan andaian, ini tidak boleh dikategorikan sebagai andaian.
Kalaulah sekiranya mereka menggunakan tanah daripada Lynas, Yang Berhormat Menteri tentu pasti tahu. Kalau tidak pun, itu persoalan lagi besarlah kenapa tidak tahu. Ya, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kuantan. Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri ada fakta yang ini, Yang Berhormat? Kalau tidak ada fakta, jawapan bertulis, Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Ya, saya akan masukkan kesemuanya dalam jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Lagi senang.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Yang Berhormat Menteri, cyber security. Bukit Katil. Cyber security. Minta maaf. Kalau tidak ada, bertulis pun tidak apa.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang lain, Yang Berhormat, jawapan bertulis, Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Okey. Saya cuma...
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih, Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Ya, sekejap.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, cukuplah Yang Berhormat Parit Sulong. Jawapan bertulis juga Yang Berhormat Menteri untuk Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Bukan. Saya hendak ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri sebab pagi tadi MQT yang pertama pun dia juga yang jawab, yang ini penggulungan yang terakhir daripada kementerian pun juga dia. Daripada pagi sampai malam. Tahniahlah, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tahniah, Yang Berhormat. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Okey, ada satu sahaja saya hendak respons kepada Yang Berhormat Gerik. Masih ada sini?
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, jawapan bertulis, Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau
All right, okey. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM589,450,300 untuk Maksud B.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
[Wang sebanyak RM589,450,300 untuk Maksud B.30 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM521,555,500 untuk Maksud P.30 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2018 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.] [Wang sebanyak RM521,555,500 untuk Maksud P.30 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2018] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 20 November 2017.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.46 malam]