Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan statistik terkini jumlah kanak-kanak yang dilaporkan hilang dari tahun 2016 sehingga kini dan bagaimana pihak kementerian melihat ancaman pedofilia ini sebagai suatu ancaman yang serius di negara kita.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Sulong, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Aspek perlindungan dan keselamatan kanak-kanak adalah satu perkara yang dapat perhatian khusus daripada pihak kerajaan. Dalam hal ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama-sama dengan Polis Diraja Malaysia telah mengambil inisiatif bagi merangka satu sistem amaran awal kehilangan kanak-kanak yang dikenali dengan nama ‘NUR Alert’. Sistem ini merekod maklumat kehilangan kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah. Melalui sistem NUR Alert, maklumat kanak-kanak yang hilang akan disebar luas kepada masyarakat umum menerusi pelbagai medium seperti laman sesawang, poster, mesin pengeluaran wang automatik (ATM), sistem pesanan ringkas (SMS), televisyen, akhbar, sistem pesanan bergambar (MMS) dan dengan izin, electronic board dan papan kenyataan.
Berdasarkan statistik PDRM, kes kanak-kanak di bawah 18 tahun yang dilaporkan hilang pada tahun 2016 adalah sebanyak 824 kes. Daripada jumlah tersebut, kanak-kanak yang dilaporkan hilang melalui sistem NUR Alert bagi tahun tersebut adalah seramai 11 orang.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan ancaman pedofilia di Malaysia, pihak kementerian berpandangan bahawa pedofilia merupakan suatu perkara yang perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. Pedofilia bermula dengan kes Richard Huckle yang telah menggemparkan Malaysia pada tahun 2016 atas sabitan kesalahan merogol dan serangan seksual terhadap 23 orang kanak-kanak di negara ini. Dilaporkan bahawa sebanyak 20,000 imej lucah dalam komputer Richard Huckle serta catatan mengenai serangan dan aktiviti pedofilia yang dilakukannya.
Selain daripada itu, pedofilia juga berkait rapat dengan penderaan seksual.
Statistik penderaan seksual kanak-kanak di Malaysia dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini menunjukkan berlaku peningkatan kecuali pada tahun 2014 dan 2015 yang sedikit menurun. Bagi tempoh tersebut, sebanyak 5052 kes penderaan seksual telah dilaporkan dan kebanyakan pesalah kes penderaan seksual kanak-kanak terdiri daripada ibu bapa, penjaga atau yang rapat dengan kanak-kanak termasuk pedofilia.
Walaupun tidak semua penderaan seksual kanak-kanak terdiri daripada pedofilia, peningkatan kes penderaan seksual menunjukkan bahawa ancaman pedofilia perlu diberi perhatian yang serius sehingga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa Sambutan Hari Wanita tahun 2016 mengarahkan agar satu jawatankuasa task force ditubuhkan bagi meneliti perkara ini. Hasil dari tindakan task force tersebut, sebuah Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak tahun 2017 akan dibahaskan pada hari ini.
Ancaman pedofilia juga boleh dilihat berdasarkan penggunaan atau pendedahan teknologi yang mudah diakses pada hari ini seperti Facebook, Instagram,
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Twitter dan sebagainya. Impak internet serta media sosial terhadap eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak oleh seseorang pemangsa pedofilia amat meluas sehingga merangkumi ramai mangsa kanak-kanak pada satu-satu masa melalui aktiviti cyber grooming. Eksploitasi seks boleh berlaku secara online dan offline. Aktiviti eksploitasi online ialah memaparkan gambar lucah kanak-kanak manakala eksploitasi offline adalah melalui pertemuan bersemuka atau face to face di mana profil kanak-kanak serta lokasi mangsa diketahui. Berdasarkan keadaan-keadaan ini, kementerian melihat bahawa jenayah pedofilia adalah merupakan satu ancaman yang perlu diberi perhatian yang serius oleh semua pihak dan saya sangat-sangat berharap bahawa rang undang-undang yang akan dibentangkan hari ini mendapat sokongan semua. Terima kasih.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan tadi. Selain daripada contoh Yang Berhormat Menteri nyatakan tadi, baru-baru ini terdapat seorang aktivis sosial tempatan, dia ada menaik muatkan satu screenshot daripada group Telegram di mana di dalam kandungan tersebut mengandungi pelbagai gambar dan juga mesej seksual terhadap kanak-kanak dan sudah semestinya Yang Berhormat Menteri, gambar-gambar ini sungguh menjijikkan.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Jadinya soalan tambahan saya kepada pihak kementerian adalah apakah sebenarnya inisiatif pihak kerajaan dalam memerangi komuniti siber seksual kanak- kanak ini dan bagaimana Yang Berhormat Menteri melihat perintah perlindungan kecemasan dalam Rang Undang-undang (Pindaan) Keganasan Rumah tangga ini boleh dilaksanakan secara efektif dalam memastikan insiden gangguan seksual terhadap kanak-kanak ini mampu dibanteras dan juga dihapuskan. Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Terima kasih atas pemakluman tersebut. Memang Yang Berhormat, kita sekarang ini melibatkan seramai mungkin orang untuk bersama-sama kita dalam memerangi jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Jadi saya tadi tidak berapa jelas mengenai gambar aktivis ini adalah for kita kah against kita. Itu saya tidak tahu ya Yang Berhormat. Akan tetapi memang kita melibatkan seramai mungkin orang di Malaysia ini tidak kiralah aktivis, artis, civil society, Ahli-ahli Yang Berhormat, media untuk bersama- sama untuk kita memastikan bahawa kanak-kanak di Malaysia ini sentiasa selamat.
Jadi oleh yang demikian kepada Tuan Yang di-Pertua, kita mesti mewujudkan rang undang-undang. Ada dua rang undang-undang disebut oleh Yang Berhormat tadi daripada Parit Sulong, terima kasih iaitu Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak yang saya rasa akan dibahaskan sebentar lagi dan sebentar lagi juga saya akan membuat first reading kepada iaitu rang undang-undang pindaan iaitu Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga yang mana kita merasakan rang undang-undang itu pun kita hendak mantapkan lagi supaya sama-sama memberi perlindungan khususnya kanak-kanak, sebab subjek kita hari ini kanak-kanak Yang Berhormat.
Jadi kedua-dua rang undang-undang ini Yang Berhormat dia memberikan peruntukan supaya setiap perlakuan seksual terhadap kanak-kanak termasuk pornografi, child grooming, komunikasi berbaur seksual adalah perbuatan jenayah. Kalau tidak ada undang-undang, perbuatan ini tidak boleh ditakrifkan. Jadi sekarang ini kita sudah ada rang undang-undang dan ini adalah kesalahan. Nanti Yang Berhormat boleh diperincikan, memang hukuman-hukuman itu adalah berat sebab pelaku akan dikenakan hukuman yang berat termasuk pemenjaraan, sebatan dan denda dan bayangkan Yang Berhormat, tanpa undang-undang ini mereka akan terlepas. Inilah yang dikatakan kita mencari jalan sebab selama ini memang perkara ini kita rasakan cukup. Akta Kanak- kanak cukup, Panel Code cukup, tetapi nampaknya ada lompongan di situ, mereka juga terlepas.
Oleh yang demikian, rang undang-undang ini memberi perlindungan yang lebih menyeluruh kepada kanak-kanak termasuk prosedur mahkamah yang akan dipermudahkan Yang Berhormat. Kita akan menubuhkan mahkamah khas khususnya untuk melihat kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak supaya kes itu boleh diproses dengan lebih cepat dan tanpa ada kadang-kadang evidence itu penting tapi kita akan mempermudahkan supaya ini menunjukkan bahawa kita sangat serius.
Jadi Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat. Kita sering akan mengadakan banyak lagi child awareness campaign dan pada masa yang sama kita ada
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-kanak Dalam Dunia Siber yang kita lancarkan pada tahun 2015 untuk memastikan bahawa semua pihak juga come on board untuk membantu kita di dalam menanganinya. Saya rasa ini adalah sesuatu yang sangat serius dan saya sangat berharap lepas ini Yang Berhormat turut serta di dalam membahas kedua-dua rang undang-undang ini dan jika Yang Berhormat didapati ada lagi kelompongan yang rasa boleh ditambahbaikkan, inilah masa yang terbaik, sebab saya rasa inilah masa kita bersatu hati untuk memastikan bahawa Malaysia adalah selamat untuk kanak-kanak kita dan demi masa depan mereka. Terima kasih.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bagi setiap kes yang dilaporkan, adakah dianggarkan berapa lagi tidak dilaporkan dan tersembunyi dan sebab musabab mereka tersembunyi.
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Yang Berhormat, kes jenayah seksual di dalam permulaan jawapan saya, adalah dilakukan oleh yang diketahui oleh mangsa dan bila dikata diketahui itu saya telah disebutkan di dalam jawapan saya tadi, diketahui adalah di kalangan ahli keluarga, di kalangan jiran tetangga, di kalangan adik- beradik dan sebagainya. Oleh yang demikian Yang Berhormat, bila berlakunya kes ini, dia tidak dilaporkan dan statistik menunjukkan hampir 70 peratus hingga 80 peratus di mana mangsa itu mengenali si pelaku. Jadi yang ini Yang Berhormat, sebab itu Yang Berhormat nanti kalau Yang Berhormat telitikan Rang Undang-undang Kesalahan- kesalahan Jenayah Seksual, kita ada satu fasal Yang Berhormat yang mana yang tahu dan tidak melapor pun kami boleh juga kenakan hukuman. Bermakna kita berkehendakkan semua pihak tampil ke hadapan untuk memberi satu pengadilan kepada kanak-kanak ini.
Ada kanak-kanak ini Yang Berhormat yang 18 tahun ke bawah, ada umur 6 bulan, 6 bulan ini siapa yang hendak memberi pengadilan kepada dia. Inilah sebabnya kita ingin merayu kepada semua di sini supaya sama-sama kita menyokong rang undang- undang ini supaya semua pihak yang terbabit boleh dikenakan hukuman. Sebab itu Yang Berhormat kami kena mengadakan banyak awareness sebab kita tidak mahu dilihat rang undang-undang ini hendak menghukum. Akan tetapi sebenar Yang Berhormat ini adalah deterrent supaya jangan buat ya, sebab kadang-kadang Yang Berhormat kalau Yang Berhormat melihat ya Allah, saya rasa memang tidak sampai hati hendak melihat bagaimana kanak-kanak diperlakukan oleh orang yang dikenali, bermakna orang yang kita percayai.
Jadi Yang Berhormat memang banyak. Sebab itulah kami terpanggil sebab bila dilihat Rang Undang-undang Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak Yang Berhormat, ia lebih kepada memberi kaunseling, perlindungan kepada kanak-kanak tetapi kami tidak dapat pergi kepada si pelaku. Oleh yang demikian memang diadakan rang undang-undang khas untuk kita memberi hukuman setimpal kepada pelaku.
Tadi Yang Berhormat Parit Sulong, saya terlepas ya, Emergency Protection Order itu adalah untuk kita memberi perlindungan khususnya kadang-kadang berlaku ini pelik juga Yang Berhormat, dia kadang-kadang berlaku hujung minggu, hujung minggu keganasan rumah tangga. Bila hujung minggu, mahkamah pun tidak beroperasi, jadi untuk mendapat protection order iaitu perlindungan ini daripada mahkamah sudah menjadi satu masalah. Oleh yang demikian, di dalam ini nanti pindaan Rang Undang- undang Keganasan Rumah Tangga ada diwujudkan Emergency Protection Order yang tempoh lakunya tujuh hari untuk memberi perlindungan kepada sesiapa yang didera dalam rumah tangga tersebut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Menteri saya kira rakyat kita terdedah dengan video-video lucah dalam media baru. Saya kira penguatkuasaan yang paling penting terutama sekali SKMM mengambil tindakan yang tegas. Apa pun akta yang kita perkenalkan, penguatkuasaan yang penting sekali. Ya.
2. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [Telok Kemang] minta Menteri Kesihatan menyatakan:
(a) usaha kementerian dalam memberikan penerangan berkaitan suntikan vaksin yang telah dilaporkan oleh pakar- pakar perubatan dalam beberapa artikel sebagai bahaya dan mengakibatkan kesan sampingan; dan
(b) cadangan penubuhan Vaccine Safety Commission bagi tujuan pengawalan vaksin seperti mana yang wujud di Amerika Syarikat untuk menentukan dan memastikan kegunaan vaksin secara selamat.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Telok Kemang dan soalan ini berkenaan dengan vaksin, Tuan Yang di-Pertua. Setiap vaksin yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan telah dinilai dari segi kualiti, verifikasi dan keselamatan sebelum didaftarkan dan dipasarkan di Malaysia. Secara asasnya pengambilan vaksin bertujuan untuk memberi perlindungan kepada kita daripada penyakit-penyakit berjangkit. Namun seperti yang dimaklumkan dalam artikel oleh pakar, vaksin juga boleh menyebabkan kesan sampingan dan setiap ubat yang diambil mempunyai risiko untuk mendapatkan kesan sampingan.
Tuan Yang di-Pertua, adalah amat penting untuk memberi informasi yang tepat dan sahih kepada masyarakat bagi memenangi kepercayaan masyarakat kepada perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Bagi membantu ibu bapa mendapat maklumat yang tepat dari sumber yang sahih untuk melindungi anak-anak dan masyarakat, Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun melancarkan Kempen Menggalakkan Imunisasi Kebangsaan 2016 hingga 2020.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, kit informasi imunisasi bagi orang awam telah disediakan dan diedarkan ke klinik kesihatan. Ceramah, kursus, bengkel dan penerbitan buletin yang berkaitan keselamatan vaksin disampaikan dari semasa ke semasa kepada anggota kesihatan yang terlibat. Pihak KKM juga terlibat di dalam forum dan dialog bersama orang awam bagi menerangkan isu yang berkaitan dengan vaksin.
Tuan Yang di-Pertua, KKM juga telah bekerjasama dengan Persatuan Pediatrik Malaysia untuk membangunkan laman website Immunise4Life semenjak tahun 2013 bagi mendidik serta memberi maklumat kepada orang ramai berkenaan dengan penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin dan kepentingan imunisasi itu sendiri. Inisiatif-inisiatif tersebut telah menampakkan kesan positif di mana liputan imunisasi contohnya kepada MMR ataupun measles, mumps and rubella telah meningkat dari 93.07 peratus pada tahun 2015 kepada 95.72 peratus pada tahun 2016.
Bagi mengukuhkan pemantauan keseluruhan vaksin Tuan Yang di-Pertua, KKM telah pun mewujudkan beberapa jawatankuasa untuk membincangkan isu yang berkaitan keselamatan vaksin di Malaysia. Jawatankuasa Dasar dan Amalan Imunisasi Kebangsaan atau JDAIK meletakkan dasar-dasar berkaitan program imunisasi di Malaysia. Selain itu, Jawatankuasa Penasihat Kesan Advers Ubat Kebangsaan
(MADRAC) diwujudkan bagi menilai pelaporan kesan sampingan ubat termasuk vaksin.
Terdapat juga Jawatankuasa Pharmacovigilance Vaccine ataupun JFV bagi membincangkan data pelaporan kesan adverse berikutan imunisasi yang membuat cadangan tentang isu-isu keselamatan vaksin termasuk cadangan perubahan polisi.
Terkini, bagi memperkukuhkan lagi penilaian pelaporan AEFI ataupun Adverse Effect Following Immunization, Jawatankuasa Pakar Keselamatan Vaksin juga ditubuhkan bagi membincangkan hubung kait vaksin dengan AEFI bagi laporan siasatan yang tidak konklusif dan serius. KKM akan terus memantau kejadian kesan adverse selepas pelalian dan isu-isu keselamatan semasa dalam usaha untuk menjamin keselamatan rakyat, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Kamarul Baharin bin Abbas - Telok Kemang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memang banyaklah ada usaha seperti mana yang disebutkan tadi berkenaan dengan makluman mengenai vaksin. Namun yang saya nak tumpukan ialah sasaran, apakah maklumat ini sampai kepada mereka yang berkenaan. Khususnya berkenaan dengan ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Di hospital-hospital ataupun di klinik ini apabila dia lahirkan anak, ibu hanya dibekalkan dengan jadual di mana bayi itu wajib dibawa ke hospital atau klinik untuk di vaksin dan tidak diberi penerangan mengenai dengan apa-apa kesan sampingan sekiranya ada masalah.
Itu sebabnya saya timbulkan soalan saya yang kedua iaitu perlunya adakan vaccine safety commission di mana di sini akan bukan hanya ini satu usaha untuk memberi penerangan mengenai dengan adverse effect of vaccine. Ini yang perlu public tahu, orang awam mengetahui khususnya yang berkenaan mengetahui kerana kalau ikut
Dato’ Kamarul Baharin bin Abbas - Telok Kemang
laporan sekarang ini yang saya sebutkan dalam beberapa artikel. Perkara adverse effect ini tidak akan keluar dalam media utama.
Kalau di Amerika Syarikat, yang saya sebutkan di Amerika Syarikat, sudah ditubuhkan National Childhood Vaccine Injury Act pada tahun 1986. Pada tahun 1986 lagi sudah ada rang undang-undang dinamakan National Childhood Vaccine Injury Act.
Undang-undang ini juga menubuhkan Vaccine Injury Compensation Programme di mana kalau ada masalah, maka perkara ini dibawa kepada compensation programme. Hingga 2010, sebanyak USD30 bilion telah dibayar kepada mereka yang membawa kes ini. Ini bermakna ada adverse effect dan di negara kita ini belum ada lagi kes-kes seperti ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat, soalan.
Dato’ KamarulBaharin bin Abbas - Telok Kemang
Jadi soalan saya ialah apakah ada cadangan kerajaan untuk menubuhkan satu atau mencadangkan satu undang-undang seperti ini dan juga menubuhkan daripada ini diadakan satu vaccine adverse reporting system, mungkin disebutkan tadi ada website ada adverse effect reporting system di mana orang awam boleh membuat laporan mengenai dengan kesan- kesan apabila menerima vaksin. Di situ kementerian boleh mengambil tindakan dan juga seterusnya ialah satu commission yang menggubal atau membuat cadangan mengenai dengan kesan sampingan vaksin kerana seorang kanak-kanak sampai enam tahun dapat banyak kali suntikan.
[Dewan riuh]
Dato’ KamarulBaharin bin Abbas - Telok Kemang
Jadi mungkin ini tidak ada kesan kepada kita di sini tetapi orang-orang yang ada kesannya. Autism yang sekarang ini menjadi satu masalah, autism yang sekarang ini perlu diatasi. Sekian,terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Tuan Yang di-Pertua, soalan bukan satu, banyak soalan itu Tuan Yang di-Pertua.
Walau bagaimanapun memang saya akui, kementerian akui bahawa memang ada adverse effect dan memang ada laporan, Tuan Yang di-Pertua. Contohnya pada 2015 terdapat 1,369 kes adverse reaction ataupun adverse effect akibat daripada penggunaan vaksin dan 2016 sebanyak 955 kes. Akan tetapi kebanyakan adverse effect ini begitu mild dengan izin Tuan Yang di-Pertua, bengkak di tempat kena cucuk, ada demam sedikit, sakit, ada sedikit merah-merah di kawasan tempat kena cucuk itu, ada rashes, parotitis dan rashes keseluruhan badan Tuan Yang di-Pertua. Jadi lebih daripada, hampir 60 peratus Tuan Yang di-Pertua, yang lain-lain sedikit saja ada berlaku dizziness, headache, fever dan sebagainya.
Jadi walau bagaimanapun memang ada laporan, memang wajib dilaporkan.
Pegawai kita yang menjalankan tugas ini mesti melaporkan kepada kementerian tentang perkara ini. Memang saya sebut tadi dalam jawapan bahawa dah ada peraturan- peraturan, dah ada jawatankuasa yang telah ditubuhkan untuk mengkaji hal-hal seperti ini. Kita tidak sampai ke peringkat mengadakan undang-undang Tuan Yang di-Pertua tetapi dah ada peraturan-peraturan lain yang telah kita buat untuk memastikan pemberian vaksin ini adalah selamat.
Saya nak ingatkan, setakat ini alhamdulillah program kita telah pun berjaya menghapuskan penyakit smallpox Tuan Yang di-Pertua. Smallpox ini penyakit yang dia punya dipanggil pox itu adalah besar, smallpox tetapi yang chicken pox itu kecil. Kita telah cuba menyelesaikan masalah polio contohnya. Yang lain-lain kita belum dapat hapuskan. Contohnya pada tahun lepas, difteria berlaku 30 kes tahun lepas dan kadar kematian adalah lima kematian akibat daripada difteria, 31 kes, mati lima kes, maknanya satu peratusan yang tinggi, Tuan Yang di-Pertua. Di antaranya memang majoriti tidak dapat immunization,Tuan Yang di-Pertua. Ini berlaku.
Jadi, kita bekerjasama dengan semua pihak termasuklah pegawai-pegawai pediatrik, semua juga mengambil tahu dan kita bekerjasama dengan mereka supaya kita dapat mengadakan program immunization dengan lebih selamat, Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Berkenaan dengan vaccination ini, kontroversi vaksin ini kita tengok dalam Dewan pun ada dakwaan, ada research, ada pendapat. Banyak kontroversi yang timbul sekarang hingga menyebabkan masyarakat dan ibu bapa dan juga doktor, pengamal perubatan sendiri pun pening.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Jadi Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri ada fakta ataupun data berapa peratuskah masyarakat yang sepatutnya mengambil vaksin ini tidak mengikut nasihat ataupun apa yang telah
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia? Apakah implikasi yang berlaku jika pengambilan vaksin yang dapat membasmi dan juga mengurangkan kadar penyakit cegahan vaksin dalam kalangan kanak-kanak yang mampu— jika kita ambil vaksin ini— meningkatkan kualiti hidup dan juga meningkatkan hayat seseorang itu?Apakah implikasinya jika perkara ini dipertikaikan? Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Terima kasih Yang Berhormat Sik yang juga doktor perubatan. Saya rasa dia tahulah, Yang Berhormat Sik tahu tentang masalah vaccination ini, Tuan Yang di-Pertua.
Memang kalau ikut laporan yang ada, cuma 95 peratus yang comply, Tuan Yang di-Pertua. Bermakna mereka yang mendapatkan vaccination, Tuan Yang di-Pertua. Yang lima peratus lagi tidak mahu ikut. Tetapi, kadar ini adalah kadar yang telah ditetapkan oleh WHO dan bermakna kita sudah mencapai kadar ini sebanyak 95 peratus.
Program vaksin memang kita mulakan semenjak lahir lagi, daripada lahir sehingga umur 13 tahun. Yang 13 tahun itu untuk HPV untuk kanser serviks iaitu kanser pangkal rahim. Yang lain-lain adalah untuk penyakit bebas yang lain. Dia sampai umur sebelum 12 tahun dah selesai semua kecuali HPV untuk umur 13 tahun.
Setakat ini alhamdulillah, Tuan Yang di-Pertua, kita sudah dapat mengawal banyak penyakit. Banyak penyakit sudah kita kawal. Rejection, kumpulan yang menolak vaksin ini, Tuan Yang di-Pertua, banyaklah. Daripada Perak. Orang Perak yang menolak vaksin. Orang Kedah, Terengganu, Pahang pun ada, Kelantan pun ada, Selangor pun ada banyak. Yang lain-lain sikit-sikit. Pulau Pinang pun ada juga. Jumlah pada tahun 2015 sebanyak lebih kurang 1,500 orang. Tahun 2016 naik sebanyak 100 orang menjadikan 1,600 orang.
Jadi usaha kita ialah kita sentiasa menasihati mereka, membuat pamphlet, buat website dan sebagainya supaya mereka dapat baca dan faham. Fatwa pun memang sudah kata harus.
Tuan Yang di-Pertua, tiap-tiap vaksin yang kita daftar di Malaysia ini, kita sudah buat penilaian. Di peringkat manufacturer sendiri sudah buat penilaian, buat berbagai- bagai trial, beribu orang terlibat dan apabila sampai ke Malaysia pun, kita buat kajian lagi, kita buat penilaian lagi dan pastikan semuanya adalah selamat dan barulah kita gunakan, serta halal, Tuan Yang di-Pertua. Halal.
Jadi kalau mereka yang menolak ini, seperti yang saya sebut tadipun dalam jawapan tadi, tentang contoh difteria. Difteria adalah satu penyakit yang serius. Ramai di antara yang kena penyakit difteria tahun lepas ini yang tidak dapat immunization, Tuan Yang di-Pertua. Tidak dapat imunisasi difteria dan dia kena. Ini adalah satu penyakit yang serius dan dia punya kadar kematiannya tinggi, Tuan Yang di-Pertua. Sebab itu kalau anak kita dapat immunization, then tidak timbul masalah ini. Masalah kena penyakit berjangkit yang boleh dicegah oleh vaksin, Tuan Yang di-Pertua.
3. Dato’ Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan apakah langkah dan tindakan yang telah diambil bagi memastikan kes-kes kelulusan akademik palsu terutamanya Ijazah Kedoktoran (PhD) yang semakin menjadi- jadi ketika ini dapat dibanteras.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Dr. Yap Kain Ching @ MaryYap Ken Jin
Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa atas soalan yang berkaitan dengan kelulusan akademik palsu.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa menitikberatkan pematuhan kepada kod etika dalam menjalankan perkhidmatan supaya tidak bercanggah dengan nilai-nilai integriti dan urus tadbir baik yang menjadi elemen teras pengoperasian sesebuah institusi pendidikan tinggi.
Dalam usaha mengekang penyalahgunaan status pemegang ijazah doktor falsafah ini, Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengambil langkah seperti berikut.
Pertama, membangunkan satu pangkalan data yang mengandungi senarai nama semua pemegang PhD yang sah dari universiti awam dalam negara. Ini membolehkan orang awam menyemak dan mengesahkan status ijazah doktor falsafah seseorang.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Dr. Yap Kain Ching @ MaryYap Ken Jin
Kedua, bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) sekiranya melibatkan salah guna ijazah palsu melalui internet bagi menyekat mana-mana laman web yang disyaki.
Ketiga, bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya kes salah guna status boleh menyebabkan kerugian ke atas mana-mana pihak.
Keempat, memberi kesedaran kepada masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dengan menyemak status sijil individu melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sekiranya melibatkan institusi di Malaysia dan sekiranya institusi luar negara, ia hanya boleh disemak melalui penguat kuasa universiti-universiti negara berkenaan.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Tuan Yang di-Pertua, apabila saya bertanyakan soalan ini, saya tidak mahu— ini bukanlah ada kena mengena dengan Yang Berhormat Lenggong ataupun Yang Berhormat Parit Sulong. Dia original PhD, Tuan Yang di-Pertua. Apa saya hendak tanya ialah mereka yang ada ijazah kehormat ini pun dipanggil doktor, mereka mendapat PhD pun doktor. Kadang-kadang daripada luar negara yang kita tidak tahu sama ada mereka layak menggunakan doktor pun menggunakan doktor.
Adakah satu sistem di mana sekiranya diletakkan di pangkalan data ini, mereka yang mendapat doktor ini diberitahu juga daripada mana universiti yang mereka dapat dan tesis yang mereka keluarkan supaya kita hendak tahu bahawa mereka ini layak menggunakan doktor ini?Kerana, sekiranya ia tidak dikawal, ia akan menyebabkan mereka yang betul-betul layak pun nampak macam tidak layak.
Kedua, apakah tindakan yang boleh diambil kepada mereka yang menyalahgunakan doktor ini?Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Lenggong, sila kemukakan tesis kepada Yang Berhormat Setiawangsa.
[Dewan ketawa]
Datuk Dr. Yap Kain Ching @ MaryYap Ken Jin
Terima kasih Yang Berhormat atas dua soalan tambahan. Seperti yang saya sudah jawab tadi bahawa pangkalan data yang sedang dibangunkan oleh KPT merupakan satu sistem yang mengandungi senarai semua pemegang PhD daripada universiti awam di Malaysia. Buat masa ini, memang Kementerian Pendidikan Tinggi mengadakan satu carian yang boleh dibuat secara manual melalui laman sesawang KPT hingga tahun 2016. Sistem tersebut merangkumi senarai pemegang PhD, pecahan kategori merangkumi nama universiti, nama penerima, bidang pengajian, tajuk tesis dan tahun graduasi.
Saya memberi satu contoh daftar nama pemegang ijazah kedoktoran (PhD) di Universiti Sains Malaysia. Nama penerima ini ialah ‘Abbas Farhadikoutenaei’ dan bidang pengajian adalah berkaitan dengan penentuan dan pencirian struktur sinar-x, sebatian organik, bahan optik tak linear hasil semula jadi. Tajuk tesis di sini ada berkaitan dengan Synthesis, Characterization and Structural Studies of Medicinally Important Pyridine Derivatives, dengan izin dan tahun graduasi adalah 2016. Carian ini adalah dalam bentuk PDF. Sekian, terima kasih.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Sebenarnya saya telah bangkitkan isu ini beberapa kali di Dewan yang mulia ini di mana saya telah kata bahawa ada Yang Berhormat yang duduk di dalam Dewan ini yang mempunyai ijazah palsu, bukan sahaja PhD tetapi di tahap master juga.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, pendapat sama ada kita perlu buat satu macam pengesahan sama ada saya ataupun Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Lenggong, semua yang orang yang ada PhD mungkin kita boleh memberikan bukti bahawa PhD kami bukan PhD yang palsu ataupun daripada ijazah kilang. Ini akan memberikan satu impression yang sangat baik kepada semua rakyat Malaysia bahawa kita sebagai Ahli Parlimen tidak boleh menggunakan ijazah palsu sebagai cara untuk mendapatkan PhD. Terima kasih.
[Tepuk]
Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Terima kasih atas soalan tambahan. Memang saya juga bersetuju dengan komen yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi tentang isu yang berkaitan dengan academic integrity dengan izin. Saya sudah menjawab tadi bahawa sekiranya kita dapat tahu dan ada evidence, dengan izin bahawa pihak yang tertentu sebenarnya tidak mendapat PhD dengan cara yang
Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
berintegriti, bolehlah buat laporan dan Kementerian Pendidikan Tinggi bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia akan ambil tindakan.
Tindakan tegas memang akan diambil yang berkaitan dengan ini. Saya sendiri pun tidak bersetuju untuk pihak yang tertentu untuk menggunakan gelaran doktor sekiranya pihak yang tertentu tidak dapat PhD dengan cara yang betul. Untuk melayakkan diri untuk dapat PhD mengambil masa at least, dengan izin, tiga tahun.
Sekiranya katalah ada pihak yang dapat PhD, dapat PhD dalam jangka masa 10 bulan, memang kita tahu itu adalah PhD atau ijazah kedoktoran yang palsu. Sekian, terima kasih.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Yang Berhormat Menteri, saya akan beri bukti nanti. Saya akan memberi bukti nanti. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Nasib baik Yang Berhormat Parit Sulong tujuh tahun. Bukannya 10 bulan.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Bukan tujuh, lima tahun Tuan Yang di-Pertua.
4. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan adakah pemilikan saham syarikat tempatan sudah dibuka tanpa batas kepada syarikat asing dalam usaha merancakkan lagi perdagangan dalam negara
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Henry Sum Agong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Langat. Tuan Yang di-Pertua, secara amnya Akta Syarikat 2016 tidak mengehadkan jumlah milikan saham oleh syarikat asing atau warga asing dalam syarikat-syarikat tempatan. Polisi ini merupakan polisi yang sama seperti mana yang terpakai di bawah Akta Syarikat 1965.
Sebaliknya, sebarang had pegangan saham adalah tertakluk kepada garis panduan, polisi atau terma dan syarat yang ditetapkan oleh mana-mana agensi, badan- badan kawal selia atau pihak berkuasa berkaitan dalam pemberian lesen, projek-projek, aktiviti, geran atau seumpamanya yang melibatkan agensi, badan-badan atau pihak berkuasa tersebut. Sekian, terima kasih.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang ini jelas bahawa syarikat asing boleh menguasai syarikat tempatan lah dalam bentuk saham.
Jadi soalan tambahan saya yang menjadi kerisauan, adakah ada kebarangkalian berlaku monopoli kerana kekuatan kewangan mereka. Lebih-lebih lagi pertukaran wang asing dan mereka mungkin membawa pekerja dari negara mereka sendiri. Kemungkinan juga apabila satu masa mereka mengembangkan perniagaan mereka, mungkin mereka mendapat pinjaman kewangan daripada negara kita tetapi pada masa tertentu, kita tidak tahu bila akhirnya mereka tinggal dan keluar daripada negara kita. Apakah nasib yang berlaku kepada syarikat tempatan. Terima kasih.
Dato’ Henry Sum Agong
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang dinyatakan tadi, SSM ataupun Suruhanjaya Syarikat Malaysia akan mendaftarkan semua syarikat yang berentiti perniagaan sama ada dalaman ataupun luar negara. Ini bermakna tidak semestinya isu monopoli atau tidak akan dikawal selia oleh Suruhanjaya Perniagaan.
Syarikat-syarikat tertentu dimestikan untuk mengambil lesen di bawah agensi ataupun syarikat yang berkaitan dan sebarang syarat dan terma akan ditetapkan oleh agensi ataupun syarikat yang berkenaan untuk syarikat asing itu beroperasi di negara kita. Sekian, terima kasih.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri berhubung dengan pasar raya pemilikan luar negara. Contohnya kalau kita ambil apabila kerajaan membenarkan pasar raya-pasar raya luar negara mempunyai pemilikan dalam negara, kita tengok Tesco dan Carefour akhirnya terkubur. Kebimbangan saya ialah apabila syarikat-syarikat besar ini dia buat monopoli, dia jual dengan harga yang cukup murah dan akhirnya dia tahu bahawa dia tidak boleh bertahan.
Akan tetapi dalam proses itu dia telah membunuh kedai father mother ini, kedai groceries yang kecil. Akhirnya apabila kedai groceries semuanya telah pun terkubur,
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
super market ini akan kembali kepada harga yang tinggi. Akhirnya niat kita buka pasar raya besar ini untuk memberi harga yang berpatutan, tidak sampai.
Jadi adakah kerajaan mempunyai cara untuk memastikan hanya kawasan- kawasan tertentu sahaja pasar raya besar milik luar negara ini dapat dibuka. Terima kasih.
Dato’ Henry Sum Agong
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Syarikat ini tadi, seperti mana yang dinyatakan memang di bawah Akta Syarikat 2016 ini serupa juga dengan Akta yang sebelumnya 1965. Memang syarikat yang berentiti perniagaan ini didaftarkan oleh SSM. Jadi mengenai perniagaan di bawah pendaftaran ini yang ada kaitan dengan agensi-agensi lain memang pun terkawal ataupun mempunyai syarat dan terma yang dimestikan diikuti oleh mana-mana perniagaan di dalam negeri kita.
Selain daripada itu, tentulah harga di pasaran dikawal di bawah satu akta lagi iaitu Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan. Aktiviti ini ataupun kegiatan di bawah kementerian ini dijalankan oleh para penguat kuasa kita dari semasa ke semasa. Jika ada pelanggaran mengenai harga barang yang dinaikkan secara sewenang-wenangnya, bolehlah dibuat laporan kepada pihak kementerian ataupun penguat kuasa kita. Sekian, terima kasih.
5. Dato' Sri Hasan bin Arifin [Rompin] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah ratio hutang isi rumah (household debt) berbanding dengan normal GDP Growth untuk tempoh 5 tahun (2012 sehingga 2016) dan apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan tabiat pengguna yang suka untuk meminjam untuk tujuan bukan keperluan.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Wira Othman bin Aziz
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Rompin, untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hutang isi rumah Malaysia mengikut soalan yang ditanya, pada tahun 2012 adalah sebanyak 80.5 peratus berbanding dengan KDNK 2013 86.2 peratus, tahun 2014 86.8 peratus, tahun 2015 89.1 peratus dan tahun 2016 84.4 peratus.
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Wira Othman bin Aziz
80 peratus daripada sistem hutang ini adalah diambil daripada sistem perbankan dan 20 peratus pula adalah daripada institusi kewangan bukan bank. Lebih daripada separuh hutang-hutang ini adalah untuk tujuan pembelian hartanah dan juga kenderaan. Pinjaman peribadi merangkumi 15 peratus daripada hutang isi rumah, manakala kad kredit sekitar 3.5 peratus. Pihak kerajaan dan Bank Negara telah melaksanakan banyak langkah, pelbagai langkah secara berperingkat-peringkat sejak daripada tahun 2010 bagi memastikan sektor isi rumah kekal mapan dan berdaya tahan.
Di antara langkah-langkah tersebut adalah berkaitan dengan hutang ataupun cukai RPGT, kemudian berkaitan dengan kita juga membekalkan rumah-rumah melalui PR1MA, SPNB dan sebagainya untuk memudahkan lagi orang dapat rumah mampu milik. Kemudian ada lagi langkah untuk nisbah, dengan izin, loan to value, contohnya 70 peratus bagi nilai pinjaman untuk perumahan yang ketiga dan juga yang untuk individu dan hanya LTV sebanyak 60 peratus bagi pinjaman bukan individu Kemudian dari segi wajaran risiko yang lebih tinggi iaitu untuk pinjaman peribadi melebihi lima tahun dan sebagainya dan langkah-langkah ini juga adalah diambil untuk tujuan membendung isu-isu berkaitan dengan spekulatif. Selain daripada itu, amalan kredit yang bertanggungjawab juga diterapkan dan institusi kewangan juga mempunyai garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara yang perlu diikut, kemudian kita nak pastikan supaya tahap keberhutangan ini sentiasa terkawal.
Kemudian, selain daripada itu, hal-hal berkaitan dengan kad kredit kita memperketat lagi cara-cara untuk kita keluarkan kad kredit. Contohnya, dulu pendapatan RM18,000 sudah boleh mohon tapi kini daripada RM24,000 ke atas baru boleh pohon.
Kemudian hanya dua kredit kad boleh dipegang seseorang individu yang dikeluarkan oleh dua different issuers, dengan izin. Limitnya adalah maksimum dua bulan gaji ataupun RM6,000 dan kemudian pre-approved card seperti biasa yang kita dengar dahulu sekarang sudah tidak boleh dan tidak boleh buat sejak daripada tahun 2013.
Ini adalah sebahagian daripada usaha-usaha ataupun langkah-langkah kawalan yang dibuat oleh pihak kerajaan. Manakala, urusan pula bagaimana nak memberi kesedaran kepada orang ramai berkaitan dengan pengurusan kewangan. Ada Program Power! ataupun Program Pengurusan Wang Ringgit Anda, kemudian kita juga ada AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) yang membantu untuk
Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Wira Othman bin Aziz
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh peminjam dan sebagainya. Jadi, banyaklah usaha-usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan dan kita harapkan, kita dapat menerapkan cara berbelanja tidak perlu ini dengan lebih terkawal supaya kita dapat turunkan lagi kadar hutang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Adakah gaya hidup dan budaya menyebabkan hutang isi rumah agak tinggi? Umpamanya, di Amerika kalau dia bekerja di LA, dia akan sewa rumah di LA ataupun dia beli rumah sementara di LA. Kalau dia berpindah ke New York, dia akan jual rumah itu, dan sewa rumah pula di New York. Begitu juga Australia, budaya mereka memiliki rumah bukanlah satu budaya di kalangan setengah-setengah negara.
Jadi, mereka tidak tertekan dengan pinjaman untuk memiliki rumah. Maka, ini adalah punca sebab budaya kita, kita sentimental terhadap sesuatu rumah dan harta dan ini menyebabkan secara keseluruhannya akan meningkatkan lagi hutang isi rumah.
Gaya hidup juga adalah merupakan di antara faktor yang menyebabkan hutang isi rumah bertambah di kalangan generasi muda dan juga di kalangan kelas menengah dalam negara kita ini. Tabiat untuk hidup bergaya adalah di antara punca hutang isi rumah tinggi. Terima kasih.
Dato’ Wira Othman bin Aziz
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rompin. Kita tidak dapat nafikan bahawa sesungguhnya gaya hidup dan juga budaya ini memainkan peranan, pengaruh untuk meningkatkan lagi hutang.
Contohnya, kita selalunya sering bercakap hal-hal berkaitan dengan keperluan dan kemahuan. Kita tahu keperluan ini, kita tahu apa yang kita nak tetapi kemahuan itu kadang-kadang kita sebut tidak ada limit. Contohnya, satu pasang couple yang baru dapat beli rumah, mereka amat gembira kerana loan pinjaman untuk rumah mereka telah diluluskan dan sudah tentulah mereka akan dapat kunci. Jadi, sementara menunggu kunci mereka sudah berangan-angan. Selepas ini, sebelum kita masuk rumah, kita nak kena renovate rumah. Maka, nak renovate rumah sama ada nak buat flooring ataupun dapur ataupun kitchen sudah tentu memerlukan perbelanjaan tambahan.
Jadi, mereka akan mencari jalan untuk meminjam lagi. Kemudian, bila sudah masuk rumah, mereka perlu pergi pula untuk buat furnishing, nak letakkan tilam, katil, bantal dan sebagainya, termasuk juga peralatan-peralatan lain yang juga mungkin memerlukan pinjaman. Jadi, gaya hidup inilah yang saya kira kadang-kadang pada setengah-setengah orang itu, basic diperlukan hanya yang asas tapi setengah orang itu dia ada cita rasa yang tinggi. Kita tidak bercakap lagi soal pilihan jenama dan sebagainya.
Jadi, sudah tentulah ia nya amat memainkan peranan yang penting apabila kita mempunyai cita rasa dan juga kehendak dan kemahuan yang tidak terbatas.
Jadi, sebab itu lah Bank Negara Malaysia dengan juga Kementerian Pelajaran sendiri telah memulakan satu langkah untuk menerapkan hal-hal berkaitan dengan pengurusan kewangan celik hutang ini di kalangan pelajar sekolah rendah lagi, pelajar sekolah menengah kemudian ke pelajar universiti dan juga kepada orang-orang yang baru menceburi alam pekerjaan. Supaya kita harapkan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi ini, kita dapat terapkan satu budaya baru di kalangan rakyat kita ini, orang-orang muda supaya berhati-hati dalam melangkah hidup mereka ini supaya tidak terjebak dengan kadar keberhutangan yang tinggi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Selalunya kita perhatikan kebanyakan yang meminjam untuk rumah dan kenderaan selalunya dalam perkiraan awal mereka sudah mencukupi dengan gaji mereka. Akan tetapi apabila mereka mengambil credit card dan hidup dengan meminjam credit card ini dia mudah nak pinjam duit ini, di situlah menyebabkan mereka tidak boleh membayar hutang rumah dan juga kenderaan. Kita lihat kes bankruptcy yang lebih banyak berlaku di kalangan- kita katakan di kalangan meminjam rumah dan kenderaan.
Saya memang setujulah bahawa di sana itu ada masalah credit card itu. This is the biggest problem, yang menyebabkan mudah untuk meminjam dan satu lagi adalah apabila kita meminjam daripada credit card ini charge dia, ribanya itu, faedahnya terlalu tinggi. Jadi, ini punca juga kepada masalah peminjam ini. Jadi, adakah di sana itu usaha- usaha pihak kerajaan supaya sistem riba ini dihapuskan ataupun dikurangkan balanya kepada rakyat kita. Terima kasih.
Dato’ Wira Othman bin Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang kita sebutkan tadi 8 peratus adalah hutang isi rumah tetapi kita juga kena sedar di Malaysia ini, 62 peratus daripada hutang- hutang tersebut adalah untuk wealth creation. Maksudnya, dibelinya rumah, dibelinya
Dato’ Wira Othman bin Aziz
property, commercial properties, kedai-kedai dan sebagainya dan juga dipinjam untuk membeli securities, saham-saham.
Jadi, kita panggil wealth creation. Kita juga sedar bahawa hutang-hutang lain, kereta, yang ini kita anggap ia tidak jadi wealth creation sebab kereta ini instead of ia appreciate tapi ia depreciate nilainya. Kemudian kad kredit seperti yang saya sebutkan tadi juga menjadi satu bebanan. Akan tetapi kita kena sedar bahawa dalam mengimbangi antara kepentingan pengguna itu dan juga kepentingan industri. Contohnya, bank ini kerjanya meminjamkan duit. Pinjaman ini akan dibuat kepada orang yang layak meminjam, orang yang boleh melunaskan pinjaman.
Akan tetapi isunya ialah pada kita kadang-kadang kita pergi meminjam di bank institusi kewangan, ada juga non-bank financial institution tetapi dalam masa yang sama kita juga berhutang dengan tempat-tempat lain, koperasi dan sebagainya yang mungkin kadang-kadang semasa kita nak meminjam itu ditanya pelbagai soalan tetapi akhirnya kita dapatlah jawab dan dapat pinjaman.
Dato’ Wira Othman bin Aziz
Akhir sekali kita sendiri sebagai peminjam, sebagai pengguna sedar kita sepatutnya tidak pinjam tetapi oleh kerana kemahuan kita yang tidak terhad ini kita meminjam dan memaksakan kita menanggung bebanan yang panjang. Jadi inilah yang saya katakan tadi antara langkah yang kita ambil, kita bagi kesedaran harta. Apabila kita ada masalah dalam pinjaman itu pun, kita ada Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit
(AKPK) pula bantu lagi, nak tolong selesai masalah. Kita ada 160,000 orang sudah kita selesaikan yang dibelenggu oleh hutang jangka panjang, tetapi kita tolong bantu selesai.
Sampai peringkat itu kita buat. Jadi kita bagi kesedaran, kita bagi guideline kepada bank apa semua, tetapi akhir sekali, pengguna itulah yang kena buat keputusan. Hatta bila dia ada problem pun kita tolong. Jadi saya ingat ini satu tanggungjawab yang dibuat oleh kerajaan kita kepada rakyat yang jarang dapat di dalam negara lain. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan bahawa hadir bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini ialah delegasi dari Kerajaan Uganda yang diketuai oleh Honorable Betty Amongi, Minister of Lands, Housing and Urban Development dan delegasi.
[Dewan tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Kepada Honorable Betty Amongi dan delegasi, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran mereka ke Dewan yang mulia ini. Semoga dengan kehadiran Honorable Betty Amongi dan delegasinya akan mengukuhkan lagi tali persahabatan dan hubungan antara Malaysia dengan Uganda. Welcome Sir.
[Dewan tepuk]
6. Tuan Loke Siew Fook [Seremban] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan secara terperinci senarai pemaju projek perumahan yang diberikan Tempoh Lanjutan Masa (Extension of Time) untuk menyiapkan projek mereka dari tahun 2013 sehingga kini.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tan Sri Haji Noh bin Omar
Terima kasih. Saya juga hendak mengalu-alukan kehadiran rakan sejawat saya, Menteri housing daripada Uganda ini. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan soalan Yang Berhormat Telok Kemang bertarikh 4 April 2017, kerana kedua-dua Ahli Yang Berhormat membangkitkan isu yang sama iaitu extension of time atau EOT.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permohonan dan kelulusan-kelulusan pindaan perjanjian jual beli bagi melanjutkan serahan milikan kosong dipertimbangkan berdasarkan kepada kuasa yang diberikan kepada pengawal perumahan di bawah peraturan 11(3) dan juga kuasa Menteri di bawah peraturan 12, Peraturan-peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989 [Akta 118].
