Aug092017

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Hasbullah Bin Osman [Gerik] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah usaha dan kajian yang telah dijalankan oleh pihak kementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah pinggang yang lebih efektif serta dapat mengurangkan kos rawatan pesakit.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Hasbullah bin Osman, Gerik, ini berkenaan dengan hemodialisis. Bagi menampung keperluan pesakit buah pinggang peringkat akhir, perkhidmatan dialisis disediakan di semua hospital Kementerian Kesihatan. Di samping itu perkhidmatan hemodialisis juga disediakan di 12 klinik kesihatan. Di Lenggong, Perak ada.

Memandangkan pesakit yang memerlukan rawatan dialisis di seluruh negara semakin meningkat, Kementerian Kesihatan sedang cuba memperluaskan kaedah rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis ataupun CAPD di kalangan pesakit kegagalan buah pinggang. Kaedah rawatan ini adalah berbeza daripada rawatan hemodialisis kerana rawatan CAPD dilakukan di rumah oleh pesakit sendiri, sebanyak tiga kali sehari. Kaedah ini dapat mengurangkan keperluan kemudahan hemodialisis untuk pesakit yang baru yang memerlukan rawatan dialisis.

Tuan Yang di-Pertua sekarang terdapat lebih kurang 40,000 kes kegagalan buah pinggang berbanding dengan tahun 2015 cuma 32,000. Sekarang sudah naik kepada 40,000. Tiap-tiap tahun meningkat 6,000 hingga 7,000 kes baru Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, kawasan saya pun ramai Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Setakat ini kerajaan hanya memberi perkhidmatan kepada 32 peratus daripada kes-kes tersebut, yang lain diberi oleh pihak swasta dan NGO. Pihak swasta 47 peratus dan NGO 21 peratus. Kerajaan juga memberi berbagai-bagai bantuan. Satu kepada pengusaha pusat hemodialisis sama ada NGO ataupun swasta. Mulai tahun ini– sebelum itu pun sudah memang bagi, tetapi tahun ini tambah lagi. Kerajaan sudah sediakan RM47 juta untuk bantuan one-off grant kepada pusat-pusat hemodialisis, maksimum RM200,000. Mereka boleh pohon.

Ada syarat-syarat yang tertentu untuk berbagai-bagailah, tentang hendak beli mesin baru ataupun hendak tukar RO water system dan sebagainya, boleh. Pusat hemodialisis baru dan juga yang lama pun boleh pohon. Selain daripada itu, mereka yang pergi ke pusat-pusat NGO, mereka juga dapat RM50 tiap-tiap satu cycle. Tiap-tiap satu cycle, tiap-tiap sekali pergi hemodialisis, dia dapat geran daripada kerajaan RM50 dan erythropoietin adalah bahan untuk hendak meningkatkan hemoglobin, RM18.50 dia dapat. Jadi banyak perkara-perkara yang kita cuba untuk hendak membantu pesakit- pesakit kita.

Selain daripada itu mereka yang terlibat dengan CAPD sekarang sudah makin meningkat. Sekarang sudah meningkat kepada – sekarang sudah ada 3,778 kes yang

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

menggunakan kaedah CAPD. Mereka pun dapat bantuan – mereka cuma bayar RM100 seminggu untuk mendapatkan segala solution yang diperlukan. Kalau tidak mampu, dia diberi percuma Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah memberi jawapan yang terperinci di mana kita mengetahui sejak akhir-akhir ini proses mencuci darah ataupun dialisis ini satu penyakit baru yang melibatkan perbelanjaan yang cukup besar. Apa yang paling sedihnya ialah mereka yang terlibat dengan penyakit ini, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Kalaulah orang kampung, amat besar perbelanjaannya.

Saya rasa di mana-manakah, di kampung, di bandar, perkara ini yang menjadi sebutan dan bualan. Setakat ini daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak menampakkan usaha kerajaan dari segi membantu terutama mereka kumpulan susah, di mana yang kita tahu yang paling susah di peringkat hospital kerajaan dia ada dua. Satu hospital.

final • 10:00 AM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Saya di Gerik, Hospital Gerik memang menyediakan pusat dialisis tetapi pusat kesihatan di daerah kecil Pengkalan Hulu beberapa kali saya memohon sehingga hari ini tidak dapat sebab penduduk di Pengkalan Hulu dan Gerik jauh. Kalau mereka di Pengkalan Hulu terpaksa pergi ke Sungai Petani yang jaraknya lebih daripada 50 kilometer, kalau kena ke Ipoh, dua jam. Sebab itu bagaimana usaha kerajaan untuk menambah sebab hendak dapat mesin tidak ada masalah tetapi operator.

Jadi soalan saya yang pertama ialah bilakah pusat kesihatan di Pengkalan Hulu boleh kita wujudkan untuk dialisis dan yang kedua, masalah di Pengkalan Hulu ialah pusat kesihatan yang besar nampak macam hospital tetapi ibu-ibu mengandung tidak boleh melahirkan di pusat kesihatan tersebut, mereka terpaksa pergi ke Baling, tempat Datuk Azeez. Masalah saya apabila mereka lahir di Baling, kod IC nya 02 tidak jadi Perak.

Jadi dia tidak boleh menjadi— ia menjadi masalah tidak dapat kemudahan di negeri Perak. Saya minta supaya Kementerian Kesihatan boleh berunding dengan Jabatan Pendaftaran kalau tidak boleh buka tempat bersalin, mereka daftar tetapi apabila lahir di Baling mendapat kod negeri Perak. Minta penjelasan daripada pihak kerajaan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Soalan ada dua bahagian. Satu yang kena mengena dengan soalan asal dan yang satu lagi tambahan lain, tidak apalah saya jawab.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, memang kos belanja untuk hemodialisis mengikut estimate yang ada lebih kurang RM40,000 setahun untuk seorang pesakit. Kita ada 40,000 orang pesakit buah pinggang sekarang. Maknanya negara terpaksa berbelanja RM1.6 bilion untuk buah pinggang sahaja. Satu angka yang tinggi.

Memanglah saya faham ini adalah menjadi satu beban yang besar kepada rakyat yang kurang mampu.

Tentang soalan bila. Setakat ini ada pusat hemodialisis di klinik pun ada, sekarang ini sudah ada 12, di Kodiang ada, ini klinik Tuan Yang di-Pertua.

(i) Simpang Renggam;

(ii) Song, Sarawak;

(iii) Sungai Lembing, Pahang;

(iv) Mahligai, Bachok;

(v) Debak, Sarawak;

(vi) Bestari Jaya, Selangor;

(vii) Bandar Mas, Johor;

(viii) Ciku Tiga, Kelantan;

(ix) Batu Niah, Sarawak;

(x) Tatau, Sarawak; dan

(xi) Lenggong, Perak.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hal untuk menambahkan pusat hemodialisis di klinik-klinik, ini kita bagi case-by-case basis, maknanya kalau yang perlu sangat kita bagi dahulu. Sekarang ini yang ada 12, insya-Allah kita akan tambah lagi. Yang Berhormat

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Gerik boleh memohon, boleh menulis surat kepada kementerian untuk diadakan pusat hemodialisis di klinik di Pengkalan Hulu.

Tentang kemudahan bersalin. Ini Pengkalan Hulu tidak boleh, dia kena pergi ke Baling. Itu juga berlaku Tuan Yang di-Pertua di Terengganu contohnya apabila ada kes yang complicated di Setiu, Setiu kah yang hujung itu dia kena pergi ke HUSM di Kelantan.

Dia sudah dapat IC Kelantan, di dalam kes ini IC Kedah. Orang Bandar Baharu, Kedah dia kena bersalin di Parit Buntar, dia dapat IC Perak. Ini berlaku Tuan Yang di-Pertua, ini kes yang lama belum lagi selesai, masih lagi berunding dengan pendaftaran negara, belum selesai lagi. Insya-Allah kita akan cuba selesaikan masalah ini, Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi kita dengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tetapi saya rasa macam Yang Berhormat Timbalan Menteri belum berapa lihat masalah buah pinggang pesakit- pesakit. Ini dialisis masalah sekarang, contoh di Bintulu. Apabila mereka mahu buat dialisis masalah buah pinggang, mereka tidak dapat dialisis di hospital kerana kata long que. Priority been given to government officer. Rakyat kata saya miskin, saya hendak pergi mana cuci. Kalau red crescent sana dia buat dialisis mahu kena bayar RM100 lebih.

Mana dia mampu. Seminggu berapa kali? Ini kira long term sampai dia mati hendak cuci pinggang ini.

Akan tetapi sampai hari ini saya nampak belum lagi ada satu cadangan ataupun rancangan jangka panjang dan pendek. Macam mana ada satu penyelesaian, how to settle this matter? Tidak ada. Sudah bertahun-tahun sama, kali-kali sama. So, sekarang ini Tuan Yang di-Pertua kita langsung pun tidak ada satu cadangan dan rancangan betul- betul kita buat macam mana hendak bantu. Pada masa yang sama, kita tidak tengok ataupun lihat buah pinggang banyak pesakit di negara kita. What cause the failure of the buah pinggang? Tidak ada. Banyak supplement punya food, kita tidak siasat boleh makan kah tidak. Hujung-hujung sudah orang makan supplement sudah berapa puluh tahun, baru kata ini tidak boleh makan sekarang kerana akan kasi rosakkan buah pinggang ataupun will make the kidney failure. This is a problem we have been facing. Sampai hari ini kementerian buat tidak tahu, banyak lagi makanan-makanan lain juga sama, *never.

So,* saya mahu tanya di sini adakah cadangan dan rancangan daripada kementerian betul-betul membuat kajian meneliti habis-habisan, buat mana-mana centre, mana-mana kawasan mesti mahu ada dialysis centre. Kerajaan macam mana boleh bantu mengurangkan rakyat punya masalah ataupun rakyat punya tanggungjawab.

Kalau di hospital tidak boleh, you buat dialysis centre. Tidak usah dalam hospital, luar, buat besar sikit. Boleh 100 mesin kah, 200 mesin kah kalau besar punya bandar. Kalau kecil punya bandar sekurang-kurangnya 20, 30 mesin, boleh jalankan 24 jam kah macam mana. Have something to overcome this problem. Kali-kali ini kita bila rakyat jumpa susah. Inilah Menteri— Tuan Yang di-Pertua, jangan Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab lagi kongkalikung, jawab terus betul-betul mahu selesai rakyat punya kepentingan ini.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Dia kawan baik saya tetapi dalam Dewan kita bergaduh sedikitlah.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Baik selesaikan masalah.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, ia ada banyak peringkat untuk kita hendak mengurangkan kos dan mengurangkan masalah rakyat. Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman nombor satu sekarang ini di Malaysia kita ada 3.5 juta rakyat Malaysia yang kena diabetes dan bila kena kencing manis ini itulah akhirnya dia akan mendapat kegagalan buah pinggang. Program pencegahan kita memang berjalan, dibuat saringan dan sebagainya dan kita hendak kesan awal tentang penyakit-penyakit yang— kencing manis, ramai juga yang tidak tahu dia ada kencing manis. Tiap-tiap satu kes, kencing manis yang kita kesan ada satu lagi kes yang belum dikesan. Jadi dalam hal ini kita buat saringan banyak dan mana kes yang kita kesan awal, kita buat intervention awal, bagi treatment. Ini on going, kempen kita dan sebagainya. Ini tujuannya untuk mencegah. Dalam hal ini kita bagi penekanan tentang primary care, maknanya pencegahan.

Kedua, apabila menyebut tentang hemodialisis ini, sekarang kita menggalakkan mereka seperti yang saya sebut dalam jawapan tadi Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD). Jadi buat di rumah. Dia tidak perlu pergi ke pusat dialisis, dia buat di rumah. Akan tetapi yang ini bagi mereka yang pandai jaga kebersihanlah. Kalau dia tidak

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

pandai menjaga kebersihan tidak boleh kerana takut ada infection. Ramai, sekarang sudah ramai yang kita galakkan dan mereka buat di rumah tetapi dia kena buat satu hari, tiga kali lah. Kalau hendak pergi ke mana-mana pun dia kena bawa perkakas dia dalam satu kereta penuh. Ini yang kita sedang galakkan.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi disebut tentang makanan. Memang kita ada bahagian kawalan makanan, kita amat— kawalan memang ketat.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Segala makanan yang kita ada bahan-bahan yang terlarang memang kita tidak galakkan, I mean bukan tidak galakkan, memang kita ambil tindakan kalau ada berlaku.

Ini ongoing juga. Jadi, ada juga mereka yang makan suplemen dan sebagainya. Dia kena check, tengoklah. Kalau ada waswas, kalau dia tidak agak ini, dia boleh rujuk kepada Bahagian Kawalan Makanan. Jadi kita akan ambil tindakan. Saya hendak sebut tadi bahawa, saya sebut awal tadi tentang kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, sekarang ini cuma 32 peratus. Yang lain diberi oleh pihak swasta dan NGO. Jadi sebab itu kerajaan menggalakkan dan memberikan segala subsidi kepada pusat-pusat hemodialisis yang baru dan juga yang lama supaya mereka dapat mengurangkan kos dan kos itu dapat dikurangkan pada pesakit. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sebenarnya menyimpan soalan ini sudah setahun lebih untuk tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa bahagian swastalah yang banyak juga membantu, 47 peratus. Namun ada sungutan daripada pengusaha-pengusaha pusat dialisis yang mengatakan proses untuk memperbaharui lesen sangat birokratik.

Pegawai kementerian kena melawat pusat dialisis untuk kelulusan pembaharuan lesen. Masalahnya hendak dapat appointment untuk pegawai KKM melawat sangat susah. Ada pusat dialisis yang beroperasi dalam keadaan lesen yang sudah tamat tempoh kerana pegawai KKM tidak dapat bagi appointment untuk melawat pusat dialisis. Malah ada dakwaan yang mengatakan lesen pusat dialisis ini dikawal secara kartel oleh pegawai yang menguruskan kelulusan lesen ini. Ini tidak sihat untuk industri malah mereka mengatakan sektor perniagaan pusat dialisis menjadi lubuk emas kepada sebahagian pegawai KKM yang terlibat luluskan lesen dan renew lesen. Jadi kita minta kementerian menyiasat perkara ini kerana ini bukan daripada seorang tetapi beberapa orang pengusaha lesen.

Saya tahu seorang doktor yang buka pusat ini di tempat dekat dengan saya.

Setahun sudah siap. Menunggu lesennya sehingga dia sudah kehabisan modal dan terpaksa jual pusat itu kepada seorang yang lebih kaya, seorang doktor. Jadi, satu tahun sudah siap. Sewa kena bayar, alat sudah beli semua tetapi lesen tidak dapat. Cannot operate. So, bagaimana kita mengatakan kita hendak menggalakkan pusat swasta untuk membantu tetapi kita memperlambatkan proses untuk mendapatkan lesen. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Hari ini saya dengar satu pertuduhan yang amat serius tentang pelesenan ini, pemberian lesen ini. Jadi sebenarnya lesen ini di bawah Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS). Jadi ini satu perkara yang insya-Allah kita akan siasatlah. Tuduhan yang sangat berat saya kira. Ada kartel dan sebagainya. Susah hendak dapat lesen. Yang operate tanpa lesen pun ada, difahamkan. Ini adalah perkara yang serius. Insya-Allah kita akan siasat, Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:20 AM

2. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah rumah mampu milik yang telah dibina di seluruh negara mengikut negeri dari tahun 2009 sehingga 2017.

final • 10:20 AM

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tan Sri Haji Noh bin Omar

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Dulu pakai tie hijau, hari ini pakai tie kuning, tie oren. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada tahun 2013 kerajaan telah pun menetapkan sasaran pembinaan 1 juta rumah mampu milik atau RMM untuk meningkatkan bekalan rumah dalam pasaran.

Walau bagaimanapun pada tahun 2016, kerajaan telah pun menambah sasaran kepada 1.1 juta dengan harga syiling maksimum RM300,000.

Langkah ini dilaksanakan oleh beberapa agensi Kerajaan Persekutuan seperti PR1MA, SPNB, PPA1M, KPKT, agensi-agensi kerajaan negeri dan pihak swasta.

final • 10:20 AM

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tan Sri Haji Noh bin Omar

Langkah ini dijangka akan dapat memberi lebih banyak pilihan kepada pembeli untuk mencari rumah yang bersesuaian dengan tahap kemampuan masing-masing. Berikut adalah ringkasan maklumat berkaitan rumah mampu milik yang telah dilaksanakan oleh pelbagai agensi di setiap negeri sehingga April tahun 2017.

NegeriBilangan Siap (Unit)Perancangan Pembinaan (Unit)
Perlis28319103
Kedah4213116309
Pulau Pinang1327849730
Perak2095249530
Kuala Lumpur582063952
Selangor3785168617
Negeri Sembilan760327679
Melaka1775053363
Johor25410103026
Pahang1465042933
Terengganu1590617793
Kelantan1289325786
Sarawak522032695
Sabah1766554645
Wilayah Persekutuan1722184
Putrajaya112316110

Jadi kesimpulannya yang saya hendak jelaskan ialah bahawa rumah mampu milik ini yang sudah siap sebanyak 241,555 iaitu 21.7 peratus dan dalam proses pembinaan 634,235 iaitu 57.1 peratus. Mengenal pasti tapak atau perancangan, 236,138 iaitu 21.2 peratus. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan, seolah-olah digambarkan bahawa janji untuk membina satu juta atau 1.2 juta rumah mampu milik seolah-olah on schedule, betul? Sekiranya benar, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri ialah sejauh mana dasar pembinaan rumah mampu milik ini telah berjaya memainkan peranan untuk memodulate atau mempengaruhi harga rumah di pasaran terbuka?

Kalau sekadar kita bina rumah mampu milik hanya untuk yang dapat rumah mampu milik sahajalah yang mereka dapat manfaatnya. Akan tetapi sedangkan rakyat jelata masih begitu tertekan dengan harga rumah yang semakin meningkat. Seolah-olah tidak ada kesan modulation dengan izin ke atas harga rumah. Maka apakah perancangan yang ada pada pihak kerajaan sekiranya ada, untuk menentukan bahawa harga rumah di pasaran terbuka dan bukan sekadar rumah mampu milik sahaja yang akan dijual dengan satu harga yang mampu dibeli oleh golongan B40. Soalan saya, sejauh mana sekiranya...

final • 10:20 AM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Soalan.

final • 10:20 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, teruskan.

Teruskan.

final • 10:20 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Sejauh mana sekiranya wang suntikan sebanyak RM1.3 bilion disuntikkan kepada bajet kementerian. Sejauh mana ianya akan membantu kementerian untuk mencapai matlamat mengurangkan harga rumah di pasaran? RM1.3 bilion ini Yang Berhormat Menteri, adalah jumlah yang kena dibayar oleh kerajaan bagi pihak 1MDB pada 12 Ogos ini.

final • 10:30 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:30 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Sekiranya duit ini tidak digunakan untuk bayar IPIC tetapi sebaliknya digunakan untuk melaksanakan dasar kerajaan, untuk mengurangkan harga rumah di pasaran terbuka.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, ya.

final • 10:30 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Sejauh mana ianya akan membantu Yang Berhormat Menteri dalam persoalan ini? Lalu ada dua soalan yang saya sampaikan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 10:30 AM

Tan Sri Haji Noh bin Omar

Terima kasih Yang Berhormat yang begitu prihatin mengenai masalah perumahan rakyat. Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Barisan Nasional, kita merancang RM1 juta dan juga 1 juta dia tengok boleh naik lagi 1.1 juta, then kita yakin kita boleh capai dalam tahun 2018.

Saya sudah bagi tahu tadi, kita ada perancangan kita dan untuk mencapai matlamat ini, Kerajaan Persekutuan tidak cakap saja. Kita tubuh agensi. Kita tidak harapkan satu agensi. Sebagaimana yang saya sebut tadi, kita sudah ada target kita. PR1MA kita sudah letak sasaran 500 ribu. Kita kata SPNB ada sasaran dia, KPKT ada sasaran dia, KWP ada sasaran dia. Semua agensi ini ada sasaran kita dan daripada sasaran inilah yang kita telah laksanakan dan kita telah pun mencapai di dalam angka-angka seperti yang telah saya sebutkan tadi.

Jadi, perancangan yang kita buat ini, bermakna perancangan untuk masa hadapan rakyat supaya rakyat mampu membeli rumah. Berbalik kepada soalan yang kedua Yang Berhormat kata mengenai harga rumah. Harga rumah ini, saya hendak bagi tahu kepada Yang Berhormat, ianya ditentukan oleh pihak kerajaan negeri. Bila kerajaan negeri telah tentukan, maka baru hantar kepada kementerian untuk mendapat APDL.

Jadi, kalau macam di Selangor sebagai contoh. Ambil contoh Selangor lah. Yang Berhormat Ahli Parlimen daripada Selangor. Macam Selangor, Rumah Selangorku sebagai contoh. Dalam kategori Rumah Selangorku ini, bagaimana dasar Kerajaan Negeri Selangor? Dia tidak ada keluar duit pun. Dia hanya mengarahkan pemaju buat Rumah Selangorku, lepas itu pemaju dipaksa buat. Apa kesannya?

Itu yang macam seolah-olah menjadi cross subsidy. Rumah Selangorku ini dipaksa jual, makna kata dengan harga yang katalah RM42 ribu ataupun RM100 ribu.

Ada tiga, A, B, C ini. Jadi, ini menyebabkan rumah yang sepatutnya pemaju jual lebih kurang RM300 ribu, dia terpaksa jual dengan lebih harga yang lebih kerana hendak bagi subsidi bagi kepada Rumah Selangorku kerana Kerajaan Negeri Selangor tidak keluar duit satu sen pun. Berbeza dengan Kerajaan Federal, rumah KPKT, rumah di bawah kementerian saya, mana ada cari dalam dunia ini, rumah harga RM180 ribu, RM200 ribu market price? Kita jual dengan RM35 ribu saja. Berapa ratus ribu yang kita bagi subsidi kepada rakyat?

[Tepuk] Kalau kita tengok rakyat tidak mampu pula hendak beli, hendak pinjam bank pun tidak mampu, kita kenal pula satu dasar rent-to-own lagi. Sewa untuk dia beli. Tidak perlu bayar apa-apa deposit.

Begitu juga rumah-rumah kita di bawah SPNB, yang kita buat. Ini semua harga rumah mampu milik ini yang kita hendak pastikan harganya lebih rendah daripada harga pasaran. Jadi kerana itu, perancangan yang kita buat ialah untuk kita memastikan bahawa rakyat yang ada, yang telah kita tetapkan. Kita ada B40, kita ada M40. Ini yang kita rancang dan...

final • 10:30 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Berdiri]

final • 10:30 AM

Tan Sri Haji Noh bin Omar

Ini bukannya soal jawab Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dia tidak boleh, tidak boleh bangun Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tan Sri Haji Noh bin Omar

Yang Berhormat hendak tanya ini tidak ada kena mengena dengan RM1.6 bilion yang tidak habis-habis lagi. Jadi Yang Berhormat, sampai bila pun Yang Berhormat bercakap RM1.6 bilion...

final • 10:30 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Macam mana boleh kata tidak ada hubung kait?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

Dia tidak boleh, soalan tidak boleh Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Oleh kerana ianya tetap merupakan duit yang kerajaan keluarkan.

final • 10:30 AM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Lagi satu bodoh.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, tidak payah layan.

final • 10:30 AM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Lagi satu bodoh.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya bertanya, sejauh mana jumlah wang itu akan membantu? Tidak akan tidak akan bantu.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 10:30 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Sudah pasti bajet tambahan sebanyak RM1.3 bilion akan mempunyai kesan yang positif terhadap kementerian.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 10:30 AM

Tan Sri Haji Noh bin Omar

Yang Berhormat, sebelum timbul RM1.6 bilion kah, apa juga tuduhan, fitnah yang dibuat ini, saya sudah bagi tahu perancangan kita.

Kita memberikan bantuan perumahan kepada orang miskin, kita bagi subsidi. Kerajaan Negeri Selangor yang dok heboh Rumah Selangorku ini, mana sumbangan dia?

Pencapaian pun tidak tercapai. Jadi bermakna, Kerajaan Pakatan Harapan, Pakatan Harapan saja, Pakatan Caca Merba la kata, yang cakap saja tetapi bila pelaksanaannya tidak ada. Apa memberikan kesan? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, maklumat daripada Yang Berhormat Menteri tidak betul.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tidak boleh macam ini Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Mana boleh kata Rumah Selangorku tidak tercapai.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Kita dalam Q&A Yang Berhormat. Sudah habis.

final • 10:30 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ramai yang hendak beli.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rompin.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terdapat banyak rungutan kaedah pemberian rumah murah ataupun rumah mampu milik tidak begitu disenangi. Banyak orang yang berpendapatan tinggi dapat rumah, rumah murah ataupun mampu milik. Adakah kerajaan bercadang untuk memperketatkan lagi sistem pemberian rumah murah di negeri-negeri umpamanya? Ketika ini saya rasa tidak ada mempunyai sistem yang telus dan baik untuk kita kawal dari segi pembelian rumah murah yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan tetapi tidak dikawal pemberian rumah murah di negeri-negeri. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tan Sri Haji Noh bin Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Setiap rumah yang kita buat ini sudah ditetapkan syarat-syaratnya. Macam rumah PR1MA, ada syaratnya, pendapatan yang telah ditentukan. Saya ambil contoh kata rumah PPR, yang saya kata banyak bantuan yang diberi atau subsidi yang diberi kepada rakyat, sampai satu rumah lebih RM100 ribu seorang rakyat dapat. Ini kita telah ketatkan syaratnya. Pertama, kita membuat tiga tapisan. Tapisan yang pertama, kita menghantar nama-nama pemohon- pemohon ini kepada pihak LHDN, Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk pastikan bahawa pemohon ini belum ada pernah membeli rumah. Sudah clear, sudah lepas tapisan yang pertama, pergi lapisan yang kedua pula. Tengok pemohon ini ada tidak masuk dalam senarai BR1M kerana yang layak mendapat rumah PPR ini sebagai contoh ialah pendapatan bawah RM3 ribu. Kalau dia bawah RM3 ribu, dia patut lah dia dapat BR1M.

Jadi, kalau nama dia tidak ada dalam senarai BR1M, kita akan tolak.

final • 10:30 AM

Tan Sri Haji Noh bin Omar

Sudah lepas tapisan yang kedua, ada satu lapisan yang ketiga lagi. Kita akan pamerkan pula nama ini dalam tempoh dua minggu. Sudah masuk dalam laman web kementerian untuk memberi peluang kepada public membuat bantahan kalau dia melihat mana-mana nama yang dilihat boleh jadi ada aduan dan ini pernah berlaku. Seperti satu berlaku di Hulu Selangor. Bila kita pamerkan nama, ada bantahan, ada dua bantahan dan bila kita semak, memang benar. Macam orang itu sebut, memang pemohon tersebut sudah ada rumah dan kita batalkan walaupun kita telah berikan tawaran. Ini menunjukkan kita oleh kerana ini untuk membina, memberi penilaian kepada orang miskin, kita kena telus dan kita mesti memastikan orang yang berhak sahaja yang mendapat rumah yang kita sediakan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

3. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh kementerian terhadap agensi-agensi yang melakukan penipuan terhadap pakej-pakej umrah. Serta berapa banyak agensi yang terlibat dalam penipuan pakej umrah ini.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Baling di atas soalan yang saya kira cukup penting sekali. Bagi pihak kementerian, kita memandang perkara sungguh serius dalam kita memerangi aktiviti penipuan pakej umrah dan juga ziarah. Pihak kementerian telah pun mengambil tindakan keras dengan pembatalan lesen, menarik balik lesen bidang tertentu dan menyenaraihitamkan agensi- agensi pelancongan serta pengendalian umrah dan ziarah. Bagi tahun 2009 sehingga tahun 2017, sebanyak 14 syarikat yang mengendalikan aktiviti pelancongan dan juga pengendalian umrah dan ziarah telah pun diambil tindakan.

Daripada jumlah tersebut, 11 syarikat telah pun dibatalkan lesen dan satu syarikat telah pun ditarik balik lesen pelancongan luar negara iaitu outbound, setelah didapati bersalah melanggar Akta 482 yang melibatkan elemen penipuan. Bagi tahun 2017, notis pembatalan lesen telah pun dikeluarkan kepada dua buah syarikat yang mana telah pun didapati bersalah melanggar syarat di bawah Akta 482 dan kedua-dua syarikat ini sedang di dalam peringkat rayuan. Pihak kementerian juga sedang menyiasat beberapa lagi syarikat yang mengendalikan pakej umrah dan ziarah yang bakal dikenakan tindakan yang sama jika disabitkan kesalahan.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin

Antara senarai nama syarikat berkenaan serta tindakan yang telah diambil oleh kementerian yang mana pembatalan lesen— antaranya. Saya sebut antaranya ya. Pada tahun 2010, Permata El-Nur Travel & Tours, Hijjaz Legend Travel and Tours, Madain Al- Taqwa Travel and Tours, Inna Yakin Travel and Tours.

Bagi dilarang menjalankan aktiviti outbound. Dikenakan terhadap Agensi Pengembaraan Asari Murni Sdn Bhd. Notis pembatalan lesen dua kompeni ini, dua syarikat ini iaitu Ukhwah Firdausi Travel Sdn Bhd dan Imtiyyaz Travel and Tours Sdn Bhd.

Selain daripada tindakan pembatalan lesen, pihak kementerian juga tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan baru iaitu lesen baru agensi pelancongan dan kembaraan oleh mana-mana individu yang telah pun disenaraihitamkan atas kesalahan di bawah Akta 482 ini termasuk agensi pelancongan pengendali umrah dan ziarah. Pihak kementerian juga bekerjasama dengan pihak SSM atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia agar mereka yang telah dikenal pasti ini turut dihalang daripada menubuhkan syarikat-syarikat baru berkaitan dengan pelancongan ataupun mengambil alih syarikat lain bagi menjalankan aktiviti berkaitan pelancongan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan itu. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada kementerian Yang Berhormat kerana telah mengambil pelbagai tindakan yang proaktif.

Walau bagaimanapun, kalau sekadar pembatalan syarikat malah penggantungan syarikat menggunakan Akta 482, bagi saya, ia tidak memadai. Ini kerana apabila kita melihat pada hari ini, banyak ejen-ejen yang mengambil kesempatan mengelirukan malah berbohong kepada rakyat khususnya yang berada di kawasan luar bandar yang kurang ada kemampuan. Mereka naikkan signboard di atas pokok-pokok tepi jalan mengatakan “Pakej umrah RM2,980”, “Pakej umrah RM3,300”. Jadi makcik- makcik dekat kampung pemotong getah, petani-petani simpan duit— bukan senang— dia bagi RM3,300, dia tidak sedar one way ticket. Dia pergi sampai ke Mekah, sampai

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Madinah, dah tak boleh balik kerana penerbangan yang ditunggu, kapal tak sampai.

Kerana apa tak sampai? Bila mana ejen tersebut tipu, tak bayar.

Jadi saya nak maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri, saya juga memegang dua portfolio. Satu, Pengerusi Tabung Haji. Satu lagi, Pengerusi Biro Kebajikan sebelum ini. Sekarang Yang Berhormat Lenggong dah ambil alih. Untuk makluman dan rekod Yang Berhormat Menteri, kami dah bawa balik lebih tiga penerbangan. Bukan setakat bayar duit kapal terbang, malah bayar hutang-hutang hotel yang tertunggak. Tapi rakyat ingat ini adalah tanggungjawab Tabung Haji. Hakikatnya, tidak. Sebenarnya duit yang kita bawa balik adalah duit daripada UMNO Pusat, Biro Kebajikan UMNO. Yang Amat Berhormat Pekanlah yang memberikan duit tersebut untuk kita bayar.

[Tepuk] Jadi rakyat ingat ini duit Tabung Haji. Tabung Haji tidak boleh sewenang-wenangnya keluarkan duit pendeposit untuk menyelamatkan orang-orang kita atau jemaah kita yang pergi melaksanakan ibadah umrah yang dibawa oleh travel agent ini.

Jadi saya hendak Yang Berhormat Menteri tegaskan pada hari ini dan saya hendak tahu apakah langkah-langkah untuk memberi kesedaran kepada rakyat? Adakah seperti mana dalam RM4,900 harga penanda aras yang telah dimajukan oleh Kementerian Pelancongan ini, adakah kita dah wujudkan laman web seperti iUmrah kah dan sebagainya? Apakah kaedah dan pendekatan yang diambil untuk memastikan tindakan yang luar biasa diambil kepada syarikat-syarikat yang terlibat supaya tidak lagi memperdayakan rakyat?

Ini penting, Tuan Yang di-Pertua. This is not satu perkara yang— Di merata tempat, saya bagi pihak UMNO, bawa balik rakyat tak kira daripada parti mana, daripada negeri mana. Dari Kelantan pun ramai kita bawa balik, dari Selangor pun ramai kita bawa balik. Kalau ikutkan, mintalah Menteri Besar Kelantan, Menteri Besar Selangor yang uruskan tapi mereka merasakan pengurusan Tabung Hajilah yang bertanggungjawab.

Sebenarnya tidak ada. Kita tidak ada kuasa untuk membatalkan mana-mana syarikat malah menyenaraihitamkan. Semuanya adalah di bawah Kementerian Pelancongan, untuk pengetahuan umum. Rakyat kena tahu bahawa ini bukan di bawah Tabung Haji.

Kalau mereka pergi umrah, terkandas, kena call Tabung Haji. Tabung Haji yang kena selamatkan. Yang syarikat-syarikat ini yang buat duit lumayan, untung, akhirnya menipu rakyat dalam ibadah umrah ini. Kalau haji, yes, Tabung Haji control 100 peratus.

Umrah, no. Umrah kita ada lebih 50 ke 60 syarikat yang melaksanakan. Malah, syarikat sekarang ini tumbuh macam cendawan, untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua.

Jadi saya minta, apakah tindakan atau garis panduan yang tegas dengan NBOS yang mana libatkan Polis Diraja Malaysia, Kastam malah ajak SPRM dalam itu untuk memastikan— sebab kita tengok hari ini SPRM begitu laju dalam menahan mereka yang terlibat dalam perkara-perkara dan gejala-gejala yang tidak elok. Minta SPRM masuk dan tangkap dan tuduh mereka dalam mahkamah dan penjarakan. Dengan itu, barulah kita dapat melihat akan ada pengurangan.

Kalau setakat batal, blacklist, esok dia pergi SSM dia buka syarikat lagi satu, dia pergi buat kerja yang sama, akhirnya rakyat kita yang akan jadi sengsara dan merana.

Biro Kebajikan UMNO, takkan lah setiap kali nak bawa balik. Dah tiga penerbangan ini.

Takkan kita nak bawa balik lagi. Jadi itulah soalan saya untuk Menteri jawab dan bawa balik serta laporkan kepada kementerian untuk tindakan susulan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin

Terima kasih Yang Berhormat Baling atas soalan yang begitu panjang lebar. Saya ada pantun untuk Yang Berhormat Baling ini.

“Penipuan umrah di sana sini, Orang kampung atau profesional sama juga jadi mangsa, Terima kasih Yang Berhormat Baling yang sentiasa prihatin, Tak pernah menolak bila minta bantuannya”. Tuan Yang di-Pertua, saya nak bagi tahu, hari ini bila kita melihat dan bercakap tentang soal umrah, tahun 2009 hanya 90,000 sahaja jemaah. Kalau hendak dibandingkan, untuk tahun 2017, untuk setakat Mei, sudah seramai 240,000 jemaah yang membeli pakej umrah setakat bulan Mei. Maksudnya, dalam masa tempoh setahun, jumlah untuk pendapatan dalam urus niaga umrah ini hampir melebihi RM1 bilion. Sebab itu soalan Yang Berhormat Baling sangat relevan.

Saya yakin dan percaya bukan hanya Yang Berhormat Baling sahaja prihatin, bukan sahaja Yang Berhormat Pekan sahaja yang prihatin malah Yang Berhormat Parit

final • 10:40 AM

Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin

Sulong juga melalui pejabatnya sewaktu jemaah terkandas pada bulan Disember, kalau tidak silap saya, beliau juga turut sama membantu menyalurkan daripada segi makanan buat jemaah-jemaah sewaktu berada di Mekah dan juga Madinah. Untuk makluman.

final • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin

Sebab itu saya nak bagi tahu, Ahli-ahli Yang Berhormat Barisan Nasional cukup prihatin. Samalah apa Yang Berhormat Baling lakukan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat lain, antara langkah-langkah yang telah pun diwujudkan oleh pihak kementerian dalam kita mengatasi masalah kewujudan syarikat pelancongan yang tidak berdaftar termasuk menawarkan pakej-pakej umrah di media cetak dan elektronik adalah dengan melaksanakan aktiviti pemantauan dan juga penguatkuasaan.

Bagi memerangi penyebaran iklan pakej umrah palsu, pihak kementerian sentiasa memantau iklan-iklan berkaitan umrah dan ziarah khususnya pengiklanan media elektronik seperti di laman web, blog dan juga social media yang menjadi media umum untuk mereka menjual pakej-pakej mereka. Kita juga melihat bahawa hasil pemantauan tersebut, pihak kementerian telah pun bekerjasama dengan pihak SKMM untuk mengenal pasti dan juga mengambil tindakan bagi kita menghalang laman web, blog dan juga page di media sosial milik individu-individu dan juga syarikat-syarikat yang tidak berlesen dengan pihak kementerian yang mengiklankan pakej umrah dan ziarah daripada terus beroperasi.

Selain daripada itu, pihak kementerian juga telah pun melaksanakan langkah- langkah pencegahan melalui aktiviti bersama dan juga kolaborasi bersama melalui inisiatif strategi di bawah Majlis Kawal Selia Umrah ataupun namanya disebut MKSU yang melibatkan antara 13 agensi termasuklah PDRM, KPDNKK, Tabung Haji, MAVCOM dan juga Kementerian Luar Negeri. Cadangan Yang Berhormat Baling mengenai SPRM untuk masuk bersama dalam Majlis Kawal Selia Umrah itu adalah satu cadangan yang cukup baik dan saya akan bawa dalam mesyuarat nanti. Oleh sebab itu, kita pun telah melihat bahawa bukan hanya pihak agensi tetapi juga melibatkan NGO iaitu BUMITRA, MATTA turut sama dalam inisiatif strategik di bawah MKSU ini.

Harga RM4,900 adalah merupakan harga penetapan siling yang ditetapkan oleh pihak kementerian untuk pakej umrah selama 12 hari 10 malam.

final • 10:40 AM

Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin

Maka kalau ada pakej penawaran umrah kata RM3,000, tolonglah jangan percaya sebab macam apa Yang Berhormat Baling kata tadi itu betul. Tiket pergi sahaja sebab itu tidak balik-balik. Sebab apa? RM3,000 tidak boleh hendak mencukupi dari segi tiket pergi balik, penginapan dan juga makan.

Keduanya, mengeluarkan arahan berhubung larangan pelantikan ejen ataupun wakil kepada pihak industri pelancongan ataupun travel agent. Sebab ini kita tengok di masjid-masjid kita selalu dengar, “Pak cik cari 10 orang, dua orang saya bagi free’’. Jadi aktiviti-aktiviti seumpama ini, saya harap Yang Berhormat boleh maklumkan untuk kawasan-kawasan Yang Berhormat kerana ini amat dilarang oleh pihak kementerian supaya kita tidak mahu ada mereka yang tertipu.

Ketiganya, melaksanakan aktiviti pemantauan dan juga penguatkuasaan pengendalian jemaah umrah di Lapangan Terbang KLIA2 ataupun KLIA semasa musim umrah. Ini adalah untuk memastikan jemaah Malaysia terlibat dengan syarikat yang benar-benar berlesen, memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kementerian serta perjalanan jemaah diuruskan dengan baik.

Keempat, bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Penerbangan Malaysia

(MAVCOM). Sebab apa? Selalunya yang berlaku dengan charter flight ini, ada iklan sudah keluar, iklan sudah keluar tiga bulan dia kata, misal kata ini bulan lapan, dia kata bulan 11 nanti ada charter flight company sekian-sekian tetapi sebenarnya Suruhanjaya Penerbangan Malaysia tidak pun memperoleh dan tidak mengeluarkan lagi kebenaran dan ini juga perlu dilihat untuk charter flight. Pelaksanaan kempen kesedaran awam untuk isu penipuan ini juga kita lakukan dengan pihak PDRM dan KPDNKK dan sebab itulah kita ingin menyebar luaskan tentang maklumat ini kalau boleh seramai mungkin khususnya untuk rakyat Malaysia, kerana apa? Rakyat Malaysia ini suka ingin melakukan ibadah tetapi mereka juga suka untuk sesuatu yang lebih murah daripada apa yang ditawarkan. Itu adalah naluri manusia biasa sebab itu saya beritahu awal-awal pantun saya tadi, sama ada orang kampung yang bergolok gadai ataupun menyimpan, menabung daripada awal duit pergi memotong getah, duit pergi menjala dan sebagainya, duit itu juga yang dia kena tipu.

final • 10:50 AM

Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin

Tidak terlepas juga, ada golongan profesional doktor-doktor juga terlibat, peguam pun ada juga yang kena tipu, malah kakitangan kerajaan ramai juga yang kena tipu. Sebab itu pihak kementerian sentiasa menghebahkan isu-isu ini melalui mana juga ruang ataupun peluang yang kami ada dan juga slot-slot temu bual di media cetak ataupun media elektronik.

Saya harap semua pihak dapat sama mainkan peranan termasuklah pegawai syarak di masjid-masjid, pemimpin masyarakat, Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk kita sama-sama hebahkan kerana untuk kami pihak kementerian tidak mampu. Mungkin Tabung Haji juga boleh menghebahkan dan Tabung Haji adalah pengendali umrah yang terbaik. Jadi itu kalau siapa yang hendak, pergilah, pilihlah Tabung Haji. Terima kasih Yang Berhormat Baling dan itu saja. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri atas jawapan yang cukup baik tadi. Akan tetapi saya tidak berpuas hati dengan hukuman yang diberikan iaitu dibatalkan lesennya dan juga disenaraihitamkan. Saya rasa tidak memadai dengan dosa yang dilakukan oleh mereka ini kerana menipu dan mencuri wang daripada orang miskin.

Bolehkah pihak kementerian mengangkat sedikit, memenjarakan mereka yang terlibat atau mengenakan denda yang lebih kepada mereka dan membayar balik semua yang mereka curi daripada yang miskin, sedangkan ini tidak dilakukan. Apa pendapat Menteri? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Untuk pertanyaan Yang Berhormat tentang tindakan ataupun perkara-perkara yang dikenakan terhadap mereka yang melakukan kes penipuan umrah ini, sebenarnya terbahagi kepada tiga.

Pertamanya, di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, agensi yang tidak berlesen, maka mereka boleh dikenakan kompaun dan juga didakwa.

Keduanya, bagi agensi berlesen yang melanggar syarat-syarat lesen di bawah Akta Industri Pelancongan 1992, maka dia boleh diambil tindakan di bawah pihak kementerian yang contohnya yang itu yang boleh dikenakan denda sampai RM50,000, dipenjara lima tahun dan ada juga perkara-perkara kesalahan yang tidak boleh dikompaun.

Keduanya, ada juga yang boleh diambil tindakan di bawah pihak polis yang mana ini melibatkan jenayah komersial. Sudah ada kes yang recently bulan lima, tidak silap saya, sudah pun didakwa di-charged di mahkamah di atas kesalahan menipu penipuan pakej umrah yang melibatkan lebih kurang RM35,000 dan ini pakej umrah palsu, contohnya. Suspek juga mengambil duit tetapi pakej sebenarnya tidak wujud. Dia ambil duit tetapi pakej tidak ada pun. Kapal terbang tidak ada, apa ini tidak ada dan dia memang sebenarnya hendak menipu. So, dia dijatuhkan di bawah Kanun Keseksaan, memang penipuan.

Ketiga, di bawah KPDNKK. Di bawah KPDNKK ini adalah melibatkan jenayah consumer yang mana melibatkan perkhidmatan, pakej umrah tidak seperti yang dijanji.

Contoh, dia kata, “Oh! Pakej RM6,000, daripada masjid hendak ke hotel, lebih kurang 75 meter”. Akan tetapi sebenarnya bila jemaah pergi, 750 meter. Jadi itu boleh diletakkan di bawah kesalahan di bawah KPDNKK dan tuntutan oleh pengguna, jemaah yang tertipu, boleh dikenakan di bawah Tribunal Tuntutan Pengguna. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

4. Dato' Dr. Tan Kee Kwong [Wangsa Maju] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan apakah status terkini dengan bazaria Danau Kota.

final • 10:50 AM

Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Bismillahir Rahmanir Rahim, [Membaca sepotong doa] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam negaraku Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju, status terkini bazaria Danau Kota akan terus beroperasi di tapak sedia ada. Pemilihan akan dapat dilaksanakan apabila kompleks Uptown di Jalan Genting Klang siap dibina.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju juga, status terkini projek kompleks Uptown adalah di peringkat penyediaan pusat penjaja sementara bagi memindahkan penjaja di Medan Anika, Jalan Genting Klang. Kompleks Uptown kekal akan dibina selepas pusat penjaja sementara selesai dibina. Projek pembinaan kompleks Uptown dijangka akan mengambil masa lebih kurang empat tahun untuk dilaksanakan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato' Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

Terima kasih atas jawapan Menteri.

Adakah bazaria ini akan dipindah secepat mungkin sebab beberapa kali saya tanya soalan ini, sudah dapat banyak janji dan juga berapa peniaga di tapak baru iaitu Uptown atau JPJ telah dipindahkan atas alasan pembinaan bazaria? Namun sehingga kini, tiada sebarang tanda-tanda pemindahan akan berlaku. Sebab apa bazaria sekarang di tapak amatlah berbahaya dan lokasi tidak sesuai kerana ia di bawah sebuah projek pembinaan kondo. Juga soalan saya ialah berapa banyak bazaria yang dibuka pada waktu malam di Kuala Lumpur? Apakah had masa dan syarat untuk mereka beroperasi? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Terima kasih Yang Berhormat daripada Wangsa Maju. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pusat penjaja ini akan siap pada hujung tahun dan insya-Allah, kita akan pindahkan penjaja-penjaja ini kepada pusat penjaja yang akan siap dan Uptown, kita akan mula untuk melaksanakan pembangunan ini pada first quarter, dengan izin, first quarter of next year.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bilangan penjaja di bazaria larut malam, dia ada tiga penganjur Yang Berhormat. Bila kita tidak bagi untuk mereka laksanakan di bazaria ataupun pasar-pasar malam ataupun pusat-pusat penjaja, rakyat akan jadi gelisah. Jadi kita terpaksa melihat bagaimana kita dapat mengatasi permasalahan rakyat yang sedang dihadapi oleh kerana kekangan-kekangan yang mereka juga sedang hadapi.

Jadi kita ada tiga penganjur dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat hari ini, ada 543 penjaja. Ini barangan kering dan terdapat lebih kurang 100 penjaja melaksanakan makanan dan minuman dalam bazar larut malam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat telah tanya iaitu berapakah bazaria yang ada di Wilayah Persekutuan pada hari ini, saya minta maaf. Saya tidak ada dia punya jumlah.

Insya-Allah saya akan hantar dengan bertulis.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita laksanakan bazaria ini kadangkala ada dua cara yang kita hendak lakukan. Satu kita lihat bahawa kawasan-kawasan ini kadangkala banyak sangat permasalahan-permasalahan, khususnya dalam segi permasalahan-permasalahan perkara-perkara yang tidak diingini, khususnya masalah- masalah judi haram dan sebagainya.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Jadi kita hendak menyibukkan tempat tersebut. Itulah sebab kita adakan bazaria ataupun pasar-pasar malam di dalam kawasan tersebut sehingga pengusaha- pengusaha kedai yang melaksanakan perkara-perkara yang haram ini terpaksa menggulung tikar dan menutup tempat tersebut. Kita juga sedang mengambil tindakan umpamanya semalam di jalan - Kuala Lumpur kita telah pun mula menyita kawasan- kawasan khususnya yang telah mengalibabakan lesen mereka kepada orang-orang luar.

Selain daripada itu, apabila kita mengambil tindakan dalam kawasan tersebut kita dapat lihat juga dan telah pun menutup empat kawasan di mana empat kawasan ini ada operasi pelacuran. Jadi ini yang sedang kita lakukan. Ini akan terus dilaksanakan demi untuk menjaga keselamatan khususnya warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga untuk memberi peluang kepada peniaga-peniaga rakyat Malaysia untuk berusaha.

Jadi kita akan ambil tindakan kepada peniaga-peniaga yang mengalibabakan lesen- lesen ini kepada orang-orang asing. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ucap tahniah juga kepada pihak kementerian kerana berusaha keras untuk membantu peniaga-peniaga kecil ini. Ini kerana kita tahu ramai di kalangan peniaga- peniaga kecil ini menggunakan platform bazaria, pasar malam ataupun uptown dan downtown ini untuk memulakan perniagaan. Malah ini juga merupakan kawasan tumpuan terutamanya untuk mereka rakyat kita yang berpendapatan rendah untuk membeli-belah, untuk mendapatkan barangan.

Cuma apakah usaha daripada pihak kementerian bagi memastikan jika ada mana-mana lagi pasar-pasar seperti uptown ini untuk berpindah dalam memastikan pemilihan lokasi dapat berjalan dengan lancar. Apakah terdapat mana-mana kerjasama daripada pihak kementerian dan juga agensi untuk membantu peniaga-peniaga ini terutamanya untuk mereka menambah modal dan sekiranya berlaku apa-apa bencana terutamanya kebakaran, ribut dan sebagainya kepada peniaga-peniaga ini? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Sekijang daripada Johor yang berminat berkenaan dengan permasalahan di Wilayah Persekutuan. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kita senantiasa melihat bagaimana kita dapat memberi peluang. Ini kerana kerajaan yang ada hari ini, Kerajaan Barisan

final • 11:00 AM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Nasional senantiasa melihat peluang untuk memberi rakyat kesenangan dan bagaimana mereka dapat meningkatkan dan mencari mata pencarian mereka.

Kita akan membenarkan kalau tempat itu sesuai dan sebagainya, insya-Allah kita akan memberi peluang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang bertanya tadi berkenaan dengan bantuan, Kementerian Wilayah Persekutuan memang ada satu unit khas Bumiputera. Kedua, kita juga ada unit khas untuk kaum India dan juga ada unit khas untuk kaum Cina. Di mana apabila mereka bertemu dengan pihak kami, kami akan melihat bagaimana kami dapat membantu mereka dalam segi urusan perniagaan sehinggakan kadangkala urusan untuk anak-anak mereka melanjutkan pelajaran dan juga urusan mereka untuk membeli rumah dan sebagainya.

Tadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju, saya baru dapat makluman berkenaan dengan pertanyaan dari Yang Berhormat Wangsa Maju tadi. Saya harap boleh saya jawab Tuan Yang di-Pertua tidak payah saya bagi secara bertulis.

Berapa banyak bazaria yang ada? Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju, kita ada lima lokasi bazaria. Dua di Bandar Tun Razak, satu di Batu, satu di Wangsa Maju, satu di Cheras. Had dibenarkan mereka berniaga daripada sembilan malam sehingga jam tiga pagi. Had waktu ini termasuk mereka loading dengan izin dan unloading barang-barang mereka. Ini waktu yang kita beri untuk makluman Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

5. Datuk Hajah Norah Binti Abd. Rahman [Tanjong Manis] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan berapa ramai kah golongan belia dari kawasan luar bandar terutamanya dalam kawasan Parlimen Tanjong Manis yang telah berjaya menerima bantuan melalui Program Usahawan Bergerak.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Manis yang bertanya. Untuk makluman Yang Berhormat Tanjong Manis, program Mobilepreneur @KKLW telah dilancarkan pada 21 Mei 2016. Penyerahan secara berperingkat dilaksanakan di setiap negeri kepada penerima yang memenuhi syarat-syarat serta kriteria yang ditetapkan. Jumlah penerima bantuan Mobilepreneur adalah seramai 500 orang bagi tahun 2016 yang mana 100 orang adalah daripada negeri Sarawak dan lima daripadanya adalah peserta dari kawasan Parlimen Tanjong Manis yang menyediakan perkhidmatan automatif dan kimpalan.

Walau bagaimanapun sehingga Jun 2017, tiada permohonan dari Parlimen Tanjong Manis diterima. Sekiranya terdapat permohonan daripada Parlimen Tanjong Manis, pihak KKLW akan mempertimbangkan dan memberi kelulusan sekiranya layak dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Hajah Norah Binti Abd. Rahman - Tanjong Manis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya amatlah mengalu-alukan program Mobilepreneur ini diperkembangkan lagi di kawasan Tanjong Manis dan untuk seluruh negeri Sarawak. Soalan saya adalah, apakah cadangan baru atau penambahbaikan kerajaan dalam memperkasakan program ini untuk membantu lebih ramai lagi usahawan muda, usahawan wanita dan orang kelainan upaya khususnya di kawasan Tanjong Manis dan amnya di negeri Sarawak agar ia selari dengan TN50.

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Tuan Yang di-Pertua, okey untuk program Mobilepreneur ini cadangan baru adalah untuk kita hendak menambahkan bilangan golongan sasaran kita sebab kita bergantung sangat kepada bajet atau kewangan yang telah diagihkan untuk program ini. Oleh itu, buat masa sekarang satu pakej untuk seorang penerima adalah bernilai RM10,000 iaitu sebuah motosikal yang diubahsuai dan dibekalkan juga dengan alat-alat seperti mana yang diperlukan.

Jadi, mungkin kita hendak buat penambahbaikan supaya kita dapat meningkatkan bilangan itu, jumlah penerima mungkin kepada mereka yang sudah ada motosikal sendiri tetapi memerlukan alat-alat untuk perkhidmatan mereka ataupun perniagaan mereka.

Kita bekalkan sahaja alat itu tanpa memberi motosikal dan kita bantu dalam kerja-kerja ubahsuai itu. Oleh itu, kita bolehlah dengan bajet yang terhad ini kita boleh menambahkan bilangan penerima. Itu satu kaedah dalam program yang spesifik ini Mobilepreneur.

Untuk program-program lain yang kita hendak membantu golongan belia, wanita dan mana-mana pihak yang perlu kita bantu bagi masyarakat luar bandar ia ada

final • 11:00 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

beberapa program. Mobilepreneur adalah satu. Kita ada juga Program Desa Lestari dan kita bantu juga mereka di bandar tetapi mungkin berasal daripada luar bandar berhijrah ke bandar. Kita bagi peluang juga dalam Desa Mall. Kita ada rural business challenge

(RBC) sekian lama sudah kita jalankan program ini dengan jayanya juga.

Kita ada program yang kita panggil SPED, Skim Pembiayaan Ekonomi Desa. Kita ada juga PLKK atau Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya. Ini adalah semata-mata untuk membantu golongan belia dan wanita dan penduduk di luar bandar untuk menyasarkan masa depan yang agak jauh, 50 tahun, tahun 2050. Kalau kita mengambil kira sesiapa dalam tahun 2050 itu, 30 lebih tahun sudah tentunya mungkin kita bermula dengan mereka yang belum jadi dewasa lagi. Jadi kita perlulah cadangan dan idea-idea seperti daripada Yang Berhormat Tanjong Manis, kita alu-alukan kalau ada bantulah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah supaya kita boleh dapat lebih lagi memikirkan banyak lagi program untuk kita sasarkan tibanya tahun 2020 nanti. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

6. Dato' Haji Kamarudin bin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Kesihatan menyatakan tindakan yang diambil ekoran laporan bahawa 500 klinik biasa telah gulung tikar akibat daripada sambutan perniagaan yang amat muram dua tahun terakhir ini.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tumpat.

Tuan Yang di-Pertua ini berkenaan dengan klinik swasta. Kementerian Kesihatan bertanggungjawab mengawal selia kemudahan dan perkhidmatan bagi klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta yang dikendalikan oleh pihak swasta selaras dengan peruntukkan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 ataupun [Akta 586] dan peraturan-peraturannya. Merujuk kepada seksyen 53 [Akta 586], apabila seseorang pemegang perakuan pendaftaran klinik swasta ingin melupuskan perakuan pendaftaran klinik yang berkenaan beliau hendaklah menghantar permohonan pelupusan ke kementerian dengan menyatakan alasan bagi pelupusan perakuan pendaftaran klinik tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut rekod yang ada, daripada tahun 2014 sehingga tahun 2016 ada berbagai-bagai alasan yang telah diberikan. Satu, pindah premis, ini 53.3 peratus. Masalah pengurusan, mungkin antara mereka tidak setuju dan sebagainya, jadi tutup klinik, ini cuma 5.6 peratus. Masalah ekonomi bermakna kawasan itu kurang aktiviti ekonomi, maka klinik itu tidak begitu maju, maka ditutup juga, ini cuma 2.8 peratus sahaja. Infrastruktur, ini akibat mungkin ada juga yang kena bencana banjir dan sebagainya ditutup, ini 5.6 peratus sahaja. Kemudian, orang yang bertanggungjawab

(OYB), ada yang pencen, dia tidak mahu dah, jadi dia tutup. Kemudian ada juga lain-lain kaedah, contohnya 15.9 peratus adalah akibat daripada naik taraf. Contohnya klinik tu dia hendak buat surgeri sikit, minor surgeri maka dia tukar taraf kepada ambulatory care centre.

Setakat ini, soalan menyebut bahawa lebih kurang 500 buah klinik dah tutup.

Akan tetapi kalau mengikut perangkaan yang ada, pendaftaran klinik baru daripada tahun 2014 sehingga 15 Jun 2017 terdapat 1,259. Yang tutup 643, jadi maknanya ada positif ada tambahan klinik sebenarnya.

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Terima kasih di atas penjelasan yang Yang Berhormat Menteri berikan. Apa yang Yang Berhormat Menteri sebut akhir tadi itu yang saya baca dalam laporan akhbar 500 tutup, yang dimaklumkan 600 lebih tutup tetapi dibandingkan dengan 1,000 lebih klinik-klinik swasta yang baru. Saya tidak menafikan mungkin fakta Yang Berhormat Menteri mungkin sudah tentu benar dan dalam statistik saya ada lebih daripada 9,000 klinik swasta, mungkin sekarang 10,000.

Saya bimbangnya ialah bahawa kenyataan yang saya jadikan soalan tadi datang daripada Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Doktor Ravindran Naidu yang mengatakan bahawa daripada 7,000 doktor klinik swasta, 60 peratus gagal memperoleh pendapatan yang baik, 20 peratus menerima pendapatan teruk, hanya 15 peratus mempunyai pendapatan lumayan.

Jadi permintaan saya ialah supaya dan memohon soalan dijawab, tindakan yang dirancang oleh kementerian untuk memastikan dan ini kita bandingkan dengan nisbah doktor- penduduk yang masih lagi belum mencapai sasarannya. Ini kita bandingkan pula apa yang kita dengar tadi masalah doktor hendak tutup klinik hendak buat pusat dialisis pun susah mengikut yang dilaporkan tadi. Apakah tindakan

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

kementerian untuk memastikan bahawa kebajikan melalui pendapatan yang baik oleh doktor-doktor swasta, klinik-klinik swasta ini terjaga supaya akhirnya perkhidmatan kepada rakyat akan lebih terjamin menurut dan mengikut dasar-dasar kerajaan sendiri.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Ini soalan agak rumit hendak jawab ini kerana saya pun bekas, saya pun pernah jadi doktor swasta juga, doktor GP. Memang masa itu tidak ada masalah tetapi sekarang ini dah makin ramai seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi memanglah lebih daripada 9,000 klinik swasta yang ada di Malaysia ini dan mungkin banyak lagilah akan timbul sebab ramai juga doktor yang saya jangka akan lebih ramai lagi yang akan keluar daripada kerajaan dan tubuh klinik sendiri.

Soalannya seperti yang disebut oleh Presiden Persatuan Perubatan Malaysia tu memang tidak dapat dinafikan, memang saya pun faham bahawa banyak klinik-klinik yang pendapatannya makin berkurang. Sebab tu kita lihat di klinik kerajaan, ramai yang sudah migrate yang pergi ke klinik swasta. Sekarang, last year contohnya, terdapat lebih kurang enam juta pesakit baru, pesakit yang berhijrah ke klinik kerajaan.

Mungkin satu kerana mereka tidak mampulah sebab kos kena pergi ke klinik swasta dia makin cut charges semakin meningkat. Antaranya oleh sebab, katanyalah akibat daripada harga ubat makin meningkat. Ini pun kita sedang melihat bagaimana kita boleh, tetapi setakat ini tidak ada usaha untuk hendak control harga ini sebab dia banyak lapis. Bila ubat masuk, terutama sekali designer drug, ubat yang original ini masuk ke Malaysia kemudian banyak peringkat, yang importer, wholesaler, distributor sampai ke retailer banyak lapis, tiga empat lapis akhirnya harga ubat jadi mahal. Ada hospital yang saya tahu, dia buat untung daripada ubat sampai tiga kali ganda ubat daripada luar daripada hospital, contohnyalah.

Jadi, perkara-perkara ini yang kita masih lagi tidak dapat hendak selesaikan buat sementara waktu. Jangka panjangnya, kita sedang melihat tentang National Health Insurance. Sekarang Kabinet dah lulus voluntary health insurance. Itu pun kita belum dapat implement lagi dan akhirnya bila, it’s a grand design sebenarnya. Kalau dah ini berjaya kita akan menuju ke National Health Insurance di mana kita cover semua, GP dan juga hospital. Jadi dengan cara itu dapat mengurangkan– mereka semuanya boleh survive ialah dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Soalan tambahan.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lenggong.

final • 11:10 AM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasara - Lenggong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, yang penting ialah rakyat mendapat kesihatan yang baik dan tidak berlaku pembaziran tenaga pakar yang ada dalam negara ini. Saya juga hendak petik apa yang disebut oleh Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, dia menyebut bahawa kebanyakan doktor yang menutup klinik mereka terpaksa menjadi doktor sambilan di klinik-klinik lain dan ada juga yang sukar dan terpaksa menukar ke profesion lain, ini satu perkara yang cukup penting untuk ditangani.

Soalnya apa yang kementerian lakukan untuk memastikan supaya tidak berlaku pembaziran tenaga pakar yang ada di kalangan mereka ini kerana 600 klinik yang tutup ini besar jumlahnya. Apa pandangan kementerian dan saya hendak tahu apakah ini juga berpunca daripada berlakunya lebihan atau terlalu banyak klinik-klinik swasta dibuka tanpa kawalan atau apakah juga kerana tahap kesihatan kita di Malaysia telah begitu baik, tidak ramai orang pergi klinik? Saya hendak tanya pandangan kementerian.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Saya suka statement yang terakhir itu. Rakyat dah mula yakin dengan perkhidmatan kesihatan kerajaan. Itu satu statement yang saya mengalu-alukanlah ya.

Tuan Yang di-Pertua, memang di Malaysia ini kita terdapat lebih 4,000 pakar- pakar semua dan kita hendak latih lagilah berbagai-bagai cara melalui Masters Programme yang dijalankan di dalam negara dan juga Parallel Programme yang kita adakan bersama dengan universiti luar negara makin bertambah.

Memanglah kita di pihak kerajaan kita cuba hendak kekalkan pakar-pakar ini dengan perkhidmatan kerajaan, tetapi gaji mereka, pendapatan mereka memang agak terhad ya. Akan tetapi kita bagi banyak perks dengan izin Yang di-Pertua dan juga kenaikan gaji pun cepat. Kalau contohnya pakar, sembilan tahun dia dapat gred 54 dan sekarang ini Perdana Menteri dah pun umumkan in the last budget kita naikkan lagi kepada gred 56. Kemudian selepas tu naik JUSA ‘C’, JUSA ‘B’, JUSA ‘A’ dan ada yang tinggi lagi TURUS lah.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Jadi pendapatannya tinggi tetapi kalau banding dengan pihak swasta, memang berkali-kali ganda lebih tinggi. Akan tetapi ramai juga pakar-pakar kita yang tetap bersama dengan kerajaan kerana mereka hendak berkhidmat dengan rakyat. Jadi dia tetap dengan kerajaan walaupun gajinya tak seberapa berbanding dengan pihak luar tetapi kita bagi insentif banyak terutama sekali mereka yang bekerja di Sabah dan Sarawak.

Selain daripada itu, kita juga wujudkan FPP iaitu full paying patient concept, sekarang dah ada di 18 buah hospital yang ada FPP ini. Sorry, 10 buah hospital yang ada FPP, bermakna pesakit akan bayar penuh tetapi dia boleh pilih pakar dia, dia bayar penuh. Dengan cara ini pendapatan itu akan dibahagi-bahagikan kepada doktor pakar itu dan juga kakitangan yang lain. Ini cara untuk kita. Jadi untuk kita kekalkan mereka di pihak swasta. Jadi kalau mereka berhijrah juga ke swasta, ini bukan satu pembaziran sebenarnya. Ini juga mereka berkhidmat untuk rakyat. Jadi bermakna win-win situation, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

7. Dato' Seri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [Mukah] minta Menteri Kerja Raya menyatakan sejauh manakah projek perintis sistem penghadang jalan keselamatan beroda telah berjaya mengurangkan impak kemalangan jalan raya sejak dilaksanakan serta apakah tindakan proaktif kementerian dalam mengatasi masalah vandalisme dan kecurian melibatkan kemudahan papan tanda jalan raya.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Mukah di atas soalan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ujian perintis penghadang jalan keselamatan beroda sepanjang 130 meter telah dipasang di laluan FT15 Jalan Lapangan Terbang Subang, seksyen 0.3 di lokasi pusingan ‘U’ berdekatan dengan Bulatan Menara Jam. Kerja-kerja pemasangan telah siap dilaksanakan pada 14 Disember 2016. Tempoh percubaan bagi pemasangan ini adalah untuk tempoh enam hingga 12 bulan.

Berdasarkan pemerhatian enam bulan pertama selepas pemasangan, didapati berlaku pengurangan kadar kemalangan sebanyak 94 peratus. Dari pemerhatian ini, faktor yang menyumbang kepada pengurangan kadar kemalangan secara langsung atau tidak langsung adalah disebabkan penghadang jalan keselamatan beroda mempunyai ciri-ciri berikut:

(i) penghadang ini mempunyai mekanisme pantulan cahaya yang lebih jelas dilihat khususnya pada waktu malam;

(ii) kebolehan menyerap tenaga kejutan, shock energy dengan izin; dan

(iii) beban hentaman, impact load dengan izin kepada beban putaran, rational load, dengan izin di mana secara langsung akan mengurangkan impak pelanggaran kepada kenderaan dan pemandu.

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun kos pemasangan permulaan penghadang jalan keselamatan beroda adalah enam kali lebih mahal berbanding dengan penghadang jalan konvensional yang mana kos pemasangan penghadang jalan konvensional iaitu W-Beam steel guardrail dengan izin, adalah sebanyak RM250 per meter manakala kos pemasangan permulaan penghadang jalan keselamatan beroda adalah sebanyak RM1,500 per meter.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mengatasi isu vandalisme dan kecurian melibatkan kemudahan papan tanda jalan raya, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya telah mengambil tindakan yang proaktif dengan memperkenalkan penggunaan bahan yang tiada nilai jualan terpakai atau no resell value dengan izin, seperti menggantikan papan tanda aluminium kepada bahan komposit fiber.

Bagi kes kecurian penghadang jalan keselamatan, Kementerian Kerja Raya telah mengambil langkah dengan memasang skru anti kecurian dan juga skru dimatikan dengan melakukan pengimpalan secara bertompok atau spot welding, dengan izin.

Sebagai langkah pencegahan, Jabatan Kerja Raya dan syarikat konsesi melaksanakan

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

pemantauan secara berterusan dan lebih teliti di kawasan yang kerap berlakunya kecurian. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah - Mukah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Menteri yang telah menjawab. Saya ingin tahu juga, adakah kalau harga untuk pemasangan itu terlalu besar, adakah langkah- langkah untuk mencari jalan dapat menyelesaikan dengan lebih murah lagi dari yang sedia ada. Juga seterusnya apakah sebenarnya selain dari harga, adakah kekangan- kekangan yang lain menghalang kita melaksanakan rolling barrier di seluruh negara.

final • 11:20 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Mukah di atas soalan tambahan. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Mukah, perbandingan data menunjukkan penurunan kadar kemalangan yang sangat significant dan kementerian akan terus memantau bagi melihat keberkesanan penghadang ini dan akan mengenal pasti kawasan-kawasan baru untuk pemasangan penghadang jalan keselamatan beroda sekiranya perlu. Untuk perancangan masa depan, kementerian juga sedang mempertimbangkan pemasangan penghadang jalan keselamatan beroda ini untuk pelaksanaan projek-projek baru dan pemasangan penghadang ini di tempat-tempat yang sesuai memandangkan Yang Berhormat, untuk pengetahuan Yang Berhormat, penggunaan bahan-bahan ini baru saja diluluskan oleh pihak JKR, it’s in our technical.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, kita juga di peringkat kementerian telah melaksanakan cost benefit analysis untuk tujuan ini. Pihak kementerian sudah tentu secara umumnya akan sentiasa terbuka kepada produk-produk perabot jalan berteknologi tinggi, contohnya seperti penghadang, road stud, road marking, lampu LED, sensor traffic light semestinya Yang Berhormat, ini adalah pertimbangan yang utama adalah keselamatan pengguna jalan raya, Yang Berhormat ya.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, berikut daripada hasil keberkesanan pemasangan penghadang jalan ini, Kementerian Kerja Raya telah bercadang untuk memperluaskan pemasangan penghadang jalan ini bagi menjawab persoalan Yang Berhormat di kawasan-kawasan lain dan cadangan pemasangan baru adalah di laluan sambungan FT26 dan FT27 iaitu selekoh dari arah Bulatan KLIA ke Lebuhraya KLIA. Ini disebabkan berlakunya kes kemalangan yang kerap di lokasi berkenaan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, projek ini dijangkakan akan dimulakan pada akhir bulan ini, bulan Ogos dan dijangka siap pada akhir bulan Oktober ini, insya-Allah. Saya difahamkan juga kerja-kerja pemasangan ini memerlukan 58 hari untuk memasang guardrail beroda ini.

Jadi itu sahaja Yang Berhormat. Terima kasih di atas soalan yang dikemukakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan tentang keselamatan jalan raya di negara ini. Saya yakin bahawa penghadang jalan ini bukanlah satu-satunya perkara yang boleh menghindar kemalangan jalan raya yang ada di negara kita.

Pada tahun- dalam belanjawan, kerajaan telah memperuntukkan RM4.6 bilion untuk menyelenggara jalan-jalan raya di seluruh negara ditaburkan kepada setiap negeri- negeri yang ada di negara ini. Saya dapati bahawa— saya hendak tanya ya ada persoalan tetapi saya dapati bila saya memantau, bukan memantau, dalam perjalanan saya daripada Lahad Datu, daripada Semporna, daripada Telupid, Ranau dan juga sampai ke Tamparuli, sampai ke Kota Kinabalu, lepas itu daripada Tawau, Kalabakan ke Kimanis dan Papar. Yang saya dapati di antara perkara yang penyebab selain daripada papan tanda— memang Yang Berhormat pun tahu di Sabah ini tidak banyak papan tanda yang agak canggih yang membantu kita untuk menghalang, mengelakkan supaya kemalangan itu berlaku.

Akan tetapi di antara penyumbang ialah penyelenggaraan jalan raya, RM4.6 bilion Belanjawan 2017 diperuntukkan. Saya difahamkan beberapa syarikat telah pun diberikan di peringkat negeri Sabah. Ada dua, tiga syarikat yang mendapat kontrak ada yang 15 tahun, ada yang 20 tahun. Saya hendak tahu syarikat-syarikat ini tiap tahun mereka mendapat tuntutan— saya difahamkan, tidak tahu betul atau tidak, daripada pihak Jabatan Kerja Raya untuk menyelenggara jalan tetapi sejauh pengetahuan saya, penyelenggaraan jalan cuma potong rumput sahaja.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Kalau daripada Tawau kemalangan kerap berlaku, Yang Berhormat pun tahu.

Saban tahun, bukan hanya mengakibatkan kemalangan cedera tetapi kemalangan nyawa pun berlaku. Jadi saya hendak tahu dari segi penyelenggaraan jalan raya yang mengakibatkan bukan hanya dari segi mengelak kemalangan bahkan juga nyawa manusia ini. Jadi ini di antara penyumbang keselamatan jalan raya. Saya yakin maintenance of road dengan izin, berapa jumlah yang telah diberikan dan syarikat- syarikat ini, berapa syarikat yang telah diperuntukkan untuk menyelenggara jalan supaya meningkatkan keselamatan jalan.

final • 11:30 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Terima kasih, Yang Berhormat Semporna. Soalan yang panjang tetapi saya yakin persoalan Yang Berhormat Semporna menjurus kepada jumlah kos penyelenggaraan yang diberikan kepada negeri-negeri terutama sekali negeri Sabah. Memang benar Yang Berhormat yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu RM4.6 bilion adalah peruntukan untuk penyelenggaraan jalan negeri di bawah MARRIS, Yang Berhormat.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, sebahagian daripada pertanyaan Yang Berhormat mengatakan bahawa kemalangan adalah disebabkan sebahagian besarnya oleh jalan-jalan yang memerlukan penyelenggaraan ini. Sebenarnya Yang Berhormat, mengikut data faktor penyumbang kepada kes-kes kemalangan 90 peratus adalah disebabkan oleh faktor manusia, Yang Berhormat. Sebanyak 10 peratus disebabkan oleh faktor mekanikal ataupun teknikal iaitu dari segi jalan dan juga kenderaan dan 10 peratus lagi disebabkan oleh keadaan persekitaran.

Bagi menjawab kepada soalan spesifik penyelenggaraan jalan itu Yang Berhormat, saya akan berikan secara bertulis kerana ini tidak dan merujuk kepada persoalan asal. Jadi saya tidak mempunyai data yang menjurus kepada berapa jumlah kos ataupun peruntukan diperuntukkan untuk MARRIS ini Yang Berhormat, penyelenggaraan jalan-jalan negeri yang disebut oleh Yang Berhormat tadi.

final • 11:30 AM

Dato' Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna

[Bangun]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 11:30 AM

Dato' Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Soalan dari segi jumlah peruntukan tetapi syarikat. Soalan saya itu syarikat, berapa tahun kontrak sehingga membolehkan penyelenggaraan jalan ini dilakukan di peringkat negeri?

final • 11:30 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Okey, ini sekali Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, yang itu out of order, Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Tidak merupakan sebahagian daripada persoalan asal yang juga akan saya sampaikan secara bertulis Yang Berhormat. Kita tidak ada masalah untuk memberikan Yang Berhormat jawapan yang diperlukan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat itu sesi pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan untuk pagi ini. Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 12(1). Saya jemput Yang Berhormat Menteri.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:33 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Peraturan mesyuarat.

final • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya. Peraturan Mesyuarat mana Yang Berhormat?

final • 11:33 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Peraturan Mesyuarat 43. Keputusan Speaker adalah muktamad.

[Ketawa]

final • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, 63? 43?

final • 11:33 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

43, betul.

final • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, 43 it is not 63.

final • 11:33 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Tan Sri Speaker telah memutuskan soalan- soalan yang berkaitan dengan 1MDB adalah sub judice tidak boleh dibawa ke Dewan ini, tidak boleh disebut, usul saya pun juga ditolak. Akan tetapi kelmarin kita nampak Kementerian Kewangan hantar macai dia, CEO 1MDB untuk membuat satu taklimat kepada ahli-ahli daripada Pas berhubung 1MDB.

final • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 11:33 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Jadi saya hendak tanya, saya hendak Tuan Yang di-Pertua buat satu keputusan sama ada tindakan CEO 1MDB itu yang membuat taklimat kepada ahli-ahli PAS adalah satu tindakan yang merendahkan kewibawaan Tan Sri Speaker sebab Tan Sri Speaker di Dewan ini kata tidak boleh, sub judice dan sebagainya. Akan tetapi di luar Dewan ini pegawai Kementerian Kewangan, CEO 1MDB membuat satu taklimat. Jadi saya hendak satu keputusan dibuat sama ada tindakan ini menghinakan Dewan ini [Tepuk] ataupun membenarkan semula, masuk semula semua soalan-soalan yang berhubung 1MDB. Cukup jelas? Terima kasih.

final • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat. Jelas, jelas. Peraturan Mesyuarat 43 memang betul iaitu adalah kuasa Speaker, keputusan Pengerusi adalah muktamad, itu betul Yang Berhormat dan keputusan itu hanya boleh diubah melalui satu usul seperti di dalam perkara 99, 99A. Itu memang yang termaktub dalam peraturan mesyuarat. Jadi tidak ada pertikaian terhadap itu. Soal 1MDB bagi taklimat, itu di luar daripada jangkauan Parlimen dan kuasa Speaker. Apa yang berlaku dalam Dewan, yang diputuskan dalam Dewan terpakai

final • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

dalam Dewan ini Yang Berhormat. Jadi yang 1MDB yang di luar ada bagi taklimat itu tidak terpakai dalam keputusan seksyen 43 yang dibuat oleh Speaker.

final • 11:33 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, tidak masuk logiklah.

Di dalam Dewan tidak boleh sebut, di luar Dewan boleh sebut. Ini apa Dewan? [Dewan ketawa]

final • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Memang pun arahan Speaker itu dalam Dewan, Yang Berhormat. Dalam Dewan ya. Jadi buku ini termaktub, tertakluk kepada kuasa Speaker di dalam Dewan. Jadi kalau Speaker sudah buat kata 1MDB tidak boleh, Speaker, Timbalan Speaker yang menguruskan Dewan akan make sure, pastikan bahawa arahan itu dipatuhi, Yang Berhormat. Jadi, tiada masalah 43 yang dibawa tadi, keputusan Pengerusi adalah muktamad, hanya boleh dikaji melalui satu usul yang berasingan. Itu memang jelas dalam peraturan, Yang Berhormat.

final • 11:33 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Minta penjelasan berkenaan dengan ruling tersebut. Oleh sebab kalau ruling tersebut berkenaan dengan 1MDB bagaimana dengan keputusan timbang tara 1MDB dengan IPIC, sama ada isu tersebut pun terkandung dalam larangan 1MDB.

final • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ruling Speaker dalam Dewan Yang Berhormat, dalam Dewan. So, bila Speaker kata sub judice dalam Dewan ini sub judice, Yang Berhormat. PAC pun ada peraturan, PAC ada peraturan yang dirulingkan oleh Speaker terpakai di PAC, Yang Berhormat.

final • 11:33 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Maksud saya kebetulan saya terima jawapan rasmi berkenaan dengan keputusan timbang tara antara IPIC dengan 1MDB. Kalau itu sebagai sub judice, soalan saya patutnya ditolak tetapi masih timbul. Ini bermakna sebahagian daripada isu-isu berkenaan 1MDB masih boleh dibahaskan dalam Dewan ini mengikut keputusan Tan Sri Speaker.

final • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Mana isu yang dipetuakan sebagai sub judice, yang terlarang, yang tidak boleh sepatutnya tidak boleh, Yang Berhormat. Ia terpakai dalam urusan Dewan ini, terpakai. Maknanya kalau ada soalan berkaitan dengan 1MDB yang dipetuakan sebagai yang tidak boleh disentuh dalam Dewan, ia terpakai sepatutnya tidak boleh dijawab dan tidak boleh diutarakan dalam Dewan. Ya, memang sebab itu kita perhatikan, kita memerhati ucapan Yang Berhormat kalau ada yang tersentuh tentang perkara-perkara yang dipetuakan oleh Tuan Yang di-Pertua tidak boleh disebut, tidak boleh dibahas kita berhentikan perbahasan seperti yang kita buat lazimnya, Yang Berhormat.

final • 11:33 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon kalau boleh minta Tan Sri Speaker kemudian keluarkan arahan yang spesifik di manakah boundary secara spesifik yang dikatakan sub judice yang kita tidak boleh bincang berkenaan dengan 1MDB sebab ada isu-isu yang lain. Ini bukan soal sub judice. Apabila Perdana Menteri mengatakan bahawa ini isu governance, saya rasa ini satu perkara yang lawak sebab ini bukan 1MDB ini bukan isu governance, ini satu grand scam, penipuan untuk curi wang dana rakyat. This is not governance.

final • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya tidak boleh, Yang Berhormat. Tidak payah pergi merit kepada kes, tidak payah.

final • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Soalnya, keputusan Speaker itu adalah keputusan yang muktamad. Itu termaktub dalam Peraturan Mesyuarat 43. Perkiraan yang dibuat oleh Speaker adalah satu perkara yang terperinci, yang meluas, yang berpandukan kepada peraturan- peraturan yang ada dalam peraturan mesyuarat kita. Itu yang digunakan oleh Speaker.

Dia tidak saja-saja untuk buat keputusan tetapi dengan berpandukan kepada peraturan- peraturan yang lain yang termaktub dalam peraturan mesyuarat ini. Atas sebab itu satu keputusan dibuat dan keputusan itu dijadikan sebagai satu petua yang harus dilaksanakan oleh Dewan ini.

Jadi, kita bagi kuasa kepada Speaker untuk membuat penilaian dan keputusan seperti yang termaktub dalam Peraturan Mesyuarat 43. Keputusan itu adalah keputusan yang muktamad. Oleh sebab itu kita bagi ruang juga dalam seksyen 99 dan 99A bahawa keputusan Speaker itu hanya boleh dikaji melalui satu usul yang berasingan. So, semua itu termaktub dalam peraturan mesyuarat whether we like it or not. Soalnya sekarang soal perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat Yang Berhormat yang mengatakan bahawa Speaker tidak sepatutnya buat keputusan sedemikian tetapi keputusan Speaker itu adalah satu keputusan yang berpandukan kepada peraturan mesyuarat. Itu soal perbezaan pendapat tetapi peraturan memberi kuasa kepada Speaker untuk membuat

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

penilaian dan penilaian itu adalah satu keputusan yang muktamad yang hanya boleh dikaji melalui peraturan mesyuarat. We have to accept that.

final • 11:40 AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Jadi, ini soal pendapat. It shouldn’t be debate. Tidak perlu dikategorikan sub judice. That is your opinion tetapi Speaker mempunyai pendapat yang lain, Yang Berhormat ya.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, Kota Bharu, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Shah Alam?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bintulu.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tuan Yang di-Pertua, saya pelik.

Nampak sekarang dalam Dewan, Speaker pun tidak ada kuasa.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ada, ada.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Kita standing order, stated very clear apa sepatut kita ikut standing order dalam Dewan ini. Namun saya nampak sekarang ada Ahli-ahli Parlimen bukan kongkalikung, terus kongkong. Dalam standing order stated very clear bila Speaker buat keputusan, muktamad. *That is the decision of the Speaker.

The power of the Speaker*. Selepas itu, ini kepala ada gila punya. Dia bawa Speaker pergi mahkamah. Kalau macam itu, apa guna kita duduk sini untuk Dewan bersidang?

Tuan Yang di-Pertua, kita ada lihatkah...

final • 11:40 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Yang Berhormat Bintulu, siapa gila? Siapa yang otak gila?

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

...ada fahamkah? Masalah, kalau pembangkang mahu buat tuduhan kepada Barisan Nasional, dia dalam Dewan ini hentam habis-habisan kerana dia tidak boleh bawa pergi mahkamah. Apa punya cerita ini? Ini standard bukan double. Ini lebih daripada triple standard sudah. Janganlah sana pembangkang banyak peguam-peguam, janganlah dia tidak faham undang-undang, termasuklah itu hari-hari paw sama orang Shah Alam, dia pun macam... Baca standing order tidak faham-faham. Dia cuma mahu publisiti. Saya rasa kita *just stop from here.

We must stand firm of what we have in the standing order.*

final • 11:40 AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kota Bharu.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Kalau dia tidak suka, kasi cuti sikitlah.

Dia baru faham sikit. Suruh dia balik baca ini. Yang Berhormat Shah Alam ini.

final • 11:40 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, apa paw- paw ini, Tuan Yang di-Pertua. Apa paw-paw ini?

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Yang Berhormat Shah Alam, you hari- hari paw sama orang, you berani cakap tidak ada paw? Yang Berhormat Shah Alam, you berani cakap tidak ada paw?

final • 11:40 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Roti pau?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, ya, ya.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Saya punya tempat pun you berani, paw sama saya punya tempat. You kepala ‘P’ punya.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, ya cukup, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, apa maksud dia paw-paw ini, Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 11:40 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Kongkong Dewan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sebenarnya tidak ada isu daripada ini, Yang Berhormat. Yang Berhormat Segambut

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

cuma bangun untuk bertanyakan Peraturan Mesyuarat 43. Sudah saya jelaskan, Yang Berhormat ya.

final • 11:40 AM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Ini buli di Parlimen. Buli di Parlimen.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Soal asal yang dibuat oleh Yang Berhormat Segambut adalah kuasa Speaker yang saya perjelaskan tadi bahawa memang benar Speaker ada kuasa untuk membuat petua dalam Dewan dan kuasa itu, keputusan itu adalah keputusan yang muktamad. Hanya boleh dikaji melalui satu usul berdasarkan kepada peraturan mesyuarat yang ada. Itu soalan pokok yang telah saya jawab dan tiada lagi sepatutnya Yang Berhormat ya.

final • 11:40 AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, sedikit pencelahan sebab ada kaitan dengan Kota Bharu.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 11:40 AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, saya dengan penuh hormat, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Segambut tadi.

Saya ingin menjelaskan beberapa perkara yang berkaitan yang merupakan mungkin tuduhan ataupun satu yang prejudis kepada Pas. Untuk makluman Dewan yang mulia ini dan juga Yang Berhormat Segambut, enam soalan daripada Ahli-ahli Parlimen PAS telah ditolak berkaitan dengan 1MDB. Jadi, atas dasar itulah, di luar Dewan ini...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 11:40 AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...di luar Dewan ini, outside this Dewan, kita meminta penjelasan daripada 1MDB. Terus daripada presidennya. Nasib tidak baiklah kerana dia bersetuju. Saya cadangkan DAP ataupun parti lain boleh jemput 1MDB untuk perkara yang sama.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yes. Yang Berhormat, itu soalan lain yang tidak sepatutnya di dalam Dewan ini, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tidak ada masalah.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ia berlaku di luar Dewan ya.

final • 11:40 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:40 AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

You jangan buat tuduhan macam itu. Itu tidak profesional.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya. Tidak payah. Sudah selesai, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Lawyer cakap macam ini? Tidak profesionallah.

final • 11:40 AM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

You buatlah. You invite 1MDB.

You invite 1MDB tengok macam mana.

final • 11:40 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Pas sudah jadi cawangan UMNO sudah!

final • 11:40 AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

You invite!

final • 11:40 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Betulkah? Betulkah?

Cawangan UMNOkah? Cawangan UMNOkah?

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tuan Yang di- Pertua, kalau pembangkang sokong Singapuralah... Pergi jumpa.

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Sekarang memujikan 1MDB.

Inilah masalahnya.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Yang Berhormat Bandar Kuching ini...

final • 11:40 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Pergilah duduk sana. Terimalah mereka masuk UMNO.

final • 11:40 AM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tuan Yang di- Pertua, kalau mereka ikhlas, pergi jumpa macam PAS.

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Inilah hakikatnya. Hakikatnya.

Hakikat sebenarnya.

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, duduk Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya cuma melayan peraturan mesyuarat Yang Berhormat dan peraturan...

final • 11:40 AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya cabar DAP invite 1MDB buat perjumpaan. 1MDB mahu pergi atau tidak.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

...Mesyuarat yang dibuat oleh Yang Berhormat Segambut telah pun saya perjelaskan. Setakat itu, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Invite. Please invite.

final • 11:40 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Be fair please. Be professional.

final • 11:40 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya perlukan penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan petua...

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tuan Yang di-Pertua, you bagi dia penjelasan sampai esok pagi pun tidak habis lagi. Kasi cuti sama dia lagi bagus ini Yang Berhormat Shah Alam.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya. At least, you are on point of order.

final • 11:40 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Berhubung dengan petua yang dibuat oleh Speaker yang mengatakan bahawa persoalan membincangkan isu 1MDB itu adalah sub judice. Akan tetapi apabila ia sekarang ini telah melibatkan pembayaran hutang kepada IPIC yang mana duitnya akan dikeluarkan oleh kerajaan. Ia bukan lagi soal 1MDB. Maka, persoalan bayaran RM1.3 bilion yang perlu dilakukan yang merupakan wang rakyat. Ia tidak merupakan sesuatu perkara yang sub judice. Saya hendak mendapat penjelasan daripada Speaker, dengan izin, because this is no longer a question of 1MDB and IPIC. It is a question of the government paying the bill. So, this is no longer 1MDB. It is a question of the government using the money from the rakyat’s money.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya. Itu soal yang lain.

final • 11:40 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Adakah ia tetap dianggap sebagai satu perkara yang sub judice? Ini bukan keputusan mahkamah.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

No, no. Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ini bukan soalan perbicaraan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ini soal tindakan kena bayar dan kerajaan yang kena bayar.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, soal pokoknya. Sebentar, sebentar, Yang Berhormat. Soal pokoknya, keputusan Speaker adalah muktamad dan hanya boleh dikaji melalui usul.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Itu 1MDB. Ini kerajaan. Ini kerajaan. Ini bukan 1MDB.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

You can propose satu usul.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tuan Yang di-Pertua, inilah satu contoh Yang Berhormat Shah Alam. Inilah masalah. Contoh macam Yang Berhormat Shah Alam.

final • 11:40 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

This is not 1MDB. Kerajaan kena bayar.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Dia boleh tuduhan. Kalau kata kerajaan guna rakyat punya wang dan bukan wang 1MDB, tunjuklah bukti dulu. Jangan buat saja kata salah.

final • 11:40 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Sudah jelas, sudah jelas.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Kalau buat, orang pun boleh buat.

final • 11:40 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Sudah jelas. Terang lagi bersuluh.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Speaker mempunyai kuasa untuk membuat petua dan keputusan Speaker adalah muktamad. Ya, Setiausaha. Sudah, sudah, sudah.

final • 11:40 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ya, kita hendak dapat penjelasan berhubung dengan petua itu.

final • 11:40 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Kita ada usul, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Sama ada ia... Ini bukan soal 1MDB. Ini soal kerajaan kena bayar.

final • 11:40 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Peraturan mesyuarat.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 11:40 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Peraturan Mesyuarat 36(12).

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Peraturan Mesyuarat 36(12)?

final • 11:40 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Ya, mengelirukan Dewan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Siapa dia, Yang Berhormat?

final • 11:40 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Peraturan Mesyuarat 36(12), Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya,

final • 11:40 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Ini berkaitan dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bintulu tadi soal saman yang dikemukakan kepada Speaker. Saya fikir pada pandangan saya, ini mengelirukan Dewan kerana ini bukan satu perkara yang baru. Kalau kita masih ingat lagi kes Speaker Perak disaman oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Zambry. Yang create precedent ini adalah parti pemerintah UMNO, Barisan Nasional. Jadi, kena put on record dalam Dewan ini, jangan mengelirukan Dewan. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Bagilah Speaker ruling dulu. Diamlah. Ini Speaker mana ini? You are not Speaker. Bagilah Speaker buat ruling dulu.

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tunggu dulu, kerana you sebut Bintulu.

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Bintulu jangan paw orang. Jangan paw-paw ini. Jangan paw orang.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tuan Yang di-Pertua, saya bukan Perak punya ADUN. Saya tahu saya sebagai Ahli Parlimen Dewan Rakyat sini. Saya baca standing order. Saya ikut standing order. Tidak salah. Kalau dia mahu cerita Perak, pergi Perak lah jadi ADUN sana. Apa guna cerita Dewan Rakyat.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Katil saya mendengar Yang Berhormat 36(12) yang dibuat oleh Yang Berhormat dan saya mendengar penjelasan Yang Berhormat Bintulu. My ruling, keputusan saya bahawa tiada niat Yang Berhormat Bintulu untuk mengelirukan Dewan dan 36(12) tidak terpakai Yang Berhormat. Sila Setiausaha.

final • 11:50 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERKAPALAN SAUDAGAR (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua Dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semua perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” [8 Ogos 2017]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sibu. Saya sudah nampak semalam Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Kelana Jaya termasuk Yang Berhormat Bandar Kuching, empat orang ini. Mungkin selepas empat orang kita boleh minta Yang Berhormat Menteri jawab.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 11:50 AM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua ada beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan dalam dewan yang mulia ini mengenai Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar 1952. Tuan Yang di-Pertua masalah utama bagi Sabah dan Sarawak mengenai cabotage adalah harga barangan di Sabah dan Sarawak adalah lebih mahal berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Jadi sudah banyak kali saya rasa Yang Berhormat-Yang Berhormat dari Sabah dan Sarawak membawa isu ini ke dalam Dewan yang mulia ini. Saya rasa rang undang-undang ini pun rakyat pun ada harapan tentang rang undang-undang ini supaya rang undang- undang akan membawa satu penyelesaian untuk mengurangkan harga barang-barang di Sabah dan di Sarawak supaya serata dengan harga barang di semenanjung. Tetapi saya tengok rang undang-undang ini memang tidak bawa apa-apa pun untuk mengurangkan harga di Sabah dan Sarawak. Lagi dia akan memperkenalkan fee kepada kapal-kapal. Fi ini akan meningkatkan kos pengendalian atau kos logistik bagi penghantaran barang dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

Dalam rang undang-undang ini juga ada polisi yang mungkin akan memperkenalkan cukai kepada syarikat-syarikat kapal asing. Ini juga akan menambah lagi kos pengendalian perkapalan ini.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu saya rasa perancangan kerajaan iaitu penswastaan, privatize all the pelabuhan di Semenanjung Malaysia juga merupakan satu langkah yang akan mengeruhkan lagi harga barangan di Sabah dan Sarawak. Memang ini bukan satu rang undang-undang yang memang menjaga hak-hak di Sabah dan di Sarawak. Jadi, apakah rancangan kerajaan untuk menyelesaikan harga barangan di Sabah dan Sarawak? Harga barang di Sabah dan Sarawak adalah lebih mahal. Beli kereta lebih mahal, beli motosikal, beli tepung susu kebanyakan barang di Sabah Sarawak lebih mahal.

final • 11:51 AM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Kita merupakan satu Malaysia tetapi di Semenanjung Malaysia ada satu harga, di Sabah Sarawak ada satu harga lain. Ini tidak membayangkan spirit semangat 1Malaysia ini. Masalah ini sudah lama. Apakah langkah kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini. Rang undang-undang ini tidak menyentuh bagaimana mengurangkan harga barangan di Sabah dan Sarawak. Rang undang-undang ini juga tidak menyentuh apa- apa pun tentang cabotage policy. Rang undang-undang ini kalau diluluskan hanya akan meningkatkan lagi harga barangan di Sabah Sarawak. Saya harap kementerian beri satu penjelasan mengenai kenapa memperkenalkan rang undang-undang yang tidak membantu rakyat Sabah Sarawak ini.

Satu lagi saya ini menyentuh di sini ialah, rang undang-undang ini adalah bercanggah dengan satu kuasa di Sarawak. Di Sarawak kami ada Sarawak Rivers Ordinance 1993. Kebanyakan kapal yang belayar di sungai Sarawak adalah di bawah kuasa negeri Sarawak. Jikalau rang undang-undang ini diluluskan adakah semua kapal di Sarawak juga mesti berdaftar mendapatkan lesen daripada kementerian. Jadi ini kalaulah betul ia memang bercanggah dengan satu kuasa menghakiskan kuasa negeri Sarawak. Jadi saya ingin Yang Berhormat Menteri beri satu penjelasan.

Mungkin Yang Berhormat Menteri akan jawab. Kalau di Sungai Sarawak kapal yang belayar di Sungai Sarawak di bawah bidang kuasa negeri Sarawak. Tetapi di Sarawak juga ada express boat dari Sibu pergi Kuching. Express boat dari Sibu pergi Kapit mungkin dia pakai sungai sahaja tetapi express boat dari Sibu pergi Kuching dia akan layar ke laut masuk lagi ke sungai. Jikalau perkara macam itu bagaimana? Adakah kapal express itu mesti berdaftar dengan kerajaan negeri lagi satu lagi dengan Kerajaan Persekutuan? Ini merupakan satu masalah. Saya harap kementerian boleh memberi satu penjelasan tentang itu.

Satu lagi tentang pelesenan mengikut rang undang-undang ini. Pelesenan yang dibawa oleh rang undang-undang adalah semua kapal dia didaftar mendapatkan lesen di satu negeri dia tidak boleh pergi ke negeri yang lain. Ini melucukan, bahawa undang- undang ini haruslah diberi kuasa kerajaan negeri bukan Persekutuan yang menguruskan hal ini sebab kerajaan negeri boleh menguruskan dan memberi lesen mendapatkan fi itu untuk kerajaan negeri sendiri. Jadi saya harap kementerian boleh mempertimbangkan sekarang ini.

final • 11:51 AM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Sibu boleh mencelah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat sibu setujukah Yang Berhormat Sibu bahawa hak Sabah dan Sarawak penting kerana kita juga di Sabah dan Sarawak memberikan work permit atau pas pekerjaan di Sabah kepada orang asing termasuk juga orang daripada Malaya. Terima kasih.

final • 11:51 AM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Saya masukkan ucapan Yang Berhormat Penampang kepada ucapan saya. Yang Berhormat Menteri boleh memberi jawapan penjelasan.

Satu lagi saya ingin sentuh ialah kuasa yang diberikan kepada pegawai.

Merujuk kepada perkara 68W. Saya rasa rang undang-undang ini memberi kuasa yang terlebih kepada pegawai. Kalau ini tidak cakap dengan jelas, dia hanya berikan kuasa yang besar kepada pegawai mengenai license issued shall be for such duration and subject to such conditions as the domestic shipping officer considers necessary. Ini satu saya rasa ini terlalu lampaulah untuk pergi begitu kuasa kepada pegawai. Ini akan menyebabkan lebih banyak kes rasuah. Jadi saya harap kementerian boleh hadkan kuasa pegawai supaya saya tidak mahu lebih banyak ke rasuah kita tengok di kalangan industri ini. Saya rasa itu sahaja. Sekian terima kasih.

final • 11:51 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kelana Jaya.

final • 11:51 AM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas dalam perkara kapal saudagar atau pun merchant shipping. Saya to be absolutely clear dengan izin, I’m not an expert on merchant shipping, tapi adalah kita belajar sikit pada masa belajar undang-undang dahulu di UK. Saya difahamkan bahawa dengan rang undang-undang ini sebuah kapal saudagar perlu didaftarkan sekiranya kapal tersebut ingin berlayar di perairan Malaysia.

final • 11:59 AM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Setahu saya, merchant ship, kalau kita pakai dictionary ataupun Google, merangkumi kapal-kapal kargo dan juga kapal-kapal passengers yakni termasuk oil

final • 12:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

tankers yang besar, ferries, ocean liners yang holidays itu dan juga baj yang kecil ataupun tarik pasir kah, benda-benda macam itu. Nampaknya sangat isu tentang komersial shipping.

Soalan pertama saya. Oleh sebab saya bukan expert dalam isu merchant shipping, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah ini termasuk kapal-kapal nelayan? Bukan perahu kecillah, itu memang tidak masuk, tetapi terdapat banyak di perairan kita kapal-kapal besar, kapal-kapal tunda daripada Thailand, Taiwan, Indonesia yang masuk dalam perairan kita. Adakah ini juga memestikan akan mendapat pendaftaran daripada mereka? Itu soalan pertama saya.

Saya juga difahami bahawa sekiranya sesebuah kapal merchant ship yang berlayar di perairan Malaysia ataupun zon ekonomi eksklusif Malaysia, kalau mereka tidak dapat ataupun gagal didaftarkan, maka tuan punya kapal tersebut boleh dikenakan penalti sebanyak RM100,000 ataupun dua tahun penjara ataupun kedua-duanya.

Jadi soalan lanjut saya ialah ini. Sekiranya kapal yang masuk itu adalah sebuah kapal yang in transit— saya bagi contoh. Contoh, kapal daripada India. Dia sebenarnya mahu pergi ke pelabuhan di Singapura. Dia melalui perairan kita iaitu Selat Melaka yang kita co share lah, lebih kurang lah, dengan Indonesia. Dia tidak berhenti di Port Klang, tidak berhenti di Melaka, tidak berhenti di mana-mana pun. Adakah kapal in transit tersebut perlu juga membuat pendaftaran? Ini soalan teknikallah. Kalau boleh, Yang Berhormat Menteri beri penjelasan. Kita kena tahulah. Kalau in transit ini, beribu-ribu kapal yang pakai Selat Melaka ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga perhatikan bahawa dalam rang undang-undang ini, kapal kepunyaan negara lain memang boleh berdaftar sekarang dengan rang undang-undang ini di bawah Malaysia International Ship Register. Ini bagi saya adalah satu langkah liberalization. Saya hendak tanya Menteri, apakah tujuan ataupun motivasi sebenarnya konsep liberalization ini? Adakah ia khasnya untuk TPPA? Sebab kita sudah sain agreement TPPA. Adakah ini satu-satunya TPPA punya undang-undang yang kita kena gubal? Tetapi, kita pun tahu Donald Trump telah menolak 100 peratus TPPA ini.

