Apr062017

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan Malaysia telah membangunkan skim nasional bagi pensijilan minyak sawit iaitu Skim Pensijilan MSPO. Apakah pencapaian di bawah skim ini dan apakah usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan pengambilan pensijilan MSPO.

final • 10:00 AM

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Mah Siew Keong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Gerik atas keprihatinan terhadap isu MSPO. Bagi menerajui pelaksanaan MSPO, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi telah menubuhkan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia. (MPOCC) pada tahun 2015. MPOCC berperanan mentadbir urus skim pensijilan MSPO termasuk menyelaraskan proses penetapan standard. Skim MSPO yang dilaksanakan secara sukarela ini meliputi syarikat ladang, pekebun kecil termasuk di bawah skim FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi kerajaan negeri serta para pekebun kecil persendirian.

Bagi membantu para pekebun kecil persendirian memperoleh pensijilan MSPO, Lembaga Minyak Sawit Malaysia berperanan menyediakan khidmat sokongan dan teknikal termasuk bantuan kewangan. Pensijilan MSPO ini melibatkan proses pengauditan dan pensijilan bebas daripada pihak ketiga yang diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia dan piawaian yang digunakan meliputi prinsip berkaitan dengan ketelusan, tanggungjawab, tanggungjawab sosial, keperluan undang-undang.

Sehingga Februari 2017, kawasan seluas 245,000 hektar telah memperoleh pensijilan MSPO. Bagi meningkatkan lagi pelaksanaan pensijilan MSPO, kementerian telah memutuskan untuk memandatorikan pensijilan MSPO secara berperingkat mulai 31 Disember 2018 dan pelaksanaan sepenuhnya mulai 31 Disember 2019.

Negara kita adalah komited sepenuh ke atas usaha-usaha menggalakkan pembangunan industri sawit negara secara mampan melalui sijil MSPO ini. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Gerik saya rasa soalan itu MSPO bukan MPSO. Yang Berhormat Ya. Typo error. Ya. Sila Yang Berhormat Gerik.

final • 10:00 AM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang telah menjawab mengenai pensijilan kelapa sawit. Soalan tambahan saya, apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap sijil MSPO di peringkat antarabangsa? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Mah Siew Keong

Terima kasih. Seperti yang tadi saya maklumkan, skim MSPO yang telah dilaksanakan secara sukarela mulai tahun 2015 akan dimandatori secara berperingkat mulai 31 Disember 2018 dan usaha bagi meningkatkan penerimaan MSPO di pasaran-pasaran antarabangsa termasuk:

(i) bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa bagi mendapat pengiktirafan MSPO sebagai salah satu skim pensijilan minyak sawit mampan;

final • 10:00 AM

Datuk Seri Mah Siew Keong

(ii) mengkaji semula prinsip dan kriteria MSPO agar ia sentiasa setanding dengan standard antarabangsa;

(iii) menggalakkan syarikat Malaysia mengeksport minyak sawit yang disijilkan di bawah MSPO ke pasaran-pasaran utama; dan

(iv) mengadakan misi-misi teknikal ke luar negara bagi mempromosi MSPO.

Kita juga telah ada sesi konsultasi dengan kedutaan-kedutaan negara pengimport utama sawit di Kuala Lumpur bagi menjelaskan. Baru ini, kami ada mesyuarat dengan 14 duta dari negara Eropah. Kita juga telah mengaturkan lawatan oleh Ahli-ahli Parlimen Kesatuan Eropah kepada negara kita. Kementerian akan terus memperkukuhkan peranan MPOCC sebagai peneraju utama dalam pensijilan minyak sawit mampan. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu yang utama dalam analisa ini ialah kaedah yang dipanggil traceability daripada tandan ke kilang kelapa sawit. Saya hendak Yang Berhormat Menteri terangkan bagaimana isu traceability itu diatasi. Inilah antara perkara-perkara yang dibangkitkan oleh pihak daripada Eropah mengenai kualiti pensijilan kita.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Mah Siew Keong

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Saya setuju sebab semalam Parlimen Eropah telah meluluskan satu resolusi mengenai minyak sawit dan pemusnahan hutan di mana mereka hendak, bahawa semua eksport minyak sawit ke Eropah mesti ada satu pensijilan yang akan ditetapkan oleh negara Eropah. Oleh itu, kita tidak boleh menafikan ini adalah trend. We cannot fight the trend. Trend sekarang adalah ke arah pembangunan lestari dan kita perlu menerima kenyataan ini. Okey?

Oleh itu, itulah sebab kita hendak memandatorikan sijil MSPO before the damage is done. That’s why kita telah mulakan sejak tahun dulu. Dalam skim MSPO ini, ini adalah skim negara kita sendiri. Ia lebih murah dan ia lebih bersesuaian dengan keadaan di negara kita. Akan tetapi walau bagaimanapun, kriteria-kriteria seperti traceability ada dalam skim MSPO. Nearly 95 percent criteria adalah sama dengan skim- skim pensijilan yang ketat sekali di dunia pada masa ini. Oleh sebab itu, kita hendak memastikan semua di negara kita akan mendapat sijil MSPO dan masalah traceability akan diatasi dengan skim ini. Kita harap pada sebelum tahun 2020, seluruh industri kelapa sawit ini akan dipersijilkan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan tindakan kementerian berkaitan Program Gap Year yang ketika ini menjadi tular di media sosial, konon ianya satu program yang membebankan pelajar ekoran bertambahnya tempoh pengajian di universiti awam.

final • 10:10 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Tuan Yang di- Pertua, Program Gap Year merupakan satu kelonggaran ataupun flexibility yang diberi kepada pelajar selama setahun di mana dalam masa setahun itu, pelajar tidak perlu masuk kuliah ataupun tidak perlu belajar secara formal ataupun dikatakan study break dengan izin, mampu menangguhkan pengajian mereka.

Perkara ini merupakan perkara biasa di negara-negara Barat, yang mana pelajar-pelajar sebilangan besarnya terlibat dalam bidang kesukarelawanan. Pelajar- pelajar bantu orang susah, bantu OKU, bantu Orang Asli, bantu warga emas dan ada juga yang melibatkan diri dalam bidang menjaga alam sekitar. Ada pelajar yang melibatkan diri dengan NGO, ada yang memerlukan pendapatan lebih, mereka bekerja selama setahun untuk menampung pengajian mereka dan ada juga bekerja untuk mendapat pengalaman bekerja. Yang ada duit sedikit, mengembara. Ada yang mengembara dengan mengikuti program-program NGO. Ada yang menimba belajar pengalaman baru semasa Gap Year. Tidak kurang juga yang mengambil tahun ini, Gap Year ini untuk merefleksi diri, meneroka potensi diri ataupun self-actualization. Itu sebenarnya apa yang dikatakan Gap Year.

Keduanya yang saya hendak tekankan di sini ialah Gap Year merupakan satu pilihan pelajar dan tidak ada paksaan untuk pelajar mengambil bahagian dalam Program Gap Year. Maknanya pelajar boleh sertai ataupun tidak sertai. Ketiganya, ia selaras dengan lonjakan satu Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi untuk melahirkan graduan yang holistik, yang berciri keusahawanan dan juga yang seimbang kerana melalui Gap

final • 10:10 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Year, mereka boleh menimba pengalaman, boleh memahami diri mereka sendiri, memahami masyarakat dan juga memahami dunia kerja. Makna graduan lebih versatil.

Oleh kerana Gap Year merupakan satu program yang berteraskan kesukarelawanan dan juga pilihan pelajar, jadi tidak ada isu tentang beban pelajar kerana ia merupakan satu pilihan pelajar itu sendiri.

final • 10:10 AM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan penerangan sebentar tadi. Jadi saya dapat menyatakan bahawa program ini sangat berkesan dan baik untuk para pelajar terutamanya dalam bidang konsep kesukarelawanan. Soalan saya, bagaimanakah kementerian hendak melaksanakan konsep ini di kalangan pelajar dan apakah kaedah yang boleh kementerian gunakan untuk menerapkan kaedah sukarelawan ini? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Di samping program-program yang pelajar-pelajar sendiri boleh terokai kerana ia merupakan satu program yang berteraskan kepada pilihan pelajar dan kesukarelawanan, kementerian juga sedang bekerjasama dengan kementerian seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat di mana pelajar-pelajar boleh bekerja dengan tempat-tempat orang tua, OKU dan juga kanak-kanak. Saya katakan tadi, dengan Orang Asli melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli, melalui Kementerian Pendidikan mereka boleh melibatkan diri dalam tuisyen bitara yang mengajar sains, matematik dan juga bahasa Inggeris. Dengan PDRM, ATM dan APMM, mereka boleh menjadi sukarelawan. Dengan NADMA mereka boleh bekerjasama untuk mengurus bencana seperti sebelum, semasa dan selepas banjir dan juga dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu untuk menjaga alam sekitar.

Keseluruhannya kita lihat, dengan adanya program kesukarelawanan ini, kita ingin melihat ia boleh menanam lebih tinggi lagi program dan juga perasaan kasih sayang pelajar kerana mereka memahami susahnya orang tua, susahnya kesusahan yang dialami oleh warga OKU. Bagaimana boleh membantu Orang-orang Asli dan juga boleh menjaga alam sekitar. Ia menanam semangat kasih sayang dan mengurangkan pelajar- pelajar dari mementingkan diri mereka semata-mata.

final • 10:10 AM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Terima kasih. Soalan saya, kalau di universiti luar negeri, Program Gap Year ini diberi kredit kepada student itu. Apakah universiti kita juga memberi kredit yang sama terhadap mahasiswa yang mengambil bahagian ataupun dalam Program Gap Year ini?

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh

Yang Berhormat, dalam Program Gap Year ini, ada yang berstruktur dan ada yang tidak berstruktur. Insya-Allah dalam program-program yang berstruktur, saya katakan tadi dengan jabatan-jabatan kerajaan, kementerian- kementerian kerajaan, dijangka mereka akan diberi kredit kerana ia tersusun. Program- programnya diselaraskan oleh pensyarah-pensyarah. Di samping mereka dapat kredit, ada juga di antara mereka akan mendapat sijil kemahiran tahap tiga. Contohnya jika mereka dapat bekerjasama dengan OKU selama 176 jam, mereka boleh diberi sijil kemahiran tahap tiga. Warga emas, 140 jam. Kanak-kanak 100 jam. Jadi kita lihat di sini bukan hanya mereka menimba pengalaman, mereka boleh merefleksi diri, mereka juga akan mendapat sijil-sijil kemahiran oleh badan-badan tertentu.

Saya hendak ulang sekali lagi bahawa kita perlu faham bahawa ia merupakan satu pilihan pelajar. Bukannya paksaan. Gap Year bukan satu paksaan yang di mana semua pelajar perlu mengambil bahagian. Hanya pelajar yang hendak mengambil bahagian perlu mengambil bahagian. Kebanyakan daripada programnya ia program kesukarelawanan untuk kita menanam semangat kasih sayang di kalangan pelajar- pelajar kita di universiti.

final • 10:10 AM

3. Dato' Dr. Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan apakah usaha-usaha pihak kerajaan bagi memastikan pengurusan ruang siber negara boleh dilakukan dengan lebih berkesan sejajar dengan perkembangan drastik dunia digital yang melahirkan teknologi-teknologi baru seperti "fintech", "blockchain", kenderaan tanpa pemandu (autonomous vehicle) dan lain-lain lagi yang memerlukan tindakan menyeluruh untuk membendung ancaman siber yang boleh mensabotaj ekonomi negara.

final • 10:10 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Seri Panglima Madius Tangau

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sememangnya amat prihatin dengan keselamatan ruang siber negara. Bagi memastikan pengurusan ruang siber negara lebih berkesan sejajar dengan perkembangan drastik dunia digital yang melahirkan teknologi-

final • 10:20 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Seri Panglima Madius Tangau

teknologi baru seperti FinTech, blockchain, kenderaan tanpa pemandu dan lain-lain lagi.

Kebergantungan yang tinggi terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT) menjadikan negara terdedah kepada ancaman yang semakin meningkat. Inisiatif keselamatan negara dikoordinasikan di peringkat strategik menerusi Dasar Keselamatan Siber Negara ataupun National Cyber Security Policy (NCSP) yang merupakan pelan strategik bersepadu dan menyeluruh melibatkan kerjasama pelbagai agensi.

Tuan Yang di-Pertua, MOSTI melalui CyberSecurity Malaysia telah melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan keupayaan dalam menangani isu keselamatan siber dengan memberi tumpuan kepada empat aspek utama iaitu:

(i) keupayaan ramalan (predictive);

(ii) keupayaan pencegahan (preventive);

(iii) keupayaan tindak balas (responsive); dan

(iv) keupayaan pembetulan (corrective). Berkaitan dengan ramalan atau predictive, CyberSecurity Malaysia berupaya menjalankan analisis trend insiden keselamatan siber dan juga analisis ancaman malware. Keupayaan ini membolehkan ancaman keselamatan siber ditangani dengan lebih berkesan. Dalam pada itu tindakan sedang diambil untuk membangunkan kapasiti big data analytic yang berupaya meramalkan trend ancaman siber semasa dengan lebih mendalam. Menerusi langkah ini, kita lebih bersedia dan berupaya bertindak secara lebih proaktif dan inovatif dalam menghadapi sesuatu ancaman siber yang mendatang.

Keupayaan pencegahan atau preventive pula merupakan salah satu aktiviti pencegahan di mana CyberSecurity Malaysia melibatkan secara aktif dalam melaksanakan program kesedaran dan latihan kepada orang awam serta pengguna internet mengenai keselamatan siber. CyberSecurity Malaysia juga aktif membangunkan sistem Coordinated Malware Eradication & Remediation Project (CMERP) yang bertujuan untuk memantau dan menghalang serangan siber di organisasi agensi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNNI) dengan mengambil langkah proaktif dalam kumpulan pemprosesan dan penyingkiran serangan siber. Dalam pada itu, CyberSecurity Malaysia juga bertindak sebagai badan pensijilan tunggal untuk Skim Penilaian dan Pensijilan berlandaskan common criteria MS ISO/IEC 15408 yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, pematuhan kepada piawaian ini, maka mengurangkan dari segi ancaman siber.

Berkenaan dengan keupayaan tindak balas pula, CyberSecurity Malaysia menyediakan perkhidmatan amaran awal siber yang berperanan sebagai pusat koordinasi setempat bagi menangani insiden keselamatan siber. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tindakan...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masa habis Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Madius Tangau

Saya cuma hendak nyatakan di hujung ini Tuan Yang di-Pertua bahawa Malaysia mempunyai keupayaan memantau serangan secara real time dengan izin, untuk membolehkan negara mematuhi tahap risiko siber negara sekali gus membolehkan kita bersiap sedia dalam menangani sebarang krisis siber sepanjang masa. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya adalah, bagaimanakah blueprint internet of things (IOT) negara ini dapat mengimbangi keperluan untuk merancakkan penggunaan aplikasi yang dilihat mampu menjadikan sistem penyampaian ataupun delivery system lebih efektif dengan kewaspadaan terhadap ancaman di ruang siber ini dan sejauh mana CyberSecurity Malaysia dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap serangan di ruang siber?

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, siber ini selalu panjang-panjang. Tidak sempat masa Yang Berhormat ya. Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Madius Tangau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Teknologi internet of things (IOT) sememangnya satu teknologi digital yang akan menjadi suatu yang amat penting terutama sekali in the forth industrial revolution. Seperti mana yang saya mengatakan tadi, apa juga perkara yang berkaitan dengan keselamatan siber, negara kita mempunyai apa yang dipanggil sebagai Arahan 24 iaitu satu peraturan di bawah Majlis Keselamatan

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Madius Tangau

Negara yang menjadikan satu panduan untuk menangani pelbagai isu yang berkaitan dengan keselamatan siber. Dalam hal ini kita di— perlu saya nyatakan bahawa negara kita Malaysia, kita telah mempunyai satu road map ataupun satu road map kebangsaan mengenai IOT dan dalam road map itu juga kita telah mengenal pasti soal keselamatan siber tersebut sebagai salah satu perkara yang perlu kita tangani. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, saya minta pengunjung di galeri tidak menggunakan telefon Yang Berhormat ya. Ya, sila Yang Berhormat Kepong.

final • 10:20 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah bilangan serangan siber yang serius, yang dikesan dan peruntukan untuk keselamatan siber?

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Madius Tangau

Terima kasih Yang Berhormat Kepong.

Tuan Yang di-Pertua, MOSTI melalui CyberSecurity Malaysia, kita melaporkan kepada Kabinet tentang insiden-insiden keselamatan siber sama ada dari segi penipuan, sama ada dari segi intrusion dan sebagainya setiap bulan. Apa yang kita dapati, ia ada meningkat dari semasa ke semasa. Memang ada peningkatan. Ada peningkatan apabila ada insiden-insiden tertentu, sebagai contoh apabila kita ada satu situasi dengan Korea Utara baru-baru ini, memang ada satu peningkatan. Akan tetapi seperti mana yang saya nyatakan tadi Tuan Yang di-Pertua, bahawa negara kita mempunyai kemampuan untuk memantau keadaan serangan siber ini secara real time melalui kemudahan kita di CyberSecurity Malaysia. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Setakat itu sesi MQT untuk pagi ini.

[Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:20 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Juslie Bin Haji Ajirol [Libaran] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan pelaksanaan projek penyediaan infrastruktur lebih moden membabitkan pemasangan paip retikulasi, loji air dan pam rangsangan di kawasan luar bandar terutama di Sabah.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan nombor satu soalan daripada Yang Berhormat Libaran.

Untuk makluman Yang Berhormat Libaran, penyediaan infrastruktur asas terutama komponen projek bekalan air hendaklah mematuhi spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Air Negeri Sabah kerana ia melibatkan prosedur, pengoperasian dan penyelenggaraan apabila projek telah siap dilaksanakan nanti.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sentiasa komited dalam memastikan setiap pelaksanaan projek infrastruktur asas dilaksanakan dengan baik dan mematuhi keperluan spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Air Negeri Sabah. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Juslie Bin Haji Ajirol - Libaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya terima kasih banyaklah sebab Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui mekanisme yang sedia ada banyak kemudahan yang telah dilaksanakan di luar bandar. Cuma sejak Rancangan Malaysia Ke-8 dan setakat hari ini Tuan Yang di-Pertua, hanya lebih kurang 50 peratus paip air bersih dapat dibekalkan di luar bandar dari kawasan saya terutama sekali di kampung-kampung pesisir pantai.

Saya juga ingin tahu, selain perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, apakah mekanisme yang paling cepat oleh kementerian dapat menyalurkan kemudahan-kemudahan seperti air tadi? Berapakah kos atau nilai projek bekalan air yang dirancang untuk Parlimen di Libaran pada Rancangan Malaysia Kesebelas ini? Apakah status kampung-kampung yang memerlukan bekalan air di kawasan saya seperti Kampung Semawang, Kampung Dandulit dan juga Kampung Tanjung Pisa? Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Yang Berhormat Libaran, kementerian ini mengambil maklum tentang keperluan bekalan air bersih di kawasan Parlimen Libaran.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, berdasarkan semakan kementerian, pihak berkuasa air negeri Sabah sedang mengenal pasti kawasan-kawasan di kawasan Parlimen Libaran ini terutamanya di kawasan pesisir pantai yang masih belum mempunyai bekalan air bersih dan air terawat. So, kaedah bersesuaian yang mematuhi skop dan kriteria Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) untuk membekalkan air bersih dan terawat kepada penduduk di kawasan tersebut. Jadi, kawasan yang serupa ya.

Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan projek di kawasan Parlimen Libaran ini akan diselaraskan dengan senarai pelaksanaan projek yang dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Walau bagaimanapun pelaksanaan projek akan dibuat secara berperingkat dan tertakluk kepada senarai keutamaan pihak badan atau pihak berkuasa air negeri Sabah yang dikemukakan melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah dan seterusnya dikemukakan juga kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, itu prosedurnya Yang Berhormat ya.

Dalam Rolling Plan Ke-11, Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ke-11 ini sejumlah RM15 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan sebuah projek Bekalan Air Luar Bandar di kawasan Parlimen Libaran iaitu projek Bekalan Air Luar Bandar di Kampung Dandulit dan kawasan sekitarnya, Sandakan ya, di Sabah. Jadi skop pelaksanaan projek ini melibatkan pemasangan paip pelbagai saiz, pembinaan rumah pam, tangki sedutan dan tangki simpanan air berkapasiti satu juta liter. Status terkini pelaksanaan projek ini adalah di dalam proses reka bentuk dan dijangka akan ditender pada penghujung tahun 2017 ini, sekian terima kasih.

final • 10:30 AM

2. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli [Dungun] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah-langkah jaminan pekerja tempatan selepas kemasukan pelabur-pelabur dari negara China.

final • 10:30 AM

Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya menjawab soalan nombor dua, saya ingin mengalu- alukan kedatangan rombongan-rombongan dari:

(i) pertubuhan penduduk Kampung Pichin, Serian;

(ii) pemimpin masyarakat Padang Terap; dan

(iii) rombongan dari Kolej Vokasional Melaka.

Tuan Yang di-Pertua, peningkatan kemasukan pelaburan asing adalah selaras dengan Economic Transformation Programme (ETP) untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Di samping itu pertumbuhan kadar FDI meningkatkan peluang-peluang pekerjaan dan prospek yang lebih baik untuk rakyat tempatan. Walaupun begitu Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah menetapkan dasar dan polisi yang jelas berhubung penggajian pekerja asing iaitu bilangan pekerja asing tidak boleh melebihi 15 peratus dari guna tenaga negara sebagaimana yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, pekerja asing warga China yang telah diluluskan melalui PLKS atau Pas Lawatan Kerja Sementara bagi pekerja asas sehingga 31 Disember 2016 ialah seramai 13,441 orang atau 0.7 peratus dari keseluruhan pekerja asing melalui PLKS yang berjumlah 1.866 juta orang. Manakala bagi pas penggajian untuk kategori pegawai dagang atau ekspatriat, jumlahnya adalah 2,146 orang sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, pihak kerajaan akan sentiasa berhati-hati bagi memastikan peluang pekerjaan diutamakan kepada rakyat tempatan. Dalam masa yang sama, saya telah sebutkan tadi kita hendaklah memastikan bahawa bilangan pekerja asing tidak melebihi paras 15 peratus guna tenaga kerja negara seperti mana yang sudah disebutkan tadi. Sekian terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas jawapan yang telah diberikan oleh Menteri terhadap ruang dan peluang pekerja-pekerja tempatan apabila pelaburan daripada negara China dalam jumlah yang besar yang akan datang. Sebelum itu, saya ingin untuk Dewan merekodkan penghargaan

final • 10:30 AM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun

kepada kehadiran Exco dan juga ADUN-ADUN Kerajaan Negeri Kelantan pada pagi ini, mudah-mudahan kita akan dapat melihat bagaimana perjalanan yang diambil oleh membawa pada maksud seperti yang telah disebutkan oleh Menteri.

Saya ingin untuk melihat, sebelum saya kemukakan soalan tambahan ini ialah kepada sejarah sedia ada sekarang. Dengan projek-projek tempatan yang dilaksanakan oleh kerajaan kita pun, pekerja-pekerja asing sudah mengambil tempat warganegara tempatan. Jadi, apatah lagi pada jangkaan jawapan yang diberikan oleh Menteri, tentulah dengan sejarah yang sedia ada ini, dengan pelaburan dari negara China itu yang agak besar tentulah mereka akan datang mungkin dengan modal-modal mereka dengan bahan-bahan mereka sendiri dan juga kepakaran mereka, maka di manakah kedudukan pada masa itu terhadap kepentingan pekerja-pekerja rakyat tempatan.

Oleh itu, saya pohon secara khusus, bolehkah pihak Menteri menyebutkan bidang-bidang apakah, tawaran-tawaran pekerjaan yang boleh diisi oleh pekerja dan rakyat tempatan dari pelaburan-pelaburan yang akan masuk dari negara China ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem

Terima kasih Yang Berhormat Dungun.

Untuk menjawab soalan itu, pertama saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa dasar atau polisi kerajaan mengenai pengambilan pekerja asing adalah kita tidak boleh melebihi 15 peratus dari seluruh guna tenaga kerja di negara ini.

Saya menyebut angka di sini sebelum saya pergi kepada soalan yang telah diajukan. Pada tahun 2015, bilangan pekerja asing yang ada di negara kita adalah 2.1 juta pada tahun 2015 dari 14.8 juta pekerja atau guna tenaga kerja iaitu merupakan 14.3 peratus. Manakala pada tahun 2016 bilangan pekerja asing yang ada di negara kita adalah 1.8 juta, merupakan 14.1 peratus iaitu penurunan sebanyak 300,000 orang pekerja. Penurunan. Unjuran kita bagi tahun 2020, pekerja asing guna tenaga kerja seluruh negara, unjuran kita adalah 15.2 peratus dan kita jangkakan kalau kita mengambil 15 peratus daripada 15.2 juta tenaga kerja negara, angkanya adalah 2.2 juta.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem

Jadi, berbalik kepada soalan yang telah diajukan oleh Yang Berhormat Dungun Tuan Yang di-Pertua, kita akan memastikan bahawa tidak ada kebanjiran walaupun dengan pelabur-pelabur dari negara China yang akan melabur di negara ini dengan projek-projek gergasinya, sudah tentu peningkatan akan berlaku. Akan tetapi, kita akan memastikan bahawa dasar polisi kerajaan 15 peratus ini hendaklah dikekalkan dan hendaklah dipastikan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat mengikut statistik yang ada pada kita, saya telah menyebut tadi bahawa di bawah pengambilan pekerja asing dari negara China yang menggunakan pas lawatan kerja sementara atau PLKS yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, negara China merupakan negara yang ke-12 terbesar, terbanyak menghantar pekerja asing ke negara kita. Jadi, pokoknya kita akan memastikan bahawa walaupun mereka akan membawa pekerja-pekerja mereka dengan mereka melabur di negara kita ini tetapi peratusan 15 peratus itu hendaklah kita kekalkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin pergi jauh sedikit. Pelabur China kita berterima kasih kerana mereka bersedia untuk melabur di sini. Harus diingatkan bahawa pelabur China bukan mahu mendominasi perniagaan atau pasaran ekonomi di negara kita.

Sebaliknya pelabur China melabur kerana kerjasama strategik yang mampu mewujudkan peluang kerja kepada rakyat Malaysia dan sudah tentu menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, kita di Dewan yang mulia ini saya sudah dua, tiga kali menyatakan bahawa keutamaan akan diberikan kepada pekerja tempatan. Akan tetapi, banyak sektor seperti pembinaan, perladangan, sektor yang dianggap sebagai 3D - dirty, difficult, dangerous yang kurang diminati oleh anak-anak kita, pekerja tempatan. Maka itulah sebab kita mahu tidak mahu, kita mengambil pekerja dari negara lain. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya kepada Menteri. Kita ingin merakamkan penghargaan setingginya kepada kerajaan kita kerana mengehadkan 15 peratus kadar pekerja asing supaya ia tidak melebihi jumlah pekerja di dalam negara kita.