Untuk makluman Yang Berhormat, objektif kementerian mempertimbangkan permohonan lanjutan tempoh serahan milikan kosong adalah untuk memastikan projek dapat disiapkan dan diserahkan kepada pembeli. Oleh yang demikian, dalam sesuatu keadaan bagi mana-mana projek bermasalah yang ditinjau cenderung untuk terbengkalai, mempunyai keperluan diluluskan lanjutan tempoh serahan milikan kosong.
Namun demikian, ia tertakluk kepada syarat-syarat pertimbangan keadaan khas yang digariskan oleh pihak kementerian. Mengikut pengalaman pihak kementerian, sekiranya satu-satu projek itu sudah terbengkalai, pemulihan untuk memulihkan projek terbengkalai akan mengambil masa yang cukup panjang di antara 5 hingga 10 tahun, malah ada yang lebih daripada 10 tahun.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tan Sri Haji Noh bin Omar
Untuk makluman Yang Berhormat, pecahan permohonan EOT dari tahun 2014 sehingga Februari 2017 adalah seperti berikut, kelulusan yang diberikan di bawah peraturan 11(3) iaitu keputusan yang dibuat oleh pengawal perumahan.
| Tahun | Jumlah Permohonan | Permohonan Lulus | Permohonan Ditolak |
|---|---|---|---|
| 2014 | 98 | 85 | 13 |
| 2015 | 143 | 111 | 32 |
| 2016 | 120 | 95 | 25 |
| Februari 2017 | 26 | 22 | 4 |
Apabila mana-mana permohonan ini ditolak oleh pengawal perumahan, maka pihak pemaju boleh merayu kepada Menteri dalam tempoh 14 hari selepas tarikh penolakan yang dibuat oleh pihak pengawal perumahan. Dalam perangkaan permohonan EOT yang diluluskan oleh Menteri di bawah peraturan 12 adalah seperti berikut:
| Tahun | Jumlah Permohonan | Permohonan Lulus | Permohonan Ditolak |
|---|---|---|---|
| 2014 | 3 | 1 | 2 |
| 2015 | 11 | 7 | 4 |
| 2016 | 5 | 5 | 0 |
| Februari 2017 | 0 | 0 | 0 |
Sehingga Februari 2017, tidak ada lagi permohonan yang kita terima. Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu, Yang Berhormat Tanjong Karang tidak menjawab soalan saya. Saya minta ialah senarai pemaju projek perumahan yang diberikan EOT. Tadi hanya diberikan angka-angka dan bukannya senarai pemaju. Walaupun senarai itu agak panjang, saya dengar ada ratusan tadi. Dari tahun 2014 sehingga sekarang kalau tidak silap saya lebih 300 diberikan EOT ini dan saya mohon supaya Yang Berhormat Menteri, bagi satu senarai secara lengkap, secara bertulis kepada saya supaya ia dapat di uar-uarkan kepada orang ramai. Ini kerana saya rasa isu EOT ini sangat tidak adil kepada pihak pembeli. Apabila pemaju ada masalah, mereka tidak dapat menguruskan projek mereka dengan baik, mereka pohon EOT daripada pihak kementerian, diberikan EOT. Maka, maksudnya mereka boleh memanjangkan tempoh pembinaan rumah mereka. Maka, pembeli hilang hak mereka untuk menuntut faedah-faedah kelewatan daripada pihak pemaju.
Akan tetapi kalau pihak pembeli selepas mereka menandatangani SMP dengan pihak pemaju, mereka lewat bayar atau bank mereka lewat bayar kepada pihak pemaju, maka pembeli kena bayar faedah. Akan tetapi pada masa yang sama, kalau pembeli lewat bayar, mereka kena bayar faedah, pihak pemaju lewat membina rumah mereka, mereka tidak perlu diberikan faedah sekiranya mereka mendapat EOT daripada pihak kementerian. Jadi persoalan saya ialah, apakah keadaan khas yang dimaksudkan itu untuk diberikan EOT? Ini kerana saya rasa kebanyakan permohonan itu diterima. Tadi sebab angka-angka yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri lebih kurang 90 peratus, hampir 90 peratus yang pohon, mereka dapat EOT. Jadi ini seolah-olah EOT ini diberikan secara berleluasa kepada pihak pemaju. Maka, pihak-pihak maju tidak ada kebertanggungjawaban untuk menyiapkan projek mereka dalam tempoh masa yang telah ditetapkan iaitu 36 bulan.
Jadi saya pohon, apakah kriteria khas yang diguna pakai? Apakah keadaan khas yang diguna pakai? Sama ada sebelum EOT itu diberikan, adakah pihak kementerian menyiasat dan membuat perundingan dengan pihak pembeli untuk
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
mendapatkan maklum balas mereka sama ada betul-betul pemaju itu menghadapi sesuatu keadaan yang mereka tidak boleh kawal ataupun itu merupakan satu kekurangan ataupun kelemahan di pihak pemaju. Soalan terakhir ialah daripada jumlah itu, berapakah kes yang diluluskan semasa mantan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu Yang Berhormat Kota Belut dan berapakah yang diluluskan oleh Yang Berhormat sendiri. Terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya menjawab soalan Yang Berhormat, saya ada sebut tadi. Jumlahnya memanglah banyak, ada 361. Takkan saya hendak baca satu-satu. Akan tetapi kalau Yang Berhormat hendak senarai, saya ada ini. Takkan saya hendak baca satu-satu. Jadi, saya...
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Saya pohon jawapan bertulis Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Bolehlah saya bagi. Jadi Yang Berhormat, apa Yang Berhormat cakap tu memang betul, tetapi Yang Berhormat bercakap dari pihak pembeli. Yang Berhormat kena ingat bahawa kementerian, kita melihat kepentingan dua- dua pihak.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Daripada kepentingan pembeli, mesti wajib kita harus melindungi hak pembeli kerana antara pembeli dan juga pemaju mereka sudah ada perjanjian. Kita faham. Akan tetapi, dalam kita mahu menimbangkan kepentingan pembeli, kita juga harus menimbangkan juga keperluan pemaju. Begitu juga kita harus melihat industri perumahan keseluruhannya seperti yang saya nyatakan tadi. Kita kena lihat, sekiranya projek ini kita lihat misal kata ada sebab-sebabnya terbengkalai. Sebagai contoh Yang Berhormat, apa kriteria yang kita pertimbangkan? Banyak antaranya. Kita juga dapat – kita lihat kejadian, misal kata kejadian bencana alam, di tengah-tengah projek banjir berlaku, ada berlaku pula keruntuhan tanah. Kemudian dalam dia tengah bekerja, dapat pula stop order daripada PBT. Ada pula penduduk sekeliling pergi ke mahkamah minta injunction dan sebagainya.
Dalam masa yang sama, untuk kita berlaku adil, kita selalunya tidak memberikan keputusan sewenang-wenangnya. Kita akan menghantar pegawai kita untuk turun ke padang untuk melihat dan membuat penilaian sama ada sambungan ini harus diberikan ataupun tidak. Dalam kita memberikan juga pertimbangan, kita juga melihat kepentingan pembeli.Ini kerana ada beberapa syarat yang kita beri. Contohnya, kita berikan lulus tanpa syarat. Kalau lulus tanpa syarat ini bermakna pemaju mendapat kelulusan penuh daripada kementerian ataupun daripada pengawal perumahan terhadap perumahan. Okey, kita bagi kelulusan penuh.
Ada juga kita bagi, lulus bagi unit yang belum dijual sahaja. Dia ada tengok berapa unit yang belum dijual. Ada dalam 50 buah unit, 60 buah unit belum dijual. Itu sahaja kita benarkan kalau hendak buat EOT. Manakala yang sudah ada perjanjian, kita tidak benarkan. Kita tengok keadaan.
Ada pula kita letak lulus bersyarat, boleh kita luluskan dengan syarat mendapat persetujuan pembeli dahulu. Ada juga yang kita letak macam itu. Ada juga syarat kita kata, mesti maklum kepada pembeli. Apabila dia maklumkan kepada pembeli, sebab itulah datangnya peraturan di bawah kuasa-kuasa Menteri yang saya nyatakan tadi bahawa yang boleh beri kepada Menteri ini bukan sahaja pemaju, pembeli pun boleh.
Merayu kepada pembeli tetapi dengan syarat mesti dibuat rayuan itu dalam tempoh 14 hari dan Menteri boleh mempertimbangkan rayuan daripada kedua-dua belah pihak.
Pemaju pun boleh, pembeli pun boleh dan keputusan menteri ialah muktamad yang tidak boleh ditambah di mana-mana mahkamah.
Jadi, itulah dasar-dasar yang kita buat. Mengenai Yang Berhormat hendak tanya berapa banyak yang diluluskan waktu sahabat saya Yang Berhormat Kota Belud dengan waktu saya, 2,000 yang lulus Menteri ya? Tadi saya sudah sebut tahun dia. Tahun 2014 yang Menteri luluskan saya katakan tadi ialah ada permohonan, ada 13 tolak empat lebih kurang sembilan di bawah Menteri lama. Waktu saya ini kalau tidak silap saya ada empat yang telah diluluskan. Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertamanya saya hendak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Menteri banyak projek perumahan yang terbengkalai di Selangor dan terutamanya di Kuala Selangor berjaya disegerakan.
Di samping itu juga, wujud tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Yang Berhormat Menteri banyak memberikan kelegaan khususnya bagi rakyat yang ingin memiliki rumah.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Soalan saya pada Yang Berhormat Menteri, apabila saya mendengar tentang punca-punca khususnya tempoh lanjutan masa yang diberikan terutama sekali bagi setiap projek perumahan. Saya hendak bertanya apakah terdapat penalti, denda ataupun dari penguatkuasaan undang-undang yang boleh dikenakan oleh pihak kementerian terhadap pemaju sekiranya mereka masih lagi gagal untuk menyiapkan projek perumahan tersebut walaupun telah diberikan tempoh lanjutan masa ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Terima kasih. Apabila –terima kasih kepada Yang Berhormat peka mengenai projek-projek terbengkalai. Memang kita tidak nafikan sebenarnya bagi pihak kementerian kita bimbang mengenai masalah projek terbengkalai.
Saya hendak maklumkan daripada tahun 2009 hingga Mac 2017, ada sebanyak 253 projek terbengkalai yang melibatkan 64 ribu buah unit rumah dan juga bilangan pembeli yang terlibat dengan projek terbengkalai ini seramai 43,538 orang pembeli. Apabila projek ini terbengkalai, kita terpaksa kerat. Kalau kos rumah rendah, kerajaan terpaksa belanja kalau tidak silap saya RM200 juta. Kerajaan tolong selamatkan projek tersebut.
Kalau projek ini projek swasta, yang projek mewah, kita kena lantik pula kontraktor lain, developer lain untuk menyiapkan.
Jadi, kita lihat biarlah kita bagi sedikit tambahan masa, asalkan projek itu siap.
Apabila kita bagi tambahan masa, seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat daripada Kuala Selangor, apabila tempoh ini kita sudah bagi, dia tidak boleh lagi diberikan tempoh. Dia kena siapkan projek itu. Kalau projek itu disiapkan selepas tempoh EOT tadi, jadi katalah dia kita bagi sampai bulan April tahun 2017 dia masih lagi tidak siap, jadi dia mesti siapkan projek itu. Jadi selepas sahaja tempoh EOT itu, sampai projek itu siap, katalah bulan April last EOT dia, dia siap pada bulan Disember, bermakna lapan bulan yang dia siapkan projek itu melampaui EOT yang kita beri, maka dia harus bayar.
Maka hak pembeli masih lagi terjamin dan pembeli boleh menuntut interest seperti yang ditetapkan di dalam perjanjian jual beli. Dalam erti kata lain, dia hanya boleh dikecualikan daripada interest daripada pembeli dalam tempoh EOT yang kita bagi sahaja. Lebih, dia tidak dilindungi lagi dengan kuasa-kuasa yang diberikan oleh Menteri.
Terima kasih.
7. Dato’ Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali [Bagan Serai] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan apakah kerajaan merancang untuk mengenal pasti kawasan sensitif seperti LPT,Gerik dan Jeli dan mewujudkan lintasan kehidupan liar serta memperbanyakkan peringatan kawasan lintasan hidupan liar untuk mengurangkan pelanggaran spesies yang terancam ini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih. Bismillahi Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kementerian melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengambil berat ke atas kemalangan dan membabitkan kenderaan dan hidupan liar ataupun dipanggil road kill di lebuh raya ataupun di jalan raya. Road kill hidupan liar merupakan salah satu kesan daripada pemisahan habitat.
Pembangunan guna tanah telah menyebabkan berlakunya kehilangan pigmentasi ke habitat hidupan liar. Hidupan liar melintas jalan kerana mencari makanan, mencari pasangan atau membiak, mengelakkan kesan gangguan ke atas habitat dan mencari habitat yang lebih sesuai.
Jabatan PERHILITAN telah mengenal pasti sebanyak 133 kawasan sensitif yang boleh berlaku kemalangan membabitkan kenderaan dan hidupan liar di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Jalan Gerik – Jeli, Yang Berhormat. Antara usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan ialah mengelakkan kejadian kemalangan yang membabitkan kenderaan dan hidupan liar adalah dengan menggunakan lintasan hidupan liar. Sehingga tahun 2015, sebanyak tiga lokasi telah menggunakan lintasan hidupan liar iaitu Sungai Deka, Terengganu, Sungai Yu, Pahang, Gerik dan Perak tahun 2015. Dalam rancangan Malaysia kesebelas sebuah lagi lintasan hidupan liar akan dibina di Jalan Kluang, Mersing, Johor.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, bahawa kementerian telah mengadakan mesyuarat pada 11 Februari 2016 bagi membincang isu berkaitan pembangunan utiliti infrastruktur melibatkan kawasan hutan simpan kekal rizab hidupan liar dan taman negara. Agensi yang terlibat seperti Kementerian Tenaga Teknologi Hijau, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Jabatan Kerja Raya, Tenaga Nasional Berhad, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Kereta api Tanah Melayu Berhad dan agensi-agensi yang berkaitan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dalam mesyuarat tersebut Kementerian menekan perlu mengambil kira lalu hidupan liar dalam semua perancangan pembangunan termasuk pembinaan lebuh raya dan utiliti di seluruh Malaysia. Pihak kementerian perlu dirujuk dahulu sebelum perancangan pembinaan lebuh raya utiliti kawasan hutan simpan kekal rizab hidupan liar dan taman negara. Di samping itu pihak kerajaan telah menghasilkan pelan induk rangkaian ekologi bagi mengujudkan satu rangkaian hutan secara fizikal bersambung di sepanjang kawasan central forest spine (CFS) yang bertujuan untuk pemuliharaan biodiversiti negara dan juga sebagai rujukan utama mana-mana perancangan masa hadapan terhadap pengguna tanah di kawasan CFS antaranya seperti pembinaan viaduct. Pihak kementerian melalui Jabatan PERHILITAN telah memasang papan tanda iaitu amber light dan canvas bar di kawasan lintasan hidupan liar yang memberi peringatan kepada pemandu agar memperlahankan kenderaan mereka ketika melalui kawasan lintasan hidupan liar.
Sebanyak 236 papan tanda lintasan hidupan liar telah dipasang dan 133 lokasi hotspot yang telah dikenal pasti di seluruh Malaysia. Sebanyak 213 lagi papan tanda dan dipasang di dalam rancangan Malaysia ke11. Usaha yang telah, sedang, akan dijalankan diharap akan dapat mengurangkan kemalangan yang membabitkan kenderaan hidupan liar di lebuh raya atau di jalan raya di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Satu jawapan yang padat dan jelas menjawab soalan saya tadi. Tuan Yang di-Pertua, kita amat berbangga lah negara kita Malaysia ini merupakan antara salah satu negara yang Mega Biodiversiti dan central forest spine yang kita kata tadi. CFS yang meliputi 4 hutan kompleks ini adalah satu landskap semula jadi yang membekalkan 90 peratus air kepada negara kita dan juga menjadi rumah kepada harimau-harimau, hidupan liar, gajah dan sebagainya.
Kebimbangannya ialah pelan pembangunan yang agresif yang kita bimbang tidak seimbang dengan Pelan Konservasi Biodiversiti dan ekologi bimbang, takut ia mengganggu habitat tempat rumah hidupan liar ini. Juga kebimbangan kita tentang sistem pemantauan dan kawalan biodiversiti tidak menunjukkan impak yang sebenarnya aktiviti pembangunan yang sedang dijalankan.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ini berkenaan dengan pewujudan CFS dengan mengambil kira inisiatif kementerian dan Jabatan PERHILITAN untuk memastikan wujudnya koridor-koridor hutan yang bersambung supaya ada laluan untuk haiwan liar, jadi bagaimana keadaan ini terkini? Dan sejauh mana kah habitat hidupan liar terjejas akibat pembangunan yang rancak seperti pembinaan lebuh raya dan empangan hydroelectric yang memaksa haiwan-haiwan ini berhijrah dari satu tempat ke satu tempat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya menghargai soalan daripada Yang Berhormat Bagan Serai ini berhubung dengan yang pertama untuk kita conserve ataupun protect hidupan liar.
Dalam hidup ini kalau dibincangkan daripada sudut pembangunan Tuan Yang di-Pertua kita tidak boleh lari apabila berlakunya pembangunan maka berlakunya kehilangan hutan dan kehilangan tempat santuari kehidupan liar. Jadi dalam keadaan sedemikian itulah kenapa maka apabila saya mengambil alih sahaja kementerian dahulu pada Februari 2016 saya mengadakan mesyuarat dengan semua utiliti company dan juga kepada pihak kerajaan negeri yang bertanggungjawab membinakan utiliti, jalan raya dan sebagainya supaya apabila jalan-jalan ini bakal diplan atau dirancangkan dibina maka kita minta dibincangkan dahulu untuk mengenal pasti laluan-laluan yang kurang sensitif untuk dilalui.
Dalam masa yang sama juga Tuan Yang di-Pertua, kita dapati bahawa dalam masa 10 tahun yang lalu hingga sekarang ini, kita telah kehilangan 86 ribu hektar hutan oleh kerana utiliti company membuat jalan, laluan elektrik dan laluan bermacam-macam lagi. Ini telah memecahkan hutan-hutan kita menjadi fragmented. Itulah kenapa dasar untuk melaksanakan central forest spine ini menjadi sangat penting.
Tapi malangnya bagi kita, kos kalau kita hendak beli tanah-tanah ini daripada pihak kerajaan negeri untuk digunakan menghubungkan koridor-koridor, tanah fragmented, hutan fragmented ini, kos telah- di bawah kajian kita pada tahun 2015 ialah RM 1 bilion untuk beli tanah ini sahaja. Jadi dalam keadaan sedemikian kita berbincang dengan kerajaan negeri supaya kita kerjasama dan kerajaan negeri berterusan mengambil menjadi anak angkat kepada koridor-koridor ini sebagai laluan-laluan binatang dan mamalia daripada satu fragmented forest kepada satu fragmented forest
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
yang lain yang menjadikan satu rangkaian central forest spine yang bakal dilaksanakan ini.
Dalam masa yang sama, pihak yang membina jalan ataupun hidro, kita kehendaki supaya membinakan juga laluan binatang dan dimasukkan kos ini ke dalam projek mereka supaya kita tidak perlu mengeluarkan sumber kewangan yang berasingan untuk membinanya. Dalam keadaan sedemikian banyak syarikat-syarikat dan agensi kerajaan dan kementerian telah menyambut baik cadangan yang kita buat kepada mereka. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan Yang Berhormat Menteri. Saya mohon cadangan daripada kementerian supaya diadakan rondaan atau penjagaan bersama highway-highway terlibat. Ini adalah kerana masih banyak lagi kemalangan yang berlaku, di highway baru pun seperti di LPT 2 kerana rondaan oleh kuat kuasa lebuh raya tidak efektif. Saya rasa dalam penglibatan daripada jabatan yang berkenaan menjaga alam sekitar dan juga hidupan liar, mereka lebih mengetahui laluan binatang dan di mana kerosakan pagar- pagar security berlaku kerana terlalu banyak kemalangan yang masih berlaku. Setelah nyata rekod pada hari ini lebuh raya dan pasukannya tidak boleh menangani bersendirian. Saya rasa ini perlu kajian oleh pihak Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya amat bersetuju dengan apa yang Yang Berhormat sebut. Tapi dalam keadaan kita untuk menangani masalah ini kita telah membuat kerjasama bersama dengan pihak umpamanya kementerian Yang Berhormat di depan saya ini daripada Arau telah memberi kita anggota daripada APM untuk membantu kita bukan sahaja dalam sudut menjaga hutan tetapi juga untuk menjaga mamalia yang mungkin akan tercicir masuk ke jalan raya dan ke tempat-tempat masyarakat.
Memang sebetulnya pada tahun 2012 sehingga 2016 sebanyak 2,046 ekor pelbagai spesies hidupan liar telah direkod mati dilanggar di jalan persekutuan dan negeri di lebuh raya. Hidupan liar dalam kumpulan mamalia tercatat jumlah kematian yang tertinggi 1,177 ekor. Di antaranya ialah kera 3,008 ekor, musang 362 ekor, babi hutan 190 ekor, kucing batu 171 ekor, tapir 34 ekor dan harimau seekor.
Jadi memang ini membimbangkan kita kerana kalau kita lihat bahawa babi umpamanya Tuan Yang di-Pertua, mungkin kita anggap ini adalah satu binatang yang makanan pihak yang bukan Islam. Tapi babi juga makanan harimau. Kalau kita kehilangan babi maknanya harimau tidak ada makanan lagi. Dia akan cari benda lain untuk dimakan, ini kepayahan.
Dalam keadaan sedemikian, kita kena preserve semua jenis binatang dalam ekosistem itu sendiri supaya kita tidak hendak babi, musang dan sebagainya diburu ataupun dibunuh kehabisan. Akhirnya nanti kita akan kehilangan biologi kita ataupun ekologi kita yang kita perlu jaga bersama sebagaimana yang kita telah janji dengan masyarakat antarabangsa untuk kebaikan hutan kita, untuk kebaikan negara kita dan nama dan image negara kita. Tuan Yang di-Pertua kita akan melihat macam mana boleh APM ini boleh membantu kita dengan latihan-latihan yang tertentu dan sumber kewangan yang ada pada mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
8. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput] minta Menteri Kesihatan menyatakan bilangan doktor pakar dalam Kementerian Kesihatan dengan pecahan pada mereka yang berpengalaman kurang daripada 5 tahun, berpengalaman 6 hingga 15 tahun dan berpengalaman lebih daripada 15 tahun selepas lulus peperiksaan kepakaran.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Siput. Sebelum itu saya ingin mengalu-alukan rombongan JCI daripada Muar, Johor.
[Tepuk] Kepimpinan RELA kawasan Parlimen Maran dan juga ahli Kelab Usahawan Amanah Ikhtiar sukarelawan Parlimen Maran juga.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, soalan daripada Yang Berhormat Sungai Siput sehingga 31 Januari 2017, Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai seramai 4,545 orang pakar perubatan yang terdiri daripada pakar perubatan klinikal seramai 3,877 orang, pakar kesihatan awam seramai 400 orang dan pakar kesihatan keluarga seramai 228 orang yang sedang berkhidmat di fasiliti-fasiliti kesihatan seluruh negara. Seperti yang dikehendaki oleh Yang Berhormat Sungai Siput, pecahan mengikut pengalaman seperti berikut Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Satu, pakar-pakar kita yang berpengalaman kurang daripada lima tahun jumlah semua sekali 1,972 orang iaitu 1,814 orang pakar klinikal dan 93 orang pakar kesihatan awam dan 65 pakar kesihatan keluarga. Untuk mereka yang ada pengalaman enam tahun dengan 15 tahun jumlah semua sekali 2,080 orang iaitu 1,534 orang pakar perubatan klinikal dan pakar kesihatan awam 376 orang dan pakar kesihatan keluarga 170 orang. Bagi kategori yang berpengalaman lebih daripada 15 tahun Tuan Yang di- Pertua, jumlah semua sekali 493 orang iaitu 489 pakar perubatan klinikal dan seorang pakar kesihatan awam dan tiga orang pakar kesihatan keluarga Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih. Baiklah Yang Berhormat selesai sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. Saya jemput Yang Berhormat Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 12(1).
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Wira Othman bin Aziz]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kanun Keseksaan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua dan ketiga pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perlindungan Pengguna Penubuhan Majlis Penasihat Pengguna Negara dan Tribunal Tuntutan Pengguna dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato’ Henry Sum Agong]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Keganasan Rumah Tangga 1994; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua dan ketiga pada Mesyuarat ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ada sesiapa menyokong. Ya, sila-sila.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Tuan Yang di-Pertua, masalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang berada di hadapan kita pada hari ini adalah satu masalah yang saya ibaratkan sebagai barah yang kalau tidak ditangani maka ianya akan menghancurkan masa depan negara. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa rang undang-undang ini adalah satu permulaan untuk menangani masalah ini dan bukannya satu penyelesaian yang total. Dengan izin seperti yang dikatakan oleh Winston Churchill, ‘Now this is not the end, it is not even the beginning of the end but it is perhaps the end of the beginning’. Izin saya untuk membawa perhatian Dewan yang mulia ini terhadap berapa kisah benar jenayah seksual kanak-kanak yang telah berlaku di negara kita sendiri.
Ungkapan ‘haruan makan anak’ atau ‘harapkan pegar, pegar makan padi’ memanglah sudah cukup sinonim jika dikaitkan dengan isu jenayah seksual kanak-kanak yang melanda masyarakat kita pada hari ini. Saban hari ada sahaja kes-kes yang terpampang di dada-dada akhbar. Baru-baru ini seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia lapan tahun telah diperkosa, dipukul, dicederakan dan dirogol oleh bapa tirinya sendirinya semata-mata mahu memenuhi keinginan nafsu. Malah kanak-kanak ini telah diugut
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
supaya terus berdiam diri sehinggakan pihak sekolah mendapat tahu dan seterusnya membuat laporan kepada pihak polis.
Selain itu, satu lagi kisah benar adalah yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia hanya empat tahun yang mana kemaluannya telah dimasukkan jari oleh seorang lelaki yang berusia sekitar 60 tahun ketika kanak-kanak itu membuang air kecil di rumahnya di mana lelaki ini adalah guru bagi kanak-kanak tersebut. Lebih kejam lagi seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 16 tahun telah dirogol oleh bapa kandungnya sendiri dan empat orang abang kandungnya dengan cara menarik mangsa ke dalam bilik kosong di dalam rumah sendiri secara paksa untuk meratah tubuh kanak-kanak itu di rumahnya. Mereka yang berhati binatang ini seterusnya mengugut kanak-kanak ini dengan menggunakan pisau supaya tidak memberitahu perkara ini kepada sesiapa.
Kanak-kanak lelaki juga tidak terkecuali apabila jenayah seksual turut melibatkan mereka. Sebagai contohnya, baru-baru ini terdapat dua orang pelajar sekolah kanak-kanak lelaki yang berusia lapan dan sembilan tahun masing-masing telah didera secara seksual oleh seorang pengawal keselamatan di sekolah mereka sendiri dengan memasukkan kemaluannya ke dalam dubur kanak-kanak ini. Lebih menyedihkan adalah kedua-dua kanak-kanak ini adalah anak yatim yang tinggal di bawah satu pusat penjagaan anak-anak yatim.
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya menegaskan kesemua kisah-kisah ini adalah kisah benar yang melibatkan anak-anak dan aset negara kita yang bakal mencorak dan mewarisi kepimpinan negara pada masa depan.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Jika semua kisah jenayah seksual disenaraikan, akan diketahui betapa seriusnya masalah ini yang memerlukan satu penyelesaian yang segera. Terdapat ribuan lagi mangsa jenayah ini, ada juga yang kehilangan nyawa serta ramai lagi yang terus hidup dengan parut jenayah seumur hidup. Remaja belasan tahun, kanak-kanak di bangku sekolah dan kanak-kanak yang masih kecil terus menjadi mangsa manusia terkutuk ini. Mana letaknya perikemanusiaan orang-orang yang melakukan jenayah terkutuk ini? Mana hilang pertimbangan diri dan waras akal fikiran?
Kanak-kanak yang tidak bersalah ini sedang berdepan dengan pelbagai jenayah-jenayah seksual yang akan meninggalkan pelbagai kesan-kesan yang negatif terhadap mereka. Kanak-kanak tidak kira latar belakang, warna kulit atau apa sahaja setiap seorang daripada mereka adalah anak-anak kita, tanggungjawab kita. Seperti yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dalam “Seminar Kebangsaan Jenayah Seksual Kanak-kanak: Hentikan!” baru-baru ini, apa gunanya negara kita mengejar kepesatan kemajuan jika legasi yakni anak-anak tidak dibela nasibnya.
Pada saat kita sedang membahaskan rang undang-undang ini, jenayah sebegini masih sedang berlaku di luar sana dan kanak-kanak yang tidak bersalah, tidak berdosa, tidak mampu mempertahankan diri terus menjadi mangsa kepada individu- individu yang terkutuk dan tidak berperikemanusiaan di luar sana. Mereka masih sedang bermaharajalela. Berdasarkan statistik daripada Polis Diraja Malaysia, sejak tahun 2014 hingga tahun 2016 sahaja sebanyak 7,862 kanak-kanak menjadi mangsa kepada kes jenayah seksual. Sebanyak 813 mangsa daripadanya adalah golongan anak-anak yang berumur antara 16 hingga 18 tahun. Manakala sebanyak 1,079 mangsa daripadanya adalah golongan kanak-kanak yang berumur antara 13 hingga 15 tahun.
Pada masa yang sama, telah dilaporkan sebanyak 4,342 kes kesalahan rogol dan sebanyak 2,194 kesalahan mencabul kehormatan. Secara puratanya boleh dikatakan hampir enam hingga tujuh kes penderaan seksual kanak-kanak berlaku pada setiap hari. Ini adalah berdasarkan kepada kes-kes yang telah dilaporkan sahaja, bagaimana pula kes-kes yang tidak dilaporkan? Kerap kali jenayah seksual terhadap kanak-kanak tidak dilaporkan. Ramai mangsa kanak-kanak tidak memberitahu mengenai jenayah seksual yang dilakukan terhadapnya. Terutama apabila pemangsa adalah seorang yang dikenali atau anggota keluarganya atau yang mempunyai sesuatu status dalam komuniti. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mangsa memilih untuk berdiam diri dan menyimpan rahsia mengenai jenayah seksual terhadap mereka selama bertahun-tahun dan di antaranya adalah kerana mereka berasa malu, takut, menyalahkan diri sendiri, melindungi seseorang dan sebagainya.
Isu berhubung dengan jenayah seksual yang dilakukan terhadap kanak-kanak yang merupakan golongan rentan merupakan suatu isu yang amat serius dan menjadi satu ancaman terhadap institusi kekeluargaan, sosial dan masa depan negara secara
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
seluruhnya. Berbanding jenis jenayah lain, jenayah seksual terhadap kanak-kanak adalah bentuk kekejaman yang paling teruk dan terkutuk kerana ia boleh memberi pelbagai kesan-kesan jangka pendek dan jangka panjang kepada seorang kanak-kanak.
Kini pelbagai bentuk ancaman jenayah seksual alaf baru juga turut membahayakan keselamatan anak-anak kita. Tidak ramai yang mengetahui akan kewujudan laman-laman sesawang di dunia siber yang lebih dikenali sebagai the deep web ataupun the dark web, dengan izin. Tambahan pula bilangan laman web yang dikhaskan untuk pornografi kanak-kanak di seluruh dunia semakin bertambah terutama melalui rangkaian peer to peer, dengan izin dan dark web. Di mana rangkaian tersebut menyukarkan pihak berkuasa untuk mengesan kewujudan pelaku jenayah. Malahan sebahagian daripada mereka menggunakan peranti media sosial untuk tujuan sexual grooming, dengan izin bagi meraih kepercayaan kanak-kanak sebelum memanipulasikan mereka.
Dari sudut perundangan secara amnya peruntukan berhubung dengan jenayah seksual telah sedia ada dalam perundangan di Malaysia. Kanun Keseksaan merupakan undang-undang am yang memperuntukkan mengenai kesalahan am termasuk jenayah seksual. Selain itu, terdapat juga perundangan yang secara spesifiknya memperuntukkan kesalahan yang dilakukan terhadap kanak-kanak. Antaranya ialah Akta Kanak-kanak 2001, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Penapisan Filem 2002. Pada tahun 2016 Malaysia turut dikejutkan dengan kes yang melibatkan rakyat British, Richard Huckle yang telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah di Britain atas pertuduhan beberapa perlakuan jenayah seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia termasuk penganiayaan seksual dan pornografi kanak-kanak.
Jika pemangsa seksual seperti ini sanggup bertopengkan personaliti sebagai pendidik untuk menyusup masuk dan meraih kepercayaan masyarakat umum negara kita, maka kita berdepan cabaran yang cukup getir di dalam mengenal pasti mereka- mereka yang boleh kita umpamakan sebagai musuh dalam selimut. Berikutan peningkatan kes jenayah seksual kanak-kanak yang semakin membimbangkan kini, maka pihak kerajaan berpandangan bahawa adalah wajar untuk mencari satu penyelesaian bagi menangani jenayah seksual kanak-kanak secara komprehensif dan holistik.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu pada 25 Ogos 2016 yang lalu bersempena dengan Hari Wanita Kebangsaan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan penubuhan satu task force untuk mengkaji dan meneliti isu-isu berkaitan jenayah seksual kanak-kanak ini secara mendalam. Di dalam tempoh masa yang singkat task force ini yang terdiri daripada wakil-wakil kementerian, agensi kerajaan dan pelbagai badan-badan bukan kerajaan telah bekerjasama untuk mencari satu penyelesaian terbaik kepada masalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam negara ini di mana satu undang-undang baru yang khusus berkenaan jenayah seksual kanak-kanak telah dicadangkan.
Task force tersebut terdiri daripada wakil Jabatan Peguam Negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, Majlis Peguam Negara, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, ahli-ahli akademik serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan khasnya berkaitan kanak-kanak seperti National Council of Women Organization, UNICEF Malaysia, P.S the Children, Women’s Centre for Change, Malaysian Association of Social Workers, International Womens’ Rights Action Watch Asia Pacific dan sebagainya. Bagi maksud penggubalan rang undang- undang ini, Jabatan Peguam Negara telah diamanahkan untuk meneliti cadangan penggubalan rang undang-undang berdasarkan modul kerangka perundangan yang dicadangkan oleh task force. Hari ini rang undang-undang yang sedia ada saya bentangkan ini adalah hasil dan usaha kerjasama semua pihak yang telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, secara amnya Rang Undang-undang Jenayah Seksual Kanak-kanak ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai kesalahan- kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang tertentu dan hukumannya sebagai tambahan kepada kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang lain dan berhubung dengannya untuk mengadakan peruntukan mengenai pentadbiran keadilan
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
bagi kanak-kanak dan perkara yang berkaitan. Skop akta baharu tersebut adalah secara amnya mengandungi peruntukan yang lebih spesifik dan memperincikan lagi kesalahan yang terdapat dalam undang-undang sedia ada berhubung dengan kesalahan seksual yang dilakukan terhadap kanak-kanak.
Peruntukan kesalahan tersebut mengandungi elemen yang lebih terperinci berbanding undang-undang sedia ada yang bersifat am. Akta ini juga memperuntukkan mengenai hukuman yang bersesuaian dengan undang-undang yang diperincikan tersebut. Selain memperuntukkan mengenai kesalahan, aspek lain yang akan diambil kira dalam penggubalan akta tersebut termasuklah aspek penyiasatan, kebolehterimaan keterangan di mahkamah dan peruntukkan lain yang bertujuan untuk menambah baik sistem pentadbiran keadilan jenayah bagi kanak-kanak. Ini semua bagi memastikan agar akta yang digubal ini dapat memenuhi objektif dan mencapai hasrat kerajaan untuk menangani jenayah seksual kanak-kanak.
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang mengandungi tujuh bahagian.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Bahagian I mengandungi peruntukan permulaan.
Bahagian II mengandungi peruntukan kanak-kanak yang berhubungan dengan pornografi kanak-kanak.
Bahagian III mengandungi peruntukan kesalahan-kesalahan yang berhubungan dengan pengantunan kanak-kanak (child grooming) dengan izin.
Bahagian IV mengandungi peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan yang berhubungan dengan amang seksual (sexual assault) dengan izin.
Bahagian V mengandungi peruntukan mengenai hukuman yang dikenakan terhadap orang yang mempunyai hubungan kepercayaan dengan kanak-kanak bagi kesalahan yang dilakukan di bawah rang undang-undang ini, dengan izin, offence by person in relationship of trust. Bahagian VI mengandungi peruntukan mengenai kebolehpercayaan dan keterangan saksi kanak-kanak.
Bahagian VII mengandungi peruntukan pelbagai.
Perincian tujuh bahagian adalah seperti berikut.
Bahagian I terdiri daripada fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan tarikh kuat kuasa.
Fasal 2 menjelaskan bahawa rang undang-undang ini terpakai bagi kanak- kanak yang berumur di bawah 18 tahun. Fasal ini juga menyatakan bahawa apa-apa sebutan kepada kanak-kanak hendaklah termasuk orang yang dipercayai oleh seorang tertuduh bagi kesalahan di bawah rang undang-undang sebagai seorang yang berumur di bawah 18 tahun.
Penetapan umur kanak-kanak di bawah rang undang-undang ini sebagai seorang yang berumur di bawah 18 tahun agar selaras dengan Akta Kanak-kanak 2001 dan Artikel 2 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) yang memberi takrif kanak- kanak sebagai seorang yang berumur 18 tahun ke bawah.
Memandangkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak merupakan satu kesalahan yang amat serius, maka kerajaan berhasrat untuk melindungi semua kanak- kanak tanpa mengira umur termasuk kanak-kanak yang berumur 16 hingga 18 tahun.
Apatah lagi, lebih daripada 10 peratus mangsa bagi jenayah seksual tersebut adalah kanak-kanak berumur 16 hingga 18 tahun.
Persoalan berkaitan percanggahan dengan para 376(2)(d) Kanun Keseksaan iaitu usia kerelaan (age of consent) yang menyatakan 16 tahun ke atas tidak timbul di mana matlamat utama penggubal rang undang-undang ini adalah untuk melindungi mangsa kanak-kanak daripada menjadi mangsa jenayah seksual dan ia bersifat sebagai satu pencegahan. Justeru, keutamaan kerajaan adalah untuk melindungi mana-mana kanak-kanak tanpa sebarang pengecualian umur daripada sebarang bentuk jenayah seksual.
Walau bagaimanapun, kuasa budi bicara (discretionary power) pendakwa raya pastinya terpakai dalam kes-kes marginal dalam kes-kes di mana seorang kanak-kanak adalah berumur antara 16 hingga 18 tahun dan memberikan kebenaran tertentu khususnya untuk kesalahan di bawah seksyen 12, 13, 14 dan 15 di bawah rang undang- undang ini.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Saya juga berharap tiada pihak memanipulasikan penetapan umur di bawah rang undang-undang ini dengan perkahwinan kanak-kanak memandangkan ia bukan rang undang-undang ini yang bukan berkaitan dengan perkahwinan kanak-kanak yang secara spesifiknya melibatkan Akta Kanak-kanak, Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Penceraian) dan Undang-undang Keluarga Islam di setiap negeri di Malaysia.
Pada masa yang sama, saya juga ingin menerangkan bahawa rang undang- undang ini tidak mempunyai had umur tertentu kepada pesalah. Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah rang undang-undang ini dapat dianggap telah melakukan kesalahan termasuk kanak-kanak. Dalam prosiding jenayah, seorang kanak-kanak yang dikenakan tanggungan sekiranya telah mencapai umur yang boleh dikenakan tanggungan jenayah seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 82 dan 83 Kanun Keseksaan. Walau bagaimanapun, sekiranya pesalah sendiri adalah kanak-kanak, maka kanak-kanak tersebut akan dituduh di Mahkamah Kanak-kanak dan hukuman adalah seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 91 Akta Kanak-kanak 2001, kuasa mahkamah bagi kanak-kanak apabila kesalahan dibuktikan.
Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan dengan jelas bahawa semua prosedur penangkapan, penahanan dan perbicaraan seorang pesalah kanak-kanak.
Pesalah kanak-kanak yang dibicarakan di mahkamah bagi kanak-kanak bagi semua kesalahan kecuali kesalahan yang boleh dikenakan hukuman mati.
Dalam beberapa situasi, terdapat keadaan kesalahan di bawah rang undang- undang ini dilakukan terhadap seorang yang merupai seorang kanak-kanak dan tertuduh di bawah rang undang-undang ini percaya bahawa seorang itu merupakan seorang kanak-kanak, maka dengan adanya peruntukan sub fasal 2(1), tertuduh masih boleh dipertuduh di bawah kesalahan di bawah rang undang-undang ini.
Fasal 3 mengandungi peruntukan mengenai pemakaian luar wilayah rang undang-undang ini. Jika mana-mana kesalahan di bawah rang undang-undang ini dilakukan di luar Malaysia oleh warganegara Malaysia terhadap mana-mana kanak- kanak sekalipun, orang yang melakukan kesalahan tersebut boleh diperlakukan seolah- olah kesalahan tersebut dilakukan di dalam Malaysia. Peruntukan ini penting dalam menunjukkan kesungguhan kerajaan memastikan agar kanak-kanak dilindungi daripada apa-apa kesalahan seksual di bawah rang undang-undang ini terutamanya oleh warganegara Malaysia sendiri.
Satu pindaan dicadangkan di peringkat Jawatankuasa juga akan dilakukan kepada fasal 3 untuk memperluas pemakaian peruntukan luar wilayah rang undang- undang ini bagi kesalahan-kesalahan di bawah Jadual jika mangsa ialah kanak-kanak.
Bahagian II yang terdiri daripada fasal 4. Fasal 4 mengandungi takrif pornografi kanak-kanak iaitu apa-apa gambaran sama ada dalam bentuk visual, audio atau secara bertulis atau gabungan bentuk visual, audio atau secara bertulis atau melalui apa-apa cara lain.
Pertama, mengenai seorang kanak-kanak yang terlibat dengan sesuatu kelakuan seksual secara terang-terangan (sexual explicit conduct) dengan izin.
Kedua, seorang yang kelihatan seperti seorang kanak-kanak yang terlibat dengan kelakuan seksual secara terang-terangan.
Ketiga, imej sebenar yang menunjukkan seorang kanak-kanak terlibat dengan kelakuan seksual secara terang-terangan.
Fasal 4 ini juga memperuntukkan mengenai takrif kelakuan seksual secara terang-terangan iaitu maksudnya seperti berikut:
(i) persetubuhan atau perbuatan memberahikan termasuklah sentuhan yang melibatkan alat kelamin dengan alat kelamin, mulut dengan alat kelamin, dubur dengan alat kelamin atau mulut dengan dubur sama ada antara orang yang sama atau berlainan jantina;
(ii) perbuatan kebinatangan;
(iii) onani;
(iv) penganiayaan sadis atau masokis dalam konteks seksual;
(v) menunjukkan alat kelamin, punggung, payudara, bahagian pubis atau dubur dengan berahi; dan
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
(vi) penggunaan apa-apa objek atau peralatan bagi perbuatan yang memberahikan yang benar atau tersimulasi.
Takrif pornografi kanak-kanak di bawah fasal ini merangkumi semua medium dan bahan sama ada bercetak ataupun tidak bercetak termasuklah yang terdapat dalam talian. Dalam menggubal takrif pornografi kanak-kanak, rujukan telah dibuat kepada beberapa dokumen antarabangsa dan undang-undang negara lain seperti yang berikut:-
(i) Budapest Convention on Cybercrimes;
(ii) CRC Optional Protocol on Sale of Children, Child Prostitution and Child Pornography and Involvement of Children in Armed Conflict;
(iii) Anti-Child Pornography Act 2009 (Republic Act No. 9775) Philippines; dan
(iv) Protection of Children from Sexual Offences Act 2012 India.
Dalam memastikan takrif pornografi di bawah fasal ini adalah lebih komprehensif dan holistik serta amalan terbaik antarabangsa, maka satu pindaan di bawah Jawatankuasa juga akan dibuat. Maka dengan pindaan tersebut, dipercayai Malaysia akan mempunyai satu peruntukan jelas dan menyeluruh untuk menangani masalah pornografi kanak-kanak.
Fasal 5 memperuntukkan hukuman bagi kesalahan membuat dan menghasilkan pornografi kanak-kanak serta menyertai atau terlibat melalui apa-apa cara dalam perbuatan dan penghasilan pornografi kanak-kanak. Kerajaan berpandangan bahawa kesalahan ini merupakan kesalahan yang berhubungan dengan pornografi kanak-kanak yang paling serius dan oleh itu, hukuman yang dicadangkan ialah pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi 30 tahun dan hendaklah dihukum juga dengan hukuman sebat yang tidak kurang daripada enam sebatan.
Fasal 6 memperuntukkan hukuman bagi kesalahan membuat persediaan untuk membuat atau menghasilkan atau mengarahkan perbuatan atau penghasilan pornografi kanak-kanak. Hukuman yang dicadangkan bagi kesalahan ini adalah pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi 10 tahun dan boleh dihukum juga dengan hukuman sebat.
Fasal 7 memperuntukkan hukuman bagi kesalahan menggunakan kanak-kanak dalam persediaan membuat, menghasilkan atau mengarahkan perbuatan dan penghasilan dan menggunakan kanak-kanak yang perbuatan atau penghasilan pornografi atau pengarahan, perbuatan atau penghasilan pornografi kanak-kanak.
Terdapat keadaan yang persediaan, pembuatan atau penghasilan pornografi kanak- kanak tidak melibatkan kanak-kanak tetapi orang yang merupai kanak-kanak. Dalam keadaan ini, seksyen ini tidak akan terpakai.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Fasal 8 memperuntukkan hukuman bagi kesalahan menukar, menerbitkan, menjual, menyewa, mengedar, menunjukkan, mengiklankan, menggalakkan, mengimport, mengeksport, memindahkan, menawarkan atau mengadakan dalam apa- apa cara, apa-apa pornografi kanak-kanak. Memperoleh, mengumpul atau mencari apa- apa pornografi kanak-kanak, mengambil bahagian dalam atau menerima keuntungan daripada apa-apa perniagaan yang diketahuinya atau mempunyai sebab untuk mempercayai perniagaan itu berkaitan dengan pornografi kanak-kanak iaitu pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan hendaklah dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan.