Jadi, soalan itu penting sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberi satu undertaking untuk menggubal lebih kurang 26 rang undang-undang baru. Adakah ini salah satu rang undang-undang TPPA?

Soalan tentang motivasi ataupun tujuan sebenarnya menimbulkan isu tentang investment negara China di Malaysia. Adakah liberalization semua ini untuk menyediakan kapal-kapal negara China yang pesat menggunakan perairan Malaysia dan akan bertambah lebih pesat di dalam jangka masa yang pendek ini?

Kenapa saya kata negara China akan bertambah lebih pesat menggunakan perairan kita? Ini adalah disebabkan dua perkara yang besar sangat. Pertama, Pelabuhan Melaka. Kedua, Pelabuhan Kuantan. Kedua-dua pelabuhan besar ini sekarang adalah di bawah control indirectly dari negara China. Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, are we passing this law to facilitate Chinese ships to dominate our waters and ports? It’s a fundamental question of geopolitical concern for all of us in this House. Dengan izin, are we passing this bill to help China’s new silk road and China’s ‘One Belt, One Road’ ambition? Saya minta Yang Berhormat Menteri kalau bolehlah, saya tahu soalan itu lebih kurang tentang foreign policy, tetapi bolehkah Yang Berhormat Menteri beri jawapan terus terang apakah sebenarnya motivasi rang undang-undang ini? Nampak sangat ia memang untuk menolong negara China.

Dari segi praktikal, saya hendak Yang Berhormat Menteri beri jawapan, apabila sebuah kapal didaftarkan, apakah fi ataupun yuran yang akan dikenakan? Ini penting sebab kita kena tahu adakah ini isu fiskal juga. Adakah ini isu kerajaan perlukan lebih revenue? Hendak bayar 1MDB kah apa, itu cerita lainlah. Adakah ia sebenarnya satu fiscal policy? Berapa ribu kapal yang kena? Saya rasa kalau Selat Melaka— ataupun South China Sea juga di kawasan perairan Sabah dan Sarawak, saya rasa itu nombornya besar sekali. Jadi apakah yuran ataupun fi yang dicadangkan untuk feri, untuk ocean liner, untuk oil tanker, untuk baj? Bolehkah Yang Berhormat Menteri beritahu kita apakah pendapatan sepenuhnya ataupun satu estimate yang kita boleh kumpul daripada rang undang-undang ini?

Isu lain. Isu lain adalah tentang isu kuasa Director of Marine khasnya fasal 6 seksyen 10A. Kami di Dewan yang mulai ini diminta untuk meluluskan seksyen 10A ini untuk memberi kuasa mutlak kepada Director of Marine menjadi autoriti penuh bagi pelabuhan yang tidak mempunyai port authority. Saya merujuk kepada senarai pelabuhan yang adanya port authority yang diberi kuasa dalam undang-undang lain.

final • 12:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Penang Port, Port Klang, Johor Port, Tanjung Pelepas, Kuantan Port, Kemaman Port, Melaka Port, Teluk Ewa dan juga Bintulu Port. Semua ini ada port authority. Seksyen 10A memberi kuasa mutlak kepada Director of Marine untuk membuat apa-apa yang dia suka pun untuk pelabuhan yang dikeluarkan dan tidak termasuk dalam senarai ini.

Jadi, penting sekali kalau kita hendak beri kuasa mutlak— saya pakailah ayat yang digunakan oleh Yang Berhormat Bintulu tadi. Tadi Tuan Yang di-Pertua belum masuk lagi. Yang Berhormat Bintulu kata ‘pau’. Kuasa Director of Marine boleh ‘pau’ habis semua ini sebab cuma dia seorang yang boleh memberi apa-apa perkhidmatan supplies, services, logistic, dia seorang sahaja— Director of Marine. Jadi, kita perlu tahu apakah target, pelabuhan mana yang di-target-kan di bawa seksyen 10A ini. Bagi senarai penuh pelabuhan mana yang tidak ada port authority di mana Director of Marine boleh ‘pau’ semua isu-isu logistik. Ini sangat penting.

Dan lebih terperinci, saya hendak tahu, saya meminta Yang Berhormat Menteri memberi jawapan terus tentang pelabuhan baru ini yang tidak adanya port authority lagi iaitu pelabuhan Kuala Linggi International Port. Adakah pelabuhan Kuala Linggi International Port ini termasuk di dalam bidang kuasa port authortiy of Melaka? Penting sekali.

Tuan Yang di-Pertua, Kuala Linggi International Port ini adalah projek RM50 bilion. Ini projek bukan projek Kerajaan Malaysia. Ini projek negara China di mana diramalkan RM50 bilion akan dimasukkan untuk pelabuhan oil tanker dan juga bunkering. Jadi, penting sangat kalau seksyen 10A ini membenarkan kuasa kepada Director of Marine terus dia seorang ‘pau’ habis RM50 bilion punya kontrak. Adakah ini di bawah seksyen 10A? Penting sekali.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya soalan fiskal pula. Seperti apa yang diberitahu oleh kawan baik saya Yang Berhormat Shah Alam tadi— Tuan Yang di-Pertua belum masuk. Kita gaduh tentang 1MDB dan isu boleh bayar IPIC atau tidak.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, saya dengar.

final • 12:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Oh! You dengar? Terima kasih. Saya cuma hendak bagi sokongan sedikitlah kepada dia.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya mendengar dengan teliti.

final • 12:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Isu IPIC ini, saya digress sedikit kalau dibenarkan. Isu IPIC ini, kalau 1MDB tak boleh bayar, baru Kerajaan Malaysia masuk sebab dia sebagai satu guarantor. Jadi, isu fiskal itu sangat penting dan isu fiskal ini tidak patutnya diberhentikan untuk consideration Dewan yang mulai ini.

Jadi soalan fiskal saya ialah di bawah seksyen 65 Shipping Act ini, saya perhatikan terdapat satu Malaysia Shipping Development Fund yang akan ditimbulkan.

Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu kita, siapa yang kena menyumbang kepada dana ini? Adakah semua kapal-kapal yang register dalam Malaysia International Ship Register ataupun Malaysia Ship Register sahaja? Dua, sama ada dengan international ataupun local.

Juga, berapakah sumbangan target untuk dana ini? Adakah ia RM10 juta?

RM50 juta? RM100 juta? RM200 juta? Dan selepas kita dapat dana ini, yang penting dari segi fiskal, siapa hendak gunakan wang ini?

final • 12:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Adakah Menteri sendiri ataupun Director of Marine ataupun board? Siapa?

Siapa yang ada kuasa kalau kita kumpul RM100 juta daripada development fund ini, siapa yang akan gunakan dan untuk apa matlamat menggunakan? Isu dia. Sebab kita Dewan ini, semua perkara fiskal adalah tugas kita Ahli Parlimen untuk memerhati semua aspek dia. Jadi saya minta kalau boleh Menteri, do not beat around the bush just give us the straight answer. Bagi senarai apakah dana yang boleh didapati dan bagaimanakah dana ini akan digunakan.

Itu sahaja ucapan saya tentang perkara ini. Saya harap Menteri memberi kalau boleh direct answer, kalau tidak, secara bertulis. Terima kasih banyak.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, saya bagi Yang Berhormat Bandar Kuching dan selepas itu Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Menteri menjawab. Silakan.

final • 12:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas di dalam Rang Undang- undang Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Walaupun semasa pembentangan rang undang-undang ini kita dengar apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa adalah untuk niat baik untuk mempertingkatkan the shipping industry di negara kita dengan pembentangan rang undang-undang ini tetapi saya khuatir ada ‘udang di sebalik batu’ dalam pembentangan rang undang-undang ini. Saya ingin memberi satu amaran atau peringatan kepada, khususnya Menteri-menteri dari Sarawak yang duduk dalam Kabinet dan juga Yang Berhormat Kapit, walaupun mereka adalah Menteri dalam Kerajaan Persekutuan tetapi asal mereka masih orang Sarawak dan apa yang saya ingin sebut khususnya adalah saya ingin merujuk kepada fasal 3.

Fasal 3 yang berkenaan dengan definisi. Definisi tambahan dalam explanatory statement kepada fasal 3, dia sebut clause 362, amend section 2 of the ordinance, “to amend existing definition and to introduce new definition”. Tiada apa-apa yang disebut lagi atau diberi penjelasan lagi tetapi what appears to be innocent, what appears to be a very innocent clause has a very big repercussion especially to the state power. Saya ingin merujuk dalam– ada satu tambahan, tambahan kepada bidang kuasa yang disebutkan dalam fasal 3 ini iaitu, “by inserting after the definition of “port officer”, the following definition, “port undertakings” means the operation and maintenance of port and includes port-related activities at a port which is under the authority of Director of Marine”.

Kalau kita dengar apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kelana Jaya, itu Director of Marine ada kuasa yang begitu besar di bawah seksyen 10A.

Tuan Yang di-Pertua, selama ini operation of port activities relating to port services adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Akan tetapi Director of Marine itu yang ada kuasa ini, adalah merupakan satu jawatan di bawah Kerajaan Persekutuan dan kalau kita meneliti seksyen 10A(2), yang di mana, “The Director of Marine may issue a licence to any person to provide service undertakings or port undertakings under this Ordinance” dan selepas itu 10A(3) “Before exercising his power under subsection (2)…” iaitu power to issues licence. *“Before exercising his power under subsection (2), the Director of Marine shall prepare and submit to the Minister a service plan for his approval”.

Minister* itu siapa? Minister ini Minister Pengangkutan iaitu seorang Menteri di bawah Kerajaan Persekutuan.

In other words, if we pass this law, it will be an erosion of state power yang selamanya iaitu pengurusan, pengurusan dan pentadbiran port, port services, stevedoring service, unload and loading of goods. All this will be – was under and is still under the jurisdiction of the state and now with the passing of this rang undang-undang, it will be transferred into the jurisdiction of the power of the Federal Government. Inilah yang saya sebutkan. Ini ada ‘udang di sebalik batu’ di mana Kerajaan Persekutuan hendak menghakiskan kuasa-kuasa dan bidang kuasa Negeri Sarawak.

Apa yang dikesalkan adalah kita ada enam orang Menteri daripada Sarawak yang dalam Kabinet, yang sokong pembentangan rang undang-undang ini di dalam Dewan supaya hak dan kuasa Sarawak dihakis. Sedangkan Ketua Menteri di Sarawak, Ketua Menteri Sarawak di Sarawak beritahu, mengadakan satu rombongan pergi ke London untuk mencari dokumen sejarah supaya hendak memperjuangkan lebih lagi autonomist power for Sarawak. Ini ialah sandiwara tetapi di bawah kerangka Barisan Nasional, hakisan kepada kuasa Sarawak ini, kuasa negeri ini telah berlaku di masa dulu, sedang dilakukan dan akan bakal dilakukan.

Oleh itu saya haraplah, kita ada enam orang Menteri di Kabinet, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Serian daripada SUPP yang begitu kuat lantang yang hendak memperjuangkan autonomy Sarawak itu. Yang Berhormat Serian juga seorang Menteri.

Apa yang beliau buat? Kenapa boleh membenarkan satu rang undang-undang yang menghakis kuasa Negeri Sarawak dilakukan right under your nose. Saya haraplah hari ini semua Menteri – Yang Berhormat Petrajaya ada di sini. Harap-harap Yang Berhormat Petrajaya memberi nasihat kepada Menteri Pengangkutan, jangan senyum-senyum

final • 12:11 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

sahaja.

[Ketawa] Ini adalah penting. Jangan kita balik ke Sarawak nanti ditegur oleh orang Sarawak. Ya, silalah.

final • 12:11 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Yang Berhormat Bandar Kuching, adakah ini satu kes lagi seperti mana Tourism Tax Bill yang diluluskan pada sesi yang lepas? Adakah juga tujuan yang disebut oleh Yang Berhormat Bandar Kuching tadi bahawa this is the usurpation of power ataupun secara clandestinely mengambil kuasa negeri kepada Pusat? Adakah ini dipersetujui oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dalam perbincangan mereka tersebut?

final • 12:11 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ini bukan satu-satunya rang undang-undang yang telah usurp the power of the state. Minggu lalu, kita ada Access to Biological Resources and Benefit Sharing Bill yang di mana resources of the hutan, forest resources which was before under the exclusive jurisdiction of the state has been transferred partly to the Federal Government.

final • 12:11 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Now, sekarang itu port untuk mengurus– kuasa untuk mengurus port, pelabuhan yang selamanya ada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri lagi di-transfer atau dikongsikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui kelulusan rang undang-undang ini.

Oleh itu saya amat setuju dengan Yang Berhormat Penampang bahawa ini adalah satu muslihat Barisan Nasional walaupun mereka di Sarawak atau Sabah menyuarakan dengan lantangnya hendak memperjuangkan hak negeri. Decentralization of power, Sarawak autonomy, Sabah for Sabahan. Itu semuanya sandiwara sahaja. Akhirnya wakil mereka di Cabinet Federal Government setuju membenarkan hakisan kuasa negeri dilakukan selama-lamanya. Saya harap Yang Berhormat Menteri-menteri dari Sarawak boleh memberi amaran kepada Kementerian Pengangkutan atas perkara ini dan janganlah kamu menjadi the culprit for the erosion of the state power.

final • 12:20 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 12:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ya, silalah Yang Berhormat Sibu.

final • 12:20 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Saya mahu mendapatkan pandangan Yang Berhormat Kuching, adakah kalau rang undang-undang ini diluluskan...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Sibu, mana ada kucing? Bandar Kuching.

final • 12:20 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Bandar Kuching, Bandar Kuching.

[Ketawa] Okey, kalau rang undang-undang ini diluluskan...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kalau MP’s Barisan Nasional sebut macam itu, dia marah. Jadi saya tegurlah.

final • 12:20 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Okey, okey. Kalau rang undang-undang ini diluluskan, ia juga akan menjejaskan industri pembinaan kapal di Sibu. Sekarang kalau satu kapal yang baru dibina, kalau dia hendak hantar ke luar negara, bagaimana? Dia mesti register dengan Kementerian Pengangkutan. Jadi itu juga merumitkan proses jual beli kapal di Sibu. Saya rasa ini juga– bagaimana, kalau hendak satu kapal baru hendak hantar ke – sudah dijual ke luar negeri, adakah ia juga mesti di-register dengan committee ini, mendapatkan lesen atau apa-apa? Membayar fi lagi. Semua ini akan merumitkan, menambahkan lagi kos dalam pembinaan kapal di Sibu. Sila Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 12:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Itu kita harus menuju soalan kepada Yang Berhormat Menteri untuk dijawab.

Satu perkara lagi yang saya ingin sebut adalah untuk further support apa yang saya sebut di bawah Ninth Schedules of the Federal Constitution List IIA, “Supplement to State List for States of Sabah and Sarawak”, itu ialah bidang kuasa negeri, yang tambahan. Itu item 15, “Ports and harbours” itulah yang tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa ports and harbours itu adalah di bawah bidang kuasa negeri. Saya harap Kerajaan Persekutuan haruslah menghormati semangat dan prinsip-prinsip Malaysia Agreement 1963. Isu yang kedua saya ingin mengulas sikit adalah berkenaan tentang cara-cara atau langkah untuk memperhebatkan industri perkapalan kita. Saya dimaklumkan bahawa saya ingin menuju spesifik, khususnya isu pertama adalah tentang ship building business, the ship building industry. Di mana saya dimaklumkan bahawa standard Ships

final • 12:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Classification Malaysia (SCM) tidak diiktiraf oleh banyak negara asing. Hanya Singapore atau Brunei, jiran kita yang memberi pengiktirafan.

Syarikat ini telah ditubuhkan dan sudah mula beroperasi untuk mengklasifikasikan kapal yang baru itu sejak 1997. Akan tetapi apa yang berlaku 20 tahun sudah lepas, pengiktirafannya serta klasifikasinya masih tidak diiktiraf oleh banyak negara asing. Maka pembina-pembina kapal kita, yang selepas pembinaan kapal baru untuk mendapat certification sea worthiness. Mereka terpaksa pergi ke Jepun, negara lain untuk memohon ship surveyors untuk datang ke negara kita untuk mengklasifikasikan dan memberi pengiktirafan bahawa kapal yang mereka bina itu adalah sea worthy.

Saya ingin tahu, kita akan– dalam rang undang-undang ini, kita akan mengadakan satu fund dinamakan– untuk development fund. Development fund yang untuk mempertingkatkan industri perkapalan kita. Antara tujuan-tujuan fund ini adalah untuk memberi biasiswa, memberi pendidikan di kalangan marine shipping. Saya ingin tahu, apakah yang akan dirancang supaya standard SCM kita boleh dipertingkatkan sampai ke standard yang di antarabangsa seperti di Jepun, Nippon Kaiji Kyokai (NK) yang telah diterima seluruh dunia bahawa apa yang mereka certify as sea worthiness, seluruh negara akan terima. Apakah jangka masa yang ada dirancang supaya standard kita SCM ini boleh capai kepada NK di Jepun.

Isu ketiga yang saya ingin sebutkan adalah tentang apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri semasa pembentangan rang undang-undang ini iaitu mengenai penswastaan perkhidmatan pelabuhan. Apa yang berlaku di Kuching Port, Pelabuhan Kuching adalah stevedoring service iaitu muat dan turun kargo telah diswastakan satu, dua tahun lalu. Selepas itu perkhidmatan tidak dinaikkan, maka itu kita tidak terima apa-apa manfaat. Kita tidak nampak apa-apa manfaat daripada proses penswastaan ini. Saya rasa ini adalah satu– penswastaan ini adalah satu cara untuk kroni-kroni Barisan Nasional cari duit lagi and at the expense of the people. Saya ingin juga Yang Berhormat Menteri buat satu siasatan kepada penswastaan perkhidmatan stevedoring Kuching Port Authority, kepada sebuah syarikat yang namanya adalah KPA Port Sdn. Bhd. Walaupun namanya KPA Port nampaknya serupa ia adalah berkaitan dengan Kuching Port Authority tetapi syarikat ini dikuasai oleh seorang individu namanya Nobel Pang Paul Gen. Kenapa tidak ada satu tender terbuka semasa kita menjalankan proses penswastaan, perkhidmatan stevedoring di Kuching Port Authority?

final • 12:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Saya dimaklumkan bahawa stevedoring service itu yang satu-satunya perkhidmatan yang memberi keuntungan kepada Kuching Port. Sekarang satu-satunya the only service that can bring profit for the port diswastakan kepada syarikat kroni. Saya berharap lah Yang Berhormat Menteri semasa membuat penggulungan boleh memberi sedikit sebanyak atas penjelasan ini. Individu ini Nobel Pang Paul Gen adalah juga seorang yang diberi penswastaan juga, penswastaan perkhidmatan to control Tebedu Inland Port di Kuching di daerah Serian. Tebedu Inland Port.

Isu ketiga, yang saya ingin sebutkan adalah tentang projek pengerukan muara sungai Sarawak. Ini juga dilaksanakan supaya ia boleh membolehkan kapal yang lebih besar masuk ke Port Senari di Kuching untuk mempertingkatkan industri perkapalan atas nama ini. Saya dimaklumkan – semalam saya terima satu jawapan daripada Menteri mengenai projek ini belum dimulakan. Dijangka perbelanjaan untuk pengerukan muara Sungai Sarawak ini adalah RM300 juta. Ini yang dijangkakan. Akan tetapi, projek belum dimulakan kos ini sudah ditingkatkan sehingga RM450 juta. Dan apa yang pelik – apa yang pelik lagi, projek ini belum dimulakan tetapi Kuching Port Authority sudah bermula mengutip charge yang dinamakan Channel Maintenance Recovery Charges. Projek pengerukan muara Sungai Sarawak ini belum bermula, tetapi Kuching Port Authority ini sudah mula untuk mengutip maintenance charges untuk Sungai Sarawak dalam tahun ini. Hal ini kerana hendak memberi untuk maintain satu sungai yang lebih dalam supaya kapal yang lebih besar boleh masuk ke Sungai Sarawak.

Saya berharap, kerajaan boleh memberi sedikit nasihat kepada Kuching Port Authority supaya menangguhkan charge, nama dia Channel Maintenance Recovery Charges. Pada – apa yang berlaku adalah, charge ini seharusnya – sepatutnya di-charge dikenakan pada 1 Jun 2016 iaitu tahun lalu. Akan tetapi, mendiang Ketua Menteri Sarawak pada masa ini, Tan Sri Adenan Satem telah menangguhkan berkenaan charge itu. Hal ini kerana projek pengerukan muara Sungai Sarawak belum dimulakan. Akan tetapi kita pun tahu mendiang Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem telah meninggal dunia. Sekarang kita ada satu menteri baru iaitu Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari

final • 12:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tun Abang Openg. Walaupun projek ini belum berlaku tetapi nampaknya ia terus continue terus with charging this Channel Maintenance Recovery Charges. Oleh itu saya berharap, kerajaan boleh memberi sedikit nasihat kepada Kerajaan Negeri Sarawak supaya menangguhkan Channel Maintenance Recovery Charges sampai penamatan, completion of the dredging project of Sungai Sarawak.

Isu kelima yang saya ingin sebut adalah mengenai licenses for shipping and forwarding agent. Ini juga berkenaan dengan shipping industri dan polisi yang dikenakan walaupun tidak disebutkan dalam rang undang-undang atau Merchant Shipping Ordinance adalah bahawa 51 peratus pemegang saham, pentadbiran, pengurusan, kakitangan syarikat yang memegang licence untuk shipping dan forwarding agent itu mestilah bumiputera.

Saya rasa ini sudah – this is obsolete policy – saya haraplah kerajaan boleh mengkaji balik policy itu kerana banyak syarikat forwading agent dan shipping agent di Sarawak, mereka hanyalah small business – small businesses, dua orang atau tiga orang sahaja. Pemegang saham, tauke-nya juga kakitangannya, juga manager dan worker itu, syarikat hanya dua orang tiga orang sahaja. Dan mereka menguruskan forwarding and shipping services.

Dengan polisi ini – dengan polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan bahawa 51 peratus pemegang saham dan kakitangan-kakitangan mereka haruslah bumiputera. Ini akan merumitkan pengurusan mereka kerana mereka terpaksa memberi nama – seorang, dua orang bumiputera dalam employee list mereka tetapi yang hakikatnya mereka sendiri, bukan bumiputera ini yang membuat kerja. Saya haraplah, kerajaan boleh mengkaji, review policy ini yang telah mewujudkan banyak perdagangan Ali Baba di kalangan shipping and forwarding agent. Dan saya haraplah – saya haraplah polisi sebegini tidak akan dilanjutkan ke other services in the shipping industry.

Dan akhirnya, - akhir isu yang saya ingin sebut adalah sedikit sebanyak – adalah itu mengenai cabotage policy. Ya apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Sandakan adalah dua tiga bulan lalu kerajaan telah mengumumkan hendak abolish cabotage policy. Ini telah disambut baik oleh ramai di Sabah dan Sarawak. Selepas itu, selepas pengumuman hendak abolish cabotage policy, satu bulan selepas itu, kita ada sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak. Dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak itu, Menteri Sarawak yang menjaga pengangkutan mengumumkan lagi bahawa mereka hendak review the decision to abolish cabotage policy. A U-turn. Review it – hendak mengkaji beberapa bulan sama ada abolishment of cabotage policy ada memberi manfaat kepada rakyat di Sabah Sarawak atau tidak? Dan selepas itu, semuanya diam.

Seolah-olah telah dilupakan.

Kebetulan kita ada satu rang undang-undang yang kononnya hendak meliberalisasikan shipping industry di Sabah dan Sarawak. Oleh itu saya ingin mendapatkan satu jawapan ataupun penjelasan daripada Timbalan Menteri terhadap apa-apa hasil kajian yang telah dilakukan atau didapati oleh Kerajaan Persekutuan atau sama ada Kerajaan Persekutuan ataupun kerajaan negeri – the effect of abolishment of cabotage policy.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, panjang sudah Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Akhirnya isu, isu akhir...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya nampak Yang Berhormat Rasah sudah macam ini sudah.

final • 12:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Dia sabar.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, tapi dia bagi signal dekat saya macam itu.

final • 12:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Oh, ada signal kah ?

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sudah setengah jam, 30 minit Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Orang-orang muda masih ada masa mahu tunggu.

[Ketawa] Saya juga ingin tahu apakah perbezaannya provisions akta lama yang dipinda mengenai cabotage policy ini dengan provisions dalam rang undang- undang ini. Saya tengok di akta lama itu section 65KA, Prohibition of non-Malaysian ships to engage in domestic shipping. (1), “No ship other than a Malaysian ship may engage in

final • 12:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

domestic shipping”, and section 65L, license for domestic shipping. (1), “No ship shall engage in domestic shipping without a license”. Ini akta lama.

Provisions dalam akta rang undang-undang yang baru ini sama juga. Section 68S (1), “No ship other than a registered Malaysian ship may engage in domestic shipping”. Kalau kita bandingkan dengan seksyen 65KA (1) says “No ship other than a Malaysian ship may engage in domestic shipping”. Now, we have, “No ship other than a registered Malaysian ship may engage in domestic shipping”. Apakah perbezaannya?

Saya nampak tidak ada perbezaan langsung.

Apakah kita kata ada satu liberalisasi hendak abolish cabotage policy? Saya ingin mendapatkan satu penjelasan daripada kerajaan sama ada kerajaan benar-benar akan abolish cabotage policy atau tidak. Satu penjelasan atas pendirian Kerajaan Persekutuan dan apakah kesannya terhadap local shipping industry dan juga terhadap pengguna-pengguna rakyat jelata di Sabah dan Sarawak. Sekian, terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Rasah. Saya ingat tidak lama Yang Berhormat ya. Ya, sila.

final • 12:40 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahas dalam pindaan rang undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita semua yang berada di dalam Dewan yang mulia ini sedia maklum sebenarnya Selat Melaka merupakan salah satu selat di mana industri perkapalan banyak kapal-kapal saudagar melalui Selat Melaka. Saya dari Negeri Sembilan, saya ingin membangkitkan beberapa isu mengenai pindaan akta ini.

Saya rasa dengan adanya pindaan akta ini dari secara keseluruhan, ia sedikit sebanyak dapat menjana ekonomi negara kita kerana jiran Negeri Sembilan iaitu Melaka, mereka akan membangunkan satu Melaka Gateway yang mana pelabuhan tersebut akan menjadi salah satu pelabuhan yang terbesar di rantau ini dan saya difahamkan pelabuhan itu kemungkinan besar daripada pelabuhan yang sedia ada di Singapore.

Soalan saya, sebab sebelum ini kita telah memperlihatkan berbagai sindiket ataupun isu-isu jenayah yang berlaku terhadap industri perkapalan yang mana kita memperlihatkan wujudnya pengambilan pasir secara haram di perairan Malaysia, wujudnya penyeludupan di perairan Malaysia, wujudnya perdagangan manusia di perairan Malaysia. Saya rasa jikalau— selain daripada kita melihat dari konteks ekonomi, kita juga perlu mengambil kira keselamatan ataupun isu kedaulatan negara supaya kita boleh melihat dan memandang dengan serius dalam perkara ini.

Saya lihat di fasal 5, kita memang ada usaha untuk meningkat atau menambah baik penguatkuasaan dan saya lihat pelantikan pemeriksa kapal besar, pemeriksa kapal- kapal dan sebagainya. Itu memang satu usaha yang baik. Cuma saya ingin tanya kepada pihak kementerian, adakah pasukan-pasukan penguatkuasaan kita yang sedia ada ini dapat menampung ataupun kapasiti mereka cukup atau tidak bagi mereka menampung apa yang akan berlaku selepas pindaan ini telah pun diluluskan.

Saya difahamkan jiran Negeri Sembilan, Melaka Gateway ini dia telah pun— akan dibangunkan dengan kos sebanyak RM43 bilion dan itu adalah usaha sama syarikat Malaysia dengan syarikat dari negara China. Sini juga timbul satu isu yang mana pindaan ini juga dilihat seolah-olahnya mem facilitate pembangunan syarikat-syarikat perkapalan ataupun syarikat-syarikat pengurusan pelabuhan daripada negara China. Saya berharap pihak kementerian dapat memberi sedikit sebanyak penjelasan kepada Dewan yang mulia ini.

Untuk seksyen 65, pihak kerajaan juga mencadangkan satu Kumpulan Wang Pembangunan Perkapalan Malaysia ditubuhkan dan saya difahamkan dana-dana itu daripada kutipan bayaran fi tanan. Saya hendak tanya kepada pihak kementerian sebelum wujudnya Kumpulan Wang Pembangunan Perkapalan Malaysia ini, bagaimana fi tanan ini diuruskan. Apakah kebaikan jikalau tabung Kumpulan Wang Pembangunan Perkapalan Malaysia ini ditubuhkan?

Akhir sekali adalah mengenai penswastaan perkhidmatan pelabuhan. Di mana seperti apa yang Yang Berhormat Kelana Jaya dan Yang Berhormat Bandar Kuching telah pun mengutarakan yang penswastaan ini, ia memang merupakan salah satu usaha kalau digunakan dengan baik, ia memang akan membawa faedah kepada negara kita.

Akan tetapi, apa yang telah saya pun katakan tadi jikalau kita membenarkan

final • 12:42 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

penswastaan, adakah kita membenarkan syarikat-syarikat tempatan ini bekerjasama dengan syarikat-syarikat negara asing untuk sama-sama mereka untuk membuat perkhidmatan pelabuhan ini di Malaysia? Itu sebanyak sedikit daripada saya. Terima kasih.

final • 12:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 12:42 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada 12 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2017. Terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap kementerian ini.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab isu-isu pertanyaan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, pertamanya saya ingin menyentuh berkenaan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Tinggi mengenai cadangan penswastaan yang perlu diperhalusi dan seterusnya penggunaan tabung Kumpulan Wang Pembangunan Perkapalan Malaysia ataupun singkatan KWPPM dengan baik. Terima kasih di atas saranan dan cadangan Yang Berhormat Kota Tinggi pihak kementerian akan memastikan penelitian yang terperinci dibuat bagi mana-mana rancangan penswastaan yang akan dilaksanakan. Program penswastaan ini juga telah banyak menarik minat perbahasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain juga.

Berhubung dengan tabung KWPPM, penggunaan akan diperhalusi oleh jawatankuasa yang dilantik oleh Menteri. Saya yakin saranan Ahli-ahli Yang Berhormat akan diberi penekanan oleh jawatankuasa tersebut sebaik mungkin apabila membincangkan program-program untuk dilaksanakan.

Seterusnya, Yang Berhormat Stampin membangkitkan liberalisasi dan mekanisme di dalam infrastruktur maritim. Untuk makluman Yang Berhormat, tujuan utama pindaan ini adalah untuk meminda peruntukan berhubung rejim pendaftaran kapal dan perkara bersangkutan dengannya serta membolehkan aktiviti-aktiviti penswastaan oleh Jabatan Laut Malaysia serta penubuhan tabung KWPPM.

final • 12:47 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Oleh itu Rang Undang-undang ini tidak ada kaitan dengan apa yang disentuh oleh Yang Berhormat Stampin. Walau bagaimanapun apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Stampin akan diteliti juga oleh pihak kementerian. Yang Berhormat Stampin seterusnya membangkitkan mengenai rundingan dengan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak. Kementerian Pengangkutan telah mengadakan konsultasi dengan negeri Sabah pada 5 Mei 2017 dan dengan negeri Sarawak pada 1 Ogos 2017 dan sedang menunggu maklum balas daripada kedua-dua negeri. Dalam pada itu rang undang- undang ini mempunyai peruntukan untuk Yang Berhormat Menteri menetapkan tarikh berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan berlainan.

Akta juga memperuntukkan tarikh kuat kuasa di Sabah dan Sarawak setelah rundingan dengan kedua-dua negeri tersebut. Yang Berhormat Lanang membangkitkan pemantauan dan operasi untuk mencegah jenayah maritim di Sabah dan Sarawak.

final • 12:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Stampin kalau boleh.

final • 12:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Pihak kerajaan amat prihatin terhadap jenayah maritim di Sabah dan Sarawak. Ini dilaksanakan oleh agensi khusus iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Polis Marin yang melaksanakan aktiviti rondaan dan pemantauan di laut bagi mengawal keselamatan dan pencegahan jenayah maritim di laut. Okey.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang Di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Stampin.

final • 12:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, saya hendak minta penjelasan Yang Berhormat Menteri, adakah wajar sementara kita menunggu maklum balas daripada pihak Sarawak dan Sabah, kita tangguhkan pindaan ini dahulu kerana kita tidak tahu apakah maklum balas daripada pihak Sarawak dan Sabah. Jadi mungkin ada terdapat perkara lain yang perlu

final • 12:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

dibincangkan, dibawa bincang. Bukankah adalah lebih wajar kalau kita menunggu maklum balas daripada pihak mereka. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Yang Berhormat, seperti saya telah sebutkan tadi, konsultasi ini telah dijalankan dan kita masih menunggu dan seperti saya sebut akta ini juga memperuntukkan tarikh kuat kuasa di Sabah, Sarawak ditetapkan oleh Yang Berhormat Menteri di tarikh yang lain. Jadi itu kita akan merujuk kepada Yang Berhormat Menteri untuk tarikh-tarikh tertentulah.

final • 12:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di- Pertua, itu hanya tarikh untuk menguatkuasakan. Kalau pada masa itu sudah tidak ada peluang untuk memasukkan perkara-perkara yang baru atau sebarang bantahan yang dibuat. Itu hanya tarikh untuk menguatkuasakan rang undang-undang ini jika ia diluluskan di Dewan ini.

final • 12:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Seperti yang saya sebutkan...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang Di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 12:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi]

...Konsultasi telah dibuat. Jadi bermakna sudah ada persetujuan pada dasar oleh pihak kerajaan negeri.

final • 12:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan.

final • 12:50 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Minta penjelasan.

final • 12:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Minta penjelasan juga.

final • 12:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata konsultasi dengan negeri Sarawak telah dibuat pada 1 Ogos tahun ini.

final • 12:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Ya betul.

final • 12:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tapi kita nampak isi kandungan rang undang-undang ini telah dibuat, didrafkan sebelum 1 Ogos. Tidak mungkin ia di draf, diisikan selepas 1 Ogos dan bukankah ini satu pengakuan bahawa draf rang undang- undang ini dibuat tanpa konsultasi daripada negeri-negeri Sarawak dan Sabah.

Sedangkan apa yg akan di luluskan akan dipakai di negeri Sarawak dan Sabah dan apatah lagi maklum balas daripada kerajaan negeri belum lagi diberi kepada Kerajaan Persekutuan. Bagaimana kita boleh membentangkan satu rang undang-undang di Parlimen ini sedangkan rang undang-undang ini akan mempengaruhi merchant shipping di Sabah, Sarawak.

Bukankah ini adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan di mana dia berkata bahawa perkara-perkara yang berkenaan dengan negeri-negeri Sarawak perlulah di konsultasi dan consent of the state, must be obtain before you can do something to the state on state matter dan ini adalah state matter. Saya haraplah Yang Berhormat Menteri ada lagi dari Sarawak sini. Yang Berhormat Mas Gading, berilah nasihat kepada rakan-rakan kamu Yang Berhormat Mas Gading dan juga Yang Berhormat Sibuti.

final • 12:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Okey, okey.

final • 12:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Janganlah, kita orang Sarawak.

Ini berkenaan dengan autonomi orang negeri Sarawak.

final • 12:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi]

Yang Berhormat, saya akan jawab apa perkara- perkara mengenai Sabah dan Sarawak.

final • 12:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

[Bangun]

final • 12:50 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

[Bangun]

final • 12:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Apa?

final • 12:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Ada perkara-perkara yang akan saya sebut kemudian.

final • 12:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Bukan. Bukan...

final • 12:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Yang Berhormat...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang Di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat...

final • 12:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Halnya adalah rang undang- undang ini...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang Di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri sudah bagi tahu.

final • 12:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat, perkara yang sama.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang Di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Akan dijawab selepas ini.

final • 12:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Saya akan jawab. Ada dalam jawapan saya ini.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang Di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Isu tersebut akan dijawab.

final • 12:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Apa yang dijawab ini...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Okey, you duduk, I jawab lah. I jawab.

final • 12:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat yang sama, perkara yang sama.

final • 12:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Okey.

final • 12:50 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 12:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Perkara yang sama. Yang Berhormat Menteri.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang Di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ada dua yang bangun Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Stampin.

final • 12:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Saya hendak jawab Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Perkara yang sama kalau boleh.

final • 12:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Yang Berhormat Stampin juga membangkitkan if infrastructure dan tahap perkhidmatan pelabuhan selari...

final • 12:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ini bukan jawapan, ini lari daripada perkara...

final • 12:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Yang Berhormat, sebelum itu saya akan jawab nanti. Ada dalam jawapan.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang Di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 12:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Bidang kuasa state-federal relationship. Adakah perkara itu yang akan dijawab?

final • 12:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Yang Berhormat, kita tidak menyentuh kuasa Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.

final • 12:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Tetapi dalam pindaan ada kata, ada sentuh.

final • 12:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tidak mempengaruhi. Betul kah tidak mempengaruhi?

final • 12:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Nanti, nanti saya sampai tempat itu ya.

final • 12:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Untuk makluman Yang Berhormat, suka saya jelaskan bahawa pelabuhan-pelabuhan di negeri Sarawak kecuali Bintulu adalah di bawah kawalan dan kawal selia kerajaan negeri. Walau bagaimanapun kementerian akan mendapatkan butiran daripada Pelabuhan Senari berhubung dengan tahap operasi dan perkhidmatan pelabuhan tersebut dan kemukakan secara bertulis serta membantu mana-mana pelabuhan negeri yang memerlukan bantuan dan kerjasama daripada

final • 12:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

pelabuhan-pelabuhan Malaysia dan Kementerian Pengangkutan, seperti yang pernah diamalkan.

Yang Berhormat Stampin turut membangkitkan isu penempatan pegawai Kastam di Pulau Senari. Untuk makluman, isu yang dibangkitkan adalah di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan tidak melibatkan rang undang-undang ini. Saya yakin pegawai-pegawai jabatan tersebut dan Kementerian Kewangan hadir di Dewan ini dan telah mengambil perhatian mengenai perkara tersebutlah.

final • 12:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat Menteri, kalau boleh Stampin hendak minta penjelasan. Boleh?

final • 12:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi]

Sekejap, saya hendak jawab.

final • 12:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampi

Perkara yang sama, biar saya minta penjelasan, boleh kah?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang Di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat Menteri bagi tahu dia belum jawab lagi, Yang Berhormat duduk Yang Berhormat. Sabar.

final • 12:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Okey. Nanti saya celah ya.

final • 12:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Yang Berhormat Batu Kawan dalam perbahasan telah membangkitkan mengenai kawalan keselamatan di pelabuhan. Untuk makluman Yang Berhormat kawalan keselamatan di pelabuhan dan kapal-kapal yang keluar masuk pelabuhan dari luar negara dilaksanakan melalui peruntukan dalam International Ship and Port Facility Security Code ataupun ISPS Code. Mengikut Convention Safety of Life at Sea ataupun SOLAS 1974. Mengikut ISPS Code ini, setiap terminal dan fasiliti pelabuhan perlu ada port security plan serta memasang peralatan sekuriti bagi memastikan tiada kemasukan tanpa kebenaran ataupun pencerobohan berlaku yang telah menjejaskan keselamatan pelabuhan.

Seterusnya Yang Berhormat Batu Kawan turut membangkitkan isu berkaitan penyeludupan, pemerdagangan orang dan sekuriti. Menjawab isu tersebut adalah di luar skop rang undang-undang ini dan jatuh di bawah agensi lain. Walau bagaimanapun pelabuhan-pelabuhan Malaysia mempunyai peraturan dan standard operating procedure dengan izin, bagi menangani isu-isu yang berbangkit. Bagi menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru mengenai impak caj tahunan tahanan kapal. Kementerian Pengangkutan belum memuktamadkan kadar fi tahunan kerana perbincangan akan diadakan dengan agensi kerajaan dan industri serta pihak berkepentingan.

Walau bagaimanapun kadar yang akan ditentukan nanti dan dimuktamadkan kelak dirancang adalah di tahap minima dan tidak membebankan pihak pemilik kapal.

Seterusnya Yang Berhormat Bayan Baru juga turut bertanyakan mengenai projek-projek yang diswastakan yang banyak ditanya oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang melibatkan fungsi Jabatan Laut Malaysia. Ahli-ahli Dewan yang mulia, projek-projek yang akan diswastakan adalah projek-projek yang tidak mempunyai elemen social obligation dan yang hanya berdaya saing. Setiap projek juga akan diperhalusi dari aspek cost benefit analysis serta impaknya sebelum sebarang keputusan penswastaan dibuat.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang Di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat, kita sambung 2.30 petang ya. Baiklah Yang Berhormat, kita sambung semula persidangan kita sehingga jam 2.30 petang.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang Di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 2:30 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Tuan Yang di- Pertua, saya menyambung penggulungan saya.

final • 2:32 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat Menteri, Stampin boleh?

Tadi Yang Berhormat Menteri jawab ucapan saya. Jadi, saya hendak minta pencelahan.

final • 2:32 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Saya jawab dahulu.

final • 2:32 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Akan tetapi nanti adakah Yang Berhormat Menteri akan memberi saya peluang untuk memberi...

final • 2:32 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Ya, ya.

final • 2:32 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Boleh ya nanti. Terima kasih Menteri.

final • 2:32 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Menjawab kepada pertanyaan Yang Berhormat Kota Melaka berkaitan isu penswastaan untuk rakyat tempatan melibatkan peratusan sebanyak 50 peratus adalah bagi membuka peluang kepada rakyat tempatan. Isu seterusnya ialah isu berkaitan dengan dasar cabotage seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Bandar Kuching. Yang Berhormat Bayan Baru membangkitkan impak pengecualian dasar cabotage tersebut setelah dua bulan pengecualian dilaksanakan. Untuk makluman, kementerian telah menubuhkan satu pasukan petugas khas tersendiri dari agensi Persekutuan, negeri Sabah, Sarawak dan pihak industri bagi meneliti impak dan kesan pengecualian tersebut.

Adalah dijangkakan pasukan petugas ini memerlukan sekurang-kurangnya satu tahun untuk mendapatkan hasil. Adalah dimaklumkan bahawa pengecualian yang telah diumumkan dan berkuat kuasa tidak mempunyai tempoh masa dan dasar mengenainya akan dipertimbangkan berdasarkan hasil kajian. Yang Berhormat Sandakan dan Yang Berhormat Bandar Kuching membangkitkan mengenai pindaan rang undang-undang ini yang tidak melibatkan pengecualian dasar cabotage. Untuk makluman, rang undang- undang ini tidak menyentuh tentang pengecualian dasar cabotage di Sabah dan Sarawak kerana pengecualian tersebut telah pun dibuat dan berkuat kuasa pada 1 Jun 2017 melalui warta. Pengecualian tersebut berkuat kuasa sehinggalah dipinda melalui satu warta yang lain.

Yang Berhormat Sandakan juga membangkitkan mengenai penglibatan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dalam dasar cabotage. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat satu lembaga pelesenan perkapalan dalam negeri yang turut dianggotai oleh Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Sarawak dan Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah bersama Sabah, Sarawak Ship Owners Association yang bertanggungjawab dalam hal-hal perkapalan domestik. Oleh itu, wakil-wakil tersebut turut terlibat dalam polisi-polisi dasar cabotage dalam lembaga tersebut.

Yang Berhormat Sandakan juga telah membangkitkan isu berkaitan takrifan coastal waters dalam subseksyen 62(3) rang undang-undang Akta Ordinan Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2017. Yang Berhormat Sandakan telah membuat pernyataan bahawa peruntukan tersebut adalah tidak teratur di sisi undang-undang dan tidak terpakai di Sabah dan Sarawak atas alasan bahawa Malaysia Agreement (MA) telah memperuntukkan had wilayah laut bagi Sabah dan Sarawak yang berbeza dengan perkara yang dinyatakan dalam takrifan coastal waters seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen 62(3) rang undang-undang tersebut.

Untuk makluman Yang Berhormat Sandakan, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) No. 7 1969 [PU(A)307A/1969] telah diperbuat dan dimasyhurkan oleh Yang di- Pertuan Agong pada 2 Ogos 1969 bagi persempadanan perairan wilayah Malaysia menurut Fasal (2), Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan dan mula berkuat kuasa pada 10 Ogos 1969. Ia antara lain memperuntukkan seperti berikut, dengan izin, for the purpose of the Continental Shelf Act, 1966, the Petroleum Mining Act, 1966, the National Land Code and any written law relating to land in force in Sabah and Sarawak, any reference to territorial waters therein shall in relation to any territory to be construed as a reference to such part of the sea adjacent to the coast thereof not exceeding three nautical miles measured from the low-water mark. Proklamasi darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 15 Mei 1969 di bawah Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan telah diungkaikan oleh kedua- dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 24 November 2011 dan 20 Disember 2011 masing-masing telah berhenti berkuat kuasa menurut fasal (3), Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan.

Selanjutnya, Akta Laut Wilayah 2012, Akta 750 telah diluluskan oleh Parlimen dan mula berkuat kuasa dan terpakai di seluruh Malaysia pada 22 Jun 2012. Subseksyen 3(3), Akta 750 jelas memperuntukkan had wilayah laut negeri, termasuk negeri Sabah dan Sarawak adalah tiga batu nautika.

Takrifan coastal waters di bawah subseksyen 62(3), rang undang-undang tersebut digubal berdasarkan dan selaras dengan subseksyen 3(3), Akta 750. Oleh yang

final • 2:32 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

demikian, Kementerian Pengangkutan (MOT) berpandangan bahawa takrifan coastal waters di bawah subseksyen 62(3), rang undang-undang tersebut adalah teratur selaras dengan undang-undang dan terpakai di negeri Sabah dan Sarawak.

Seterusnya, Yang Berhormat Pasir Gudang membangkitkan mengenai perlindungan dan pematuhan standard bagi pelaut Malaysia.

final • 2:32 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan, minta penjelasan. Minta penjelasan.

final • 2:32 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Berhubung isu yang dibangkitkan ini, kerajaan melalui Ordinan Perkapalan Saudagar telah...

final • 2:32 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri...

final • 2:32 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Apa ini? Menteri?

final • 2:32 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Sekejap.

final • 2:32 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tidak. Berkenaan dengan tafsiran di bawah Territorial Sea Act.

final • 2:32 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat tahu peraturan mesyuarat. Dia bilang begini dahulu, bermakna tengok dahulu.

final • 2:32 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Bolehkah saya minta penjelasan?

Menteri, kenapa...

final • 2:32 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh duduk dahulu Yang Berhormat? Menteri duduk.

final • 2:32 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri duduk dulu. Yang Berhormat Bandar Kuching duduk dulu. Yang Berhormat Stampin, duduk dulu. Ahli-ahli Yang Berhormat faham peraturan mesyuarat.

Apabila Menteri menjawab, kalau ada yang mencelah, kalau dia bagi laluan, boleh. Akan tetapi kalau saya belum bagi kebenaran, jangan dulu cakap. Tolong. Sila Menteri...

final • 2:40 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

[Bangun]

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Apabila menjawab, sekali sekala tengok di depan. Kalau bagi laluan, beritahu bagi laluan. Kalau tidak, kasi terang sama saya bahawa saya tidak kasi laluan. Siapa yang berdiri kalau tidak nak ikut arahan saya, saya suruh keluar. Kasi jelas.

final • 2:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua...

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dulu. Duduk dulu dua-dua. Menteri duduk dulu. I repeat again. Menteri teruskan. Kalau Menteri boleh kasi laluan, kasi laluan. Kalau dia kata sebentar dulu, sebentar dulu. Jangan cakap sehingga saya panggil. Sila Menteri.

final • 2:40 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Seterusnya Yang Berhormat Pasir Gudang membangkitkan mengenai perlindungan dan pematuhan standard bagi pelaut Malaysia...

final • 2:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua...

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, dia berdiri sekarang mahu mencelah fasal itu Territorial Sea Act yang disebut tadi. Adakah Yang Berhormat bagi laluan atau tidak?

final • 2:40 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Saya sudah bagi penerangan yang jelas.

final • 2:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Penjelasan ini mengelirukan, bukan jelas. Jelas mengelirukan.

final • 2:40 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Saya tidak mahu soalan lagi fasal saya sudah bagi jelas.

final • 2:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Kenapa takut?

final • 2:40 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Seterusnya Yang Berhormat Pasir Gudang membangkitkan mengenai perlindungan dan pematuhan standard bagi pelaut Malaysia.

Berhubung isu yang dibangkitkan ini, kerajaan melalui Ordinan Perkapalan Saudagar telah memperuntukkan undang-undang bagi melindungi dan menjaga kebajikan pelaut dengan meratifikasikan konvensyen Maritime Labour Convention 2006 mulai 2 Ogos 2013. Melalui perundangan ini, perkara seperti gaji minimum, umur minimum, jumlah waktu bekerja dan rehat pelaut dikawal selia bagi memastikan kebajikan pelaut terpelihara.

final • 2:40 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Bagi kes aduan pelaut, pihak Jabatan Laut mengambil tindakan siasatan melalui pemeriksaan port flag state control atas kapal tersebut. Seterusnya, semua pihak terlibat ialah pemilik, agen kapal pelaut dipanggil untuk menyelesaikan kes.

Bagi memastikan pengurusan pelaut dikawal, Jabatan Laut telah mewujudkan Seafarer Management Centre pada 30 Oktober 2015 bagi menjaga kebajikan pelaut, perkembangan kerjaya dan pencarian pekerjaan atas kapal.

Yang Berhormat Pasir Gudang juga turut membangkitkan mengenai kapal- kapal for sea trial di Singapura yang tidak dibenarkan dikendalikan oleh pelaut Malaysia.

Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Gudang, memandangkan sea trial ini dibuat di perairan tertentu di Singapura, Singapura boleh mengenakan syarat tertentu di dalam menjaga keselamatan pelayaran di Singapura. Ini kerana kapal tersebut belum didaftarkan. Perkara yang sama juga diambil di pelabuhan-pelabuhan utama di Malaysia yang mensyaratkan penggunaan malim tempatan.

Yang Berhormat Kota Melaka telah memohon pencerahan mengenai syarat- syarat pemilikan syarikat bagi pendaftaran kapal Malaysia. Bagi pendaftaran kapal di bawah pendaftaran tradisional, syarikat pemilikan kapal ialah individu yang warganegara Malaysia dan syarikat yang majoriti pegangan saham warganegara Malaysia iaitu sekurang-kurangnya 51 peratus warganegara Malaysia. Manakala bagi pendaftaran kapal di bawah pendaftaran antarabangsa pula, syarikat pemilikan ialah individu yang bukan warganegara Malaysia dan syarikat yang majoriti saham bukan warganegara Malaysia.

Yang Berhormat Kota Melaka juga telah membangkitkan keupayaan agensi untuk menampung peningkatan dalam kapal yang didaftarkan. Dalam hal ini, kementerian yakin dengan kemampuan Jabatan Laut Malaysia kerana pindaan turut bertujuan menambah baik proses dan tatacara pendaftaran supaya lebih efisien dan cepat. Pindaan juga membolehkan Ketua Pengarah Laut untuk melantik orang perseorangan atau organisasi dalam menjalankan beberapa fungsi pendaftaran kapal.

Yang Berhormat Kota Melaka juga telah bertanya sama ada penswastaan boleh diberikan kepada syarikat asing. Untuk makluman, penswastaan yang disebut dalam rang undang-undang ini hanya melibatkan penswastaan bagi aktiviti atau fungsi serta aset di bawah Jabatan Laut Malaysia. Penswastaan boleh dibida oleh syarikat asing tetapi kerajaan akan menetapkan syarat tertentu termasuk ekuiti pegangan syarikat.

Dalam isu ini, dimaklumkan bahawa Melaka Gateway merupakan private financing initiative. Seterusnya isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibu mengenai rang undang-undang ini tidak menyelesaikan isu harga barang tinggi di Sabah dan Sarawak dan cadangan...

final • 2:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua...

final • 2:40 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

...Tanan kapal akan membebankan. Rang undang-undang ini tidak melibatkan...

final • 2:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, penjelasan.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, ada seorang Yang Berhormat yang berdiri. Yang Berhormat Bayan Baru. Mahu kasi laluan?

final • 2:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, semalam saya ada tanya beberapa soalan tapi Yang Berhormat Menteri sudah skip lah soalan-soalan saya. Bolehkah saya tanya?

Saya tanya tentang polisi kabotaj. Adakah selepas penggantungan polisi kabotaj itu, harga barang di Sabah dan Sarawak telah menurun? Kedua adalah penswastaan fungsi Jabatan Laut Malaysia. Apakah aktiviti, fungsi dan aset yang mungkin diswastakan? Soalan ketiga adalah tentang masalah pendalaman atau dredging di Penang Port. Bilakah ia akan dilakukan oleh MMC seperti yang telah dijanjikan pada tahun 2010? Saya juga tanya tentang kapal Equanimity milikan Jho Low, bilakah dia masuk ke perairan Malaysia dan telah call to port? Makna, tarikh bila dan port mana? Terima kasih.

final • 2:40 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Yang Berhormat Bayan Baru, nanti saya take note ya. Mengenai pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibu, rang undang-undang ini tidak melibatkan isu harga barangan kerana ia melangkaui isu tambang kapal yang bukan satu-satu saja penyebab. Saya yakin kita sebelum ini pun telah menjawab bahawa kabotaj ini tidak merupakan faktor penentu harga barang. Kalau kita lihat, sebagai contoh, harga minyak turun, tapi harga barang pun tidak turun juga.

final • 2:40 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Jadi, ia tidak bergantung kepada sesuatu perkara. Isu ini dikendalikan oleh pelbagai agensi kerajaan.

Berhubung dengan caj tanan kapal, ia adalah satu kadar yang akan ditentukan dan saya sudah sebut bahawa ia paling minimum dan tidak akan membebankan kepada pemilik kapal.

Seterusnya, Yang Berhormat Sibu juga bertanyakan tentang apakah rang undang-undang ini bertentangan dengan Ordinan Sungai Sarawak. Ini tidak benar ya.

Rang undang-undang ini tidak mengambil alih sebarang hak dan kuasa kerajaan negeri seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Rang undang-undang ini juga telah disemak dan didapati teratur oleh Jabatan Peguam Negara.

final • 2:40 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:40 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Okey.

final • 2:40 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak minta pengesahan daripada Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat ada mengatakan kepada Yang Berhormat Sibu bahawa itu adalah tidak benar. Jadi, saya nak bagi satu case study. Jika satu vessel ‘A’ telah pun granted approval from the state government, akan tetapi dalam rang undang-undang ini di mana pihak penguasa do not want to grant license to that vessel ‘A’, then bukankah ini akan bercanggah dengan decision that is made by state government? Itu nombor satu.

final • 2:40 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Kedua, sebelum kita makan tengah hari tadi, Yang Berhormat ada menjawab soalan saya. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat ada katakan bahawa pelabuhan di Sarawak, Senari ini adalah di bawah penguat kuasa negeri Sarawak dan juga pihak kastam tidak ada kena mengena dengan kementerian Yang Berhormat. Itu saya setuju. Akan tetapi, kita tahu bahawa from this RUU, is going to introduce a liberalization and globalization for the shipping industry. Is our Sarawak Port ready? We are not ready, dengan izin. Jadi saya berpendapat bahawa kita perlu bersedia dahulu dengan infrastruktur di Sarawak sebelum RUU ini dipinda dan juga tadi Yang Berhormat Menteri ada katakan bahawa konsultasi already been made with the respected party iaitu state government tetapi tidak ada maklum balas.

The common sense telling us that kenapa tiada maklum balas? Adakah kerana ada benda-benda yang tidak dipersetujui, oleh itu sampai sekarang tiada maklum balas?

The last one, kalau kita baca pindaan RUU ini, ia membawa tajuk bahawa untuk memperluaskan peruntukan tertentu ordinan itu ke negeri Sabah dan Sarawak. So it is clearly – you will affect our state, you will affect the power that belongs to the state, dengan izin. Dalam pindaan utama ini, amendment on the principal act on this pindaan adalah dalam bahasa Inggeris. Why is it in bahasa Inggeris? Because everyone here knows English is the official language in Sarawak and pindaan ini akan menjejaskan kuasa yang ada kepada the state government.

Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri boleh menjawab soalan ini and itu sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Untuk makluman Yang Berhormat Stampin, saya hendak jelaskan. Walaupun rang undang-undang ini diluluskan di Dewan Rakyat tetapi sekiranya kerajaan negeri tidak terima, ia tidak akan dikuatkuasakan di negeri Sarawak atau Sabah kerana kita telah ada precedent. Macam sebagai contoh, ada dua akta yang telah diluluskan iaitu Akta Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 telah diluluskan di Parlimen tetapi Kerajaan Negeri Sarawak tidak terima. So kita tidak kuatkuasakan di Sabah dan Sarawak. Ada dua akta yang walaupun lulus di Parlimen tetapi tidak dikuatkuasakan di Sabah dan Sarawak.

Jadi kalau kita hendak tunggu konsultasi, it would take so long. So that is why kita di sini kita proceed. Jadi tidak timbul mengenai mengambil hak kerana kita menghormati hak Sabah dan Sarawak.

final • 2:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Boleh Menteri?

final • 2:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 2:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Apa yang diberitahu oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi pada hari ini adalah bahawa pihak Kerajaan Persekutuan dan kementerian belum lagi dapat maklum balas daripada kerajaan negeri dan kita sudah membentangkan rang undang-undang ini dalam Dewan ini sebelum kita

final • 2:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

mendapat consent daripada kerajaan negeri. Bukankah ini ‘Putting the cart before the horse?’. Kita belum dapat kebenaran atau consent daripada kerajaan negeri dan kalau kerajaan negeri tidak setuju atas pindaan ini, bukankah kita buang masa di sini untuk membahaskan satu rang undang-undang yang tidak dipersetujui oleh kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan akan bulldoze the whole act, proceed upon the state government. Bolehkah minta penjelasan?

final • 2:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Yang Berhormat Bandar Kuching, kita sudah buat konsultasi cuma konsultasi itu agak lambat kerana berlaku penundaan beberapa kali.

Walau bagaimanapun, ia seperti saya sebutkan tadi bahawa kita menghormati. Sebab itu sekiranya Kerajaan Negeri Sarawak tidak setuju, ia tidak akan dikuatkuasakan di negeri Sarawak dan benda ini saya telah maklumkan. Ada dua akta sebelum ini pun tidak dikuatkuasakan, hanya dikuatkuasakan di Semenanjung. Jadi ini jelas, ya.

final • 2:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat, sikit lagi. Yang Berhormat Stampin. Sikit, just a bit. Boleh ya?

final • 2:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

I think enough lah.

final • 2:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Just give me one minute, can? One minute. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. So secara kesimpulannya, what are you saying is that Yang Berhormat Menteri, dengan izin, you rampas kuasa kita dahulu, only then you decide whether to act upon it or not. Is a very dangerous precedent. Walaupun ada precedent bahawa the state government does not agree, then therefore you do not pass the act, tetapi pada hal ini, you already rampas our kuasa. If you want to force it down our throat, you can. That is the issue. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Itu tidak betul. Kalau rampas ini langsung tidak ada konsultasi. Saya sudah bercakap lebih awal tadi, kita sudah buat konsultasi.

final • 2:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Tiada persetujuan. So, it is rampas.

final • 2:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Bukan tidak ada persetujuan, belum ada maklum balas sahaja dan setiap yang kita buat ini kita telah mengambil kira semua perkaralah.

Seterusnya mengenai yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kelana Jaya.

Adakah rang undang-undang ini untuk membolehkan kapal China melalui perairan Malaysia dengan senang? Ini tidak benar dakwaan tersebut kerana Malaysia mengamalkan dasar perairan terbuka di mana kapal-kapal daripada mana-mana negara pun boleh melalui perairan Malaysia, tertakluk kepada undang-undang negara.

Seterusnya, ini Yang Berhormat Sibu juga ada bertanya...

final • 2:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Penjelasan. Tuan Yang di-Pertua. Boleh Yang Berhormat Menteri?

final • 2:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Sekejap ya, sekejap.

final • 2:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Sebab saya tanya empat kah lima soalan.

Jawab satu sahaja.

final • 2:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Eh! Ada, ada. Kejap, kejap. Okey, Yang Berhormat Kelana Jaya juga bertanyakan mengenai kapal-kapal perlu didaftar untuk masuk dan belayar dalam perairan Malaysia. Semua kapal yang beroperasi untuk tujuan berdagang perlu didaftarkan dengan mana-mana pihak berkuasa pendaftaran kapal di dunia. Ini bagi memastikan keselamatan dan keadaan layak layar ataupun seaworthiness. Oleh yang demikian, bagi tujuan pelayaran di seluruh dunia walau dalam pelayaran transit di Selat Melaka dan Malaysia, kapal-kapal ini perlu didaftarkan.

Maknanya didaftarkan as long as it’s registered in any path in the world. Seterusnya, Yang Berhormat Sibu bertanya mengapa lesen kapal bot tidak diberi kuasa kepada pihak negeri. Buat masa ini, pelesenan bot kapal di Sabah dan Sarawak di bawah 15 net tonnage boleh dilaksanakan oleh kerajaan negeri, below fifteen net tonnage. Di Sabah, pelesenan dibuat oleh Jabatan Pelabuhan dan Dermaga. Walau bagaimanapun, di Sarawak, pelesenan dibuat oleh Jabatan Laut, namun hasil diserahkan oleh kerajaan negeri. Ini merupakan persetujuan yang telah dicapai dengan kerajaan kedua-dua. Pelesenan kapal 15 net tonnage di bawah adalah di bawah lease bersama oleh kerajaan negeri dan Kerajaan Malaysia.

Seterusnya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kelana Jaya. Mengapakah pindaan seksyen 10A memberi kuasa kepada Pengarah Laut yang begitu besar.

Penswastaan hanya tertakluk kepada aktiviti dan fungsi aset yang ditadbir urus oleh Jabatan Laut Malaysia sahaja. Penswastaan akan melalui proses yang diselaraskan oleh

final • 2:50 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

UKAS ataupun Unit Kerjasama Awam Swasta, EPU dan ini biasanya akan dibawa ke peringkat Menteri.

Mengenai senarai yang akan diberi iaitu senarai yang diswastakan, saya akan beri secara bertulislah.

final • 2:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Menteri, boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya spesifik bertanya tentang Kuala Linggi International Port. Adakah dia di bawah Port Authority Melaka ataupun akan diberi kuasa sepenuhnya kepada Director of Marine? Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri, ya Kota Melaka.

Tuan Yang di-Pertua? Tuan Yang di-Pertua, izinkan?

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 3:00 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, tentang Melaka Gateway yang dilaporkan satu pulau taman laut akan dimajukan oleh pihak-pihak syarikat negara China untuk menjalankan bukan hanya untuk refill tetapi untuk ship repairing, ship building dan maintenance. Adakah ini bermakna bahawa dibenarkan syarikat daripada luar negara untuk manage pelabuhan di negara kita?

Adakah dengan rang undang-undang ini jika diluluskan termasuk dengan penswastaan supaya mereka boleh uruskan pentadbiran, dia punya port dengan cara mereka tanpa melibatkan Kerajaan Malaysia. Bolehkah ini dikatakan?

final • 3:00 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Pertama, seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat Kelana Jaya mengenai Kuala Linggi. Kuala Linggi di bawah had pelabuhan yang dikawal selia oleh Jabatan Laut. Perkara ini berlaku pada beberapa pelabuhan lain seperti Kerteh Port. Mengenai urusan penswastaan ini, kita mempunyai kawal selia oleh Jabatan Laut dan Lembaga Authority. Jadi biasanya syarikat-syarikat ini akan mempunyai 51 peratus pemilikan ekuiti oleh warga tempatan. Jadi soal pengurusan itu, kita ada kawalan daripada Jabatan Laut ataupun Lembaga Authority.

final • 3:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Penjelasan Yang Berhormat Menteri. Minta...

final • 3:00 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri, sedikit tambahan lagi.

final • 3:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

You go first.

final • 3:00 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Okey. Tadi Yang Berhormat Menteri katakan tentang ekuiti iaitu 51 peratus perlu dipegang oleh rakyat tempatan. Akan tetapi dalam laporan itu iaitu pulau-pulau taman laut itu bukan hanya dibangunkan tetapi juga akan di manage atau diurus semua oleh syarikat negara China ini iaitu to manage pelabuhan itu, semua perkhidmatan atau service yang akan di render, semua di bawah mereka. Adakah itu termasuk kita tidak dapat mengawal tentang kegiatan atau semua di pelabuhan itu? Are we out of our control untuk itu. Satu persoalan selalu dikatakan, adakah pelabuhan itu satu hari akan dijadikan “military for multipurpose’’. Sebab itu kita hendak tahu jika we totally out of reach, cannot control it, mungkin pelabuhan itu satu hari akan dijadikan satu military base untuk negara asing. Oleh sebab itu ingin dapatkan penjelasan.

final • 3:00 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Yang Berhormat Kota Melaka, selagi ia dalam negara Malaysia, semua tertakluk kepada undang-undang negara Malaysia dan peraturan-peraturan itu semua peraturan yang Kerajaan Malaysia tentukan. Pelabur- pelabur tidak boleh sesuka hati membuat sesuatu dalam operasi. Untuk Melaka Gateway, ia berada dalam had pelabuhan Melaka yang dikawal selia oleh Lembaga Pelabuhan Melaka. Semua operasi ini dikawal oleh Lembaga Pelabuhan Melaka walaupun pembangunan dibuat oleh syarikat. Jelas ya?

Okey, seterusnya saya hendak sambung...

final • 3:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Menteri, boleh? Penjelasan.

final • 3:00 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Sudah banyak, Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Bukan. Ini tersangat penting. Kalau boleh, Tuan Yang di-Pertua. Ini projek RM50 bilion. I think. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kuala Linggi, kalau Yang Berhormat Menteri kata Kuala Linggi International Port ini sekarang di bawah Director of Marine kerana dia tidak ada port authority dan bukannya di bawah Melaka Port. Projek ini RM50 bilion dan telah direport di dalam Asian Wall Street

final • 3:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Journal dan banyak lagi Bloomberg semua kata this is supposed to be the Singapore port killer akan menghapuskan business di Singapura.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Kalau undang-undang ini dilepaskan, kita bagi RM50 bilion punya projek, di bawah 10A(2). Saya baca. “The Director of Marine may issue a license to any person to provide service undertakings or port undertakings under this ordinance’. Kuasa ini terlalu besar untuk projek RM50 bilion ini. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri, boleh atau tidak. Saya faham ada klausa

(3) Saya baca. ‘Board, before exercising its power under subsection 2, Director of Marine should prepare and submit to the Minister a service plan for his approval’. Maknanya dua orang. Satu Director of Marine recommend, satu lagi approve iaitu Minister untuk port RM50 bilion investment. Ini tidak boleh diterima di Dewan yang mulia ini. At least you must have a port authority committee. Kalau tidak, saya recommend. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Setuju atau tidak masukkan Kuala Linggi International Port di bawah kawalan Port Authority Melaka. *RM50 billion project, you cannot let this go on two persons.

If we pass this law* pada hari ini tanpa pindaan ini ataupun undertaking daripada Yang Berhormat Menteri untuk bagi kuasa penuh kepada Port Authority Melaka, ini akan memalukan kita di Dewan ini di mana kita habis kuasa-kuasa kita dan terus bagi kepada dua orang.

Yang Berhormat Menteri dan Director of Marine. Ini tidak boleh. Saya minta pandangan Yang Berhormat Menteri sama ada setuju atau tidak Kuala Linggi must be put into the Port Authority of Melaka. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Sudah jawab pun, Yang Berhormat bahawa dia bukan kuasa Ketua Pengarah sahaja dan Kuala Linggi ini merupakan private initiative.

Penswastaan yang dirujuk dalam rang undang-undang ini hanya fungsi atau aset di bawah Jabatan Laut. Jadi dia di bawah kawalan kementerian.

final • 3:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Menteri maaf, Tuan Yang di- Pertua. Dia baca terus terang dia kata kuasa memberi lesen for service undertaking. Jual minyak, storage of silo, storage semua. Saya faham. Saya baca terus terang.

Service undertaking. Tidak akan service port authority.

final • 3:00 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Rang undang- undang ini tidak melibatkan private initiative. Rang undang-undang ini hanya melibatkan aset Jabatan Laut. So tidak ada kena mengena dengan rang undang-undang ini.

final • 3:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Saya rasa tidak, Yang Berhormat Menteri.

Kalau kita baca ini. Sorry ya. Okey, for the sake of argument, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:00 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Saya hendak sambunglah. Enough lah Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Not enough. This is RM50 billion, bukannya RM100 juta punya port ini, Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Kalau boleh saya minta Yang Berhormat Menteri bagi penjelasan bertulis, to clear cut. So that kita boleh bawa isu ini kepada semua surat khabar – the media lah in particular business news need to understand the implication. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Okey, saya akan bagi jawapan bertulis.

final • 3:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya hendak.

final • 3:00 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Seterusnya.

final • 3:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Menteri, saya hendak mencelah sedikit boleh tak?

final • 3:00 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Okey.

final • 3:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik sebab hendak sentuh sedikit pasal Kuala Linggi International Port ini. Sefaham saya, mungkin saya silap. Dia bukan RM50 bilion seperti dilaporkan oleh Wall Street Journal ini. Itu satu. Kedua, dia meaning to serve oil and gas dan jumlah dalam RM12 bilion. Jumlah besar macam ini tidak akan kita lawan dengan Singapura. Pelepas dengan Tuas jauh lebih besar. Jadi saya ingat Yang Berhormat

final • 3:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Kelana Jaya tadi saya ada confused sikit. It’s not really a RM50 billion port. It’s only a RM12 billion port. In interview as always for RM4 billion. It’s not really a big big port. Jadi saya hendak betulkan ini sedikit kalau bolehlah. Kalau saya salah, betulkan. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya...

final • 3:10 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Okey Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri duduk dulu.

final • 3:10 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Saya hendak sambung, saya hendak sambung.

final • 3:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Okey, terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Can both of you sit down first.

final • 3:10 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Seterusnya...

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, Menteri, duduk dulu Menteri. Berbahas tidak semestinya opinion kita itu yang tuntas. Jawapan daripada Menteri tidak semestinya memenuhi semua hasrat orang yang bertanya. So kalau ada satu isu yang sudah dijawab, don’t prolong it. Jangan sebut berulang-ulang kerana saya mendengar, saya terpaksa jalankan peraturan mesyuarat. Sila Menteri.

final • 3:10 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Seterusnya, saya hendak menyentuh mengenai penswastaan stevedoring di Kuching Port oleh Yang Berhormat Bandar Kuching. Untuk makluman, Pelabuhan Kuching ialah agensi kerajaan negeri dan sebarang penswastaan di pelabuhan tersebut ditentukan oleh pihak berkuasa negeri. Kementerian tidak terlibat di dalam sebarang keputusan mengenainya. Jadi it’s under the state.

Seterusnya Yang Berhormat Bandar Kuching...

final • 3:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau Yang Berhormat merujuk kepada fasal 6, rang undang-undang ini, di mana di bawah 10A(2); “The Director of Marine may issue a license to any person to provide service undertakings or port undertakings under this ordinance”. Kalau kita merujuk kepada definisi such clause di mana port undertakings adalah means the operation and maintenance of the port and include port related activities at the port which is under the authority of the Director of Marine. Maka selepas kelulusan rang undang-undang ini, perkhidmatan stevedoring akan juga dikuasai oleh Director of Marine kerana ia merupakan satu perkhidmatan in service of the port, a related service of the port, a port related activities at the port. Bolehkah Menteri memberikan sedikit penjelasan atas ini.

final • 3:10 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Ya, itu port yang di bawah Persekutuan. Akan tetapi kita ada perjanjian dengan Sabah dan Sarawak yang mana port-port ini adalah di bawah kuasa kerajaan negeri. Apabila kuasa kerajaan negeri, kita tidak encroach. Jadi port-port di Sabah dan Sarawak tidak terpakai melainkan Bintulu.

Seterusnya Yang Berhormat Bandar Kuching juga membangkitkan perkara Ships Classification Malaysia yang tidak diiktiraf di luar negara. Untuk makluman, Ships Classification Malaysia merupakan badan klasifikasi kapal yang diiktiraf sebagai recognize organization oleh Jabatan Laut Malaysia untuk melaksanakan perkhidmatan, keselamatan kapal bagi kapal-kapal pendaftaran Malaysia. Namun pemilik kapal Malaysia boleh juga mengelaskan kapal-kapal mereka dengan lain-lain badan klasifikasi kapal yang diiktiraf oleh Jabatan Laut dan terpulang kepada negara-negara lain untuk mengiktiraf Ships Classification Malaysia seperti mana Malaysia hanya mengiktiraf 11 sahaja Ships Classification Society.

Seterusnya Yang Berhormat Bandar Kuching membangkitkan mengenai projek pengerukan Sungai Sarawak.

final • 3:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan atas itu Ships Classification Malaysia. Banyak negara tidak mengiktiraf MSC punya klasifikasi kerana standard classification atau procedure classification ini tidak up to standard.

Oleh itu, kalau kita hendak memperkembangkan industri perkapalan kita, kerajaan mesti ada satu rangka, cadangan, rancangan untuk memperhebatkan atau mempertingkatkan standard yang dipakai atau prosedur yang diguna pakai oleh Malaysian Ships Classification Sdn. Bhd. yang dikuasai atau dilantik oleh Kerajaan

final • 3:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Malaysia sebagai the only ship classification body. Takkan kita hendak biarkan mereka untuk buat apa-apa sahaja. Bagaimana kita nak, boleh memperkembangkan industri perkapalan kita kalau kerajaan mengambil satu attitude atau pemikiran bahawa biarkan mereka buat apa-apa sahaja kerana ini satu-satunya, the only ship classification in Malaysia.

Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri beri sedikit penjelasan tentang apa rancangan yang kementerian ada terhadap Ships Classification Malaysia itu.

final • 3:10 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Memang kita senantiasa meningkatkan mutu perkhidmatan dan kualiti industri perkapalan tetapi macam Malaysia kita hanya recognize sebelas di seluruh dunia dan terpulang kepada negara-negara untuk recognize masing- masing. Akan tetapi yang jelas Ship Classification Malaysia ini telah di recognize sebagai badan yang berwibawa.

Seterusnya mengenai pengerukan Sungai Sarawak. Kos projek asal ialah RM360 juta dan melalui value management lab, ianya ditingkatkan kepada RM459 juta sebab perubahan-perubahan skop. Kementerian tidak terlibat mengenai caj channel recovery yang didakwa yang dikenakan oleh Pelabuhan Kuching kerana ia di bawah kawalan kerajaan negeri.

Seterusnya Yang Berhormat Bandar Kuching juga menyentuh apakah manfaat yang dapat melalui penswastaan pelabuhan. Rang undang-undang ini menyentuh penswastaan aktiviti, fungsi yang di bawah aset di bawah Jabatan Laut Malaysia sahaja.

Penswastaan perkhidmatan stevedore di Kuching Port adalah di bawah kawal selia Lembaga Pelabuhan Kuching yang saya sebutkan bawah state.

final • 3:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan mengenai pengerukan muara Sungai Sarawak. Apa yang saya terima jawapan adalah, peruntukan sejumlah RM630 juta telah diperuntukkan untuk projek ini. Akan tetapi oleh kerana ada revaluation of the project yang dinaikkan kepada anggaran dinilai kepada RM460 juta.

Maka soalan saya adalah, yang tambahan RM100 juta kos projek yang tambahan itu, adakah peruntukan telah diperuntukkan untuk kos tambahan atau masih di dalam pertimbangan?

final • 3:10 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Ya, di dalam kos peruntukan itu kerana telah berlaku perubahan skop.

final • 3:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Itu kos tambahan. Duit sudah diperuntukkan, dana sudah diperuntukkan atau masih dalam perbincangan atau dalam pertimbangan kerajaan kerana hanya RM360 juta.

final • 3:10 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Sekarang masih dalam pertimbangan kerajaan, belum ada, the budget still the old budget, RM360 million is still the old budget. Okey seterusnya, Yang Berhormat Bandar Kuching juga membangkitkan mengenai pelesenan shipping and forwarding agent. Pelesenan ke atas agen ini tidak dikeluarkan oleh kementerian. Maka perkara ini juga tidak disentuh dalam rang undang- undang ini.

Seterusnya Yang Berhormat Rasah...

final • 3:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri, lesen ini dikeluarkan oleh siapa? Kerana ini shipping and forwarding agent.

Kalau bukan dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan, dikeluarkan oleh siapa?

Boleh saya minta penjelasan?

final • 3:10 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Saya bagi jawapan bertulislah.

final • 3:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Jangan, di sini boleh bagi jawapan.

final • 3:20 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Not under kementerian.

final • 3:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Shipping forwarding agent not under Kementerian Pengangkutan? Ini peliklah ini. Saya pun tidak faham apa Kementerian Pengangkutan buat. Bukankah ini hal pengangkutan kan?

final • 3:20 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Tidak, tidak. Ini mungkin kementerian lain.

KPDNKK mungkin.

final • 3:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

KPDNKK.

final • 3:20 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Seterusnya untuk menyentuh Yang Berhormat Rasah mengenai keupayaan penguatkuasaan terhadap keselamatan kapal.

Penguatkuasaan keselamatan kapal dibuat melalui regime dan procedure port dan flat state control oleh Jabatan Laut Malaysia yang berupaya untuk melaksanakan tugas- tugas ini dengan kepakaran dan kemahiran teknikal yang ada.

Seterusnya mengenai fi. Adakah fi tanan tahunan kapal dikenakan pada waktu terdahulu? Untuk makluman, caj tanan tahunan adalah caj baru yang diperkenalkan di bawah rang undang-undang ini. Oleh itu, tidak ada perbandingan yang boleh dibuat.

Seterusnya Yang Berhormat Rasah juga membangkitkan isu kedaulatan negara dan keperluan penguat kuasa ekoran pembangunan Melaka Getaway. Isu security dan kedaulatan negara ditangani secara bersama oleh Agensi Penguatkuasaan Malaysia dan bukan oleh Jabatan Laut. Saya rasa setakat itu sahaja Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, you overlooked my question mungkin dia tidak jawab. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Mengenai penswastaan saya sudah sebut secara menyeluruh dan polisi kabotaj harga pun saya sudah sebut dan mengambil satu tahun untuk membuat analisa tetapi seperti saya sudah sebutkan awal walaupun dengan jawapan-jawapan tahun lepas mengenai kabotaj tidak merupakan faktor penentu harga barangan.

Saya bagi contoh walaupun minyak turun tetapi harga pun tidak turun. Akan tetapi kemungkinan ia akan memberi kesan lain apabila pengecualian kabotaj dilaksanakan kerana industri perkapalan di Sabah dan Sarawak industri tempatan mungkin akan sedikit terjejas kerana memberi peluang kepada kapal-kapal asing untuk memberikan perkhidmatan. Jadi yang lain saya akan menjawab secara bertulis.

final • 3:20 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Tuan Yang di-Pertua, minta peluang. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tentang cabotage policy ini kita sudah maklum kepada polisi di Sabah telah dikecualikan pada 1st July tahun ini. Jadi kalau yang kita ikhlas mahu membantu Sabah dikecualikan ini cabotage policy mengapa ini permintaan rang undang-undang ini tidak ada satu syarat yang boleh menunjukkan ini cabotage policy yang dikecualikan.

Tentang ini sekarang semua undang-undang ini masih mengehadkan bagaimana foreign shipment boleh bagaimana download and upload barangan di pelabuhan masing-masing di Sabah dan Semenanjung di sini. Saya tidak fahamlah. Kita pun menunggu-nunggu hari tunggu fikir ini undang-undang adalah khasnya kepada cabotage policy tetapi tentang satu syarat pun tidak ada. Mengapa ini?

final • 3:20 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Yang Berhormat Sandakan, cabotage policy we have addressed earlier. Kita sudah selesaikan kerana permintaan oleh Ahli Yang Berhormat ialah supaya cabotage policy ini tidak diguna pakai di Sabah dan Sarawak.

Oleh sebab itu kita bagi pengecualian untuk Sabah dan Sarawak dan benda itu we have done our job.

Jadi rang undang-undang ini adalah mengenai rejim pendaftaran dan penswastaan dan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan kabotaj. Jadi saya tidak perlu jawab soalan Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya last, sedikit sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:20 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Jadi saya hendak menutup, Tuan Yang di- Pertua...

final • 3:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

No, no.

final • 3:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya cuma hendak dapatkan jawapan bertulis, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi dalam sesi ini sebab dahulu saya ada experience dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri terlupa soalan bertulis. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi undertaking dalam sesi ini?

Terima kasih, dua soalan saya. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 3:20 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Okey. I’ll take the undertaking. Tuan Yang di- Pertua, bagi pihak kementerian saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-

final • 3:20 PM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu berkaitan dengan Kementerian Pengangkutan dan saranan yang dikemukakan saya dan seluruh warga Kementerian Pengangkutan akan terus komited dan beriltizam untuk memastikan sistem pengangkutan pelbagai mod yang cekap, bersepadu, selamat, mampan dan mesra pengguna di negara ini. Sekian, terima kasih.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah rang undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 10 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin) dan diluluskan]

final • 3:20 PM
RANG UNDANG-UNDANG AGENSI KAWALAN SEMPADAN MALAYSIA 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Dalam Negeri - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 dibaca kali yang kedua sekarang.

final • 3:29 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini diwujudkan bagi memperkemaskan tindakan kawalan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di sempadan darat negara. Melalui rang undang-undang ini, satu agensi khusus dikenali sebagai Agensi Kawalan Sempadan Malaysia atau ringkasnya AKSEM diwujudkan bagi mengawal kegiatan penyeludupan atau aktiviti- aktiviti lain yang menyalahi undang-undang di sempadan darat negara. Pewujudan AKSEM akan dapat memperkukuhkan aktiviti kawalan dan penguatkuasaan yang dilaksanakan di sempadan darat negara melalui punca kuasa yang khusus bagi memastikan tindakan membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang dapat dilaksanakan secara lebih efektif.

Kerajaan memandang serius terhadap aktiviti penyeludupan dan aktiviti-aktiviti lain yang menyalahi undang-undang seperti kemasukan pendatang asing tanpa izin

(PATI) serta pemerdagangan manusia kerana bukan sahaja memberi kesan terhadap keselamatan negara tetapi juga boleh menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa. Aktiviti penyeludupan juga menyebabkan berlakunya ketirisan hasil negara ekoran penyeludupan barangan bersubsidi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertua, sempadan laut dan darat Malaysia yang luas merupakan antara cabaran utama kepada agensi-agensi penguatkuasaan dalam mengurus keselamatan sempadan. Senario penyeludupan pada hari ini berbeza berbanding pada masa dahulu disebabkan kesan daripada arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan.

Perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat misalnya menyebabkan aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan menjadi semakin kompleks. Penjenayah menjadi semakin licik dengan kegiatan jenayah yang terancang dan menggunakan pelbagai medium bagi mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa. Pada masa yang

final • 3:30 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

sama, perbezaan harga barangan di antara Malaysia dengan negara jiran seperti Thailand umpamanya dari segi barangan bersubsidi mendorong pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyeludup barangan terlarang.

Selain dari itu, Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur serta kedudukannya yang strategik di tengah-tengah ASEAN menjadikan ia sebagai tarikan utama kepada PATI dari pelbagai negara untuk masuk ke Malaysia sehingga membawa kepada berlakunya aktiviti pemerdagangan manusia. Dahulunya, aktiviti penyeludupan lebih tertumpu kepada barang keperluan asas seperti beras dan minyak masak. Namun senario penyeludupan pada ketika ini telah diperluaskan kepada kegiatan-kegiatan membawa dadah sintetik. Barangan subsidi seperti petrol dan diesel termasuk aktiviti jenayah rentas sempadan dan jenayah terancang seperti pemerdagangan manusia, pengubahan wang haram dan penyeludupan senjata api.

Dalam konteks pemerdagangan manusia, Malaysia telah dinaikkan ke tahap dua dalam laporan mengenai pemerdagangan orang atau US TIP Report 2017. Laporan ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika pada 27 Jun tahun ini, melibatkan penilaian terhadap 187 negara mengenai usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang melalui tiga komponen utama iaitu pendakwaan, perlindungan dan pencegahan.

Kedudukan ini adalah pencapaian terbaik di negara kita sejak tahun 2007 iaitu setelah negara mempunyai perundangan khusus mengenai pemerdagangan orang. Seterusnya, kewujudan laluan yang disebut sebagai laluan tikus di sempadan negara yang dijadikan untuk laluan PATI di mana mereka dibawa masuk di dalam negara ini di samping digunakan juga sebagai tempat laluan bagi kegiatan jenayah rentas sempadan.

Meningkatkan lagi cabaran penguatkuasaan di sempadan negara terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Justeru, kerajaan mengambil inisiatif untuk mewujudkan agensi khusus bagi, mengawal dan seterusnya membanteras kegiatan ini serta memperuntukkan kuasa yang bersesuaian bagi melaksanakan fungsi tersebut dengan berkesan. Kewajaran mengujudkan agensi khusus ini adalah untuk memperkasakan kawalan keselamatan di sempadan negara melalui koordinasi pengurusan sempadan yang lebih efektif dengan menggunakan prosedur operasi standard yang tunggal.

Tuan Yang di-Pertua, AKSEM diwujudkan dengan menaikkan taraf Unit Pencegahan Penyeludupan atau UPP yang sedia ada. UPP telah ditubuhkan pada 26 Jun 1976 sebagai satu unit bertindak yang bertujuan untuk membanteras kegiatan penyeludupan dan kemasukan secara haram pendatang asing di sempadan Malaysia- Thailand. UPP merupakan satu pasukan penguatkuasaan yang dibentuk melalui gabungan keanggotaan dari tiga agensi induk yang bertindak secara bersepadu iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Mandat penubuhannya adalah di bawah Majlis Keselamatan Negara iaitu melalui Arahan MKN No.15. UPP lebih merupakan strike force dengan izin dan melaksanakan pertanggungjawabannya berdasarkan kuasa-kuasa keanggotaannya yang mewakili agensi masing-masing.

Dari sudut perjawatan secara keseluruhannya UPP mempunyai 933 jawatan yang sedia wujud dalam tiga waran perjawatan yang berbeza iaitu masing-masing PDRM, Kastam dan Imigresen. Selain itu, kawasan pengoperasiannya juga terhad kepada kawasan yang tidak bertindih dengan kawasan penugasan agensi penguatkuasaan sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, melalui rang undang-undang ini yang saya bentangkan, fungsi AKSEM telah diperluaskan bagi melaksanakan kawasan di kawasan sempadan negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Fungsi ini membolehkan AKSEM melaksanakan operasi sehingga ke garis persempadanan negara bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang. Ini akan dapat memperkukuhkan lagi tahap kawalan keselamatan yang pada masa ini dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am

(PGA), Polis Diraja Malaysia serta Angkatan Tentera Malaysia. Bagi tujuan pengoperasian di Sabah dan Sarawak, AKSEM akan bekerjasama dengan rapat bersama-sama dengan pihak kerajaan negeri untuk meneliti kaedah terbaik pengoperasiannya termasuk mengenal pasti secara bersama kawasan-kawasan strategik yang akan dijadikan tumpuan operasi dan kawalan.

Pengoperasian AKSEM secara pentadbiran telah dilaksanakan mulai 2 November 2015 tanpa melibatkan pertambahan jawatan baru. Sebaliknya mengguna pakai jawatan daripada agensi sedia ada melalui kaedah dengan izin, redeployment. AKSEM dibentuk dengan memperkemaskan struktur pengurusannya serta memperkukuh kekuatan anggotanya melalui redeployment anggota serta penguatkuasaan sedia ada termasuk daripada PGA serta melalui kaedah National Blue Ocean Strategy (NBOS) ataupun dikenali sebagai Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

final • 3:30 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, melalui rang undang-undang ini, agensi-agensi yang membentuk AKSEM turut ditambah dengan melibatkan keanggotaan daripada enam agensi iaitu PDRM, Imigresen, Kastam, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, juga mungkin Angkatan Pertahanan Awam dan jika bersesuaian juga RELA akan turut dimasukkan. Malah peruntukkan dalam rang undang-undang ini juga membenarkan mana-mana pegawai awam lain dilantik bagi menyertai AKSEM mengikut keperluan.

Justeru, kekuatan AKSEM akan dapat terus diperkasakan dengan penglibatan agensi lain dari semasa ke semasa mengikut keperluan strategi ini. Strategi ini penting bagi memastikan kawalan dan penguatkuasaan yang lebih holistik dapat dilaksanakan secara bersepadu untuk memastikan kawasan sempadan darat negara terpelihara daripada

final • 3:30 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Salah satu inisiatif terbaru yang diaplikasikan dalam pengoperasian AKSEM adalah dengan menetapkan had tertentu bagi anggota yang bertugas di lapangan. Agar tidak terlalu lama ditugaskan di sesuatu kawasan sehingga terdedah kepada risiko ancaman rasuah. Justeru, kaedah pusingan kerja di kalangan anggota operasi yang terlibat akan diguna pakai.

Tuan Yang di-Pertua, sejak penubuhan AKSEM, AKSEM telah berjaya melaksanakan fungsinya dengan cukup berkesan, di mana pada tahun pertama pengoperasiannya iaitu pada tahun 2016, nilai rampasan barangan yang diperoleh oleh AKSEM ialah sebanyak RM38.6 juta, berbanding dengan hanya RM18.2 juta pada tahun 2014 iaitu sebelum AKSEM diwujudkan secara pentadbiran.

Malah, bagi tempoh separuh pertama pada tahun ini iaitu mulai Januari hingga Jun, AKSEM telah berjaya mencatat nilai rampasan barangan sebanyak RM18.6 juta, di mana angka ini melebihi nilai rampasan setahun oleh UPP pada tahun 2014. Momentum kejayaan ini diyakini akan terus menunjukkan impak yang lebih baik melalui mandat yang dicadangkan dalam Rang Undang-undang AKSEM ini.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini juga memperuntukkan perwujudan dua Jawatankuasa Khas iaitu Jawatankuasa Penyelaras dan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi yang terdiri daripada pengerusi serta anggota dari pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Jawatankuasa Penyelaras ini bertanggungjawab merumus semua program pencegahan penyeludupan, memantau dan mengawal kegiatan penyeludupan serta memperakukan syor kepada Jawatankuasa Peringkat Tertinggi untuk dipertimbangkan pelaksanaannya.

Manakala, Jawatankuasa Peringkat Tertinggi akan menimbang dan meluluskan syor yang dibuat oleh Jawatankuasa Penyelaras, selain bertindak memutuskan apa-apa perkara yang berhubung dengan keselamatan sempadan darat negara. Justeru, perwujudan kedua-dua jawatankuasa ini akan menyediakan ruang kepada pelbagai pihak, khususnya agensi-agensi penguat kuasa yang berkaitan untuk sama-sama memberikan pandangan dan berkongsi pengalaman serta kepakaran bagi menentukan usaha pencegahan yang bersesuaian serta tindakan penguatkuasaan yang lebih mantap untuk dilaksanakan.

Berikutan itu, struktur baru yang diwujudkan melalui Rang Undang-undang AKSEM ini adalah lebih fleksibel dan membolehkan tindakan pengukuhan dilaksanakan dari semasa ke semasa. Sama ada dari aspek kekuatan keanggotaan mahupun pelaksanaan dasar-dasar baharu yang ditetapkan bagi menambah baik langkah kawalan serta pencegahan yang dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, satu SOP atau prosedur operasi standard tunggal akan diwujudkan untuk penyediaan sebagai rujukan yang terpiawai atau rujukan standard bagi agensi-agensi penguat kuasa yang beroperasi di sempadan darat negara. Prosedur ini akan dapat memperkemaskan lagi bentuk tindakan dan pengoperasian yang dijalankan bagi meningkatkan lagi keberkesanan kawalan dan tahap keselamatan di sempadan.

Justeru, adalah diyakini melalui inisiatif-inisiatif baharu yang dimasukkan ke dalam Rang Undang-undang AKSEM ini akan dapat memperkasakan lagi usaha-usaha mempertingkatkan tahap kawalan keselamatan di sempadan. Sekali gus membendung aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di sempadan darat negara. Tuan Yang di- Pertua, Rang Undang-undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 ini terbahagi kepada tujuh bahagian, yang mengandungi 30 fasal. Huraian terperinci mengenai rang undang-undang ini adalah seperti berikut:

Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 yang dicadangkan “Akta yang dicadangkan” bertujuan untuk menubuhkan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia yang

final • 3:40 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

akan digunakan khidmatnya bagi mengawal keselamatan sempadan darat Malaysia daripada apa-apa kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain yang menyalahi undang- undang negara. Elemen-elemen utama dalam rang undang-undang ini memperuntukkan butir-butir seperti berikut:

Bahagian I Akta yang dicadangkan memperkatakan perkara permulaan.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas Akta yang dicadangkan dan memberi Menteri kuasa untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan.

Fasal 2 mengandungi takrif perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta yang dicadangkan.

Bahagian II Akta yang dicadangkan mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan penubuhan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia dan fungsinya.

Fasal 3 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Agensi.

Fasal 4 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsi Agensi.

Bahagian III Akta yang dicadangkan mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan penubuhan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi, mesyuarat dan fungsinya.

Fasal 5 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi.

Fasal 6 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi.

Fasal 7 bertujuan untuk mengadakan peruntukan berkenaan dengan fungsi Jawatankuasa Peringkat Tertinggi untuk menimbang teliti dan memutuskan syor yang dibuat oleh Jawatankuasa Penyelaras dan Agensi atau perkara yang berhubungan dengan keselamatan sempadan darat.

Bahagian IV Akta yang dicadangkan mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan penubuhan Jawatankuasa Penyelaras, mesyuarat dan fungsinya Fasal 8 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Jawatankuasa Penyelaras.

Fasal 9 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras.

Fasal 10 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsi Jawatankuasa Penyelaras dan bagi maksud itu, Jawatankuasa Penyelaras mempunyai kuasa untuk menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Jawatankuasa Penyelaras untuk membantu Jawatankuasa Penyelaras menjalankan fungsinya.

Bahagian V Akta yang dicadangkan mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan pelantikan Komisioner Jeneral, Timbalan-timbalan Komisioner Jeneral, pembatalan dan peletakan jawatan Komisioner Jeneral, pelantikan pegawai lain Agensi dan kuasa pegawai Agensi.

Fasal 11 bertujuan untuk memberi Yang di-Pertuan Agong kuasa untuk melantik Komisioner Jeneral, dan Menteri untuk melantik Timbalan Komisioner Jeneral dalam kalangan pegawai awam.

Fasal 12 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pembatalan dan peletakan jawatan Komisioner Jeneral.

Fasal 13 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pelantikan pegawai lain Agensi untuk melaksanakan peruntukan Akta yang dicadangkan ini. Pegawai lain Agensi hendaklah dilantik dalam kalangan pegawai awam termasuk pegawai polis, pegawai kastam, pegawai imigresen, pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan, pegawai Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dan mana-mana pegawai awam lain yang difikirkan suai manfaat oleh Menteri. Fasal ini juga mengenakan kewajipan ke atas pegawai lain Agensi untuk tertakluk kepada arahan, perintah, kawalan dan pengawasan Komisioner Jeneral atau mana-mana pegawai lain Agensi yang lebih tinggi pangkat daripadanya.

Fasal 14 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kuasa pegawai Agensi Fasal 15 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perakuan pelantikan yang dikeluarkan dalam bentuk kad kuasa kepada pegawai Agensi.

final • 3:40 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Bahagian VI Akta yang dicadangkan mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan peruntukan am.

Fasal 16 memperkatakan peruntukan yang berhubungan dengan pakaian seragam dan kelengkapan dan fasal 17 mengenakan kewajipan ke atas pegawai Agensi untuk mengembalikan apa-apa pakaian seragam dan kelengkapan apabila dia berhenti menjadi pegawai Agensi.

Fasal 18 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan penyamaran.

final • 3:40 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Fasal 19 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pangkat pegawai Agensi dan memberi Menteri kuasa untuk meminda Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam warta.

Fasal 20 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi memulakan pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta yang dicadangkan.

Fasal 21 bertujuan untuk memperkatakan peruntukan yang berhubungan dengan kewajipan mengekalkan kerahsiaan.

Fasal 22 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan Agensi, mana-mana jawatankuasa, mana-mana pegawai Agensi, anggota jawatankuasa, atau kakitangan entiti kerajaan lain berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian, keingkaran atau peninggalan yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.

Fasal 23 menyatakan bahawa pegawai Agensi atau anggota jawatankuasa atau kakitangan entiti kerajaan lain disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan atau Akta 574.

Fasal 24 bertujuan untuk memberikan perlindungan yang diperuntukkan dalam Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 atau Akta 198 terhadap apa-apa tindakan guaman, pendakwaan atau prosiding kepada Agensi, jawatankuasa, pegawai Agensi atau anggota jawatankuasa, atau kakitangan entiti kerajaan lain; Fasal 25 bertujuan untuk memberi Komisioner Jeneral kuasa untuk mengeluarkan perintah pentadbiran yang disebut perintah tetap, yang selaras dengan peruntukan Akta ini, tentang kawalan am, latihan, tugas dan pertanggungjawaban pegawai Agensi dan bagi apa-apa perkara lain yang perlu atau suai manfaat untuk pentadbiran baik Agensi atau bagi mencegah penyalahgunaan kuasa atau pengabaian tugas dan pada amnya untuk memastikan Agensi berfungsi dengan cekap dan berkesan.

Fasal 26 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan pemberi maklumat di bawah Akta yang dicadangkan dan fasal 27 memperkatakan keterangan ejen provokasi yang boleh diterima.

Fasal 28 bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan- peraturan di bawah akta yang dicadangkan.

Bahagian VII Akta yang dicadangkan mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan peruntukan kecualian dan peralihan.

Fasal 29 dan 30 bertujuan untuk mengadakan peruntukan kecualian dan peralihan berhubungan dengan jawatankuasa dan Unit Pencegahan Penyeludupan yang sedia ada yang ditubuhkan masing-masing di bawah Arahan No. 15 Majlis Keselamatan Negara dan Kerajaan Persekutuan.

Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Saya serahkan kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

final • 3:50 PM

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia, mengawal keselamatan sempadan darat Malaysia daripada apa-apa kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya memang mengalu-alukanlah rang undang-undang seumpama ini sebab kita melihat secara umum mana-mana negara yang perbatasannya atau sempadannya tidak terkawal, mudah dibolosi, mudah dicerobohi, maka negara itu akan menjadi lumpuh dan menjadi negara yang mudah diadu domba oleh mana-mana pihak yang tidak kita ingini.

Justeru itu, Akta Agensi Kawalan Sempadan 2017, pada saya, merupakan suatu akta yang boleh menjamin sekurang-kurangnya memberi jaminan keselamatan bukan hanya kepada negara, kepada masyarakat tetapi juga kepada pemimpin- pemimpin pembangkang yang pun tidak berapa bersama dengan kita, mereka juga dijamin keselamatannya. Inilah keistimewaannya akta ini. Mana-mana individu sekali pun dijamin keselamatan di mana sahaja dia pergi...

[Disampuk] Dengarlah dulu.

Apa yang kita lihat, selama ini negara kita, kita berbincang setiap hari soal...

final • 3:53 PM

Seorang Ahli

1MDB.

final • 3:53 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

...Penagihan dadah.

final • 3:53 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan, duduk dahulu. Kalau ada lagi hujah seperti begitu tanpa kebenaran daripada saya, saya tidak akan bagi warning lagi, saya minta untuk keluar. Saya serius. Sila Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:53 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:53 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Kinabatangan, boleh tanya soalan?

final • 3:53 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Baru mukadimah.

final • 3:53 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Boleh ya? Tadi kata Yang Berhormat Kinabatangan bahawa akta ini baik termasuk hendak membela pembangkanglah. Tetapi saya hendak tanya satulah, di Parlimen ini, Ahli Parlimen pembangkang pun tidak selamat, macam mana dekat sempadan lagi? Tengok Yang Berhormat Shah Alam. Mana selamat? So, macam mana jawapannya?

final • 3:53 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya boleh jawab.

Masalah keselamatan negara dan keselamatan individu itu berbeza. Di Parlimen ini, dia tidak selamat sebab mulut dia terlampau lancang...

[Ketawa] Celupar. Jadi, mulut celupar ini biasalah, apabila...

final • 3:53 PM

Seorang Ahli

[Bangun]

final • 3:53 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ha, tengok. Sudah berdiri dia. Belum kita minta... Biar saya hujah dahulu akta yang sebenarnya baru kita...

Tuan Yang di-Pertua, kita lihat bagaimana hari-hari kita berbicara soal penagihan dadah berleluasa. Ada sahaja peningkatan penagih dadah ini meningkat. Dari mana sumber dia? Saya tidak nampak kita ada menanam ganja di negara ini, saya tidak nampak, tetapi dadah diproses di dalam negara kita ini dihantar ke luar negara dan diguna pakai oleh masyarakat setempat sudah menjadi bahana ataupun beban kepada masyarakat negara kita.

Justeru itu, saya yakin dan percaya dengan adanya Akta AKSEM ini, ia akan dapat menurunkan kadar penggunaan dadah di negara kita ini. Mulai daripada akta ini kita luluskan, saya pun ingin memantau sejauh mana dia punya KPI untuk penurunan dadah ini.

