Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang bertajuk ‘Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2018 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu’ dibaca bagi kali kedua.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Sesungguhnya kami bernaik saksi bahawa tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Allah, yakni Dia serta para malaikatnya yang berselawat ke atas Nabi junjungan. Seraya, diseru ke atas orang-orang yang beriman mengucapkan Allahuma Solli Ala Sayidina Muhammad, Wa a’la A-li Saidina Muhammad. Begitu juga kepada Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan-tuan dan Puan-puan serta seluruh rakyat Malaysia, dari penjuru utara Perlis hingga ke penghujung Benua Asia di Tanjung Piai, membawa nun jauh di Sabah, Negeri di Bawah Bayu dan di Sarawak, Bumi Kenyalang, diucapkan salam sejahtera, salam negaraku, dan salam 1Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, pastinya pada tahun lalu, kita maklum tentang ramai yang telah meneka-neka bahawa Bajet 2017 itu adalah Bajet Pilihan Raya. Memanglah tidak dinafikan kerana sekian banyak inisiatif dan sekian banyak peruntukan telah diumumkan demi keperluan rakyat serta kepentingan negara. Namun nampaknya, ramalan itu setakat tahun lepas menjadi hampa dan tidak benar belaka. Lalunya Tuan Yang di-Pertua, kalau minggu lalu kawan-kawan daripada masyarakat India baru saja menyambut perayaan cahaya Deepavali, kita ucapkan sekali lagi bersama-sama *Deepavali Val-thu-kal.
[Tepuk]* Maka, pada Jumaat, penghulu segala hari ini, seperti para cerdik pandai juga menyatakan boleh disambut sebagai hari lebaran yang riang dan ceria.
Jadinya, saya mengajak seluruh rakyat Malaysia bersama-sama untuk merayakan imbuhan-imbuhan, buah-buah tangan dan pemberian-pemberian yang akan dibentang- bentang dan di hidang-hidang sepanjang persembahan bajet ini. Dengan satu syarat.
Syaratnya apa? Syaratnya saya hendak khabor pada semua, bak kata orang tempat saya di Pekan, maaf cakaplah, kalau boleh, molek ‘mendengor’, bukannya ‘berdengkor’, dari mula sampailah ke penghujung ucapan.
[Tepuk] Maksud saya, berdiri saya pada petang Jumaat yang mulia, bertarikh 27 Oktober ini, bersamaan dengan 7 Safar 1439 Hijriah, adalah tidak lain dan tidak bukan untuk membawa khabar-khabar yang lebih riang dan gembira, yang bakal menguntum serta menyimpul senyum-senyuman di wajah semua.
Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Yang terpaling mustahak adalah untuk dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia tercinta tidak kira apa jua kaum, apa jua bangsa, apa jua latar keturunan.
Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, ternyata yang ditunggu-tunggu, buahnya pun baru sahaja masak dan baru sahaja meranum. Hatta kalau tidak dipetik pun pada petang yang berbahagia ini, ia akan tetap gugur dan akan tetap luruh satu persatu sebagai sebahagian rezeki yang dilimpahi rendang dan merimbunnya pepohon Malaysia. Jadinya marilah kita sama-sama menghayati dan meneliti dahulu apa yang akan saya bagi pihak kerajaan ingin sajikan. Jika tidak, bagi mereka yang terburu-buru sebagai memetik kata ulama dan cerdik pandai, ‘sesungguhnya tergolonglah dalam kumpulan orang-orang yang merugikan’. Tuan Yang di-Pertua, sayang seribu kali sayang dalam pada kita ingin membina peradaban, santun susila di antara satu sama lain, sampai hati dan tergamak sungguh orang itu memaki, mencerca etnik bangsa dari keturunan Bugis.
[Dewan riuh]
Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Akan tetapi tidak mengapalah, apa yang penting kita wajar terus berjiwa besar.
[Tepuk] Bak kata seloka dalam loghat utara, ‘orang Kedah semua baik-baik dan ramah-ramah, cuma seorang dua sahaja yang mudah lupa diri. Kerajaan BN ini ikhlas, kerajaan untuk kerja, untuk negara dan ummah’.
[Tepuk] ‘Ni dia’ bajet yang kita semua ‘dok’ nanti-nanti.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua serta rakyat Malaysia sekalian, pertama-tamanya kita wajib merafakkan rasa syukur setinggi-tingginya ke hadrat Allah SWT kerana ekonomi negara terus berkembang dengan positif. Pada separuh tahun pertama 2017, ia mencatatkan satu pertumbuhan yang sungguh memberangsangkan pada kadar 5.7 peratus.
[Tepuk] Makanya janganlah mudah termakan dengan tipu daya dan dakyah yang tidak henti-henti terutamanya di media sosial oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab bahawa kononnya Bank Dunia telah mengeluarkan laporan-laporan negatif terhadap ekonomi negara kita.
Hakikatnya perkara itu adalah tidak benar sama sekali kerana realitinya baru sahaja tiga minggu lepas pihak Bank Dunia telah membuat semakan yang lazim merangkumi Asia Pasifik, Asia Timur dan Pasifik. Hasil daripada semakan itu, sekali lagi yang terpaling mustahak badan kewangan antarabangsa tertinggi dunia itu telah menzahirkan keyakinan terhadap prestasi ekonomi kita dengan memberi pujian-pujian kepada dasar-dasar negara seraya menaikkan unjuran KDNK Malaysia daripada 4.9 kepada 5.2 peratus bagi tahun 2017.
[Tepuk] Ada bersama kita Ahli-ahli Yang Berhormat pada petang ini beberapa wakil daripada Bank Negara Malaysia dan World Bank.
[Tepuk] Selanjutnya, kerajaan pula mengunjurkan ekonomi Malaysia bakal mencapai kadar pertumbuhan tahunan antara 5.2 hingga 5.7 peratus pada tahun 2017 yakni lebih tinggi daripada unjuran pada bulan Mac lalu iaitu 4.3 peratus hingga 4.8 peratus.
Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya lagi selama 60 tahun negara ini mencapai kemerdekaan, pada Bajet yang ke-59 dan kali kesembilan saya bentangkan bagi pihak kerajaan ini, dengan penuh rasa syukur serta tawaduk, ingin dinyatakan bahawa sepanjang tempoh lapan tahun yang lalu di sebalik pelbagai kerencaman dan cabaran ekonomi, Malaysia telah mampu membuktikan dua aspek yang amat penting dapatlah disimpulkan sebagai, yang pertama; kita telah mencapai prestasi hubungan dagangan dan diplomasi pada tahap paling baik dan paling matang dalam lingkungan masa serentak dengan kuasa-kuasa besar ekonomi dunia seperti China, India, Arab Saudi dan Amerika Syarikat. Sesungguhnya tidak pernah seumpamanya seperti ini dalam sejarah sehinggakan actual private investment untuk tahun 2016 sahaja melebihi RM211 bilion dibandingkan pada tahun 2009 jumlah pelaburan swasta sebenar hanyalah RM81 bilion.
Oleh sebab itu, seandainya saya dan rakan-rakan anggota Kabinet mengadakan lawatan rasmi ke luar negara, janganlah sewenang-wenangnya sesiapa pun menuduh bahawa kita hendak menggadaikan kedaulatan tanah air. Ha, baru-baru ini saya mendapat khabar berita, katanya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor merangkap Ahli Parlimen Gombak sendiri telah pun berkunjung ke Tanah Besar China.
[Dewan riuh]
Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Iya kah?
Saya diberitahu. Ya kah, Dato’? Hendak jual Selangor kah?
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Bangun]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Demikianlah kata orang, berhati-hati, berhati-hati. Kalau meludah ke langit, takut-takut nanti jatuh setepek terpalit ke muka sendiri.
[Ketawa]
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, ini belum lagi dikira lawatan ke luar negara yang dibuat oleh Yang Berhormat Bagan yang juga Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Itu pun kira macam mana?
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Hendak jual negeri juga?
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Bangun]
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, keduanya, Tuan Yang di-Pertua, sejak tahun 2009 meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran yang
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
kebanyakannya di luar kawalan kita seperti harga minyak dunia yang jatuh merudum, faktor geopolitik antarabangsa yang bergolak dan masih tidak menentu. Akan tetapi Alhamdulillah kita terus kekal mampu menguruskan kewangan negara dengan mengamalkan tadbir urus yang cekap serta disiplin fiskal yang begitu berhemah.
[Tepuk] Menoleh ke tahun 2009, defisit fiskal kita berada pada kadar 6.7 peratus daripada KDNK dengan perancangan dan perencanaan serta inisiatif yang teratur lagi sistematik. Syukur pada Allah SWT, defisit fiskal negara dianggar terus berkurang kepada 3 peratus pada tahun 2017 dan kita yakin pada tahun 2018 akan menurun lagi kepada 2.8 peratus.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Impaknya sungguh jelas. Baru-baru ini tiga agensi penarafan kredit antarabangsa yang berwibawa telah mengekalkan kredit Malaysia pada penarafan A minus dengan prospek yang stabil.
[Tepuk] Bayangkan, bayangkan seandainya kerajaan ini tidak mengambil langkah-langkah bijak lagi proaktif untuk menguruskan perbelanjaan negara terutamanya ketika harga minyak dunia jatuh mendadak, paras defisit fiskal dan hutang akan meningkat sekali gus menjejaskan penarafan kredit negara. Kemungkinan besar kita akan terjerumus ke kancah kegawatan ekonomi. Sekiranya itu berlaku, ia boleh mengakibatkan kenaikan kos pinjaman peribadi dan komersial. Keyakinan pelabur pun terjejas serta mengundang ketidakstabilan pasaran kewangan.
Tuan Yang di-Pertua, makanya bagai disyair orang dulu-dulu, kalau buruk yang kita minta maka buruklah jadinya, kerana itu kalau elok kita usaha dan minta maka moleklah hasilnya. Justeru walau sekali apa pun cabaran, halangan dan pancaroba yang datang merintang kita perlu terus mengekalkan momentum dan kepesatan ekonomi negara. Kerana itulah pegangan pentadbiran kerajaan ini sejak saya ambil alih tampuk kepimpinan telah diperkenalkan Program Transformasi Negara yang inklusif di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional (DTN) yang amat menitikberatkan tentang aspek kualiti, sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan khususnya dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi. Di bawah DTN ini juga terkandung antara lain Model Ekonomi Baru yang selaras dengan Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Kesebelas.
Tuan Yang di-Pertua, maka tidak salah lagi sejak 2009 ketika mana melihatkan keadaan sosioekonomi negara ketika itu, saya selaku Perdana Menteri telah membuat keputusan yang amat sukar dengan meletakkan inisiatif ekonomi sebagai fokus utama kepada kerajaan sehinggakan agenda dan program transformasi lain disusun atur menurut keutamaan dan dikemudiankan dahulu termasuklah Program Transformasi Politik.
Justeru mana mungkin orang mempertikai bahawa kita tidak mempunyai polisi ekonomi yang kukuh, ternyata kesemua usaha yang telah diambil oleh kerajaan sepanjang 8 tahun yang lalu telah membuahkan hasil-hasil. Antaranya, pertama, sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan baru menjelang tahun 2020 setakat ini sudah pun mencapai angka 69 peratus dengan 2.26 juta pekerjaan diwujudkan.
Kedua, pada bulan Ogos ini sahaja eksport negara buat pertama kalinya telah mencapai antara paras tertinggi dengan nilaian melebihi RM80 bilion dan merekodkan *double-digit growth.
[Tepuk]* Ketiga, Rizab antarabangsa terkini pula telah mencatat USD101.4 bilion atau RM428.7 bilion yang mampu menampung 7.5 bulan import tertangguh sedangkan pada tahun 1997 ketika berlakunya kegawatan ekonomi Asia, rizab negara hanya USD21.7 bilion atau bersamaan RM59.1 bilion. Nah, kalau rizab serendah USD21.7 bilion pun tidak bankrap, itu pun kita belum tolak RM31 bilion yang entah ke mana apatah lagi rizab sekarang setinggi USD101.4 bilion.
[Tepuk]
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
....Senyap pembangkang ya.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, bukan setakat itu sahaja melalui Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kumpulan Asas 2016, menyaksikan kita telah meraih sekian banyak pencapaian, Antaranya:
Pertama, pendapatan per kapita rakyat daripada RM27,819 pada tahun 2010 kini telah meningkat kepada RM47,713 dan dijangka mencapai RM42,777 menjelang tahun 2018.
Kedua, pendapatan median bulanan pula telah meningkat daripada RM4,585 pada tahun 2014 kepada RM5,288 pada tahun 2016.
Ketiga, bagi pendapatan isi rumah B40 pula daripada tempoh 2014 hingga 2016 telah meningkat daripada RM2,629 kepada RM3,000 sebulan.
Keempat, agihan pendapatan dalam kalangan isi rumah Malaysia terus bertambah baik dengan penurunan pekali Gini ataupun Gini coefficient daripada 0.441 pada tahun 2009
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
kepada 0.399 pada tahun 2016 yakni the lowest in the history of Malaysia.