Persoalannya, bagaimanakah kementerian membuat kawalan bagi industri- industri tertentu seperti yang kita lihat kalau kita pergi ke perhotelan, kebanyakan pekerja- pekerja di hotel yang boleh kita tidak kategorikan the 3D, dengan izin masih ramai lagi ataupun sememangnya dipenuhi oleh warga-warga asing, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Kita tidak nafikan bahawa masih terdapat pekerja-pekerja asing yang bekerja di tempat, di mana mereka sepatutnya mereka tidak bekerja. Kita tidak nafikan. Walaupun demikian Tuan Yang di-Pertua, pengambilan, recruitment employment pekerja asing walaupun adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu khususnya di bawah Jabatan Imigresen Malaysia dan sudah tentunya Jabatan Imigresen Malaysia bersama-sama dengan kementerian yang lain seperti kementerian kita, melihat, memeriksa bangunan-bangunan atau premis-premis pada perniagaan di mana pekerja asing bekerja dan mereka sepatutnya tidak ada berada di situ dan kerajaan sedang mengambil langkah yang lebih drastik untuk memastikan bahawa pekerja-pekerja asing bekerja di tempat di mana mereka harus bekerja dan bukan sebaliknya. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Penjelasan dan jaminan yang diberikan amat kita alu-alukan bahawa pengawalan dari segi peratusan pekerja asing ini pastinya akan dipantau dengan ketat oleh pihak kerajaan.

Saya ingat, saya mencadangkan bukan hanya pengawalan kedatangan pekerja asing yang datang ke negara kita. Kerajaan juga harus melihat daripada sudut yang lain.

Saya bagi contoh, kalau dalam bidang pembinaan, contohnya ada rancangan kerajaan hendak bina kereta api daripada Klang ke Tumpat, Kelantan dan sudah pasti mereka akan menggunakan peralatan seperti steel industry. Steel industry ini sudah pasti mereka akan membawa raw material dengan izin datangnya daripada China kerana kalau kita melihat dari segi perbandingan harga dikeluarkan di Malaysia agak tinggi harga dia berbanding dengan keluaran daripada China.

Jadi raw material sudah pasti akan dilambak datang ke Malaysia oleh kerana kos perhitungan pihak pelabur China ini bukan bodoh sangat. Dia hendak untung, bukan dia hendak melabur dia hendak rugi. bukan hanya dari segi pelaburnya bahkan dari ini.

Cuma saya hendak lihat, saya harap supaya kerajaan melihat sudah pasti dengan adanya pembelian peralatan ini seperti di negara Afrika yang kita lihat keadaan yang memudaratkan rakyat di Afrika iaitu pelaburan datang daripada luar seperti China ini. Di mana penutupan kilang-kilang.

Saya yakin dengan adanya pelabur asing China ini sudah pasti ia akan memberi impak yang agak serius kepada steel industry dalam negara kita bukan hanya dari segi pengangguran, mungkin kilangnya akan berhadapan dengan mengurangkan pekerja dia.

Kita bukan hanya melihat...

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Soalan.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Soalan dia , bukan hanya melihat dari segi datangnya kerja daripada luar tapi juga akan kehilangan pekerjaan dari negara kita oleh kerana pelaburan asing ini tapi juga akan kehilangan pekerjaan dalam negara kita kerana pelaburan asing ini.

Saya hendak minta supaya Yang Berhormat Menteri bukan hanya melihat daripada itu dan persoalan dia apakah rancangan kerajaan memastikan supaya jangan pelabur asing datang ke negara kita datang dengan pakej yang akan boleh meningkatkan pengangguran dalam negara kita.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem

Terima kasih, Yang Berhormat dari Semporna. Soalan itu baik. Walau bagaimanapun, soalan ini harus dijawab oleh kementerian lain iaitu Kementerian MITI kerana raw material khususnya steel adalah di bawah bidang kuasa kementerian MITI, sekian terima kasih.

final • 10:40 AM

3. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan jumlah kes berkenaan dengan barangan tiruan daripada negara luar dan apakah perancangan kementerian dalam membasmi gejala ini.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Henry Sum Agong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Tuan Yang di-Pertua, sejak dari tahun 2014 sehingga Disember 2016, Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengambil sebanyak 3,424 tindakan kes barang tiruan yang dipercayai dari luar negara melibatkan nilai rampasan kira-kira RM38 juta.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Henry Sum Agong

Antara perancangan kementerian dalam usaha membanteras pengedaran barang tiruan ialah pertama memperkuatkan dan mengerakkan pasukan petugas khas membanteras barang tiruan yang melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan berasaskan bidang kuasa undang-undang masing-masing bagi menyelaras tindakan penguatkuasaan dan merangka tindakan bersepadu.

Antara agensi kerajaan yang terlibat ialah seperti Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan lain-lain agensi kerajaan.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Henry Sum Agong

Pihak industri yang mewakili persatuan bagi sektor industri berkenaan seperti persatuan kosmetik, persatuan pengilang tembakau, persatuan alat tulis dan lain-lain persatuan turut dilibatkan dalam pasukan ini bagi memberikan pandangan dan juga kerjasama untuk melindungi hak dan kepentingan mereka dalam membanteras barang tiruan. Kedua, mengukuh kerjasama dengan KDRM dalam usaha meningkatkan penguatkuasaan di sempadan untuk menyekat kemasukan barang-barang tiruan ke negara ini.

Ketiga, meningkatkan jalinan kerjasama antara KPDNKK dengan tuan punya cap dagang dalam usaha untuk membendung penjualan barang tiruan di dalam negara.

Tuan punya cap dagang memainkan peranan penting dalam memberikan maklumat risikan serta melatih pegawai penguat kuasa membuat pengecaman produk-produk tiruan.

Keempat, meningkatkan pemantauan atas talian ke atas laman sesawang dan media sosial yang bermotifkan perniagaan. Sekiranya didapati ada penjualan barang tiruan melalui atas talian, kementerian akan segera membuat risikan serta bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menutup laman sesawang tersebut dengan menggunakan kuasa di bawah peruntukan seksyen 263 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kelima, bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk membatalkan atau menggulungkan perniagaan yang terlibat dengan kesalahan pengedaran atau penjualan barang tiruan. Kementerian sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai serta industri untuk melaporkan sebarang kegiatan pengedaran barang tiruan supaya tindakan segera dapat diambil terhadap pihak-pihak terbabit.

final • 10:50 AM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua ini, tidur tidak semalam?

Yang Berhormat Menteri, dalam kecenderungan masyarakat untuk memiliki barang berjenama pada harga yang murah, ini menjadi faktor utama lambakan pelbagai jenis barangan tiruan dalam pasaran di negara ini. Antaranya termasuklah barang- barang pakaian, barangan kulit, makanan, minuman, alat komunikasi dan sebagainya.

Dan pasaran global yang memudahkan kemasukan juga memberi faktor kepada lambakan barang tiruan di negara ini.

Saya cuma hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, dalam tindakan-tindakan penguatkuasaan yang dilakukan oleh kementerian, apakah tindakan selanjutnya yang dibuat oleh kementerian terhadap barang-barang yang dirampas ini?

Adakah ia dilupus, dijual, dilelong? Atau apakah tindakan-tindakan yang lain? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Henry Sum Agong

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan. Bagi setiap barang yang dirampas, tindakan pengecaman dan pengesahan daripada pemilik cap dagang akan dibuat terlebih dahulu. Kedua, sekiranya didapati bahawa barangan tersebut bukan keluaran pemilik cap dagang, tindakan kompaun atau pendakwaan akan diambil. Dan ketiga, jika sabit kesalahan, barangan tersebut akan dilupuskan dengan cara dimusnahkan dan tindakan yang keempat, sekiranya didapati tiada kes, barangan tersebut akan dipulangkan semula kepada peniaga. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Timbalan Menteri. Memang kita selalu diuar-uarkan ataupun kita nampak berbagai-bagai jenama tiruan seperti mana beg, jam, seluar dan lain-lain lagi.

Akan tetapi, kita juga dikejutkan dengan ada barang tiruan iaitu barang tiruan seperti beras tiruan ataupun telur tiruan.

final • 10:50 AM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Persoalan saya, adakah perkara ini benar-benar wujud di negara kita ataupun tidak? Kalau ada, berapakah tindakan yang diambil terhadap kes-kes ini memandangkan ini ialah merupakan satu perkara yang amat berbahaya. Walaupun di sana ada Akta Perihal Perdagangan 1972 yang dendanya RM100,000 dan penjara selama tiga tahun ataupun kedua-dua sekali, persoalan saya adakah perkara itu berlaku atau tidak barang itu yang muncul dalam negara kita? Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Dato’ Henry Sum Agong

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya tidak ada maklumat tentang khususnya barangan tiruan yang dinyatakan tadi iaitu beras. Akan tetapi, pihak kementerian dan penguatkuasaan kita telah menjalankan tugas sepanjang tahun. Contohnya pada tahun 2014, kita ada kes sebanyak 2,125 kes dan pada tahun 2015, kita ada 703 kes dan tahun 2016 terdapat 596 kes. Ini melibatkan barangan daripada luar. Bagi dalam negara, tahun 2014 sebanyak 31 kes dan tahun 2015 sebanyak 47 kes, dan tahun 2016 sebanyak 60 kes.

Dan yang untuk makluman Yang Berhormat, perkara berkaitan pencemaran makanan seperti yang ditanyakan tadi adalah di bawah Kementerian Kesihatan. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

4. Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid [Lumut] minta Perdana Menteri menyatakan apakah perlunya diwujudkan "Malaysia Special Operation Force" di bawah MKN dan bagaimanakah ia dikawal dan organisasi "Chain of Command" yang diguna pakai.

final • 10:50 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Timbalan-timbalan Speaker, Setiausaha Parlimen dan juga semua anggota Parlimen dan juga sebahagian Ahli Parlimen yang telah balik pukul 6 pagi. Semalam Parlimen kita selesai pada 4:57 pagi. Kami bersimpati dan saya tahu bahawa banyak di antara kita belum tidur lagi. Jawapan kepada soalan nombor empat.

Tuan Yang di-Pertua, mesyuarat Pre-Council National Strategy Execution Summit yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 28 Julai 2011 bersetuju NSOF ditubuhkan sebagai sebuah pasukan tindak balas pantas berperanan untuk menangani insiden berpunca daripada ancaman keganasan yang mengancam keselamatan negara dan juga ketenteraman awam. Yang Berhormat bertanya soalan ini sebagai MSOF, Malaysia Special Operation Force. Sebenarnya ialah National Special Operation Force (NSOF).

Penubuhan pasukan ini merupakan inisiatif kerajaan bagi memantapkan pengurusan keselamatan negara di bawah kerangka National Blue Ocean Strategy 4, creating blue ocean strategy in national security. NSOF dianggotai oleh elemen-elemen pasukan khusus dari Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan juga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

NSOF berperanan sebagai satu pasukan penggempur untuk menangani ancaman keganasan di darat, laut dan udara atau apa jua krisis yang mengancam keselamatan negara dan keselamatan awam. Ini adalah selaras dengan mekanisme Arahan MKN 18, pengurusan dan pengendalian krisis keganasan dan Arahan MKN 21, mekanisme pengurusan ancaman ketenteraman awam.

final • 10:50 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Komander NSOF akan melaporkan dan bertanggungjawab kepada pengerusi bersama Jawatankuasa Perancang Gerakan Kebangsaan (JPGK) iaitu Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara. JPGK adalah merupakan salah sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan selaras dengan arahan MKN No.12: Pemerintahan dan Kawalan Perkara-perkara Keselamatan yang mana MKN merupakan sekretariat dalam jawatankuasa ini.

Pengerusi bersama JPGK perlu merujuk kepada Yang Berhormat Perdana Menteri selaku pengerusi MKN untuk mendapatkan mandat bagi mengatur gerakan pasukan ini sekiranya berlaku insiden keganasan. Pengerusi-pengerusi bersama JPGK adalah juga bertanggungjawab untuk memastikan agar kesiapsiagaan NSOF untuk diatur gerakan dan pelaksanaan tugas berada di tahap tertinggi pada setiap masa Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab menyediakan dan mengemukakan permohonan untuk perkara-perkara yang khusus bagi melaksanakan operasi-operasi tertentu.

final • 11:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Perkhidmatan asal ATM, PDRM, APMM kekal bertanggungjawab dalam perkara-perkara pentadbiran dan pengurusan anggota masing-masing seperti pengisian anggota, tatatertib, emolumen, penyandang peralatan dan juga lain-lain lagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Akta Majlis Keselamatan Negara 2016. Kalau kita lihat daripada akta tersebut keanggotaan majlis terdiri daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Menteri Komunikasi, Ketua Setiausaha Negara, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara. Tidak adapun di dalam akta ini memberi kuasa kepada sesiapa pun untuk mewujudkan special forces yang bertanggungjawab kepada Majlis Keselamatan Negara.

Saya lihat berpandukan daripada Wikipedia, National Special Forces ini telah ditubuhkan oleh Perdana Menteri pada 27 Oktober 2016. Beliau bertanggungjawab— mengikut Wikipedia tersebut untuk mengoperasikan unit ini atau forces ini apabila berlaku sesuatu insiden ataupun kejadian tidak diingini dengan merujuk kepada Panglima Angkatan dan juga Ketua Polis Negara. Ini saya lihat ada bertentangan dengan akta yang ditubuhkan. Manakala pula bila suatu operasi di lakukan MKN melantik pengarah operasi untuk mengatur gerakkan unit-unit yang di pertanggungjawaban untuk mengambil tindakan.

Maka sebab itu saya mohon pihak Jabatan Perdana Menteri untuk melihat balik kewujudan National Special Forces ini oleh sebab saya bimbang ia bertentangan dengan Perlembagaan dan tidak mengikuti Akta Keselamatan Dalam Negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, NSOF ditubuhkan di bawah arahan eksekutif yang ditandatangani oleh Yang Berhormat Perdana Menteri sebagai punca kuasa. Yang Berhormat menyebut tentang keahlian ahli Majlis Keselamatan Negara, itu betul tetapi Yang Berhormat saya sebutkan tadi bahawa arahan MKN No.18: Pengurusan dan Pengendalian Krisis Keganasan dan arahan MKN No.21:

Mekanisme Pengurusan Ancaman Ketenteraman Awam, ini semua sekali arahan MKN itu dipatuhi dan ianya tidak bercanggah dengan Perlembagaan.

Berhubung dengan Yang Berhormat menyebut bahawa MKN akan melantik ketua yang berasingan, Yang Berhormat jangan tentang dua rang undang-undang itu.

Yang pertama, Rang Undang-undang MKN itu kalau sekiranya berlaku ancaman keselamatan memang seorang ketua akan dilantik. Akan tetapi untuk kes ini, kita ada tiga elemen iaitu polis, tentera dan juga APMM. Polis dengan tentera adalah merupakan komander-komander bersama dan polis dan juga tentera adalah pengerusi bersama kepada JPGK tadi.

Jadi ia tidak bercanggah Yang Berhormat dan ianya penting diadakan berdasarkan kepada ancaman keselamatan terutamanya dari segi keganasan yang boleh berlaku kalau sekiranya dan kalau kita tidak membuat persediaan ia nya boleh mendatangkan malapetaka kepada kita. Jadi penubuhannya ialah sesuai dengan arahan eksekutif yang telah dikeluarkan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan bercadang sebab memandangkan ancaman ini yang real daripada IS dan dengan berlakunya keadaan Malaysia menjadi pusat tumpuan di dunia ini dari segi trade, globalization dan juga pergerakan manusia yang begitu banyak terutama akhir-akhir ini kita ada kes kematian North Korea contohnya. Jadi, adakah kerajaan bercadang apakah kertebukaan yang sesuai untuk NSOF ini dan adakah kerajaan bercadang meletakkan kawasan hotspot itu dengan local deployment? Dengan izin. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Soalan yang tepat dan tepat pada masanya. Inilah pasukannya NSOF ini ditubuhkan untuk menangani keganasan dan lain- lain ancaman. Akan tetapi ianya lebih kepada gerakan dan tiap-tiap satu pergerakan itu kita mengambil masa maksimum 30 minit tetapi kita jangka dalam 20 ke 30 minit untuk kita membuat gerakan. Jadi ini adalah pasukan yang khusus di gunakan untuk menangani krisis seperti yang Yang Berhormat sebutkan tadi. Malaysia bersiap sedia untuk menghadapi dengan izin Allah dalam bentuk apa-apa ancaman yang dijangka dan mungkin berlaku seperti yang berlaku di beberapa negara di seluruh dunia jadi kita membuat persediaan untuk tujuan tersebut.

final • 11:00 AM

5. Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah tindakan dan langkah yang diambil terhadap rumah pangsa kos rendah/sederhana yang mengalami masalah penyelenggaraan akibat daripada kutipan bayaran pengurusan

(management fee) yang kurang memuaskan oleh penduduk kepada Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body, JMB) atau Perbadanan Pengurusan (Management Corporation, MC) serta apakah langkah yang diambil oleh pihak kementerian bagi memastikan JMB/MC dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

final • 11:00 AM

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tan Sri Haji Noh bin Omar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kementerian berterima kasih kepada soalan yang di bangkitkan oleh Ahli-ahli yang berhormat Yang Berhormat Pasir Gudang kerana isu yang dibangkitkan benar-benar menyentuh permasalahan rakyat bandar, terutamanya melibatkan skim pembangunan strata. Sememangnya pihak kementerian mengambil maklum dan amat prihatin terhadap isu kegagalan pengurusan dan penyenggaraan di rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah di sebabkan kegagalan memperbaharui bayaran khas oleh pendudukan di skim tersebut kepada pihak pengurusan. Ini secara langsung akan menjejaskan pengurusan dan penyenggaraan yang perlu di buat dan akibatnya kualiti kehidupan penduduk di skim strata berada pada tahap yang rendah.

Kementerian menyedari perkara ini merupakan isu yang besar yang memerlukan transformasi sosial penduduk di skim strata secara menyeluruh. Proses transformasi ini merangkumi bukan sahaja aspek fizikal, namun melibatkan perubahan budaya dan sikap penduduk. Justeru pihak kementerian sentiasa berusaha dan merangka strategi dan pendekatan yang tersesuai bagi menyelesaikan permasalahan ini.

Pada masa ini pihak kementerian telah menggunakan beberapa strategi seperti pengukuhan perundangan serta pendidikan dan kesejahteraan penduduk di skim pembangunan berstrata. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] yang di kuatkuasakan pada Jun 2015 secara khususnya menggariskan tindakan punitif yang boleh diambil terhadap pembeli atau pemilik yang gagal membayar caj. Di bawah Akta 757 ini, terdapat tiga tindakan yang boleh diambil terhadap pemunya atau pemilik petak yang gagal membayar caj penyenggaraan seperti JMB dan MC boleh memfailkan saman atau tuntutan di mahkamah atau di hadapan Tribunal Pengurusan Strata. Begitu juga JMB atau MC boleh menahan harta alih pemunya atau pemilik petak dan melelong harta tersebut.

final • 11:00 AM

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tan Sri Haji Noh bin Omar

Selain itu, Pesuruhjaya Bangunan (COB) boleh juga mengambil tindakan pendakwaan di bawah akta ini. Pada masa yang sama, tindakan juga boleh diambil di bawah Peraturan-peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015 subperenggan 6(3), (4) dan (5) di mana JMB atau MC boleh mengambil tindakan seperti mempamerkan senarai nama-nama pemungkir pada papan notis di bangunan, malah menyahaktifkan apa-apa peranti akses seperti kad, tag dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian amat menyedari terdapatnya keperluan perubahan budaya dan sikap penduduk yang mendiami rumah pangsa kos rendah dan sederhana. Oleh itu bagi memastikan JMB atau MC dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan, kementerian telah dan sedang melaksanakan pelbagai program kesedaran dan pendidikan komuniti strata seperti seminar pendidikan strata kepada JMB, MC di peringkat PBT seluruh negara serta melaksanakan pendidikan massa melalui siaran iklan di televisyen, pemasangan billboard dan juga kempen-kempen kesedaran supaya pemilik ataupun tuan punya strata ini membayar caj-caj penyelenggaraan seperti yang dikehendaki di bawah akta ini. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Terima kasih Menteri di atas penerangan tadi. Saya nak ucapkan tahniah kepada pihak kementerian di atas tindakan proaktif dalam memastikan masalah kutipan ini dapat diselesaikan demi kebaikan semua pihak.

Soalan tambahan saya, apakah langkah yang lebih berkesan yang boleh dilakukan sekiranya kutipan masih lagi tidak memuaskan walaupun tindakan sedia ada telah dilaksanakan? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Tan Sri Haji Noh bin Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Selain daripada tindakan-tindakan perundangan seperti yang saya nyatakan tadi dan banyak kes yang boleh diambil ini ialah kes di bawah tribunal. Kita ada tubuhkan tribunal dan boleh dikatakan hampir 70 peratus kes-kes Tribunal Pengurusan Strata ini memang berkaitan

final • 11:10 AM

Tan Sri Haji Noh bin Omar

dengan soal tidak bayar caj. Kita amat menyedari perkara ini seperti mana yang saya nyatakan tadi. Kadang-kadang kita tengok bayarannya pun tak mahal, RM50 kah sebulan tetapi masih tidak mampu dibayar.

Oleh kerana itu selain daripada undang-undang yang sedia ada, di mana seperti yang saya nyatakan tadi, kita juga sedang merancang untuk kita nak pinda akta ini kerana selain daripada membolehkan COB untuk mengambil tindakan kepada mereka yang tidak membayar caj penyelenggaraan ini, kita juga sedang merancang untuk kita nak memberikan kuasa juga kepada pihak PBT dengan syarat pihak JMB ataupun MC ini bersetuju untuk menyerahkan kutipan ini kepada PBT. Ini sedang kita rancang.

Kedua, kita juga sedar bahawa apabila JMB ataupun MC ini mengambil tugas untuk menguruskan bangunan mereka, mereka ini diserahkan dengan liabiliti. Ertinya hutang yang patutnya dulu yang diselesaikan oleh pihak pemaju tetapi apabila title sudah keluar diserahkan kepada MC ataupun kepada JMB, maka hutang itu pun terpaksa ditanggung oleh pihak JMB. Ini juga kita sedang kaji yang mana kita nak mengkaji supaya apabila pengurusan strata ini diserahkan kepada JMB, maka mesti diserahkan dengan zero liabilities untuk memberikan kemudahan dan tidak membebankan JMB ataupun MC menguruskan pengurusan strata ini. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, masalah di flat kos rendah ini mengalami masalah penubuhan JMB, mereka tak dapat menubuhkan satu jawatankuasa JMB yang boleh bantu untuk mengutip caj-caj penyelenggaraan ini. So bagaimana kementerian membantu dan cadangan supaya kita memberikan allowance menggalakkan jawatankuasa JMB terutama pengerusi ataupun bendahari ini atau setiausaha bagi gaji allowance untuk menggalakkan mereka buat kerja ini. Ini hanya untuk flat kos rendah.

Yang lain tak ada masalah, kondominium, apartment. Kos rendah kita kena bagi penekanan kerana selama ini, kerajaan KPKT tak dapat selesaikan masalah sampai sekarang. Banyak flat kos rendah tak dapat tubuhkan JMB dan kos penyelenggaraan tak dapat kutip dan jangan harap JMB boleh bawa mereka yang tak bayar maintenance ke mahkamah kerana mereka tak mampu untuk ambil peguam. So saya rasa KPKT jangan pusing-pusing. Kena cari satu kaedah untuk macam mana selesaikan masalah ini.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tan Sri Haji Noh bin Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Saya telah nyatakan tadi bahawa tindakan yang boleh diambil ini bukan sahaja mesti pergi ke mahkamah. Kita ada tribunal. Tribunal ini cukup murah bayarannya dan 70 peratus kes tribunal ini kebanyakannya ialah melibatkan kes-kes penyelenggaraan rumah strata.

Kedua, di bawah peraturan kita di COB, kalau COB dapati bahawa mana-mana JMB yang tak mampu untuk menguruskan kediaman mereka, maka COB boleh melantik ejen untuk menguruskan rumah kos rendah ini sebagaimana ada yang dibuat di beberapa tempat di dalam negeri Selangor.

Ketiga ialah menjadi tanggungjawab PBT itu kerana mereka membayar cukai pintu, diambil oleh PBT. PBT yang kutip cukai ini. Jadi kerana itu menjadi juga tanggungjawab kepada PBT, tidak boleh letak sepenuhnya kepada tanggungjawab KPKT seperti di negeri Selangor saya nak beritahu. Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor ada berbilion-bilion kata Menteri Besar, simpan. Akan tetapi cuba Yang Berhormat tengok, di kawasan rumah kos rendah, rumah kos sederhana di dalam Parlimen Yang Berhormat sendiri, betapa sedihnya mereka hidup. Apa Kerajaan Negeri Selangor buat?

Jadi kerana itu, jangan nak salahkan kita. Oleh sebab itu kita nak ambil alih pengurusan Lembah Subang 1 cukup menyedihkan. Akan tetapi apabila kita nak ambil, kerajaan negeri suruh kita bayar pula RM50 juta kepada kerajaan negeri. Sedangkan kita dah belanja berpuluh juta untuk kita nak menyelesaikan masalah lif dan sebagainya di rumah-rumah kos rendah. Jadi banyak masalah yang saya tengok ini dalam negeri Selangor. Negeri Selangor kena bantu mereka kos rendah ini. Kalau setakat nak bagi RM50 juta peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri dalam bajet yang lepas, saya tak fikir RM50 juta boleh untuk mengatasi masalah penyelenggaraan rumah kos rendah khususnya di dalam negeri Selangor.

Saya nak beritahu Yang Berhormat, oleh kerana keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, maka dalam bajet yang lepas dia umumkan RM300 juta untuk KPKT membantu dan menyelesaikan masalah perumahan kos sederhana. Betapa baiknya Kerajaan Barisan Nasional untuk membela nasib rakyat miskin dalam bandar.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

6. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status projek "East Coast Railway Line" (E.C.R.L) dan syarikat- syarikat yang terbabit dengan projek yang diumumkan akan dilaksanakan dari Lembah Klang hingga ke Kota Bharu.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Kuala Terengganu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) merupakan projek infrastruktur penting bagi Koridor Ekonomi Pantai Timur

(ECER) yang akan menghubungkan dua koridor ekonomi negara pantai timur dan Lembah Klang. Pelaksanaan ECRL akan menjadi pemangkin pembangunan dan transformasi terutamanya untuk negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung. Ia juga bakal merangsang pertumbuhan sosioekonomi setempat dan juga membuka lembaran baharu limpahan serta peluang pemerkasaan ekonomi transborder yang secara tidak langsung menyumbang kepada pembangunan bandar-bandar yang terlibat dan juga ekonomi.