Juga, pada saya, kita juga melihat bahawa di negara kita ini sebenarnya kita juga dilonggokkan dengan senjata-senjata berbahaya dan senjata ini digunakan untuk membunuh orang-orang tertentu dan ini, pada saya, merupakan suatu perbuatan yang tidak baik dan perlu ada pencegahannya.

Justeru itu, di atas kebijaksanaan kerajaan dan pemimpin— Menteri Dalam Negeri kita begitu serius menangani isu-isu seumpama ini— saya percaya bahawa akan banyak perkara-perkara yang negatif dapat kita halang, dapat kita kekang daripada membolosi sempadan negara kita. Apa yang penting, akta ini juga harus diselaraskan

final • 3:53 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

dengan kesungguhan, dengan komitmen yang tinggi daripada pasukan-pasukan yang kita beri amanah sebab mereka ini adalah orang yang bertanggungjawab kita amanahkan beban di bahu mereka. Jangan nanti pula seperti pepatah mengatakan ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.

Saya bersetuju dengan Yang Amat Berhormat tadi bahawa anggota-anggota ini tidaklah dihasratkan untuk bertugas lama di situ. Sebab, kebiasaannya apabila anggota enforcement ini, penguat kuasa ini duduk lama, maka dia sudah boleh merancang sesuatu yang tidak baik. Persepsi seumpama ini harus kita singkir daripada pasukan AKSEM ini sebab mereka adalah anggota-anggota yang rasa saya terpilih yang duduk di situ mengawal sempadan kita. Kalau kita lihat bagaimana anggota-anggota sempadan di antara India dengan Pakistan, mereka menggadai nyawa, mereka sanggup mati mempertahankan sempadan mereka sebab sempadan itu kepada mereka adalah kedaulatan negara mereka. Jadi, kita mahu anggota kita juga bersikap sedemikian, berintegriti tinggi, sanggup berkorban mempertahankan maruah negara, bangsa kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidaklah berpanjang lebar sebab akta ini begitu...

final • 3:53 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat, minta penjelasan.

final • 3:53 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Minta laluan.

final • 3:53 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sekejap. Dia dulu, baru...

final • 3:53 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya rasa sekatan-sekatan yang dilakukan di sempadan ini hendak salahkan agensi ini tidak patut. Saya rasakan agensi-agensi kita dan kerajaan kita mengambil berat tentang isu ini dan memang ada penangkapan-penangkapan yang dilakukan.

Masalah yang selalu dibangkitkan adalah pendakwaan di mahkamah. Dia ada dua aspek, satu adalah penangkapan, pemantauan dan sebagainya, satu lagi bahagian adalah membawa orang-orang, pesalah-pesalah ini yang melakukan kegiatan di sempadan, kegiatan negatif jenayah di sempadan dan mendakwa mereka di mahkamah.

Kini agensi ditubuhkan dan agensi diberi kuasa seolah-olah pegawai polis macam lagi sekali kita ulangi, penangkapan ini ada, tetapi separuh jalan. Bagaimana pula kuasa hendak bawa ke mahkamah, hendak dakwa dan sebagainya. Itu yang saya rasa sesuatu yang belum lagi terjawab, adakah dengan adanya rang undang-undang ini kita akan juga meliputi suasana di mana orang-orang yang bersalah ini dibawa ke mahkamah dan pendakwaan dilakukan, jangan separuh jalan sahaja. Saya rasa agensi-agensi yang sedia ada mantap. Masalah kita adalah, pelaksanaan undang-undang di peringkat kedua iaitu membawa mereka ke mahkamah dan mendakwa mereka. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

final • 4:00 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Kalau kita lihat di sempadan negara khususnya di pintu masuk negara.

Sebenarnya sudah banyak agensi dan juga jabatan yang sedang bertugas. Jadi apakah pandangan perwujudan AKSEM ini akan menyebabkan pertindihan kuasa dengan jabatan dan agensi yang sedia ada. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Kinabatangan satu minit, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang tertarik dengan pandangan Yang Berhormat dan juga mukadimah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, dan saya memang fikir rang undang-undang ini adalah bagus untuk negara dan juga akan memberi perlindungan kepada negara. Akan tetapi saya ada beberapa soalan mungkin Yang Berhormat boleh menjawab ataupun boleh dipanjangkan kepada pihak menteri. Ini berkait dengan perjumpaan mass graves di Wang Kelian pada tahun 2015, di mana kita dapati 106 orang, mereka mungkin adalah PATI atau mungkin orang yang di bawa smuggling atau pun trafficking yang ditanam di bawah tanah, mass graves lah.

Akan tetapi di Thailand sebenarnya kita nampak bahawa general army itu telah ditangkap bukan sahaja diheret ke mahkamah, sekarang di jail, sentenced 40 years I think in jail. Akan tetapi di Malaysia kita nampak bahawa tidak ada apa-apa enforcement officers yang telah dibawa ke mahkamah, seperti yang telah dilontarkan oleh Kapar. So soalan saya adalah, kita ada enforcement agency. Sekarang satu lagi, tetapi apakah impact mereka untuk mengatasi masalah yang sedia ada seperti trafficking dan juga kepada smuggling minta pandangan.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, ada tiga persoalan yang berbeza. Iaitu pertama berhubung dengan

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

pendakwaan dan saya pun ada kewajaran jugalah pertanyaan ini dilontarkan dan saya minta memasukkan hujah daripada Kapar ini supaya Yang Berhormat menteri boleh menjawab.

final • 4:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Juga Klang lah.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, dan tugas rasa saya tidak timbul, sebab apa ini, ia merupakan satu blue ocean strategy yang dirancang melalui AKSEM ini, dan ini rasa saya boleh mengelak daripada pertindihan, apa ini cara bekerja itu.

Seterusnya apa ini daripada Klang soal seperti berlaku di Perlis, rasa saya Yang Amat Berhormat Menteri ada jawapan dia, sebab tentu ada perkara-perkara yang mungkin ingin disampaikan mengapa tidak ada pendakwaan yang dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang menjadi rasa saya, apa yang menjadi tonggak kepada akta ini iaitu kesungguhan kita untuk membanteras anasir-anasir luar menceroboh sempadan kita. Saya juga ingin mencadangkan, bukan sahaja kawasan- kawasan di darat, bahkan kawasan di lautan pun harus diperketatkan. Contohnya di Sabah melalui ESSCOM dan sebagainya. Ini kalau boleh juga, di Sabah ini pun, di Sandakan ini longgokan pengedaran dadah ini Tuan Yang di-Pertua tidak berhenti. Saya ingat sudah 17 kali berhujah di dewan ini isu pengedaran dadah, di Kinabatangan yang terpencil jauh di pedalaman pun ada juga, apa ini pengedar-pengedar dadah ini yang kecil-kecilan, ada yang ditangkap, tetapi kita tangkap pengedar yang kecil-kecilan, yang punya king pin tidak dapat kita tangkap lagi.

Jadi ini memerlukan juga Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri memerlukan kita punya fokus, ke arah bagaimana pencegahan ini kita cuba laksanakan secara total supaya negara kita ini mungkin menjelang 2019 kita zero daripada penggunaan dadah dan negara kita selamat sama ada di luar mahupun di Dewan Rakyat ini semuanya selamat tidak ada yang boleh diganggu gugat termasuk Shah Alam yang rasa diri dia tidak selamat, saya memberi jaminan ini, Insya-Allah Shah Alam akan selamat pada masa akan datang, kalau menang lagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 4:00 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 4:00 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Rang undang-undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dia atas usaha kerajaan untuk menambahkan lagi keberkesanan pengawalan keselamatan di sempadan, kalau di kawasan saya terutama dengan sempadan negara Thailand. Jadi kita mengharapkan semoga semua kawasan sempadan kita terkawal dan tidak terus-menerus berlaku masalah penyeludupan, masalah pencerobohan dan sebagai mana yang boleh mengancam keselamatan rakyat negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin penjelasan apakah kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti sehingga kerajaan mewujudkan agensi kawalan sempadan yang sebelum ini kita sudah ada Unit Pencegah Penyeludupan yang telah sekian lama beroperasi dan apakah kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti. Sehingga kini berapakah kekuatan anggota kita di bawah AKSEM ini. Sejauh mana penglibatan golongan pasukan-pasukan termasuk yang disebutkan Yang Berhormat Menteri tadi, iaitu ia melibatkan PDRM, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Agensi Antidadah Kebangsaan, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara termasuk juga dengan Rela dan sebaginya. Kita ingin tahu berapa banyak kekuatan tenaga yang terlibat di seluruh negara.

Saya ingin penjelasan juga ialah berkaitan dengan kebajikan, terutama dengan pegawai-pegawai agensi. Oleh sebab kita tahu dalam berdepan dengan isu penyeludupan ini bukan satu isu mudah, kita berdepan dengan golongan-golongan yang

final • 4:06 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

memang mahir dari sudut macam mana untuk memastikan barang-barang yang mereka seludup tidak dapat dihidu ataupun dikesan oleh pihak penguat kuasa. Jadi sudah tentulah aktiviti ini menjadi satu aktiviti yang cukup mencabar dan ada yang boleh membawa kepada ancaman nyawa kepada kakitangan yang terlibat.

Sejauh mana kebajikan ataupun penguat kuasa yang terlibat ini diberi perhatian untuk memastikan mereka mendapat perlindungan dan kebajikan mereka terbela. Saya merujuk kepada kes berlaku pada tahun 2016, pada 8 Oktober 2016, di mana seorang pegawai kanan kastam di Rantau Panjang yang bernama Allahyarhamah Puan Anisah Ali yang memang di antara salah seorang pegawai wanita kastam yang sangat cekal di Rantau Panjang, yang banyak memberi kejutan ataupun yang menggerunkan penyeludup-penyeludup dan kita tahu kes ini berlaku dan sampai hari ini, kes ini masih lagi tidak diselesaikan di Mahkamah dan saya dapat makluman daripada keluarga terdekat beliau sehingga anak beliau masih lagi dalam keadaan trauma tidak dapat meneruskan pembelajaran kerana rasa tidak puas hati. Oleh sebab suspek yang dikatakan terlibat dengan kes ini sudah dibebaskan tanpa bicarakan dan tanpa dibawa ke mahkamah. Jadi saya ini tahu apakah kedudukan kes ini, kenapa kes ini tidak diselesaikan di mahkamah, supaya mereka insaf dan perkara ini boleh memberi pengajaran kepada golongan yang lain.

final • 4:06 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Oleh sebab dalam melaksanakan tugas ini, kita semua tahu sudah tentulah cabarannya cukup banyak. Sekiranya perkara ini tidak diselesaikan dengan baik, ia boleh memberi kesan terutama kepada pegawai-pegawai lain yang mungkin terlibat dalam usaha membanteras penyeludupan ini. Ini sebab seolah-olah mereka tidak ada pembelaan sekiranya mereka berdepan dengan pelbagai kemalangan yang tidak diingini.

Jadi saya ingin tahu, sejauh mana perkara ini diselesaikan dan sejauh mana kedudukan kes ini. Saya ingat perkara ini dalam pengetahuan Yang Berhormat Menteri.

Saya ingin tahu juga tentang berkaitan dengan masalah prasarana yang telah disediakan oleh kerajaan untuk memastikan keberkesanan pasukan pencegah keselamatan kita termasuk kamera litar tertutup (CCTV), termasuk juga pagar keselamatan, mesin pengimbas ataupun apa-apa sahaja perkara peralatan canggih yang perlu. Sebab berhadapan dengan musuh yang mempunyai pelbagai peralatan canggih, sudah tentulah mereka akan menggunakan pelbagai cara. Kita tengok yang terbaru ini macam mana penyeludup dadah boleh masukkan dadah dalam ayam hidup. Jadi perkara ini kita pun tidak terfikir.

Jadi mungkin ada lagi perkara-perkara yang mungkin– alat-alat yang canggih sangat perlu dalam memastikan penyeludupan ini tidak boleh bolos dengan mudah. Apa lagi kalau di Rantau Panjang, kita ada lebih kurang 95 kilometer kawasan yang begitu mudah terdedah dengan suasana penyeludupan. Jadi, macam manakah cadangan kerajaan untuk memastikan perkara ini tidak berlaku.

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Apa yang saya hairankan ialah juga masalah penyeludupan senjata. Macam mana begitu mudah berlaku.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tumpat bangun.

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Boleh?

final • 4:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Ya, sila.

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tentang prasarana, tentang Rantau Panjang, persamaannya sangat-sangatlah rapat dengan kawasan saya Tumpat Yang Berhormat, di mana kita mengharapkan dalam melaksanakan matlamat baru atas nama AKSEM ini, prasarananya mencukupi, prasarananya efisien dan prasarananya tidak akan mengakibatkan kesulitan kepada rakyat.

Sebagaimana Yang Berhormat Rantau Panjang alami dan saya juga begitu.

Walaupun sempadan, walaupun negara lain Malaysia-Thailand tetapi rakyatnya hampir- hampir sama dari segi banyak aspeknya dan yang lebih penting lagi, hubungan di antara rakyat dengan rakyat antara dua sempadan ini amat rapat, sama ada dari segi kekeluargaan ataupun dari segi hubungan perniagaan harian di antara rakyat di kedua- dua pihak di sempadan ini.

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Jadi jika pelaksanaannya, prasarananya tidak efisien, jika rakyat yang ingin berniaga terpaksa beratur queue panjang-panjang, melambatkan mereka daripada melepasi checkpoints dan sebagainya, ini mempunyai kesan yang negatif kepada kemajuan rakyat ini, kemajuan ekonomi negara dan ekonomi negeri kita di Kelantan ini.

Jadi, saya harap Yang Berhormat juga dapat menyokong dan menekankan kepada Yang Amat Berhormat Menteri kita ini supaya biarlah pejabatnya baik, anggota AKSEM ini mencukupi supaya ia dapat mencapai matlamat untuk mencegah penyeludupan, pemerdagangan manusia dan sebagainya. Akan tetapi, dalam masa yang sama memastikan bahawa kehidupan seharian, perniagaan seharian, pergerakan seharian di antara sempadan kita dengan Thailand ini tidak terjejas, malah menjadi lebih efisien lagi. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat dan saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat dan saya masukkan dia sebahagian daripada ucapan saya. Saya juga mengharapkan supaya perhatian diberi oleh kerajaan dalam mengimbangi masalah kita mengekang penyeludupan. Di samping yang sama, kita kena pastikan keperluan sumber kehidupan seharian rakyat di sekitar sempadan ia bergantung dengan perniagaan ataupun secara kecil-kecilan yang mereka hidup seolah-olah ‘kais pagi makan pagi’. Jadi perkara itu perlu dinilai supaya kita tidak mahu mereka kehilangan punca pendapatan.

Saya juga bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat tadi supaya kemudahan-kemudahan terutama di kawasan sempadan hendaklah dilihat. Saya bagi contoh Jambatan Muhibah yang menghubungkan antara Rantau Panjang dan pekan Golok yang sekian lama yang telah dijanjikan untuk dibina atau diperbaharui untuk di- upgradekan ...

[Disampuk] Ya, sama Pengkalan Kubor dan sampai hari ini kita nampak tidak ada apa-apa perubahan. Sedangkan kita lihat terutama di musim perayaan ataupun di musim-musim cuti, terlalu jammed kawasan dan sudah tentulah akan menyebabkan suasana yang tidak selesa terutama apabila rakyat antara kedua-dua negara untuk berulang-alik sebab kebanyakan mereka mempunyai saudara mara dan keluarga. Ada yang mereka bekerja di Malaysia, ada yang dari negara kita bekerja di sana. Jadi di sini kita perlu kepada kemudahan asas yang selesa dan mencukupi. Bukan sahaja kita hendak pada kawalan keselamatan tetapi kemudahannya mencukupi untuk rakyat supaya dapat hidup dengan selesa. Kita mahukan kebajikan rakyat dipelihara.

Begitu juga saya ingin tahu terutama di musim banjir ataupun berlakunya musim tengkujuh, musim banjir besar, sudah tentulah kawasan sempadan tidak boleh dikawal lagi. Ketika itulah begitu mudah terutama penyeludup-penyeludup mengambil kesempatan di musim banjir dengan membawa barangan penyeludupan dengan perahu dengan bot yang payah kita hendak kawal dengan keadaan yang demikian. Jadi, apakah persiapan-persiapan pihak agensi untuk memastikan kesempatan di musim sebegini yang hampir berlaku setiap tahun, tidak diambil kesempatan oleh golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab? Jadi saya harap perkara ini diberi perhatian oleh pihak kerajaan.

Begitu juga saya ingin tahu ialah tentang sejauh mana kerjasama dengan agensi penguat kuasa negara jiran. Ini sebab kita tahu apa-apa jua barang yang hendak diseludup kepada negara kita, ia adalah datang daripada negara jiran. Kalau dadah negara kita menjadi transit kepada negara yang seterusnya. Jadi maknanya, apakah kerjasama yang telah dibuat dengan agensi penguat kuasa negara jiran untuk memastikan supaya penguatkuasaan ini bukan sahaja di sempadan tetapi di negara pertama sebelum sampai ke negara kita. Ini perlu diberi perhatian untuk memastikan supaya mereka yang tidak bertanggungjawab ini tidak dapat lalu atau lolos begitu mudah.

Begitu juga berkaitan dengan rasuah. Ini di antara isu yang paling saya bimbangi sebagai mana yang kita sebut, Yang Berhormat Kinabatangan sebut tadi ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. Jangan jerung sahaja yang dibebaskan, ikan bilis yang ditangkap. Seolah-olah macam itulah. Maknanya kita tidak mahu penyeludupan yang kecil-kecil ini diambil perhatian, diberi penguatkuasaan tetapi kita tengok bagaimana penyeludupan besar-besaran mungkin terlepas.

Jadi, kita mahu perkara ini diberi perhatian oleh pihak agensi dan kita tidak mahu berlakunya rasuah. Apa yang saya tinjau daripada pengalaman saya berdepan dengan isu-isu penyeludupan di sempadan ini, ada di kalangan mereka mengatakan mereka bayar bulan kepada pihak-pihak tertentu terutama di golongan orang atasan.

Bayangkan kalau bayar RM5,000, RM10,000 sebulan, bukan bayar hari. Macam mana hendak kawal sempadan? Jadi maknanya walaupun kita faham apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri ada pertukaran jawatan dalam tempoh yang terhad, maknanya dua tahun ataupun satu tahun ataupun enam bulan tukar, tetapi adakah itu penyelesaian?

final • 4:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Jadi saya harap maknanya, selain daripada kita menguatkuasakan undang- undang, bekalan, persiapan ilmu, persiapan kesedaran, persiapan tanggungjawab duit rasuah ini adalah duit yang haram bagi kita orang Islam. Maknanya segala perkara yang boleh menjadi benteng kepada pegawai-pegawai agensi itu supaya tidak terlibat dengan rasuah, hendaklah diterapkan dalam jiwa pelaksana ini supaya memastikan mereka tidak terlibat dengan rasuah walaupun satu sen. Kalau tidak, tidak ada erti kita menubuhkan pelbagai agensi tetapi kerana tidak ada sifat integriti yang ada dalam diri pelaksana, akhirnya dia hancur berkecai. Jadi...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Katil bangun Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Ya, terima kasih. Boleh.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Katil dia jauh dari sempadan.

final • 4:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Ada juga Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang yang memberikan laluan kepada saya. Saya tertarik dengan pandangan mengenai rasuah di dalam tajuk penyeludupan yang dibangkitkan. Akan tetapi peringkat awal saya ingin maklumkan dalam Dewan, saya ingin alu-alukan kehadiran rakan-rakan peguam ataupun bakal peguam di bawah C4 iaitu satu pertubuhan yang memberikan tumpuan combat cronyism dan sebagainya yang hadir ke dalam Dewan pada petang ini.

[Tepuk]

final • 4:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Di dalam pelbagai unit seperti mana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat tadi seperti kastam, polis, Unit Pencegah Penyeludupan adakah Yang Berhormat sedar bahawa dalam setiap organisasi itu dia ada unit risikan dia? Apakah ini satu pendekatan yang boleh menghalang kegiatan rasuah secara maksimum iaitu dengan melipatgandakan ataupun menyepadukan unit risikan dalam pelbagai agensi ini agar satu usaha yang bersama dapat digembleng bagi menjayakan misi menangani kegiatan rasuah dan memburu para penyeludup ini. Apa pandangan Yang Berhormat Rantau Panjang? Terima kasih.

final • 4:20 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil dan saya masukan sebahagiannya daripada ucapan saya.

Saya ingin pihak Menteri menjawab, sejauh mana keberkesanan unit risikan yang sudah sedia wujud di dalam agensi-agensi kita. Kenapakah masih wujud lagi perkara-perkara yang melibatkan rasuah dan sebagainya yang kita tidak inginkan perkara itu berlaku terus menerus yang boleh menghancurkan hasrat dan matlamat yang baik yang kita cuba laksanakan. Insya-Allah. Saya ingin menyentuh juga selain daripada isu rasuah ialah isu penguatkuasaan yang agak longgar selain daripada apa yang disebut oleh Yang Berhormat sebelum ini berkaitan dengan penyeludupan sama ada pemerdagangan manusia, termasuk juga pelanggaran peraturan yang saya acap kali juga bangkitkan di Dewan. Pelanggaran peraturan yang kita sendiri telah sedia letakkan peraturan kemasukan kereta-kereta asing ke dalam negara kita. Kemasukan kereta-kereta kenderaan daripada negara jiran ada mengikut peraturan-peraturan tertentu. Akan tetapi perkara terus berlaku pelanggaran sehingga boleh membawa kepada menjejaskan pendapatan, memberi saingan kepada industri teksi, industri kereta sewa dalam negara kita sendiri.

Walaupun perkara-perkara ini mungkin berlainan fungsi dan daripada kementerian yang kita bincangkan tetapi di sini saya bagi contoh ialah kelemahan penguatkuasaan yang kita ada, yang menyebabkan kenapa mereka boleh begitu megah masuk dengan seolah-olah bebas tidak ada kawalan. Sedangkan rakyat kita tidak boleh berbuat demikian di dalam negara jiran. Jadi perkara ini saya harap tidak berlaku dalam isu berkaitan dengan kawalan agensi sempadan ini supaya kita melihat benar-benar apa yang kita rancang ini benar-benar terlaksana dan benar-benar dapat dilaksanakan mengikut agenda yang kita telah tetapkan.

Saya ingin tahu juga tentang apa yang disebutkan tadi ialah pelantikan satu jawatan yang dipanggil commissioner, commissioner general. Apakah syarat-syarat pelantikan ini? Siapakah mereka yang boleh kita lantik sebagai ketua ataupun timbalan commissioner general di bawah agensi ini? Apakah syarat-syaratnya? Begitu juga tentang fasal yang berkaitan dengan pakaian seragam. Disebutkan di sini pakaian

final • 4:20 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

seragam apabila diberhentikan maknanya dikembalikan. Jadi, apa perlunya pasukan seragam? Sebab agensi-agensi yang terlibat ini kita tengok sama ada PDRM ataupun daripada RELA ataupun daripada agensi-agensi yang disebutkan terlibat semuanya adalah pasukan yang beruniform.

Jadi, kenapa kita perlu lagi pasukan seragam yang lain? Mungkin ini saya tidak jelas dan sudah tentulah dia boleh menyebabkan beban kos tambahan kepada kerajaan dan saya ingin tahu juga berapakah kos anggaran yang terlibat dalam pelaksanaan ini yang dianggarkan untuk– dalam melaksanakan program ini terutama dari sudut pengoperasiannya. Apakah dia akan melibatkan kos ataupun beban kepada negara kita?

Jadi dengan itu Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Tinggi.

final • 4:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana mengizinkan saya untuk berbahas dalam Rang Undang-undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017. Pertamanya saya rasa undang-undang ini memang sesuai dan bertepatan dan saya semalam, saya ada bercerita berhujah mengenai Ordinan Perkapalan Saudagar di mana konsepnya sama, di mana negara kita menjadi satu tumpuan menjadi magnet, mempunyai pull factor yang besar yang akan menarik begitu ramai sama ada tenaga asing, pelaburan-pelaburan. Ini sudah tentulah menuntut kita untuk melihat perbatasan-perbatasan yang penting yang mana boleh menambahkan lagi keyakinan pelabur, menambah keyakinan keselamatan di kalangan rakyat dan juga menentukan ketirisan atau kebocoran di perbatasan dapat kita tangani dengan cara berkesan.

Rang undang-undang yang melibatkan tujuh bahagian dan tiga puluh perkara ini sebenarnya meliputi, cuma saya hendak mulakan sikit perbahasan saya mengenai persempadanan kita. Sebenarnya kalau dari segi, saya ada buat kajian sedikit. JUPEM ini kita punya sempadan di Malaysia-Thailand sejauh 646 kilometer termasuk 95 kilometer kawasan yang berair. Di kawasan Sabah dan Sarawak – perbatasan Sabah dengan Kalimantan sejauh 371.7 kilometer dan perbatasan antara Sarawak dan Kalimantan sejauh 1,648 kilometer berjumlah 2,666 kilometer.

Ini tidak termasuk perbatasan di Brunei, kita sudah ada persetujuan tahun 2014 kerana perbatasan di Brunei ini masih belum kita tamatkan, air dan juga darat sekitar 200 kilometer. Jadi keseluruhannya perbatasan darat kita sejauh 2,900 kilometer. Kalau perbatasan air, lebih kepada double atau dua kali ganda. Jadi dari segi pendek perbatasan negara kita ini sama ada darat dan air adalah sangat-sangat luas. Sangat luas. Kita bercakap tentang tujuh ribu lapan ribu kilometer dan ini bukan satu perkara yang mudah untuk kita tangani dan kita mesti ada satu rang undang-undang yang jelas.

Bukan sahaja rang undang-undang yang jelas, mesti mempunyai satu kerangka yang mantap dan juga pelaksana-pelaksana yang boleh kita harapkan untuk menjaga perbatasan-perbatasan ini sempadan-sempadan kita. Khas untuk rang undang-undang ini kita punya sempadan darat 2,900 kilometer ini adalah satu ujian yang perlu kita tangani dan itu sebabnya saya rasa dengan hadirnya cabaran-cabaran yang begitu banyak.

Saya hendak menarik perhatian sedikit Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya di Filipina mewakili ASEAN Inter-Parliamentary Forum on Combating Drug Menace. Saya bersama dengan Yang Berhormat Bagan Serai. Sewaktu di sana Tuan Yang di-Pertua, saya duduk di hotel. Saya biasalah duduk di hotel ini ada polis, ada scanner semua tetapi saya tidak sangka pula depan bilik saya pun ada polis berjaga. Jadi saya pun mula pelik juga. Jadi bila ada isteri saya hendak beli souvenier, ada dua patron car, lima bodyguard pergi ikut. Sebab saya difahamkan 36 delegate daripada seluruh negara ini di Manila ketika itu kita di negara jiran kita tengah ada operasi di Marawi dan juga antara lain yang besar ialah tentang drug ini. Penyeludup dadah ini.

Ini adalah satu ancaman yang maha besar. Semalam pun Yang Berhormat Batu, kawan cakap kita ada di port-port pun sudah dikuatkuasakan. Jadi bila saya di Manila, saya rasa terasa betapa security ini satu perkara yang amat besar. Apabila kita balik ke Malaysia, saya lega tidak ada polis ikut saya. Jadi, tidak ada bodyguard lah maksud dia. Jadi, saya hendak lihat di sini, bahawa ancaman yang begitu besar ini drug sahaja. Saya difahamkan menurut United Nations Office on Drugs and Crime, pertumbuhan atau kadar pertambahan dadah ini di Asia Tenggara sahaja sejak tahun 2006 hingga tahun 2016 melonjak enam kali ganda. Ini disebabkan pertumbuhan pokok-

final • 4:24 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

pokok popi di Myanmar, di Cambodia dan juga kehadiran drugs yang bukan opiates atau drug yang sintetik ataupun amphetamine-type stimulant yang begitu berleluasa dan yang membimbangkan kita saya kongsi di sini ialah target atau segmen penghisap-penghisap atau pengguna ini bukan lagi mereka-mereka yang tinggal di rumah setinggan tetapi pelajar-pelajar universiti, mereka yang berada di golongan menengah dan mereka- mereka yang profesional.

Jadi ini satu cabaran yang besar dan ini akan seiring dengan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN khususnya di Malaysia dengan begitu luas kawasan sempadan kita terdedah. Jadi, ancaman ini difahamkan melebihi RM100 bilion, lebih kurang USD30 bilion setahun. Ancaman ini Tuan Yang di-Pertua, dia above the law sebab kita ini based on English. Di Indonesia Dutch, di Thailand lain, di Cambodia French, di Filipina Spain, American. Jadi hendak mengharmonikan undang-undang ini amat susah. Jadi, ini satu ancaman yang nyata yang berlaku itu sebabnya saya berkongsi sedikit sebab ini juga akan terkesan bila negara kita maju.

final • 4:24 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Seperti mana saya sebut semalam, tahun 2030 menurut PricewaterhouseCoopers berdasarkan unjuran pertumbuhan IMF dengan World Bank 2011-2014, Malaysia akan menjadi satu ekonomi yang besar, daya saing kita besar dan daya spending atau daya pembelian kita atau consumption kita pun akan besar. Kita didampingi negeri-negeri contohnya macam Indonesia. Indonesia akan menjadi negara yang keenam besar ekonomi dunia secara sendiri. Akan tetapi kalau campur dengan ASEAN, dia akan menjadi keempat terbesar dunia dan Malaysia di tengah-tengah sekali.

Mulai laluan sibuk Selat Melaka, Singapura dan sebagainya. Jadi saya tarik perhatian ini sebab pertambahan penduduk ini, pertambahan ekonomi ini akan juga menjadi punca- punca ataupun magnet ataupun daya tarikan begitu ramai.

Sehingga hari ini pun, di samping kita ada pelaburan yang besar, kita juga tidak dapat tolak, menarik begitu ramai kehadiran PATI ataupun mereka yang ingin mencari rezeki, mencari makan di negara kita. Ini menunjukkan satu capaian yang besar yang perlu kita tangani. Di samping itu, berlaku pemerdagangan manusia seperti mana disebut tadi di Wang Kelian. Kita juga ada penyeludupan senjata dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan penyeludupan di cross border disebabkan oleh subsidi dan juga harga barangan berbeza dan perkara-perkara lain.

Jadi saya lihat kehadiran ataupun akta undang-undang ini memang bertepatan dan saya lihat tujuh bahagian tadi termasuk juga NBOS iaitu satu rang undang-undang yang inisiatif kerajaan untuk menggarap atau menggunakan keupayaan yang ada, cuma mesti dipertingkatkan dari segi penyelarasan. Dalam istilah undang-undang ini ada teras, jelas. Penyelarasan pihak tertinggi, di peringkat tertinggi melibatkan Menteri-menteri dan sebagainya. Di peringkat penyelarasan, agensi-agensi dan juga pewujudan pelaksana- pelaksana yang akan diberi secara peruntukan-peruntukan spesifik, bagaimana mereka.

Pada pandangan saya, dengan adanya penyelarasan begini dan terbukti pada hari ini apabila ada gerakan bersepadu dijalankan oleh agensi kerajaan. Contohnya mencegah rasuah, mencegah kedatangan orang asing, mencegah perkara-perkara yang baru-baru ini dibuat di ibu kota. Jadi saya lihat hasilnya lebih impactful, lebih memberi kesan yang besar dari segi mesej, dari segi kesan untuk, sebagai satu peringatan kepada mereka.

Saya rasa ini satu lagi inisiatif yang amat baik oleh pihak kerajaan. Mengadakan pendekatan secara NBOS, melibatkan agensi-agensi yang sedia ada dan saya yakin dengan ada penyelarasan yang begitu baik, inilah inti pati rang undang-undang ini, penyelarasan yang baik. Saya yakin kawasan-kawasan grey area atau lubuk-lubuk longgar ini akan dapat ditutup dengan adanya rang undang-undang seperti ini yang melibatkan National Blue Ocean Strategy (NBOS). Saya yakin juga dengan ini kita tidak terlampau memerlukan peruntukan yang besar untuk mengadakan satu keseragaman, satu penyelarasan di kalangan agensi-agensi untuk mencapai matlamat untuk mengawal sempadan-sempadan darat kita.

Saya juga hendak ambil kesempatan di sini untuk menyentuh beberapa perkara, satu lagi mengenai Malaysia joint contohnya, kita ada Malaysia Joint Development Authority di sempadan. Dulu kita buat jalan, kita buat pagar. Akan tetapi ada masanya apabila kita bekerjasama dengan jiran-jiran kita, kadang-kadang priority tidak sama.

Kadang kita lebih ke depan, mereka ambil, kita take it lightly.

Jadi, pandangan saya kita tidak boleh terlalu bergantung kepada jiran walaupun kita mengamalkan konsep prosper thy neighbour, kita kerjasama tetapi kita mesti mempunyai kapasiti sendiri untuk menjaga sempadan-sempadan kita. Apabila mana

final • 4:30 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

mereka agaknya terganggu dengan operasi contohnya di Filipina Selatan yang tidak melibatkan sempadan, kita tidak boleh melihat itu sebagai satu peluang kenapa orang lain boleh masuk. Kita sentiasa bersedia dengan kapasiti kita sendiri. Jadi dengan ini, di samping kita menyediakan NBOS, menyediakan kerangka yang kuat kita juga membina keupayaan kita untuk mengawal sempadan-sempadan kita yang begitu luas tadi. Dengan ini kita akan memberi keyakinan kepada rakyat kita dan juga memberi amaran kepada mereka bahawa jangan, don’t try to ‘play-play’ dengan kitalah, dengan izin.

Jadi itu antara inti pati yang saya rasa amat baik dalam rang undang-undang ini, dengan membina kapasiti sendiri di samping membuat NBOS di kalangan agensi-agensi yang ada, menyediakan satu penyelarasan yang kuat. Selepas itu kita juga melihat ancaman-ancaman contoh tadi dadah, contoh kita senjata, barang-barang seludupan dan juga pemerdagangan manusia. Secara tidak langsung ini akan meletakkan kita dalam keadaan lebih baik untuk mengawal sempadan kita. Jadi saya secara keseluruhannya menyokong dan mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana mendengarkan rang undang-undang yang bagi saya amat bertepatan sekali. Saya menyokong rang undang-undang ini, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 4:30 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sudah tentu sebagai Ahli Parlimen yang duduk di Kedah dan jiran saya ialah Thailand, kita mengalu-alukan kehadiran rang undang-undang ini dan kita harap ia menjadi insya- Allah, satu akta. Ini kerana kita perhatikan bahawa seperti yang telah pun disebut oleh kawan-kawan, kita amat bimbang tentang bagaimanakah sempadan kita dikawal?

Saya ucapkan tahniah juga kepada Yang Berhormat Menteri yang melihat dahulu bagaimana UPP telah pun menjalankan tugasnya yang begitu baik. Namun UPP ada keterbatasannya dan ada masalah-masalah tertentu. Oleh sebab itu saya melihat dengan penubuhan AKSEM ini dan rasional penubuhannya dengan memperkenalkan kawalan keselamatan sempadan darat negara dan mengkoordinasi pengurusan sempadan darat negara serta cuba menggunakan standard satu ataupun standard operating procedure (SOP) yang tunggal. Ini saya kira akan memperkemaskan struktur pengurusan, memperkukuhkan kekuatan anggota, penambahan baik fasilitas dan meningkatkan penggunaan teknologi. Saya rasa ini adalah di antara perkara-perkara yang sudah tentu kita akan memberikan sokongan dan dukungan.

Namun begitu, ada beberapa yang saya anggap penting untuk dilihat.

Pertamanya, adakah kita memperuntukkan aset yang cukup? Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Tinggi tadi bahawa kita mempunyai sempadan yang luas, cukup luas. Dari Gerik masuk ke Baling, keluar sampai itu tidak kira di Sabah dan Sarawak lagi. Maknanya sempadan kita amat luas.

Dalam keadaan sekarang ini, orang luar datang berduyun-duyun sama ada secara halal atau haram di negeri kita. Ada yang secara berdokumen, ada yang tidak berdokumen. Kita lihat dulu di kampung-kampung kita, jarang kita jumpa orang Vietnam.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang di belakang rumah saya orang Vietnam sudah banyak, segak pula itu. Jadi kita bimbang. Dulu kucing cukup banyak di kampung saya Tuan Yang di-Pertua, sekarang kucing pun hilang sudah. Fasal dengar kata-kata, orang Vietnam ini makan kucing. Jadi ini ialah benda-benda yang memang berlaku.

Oleh kerana pertumbuhan ekonomi dan juga mungkin dilihat bahawa negara kita mempunyai suasana yang amat relaks. Kalau Yang Berhormat Kota Tinggi pergi ke Vietnam– pergi Vietnam pula, pergi Manila baru-baru ini. Memang kita terasa bagaimana suasana di situ, kadang-kadang naik kecut perut juga ya dengan orang berjalan. Akan tetapi di negara kita boleh berjalan di tengah pasar ataupun di bandar-bandar kita walaupun pukul 2, pukul 3 pagi dengan makan nasi kandar, tidak ada siapa ganggu kita.

Akan tetapi isunya sekarang ini, sejauh manakah yang pertama sekali setelah AKSEM ini ditubuhkan, bagaimana kita redeploy aset kita? Cukup tidak aset kita ini? Kita takut kita tubuhkan ini tetapi aset di takuk yang lama. Jadi ada satu pasukan yang baru tetapi aset-aset yang lama juga. Jadi saya rasa ini satu yang tidak selaras dengan tujuan penubuhan tertentu.

final • 4:35 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Kedua, tentang latihan-latihan. Saya rasa harus ada cara yang baru untuk melatih pegawai-pegawai kita dalam menghadapi keadaan penyeludupan ini. Ini kerana penyeludupan ini sudah sofistikated sekarang ini.

final • 4:35 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

[Bangun]

final • 4:35 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Ya, Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 4:35 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Boleh Tuan Yang di-Pertua?

final • 4:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 4:35 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih. Saya ingat selain daripada aset yang akan diberi, adakah cukup atau tidak. Saya ingat isu kedua yang lebih penting adalah political will untuk mendakwa pegawai-pegawai tinggi di kastam, di polis, di imigresen untuk buat human trafficking. Umpamanya di Thailand, selepas berlaku masalah dekat Wang Kelian, saya ingat lebih kurang 62 orang telah dihantar ke prison termasuk army general. Nama dia Manas Kongpan, yang merupakan ketua untuk security Selatan Thailand dan lagi seorang governor.

final • 4:35 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

So, jika orang atasan yang ambil bahagian human trafficking tidak dihantar. Di Malaysia sampai sekarang setahu saya tidak seorang pun pegawai di mana-mana peringkat yang didakwa atas Wang Kelian. So, kita boleh adakan law, kita boleh adakan satu agensi yang baru tapi kita jika kita enggan tangkap dan dakwa orang-orang besar macam itu, saya ragu ini ada kesan dalam control. Ini saya lebih penting daripada aset.

Terima kasih. Apa pandangan?

final • 4:40 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya itu menjadikan soalan kepada Yang Berhormat Menteri lah ya. Tidak ada pandangan kerana saya setuju dengan apa yang Yang Berhormat Sungai Siput kata.

Saya minta apa juga pengucapan Yang Berhormat Sungai Siput itu tadi dimasukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Minta Yang Berhormat Menteri respons kepada pandangan tersebut.

Jadi saya bangkitkan tentang latihan Tuan Yang di-Pertua kerana tidak cukup kita hanya sekadar buat tangkapan tetapi juga latihan-latihan ini perlu kerana kita lihat pegawai-pegawai yang akan menyertai agensi baru ini adalah terdiri daripada pegawai polis, pegawai imigresen, kastam, AADK, LKTN dan lain-lain pegawai. Maknanya mereka ini datang daripada latar belakang yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, latihan yang khusus untuk tujuan tersebut mestilah dikoordinasi agar ia menjadi begitu efektif.

Ya Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak dapat sedikit penjelasan dan juga persetujuan Yang Berhormat Sungai Petani. Soal latihan itu satu, latihan itu membabitkan anggota yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Setuju tidak bahawa kebimbangan saya ialah anggota yang akan terpilih itu nanti, yang akan dipilih oleh setiap agensi itu akan dihantar anggota-anggota yang memang ada masalah dalam agensi itu sebagai tempat buangan. Hang pi dok di sempadan itu. Hang jangan dok buat kacau. Ini masalah yang berlaku. Umpamanya contoh walaupun ini bukan hantar ke sempadan, hantar ke satu bandar.

Tapi contoh laporan surat khabar hari ini, Metro. Seorang pegawai polis, inspektor, ditangkap, ditahan dalam keadaan berseluar dalam. Lelaki dalam tandas wanita. Seluar dalam sahaja, ada syabu dengan dia. Saya check dengan kawan-kawan polis di Alor Setar ini. Dia ini bekerja di Bahagian Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, IPK. Saya check dengan kawan-kawan di balai polis. Depa kata dia ini dulu masalah di Kuala Muda, di Sungai Petani lah. Dia bekerja di Sungai Petani dulu, ada masalah, ada orang cadang supaya dia ini diambil tindakan disiplin diberhentikan. Akan tetapi OCPD pada waktu itu mungkin tidak gamak. Akhirnya hantar dia duduk, macam hendak duduk dalam peti sejuklah. Akan tetapi dia ini rupanya bila check ini, dia ini ada penyakit macam pondan. Sebab itu dia suka masuk bilik ayaq orang perempuan. Saya pun hairan juga macam mana pondan boleh jadi polis. Ini satu, sepatutnya dia lelaki ataupun wanita kan, mana boleh hang pilih orang yang tidak ada, tidak ketentuan dia punya standardnya lah.

Jadi, setuju atau tidak setuju Yang Berhormat bahawa pemilihan ini mestilah dipilih orang yang bersih seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Rantau Panjang tadi,

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

dari segi rasuah dan sebagainya, termasuk juga hal-hal yang lain yang akhirnya kita letakkan orang yang ada masalah, tidak selesai masalah.

final • 4:40 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Sebab itu selanjutnya saya juga minta Yang Berhormat Menteri respons kepada Yang Berhormat Pokok Sena kerana saya minta kenyataan itu juga dijadikan sebahagian daripada ucapan saya kerana bab pondan ini saya tidak berapa masuk campur.

Saya sebutkan tadi bahawa AKSEM akan menerima pegawai-pegawai daripada berbagai-bagai agensi dan mereka mempunyai latar belakang yang berbeza-beza.

Malah saya difahamkan masa di UPP dulu pun kita ada problem. Contohnya disiplin dan cara seorang pegawai polis berbeza dengan seorang pegawai kastam ataupun AADK.

Dia punya cara training pun berbeza. Pegawai kastam tidak payah pergi training fizikal untuk contohnya untuk jadi— untuk latihan enam bulan. Cukup untuk latihan di Melaka tiga bulan. Lepas itu terus diserapkan dalam jawatan.

Ini ialah latar belakang-latar belakang berbeza. Sebab itu kita minta supaya bila agensi ini ditubuhkan, pegawai-pegawai mesti diretrain supaya bersesuaian dengan tugas yang akan mereka lakukan. Tidak cukup dengan attach mereka ke agensi ini dan mengharapkan mereka melaksanakan tugas sedangkan mereka sendiri tidak mempunyai bukan sahaja fizikal training tetapi juga latihan-latihan lain yang bersesuaian termasuklah pengetahuan undang-undang dan lain-lain. Ini kerana seperti yang Yang Berhormat Sungai Siput sebut, saya setuju kita tidak mahu mereka ini melaksanakan tugas, menahan mereka disyaki sebagai penyeludup. Akhirnya persecution tidak boleh buat kerana tidak ada ilmu. Letakkan mereka ini ke tangan orang lain dan hilang begitu saja akhirnya. Ya, Yang Berhormat Klang.

final • 4:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani, Tuan Yang di-Pertua. Tadi beberapa Ahli Parlimen telah bangkit isu berkait dengan gejala dadah, drugs dan penyeludupan dan di mana kita dapati bahawa kita boleh beli dadah di sekolah, di taman-taman, kawasan tempatan orang di mana tinggal, di kedai-kedai dan ini juga merupakan satu masalah berleluasa daripada Perlis hingga Sarawak. Saya percaya bahawa masalah ini tidak boleh menjadi sebegitu besar tanpa pengetahuan polis ataupun pihak berkuasa, enforcement. So there must be some involvement between enforcement dan juga pihak pengedar drugs, I mean, dadah.

Semalam Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa beliau dan juga semua agensi di bawah beliau, semua adalah corruption free. Saya memang terima pandangan itu tetapi I don’t entirely believe it is true. Kalau ada macam itu, kita tidak akan adakan masalah PATI, kita tidak akan ada masalah berkait dengan dadah dan sebagainya dan juga human trafficking. Soal di sini ialah tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa kepada kita bahawa agensi baru yang akan di-establish ini iaitu Agensi Kawalan Sempadan, ada kerja mereka ialah untuk penyeludupan dan sebagainya. Soal di sini ialah how are we going to protect them from – how are we going to encourage them to be corrupt-free when the whole system is fully corrupted. Saya minta pandangan.

final • 4:40 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Saya juga mohon untuk pandangan Yang Berhormat Klang itu dimasukkan, soalan Yang Berhormat Klang itu dimasukkan dalam sebahagian daripada ucapan saya dan minta mohon Yang Berhormat Menteri respons. Saya setuju dengan Yang Berhormat Klang juga bahawa sementara pegawai- pegawai ini akan diberi latihan dan saya memohon kepada Yang Berhormat Menteri supaya kita hendaklah memilih pegawai yang terbaik. AKSEM ini haruslah menjadi satu agensi yang semua orang hendak pergi, semua orang look forward. Maknanya kalau dia masuk ke AKSEM, dia dianggap sebagai one of the best. Macam kalau askar ini kita masuk dalam RGK lah, rejimen khas ataupun komando.

Jadi kita harus memberikan insentif kepada mereka. Bukan menjadi tempat peti sejuk. Maknanya kalau orang itu macam Yang Berhormat Pokok Sena kata, yang hat jenis jabatan lain pun tidak mahu pakai sudah, pi hantaq lain pi tang tu. Tetapi ia hendaklah menjadi seperti dalam tentera komando, RGK. Maknanya bukan sahaja dia ini dilihat statusnya berbeza dengan pegawai-pegawai lain, tetapi mereka mempunyai elaun dan juga kelebihan-kelebihan lain. Bukan sahaja dari segi latihan dalam negeri, tetapi juga latihan luar negara dan cara pakaian mereka mestilah hebat, lawa dan dianggap sebagai memang special. Ini akan memberikan tarikan dan juga penghormatan yang lebih.

Kalau Tuan Yang di-Pertua pi tengok UPP dululah, kita kesian. Bukan sahaja keadaan mereka itu lekehlah nampak, tapi berek tidak tentu, keadaan fasiliti yang amat

final • 4:40 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

tidak sesuailah. Jadi saya harap dengan adanya AKSEM ini, maka Yang Berhormat Menteri akan memberikan penekanan supaya they get the best kerana harus ingat mereka ini bekerja dalam keadaan yang amat berbahaya dan untuk itu harus diberikan perhatian yang lebih. Ya Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya memohon penjelasan ini daripada Yang Berhormat Sungai Petani lah ya kalau boleh mungkin perkara ini telah pun dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tetapi mungkin terlepas pandang.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya tidak memahami mengapa diwujudkan agensi kawalan sempadan darat semata-mata? Dalam senarai kawasan-kawasan itu tidak dimasukkanlah ataupun negara jiran itu tidak dimasukkan, Filipina dan sebagainya. Ini kerana walaupun hendak kawal sempadan darat itu agak berbeza dengan sempadan laut tetapi saya yakin satu agensi kawalan sempadan sama ada darat ataupun laut boleh diwujudkan dan tidak perlu diasingkan.

Ini kerana kita yakin bahawa banyak dari segi masalah penyeludupan dan sebagainya termasuklah PATI datang hasil daripada kurangnya kawalan di sempadan laut sepanjang Semenanjung dan juga sepanjang kepulauan Borneo. Kita melihat bahawa dari segi keanggotaannya sama ada dari segi imigresen, kastam, polis, tentera dan sebagainya tidak ada sebab mengapa kita perlu asingkan. Ini kerana sebahagian besar daripada mereka akan terlibat. Begitu juga dengan aset-asetnya. Mungkin ada hujah yang telah disampaikan tetapi setakat inilah saya tidak mendengarnya dan mungkin Yang Berhormat Sungai Petani boleh memberikan penjelasan dan rasional di sebalik sebab adanya agensi kawalan sempadan darat semata-mata dan tidak sempadan keseluruhannya. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya tidak ada jawapan. Saya juga mohon ucapan beliau itu dimasukkan sebahagian daripada ucapan saya dan ditujukan untuk Menteri jawab sebentar lagi.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah pun disebut oleh pembicara sebelum saya bentuk penyeludupan kita ini dalam berbagai-bagai perkara. Bukan sahaja kalau di utara itu dadah, senjata api dan sekarang ini trend baru ialah pemerdagangan manusia.

Benda-benda yang lain yang amat meningkat disebabkan oleh keadaan ekonomi kita.

Jadi sudah tentu ia memerlukan kepakaran yang luar biasa. Sekali lagi saya tekankan bahawa pegawai-pegawai yang dipilih untuk menyertai agensi ini mestilah mereka yang betul-betul mahir dan setelah mereka dipilih untuk menyertai agensi ini mestilah mendapat latihan yang secukupnya bukan sahaja dalam negeri. Kalau boleh kita minta juga mereka ini dihantar keluar negeri dan mendapat spesial elaun agar mereka ini duduk dalam keadaan yang amat dihormati dan digeruni.

Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga melihat bahawa harus difikirkan mereka ini datang sebagai secondment, mereka dipinjamkan. Selepas tiga tahun atau empat tahun mereka akan balik ke parent service-nya. Kalau dia kastam, kastamlah, kalau dia imigresen, imigresenlah, AADK. Kita minta supaya Menteri melihat bahawa servis mereka ini tidak tertinggal supaya pegawai-pegawai yang menyertai agensi ini, kembali ke agensi induk mereka tetapi kalau boleh mendapat penghormatan dan juga tidak hilang senioritinya di agensinya.

Ini kerana ada saya lihat dalam banyak agensi yang dipinjamkan ke agensi lain, apabila dia balik dia missed the boat oleh kerana dia tinggalkan agensi dia tiga tahun, empat tahun, kawan-kawan junior dia naik pangkat. Dia tertinggal sedangkan dia ini sudah pergi merantau tempat lain, buat kerja lain. Akan tetapi dia hilang senioriti. Ini suatu yang tidak adil. Saya rasa haruslah pihak Menteri khususnya, melihat supaya mereka ini tidak hilang senioriti.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua ialah tentang pelantikan commissioner general. Saya ada pengalaman berkhidmat, bukan berkhidmatlah, dengan kawan-kawan dalam agensi seperti ini. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang saya bukan hendak menidakkan pegawai-pegawai civilian kerana saya juga pernah menjadi pegawai civilian. Akan tetapi kadang-kadang dalam agensi macam ini, hendak jadi bos ini lebih baiklah seorang yang dapat some police or military training. Ini kerana kalau dia ini civilian, kadang-kadang ada problem.

Oleh sebab itu kalaupun kita hendak melantik seorang civilian untuk menjadi commissioner general tetapi eloklah seorang yang ada latar belakang ketenteraan sama ada dia itu daripada RMC ataupun dia ini bekas kadet, something like that supaya apabila civilian ini dia hendak order orang bawah dia itu datang daripada uniform ini dia ada

final • 4:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

problem. Ini kerana cakap pun tidak boleh. Dia kena ada some kind of ada style, Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu kita minta supaya pemilihan mereka yang betul-betul untuk menjadi commissioner general ini mesti ada background begitu. Ada tanjak orang Kedah kata, ada tanjak sedikit. Jadi, supaya apa juga arahan-arahan yang diberikan itu diterima dengan baik dan dilaksanakan dengan baik.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah saya melihat bagaimanakah agensi ini boleh berkembang seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi kalau kita melihat, kita bukan sahaja mahu melihat dan mengawal daratan kita tetapi bagaimanakah agensi ini boleh dikembangkan untuk menjaga laut kita. Kita faham di Sabah kita ada agensi yang lain tetapi bagaimana kalau sekiranya penyeludupan ini berlaku bukan melalui darat tetapi dia mai ikut laut.

Jadi macam mana kita hendak define isu ini? Jurisdictionnya macam mana?

Oleh sebab itu harus dilihat supaya agensi ini juga bukan sahaja mengambil kira tentang tugasan mereka di darat tetapi kalau penyeludupan itu berlaku di laut, so how do we handle this? Jadi supaya akhirnya kita tidak ada masalah jurisdiction. Kadang-kadang apabila kita kata penyeludupan, dia tidak masuk ikut darat, dia masuk ikut laut. Selepas itu kita marah AKSEM tidak ambil tindakan sedangkan AKSEM kata, “Kerja aku hanyalah dekat darat, laut aku tidak tahu”. Jadi kita ada problem kalau begitu. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap terima kasih.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Gerik.

final • 4:50 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mohon berbahas tentang AKSEM seperti mana rakan-rakan yang lain. Ini kerana sebenarnya AKSEM ini bukan baru. UPP sudah ditubuhkan cuma body nya daripada polis, yang mana polis menjaga keselamatan dalam negara. Akan tetapi AKSEM yang dicadangkan oleh kementerian di bawah Yang Amat Berhormat Menteri, dia ada satu organisasi yang khusus menjaga sempadan darat.

Saya percaya, berdasarkan kepada kefahaman saya dari pembentangan Yang Amat Berhormat Menteri. Kita kena tahu di border, CIQ atau ICQ sudah ada imigresen, sudah ada kastam, sudah ada JPJ, sudah ada UPP dulu, ada polis dan ada PGA. Cuma saya rasa polis dan PGA, dia menjaga ketenteraman awam. Bila kita hendak tubuh AKSEM, saya yakin AKSEM tadi khusus yang ada kuasa, yang ada organisasi, ada kuasa kerana seperti masalah-masalah yang dibincangkan oleh rakan-rakan.

Cumanya, kita kena melihat sempadan ada CIQ dan satu lagi sempadan seperti mana kata Yang Berhormat Sungai Petani tadi tidak ada CIQ, contoh Golok, sepanjang itu ialah tidak ada siapa jaga. Beras boleh dibawa masuk ke mari ataupun kita bawa masuk barang ke Siam. Akan tetapi pengalaman yang saya tengok di sebelah Perak, Gerik kita boleh melihat sempadan tadi di pagar dengan batu kecuali kawasan Royal Belum tidak ada sempadan.

Di sinilah kita melihat dua keadaan yang kita hendak tanya kepada kementerian bagaimana peranan AKSEM untuk memastikan dan memperkasakan segala kawalan sempadan? Isu penyeludupan kereta di kawasan CIQ, macam mana? Isu penyeludupan minyak. Kalau kawasan yang tidak ada CIQ, saya ambil contoh Royal Belum, bagaimana orang tembak harimau. Jual harimau di luar negara. Ini Vietnam datang, Thailand datang lalu ikut Kelantan, bagaimana? Kayu gaharu diseludup ke luar negara dan pelbagai lagi, fauna yang memberi satu pemandangan yang baik dalam negara.

Saya percaya struktur yang ditubuhkan tadi sudah ambil kira, di mana Yang Berhormat Menteri menyatakan kalau tidak cukup anggota, ada Blue Ocean Strategy, panggil RELA, JPAM dan pelbagai lagi untuk memperkasakan sepanjang sempadan.

final • 4:57 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Akan tetapi kita kena tahu hari ini apa ancaman untuk negara di sempadan, mungkin di Semenanjung, mungkin Sabah, Sarawak iaitu penyeludupan senjata api.

Pistol, senapang tetapi apa yang ada kemudahan di sempadan? Bagaimana kita hendak mengenali senjata api tadi diseludup melalui CIQ? Bagaimana kita nak mengetahui senjata api diseludup di kawasan yang tidak dijaga? Mestilah kementerian memikirkan membeli peralatan untuk memastikan dalam kereta depa pecah sebahagian daripada senjata tadi letak sana sini, akhirnya dia melintasi kawasan border tadi yang sepatutnya kastam check, dia check barang yang hendak kena cukai. Imigresen cuma check untuk orang masuk pakai pasport ataupun tidak. Polis yang PGA awal-awal tadi, dia boleh

final • 5:00 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

tahan ialah kalau Orang Asli, dia tanyalah banyak, ada bawa IC kah, ada pasport kah, sudah cap kah tidak? UPP yang kita tengok, dia tukang tengok saja, kereta itu lalu saja depan dia. Akan tetapi kita berharap, AKSEM ini macam mana? Kita minta kementerian jelaskan. Dia nak duduk di mana? Duduk di CIQ? Dia duduk di mana-mana?

Akan tetapi di dalam ini dinyatakan AKSEM boleh berperanan seperti mata- mata gelap, dia boleh bergelewar, tidak pakai uniform, pakai uniform, di mana-mana yang boleh membantu penyeludupan di sempadan. Seperti mana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri, dadah sintetik, pemerdagangan manusia, masuk dalam lori, masuk dalam kereta. Buat alasan kata bawa barang tetapi dimodified lori, kereta dengan manusia yang diseludup di kawasan border. Jadi, ini semua saya percaya hasrat kementerian untuk menubuhkan AKSEM, cuma tadi penyelarasannya macam mana? Kalau yang ada pada hari ini, UPP duduk jauh daripada CIQ, kawasan yang tidak ada sempadan, tidak ada siapa pun jaga, kecuali yang kita tengok hari ini ialah dijaga oleh tentera dan PGA. Jadi, saya hendak tanya kepada pihak kementerian, kalau kita bagi kuasa kepada AKSEM, berapa jauh pegawai AKSEM tadi boleh bertugas melalui sempadan? Adakah dalam lingkungan 10 kilometer atau 25 kilometer? Jadi, dia bolehlah mengawal sempadan tadi dengan lebih baik.

Walau apa cerita sekalipun, saya amat yakin hasrat Kementerian Dalam Negeri untuk menubuhkan AKSEM tadi boleh mencapai kejayaan tetapi mesti dibagi kemudahan. Pegawai yang duduk dalam AKSEM mesti ada integriti, bukan mereka yang boleh menerima suapan dengan mudah. Oleh sebab yang kita hendak kawal ini ialah yang masuk dan yang keluar dalam negara. Walaupun kita kata minyak sekalipun kerana orang dalam negara buat isu, barangan dalam negara tinggi.

Padahalnya, kalau siapa yang menjaga di kawasan sempadan pastinya kita boleh dapati kebanyakan barang dalam negara Malaysia yang diseludup ke luar negara.

Kalau di Siam hari ini, kecuali beras Siam saja yang diseludup masuk ke dalam negara, kan? Jadi bermakna, inilah yang kita nak tunjuk kepada negara, bahawa walaupun orang kata barang dalam negara naik tetapi saya percaya hakikat yang sebenarnya barangan kita dibandingkan dengan negara jiran, jauh lebih rendah.

Dalam pada itu, saya melihat pihak kementerian melalui Yang Berhormat Menteri, cuba mewujudkan satu- ada tujuh bahagian, 30 fasal, satu Jadual. Saya percaya kalau perkara ini kita dapat memberi dukungan dan sokongan, sempadan kita lebih baik dan banyak barangan kita dapat diselamatkan. Saya percaya setiap daripada kita mesti mempunyai satu tanggungjawab untuk memastikan AKSEM boleh diterima dalam mesyuarat kita pada petang ini. Dengan ini, saya menyokong untuk penubuhan AKSEM oleh Kementerian Dalam Negeri. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lumut.

final • 5:00 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Alhamdulillah, syukrillah, Allahumma salli ala Muhammad. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat Akta AKSEM ini tidak lebih dan tidak kurang seperti akta bila kita nak wujudkan Akta Penguasa Maritim Malaysia (APMM). Ia melibatkan anggota yang lebih kurang sama kastam, polis marin, Tentera Laut Diraja Malaysia dan beberapa perikanan dan seterusnya, unit-unit lain yang berkaitan dengan maritim. Jadi, saya mendengar dengan khusyuk apa yang disyarahkan ataupun diberi justifikasi oleh Yang Berhormat Bagan Datuk mengenai penubuhan AKSEM ini. Saya tidak ada masalah, memang saya menyokong penuh supaya ia diwujudkan.

Kita pun hairanlah selepas 57 tahun, 60 tahun merdeka, baru kita terfikir untuk mewujudkan AKSEM. Sebagaimana yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Bagan Datuk, kewujudan pengawalan sempadan buat masa ini dikatakan dianggotai oleh 933 orang yang terdiri daripada PDRM, kastam dan imigresen. Soalnya, percayakah kita, 933 orang boleh menjaga sempadan Malaysia, khususnya di utara Semenanjung?

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kita ada satu rejimen dipanggil Rejimen Sempadan yang telah ditubuhkan pada 9 Februari 2008, menggunakan kuasa Akta Angkatan Tentera 1972. Kekuatan rejimen ini terdiri daripada 135 pegawai dan 3,743 lain-lain pangkat. Mereka inilah yang mengawasi sempadan daripada Perlis sampai ke Kelantan, yang terdiri daripada lima batalion dan sepanjang 506 kilometer yang dijaga oleh Rejimen Sempadan ini.

final • 5:05 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Maka, sebab itu saya lihat, Yang Berhormat Bagan Datuk tidak menyebut langsung mengenai organisasi ini, khususnya Rejimen Sempadan ini. Saya percaya ia sepatutnya boleh dirundingkan dengan Kementerian Pertahanan untuk rejimen ini diserapkan ke dalam AKSEM. Dengan tindakan seperti itu, saya percaya kebimbangan yang dilahirkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani, oleh Yang Berhormat Gerik, insya- Allah boleh diatasi, khususnya daripada latihan dan kewibawaan anggota AKSEM.

Oleh kerana sebagaimana yang dikatakan tadi, kita akan serap warga kastam, warga Polis Diraja Malaysia dan juga— sila.

final • 5:05 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Pahat.

final • 5:05 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, sebelum Yang Berhormat Lumut berhujah panjang, saya mahu mengemukakan satu pandangan dan sekali gus pertanyaan. Saya lihat kecenderungan kita, khususnya kerajaan dalam menangani satu-satu isu ialah menerusi penubuhan jawatankuasa ataupun penubuhan agensi. Masalah dadah, ada agensi dadah, begitulah seterusnya. Jadi, saya hendakkan kepastian daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, setakat mana atau bagaimanakah kementerian mahu memastikan bahawa agensi yang baru ditubuhkan ini, yang AKSEM ini, ia tidak action saja. Ia tidak pada nama saja. Apatah lagi kalau ditengok dalam kedudukan jawatankuasa itu, kalau jawatankuasa tertinggi pengerusi - Menteri, yang lain itu, ahli-ahli semua Menteri saja. Jadi, Menteri mana, nak dengar Menteri mana?

Jadi, ini saya fikir soal keberkesanan itu penting dan lain-lain saya fikir Tuan Yang di-Pertua ialah soal bila kita kata sempadan, bukan saja darat tapi laut dan udara.

Ini juga saya fikir harus diberikan perhatian.

final • 5:05 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Selain daripada menentukan bahawa pegawai-pegawai yang kita masuk ini bukan pegawai-pegawai yang hanya kita bawa masuk daripada agensi-agensi lain yang memang ada track record-nya sendiri. Dia ada persepsi orang. Ada track record dan ada persepsi orang terhadap mereka. Jadi kalau dia dibawa ke tempat ini, dia kata, “Alah, ini dua kali lima juga”. Jadi bagaimana hal-hal ini dapat ditangani? Terima kasih Yang Berhormat Lumut.

final • 5:10 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Kita minta Yang Amat Berhormat Bagan Datuk memberi jawapan.

Sebenarnya saya tidak bimbang dengan kerisauan yang dilahirkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat. Kita tidak bimbang di atas tetapi kita bimbang pelaksanaannya di bawah. Dengan commissioner generalnya, kalau dilantik, terdiri daripada orang-orang yang benar-benar faham undang-undang, peraturan dan pelaksanaan operasi, insya- Allah, perkara ini tidak menjadi masalah. Sempadan perairan, sebenarnya kita telah tangani. APMM atau Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah wujud. Udara memang kita tak bimbang. Cuma, kita risau dahulu kenapa MH370 boleh melintas tetapi Air Force atau Tentera Udara tak dapat kesan. Itu sahaja yang kita bimbang.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya lima Rejimen Sempadan itu dia mempunyai beberapa markas terdiri daripada:

(i) Rejimen Sempadan di Kem Batu 11;

(ii) Rejimen Keselamatan di Kem Batu Melintang;

(iii) Rejimen Keselamatan di Kem Pangkalan Hulu;

(iv) Rejimen Keselamatan di Kem Gerik; dan

(v) Rejimen Keselamatan di Kem Bukit Hitam.

Kekuatan lima rejimen ini telah dapat mengawal sempadan dengan baik sehingga setakat ini kita tidak dengar masalah-masalah besar.

Maka, sebab itu sekali lagi kita mohon Yang Amat Berhormat Bagan Datuk dapat melihat perkara ini supaya melibatkan Kementerian Pertahanan. Sama seperti kita lakukan apabila kita wujudkan APMM, melibatkan juga Kementerian Pertahanan. Warga TLDM diberi opsyen, diberi pilihan sama ada nak kekal di dalam TLDM atau memilih tukar lantik perkhidmatan kepada APMM.

final • 5:10 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Jadi, kalau kita lihat peranan yang dilakukan oleh rejimen ini, lebih kurang sama seperti yang digariskan di dalam fasal 4 akta ini iaitu antaranya ialah penguatkuasaan dalam aktiviti kepolisan serta penugasan bagi membantu pihak berkuasa awam dalam menguatkuasakan undang-undang, tugas kepolisan dan penguatkuasaan yang termaktub dalam Polisi Pengurusan Sempadan Nasional, mencegah jenayah lintas batas, mencegah kemasukan pendatang asing tanpa izin dan lain-lain tugas yang termaktub di dalam Polisi Pengurusan Sempadan dan beberapa fungsi lagi, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi kita lihat apa yang digariskan di dalam Rang Undang-undang AKSEM ini memang amat bertepatan dengan apa yang kita perlukan sekarang, Tuan Yang di- Pertua. Maka, sebab itu kita pohon supaya pihak kerajaan melihat balik kepada pelantikan pegawai lain-lain agensi di fasal 13 supaya kalau boleh dimasukkan warga Angkatan Tentera daripada Rejimen Keselamatan. Ini tentunya dapat membantu mempercepatkan kewujudan AKSEM ini dan keberkesanan AKSEM dikuatkuasakan, Tuan Yang di-Pertua.

Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan kepada jawatankuasa yang sedia ada yakni Bahagian VII. Kita tidak mempunyai halangan tetapi dalam Unit Pencegah Penyeludupan yang sedia ada, kita setuju, seperti mana yang dikatakan, ia akan diserap ke dalam AKSEM.

Cuma, kita ingin melihat AKSEM mempunyai pakaian seragam ataupun dipanggil sini pakaian dan kelengkapan seperti digariskan dalam fasal 16. Kita lihat AKSEM akan dilengkapi dengan pakaian ataupun uniform. Kita harap kerajaan dapat menyediakan satu pakaian yang gah yang dapat disegani oleh musuh, oleh lawan dan juga kawan sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani.

Saya ingin juga membawa perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada Jadual seksyen 19, pangkat dan pegawai agensi. Sebagaimana yang kita tahu, tadi dicadangkan pangkat tertinggi dalam AKSEM ialah commissioner general. Cuma, kita tak tahu berapa bintang. Empat bintang? Lima bintang? Ataupun enam bintang? Juga, kita tidak lihat lambang ataupun insignia AKSEM tersebut. Kita harap kerajaan akan menyediakan satu bentuk pakaian uniform dan juga tanda-tanda pangkat insignia supaya bersesuaian dengan tanggungjawab dan fungsi yang diberi kepada AKSEM.

Saya yakin dan percaya kewujudan AKSEM akan memberi impak yang tinggi dan dapat menyekat aktiviti-aktiviti yang kita takuti waktu ini khususnya penyeludupan, perdagangan manusia dan juga penyeludupan-penyeludupan lain khususnya di kawasan utara Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak— di Sabah, sempadan air kita telah tangani.

Di Sarawak, mungkin kita tidak bimbang oleh kerana sempadannya banyak hutan belantara, jadi kita kurang bimbang sangat penyeludupan manusia. Tetapi di utara Semenanjung, kita minta kementerian beri penekanan yang tegas, yang bersungguh- sungguh sebagaimana cadangan mewujudkan AKSEM atau Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017.

Saya tidak ada masalah, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong kewujudan akta. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tanjong Piai.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 yang dicadangkan adalah untuk menubuhkan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia atau AKSEM yang bertujuan untuk mengawal keselamatan sempadan darat Malaysia daripada kegiatan penyeludupan.

Secara lazimnya, apabila terdapat kekurangan atau kelemahan dalam satu akta, maka satu rang undang-undang akan diutarakan untuk menjadi sokongan. Bukan itu sahaja, rang undang-undang ini perlu dibaca dengan akta lain. Namun, apabila merujuk kepada Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran, sudah wujud satu majlis yang nampaknya terdiri daripada anggota yang hampir sama seperti yang dinyatakan dalam rang undang-undang ini.

final • 5:32 PM

Dato’ Sri Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Contoh daripada Akta Antipemerdagangan tersebut adalah Ketua Pengarah Imigresen atau wakilnya, Ketua Pengarah Kastam, Ketua Polis Negara serta Ketua Setiausaha kementerian yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri.

AKSEM pula akan mempunyai satu jawatankuasa peringkat tertinggi yang juga terdiri daripada anggota yang lebih kurang sama iaitu Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia dan Ketua Setiausaha kementerian yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri.

Maka persoalannya, adakah majlis dan jawatankuasa ini akan mempunyai anggota yang terdiri daripada orang yang sama? Apakah beza antara majlis dan jawatankuasa tersebut? Selain daripada itu, saya ingin tanya bagaimana keputusan yang ditentukan oleh jawatankuasa peringkat tertinggi di bawah AKSEM ini boleh dibawa ke majlis dan sebagainya untuk tindakan selanjutnya?

Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya mengenai peranan setiap wakil kementerian. Penubuhan agensi ini melibatkan kerjasama daripada pelbagai kementerian dan agensi lain. Perkara yang perlu diberi perhatian di sini adalah peranan setiap anggota perlu diteliti dan dipertimbangkan bagi memastikan tiada percanggahan atau kekeliruan yang berlaku. Oleh kerana rang undang-undang ini menyatakan bahawa mesyuarat akan diadakan oleh agensi tersebut sekerap yang perlu, maka saya juga ingin tanya, adakah ini bermaksud semua kementerian yang terlibat setuju berkongsi segala maklumat atau hanya menerima arahan daripada ketua agensi sahaja?

Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri yang dipetik oleh media baru-baru ini yang menyatakan Yang Amat Berhormat telah melawat ke negara China dan mendapati kerajaan mereka telah menyediakan teknologi yang begitu canggih seperti di kawasan Wilayah Yunnan yang mengawasi sempadan dengan negara jirannya iaitu Laos, Myanmar dan Vietnam sepanjang kira-kira 4,060 kilometer. Manakala di Malaysia, kita hanya ada pagar dan beberapa infrastruktur yang terhad.

final • 5:32 PM

Dato’ Sri Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Oleh itu, kita memerlukan teknologi yang secukupnya untuk memastikan pemerhatian di sempadan adalah sempurna. Peralatan seperti kamera litar tertutup atau CCTV adalah penting bukan sahaja untuk pemerhatian tetapi juga untuk merakam bukti.

Isu seterusnya adalah apakah tindakan yang diambil terhadap barang rampasan dan pegawai atau kakitangan yang didapati terlibat dalam rasuah. Kerajaan perlu menyatakan tindakan undang-undang yang diambil untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kementerian telah melaksanakan tugas dengan cekap. Baru-baru ini, media telah menunjukkan bahawa terdapat pelbagai rampasan dan tangkapan, namun follow up atau tindakan selanjutnya tidak pernah disebut. Walaupun AKSEM akan membolehkan kementerian membuat pengawalan, penangkapan dan sebagainya, pelaksanaan hukuman yang berkesan diperlukan untuk mengurangkan gejala penyeludupan dan kegiatan lain.

Tuan Yang di-Pertua, dengan merujuk kepada Jawatankuasa Peringkat Tertinggi, Kementerian Luar Negeri juga dirangkumkan dalam jawatankuasa tersebut. Maka saya ingin tahu daripada pihak kementerian, apakah obligasi kementerian dan Kementerian Luar Negeri dengan negara jiran Malaysia seperti Thailand dan Indonesia untuk memastikan penguatkuasaan ke atas aktiviti penyeludupan lebih komprehensif? Selain itu, apakah bentuk kerjasama atau prosedur yang dipermudahkan oleh Agensi Kawalan Sempadan Malaysia dengan negara jiran sekiranya kes siasatan yang melibatkan warganegara Thailand dan Indonesia atau sebaliknya melibatkan warganegara kita sendiri? Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

final • 5:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Tanjong Piai, minta penjelasan sedikit mengenai– Yang Berhormat Kuala Krai ya, tentang jawatankuasa tertinggi dan juga jawatankuasa penyelaras ini. Oleh kerana ia memberikan definisi kegiatan di beberapa buah negeri yang khusus seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak, tidakkah Yang Berhormat Tanjong Piai ingin mencadangkan supaya komposisi jawatankuasa, baik di peringkat tertinggi mahupun penyelaras ini juga diwakili ataupun dijemput wakil-wakil daripada kerajaan negeri. Paling tidak pun Setiausaha Kerajaan Negeri yang berkenaan untuk menyertai supaya urusan- urusan yang berkaitan dengan negeri-negeri berkenaan dapat segera dirujuk kepada kerajaan negeri. Kalau tidak nanti, dia ada masalah menunggu mesyuarat di peringkat yang lain pula untuk membuat penyelarasan. Apa pandangan Yang Berhormat Tanjong Piai?

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Saya rasa masukkan ucapan Yang Berhormat tadi dan minta Yang Berhormat Menteri jawab. Saya setuju. Nampaknya bagus juga cadangan itu. Itu sahaja, sekian terima kasih. Saya menyokong rang undang- undang ini.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu.

final • 5:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya berucap. Sebelum saya masuk dalam point-point utama, saya ingin merakamkan kekesalan saya dan juga saya percaya rakan-rakan sebelah sini terhadap hujah yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi yang menuduh pihak pembangkang ini tidak patriotik dan tidak prihatin tentang keselamatan negara. Kita telah menyertai perbahasan ini dan juga saya sendiri telah pernah dalam satu kes yang sangat kontroversi tentang Lahad Datu. Dalam mahkamah, saya bukan sahaja menang dan bebas daripada segala tuduhan menghina keselamatan negara.

Saya menang all the way sehingga Mahkamah Persekutuan. Saya harap Ahli-ahli Dewan dapat mengelak daripada sentimen yang tuduh mana-mana pihak tidak patriotik dan tidak memberi kepentingan kepada keselamatan negara. Itu hanya dengan semangat kita menganggap kita bersama ini, prihatin terhadap perkara ini, kita boleh maju ke depan.

Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah atas rang undang-undang ini kerana ia telah memberi satu pengiktirafan bahawa keselamatan sempadan negara ini bukan sahaja dalam segi persepsi convention di mana keselamatan itu terhad kepada ketenteraan atau kepolisan tetapi dengan komposisi yang menyebut High Level Committee, jawatankuasa yang menunjukkan bahawa kita mengiktiraf keselamatan sempadan ini, melibatkan banyak pihak. Pengakuan ini telah menunjukkan bahawa selain daripada kita menganggap menjaga sempadan negara mengikut penjagaan untuk mengelakkan pencerobohan daripada kuasa-kuasa asing tetapi kita juga mengakui bahawa beberapa perkara juga penting.

Pertama sekali dalam mengawal penyakit dan virus yang juga mengancam keselamatan masyarakat dan mungkin jauh lebih bahaya daripada anasir-anasir lain.

Keduanya, sempadan ini dikawal untuk mengiktiraf bahawa kemasukan anasir- anasir yang berbahaya ini termasuk datang dalam bentuk pelancong, pelarian, pekerja asing dan akhirnya ia melibatkan pemerdagangan manusia.

Ketiga, kita juga lihat dalam jawatankuasa ini melibatkan isu alam semula jadi di mana pencerobohan terhadap hutan dan sumber asli negara kita di sempadan terutamanya negeri-negeri Borneo menjadi satu ancaman yang amat besar. Kita juga menganggap dalam dunia yang makin kompleks ini, terrorist ini datang dengan pelbagai bentuk dan tidak semestinya berkaitan dengan masalah domestik di mana diplomasi adalah agak penting. Itulah sebab saya ingin ucapkan tahniah atas satu senarai jawatankuasa yang agak komprehensif yang membenarkan semua pihak memainkan peranan dalam menjaga sempadan negara.

Akan tetapi saya juga ingin menyampaikan sedikit kekhuatiran dengan melihat ini.

Kita dalam masalah keselamatan sempadan atau keselamatan negara atau apa-apa aspect pun. Struktur untuk memberi command ini adalah penting. Akan tetapi bila saya teliti dalam senarai ini, kita dapati pertama sekali dalam Jawatankuasa Peringkat Tertinggi, saya dapati agak keliru kerana di bawah itu, dalam (m) ada Panglima Angkatan Tentera, (n) ada Ketua Polis Negara. Kemudian dalam (o) adalah Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara. Kalau kita sedar, baru sahaja kita meluluskan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara di mana pengerusi NSC ini adalah Perdana Menteri. Kemudian komposisi NSC ini termasuk polis dan angkatan tentera. Sekarang ini, Director General untuk NSC ini juga duduk dalam jawatankuasa ini.

Bila kita sampai kepada Jawatankuasa Penyelaras di mana masalah yang sama berlaku. Jawatankuasa Penyelaras itu ada seorang yang akan dilantik yang berfungsi untuk menguatkuasakan keputusan dan juga menyelaraskan jawatankuasa ini yang terdiri daripada seorang pengarah commissioner general. Di bawah itu pula ada Director General of NSC. Saya tidak faham sama ada ini adalah – apa terjadi dalam command sistem kita di mana dia ada satu NSC itu di mana Perdana Menteri bagi command, you ada Director General NSC itu, command over, armed forces dengan polis.

final • 5:23 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tiba-tiba kita ada satu jawatankuasa lagi yang diletakkan lebih tinggi adalah KDN. Saya tidak tahu sama ada dengan jawatankuasa ini, Menteri Dalam Negeri akan diletakkan dalam posisi yang lebih tinggi daripada satu jawatankuasa yang telah dilantik oleh Perdana Menteri. Saya juga rasa agak pelik...

final • 5:30 PM

Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Yang Berhormat Batu.

final • 5:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sekejap ya.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Semporna bangun.

final • 5:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Rasa pelik. Wakil Menteri Pertahanan duduk di dalam tetapi polis itu setiap negeri ada. So, saya nampaknya tidak selaras. Yang Berhormat Semporna.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Terima kasih Yang Berhormat Batu dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk membolehkan saya mencelah sedikit tentang rang undang-undang ini.

Pertama saya amat setuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Batu. Saya ingat sudah sampai ketikanya penyelarasan, very comprehensive approach, dengan izin on how to tackle dari segi bukan hanya penyeludupan manusia, penyeludupan berbagai-bagai yang ada, tumbuh-tumbuhan pun termasuk yang drugs dan lain-lain diselaraskan oleh satu badan.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Sekarang ini kita dapat lihat APMM satu iaitu maritim and now udara, duplication of responsibility but the purpose is to protect the interest and security of the country itself.

Takkan kita tidak boleh tubuhkan satu badan yang khusus bukan hanya persempadanan darat termasuk udara, termasuk laut yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan kita boleh koordinasikan segala-galanya untuk supaya kita ada understanding. Kadang-kadang ada duplikasinya.

Saya bagi contoh macam ESSCOM apa yang disebut oleh Yang Berhormat Batu. ESSCOM, you have a director dia, ketua polis negeri pun ada. Ketua polis negeri tidak boleh bagi arahan kepada pengarah ESSCOM. You are talking about this guy is in charge for the whole state, security of the system but here on the other side, dia juga in charge fasal ESSCOM yang bukan hanya melibatkan maritim, darat juga.

Ada seakan pertindihan yang berlaku di situ yang saya dapat lihat kalau boleh satu badan yang khusus, it’s timely now. We cannot be - government tidak boleh mewujudkan satu pertindihan antara satu jawatankuasa, after that we have to refer to maritime macam mana APNM melaksanakan. Ini juga seperti yang disebutkan di sini saya bimbang, sempadan darat Malaysia ertinya sempadan darat antara Malaysia dengan Thailand, Malaysia dengan Indonesia, Malaysia dengan Brunei.

Saya sedar di Sebatik, separuh daripada Sebatik dimiliki oleh Indonesia, separuh dimiliki oleh— ada juga pulau di Sandakan yang dekat dengan bandar Sandakan dimiliki oleh Philippines tetapi langsung tidak sebut tentang Philippines. Yang menyeludup drugs masuk ke Semporna, masuk ke Lahad Datu bukan datang dari Indonesia, datang daripada negara jiran Philippines yang saya sedar dan saya tahu.

Saya buat laporan ini dah beberapa tahun, ke Bukit Aman, Narcotics Director and I directed when I was then a Minister, dengan izin. Telling them investigate di Kampung Batu di Semporna, di Bangau-Bangau di Semporna kerana saya tahu syabu masuk. Saya bimbang anak-anak muda kita yang terjerumus.

Ini saya amat setuju dengan apa Yang Berhormat Batu katakan dan masa, waktu sampai untuk memastikan supaya keadaan ini dapat jawatankuasa khas. Saya mencadangkan supaya jawatankuasa ini yang lebih tinggi seperti yang disebutkan dan dibentuk satu, membabitkan, dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Yang keduanya, masukkan Philippines kerana saya tahu perkara ini amat penting. Yang ketiganya penempatan, contohnya imigresen, jabatan-jabatan ini.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Kalau di Semporna, imigresen itu di darat. Can you imagine orang Philippines dia masuk untuk serahkan pasport dia dah di darat dah, along the way dia missing dengan izin because they look alike, they can speak the same kind of dialect. Ini yang dahulu pada tahun 70-an saya masih ingat, any Philippinos entering our border, dia di custom at the end there. So the focal point setiap bot yang datang. Tidak tunggu lagi penumpang bot itu naik ke darat, setiap bot yang datang, dah focal point di situ, you cannot upload yourself tanpa ada cap imigresen di kastam Daerah Semporna. Itu masih at the very end, ini tidak, Jabatan Imigresen di Semporna di darat, dah masuk ke bangunan, dah masuk dah Kampung Simunu, macam mana kita tahu dia sudah lesap sudah, tak perlu pasport dia, penempatannya.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini mahu mencelah tumpang Yang Berhormat Batu ataupun ucapan sendiri?

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Tidak, tidak, just tambahan. Yang last one, saya minta izin sedikit.

final • 5:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Okey.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Saya berharap sungguh Yang Amat Berhormat, penempatan ini kalaupun ada peluang pekerjaan, bagilah budak-budak Sabah yang tahu selok-belok kampung mereka. Bukanlah seperti saya minta orang Semporna jaga di Semporna saja, orang Keningau mungkin, orang Tempasuk pun mungkin ya dengan izin supaya bertugas di kawasan-kawasan ini untuk memberi ruang supaya anak-anak Sabah ada peluang pekerjaan mereka. Yang ada kebolehan mana yang mengetahui, kita tidak mahu nanti budak-budak ini berhijrah jauh.

Terima kasih banyak Yang Berhormat Batu.

final • 5:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih. Saya agak itu boleh menjadi sebahagian daripada ucapan saya.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Panjang betul bahagiannya itu Yang Berhormat Batu.

final • 5:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Itulah, kalau hendak ulas itu banyak. Saya agak kita mungkin bill ini, rang undang-undang ini adalah satu step yang positif kerana melihat komposisi yang diwakilkan itu, ia merupakan satu komposisi yang lebih komprehensif yang menangani sempadan yang lebih luas daripada seperti yang saya sebut secara konvensyen hanya menjaga sempadan daripada anasir yang mengancam sahaja. Akan tetapi ia patutnya menjadi satu standing committee yang sentiasa bukan sahaja hanya bertindak semasa ada ancaman tetapi mengambil maklumat secara regular dan juga meneliti bahawa apakah dasar yang lebih baik boleh meningkatkan lagi keselamatan negara.

Cuma saya rasa kalau untuk mengelakkan duplikasi yang telah disebut oleh Yang Berhormat Semporna tadi ialah NSC ini sepatutnya dijadikan hanya bertindak semasa ada ancamannya atau critical moment bila ia berlaku. Maksudnya inilah badan yang menjadi koordinasi, yang jadi penentuan dan NSC tidak sepatutnya juga melakukan kerja-kerja yang berulang atau menduplicatekan apa yang telah ditindakkan memandangkan undang-undang yang kita akan luluskan ini mempunyai perwakilan yang lebih meluas daripada agensi-agensi yang penting. Cuma saya rasa...

final • 5:30 PM

Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Yang Berhormat Batu.

final • 5:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sekejap. Cuma saya rasa harus diselaraskan lagi bahawa apakah peranan penyelaras ini di mana wakil ini telah dipecahkan dengan hanya nampaknya berat sebelah bagi pihak penyertaan pihak polis dan kurang daripada agensi-agensi yang lain.

final • 5:30 PM

Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Terima kasih Yang Berhormat Batu dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Batu menyebut, menyentuh tentang struktur AKSEM ini tentang kemungkinan kerja-kerja yang berlapis dan sebagainya.

Saya ingin tanya Yang Berhormat Batu dan beri satu contoh yang lain Yang Berhormat Batu iaitu di United Kingdom di mana di United Kingdom mereka menubuhkan apa yang dinamakan the UK Border Agency, hampir sama dengan nama kita pada bulan April 2008. Akan tetapi pada April 2013, lima tahun selepas itu UK Border Agency ini dibubarkan. Kenapa dibubarkan, kerana Jawatankuasa Parlimen, Parliamentary Ombudsman telah memberi laporan bahawa UK Border Agency ini dengan izin consistently poor service, a backlog of hundreds of thousands of cases and dengan izin a large and increasing number of complaints.

final • 5:30 PM

Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Jadi Menteri Dalam Negeri UK ketika itu, Theresa May, Perdana Menterinya hari ini mengambil keputusan untuk membubarkan dan memecahkan balik UK Border Agency itu kepada satu, UK Visas and Immigration dan satu lagi, Immigration Enforcement.

Manakala katanya pada April 2012, diwujudkan suatu agensi baru yang bernama Border Force. Jadi ini pengalaman di UK.

Jadi saya harap dan saya yakin Yang Amat Berhormat Menteri lebih mengikutinya daripada kita tetapi ini kepada Yang Berhormat Batu adalah menunjukkan bahawa mesti amat teliti dalam pengurusan penyelenggaraan sempadan ini supaya pengalaman di negara maju seperti di UK itu jangan kita ikut sama dan terpaksa membubarkan AKSEM dalam lima tahun yang akan datang ini. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya raya kita tidak boleh mengharapkan dengan menciptakan satu lagi birokrasi untuk menyelesaikan birokrasi yang sedia ada tanpa memperbaharukan fungsi-fungsi setiap agensi ini. Saya ingin membuat cadangan bahawa agensi yang kita bakal diluluskan ini, untuk mengelak daripada nasib yang sama dengan UK Border Agency ini, agensi ini harus mengehadkan diri dalam secara amnya beberapa perkara yang ingin saya cadangkan.

Pertama sekali ia merupakan satu badan yang menggubal polisi atau mencadangkan dasar dan keperluan untuk mempertingkatkan lagi keselamatan sempadan. Ia juga...

final • 5:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu.

final • 5:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Belum saya habis. Biar saya habis point saya. Ia merupakan, saya ambil contoh tadi rakan-rakan saya sebut tentang aset-aset pertahanan dan aset keselamatan. Sepatutnya agensi yang melibatkan satu committee yang begitu besar itu untuk menilaikan keperluan penjagaan, pengawalan sempadan kita kerana mungkin bukan sesuatu yang sangat besar kosnya yang diperlukan, jadi agensi ini menjadi satu badan yang boleh kita bertukar pandangan supaya satu rekomendasi yang lebih konkrit untuk menjaga sempadan negara ini dapat datang daripada jawatankuasa ini. Yang Berhormat Kota Tinggi.

final • 5:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih, Yang Berhormat Batu. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mencelah sedikit sahaja tadi tertarik dengan pandangan Yang Berhormat Tumpat mengenai Brexit. Pandangan saya itu bukan satu contoh yang baik sebab Brexit ini, sekejap hendak Brexit, sekejap dia tak nak Brexit. Sekejap- selepas itu buat minit pun tidak dapat.

Jadi perubahan-perubahan ini disebabkan oleh dasar-dasar mungkin sebabkan lebih kepada politik hendak pilihan raya. Kita ini pula lain. Ini bukan fasal politik, ini fasal keselamatan yang begitu nyata dan perkembangan-perkembangan terkini yang menuntut kita mengadakan rang undang-undang yang besar. Jadi itu pandangan saya, apa pandangan Yang Berhormat Batu, terima kasih.

final • 5:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya agak kita tidak kisah mana-mana di dunia ini Parlimen atau kerajaan itu unsur politik dan pilihan raya itu kita tidak boleh elakkan, itu secara realistik. Cuma kita mengingatkan diri dan juga mengawal supaya isu populariti dalam pilihan raya ini jangan mempengaruhi keputusan yang kita buat. Saya ingat tadi Yang Berhormat Tumpat bawakan isu ini adalah kerana sudah tentu sesuatu berlaku yang mengakibatkan UK Border Agency ini dibubarkan dan kita mengambil iktiraf teladan seperti ini untuk mengingatkan diri jangan ulang kesilapan ini.

Point saya yang tadi saya terpaksa ulang balik. Saya nampak dalam perkara ini memang ada bahayanya kerana nampaknya commissioner general untuk agensi ini duduk bersama dengan Director-General of National Security Council. Kita tidak nampak siapa command siapa. Kalau krisis berlaku sama ada NSC ambil precedent untuk menjaga sempadan negara atau director general ini. Kita lihat director general ini dilantik directly daripada Agong. Maksudnya dia ada kuasa tertentu sebagai seorang pegawai kerajaan.

Itu saya akan elaborate sedikit lagi dalam ucapan saya nanti. Akan tetapi saya hendak balik kepada point yang saya bawa itu ialah agensi ini harus confined dalam tugasannya untuk membuat assessment dalam keperluan pembelian aset-aset pengawalan sempadan ini. Saya agak sungguhpun contoh saya akan gunakan ini agak keluar daripada kuasa kementerian ini ialah seperti yang telah kita, rakyat Sabah sedar kita telah beli dua buah Scorpene yang berjumlah USD1.1 bilion. Seperti yang telah

final • 5:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

ramai pakar-pakar tentera telah menyatakan submarine ini tidak boleh dipakai untuk menjaga keselamatan sempadan negara.

Akan tetapi aset sebegitu besar itu telah dilaburkan untuk yang tidak mendatangkan faedah yang secara konkrit kepada sempadan negara kita. Lebih teruk lagi ialah baru-baru kita dapat berita bahawa 4 orang pegawai tertinggi dalam syarikat Scorpene ini telah didakwa dalam mahkamah Perancis atas memberi suap kepada pegawai Kerajaan Malaysia. Yang ini harus kita pertimbangkan semula dan kehilangan 114 juta Euro yang telah dibayar kepada seorang pegawai konsultan di Malaysia yang namanya Razak Baginda. Ini adalah sebahagian daripada pembaziran. Saya tidak mahu elaborate dalam perkara ini. Saya hanya ambil contoh bahawa perkara ini harus kita teliti dan siasat supaya pembaziran dan pemborosan tidak berlaku.

Aspek yang kedua ialah dalam isu meningkatkan lagi penglibatan diplomatik kita kerana seperti yang telah disebut oleh Yang Berhormat Semporna tadi dan beberapa rakan, perkara ini kita tidak boleh menangani secara isolation. Kerajaan Filipina dan juga Indonesia dan Thailand juga memainkan peranan dan kita sedar bahawa perdagangan manusia ini berlaku kerana konflik yang telah berlaku dalam daerah-daerah tertentu di negara-negara jiran kita. Tanpa engagement diplomatic ini kita tidak akan selesaikan masalah.

Jadi saya juga harap jawatankuasa ini juga memainkan satu peranan yang lebih aktif untuk engagement seperti itu dan juga kita harus ingatkan semua pihak kita tidak perlu dan kita harus berjaga-jaga dalam konflik yang ada di luar negara termasuk sekarang ini baik pun Rohingya di Myanmar atau Vegu di China dan juga Yaman. Ini semuanya ada akan memberi nampak kepada tindakan menjaga, mengawal sempadan negara kita.

Peranan yang ketiga yang saya juga ingin cadangkan ialah isu information intelligence. Maklumat yang telah dikutip ini agak penting. Kes Lahad Datu ini jelas menunjukkan kita gagal untuk mendapatkan maklumat dan tidak dapat kita bertindak lebih awal. Jadi kita harus laburkan lagi, lebih banyak bukan sahaja aset tetapi dalam human resource untuk memastikan perkara ini, pengintipan maklumat ini dapat disampaikan.

Saya juga rasa kita seperti yang saya sebut itu, maklumat ini bukan terhad dalam isu anasir keganasan tetapi dalam medical, dalam isu pelancongan dan agroculture dan lain-lain lagi juga,harus kita gunakan kesempatan ini untuk menggubah satu dasar yang lebih berkesan untuk menjaga sempadan negara kita. Saya ingin alih sedikit dalam beberapa fasal yang bagi saya akan mewujudkan kekhuatiran.

Seperti yang saya sebut tadi ialah pelantikan commissioner general dan timbalan commissioner general untuk agensi ini.

final • 5:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya kurang pasti apakah kuasa yang telah dimaktubkan kerana undang- undang ini seolah-olah hanya mengatakan pelaksanaan akta ini. Akan tetapi, memandang dalam jawatankuasa yang begitu besar, sama ada director commissioner general ini boleh mengarah kepada semua agensi yang telah disenaraikan demi mengawal sempadan negara atau dia hanya merupakan seorang sekretariat untuk merakamkan keputusan dan cadangan untuk diserah kepada kementerian dan agensi- agensi lain untuk diambil tindakan. Ini saya pohon dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Perkara yang amat penting dalam rang undang-undang ini saya ingin bangkitkan ialah pada seksyen 22 di mana saya ingin baca sedikit dalam perkara ini telah menyatakan tiada tindakan guaman, pendakwaan, atau apa-apa prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap agensi, maksudnya agensi inilah, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia, mana-mana jawatankuasa, mana-mana pegawai agensi atau anggota jawatankuasa atau kakitangan entiti kerajaan lain berkaitan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.

Kalau kita lihat senarai ini, dia bukan sahaja agensi ini, sebab jawatankuasa dia melingkungi semua kementerian dan director general untuk pelbagai agensi. Kalau ini berlaku, adakah bermaksud segala masalah yang berkaitan dengan sempadan tidak ada legal proceeding yang boleh kita ambil? Adakah Yang Berhormat Menteri Pelancongan boleh mendapat immunity dengan klausa ini? Adakah kita mengehadkan bahawa prosiding undang-undang tidak boleh berlaku kalau seseorang itu dihalang untuk masuk ke negara? Ambil contoh, seorang peguam Scorpene datang ke Malaysia, dia dihalang dan dihalau keluar dan tidak ada remedy dalam undang-undang kita boleh

final • 5:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

mempertikaikan keputusan ban ini atau seorang warganegara dihalang untuk keluar negara atas keselamatan sempadan.

Adakah ini juga tidak boleh dipertikaikan dan di mana kuasanya kalau katalah seperti contoh, seorang kartunis yang tidak ada kena mengena dengan keselamatan negara tetapi telah dihalang untuk keluar negara. Dengan klausa seksyen 22 ini adakah kawan saya, Xuna tidak ada hak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap mana- mana agensi oleh kerana keputusan ini telah dilindungi secara imuniti. Jadi saya ingin dapat penjelasan.

Seterusnya dia juga melibatkan saya terpaksa guna bahasa Inggeris kerana dia menyatakan, 23- “every officer of the Agency or member of committee or personnel of other Government Entities while discharging his duty or performing his functions under this Act in such capacity shall be deemed to be a public servant within the meaning of the Penal Code.” Maksudnya sebelum ini, kalau kita ingat dalam satu kes yang agak kontroversi di mana Perdana Menteri telah dibawa ke mahkamah dan ruling dalam keputusan itu Perdana Menteri bukan seorang public service servant dalam meaning Penal Code [Act 574] itu.

Kalau ini diluluskan sama ada ahli-ahli yang duduk dalam komuniti termasuk Yang Berhormat Menteri, Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan juga Secretary General kementerian yang semua dia ada ini, dia jadi sama taraf. Mereka adalah public servant yang di-define sebagai Penal Code. Saya ingin dapat pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri yang memperkenalkan undang-undang ini. Akhir sekali... Ya, Yang Berhormat Padang Serai.

final • 5:50 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Batu. Mengenai klausa yang baru disebut tadi, saya ingin minta penjelasan kerana di bawah undang-undang di mana, mana-mana anggota kerajaan ataupun civil servant ataupun sesiapa seperti dinyatakan dalam 22, melakukan apa-apa kesalahan, maka undang-undang membenarkan tindakan tortures dan sebagainya dibawa. So, bukankah klausa ini mempunyai kesan menghalang rakyat daripada akses kepada mahkamah dan membawa kompelin mereka ataupun kesalahan yang dilakukan ke atas mereka ke mahkamah dan menyebabkan atau memberikan pihak kerajaan, komuniti dan sebagainya satu kekebalan terhadap siapa. Terhadap rakyat sendiri. Minta penjelasan.

final • 5:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ini point yang saya khuatir kerana dengan kekebalan ini mungkin akhirnya akan lebih mengancam keselamatan kerana dengan trend dunia ini, transparensi adalah lebih cara yang lebih baik untuk menangani keselamatan sempadan. Kalau kita tidak mempunyai— tidak ada recourse undang-undang untuk mengelakkan penyelewengan, akhirnya kita mungkin memberi kekebalan kepada satu senarai yang begitu besar pegawai-pegawai yang terlibat ini yang menyebabkan akhirnya secrecy dan penyelewengan akan terus berlaku. Saya juga— itulah sebab saya bersetuju dengan Yang Berhormat Padang Serai supaya kita review balik ini untuk narrow-kan, iaitu sempitkan lagi imuniti, kekebalan yang telah diberi kepada pegawai dalam pelaksanaan tugas ini.

Akhir sekali adalah dalam point 26 dan 27. Saya secara umumnya nampaknya dia memberi satu lagi keraguan yang mana seseorang tertuduh itu atau menyampaikan maklumat ini tidak perlu, tidak boleh di-examine oleh undang-undang. Kalau kita ambil 27(1), dengan izin saya baca dalam bahasa Inggeris, on the third line, yang dikatakan, “...no agent provocateur shall be presumed to be unworthy of credit by reason only of his having attempted to commit or to abet, or having abetted or having been engaged in a criminal conspiracy…” Ini maksudnya, kita telah introduce preventive, arrest preventive criminalization dengan seseorang itu yang berniat tetapi kita tidak boleh untuk buktikan niat ini kerana 26 ini, the informer tidak payah, tidak perlu untuk mendedahkan identiti, tidak perlu menunjukkan apa. Itu saya setuju kita kena ada protection, tetapi kemudian kita akan convict seseorang itu atas hanya attempted atau berniat untuk melakukan kesalahan.

Juga di bawah ini 27(2), “...solely on the uncorroborated evidence of any agent provocateur shall not be illegal and no such conviction shall be set aside merely because the court which tried the case has failed to refer in the grounds of its judgement to the need to warn itself against the danger of convicting on such evidence.”

final • 5:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Dengan perkara ini, dia memberi ruang keraguan di mana dia bertentangan dengan prinsip natural justice di mana seseorang itu harus dibuktikan telah melakukan kesalahan dan keganasan. Dengan itu saya sokong dengan reservation beberapa perkara yang harus dibaiki Terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Setiu.

final • 6:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sebelum saya meneruskan dengan perbahasan saya, saya ingin memberi satu ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Timbalan Perdana Menteri kerana pembentangan akta ini pada hari ini adalah hasil daripada idea beliau sejak 2015 lagi tidak macam sebelah sanalah, ini kita ada, hebat. Jadi, Yang Berhormat ini sentiasa memberi perhatian, memberi perhatian yang khusus, perhatian yang sangat khusus kepada keselamatan sempadan.