[Tepuk] Ini bermakna jurang pendapatan semakin dirapatkan dan kita menuju masyarakat yang pengagihannya lebih saksama.
Tuan Yang di-Pertua, demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat maka Bajet 2018 akan memperuntukkan sejumlah RM280.25 bilion menyaksikan pertambahan peruntukan berbanding RM260.8 bilion peruntukan Bajet 2017 yang dibentangkan. Daripada jumlah tersebut RM234.25 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion lagi bagi perbelanjaan pembangunan. Ini tidak termasuk simpanan luar jangka RM2 bilion.
Di bawah peruntukan mengurus RM79.15 bilion adalah untuk emolumen dan RM33.62 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan. Manakala sebanyak RM119.82 bilion lagi adalah untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap. Perbelanjaan lain pula diperuntukkan RM1.08 bilion dan RM577 juta untuk pembelian aset.
Di bawah peruntukan pembangunan sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak RM26.34 bilion, sektor sosial menerima sebanyak RM11.72 bilion. Manakala sektor keselamatan diperuntukkan RM5.22 bilion dan sektor pentadbiran am sebanyak RM2.72 bilion.
Bagi tahun 2018, dengan izin Allah kita menjangkakan kutipan hasil kerajaan mencecah RM239.86 bilion. Apa yang penting kerajaan tetap komited untuk melaksanakan langkah konsolidasi fiskal dan memastikan kedudukan kewangan kerajaan terus kukuh serta paras hutang kekal rendah bagi tempoh jangka sederhana dan panjang.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, pastinya semua dapat mengagak bajet yang digubal ini adalah yang paling penting kerana ia merupakan satu rumusan kepada prakarsa-prakarsa yang telah memacu ekonomi negara semenjak saya menjadi Perdana Menteri sebelumnya tahun 2009.
Ia sebetulnya juga menjadi antara report card utama kepada rakyat dan kerajaan sepanjang dua penggal tempoh pentadbiran kerajaan ini, bahkan ia disusun sebagai satu dokumen pelonjak kepada pembikinan sebuah Negara Bangsa Malaysia untuk tempoh 30 tahun mendatang yang akan mencorakkan semula di atas kanvas yang lebih baru berasaskan kerangka maqasid syariah.
Dalam memperkatakan hal ini, sesungguhnya secara sedar atau tidak, sejak meraih kemerdekaan, kita begitu bertuah kerana bapa-bapa pendahulu telah menyulam manik- manik azimat maqasid syariah yang mementingkan pemeliharaan lima aspek yakni agama, nyawa, akal, keturunan dan harta di dalam setiap dasar dan perancangan kerajaan.
Kerangka maqasid syariah ini dengan jelas difirmankan oleh Allah SWT dalam surah Al-Mumtahanah, ayat ke-12 yang mafhumnya menyebut tentang kepentingan menjaga kemaslahatan, ad-dho’ru-riyat, yakni keperluan asas yang paling utama. Sesuatu yang tidak boleh tidak tanpanya untuk kita atau rakyat meneruskan hidup. Manakala menerusi pengertian surah Al-Haj dan hadis, antaranya Riwayat Ahmad, haa-ji-yat pula berkaitan perkara yang diperlukan oleh manusia bagi memberi kemudahan kepada mereka supaya tidak berlaku kesempitan yang membawa kepada kesulitan dan kesukaran hidup. Ketiganya, keperluan kepada tahsiniat hanyalah sekadar menjadi penghias, pencantik dan bersifat pengindah semata-mata untuk kesempurnaan hidup.
Makanya semenjak enam dekat lalu, segala usaha pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional secara lumrahnya yang diilhamkan oleh Tuhan Yang Maha Mengetahui kepada pemimpin-pemimpin negara agar sentiasa terpandu dengan kerangka maqasid syariah ini dan daripada semasa hingga semasa diperkuatkan lagi dengan falsafah-falsafah seperti Perlembagaan Persekutuan, ideologi kebangsaan Rukun Negara, prinsip wasatiyyah atau moderation, falsafah 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan terkini Aspirasi TN50 sebagai kesinambungan gagasan-gagasan pucuk kepimpinan kerajaan zaman berzaman yang sekali gus menolak pemahaman ekstremisme, tidak berfikiran terlalu liberal apatah lagi mengamalkan sistem ala Taliban state. Jadinya daripada semasa ke semasa, kepimpinan yang silih berganti ini telah menyusun segala dasar dan strategi negara berlandaskan roh serta semangat kerangka dan pedoman maqasid syariah.
Tuan Yang di-Pertua, memang benar sekalipun kerangka maqasid ini tidak tertulis atau termaktub secara rasmi dalam mana-mana dokumen kerajaan, tetapi secara berhemah, amalan dan praktisnya terzahir menerusi sekian-sekian falsafah dan sekian-sekian dasar negara yang sambung bersambung-sambung dan bertali temali. Sebenarnya lagi, manhaj maqasid syariah yang dipegang oleh kerajaan menyasarkan kepada kepentingan umum yang mendatangi kebaikan kepada rakyat terbanyak dengan mengambil kira tahap kemampuan
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
kerajaan mengikut keutamaan iaitu dhoruriyat, haajiyat, dan tahsiniyat seperti yang saya sebutkan tadi.
Jadinya, terbuktilah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional yang sudah menempa satu tempoh panjang yang sarat, mengendong-ngendong bersamanya begitu banyak selok- belok pengalaman mahupun pengetahuan sepanjang 60 tahun telah menjadi asas kepada evolusi pembangunan serta pembikinan jati diri sebuah negara bangsa yang boleh diperbanggakan. Makanya berbekalkan semua prinsip dan garis-garis besar haluan bernegara itu, pada petang yang berbahagia ini dengan kehendak dan kurnia Allah Yang Maha Kaya, saya membingkiskan satu lagi dokumen besar demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara yakni Bajet 2018.
Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2018 digubal selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Kesebelas dan ini merupakan bajet yang ketiga di bawahnya. Lalu untuk memastikan kemakmuran dan kekayaan negara dapat dinikmati secara saksama dan inklusif melalui pertumbuhan ekonomi domestik yang kukuh serta berdaya saing, dengan izin Allah, terhasilnya bajet ini dengan bertemakan “Memakmurkan Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50” berasaskan kepada lapan petunjang.
Tuan Yang di-Pertua, petunjang pertama Bajet 2018 adalah merancak pelaburan perdagangan dan industri. Jumlah pelaburan dalam negara dijangka meningkat 6.7 peratus atau menyumbang 25.5 peratus kepada KDNK pada tahun 2018. Dalam hal ini, kerajaan akan terus menekankan pelaburan berimpak tinggi seperti petroleum, logistik, rel, automasi dan robotik serta industri berasaskan eksport. Sumbangan pelaburan swasta terus mengatasi pelaburan awam dengan nisbah 70:30. Pelaburan swasta dijangka mencecah RM260 bilion pada tahun 2018, manakala pelaburan sektor awam dijangka mencecah RM109 bilion berbanding dengan hanya RM75 bilion pada tahun 2009. Ini sejajar matlamat ETP untuk menjadikan sektor swasta sebagai engine of growth. Ini termasuk RM1 bilion pada lima koridor utama. Kerajaan akan membangunkan Wilayah Selatan Perak merangkumi pembangunan Proton City, Educity dan Youthcity, Tanjung Malim serta Zon Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam. Pembinaan pelabuhan dan kawasan perindustrian Tok Bali, Kelantan serta jalan akses ke Empangan Baleh, Sarawak.
Serentak itu, bagi terus meletakkan Malaysia sebagai lokasi pelaburan langsung cukai bagi principal hub akan dilanjutkan hingga 31 Disember 2020. Bagi MIDA pula, kita akan memperuntukkan RM200 juta untuk dana strategik impak tinggi. Malaysia komited untuk perkongsian maklumat ekonomi yang diperkenalkan oleh OECD. Ini termasuklah menerusi pelaksanaan pelan tindakan Base Erosion and Profit Shifting serta pertukaran maklumat secara automatik mulai September 2018.
Tuan Yang di-Pertua, pembangunan Malaysia akan dilaksanakan melalui penglibatan inklusif PKS. Buat masa ini di Malaysia, kita ada antaranya perusahaan seperti Jeruk Pak Ali, Sydney Cake House, Telekung Siti Khadijah dan Sate Hj. Samuri yang telah bertapak kukuh dengan jenama sendiri. Malah ada yang telah menembus pasaran antarabangsa.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Wakil-wakil PKS yang kita banggakan turut memeriahkan pembentangan bajet ini.
Kita ucapkan selamat datang kepada mereka ke Dewan Parlimen.
[Tepuk] Sehubungan itu Tuan Yang di-Pertua, bajet ini menyasarkan supaya syarikat-syarikat PKS akan menyumbang 41 peratus kepada KDNK menjelang tahun 2020 melalui langkah berikut:
(i) RM7 bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan
(SJPP) iaitu RM5 bilion untuk modal kerja dan RM2 bilion pinjaman dengan 70 peratus jaminan kerajaan untuk sektor perkhidmatan termasuk Industrial Revolution 4.0;
(ii) dalam komitmen kerajaan untuk mengautomasikan proses pengeluaran dan mengurangkan penggajian pekerja asing satu jumlah besar diberi buat julung kalinya, sebanyak RM1 bilion, dengan pinjaman 70 peratus jaminan kerajaan di bawah SJPP;
(iii) saiz Dana Skim Pembiayaan PKS patuh syariah ditambah RM1 bilion, menjadikan saiz dana RM2.5 bilion. Kemudahan ini diberi subsidi dua peratus ke atas kadar keuntungan;
(iv) sejumlah RM200 juta bagi program latihan, geran dan pinjaman mudah PKS di bawah SME Corp; dan
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
(v) hampir RM82 juta bagi pembangunan industri dan produk halal di pelbagai agensi.
Bukan itu sahaja, kerajaan tidak melupakan usahawan-usahawan mikro seperti peniaga coconut shake di Klebang, Melaka yang popular itu. Seiring ini juga, sukacita saya memperuntukkan bajet paling tinggi pernah diberi kepada TEKUN iaitu setengah bilion ringgit.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya bagi menghargai sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang majoritinya wanita yang merupakan pembayar paling baik hutang, [Tepuk] bagi mereka terus berusaha gigih, mengubah nasib dan memajukan diri serta keluarga masing-masing. Maka bajet ini, apalah salahnya kita tambah-tambahkan lagi dana Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM200 juta. Ini menjadikan jumlah pembiayaan keseluruhan AIM mencecah RM2.7 bilion, memanfaatkan hampir 400,000 orang peminjam.
Lagipun, telah tercipta pelbagai kisah kejayaan di kalangan peminjam.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh hal ini kita sesungguhnya berasa simpati dan berbaur kagum dengan ketabahan seorang insan bernama Wan Azizah atau lebih dikenali dengan nama Kak Wan yang menempuh liku-liku hidup beliau yang begitu mencabar.
Namun, berkat kesabaran Kak Wan terus cekal berjuang. Nampaknya, Kak Wan ada bersama-sama kita pada hari ini. Justeru, marilah kita memberi tepukan kepada Kak Wan Azizah binti Wan Salleh yang berada di atas sana.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Contoh sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia yang telah berjaya...
[Dewan Riuh]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Cerita Kak Wan ini seronok ini. Dia telah berjaya menjadi jutawan di bidang ternakan dan pemprosesan ayam, dengan modal permulaan hanya sebanyak RM500 daripada Amanah Ikhtiar Malaysia sejak tahun 1993.
Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya RM80 juta disediakan di bawah Skim Pembiayaan Ekonomi Desa melalui Bank Rakyat dan Bank SME bagi menyediakan kemudahan pembiayaan kepada usahawan bumiputera luar bandar. Eksport negara pula akan terus dipergiat, terutama kepada sektor eksport yang bernilai tinggi menerusi langkah berikut:
(i) sejumlah RM150 juta kepada MATRADE, MIDA dan SME Corp bagi melaksanakan promosi dan peluasan pasaran eksport termasuk Market Development Grant;
(ii) RM1 bilion disediakan oleh EXIM Bank bagi kemudahan kredit perlindungan insurans, dan RM200 juta ringgit untuk kemudahan kredit pembiayaan kepada pengeksport PKS; dan
(iii) RM100 juta disediakan sebagai pinjaman dengan 70 peratus jaminan kerajaan bagi mengautomasi pengeluaran perabot tempatan untuk tujuan eksport.
Tuan Yang di-Pertua, para pesawah, para petani, para pekebun kecil, para nelayan, para penternak serta mana-mana rakyat Malaysia yang terlibat dalam sektor pertanian.
Sesungguhnya, tuan-tuan dan puan-puan lah antara kelompok masyarakat yang sangat dekat di hati saya dan kerajaan. Justeru buat pertama kalinya dalam sejarah bajet negara, saya dengan penuh prihatin mengumumkan peruntukan paling besar kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah sebanyak RM6.5 bilion.