Semasa lawatan rasmi delegasi Malaysia ke Republik Rakyat China pada Oktober 2016, beberapa perkara telah dibincangkan bagi meningkatkan pelaburan dan juga kerjasama bilateral berterusan dengan Kerajaan China. Dalam rundingan itu, kedua- dua kerajaan telah mencapai kata sepakat supaya projek ECRL ini dilaksanakan secara inisiatif projek government to government (G2G) antara Kerajaan Negara China dengan Malaysia.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Devamany a/l S. Krishnasamy

Selain itu, mustahak juga untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, Kerajaan China telah mengemukakan tawaran pakej kewangan yang menarik dan memberi kelebihan kepada Malaysia. Bagi membolehkan Malaysia mendapat terma kewangan yang terbaik ini dalam rundingan G2G berkenaan syarikat pembinaan terbesar milik negara China iaitu China Communication Construction Company (CCCC) telah didominasi oleh kerajaan negara China untuk melaksanakan projek ECRL.

Tuan Yang di-Pertua, pemilikan pengurusan dan operasi ECRL akan secara sepenuhnya dikawal oleh Malaysia. Bagi projek ini, syarikat khusus yang dipertanggungjawabkan ke atas pembangunan projek iaitu Malaysia Rail Link Sdn. Bhd.

(MRLSB) milik penuh Kementerian Kewangan telah ditubuhkan. Kementerian Kewangan melalui Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. Akan memperhalusi syarat-syarat dan terma-terma perjanjian projek dan perjanjian pembiayaan. Kerajaan sentiasa mengambil pendekatan telus dan terbuka mengenai projek ini melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

(SPAD), sesi pemeriksaan awam (public inspection), dengan izin berkaitan projek ECRL ini telah dilaksanakan dan dilancarkan pada 8 Mac 2017 oleh Perdana Menteri kita.

Sesi ini akan mempamerkan pertamanya cadangan laluan kereta api dari Wakaf Baru ke Terminal Pengangkutan Bersatu ITT Gombak yang mempunyai 23 di sepanjang landasan. Kedua, lokasi stesen pertukaran dengan landasan kereta api sedia ada di Semenanjung Malaysia dan ketiga lain-lain ciri projek ECRL. Selain daripada ibu pejabat SPAD, sesi pemeriksaan awam juga turut diadakan di 38 lokasi yang boleh dikunjungi oleh orang ramai termasuk pejabat-pejabat daerah di Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Kemaman, Dungun, Kuantan, Maran, Temerloh dan Bentong mulai 8 Mac 2017 sehingga 5 Jun 2017.

Pameran ini merupakan keperluan di bawah seksyen 84 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang menyatakan bahawa satu forum maklum balas awam perlu diadakan bagi setiap projek rel yang dicadangkan. Pameran ini juga bertujuan untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai manfaat sosioekonomi projek ECRL kepada negara. Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan projek ini akan memberi limpahan pertubuhan ekonomi Malaysia yang lebih mapan dengan izin, value for money dan boleh dirasai oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah menjawab soalan saya. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi adalah rakyat Malaysia diberikan syarat-syarat pembiayaan yang amat menarik. Tetapi apa yang ingin kita ketahui melalui konsep yang didominasi oleh syarikat dari negara China ini iaitu secara design and build dan financing iaitu ‘A’ sampai ‘Z’ dilaksanakan oleh mereka yang ini bermakna kalau orang putih kata lock stock and barrel tambah satu lagi key. Lock stock barrel and key maknanya semua dikontrol oleh mereka.

Ini termasuklah kewangan reka bentuk, perunding, pemborong, pekerja dan bekalan barangan dan juga tukang masak paku dan sebagainya. Persoalan utama yang rakyat Malaysia ingin tahu dengan high expectation project ini sisa-sisa apakah yang

final • 11:20 AM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

akan tinggal untuk pemborong tempatan kerana memandangkan dua daripada negeri yang dilalui Terengganu dan Kelantan adalah di antara yang termiskin. Jadi, the local participation amat kritikal dan kita ingin satu pengesyoran, apakah yang akan memberikan manfaat kepada orang tempatan kerana sebagai contohnya di Sri Lanka pun sudah ada masalah projek yang dibuat oleh syarikat negara China juga. Melaka sendiri walaupun syarikat tempatan memegang 51 peratus tetapi the action participation, dengan izin adalah jauh lebih kurang daripada 51 merupakan menu dressing. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua adalah berkaitan dengan infrastruktur yang menyambung atau disambung oleh railway ini iaitu Port Klang dan Kuantan juga akan dikendalikan oleh syarikat daripada negara China dan juga tak termasuk Melaka dan juga pelabuhan Pulau Pinang dan sebagainya. Ini menunjukkan total domination oleh syarikat daripada negara China di mana bukan hanya kita memberi...

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat soalan, sudah soal Yang Berhormat?

final • 11:20 AM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Saya hendak soal.

Bukan hanya kita memberi total domination dari segi pekerjaan tetapi juga dari segi kontrol pelabuhan-pelabuhan kita. Jadi, apakah jaminan yang kita boleh bagi kepada rakyat bahawasanya kita masih dapat mengawal kita punya masa depan tersendiri dengan dominasinya secara ekonomi dan juga secara ketenteraan dengan pelabuhan- pelabuhan ini dikendalikan oleh syarikat daripada negara China. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Devamany a/l S. Krishnasamy

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Terengganu ya. Pertama, total domination untuk makluman Yang Berhormat penglibatan kontraktor tempatan memang termasuk di dalam perjanjian yang telah dipersetujui sebanyak 30 peratus, maka tanggapan mengatakan total domination itu mungkin sudah terkeluar daripada sasaran. Kedua, justifikasi yang digunakan dalam proses penawaran ini adalah bahawa syarikat ini adalah sebuah syarikat yang cukup terbesar yang mempunyai teknikal know how yang mendalam. Ini kerana pengalaman mereka, mereka adalah syarikat di bawah dulu Chinese Harbour Sdn. Bhd. yang pernah membuat Jambatan Pulau Pinang yang kedua.

Maka keupayaan dan juga technical know-how itu merupakan landasan utama.

Kedua financial packaging yang diberi itu begitu attractive yang boleh memudahkan proses ini. Saya ingin mengatakan di sini bahawa projek ini bila kita buka untuk respons, dikatakan sebagai request for information. Maka masa request reaffirmation pada tahun 2016 Yang Berhormat, maka 27 syarikat telah respons daripada negara Australia, Spain, Korea, China dan US. Maka daripada sana telah dipilih syarikat ini kerana terma- termanya cukup bagus. Untuk makluman Yang Berhormat, projek ini projek bukan senang untuk dilaksanakan kerana melibatkan 48.5 kilometer terowong sahaja. Kedua jambatan 88.8 kilometer jambatan very kompleks.

Ada landasan yang dikenakan ditinggikan di Terengganu dengan Kelantan kerana soal banjir. Oleh sebab merupakan begitu kompleks sekali ada pengalaman dan termanya bagus kita telah tawarkan. Jangan risau, Yang Berhormat boleh dapat feedback sekarang, 38 tempat boleh buat maklum balas. Tolong sampaikan. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. ECRL ini sudah pastinya akan jadi tulang belakang, bakal menjadi tulang belakang ataupun dengan izin key enabler kepada ECRL yang meliputi lebih daripada 66,000 square kilometers dengan izin yang meliputi lebih daripada 50 peratus Semenanjung Malaysia. Di mana ada lebih daripada 4 juta penduduk. Jadi laluan ini adalah laluan yang sangat panjang dan melalui beberapa buah negeri. Saya ingin bertanya apakah perkembangan terkini status pengambilan tanah antara Kerajaan Pusat dengan negeri yang terlibat dalam pembinaan ECRL ini dan setakat ini berapakah jangkaan jumlah kos yang diperlukan untuk perkara ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya ingin menyatakan di sini bahawa di peringkat Mac 2017, baru kita di peringkat pemeriksaan awal untuk dapat feedback daripada public. Maka proses awalan untuk penilaian maklum balas dan juga pengambilan tanah akan bermula mungkin dalam Jun 2017 dan dalam proses rundingan sekarang. Kerana jajarannya terpaksa diputuskan dulu sebelum perkara-perkara selanjutnya dibuat. Maka saya minta supaya Yang Berhormat bersabarlah dan mendapatkan maklumat dalam masa akan datang. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 11:20 AM

7. Datuk William @ Nyallau Anak Badak [Lubok Antu] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan bilakah pemasangan penyaluran air terawat akan bermula dari Bara ke Bukit Tungku, Sayat Soh dan Seremat akan bermula.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya menjawab saya ingin mengalu-alukan rombongan JKK Mukim Teh, Parlimen Jerantut ke Dewan yang mulia ini.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ini rombongan yang kedua ini Yang Berhormat ya. Awal minggu ini pun ada rombongan daripada Jerantut.

final • 11:30 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Rajin Yang Berhormat Parlimen. Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Lubok Antu, soalan nombor 7. Projek Bekalan Air Luar Bandar, Jalan Bara, Sayat ke Kampung Soh, Bahagian Sri Aman, Sarawak telah diluluskan pelaksanaannya di bawah Rolling Plan Pertama dalam Rancangan Malaysia Ke-11 ini. Dengan anggaran kos projek bernilai RM12 juta lebih dan dijangka akan memberi manfaat kepada 300 buah rumah di kawasan yang terlibat.

Status terkini projek adalah di peringkat reka bentuk dan dijangka akan ditender pada bulan Jun 2018 nanti. Lantikan perunding reka bentuk telah Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk William @ Nyallau anak Badak - Lubok Antu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri ke atas jawapan. Saya ingin tahu sejauh manakah usaha dan perancangan daripada kementerian untuk mempercepatkan dan memastikan pengeluaran bekalan air terawat sampai ke kawasan-kawasan Parlimen Lubok Antu yang masih banyak memerlukan air terawat dalam waktu kritikal disebabkan punca air yang selama ini telah tercemar sama ada pembalakan atau ladang-ladang berdekatan.

final • 11:30 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Yang Berhormat Lubok Antu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini memang secara berterusan melihat kepada semua kawasan di negeri Sarawak untuk dilaksanakan projek-projek bekalan air luar bandar ini. Yang Berhormat Lubok Antu sendiri boleh membantu jikalau boleh buat cadangan menerusi Kerajaan Negeri Sarawak supaya di mana-mana tempat yang perlu dilaksanakan projek ini dikemukakan senarainya daripada pihak kerajaan negeri kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Saya ingin menyebut di sini juga di kawasan yang sudah diluluskan tadi adalah melibatkan Rumah Jantan, Rumah Igar, Rumah Nawin, Rumah Maurice dan Rumah Selamat. Lima buah, kampung ya, lima buah rumah panjang yang diluluskan dalam seperti mana yang telah saya sebutkan pada awal tadi. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

8. Dr. Mohd Hatta Bin Md Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) jumlah doktor-doktor pelatih (housemen) yang ditamatkan perkhidmatan dalam kerajaan sepanjang 2015-2016; dan

(b) punca-punca penamatan perkhidmatan tersebut.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krai, Dr. Mohd Hatta. Soalan ini adalah berkenaan dengan doktor-doktor pelatih Tuan Yang di-Pertua. Perangkaan yang diminta oleh Yang Berhormat, ini adalah yang saya hendak sebut secara detail sedikit, iaitu untuk tahun 2015, terdapat 9,517 orang Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di seluruh Malaysia, yang meletakkan jawatan seramai 119 orang dan yang ditamatkan perkhidmatan seramai 15 orang. Ini akibat daripada tindakan tatatertib, masalah kesihatan dan masalah kompetensi Tuan Yang di-Pertua.

Untuk tahun 2016 terdapat 9,910 PPS dan yang meletakkan jawatan seramai 102 orang dan yang ditamatkan perkhidmatan 22 orang Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dr. Mohd Hatta Bin Md Ramli - Kuala Krai

Terima kasih, kepada Menteri atas jawapan. Bagi kita yang berpengalaman di dalam bidang perubatan ini, jumlah yang meletakkan jawatan di kalangan housemen ini adalah bagi saya amat tinggi. Seramai 134 orang pada tahun 2015 dan 124 orang ya. Sudah tentu ini memberikan beberapa

final • 11:30 AM

Dr. Mohd Hatta Bin Md Ramli - Kuala Krai

penggambaran Tuan Yang di-Pertua, sama ada mereka ini memang tidak mampu atau mempunyai masalah disiplin ataupun wujud suasana yang tidak membantu keselesaan dan minat untuk mereka bekerja. Sedangkan mereka telah melalui zaman pembelajaran yang begitu panjang dan berada dalam satu profesion yang sangat mulia.

Jadi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah sebenarnya mengikut hasil kajian di kementerian punca berlakunya mereka ini meninggalkan kerjaya? Kenapa pula mereka ini yang dipecat? Adakah kerana mereka ini memang tidak mampu dan tidak layak, ataupun kerana ada tekanan yang boleh menjejaskan prestasi mereka. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, mengikut kajian yang telah dibuat oleh pihak kementerian, dalam ramai-ramai PPS ini ataupun doktor graduan ini, tiap-tiap tahun terdapat 25 peratus hingga 30 peratus mereka yang terkandas, bermakna kena repeat dia punya posting. Dia punya posting kena repeat, contohnya dia pergi buat untuk orthopedics contohnya. Dia bagi empat bulan, masih lagi tidak kompeten, dia tambah lagi empat bulan, masih lagi tidak kompeten. Kemudian kita pindah pula mereka ke hospital lain, lagi tiga bulan dan kalau didapati masih lagi tidak boleh buat atau tidak kompeten, maka kes macam ini akan dirujuk kepada jawatankuasa khas di peringkat kementerian.

Selain daripada itu, terdapat juga mereka yang tidak berminat Tuan Yang di- Pertua. Ada yang hilang sampai berbulan-bulan tidak pergi kerja, yang ini diambil tindakan tatatertib dan ditamatkan perkhidmatan. Ada masalah kesihatan dan ada masalah kompetensi seperti yang saya sebutkan tadi.

Ini masalah pencapaian masing-masing graduan, sama ada di dalam negeri atau di luar negara. Dalam negara tidak begitu masalah sangat tetapi banyak yang di luar negara yang belajar, berbeza-beza Tuan Yang di-Pertua. Ada masalah contohnya daripada graduan daripada Indonesia contohnya. Mereka ada masalah terminologi, bahasa. Bahasa yang digunakan di Indonesia, bahasa Indonesia. Balik ke sini kita guna bahasa Inggeris, jadi dia ambil masa untuk adjust. Ini yang memberi penekanan untuk mereka. Ada yang berlaku depression dan sebagainya. Tekanan ini dia terpaksa belajar terminologi yang ada di Malaysia ini.

Ada pula graduan daripada luar negara, di Mesir, bukan semua. Di Mesir ataupun di Rusia yang tidak memberi peluang masa dia belajar sebagai student tidak beri peluang untuk pegang patient pun, tidak boleh hendak pegang patient, cuma buat demonstrasi sahaja. Hendak clerk case maknanya hendak ambil history pesakit pun tidak dibenarkan, tidak boleh. Mereka ini juga menjadi satu masalah bila balik ke sini. Ada konsultan yang beritahu bahawa sebenarnya mereka mengajar student bukan mengajar housemen, mengajar student. Ini masalah dia, pencapaian berbeza-beza, sebab tu berlaku pelbagai stress. Dari segi working hour Tuan Yang di-Pertua, sekarang kita sudah ada flexi hours. Dulu, masa dulu masa peringkat saya dulu kita tidak ada flexi hours, kena buat on call, bekerja sampai 36 jam tidak berhenti. Akan tetapi sekarang kita ada flexi hours dan bekerja seminggu 65 jam hingga 70 jam Tuan Yang di-Pertua. Jadi pelbagai cara kita buat untuk mengurangkan tekanan stress, tetapi masih berlaku lagi keadaan begini tiap- tiap tahun. Ada yang meletak jawatan, dipecat dan sebagainya. Akan tetapi kita di peringkat kementerian memang kita cuba sedaya upaya untuk mengurangkan masalah- masalah begini Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ada kenyataan bahawa ramai doktor pelatih adalah antara penjawat awam yang teramai yang dipecat kerana tidak hadir bertugas sehingga mencecah hampir 400 hari. Ada juga kenyataan kira-kira 25 peratus ke 30 peratus doktor pelatih gagal menyempurnakan latihan perubatan dalam tempoh yang dikenakan kerana tidak kompeten. Situasi ini telah menyebabkan masalah penempatan doktor pelatih yang baru.

final • 11:30 AM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Soalan saya, apakah tindakan susulan yang dirancang oleh pihak kementerian berkenaan ketidakhadiran doktor-doktor pelatih di hospital kerajaan kerana perkara ini boleh memberikan kesan terhadap nama baik profesionalisme pengamal perubatan dan imej negara dan berapakah bilangan graduan perubatan yang masih belum mendapat tempat di hospital kerajaan atau pusat kesihatan untuk menjalani latihan housemanship. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, begini Tuan Yang di- Pertua dulu, jumlah graduan tidak ramai, sekarang makin bertambah, makin bertambah oleh kerana keluaran tempatan bertambah dan yang balik dari overseas bertambah dan

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

juga mereka yang pergi ke kolej-kolej yang tidak diiktiraf pun banyak juga. Mereka ini bila balik ke sini mereka terpaksa menduduki satu peperiksaan yang dijalankan oleh MMC.

Seperti yang saya sebut tadi dengan pencapaian mereka yang berbeza-beza, yang local yang belajar yang lulus daripada kolej tempatan tidak begitu bermasalah yang di luar sana. Memanglah seperti yang saya sebut tadi juga bahawa 25 hingga 35 peratus mereka gagal, dia tidak smooth sailing dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Dia sangkut- sangkut bila buat houseman. Mereka inilah yang menghadapi keadaan stress kerana mereka tidak komited di mana-mana satu posting Tuan Yang di-Pertua. Dia banyak posting dan sekarang dua tahun jadi kita bagi maksimum pada mereka tiga tahun untuk membuat houseman. Kalau tidak boleh juga, maka kita akan membuat keputusan kemudian, jadi mereka akan dihadapkan kepada satu jawatankuasa khas di peringkat kementerian dan keputusan akan dibuat terhadap mereka. Masalah Tuan Yang di-Pertua dalam wad, dia sekarang ini ada ramai, satu pakar dia akan ambil sebenarnya lima orang sahaja housemen untuk menjaga di bawah kelolaan dia. Dalam satu wad itu ramailah housemen yang bekerja dalam satu wad. Kadang-kadang sehingga pakar tidak kenal mana satu housemen di bawah jagaan dia kerana ramai sangat dan kita khaskan satu houseman tiga katil.

Tidak macam dulu, dulu satu wad itu satu houseman jaga, sekarang satu houseman tiga katil jaga dan tempat untuk latihan ini memang masih lagi tidak mencukupi. Kita sudah ada 44 hospital yang dikhaskan untuk latihan, kita nak tambah lagi dua Hospital Shah Alam dan Hospital Tentera dan juga termasuk hospital-hospital universiti. Jadi macam-macam kita buat untuk selesaikan masalah mereka. Insya-Allah kita akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh housemen kita Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

9. Datuk Linda Tsen Thau Lin @ Linda [Batu Sapi] minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah-langkah untuk meningkatkan penguasaan bahasa-bahasa antarabangsa oleh rakyat Malaysia terutamanya bahasa Inggeris dan bahasa Cina untuk menambah baik daya saing negara.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk Chong Sin Woon

Terima kasih soalan Yang Berhormat Batu Sapi. Tuan Yang di-Pertua, sejajar dengan anjakan kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu menghasilkan murid yang berkemahiran dwibahasa dan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pelbagai inisiatif untuk guru-guru Bahasa Inggeris dengan meningkatkan penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris seperti berikut:

(i) Professional Upskilling of English Language Teacher (Pro- ELT) - dilaksanakan bagi memastikan guru Bahasa Inggeris yang mempunyai tahap kemahiran BI dan B2 diberi latihan kemahiran dan mencapai peningkatan satu tahap proficiency;

(ii) Program Intervensi Tambah Opsyen Intensive Course for English Language Teaching (PITOICELT) - menyasarkan guru bukan option Bahasa Inggeris yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah;

(iii) Perluasan Program LINUS 2.0 yang merangkumi skop literasi Bahasa Inggeris dilaksanakan mulai tahun 2013, bagi memastikan murid Tahap 1 menguasai asas Bahasa Inggeris;

(iv) Program Intervensi Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris di sekolah dilaksanakan dengan tujuan meningkatkan pencapaian bahasa Inggeris di sekolah hotspot;

(v) Jabatan Pendidikan Negeri melaksanakan Program Intervensi Peningkatan Negeri, Daerah dan Sekolah bagi meningkatkan prestasi bahasa Inggeris di negeri masing- masing;

(vi) Highly Immersive Programme dilaksanakan untuk meluaskan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid dan mewujudkan persekitaran yang menyokong penggunaan bahasa Inggeris;

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk Chong Sin Woon

(vii) usaha sama dengan Cambridge English (CE) yang merupakan sebahagian daripada Cambridge University United Kingdom untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris; dan

(viii) meningkatkan penyertaan murid rendah dan menengah dalam aktiviti bahasa di luar bilik darjah melalui program dan aktiviti ko-akademik.

Selain daripada itu, KPM juga menggalakkan setia murid mempelajari bahasa ketiga sebagai tambahan dan salah satu daripadanya adalah bahasa Cina. Bahasa Cina merupakan bahasa utama diajar di 1,298 buah sekolah jenis kebangsaan Cina. Pada masa ini, terdapat 465 buah sekolah kebangsaan yang melaksanakan Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK). Bahasa Cina turut dilaksanakan di 25 buah sekolah berasrama penuh sebagai salah satu mata pelajaran bahasa antarabangsa. Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

Datuk Linda Tsen Thau Lin @ Linda - Batu Sapi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan. Soalan tambahan saya adalah, apakah inisiatif atau program yang dijalankan oleh kementerian untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris guru-guru maths dan sains di sekolah-sekolah yang menawarkan Dual Language Programme dengan izin, sekian terima kasih.

final • 11:40 AM

Datuk Chong Sin Woon

Terima kasih kepada soalan tambahan Yang Berhormat Batu Sapi, untuk guru-guru yang mengajar subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, kita telah memberikan latihan sebelum ini di bawah PPSMI dan selepas PPSMI kita menukarkan dasar itu kepada Program DLP. Jadi tidak menjadi masalah untuk mereka terus dalam pengajaran mereka menggunakan bahasa Inggeris, dalam pengajaran subjek Sains dan Matematik. Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rantau Panjang, saya melihat Yang Berhormat Rantau Panjang dua tiga kali bangun.

final • 11:40 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Ya dua tiga kali bangun baru dapat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya selain daripada Bahasa Inggeris, di antara bahasa utama di peringkat antarabangsa adalah bahasa Arab.

Adakah kerajaan bercadang untuk memasukkan kurikulum bahasa Arab ini menjadi subjek utama dalam sistem pendidikan sebab ia juga adalah bahasa antarabangsa, minta penjelasan

final • 11:40 AM

Datuk Chong Sin Woon

Terima kasih soalan tambahan Yang Berhormat Rantau Panjang. Memang bahasa Arab telah dimasukkan sebagai salah satu bahasa antarabangsa yang akan kita kembangkan ke dalam sekolah-sekolah menengah harian.

Enam bahasa antarabangsa yang akan kita adakan ialah bahasa Jepun, bahasa Korea, bahasa Jerman, bahasa Perancis, bahasa Cina dan bahasa Arab dan sekarang kita sedang mengadakan kurikulum dan modulnya. Kalau semuanya diluluskan maka kita mungkin kembangkan pada tahun depan. Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

10. Dr. Che Rosli Bin Che Mat [Hulu Langat] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana kawalan dibuat bagi memastikan organ-organ dalam seperti hati, jantung dan paru-paru lembu dan ekor lembu yang dijual di pasar dan pasar raya adalah halal sebagaimana daging lembu halal dan tidak bercampur dengan daging tidak halal.

final • 11:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam satu Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Langat. Untuk maklumat Yang Berhormat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan juga Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) adalah hanya pihak berkuasa berwibawa untuk memperakukan bahawa mana-mana makanan dan juga termasuk barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan ataupun barang-barang itu adalah halal, mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Berkaitan dengan pengawalan produk daging dan tenusu ia nya sudah menjadi satu kemestian dan peraturan yang dipegang oleh JAKIM iaitu produk daging dan tenusu, hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar ataupun disebut Department of Veterinary Services (DVS), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum memohon Sijil Halal Malaysia.

final • 11:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Sehubungan itu peranan utama dalam pengawalan produk daging dan tenusu adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, antara peraturan dan peruntukan yang berkaitan pengawalan produk daging ialah:

(i) Akta Binatang 1953 (Semakan 2006);

(ii) Akta Rumah Penyembelihan Penswastaan 1993;

(iii) Animal Rules 1962; dan

(iv) Ordinan Sabah - Slaughterhouse Rules 2004 (Sabah); dan

(v) Veterinary Public Health Ordinance 1999 (Sarawak).

Bagi daging lembu yang diimport, kerajaan mensyaratkan hanya daging halal daripada rumah sembelihan yang diberi kelulusan oleh DVS ataupun Jabatan Perkhidmatan Veterinar sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

Sekiranya terdapat unsur penyeludupan, ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta 728 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Walaupun ia tidak tertakluk di bawah bidang kuasa JAKIM dan juga MAIN, kerajaan sentiasa menyokong usaha dan juga cadangan Ahli Yang Berhormat dalam menambah baik pengurusan halal di negara ini bagi kepentingan pengguna.

Oleh itu, bagi memastikan produk daging adalah halal, JAKIM dan juga MAIN telah melaksanakan mekanisme kawalan halal melalui bimbingan dan tauliah penyembelihan kepada pengusaha-pengusaha rumah sembelih serta pensijilan halal ke atas rumah sembelihan dan produk yang terlibat. JAKIM, JAIN dan juga MAIN bersedia untuk memberi kerjasama dengan semua pihak dalam memastikan setiap rumah atau pusat sembelihan yang diwujudkan sentiasa mematuhi piawaian yang ditetapkan dalam aspek syariah mahupun aspek kebersihan dan juga keselamatan. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Daripada jawapan yang jelas tadi menunjukkan bahawa JAKIM telah memberi lesen pembelian ataupun import makanan halal seperti daging ini setelah mendapat pengesahan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Tadi soalan yang ditimbulkan oleh masyarakat, tidakkah boleh berlaku campuran antara mungkin daging itu jelas halal tetapi organ-organ yang dibawa bersama itu mungkin tidak halal, mungkin tidak mendapat sijil halal dan sebagainya. Adakah kaedah daripada sama ada JAKIM bersama veterinarkah kaedah-kaedah untuk menentukan bahawa makanan ini ataupun daging ini tidak halal melalui teknik-teknik umpamanya katalah buat containnya kah, toxicitynya kah dan sebagainyalah. Jadi mungkin itu adakah sudah ada dibangunkan oleh pihak JAKIM bersama universiti dan sebagainya. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada yang berhormat Hulu Langat. Cumanya saya mohon izin untuk mengalu-alukan Dewan kehadiran rombongan pimpinan wanita UMNO DUN Damak, Parlimen Jerantut ke Dewan yang mulia ini. Selamat datang*.