[Disampuk] Ampu biasalah.

final • 6:01 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Layak diangkat jadi Perdana Menteri

final • 6:01 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Itu sangkaan jahat. Okey, kalau kita lihat pada akta ini, jelas menunjukkan bahawa kita akan menyaksikan satu koordinasi dan juga kita juga dapat memantapkan lagi kawalan sempadan negara kita, ini sangat penting sebenarnya pindaan akta yang kita bentangkan sekarang ini dan dapat juga kita pupukkan satu penyatuan padu bersatu padu antara agensi-agensi. Mungkin dengan penyatuan padu agensi-agensi ini dapat kita mengatasi pencerobohan yang banyak di sebut sebentar tadi, pembolosan dan sebagainya, penyeludupan, jadi semua ini dapat kita mampu menangkis ancaman-ancaman luar sebenarnya yang cuba menceroboh sempadan negara kita.

Kita lihat kebaikan kepada akta ini, rasionalnya sangat banyak, antaranya kita boleh memperkemaskan lagi struktur pengurusan dari segi memperkukuhkan kekuatan anggota, dari segi menambah baik dari segi fasiliti dan juga meningkatkan penggunaan teknologi yang sedia ada. Apa yang paling penting, bila adanya agensi yang dikoordinasi bermakna akhirnya akan dapat dilahirkan satu SOP yang tunggal, yang satu sahaja SOP.

Kalau selama ini kita banyak dengan SOP, daripada agensi ini, inilah SOP nya dan yang sana SOP nya tetapi bila adanya koordinasi ini akan ada satu sahaja SOP yang boleh digunakan oleh semua agensi-agensi yang terlibat, ini sangat penting.

Jadi melalui akta ini dapat kita lihat juga penubuhan yang disebut-sebut, penubuhan jawatankuasa peringkat tertinggi yang kita tahu terdiri daripada Jemaah Menteri, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis, daripada MKN, kastam, imigresen dan sebagainya. Akan tetapi cuma yang dipersoalkan mungkin dari segi di jawatankuasa tertinggi ada orang yang sama di jawatankuasa yang satu lagi tetapi pada saya walau apa pun, ada sedikit hendak dikatakan overlapping dan sebagainya tetapi pada saya kita kena faham tugas jawatankuasa tertinggi, apa tugasnya? Tugasnya yang paling utama adalah dia meneliti syor-syor daripada jawatankuasa yang satu lagi, walaupun orang sama tetapi dia akan meneliti dan mungkin ada peluang yang lebih maknanya mereka yang ada dalam anggota jawatankuasa yang satu lagi boleh semasa meneliti dan mengkaji syor-syor tadi, boleh bertanya secara direct bermakna mereka hadir dalam jawatankuasa yang tertinggi dan mereka boleh ditanya bermacam-macam-macam.

Jadi saya rasa perkara ini tidak menjadi satu masalah bagi kita dan saya juga ingin menyentuh sedikit tentang pemberi maklumat tadi, dalam pemberi maklumat ini memanglah mereka ini dilindungi cuma apa yang kita perlu tahu bahawa bila adanya peruntukan seperti ini, pemberi maklumat bermakna tugas menjaga keselamatan sempadan kita bukan hanya di letakkan kepada kerajaan, mereka-mereka, rakyat-rakyat kita juga diberi tugas. Jadi mereka boleh memberi tugas dan mereka tidak perlu takut.

Cuma, satu lah saya hendak tanya Yang Berhormat, adakah apa-apa galakan hendak beri kepada pemberi maklumat? Kalau ada galakan seperti galakan kewangan dan sebagainya mungkin akan ada lebih kita menarik ramai lagi rakyat kita untuk bekerjasama dengan agensi-agensi yang terlibat ini.

Kedua, tentang ejen provokasi tadi, bila sebut ejen provokasi saya lihat tidak ada definisi siapa sebenarnya ejen provokasi ini, jadi pertanyaan saya kepada Yang Berhormat Menteri, siapa sebenarnya yang hendak dilantik? Adakah daripada pegawai agensi ataupun kita hendak lantik mereka ini daripada rakyat kita juga? Saya rasa sudah tiada, saya hendak sebut sikit tadi, sudah tiada tetapi tidak apa, harapan saya supaya dengan adanya akta ini nanti dapatlah kita mengelakkan dari segi perkara-perkara yang berlaku sebelum ini, sandiwara dan sebagainya tidak akan berlaku lagi, yang di sebut- sebut fasal sandiwara dan sebagainya.

Saya rasa juga pemahaman Yang Berhormat Batu sebentar tadi, saya rasa tidak berapa hendak faham sangat tentang ejen provokasi tadi sebab bila disebut ejen provokasi, walaupun mereka ini boleh diterima segala keterangannya tetapi kena lihat

final • 6:01 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

apakah tujuan utama dia, tujuan utama dari segi percubaan dia melakukan apa-apa kesalahan tadi, tujuan utama ialah untuk apa? Kita kena lihat, jangan kita lihat tujuan utama dia adalah untuk membantu agensi-agensi ini untuk menentukan kesalahan mereka yang melakukan kesalahan, bukan maknanya dia hendak buat itu atas kesalahan pada dirinya, bukan begitu. Maksudnya tujuan utama dia adalah dari segi untuk apa?

Kalau kita lihat secara jelas.

Jadi atau telah bersubahat atau terlibat dalam konspirasi jenayah untuk melakukan kesalahan itu jika tujuan utama dia percubaan persubahatan atau penglibatan itu adalah untuk mendapatkan keterangan, sangat jelas kalau ini tujuannya jadi kenapa hendak menjadikan ini satu kesalahan? Sebab dinyatakan dengan jelas. Kalau tidak, tidak perlu ada peruntukan 2.7

final • 6:01 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Akan tetapi tujuan asalnya adalah untuk membantu, bukan untuk tujuan-tujuan lain. Kalau dia sendiri yang melakukan kesalahan, itu bolehlah kita tangkap dan sebagainya. Jadi kena faham, mana Yang Berhormat Batu? Yang Berhormat Batu tidak ada ya? Faham Yang Berhormat Batu ya? Lain-lain saya rasa sudah tidak ada setakat ini. Itu sahaja setakat ini yang dapat saya bahaskan. Saya pohon menyokong, terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kapar.

final • 6:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, untuk memberi ruang kepada saya memberi sedikit penjelasan dan penelitian saya tentang Rang Undang-undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017. Saya juga komited di sini bahawa kami dari barisan pembangkang pun akan menerima sebarang rang undang-undang yang membawa wajah dan imej untuk memperkasakan keselamatan dan kebajikan rakyat jelata. Rang undang-undang ini adalah untuk penubuhan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), yang bertujuan mengekang masalah kawalan sempadan darat negara, terutamanya dengan Thailand, Indonesia dan Brunei dan membanteras kegiatan-kegiatan penyeludupan dan juga keganasan yang berlaku di sempadan. Rang undang-undang ini memperkasakan satu agensi yang dikenali sebagai Agensi Kawalan Sempadan Malaysia dengan menguatkuasakan undang-undang berkaitan kawalan sempadan dan membolehkan AKSEM ini bergerak sendiri secara holistik, secara menyeluruh dan mengawal sempadan dengan lebih efektif dan lebih efisien.

Kita akui bahawa sebelum ini dengan penglibatan pelbagai agensi, banyak agensi yang terlibat semasa berlaku operasi di sempadan, ini menyebabkan agensi- agensi yang terlibat mengalami masalah dalam penyelarasan penugasan mereka kerana penglibatan pelbagai agensi. Namun begitu, kita wajar memastikan bahawa koordinasi antara-antara agensi yang terlibat dalam penjagaan sempadan untuk menjamin keselamatan di sempadan ini perlu ada. Sekiranya tiada koordinasi, tiada hubungan yang rapat, tiada penyelarasan tugas di antara mereka dan itu yang menyebabkan sentiasa kita menghadapi masalah sebegini rupa di sempadan.

Hari ini kita ada kewujudan satu agensi. Agensi ini memberi kuasa kepada Jawatankuasa Peringkat Tertinggi. Jawatankuasa Peringkat Tertinggi ini pula memberi kuasa kepada Jawatankuasa Penyelaras untuk menyelaraskan tugas-tugas. Persoalan pertama saya berkaitan rang undang-undang ini adalah apakah agensi ini boleh bertugas sebagai satu organ yang boleh menyelaraskan semua tugasan-tugasan yang menjadi kekangan sebelum ini? Kekangan sebelum ini adalah semua agensi memainkan peranan masing-masing, sekarang kita tubuhkan satu agensi yang dipanggil sebagai AKSEM.

Kita mengharapkan AKSEM ini bergerak secara sendiri. Akan tetapi hasrat objektif itu hanya akan dapat dicapai sekiranya agensi-agensi ada dekat sini berinteraksi antara satu sama lain dan bergerak sebagai satu kumpulan. Adakah matlamat ini akan tercapai dengan wujudnya AKSEM? Itu yang pertama.

Kedua, Tuan Yang di-Pertua. AKSEM walaupun hari ini kita cuba rasmikannya tetapi saya difahamkan AKSEM telah ditubuhkan secara tidak rasmi dan bergerak berdasarkan kuasa arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Kita akui bahawa beberapa pemantauan dan penangkapan sesiapa yang terlibat dalam jenayah rentas sempadan telah dilakukan tetapi siasatan dan pendakwaan diserahkan kepada agensi- agensi lain ataupun penguat kuasa-penguat kuasa keselamatan yang lain. Seperti pencelahan saya semasa ucapan Yang Berhormat Kinabatangan tadi, itulah masalah utama, di mana pemantauan penangkapan suspek tiada masalah.

final • 6:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Akan tetapi pendakwaan dan siasatan yang menjadi masalah. Bermaksud, ia ada dua bahagian. Satu adalah bahagian memantau dan menangkap, yang itu saya rasa kini tanpa AKSEM pun saya rasa pegawai-pegawai kita di sempadan sedang menjalankan tugas. Akan tetapi bahagian kedua, di mana kita siasat, kita dakwa mereka dan sebagainya, itu menjadi masalah kita. Bagaimana dengan wujudnya AKSEM ini, Kerajaan Persekutuan boleh mengatasi masalah, khususnya siasatan dan pendakwaan.

Saya juga mengambil kesempatan ini, sejak AKSEM ditubuhkan secara tidak rasmi ini, sehingga hari ini berapakah kes di sempadan ini, tangkapan-tangkapan di sempadan ini telah dirujuk ke mahkamah dan berapa banyak kes yang telah didakwa dan sebagainya?

Saya perlukan penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Menteri sebentar nanti.

Isu ketiga saya adalah berkenaan dengan soal keselamatan di sempadan. Kita dapati dalam Pelan Strategik Kementerian Dalam Negeri 2015 hingga 2020, keselamatan sempadan menjadi salah satu teras keselamatan strategik yang dicadangkan. Teras ini direalisasikan melalui tiga matlamat utama iaitu penguatkuasaan undang-undang Imigresen, mengukuhkan keselamatan sempadan dan membanteras jenayah rentas sempadan dan memerangi penyeludupan. Namun begitu, jenayah rentas sempadan makin lama makin berleluasa dan ini tidak dapat dinafikan, dari kegiatan militan, kumpulan ekstremis, isu-isu pelanunan, pengubahsuaian wang haram, pemalsuan dokumen, penyeludupan, pemerdagangan manusia, sehingga pemerdagangan senjata, menjadi isu-isu yang melibatkan jenayah di sempadan.

Laporan-laporan antarabangsa sering menyatakan bahawa Malaysia terdedah dan menjadi lokasi yang dikenal pasti dikenal pasti sebagai transit point, terutama bagi jenayah penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Saya ingin mendapat ulasan daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri tentang istilah Malaysia dikaitkan sebagai transit point ini. Betapa- apakah status terkini tentang isu ini? Adakah negara diancam sebagai satu lokasi atau satu kawasan transit point yang betul-betul membahayakan di benua ini? Saya minta Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk menjelaskan bahagian itu.

Seterusnya, point keempat saya adalah berkenaan dengan pembinaan tembok dan pagar di sempadan Malaysia-Thailand. Terdapat beberapa rancangan sebelum ini untuk membina tembok dan pagar di sepanjang sempadan Malaysia–Thailand demi menutup pembolosan yang menyebabkan penyeludupan dadah, senjata dan juga pemerdagangan manusia. Kita sudah berapa kali ada pandangan ini, seawal tahun 2013 pun telah ada suara-suara yang meminta mewujudkan, membina sebuah tembok konkrit bersama dengan kawat berduri di kawasan-kawasan ini. Akan tetapi setakat hari ini, pembinaan tembok ini tertangguh. Saya minta Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk menerangkan dan menjelaskan status terkini mengenai pembinaan tembok dan pagar di sempadan Malaysia–Thailand. Sekiranya kita mempunyai kekangan, saya minta jasa baik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menerangkan kekangan-kekangan dihadapi dan apakah rancangan terdekat dan pandangan beliau dalam masa terdekat untuk membina tembok dan pagar di sempadan Malaysia-Thailand ini.

final • 6:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam.

Satu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan yang bernilai RM420 juta sedang dibina di Bukit Kayu Hitam dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada Januari 2019 setelah fasa kedua pembinaannya siap menjelang Disember 2018. Projek ini merupakan sebahagian dasar logistik negara untuk mempertingkatkan peranan Malaysia dalam sistem logistik bagi negara-negara ASEAN khususnya Segi Tiga Pertumbuhan Ekonomi Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

Akan tetapi, untuk perhatian Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini, fasa pertama projek ini telah tertangguh selama 576 hari dan digesa menyiapkan projek ini selewat-lewatnya Ogos 2017 sedangkan negara Thailand telah menyempurnakan pembinaan Kompleks ICQ di Danok. Bermaksud, Thailand sudah siap bahagian dia, kita masih lagi belum siap. Projek kita tertangguh.

Saya ingin mengingatkan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri bahawa Yang Amat Berhormat sendiri telah mengatakan bahawa lanjutan operasi akan berlaku dari 18 jam sehari kepada 24 jam sehari selepas ICQS siap sepenuhnya nanti.

Saya minta jasa baik Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk menerangkan juga status terkini tentang pembinaan ICQS ini dan juga bagaimana kita akan menampung kelewatan dan penangguhan projek ini? Adakah dia melibatkan caj- caj tambahan dan sebagainya?

final • 6:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Seterusnya, isu keenam yang saya ingin bangkitkan adalah mengenai kerja ukur serta pertindihan sempadan Malaysia-Thailand. Setakat 13 Jun 2017, kerajaan kedua-dua pihak telah hampir menyelesaikan kerja mengukur sempadan dari Perlis ke Kelantan kecuali satu lokasi di Bukit Jeli. Kerja ukur ini adalah berdasarkan Perjanjian British-Siam 1909, agak lama perjanjian ini, tetapi kerja pengukuran belum lagi siap.

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, saya ingin menanyakan status terkini tentang kerja ukur serta pertindihan sempadan Malaysia-Thailand, setakat mana kita telah selesai? Adakah lokasi di Bukit Jeli telah diambil kira, telah siap ukurannya secara sempurna?

Seterusnya isu ketujuh saya, Tuan Yang di-Pertua, adalah berkenaan dwi kewarganegaraan Malaysia dan negara Thailand. Walaupun kedua-dua negara kita Malaysia dan juga negara Thailand melarang rakyat masing-masing memiliki lebih daripada satu kewarganegaraan, namun tetap ada orang didapati mempunyai kewarganegaraan kedua-dua buah negara. Malah, sesetengah daripada mereka dikatakan terlibat dalam kes-kes perundangan dan jenayah rentas sempadan dan juga terlibat dalam kegiatan militan di selatan Thailand. Setakat ini, Kerajaan Thailand telah menyerahkan satu senarai individu yang didakwa memegang dwi kewarganegaraan kepada Kerajaan Malaysia atas permintaan pihak Malaysia. Senarai ni telah juga disertakan dengan rekod biometrik untuk dikenal pasti oleh Kerajaan Malaysia.

Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tentang masalah dwi kewarganegaraan dan berapakah kes-kes yang telah dikenal pasti dan apakah status senarai-senarai yang diberikan oleh Kerajaan Thailand kepada kita atas permintaan kita? Apakah status terkini pada individu-individu tersebut?

Soalan kelapan saya atau isu kelapan saya adalah berkenaan dengan kegiatan penyeludupan yang berleluasa. Laporan tahunan Kementerian Dalam Negeri tahun 2014 mengatakan bahawa sebanyak 15,931 operasi yang meliputi aktiviti penguatkuasaan seperti sekatan jalan raya, rondaan, risikan, operasi khas dan pemeriksaan mengejut dilaksanakan bagi membanteras penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand.

Hasilnya, terdapat 1,565 kes dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM19.3 juta dan tangkapan PATI seramai 1,811 orang. Hasil barang-barang yang terlibat dalam penyeludupan adalah seperti beras, makanan, minyak masak, minuman keras, dadah termasuk juga kenderaan-kenderaan.

Persoalan saya yang berkaitan dengan isu ini ialah, apakah berlaku kepada rampasan-rampasan bernilai RM19.3 juta ini? Apa yang kerajaan telah lakukan terhadap RM19.3 juta ini? Sebab, ia juga terlibat dengan benda-benda bukan sahaja dadah dan senjata tetapi ada juga barang makanan seperti minyak masak, kenderaan, beras dan sebagainya. Bagaimana kerajaan sedang mengawal ataupun bagaimana kita hendak gunakan balik barang-barang rampasan ini? Selain daripada ini, apakah lagi barang- barang yang menjadi isu utama ataupun kegemaran, preferences, dengan izin, kepada penyeludup-penyeludup ini untuk menyeludup dari Malaysia? Senarai barang-barang itu boleh disenaraikan nanti, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

final • 6:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Kapar.

final • 6:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ya, silakan. Boleh, Tuan Yang di-Pertua?

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 6:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Bercakap mengenai barang-barang yang menjadi minat penyeludup-penyeludup, salah satu rasional kenapa kita mengadakan rasionalisasi subsidi termasuk harga minyak petrol, gula dan sebagainya adalah kerana barangan-barangan kita ini murah berbanding dengan negara jiran. Jadi, salah satu cara penyelesaiannya, katanya ialah dengan menaikkan harga, maka tidak ada satu minat untuk menyeludup barang-barang.

Itulah yang telah berlaku sebelum ini. Walaupun kita berhujah ketika itu bahawa pihak berkuasa harus meningkatkan kerja-kerja pengawalan dan penguatkuasaan di sempadan-sempadan kita untuk mengelakkan penyeludupan tetapi jawapan ketika itu ialah dengan menghapuskan subsidi, harga naik, hilang minat. Jadi, apakah akhirnya kerajaan bersetuju pada kita bahawa sebenarnya penguatkuasaan lebih berkesan untuk menghalang penyeludupan? Terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Masukkan ucapan dan pandangan beliau sebagai sebahagian daripada ucapan saya.

final • 6:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Pada waktu yang sama, sejak kita debat isu tersebut sampai hari ini, saya tidak sedikit pun beralih daripada pandangan saya bahawa subsidi adalah amat penting untuk rakyat biasa terutamanya golongan biasa, golongan rendah dan golongan sederhana.

Walaupun kita telah menarik subsidi pelbagai barang tetapi penyeludupan barang tidak dapat dibanteras sepenuhnya. Itu yang dikaitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai bahawa penyeludupan barang tidak ada kena mengena dengan subsidi. Malahan, penyeludupan ini— walaupun dengan penarikan subsidi— menarik minat penyeludup- penyeludup ini untuk seludup barang keluar negara. Itu tidak dapat dinafikan. Saya rasa subsidi milik rakyat perlu dikembalikan kepada rakyat.

Pada waktu yang sama, penerangan daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tentang senarai barang tadi termasuk barang-barang subsidi yang menjadi ancaman terhadap rakyat biasa dan menjadi kegemaran kepada penyeludup- penyeludup ini membawa keluar dari sempadan, tolong senaraikan barang-barang tersebut yang menjadi minat mereka.

Saya ada dua lagi isu. Isu kesembilan saya adalah berkenaan dengan aktiviti pemerdagangan manusia.

final • 6:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Pada tahun 2015 Tuan Yang di-Pertua dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Malaysia dinaikkan kembali ke Senarai Pengawasan Tahap 2 daripada Tahap 3 yang paling rendah oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam Laporan Pemerdagangan Manusia 2015 (TIP). Malaysia kekal di Tahap 2, pemerhatian pada tahun 2016. Manakala pada tahun 2017 dinaikkan ke Tahap 2. Ini adalah berkenaan dengan Laporan Tahunan Mengenai Pemerdagangan Orang 2017 yang melibatkan penilaian terhadap 187 buah negara mengenai usaha membanteras pemerdagangan orang melalui tiga komponen utama iaitu pendakwaan, perlindungan dan pencegahan.

Persoalan berbangkit dengan isu ini adalah, apakah ini membuktikan usaha kerajaan untuk membanteras atau memerangi pemerdagangan manusia di Malaysia?

Kita ada dua jenis ataupun dua situasi pemerdagangan. Satu, kita melakukan jenayah pemerdagangan manusia. Satu lagi adalah berkaitan pemerdagangan organ-organ manusia. Bermaksud satu dalam bentuk hidup, satu lagi dalam bentuk organ-organ yang hidup. Setakat mana keseriusan kes-kes pemerdagangan manusia dan kes-kes pemerdagangan organ-organ manusia di Malaysia? Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengenai perincian tentang kedua-dua kes ini, status kedua-dua kes ini dan betapa...

final • 6:30 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Yang Berhormat Kapar.

final • 6:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Betapa tahap keseriusan dalam kita menghadapi isu-isu ini dan memerangi isu-isu ini. Tuan Yang di-Pertua? Ya Yang Berhormat Bukit Mertajam.

final • 6:30 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Kapar, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kapar, setujukah apabila kita bercakap tentang isu penyeludupan dan pemerdagangan manusia ini dan saya percaya antara objektif utama rang undang-undang yang kita bicarakan pada hari ini adalah salah satunya untuk mengatasi masalah keborosan dan juga kebocoran sempadan di mana berlakunya aktiviti penyeludupan manusia?

Akan tetapi masalahnya di sini pada hari ini ialah kita nampak bahawa aktiviti penyeludupan manusia, pemerdagangan manusia bukan hanya berlaku di pos-pos kawalan terpencil dalam hutan sahaja, malah berlaku di kawalan-kawalan imigresen.

Contohnya, saya rasa berita yang amat hangat pada tahun ini di mana lebih kurang 100 orang pegawai imigresen di KLIA telah disyaki, disiasat. Saya rasa lebih kurang 16 orang telah dipecat, 14 orang telah digantung dan yang lain-lain telah diambil pelbagai tindakan.

Jadi ia bukan sahaja berlaku di sempadan-sempadan hutan terpencil tetapi berlaku di mana-mana.

Satu lagi pendedahan pada tahun ini, laluan tikus dan laluan gajah melalui air Indonesia dan Malaysia di sebelah selatan dekat Johor, juga berlaku perkara ini. Akta ini hanya merangkumi kawalan sempadan darat. Jadi saya rasa isu yang lebih besar – kita setuju dengan akta ini tetapi isu yang lebih besar adalah berkaitan sindiket orang dalam yang terlibat berkomplot dengan penyeludup manusia menjalankan aktiviti khianat ini.

Perkara kedua yang saya juga hendak minta penjelasan dan pandangan Yang Berhormat Kapar adalah tentang komposisi Jawatankuasa Penyelaras tadi berkaitan dengan penyeludupan manusia. Saya rasa ada perlunya untuk memasukkan unsur ataupun wakil daripada contohnya pegawai pelindung di bawah Akta

final • 6:30 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Antipemerdagangan Orang, seksyen 43 kerana kita tidak hendak kawalan sempadan ini nanti akan memangsakan pula mangsa penyeludupan manusia. Jadi kawalan sempadan ini bertujuan untuk mengatasi jenayah pelanggaran sempadan tetapi bukan untuk memangsakan orang yang sudah menjadi mangsa. Minta pandangan Yang Berhormat Kapar.

final • 6:30 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Kapar, sikit boleh Yang Berhormat Kapar? Tuan Yang di-Pertua?

final • 6:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Rasah.

final • 6:30 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Yang Berhormat Kapar, saya cuma ingin hendak tanya pendapat Yang Berhormat Kapar, mengapakah penyeludupan ini berlaku? Oleh sebab bagi saya masa ini memang adalah masa yang paling tepat kita adakan undang-undang baru ini supaya kita mewujudkan agensi kawalan sempadan. Akan tetapi saya rasa satu perkara yang sangat penting kita perlu perhatikan iaitu penyeludupan ini ia bukan cuma berlaku pada hari ini. Sebelum ini memang banyak isu penyeludupan telah pun berlaku. Saya amat berharap dengan wujudnya agensi yang baru ini, kita dapat memastikan bahawa segala kes-kes penyeludupan ini dapat kita mansuhkan ataupun kita boleh menjadikan penyeludupan sifar. Apakah pandangan Yang Berhormat Kapar?

final • 6:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih kepada kedua- dua Yang Berhormat daripada Bukit Mertajam dan Rasah. Koleksi pandangan mereka dan juga soalan mereka minta dimasukkan dalam sebahagian daripada ucapan saya untuk dijawab oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Pada waktu yang sama, Yang Berhormat Bukit Mertajam telah membawa isu yang amat penting mengenai sindiket dalaman. Saya menyelami hasrat dan objektif Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk menjaga sempadan kita dengan akta ini tetapi memang wujud sindiket-sindiket dalaman yang menyebabkan atau mengaburkan semua hasrat dan objektif kerajaan termasuk Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sekiranya sindiket-sindiket ini tidak diharungi.

Komposisi mengenai seorang wakil daripada antipemerdagangan orang dimasukkan itu, budi bicara Yang Amat Berhormat, kita ada jawatankuasa ini.

Jawatankuasa ini boleh juga menubuhkan jawatankuasa lain dan sebagainya. Saya harap, jadi di situ kita boleh memasukkan atau mendapat pandangan pelbagai pihak.

Adakah jawatankuasa ini terhad? Adakah jawatankuasa ini mempunyai jawatankuasa- jawatankuasa kecil di bawahnya? Adakah kita boleh mendapatkan pandangan- pandangan daripada orang lain, dipelawa ke dalam jawatankuasa ini? Ini adalah beberapa aspek jawatankuasa ini yang perlu diterangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri supaya kita dapat memahami aspek menyeluruh jawatankuasa dan agensi ini.

Bahagian terakhir saya Tuan Yang di-Pertua, soalan kesepuluh saya adalah berkenaan dengan– berkaitan dengan satu mahkamah khas untuk mendengar kes-kes berkaitan dengan jenayah-jenayah di sempadan. Ini tidak ada di dalam akta rang undang- undang yang kita sedang bicarakan pada hari ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri bahawa kita kena mewujudkan satu mahkamah khas kawalan sempadan yang boleh beroperasi di mana-mana mahkamah dan boleh mendengar apa- apa kes serta-merta supaya tidak ada wujudnya sindiket dalaman, tidak ada wujudnya penyelewengan, tidak ada wujudnya rasuah di mana ada pihak yang telah menangkap, terus bawa, terus dakwa dan reman dan sebagainya, diambil supaya siasatan lanjutan dilakukan tanpa ada campur tangan pihak ketiga. Jadi, kalau kita ada mahkamah khas seperti Mahkamah Kanak-kanak dan sebagainya, apa salahnya kita wujudkan satu mahkamah khas kawalan sempadan yang memberi fokus khas kepada isu-isu sebegini.

Itu cadangan saya untuk pertimbangan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada rombongan staf-staf saya pada hari ini, kesempatan yang diberikan kepada saya amat dihargai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

final • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 6:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua beri peluang kepada Yang Berhormat Bagan Serai untuk mengambil bahagian

final • 6:39 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

dalam perbahasan Rang Undang-undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017, satu rang undang-undang yang penting.

final • 6:39 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian dan kerajaan kerana membawa rang undang-undang ini menunjukkan betapa seriusnya kerajaan memikirkan tentang keselamatan di negara kita. Ini kerana isu keselamatan ini adalah isu yang penting. Sesuatu negara yang tidak selamat, maka cita-cita untuk menjadi negara maju susah untuk tercapai.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya menghadiri perjumpaan ataupun meeting AIFOCOM Meeting di Manila pada 4 Julai, 13th AIFOCOM Meeting dan ini adalah satu perjumpaan memikirkan bagaimana untuk fight drug menace. Akan tetapi saya mendengar dengan teliti semasa dalam mesyuarat itu laporan yang diberikan oleh United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) dengan izin, dan juga ASEAN Senior Officials on Drug Matters (ASOD). Nampak gaya bad news lah. Berita tidak baik lah. Sebab apa? Laporan yang menunjukkan bahawa semua tempat di ASEAN ini pengalaman dadahnya makin naik.

Penagih dadah semakin ramai dan dadah trafik pun banyak. Jadi ini– dan juga saya mendengar laporan daripada kebanyakan negara-negara memberikan berita yang sama juga. Sedih juga lah dengar sebab AIPA ini sudah lama juga kan. Jadi saya hendak ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana membuat perubahan yang penting ini. Kalau dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kita buat perkara yang sama tetapi tidak berubah.

Doing the same thing, dengan izin but expecting a different result. This is insanity.

Jadi saya sangat-sangat menyanjung dan menyokong rang undang-undang ini dan kalau kita lihat kalau dulunya pada tahun 1976 kita ada UPP dan kes-kes yang berkaitan dengan penyeludupan di sempadan ini tidak berkurangan pun. Kita lihat banyak lagi kes-kes yang dapat ditangkap dan sebagainya. Kalau UPP ini saya dengar dalam perbahasan tadi ada mungkin banyak benda-benda yang tidak cukup. Banyak benda- benda yang tidak cukup untuk menjalankan kegiatan menahan ini.

Maka AKSEM yang akan ditubuhkan ini yang bercirikan NBOS yang mana ada pegawai-pegawai daripada PDRM, daripada kastam, daripada imigresen dan daripada AADK. Jadi merupakan satu kombinasi yang bagus untuk menjalankan usaha mengurangkan kes penyeludupan. Dengan yang dikatakan tadi untuk memperkemaskan, memperkukuhkan dan juga dengan SOP yang tunggal. Maknanya dia ada dulu dia duduk dalam kuasa yang diberinya adalah lebih untuk menjalankan dan memperkukuhkan.

Contohnya PDRM lah, kita dengar STING banyak buat kerja. Kita ucap tahniah bila banyak dapat tangkap itu ada dua makna satu maknanya buat kerja, satu maknanya dadah itu banyaklah. Kalau dulu penagih sahaja kemudian ada orang buat lab dan ada traffic ada keldai dadah dan sebagainya. AADK juga sudah buat kerja banyak. Oleh sebab itu kita ada Cure and Care Clinic. Kita ada macam itu, tetapi kita lihat ada loopholes maknanya ada benda-benda yang bersangkutan dengan penyeludupan di sempadan ini yang boleh merosakkan segala kerja baik kita.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, AKSEM ini kita berharaplah dengan SOP yang tunggal dapat juga mengadakan teknologi yang terkini iaitu teknologi contohnya cyber security dan ada high index of suspicion. Maknanya kena tengok betul-betul, kena kerja buat betul-betul kena ikut betul-betul SOP itu. Apa yang berlaku ialah tentang penyeludupan dadah ini– penyeludupan di sempadan yang boleh jadi dadah yang boleh jadi penyeludupan orang, penyeludupan haiwan liar, haiwan eksotik umpamanya dan juga biodiversiti. Tadi kita dengar tentang flora dan fauna kita dengan tentang benda- benda yang boleh mendatangkan duit dan sebagainya dan juga penyeludupan senjata.

Kalau kita lihat semua-semua ini, dia mendatangkan business yang besar. Dia datang business yang besar, maknanya duit walaupun ada undang-undang yang boleh sampai contohnya dadah boleh tangkap dan gantung sampai mati mandatori. Akan tetapi masih ramai lagi orang buat seolah-olah orang tidak takut. Jadi kita lihat dadah ini bahaya sebab apabila penyeludupan ini berlaku dengan negara Malaysia ini dengan kehebatan connectivity-nya. Darat, laut, udara dengan kedudukan lokasinya menjadi laluan yang sangat popular untuk transit dadah. Untuk transit penyeludupan haiwan, penyeludupan manusia dan sebagainya ini transit. Daripada situ dia akan turun pergi ke negara-negara lain. Ataupun daripada negara-negara lain dia akan masuk ke Malaysia dan dia naik ke atas.

Jadi ini kehilangannya kita banyak perkara. Kita lihat contohnya kalau dari segi herbanya, daun-daun flora macam juga ketum juga diseludup sebab apa di luar di

final • 6:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Thailand umpamanya adalah diharamkan. Jadi, barang itu sudah naik harga di sana. Jadi ini satu lagi problem.

Tuan Yang di-Pertua, kita harap lah AKSEM ini akan menjalani tangkapan seperti yang dibahaskan oleh sahabat-sahabat Ahli Parlimen yang lain iaitu tentang pendakwaan. Kita hendak dengar lah dengan lebih teliti kali ini ada tangkapan ada pendakwaan dan juga denda ini. Saya berharaplah sebab denda ini kena lebih serius tentang denda ini. Kalau kata jail itu kena jail lebih lama. Kalau kena denda ini tidak boleh sebab ini peniaga besar ini kan. Dadah ini kita dengar tangkapan ratus ribu kalau setakat denda RM50,000 dia pun gelak. Jadi kita bagi denda yang boleh membebankan dia.

Contohnya setengah juta umpamanya ataupun lebih dan kalau jail itu jail lama sebab apa nanti dia keluar dia buat benda itu balik sebab tarikan very luxurious Tuan Yang di-Pertua.

Tarikan itu buat orang lupa tentang denda-denda yang hendak datang itu.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sekijang. Yang Berhormat Sekijang yang dekat belakang.

final • 6:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Silakan.

final • 6:40 PM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Berkaitan dengan pendakwaan dan juga denda dan sebagainya ini. Saya hendak menarik pandangan daripada Yang Berhormat Bagan Serai. Kalau dilihat pada Bahagian VI berkaitan dengan penyamaran. Kita tahu kalau aktiviti berkaitan dengan penyamaran pegawai-pegawai yang di peringkat agensi ini. Jika sekiranya barang yang diseludup itu bernilai lebih daripada ribuan ringgit. Akan tetapi kalau kita lihat denda ataupun hukuman yang dikenakan hanya tujuh tahun dan denda tidak melebihi RM10,000. Apa pandangan Yang Berhormat? Adakah berbaloi denda ini dikenakan kepada mereka yang menyamar sebagai pegawai agensi ini atau perlu dinaikkan lagi jumlah ini? Terima kasih.

final • 6:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Itu yang saya cuba perkatakan tadi. Apabila kita hendak denda, denda betul-betul. Apabila kita hendak jail, kita jail betul-betul. Jail yang boleh bagi dia insaf lah. Maknanya lama. Kalau denda itu jangan denda RM10,000 dia business ini besar punya business. Orang sanggup mati untuk buat niaga macam ini. Orang sanggup susah, orang tidak peduli. Jadi kalau macam ini keadaannya, tentang undang-undang tentang denda yang kita hendak kenakan tentang dakwaan yang dibuat mestilah setimpal mestilah menggerunkannya. Ini yang saya katakan tadi.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, tentang saya mendengar tadi perbahasan tentang pegawai-pegawai yang terlibat – rotation. Ubah pegawai-pegawai jangan kerap sangat jangan lama sangat duduk dekat situ supaya dia tidak terpesona dengan tawaran- tawaran yang lumayan. Kadang-kadang jadi macam ini lah. Kalau sudah lama sangat nanti ada orang buat tawaran dekat dia. Dia apabila cakap tentang duit ini memang orang tergugat. Oleh sebab itu jadinya rasuah. Jadi ini perkara yang sangat penting untuk mengelakkan loopholes tadi untuk mengelakkan perkara-perkara yang kita sebut tadi.

Jadi pegawai-pegawai yang terlibat macam manalah adalah caranya supaya dibuat ditukar kah, rotation, ditukar pusing ke bahagian-bahagian lain dan sebagainya. Okey Tuan Yang di-Pertua, silakan.

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Apa pandangan Yang Berhormat Bagan Serai selain daripada kita menukarkan ataupun memindahkan ataupun meletakkan pegawai-pegawai ini dalam tempoh jangka masa pendek pada satu-satu kawasan. Selain daripada itu, apakah Yang Berhormat Bagan Serai bersetuju misalnya pegawai-pegawai ini kita mantapkan dengan kursus-kursus dalaman dari segi keagamaan supaya mereka ini kita perbanyakkan supaya mereka sedar akan tanggungjawab pada negara ini konsep dosa pahala supaya mereka lebih takut kepada Tuhan kepada Allah SWT kalau orang Islamnya.

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Mereka lebih gerun apabila mereka merasakan sentiasa diawasi oleh pihak lain bukan sahaja pihak kerajaan sebab kalau kerajaan mungkin tidak mampu hendak memastikan semua anggota ini berada dalam keadaan yang baik tetapi mungkin dengan penerapan ilmu-ilmu keagamaan misalnya diperbanyakkan daripada yang sedia ada sekarang ini. Apa pandangan Yang Berhormat Bagan Serai. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:50 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih, Yang Berhormat Jerantut. Saya memang hendak cakap tentang poin itu selepas ini sebenarnya

final • 6:50 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

sebab apa Yang Berhormat Jerantut sudah cakap saya setuju sangatlah dan mohon juga poin ini dimasukkan dalam perbahasan ini.

Tuan Yang di-Pertua, dia, tentang dadah ini umpamanya ialah dia ada demand and supply, yang supply inilah yang buat trafficking. Akan tetapi, perkara-perkara ini dia tidak akan jadi kalau tidak ada orang minta. Sebab itu usaha-usaha ke arah mengurangkan demand itu sangat-sangat penting. Saya merujuk kepada dadah ini, macam mana boleh ada orang hendak hantar barang kalau orang tidak minta barang.

Sebab itu hari ini kita tengok penagih-penagih, dia tidak ada masalah, masalah supply dia tidak ada masalah. Kita pun tidak tahu di mana ‘mai’ . Tiba-tiba barang dia sudah ada.

Jadi ini masalah demand ini. Sebab itu contohnya usaha-usaha yang dijalankan oleh AADK itu satu usaha yang baik untuk merawat dan juga mencegah. Akan tetapi, seperti mana yang Yang Berhormat Jerantut bagi tahu tadi, perlu ada satu usaha satu lagi pendekatan ialah pendekatan agama. Bukan agama Islam sahaja, agama lain. Ada agama lain suruh ambil dadah tidak ada, ada agama suruh ambil rasuah tidak ada, ada agama lain suruh buat penyeludupan macam ini, tidak ada.

Jadi semua agama hendak kebaikan. Tapi kalau kita rujuk apa yang Yang Berhormat Jerantut cakap tadi. Pendekatan agama ini yang kuat sebenarnya. Apabila usaha-usaha dijalankan untuk menguatkan keimanan. Apabila manusia ini dia takut kepada Allah daripada manusia. Dia takut kepada hukum Allah, dia hendak taat kepada Allah, dia hendak taat kepada agama, maka agama tidak mengizinkan dia melakukan perkara yang terjadi ini umpamanya pelepasan penyeludupan ini disebabkan rasuah ataupun permintaan dadah untuk menjadi penagih dadah.

Jadi ini penting kerana apa, kalau kita lihat pendekatan begini, banyak cara kita sudah buat. Kita buat denda ini, denda mandatori gantung ini, tapi masih lagi orang buat.

Sekali kita dengar, tiap-tiap hari on and off kita akan dengar dalam media dalam TV, tangkapan dibuat, bukan kecil, besar. Bukan kecil, tangkapan yang besar bernilai jutaan ringgit. Jadi orang tidak takut.

Mungkin satu lagi yang hendak kena buat ialah denda ini, denda dibuat ini diisytiharkan satu lagi, ditunjuk di khalayak ramai untuk bagi orang takut. Ini kira penting sebab itu kita lihat dalam perundangan Islam bila dibuat rotan, dia bukan rotan sehingga terbelah, terpotong daging, bukan. Dia rotan syarak secara agama, dia untuk menginsafkan mungkin menginsafkan dia, bagi dia sedar, hendak bagi dia malu, dia tidak buat lagi.

Sebab itu hukuman itu banyak yang dibuat secara khalayak ramai. Khalayak ramai ini orang tidak boleh dengar. Hukum gantung sampai mati. Saya pun tidak faham, saya pun tidak reti undang-undang ini. Akan tetapi, kalau gantung orang sampai mati itu tunjuk dekat orang ramai, saya ingat ramai orang tarik diri hendak buat perkara macam ini.

Jadi ini satu pendekatan yang penting. Pendekatan ini harus ditingkatkan.

Maknanya kita harap kerajaan dan kementerian– sudah buat pun, dalam AADK pun ada ceramah agama tapi tingkatkan. Fikirlah macam mana, tingkatkan lagi usaha-usaha yang pendekatannya pendekatan agama, pendekatannya untuk menguatkan keimanan supaya menghasilkan amalan yang baik, supaya menghasilkan pengharapan dan taat kepada perintah Allah SWT.

Kita lihat antara benda yang dia tidak boleh buat adalah tidak boleh buat rasuah.

Benda yang tidak boleh buat adalah ambil benda-benda yang haram macam dadah. Jadi ini benda yang tidak boleh buat. Jadi ini mungkin insya-Allah akan membantu usaha- usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan. Nampak gaya sahabat saya Yang Berhormat Sibuti pun sudah bangun, silakan Yang Berhormat Sibuti.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Apabila saya mendengar hujah-hujah dari pembahas-pembahas tadi termasuk Yang Berhormat Bagan Serai, agensi yang kita buat yang baru ini kepada sempadan- sempadan darat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Di Sarawak yang kita tahu sepanjang sempadan itu adalah Indonesia dan termasuk Sabah. Dari sini kita melihat bahawa penyeludupan daripada jalan-jalan tikus yang dikatakan – sekarang bukan hanya jalan tikus yang tidak dapat kita menjaga bahkan jalan-jalan gajah pun susah kita memantau apa yang mereka seludup kepada negara kita.

Kita tahu dadah boleh masuk seperti yang dikatakan Yang Berhormat Bagan Serai tadi dan juga manusia – seludupannya barang-barang. Apakah pandangan Yang

final • 6:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Berhormat cara-cara kita hendak mengawalkan jalan-jalan tikus ini, mencukupi untuk kita mengawalkan barang-barang yang haram ini masuk ke negara Malaysia, terima kasih.

final • 6:50 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih, Yang Berhormat Sibuti. Ha, Yang Berhormat Sibuti sudah bangun. Jadi saya setuju dengan Yang Berhormat Sibuti dan pertanyaan itu saya pasti Menteri akan bersiap sedia untuk membagi penjelasan.

Kita hendak kawal ini mana kita sudah sembang tadi dari segi integriti dari segi orang yang hendak buat kerja itu dan kerajaan akan menyediakan cukup orang yang hendak buat kerja itu. Persiapan ini dibuat secara NBOS. Jadi maknanya ada tentulah ada latihan dan sebagainya untuk penyatuan fikiran bagaimana hendak menjadi lebih baik lagi. Kalau polis campur dengan Rela campur dengan kastam dan imigresen fikir, duduk bagaimana untuk mengurangkan penyeludupan di sempadan.

Tadi saya dengar tadi ada cerita pagarlah apa semua, orang potong dawailah, tembok tidak cukuplah. Jadi kita harap AKSEM ini akan betul-betul action, akan betul- betul menjalankan perkara ini dan dapat mengurangkan penyeludupan ini. Kalau saya ambil balik dadah ini Tuan Yang di-Pertua memang menyedihkan dan membimbangkan dan merisaukan sebab dadah ini jahanam. Kita sudah isytihar sudah dadah musuh negara nombor satu, kita perang habis-habisan untuk dadah. Ha, esok kita dengar cerita dadah tangkapan banyak lagi.

Tangkapan banyak tadi saya kata ada dua makna satu bagus PDRM buat kerja, memang bagus tapi juga bermakna banyak lagi. Itu yang saya bincangkan tadi, saya bahaskan tadi tentang denda itu sendiri, tentang caranya ialah merujuk kepada usaha untuk mengurangkan pendekatan agama umpamanya. Tingkatkan lagi, kalau denda itu mesti dimaksimumkan lagi.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa persoalan yang saya sudah tulis di sini ingin saya tahu berapa jumlah kes penyeludupan dadah terkini yang telah berjaya ditumpas.

Maksud saya yang daripada sempadan. Apakah bentuk modus operandi terbaru yang digunakan dalam sindiket dalam menyeludup dadah di tempat kita hari ini?.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebut tadi permintaan yang tinggi terhadap daun ketum. Daun ketum ini permintaan yang tinggi sebab apa di Thailand haram, di Thailand telah diharamkan. Akan tetapi, di Malaysia tidak. Jadi bagaimana kementerian menangani isu ini.

Seperkara lagi yang saya telah sentuh tadi tentang pembangunan teknologi begitu pesat pada ketika ini untuk memudahkan sindiket penyeludupan haiwan dan sebagainya. Jadi interaksi yang digunakan. Kalau ada penyeludupan di sempadan tentu ada communication, sebelum seludup tentu ada communication. Bagaimana sekarang teknologi yang ada. Apakah mekanisme yang telah dirangka di kementerian untuk memantau aktiviti ini atas talian, cyber security.

Berbalik sedikit kepada memperdagangan manusia, orang tadi yang kebanyakan yang melibatkan wanita dan juga kanak-kanak. Kalau wanita umpamanya jadi hamba seks, jadi macam-macam, antaranya juga menjadi membabitkan peminta sedekah di jalanan pun ada yang melibatkan warga asing. Sejauh manakah keberkesanan modus operandi kementerian dalam menangani kes ini. Kalau kanak- kanak itu ambil dia ambil organ dia buat transplant sendiri, dia ambil organ itu.

final • 6:50 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membuat beberapa cadangan. Yang pertamanya, untuk mempercepatkan proses mengkaji pendekatan baru dan membuat penambahbaikan terhadap kawalan keselamatan di sempadan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Mesyuarat****] Seperti yang kita dengar tadi, membina sekatan, benteng, pagar, baik pulih dan menggantikan tembok yang sedia ada. Ataupun dengan menggunakan teknologi terkini macam drone umpamanya untuk melihat dan boleh control daripada jauh.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan memanjangkan perbahasan ini. Sekali lagi saya hendak bagi tahu Bagan Serai menyokong rang undang-undang ini dan menyatakan tadi setelah pulang daripada meeting ke-13, 13th AIFOCOM Meeting dekat Manila baru ini, saya lihat seolah-olah macam tidak ada perubahan apa-apa. Ceritanya

final • 7:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

bad newslah bagi saya. Sebab apa, ceritanya dadah sintetik makin banyak, penagih makin banyak, trafficking makin banyak dan semua orang buat— negara buat resolusi untuk kita bersatu menghalang penyebaran dadah ini dan juga untuk buat resolusi untuk menguatkan lagi Parliamentarian umpamanya untuk melawan dadah yang berbahaya ini.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini Bagan Serai menyokong Rang Undang- undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Stampin. Ramai yang minat lagi. Lepas Yang Berhormat Stampin, Yang Berhormat Menteri bagi signal bersedia untuk menjawab. Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Stampin untuk membahas Rang Undang-undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017. Saya mengalu-alukan kepentingan adanya pembentukan agensi kawalan ini. Akan tetapi soalan saya adalah kenapakah dengan agensi yang sedia ada, kenapa ia tidak mencukupi. Seperti juga yang dibangkitkan daripada Yang Berhormat yang di sebelah sana. Kita ada askar, kita ada polis, kita ada pihak imigrasi dan lain-lain. Bukankah ia sudah memadai memandangkan negara kita dengan izin, we are not at war or anything of that magnitude, dengan izin.

Maka ramai pegawai dalam status standby. Selain itu, bukankah bagus jika pegawai-pegawai under training ini dihantar ke sempadan untuk menjalankan latihan mereka? Dengan izin, we can kill two birds with one stone. Do some cost saving and pay the existing officer well or equip them with a better equipment, dengan izin. Sebaliknya isu yang utama bukan dari segi perlunya satu lagi agensi tetapi adalah isu corruption, isu insider informasi seperti mana yang dibangkitkan oleh ramai Ahli Yang Berhormat. Maka jika kita tidak mengatasi isu akar ini, yang telah infiltrated the integrity agensi yang sedia ada, maka tiada guna berapa banyak agensi baru yang kita adakan kerana penyalahgunaan kuasa tetap akan berlaku.

Saya khuatir apa yang terjadi adalah dengan agensi baru, perlunya equipment baru, perlunya pegawai baru, perlunya perbelanjaan baru. Maka this become a shopping heaven kepada kroni-kroni sahaja untuk menjual equipment dengan harga yang tinggi.

Maka jadilah alasan ataupun new vessel untuk membazir duit-duit rakyat. Lebih baik jika pembaziran tersebut digunakan untuk menaik taraf pasukan yang sedia ada.

Soalan kedua saya, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk membawa dua cadangan yang mana salah satunya telah saya bangkitkan sebelum ini. Cadangan saya yang pertama iaitu mengintegrasikan sistem imigrasi dengan pihak berkuasa contohnya Jabatan Polis ataupun agensi kawalan sempadan yang bakal diwujudkan ini.

Saya bagi contoh, a real case study yang pernah saya kendalikan di Kuching. Maka dari segi konteks Sarawak, kes yang pernah berlaku di mana salah seorang rakyat Indonesia daripada Kalimantan telah melakukan kesalahan dan laporan polis telah pun dibuat serta- merta di mana informasi contohnya pasport beliau telah diberikan kepada polis. Akan tetapi beliau berjaya melarikan walaupun beliau memerlukan masa sekurang-kurangnya sehingga enam jam untuk sampai ke sempadan Kalimantan, Sarawak dan cabut ke Kalimantan.

Apabila laporan polis dibuat, informasi itu tidak dapat disampaikan di imigresen di sempadan tersebut kerana sistem mereka tidak diintegrasikan bersama dengan pihak polis serta masa itu sudah off duty, off office hour iaitu pada hari Sabtu dan Ahad, kalau tidak silap saya. Jika tersebut ada diintegrasikan dengan pihak polis ataupun pihak imigrasi, integrasi bersama, maka penjenayah tersebut akan ditahan. Boleh berjaya ditahan. Walau banyak kali cadangan ini dicadangkan di Dewan yang mulia ini, akan tetapi ia masih belum tidak dipakai di mana ia boleh meningkatkan keberkesanan pihak berkuasa untuk menangani isu jenayah yang melibatkan rakyat bukan Malaysia serta pendatang haram. Itu pun saya diberitahu bahawa sistem biometrik yang bermillion- million yang dimiliki oleh kita juga tidak dipakai ataupun berfungsi di sempadan Sarawak, Kalimantan.

final • 7:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Lanang bangun.

final • 7:01 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Silakan.

final • 7:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 7:01 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Stampin. Yang Berhormat Stampin, memandangkan Rang Undang-undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017, didapati Jawatankuasa Penyelaras dan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi tidak melibatkan agensi kerajaan negeri. Maksud saya seperti kalau dikatakan di negeri Sarawak, saya rasa agensi Kerajaan Negeri Sarawak perlu dimasukkan dan dilibatkan di dalam jawatankuasa di dalam supaya kerana saya rasa agensi kerajaan tempatan lebih memahami lokasi, cara penyeludupan dan selainnya. Jadi saya rasa kalau kita boleh memasukkan agensi kerajaan tempatan ke dalam jawatankuasa ini, ia akan berfungsi dengan lebih baik lagi.

Apakah pandangan Yang Berhormat Stampin? Terima kasih.

final • 7:01 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Terima kasih Yang Berhormat Lanang atas cadangan yang begitu baik sekali dan saya bersetuju dengan Yang Berhormat Lanang juga. Sila masukkan ucapan Yang Berhormat Lanang ke dalam ucapan saya juga. Saya bersetuju dengan ucapan Yang Berhormat Lanang. Di dalam rang undang- undang ini, saya tidak ada nampak juga tercatat pembabitan seperti Yang Berhormat katakan, pihak negeri terutamanya agensi-agensi di negeri Sarawak yang sedia ada. Jadi saya rasa ini tidak sepatutnya berlaku kerana isu ini seperti juga apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi, membabitkan keselamatan serta kedaulatan sempadan Malaysia di Sarawak. Jadi tidak betullah jika Sarawak tiada kuasa ke atas sempadan kita sendiri.

Pagi semalam dan pagi hari ini kita telah pun hilang kuasa ke atas pelawatan kita dan petang ini kita kehilangan kuasa ke atas sempadan kita. Satu lagi hakisan yang mungkin berlaku. Apa yang saya minta hanya kalau baik jika kita adakan pihak-pihak Sarawak di dalam agensi ini untuk membawa berbincang bersama. Janganlah biarkan kita ketinggalan.

Saya sambung dengan isu yang saya hendak terus bentangkan di mana cadangan saya tadi. Maka jelas isu saya tadi— yang sebelum saya berhenti. Maka jelas dengan hanya membuat sedikit pengubahsuaian ke atas SOP serta sistem yang sedia ada, kita sudah boleh mengatasi masalah tersebut dengan lebih efektif iaitu integrasi sistem imigrasi dengan pihak polis. Akan tetapi ia tidak dilaksanakan. Saya juga ingin tegaskan bahawa I’m not talking about jenayah yang membabitkan jalan-jalan tikus ataupun jalan-jalan gajah seperti yang dibentangkan oleh Yang Berhormat di sebelah sana tetapi the shortcoming yang saya katakan ini adalah membenarkan penjenayah ini melalui sistem-sistem ataupun stesen-stesen yang sedia ada di sempadan kita, terang- terang tanpa dikesan.

Cadangan kedua saya iaitu pernah dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebelah sana tadi juga penggunaan serta membekalkan sistem teknologi canggih kepada pegawai kita. Contohnya membawa drones yang berkeupayaan night vision. Dengan adanya night vision, dia tengok sekali di mana pun jenayah itu dia bersembunyi, dia boleh nampak terus straight away walaupun pitch dark serta penempatan micro synthetic radar di tempat-tempat strategik untuk mengesan pergerakan pendatang tanpa izin serta bakal penjenayah ini.

Soalan saya yang ketiga iaitu kebajikan bekas rangers ataupun scout sempadan di Sarawak yang pernah berjasa kepada negara kita telah menjaga keamanan negara kita. Saya difahamkan ramai di antara mereka tidak mendapat apa-apa kebajikan ataupun begitu sedikit sahaja sehingga mereka perlu, ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Ada di antara bekas-bekas ini termasuk bekas tentera serta polis yang pernah risk their own lives, dengan izin untuk mempertahankan tanah air kita daripada pihak komunis di hutan Borneo yang dianggap begitu hostile sekali pada masa itu.

Maka saya menyeru jasa baik kementerian untuk memelihara kebajikan wira- wira kita ini yang telah banyak berjasa kepada kita sejak masa awal lagi. Jadi itu sahaja perbahasan saya. Sekian, terima kasih.

final • 7:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Amat Berhormat Menteri menjawab.

final • 7:01 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada 12 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bahas dan pada hemat saya tidak seorang pun ada di Yang Berhormat yang menentang pembentangan rang undang- undang ini dan saya secara positif mengambil kira semua cadangan-cadangan dan pandangan-pandangan untuk menambah baik rang undang-undang yang sedia dan

final • 7:09 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

beberapa jadual yang pada perkiraan saya harus ditambah baikkan dengan cadangan daripada sama ada pihak sini ataupun rakan-rakan di sebelah sana.

final • 7:09 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ingin menyebutkan bahawa rasa terima kasih saya kepada Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Bagan Serai dan Yang Berhormat Stampin yang telah menghujahkan penghujahan yang pada hemat saya cukup bermanfaat kepada kami di KDN khususnya.

Saya juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan terima kasih kepada para pencelah yang telah melakukan pencelahan. Terdapat 20 orang yang telah melakukan pencelahan walaupun saya tahu pencelah-pencelah ini tidak lagi berada dalam Dewan ini. Ini kerana saya tahu dan amat faham semata-mata mereka mahu merekodkan di dalam Hansard, keberadaan mereka di Dewan ini. Saya amat faham itu. Walau bagaimanapun saya berikan penghargaan.

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kapar yang melakukan pencelahan, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Bukit Katil, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Sibuti dan Yang Berhormat Lanang.

Tuan Yang di-Pertua, saya merangkumkan isu-isu yang dibangkitkan itu kepada 23 tajuk-tajuk khusus yang pada hemat saya harus diambil kira oleh pegawai-pegawai saya yang sedang mencatat dan cuba untuk memperbaiki mana-mana klausa yang bersifat longgar. Saya lihat ada suatu keikhlasan rakan-rakan saya di sebelah sini dan sebelah sana. Ini adalah merupakan satu petanda bahawa isu keselamatan adalah isu bersama kita. Kita tidak akan pernah berkompromi untuk mengizinkan sebarang perlakuan penjenayahan di negara kita.

Penghargaan seperti ini saya rekodkan di Dewan yang mulia ini kerana pada hemat saya sifat dan sikap yang sebeginilah yang merupakan satu keterbukaan yang telah kita nikmati bersama. Walau bagaimanapun saya juga prihatin terhadap isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Stampin yang mungkin kurang jelas terhadap fungsi AKSEM ini. Ini kerana ia ditubuhkan adalah bagi mempertingkatkan peranan yang dahulunya dijalankan oleh UPP atau Unit Pencegahan Penyeludupan. Tanpa menambah sebarang perjawatan baru dan tanpa menambah sebarang belanjawan baru, kita mempertingkatkan UPP ini kepada AKSEM dengan melakukan dengan izin, redeployment. PGA yang ada untuk di-absorbed-kan, diserapkan kepada AKSEM ini.

Tanpa melibatkan kos baru.

Ertinya, mereka yang dulu di bawah UPP yang saya nyatakan tadi ada 933 orang dan kini jumlahnya apabila PGA dimasukkan menjadi lebih daripada 10,800 orang bagi pasukan AKSEM tanpa kos baru. Mereka diberikan putaran kerja, rotation of job every three months dengan izin, setiap tiga bulan agar mereka tidak hanya angkat tangan kepada para penyeludup ataupun kepada ejen-ejen yang menyeludup. Apabila rotation ini dilakukan daripada seluruh PGA di negara kita, ertinya kita dalam setiap bulan kita mempunyai pegawai-pegawai yang baru yang bertugas di sempadan.

Kita tahu bahawa apabila UPP diletakkan di bawah KDN, ertinya ketika itu hanya ada Jabatan Imigresen, ada Jabatan Kastam dan juga ada PDRM. Tiga jabatan. Kini apabila AKSEM ditubuhkan, saya ulang lagi sekali. Tanpa menambahkan perjawatan ataupun belanjawan, kita libatkan...

[Tepuk] Kita libatkan lima agensi, daripada tiga agensi. Insya-Allah, saya telah diminta supaya Angkatan Pertahanan Awam juga dimasukkan, RELA dimasukkan di dalam AKSEM ini. Tentunya ini akan menambah kuatkan peranan AKSEM dan jangan khuatir dari segi penyelarasan agensi-agensi. Saya akan pastikan tidak berlaku duplikasi dari segi tugas. Ini kerana kita amat menghargai sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Lumut iaitu Rejimen Sempadan. Kita bekerjasama dengan ATM termasuk Rejimen Sempadan yang kebetulan Ahli Parlimen Jeli ada sini. Beliau mempunyai Rejimen Sempadan yang beliau dapat kerjasama yang erat untuk membantu soalan penyeludupan dan juga ada dua citizenship dengan izin ataupun mempunyai dwi kewarganegaraan.

final • 7:10 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Perkara-perkara yang sebegitu saya ambil kira. Itulah sebabnya di dalam LHC atau high level committee yang telah kita wujudkan adalah untuk menyelaraskan agar tidak berlaku sebarang pertindihan. Apatah lagi sebarang perlagaan dari segi akta-akta yang sedia ada ataupun kita melanggar arahan No.25 MKN. Dalam perkara ini kita mengambil langkah-langkah proaktif secara Strategi Lautan Biru untuk melihat bahawa sebenarnya jika kita ada istiqamah, kita boleh melakukan kerjasama dengan semua kementerian, semua jabatan, semua agensi yang ada.

Saya ambil contoh kenapa Menteri-menteri dilibatkan dalam perkara ini.

Umpamanya dalam soal ATM. Kita libatkan Menteri Pertahanan ada situ. Kalau ia melibatkan kastam, kita ajak Menteri Kewangan, khususnya dalam perkara ini Menteri Kewangan II dan semua jabatan yang terlibat berada dalam jawatankuasa ini dilibatkan.

Saya lihat bahawa apabila dengan izin proof of concept ertinya satu program perintis yang kita buat cara pentadbiran. Ertinya apabila UPP ditukar kepada AKSEM, mereka tidak ada punca kuasa. Oleh sebab itu saya bawa ke Dewan ini untuk mendapatkan punca kuasa bagi AKSEM ini mempunyai kuasa bersama-sama dengan agensi yang ada di bawahnya bagi penyelarasan pelaksanaan untuk penguatkuasaan undang-undang. Ini harus difahami.

Oleh sebab itu saya fikir tentang beberapa soalan lain mengenai penyeludupan dan penyeludup, ini telah diambil kira. Penggiliran tugas telah saya jelaskan.

Pemerdagangan manusia dan pemerdagangan organ-organ manusia, ini termasuk di dalam tugas yang dilakukan oleh mereka. Begitu juga tentang persempadanan laut. Ia di bawah polis marin, ia di bawah APMM, ia di bawah tentera laut. Jadi, kita tumpukan supaya tidak ‘mencacamarbakan’ bidang tugas itu. Maka persempadanan darat itu dilakukan. Ini kerana sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat Sibuti dan rakan-rakan yang lain, lorong tikus telah menjadi lorong gajah.

Ini disebabkan rasa kepedulian yang terlalu nipis di kalangan kita terutamanya apabila kita membangkitkan tentang soal ya, apabila penguatkuasaan dilakukan, bagaimanakah barter trade akan menjejaskan sara hidup masyarakat yang berada di sempadan. Kita mengizinkan supaya barter trade dilakukan di kawasan-kawasan ICQS, bukan diseludupkan. Ini kerana kita harus mengetahui bahawa barang-barang bersubsidi yang diseludup keluar mengikut statistik hampir RM1 bilion nilainya setahun.

Saya tidak fikir dengan kita mengizinkan kononnya atas rasa persaudaraan, atas rasa mahu mempertingkatkan kehidupan rakyat sempadan maka kita mengizinkan barang-barang bersubsidi yang sepatutnya digunakan oleh rakyat tempatan, kita berkongsi subsidi ini dengan rakyat negara jiran. Saya fikir kita harus rasional dalam perkara ini termasuklah tentang soal pendakwaan. Saya ingin menyebutkan secara empirikal di sini bahawa penemuan kubur besar di Wang Kelian pada 11 Mei 2015 di mana PDRM telah menjalankan siasatan berkaitan penemuan ini. Daripada hasil siasatan berkenaan, pihak polis telah menuduh seramai empat orang suspek yang terlibat dalam aktiviti pemerdagangan orang di bawah seksyen 26A ATIPSOM Act atau Anti-Trafficking in Person, Anti-Smuggling of Migrant.

final • 7:10 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kes ini telah dibawa ke Mahkamah Tinggi Kangar pada 9 Mei 2016 dan yang terlibat adalah seorang warganegara Bangladesh, dua orang warganegara Myanmar dan seorang warganegara Thailand. Ertinya, yang terlibat adalah warganegara daripada luar.

Saya memaklumkan lagi bahawa tertuduh warganegara Bangladesh telah mengaku bersalah dan dihukum 10 tahun penjara, ini nak maklumkan kepada Yang Berhormat Bagan Serai. Kedua-dua tertuduh warganegara Myanmar telah dihukum penjara tiga tahun dan seorang lagi tertuduh warganegara Thailand masih di dalam peringkat perbicaraan.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Amat Berhormat, ada dua yang bangun.

final • 7:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Menteri...

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Bagi saya habiskan ayat boleh tidak, sekejap. Saya akan izinkan.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang berbahas itu, Yang Amat Berhormat Menteri sedang menjawab, ada sentuhan- sentuhan jawapan. Sila.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Selain daripada itu, sebanyak 11 waran tangkap telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kangar. Pihak polis telah memasukkan kesemua 11 yang mempunyai waran tangkap dalam notis merah ataupun

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

red notice melalui National Central Bureau (NCB) dan International Criminal Police Organization (INTERPOL). Kita juga telah memohon, untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, Malaysia telah memohon pada pihak Thailand melalui Jabatan Peguam Negara untuk proses ekstradisi terhadap 10 orang suspek warganegara Thailand yang dikenal pasti terlibat dalam kes penyeludupan migran di Kubang Kerian. Untuk makluman rakan-rakan di Dewan yang mulia ini, saya sendiri telah bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwan, yang saya kenali waktu saya menjadi Menteri Pertahanan dahulu. Saya kemukakan 10 orang ini, empat daripadanya telah di penjara tetapi saya mahu ekstradisi itu dilakukan, ada enam lagi, dengan izin, still at large. Kita serius dalam perkara ini, saya meletakkan diri saya di dalam satu keadaan bahawa saya harus membuktikan bahawa mana-mana penyeludup dan yang melakukan penyeludupan harus dibawa ke muka pengadilan. Jadi, dalam perkara ini saya fikir apa yang kita lakukan adalah suatu manifestasi terhadap keseriusan usaha kita di AKSEM dan di KDN. Peralatan canggih...

final • 7:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Amat Berhormat Menteri.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Nanti sekejap, sikit lagi. Peralatan canggih, minta maaf, kita tidak tambah peralatan setakat ini, kita gunakan peralatan sedia ada. Jangan tuduh bahawa peralatan moden akan dibeli, ini akan menggendutkan pembekal-pembekal. Tolonglah, niat kita baik.

[Berucap dalam bahasa Arab] Ini harus difahami. Akan tetapi untuk expansion programme, dengan izin, akan datang bergantung kepada apa yang akan diperlukan dan kita lakukan mengikut kaedah yang telus. Sila Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya nak balik kepada isu yang dijawab oleh Menteri berkait dengan penahanan dan empat, orang satu dari Bangladesh, Myanmar dan Thailand dalam isu berkaitan dengan mass graves di Wang Kelian. Soalan sebenarnya bila saya bangkit isu ini di dalam perbahasan ialah macam mana 106 orang rakyat Rohingya dan orang Bangladesh boleh- apa yang dipanggil, di dalam keadaan mass graves tanpa pengetahuan polis dan army dekat sana. Saya diberitahu, saya tidak pergi sana tapi saya diberitahu bahawa berek army itu dekat dengan kawasan Wang Kelian dan juga orang tempatan telah memberitahu pihak polis dan juga ada laporan polis mengatakan bahawa orang Rohingya datang ke kawasan mereka.

So, police know exactly the whereabout of the Rohingyas who are there. So, how- macam mana tanpa pengetahuan polis ada orang yang kena mass graves 106 orang. So, there must be a complicity on the part of the enforcement authorities in the situation of mass graves. Therefore pendapat saya, kita janganlah mengatakan bahawa, saya percaya Yang Berhormat, Yang Berhormat memang telus and one of the best for the country, but there are elements within the enforcement authorities that are also receiving money. Pada masa itu juga, 2015, saya baca Straits Times, front page Straits Times mengatakan bahawa menurut pihak polis sendiri, 80 peratus daripada pihak kuat kuasa, enforcement di kawasan Wang Kelian are working hand in gloves with the traffickers. Ini bukan saya cakap, ini adalah Straits Times. So, therefore we are here washing our hands away and we are putting the blame on four people who are not Malaysians. Walhal di Thailand, jeneral mereka, nombor satu peringkat empat, five star punya jeneral diheret bukan ke mahkamah, masuk penjara, because they want to teach a lesson supaya jangan ulang. Therefore, the rank and file akan mendengar apa sikap kerajaan. But, Malaysia we take a very soft approach and maybe the soft approach has to change. So therefore, apa yang saya akan bentangkan di sini ialah bahawa memang kerajaan has to be serious in the enforcement against trafficking. If it involves pihak polis, action must be taken, army– action must be taken.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, laporan yang beginilah yang kita amat perlukan. Akan tetapi saya ingin memberitahu Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Arau yang menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan saya sendiri. Saya sendiri pergi ke lokasi itu dan saya melihat sendiri graveyard itu berada di bumi Thailand dan bukit itu mustahil untuk naik daripada sempadan Malaysia sebab ia di sebelah sana. Kalau mahu mengatakan bahawa kenapa tidak berlaku pertuduhan kepada rakyat Malaysia? Yang menyeludup itu adalah orang Thailand, yang menyeludup itu adalah orang daripada luar negara. Kita tidak berkompromi dalam soal itu tetapi apabila penyeludup itu diambil tindakan, yang menjadi ejen untuk memberikan kesinambungan kononnya perkhidmatan itu telah diambil tindakan, telah dibawa ke mahkamah.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat, tolong faham cara saya kerja, saya tidak main-main. Saya serius dan saya tidak pernah berkompromi pada penjenayah, apatah lagi jenayah rentas sempadan, saya lakukan ini dengan cara yang serius.

final • 7:20 PM

[Dewan tepuk]

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Akhirnya, saya nak menyebutkan tentang pelantikan commissioner general. Tanpa saya beritahu tadi ya, tanpa perjawatan baru, tanpa belanjawan baru. Kita gunakan seorang pegawai polis kanan yang berpangkat senior assistant commissioner (SAC) setakat ini menjadi commissioner general.

Ertinya, deployment itu dilakukan, dengan izin, within the organization. Jadi, dalam perkara ini yakinlah, yakin sangatlah bahawa apa yang kita lakukan dengan mengambil kira semua pendapat daripada rakan-rakan di Dewan yang mulia ini, kita ikhlas untuk melihat bahawa keselamatan negara kita akan mencapai ke tahap maksimum, insya-Allah. Baiklah Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak-banyak.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan, masalahnya ialah rang undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] **[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa****] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

final • 7:20 PM

Fasal-fasal 1 hingga 30 - Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 7:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya hanya ingin membangkitkan beberapa perkara. Pertamanya, Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanyakan, kalau kita lihat kepada rang undang-undang ini, dalam preamble mengatakan, “Suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia, mengawal keselamatan sempadan darat Malaysia daripada apa-apa kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain”.

So, soalan saya yang pertama ialah bagaimana kita mentafsirkan keselamatan sempadan darat Malaysia ini? Sebab, apabila saya lihat kepada keseluruhan rang undang-undang ini, saya lihat di manakah kedudukan negeri Johor? Kita tahu Johor bersempadan dengan Singapura dan dia dipisahkan dengan Tambak Johor yang mana boleh kita katakan perkhidmatan ataupun pengangkutan yang paling popular di antara Johor dengan Singapura adalah pengangkutan darat, bukan pengangkutan laut. Berbeza dengan mungkin feri dan sebagainya.

Jadi, kalau kita lihat, sebagai contoh, kepada fungsi agensi di seksyen 4(d), “Agensi hendaklah mempunyai fungsi yang berikut, untuk mencegah dan menyekat perlakuan sesuatu kesalahan berhubung dengan kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang”. Kita tahu bahawa dengan adanya causeway itu, dia menyebabkan bolehnya berlakunya penyeludupan melalui darat juga. Jadi saya hendak tanya, apakah justifikasi pihak kementerian tidak memasukkan negeri Johor yang bersempadan dengan Singapura?

Kalau kita lihat kepada Jawatankuasa Penyelaras di Bahagian IV seksyen 8, di situ ada lebih kurang— (a) sampai (v). Kita ada wakil negeri Kedah, Perak, Sabah, Sarawak, Kelantan, Perlis tetapi tidak ada satu pun negeri Johor. Jadi saya ingin bertanyakan untuk dapatkan satu justifikasilah, kenapakah adanya satu macam peninggalan, omission, dengan izin, negeri Johor ini? Itu yang pertama.

Yang keduanya, saya ingin bercakap berkaitan dengan seksyen 27, keterangan ejen provokasi ataupun dalam bahasa Inggerisnya agent provocateur. Kalau kita seorang pengamal undang-undang yang biasa buat kes-kes yang melibatkan dadah, kita tahu bahawa kita namakan ejen provokasi ini dengan istilah ringkasnya AP. Biasanya kalau kita ada kes dadah, kita kata kalau ada kes AP ini, kita as a defense counsel, dengan

final • 7:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

izin, kita rasa agak keberatan untuk hendak mewakili klien kita sebab bagi kita, bila kes AP ini, seolah-olahlah sudah macam hampir bersalahlah. Susah nak defend lah. Ini kalau sesiapa yang biasa buat kes 39B lah— dadah.

Jadi saya ingin bertanyakan, walaupun saya prinsipnya setuju bahawa— dan saya bersama dengan pihak kerajaan bahawa kita memang akui undang-undang perlu ada untuk mengawal sempadan ini. Kita tidak mahu negara kita menjadi hab untuk menyeludup dan sebagainya. Akan tetapi dalam masa yang sama, saya rasa kita juga tidak boleh mengetepikan prinsip-prinsip keadilan. Oleh kerana kita bercakap tentang undang-undang, undang-undang tidak boleh dipisahkan dengan proses keadilan.

Jadi saya agak pelik juga kenapakah khususnya dalam seksyen 27 subseksyen

(2), dia mengatakan bahawa even the judge tidak payah pun nak— dengan izin, dia boleh menerima satu keterangan yang dipanggil uncorroborated, keterangan yang tidak disokong dan dia tidak perlu mengingatkan diri dia, tak perlu to warn himself bahawa bahayanya kalau dia membuat sabitan berdasarkan keterangan yang tidak adanya corroboration. Jadi, itu pun tak perlu. Biasanya dalam kes corroboration ini, prinsipnya ialah the trial judge mesti warn himself sama ada dia kata— dalam penghakiman dia sebutlah— bahawa, “Saya mengingatkan diri saya sendiri bahawa keterangan ini mungkin tidak selamat untuk digunakan”. Akan tetapi dalam undang-undang ini, even requirement itu pun tidak ada. Jadi saya rasa ini mungkin akan sedikit sebanyak boleh menjejaskan proses keadilan.

Saya tidak berminat— sama ada orang ini dia terlibat atau tidak, itu bukan kita punya urusan. Sebagai prinsip undang-undang, bagi kita, bila kita mewakili klien ini, pihak government atau pihak prosecution bear the burden of proof. Dia mesti membuktikan kes mereka dan mereka mesti membuktikan kes mengikut keterangan-keterangan yang sepatutnya diterima.

Jadi, kalau sekiranya dengan adanya AP ini ataupun ejen provokasi ini yang memudahkan kerja pendakwa, tiba-tiba kita permudahkan lagi, even the trial judge tidak perlu mengingatkan diri dia tentang bahaya membuat sabitan berdasarkan keterangan uncorroborated ini. Jadi, seolah-olah kita macam hendak bagi peluang atau kita lebih pro kepada prosecution.

Saya telah melihat banyak undang-undang yang melibatkan keselamatan ini, kita selalunya ambil jalan mudah. Kita macam hendak bagi peluang kepada prosecution untuk convict juga at all cost. Jadi saya rasa ini tidak seharusnya menjadi satu pendekatan dalam kita menyelesaikan masalah. Sebab, bagi saya, hendak menyelesaikan masalah ini, kita bukan hanya perlu ada undang-undang yang ketat tetapi itu juga mesti, dalam masa yang sama, mengambil kira juga proses keadilan. Sebab, bila kita bawa ke mahkamah ini, bila tidak ada proses keadilan, dia akan menyebabkan imej kita pun akan tercemar. Jadi saya harap pihak kementerian boleh memberikan satu penerangan, kenapakah kita agak, dengan izin, relax dalam perkara ini?

Seterusnya, saya juga ingin bangkitkan tentang— sekejap ya. Satu isu lagi iaitu berkaitan dengan...

[Menyemak naskhah rang undang-undang] Sekejap Menteri ya. Tadi saya buat catatan, sudah tidak ada dah.

Okey, berkaitan dengan perkataan suci hati pada seksyen 22. Izinkan saya membaca dalam bahasa Inggeris ya.

*[Membaca petikan] “Protection against suits and legal proceedings.

No action, suit, prosecution or any other proceedings shall lie or be brought, instituted or maintained in any court against the Agency, any committee, any officer of the Agency or member of committee, or personnel of other Government Entities in respect of any act, neglect or default done or omitted by it or him in good faith, in such capacity.”* Ini boleh katakan provision yang biasa ada dalam mana-mana undang-undang khususnya undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan inilah. Akan tetapi, apa yang saya hendak tanya kepada Menteri ialah siapakah yang menentukan good faith ini?

Ini kerana kita memberi perlindungan bahawa kalau sekiranya any member ataupun agency atau committee itu dia buat satu perkara yang mungkin menyebabkan berlakunya satu harm kepada seseorang, satu kerosakan kepada seseorang, tetapi dia boleh berlindung dengan seksyen ini atas alasan dia membuat perkara itu dengan good faith. Dan good faith ini tidak diterangkan di sini siapa yang menentukan. Dia ataupun mahkamah kah? Akan tetapi yang saya faham di sini ialah dia sendiri yang menentukan good faith.

final • 7:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sudah tentu ini, bagi saya, arbitrary, dengan izin, sebab dia boleh menggunakan alasan apa sahaja. Dia kata, “Saya niat suci hati”. Jadi ini saya rasa pun satu perkara yang kita perlu ambil kira juga sebab saya rasa dengan adanya seksyen ini, ia akan menyebabkan mungkin kita secara tidak langsung, kita open kepada abuse, kepada salah guna kuasa dan sebagainya, sebab mereka yang mungkin membuat kesalahan, kita lindungi mereka atas alasan good faith ataupun dalam bahasa Latinnya dia kata secara bona fide sebab dia dekat sini memang memberi satu protection yang, bagi saya, agak draconian.

final • 7:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Jadi saya harap undang-undang ini perlu menjelaskan.

final • 7:40 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat Sepang, sikit.

final • 7:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Boleh?

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 7:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sikit sahaja.

final • 7:40 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengikuti dengan minat hujahan Yang Berhormat Sepang mengenai seksyen 24. Saya ingin tanya Yang Berhormat Sepang, apakah maksud Yang Berhormat Sepang bahawa wujud kemungkinan berlakunya penyalahgunaan kuasa dalam kalangan penguat kuasa yang diberikan kuasa di dalam akta ini? Adakah Yang Berhormat Sepang setuju bahawa bila kita membicarakan tentang penguatkuasaan atau enforcement dengan izin, sistem penguatkuasaan yang sihat itu seharusnya membenarkan mekanisme check and balance itu berjalan? Tentulah ini akan menjadikan enforcement agency, dengan izin Tuan Pengerusi tidak bebas daripada radar undang- undang sekiranya berlaku penyelewengan, sekiranya berlaku abuse, dengan izin dan perkara-perkara yang tidak baik ataupun tidak sihat. Apa pandangan Yang Berhormat Sepang? Terima kasih.

final • 7:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Katil. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bukit Katil itu. Cuma saya hendak kata bahawa kalau saya punya pemahaman berdasarkan seksyen 22 ini, dia memang membuka peluang untuk salah guna kuasa itu.

Ini kerana dia memberi satu perlindungan yang agak luas kepada agensi dan juga any committee atau jawatankuasa sebab tidak ada satu mekanisme untuk menentukan apakah yang dimaksudkan dengan good faith itu. Ini kerana orang yang buat salah ini mesti dia akan cakap saya buat dengan niat baik tetapi siapa yang boleh menentukan itu niat baik atau tidak? Jadi ini yang saya risau.

Saya rasa dalam satu kes di Malaysia juga, Almarhum Haji Azlan Shah dalam satu kes yang dipanggil, dikatakan kes ini Sri Lempah Enterprise. Saya masih ingat lagi kes itu. Dia quote apa yang dikatakan oleh Lord Acton, *“Power corrupts. Power corrupts.

Absolute power corrupts absolutely”.* Bermakna kalau kita bagi orang power ini, kuasa ini, kuasa ini secara naturalnya dia adalah berbentuk merosakkan. Jadi apabila kita bagi orang itu kuasa yang mutlak, dia rosak pun dengan semutlaknya. Sekarang ini orang buat satu pula berdasarkan ayat itu. “Power is so delicious and absolute power, absolutely delicious”. Power ini sesuatu yang seronok. Sedap. Jadi apabila power ini mutlak, dia sedap pun secara mutlak juga. Ini satu ayat yang digunakan oleh seorang queen’s counsel di UK, dalam satu buku yang saya baca.

Jadi bagi saya seksyen ini memang menuju ke arah itu, Yang Berhormat Menteri.

Ini kerana dia boleh terlepas. Walaupun dia mungkin melakukan perbuatan, cuai, default ataupun dia omitted, dia boleh cakap, “Ini semua saya buat dengan niat suci hati”.

Seksyen ini memberikan satu perlindungan kepada dia. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri, saya bersetuju dengan perlindungan jaga keselamatan tetapi saya tidak boleh sama sekali compromise dalam isu keadilan ini. Ini pegangan saya daripada dulu sampailah sekarang. Saya rasa undang-undang ini mesti juga mementingkan keadilan.

Kalau undang-undang without justice, saya tidak percaya dia boleh menyelesaikan masalah. Dia mungkin akan menimbulkan masalah lain pula. Sekian, terima kasih.

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Batu.

final • 7:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri, saya masih kurang jelas bila saya bahas dalam peringkat dasar di mana bila kita letakkan dua jawatan, Commissioner General dengan Director General of National Security sekali. Bila itu berlaku, saya masih kurang jelas siapa yang akan bagi command sekiranya ada pencerobohan yang berbentuk krisis di sempadan. Jadi ini yang menjadikan kita agak keliru sebab kalau ikut akta ini, seolah-olah coordinating penyelaras, Jawatankuasa Penyelaras ini yang akan ambil alih untuk menyelaraskan agensi ini. Adakah kuasa yang diberi kepada agensi ini mengatasi NSC? Itu satu perkara.

Kemudian, saya juga setuju dengan Yang Berhormat Sepang. Kita ada dalam seksyen 5 ada pengiktirafan bahawa ancaman sempadan ini bukan sahaja dari segi keganasan atau pemerdagangan manusia termasuk tourism, virus, dadah dan lain-lain lagi tetapi kenapa kita tidak menganggap sempadan kita dengan Singapura itu sebahagian daripada sempadan yang kita patut untuk safeguard. Kemudian saya ingin terus menumpu kepada perkara pokok yang kita bahaskan tetapi tidak dapat penjelasan yang memuaskan iaitu dalam komitmen kita menjaga dan mengawal keselamatan sempadan, kita tidak boleh melepaskan basic dari segi keadilan natural, semula jadi, natural justice. Di sini, saya tidak dapat justifikasi apakah yang menjadikan pelanggaran kesalahan sempadan ini lebih teruk daripada undang-undang yang lain. Yang Berhormat Menteri, minta. Tidak apa, tidak apa. Saya yakin rakaman itu, Menteri boleh rujuk balik atau pegawai ini boleh.

Saya masih tidak nampak kenapa kita memberi kelonggaran yang begitu besar.

Pertama sekali dalam seksyen 22 di mana satu bahagian besar pegawai Menteri dan juga sesiapa yang in charge itu diberi kekebalan daripada prosiding undang-undang. Itu yang telah ditekan oleh Yang Berhormat Sepang tadi yang juga dalam pembentukan evidence ini, dalam ejen provocateur kita membenarkan uncorroborated information, kita membenarkan perkara-perkara yang dalam perbicaraan biasa tidak boleh diadmissible untuk sebagai bukti. Jadi saya kurang pasti apa yang menyebabkan kita rasa begitu cemas sekali sehingga kita terpaksa memberi advantage atau kemudahan yang begitu besar kepada pelaksana undang-undang dan juga memberi kelonggaran sehingga ada kemungkinan kita telah membuka ruang dalam penyelewengan ini.

Saya juga, kita tidak kurang pasti bila kita kata kita tidak boleh ada tindakan undang-undang. Saya telah ambil contoh tetapi tidak dijawab oleh Menteri iaitu bila seseorang itu dihalang katalah ke luar negeri atau masuk ke negara kita, kalau mereka tidak puas hati dengan alasan yang diberi secara administrative, adakah mereka masih ada ruang undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap pegawai yang telah membuat keputusan? Kalau itu berlaku, maksudnya kita telah kecenderungan untuk menjadi satu undang-undang yang sangat draconian, yang bertentangan dengan prinsip keadilan. Terima kasih.

final • 7:44 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kelana Jaya.

final • 7:44 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya prihatin bahawa – Menteri sudah keluar sekejap ya?

final • 7:49 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri ada. Timbalan Menteri dan pegawai-pegawai ada.

final • 7:49 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Saya prihatin dengan dia. Timbalan Menteri ada? Okey, okey. Pegawai dia.

Tentang isu itu, saya memang hendak congratulate lah kepada Menteri semua sebab saya tengok dia duduk sini empat lima jam. Bagus. Kita berharap Yang Amat Berhormat Pekan pun boleh macam itulah.

[Ketawa]

final • 7:49 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Baik, saya merujuk kepada fasal 5 dulu iaitu komposisi high level committee dalam bahasa Inggeris. Saya tengok sini ada 19, committee ini 19 orang. Tuan Pengerusi, ini bukan satu committee lah, ini satu full football team 11 pemain dan 8 substitutes.

[Ketawa] Bagi saya, pandangan sayalah, saya harap Menteri boleh mengeluarkan berapa player yang memang saya rasa tidak ada function pun, fungsi dia tidak adapun seperti

final • 7:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

(2)(d) - Menteri transport, (2)(e) - medical and health, (f) - plantation and commodity. Saya tidak nampak macam mana plantation and commodity boleh memberi peranan dalam isu smuggling border kita. Tourism and culture is very strange, agriculture and agro based dan juga natural resources. Jadi semua list ini saya minta Menteri kalau boleh kurangkan commitee sebab kalau kita 19 orang ini satu Kabinet, bukan sebenarnya satu committee yang boleh berfungsi dengan baik.

Bersama juga dengan coordinating committee. Tadi saya kata football club, ini main ragbi, 15 pemain 7 substitute tetapi di sini lebih relevan. Akan tetapi bagi (f) dan (g) iaitu 8(2)(f) dan (g), Department of Wildlife and National Park saya rasa tidak perlu dan juga Department of Agriculture tidak perlu. Saya minta Menteri memberi penjelasan sama ada dia setuju atau tidak dengan suggestion saya.

Baik, saya merujuk kepada fasal 13 di mana Menteri mempunyai kuasa untuk appoint number of officer ataupun agensi. Tadi kita dengar Menteri memberitahu kita bahawa kebanyakan officer akan terdiri daripada branch daripada Home Ministry. Saya hendak tanya di bawah 13(1)(f), ada public officers as it’s considered necessary. Sama ada public officers ini termasuk army officers sebab saya rasa dalam isu sempadan control or border control, ia baik kalau kita boleh mendapat pertolongan daripada Askar- askar Diraja Malaysia.

Baik, isu fasal 27(2) telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepang. Saya rasa saya setuju dengan Yang Berhormat Sepang bahawa fasal ini merbahaya kerana ia menghakiskan kuasa mahkamah walaupun isunya ialah tentang agent provocateur. Saya rasa perlu diberi jawapan penuh dan diberi alasan baik kenapa 27(2) dipakai.

Perkara fasal terakhir yang problematic bagi saya dalam committee stage ini ialah fasal 29. Saya ada baca sini bahawa terdapat satu directive nombor 15 daripada National Security Council. Saya hendak tahu pertama, apakah directive nombor 15 iaitu penting sebab saya cari di Google tidak jumpa. Saya hendak minta Menteri jawab kenapa directive nombor 15 ini walaupun adanya rang undang-undang baru ini, masih terpakai.

Apakah special team daripada directive 15 ini after the commencement dalam bahasa Inggeris dengan izin, “after the commencement of this bill, will still survive and continue”.

Kalau dia - team directive 15 ini terlalu penting, bagaimanakah ia akan bekerjasama coordinate bersama dengan rang undang-undang ini dari segi border control.

Itu sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kapar.

final • 7:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ada beberapa isu yang perlu penerangan dan penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Saya mulakan dengan yang pertama, fasal 4(b) yang berbunyi sedemikian, “untuk membuat syor mengenai perkara yang berhubungan dengan keselamatan sempadan darat Malaysia atau bagi perkara yang diperuntukkan di bawah Akta ini kepada Jawatankuasa Peringkat Tertinggi dan Jawatankuasa Penyelaras”.

Bahagian pertama yang saya perlu penjelasan adalah agensi akan buat syor kepada Jawatankuasa Peringkat Tertinggi dan Jawatankuasa Penyelaras. Bagaimana kita hendak bezakan agensi dengan jawatankuasa ini sebab yang buat pengesyoran ini adalah agensi. Siapa yang duduk di dalam agensi? Yang duduk di dalam agensi adalah jawatankuasa peringkat tertinggi. Jadi adakah dia syorkan kepada dirinya sendiri.

Bagaimana hendak bezakan pandangan ini. Bagaimana hendak rasionalkan ataupun menerangkan bahagian (b) ini. Yang lain (a) sampai (housekeeping) saya tidak ada masalah kecuali (b) sebab ada beberapa pengesyoran yang akan dilakukan. Siapa yang berkuasa membuat syor ini dan syor ini diberikan kepada siapa dan siapa yang akan aplikasikan syor-syor ini.

Kedua, semasa membuat pengesyoran ini adakah apa-apa garis panduan telah dikenal pasti oleh kementerian supaya syor-syor yang dilakukan tidak keluar daripada sempadan yang sepatutnya, itu yang pertama.

Kedua adalah fasal 4(e) yang berkenaan dengan penyelarasan pelaksanaan penguatkuasaan oleh agensi dengan agensi lain. Saya rasa kebanyakan agensi sudah dirangkumi dalam Akta ini tetapi kita letak juga di 4(e) dan kita selaraskan bahawa kita akan selaraskan atau bersefahaman dengan agensi-agensi lain. Saya minta Yang

final • 7:54 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Berhormat Menteri, adakah ini berpandukan kepada semua agensi-agensi yang terlibat dalam Jawatankuasa Peringkat Tertinggi atau ini di luar daripada Jawatankuasa Peringkat Tertinggi. Itu adalah yang kedua daripada saya.

Ketiga adalah berkenaan dengan fasal 4(h) berkenaan dengan melaksanakan apa-apa fungsi lain bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan sempadan darat.

Saya rasa kebanyakan isu telah di-cover tetapi di sini kita bagi satu ruang yang terbuka bila kita kata melaksanakan apa-apa fungsi lain. Oleh sebab itu saya minta Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan apa-apa fungsi lain. Jika ada situasi atau contoh untuk kita memahami fasal 4(h) ini akan memberi manfaat kepada semua yang ada di dalam Dewan ini.

Seterusnya saya masuk kepada fasal 10(1)(d) yang mengatakan bahawa Jawatankuasa Penyelaras merumus dasar dan program untuk mencegah apa-apa kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain. Di sini, dia bercakap atau berbicara tentang dasar dan program. Adakah dasar dan program ini diselitkan oleh Jawatankuasa Peringkat Tertinggi, adakah itu yang dimaksudkan? Adakah Jawatankuasa Penyelaras ini wajar merumus dasar dan program yang disyorkan oleh Jawatankuasa Peringkat Tertinggi? Saya juga minta penjelasan supaya aplikasi seksyen tersebut dapat dilaksanakan dengan hasrat yang sempurna.

Seterusnya fasal 10(1)(f) yang juga mengatakan bahawa memperakukan syor yang dibuat oleh agensi kepada Jawatankuasa Peringkat Tertinggi. Apabila Jawatankuasa Peringkat Tertinggi telah membuat pengesyoran, kita pula meminta Jawatankuasa Penyelaras memperakukan syor yang dibuat. Ini pun minta penjelasan sebab setahu saya, mereka sepatutnya melaksanakan syor itu tetapi mengapa kita selitkan perkataan ‘memperakukan’ padahal mereka sepatutnya di peringkat lebih bawah berbanding dengan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi. Jadi saya minta penerangan daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Berkenaan fasal 11, ini menarik apabila saya mendapati commissioner general dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong manakala timbalan-timbalan commissioner dilantik oleh Menteri. Apakah rasional pelantikan dua kategori ini oleh dua insan yang berbeza?

Kenapa yang satu commissioner general adalah Yang di-Pertuan Agong dan timbalannya pula adalah Menteri, apa rasionalnya? Saya pasti ada rasional dua peringkat ini dilantik oleh dua golongan yang berbeza. Jadi saya minta Yang Amat Berhormat untuk memberi penerangan dan penjelasan.

final • 7:54 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya juga ingin mengaitkan fasal 11(4) yang mengatakan bahawa commissioner general boleh mengeluarkan apa-apa arahan, perintah atau keputusan sebagaimana yang difikirkan perlu atau sesuai manfaat oleh commissioner general. Di satu peringkat kita kata di subseksyen (3) kita kata commissioner general bertanggungjawab kepada jawatankuasa peringkat tertinggi dan juga jawatankuasa penyelaras untuk arahan dan sebagainya.

Di subseksyen (4) pula kita kata dia boleh keluarkan apa-apa arahan, perintah atau keputusan yang difikirkan perlu atau sesuai manfaat. So, bagaimana kita hendak imbangkan fasal 11(3) dengan fasal 11(4). Mesti ada keadaan di mana fasal 11 ini digunakan. Kalau tidak kita nampak macam seolah-olah ada percanggahan di antara fasal 11(3) dengan fasal 11(4). Saya rasa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri wajar menerangkan situasi dan pemakaian kedua-dua subseksyen ini.

Saya terus masuk ke fasal 13. Di bawah akta ini Menteri boleh melantik seberapa bilangan pegawai polis, kastam, imigresen, Agensi Antidadah Kebangsaan, Lembaga KENAF dan Tembakau dan lain-lain dari kalangan pegawai am sebagaimana yang diperlukan. Persoalan yang wujud adalah, adakah kita akan lantik mereka daripada pegawai-pegawai yang sedia ada atau kita akan memberi ruang kepada pegawai- pegawai baru.

Sekiranya kita ambil pegawai-pegawai yang sedia ada, adakah ini menampung kekurangan yang sedia ada. Adakah ini boleh memberi ruang untuk rang undang- undang ini dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin. Saya juga minta jasa baik Yang Amat Berhormat untuk menerangkan juga bilangan pegawai yang akan dilantik dan yang akan ditugaskan di bawah fasal 13 ini kerana kita tidak mahu satu situasi di mana kita mengambil pegawai-pegawai ini secara tidak sistematik dan membantutkan kelancaran agensi ini daripada berfungsi.

Seterusnya saya masuk ke fasal 14 di mana fasal ini mengatakan bahawa seorang pegawai agensi mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis, tidak kira apa juga pangkatnya sebagaimana diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah Akta

final • 8:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

  1. Kita akui dalam Dewan yang mulia ini bahawa Kanun Tatacara Jenayah Akta 593 menyatakan jelas kuasa polis bagi menjalankan tugas mereka. Perkara yang menimbulkan kebimbangan saya adalah pemberian kuasa polis kepada pegawai agensi.

Seperti yang dinyatakan pegawai agensi adalah terdiri daripada pegawai dari agensi atau jabatan kerajaan yang berlainan dan sebahagian mereka bukan anggota polis. Hal ini akan mewujudkan pertindihan kuasa antara kuasa polis dengan kuasa pegawai agensi. Saya beranggapan bahawa tidak sesuai pegawai agensi yang hanya ditugaskan bagi mengawal persempadanan Malaysia tetapi bersifat sebagai seorang polis di mana sesetengah mereka tidak berperingkat pangkat setaraf dengan polis boleh mempunyai kuasa seperti polis. So, saya minta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat untuk menerangkan sejauh mana hasrat aplikasi seksyen fasal 14 ini yang memberi kuasa seorang pegawai sama taraf dengan seorang polis.

Seterusnya saya ingin masuk ke fasal 22 dan 24 berkaitan dengan perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang dibaca sekali dengan fasal 24 iaitu Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948. Di bawah akta ini kita dapati tiada tindakan guaman pendakwaan atau apa-apa prosiding lain yang boleh dibawa, didakwa, dimulakan atau dikekalkan di dalam mana-mana mahkamah terhadap agensi. Mana- mana jawatankuasa, mana-mana pegawai agensi, anggota jawatankuasanya, kakitangan entiti kerajaan luas, sesiapa yang merangkumi dalam fasal ini. Mereka dikecualikan daripada apa-apa perbuatan, pengabaian, pengingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan alasan suci hati atau mempunyai sifat-sifat demikian.

Kebimbangan saya adalah kita sedang memberikan suatu kuasa mutlak kepada agensi jawatankuasa dan pegawai agensi yang tidak dapat dikawal dan tidak boleh dipersoal. Sistem penguatkuasaan yang sihat seharusnya membenarkan orang lain menjalankan check and balance, dengan izin sekiranya penguatkuasaan melakukan kesalahan dan membuat keputusan yang salah semasa menjalankan tugas mereka.

Orang biasa harus diberi kuasa untuk menuntut hak mereka dari segi undang-undang.

Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang akan menyebabkan tiada pengimbangan kuasa yang sewajarnya.

Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri komitmen beliau dan rasional beliau untuk meletakkan fasal sebegini yang memberi pengecualian mutlak kepada semua insan-insan yang saya maksudkan sebentar tadi. Tuan Pengerusi, saya rasa memadai isu-isu yang telah saya bangkitkan dan saya amat berharap Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan. Terima kasih.

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, selepas Yang Berhormat Puchong, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri menjawab.

final • 8:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Hanya satu perkara yang pendek untuk penjelasan Tuan Pengerusi dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri saya buat rujukan kepada fasal 21 akta ini di mana disebut sebegini. Saya baca, *“(1) kecuali bagi apa-apa maksud akta ini atau bagi maksud mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selain yang dibenarkan oleh agensi-

(a) tiada seorang pun pegawai agensi atau jawatankuasa atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat agensi jawatankuasa peringkat tertinggi atau jawatankuasa penyelaras sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan untuk pengajiannya boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang diperoleh olehnya semasa menjalankan kewajipannya; dan* kemudian peruntukan yang sama juga di- (b) tiada seorang lain pun dengan apa cara pun boleh mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen berhubung hal ehwal agensi boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu”. Persoalan yang berbangkit itu, boleh menzahirkan maklumat itu kepada siapa?

Tidak disebut di situ dan ini menjadi masalah kerana individu-individu ini mempunyai tugas-tugas yang luas dan dalam tugas-tugas itu mereka perlu membicarakan kerap kali perkara-perkara yang mereka dapat tahu melalui mesyuarat-mesyuarat yang diadakan.

final • 8:07 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Jadi kalau peruntukan ini is left hanging, dengan izin Tuan Pengerusi ianya boleh membawa kesan yang memudaratkan kepada semua pegawai kerana mereka langsung tidak boleh sebut apa-apa. Ianya mengikat ataupun mengunci mereka daripada mengadakan ataupun membuat perbincangan berkenaan dengan maklumat-maklumat yang mereka mempunyai pengetahuan semasa mereka berkhidmat di dalam perkhidmatan mereka itu.

Jadi saya minta satu penjelasan kerana kita lihat ada peruntukan yang membolehkan tindakan bertentangan dengan seksyen 21 ini membawa padah hukuman jenayah. Jadi saya minta satu pandangan daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dalam perkara itu. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 8:07 PM

Timbalan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Amat Berhormat.

final • 8:07 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat dari Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Kelana Jaya, Yang Berhormat Kapar dan Yang Berhormat Puchong. Bagi Yang Berhormat Sepang, saya ingin memperjelaskan bahawa isu sempadan ini termasuk, sila lihat dalam seksyen 2 tafsiran di mana sempadan darat Malaysia ertinya sempadan darat antara Malaysia dengan Thailand, Malaysia dengan Indonesia dan Malaysia dengan Brunei.

Bagi Johor, tiada sempadan darat. Jambatan yang menghubungkan Johor dengan Singapura bukanlah sempadan darat. Sekiranya ada keperluan, wakil tertentu boleh diundang untuk hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi dan Jawatankuasa Penyelaras.

final • 8:09 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Sepang juga membangkitkan peruntukan tentang ejen provokasi yang dia pun faham ia tidak mahu perkara-perkara yang berbentuk ketidakadilan dilakukan. Saya faham bahawa Yang Berhormat adalah seorang pengamal undang-undang di mana peruntukan untuk ejen provokasi bukanlah perkara baru di dalam mana undang-undang dan peruntukan yang sama juga dinyatakan di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta SPRM 2009 serta beberapa akta lain. Saya ambil contoh umpamanya, seksyen 40A, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan juga seksyen 52, Akta SPRM. Walau bagaimanapun saya mengambil kira semua perkara yang dibangkitkan.

final • 8:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, boleh ya?

Yang Berhormat Menteri bagi peluang eh? Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya sikit tadi yang berkaitan dengan sempadan darat tadi itu. Saya hendak tanyalah sebab kalau kita mengatakan bahawa Singapura dengan Johor itu tidak melibatkan sempadan darat walaupun ada satu jambatan, satu causeway, satu tambak. Sedangkan kita tahu akta ini adalah antara lain untuk hendak mencegah penyeludupan. Jadi saya hendak tanya adakah isu penyeludupan di antara Singapura dengan Malaysia mungkin tidak berlaku yang menyebabkan kita rasa tidak perlu adanya.

Sebab saya rasa, saya boleh setujulah kalau di perairan Pengerang itu mungkin dia menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan feri dan sebagainya. Akan tetapi, dalam konteks Johor Bahru tu memang pengangkutan daratlah yang jadi pengangkutan utama.