[Tepuk] Antaranya:
(i) RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan;
(ii) hampir RM500 juta bagi menambah baik infrastruktur pengairan di kawasan pertanian dan menaik taraf jalan ladang;
(iii) hampir RM200 juta bagi program penanaman semula getah dan menyediakan kemudahan infrastruktur dengan meningkatkan pengeluaran latex berbanding cup lump, sekali gus meningkatkan pendapatan para pekebun kecil;
(iv) hampir RM140 juta bagi program pembangunan dan penanaman semula kelapa sawit termasuk promosi;
(v) dalam memperkasakan sektor pertanian, RM200 juta disediakan bagi inisiatif Sumber Kekayaan Baharu, khususnya untuk penanaman jagung bijian, kelapa, durian, dan sektor kulinari serta industri tenusu dengan menubuhkan Lembaga Tenusu dan Ruminan. Tuan Yang di-Pertua, contohnya di negara Hong Kong
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
saya diberitahu, harga durian Mawsang King dikhabarkan telah mencecah RM800 sebiji; dan
(vi) buat kali pertamanya, skim khas untuk program peningkatan pengeluaran kelapa melalui pendekatan penanaman semula kelapa variasi baru dari jenis Careca dan Matag akan diperkenalkan dengan peruntukan RM50 juta untuk memberi manfaat kepada RM10,000 pekebun kecil. Pengurusan industri kelapa akan digabungkan di bawah satu lembaga bersama-sama industri nenas dan buah-buahan.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
(vii) selain penoreh getah dan nelayan yang sudah pun terima bantuan-bantuan, pada bajet kali ini Tuan Yang di-Pertua, buat pertama kalinya saya mengumumkan bantuan sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian padi dengan peruntukan RM150 juta kepada pesawah- pesawah padi.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, ternyata kini sektor pelancongan merupakan antara penjana pendapatan utama kepada ekonomi negara. Buktinya, World Tourism Organisation melaporkan bahawa pada tahun 2016, Malaysia adalah negara ke-12 yang paling ramai dikunjungi oleh pelancong dari seluruh dunia. Bak kata orang, *Dari Melaka ke negeri Pahang, Tumpang berteduh di bandar Pekan, Negara tersohor pelancong pun datang, Itulah tandanya Malaysia aman.
[Tepuk]* Seterusnya bagi tahun 2018, dijangka 28 juta pelancong melawat Malaysia.
Sehubungan itu:
(i) sukacita diisytiharkan dalam bajet ini tahun 2020 sebagai Tahun Melawat Malaysia atau Visit Malaysia Year 2020. Di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah antaranya kepada APEC, WCIT dan CHOGM;
(ii) RM2 bilion diperuntukkan kepada Tabung Pelancongan PKS sebagai pinjaman kepada pengusaha pelancongan dengan memberi insentif subsidi kadar faedah dua peratus;
(iii) menambah RM1 bilion pada Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan sebagai pinjaman mudah;
(iv) menyediakan RM500 juta bagi program pembangunan dan promosi pelancongan melalui kemudahan infrastruktur pelancongan homestay dan program ekopelancongan;
(v) memperluas hab serantau eVisa bagi memudahkan permohonan visa di seluruh dunia terutama kepada ekspatriat, pelajar asing dan Program Malaysia My Second Home;
(vi) galakan cukai bagi pelaburan hotel baru bertaraf empat hingga lima bintang dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020; dan,
(vii) galakan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat pengendali pelancongan dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2020.
Tuan Yang di-Pertua, selain itu, industri pelancongan kesihatan turut diperkukuh menjadi sumber pendapatan negara termasuk menyediakan ‘end-to-end-service’ kepada pelancong kesihatan ke Malaysia. Bagi hasrat ini, RM30 juta disediakan kepada Malaysian Healthcare Travel Council untuk melaksanakan:
(i) promosi Malaysia sebagai “Hab Rawatan Kesuburan Termasuk IVF dan Kardiologi Asia” yang akan diperluaskan dengan
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
kemudahan eVisa dan pakej perkhidmatan kesihatan bernilai tinggi;
(ii) memperkenalkan Program Flagship Medical Tourism Hospital yang menawarkan insentif khusus kepada hospital swasta bagi menarik pelancong kesihatan;
(iii) galakan elaun cukai pelaburan sebanyak 100 peratus bagi pelancongan kesihatan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020;
(iv) potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan mendapatkan pensijilan kualiti daripada badan pensijilan akreditasi kualiti perkhidmatan kesihatan bagi perkhidmatan pergigian dan ambulatori yang berdaftar dengan MHTC; dan,
(v) insentif khas pengecualian cukai dinaikkan daripada 50 peratus ke 100 peratus dari nilai peningkatan eksport bagi perkhidmatan jagaan kesihatan swasta sahaja mulai tahun taksiran 2018 hingga 2020.
Tuan Yang di-Pertua, dalam memastikan limpahan ekonomi lebih seimbang di antara bandar dan luar bandar, kerajaan akan memperkemaskan infrastruktur logistik dan pengangkutan melalui langkah berikut:
(i) Pembinaan projek East Coast Rail Line (ECRL) yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor, Kelantan yang dapat membawa muatan kargo dan penumpang dalam tempoh empat jam. Kerja-kerja pembinaan fizikal akan bermula pada Januari tahun hadapan. Selain itu, RM110 juta diperuntukkan untuk menyediakan jalan alternatif ke Pelabuhan Klang bagi melengkapkan dan melancarkan jaringan pengangkutan.
(ii) Projek MRT2 jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dengan jarak 52 kilometer meliputi 37 stesen dengan anggaran kos RM32 bilion. Selain itu, kerajaan akan mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line yang dijangka siap pada tahun 2025 lebih awal daripada 2027. Selanjutnya bagi projek LRT3 yang bakal menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia, Klang dijangka siap pada bulan Februari 2021.
(iii) projek High Speed Rail menghubungkan Kuala Lumpur- Singapura sejauh 350 kilometer dalam masa 90 minit, dijangka manfaatkan rakyat menjelang tahun 2026.
(iv) berita gembira buat rakyat Selangor dan Perak, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat dari Banting ke Taiping sedang dibina dengan kos RM5 bilion.
[Tepuk]
(v) untuk projek Central Spine Road, RM230 juta diperuntukkan untuk tahun 2018 bagi meneruskan pembinaan, antaranya pakej jajaran Raub ke Bentong dan jajaran Gua Musang, Kelantan ke Kampung Relong, Pahang.
(vi) bajet ini juga mengisytiharkan bahawa Pulau Pangkor, Perak sebagai Pulau Bebas Cukai. Walau bagaimanapun, ini tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor.
(vii) untuk merancakkan ekonomi di bahagian utara, Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam akan dibangunkan.
Pembangunan ini turut merangkumi Zon Perindustrian Bebas yang akan menjadi tarikan baru kepada pelabur dari dalam dan luar negara.
Tuan Yang di-Pertua, di samping itu, kerajaan juga melihat secara holistik keperluan rakyat untuk menikmati sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan selamat dengan langkah berikut:
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
(i) RM3 bilion disediakan kepada Dana Pembangunan Pengangkutan dengan pembelian aset kapal, pembangunan industri teknologi aeroangkasa dan rel. Seterusnya, RM1 bilion diperuntukkan kepada Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi;
(ii) RM95 juta bagi pembaikan dan pembinaan jeti serta pengerukan kuala sungai;
(iii) berikutan kejadian-kejadian kemalangan bas penumpang, RM45 juta dibelanjakan untuk mewujudkan satu sistem kawalan biometrik untuk memantau pemanduan perkhidmatan bas ekspres; dan,
(iv) RM55 juta sebagai subsidi pengangkutan perkhidmatan kereta api luar bandar dari Tumpat ke Gua Musang.
Tuan Yang di-Pertua, saya membentangkan bajet ini untuk kesejahteraan rakyat tanpa mengira perbezaan fahaman politik dan kedudukan geografi demi kepentingan ekonomi negara secara keseluruhannya.
[Tepuk] Maka saya mengumumkan:
(i) kerajaan akan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
. Pasti Yang Berhormat Bagan sokong ini
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
. ... dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
(ii) membina baharu Lapangan Terbang Mukah dan pembesaran Lapangan Terbang Kota Bharu dan Sandakan;
(iii) satu kajian mengenai lapangan terbang baru di Pulau Tioman sedang dijalankan;
(iv) untuk merancakkan pembangunan di Labuan, kerajaan akan membuat feasibility study dengan segera bagi membina jambatan menghubungkan Labuan dengan tanah besar di Sabah. [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya kita berbangga Malaysia dikenali sebagai peneraju sistem kewangan Islam dunia. Justeru, bagi memperkukuhkan potensi Malaysia sebagai pusat kewangan yang lebih komprehensif, kerajaan akan meneruskan langkah berikut:
(i) RM1.5 bilion untuk pinjaman perniagaan yang dikendalikan oleh SJPP, menggunakan harta intelek sebagai instrumen cagaran dengan memberi jaminan pembiayaan sehingga 80 peratus; dan
(ii) memberi pengecualian cukai duti setem ke atas nota kontrak bagi transaksi jual beli exchange-traded fund dan structured warrants bagi tempoh tiga tahun mulai Januari 2018.
Untuk merancakkan pasaran modal dan menyediakan akses pelaburan, alternative trading system akan diperkenalkan, tertakluk kepada pematuhan kesemua syarat dan piawaian regulatory yang ditetapkan. Ini akan membolehkan padanan tawaran jual-beli yang lebih efisien dan ketara.
Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya juga kerajaan ini turut mendengar rintihan dan keluhan banyak syarikat kecil seperti start-ups yang sukar mendapat akses kepada modal bagi membawa mereka ke pasaran yang lebih luas. Untuk itu, bajet ini akan menggalakkan aktiviti venture capital dengan melaksanakan langkah seperti berikut:
(i) RM1 bilion disediakan oleh pelabur institusi utama untuk pelaburan venture capital dalam sektor keutamaan terpilih yang selaras dengan Suruhanjaya Sekuriti;
(ii) meluaskan pengecualian cukai pendapatan meliputi fi pengurusan dan fi prestasi yang diterima oleh syarikat pengurus venture capital mulai tahun taksiran 2018 hingga 2022;
(iii) bagi memberi kemudahan kepada syarikat venture capital untuk melabur di dalam syarikat teroka, adalah dicadangkan had minima pelaburan dalam syarikat teroka dikurangkan daripada 70 peratus kepada 50 peratus, mulai tahun taksiran 2018 hingga 2022;
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
(iv) syarikat atau individu yang melabur dalam syarikat venture capital, diberi potongan cukai bersamaan amaun pelaburan yang dibuat di dalam syarikat teroka, terhad kepada maksima RM20 juta setahun;
(v) galakan pengecualian cukai pendapatan yang bersamaan jumlah pelaburan oleh angel investor dalam syarikat teroka dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.
Seterusnya, kerajaan akan terus merancakkan pasaran sustainable and responsible investment dengan langkah berikut:
(i) pengecualian cukai pendapatan ke atas penerima geran khas Sukuk Green SRI berjumlah RM6 juta; dan
(ii) pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan fi pengurusan diperluaskan kepada pengurus dana SRI konvensional yang diluluskan mulai tahun taksiran 2018 hingga 2020.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan menggalakkan ekonomi cashless society melalui peningkatan keberkesanan penggajian pekerja asing. Mulai 2018, Bank Negara Malaysia akan memantau pembayaran gaji kepada semua pekerja asing, kecuali pembantu rumah, dibuat melalui akaun bank tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, pada pembentangan Bajet 2017 lalu, saya memperkenalkan Transformasi Nasional 2050 atau TN50 bagi melakar sebuah negara bangsa yang unggul, agar Malaysia terjulang dalam 20 negara terbaik di dunia. Dilaksanakan secara bottom-up, saya sendiri telah turun padang, sama-sama dengan rakan-rakan saya mengadakan siri-siri wacana dan dialog TN50, dengan pelbagai segmen masyarakat seperti belia, mahasiswa, penjawat awam, penggiat seni, pendidik dan pihak swasta, bagi mendapatkan aspirasi, pandangan dan idea. Setakat ini, lebih daripada 80 ribu aspirasi telah diterima, melibatkan 1.8 juta rakyat, mewakili pelbagai golongan dari seluruh negara.