Fasal 9 menunjukkan hukuman bagi kesalahan menjual, menyewa, mengedar, menunjukkan, mengiklankan, menghantar, menggalakkan, menawarkan atau mengadakan dalam apa-apa cara, apa-apa pornografi kanak-kanak kepada seorang kanak-kanak iaitu pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan hendaklah dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada lima sebatan. Peruntukan hukuman yang lebih berat dicadangkan di bawah fasal ini berbanding dengan fasal 8 memandangkan peruntukan ini melibatkan penjualan, penyewaan, pengedaran dan sebagainya kepada kanak-kanak yang boleh membawa kepada kesan yang buruk.
Fasal 10 memperuntukkan hukuman bagi kesalahan mengakses atau mempunyai dalam miliknya atau mengawal apa-apa pornografi kanak-kanak iaitu
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.
Fasal 11 mengadakan peruntukan kesalahan dilakukan oleh pertubuhan perbadanan. Jika apa-apa kesalahan di dalam hubungan dengan pornografi kanak- kanak dilakukan oleh satu pertubuhan perbadanan mana-mana orang yang pada masa sama pelaku kesalahan itu ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain umpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang merupakan sebagai bertindak atas mana-mana sifat sedemikian atau mengikut apa-apa cara bertanggungjawab bagi menguruskan apa-apa hal ehwal pertubuhan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian hendaklah juga bersalah atas kesalahan itu melainkan dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya, keizinannya, atau pembiarannya bahawa dia telah menjalankan usaha yang wajar untuk mengelakkan perlakuan kesalahan itu dengan mengambil kira jenis fungsinya atau sifat itu dan bagi segala keadaan.
Bahagian ketiga terdiri daripada fasal 12. Fasal 12 mengadakan hukuman bagi kesalahan berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak atau menggalakkan kanak-kanak berkomunikasi secara seksual melalui apa-apa cara sekali pun iaitu pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun. Bagi maksud seksyen ini, seorang dikatakan berkomunikasi secara seksual jika komunikasi itu atau mana-mana bahagian dalam komunikasi itu berhubungan dengan aktiviti yang berunsur seks atau mana-mana orang yang munasabah akan menganggap mana-mana bahagian dalam komunikasi itu adalah seksual. Walau bagaimanapun, seorang tidak boleh disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen ini jika komunikasi itu adalah bagi maksud pendidikan saintifik atau perubatan.
Berhubung dengan fasal ini, rujukan di buat kepada seksyen 15A Sexual Offenses Act 2003 UK yang mengandungi peruntukan yang lebih kurang sama. Tujuan diadakan peruntukan ini adalah untuk mencegah perbuatan pengantunan kanak-kanak, child grooming, dengan izin, daripada berlaku. Kebiasaannya pesalah memulakan langkahnya untuk mendapatkan mangsa kanak-kanak dengan memulakan komunikasi secara seksual terlebih dahulu. Peruntukan ini dicadangkan untuk melindungi kanak- kanak dan membenarkan tindakan diambil oleh pihak berkuasa sebelum perkara yang lebih buruk dilakukan terhadap kanak-kanak tersebut.
Fasal 13 memperuntukkan mengenai hukuman bagi kesalahan pengantunan kanak-kanak, child grooming. Di bawah fasal ini, mana-mana orang yang berkomunikasi dengan apa-apa cara dengan kanak-kanak dengan niat untuk melakukan atau untuk memudahkan perlakuan mana-mana kesalahan di bawah fasal 5, 6, 7, 8, 15 atau 16 rang undang-undang ini atau mana-mana kesalahan dinyatakan dalam Jadual terhadap mana-mana kanak-kanak melakukan sesuatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama lebih tempoh tidak melebihi lima tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat. Dalam mana-mana prosiding dalam fasal ini, fakta bahawa mana-mana kesalahan di bawah fasal 5, 6, 7, 8, 15 atau 16 rang undang-undang atau mana-mana kesalahan dan dinyatakan dalam jadual dalam yang telah dilakukan tidak perlu dinyatakan atau dibuktikan.
Fasal 14 memperuntukkan mengenai hukuman bagi kesalahan perjumpaan selepas pengantunan kanak-kanak, meeting following child grooming, dengan izin. Di bawah fasal ini mana-mana orang yang setelah berkomunikasi dengan apa-apa cara dengan seorang kanak-kanak, berjumpa dengan kanak-kanak itu dengan niat untuk melakukan atau mempermudahkan perlakuan mana-mana kesalahan di bawah fasal 5, 6, 7, 8, 15 atau 16 rang undang-undang ini atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual kanak-kanak itu melakukan kesalahan dan boleh apabila disabitkan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebih 10 tahun atau hendaklah juga dihukum sebat.
Dalam mana-mana prosiding di bawah fasal ini, fakta yang mana-mana kesalahan di bawah fasal 5, 6, 7, 8, 15 ataupun 16 rang undang-undang atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam jadual yang telah dilakukan tidak perlu dinyatakan atau dibuktikan. Rujukan dibuat kepada beberapa perundangan di luar negara seperti seksyen 15, Sexual Offenses Act, United Kingdom, dengan izin, dan seksyen 131B, Crimes Act 1991 (New Zealand). Satu pindaan dicadangkan di peringkat Jawatankuasa juga akan dilakukan pada fasal 14 untuk meliputi perjalanan untuk berjumpa dengan seorang kanak-kanak juga sebagai sebahagian daripada kesalahan. Terdapat juga persoalan yang dibangkitkan mengenai pengecualian kepada pesalah seksual yang dilakukan oleh pasangan kekasih, sweet heart defense dan juga dikenali sebagai Romeo & Juliet Defense.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Seperti yang telah saya jelaskan, matlamat utama rang undang-undang ini adalah untuk melindungi semua mangsa kanak-kanak daripada menjadi mangsa jenayah seksual, tidak kira kategori umur, asalkan kanak-kanak dan ia bersifat pencegahan. Tidak ada sebarang pengecualian dalam konteks ini. Sekiranya rang undang-undang ini memperuntukkan sebarang pengecualian tertentu terhadap pesalah jenayah seksual yang melakukan jenayah seksual ini dengan kerelaan mangsa kanak-kanak itu dan atas hubungan kasih sayang, ia dapat dilihat bertentangan dengan matlamat utama penggubalan rang undang-undang ini.
Pada masa yang sama, rang undang-undang yang bersifat pencegahan ini tidak harus dilihat seolah-olah membenarkan dan menggalakkan kanak-kanak mengadakan sesuatu hubungan yang tidak wajar. Kita juga tidak mahu biarpun kanak-kanak menyalahgunakan peruntukan pengecualian jika diwujudkan untuk mengadakan sesuatu hubungan yang tidak wajar dengan pelbagai pasangan dan akhirnya ia akan menyebabkan pelbagai lagi masalah sosial yang perlu ditangani seperti kanak-kanak yang mengandung sebelum perkahwinan, keguguran anak-anak, buang bayi. Terdapat juga keadaan sehingga menyebabkan kematian. Dengan mengambil kira semua keadaan dan kedudukan, maka kerajaan berpandangan bahawa adalah tidak wajar untuk mewujudkan peruntukan pengecualian buat masa kini.
Bahagian empat terdiri daripada fasal 15 memperuntukkan mengenai kesalahan amang seksual, sexual assault, dengan izin, secara fizikal terhadap kanak- kanak. Di bawah fasal ini, mana-mana orang yang bagi maksud seksual menyentuh mana-mana bahagian kanak-kanak, membuat kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan orang itu atau mana-mana orang lain atau membuatkan kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak itu sendiri atau melakukan apa- apa perbuatan yang melibatkan sentuhan fizikal dengan kanak-kanak tanpa persetubuhan, melakukan sesuatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan tidak melebih 20 tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat. Dapat dilihat perbuatan yang dirangkumi di bawah perbuatan amang seksual ini merupakan perbuatan yang melibatkan sentuhan.
Fasal 16 memperuntukkan mengenai kesalahan amang seksual bukan fizikal terhadap kanak-kanak, non-physical sexual assault on a child, dengan izin. Di bawah fasal ini, mana-mana orang yang bagi maksud seksual menyatakan apa-apa perkataan atau membuat apa-apa bunyi atau membuat apa-apa gerak isyarat atau menunjukkan apa-apa objek atau badannya atau mana-mana bahagian badannya dengan niat bahawa perkataan itu atau bunyi hendaklah didengari atau gerak isyarat atau objek atau badan atau bahagian badan hendaklah dilihat oleh kanak-kanak itu, membuatkan kanak-kanak menunjukkan badannya atau mana-mana bahagian badannya supaya dapat dilihat oleh orang itu atau mana-mana orang lain berulang kali atau secara tepat mengikut atau melihat atau menghubungi kanak-kanak dengan apa cara, mengugut untuk menggunakan dalam apa-apa bentuk media sebenar atau stimulasi yang menggambarkan dengan apa-apa cara, apa-apa bahagian badan kanak-kanak atau kanak-kanak itu terlibat dalam aktiviti yang berunsur seksual serta terlibat dalam aktiviti yang berunsur seksual dengan kehadiran kanak-kanak, engage in an activity which is sexual nature in the presence of a child. Dengan izin, menyebabkan kanak-kanak untuk melihat orang lain melakukan aktiviti yang berunsur seksual, causes the child to watch another person engaging in an activity which is sexual in nature, dengan izin, atau membuatkan kanak-kanak menyaksikan melalui apa-apa media atau apa-apa cara yang menggambarkan orang lain melakukan aktiviti yang berunsur seksual, causes the child to watch any representation whether visual, audio or written or the combination of visual, audio or written or by any other means of another person engaging in an activity that is sexual in nature, dengan izin, atau membuatkan kanak-kanak terlibat dalam aktiviti yang berunsur seksual, make a child engage in an activity which is sexual in nature, dengan izin, melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dipenjarakan tidak melebihi 10 tahun atau didenda melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Secara amnya, perbuatan yang dirangkumi oleh fasal ini melibatkan perbuatan yang tidak melibatkan sentuhan- non contactual, dengan izin. Satu pindaan dicadang di peringkat Jawatankuasa juga akan dilakukan kepada fasal 16 untuk menjelaskan bahawa maksud seksual tidak perlu dibuktikan bagi kesalahan mengugut kanak-kanak dengan menggunakan apa-apa gambaran yang seluruhnya atau sebahagiannya sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis atau gabungan bentuk visual, audio atau bertulis melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik magnetik atau dihasilkan secara manual atau gabungan apa-apa
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
cara adalah mana-mana bahagian badan kanak-kanak atau kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti bersifat seksual.
Bahagian V terdiri daripada fasal 17. Fasal 17, memperuntukkan nilai hukuman yang dikenakan terhadap orang yang melakukan kesalahan di bawah rang undang- undang ini terhadap kanak-kanak yang menjadi mangsa yang penjagaan kanak-kanak itu diamanahkan kepada orang itu. Memandangkan kesalahan seksual yang dilakukan kebanyakannya dilakukan oleh orang yang dikenali oleh anak-anak itu dan terdiri daripada ahli anggota keluarga dan orang yang mempunyai hubungan yang rapat dengan kanak-kanak tersebut dan perbuatan tersebut memberi kesan kepada institusi kekeluargaan dan masyarakat. Maka, adalah dicadangkan agar peruntukan ini dimasukkan.
Di bawah fasal ini, jika seseorang yang melakukan sesuatu kesalahan terhadap kanak-kanak di bawah rang undang-undang ini mempunyai perhubungan amanah dengan kanak-kanak itu, orang itu hendaklah dihukum dengan hukuman pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun dan hukuman sebatan tidak kurang daripada dua sebatan. Sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman lain yang dia boleh dikenakan di bawah mana-mana seksyen lain di bawah rang undang-undang ini.
Dalam fasal ini, seseorang dikatakan mempunyai hubungan amanah dengan kanak-kanak jika kanak-kanak itu di bawah pemeliharaan, pengawasan dan kuasa termasuk tetapi tidak terhad kepada:
(i) seorang ibu atau bapa atau saudara mara yang mempunyai pertalian darah perkahwinan atau pengangkatan;
(ii) seorang yang mengasuh kanak-kanak atau lebih bagi balasan berharga bagi apa-apa tempoh masa;
(iii) cikgu, pensyarah atau warden bagi tadika, sekolah, institut pengajian awam ataupun institut pengajian tinggi swasta;
(iv) profesional jagaan kesihatan, jururawat atau memberi jagaan lain di hospital awam, hospital swasta atau klinik perubatan swasta;
(v) jurulatih;
(vi) mana-mana pengkhidmat awam tidak mengira apa-apa pangkat dalam menjalankan kewajipannya berkenaan dengan kanak-kanak.
Bahagian VI adalah terdiri daripada fasal 18 yang secara ringkasnya peruntukkan mengenai kebolehpercayaan, credibility dengan izin, saksi kanak- kanak untuk memberikan kesan dalam prosiding yang melibatkan kesalahan seksual. Di bawah fasal ini, walau apa pun, apa-apa yang berlawanan dalam undang-undang bertulis dalam apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah rang undang-undang ini atau kesalahan yang dinyatakan dalam jadual, jika mangsa itu adalah kanak- kanak, saksi kanak-kanak dianggap mempunyai kewibawaan untuk memberikan keterangan melainkan jika mahkamah berpandangan sebaliknya.
Buat masa sekarang seksyen 118, Akta Keterangan 1950 dan seksyen 8, Akta Sumpah dan Ikrar 1949 menyatakan kanak-kanak bukanlah saksi yang kompeten untuk memberikan keterangan. Asas bagi cadangan peruntukan ini adalah berdasarkan bahawa kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk memberi keterangan yang tepat mengenai sesuatu fakta sekiranya kaedah yang digunakan untuk mengemukakan soalan pada saksi kanak-kanak tersebut adalah bersesuaian dengan pemikiran kanak-kanak tersebut.
Selain itu, kebanyakan kes yang melibatkan jenayah seksual kanak- kanak tidak berjaya disabitkan. Ini kerana terdapat keperluan agar keterangan kanak-kanak perlu disokong. Kerajaan berpandangan bahawa nilai keterangan kanak-kanak perlu diiktiraf sewajarnya. Menurut Article 12 Convention mengenai hak kanak-kanak. Satu, States party shall assure to the child who is capable of forming his or her own views, the right to express those views freely on all matters affecting the child, the views of the child being given due weight in accordance with the age and maturity of the child. For this purpose the child shall in particular be provided the opportunity to be heard in any judicial and administrative
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
proceedings affecting the child either directly or through a representative or an appropriate body in a manner consistent with procedure rules of national law Menurut perenggan 18 UN Guidelines on Justice in Matters involving Child Victims of Crime. “Every child should be treated as a capable witness”. Selain itu terdapat beberapa perundangan di luar negara yang telah mengiktirafkan saksi kanak-kanak sebagai saksi kompeten dan boleh memberi keterangan sebagaimana seorang dewasa. Antara peruntukan luar negara adalah Youth Justice and Criminal Evidence Act United Kingdom, Evidence Act New Zealand, Evidence Act Queensland, dengan izin. Satu pindaan di peringkat Jawatankuasa juga dicadangkan untuk menggantikan perkataan kebolehpercayaan dengan perkataan keupayaan yang akan memberikan satu takrifan yang lebih jelas.
Fasal 19 pula memperuntukkan bahawa keterangan saksi kanak-kanak sama ada diberi dengan sumpah upon oath atau tanpa sumpah without oath hendaklah diterima tanpa keterangan sokongan dalam apa-apa prosiding yang melibatkan kesalahan di bawah undang-undang ini dan kesalahan di bawah jadual yang mangsanya ialah kanak-kanak.
Buat masa sekarang seksyen 133A Akta Keterangan 1950, memperuntukkan bahawa keterangan kanak-kanak yang memberi keterangan tanpa sumpah tidak boleh digunakan untuk mensabitkan seorang pesalah.
Peruntukan perundangan Malaysia jelas memperuntukkan membawa saksi kanak-kanak tidak mempunyai kompetensi untuk memberi keterangan melainkan saksi kanak-kanak itu memahami soalan yang dikemukakan kepadanya.
Sekiranya saksi kanak-kanak itu memahami erti sumpah, saksi kanak- kanak itu boleh memberi keterangan secara bersumpah dan tiada keperluan untuk mengadakan keterangan sokongan bagi keterangan saksi kanak-kanak yang diberikan secara bersumpah tersebut. Mahkamah boleh mensabitkan tertuduh berasaskan keterangan bersumpah saksi kanak-kanak itu meski pun tanpa keterangan sokongan. Namun, dengan mengambil kira keseriusan kesalahan seksual yang dilakukan terhadap kanak-kanak. Kerajaan berpandangan pengecualian perlu diberikan dalam perkara ini berhubung dengan keterangan saksi kanak-kanak.
Ini adalah berdasarkan bahawa keterangan kanak-kanak dalam kes seksual tidak selalunya dapat disokong oleh keterangan sokongan dan menyebabkan tiada sabitan dapat dibuat terhadap pesalah jenayah seksual. Hal ini disebabkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak selalu berlaku dalam keadaan tertutup –– private in nature, dengan izin. Hal ini, menyukarkan pihak pendakwa. Ini kerana dalam kes sedemikian hanya kanak-kanak itu sahaja menjadi saksi terhadap kesalahan seksual itu. Sekiranya, peruntukan yang membenarkan keterangan tanpa sokongan terhadap saksi kanak-kanak tidak diperuntukkan dalam rang undang-undang ini, maka peruntukan 133A, Akta Keterangan akan diguna pakai.
Maka, kesalahan yang melibatkan jenayah seksual terhadap kanak- kanak akan sukar untuk mendapat sabitan. Tambahan lagi, kebanyakan negara seperti United Kingdom, Kanada dan Australia telah pun memansuhkan keperluan bagi mendapatkan keterangan sokongan bagi saksi kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, perkara ini adalah tertakluk kepada pelaksanaan oleh pihak mahkamah kelak sama ada dalam menyabit seorang tertuduh. Mahkamah masih mengehendaki agar keterangan sokongan dikemukakan bagi keterangan saksi kanak-kanak. Satu pindaan juga akan dicadangkan dibuat di peringkat jawatankuasa untuk memastikan peruntukan yang membenarkan keterangan tanpa sokongan terhadap saksi kanak-kanak di bawah fasal 19 ini adalah tanpa sebarang kaviet atau pra syarat tertentu.
Sehubungan dengan itu, peruntukan ini adalah wajar untuk memberikan keadilan kepada kanak-kanak dan inilah hasrat kerajaan dalam perkara ini. Bahagian tujuh terdiri daripada fasal 20 yang memperuntukkan mengenai kewajipan mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan mengenai perlakuan apa-apa kesalahan di bawah rang undang-undang ini atau niat untuk melakukan kesalahan di bawah rang undang-undang ini untuk melaporkan kepada pihak polis. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan seorang itu boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM5,000.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Peruntukan mengenai pemberian maklumat mengenai apa-apa perlakuan kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis turut diperuntukkan di bawah seksyen 13 Kanun Tatacara Jenayah, namun di bawah Kanun Tatacara Jenayah tiada penalti dikenakan bagi kegagalan sedemikian.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Bagi memastikan objektif pelaksanaan rang undang-undang-undang ini untuk membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak dapat dicapai, maka dicadangkan peruntukan ini diadakan bagi memastikan masyarakat sekeliling lebih peka dan prihatin terhadap kanak-kanak dan sekali gus mengekang gejala seksual terhadap kanak-kanak dalam masyarakat amnya.
Fasal 21 memperuntukkan mengenai anggapan umur kanak-kanak pembelaan tidak boleh digunakan bagi sesuatu pertuduhan yang dituduh di bawah mana-mana kesalahan di bawah rang undang-undang ini atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual.
Fasal 22 mengadakan peruntukan mengenai persubahatan melakukan kesalahan di bawah rang undang-undang ini. Dicadangkan bahawa mana-mana orang yang bersubahat dalam perlakuan mana-mana kesalahan yang boleh dihukum di bawah ini hendaklah jika perbuatan yang disubahatkan itu dilakukan yang berbangkit daripada persubahatan tersebut, maka dihukum dengan penjara yang diperuntukkan bagi kesalahan ini. Bagi perbuatan percubaan dengan izin, attempt bagi mana-mana kesalahan di bawah rang undang-undang ini, seksyen 511 Kanun Keseksaan adalah terpakai.
Fasal 23 mengadakan peruntukan mengenai kebolehterimaan keterangan ejen provokasi.
Fasal 24 memperuntukkan bahawa seksyen 173A, 293 dan 294 Kanun Tatacara Jenayah tidak terpakai berkenaan dengan kesalahan di bawah rang undang- undang ini atau berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Jadual. Jika orang yang disabitkan atau kesalahan di bawah rang undang-undang ini berumur 18 tahun atau berumur atas 18 tahun, maka melalui fasal ini, mana-mana orang yang disabitkan bagi mana-mana kesalahan di bawah rang undang-undang ini yang berumur 18 tahun dan ke atas tidak boleh diperintahkan melakukan bon berkelakuan baik atau dilepaskan dengan percubaan berkelakuan baik. Ini adalah mengambil kira keseriusan kesalahan seksual yang dilakukan terhadap kanak-kanak. Walau bagaimanapun, fasal ini tidak terpakai bagi kesalahan di bawah Kanun Keseksaan yang dinyatakan dalam Jadual yang berhubungan dengan ketidakterpakainya seksyen 173A dan 294 Kanun Keseksaan bagi kesalahan serius, serious offences.
Melalui pindaan kepada seksyen 173A dan seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah melalui Akta A1521 yang telah mula berkuat kuasa pada 1 Mac 2007 telah pun diperuntukkan bahawa seksyen 173A dan 294 Kanun Tatacara Jenayah tidak terpakai bagi kesalahan serius.
Fasal 25 mengadakan peruntukan mengenai sebat walau apa pun perenggan 289(c) Kanun Tatacara Jenayah, jika seseorang disabitkan di bawah mana-mana kesalahan di bawah rang undang-undang ini adalah seorang lelaki yang mana mahkamah berpendapat umurnya melebihi 50 tahun, dia masih boleh dihukum dengan hukuman sebat. Sekali lagi peruntukan ini dicadangkan mengambil kira keseriusan kesalahan seksual yang dilakukan terhadap kanak-kanak.
Fasal 26 memperuntukkan bahawa Menteri boleh selepas berunding dengan Pendakwa Raya meminda Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta supaya boleh mengeluarkan atau memasukkan apa-apa perihal bagi kesalahan di bawah mana- mana undang bertulis dalam Jadual daripada Jadual bagi maksud menjalankan akta ini.
Dua fasal baru akan dicadangkan dan dimasukkan dalam peringkat Jawatankuasa untuk membolehkan mahkamah untuk memerintahkan kaunseling pemulihan dan pengawasan polis terhadap orang yang disabitkan atas mana-mana kesalahan di bawah rang undang-undang ini atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual. Ini adalah untuk mengurangkan kadar pesalah yang mengulangi kesalahan- kesalahan tersebut semula selepas tamat tempoh hukumannya. Pada masa yang sama, ini juga akan membantu pesalah-pesalah untuk kembali semula ke aliran masyarakat seperti biasa tanpa membawa sebarang kemudaratan kepada kanak-kanak secara khususnya dan masyarakat secara keseluruhannya.
Jadual Pertama mengandungi senarai kesalahan yang berkait dengan kesalahan penggantungan kanak-kanak dan beberapa peruntukan lain dalam rang
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
undang-undang ini yang terpakai baginya iaitu seksyen 354, 372, 375, 375B, 376, 376A, 376B, 377A, 377B, 377C, 377CA, 377D, 377E atau 509 Kanun Keseksaan, seksyen 31 berhubung dengan penderaan seksual dan 43 Akta Kanak-Kanak 2001 serta seksyen 14 berhubung dengan eksploitasi seks dan seksyen 15 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini menunjukkan langkah serius kerajaan untuk menangani salah laku melibatkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang semakin berleluasa selaras dengan perkembangan teknologi moden. Tambahan lagi pada 2 April 2012, Malaysia bersetuju dengan dua Protokol Pilihan kepada konvensyen mengenai kanak-kanak CRC iaitu Sale of Children, Child Prostitution and Child Pornography dan Involvement of Children in Arm Conflict. Tindakan ini juga adalah selaras dengan komitmen negara di bawah Artikel 34 Eksploitasi Seksual di bawah CRC yang menyatakan bahawa kerajaan perlu melindungi kanak-kanak daripada sebarang bentuk eksploitasi dan penderaan seksual. Selain itu, kerajaan telah menggubal Dasar Perlindungan Kanak-kanak pada Julai 2009 yang bertujuan untuk memastikan kanak- kanak mendapat perlindungan sewajarnya.
Selain itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa ucapan beliau merasmikan “Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak: Hentikan!” yang dianjurkan oleh pihak PERMATA bersama kementerian-kementerian yang relevan pada 13 Mac 2017 turut mengumumkan mengenai penubuhan Mahkamah Jenayah Khas bagi mengendalikan prosiding jenayah seksual kanak-kanak yang melibatkan kanak-kanak seperti mangsa kepada jenayah seksual. Mahkamah ini berbeza dengan mahkamah kanak-kanak yang sedia ada yang hanya mengendalikan kes-kes di mana pelaku jenayah adalah kanak-kanak.
Mahkamah Jenayah Khas yang dicadangkan ini akan mempunyai majistret, hakim dan pendakwa raya yang mempunyai kepakaran khusus dalam jenayah seksual kanak-kanak untuk membantu kerajaan untuk mencapai hasrat untuk melindungi kanak- kanak secara holistik. Kewujudan mahkamah khas ini juga sekali gus akan mempercepatkan dan melancarkan prosiding dan perbicaraan kes yang melibatkan kanak-kanak. Rang undang-undang ini adalah penting bagi mewujudkan satu rangka undang-undang kesalahan seksual yang khususnya terhadap kanak-kanak bagi membanteras kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama, semua pihak berkepentingan yang termasuk agensi kerajaan, pihak swasta, NGO dan masyarakat sivil haruslah menggembleng tenaga memperkukuh dan meneruskan kerjasama dan kolaborasi merentas disiplin dan sektor bagi melaksanakan tindakan menangani jenayah yang sedang meningkat dan menimbangkan ini secara terperinci, holistik, bersepadu dan berkesan.
Saya ingin mengingatkan kepada semua Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini dan juga kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kewujudan undang-undang ini sahaja tidak mencukupi dalam menangani apa-apa masalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Malahan adalah amat penting untuk masyarakat mewujudkan kekuatan adat serta budi pekerti yang baik dan sempurna yang berteraskan amalan positif bagi menghindar bangsa dan negara terjerumus dalam pelbagai jenayah termasuk jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
Saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat Malaysia tanpa mengira umur, bangsa, kaum dan agama, kedudukan mahupun ideologi politik untuk bersatu dalam membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk semua Ahli Parlimen yang memberi sokongan dan pandangan dalam membentuk rang undang- undang ini dan saya berharap bahawa rang undang-undang ini akan mendapat sokongan 100 peratus daripada semua Ahli Yang Berhormat.
Sebelum saya mohon mencadangkan, izinkan saya untuk mengingatkan kepada semua Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan dan juga di luar Dewan, tak kira mana-mana parti politik yang kita menyokong, jenayah seksual dalam negara kita harus dihentikan seperti yang saya kata, “You can run but you cannot hide”. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ada siapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak- kanak yang tertentu dan hukumannya sebagai tambahan kepada kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang lain dan hukumannya dalam undang-undang bertulis yang lain dan berhubung dengannya untuk mengadakan peruntukan mengenai pentadbiran keadilan bagi kanak-kanak dan perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menerima nota ramai kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan mengambil bahagian membahaskan rang undang-undang ini dan bagi memberi peluang kepada seramai boleh ahli-ahli mengambil bahagian, saya ingin mengehadkan masa perbahasan tidak melebihi 15 minit untuk setiap orang.
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam negara ku Malaysia. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua membenarkan saya turut terlibat dalam membahaskan usul Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Tuan Yang di-Pertua, di International Classification of Diseases (ICD) dengan izin mentakrifkan pedofilia sebagai disorder of adult personality and behavior atau kecelaruan dalam personaliti orang dewasa yang mempunyai keinginan seks terhadap kanak-kanak belum baligh atau baru mencapai umur baligh. Pada tahun 2016 yang lalu, masyarakat dunia telah pun dikejutkan dengan satu berita jijik mengenai penderaan seksual yang saya lihat sangat serius yang mengambil masa selama hampir satu dekad dilakukan oleh Richard Huckle, seorang warganegara Britain terhadap kanak-kanak Malaysia seawal usia enam bulan. Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah di London.
Tuan Yang di-Pertua, apabila merujuk kepada undang-undang ini, saya ingin mengambil dan mengajak satu konotasi yang mana kalau kita lihat haiwan juga mempunyai sifat kasih dan sayang terhadap anak-anak dan ini membuktikan bahawa dewasa ini manusia telah hilang sifat kemanusiaannya. Tanpa kita sedar sifat kebinatangan mereka melebihi sifat yang ada pada seekor bintang hinggakan ada di antara mereka sanggup melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
Teringat saya tentang satu video yang pernah saya tonton mengenai sifat kasih sayang seekor haiwan pemangsa iaitu harimau bintang yang telah membunuh seekor monyet untuk dijadikan santapannya. Namun, apabila menyedari bahawa monyet yang dibunuhnya itu mempunyai seekor anak kecil yang sedang menyusu dan hampir terjatuh daripada pokok, harimau bintang tersebut dengan pantas menyelamatkan anak monyet tersebut lantas menyusukannya dan memberikan perlindungan kepada anak monyet tersebut.
Perkara ini mengejutkan saya apabila anak monyet terbabit tidak dimakan oleh harimau bintang terbabit...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kinabatangan bangun Yang Berhormat.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta penjelasan?
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Ya, boleh.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sebelum anak monyet kena baham. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, sebetulnya akta seumpama ini seharusnya telah dibawa lama tetapi saya pun tidak faham kenapa kerajaan mengambil masa yang terlalu lama. Kita seolah-olah tidak ada kesungguhan untuk melindungi kanak-kanak. Negara kita ini Yang Berhormat pun mungkin maklum sudah hampir menjadi negara transit ataupun negara yang diguna pakai oleh mana-mana individu untuk mengeksploitasi kanak-kanak ini, dijual di merata tempat. Oleh sebab itu kita selalu kehilangan kanak-kanak, diculik. Apakah tujuannya? Tujuannya untuk dijual dan dieksploitasi.
Jadi seharusnya kerajaan menitikberatkan persoalan ini dan persoalan ini harus dipersetujui oleh semua pihak. Tanggungjawab kita, harimau ganas pun melindungi anak
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
dia. Anak monyet pun dia lindungi seperti Yang Berhormat Kuala Selangor katakan apa lagi manusia. Jadi saya minta Yang Berhormat mempunyai ketegasan bahawa perkara ini harus ditangani seratus peratus dan tidak ada runding-runding lagi. Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya panjangkan semangat harimau yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan supaya mungkin Yang Berhormat Menteri boleh mengulas dalam sesi penggulungan nanti.
Tuan Yang di-Pertua, apabila merujuk apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi harus diingat bahawa penjenayah tidak akan berhenti melakukan kegiatan mereka. Cuma kita sebagai orang awam yang kadangkala terlupa dengan jenayah membabitkan kanak-kanak ini tidak mustahil akan berulang dan jika tiada langkah diambil dengan segera. Saya tetap percaya dengan pepatah, ‘Pelanduk mungkin lupakan jeratnya tetapi jerat tidak mungkin pernah melupakan pelanduk’. Sehubungan dengan itu, Rang undang-undang Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 ini harus disokong sepenuhnya oleh seluruh warga Dewan dan masyarakat khususnya supaya pada masa akan datang khususnya generasi yang sedang dibina oleh kerajaan ini akan tidak diperlakukan yang mana mereka merupakan anak-anak kecil yang tidak berdosa menjadi kerakusan sifat kebinatangan sesetengah manusia.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun perit dirasai namun demikian saya ingin membawa kesemua Ahli Dewan khususnya menoleh ke belakang mengingati memori yang mungkin telah terpadam dalam ingatan kita tentang berapa kes penderaan seksual yang telah mengemparkan negara beberapa tahun yang lalu pada 8 Januari 2004, adik Harirawati Saridi yang ketika itu berusia 10 tahun telah ditemui mati dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ranau, Menggatal Kota Kinabalu.
Berikutan daripada itu seorang lagi kanak-kanak seusianya Nurul Huda Abdul Ghani mengalami nasib yang sama. Kanak-kanak ini ditemui dalam keadaan yang sungguh lemah selepas dipercayai dicekik dan dirogol dalam keadaan di sebuah pondok keselamatan stesen jana kuasa Tenaga Nasional Berhad di Kampung Pekajang, Tanjung Kupang, Gelang Patah pada 17 Januari 2004. Antara kes lain juga melibatkan Nurin Jazlin pada 20 Ogos 2007 yang telah hilang mayatnya ditemui semula sebulan kemudian.
Kemaluan mangsa telah dimasukkan dengan timun dan terung oleh pembunuhnya.
Tuan Yang di-Pertua, memperlihatkan perkara-perkara yang telah saya bangkitkan tadi sungguhpun kes-kes jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak terbabit dibicarakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berbeza dengan perkara yang hendak dibentangkan pada hari ini seperti seksyen 302, Kanun Keseksaan Jenayah, seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan Jenayah dan seksyen 363 Kanun Keseksaan Jenayah. Namun apa yang ingin saya tekankan di sini ialah keupayaan dan kekuatan rang undang-undang baru ini akan berupaya bertindak sebagai langkah pencegahan dan hukuman kepada perilaku jenayah yang bersifat komprehensif dan inclusive. Tuan Yang di-Pertua, di dalam membicarakan rang undang-undang baru ini antara perkara yang menarik perhatian saya melihatkan seksyen-seksyen yang telah dibentangkan tadi berhubung dengan penggantungan kanak-kanak ataupun seksual grooming. Sungguhpun kita telah mempunyai beberapa undang-undang untuk melindungi kanak-kanak, namun saya melihat rang undang-undang ini sebagai satu undang-undang yang bersesuaian mengikut realiti, masa dan keadaan hari ini. Melihat pada keseluruhan peruntukan undang-undang ini, saya yakin ianya mampu melumpuhkan kesalahan jenayah seksual kepada kanak-kanak. Menurut laporan PDRM, keghairahan kanak-kanak dan remaja menggunakan aplikasi media sosial telah menyumbang kepada kes-kes jenayah seksual.
Berdasarkan laporan statistik sebanyak 124 kes jenayah seksual telah dilaporkan pada tahun 2015. Daripada jumlah itu 138 kes adalah melibatkan mangsa yang berkenalan melalui WeChat, Facebook sebanyak 35 kes dan selebihnya melalui WhatsApp serta BeeTalk. Manakala pada bulan Januari hingga Mei 2016 sebanyak 63 kes telah dicatatkan. Statistik ini menunjukkan bahawa aplikasi sosial ini telah dieksploitasi oleh individu tidak bertanggungjawab sejak perkembangan teknologi maklumat yang pesat berkembang sejak lima tahun yang lalu. Peruntukan yang begitu menarik perhatian saya dalam rang undang-undang ini ialah seperti yang diperuntukkan di Bahagian III, child grooming atau juga penyantunan.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Fasal 12, 13, 14 telah menerangkan setiap kesalahan secara terperinci yang nyata, yang berjaya menutup segala kelompangan atau ruang-ruang kosong undang-
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
undang terhadap kesalahan-kesalahan begini. Ia disusun secara rapi yang mana menyediakan kesalahan-kesalahan bermula daripada kesalahan berkomunikasi, penyantunan dan perjumpaan setelah penyantunan. Selaras dengan itu juga, saya melihat hukuman-hukuman yang dinyatakan juga adalah bertepatan kepada si pelaku jenayah.
Jika sebelum ini terlalu ramai si pelaku yang cuba mendekati kanak-kanak dengan berkomunikasi melalui WeChat misalnya, diteruskan dengan usaha untuk groom kanak-kanak tersebut dengan menggunakan kata-kata yang sungguh manis dan sehinggakan kanak-kanak tersebut sanggup berjumpa dengan si pelaku tersebut. Si pelaku tersebut mungkin tidak sekelumit perasaan bersalah kerana tiada hukuman yang spesifik untuk kesalahan-kesalahan ini. Justeru itu, saya amat yakin dan percaya, rang undang-undang ini langsung tidak akan memberikan sebarang ruang kepada si pelaku yang cuba mendekati kanak-kanak untuk dijadikan mangsa mereka.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu juga, saya juga tertarik dengan peruntukan-peruntukan di Bahagian VI iaitu kebolehpercayaan keterangan saksi kanak- kanak. Fasal 18 telah memperuntukkan secara terperinci bahawa keterangan yang diberikan oleh kanak-kanak itu adalah credible atau boleh dipercayai dalam prosiding yang melibatkan jenayah seksual. Namun begitu, kebolehan dan kepercayaan keterangan kanak-kanak itu masih tertakluk kepada budi bicara mahkamah. Pada hemat saya, saksi kanak-kanak itu boleh dijadikan asas untuk dianggap mempunyai kewibawaan untuk memberikan keterangan kecuali mahkamah berpandangan sebaliknya.
Mengikut undang-undang ini juga, seksyen 118 Akta Keterangan 1950 dan juga Akta Sumpah Ikrar yang mana telah menyatakan bahawa kanak-kanak bukanlah saksi yang kompeten untuk memberikan keterangan namun dengan wujudnya rang undang- undang yang akan diluluskan nanti, ia akan memberikan satu nafas baru kepada peruntukan ini mana asas peruntukan ini adalah berdasarkan keupayaan kanak-kanak untuk memberikan keterangan yang tepat mengenai sesuatu fakta sekiranya kaedah yang digunakan untuk mengemukakan soalan kepada saksi kanak-kanak tersebut adalah bersesuaian pemikiran kanak-kanak tersebut.
Fasal 19 juga memperuntukkan bahawa keterangan saksi kanak-kanak sama ada diberi dengan sumpah atau tanpa sumpah hendaklah diterima tanpa keterangan sokongan dalam apa-apa prosiding kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak ini. Peruntukan ini juga berkait dengan seksyen 133A Akta Keterangan 1950 yang menyatakan bahawa keterangan kanak-kanak yang diberikan tanpa sumpah tidak boleh digunakan untuk mensabitkan si pelaku melainkan jika terdapat keterangan sokongan.
Tuan Yang di-Pertua, peruntukan-peruntukan ini juga dilihat selari dengan beberapa negara lain seperti di United Kingdom, Kanada, Australia yang telah pun memansuhkan keperluan mendapatkan keterangan sokongan bagi saksi kanak-kanak namun ia masih tertakluk kepada budi bicara mahkamah sama ada saksi perlu mengemukakan keterangan sokongan ataupun tidak.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menambah baik pelaksanaan rang undang-undang ini, saya ingin mencadangkan agar setiap pesalah jenayah pedofilia ini setelah tamat sahaja menjalani hukuman, mereka wajib didaftarkan di dalam daftar pelaku jenayah kanak-kanak. Mereka juga perlu diletakkan di bawah pengawasan polis serta melaporkan diri setiap bulan dan ia bertujuan supaya pergerakan mereka dapat direkodkan. Bahkan nama-nama mereka dan wajah mereka perlu didedahkan sama ada melalui laman-laman media untuk memastikan bahawa wujud sebarang bentuk pengekangan terhadap mereka ini.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, mereka juga tidak dibenarkan berada dalam lingkungan 1,000 kaki daripada kawasan sekolah, taman permainan kanak-kanak dan pusat penjagaan kanak-kanak. Pada masa yang sama, dilarang mereka bekerja dalam sektor yang melibatkan kanak-kanak bagi mereka melakukan jenayah yang sama.
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak kerajaan di atas keberanian untuk memperkenalkan Rang Undang-undang Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Sekian, Kuala Selangor menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kulai.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam rang undang-undang yang baru ini. Sebenarnya selain daripada Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri telah menyeru supaya kesemua Ahli Parlimen daripada kerajaan dan juga pembangkang untuk menyokong rang undang-undang ini. Menurut beliau, sebenarnya ini adalah kali pertama untuk pihak pembangkang menyokong rang undang-undang kerajaan.
Di sini, untuk tujuan rekod, saya hendak menyatakan bahawa ini sebenarnya bukan kali pertama untuk Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong rang undang- undang kerajaan. Sebenarnya apabila kerajaan membentangkan satu rang undang- undang untuk meminda Akta Kanak-kanak 2001, pihak pembangkang Ahli Parlimen pembangkang, kami pun menyokong rang undang-undang itu. Bagi Ahli Parlimen pembangkang, kami adalah cukup memandang, apabila sesuatu rang undang-undang itu adalah cukup baik untuk rakyat jelata, tiada apa-apa masalah untuk menyokong rang undang-undang tersebut tetapi apa yang saya rasa ganjil adalah walaupun Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa harap dua-dua pihak boleh menyokong rang undang-undang ini tetapi apabila satu sesi taklimat dianjurkan untuk Ahli Parlimen, beliau mengadakan dua sesi.
Satu sesi untuk Ahli Parlimen kerajaan dan satu sesi untuk Ahli Parlimen pembangkang. Bukankah kami cakap bahawa, kita cakap bahawa, kita hendak menyatukan semua Ahli Parlimen untuk menyokong rang undang-undang ini? Kenapa apabila kita menganjurkan sesi taklimat, kita perlu wujudkan dua sesi dan bukan satu sesi supaya kesemua Ahli Parlimen, kita boleh berkongsi pandangan, kita boleh memberi idea yang baru untuk menambah baik rang undang-undang ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini adalah hipokrit. Okey, bukan itu sahaja, untuk saya rasa membincangkan kepentingan rang undang-undang ini, satu seminar jenayah seksual kanak-kanak hentikan yang telah dianjurkan oleh PERMATA. Semasa seminar ini, sesi seminar ini telah dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Beliau juga menyeru semua Ahli Parlimen untuk menyokong rang undang-undang ini. Bukan itu sahaja, isteri beliau, Datin Seri Mansor Rosmah, juga, Rosmah Mansor, juga dalam ucapan—Sorry, sorry, dalam ucapan untuk penutupan beliau juga menyeru semua orang untuk menyokong rang undang-undang ini. Seminar jenayah seksual kanak-kanak, hentikan ini. Dihadiri hampir 2,000 peserta termasuk isteri pemimpin politik, ahli akademik, pengusaha taman asuhan kanak-kanak dan penuntut universiti. Akan tetapi saya hendak tanya, isteri pemimpin politik ini ada menjemput isteri pemimpin politik daripada pembangkang atau tidak?
Kalau kita cakap bahawa hendak dua-dua bahagian untuk terus menyokong rang undang-undang ini, kenapa hanya menjemput isteri pemimpin politik daripada kerajaan dan daripada pembangkang ini semua tidak jemput? Bukan itu sahaja, beliau juga menggesa agar seminar seumpama ini diperluaskan ke peringkat akar umbi di semua negeri dengan penglibatan isteri-isteri menteri besar dan wakil rakyat untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat. Saya hendak cakap di sini, tidak perlulah menjemput atau melibatkan isteri-isteri Menteri Besar dan wakil rakyat. Saya Ahli Parlimen wanita, saya pun tidak dijemput. Ini cara kita hendak menyatukan pembangkang dan juga Ahli Parlimen kerajaan untuk menjaga maruah, untuk menjaga kepentingan kanak-kanak kita kah? Adakah ini cara? Saya rasa semua ini, seminar ini, semua adalah hipokrit. Berlakon sahaja.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Kulai.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Kenapa hendak jemput isteri-isteri Menteri Besar dan wakil rakyat apabila Ahli-ahli Parlimen perempuan di sini tidak dijemput?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Sikit bagilah. Panaslah.
Ini apa, jealous kah? Terima kasih Yang Berhormat Kulai.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Sila duduk dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak bagi jalan, Yang Berhormat. Duduk.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Sekejap, kalau ada masa, saya bagi jalan, Okey?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tidak bagi.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Ini kerana banyak isu yang saya hendak sentuh di sini. Okey.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun saya hendak menyatakan di sini kami menyokong rang undang-undang ini. Saya rasa rang undang-undang ini memang ada kebaikannya. Saya hendak merujuk kepada seksyen 13 yang menyatakan bahawa, “Mana-mana orang yang berkomunikasi dengan apa-apa cara dengan seseorang kanak- kanak dengan niat untuk melakukan atau untuk memudahkan perlakuan yang bersifat seksual adalah satu kesalahan di bawah rang undang-undang ini”. Bukan itu sahaja seksyen 15, “Amang seksual fizikal atas kanak-kanak. Mana- mana orang yang, bagi maksud seksual:
(a) menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak- kanak;
(b) membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan orang itu atau bahagian badan mana-mana orang lain;
(c) membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak itu sendiri; atau 12 rang undang- undang
(d) *melakukan apa-apa perbuatan lain yang melibatkan kontak fizikal dengan seseorang kanak-kanak tanpa persetubuhan.
Melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun...”* Saya hendak nyatakan di sini, saya menyokong rang undang-undang ini terutamanya seksyen 13 dan juga seksyen 15. Akan tetapi saya juga hendak tanya kalau sekarang kita langsung kita tidak mengizinkan persentuhan badan kanak-kanak atau kanak-kanak kita langsung tidak boleh menyentuh badan orang lain, kenapa perkahwinan kanak-kanak masih berlaku di Malaysia? Kalau kita cakap bahawa sentuh badan kanak-kanak tidak boleh, mereka juga tidak boleh sentuh badan sesiapa yang bersifat seksual. Kenapa kita masih mengizinkan anak kita yang di bawah umur 16 tahun untuk kahwin?
Saya hendak nyatakan di sini, seksyen 2 rang undang-undang ini menyatakan, “Akta ini hendaklah terpakai bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun.” Maksudnya kalau semua orang yang di bawah 18 tahun, dia diambil kira sebagai seorang kanak-kanak di bawah rang undang-undang ini. Akan tetapi kalau mengikut undang- undang Malaysia sekarang, untuk anak perempuan yang bukan Islam di antara umur 16 tahun sampailah 18 tahun mereka boleh kahwin apabila mendapat kelulusan daripada Menteri Besar ataupun Chief Minister. Kalau ikut undang-undang ini sebenarnya mereka telah membuat satu kesalahan di bawah seksyen 13 dan seksyen 15.