Jadi saya tanya macam mana kita boleh ketepikan itu dan macam mana kita hendak justify. Adakah penyeludupan memang tidak berlaku sebab kita rasa tidak perlu ada?

Jadi saya hendak tanya pendapat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Sepang, kita mempunyai ICQS sama ada di Tambak Johor atau di link kedua. Di situ ada pelbagai jabatan, ada 17 agensi yang sedia ada. Jadi kita mengguna pakai semua agensi yang berkenaan untuk melakukan penguatkuasaan. Memang tidak ada sempadan barat kerana ia selat dan di situ kita ada Polis Marin, kita ada juga APMM. Jadi setakat ini tidak ada rekod yang memperlihatkan bahawa berlakunya penyeludupan, walaupun ada percubaan tetapi ia telah dapat dilakukan kerana agensi-agensi yang sedia ada telah melakukan kerja-kerja kawalan sempadan dengan cukup baik.

Yang Berhormat Batu membangkitkan tentang seksyen 22 rang undang-undang ini, yang memohon penjelasan sama ada perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang dilakukan. Yang Berhormat Batu, terima kasih. Saya amat prihatin terhadap apa juga yang dibangkitkan oleh sahabat saya ini dan kita mengetahui bahawa

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

seksyen 22 ini memberi perlindungan terhadap apa-apa juga perkara yang berkaitan dengan AKSEM dan maksud suci hati dibangkitkan oleh rakan-rakan yang lain, adalah sesuatu yang diperundangkan.

Namun, tindakan guaman boleh dilakukan terhadap agensi jika tindakan yang dibuat melanggar mana-mana undang-undang. Begitu juga anggota AKSEM boleh didakwa di mahkamah jika melakukan sebarang perbuatan jenayah dan kita mengambil butiran semua isu-isu yang dibangkitkan tadi dan kita akan menambah baik mengikut jadual berapa perkara yang tidak terdapat Akta ibu berkenaan.

Untuk rakan saya daripada Kelana Jaya...

final • 8:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri, saya selit sedikit.

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ya.

final • 8:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

So, kalau saya tidak silap tafsiran Yang Berhormat Menteri, maksudnya sungguhpun dalam ayat ini nampaknya kuasa dia meluas tetapi ada schedule yang akan menyempitkan lagi supaya untuk memberi definisi hanya melindungi bagi kekebalan dalam perjalanan tugas yang spesifik dalam pengawalan sempadan. Itu maksudnya.

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, tidak ada sebarang kekebalan diberikan kepada mana-mana pegawai termasuk seseorang yang menjadi pengerusi pada jawatankuasa penyelaras, tidak ada kekebalan. Ertinya apa yang juga dimaksudkan oleh Yang Berhormat Puchong di mana soal kerahsiaan itu, perkara itu tersangkut juga di dalam Akta Rahsia Rasmi, ertinya apa yang terkandung di dalam perkara apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Puchong itu ada kaitan dengan Yang Berhormat Batu dan kita mengambil perkiraan terhadap perkara-perkara yang sedemikian untuk diperundangkan melalui perundangan yang sedia ada.

final • 8:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya bangkitkan ini adalah kerana ada miripnya dalam seksyen 22 dengan akta yang kita pernah luluskan dalam National Security Council di mana NSC ini dalam perjalanan tugas itu mereka ada kekebalan dari diambil tindakan undang-undang. Sebab ayatnya agak sama, saya ingin cuma hendak dapat penjelasan itu. Saya lega dengan jaminan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa sebenarnya tidak ada kekebalan cuma bagaimana kita nak tafsirkan maksud yang ada di kandung dalam seksyen 22 ini, saya serah kepada Yang Berhormat Menteri.

Cuma Yang Berhormat Menteri tidak jawab dalam isu bila ada konflik dalam command itu, sama ada Commissioner General itu yang akan mengambil take charge untuk memberi arahan atau Director General of National Security Council. Bila kedua- duanya duduk dalam komuniti yang sama, jawatankuasa penyelaras yang sama dan dua- dua diletakkan sebagai salah satu anggota, bila ada isu dari segi krisis dalam sempadan, siapa sebenarnya yang memberi arahan. Terima kasih.

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih. Arahan itu datang dari Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras dan juga pengerusi jawatankuasa tertinggi (HLC) termasuk Coordinating Committee, dengan izin. Jadi dalam perkara ini bukan siapa yang harus mengarahkan siapa, itu sebabnya kita adakan Jawatankuasa Penyelaras dan jawatankuasa tertinggi. Ertinya siapa-siapa sahaja yang dilantik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mempengerusikan jawatankuasa itu, maka segala isu yang berbangkit tentang soal pertindihan dan soal-soal penguatkuasaan itu akan dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan.

Secara kebetulan, Menteri Dalam Negeri adalah juga anggota kepada jawatankuasa itu dan Menteri Dalam Negeri setakat ini mempengerusikan jawatankuasa itu, jadi penyelarasan itu dilakukan. Ditakdirkanlah berlaku pertukaran akan datang, maka undang-undang ini memberikan kuasa bahawa siapa sahaja yang menjadi pengerusi, hak penyelarasan dan juga hak untuk melakukan keputusan berdasarkan kepada mesyuarat keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa tertinggi itu akan berlaku. Terima kasih.

final • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Itu sahaja?

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Untuk Yang Berhormat Kelana Jaya, Tuan Yang di-Pertua, seksyen 13(1)(f), adakah pegawai tentera boleh dilantik menjadi anggota AKSEM, jawapannya boleh. Sebagaimana yang dibangkitkan oleh sahabat saya daripada Lumut tadi. Maka rang undang-undang AKSEM ini juga memberi peluang kepada pegawai-pegawai tentera jika ditakdirkan jawatan itu mahu diisi oleh angkatan tentera. Tetapi setakat ini jawatan itu diisi oleh pihak PDRM. So, itu sahaja...

final • 8:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat, Kapar tidak jawab ke?

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya fikir itu sahaja, nanti saya akan bagi jawapan bertulislah sebab— saya bagi jawapan bertulis.

final • 8:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Kapar punya selalu bertulis eh?

[Ketawa]

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kita ada barbeque kambing selepas ini.

final • 8:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Alright, alright.

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ucap terima kasih dan minta maaf banyak-banyak saya akan beri jawapan bertulis sebelum tamat persidangan esok.

Terima kasih Tuan Pengerusi, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 8:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih.

[****Fasal-fasal 1 hingga 30** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said****) mempengerusikan Mesyuarat****] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Halimah binti Mohd. Sadique) dan diluluskan]

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat ada pemakluman. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima permohonan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan membenarkan untuk menaikkan DR.33/2017 Rang Undang-undang Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan) 2017 yang dijadualkan nombor empat dinaikkan ke nombor tiga menjadikan (DR.17/2017) Rang Undang- undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

Terima kasih.

final • 8:20 PM
RANG UNDANG-UNDANG MEMPERBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PENCERAIAN) (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan) 2017 dibacakan kali yang kedua sekarang.

final • 8:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 8:23 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976, Akta 164 merupakan suatu akta berkenaan perkahwinan monogami bagi orang bukan Islam yang merangkumi pengupacaraan dan pendaftaran perkahwinan serta pendaftaran penceraian di dalam Malaysia dan semua orang yang berdomisil di Malaysia tetapi tinggal di luar Malaysia.

Cadangan pindaan dalam Rang Undang-undang Memperbaharui Undang- undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan) 2017 digubal berpandukan kepada tiga prinsip utama sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana

final • 8:23 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Menteri Malaysia dalam ucapan beliau semasa majlis perasmian sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2016 pada 25 Ogos 2016.

Pertama, bahawa sebarang isu berbangkit berkenaan penceraian bagi perkahwinan yang didaftarkan secara sivil perlulah diselesaikan di Mahkamah Sivil terlebih dahulu. Ini bagi memastikan tuntutan seperti hak jagaan dan nafkah anak hingga peringkat pendidikan tertinggi terpelihara dan terjamin.

Kedua, berpaksikan prinsip keadilan sejagat pindaan Akta 164 akan memberikan peluang kepada kedua-dua pasangan untuk menyelesaikan isu perkahwinan sivil di Mahkamah Sivil dan seterusnya meneruskan kehidupan masing- masing seperti untuk berkahwin lain bagi pasangan yang bukan Islam.

Akhir sekali ketiga, percanggahan yang berlaku antara Mahkamah Sivil dengan Mahkamah Syariah berbangkit daripada pemelukan agama Islam oleh salah seorang pasangan dapat diselesaikan dan pertindihan peruntukan undang-undang yang sedia ada dapat diselesaikan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan merujuk kepada tiga prinsip utama tersebut pindaan ini adalah sebagai satu langkah untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit berhubung dengan pemelukan agama oleh salah seorang pasangan bukan Islam yang berkahwin di bawah undang-undang sivil dan seterusnya menjaga kepentingan dan memberi keadilan kepada kedua-dua pihak. Antara masalah yang berbangkit susulan pemelukan agama salah seorang pasangan bukan Islam kepada agama Islam ialah pasangan yang memeluk agama Islam tidak mempunyai hak di bawah Akta 164 untuk memfailkan petisyen bagi membubarkan perkahwinan sivilnya di Mahkamah Sivil.

Penentuan hak jagaan anak dan pembahagian harta sepencarian bersama bekas pasangannya dan harta lain yang dipunyai oleh atau diperoleh oleh mualaf itu sebelum dia memeluk agama Islam.

Pindaan ini juga merupakan manifestasi komitmen berterusan kerajaan selaku pemerintah yang bukan sahaja bertanggungjawab untuk terus memartabatkan kedaulatan Islam sebagai agama bagi Persekutuan tetapi juga pada masa yang sama memelihara prinsip dalam kerangka kemajmukan bangsa dan agama dalam kalangan rakyat negara kita.

Rang undang-undang ini bertujuan untuk memberikan hak kepada suami atau isteri yang telah memeluk agama Islam bagi memfailkan petisyen penceraian untuk membubarkan perkahwinan sivilnya di bawah subseksyen 51(1) Akta 164. Pada masa ini undang-undang tidak memberi suami atau isteri yang memeluk agama Islam hak untuk memfailkan petisyen penceraian di Mahkamah Sivil di bawah Akta 164 memandangkan hak tersebut hanya diberikan kepada suami atau isteri yang tidak memeluk agama Islam. Oleh yang demikian, selagi suami atau isteri yang tidak memeluk agama Islam tidak memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan di Mahkamah Sivil, perkahwinan sivil suami isteri itu masih dianggap sah dan berterusan di bawah Akta 164.

Contohnya kes yang pernah berlaku ialah kes Tan Sung Mooi lawan Too Miew Kim 1994, 3CLJ708 yang mana kedudukan ini masih dianggap sah. Selain itu, disebabkan oleh suami atau isteri yang memeluk agama Islam tidak mempunyai hak untuk memfailkan petisyen penceraian, maka dia juga tidak mempunyai hak untuk membuat permohonan relief sampingan yang lain seperti nafkah, hak penjagaan anak, pembahagian aset perkahwinan dan sebagainya.

Keadaan ini menimbulkan kesulitan kepada suami atau isteri yang memeluk agama Islam kerana Akta 164 tidak memperuntukkan remedi kepada mereka dan terdapat sebilangan daripada mereka mendapatkan remedi yang lain dengan cara memfailkan permohonan penceraian dan relief sampingan di Mahkamah Syariah. Konflik akan berlaku sekiranya kedua-dua suami isteri tersebut membuat permohonan masing- masing di dua mahkamah yang berbeza iaitu Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah serta kedua-dua mahkamah tersebut membuat perintah yang berbeza.

Tuan Yang di-Pertua, antara kes yang telah membangkitkan konflik berkenaan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dengan Mahkamah Syariah melibatkan salah seorang pasangan bukan Islam memeluk agama Islam berhubung hak jagaan anak ialah kes S Deepa dan Izwan Abdullah @ N. Viran dan kes Indira Gandhi dan Muhammad Ridhuan Abdullah @ K. Patmanathan yang mana kedua-dua kes tersebut telah menjadi sesuatu kepentingan awam yang menyentuh sensitiviti agama dan berpotensi menggugat ketenteraman awam.

Dalam kedua-dua kes tersebut pasangan yang terlibat masing-masing telah menuntut hak jagaan anak di Mahkamah Syariah bagi pasangan yang memeluk agama Islam dan Mahkamah Sivil bagi pasangan yang memeluk agama Islam mengikut undang-

final • 8:23 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

undang yang berkuat kuasa ke atas pasangan tersebut dan keadaan menjadi lebih rumit apabila kedua-dua mahkamah tersebut mengeluarkan perintah jagaan yang berbeza.

Oleh yang demikian perbezaan perintah yang dikeluarkan oleh kedua-dua mahkamah iaitu Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah berkenaan kes-kes ini telah menunjukkan kelompangan dan pertindihan peruntukan undang-undang mengenai bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah dalam isu yang berbangkit susulan pemelukan agama Islam bagi salah satu pasangan bukan Islam seperti pembubaran perkahwinan dan relief sampingan yang lain.

final • 8:23 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Peruntukan Rang Undang-undang Memperbaharui Undang-undang

(Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017, Tuan Yang di-Pertua. Untuk maklumat, pindaan-pindaan kepada Akta 14 adalah dari fasal 1 hingga 8 seperti yang terkandung dalam naskhah biru undang-undang yang telah di edarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ada sesiapa yang menyokong?

final • 8:30 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan

Saya mohon menyokong.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

final • 8:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Point of order. Tuan Yang di-Pertua, saya telah kemukakan satu cadangan untuk...

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Peraturan berapa Yang Berhormat?

final • 8:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

57(2). Saya telah semalam mengemukakan satu permohonan bahawa di Jawatankuasa membawa rang undang- undang di bawah Peraturan Mesyuarat 57(2). Saya tidak dapat naskhah pemberitahuan tersebut di atas meja-meja Yang Berhormat hari ini. Apakah sebabnya dan adakah kelewatan atau tidak menerima notis tersebut? Oleh kerana saya ada sendiri memberinya kepada Setiausaha Parlimen dan menerima pengakuan terima ini.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah mengenai di mana kerajaan telah menggugurkan seksyen 88A. Saya telah mencadangkan agar seksyen 88A itu adalah berpatutan dan ia patut didebatkan hari ini. Saya telah memasuki semua kandungan tidak beza dari apa yang dikatakan dan kemukakan perkara itu untuk didebat hari ini. Boleh saya dapat tahu kenapa ia tidak diberi kepada semua Ahli Parlimen? Supaya kita dapat enough notice for us to debate this matter.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat. Saya telah difahamkan bahawa rang undang-undang ini telah di bacakan kali yang pertama pada hari semalam dan pagi tadi telah diedarkan rang undang-undang ini ke meja semua sekali Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih.

Sila, Yang Berhormat yang berminat?

final • 8:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Peraturan mesyuarat. Tuan Yang di- Pertua mungkin tidak faham, minta maaf. Saya telah mengemukakan satu penambahan kepada apa yang di...

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Pindaan?

final • 8:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ya, pindaan. Jadi, pindaan tersebut adalah yang ternyata, kalau perlu saya boleh baca.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya ingat Yang Berhormat boleh kemukakan semasa perbahasan nanti.

final • 8:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Akan tetapi risalah itu perlu diberi, edar kepada semua supaya mereka dapat tahu. Kenapa kita perlu ambush Ahli-ahli Parlimen di sini? Seperti konvensi di Parlimen ini, semua Ahli Parlimen diberi sebelum itu. Kenapa luar biasa satu hari ini? Adakah ini satu arahan baru atau ada– it is taken out from thin air?

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Okey Yang Berhormat, saya telah mendapat petua daripada Yang di-Pertua mengenai pindaan dalam Jawatankuasa ke atas Rang Undang-undang Membaharui Undang- undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017 oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Ipoh Barat.

Petua Tuan Yang di-Pertua mengatakan bahawa, *“Saya telah meneliti cadangan pindaan dalam Jawatankuasa yang di kemukakan dan isu-isu yang berbangkit adalah seperti berikut:

(a) kesahan cadangan pindaan tersebut di bawah Peraturan Mesyuarat 57(2);

(b) kesahan cadangan pindaan tersebut di bawah Peraturan Mesyuarat 55(3); dan

(c) kesahan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 57(2) bahawa peraturan-peraturan yang berkenaan telah berkaitan.

Saya juga telah meneliti pindaan tersebut dan mendapati pindaan Yang Berhormat tidak menyentuh mana-mana fasal dalam rang undang-undang tersebut.

Sebaliknya mencadangkan satu fasal yang baharu, bukan pindaan tetapi mencadangkan satu fasal yang baharu. Justeru, usul tersebut tidak menepati Peraturan Mesyuarat 55(3) dan saya berpandangan bahawa Yang Berhormat seharusnya mencadangkan pindaan tersebut melalui usul di bawah pindaan Peraturan Mesyuarat 49(1).”* Terima kasih Yang Berhormat. Ya Yang Berhormat, saya kira Yang Berhormat dah faham...

final • 8:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Kalau jika perlu saya mengubahkan bahawa usul yang saya kemukakan adalah di pinda kepada Peraturan Mesyuarat 49.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat kena mengemukakan usul bertulis yang baharu.

final • 8:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Bukan, dari segi Peraturan Mesyuarat 57, kalau kita tengok, ia ada beberapa cara. Satu di antaranya adalah bertulis, secara lisan pun boleh, lagi-lagi di mana rang undang-undang baru di bentangkan semalam, bukan semestinya ia patut secara bertulis.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat pun tahu keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad. Yang Berhormat boleh lah mengemukakan usul Yang Berhormat secara pindaan. Ya sila, kalau yang berminat untuk berbahas.

final • 8:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, point of order hanya untuk satu pengesahan. Tuan Yang di-Pertua, ini satu perkara yang penting, bukan sahaja untuk bill ini tetapi juga untuk peruntukan...

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Peraturan mesyuarat berapa Yang Berhormat?

final • 8:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

57(2).

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Isu yang sama Yang Berhormat?

final • 8:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Isu yang sama tetapi berlainan sedikit, berkenaan dengan atur cara yang perlu diikuti oleh Ahli-ahli Parlimen. Bill ini ataupun apa yang sekarang di hadapan kami, dimasukkan hanya dua hari yang lalu. Jadi, tidak ada masa yang mencukupi. Jadi, apa yang berlaku adalah satu usul seperti mana yang di bawa oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Kalau dalam keadaan tersebut tidak di benarkan, macam mana ia akan dibenarkan supaya kita dapat memasukkan pindaan-pindaan kepada bill-bill yang di bawa pada saat-saat terakhir?

Ini menunjukkan bahawa kalau kita menghadapi satu bill pada saat-saat terakhir, maknanya kita tidak boleh membawa sebarang cadangan pindaan. So, saya minta petua daripada Tuan Yang di-Pertua lah, kalau boleh lah, bagaimana apa yang dilakukan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat itu melanggar 57(3). Ianya satu pindaan dari segi hendak masukkan ke dalam bill ini satu peruntukan yang sudah ada. Patut ianya sekarang diberikan kepada semua Ahli-ahli Parlimen supaya ia boleh juga di bangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya rasa apa yang dilakukan dalam masa yang ada, bukan satu perkara yang di mana tidak ada masa atau tidak di buat mengikuti rang

final • 8:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

undang-undang ataupun peraturan mesyuarat. Jadi, itu satu perkara yang penting, saya minta satu petua daripada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya percaya Yang Berhormat hari semalam telah mendengar bahawa rang undang- undang ini telah dibuat bacaan kali yang pertama semalam. Saya percaya Yang Berhormat sekalian telah dalam pengetahuan Yang Berhormat dan juga rang undang- undangnya juga telah diedarkan kepada Yang Berhormat semua. Saya percaya mempunyai cukup masa untuk membuat sebarang usul sama ada membuat pindaan dan sebagainya. Sila Yang Berhormat.

final • 8:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya...

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat.

final • 8:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Peraturan Mesyuarat 57(2). Boleh saya bangkitkan satu soalan untuk dapat panduan.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

57?

final • 8:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

57(2).

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Isu yang sama Yang Berhormat.

final • 8:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ya tetapi tentang masalah...

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Jika isu yang sama, cukuplah Yang Berhormat.

final • 8:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Bukan, isu berbeza dari segi masalah masa, timing, dengan izin, memang di baca untuk kali pertama dan kali kedua. Akan tetapi yang isunya, bilakah kita dapat untuk kali kedua?

[Bertanya kepada Ahli di belakang] Baru hari ini.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

First reading semalam Yang Berhormat.

final • 8:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Semalam lah, so hari ini kita dapat. So, jadi macam mana kita boleh bagi satu hari notis yang diperuntukkan bawah 57(2)? So, it is mustahil. So, ini mesti difaham. Kenapa kita susah-susah ada masalah untuk faham itu?

Oleh sebab itu, memang mustahil untuk bagi satu hari notis. Adalah wajar untuk menerima pindaan dengan notis yang diberikan dan apa masalah untuk circulate kepada semua. Untuk kita bincang. Ini perbahasan sahaja.

final • 8:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Humanly impossible untuk beri notis yang lebih awal.

final • 8:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

It is impossible to do.

final • 8:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya bukan robot, saya tidak tahu Yang Berhormat akan gugurkan perkara tersebut dan menambah– tidak apalah, that is not one way untuk menghalang sesuatu pindaan. Saya rasa itu satu cara yang tidak adil. Saya harap ia dapat diambil kira.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih Yang Berhormat.

final • 8:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Because, Tuan Yang di-Pertua, dalam P.M. 57(2) adalah jelas ada klausa yang telah terakhir, saya baca dalam bahasa Inggeris, “Unless the Chairman is satisfied that in the circumstances it was not practicable to give such notice”. Memang jelas dalam keadaan yang kita menangani sekarang adalah impracticable ataupun mustahil untuk bagi such notice. Memang jelas. Standing order ini sudah jangkakan memang akan berlaku keadaan yang kita menghadapi pada masa sekarang.

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat boleh rujuk Peraturan Mesyuarat 57(2) itu, Yang Berhormat. Boleh baca sampai akhirnya, “Kepada Pengerusi dengan bertulis dan tiada boleh dicadangkan kecuali jika Pengerusi puas hati bahawa tiada dapat dikeluarkan pemberitahu”.

final • 8:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ya, memang terpakai dalam keadaan ini, sebab memang tidak... Saya baca balik daripada versi bahasa Malaysia. “Jika Pengerusi puas

final • 8:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

hati bahawa tiada dapat dikeluarkan pemberitahu.” Ya, the notice cannot be given. Dalam bahasa Inggeris pun sama, “It is not practicable to give such notice”, dengan izin. Ini memang jelas dari fakta ini, ini memang berlaku. Rang undang-undang yang akan kita bahas sekarang baru diterima hari ini, pada pagi ini disampaikan pada meja kami. So, memang dalam keadaan itu, kita— sebab setiausaha sudah umum kita akan bahas sekarang, akan buat bacaan kedua sekarang...

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Okey, terima kasih Yang Berhormat. Saya telah buat ruling dan saya telah menyatakan bahawa peraturan mesyuarat kita berjalan seperti biasa mengikut aturan dan Peraturan Mesyuarat 43 dan Peraturan Mesyuarat 99 adalah terpakai. Terima kasih.

Ya, Yang Berhormat Tanjong Piai, sila.

final • 8:40 PM

Dato’ Sri Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya, kita mengetahui Rang Undang-undang Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017 ini tidak mempunyai perubahan kecuali pengguguran ke atas seksyen baru 88A.

Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan ini, saya ingin membangkitkan beberapa perkara lain yang juga penting. Isu pertama mengenai isu pemisahan di antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah bagi menamatkan satu perkahwinan di antara pasangan yang beragama Islam dan bukan beragama Islam telah mendapat satu penyelesaian yang baru. Di bawah pindaan ini, pasangan yang ingin bercerai boleh mengemukakan petisyen penceraian mereka di mahkamah sivil. Tambahan, hak yang sama diberikan juga kepada pasangan yang beragama Islam. Ini amat jelas dalam seksyen 3(3) serta seksyen 51(1), Selain itu, pindaan ini juga telah membolehkan hak yang sama diperolehi oleh kedua-dua pasangan, sama ada Islam dan bukan Islam, ke atas isu berkaitan dengan perkahwinan anak yang masih berumur di bawah 21 tahun.

Akan tetapi, terdapat tiga perkara yang saya ingin mendapatkan penerangan daripada kementerian. Situasi pertama, apakah cadangan kementerian sekiranya salah seorang ibu bapanya tidak dapat dikesan dan bukannya meninggal dunia? Bagaimana persetujuan mengenai perkahwinan ditentukan?

Dalam situasi kedua, sekiranya seorang remaja yang berumur 19 tahun ingin berkahwin tetapi kedua ibu bapa kandung dan ibu bapa angkatnya meninggal dunia, bagaimana persetujuan diperolehi oleh remaja tersebut?

Maka, saya mencadangkan bagi situasi pertama dan kedua supaya kuasa mahkamah sivil untuk mengecualikan persetujuan kedua-dua ibu bapa bagi perkahwinan anak dan membenarkan supaya salah seorang dibenarkan membuat persetujuan.

Situasi ketiga ialah agar seksyen 12 diperluaskan mengenai perkara lain seperti kebajikan, penjagaan, pendidikan dan agama ke atas anak. Ini adalah penting apabila seksyen baru 88A digugurkan. Ini juga memastikan agar hak pasangan yang bukan Islam terjamin dan sekurang-kurangnya boleh mengemukakan pendapat kepada perkara kebajikan, penjagaan, pendidikan dan agama anak mereka bersama.

Saya mencadangkan agar pendapat anak tersebut dirangkumkan dalam pertimbangan mahkamah sivil terutamanya keagamaan kanak-kanak atas dasar in the best interest of the child.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan satu perkara yang dikira dalam pindaan ini sedikit kabur. Adakah dengan melalui pindaan ini, pasangan bukan Islam boleh menuntut bersama hak penjagaan anak mereka? Jika ya, apakah yang boleh dilakukan oleh pasangan bukan Islam untuk memastikan pasangannya yang telah memeluk agama Islam tidak menukar keagamaan anak mereka dahulu dan kemudian mengemukakan petisyen penceraian? Jika tidak, apakah penyelesaian resolusi yang

final • 8:42 PM

Dato’ Sri Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

boleh dicadangkan oleh kementerian bagi memastikan tidak seorang individu yang mengambil kesempatan ke atas urutan prosiding ini?

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang seterusnya yang saya ingin bangkitkan adalah mengenai hak untuk mendapatkan nafkah daripada pasangan yang telah memeluk agam Islam. Ini telah memberikan satu hak jamin kepada pasangan yang bukan Islam. Ini adalah untuk memastikan agar selepas penceraian perkahwinan terutamanya pasangan yang Islam tidak hanya melepaskan tanggungjawab mereka begitu sahaja.

Perkara yang terakhir yang ingin juga dibangkitkan ialah pengguguran seksyen 88A. Diminta agar pihak kerajaan yang kerap mendahului rakyat supaya mempertimbangkan agar seksyen ini dimasukkan semula dalam pindaan berikutnya. Ini kerana isu unilateral conversion masih akan tergantung tanpa penyelesaian. Ini juga merupakan suara golongan minoriti yang juga merupakan rakyat yang perlu didahulukan.

Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

final • 8:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 8:42 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri hari ini dengan sedih dan terpaksa mendebat dalam hujah hari ini. Ini adalah kerana janji yang dibuat oleh Barisan Nasional, janji yang dibuat oleh menteri-menteri, beberapa komiti pada tahun 2009 tidak diakui, tidak dihormati.

Pada tahun 2009, Tuan Yang di-Pertua— saya perlu ingatkan sedikit— di mana semasa itu satu kes seorang bernama Indira Gandhi di mana suaminya telah memeluk agama Islam— itu kesukaannya, tidak menjadi masalah— tetapi dia telah pergi menukar agama anak-anak mereka.

final • 8:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

You have to declare your interest, Yang Berhormat. Peraturan mesyuarat mengenai kepentingan, Yang Berhormat. Ada kepentingan atau tidak dalam kes itu? Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 8:46 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Oh! Ya. Tuan Yang di-Pertua tahulah.

final • 8:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

You have to declare your interest, Yang Berhormat. Peraturan mesyuarat, ya.

final • 8:46 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, saya ada kepentingan dalam kes ini kerana saya menjalankan kes menukar agama bukan sahaja untuk Indira Gandhi yang ada di sini dengan anak beliau tetapi untuk beberapa kes. Akan tetapi, saya hendak isytihar, semua kes ini dibuat dengan pro bono.

final • 8:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 8:46 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tidak ada keuntungan.

[Tepuk] Sebenarnya pejabat saya sendiri telah menggunakan lebih daripada RM100,000 hanya untuk disperse pun dalam kes-kes ini. Ini adalah kerana prinsip di mana saya percaya apa yang dibuat dan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan bukan sahaja salah dari segi moral tetapi dari pandangan seorang average man...

final • 8:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, continue perbahasan, ya.

final • 8:46 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Adalah sesuatu yang salah.

final • 8:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sambung perbahasan ya, Yang Berhormat.

final • 8:46 PM

[Dewan ketawa]

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Jadi pada tahun 2009, saya telah bangkitkan perkara ini. Hari ini, anak pertama Indira Gandhi ada di sini. Masa itu dia hanya sembilan tahun. Sekarang dia 18 tahun. She doesn’t know whether she’s a Muslim or Hindu. *Thanks to all the Ministers who cannot make the decision, who cannot assist her. What happens if it is you or your child or whoever it is? That is why we want certainty.

That’s why we want Parliament to make laws.* Pada tahun 2009, Tuan Yang di-Pertua, apabila saya membawa perkara itu ke Parlimen, masa itu Kabinet telah runding perkara itu dan satu Cabinet Committee telah membuat satu pengisytiharan. Masa itu Senator Tan Sri Koh Tsu Koon adalah pengerusi komiti tersebut di mana Menteri Kesihatan sekarang pun ada dalam komiti tersebut dan

final • 8:46 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

saya percaya masa itu Yang Berhormat lain pun ada di sana. Apakah pengisytiharan tersebut?

Pada masa itu, nombor satu, mereka membuat pengisytiharan ruling bahawa jika ada pertukaran agama dibuat oleh suami atau isteri, anak-anak itu akan dibesarkan dalam agama yang sedia ada.

final • 8:46 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

That means the religion of the child shall be maintained status quo. Itu diisytiharkan bukan sahaja oleh Kabinet tetapi dalam Parlimen juga. Itu adalah aku janji yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri-menteri dan Yang Berhormat Menteri Undang- undang pada masa itu, Yang Berhormat Padang Rengas. Ini adalah satu kepercayaan yang telah diterima oleh semua warganegara di Malaysia, because the highest legislative body, Cabinet, telah membuat satu keputusan yang baik. Jangan lupa, pada masa itu pun tidak ada two third majority. Kepercayaan itu melibatkan Indira Gandhi dan anak- anak mereka. What has happened? You have led them to believe for a period of eight years. You have sinned them! Bukan sahaja dia Tuan Yang di-Pertua, saya ada banyak kes berkaitan dengan perkara itu. Ada banyak kes dengan peguam-peguam lain. Macam mana kita dapat selesaikan? Kita harapkan apa yang dikatakan oleh Kabinet, pengisytiharan itu akan dikotakan. Your words should be of golden value. It is now rubbish. How can the Malaysian Cabinet do that? How can you face the Malaysian public? Macam mana kita boleh buat sedemikian? Saya beberapa kali telah hujah di sini. Apabila Kabinet membuat ruling tersebut, ruling tersebut adalah toothless ruling.

Saya check Internet hari ini Tuan Yang di-Pertua, saya telah membuat lebih kurang 50 statements dalam beberapa tahun mengenai perkara tersebut. Apa saya kata?

Antaranya perlu ada undang-undang. Yes, setiap tahun dari dalam lapan tahun ini saya bawa setiap kali, saya ada menghujahkan dan kepercayaan, assurance telah diberi oleh kerajaan. We are talking to stakeholders. Kita bercakap, sedang bincang dan bincang, bukan satu committee Yang Berhormat Segamat, three committees. *More, more small committees were formed. What has happened?

We have a situation of in errata* Tuan Yang di-Pertua, apa sebab ini semua jadi?

Kita semua tahu ini adalah satu play on the side only. Sebetul-betulnya adalah ramai di antara Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional is revolting against the decision of the Cabinet. Akan tetapi tidak berani, tidak berani. Cakap satu bikin lain.

final • 8:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Betul.

final • 8:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Satu di antara orang yang saya percaya adalah Menteri Undang-undang. I think she is practical and realistic tetapi her hands are tied. Itu adalah di mana Menteri-menteri perlu mengikut aku janji yang diberi. You have given a pledge and understand undertaking to the nation at large. You have misled. If any other person, dia akan di-refer to committee of privileges, Tuan Yang di-Pertua.

Pada tahun 2009 Tuan Yang di-Pertua, sehingga sekarang, dalam lapan tahun ini, mereka tidak tahukah bahawa apa yang dicadangkan di 88A yang saya telah mengemukakan semalam. Saya baca dalam bahasa Inggeris Tuan Yang di-Pertua, *“Where a party to a marriage has converted to Islam, the religion of any child of that marriage shall remain as the religion of the parties to the marriage prior to the conversion, except where both parties to the marriage agree to a conversion of the child to Islam, subject always to the wishes of the child where he or she has attained the age of eighteen years”. “Where the parties to the marriage professed different religions prior to the conversion of one spouse to Islam, a child of the marriage shall be at liberty to remain in the religion of either one of the prior religions of the parties before the conversion to Islam”.

This is the directive of the Cabinet,* pada tahun 2009 Yang Berhormat. Akan tetapi sekarang throw that as hot potato. Katakan ia adalah bertentangan dengan Perlembagaan, ini semua adalah satu tipu helah. You ask any first-year law students, he will tell you their Attorney General’s Chamber senior lawyers here to amend a case law.

final • 8:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 8:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

*You do not go and amend the Constitution.

You amend the law. You bring law to amend* apa yang telah dibuat oleh mahkamah.

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Puchong bangun Yang Berhormat.

final • 8:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ya.

final • 8:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kalau boleh, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Ipoh Barat, seperti mana Yang Berhormat Ipoh Barat sebut tadi perkara ini adalah satu perkara yang telah pun membawa banyak masalah kepada ramai orang sekian lama. Perkara ini diketahui dengan cukup jelas oleh kerajaan, diketahui dengan cukup jelas oleh Kabinet.

Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat setuju bahawa bukan ini kali pertama satu rang undang-undang sebegini, pindaan sebegini dibuat? Sebenarnya pindaan ini dicadangkan sebelum daripada ini. Kabinet sudah tahu, kerajaan sudah tahu apakah peruntukan yang dicadangkan supaya masalah ini diselesaikan sekian lama.

Jadi apabila rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua, dikemukakan sekarang, dan peruntukan pindaan berkenaan seksyen 88A itu ditarik balik kononnya atas alasan ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan sebagainya, ini adalah satu helah untuk avoid the subject supaya mereka boleh ketepikan isu ini. Itu satu.

Nombor dua, saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Ipoh Barat seperti mana Yang Berhormat Ipoh Barat sebut tadi. Kalau kita hendak selesaikan masalah ini, ini Parlimen. Ini tempat di mana ia seharusnya dibuat, dengan ada satu kerajaan yang ada azam. The political will to settle it. Ia boleh diselesaikan di sini walaupun ada kepada mereka alasan Perlembagaan Persekutuan, but this is Parliament and this is where it can be settled. Apakah pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat berkenaan perkara itu?

final • 8:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Puchong, I cannot agree more than – to agree with you in totality. Saya setuju bahawa the lack of political will is so obvious. Tuan Yang di-Pertua, we are trying to run away from reality. Akan tetapi adakah dengan menggugurkan seksyen 88A, adakah ia bermakna perkara itu akan selesai? That is very frank, tidak ada. So, what did you do?

final • 8:50 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

[Bangun]

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ampang bangun Yang Berhormat.

final • 8:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ya.

final • 8:50 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Ipoh Barat. Yang Berhormat Ipoh Barat, saya cuma minta penjelasan tadi kenapa ditarik balik seksyen 88A. Ini kerana mengikut Perlembagaan, perlukan dua pertiga sokongan daripada Dewan yang mulia ini. Akan tetapi kenapa pihak sana tidak consult dengan kami di sini untuk mendapatkan sokongan agar Perlembagaan ini boleh kita luluskan? Saya hendak tanya kenapa ini tidak dibawakan kepada pihak kita di sini. Ini kerana kita pun setuju dengan cadangan mereka dan kalau itu dilaksanakan, insya-Allah Perlembagaan seksyen 88A itu boleh diluluskan dengan dua pertiga. Terima kasih.

final • 8:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat. Akan tetapi saya hendak mula dengan mengatakan, sejak institusi Parlimen berada di sini, kalau kita pergi tengok kes-kes law, tanya peguam- peguam, untuk mengatasi di mana keputusan telah dibuat oleh mahkamah, mereka membawa rang undang-undang untuk menukar atau bring satu undang-undang yang baru. No need to amend the Constitution. Itu nombor satu.

Nombor dua, there is no purpose to amend the Constitution. What are you talking about? You are talking about parent. Have you all gone to school? Bring me your parent. I want to go with your parent. Does it make sense? Singular is plural, and the English version of the Federal Constitution is the law in this country, my friend. What did the translation? Saya ada tanya satu soalan yang spesifik mengenai perkara ini. Apakah makna yang digunakan oleh parent pada tahun 1957? Apakah makna yang digunakan sedemikian pada tahun 2002? Jawapan dari Parlimen, itu boleh dapat dari – *from your own research can get. This one no need to reply because sensitive. Avoid the question.

So, Kula has asked something very specific, no need to reply.* Apabila saya kemukakan satu pindaan, itu adalah satu cara untuk mengelak komitmen beberapa Ahli Parlimen.

final • 8:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Apa makna ‘parent’ pada tahun 1957?

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

No camera taking.

final • 9:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Pada tahun 1957? Ia bermakna ‘parent’ under Article 12(4) adalah ‘ibu dan bapa’. Akan tetapi pada tahun 2002, dia sendiri telah menukar the little Napoleons in the departments. The Islamization of the process in this country has changed. Sekarang ‘parent’ adalah bermakna beza. ‘Parent’ has now become ‘ibu atau bapa’.

Yang Berhormat Menteri, siapa boleh control little Napoleons ini? Siapa boleh control? Tidak boleh lah. We are letting them loose, it’s only us asking this. That is why pada tahun 2009 bila kerajaan mengisytiharkan sedemikian – saya sokong. No need to go very far. Saya sendiri. Sejak dari itu, dari sini merata-rata tempat di seluruh negara bila saya pergi ke ceramah saya ada beritahu. Ini adalah cadangan baik. Sebenarnya, cadangan-cadangan yang lain dalam rang undang-undang hari ini pun semua baik. The five anchor matter dalam perkara yang dicadangkan adalah bagus patut dibuat bukan sekarang, not now. Saya ada bawa kes Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2002 di mana seorang yang telah cerai tetapi enggan memberi nafkah kepada untuk isteri dan enggan memberi wang untuk pelajaran tertiary education untuk anak dia. Saya kalah di Mahkamah Tinggi saya kalah di Mahkamah Rayuan. Selepas itu saya bawa ke Parlimen dan Kerajaan – this is in 2002 many of the MP’s maybe in school at that time. Apa yang dijanjikan oleh Kerajaan? Semua di dalam ini. *It’s here now. I will come there.

But that is a good stand* – katakan now for tertiary education responsibility of her parent doesn’t matter ibu atau bapa kalau dia ada wang dia perlu bagi. *This is a commitment. You bring a child to this world you must take care and if you are the Minister you have promised you must keep it. You must be honorable enough to keep it.

Otherwise, you must resign. Honorable. It is not* – Tuan Yang di-Pertua, it is not only one matter, the other side are some of my best friends. But these are matters kita tidak boleh menyeleweng.

Sayangnya Tuan Yang di-Pertua, bila saya cakap Dewan Bahasa dan Pustaka yang they translate all these documents. Saya ada bangkitkan– adakah Yang Berhormat siapa-siapa ada pergi mengetahui mengenai perkara tersebut? Kenapa menukar meaning of ibu – meaning of ‘parent’? Macam mana the little Napoleon can do without Parliament sanctioning it? Parliament is the highest legislative body in this country. Cakap sahaja besarlah. Tak boleh bikin apa-apalah. Parliament isn’t relevant, that office boy dalam Dewan Bahasa dan Pustaka decide who you are, man. He can decide, he can translate and he will make law and he has made law, cannot even change that. Cannot even control these people. Who violently had make mistakes. Bukan sahaja itu, there will be many other things this is the tip of the iceberg only. Jadi inilah yang menjadi masalah Tuan Yang di-Pertua. Hal ini kerana, saya percaya dengan amendment ini, nothing will settle. Nothing will settle. This is actually a political win only for a temporary time. Ini kerana seperti yang dikata oleh Yang Berhormat Padang Rengas, he is acting like a devil’s advocate if got two third majority. Saya ada tanya, that’s why I started off by tanya mengatakan pada tahun 2009 you had two third majority? You didn’t have. This is a simple law. At that time the AG and those chaps at the Attorney General Chambers who are not here they were elsewhere setuju kepada pandangan Kabinet katakan boleh membawa undang-undang tersebut. Akan tetapi masa itu ada halangan-halangan yang lain.

Saya tidak ingin mengatakan perkara tersebut. Halangan demi halangan only for the minorities. Halangan demi halangan. Hal ini kerana, kita ada Menteri-menteri yang menjadi lalang. That is the problem. Kalau kita ada komited – if we have people like Tun Sambanthan kalau kita *ada like Tun Tan Cheng Lock they would have resigned.

I’m sorry Mr. Minister I have say certain things, it’s not out of anger. It is because the girl is there. You please stand up and tell whether she is Hindu or Muslim now? By what you have done in 2009 she is here. She’s in university. Please tell me what religion I am? Because in 2009 you gave an assurance, now she is here. She is 19 years old. If that is your daughter, if that is your sister what will you do?

One law for them and one law for these people. Be fair to us. We are not*– saya tidak pernah sentuh mengenai hal agama Islam. *My own aunty is a Muslim. So that is beside the point. That is her choice she wants to be that is her choice, doesn’t matter.

I’m not very religious. I* mengikut peraturan undang-undang. Macam anak dia, *she cries Tuan Yang di-Pertua, her cries and tears will be cured if Parliament had passed the law.

But why is Parliament so difficult?* Kenapa Parlimen enggan membuat sesuatu yang mereka, Menteri sendiri telah bersetuju mengenai perkara tersebut? Ini adalah kerana kekurangan political will. Dan

final • 9:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Ampang, if we required two third majority untuk berbincang dengan stakeholders– yes stakeholders bila? Dari tahun 2009 sampai tahun 2017? Talking with stakeholders and stakeholders and stakeholders. Tidak pernah sekalipun berbincang dengan pembangkang. We are the actual stakeholders. Kalau ada perbincangan kita boleh – we can give you a commitment. Bukan sahaja dari parti saya dari parti-parti lain dari Pakatan Harapan boleh memberi komitmen-komitmen tersebut untuk membawa penukaran Federal Constitution. Akan tetapi saya berpendapat tidak perlu langsung, that has nothing to do with 12(4) and all that, that’s all irrelevant. Kalau saya hendak mencari alasan Tuan Yang di- Pertua, banyak alasan. Akan tetapi itu satu antara perkara yang telah jadi, tetapi sekarang the reality steps in. Kalau kita ada kalau kita visit mana-mana ini ialah menjadi perkara – tetapi tidak boleh lupa.

Tuan Yang di-Pertua, bahawa kalau kita tengok dalam beberapa isu di negara ini kita perlu mula dengan apa Perdana Menteri kata pada tahun 2009. Selepas tu Cabinet Committee 1, Cabinet Committee 2, Cabinet Committee 3, macam-macam subcommittee dalam subcommittee semua and suddenly there is a Menteri dari Sarawak mengatakan bahawa there is a committee. Kita pun tidak tahu *no announcement. No consultation with stakeholders.

So,* kenapa you perlu sembunyikan semua ini? You boleh memanggil kita untuk perbincangan tetapi tidak dibuat. Itu nombor satu. Nombor dua, apa yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tuan Yang di-Pertua? Where is the commitment by the Perdana Menteri? Ada. Four years ago, dia kata perkara sedemikian boleh diselesaikan di Mahkamah pergi ke Mahkamah Persekutuan. Ini kerana ada dua kes pada masa itu. Satu kes Deepa satu kes Indira Gandhi. Very easy cuci tangan. Lagi satu kes podah, cuci tangan. Semasa itu saya ada bagi statement masa itu Gani Patail menjadi Attorney General. Saya kata this is not for the courts to decide. You are kicking the ball there you don’t have the political will. You don’t have the guts to make law. Jadi cari jalan suruh mahkamah membuat keputusan. Apabila pergi ke mahkamah kita dapat perintah terhadap IGP oh siapa lawan? AGC. Lawan sampai habis- habis, bila sudah kalah bila kita ada perintah di Mahkamah Ipoh, satu Hakim yang berani pada masa itu Judicial Commissioner, Justice Lee Swee Seng and I cannot forget apa dia kata Tuan Yang di-Pertua. Dia ambil perkataan ‘parent’ under Article 12(4) dan membaca dengan seksyen intrepretasi.

final • 9:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

And I think that is the most practical if you think the singular doesn’t apply the plural. Apa dia kata oh, if you say it is parent one person, so today I convert tomorrow my wife convert then tomorrow you convert bila habis ini cerita. *So, there must be an end to all these.

So, the meaning is they must be together ‘father and mother’. It is not ‘father or mother’. There is a literal meaning they should have applied and Justice Lee Siew Seng’s decision has gone up 120 odd pages. Mungkin ramai di antara Menteri telah membaca decision tersebut. Akan tetapi saya percaya pada masa itu bila Yang Berhormat Pekan membuat pandangan his summon he gave dia kata bila mahkamah membuat keputusan then we said, we went to court kita ambil satu perintah Tuan Yang di-Pertua terhadap IGP. IGP lebih pandai daripada semua orang yang pandai. Dia kata “Ada dua order ini mana saya mahu ikut, saya tidak mahu ikut mana-mana*.” Wah, there are some people who are above the law. Masa itu saya bagi tahu you are a civil servant.

final • 9:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Tuan Yang di-Pertua, Point of Order 36(1) jelas.

final • 9:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Apa itu?

final • 9:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Hari ini kita dengar lecture apakah ini? Bacalah 36(1), “Seseorang Ahli Dewan apabila membahaskan rang undang- undang yang meminda akta induk–” ini yang sekarang ini. Mana Akta Induk? Jelas dia kata apa– “...hanya perkara-perkara yang berkaitan rang undang-undang itu sahaja yang dibenarkan bercakap...”

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sudah, sudah.

Wait.

final • 9:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Rang undang-undang yang kita hendak pinda pada hari ini. Ini semua yang kita hendak dengar lecture perkara yang lain hendak pinda macam mana cara hendak pinda itu bukannya tertakluk di bawah pindaan kita hari ini.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, ya. Yang Berhormat Setiu.

final • 9:10 PM

Seorang Ahli

Perintah mahkamah.

final • 9:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Apa benda yang kalau ada boleh platform lain ada bukan platform ini. Ini platform untuk pindaan dan kita hanya confine ourselves kepada pindaan. Kenapa jauh-jauh sangat kita hendak pergi.

Beberapa kali saya hendak sebut benda yang sama.

final • 9:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Wah.

final • 9:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Ini yang masalah, kalau kita sebagai orang yang faham tentang peraturan...

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Setiu.

final • 9:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

...Minta ikut peraturan. Ini susahnya.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, memang jelas 36(1) berkehendakan...

final • 9:10 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

36(1) memang betul seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Setiu perkara-perkara yang dipinda sahaja boleh dibahas dalam peringkat Jawatankuasa, dalam peringkat Dasar. Itu memang jelas 36(1) so kita pun yang duduk sebagai Speaker di atas ini berkali-kali mengatakan bahawa 36(1) applies to all amendment to rang undang-undang.

So, itu memang jelas. Jadi saya memerhati perbahasan dan saya minta agar perkara-perkara yang dipinda itu jadi asas kepada perbahasan Yang Berhormat.

final • 9:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, walaupun Yang Berhormat telah memberi pandangan dan tetapi tidak apalah Yang Berhormat Setiu dia hanya Mahkamah Sesyen, never did a divorce case, dia apa tahu.

final • 9:10 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak perlu pergi peribadi.

final • 9:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Ipoh Barat! Jangan merendah-rendahkan orang lain. Kalau kamu sendiri tidak faham dengan peraturan, ini peraturan Dewan.

final • 9:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

No, no. Itu nombor satu. Session Court punya level-lah, my level is Federal Court, small boy...

final • 9:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Siapa yang low class sekarang? You yang tidak faham dengan peraturan Dewan. Siapa yang low class? Apa sombong.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat sifat seorang Ahli tidak boleh macam itu.

final • 9:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Jangan rendah-rendahkan orang lain.

final • 9:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Dia betul Mahkamah Sesyen..

final • 9:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Saya baca ini peraturan Dewan. Ya, peraturan Dewan.

final • 9:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Mahkamah Sesyen kan?

final • 9:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Apa yang you hendak merendahkan orang?

final • 9:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Bukan saya merendahkan orang.

final • 9:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

This is not the way-lah.

final • 9:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Point of order.

final • 9:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Puchong lagi hebat dari you-lah.

final • 9:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

You, Mahkamah Sesyen bukan ?

final • 9:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Puchong tidak pernah merendahkan saya. Ini Yang Berhormat Kulai teruk ini – Yang Berhormat Ipoh Barat nama di Kulai.

final • 9:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Point of order.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Puchong point of order.

final • 9:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Setiu, relax. Relax. Tuan Yang di-Pertua...

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Akan tetapi, saya juga menegur Yang Berhormat Ipoh Barat tidak perlu pergi kepada sifat seorang Ahli.

final • 9:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya setuju. Tapi Tuan Yang di-Pertua ini satu bill...

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak perlu, tidak perlu.

final • 9:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini satu rang undang-undang yang cukup penting. Jadi saya hendak minta Tuan Yang di-Pertua, tadi Tuan Yang di-Pertua mengatakan bahawa apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Barat itu di luar 36(1).

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya tidak cakap di luar Yang Berhormat.

final • 9:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya hendak bawa rujukan...

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya tidak cakap di luar, saya katakan memang betul 36(1) Peraturan mengatakan perkara-perkara yang dipinda sebab itu saya minta berbahas balik kepada perkara-perkara yang dipinda, that’s it. Because saya sendiri pun tidak tahu secara mendalam perkara-perkara yang dipinda sebab itu the next table I will be asking the Minister to be still within the amended section.

final • 9:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Di sini saya hendak minta kalau boleh Tuan Yang di-Pertua lihat kepada explanatory statement yang ada daripada bill ini.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 9:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Dalam explanatory statement ini kalau kita lihat kepada muka surat tujuh, cukup jelas bukan sahaja disebut di situ kes yang melibatkan Ketua Polis Negara, ia disebut di situ secara cukup jelas.

Jadi apa yang disebut sekarang, apa yang dibawa perbahasan Yang Berhormat Ipoh Barat itu cukup jelas di dalam dan dirangkumi oleh apa yang dibawa melalui undang- undang.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Baik, sebab itu saya tidak tegah pun perbahasan.

final • 9:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya harap bahawa mungkin Yang Berhormat Setiu boleh fahamlah. Baca dulu ini.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Seksyen yang disebut oleh Yang Berhormat Setiu itu tidak salah memang betul.

final • 9:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Betul, saya rasa tidak ada masalah, terima kasih.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, teruskan Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 9:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Mungkin saya boleh menolong kawan saya, kawan bijaksana saya Yang Berhormat Setiu merujuk kepada kes-keslah. Mungkin Yang Arif tidak berapa arif dalam kes-kes inilah.

Boleh refer supaya dapat tahulah.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, teruskan Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 9:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Seperti saya kata bila saya sendiri telah pergi ke pejabat IGP untuk menyerah dokumen tersebut. Masa itu tiba-tiba IGP ada mesyuarat dan Timbalan IGP pun ada mesyuarat dan bila saya menyerahkan dokumen

final • 9:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

tersebut dia memberi press statement mengatakan “I can’t comply with this order there is Syariah Court order and there is a Civil Court order”.

Saya telah mengatakan bahawa bila ada perintah mahkamah dia patut menjalankan tugas dia – he cannot question it, you are a mere civil servant. A civil servant must carry out the orders of his superiors and the court. Akan tetapi dia salah hingga hari ini tidak ada apa-apa tindakan terhadap IGP. What mistake he made? He made a mistake by saying there is a Syariah Court order in Ipoh ordering for the retrieving check, no such order. If I have made the order I would have been in jail-lah sekarang or if another civil servant kerana dia IGP’s strong man. Never followed and there is an order, this is a second case in the whole of Commonwealth untuk Ahli Parlimen yang tidak tahu – dalam 100 tahun Commonwealth ini, it’s the second case, one is Tanzania and the second case is against IGP in Malaysia, reported in this case and other cases IGP resigned.

Akan tetapi ini maklumlah Malaysia boleh punya tempat. Dia dibolehkan tidak mengikut– hingga hari ini bila ada perintah Tuan Yang di-Pertua, perintah itu mengarahkan beliau menyerahkan committal order kepada suami Indira Gandhi dan telah mengarahkan bahawa Mahkamah Ipoh supervise them. Bila kita menulis kepada dia apakah tindakan yang telah diambil, dia menunjukkan tempat-tempat mana dia pergi, dia pergi untuk mencari Pathmanathan di rumah Indira Ghandi, di rumah saudara Indira Ghandi – pandai ini excellent IGP and the police force. Kita perlu besarkan 10,000 tidak cukup mungkin dua juta orang perlu untuk kuatkan pihak polis.

Inilah Tuan Yang di-Pertua, and these cases yang dirujuk di sini adalah berkaitan dan apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri masa itu, he was caught in the judge, he doesn’t know what to do kerana perintah dia ingat...

final • 9:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 9:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ya.

final • 9:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Maksudnya kes-kes yang dirujuk di bawah huraian ini adakah berkenaan dengan perkara mana? Bukan 51, berkenan dengan kuasa mahkamah bukan? Untuk membubarkan perkahwinan. Ini yang dinyatakan. Ini kes-kes yang di mana yang boleh dibubarkan, di Mahkamah Syariah ataupun di Mahkamah Sivil. Ini berkenan dengan itu sahaja. Ini termasuk bawah pindaan 51. Ini yang saya maksudkan sebab itu saya kemukakan point of order tadi sebab huraian hanya merujuk kepada pindaan 51.

final • 9:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Tidak kena mengena dengan pindaan-pindaan lain.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 9:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

88 tidak kena. 88A.

final • 9:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tidak apalah Yang Berhormat.

final • 9:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Hanya 51.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 9:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Cuba lihat betul-betul ya.

final • 9:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Hani Tan is here. So you boleh refer Yang Berhormat Setiu.

final • 9:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yalah dia ada perkara lain.

Tapi dalam huraian ada menyebut berkenaan dengan...

final • 9:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Bukan, bukan. No, maybe you too busy politicking, you didn’t read all these cases.

final • 9:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Cuba baca betul-betul huraian dia. Apa maksud huraian itu.

final • 9:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya terlibat...

final • 9:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Berkenaan dengan apa.

Jangan kita cerita semua. Banyak susah dia tapi yang penting...

final • 9:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya hendak cakap dengan Yang Berhormat Menteri dengan rakyatlah.

final • 9:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Sebab Yang Berhormat Puchong cerita fasal huraian. Huraian apa.

final • 9:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya mengambil kira Yang Berhormat punya pandangan.

final • 9:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Huraian tentang apa. Itu saya tanya sekarang.

final • 9:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya mengambil kira pandangan Yang Berhormat.

final • 9:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Ya, huraian jelas.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Jangan berdialog Yang Berhormat, jangan berdialog.

final • 9:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Ya, itu saya kata sekarang.

final • 9:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Jadi ini bila lepas itu...

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tapi memang benar Yang Berhormat, 36(1) perkara yang dipinda saja Yang Berhormat. Jadi kalau 88 tidak termasuk dalam perkara yang dipinda.

final • 9:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

88A tidak masuk.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ia keluar daripada perkara yang dipinda.

final • 9:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Apa, apa...

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya tahu perbahasan Yang Berhormat kaitkan itu tetapi inti pati perbahasan adalah perkara yang dipinda. So we go back to the inti pati perbahasan.

final • 9:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Case of Deepa against Peguam Negara dan sebagainya ada kena mengena, Tuan Yang di-Pertua. Bila penyerahan order, ramai di antara orang Malaysia dia tidak tahu.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya tapi contoh itu bukan berkaitan dengan perkara 88 yang tidak termasuk dalam pindaan, that one betul. Tukar, yes.

final • 9:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

That is true but huraian adalah telah dibangkitkan, maka kenapa...

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

You must concentrate on the perkara yang dipinda.

final • 9:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Kerana bila Yang Berhormat Menteri menjelaskan.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dia mengikut peraturan mesyuarat, memang betul.

final • 9:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Perkara yang dipinda tetapi sebab itu saya katakan balik kepada perkara yang dipinda. Perkara 88 bukan antara perkara yang dipinda oleh kerajaan. Jadi dalam peraturan 36(1), yang itu tidak termasuk. Memang betul Yang Berhormat Setiu maklumkan kepada kita.

Jadi sebagai Tuan Yang di-Pertua saya katakan bahawa masuk balik kepada perkara-perkara yang dipinda, go back to that asas kepada perbahasan Yang Berhormat berasaskan kepada perkara yang dipinda oleh kerajaan ya. Tidak apalah dia menyeleweng sedikit, masuk balik kepada perkara yang dipinda Yang Berhormat. Terlari sedikit, bukan menyeleweng. Terlari sedikit, masuk balik kepada perkara yang dipinda.

Hendak bagi jalan dengan Yang Berhormat Shah Alam? Ya.

final • 9:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Pindaan ini ada sebab musababnya.

Lalu bagaimana kita boleh katakan bahawa menjelaskan latar belakang di sebalik pindaan ini, tidak relevan. Sedangkan Yang Berhormat Menteri sendiri bila dia bentangkan, dia menjelaskan semua termasuk latar belakang. Pindaan-pindaan ini bertujuan untuk menyelesaikan satu masalah, satu lakonan yang wujud, satu

final • 9:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

kelompangan yang wujud yang menyebabkan tidak tercapainya penyelesaian dengan baik dan sempurna. Yang Berhormat Ipoh Barat menceritakan latar belakang.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, you are not on point of order.

final • 9:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Ketawa]

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Itu adalah minta penjelasan kepada Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 9:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ya, okey, baik, baik ya. Maka saya merasakan bahawa apa yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat cukup relevan untuk kita memahami kenapa pindaan itu dilakukan dan sama ada pindaan itu menyelesaikan masalah ataupun tidak. Kalau kelompangan itu tidak di-address, tidak ditangani, tidak diselesaikan, maka kes-kes yang seperti mana yang disebut akan berulang. So, saya merasakan, saya berbeza dengan Yang Berhormat Setiu walaupun dia Yang Arif tapi mungkin kurang arif dalam kes ini. Merasakan bahawa apa yang disampaikan oleh cukup...

final • 9:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Shah Alam lagi tidak arif masalah Yang Berhormat Shah Alam ini.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak boleh bangun Yang Berhormat.

final • 9:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Dia merapu ini, dia merapu.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dia pencelahan.

Sedang mencelah Yang Berhormat.

final • 9:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Dia merapu, dia merapu.

final • 9:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Apa dia? Dia ada tidak makan ubat kah dia.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Teruskan, teruskan.

final • 9:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, tanya dia, dia makan ubat tidak.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak perlu tanya yang itu Yang Berhormat.

final • 9:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Kita hendak menyelesaikan masalah rakyat. Ini bukan perbahasan akademik. Ada actual kezaliman yang berlaku bila kita sebagai Ahli Parlimen, badan tertinggi legislative, tidak mencari penyelesaian. We cannot allow kelompangan itu untuk berterusan. Cari penyelesaian yang terbaik, bincang.

We acknowledge, kita semua akui masalah itu wujud. Cari penyelesaian, kita bahas.

Tetapi kalau begini, hendak sentuh sini kata tidak, hendak kena hanya bincang apa yang disebut saja. Then we don’t understand the problem dan kita tidak akan faham sama ada masalah itu dapat diselesaikan atau sebaliknya dengan pindaan yang dikemukakan.

Tanggungjawab kita, our responsibility as Parliamentarian is to settle the problem. Rakyat, ada rakyat yang menderita. Walaupun tidak banyak, tidak ramai, tetapi walaupun seorang dua sekalipun.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, balik kepada...

final • 9:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih. Apa pandangan Yang Berhormat Ipoh Barat?

final • 9:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Pandangan Yang Berhormat ini sangat baiklah.

final • 9:20 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 9:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ini satu-satu pandangan yang saya tunggu-tunggulah. Tetapi mungkin masa belum diberi kepada Yang Berhormat Setiu untuk baca case law-case law tersebut supaya beliau pun boleh memberi pandangan...

final • 9:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Setiu bangun.

final • 9:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 9:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 9:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

I think I teruskan.

final • 9:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 9:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Last one ya.

final • 9:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Tidak, Yang Berhormat Ipoh Barat seolah mengatakan bahawa saya tidak baca kes-kes itu.

final • 9:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Oh ya, okey, okey.

final • 9:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Saya baca kes-kes ini yang berkenaan dengan pindaan pada hari ini. Saya tidak baca tentang hal-hal lain sebab 88 tidak masuk, saya tidak baca tentang 88. Saya baca fasal 51, itu saja. Jadi Yang Berhormat Shah Alam punya tadi pun apa yang disetujukan dengan Yang Berhormat Shah Alam pun saya tidak tahulah.

final • 9:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Seperti yang saya kata Yang Berhormat.

Terima kasih.

final • 9:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Sebenarnya Yang Berhormat Shah Alam ini pun dia kelabulah dalam hal-hal macam ini. Blur, dia blur. Dia hendak tunjuk dia pandai tetapi zero sebenarnya. Dia bercakap daripada guna otak saja, tidak ada guna otak langsung. Ini masalah dengan Yang Berhormat Shah Alam. Dia tidak faham fasal undang-undang, dia hendak bercakap fasal undang-undang. Ini masalah.

Latar belakang boleh, latar belakang tetapi latar belakang berkenaan dengan 164.

final • 9:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak boleh, tidak boleh bangun Yang Berhormat.

final • 9:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang berkaitan dengan pindaan-pindaan. Saya tidak kata tidak boleh cerita fasal latar belakang tetapi hendak bagi lecture, hendak bagi lecture minta maaf, tolong. Tidak payah bagi lecture.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Bolehlah balik kepada pindaan, Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 9:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat pada Ogos 2016, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengatakan bahawa pada satu konvensi National Women Day Celebration telah mengatakan bahawa dia akan mencadangkan untuk membawa rang undang-undang untuk menyelesaikan kes-kes di mana penukaran agama dan membawa rang undang-undang untuk menukar law reform act. Tetapi janji ini tidak disimpan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Setakat ia tidak dibawa hari ini tetapi satu rang undang-undang pada November telah dibawa untuk first reading dan masa itu saya ada pernah jumpa dengan beberapa Yang Berhormat Menteri dan mengatakan bahawa ia perlu disegerakan. Tetapi ia ditunda ke bulan Mac dan saya juga berjumpa kepada mereka pada bulan Mac dan saya juga mengatakan bahawa perlu disegerakan kerana ada berapa elemen-elemen di negara ini yang ingin membawa satu kesusahan dan mungkin akan melambatkan atau menggugurkan beberapa klausa. I am proved right, pada akhirnya.

Ini adalah satu di antara perkara yang dapat dielak tetapi tidak dielak oleh Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, yang mustahak sekali.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ramai yang hendak berbahas Yang Berhormat. Boleh habiskan.

final • 9:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Adakah dengan rang undang-undang ini akan menyelesaikan masalah penukaran agama atau penukaran agama dari agama apa-apa ke agama Islam, nombor satu. Adakah kepada anak-anak mereka, civil remedies dan sebagainya— saya boleh isytihar di sini, nothing will happen, no change kerana pada akhir sekali walaupun civil court, it is only half powered, half of the actual powered given to civil court sekarang. Mahkamah Syariah perlu diubah di beberapa seksyen di seluruh negara seperti yang telah dibuat di Negeri Sembilan. Di mana saya telah menanya soalan itu di Parlimen secara bertulis di mana di Negeri Sembilan bila seorang menukar agama dan masuk ke agama Islam, dia perlu membuat satu

final • 9:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

pengisytiharan statutory declaration. Di antaranya dia perlu kata bahawa semua masalah-masalah berkaitan dengan perkahwinan dia telah diselesaikan di mahkamah atau di civil court. Itu yang perlu dibuat. Saya percaya hanya di Negeri Sembilan perkara itu dibuat, bukan di mana-mana negeri.

final • 9:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Kalau itu yang dibuat oleh mana-mana negeri, masalah di mana penukaran dengan paksa terhadap anak-anak yang kurang umur macam anak Indira Gandhi tidak akan berlaku. Saya rasa ini adalah...

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sudah hampir 50 minit Yang Berhormat.

final • 9:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Lima minit?

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

50 minit Yang Berhormat.

final • 9:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Lagi 50 minit?

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

You have taken 50 minutes now.

final • 9:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Oh! I have taken 50 minutes, okay.

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Kalau boleh habiskan Yang Berhormat.

final • 9:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Jadi Tuan Yang di-Pertua saya pohon agar a more pragmatic attitude will be – bahawa di setiap negeri because the Islamic law is on the states. Ini adalah perkara yang perlu diambil kira supaya dapat menyelesaikan perkara ini. Ini kerana it is no mistake of politicians although some of us don’t have the willpower the bring changes. We give unnecessary sweet promises in 2009, have misled the Malaysian public down to the drain. But that’s okay. That is how some of the system works. Akan tetapi kita perlu sebagai Ahli Parlimen di sebelah ini, kita perlu satu certainty dalam perkara ini. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua bahawa apa yang di janji oleh Barisan Nasional tidak ditetapi, was not kept. Ini kerana pada tahun 2009, apa yang dikatakan sehingga ini tidak dikotakan. Sebenarnya tipu helah, unnecessary expectation given to the public. Semua ini telah menunjukkan.

We will, tidak lama lagi go and get a fresh mandate. Percayalah Tuan Yang di- Pertua bahawa kita akan membawa isu ini, antara satu perkara yang mustahak. Ini kerana ini adalah kepercayaan yang telah diberi dan bolehkah setakat ini, masa ini boleh memberi perubahan? Saya percaya boleh jika kita membawa balik seksyen 88A yang dicadangkan. Jangan percaya kepada segolongan peguam, segolongan ahli politik yang mengatakan ini adalah bertentangan. Try it out, bring changes. You have to take, pull the bull by the horn if the need be. In politics, you must have the political willpower. Not the political unwilling power. You must be sincere, reasonable and end of the day the target route must reach. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua. Saya percaya, ramai di antara yang terlibat dalam perkara ini adalah orang-orang di bawah B40. Ramai di antara mereka menderita.

Many of them are suffering in silence dan ramai di antara mereka tidak boleh mengambil peguam untuk bawa kes mereka ke mahkamah. Salah satu kes yang dikendalikan oleh kawan saya Tuan Yang di-Pertua di mana semasa perbicaraan sedang berjalan, already a second day of hearing tiba-tiba salah satu di antara party itu memberitahu kepada hakim bahawa dia telah memeluk agama Islam dan hakim kata dia tidak ada kuasa lain.

If section 88 tidak ada kuasa lagi. Kalau seksyen 88A yang dijalankan di bawah we won’t have this trouble at all. So, you have failed to do that. Saya harap Tuan Yang di-Pertua bahawa kita perlu satu pemindahan fikiran yang waras, perlu mengambil tindakan dalam hal ini supaya Tuan Yang di-Pertua setuju kepada saya bahawa ini adalah perkara yang rumit. Berkaitan dengan perkara ini Tuan Yang di-Pertua adalah di mana IC card dimasukkan agama Islam. Ramai di antara ribu-ribu orang apabila kerani tersalah menulis dia beragama Islam, dia perlu, orang yang penama itu perlu pergi ke mahkamah untuk menukar perkara tersebut, untuk dia membayar wang tersebut. Apa yang dibuat oleh kerajaan? Saya reserve saya punya komen dan hujah saya sekarang.

Saya akan berhujah lagi nanti... Thank you.

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya hendak tengok berapa ramai yang...

final • 9:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 35(7).

Saya minta Tuan Yang di-Pertua menggunakan budi bicara di bawah standing order ini untuk menentukan masa.

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, that is what I am going to do. Saya ingin tahu berapa ramai yang berbahas. Ramai. So, kita hadkan tetapi 15 minit.

final • 9:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kita sambung esok Tuan Yang di-Pertua.

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tak. Kita ada usul Yang Berhormat. Ada usul untuk menghabiskan satu lagi rang undang-undang selepas ini. Ada usul pagi tadi. So, kerja Tuan Yang di-Pertua adalah mengurus masa menghabiskan usul kerajaan. Kita bagi 15 minit seorang. Akan tetapi saya tidak janji yang semua akan berbahas kerana hampir 20 orang yang bangun, lebih 10 orang yang bangun Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Tebrau.

final • 9:30 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pengguguran seksyen 88A tidak dapat dinafikan mengecewakan banyak pihak. Walau bagaimanapun, kita juga dapati bahawa pada keseluruhannya Rang Undang-undang Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian)

(Pindaan) 2017 amat positif, saya ingat Yang Berhormat Ipoh Barat telah pun setuju.

Terdapat beberapa perkara yang memerlukan perhatian lanjut. Pertama, saya ingin memuji kerajaan yang mengambil langkah-langkah proaktif untuk...

final • 9:34 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

[Bangun]

final • 9:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ampang bangun Yang Berhormat. Hendak bagi Yang Berhormat Ampang?

final • 9:34 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Saya ingat saya habiskan dahulu.

final • 9:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat. Duduklah Yang Berhormat.

final • 9:34 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

...Dengan penggubalan itu mahkamah kini dapat mempertimbangkan sumbangan seseorang suri rumah bagi pembahagian aset perkahwinan. Oleh sebab sumbangan yang diberikan untuk faedah keluarga, bukannya selalu boleh dikira secara kewangan. Pindaan seksyen ini akan memastikan bahawa hak untuk pembahagian aset perkahwinan adalah seimbang di antara pihak suami dan isteri.

Selain itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada pindaan seksyen 95 akta ini yang bertujuan untuk melanjutkan tempoh perintah nafkah jika seseorang anak mengikuti pelajaran ataupun latihan lanjut. Saya ingin meminta penjelasan mengenai tempoh waktu pembelajaran yang akan diliputi sampai tahap pelajaran manakah tempoh nafkah akan dilanjutkan? Adakah perlanjutan itu akan meliputi pelajar dalam tahap master dan PhD juga? Tidak syak lagi bahawa pindaan seksyen ini adalah untuk dengan izin, the best interest of the child or children. Akan tetapi hal ini perlu penjelasan lanjut Perkara yang ketiga, saya juga ingin menarik perhatian sekalian terhadap isu penukaran agama kanak-kanak secara unilateral dengan izin. Pengguguran seksyen 88A yang telah pun di cadangkan dalam versi rang undang-undang tahun 2016 amat mengecewakan banyak pihak. Penambahan seksyen baru 88A sepatutnya menjadi lonjakan yang positif yang dapat menyelesaikan isu pertukaran agama golongan bawah umur secara unilateral.

Saya ingin ambil kesempatan ini untuk menanyakan kerajaan, adakah kita akan wujudkan mekanisme yang tertentu untuk menyelesaikan isu ini supaya pihak mangsa seperti Indira Gandhi yang masih menunggu sekian lama dan masih menunggu akan dapat keadilan daripada sistem perundangan negara kita ini. Perlu diingatkan juga kepada semua kita bahawa kes seperti Indira Gandhi mungkin terdapat di kawasan kita juga.

Walau bagaimanapun, kita semua setuju bahawa pada keseluruhannya pindaan kali ini adalah amat positif. Oleh itu saya menyokong Rang Undang-undang Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017.

final • 9:34 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Minta laluan.

final • 9:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rasah bangun. Hendak bagi laluan? Sudah habis.

final • 9:34 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Terima kasih kepada...

final • 9:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sudah habis Yang Berhormat.

final • 9:34 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Belum, dia bagi laluan. Saya cuma hendak...

final • 9:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dia sudah habis.

final • 9:34 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Dia sudah habis.

final • 9:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sudah habis, sudah habis. Next speaker, sekarang next speaker. Yang Berhormat Subang.

final • 9:34 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan satu akta untuk meminda Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

final • 9:39 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua, huraian yang ada di rang undang-undang ini, di perenggan pertama berkata bahawa, saya baca yang sebahagian ayat itu, “secara amnya sebagai salah satu langkah untuk menyelesaikan isu yang berbangkit daripada kemasukan Islam suatu pihak kepada sesuatu perkahwinan”. Itulah masalah yang kita nak tangani dengan rang undang-undang ini. Akan tetapi isunya sekarang ialah sama ada rang undang-undang ini sebenarnya dapat selesaikan masalah yang kita nampak.

Apakah masalah yang kita nampak? Itu yang saya nak pergi terus kepada itu, dalam huraian juga kita ada senarai kes-kes. Lebih kurang lapan, 10 kes disebut dan kes yang pertama yang disebut, yang paling lama sudah adalah pada tahun 1999. Ini penting, hampir 18 tahun pihak-pihak yang mengalami masalah ini terpaksa rujuk kepada mahkamah dan masih rujuk. Akan tetapi masalah mereka masih tidak dapat diselesaikan.

Ini adalah kegagalan Kerajaan UMNO Barisan Nasional. Berapa puluh tahun lagi rakyat Malaysia mesti menunggu untuk dapat satu penjelasan yang agak adil kepada semua pihak.

Di sini, saya juga ingin declare, isytiharkan kepentingan saya. Kita boleh perhatikan satu kes di sana, Shamala A/P Sathiyaseelan lawan Dr. Jeyaganesh A/L C.

Mogarajah, 2004 2MLJ241. Saya terlibat sebagai peguam bagi pihak Shamala A/P Sathiyaseelan. Saya nak huraikan secara ringkas fakta.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Pro bono Yang Berhormat?

final • 9:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Pro bono juga, betul. Saya nak tegaskan, pro bono. Oleh sebab kes-kes ini adalah berkaitan masalah yang penderitaan orang biasa, yang sentuh hati kita semua. Fakta, apa fakta kes? Bagi saya fakta ini macam lebih kurang di banyak kes tapi ada variasilah di antara beberapa kes-kes. Shamala Sathiyaseelan berkahwin dengan Dr. Jeyaganesh C. Mogarajah, sekarang bernama Mohd Ridzuan. Mereka berkahwin di Alor Setar, 5 November 1998 di sebuah kuil Hindu, lepas itu mereka daftarkan perkahwinan mereka. Pada tahun 2002, selepas dua anak kecil, mereka mengalami masalah dalam perkahwinan mereka. Suami, Jeyaganesh telah membina hubungan rapat, hubungan sulit dengan seorang wanita lain yang beragama Islam. So, dengan itu suami isteri sudah ada masalah dan pada suatu hari Dr.

Jeyaganesh, dia medical doctor, ya doktor perubatan. Dia buat keputusan untuk memeluk agama Islam. Isu itu tidak bermasalah sebab itu ialah hak dia sebagai seorang dewasa yang telah membuat keputusan itu untuk memeluk agama Islam, tiada isu dan saya ingin tegaskan itu.

Selepas itu, tiga bulan lepas penukaran agama suami beliau, Puan Shamala membuat petition di Mahkamah Sivil untuk penceraian. Di sinilah bermula masalah dia sebab tanpa pengetahuan beliau, Dr. Jeyaganesh telah pergi kepada Mahkamah Syariah. Di sana, dia bukan saja daftarkan diri dia sebagai sekarang seorang yang beragama Islam, dia juga sudah daftarkan dua anak kecil yang beragama Islam. Inilah bermula satu pertikaian di dalam Mahkamah Syariah dan juga di Mahkamah Tinggi. Inilah yang disebut juga dalam penghuraian di sini dan saya ingin baca, Tuan Yang di-Pertua.

Penghuraian yang dibuat oleh Menteri. Dengan izin, saya baca dalam bahasa Inggeris, “A conflict will arise where both spouses make an application in two different courts, the Civil Court and the Syariah Court and both courts make different orders”.

final • 9:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ini yang berlaku. Akan tetapi akhirnya, ini ialah yang ketidakadilan yang berlaku dalam kes itu dan masih berlaku dalam kes lain dan akan berlaku dalam kes-kes akan datang kalau Dewan yang mulia ini tidak selesai masalah. Apakah yang akan berlaku?

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, hakim dalam kes Shamala lawan Dr. Jeyaganesh, dia buat keputusan begini, ini di Mahkamah Sivil sekarang. Dia kata pada Puan Shamala, “Kamu adalah ibu, kanak-kanak memang masih umur rendah, young children, jadi saya bagi you custody, hak penjagaan tetapi kamu mesti membesarkan anak-anak kamu dalam agama Islam”. Bayangkan macam mana mahu buat itu, ini yang berlaku sebab kita ada conflict of laws. Undang-undang yang tidak dapat diseragamkan. Akhirnya apa jadi, tragedi kepada dua-dua. Oleh sebab Puan Shamala melihat keadaan yang dia tidak boleh terima, dia pada suatu hari, dia packed up rumah dia, dia ambil dua anak dia, dia pergi ke negara lain. Sekarang dia duduk di Australia, dua kanak-kanak tidak dapat melihat ayah dia lagi. Inilah hakikat yang berlaku. Oleh sebab kerajaan yang memerintah negara ini tidak dapat selesai masalah ini, tidak tahu atau tidak mahu. Ini adalah satu contoh dan ada banyak contoh lagi.

Jadi, macam kita sudah dengar tadi dari Yang Berhormat Ipoh Barat. Sudah 20 lebih tahun dan apa yang berlaku dalam isu ini, pada satu tahap, khususnya tahun 2009, Kerajaan UMNO Barisan Nasional pun sudah faham, kita perlu selesai. Keputusan sudah dibuat, pada masa itu rujukan kepada Peguam Negara sudah dibuat, peruntukan 88A telah dirangka dan di draft kan dan digubah. Tidak ada hujahan pada masa itu daripada Peguam Negara kepada mana-mana penasihat undang-undang bahawa ini melanggar Perlembagaan Malaysia, langsung tidak ada. Lepas lapan tahun, kita nak melihat satu kerajaan yang berdolak dalih, yang tidak tahu buat keputusan, inilah hakikat yang ada.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, inilah yang kita melihat hari ini. Ketidakadilan masih berlaku, ini bukan salah suami ke, isteri ke, mana-mana daripada pasangan ini yang membuat keputusan untuk menukar agama. Salah pemerintah yang kita lihat sekarang, kegagalan pemerintah untuk selesai. Bagi saya, di sini saya rasa inilah tanggungjawab kita sebagai pembuat undang-undang. Kita mesti melihat masalah ini dari segi prinsip.

Bila kita melihat masalah ini, apa yang peguam kata, the mischief atau masalah di hadapan kita, apakah cara sepatutnya untuk selesaikan dan bagi saya inilah cara dia.

Pasangan itu, saya gunakan contoh Shamala dengan Dr. Jeyaganesh. Mereka ialah pasangan beragama Hindu. Dia orang Hindu, suami orang Hindu, mereka berkahwin mengikut istiadat mereka di dalam kuil Hindu. Itulah sebagai orang Hindu, mereka membuat hubungan mereka, didaftarkan juga sebagai perkahwinan Hindu. Jadi, itulah saya huraikan sebagai akad mereka, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, the contract of marriage that they have done. By that contract of marriage, they agreed to marry as Hindus and to raise their children, dengan izin, as Hindus dan itu yang mereka buat.

Mereka dikurniakan dua orang anak dan mereka membesarkan mereka pada beberapa tahun sebagai kanak-kanak Hindu. Inilah yang berlaku.

So, isu sekarang ialah sama ada wajar kalau salah satu daripada mereka boleh secara unilaterally menukar agama dan menukar agama anak-anak mereka yang di dalam keadaan di mana mereka berkahwin sebagai orang Hindu, mereka hidup sebagai satu pasangan sebagai orang Hindu, mereka besarkan anak-anak mereka sebagai orang Hindu. Akan tetapi tiba-tiba satu hari salah satu daripada mereka buat keputusan itu.

Memang tentu tidak adil.

final • 9:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

It cannot be fair, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kepada pasangan yang memilih tidak menukar agama. Tidak dipertikaikan bila-bila pun hak satu daripada pasangan itu untuk menukar agama kepada mana-mana agama lain sama ada Islam kah mana, itu hak mereka. Isu ini adalah sama ada impak yang boleh dibenarkan kepada anak-anak mereka yang mereka membuat bersama. It is their children. They consent, they made them together. Dua-dua ada hak dan hak satu pasangan yang tidak menukar agama tidak boleh macam tidak dipedulikan langsung. Jadi, secara logik dan secara prinsip...

final • 9:50 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

[Bangun]

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Penampang bangun. Nak bagi Yang Berhormat Penampang?

final • 9:50 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Terima kasih. Just a short point, very short point.

final • 9:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Let me just finish the point. Let me just finish the point first.

final • 9:50 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Oh, okey.

final • 9:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Secara logik dan secara prinsip, bagi saya, penyelesaian masalah ini adalah jelas. Isu penukaran agama kanak-kanak perlu diselesaikan dengan persetujuan daripada dua-dua ibu bapa, daripada kedua-dua.

Jadi, macam dalam kes Shamala lawan Jeyaganesh, suami boleh menukar agama tetapi dia tidak boleh menukar agama anak-anak mereka tanpa persetujuan daripada isteri. Itu sahaja. Senang. Kalau isteri tak setuju, maintain status quo. Kalau dia berjaya memujuk isteri dan isteri kata, “Tak apa, saya tak ada masalah. You boleh besarkan anak-anak ini sebagai anak Islam”, tak ada isu. Pokoknya ialah persetujuan.

Bagi saya, ini adalah selaras dengan prinsip-prinsip agama Islam sendiri dan bagi saya, begitu juga dengan semua agama lain. Sebab, ini kita menghormati prinsip akad, the principle of contract. When we agreed to marry as Hindu, we agree to raise our children as Hindu. If one person wants to change, you need the consent of the other. Yang Berhormat Penampang, silakan.

final • 9:50 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Subang. Saya ingin mendapat pandangan daripada Yang Berhormat Subang bahawa Law Reform Marriage Act ini does not apply, dengan izin, kepada orang asal Sabah dan Sarawak yang kahwin tidak memakai marriage Christian ataupun pendaftaran melalui Law Reform. Kalau dia kahwin melalui adat, Law Reform ini tidak apply.

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Mahkamah Anak Negeri, Yang Berhormat.

final • 9:50 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Sorry?

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Mahkamah Anak Negeri.

final • 9:50 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Mahkamah Anak Negeri, sorry. Mahkamah Anak Negeri. Akan tetapi, satu certainty atau penentuan mesti diadakan seperti yang diminta oleh Yang Berhormat Ipoh Barat dan juga Yang Berhormat Subang tadi itu.

Saya ingin tanya Yang Berhormat Subang, kenapakah kita tidak mahu ikut apa yang sudah ada dalam Perlembagaan di mana orang di bawah umur 18 tahun itu sepatutnya hanya boleh membuat keputusan di mana agama orang itu ikuti selepas dia mencapai umur 18 tahun?

final • 9:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih Yang Berhormat Penampang. Saya setuju. Prinsip yang kita ada dalam Perlembagaan dan di banyak negara lain, ibu bapa yang menentukan agama kanak-kanak kecil, kanak-kanak bawah umur. Ini biasalah, sebagai prinsip. Akan tetapi daripada situlah kita dapat keadaan di mana bila ada pertikaian di antara ibu dan bapa dan mereka tak boleh selesaikan itu secara persetujuan, mereka terpaksa rujuk kepada badan yang lain, biasanya mahkamah, dan mungkin dalam kes di Sabah itu, Mahkamah Anak Negeri. So, itulah.

Tuan Yang di-Pertua, penyelesaian yang saya cadangkan tadi, ini dibuat secara persetujuan juga telah diakui dan inilah kita merangkumi dalam seksyen 88A tetapi malangnya selepas menunggu lapan tahun, kita tidak melihat ini lagi. Jadi, saya syorkanlah sekali lagi kepada kerajaan, penyelesaian masalah ini adalah jelas. Kita tahu daripada segi logik, daripada segi prinsip, daripada segi prinsip-prinsip keadilan semua agama, kita tahu apakah penyelesaian. Janganlah kita tangguhkan lagi, tangguhkan lagi dan biarkan penderitaan yang kita lihat ini diteruskan. Saya mintalah kaji semula keadaan ini secepat mungkin dan tolonglah— this is a plea— selesaikanlah ini secepat mungkin.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Setiu.

final • 9:50 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Terima kasoh. Kasoh pula.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Biasalah itu ya.

final • 9:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tersasul.

Tersasul, Yang Berhormat. Dah tengah malam ya.

final • 9:55 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Ingin saya nyatakan bahawa Akta 164 ini sebenarnya terpakai kepada perkahwinan yang monogamous, tidak yang poligami, bagi orang-orang yang bukan Islam. Jadi, kita kena lihat apa tujuan pindaan ini.

Adalah jelas kalau kita lihat bahawa tujuan adalah untuk memberikan keadilan— disebut perkataan keadilan— kepada salah seorang pasangan bukan Islam yang telah memeluk agama Islam untuk memohon pembubaran perkahwinan. Ha, ini yang penting. Juga, bukan setakat pembubaran tapi juga lain-lain relieve. Makna, dia boleh buat banyak lagi permohonan-permohonan lain.

Kita kena lihat apa justifikasinya pindaan ini. Kita lihat peruntukan undang- undang yang sedia ada langsung tidak membenarkan pasangan yang memeluk Islam untuk memfailkan petisyen untuk membubarkan perkahwinan yang saya sebutkan tadi.

Jadi, selagi pasangan yang tidak memeluk Islam memfailkan petisyen pembubaran, bermakna ianya masih dianggap perkahwinan itu masih berterusan. Ia masih berterusan sehingga diminta ya. Jadi, inilah yang saya katakan tadi menimbulkan ketidakadilan sebenarnya. Ketidakadilan kepada siapa? Kepada pasangan yang memeluk Islam.

Jadi, cadangan pindaan ini, pada saya, adalah suatu yang jelas mengenai dengan bidang kuasa mahkamah sivil sebab dia tak ada bidang kuasa mahkamah syariah. Jadi, banyaklah isu-isu yang boleh diselesaikan. Masalah nafkah...

final • 9:55 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 9:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Subang bangun, Yang Berhormat. Nak bagi Yang Berhormat Subang? Ya, Yang Berhormat Subang.

final • 9:55 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Setiu, saya nak bagi tahu.

Ketidakadilan yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Setiu, kita semua setuju.

Ketidakadilan yang kita nampak, yang diterangkan tadi, sekarang ada keadaan di antara pasangan yang menukar agama dan keadaan untuk pihak yang tidak menukar agama, dulu ada perbezaan, sekarang pindaan ini adalah untuk seragamkan keadaan itu. Itu kita tidak ada masalah sebab ikut Law Reform yang asal, yang Akta ibu, pasangan yang tidak menukar agama, yang kekal sebagai yang bukan Islam boleh memfailkan petisyen untuk penceraian. Sekarang kita dengan ini, kita jelaskan yang menukar agama pun boleh masuk petisyen untuk penceraian. Itu tak ada masalah. Itu penyelesaian.

Akan tetapi macam mana dengan ketidakadilan yang saya sebut tadi, di mana kanak-kanak ditukar agama tanpa rujukan dan persetujuan satu pasangan? Itu masalah yang kita hendak bincang. Apakah pandangan Yang Berhormat Setiu tentang itu?

final • 9:55 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Senang nak jawab dia. Dah bersetuju dengan pindaan ini, makna tidak ada masalahlah ya.

[Disampuk] Kita cerita sekarang... Ini yang susah ini. Saya bahas sekarang ini dalam lingkungan pindaan kepada seksyen 51. Saya tak bercerita pasal pindaan-pindaan lain. Jadi keadilan yang saya sebut ini ialah untuk dia atau pihak yang memeluk Islam itu memohon pembubaran perkahwinan. Itu sahaja yang saya nak cerita sekarang. Yang lain-lain, soalan lain itu tak berkaitan.

final • 9:55 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Setiu.

final • 9:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar bangun. Nak bagi jalan, Yang Berhormat?

final • 9:55 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Setiu, tadi Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Subang semua dah terangkan. Kita tidak nafikan akta yang ada pada kita. Yang Berhormat Setiu arif tak? Ada dua akta yang sama tetapi pindaan dilakukan dalam masa beberapa hari. Masalahnya, akta yang asal ini yang ada di sini beberapa hari yang lepas mempunyai seksyen 88A yang telah dikeluarkan yang seharusnya dan sepatutnya kalau ada boleh menyelesaikan masalah ini secara holistik.

final • 9:55 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Itu telah dikeluarkan, digantikan dengan satu lagi akta baru di mana 88A ini tidak ada. Hilang. Apa justifikasi Yang Berhormat Menteri sekejap nanti. Macam mana dia hendak justifikasikan padahal kita ada dokumen-dokumen, keratan-keratan media massa dan...

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masa berjalan, Yang Berhormat Setiu.

final • 10:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Pandangan beliau yang beliau setuju dengan 88A. Padahal hari ini, depan saya ada dua akta. Of course akta baru ini memperbaharui. Yang 88A ini sudah dikeluarkan. Padahal 88A inilah boleh menyelesaikan seribu satu masalah yang ada.

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Balik kepada Yang Berhormat Setiu ya.

final • 10:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Apa justifikasi dia? Itu yang dipersoalkan.

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Balik kepada Yang Berhormat Setiu ya.

final • 10:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Apa pandangan Yang Berhormat Setiu tentang keluarnya 88A? Terima kasih.

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Ya, senang saja. Pindaan yang pertama telah ditarik balik. Dibentang dan tarik balik dan tidak dibuka untuk perbahasan.

Ada dibuka untuk perbahasan? Tidak buka. Yang dibuka adalah pindaan yang sekarang ini. Ini yang tidak faham dengan peraturan Dewan.

final • 10:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Setiu.

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang hanya dibuka untuk perbahasan sahaja yang kita bincang sekarang.

final • 10:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Setiu, sikit.

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, hendak bagi jalan, Yang Berhormat?

final • 10:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Setiu.

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Saya tertakluk kepada peraturan Dewan 36(1).

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Setiu, hendak bagi Yang Berhormat Kapar lagi?

final • 10:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Setiu, sikit.

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Kalau benda yang sama tidak payahlah.

final • 10:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Setiu, saya hendak lontar sini supaya sampai sana. Boleh? Saya lontar sini supaya sampai sana.

Apa justifikasi 88A dikeluarkan? Minta sana.

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Boleh tanya Yang Berhormat Menteri nanti. Bila Menteri menjawab...

final • 10:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Lontar sini, lontar sana. Terima kasih.

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Bila Menteri jawab sekejap nanti – saya rasa Menteri pun tidak perlu jawab sebab tidak ada kena mengena pun dengan pindaan akta ini.

final • 10:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Masukkan dalam ... Masukkan ...

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Saya tidak mahu masukkan sebab tidak ada kena mengena.

[Ketawa] Saya tidak mahu masukkan.

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Seorang, seorang, Yang Berhormat. Seorang, seorang.

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Saya tidak hendak masukkan.

Saya akan masukkan kalau kena mengena dengan pindaan sekarang. Sekarang tidak ada kena mengena dengan pindaan. Cukup jelas.

final • 10:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Bermaksud, Yang Berhormat tidak beranilah?

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar, duduk Yang Berhormat Kapar.

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Bukan tidak berani.

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar duduk.

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Ini kerana soalan itu tidak mengikut peraturan Dewan. Tidak ada langsung. Jadi maknanya saya – sekarang ini saya berbahas tentang apa yang dipinda sekarang. Saya tumpu kepada 51. Sekarang 51, jelas. Relief yang boleh diminta selepas dibubarkan perkahwinan asal itu, jadi banyak.

Nafkah isteri boleh ditentukan, nafkah anak juga boleh ditentukan. Hak penjagaan anak juga boleh ditentukan dan pembahagian aset perkahwinan juga boleh ditentukan. Jadi ini sahaja sebenarnya lingkungan yang kita hendak buat.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

final • 10:00 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Setiu, sikit. Yang Berhormat Setiu, sikit sahaja.

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Kalau tidak ada kena mengena dengan pindaan tidak payahlah. Ada kena mengena atau tidak?

final • 10:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ya, ya. Okey, Yang Berhormat Setiu. Kena mengena, kena mengena.

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Okey.

final • 10:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Setiu dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Setiu, kita berada di sini kerana ada masalah, ada ketidakadilan. Saya setuju dengan Yang Berhormat Setiu bahawa undang-undang ini, ia menyelesaikan ketidakadilan yang berlaku. Akan tetapi ada ketidakadilan yang lain yang kita tahu, sudah umum tahu telah berlaku. Adakah kita sebagai Ahli-ahli Parlimen harus memberi keadilan kepada golongan yang dizalimi atau ditimpa ketidakadilan? Jadi saya minta Yang Berhormat Setiu, bolehkah tolong jelaskan sebagai bekas hakim, adakah tugas Yang Berhormat Setiu itu untuk memberi keadilan? Jika Yang Berhormat Setiu nampak ada ketidakadilan, bolehkah kita berbuat sesuatu sebagai Ahli Parlimen, sebagai bekas hakim, kita berilah keadilan kepada golongan yang ditimpa ketidakadilan? Terima kasih. Minta pandangan Yang Berhormat Setiu.

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Jawapan saya sama macam dengan Yang Berhormat Kapar tadi. Tidak ada kena mengena dengan pindaan kita. Jadi saya tidak perlu hendak ulas tentang keadilan tersebut.

final • 10:00 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

[Bangun]

final • 10:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat buat-buat tidak tahu kah atau macam mana ini? Apa masalah?

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Bukan tidak tahu. Masalah sekarang kena faham.

final • 10:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Hendak kejutkan orang yang tidur itu, susah.

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Kena faham dulu, Yang Berhormat Kapar. Masalah Yang Berhormat Kapar tidak faham masalahnya sekarang.

final • 10:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Akan tetapi hendak kejutkan orang yang pura-pura tidur seperti Yang Berhormat Setiu, memang susah.

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Kita pinda sekarang tentang 51. Jadi kita tertakluk kepada 36(1).

final • 10:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Masalahnya holistik. Apa salahnya pandang secara terbuka dan memberi nasihat kepada Yang Berhormat Menteri. Tidak ada salah.

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Kenapa yang hendak holistik?

Saya bincang tentang 51. Jadi yang tidak kena mengena, tidak relevan dengan pindaan ini, saya tidak perlu jawab.

final • 10:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Jangan pura-pura tidur.

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Saya tidak boleh lari.

final • 10:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Kalau tidak boleh jawab, pass baton kepada Yang Berhormat Menteri untuk jawab. Itu yang saya minta dari tadi.

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Nanti tanya sendiri dengan Yang Berhormat Menteri. Nanti Yang Berhormat Menteri jawab, tanyalah Yang Berhormat Menteri.

final • 10:00 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Ya.

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Jadi akhir kata saya...

final • 10:00 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Sikit saja.

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Ada?

final • 10:00 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Tuan Yang di-Pertua, adakah bila pindaan ini dibuat, menghalang kedua-dua pihak untuk menyelesaikan masalah perkahwinan mereka dari segi harta bahagi macam mana, anak siapa hendak jaga? Kalau ini boleh diselesaikan melalui pindaan ini untuk fasa ini, saya rasa pindaan ini sudah cukup untuk memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk menyelesaikan perkahwinan dalam sivil dari segi penjagaan anak, dari segi harta, dari segi apa-apa jugalah yang berkait dengan sivil. Adakah undang-undang ini menghalang?

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Jelas sekali. Yang Berhormat Rompin, terima kasih. Sebenarnya pindaan ini tidak menghalanglah untuk pihak-pihak memohon kepada mahkamah sivil tadi untuk membubarkan perkahwinan yang sedia ada dan banyak boleh menyelesaikan masalah-masalah yang lain ...

final • 10:00 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Setiu, laluan.

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Penjagaan anak dan sebagainya.

final • 10:00 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Yang Berhormat Setiu, laluan. Yang Berhormat Pasir Puteh.

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Okey.

final • 10:00 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Setiu. Apa yang pentingnya susulan daripada perceraian ini ataupun pembubaran perkahwinan ini ialah hak-hak akan diberikan kepada kedua-dua suami dan isteri yang bercerai tadi dan hak juga akan diberikan kepada anak- anak. Anak-anak itu akan diberikan hadanah. Itu akan ditentukan oleh hakim.

Masalah kita sekarang ialah agama anak itu. Agama apa? Itu hak siapa untuk memberi agama itu kepada anak itu. Adakah hak suami atau hak isteri atau ditentukan oleh siapa yang memiliki hadanah. Siapa yang menjaga anak itu, maka dialah yang akan membentuk anak itu mengikut acuan dia. Kalau hakim memberikan anak itu kepada isteri, maka terserahlah kepada isteri dan keluarga isteri untuk mendidiknya seperti agama dialah. Kalau dia agama Kristiankah, agama Hindukah atau agama Islamkah, maka dia bawalah. Kalau hakim itu memberikan anak itu kepada suami, tidak kiralah suami agama apa, maka suami itu berhak untuk membawa anak itu mengikut agama yang dia bawa. Itulah keadilannya.

Saya rasa ini tidak perlu disebut. Tidak perlu disebutkan agama apa di sini kerana ia akan terletak kepada hakim yang akan memberikan anak itu kepada siapa dan orang itulah yang akan mendidik dan mentarbiahkan anak itu menjadi apa-apa agama. Jadi tidak perlu disebut. Jadi saya setuju dengan Yang Berhormat Setiu bahawa 88A ini patut dibuang. Serahkan kepada hakim untuk menentukan masa depan anak itu dari segi agamanya. Jadi kita tumpukan kepada 51. Dalam kita membincangkan 51, saya rasa tidak ada masalah. Kita boleh luluskan undang-undang ini dengan mudah untuk kita boleh balik cepat malam ini. Bagaimana pendapat Yang Berhormat Setiu? Terima kasih.

final • 10:00 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat Setiu, boleh?

Yang Berhormat Setiu.

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Setuju sebenar-benarnya setuju. Jadi sekarang ini yang ada di sini Yang Berhormat Pasir Puteh sahaja yang nampak faham sikit tentang pindaan ini.

[Ketawa]

final • 10:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Pasir Puteh hendak balik awal.

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Sebab dia tumpukan kepada pindaan yang kita ada sekarang. Dia tidak lari. Jadi saya setuju dan minta dimasukkan dalam perbahasan saya. Terima kasih.

final • 10:00 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Setiu, boleh?

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Okey, okey.

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 10:00 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Kalau kita lihat pada tahun lepas, memang kerajaan masa kita membentangkan usul ini, memang 88A dimasukkan pada waktu itu. Kemudiannya ditarik balik atas sebab didapati bercanggah dengan Perlembagaan, 88A dan bercanggah dengan Perkara 12(4). Buat masa kini, Dewan ini, Barisan Nasional kita belum peroleh dua pertiga majoriti. Bukan tidak boleh buat tetapi kita tidak percaya dengan pakatan yang tiada harapan ini. Pakatan yang tiada....

final • 10:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Memang politik! Memang politik!

Apa kena mengena? Apa kena mengena?

final • 10:00 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Kita tidak boleh sokong...

final • 10:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Gerakan sokong pengguguran 88A, cakap sajalah...

final • 10:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Apa kena mengena dengan Perlembagaan? Kalau you hendak dua pertiga, tanyalah sama ...

final • 10:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

This important issue lah, dont play politics.

final • 10:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ada kami kata tidak setuju? Ada kami kata tidak setuju?

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Baik Yang Berhormat. Memang kalau riuh rendah, tidak akan dicatatkan dan bercakap tanpa mic pun tidak akan dicatatkan. Ya sila, Yang Berhormat Setiu.

final • 10:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam, ini seorang lagi yang faham juga ini. Jadi saya setuju dengan pandangan oleh rakan saya dan minta dimasukkan dalam perbahasan saya. Terima kasih, saya menyokong.

final • 10:10 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya juga turut ingin mengambil bahagian dalam Enakmen Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian). Saya kira sepanjang perbahasan yang sempat saya ikuti, saya mendapati bahawa tidak ada sesiapa di dalam Dewan ini yang mahu menafikan keadilan ataupun menafikan kasih sayang yang menjadi mangsa utamanya ialah kanak-kanak. Saya rasa itu kita setuju semua di sini walaupun pandangan kita berbeza.