Tuan Yang di-Pertua, menuju TN50, bagi mencapai kualiti kerja dan kehidupan keluarga yang seimbang, pihak berkuasa tempatan hendaklah mewajibkan semua bangunan pejabat yang baharu supaya menyediakan kemudahan pusat jagaan kanak-kanak, bermula di Kuala Lumpur. Selain itu, TN50 juga menekankan aspek pembelaan nasib semua golongan, termasuklah kebajikan orang kurang upaya atau OKU. Justeru, potongan cukai tambahan bagi majikan menggaji OKU diperluaskan kepada majikan yang menggaji pekerja yang mengalami kemalangan atau penyakit kritikal, yang disahkan oleh Lembaga Perubatan PERKESO bahawa mereka masih layak bekerja.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya demi menjamin masa depan generasi TN50 yang lebih cerah, kerajaan bersama-sama PNB telah bersetuju supaya, setiap anak Malaysia yang dilahirkan bermula 1 Januari 2018 sehingga 2022, dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak 200 ringgit melalui unit Amanah Saham di PNB
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
. Skim yang pertama kali diperkenalkan di negara ini akan dinamakan sebagai Amanah Dana Anak Malaysia 2050, atau sesudahnya ini dikenali sebagai ADAM50.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang pendidikan untuk generasi TN50 lagi, sebanyak RM250 juta disediakan untuk:
(i) Menubuhkan Pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM, bertujuan membentuk kaedah pembelajaran terkini bagi melatih guru pakar STEM, mengguna pakai fasiliti institut pendidikan guru sedia ada dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia;
(ii) Mempertingkatkan modul computer science yang termasuk program coding dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah, yang kini telah pun wujud di Tingkatan Satu dan Tingkatan Tiga;
(iii) Memperuntukkan RM190 juta bagi menaik taraf dua ribu kelas menjadi bilik darjah pintar pembelajaran abad ke-21, bagi meningkatkan pembelajaran berasaskan pemikiran kreatif dan inovatif; dan
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
(iv) menuju TN50, Kerajaan juga melihat peranan penggiat seni untuk mengangkat mutu budaya ke tahap yang lebih tinggi. Untuk itu,
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
hampir RM20 juta disediakan kepada Cultural Economy Development Agency. Tuan Yang di-Pertua, mutakhir ini, Kerajaan amat berbangga dengan pencapaian terbaik pendidikan tinggi negara kita:-
(i) menurut Laporan QS University Ranking 2017/2018, kelima- lima research universities di Malaysia telah meningkat naik tergolong kumpulan 300 universiti terbaik global, yakni tersenarai antara satu peratus terbaik dunia;
(ii) malah ranking Universiti Malaya telah meningkat sebanyak 19 anak tangga, ke kedudukan 114 menghampiri 100 universiti terbaik dunia.
(iii) mengikut ranking Universitas 21, yang menilai sistem pendidikan tinggi, Malaysia ditempatkan pada kedudukan ke-25 terbaik dunia, kita telah mendaki sebanyak 11 anak tangga dalam tempoh enam tahun; dan
(iv) dengan jumlah 134,000 pelajar asing di IPT tempatan, kita menghampiri matlamat menjadi Hab Pendidikan Tinggi Serantau.
Tuan Yang di-Pertua, sejak tahun 2009 hinggalah sekarang, peruntukan untuk biasiswa yang disediakan oleh Kerajaan berjumlah RM44 bilion. Bagi tahun 2018:-
(i) RM2.2 bilion bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan;
(ii) RM400 juta untuk geran penyelidikan dan pembangunan kepada IPTA, berbanding RM235 juta yang diperuntukkan dalam Bajet lalu, termasuk satu peruntukan khas kepada Universiti Malaya untuk mencapai status Top 100 Universities in the World dalam masa terdekat;
(iii) RM90 juta diperuntukkan bagi Program MyBrain untuk 10,600 orang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran; dan
(iv) setiap penuntut di IPT dan tingkatan enam pula akan terus diberi Bantuan Baucar Buku bernilai RM250 ringgit memberi manfaat kepada seramai 1.2 juta pelajar.
Di kesempatan ini juga, saya mengucapkan sekalung tahniah kepada barisan kepimpinan baharu Majlis Perwakilan Pelajar di semua Universiti Awam, yang nampaknya, majoriti besar dimenangi oleh pimpinan Mahasiswa Pro-Aspirasi, generasi pewaris TN50.
[Tepuk] Syabas saya diucapkan.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat Malaysia perlu mempersiap siaga diri, peka, pantas, mengambil latihan dan latihan semula, dalam memenuhi kehendak pasaran kerja. Kerajaan akan terus memberi sokongan melalui contohnya, Skim Latihan 1Malaysia atau SL1M, yang telah melatih lebih 138,000 graduan akan diteruskan dengan peningkatan sebanyak 5,000 graduan kepada 25,000 perantis pada tahun hadapan. Manakala, program temu duga terbuka oleh unit SL1M juga diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM40 juta. Bagi memperluaskan SL1M, syarikat swasta yang mendapat kontrak kerajaan diwajibkan memperuntukkan satu peratus daripada nilai projek kepada SL1M.
Selain itu, kerajaan akan mewujudkan pusat sehenti menggabungkan agensi seperti JobsMalaysia, SL1M, PERKESO, HRDF dan TERAJU di UTC untuk menyediakan khidmat nasihat profesional bagi mendapatkan pekerjaan serta latihan. Bagi mencungkil bakat-bakat terbaik negara, Kerajaan akan mencipta ‘talent file’, program National Leaders Circle di bawah Talentcorp bagi mengenal pasti dan menyenarai pendek bakat-bakat pimpinan yang sesuai dan tepat, untuk mengisi jawatan-jawatan penting dan tertinggi.
Kerajaan memandang serius gejala sosial yang membarah dalam masyarakat.
Untuk menanganinya, geran sepadan sebanyak RM50 juta bagi membiayai social enterprise dan NGO-NGO untuk menyelesaikan masalah kemasyarakatan harian serta cabaran sosial secara inovatif yang membantu rakyat.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, pada Ogos dan September yang lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur menyaksikan Malaysia telah diisytiharkan sebagai Juara Keseluruhan Temasya Sukan SEA Ke-29 dan mendapat tempat Kedua Sukan Para ASEAN Ke-9. Justeru, bagi pihak Kerajaan, marilah kita beri tepukan gemuruh kepada semua ‘wira’ dan ‘wirawati’ kita di atas sana. Ada sebahagian yang ada , saya difahamkan.
[Tepuk] Bagi mengekalkan momentum bidang sukan dalam menjadi sports powerhouse untuk negara kita, Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion bagi melaksanakan inisiatif seperti FitMalaysia, Hari Sukan Negara, latihan atlit, program akar umbi dan program pembangunan bola sepak negara. Kerajaan juga mengumumkan pembinaan 14 kompleks sukan baharu di seluruh negara, dengan kos RM112 juta. Di samping itu diumumkan peruntukan RM20 juta kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil, untuk menambah baik kemudahannya sebagai sekolah sukan premier. Tuan Yang di-Pertua, petunjang ketiga - mengungguli pembangunan pendidikan, latihan, kemahiran dan bakat. Untuk pengetahuan, perbelanjaan pendidikan Malaysia adalah lebih dua kali ganda daripada perbelanjaan negara ASEAN lain secara purata. Bagi tahun 2018, RM61.6 bilion disediakan untuk sektor ini. Ini termasuk RM654 juta bagi pembinaan empat pra sekolah, sembilan pusat PERMATA termasuk dua pusat baharu untuk kanak- kanak autisme, 48 buah sekolah rendah, menengah dan kolej vokasional serta sebuah pusat matrikulasi.
Saban tahun, Bajet ini sentiasa memberi keutamaan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah. Di sudut ini, RM550 juta diperuntukkan, dengan pecahan berikut:-
(i) Sekolah Kebangsaan, RM250 juta;
(ii) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, RM50 juta;
(iii) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, RM50 juta;
(iv) Sekolah Mubaligh, RM50 juta;
(v) Sekolah Berasrama Penuh, RM50 juta;
(vi) Maktab Rendah Sains MARA, RM50 juta; dan
(vii) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, RM50 juta.
Tuan Yang di-Pertua, menyedari dan menginsafi hakikat bahawa terdapat hampir 2,000 sekolah di seluruh negara yang berada dalam keadaan daif, seperti bumbungnya bocor, lantai yang rosak, dinding berlubang dan peralatan yang sudah lama tidak berganti.
Untuk itu, melalui kaedah Industrial Building System (IBS), Kerajaan dengan penuh rasa tanggungjawab, mengumumkan peruntukan terbesar sebanyak RM2.5 bilion [Tepuk] bagi tempoh dua tahun dengan pecahan RM500 juta buat sekolah-sekolah daif di Semenanjung Malaysia, RM1 bilion untuk Sarawak dan RM1 bilion untuk Sabah.
[Tepuk] Sejumlah RM2.9 bilion pula diperuntukkan untuk bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan. Manakala, Bantuan Persekolahan RM100 seorang kepada murid sekolah berpendapatan rendah diteruskan, dengan peruntukan RM328 juta memberi manfaat kepada 3.2 juta murid.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh hal pendidikan, teringat saya intisari sajak Guru Oh Guru yang sering disesuaikan dengan karya Sasterawan Negara, Allahyarham Dato’ Usman Awang atau nama penanya Tongkat Warrant, berbunyi:
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa, Menjadi seorang Perdana Menteri, menjadi doktor, menjadi peguam, Menjadi ahli politik, menjadi akauntan, Hakikat, sejarahnya dimula oleh seorang guru biasa, Dengan lembut dan sabar, Gurulah yang mengajar kita menulis dan membaca. Begitulah mulianya pengorbanan para guru, bagai lilin yang membakar diri. Maka
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
diucapkan syabas kepada semua guru di seluruh negara, yang telah bertungkus-lumus membangunkan anak-anak bangsa.
Tuan Yang di-Pertua, Seperti semua maklum, PTPTN ditubuhkan bagi menguruskan pinjaman untuk anak-anak Malaysia melanjutkan pengajian pendidikan tinggi.
Dalam bab PTPTN ini, semua kena faham, seperti mafhum dalam hadis, hutang tetap hutang dan wajib dibayar.
Maka hal PTPTN ini usahlah dipolitikkan, tetapi peminjam perlu bertanggungjawab membayar balik, kerana generasi kini dan akan datang turut memerlukannya, sebagai mana kita semua. Kepada semua peminjam PTPTN, kerajaan bersetuju melanjutkan diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Disember 2018 seperti berikut:-
(i) 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
(ii) 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan
(iii) 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual.
Bukan itu sahaja, sukacita saya umumkan kelonggaran-kelonggaran tambahan PTPTN seperti berikut;
(i) bagi pelajar dari keluarga B40 yang mengikuti kursus ber- boleh- pasaran tinggi, RM200 juta ditambah untuk menaikkan jumlah pinjaman maksimum mereka; dan
(ii) tempoh grace period pembayaran balik pinjaman dilanjutkan kepada 12 bulan setelah tamat pengajian, berbanding enam bulan pada masa ini.
Seterusnya, kepada para peminjam yang ingin menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, sebagai contoh diploma ke ijazah sarjana muda, mereka boleh menggabungkan pinjaman diploma dan ijazah sebagai satu pinjaman, dan hanya perlu membuat bayaran balik selepas tamat pengajian di peringkat ijazah itu. Jelas sekali, pelbagai ruang telah kerajaan berikan mudah-mudahan mereka yang terhutang ini akan menjelaskan hutang mereka.
Tuan Yang di-Pertua , selain itu bagi menggalakkan budaya menabung untuk pendidikan, RM250 juta disediakan kepada 500 ratus ribu pencarum berumur 7 hingga 12 tahun dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang dijenamakan semula sebagai Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia atau SSP1M, kelolaan PTPTN. Geran sepadan RM500 akan diberikan kepada mereka yang mempunyai jumlah caruman sekurang-kurangnya RM500, dan hanya boleh dikeluarkan apabila mencapai usia 18 tahun.
Tambahannya, tempoh pelepasan cukai pendapatan individu dilanjutkan, terhad kepada RM6,000 bagi simpanan bersih yang dibuat ke dalam SSP1M selama tiga tahun mulai tahun taksiran 2018.
Tuan Yang di-Pertua, sebetulnya lagi, menyedari kepentingan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau TVET dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berdaya saing, kesemua institusi TVET di Malaysia di bawah tujuh kementerian, dijenamakan sebagai “TVET Malaysia”, di bawah koordinasi Kementerian Sumber Manusia.
Selain itu, kerajaan memperuntukkan RM4.9 bilion untuk melaksanakan Pelan Induk TVET Malaysia. Bagi menggalakkan lepasan TVET melanjutkan pengajian, kerajaan menyediakan 100 Biasiswa Pelajar Cemerlang TVET dengan peruntukan RM4.5 juta.
Bagi menyokong perkembangan industri pekerja mahir dalam bidang rel, kerajaan akan menubuhkan National Rail Centre of Excellence, berperanan menyelia dan menyelaras jaminan kualiti serta akreditasi pendidikan dan latihan rel negara. Sebagai tambahan, syarikat Malaysia Rail Link Sdn. Bhd., dengan kerjasama IPTA, akan melatih tiga ribu profesional dalam industri ini.
Tuan Yang di-Pertua, Pe-Tunjang Keempat adalah Memacu Pembangunan Inklusif.
Sesungguhnya kualiti infrastruktur dan interconnectivity negara akan terus dipermodenkan.
Justeru, kerajaan terus bertumpu kepada Projek-Projek Infra-Rakyat bertaraf dunia.
Contohnya, MRT jajaran Sungai Buloh-Kajang berjaya kita siapkan, berkeupayaan
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
menampung 400 ribu pengguna sehari.