[Tepuk]* Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan pengawalan untuk organ-organ dan bukan setakat organ, termasuk juga ekor. Bukan nombor ekor ini, ekor binatang tersebut.

Berkaitan dengan ekor-ekor ini, kita faham bahawa banyak kedai, kalau seekor lembu dia hanya ada satu batang ataupun satu ekor sahaja. Akan tetapi mungkin timbul persoalan macam mana kedai-kedai yang menyajikan sup-sup ekor ini dia memiliki banyak.

Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat sebenarnya Jabatan Perkhidmatan Veterinar amat-amat menjaga hal yang seperti ini sebab kebimbangan lembu yang dibawa masuk dengan satu ekor tadi tetapi ekor-ekor yang banyak ini dari mana datangnya. Sebenarnya, Jabatan Veterinar hanya memastikan tempat sembelihan terutamanya di India, di Australia dan di New Zealand yang menyembelih. Ada pusat sembelihan di New Zealand satu pusat sahaja.

Kita ada 23 pusat di Australia, kita ada sebanyak 16 pusat di New Zealand di mana mereka ini mampu menyembelih satu hari 10,000 ekor. Jadi maknanya 10,000 ekor ini dan mereka hanya dedikasi tempat sembelihan itu kepada sembelihan binatang- binatang yang halal sahaja. Maknanya dalam satu ladang yang begitu besar, satu ladang itu ada 10,000 lembu-lembu yang disembelih dan dia hanyalah untuk sembelihan yang berdasarkan kepada patuh syariah ataupun dalam Islam.

final • 11:50 AM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Jadi maknanya selain daripada daging yang digunakan dihantar ke Malaysia dan juga dihantar ke lain-lain tempat negara-negara yang menggunakan daging ini, mereka juga menghantar ekor-ekor sebab dia asingkan di dalam bekas masing-masing, kotak masing-masing. Ini kerana untuk maklumat Yang Berhormat, organ-organ dan juga jenis ekor ini dia tidak ada kurang demand ataupun kurang permintaan kepada setengah- setengah negara. Akan tetapi dalam konteks negara kita Malaysia, organ dan juga termasuk ekor binatang ini dia menjadi suatu yang amat ialah mungkin barangkali resipi masakan kita ataupun kaedah masakan menu yang disajikan dalam negara kita ini menggunakan organ dan juga termasuk menggunakan ekor. Oleh sebab itu ada kedai yang memang buat untuk sup ekor semata-mata popular dan orang pergi cari makan untuk sup ekor dan sebagainya.

Maka ini menjadikan kawalan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar itu amat ketat dan juga hanya kepada tempat-tempat sembelihan sahaja yang mematuhi syariah.

Yang ini sahaja di keluar, maknanya tidak ada campuran daripada itu. Jadi daripada semasa ke semasa, pemantauan dan audit dibuat oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar ke atas tempat sembelihan yang seperti ini. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ucapkan syabas dan tahniah di atas pendekatan berterusan untuk memastikan soal halal ini sangat diutamakan. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, ini dalam konteks kesedaran kerana saya lihat dalam kepelbagaian soal makanan yang ada di negara kita, ada kemungkinan besar dari segi kesedaran dan penyebaran maklumat itu, mungkin tidak sampai ke peringkat bawah untuk memastikan ia betul-betul genuine dalam soal halal.

Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri apakah pendekatan dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan soal kesedaran ini benar-benar tulen tanpa waswas dan lebih-lebih lagi untuk menjamin mutu khususnya dari segi persepsi dalam soal ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada yang berhormat Kuala Selangor berkaitan dengan bagaimana kita hendak menjamin keyakinan dan juga kita hendak menjamin pengguna merasakan mereka tidak timbul rasa waswas terhadap penggunaan kepada barang-barang ataupun makanan-makanan terutamanya dalam konteks negara kita Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, JAKIM dan juga Majlis Agama Islam dan juga Jabatan Agama Islam di peringkat negeri mempunyai mekanisme yang selain daripada penyampaian maklumat daripada pendedahan kursus-kursus yang dianjurkan secara bersama berkaitan dengan halal termasuk juga dengan kita mengadakan program- program secara berkala dan juga maklumat melalui media massa bahkan secara tahunan.

Untuk maklumat MIHAS semalam Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah merasmikan bahkan termasuk juga kita ada pameran halal yang secara dua hari ini kita letakkan suatu mekanisme dengan mengadakan seminar memperjelaskan perkara-perkara tersebut kepada players terutamanya mereka-mereka yang berada di dalam industri halal tersebut.

Dalam masa yang sama juga untuk maklumat Yang Berhormat, kita telah membangunkan beberapa bentuk media-media ataupun portal dalam media sosial yang ada pada hari ini untuk menjadi rujukan supaya pelanggan ataupun pengguna yang merasakan waswas terhadap sesuatu barangan boleh untuk dia memastikan dengan dia click kepada bahagian halal ataupun untuk merujuk kepada rujukan-rujukan web yang berkaitan halal di bawah JAKIM dan juga termasuk di bawah Majlis Agama Islam Negeri dan bukan setakat itu, dia boleh memantau pula dengan pengenalan pelbagai portal- portal baru, web-web baru yang diperkenalkan oleh JAKIM di peringkat antarabangsa dan kita boleh tahu daripada 40 buah negara yang Kerajaan Malaysia memberikan kuasa untuk mereka mengeluarkan persijilan halal di peringkat dunia, ada 67 semuanya sekali agensi-agensi yang dilantik.

final • 11:50 AM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

[Tuan yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi semua ini terangkum dalam data base dan juga maklumat-maklumat web yang ada di bahagian JAKIM. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 15(5) dan Peraturan Mesyuarat 49(1), saya menjemput Yang Berhormat Marang mengemukakan usul dan menyambung huraian. Sila.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Point of order Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Point of order.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Point of Order 14. Pagi tadi saya baru lah dapat surat daripada Tuan Yang di-Pertua, menolak notis saya membawa usul di bawah Peraturan Mesyuarat 49(1) untuk kemukakan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis atau IPCMC, Private Member’s Bill.

Notis ini saya beri kepada Dewan yang mulia ini pada 17 Februari mengikut peruntukan-peruntukan yang mewajibkan dua minggu. Sekarang barulah dapat keputusan daripada Tuan Yang di-Pertua untuk menolak oleh kerana tidak mengikut peraturan-peraturan mesyuarat, sungguhpun saya tidak faham bagaimana tidak mengikut peraturan-peraturan mesyuarat. Akan tetapi kalau usul ini akan patut ditolak, ia perlu ditolak apabila Parlimen bermesyuarat pada 6 Mac dan bukan selepas 40 hari.

Yang pertama, kenapa ini ditolak? Saya pun tidak faham. Kedua, kenapa masa begitu panjang dan ketiga mengikut peraturan mesyuarat, pegawai yang patut menolak ialah Setiausaha dan bukan Tuan Yang di-Pertua. Saya inginkan penjelasan, bolehkah ia dapat satu penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Gelang Patah. Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila kita menerima usul daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, kita terpaksa meneliti usul-usul yang disampaikan kepada Parlimen, kepada Setiausaha, kepada saya dan sebelum kita mengambil tindakan sama ada usul itu dimasukkan dalam order paper atau tidak, yang sudah tentu banyak perkara-perkara lagi yang kita ambil kira.

Jadi untuk menyingkatkan jawapan saya, respons saya kepada Yang Berhormat Gelang Patah adalah begini. Yang Berhormat sedia maklum, saya ambil kira begitu sedia maklum selama lebih lama berkhidmat di Parlimen bahawa apabila satu usul rang undang-undang akan dikemukakan, mesti ia ikut format, strictly ikut Peraturan Mesyuarat 49(1). Jadi kita dapati bahawa Yang Berhormat hantarkan di Parlimen itu yang saya menolak atas dua sebab, bill. Copy bill Yang Berhormat hantarkan itu, tidak ada huraian.

Kedua, yang sampai di meja saya apabila kebiasaannya apabila satu usul yang untuk membentangkan akta ataupun pindaan kepada akta mesti dua salinan, dua versi iaitu satu bahasa Malaysia, satu Inggeris. Yang Berhormat hantar cuma dalam bahasa Malaysia dan tidak ada huraian.

Atas sebab itu, saya tolak usul Yang Berhormat, tidak dimasukkan ke dalam peraturan mesyuarat.

final • 12:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Peraturan mesyuarat.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Bolehkah minta penjelasan. Kalau begitu, kenapa ambil lebih daripada 40 hari? Sebenarnya bill ini ialah mengikut cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Diraja Polis, lantikan oleh Perdana Menteri, yang bekas Perdana Menteri Tun Abdullah. Apabila ada satu contoh dan tentu kalau melanggari peraturan- peraturan, tidak perlu masa yang begitu singkat selain daripada kita ada sesuatu Dewan Rakyat yang sangat tidak kompeten dan efisien.

final • 12:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Peraturan mesyuarat.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Soal efisien. Yang Berhormat, apabila usul daripada Yang Berhormat yang berpengalaman begitu luas dalam Parlimen dan prosedur Parlimen kita terima, kita terpaksa hati-hati Yang Berhormat. Saya boleh tolak dua hari datang kepada saya tetapi saya tahu Yang Berhormat akan berdiri juga seperti begini.

Jadi soalnya, saya teliti baik-baik, sama ada bagi masuk atau tidak.

Satu lagi sebab Yang Berhormat kenapa kita tolak ialah kita dapati bahawa Subseksyen 14(2)(c) rang undang-undang tersebut menyatakan bahawa kuasa untuk menyiasat salah laku polis di dalam atau di luar Malaysia. Pejabat ini tidak berpandangan bahawa ia bertentangan dengan Jadual Extra-territorial Offenses Act 1976, [Akta 163] dan seksyen 127A Kanun Tatacara Jenayah. So, Yang Berhormat boleh refer to that, that is part of the reason why I rejected Yang Berhormat punya usul.

final • 12:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Point of order.

final • 12:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Peraturan Mesyuarat 15(1) dan 15(3).

final • 12:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sorry Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 12:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rujuk kepada Peraturan Mesyuarat 1 berkenaan dengan susunan urusan mesyuarat dan ingin dapatkan ruling dan ketetapan daripada Tuan Yang di-Pertua. Khususnya kalau kita lihat semalam, kita terpaksa bersidang di sini 20 jam untuk luluskan lima rang undang-undang dan empat rang undang-undang terpaksa ditangguhkan. Akan tetapi hari ini tidak satu daripada empat yang ditangguhkan itu naik untuk dibahas pada hari ini. Saya rasa ini mungkin sengaja diaturkan supaya membolehkan perbahasan usul oleh Yang Berhormat Marang, ini pertama.

Yang kedua, adakah ini jadi satu precedent di mana Tuan Yang di-Pertua akan pertahankan kewibawaan, kecualian dan keinginan untuk reformasi Parlimen supaya dalam sidang yang akan datang, adakan peluang untuk Parliament Member’s Bill ataupun usul daripada pihak bukan kerajaan khususnya Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen yang lain untuk dibahaskan di dalam Dewan ini. Ini khusus kepada 15(1).

Yang kedua 15(3), kalau kita lihat 15(3) mengatakan bahawa pemberitahuan berkenaan dengan usul-usul yang hendak dikeluarkan oleh ahli-ahli yang Bukan Ahli Kerajaan hendaklah didahulukan daripada rang undang-undang yang dibawa oleh ahli- ahli yang Bukan Ahli Kerajaan. Apabila Yang Berhormat Marang memetik Peraturan Mesyuarat 49(1), ini menunjukkan bahawa ini memang satu rang undang-undang. Kalau kita lihat Peraturan Mesyuarat 15(3) masih ada 33 usul lain termasuk usul daripada Yang Berhormat Kepong, daripada Yang Berhormat Putatan dan sebagainya yang belum diberikan peluang dan sekarang kita pula masuk kepada rang undang-undang daripada Yang Berhormat Marang.

Jadi tidakkah ini bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat 15(3). Sekian.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat ingat pada sesi yang sudah-sudah, seorang Menteri telah berdiri membuat cadangan bahawa usul Yang Berhormat Marang itu dinaikkan. Maka usul Yang Berhormat Marang telah dinaikkan daripada usul-usul Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Selepas itu oleh kerana ada pembetulan usul itu yang disampaikan kepada saya oleh Yang Berhormat Marang pada sesi yang lalu, saya benarkan Yang Berhormat Marang untuk membuat pembetulan. Jadi pada ketika itu apabila pembetulan dibuat, Yang Berhormat Marang tidak membuat huraian. Yang Berhormat Marang mengatakan bahawa bolehkah dibawa ini kepada sesi yang akan datang untuk dibuat huraian dan seterusnya dibahas. Maka saya benarkan.

Jadi Yang Berhormat, saya ulangi balik seperti juga apa yang saya sebut semalam. Saya cuma beri tumpuan, fokus kepada peraturan mesyuarat terutama sekali Peraturan Mesyuarat 15 dalam menyusun atur agenda mesyuarat yang kita boleh buat kerana itu adalah hak kerajaan di bawah Peraturan Mesyuarat 15 seperti Yang Berhormat sedia maklum 15(1) dan 15(2), 15(3) dan 15(5). Jadi pada hari ini, usul Yang Berhormat Marang yang telah dinaikkan sebelum ini berada di tempat yang seharusnya boleh dibahas. Selain daripada itu Yang Berhormat, kita juga menerima kerana saya tidak mahu dituduh seperti Yang Berhormat tadi sudah insinuate bahawa adakah ini merupakan satu precedent.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, selagi peraturan mesyuarat belum diubah dan digubal, saya mengakui bahawa ada beberapa reformasi yang hendak saya buat tetapi harus kita terima pada hakikat yang sebenar Yang Berhormat. Mungkin pejabat saya yang membawa usul untuk mengubah peraturan mesyuarat ataupun dasar-dasar Parlimen, yang mengubah itu dan yang membawa itu adalah pihak eksekutif ekoran daripada cadangan jawatankuasa yang saya pengerusi.

Walau apa pun yang saya mahu buat Yang Berhormat, kalau pihak eksekutif tidak sependapat dengan reformasi yang saya buat kerana eksekutif mendapat mandat daripada rakyat. Dia menjalankan mandat sebaik mungkin yang dia fikir sesuai mentadbir negara ini. Jadi kalau itulah kehendak eksekutif maka saya terpaksa patuh.

Jadi untuk mengelak jangan saya dituduh bahawa ini diatur dan yang sedemikiannya saya telah memastikan bahawa mesti ada concern daripada kerajaan.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Maka kita terima satu surat bahawa saya diberitahu bahawa kerajaan memaklumkan kepada saya untuk memutuskan supaya semua rang undang-undang dalam usul kerajaan diselesaikan pada Rabu, 5 April 2017. Di samping itu bagi Aturan Urusan Mesyuarat pada hari Khamis, 6 April 2017 terserah kepada Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua untuk menentukan perjalanan Majlis Mesyuarat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 15(2). Jadi itu kehendak kerajaan.

Jadi saya bukan buat precedent bahawa saya melanggar Peraturan Mesyuarat 15(2). Akan tetapi kalau lain kali kalau misal kata ada persefahaman di antara kerajaan dan pihak sebelah sini, mungkin esok lusa kalau bukan Yang Berhormat Marang daripada parti lain, daripada parti Pribumi, daripada DAP kah. Daripada mana-mana Parti Amanah kah dan saya juga dapat mandat seperti ini saya akan biarkan kerana bagi saya apa pun usul dari Yang Berhormat itu yang patut di mana tempat dihuraikan adalah dalam Dewan Rakyat dan selepas itu dibincangkan di Dewan Rakyat.

Jangan ada persepsi di luar, sebelum pun dibincang kita sudah buat andaian- andaian tertentu. Jadi itu sebab saya menjemput Yang Berhormat Marang dan tidak menentang apa-apa peraturan mesyuarat.

final • 12:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Tuan Yang di-Pertua, belum buat ruling. Tuan Yang di-Pertua, di sini Yang Berhormat Gopeng. Tuan Yang di-Pertua, belum buat ruling sama ada apa yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Marang itu sebagai usul ataupun satu rang undang-undang Ahli Bukan Kerajaan. Parliament Private Member’s Bill sebab kalau kita gunakan, kalau itu usul saya boleh terima pakai bahawa kita harus bahas usul tersebut tetapi kalau itu sebagai satu rang undang-undang, jadi 15(3) ini sepatutnya terpakai. Usul mendahului rang undang-undang.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, ya saya faham. Duduk, Yang Berhormat. Di sinilah kesilapan-kesilapan yang timbul, Yang Berhormat. Usul Yang Berhormat Marang ini ialah membawa satu rang undang-undang untuk meminda suatu akta yang sedia ada, yang ini cuma dia meminta kebenaran daripada Majlis untuk membawa rang undang-undang ini. Apabila kita membawa rang undang-undang memang dibawa melalui usul, Yang Berhormat.

Oleh kerana apa pun yang dibincang ini mesti melalui usul.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat yang lain tolong jangan ganggu, Yang Berhormat. Pendengaran saya sebelah kanan ini kurang jelas, jadi jangan lagi ganggu. Saya tidak dengar. Jadi usul yang dibentangkan ini apabila dibentang mesti diberi penjelasan. Apabila Yang Berhormat Marang memberi penjelasan, maka saya akan jemput siapa yang saya mahu jemput untuk menyokong. Selepas itu siapa yang mahu bahas.

Selepas itu apabila sudah datang di masa dia nanti, pengundian menentukan, saya akan kemukakan masalah. Masalahnya ialah sekarang bahawa apabila itu sudah diundi, sama ada diterima oleh Majlis atau tidak. Kalau dia diterima barulah dia menjadi pertama, first reading. Kalau kerajaan yang bawa dia berdiri sahaja, Setiausaha baca itu sudah consider first reading. Baca title sahaja, dihurai secara singkat. Tidak ada perbahasan sudah, first reading. Ini belum pun first reading. It is not even a first reading.

Masih huraian, jadi Yang Berhormat Marang berhak untuk menghurai.

Maka saya jemput Yang Berhormat Marang untuk menghurai. Kalau ini adalah sebagai satu precedent, terpulang kepada Yang Berhormat untuk nanti berbincang dengan eksekutif, mana satu akta yang mahu dibawa. Tugas saya mempengerusi. Saya tidak menyebelah mana-mana, fasal saya bukan ada andaian politik, tiada. Menurut peraturan mesyuarat, proper. Sila Yang Berhormat Marang.

final • 12:10 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar

[Bangun]

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Point of order, Tuan Yang di-Pertua.

Minta maaf. Tuan Yang di-Pertua, saya bangkit melalui Point of Order 36(2).

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Point of Order 36(2), okey, elaborate.

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, semalam saya baca dalam surat khabar bahawa ada diserahkan ke atas Tuan Yang di-Pertua selaku responden di dalam satu kes di mana dibawa satu tindakan untuk menghalang pembacaan usul yang akan dibahaskan pagi ini.

Dua perkara yang berbangkit Tuan Yang di-Pertua, satu ialah berkenaan dengan butir-butir permohonan itu. Saya lihat bahawa satu salinan telah pun diserahkan kepada Tuan Yang di-Pertua, walaupun dimeterai lagi saya percaya. I stand corrected Tuan Yang di-Pertua. Jadi kalau boleh Tuan Yang di-Pertua, kita sebagai Ahli Dewan Rakyat sepatutnya diberikan satu maklumat berkenaan apakah perintah yang dipohon di

final • 12:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

situ dan sama ada ya ataupun tidak ianya bercanggah dengan apa yang akan berlaku pada pagi itu. That is the first point, Tuan Yang di-Pertua.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, jika berkenaan dengan ruling sebelum ini di mana khususnya saya rujuk kepada kes-kes 1MDB di mana di situ Tuan Yang di-Pertua telah pun membuat satu keputusan bahawa memandangkan ia ada di dalam mahkamah, maka tidak boleh dibahaskan di dalam Dewan ini kerana ada peruntukan di bawah 36(2) yang menghalang.

Walaupun saya membuat permohonan untuk disemak semula tetapi masih belum disemak semula maka I take it that particular ruling still stand. Dalam keadaan tersebut Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana isu ini telah pun dilaporkan secara luas dan ramai di luar sana bertanya bagaimana ada keadaan di mana terdapat dua keadaan yang berbeza dalam kes 1MDB. Kita sebut tidak boleh bahas kerana ia sub judice tetapi di sini Tuan Yang di-Pertua, saya rasa satu keputusan perlu dibuat dan juga satu penjelasan dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua untuk pengetahuan umum. Itu sahaja, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Point of Order 36 sama sahaja.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 12:10 PM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin juga membangkitkan mengenai isu sub judice yang dibangkitkan oleh sahabat saya Yang Berhormat daripada Puchong yang mengatakan bahawa semalam telah dilaporkan Tuan Yang di-Pertua telah menerima satu saman iaitu saman pemula daripada seorang yang bernama Tawfik Ismail yang tujuannya adalah untuk mendapatkan satu perintah mahkamah. Saya difahamkan untuk menghalang daripada pembacaan Usul RUU 355 ini dilaksanakan pada hari ini.

Saya ada satu dokumen yang juga merupakan court document satu kes yang telah difailkan oleh empat orang defendan pada bulan Jun 2015 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) saman pemula No. 24-42- 06/2015. Plaintif-plaintifnya adalah empat orang. Pertamanya Mansor bin Saad dan tiga lagi, defendannya ada lima orang, pertamanya Abdul Hadi bin Awang iaitu Yang Berhormat Marang, yang kedua Pandikar Amin bin Haji Mulia, yang ketiga Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, yang keempatnya Ronald Kiandee, yang kelimanya Roosme binti Hamzah.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ini adalah satu kes Tuan Yang di-Pertua yang telah difailkan oleh empat orang plaintif terhadap Tuan Yang di-Pertua juga yang mana prayer ataupun permintaan kepada mahkamah ialah suatu injunksi supaya Dewan Rakyat tidak boleh membenarkan Yang Berhormat Marang untuk mengemukakan dan menghuraikan usul untuk meminda Akta 355.

final • 12:10 PM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa keputusan kes ini telah pun diputuskan oleh mahkamah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Yang Arif Dato’ Asmabi Mohamad, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa permohonan plaintif-plaintif untuk menyekat Dewan dan juga Yang Berhormat Marang bagi mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 49 ditolak dan Ahli Parlimen tidak boleh dihalang untuk membawa usul ini berdasarkan kepada Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih.

final • 12:20 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, tolong Yang Berhormat yang lain fasal ini adalah perkara yang mustahak kerana ini hal peraturan mesyuarat. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Bharu tetapi sebagi respons kepada Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Puchong ada dua perbezaan. Perbezaan dia kepada ruling saya dan kepada yang disebut oleh Yang Berhormat Puchong bahawa ada satu writ pemula untuk minta injunksi supaya jangan ini dibaca. Ada perbezaan. Perbezaan dia ialah begini. I will read, this is ini quite thick but this is not Erskine May. Ini practice and procedure of Parliament di India, di Lok Sabha.

Page 1124, dengar baik-baik ya. The rule of sub judice cannot stand in the way of legislation where a legislation has to be broad, the law making has to be done. The rule of sub judice does not apply. If the rule of sub judice were to be made applicable to legislation, it would not only make legislatures subordinate to the courts in that matter but

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

*would make enactments impossible because numerous cases concerning a large number of statutes await adjudication at all times in one court or the other.

Parliament’s main function to make laws will thus come to a standstill. This is neither sanctioned by the constitution nor justified on merits. Legislatures are supreme and sovereign in the matter of making laws and there is no bar on this work in the field of legislation. The law making power of Parliament is unfated with regard to the legislation even where the subject matter of the legislation is sub judice.* Bermakna jelas ini mengatakan bahawa the clear separation of power. Parlimen supreme untuk membuat undang-undang. Kalau mahkamah pula membenarkan bahawa injunksi seperti begini dibenarkan, bermakna mahkamah lebih berkuasa daripada Parlimen. Kalau sudah undang-undang itu diterima oleh Parlimen, dibuat oleh Parlimen sebagai satu undang-undang yang sah, terpulang pula kepada mereka yang mempunyai hak kepada undang-undang itu untuk membawa kepada mahkamah, meminta mahkamah sama ada enakmen atau undang-undang itu adalah void under the constitution.

final • 12:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya. Dua perkara yang saya ingin bangkitkan. Pertama, sebagai respons kepada sahabat Yang Berhormat daripada Kota Baharu. Saya setuju dalam kita ada kes kalau tidak silap Yang Berhormat Kota Bharu, kes Fan Yew Teng di mana telah pun diputuskan bahawa injunction tidak boleh diambil terhadap proceedings of Parliament. Itu I think that has been developed even before. But the question here, dalam perkara ini bukan injunction dan sini berbalik kepada apa yang disebut oleh Tuan Yang di-Pertua tadi.

Saya juga setuju dan saya juga tahu berkenaan dengan apa yang disebut dalam peruntukan itu. Tuan Yang di-Pertua, dalam Parlimen kita, kita ada apa yang disebut sebagai standing orders. Standing orders ini digubal di bawah aturan ataupun di bawah Perkara 62 Perlembagaan Persekutuan dan dalam standing orders itu disebut secara spesifik, sekiranya ada wujud satu perkara di mahkamah, maka 36(2) terpakai.

Akan tetapi of course it is up to the discretion of the Speaker. So ini bukan satu keadaan di mana we are talking about separation. Separation of power is there, but di Malaysia, kita ada peruntukan spesifik that is under Article 62, it comes back to 36(2) and it says specifically that where ada dia wujud satu kes, maka Tuan Yang di-Pertua boleh buat satu keputusan. *So, it is the question of discretion.