[Tepuk] Saya kira juga dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, isu besar yang jadi lahirnya pindaan ini adalah dalam satu kes yang menjadi masalah kepada perundangan negara iaitu apabila salah seorang daripada pasangan memeluk agama Islam. Semua provision yang ada di dalam ini mengatakan apabila salah seorang pasangan memeluk Islam. Apa yang saya bimbang dan saya khuatir dalam perbahasan ini Tuan Yang di-Pertua ialah kita berbahas satu undang-undang yang akan menyelamatkan ataupun memberi remedi kepada isu-isu yang kita terpaksa hadapi tetapi pada waktu yang sama saya kira sebagai seorang Muslim yang mahu berbahas sebagai seorang Ahli Legislatif Muslim, saya juga

final • 10:10 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

perlu mengambil kira prinsip-prinsip asas yang tertegak di atasnya syariat Islam itu sendiri.

Tidak mungkin kita menamakannya sebagai satu syariat jika ia dinafikan sebarang bentuk keadilan. Tidak mungkin kita namakannya ini sebagai menjaga Islam tetapi pada waktu yang sama kita menafikan kasih sayang ibu ataupun bapa kerana maqasid ataupun tujuan utama sesebuah anggota keluarga itu didirikan adalah untuk mencapai keharmonian walaupun dalam keadaan mereka bercerai. Oleh sebab itu saya menyeru kepada semua Ahli-ahli Parlimen yang ada dalam Dewan ini khususnya kepada Menteri, janganlah kita terlalu mempolitikkan perkara ini sehingga kita menggadaikan prinsip-prinsip yang kita perjuangkan dalam Dewan ini iaitu prinsip-prinsip keadilan, prinsip-prinsip kasih sayang dan yang lebih utama kebajikan mangsa iaitu kanak-kanak yang di bawah umur ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai orang yang ada sedikit pengetahuan Islam, bukan banyak, saya juga terpaksa membuat beberapa kajian. Soalan yang paling utama ialah saya kira apa stand Islam dari sudut fikahnya? Adakah apabila kita cuba lari daripada masalah ini seolah-olah kita tidak dapat cari jalan penyelesaian Islam dalam hal ini? Ya, memang betul pandangan Imam Syafie, pandangan Imam Hambali, Imam Ahmad menyatakan bahawa mana-mana ibu bapa yang salah seorang daripadanya memeluk Islam, maka anak itu ikut agama. Maksudnya kalau bapanya Islam, maka Islamlah dia. Kalau emaknya Islam, Islamlah dia.

Saya kira itulah yang diambil pandangan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah menetapkan pada 25 Jun 2009 bahawa status anak itu adalah di atas agama Islam mengikut mana-mana pasangan yang memeluk Islam. Akan tetapi mengkaji dengan lebih mendalam pandangan-pandangan yang lain dan kita harus adil dalam Dewan ini untuk melihat juga satu pandangan yang menyatakan yang berbeza sedikit iaitu pandangan Imam Malik. Imam Malik berpendapat bahawa menyatakan status agama anak mestilah berpandu kepada nasab jalur keturunan. Maknanya, kalau bapanya tidak peluk Islam, emaknya memeluk Islam, maka agama itu diikuti atas nasab bapanya. Itu pandangan-pandangan yang bukan sahaja kita kata satu sahaja pandangan begitu.

Malah saya tengok satu pandangan yang cukup progresif oleh Imam al-Thawri, dia berpendapat dan saya rasa ini satu penyelesaian sebenarnya tetapi malangnya saya tidak tahu kenapa kerajaan tidak melihat ini sebagai penyelesaian kalaulah soal fikah, kalaulah soal agama menjadi perkiraan, bahawa Imam al-Thawri menyatakan pendapatnya, status agama anak itu adalah di atas pilihan anak sendiri setelah dia akil baligh. Maknanya setelah dia boleh berfikir, maka kita biarkan anak itu yang memilih.

Saya kira yang sepatutnya seksyen 88A yang digugurkan dalam pindaan ini mempunyai roh tersebut. Kita tidak boleh memaksa anak-anak yang tidak tahu apa-apa untuk menjadi seorang Muslim sedangkan dia tidak tahu apa-apa dan dia membesar dalam keadaan dinafikan kasih sayang, dinafikan dia punya hak kepada bapa atau ibunya yang belum masuk Islam dan juga menafikan soal-soal prinsip keadilan.

Jadi sebab itu saya merasakan pindaan yang kita sedang bahas ini, betul kita cuba hendak isi satu kelompangan itu tetapi bagi saya, akta ini tidak dapat mengisi keseluruhan kelompangan itu walaupun seksyen 51 itu ya boleh menjadi satu remedi, saya setuju. Akan tetapi apa yang lebih besar dan utama tidak di-address-kan di dalam akta ini. Saya bersetuju kita tidak boleh bercakap hanya akta ini sahaja, hanya seksyen 51 ini sahaja kerana sebagai Ahli Parlimen, aduan-aduan yang dikemukakan oleh rakan- rakan kita tentang nasib rakyat Malaysia kita, tentang nasib mereka yang dalam suasana tergesa-gesa atas apa alasan kita tidak tahu, menyebabkan satu institusi rumah tangga runtuh apabila anak telah hilang kepercayaan kepada bapa atau anak dinafikan kasih sayangnya dari ibunya, maka bagi saya, kita di dalam Dewan ini Tuan Yang di-Pertua, bertanggungjawab untuk memastikan walau apa berlaku dalam soal peluk Islam atau tidak peluk Islam, maka kerukunan rumah tangga, anak-anak dan juga kebajikan mereka itulah yang paling utama.

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Shah Alam bangun.

final • 10:10 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ya, terima kasih.

final • 10:10 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Jangan lama ya, saya ada sedikit saja masa.

final • 10:10 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Baik terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Saya tertarik dengan apa yang telah dikemukakan sebagai pandangan Imam al-Thawri. Ini memberikan gambaran bahawa apabila perceraian itu berlaku, satu jadi orang Islam, katakan seorang daripada

final • 10:10 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

ibu bapanya memeluk agama Islam, seorang lagi kekal dengan agama yang asalnya, tetapi akhirnya anak diberikan hak untuk memilih apabila dia mencapai tahap akil baligh, bererti bahawa kedua ibu bapanya mesti dibenarkan untuk bertemu dengan anak itu dan membesarkannya sebagai anak kedua-dua pihak.

Ini tidak berlaku dalam kes sekarang ini di mana mungkin dalam perbahasan kalau kita lihat hanya kepada pindaan yang dikemukakan, kita secara praktikalnya kita tidak faham bahawa walaupun mengikut pindaan ini, memang penyelesaian dibenarkan melalui Mahkamah Sivil. Akan tetapi ianya menjadi masalah apabila yang memeluk agama Islam dia tidak pergi ke Mahkamah Sivil, dia terus pergi ke Mahkamah Syariah.

Bila dia pergi ke Mahkamah Syariah, maka dengan sendirinya Mahkamah Syariah membuat keputusan bahawa dia berhak ke atas anak-anaknya dan anak-anaknya terus menjadi orang Islam dan menafikan pembelaan dan hak kepada ibu yang bukan Islam kerana dia tidak dapat masuk pun dalam mahkamah.

final • 10:10 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Inilah yang masalah yang saya rasa tadi bila dilihat pada pindaan ini ialah nampak macam selesailah semua masalah. Itu selesai kalau semua pergi ke mahkamah sivil. Akan tetapi kalau ada yang tidak pergi ke mahkamah sivil, dia buat pilihan dia pergi ke Mahkamah Syariah dia short circuit the whole process dan fatwa yang automatik itu akan diguna pakai. Apa pandangan Yang Berhormat Parit Buntar?

final • 10:20 PM

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih, Yang Berhormat Shah Alam. Oleh sebab itu saya menyatakan Tuan Yang di-Pertua..

final • 10:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun

Yang Berhormat Dungun sedikit minta. Isu yang sama.

final • 10:20 PM

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Sekejap saya bagi saya petik dahulu pandangan para ulama yang bersetuju dengan pandangan ini. Dia kata, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . Saya terjemah, apabila sampai cukup umur, maka anak ini akan memilih antara agama bapanya atau agama ibunya. Mana-mana satu yang dipilih, maka itulah pilihan agamanya oleh anak ini apabila dia cukup umur.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini satu penyelesaian. Kenapa kita jadikan nama Islam itu pula nanti orang akan gambarkan seorang Islam ini tidak boleh tolerate, Islam ini tidak boleh hendak bincang. Kalau yang itu, yang itu sahajalah sedangkan saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apa piawaian maslahah ataupun satu bentuk manfaat yang kita hendak selesai dalam soal hukum hakam ini kalau Majlis Fatwa ada satu fatwa yang dibuat. Apakah fatwa yang dibuat itu binding kepada undang-undang yang kita hendak perkenalkan, sedangkan bagi pihak kita kerajaan ataupun yang memerintah dia ada perkiraan-perkiraan lain yang dia perlu jaga.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Dungun, bangun.

final • 10:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun

Mohon penjelasan sedikit.

final • 10:20 PM

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah fatwa itu binding kepada kita hendak melaksanakan sesuatu undang-undang sedangkan keperluan undang-undang itu tidaklah pula bercanggah dengan Islam. Ada pandangan yang lain, silakan. Saya ada tiga minit sahaja Yang Berhormat Dungun.

final • 10:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun

Yes, terima kasih. Saya pendek sahaja. Saya hendak tanya ialah apabila perbezaan pandangan yang dikemukakan berasaskan kepada pandangan Imam Al-Sauri. Umur akil baligh itu berapa umurnya kerana perlembagaan kita menetapkan 18 tahun untuk anak memilih agamanya sendiri. Jadi itu yang perlu kepada penjelasan supaya kita melihat kepada maksud yang disebut.

final • 10:20 PM

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih. Akil baligh ini apabila anak itu dia sedar, dia tahu, dia boleh buat pilihan yang umurnya mungkin di antara perempuan berbeza dengan lelaki. Perempuan mungkin umur 10 sehingga 12, lelaki mungkin antara 12 hingga 15. Itu adalah satu pandangan fuqaha’ terhadap umur akil baligh. Akan tetapi yang penting dalam isu saya bukan umur itu, bukan akil baligh itu. Yang penting ialah penyelesaian Islam yang saya kira mempunyai sikap yang lebih rahmah, sikap yang lebih compassionate, sikap yang lebih adil. Maka itulah jalan keluarnya yang telah pun dibahaskan oleh para ulama yang sebelum pada ini.

final • 10:20 PM

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Mengapa kita, mengapa kita dalam hendak menyelesaikan ini masalah negara.

Ini bukan masalah seorang dua tetapi ini masalah negara yang kita bincang dan yang kita sudah tahu datang ke mahkamah. Yang tidak tahu datang ke mahkamah dan anak- anak itu membesar dalam keadaan hilang kasih sayang hanya kerana di atas nama, ini Islam kata begini, saya rasa ini adalah suatu perkara sebagai kerajaan kita kena melihat maslahah yang selagi mana ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip keadilan dan rahmah, itulah yang kita akan cari jalan penyelesaian yang lebih baik.

Oleh sebab itu saya menyatakan, saya tidak menyatakan bahawa pindaan ini langsung tidak betul atau langsung tidak baik. Alhamdulillah sekurang-kurang ada jalan penyelesaian. Akan tetapi masalah yang lebih besar yang utama kenapa akta ini dibawa tidak diselesaikan. Oleh sebab itu saya menyatakan bahawa political will kita, saya sokong rakan-rakan lain menyatakan political will kita, azam politik kita itu terlalu penting dan kita harus melihat perkara ini di luar batasan kepartian.

Kita harus melihat sebagai ahli-ahli yang akan menentukan undang-undang, yang boleh menegakkan keadilan, yang boleh menegakkan kasih sayang dan tidak meruntuhkan institusi rumah tangga hanya kerana bila kita berbicara di sini oleh kerana seorang itu peluk Islam. Seolah-olah Islam itu menjadi masalah di sini, sedangkan pandangan para fuqaha’ di atas prinsip Islam itu, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Kita tidak utuskan kau wahai Muhammad melainkan untuk membawa rahmat ke alam ini”. Itulah yang menjadi the prevailing principle. Itulah yang menjadi asas yang paling utama dalam kita melihat isu yang sedang kita berbahas ini.

final • 10:20 PM

Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Minta laluan sedikit Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Nerus.

final • 10:20 PM

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Ya, Yang Berhormat Kuala Nerus. Habis sudah masa.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Bagi laluan?

final • 10:20 PM

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya boleh bagi laluan....

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 10:20 PM

Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Saya rasa agak keliru dengan pandangan fiqah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Parit Buntar kerana apa yang termaktub dalam fiqah ialah, [Membaca sepotong Al-Quran] . Sekiranya seorang bapa Muslim dan ibu tidak Islam, tidak ada khilaf dalam anak itu mengikut agama bapanya. Jadi bab ikut agama bapa sekiranya bapa Islam tidak ada khilaf dalam perkara itu. Yang ada khilaf dalam bab- [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bila ibu masuk Islam, baru ada khilaf pendapat Maliki menyatakan ikut bapa. Jadi saya rasa fakta itu mungkin kita kena bincang balik.

final • 10:20 PM

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Tidak, tidak perlu bincang sebab memang pandangan Al Sauri keluar daripada dua pandangan itu yang menyatakan...

final • 10:20 PM

Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Akan tetapi ini Ijmak, tidak ada khilaf.

final • 10:20 PM

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Dia menyatakan bahawa pandangan Al Sauri itu menyatakan bahawa diberi pilihan apabila dia cukup umur. Bagi saya itu pandangan yang ...

final • 10:20 PM

Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Bagi saya pandangan itu mengelirukan kerana Ijmak ini adalah bila mana ibu bapa itu Islam..

final • 10:20 PM

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Ini pandangan – Tuan Yang di-Pertua. Kita boleh buka kitab dalam bab lain. Cuma saya hendak bincang dalam soal perundangan..

final • 10:20 PM

Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Terima kasih, itu akan saya notakan di sini.

final • 10:20 PM

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Kita hendak bincang dalam soal perundangan yang saya kira ada ruang, ada ruang untuk kita memikirkan persoalan

final • 10:20 PM

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

itu tanpa kita merasa bersalah ini adalah bercanggah dengan Islam. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Mana mungkin ada Ijmak kalau ada beza pandangan.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Tanah Merah.

final • 10:20 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ringkas dan pendek sahajalah. Saya berpendapat walaupun rang undang-undang adalah amat baik bagi menamatkan satu konflik atau pertikaian yang sudah berlanjutan sekian lama hingga boleh menjejaskan keharmonian kaum beragama di negara ini, namun saya berpendapat pelaksanaannya haruslah kita lakukan dengan berhati-hati. Ini kerana ia menyentuh sensitiviti agama Islam khususnya apabila sesuatu perkara yang berkaitan dengan urusan agama di bawa ke Mahkamah Sivil.

Dalam berhadapan isu ini saya mencadangkan kerajaan menggerakkan sesi penerangan kepada masyarakat khususnya umat Islam bagi membolehkan mereka memahami undang-undang ini sepenuhnya apabila ia dilaksanakan. Bagi saya ia mampu elakkan konflik Mahkamah Sivil dengan Mahkamah Syariah.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh terhadap pindaan yang akan memberikan hak kepada suami ataupun isteri yang telah memeluk agama Islam untuk memfailkan petisyen perceraian untuk membubarkan perkahwinan sivilnya di bawah subseksyen 51(1) Akta 164. Sebelum ini hak tersebut tidak diberikan kepada mereka.

Saya percaya melalui pindaan itu, ia akan mengelakkan sebarang konflik memandangkan undang-undang sedia ada dilihat tidak adil kepada suami atau isteri yang memeluk Islam kerana mereka tidak mempunyai hak untuk membubarkan perkahwinan di Mahkamah Sivil.

Apa yang lebih, rang undang-undang ini akan menghapuskan segala kekeliruan dan percanggahan yang wujud serta mencetuskan konflik berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Sebelum ini ada si suami ataupun isteri yang memeluk Islam mendapat remedi yang lain dengan cara memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Syariah, sedangkan apa pun keputusan yang tercapai tidak akan memberi kesan kepada pasangan mereka yang bukan beragama Islam. Malah keadaan akan menjadi bertambah buruk apabila pasangan mereka yang bukan Islam pula membawa kes ke Mahkamah Sivil. Akibatnya, ia boleh mengakibatkan pertembungan antara bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

Oleh itu saya menganggap kerajaan telah mengambil langkah yang tepat dan bijak dengan membentangkan pindaan rang undang-undang ini yang sekali gus akan mampu memelihara keharmonian kaum dan agama di negara kita. Apa yang lebih penting daripada itu, ia akan mewujudkan keadilan kepada kedua-dua pihak sama ada suami mahupun isteri apabila salah seorang daripada mereka memeluk agama Islam.

Selain itu pindaan ini juga akan mampu memelihara martabat Mahkamah Syariah apabila membuat keputusan menyebelahi si suami ataupun isteri beragama Islam. Ini memandangkan sudah banyak kes sebelum ini menyaksikan mahkamah itu menjadi mangsa kecaman pihak tertentu hanya semata-mata membuat keputusan berlandaskan hukum dan undang-undang Islam.

final • 10:27 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Justeru itu dengan adanya pindaan ini, segala pertikaian berhubung perkahwinan antara suami atau isteri yang memeluk Islam akan diputuskan oleh mahkamah sivil dan sudah tentulah di mahkamah juga akan diberi hak untuk memutuskan pembahagian harta sesama mereka. Bagaimanapun dalam membahaskan rang undang-undang ini, saya ingin menggesa kerajaan untuk memastikan anak-anak tidak menjadi mangsa akibat pertelingkahan yang berlaku antara suami atau isteri apabila memeluk agama Islam. Kita merasa sedih kerana sebelum ini kes-kes suami itu berlaku hingga akhirnya boleh menjejaskan kehidupan anak-anak tersebut. Saya berharap melalui pindaan rang undang-undang ini, nasib anak-anak tersebut akan terbela.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu saya ingin mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu badan khusus bagi menangani penceraian melibatkan mana- mana pasangan suami isteri yang memeluk agama Islam. Badan ini yang terdiri daripada pakar undang-undang, agama dan kaunseling akan bertanggungjawab untuk

final • 10:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

memberikan khidmat nasihat kepada pasangan suami isteri yang berhadapan dengan konflik apabila salah seorang daripada mereka memeluk agama Islam.

final • 10:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Shah Alam bangun.

final • 10:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Boleh saya habiskan dan saya hujung, saya pendek sahaja. Melalui khidmat kaunseling ini, ia akan mampu memberikan penjelasan dan pemahaman kepada suami isteri berkenaan bahawa apabila berlakunya, mereka perlu memastikan masa depan anak-anak mereka khususnya yang berumur 21 tahun ke bawah tidak terjejas. Jadi, saya ingin menggulunglah dan saya bagi Yang Berhormat Shah Alam. Saya ingin menggulung perbahasan ini dengan menyatakan bahawa rang undang-undang amat penting kepada negara khususnya dalam soal perpaduan kaum dan agama di negara ini.

Oleh itu saya berharap, apabila ia dilaksanakan segala masalah yang sebelum ini dibangkit melibatkan suami isteri yang salah seorang daripada mereka memeluk Islam dan percanggahan bidang kuasa antara mahkamah sivil dan Mahkamah Syariah dapat diselesaikan. Kepada semua pihak, saya menyeru agar kita berlapang dada dan bersikap terbuka menerima pindaan ini demi keharmonian kaum dan agama yang kita cinta ini.

Sesungguhnya kerajaan telah berusaha melakukan yang terbaik melalui pindaan ini.

Sama ada ia akan berjaya atau tidak, kita akan sama-sama menentukan. Jadi saya menyokong, Yang Berhormat Shah Alam.

final • 10:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Beruas.

final • 10:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Dia jemput saya.

final • 10:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Bagi peluang Yang Berhormat Shah Alam ya?

final • 10:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sebentar-sebentar Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat Tanah Merah bagi peluang kepada Yang Berhormat Shah Alam?

final • 10:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Ya, boleh.

final • 10:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

final • 10:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah. Saya mendengar ucapan Yang Berhormat Tanah Merah, yang saya faham daripadanya bahawa kes ini, makna kes-kes yang seperti ini perlu diselesaikan di Mahkamah Sivil. Ini kerana sekarang ini yang telah memeluk agama Islam pun dia pun sudah boleh bawa kes daripada Mahkamah Sivil.

So, masalahnya setakat yang saya faham, pindaan ini tidak menghalang yang telah memeluk agama Islam untuk pergi ke Mahkamah Syariah. Kecuali kalau dalam sini dinyatakan bahawa mesti pergi ke mahkamah sivil terlebih dahulu untuk menyelesaikan segala isu yang timbul hasil daripada penceraian itu, maka saya boleh sokonglah apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tanah Merah.

Akan tetapi, sekiranya tidak dan Mahkamah Syariah mengambil sikap seperti mana Mahkamah Syariah di Negeri Sembilan minta selesai di Mahkamah Sivil dulu kerana telah kahwin di Mahkamah Sivil dan selesai semua, baru okeylah. Akan tetapi kalau tidak, dia boleh pergi ke Mahkamah Syariah, masalah yang lama itu tetap akan berlaku ya.

final • 10:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Biarlah pihak Yang Berhormat Menteri nantilah yang menjawab.

Terima kasih.

final • 10:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Beruas.

final • 10:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya membahaskan Rang Undang-undang Membaharui Undang-Undang

(Perkahwinan dan Penceraian) 1976. Tuan Yang di-Pertua, apabila kita membahaskan tentang rang undang-undang ini dan juga tentang isu-isu keluarga. Harapan saya ialah bahawa semua pihak janganlah mengambil sikap bahawa undang-undang sivil ini bercanggah atau berlawanan dengan undang-undang syariah, seperti yang dinyatakan

final • 10:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

oleh Mufti Perlis yang saya sangat hormati, Dr. Asri Zainul Abidin telah mengatakan bahawa undang-undang sivil ini juga islamik, kerana ia adalah demi keadilan dan kebaikan rakyat.

Jadi saya amat kesal apabila kadang-kadang dalam perbincangan perbahasan, nampaknya ada sikap seakan-akan undang-undang sivil ini adalah berlawanan atau dengan undang-undang syariah atau undang-undang syariah ini berlawanan dengan undang-undang sivil. Sebenarnya tidak begitu, kedua-duanya adalah demi keadilan dan kebaikan.

Kedua, saya juga berharap sikap kita jangan menganggap undang-undang ini satu undang-undang hak orang Islam berlawan dengan hak dengan orang bukan Islam.

Ini adalah kerana, dalam isu keluarga, undang-undang ini kita kalau memakai mana- mana undang-undang pun itu menunjukkan kegagalan sesuatu keluarga. Whenever law does not apply to a family, dengan izin. If we apply law to family, then that is the failure of the family. Jadi kita dalam isu keluarga, kita mesti tunjukkan nilai-nilai kasih sayang, nilai-nilai pengorbanan, nilai bermaaf-maafan dan bukannya hak sesuatu pihak atau anak atau ibu atau bapa dalam sesuatu keluarga. Jadi, saya bermohon supaya, kita menangani hal ini dari pandangan sosial rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap pihak kerajaan kalau boleh meminda dengan lebih lagi undang-undang ini supaya masalah saya bagi beberapa misalan yang sedang berlaku di Malaysia ini di mana lebih ramai orang boleh berkahwin secara lebih senang dan di tangan saya ada satu kes di mana, kes pertama seorang Islam Thailand bekerja dengan pub dan bermesra dengan seorang Cina, budak cina lelaki yang merupakan penagih dadah. Mereka tidak boleh kahwin, jadi lahirkan anak luar nikah. Apa hendak jadi kepada anak ini? Hinggakan tidak ada satu penyelesaian yang sedia ada, membolehkan anak ini didaftarkan tanpa masalah.

Kes yang kedua, perempuan Islam Indonesia datang ke Malaysia bergaul mesra dengan budak bukan Islam, mereka hendak berkahwin, tidak boleh. Akan tetapi, mereka bersekedudukan juga dan akhirnya lahirnya anak. Bagaimanakah dengan anak ini kalau mereka tidak boleh berkahwin?

Kes ketiga, seorang perempuan bapanya orang Cina, dia kahwin dengan seorang Jawa yang berada di Malaysia, dia masuk Islam, tetapi suami isteri tidak pernah pergi ke masjid, tidak pernah nampak Al-Quran juga. Mereka ini kita mesti ingat, di masyarakat kita ini ada ramai rakyat Malaysia dan orang asing yang berada di Malaysia, mereka tidak berapa berpendidikan secara formal ataupun dari segi agama. Mereka adalah kaum buruh kasar. Mereka kalau suka antara satu sama lain, mereka hendak bersama, hendak berkahwin. Dalam kes ini mereka berkahwin, akhirnya lahir beberapa anak, tetapi anak ini dianggap anak Cina. Perempuan ini dia membesar di kalangan orang Cina. Dia makan daging khinzir, babi dan juga tidak pernah mengamalkan agama Islam. Dia besar dan hendak kahwin, dia ada seorang boyfriend Cina juga. Mereka hendak kahwin tetapi tidak boleh kahwin, akhirnya bersekedudukan lahir satu anak lebih kurang 10 tahun yang lepas. Sayalah yang bawa mereka untuk daftar anak ini.

Akan tetapi, dia minta anak dia didaftar dengan nama Cina. Akhirnya kerana hak pihak ibu menamakan anak, akhirnya Jabatan Pendaftaran memberikan anak dia nama Cina. Akan tetapi, sekarang hendak buat IC dua tahun akan datang, beliau sangat risau bolehkah anaknya dinyatakan sebagai bukan Islam kerana perempuan ini sudah lama membuat satu statutory declaration bahawa beliau bukan orang Islam.

final • 10:30 PM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan.

final • 10:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Kalau boleh saya bagi lagi satu contoh.

final • 10:40 PM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

Okey, okey.

final • 10:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Isunya masyarakat kita ini memang tidak bermoral kerana tidak memberi hak kepada orang yang hendak berkahwin. Kita sentiasa mengatakan bersekedudukan luar nikah ini tidak bermoral tetapi masyarakat kita ini tidak membenarkan orang untuk berkahwin, kita yang tidak bermoral dan juga adiknya sekarang pun sudah lama mempunyai seorang girlfriend Cina. Kalau tidak silap saya mereka sudah lahirkan lima anak. Setiap kali apabila anak dilahirkan mesti dilaporkan bahawa boyfriend nya lari. Sebenarnya mereka memang bersekedudukan dalam satu keluarga.

Kita yang mempunyai keluarga yang lebih sempurna mendapati untuk mendidik anak membesarkan mereka dengan baik merupakan satu cabaran. Kenapakah kita mesti

final • 10:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

menyusahkan orang-orang ini untuk membesarkan anak-anak mereka dalam satu keadaan yang lebih sempurna. Jadi, saya berharap pihak Yang Berhormat Menteri dapat membuat pertimbangan lanjut kerana sebelum Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 ini, kita di Malaysia membenarkan common law marriage maksudnya kalau kedua- dua orang itu bersekedudukan dan orang ramai anggap mereka suami isteri, mereka diiktiraf oleh undang-undang sebagai satu keluarga yang sah yang diiktiraf oleh undang- undang.

Saya berharap satu cara penyelesaian dapat kita selesaikan kerana ini bagi saya bukan isu agama, bukan isu hak tetapi isu menyelesaikan masalah rakyat. Kerana kita ini bukan institusi agama, kita ini institusi perundangan, kita mesti menyelesaikan masalah seluruh lapisan rakyat di seluruh lapisan rakyat di Malaysia. Satu cara mungkin...

final • 10:40 PM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Beruas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya pun tertarik dengan empat cerita yang dipanjangkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Beruas. Ini kadang-kadang suami dan isteri boleh setuju dan masih kasih, itu tidak ada masalah.

Akan tetapi kadang-kadang suami dan isteri selepas berapa tahun kahwin jadi bukan kawan lagi, jadi tidak faham dan jadi musuh. Masalah ini, Akta Memperbaharui Undang- undang (Perkahwinan dan Penceraian) ialah itu klausa 88A sudah tarik balik. Bagaimana bila tarik balik ini klausa boleh selesai cerita yang dipanjangkan oleh Ahli Parlimen Beruas?

final • 10:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tadi Yang Berhormat Ipoh Barat sudah menyatakan tanpa seksyen 88A ini tidak akan menyelesaikan masalah. Isu di sini harap kita jangan menganggap isu ini satu isu agama.

Sebenarnya ini isu sosial. Harapan saya ialah supaya kalau boleh Jabatan Pendaftaran Negara boleh tubuhkan satu unit khas menentukan seseorang itu kalau bukan Islam memang dari awal lagi bukan Islam, luluskan penukaran dalam kad pengenalan mereka bahawa mereka bukan Islam, membolehkan mereka berkahwin. Ini memang berlaku 30 tahun yang lepas, semasa saya baru jadi peguam, itu dibenarkan apabila seseorang itu melakukan depo dengan izin iaitu dia sumpah bahawa dia bukan Islam dan membuat satu advertisement surat khabar mengumumkan dia bukan Islam dan nama pun sudah ditukar, itu diiktiraf sebagai pilihan orang itu tentang agama dan nama dia.

Kemudian kerana dikatakan sensitif, Majlis Agama Islam mengeluarkan bahawa seseorang itu sudah pun murtad. Dengan surat itu, Jabatan Pendaftaran Negara meluluskan penukaran agama dan juga nama tetapi akhir-akhir ini dikatakan mesti mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah. Bagi saya ini satu pandangan melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan kerana hak menentukan agama seseorang itu adalah ditangankan seseorang itu dan bukan ia di pihak ketiga. Jadi isu saya ini bukannya isu agama dan saya hendak cari satu penyelesaian kepada masalah ini, mereka bersekedudukan di luar nikah kerana tidak dibenarkan berkahwin dan akhirnya masalah sosial akan bertambah dengan anak-anak yang dilahirkan di luar nikah tanpa didaftarkan kerana dikatakan sensitif isu agama.

Akhir sekali saya berharap kalau selain daripada Jabatan Pendaftaran Negara membenarkan, saya tambah lagi, saya mohon mencadangkan satu badan ketiga di mana sesiapa pun boleh daftarkan perkahwinan mereka sungguh pun agama tidak sama dan ramai antara rakyat-rakyat Malaysia juga tidak memegang kepada satu agama. Mereka free thinker kah? Yang pentingnya niat saya ialah masalah sosial ini mesti diselesaikan kerana kita tidak boleh – Saya pun seorang beragama tetapi saya tidak boleh memaksa orang lain hidup dengan cara yang saya tetapkan untuk saya sendiri kerana Tuhan bagi kita kebebasan berfikir, kita bebas untuk mempercayai sesuatu, kita tidak boleh menjadi Tuhan kerana kita bukannya Tuhan. Kita tidak boleh tinggi daripada Tuhan kerana bagi saya ini memang melanggar kehendak Tuhan.

final • 10:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Shah Alam.

final • 10:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya sebenarnya tidak berapa setuju dengan kenyataan Yang Berhormat Beruas yang kata ini bukan masalah agama tetapi ia masalah sosial. Sebenarnya bagi kita orang Islam khususnya kita anggap semua ada hubung kait dengan agama tetapi kewajipan bagi kita ialah untuk melakukan ijtihad memikirkan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang sedia ada dalam keadaan realiti yang ada sekarang. Tidak terlalu idealistik sehingga kita menentukan satu penyelesaian yang menafikan matlamat yang terpenting dalam agama itu sendiri iaitu membawa kesejahteraan kepada manusia, menegakkan keadilan, mengalakkan manusia kepada kebaikan dan sebagainya.

final • 10:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Lalu usaha untuk menyelesaikan mengikut prinsip-prinsip keagamaan tetapi bukan dengan cara yang rigid yang seolah-olah kita tidak boleh memikirkan pendekatan yang paling sesuai dalam realiti yang ada. Itu sahaja lah yang saya hendak perbetulkan

final • 10:40 PM

insya-Allah. Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih dan saya memang hormati pandangan dan hak orang-orang Islam untuk mengamalkan nilai dan juga cara sesuatu perkahwinan ataupun sesuatu masyarakat yang hendak dikendalikan, saya hormati.

Masalah yang saya timbulkan orang yang tidak dapat bersuara ini, yang mereka ini memang yang termiskin, yang nama Islam tetapi tidak pernah langsung mengetahui agama Islam dari hakikatnya bukan Islam. Jadi dalam keadaan sedemikian, kumpulan yang kecil ini hendak berkahwin, kita mesti bagi satu laluan, kita Dewan undang-undang, kita mesti mencari jalan untuk menyelesaikan seluruh masalah yang ada dalam masyarakat kita.

final • 10:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Alor Gajah, selepas Alor Gajah, Kota Bharu.

final • 10:40 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan pindaan Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 2017 ataupun Akta 164.

final • 10:09 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan kerana telah mengambil langkah- langkah bagi mengatasi isu-isu yang berbangkit daripada perkahwinan monogami bagi orang bukan Islam yang merangkumi upacara dan pendaftaran perkahwinan di dalam Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, perkahwinan dan hal rumah tangga menjadi semakin rumit sekiranya terdapat individu yang mendaftarkan perkahwinan secara sivil dan kemudian memeluk Islam, khususnya semasa perkahwinan asal masih belum dibubarkan. Ini adalah menimbulkan banyak isu, bukan sahaja di keluarga tersebut tetapi ia juga menjejaskan keharmonian masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, maka adalah wajar kalau berapa peruntukan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 dapat dipinda mengikut keadaan yang sesuai untuk mengatasi isu-isu yang timbul. Tuan Yang di- Pertua, cadangan pindaan kepada seksyen 33 ke atas Akta Ibu. Pindaan ini akan memudahkan urusan pasangan perkahwinan bukan Islam atau yang memeluk agama Islam kerana mahkamah boleh meluluskan perceraian kalau petition itu telah dikemukakan di bawah seksyen 53, Akta Ibu.

Pindaan ini membolehkan sesuatu pihak sama ada suami atau isteri yang telah memeluk agama Islam untuk memfailkan petition perceraian untuk membubarkan perkahwinan sivilnya di bawah seksyen 51(1), Akta 164. Ini bermaksud kedua-dua pihak sama ada suami atau isteri, sama ada pihak yang telah memeluk agama Islam atau pihak yang bukan Islam, memiliki hak sama rata untuk memohon perceraian dan penyelesaian isu perkahwinan mengikut pindaan kepada seksyen 51(1), Akta 164 di Mahkamah Sivil.

Ini adalah satu pencapaian yang baik kerana ini akan menghapuskan kekeliruan yang bangkit akibat kewujudan dua permohonan yang dikemukakan oleh dua pihak dalam- biar saya habiskan dahulu, nanti Yang Berhormat ada peluang untuk bahas.

final • 10:50 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Tidak, tidak. Saya cuma hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Alor Gajah.

final • 10:50 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Nanti saya habiskan perenggan saya.

Dalam dua mahkamah yang berbeza, tadi disebut Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil yang menyebabkan terjadinya dua perintah berbeza dari dua bidang kuasa berbeza iaitu bidang sivil dan Mahkamah Syariah. Tuan Yang di-Pertua,...

final • 10:50 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Alor Gajah, sedikit sahaja, satu soalan.

final • 10:50 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Tidak apa, tidak apa. You ada peluang untuk bahas, biar saya habiskan dahulu.

final • 10:50 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Oleh sebab saya perlihatkan Ahli Parlimen daripada MCA cuba mengelakkan daripada isu pengguguran seksyen 88A.

final • 10:50 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

You tidak perlu, tidak perlu ingatkan saya, Yang Berhormat.

final • 10:50 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Apakah tindakan MCA terhadap...

final • 10:50 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Sebagai Ahli Parlimen, saya tahu apa yang saya akan lakukan. You jangan... dia ingat dia lebih pandai.

final • 10:50 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Apakah pendirian MCA? Saya bukan lebih pandai!

final • 10:50 PM

Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Jangan politik lah.

final • 10:50 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Biar saya habiskan. Nanti you ada peluang.

final • 10:50 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Tidak jawab.

final • 10:50 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

The night is still young Yang Berhormat, you ada masa nanti 20 minit, kalau tidak ada 15 minit, you boleh bahas. Tuan Yang di- Pertua, selain daripada pindaan ke atas akta ini, saya mencadangkan agar kerajaan dapat mempertimbangkan penggubalan undang-undang yang melibatkan kesaksamaan gender. Cadangan undang-undang yang melibatkan kesaksamaan gender juga akan membantu dan membela hak serta peranan pihak ibu, khususnya ibu tunggal dalam masyarakat. Undang-undang yang memperakui kesaksamaan gender akan membolehkan Malaysia mencapai tahap dengan standard antarabangsa mengenai hak- hak wanita.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu kita perlu mengambil perhatian bahawa akta- akta lain seperti Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1991 iaitu Akta 351 juga perlu dipinda supaya hak-hak dan kewajipan setiap pihak dapat menjadi seimbang antara satu sama lain. Perhatian perlu diberi kepada akta-akta supaya perubahan yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini dapat dilaksanakan dengan berkesan. Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya perkara yang paling ketara dan boleh dikatakan paling penting mengenai pindaan ini adalah kemasukan seksyen baru iaitu 88A. Rang undang-undang yang asal, pada mulanya adalah satu pertimbangan yang baik dalam usaha kerajaan untuk memberi hak yang seimbang kepada semua pihak tanpa mengira bangsa atau agama, terutamanya kepada golongan kanak-kanak.

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Alor Gajah.

final • 10:50 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Peraturan mesyuarat. Tidak boleh baca teks.

final • 10:50 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Saya akan teruskan, saya hampir habis.

Nanti Yang Berhormat Tanjong pun ada peluang untuk bahas.

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Alor Gajah.

final • 10:50 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Saya menyeru kepada kerajaan supaya mempertimbangkan seksyen 88A...

final • 10:50 PM

[Dewan riuh]

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Ini ruang saya. Ini hak saya, jangan kacau. Nanti you ada peluang boleh tanya apa kepada Yang Berhormat Menteri, terpulang kepada Yang Berhormat.

final • 10:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Peraturan mesyuarat, ini bukan kacau.

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Alor Gajah.

final • 10:50 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Tuan Yang di-Pertua, saya tak beri laluan.

final • 10:50 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Peraturan mesyuarat, apa itu peraturan mesyuarat?

final • 10:50 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Saya tidak beri laluan. Akta ini dibentang semula, ini penjelasan dia. Tengok dia kacau, saya kena ulang semula lagi.

final • 10:50 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Ini bukan kacau.

final • 10:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Bila peraturan mesyuarat, duduk lah.

final • 10:50 PM

[Dewan riuh]

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Saya menyeru kepada kerajaan supaya seksyen 88 ini dapat...

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Alor Gajah, sila duduk.

final • 10:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Dengar sana. Yang Berhormat Alor Gajah, dengar sana.

final • 10:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, peraturan mesyuarat berapa?

final • 10:50 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Peraturan Mesyuarat 36, tidak boleh baca teks.

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, kalau hendak mengambil kira, yang ramai Ahli Yang Berhormat yang lain baca teks.

final • 10:50 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Teguran kepada Yang Berhormat Alor Gajah.

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, saya ambil perhatian. Sekiranya Yang Berhormat yang sedang membuat peraturan mesyuarat tersebut mengemukakan peraturan tersebut membaca teks akan datang, saya akan halang. Sila Yang Berhormat.

final • 10:50 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Tengok, tadi apa yang saya cakap memang betul, dia hanya mahu kacau sahaja.

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ya.

final • 10:50 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Saya nampak dia kadang-kadang bahas, dia pun baca text itu juga, sama. Apa masalah ini?

final • 10:50 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Terus baca teks.

final • 10:50 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Kemungkinan kita kena rujuk kepada rang undang-undang apa salah kalau kita rujuk kepada rang undang-undang?

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat.

final • 10:50 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

So, akhir kata yang Tuan Yang di- Pertua,...

final • 10:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang paling utama, dia debate.

[Menyampuk]

final • 10:50 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

...saya menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

[Ketawa]

final • 10:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ada masa lagi.

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 10:50 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera. Saya ucap terima kasih kepada kerana diberi peluang untuk membahaskan pindaan Akta Rang Undang-undang 164 ini dan saya akan cuba menghabiskan dalam masa yang diberikan.

Pertamanya, saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Dewan yang mulia ini berhubung dengan asal usul ataupun sejarah sedikit mengenai wujudnya Akta 164 ataupun Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976. Saya berdasarkan kepada Hansard dalam Parlimen ini, di mana pada 4 November 1975, Akta 164 ini telah dibaca bagi kali yang kedua dan ketiga dan telah diluluskan pada tahun 1976. Akta 164 ini Tuan Yang di- Pertua, adalah dibuat hasil daripada recommendation ataupun pengesyoran suatu Royal Commission on Non-Muslim Marriage and Divorce Law yang telah dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Malaya pada masa itu, Tan Sri Ong Hok Tai. Itu pada tahun 1970 ditubuhkan, recommendation dibawa oleh kerajaan pada masa itu, hanya di bawah ke Parlimen pada tahun 1975 dan diluluskan hanya pada tahun 1976. Rekod juga menunjukkan Tuan Yang di-Pertua, bahawa Akta 164 ini walaupun diluluskan dalam tahun 1976 tetapi hanya telah digazetkan untuk di-enforce atau kuat kuasa pada tahun 1982. Maknanya, enam tahun selepas daripada itu.

final • 10:58 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Poin saya di sini, Tuan Yang di-Pertua, isu berkaitan dengan Akta 164 ini adalah satu isu yang rumit. Ia memerlukan satu Royal Commission, kemudian dibahaskan. Saya

final • 11:00 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

mempunyai rekod Hansard Parlimen. Ia dibahaskan antaranya oleh Ahli Parlimen pada masa itu Allahyarham Syed Jaafar Albar yang banyak memberikan pandangan kepada kerajaan pada masa itu bahawa undang-undang ini adalah satu undang-undang yang rumit kerana ia melibatkan kepentingan antara agama. Orang Islam ada kepentingannya, orang bukan Islam pun ada kepentingannya.

Oleh sebab itu, Tuan Yang di-Pertua, saya daripada pihak parti saya...

final • 11:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 11:00 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Sekejap ya, Yang Berhormat.

Saya lebih cenderung pada hari ini untuk mencadangkan kepada pihak kerajaan, mungkin lebih kurang sama dengan Yang Berhormat Ipoh Barat tetapi alasannya berbeza, supaya rang undang-undang ini ditangguhkan oleh pihak kerajaan supaya kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa untuk sama-sama kita bincang perkara ini. Ada wakil bukan Islam, ada wakil Islam dan kami bersedia untuk memberikan sumbangan ini, kerana sebagaimana Yang Berhormat Beruas kata tadi dan juga Yang Berhormat Shah Alam kata, isu agama pun ada, isu sosial pun ada. Semua hendak kepada keharmonian di dalam peruntukan ini. Oleh sebab itu, pada asasnya, saya mencadangkan supaya ditangguhkan perkara ini untuk dibincangkan dalam satu jawatankuasa yang boleh dibincangkan dan difikirkan bersama. Itu perkara yang pertama, yang asas pada perbincangan saya. Sila Yang Berhormat Beruas.

final • 11:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih. Bagi saya, undang-undang ini perlu dipercepatkan kerana sudah ditangguh bertahun-tahun, sungguhpun kalau boleh kita tadi cadangkan seksyen 88A dapat ditambah supaya menyelesaikan masalah.

Dengan hormatnya kepada Yang Berhormat Kota Bharu, sebenarnya undang- undang ini, kalau tidak silap saya, dulu susah untuk dilaksanakan kerana pada masa tersebut, orang-orang bukan Islam, mengikut undang-undang, dibenarkan berpoligami sehinggakan banyak kes yang kita baca, orang-orang cina kaya yang ada kahwin sampai tujuh. Jadi, begitulah masyarakat pada masa itu berpoligami. Jadi banyak isu-isu kalau hendak jadi monogami, akibatnya banyak. Sebab itu diperhalusi sebelum diluluskan.

final • 11:00 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, terima kasih.

final • 11:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi, sebab itulah dan bukan lain-lain yang kita sekarang hendak selesaikan perkara ini yang sudah berlanjutan bertahun-tahun. Kita tidak boleh bertangguh-tangguhlah.

final • 11:00 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, Yang Berhormat setuju dengan sayalah untuk tangguh? Kita tangguh untuk bincang termasuk 88A pun tidak mengapalah.

final • 11:00 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat Kota Bharu, sikit.

final • 11:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Kita boleh bawa pindaan yang lain-lain, boleh.

final • 11:00 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya masa berjalan. Ada masa 10 minit lagi.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ada dua yang bangun. Yang Berhormat Rompin dan Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 11:00 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kalau dua, terpaksa saya kena terus dulu. Saya begini.

final • 11:00 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 11:00 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Minta maaf, Yang Berhormat Rompin. Saya tidak cukup masa.

Kalau sekiranya cadangan saya supaya kerajaan menangguhkan perbahasan ini kepada satu tarikh lain dan menubuhkan jawatankuasa tidak diterima ataupun tidak dipertimbangkan, saya hendak highlight-kan bahawa— sebagai seorang peguam— mungkin rang undang-undang ini bercanggah dengan banyak undang-undang yang sedang ada dalam negara kita ini.

Saya bagi satu contoh ya. Di dalam Akta Undang-undang Keluarga Islam

(Wilayah-wilayah Persekutuan) 2003, di dalam seksyen 46(2) dengan jelas mengatakan bahawa, saya baca...

[Membaca Petikan] “Jika salah satu pihak kepada satu perkahwinan bukan Islam memeluk agama Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh

final • 11:00 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

dengan sendirinya berkuat kuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan demikian oleh mahkamah.” Maksud mahkamah di sini ialah mahkamah syariah. Jadi kalau seksyen 51 dibahas dan diluluskan, ia bercanggah dengan akta Kerajaan Persekutuan sendiri. Ini perlu diteliti dulu. Kalau boleh, buat consequential amendment bersama-sama. Itu pun tidak apa sudah. Itu yang pertama, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Kedua, saya hendak highlight-kan peruntukan dalam cadangan pindaan ini juga bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 121(1A) di mana dengan jelas menyatakan bahawa bidang kuasa mahkamah syariah untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan orang-orang Islam. Saya baca.

[Membaca petikan] “The courts referred to in clause (1) shall have no jurisdiction in respect of any matter within the jurisdiction of Syariah courts.” Apabila seorang bukan Islam masuk Islam, his personal law or her personal law is syariah law. Dia tertakluk mengikut Perkara 121(1A). Jadi, pindaan ini juga bercanggah dengan Perkara 121(1A).

Ketiga, ia juga jelas, sebagaimana dibahaskan oleh rakan saya daripada Ipoh Barat tadi, Perkara 12(4). Sama ada kita bersetuju atau tidak, inilah kedudukannya di mana di dalam Perlembagaan ini menyebutkan bahawa— saya baca dua-dua. Dalam bahasa Inggeris...

[Membaca petikan] “For the purpose of Clause (3) the religion of a person under the age of 18 years shall be decided by his parent or guardian.” Saya baca bahasa Melayu, dalam softcopy. Saya tidak ada hardcopy.

[Membaca petikan] “Bagi maksud fasal (3) agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.” Oleh sebab itulah di dalam kes yang diputuskan oleh Federal Court iaitu kes Subashini Rajasinggam versus Saravanan Thangatoray and others, Mahkamah Persekutuan, Federal Court telah memutuskan bahawa the translation atau interpretation of Perkara 12(4) iaitu guardian, disebut sini...

[Membaca petikan] “Either husband or wife has the right to convert a child of marriage to Islam. The word ‘parent’ in Article 12(4) of the Federal Constitution which states that the religion of a person under the age of 18 shall be decided by his parent or guardian, means a single parent.” Ini keputusan yang mengikat kita pada hari ini, yang berhubung dengan tafsiran Perkara 12(4).

Jadi oleh sebab itulah, sekali lagi saya kata, kerajaan perlu tangguh pembentangan rang undang-undang ini. We form a committee consist of everyone yang ada kepentingan, stakeholders, kerana kita hendak mencari satu solution. Kami bukan mempertahankan hak orang Islam sahaja. Kita memikirkan juga hak orang bukan Islam.

Akan tetapi without the committee, kita tidak boleh mengadakan perbahasan sebagai contohnya.

Tuan Yang di-Pertua, kalaulah— ini kalaulah juga. Tadi tangguh pun tidak boleh, kemudian terima inconsistency antara bill ini dengan undang-undang lain tidak diterima, saya hendak mencadangkan supaya kalau hendak diteruskan juga cadangan ini, perlu dibuat satu pindaan dan saya mencadangkan supaya di dalam Akta 164 ini, kerajaan menubuhkan satu badan yang dinamakan apa sahaja, mungkin mediation centre ataupun satu tribunal yang berkonsepkan mediasi supaya apabila satu-satu kes sama ada telah dibawa ke mahkamah ataupun sebelum dibawa ke mahkamah, pergi kepada mediation centre ini untuk pihak-pihak menyelesaikan masalah dan di sinilah berlakunya keharmonian. Kalau di mahkamah, mungkin dikatakan biased, sebagaimana Yang Berhormat Ipoh Barat sebut tadi. Mungkin biased dan sebagainya. Kita tidak boleh terima atau paling kurang - akan tetapi kalau ada arbitration, arbitrator, mediation, mungkin masalah-masalah ini dapat diselesaikan.

Jadi dengan kata-kata itu...

final • 11:00 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

[Bangun]

final • 11:00 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, sila Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 11:00 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan pandangan mediation ini kerana mediation ini adalah cadangan daripada beberapa persatuan peguam syarie yang bimbang tentang kedudukan mahkamah syariah sesuai dengan pindaan Artikel 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.

Cuma, ada juga pandangan lewat kebelakangan ini yang mengajak kita untuk membuat satu inovasi iaitu dalam kes-kes begini, hakim-hakim mahkamah sivil hendaklah diberikan kebenaran untuk bersidang bersama-sama dengan seorang hakim syarie. Apa pandangan Yang Berhormat Kota Bharu? Terima kasih.

final • 11:00 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Itu satu lagi pandangan yang cukup baik.

Untuk mediation ini, Tuan Yang di-Pertua, ini bukan satu perkara yang luar biasa. Di mahkamah-mahkamah sivil sekarang ini, dalam kes pertikaian kes-kes sivil, ada kebanyakan hakim-hakim menasihatkan pihak-pihak ini supaya pergi kepada mediation. Satu benda yang boleh dibuat.

final • 11:00 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Jadi atas sebab inilah, atas kepentingan semua pihak rakyat Malaysia kita, saya terus mencadangkan lagi bahawa mediation ini dijadikan satu konsep untuk ...

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

[Bangun]

final • 11:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Menyelesaikan masalah kerana Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya hendak juga beritahu rekod juga menunjukkan bahawa cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Diraja ‘Onn’ tadi itu sebenarnya juga tidak dipersetujui oleh agama-agama lain contohnya agama Sikh, agama Buddha dan juga Kristian Katolik, tidak bersetuju dengan itu. Oleh sebab itu dia mengambil masa yang lama. This is a record yang ada.

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya.

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kota Bharu berhubung dua perkara. Malah di dalam Dewan yang mulia ini, saya pernah membangkitkan soal menubuhkan tribunal keluarga bila ada kes yang melibatkan kedua pihak. Akan tetapi, setujukah Yang Berhormat Kota Bharu bahawa untuk ketika ini untuk meredakan keadaan dalam negara kita, seksyen ini sudah cukup meredakan dalam keadaan kini memberi ruang kepada semua pihak, orang Islam dan bukan Islam untuk menyelesaikan sementara waktu – meredakan keadaan sebelum kita menubuhkan jawatankuasa yang lebih besar? Saya setuju satu jawatankuasa ditubuhkan kemudian nanti untuk melihat lebih dalam perundangan yang melibatkan berlainan agama ini.

final • 11:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih, Yang Berhormat Rompin. Tuan Yang di-Pertua, saya berpandangan dengan rendah diri bahawa pindaan yang berada di hadapan kita sekarang ini belum dapat menyelesaikan masalah. Banyak lagi perkara yang akan pergi ke mahkamah dan akan dibuat pelbagai tafsiran dan sebagainya dan semua perkara ini tidak akan menyelesaikan masalah. Saya stick kepada pandangan saya untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Terima kasih.

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya fikir pukul 11.30 kita minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Sila Yang Berhormat Kuala Nerus.

final • 11:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Tidak ada wanita lah yang ambil bahagian.

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Nerus, sila. Ringkas, lepas itu boleh bagi Yang Berhormat Kulai.

Selepas Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Menteri menjawab ya.

final • 11:10 PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Bismillahir Rahmanir Rahim, [Membaca sepotong doa] . Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma hendak menyambung apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Kota Bharu sebentar tadi tentang mediasi yang kita cadangkan sebagai satu konsep penyelesaian yang patut dimasukkan ke dalam akta, bukan berada di luar akta.

final • 11:12 PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Hal ini kerana pertama sekali bila kita bincang isu berkaitan dengan perkahwinan, Islam dia ada kaedah. Kaedahnya ialah dalam bab perkahwinan dan penceraian [Berucap dalam bahasa Arab] “Jika berlaku penceraian sama ada kemudian ada ruang untuk rujuk kembali, pegang semula perempuan dengan cara yang baik atau lepas dengan cara yang baik”. Ertinya Islam mengajar kepada kita segala perkara diuruskan dengan cara yang baik.

Maka selagi mana kita hanya berpegang kepada undang-undang semata-mata, sedangkan tidak ada satu ruang untuk diberikan ruang untuk kita berbincang dan juga berunding, maka ia tidak akan menyelesaikan masalah. Kita yakin kita adalah manusia, manusia ada jiwa dan juga perasaan yang dapat kita lunakkan dengan bicara yang cantik, lunak dan lembut, maka apa yang keras dapat kita selesaikan kerana itulah bagi kami di peringkat PAS menyatakan bahawa tribunal ini suatu yang sangat penting, tribunal mediasi.

Kalau kita ambil kaedah al-Quran sekali pun menyebut [Membaca sepotong ayat al-Quran], “Hantar seorang wakil daripada keluarga laki-laki dan satu wakil dari keluarga perempuan”, [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Sekiranya mereka berdua mahukan suatu yang baik, pasti Allah berikan taufik”. Ertinya ,ayat-ayat al-Quran mengajar kepada kita konsep mediasi ini. Perbincangan ini perlu menjadi satu konsep yang boleh menyelesaikan banyak masalah. Itu yang pertama.

Kedua, kalau kita pergi lebih lanjut pada cadangan-cadangan pindaan kita ini, seperti mana kita tegaskan tadi bahawa apa yang hendak kita cadangkan ini tidak menyelesaikan permasalahan, kita ambil sebagai contoh, cadangan untuk pindaan 51A melibatkan harta – 51(3), “Bagi maksud seksyen ini, “pihak berkepentingan” atau “pihak- pihak yang berkepentingan” ertinya pasangan yang menakat dan anak-anak yang menakat daripada sesuatu perkahwinan, jika ada, dan ibu bapa pasangan yang telah menukar agama yang telah meninggal dunia”. Isu ini melibatkan harta dan bila melibatkan harta bagi seorang yang telah mati sekiranya dia adalah Muslim, dia terikat kepada undang-undang Islam dan undang- undang itu dibicarakan di Mahkamah Syariah. Sekiranya tidak dirujuk kepada hukum syarak perkara ini, maka ia melibatkan hak orang Islam yang mesti dibahas dan diberikan hak.

Oleh kerana itulah saya lihat bahawa cadangan akta ini tidak dapat menyelesaikan masalah. Perlu kembali kepada kita kena bincang balik dan kita lihat secara bersama beberapa lagi undang-undang yang patut kita baca secara bersama.

Kalau kami ingin mencadangkan sebagai contoh di sini kita kena masuk peruntukan bahawa bukan hanya merujuk kepada pihak berkepentingan biasa yang disebutkan tadi tetapi juga pihak berkepentingan menurut hukum syarak kerana hukum syarak mesti dirujuk di kala mana melibatkan seorang Muslim kerana itulah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

Kemudian, perkara yang perlu kita bangkitkan juga dalam isu ini ialah isu kalau dilihat di belakang undang-undang kita ini, nombor lapan, undang-undang ini bersifat undur ke belakang memberi kesan kepada kes-kes yang sebelum ini. Bagi saya, dia akan menimbulkan banyak lagi permasalahan. Banyak benda akan dirungkai lagi perkara yang telah diputuskan dirungkai balik. Maka perkara-perkara inilah bagi kita agak mencelarukan maka saya sangat menyokong untuk akta ini ditarik balik dan ditangguhkan hingga kita buat suatu jawatankuasa bersama, membincang secara harmoni, lebih detil, digabungkan dengan semua undang-undang di peringkat sivil, di peringkat enakmen negeri dan sebagainya, dirujuk kepada pihak-pihak yang berkaitan, Raja-raja dan sebagainya.

Itu adalah pandangan kami yang kami rasa sangat konsisten. Itu sahaja, [Berucap dalam bahasa Arab] .

final • 11:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kulai.

final • 11:12 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini.

Saya rasa cukup sedihlah kerana secara tiba-tibanya klausa 88A telah ditarik balik oleh Menteri kita. Alasan yang diberikan oleh kerajaan kita adalah klausa tersebut ada isu dengan Perlembagaan Persekutuan kita.

final • 11:17 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Akan tetapi, apa yang saya tidak faham adalah kami sudah lama wujud committee Cabinet, five men committee untuk mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah yang telah dihadapi oleh Puan Indira Ghandi dan juga ibu-ibu lain. Sudah lama kita wujud committee tersebut. Akan tetapi, selama ini committee tersebut tidak sedar bahawa mungkin ada masalah dengan Perlembagaan negara kita.

Saya hendak tanya di sini, adakah lima orang Menteri yang duduk dalam committee tersebut, yang duduk dalam jawatankuasa tersebut adalah Menteri kangkung? Adakah mereka Menteri kangkung?

final • 11:17 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat.

final • 11:17 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Menteri yang tidak faham undang-undang, tidak pernah mengadakan perbincangan dengan AG kita sampailah sekarang. Walaupun rang undang-undang ini telah dibentangkan di Parlimen pada November tahun yang lalu. Akan tetapi, sampai sekarang, barulah kerajaan kita cakap, Menteri kita cakap, “Oh! Tidak bolehlah. Fasal ini perlu tarik balik kerana mungkin bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kita”. Itu pertama yang saya tidak boleh terima.

Kedua, saya hendak tanya di sini, kalau memang betullah kita perlu buat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan kita, kenapa seperti tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Ampang, tidak buat konsultasi dengan pembangkang di sini? Barisan Nasional sekarang mempunyai 134 orang Ahli Parlimen, okey. Kalau perlu dua pertiga untuk meminda Perlembagaan, senang sahaja. 149 orang Ahli Parlimen sokong pindaan yang dibentangkan, cukup. Di sini kita nampak Ahli Parlimen daripada DAP, kita ada 36 orang, PKR tidak ada masalah untuk menyokong pindaan tersebut, Ahli Parlimen AMANAH pun tidak ada masalah untuk menyokong pindaan tersebut. Jadi kenapa kerajaan kita sampai hari ini tidak berani untuk membentangkan pindaan itu di Dewan Rakyat ini. Apa alasannya?

final • 11:17 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Yang Berhormat Simpang Renggam tadi cakap ‘Oh! Ahli Parlimen di sini tidak boleh dipercayai’. Saya rasa sebenarnya adalah Ahli Parlimen di sebelah sana yang tidak boleh dipercayai oleh rakyat jelata. Apa yang susah saya hendak tanya? Kalau memang, – saya cakaplah ini adalah tentang isu rakyat. Ini adalah tentang isu ibu, ini adalah tentang isu kanak-kanak. Kami di sini tidak akan main politik dalam isu ini.

final • 11:20 PM

[Dewan riuh]

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Apabila Barisan Nasional...

final • 11:20 PM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Tidak main politik apa? Pergilah.

final • 11:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Apabila Barisan Nasional yang minta sokongan kita terhadap Rang Undang-undang Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak pernah tidak kita tidak sokong rang undang-undang tersebut? Kita sokong. Jadi ini menunjukkan bahawa kalau rang undang-undang tersebut adalah memang baik untuk negara kita – kita yang duduk di sini pun sokong dengan dua tangan dua kaki tidak ada masalah.

final • 11:20 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat Kulai...

final • 11:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Jadi sekiranya...sekiranya...

final • 11:20 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Kulai.

final • 11:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Saya hendak tanya di sini kalau memang takut – takut Ahli Parlimen DAP, Ahli Parlimen Amanah, PKR tidak akan menunaikan janji kita, takut apa?

final • 11:20 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Kulai.

final • 11:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Bubarkan Parlimen biarlah rakyat yang hukum kita. Akan tetapi tidak berani...

final • 11:20 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Bukan BN takut, bukan BN takut, tetapi takut dengan Pakatan yang sering buat u-turn, selalu u-turn, u-turn dan u- turn. Tidak ada prinsip. Itu masalah dengan Pakatan.

final • 11:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Barisan Nasional punya Menteri, Ahli Parlimen semua tidak berani. Dan saya hendak cakap di sini...

final • 11:20 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Siapa yang buat U-turn?

Keputusan kabinet 2005...

final • 11:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Tadi ahli-ahli Parlimen daripada Yang Berhormat Tanjong Piai, daripada Yang Berhormat Alor Gajah, daripada Yang Berhormat Tebrau...

final • 11:20 PM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Dulu maki Tun Mahathir sekarang sokong Tun Mahathir. Dulu DAP maki Tun Mahathir sekarang...

final • 11:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tun Mahathir cakap benar... Tun Mahathir cakap benar.

final • 11:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Ini isu penting. Jangan buang masa.

Duduk.

final • 11:20 PM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Saya sudah 20 tahun dalam Dewan ini. Tidak usah cakap penipu lah. Sekarang cium buntut Mahathir, sekarang DAP cium buntut Mahathir. Penipu. Cium buntut Mahathir. Boleh percayakah parti macam ini?

Pergilah...cakap sahaja pandai..

final • 11:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Tidak apa.

final • 11:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Dulu siapa support sama Tun Mahathir?

UMNO, Barisan Nasional...

final • 11:20 PM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Saya ada rekod ini, 20 tahun I was here. Ini tidak usah cakaplah. Kalau setakat satu dua penggal, tidak payah cakaplah.

final • 11:20 PM

[Dewan riuh]

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Duduk, duduk, duduk. Ini floor saya. Duduk.

Tidak perlu naik suara macam itu. Dengarlah. Dengar lah orang muda cakap sikit...

final • 11:20 PM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Dulu setiap hari maki Tun Mahathir, sekarang junjung Tun Mahathir.

final • 11:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat.

final • 11:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Saya tunggu semalam, hanya satu orang Ahli Parlimen wanita yang bahas sekarang. Yang Berhormat Pendang pun tidak berani dengar? Saya hendak sambung ucapan saya. Tadi kita dengar Ahli Parlimen daripada Alor Gajah, daripada Ahli Parlimen Tebrau, daripada Ahli Parlimen Tanjong Piai yang mengatakan bahawa mereka juga rasa kecewa bahawa fasal 88A ini telah ditarik balik.

Saya cakap itu adalah crocodile tears. Itu adalah crocodile tears sahaja...

final • 11:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Kulai...

final • 11:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Saya hendak tanya ketiga-tiga Ahli Parlimen MCA ada tidak minta Presiden MCA untuk minta kerajaan ini bentang balik Fasal 88A tersebut?

final • 11:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat. Yang Berhormat Kulai...

final • 11:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Itu yang paling penting. Kalau pendirian MCA adalah fasal tersebut tidak sepatutnya ditarik balik. Bawalah pendirian ini kepada mesyuarat Kabinet. Janganlah sebut di Parlimen ini sahaja.

final • 11:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Itu wayang Barisan Nasional...

final • 11:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

You kerajaan you tidak berani untuk melaksanakan polisi anda apa guna you jadi kerajaan? Lebih baik you duduk di sini bersama kita.

final • 11:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Cakap sahaja. MCA cakap sahaja...

final • 11:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Wayang sahaja. Yang Berhormat Ipoh Barat you mahu berucap kah bagaimana?

final • 11:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang Berhormat Kulai saya just hendak bertanya berkenaan apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kulai. Memandangkan keengganan Ahli-ahli Barisan Nasional terutamanya MCA, MIC untuk komen dengan lebih mendalam berkenaan dengan penarikan balik seksyen 88A tersebut. Bukankah ini dengan jelasnya menunjukkan ketakutan mereka terhadap pucuk pimpinan Barisan Nasional? That they cannot and are not willing and they don’t have the political willpower...

final • 11:20 PM

Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Wei! Tidur lah, jangan politik lah. Jangan politik lah.

final • 11:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Stand up to their political superiors. Apakah pandangan Yang Berhormat Kulai tentang perkara ini?

final • 11:20 PM

[Dewan riuh]

Puan Teo Nie Ching - Kulai

You tadi tidak bagi pencelahan kan? Jadi sekarang duduklah. Tadi tidak bagi, sekarang hendak minta, malu tidak malu ini?

final • 11:20 PM

[Dewan riuh]

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Tuan Yang di-Pertua, tadi dia sebut Yang Berhormat Alor Gajah...

final • 11:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Tadi tidak bagi laluan jangan lah sekarang minta laluan. Saya ... duduk, duduk.

final • 11:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Kulai. Yang Berhormat Kulai, sedikit boleh?

final • 11:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Sekejap saya hanya ada enam minit lagi. Saya hendak sentuh satu isu yang cukup penting lagi. Selain daripada fasal 88A, satu isu lagi adalah di bawah rang undang-undang ini bagaimana kita membantu ibu ataupun bapa yang sudah selama sembilan tahun tidak pernah melihat, cakap dengan anak mereka.

Seperti apa yang telah berlaku kepada Puan Indera Ghandi, suaminya atau bekas suaminya ambil rebut anak bongsu daripada dia dan selama lapan tahun ini beliau tidak ada peluang untuk cakap dengan anak dia. Tidak ada peluang untuk lihat anak dia. Saya hendak tanya Ahli-ahli Parlimen di sini, yang merupakan seorang ibu ataupun bapa.

Kalau perkara ini berlaku kepada anda apa perasaan anda? Jadi saya hendak tanya ini adalah isu yang benar punya yang memang berlaku di dalam negara kita. Akan tetapi rang undang-undang ini, apakah penyelesaian yang kita boleh bagi untuk membantu golongan-golongan ibu ataupun bapa yang sudah lama berpisah dengan anak mereka? Itu adalah darah daging mereka. Bagaimana kita memastikan bahawa seseorang ibu bapa tidak kisahlah mereka sudah bercerai atau tidak, isu itu masalah itu masalah di antara ibu dan bapa. Akan tetapi tidak berkenaan dengan hubungan mereka dengan anak mereka. Jadi kalau dalam rang undang-undang ini, kita tidak ada satu penyelesaian untuk membantu ibu ataupun bapa yang sudah lama berpisah dengan anak mereka.

Saya rasa ini juga menunjukkan satu kegagalan rang undang-undang ini yang tidak mencukupi yang tidak cukup untuk membantu golongan ini. Yang Berhormat Ipoh Barat...

final • 11:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ada dua yang bangun.

final • 11:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ya, Yang Berhormat Kulai setuju dengan saya bahawa rang undang-undang yang dibawa ini tidak meng-addresskan langsung untuk mengatasi masalah yang dijanjikan oleh kerajaan pada tahun 2009. Ini kerana kalau apa yang dijanjikan pada tahun 2009 dan selepas itu di mana anak Indera Ghandi yang sulung itu yang telah dirampas yang saya percaya sekarang berada di Kelantan – tidak ada tindakan langsung, tidak ada pertolongan langsung oleh pihak-pihak agensi kerajaan. Rang undang-undang yang dibawa hari ini has its meaningless paper. Hanya satu proses membawa pembaharuan-pembaharuan sahaja tetapi tidak menolong pihak- pihak seperti orang-orang ini.

final • 11:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kulai, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kulai saya cuma ingin memperbetulkan hujah Yang Berhormat Kulai tadi mengatakan ketiga-tiga Ahli Parlimen menzahirkan kekecewaan mereka terhadap pengguguran seksyen 88A. Saya hendak tegaskan di sini tidak ada daripada seorang pun menegaskan mereka kecewa. Hendak menunjukkan kecewa pun tidak berani di dalam Dewan yang mulia ini. Mereka cuma sebut di luar sana ada ramai orang kecewa tetapi sendiri kecewa tidak berani menyatakan di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

final • 11:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Okey, sekarang saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Alor Gajah walaupun Yang Berhormat Alor Gajah tadi tidak berani beri laluan tetapi sekarang saya cukup adil. Saya tunjuk teladan. Yang Berhormat Alor Gajah silakan.

final • 11:20 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Tuan Yang di-Pertua, tadi sebelum habis perbahasan...

final • 11:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Baca teks lagi.

final • 11:30 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Saya – kerana dia tidak dengar, apa yang saya cakap.

final • 11:30 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Saya dengar Yang Berhormat sokong pindaan sahaja.

final • 11:30 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Ini kerana sebelum itu you tidak dengar, tidak dengar. Itu jadi masalah. Apa yang bagus, apa yang konstruktif, DAP tidak akan setuju, tidak akan setuju. Apa jua yang kerajaan lakukan kebaikan, dia pun tidak akan setuju.

final • 11:30 PM

[Dewan riuh]

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:30 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Yang Berhormat Kulai dengar dahulu, Yang Berhormat Kulai dengar dahulu.

final • 11:30 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Duduklah Yang Berhormat Tanjong.

final • 11:30 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Yang Berhormat Alor Gajah, setujukah kerajaan tarik balik klausa 88? Yang Berhormat Alor Gajah setuju?

final • 11:30 PM

Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Duduk, duduk. [Dewan riuh]

final • 11:30 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Jangan baca teks, jangan baca teks.

final • 11:30 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Okey, saya menyeru...

final • 11:30 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Jawab soalan pun mahu baca teks kah? [Dewan riuh]

final • 11:30 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

You duduklah, you ingat you banyak pandai. Sebenarnya you pun setiap kali saya datang ke Dewan, you pun baca teks jugalah.

final • 11:30 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Saya tidak ada baca, saya tidak ada baca.

final • 11:30 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Saya boleh suarakan – okey, inilah kandungan. You dengar dengan teliti. Saya menyeru kepada kerajaan supaya mempertimbangkan seksyen 88A – you jangan ketawa. You mahu dengar tidak?

final • 11:30 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Apa ini?

final • 11:30 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

You mahu dengar tidak?

final • 11:30 PM

[Dewan riuh]

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:30 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

You dengar, dapat dibawa ke akta ini dan dibentangkan semula dalam Persidangan Dewan yang akan datang setelah mendapat konsensus daripada semua pihak supaya tidak berkompromi usaha berterusan kerajaan dalam mengukuhkan kesaksamaan hak gender dan kanak-kanak. Itulah jawapan saya.

final • 11:30 PM

[Dewan riuh]

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Saya rasa – Yang Berhormat Menteri saya rasa saya habiskan ucapan saya. Saya rasa memandangkan bahawa bahasa Yang Berhormat Alor Gajah bukan begitu fasih, saya hanya hantarlah satu ayat kepada dia [Bercakap dalam bahasa Mandarin] Sekian sahaja, ribuan terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:30 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Bos pun you tidak berani lawan.

final • 11:30 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

DAP, walaupun kata hendak adakan pilihan raya tetapi tidak berani.

final • 11:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sudahlah Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat. Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Tebrau, mahu keluar TV punya fasal...

final • 11:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar, duduk Yang Berhormat Kapar.

final • 11:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang undang-undang Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) pindaan 2017, iaitu Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Penampang, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Alor Gajah, Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Kuala Nerus dan Yang Berhormat Kulai.

Tuan Yang di-Pertua, saya akan menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan mengikut beberapa isu utama yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam perbahasan. Yang Berhormat Tanjong Piai mewujudkan tentang pemisahan antara mahkamah sivil dengan syariah. Akta 164 hanya terpakai kepada individu yang bukan beragama Islam.

Justeru pindaan pada seksyen 3 dan seksyen 51 dibuat bagi membolehkan suatu pihak kepada satu perkahwinan yang telah masuk Islam atau kedua-dua pihak untuk menyerahkan petisyen penceraian di hadapan mahkamah sivil di bawah Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 Akta 164. Pada masa ini hanya pihak yang bukan beragama Islam dalam perkahwinan tersebut yang boleh menyerahkan petisyen penceraian kepada mahkamah sivil. Dengan pindaan ini, hak kesamarataan telah diberikan kepada kedua-dua pihak untuk membubarkan perkahwinan yang telah didaftarkan secara sivil. Yang Berhormat juga tanya tentang hak mendapatkan nafkah daripada pasangan...

final • 11:33 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Penjelasan.

final • 11:33 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

... Yang telah memeluk agama Islam.

final • 11:33 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Penjelasan.

final • 11:33 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Berdasarkan kepada seksyen 82 Akta...

final • 11:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat? Yang Berhormat Ipoh Barat bangun.

final • 11:33 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Akta 164, “Isteri yang tidak memeluk agama Islam boleh mendapatkan nafkah dari suami yang telah memeluk agama Islam di mahkamah sivil selagi mana isteri itu tidak berkahwin semula dengan seseorang lain.

Kedudukan ini sama jika kedua-dua pihak itu bukan beragama Islam.”

final • 11:33 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih jawapan yang diberi. Saya hendak tahu – walaupun dengan pindaan yang sedang dibuat, nampaknya satu persepsi kita dapat bahawa semua kes yang dikendalikan di mahkamah sivil akan terikat kedua- dua pihak. Soalan saya adalah, bila kes itu dibawa ke mahkamah sivil dan satu di antara parti itu beralih ke mahkamah syariah, apakah keadaannya?

final • 11:33 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat ya.

Soalan Yang Berhormat tadi berkenaan dengan keadaan. Sebenarnya kalau kita tengok – izinkan saya membaca daripada kes yang mana semua dalam Dewan ini yang sebagai peguam bela, peguam cara sudah tentu tahu iaitu kes di Mahkamah Persekutuan. Kes Viran a/l Nagappan, Deepan A/P Subramaniam bersama Peguam Negara Malaysia, Ketua Polis Negara.

Kita tahu kalau kita tengok di dalam - apa yang disebut di dalam Akta 164 ini.

Daripada kes-kes yang telah diwujudkan, ia tidak boleh lari daripada aspek yang mana mahkamah sivil itu yang memainkan peranan yang utama di dalam kes-kes apabila pasangan tersebut wujud perkahwinan dia orang dalam kategori sivil. Jadi kalau saya ingin merujuk kepada keputusan kes ini dengan izin, yang mengatakan bahawa kalau – saya baca ya, “We have no reason to depart from the earlier decision. We are of the same view that a non-Muslim marriage does not automatically dissolve upon one of the parties converting to Islam. The civil court continues to have jurisdiction in respect of divorce as well as custody of the children despite the conversion of one party to Islam”. Jadi kalau kita tengok kepada pindaan yang mana dicadangkan di dalam Dewan yang mulia ini, kita mewujudkan bahawa dalam kes yang mana perkahwinan didaftarkan di bawah Akta 164. Jikalau wujudnya sebelah pihak yang menjadi pasangan yang memeluk agama Islam seperti saya rujuk dalam perbahasan ucapan dasar saya pada

final • 11:33 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

mula perlulah tanggungjawab yang diberikan kepada pasangan ini ialah untuk pergi kepada mahkamah sivil untuk menyelesaikan kes-kes penceraian mereka.

Dulu kalau seseorang pasangan itu telah memasuki agama Islam, dia tidak berhak mempetisyenkan penceraiannya di Mahkamah Sivil. Akan tetapi dalam pindaan ini, yang mana pindaan ini membenarkan pasangan yang memeluk agama Islam untuk datang ke mahkamah sivil untuk menyelesaikan kes penceraiannya. Jadi dalam perkara ini, apa yang kita lihat ialah mahkamah sivil itu mengambil keutamaan dalam menyelesaikan kes penceraian pasangan ini walaupun sebelah pihak telah memasuki agama Islam. Inilah cadangan yang dibawa di bawah pindaan kepada law reform ini.

Sebenarnya...

final • 11:33 PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Yang Berhormat Menteri sikit, boleh? Kuala Nerus.

final • 11:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 11:33 PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Isu yang kami bangkitkan ini ialah bilamana ia dibawa ke mahkamah sivil ialah peruntukan yang sedia ada di peringkat Enakmen Keluarga Islam di peringkat negeri dan juga Akta 303 di peringkat untuk Wilayah, yang menyatakan bahawa seorang lelaki yang apabila masuk Islam maka perbuatan melibatkan perkahwinannya mesti dibubarkan di Mahkamah Syariah. Maknanya seolah-olah sepatutnya mualaf itu bubarkan dahulu perkahwinan di Mahkamah Syariah, dapat perakuan dibawa pula ke mahkamah sivil. Itu yang patut berlaku, barulah dia mencantumkan bidang kuasa dua mahkamah. Jadi di situlah kami cadangkan tadi perlu ditangguhkan dan kita tengok balik perkara-perkara yang mesti secara bersama dipinda.

final • 11:33 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya apa yang berlaku dalam negara kita, kita tidak boleh menafikan Perlembagaan memberikan kewujudan dua jenis sistem mahkamah iaitu Mahkamah Syariah dan juga mahkamah sivil dan apa yang berlaku kalau kita tengok kes-kes yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat. Banyak berlakunya situasi yang mana kadang-kadang mereka, saya menyebut ayat kadang-kadang, yang tidak bertanggungjawab. Mereka bernikah dalam kategori bukan beragama Islam. Kemudian membuat keputusan untuk memeluk agama Islam. Tidak kisah niat untuk kenapa dan tidak bertanggungjawab dari segi beberapa perkara yang terlibat. Bukan saja dalam aspek perceraian tetapi juga dari segi aspek penjagaan anak, dari segi aspek tanggungjawab, harta sepencarian.

Jadi apa yang kita buat dalam pindaan ini yang dicadangkan oleh kerajaan adalah untuk mewujudkan satu pilihan kepada pasangan tersebut sama ada yang telah memeluk agama Islam ataupun yang masih agama asal boleh membuat perceraian di mahkamah sivil supaya menyelesaikan semua apa yang dia terhutang. Kita tidak mahu situasi di mana adanya pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan dia melarikan diri daripada menceraikan ataupun dengan izin dissolution of the marriage. Maknanya dia tidak menamatkan perkahwinan dia. Jadi seolah-olah itu dia ada dua keluarga. Satu keluarganya itu keluarga Islam, satu keluarganya keluarga bukan Islam.

Jadi dalam perkara ini pindaan yang kita wujudkan ini adalah supaya boleh dia balik kepada mahkamah sivil yang mana Yang Berhormat Kuala Nerus tanya saya tentang isu perceraian perlu di buat di Mahkamah Syariah. Isu dia hendak cerai macam mana, sebab dalam ikut hukum syarak, kalau dia masuk Islam, automatically perkahwinan dia ikut hukum syarak sudah tidak wujud sebab dia beragama Islam. Akan tetapi, tanggungjawab dia kepada keluarga dia, kepada isteri kah, suami kah, anak dan harta mesti diselesaikan di mahkamah sivil sebab perkahwinannya di bawah Akta 164.

Kalau perkahwinannya tidak di bawah 164, jadi dia boleh memilih mahkamah yang mana dia hendak buat perceraian dia.

final • 11:40 PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Yang Berhormat Menteri, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi adalah secara teori. Akan tetapi realitinya adalah praktikal, undang-undang sedia wujud. Undang- undang yang mengikat seorang muallaf, bila muallaf masuk Islam, contohnya di Selangor, dia akan terikat dengan Enakmen 2/2003, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam menyebut bahawa seksyen 46 pertukaran agama. Nombor dua, jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam, memeluk agama Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuat kuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh mahkamah.

final • 11:40 PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Maknanya, esok teori saja. Bila dia berkahwin, dia masuk Islam, terbubar perkahwinan dia dan diberi peluang selama tiga bulan, itu tempoh iddah’ lah. Akan tetapi ikut undang-undang yang telah sedia ada wujud di peringkat Wilayah Persekutuan dan juga negeri-negeri, semua negeri ada peruntukan yang sama ini. Tidak sebegitu realitinya. Kerana itu kita menyatakan mesti ada suatu perbahasan semula agar dipilih secara bersama.

final • 11:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Yang Berhormat, saya memahami apa yang Yang Berhormat menimbulkan ialah kewujudan undang-undang iaitu undang- undang keluarga Islam yang memberikan klausa kepada situasi tersebut. Akan tetapi yang saya sebut hari ini di dalam pindaan Akta 164 yang mana kita mewujudkan bahawa perkara berhubungan dengan hal ehwal agama Islam tidak dinafikan di bawah enakmen pentadbiran keluarga Islam yang ditadbir di bidang kuasa negeri-negeri. Ini di bawah senarai negeri, Perlembagaan Persekutuan, semua orang tahu. Akan tetapi pindaan ini dibuat bertujuan untuk memberi ruang kepada pasangan yang telah memeluk agama Islam ataupun salah satu daripada pasangan yang memeluk agama Islam untuk memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan di mahkamah sivil.

Maknanya dia ada pilihan Yang Berhormat. Betul Yang Berhormat kata dia sudah masuk Islam, dia kata dia diikat di bawah undang-undang keluarga Islam. Betul, itu hak dia. Akan tetapi keluarga yang dia tinggalkan itu tidak akan terkapai-kapai, Yang Berhormat. Saya belum kahwin pun saya marah, tiba-tiba lari. Lari, tidak hendak bayar nafkah, menggunakan Islam dan Islam adalah agama yang bertanggungjawab. Tidak akan masuk Islam dia hendak lari daripada tanggungjawab dia bela isteri dengan anak dia, mana boleh. Jadi undang-undang ini tidak menafikan hak di Mahkamah Syariah tetapi undang-undang ini menggalakkan dia supaya lebih gentlemen. Masuk mahkamah sivil, kalau anak jantan cerai lah betul-betul. Apa fasal takut sangat. Tidak akan hendak lari terkepak-kepak lari sembunyi belakang hakim Mahkamah Syariah kononnya sebab dia Islam. Yang anak ini, yang isteri ini, yang cucu ini, yang harta ini.

Jadi Yang Berhormat...

final • 11:40 PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Yang Berhormat Menteri, sikit.

final • 11:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Yang Berhormat, kejap Yang Berhormat. Saya faham ideologi dan semangat Yang Berhormat, saya tidak menafikan dan saya berkata bahawa tidak dinafikan hak untuk pergi ke Mahkamah Syariah. Akan tetapi pindaan ini memberi pilihan. Seburuk-buruknya adalah peluang hendak membuatkan petisyen perceraian.

final • 11:40 PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Sikit saja Yang Berhormat Menteri. Saya rasa Yang Berhormat Menteri salah faham.

final • 11:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa saya sudah jawab. Saya hendak bahas.

final • 11:40 PM

Timbalan Yang Di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:40 PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Saya tidak membangkang pandangan Yang Berhormat Menteri dan saya sangat bersetuju untuk kita bawa untuk seksyen ini supaya ada ruang untuk mualaf yang sekian lama tidak ada ruang untuk membubarkan perkahwinan mahkamah sivil. Itu kita setuju sebenar. Akan tetapi yang saya bangkitkan ialah bila ada satu akta yang mengikat dia, bukan pilihan dia. Itu akta yang mengikat diri dia. Di situlah perlunya yang kami cadangkan tadi bahawa mesti dilihat secara bersama. Pindaan ini yang kita bawa, rang undang-undang ini mesti dilihat secara bersama dengan semua enakmen negeri dan juga akta di peringkat atas.

Itu saja poin dia tanpa menafikan poin-poin yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri.

Saya sokong pandangan Yang Berhormat Menteri tadi.

final • 11:40 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat Menteri boleh sikit, berkaitan, sikit saja. Saya ingin dapat jawapan rasmi kerajaan tentang yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, avenue ataupun ruang untuk pihak-pihak memfailkan kes di mahkamah sivil. Cuma apakah pendirian kerajaan berkaitan sama ada ruangan ini atau peruntukan ini diharmonikan dengan Artikel 121

(1A) Perlembagaan Persekutuan yang menunjukkan bahawa separation antara mahkamah sivil dan juga Mahkamah Syariah. Itu yang pertama.

Kedua, oleh kerana ia berkaitan dengan bidang kuasa agama, apakah kerajaan telah pun membuat rujukan dan perbincangan dengan Majlis Raja-raja agar di dalam Parlimen ini boleh rekodkan jawapan rasmi kerajaan berkaitan perkara ini. Terima kasih.

final • 11:40 PM

Timbalan Yang Di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya Yang Berhormat Beruas.

final • 11:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih. Kalau boleh saya tolong.

Perkara 75 jelas menyatakan bahawa kalau mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan undang-undang persekutuan, undang-undang persekutuan akan dengan izin, shall prevail. Jadi kalau itu boleh menjawab soalan tadi, ke manakah mereka boleh memfailkan petisyen perceraian itu. Terima kasih.

final • 11:40 PM

Timbalan Yang Di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Puchong bangun, hendak bagi? Ya, Yang Berhormat Puchong.

final • 11:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya dengar apa yang disebut oleh Yang Berhormat daripada Kuala Nerus dan kepada saya apa yang disebut oleh beliau itu ada asas dia. Jadi kita perlu ada satu jawapan kepada soalan itu. Jadi persoalan yang saya hendak highlight kan kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri telah pun memberikan alasan-alasan kita ada pindaan atau cadangan pindaan kepada undang-undang ini dan di situ disebut bahawa sekarang wujud satu pilihan. Maknanya apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Nerus itu betul. Ada undang-undang negeri, itu satu. Kemudian undang-undang sivil sekarang ada pilihan. Soalan saya apakah yang berlaku sekiranya orang itu pilih untuk tidak pergi ke mahkamah sivil. Bagaimanakah undang-undang ini selesaikan masalah yang kita sedia ada? Terima kasih.

final • 11:40 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Menteri sedikit.

Sehubungan dengan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus tadi mengenai seksyen 46(2) di dalam Akta Undang-undang Keluarga Islam dan juga enakmen di negeri-negeri. Saya ingin mendapat pandangan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai peruntukan di bawah Jadual Kesembilan iaitu dalam Senarai II, Senarai Negeri di mana bidang kuasa negeri disebutkan di dalam item 1, Senarai II, Jadual Kesembilan. Antara benda yang di bawah bidang kuasa negeri ialah dalam bahasa Inggerisnya, “…the determination of matters of Islamic law and the doctrine and Malay custom”. Itu di bawah bidang kuasa negeri. Jadi apabila berlaku kemasukan seorang bukan Islam ke dalam agama Islam, dia bukan saja terikat dengan akta dan enakmen yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Nerus tadi tetapi juga tertakluk kepada Jadual Kesembilan, Senarai II, item 1 ini. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?

final • 11:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat- Yang Berhormat menimbulkan soalan tentang bidang kuasa. Saya sebut daripada tadi, pindaan akta ini dulu kalau kita tengok akta asal 164, yang mana memeluk agama Islam tidak boleh memfailkan petisyen perceraian dalam mahkamah sivil, itu saja situasi.

final • 11:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Akan tetapi hari ini dalam pindaan ini dibenarkan. Jadi sekarang ini apa yang kita pertikaikan di sini bukan disebabkan oleh bidang kuasa syariah ataupun sivil tetapi terpulang kepada pasangan tersebut untuk menyelesaikan perceraian mereka. Kalau pasangan tersebut ataupun suami atau isteri yang masuk Islam tidak nak menceraikan yang bukan Islam partner dia, lelaki atau perempuan dan dia terus hidupnya sebagai orang Islam, dia menjalankan tanggungjawab dia sebagai lelaki Islam atau wanita Islam, ia tidak akan menafikan kesahan perkahwinan dia dalam Mahkamah Sivil, dalam Akta 164. Masih suami isteri. Itu isunya. Jadi apa yang kerajaan buat di dalam pindaan ini...

final • 11:50 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat, Yang Berhormat sedikit. Saya rasa Yang Berhormat, minta maaf saya hendak beritahu Yang Berhormat menyatakan apabila diluluskan seksyen 51 pasangan yang masuk Islam mempunyai pilihan, ada opsyen. Bagi saya, saya rasa tidak ada opsyen ataupun dia terletak di dalam dua keadaan yang dilema. Di bawah seksyen 46(2) dan juga Jadual Kesembilan ini, orang ini apabila masuk Islam, dia tertakluk kepada enakmen dan juga akta ini and at the same time, dia ini kena pergi Mahkamah Sivil. Jadi tidak ada opsyen di situ. Dia terikat undang-undang syariah. Kemudian dia juga diberi pilihan di situ. Bukan pilihan salah satunya. Terima kasih.

final • 11:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Menteri, boleh saya celah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Baharu tadi. Yang Berhormat Menteri, saya rasa perkara ini cukup penting dibawa Yang Berhormat Kuala Nerus dan juga Yang Berhormat Kota Bharu sekarang. Persoalannya memang senang. Ada enakmen. Dalam enakmen ini mengikat orang yang baru menukar agama beliau.

final • 11:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kalau ia mengikat, bagaimana undang-undang ini dengan adanya pilihan di mana dia boleh kata dia tidak hendak ikut pilihan itu bagaimana ia menyelesaikan masalah itu? Saya rasa itu satu soalan yang perlu dijawab. Terima kasih.

final • 11:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, sebelum menjawab itu saya ada Peraturan Mesyuarat. Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk membacakan usul.

final • 11:50 PM
USUL
MERENTIKAN KUAT KUASA PERATURAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 90(2)

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 90(2) dan dengan persetujuan Tuan Yang di-Pertua, saya mengemukakan usul untuk merentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 12 iaitu bagi membolehkan Majlis Mesyuarat menamatkan perkara yang patut diselesaikan pada hari yang berkenaan juga dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 10 Ogos 2017.”

final • 11:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ada siapa yang menyokong?

final • 11:52 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya mohon menyokong.

final • 11:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

final • 11:52 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, apakah usul itu Tuan Yang di-Pertua? Kita tidak faham.

final • 11:52 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Berhenti sekarang? Berhenti sekarang?

final • 11:52 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

I really don’t understand. Boleh ulang?

final • 11:52 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Apa implikasinya? Tidak faham.

final • 11:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Peraturan Mesyuarat 12, ia tidak boleh bersidang dua hari. Bersidang satu hari. Jadi usul ini mengikut Peraturan Mesyuarat 90(2) kita terpaksa merentikan waktu untuk membolehkan perbahasan dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam. Itu sahaja.

final • 11:52 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Itu faham.

final • 11:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

final • 11:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:52 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 11:52 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa saya kumpulkan isu tentang bidang kuasa. Saya jawab sekali. Silakan.

final • 11:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 11:52 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Menteri. Saya pun sudah dengar perbahasan ini. Sefaham saya seperti mana yang disebut oleh Menteri, ini soal pilihan. Maknanya dia boleh pergi ke Mahkamah Syariah yang masuk Islam itu ataupun dia boleh pergi ke Mahkamah Syariah dan dia boleh pergi ke Mahkamah Sivil. Kalau dia pergi kepada Mahkamah Syariah, dengan sendirinya perkahwinannya sudah dianggap batal.

Akan tetapi dalam Mahkamah Sivil mengikut rekodnya, perkahwinan sivilnya masih lagi tidak batal. Masih wujud. Maka technically walaupun tidak bolehlah, dia tidak boleh satu mahkamah kata batal, satu mahkamah kata tidak batal. Untuk hendak selesaikan masalah itu maka disyorkan dia pergi ke Mahkamah Sivil, dia batalkan dan dia selesaikan segala permasalahan yang timbul daripada perceraiannya di Mahkamah Sivil.

Akan tetapi itu pilihan. Maka kalau ia hanya sekadar pilihan, kalau dia tidak pergi maka masalah yang asal, apa yang tujuan akta ini hendak selesaikan seperti mana yang diceritakan tidak selesailah. Inilah yang menjadi persoalan. Kita kata kita hendak selesaikan masalah. Itulah sebabnya ada pindaannya. Akan tetapi apabila kita letak sebagai pilihan, ia gentleman, dia anak jantan, dia pergi ke Mahkamah Sivil, dia ceraikan, dia buat secara rasmi civil marriage dia. Dia selesaikan semua masuk Mahkamah Sivil tetapi timbul pula hujah yang lain. Dia kata dia sudah orang Islam, macam mana diselesaikan di bawah Mahkamah Sivil? Kenapa dia tidak selesaikan di Mahkamah Syariah?

Lalu inilah yang menjadi dichotomy ataupun masalah percanggahan yang tidak diselaraskan. Pindaan ini bertujuan untuk hendak selaraskan. Akan tetapi apabila dikekalkan sebagai satu pilihan, ia mengundang berbagai-bagai masalah. Itulah saya rasa Menteri kena fikirkan benda itu, macam mana hendak selesaikan. Benda by law ini kita tidak boleh leave as an option. You cannot just leave it like that. Pilihan dia, dia anak jantan baguslah itu. Kalau dia bukan anak jantan, kalau dia bukan gentleman? So, the problem is not solved. Most of the problem yang kita face, kes-kes yang dirujuk dalam pindaan ini memanglah fasal dia tidak anak jantan. Itulah sebabnya timbulnya masalah.

Pandangan sayalah. Terima kasih.

final • 11:52 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam anak jantan. Sebenarnya Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam kena baca dalam buku biru ini, dalam huraian itu yang mana perenggan muka surat enam mengatakan walaupun Mahkamah Syariah boleh memberikan perintah perceraian dan relief sampingan, ia tidak boleh membubarkan perkahwinan sivil di bawah Akta 164 kerana kuasa untuk membubarkan perkahwinan sivil di bawah Akta 164 hanya diberikan kepada Mahkamah Sivil.

Oleh yang demikian, Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk membubarkan perkahwinan tersebut dan juga membuat perintah bagi relief sampingan yang lain dan perintah perceraian serta relief sampingan yang lain itu tidak mempunyai kesan dari segi undang-undang. Perkara ini diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Viran a/l Nagapan lawan Deepa a/p Subramaniam. Jadi banyak kes-kes saya rujuk. Jadi saya terangkan kepada Yang Berhormat daripada huraian ini. Itu keadaan sebenarnya. Niat kerajaan dalam pindaan ini adalah untuk memberikan peluang kepada mereka yang memeluk agama Islam untuk pergi ke Mahkamah Sivil. Itu permohonan yang dibuat dalam pindaan ini. Itu sahaja Yang Berhormat. Kalau dikatakan bidang kuasa, kita pun tahu dalam senarai negeri dan senarai persekutuan tentang bidang kuasa agama adalah di bawah kerajaan negeri.

Jadi ini adalah kerana Perlembagaan Persekutuan kita membenarkan dua jenis bidang kuasa dalam negara kita. Bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

Pindaan dalam Akta 164 ini hanya memberikan situasi untuk membenarkan yang beragama Islam pergi balik ke Mahkamah Sivil. Itu sahaja. Saya rujuk kepada Yang Berhormat tadi, Yang Berhormat Kuala Nerus tanya tentang pemakaian subseksyen 46(2) Akta Undang-undang Keluarga Islam. Jadi jawapan yang telah diberi dalam subseksyen 46(2) Akta 303 hanya berkaitan pengesahan status pengesahan perkahwinan sivil seorang mualaf oleh Mahkamah Syariah dan bukan berkaitan dengan kuasa Mahkamah Syariah untuk membubarkan perkahwinan sivil tersebut.

Yang Berhormat Puchong pula tadi timbul soalan tentang sekiranya seorang tidak memilih untuk menyelesaikan perkara-perkara berbangkit di Mahkamah Sivil, undang-undang hanya menyediakan ruang untuk menyelesaikan di Mahkamah Sivil. Ini adalah terpulang kepada individu tersebut.

Yang Berhormat Tanjong Piai tadi tanya tentang memperluaskan seksyen 12 untuk merangkumi perkara berkenaan kebajikan, pendidikan dan agama dan seksyen 12

final • 11:52 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

merupakan peruntukan berkenaan dengan persetujuan untuk berkahwin bagi seorang yang belum genap umur 21 tahun.

final • 11:52 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Peruntukan ini bukan peruntukan berkenaan dengan anak bawah umur 18 tahun. Memperluaskan seksyen ini adalah menyebabkan kecelaruan kepada hasrat seksyen ini. Yang Berhormat juga tanya tentang apakah cadangan kerajaan jika ibu bapa tidak dapat dikesan? Berhubung dengan persetujuan untuk berkahwin seperti mana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, sekiranya ibu atau bapa tidak dapat dikesan, individu yang berumur 18 hingga 21 tahun, kebenaran untuk berkahwin hanya boleh diberikan kepada pemohon melalui perintah mahkamah. Yang Berhormat Parit Buntar pula...

final • 12: AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Puchong bangun, Yang Berhormat. Yang Berhormat Puchong bangun.

final • 12: AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kalau boleh.

final • 12: AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 12: AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya nak berbalik kepada soal itu tadi. Jawapan kata ada pilihan. Jadi, dua soalan yang berbangkit. Kalau beliau tidak mengikut pilihan itu, bagaimanakah ianya menyelesaikan masalah? Itu soalan dia, nombor satu. Nombor dua, adakah undang-undang ini membolehkan seseorang itu dalam bahasa Inggeris, di- compel ataupun dipaksa, diperlukan untuk pergi ke Mahkamah Sivil untuk menghadapi keluarga beliau di Mahkamah Sivil itu? Adakah peruntukan ini membolehkan keadaan sebegitu? Oleh kerana Yang Berhormat Menteri, kalau tidak, maka pindaan ini tidak membawa sebarang kesan. Jadi, itu yang saya hendak minta sedikit pencerahan, kalau boleh.

final • 12: AM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar

[Bangun]

final • 12: AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, boleh?

final • 12: AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sepang bangun, nak bagi?

final • 12: AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Boleh ya? Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menteri, kalau saya boleh beri cadanganlah. Saya rasa kalau kita lihat kepada seksyen 50 dan 51 ini, sama ada yang lama atau yang baru ini, inilah punca masalah kita kerana wording dalam seksyen 51. Bagi saya, walaupun kerajaan dalam pindaan ini nampaknya menambahlah iaitu, ‘(a) - either party may petition for a divorce under this section’. Lepas itu, ‘(b) - both parties may petition…’. Yang ini dulu tak ada, sekarang dah ada. Akan tetapi dengan penggunaan perkataan ‘may’ itu bagi saya, dekat situlah problem kita. Mungkin dah sampai masanya saya rasa kalau digantikan dengan sama ada ‘shall’ atau ‘must’. Bermakna, apabila masuk Islam, mesti salah seorang daripada satu pihak wajib bawa pergi ke Mahkamah Sivil, bubarkan perkahwinan.

Jadi, kalau kita letak ‘may’ ini, memang tak akan selesailah sebab dulu pun ‘may’ juga. Yang itu dulu-dulu kerana apa orang pergi Mahkamah Syariah? Oleh sebab mereka tak boleh pergi Mahkamah Sivil. Sekarang ini, mereka boleh pergi Mahkamah Sivil tetapi kalau mereka tak mahu, pun tak boleh compel juga seperti mana kata Yang Berhormat Puchong. Oleh sebab itu saya rasa dengan ada wording ‘shall’ atau ‘must’ tu, we limit dia punya choice itu. So, apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

final • 12: AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Alor Setar bangun, Yang Berhormat. Nak bagi?

final • 12: AM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar

Yang Berhormat Menteri.

final • 12: AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Alor Setar.

final • 12: AM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat penjelasan. Tadi saya mendengar bahawa seseorang yang memeluk agama Islam mempunyai pilihan untuk pergi sama ada ke Mahkamah Sivil ataupun ke Mahkamah Syariah untuk mendapat satu perintah penceraian. Persoalan saya adalah sekiranya orang yang memeluk agama Islam itu pergi ke Mahkamah Syariah untuk mendapat perintah penceraian dan perintah- perintah sampingan seperti ancillary relief, adakah perintah itu akan mengikat suami yang tidak beragama Islam? Oleh sebab saya difahamkan kalau tidak silap saya, di bawah enakmen undang-undang ini, ia hanya mengikat orang-orang yang beragama Islam dan

final • 12: AM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar

tidak boleh terpakai kepada orang yang bukan Islam. Jadi, adakah perintah-perintah itu akan mengikat orang-orang yang tidak beragama Islam? Minta penjelasan. Terima kasih.

final • 12: AM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan daripada Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Selayang dengan Yang Berhormat Puchong.

final • 12: AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sepang.

final • 12: AM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Oh! Yang Berhormat Sepang. Minta maaf. Sebenarnya, saya dah bercakap daripada tadi. Saya dah baca Yang Berhormat Alor Setar, kepada huraian. Saya menerangkan tentang apa Mahkamah Syariah boleh buat, apa Mahkamah Sivil boleh buat. Jadi, isu sekarang ini, kita kena melihat situasi yang berlaku ialah membubarkan perkahwinan di bawah Akta 164 bagi orang yang memeluk agama Islam. Saya dah sebut benda ini berkali-kali. Yang Berhormat-Yang Berhormat masih mengatakan bahawa ini tidak adanya kewujudan ‘compel’ ataupun ‘shall’ sebagai mandatory requirement. Jadi, jawapan saya, selagilah ada Perkara 121A di bawah Perlembagaan Persekutuan, kewujudan senarai negeri dan senarai Persekutuan yang mana agama di bawah senarai negeri, perkataan ‘compel’ memaksa mandatory tidak boleh wujud sebab Perlembagaan tidak akan membenarkan.