Menariknya, MRT ini merupakan ‘success story’ di mana kita bukan sahaja dapat menyiapkan projek itu lebih awal daripada jadual, malah telah berjaya menjimatkan kos sebanyak RM2 bilion daripada jumlah asal pembinaan*.
[Tepuk]* Tuan Yang di-Pertua, menjengah kemudahan prasarana di Sabah dan Sarawak pula, kerajaan telah mengotakan janjinya melalui pembinaan Lebuh raya Pan-Borneo.
Mudah-mudahan projek ini akan terus mengukir senyuman lebar kepada “urang-urang” Sabah dan Sarawak kerana kemajuan telah sampai di kaki-kaki halaman masing-masing, sehingga kawasan terpencil seperti di Kapit-Ulu Song, yang sebelum ini terputus hubungan dengan dunia luar.
Tuan Yang di-Pertua, untuk infrastruktur asas terutama di luar bandar, RM6.5 bilion disediakan, antaranya:-
(i) RM2 bilion untuk projek Lebuhraya Pan-Borneo. Bagi negeri Sarawak, kesemua 11 pakej pembinaan telah diagihkan, manakala lima daripada 35 pakej Fasa Pertama di Sabah sudah pun dianugerahkan, dan 12 lagi dalam proses tender;
(ii) RM1.1 bilion untuk projek mesra rakyat seperti menaik taraf jambatan, lampu jalan kampung, surau serta pasar;
(iii) RM1 bilion ringgit diperuntukkan melalui SKMM, bagi membangunkan infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak;
(iv) RM934 juta untuk projek jalan luar bandar, termasuk hampir RM500 juta untuk Sabah dan Sarawak;
(v) RM672 juta untuk bekalan elektrik, termasuk RM620 juta untuk Sabah dan Sarawak melibatkan 10 ribu rumah luar bandar. Secara keseluruhannya, sejak 2009, lebih RM100 bilion subsidi telah dibelanjakan termasuk subsidi gas bahan api, untuk membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan bekalan elektrik yang murah, berkualiti dan reliable;
(vi) RM420 juta termasuk hampir RM300 juta untuk Sabah dan Sarawak, disediakan bagi bekalan air bersih meliputi 3 ribu rumah;
(vii) RM500 juta disediakan untuk Program Penyelenggaraan dan Infrastruktur Awam, dan Projek Infrastruktur Asas, untuk memenuhi keperluan di peringkat akar umbi; dan
(viii) RM50 juta diperuntukkan untuk pemetaan dan pengukuran tanah- tanah adat, iaitu RM30 juta untuk Sarawak dan RM20 juta untuk Sabah.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Sebahagian daripada Projek Rakyat Centric ini akan dilaksanakan melalui inisiatif pembiayaan swasta. National Blue Ocean Shift (NBOS) juga terus dilaksanakan secara pantas dan bersepadu dengan kos yang minima serta berimpak tinggi. Bagi 2018, sebanyak RM300 juta diperuntukkan untuk program NBOS termasuk pembinaan UTC baharu, Blue Ocean Entrepreneurs Township, Mobile CTC, program keusahawanan, Global Entrepreneurship Community serta usahawan sosial yang inklusif dan vibrant.
Tuan Yang di-Pertua, kebajikan para peneroka FELDA terus dibela. Lebih 112,000 ribu peneroka FELDA telah menerima ‘durian runtuh’ melalui enam insentif utama, antaranya bayaran Insentif Khas Peneroka bernilai RM5,000. Saya juga ingin mengumumkan, kerajaan akan mengembalikan semula wang ses yang telah dibayar oleh peneroka getah yang telah membuat tanaman semula kelapa sawit dari tahun 2010 hingga 2016. Ini akan memanfaatkan 8,925 peneroka FELDA dengan peruntukan RM43 juta. Bukan itu sahaja, RM60 juta juga disediakan untuk program tanaman semula sawit.
Selanjutnya, RM164 juta diperuntukkan bagi membina 5,000 unit Rumah Generasi Kedua FELDA, dengan kerjasama SPNB. Sebagai tambahan, hampir RM200 juta lagi diperuntukkan kepada FELDA bagi sistem bekalan air dan menaik taraf jalan serta lampu
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
jalan. Mustahaknya, kerajaan kini, dulu dan selamanya akan memperjuangkan nasib para peneroka FELDA.
Tuan Yang di-Pertua, bagi mengekang ancaman ideologi ekstremisme seperti IS dan Daesh, kerajaan telah menubuhkan Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi. Di samping itu, kerajaan akan mempertingkatkan keselamatan sempadan dan ketenteraman awam dengan memperuntukkan lebih RM14 bilion untuk Angkatan Tentera Malaysia, hampir RM9 bilion untuk Polis Diraja Malaysia dan lebih RM900 juta kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
[Tepuk]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Dewan ketawa]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Program utama yang akan dilaksanakan merangkumi;
(i) RM3 bilion untuk pembelian dan penyelenggaraan aset pertahanan.
(ii) RM720 juta bagi pembinaan 11 ibu pejabat dan enam balai polis, serta pembelian kelengkapan senjata api dan kenderaan operasi.
Manakala RM170 juta untuk menaik taraf peralatan ICT termasuk sistem 1PDRMnet, serta RM100 juta ringgit bagi menaik taraf sistem komunikasi. Selanjutnya bagi menjaga kebajikan anggota polis, saya dengan sukacitanya mengumumkan, 10,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM atau PPA1M- PDRM akan dibina dengan harganya sesuai dengan tangga gaji anggota polis.
(iii) RM490 juta kepada APMM untuk baik pulih...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
[Menyampuk]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
[Ketawa] dan - Hilang poin sudah.
[Dewan Ketawa]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
dan Selenggara kapal serta bot, menaik taraf jeti, juga pembelian tiga kapal peronda.
(iv) RM250 juta kepada ESSCOM bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan Sabah dan Sarawak, termasuk RM50 juta untuk coastal surveillance radar.
(v) RM50 juta bagi meningkatkan keupayaan aset persenjataan pasukan gerak khas menangani kegiatan anti-keganasan.
(vi) selain itu, dalam menghargai peranan RELA membantu masyarakat selama ini, kerajaan menyediakan peruntukan yang paling tinggi iaitu hampir RM250 juta ringgit bagi kelengkapan keperluan, termasuk pakaian seragam.
Dalam menjaga kebajikan para tentera, kerajaan akan:
(i) menyediakan blueprint perumahan keluarga angkatan tentera untuk membina lebih 40,000 unit secara berfasa menjelang tahun 2030. Bagi 2018, sebanyak hampir 6,000 ribu unit akan dibina.
(ii) RM40 juta untuk menaik taraf lima hospital, membina empat poliklinik dan hospital veteran angkatan tentera.
Untuk itu, marilah kita bersama-sama memberikan setinggi-tinggi penghargaan dan tepukan kepada semua anggota keselamatan negara.
[Tepuk] Ini termasuk pasukan tentera, anggota polis dan APMM.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, seperti mana kita maklum, masyarakat bumiputera kini menghampiri 70 peratus daripada keseluruhan 32 juta rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, adalah wajar kerajaan melalui Dasar Transformasi Kesejahteraan Bumiputera (TKB), untuk terus memastikan agenda pemerkasaan bumiputera menjadi agenda nasional. Semenjak tahun 2009, pelbagai inisiatif besar bagi memperkasakan ekonomi bumiputera telah dan sedang dilaksanakan. Contohnya, inisiatif Carve-out and Compete bagi bumiputera telah mencapai nilai kontrak lebih RM61 bilion. Juga, RM1.7 bilion Dana Mudahcara telah
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
diluluskan kepada 515 projek, menyediakan lebih 44,000 peluang pekerjaan. Apa yang membanggakan, program ini telah membuktikan bahawa kontraktor-kontraktor bumiputera semakin berdaya saing dan berkeupayaan, malah mampu menyiapkan projek-projek lebih awal dari jadual tanpa menjejaskan kualiti.
Di sudut lain, melalui Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, hampir 17,000 bakal atau bakat-bakat profesional bumiputera telah berjaya dilahirkan seperti di bidang perakaunan dan kejuruteraan. Selain itu, RM2.4 bilion diperuntukkan kepada UiTM. Dalam pada ini, kerajaan telah menambah bilangan kemasukan pelajar di UiTM kepada 165,000 orang dengan sasaran mencapai 250,000 pelajar menjelang tahun 2020.
Lebih membanggakan, UiTM sebagai institusi bumiputera telah berjaya melahirkan lebih 700,000 graduan bumiputera. Lagipun untuk 2018, kerajaan memperuntukkan lebih RM3.5 bilion bagi inisiatif;
(i) RM2.5 bilion, yakni tertinggi pernah diberikan untuk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA, memanfaatkan hampir 90,000 pelajar, termasuk 1,500 dalam bidang kritikal seperti artificial intelligence, signaling dan rel.
(ii) RM90 juta ringgit bagi Program Peneraju Profesional, Peneraju Skil dan Peneraju Tunas boleh memanfaatkan kepada 8,000 ribu orang.
(iii) RM200 juta untuk MARA Graduate Employability Training Scheme (GETS).
(iv) RM555 juta untuk program peningkatan keusahawanan bumiputera, terdiri daripada RM200 juta bagi program keusahawanan dan premis perniagaan PUNB, RM200 juta untuk program pembangunan keusahawanan MARA serta RM155 juta untuk program pembangunan kapasiti vendor, Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) dan Skim Anjakan Usahawan.
(v) meningkatkan pegangan ekuiti dan pelaburan dalam sektor strategik, RM150 juta diperuntukkan kepada Pelaburan Hartanah Berhad dan RM150 juta kepada Ekuinas.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, sebagai satu bajet yang inklusif untuk komuniti Cina pula, kerajaan turut menyediakan RM50 juta untuk pinjaman PKS melalui KOJADI. Sebagai tambahan, 30 juta ringgit juga disalurkan kepada Yayasan Peniaga dan Penjaja Kecil 1Malaysia untuk memberi pinjaman kepada penjaja komuniti Cina. Sementara itu, kepada pembangunan Kampung-kampung Baru Cina, sebanyak RM65 juta diperuntukkan dan RM10 juta bagi program pembaik pulih rumah.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh kebajikan kaum India pula, purata pendapatan bulanan isi rumah menunjukkan kadar pertumbuhan yang tinggi iaitu 6.8 peratus setahun.
Laginya baru-baru ini saya telah melancarkan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia.
Untuk itu melalui TEKUN RM50 juta diperuntukkan untuk Skim Pinjaman Usahawan Masyarakat India, memberi manfaat kepada 35 ribu usahawan.
Sebagai tambahan, RM50 juta lagi diperuntukkan untuk program pembangunan sosioekonomi masyarakat India. Pada masa yang sama melalui MIB juga pengambilan kaum India ke institusi pengajian tinggi awam dan perkhidmatan awam akan ditingkatkan dengan sasaran pengambilan baru tujuh peratus. Di bawah Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India atau SEDIC pula lebih RM230 juta telah diagihkan sejak tahun 2014, memberi manfaat kepada lebih 500 ribu peserta kaum India.
Bajet 2018 juga akan memperkenalkan satu inisiatif baru untuk masyarakat India.
Sukacita saya maklumkan bahawa PNB akan membuat pengagihan khas sejumlah 1.5 bilion unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia untuk masyarakat India, terhad kepada 30 ribu unit setiap pelabur. Bagi menyokong inisiatif ini juga, dana sebanyak RM500 juta diperuntukkan untuk tempoh lima tahun bagi satu skim pinjaman pelaburan khas yang akan ditawarkan kepada 100 ribu isi rumah daripada golongan B40 masyarakat India, terhad kepada lima ribu unit setiap peserta.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
MIB membuktikan kepada masyarakat India bahawa dalam pembangunan negara tidak ada kelompok yang ketinggalan, indeed the future belongs to all of us atau dalam bahasa Tamilnya di sebut sebagai ‘NAA-LEY NAMA-THEY’.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, bagi meningkatkan taraf hidup dan pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli, RM50 juta disediakan meliputi bantuan makanan komuniti memberi manfaat kepada hampir lima ribu pelajar orang asli. Selain itu, sebagai insentif kepada anak Orang Asli yang berjaya, kerajaan akan memberi bantuan geran sebanyak RM5,000 kepada ibu bapa sebagai perbelanjaan persediaan anak-anak mereka memasuki institusi pengajian tinggi. Selanjutnya Program Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli juga akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM60 juta . Tuan Yang di-Pertua, sememangnya wanita adalah tulang belakang kepada kesejahteraan keluarga dan pembangunan negara.
Maka sebagai menghargai sumbangan mereka, sukacita kerajaan umumkan 2018 sebagai tahun memperkasa wanita.
[Tepuk] Ke arah itu, antara langkah yang akan dilaksanakan, pertama mewajibkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam keahlian Lembaga Pengarah GLC dan GLIC serta badan berkanun sebelum akhir tahun 2018.