Lebih teruk lagi untuk budak-budak perempuan yang beragama Islam, mereka boleh kahwin pada apa-apa umur, berumur lapan tahun pun boleh, 12 tahun pun boleh apabila mereka dapat keizinan daripada Mahkamah Syariah. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri di sini, bagaimana kita hendak reconcile, kita hendak menyelaraskan rang undang-undang ini, undang-undang untuk perkahwinan di Malaysia? Saya hendak nyatakan di sini, bukan itu sahaja kita cakap kalau ikutlah Kanun Keseksaan seksyen 376 yang telah menyatakan bahawa untuk mempunyai hubungan seks dengan orang di bawah 16 tahun itu adalah satu statutory rape.
Akan tetapi sebenarnya kalau ikut Kanun Keseksaan, mempunyai hubungan seks dengan mereka di antara 18 tahun, ini bukan satu jenayah kalau ikut Kanun Keseksaan kita. Akan tetapi saya hendak tanya, kalau Kanun Keseksaan kita menyatakan bahawa sebenarnya untuk gadis perempuan yang berumur 16 tahun ke atas, mereka ada kapasiti dengan izin, untuk give izin ataupun consent untuk perhubungan seks. Akan tetapi di bawah rang undang-undang yang kita bincangkan sekarang menyatakan bahawa sentuh badan mereka, sentuh sahaja tanpa persetubuhan, ini pun sudah menjadi satu jenayah.
Jadi saya hendak cakap di sini sudah tiba masa, sudah sampai masa untuk kita menyatukan umur untuk perkahwinan. Untuk isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita apabila memberi satulah breakfast talk di New York pada tahun 2015 September, beliau menyatakan bahawa dengan izin, “Child marriages were rare in Malaysia, Rosmah Mansor said. As our legal framework circumvented and offer further effective measures to protect the children from being forced into child marriage.” She also said the, “The Women, Family and Community Development Ministry set up a task force
Puan Teo Nie Ching - Kulai
on protection of children in 2014. Seeking among others, to raise the marriageable age for girls from 16 to 18 in the Syariah Law, consistent with the Child Act.” Akan tetapi saya hendak tanya, kalau ikutlah kenyataan ini, sebenarnya satu task force telah ditubuhkan pada tahun 2014. Sekarang sudah 2017. Jadi sudahlah melebihi dua tahun setengah. Selepas satu ucapan yang cukup cantik di Breakfast Panel on Girls not Bride at Ford Foundation in US. Sudah sampai mana usaha kerajaan kita untuk meningkatkan tahap umur untuk perkahwinan?
Jadi saya hendak menyeru di sini dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri sampailah Perdana Menteri dan jugalah isteri Perdana Menteri semua menyeru, kesemua Ahli Parlimen untuk be more proactive atau usaha bersama-sama biarlah kita membantu ataupun menjaga kebaikan kanak-kanak kita. Saya hendak tanya di sini, boleh tidak kita menyatukan usaha kita untuk juga meningkatkan umur untuk perkahwinan di Malaysia? Janganlah kita menjadi seorang hipokrit. Sekarang kita di sini hendak bincang tentang kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. Kalau sentuh badan pun tidak boleh, bagaimana kita boleh mengizinkan anak-anak kita yang bawah umur 18 tahun untuk kahwin?
Saya rasa kita hendak letak umur untuk cut off point, adalah 16 atau 18 tahun saya rasa itu masih kita boleh bincang lagi. Akan tetapi yang paling penting adalah kita tidak boleh – we cannot miss the elephant in the room, we cannot not addressing the elephant in the room apabila kita hendak bincang tentang kesalahan-kesalahan seksual tetapi kita masih mengizinkan perkahwinan kanak-kanak teruslah berlaku di Malaysia.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Boleh saya mencelah sikit Yang Berhormat?
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Boleh, selepas itu sana pun boleh.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat Kulai, saya dengar teliti tentang pendekatan Yang Berhormat Kulai. Saya ada satu soalan sahaja.
Apakah akan berlaku sekiranya seorang yang dewasa melakukan gangguan seksual sebegini, selepas ditangkap dan disoal selidik dan sebagainya, dia membuat cadangan hendak berkahwin pula? Bagaimana kita hendak bantu keadaan sebegitu? Akta ini boleh menyelamatkan mereka daripada dihukum dan sebagainya. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kapar kerana ini ialah apa yang berlaku di realiti, dalam realiti kita. Kita sudah banyak berlaku kes di mana seorang anak yang bawah umur tidak sampai 16 tahun, sepatutnya itu ialah statutory rape tetapi oleh sebab lelaki itu membuat cadangan untuk kahwin dia.
Jadi lelaki itu dilepaskan walaupun ada kes di mana mahkamah cakap ataupun AG kita cakap bahawa lelaki itu perlulah ataupun harus didakwa di mahkamah lagi.
Akan tetapi saya hendak tanya, untuk seorang budak yang tidak capai umur 16 tahun apabila beliau kahwin dengan seorang perogol dia ataupun perogolnya telah di penjara sebanyak lima tahun ataupun tiga tahun, bagaimana budak ini boleh teruslah hidup ataupun bersama dengan lelaki tersebut? Jadi saya rasa ini telah menunjukkan bahawa mechanism sekiranya ada apa-apa mechanism untuk melindungi kita kata budak-budak perempuan yang menjadi pengantin ini, ini menunjukkan bahawa mechanism kita tidak dapat melindungi golongan gadis ini.
Jadi sudah tiba masa, saya harap pihak pembangkang, kami tidak ada apa-apa masalah untuk menyokong rang undang-undang ini. Saya akan menyokong rang undang-undang ini tetapi saya harap juga sudah sampai masa untuklah kita meningkatkan umur untuk perkahwinan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sambung petang Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. RonaldKiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Saya jemput Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebelum saya mulakan perbahasan saya, saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk bersama-sama berbahas mengenai Rang Undang- undang Menangani Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak ini. Sebelumnya, saya nak mulakan dengan mengucapkan penghargaan kepada usaha kumpulan wartawan yang memberi cadangan dan juga didikan pada rakyat, betapa jijiknya kegiatan seksual yang melibatkan kanak-kanak ini.
Kita Barisan Nasional, selaku kerajaan yang sangat prihatin yang sentiasa mendengar masalah-masalah dan juga isu-isu yang berkaitan dengan rakyat, maka satu rang undang-undang telah pun dibentangkan dan dibawa ke dalam Dewan yang mulia ini oleh Yang Berhormat Menteri. Jadinya, inilah Kerajaan Barisan Nasional yang sangat prihatin dan sentiasa mendengar dan respons kepada masalah-masalah rakyat.
Jadi untuk itu, saya melihat rang undang-undang ini sebagai satu tanda keseriusan pihak kerajaan dalam membanteras kesalahan seksual yang dilakukan terhadap kanak-kanak di Malaysia dan memperbaiki serta meningkatkan kualiti sistem keadilan jenayah di negara ini dengan mengadakan perlindungan yang lebih baik bagi kanak-kanak terhadap kesalahan seksual dan melindungi kepentingan dan kebajikan kanak-kanak serta mengadakan pencegahan.
Tuan Yang di-Pertua, kita di Malaysia ada Akta Kanak-kanak 2001 yang memang sedia ada. Namun, kita tengok akta ini masih belum cukup untuk kita menangani masalah berkaitan jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak. Kita melihat daripada fakta yang kita dapat, statistik yang dikeluarkan oleh PDRM, kita dapati ini satu laporan baru-baru ini yang melibatkan bilangan dia agak ketara iaitu 12,025 kes jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak yang berada di bawah usia 18 tahun di negara ini sehingga Oktober tahun lalu. Jadinya, angka ini satu angka yang perlu diberikan perhatian. Ini yang dilaporkan. Yang tidak dilaporkan itu tidak dikira. Maknanya jumlah itu adalah lebih daripada itu.
Realitinya pada hari ini, anak-anak kita ini memang sentiasa terdedah dengan pelbagai bahaya di luar sana sebab kita berhadapan dengan dunia tanpa sempadan yang menjadikan persekitaran kita semakin hari semakin bahaya khususnya kepada kanak- kanak. Umpamanya, kita bercakap mengenai ancaman penjenayah seksual iaitu satu ancaman yang dilihat begitu berleluasa pada masa ini. Kita baru-baru ini digemparkan— sebab, kalau kita bercakap mengenai penjenayah pedofilia ini, kita ingat ianya hanya berlaku di luar negara.
Akan tetapi baru-baru ini kita digemparkan lagi dan tadi pagi Yang Berhormat Menteri juga ada memaklumkan ke dalam Dewan yang mulia ini bahawa laporan mengenai satu kes penderaan seksual terhadap 200 kanak-kanak Malaysia yang berusia antara 8 tahun hingga 12 tahun yang rata-ratanya merupakan kanak-kanak gelandangan dan kurang berkemampuan di sekitar Kuala Lumpur. Contoh-contoh inilah yang jelas membuktikan bahawa Malaysia ini sebenarnya tidak terlepas dengan ancaman jenayah seksual kanak-kanak ini dan di masa akan datang, kita khuatir ianya akan menjadi satu ancaman yang lebih besar lagi.
Lepas itu, saya juga hendak menyambut baik apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Bertindak Berkaitan Jenayah Seksual Kanak-kanak yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pengerang.
Ini merupakan satu langkah permulaan yang sangat bagus tetapi saya ada beberapa persoalan yang saya hendak tanyakan kepada pihak Menteri, iaitu sejauh manakah jawatankuasa yang ditubuhkan ini berperanan dalam mengkaji dan meneliti isu-isu yang berkaitan dengan jenayah seks yang melibatkan kanak-kanak?
Kemudian soalan yang seterusnya, apakah pendekatan yang telah dilakukan ataupun yang dicadangkan oleh jawatankuasa ini dalam membantu menyebarkan kesedaran mengenai jenayah seks yang melibatkan kanak-kanak ini?
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Seterusnya, saya juga hendak supaya dimaklumkan ke dalam Dewan ini, berapa sebenarnya jumlah kes jenayah seksual yang ditangguhkan perbicaraannya dan apabila rang undang-undang ini nanti bakal diluluskan, apakah langkah awal yang telah diambil oleh pihak kerajaan dalam memastikan sebuah mahkamah khas ditubuhkan untuk mempercepatkan perbicaraan kes jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak?
Yang Berhormat Simpang Renggam.
Datuk Liang TeckMeng - Simpang Renggam
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya cukup menyokong akta ini dibentangkan pada masa yang tepat. Cuma saya hendak minta pandangan, kita lihat masyarakat sekarang khususnya di kalangan remaja, teenager ini lebih matang, lebih matured berbanding dengan zaman dahulu. Banyak kes seperti puppy love berlaku sekarang. Mungkin tak sampai tahap ada hubungan seksual tetapi mungkin setakat pegang tangan kah.Tetapi kalau kita lihat akta ini, ia lebih memihak melindungi budak perempuan tapi tak ada peruntukan untuk kita adakan perlindungan kepada budak-budak lelaki. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Parit Sulong tentang perkara ini ataupun harus ia diambil kira juga dalam Jawatankuasa ini?
Terima kasih.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Perkara ini mungkin ada berlaku dan terjadi kepada anak-anak kita ataupun yang terbaru,saya nak mengambil cerita bagaimana di kawasan saya, masih muda di bawah umur 17 tahun, lelaki dan perempuannya yang suka dengan suka tetapi alih-alih ada laporan polis yang dibuat. Jadinya mungkin kita boleh bertanya dengan Yang Berhormat Menteri juga mengenai perkara ini,macam mana ianya boleh terpakai kepada kes-kes yang seperti ini? Kita harapkan ianya lebih saksama daripada segi penilaiannya sebab perkara ini perkara yang kita hadapi setiap hari.
Jadi saya teruskan ucapan saya. Ini mengenai ada satu bahagian dalam rang undang-undang ini yang memperincikan tentang kebolehpercayaan ataupun kredibiliti saksi kanak-kanak yang memberikan keterangan dalam prosiding yang melibatkan kesalahan jenayah seksual. Sebelum ini kita dengar ada juga rakan-rakan yang lain juga bercakap mengenai ini. Ini memang satu cadangan pindaan yang baik kerana ianya boleh membantu menyelesaikan sesuatu kes yang lebih mudah. Akan tetapi, saya tengok daripada segi saksi yang kompeten itu. Sebabnya, kalau kita tengok bawah Akta Keterangan 1950 , Akta 56 dan Akta Sumpah dan Ikrar 1949 iaitu Akta 194, ia memberi kenyataan yang berlawanan iaitu kanak-kanak bukanlah saksi yang kompeten dalam memberikan kenyataan.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Jadinya soalan saya di sini adalah saya hendak kepastian tentang bagaimanakah pihak kementerian melihat contohnya. Saya bagi contoh, kadang-kadang anak yang kelainan upaya ini, bila dia terlibat ataupun terkena dengan seksual jenayah ini yang mempunyai keupayaan untuk menjadi saksi di mahkamah kerana kebiasaannya kita dapat melihat kanak-kanak istimewa ini sukar untuk menjelaskan tentang perkara yang berlaku terhadap diri mereka.
Jadi, saya hendak minta supaya pihak kementerian untuk menerangkan lagi mengenai umur prudent ini serta memahami proses dan prosedur undang-undang dan mahkamah serta keterangan kanak-kanak ini boleh diterima tanpa keterangan tambahan ataupun sokongan. Sebabnya seorang kanak-kanak memang dianggap kompeten untuk memberikan keterangan melainkan jika mahkamah berpendapat selainnya. Manakala dari segi kesaksian kanak-kanak, mahkamah boleh membenarkan keterangan tanpa sokongan kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya. Saya minta penjelasan daripada pihak kementerian mengenai perkara ini.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya hendak bertanya sedikit tentang kanak-kanak sebagai saksi dalam kes jenayah seksual ini kerana saya teringat mengenai seorang penulis, seorang pakar hipnoterapi daripada UK, John Mabbet namanya, dan dia tulis buku Hipnotherapy for Dummies. Saya pernah hadir ceramahnya, satu lecturenya dan dia menceritakan bahawa dalam banyak kes jenayah seksual di UK, anak itu boleh dengan cara coaching yang tertentu, boleh dimasukkan kekeliruan dalam mindanya hingga benda yang tidak berlaku, boleh jadi kata berlaku dan wataknya yang tidak ada, boleh jadi dan dia sebut dengan detail. Jadi itu perlu diambil kira, saya cadang menerima sebagai saksi. Terima kasih.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Saya harap pihak kementerian juga melihat mengenai cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat tadi.
Seterusnya saya hendak bercakap mengenai issue of consent yang dibangkitkan juga di dalam rang undang-undang ini sebab definisi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Sedangkan age of consent di bawah undang-undang negara ini, kalau kanak-kanak itu berusia 16 tahun. Jadi kita tahu bahawa age of consent ini bermaksud peringkat umur kanak-kanak yang dianggap secara undang-undang yang sah, boleh memberi kebenaran ataupun persetujuan terlibat dalam apa-apa aktiviti. Jadi persoalannya bagaimana rang undang-undang yang dibentangkan ini mampu untuk menjustifikasikan ataupun membezakan kesalahan seksual dan bagaimana pembelaan di bawah age of consent ini boleh dilakukan.
Seterusnya saya hendak minta sedikit, hendak bertanya pada pihak kementerian mengenai adakah kementerian ada membuat semakan pandangan fatwa mengenai perkara ini kerana kalau kita hendak mengikut daripada segi Islam, dari segi umur perkahwinan, jadinya dia boleh menimbulkan sedikit sebanyak polemik di dalam masyarakat sebab masyarakat ini dia ada berbeza pendapat. Dalam hal ini kita bercakap mengenai umur baligh yang boleh berbeza. Jadinya bagaimana kementerian, pandangan kementerian mengenai perkara ini dan bagaimanakah kementerian boleh mengharmonikan perbezaan pendapat ini agar akhirnya perkara ini dengan undang- undang dapat diselaraskan dan tidak akan ada pertelingkahan antara dua perkara sebabnya konsep bagaimana undang-undang ini.
Saya seterusnya saya hendak bertanya bagaimana konsep undang-undang ini boleh membantu daripada aspek pemulihan pula. Sebab kita setuju bahawa satunya kita boleh membantu kanak-kanak ini. Tapi yang keduanya daripada aspek pemulihan ini sebab kita setuju bahawa ianya berkaitan dengan pemulihan sebab orang yang terlibat dengan seksual kanak-kanak ini dia memang ada masalah sakit jiwa. Undang-undang ini perlu kerana kes ini semakin meningkat. Jadinya kelompok kanak-kanak ini kita betul, kita bela. Tapi pelakunya juga, apa yang perlu kita buat selain daripada menerima hukuman, saya kira saya hendak memberi cadangan supaya perlu juga diberikan pemulihan.
Jadinya bagaimanakah pihak kementerian mengambil satu tindakan yang proaktif dari segi bab pemulihan sebabnya rang undang-undang ini bukan sekadar hukuman, bukan sekadar satu senjata tetapi ianya juga boleh digunakan sebagai pencegah dan juga pemulihan kepada mereka terutamanya yang tidak berapa betul inilah, yang kesakitan jiwa ini. Saya juga terkejut bila mendapat maklumat bahawa, yang ini dapat maklumat dari seorang pegawai program kanak-kanak, di pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Dia ada nyatakan bahawa jenayah pedofilia ini semakin rancak di dunia, di dunia atas talian di mana dia percaya bahawa Malaysia ini merupakan antara pusat terbesar di ASEAN untuk penghantaran pornografi kanak-kanak di internet.
Lepas itu ada satu lagi kajian, dikatakan pula terdapat lebih daripada 80 peratus daripada apa yang dipanggil darknet di alam maya ini telah menawarkan bahan berkaitan jenayah seksual kanak-kanak. Penggunaan internet kita kebiasaannya hari ini hanyalah sekadar 10 peratus hingga 20 peratus dan penemuan yang dibuat melalui kajian ini membuktikan sesuatu yang kita perlu lakukan. Jadinya saya hendak tanya bagaimanakah undang-undang yang bakal kita luluskan ini mampu untuk memantau rangkaian sulit pedofilia ini dan seterusnya menyekat ancaman jenayah seksual kanak- kanak melalui dunia atas talian ini dan bagaimanakah pihak kementerian mampu untuk memantau aktiviti tidak senonoh ini menerusi penggunaan media sosial yang popular.
Sepertinya kita ada WeChat, kita ada Facebook, kita ada WhatsApp dan kita ada segalanya.
Jadinya, apa pun yang telah saya bangkitkan ini, saya percaya ianya akan mendapat maklum balas positif daripada pihak kementerian dan saya setuju untuk menyokong Rang Undang-undang Menangani Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak ini dan saya harap mendapat maklum balas daripada kementerian mengenai apa-apa isu yang saya bangkitkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana beri saya laluan untuk berbahas tentang Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membuka ucapan saya dengan mengimbas kembali kerana kita lihat berbagai-bagai kes keganasan terhadap kanak-kanak, kesalahan seksual terhadap kanak-kanak ini sudah menjadi-jadi dan meningkat daripada yang kecil jadi yang besar, yang besar jadi peringkat dalam dan di luar negara. Seperti kita lihat seperti kawan-kawan tadi ada sebut, apa Yang Berhormat yang lain sebut kes- kes daripada Nurin Jazlin yang mana telah menjadi mangsa bunuh atas dianiayai ke atas kesalahan seks, dirogol, dibunuh dan kesnya telah menjadi satu kejutan pada negara kita pada September 1999.
Selepas itu banyak lagi kes-kes sebegini yang terjadi dalam negara kita. Ini juga termasuk kes-kes pegawai polis merogol kanak-kanak, orang-orang yang kita harapkan, bertanggungjawab untuk menjaga, melindungi keselamatan rakyat tapi mereka juga terlibat dalam merogol kanak-kanak. Kita juga lihat kes-kes yang mana mereka-mereka mengambil kesempatan, sudah rogol kanak-kanak perempuan ini.
Lepas itu hendak tutup kesalahan mereka dan menawarkan untuk kahwin dan memberikan ganjaran wang pampasan kepada keluarga yang miskin dan sebagainya.
Ini adalah kesempatan-kesempatan yang telah diambil oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab, mereka-mereka yang seolah-olah tidak ada agama. Yang mana tahu memisahkan antara dosa dan pahala dan dalam Islam sendiri ini adalah satu perkara yang dituntut agar anak-anak ini diberikan satu kehidupan yang selamat dan dipelihara dan dijaga dan dihormati dan bukan dianiayai. Seolah-olah mereka-mereka ini yang membuat kesalahan-kesalahan ini tidak bertanggungjawab, seolah-olah mereka ini tidak mempunyai keluarga, anak, isteri ataupun adik-beradik perempuan terutamanya.
Walaupun kesalahan rang undang-undang ini tidaklah hanya merangkumi untuk orang perempuan sahaja tetapi ianya juga merangkumi untuk di kalangan anak-anak lelaki.
Jadi kita lihat tadi saya sebut daripada kes-kes dalam negara yang saya sebut daripada rogol-rogol, bunuh dan kahwin, mengambil kesempatan dan sebagainya. Kita juga lihat juga di peringkat internasional juga, kita lihat di mana pelajar pintar kita juga di London mempunyai bahan-bahan lucah dan sekarang telah dipenjarakan, menjalani hukuman. Kita lihat juga kes Selvakumar Subayah, rakyat Malaysia yang melakukan kerja-kerja terkutuk ini di Kanada dan telah juga dihukum dan sekarang sudah balik ke negara kita. Kita juga lihat kes-kes yang lebih teruk lagi seperti tadi yang ada juga yang sudah sebutkan adalah kes-kes seperti Richard Huckle ya. Yang mana terbuktilah beribu- ribu, puluh-puluh ribu gambar-gambar lucah dan mangsa-mangsa kanak-kanak yang telah dijadikan mangsa seluruh, bukan di negara mereka saja, tapi di seluruh dunia dan termasuk Malaysia.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Apatah lagi kita lihat dari segi statistik pula Tuan Yang di-Pertua. Menurut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, 5,705 kes dicatatkan melibatkan penderaan seksual kanak-kanak bagi tempoh 2010 hingga 2015 dengan purata 963 kes setahun.
Manakala, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula dicatatkan 2,759 kes rogol, 412 kes sumbang mahram, 1,423 kes mencabul kehormatan dan 422 kes luar tabii yang melibatkan mangsa di bawah umur 18 tahun dilaporkan sepanjang 2015 dan 2016.
Apa lagi pada Jun 2016, Polis Diraja Malaysia mengesahkan bahawa negara Malaysia berada di kedudukan ketiga tertinggi di kalangan negara-negara Asia Tenggara yang memiliki dan mengedarkan pornografi kanak-kanak. Apa lagi, satu team pasukan detektif Australia, team Argos yang menemui profil Richard Huckle dalam web gelap, dark web mempercayai bahawa kini Malaysia merupakan antara pusat penghantaran bahan lucah kanak-kanak dalam internet yang paling besar di Asia Tenggara. Team Argos mendapati 1,000 penghantaran dalam masa 24 jam bagi tahun 2015 di Kuala Lumpur. Hanya kita di belakang Bangkok yang pertama 1,800.
Jadi, ekoran daripada statistik ini, ekoran daripada kejadian-kejadian ini, memanglah sudah tiba masanya untuk Malaysia memandang perkara ini sebagai satu perkara yang serius. Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kulai pagi tadi, kami di sini memang mengalu-alukan untuk kerajaan melaksanakan satu undang-undang yang boleh melindungi kanak-kanak. Oleh kerana kami di sinilah, maka desakan atas desakan dan saya percaya ini menjadi satu perkara yang harus diambil kira dengan serius dan harus dilaksanakan juga dengan serius.
Tidaklah bukan kali pertama kita diminta untuk menyokong satu perkara yang baik kerana kita percaya anak-anak ini adalah aset negara, maka kita harus menjaga kebajikan mereka dan melindungi mereka. Kita juga kena ambil contoh negara-negara maju seperti mana negara Jepun, USA, UK, Itali, Singapura, Indonesia telah melaksanakan beberapa undang-undang yang ketat dan yang mantap yang mana boleh
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
membendung jenayah-jenayah seksual terhadap kanak-kanak ini. Negara Jepun dan Itali contohnya...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Mohon laluan.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Ya, okey.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Ampang. Saya tertarik kepada isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Ampang berkait dengan Richard Huckle yang telah dipenjarakan di UK.
Akan tetapi saya hendak baca satu keratan akhbar yang dikeluarkan oleh The Star yang mengatakan bahawa dan saya baca dalam bahasa Inggeris, dengan izin Tuan Yang di- Pertua. Selepas dia balik daripada Malaysia ke UK semasa Krismas dan saya baca; “He was carrying a heavily-encrypted computer and camera that contained over 200,000 images of child sex abuse, over 1,000 already showed him committing offences including rape”. Sebenarnya isu ini telah dibongkar di Malaysia juga dan di Malaysia didapati bahawa lebih kurang kes berkait dengan Huckle terlibat 191 victims ataupun mangsa, 191 victims. Yang Berhormat, soalan saya atau minta penjelasan daripada Yang Berhormat adalah isu berkait dengan dua isu. Satu, pada masa isu ini dikeluarkan semasa Huckle di bawa ke mahkamah dan sebagainya, Kerajaan Malaysia telah mengatakan we will do something about this, kita akan menolong mangsa-mangsa dan sebagainya. Akan tetapi selepas satu tahun, kita tidak dapat apa-apa maklumat mengenai apa yang telah berlaku dengan kaunseling yang seharusnya diberikan kepada mangsa-mangsa.
Daripada kawan-kawan yang saya bertemu, mereka mengatakan bahawa isu ini tidak mendapat fokus daripada Kementerian Wanita. Saya hendak tanya kepada Menteri, adakah ini kerana mereka adalah anak-anak India, anak-anak orang miskin, jadi sebab itu kerajaan tidak memberi perhatian kepada mereka? So, apakah rang undang- undang ini adalah satu political gimmick yang dilontarkan oleh kerajaan, bila kita ada satu keadaan di mana ada mangsa-mangsa yang tidak diberi apa-apa sokongan daripada pihak kerajaan, itu satu.
Isu yang kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat berkait dengan infrastruktur. Infrastruktur yang sedia ada di mana yang mengatakan bahawa Malaysia merupakan centre of child porn. How can this infrastructure exist if there is no complicity on the part of enforcement authorities? Jadi, saya minta penjelasan daripada pihak Yang Berhormat. Terima kasih.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Sekiranya apa yang dikatakan Yang Berhormat Klang tadi, benarlah ada diskriminasi dan cuba melindungi pihak tertentu, saya rasa ini tidak harus terjadi.
Dengan adanya kononnya undang-undang yang hendak dilaksanakan ini, saya harap perkara ini tidak terjadi. Oleh kerana Richard Huckle memang kita pun terkejut bila kes ini terbongkar, kita tidak dengar apa beritanya dan terus dia sudah pulang ke negaranya untuk dibicarakan, sedangkan dia ditangkap di Malaysia.
Jadi, saya amat berharap sekiranya betul dan kerana mangsa-mangsa yang disebut oleh Yang Berhormat Klang adalah anak-anak miskin daripada keluarga India, jadi saya harap perkara ini diteliti, tidak jadi masalah untuk diteliti. Walaupun kes ini Richard Huckle telah dipenjarakan dan saya juga meminta pihak kementerian untuk membuka fail ini dan melihat pada mangsa-mangsa ini dan sekiranya betul ada diskriminasi dan penganiayaan kepada anak-anak, khususnya dari kaum India, perkara ini harus diperbetulkan. Saya minta Menteri juga menjawab apa Yang Berhormat Klang timbulkan tadi ya.
Saya juga hendak sebut tadi tentang kes penjenayah. Saya juga terlupa sebut tentang satu lagi kes, kes tadi saya sebut negara-negara contoh yang mana undang- undangnya adalah lebih ketat seperti negara Jepun dan Itali, terutamanya. Akta spesifik berhubung kesalahan pornografi kanak-kanak. Pelaku jenayah akan dikenakan hukuman tiga tahun penjara bagi kesalahan menerbit, mengedar, menjual dan memiliki bahan pornografi.
Bagi Itali, hukumannya adalah 12 tahun penjara dan denda 250,000 pound, sangat berat. Ini kita rasa mungkin dapat mencengkam atau membendung. Di Singapura pula, umpamanya telah meminda Akta Jenayah mereka dengan meletakkan kesalahan pengantunan kanak-kanak yang berumur bawah 16 tahun ke dalam seksyen 377E, Penal Code. Jadi, mereka amat serius dalam meletakkan undang-undang kesalahan seksual kepada anak-anak ini ke Penal Code mereka.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Kita lihat di mana di Indonesia juga, di Indonesia secara asalnya pemenjaraan bagi tempoh masa panjang dari 20 ke 30 tahun merupakan satu cara untuk mengurus penjenayah bagi kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak di Indonesia. Indonesia telah mengenakan untuk pesalah jenayah seksual kanak-kanak di negara itu dikenakan hukuman kembiri secara kimia dan hukuman mati bagi kesalahan merogol kanak-kanak selain turut dipakai alat penjejak elektronik bagi membolehkan pihak berkuasa mengawal aktiviti mereka sepanjang masa selepas dibebaskan daripada hukuman penjara.
Pesalah juga akan dimandulkan dengan penggunaan ubat-ubat tertentu yang mampu untuk merendahkan paras testosteron dan tabiat seksual mereka. Saya rasa ini boleh dilaksanakan di Malaysia kerana bila ada sikit pertikaian mengenai untuk memberi sebatan kepada mereka iaitu pesalah seksual ini dan ada juga kalangan yang mengatakan bahawa tidak patut, saya rasa ini adalah cara yang terbaik untuk memberikan hukuman kepada mereka yang tidak tahu mengawal nafsu mereka selepas di penjara, di kaunseling, masih lagi nak buat kerja macam itu. Jadi, saya rasa kembiri dan memandulkan mereka adalah cara yang terbaik, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Penampang bangun, Yang Berhormat.
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Ampang. Saya juga tertarik dengan apa Yang Berhormat Ampang telah sebut. Bolehkah Yang Berhormat Ampang bertanya juga kerajaan, jika mereka telah consider untuk civil action. Selepas conviction sepatutnya victims of abused ataupun survivor ini boleh mengambil tindakan Mahkamah Sivil untuk mendapat damages, dengan izin, ataupun compensation of mandatory losses.
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Akan tetapi berkait dengan itu Yang Berhormat Ampang, Civil Law Act ada limitation dengan aksi untuk civil action. Maybe the government can consider extending the Limitation Act. Terima kasih.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Saya minta kerajaan untuk mengambil kira pandangan Yang Berhormat Penampang tadi. Jadi dengan kes-kes tadi yang telah saya sebut dengan contoh-contoh luar negara, hukuman-hukuman yang keras dan sebaginya, saya rasa memang sesuailah untuk Kerajaan Malaysia untuk mengadakan rang undang-undang ini, untuk melaksanakan rang undang-undang ini sekiranya ada kelompangan dalam undang-undang yang ada dalam negara kita yang bersepah sana sini. Pada hari ini kita satukan, selaraskan agar satu tindakan yang sepadu kita dapat laksanakan terhadap penjenayah-penjenayah kesalahan seksual kanak-kanak. Di antaranya adalah perkara-perkara pengantunan kanak-kanak, amang seksual, pornografi kanak-kanak, perhubungan amanah, keterangan saksi kanak-kanak, kewajipan melaporkan dan hukuman-hukuman.
Saya amat berharap Perdana Menteri ada menyebut yang untuk mewujudkan satu Mahkamah Jenayah Khas bagi mengendalikan prosiding jenayah. Saya harap perkara ini selepas rang undang-undang ini diluluskan dan dilaksanakan, saya harap perkara ini akan dapat dilaksanakan juga agar kes-kes penjenayahan ini boleh dilaksanakan dengan cepat.
Seterusnya, saya ingin juga memberikan sedikit...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Masa habis.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Sedikit lagi. Untuk penambahbaikan daripada rang undang-undang ini adalah isu-isu berkenaan dengan keterangan saksi kanak-kanak yang didoubt atau dipersoalkan. Saya cuma minta agar mungkin kita boleh perkenalkan saksi-saksi sampingan untuk membantu.
Akhir sekali, untuk pelaporan ini. Ini penting Tuan Yang di-Pertua kerana ini melibatkan kawasan luar bandar macam Beluran. So, jadi sekiranya pelaporan ini untuk melaksanakanpelaporan ini kita mesti adakan program seperti awareness program.
Program kesedaran kepada ibu bapa, keluarga di luar-luar bandar kerana mereka inilah yang kurang makluman dan kurang tahu tentang undang-undang dan mereka takut untuk melaporkan kes ini jika terjadi dalam keluarga sendiri di mana bapa sumbang mahram dan sebagainya.
Jadi dengan itu, kami memang menyokong rang undang-undang agar dilaksanakan. Cuma kami harap ada political will untuk melaksanakannya dengan betul- betul, dengan tidak ada seleweng dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Tanjong Piai.
Dato’ Sri WeeJeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya turut serta dalam perbahasan Rang Undang- undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017. Tuan Yang di- Pertua, selepas meneliti keseluruhan rang undang-undang ini, saya mendapati hukuman seperti tempoh penjara, jumlah sebatan dan denda telah ditekankan oleh kerajaan.
Fasal 5 hingga fasal 10, fasal 12 hingga fasal 17 dan fasal 20 jelas menunjukkan hukuman-hukuman yang spesifik. Ini amat jelas apabila hukuman penjara yang paling tinggi boleh mencapai 30 tahun bersama sebatan tidak kurang daripada enam kali. Ini termasuk sebatan boleh dilaksanakan ke atas pesalah seksual yang berumur 50 tahun ke atas.Penekanan ini difahamkan apabila pesalah seksual melakukan perbuatan seksual ke atas kanak-kanak yang daif amat mengerikan.
Namun, terdapat dua kebimbangan saya kepada penentuan hukuman ini. Satu, keberkesanan hukuman seperti tempoh penjara, jumlah sebatan dan denda dalam mengatasi jenayah seksual atau pelaku serta pedofilia. Kedua, adakah terdapat usaha pemulihan untuk mangsa kanak-kanak untuk meneruskan kehidupan baru serta pedofilia setelah mereka selesai dan ketika mereka menjalani hukuman mereka. Sebagai jalan penyelesaian jangka panjang, kedua-dua kebimbangan yang berbangkit perlu diberikan perhatian oleh kerajaan.
Ini untuk memastikan sama ada mangsa kanak-kanak atau pedofilia mendapat peluang kedua.Maka saya mencadangkan agar sokongan seperti kepakaran psikologi perlu disediakan dengan mencukupi kepada mangsa kanak-kanak atau pedofilia, individu dan pegawai kehakiman termasuk hakim, peguam perlu memahami kepekaan kes-kes jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak amat sensitif serta meminimumkan sebarang tekanan.
Tuan Yang di-Pertua, dengan merujuk kepada fasal 5, pedofilia akan dijatuhkan hukuman 30 tahun penjara bersama sebatan tidak kurang daripada enam kali walaupun pesalah tersebut berumur 50 tahun ke atas. Apabila seksyen ini dibaca bersekali dengan fasal 17, saya mengandaikan hukuman akan ditambah menjadi 35 tahun penjara dengan lapan kali sebatan ke atas seseorang pesalah berusia 50 tahun ke atas. Maka, saya ingin mendapat pencerahan daripada kementerian.
Satu, apakah hukuman maksimum bagi penjara, sebatan dan denda berdasarkan kepada rang undang-undang ini apabila fasal 17 rang undang-undang terdapat perkataan sebagai tambahan, maka ia bukan dilaksanakan secara serentak.
Kedua, hukuman sebatan yang dibenarkan ke atas pesalah 50 tahun ke atas dicadangkan agar faktor kesihatan pesalah seksual diberikan perhatian supaya memastikan kemalangan tidak diingini berlaku ketika pesalah menjalani hukuman nanti.
Tuan Yang di-Pertua, fasal 9 rang undang-undang ini telah menetapkan bahawa seseorang individu didapati melakukan kesalahan jika menyalurkan sebarang bahan pornografi kanak-kanak kepada seseorang kanak-kanak. Bagi tidak mengehadkan kepada bahan pornografi kanak-kanak, saya mencadangkan bahagian ini diperluaskan agar sebarang bahan pornografi sama ada kanak-kanak atau dewasa tidak sepatutnya diberikan kepada seorang kanak-kanak dan menjadi suatu kesalahan di bawah fasal ini.
Tuan Yang di-Pertua, dengan merujuk kepada fasal yang sama iaitu fasal 9 rang undang-undang, saya ingin mengetahui daripada kementerian, apabila senario seperti berikut berlaku. Satu, seseorang pedofilia mengumpan seseorang kanak-kanak A dengan memberikan sebuah buku kandungannya adalah pornografi dewasa untuk dikongsi dengan sekumpulan kanak-kanak lain di sekolah atau rakan sekelas di mana- mana tempat. Maka, adakah kanak-kanak yang mengedarkan atau bertukar-tukar buku tersebut telah didapati bersalah atau tidak di bawah fasal ini atau mana-mana fasal dalam rang undang-undang ini.
Tuan Yang di-Pertua, dengan berdasarkan kepada hujah yang sama ke atas misalan fasal 8 rang undang-undang ini, perkataan tidak seharusnya dibataskan ke atas website pornografi kanak-kanak. Fasal ini perlu diluaskan kepada sebarang website yang berunsur pornografi atau lucah orang dewasa atau kanak-kanak. Keadaan ini memastikan agar tiada kanak-kanak akan dipancing oleh mana-mana pedofilia yang kerap mencari atau menyasarkan mangsa kanak-kanak di website.
Dato’ Sri WeeJeck Seng - Tanjong Piai
Dengan ini, saya mengakhiri ucapan perbahasan saya dan saya menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Pertama kali, saya mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana berjaya membentangkan rang undang-undang ini yang sepatutnya dibentangkan lebih awal.
Saya berterima kasih kepada semua pihak sehingga kita berjaya membentangkan rang undang-undang ini di Parlimen.
Pihak kami daripada parti PAS dan saya kira semua rakan daripada parti yang lain memberi sokongan supaya rang undang-undang yang sangat penting untuk kepentingan menjaga keselamatan kanak-kanak dalam negara kita dapat diluluskan, insya-Allah. Jadi ini membuktikan bahawa kita pembangkang, kita membangkang apa yang tidak betul. Apa perkara yang baik, demi kepentingan rakyat kita akan tetap menyokong.
Tuan Yang di-Pertua, kita melihat isu yang berkaitan dengan jenayah kanak- kanak semakin berleluasa dalam negara kita. Malah bukan negara kita juga, malah kita tengok di luar negara isu ini amat ketara. Kalau kita tengok di Amerika, 83 peratus daripada kanak-kanak yang berumur 12 tahun hingga 16 tahun berdepan dengan isu keganasan seksual. Begitu juga kita tengok di negara Zimbabwe, wanita dirogol setiap 90 minit berlaku. Di Australia, lebih daripada 51,200 orang rakyat Australia yang berumur 81 tahun menjadi mangsa jenayah seksual ini. Kita tengok juga banyak negara lain berdepan dengan isu yang sama.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Dalam menangani isu jenayah seksual ini, tidak cukup dengan hukuman berat yang dikenakan kepada pesalah seksual semata-mata. Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Dalam isu ini, kita menyokong undang-undang yang tegas untuk menangani isu gejala sosial tetapi yang sama, kita kena perkasakan, kita kena membanteras, kita kena memperbaiki apa punca yang menyebabkan berlakunya keganasan rumah tangga ataupun keganasan seksual terhadap anak-anak ini semakin berleluasa dalam negara kita yang melibatkan ribuan kes anak-anak yang menjadi mangsa.
Kita melihat di antara punca utama yang menjadi punca berlakunya keganasan seksual ini adalah berpunca kerana runtuhnya institusi keluarga. Jadi saya ingin menyarankan kepada pihak kerajaan, pihak kementerian khususnya selain daripada kita menggubal akta-akta, rang undang-undang untuk kita membanteras penjenayah- penjenayah ini, kita perlukan satu polisi, dasar keluarga dalam pentadbiran negara kita, dalam semua kementerian untuk kita memastikan negara kita menjadi negara yang selamat bukan sahaja selamat dari sudut ekonomi, sosial dan sebagainya. Kita mesti menjadikan polisi keutuhan rumah tangga menjadi polisi negara. Bukan semata-mata kita hendak perkasakan ekonomi, hendak mencapai negara maju berpendapatan tinggi menjadi agenda utama negara tetapi menjadi agenda utama negara ialah kita perkasa masyarakat, rakyat itu sendiri supaya dia mempunyai nilai akhlak yang tinggi.
Jadi kita lihat di antara punca yang berlaku ini antaranya ialah kerana kes keruntuhan institusi keluarga di mana kadar penceraian yang cukup tinggi. Daripada tahun 2012 hingga 2014, sebanyak 92,678 pasangan yang bercerai dan purata 156 pasangan sehari. Sudah tentulah ini menyebabkan anak-anak yang lahir daripada keluarga yang bermasalah ini memberi kesan, membawa kepada masalah selain daripada pendidikan agama yang lemah dan sebagainya.
Jadi sebab itulah saya mencadangkan supaya kerajaan juga merangka polisi yang boleh membendung segala bentuk jenayah ini termasuk menyekat laman web yang boleh mengakses kepada pornografi dan sebagainya. Kita lihat apa yang dibuat oleh negara China. Mereka menyekat laman web yang boleh menyebabkan mudah untuk mendapat aksi-aksi pornografi yang tidak elok. Gambar-gambar yang tidak elok. Jadi sepatutnya kerajaan menggunakan kuasa. Selain daripada menggubal undang-undang, kita menyekat segala laman web yang boleh membawa kerosakan dan boleh menjadi punca kepada penjenayah-penjenayah ini untuk melaksanakan agenda-agenda mereka.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Begitu juga saya mencadangkan supaya kita perkasakan institusi keluarga dengan memberi kesedaran ilmu juga terutama kepada ketua keluarga, bapa ataupun ayah dalam keluarga yang menjadi wali dan pemimpin dalam keluarga. Selain daripada kita menyekat segala bentuk ruang yang boleh memberi ruang kepada kanak-kanak terlibat dengan gejala ini seperti kita memerhati atau memantau aplikasi media yang digunakan oleh anak-anak ini, dengan siapa mereka berhubung, apa yang mereka buat, laman web mana yang mereka tengok, kita kena perhati sebagai ibu bapa.
Jadi, di sini peranan institusi keluarga untuk membentuk suasana keluarga yang baik. Sebab itulah Islam telah mengajar awal lagi sistem pendidikan dalam keluarga.
Umur sepuluh tahun mesti pisahkan tempat tidur dengan anak-anak terutama lelaki dan perempuan. Rumah mesti sekurang-kurangnya tiga bilik. Satu bilik untuk ibu dan ayah, satu bilik untuk anak lelaki dan satu bilik untuk anak perempuan.
Begitu juga kita tengok bagaimana dalam Islam, adab apabila memasuki bilik, rumah ibu bapa. Mesti meminta kebenaran, izin dan sebagainya. Begitu juga mengajar kita dengan berpakaian dengan yang sopan dan sebagainya. Semua ini adalah untuk membendung perkara-perkara yang tidak elok. Jadi sebab itulah kita kena faham. Allah SWT telah menciptakan manusia ini fitrah, dari segi fitrahnya. Perkahwinan adalah satu fitrah. Jadi sebab itulah bagi saya kita tidak boleh menyekat perkahwinan sebagaimana yang disebut oleh sahabat saya daripada Kulai tadi yang mempertikaikan kenapa Islam membenarkan perkahwinan di bawah umur.
Bagi saya, ini adalah, kita sebagai seorang Islam, ini adalah panduan daripada Allah. Jadi saya kira orang yang mungkin yang bukan beragama Islam, mungkin dia tidak memahami bagaimana keadaan situasi itu berlaku. Sebagaimana kami tidak mempertikaikan kenapa Paderi tidak boleh berkahwin dalam agama Kristian, kenapa sami Buddha tidak boleh berkahwin dalam agama Buddha. Jadi ini juga menyalahi fitrah dan menyekat hak asasi manusia tetapi kami orang Islam tidak pertikai.
Jadi saya mengharapkan insya-Allah perkara yang melibatkan agama ini tidak dilibatkan dalam isu ini dan saya harap sebab perkahwinan itu mempunyai suasana yang berbeza dengan jenayah seksual. Jenayah seksual ini adalah satu keganasan.
Perkahwinan ini adalah doa dan restu. Jadi apa lagi melibatkan agama. Jadi saya kira sahabat kita yang beragama bukan Islam menghormati agama kami sebagaimana kami menghormati agama daripada orang-orang bukan Islam.
Seterusnya berkaitan dengan rang undang-undang ini, jadi kita lihat di antara isu yang saya nampak di sini ialah saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian berkaitan dengan hukuman di mana hukuman penjara dan sebat yang dikenakan kepada penjenayah ini, apakah program pemulihan yang disediakan dalam penjara khususnya untuk memastikan golongan-golongan yang bermasalah sebab golongan yang melakukan jenayah seksual ini adalah mereka yang saya kira bukan sahaja jahat tetapi mereka mempunyai naluri kebinatangan yang bukan lagi seperti manusia normal yang lain. Dia perlu dipulihkan sama ada melalui rawatan spiritual ataupun sebagainya supaya mereka kembali. Kalau dia orang Islam, kembali bertaubat kepada Allah SWT.
Jadi apakah program-program yang dirancang ataupun yang diatur untuk memulihkan sebagaimana kalau penagih dadah, ada program pemulihan. Jadi penjenayah-penjenayah ini perlu kita pulihkan. Jadi apakah perkara ini ada dalam program pemulihan terhadap pesalah-pesalah jenayah seksual ini.
Begitu juga saya ingin penjelasan berkaitan dengan keterangan saksi. Jadi kalau kita tengok dalam akta ini bagaimana kanak-kanak juga menjadi salah satu elemen penting dalam membuktikan kes. Jadi macam mana menangani isu kalau kanak-kanak itu yang memang tidak boleh bercakap. Ini kerana kita lihat kes-kes yang melibatkan jenayah ini, ada yang melibatkan kanak-kanak yang bawah umur, yang bayi pun ada, yang kanak-kanak dua tiga tahun yang mungkin tidak boleh berkata, yang tidak mampu bercakap apa lagi yang masih kecil yang keliru, yang tidak boleh memberi penerangan dan yang paling malang apabila melibatkan kanak-kanak cacat, OKU. Ini lagi malang.
Jadi macam mana mekanisme yang disediakan untuk membuktikan, bukti-bukti yang membolehkan penjenayah ini dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya jika di mahkamah khas yang melibatkan kanak-kanak sekiranya melibatkan golongan- golongan yang sebagaimana yang saya sebutkan tadi.