My question, that’s why* Tuan Yang di-Pertua was twofold. Number one, apakah butir-butir tindakan ini kerana ia akan menjurus kepada sama ada ataupun tidak discretion to be exercised and number two, based on that, whether or not given the fact dulu Tuan Yang di-Pertua telah pun buat keputusan to exercise discretion for 1MDB cases. Kenapa tidak dalam kes ini Tuan Yang di-Pertua, but of course that has to go into the merits. So that’s why I want an explanation Tuan Yang di-Pertua. I accept the legal position but here, we have standing orders and I think this standing order must be given effect. Thank you Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star

[Bangun]

final • 12:20 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Benda yang sama.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Parlimen sekarang ini jadi macam mahkamah la pula.

final • 12:20 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Itu saya kepada Tuan Yang di- Pertua sendiri.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya benarkan Yang Berhormat Kota Baharu. Selepas itu Yang Berhormat Marang.

final • 12:20 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

23(1)(g). 23(1)(g) adalah pada muka surat 30 dalam peraturan mesyuarat, “sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikarangkan cakapnya sekiranya harus menggelencungkan perkara yang sedang dibicarakan oleh Mahkamah, tidak boleh ditanya berkenaan dengan apa-apa perkara yang dalam timbangan Mahkamah” dan dibaca bersama dengan Peraturan Mesyuarat 36 dalam peraturan mesyuarat. Dengan penuh hormat kepada my learned friend Yang Berhormat Puchong. Penyerahan service of a saman pemula, penyerahan satu saman pemula kepada satu orang defendan ataupun responden, pada pandangan saya tidak boleh dianggap sebagai suatu perintah mahkamah menyekat orang itu daripada melaksanakan tanggungjawabnya. Kecualilah jika sekiranya mahkamah sudah buat satu perintah menyekat responden itu daripada melaksanakan tanggungjawabnya.

final • 12:20 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dalam hal ini, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua sebagai Tuan Yang di- Pertua Dewan Rakyat hanya di peringkat ini menerima satu sama pemula yang belum lagi pun dijawab oleh Tuan Yang di-Pertua sendiri. Yang belum lagi mungkin ada pelbagai permohonan yang akan dimasukkan oleh pihak responden umpamanya mengetepikan saman pemula itu. Jadi pada pandangan saya, di saat ini, di peringkat ini saman pemula itu belum lagi di dalam pertimbangan pihak mahkamah.

Jadi saya anggap ia bukan satu yang sub judice.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 12:20 PM

Seorang Ahli

Nanti Yang Berhormat Puchong, ringkas.

final • 12:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

I just want to clarify yang saya bawa ini bukan di bawah 23. Saya menghormati pandangan sahabat terpelajar saya. Tetapi my point of order Tuan Yang di-Pertua under 36 not 23. I’m obliged.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat Puchong....

final • 12:20 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star

[Bangun]

final • 12:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua soalan ringkas.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hold on, hold on, I’ve got to respond first. Nanti saya forget. Sub judice dalam hal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong particularly pertaining to 1MDB. Di situ ada hak dua parti yang bertentangan iaitu kalau sekiranya ada satu kes di mahkamah perbicaraan, kalau Tuan Yang di-Pertua memikirkan bahawa apabila dibincang di Parlimen akan menjejaskan chances of either party, maka kita tidak benarkan.

Dalam hal ini, ini cuma dia mempersoalkan sama ada yang dibentang ini constitutionally okey kah tidak. So bermakna tindakan mahkamah ini untuk memberhentikan satu usul yang dibentang oleh seorang wakil rakyat. Soalnya dua, kalau itu yang kita ikut, bermakna mahkamah boleh buat pada bila-bila bahawa tidak ada satu akta pun yang kita boleh bawa kerana itu bukan tugas mahkamah untuk memberhentikan sesuatu usul rang undang-undang. Tugas mahkamah ialah sama ada satu rang undang- undang itu apabila diluluskan Parlimen, constitutional or not. So that is the difference. Jadi di sini memberhentikan fasal soal itu. Yang lain itu pun teknikal saya tidak go into that dan bukan sahaja India yang dibuat ini, di Parlimen lain pun, di New Zealand ada, di Australia ada iaitu Parliament is supreme as far as enacting laws. You cannot stop it. Sila Yang Berhormat Marang.

final • 12:20 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua atas isu yang telah pun dibangkitkan, izinkan saya satu minit sahaja Tuan Yang di-Pertua atas perlembagaan.

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita kena teruskan. They are just buying time. I rasa kita tidak mahu buang masa Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih. Yang Berhormat Marang sila, sila.

final • 12:20 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar

Tuan Yang di-Pertua, it is on the point of constitution yang telah pun dibawa oleh Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sudahlah Yang Berhormat, sudahlah Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar

Tuan Yang di-Pertua, please Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat tolong, tolong Ahli Yang Berhormat. Saya tidak dapat dengar di sebelah kanan.

final • 12:20 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar

Tuan Yang di-Pertua, *point of order.

Point of order* Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Point of order, yes. Okay point of order. Last point of order. What subject matter?

final • 12:20 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar

Point of Order 49 Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua tadi Yang Berhormat Puchong telah pun membangkitkan isu kes Tawfik Ismail yang telah pun mencabar...

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Apa tadi, point of order apa.

final • 12:20 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar

Yang telah pun memfailkan satu kes, mencabar tindakan Tuan Yang di-Pertua kerana tidak mematuhi aturan mesyuarat khususnya peraturan mesyuarat, Point of Order 49(2).

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 12:20 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar

Now, Order 49(2) jelas dinyatakan apabila satu usul dimasukkan persendirian seperti yang dimasukkan oleh Yang Berhormat Marang, setiausaha hendaklah enggan menerima apa-apa permohonan yang tidak menepati kehendak peraturan-peraturan mesyuarat ini atau mana-mana undang- undang Persekutuan.

Kalau saya tidak silap, tindakan yang dibawa oleh Tawfik Ismail adalah bahawa pihak Speaker ataupun pihak Setiausaha telah gagal mengambil kira bahawa persetujuan Majlis Raja-raja yang diperlukan untuk rang undang-undang ini di bawah Artikel 38, tidak...

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tuan Yang di- Pertua, saya rasa kita buang masa, Tuan Yang di-Pertua. Semalam pun begitu juga, Tuan Yang di-Pertua. Mereka datang buat bising, pukul 12.30 pagi balik. Kami tunggu sampai pukul 5 pagi.

final • 12:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Baling, duduk, Yang Berhormat Baling.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Jadi ini semua ini buat buang masa saja. Kita teruskan sahaja.

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar

Isunya adalah...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, terima kasih, terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Kita pun tunggu sampai pukul 5.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

“Masa itu emas”, Tuan Yang di-Pertua. Silakan.

final • 12:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Kita pun hargai.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kapar, duduk, Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar

Tuan Yang di-Pertua, sekiranya saya boleh...

final • 12:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tak payah perangai macam itu, Tuan Yang di-Pertua. Kita tengok, kita dengar tadi, tak ada apa-apa masalah.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kapar, tolong duduk Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, ini penting. Peraturan mesyuarat penting.

final • 12:30 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar

Menurut Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya faham, Yang Berhormat. Boleh Yang Berhormat duduk?

Okey, persoalan pasal agama mesti ada consent Majlis Raja-raja. Yang Berhormat, terlampau banyak kertas di depan saya ini. Kamu buat saya sebagai hakim.

Pada tahun 1965, mula-mula rang undang-undang ini dibentangkan di Parlimen, antara lain yang hadir di dalam Parlimen ini adalah ayahanda kepada yang saman kepada saya dan Setiausaha. The father was seating here. Selepas itu, amendment dibuat beberapa kali. Satu daripadanya ialah dibuat pada Oktober 1984. Tidak perlu ada consent daripada Majlis Raja-raja oleh sebab akta sudah ada, selepas itu buat amendment sahaja.

Jadi bermakna, Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya buat satu-satu perkara, saya tidaklah seperti yang Ahli-ahli Yang Berhormat anggap bahawa saya akan, kalau saya boleh gunakan bahasa Sabah, rujuk sahaja. Tidak main rujuk saja ini. Yang Berhormat Kinabatangan faham ini. Dalam bahasa Inggeris, bulldozes. No. Kerana, apa tindakan kita, Yang Berhormat, apa tindakan saya akan masuk di Hansard, semua

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Speaker-speaker di Parlimen sana juga perhatikan Malaysia. I don’t want to be looked like a fool to my colleague outside there. We do it proper, Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Marang.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Peraturan Mesyuarat 14.

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan?

final • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Order of the house.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Marang, duduk dulu, Yang Berhormat Marang.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Ya, P.M.14, order of business.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, peraturan mana, Yang Berhormat?

final • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Order of business. Peraturan mesyuarat.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat?

final • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

P.M.14.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

P.M.14 mana satu, Yang Berhormat?

final • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Order of business.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Order of business, okey.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Order of business. Tadi Tuan Yang di- Pertua apabila jawab Yang Berhormat Gopeng, kata itulah permintaan fast track rang undang-undang persendirian.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Gelang Patah...

final • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Saya mahu tahu, oleh kerana Kabinet...

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Hoi! Duduklah!

Duduklah!

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat!

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Hei! Duduklah, duduklah!

final • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Presiden MCA tak ada di sini, Presiden MIC tak ada di sini, Presiden Gerakan tak ada di sini. Adakah seorang sahaja bukan Kabinet? Ini tak boleh.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Memukul tukul] Yang Berhormat Gelang Patah.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Orang tua gila!

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Gelang Patah! Yang Berhormat Gelang Patah, Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Halau dia keluar!

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, Yang Berhormat. Duduk, Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Makin tua makin gilalah ini.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat lain, Ahli Yang Berhormat yang lain.

final • 12:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Pendang, tarik balik.

final • 12:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Apa pasal macam itu?

final • 12:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Tarik balik Yang Berhormat Pendang. Tarik balik Yang Berhormat Pendang.

final • 12:30 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Batu Kawan, duduklah. Duduk.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, duduk Ahli Yang Berhormat. Macam mana saya dengan Ahli Yang Berhormat kalau semua berdiri?

Mana satu yang sebut mana? Ahli Yang Berhormat Gelang Patah, apabila berdiri Peraturan Mesyuarat 14, saya tahu Peraturan Mesyuarat 14 menyenaraikan macam

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

mana mengatur prosedur. Sebut kepada saya mana satu peraturan mesyuarat, baru saya boleh buat ruling bersama dengan action.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Dia pun tak tahu apa dia baca.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat yang lain, tolong bantu saya. Ahli Yang Berhormat Marang pun berhak untuk membentang, menghurai.

[Tepuk]

final • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Ya, peraturan mesyuarat oleh kerana bahawa ini permintaan kerajaan tetapi kerana bukan keputusan Kabinet. Presiden MCA, Presiden MIC, Presiden Gerakan semua adakah bersetuju?

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Mengelirukan rakyat. Jangan buat provokasi, Yang Berhormat Gelang Patah.

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Gelang Patah, duduk. Kalau Yang Berhormat lagi buat begitu, saya akan arahkan Yang Berhormat untuk keluar. Yang Berhormat Gelang Patah duduk! Yang Berhormat Gelang Patah duduk! Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain! Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain!

Politik itu bawa di luar sana, bukan di dalam sini. Ini adalah peraturan mesyuarat!

final • 12:30 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Point of order.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jangan buat sini, Yang Berhormat. Sudah, sudah Ahli Yang Berhormat.

[Memukul tukul]

final • 12:30 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Point of order.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Bharu, boleh Yang Berhormat Kota Bharu duduk? Sila duduk, duduk dulu. Yang Berhormat Ipoh Barat duduk, Yang Berhormat Kota Bharu duduk.

Yang Berhormat Marang, terus beri huraian. Siapa berdiri, akan saya arah untuk keluar kerana mengganggu mesyuarat. Sila Yang Berhormat Marang.

[Tepuk] Sila.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat yang lain tolong senyap. Sila.

final • 12:30 PM
USUL
RANG UNDANG-UNDANG AHLI PERSENDIRIAN DI BAWAH P.M. 49(1): RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH)(PINDAAN) 2016 “Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49(1) kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Marang untuk mencadangkan suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 seperti berikut:- Pindaan Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [ Akta 355 ] dipinda dalam proviso kepada seksyen 2 dengan menggantikan perkataan “penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali” dengan perkataan “penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah Syariah”.

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mohon untuk menyambung serta menghuraikan usul yang telah saya bentangkan mengikut Peraturan Mesyuarat 49(1) yang dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 28, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat persidangan Dewan Rakyat pada 24 November 2016 yang lalu di Dewan yang mulia ini.

Saya berdiri hari ini sebagai anggota Dewan Rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam ruang lingkup tugas saya untuk membawa suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibenarkan.

Pertama-tama, izinkan saya dalam Dewan Parlimen yang mulia ini mengucapkan syukur alhamdulillah kehadrat Allah SWT dan terima kasih kepada semua yang telah mengizinkan kita membentangkan Usul Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) buat kali ketiga bagi meminda Akta 355 sedia ada iaitu suatu akta yang mengawal bidang kuasa Mahkamah Syariah, mahkamah di dalam negeri-negeri di Malaysia. Akta asal ini telah diluluskan 50 tahun yang lalu pada tahun 1965 dan hanya dipinda 32 tahun yang lalu pada tahun 1984.

Usul pindaan ini yang telah saya kemukakan buat pertama kalinya pada 26 Mei 2016 di dalam Dewan yang mulia ini bukanlah bertujuan untuk mewujudkan undang- undang baru seperti mana yang digemburkan oleh setengah pihak selama ini tetapi lebih bertujuan untuk meminda sebuah undang-undang Persekutuan berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah, berkaitan batas hukuman sedia ada yang terkandung dalam Akta 355 berkenaan yang telah dipinda pada tahun 1984 daripada had maksimum tiga tahun penjara atau denda tidak melebihi RM5,000 atau maksimum enam sebatan kepada maksimum 30 tahun penjara, denda tidak melebihi RM100,000 dan sebatan syarie sebanyak 100 kali sebatan.

final • 12:37 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Tuan Yang di-Pertua, kita ingin menegaskan bahawa usul pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) ini hanya terpakai kepada orang-orang Islam di dalam negara ini dan tidak terpakai pada golongan bukan Islam sebagaimana dalam akta asalnya. Sejarah sudah membuktikan bahawa sejak Akta 355 ini diluluskan 52 tahun yang lalu belum pernah ada seorang bukan Islam yang didakwa kesalahannya di bawah mana-mana Mahkamah Syariah negeri-negeri. Undang-undang jenayah syariat negeri-negeri yang diwujudkan daripada akta induk ini.

Oleh hal yang demikian, kita memohon Yang Berhormat bukan beragama Islam tidak perlu berasa bimbang akan implikasi cadangan pindaan ini. Ini kerana tiada seorang warga bukan Islam yang akan disabitkan atas apa-apa kesalahan jenayah syarie di bawah Akta 355 ini. Usul ini membabitkan sebuah akta peringkat Persekutuan dan ini bermakna ia masih tertakluk kepada persetujuan pemakaian kepada negeri-negeri kerana ia di bawah Perlembagaan Persekutuan. Segala urusan agama Islam dan pelaksanaan hukum di bawah Mahkamah Syariah terletak di bawah kuasa negeri-negeri, di bawah kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan dan Raja-raja selaku Ketua Agama Islam Negeri.

Apa perlunya Akta 355 ini dipinda? Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] adalah untuk memperkasakan Mahkamah Syariah. Pada masa sekarang, bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah adalah sangat terbatas. Mengikut Perlembagaan, Mahkamah Syariah adalah mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan setakat yang diberi undang-undang Persekutuan. Mengikut Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965, Mahkamah Syariah hanya diberi bidang kuasa mengenai kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya.

Bidang kuasa itu telah ditambah pada tahun 1984 dengan pindaan pada akta itu dan Mahkamah Syariah diberi bidang kuasa mengenai kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara tidak lebih tiga tahun atau dengan tidak lebih RM5,000 atau sebat tidak lebih enam sebat atau gabungan hukuman itu. Bidang kuasa ini masih rendah dari bidang kuasa majistret kelas satu yang biasanya boleh membicarakan kes yang boleh dihukum dengan penjara sepuluh tahun dan boleh menjatuhkan hukuman lima tahun penjara atau denda RM10,000 atau sebat 12 pukulan atau gabungannya.

Batas hukuman itu juga amat jauh ketinggalan berbanding hubungan kesalahan dalam mahkamah sivil sedia ada yang menjadi undang-undang teras negara kita.

Sebagai contoh, bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar,

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

undang-undang sivil boleh memperuntukkan denda sehingga RM50,000 ke atas seorang yang didapati bersalah memelihara burung tertentu. Sedangkan kesalahan syariah seperti mengajar ajaran sesat yang berjaya menyelewengkan akidah atau memurtadkan sebegitu ramai pengikutnya yang beragama Islam di negara ini. Jika disabitkan kesalahannya hanya boleh didenda tidak lebih daripada RM5,000. Apakah demikian rendahnya nilai harga sebuah akidah Muslim?

Tergamak kah kita membiarkan agama Allah

final • 12:40 PM

[Dewan tepuk]

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

martabatkan sedemikian rendah di negara kita yang memperuntukkan agama Islam suatu agama negara di bawah perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Begitu juga, seorang suami Muslim yang tidak bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya meninggalkan mereka bertahun-tahun lamanya, berfoya-foya di luar tanpa memberi nafkah ke atas isteri dan anak-anaknya.

Apabila didakwa oleh isteri, yang disabitkan kesalahan di Mahkamah Syariah akan mudah membayar denda tidak melebihi RM5,000 berbanding puluhan ribu atau mungkin mencecah ratusan ribu ringgit berbanding kesalahan yang hampir sama keadaannya di Mahkamah Sivil. Di manakah kaum wanita Islam akan memperoleh keadilan dan pembelaan sewajarnya. Dalam sebuah negara yang ditadbir oleh orang- orang Islam dalam keadaan mereka dianiayai begitu rupa kecuali jika batas hukuman yang lebih tegas dikenakan di bawah Akta 355 sedia ada.

Sesungguhnya apa juga yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada taraf hukuman yang hampir atau sepadan dengan hukuman syarak Islam yang memang sudah termaktub di dalam sumber-sumber hukum di bawah panduan Al-Quran, hadis Nabi SAW kita, ijma’ dan qiyas para ulama.

Kita sedia maklum Tuan Yang di-Pertua, undang-undang sivil yang diperbuat di bawah kuasa Perlembagaan negara yang diwarisi oleh Suruhanjaya Reid warisan British yang terpakai sehingga ke hari ini menjadi undang-undang rasmi negara di mana Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi. Namun kita ingin mengingatkan semua Ahli Dewan yang mulia ini juga bahawa di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang sama juga, Islam adalah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Dalam hal ini, tidakkah Ahli-ahli Yang Berhormat terfikir bagaimana rakyat beragama Islam di dalam negara sebenarnya seakan-akan dilarang tidak dapat mengamalkan agamanya sendiri dengan sepenuhnya dengan pembelaan yang dijanjikan oleh Islam dalam keadaan yang mereka, yang bukan Islam telah mengganggu hak orang Islam mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya

final • 12:40 PM

[Dewan tepuk]

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

termasuklah syariat hukuman yang terkandung di dalamnya. Kita juga mendengar kuat suara membantah pindaan Akta 355 ini dengan alasan bahawa pindaan ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, kita ingin bertanya kepada semua Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini. Bagaimana mungkin cadangan pindaan batas hukuman ditingkatkan ini bertentangan dengan Perlembagaan negara, sedangkan tiada apa-apa cadangan konsep kandungan Akta 355 yang asal. Jika tiada perubahan ini dalam kandungan pindaan kesalahan jenayah syariah yang baru, sudah tentu mahkamah di negeri-negeri akan mengekalkan semua isi dan bentuk hukuman sedia ada. Ini bermakna tiada peruntukan baru dikuatkuasakan yang memungkinkan peruntukan tambahan diwujudkan dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kita juga ingin mengingatkan bahawa jika usul pindaan 355 ini diterima dan diluluskan semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri mempunyai waktu dan kesempatan seluas-luasnya untuk membahaskan maka yang batas-batas hukum baru yang diluluskan itu untuk setiap kesalahan jenayah syariah di negeri sedia ada. Di sinilah sepatutnya Ahli-ahli DUN nanti menggunakan kebijaksanaan masing-masing sewaktu wakil lantikan negeri-negeri membahaskan isi dan bentuk hukuman kesalahan syariah untuk dilaksanakan oleh mahkamah-mahkamah syariah.

Oleh yang demikian, janganlah kedengaran lagi bahawa cadangan pindaan Akta 355 ini merupakan pintu belakang ke arah pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.

Ini kerana untuk melaksanakan undang-undang menyamai hukum hudud dalam syariah di Malaysia sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan sudah tentulah ia perkara yang sukar untuk dilakukan. Ini adalah kerana penggunaan 355 hanya terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa yang disenaraikan dalam butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Tuan Yang di-Pertua, pindaan Akta 355 ini, tidak memungkinkan jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh dan menyebabkan kecederaan kesalahan yang wujud dalam Kanun Keseksaan atau Penal Code. Terletak di bawah kuasa Persekutuan dalam bidang kuasa mahkamah sivil, di mana kuasa bidang penguasa seperti polis, penjara juga terletak di bawah kuasa Persekutuan, Federal List selain daripada pindaan pada butiran 1, kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76A juga perlu diperoleh bagi membolehkan negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang jenayah yang termaktub dalam senarai kuasa Persekutuan.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Ini diikuti Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu diskriminasi, ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan undang-undang kerana berbeza agama.

Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan Rang Undang- undang 355 hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam Enakmen Jenayah negeri-negeri. Kita ingin mengingatkan bahawa dalam negara berbilang kaum dan penganut agama seperti Malaysia, perkembangan politik negara yang berkait rapat dengan hal ehwal keagamaan perlu ditangani dengan matang. Namun sikap sekelompok ahli politik sama ada beragama Islam atau bukan Islam yang menentang penambahbaikan sistem kehakiman syariah negara amatlah dikesali.

Penentangan mereka terhadap pindaan Akta 355 ini adalah petanda buruk kepada kematangan politik perpaduan di dalam negara ini.

[Tepuk] Ahli-ahli rakyat bukan Islam tidak berhak untuk menolak penambahbaikan Mahkamah Syariah hanya atas dasar mereka bukan Islam. Mereka perlu sedar yang mereka juga bertanggungjawab pada kelompok masyarakat Islam yang mereka wakili.

Mereka langsung tidak mengorbankan hak peribadi atau hak kelompok bukan Islam yang mereka wakili. Pindaan akhirnya demi kepentingan masyarakat Islam yang mereka wakili. Jika kepentingan sedemikian yang begitu didambakan oleh masyarakat Islam tidak dapat ditunaikan, apakah yang boleh diharapkan daripada mereka jika hak dan kepentingan umat Islam itu bercanggah dengan kepentingan peribadi bagi mereka.

Kepentingan politik di peringkat negeri pun perlu menyedari bahawa autonomi sebenar yang akan dinikmati hasil daripada pindaan 355 itu nanti adalah kerajaan negeri.

Hanya Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan perkenan Ketua Agama Negeri iaitu Sultan dan Yang di-Pertuan Agong bagi Wilayah Persekutuan, Sultan-sultan yang berkuasa untuk memutuskan sama ada untuk menunaikan kadar hukuman yang diperuntukkan dalam Enakmen-enakmen Syariah Negeri, [Akta 355] yang berada di bawah kuasa Parlimen akhirnya berfungsi meletakkan hukuman maksimum yang boleh digubal oleh Dewan-dewan Undangan Negeri.

Kita ingin mengulangi bahawa bidang kuasa Mahkamah Syariah terhad setakat kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam Butiran 1, Senarai Negeri. Perlembagaan Persekutuan malah Mahkamah Syariah tiada bidang kuasa ke atas bukan Islam. Hatta jika berlaku persetubuhan antara Islam dan bukan Islam, hanya yang Islam sahaja yang boleh dituduh di Mahkamah Syariah. Sebaliknya jika seorang Islam merogol bukan Islam, siasatan dan pendakwaan baginya itu hanya boleh dilakukan oleh polis di bawah kesalahan Kanun Keseksaan.

Rang Undang-undang 355 bertujuan memperkenalkan prinsip dan konsep sistem kehakiman Islam dan juga memperkenalkan konsep dan cara hukuman Islam yang berbeza dengan yang lain kerana tujuannya mendidik penjenayah dan masyarakat, bukannya menyeksa. Di mana kehakiman Islam berdasarkan kepada dua prinsip, beriman kepada Allah dan beriman kepada hari akhirat. Dua konsep, takwa dan adil kepada semua. Beriman kepada Allah, kepada hari akhirat merupakan Rukun-rukun Iman bagi seorang Islam yang menjadi hakim dan melibatkan mahkamah.

Firman Allah, [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Penzina perempuan, penzina lelaki hendaklah disebat sebanyak 100 sebatan”. Jangan kamu kasihankan mereka dalam perkara hukum Allah. Jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat menunjukkan betapa kehakiman Islam berkait dengan beriman kepada Allah dan hari akhirat. Konsep takwa dan adil terhadap semua. Ini merupakan konsep yang wajib kepada orang Islam.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Jangan dengan sebat kamu bermusuh dengan sesuatu kaum. Kamu tidak berlaku adil antara kaum”. Adil adalah hampir kepada takwa.

Dengan makna terhadap musuh Islam, wajib kita adil. Kita menganggap rakyat Malaysia bukan Islam bukan musuh. Mereka adalah sahabat-sahabat kita.

[Tepuk]

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Kalau dengan musuh, Islam mewajibkan orang Islam adil dan ini sifat takwa. Apa lagi rakyat warganegara yang dianggap saudara anggota masyarakat. Ini perlu menghilangkan kebimbangan. Kedua, hukuman dera dalam Islam adalah hukuman mendidik bukan menyeksa. Sebatan dalam Islam berbeza dengan sebatan dalam undang-undang sivil. Sebatan dalam Islam disebut dalam kitab-kitab fiqah semua mazhab, mesti dengan alat sebat yang sederhana, yang tidak berat dan tidak ringan, tidak boleh mengangkat lebih tinggi daripada kepala, tidak boleh mengoyakkan kulit, tidak boleh mencederakan dengan tujuan untuk memalukan, bukan untuk menyeksa. Ini sebatan dalam Islam.

Bunyinya 100. Bunyinya 20 tetapi berbeza dengan sebatan undang-undang sivil. Bahkan disebut dalam hadis Nabi SAW, apabila dimaklumkan orang yang melakukan kesalahan 100 sebat itu seorang yang kurus, kalau dipukul terkena tulangnya lalu Nabi menyebut, gunakan 100 batang ranting dan pukul satu kali sahaja. Ini sebatan Islam yang perlu diperkenalkan kepada umum, yang berbeza dengan hukuman sebat mengikut hukum sivil yang ada pada hari ini.

Kesimpulan terlalu amat banyak perlindungan kepada masyarakat bukan Islam yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan hukum Islam daripada al- Quran dan hadis yang disebut, perlindungan kepada orang bukan Islam.

Firman Allah, [Membaca sepotong ayat al-Quran] Jika sekiranya— Surah Al Maidah ayat 42, lihat terjemahan. “Jika sekiranya orang bukan Islam datang kepada kamu, kamu boleh bawa mereka ke mahkamah Islam dan kamu boleh biarkan mereka sendiri dengan mahkamah mereka”. Ini mengikut pilihan rakyat bukan Islam itu sendiri.