Kedua, mencadangkan tempoh cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada 60 hari ke 90 hari seperti yang dilaksanakan oleh perkhidmatan awam.
Dia ‘oh’ ini tidak setuju kah ini? Pembangkang tidak setuju.
[Dewan Riuh]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Ketiga, RM20 juta untuk Program Latihan dan Keusahawanan Wanita antaranya PEAK Entrepreneur Programme di bawah MyWin Academy dan keempat bagi menggalakkan golongan wanita kembali bekerja kerajaan mencadangkan pengecualian cukai pendapatan individu disediakan ke atas pendapatan yang diperoleh dalam tempoh 12 bulan berturut-turut kepada mereka selepas tempoh sekurang-kurangnya dua tahun berhenti daripada pekerjaan.
Pengecualian ini banyak dituntut bagi tahun taksiran 2018 hingga tahun 2020.
Dikecualikan cukai pendapatannya. Tuan Yang di-Pertua, petunjang kelima mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan. Kerajaan terus komited dan berikhtiar gigih dalam mewujudkan peluang pekerjaan serta menjana pendapatan melalui langkah-langkah berikut. Pertama, RM100 juta untuk memperluas program eRezeki, eUsahawan dan eLadang di bawah MDEC. Kedua, menyediakan pinjaman mudah sebanyak RM120 juta kepada seribu usahawan Food Truck 1Malaysia dan Mobile Food Kiosk 1Malaysia, melalui Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah empat peratus. Ketiga, RM60 juta untuk Program 1Azam termasuk RM10 juta untuk Sabah dan RM10 juta untuk Sarawak.
Keempat, RM25 juta untuk Program Motosikal Tiga Roda di bawah FAMA. Program Mobileprenuer GiatMara dan Program MyAGROSIS. Di sudut selaras dengan IR 4.0 kepada semua pemandu teksi berdaftar sedia ada, bahawa kerajaan mendengar pandangan tuan- tuan yang berhasrat untuk bertukar ke penggunaan aplikasi e-hailing. Untuk itu saya umumkan geran RM5,000 disediakan kepada setiap pemandu teksi yang terlibat untuk membeli kereta baru. Kita berasa gembira kerana beberapa wakil pemandu teksi turut hadir mendengar pembentangan bajet ini. Kita ucap terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, sejak BR1M diperkenalkan terbukti rakyat teramai menerimanya. Menerima dengan senang hati dan rasa syukur. Jelas sekali BR1M merupakan satu bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukannya. Terbukti keberkesanannya. Hatta pihak pembangkang yang dulu kata dia tidak setuju, ada yang menuduh sebagai ‘dedak’, ada kata ‘umpan’ kini sudah tanpa segan silu membuat u-turn, dan ikut pada bajet yang telah dibentangkan dua hari lalu mencadangkan BR1M dilaksanakan.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, sehubungan itu, jika BR1M tahun ini telah memanfaatkan tujuh juta penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion, maka bagi tahun 2018, tujuh juta penerima itu akan terus menikmati pemberian ini [Tepuk] , dengan kadar maksimum sehingga RM1,200.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah serta merapatkan jurang pendapatan di Malaysia. Dengan ini, saya mengumumkan satu lagi khabar gembira ...
[Disampuk] kepada setiap 2.3 juta pembayar cukai yang akan dinikmati terutamanya oleh golongan pendapatan pertengahan yakni M40, atau lebih khusus, isi rumah berpendapatan RM9,000 ke bawah. Ingin saya umumkan, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan [Tepuk] bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000 iaitu:
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
(i) Banjaran Pendapatan Bercukai daripada RM20,001 sehingga RM35,000, kadarnya diturunkan daripada lima peratus kepada tiga peratus;
(ii) Banjaran Pendapatan Bercukai daripada RM35,001 sehingga RM50,000 pula, kadarnya diturunkan daripada 10 peratus kepada lapan peratus; dan,
(iii) Banjaran Pendapatan Bercukai daripada RM50,001 sehingga RM70,000, kadarnya diturunkan daripada 16 peratus kepada 14 peratus.
Langkah ini akan meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat antara RM300 sehingga RM1,000. Ini bermakna, dianggarkan sejumlah RM1.5 bilion lebihan pendapatan boleh guna dapat dibelanjakan oleh rakyat. Dengan langkah ini juga, semua pembayar cukai akan mendapat faedah. Di samping itu – Ini satu pengumuman ya. Di samping itu, lebih 261,000 orang kini tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan.
[Tepuk]
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi, demi kemaslahatan rakyat seharian, bajet ini memperuntukkan RM3.9 bilion subsidi barangan dan pengangkutan, termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol. Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, Kedai Rakyat 1Malaysia akan di struktur semula sebagai KR1M 2.0. Sebagai permulaan pada tahun 2018, 50 kedai akan dijadikan KR1M 2.0 dan diperluaskan kepada 3,000 KR1M 2.0 dalam tempoh tiga tahun. KR1M 2.0 akan menyediakan lima barang keperluan asas dengan harga rendah iaitu beras, gula, minyak masak, tepung dan LPG. Di samping itu, 50 jenis barangan pengguna berjenama akan dijual pada harga lebih rendah daripada pasaran. Bagi Program Penyeragaman Harga Barang Keperluan Asas di Sabah dan Sarawak diteruskan dengan peruntukan RM80 juta.
Di samping itu, kerajaan akan membangunkan Agrobazaar Malaysia dengan peruntukan RM20 juta, bagi menyediakan ruang pasaran dan pusat jualan agro makanan dengan harga yang lebih rendah, dimulakan di Putrajaya. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan melaksanakan program melalui FAMA dan LKIM dengan peruntukan RM50 juta, bertujuan agar pengguna memperoleh stok barang makanan dengan harga berpatutan seperti ikan, sayur, ayam dan telur.
Tuan Yang di-Pertua – minum dulu. Satu lagi pengumuman, berita gembira buat pengguna lebuh raya di Selangor, Kedah dan Johor. Mulai 1 Januari 2018, kerajaan telah bersetuju untuk:
(i) memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau di Selangor.
[Tepuk]
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
. Tolong? Masih ...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Sokong BN! Terima kasih sokong.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
;
(ii) kedua – dengar-dengar. Memansuhkan kutipan tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Sokong?; dan,
(iii) memansuhkan kutipan tol di Eastern Dispersal Link, Johor.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, bagi mereka yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, kerajaan akan meningkatkan sumbangan terhadap caruman kepada 15 peratus tertakluk kepada maksimum RM250 setahun di bawah Skim Persaraan 1Malaysia, di bawah KWSP.
Sumbangan ini bermula dari 2018 hingga 2022.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedar akan beban kos yang ditanggung oleh isi rumah, bagi penggajian pembantu rumah asing. Pada masa ini, kos keseluruhan membawa masuk setiap pembantu rumah boleh mencecah setinggi RM12,000 hingga RM18,000. Bagi mengatasi isu ini, kerajaan akan mengkaji semula kos pengambilan pembantu rumah asing supaya dapat dikurangkan pada masa hadapan.
Sebagai permulaan, kerajaan memberi pilihan kepada majikan untuk mengambil pembantu rumah asing secara langsung daripada sembilan negara sumber [Tepuk] tanpa melalui ejen.
[Disampuk] Jadi boleh pergi sendirilah. Boleh pergi sendiri, cuma jangan buka cawangan sahaja*.
[Ketawa]* Cari pembantu rumah tetapi jangan buka cawangan. Seterusnya, majikan boleh memohon visa pembantu rumah daripada Jabatan Imigresen Malaysia secara online dengan bayaran levi dan fi pemprosesan seperti kadar sedia ada. Banyak untung ini.
Saya sudah pakat dengan Timbalan Perdana Menteri.
Dalam hal perumahan dan kediaman, kerajaan akan merancakkan lagi usaha pemilikan rumah untuk rakyat dengan peruntukan RM2.2 bilion seperti berikut:
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
(i) 17,300 unit rumah Projek Perumahan Rakyat;
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
(ii) 3,000 unit rumah program Rumah Mesra Rakyat di bawah SPNB;
(iii) 210 ribu unit rumah di bawah program PR1MA yang berharga 250 ribu ringgit ke bawah. Untuk ini, 1.5 bilion ringgit diperuntukkan bagi tempoh dua tahun dan PR1MA sedia untuk menandatangani agreement ini pada bila-bila masa;
(iv) 25 ribu unit rumah akan disiapkan pada tahun hadapan di bawah PPA1M, dan 128 ribu unit lagi di bawah pelbagai peringkat pelaksanaan;
(v) 600 unit rumah di bawah program My Beautiful New Homes atau MyBNHomes untuk isi rumah B40 antaranya di Terengganu, Pahang, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak dan kawasan orang asli;
(vi) 2 ribu unit rumah di bawah program MyDeposit untuk membantu pembayaran deposit, dan program MyHomes untuk pemaju menyediakan lebih banyak rumah mampu milik; dan
(vii) 200 juta ringgit untuk penyelenggaraan dan pembaikan rumah, melalui Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia.
Bagi menggalakkan lebih banyak pembinaan rumah mampu milik, skim step-up financing yang diperkenalkan oleh PR1MA, dipanjangkan kepada pemaju perumahan swasta, berdasarkan kriteria yang akan ditetapkan. Berkaitan rumah terbengkalai pula, dicadangkan pengecualian duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik, diberikan kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai, berkuat kuasa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2020.
Tuan Yang di-Pertua, bagi tujuan menggalakkan pasaran sewaan rumah kediaman atau rental market, ini satu lagi pengumuman, buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun, Kerajaan mengumumkan, pengecualian cukai ke atas pendapatan sewaan rumah kediaman sebanyak 50 peratus bagi pendapatan sewa sehingga RM2000 sebulan kepada individu rakyat Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Ini untuk menggalakkan sewaan rumah. Kita sewa dapat pengecualian 50% daripada pendapatan dengan syarat di bawah RM2000.
Pengecualian ini diberi bermula dari tahun taksiran 2018 hingga 2020. Kerajaan juga akan menggubal Akta Sewaan Rumah Kediaman untuk melindungi penyewa dan pemilik rumah.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, Kerajaan memperuntukkan hampir RM27 bilion, meliputi;
(i) RM2.5 bilion bagi bekalan ubat-ubatan dan RM1.6 bilion untuk barangan consumable dan sokongan perubatan.
(ii) RM1.4 bilion bagi menaik taraf dan menyelenggarakan fasiliti kesihatan, peralatan perubatan dan ambulan, termasuklah pembinaan dewan bedah secara modular di tiga hospital iaitu Hospital Muar, Banting dan Balik Pulau.
(iii) menaik taraf perkhidmatan kardiologi dan kardiotorasik di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.
(iv) RM100 juta untuk menaik taraf hospital dan klinik termasuk sistem pendawaian,
(v) RM50 juta untuk bantuan hemodialisis dengan subsidi RM100 daripada keseluruhan kos RM110 setiap sesi rawatan. Maknanya, mulai 2018, pesakit berdaftar hanya membayar sepuluh ringgit sahaja bagi setiap sesi rawatan.
[Tepuk] RM40 juta lagi dengan peruntukan bagi Tabung Bantuan Perubatan. Kedua-dua insentif ini khusus untuk golongan kurang berkemampuan.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
(vi) RM10 juta untuk menampung kos perubatan bagi rawatan rare diseases yang kian meningkat dan RM30 juta disediakan bagi program Komuniti Sihat Perkasa Negara ke arah kesedaran terhadap kesan penyakit tidak berjangkit di 10 ribu kawasan seluruh negara; dan
(vii) sejumlah RM50 juta di peruntukan kepada Voluntary Health Insurance Scheme untuk memperkasa sektor kesihatan.
Selanjutnya, Kerajaan akan membina hospital dan wad baharu meliputi;
(i) 2 blok wad wanita dan kanak-kanak di Hospital Tengku Ampuan Afzan dan Hospital Putrajaya dengan kapasiti 300 katil setiap satu, dengan kos RM1 billion ;
(ii) Pusat kanser di Sungai Petani dengan kos RM500 juta, dengan kapasiti 200 buah katil;
(iii) blok klinik pakar dan wad baru di Hospital Pulau Pinang, Pulau Pinang lagi, berkapasiti 300 buah katil dengan kos RM500 juta; dan
(iv) Pusat Perubatan Forensik bertaraf antarabangsa di Hospital Kuala Terengganu dengan kos RM380 juta.
Tuan Yang d-Pertua, berkaitan GST pula, bagi terus menambah baik pelaksanaannya, kerajaan mencadangkan:
(i) Semua pembekalan perkhidmatan oleh PBT tidak dikenakan GST berkuat kuasa mulai 1 April 2018 atau 1 Oktober 2018 berdasarkan pilihan PBT;
(ii) GST berkadar sifar ke atas bahan bacaan di seragam dan diperluaskan meliputi semua jenis majalah komik, jurnal, terbitan berkala mulai 1 Januari 2018;
(iii) Operator kapal persiaran diberi perlepasan GST ke atas perkhidmatan pengendalian yang dibekalkan oleh operator pelabuhan di Malaysia, pelepasan ini bermula 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2020; dan
(iv) Pelepasan GST sepenuhnya ke atas perkhidmatan pembinaan bangunan sekolah dan rumah ibadat yang dibiayai oleh sumbangan derma yang diluluskan, pelepasan ini berkuat kuasa bagi kontrak perkhidmatan pembinaan yang ditandatangani mulai 1 April 2017.