Begitu juga saya berterima kasih di atas satu jawatankuasa khas yang dibentuk oleh kerajaan untuk menangani isu gejala sosial ini. Cuma saya ingin tahu dari segi keanggotaannya. Apakah golongan agama juga dilibatkan? Ini kerana ini melibatkan maruah kanak-kanak. Jadi perkara ini perlu dibincangkan dari pelbagai sudut supaya perkara ini memberi hasil yang baik, memberi hasil yang besar.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, saya ingin penjelasan berkaitan dengan masalah macam mana kerajaan melaksanakan mahkamah khas ini. Dari sudut mahkamah khas ini, apakah bentuknya, prosedurnya macam mana supaya ia benar- benar dapat memberi keadilan terutama dalam mengadili kes. Jadi apa bezanya dengan mahkamah biasa dan apakah item-item utama yang membolehkan perkara yang kita hendak bincangkan ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan jenayah seksual ini, kita kena melihat jauh ke depan. Isu jenayah seksual ini melibatkan kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah tetapi kita kena sedar dalam negara kita, jenayah seksual yang berlaku dalam negara kita bukan sahaja melibatkan kanak-kanak tetapi juga yang melibatkan remaja, yang melibatkan orang dewasa yang umurnya melebihi 18 tahun. Ini juga adalah satu yang kita tahu ini menyebabkan banyaknya lahirnya anak luar nikah dan berapa ramai mereka yang telah dizalimi dan dianiaya. Sebab itulah saya ingin tahu apakah kajian yang telah dibuat oleh pihak kementerian untuk memastikan supaya semua bentuk jenayah seksual tidak kira peringkat kanak-kanak, dewasa ataupun remaja dapat dibanteras sepenuhnya.
Ini kerana kita telah sekian lama ada undang-undang menangani isu ini tetapi tidak selesai. Masalah anak luar nikah semakin ramai dalam negara kita. Bayangkan dalam tempoh sepuluh tahun lebih daripada setengah juta anak luar nikah berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Negara. Ini adalah satu fenomena yang sangat membimbangkan.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Jadi macam mana kerajaan menangani isu ini. Saya sangat bersetuju dengan cadangan untuk meminda Akta Keganasan Rumah Tangga sebagai pelengkap kepada rang undang-undang yang kita pinda pada hari ini. Jadi sebab itulah, saya mencadangkan juga kita wajib memperkasakan Akta RUU 355, terutama bagi orang Islam sebab ini ada kaitan dengan masalah berkaitan dengan masalah zina ataupun seksual juga. Ada sebahagiannya yang sangat penting untuk menangani isu yang sedang berlaku dalam negara kita.
Jadi, sejauh mana perkara ini diberi perhatian untuk kita memastikan semua rang undang-undang yang berkaitan untuk memastikan segala bentuk jenayah yang melibatkan maruah manusia ini kita dapat banteras dalam negara kita. Saya ingin tahu sejauh mana kerajaan memantau terutama dari sudut filem-filem sebab di antara punca yang membawa kepada masalah jenayah sosial di dalam negara kita yang mempengaruhi anak-anak remaja kita ini adalah tayangan filem-filem yang dikeluarkan sama ada melalui media massa dan melalui aplikasi, media baru dan sebagainya.
Jadi, apakah pemantauan? Sejauh mana peranan yang dimainkan oleh Lembaga Penapisan Filem khususnya, supaya tidak menayangkan filem-filem yang boleh membawa unsur negatif sebagaimana yang terbaru yang ditayangkan pada kita.
Walaupun perkara itu nampak kecil tetapi kesan pada jiwa anak-anak yang menonton.
Jadi sebab itu saya ingin mencadangkan supaya segala bentuk filem, segala bentuk budaya, idealisme yang boleh membawa kepada kerosakan dan budaya negatif pada anak-anak hendaklah disekat. Jadi sebab itulah saya mencadangkan peranan kerajaan. Kerajaan ada peranan dari sudut undang-undang, dari sudut penggubalan dasar, keluarga ada peranan bagaimana mendidik keluarga dengan berteraskan agama, dengan akhlak yang baik. Masyarakat ada peranan, tidak boleh lagi kita katakan tidak menjaga tepi kain orang. Dalam isu ini kita kena melihat anak jiran kita dalam kelakuan yang pelik, kita kena sama-sama membantu.
Peranan masjid, institusi, dalam satu masyarakat kena membantu supaya keluarga yang ada di sekitar mukim ataupun kariah kita dapat kita bina dengan baik. Jadi insya-Allah lah gabungan yang mantap, peranan kerajaan, peranan keluarga, peranan masyarakat dan peranan individu dan semua NGO kita memainkan peranan untuk menyekat segala bentuk gejala sosial ini, saya yakin insya-Allah perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan kita dapat membendung segala bentuk jenayah.
Saya ingin mencadangkan juga terutama kepada ibu bapa sebab tiada ibu yang suka anak mereka dizalimi, terkena dengan jenayah seksual ini. Tidak ada ayah yang suka anaknya diperlakukan demikian, tidak ada abang atau kakak yang suka adik beradiknya dilakukan demikian sebab itulah setiap kita ada tanggungjawab. Di samping kita berusaha dengan segala ruang undang-undang dan segala sistem yang baik untuk memastikan keluarga kita lahir keluar yang baik, kita juga jangan lupa memperbanyakkan doa kita kepada Allah SWT supaya Allah SWT memberkati dan menjauhi anak-anak kita
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
sebagaimana doa yang kita bagi orang Islam membaca dalam tiap-tiap kali lepas solat.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Jadi saya mengharapkan insya-Allah dengan tergubalnya undang-undang ini kita dapat membanteras penjenayah-penjenayah yang berhati binatang ini dengan hukuman yang berat dan kita dapat menyelamatkan anak-anak kita daripada jenayah yang jahat ini, insya-Allah, wallahualam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lipis. Tidak semua boleh dapat berbahas Yang Berhormat. Saya jangkakan lebih kurang jam 5 nanti Menteri boleh menjawab.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Lipis. Lama lagi satu jam setengah lagi.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Bismilahir Rahmanir Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam negara ku Malaysia. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya turut serta bagi membahaskan Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Pertamanya, saya ingin menyatakan sokongan saya kepada rang undang- undang ini yang mengambil langkah komprehensif, satu langkah yang holistik, satu langkah yang drastik. Pada hari ini kerajaan membawa untuk menangani masalah pengeksploitasian dan kekejaman seksual terhadap yang berlaku kepada kanak-kanak.
Kita semua tahu bahawa undang-undang ini sangat penting. Saya tengok walaupun perbahasan daripada sama ada pihak di sebelah sini ataupun pihak di sebelah sana, kita kebanyakannya boleh katakan semua menyokong bahawa rang undang-undang ini hendaklah diperkemas dan untuk melebih beratkan kepada hukuman-hukuman terhadap perkara ini.
Penderaan seksual terhadap kanak-kanak ini terdiri daripada dua bentuk iaitu fizikal dan mental. Maka penderaan seksual kanak-kanak ini merujuk kepada perkara- perkara yang berlaku sama ada dia memaksa, ataupun memperdaya ataupun mengugut anak-anak ini. Maka, perbuatan terkutuk ini menyebabkan individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini melakukan perkara mengikut nafsu seksual mereka itu sendiri.
Oleh sebab itu hasil kajian menurut statistik daripada Polis Diraja Malaysia, sebanyak 12,025 kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur 18 tahun telah dilaporkan berlaku sehingga bagi tahun 2016.
Saya melihat perkara ini, kalau kita tidak tangani dengan serius ia maka akan lebih banyak berlaku penderaan seks seperti ini. Lebih menyedihkan lagi kalau mengikut penderaan seksual terhadap kanak-kanak ini kebanyakannya berlaku di kalangan ahli keluarga itu sendiri. Ahli keluarga yang melakukan perkara tersebut dalam tempoh 10 tahun sahaja yang berlaku melibatkan bapa kandung merangkumi sebanyak 23.9 peratus diikuti bapa tiri – 23 peratus, bapa saudara – 18.7 peratus, abang kandung – 12.5 peratus, sepupu – 7.2 peratus, abang ipar – 5.3 peratus, abang tiri – empat peratus, datuk – 1.6 peratus dan datuk tiri – satu peratus.
Oleh sebab itu data yang dikumpulkan ini adalah tergolong daripada kenalan itu sendiri, maknanya ahli keluarga itu sendiri. Oleh sebab itu bila saya mendengar hujahan daripada rakan-rakan sebentar tadi untuk menarik perhatian bahawa kita kena memainkan peranan di sekeliling keadaan persekitaran kita, jiran-jiran kita, kita kena melihat apakah keadaan sebenar jiran-jiran kita itu. Akan tetapi perkara yang berlaku ini adalah disebabkan berlaku di dalam rumah itu sendiri. Kadang-kadang mereka tinggal di rumah kampung atau rumah bandar itu sendiri yang jaraknya jauh daripada orang ramai.
Bagaimana kita nak melihat perkara ini berlaku, sebab dia berlaku dalam rumah dia. Kalau sebagai seorang yang kita katakan tadi mahram dia sendiri dia lakukan perkara itu. Bagaimana kita nak mengesan setelah dia melakukan perkara tersebut, maka sudah pastilah dia juga akan melakukan ugutan terhadap mangsa itu sendiri. Jadi kita mengharapkan supaya apa yang berlaku ini, kita hendaklah akui bahawa kanak- kanak ini sering terdedah dalam keadaan bahaya di kalangan anggota ahli keluarganya sendiri yang kita boleh anggap sebagai musang berbulu ayam ataupun haruan makan anak itu sendiri.
Dalam konteks penderaan kepada kanak-kanak ini, kebanyakan kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak ini laporan biasanya lambat dibuat sebab yang saya katakan adalah disebabkan kena ugutan daripada ahli keluarga sendiri. Kadang-kadang
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
kita sedar sehingga kanak-kanak ini telah mengandung, baru kita sedar ada perubahan berlaku pada kanak-kanak ini barulah kita mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.
Kadang-kadang kita tidak membuat laporan polis kerana kita memikirkan ini adalah ahli keluarga kita sendiri melakukan. Kalau bapa dia sendiri atau bapa tirinya atau sebagainya, dia menganggapkan bahawa satu mata pencarian akan hilang kalau mereka melakukan laporan tersebut. Maka inilah yang hendak kita bayangi dengan perubahan daripada akta-akta ini maka mungkin juga kita boleh serba sedikit mencegah daripada perkara yang berlaku itu, sebagaimana yang saya katakan lebih berbelas ribu kes berlaku sehingga Oktober 2016.
Maka dalam hal ini, penderaan terhadap anak-anak ini adalah kita fikirkan ia memberi kesan kepada jangka masa panjang, sama ada dari segi fizikalnya, sosialnya, psikologinya dan sebagainya mungkin boleh menjejaskan mereka ini sendiri.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Maka berlakulah dlm hal ini, terjejasnya emosi mereka ini, masalah fizikal ini boleh menyebabkan perkara-perkara lain berlaku kepada mereka. Begitu juga dengan psikologi, ia akan berlaku mungkin takut kepada orang, dia lihat sahaja orang seolah- olah seseorang ini hendak melakukan perkara tidak baik kepada mereka. Maka ini adalah memberi kesan yang sangat buruk kepada mangsa penderaan kanak-kanak ini sendiri.
Jadi saya mengharapkan supaya kita mengelakkan diri daripada ini. Kita melihat banyak perkara, adalah punca mungkin punca daripada dadah, mungkin punca daripada alkohol, sebab itu kalau memikirkan rang undang-undang ini, banyak lagi rang undang-undang yang harus kita mengambil titik berat, umpamanya.
Kadang-kadang kita anggap sebagai remeh dan temeh, tetapi sebenarnya perkara ini sangat penting. Kita melihat daripada semua sudut, menyebabkan kanak- kanak ini boleh berlaku berbagai-bagai perkara, khususnya dalam menjejaskan pembesaran mereka itu sendiri. Maka saya mengharapkan supaya kita mengambil daya inisiatif atas perkara ini supaya dapat kita cegah secara serius untuk menangani masalah kanak-kanak ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Selangor bangun.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Oleh itu, saya mengharapkan kerajaan meneliti semula berkenaan hukuman atau denda yang akan dikenakan kepada individu-individu yang menzalimi yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini. Saya mendengar hujahan daripada Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, perkara-perkara yang tidak boleh dijangka berlaku. Adakah ia boleh dijangka berlaku kepada ahli keluarga itu sendiri, rakan kita dan sebagainya. Sebab itu saya katakan, banyak perkara daripada kaitan ini kita perlu atasi, maka kerajaan hendaklah memberi kerjasama kepada agensi- agensi badan bukan kerajaan, NGOs untuk menyediakan masyarakat terutamanya ibu bapa dan golongan dewasa tentang betapa serius perkara ini sekiranya kita tidak bendung dari sekarang dan perkara ini adalah tidak boleh ‘sudah kena baru kita sedar’.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Selangor bangun Yang Berhormat, lama saya tunggu noktah dalam ucapan tu.
Tidak datang lagi.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lipis. Saya cuma hendak minta pandangan Yang Berhormat Lipis dan mungkin Yang Berhormat Lipis boleh panjangkan kepada pihak kerajaan, kerana saya lihat ada di kalangan kes-kes ini, bila dibentangkan dibawa ke mahkamah, seseorang itu boleh dilepaskan dengan alasan bila seseorang itu dianggap sebagai gila ataupun sick. Ini kerana saya lihat mereka yang terlibat dengan jenayah seksual kanak-kanak ini kebanyakan juga ada golongan yang ada penyakit.
Sama ada penyakit yang berkaitan mental, ataupun penyakit-penyakit tertentu dan apabila dibawa ke mahkamah, mahkamah mendapati mereka ada penyakit dan seterusnya dilepaskan.
Jadi mungkin Yang Berhormat Lipis boleh bertanyakan kepada pihak kerajaan dari segi kedudukan ini, supaya akhirnya paling penting pesalah yang dibawa ke muka pengadilan itu akan dapat dipastikan supaya mereka ini benar-benar dibendung daripada mengulangi khususnya jenayah ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Selangor yang menanyakan soalan tersebut. Sudah pastilah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua saya tidak boleh jawab dalam kes itu, sebab kalau kita
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
serahkan masukkan dalam ucapan saya, sebab kalau dari segi teori saya, orang gila macam mana kita hendak buat kalau sudah gila. Tapi kalau gila seks, kita boleh menyelesaikan masalah itu, tetapi kalau sudah gila kita hantar sahaja ke Tanjung Rambutan, rasanyalah kalau dari segi teori saya.
Walau bagaimanapun, biarlah pihak Yang Berhormat Menteri menyelesaikan masalah yang dikatakan oleh pihak Yang Berhormat Kuala Selangor tadi dan masukkan dalam teks ucapan saya supaya dapat Yang Berhormat Menteri memperjelaskan apakah akan dijatuhkan hukuman terhadap kalau beliau itu, orang yang dituduh itu ada penyakit mental atau pun gila. Gila ini banyak gila, gila-gila, gila babi dan sebagainya. Macam- macam jenis gila ada, ada yang gila main bola, dia gila juga.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau gila kuasa macam mana pula?
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Yang Berhormat Lipis, hendak tanya tentang penyakit gila ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya betul, pelaku pedofilia ini adakah mereka ini penjenayah atau mereka ini pesakit, orang gila, itu soalan. Sebab kita tahu tentang dadah, kita anggap dia sebagai penyakit dan tidak sebagai penjenayah sehinggalah mereka melakukan kesalahan-kesalahan lain. Jadi Yang Berhormat Lipis rasa macam mana?
Adakah mereka ini patut dianggap sebagai pesakit atau mereka ini sebagai penjenayah?
Terima kasih.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, mungkin dia...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sudah macam Menteri Yang Berhormat ya? Yang Berhormat Lipis ditanya macam Menteri.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Saya berpendapat Tuan Yang di-Pertua, akan datang ini saya duduk depan sana.
[Dewan ketawa]
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Apa salah Tuan Yang di-Pertua, angan-angan mesti ada.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Asal jangan gila sahaja duduk depan tu.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Depan tu kerusi speaker tu.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Macam Yang Berhormat Kinabatangan kata, ada yang gila kuasa, ada yang gila jadi Menteri, ada yang gila hendak bertanding, yang paling ramai yang gila hendak bertanding tu, yang paling ramai itu. Itu tidak kira sebelah sana, tidak kira sebelah sini, itu paling ramai penyakit gila. Penyakit yang dikatakan tadi— dari mana tadi?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Puteh.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Dari Yang Berhormat Pasir Puteh, itu penyakit jenayah itu memang macam Yang Berhormat Kuala Selangor juga, saya kena serah Yang Berhormat Menteri yang jawab. Sebab kalau dadah kategori dadah, kalau gila kategori gila, kalau jenayah kategori jenayah. Jadi saya hendak mentakrifkan tidak boleh sebab mungkin saya tidak dapat lagi. Kalau saya duduk sana, saya ada teks itu, mungkin saya boleh baca apa yang dijawab oleh...
[Dewan ketawa]
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Akan tetapi, sebab saya duduk sini saya tidak ada teks itu, saya tidak dapat hendak membahaskan persoalan itu. Ya, Yang Berhormat Kapar?
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Tidak ada pegawai-pegawai yang bantu ya?
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Ya, tidak ada pegawai yang bantu, kalau ada mungkin saya jawab. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menghabiskan satu minit setengah sahaja lagi. Sebenarnya Yang Berhormat Kuala Selangor tadi bertanya lebih kurang tidak sampai satu minit saya dah hendak habis. Saya hendak boleh beri panjang kepada orang lain. Akan tetapi oleh kerana Yang Berhormat Kuala Selangor tanya, kemudian rakan-rakan yang lain tanya, jadi saya sudah tinggal sikit sahaja masa hendak habis, makna untung la saya, dapat kawan-kawan bantu untuk berbahas lebih panjang lagi, sudah hendak habis sudah sangat tadi sebenarnya.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Jadi, untuk akhirnya kita bersama-sama menangani masalah Rang Undang- undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 bagi menangani kekejaman seksual yang berlaku terhadap golongan kanak-kanak ini. Akhir kata itu, saya ada sedikit pantun.
Pergi jelajah merentas benua, Pelihara nama nusa bangsa, Kasih dan sayang orang tua, Selalu ada sepanjang masa. Dengan ini, Yang Berhormat Lipis mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi saya peluang dalam membahaskan Rang Undang-undang Kesalahan- kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Saya ingin terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada kerajaan, khususnya kepada Menteri Yang Berhormat Azlina Othman untuk membentang rang undang-undang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pengerang ya.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar
Ya Yang Berhormat Pengerang, untuk membentangkan rang undang-undang yang sangat diperlukan dalam konteks Malaysia sekarang. Sekiranya saya boleh untuk merujuk kepada ucapan John F. Kennedy, Presiden United States yang ke-35. Beliau telah pun menyatakan, “children are the world’s most valuable resources and its best hope for the future”. Saya rasa perasaan ini dirasai bukan setakat di Amerika Syarikat, tetapi di seluruh dunia termasuk Malaysia, di mana kita melihat sebagai ibu bapa bahawa kanak-kanaklah yang sangat-sangat diperlukan untuk diberi perlindungan sebab mereka tidak berdaya untuk melindungi diri mereka daripada predators seksual dalam dunia ini yang kejam.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun kerajaan telahpun membentangkan rang undang-undang ini, maka ada beberapa isu yang kita harus meneliti. Dalam satu artikel Reuters dalam bulan November dahulu. Tajuk yang ditulis dalam artikel ini, ‘How Malaysia allows child abuse to go unpunished?’ Adalah satu artikel yang cukup scathing yang menunjukkan keadaan di Malaysia kita sekarang ini.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar
Saya telah pun merujuk tadi kepada beberapa ucapan Ahli-ahli Parlimen yang telah pun mengeluarkan angka-angka yang saya percaya diperolehi oleh artikel ini iaitu menurut classified data Malaysian Police bahawa terdapat 12,987 kes-kes sexual abuse of children yang dilaporkan di antara Januari 2012 dan Julai tahun lalu. Kes yang dibawa ke mahkamah 2,189 tetapi yang pelik ataupun yang mengejutkan kita adalah daripada jumlah kes yang begitu besar, kita hanya mendapat 140 kes sabitan.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, kenapa walaupun kes sebegitu banyak yang dilaporkan hanya terdapat sebanyak 140 kes sabitan sahaja di Malaysia? Ada juga dinyatakan dalam artikel ini bahawa data yang diperolehi tidak menunjukkan berapa orang yang terlibat ataupun apa yang telah berlaku kepada kes- kes di mana tidak ada sabitan selepas tuduhan di failkan. Tidak ada butiran yang didedahkan sama ada di mana there were no details were disclosed in cases where there were convictions. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah yang berlaku kepada kes-kes yang tidak ada tuduhan? Adakah pihak polis hanya tutup kes?
Lupakan kes ini? Kita melihat bahawa the sexual offences, kesalahan ini akan berterusan. Kita hendak Yang Berhormat Menteri untuk menjawab isu ini.
Menurut artikel ini, aktivis hak kanak-kanak telah pun lama menekan kerajaan untuk mendedahkan data atas kes sexual abuse. Akan tetapi ini juga tidak diberikan dan oleh sebab itu, yang kita tahu dalam tahun lepas kita telah pun membaca kes yang cukup kejam iaitu kes Richard Huckle di mana beliau telah pun disabitkan dengan 22 tahun life sentences kerana meng-abused-kan dengan izin, two hundred babies and children.
Babies. Bukan sahaja kanak-kanak tetapi baby yang tidak dapat dilindungi yang tidak
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar
dapat mempertahankan diri mereka di Malaysia oleh sebab berkongsi imej-imej kesalahannya dalam dark web. Alasan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia menurut artikel ini, kenapa mereka tidak pun mendedahkan data adalah sebab yang pertama dilindungi Akta Rahsia Rasmi atau the Official Secret Act. Kedua, mereka takut bahawa kes-kes tinggi ini akan disalah tafsirkan. We don’t want the people to misinterpret menurut Ong Chin Lan, the Head of Sexual Women and Children Investigation Division of the Malaysian National Police. Akan tetapi kenapa? Kalaulah kes-kes ini berlaku maka kita mahu rakyat seluruh rakyat untuk mengetahui bahawa kita mempunyai kes seksual atau kes kesalahan kes seksual terhadap kanak-kanak ini sedang berlaku barulah ada usaha yang boleh dibuat untuk mengatasi masalah ini.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Yang Berhormat Alor Setar, boleh?
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar
Ya.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Ya, terima kasih Yang Berhormat Alor Setar, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak menambah sedikit daripada pengalaman saya. Saya tengok lebih kurang tiga sehingga empat belas kes dalam tempoh tiga puluh tahun sebagai doktor satu pun tidak lekat dan yang terbesar sebab yang terbesar bagi saya ialah kerana kita tidak ada pegawai polis atau pendakwa yang dilatih khusus untuk mengendalikan kes ini secara profesional dan kepakaran yang diperlukan.
Mengenai kes bayi tadi, misalnya ada satu kes di Kedah seorang bayi mendapat jangkitan virus genital warts dan akhirnya hanya datuknya sahaja yang ada genital warts dalam keluarga itu dan akhirnya di rujukkan kepada polis dan apabila polis pergi dan berbincang hasilnya ialah everybody got a good laugh. Ketawa sahaja bahawa ini doktor, tidak tahu bagaimana imaginasi doktor kerana tidak ada yang dilatih khusus. Jadi undang-undang ini hanya berjaya pada pandangan saya sekiranya kita ada semuanya terlatih khusus untuk kes begini daripada polis, pendakwa mahkamah sehinggalah hakimnya. Terima kasih.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya amat bersetuju dan memang di dalam artikel yang saya sedang hendak rujukkan ini ada dinyatakan bahawa terdapat jumlah bilangan kes yang besar yang melibatkan child sexual abuse yang tidak pernah dilaporkan disebabkan tabo mengenai kes-kes sexual abuse dan juga sebab tidak mempercayai kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan. Kita tahu sebagai contoh di dalam kampung-kampung ini adalah sesuatu perkara yang amat dimalukan dan kebiasaannya akan ditutup oleh keluarga- keluarga sendiri. Jadi mestilah ada tindakan yang diambil oleh pihak polis untuk yang lebih komprehensif dan yang lebih lanjut.
Tidak ada guna ada rang undang-undang sahaja sekiranya tidak ada tindakan susulan daripada pihak polis untuk mengambil tindakan. Di dalam perkara ini, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah kempen-kempen ataupun usaha yang telah pun dibuat oleh pihak kerajaan untuk memastikan bahawa perkara non-reporting of cases dan juga seperti yang dinyatakan oleh sahabat saya Yang Berhormat Kuala Kedah di mana kes yang diberikan tadi mengenai kes yang beliau sendiri tahu di lepaskan begitu sahaja kemudian tidak ada tindakan susulan diambil. Menurut satu NGO dalam artikel ini, yang dia telah pun dilaporkan 17 years of operation in Malaysia, there has been zero convictions of the cases is handled. Dalam kes-kes yang dibawa oleh pihak NGO, tujuh belas tahun tidak ada satu pun kes sabitan menurut its founder Madeleine Yong, told the Reuters.
Jadi dalam kes ini apabila pihak polis sendiri nyatakan di sini apabila ditanya kenapa begitu mereka menyalahkan kerajaan sebab– bukan Kerajaan tetapi mereka katakan tidak ada undang-undang yang baik untuk mengatasi masalah ini. Akan tetapi Yang Berhormat, which is which? Walaupun kita mesti ada undang-undang, akan tetapi pelaksanaannya mesti ada. Kita lihat for example, di Indonesia, Parlimen mereka baru- baru-baru-baru ini sangat mengambil serius perkara ini. Sekarang ini mereka telah pun mengubahkan undang-undang membenarkan chemical castration and even execution hukum mati untuk convicted pedophiles Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin terus kepada isu dark web yang seperti juga dilaporkan dalam artikel ini dan saya rasa inilah di antara sebabnya rang undang-undang kita ini hendak diperkenalkan. Menurut artikel ini, memang Malaysia ini satu destinasi yang besar di mana aktiviti-aktiviti child abuse, sexual and all that sort of thing yang berlaku dalam dark web. Menurut satu London Based Criminologist Elena Martellozzo menyatakan kenapa apabila ditanya perkara ini berlaku dan kenapa Richard Huckle memilih Malaysia,
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar
yang dinyatakan di sini because it was not on the radar. Malaysia was not on the radar and perhaps he could found it easier to get work permits, visas, and other job opportunities. Dinyatakan di sini, bahawa atas usaha detektif-detektif Australia, mereka telah pun sekarang mendapat tahu bahawa Malaysia has become one of Southeast Asia’s biggest centers for transmission of child pornography on the internet. The Australian detective unit team Argos in 2014 discovered the case of Richard Huckle.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, kita sudah tahu dari sejak 2014 tentang dark web ini. Berapakah kes tangkapan yang telah pun di buat dalam dua tahun ini mengenai kes-kes sexual child abuse. How many cases? We want to know the statistics, berapa kes tangkapan dan berapa kes sabitan ataupun kes yang di bawa ke mahkamah, Tuan Yang di-Pertua. Menurut detektif-detektif daripada Australia, mereka mendapati bahawa terdapat seribu kes transmission of child pornographic material from Malaysia capital over a period of 24 hour.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar
Satu hari ada 1,000 cases of transmission of sexual pornographic materials daripada Malaysia.Second largest transmission location in South East Asia after Bangkok. Bangkok ada 1,800. Bangkok’s population 8.2 million, empat kali lebih daripada kita tetapi kalau kita bandingkan begitu, Malaysia is the biggest transmission.
Jadi, ada perkara dalam kes dark web ini saya harap kerajaan boleh memberikan penjelasan apakah tindakan yang telah pun diambil untuk mengatasi aktiviti- aktiviti yang sedang berlaku.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Klang bangun. Nak bagi?
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar
Saya minta maaf,saya ada dua minit sahaja lagi.Saya ada beberapa perkara lagi. Sorry.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Setengah minit pun boleh.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar
Okay, very quick.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat khususnya berkait dengan 1,000 transactions per day. Soalan saya dan minta penjelasan iaitu mengenai infrastruktur child pornography di Malaysia.So, jelasnya ada satu infrastruktur yang sedia ada yang memberi sokongan kepada the trade in child pornography di Malaysia. So soalannya ialah, how do you break this? Sebab, kalau tidak memecahkan infrastruktur ini, maka bill yang kita bincang hari ini tidak ada makna. Terima kasih.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar
Saya meminta bahawa persoalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Klang dimasukkan dalam ucapan saya dan...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Dan juga tugas MCMC dalam isu ini. Kalau pembangkang buat salah, dia terus tangkap tetapi isu ini tidak buat apa-apa.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Setar
Terima kasih.Saya harapkan Yang Berhormat Menteri akan menjawab soalan Yang Berhormat Klang nanti.
Saya ada satu minit lagi untuk merujuk rang undang-undang dengan cepatnya.
Ada beberapa perkara. So I just go to the issue berkenaan dengan isu the age. I think I harus hendak sentuh sedikit perkara ini. Pihak-pihak NGO telah pun mencadangkan bahawa age 18 tahun ini diturunkan kepada 16 tahun. Bukan untuk kes-kes pornografi child yang melibatkan kanak-kanak tetapi untuk offences yang berkenaan Bahagian III dan Bahagian IV disebabkan atas isu-isu yang pernah dibangkitkan sebelum ini mengenai kanak-kanak, teenagers yang terlibat di antara satu sama lain sebab cinta dan sebagainya untuk membawakan turun from 18 to 16.
Saya juga ingin merujuk kepada lagi satu perkara, Tuan Yang di-Pertua, iaitu berkenaan person in relationship of trust. Memang ada dinyatakan di sini bahawa hukuman akan diberatkan lagi tetapi saya ingin menyatakan bahawa dan saya harap kerajaan boleh menimbangkan, sekiranya usia di antara pesalah dan mangsa kalau lebih jauh, saya harap hukuman yang dikenakan juga harus diberikan dengan lebih berat.
Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih. Saya menyokong supaya rang undang-undang ini disokong. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya turut sama membahaskan Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak yang saya kira satu rang undang- undang yang sangat memerlukan keberkesanan yang merentasi rang undang-undang dan kaedah-kaedah yang perlu mengambil kira pembuktian kepantasan pihak berkuasa dan kementerian-kementerian yang berwajib. Saya melihat ini adalah pencabulan hak kanak-kanak Malaysia dan tahniah kepada kerajaan kerana berjaya merangka satu rang undang-undang yang saya anggap sangat terperinci dan ketat.
Antara perkara yang saya rasa harus dititikberatkan adalah pembuktian. Di sini, rang undang-undang ini menganggap seseorang kanak-kanak dianggap kompeten untuk memberi keterangan melainkan jika mahkamah berpendapat selainnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini adalah satu kekuatan tetapi perlu diaplikasi secara cermat supaya tidak ada mana-mana pihak yang teraniaya. Kita harus mengambil kira kanak-kanak yang telah melalui penderaan seksual semestinya akan melalui dua perkara, ketakutan atau defensif dan mungkin akan mahu mengambil sikap pemangsa itu tidak membuat apa-apa kesalahan. Kompetensi kanak-kanak ini harus diperhalusi dan diperoleh ketulenannya dengan pendekatan yang sangat cermat dan teratur.
Persekitaran di dalam mahkamah khas yang akan diwujudkan nanti harus mempunyai persekitaran yang kondusif dan dapat membantu mangsa tersebut memberi keterangan yang benar. Sekiranya kanak-kanak mangsa dalam keadaan ketakutan dan cara menyoal tidak langsung membantu, kita tidak mungkin dapat satu pembuktian yang tidak boleh disangkal. Kecerdasan atau IQ mangsa atau EQnya juga harus diambil kira.
Sekiranya ada ulterior motive, pakar psikologi harus ada membuat tapisan. Mungkin mangsa bukannya membuat laporan tetapi seorang dewasa dan mungkin mangsa tidak setuju dengan keadaan ini. Memberi keterangan secara bersumpah adalah baik tetapi ia mesti diterangkan kepada mangsa mengenai keberkesanan sumpah itu dan akibatnya.
Dalam masa kini, kita tahu ramai kanak-kanak yang menjangkau umur 18 tahun sangat matang kerana didedahkan dengan berbagai-bagai perkara yang terus ke tangan mereka dalam bentuk handphone dan pergaulan di antara masyarakat. Pemakaian yang membuat seseorang itu kelihatan lebih dewasa dari umur sebenar, mungkin mangsa dianggap mempunyai kewarasan seorang dewasa kerana watak dan pemakaiannya mengelirukan. Mungkin ada consensual sex yang dipersetujui dan mungkin yang tertuduh tidak langsung berniat untuk melakukan perkara-perkara yang boleh disabitkan kesalahan di bawah rang undang-undang ini. Bagaimana kita hendak menguruskan keadaan sebegini?
Maka, saya rasa kaedah pembuktian harus lebih jelas, lebih tinggi kadar pembuktiannya. Niat untuk melakukan jenayah mungkin tidak ada. Kita tidak mahu rang undang-undang ini lompong dari segi melindungi tertuduh yang tidak langsung tahu apa yang diperlakukannya hanya atas suka sama suka.
Satu lagi fenomena yang kita tidak boleh buat tidak peduli adalah definisi kanak- kanak dalam rang undang-undang ini. Definisi kanak-kanak dalam rang undang-undang ini adalah kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun bermakna kanak-kanak juga boleh dipersalahkan di sekolah-sekolah, di kelab-kelab sukan. Bagaimana pula kita hendak melihat satu situasi di mana pemangsa juga seorang kanak-kanak? Adakah kewarasan dan keadaan psikologi pemangsa harus diambil kira? Ia juga mungkin satu cara ragging yang telah terbiasa di dalam sesuatu institusi walaupun ia tidak patut berlaku. Di manakah hukumannya nanti? Ia mesti ada keutamaan ataupun peruntukan yang mana yang akan tersabit?
Pembelaan boleh dianjurkan pula mempunyai berbagai-bagai bentuk— tidak waras, tidak ada niat, consensual sex, gila dan terperangkap. Saya pasti sekiranya seorang pemangsa dapat mengutarakan pembelaan-pembelaan ini nanti, tertuduh akan lepas, dan ditambah pula dengan ketidakkemasannya pembuktian yang ada di tangan pendakwa.
Saya mencadangkan pihak pendakwa dan pihak PDRM harus menyediakan dan bersedia segala kemasan supaya pemangsa tidak terlepas semata-mata mempunyai seorang peguam bela yang mahir dalam bantahan-bantahan dan pembelaan dalam bentuk teknikal.
Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Gurauan secara lisan dan gurauan fizikal juga harus menjadi satu perkara yang harus diambil kira. Gurauan yang melampau dan usik-mengusik sebenarnya boleh membawa silap faham di bawah kesalahan pengantunan kanak-kanak. Saya rasa pemisah di antara gurauan dan pengantunan boleh menjadi kabur dan tidak mempunyai pemisah yang jelas.
Saya sarankan, Tuan Yang di-Pertua, penerangan jelas mengenai perbuatan gurauan ini. Ia mungkin tidak menjadi masalah bagi sesetengah individu atau tempatnya seperti sekolah, di antara orang yang saling sayang-menyayangi antara satu sama lain.
Tuan Yang di-Pertua, adat atau sindrom ‘jangan jaga tepi kain orang’ adalah satu budaya yang akan menyulitkan lagi usaha memastikan seseorang melaporkan kejadian dan kesalahan ini. Saya mendapati menjadi kesalahan sekiranya tidak memberi maklumat mengenai perlakuan atau niat walaupun ada undang-undang ini. Sikap komuniti dan masyarakat harus diperbaiki dan sikap ‘mind your own business’ dan ‘jangan jaga tepi kain orang’ harus diketepikan dalam soal jenayah ini, lebih-lebih lagi sekiranya kesalahan itu berlaku di dalam keluarga dan mereka adalah jiran tetangga.
Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Lebih-lebih lagi sekiranya kesalahan itu berlaku di dalam keluarga dan mereka adalah jiran tetangga. Tuan Yang di-Pertua, ada kalanya pelapor atau pengadu tidak mahu terus kepada balai polis dan lebih selesa untuk mengadu kepada seorang ketua masyarakat seperti seorang Ketua Kampung demi menjaga persahabatan dengan pesalah yang menjadi jirannya, takut kalau laporannya itu tersilap pula dan dia dianggap melakukan fitnah. Seharusnya, sekiranya pengaduan ini dibuat oleh pihak ketiga dan diguna pakai pembuktian pengadu pertama tadi, mencukupi dan tidak dianggap sebagai gagal memberi maklumat. Ini akan menggalakkan jiran-jiran pesalah membantu dan mempercepatkan maklumat sampai dan dilaporkan dengan cepat.
Hukuman di bawah fasal di bawah RUU ini ada beberapa mengikut jenisnya. Saya berpendapat, seharusnya hukuman yang dibuat harus mengikut dan selari dengan apakah pertalian atau hubungan tertuduh dengan mangsa. Sekiranya seseorang itu adalah seorang yang mempunyai pertalian darah dan mempunyai tugas menjaga, seharusnya mereka harus menerima hukuman yang lebih tinggi. Ini kerana sepatutnya pertalian darah antara mereka seharusnya menjadi landasan yang lebih kukuh untuk melindungi mangsa tetapi diambil kesempatan dan menggunakan kuasa ke atas mangsa yang patuh dengan nasihat dan arahan sepanjang hidupnya sama juga dengan mereka yang mempunyai amanah.
Tuan Yang di-Pertua, kita harus mengambil kira pula kesan seperti kecederaan fizikal, jiwa dan emosi yang berpanjangan atau hingga ke akhir hayat kepada mangsa.
Seharusnya juga satu lagi hukuman harus dikenakan iaitu kos rawatan sehingga sembuh ataupun kos rawatan sepanjang hayat bagi membantu mangsa menerima rawatan psikiatri yang mungkin akan mengambil masa yang lama, tambahkan lagi sekiranya yang sabit kesalahan adalah yang mempunyai pertalian darah iaitu bapa atau ibu atau adik- beradik.
Tuan Yang di-Pertua, sudah tiba masanya punca-punca penderaan seksual kanak-kanak seperti kurang didikan agama, gagal mengawal nafsu, faktor ayah tiri menganggap kanak-kanak sebagai stimulasi seksual, masalah penagihan dadah dan arak, masalah membalas dendam terhadap perempuan, pengaruh kisah silam yang seseorang itu pernah mengalami penderaan seksual ditangani secara agresif. Saya menyarankan supaya selain dari undang-undang ini, pertubuhan sukarela dan khidmat masyarakat memberi penerangan, ceramah kesedaran bagi kes ini. Kementerian Pendidikan, sekolah dan universiti melaksanakan program keselamatan diri di pusat aktiviti, majlis kebajikan juvenil dan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak.
Mohon juga usaha rapat bersama ICSE iaitu INTERPOL’s International Child Sexual Exploitation database, ia adalah satu database yang sangat baik. Berjaya membantu penyiasat-penyiasat seluruh dunia yang melibatkan 10,000 kanak-kanak, anggarannya lima mangsa sehari. Mereka buat analisis secara digital, visual dan audio supaya mereka akan mendapat klu atau hints, kenal pasti dan tidak ada perselisihan kes dan kita boleh gabungkan pemerhatian dan pandangan untuk mencari mangsa atau pemangsa. Mestinya ada satu pelan yang komprehensif yang mampu bertindak.
Seseorang penyiasat mesti berfikir secara global supaya dapat menyiasat dan dapat menyelesaikan kes dan bertindak di peringkat negara kita. Kita buat satu usaha rapat dengan badan seperti ini.
Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Tuan Yang di-Pertua, real time respons yang serta-merta harus, menjadi ciri-ciri bentuk siasatan di dalam negara. Tahniah Menteri dan kerajaan, Kuala Kangsar turut menyokong RUU ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Kawan.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, di atas peluang Batu Kawan untuk membahas Rang Undang-undang Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menggunakan peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pengerang dan pasukan beliau kerana telah bertungkus-lumus untuk memastikan rang undang-undang ini dibentangkan dalam sidang Parlimen ini walaupun telah mengharungi banyak dugaan. Saya akan memberikan sokongan saya terhadap penggubalan satu undang-undang yang akan memberikan perlindungan kepada anak-anak kita daripada penjenayah seksual, memastikan masyarakat peka terhadap individu di sekeliling mereka serta langkah-langkah pencegahan daripada berlakunya perbuatan ini.
Tuan Yang di-Pertua, pada 14 November 2016, Reuters telah memaparkan satu rencana yang bertajuk, dengan izin, How Malaysia Allows Child Abuse to Go Unpunished. Walaupun tajuk tersebut menyengat, namun topik ini tidak diberikan perhatian yang sewajarnya pada masa itu kerana jenayah seksual terhadap lelaki, wanita dan kanak-kanak merupakan satu isu yang masyarakat umum tidak ingin menyentuh atau berhadapan dengannya. Mungkin ia kerana tekanan persepsi masyarakat, elemen pengaruh budaya serta tradisi patriarki dan misogyny dan kejahilan kaum keluarga, sahabat handai dan masyarakat untuk menutup kes-kes atau insiden jenayah seks terhadap kanak-kanak. Namun, kita harus berdepan dengan hakikat bahawa ia sesuatu yang perlu diperangi oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira gender, kaum atau agama.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan di sini agar briefing diberikan, taklimat diberikan kepada pengamal-pengamal agama, kepada agamawan untuk masuk ke tempat-tempat rumah ibadat untuk memberikan kursus ataupun satu forum untuk mendidik ibu bapa dan kanak-kanak mengenai good touch dan bad touch. Tuan Yang di-Pertua, hari ini isunya adalah jenayah seksual kanak-kanak dan ia adalah multipronged. Apakah perkara asas yang kerap didengar mengenai jenayah seksual terhadap kanak-kanak? Kadar pendakwaan yang rendah merupakan sebab terbesar mengapa insiden jenayah seks terhadap kanak-kanak tidak dilaporkan dan juga ramai tidak tahu tempat untuk mengadu. Di Malaysia, seperti di komuniti negara dunia ketiga yang lain, masyarakat sering akan memberi reaksi automatik, dengan izin, knee- jerk reaction untuk menyalahkan mangsa daripada si penjenayah. Lagi-lagi kalau penjenayah merupakan seorang yang ternama di kampung, seorang guru, seorang dalam perkhidmatan penguatkuasaan, seorang dalam tentera, seorang wakil rakyat, seorang Menteri mahupun salah seorang daripada kita di sini. Atau apa yang terjadi akan dianggap sebagai fitrah kehidupan dan keluarga mangsa, anak kecil yang tidak bersalah akan menganggap ia kesalahan mereka dan pasrah dengan apa yang terjadi.
Tuan Yang di-Pertua, pemikiran budaya serta stigma yang menyelubungi topik jenayah seksual kanak-kanak oleh ibu bapa, penjaga, guru dan masyarakat secara umum telah memberikan lebih ruang kepada golongan penjenayah ini untuk mengambil kesempatan ke atas kesenyapan untuk terus melakukan perbuatan yang keji dan kejam terhadap anak-anak kita. Sejak kecil lagi anak-anak perlu diasuh untuk mengetahui dan mengenali apa itu good touch and bad touch. Apakah usaha kerajaan untuk memastikan anak-anak diberikan didikan yang komprehensif dari tadika dan tabika atau pusat asuhan supaya mereka akan berwaspada dan tempat di mana mereka perlu mengadu sekiranya ternampak sesuatu yang mencurigakan?
Ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan maklumat SOP (standard operating procedure) apa yang perlu mereka lakukan sebagai ibu bapa sekiranya anak mereka menjadi mangsa rogol atau dicabuli tanpa memusnahkan bukti yang mungkin ada pada anak mereka. Saya ingin mencadangkan agar pasangan yang akan berkahwin dan sudah berkahwin diberikan tunjuk ajar atau suatu kursus berkala serta follow up refresher course mengenai isu ini. Ini amat penting kerana pemangsa biasanya seseorang yang rapat dengan keluarga atau kenalan lama dengan kanak-kanak dan mungkin akan menggunakan peluang ini untuk menyantun mangsa mereka.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Kedua Tuan Yang di-Pertua, adalah pendidikan seks di sekolah. Seksyen 12 hingga seksyen 14 rang undang-undang ini menyentuh isu penyantunan. Akan tetapi kita tidak tahu— kanak-kanak tidak tahu apa itu penyantunan sekiranya mereka tidak diajar benda itu di sekolah. Sekolah-sekolah perlu memulakan sukatan pendidikan seks atau perlindungan kanak-kanak dari bangku sekolah lagi. Kaji selidik Penduduk dan Keluarga Malaysia 2014 menunjukkan ramai remaja masih tidak tahu lagi mengenai kesihatan reproductive.
Tuan Yang di-Pertua, kesedaran dan pendidikan seks wajib diberikan kepada kanak-kanak di semua sekolah dan bukan sahaja sebilangan sekolah di bawah PEKERTI. NGO kanak-kanak dan wanita juga perlu bersama-sama memberikan pandangan mereka kepada agensi-agensi kerajaan bagaimana untuk menimbulkan satu kesedaran dan memberikan pendidikan kepada guru-guru dan kanak-kanak di sekolah.
Menurut data PDRM, 12,987 kes jenayah seksual kanak-kanak dilaporkan kepada pihak polis antara Januari 2012 sehinggalah Julai tahun lepas.
Kajian membuktikan bahawa daripada kes yang dilaporkan, banyak lagi insiden yang tidak dilaporkan. Maka, insiden jenayah seksual kanak-kanak dalam empat tahun itu jauh lebih tinggi daripada hampir 13,000 kes. Sebanyak 2,189 kes telah dibawa ke mahkamah dan hanya 140 kes telah disabit bersalah.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Ini bererti hanya satu peratus daripada kes-kes yang telah dilaporkan disabitkan di mahkamah. Rang undang-undang ini benar-benar perlu menghayati semangat dengan izin, walk the talk supaya setiap kes jenayah di bawa ke mahkamah dengan segera serta tempoh masa penyabitan tidak akan diseret untuk bertahun-tahun sehingga anak-anak ini menjadi dewasa.
Tuan Yang di-Pertua, saya telah timbulkan dalam Dewan yang mulia ini berhubung dengan data dan maklumat mengenai jenayah seksual kanak-kanak yang diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA. Mengikut Bukit Aman, tindakan ini adalah supaya masyarakat tidak terkeliru atau salah anggap data tersebut. Isu yang saya kaitkan di sini adalah mengenai kes baru-baru ini, seorang lelaki anak kepada seorang Ahli Parlimen yang telah menjadi mangsa jenayah seks semasa beliau berumur enam tahun.