Ini bukan Perlembagaan Persekutuan termasuk al-Quran sendiri menyatakan demikian.

Akhirnya ahli politik yang kemaruk kepada undi mereka sahaja yang hampir menjadi hilang kewarasan, [Tepuk] mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat bukan Islam untuk menolak pindaan Akta 355 ini.

Kita ingin mengingatkan bukan Islam, jangan mempermainkan-mainkan agama Islam yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

[Tepuk] Di mana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengangkat sumpah jawatan akan memelihara agama Islam selaku agama negara. Mendaulatkan Islam sebagai agama negara, menjadi cita-cita setiap warga Malaysia dan PAS akan terus membawa obor mendaulatkan Islam di negara ini dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan sedia ada.

Maka dengan ini Marang mohon mengusulkan supaya Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Akta 355 ini diterima untuk dibahas sepenuhnya oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang mulia. Sekian terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong? Sila Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 12:50 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Parlimen Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberikan kesempatan dan peluang kepada saya untuk sama mengambil bahagian bagi menyatakan sokongan dan juga membuat perbahasan dan juga ucapan dalam persidangan Dewan yang mulia ini pada hari ini.

Saya ingin memulakan ucapan saya dengan membaca sepotong ayat al-Quran yang berbunyi, [Membaca sepotong ayat al-Quran] . Maksudnya, “Tidak wajar sama sekali bagi seorang yang beriman lelaki atau perempuan apabila Allah dan Rasulnya bagi orang Islam itu telah menetapkan sesuatu ketetapan dalam sesuatu urusan”. Mereka iaitu orang mukmin lelaki dan perempuan ini telah mengambil ketetapan yang lain ataupun mengambil cara atau kaedah yang lain dalam urusan-urusan mereka. Sesiapa yang ingkar ataupun tidak patuh kepada perintah Allah dan rasulnya, maka orang itu dianggap orang yang sesat dalam kesesatan yang amat nyata sekali.

final • 12:58 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, boleh sambung sebelah petang nanti 2.30?

final • 12:58 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih.

final • 12:58 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

final • 12:58 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kota Bharu sambung perbahasan.

final • 2:30 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam hormat Parlimen Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberikan sekali lagi peluang kepada saya untuk meneruskan ucapan yang telah saya mulakan sekejap tadi untuk menandakan atau menunjukkan sokongan saya kepada ucapan yang telah diberikan dan juga usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Marang pada sebelah pagi tadi.

Tuan Yang di-Pertua, sekejap tadi kita telah mendengar suatu ucapan dan juga kupasan kepada usul bagi cadangan meminda Akta 355 yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Marang sebagai pembawa usul yang pada hemat dan juga pada pandangan saya satu ucapan yang cukup baik, yang cukup terang dan cukup jelas dalam memberikan erti dan juga penerangan mengenai hasrat yang hendak dibawa oleh usul yang tersebut.

Oleh sebab itu, saya sebagai pembahas ketika ini memohon daripada rakan- rakan dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian supaya kita dapat mengadakan atau mewujudkan satu suasana perbincangan yang sihat, perbincangan yang profesional dan tidak ada yang emosional kerana kita adalah orang-orang yang dapat membuktikan kematangan kita sebagai Ahli-ahli Parlimen, saya rasa dan ia menjadi tontonan di seluruh negara. Malahan saya mendapat satu WhatsApp daripada seorang rakan saya yang berada di Jerman sekarang ini yang mengikuti apa yang berlaku di dalam Parlimen kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini saya ingin menyatakan dalam Dewan yang mulia ini bahawa saya bukanlah orang yang paling arif ataupun orang yang bijak dalam memperkatakan mengenai isu yang kita bincangkan pada hari ini. Cuma sekadar kita dapat mengemukakan pandangan-pandangan dari sudut pemikiran pihak kami khususnya daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Saya dengan rendah diri memohon kepada semua pihak di dalam masyarakat kita yang sebelum ini rasanya telah membuat satu early judgement ataupun satu keputusan yang awal mengenai cadangan pindaan ini.

Sebagai contohnya Tuan Yang di-Pertua, di atas meja kita Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat pada hari ini terdapat satu – dua helaian. Satu joint press statement yang telah dibuat oleh Civil Society yang bertarikh 5 April yang bertajuk “MPs Urged to Be Present and Vote Against RUU 355 is Fast-Tracked”. Ini adalah satu joint statement yang telah dibuat oleh 67 orang NGO’s daripada saya kira seluruh negara daripada pelbagai kaum, pelbagai agama yang mendesak supaya cadangan meminda Akta 355 ini ditolak terus.

Saya berpandangan bahawa adalah cukup baik ramai NGO-NGO yang berminat, yang concern, yang merasakan perlu mereka mengetahui mengenai RUU 355 ini. Tetapi adalah lebih baik kalau sekiranya rakan-rakan kita di kalangan NGO ini mendengar dahulu penjelasan dan juga perbahasan dan semua pihak yang mewakili NGO-NGO rakyat kita di luar sama ada daripada Ahli Parlimen Islam ataupun bukan Islam, saya kira akan diberikan peluang yang sebaiknya untuk membahaskan – turut membahaskan usul ini.

Saya ingin menyebutkan bahawa kami sebagai orang Islam, kita diajar di dalam Al-Quran supaya kita berlapang dada apabila kita mengadakan perbincangan. Sebagai mana firman Allah SWT dalam Al-Quran, Bismillahir Rahmanir Rahim. [Membaca sepotong ayat al-Quran]. “Bawalah pandangan dan juga hujah-hujah kamu apabila kamu berbahas dalam satu-satu isu jika sekiranya kamu merasakan kamu adalah orang yang benar dalam hal itu”. Jadi inilah harapan kita dalam kita membahaskan usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Marang.

Tuan Yang di-Pertua, usul yang ada di hadapan kita sekarang ini adalah satu usul khusus yang melibatkan satu institusi kehakiman ataupun keadilan yang di dalam negara kita ini iaitu Mahkamah Syariah. Atas dasar itu saya berpandangan bahawa

final • 2:30 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

apabila hal ehwal mengenai kuasa mahkamah syariah ingin kita bincangkan di sini, saya kira adalah lebih elok saya mengambil sedikit masa di hadapan Ahli-ahli Yang Berhormat yang budiman sekalian untuk kita mendengar ataupun meneliti sedikit mengenai sejarah ringkas Mahkamah Syariah dan juga perundangan Islam di Malaysia itu sendiri.

Secara ringkasnya Tuan Yang di-Pertua, mahkamah syariah di negara kita asalnya Tanah Melayu kemudian menjadi Malaya. Kemudian sekarang ini menjadi Malaysia, institusi Mahkamah Syariah itu sendiri mengikut sejarahnya telah wujud, establish seiring dengan kedatangan dan juga penerimaan Islam sebagai agama bagi penduduk-penduduk majoriti dalam negara ini. Kalau kita melihat Islam yang berkembang pesat hari ini dan dianuti oleh majoriti rakyat Malaysia ini asalnya dibawa oleh orang luar, oleh para pedagang dan juga pendakwah daripada Arab Parsi, daripada India dan juga daripada China sendiri. Inilah asal usul kemasukan pengembangan dan juga Islam itu sendiri diterima oleh masyarakat dan juga rakyat dalam negara kita ini.

Dari segi sejarah juga Tuan Yang di-Pertua, Parameswara. Ini kita baca dalam sejarah seorang raja yang memerintah Kesultanan Melaka iaitu satu kesultanan pada masa itu, asalnya beragama Hindu tetapi akibat daripada penerimaannya terhadap agama Islam dan juga dia berkahwin dengan Puteri Raja Pasai yang mana negeri Pasai itu negeri yang diperintah oleh raja Islam, dia menganut Islam pada tahun 1409 menggunakan nama Sultan Megat Iskandar Shah.

final • 2:30 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kemudiannya Raja ini telah memerintah suatu kesultanan yang besar yang meliputi seluruh Tanah Melayu dan sebahagian daripada Pulau Sumatera. Itulah maksudnya Kesultanan Melaka. Seluruh Tanah Melayu, sebahagian Pulau Sumatera yang termasuk di dalamnya negeri Indragiri, Kampar, Riau dan juga Lingga. Jadi ini Kesultanan Melaka, bukan hanya negeri Melaka, yang sekarang ini timbul pula sultan Melaka, bukan itu. Ini Kesultanan Melaka, Malacca Sultanate. Jadi Tuan Yang di-Pertua, apabila wujudnya satu kerajaan yang mana ketua kerajaannya beragama Islam dan wujudnya pula satu sistem kehakiman pada masa itu, maka di sinilah bermulanya wujud satu institusi keadilan atau mahkamah yang dipanggil Mahkamah Balai. Mahkamah Balai ini menggunakan sumber daripada hukum syarak sama ada dari segi keterangan atau evidence-nya, dari segi hukuman dan dari segi prosedurnya dan Mahkamah Balai inilah yang dinamakan Mahkamah Syariah. Mereka menggunakan hukum-hukum atau undang-undang Islam antaranya Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka pada masa itu.

Tuan Yang di-Pertua, Mahkamah Syariah wujud seawal kurun ke-13 dan juga kurun ke-14 sehinggalah apabila negara kita ini atau negeri kita ini telah dijajah oleh penjajah-penjajah Portugis tahun 1511, Belanda tahun 1641 dan bermula dengan Inggeris di Pulau Pinang tahun 1786 dan juga di tempat-tempat lain tahun 1824. Di peringkat awal pemerintahan oleh penjajah-penjajah luar ini, institusi Mahkamah Syariah tidak terjejas langsung malahan diteruskan berada di dalam masyarakat dan diterima sebagai satu sistem kehakiman dan juga undang-undang yang diterima untuk semua masyarakat sama ada Islam dan juga bukan Islam.

Namun demikian, menjelang tahun 1920 dengan campur tangan daripada pemerintah British pada masa itu, ianya telah berlaku campur tangan dalam pentadbiran kehakiman di Tanah Melayu sehingga British mewujudkan dua sistem kehakiman, mewujudkan dua sistem mahkamah, satunya Mahkamah Adat yang mana hakimnya adalah daripada hakim Inggeris dan satu lagi Mahkamah Syariah. Inilah asalnya wujud dua mahkamah.

Walaupun demikian Tuan Yang di-Pertua, di dalam jurnal perundangan terdapat banyak kes yang telah diputuskan oleh mahkamah British sendiri yang telah memberikan satu recognition ataupun satu pengiktirafan kepada undang-undang Islam. Saya ingin petik satu kes iaitu kes Ramah melawan Laton, ini sebagai contoh. Dua orang wanita telah membawa kes mereka ke Mahkamah Rayuan British, Mahkamah Rayuan Negeri- negeri Bersekutu Selangor, Rayuan Sivil Bilangan 7, tahun 1927. Tiga orang hakim Inggeris telah menjadi hakim dalam kes ini dan dua orang hakim iaitu hakim Acton dan hakim Throne dalam penghakimannya telah menyatakan dalam kes Ramah dan Laton ini bahawa undang-undang Islam bukanlah undang-undang asing di dalam negara ini kata hakim ini bahkan ianya adalah undang-undang negeri ini, law of the land. Oleh sebab itu, undang-undang Islam perlu diberikan pengiktirafan oleh mahkamah. Itu kata dua hakim British di dalam Mahkamah Rayuan British yang melibatkan orang Islam di negeri Selangor.

final • 2:40 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, lanjutan daripada itu juga apabila ada banyak perundangan yang telah diwujudkan oleh British umpamanya Courts Ordinance 1948 dan juga Akta Mahkamah Rendah 1948, Mahkamah Syariah yang pada asalnya merupakan mahkamah di peringkat nasional telah diturunkan grednya menjadi mahkamah di peringkat negeri sahaja. Inilah permulaan bagaimana Mahkamah Syariah ini telah di downgrade oleh Inggeris sehingga ianya menjadi sesetengah pihak sebagai second class court ataupun mahkamah kelas yang kedua sedangkan asalnya saya sebutkan tadi Mahkamah Balai atau Mahkamah Syariah merupakan the one and only dengan izin, mahkamah yang ada di dalam masyarakat di dalam negara kita ini.

Baik, Tuan Yang di-Pertua itu kisah lama. Apabila kita merdeka sebagaimana kita semua maklum sebelum merdeka, Kerajaan British telah menubuhkan satu suruhanjaya that is Reid Commission yang mana diketuai oleh Lord Reid pada tahun 1956 dalam usaha untuk memberikan kemerdekaan kepada negara kita. Suruhanjaya ini telah membuat satu draf Perlembagaan kepada negara Tanah Melayu pada masa itu dan ianya telah diluluskan oleh British Parlimen pada bulan Jun 1957 kemudian dibawa ke Parlimen Tanah Melayu, telah diluluskan pada 15 Ogos 1957, dikuatkuasakan sempena pada Hari Kemerdekaan 31 Ogos 1957. Ini asal usul Perlembagaan negara, Perlembagaan Persekutuan yang ada digunakan oleh seluruh kita di negara ini pada masa ini.

Saya ingin terus kepada topik yang kita bincangkan pada hari ini berdasarkan Perlembagaan. Tuan Yang di-Pertua, kita semua maklum, saya yakin rakan-rakan saya, Ahli-ahli Yang Berhormat semua maklum mengenai satu peruntukan yang cukup penting yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan kita iaitu yang dibuat berdasarkan Perkara 74 dan Perkara 77 di mana Perlembagaan ini telah mewujudkan jadual-jadual yang mana jadual atau schedule yang diwujudkan oleh Perlembagaan ini adalah Jadual Kesembilan, Ninth Schedule yang mana di dalam Jadual Kesembilan senarai perundangan ini dibahagikan kepada tiga senarai sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat Marang tadi.

Senarai I adalah Senarai Persekutuan. Senarai II, Senarai Negeri dan Senarai III adalah Senarai Bersama. Yang berkaitan dengan isu yang kita bincangkan pada hari ini, Tuan Yang di-Pertua adalah Senarai Dua iaitu yang berkaitan dengan Senarai Negeri walaupun yang kita bincangkan ini adalah undang-undang Persekutuan. Akan tetapi disebutkan dengan jelas dalam Senarai Negeri.

Butiran 1 Senarai Negeri di dalam Jadual Kesembilan adalah satu peruntukan dalam Perlembagaan yang menerangkan bidang kuasa negeri-negeri yang ada di Malaysia ini yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam dan juga penganut agama Islam termasuk institusi Mahkamah Syariah. Kalau saya diizinkan baca sepintas lalu, sepotong ini. Butiran 1, “...hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuklah hukum Syarak yang berhubung dengan mewarisi harta, wasiat dan sebagainya...’ dan seterusnya saya tidak perlu bacakan yang saya hendak tekankan di sini ialah Senarai II butiran 1 ini mengenai undang-undang syariah dan juga undang-undang diri, personal law dan juga undang-undang keluarga bagi orang-orang yang menganut agama Islam.

Jadi dalam butiran ini seterusnya dikatakan bahawa bidang kuasa negeri ini adalah untuk mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Islam terhadap Rukun Islam. Orang yang menganut agama Islam sahaja terhadap rukun-rukun Islam dan juga mengenai perkara yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah dikatakan keanggotaan, penyusunan dan acara bagi Mahkamah-mahkamah Syariah yang akan mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam sahaja.

Tiga perkara ditekankan di sini. Satunya hukum syarak mengenai orang yang menganut Islam. Kedua, mengadakan undang-undang mengenai kesalahan jenayah syariah yang dilakukan oleh orang Islam. Ketiganya Mahkamah Syariah, ini jelas disebut dalam Perlembagaan yang akan mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam sahaja.

final • 2:40 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Disebut expressly, secara tersurat di sini hanya untuk orang Islam. Akan tetapi sebahagian daripada bawahnya disebut berkaitan dengan Akta 355 ini, walaupun Mahkamah Syariah ini diwujudkan oleh kerajaan negeri untuk digunakan terhadap orang Islam di negeri tersebut tetapi Mahkamah Syariah negeri ini tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang- undang Persekutuan. Ini jelas di Jadual Kesembilan, Senarai Dua, Butiran Satu. Jelas di situ.

final • 2:50 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Jadi yang saya hendak kaitkan ialah Mahkamah Syariah terpakai hanya ke atas orang Islam sahaja. Kedua, Mahkamah Syariah terhad kepada perkara-perkara yang disebut di dalam butiran satu sahaja di dalam Senarai Dua. Maknanya tidak termasuk di dalam kes-kes yang disebut di dalam senarai Persekutuan. Ketiga, Mahkamah Syariah adalah tertakluk dan mengikut had hukuman maksimum yang ditetapkan oleh satu undang-undang Persekutuan. Dengan kata lain dia boleh buat mahkamah dia boleh isi hakim di situ, boleh isi kakitangan tetapi kuasanya mesti datang daripada Persekutuan.

Jadi di sini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua wujudnya Akta 355. Akta 355 ramai yang mengatakan bahawa tidak ikut Perlembagaan, it’s unconstitutional. Saya hendak jelaskan sini bahawa berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, the supreme law of the country, Perlembagaan ini Jadual Sembilan Senarai Dua Butiran Satu undang- undang mengenai kuasa Mahkamah Syariah perlu dibuat oleh Parlimen dan itulah wujudnya Akta 355. Jadi dengan kata lain, saya hendak menghujahkan bahawa Akta 355 adalah satu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen berdasarkan punca kuasanya adalah Jadual Kesembilan, Senarai Dua, Butiran Satu.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada peruntukan Perlembagaan inilah maka Akta 355 telah diwujudkan oleh Parlimen Malaysia pada 3 Mac 1965 dengan tujuan untuk sebagai mana yang ditentukan oleh Perlembagaan Akta 355 ini bertujuan untuk memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah di negeri-negeri dalam kes-kes jenayah syariah bukan kes sivil, kes jenayah syariah. Inilah undang-undangnya dan sebagai seorang peguam saya mungkin boleh sedikit membuat perumpamaan mengenai mahkamah-mahkamah sivil yang ada dalam negara kita ini.

Pertamanya, saya hendak sebut Mahkamah Sivil, mahkamah rendah di dalam negara kita ini iaitu Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret, dia ada akta yang memberi kuasa kepada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret iaitu disebut Akta Mahkamah Rendah 1948 ataupun Subordinate Court Act 1948. Akta ini memberi kuasa kepada Mahkamah Sesyen di dalam seksyen 64. Akta ini juga memberi kuasa kepada Mahkamah Majistret di dalam seksyen 87. Ini undang-undang yang memberi kuasa kepada Mahkamah Sivil.

Kedua, untuk Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan yang juga Mahkamah Sivil ada juga undang-undang yang memberi kuasa kepada mahkamah ini. Seksyen 22(2) kepada Mahkamah Tinggi, seksyen 60 kuasa kepada Mahkamah Rayuan, seksyen 92 kepada Mahkamah Persekutuan. Jadi kalau Mahkamah Sivil ada undang-undang yang beri kuasa kepada dia maka Akta 355 lah undang-undang federal yang memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah. Jadi tidak ada benda yang pelik, Mahkamah Syariah untuk orang Islam ini. Mahkamah Sivil undang-undang dia dua, Mahkamah Syariah undang-undang dia satu sahaja iaitu Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Maknanya jelas tidak perlu satu pertikaian di kalangan pimpinan masyarakat mahupun kita Ahli-ahli Parlimen untuk kita persoal apa ini Akta 355, hantu kah apa?

Kerana semua orang takut Akta 355. Jadi kalau kita tidak tahu apa itu 355, tapi kita takut kepada 355 sampai macam-macam ugutan saman dan sebagainya, saya kira seolah- olahlah kita ini takut hantulah. Kita takut tapi kita tidak tahu apa itu hantu dan bagaimana rupanya.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Tuan Yang di-Pertua Kota Bharu. Saya mengamati sebentar tadi ucapan yang telah pun dikemukakan, jika sekiranya kita telah jelas bahawa pada konteks Perlembagaan ataupun juga syariat Islam itu sendiri bahawa pelaksanaan Islam dan syariatnya ini tidak melibatkan, apa lagi memaksa non-Muslim untuk menerima pakai hukuman yang telah pun ditetapkan oleh syarak, termasuk juga undang-undang yang telah dimaktubkan di bawah Akta 355 ini. Maka daripada situ, setujukah, kalau kita saya sebut bahawa tiadalah kewajaran rasa bimbang dan rasa curiga daripada mana- mana pihak termasuklah non-Muslim terhadap pindaan Akta 355 yang sedang yang dikemukakan ini. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih, sahabat saya Yang Berhormat Temerloh. Saya amat setuju dengan pandangan beliau dan mohon dimasukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan kepada sedikit kronologi Akta 355 ini. Kita tahu bahawa Akta 355 ini telah di bawa oleh pihak kerajaan, kerajaan yang memerintah pada masa itu telah membawa satu bill yang dibawa oleh kerajaan untuk mewujudkan Akta 355. Berdasarkan kepada Hansard— saya ada compilation persidangan yang dilakukan pada 3 Mac 1965. Akta 355 pada masa itu telah di bawa ataupun dicadangkan oleh seorang Ahli Parlimen iaitu Yang Berhormat Encik

final • 2:50 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Abdul Rahman bin Yakub ataupun selepas itu bernama Tun Abdul Rahman bin Yakub seorang Ahli Parlimen daripada Sarawak masa itu dia tidak ada bahagian hanya Sarawak. Jadi rakan-rakan saya daripada Sarawak patut berbangga, Akta 355 dibawa orang Sarawak dan ini adalah dia membuat satu jasa yang besar kepada Mahkamah Syariah. Kemudian disokong oleh seorang Ahli Parlimen Yang Berhormat Haji Abdul Hamid Khan bin Sakhawat Ali Khan daripada Batang Padang. Rang undang-undang ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dibahaskan oleh enam orang Ahli Parlimen yang kesemuanya adalah Ahli Parlimen Islam yang membahaskan.

Yang Berhormat Marang pernah sebut dalam ucapan beliau sekejap tadi dan sebelum ini, bahawa pada masa Parlimen membahaskan Rang Undang-undang 355 ini ramai tokoh-tokoh yang terkenal, established di kalangan Ahli Parlimen bukan Islam berada di dalam Parlimen Tanah Melayu pada masa itu atau Malaya pada masa itu.

Antaranya Yang Berhormat Lee Kuan Yew, Ahli Parlimen Singapura ada dalam Parlimen.

Yang boleh saya sebut lagi Dr. Tan Chee Kun Ahli Parlimen Batu ada dalam Parlimen pada masa itu anakandanya dia ada sini Yang Berhormat Wangsa maju. Kemudian, Dr.

Lim Chong Eu Ahli Parlimen daripada Tanjong, CV Devanaya daripada Bangsar dan juga Encik Mohd Khir Johari daripada Kedah Tengah. Inilah orang-orang tokoh-tokoh.

Saya hendak sebut Tuan Yang di-Pertua bahawa betapa pada masa itu kita Ahli Parlimen mempunyai satu sikap untuk menghormati kepentingan rakyat dalam negara tanpa mengambil kira kepentingan ataupun apa-apa curiga, prejudis mengenai ini. Saya tabik kepada Ahli-ahli Parlimen pada masa itu terutama yang bukan Islam yang tidak pun membahaskan dan tidak menunjukkan penentangan dan rang undang-undang ini diluluskan tanpa pengundian. Ini adalah satu perkara yang cukup cantik pada masa itu.

Tahun 1965 Parlimen telah meluluskan satu undang-undang 355 ini yang memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah dalam bidang kuasa jenayahnya iaitu denda RM1,000 sahaja dan juga hukuman penjara enam bulan sahaja, very low. Jadi inilah yang diberikan kepada Mahkamah Syariah.

Saya hendak petik beberapa ucapan tokoh-tokoh yang membahaskan rang undang-undang pada tahun 1965, yang mana telah memberikan satu gambaran mengenai rang undang-undang yang dibincangkan ini dan undang-undang yang hendak diluluskan.

final • 2:50 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Seorang Ahli Parlimen – Ahli Parlimen Pasir Puteh Yang Berhormat Encik Mohd Asri bin Haji Muda dalam ucapannya telah mengajukan satu soalan kepada pihak kerajaan dia sebut; “Tuan Yang di-Pertua, pengemukaan rang undang-undang yang mengenai Mahkamah Syariah ini, pada pandangan saya adalah satu percubaan yang baik dalam langkah awal bagi menyatukan kedudukan perjalanan Mahkamah Syariah di seluruh negara kita”. Dalam pada itu, ini soalannya – “...saya suka meminta jaminan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa hak-hak sekatan bagi hukuman yang paling berat di dalam kesalahan jenayah sebagaimana yang tercantum di fasal dua dalam rang undang-undang ini bukanlah sebagai satu hak yang mutlak. Yang saya maksudkan hak yang mutlak iaitu, mati yang tidak boleh dipinda-pinda atau diubah-ubah lagi.” Itu soalan kepada Yang Berhormat Menteri pada masa itu.

Yang Berhormat Menteri, Encik Abdul Rahman Yaakub, Menteri yang membawa usul ini menjawab adalah betul – “Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat daripada Pasir Puteh telah menimbulkan satu soalan iaitu beliau berharap bahawa tingkatan hukum yang tersebut dalam clause 2 dalam rang undang-undang ini tidak merupakan satu tingkatan yang tidak boleh dipinda dan diubah dalam menggunakan perkataannya ialah bukan satu undang-undang yang mutlak”. Jawapannya kata Menteri itu; “Ya, kerana Parlimen boleh membuat, Parlimen boleh mengubah undang-undang, Parlimen boleh meminda undang-undang, Parlimen boleh memansuhkan undang- undang.” Itulah jawapannya. Kalau Parlimen berfikir di masa akan datang, hukuman tersebut di dalam clause itu tidak mencukupi ia boleh diubah.

This is my point. Ini adalah –

final • 3:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Kota Bharu, boleh tanya sedikit? Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Yang Berhormat Kota Bharu, saya mengucapkan terima kasih kerana berkongsi sejarah tahun 1965.

Saya rasa saya mahu tanya satu soalan sahaja, kalau kita lihat dalam nombor lima itu yang bawa bill itu adalah kerajaan walaupun di situ ada wakil daripada PAS iaitu Yang Berhormat Encik Mohd Asri bin Haji Muda yang ketika itu menjadi Ahli Parlimen Pasir Puteh, Kelantan. Saya rasa, saya buat assumptions masa itu tidak timbul kalau orang tidak sokong akan jadi akan ditanam di jirat Cina, masa itulah. Akan tetapi

final • 3:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

sekarang ini kita lihat, dua soalan. Satu soalan, kalau masa itu kerajaan boleh bawa adakah masa itu kerajaan mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-raja? Itu yang pertama. Yang keduanya, kalau kita lihat kepada tahun 1965 itu maknanya kerajaan boleh bawa, kenapa pada tahun ini kerajaan tidak nak bawa? Kenapa suruh PAS bawa?