Jadi, apa yang diwujudkan di bawah pindaan ini hanya memberi kepada yang memeluk agama Islam membubarkan perkahwinan di bawah Mahkamah Sivil. Oleh sebab saya sebut tentang kes, dengan izinlah, saya baca keputusan hakim yang saya sebut tadi. Peguam Negara Malaysia, Ketua Polis Negara appellant; dengan Deepa a/p Subramaniam responden ya. Di mana hakim mengatakan *it is clear the Article 121A was introduced not for the purpose of ousting the jurisdiction of the Civil Court.

It was introduced in order to avoid any conflict between the decision of the Syariah Court and the Civil Court which had occurred in number of cases before. In the present case, the conflict arose because the ex-husband had brought his case to the Syariah High Court, but as discussed earlier, the LRA continues to bind the ex-husband despite his conversion to Islam. The Syariah Court has no jurisdiction over the ex- husband’s application to dissolve his civil marriage with the ex-wife, neither has the Syariah Court jurisdiction over custody of the children born from the civil marriage under the LRA.

The Syariah Court has jurisdiction only over matter relating to divorce and custody when it involves a Muslim marriage, solemnized according to the Muslim law.

When one of the parties is a non Muslim, the Syariah Court do not have the jurisdiction over the case even if the subject matter falls within the jurisdiction. It is important for the Civil Court and Syariah Court not to transgress into each other’s jurisdiction. It is also important to note that both the Syariah Court and the Civil Court are creatures of the statute and they owe their existence to the Federal Constitution, the Act of Parliament and the state enactment.

It should be this relevant statute that both courts should look into to determine whether they have jurisdiction or not. As rightly pointed out by Abdul Hamid Muhammad

(FCJ) as he was then and Latifah binti Mat Zin that if laws made by Parliament and the legislature of the state are in strict compliance with the Federal List and the State List, then there should not be any situation where both courts have jurisdiction over the same subject matter.* Jadi, sebenarnya saya dah baca dalam huraian ini. Ini sebenarnya niat kerajaan dalam pindaan ini, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, setakat ini, itu adalah jawapan saya. Saya memegang kepada...

final • 12: AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Menteri, boleh sikit? Sikit sahaja, Yang Berhormat Menteri. Saya rasa ada sedikit kesilapan, minta maaf Menteri ya. Berdasarkan apa yang tadi Menteri jawab, hujah yang Menteri baca itu hujah ke atas Menteri, bukan hujah menyokong Menteri. Oleh sebab dia kata tadi kalau Menteri baca, dia kata ‘Syariah Court under jurisdiction’ kalau ‘the marriage solemnized under Muslim marriage law’. Sekarang ini, Law Reform Act holds the marriage solemnized, dengan izin, under the Law Reform Act.

Makna, daripada awal memang marriage itu di bawah satu akta sivil, bukan Mahkamah Syariah. Tiba-tiba one party masuk Islam, saya rasa *nothing to do with 121A.

We don’t have to worry about 121A.* 121A untuk nak protect masalah lain bukan masalah seperti ini. Jadi bagi saya, dalam hal ini, kita boleh guna perkataan ‘shall’ atau ‘must’ dan tidak akan bercanggah dengan 121A. Saya tak nampak ada masalah. Kalau Menteri

final • 12: AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

luluskan pindaan seperti ini, percayalah dengan saya bahawa masalah akan terus berlaku dan sebenarnya tak selesai masalah. Percayalah, Menteri. Terima kasih.

final • 12: AM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat. Itu pandangan Yang Berhormatlah. Bagi pihak kerajaan, ini adalah keputusan pihak kerajaan. Yang Berhormat Parit Buntar, saya sebut tadi. Yang Berhormat Parit Buntar menanyakan tentang apakah status fatwa yang dikeluarkan oleh mufti? Jadi Ahli Yang Berhormat, fatwa yang disiarkan dalam warta hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam dalam negeri tersebut sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya di sisi agama untuk mematuhinya. Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua mahkamah sebagai autoritatif mengenai semua perkara yang dinyatakan di dalamnya.

Yang Berhormat Kota Bharu menimbulkan isu berkenaan tentang tidak perlu...

final • 12: AM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Menteri.

final • 12: AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Parit Buntar bangun, Yang Berhormat.

final • 12: AM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Yang Berhormat.

final • 12: AM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih. Itu satu jawapan yang baik cuma konteks yang saya cuba bawa tadi ialah apa kena mengenanya dengan kerajaan nak buat satu undang-undang seperti Law Reform Act ini yang bukan sahaja membabitkan kesannya kepada orang Islam tetapi juga kepada non-Muslim. Itu yang saya tanya tadi, apa perkiraan? Adakah semata-mata kerana fatwa itu mempengaruhi kita untuk tidak melanjutkan apa yang perlu dibuat atau apakah kita ada kuasa lain untuk menentukan dengan syarat ia tidak bercanggah dengan prinsip keadilan. Itu soalan asal saya.

final • 12: AM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Yang Berhormat, saya boleh bagi jawapan bertulis dalam aspek fatwa ya. Setakat ini saya tidak dapat jawab.

Saya nak jawab Yang Berhormat Tebrau sebelum pergi kepada Yang Berhormat Kota Bharu iaitu berkenaan dengan tempoh waktu pembelajaran seorang anak diliputi sehingga ke peringkat mana, adakah sehingga peringkat master ataupun PhD.

Sebenarnya pindaan pada seksyen 95 akan membolehkan suatu perintah mengenai maintenance seorang anak diteruskan sehingga anak itu tamat penggajian tinggi. Jadi, dia tidak sebutlah pada level yang mana tetapi ia melihat kepada pembelajaran anak tersebut.

Kemudian, Yang Berhormat Kota Bharu membawa isu berkenaan dengan beberapa prinsiplah dan Yang Berhormat Kota Bharu mencadangkan bahawa sepatutnya ditarik balik rang undang-undang pindaan ini dan diwujudkan satu jawatankuasa.

Saya ingin menyatakan kepada Yang Berhormat, sebenarnya rang undang- undang ini tidak perlu ditangguhkan kerana peruntukan dalam rang undang-undang ini merupakan langkah pertama untuk menyelesaikan kemelut pasangan yang berkahwin dan salah seorangnya memeluk agama Islam. Akan tetapi, saya tidak menafikan tentang situasi yang wujud di bawah seksyen 88A. Saya tidak menafikan. Dan pandangan daripada Jabatan Peguam Negara juga sama.

Saya boleh merekodkan dalam Dewan ini, empat kes yang begitu terang mengatakan tentang isu yang berkenaan dengan conversion iaitu kes Teo Eng Hua against the Kadhi of Pasir Mas, Kelantan; Subashini a/p Rajasingam melawan Saravanan a/l Thangatoray; Haji Raimi bin Abdullah melawan Siti Hasnah Vangarama binti Abdullah; kemudian Pathmanathan Krishnan melawan Indira Gandhi Mutho and others. Saya tidak menafikan. Itu sebabnya kalau kita tengok di bawah pindaan kepada rang undang-undang ini, pada pindaan yang dimasukkan pada bacaan pertama pada Disember 2016, kita mewujudkan seksyen 88A. Kemudian, fasal itu ditarik balik dan rang undang-undang pindaan yang baru dimasukkan. Hari ini kita membahaskan rang undang-undang tersebut di mana fasal-fasal yang telah disebut dan tidak wujudnya seksyen 88A.

Saya sepatutnya— kalau kita tengok, Tuan Yang di-Pertua, saya boleh tidak menjawab di bawah Peraturan Mesyuarat 36(1). Tetapi saya mengambil keputusan untuk menjawab secara rekod dalam Dewan ini bahawa tidak dinafikan dalam isu conversion itu, perlunya dilihat semula yang mana Yang Berhormat Kota Bharu sebut banyak

final • 10: AM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

perbincangan perlu diwujudkan. Ini bukannya perkara main-main sebab stakeholder mesti main peranan. Saya tidak percaya bahawa hanya mewujudkan seksyen 88A akan menyelesaikan kes kemasukan atau conversion agama anak-anak sama ada by one parent or both parent, sebab itu tidak akan menyelesaikan.

Kalau kita tengok di bawah Law Reform Act ya, seksyen 89, orders subject to conditions, kita tahu di bawah seksyen 89(2)(a) mengatakan bahawa mahkamah mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dari segi penceraian— bukan sahaja pendidikan anak tersebut— termasuk juga agama that he or she should brought up.

Maknanya, Tuan Yang di-Pertua, isu custody dengan conversion itu isu yang boleh dilihat sebagai isu yang berbeza. Itu sebabnya seksyen 88A, kalau kita bawa pada hari ini, akan mewujudkan situasi macam kes MACC lah yang mana seksyen 62 diputuskan oleh mahkamah sebagai melanggar Perlembagaan, unconstitutional. Kita tidak boleh mewujudkan situasi di mana mewujudkan seksyen 88A untuk memberikan, seperti kata Yang Berhormat Ipoh Barat, untuk memberikan the comfort, dengan izin, kepada mereka. Kerajaan memahami perkara ini dan itu sebabnya yang mana Yang Berhormat sebut itu, yang mana ada setengah Yang Berhormat mengatakan, perlu perbincangan yang lebih mendalam sebab penyelesaian dari segi conversion of a child itu bukan satu perkara yang mudah dan boleh diselesaikan hanya dengan satu fasal.

Silakan.

final • 10: AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dengan penuh hormat ya pada pandangan Yang Berhormat Menteri tadi. Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa seksyen 88A ditarik balik ataupun rang undang- undang berkaitan ditarik balik dan diganti dengan yang baru kerana kerajaan berpandangan bahawa seksyen 88A is unconstitutional. Persoalan saya, kenapa?

Adakah kerajaan sebelum membuat rang undang-undang sebelum ini— yang pertama itu— tidak membuat kajian ataupun mendapat pandangan perundangan sama ada ia constitutional or not sehingga bawa dulu kemudian ditarik balik? Ini menampakkan bahawa langkah kerajaan tergopoh gapah, tidak teliti. Sepatutnya kerajaan bertanggungjawab dengan perkara ini dan tidaklah jadi macam seksyen 62 of Akta Pencegahan Rasuah 2009.

Jadi, saya mengatakan atas sebab inilah, kerana dibentangkan secara tergesa- gesa inilah, menyebabkan saya masih lagi berpandangan kerajaan masih ada masa dalam masa penggulungan ini untuk mencadangkan perbahasan ini dihentikan bagi kerajaan mencari jalan atau solution yang terbaik iaitu consultation dengan all the stakeholders dalam perkara ini.

final • 10: AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Soalan berkaitan perkara yang sama, kalau boleh Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan soal sama ada ia unconstitutional or not. Saya rasa Yang Berhormat Menteri merujuk kepada Artikel 12(4) di mana perkataan yang menjadi isu itu adalah ‘parent’. Tapi bukankah Yang Berhormat setuju, from the simple reading of the Federal Constitution khususnya Eleventh Schedule, Article 160, di mana di situ dikatakan bahawa perkataan plural shall include singular and vice versa. So, isn’t there solution to it in the Constitution itself, Yang Berhormat Menteri?

final • 10: AM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Yang Berhormat Kota Bharu menimbulkan isu tentang tergopoh-gopoh kerajaan. Saya minta maaflah, Yang Berhormat, tapi saya pun nak beritahu Yang Berhormat bahawa dalam peringkat jawatankuasa pun kadang-kadang kerajaan pun ada menarik balik fasal-fasal yang dicadangkan. Itu sesuatu perkara yang normal.

Tetapi apa yang berlaku dalam perkara ini, pada bulan Disember 2016, pindaan kepada Akta 164 dimasukkan. Kalau kerajaan memikirkan imej kerajaan kononnya tergopoh-gopoh, elok Akta 164 ini terus ditarik, tidak payah kita bahas malam ini. Tidak payah kita baca fasal-fasal untuk membantu mereka yang mewujudkan masalah dalam keluarga mereka. Kita biarkan, tarik balik semua dan jangan kita sebut, jangan kita selesai sehingga kita dapatkan penyelesaian yang sebenarnya.

Tetapi kita perlu mengingati bahawa negara kita masyarakat majmuk pelbagai agama, pelbagai bangsa. Ini bukan hanya isu Islam. Ini isu keluarga daripada bukan Islam kepada Islam satu pihak, anak— banyak pelbagai yang diwujudkan di dalam cadangan kepada rang undang-undang ini. Akta 164 ini bukan hanya wujud kepada isu conversion. Dan tidak bererti bila kerajaan menarik balik dan memasukkan fasal-fasal yang lain bererti bahawa kerajaan seolah-olahnya gagal untuk memikirkan. Tetapi kerajaan, dengan izin...

final • 10: AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

[Bangun]

final • 10: AM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Yang Berhormat Kota Bharu, biar saya habis. Kerajaan mesti mematuhi pandangan daripada Pejabat Peguam Negara. Peguam Negara mengatakan berkali-kali bahawa seksyen 88A adalah unconstitutional. Saya nak sebut lagi satu poin, Yang Berhormat ya. Tidak bererti this is the end of the story. Saya dengar daripada semua Yang Berhormat dan saya akan sebut kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri iaitu Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang ini, Kementerian Dalam Negeri, bahawa perlunya dilihat dalam keadaan yang lebih mendalam dalam perkara ini bukan saja mengatakan bila kita membuat kepada pindaan ini, kita selesai isu tentang 88A, contohnya. Tidak. Kita boleh melihat kepada permulaan kepada satu langkah untuk menerima hakikat bahawa penyelesaian kepada keluarga tersebut.

Saya yakin dan saya pasti Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku menteri yang bertanggungjawab boleh mendengar dan pembacaan daripada Hansard cadangan-cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat supaya perkara ini dapat kita lihat sebagai long term strategy. Tapi setakat ini, fasal-fasal ini kita wujudkan hari supaya kita selesaikan isu-isu— dan hari ini dalam fasal ini, Yang Berhormat, bukan saja isu penceraian tetapi juga kepada isu anak di bawah 18 hingga 21 tahun untuk berkahwin, juga isu tentang pembahagian harta dan sebagainya. Silakan Yang Berhormat.

final • 10: AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sekali lagi menyatakan dengan penuh hormat kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kerajaan, dan Yang Berhormat Menteri sendiri pun seolah-olah mengakui, ada seksyen 88A pun tidak boleh selesai, tidak ada seksyen 88A pun tidak boleh selesai juga, hanya sekadar you get the ball rolling sahaja.

Saya ingin bertanya, kenapa tidak di peringkat ini— pihak rakan-rakan saya yang mewakili bukan Islam pun nak supaya adakan perbincangan yang lebih luas lagi.

Kami pun perlukan begitu. Saya nak beritahu for the record, saya melihat kawan-kawan saya di sebelah sana sendiri pun sudah menjadi serba salah sekarang ini, serba salah.

Hendak sokong tidak kena, tidak sokong kerana bill kerajaan. So, why not for the betterment of everyone, semua dalam masyarakat kita, kita fikir balik perkara ini.

final • 10: AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kalau sudah lulus, tidak boleh selesai, what is the use? Apa gunanya? Itu pandangan saya. Terima kasih.

final • 8: PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya campur sedikit. Saya tidak sependapat dengan Yang Berhormat Kota Bharu. Sebenarnya 88A, will go a long way to settle the rattling matters in this country. A long way and law is not carved in the stone, Yang Berhormat. It is a moving instrument. Sebenarnya Yang Berhormat, ada dua tiga faktor yang perlu diberi jawapan selain dari pandangan yang tidak sama dengan Yang Berhormat Kota Bharu mengenai 88A adalah bahawa pada tahun 2009, bila kerajaan membuat keputusan itu, it is constitutional. Otherwise, the AG at that time would not have said it is constitutional. Nombor satu.

Nombor dua, perkara itu ditarik balik sekarang, bukan semua. This is not unconstitutional. Saya difahamkan kerana ada tentangan dalam Barisan Nasional sendiri di mana ada beberapa Ahli Parlimen tidak setuju dengan 88A. Adakah itu benar dalam keadaan ini?

final • 8: PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Yang Berhormat Kota Bharu, saya hendak respond macam mana, itu pandangan Yang Berhormat. Yang Berhormat berhak mempunyai pandangan. Ini adalah pandangan kerajaan. Kita melepaskan kepada fasal- fasal. Kepada Yang Berhormat Ipoh Barat, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Barat sebab Yang Berhormat Ipoh Barat sentiasa peka kepada isu ini. Akan tetapi setakat ini, kerajaan masih berpegang kepada prinsip bahawa memerlukan bahawa fasal 88A ini boleh dirujuk kembali apabila adanya dua faktor.

Pertama, sama ada pindaan kepada Perlembagaan. Kedua, sama ada ada keputusan kes mahkamah dan saya dimaklumkan bahawa kes anak guam Yang Berhormat telah pergi ke Federal Court dan menunggu keputusan daripada bulan November atau Oktober 2016. Menunggu keputusan kepada kes rayuan yang berlaku hari ini dan kemungkinan kalau mahkamah tertinggi membuat keputusan tersebut, mungkin isu ini boleh dirujuk kembali dan dibawa kepada persidangan Parlimen yang akan datang kepada pindaan tersebut. Setakat ini, itu sahaja dua cara yang saya dapat lihat. Akan tetapi selain daripada itu Yang Berhormat, setakat ini bagi pihak kerajaan, sampai perkara tersebut berlaku, masih tangan kami terikat dalam fasal 88A.

final • 8: PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Jadi Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, saya rasa setakat ini sahaja jawapan saya. Saya berterima kasih kepada semua Yang Berhormat. Disebabkan oleh fasal-fasal semuanya, Yang Berhormat banyaknya bersetuju dan saya harap daripada pindaan ini, kita dapat mewujudkan satu kewujudan bagi pihak kerajaan untuk mengambil maklum semua cadangan dan saranan dan saya berharap daripada cadangan-cadangan Yang Berhormat tentang kewujudan, mungkin kokus atau jawatankuasa pun akan saya sampaikan kepada kementerian dan Menteri yang berkenaan supaya dapat dirujuk kembali terutama sekali dalam isu conversion oleh anak-anak tersebut.

Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih. Wabillahi taufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 8: PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan]

final • 8: PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Boleh minta belah bahagikah?

final • 8: PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Apa dia, Yang Berhormat?

final • 8: PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Minta belah bahagi. Atau tidak boleh?

final • 8: PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ada 15 orang? Ada 15 orang bangun? Setiausaha, kira.

Tidak cukup 15 orang, Yang Berhormat.

final • 8: PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Terima kasih.

Diwartakan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

final • 8: PM

Fasal-fasal 1 hingga 8 – Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat, tidak melebihi sepuluh minit, Yang Berhormat pada peringkat Jawatankuasa.

final • 8: PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Untuk satu fasalkah atau untuk semua fasal?

final • 12:24 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

1 hingga 8.

final • 12:24 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Sepuluh minit untuk satu-satu fasal. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak merujuk kepada klausa 2 iaitu di mana perkataan “from having exclusive jurisdiction over the dissolution of a marriage and all matters incidental thereto including”. Adakah ini bermakna bahawa kes sivil akan mengadakan seperti jawapan sebelum ini? Saya tanya soalan ini kerana di beberapa kes yang saya buat di mahkamah, mahkamah mengatakan bahawa “There is no exclusive jurisdiction for the Civil Court”. Adakah dengan ini bermakna dengan jelas bahawa Civil Court once and for all will have exclusive jurisdiction dalam kes di mana perkahwinan dibuat secara sivil? It was contracted under civil law marriage, maka ia perlu diputuskan di Mahkamah Sivil. Itu nombor satu.

Nombor dua adalah mengenai retrospectiveness dalam kes ini. Nombor 8. Saya berterima kasih kepada pihak berkenaan yang have got the feeling for the ordinary people

final • 12:24 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

kerana ramai di antara mereka yang terikat. Soalan saya mengenai perkara ini adalah adakah ia akan memudahkan? Soalan saya, adakah ia akan memudahkan kepada pihak- pihak untuk membuat tuntutan untuk mengatasi masalah yang rumit yang mana kes-kes yang sedia ada atau telah diputuskan di mahkamah? Terima kasih.

final • 12:24 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 12:24 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri mengenai fasal 8. Fasal 8 ini adalah berkaitan dengan peralihan ataupun kuat kuasa akta ini. Retrospectively, secara berkuat kuasa ke belakang. Saya melihat bahawa adalah satu yang agak pelik jika sekiranya akta ini berkuat kuasa ke belakang kerana bukan sahaja kes-kes yang telah mula dan belum selesai, yang terikat dengan akta ini mengikut fasal 8, sebaliknya adakah ini bermakna kes-kes yang telah diputuskan sebelum ini? Sebelum berkuat kuasa akta ini telah diputuskan tetapi ada permohonan- permohonan yang berkaitan misalnya persoalan mengenai nafkah dan sebagainya yang diputuskan sebelum ini tetapi ada permohonan baru. Adakah permohonan seumpama itu terikat dengan akta ini ataupun terikat dengan sebelum pindaan? Terima kasih.

final • 12:26 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sepang.

final • 12:26 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya hanya ingin membincangkan fasal 4 yang berkaitan dengan seksyen 51. Kalau kita lihat seksyen 51 ini, memang ada pindaan yang hendak dicadangkan tetapi sebenarnya saya punya pandangan, dia tidak akan menyelesaikan masalah. Itu yang pertama.

Kedua, Yang Berhormat Menteri, saya percaya bahawa selama ini segala masalah yang berlaku berlangsung daripada akta ini ialah berkaitan dengan seksyen 51 ini di mana apabila dulu mana-mana pihak tidak dibenarkan untuk– khususnya orang yang pihak masuk Islam dibenarkan memfailkan penceraian di Mahkamah Sivil, akhirnya mereka terpaksa pergi ke Mahkamah Syariah dan di sana mereka mendapatkan perintah penceraian tetapi perintah itu tidak mengikat pihak yang bukan Islam. Di samping itu, mereka juga mendapatkan perintah yang dipanggil ancillary relief ataupun perintah- perintah sampingan seperti penjagaan anak termasuk perintah conversion anak yang mengakibatkan akhirnya anak itu dibawa lari dan sebagainya.

Jadi kerana masalah seksyen 51 itu, dia ibaratnya beranak kepada masalah- masalah lain. Dia mengembangkan masalah-masalah lain. Jadi bagi saya, seksyen 51 ini adalah ibarat root of the problems. Dia adalah akar kepada problem itu. Jadi kerajaan nampaknya memang dalam pindaan ini cuba hendak selesaikan dengan tackle isu seksyen 51 ini tetapi apabila kita lihat kepada ayat yang ada dalam seksyen 51. Dengan izin saya bacakan, “Where one party to a marriage has converted to Islam – (a) either party may petition for a divorce under this section or section 53”. Saya percaya apabila kita letak “either party may petition for a divorce”, maknanya katakanlah ‘either party’ itu adalah pihak yang masuk Islam. Dia kata ayat ini dia pergi jumpa lawyer. Dia kata, “Adakah saya wajib untuk pergi ke Mahkamah Sivil?”.

final • 12:27 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya percaya, kalau lawyer-lawyer yang Islam, dia akan cakap, “Berdasarkan ayat ini, you tidak wajib. You boleh pergi Mahkamah Syariah” sebab dia kata, ‘may petition’. Makna, it’s not mandatory for you to file petition. Saya percaya apabila seorang Islam dapat pula nasihat daripada peguam Islam, mereka pasti akan nasihat supaya pergi Mahkamah Syariah dan dia akan kata orang itu, we come back to the square one, dengan izin, kita kembali kepada masalah yang lama.

Keduanya kerajaan kata, “Both party may petition for a divorce under Section 52”, joint petitionlah, itu kalau ada persetujuan kedua-dua pihak. Masalahnya kalau yang pihak Islam tidak mahu, macam mana mereka hendak failkan joint petition? Jadi saya percaya bahawa walaupun kerajaan mungkin ada niat untuk menyelesaikan masalah terhadap seksyen 51 ini tetapi dengan ayat-ayat yang digunakan dalam seksyen 51 ini, saya percaya ia tidak akan mendatangkan satu masalah yang tuntas.

Saya percaya masalah ini akan terus berlaku. Jadi saya percaya ini adalah sekadar ‘window dressing’, minta maaf Menteri. Saya percaya kita akan menghadapi

final • 6: PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

masalah dan kita mungkin akan pergi balik ke Parlimen ini dan mungkin akan sampai pukul 2 atau 3 pagi lagi untuk bincang benda yang sama juga. Jadi saya rasa baiklah kita selesaikan once and for all, jangan buat macam inilah, aniaya kita, aniaya kepada pihak- pihak, kita pun aniaya juga terpaksa tunggu sampai pukul 2, 3 pagi ini. Jadi Menteri, saya harap dapat selesaikan masalah ini. Sekian, terima kasih.

final • 6: PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya nak merujuk kepada fasal 7 yang bertujuan untuk meminda seksyen 95 [Akta 164] untuk melanjutkan tempoh perintah nafkah jika seorang anak mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi. Saya hendak ucap tahniah dan syabas kepada kerajaan kerana buat pindaan terhadap seksyen 95 ini untuk melanjutkan tempoh perintah nafkah. Ini adalah sebabnya saya rasa saya tidak setujulah untuk tarik balik rang undang-undang ini tetapi saya di sini hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah mekanisme yang dicadangkan untuk memastikan bahawa selepas mahkamah memberi satu perintah nafkah, ibu ataupun bapa yang diperintah untuk membayar nafkah ini memanglah mengikut perintah mahkamah untuk membayar nafkah ini mengikut jadual masa.

Saya rasa sekarang kita memang tidak ada apa-apa mekanisme untuk memastikan orang tersebut untuk membayar nafkah. Ibu yang di mana kalau suami atau bekas suami mereka tidak bayar nafkah untuk anak-anak tersebut, mereka perlulah pergi ke mahkamah untuk mendapat satu perintah committal untuk memenjarakan bekas suami mereka, barulah mungkin dengan cara itu boleh memaksa bekas suami itu untuk bayar nafkah.

Akan tetapi kita semua tahu pergi ke mahkamah itu perlu pertama, perlu duit, perlu masa dan itu adalah satu beban yang cukup besar. Saya rasa bukan semua ibu tunggal ataupun ayah tunggal yang mampu untuk melantik seorang peguam untuk membawa kes ini pergi ke mahkamah. Di kawasan saya, saya hendak sebut bahawa...

final • 12:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat bangun Yang Berhormat.

final • 12:31 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Sedikit penjelasan. Yang Berhormat, kalau saya tidak salah, kerajaan ada memberi guarantee bahawa akan mengambil alih situasi di mana jika tidak ada pembayaran dibuat mengenai nafkah, kerajaan akan usaha untuk menyelesaikan ataupun membayarnya. Jadi saya hendak tanya adakah Yang Berhormat setuju bahawa sehingga ini perkara ini tidak diberi keseriusan oleh kerajaan dan tindakan perlu diambil untuk mengatasi masalah di mana suami-suami atau pihak lain gagal membayar nafkah-nafkah?

final • 12:31 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Ya, jadi sebab itulah saya hendak bangkitkan isu ini kerana saya rasa ini adalah satu situasi, satu masalah yang memang kita perlu bantuan daripada pihak kerajaan untuk mengatasi isu ini.

final • 12:31 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat.

final • 12:31 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Ya.

final • 12:31 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat, saya perlu pandangan daripada Menteri tentang isu ini sebab bercerita atau berbicara tentang nafkah, saya rasa Mahkamah Sivil dengan Mahkamah Syariah mempunyai bantuan yang berbeza. Kalau tidak silap saya, di Mahkamah Syariah ada satu agensi yang sedang menyelaraskan isu-isu nafkah di mana kalau salah seorang isteri atau suami yang tidak membayar nafkah, agensi ini akan membayar dan agensi ini akan menyaman suami atau isteri yang tidak membayar, bermaksud dari sudut suami isteri itu tidak ada masalah, nafkah itu akan dibayar. Ini berlaku di Mahkamah Syariah ataupun kes-kes yang dirujuk di Mahkamah Syariah. Akan tetapi Mahkamah Sivil, isu nafkah ini tidak melibatkan apa- apa agensi, maka salah seorang pasangan suami atau isteri menjadi mangsa dalam kedudukan ini.

Bolehkah kita selaraskan jika benar, kalau Mahkamah Syariah dan memang untuk orang-orang Islam mempunyai agensi untuk membantu situasi sedemikian, kalau itu adalah benar, boleh atau tidak kita selaraskan benda yang sama untuk Mahkamah Sivil? Pandangan Yang Berhormat, terima kasih.

final • 12:31 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Saya amat setuju dengan pandangan Ahli Yang Berhormat Kapar. Jadi memang saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri atas isu ini kerana saya pernah membantu seorang pengundi di kawasan Parlimen Kulai untuk menyaman bekas suaminya untuk mendapat nafkah.

final • 12:31 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Saya perlu declare di sini, ini kes pembunuh juga. Sebenarnya bekas suaminya memang mampu untuk bayar kerana apabila bailiff daripada mahkamah, daripada anggota- anggota polis pergi mencari hendak menangkap bekas suami tersebut untuk masuk penjara, dia on the spot bayar. Nafkah yang dia hutang adalah lebih kurang RM12,000, dia bayar on the spot. Pergi ke bank, terus beli bank draf dan dia buat, selesai nafkah itu on the spot sahaja.

Jadi pengundi saya dapat cek, dia cukup gembira. Akan tetapi ini tidak selesaikan isu ini kerana isu ini akan berulang. Sekarang bekas suami itu enggan untuk buat bayaran lagi. Jadi adakah ini bermaksud bahawa isteri tersebut perlu pergi ke mahkamah untuk dapat satu lagi perintah committal untuk memenjarakan bekas suami tersebut? Jadi saya rasa kita perlu ada satu institusi, satu agensi yang seperti tadi disebut oleh Yang Berhormat Kapar untuk membantu semua ibu tunggal ataupun ayah tunggal ini untuk memastikan bahawa bekas pasangan mereka buat bayaran nafkah mengikut masa.

final • 12:31 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat, saya hendak tambah sedikit. Bantuan itu dikenali di Mahkamah Syariah dikenali sebagai bantuan sokongan keluarga (BSK) untuk rujukan Menteri. Terima kasih.

final • 12:31 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Ya, jadi mungkin nanti Yang Berhormat Menteri boleh kongsilah bagaimana agensi ini membantu kes-kes yang dirujuk di Mahkamah Syariah. Saya haraplah bahawa jabatan yang sama boleh diwujudkan untuk mereka yang pergi ke Mahkamah Sivil. Sekian sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Bukit Katil, selepas itu Menteri jawab.

final • 12:31 PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak bangkitkan fasal 4(1)(a) – salah satu pihak boleh memfailkan petisyen untuk perceraian di bawah seksyen ini atau seksyen 53.

Seperti mana yang kita bangkitkan di awal tadi bahawa dengan meraikan dengan adanya peruntukan di peringkat Akta 303 dan juga enakmen peringkat negeri tentang isu ini, maka saya mencadangkan supaya ditambah di situ dengan syarat pihak yang masuk Islam telah membuat permohonan perkahwinan di Mahkamah Syariah.

Maknanya bawa keputusan Mahkamah Syariah, bawa pula ke Mahkamah Sivil untuk dibubarkan di peringkat Mahkamah Sivil, maknanya kita gabungkan dua keadaan. Itu yang saya cadangkan supaya dibaca secara bersama Akta 164 dengan Akta 303 sebagai contoh.

Kedua, fasal 5 tentang harta suami isteri. Saya sebut di awal tadi bila melibatkan harta suami isteri, kemudian berlaku kematian, maka orang Islam terikat dengan hukum faraid. Bila mana hukum faraid itu wujud, maka antara yang terlibat dalam hukum faraid bukan hanya pihak yang disenaraikan dalam (3) iaitu merujuk kepada pasangan, anak- anak dan juga ibu bapa sahaja tetapi dalam peruntukan Islam, sekiranya tidak ada ibu dan bapa, tidak ada anak, maka adik-beradik boleh mewarisi harta. Di situlah saya mencadangkan kepada Menteri supaya ditambah pada hujung perkataan ‘setelah meninggal dunia’ ditambah dengan perkataan ‘dan pihak berkepentingan menurut hukum syarak’. Itu pandangan saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:38 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bangkitkan dua sahaja perkara ringkas fasal 5 dan fasal 6 seperti yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus sebentar tadi.

final • 12:39 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Dalam fasal 5 ini dinyatakan bahawa suatu keadaan mereka yang masuk Islam itu dia meninggal sebelum perkahwinan bukan Islam dibubarkan. Jadi akan timbul isu faraid dan kemudiannya pusaka. Kita tahu bahawa dari segi konteks agama Islam, harta pusaka ini tidak boleh diwarisi. Jadi saya ingat Yang Berhormat Menteri Jerai pun boleh jelaskan pendirian ini. Ini tentunya menimbulkan masalah, how to resolve this conflict, dengan izin. Begitu juga dengan fasal 6. Saya fikir fasal 6 ini kita bercakap tentang harta sepencarian dan sebagainya.

final • 4: PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Jadi kalau katakan rumah di– meninggal pula sebelum perkahwinan itu dibubarkan, jadi again, 50 peratus itu katalah sumbangan 50 peratus itu akan terdedah kepada faraid dan sebagainya.

final • 4: PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Yang Berhormat Bukit Katil, sikit tambahan boleh?

final • 4: PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Silakan.

final • 4: PM

Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Dalam isu yang sama tadi, pertama dia akan timbul isu harta sepencarian dulu, maknanya harta yang ada. Pertama mesti diselesaikan apa harta sepencarian antara suami atau isteri yang telah meninggal dunia ketika mereka masih lagi hidup, ketika belum dibubarkan oleh perkahwinan. Kemudian baki harta sepencarian itulah dia akan mula tertakluk kepada hukum pusaka. Di situlah yang saya cadangkan bahawa pusaka itulah mesti dimasukkan pihak berkepentingan menurut hukum syarak. Terima kasih. Minta respons.

final • 4: PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat Kuala Nerus saya jadikan pandangan tersebut sebahagian daripada ucapan saya dan mohon penjelasan Menteri. Jadi saya fikir ini isu-isu berbangkit di kemudian hari yang tentunya akan menyebabkan kedua-dua pihak timbul masalah kerana tidak dijelaskan secara rinci, secara detil dalam pindaan ini. Terima kasih.

final • 4: PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 4: PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada fasal-fasal yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, fasal 2, Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Kulai dan Yang Berhormat Kuala Nerus ya.

Bagi Yang Berhormat Ipoh Barat dan juga Yang Berhormat Kota Baharu, isu fasal peralihan undur ke belakang terpakai kepada semua kes. Fasal peralihan ini hanya terpakai kepada tindakan ataupun prosiding yang bermula atau belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa akta ini. Peruntukan baru akan terpakai kepada tindakan atau prosiding yang bermula atau yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa akta ini.

Yang Berhormat Sepang tanya tentang isu berkenaan dengan perkataan ‘may’ dalam seksyen 51. Isu ‘may’ dalam seksyen 51 bertujuan untuk memberi ruang pada pihak yang beragama Islam untuk memfailkan pembubaran perkahwinan di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah memandangkan perkara hal ehwal agama Islam adalah bidang kuasa negeri. Ia turut terpakai kepada seorang mualaf.

Yang Berhormat daripada Kulai menyebut tentang isu nafkah. Saya merujuk kepada akta ibu di mana seksyen 93, 94, 95, 96, 97 dan 98, merujuk kepada pembayaran nafkah. Berkenaan dengan cadangan yang disebut oleh Yang Berhormat untuk mewujudkan satu badan untuk memberikan bantuan kepada pembayaran, akan saya maklumkan kepada kementerian yang berkenaan.

Berkenaan dengan fasal yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Barat berkenaan dengan adakah Mahkamah Sivil mempunyai kuasa eksklusif? Jawapannya ya, Mahkamah Sivil mempunyai kuasa eksklusif. Itu sahaja jawapan saya Tuan Pengerusi.

[****Fasal-fasal 1 hingga 8** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] *[Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (Datuk Ir. Dr.

Haji Hamim bin Samuri) dan diluluskan]*

final • 12:41 PM
RANG UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN JENAYAH (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 dibacakan kali kedua sekarang. Tuan Yang di- Pertua, Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297) merupakan satu akta yang digubal untuk mengadakan pencegahan jenayah yang lebih berkesan lebih di Malaysia dan bagi mengawal penjenayah, anggota kongsi gelap, pengganas dan mana-mana orang yang tidak diingini serta apa-apa perkara yang bersampingan dengannya.

Akta ini telah pun melalui beberapa proses pindaan di mana pindaan terkini dibuat menerusi Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2014, (Akta A1459) yang berkuat kuasa pada 2 April 2014 dan juga Akta Pencegahan Jenayah

(Pindaan) 2015, (Akta A1484) yang berkuat kuasa pada 1 September 2015. Di dalam pindaan sebelum ini terdapat beberapa elemen penting yang diperkenalkan iaitu:

(i) mengadakan peruntukan berkenaan pemakaian dan tatacara pemasangan peranti pengawasan elektronik atau electronic monitoring device dengan izin, ke atas orang yang direman dalam jagaan yang dilepaskan sementara menunggu enquiry;

(ii) penubuhan Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) yang mengambil alih kuasa eksekutif Menteri Dalam Negeri; dan

(iii) peruntukan berkenaan perintah tahanan oleh LPJ.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan rekod, Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2014, (Akta A1459) ini dikuatkuasakan pada 1 April 2014 sehingga 15 Julai 2017. Seramai 3,473 orang telah pun ditangkap oleh pihak polis dengan 753 orang daripadanya telah dikenakan perintah tahanan.

Seterusnya 1,768 orang dikenakan perintah pengawasan polis. Daripada jumlah tersebut, 577 telah dibebaskan dan baki 375 masih lagi dalam kajian Lembaga Pencegahan Jenayah. Di sini jelas bahawa Lembaga yang dilantik telah menjalankan tugas mereka dengan telus, dengan meneliti fail kes yang diterima oleh mereka dan bukannya secara sesuka hati mengeluarkan perintah tahanan mahupun perintah pengawasan polis.

Melalui pengenalan EMD pula, seramai 1,615 orang telah dipakaikan dengan peranti berkenaan. Walaupun pemakaian peranti pengawasan elektronik ini bertujuan untuk memantau pergerakan dan mendisiplinkan mereka, namun masih terdapat pelanggaran syarat di mana seramai 109 orang telah melakukan kesalahan langgar syarat pemakaian EMD berkenaan. Antara kesalahan-kesalahan yang dilakukan adalah:

(i) tidak mengecas bateri peranti pengawasan elektronik;

(ii) lari bersama peranti pengawasan elektronik;

(iii) merosakkan peranti pengawasan elektronik berkenaan;

(iv) menanggalkan peranti pengawasan elektronik dengan apa cara sekali pun; dan

(v) menghilangkan peranti pengawasan elektronik yang telah dirosakkan atau ditanggalkan.

final • 12:46 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Setelah tiga tahun penubuhan Lembaga Pencegahan Jenayah iaitu sejak ia diperkenalkan melalui pindaan pada tahun 2014, banyak pengalaman yang telah dihadapi oleh Lembaga dalam menjalankan tugas seharian mereka. Sehubungan itu, Lembaga sendiri telah mengemukakan cadangan pindaan kepada kementerian bagi menambah baik akta yang sedia ada untuk memudahkan pengurusan kerja mereka.

Berdasarkan cadangan daripada lembaga berkenaan, kementerian telah membuat beberapa siri perbincangan yang turut melibatkan agensi di bawah kementerian serta Jabatan Peguam Negara.

Hasil daripada siri-siri perbincangan tersebut, telah menghasilkan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 ini yang mengandungi 16 fasal

final • 2: PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

sebagaimana yang dicadangkan di dalam Dewan yang mulia ini yang mana ia akan mempercepatkan lagi proses pembuatan keputusan oleh lembaga. Bukan kementerian ya. Elemen-elemen utama dalam rang undang-undang ini memperuntukkan seperti berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukkan tentang permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 4A ke dalam Akta 297 bagi mengehendaki pengemukaan laporan lengkap penyiasatan orang yang ditahan di bawah subseksyen 3(1). Laporan lengkap itu hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Inkuiri dan Lembaga dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan- peraturan.

Fasal 3 bertujuan untuk memotong seksyen 6 Akta 297. Dengan pemotongan seksyen 6 ini, seseorang yang direman di bawah seksyen 4 dibawa ke hadapan Pegawai Inkuiri hanya bagi maksud penyiasatan di bawah seksyen 9.

Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 7A Akta 297. Subfasal 4(a) dan (b), bertujuan untuk meminda subseksyen 7A(2) dan (5) Akta 297 bagi memperjelaskan bahawa terma dan syarat bagi peranti pengawasan elektronik yang perlu diterangkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen merujuk kepada terma dan syarat yang ditetapkan dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga Akta 297.

Subfasal 4(c) bertujuan untuk menggantikan subseksyen 7A(7) Akta 297 bagi memasukkan sebagai satu kesalahan perbuatan merosakkan dan menghilangkan peranti pengawasan elektronik dan apa-apa peranti lain yang digunakan berhubung dengan pengendalian peranti pengawasan elektronik itu. Pindaan ini juga akan memberikan kuasa kepada mahkamah untuk mengenakan tempoh pemenjaraan ke atas seseorang yang gagal membayar kerugian atau kehilangan peranti pengawasan elektronik dan apa-apa peranti lain yang digunakan berhubung dengan pengendalian peranti pengawasan elektronik itu.

Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 7B Akta 297 bagi membolehkan anggota Lembaga dilantik semula bagi apa-apa tempoh. Sebelum pindaan, anggota Lembaga hanya boleh dilantik semula hanya sekali bagi tempoh tiga tahun lagi.

Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 9 Akta 297 yang berbangkit daripada pemotongan seksyen 6 Akta 297.

Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 10 Akta 297. Subfasal 7(a) bertujuan untuk meminda subseksyen 10(1) dan (2) Akta 297 bagi meniadakan kehendak bagi serahan dapatan oleh Pegawai Inkuiri kepada orang yang merupakan subjek suatu siasatan. Ketiadaan kehendak ini selaras dengan peruntukkan pencegahan yang lain seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 [Akta 316] dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 [Akta 769]. Subfasal 7(b), bertujuan untuk memotong subseksyen 10(3) dan (4) Akta 297 yang berbangkit daripada kemasukan seksyen baharu 10A ke dalam Akta 297.

Fasal 8 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 10A ke dalam Akta 297 yang memperkatakan peruntukkan baharu berhubung dengan keputusan Lembaga.

Pada masa ini, seksyen 11 Akta 297 memperuntukkan bahawa Lembaga boleh mengkaji semula dapatan seseorang Pegawai Inkuiri atau mengkaji semual keputusan Lembaga bahawa terdapat alasan munasabah untuk mempercayai bahawa orang yang merupakan subjek suatu siasatan ialah anggota mana-mana kategori yang boleh didaftarkan.

Melalui seksyen 10A yang dicadangkan ini, Lembaga mempunyai kuasa untuk mempertimbangkan dan memutuskan semula dapatan oleh Pegawai Inkuiri. Ketiadaan peruntukkan kajian semula juga akan mengakibatkan ketiadaan peranan pegawai undang-undang dalam menasihati Lembaga apabila permohonan bagi kajian semula dibuat di bawah seksyen 11 Akta 297.

Fasal 9 bertujuan untuk memotong seksyen 11 Akta 297 yang telah digantikan dengan kemasukan seksyen 10A baharu dalam fasal 8.

Fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 12 Akta 297 yang berbangkit daripada pindaan seksyen 10 dan pemotongan seksyen 11. Melalui pindaan ini Pendaftar hanya akan mendaftarkan nama seseorang dalam Daftar, selepas Lembaga memutuskan bahawa orang itu adalah anggota mana-mana kategori yang boleh didaftarkan.

Fasal 11 bertujuan untuk menomborkan semula seksyen 15A Akta 297 sedia ada sebagai seksyen 15B dan untuk memasukkan seksyen 15A yang baharu sebelum

final • 2: PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

seksyen 15B yang dinomborkan semula itu. Seksyen 15A yang baharu ini memperuntukkan tatacara khas yang berhubung dengan peranti pengawasan elektronik melalui perintah Lembaga yang dibuat di bawah perenggan 15(2)(l).

Polis hendaklah menerangkan terma dan syarat peranti pengawasan elektronik kepada orang yang didaftarkan sebagaimana yang ditetapkan dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Keempat yang baharu. Mana-mana orang yang mengganggu, merosakkan, memusnahkan atau menghilangkan peranti pengawasan elektronik dan apa-apa peranti lain yang digunakan berhubung dengan pengendalian peranti pengawasan elektronik melakukan kesalahan dan mahkamah boleh mengenakan tempoh pemenjaraan ke atas seseorang yang gagal membayar kerugian atau kehilangan peranti pengawasan elektronik dan apa-apa peranti lain yang digunakan berhubung dengan pengendalian peranti pengawasan elektronik.

Fasal 12 bertujuan untuk meminda seksyen 19A Akta 297. Subfasal 12(a), bertujuan untuk meminda subseksyen 19A(1) Akta 297 berbangkit daripada pemotongan seksyen 11. Subfasal 12(b), bertujuan untuk memotong seksyen 19A(2) Akta 297 kerana peruntukkan mengenai kajian semula oleh Mahkamah Tinggi telah dijelaskan dalam perenggan baharu 15A(2)(ba). Perenggan 15A(2)(ba), memperuntukkan bahawa kajian semula kehakiman termasuk prosiding yang dimulakan melalui writ habeas corpus.

final • 2: PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Fasal 13 bertujuan untuk meminda subperenggan 19B(a)(i) Akta 297 bagi memperuntukkan bahawa perintah tahanan yang dibuat di bawah subseksyen 19A(3) terhadap seseorang tidak menjadi tidak sah atau tidak berkuat kuasa atas alasan bahawa sebaik selepas perintah tahanan itu dibuat, orang itu ditahan di suatu tempat selain tempat yang dinyatakan dalam perintah tahanan itu.

Fasal 14 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 19H ke dalam Akta 297 untuk memberikan kuasa nyata kepada Lembaga untuk membatalkan perintah pengawasan, perintah tahanan, penggantungan perintah tahanan atau arahan bagi pelanjutan perintah itu.

Fasal 15 bertujuan untuk meminda perenggan 21(3)(a) Akta 297 yang berbangkit daripada pemotongan subseksyen 10(3) dalam subfasal 7(b), kemasukan seksyen baharu 10A dalam fasal 8 dan pemotongan seksyen 11 dalam fasal 9 yang dengannya seseorang yang direman tidak lagi dilepaskan di bawah seksyen 10 atau 11 tetapi di bawah seksyen baharu 10A.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Mesyuarat****] Fasal 16 bertujuan untuk memasukkan Jadual Keempat baharu ke dalam Akta 297 yang berbangkit daripada kemasukan seksyen baharu 15A. Jadual Keempat baharu mengandungi borang yang perlu ditandatangani oleh orang yang diperintahkan oleh Lembaga untuk dipasang dengan suatu peranti pengawasan elektronik. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan

final • 10:0 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 10:0 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Saya menyokong.

final • 10:0 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah bahawa rang undang-undang bernama satu akta untuk meminda Akta Pencegahan Jenayah 1959 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ramai yang minat? Saya limit kan masa 15 minit seorang. Saya hendak dengar daripada Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 10:0 AM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya cuma sedikit untuk bincangkan perkara yang kita hendak sebutkan pada malam ini pada pagi ini lah kira hebat Parlimen dunia ini. Bincangkan perkara yang kita hendak sebutkan pada malam ini iaitu pada pagi inilah kira hebat.

[Disampuk] Siang-siang tidak boleh bercakap, malam-malam baru boleh.

Cuma sini saya hendak menyebut sedikit, hendak bertanya berkenaan yang melibatkan

final • 10:3 AM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Siti Noor Aishah iaitu yang berumur 29 tahun bekas pelajar Sarjana Usuluddin di Universiti Malaya yang telah ditahan di bawah POCA.

Tuduhannya ialah kerana beliau telah membaca buku 12 jenis buku yang dimiliki sedangkan buku itu buku yang tidak diharamkan oleh KDN dan sekarang ini beliau telah dihukum Penjara di Kajang selama lapan bulan. Saya hendak tanya atas kesalahan apa yang beliau dihukum sehinggakan yang kita lihat perwatakan itu tidaklah menggambarkan beliau sebagai seorang terrorist, seorang anak perempuan, orang miskin, orang Dungun, tiba-tiba dia ditangkap. Ini satu perkara yang saya hendak mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dalam kes ini.

Keduanya ialah berkenaan dengan hal yang berkaitan soal peranti pemantauan elektronik (EMD) yang mana dimasukkan dalam seksyen untuk kita hendak minta penggantian daripada mereka yang telah melakukan kerosakan. Soalan saya ialah satu kos peranti ini berapa? Kenapakah perkara ini dimasukkan awal-awal lagi kerana kita tahu bahan elektronik ini sepatutnya dimasukkan ketika permulaan diperkenalkan lagi akta ini. Oleh sebab itu, pada saya undang-undang ini sebagai undang-undang yang tidak memenuhi sebagai mana kaedah yang Islam pegang iaitu... [Berucap dalam bahasa Arab] Orang yang mendakwa hendaklah diberi keterangan manakala orang yang dituduh pula hendaklah dia menafikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:3 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Setiu.

final • 10:3 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:2 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sebanyak 15 minit sahaja ya.

final • 10:2 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Ya. Saya bercakap sedikit sahaja. Ini berkenaan kepada pindaan pada hari ini. Saya tengok kepada dua perkara penting sahaja. Pertama, berkenan proses siasatan dan juga keputusan oleh pihak Lembaga. Kalau kita lihat dalam peruntukan pindaan ini telah dinyatakan bahawa pegawai polis yang menjalankan siasatan terhadap mereka yang ditangkap hendaklah mengemukakan laporan yang lengkap. Maknanya kena kemukakan laporan yang lengkap kepada Lembaga dan juga pegawai inquiry.

Proses yang dibuat sekarang ini lebih cepat. Kalau dulu cartanya agak rumit sedikit, ada revision-nya, ada semakannya dan ada pengemukaan oleh pihak pegawai siasatan kepada pegawai inquiry dan perkara ini bila ada pindaan ini sudah tiada lagi.

Maknanya bila sudah siap laporan terus dihantar kepada Lembaga dan Lembaga akan membuat keputusan yang secepat mungkin.

Kerana kita tahu, saya rasa tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut pasal mereka yang ditangkap lebih kurang tiga tahun ini lebih kurang 3 ribu lebih tetapi yang dilepas juga pun agak ramai, lebih kurang 500 orang lebih. Dengan proses yang kita buat sekarang, akan ada lebih cepat perlepasan mereka, bermakna kalau sudah dibuat keputusan cepat makanya mereka yang didapati tidak bersalah akan mudah dilepaskan dengan lebih cepat lagi. Walaupun ramai juga yang dilepaskan ini menunjukkan bahawa kerajaan kita sebenarnya hanya menahan ataupun menyabitkan mereka yang betul-betul bersalah. Yang tidak bersalah akan dilepaskan tanpa bukti-bukti yang jelas.

Jadi kita lihatlah bila sebut bukti kita menyalahkan seseorang, bila ada bukti yang jelas. Tetapi yang berlaku dalam negara kita sekarang ini bermacam-macam tohmahan terutama daripada pihak sana kepada pihak kita lah kebiasaannya. Misalnya makan dedaklah, dengan penyamun, perompak, macam-macam tuduhan yang dibuat kepada kita. Jadi ini yang kita kata bahawa kita kena buktikan dahulu. Buktikan dahulu, tanpa bukti yang sah sudah tuduh macam-macam. Dalam Islam perkara ini adalah salah sama sekali. Menuduh kepada mereka yang tidak bersalah.

final • 10:2 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Setiu, boleh mencelah?

final • 11:0 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Agak terasa kah?

final • 11:0 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Kita pakai standard yang sama. Tadi Yang Berhormat Setiu secara general kata

final • 11:0 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

ada orang yang menuduh sebelah sana makan dedak, boleh secara spesifik siapa di sebelah sini menuduh siapa makan dedak? Siapa jadi perompak? Siapa yang ditujukan yang dimaksudkan jadi perompak? Supaya kita boleh jelas, kalau tidak, secara umum itu tidak melakukan adil, ini berkontradiksi dengan apa yang di sebut oleh Yang Berhormat Setiu, betul tidak?

final • 11:0 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Batu ini dia memang kepala batu lah. Saya hendak beritahu bahawa dalam undang-undang kita sekarang kena ada bukti baru kita boleh sabitkan, Lembaga boleh putuskan. Sekarang yang saya hendak beritahu dalam undang-undang kita, jangan kita menuduh seseorang tanpa di buktikan salah mereka. Yang banyak berlaku sekarang ini, terutama adalah yang ‘orang tua’ yang tidak sedar diri seorang itu, macam-macam dia kata, perompak lah, apa sebagainya tetapi tidak ada bukti langsung

final • 11:0 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Itu bekas Presiden UMNO.

final • 11:0 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Ya lah, sekarang masalahnya yang jilat buntutnya, inilah geng-geng ini semua diam bila berlaku.

final • 11:0 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

‘Orang tua’ yang disanjung- sanjung, dipuji-puji, yang didewa-dewakan selama 20 tahun oleh UMNO.

[Ketawa]

final • 11:0 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Ini yang masalah. Apa yang masalah sekarang, menyokong semua walaupun benda salah. Dimasukkan dalam Facebook, di-viral-kan. Kita kena ingat bahawa setiap benda yang kita tuduh orang, kalau tidak betul pertuduhan ataupun betul sekali pun, kita viral-kan benda-benda yang belum dibuktikan mereka, satu kesalahan besar. Dosa itu berangkai-rangkai, masuk dalam Facebook, berangkai orang itu sokong, orang ini sokong, macam-macam. Orang ini maki hamun sana, maki hamun sini, kena ingat. Saya rasa boleh dijelaskan oleh pakar-pakar yang Islam ini, apa dosa kalau kita fitnah orang atau mengata orang bermacam-macam?

Dia akan menyebabkan, maknanya dosa itu berangkai-rangkai. Kalau kita bagi buat amal, ibadah kah, bagi lah apa-apa sekali pun, makna sekurang-kurang dapatlah pahala- pahala yang berterusan, ini akan dapat dosa-dosa yang berterusan

final • 11:0 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

30 saat. Boleh sikit? Sikit.

final • 11:0 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Ya, baru nampak pindaan.

Saya hendak bagi tahu tentang bukti tadi, bukti kena jelas, baru kita tahan, baru kita sabitkan mereka, itu sahaja.

final • 11:0 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Boleh dapat pandangan sikit?

final • 11:0 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Saya tambahan saja- ada kaitan ya?

final • 11:0 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya, ada kaitan. Itulah sebab saya tertarik dengan Yang Berhormat Setiu ini. Macam seolah-olah berucap seperti pembangkang. Undang-undang yang kita bahaskan adalah POCA. Hujah kita yang di sini ialah POCA adalah satu undang-undang yang tangkap orang tanpa perbicaraan. Tadi baru sahaja Yang Berhormat Setiu kata, dia tidak setuju hendak kait fitnah, tangkap, tahan orang tanpa dibenarkan perbicaraan diberi bukti. Adakah Yang Berhormat Setiu sekarang setuju bahawa prinsip POCA ini bertentangan dengan apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Setiu? Terima kasih.

final • 11:0 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Kalau dia tidak faham, sampai bila pun dia tidak faham ini. Bila ada penyiasatan, laporan lengkap, itu sudah siasatan dan diberi kepada Lembaga yang menentukan salah, tidak salah. Oleh sebab itu saya kata, maknanya proses berjalan, tidak semesti kita pergi mahkamah baru disebut perbicaraan. Jadi, tidak ada langsung maknanya dari segi yang hendak dikatakan salahnya, apa yang saya sebut tadi, saya sebut benda lain, bukan sama dengan apa yang saya beritahu sekarang.

final • 11:0 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Minta penjelasan.

final • 11:0 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Puchong bangun.

final • 11:0 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Puchong jangan perangai macam Yang Berhormat Ipoh Barat ya.

final • 11:0 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Hanya satu soalan untuk Yang Berhormat Setiu. Di bawah undang-undang ini, adakah orang yang ditahan itu dibawa ke hadapan Lembaga untuk diberi peluang untuk membela diri dia sebelum satu perintah

final • 11:0 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

dibuat yang menjadi asas dan dasar kepada prinsip seseorang itu perlu didengar sebelum keputusan dibuat supaya beliau ditahan? Itu soalan saya.

final • 11:0 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Kalau ikut kepada pindaan kita sekarang hari ini, memang tidak ada lah. Maknanya, ikut itu yang kita kata kepada pindaan. Pindaan mempercepatkan proses, saya sudah bagi tahu awal-awal tadi, mempercepatkan proses.

final • 11:0 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kalau tidak ada, mana ada satu rights to be heard di hadapan badan yang akan mengeluarkan perintah? Fikirlah sebelum cakap, ini undang-undang lain. Kalau kita cakap, kita cakap berkenaan undang-undang yang betul. Kalau tidak, yang mengelirukan bukan kita, yang mengelirukan kamu sendiri daripada pihak sana, Yang Berhormat Setiu. This is not the same.

final • 11:0 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Puchong, okey biar saya jawab. Kita kena ingat, undang-undang ini dibuat di bawah 149, Perlembagaan Persekutuan atas kerana keselamatan. Itu yang kita buat. Ia kena ada. Ia ada pengecualian dalam undang-undang ini, bukan semua undang-undang sama. Satu dibuat 149, ada yang buat bawah 74, jadi kalau kita buat bawah 149, MKN kita buat bawah 74, maknanya ada dua perkara yang berbeza. Ada pengecualian. Kita ini undang- undang yang kita buat oleh manusia, ada pengecualiannya, jangan kita duduk bawah tempurung. Katak bawah tempurung tidak boleh duduk lama-lama sangat, jadi tidak tahu hal-hal dunia ini.

final • 11:0 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh tanya Yang Berhormat Setiu?

final • 11:0 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 11:0 AM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Setiu, kita sedar bahawa undang-undang ini menahan mereka yang disyaki pengganas, kongsi gelap dan melakukan kerosakan kepada negara. Selepas ditahan, sudah tentu akan ada bukti, akan ada ground sama ada dia bersalah ataupun tidak. Oleh sebab itu daripada 3 ribu lebih, mungkin Yang Berhormat Setiu boleh jelaskan, sebahagiannya telah dilepas, selepas ditahan, disiasat dan tidak bersalah. Saya rasa undang-undang ini tidak menganiaya mana-mana pihak, mungkin Yang Berhormat Setiu boleh jelaskan. Adakah orang politik yang ditahan di bawah akta ini? Sudah tentu tidak ada, yang ada ditahan, orang-orang yang disyaki melakukan kerosakan. Jadi, apa Yang Berhormat Setiu ingin bertanya kepada pihak pemerintah, untuk menjelaskan bahawa berapa ramai sudah orang politik ditahan dan juga orang-orang yang mungkin rasa teraniaya? Minta penjelasan.

final • 11:0 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Kalau itu soalannya, memang tidak adalah orang politik ditahan. Saya hendak beritahu bahawa, kita kena ingat tujuan akta ini kita buat asal untuk tujuan apa? Untuk menangani isu-isu jenayah berat dan juga jenayah terancang seperti kongsi gelap, keganasan, sindiket judi yang tidak berlesen, pemerdagangan orang, penyeludupan migran dan banyak lagi. Semua atas satu tujuan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara. Ini yang paling utama sekarang ini. Jadi, itulah yang saya bagi tahu tadi, pindaan ini prosesnya lebih cepat.

final • 11:0 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Putatan.

final • 11:0 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Terpanggil saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat pada pindaan undang-undang ini. Ada kemungkinan juga yang disyaki mengeluarkan kenyataan-kenyataan di luar negara, mengeluarkan laporan-laporan yang mungkin merosakkan nama negara kita, yang mana yang kita dengar sekarang ini isu-isu yang dibuat di Amerika. Report-report yang dikendalikan oleh seorang reporter yang berasal dari sini, mungkin juga terpengaruh daripada usaha negatif daripada pihak-pihak yang mahu jatuhkan kerajaan. Adakah ini juga yang boleh disyaki sebagai seseorang yang boleh kita syak sebagai penjenayah di negara kita?

final • 11:0 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Parit.

final • 12:0 PM

Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Setiu. Dengan pemakaian peranti ini, sejauh manakah penggunaan pengawasan peranti ini telah dapat mengurangkan kes atau kadar jenayah berat di negara ini? Itu yang pertama.

final • 12:0 PM

Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit

Keduanya, sejauh manakah peranti pengawasan ini telah membantu pihak polis dalam mengawal aktiviti pesalah-pesalah yang ditangkap? Terima kasih.

final • 12:0 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Soalan daripada Yang Berhormat Putatan, kalau ia termasuk dalam jenayah terancang, boleh dikira sebagai satu jenayah juga, boleh disiasat.

Yang peranti tadi, memang baguslah untuk mengawal pergerakan daripada mereka-mereka yang ditahan ataupun didapati bersalah. Saya hendak sebut sikit lagi sebenarnya tentang peranti ini, tetapi tidak apalah, sudah masa cukup, saya akur dengan perintah. Terima kasih. Saya menyokong.

final • 12:0 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 12:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 12:0 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ini satu pindaan yang menjadikan satu act yang ketat, lebih draconian kerana kita tengok dalam pemotongan seksyen 6 dalam akta yang sedia ada dan juga pindaan seksyen 9(1), itu mengatakan tidak perlu sekarang untuk bawa orang yang ditahan itu di depan pegawai siasatan. Boleh bawa tetapi tidak perlulah. Dahulu kena bawa, kena jumpa dengan pegawai siasatan.

Seksyen 10 subseksyen (3) dan (4) pun digugurkan. Seksyen 10 dalam akta yang ada sekarang mengatakan di mana laporan pegawai siasatan harus dipanjangkan kepada orang yang kena tahan. So ini pegawai siasatan beri satu set laporan itu kepada OKT, satu lagi kepada Lembaga. Tetapi dalam pindaan ini, tidak perlu buat. Seorang yang kena tahan itu, dia tidak tahu apa yang di-charge terhadap dia.

Seksyen 11 menyatakan seorang yang ditahan itu boleh dalam 14 hari tulis satu jawapan, satu rayuan kepada Lembaga. Itu pun sekarang dimansuhkan. Seksyen itu tiada.

So, actually langsung tidak ada ruang untuk membela diri, untuk tahu apa isu yang kita di-charge dan apakah bukti dia. So dia tidak boleh bela diri. Hanya apa yang diberi oleh pegawai polis, pegawai siasatan sampai ke Lembaga. Lembaga itu pun tidak perlu jumpa orang yang ditahan. So, actually it is a ‘kangaroo court’. Langsung tidak ada principle of a natural justice di mana orang itu diberi satu ruang untuk tahu apa charge terhadap dia untuk beri satu jawapan.

Actually, Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri, saya juga pernah ditahan di bawah EO. So saya tahu macam mana ia berlaku. Saya ditahan, saya disoal siasat selama satu bulan. Di hujung itu saya diberi satu laporan untuk ditandatangan. And semua ciptaan. Soalan-soalan yang diberi kepada saya diatur untuk tunjuk ada satu jaringan konspirasi Marxist antarabangsa dan kita akan guling— ridiculous. Saya kata saya tidak boleh tandatangan ini. So kadang-kadang pegawai siasatan kita tidak begitu profesional. Dia ikut satu kehendak politik.

Di sini katakan seorang ditahan kerana dia disyaki sebagai seorang penjenayah.

Ada kemungkinannya bos yang sebenarnya bayar kepada polis untuk set up seorang bawahan untuk ambil responsibility untuk semua jenayah yang dibuat oleh bos. So bos itu di-clear lah. Ini semua boleh berlaku. Hanya jika orang yang kena ditahan diberi satu ruang, diberitahu apa charge terhadap dia dan beri satu ruang untuk membela diri, I think it has injustice there. So, ini suatu yang saya rasa boleh berlaku.

Jadi saya mahu tanya pada Yang Berhormat Menteri, kenapa ini dibuat? Adakah apa yang ada sekarang tidak mencukupi? Kenapa ketatkan lagi? Kenapa menjadikan lebih draconian? Apa masalah dengan apa yang dilakukan sekarang? Why is there a necessity to make it more draconic? So saya rasa ini adalah satu bill yang worrying lah.

Apa yang sudah keras, yang ketat jadi lebih draconian.

Bila Menteri kata ini dibincang dengan Lembaga dan dibincang dengan Menteri, adakah perbincangan ini dengan kumpulan macam Bar Council ataupun SUHAKAM atau SUARAM berkenaan isu-isu hak-hak manusia? Jika tidak, you know, we are talking about developed society, advanced society and all that, tetapi this is very, very bad. It looks medieval. So saya rasa susahlah untuk kita sokong bill macam ini, pindaan macam ini.

Terima kasih.

final • 12:1 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 12:1 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahaskan rang undang- undang ini yang bertujuan untuk mengetatkan lagi peruntukan-peruntukan yang sedia ada di bawah POCA sekarang. Di mana kami tahu, Tuan Yang di-Pertua, bahawa setiap individu itu mempunyai satu hak asas di bawah Perlembagaan Persekutuan— bukan sahaja di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi di bawah mana-mana undang- undang termasuk natural justice iaitu the right to be heard. Now, the right to be heard, Tuan Yang di-Pertua, adalah satu hak yang tidak boleh kita compromise.

Tetapi kalau kita lihat kepada rang undang-undang ini, pindaan-pindaan yang dicadangkan di sini jelasnya, seperti yang telah disebut tadi oleh rakan saya Yang Berhormat Sungai Siput, ini telah menjadikan akta asal lebih draconian daripada what it already is now. Kalau kita lihat kepada the salient features, dengan izin, rang undang-undang ini, satu kekurangan yang jelas adalah the deletion of section 6. Section 6, Tuan Yang di- Pertua, dalam akta asal— saya baca dari akta asal dengan izin dalam bahasa Inggeris, Tuan Yang di-Pertua— menyatakan...

*[Membaca petikan] “Person in custody to be brought before Inquiry Officer.

Every person remanded in custody under section 4 shall, if not sooner released, as soon as possible be brought before an Inquiry Officer.”* Itu merupakan satu perkara yang amat penting oleh sebab bila seseorang itu dibawa ke hadapan Inquiry Officer tersebut, siasatan akan dijalankan di sana. Beliau pun boleh memberi penjelasan berkenaan dengan versi beliau, pembelaan beliau dan apa yang boleh diambil kira oleh investigating officer tersebut.

Tetapi kalau kita lihat kepada pindaan rang undang-undang ini, perkara tersebut diambil keluar. Kalau kita lihat kepada explanatory note— Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada explanatory statement di perenggan 4 dalam bahasa Inggeris dengan izin.

[Membaca petikan] “Clause 3 seeks to delete section 6 of Act 297. With the deletion of section 6, the person remanded under section 4 is brought before an Inquiry Officer only for the purpose of inquiry under section 9.” Itu tidak tepat, oleh kerana di bawah seksyen 9, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada seksyen 9, seksyen 9 merujuk kepada satu situasi di mana seorang itu dibawa di hadapan Inquiry Officer di bawah seksyen 6. In other words, there is no longer any right to be brought before an Inquiry Officer.

final • 12:6 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ini menunjukkan satu perkara di mana seseorang itu tidak boleh memberi versinya. Kami perlu– we have to bear in mind Tuan Yang di-Pertua, di bawah POCA ini, kita tidak boleh mencabar keputusan lembaga di mahkamah melainkan untuk perkara- perkara berkenaan prosedur. So, tanpa safeguards yang sedia ada sekarang, yang dicadangkan untuk dikeluarkan melalui pindaan ini, safeguards yang kecil pun itu akan dikeluarkan, what is the recourse for the person detained? Kalau kita lihat kepada lagi satu pindaan yang dicadangkan, deletion of section 11. Kalau kita lihat kepada seksyen 11, seksyen 11 pada akta asal berbunyi berikut.

Adalah satu seksyen yang panjang, saya tidak akan membaca kesemuanya tetapi kalau kita lihat juga kepada deletion of section 19A(2), adalah berkenaan dengan detention orders. Di mana dinyatakan di sana, “The direction of the Board under subsection (1) shall be subject to review by the High Court”. Dalam erti kata lain Tuan Yang di-Pertua, sesuatu detention order yang dikeluarkan oleh lembaga itu boleh disemak oleh Mahkamah Tinggi pada masa sekarang. Akan tetapi itu pun juga dicadangkan melalui pindaan ini untuk dikeluarkan daripada akta asal tersebut. Ini juga merupakan salah satu lagi assault on a person’s right to be heard. Kalau kita lihat...

final • 1:0 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Bukit Gelugor, lagi satu kalau kita refer kepada number 8 of explanatory statement yang drastik di sana adalah di mana dengan izin, “... to remove the requirement for service of the finding by an Inquiry Officer to the person who was the subject of an inquiry”. Saya rasa this is a very drastic, tidak masuk akal. Setuju bahawa ini adalah satu perkara yang tidak patut dibentangkan langsung.

final • 1:0 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Yes, saya bersetuju ini juga merupakan lagi satu perkara yang saya berniat untuk menimbulkan, yang menunjukkan hakisan hak-hak seseorang yang ditahan tersebut. Kalau kita lihat kepada apa yang saya katakan tadi, kuasa semakan sekarang adalah hanya untuk detention order sahaja yang dikeluarkan oleh lembaga. Itu juga akan dikeluarkan. So, what are the safeguards left to for a detainee under POCA? Anybody under the sun can be subject to be detained, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Ini adalah satu perkara penting.

Tadi kita dengar dari sana, berkenaan dengan bagaimana akta ini adalah perlu untuk mengelakkan keganasan dan sebagainya. Kalau kita lihat kepada statistik Tuan Yang di-Pertua, statistik menunjukkan bahawa akta ini telah pun digunakan terhadap kesemua lapisan masyarakat. Juga kalau kita lihat kepada kes Siti Aishah yang telah pun ditimbulkan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang awal tadi. Saya pun ingin bertanya berkenaan dengan status kes tersebut, tetapi adakah Siti Aishah itu seorang pengganas?

Adakah seorang lagi yang bernama Vishnu Moorthy Raja Singam yang ditahan di bawah POCA, beliau merupakan seorang dengan izin, disiasat untuk commercial crime. Adakah pihak-pihak ini pengganas?

Apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi ataupun disoal atau ditanya oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi sama ada ahli-ahli politik pernah ditahan, that is not the test, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. The test is whether or not this particular legislation can be or potentially can be abused. Tanpa safeguards seperti yang saya telah pun nyatakan tadi, no right to review in High Court. Seperti Yang Berhormat Ipoh Barat timbulkan tadi, kita pun tidak boleh dapat laporan berkenaan dengan apa yang dinyatakan oleh Inquiry Officer. Tidak boleh dihadapkan kepada Inquiry Officer. What other safeguards do we have? Ini akan menjadi satu perkara di mana sudah tentunya legislation ini akan diabuse. There can be no doubt about it. Where do we go for recourse or relief? Kita tidak ada apa-apa relief.

Jadi persoalan yang timbul, saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri, kenapa perlu kita – adakah kementerian menyatakan is it the stand of the kementerian that the akta sekarang tidak memadai? Is that the reason why we have to even remove basic safeguards to the akta asal? Saya perlu bertanya Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan peruntukan-peruntukan yang sedia ada sekarang iaitu di bawah seksyen- seksyen 6, 9 dan 11.

Ini semua merupakan seksyen-seksyen yang memperuntukkan berkenaan dengan safeguards yang sedia ada buat sekarang. Tanpa safeguards tersebut, kami akan melihat Tuan Yang di-Pertua kepada satu perkara yang tidak perlu this pindaan, adalah tidak perlu. It will be a kangaroo court. Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Sungai Siput tadi. Oleh kerana tanpa the right to be heard, how will a detainee challenge his order in the years to come? Kalau kita lihat kepada lagi satu pindaan Tuan Yang di-Pertua iaitu kepada kemasukan satu seksyen baharu iaitu the new section 19H. Kalau kita lihat kepada 19H(2), apa yang dinyatakan di sana dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “Any revocation under subsection (1) shall be without prejudice to the validity of the order or direction before its revocation or to anything done thereunder, or to the power of the Board to make a fresh supervision order under section 15, a fresh detention order under section 19A or a fresh direction in respect of the person against whom the order or direction which revoked was made or given”. Apa yang seksyen ini maksudkan adalah sekiranya lembaga itu mahu menarik balik sesuatu perintah yang dikeluarkan, it can do so. Ini tidak akan memprejudiskan perintah tersebut yang ditarik balik. Akan tetapi Lembaga itu boleh mengenakan satu perintah yang baru. In other words, it does not have to go through the process of investigation again. It can revoke what is already been given, a fresh order again tanpa melalui proses siasatan yang sedia ada di bawah seksyen 4 dan sebagainya. Ini juga merupakan lagi satu penyalahgunaan Tuan Yang di-Pertua, di mana kita akan melihat banyak kes, saya akan foresee di mana Lembaga boleh menarik balik tanpa dipersoalkan perintah-perintah yang telah pun dikeluarkan terdahulunya dan replace it with the new fresh order. A fresh order, a fresh detention order. Kenapakah ini diperlukan?

final • 1:0 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya amat risau dengan cadangan-cadangan pindaan yang dibentangkan di dalam rang undang-undang ini. Ini jelasnya merupakan satu perkara yang akan menghakiskan, *it will result in the erosion of law in this country.

We cannot afford to have such erosion.* Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana telah banyak peruntukan ataupun undang-undang lain seperti ini POTA, SOSMA, semua ini untuk apa Tuan Yang di-Pertua? Semua ini diperbaharui now. It has been brought into the four because the ISA was repealed. Apakah tujuan kami repeal ISA? Untuk mengelakkan perkara-perkara seperti ini berlaku. But we see the ISA is being replaced by this draconian legislation. So, where do we go from here? Dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Dengan itu saya dengan tegasnya ingin merekodkan Tuan Yang di-Pertua, bantahan saya yang kuat terhadap pindaan-pindaan ini. Saya berharap dan saya menyeru kepada rakan-rakan saya dari sana [Merujuk kepada blok kerajaan] untuk to carefully study this rang undang-undang because it is something which will concern the rule of law in the future, to carefully study it and not to blindly support it. Saya dengan itu membantah terhadap rang undang-undang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 1:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Padang Serai. Sila.

final • 1:0 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, masalah dengan rang undang-undang ini adalah akta yang asal pun bercanggah dengan Perlembagaan.

final • 1:9 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Sekarang Pindaan yang diberi pun bercanggah dengan perlembagaan. Jadi kita menghadapi situasi dalam Dewan ini di mana berlapis-lapis percanggahan dengan perlembagaan dibawa dan kita diminta untuk meluluskan undang-undang seperti ini. Hak untuk dibawa di hadapan inquiry officer tidak ada. Hak untuk mendapat salinan finding pegawai inkuiri juga diambil melalui pindaan ini. Walaupun inquiry officer itu, memainkan satu peranan yang amat penting kerana perintah Lembaga akhirnya adalah berlandaskan kepada finding oleh inquiry officer. Akan tetapi – dan juga hak untuk ulang kaji review juga telah diambil. Oleh itu, nampaknya kesemua sekarang proses yang dijalankan oleh inquiry officer kesemuanya adalah rahsia. Kesemuanya adalah dilakukan tanpa peluang diberi oleh orang yang menjadi subjek penyiasatan dan perintah ini untuk membuat representasi ataupun melihat apakah finding terhadap beliau.

Tuan Yang di-Pertua, kesemua ini bermakna bahawa satu hak yang begitu basic di bawah Perlembagaan kita iaitu hak untuk didengar the right to be heard, natural justice telah dinafikan dengan begitu jelasnya. It’s in your face dengan begitu jelasnya.

Apabila hak untuk didengar right to be heard itu dinafikan bermakna seluruh procedure itu, adalah arbitrary. Dengan izin tainted by arbitrariness. Apabila procedure itu adalah arbitrary, maka ia bercanggah dengan Perlembagaan terutamanya fasal 8 Perlembagaan. Mahkamah Persekutuan telah berkali-kali mengatakan– Mahkamah Persekutuan, mahkamah yang tertinggi telah mengatakan bahawa jika ada arbitrariness dalam procedure, maka dia bercanggah dengan prinsip equal protection of the law dengan izin di bawah fasal 8. Bermakna pindaan yang dibawa pada pagi ini, adalah bercanggah dengan Perlembagaan. Bercanggah dengan fasal 8, bercanggah dengan fasal 5. Dan begitu jelas, tidak ada ambiguity ataupun doubt tetapi dibawa juga.

Dan lebih teruk lagi saya menyatakan apabila bermula tadi bahawa yang asal pun bercanggah dengan Perlembagaan. Saya buktikan, sekarang menurut pindaan ini pindaan dibuat kepada seksyen 19(a) Akta Prinsipal di mana seperti kita sebut tadi bahagian yang mengatakan mengenai laporan pegawai inkuiri dan finding apa-apa review terhadap keputusan inquiry officer semua telah dipadamkan atau dibatalkan daripada seksyen 19(a). seksyen 19(a) adalah seksyen yang membolehkan Lembaga membuat perintah tahanan sehingga dua tahun. Akan tetapi apabila kita tengok bukan sahaja seperti saya nyatakan pindaan ini tidak berperlembagaan, tetapi seksyen 19(a) sendiri tidak berperlembagaan. Hal ini kerana kalau kita lihat jelas seksyen 19(a) yang asal itu, bercanggah dengan fasal 151(1)(a) Perlembagaan Persekutuan. Saya hendak meminta kepada Menteri bolehkah Menteri tunjukkan di mana fasal 151(1)(a) yang mengatakan bahawa di mana-mana kes terdapat tahanan tanpa bicara mestilah memberi alasan dan pengataan fakta yang berasaskan pada mana perintah kanan itu dibuat benda-benda ini mesti diberikan kepada orang yang ditahan.

Ini adalah keperluan Perlembagaan Persekutuan fasal 151(1)(a) tetapi jika diperhatikan akta ini, tidak ada. Fasal 151(1)(a) tidak dituruti. Tidak ada. Tadi Yang

final • 2:0 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Berhormat Bukit Gelugor sebut mengenai ISA yang kita kata draconian yang kerajaan sendiri akhirnya memansuhkan kerana dipercayai dilihat sebagai oppressive. ISA pun – walaupun kita tentang ISA – tetapi ISA pun menurut peruntukan fasal 151(1)(a) ada peruntukan yang memberi apakah asas bagaimana perintah dibuat. Di sini tidak ada.

Jadi Seksyen 19(a) pada mulanya bercanggah dengan Perlembagaan selepas itu pindaan pula dibuat pada Seksyen 19(a)(1) bercanggah lagi terhadap Perlembagaan.

Oleh sebab itu saya kata bila saya mula hujahan ini, bahawa berlapis-lapis seperti kuih lapis percanggahan Perlembagaan yang kita lihat di dalam pindaan terhadap undang- undang ini. Tuan Yang di-Pertua, undang-undang ini begitu tidak berperlembagaan begitu menentang natural justice adalah sukar untuk berhenti atau untuk melihat di mana hendak berhenti dalam hujahan ini.

Saya hanya ingin menambah bahawa enforcement– badan enforcement jenayah di seluruh dunia, polis di seluruh dunia, polis kita lihat dapat menjalankan tugas untuk membanteras jenayah biasa tanpa menggunakan kuasa tahan tanpa bicara. All over the world boleh. Akan tetapi mengapa kita di sini, untuk jenayah biasa seperti gangsterism, triad dan sebagainya, terpaksa juga resort kepada kuasa tahan tanpa bicara? Tidak perlu. Jadi saya menyeru supaya bukan sahaja tarik balik pindaan yang tidak berperlembagaan ini, tetapi selepas ini bawa lah satu lagi rang undang-undang untuk mansuhkan terus kuasa untuk tahan tanpa bicara ini. Terima kasih.

final • 2:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Ipoh Barat tidak bangun ya?

[Ketawa] Lagi empat yang? Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Sepang dan juga Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat Ipoh Barat berminat? Saya bagi Yang Berhormat Ipoh Barat kah Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat Puchong sila. Lagi tiga ya?

Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Sepang dan juga Yang Berhormat Kapar. Selepas itu Yang Berhormat Menteri jawab. Kalau boleh ringkaskan ya.

final • 2:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Boleh.

final • 2:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya sila.

final • 2:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam undang-undang negara ini, ada dua jenis tahanan. Di mana hak-hak seseorang tahanan itu dijelaskan. Pertama, kita ada undang-undang tahanan biasa di mana seseorang itu perlu ditahan menurut undang-undang yang sedia ada dan sekiranya beliau akan ditahan lebih panjang ataupun dipenjarakan maka perlu ada satu perbicaraan. Satu perbicaraan untuk menentukan sama ada ataupun tidak beliau bersalah. Itu keadaan yang biasa. Keadaan yang keduanya, adalah di bawah undang-undang yang digubal menurut Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan. Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan Tuan Yang di-Pertua, membenarkan tahanan tanpa perbicaraan. Itu merujuk kepada undang-undang yang perlu untuk mengawal sejenis situasi di mana dikatakan ada darurat misalnya. Di mana dikatakan ada keganasan, di mana dikatakan kepentingan orang awam terancam oleh anasir-anasir yang tertentu.

Jadi oleh yang sedemikian, Parlimen diberi kuasa untuk menggubal undang- undang di mana seseorang itu boleh ditahan tanpa ada perbicaraan dan undang-undang ini yang digelar POCA Tuan Yang di-Pertua adalah undang-undang yang digubal di bawah Seksyen 149 Perlembagaan Persekutuan. Maknanya tidak ada peruntukan di situ untuk membenarkan seseorang ini dibicarakan. Tidak ada peruntukan untuk orang itu dibawa ke hadapan seorang hakim untuk ditentukan sama ada ataupun tidak beliau bersalah sebelum satu keputusan dibuat supaya beliau boleh ditahan.

final • 2:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, apabila kita ada satu undang-undang sedemikian, apa yang penting adalah untuk undang-undang juga menetapkan prosedur di mana orang yang ditahan itu diberi hak untuk didengar. Jadi walaupun di bawah Artikel 149, tapi ada peruntukan-peruntukan seperti advisory board dan sebagainya, sebelum seseorang itu ditahan atau selepas beliau ditahan, beliau ada hak.

Kalau kita lihat kepada POCA, apakah yang diberi di situ. Kita ada seksyen 3, seksyen 3 yang menyatakan untuk 21 hari yang pertama Tuan Yang di-Pertua beliau dibawa ke hadapan majistret. Selepas 21 hari, kalau hendak dilanjutkan untuk 38 hari lagi dibawa ke hadapan majistret. Majistret itu tidak ada kuasa, Tuan Yang di-Pertua.

Dalam pengalaman saya bila kita pergi ke mahkamah, Majistret itu hanya buat keputusan atas satu kertas yang dikemukakan oleh pihak polis.

final • 3:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini saya dulu ada bagi tahu Yang Berhormat Tanjung Karang, tidak mahu dengar. Dia tegas – oh, kalau bawa ke Mahkamah Majistret, kalau peguam hebat memang boleh dibebaskan. That’s not the point. Baca undang-undang ini, undang- undang ini mengatakan bahawa ke Majistret tunjuk kepada satu dokumen dia tidak ada kuasa. Tidak boleh pertikai, tidak boleh tolak, beliau kena membuat perintah itu.

So, untuk first 60 days, 21 plus 38, 59 plus 24, 60 days. Kita ditahan, ditahan tetapi memang tidak ada ruang untuk kita menentang perintah itu. Jadi dalam undang- undang POCA ada diwujudkan beberapa prosedur. Prosedur di mana ada pegawai inquiry atau pegawai siasatan. Kenapa ada pegawai siasatan Tuan Yang di-Pertua kerana pegawai siasatan itu bertanggungjawab untuk siasat kes itu. Untuk pastikan bahawa apa yang beliau ada di hadapan fail itu ditentukan fakta-fakta dia sebelum satu laporan boleh diberikan kepada lembaga yang akan buat keputusan sama ada ataupun tidak beliau akan ditahan.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang penting dalam semua ini. Kita ada pihak polis yang diberi beban pegawai penyiasat tetapi masalah dia Tuan Yang di-Pertua apabila kita ada undang-undang sebegini apakah sebab kita ada undang-undang sedemikian.

Undang-undang ini digubal supaya kita boleh lihat kepada kes-kes seperti kes judi, kes keganasan, gengster dan sebagainya. Dikatakan bahawa kalau ada orang-orang yang terlibat dalam kes-kes sebegini maka dia ditahan oleh polis. Polis itu buat siasatan.

Jadi sistem yang kita ada sekarang Tuan Yang di-Pertua bergantung ke atas polis, bergantung pada mereka untuk membuat siasatan yang telus, siasatan yang betul, siasatan yang tepat. Undang-undang kita ada POCA, ada satu peruntukan yang khusus Tuan Yang di-Pertua. Ada peruntukan di mana satu pegawai undang-undang yang bebas daripada pihak polis itu juga terlibat dalam proses ini. Ini adalah satu pegawai atau penama yang bebas.

Kenapa kita perlu seorang yang bebas kerana kita semua tahu dan Tuan Yang di-Pertua saya dengan segala hormatnya saya menyatakan di sini saya ingin merakamkan penghargaan saya, pihak polis saya tahu, saya kenal mereka hari-hari saya bawa kes saya jumpa di mahkamah. Ramai daripada mereka kuat kerja, buat kerja dengan baik. Saya hormati pengorbanan mereka, saya hormati apa yang mereka lakukan. The police officers work hard.

Akan tetapi, dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua kita ada dalam sistem perpolisan kita, ramai daripada anggota polis yang sendiri terlibat dalam kes-kes ini.

Mereka terlibat dalam ancaman ataupun kes-kes judi, mereka terlibat dengan kes-kes gengster, mereka terlibat dengan kes-kes peras ugut, mereka yang terlibat dengan kes ini diperlukan untuk tahan orang dan buat siasatan berkenaan sama ada ataupun tidak orang itu terlibat dalam kes yang sama.

Oleh itu, Dewan yang mulia ini kita gubal undang-undang POCA dulu, kita menetapkan supaya ada satu pegawai undang-undang yang bebas daripada polis supaya beliau boleh tengok betul atau tidak. That is the assurance yang kita dapat daripada Dewan ini. Di sini di dalam Dewan ini apabila rang undang-undang itu diluluskan Tuan Yang di-Pertua, apa yang dikatakan undang-undang ini lebih baik dari ISA, kenapa?

Kerana undang-undang ini wujudnya pegawai undang-undang tersebut. Ini bila ia diluluskan.

Hari ini pindaan ini adalah untuk ambil keluar, keluarkan daripada rang undang- undang ini pegawai yang bebas itu. So, apa yang digunakan sebagai asas untuk Dewan ini meluluskan undang-undang dulu digunakan untuk meyakinkan Ahli-ahli Parlimen bahawa undang-undang ini lebih baik daripada ISA, tidak akan disalahgunakan.

Sekarang asas itu dikeluarkan.

Tuan Yang di-Pertua, kalau ditanya atau kalau disebut berkenaan apa yang saya sebut tadi di mana ada aduan berkenaan dengan anggota polis, saya baca. Satu kenyataan daripada Malay Mail online bertarikh Mei 18, 2017. Tuan Yang di-Pertua, Cops collected cash for well-connected middleman. Lepas itu kita baca, saya baca – May 18, ranking officer – Tuan Yang di-Pertua bukan di balai-balai tertentu sahaja – “Ranking officers in Bukit Aman have been implicated over a protection racket syndicate in Melaka *involving gambling dens and massage parlours”.

‘’A middleman in his early 50s who claimed to be well connected to Bukit Aman official had allegedly acted as the conduit between federal police officers and top police officers in the state*.” Ini yang berlaku, reported. Money collected Tuan Yang di-Pertua, from illegal gaming and massage parlours in the state were channelled to Bukit Aman personnel, said sources in the thick of investigation. It was understood the collection was

final • 3:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

*done in a systematic manner, involving officers from police stations who collected the money on behalf of the district chiefs.

The middleman owns several restaurants and popular food and beverage franchise outlets and claims to know ranking officers in* Bukit Aman. Nine suspects arrested including Melaka Tengah district police chief, nama diberikan saya tak nak sebut di sini – remanded. Malaysian Anti-Corruption Commission seized RM186,000 in cash and found RM459,000 in bank accounts belonging to the nine suspects. Ini apa yang penting- We were informed about the matter after several policemen in the state said they were pressured to collect money from their officers. It came to a point that they could not take it anymore,” the source revealed. Tidak habis di sini, ada lagi. Last.

final • 3:0 PM

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tan Sri Haji Noh bin Omar

Boleh jalan, Yang Berhormat Puchong.

final • 3:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

We believe this has been going on for about a year or two – saya bagi - *We believe this has been going on for about a year or two. Those who refused to collect money were threatened by the middleman or their officers that they would be transferred out of the state.

So*, kita ada undang-undang yang digunakan untuk tahan orang yang dikatakan terlibat dalam massage parlours, gambling, macam-macam dan kita berikan keseluruhan siasatan itu kepada pihak polis. Akan tetapi, pihak polis terlibat dalam kes yang sama, bukan sahaja polis yang sama tapi sehingga Bukit Aman.

final • 3:0 PM

Tan Sri Haji Noh bin Omar

Boleh tanya.

final • 3:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sehingga OCPD ataupun seperti mana yang saya sebut tadi you can be transferred if you don’t comply.

final • 3:0 PM

Tan Sri Haji Noh bin Omar

Yang Berhormat Puchong.

final • 3:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Adakah kita perlu percaya– are we expected to believe that our IGP didn’t know about all these.. Bagaimana seorang OCPD boleh dipindah sebegitu sahaja Tuan Yang di-Pertua tanpa adanya connection atau pun adanya permission daripada Bukit Aman.

Apa yang berlaku? Bila laporan-laporan sebegini dibuat Tuan Yang di-Pertua, tidak ada tindakan. Sehingga hari ini saya tanya berkali-kali, tidak ada jawapan daripada IGP. Memang tidak ada jawapanlah. Beliau sendiri disiasat. Ditangkap seorang yang bernama Gopi. Mana Gopi sekarang. Apa sudah jadi Tuan Yang di-Pertua.

Kita diminta untuk pinda – I write, saya hendak baca apa yang terkandung, minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Berkenaan dengan fasal 8. Fasal 8 bertujuan untuk memasukan seksyen baru, seksyen 10A ke dalam Akta 297 and so forth. Ketiadaan, last sentence, peruntukan kajian semula juga akan mengakibatkan ketiadaan peranan pegawai undang-undang dalam menasihati Lembaga apabila permohonan bagi kajian semua di bawah seksyen 11. So why are we removing the protection that exist in the act. Why are we being asked to rely on provision of a law which are being abused clearly. Semua orang tahu di sini.

Jadi kita sebagai Ahli-ahli Parlimen, baik kita mahu, kita mahu dalam negara ini, kita ada undang-undang yang melindungi kita. Saya setuju. Tapi bila di depan kita, kita tahu undang-undang yang kita buat ini boleh disalah gunakan. Kita meletak sedikit sebanyak protection yang boleh untuk memastikan undang-undang terbela, tidak disalah gunakan. Itu pun kita hendak ambil keluar.

Bila kita sebut, kita tanya berkenaan dengan aduan-aduan sebegini, where is the IGP, why isn’t he esponding to me Tuan Yang di-Pertua? It’s a shame, the Bukit Aman is being questioned. This report reflects on Bukit Aman. Why is he keeping quiet? Kenapa sampai sekarang tidak ada tindakan. MACC minta kita buat pengikraran dan sebagainya.

Ikrar ini, ikrar itu. Hendak ikrar buat apa, tidak ada tindakan, pihak polis sendiri yang terlibat, laporan ada dilaporkan dalam media tidak ada tindakan. Kita Ahli Parlimen nak jawab di luar, orang tanya kepada kita. Ini memalukan.

Kementerian Dalam Negeri you have to answer. Bukan kita sekadar okey hendak gubal undang-undang seperti mana yang disebut tadi, ini undang-undang, ini undang-undang yang baik dan sebagainya but look at the substance of it. But look at the substance of it. Yang Berhormat Tanjong Karang sebelum saya habiskan. Ada soalan.

final • 8:0 PM

Tan Sri Haji Noh bin Omar

Sebagai Yang Berhormat Tanjong Karanglah, you sebut Tanjong Karang tadi. Saya hendak tanya tiga soalan. Tadi yang pertama. Tadi Yang Berhormat Bukit Gelugor cakap, you pun cakap Yang Berhormat pun kata ini against the Constitution. Saya hendak tanya, apabila undang-undang diluluskan nanti, adakah pihak Yang Berhormat akan membawa atau mencabar bill ini ke mahkamah because kalau ia bertentangan dengan agama, it’s non aware. Soalan itu yang pertama.

Akan dibawa, ialah pembangkang ini hebat, Tuan Yang di-Pertua pun dia boleh bawa sampai ke mahkamah. Satu.

Yang kedua saya hendak tanya, adakah undang-undang POCA ini dia tidak terpakai untuk polis. Adakah polis above the law dan– nanti saya hendak tanya, kalau tadi Yang Berhormat kata polis tidak ambil tindakan. Baru ini saya tengok di Melaka, berapa ramai pegawai-pegawai polis SPRM tahan, itu. Yang last sekali kalau apa-apa keputusan yang dibuat daripada Lembaga ini, bolehkah tidak dicabar oleh mahkamah melalui habeas corpus.

final • 8:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Boleh. Tuan Yang di-Pertua saya minta 20 saat saya jawab soalan ini. Berkenaan dengan nombor satu, soalan yang ditanya berkenaan dengan sama ada pihak polis boleh ditahan. Ya, bukan saja pihak polis ditahan di bawah undang-undang POCA tapi kalau ditanya kepada kementerian, boleh juga disahkan bahawa ramai daripada pegawai-pegawai imigresen juga ditahan. So, memang ini berlaku.

Nombor dua, kita boleh bawa undang-undang ini ke mahkamah, memang boleh.

Untuk makluman Dewan ini, telah pun ada cabaran kepada kesahan seksyen 19A, Mahkamah Persekutuan telah pun menyatakan ianya sah. Bukan kerana undang-undang asal tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri sini boleh mengesahkan. Selepas undang- undang asal diluluskan, pindaan dibawa untuk memasukkan the protection under 15(1)(a) advisory board ke dalam undang-undang itu melalui regulation. Itu yang keduanya.

Nombor tiga, maaf kalau saya dapat, if I’m having the wrong sequence. Berkenaan dengan sueing Tuan Yang di-Pertua. Saya minta maaflah. Saya tahu soal ini telah pun dibangkit. Tapi let me put it this way. Hak seseorang untuk pergi ke mahkamah terletak pada pihak dia. Di Malaysia, Parlimen is not supreme. Remember that Yang Berhormat Tanjong Karang. In Malaysia, the Constitution is supreme and if there’s a violation of the Constitution, then it is for the court to say so. Dalam kes saya yang mana saya bawa kes pergantungan saya sebagai Ahli Parlimen, satu tahun tidak ada gaji. Saya bawa ke mahkamah. Berkenaan dengan pergantungan itu, saya tidak berjaya. Mahkamah kata tidak boleh. Tapi berkenaan dengan isu sama ada atau pun tidak saya boleh dapat gaji balik, the court agreed with me. So, ada kes-kes. Di Perak kita semua tahu yang dibawa oleh pihak sebelah sana.

Jadi boleh dilakukan ya.

So, kita datang balik kepada kesimpulan dia. Tuan Yang di-Pertua bila kita sebagai Ahli Parlimen diminta supaya luluskan satu rang undang-undang, kita kena lihat kepada rang undang-undang itu, satu. Tapi kita juga kena lihat kepada apa yang berlaku di sekitar kita supaya kita dapat tahu sama ada ataupun tidak apa yang dicadangkan melalui undang-undang itu adalah betul, tepat dan perlu dan dalam kes ini kalau kita hendak bergantung kepada pihak polis untuk pastikan adanya keadilan, maka saya rasa the government must convince us that the police force is up to mark and that the protection that this law gives an accused person or detainee will actually be met. So it’s for the Minister to now convince this Dewan. Terima kasih.

final • 8:0 PM

Timbalan Yang Di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Batu, 10 minit ya.

final • 8:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Okay terima kasih. Saya ingin hendak mulakan tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Setiu dengan pelbagai hujahnya yang menyatakan kita tidak boleh fitnah seseorang dengan tuduhan yang tidak berasas, dengan prinsip yang adil dan lain-lain lagi. Saya agak kita setuju dalam semua prinsip undang-undang yang seperti disebut oleh Yang Berhormat Setiu ialah maksudnya ialah innocent until proven guilty. Oleh itu Yang Berhormat Setiu menuduh bahawa kalau ada insinuation, dengan izin bahawa seseorang telah melakukan kesalahan, itu adalah satu tuduhan yang liar dan tidak wajar dilemparkan kepada mana-mana pihak.

final • 8:5 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Bagi saya, saya setuju dengan prinsip itu dan itulah sebab kita lihat dalam fakta yang ada, kes-kes yang dibawa ramai di dalam media itu bukan lagi dalam setakat dakwaan. Dia sudah dibuktikan dalam mahkamah, aset sudah dirampas dan orang telah didakwa dan dihukum dengan tidak membenarkan perbahasan atau tidak menjawab dalam Dewan ini. Sebenarnya orang yang didakwa oleh pelbagai dakwaan ini telah abandon his right to defend himself. Jadi bagi saya seseorang itu tidak mahu defend themselves, itulah hak dia.

Tapi dalam prinsip undang-undang, sekarang yang kita debate ini ialah kita mesti memberi ruang untuk seseorang yang dituduh itu membela diri. Inilah dari awal kita menganggap undang-undang ini adalah satu undang-undang yang tidak menepati hak Perlembagaan dan hak asasi manusia.

Saya tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri dulu sebagai seorang yang membanggakan diri sebagai seorang yang liberal, yang mempertahankan hak asasi manusia tapi nampaknya kebelakangan ini menunjukkan sikap yang sinis terhadap liberalisme. Saya anggap kita harus ingat apa yang kita bahas malam ini, sungguh pun sudah larut pagi, adalah tanggungjawab kita kerana dengan menafikan kebebasan seorang warganegara, itu adalah satu perkara yang sangat penting.

Itulah sebab saya hendak ringkasnya, tidak mahu ulang perkara yang telah dibahas oleh rakan-rakan saya. Dalam seksyen yang kita telah reduce atau telah mengambil, telah keluarkan peranan IO ini, peranan investigating officer. Sebagai seorang yang telah pernah ditahan, kita tahu undang-undang hanya membenarkan 24 jam sahaja tahanan itu, kemudian IO mesti dilantik dan ambil siasatan.

Tapi dalam POCA ini maksudnya ialah satu crime, satu kesalahan atau satu jenayah yang mendesak. Itulah sebab kita tangkap sebelum perbicaraan. Akan tetapi apa sebabnya kita hendak lengahkan IO untuk berjumpa dengan orang yang disyaki ini.

Tidak ada logik kerana bagi saya dua perkara yang perlu IO harus bertindak secepat mungkin adalah kerana pertama ini melibatkan kebebasan fundamental seseorang yang belum dibuktikan bersalah.

final • 8:5 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Satu lagi ialah kalau kita anggap ini adalah satu jenayah yang mengancam keselamatan, patut kita bertindak serta-merta. Bukan tunggu 24 jam, selepas itu tidak perlu ada IO, kita boleh tulis laporan. Seseorang itu tidak perlu dijumpa oleh Board. Inilah sebab bagi saya tidak masuk akal kalau ini adalah POCA yang kita tugaskan untuk cegah jenayah.

Saya juga ingin dapat penjelasan daripada Timbalan Menteri, kenapa term tiga tahun itu dikeluarkan sehingga seseorang dalam lembaga itu boleh berkhidmat tanpa ada tempoh hadnya. Adakah bukan dengan ini akan membenarkan seseorang itu sudah lama dan sudah familiar dengan sistem dalam? Ini mungkin menanam sikap yang lebih prejudis terhadap seseorang, dalam minda seseorang itu dan juga ada kecenderungan ini akan membenarkan penyelewengan berlaku.

Secara spesifik kita telah dapat jawapan daripada Timbalan Menteri pada 21 Oktober 2015 di mana Menteri jawab sehingga setakat sejak digubal undang-undang ini sehingga 30 September sudah ada hampir 1,000 orang ditangkap. Saya ingin tahu secara khususnya berapa yang telah dibebaskan oleh lembaga, berapa telah didakwa dalam mahkamah dan berapa ramai telah berjaya didakwa dalam mahkamah. Saya teliti satu berita pada tahun lalu, 28 Disember, dua orang yang telah ditahan di bawah POCA dan SOSMA kerana berkelahi di Dengkil atau Port Dickson, saya tidak ingat.