Kita tidak tahu sesiapa yang melakukan jenayah tersebut ke atas kanak-kanak dewasa ini semasa beliau kanak-kanak. Akan tetapi apa yang saya hendak tanya di sini adalah jika identiti penjenayah tersebut dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi ini, adakah ia untuk memberi perlindungan kepada penjenayah seks kanak-kanak daripada golongan orang-orang kenamaan, Ahli Parlimen, wakil rakyat, Menteri, polis, tentera atau daripada golongan pendidik agama?
Saya membangkitkan isu ini kerana negara-negara jiran seperti Thailand dan Cambodia, kedua-dua merupakan negara yang enggan berkongsi data jenayah seksual kanak-kanak dengan pihak media. Kedua-dua negara ini adalah di antara top three negara-negara yang di mana pedofilia berjalan dengan izin, travelling pedophiles menggunakan negara-negara ini sebagai base mereka untuk beroperasi.
Tuan Yang di-Pertua, seksyen 20 rang undang-undang ini menyatakan mana- mana orang yang tidak memberikan maklumat mengenai perlakuan atau niat mana- mana orang lain untuk melakukan mana-mana kesalahan di bawah akta atau mana- mana kesalahan di bawah jadual, jika mangsa ialah seorang kanak-kanak kepada pegawai. Jadi saya menyeru di sini, sekiranya seseorang keluar untuk membuat laporan di atas seorang yang dicurigakan telah melakukan jenayah seksual terhadap kanak- kanak dan nama orang itu dirahsiakan atau dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi, jadi dengan izin Tuan Yang di-Pertua, we are back to square one. You make a report against someone, but his identity will be protected under the Official Secret Act. Jadi saya ingin tanya di sini, mengapa ada data-data yang diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi yang patut digunakan untuk keselamatan negara?
Tuan Yang di-Pertua, pedophiles daripada dark web menyasarkan negara Malaysia sebagai salah satu negara di benua ini kerana lemah penguatkuasaan dari segi pengesanan dan tangkapan. Seksyen 12 yang menyentuh komunikasi secara seksual dengan kanak-kanak dan hukuman yang akan dijatuhkan di atas kesalahan tersebut.
Saya ingin bertanya, adakah kerajaan mempunyai teknologi yang cukup untuk mencekup pedophiles yang sedang merayap di dark web ini? Hal ini kerana dalam kes Richard Huckle, pihak polis dan kerajaan mendapat tip off daripada pihak penguat kuasa Australia dan United Kingdom sebelum penahanan Richard Huckle dibuat. Mengikut Dr. Elena Martellozzo, criminologist dalam kepakaran jenayah seks kanak-kanak, beliau
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
mengatakan Richard Huckle memilih Malaysia kerana ia bukan dalam radar atau kemudahan untuk beliau mendapat peluang pekerjaan.
Pengakuan oleh Bukit Aman bahawa PDRM tidak mempunyai kepakaran dalam mengendalikan dark web ini membawa saya kepada soalan yang seterusnya. Mengapa kerajaan tidak melabur dalam melatih atau membeli peralatan komputer dan perisian yang dapat mengenal pasti jika seseorang itu melanggan atau memasuki laman web lucah dan berada di situ untuk satu tempoh masa yang diragui? Negara Malaysia perlu menunggu amaran daripada negara-negara lain jika aktiviti jelik ini berlaku dengan izin, in our own backyard.
Rang undang-undang ini dengan izin Tuan Yang di-Pertua, can only function ideally sekiranya kita dapat kerjasama daripada semua agensi-agensi. Pada pandangan saya, pelaburan dalam untuk mengenal pasti laman web yang subscribe kepada laman web yang lucah ataupun dengan izin, towards sexual crime against children patut menjadi priority nombor satu Bahagian Jenayah Seks Bukit Aman supaya mereka dapat, we can address it immediately tanpa menunggu daripada tip off negara-negara lain.
Akhirnya, saya ingin tahu status pendakwaan terhadap penjenayah yang memangsakan kanak-kanak yang bukan berstatus warganegara atau stateless children atau terhadap Orang Asal dan Orang Asli yang tiada dokumen pengenalan dan juga cara- cara pendakwaan terhadap kanak-kanak yang memegang kad UNHCR atau berstatus pelarian daripada Sri Lanka, Rohingya, Sudan, Iraq, Syria dan negara-negara yang sedang mengalami krisis.
Tuan Yang di-Pertua, adakah kanak-kanak ini akan diberikan perlindungan serta akses kepada keadilan yang sewajarnya seperti anak-anak kita sendiri? Sebagai salah seorang daripada signatory kepada Convention on the Rights of the Child, Malaysia mempunyai tanggungjawab moral untuk memberi perlindungan tanpa mengira kaum, agama, gender atau kewarganegaraan kepada anak-anak yang menjadi mangsa jenayah seksual ini.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama, semua kakitangan PDRM serta hakim-hakim mahkamah patut diberikan kursus secara terperinci berhubung dengan rang undang-undang baharu ini. Hakim-hakim dan pendakwa raya terdiri daripada pakar dalam jenayah seksual. Saya menyambut baik rang undang-undang ini Tuan Yang di- Pertua, tetapi saya ada tiga lagi cadangan. Adakah sebatan mempunyai apa-apa kesan terhadap pesalah seksual dan jika ya, apakah bukti sebatan dapat dengan izin, reform penjenayah seksual ini? Apakah umur prudent bagi kanak-kanak memberi keterangan di Mahkamah Jenayah Khas? Saya juga ingin bertanya mengenai status Mahkamah Jenayah Khas dalam jenayah seksual kanak-kanak ini.
Tuan Yang di-Pertua saya ingin bercadang di sini agar Malaysia juga menandatangani dan meratifikasi Optional Protocol on the sale of children, child prostitution and child pornography supaya ia menjadikan satu langkah proaktif kerajaan jika mereka benar-benar serius untuk menangani gejala jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini tidak akan berfungsi sekiranya ia tidak diselaraskan dengan sempurna, a correlation dengan izin, di antara semua kementerian dalam Kabinet terutama sekali Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Luar Negeri dan yang paling mustahak Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara. Dengan ini, saya mengucapkan terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Penjelasan. Penjelasan.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sudah habis Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Bukan. Perkara yang dibangkitkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terlepas bas Yang Berhormat ya. Sudah duduk dah, takkan mahu bangun balik
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Saya boleh bangun semula.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sudah habis Yang Berhormat. Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Ipoh Barat terlepas tren.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Takut sama Tun Mahathir.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin turut mengalu-alukanlah Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak ataupun pencabulan kanak-kanak. Rasa saya dalam dunia penuh dengan perubahan ini, sudah tentu kita memerlukan undang-undang yang baharu.
Saya melihat akta yang dicadangkan ini tidak mencukupi untuk melindungi kanak-kanak keseluruhannya. Ini kerana kalau kita lihat di negara Eropah di Sweden contohnya, begitu ketat di mana walaupun seorang ibu bapa itu sekiranya dia didapati mengasari anak dia contohnya, kita ada ya satu ketika dahulu Pengarah Tourism Malaysia di Sweden didakwa sebab sedangkan bapa dia itu hasrat dia mendidik anak dia, bukan untuk menganiaya anak dia. Akan tetapi oleh sebab dia berada di negara itu, maka dia kena dengan undang-undang negara itu dan dia didapati bersalah.
Jadi pada saya, seharusnya kita juga melaksanakan undang-undang yang sedemikian untuk memberi perlindungan secara total kepada anak-anak lebih-lebih lagi dengan kegilaan sebilangan manusia yang ini— Sexual harassment untuk kanak-kanak ini rasa saya manusia ini dia hilang akal, hilang pedoman, didorong oleh hawa nafsu yang tidak terbatas, sebab itu mereka memilih kanak-kanak. Oleh sebab itu, saya mengalu- alukan undang-undang yang akta yang begitu kuat dan tegas untuk memastikan bahawa negara kita Malaysia juga dikenali dengan negara yang berbilang kaum dengan kemakmurannya, tetapi di sebaliknya kita diselubungi dengan insiden-insiden yang amat memalukan dan mengerikan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Pada saya pencabulan kanak-kanak ini harus diberhentikan. Walaupun mungkin terlalu sukar sebab ianya memerlukan enforcement dan sebagainya tetapi kesedaran harus berlaku. Kita lihat bagaimana keadaan orang kampung di kampung- kampung yang miskin, rumah tidak berbilik, tidak berkamar di situlah ibu bapa dia buat kerja, situlah anak dia tidur, situlah makannya, situlah masaknya seolah-olah ada penggalakan. Justeru itu bagaimana pula pihak kebajikan masyarakat, pihak mungkin agensi-agensi kerajaan yang lain menangani isu seumpama ini. Oleh sebab kita berhasrat hendak melindungi tetapi dalam masa yang sama kita tidak aware dengan persekitaran kita. Di bandar-bandar pun terdapat perumahan mampu milik, dua bilik, tiga bilik tetapi biliknya kecil, kamarnya seolah-olah tidak ada batas.
Jadi di situlah sebetulnya kita menggalakkan percampuran walaupun adik- beradik, walaupun bapa dan anak tetapi dia terbuka luas. Peluang itu senantiasa ada.
Iblis telah berjanji kepada Allah SWT bahawa dia tidak akan berhenti untuk menggoda dan menyimpang minda makhluk-makhluk manusia ini. Itu janji dia.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan sikit. Sebelah kiri-kiri. Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Tadi Yang Berhormat Kinabatangan ada mengatakan tentang masalah ataupun keadaan senario keluarga di bandar dan di luar bandar kerana sistem keluarga di situ. Apa pandangan Yang Berhormat Kinabatangan kalau kita dapati statistik-statistik mengatakan 91 peratus daripada jenayah seksual kanak-kanak ini dilakukan oleh mereka yang dikenali.
Lebih malang lagi kalau mengikut data ini bapa kandung merupakan bilangan dari segi peratusan yang tertinggi 23.9 peratus, bapa tiri – 23 peratus, bapa saudara – 18.7 peratus, abang kandung – 12.5 peratus dan sepupu – 7.2 peratus. Ini menggambarkan mereka yang berkuasa dalam keluarga itu memainkan peranan utama dalam memperbanyakkan kes-kes jenayah seksual ini.
Jadi bagaimanakah hendak dikaitkan dengan pandangan Yang Berhormat Kinabatangan tadi sedangkan Dewan ini keluarga duduk setempat. Katalah malam di situlah segala-galanya dalam rumah yang sempit, rumah yang tidak mempunyai bilik yang banyak dan sebagainya. Jadi bagaimana pandangan Yang Berhormat Kinabatangan untuk menyelesaikan masalah orang yang berkuasa dalam keluarga itu yang memang susah hendak kita kendalikan kes yang melibatkan jenayah seksual kanak-kanak ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Pada saya itulah yang perlu kita lihat iaitu keadaan sekeliling. Kita
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
berkehendakkan akta yang lebih kuat menjamin dan mempertahankan hak kanak-kanak itu. Akan tetapi kita tidak melihat faktor pendorong ke arah perbuatan-perbuatan. Di mana apa yang berlaku ini yang berlaku. Oleh sebab kita dedahkan mereka dengan peluang- peluang yang terbuka. Di kampung-kampung mungkin juga satu lagi faktor mereka ini kurang mendekati masjid, kurang mendekati imam, kurang mendekati ustaz, kalau mereka...
Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Kinabatangan, sedikit.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Daripada fakta yang kita lihat bahawa perlakuan seksual, kelakuan seksual kanak-kanak ini pertamanya ialah kerana kanak- kanak itu sendiri adalah merupakan golongan rentan yang mudah ditipu, mudah diugut dan sebagainya.
Kedua, yang berlaku secara faktanya ialah pada golongan yang miskin yang kurang pendidikan dan juga kurang didikan agama dan suasana yang tidak kondusif, maka berlaku perlakuan yang sedemikian rupa. Apakah kita perlu kepada pendidikan dulu kerana hukuman-hukumannya agak tinggi sampai 30 tahun penjara, sampai tidak kurang daripada enam sebatan. Pesalah-pesalah ini, akan menyebabkan orang-orang yang di bawah tanggungan juga jadi susah.
Apakah Yang Berhormat Kinabatangan merasakan bahawa kita perlu menyedarkan rakyat dulu, mendidik rakyat dulu, bagi rakyat faham dulu barulah kita boleh melaksanakan ini ataupun kita perlu tanpa menghiraukan pandangan-pandangan berikut kerana perkara ini terlalu besar kesannya psychological, kesan fizikal dan juga psikologi. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Mendengar hujah Yang Berhormat Pengkalan Chepa kita seolah-olah berada dalam dua persimpangan sama ada kita mahu meneruskan ataupun mungkin kita perlu memperjelaskan. Akan tetapi pada saya yang sebetulnya apa yang perlu kita lakukan selepas kita luluskan maka akta ini harus disebarkan oleh Parlimen kepada pegawai daerah, kepada mungkin majlis presiden-presiden majlis daerah, ketua-ketua kampung, ketua-ketua JKKK, pemimpin- pemimpin masyarakat supaya mereka juga boleh menyebarkan kepada orang-orang kampung, kepada pengikut-pengikut mereka. Oleh sebab ini betul. Yang kerap melakukan ini orang yang tidak berpengetahuan. Ada juga yang berpengetahuan mereka melakukan sindiket secara terancang iaitu pencerobohan ataupun penganiayaan secara terancang terhadap kanak-kanak.
Ini pada saya harus diberi hukuman yang secukup-cukupnya. Oleh sebab kita melihat bagaimana negara Malaysia ini tersebar di merata dunia sebagai pengeksport kanak-kanak di mana-mana. Walaupun mungkin bukan semua dari Malaysia tetapi kita menjadi negara transit. Kenapa tidak boleh dibendung dengan kegiatan-kegiatan, aktiviti- aktiviti seumpama ini. Kenapa kita harus tunggu sekian lama? Apa perancangan seharusnya kita ada blue ocean strategy di antara kementerian, agensi kerajaan untuk menangani isu demi isu, satu demi satu. Kalau tidak, kita ada akta tetapi sukar untuk kita melaksanakannya rasa saya akta ini tidak memberi apa-apa manfaat sekalipun.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Sebab kita ada Akta Dadah Berbahaya. Siapa yang mengedar dadah dihukum gantung sampai mati. Akan tetapi masih juga ada dadah, masih lagi musuh utama negara kita. Saya tidak tahu berapa banyak yang sudah dihukum gantung tetapi hakikatnya dadah masih mengancam keselamatan negara kita.
Demikian juga dengan kesalahan-kesalahan terhadap penganiayaan kanak- kanak ini, berleluasa. Bukan sahaja kanak-kanak perempuan, kanak-kanak lelaki pun jadi mangsa. Ini menjadi saya cukup hairan Tuan Yang di-Pertua seorang manusia yang kita lihat begitu hebat tetapi dia cenderung ke arah membuat pencerobohan yang tidak semestinya. Ini perlu, sebab itu kita memerlukan akta yang sebegini untuk memberitahu kepada mereka supaya memberhentikan apa juga aktiviti-aktiviti mereka. Walaupun
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
mungkin terlalu sukar untuk dilaksanakan secara pantas, tetapi sekurang-kurangnya kita harus ada starting point, kita harus bermula supaya jangan terjadi macam negara...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta pencelahan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat daripada Kinabatangan. Saya juga setuju bahawa satu daripada perkara yang harus difokuskan melalui undang- undang ini adalah supaya ada wujudnya undang-undang supaya kita dapat elakkan masalah-masalah seperti ini daripada berlaku. Maknanya kita perlu ada dengan izin, measures in place to make sure that this offences do not occur, Yang Berhormat Kinabatangan.
Di sini kita lihat kembali kepada akta yang dibentangkan atau dicadangkan tetapi kita lihat ada peruntukan-peruntukan seperti seksyen 9, seksyen 10 di mana dikatakan selling of children for child pornography, accessing, child grooming, physical assault, sexual assault on child and so forth dia kata juga berkenaan dengan producing pornography, preparation to produce tetapi Yang Berhormat Kinabatangan kita tengok tidak ada peruntukan dalam undang-undang ini untuk attempts. Maknanya sebelum daripada perkara itu berlaku, ia ada percubaan. Seharusnya ada peruntukan dalam undang-undang ini supaya sekiranya ada percubaan dan ia dihalang di situ ianya menjadi satu kesalahan juga supaya ia tidak boleh berlaku. Jadi dalam keadaan tersebut khususnya dalam latar belakang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi keadaan rumah dan sebagainya opportunity yang sedia ada.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Apakah cadangan Yang Berhormat Kinabatangan supaya undang-undang ini ditambah peruntukan khusus untuk juga memasukkan peruntukan untuk menghalang percubaan daripada berlaku dan sekiranya berlaku ia juga dijadikan sebagai satu kesalahan. Apakah pandangan Yang Berhormat Kinabatangan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat Puchong ini seorang peguam yang hebat, dia meneliti satu demi satu. Saya walaupun kita selalu berbeza dalam soal-soal lain tetapi dalam soal-soal ini sekiranya ada kepentingan yang sebegitu saya tidak ada halangan untuk menyokong dan meminta kerajaan supaya menambah unsur-unsur percubaan untuk memperkosa ataupun sebagainya itu dikira sebagai satu kesalahan. Kalau tidak menurut itu pun dia cuba mencuba, mencuba tapi tidak dapat tetapi apabila dia mencuba bermakna dia ada niat untuk melakukan perkara tersebut. Jadi ini harus diambil kira dan saya rasa kita perlu membuat cadangan, pindaan ataupun tambahan dengan akta yang sedia ada ini, terima kasih Yang Berhormat Puchong.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, mutakhir ini juga kita melihat bagaimana sosial media itu diguna pakai oleh mereka-mereka untuk membuat permintaan dan penjualan – macam-macam. Jadi bagaimana pula akta kita ini boleh mencakupi untuk membuat halangan atau sekatan dengan cubaan-cubaan untuk mempromosi seksual untuk kanak-kanak ini di media sosial. Ini sebab sudah berleluasa lebih-lebih lagi negara kita Malaysia ini dia punya rakyat ini cenderung ke arah untuk macam-macam. Dia tidak fikir keburukannya, kebaikannya asalkan mendapat untung, dia lakukan.
Justeru itu, perlu juga ada satu kekangan untuk melihat bahawa media sosial ini jangan sewenang-wenangnya diguna pakai untuk mencari keuntungan dalam mempromosi seks kanak-kanak ini kepada masyarakat antarabangsa. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ramai lagi berucap. Ya, pendek-pendekkan pasal tadi saya difahamkan bahawa kalau boleh 5.30 Menteri jawab. Sila Yang Berhormat Bukit Gantang, kalau boleh kasi pendekkan supaya teman-teman lain dapat berhujah.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat petang. Terima kasih, kepada Tuan Yang di- Pertua. Di dalam membahaskan rang undang-undang ini saya bersetuju 200 peratus
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
terhadap rang undang-undang ini dibentangkan dan ini bukan bermakna PAS beruji dengan UMNO walaupun kita sokong dalam isu ini. Ini adalah isu sejagat, isu kemanusiaan yang mana kita lihat masyarakat pada hari ini sudah pun hilang keyakinan, termasuklah kita hari ini takut untuk tinggalkan anak kecil kepada datuk, untuk tinggalkan anak bersama dengan bapa, untuk tinggalkan abang dengan adik perempuan ataupun kakak perempuan. Ini yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Lebih-lebih lagi kita lihat dari segi data yang dikeluarkan oleh PDRM sebanyak 12,927 kes yang melibatkan jenayah seksual di kalangan kanak-kanak daripada Januari tahun 2012 hingga Julai 2016.
Tuan Yang di-Pertua, hal yang berlaku ini kita anggap ini bukan manusia sebenarnya ini adalah merupakan binatang. Binatang pun tidak sanggup untuk melakukan perbuatan itu kepada anaknya. Sebab itulah kita melihat di dalam perkara- perkara seperti begini kalau inilah yang berlaku memang layaklah untuk kita membicarakan berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan kesalahan jenayah seksual di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, kesan kepada mangsa apabila kita melihat satunya ialah psikologi kepada kanak-kanak akan menghadapi tekanan hidup yang berpanjangan.
Kedua, rosak masa depan kanak-kanak tersebut. Yang paling kita bimbang ialah apabila kanak-kanak ini dia sudah memikirkan tentang dia sudah rosak, maka dia akan meneruskan kerja-kerja yang tidak bermoral ini untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang terkutuk ini. Ini kerana dia merasakan masa depan dia sudah tidak ada, maka ini perlukan kepada pembelaan daripada kita yang bimbang sekali ialah dia akan meneruskan perkara ini secara berterusan.
Tuan Yang di-Pertua, ialah beberapa persoalan yang ingin saya timbulkan di sini ialah berkenaan dengan hal yang berhubung kait kerana antara yang menjadi kesalahan juga ialah mereka yang dianggap bersubahat untuk menyembunyikan maklumat ini. Dalam perkara ini kita kena details sikit. Adakah kadang-kadang ibu bapa atau penjaga yang hendak sembunyikan maklumat itu kerana memang takut dengan keadaan masyarakat sebagainya ataupun masyarakat memandang hina maka dia tidak membuat laporan ataupun report kepada pihak polis maka adakah dia tergolong di kalangan orang yang bersalah.
Begitu juga dengan mereka yang bercinta, ini kebanyakan berlaku. Hari ini kita lihat percintaan sehinggakan kadang-kadang melakukan perbuatan zina walaupun mereka itu berumur 15 tahun, 13 tahun sudah pun melakukan. Adakah ia termasuk juga dalam hal yang disebut sebagai untuk jenayah seksual ini?
Ketiganya, kita mengharapkan supaya seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang tadi berkenaan dengan perkahwinan di bawah umur yang ditakrifkan bawah umur ini ialah 16 tahun maka kita harapkan supaya perkara ini perkahwinan tidaklah dimasukkan di bawah akta ini kerana ia perkahwinan berbeza dengan kesalahan jenayah seksual kerana perkahwinan ia bersifat sukarela ataupun persetujuan antara wali, penjaga dengan perempuan yang mereka hendak berkahwin tadi, terima kasih.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Saya hendak minta penjelasan boleh?
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Ya.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang.
Saya hendak sikit. Fahamkah apa itu sexual grooming? Apa tujuan sexual grooming itu?
Sexual grooming maksudnya adalah kita memujuk seseorang kanak-kanak itu supaya dia secara sukarela setuju kepada sama ada adalah hubungan seksual ataupun sentuhan-sentuhan yang bersifat seksual. Itu kita panggil sexual grooming.
Jadi, saya hendak tanya di sini kalau sexual grooming memang adalah satu kesalahan dalam rang undang-undang ini. Kenapa kita boleh cakap bahawa perkahwinan itu oleh sebab dia adalah sukarela dia semestinya adalah bukan satu jenayah kerana tujuan sexual grooming adalah dapat persetujuan daripada kanak-kanak itu untuk mempunyai hubungan seks. Jadi, bagaimana kita membezakan kedua-dua ini.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Terima kasih, sexual grooming ini ialah dia tidak kahwin, yang ini hendak kahwin, ini berbeza. Jangan kita samakan antara dua benda tadi. Kalau kawan itu tidak mahu hendak berkahwin, tidak ada sukarela maka tidak berlakunya perkahwinan. Ini saya rasakan Yang Berhormat Kulai perlu ada perbezaanlah dan perkara ini terutamanya melibatkan soal kedudukan orang Islam dan sebagainya menjadi amalan kepada orang Islam ia tidak menjadi satu kesalahan dalam agama kami.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Satu lagi ialah berkenaan dengan kesaksian. Bagaimana kesaksian hendak memberi keterangan terutamanya yang melibatkan kanak-kanak yang mungkin dia tidak tahu hendak beritahu, hendak bercakap ataupun cacat dan sebagainya. Ini pada saya ialah kalau memang apabila dahulu, apabila heboh di dalam Akta Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu timbul masalah berkenaan dengan rogol. Macam mana berkenaan dengan rogol? Mana ada orang saksi. Jadi, sinilah kita lihat rogol tidak termasuk di dalam bidang hudud. Dia termasuk dalam bidang takzir. Takzir maknanya kepakaran yang boleh diterima pakai daripada doktor-doktor pakar, DNA dan sebagainya boleh dibawa kes untuk mensabitkan satu kesalahan.
Begitulah juga dengan kanak-kanak ini yang tidak boleh memberi keterangan tetapi kalau kita tahu ada orang yang melakukan jenayah terhadap kanak-kanak ini, maka boleh buat kawad ‘cam’ dan sebagainya. Kemudian di ambil DNA menurut kepakaran doktor-doktor yang ada di dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, hukuman 30 tahun, denda maksimum dan paling kurang pula ialah enam kali sebat. Maka, ini merupakan satu hukuman yang kita lihat melibatkan soal takzir. Seperti mana disebutkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa tadi dalam hal ini, dalam hal ini kita tidak dengar pula dalam soal untuk orang hendak bercakap perlu ada soal pendidikan dahulu sebelum dikenakan hukuman yang berat ini.
Kesimpulannya, ialah mencegah lebih berkesan daripada merawat. Kedua, kita kawal untuk pergaulan bebas. Ketiga, kita menggalakkan masyarakat kita berpakaian dengan secara beradab dan bermoral dan keempat, soal berkenaan dengan terutamanya ibu bapa yang sibuk untuk mencari untuk mencari sara hidup sebagainya perlu mengambil kira soal keselamatan anak-anak mereka di rumah dan juga apakah kaitan mereka apabila anak-anak ini tinggal sama ada dengan datuk ataupun orang yang rapat dengan mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Penjelasan Yang Berhormat Bukit Gantang. Sedikit. Boleh?
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
[Bangun]
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tentang penjelasan dan pendidikan. Sesuatu hukum yang kita hendak buat sebagaimana dalam akta ini adalah satu hukum yang cukup penting. Walaupun kita tahu ramai lagi di luar sana yang masih tidak tahu dan lebih daripada 90 peratus kes-kes yang melibatkan jenayah ini tidak dilaporkan. Jadi, dalam soal ini kalau kita kail dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, apa pandangan Yang Berhormat? Maknanya sesuatu perkara tidak semestinya orang faham. Dalam kampung saya pun tidak faham sampai sekarang, pakai topi keledar pun masih terbalik. Akan tetapi, undang-undang itu ada sejak lama.
Jadi, apa pandangan Yang Berhormat apabila ada pihak yang mempertikaikan apabila satu undang-undang hendak dibuat kerana undang-undang ini tidak cukup pendidikan pada masyarakat. Minta penjelasan.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Terima kasih kepada Tua Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau Panjang. Maka dengan sebab itu di dalam soal ini bukanlah bererti soal hukuman itu bukan merupakan pendidikan.
Pendidikan juga merupakan hukuman, hukuman juga merupakan pendidikan.
Contohnya, seperti mana dahulu kerajaan memberi amaran jangan menggunakan telefon ketika memandu.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Saya tetap bawa juga. Akan tetapi, apabila kerajaan mengeluarkan arahan siapa yang pakai telefon ketika memandu denda RM300. Maka, kita pun tidak berani lagi untuk guna. Sebab itu ada undang- undang, ada pendidikan dan kedua-dua itu dikenakan sekali. Terima kasih.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Sedikit. Yang Berhormat Bukit Gantang, sedikit.
Seorang Ahli
Laluan, laluan.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Silakan.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Minta laluan sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bachok sini.
Tuan Yang di-Pertua
Sila. Sila.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
[Bangun]
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Kalau melihat kepada faktor berlakunya jenayah seksual kanak-kanak ini. Kita melihat di antara apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi ialah environment. Ada rumah yang tidak ada bilik.
Ada rumah yang bilik tidak banyak. Jadi, ini antara sebabnya yang mempengaruhi, kemiskinan dan juga jahil dalam bab agama. Saya simpulkan ini adalah suasana yang tidak kondusif. Adakah kita perlu tunggu suasana ini kondusif dahulu baru kita boleh bincang soal hendak laksanakan, hendak gubal akta sebegini?
Kedua, soalan saya ialah kalau kita melihat kepada hukuman yang begini berat.
Ada orang tanya saya dan saya pun tidak berapa boleh jawab dan mohon pandangan daripada Yang Berhormat Bukit Gantang. Adakah kita hendak utamakan pendidikan dahulu ataupun kita laksanakan hukuman dahulu ataupun hukuman ini sebahagian daripada pendidikan? Mohon penjelasan Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Terima kasih. Soalan itu perlu di tanyakan kepada mereka yang selalu sebut soal kondusif dan tidak kondusif. Sebenarnya ialah kalau membabitkan soal perkara ini ada benda yang kita rasakan hal yang perlu dibuat bukan tidak semestinya kita hendak tunggu kondusif ataupun tidak kondusif.
Kedua, saya sudah jawab tadi berkenaan dengan soal pendidikan hendak didahulukan ataupun hukuman itu di dahulukan. Dua-dua itu merupakan satu hukuman. Pendidikan juga hukuman dan hukuman itu juga merupakan hukuman. Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Sudah habis ya?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
[Bangun]
Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Oh! Ramai lagi hendak berhujah ini. Akan tetapi Timbalan Speaker sudah beri indikasi kepada saya bahawa Menteri bersedia untuk menjawab...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua. Wakil...
Tuan Yang di-Pertua
...Pada 5.30 dan memandangkan bahawa akta ini juga semua rata-rata menyokong pada dasarnya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Akan tetapi, ada aspek...
[Disampuk] Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau begitu kita akan hadkan masa lagilah. Dua hingga tiga minit seorang kah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Ketawa] Sepuluh minit paling kuranglah.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Sempat.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Sepuluh minit Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Semua mahu berhujah macam mana? Okey.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
[Bangun]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua. Wakil Amanah seorang pun tidak dapat.
Tuan Yang di-Pertua
Saya nampak Yang Berhormat Setiu masih lagi merah.
Yang Berhormat Setiu mahu berhujah tetapi Yang Berhormat Setiu mesti khusus kepada akta ini yang dibincangkan.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Terima kasih. Terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, wakil Amanah, seorang pun tidak dapat lagi Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Selepas. Selepas ini.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Baik. Terima kasih. Biar Yang Berhormat Kota Raja. Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kalau begitu arahannya saya akan terus kepada undang-undang. Kalau kita lihat sebenarnya, kalau kita sebut kesalahan jenayah seksual ini dia melibatkan dua, tiga perkara iaitu dari segi penderaan dan dari segi gangguan seksualnya. Kita pun sebenarnya sudah ada undang-undang tentang gangguan seksual daripada jenayah seksual ini, 375, kes rogolnya dengan kes sumbang mahram, mencabul kehormatan.
Banyak sudah ada sebelum ini.
Akan tetapi dalam akta yang kita ada sekarang adalah hanya menumpukan kepada kes-kes pornografi kanak-kanak itu sendiri dan juga serangan secara seksual.
Jadi, dalam ini telah di peruntukan dengan hukuman-hukuman penjara, juga hukuman denda dan juga rotan. Jadi, ada yang mula-mula itu di tetapkan kalau atas pornografi itu dia dah sehingga 30 tahun boleh dihukum dengan penjara. Tambahan kepada mereka yang dipanggil, ada lima tahun lagi tambahan itu pada mereka yang mempunyai perhubungan amanah termasuklah ibu bapa, bapa saudara dan sebagainya.
Jadi, mereka-mereka ini akan dihukum dengan lebih berat lagi daripada orang biasa. Cuma masalahnya sekarang, kita ada undang-undang. Bermacam-macam undang-undang kita buat. Akan tetapi, akhirnya kita tidak pasti dari segi sabitan. Sebab bila kita buat undang-undang, kita nyatakan berapa hukumannya tetapi sabitannya akhirnya tidak dapat diteruskan kerana masalah-masalah yang berlaku di mahkamah.
Jadi, saya gesa kita kena buat satu engagement dengan pihak mahkamah, hakim-hakim dan sebagainya ataupun dengan pihak-pihak peguam juga.
Sebab cara kadang-kadang, melibatkan kanak-kanak ini di mahkamah, mereka ini rasa takut sebenarnya. Bila mereka jadi saksi, mereka rasa takut, rasa gerun, rasa malu dan sebagainya. Jadi, kalau kita buat perbicaraan seperti biasa. Katakanlah contoh, kalau di mahkamah. Kalau kita pakai pakaian macam gunakan kot ataupun kita pakai gaun dan kita duduk atas bench seperti mana Tuan Yang di-Pertua sekarang dan saksi duduk di bawah. Jadi, mereka rasa gerun.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Jadi, cara terbaik, kita mendidik pihak-pihak hakim, biarlah mereka turun ke bawah sama-sama buka kot, buang gaun semua, lipatkan baju semua, pakailah selipar pun tak apa. Jadi kita teruskan untuk cara kita nak supaya saksi itu memberi keterangan.
Dia nak bagi tapi kerana keadaan suasana sekeliling. Begitu juga dengan peguam- peguam, pun sama. Jadi janganlah rasa— makna, dia rasa dia peguam, jadi dia nak carilah, “Oh! Aku peguam. Jadi aku kena tanya macam-macam soalan yang keras-keras kepada saksi-saksi.” Ini kita tak mahu. Jadi dia kena pun sama juga dengan kita, sama- sama— bukan kita pujuk saksi tapi kita nak bagi suasana yang saksi itu tak rasa takut.
Ini pernah berlaku pada saya. Pengalaman saya, saya pernah buat benda yang sama dan akhirnya, saya akhirnya telah menyabitkan seorang orang tua yang berumur 70 tahun iaitu bapa tiri kepada kanak-kanak yang berumur sembilan tahun, bukan setakat dia sahaja yang rogol, mak dia sendiri pun sama-sama membantu. Dua-dua saya hukum penjara 18 tahun setiap seorang. Tapi masalahnya, saya tak boleh nak bagi hukuman sebat kerana dalam peruntukan CPC kita, tidak membolehkan kita menghukum dengan hukuman sebat bagi yang berumur lebih 50 tahun.
Jadi dalam undang-undang kita sekarang, ada hukuman sebat yang lebih 50 tahun tapi kes yang agak ringan kalau dibandingkan dengan kes rogol, liwat dan sebagainya. Ada atau tidak maknanya daripada pihak kementerian untuk meminda seksyen 289C Kanun Tatacara Jenayah supaya mengecualikan kes-kes kanak-kanak ini boleh dihukum dengan rotan walaupun telah melebihi 50 tahun? Ini sangat penting saya rasa.
Kalau daripada segi hukuman yang wajib ini, dalam akta ini, hukuman wajib penjara kerana tidak dibenarkan binding over dan sebagainya. Akan tetapi dalam CPC masih lagi mengekalkan binding over. Jadi kita rasa kes yang agak berat hukumannya dan kes yang tidak berapa berat, hukumannya berbeza-beza. Ini wajib penjara, yang satu lagi tak wajib penjara.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Setiu, boleh?
Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Boleh dihukum dengan hukuman...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Setiu, nak tanya soalan boleh?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Sempat lagi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sikit sahaja. Boleh ya? Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Setiu, berkaitan dengan hukum sebat itu, kalau Yang Berhormat Setiu dah bacalah, ada sebenarnya peruntukan di bawah klausa 25, provision regarding whipping. Maknanya, selepas 50 tahun pun boleh sebat.
Maknanya undang-undang ini, dia membenarkanlah tapi malangnya, Yang Berhormat Setiu tak jadi hakim lagilah. Lepas ini balik jadi hakim baliklah. Tak payah bertandinglah.
Itu yang pertama.
Keduanya, saya nak tanya...
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Semula, semula. Ulang, ulang, ulang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Keduanya saya nak tanya pasal whipping ini, saya agak risau apabila kita benarkan orang lebih 50 tahun disebat, sedangkan hukuman sebat itu kita tidak pinda juga. Sebab, konsep sebatan dalam undang-undang sekarang ini untuk menyakitkan, bukan untuk memalukan. Jadi kalau katakan umur 70 tahun kena sebat, saya takut mati sahaja. Sebab hukuman sebat ini, kalau kena sebat, hukuman sebat sekarang ini boleh dikatakan memang teruk sangatlah.
Saya ada klien yang kena sebat, tidur macam orang sembahyang sujud, sujud ya. Tak boleh sebab daging dia bersiat dan sebagainya.
Jadi bagi saya, kalau kita nak kenakan hukuman sebat pun, sepatutnya kita ada reformasi juga hukuman sebat itu yang bukan hanya untuk mendera tapi juga untuk memalukan. Mungkin kita dah sampai masanya kena buat di public dan sebagainya supaya offender itu rasa malu dan mungkin akan beri pengajaran kepada orang lain.
Akan tapi kalau kita sebat hukum sekarang, orang 70 tahun kena sebat dengan hukuman sekarang ini, saya khuatir nanti kerajaan silap-silap kena dakwa pula sebab dia mematikan orang dalam penjara. Macam mana? Apa pandangan Yang Berhormat Setiu?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Dia ada cara-cara dia nak hukum sebat ini. Bukan maknanya terus dia didapati bersalah, dihukum sebat. Dia kena dapat daripada pihak doktor sebagai mengesahkan boleh disebat ataupun tidak. Kalau umur dia lebih 50 tahun, kalau dia tak boleh menerima hukuman, pun tak boleh disebat.
Tapi peruntukan disebut maknanya boleh, kalau dia sihat. Jadi kita boleh hukum dengan hukuman sebat sebenarnya. Bukan maknanya setiap selepas kita hukum, terus sebat.
Tak begitu. Kita pun tahu macam mana.
Dan yang saya rasa sedikit kerisauan tadi ialah tentang kes rogol pernah berlaku pada satu ketika di mana seorang pemain boling kebangsaan ini berumur 19 tahun, dia merogol kanak-kanak berumur 13 tahun dan dia kena hukum lima tahun penjara tapi bila dia merayu ke mahkamah lebih atas, dia hanya diberikan binding over, dilepaskan dengan ikat jamin. Ada juga kes lain yang melibatkan tertuduh berumur 21 tahun, dia rogol budak umur 12 tahun, pun sama diberi dengan ikat jamin.
Jadi pada saya, selagi tidak dipinda kita punya CPC, Kanun Tatacara Jenayah, kita hanya merujuk kepada akta yang kita ada sekarang ini, seolah-olah ini sahaja yang kita nak dihukum penjara bagi kanak-kanak. Akan tapi dalam kes-kes kesalahan lain yang bawah Kanun Keseksaan ataupun bawah Akta Komunikasi, bawah Akta Pemerdagangan Orang, semua sekali itu, kita seolah-olah macam tak ada hukuman penjara yang wajib. Jadi saya rasa perkara-perkara ini harus dilihat dan diberi keutamaan. Jadi, kita ada undang-undang sahaja tapi akhirnya kita tak dapat untuk menghukum orang-orang yang melakukan kesalahan tersebut. Jadi, tidak ada untungnya.
Akhirnya, saya nak sedikit menyentuh pasal ada mungkin kita kata umur kalau umur 15 tahun ke atas itu dah pandai menggoda dalam keadaan-keadaan begini biasanya. Bagaimana keadaan kalau digoda? Jadi ia ada peruntukan ini, anggapan umur kanak-kanak. Kalau bawah Kanun Keseksaan, anggapan itu dia boleh maknanya mistaken belief itu diambil kira, salah anggap umurnya. Mungkin dah bentuk tubuh badannya yang agak menggiurkan dan sebagainya, dah mereka dah salah.
Akan tetapi dalam ini disebut anggapan umur kanak-kanak itu tak boleh diambil kira. Makna umurnya mestilah kalau umur 18 tahun, 18 lah dikira. Jadi, tugas yang mereka digoda— kalau sesiapa yang agak nak melakukan kesalahan terhadap kanak- kanak ini, kena tanyalah umur berapa.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Nak tanya sikit.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Kena minta kad pengenalankah, minta check dia lahir tahun bila. Saya rasa lebih baik.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Setiu, sikit Yang Berhormat Setiu. Menarik apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiu tadi tentang kita menilai kanak-kanak berdasarkan faktor umur sedangkan kematangan budak tidak diukur dengan umur, diukur berdasarkan biologi datang haid kalau perempuan dan datang mimpi bagi laki-laki. Maka bila mana kita menetapkan satu kadar tahun untuk menentukan kematangan, kadang-kadang kita mungkin tersilap.
Contohnya, kita tetapkan 18 tahun umur yang baru boleh berkahwin sedangkan keinginan seks itu datang pada umur 15 tahun sebagai contoh. Adakah itu kezaliman kepada mereka yang berhak untuk menikmati hubungan seks yang halal? Minta pandangan daripada Yang Berhormat Setiu.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ya, kadang-kadang saya pun terfikir perkara yang sama juga tetapi kerana undang-undang kita dah menetapkan begitu, masalah adil kah atau tak adil kah dan sebagainya, kita kena lihat dalam keadaan kadang-kadang umur 18 tahun pun ada yang tak pernah dapat memikirkan mana yang baik mana yang buruk, pun ada. Betullah dalam Islam makna balighnya apa semua itu dah ditentukan selepas umur 12 tahun pun biasanya dah baligh. Akan tapi dalam keadaan kita ini, kita nak seragamkan, selaraskan dengan semua sekali undang-undang yang lain. Maknanya undang-undang age of majority kanak-kanak itu.
Satu lagi, ada sedikit beza Kanun Keseksaan dengan akta ini ialah daripada segi umur. Dalam Kanun Keseksaan hanya menetapkan 16 tahun tapi dalam ini menetapkan 18 tahun. Saya rasa boleh diambil kira oleh pihak kementerian dalam perkara ini.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Akhirnya, saya hendak sentuh sedikit sebenarnya perkara ini dibawa oleh pihak kerajaan kita, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Hari Wanita tempoh hari.
Cuma tidak diadakan jawatankuasa, diketuai oleh Yang Berhormat Menteri dan dibuat satu perhubungan dengan pihak secara strategik dengan pihak PERMATA. Oleh sebab itulah kadang-kadang kalau kita sebut PERMATA ini adalah pandangan-pandangan negatif tetapi sebenarnya, tujuan PERMATA ini ke arah yang baik sebenarnya. Saya mengucapkan selamat ulang tahun kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kelapan sebagai Perdana Menteri [Tepuk] walaupun diserang kiri kanan, depan, belakang ada? Akan tetapi masih tegak berdiri dan teruskanlah, insya-Allah kita akan berjaya. Terima kasih, saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kiri, kanan bukan dari sini itu.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi keputusan seorang, saya benarkan membahaskan lima minit kerana banyak lagi pindaan-pindaan kepada bill ini yang saya telah luluskan untuk dibincangkan.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Tuan Yang di-Pertua, 10 minit boleh Tuan Yang di-Pertua? 10 minit. At least 10 minit Tuan Yang di-Pertua, jasa baik Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Lima minitlah kasi singkat, padat, straight to the point, jangan ada bunga-bunga...
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Lima minit.
Tuan Yang di-Pertua
...Jangan ada daun. Bolehlah lima minit.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, bukan pindaan-pindaan itu dibahaskan esok kan, yang jawatankuasa? Bukan malam ni.
Tuan Yang di-Pertua
Akan tetapi ini banyak juga yang saya lulus untuk pindaan-pindaan, cadangan pindaan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, daripada Menteri sendiri.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Akan tetapi itu esok Tuan Yang di-Pertua kan? Bukan hari ini. Jawatankuasa.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, soalnya pun panjang juga perbahasan itu nanti. Lima minit boleh? Okey, dari AMANAH, siapa wakil AMANAH? Sila, lima minit.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tidak akan mengulang apa yang telah dibawa oleh rakan-rakan saya.
Mengenai pedofilia ini semua kita tahu betapa kejinya. Saya ingin membangkitkan beberapa perkara yang ada di dalam rang undang-undang ini yang mungkin boleh kita fikirkan dan memberi pandangan yang berbeza. Pertama, saya ingin menyebut tentang pornografi kanak-kanak. Di dalam rang undang-undang ini disebut tentang hanya apabila pornografi kanak-kanak sahaja yang diberi kepada mangsa di bawah umur ini, maka itu adalah menjadi satu kesalahan. Bagi saya, pornografi tetapi pornografi sama ada dia kanak-kanak ataupun dia dewasa, maka kita perlu diperluaskan kerana mungkin ia bermula dengan adult pornography dan kemudiannya kepada kanak-kanak pula.
Kedua ialah saya melihat pula undang-undang ini ketat, memang ketat dan memang yang menjadi sebenarnya persoalan adalah kerana kita telah meletakkan seolah-olah kanak-kanak di bawah 18 ini semua, cara mental state mereka ini adalah sama. Padahal mereka tidak sama. Kalau kanak-kanak, baby yang didera itu tentulah keadaannya lebih lain daripada kanak-kanak yang berumur 16 atau 17 tahun. Saya juga bersetuju bahawa kita tidak boleh menyamakan mangsa ini pukul rata bahawa mereka ini mangsa dalam erti kata sebenarnya. Walaupun kita ingin melindungi kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah tetapi saya kira kalau kanak-kanak 16 ke 18 tahun ini, dia sudah mempunyai kematangan, dia sudah boleh berfikir, dia sudah tahu salah dan benarnya berbanding dengan kanak-kanak mungkin 16 tahun ke bawah dan 13 tahun ke bawah ataupun 12 tahun ke bawah.
Saya merujuk kepada rang undang-undang yang lebih kurang sama untuk pedofilia ini di UK, di mana mangsa itu dikategorikan berlainan. Bawah 13 tahun, bawah 16 tahun, bawah 18 tahun, kerana bila berlaku kita panggil dalam zaman sekarang ini kanak-kanak— saya hendak panggil kanak-kanak pun susah sebab 16, 18 tahun ini sudah kira hampir dewasa. Mereka ini juga sebenarnya ada di antara mereka sangat lebih celik tentang perkara seksual daripada kita pada umur kita dahulu. Kalau kita 16 tahun sekarang dengan 16 tahun kita dahulu, pengalaman itu sangat berbeza kerana mereka terdedah dengan pelbagai media sekarang ini.
Soal persoalan di mana mangsa ini mungkin memberi persetujuan, consent. Kita ada ramai- sekarang ini kita ada banyak rumah-rumah pemulihan kanak-kanak, di mana mereka melakukan perkara ini atas dasar suka sama suka. Apabila atas dasar suka sama suka ini, maka adakah kita akan menyalahkan sebelah satu pihak sahaja iaitu yang lelaki atau yang perempuan sekali, maknanya kedua-duanya, they took part in the act kemudian kita hanya mengambil tindakan kepada seorang sahaja.
Saya amat concerned tentang pesalah remaja, maknanya 18 tahun ke bawah.
Tadi Menteri membentangkan bahawa hukuman ini tidak kira umur, sesiapa sahaja yang disabitkan dengan kesalahan akan melalui hukuman yang sama iaitu 30 tahun, 20 tahun, 10 tahun, sebat dan sebagainya. Maka, pesalah ataupun tertuduh yang muda yang didapati bersalah pada umur 17 ataupun 16 tahun, adakah mereka ini akan diberi hukuman yang sama? Bagi saya, mereka masih tidak berakal lagi seperti juga mangsa di bawah 18 tahun.