Itu yang saya hendak tanya.

final • 3:00 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih kepada sahabat saya yang terpelajar Yang Berhormat Sepang. Soalan yang pertama, saya boleh mengesahkan di dalam Dewan ini setelah kajian saya buat, bahawa Akta 355 pada tahun 1965 dan juga pada tahun 1984 dipinda lagi pada tahun 1989 tidak dibawa untuk perkenan Majlis Raja-raja. This is my statement. Yang kedua, kenapa pada tahun 1965 kerajaan bawa? Kemudian tahun 2016 dan tahun 2017 ini PAS bawa? Itu kena tanya kerajaanlah. Akan tetapi jawapan saya – saya boleh nyatakan bahawa standing order adalah jelas. Kita berpandukan kepada undang-undang dalam Parlimen standing order.

Untuk membuat sesuatu pindaan kepada setiap undang-undang ataupun membuat undang-undang baru, dia ada dua cara. Satu melalui kerajaan, kerajaan bawa bill. Yang keduanya, Peraturan Mesyuarat 49 very clear any Member of Parliament boleh membawa rang undang-undang persendirian, private member’s bill. So, bila ada dua cara, ada dua pintu kita masuk – kita masuk pintu A boleh, masuk pintu B. Kita tidak boleh kata yang masuk pintu A itu salah ataupun masuk pintu B salah. Jadi, kedua- duanya betul. Asalkan berpandukan kepada peraturan dan juga undang-undang. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, itu pada tahun 1965. Apabila selepas 19 tahun kemudian, sebagaimana P.Ramlee - sebut 19 tahun kemudian, Akta 355 ini telah dipinda sekali lagi pada tahun 1984, sebagaimana kita semua maklum. Tahun 1965 bidang kuasa jenayah hanya RM1,000 untuk enam bulan. Jadi dirasakan mungkin selepas 19 tahun dipinda pada tahun 1984. Dibahaskan selama tiga hari 10, 11, 12 Oktober 1984, pencadang ataupun pembawa usul rang undang-undang pindaan ini adalah Timbalan Menteri di JPM pada masa itu Yang Berhormat Dr. Mohd Yusoff Noor penyokongnya adalah Yang Berhormat Mohd. Radhi Sheikh Ahmad iaitu Timbalan Menteri KDN daripada Kangar. Dibahaskan oleh 10 orang Ahli Parlimen semuanya juga Muslim. This is what happened in 1984 dengan izin.

Pada masa itu Yang Berhormat, tadi saya sebut ramai yang ada dalam Parlimen pada tahun 1965. Saya hendak sebut juga pada tahun 1984 ini. Ini tokoh-tokoh yang cukup handal dalam Parlimen mewakili rakyat masing-masing. Pada masa itu di dalam Parlimen pada tahun 1984, adanya Yang Berhormat Dr. Chen Man Hin daripada Seremban. Adanya pada masa itu, Yang Berhormat Lee Kim Sai daripada Ulu Selangor, pada masa itu ada Yang Berhormat Tan Koh Suan - Damansara, ada pada masa itu Datuk Liew Sip Hon Shah Alam pada masa itu belum lagi Shah Alam ini, Liew Sip Hon dan saya mahu sebut juga pada masa itu ada juga sahabat saya Dr. Tan Seng Giaw daripada Yang Berhormat Kepong tahun 1984. Ada juga pada masa itu the late Mr.

Karpal Singh yang kita hormati daripada Jelutong. Dan ada pada masa itu yang saya hormati Yang Berhormat Lim Kit Siang daripada Kota Melaka, sekarang ini Gelang Patah.

Semuanya ada tokoh –

final • 3:00 PM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

[Menyampuk] Dia sudah lari.

final • 3:00 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Akan tetapi yang membahaskannya adalah rakan-rakan mereka pada masa itu Ahli Parlimen Islam, tidak pun dibahaskan oleh Ahli Parlimen bukan Islam, tidak pun ditentang oleh Ahli Parlimen bukan Islam. Saya tabik sekali lagi kepada mereka ini yang merupakan tokoh pada masa itu.

Alhamdulillahlah setelah dibahaskan, Akta 355 ini telah dipinda pada akhir persidangan 12 Oktober 1984. Bidang kuasa jenayah mahkamah syariah telah dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM5,000. Penjara daripada enam bulan kepada tiga tahun.

Hukuman sebat, pada tahun 1965 tidak ada hukuman sebat – diadakan enam kali sebatan. Itu yang telah dibuat pada tahun 1984.

Satu lagi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut – ini sejarah yang ramai orang tidak tahu. Apabila lulus dalam Dewan Parlimen sebagai mana biasa, bill ini telah dibawa ke Dewan Negara. Saya hendak maklumkan dengan jelas daripada Hansard yang ada ini, pada 18 Disember 1984, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bill ini telah dibawa kepada Dewan Negara yang mana pencadangnya ialah Yang Berhormat Datuk Mohd. Radzi Sheikh Ahmad, Ahli Parlimen Kangar, Timbalan Menteri Dalam Negeri.

final • 3:00 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Penyokongnya Yang Berhormat Baling tahu siapa? Yang Berhormat Baling pun tidak tahu. Yang Berhormat Datuk Dr. James P. Ongkili, Ahli Parlimen Tuaran yang juga Menteri Kehakiman pada masa itu. Inilah orang yang menyokong pindaan kepada Akta 355 di Dewan Negara, saya tabik sungguh. Inilah keterbukaan yang ada dalam negara kita dalam konteks keharmonian. Yang telah diwujudkan selepas kemerdekaan.

final • 3:00 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta laluan ya Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Saya cukup tertarik apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Bharu berkenaan bagaimana keterbukaan jiwa besar yang telah ditunjukkan oleh pimpinan-pimpinan yang lama – tokoh-tokoh yang lama walaupun dia bukan beragama Islam. Apa pandangan Yang Berhormat seorang Ahli Parlimen yang rakyatnya ada rakyat Islam dan rakyat bukan Islam. Sepatutnya mereka, sama-sama menjaga kepentingan ataupun kehendak rakyat Muslim dan menghormati hasrat rakyat Islam di bawah jagaannya? Jadi apa pandangan Yang Berhormat jika berlaku sebaliknya sedangkan kita sebagai Ahli Parlimen yang rakyat orang Islam juga mengundi kita maka sepatutnya kita menghayati dan menghormati aspirasi umat Islam. Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 3:00 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih kekanda saya Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya rasa pandangan semua orang bukan pandangan saya sahaja sebagai wakil rakyat – saya wakil rakyat Kota Bharu – Saya ada pengundi saya orang bukan Islam. I have to take care of my non-Muslim voters. So, samalah juga dengan rakan-rakan saya daripada yang bukan beragama Islam.

final • 3:00 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Walaupun bukan dalam kawasan parlimen majoriti bukan beragama Islam, there must be Muslim voters di situ, keluarganya dan adanya. Mereka berhak untuk mendapat hak mereka dari segi mengamalkan agama mereka, hak mereka dari segi agama tanpa mengorbankan prinsip Ahli-ahli Parlimen, rakan-rakan yang bukan beragama Islam. Mereka boleh memenuhi kehendak dan juga apa yang dimahukan oleh rakyat bukan Islam sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat Marang tadi bahawa jiwa besar dan juga perkara itu tidak boleh kita ke sampingkan. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh mencelah? Yang Berhormat Kota Bharu, setelah kita mendengar huraian pembentangan dan Yang Berhormat juga sudah menjelaskan, bermakna ada sesuatu yang kita perlu buat kesimpulan. Apa yang berlaku di sebaliknya iaitu persepsi masyarakat terhadap RUU 355 ini mungkin telah di salah tafsir ataupun di gembar-gemburkan dengan iaitu konon- kononnya hukum hudud akan di laksanakan. Akan tetapi apabila di bentang tadi saya jelas lihat tidak pun ada apa-apa unsur-unsur bahkan ia hanya untuk strengthen atau memperkukuhkan Mahkamah Syariah itu. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat Kota Bharu bahawa ramai masyarakat mungkin tersalah tafsir dengan undang-undang yang ada ini dan mereka perlu menyedari akan hakikat ini yang sebenarnya? Terima kasih.

final • 3:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih kakanda saya Yang Berhormat Kinabatangan memang itulah...

[Disampuk] Ya, kakanda saya. Sini pun kakanda, sana pun kakanda, saya lebih muda daripadanya ya, tengok kepalalah.

[Ketawa] Okey, Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.

Memang dia ada dua perkara di sini, dalam satu keadaan dia salah faham atau salah faham mengenai Akta 355. Keduanya, mungkin sengaja tidak mahu faham, ada juga begitu. Kita harap yang ada ramai-ramai ini tidak faham lagi, bila dia faham mungkin dia akan lebih menghormati dan juga boleh menerima keadaan itu dan kita boleh sama- sama menyelesaikan perkara ini dengan sebaik mungkin. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak masuk kepada usul yang di bawa pada hari ini oleh...

final • 3:10 PM

Tuan Haji Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Sebelum beralih kepada topik yang lain saya tertarik apabila kita merujuk kepada Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang mana yang telah memperuntukkan bahawa Islam adalah merupakan Agama Persekutuan dan dalam masa yang sama agama-agama yang lain boleh di amalkan dalam negara ini dengan aman, dengan damai di mana-mana sahaja bahagian Persekutuan.

Jadi persoalan yang timbul sekarang ini ialah separti ada kekangan dan hambatan kepada Islam itu sendiri untuk di amalannya dalam keadaan Islam adalah merupakan Agama Persekutuan. Islam ini sumbernya adalah Al-Quran Nur Karim kalau kita lihat kepada usul ataupun cadangan pindaan kepada Akta 355 ini, ia adalah bermaksud untuk melaksanakan apa yang terkandung dalam Al-Quran Nur Karim sebagai contoh cadangan untuk sebat 100 rotan sebatan syariah. Ia di ambil daripada

final • 3:10 PM

Tuan Haji Nasrudin bin Hassan - Temerloh

apa yang dinaskan oleh Allah dalam Al-Quran Nur Karim. Al-Quran itu adalah kitab suci kepada Islam, tiba-tiba kita orang Islam hendak mengamalkan apa yang termaktub dalam Al-Quran Nur Karim ada kekangan, ada hambatan, ada halangan, ada tentangan daripada pihak yang lain dalam keadaan agama-agama yang lain, mereka bebas untuk mengamalkan secara aman dan damai dalam mana-mana bahagian Persekutuan ini.

Jadi saya kira ini adalah situasi tidak bagus dan tidak baik, sepatutnya apabila Islam sebagai agama persekutuan maka diizinkanlah secara bebas, secara selesa secara harmoni untuk orang-orang Islam mengamalkan apa juga peruntukan perintah dalam al-Quran Nur Karim yang menjadi sumber kepada Islam dan Islam itu adalah Agama Persekutuan. Jadi apakah Yang Berhormat Kota Bharu bersetuju dengan pandangan saya?

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Kalau kita melihat dari segi sejarah Tuan Yang di-Pertua, semasa British, dia membenarkan undang-undang syariah diamalkan oleh orang Islam dan inilah kebijaksanaan penjajah ketika itu. Dia tidak mahu ada tentangan daripada orang Islam sendiri bila dia menjajah jika orang-orang Islam di halang untuk mengamalkan undang-undang syariah.

Saya bimbang kepada rakan-rakan saya Ahli-ahli Yang Berhormat. Jika undang-undang ini dihalang untuk dilaksanakan masyarakat Islam akan melihat bahawa kita menghalang suatu undang-undang yang memberi kebebasan kepada mereka untuk mengamalkan. Ini boleh menyebabkan keadaan kestabilan negara kita boleh terancam dan menyebabkan golongan extremist mengambil kesempatan daripada suasana seperti ini dan ini akan menimbulkan keadaan yang tidak sihat dan huru-hara dalam negara.

Kalau undang-undang ini— kalau British bijaksana, menjajah pun membenarkan undang- undang ini setelah negara kita merdeka kita menghalang undang-undang dilaksanakan saya percaya jika di halang undang-undang ini golongan extremist akan mengambil kesempatan dalam keadaan ini menyebabkan keadaan menjadi huru-hara dala negara ini.

final • 3:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih kepada kedua-dua sahabat saya Yang Berhormat Temerloh dan juga Yang Berhormat Rompin.

final • 3:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Kota Baharu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Kota Bharu setelah mendengar begitu banyak persejarahan yang menjadi bukti bahawa tahap-tahap pemahaman dan kepekaan terhadap agama Islam sebagai satu Agama Rasmi Persekutuan begitu tinggi. Bukan sahaja mereka yang mendrafkan Perlembagaan ini daripada awal, juga pengamal-pengamal atau pemimpin- pemimpin ketika dulu. Akan tetapi hari ini mungkin sebab kita kefahaman itu menjadi luntur, mungkin disebabkan oleh kefahaman kita, jati diri, budaya kita ataupun bahasa kita begitu kurang sehingga kita tidak peka, tidak sensitif, tidak memahami dalam konteks-konteks yang mencerminkan kita pelbagai bangsa dan agama.

Jadi apakah itu juga— contohnya baru-baru ini ada tanggapan, tafsiran yang begitu jauh sekali daripada fakta sebenar menyebabkan kecelaruan. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Kota Bharu. Apakah kefahaman kita selepas 60 tahun merdeka, berdepan dengan isu-isu yang berkaitan agama rasmi persekutuan begitu rendah di kalangan kita apatah lagi di kalangan pemimpin-pemimpin yang mewakili masyarakat di dalam Dewan yang mulia ini? Apa pandangan Yang Berhormat Kota Bharu? Terima kasih.

final • 3:10 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Kota Bharu sedikit.

final • 3:10 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya mendengar penjelasan, penerangan daripada Yang Berhormat Kota Bharu dengan jelas dan terang dan sebelah pagi tadi pembentangan daripada Yang Berhormat Marang. Hasil daripada penerangan ini saya tidak nampak ada gangguan ataupun ancaman kepada mana-mana pihak, sama ada orang Islam atau bukan Islam. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Kota Bharu, apakah agak-agaknya yang menjadi kerisauan kepada mana-mana pihak, sama ada kepada orang Islam sendiri kerana takkanlah kalau orang Islam dia tidak suka Mahkamah Syariah ini diberikan kuasa naik taraf untuk memperkasakannya.

Tambah lagi kalau kita kata kita di sebut sebagai Islam, kita seolah-olah juara tetapi dalam hal ini kitalah penentang dan kepada yang bukan Islam saya tidak nampak apa kerisauan mereka kerana jelas yang ini tidak melibatkan orang bukan Islam dan tidak ada ancaman kepada orang bukan Islam ataupun agama bukan Islam sendiri pun tidak ada ancaman. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Kota Bharu?

final • 3:10 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Saya mendengar dengan teliti perbahasan Yang Berhormat Kota Bharu. Rang Undang-undang 355 ini sudah begitu lama sebenarnya, lebih daripada 30 tahun. Kalau dulunya sangat harmoni dan tidak ada kerisauan dan kebimbangan, malah saya hendak tekankan pada zaman sekarang ini setelah begitu lama banyak juga amalan-amalan prinsip-prinsip Islam telah dapat diterima sebenarnya oleh orang-orang yang bukan Islam.

Saya hendak bagi dua contoh, yang pertamanya kewujudan bank Islam.

Sebenarnya prinsip yang ada dalam bank Islam ini memang banyak di sukai oleh orang yang bukan Islam pun, ramai orang yang bukan Islam yang menggunakan perkhidmatan dan prinsip-prinsip bank Islam. Kedua, amalan yang kita lihat makin lama makin disukai ialah berkhatan, berkhatan ini adalah amalan agama Islam. Sebagai seorang doktor Tuan Yang di-Pertua, saya telah mengkhatankan ramai orang yang non-Muslim dan bukannya dia hendak masuk Islam, dia kata kebersihan. Jadi agama ini ialah agama yang bersih, yang baik.

final • 3:10 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Kalau benda-benda ini boleh diterima setelah begitu lama, saya percaya— apa pendapat Yang Berhormat Kota Bharu yang banyak lagi benda-benda lain sebenarnya boleh diterima, yang jelas menunjukkan Islam ini adalah agama yang syumul, yang baik sekali. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Sikit, Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 3:20 PM

Seorang Ahli

Hakim, hakim.

final • 3:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Kota Bharu sikit, Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 3:20 PM

Seorang Ahli

Hakim, hakim.

final • 3:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Kalau kita faham dengan RUU 355, sebenarnya apa yang kita nak buat sekarang? Apa yang kita nak buat adalah menaikkan hukuman yang sedia ada. Bermaknanya, undang-undang yang dah ada sekarang ini dibuat di bawah Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan. Jadi bila dah dibuat, ia tertakluk kepada pindaan kalau ada sebab-sebab yang memerlukan pindaan.

Contoh saya bagi, baru-baru ini kita ada buat satu pindaan Akta Kanun Tanah Negara. Menceroboh tanah kerajaan, daripada RM10,000 kita naikkan sehingga RM1 juta dan kita luluskan. Sekarang ini— satu lagi contoh saya bagi. Dulu kalau kes curi motosikal, kenderaan, tak ada hukuman yang wajib penjara. Tetapi selepas itu dipinda kepada hukuman yang wajib penjara satu tahun kalau mencuri kenderaan dan kalau component part pun dia curi, pun enam bulan wajib penjara.

Jadi kenapa bila kita nak pinda yang dah memang ada, tahun 1984 kita dah pinda, hukuman semua dah ada, sehingga hukuman sebat pun ada, kenapa kita nak tentang yang ada sekarang? Itu yang saya tak faham sekarang. Maknanya kita nak menaikkan hukuman yang memang sudah sedia ada kerana banyak keadaan sebab- sebab kenapa kita perlu naikkan. Berlakunya sekarang ini anak-anak tak sah taraf dan berlaku juga baby dumping yang selalu disebut oleh Yang Berhormat Batu Kawan, selalu sebut pasal baby dumping. Daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor pun biasa sebut pasal baby dumping.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Setiu.

final • 3:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Jadi saya nak beritahu, inilah sebab-sebabnya kerana penzinaan...

final • 3:20 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Yang Berhormat Setiu.

final • 3:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

...Maka itulah, maka perlunya pindaan ini dibuat.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Bharu. Menurut peraturan mesyuarat, dalam mencelah ini, cuma minta penjelasan kepada perkara yang tidak difahami. Bukan berhujah untuk memberi pendapat kita kepada Yang Berhormat yang sedang berhujah. Silakan, Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 3:20 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya daripada enam orang sahabat Ahli Parlimen yang telah bangkitkan tadi, saya rasa empat daripadanya bukan soalan. Saya boleh terima pandangannya terutamanya daripada Yang Berhormat Setiu, kemudian Yang Berhormat Bagan Serai sendiri, Yang Berhormat Jerantut dan juga Yang Berhormat Kota Tinggi memberikan pandangan, saya amat bersetuju dan masuk sebagai sebahagian daripada ucapan saya.

Saya nak respons kepada dua sahaja. Pertama, daripada Yang Berhormat Temerloh. Yang Berhormat Temerloh telah quote Artikel 3 atau Perkara 3 ini yang mengatakan agama Islam adalah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. That is the beauty of the provision dalam ini. Islam adalah Agama Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman, damai di mana-mana bahagian.

Ada pandangan mengatakan mentafsirkan apabila kita melihat kepada wording ataupun perkataan-perkataan dalam peruntukan 3(1) ini, seolah-olahnya Islam, Agama Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Seolah-olah agama Islam tak boleh diamalkan dengan aman dan damai. Itu ada satu pandangan.

Namun demikian, bagi saya, saya rasa itu bukanlah maksud kepada peruntukan ini.

Namun demikian, bagi Yang Berhormat Temerloh, saya nak quote dalam Jadual Kesembilan mengenai Senarai II butiran 1 ini, ini satu benda yang penting Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, dalam butiran 1 ini disebut “Kerajaan negeri boleh mengadakan dan menghukum kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam”. Kalau kita tafsirkan secara literal, rukun Islam bermaknanya lima sahaja.

Mengucap, sembahyang, puasa, zakat dan haji. Tetapi dalam perkara ini, saya ingin mengutip keputusan ataupun tafsiran yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan dalam banyak kes yang dirujuk. Maksud ‘rukun Islam’ di dalam Perlembagaan Jadual Kesembilan ini adalah mengikut perintah agama Islam bukannya rukun sahaja. Rukun itu hanya lima. Perintah itu banyak. Jadi, Mahkamah Syariah boleh membuat undang- undang berkaitan dengan apa-apa yang merupakan perintah kepada orang Islam. Oleh sebab itulah bukan setakat sembahyang, puasa sahaja, khalwat, kemudian yang lain-lain pun ada, benda-benda yang mengenai larangan ataupun perintah dalam agama.

Keduanya daripada Yang Berhormat Rompin mengatakan zaman British dulu diberi kebebasan. Memang kita akui daripada segi sejarah, cumanya pada satu masa yang saya sebutkan tadi, hanya ada satu institusi mahkamah iaitu dipanggil Mahkamah Balai, Mahkamah Syariah. Akan tetapi pada tahun 1920, British telah mewujudkan dua sistem, Mahkamah Syariah masih ada tetapi pada masa yang sama, adanya Mahkamah Sivil atau Mahkamah Adat. Jadi, kebebasan kepada orang Islam untuk melaksanakan undang-undang Islam, perintah agama ini tetap ada.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:20 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Bharu, minta laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Saya nak tanya oleh kerana ada persoalan dan menjadi polemik ketika kita membicarakan tentang RUU 355 ini. Ada menyebut bahawasanya dengan kita meluluskan RUU 355 ini, ini mewujudkan seolah-olah adanya dua sistem perundangan di dalam negara kita. Jadi saya minta komen daripada Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 3:20 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih sahabat saya daripada Yang Berhormat Bukit Gantang. Soalan yang saya rasa cukup jelas dan jawapannya juga cukup jelas. Sebagaimana yang kita tahu bahawa di dalam negara kita sebelum merdeka dan juga selepas merdeka pun kita sudah ada dua sistem perundangan atau mahkamah.

Satunya mahkamah sivil, satunya Mahkamah Syariah. Ada orang mengatakan seolah-olah tidak berlaku adil dalam misalnya orang Islam ada perkara yang dia tak boleh buat sedangkan orang bukan Islam boleh buat. Akan tetapi ini kita kena rujuk balik kepada Perlembagaan tadi yang merujuk kepada perintah-perintah agama dan sebagai orang Islam, saya rasa kita tidak ada pilihan sebagaimana ayat Al-Quran yang saya sebutkan di awal-awal ucapan saya tadi, bila Allah dan Rasul menetapkan satu-satu peraturan, so we have no choice. Kita tidak ada pilihan untuk memilih yang lain selagi kita menjadi seorang Islam. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Tuan Yang di-Pertua, boleh minta celahan sikit? Yang Berhormat Kota Bharu, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua,

final • 3:20 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

adakah had perbahasan Yang Berhormat Kota Bharu ini supaya kita ada peluang untuk berbahas nanti? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat itu bertanya kepada Speaker, Yang Berhormat Kota Bharu. Jadi bermakna bukan pencelahan, penjelasan itu daripada Speaker. Kalau saya tetapkan pada kebiasaannya saya daripada mula tetapkan. Kalau dalam perbahasan selepas itu saya kata, ”Okey, sekarang kita tetapkan”. Saya akan tetapkan. Sila teruskan.

final • 3:20 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih...

final • 3:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, jawapan Tuan Yang di-Pertua itu saya tak berapa faham. Minta maaf.

final • 3:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Adakah kami akan diberi peluang untuk turut membahas ataupun adakah hari ini hari PAS? Kita isytiharkan hari ini hari PAS, PAS bawa usul daripada pagi sampai...

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Hari PAN tak ada.

final • 3:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ataupun adakah kami— adakah PAS, maaf. PAS dan UMNO, hari PAS dengan UMNO. Ataupun adakah kami...

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Hei! PAN pergi tidurlah.

final • 3:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Adakah kami akan diberi peluang Tuan Yang di-Pertua? Pasal kami...

final • 3:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

PAN dengan DAP.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, tolong Ahli Yang Berhormat, yang bersuara kita tidak nampak siapa yang bercakap itu. Tolong.

final • 3:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ya, ya. Pasal kami dah bersedia.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, saya faham Yang Berhormat.

Yang Berhormat, dalam apa-apa perbahasan, kita harus mendengar peraturan mesyuarat. Sekarang ini saya sedang mendengar dengan teliti hujah daripada Yang Berhormat Kota Bharu menyokong usul Yang Berhormat Marang. Jadi kalau sudah sampai masa dia untuk saya kemukakan masalah untuk dibahas dan diputuskan, pada ketika itu baru saya menjemput, “Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat untuk berbahas”.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Belum sampai pun ke situ Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang menjadi...

final • 3:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dulu, nanti dulu.

final • 3:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih atas penjelasan.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dulu Yang Berhormat. Apa yang menjadi masalah kepada saya, Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri tidak konsisten dengan pendapat masing- masing. Kadang-kadang kalau saya bagi berucap panjang lebar, juga ditanya seperti begitu. Kalau saya hadkan masa kepada lima minit, mengompelin bahawa tidak cukup masa. Tolong. Sila.

final • 3:30 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Okey, Tuan Yang di-Pertua, saya cuba tidak melengahkan masa dengan memberi laluan kepada rakan-rakan kecuali perlu. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya meneruskan ucapan saya terus kepada usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Marang pada hari ini dan sebelum ini dua tarikh yang lepas iaitu cadangan untuk meminda proviso kepada seksyen 2 di dalam Akta 355 ini yang mana Akta 355 ini dalam seksyen 2 dengan jelas menyebutkan mengenai bidang kuasa jenayah kepada Mahkamah Syariah yang sebelum ini bidang kuasanya tidak boleh dihukum penjara melebihi tiga tahun, tidak boleh denda melebihi RM5,000, tidak boleh sebatan melebihi enam kali. Itu peruntukan.

final • 3:30 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Jadi yang hendak dipindanya adalah daripada tiga tahun kepada 30 tahun. Saya akan bagikan rasionalnya selepas ini. Daripada RM5,000 kepada RM100,000. Daripada enam kali sebatan kepada 100 kali sebatan yang dilaksanakan secara sebatan syariah.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan. Pindaan terakhir Akta 355 ini adalah pada tahun 1984. Sekarang ini kita berada dalam tahun 2017. Bermakna, Akta 355 ini sudah 33 tahun tidak dipinda. Itu yang tiga tahun, RM5,000, enam rotan sudah 33 tahun tidak dipinda. Oleh sebab itulah Ahli Parlimen Marang— ini bukan PAS ini, ini Ahli Parlimen Marang, sebagai Ahli Parlimen pembangkang pula. Hari ini pun bukan hari PAS sebab itu saya bagi celahan dan saya pun mengatakan salam Parlimen Malaysia, bukan salam PAS. Tidak ada ya?