Tuan Yang di-Pertua, bercakap tentang GST lagi, pihak Kerajaan minta, agar sudah- sudahlah dipolemikkan sebagai isu politik, kerana terbukti GST menjadi penyelamat kepada ekonomi kita ...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
, kerana tanpa kutipan GST 41 bilion ringgit ini, kita tidak dapat bayangkan macam mana negara boleh menampung perbelanjaan yang diperlukan untuk rakyat.
Jelasnya, pihak pembangkang sampai hari ini tidak sepakat tentang keputusan menerima sistem GST, ada yang kata GST diterima tapi based on zero-rate dan yang terbaru nak kembali ke SST pula. Akan tetapi hakikatnya, apa yang telah Kerajaan lakukan itu, terakam dalam sejarah sebagai langkah berani yang terbukti kebenarannya.
[Tepuk]
(v) Selanjutnya Pelepasan GST diberi ke atas pengimportan peralatan berkaitan industri minyak dan gas, di bawah satu perjanjian pajakan, dibekalkan oleh syarikat yang berada di kawasan ditetapkan iaitu Labuan, Langkawi dan Tioman kepada pelanggan di Malaysia, mulai 1 Januari 2018.
(vi) Pelepasan GST diberi ke atas pengimportan big ticket item, seperti kapal terbang dan kapal laut, oleh syarikat penerbangan dan perkapalan yang berdaftar di Malaysia. Pelepasan GST turut diberikan kepada syarikat di dalam industri minyak dan gas yang mengimport pelantar minyak atau struktur terapung. Langkah ini bermula 1 Januari 2018; dan
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
(vii) Perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan kediaman berstrata yang dibekalkan oleh Badan Pengurusan Bersama dan perbadanan pengurusan yang kini tidak dikenakan GST, diperluas untuk meliputi perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan yang dibekalkan oleh pemaju perumahan, mulai 1 Januari 2018.
Tuan Yang di-Pertua, Petunjang Keenam, mempersiaga Revolusi Perindustrian Keempat dan Ekonomi Digital. Revolusi Industri 4.0.
Dunia kini di ambang The Fourth Industrial Revolution dan era digital economy, sehingga Kerajaan berusaha melaksanakan Dasar Digital Malaysia.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Lantaran itu, sebagai menyokong aktiviti pelaburan dan perniagaan IR 4.0, Kerajaan akan menyediakan geran sepadan sebanyak RM245 juta di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan Smart Manufacturing. Selanjutnya, Futurise Centre di Cyberjaya akan diperkukuhkan sebagai pusat sehenti syarikat korporat dan universiti, untuk membangunkan prototype produk serta melonjakkan daya inovasi. Berkait ini Tuan
Yang di-Pertua, Kerajaan akan memberi galakan cukai seperti berikut
(i) melanjutkan tempoh insentif Elaun Modal Dipercepatkan sebanyak 200 peratus ke atas kelengkapan automasi dari tahun taksiran 2018 sehingga 2020;
(ii) galakan Elaun Modal dipercepatkan sebanyak 200 peratus, untuk sektor perniagaan dan perkhidmatan berkaitan pengilangan; dan
(iii) Elaun Modal bagi peralatan ICT termasuk perbelanjaan pembangunan perisian komputer, layak dituntut sepenuhnya mulai tahun taksiran 2018 hingga 2020.
Tuan Yang di-Pertua, walau semaju mana kita mengejar arus kemodenan negara, kita tetap wajib memelihara kelestarian alam sekitar, sebagai khazanah warisan tanah air anak cucu kita. Berkait ini, kita terkejut dengan tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah, Pulau Pinang pada Sabtu lepas, yang telah menimbus lebih 20 mangsa, dan 11 daripadanya disahkan meninggal dunia.
[Dewan riuh]
Yang di-Pertua, Kerajaan akan memberi galakan cukai seperti berikut
Dengan tidak disangka-sangka, terbitnya serangkap keluhan, bagi meratapi peristiwa ngeri itu. Yang terlebih syahdu, kerana ia dinukilkan sendiri oleh Ahli Parlimen DAP yang kita segani dari sebelah sana, Yang Berhormat Kepong, bertajuk, “Tanah Runtuh di Lereng Bukit” di ruangan Twitter nya, yang berbunyi, “Ibu jaga anak kan sakit, Darah tubuh beban kesihatan, Pemaju bina leretan bukit, Tanah runtuh korban insan”.
[Dewan riuh]
Yang di-Pertua, Kerajaan akan memberi galakan cukai seperti berikut
Tersedih. Sebetulnya apa kias yang Yang Berhormat Kepong ingin sampaikan, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Tuan Yang di-Pertua. Jadinya, untuk memastikan pembangunan lestari, langkah berikut akan dilaksanakan:-
(i) RM5 bilion disediakan di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau, bagi menggalakkan pelaburan industri teknologi hijau;
(ii) melaksanakan Program Non-Revenue Water, untuk mengurangkan kadar purata kehilangan air dengan kos RM1.4 bilion;
(iii) membina Off-River Storage sebagai sumber air alternatif dengan kos RM1.3 bilion ; dan
(iv) RM517 juta disediakan untuk rancangan tebatan banjir di seluruh negara.
Berbalik kepada hal ekonomi digital, Malaysia bakal memiliki Digital Free Trade Zone (DFTZ) yang pertama di luar negara China. DFTZ ini merangkumi e-Fulfillment Hub, Satellite Services Hub dan e-Service Platform bagi melonjakkan negara dalam perdagangan
Yang di-Pertua, Kerajaan akan memberi galakan cukai seperti berikut
elektronik, dengan menjadikan KLIA sebagai gateway serantau. Fasa Pertama DFTZ menyasarkan penyertaan 1,500 PKS dalam ekonomi digital dan dijangka menarik pelaburan sebanyak RM700 juta dengan mewujudkan 2,500 peluang pekerjaan. Untuk tujuan ini:-
(i) RM83.5 juta diperuntukkan bagi membiayai penyediaan infrastruktur fasa satu DFTZ di Aeropolis, KLIA; dan
(ii) nilai de minimis bagi import, dinaikkan dari RM500 ke RM800, untuk mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab e- commerce serantau.
Tuan Yang di-Pertua. Selanjutnya, Kerajaan akan mewujudkan ekosistem yang kondusif untuk meraih manfaat inovasi, khususnya daripada cetusan idea start-up tempatan.
Sukacita diumumkan Kerajaan akan memperluaskan pendekatan ‘regulatory sandbox' bagi memudahkan syarikat menguji idea inovatif dan model perniagaan baharu, yang akan dilaksanakan oleh semua Regulator berkaitan.
Tuan Yang di-Pertua. Petunjang Ketujuh, Meningkatkan Kecekapan Dan Penyampaian GLC dan Perkhidmatan Awam.
Selaras dengan falsafah growth with equity, Malaysia berhasrat mencapai pertumbuhan ekonomi yang kukuh dengan pengagihan hasil ekonomi yang lebih saksama kepada rakyat. Bagi tujuan ini, syarikat GLC akan merintis teladan kepada sektor korporat melalui KPI bagi meningkatkan nisbah pampasan pekerja, selaras dengan pertumbuhan produktiviti seperti berikut:-
(i) GLC akan meningkatkan pengagihan keuntungan kepada pekerjanya, seperti menerusi pembayaran gaji dan elaun, secara berperingkat;
(ii) memperkenalkan flexible benefits, yakni pekerja diberi pilihan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna, dengan menukar kelayakan cuti tahunan dan cuti kesihatan kepada ganjaran tunai;
(iii) menambah baik flexible work arrangements, untuk menggalakkan work-life balance melalui pengubahsuaian waktu bekerja mingguan, waktu kerja anjal dan kerja separuh masa;
(iv) memperkenalkan kemudahan lepasan cuti untuk menunaikan umrah;
(v) bagi menyokong ibu bapa bekerja, GLC akan menyediakan taska di pejabat utama, dan kemudahan pengurangan waktu bekerja untuk pekerja wanita yang mengandung; dan
(vi) meningkatkan pelaburan dalam latihan, khususnya melaksanakan kursus kemahiran digital untuk pekerja dan bantuan pendidikan untuk anak pekerja.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung hal penyampaian dalam mengutamakan kebajikan semua pihak termasuk warga emas, OKU dan kanak-kanak, sukacita Kerajaan mengumumkan bantuan RM1.7 bilion kepada mereka, dan juga:-
(i) menaikkan elaun warga emas RM50 menjadi RM350 sebulan, memanfaatkan hampir 144,000 orang, dengan peruntukan RM603 juta ; dan
(ii) menaikkan elaun OKU yang bekerja, tidak bekerja dan penjaga OKU sebanyak RM50 sebulan, memanfaatkan 163,000 orang dengan peruntukan RM100 juta.
Selain itu, bagi melindungi kanak-kanak dari jenayah seksual, Kerajaan telah menubuhkan sebuah Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak, yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Pada tahun hadapan, tiga lagi mahkamah akan ditubuhkan.
Tuan Yang di-Pertua, kepada penjawat awam. Bagi memudahkan mereka memiliki rumah idaman, mulai 1 Januari 2018, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam akan melaksanakan:-
(i) membenarkan pembiayaan LPPSA ke atas hartanah yang dibangunkan di atas tanah wakaf;
Yang di-Pertua, Kerajaan akan memberi galakan cukai seperti berikut
(ii) memasukkan yuran guaman berkaitan penyediaan perjanjian pembiayaan perumahan sebagai sebahagian daripada skop pembiayaan LPPSA;
(iii) membenarkan pembiayaan perumahan bersama atau joint-loan daripada LPPSA, antara suami-isteri atau anak-anak, dengan syarat semua pemohon adalah anggota perkhidmatan awam; dan
(iv) membenarkan pembiayaan perumahan bersama antara suami- isteri atau anak-anak, dengan syarat, sekurang-kurangnya seorang pemohon adalah anggota perkhidmatan awam.
Manakala pemohon bersama bukan penjawat awam perlu menggunakan pembiayaan institusi kewangan atau agensi yang mempunyai skim pembiayaan perumahan sendiri, yang bersetuju menjadi pemegang gadaian kedua.
Tuan Yang di-Pertua, Petunjang Kelapan
Mengimbangi Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi.
Sesungguhnya, tiada siapa yang tahu dan dapat meramalkan apakah rupa bentuk, wajah dunia pada masa mendatang. Akan tetapi pastinya, Allahu Ta’ala menyukai hamba- hambaNya yang terus berikhtiar dengan gigih, merancang masa depan demi kepentingan negara dan ummah seluruhnya.
Tuan Yang di-Pertua, Petunjang Kelapan
Berbekalkan mafhum Surah Al-A’raf ayat 96, di mana Tuhan akan melimpahkan rezeki dan keberkatan-Nya dari langit serta bumi, selagi penduduk dan rakyatnya beriman lagi bertakwa. Oleh sebab itulah dalam konteks negara ini, kerajaan menyasarkan Malaysia akan menjadi sebuah negara yang:
(i) High Income Advanced Economy pada tahun 2020;
(ii) nilai ekonomi dan dagangan semasa menjadi RM2 trilion pada tahun 2025;
(iii) menikmati impak dan manfaat IR 4.0 yang mula menampakkan kematangan signifikannya pada tahun 2030;
(iv) watan yang lebih kompetitif dan bersifat hampir zero defect pada tahun 2040; dan
(v) insya-Allah kita akan mencapai sebuah ketamadunan unggul di mana negara ini bakal tersenarai dalam gelanggang kelompok 20 negara termaju lagi terbaik di persada dunia.
Tuan Yang di-Pertua, hakikatnya keluarga adalah institusi nukleus paling penting dalam membentuk nilai dan keutuhan insan. Ini kerana kesepaduan sosial lazimnya bermula daripada keharmonian dan kebahagiaan keluarga. Untuk itu, kerajaan akan mewujudkan satu entiti baru yang dinamakan Institut Penyelidikan Sosioekonomi atau SERI di bawah JPM dan juga menaik taraf KITA-UKM atau Institut Kajian Etnik UKM sebagai institusi kebangsaan.
Peruntukan yang sewajarnya akan disediakan oleh kerajaan.
SERI berperanan mengkaji dan menilai keberkesanan dasar serta pelaksanaan program juga projek pembangunan negara terhadap rakyat. Manakala KITA menyelaras pendidikan sosioekonomi peringkat negara dan mewujudkan indeks pembangunan sosial negara.