Akhir sekali ialah peranan ibu bapa. Saya melihat bahawa ibu bapa sekarang ini sudah hilang kawalan terhadap anak-anak mereka. Mereka memberikan kemewahan dalam bentuk alat-alat moden, smartphone dan sebagainya tetapi tanpa membuat pemantauan. Jadi, saya hendak bertanya kepada kerajaan, kenapa tidak kita adakan undang-undang ataupun peraturan, di mana perlu dipasang software, pengisian- pengisian yang dapat menapis yang ibu bapa boleh pilih dan letakkan. Kita adakan ada satu inovasi, rakyat yang boleh menghasilkan pengisian ini supaya segala bentuk pornografi tidak boleh melalui saluran media ini.
Akhir sekali, saya cuma mengingatkan para ibu bapa yang suka mempamerkan anak-anak mereka yang comel lote ini di dalam Facebook. Oleh kerana pedofilia-pedofilia ini mereka memang akan mengikuti Facebook ini. Apabila diletakkan saja anak-anak ini, maka gambar anak-anak ini akan dikongsi seluruh dunia. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismilahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana dapat peluang untuk membahaskan rang undang-undang ini. Pertama sekali, saya hendak mengucapkan tahniah kepada Menteri dan kerajaan kerana berjaya membawa bill ini ke Parlimen. Ini satu perkara yang sangat serius dan kita ambil perkara ini dengan serius untuk melindungi kanak-kanak kita. Keduanya, tahniah atas kejayaan PERMATA menganjurkan Seminar Jenayah Seks Kanak-kanak di PWTC baru-baru ini. Ini sekali lagi menunjukkan betapa seriusnya PERMATA dan penaungnya Datin Seri Rosmah Mansor yang begitu prihatin tentang masalah yang dihadapi di Malaysia dan juga di dunia ini.
Tuan Yang di-Pertua, kanak-kanak ini insan yang tidak boleh buat apa-apalah, anak-anak kecil yang terdedah kepada kemalangan, terdedah kepada macam-macam, penculikan, penganiayaan emosi, fizikal dan sudah tentu seks umpamanya. Kita sepatutnya, anak-anak ini kita lindung. Tanggungjawab kita lindung anak-anak. Orang kahwin dia hendak anak, kalau tidak dapat anak dia menderita, terseksa, dia punya susah hati sebab tidak dapat anak, jadi ini penting sangat. Sepatutnya kita lindung anak-anak ini.
Jadi, bagi orang yang melakukan penderaan seksual ini, maknanya sudah tidak ada akal, tidak ada hati perutlah. Kata tadi banyak pembahas kata macam binatang, dah lebih daripada binatang sebenarnya. Binatang pun jaga anak dia. Saya pernah membela seekor kucing, saya jaga dia semua, dia cukup manja tetapi bila dia sudah ada anak, anak yang kecil, saya cuba hendak pegang, dia cukup garang dengan saya. Dia pun dapat lihat, dia ingat kita hendak kacau anak dia, dia jaga, dia protect anak dia.
Tuan Yang di-Pertua, kejadian seksual kanak-kanak ini, lately ini adalah satu- satu yang saya gambarkan sebagai wake up call. Cerita Richard Huckle yang sudah lama pun sebenarnya, secara senyap-senyap siapa pun tidak tahu. Seorang pedofilia yang dijel seumur hidup kerana dia buat macam-macam penderaan seksual di Malaysia dan juga di negara lain. Keduanya, saya hendak bagi contoh sini. Richard Huckle satu kes.
Januari 2017, seorang penjawat awam di Kuching dijel 60 tahun, disebat 30 kali sebat sebab dia merogol anak tiri dia berumur 17 tahun.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Ketiganya, seorang gelandangan pada Disember tahun lepas, 80 tahun jel, 110 sebat sebab dia rogol anak dia sendiri, anak kandung dia 11 kali- dengan oral seksnya.
Jadi perkara ini kita dapat lihat. Kalau saya tengoklah perkara ini Tuan Yang di- Pertua, yang dua kes ini bukan pedofilia, dia jahat. Ini jahat manusia. Jahatnya kalau kita kata tidak ada agamalah. Mana ada agama suruh buat kerja macam ini atau dalam agama kita ini, tidak ada iman sudah. Di mana letak imannya ini? Sepatutnya dilindungi, sepatutnya dijaga tetapi dia merosakkan masa depan anak dia sendiri. Saya hendak sebut pun kadang-kadang, kita rasa malu hendak sebut. Rogol anak. Ini apa ini? Satu benda yang keji, yang jijik, yang kita hendak sebut pun segan sangat. Macam mana boleh jadi macam ini? Akan tetapi lain dengan Richard Huckle ini, dia seorang pedofilia.
Jadi pornografi ini lebih kepada pedofilia. Kecelaruan seks. Keinginannya pada bayi. Oleh sebab itu kita lihat dua kes ini, dia tidak cari budak umur tiga bulan, enam bulan. Richard Huckle cari budak umur enam bulan. Jadi saya melihat pada perkara ini, satunya jahat perangai lebih teruk daripada binatang. Tidak ada akal, tidak ada iman, tidak ada agama. Ini orang perangai tidak fikir apa-apa. Ini memang patut kita gunakan segala hukuman yang penting, yang lebih serius supaya ia menjadi pengajaran kepada orang lain.
Begitu juga dengan kes Richard Huckle ini tetapi pedofilia ini satu jenis penyakit.
It is psychiatric disorder Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Kita juga kena fikirkan bagaimana kita hendak membantu orang yang macam ini sebab dalam senyap-senyap dia buat kerja dan dia sendiri bukan ada minat pada budak 17 tahun, pada 18 tahun. Kita kata tadi, 17 tahun, 18 tahun sudah macam orang dewasa. Keinginannya pada kanak- kanak, babies.Ini penyakit yang ada sekarang ini Tuan Yang di-Pertua. Kejadian-kejadian semua ini yang mungkin kita katakan, it is a tip of the iceberg, dengan izin. Ini kita nampak hujung-hujung sahaja. Banyak lagi perkara bawah. Mungkin disebabkan pergaulan, environment yang disebut tadi, suasana, social media. Penggunaan social media hari ini ada kah baik dan buruk? Ini semua ditentukan oleh perangai kita sendiri.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Jadi saya cadangkan, satu perkara yang mesti ada pada semua orang ialah apa yang saya cadangkan, high index of suspicion, dengan izin. Makna high index of suspicion, kita ada...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Labuan berdiri Yang Berhormat. Yang Berhormat Labuan.
Dato’ Dr. Haji NoorAzmi bin Ghazali - Bagan Serai
Kita ada sensing kalau kita lihat orang perangai pelik. Perangai pelik ini senang sahaja. Terpegang-pegang, terpegang-pegang. Terhegeh-hegeh, terkedek-kedek. Ini perangai pelik. Ibu bapa, sesiapa sahaja, kita tengok ada perangai pelik tidak tentu arah, melebih daripada norma- norma sebenarnya. Kalau lebih daripada norma-norma- Maaf time, 15 seconds left. Kalau lebih daripada norma-norma, kita kena ada high index of suspicion. Ini kena buat laporan Tuan Yang di-Pertua. Kita haraplah ibu bapa tidak ada stigma. Janganlah fikir malulah, fikir ini semua sebab apa, ini akan menggugatkan masa depan orang lain juga. Anak- anak ini akan mempunyai masalah masa depannya kerana trauma ini akan menyebabkan kemurungan, akan menyebabkan kekesalan dan satu hari kita bimbang kanak-kanak ini juga akan bertukar menjadi insan berperangai jahat dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih bagi saya peluang. Bagan Serai menyokong rang undang-undang ini sepenuhnya.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya terus kepada isu yang saya ingin bangkitkan. Apabila kita lihat kepada sebarang rang undang-undang yang melibatkan undang-undang jenayah, dua perkara yang perlu kita faham adalah bahawa apa yang disebut dalam rang undang- undang itu akan ditakrifkan dengan secara ketat in other words, there is strict interpretation oleh kerana akibat daripada pengguna pakaian peruntukan-peruntukan ini boleh menyebabkan seseorang itu dipenjarakan. So there are penal consequences as a result of which interpretation is tick, dengan izin.
Dari sini Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada akta ini ataupun rang undang-undang ini di mana saya dapati bahawa mungkin ada dua kesilapan yang cukup besar yang perlu dilihat semula oleh kerajaan. Pertama, berkaitan dengan seksyen 2 yang dicadangkan. Tuan Yang di-Pertua, seksyen 2 di bawah tajuk ‘Application’.
Kebiasaannya kita ada undang-undang, the second part is only definition tetapi ini application. Maknanya application ialah pengguna pakaian dan ia sebut sedemikian.
Section 2(1), “This Act shall apply to a child who is under the age of eighteen years”. I read again,“This act shall apply to a child who is under the age of eighteen years”. Adakah ini bermaksud bahawa ia hanya terpakai kepada pesalah-pesalah yang berumur 18 tahun dan ke bawah?
So does this means that those who are above 18, if they commit offences under this act, they are not to be punished under this act because the act says, that it will only apply to those who are under the age of 18. So ini kemungkinan satu kesilapan oleh kerana if you look at the legislation overseas, it refers to victims. But section 2 does not relate to a victim, it relates to the application of the whole act only to the person under 18.
Kalau kita pergi ke mahkamah and they look at the interpretation in the criminal bill and it restricts, then it cannot apply to anybody who is above the age of 18. In other words, you are only looking for child predators who are under the age of 18. So can you please explain this Madam Minister, how can a mistake like this being made and subsequently kalau kita ke mahkamah and they follow exactly what is in this bill, then I think this will become a laughing stock which I am sure this Parliament does not want to be, to have hanging away its head in the years to come. Itu satu.
Kedua, kalau kita lihat kepada seksyen 2(2) Tuan Yang di-Pertua, yang ini menyatakan, “Any reference to a child shall include a person whom the accused for an offence under this Act believes is a person under the age of eighteen years”. Maknanya, kalau kita ikut application, pemakaian, reference to a child shall include a person whom the accused believes is a person under the age of 18 years. Very clear. Akan tetapi kalau kita lihat kepada seksyen 21, di situ disebut, “It is not a defense to a charge for any offence under this Act, or for any offence under the Schedule where the victim is a child, that the accused believed that the child was eighteen years of age or more at the time the offence is alleged to have been committed unless the accused took all reasonable steps to ascertain the age of the child”. So ini juga satu perkara yang
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
membawa kepada masalah kerana kalau kita lihat kepada pemakaian, if the accused can show that he believes that the victim was over the age of 18, then he cannot have committed an act under this section or this act. Akan tetapi kalau kita lihat kepada seksyen 21, kita dapat lihat bagaimana di situ pula dikatakan bahawa there is a presumption and it is not a defense if the accused believed that the child was 18 years of age or more. Perkara yang berbangkit di sini Tuan Yang di-Pertua, adalah berkenaan dengan beban. Any criminal lawyer would tell you, kalau kita lihat kepada seksyen 2, maknanya there is only a doubt to be raised in respect of the age. Akan tetapi kalau kita lihat kepada seksyen 21, the accused person has to prove the balance of probability that he took the reasonable steps to ascertain the age of the child. Akan tetapi perkara berbangkit adalah ini, if the application of the act only applies to a person who as it says here, believes the person to be under age of 18, then can you have section 21 which it says it is not a defense because the act does not apply. So ini satu perkara yang perlu dilihat dengan mendalam oleh kerajaan.
Now, we look in section 4. Section 4 Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan child pornography. Section 4(a) makes two categories, (a) child pornography interpretation (i),I read, “child pornography means any representation, whether visual, audio or written or the combination of visual, audio or written, or by any other means: (i) - of a child engaged in sexually explicit conduct”. Then “(ii) - of a person appearing to be a child engaged in sexually explicit conduct”. So kenapa ada perbezaannya? Of a child engaged and then you have of a person appearing to be a child engaged? So these are Tuan Yang di-Pertua, we do not have time. This is such an important bill Tuan Yang di- Pertua and there are so many aspects that I think have to be- we support Tuan Yang di- Pertua, this kind of a bill but the thing is we have to make sure as the lawmakers that the bill makes sense. There is a lot of things from points of law that have to be deleted Tuan Yang di-Pertua. But unfortunately, we do not have time. Macam mana? Perhaps we can just have extra five minutes, about three or four but I do not want to be unfair to my colleagues, Tuan Yang di-Pertua. Just two or three other points undang-undang. I am not sure Tuan Yang di-Pertua, maybe I can…
Tuan Yang di-Pertua
Maybe, siapa nanti yang pick up that point, will be elaborate on your point. Umpamanya kalau nanti Yang Berhormat Sepang bercakap.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
It is such an important bill Tuan Yang di- Pertua, 30 years of imprisonment and then it comes to lawyers...
Tuan Yang di-Pertua
Okay, what we will do, kalau boleh I will extend tetapi bagi kurang, yang tidak payah bercakap itu janganlah bercakap. Not everybody can talk, you see.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, ada isu perundangan yang perlu ditimbulkan. That is the difference.
Tuan Yang di-Pertua
So, I give you another one or two minutes. Sila.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Two minutes, okay Tuan Yang di-Pertua.
I will have to-two minutes unfortunately. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada seksyen 12- maaf Tuan Yang di-Pertua, I am going very fast. Seksyen 12 relates to a section where a person sexually communicate with a child, Tuan Yang di-Pertua. It says this, saya baca, “Subjects to subsection (3), any person who - sexually communicates with a child; or encourages a child to sexually communicate”. Now the first part Tuan Yang di-Pertua, we can see it is sexually communicate. Second part is encourages. In another word, second part deals with the situation where someone encourages the child, but the first part deals with any person who sexually communicates.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
*The question is this, what happens if a child communicates with someone or speaks to somebody about something that has a sexual connotation to it? What happens is that there is a person to whom communication is made, does he become guilty of an offence as well, because it will happen. Children- and here children is defined under 18.
They will at some stage come to you and ask you a question or this that and the others.
So, does that make us people who actually said, okay this is right and this is wrong. Does it make us a criminal who has committed offences under this particular subsection?
In addition to that Tuan Yang di-Pertua,* kalau kita lihat kepada the same section, section 12(3) Minister, “No person shall be convicted for an offence under this section if the communication is for education, scientific or medical purposes.” The question Tuan Yang di-Pertua, what is education. What is education? So, if there is a child comes to me
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
*and asked me a question and I believe that “Okay, I am going to educate him now”. But it’s a question which is sexual in nature. This is a serious matter because it happen. So, what does education mean there? So, to what extent has that been defined? It’s not been defined as well. I go to the next point because I don’t have time.
Section 16* Tuan Yang di-Pertua. Now, section 16 this is just for confirmation for the purpose of Hansard Yang Berhormat Menteri*. Now, “Any person who- (a) for sexual purposes does (i), (ii), (iii) and (iv). The question I want to ask is this, is the word (a) sexual purposes a pre-condition? So, in another word if a person just utters a word or makes any sound or gesture, or body with the intention that such word shall be heard and so forth and all that but without- but not for sexual purposes? Is it also an offence? You see the problem with it is this, all of it is defined under (i), (ii), (iii) and (iv). But the word is pre- the position is pre-condition by (a) for sexual purposes. So, if a person comes, are we saying therefore that if a person does all these acts, but says that it was not for sexual purposes, then he excluded from this? Which will make them a nonsense? A nonsense of all four provisions that are there. I can’t give it to you because I don’t have time.
The last provision that a- there are more but never mind. The last one* Tuan Yang di-Pertua is in respect of a— just two more points. Section 20, Minister relates to- saya baca, “Failure to give the information...” Tuan Yang di-Pertua*. It speaks about, “...any person who fails to give information of the commission of or the intention of any other person to commit any such offence, and it only relates to a RM5,000 fine.
Now* kadang-kadang Tuan Yang di-Pertua, kita ada keadaan di mana a person who is aware like what Yang Berhormat Kinabatangan said earlier, it happens in a place where the person not just doesn’t give information but that person is also in the know of what is happening. So, dalam keadaan tersebut is there a specific section that deals with persons who abet offences under this particular provision and attempts to commit these offences? So, Tuan Yang di-Pertua, I hope this angle can be elaborated by my little
friends later. I am most obliged, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Okey, sila, sila. Sila, sila Yang Berhormat ya. You, you Yang Berhormat ya.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak sentuh berkenaan...
Tuan Yang di-Pertua
Selepas itu, selepas Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Kalau misal kata on particular section or whatever things that you elaborate. Kalau yang general itu, lima minit sahaja. And what I can say here kalau akta ini diluluskan, then there are so many differences that you can create. Sila.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Terima kasih...
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Tuan Yang di-Pertua, with due respect that is not the point Tuan Yang di-Pertua. Kita pun hendak akta ini diperkasakan.
So, we are not finding loop holes to defense.
Tuan Yang di-Pertua
I know, I know. That is, I remark this on here. Little...
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
No, masalahnya tadi dibawa oleh Yang Berhormat Kulai semasa bill ini dibincangkan dan disediakan, daripada pihak pembangkang tidak ada perbincangan langsung walaupun NGO, walaupun Menteri, ahli- ahli daripada sebelah sana memang ada, daripada sebelah sini tidak ada. Kalau sepatutnya kita bincang tadi, banyak benda telah diselaraskan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya. Akan tetapi Yang Berhormat setidak-tidaknya bill ini sudah dalam jawatankuasa...
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Ya, itu saya hargai. Saya akui, saya hargai Tuan Yang di-Pertua tetapi...
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Sila, sila Yang Berhormat. Sila.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak sentuh berkenaan dengan kegagalan memberi maklumat. Jadi mengikut seksyen ini, seksyen 20 bahawa sesiapa yang tahu tentang kes ini mesti berikan maklumat
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
kepada pihak polis yang berdekatan. Masalah yang saya hendak bangkitkan ialah selalunya di bawah kes ini orang yang tahu biasanya orang yang amat rapat dengan kanak-kanak yang berkenaan mungkin saudara-mara dia, bapanya, ibunya ataupun cikgunya.
Jadi yang saya bimbang ialah, apakah jaminan terhadap keselamatan orang yang melaporkan khususnya sebelum kes itu dibawa ke mahkamah? Jadi oleh kerana selalunya orang yang berkenaan seperti ini, mereka merupakan mungkin orang psiko.
Jadi sekiranya kalau cikgu memberi maklumat atau membuat laporan ke balai polis dan pesalah itu dia telefon cikgu dia kata, “Cikgu saya tahu you punya anak belajar di mana, kalau balik sekolah, jadi you kena jaga-jaga.” Kalau begini, cikgu ini akan rasa begitu takut. Saya ingat kalau mereka dipaksa membuat laporan, mungkin ada cikgu yang mungkin akan letak jawatan. Juga misalnya kalau isteri tahu suaminya buat. Jadi di antara isteri dan suami, isteri itu akan rasa bersalah sama ada hendak buat laporan.
Masalah yang ketiga ialah kalau yang tahu itu seorang minor dan dia tidak tahu apa caranya untuk membuat laporan ataupun dia tidak tahu tentang undang-undang, jadi adakah mereka juga bersalah?
Kemudian berkenaan dengan keterangan saksi kanak-kanak. Tadi Yang Berhormat Setiu sudah sentuh satu perkara yang saya sebenarnya hendak sentuh. Jadi saya tidak akan ulang. Akan tetapi berkenaan dengan pesalah seksual yang akan dikenal pasti ataupun dalam proses perbicaraan yang dibenarkan mengikat jaminan. Kami- saya punya pandangan bahawa selain daripada dibenarkan mengikat jaminan, kita perlu ditambah dengan perintah larangan mahkamah ataupun perintah perlindungan terhadap mangsa kanak-kanak dan saksi supaya mereka tidak ada peluang untuk mendekati mangsa ataupun saksi itu. Ini adalah untuk memastikan bahawa pesalah tersebut tidak akan mengugut atau mempengaruhi keterangan mangsa kanak-kanak serta saksi.
Satu lagi ialah- ini selepas berbincang dengan NGO-NGO yang ada minat dengan rang undang-undang ini, mereka mencadangkan bahawa kanak-kanak yang merupakan mangsa ataupun saksi tidak perlu diberikan keterangan banyak kali. Mungkin semasa mereka membuat laporan memberi keterangan di mahkamah, berikan lagi.
Kalau ada rayuan beri lagi. Jadi ini menyusahkan kanak-kanak. Kami bercadang bahawa keterangan yang mereka beri itu dirakamkan dan digunakan supaya kanak-kanak ini tidak perlu diseksa memberi keterangan banyak kali dan mungkin oleh sebab under pressure, mungkin keterangan yang dibuat sebelum dan setahun selepas itu akan berbeza.
Satu lagi ialah merujuk kepada seksyen 19 juga iaitu keterangan daripada kanak-kanak diterima, langkah itu amat baik. Namun justifikasi kepercayaan keterangan tersebut ditentukan oleh mahkamah di bawah seksyen 18. Maka cadangan saya kepada kementerian ialah seperti yang saya kata rakaman video dibuat dan dianggap sesuai perlu dipraktikkan. Juga berkenaan dengan kesalahan oleh pertubuhan ataupun perbadanan. Perlindungan yang lebih terperinci perlu dilaksanakan oleh kementerian dengan kolaborasi dengan MCMC supaya kalau misalnya telco dan sebagainya juga bertanggungjawab berkenaan dengan sebaran mesej-mesej yang berunsur seks.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak akan mengambil masa yang terlalu lama. Saya faham masanya terhad tetapi saya perlu mengambil ataupun menimbulkan beberapa isu berkenaan dengan rang undang-undang ini iaitu berkenaan dengan peruntukan- peruntukan spesifik yang saya percaya perlu diubah ataupun dipinda bermulanya dengan seksyen 3, dalam rang undang-undang ini.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Dengan izin saya membaca dalam bahasa Inggeris Tuan Yang di-Pertua, “Extra-territorial application, section 3, when an offence under this act is committed by Malaysian citizen against a child in any place outside Malaysia, he may be- in respect of such offence as if the offence was committed in any place within Malaysia”. Dengan segala hormatnya Tuan Yang di-Pertua, ini merupakan satu peruntukan yang amat luar biasa oleh kerana peruntukan seperti ini akan bercanggah dengan prinsip double jeopardy di bawah Artikel 7 di bawah Perlembagaan Persekutuan di mana seseorang itu tidak boleh disabitkan ataupun dilepaskan untuk satu offend yang sama. Now kalau kita
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
lihat kepada Seksyen 3 ini Tuan Yang di-Pertua, this section will allow, dengan izin, *for example if an offence is committed in Singapore by somebody Malaysian in Singapore.
Now, if he is convicted in Singapore and after he is released, can we issue an Interpol red alert for him to be brought back to be trial for the same offence in Singapore? That will be double jeopardy.* Jadi saya pohon agar peruntukan ini disemak semula what is acceptable, apa yang boleh diterima adalah ini, Tuan Yang di-Pertua, to include in this section a provision to state that where a person is not charged for an offence or in another jurisdiction then he can be charged here. That is fair enough because that would not offend the rule against double jeopardy, but if he is charged and convicted or acquitted in different jurisdiction, he with the greatest of respect, he cannot be re-charged for the same offence in this country. Itu satu, Tuan Yang di-Pertua.
Yang keduanya saya merujuk kepada Seksyen 18 dalam rang undang-undang ini iaitu saya pohon keizinan untuk baca dalam bahasa Inggeris, Tuan Yang di-Pertua.
“Presumption as to credibility of child witness”. Now ini adalah sudah tentunya satu kesilapan Tuan Yang di-Pertua. Apa yang dinyatakan dalam peruntukan seksyen 18 adalah “notwithstanding anything contrary in any written law in any proceedings against any person relating to any offence under this Act or any offence under the Schedule where the victim is a child. A child is presumed to be competent to give evidence unless the court thinks otherwise”. Apa yang surely what is dimaksudkan di sini adalah tajuk yang sepatutnya dibaca presumption as to competency of child witness bukan kredibiliti because credibility cannot be presumed. When we presume something, the burden of disproving it is higher than normal. Kita perlukan sekiranya dalam kes presumption seorang child witness di presume to be credible, then the accused will have to challenge that credibility on the balance of probability rather than just menimbulkan satu keraguan yang munasabah.
Yang terakhirnya, ada banyak lagi tetapi yang lain yang ingin saya cadangkan Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu akta yang amat penting. Kami semua menyokong akta ini, lets make that very clear with some fine tuning no doubt tetapi apa yang penting Tuan Yang di-Pertua adalah sekiranya kita lihat kepada keseluruhan skema on your scheme of this entire rang undang-undang, kita akan mendapati bahawa rang undang- undang ini amat kurang daripada segi protection of the child witness when giving evidences or when a statement is taken from a child witness during the course of investigation. Peruntukan ini ataupun RUU ini adalah amat inadequate berkenaan dengan isu-isu tersebut. Saya menjemput kerajaan untuk mengambil position ataupun kedudukan- India di bawah The Protection of Child or Children From Sexual Offences Act 2012 di mana dalam legislation tersebut terdapat beberapa peruntukan khususnya di bawah seksyen 28 hingga seksyen 38 akta tersebut dan saya menjemput kerajaan untuk adopt peruntukan-peruntukan tersebut.
Terakhirnya, boleh saya hanya mengatakan yang ini Tuan Yang di-Pertua, bahawa sekiranya kita teliti rang undang-undang ini, tiada sebarang peruntukan diberi untuk membentuk ataupun set up a special court. Itu adalah satu perkara yang amat penting oleh kerana dalam kes-kes sebegini, kita semua tahu bahawa specialized knowledge is required for the resolution of dispute such as child grooming, pornography and pedophilia. Hakim-hakim yang biasa tidak akan mengetahui the- dengan segala hormatnya of perkara-perkara sebegini dan saya memohon agar kerajaan meneliti semula rang undang-undang ini dengan mengambil kira kesemua cadangan yang ditimbulkan di sini dan juga di sana dan membentuk satu special court yang amat penting dalam kes-kes sebegini. Itu sahaja, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sila.
Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Kesalahan- kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.
Saya akan menumpukan beberapa bahagian yang penting dan teknikal sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, fasal 3 rang undang-undang ini akan membenarkan berkenaan rang undang-undang ke atas seorang warganegara Malaysia sama ada dia di luar atau di dalam negara. Justeru, sistem mengesan atau menjejak pesalah seksual perlu menyeluruh termasuk kemampuan untuk menjejak dan mengesan warganegara pesalah seksual yang berada di luar negara. Persoalan saya, bagaimana kementerian memperkemaskan dua pangkalan maklumat yang dikuatkuasakan oleh dua kementerian
Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah
berlainan iaitu pangkalan rekod penjenayah seksual di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969, dan Daftar Kanak-kanak di bawah Akta Kanak-kanak.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Mesyuarat****] Kedua-dua pangkalan tersebut perlu diselaraskan agar pengawalan dan penyeliaan maklumat dan butiran pesalah seksual ke atas kanak-kanak dapat membantu pihak polis dan penguat kuasa selain untuk memburu penjenayah. Berikutnya, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian, adakah pangkalan rekod penjenayah yang sedia ada mampu menghubungkan dengan sistem pangkalan negara luar terutama dalam aspek perkongsian maklumat latar belakang penjenayah seksual atau senarai penjenayah seksual dikehendaki. Ini adalah untuk memastikan penjenayah seksual seperti Richard Huckle diberikan perhatian oleh pihak polis apabila masuk sempadan negara.
Tuan Yang di-Pertua, fasal 19 rang undang-undang telah membenarkan prosiding untuk menerima keterangan daripada mangsa kanak-kanak walaupun tanpa sokongan bukti lain. Usaha ini amatlah dialu-alukan apabila Akta Keterangan 1950, Akta Sumpah dan Ikrar 1949, boleh melanggar keterangan daripada kanak-kanak namun- terhadap keterangan masih akan berlaku menurut fasal 18 rang undang-undang ini. Jika mangsa kanak-kanak tersebut tidak mampu berbuat perkara yang sama di mahkamah apabila perlu mengulangi penceritaan keterangan seperti di balai polis. Maka dengan itu bagaimana mahkamah atau pihak balai polis dapat memastikan kebolehan dan kepercayaan mangsa kanak-kanak tersebut. Apakah mekanisme ujian yang akan dilaksanakan ke atas mangsa kanak-kanak bagi mendapatkan keterangan yang kukuh sehingga tidak boleh dipertikaikan atau dihujahkan oleh peguam bela atau mana-mana pihak.
Tuan Yang di-Pertua, salah satu lagi usaha yang mendadak daripada rang undang-undang ini ialah peruntukan fasal 20. Fasa ini secara langsung menekan peranan orang awam untuk bekerjasama dalam membekalkan maklumat mengenai sesuatu kejadian seksual ke atas kanak-kanak. Kebimbangan orang awam ialah mengenai identiti mereka mungkin akan terdedah atau perlu menghadiri perbicaraan mahkamah. Maka kebimbangan mereka adalah munasabah, jadi saya mencadangkan agar kementerian meluaskan fasal tersebut bahawa orang awam boleh membekal maklumat kepada penguat kuasa atau pegawai lain seperti pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, pegawai Perlindungan Kanak-kanak untuk disalurkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Langkah ini penting bagi memastikan orang awam yang mengetahui memberikan kerjasama dan pihak polis dapat menyelesaikan kes tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi usaha yang patut diberikan sokongan ialah penubuhan sebuah mahkamah khas bagi perbicaraan yang melibatkan golongan kanak- kanak dengan mengadakan perbicaraan tertutup.
Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah
Usaha ini akan mempercepatkan prosiding perbicaraan kes dan mengurangkan kepayahan ke atas mangsa yang didera secara seksual. Tuan Yang di-Pertua, walaupun rang undang-undang ini mempunyai bahagian yang perlu diperhalusi namun saya akan mengakhiri ucapan perbahasan saya dengan menyokong rang undang-undang tersebut supaya anak-anak kita mendapat perlindungan yang sepenuhnya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Kapar...
[Beberapa Ahli bangun] Satu, dua, tiga, empat- sebelah sini tidak ada ya? Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Subang janganlah, marah. Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Sepang. Lepas itu Yang Berhormat Menteri jawab. Lima minit saja.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama sekali, disebabkan masa yang terhad saya hanya akan merujuk kepada perkara-perkara yang penting sahaja. Pertama adalah kena mengena dengan cara siasatan akan dilakukan dan rekod-rekod kenyataan yang akan dilakukan. Yang pertama adalah tiada apa-apa peruntukan dalam undang-undang ini.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Saya akui, saya faham bahawa ada akta-akta lain yang akan diguna pakai sekali dengan akta ini tetapi disebabkan akta ini secara khususnya menekankan kesalahan- kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dan memerlukan kepakaran, kemahiran untuk seseorang itu untuk menyoal siasat kanak-kanak ini. Jadi kita nampak wujudnya lacuna dalam undang-undang ini secara spesifik, tidak menyentuh siapakah yang berhad menyoal siasat kanak-kanak ini. Apakah taraf atau the rank of police officer yang akan menyoal siasat kanak-kanak ini? Bagaimanakah ia akan disoal siasat? Adakah di kawasan perumahan dibenarkan, kawasan-kawasan yang disukai oleh kanak-kanak itu dibenarkan? Tidak ada apa-apa ditekankan dari sudut itu.
Selain daripada itu, apakah video recording dibenarkan untuk merekod kanak- kanak ini. Yang itu pun tidak ditekankan. Ketiga adalah kena mengena dengan kanak- kanak yang kurang upaya. Adakah kita benarkan seseorang yang pakar bersama dengan kanak-kanak ini semasa rekod kenyataan dilakukan dan selain daripada itu kita juga ditekankan bahawa ada special court yang akan menyelaraskan kes-kes gangguan seksual ini.
Akan tetapi sayang sekali special court itu tidak diterjemahkan di mana-mana peruntukan undang-undang di dalam akta yang kita sedang bicara ini. Apa salahnya kalau kita memperuntukkan perkataan itu dan mengatakan bagaimana mahkamah ini perlu berfungsi, bagaimana mahkamah ini perlu dilengkapi, dan apakah specialnya mahkamah ini. Yang itu tidak ditekankan.
Selain daripada itu semasa perbicaraan juga tidak ada apa-apa kriteria yang ditekankan dari sudut sebagai contoh, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, no aggressive question or character assassination of the children. Tidak ada apa-apa bahagian ataupun panduan sebegitu ditekankan. Salah satu lagi point adalah, macam di UK, kalau tertuduh itu adalah orang muda, ada garis panduan telah diselaraskan supaya perbincangan dan hukuman itu diselaraskan kerana tertuduh itu adalah orang muda. Adakah Jabatan Peguam Negara di Malaysia juga telah menyediakan garis panduan sebegitu? Itu adalah beberapa isu yang perlu ditekankan dan perlu diteliti sebelum kita mengenakan seseorang dengan sabitan kes ini.
Pendakwa raya yang dikatakan akan menyiasat kes-kes ini sepatutnya mempunyai kepakaran tertentu, kepakaran menyiasat kes-kes rogol, kepakaran mengetahui dan memahami sikap, tingkah laku dan perangai kanak-kanak itu amat penting. Adakah kita sedang menuju ke hala tuju itu? Kanak-kanak juga menjadi mangsa, apabila mengambil keterangan ini kita kena pastikan keterangan kanak-kanak ini diambil bulat-bulat tanpa ada inti sari daripada orang yang mengambil rekod dan sebagainya.
Tidak ada juga apa-apa tekanan diberitahu bahawa adakah kenyataan ini berapa lama dia akan ambil, berapa lama akan dibawa ke mahkamah dan berapa lama proses mahkamah akan ambil balik? Tidak ada apa-apa dalam bentuk ini.
Saya cadangkan sebagai contoh Yang Berhormat Menteri, kita kena sepatutnya dalam masa 48 jam kita kena ambil kenyataan daripada kanak-kanak itu. Selepas itu dalam masa 30 hari kita kena selaraskan semua saksi-saksi, kes kena siasat, satu kes tuduh telah disediakan. Kita juga kena sediakan bahawa satu tahun, dalam masa tempoh satu tahun kes ini telah dibawa ke mahkamah dan sepatunya keputusan telah dibuat.
Kerana apa? Kerana kita tidak hendak kanak-kanak ini dibelenggu dengan masalah ini, trauma itu. Tidak boleh diteruskan. Benda-benda sebegini tidak dipandang semasa akta disediakan.
Selain daripada itu, saya juga tertarik dengan Yang Berhormat Menteri apabila dalam taklimat-taklimat itu saya nampak semangat Yang Berhormat Menteri dalam menjayakan kes ini tetapi kita tidak boleh bawa bill ini tanpa peruntukan dana sebab kita perlukan special court, kita perlukan special DPP, kita perlukan semua kemahiran dan kepakaran seksual yang melibatkan kanak-kanak ini. Jadi, saya rasakan akta ini perlu diluluskan dengan satu peruntukan undang-undang sebab kita sudah ada akta tetapi tidak ada peruntukan undang-undang, aplikasi seperti biasa akan jadi tanda tanya.
So,yang ini semua saya minta Yang Berhormat Menteri beri penjelasan sebentar nanti.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Terima kasih dan saya ingin terus kepada pointyang saya khuatir dalam undang-undang ini. Kami semua secara prinsipnya menyokong rang undang-undang ini atas ini adalah sepatutnya kalau kita
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
hendak terus secara terus terang, ini adalah satu akta untuk mengawal kesalahan pedofilia. Pedofilia adalah satu tindakan yang dikutuk dan dikecam oleh semua pihak sekeras-kerasnya kerana ia mengeksploitasikan kanak-kanak yang tidak mempunyai kesedaran atau tidak matang dalam kesedaran seks ini dan orang dewasa menggunakan exploiting the innocence of the children dan untuk tujuan seks. Saya rasa itu tujuan utama undang-undang ini, untuk melindungi kanak-kanak yang di bawah umur daripada tindakan pedofilia ini. Oleh itu saya secara konsisten menganggap perlindungan atau protection adalah primary objective untuk undang-undang. Punishment secondary. Saya konsisten dalam perkara ini, undang-undang serta satu behavior yang tidak betul, tidak boleh dikawal atau sebagai deterrent dengan hukuman yang keras.
Saya juga anggap kita hati-hati, tidak dijadikan undang-undang ini dijadikan sebagai undang-undang yang digunakan sebagai moral policing. Itulah sebab pada seksyen 2 kalau kita menyatakan, tafsirkan kanak-kanak itu adalah di bawah 18 tahun ada masalah besar. Untuk konsisten dengan age of consent,kebanyakan negara termasuk Amerika Syarikat dan UK adalah 16 tahun. Ini bermaksud mereka dibenarkan mempunyai hubungan seks secara legal sebagai anak muda atau teenager yang lebih daripada 16 tahun.
Kita harus sedar bahawa kanak-kanak kalau dengan definisinya atau teenager anak yang 17 tahun, 18 tahun, they are capable of romantic feeling and they are sometimes maybe unable to, dengan izin, sometimes unable to distinguish between sex and love. But they are not, maybe not rational enough to make discretional decision dalam moral behavior tetapi undang-undang ini harus mengelak menjadi satu senjata untuk menghukum mereka-mereka yang dalam borderline ini. Apa yang patut kita hukum adalah kanak-kanak yang tidak mempunyai kesedaran dan dieksploitasi oleh dewasa.
Itulah sebab saya rasa bahawa kebanyakan negara maintain the age limit for consent is 16 years old adalah kontroversi yang sangat besar kalau kita maintain undang-undang ini dalam 18 tahun kerana sesuatu perkara yang psychologically atau biologically, we cannot stop a teenager to have sexual consciousness.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
But we also have to avoid not to over punishing them. Bila kita lihat dalam fasal 12, di mana dikatakan, “Sexually communicates with a child or encourage a child to sexually communicate”. Saya setuju kalau seseorang kanak-kanak itu 12 tahun we try to talk any type of sexually that is wrong, tetapi dalam keadaan dalam umur 17 tahun, 16 tahun yang lebih, mereka ada curiosity dan kita boleh membimbing dan cuba memberi pendidikan yang betul tetapi jangan sampai kita terpaksa criminalize them atau menggunakan hukuman yang berat terhadap mereka.
Itulah sebab saya rasa dalam fasal 15 juga, any person who for sexual purpose touch any part of the body dan lain-lain lagi, itu again, kalau definisi itu adalah kanak- kanak yang berbelas tahun, 12 years old, 13 years old, itu betul. Akan tetapi di antara untuk teenager yang di antara 17 tahun, 18 tahun, we are overpunishing them kalau kita menggunakan undang-undang ini.
Sebenarnya mereka mungkin tidak dapat membezakan grooming form, dalam bahasa Inggeris, *you have serenading, dating, coating and enticing, seducing, soliciting.
All these things to them is love. Kita juga lihat dalam sejarah, pelbagai literature yang agung termasuk Romeo dan Juliet, all the poetry was written for kanak-kanak atau kanak- kanak yang di-define-*kan dalam 18 years old or 17 years old. Jadi saya rasa kita harus berhati-hati dan banyak perkara yang bercanggah dengan purpose of protection kalau kita tidak buat amendment.
Oleh kerana kesuntukan masa, saya tidak ada masa,mungkin kita bahas semasa dalam Jawatankuasa. Rayuan saya ialah kita fikir betul-betul dan kita tidak overly punish. Lastly, saya juga tolak sebarang sebatan kerana sebatan ini tidak ada manfaat untuk melindungi kanak-kanak daripada salah laku. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Subang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab masa suntuk, saya pergi terus kepada pandangan-pandangan saya.
Secara dasar, seperti ramai rakan-rakan lain, saya sokong penuh tujuan rang undang-undang ini. Akan tetapi, ada beberapa isu yang perlu dibangkitkan dalam usaha
Tuan R. Sivarasa - Subang
kita secara bersama untuk menambahbaikkan apa yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini.
Saya tidak akan pergi kepada isu-isu terpencil sebab itu kita boleh bincang di peringkat Jawatankuasa tetapi ada isu dasar seperti yang dihujahkan tadi oleh rakan saya, Ahli Yang Berhormat Batu, isu dasar berkenaan dengan umur kanak-kanak yang terlibat dalam rang undang-undang ini yang bagi saya membangkitkan isu percanggahan yang besar. Bukan sahaja dalam rang undang-undang ini tetapi juga dengan undang- undang lain yang sedia ada.
Isunya, Tuan Yang di-Pertua, adalah begini. Di bawah Penal Code atau Kanun Keseksaan, untuk age of consent, dengan izin, kita semua tahu adalah 16 tahun.
Maksudnya, seperti rakan saya Yang Berhormat Batu sebut tadi, remaja yang 17 tahun, yang lebih dari 16 tahun, mereka boleh setuju dengan hubungan seksual dengan remaja yang lain yang umur itu. Itu bukan merupakan kesalahan yang berat ataupun kesalahan.
Akan tetapi dalam rang undang-undang ini, dengan tujuan untuk memberi perlindungan, kita di Bahagian III dan Bahagian IV, Part III and Part IV, kita sekarang ada peruntukan kesalahan berkaitan dengan child grooming, dengan izin, dan dengan *sexual assault.
Sexual assault* ialah dengan touching dan sebagainya.
Akan tetapi di sini dengan rang undang-undang ini, kita buat kesalahan yang sangat berat untuk touching sahaja yang boleh dilakukan oleh remaja berumur 17 tahun.
Mereka tidak boleh bagi consent. Inilah percanggahan-percanggahan besar yang kita ada, sebab Yang Berhormat Menteri kata tadi mereka tidak mahu membenarkan defends of sweetheart ataupun Romeo dan Juliet defends, tetapi itu ialah isu-isu dasar. Macam mana dengan sistem perundangan negara kita boleh benarkan keadaan macam itu yang cukup ketara bercanggah? Dengan izin, you can consent to actual sexual activity when you are 17 but merely touching another youth of 17 or 18, you are committing a serious offence here. This is what this law is doing. Bila kita baca undang-undang yang sama di United Kingdom, perkara ini boleh diselesaikan. Mereka lebih sofistikated. Mereka lihat pada offence, lepas itu mereka tentukan umur yang sepatutnya. Contoh, image offence grooming pun ada di sana, offence sexual assault macam sini pun ada tetapi dengan spesifik untuk offence itu, mereka definisikan child sebagai yang bawah 16 tahun sebagai supaya itu konsisten dengan age of consent yang ada di dalam negara mereka. Walaupun secara peringkat antarabangsa mereka setuju a child is defined as age of 18, ikut konvensyen dan sebagainya,tetapi untuk offence itu, untuk kesalahan itu, mereka dah takrifkan, mereka definisikan secara spesifik untuk grooming, the child must be below 16 dan masalah itu selesai.
Jadi ini bukan isu yang sangat rumit untuk selesai. Yang saya hairan ialah kita tidak selesaikan itu secara jelas dengan ini. Ini timbulkan masalah yang salah dari segi dasar dan dari segi percanggahan dengan undang-undang yang lain. Itu satu.
Isu yang kedua ialah isu hukuman. Baru-baru ini Kabinet telah buat satu langkah yang baik bila Kabinet syorkan kita akan kaji semula hukuman mati mandatori atau yang wajib. Sekarang kita akan alih ke keadaan discretionary sentencing. Itu bagus. Akan tetapi dalam sini, kita ada mandatory whipping untuk semua. Jadi hakim pun tidak ada budi bicara lagi. Semua. Walaupun drafting senang sahaja, kita boleh buat bagi budi bicara kepada hakim, penjarakan dan atau tambah dengan sebatan, boleh,tetapi di sini semua hukuman tangan hakim diikat, mesti dipenjarakan dan mesti diberi sebatan. Ini bagi saya tidak sesuai sebab jenis-jenis kesalahannya berbeza sangat. Dan kenapa kita mengikat tangan hakim begini?
Jadi secara prinsip pun bagi saya, saya minta Yang Berhormat Menteri kalau boleh, kita mesti kaji semula ini. Mungkin sebatan ada dalam sistem perundangan kita, betul tetapi cara untuk melaksanakannya untuk kesalahan-kesalahan tertentu mesti dilihat dengan lebih teliti daripada apa yang kita lakukan sekarang.
Jadi, sebab masa sudah habis, Tuan Yang di-Pertua, saya berhenti di sini dan mungkin kita akan sambung dalam peringkat Jawatankuasa. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya juga hanya ada beberapa seksyen yang ingin saya sentuh.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya rasa seperti semua jugalah, mungkin mustahil untuk kita hendak lawan atau menentang akta ini, suicidal ya, tetapi saya rasa apabila kita bangkitkan beberapa perkara ini, tujuannya untuk penambahbaikan dan juga mungkin untuk mengatasi masalah yang praktikal yang akan timbul daripada pemakaian akta ini kalau diluluskan.
Saya hendak sentuh fasal 3, extra-territorial application yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi yang menyentuh tentang dia kata mungkin ada masalah bertentangan dengan Artikel 7 Perlembagaan seperti yang dirujuk tadi. Bagi saya, walaupun saya mungkin boleh menerima kalau sekiranya Menteri mungkin menggunakan hujah bahawa dalam kes-kes melibatkan child pornography dan juga child grooming mungkin dia melibatkan extra-territorial offences, dengan izin, tetapi oleh kerana dalam fasal 3 ini mengatakan, “Where an offence under this act”, maknanya dalam akta yang dicadangkan ini dia merangkumi juga sexual assault ataupun serangan seksual yang juga menyentuh soal fizikal.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Jadi, kalau ia berlaku di luar negara, di samping ada masalah dengan artikel 7 itu adalah berkaitan dengan isu macam mana kita hendak bawa saksi di luar itu pergi ke dalam negara kita. Katakanlah berlaku di England, melibatkan kanak-kanak di England, tiba-tiba kita hendak bawa saksi yang kanak-kanak itu daripada England ke Malaysia untuk dibicarakan lagi sekali. Saya rasa ini melibatkan bukan sahaja melibatkan kos yang tinggi tetapi juga dari segi practicality-nya tidak praktikal. Jadi, saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, kenapakah diborongkan semua kesalahan boleh melibatkan extra-territorial application ini? Saya akuilah memang saya boleh baca seksyen ini, pertama kita sebagai lawyer kita akan lihat seksyen 2 yang biasa seksyen 2 itu kata-kata oleh Yang Berhormat Puchong. Ia melibatkan definition. Akan tetapi definition tidak ada, tidak ada langsung.
Jadi, saya akan rasa ada masalah apabila kita tidak ada definition. Ini mungkin sebab ia akan menimbulkan masalah kepada pelaksanaan undang-undang ini.
Contohnya, kalau kita lihat seksyen 15, any person who for sexual purpose. Apa maksud sexual purpose? Tidak jelas, kita hendak tengok seksyen- biasa kita akan tengok seksyen 2 tetapi tidak ada, seksyen 2 tidak ada definition. Jadi, kita akan mengalami masalah hendak melaksanakan undang-undang itu, bagi sayalah.