Saya ingin tahu, adakah POCA ini juga digunakan untuk mencegah isu kelahi di antara dua orang yang mungkin tidak melibatkan keselamatan orang lain. Bukankah kita ada undang-undang yang mencukupi untuk mendakwa kes-kes yang lain? Jadi sekarang ini kita nampak POCA ini, dia tidak ada batasannya. Apa jenis jenayah yang dianggap serius yang perlukan prevention, pencegahan dengan tindakan yang lebih pantas dan juga tepat? Saya khuatir kita meluluskan undang-undang ini dengan memberi kuasa yang lebih besar kepada Lembaga dengan 10A yang kita nampak itu, Lembaga mempunyai kuasa mutlak untuk membuat keputusan sungguhpun tidak perlu jumpa dengan tertuduh.

IO juga tidak perlu jumpa dengan tertuduh dan tertuduh itu hanya bergantung kepada laporan yang telah disediakan oleh pihak polis.

Ini nampaknya bukan sahaja satu perkara yang bertentangan dengan hak asasi manusia tetapi lebih saya ragukan ialah ia sebenarnya tidak akan menjadi satu undang- undang yang berkesan untuk mencegah jenayah. Sungguhpun kita boleh mengatakan pelbagai perkara yang kita anggap tindakan tegas ini penting. Saya setuju dengan tindakan tegas tetapi tindakan undang-undang draconian, tidak ada ketelusan dan

final • 9:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

bertentangan dengan hak seorang warganegara akhirnya tidak akan menjadi undang- undang yang berkesan untuk menjaga keselamatan kita. Sekian, terima kasih.

final • 9:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kapar.

final • 9:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jam 2.14 pagi. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memberi input saya mengenai Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan berbicara tentang pindaan yang dilakukan pada tahun ini 2017.

Akta Pencegahan Jenayah 1959 ini merupakan satu undang-undang bagi pencegahan jenayah di Malaysia yang diluluskan pada tahun 1959. Ia dipinda sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1983 dan pada tahun 2013. Sejak Ordinan Darurat 1969 diluluskan pada tahun 1969, akta ini boleh dikatakan tidak digunakan sehingga Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri dimansuhkan pada tahun 2011.

Akta ini mengambil tempat yang efektif sejak kebelakangan ini atas alasan bahawa ia menangani kegiatan jenayah seperti jenayah terancang, gengsterisme, pemerdagangan manusia dan sebagainya. Akan tetapi apa yang perlu Dewan yang mulia ini imbangkan adalah di antara kita bawa hasrat kita untuk menangani jenayah-jenayah ini dengan pelbagai undang-undang yang sedia ada, adakah kita akan mengimbangkan dengan hakisan yang sedang berlaku dalam hak-hak yang dibekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Hak seorang pesalah atau orang yang ditahan mahupun penahanan yang dilakukan tanpa perbicaraan, yang membuka ruang kepada orang- orang yang ditahan ini supaya dapat membela diri dan sebagainya.

Dewan yang mulia ini dan Ahli-ahli Parlimen yang akan meluluskan undang- undang ini mempunyai satu amanah dan tanggungjawab untuk mengimbangkan dua situasi ini. Satu adalah tentang isu menangani kegiatan jenayah. Satu lagi adalah hak- hak yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak seorang yang ditahan di bawah akta ini.

Dari sudut perbincangan saya, ada beberapa perkara yang perlu dibangkitkan, pernah dibangkitkan tetapi makin lama kita nampak kecenderungan kementerian untuk membawa akta-akta yang lebih draconian seumpama akta ini yang kita mempunyai beberapa pindaan yang dicadangkan. Kita nampak kerajaan sedang berusaha untuk membuat satu perubahan besar dalam akta ini ke atas peranan pegawai inkuiri di mana bukan lagi ataupun sekarang tidak menjadi kewajipan orang yang ditahan di bawa ke hadapan pegawai inkuiri. Selepas menerima laporan siasatan polis, pegawai inkuiri akan melaporkan kepada Lembaga tanpa si yang ditahan ini dibawa ke hadapannya.

Merujuk kepada perkara ini, saya merasakan pegawai in ini tidak boleh menjalankan siasatan jika tahanan di bawah prosedur yang dipinda ini tidak perlu dibawa ke hadapan pegawai itu. Jika dibandingkan sebelum ini, kita ada situasi di mana tahanan itu mempunyai peluang untuk membuat penjelasan kepada pegawai siasatan dan boleh membuat permohonan kepada Lembaga untuk semakan semula penemuan pegawai siasatan jika dia tidak puas hati dengan penemuan.

Ini tidak akan berlaku lagi. Bermaksud daripada mara ke depan, kita sedang mara ke belakang dari sudut hak orang yang ditahan. Saya nampak pendekatan ini seolah-olah membuatkan pegawai-pegawai polis yang sedang bertugas jalan ringkas, jalan pintas untuk menahan mereka. Bukankah kita seharusnya juga dalam situasi hendak menahan orang-orang tahanan ini, kita juga kena pastikan pegawai-pegawai polis menjalankan tugas mereka mempunyai fakta ataupun basis untuk kes-kes yang ditahan.

Jadi daripada membawa satu ruang, membuatkan penangkapan itu berasas, kita makin ke belakang, makin menutup jalan untuk seseorang itu mengemukakan pembelaannya. Selepas itu kalau kita tengok juga pindaan kepada seksyen 10A, Lembaga mempunyai kuasa untuk mempertimbangkan dan memutuskan semua dapatan oleh pegawai inkuiri, ketiadaan peruntukan kajian semula juga akan mengakibatkan ketiadaan peranan pegawai undang-undang dalam menasihati Lembaga apabila permohonan bagi kajian semula dibuat. Ini adalah satu bahagian yang amat penting.

final • 9:4 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Akan tetapi kali ini sekali lagi dihakiskan daripada pembelaan untuk orang-orang tahanan.

final • 10:0 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Kapar. Kuala Krai.

final • 10:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 10:0 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mendapatkan kepastian daripada Yang Berhormat Kapar, bahawa peruntukan yang baru disebut oleh Yang Berhormat Kapar tadi mengenai pegawai inkuiri ini tadi. Ini adalah merupakan suatu kehebatan ataupun satu peruntukan yang nampaknya special bagi akta ini. Semasa diluluskan dulu pun, inilah juga yang menjadi tarikan yang dibawa oleh pihak kerajaan untuk meyakinkan kita bahawa peruntukan ini adalah lebih baik daripada ISA yang tidak terdapat perkara ini. Jadi, setelah kita diyakinkan dan kita akhirnya meluluskan undang-undang ini dahulu, kini langkah ke belakang dibuat untuk memadamkannya semula. Apakah ini sebenarnya suatu tindakan yang mundur seperti yang disebutkan tadi dan sepatutnya dikekalkan seperti yang sedia ada? Terima kasih.

final • 10:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Masukkan pandangan Yang Berhormat Kuala Krai dalam ucapan saya. Saya teruskan dengan seksyen baru 19H yang memberi kuasa nyata kepada Lembaga dalam hal berkenaan dengan perintah penahanan. Tambahan juga, anggota Lembaga sekarang boleh dilanjutkan tempoh lantikan mereka tanpa dihadkan. Sebelum ini ada had, sekarang sudah tidak ada had.

Ini membolehkan pelbagai kesan-kesan negatif timbul bersama. Bermaksud, kita nak tangkap penjenayah tetapi pada waktu yang sama, check and balance tidak secara holistik. Saya kurang memahami bagaimana undang-undang seperti ini boleh dilaksanakan di negara demokrasi seperti negara kita.

Seterusnya, saya masuk kepada penahanan tanpa bicara. Ramai Ahli-ahli Parlimen telah menyentuh benda ini dan kita menolak sama sekali apa-apa penahanan tanpa bicara. Kalau kita tahu mereka terlibat dalam kongsi gelap, ada jenayah terancang dan sebagainya, kalau polis kita efektif, efisien dan tahu apa yang sedang berlaku, boleh dibawa ke mahkamah dan dibicarakan. Saya perlu juga penerangan daripada Yang Berhormat Menteri, kenapa kita meneruskan agenda kita lebih cenderung kepada tahanan-tahanan tanpa bicara seperti ini.

Bahagian ketiga saya adalah salah guna kuasa. Tadi ada salah seorang Yang Berhormat telah mengatakan bahawa selalunya kes-kes ini melibatkan jenayah-jenayah yang besar.

Saya ingin menerangkan satu kes, di mana ini tidak ada kena mengena dengan kes-kes yang berat. Akan tetapi kes-kes kecil juga ditangkap, disiasat dan diambil tindakan oleh pihak polis. Sebagai contoh pada 2 Ogos 2015, seramai lapan orang ditangkap kerana terlibat dalam kes curi ikan dari kolam. Kes curi ikan dari kolam, sama ada mereka benar- benar terlibat dalam kes ini, tidak ada kepastian. Enam orang ditangkap kerana mencuri ikan dari kolam milik orang lain, dua orang lagi ditangkap kerana membeli ikan untuk dijual di pasar.

Apa yang berlaku kepada lapan orang ini, lapan orang ini ditahan reman untuk 21 hari dan kemudiannya ditambah lagi 38 hari. Selepas siasatan dan temu bual dengan pendakwa raya tanpa diberi ruangan untuk membela diri, tujuh orang yang kena tangkap itu dibuang daerah, seorang dibuang negeri. Jadi, kita ada situasi orang yang tangkap ikan. Ini bukan jenayah terancang atau gengsterisme dan sebagainya. Ini yang saya maksudkan tadi memang ada ruang untuk salah guna kuasa. Kita bagi satu ruang yang amat besar untuk kita menangkap orang-orang yang melakukan jenayah. Akan tetapi pada waktu yang sama, check and balance untuk memastikan objektif sebenar akta ini tidak dapat ditentukan.

Terakhir sekali Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan POCA ini. Apabila seseorang itu ditangkap, sekurang-kurangnya apabila ahli keluarga datang ke balai polis dan sebagainya, menanyakan bahawa ada tidak ahli keluarga, tidak kiralah anak kah, suami kah yang kena tangkap itu, tiada salah untuk pihak polis memaklumkan kepada ahli keluarga mereka. Kadang-kadang sampai tiga, empat hari tidak dimaklumkan. Ada yang berpendapat suami sudah hilang, ayah sudah hilang. Dalam keadaan jenayah yang sedang berlaku pada masa ini, susah kita nak buat kepastian bahawa orang itu betul- betul sudah meninggal dunia, hilang dan sebagainya. Saya rasa bila orang itu sudah tahan dekat dalam dan kita ada satu bahagian yang sangat ketat di bawah undang- undang ini, apa salahnya maklumkan kepada keluarga mereka.

Baru-baru ini kita ada kes di Klang, saya tidak terlibat dari sudut penahanan dan sebagainya. Akan tetapi dari sudut keluarga yang menanyakan apakah status, adakah

final • 10:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

betul kena tangkap atau dia dekat tempat lain atau dia kena culik dan sebagainya. Itu saya rasa tidak ada apa-apa halangan untuk pegawai-pegawai polis untuk maklumkan kepada keluarga mereka bahawa memang betul mereka ditahan di bawah POCA dan sebagainya. Itu pun saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjelaskan dan memberi penerangan dari sudut yang saya bangkitkan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sepang. Lepas itu Yang Berhormat Menteri jawab. Saya dah buat ruling tadi, boleh celah.

final • 10:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kenapa kami, khususnya Pakatan Harapan ini, menentang RUU pindaan ini? Seperti mana tadi yang telah didengar, kita dengar daripada kawan-kawan ini tadi. Antaranya RUU ini adalah RUU yang tidak mengambil berat soal apa yang dipanggil rights to be heard ataupun hak untuk didengar yang merupakan salah satu cabang daripada hak asasi, human rights ataupun natural justice yang dikata audi alteram partem, dalam bahasa Latin nya lah, one shall not be condemned unheard. Jadi, apabila kita menafikan hak untuk didengar ini, ia adalah satu kelaziman. Sebagai orang Islam, kita tidak boleh sama sekali kompromi kezaliman.

Saya nak bawa kisah sikit, pendek saja. Dalam zaman pemerintahan Islam ada seorang gabenor Islam yang amat zalim, nama dia Hajjaj Yusuf al-Thaqafi, dia ini seorang gabenor yang zalim, antaranya dibunuh para ulama. Suatu hari, jubah beliau koyak, diminta jubah dia dijahit. Dia pergi seluruh Kota Baghdad untuk cari penjahit, tidak jumpa seorang pun nak jahit baju dia, jubah dia. Akhirnya, dapat juga seorang yang sudi menjahit tapi orang yang jahit itu kata, sebelum saya jahit, saya nak minta pendapat ulama. Maka katanya, ulama itu ialah Ibnu Sirin Rahimahullah. Jadi, Ibnu Sirin kata, ‘Kamu tidak boleh jahit baju ini sebab ayat Al-Quran mengatakan, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] ...jangan kamu cenderung kepada orang yang zalim, nescaya kamu akan disentuh api neraka. Jadi, berdasarkan ayat ini, dia kata, ‘Kamu bukan sahaja tidak boleh tolong orang zalim, kamu juga tidak boleh sama sekali menjahit baju orang zalim’. Jahit baju orang zalim pun tidak boleh. Ini sekarang kita buat undang-undang yang zalim, lagilah tidak boleh hendak sokong. Oleh sebab itu, bagi saya kita menentang ini kerana ini isu kezaliman. Bagi saya, kita tidak boleh compromise dalam isu kezaliman ini.

Dalam sidang kali ini, saya beberapa kali dalam RUU ini saya telah menyokong sebab ada yang baik. Contohnya, RUU berkaitan dengan kita nak buat kesalahan, berkaitan dengan sebelum ini untuk kita— domestic violence dan sebagainya, kita boleh sokong. Maknanya, apa yang baik kita boleh sokong dan apa yang tidak baik, terpaksa kami bantah. Bila kami bantah ini, kami bagikan hujah-hujah kami. Soal yang paling penting bagi saya dalam perundangan, baik perundangan Islam ke, perundangan barat pun, apa dipanggil karamat al-insan, dignity of person, penghormatan, maruah seseorang. Oleh sebab ini adalah satu prinsip yang amat dititikberatkan oleh orang Islam, khususnya dalam ayat Al-Quran mengatakan [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . Allah telah memuliakan Bani Adam, iaitu kita semualah, manusialah.

final • 10:6 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sebab itu dalam Islam ini tak boleh sekali kita menyeksa orang, kita menzalimi orang, kita menyakiti orang, tak boleh. Tadi kita dah dengar banyak hujah-hujah. Saya tadi amat terperanjat apabila dengar penjelasan daripada Menteri bahawa dia kata antara sebab kenapa kita terpaksa buat pindaan kepada apa yang dipanggil EMD atau electronic monitoring device ini adalah kerana ada orang yang dipasang dengan peranti itu lupa nak charge bateri. Adakah kita, dengan izin, reduce orang itu seperti handphone?

Adakah manusia ini taraf dia macam handphone yang kena charge bateri dan sebagainya? Ini teruk sangatlah. Lepas ini saya rasa orang bawa powerbank bukan untuk nak charge handphone, tapi nak caj EMD. Ini dah teruk sangatlah. Memalukan.

final • 11:0 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

[Bangun]

final • 11:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Bukit Katil nak tanya kah?

final • 11:0 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Boleh?

final • 11:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 11:0 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Yang Berhormat Sepang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya nak menunggu ayat yang seterusnya oleh Yang Berhormat Sepang tetapi saya cuma ingin bangkitkan kepada Yang Berhormat Sepang, seperti mana Yang Berhormat Sepang pun sedia maklum bahawa tujuan POCA ini dihidupkan semula, mengikut pandangan kerajaan, adalah bertujuan untuk mencegah jenayah yang lebih berkesan di Malaysia.

Misalnya nak kawal anggota persatuan kongsi gelap, pengganas dan orang-orang lain yang tidak diingini. Dalam konteks ini, tentulah tujuan murni kerajaan itu adalah untuk mengekang gengsterisme, dadah dan sebagainya serta jenayah terancang.

Jadi apa pandangan Yang Berhormat Sepang? Kerana undang-undang ini pertamanya tiada perbicaraan, ditahan sama seperti ISA. Daripada segi itu, apakah Yang Berhormat Sepang berpendapat, seperti yang disebut tadi, bahawa undang-undang ini zalim dan sebagainya? Apakah undang-undang ini tak baik untuk negara kita? Kerana tujuannya nampak muluk, nampak baik untuk mencegah jenayah dan sebagainya. Apa pandangan Yang Berhormat Sepang? Terima kasih.

final • 11:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Saya rasa kita yang di sini dan juga di sana, kita mempunyai persamaan daripada segi tak suka dengan jenayah. Tak suka dengan jenayah terancang, jenayah gengsterisme. Ini semua saya rasa kita bersepakat. Tetapi beza kita di sini dan di sana adalah kita tak selalu boleh terima undang-undang yang justify tyranny ataupun justify kezaliman. Kalau mereka betul-betul bersalah atau mereka ini ada melakukan kesalahan, kita bawa mereka di mahkamah untuk dibicarakan. Ini prinsip asas. Sebab, saya rasa prinsip...

[Berucap dalam bahasa Arab] Ataupun presumption of innocent ini adalah satu prinsip yang universal. Yang ini jangan kita compromise. Saya telah bahas panjang semasa sebelum inilah. Saya tak berniat untuk nak ulang balik.

final • 11:0 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang Berhormat Sepang, boleh saya celah?

final • 11:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Boleh. Boleh, Tuan Yang di- Pertua, ya?

final • 11:0 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya just nak tanya sedikit dengan Yang Berhormat Sepang.

Apa pandangan Yang Berhormat Sepang? Yang Berhormat Sepang seorang peguam dan tahu serta arif berkenaan dengan undang-undang jenayah dan sebagainya. Adakah Yang Berhormat Sepang berpendapat bahawa undang-undang yang sedia ada— kita ada undang-undang jenayah— sudah memadai untuk tackle, dengan izin, isu-isu yang undang-undang POCA ini digubal untuk? Don’t you think that we have sufficient law existed already, dengan izin? *Do we need the POCA?

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)* mempengerusikan

final • 11:0 PM

Mesyuarat] Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor. Bagi saya, undang-undang yang ada sekarang dah mencukupi. Kita tak perlu ada POCA, tak perlu ada POTA, tak perlu ada SOSMA. Bagi saya, tiga-tiga undang-undang ini sama ada SOSMA, POCA, POTA ini podah lah. Boleh podah lah. Tadi kita dengar banyak daripada Yang Berhormat Ipoh Barat kata podah kan? Saya pun belajar daripada dialah. Jadi bagi saya, SOSMA, POCA dan POTA ini boleh podah lah.

[Ketawa] Sebab bagi saya, Tuan Yang di-Pertua, kalau seseorang itu melakukan kesalahan, kita bukan nak sokong dia. Kita minta dia dibicarakan. Kalau mereka didapati bersalah, kita puas hati kalau mereka diputuskan bersalah oleh mahkamah. Saya rasa tidak ada orang akan marah. Tapi kalau dia didapati ditahan tanpa dibicarakan, persoalannya macam mana dia nak tahu yang dia ini salah atau tak salah? Itu yang pertama.

Yang keduanya, kita bantai Guantanamo Bay. Kita tak suka dengan orang- orang Islam, contohnya, dizalimi oleh Amerika dan sebagainya, tetapi kita buat undang- undang yang lebih kurang macam Guantanamo juga. Jadi ini menunjukkan kita ada double standard.

final • 11:0 PM

Mesyuarat] Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya rasa perbicaraan ini satu perkara asaslah. Kata orang itu satu yang begitu basiclah, dalam keadaan kita pula boleh relax undang-undang berkaitan dengan prosedur ini. Contohnya prosedur kah, evidence kah, ini kita boleh relaxkan daripada segi macam nak terima evidence. Mungkin burden of proof kita boleh shifted dan sebagainya.

Mungkin kita boleh introduce presumption dan sebagainya. Contoh kes dadah. Memang nak buktikan dadah susah dan sebab itu kerajaan buat undang-undang memperkenalkan presumption. Presumption ini bermakna kita seolah-olah me-relax-kan pembuktian tapi itulah kaedah dalam bagaimana kita hendak membuktikan kes. Sebab kita rasa susah nak buktikan kes, kita buat undang-undang relaxkan pembuktian. Itu tak ada masalah.

Tetapi sekarang ini kita nafikan terus perbicaraan. Ini yang kita tak boleh terima.

Yang ini kita tak boleh compromise, minta maaf, sebab bagi saya, bila seseorang itu dizalimi, saya tak boleh compromise. Saya berpegang kepada kata Sayidina Umar.

Apabila seorang anak gabenor nama dia Muhammad, anak kepada Amru ibn al-As, Gabenor Mesir, dia tampar orang rakyat biasa, sambil tampar sambil dia bermegah dengan keturunan dan dia punya pangkat, dia kata, “Anak ibnu Aqromim. Aku adalah anak orang yang mulia.” Kalau sekarang ini, “Aku anak Tan Sri” lah lebih kurang.

final • 11:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, boleh habiskan Yang Berhormat.

final • 11:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey. Sayidina Umar kata apa?

Sayidina Umar panggil bapa dia dan anak dia, kata Sayidina Umar... [Berucap dalam bahasa Arab]. “Sejak bila kamu diberi lesen untuk memperhambakan sesama manusia sedangkan mereka dilahirkan oleh ibu mereka dalam keadaan bebas?” Man is born free. Kalau kita menzalimi orang, bermakna kita memperhambakan mereka. Jadi sebab itulah kita tentang.

Dalam undang-undang yang ada ini sekarang, kita lihat contoh EMD...

final • 11:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, masa habis Yang Berhormat.

final • 11:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey. Saya nak habiskan ini.

Ini dipinda dalam seksyen 7A. EMD ini apabila seorang itu lepas, dia dipasang EMD.

Bukan sahaja dia disekat kebebasan dengan adanya EMD yang boleh dikawal tetapi dengan adanya EMD ini juga, dia terpaksa— contohnya saya bacakan ya. Antaranya kalau dia kena, what we called it, dia kena posting bon, lepas itu dia juga boleh dipenjarakan. Dia juga boleh dikenakan bayaran ganti rugi. Dia boleh juga diarahkan untuk bayar ganti rugi dan dia juga diminta untuk melaporkan diri kepada polis dan malahan ada syarat-syarat dia kena ikut.

Selepas itu, dia juga antara lain boleh— yang lebih teruk lagi apabila dibawa ke inquiry officer. Saya nak pergi kepada seksyen 9.

final • 11:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Seksyen 9 ini, inquiry officer ini, antaranya seksyen 9(3)(a) ini, walaupun tak ada dinyatakan di sini, dia justify torture sebab dalam seksyen 9(3)(a), Tuan Yang di-Pertua, dia membenarkan sebarang evidence diambil oleh— saya bacakan. “Any Inquiry Officer may procure and receive all such evidence, in any form and whether the evidence be admissible or not under any written law for the time being in force relating evidence or criminal procedure, which he may think necessary or desirable.” Maknanya undang-undang ini, cara dia nak dapatkan evidence itu, dia boleh buat apa cara pun. Maknanya ini undang-undang yang sekarang kita ada ini. Jadi sekarang ini kita pinda. Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Padang Serai bahawa sebenarnya sebelum pindaan pun, undang-undang ini dah teruk.

Bila pinda, lagi teruk lagilah. Sebab itu kita menentang habis-habisan.

Saya lagi sekali ingin menyatakan bahawa tak perlulah kerajaan pinda undang- undang ini. Maka saya harap kerajaan tarik baliklah pindaan ini dan saya menentang habis-habisan. Saya juga, sebagai penutup, nak katakan sebenarnya dalam Malaysia ini bukan sahaja kita melihat orang biasa buat jenayah malahan tadi dikatakan oleh Yang Berhormat Puchong, pegawai polis pun terlibat melakukan jenayah. Malahan, kita telah ada satu kenyataan daripada Ketua Polis Negara...

final • 11:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sebagai penutup. Kita ada kenyataan daripada Ketua Polis Negara mengatakan bahawa dia pun kenal dengan

final • 11:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

penjenayah yang terkenal. Saya tanya soalan dalam Parlimen ini, saya minta adakah beliau disiasat atau tidak.

Dalam hal ini, sebagai penutup, saya nak katakan bahawa...

final • 11:0 PM

Seorang Ahli

Berapa kali tutuplah?

final • 11:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tak apalah, memang malas nak tutup pun. Saya nak bacakan satu pepatah Arablah. Dia kata... [Berucap dalam bahasa Arab]

final • 11:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Dia kata apa? Kita ini penggembala kambing, dia gembala kambing, dia pelihara kambing supaya serigala tidak makan tetapi bayangkan kalau yang jaga kambing itu serigala. Macam mana? Macam itulah. Sekarang ini kita minta polis jaga penjenayah supaya kawal penjenayah tetapi tiba-tiba, polis jadi penjenayah. Macam serigala jaga kambinglah. Sekian, terima kasih.

final • 12:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 12:0 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terutama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembahas yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan juga pencelah. Saya hendak sebut satu per satu, ya. Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Bukit Katil. Semua pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat akan diambil kira dalam pelaksanaan undang- undang ini.

[Ketawa]

final • 12:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 12:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tidak, tidak, tidak. Baru mukadimah sahaja.

Tadi saya dengar perbahasan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang sebenarnya telah saya jawab dalam mukadimah saya. Tadi ada perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Batu yang mengatakan, “Sila berikan statistik mereka ditahan dan dibebaskan dalam POCA ini”. Tidak dengarkah ucapan saya tadi? Awal-awal saya sudah sebut.

Jadi banyak perkara yang saya sudah sebut tadi dalam mukadimah saya, sebenarnya telah menjawab banyak daripada soalan yang dibawa oleh Yang Berhormat.

Pada pandangan saya ialah Yang Berhormat memilih mana-mana seksyen undang- undang ini Yang Berhormat fikir boleh dipertikai tetapi Yang Berhormat tidak melihat kepada spirit undang-undang itu sendiri. Maknanya, pindaan yang kita buat ini semua berkaitan. Berkaitan dengan permohonan daripada Lembaga Pencegahan Jenayah untuk memudahkan kerja mereka. Undang-undang POCA ini sejak tahun 1959. Bukan undang-undang baru. Telah dipinda beberapa kali. Paling akhir dipinda, pada tahun 2015 dulu. Maknanya undang-undang ini memang sentiasa akan dipinda mengikut keperluan semasa.

Jadi soal yang saya fikir saya perlu jawab adalah mengenai *right to be heard.

Right to be heard* ini adalah satu perkara yang sering disebut mengenai undang-undang yang berkenaan dengan undang-undang pencegahan seperti undang-undang POCA ini.

Sebenarnya, right to be heard ini telah dimasukkan dalam undang-undang tersebut. Saya hendak sebut di sini apakah right to be heard yang telah diberikan kepada orang kena tahan. Kalau dia kena tahan, maka dalam masa 48 jam, mula-mula sekali beliau diberitahu apa kesalahannya. Kedua, keluarga dan warisnya diberitahu bahawa dia ditahan dan di mana dia ditahan. Maknanya, orang kena tahan dan keluarga telah dimaklumkan. Selepas itu, dalam masa tempoh tujuh hari, pihak IO polis perlu...

final • 12:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bangun]

final • 12:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Bagi saya terangkan dululah. Jangan panjangkan lagi.

final • 12:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Itu bukan right to be heard. Itu bukan right to be heard. Salah faham itu.

final • 12:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tidak, tidak, tidak. Saya tidak bagi laluan.

Bagi saya habiskan dulu. Bagi saya habis. Pasal apa you tidak faham ini saya hendak terangkan daripada mula sampai habis ini. Duduklah, duduk, duduk. Duduk dulu.

final • 12:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

That is right to inform. Bukan right to be heard. Tidak faham ini.

final • 12:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Ini right to be heard lah. Sabar dulu. Right to be heard yang pertama, dalam masa tujuh hari, pihak IO polis mesti membawa kesnya kepada pendakwa raya. Pendakwa raya boleh buat keputusan sama ada kes itu adalah kes yang valid atau tidak. Kalau tidak valid, pendakwa raya akan tolak. Selepas tujuh hari, saya rasa 14 hari selepas itu, dia bawa ke mahkamah pula di mana mahkamah akan menentukan sama ada tempoh tahanan akan dilanjutkan lagi 21 hari. Betul? Selepas itu, selepas didengar di mahkamah, selepas tempoh ini, mahkamah akan keluarkan judgment sama ada kes ini akan digugurkan ataupun tempoh tahanan akan ditambah selama 38 hari lagi.

Jadi apabila kes ini dibawa kepada LPJ pula, siapa-siapa yang didakwa ini akan ditemu ramah oleh IO. IO yang disediakan oleh Lembaga sendiri di mana mereka akan diberikan right to be heard sekali lagi. Selepas itu, the full case report akan dibawa kepada LPJ untuk didengar dalam tempoh 38 hari itu untuk LPJ menentukan kedudukan kes tersebut. Selepas itu kalau laporan IO itu tidak kuat, dia akan ditolak dan kalau laporan IO itu diterima, maka perintah tahanan akan dikeluarkan. Kalau perintah tahanan dikeluarkan pun, orang yang kena tuduh itu boleh membuat writ habeas corpus kepada mahkamah untuk mendengar kes beliau untuk beliau dilepaskan.

Jadi right to be heard ini ada daripada hari yang kedua mana-mana orang yang kena tahan ini ditahan, sampai beliau dikeluarkan perintah tahanan. Itu pun boleh dibawa ke mahkamah.

final • 12:0 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

[Bangun]

final • 12:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Bagi saya habis dulu. Saya tahu Yang Berhormat hendak panjang-panjangkan masa ini. Hendak bersidang sampai sembahyang Subuhkah?

[Ketawa] Jadi soalnya sekarang ini, dalam melaksanakan proses untuk menilai orang kena tahan ini, sekarang ini sebenarnya ada kekangan dari segi mungkin kelambatan proses tersebut. IO lambat, maka lambatlah kes itu dihadapkan kepada LPJ. Sekiranya kes tersebut dihadapkan kepada LPJ, LPJ sekarang ini hanya menilai dari segi kertas.

Selalunya, laporan ataupun dokumentasi yang dibuat oleh pegawai penyiasat itu, IO itu, diterima oleh LPJ. Maknanya ada kekangan kepada LPJ itu sendiri bahawa mereka menilai secara kertas. Mereka tidak bertemu dengan orang yang dituduh. Jadi sebab itu pindaan-pindaan yang telah dibuat, sebenarnya pindaan utamanya adalah pada seksyen 10 dan seksyen 11. Ini juga berkenaan dengan right to be heard di mana sekarang ini orang yang kena tuduh itu ada right of review yang dibuat pada LPJ tetapi berdasarkan kepada kertas yang dibuat oleh IO.

Kalau sekarang ini kita kekalkan prosedur yang ada, maka hak orang kena tahan itu terhad kerana dia tidak berdepan dengan LPJ. Dia tidak diberikan right to be heard in front of the LPJ. Jadi bila pindaan dibuat kepada seksyen 10A yang ditambah ini, seksyen baharu yang ditambah ini, ia sebenarnya memberikan ruang kepada LPJ untuk menilai dengan lebih baik lagi laporan yang dikeluarkan oleh IO.

final • 12:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 12:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Kalau mereka bersetuju, maka orang kena tahan itu akan diteruskan tahanannya tetapi kalau mereka tidak bersetuju, maka kes tersebut boleh dikaji semula dan orang kena tahan itu diberikan hak representative rights iaitu untuk datang di depan lembaga LPJ ini untuk mendengar rayuan daripada orang kena tahan dan juga saksi-saksi yang akan dibawa oleh mereka dan juga dipimpin oleh peguam yang dipilih oleh mereka di depan LPJ itu sendiri.

Jadi inilah dia the gist of pindaan ini iaitu untuk memberikan right to be heard yang lebih baik kepada orang yang kena tahan.

final • 12:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Okey, boleh saya betulkan. Saya rasa gist yang diberikan oleh Timbalan Menteri itu tidak betul.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Okey tak apa, bagi saya habiskan dulu.

Lepas itu hendak kata saya salah, salahlah.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Boleh, boleh.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Selepas ini ada peringkat Jawatankuasa lagi.

Jadi untuk saya hendak lebih mendalam lagi, tadi ada isu mengenai sama ada keluarga tidak dimaklumkan semasa tangkapan POCA.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Timbalan Menteri, boleh saya?

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Saya dah sebut daripada awal tadi. Tidak, bagi saya habis dulu. Lepas habis baru boleh...

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang berkenaan dengan gist, before you go to the next topic. Kalau tidak, kita perlu ulang berkali-kali.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

No, no. That is my explanation, but you will obviously repeat it.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

No, I’m reading your...

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

No, let me explain my side first, then you can answer later.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Timbalan Menteri, can you just look at section 10 because what you said is not reflected in section 10.

final • 1:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Menteri tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

No, you are talking about 10A or the original section 10?

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

10(1).

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

No, no. I’m talking about 10A, then your revision.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Correct. That’s why because what happened in section 10, section 10 requires the inquiry officer to give the detainee his report.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Yes.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

And that report is given to detainee, so that he can give his input and under section 11, go before the Board for review before a decision is made. So that I think you skip that earlier.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Yes, under section 10A now, that process will be made faster.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

No, because there is no process, that is why it is faster.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

No, no.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

You have taken out the process.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

The process is directly to the LPJ.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya, but the thing is if you don’t give him the report, then how does he know what to do?

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Then the LPJ can ask the inquiry officer to make a full report quickly right?

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

No, but the point is you must give it to him.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

No, no but now the person, orang kena tuduh has a right to appear in front of the LPJ if he wants to have a representation under section 10A.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yes, but before that happen, he must have a copy of the report, the inquiry report.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Berdialog ya.

[Ketawa]

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Isn’t it?

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

No, no. Let...

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

I will leave that but...

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Let me go on to the other section first.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

I’ll come back to that later.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Because under the, masa Jawatankuasa nanti ia akan dibincangkan lagi bukan.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Bukan Jawatankuasa, ini berkenaan dengan...

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Ini dasar, biar saya jawab dulu secara dasar.

final • 1:0 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Timbalan Menteri, we have questions.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Terima kasih banyak.

final • 1:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Jangan berdialog Yang Berhormat.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Terima kasih banyak, saya hendak teruskan.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini dibentang oleh Timbalan Menteri, I will come back to that.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Sudah, sudah. Lepas ini masa Jawatankuasa pun Yang Berhormat akan bawa lagi perkara ini.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

No, no, ini bukan Jawatankuasa. We have to deal with it now.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

No, no, this is dasar.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya lah, samalah.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tidak sama. Jawatankuasa kita bincangkan secara direct.

final • 1:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Jangan berdialog Yang Berhormat.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Because the reason for...

final • 1:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Yang Berhormat, ini bukan tempat pertandingan debat Yang Berhormat.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Jangan. Timbalan Menteri, minta maaf.

Saya akan bagi habis tetapi biar kita...

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Saya tak bagi floor. Bagi saya habis dulu.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Biar kita tanya di peringkat inilah, jangan kita kata okey sehingga Jawatankuasa, habis.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tidak, Jawatankuasa akan dibangkitkan semula. Jadi kita tunggu peringkat Jawatankuasa.

final • 1:0 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

No, Jawatankuasa itu adalah berkenaan isu lain.

final • 1:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat, biar seorang-seorang bercakap Yang Berhormat.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Saya tidak bagi jalan. Sudah bahas tadi, ini saya jawab.

final • 1:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri hendak bagi jalan?

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tak bagi jalan. Duduk, duduk!

final • 1:0 PM

[Dewan riuh]

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Semua yang lain bagi jalan.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tadi dalam perbahasan ada disebut bahawa...

final • 1:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya duduk dulu Yang Berhormat, Menteri tidak bagi jalan.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

...Keluarga tidak dimaklumkan semasa ditangkap dalam POCA. Saya sudah sebut awal tadi, keluarga dimaklumkan berkaitan dengan tangkapan dan juga orang tahanan dapat hak untuk melantik peguam seperti peruntukan seksyen 43 akta ini.

final • 1:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Selepas itu tadi ada isu ditimbulkan...

final • 1:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya takkan tanya Yang Berhormat Menteri Yang Berhormat.

final • 1:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Nak tanya tentang keluarga.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tidak, tidak.

final • 1:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar bangun, hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tidak bagi.

final • 1:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak bagi jalan, duduk Yang Berhormat Kapar.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tidak bagi, nanti peringkat Jawatankuasa tanya lagi.

final • 1:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ini tidak ada kena-mengena dengan Jawatankuasa.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tidak, tidak.

final • 1:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar, duduk Yang Berhormat.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Biar saya habiskan dulu. Tadi ada juga soalan mengenai adakah POCA bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Isu POCA yang tidak constitutional tidak pernah dicabar secara khusus dalam mahkamah.

Tadi dakwaan daripada Yang Berhormat Puchong saya rasa tidak betul.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ada, you boleh tanya you punya peguam ada duduk sana. Sinti, please tell him.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Ini jawapan dia.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Sinti ada sana, peguam yang buat kes itu dengan saya ada di sana. Apa ini, your lawyer is there, ask him.

final • 1:0 PM

[Dewan riuh]

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Duduk, duduk.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Ketawa] You are the one is kidding, not me. I can give you the citation, I lost, we lost, correct right?

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Duduk, duduk, duduk, duduk.

final • 1:0 PM

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Dia pun gelak, dia pun gelak.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

That is your statement, but the fact on record is isu ini...

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Then update your record. I tell you...

final • 1:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Jawab jujurlah Menteri, you are...

final • 1:0 PM

[Dewan riuh]

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Duduk, duduk, duduk. Saya sebut tadi, perkara ini, isu POCA ini tidak pernah dicabar secara khusus di mahkamah. Maknanya POCA cabar di mahkamah, itu tidak ada satu cabaran yang khusus. Oleh itu POCA merupakan undang-undang yang tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

final • 1:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Cabar ini apa maksudnya Menteri? Tidak fail kah apa?

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tadi ada satu...

final • 1:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Menteri susah, tak nak jawab soalan ya?

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Apa dia?

final • 1:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tadi Menteri kata tak cabar, kata Yang Berhormat Puchong ada cabaran, adakah maksud Menteri tak cabar itu maknanya tidak diputuskan oleh mahkamah ataupun tak pernah dicabar?

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Itu jawapan saya.

final • 1:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya hendak dapatkan kepastian.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tak puas hati, itu tetap jawapan saya.

final • 1:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Menteri ini, Menteri Pulai patut standard tinggi sikitlah, bukan Menteri yang lain.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Saya dah jawab, ini floor saya menjawab.

Tak puas hati itu tetap jawapan saya, terima sajalah.

final • 1:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, seorang-seorang.

final • 1:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tidak ada, saya tanya Menteri.

final • 1:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat seorang-seorang, Menteri tidak bagi jalan, tidak bagi jalanlah Yang Berhormat.

final • 1:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Susahlah macam ini, tidak bolehlah.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Okey, okey, okey. Dah, dah, dah.

final • 1:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Menteri dah pagi ini, tahulah penat ya.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Duduk, duduk. Tadi ada soalan mengenai...

final • 1:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar duduk Yang Berhormat, Menteri tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 1:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Menteri tidak bagi jalan, kena duduk.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Saya tak bagi jalan, duduk.

final • 1:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, point of order Yang Berhormat. Sebentar ya.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Minta maaflah. Tuan Yang di-Pertua, there is a limit to what we can take also. Point of Order 36(12).

final • 1:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hah? Rujuk Menteri pergi hak kebebasankah?

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Belum rujuk lagi. Sebelum kita rujuk kita kena tunjukkan dia membuat kenyataan yang mengelirukan Dewan.

final • 1:0 PM

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Apa masalahnya? Takkan Ahli-ahli Parlimen di sebelah sana tak nak tahu kebenaran. Menteri ini keliru, cabaran ada dibuat tetapi Menteri menang. Jadi, mahkamah memutuskan ianya sah.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Ya lah, dah kalah itu kalahlah.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya lah, ada cabaranlah.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Maknanya dah kalah itu mahkamah confirmlah dia tak...

final • 1:0 PM

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

You don’t even know the meaning of cabaran.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Yang Berhormat Puchong yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, bukan saya.

final • 1:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

He doesn’t even understand the word cabaranlah, susahlah Menteri.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

So there was a challenge and in this challenge, the Federal Court didn’t agree with us. So ada dicabar.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

You lost.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sorry?

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

You lost, that means the court agree with us.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

That is what I said, that’s what I said.

Saya katakan ada cabaran.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

So POCA is constitutional.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya lah tapi ada cabaran dibuat. There was a challenge in court and we failed in that challenge. I don’t understand what is this dia kata tidak ada challenge. Can the lawyer advice the Minister?

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Semantics you lost in court.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

That means there is challenge that we loss, you understand? You must challenge only then you can lose. If you don’t even challenge, you cannot lose.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Yang Berhormat, sila hormati Tuan Yang di- Pertua.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kita kena hormati Dewanlah, you got to be honest because...

final • 1:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Minister, you have also to respect the lawlah.

final • 1:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

What is this?

final • 1:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kalau tidak faham undang- undang, susah hendak bahas. Orang kata challenge lain, keputusan lain. There was a challenge, but the challenge failed. But there was a challenge. To say there was no challenge, there was wrong.

final • 1:0 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Minister, so basiclah Minister, come onlah.

final • 1:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya Yang Berhormat Menteri.

final • 1:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

You are Minister from Pulai, not daripada tempat lain. Come onlah. We respect you tapi you tak respect yourselflah, susahlah.

final • 1:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Dah kalah, buat cara kalahlah. Tadi ada soalan mengenai proses tahanan tanpa bicara adalah bercanggah dengan rule of law dan arbitrary. Jawapannya adalah Akta Pencegahan Jenayah 1999 telah dibuat pindaan pada tahun 2014 untuk memasukkan perkara 149 untuk membolehkan perintah tahanan dikenakan. Oleh itu tiada isu akta ini bercanggah dengan rule of law dan arbitrary. Okey, fact. Not fact? Kedua, hak di bawah perkara 151 Perlembagaan Persekutuan tiada dalam pindaan ini. Jawapannya hak di bawah 151 Perlembagaan Persekutuan tidak dimasukkan dalam pindaan kali ini kerana telah dimasukkan melalui pindaan akta ini pada tahun 2015 melalui subseksyen 19A(4). Yang Berhormat Puchong angguk tetapi Yang Berhormat Padang Serai tadi tanya soalan yang sama juga. Siapa yang tidak memahami undang-undang ini?

final • 6:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya minta penjelasan. Saya boleh beri penjelasan.

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Puchong bangun, Yang Berhormat.

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tidak, tidak, tidak saya tidak bagi floor. Saya tidak bagi floor.

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan, Yang Berhormat.

final • 6:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

You Menteri yang tanya soalan kepada saya, apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Padang Serai akta asal itu tidak mengikuti Perlembagaan Persekutuan.

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Saya tidak bagi floor.

final • 6:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

So, what is unconstitutional from the start remains unconstitutional until the end! Itu apa yang dibawa oleh dia, itu pun tidak faham*. I don’t get it.

[Ketawa]*

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Saya tidak bagi floor.

final • 6:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Menteri, apa yang Menteri takut ini Menteri. Bagilah floor apa masalahnya?

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, ini bukan soal takut. Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan Yang Berhormat. Kena duduk.

final • 6:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Kami tunggu sini sampai pukul berapa tanya soalan. Kalau tidak bagi floor, macam mana? Be gentle lah.

final • 6:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

*[Ketawa] This is 3 o’clock in the morning.

At least give us some attitude.*

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar. Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak bagi jalan.

final • 6:0 PM

[Dewan riuh]

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

We are waiting here. What is the time now, we are waiting here. We commit ourselves. What is all be? Give us some room to ask question. Tidak payahlah macam ini.

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak bagi jalan, Yang Berhormat.

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan.

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, teruskan Yang Berhormat. Duduklah Yang Berhormat, duduk.

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tadi ada soalan yang meminta penjelasan kes Siti Nor Aisyah . Ya, Siti Nor Aisyah dituduh di bawah seksyen 130 JB Kanun Keseksaan kerana memiliki 12 buku berkaitan kumpulan militan dan didapati bersalah oleh mahkamah dan dihukum 5 tahun penjara. Itu mahkamah yang tentukan, bukan POCA.

Juga berapakah kos EMD? Satu kos peranti EMD adalah RM4,480.

Kembali semula kepada isu pemotongan seksyen 6 berhubung pegawai siasatan tidak berjumpa dengan subjek. Jawapannya, pemotongan seksyen 6 tidak menjejaskan hak suspek berjumpa dengan pegawai siasatan kerana seksyen 9 jelas menunjukkan bahawa pegawai siasatan akan menjalankan siasatan terhadap suspek selepas reman selama 38 hari diberikan oleh mahkamah. Maknanya dia mesti dibuat dalam 38 hari tersebut. Tidak timbul soal IO tidak akan berjumpa dengan subjek tersebut.

final • 6:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini pegawai undang-undang berbeza tau. Yang Berhormat Timbalan Menteri, I’ve got to tell you because you won’t understand anyway..

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

No, no. First of all, I don’t give you the right away. Second of all, I know you are going to ask this question in Jawatankuasa. So, let’s wait until then, okey. Let me give my answer.

final • 6:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

No, this is dasar. This is dasar.

final • 6:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa dasar dengan jawatankuasa beza. Kita tidak boleh bawa isu dasar dalam jawatankuasa.

final • 6:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Itu pun tidak tahu kah, Yang Berhormat Timbalan Menteri..

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Betullah, saya kata saya tunggu peringkat jawatankuasa nanti, selepas itu saya jawablah.

final • 6:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tidak boleh. Kita ada isu dasar yang tidak selesai.

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Apa tidak boleh pula, ini hak saya hendak menjawab.

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Timbalan Menteri sedang menjawab, Yang Berhormat. Sedang menjawab.

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Ini hak saya hendak menjawab saya kata tunggu jawatankuasa, tunggulah jawatankuasa.

final • 6:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Are you going to give us right to debate semasa jawatankuasa atau tidak?

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, kalau tidak bagi jalan, jangan berdialog, Yang Berhormat.

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Bila jawatankuasa you can ask lah.

final • 6:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

No, no.

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Saya akan teruskan tadi soalan..

final • 6:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak faham fungsi jawatankuasa dengan dasar.

final • 6:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Speaker, can you explain to the Menteri dia tidak faham procedure dalam Dewan.

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak apa, Yang Berhormat Timbalan Menteri sedang menjawab, Yang Berhormat.

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tidak, tidak, tidak.

final • 6:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak faham. Apa fungsi kita untuk membahagikan perbahasan peringkat dasar dengan peringkat jawatankuasa.

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Jawapan saya, saya fahamlah.

final • 6:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya, kenapa kita perlu ada pegawai undang-undang in this dasar.

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Timbalan Menteri sekarang sedang menjawab, Yang Berhormat. Biarkan dia habis menjawab, dia sedang menjawab, Yang Berhormat.

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Jawab.

final • 6:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Dia tidak bagi celah bila ada isu yang tidak jelas, kita hendak jelaskan. Dia tidak boleh kata nanti akan dibahas dalam jawatankuasa.

final • 6:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Dia tidak faham.

[Ketawa]

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Yang Berhormat, procedure Parlimen faham tidak?

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak apa Yang Berhormat. Dari segi Peraturan Mesyuarat, Yang Berhormat Menteri boleh tidak bagi jalan.

final • 6:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Dia tidak bagi jalan, betul. Dia kata tidak bagilah. Janganlah kata kita bahas dalam jawatankuasa.

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak bagi jalan, saya kena minta Yang Berhormat duduk.

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Sekejap you kata tidak bagi bahas, sekejap you kata tidak bagi jalan. Saya tidak bagi jalan, duduklah.

final • 6:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak berani untuk membuka, what sort of liberal are you?

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat.

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Saya tidak bagi jalan, duduklah.

final • 6:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

*What sort of liberal are you?

You* berani, bagilah...

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebentar Yang Berhormat, sebentar. Yang Berhormat Timbalan Menteri, bantu saya Yang Berhormat, kalau tidak bagi jalan, jangan berdialog dengan mereka, Yang Berhormat.

final • 6:0 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak mahu membenarkan sebarang pertanyaan semasa dia bagi jawapan.

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat bangun kemudian saya tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tidak bagi jalan. Yang Berhormat kena duduk, Yang Berhormat.

final • 6:0 PM

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak tahu kita ada hak untuk tanya sekarang. Menteri tidak tahu so saya rasa Tuan Yang di-Pertua kena sekolahkan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan beritahu kepada dia kita boleh tanya.

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Kepada soalan bahawa laporan...

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dengar Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri sedang menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan, Yang Berhormat.

final • 6:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Dia bukan menjawab, dia baca teks.

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sedang menjawab soalanlah itu, Yang Berhormat.

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Behave yourself lah, behave yourself, come on.

final • 6:0 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Macam mana dia hendak bahas. Orang tengah cakap fasal itik, dia cakap fasal ayam. Susah betullah.

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Laporan tidak diserahkan kepada suspek disebabkan pemotongan seksyen 10(1)(2). Jawapannya dalam akta asal sememangnya laporan pegawai siasatan...

final • 6:0 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua, point of order.

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Timbalan Menteri, point of order.

final • 6:0 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di- Pertua, saya merujuk kepada 21.

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sebentar, sebentar, 21?

final • 6:0 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

21(1)(b) di mana questions may be put to Minister relating to a bill, motion or other public matter connected with the business of the House for which such Minister is responsible. This is exactly what we are doing.

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak, Yang Berhormat. To be fair dia sedang menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan.

final • 6:0 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya faham tetapi ini adalah peringkat dasar.

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

You soal minta penjelasan tetapi dia sedang menjawab soalan, Yang Berhormat.

final • 6:0 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

No, no. Kita ada tanya soalan. We may put the question to the Minister in charge of this bill. He’s responsible for this bill and that is what this order is for. Otherwise how? The next stage is jawatankuasa. Jawatankuasa itu lain. Soalan-soalan yang kami akan tujukan di

final • 6:0 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

peringkat jawatankuasa is completely different from dasar. Semua Menteri membenarkan kami membuat.

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya faham tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri sedang menjawab soalan. Dia ada hak untuk tidak membenarkan pencelahan.

final • 6:0 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

I know, tetapi kita juga ada hak untuk tanya soalan.

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Boleh tanya tetapi sebab itu saya tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak bagi jalan atau tidak.

final • 6:0 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

So, why don’t dia gentlemen. Give us way. Other Ministers do it. Menteri lain membenarkan kami tanya.

So, kenapa Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak membenarkan kami tanya.

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Beginilah, procedurenya, Yang Berhormat tanya, Menteri jawab. Yang Berhormat tidak puas hati dengan jawapan Yang Berhormat Menteri, itu tetap jawapan Yang Berhormat Menteri. Sudah.

final • 6:0 PM

[Dewan riuh]

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

[Ketawa] Saya ulang balik.

final • 6:0 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

That’s my answer. My right to...

final • 6:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri kami belum kata tidak puas hati sahaja. Kita belum lagi, kita hanya minta, kami hanya minta celah, ada penjelasan.

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Timbalan Menteri, hendak bagi jalan, Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 6:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tidak ada siapa-siapa yang kata tidak puas hati dengan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Saya jawab Yang Berhormat tidak puas hati dan..

final • 6:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tidak ada orang kata tidak puas hati. Kita tidak cakap pun tidak puas hati cuma hendak dapat penjelasan.

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tadi you cakap. Sekejap kata puas hati, sekejap kata tidak puas hati. Mana satu ini?

final • 6:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

We just want to get further clarification, what is the issue sebab tidak puas hati.

final • 6:0 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Itu adalah sangkaan jahat.

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak bagi jalan, Yang Berhormat.

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan.

Saya ulang balik tadi di mana dakwaan bahawa tidak laporan tidak diserahkan kepada suspek disebabkan oleh pemotongan seksyen 10(1)(2).

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidak bagi jalan, Yang Berhormat.

final • 6:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

...dengan mengatakan kita tidak puas hati dengan jawapan dia, ini adalah sangkaan jahat.

final • 6:0 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

. Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak boleh memberi sangkaan jahat.

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Jawapan saya di dalam akta asal sememangnya laporan pegawai siasatan hanya diserahkan kepada lembaga, tidak kepada suspek ini mengikut seksyen 10. Suspek hanya diserahkan dapatan sahaja.

Dengan pemotongan seksyen 10(i)(ii) suspek tidak akan diserahkan dapatan.

Justeru itu pemotongan seksyen 10 berkaitan dengan penyerahan dapatan tidak menghalang suspek membuat permohonan writ of habeas corpus kepada Mahkamah Tinggi terhadap perintah tahanannya. Dengan pindaan baru ini Lembaga

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

akan membuat keputusan berdasarkan laporan yang lengkap penyiasatan oleh pegawai polis dan laporan pegawai siasatan LBJ seperti mana peruntukan seksyen 10A.

final • 6:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Puchong bangun, hendak bagi jalan Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tidak. Tidak bagi jalan.

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak bagi jalan.

Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak bagi jalan, Yang Berhormat.

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Seterusnya pemotongan kepada seksyen 19A(2) iaitu dakwaannya menghalang safeguard kepada hak-hak suspek. Jawapannya adalah pemotongan subseksyen 19A(2) berikutan dengan peruntukan mengenai semakan kehakiman oleh mahkamah telah jelaskan di dalam seksyen 19A(2)(ba) akta.

final • 6:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Berkenaan dengan pihak polis yang disiasat. Berkenaan dengan pihak polis yang disiasat bersangkutan dengan IGP dan sebagainya. Yang Berhormat Timbalan Menteri kena berani sedikit jadi jantanlah. Come on, be a man Jazlan. Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Puchong..

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Seksyen ini memperuntukkan bahawa semakan kehakiman termasuklah prosiding yang dimulakan oleh habeas corpus.

final • 6:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kena berani sedikit, jangan lari daripada soalan.

final • 6:0 PM

[Dewan riuh]

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Pemotongan ini dibuat untuk mengelakkan pertindihan peruntukan.

final • 6:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Timbalan Menteri perlu jantan sedikit, jawab soalan. Ini Parlimen, jangan main-main. Don’t play a fool. This is Parliament. Kita tanya soalan, jawab soalan kita. Kenapa datang ke Parlimen? Why are you here? Why are you here?

final • 6:0 PM

[Dewan riuh]

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Yang Berhormat, Yang Berhormat saya tengah menjawab, Yang Berhormat tidak mahu mendengar.

final • 6:0 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Siapa yang main-main?

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat..

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

I don’t give you the right away, sit down.

final • 6:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Why are you here? Why do you come here?

final • 6:0 PM

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Why do you come here?

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak bagi jalan, Yang Berhormat Puchong.

final • 6:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kenapa? Kenapa tidak berani hendak jawab soalan kita. Shameful Jazlan, shameful. You are disgrace, shameful.

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak bagi jalan, Yang Berhormat.

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Sit down! Sit down!

final • 6:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Answer the question.

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

I’m answering the question. You are preventing me from answering the question.

final • 6:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

You are not. You don’t want to listen to the question.

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 6:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

This is a shameful act, Tuan Yang di- Pertua. Tak nak dengar soalan tetapi cakap, I’m answering. We also can raise. If we want, we also can push you. Kita tanya baik-baik tidak mahu jawab. Kenapa kita datang

final • 6:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Dewan? Yang Berhormat Timbalan Menteri, don’t be this shameful. Jawab soalan, kalau tidak mahu jawab soalan duduk! Habis.

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Can you please sit down.

final • 6:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Timbalan Menteri sedang menjawab, Yang Berhormat.

final • 6:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Timbalan Menteri..

final • 6:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

3 o’clock in the morning we are here for what?

final • 6:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Kepada dakwaan bahawa pihak polis yang terlibat dalam kes-kes jenayah berat, adakah mereka ditangkap di bawah POCA. Untuk makluman, POCA ini adalah color blind. Dengan itu sesiapa sahaja yang terlibat diambil tindakan termasuklah pihak polis dan pegawai imigresen. Setakat ini memang ada tindakan yang telah diambil di bawah POCA terhadap pegawai polis dan pegawai- pegawai imigresen.

final • 7:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya satu soalan. Tangkapan di Melaka apa berlaku?

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tidak ada kena mengena dengan pindaan ini.

final • 7:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ada kena mengena berkenaan dengan pindaan ini kerana polis yang siasat kes-kes ini. Kenapa tidak berani hendak jawab? Why are you always protecting yourself and the IGP? Kenapa tidak ada jawapan? Tanya di luar, tanya Yang Berhormat Menteri tidak ada jawab. IGP tidak ada jawab, Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tidak berani hendak jawab.

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 7:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Apa ini?

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Saya hendak teruskan jawapan saya ini Tuan Yang di-Pertua, kepada dakwaan kenapa POCA digunakan untuk menahan lapan orang yang didakwa mencuri ikan.

final • 7:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Shameful, ridiculous. Lagi baik jangan jawab, baik balik.

final • 7:0 PM

[Dewan riuh]

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Jawapannya, POCA tidak digunakan kepada orang-orang yang mencuri ikan semata-mata. Akan tetapi POCA digunakan kepada orang-orang yang mencuri ke atas tauke-tauke ikan di beberapa tempat secara bersindiket dan telah mencuri ikan-ikan dalam jumlah yang banyak terhadap beberapa tauke ikan.

final • 7:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

It’s are the standard of Barisan Nasional Minister.

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Ini menjejaskan ekonomi yang menyebabkan kerugian besar.

final • 7:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini standard Barisan Nasional. Barisan Nasional kerajaan sebegini, paling baik. Jawab soalan pun tidak boleh.

final • 7:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Puchong.

final • 7:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Apa kena mengena ikan dengan kerjaya?

final • 7:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Puchong.

final • 7:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Memang ini standard Barisan Nasional.

Shameless.

final • 7:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ada ke maksud tidak ada undang-undang lain?

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Kepada soalan seksyen 7B.

final • 7:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Minta penjelasan.

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Pelantikan...

final • 7:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar, duduk Yang Berhormat Kapar.

final • 7:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Soalan saya Tuan Yang di- Pertua.

final • 7:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar, peraturan Yang Berhormat. Tak bagi jalan duduklah.

final • 7:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Fasal ikan, penting ini.

final • 7:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak bagi jalan Yang Berhormat, duduk.

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Saya sudah jawab tadi tapi Yang Berhormat Puchong.

final • 7:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya dengar, saya dengar.

Tidak ada, saya ada soalan tambahan.

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Okeylah, apa soalan?

final • 7:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 7:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ikan dia bagi. Soalan saya senang sahaja. Apa kena mengena penangkapan ikan-ikan ini walaupun terancang?

Tidak ada undang-undang lain hendak tangkap mereka? Hendak guna POCA juga?

Walaupun dia terancang dan sebagainya, untuk ikan?

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Definisi jenayah terancam adalah perbuatan jenayah yang dibuat oleh satu orang atau lebih. Soalnya adalah jenayah terancang yang menyebabkan kerugian yang besar. Jadi kes curi ikan ini juga menyebabkan kerugian dan juga tadi saya sebut ada kes-kes lain lagi, bukan kes ikan sahaja.

final • 7:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tidak ada undang-undang lain yang boleh tangkap mereka selain daripada POCA ini? Untuk tangkap ikan dan sebagainya, curi ikan ini?

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Kalau POCA ini boleh mencegah orang lain daripada mencuri ikan, itulah dia sebab POCA digunakan.

final • 7:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Melaka tu semua tidak tahan? Kes-kes besar semua lepas, judi haram lepas. Ikan boleh tangkap? Tidak ada undang-undang lain? Kanun keseksaan sudah cukup untuk tangkap orang yang curi ikan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Itu soalnya.

final • 7:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Sudah cukup. tidak payah guna POCA.

final • 7:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar.

final • 7:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ini bermaksud POCA disalah gunakan, ini yang kita soal.

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Okey dah habis?

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua?

final • 7:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 7:0 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang Berhormat Menteri, ini berkenaan dengan pindaan.

final • 7:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat Menteri?

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tidak bagi jalanlah, soalan Yang Berhormat Kapar, bukan soalan you.

final • 7:0 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Kenapa ikan sahaja boleh tanya, yang lain tidak boleh?

final • 7:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak bagi jalan Yang Berhormat Menteri.

final • 7:0 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

What is it to do with the amendment?

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Soalan dia. Ini soalan dia, saya layan soalan dia sahaja.

final • 7:0 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

No, ini bukan berkenaan ikan, ini berkenaan yang lain.

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Saya bagi peluang kepada dia sahaja, tidak bagi peluang pada Yang Berhormat.

final • 7:0 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Kenapa?

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Jawapan kepada soalan Yang Berhormat Kapar tadi, inilah dia yang tidak difahami oleh ramai orang. Undang-undang pencegahan dengan undang-undang punitif INI, saluran dia lain. Undang-undang punitif dia lalu mahkamah, tetapi di mahkamah selalunya susah untuk dibuktikan jenayah terancang.

Tambahan lagi yang ditangkap itu hanyalah orang yang di peringkat bawah sahaja.

Tauke-tauke yang dalang menguruskan jenayah tersebut tidak ditangkap. Pasal apa?

Buktinya lebih kepada orang di peringkat bawah sahaja, sebab itu kita gunakan POCA, sebab tu kita tahan mereka. Kita panggil polis masa untuk membuat siasatan, kita panggil polis masa untuk kuatkan kes mereka supaya dibawa ke mahkamah akhirnya. Ini undang-undang prevention.

Bukan undang-undang punitif. Ini yang ramai orang tidak faham. Tetapi jangan buat perbezaan kenapa isu ikan, kenapa isu lain tidak diselesaikan. Tidak semestinya polis tidak menyiasat kes-kes lain. Cuma masalahnya adalah untuk mengumpul bukti supaya boleh dibawa ke mahkamah dan berjaya. Dalam kes ikan ini berjaya, itu bezanya.

final • 7:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat tadi Yang Berhormat Menteri telah mengatakan kerugian besar.

final • 7:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat tidak bagi jalan Yang Berhormat Kapar.

final • 7:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Kerugian besar itu untuk siapa?

final • 7:0 PM

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kes 1MDB tidak boleh tangkap, ikan boleh tangkap. Apa ini? You tangkap ikan pun, tangkap ikan beli sahaja. Ikan jerung tidak ada tangkap, ikan daripada pekan tidak ada tangkap. Macam mana?

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan.

final • 7:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, there is point of order. Yang Berhormat Menteri, there is point of order Ya Yang Berhormat Setiu, point of order.

final • 7:0 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

37(1)(b).

final • 7:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Apa dia Yang Berhormat?

final • 7:0 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Selagi ahli tidak duduk, tidak mengalah dan tidak dipanggil oleh Pengerusi tidak boleh hendak bertanya, faham? Baca 37.

final • 7:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, memang betullah itu.

final • 7:0 PM

Seorang Ahli

Tidak faham.

final • 7:0 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Kalau tidak faham macam ini, sampai bila kita hendak habis? Sekarang dah pukul berapa?

final • 7:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya sudah berkali-kali mengatakan seksyen itu Yang Berhormat ya.

final • 7:0 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

37(1)(b), baca betul-betul.

final • 7:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Penjelasan.

final • 7:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, teruskan Yang Berhormat Menteri.

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Cukup-cukup saya hendak terus kepada isu lain. Tadi ada pertanyaan mengenai seksyen 7B pelantikan ahli-ahli Lembaga tanpa tempoh masa akan menimbulkan prejudis. Kenapa dikeluarkan perkataan tiga tahun ya, lantikan tersebut.

Jadi jawapannya untuk memastikan ahli Lembaga mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam meneliti, mengkaji dan menimbangkan kes fail dan laporan Pegawai Inkuiri, seterusnya mengeluarkan perintah yang ada dan sewajarnya, ia juga adalah untuk memastikan continuity dalam operasi LPJ itu sendiri. Pelantikan ahli LPJ dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-pertuan Agong juga boleh menamatkan perkhidmatan ahli Lembaga pada bila-bila masa walaupun sebelum tempoh tiga tahun itu tamat. Jadi tidak timbul soal ahli lembaga pengarah itu memberikan khidmat dengan lama dan akhirnya boleh menimbulkan prejudis. Fasal akhirnya kuasa itu terletak kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menukar lembaga pengarah LPJ.

final • 7:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri.

final • 7:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Batu bangun. Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Ini juga tadi saya hendak kaitkan dengan apa dikatakan oleh Yang Berhormat Puchong.

final • 7:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Duduk dulu Yang Berhormat Batu.

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Bahawa dengan...

final • 7:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya boleh tanya soalan tidak? Kalau tidak...

final • 7:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Batu dulu Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Bagi saya jawab dulu apa yang you cakap.

final • 7:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Bagus, bagus yang arif.

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Siapa kata saya tidak bagi peluang?

final • 7:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu duduk.

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Saya bagi peluanglah, tetapi my floor my way lah, not your way. If not, go highway. Jadi, soalnya tadi Yang Berhormat Puchong mengatakan bahawa ada seksyen yang telah mengeluarkan khidmat pegawai penasihat undang-undang.

Jadi kalau sekarang ini, pemohon iaitu orang kena tahan itu memohon representation untuk kes dia kepada LPJ, ia akan didengar oleh ahli lembaga pengarah LPJ yang merupakan pengamal undang-undang yang mempunyai sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman dalam undang-undang. Jadi bila dibentangkan kepada lembaga pengarah LPJ ini, mereka ini merupakan lawyer. Jadi tidak perlulah ada lagi khidmat daripada pegawai undang-undang yang seperti tertera dalam akta yang lama.

final • 7:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Satu soalan boleh?

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Okey.

final • 7:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Bagus. Bukankah peranan pegawai undang-undang ini sebelum perintah dibuat? Sebelum perintah dikeluarkan oleh lembaga?

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Apa? Peranan mereka untuk menasihatkan?

final • 7:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Lembaga.

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Lembaga, betul?

final • 7:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

That’s right. Sebelum perintah dibuat. It’s kajian semula stage.

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Ya, betul tetapi kalau...

final • 7:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sebelum perintah dibuat itu, inilah yang menjadi cara dalam mana kita dapat an independent person there. Apa yang Yang Berhormat Menteri sebut tadi it is after the order. When the order is made, then kita ada apa yang dikatakan, representasi di hadapan Lembaga. That is after the order. We are talking about pre-order and this is the provision there to protect the detainee before the order is made. So when you take it out, you lose that.

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Okay, are you finished?

final • 7:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yes.

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Okey. Saya sudah terangkan tadi ada masalah mengenai kelangsungan dalam kerja LPJ itu sendiri. Tadi mengenai mereka terpaksa menunggu laporan penuh daripada IO untuk mereka bertindak.

final • 7:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Jadi sekarang ini, kalau orang kena tahan itu diberikan hak untuk membuat representation terus kepada LPJ, jadi maknanya akhirnya ia akan didengar oleh satu barisan Lembaga Pengarah yang berpengalaman dalam undang-undang maka tidak timbul lah isu bahawa orang kena tahan itu tidak diberikan hearing yang baik.

final • 8:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri faham perbezaan ia tak? Ada satu tahap sebelum perintah dibuat dan satu tahap selepas perintah dibuat, yang sedia adalah perlindungan untuk sebelum perintah dibuat itu diambil keluar. Jadi sekarang tidak ada perlindungan sebelum perintah itu dibuat.

final • 8:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Dah? Cukup?

final • 8:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Faham?

final • 8:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Ya saya faham.

final • 8:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Jadi apa yang jawapan itu, tidak mengatasi masalah bahawa tidak ada orang yang dikatakan bebas sebelum perintah dibuat.

final • 8:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Ini yang saya sebutkan tadi, bila LPJ mendengar rayuan, representation dibuat oleh orang yang ditahan, beliau diberikan khidmat lawyer.

final • 8:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

I know but the point is today the procedure itself before the person is made orang kena tahan, they are already placed under the perintah kan. So now the LPJ needs to fix that issue. Where mana-mana perintah yang dikeluarkan yang dirasakan tidak kuat faktanya yang diberikan oleh IO maka kes tersebut boleh terus didengar oleh LPJ itu sendiri. That’s my answer. Okey terima kasih.

final • 8:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu bangun. Hendak bagi Yang Berhormat Batu?

final • 8:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tidak dah, dah.

final • 8:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Duduk Yang Berhormat Batu.

final • 8:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Seterusnya, ketiadaan nasihat pegawai undang-undang dalam kajian semula menyebabkan laporan menjadi tidak independent.

Ini apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Puchong tadi. Jawapannya adalah pemotongan keperluan mendapat nasihat pegawai undang-undang dalam kajian semula adalah untuk mengelakkan pegawai undang-undang mempengaruhi keputusan Lembaga. Ketiadaan nasihat ini tidak menjejaskan hak orang tahanan untuk mencabar keputusan Lembaga di mahkamah tinggi melalui writ of habeas corpus. Yang Berhormat sendiri tahu dulu ada dakwaan bahawa pegawai undang-undang ini campur tangan dalam pembuatan laporan penuh ini kerana apa-apa review yang dibuat setelah disiapkan laporan tersebut perlu dirujuk pegawai undang-undang dahulu sebelum dibawa kepada LPJ. Di situ dulu juga ada tuduhan bahawa pegawai undang-undang boleh campur tangan dalam pembuatan laporan tersebut.

final • 8:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun] Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 8:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Jadi soal laporan tadi soalan yang dikatakan oleh Yang Berhormat Puchong bahawa ketiadaan pegawai undang-undang ini

final • 8:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

sebenarnya akan menghapuskan independence, satu independent person dalam proses pembuatan laporan kepada LPJ ini saya rasa itu kurang berasas lah.

final • 8:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 8:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 8:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Boleh saya ucap terima kasih kerana itu jawapan yang betul Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagus macam itu. Akan tetapi yang saya hendak sebut di sini bila ada aduan satu atau dua pegawai mungkin campur tangan itu tidak bermakna we get rid of the whole system that involves the pegawai. We take action against them. But the protection perlindungan that is offered by this people are invaluable. Mereka perlu campur tangan juga itu tugas mereka, you follow? So that is something I think ministry should reconsider dan if possible dalam masa hadapan should try and find a way to bring back a system whereby ada pegawai bebas yang terlibat sebelum keputusan itu dibuat oleh Lembaga because that really was the only difference between detentions before in the ISA, EO and all that. That’s how we were able to show that this a slightly different – I think the ministry has to reconsider that

final • 8:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Poin yang boleh saya...

final • 8:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tidak saya tidak bagi laluan. Bagi jawab dia dahulu. Dia tanya saya jawab lah dahulu.

final • 8:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tidak, takkan lah – no it’s a similar point you can answer together.

final • 8:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Yang Berhormat, seperti yang saya sebutkan tadi di dalam mukadimah saya, apa pandangan Yang Berhormat...

final • 8:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan Yang Berhormat Batu.

final • 8:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sebab saya bahas juga perkara ini tidak boleh lah nafi hak saya untuk...

final • 8:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Boleh bangun kemudian Yang Berhormat.

final • 8:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Saya hendak jawab dulu Yang Berhormat Puchong.

final • 8:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Dalam perkara yang sama jawab sekali lah.

final • 8:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tidak, saya hendak jawab Yang Berhormat Puchong dahulu.

final • 8:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan Yang Berhormat Batu, boleh bangun kemudian.

final • 8:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Kalau hendak lepas ini saya bagi jalan.

Boleh? Okey. Saya fair jangan tuduh saya tidak fair saya bagi laluan tetapi pada masa saya tentukan lah. Jadi saya ada sebut dalam mukadimah tadi cadangan Yang Berhormat itu akan diambil kira dalam pelaksanaan akta ini boleh? Itu cadangan yang baik tetapi akan diambil kira dalam pelaksanaan nanti. Okey Yang Berhormat batu.

final • 8:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya tadi dengar bahawa Yang Berhormat Menteri mengaku dalam sistem yang ada sekarang pun IO boleh campur tangan tetapi saya tidak faham kenapa Yang Berhormat Menteri yakin sangat anggota Lembaga tidak secara total tidak boleh dipengaruhi atau mereka sudah tentu sentiasa tidak biased kepada apa-apa kes. Itu sebab kalau kita ada mengakui bahawa dia ada kelemahan kenapa kita tidak jadikan ia lebih transparent. Saya menyokong apa yang disebut oleh Yang Berhormat Puchong ini kalau kita rasa IO itu ada masalah kita make more -- check sebelum perintah itu ditetapkan.

Saya hendak kembali sedikit sahaja, kalau betulnya kita hendak bagi pengalaman yang lebih kepada Lembaga dengan memansuhkan tiga tahun limit ini kerana kita kata hendak build up the experience. Pada masa yang sama saya ingin tahu bila kita buat undang-undang ini kita letak three years, there must be a wisdom why kita letak tiga tahun. Setahu kita ialah kita tidak mahu seseorang itu sudah complacent sudah tahu dalam network itu dan itu akan menjadikan built-in bias dalam sistem ini. Itulah sebab pada awalnya kita memberi satu tempoh had tiga tahun dalam ahli Lembaga ini

final • 8:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Sekali lagi saya rasa Yang Berhormat tidak dengar. Saya tidak cakap IO campur tangan, apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Puchong adalah pegawai undang-undang yang boleh campur tangan. Statement itu tadi pun tidak tepat.

Kedua, saya sudah cakap tadi dalam awal-awal jawapan saya, ada check and balance dalam pelantikan ahli Lembaga ini kerana Sri Paduka Baginda melantik mereka.

Saya kata tadi tempoh dia tiga tahun tetapi kalau Sri Paduka Baginda mendapati bahawa mereka tidak layak lagi dia boleh tamatkan perkhidmatan mereka. Jadi spekulasi dibuat oleh Yang Berhormat...

final • 8:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri tidak akan lah KPI itu di hantar kepada – tidak akan lah Agong yang akan evaluate performance Lembaga ini, tidak masuk akal. It is the Prime Minister it is the Home Minister yang evaluates their performance. Don’t put this on to Agong. Itu tidak fair dengan perkara ini.

final • 8:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Yang Berhormat kita tidak melayani spekulasi Yang Berhormat. Mintak duduk Yang Berhormat. Saya dah bagi jalan dah.

Jadi dua perkara terakhir yang saya perlu jawab di sini adalah kenapa perlu cas EMD dan ianya adalah satu perkara yang memalukan, saya pun tidak faham apa soalan ini.

Jadi saya terangkan secara – penggunaan EMD sebagaimana teknologi lain memerlukan kuasa bateri yang berfungsi bagi tujuan pemantauan dan menggunakan sistem GPS dan satelit. Justeru itu, satu perkara biasalah bahawa cas bateri perlu dibuat kepada EMD tersebut. Cuma beza sekarang ini kita dalam undang-undang ini kita menyediakan satu peraturan iaitu di mana pihak polis mesti memaklumkan kepada mereka yang dikenakan EMD akan syarat-syarat yang dikenakan, dulu tiada. Dan juga syarat-syarat ini akan dituliskan dalam borang yang akan ditandatangani oleh pemakai EMD ini sebagai aku janji bahawa mereka tidak akan melanggar syarat-syarat tersebut. Jadi Ini satu penambahbaikan kepada prosedur EMD yang kita gunakan sekarang ini.

final • 8:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Kes tadi ada satu lagi perkara mengenai kes Vishnu Moorthy di atas kesalahan jenayah komersial, adakah undang-undang sedia ada tidak memadai. Saya hendak jelaskan di sini bahawa tindakan di bawah POCA bertujuan bagi pencegahan dan pemulihan. Saya repeat sekali lagi, ia merupakan langkah terakhir yang digunakan oleh pihak polis sekiranya undang-undang biasa tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu seperti saksi tidak mahu memberikan keterangan di mahkamah, saksi takut diancam dan bukti dan keterangan yang didapati adalah daripada rakan sejenayah. Ini dia kekangan kepada polis sekiranya mereka membawa kes ini terus kepada mahkamah.

Oleh sebab itu kita gunakan POCA. Last resort, bukan first resort seperti yang saya rasa didakwa oleh Yang Berhormat.

Jadi itu sahaja jawapan saya Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya berhenti.

Terima kasih.

final • 9:0 PM

Timbalan Tuan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

*[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] .

[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]* [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 9:0 PM

Fasal-fasal 1 hingga 16 – Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Bukit Katil

final • 9:0 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin...

final • 9:2 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak melebihi 10 minit Yang Berhormat.

final • 9:2 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Ya, sedikit sahaja. Saya ingin membahas khusus berkaitan dengan fasal 4 berkaitan dengan EMD ataupun peranti pemantauan elektronik. Di sini dimasukkan satu peruntukkan ataupun pindaan untuk dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada tiga tahun. Kesalahan ini adalah kesalahan yang berkaitan dengan tampering ataupun rosakkan dan hilangkan EMD ini dan sebagainya. Saya ingin bertanya kepada kementerian oleh sebab ini adalah hukuman penjara dan ganti rugi, berapa ramai sebenarnya yang mendapat ataupun mengguna pakai EMD ini sehingga Julai 2017? Berapa banyak sebenarnya kes-kes yang melanggar syarat? Berapa sebenarnya yang rosak yang menuntut kepada kerajaan ataupun kementerian memasukkan hukuman penjara dan ganti rugi ini dan plus GST sekalilah mengikut pandangan Yang Berhormat Sepang.

EMD ini juga dilihat Yang Berhormat Menteri sebagai satu alat yang boleh dianggap melanggar hak asasi manusia. Ini kerana kita tahu bahawa mereka yang dipakaikan EMD ini adalah mereka yang dipantau. Untuk itu, ia terdedah kepada serangan awam ataupun persepsi public yang dilihat akan menunjukkan satu keadaan yang boleh dikatakan memalukan kerana diguna pakai EMD ini.

Justeru, saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah pendekatan yang terbaik yang dipertimbangkan oleh kementerian untuk mengimbangkan antara keperluan kementerian ataupun kerajaan mengawasi pihak awasan ini? Dalam masa yang sama, pihak berkuasa juga dapat menjaga kehormatan dan juga maruah mereka yang sedang diawasi ini kerana ini merupakan perkara penting. Ini kerana kalau lihat gambar-gambar di dalam laman web ini, EMD agak besar dan visible, nampak dan beratnya kalau tak silap 200 gram. Saya ingat ini kementerian boleh sahkan. Ini kerana perkara ini tentulah kita bercadang asal untuk mencegah. Dalam masa yang sama, kita ingin juga memberikan satu pendidikan kepada mereka yang dianggap penjenayah ini dan juga kepada khalayak. Dalam masa yang sama kita juga hendak menjaga maruah dia, hendak jaga dia punya kehormatan dia in case dengan pendekatan ini dia boleh menjadi orang yang baik semula. Jadi, adakah pihak berkuasa mempunyai pendekatan yang boleh mengimbangkan keadaan ini?

Seterusnya Tuan Pengerusi, kita tengok dalam gambar website, EMD ini agak besar, visible. Jadi adakah ada teknologi terkini yang boleh dibuat dalam bentuk yang lebih kecil? Ini tentunya akan meningkatkan prasangka mereka yang melihat perkara ini.

Jadi saya highlight-kan perkara-perkara ini kerana kalau benda itu besar, dia kadang- kadang mungkin terdedah kepada keadaan-keadaan yang boleh merosakkan peranti ini.

Kalau ia lebih kecil, mungkin ia mudah, lebih savvy dengan izin dan ini tentunya dapat mengelakkan orang-orang awasan ini, orang-orang yang diawasi ini daripada mungkin secara tidak sengaja merosakkan alat ini kerana hukuman yang kita berikan agak tinggi, penjara dan juga ganti rugi. Sudah pastilah Dewan ini perlu diberi maklum bagaimanakah pendekatan-pendekatan yang lebih munasabah agar benda yang besar ini dapat dikawal dengan baik. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 9:2 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu.

final • 9:2 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Sebelum saya mula dengan ini, saya ingin jelaskan sebenarnya saya tidak mohon untuk membahaskan dalam larut pagi ini. Itu adalah tanggungjawab Menteri yang menyusunkan masa ini. Saya tahu semua letih, tetapi kita membahas dengan satu perasaan tanggungjawab. Saya tidak tahu berapa ramai di dalam Dewan pernah duduk di dalam penjara atau lokap. Saya agak setiap hari yang kita ditahan itu adalah satu penyeksaan. Jikalau seseorang yang tidak berdosa itu di tahan, itu adalah satu perkara yang sangat berat bila kita lunaskan rang undang-undang ini.

Saya juga berasa sedih sebab kawan saya yang duduk di sebelah sana sebelum jadi Timbalan Menteri, saya teliti setiap artikel yang dia pernah tulis dan dia adalah seorang yang saya hormati mempertahankan hak asasi manusia. Hari ni saya rasa lebih sedih sebab saya kehilangan seorang yang saya anggap jujur dan...

final • 9:6 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Saya ada dua perkara di sini. Satu, ia tidak termasuk dalam butiran.

Kedua, sifat-sifat seorang ahli tidak boleh dijadikan bahasan. Dua perkara. Maknanya pertama, dalam jawatankuasa, ia harus dalam butiran.

final • 9:6 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya tidak menyentuh sifat dia, cuma saya rasa kecewa dengan – Ya, okey.

Saya hendak masuk ke seksyen 5 dalam perkara tempoh yang telah lantikan ini.

[Disampuk] No, no. Actually I feel very sad. So saya ingin mendapat penjelasan, kalau keluarkan tempoh dia tiga tahun, adakah bermaksud seseorang Lembaga itu indefinite? Adakah pihak kerajaan memberi satu gambaran berapa lama itu adalah tempoh yang paling panjang perkhidmatan dia? Saya agak unlimited service itu adalah satu perkara yang tidak boleh diterima dan harus kita fikir semula. Dia mesti ada had limit dia.

Kedua ialah dalam seksyen 6, saya ingin tegaskan sekali lagi isu pegawai penyiasat itu. Bagi seseorang pegawai penyiasat untuk menyediakan report dalam keadaan kita tidak mewajibkan ia bertindak secepat mungkin, ia membuka ruang untuk abuse. Itu bagi pengalaman sesiapa yang kena tahan. Kita tahu there are too many loop hole untuk membenarkan dengan melengahkan, tidak ada pegawai siasat. They are somewhere in Cheras, tidak datang semua ini, dia melambatkan seseorang yang free, yang menafikan kebebasan dia.

Isu POCA ini sungguh pun Yang Berhormat Menteri kata this is the last resort.

Akan tetapi Timbalan Menteri mengaku orang yang jadi mangsa ini kebanyakan adalah di peringkat bawah. Do we give them this type of treatment sebab dia adalah orang-orang di peringkat bawah. Yang di atas tu dia boleh dapat duit, satu juta pun dia boleh keluar.

Akan tetapi mereka yang duduk dalam ni bukan last resort. They have no resort to come out.

Itulah sebab kita harus ingat kalau Timbalan Menteri sendiri mengaku bahawa mereka ini bukan big fish, ada orang lain. So we should not deny their freedom unnecessary. Saya ingin tegaskan lagi sebab POCA agak ambiguous apa crime yang boleh...

final • 9:6 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Menteri sendiri dalam jawapannya ada yang sebab gangsterism, ada yang sebab berkelahi, ada yang sebab mencuri ikan. All sort of things can be included dan kita tidak ada satu guideline yang sangat ketat untuk memastikan pegawai polis menggunakan dia sebagai first resort. ISA sungguh pun dia zalim, tetapi ISA have general guideline, dia mengancam keselamatan negara. So, it means that there are something very big, tetapi ini telah dilonggarkan untuk membenarkan.

Saya bukan nak drag perkara ini, because this is our duty as a Member of Parliament to make sure that...

final • 10:0 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masa sudah habis, Yang Berhormat.

final • 10:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

...All citizen is defended. Their liberties are in our hands. Itulah sebab saya desak supaya kita fikir semula sama ada kita tergesa-gesa meluluskan undang-undang ini yang akan menzalimi rakyat Malaysia.

final • 10:0 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, sekarang kita di peringkat Fasal-fasal 1 hingga 16. Yang Berhormat Puchong. Selepas Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Kapar selepas itu Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 10:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Pengerusi, hanya dua perkara yang ingin saya bangkitkan.

Pertama sekali Yang Berhormat Menteri, saya bawa perhatian Yang Berhormat Menteri pindaan kepada seksyen 2, Fasal 2. So if you look at that particular provision, sekarang kita ada 4A Yang Berhormat, di mana disebut di situ, “the police officer making an investigation pertaining to a person arrested under 3(1), shall cause a copy of the complete report of the investigation to be submmited to an Inquiry Officer and the Board within such period as may be prescribed by the Minister. So, di situ ada dua perkara yang berbangkit. Number one, siapakah police officer making an investigation? Is it the same officer who conducts– who makes the arrest? Itu soalan nombor satu. So, please look at section 3(1) ya.

Then, the second part Tuan Pengerusi, within such period as may be prescribed by the Minister. So the question is, adakah satu tempoh had masa di situ? Kerana kita lihat seksyen 3 di situ dibahagi kepada satu dan dua. Untuk satu dia ada tempoh reman 21 hari. Untuk 2, tempoh reman dia 38 hari. Okey.That is the first question.

final • 10:2 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kemudian ini berkenaan dengan seksyen 10, Tuan Pengerusi. Fasal... Are we at Fasal 8?

final • 10:2 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

1 to 16.

final • 10:2 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

1 to 16. All right. Fasal 8 Tuan Pengerusi, it deals with the old section 10. Ada Yang Berhormat Menteri ya? *Let’s look at the old subsection 10, I think the officers that are here. If you look at 10(1) Yang Berhormat Menteri, the last part has been deleted. Are you with me? 10(1), okay. So 10(1) we have deleted the second part of it. The words ‘shall forward the copy right to the end.’ And of course the same thing has been deleted in 10(2).

The question I have, in 10(1) the first line reads “if the Inquiry Officer is satisfied that there are no sufficient grounds...” You got that? But in (2) it’s different, “if the Inquiry Officer is satisfied that there are no reasonable grounds.” So the words there are different. You can see that, right? Yes. So (1) is ‘no sufficient grounds’, and the other one is ‘reasonable grounds.’ Why is there a difference there?

If you can assist the* Dewan, Yang Berhormat Menteri Itu sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

final • 10:2 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ada beberapa soalan yang berkaitan. Saya mula dengan fasal 2, di mana menerangkan tentang ‘laporan lengkap yang disediakan hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Inkuiri dalam tempoh masa yang akan ditetapkan oleh Menteri.’ Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong, kita ada tiga bahagian dalam penahanan ini iaitu yang pertama 24 jam, lanjutan 21 jam dan seterusnya lanjutan 38 jam. Dengan membuka ruang dalam tempoh masa yang ditetapkan itu tanpa ada apa-apa pengehadan masa. Saya rasa ia seolah-olah tidak ada mekanisme ataupun garis panduan untuk Pegawai Inkuiri ini melengkapkan laporan dia.

Seharusnya dia kena lengkapkan dalam masa 21 hari, termasuk 24 jam yang pertama.

Kalau tidak macam mana kita hendak lanjutkan ke bahagian ketiga iaitu 38 jam tambahan? Bermaksud kita akan tahan selepas 24 jam, selepas 21 hari kalau laporan tidak lengkap apakah basis untuk kita tahan dia untuk 38 hari seterusnya?

Saya rasa dengan beberapa kekangan yang kita bawa dalam akta ini sekarang, bahagian ini perlu diterangkan supaya pengaplikasi akta ini pada masa hadapan, di luar sana nanti tahu ada wujudnya satu tempoh masa dan kita tidak biarkan ia terbuka tanpa ada pengehadan masa. Itu yang pertama.

Kedua fasal mengenai fasal 3, di mana ia berkaitan dengan isu hendak bawa ke hadapan orang yang ditahan itu ke hadapan pegawai inkuiri hanya bagi maksud satu siasatan di bawah seksyen 9, di mana kita telah bincang panjang lebar tadi, sekarang pegawai inkuiri, seseorang yang ditahan ini tidak perlu dibawa ke hadapan dia. Saya hanya hendak mendapat rasional fasal ini diperbaharui dan dibawa sebab tidak salah kalau sebelum ini kita bawa orang tahanan ke hadapan Pegawai Inkuiri dan Pegawai Inkuiri ada ruang untuk menyiasat, menyoal dan sebagainya. Akan tetapi kita mengambil satu langkah yang ketat, langkah yang keras sewajarnya untuk langkah sebegini, fasal sebegini diwujudkan, pihak kementerian mesti ada alasan yang rasional, alasan yang munasabah untuk membawa satu input yang berat sebegini. So, saya untuk input dan rekod dalam Dewan yang mulia ini, untuk bahagian jawatankuasa ini, saya perlu komitmen daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memberi penjelasan apakah rasional fasal ini digubal?

Seterusnya bahagian ketiga adalah berkenaan dengan fasal 5, di mana ia meminda seksyen 7B bagi membolehkan anggota lembaga dilantik semula bagi apa-apa tempoh, sebelum pemindaan ini kita tahu anggota lembaga boleh dilantik hanya sekali dalam tempoh tiga tahun. Sekarang kita telah membuka luas lagi sekali, apa-apa tempoh dia boleh dilantik semula. Lagi sekali saya perlu rasional mengapa kita membuka satu ruang yang agak besar untuk anggota lembaga ini. Sewajarnya kalau kita letak tiga tahun, kita boleh mengelakkan situasi penyelewengan dan rasuah berlaku.

Sekarang kita sudah tahu anggota ini boleh dilantik semula beberapa kali untuk satu tempoh yang tiada had. Ini membahayakan. Apakah rasional fasal ini digubal sebegitu? Bukankah kita letak tiga tahun itu sudah cukup bagus sebelum ini? Selepas itu kita bagi ruang kepada anggota-anggota lain untuk meneruskan tanggungjawab ini. Saya tidak faham mengapa satu ruang yang boleh disalahgunakan dibawa dan dimasukkan di bawah fasal 5 dalam akta pindaan ini.

final • 10:5 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Keempat Tuan Pengerusi, adalah berkenaan dengan seksyen 10A di bawah fasal 8 di mana Lembaga mempunyai kuasa untuk mempertimbangkan dan memutuskan semua dapatan oleh pegawai inkuiri, ketiadaan peruntukan kajian semula juga akan mengakibatkan ketiadaan peranan pegawai undang-undang dalam menasihati Lembaga apabila permohonan bagi kajian semula dibuat. Lagi sekali, sebelum ini kita ada kemukakan di hadapan pegawai inkuiri dan ada pegawai undang-undang yang memainkan peranan untuk memberi keterangan dan sebagainya. Sekarang dengan menghakiskan ketiadaan pegawai undang-undang ini, peranan ini tidak dimainkan, apakah yang dapat direalisasikan dengan fasal ini? Mengapa fasal ini sedemikian rupa?

Apakah hasrat dan objektif yang hendak dicapai dengan menghalang seorang pegawai undang-undang daripada menasihati orang yang bersalah ini? Apakah yang akan dicapai oleh kementerian? Itu yang keempat.

Seterusnya yang kelima adalah berkenaan dengan fasal 14 yang memasukkan seksyen baharu 19H yang memberi kuasa nyata kepada Lembaga untuk membatalkan perintah pengawasan, perintah tahanan, penggantungan perintah tahanan atau arahan bagi pelanjutan perintah itu. Ini lagi sekali memberi Lembaga kuasa yang nyata. Saya ingin mendapatkan – adakah apa-apa mekanisme atau guidelines yang digunakan sebelum kuasa nyata ini dimainkan atau digunakan oleh Lembaga dalam membuat sesuatu keputusan?

Fasal 14 ini khususnya seksyen baharu 19H ini perlu dibaca sekali dengan fasal 5 iaitu seksyen 7B. Jangan lupa ahli Lembaga inilah yang sekarang dilantik beberapa kali tanpa had masa, tanpa tempoh masa dan di fasal 14 kita bagi dia satu kuasa nyata untuk membatalkan dan sebagainya. Ini bila dikaitkan, kita nampak ada ruang salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah dan sebagainya boleh berlaku. So apa komitmen kementerian, komitmen Timbalan Menteri memastikan bahawa fasal-fasal yang digubal ini tidak disalahgunakan? Saya berpendapat ia meringankan kerja anggota polis untuk mendakwa seseorang tetapi pada waktu yang sama kalau tiada dengan izin, check and balance, ia akan membawa mudarat kepada orang ramai. Itu sahaja Tuan Pengerusi.

Terima kasih

final • 11:0 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Kepada jawapan Yang Berhormat Puchong tadi, siapakah pegawai polis yang membuat complete report. Adakah ia pegawai polis yang sama membuat tangkapan. Jawapannya ialah pegawai polis yang membuat complete report adalah pegawai penyiasat yang menjalankan siasatan ke atas subjek dan bukan pegawai polis yang membuat tangkapan. Saya rasa itu jelas ya.

Tadi saya kurang faham tadi, apakah matlamat Yang Berhormat bertanyakan soalan fasal seksyen 10(1) dengan 10(2) itu perbezaannya. Boleh saya beri jawapan bertulis tidak supaya saya – kerana dia tanya itu saya belum sempat untuk hendak menilai jawapan tersebut.

Seterusnya tadi – sebelum saya terlupa Yang Berhormat Bukit Katil. Sepatutnya you tanya soalan dulu, ini I jawab dulu. Ini bentuk EMD dia, kecil. Diikat pada buku lali kaki dan boleh disembunyikan dalam seluar, seluar panjanglah. Jadi inilah teknologi yang sedia ada sekarang ini. Oleh sebab kenapa dia besar, fasal bateri. Kalau teknologi bateri ini dapat diperbaiki, maka kita boleh kecilkan lagi alat peranti ini.

final • 11:0 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat Menteri, sikit. Ada bentuk-bentuk yang lainkah selain daripada ikat dekat kaki?

Tangan atau pinggangkah?

final • 11:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Ia ada gelang, ia boleh diikat di mana-mana.

Makna hendak sembunyi dekat tangan pun boleh, hendak sembunyi dekat kaki pun boleh dan sebagainya. Jadi tidak timbul masalah fesyen dan sebagainya ataupun stigma kepada mereka yang memakai EMD, fasal EMD ini pada waktu besar ini pun boleh disembunyikan ya kerana gelang ini.

Hukuman tadi, Yang Berhormat Bukit Katil menyebut fasal hukuman. Sekarang ini pilihan yang ada pada pihak berkuasa ialah untuk menahan tahanan dalam pusat tahanan atau penjara yang juga sebenarnya menyekat kebebasannya. Jadi apabila kita berikan mereka EMD ini, mereka boleh keluar daripada pusat tahanan atau penjara dan meneruskan hidup dengan keadaan lebih bebas. Itu pilihannya dan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk meluaskan lagi penggunaan EMD ini.

final • 11:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tadi Yang Berhormat Batu ya. Yang Berhormat tolonglah jangan memberikan apa-apa gambaran kepada sikap saya, itu hal personel dan tidak patut dibangkitkan dalam Parlimen. Jadi saya hendak sebut sekali lagilah mengenai kecepatan atau kelambatan report yang akan dibuat oleh pegawai penasihat. Dengan pindaan yang ada ini, maka LPJ itu diberikan kuasa untuk mempercepatkan siasatan ini dengan mendesak pegawai penyiasat itu untuk menyediakan laporan ini lebih cepat. Sekarang ini kalau ikut undang-undang, itulah dalam masa 38 hari maksimum akan diberikan. Jadi kalau dengan pindaan ini LPJ diberikan kuasa, maka dia boleh mengarahkan kalau adalah apa-apa kelambatan dari segi laporan, dia boleh mengarahkan laporan tersebut ataupun pegawai penyiasat tersebut menyiapkan laporan itu lebih awal. Itu sebab pindaan ini dibuat.

Tadi mengenai dakwaan bahawa POCA ini digunakan secara first result dan bukan last result. Saya sudah terangkan awal tadi, tidak perlu saya hendak terangkan lebih lanjutlah. Akan tetapi undang-undang ini lebih baik daripada undang-undang ISA yang kita pernah ada dulu. Itu lebih jelaslah.

Seterusnya jawapan kepada Yang Berhormat Kapar.

final • 11:0 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tempoh, tempoh perkhidmatan.

Kalau sudah dipanjangkan, what is the maximum mereka akan...

final • 11:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Saya sudah kata tadi, check and balance- nya adalah pelantikan itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong. Tempoh masa yang diberikan adalah tempoh maksimum perkhidmatan mereka dan perkhidmatan itu boleh diberhentikan pada bila-bila masa sahaja. Sekiranya ada apa-apa perkara yang menimbulkan ketidakpuasan hati kepada orang-orang kena tahan, dia boleh membuat writ of habeas corpus kepada mahkamah untuk challenge keputusan yang dibuat oleh LPJ. Jadi, ada ruang-ruang yang diberikan kepada Orang Kena Tahan untuk mendapatkan relief.

Tadi Yang Berhormat Kapar merujuk kepada seksyen 4A. Tempoh apa? Saya pun tidak boleh baca ini.

[Ketawa] Pegawai-pegawai kena tulis dengan lebih jelaslah, saya pun tidak boleh baca ini.

[Merujuk kepada pegawai di belakang] Jadi seksyen 4A berkaitan dengan masa yang ditetapkan oleh – ia bermaksudnya laporan pegawai yang terlibat hendaklah disegerakan laporan tersebut.

Okey, kepada jawapan...

final • 11:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Minta penjelasan, Yang Berhormat.

final • 4:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Okey, apa dia?

final • 4:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang disegerakan itu perlu tidak disiapkan dalam – selepas 24 jam kita ada lanjutan masa 21 hari, adakah laporan itu perlu disiapkan dalam masa 21 hari sebelum masuk ke fasa ketiga iaitu 38 hari? Itu yang saya hendak tahu. Atau kita hendak tunggu seluruh 60 hari mana satu ni? Terima kasih.

final • 4:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Sekarang ini pun pada masa – sebelum tempoh tujuh hari pun laporan tersebut mesti dibuat supaya diserahkan kepada pendakwa raya untuk buat keputusan untuk teruskan ataupun digugurkan. Itu tujuh hari sebenarnya sudah ada. Inbuilt into the system. Dan selepas tambahan 21 hari itu, OKT itu kena dibawa ke mahkamah untuk ditimbangkan oleh mahkamah supaya mahkamah akan buang kes itu ataupun berikan tambahan masa 38 hari. Jadi sudah ada inbuilt safeguard untuk memastikan bahawa IO tersebut menyediakan laporan itu dalam tempoh masa yang munasabah. Jadi Seksyen 7B tadi – soalan tadi fasal tempoh pelantikan tanpa had itu. Ahli lembaga membuka kepada perbuatan-perbuatan yang tidak sesuai – saya sebut perkataan sesuai tidak mahu buat tuduhan di sini ya.

Jadi jawapannya seperti saya katakan tadi, sekarang ini pun jumlah ahli lembaga LPJ ini jumlah maksimum dia enam orang termasuk pengerusi. Sekarang ini baru ada empat orang. Jadi hendak cari orang untuk mengisi enam kerusi ini pun orang yang sanggup yang mempunyai pengalaman yang seperti lima belas tahun itu pun bukannya mudah. Jadi sebab itu, kementerian berpendapat bahawa kita lanjutkan tempoh pelantikan ini dan ia boleh diubah pada masa-masa akan datang.

final • 4:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Menteri, jadi rasional dia adalah kerana kita tidak dapat mengisi kekosongan. Itu rasional dia untuk penggubalan fasal ini? Sebab tadi saya tanya soalan spesifik apakah rasional daripada

final • 4:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

tiga tahun kita tukar kepada apa-apa tempoh masa. So, rasionalnya adalah sebab ada kekosongan kerusi dan kita tidak dapat mengisi kerusi-kerusi ini. Itu jawapan dia?

final • 4:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Adalah satu jawapan. Okey, kepada soalan Yang Berhormat Kapar yang terakhir seksyen 19H memberi kuasa nyata kepada lembaga. Jadi jawapannya adalah seksyen 19H ini telah memperuntukkan kuasa yang nyata dan jelas untuk lembaga. Dia dapat membantu lembaga dalam menjalankan tugas dia.

final • 4:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Satu lagi yang Seksyen 10A.

final • 4:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Itu adalah pindaan yang dibuat kan?

final • 4:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Mengenai ketiadaan peranan pegawai undang-undang apa rasional dia? Mengapa dahulu ada sekarang tiada? Why?

final • 4:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Tadi saya sudah sebut jawapan panjang lebar kepada Yang Berhormat Puchong.

final • 4:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Rasional?

final • 4:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Saya...

final • 4:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Dia tidak tanya rasional, saya tanya rasional.

final • 4:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Dalam jawapan saya itu rasional dia lah.

[Ketawa]

final • 4:0 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sudah jawab, Yang Berhormat. Cukuplah, Yang Berhormat Kapar.

final • 4:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya akan semak. Kalau tidak ada saya cari. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Thank you.

final • 4:0 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Kapar, there was no rationale for it.

final • 4:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

That’s why I tidak faham rationale because that question is a bit different than what you were asking. Anyway...

final • 4:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

But itulah jawapan dia tetapi itulah dia rasionalnya. Sila rujuk pada Hansard lah.

final • 4:0 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

*Anyway I’ll go through again.

Thank you*.

final • 4:0 PM

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed

Jadi itu sahaja Tuan Pengerusi.

[Ketawa] [****Fasal-fasal 1 hingga 16** jadi diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Halimah binti Mohd. Sadique) dan diluluskan]

final • 4:0 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 10 Ogos 2017.

final • 4:0 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.06 pagi]

Hak Cipta Terpelihara © 2026