[Disampuk] Jadi, Tuan Yang di-Pertua, 33 tahun sudah tidak dipinda, sudah tentulah undang-undang itu kalau dalam bahasa yang agak kasar dipanggil undang-undang lapuk, undang-undang yang sudah lama yang tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa.

Apatah lagi, semasa dibentang tahun 1965, kerajaan sendiri mengatakan bahawa undang-undang ini boleh dipinda mengikut keperluan masa dan juga keadaan.

Baik, kenapa 30 tahun? Ramai orang bertanya kenapa kita mencadangkan 30 tahun. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat ingat, pada masa awalnya iaitu pada bulan Mei 2016, Yang Berhormat Marang mencadangkan satu pindaan iaitu hukuman tiga tahun, RM5,000 dan enam rotan ini digantikan dengan apa-apa hukuman mengikut hukum syarak kecuali hukuman mati. Itu kalau kita ingat lagi. Kemudian pada 24 November dipinda menjadikan sebagaimana sekarang ini diletakkan 30 tahun ganti tiga tahun, RM100,000 ganti RM5,000 dan 100 rotan syariah ganti enam rotan.

Saya hendak sebutkan bahawa berdasarkan kepada satu perundangan iaitu Criminal Justice Act 1953, Akta Keadilan Jenayah 1953 yang telah dibuat pindaan oleh Parlimen Malaysia pada tahun 2007 telah mendefinisikan penjara seumur hidup, life imprisonment kepada 30 tahun. Sebelum itu dikira 20 tahun. Sekarang ini, maksud penjara seumur hidup iaitu hukuman yang paling tinggi sebelum hukuman mati, penjara seumur hidup adalah 30 tahun. Jadi saya percaya Yang Berhormat Marang telah mengambil definisi ini. Asalnya dia kata kecuali hukuman mati, maknanya the maximum is life imprisonment. So sekarang ini pindaan yang terkini 30 tahun sebagaimana tafsiran yang dibuat oleh Akta Keadilan Jenayah 1953.

Kenapa 30 tahun? Itu terlalu tinggi dan sebagainya. Saya hendak menyatakan bahawa Akta 355 yang pinda kepada 30 tahun ini memberikan maksimum 30 tahun.

Terpulanglah kepada negeri-negeri apabila dia enact, dia membuat undang-undang di peringkat negeri, dia hendak ambil 10 tahun kah, 20 tahun, asalkan tidak melebihi 30 tahun. This is a blanket provision. Terpulang kepada negeri-negeri untuk mengambil ini.

Ini maksimum.

Dan ini satu perkara yang bukan asing, bukan pelik 30 tahun penjara ini. Kalau kita melihat di dalam Penal Code, dalam Kanun Keseksaan, dalam seksyen 377B, sumbang mahram ataupun incest, hukuman dia antara 10 tahun minimum kepada 30 tahun. Sudah ada dalam perundangan kita, bukan satu yang baru. Begitu juga dalam seksyen 377CA, perhubungan seks dengan objek, itu dalam Kanun Keseksaan, hukumannya minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun. Jadi apa peliknya 30 tahun untuk kita cadangkan bagi Akta 355 ini?

Keduanya, maksimum RM100,000. Rasional ataupun dia punya munasabahnya ialah RM100,000 adalah maksimum juga untuk semua jenis kesalahan yang akan dibuat oleh negeri, kesalahan kecilkah, kesalahan besarkah. Sudah tentulah kesalahan kecil dia tidak ambillah RM100,000. Kesalahan yang besar dia akan ambil RM100,000. Undang- undang ini memberikan maksimum kepada badan perundangan negeri untuk buat undang-undang not exceeding RM100,000, dengan izin.

Begitu juga dengan rotan. Rotannya 100 kali sebatan yang dilaksanakan secara sebatan syariah. Sebagaimana Yang Berhormat Marang sebut tadi, bunyinya 100 tapi pelaksanaannya 100 rotan itu adalah lighter than one civil stroke ataupun satu rotan sivil.

Saya jadi Majistret, saya pernah pergi tengok dulu di penjara orang kena rotan.

Terkencing, terberak dan sebagainya. Satu rotan sahaja. Akan tetapi syariah— banyak ditayangkan sekarang ini apa yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah Tawau, pelaksanaannya. Banyak dalam video-video di-viral. Itulah cara sebatan syariah yang kita hendak buat.

Seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Marang tadi, kita ada peraturan mengenai hukuman sebat ini. Rotannya ada ukurannya iaitu panjang tidak lebih 1.22 meter, diameternya tidak lebih 1.25 sentimeter, sebatannya tidak boleh kena tempat-tempat tertentu, sebatan dengan kekuatan sederhana, tukang sebat tidak boleh

final • 3:30 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

angkat tangan melebihi kepala. Dia lebih kurang lagi daripada public canning di sekolah.

Dan kesannya tidak boleh sehingga melukakan kulit pesalah. Manakala untuk sebatan sivil itu, kita semua tahulah macam mana kesan dan sebagainya. Jadi itu rasional kenapa kita mencadangkan perkara ini.

Satu lagi perkara, Tuan Yang di-Pertua. Saya sudah hendak menurun...

final • 3:30 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Panjang lagi, Yang Berhormat?

final • 3:30 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 3:30 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Give me about 10 minutes, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Oleh sebab kita melihat bagaimana anak kita yang keluar daripada graduate daripada UIA ataupun graduate daripada Universiti Malaya, apabila mereka bekerja sebagai Majistret, mahkamah yang paling rendah dalam mahkamah sivil, bidang kuasa yang ada pada mereka itu ialah lima, sepuluh dan 12.

Sedangkan, bidang kuasa yang ada kepada Ketua Hakim Syarie yang sekarang ini diketuai oleh Yang Arif Tan Sri Ibrahim Lembut, yang gajinya juga kita lihat gajinya mungkin bertaraf TURUS dan sebagainya, sedangkan anak kita yang bekerja sebagai Majistret ini gajinya mungkin dalam gred 44, mungkin gred 41, mungkin gajinya dalam lingkungan RM3,000 sahaja tapi bidang kuasa dia lebih tinggi daripada bidang kuasa Ketua Hakim Syarie yang hanya setakat tiga, lima dan enam sedangkan kuasa Majistret pula ialah lima, 10 dan 12. Minta penghuraian daripada Yang Berhormat Kota Bharu.

Terima kasih

final • 3:30 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Yang Berhormat Kota Bharu, mencelah sedikit.

final • 3:30 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Yang Berhormat Kota Bharu, sikit.

Bachok, Bachok.

final • 3:30 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Bharu. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Bharu tadi sebut pindaan pada tahun 1984 tiada halangan oleh MP-MP bukan Islam termasuk mantan pemimpin MCA seperti Tan Sri Lee Kim Sai, sedangkan Yang Berhormat tahu bahawa senario berlainan sekarang. Ketika itu tidak ada elemen hudud yang dibangkitkan.

final • 3:30 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Kini Enakmen Kesalahan Syariah (Terengganu) 2003 dan Enakmen Kesalahan Syariah (Kelantan) (Pindaan) 2015 yang tersurat perkataan hukum hudud seperti diwartakan sedang menanti Dewan ini meluluskan pindaan Rang Undang-undang 355 untuk membolehkan negeri-negeri melaksanakan enakmen ini yang termasuk kesalahan mempunyai perkataan hudud dalam enakmen Terengganu dan Kelantan. Inilah yang merupakan pertikaian dan kebimbangan masyarakat bukan Islam. Lantaran masyarakat beranggapan ianya tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan. Apa yang masyarakat bukan Islam membangkang ini bukan Akta 355 yang telah lama dilulus dan pindaannya pada tahun 1984 dan tahun 1989. Akan tetapi pindaan yang hendak dibawa oleh Yang Berhormat Marang didapati mempunyai elemen hukuman terlalu tinggi termasuk penjara 30 tahun. Tolong beri penjelasan. Sekian, terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Yang Berhormat Kota Bharu, Bachok sikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

[Bangun]

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau boleh Yang Berhormat kurangkan pencelahan itu kalau apa-apa yang telah disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat lain sudah dibuat. Sila kalau boleh ini penghabisan. Sila.

final • 3:40 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kota Baharu, daripada penjelasan Yang Berhormat Kota Bharu kita cuma hendak meminda yang telah dibuat daripada tahun 1965 dan seterusnya sehingga 80 lebih. Tiga fasal. Persoalannya ialah masyarakat di luar menganggapkan seperti mana kata Yang Berhormat Tebrau, apa pandangan Kota Bharu, di luar menganggapkan seolah-olah hendak buat hukum hudud, potong tangan dan pelbagainya. Tolong beri

final • 3:40 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

penjelasan yang lebih jelas supaya kekeliruan yang didapati oleh masyarakat luar ini dapat diperjelaskan. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Tuan Yang di-Pertua, simple- simple. Sikit.

final • 3:40 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya terpaksa hadkan, menghormati Tuan Yang di-Pertua. Saya jawab dulu, saya jawab dulu. Pertamanya daripada Yang Berhormat Tebrau. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau.

Pertamanya saya hendak sebutkan dan juga Yang Berhormat Marang juga dengan jelas bahawa pindaan Akta 355 ini tidak ada kena mengena langsung dengan hudud termasuklah dikatakan enakmen hudud di Kelantan di Terengganu. Tidak ada hukuman, tidak ada kaitan langsung. Walaupun ada 100 rotan misalnya. Okey, 100 rotan ini adalah satu hukuman yang diperuntukkan oleh Al-Quran, oleh Islam. Dalam negara kita ini bukan ini satu sahaja yang dibuat undang-undang yang dibuat berdasarkan Islam, sebagaimana Yang Berhormat Bagan Serai sebut tadi.

Undang-undang Perbankan Islam, diterima. Apa lagi yang Islam, banyak lagilah yang Islam diterima. Bukan ini sahaja. Jadi walaupun ini berdasarkan kepada Islam, ia tetap bukan untuk pelaksanaan hudud. Ini kerana hudud ini dia ada ciri-ciri dia, ciri-ciri yang boleh dikenakan hukuman hudud. Lagipun Yang Berhormat saya hendak sebutkan, whether it is hudud or not, sama ada ia hudud ataupun tidak it got nothing to do dengan orang bukan Islam, nothing to be worried about. Tidak perlu risau. Dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kelantan) seksyen 2 dengan jelas disebut expressly stated, bahawa enakmen ini tidak terpakai kepada orang bukan Islam, full stop. Tidak terpakai, it’s not applicable to non-Muslim. Kalaupun itu hudud, you got nothing to worry about, not applicable to non-Muslim. Sekejap, yang keduanya, saya rasa saya jawab sekali dengan last ya. Sebab Tuan Yang di-Pertua dah hendak..

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Jangan last lagi, Bachok belakang ini.

final • 3:40 PM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Saya membaca huraian yang kita dapat di atas meja ini. Dalam rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah iaitu bidang kuasa jenayah dengan objektifnya untuk meningkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah. Peningkatan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah ini juga selaras dengan langkah untuk menambah baik pentadbiran Mahkamah Syariah.

Saya hendak tanya pada Yang Berhormat Kota Bharu, adakah kerana penentangan-penentangan dan juga maklumat yang mereka terima ini, seperti yang Yang Berhormat Kota Bharu sebut, terangkan secara detail, jelas. Adakah mereka ini tidak mendapat maklumat yang betul. Maka akhirnya berlakunya penentangan dan suara-suara yang rasanya tidak setuju berkaitan dengan rang undang-undang ini. Apa pandangan Yang Berhormat Kota Bharu?

final • 3:40 PM

Tuan Haji Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Saya sikit lagi hendak sentuh. Rata- rata tadi melihat apabila kita membaca cadangan ataupun pindaan kepada Akta 355 ini ialah meletakkan 100 kali sebatan, 30 tahun penjara, RM100,000 denda. Maka itu dianggap suatu hukuman yang terlalu tinggi. Sedangkan baru sahaja beberapa hari kita bincang di Dewan yang mulia ini, tentang Akta Keganasan Seksual Kanak-kanak yang dibincangkan di situ, cadangan hukuman ada yang 25 tahun, 30 tahun. Kenapa pada waktu itu, sewaktu 25 tahun, 30 tahun untuk Akta Keganasan Seksual ini tidak dilihat terlalu tinggi hukumannya. Apabila dibincang pada pindaan Akta 355, dilihat itu terlalu tinggi. Apakah akta lain tidak tinggi, maka oleh kerana ini Akta 355 yang berkait dengan Muslim maka dilihat tinggi. Jadi saya kira ini suatu pandangan yang perlu diberikan penjelasan.

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Yang Berhormat Kota Bharu sikit, Bachok belakang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Ada yang berpandangan dia boleh menerima pindaan ini dalam bab sebatan syariah 100 rotan. Akan tetapi tidak boleh menerima 30 tahun penjara dan RM100,000 denda. Sehingga ada yang bercakap dan saya sebenarnya menunggu soalan daripada yang bercakap itu. Akan tetapi oleh kerana mereka tidak bertanya, saya bertanya bagi pihak mereka. Ada mengatakan kalau diluluskan pindaan ini nanti, maka mengajar tanpa tauliah pun akan didenda sampai RM100,000 ataupun 30 tahun penjara. Jadi macam mana kita hendak menjawab kepada orang yang tidak faham, tidak jelas ataupun pura- pura tak faham ini. Minta komen Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 3:40 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih. Saya tidak jawab dahulu. Pertamanya yang saya rasa Yang Berhormat Bukit Gantang dengan Yang Berhormat Sekijang tu lebih kurang sama. Saya hendak sebut, memanglah sebagaimana Yang Berhormat Bukit Gantang sebut, saya pernah jadi majistret pada tahun 1986 sebagai contoh. Saya jadi majistret selepas universiti, gaji pada masa itu RM1,060.

Kuasa saya sebagai majistret ialah boleh menghukum lima tahun penjara, RM10,000 denda dan 12 kali rotan. Jiran saya yang merupakan Ketua Hakim Syarie yang sudah ada pengalaman 30 tahun lebih sebagai hakim. Ketua Hakim Syarie di Mahkamah Syariah sudah umur pencen, disambung kontraknya. Kuasanya hanya tiga tahun, RM5,000 dan enam rotan. Itu hendak tengok banding jauhnya. Mahkamah Majistret the lowest court in the civil system lebih tinggi daripada Mahkamah Syariah.

Inilah kedudukannya yang kita hendak pertingkatkan kedudukan ini. Saya pernah bergurau kepada Datuk ini yang masih lagi Ketua Hakim Syarie di sesuatu tempat. Saya kata kalaulah Akta 355 tidak dipinda, ditakdirkan cucu Datuk keluar universiti, jadi majistret, cucu Datuk ini bidang kuasa lebih tinggi lagi daripada Datuk sebagai Ketua Hakim Syarie. That is the position of Mahkamah Syariah yang kita hendak pertingkatkan sedikit dan bila kita pertingkatkan sebagai mana cadangan Yang Berhormat Marang ini pun, dia hanyalah sama dengan Mahkamah Sesyen sahaja.

Mahkamah Sesyen tidak sampai kepada Mahkamah Tinggi, tidak boleh jatuh hukum mati. Jadi saya rasa itu keadaan, maaf Yang Berhormat Tebrau saya rasa saya hendak habiskan.

final • 3:40 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 3:40 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Jadi yang - fasal saya rasa bersalah dengan Tuan Yang di-Pertua. Okey poin saya yang hampir akhir.

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Bangun] Sebelum itu minta Lenggong masa.

final • 3:40 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Sekejap. Saya hendak sebutkan juga ini orang silap faham mengenai dia kata kalau Akta 355 yang kita bahaskan ini diluluskan dia menjadi automatik kepada enakmen-enakmen negeri yang ada ini automatik menjadi 30 tahun, menjadi RM100,000, menjadi 100 rotan, tidak begitu.

Sebenarnya Akta 355 sebagaimana yang saya sebut tadi adalah akta di peringkat Parlimen yang memberikan kebenaran kepada Dewan Undangan Negeri membuat enakmen-enakmennya dengan hukuman kesalahan jenayah syariah itu tidak lebih daripada ini. Dia tidak automatik. It is optional. Sebagai contoh, kalau Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak berhasrat untuk adopt kalau sekiranya Akta 355 diluluskan, itu tidak apa, boleh guna Akta 356, tiga tahun, RM5,000 dan enam rotan. Kerajaan Sarawak tidak mahu mengambil hasil daripada pindaan ini, tidak apa, tidak jadi wajib, itu adalah optional semata-mata. Tidak jadi wajib.

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pindaan seksyen 2, Akta 355 ini sangat jelas untuk memperkukuhkan kedudukan Mahkamah Syariah kita. Sejarah telah pun membuktikan beberapa kali pindaan telah dibuat di Dewan yang mulia ini dan suasana ia dilakukan cukup harmoni yang juga mendapat sokongan pelbagai pihak.

Saya percaya jika kita meletakkan semangat yang sama, begitu mudah untuk kita selesaikan apa yang sedang kita bawa ini. Cuma saya nak tanya pandangan Yang Berhormat Kota Bharu saya yakin dengan akta ini malah tidak sekali-kali bergoyang dengan apa yang nak dibawa ini. Cuma saya nak tanya pandangan Yang Berhormat Kota Bharu dari segi kepakaran, apa pandangan Yang Berhormat Kota Bharu kepakaran untuk melaksanakannya. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Yang Berhormat Kota Bharu boleh beri laluan? Okey. Yang Berhormat Kota Bharu saya minta penjelasan ini memang dari segi undang-undang. Adakah pindaan ini tidak sesuai kerana ia akan menentang Perlembagaan Persekutuan khususnya iaitu Artikel 8 yang menyatakan semua rakyat adalah sama rata dari sisi undang-undang. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih. Pertamanya Yang Berhormat Lenggong yang bertanya mengenai kepakaran. Terima kasih, itu soalan yang mungkin boleh memberi penjelasan. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, di negeri-negeri seluruh Malaysia ini, di semua penjara di negeri-negeri seluruh Malaysia ini sudah ada tempat pelaksanaan hukuman sebat untuk syariah, sudah ada. Tukang sebat sudah ada, tempat sebat sudah ada, orang yang nak disebat pun sudah ada. Sudah dilaksanakan,

final • 3:50 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

tidak ada masalah. Kepakaran itu tetap ada. Jadi yang denda ini tidak perlu kepakaranlah rotan saja, memang jelas. Jadi yang nak dilaksanakan bilangannya daripada enam kepada maksimum 100. Terima kasih.

Keduanya, saya berminat dengan Yang Berhormat Alor Gajah, Artikel 8 equality before the law, itu kesamarataan. Sebagaimana yang kita sebut tadi, banyak tafsiran menunjukkan bahawa kita tidak boleh membuat perbandingan antara satu-satu kepercayaan dengan kepercayaan yang lain, sebagai contohnya kalau orang Islam dia ada undang-undang Islam yang dia perlu patuhi. Bila dia jadi orang Islam dia kena patuh kepada undang-undang ini tanpa boleh dipersoalkan. Misalnya dia wajib puasa dan sebagainya, dia tidak boleh kata, ‘oh that’s my right whether I want to fast or not’, tidak boleh. Begitu juga undang-undang lain.

Inilah dalam konsep undang-undang dipanggil yang saya pernah bacalah, positive discriminination. Dia discrimination tetapi positif kepada orang Islam. Kalau you sebagai orang Islam, you tidak ambil benda, you anggap sebagai satu yang misal kata you nak minta supaya senang-senang nak murtad, itu tidak boleh. Oleh sebab walaupun itu kebebasan ada tetapi sebagai orang Islam kebebasan itu perlu dihadkan di situ.

Terima kasih Saya sudah akhir Tuan Yang di-Pertua, tujuan Akta 355 dipinda adalah tidak lain dan tidak bukan sebagaimana Yang Berhormat Marang sebut, pertamanya untuk mendidik (to educate). Keduanya untuk mencegah (to prevent). Ketiga untuk memulihkan

(to rehabilitate) di kalangan orang Islam sahaja. Bila orang Islam baik mungkin orang bukan Islam pun selamat juga. Jadi kita, we are concerned about Muslim only. Apa yang kita lihat sekarang inilah walaupun mungkin orang...

final • 3:50 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Kota Baharu.

final • 3:50 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya nak sebut beberapa contoh yang ada di Kelantan, saya ada di negeri Kelantan.

final • 3:50 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Kota Bharu, boleh menyoal satu?

final • 3:50 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Sekejap saya nak, let me [Tidak jelas] Sekejap Yang Berhormat Penampang.

final • 3:50 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Thank you.

final • 3:50 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Di Kelantan saya ambil contoh arak. Dalam kes ini kita nak bincang arak. Dalam enakmen negeri-negeri ada kesalahan minum arak. Dalam Islam minum arak kena sebat 40 rotan. Di Kelantan, apabila PAS menjadi kerajaan sejak tahun 1990, kita tidak pernah mengharamkan arak kepada orang bukan Islam. Malahan penjualan arak ini disusun dengan lebih. Saya pernah jadi Exco Kerajaan Tempatan yang menentukan pengeluaran lesen kepada kedai-kedai arak ini.

Saya boleh tunjuk di mana kalau ada siapa nak minum arak di Kota Bharu, tetapi saya tidak pergilah, saya boleh tunjuk sahaja. Ini nak menunjukkan walaupun ada Akta 355, jangan anggap bila dipinda Akta 355 ini, orang bukan Islam sudah tidak boleh minum arak, tidak. Tidak pernah satu orang pun orang bukan Islam yang minum arak dihadapkan ke Mahkamah Syariah untuk dihukum dan sebagainya, yang ada mungkin memandu dalam keadaan mabuk itu adalah, itu lain cerita. Ini dalam ini. Jadi nak menunjukkan.

Begitu juga satu lagi contoh Tuan Yang di-Pertua. Rumah ibadat orang bukan Islam. Kelantan walaupun diperintah oleh PAS, Tok Guru Nik Aziz sekarang ini pun Menteri Besar yang menggantikannya, kita membenarkan orang bukan Islam untuk membina rumah-rumah ibadat di dalam kawasan mereka tanpa sekatan. Di Kelantan ada sleeping Buddha, standing Buddha, sitting Buddha, kuil Hindu, kuil orang penganut agama Hindu di tengah-tengah bandar Kota Bharu dibenarkan, church, gereja Kristian di hadapan pejabat Menteri Besar Kelantan. Itu maknanya kebebasan orang bukan Islam amat dijamin oleh apa-apa perundangan termasuklah jika sekiranya kita meluluskan Akta 335 ini. Dengan kata-kata itu saya rasa sekali lagi memohon maaf kalau ada apa-apa kesalahan, kesilapan dan sebagainya. Itulah pandangan saya. Saya dengan ini menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Marang. Terima kasih. [Dewan tepuk]

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Selama saya diberi mandat oleh Parlimen untuk memegang jawatan Tuan Yang di-Pertua hampir sembilan tahun, Yang Berhormat sedia maklum bahawa perasaan saya turun naik macam harga saham di KLC. Pada hari ini saya amat gembira dan teruja atas dua sebab,

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

sebab pertama pada hari ini saya berkuasa penuh untuk menguruskan perjalanan Mesyuarat tanpa kekangan peruntukan Peraturan Mesyuarat 15. Itu saya tekankan secara serius.

Kedua, saya faham RUU 355 dengan jelas, sebelum ini samar-samar, kerana banyak risalah, banyak pendapat yang saya terbaca dan yang saya terdengar mengenai dengan RUU 355. Setelah mendengar penjelasan hujah, huraian daripada Yang Berhormat Marang dan hujah sokongan daripada Yang Berhormat Kota Bharu, baru saya benar-benar jelas dengan sejarah RUU 355 ini.

Jadi sehubungan dengan itu, saya ingin kongsi satu kata-kata hikmat oleh seorang pemimpin politik bukan di mana-mana di Sabah. Di Sabah ini kalau fikiran politik ini kami selalu dianggap bahawa we are below par compare dengan kami punya teman- teman di Semenanjung ataupun di Sarawak. Akan tetapi kata-kata hikmat ini terpahat di fikiran saya sampai sekarang iaitu dia kata tidak sebut namalah siapa pemimpin ini, ‘if you are in power you are powerful, if you don’t use your power you’re bloody fool’. Jadi sehubungan dengan kata-kata hikmat ini, hari ini saya very powerful fasal apa saya tidak dikekang oleh Peraturan Mesyuarat 15. Saya bebas untuk mengatur urusan Mesyuarat. Jadi biasanya apabila sesuatu usul itu dibaca dan disokong sama ada, ada hujah daripada sokongan itu atau tidak, Tuan Yang di-Pertua mesti kemukakan kepada Majlis masalah itu untuk dibincang, dibahas dan diputuskan.

Pada hari ini I don’t want to be a bloody fool. Saya mahu gunakan kuasa saya bukan ada kekangan daripada Peraturan Mesyuarat 15, maka saya telah membuat ketetapan untuk perbahasan selanjutnya ataupun masalah ini dikemukakan kepada Majlis dan dibahas dan diputuskan pada sesi yang akan datang, atas sebab itu. [Dewan riuh] Atas sebab itu, saya mohon seorang Menteri untuk baca Peraturan Mesyuarat 12(1) supaya Dewan ini dapat ditangguhkan.

final • 3:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua beri peluang...

[Tidak jelas]

final • 3:50 PM
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 3:59 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, bagi kami peluang bagi kami peluang untuk berbahas Tuan Yang di-Pertua. Biar saya bercakap sedikit Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:59 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Shah Alam duduk, Ahli Yang Berhormat lain tolong duduk, Yang Berhormat Puchong tolong duduk.

Ahli-ahli Yang Berhormat, telah saya jelaskan iaitu saya sendiri gunakan kuasa saya kerana saya mengatur urusan Mesyuarat. Ahli Yang Berhormat akan dapat peluang untuk bahas pada sesi yang akan datang kerana belum saya kemukakan pada hari ini.

Tolong saya Yang Berhormat, saya sudah buat ketetapan.

final • 3:59 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Boleh Tuan Yang di-Pertua, kami menghormati hak dan kuasa Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, dengar cakap kami dulu.

final • 3:59 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat duduk Ahli-ahli Yang Berhormat. Duduk Ahli-ahli Yang Berhormat. Sudah saya buat keputusan Ahli Yang Berhormat.

final • 3:59 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Beri kami bercakap, beri kami peluang untuk bercakap. Boleh kami bercakap sedikit Tuan Yang di-Pertua?

final • 3:59 PM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 3:59 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyokong kepada usul tadi saya hendak dengar. Ada yang menyokong usul Menteri tadi ada?

final • 3:59 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 3:59 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan pada sesi yang akan datang. Terima kasih.

final • 3:59 PM

[Dewan riuh]

[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.00 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026