Sebagai analoginya, jika EPU berperanan sebagai the brain dalam menggubal dasar ekonomi, manakala ICU sebagai hands and legs dalam pemantauan projek, maka KITA dan SERI akan berfungsi sebagai the soul for the heart. Ia mencakupi aspek kerohanian dan jiwa, nilai-nilai murni serta program berbudaya tinggi untuk membina jati diri generasi TN50 bagi menangani gejala sosial.
Sehubungan ini, kerajaan sentiasa menghargai peranan NGO-NGO dan akan terus bekerjasama dengan mereka dalam menangani masalah sosial. Penekanan akan diberikan kepada institusi keluarga yang merupakan nukleus yang paling kecil, namun paling penting dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat kita.
Tuan Yang di-Pertua, Petunjang Kelapan
Tuan Yang di-Pertua, saya tahu ramai yang ternanti-nanti pengumuman- pengumuman tertentu kepada 1.6 juta penjawat awam. Sebagaimana yang saya uar-uarkan dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-15 pada awal bulan ini. Lantas, demi menghargai sumbangan para penjawat awam, khabar gembira yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Saya mengumumkan:
(i) kenaikan pangkat time-based kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama;
(ii) penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan akan menerima faedah persaraan seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan wajib;
(iii) membenarkan gantian cuti rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan;
(iv) menaikkan kadar cuti rehat khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada tujuh hari kepada 10 hari setahun;
(v) kerajaan buat pertama kalinya bersetuju memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah;
(vi) untuk memberi fleksibiliti, kerajaan akan menambah satu lagi waktu kerja berperingkat iaitu bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang;
(vii) pakar perubatan Gred UD54 dan ke atas, yang telah diwartakan sekurang-kurangnya empat tahun, serta memenuhi syarat tertentu, akan diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan waktu kerja fleksi; (viii) penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas, dibenarkan pulang lebih awal sejam. Bagi melengkapi hasrat ini, suami yang bekerja kerajaan juga dibenarkan pulang lebih awal sejam syaratnya, suami dan isteri mestilah bekerja di lokasi yang berdekatan;
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, Petunjang Kelapan
(ix) meningkatkan kelayakan cuti bersalin daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun;
(x) pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan awam dengan melaksanakan kursus Sarjana dan PhD secara in-house;
(xi) menaikkan kadar pencen terendah kepada RM1,000 sebulan melibatkan lebih 50 ribu pesara awam dengan sekurang- kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan; dan
(xii) pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara kerajaan.
Kesemua langkah di atas berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, sebagai negara Islam yang progresif dan dinamik, kerajaan menghargai bakti Ketua Kampung serta Tok Batin. Untuk itu, kerajaan mengumumkan bayaran khas one-off sebanyak RM1,500 melibatkan 9,800 orang. RM1,000 akan dibayar pada Januari 2018 dan RM500 menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Bagi memastikan kawasan kejiranan sentiasa selamat dan tenteram, RM40 juta diperuntukkan untuk meneruskan pemberian geran Komuniti Penduduk 1Malaysia sehingga RM10 ribu kepada persatuan penduduk yang berdaftar.
Selain itu, RM40 juta diperuntukkan untuk Giat Mara melaksanakan program latihan dalam komuniti, khususnya di 50 kawasan Projek Perumahan Rakyat untuk fasa pertama.
Tuan Yang di-Pertua, Petunjang Kelapan
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini, seluruh negara dikejutkan dengan insiden menyayat hati, tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 nyawa. Setulus takziah kita ucapkan kepada keluarga yang terlibat.
Demi memartabatkan syiar Islam dan pengutuhan jati insan, khususnya pengurusan sekolah tahfiz, diperuntukkan RM50 juta kepada Giat Mara bagi membaik pulih dan menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar di seluruh negara.
Selain itu, bagi melatih pelajar sekolah tahfiz supaya lebih berkemahiran, Skim Latihan Kemahiran Giat Mara akan diperkenalkan.
Di samping itu, selain peruntukan RM588 juta bagi bayaran elaun bulanan kepada imam, bilal, guru KAFA dan guru takmir yang diterima selama ini untuk lebih menghargai mereka termasuk tok siak, kerajaan sukacita mengumumkan bayaran khas one-off sebanyak RM1,500 kepada mereka. RM1,000 dibayar pada Januari 2018 dan RM500 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri, memberi memanfaatkan kepada 65 ribu orang dengan peruntukan hampir RM100 juta.
Tuan Yang di-Pertua, demikianlah moga kita dapat berasakan bak kata orang tua- tua, sejuk Dewan Parlimen Yang Mulia ini dek redup cuaca petang, agarnya Tuhan memayung-mayungi dan merahmat-rahmati pembentangan Bajet 2018 ini.
Tuan Yang di-Pertua, Petunjang Kelapan
Mengambil iktibar daripada sirah perjuangan para Anbiya’, golongan solihin dan seluruh kehebatan sejarah bangsa kita sendiri, malah turut dipesan oleh Imam Ghazali dan Bapak Hamka, bahawa apalah guna kita hanya kaya harta, tetapi miskin jiwa. Akan tetapi, apa yang kerajaan mahukan adalah sebuah bangsa yang bukan sahaja hebat fizikalnya, bahkan kaya jiwa dan kaya pekertinya, yakni par excellence duniawi dan par excellence ukhrawi. Pucuk pangkalnya, sepanjang berbulan-bulan yang lalu, segala kerja keras dan titik peluh kerajaan secara kolektif melibatkan semua kementerian dan agensi, pihak swasta, NGO, para belia, kumpulan profesional dan teramat utama pelbagai lapisan rakyat yang turut menyumbang idea dan cadangan melalui pelbagai platform dan saluran dalam merangka naskhah besar ini.
Oleh kerana itulah, belanjawan ini mencipta tawarikh sebagai sebuah bajet yang paling inklusif pernah dipersembahkan. Semuanya tidak lain dan tidak bukan telah dikarang dan disusun dalam memenuhi tuntutan dhoruriyat, hajiyat dan tahsiniyat demi mensejahterakan kehidupan rakyat, sekali gus memakmurkan negara.
Maka Tuan Yang di-Pertua serta seluruh rakyat Malaysia, pada hemah saya selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, inilah belanjawan yang tidak pernah diperucapkan sedemikian semenjak saya mengambil alih tampuk kepimpinan negara ini kerana ia bersifat holistik dan sarat dengan falsafah. Secara peribadinya boleh ditanda sebagai sejarah menjadi “Ibu Segala Bajet”.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, Petunjang Kelapan
Sesungguhnya bagi pihak kerajaan saya berani berkata demikian kerana pada bajet kali ini telah terhimpun dan terungkap dalamnya pelbagai premis yang menjadi asas kepada sebuah bajet komprehensif, mengambil hitung seawal kepentingan bayi yang masih dalam kandungan sehingga lahir ke dunia ini, sampailah urusan masa hadapan negara.
Tuan Yang di-Pertua, maka semuanya itu, maka ternyahlah segala apa pun bentuk keraguan yang cuba dipolemikkan oleh pakatan pembangkang.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, Petunjang Kelapan
Realitinya, pakatan pembangkanglah sebenarnya yang selama ini berada dalam keraguan. Mereka ragu dengan kepimpinan mereka, mereka curiga-mencurigai antara satu sama lain.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, Petunjang Kelapan
Malah mereka saling guna-memperguna sesama sendiri.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, Petunjang Kelapan
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dalam bahasa Inggeris, where there is no certainty in political leadership, how can they be trusted to provide a sound economic leadership?
[Dewan bersorak]
Tuan Yang di-Pertua, Petunjang Kelapan
Waima kononnya mahu menghapuskan BR1M, kini menyokong pula. Hendak meniadakan GST, tetapi kini hendak mengekalkan pula dengan zero-rate, tambah lagi dengan balik semula pada SST. Hendak memotong cukai itu dan cukai ini, hendak menghapuskan pinjaman PTPTN, tetapi kini ternyata hendak diadakan kembali.
Hendak memperkenalkan subsidi minyak, tetapi kini beralih kepada subsidi bersasar. Dengan izin sekali lagi, bak kata orang putih Tuan Yang di-Pertua, the only thing consistent with the opposition is that they are continuously inconsistent.
[Dewan Riuh]
Tuan Yang di-Pertua, Petunjang Kelapan
Apa yang kita sering dengar, asyik-asyik u-turn, asyik-asyik u-turn. Jangan bimbang, there will be more u-turn sehingga segala-galanya membuat pemikiran rakyat dikeliru.
Tuan Yang di-Pertua, Petunjang Kelapan
Tuan Yang di-Pertua, lalu syukur setingginya dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana berkat kegigihan usaha kerajaan selama ini, dikurniakan hasil bagi dituai dan dinikmati oleh rakyat Malaysia sekalian.
Kepada penjawat awam, yang dinanti-nanti telah pun menjelma. Bagi menyanjung tinggi sifat wala’ dan kesetiaan tuan-tuan dan puan-puan dalam mendukung kemajuan negara serta melaksanakan sistem penyampaian kerajaan dengan cekap lagi berkesan kepada rakyat, maka sukacitanya saya mengumumkan bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada semua penjawat awam.
[Dewan tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, Petunjang Kelapan
Bayaran ini akan diberikan dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun hadapan.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, Petunjang Kelapan
Manakala tidak pernah dilupakan kepada pesara kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750 iaitu RM500 dibayar pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Tuan Yang di-Pertua, oleh itu, biarpun kita diherdik-herdik dan ditikam-tikam, tidak sedikit pun akan goyah barisan ini.
[Dewan bersorak]
Tuan Yang di-Pertua, Petunjang Kelapan
Ini kerana kita yakin bahawa rakyat kita semakin bijak menilai,
[Dewan bersorak]
Tuan Yang di-Pertua, Petunjang Kelapan
yang mana kaca dan yang mana satu intan. [Dewan bersorak] Terlebih penting apabila rakyat menghakimi dengan bijak nanti dan terus bersatu hati dengan kerajaan ini, barulah terbentang luas masa hadapan Malaysia yang cerah saujana mata memandang.
[Dewan bersorak]
Tuan Yang di-Pertua, Petunjang Kelapan
Bagai disesuaikan dengan kalam Megat Terawis satu ketika dahulu, dengar.
[Dewan Riuh]
Tuan Yang di-Pertua, Petunjang Kelapan
Bila rakyat dan kerajaan menjadi satu, barulah negara gagah perkasa. Ini kerana pisau di tangan kita, mentimun pula di tangan kita.
Kalau nipis dihiris, maka nipislah jadinya. Kalau tebal dihiris, maka teballah jadinya.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat Malaysia yang dikasihi, menyudahi kalam dalam melakar dan mencarta titian masa depan negara, seumpama membida buah-buah catur, kita harus membaca gerakan dengan cermat dan mengatur strategi dengan penuh berhati-hati.
Segala-galanya hanya mampu diperbuat dan boleh dicapai dengan adanya kerjasama ikhlas sepasukan. Bertuahlah saya kerana mempunyai bukan sekadar seorang Timbalan Perdana Menteri, tetapi jauh daripada itu seorang sahabat yang setia, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.
[Dewan bersorak]
Tuan Yang di-Pertua, Petunjang Kelapan
. Termasuklah juga segala wala’ dan sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh anggota-anggota Jemaah Menteri, pemimpin parti komponen dalam menakhodai bahtera Malaysia ini. Lalunya, bersumpah dan berjanjilah bahawa kalaupun terpenggal putus tangan dari badan, sekalipun lumpuh kaki tidak bermaya, amanah dan harapan rakyat yang kita genggam jangan sekali-kali terlepas dan tergadai kepada pihak lawan. Ayuhlah! Ayuhlah kita wajib tetap menggigit amanah yang diberikan itu dengan taring-taring dan geraham- geraham masing-masing sampai ke titisan darah yang terakhir, membawa Barisan Nasional menuju kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti. Insya-Allah.
[Dewan bersorak, Ahli-ahli Yang Berhormat Barisan Nasional bangun]
Tuan Yang di-Pertua, Petunjang Kelapan
Kepada Mu Ya Allah kami berdoa dan berserah. Selamatkan dan afiatkanlah tubuh Malaysia zahir dan batin. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Wabilahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
[Dewan terlalu riuh]
Tuan Yang di-Pertua
[Mengetuk tukul] Ahli-ahli Yang Berhormat, sudahlah itu.
[Dewan Riuh]
Tuan Yang di-Pertua
[Ketawa] Ada yang menyokong?
Timbalan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong sepenuh-penuhnya!
Razak]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa usul di atas nama saya di dalam Aturan Urusan Mesyuarat yang berbunyi; “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh lapan bilion ringgit
(RM48,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2018, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2018, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 Tahun 2017, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Diserahkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.
Timbalan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamid
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
[Dewan Riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih Ahli- ahli Yang Berhormat. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 66(3), perbahasan di atas usul-usul bagi bacaan kali yang kedua atas Rang Undang-undang Perbekalan 2018 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2018 hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh tidak kurang daripada dua hari setelah usul-usul tersebut dicadangkan dan disokong.
Dengan demikian, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin 30 Oktober 2017.
[Tepuk] Sekian, terima kasih.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.14 petang]