Ketiganya, saya juga hendak menyentuh tentang isu accessing child pornography. Tadi saya dengar daripada Yang Berhormat Kuala Kangsar mengatakan mungkin dengan kepandaian peguam semua, mungkin boleh bebas kalau mungkin orang yang buat ini tidak ada intention, tidak ada dalam bahasa undang-undang, tidak ada mens rea. Akan tetapi kalau kita lihat undang-undang ini, secara keseluruhannya boleh dikatakan ia adalah satu kesalahan, dengan izin, strict liability. Dalam undang- undang, strict liability ini maknanya kesalahan yang tidak perlu prove mens rea. Perkataan mens rea macam voluntary, knowingly dan sebagainya. Jadi, yang saya risau apabila ada sesetengah kesalahan ini sebenarnya kita perlukan buktikan mens rea. Akan tetapi oleh kerana dalam kesalahan undang-undang ini ia meletakkan apabila kita lakukan, salah. Walaupun kita tidak ada niat, ia akan menyebabkan kita khuatir akan disalahgunakan undang-undang ini. Ini yang kita khuatir. Saya hendak beri contoh, seksyen 10- accessing child pornography. “Any person who accesses or has in his possession...” Walaupun dalam explanation ini ada disebut knowingly tetapi dalam body of the act itu tidak ada. Saya hendak beri contoh illustration itu dia kata kalau sekiranya kita terima email, selepas itu ada melibatkan isi kandungannya ada kandungan pornografi. Jadi, kita mesti immediately delete.
Masalahnya kalau kita terlalu banyak email yang kita terima, macam sekarang kita boleh terima email itu melalui handphone, terlalu banyak, kita mungkin terlupa atau overlook sampai terlupa hendak delete. Tiba-tiba walaupun tidak ada intention untuk keep benda itu, kita terlambat. Immediately itu apa maksudnya? Tidak jelas. Adakah bermaksud terima terus padam ataupun lepas sehari, dua hari- not clear. Jadi, saya harap pihak Yang Berhormat Menteri dapat beri penjelasan. Akan tetapi masalahnya kalau pihak Yang Berhormat Menteri beri penjelasan pun, itu bukan undang-undang.
Oleh sebab itu perlu dimasukkan, to be incorporated dalam undang-undang. Jadi, saya rasa itu Yang Berhormat Menteri mungkin kena ambil.
Begitu juga evidence of child witness, terakhir Yang Berhormat Menteri. Saya rasa yang ini saya pun- saya bercakap ini walaupun saya dengar semua bercakap soal undang-undang ini lebih kepada perspektif child tetapi bagi saya- kita bercakap undang- undang, sedikit Tuan Yang di-Pertua. Kita juga mesti melihat daripada sudut keadilan kepada semua orang. Justice for all, maknanya justice for accused person. Janganlah kita merasakan bahawa undang-undang yang baik sekalipun ia boleh berlaku adil kepada
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
semua orang. Bagi saya, accused person juga ada hak untuk dibela. Jadi, kalau undang- undang yang mungkin kita lihat undang-undang ini tidak adil kepada orang yang dituduh, bagi saya ini juga adalah tidak adil undang-undang ini juga. Ia boleh dihujahkan juga tidak memenuhi hasrat keadilan itu. Kita dalam undang-undang Tuan Yang di-Pertua, kita ada seksyen 133A, Evidence Act, evidence of child tender years di mana dalam rang undang- undang itu mengatakan antara syaratnya ialah children itu mesti tahu apa dia- understand the oath, sumpah yang diberi. Akan tetapi dalam undang-undang ini ia tidak langsung menyentuh tentang pemahaman sumpah itu. Dia boleh kata ia adalah dianggap- kalau dia bagi sumpah, tidak ada apa-apa anggapan dia adalah tahu tentang sumpah itu.
Maknanya, sedangkan mungkin- saya cakap ini sebagai peguam. Saya sudah banyak kali juga membuat kes-kes melibatkan child. Memang adalah kanak-kanak ini, kita akuilah memang patut dilindungi tetapi dalam masa yang sama mereka juga kadang- kadang dicoach, dengan izin, oleh keluarga mereka. Mereka bercakap apa yang diajarkan oleh ibu bapa atau orang-orang ini. Apatah lagi kata Yang Berhormat Kapar tadi, dalam undang-undang ini tidak ada requirement untuk children ini kalau dia buat kenyataan sebelum bicara, contohnya video recording itu adakah boleh diterima atau tidak. Itu tidak jelas. Jadi, saya rasa saya akan bercakap di peringkat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, boleh, boleh lagi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Boleh lagi? Okey, terima kasih.
Kalau boleh, akhirnya saya hendak tegaskan di sini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ada yang minat selepas Yang Berhormat Sepang? Saya boleh benarkan seorang lagi. Yang Berhormat Pasir Puteh ya? Sila.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Boleh, sedikit? Akhirnya, saya mengatakan bahawa apabila kita membuat undang-undang ini, saya merasakan kita hendak keterangan diterima tetapi saya rasa masalah rang undang-undang ini tidak ada apa yang dipanggil video link iaitu kanak-kanak bagi keterangan di satu bilik yang dipasangkan dengan video. Saya pernah membuat kes rogol di mana kanak-kanak bagi keterangan melalui video link. Mungkin itu kes pertama di Malaysia, saya difahamkan oleh pihak pendakwa raya. Akan tetapi dalam kes yang begitu, masih lagi boleh dihujahkan oleh peguam bahawa kekangan kanak-kanak atau kekangan saksi ini mesti dia berhadapan secara terus dengan OKT ataupun accused. Dia mesti beri keterangan dalam bilik mahkamah kerana adalah penting untuk tertuduh ini berhadapan dengan pengadu itu secara berdepan.
Jadi, kalau dia bagi keterangan dalam bilik, mungkin keterangan itu dapat dipersoalkan. Jadi, sekarang ini saya tidak tahu macam mana. Adakah kanak-kanak ini kita akan suruh bagi juga keterangan dalam mahkamah atau tidak? Kalau dalam mahkamah, dikhuatiri kanak-kanak ini takut hendak bagi keterangan. Kalau takut ini memang ia menjejaskan kredibiliti keterangan. Mungkin kanak-kanak itu jadi takut- dia tengok muka accused dia takut hendak bagi keterangan. Jadi, ini boleh menyebabkan keterangan dia diragui kebenarannya.
Sebagai kesimpulan Tuan Yang di-Pertua, saya mengatakan bahawa undang- undang ini walau baik macam mana pun tetapi kalau ia tidak boleh mendatangkan keadilan secara keseluruhan, ia akan mungkin tidak mampu menyelesaikan masalah juga. Sebagai contoh hari ini, kita ada undang-undang dalam Malaysia ini melindungi semua Ahli Parlimen kita ini daripada serangan, daripada ugutan dan sebagainya dalam Parlimen.
Akan tetapi hari ini saya terperanjat apabila saya lihat kertas pertuduhan yang melibatkan Yang Berhormat Shah Alam walaupun diserang, diugut dalam Dewan Parlimen ini, dia didakwa di bawah Akta Kesalahan Kecil yang mana kalau didapati bersalah, hukumannya tidak lebih daripada RM100. Ini undang-undang apa ini? Serang, ugut Ahli Parlimen, ugut kakitangan Parlimen yang melindungi, hendak pukul lagi. Dakwa di bawah seksyen 14, Akta Kesalahan-kesalahan Kecil. Tidak mengaku salah pula itu, RM100. Ya Allah ini apa punya undang-undang saya tidak tahulah. Undang-undang labah-labah. Betullah kata kakitangan SPRM, undang-undang labah-labah, undang- undang yang orang boleh rempuh sahaja, tidak ada masalah. Jadi, saya minta boleh beri penerangan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tadi saya tawarkan Yang Berhormat Pasir Puteh. Selepas itu Yang Berhormat Menteri jawab.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sedikit sahaja. Saya rasa penyakit pedofilia ini penyakit yang selalunya bermula daripada tidak menjaga mata, tidak menjaga hati dan seterusnya melayan, mengikut gambar-gambar lucah dan sebagainya dalam internet dan sebagainya itu, menyebabkan mereka ini akhirnya terjebak dengan gejala ini. Ia berpunca daripada pornografi. Pornografi sama ada adult ataupun kanak-kanak adalah bahaya dan segala usaha yang dilakukan di sini saya sokong dan juga mesti dikembangkan lagi kepada semua pornografi. Ini kerana semua program ini boleh diakses oleh orang muda, orang tua, pedofilia pun akan sampai ke situ juga. Jadi, pornografi mesti diperangi dan tidak diizinkan di dalam social media kita dan mesti dikawal betul-betul. Itu yang pertama.
Kemudian kita lihat umur. Umur ini, bagi saya umur ini kadang-kadang budak umur 15 tahun, 16 tahun sudah menggoda kita orang tua ini. Jadi, pula itu sesuatu yang teruk kerana kita tidak pelik dengan keadaan hedonisme dan juga keadaan langit terbuka yang ada sekarang ini, semuanya boleh berlaku kepada- yang menggoda itu bukan orang tua tetapi budak-budak sudah menggoda.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Jadi di sinilah, maka umur itu bagi saya apabila mereka sudah baligh dan mereka tahu perbuatan mereka, maka mereka sudah bertanggungjawab. Jadi kanak- kanak yang berumur 15 tahun, 17 tahun itu, kalau mereka ini juga bersubahat dalam perkara-perkara ini, maka mereka mesti bertanggungjawab. Walaupun kita terpaksa menentukan umur 18 tahun atau 16 tahun, tidak apalah. Kita tetapkan umur itu, mudah untuk kita kira tetapi patut juga diambil pertimbangan kepada biological atau keadaan biologi kanak-kanak itu sama ada mereka ini sudah dewasa sebenarnya atau tidak iaitu dengan mereka ini baligh atau tidak.
Akhirnya, saya mengatakan bahawa kita menyokong sebenarnya undang- undang yang dilakukan ini. Semoga kita harap insya-Allah, penyalahgunaan orang dewasa mendera kanak-kanak ini dalam kes-kes kesalahan seksual ini dapat dibendung dan disekat daripada awal. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Menteri menjawab.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Boleh. Boleh mencelah Yang Berhormat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan ke atas Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, antaranya Yang Berhormat Kuala Selangor; Yang Berhormat Kulai; Yang Berhormat Parit Sulong; Yang Berhormat Ampang; Yang Berhormat Tanjong Piai; Yang Berhormat Rantau Panjang; Yang Berhormat Lipis; Yang Berhormat Alor Setar; Yang Berhormat Kuala Kangsar; Yang Berhormat Batu Kawan; Yang Berhormat Kinabatangan; Yang Berhormat Bukit Gantang; Yang Berhormat Setiu; Yang Berhormat Bagan Serai; Yang Berhormat Kota Raja; Yang Berhormat Puchong; Yang Berhormat Kapar; Yang Berhormat Subang; Yang Berhormat Tebrau; Yang Berhormat Sepang; dan Yang Berhormat Pasir Puteh.
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan terdapat banyak isu yang telah dibangkitkan, maka saya akan menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat mengikut beberapa isu utama. Sebarang isu yang tidak sempat saya bentangkan dalam ucapan penggulungan ini akan saya jawab secara bertulis.
Yang Berhormat daripada Kuala Selangor bertanya tentang setiap pesalah di bawah rang undang-undang ini wajib didaftar di bawah daftar pesalah seksual. Nama dan gambarnya sepatutnya dipaparkan untuk makluman umum. Pesalah di bawah rang undang-undang juga patut dikenakan pengawasan pihak polis setelah menjalani hukuman. Seksyen 116, Akta Kanak-kanak 2001 mempunyai peruntukan mengenai daftar kanak-kanak yang termasuklah butir-butir pesalah yang disabitkan atas kesalahan yang melibatkan mangsa kanak-kanak termasuk jenayah seksual. Perkara ini telah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
diperuntukkan di bawah fasal 27 sebagaimana yang telah dicadangkan dalam pindaan Jawatankuasa.
Yang Berhormat Kinabatangan telah menanyakan kerajaan kenapa mengambil masa yang lama untuk menggubal rang undang-undang ini. Kerajaan tidak mengambil masa yang lama untuk menggubal rang undang-undang ini. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, kerana terdapat undang-undang sedia ada seperti Kanun Keseksaan, Akta Kanak-kanak 2001 dan Akta Antipemerdagangan dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang selama ini digunakan untuk menangani jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Dalam hal ini, kajian perlu dibuat untuk mengkaji keberkesanan undang-undang yang sedia ada dan untuk memastikan undang-undang baru yang dibuat tidak bertindih dengan undang-undang sedia ada. Kajian dan perundingan (consultation) dengan pihak-pihak berkepentingan perlu dibuat bagi memastikan peruntukan yang bersesuaian dan yang lebih terperinci mengambil kira kepentingan hak kanak-kanak.
Yang Berhormat Kulai menimbulkan soalan kenapa ada dua sesi berasingan bagi taklimat rang undang-undang diadakan bagi wakil rakyat kerajaan dan juga pembangkang. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, ini terdapat kepada budi bicara pihak kerajaan dan diberikan taklimat supaya dapat diberikan pengkhususan kepada soal jawab daripada setiap Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan iaitu backbenchers, ataupun daripada pembangkang. Walau bagaimanapun, bila diadakan kedua-duanya, bukannya semua yang hadir daripada dua-dua pihak tetapi suara-suara telah dibawa oleh mereka yang mempunyai banyak keresahan dan juga merasakan perlu memberikan pandangan mereka.
Yang Berhormat Kulai juga telah menimbulkan soalan kenapa Ahli Parlimen pembangkang dan isteri-isteri Ahli Parlimen pembangkang tidak dijemput hadir dalam, “Seminar Kebangsaan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak: Hentikan!” yang dianjurkan bersama oleh PERMATA, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Seminar tersebut adalah terbuka kepada semua dan sesiapa sahaja boleh hadir dan mendaftarkan diri pada seminar yang diadakan dua hari yang dianjurkan pada 13 Mac dan 14 Mac 2017 tanpa bayaran. Promosi berkaitan seminar ini juga telah diadakan secara meluas melalui semua medium termasuk media sosial, televisyen dan juga radio. Mana-mana individu yang berminat dan ingin bersama-sama dalam agenda memerangi jenayah seksual kanak-kanak telah menghadiri seminar tersebut walaupun tidak dijemput. Ada yang menghadiri dan mengambil inisiatif tersendiri.
Walau bagaimanapun, seperti yang ingin saya maklumkan, adanya langkah- langkah seterusnya yang akan dilakukan oleh PERMATA bersama agensi-agensi kerajaan juga di peringkat negeri-negeri yang mana seminar yang serupa diadakan di peringkat negeri-negeri dan dilibatkan juga semua lapisan golongan dan masyarakat.
Saya harap Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada parti pembangkang ataupun ADUN-ADUN parti pembangkang boleh juga sama-sama dalam seminar di peringkat negeri. Saya dimaklumkan bahawa Melaka dan Johor akan mengadakan seminar pada bulan April 2017 selain daripada negeri-negeri lain seterusnya.
Yang Berhormat daripada Kulai juga bertanya tentang berhubung dengan kesalahan dalam fasal 15 mengenai physical sexual assault yang menjadikan kanak- kanak bersentuhan antara kanak-kanak, tetapi pada masa yang sama mengapa kita masih mengizinkan child marriage. Dia menyatakan how do we consult this prevention dan menyatakan perlunya kerajaan perlu melihat kepada umur dari segi perkahwinan kanak-kanak. Hendaklah diingatkan kepada Yang Berhormat bahawa rang undang- undang pada hari ini adalah bertujuan untuk melindungi kanak-kanak dari kesalahan jenayah seksual tanpa mengira umur.
Akta yang dicadangkan ini menetapkan agar pemakaian akta ini terpakai bagi kanak-kanak di bawah 18 tahun agar selaras dengan Akta Kanak-kanak 2001.
Memandangkan kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak merupakan kesalahan yang serius, kerajaan berhasrat untuk melindungi kanak-kanak tanpa mengira umur termasuk kanak-kanak yang berumur 16 tahun, 17 tahun. Oleh yang demikian, tidak menetapkan age of consent bagi kesalahan-kesalahan tersebut.
Dalam hal child marriage, terdapat undang-undang yang khusus iaitu Enakmen Keluarga Syariah di peringkat negeri-negeri dan Akta Memperbaharui Undang-undang
(Perkahwinan dan Perceraian) [Akta 164] yang mengawal selia perkahwinan- perkahwinan tersebut. Hendaklah juga diingatkan bahawa rang undang-undang ini pada hari ini bertujuan untuk menangani kesalahan jenayah seksual, manakala hal perkahwinan melibatkan kanak-kanak merupakan hal perkara yang berbeza iaitu suatu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
hubungan yang sah dari segi undang-undang kanak-kanak tersebut. Jadi, apa-apa perbuatan sentuhan dalam hubungan perkahwinan yang sah seorang kanak-kanak antara umur 16 tahun, 17 tahun dan 18 tahun tidaklah menjadi kesalahan di bawah rang undang-undang ini.
Perbahasan rang undang-undang ini bukanlah forum yang sesuai untuk membincangkan cadangan yang telah dibawa disebabkan pengkhususan pada hari ini adalah terhadap jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Tambahan lagi, perlulah diingatkan bahawa pertuduhan bagi mana-mana kesalahan di bawah rang undang- undang ini bergantung kepada fakta bagi sesuatu kes dan bergantung kepada budi bicara pihak pendakwa raya untuk mendakwa pesalah bagi sesuatu kes dan mengambil kira pelbagai faktor dan sebagainya.
Yang Berhormat Parit Sulong pula telah menyatakan tentang usaha...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yang Berhormat Menteri, boleh minta penjelasan sedikit?
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ini berkaitan dengan tajuk yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulai. Ada dua aspek yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulai yang saya dengar tadi dan saya faham. Satu ialah percanggahan yang saya pun sebut dalam perbahasan saya. Percanggahan dalam kesalahan yang sekarang kita bawa khususnya Bab IV, dengan izin, offenses relating to sexual assault di mana dalam seksyen 14 yang sekarang ada beberapa aspek dia, sentuhanlah atau touching seorang kanak-kanak dan seksyen 15 ialah, dengan izin, *non-physical sexual assault on a child.
So,* percanggahan yang kita dapat sekarang ialah sentuhan begini walaupun tidak melibatkan hubungan seks actual intercourse, dengan izin, telah dijadikan satu kesalahan yang serius dan akan terkena pada remaja yang berumur 17 tahun dan sebagainya.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Padahal undang-undang lain secara spesifik penal code atau kanun keseksaan, remaja yang lebih 16 tahun boleh bagi consent. So, kita melindungi gadis-gadis di bawah 16 tahun dengan menjadikan itu statutory rape di mana persetujuan tidak boleh dibagi.
Di sini kita ada pencegahan yang ketara itu. Saya ingin bertanya pada Yang Berhormat Menteri, kenapa kita tidak ikut cara definisi atau takrifan yang digunakan undang-undang yang serupa di United Kingdom yang mungkin di negara-negara lain di mana khususnya untuk dua kesalahan-kesalahan ini contohnya specifically child grooming Bab III dan juga sentuhan macam di Bab IV, define umur kanak-kanak itu disebut sebagai bawah 16 tahun. Jadi dia selaras dan tidak bercanggah dengan age of consent. Kenapa kita tidak mengikut cara itu? Oleh dengan itu tidak ada apa-apa isu percanggahan yang akan timbul. Kita tidak boleh sebut di sini yang kita tidak akan bawa sweetheart defense tetapi kita kena menangani percanggahan yang sedia ada sekarang.
Aspek yang kedua, ini isu yang lebih besar ialah dengan perkahwinan kanak- kanak. Saya rasa kita tidak boleh menafikan fenomena itu masih berleluasa dalam negara kita, statistik ada. Tahun lepas diakui oleh kerajaan sendiri bahawa 9,000 perkahwinan kanak-kanak bawah 15 berlaku dalam lima tahun kebelakangan ini. Ini merupakan satu aspek masyarakat yang bagi saya tidak patut digalakkanlah dan perlu ditangani dengan komitmen yang serius dengan political will yang serius.
Jadi bagi saya, saya memuji, saya sokong penuh dan memuji usaha kerajaan dalam rang undang-undang ini yang bertujuan untuk melindungi kanak-kanak. Sambil kita melindungi kanak-kanak dengan undang-undang ini daripada pedophiles tapi bagi saya isu yang dibangkitkan dalam perkahwinan yang melibatkan kanak-kanak khususnya yang umur 15 tahun ke bawah mesti juga diambil berat oleh kerajaan.
Walaupun kita sebut perkahwinan dibuat dalam rangka perkahwinan, tetapi realitinya apa? Kita benarkan sexual relation dengan children yang kita ambil berat di sini dan melarang dari segi undang-undang. Kita mesti selesai percanggahan ini. We cannot have contradictory approaches dengan izin di sini dan di sana. Itulah saya nak minta penjelasan, pertama kenapa kita tidak mengikut definisi atau takrifan yang spesifik seperti dibuat undang-undang di negara lain dan supaya percanggahan yang saya sebut tadi tidak berlaku. Bolehkah kita berbincang dan buat pindaan yang sesuai supaya kita tidak ada percanggahan di dalam rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Terima kasih Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin menambah sikit hujah oleh Yang Berhormat Kulai dan juga oleh Yang Berhormat Subang tentang perkahwinan kanak-kanak ini.
Pertama sekali adalah memang nampaknya tidak logik kerana kita kata dalam rang undang-undang ini, kanak-kanak tidak boleh memberi consent tetapi dari segi perkahwinan pula dibenarkan.
Keduanya, isu yang saya rasa amat serius adalah di mana si pelaku ataupun pemangsa menggunakan perkahwinan sebagai alasan. Ini bukan perkara yang theoretical sebab tahun lepas di Kuching terjadi satu kes di mana oleh sebab pemangsa dan juga mangsa telah berkahwin, maka mahkamah telah memutuskan supaya dibebaskan dan juga keluarga mangsa telah menarik balik kes itu.
Saya rasa dalam keadaan ini, mangsa itu yang merupakan kanak-kanak, umur beliau hanya 14 tahun ketika kejadian itu berlaku, tidak mendapat perlindungan daripada ibu bapa sendiri. Justeru, the state ataupun negara dan perundangan yang ada patut intervene ataupun masuk campur untuk melindungi hak beliau. Sudah tentu masalah perkahwinan kanak-kanak ini merangkumi perkara yang lebih besar seperti masalah kemiskinan, sosial yang mungkin boleh dibincangkan dalam forum lain.
Akan tetapi kalau dikatakan perkahwinan kanak-kanak tidak ada kaitan dengan rang undang-undang ini, saya rasa mungkin kurang tepat. Saya harap undang-undang boleh melihat kepada perkara ini sebagai berkaitan terutamanya sekali, kalau kita tidak sempat nak bincang mansuhkan ataupun benarkan perkahwinan kanak-kanak sekalipun, dalam aspek pemangsa dan mangsa, kita tidak sepatutnya membenarkan perkahwinan.
Itulah hujah saya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya sila. Yang Berhormat Setiu bangun juga. Ya, sila Yang Berhormat Setiu.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Pencelahan jangan panjang-panjang ya.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ya. Saya sikit sahaja, dalam orang yang mempunyai perhubungan amanah ini sebab dipersoalkan berkenaan dengan satu perhubungan yang sah, maknanya dalam undang-undang kita, undang-undang Islam sendiri makna membenarkan kalau sudah cukup baligh boleh berkahwin. Jadi adakah dalam orang yang mempunyai perhubungan amanah ini adalah termasuk juga suami? Oleh sebab dalam ini tidak disebut. Maknanya kalau dia melakukan kesalahan seperti mana yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini, adakah ia termasuk kepada orang yang mempunyai perhubungan amanah? Oleh sebab tidak dinyatakan langsung dalam Fasal 17 ini. Minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila menteri.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Tuan Yang di-Pertua, saya nak jawab Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Bukit Mertajam dan juga yang ditimbulkan oleh ramai Ahli Yang Berhormat semasa perbahasan tentang umur. Saya telah mendengar dengan begitu rapi bahawa ada dua isu yang utama yang telah dibawa.
Pertama sekali berkenaan dengan perkahwinan had umur kanak-kanak. Kedua tentang di mana kelakuan jenayah seksual ini di bawah umur 18 tahun. Walhal ada yang mengatakan di negara-negara mengatakan umur perlunya ada pembelaan dalam aspek umur antara 16 tahun, 17 tahun dan 18 tahun dan tidak dilihat sebagai satu kesalahan.
Sebenarnya saya memohon maaf terutama sekali kepada semua Ahli Yang Berhormat ya. Akan tetapi saya perlu nak mengingatkan Yang Berhormat bahawa akta ini adalah akta yang ditajukkan Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Bererti Tuan Yang di-Pertua, dari segi tajuknya sendiri terhadap kanak-kanak.
Kalau kita tengok Fasal 2, bila kita sebut tentang kanak-kanak, kita dalam negara kita definisi kanak-kanak itu kita ada di bawah Akta Kanak-kanak iaitu akta yang saya sebut tadi pada tahun Akta Kanak-kanak 2001, Child Act 2001, dengan izin. Dalam akta ini kanak-kanak telah disebutkan umur 18 tahun ke bawah.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Saya mendengar dengan teliti semua isu yang dibawa oleh Yang Berhormat berkenaan dengan kebenaran. Akan tetapi isunya bila kita lihat kepada bab-bab di dalam rang undang-undang ini, bab ini melihat kepada pelaku-pelaku dan kejadian-kejadian yang tanpa kebenaran, without consent. Maknanya tidak ada kebenaran diberi oleh kanak-kanak tersebut. Jadi kalau kita lihat kepada bab-bab yang disebut tentang child pornography dalam Bab 2, kemudian disebut dengan izin berkenaan dengan child grooming dalam Bab 3, kemudian dilihatkan dengan perkataan tentang Bab 4, iaitu offenses relating to sexual assault, physical and non-physical.
Maknanya bila kita membaca rang undang-undang ini yang akan menjadikan akta jika diluluskan oleh semua Yang Berhormat, rang undang-undang ini melihat kepada perlakuan tanpa kebenaran, tanpa kebenaran. Jadi kalau kita berkata bahawa, “Eh tidak bolehlah, kalau dia diberi kebenaran patut boleh lepas”, tertakluk kepada umur yang berlaku dalam undang-undang yang ada. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat, banyaknya undang-undang Penal Code, Kanun Keseksaan.
Akan tetapi soalan saya di sini daripada Yang Berhormat, banyak kes yang berlaku di mana kanak-kanak tersebut di bawah umur 18 tahun di atas umur 16 tahun, 16 tahun, 17 tahun dan 18 tahun, mereka juga menjadi mangsa kepada keadaan. Saya ada bersama saya pelbagai pecahan kepada jumlah-jumlah kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak daripada tahun 2014 hingga tahun 2016 bagi kanak-kanak yang berumur 18 tahun. Kes-kes seperti rogol, sumbang muhrim, luar tabii, cabul, gangguan seksual yang ini disenaraikan kepada kes-kes yang berlaku dan kes-kes yang mana laporan telah dibuat, tuduhan telah dibuat dan conviction, dengan izin, telah dikenakan kepada mereka yang bertanggungjawab.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Akan tetapi yang kita tengok di dalam kes-kes ini, ia bertekan kepada undang- undang yang sedia ada. Akan tetapi mungkin insya-Allah dengan lulusnya undang- undang pada hari ini, dengan bacaan yang begitu ketat sekali ya Tuan Yang di-Pertua, bererti rang undang-undang tidak akan menerima pembelaan di segi kebenaran yang tertakluk kepada umur kerana bacaan pertama di bawah rang undang-undang ini, aplikasinya di bawah fasal 2 yang akan menjadi seksyen 2 itu mengatakan kepada definisi berkenaan dengan definisi kanak-kanak yang disebut di bawah rang undang- undang ini.
Saya tahu Yang Berhormat ada menyebut bahawa ini dilihat seolah-olah tidak adil kepada pembelaan sweetheart defenses ataupun dilihat sebagai kes-kes macam strict liability. Akan tetapi saya masih berkata di sini bahawa hakim mempunyai budi bicara untuk membuat keputusan kes dan pendakwa raya mempunyai budi bicara sama ada untuk membuatkan tuduhan ataupun tidak. Akan tetapi rang undang-undang ini memberikan satu mesej kepada mereka di luar sana bahawa kanak-kanak di dalam negara kita tidak boleh dijadikan mangsa kepada jenayah seksual.
Yang Berhormat sebut tentang isu umur anak-anak yang dibenarkan dalam definisi perkahwinan, mereka menyebut sebagai child marriage. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, saya bersimpati dengan isu Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Akan tetapi undang-undang kita pada hari ini membenarkan perkahwinan tersebut. Kalau kita tengoklah di bawah undang-undang yang sedia ada. Dengan izin, di bawah *Law Reform
(Marriage and Divorce) Act,* yang mana Yang Berhormat-Yang Berhormat yang banyaknya peguam tahu di bawah seksyen 10 mengatakan bahawa, dengan izin ya, “Any marriage purported to be solemnized in Malaysia shall be void if at the date of the marriage either party is under the age of eighteen years unless, for a female who has completed her sixteenth year, the solemnization of such marriage was authorized by a license granted by the Chief Minister under subsection 21(2)”. Maknanya adanya kaveat, kaveatnya ialah Ketua Menteri ataupun Menteri Besar bagi kebenaran bagi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun atas umur 16 tahun. Kebenaran kena ada, iaitu kenalah minta kebenaran daripada Ketua Menteri dengan Menteri Besar.
Itu bagi perkahwinan di bawah undang-undang Law Reform (Marriage and Divorce) Act iaitu perkahwinan single. Bererti bahawa, sepatutnya tidak boleh tetapi diberikan exception kebenaran dan syarat mempunyai kebenaran. Iaitu lesen yang diberikan oleh Chief Minister under subsection 21(2). Itu dalam undang-undang sivil, dan kalau kita sendiri tahu dalam undang-undang Islam itu memang kebenaran itu diberikan sebagai contoh dalam Islamic Family Law (Federal Territories) Act 1984 dalam seksyen 8, dengan izin, “No marriage may be solemnized under this Act where either the man is under the age of eighteen or the women is under the age of sixteen except where the Syariah Judge granted his permission in writing in certain circumstances”.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Maknanya pun ada kaveat, iaitu Mahkamah Syariah kena memberikan kebenaran, iaitu kebenaran bertulis. Bererti dalam perkara ini, ini bila sentuhan terhadap kanak-kanak yang disahkan, dibenarkan melalui undang-undang perkahwinan, itu undang-undang yang ada. Saya dalam bab ini saya tidak boleh jawab lebih sebab Menteri bertanggungjawab dalam undang-undang perkahwinan ini ialah Agensi Kementerian Dalam Negeri untuk undang-undang sivil dan juga adalah Menteri Kementerian Agensi Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga Menteri yang jaga hal undang-undang Islam. Saya sendiri pun belum kahwin hendak jawab lebih-lebih susah juga Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya undang-undang membenarkan dengan aspek dan aspirasi yang disahkan sentuhan. Silakan Yang Berhormat Subang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ingin minta penjelasan tentang topik yang pertama itu, iaitu isu persetujuan ya. Yang Berhormat Menteri tadi sebut tentang kes-kes rogol, mencabul dan sebagainya. Bagi saya itu bukan isu. Kalau seorang remaja berumur 18 tahun Tuan Yang di-Pertua, merogol seorang remaja 17 tahun, itu merupakan satu jenayah, tetap satu jenayah. Itu tidak dipertikaikan, itu bukan isu yang dibangkitkan. Isu ialah kita tahu apa remaja buat, kita tidak kata itu ok. Isu adalah sama ada kita hendak jadikan itu jenayah. Jadi bila seorang lelaki perempuan, umur dia 17 tahun, 18 tahun, khususnya 16 dan 17 tahun. Kalau remaja itu adalah bawah 16 tahun, itu secara automatik menjadi satu jenayah, itu ialah perlindungan kepada gadis itu. Itu yang diperuntukkan di dalam undang-undang sedia ada di Penal Code. Isu yang ada sekarang ialah, bila dua remaja 17 tahun buat sentuhan seperti yang dihuraikan dalam Bab IV Akta rang undang-undang ini, itu dijadikan kesalahan yang besar.
Itulah percanggahan yang kita maksudkan. Yang Berhormat Menteri kata, memang kita faham itu timbul dari seksyen 2, betul. Itulah yang kita pertikaian, cara kita premis takrifan dalam seksyen 2 yang menimbulkan masalah ini. Kita mula dengan premis a child is defined as below eighteen years, betul. Itu pun, it is the international standard, ya betul dalam konvensyen hak kanak-kanak dan sebagainya. Itu diikuti sebagai contoh yang saya sebut tadi di United Kingdom. Akan tetapi apabila mereka tafsirkan kesalahan-kesalahan yang spesifik, mereka ubahkan takrifan itu, definisi itu, untuk sesuaikan kesalan itu dan mengelakkan daripada percanggahan. Jadi saya bagi contoh tadi, di United Kingdom untuk sentuhan macam di Bab IV untuk child grooming di Bab III di sini, mereka takrifan child sebagai yang bawah 16 tahun. Itu yang saya minta dibuat di sini juga.
Jadi kita takkan secara tidak langsung, criminalized, dengan izin, aktiviti-aktiviti di antara remaja 16 tahun dan 17 tahun sebagainya. Itulah is a matter of drafting, dengan izin. Bukan satu yang begitu salah, bukan rocket science. Boleh dibuat kalau kita ada komitmen itu. Sebagai contoh Yang Berhormat Menteri, for example di Bab II, kita ada offenses relating child pornography. Kita sebut semua dan di sana memang ini terpakai kepada kanak-kanak bawah 18 tahun dan itulah keadaan juga di United Kingdom, tidak ada perbezaan. When we involved a child in child pornography itu kesalahan bawah 18 tahun kena, that means 17 tahun, 16 tahun semua adalah kesalahan.
Mereka tidak ada isu dengan itu dan itulah keadaan di sini, yang masalah ialah Bab III dengan Bab IV. So, apa yang kita minta ialah our drafting, dengan izin has to be more sophisticated, it has to capture the reality of the problem dan mengelak daripada ada percanggahan di antara satu undang-undang yang kita akan lulus ini dengan undang-undang yang sedia ada, itu yang point saya...
[Disampuk] Ya, ada yang mencelah. Point yang terakhir, yang kedua yang terakhir...
Timbalan Tuan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ringkaskan Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Berkaitan isu dengan perkahwinan kanak-kanak.
Saya setuju Tuan Yang di-Pertua bila Yang Berhormat Menteri kata undang-undang yang sedia ada membenarkan perkahwinan yang sedemikian, betul, memang betul. Akan tetapi saya ambil contoh untuk yang perkahwinan yang bukan Islam. Saya ambil contoh Law Reform 1982. Dia yang benarkan perkahwinan di antara 16 tahun dan 17 tahun, dengan izin Menteri Besar, betul rang undang-undang sedia ada. Walau bagaimanapun, masalah yang kita tahu yang sekarang berlaku ialah perkahwinan yang melibatkan kanak-kanak 15 tahun juga yang bawah, itu berlaku. Soalan saya ialah kita dengan rang undang-undang memang menunjukkan komitmen untuk perlindungan kanak-kanak.
Saya minta kerajaan juga mempertimbangkan menunjukkan komitmen untuk pastikan, ambil langkah-langkah buat perubahan ini undang-undang untuk melarang perkahwinan yang saya sebut tadi. Pinda undang-undang yang sedia ada, itu yang saya minta, menunjukkan komitmen itu. So, saya balik kepada point yang pertama, itu point
Tuan R. Sivarasa - Subang
yang kukuh. Boleh kindly consider, during the necessary amendment so that kita criminalizedkan behavior di antara young people yang akan diliputi yang akan jatuh dalam kategori khususnya Bab III dan Bab IV undang-undang ini. Itu soalan saya yang spesifik.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri, saya memang menghargai segala usaha Menteri untuk menyediakan rang undang-undang ini.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Memang sebenarnya, rang undang-undang ini sepatutnya di bawah Kementerian Dalam Negeri ataupun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Akan tetapi oleh sebab Perdana Menteri kita mengambil berat tentang isu ini, jadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dipertanggungjawabkan untuk membentangkan rang undang-undang ini. Jadi saya rasa, isu ini perkahwinan bawah umur, janganlah kita cakap ini bukanlah bidang kuasa ataupun rang undang-undang yang sepatutnya dikaji oleh Yang Berhormat Menteri. Ini kerana, kalau Menteri sekarang dipertanggungjawab untuk menjaga kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak- kanak kita mestilah berbincang tentang perkahwinan bawah umur ini. Saya faham dan saya setuju memang dalam undang-undang sekarang kita ada kaveat.
Akan tetapi, nampaknya kaveat ini tidak dapat berfungsi. Tengok apa yang berlaku di Sarawak, seorang gadis yang hanya umur 12 tahun, beliau dapat keizinan untuk berkahwin dengan perogol dia. Perogol itu berumur lebih daripada 40 tahun dan perogol tersebut sudah mempunyai isteri dan anak-anak. Anak dia sendiri umurnya lebih tua daripada gadis ataupun budak tersebut. Jadi saya hendak bercakap di sini nampaknya kaveat ataupun safeguard system, dengan izin, yang kita ada sekarang tidak dapat, tidak mencukupi untuk melindungi kepentingan kanak-kanak ini dan saya rasa janganlah kita cakap ini perkahwinan. Oleh sebab itu, perhubungan seksual dengan budak di bawah umur ini tidak menjadi satu masalah. Kita perlu ingat Richard Huckle, kita cakap pedofilia yang paling teruk dalam sejarah ini. Dia juga ada satu rancangan untuk kahwin dengan mangsa dia.
Akan tetapi oleh sebab nasib baiklah pihak polis di UK cepat-cepat mereka sudah tangkap dia. Kalau tidak, saya rasa perogol itu, pedofilia itu akan balik ke Malaysia dan kahwin dengan mangsa dia. Jadi bagaimana kita hendak memastikan bahawa orang yang kahwin dengan budak bawah umur ini mereka bukan pedofilia. Dalam semua perbahasan kita cakap bahawa pedofilia ini dosa mereka sangat besar, lebih jahat daripada binatang. Akan tetapi, what is the safeguard? Bagaimana kita boleh memastikan bahawa pedofilia tidak akan menggunakan perkahwinan untuk buat segala- gala dosa mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Menteri. Ya, Yang Berhormat Sungai Siput. Yang Berhormat kita sudah bagi peluang perbahasan tadi, kalau minta pencelahan jangan panjang-panjang ya. Isu pun isu yang sama juga Yang Amat Berhormat Menteri akan menjawab.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Okey. Saya akan pendekkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak perlu ulang-ulang lagi.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Ya saya tidak akan ulang. Ini berkenaan dengan klausa 15 di mana hukuman dia- bahasa dia ialah, “Hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan”. Jadi ertinya apabila kita mempunyai seorang lelaki umur 19 tahun yang ada girlfriend di bawah 18 tahun dan dia ditangkap.
Dia hendaklah dipenjarakan. Itulah isu kita. Kita tidak kata kita hendak galakkan tetapi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat sungai Siput, itu pun telah dibawakan oleh Yang Berhormat Subang.
Saya percaya Yang Amat Berhormat Menteri akan menjawab. Ya, Yang Berhormat Bukit Bendera?
Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera
Ya, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Amat Berhormat Menteri, saya hendak merujuk kenyataan Yang Berhormat Menteri tadi dalam penjelasan bahawa hakim dan pendakwa raya mempunyai budi bicara dalam menentukan sama ada pelaku bawah umur atau underage offender itu akan mendapat charge. Namun saya hendak minta kalau boleh, perkara ini sebagai safeguard diletakkan atau dinyatakan dalam undang-undang secara terang-terangan. Saya ambil contoh di Australia, di mana untuk semua pelaku jenayah seksual bawah umur tidak akan didakwa melainkan dengan consent atau kebenaran daripada Attorney General dan
Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera
Attorney General di Australia adalah asing daripada pendakwa raya. Jadi mungkin sebagai satu mekanisme boleh diletakan dalam rang undang-undang untuk memastikan pelaku seksual bawah umur tidak dimangsakan juga. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Amat Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Terima kasih ya semua Yang Berhormat- Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, isu yang fasal kahwin di bawah umur ini saya sudah jawab tadi. Saya pun sudah jawab masa saya buat pembentangan dasar pun saya sudah terangkan. Jadi saya harap lepas ini tiada orang yang bawa lagi sebab susah saya hendak jawab sebab pertamanya, saya sudah kata bahawa ada undang- undang yang membenarkan. Selagi undang-undang itu dipinda macam mana saya Menteri yang bertanggungjawab dalam rang undang-undang hari ini untuk jenayah seksual hendak jawab sebab itu adalah di bawah kebenaran yang diberi dalam keadaan tertentu untuk perkahwinan di bawah umur. Itu undang-undang.
Saya tidak mahu lari daripada tanggungjawab mengatakan saya tidak boleh jawab tetapi saya tidak boleh memberikan pandangan sebab ini kemungkinan memerlukan lebih banyak kajian daripada badan-badan NGO ataupun stakeholders, dengan izin, yang mana Kementerian yang paling relevan adalah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat sebab mereka adalah pakar dalam bidang ini. Akan tetapi setakat ini dalam rang undang-undang saya ini, Rang Undang- undang Kesalahan-kesalahan Seksual 2017. Rang undang-undang ini mengkhusus kepada kelakuannya jenayah seksual. Itu saya hendak tekankan dari segi perkahwinan ya. Saya harap kalau Yang Berhormat hendak bawa lagi perkahwinan ini, kita boleh bincang masa minum atau lepas makan selepas ini. Akan tetapi saya mahu jawab, saya tidak boleh jawab sebab undang-undang membenarkan.
Berkenaan dengan isu tentang yang disebut berkali-kali tentang sweetheart defense, yang mana saya tahu Yang Berhormat ada yang memang mewujudkan pengkhususan dalam perkara ini. Akan tetapi, rang undang-undang ini tidak membenarkan pembelaan sweetheart defense dari segi exemption to the rule. Akan tetapi, yang saya sebut Yang Berhormat Bukit Bendera tanya tadi tentang isu penghakiman dan juga kepada kuasa budi bicara pendakwa raya itu terpulang kepada pendakwa raya dan hakim apabila dia menerima bukti yang telah dibawa di dalam sesuatu kes.
Walau bagaimanapun, memang kita tidak boleh menafikan bahawa sebelum kes ini boleh di bawa ke tengah perlu di buatnya laporan polis supaya siasatan dikenakan di atas mereka yang melakukan sedemikian. Dalam hal ini yang mana Yang Berhormat membawa isu tentang umur mereka yang di bawah umur yang boleh dilihat sebagai sweetheart defense. Saya cukup bersimpati tetapi isu dan masalah kita pada hari ini ialah melihat pada keadaan yang mana kanak-kanak dalam negara kita masih berpegang kepada definisi Akta Kanak-kanak 2001. Selagi akta tersebut dipinda, yang mana kanak- kanak didefinisikan di bawah umur 16 tahun sebagai contoh, maka bolehlah perkara- perkara tersebut dibawa di dalam pindaan kepada rang undang-undang ini. Akan tetapi setakat ini masih berpegang kepada definisi di bawah Akta Kanak-kanak 2001.
Sahabat saya Yang Berhormat daripada Parit Sulong, orang Johor juga, muafakat Johor Tuan Yang di-Pertua, tanya soalan tentang task force jenayah seksual.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Bangsa Johor.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Bangsa Johor, muafakat Johor. Di mana antara usaha-usaha yang diambil oleh task force mengenal pasti kekurangan dalam kelemahan dan kelemahan pada kerangka perundangan yang sedia ada seperti Kanun Keseksaan, Akta Kanak-kanak 2001, Kanun Prosedur, Akta Antipemerdagangan, Akta Keterangan, Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2017. Task force juga membuat kajian perbandingan mengenai kesalahan jenayah seksual kanak-kanak seperti dalam negara lain United Kingdom, Australia, Kanada, India, Amerika Syarikat, Singapura, New Zealand dan juga Afrika Selatan. Serta mengenal pasti kesalahan yang wajar diperkenalkan di Malaysia bagi memastikan konsep perlindungan terhadap kanak-kanak adalah sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa dan memenuhi keperluan semasa.
Task force juga merangka satu modul kerangka perundangan berkenaan jenayah seksual kanak-kanak yang komprehensif dengan mengambil kira pandangan dan cadangan daripada pihak-pihak yang berkepentingan termasuk NGO. Task force juga melihat kepada modul kerangka perundangan yang telah dimajukan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tujuan penggubalan rang undang-undang ini. Dari aspek
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
kesedaran pada masyarakat, task force dengan kerjasama PERMATA telah menganjurkan seminar mengenai jenayah seksual kanak-kanak pada 13 dan 14 April 2017.
Selepas ini, Tuan Yang di-Pertua, kemungkinan task force akan dibubarkan disebabkan oleh pengkhususan terhadap undang-undang, dan seterusnya program- program awareness campaign, dengan izin, akan dibawa oleh agensi-agensi yang terlibat dalam perkara ini.
Yang Berhormat Kinabatangan telah membawa isu berkenaan yang mana hukuman, adakah percubaan melakukan kesalahan yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini merupakan suatu kesalahan, dan apakah hukumannya? Ini kerana tiada peruntukan khusus mengenainya dinyatakan di dalam rang undang-undang ini.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Tuan Yang di-Pertua, walaupun tiada peruntukan khusus berkaitan percubaan melakukan kesalahan dalam rang undang-undang ini merupakan satu kesalahan, percubaan melakukan mana-mana kesalahan dalam rang undang-undang ini adalah sesuatu kesalahan dan jika disabitkan boleh dikenakan hukuman sehingga separuh daripada hukuman maksimum yang ditetapkan bagi kesalahan itu dengan mengguna pakai peruntukan seksyen 511, Kanun Keseksaan sedia ada seperti yang telah diterangkan dalam huraian bagi fasal 22.
Yang Berhormat Parit Sulong juga tanya tentang jumlah kes jenayah seksual di mana mangsanya 18 tahun ke bawah yang ditangguhkan perbicaraannya. Statistik setakat Februari 2017, kes tertunggak di mahkamah rendah (subordinate court) di seluruh Malaysia bagi kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, mahkamah majistret sebanyak 251 kes, mahkamah seksyen sebanyak 763 kes. Jumlah di atas juga termasuk mangsa 18 tahun ke atas. Semakan perlu dibuat untuk mendapat data yang meneliti satu persatu kertas-kertas pertuduhan.
Yang Berhormat Parit Sulong juga menanya tentang bagaimanakah peruntukan mengenai keupayaan kanak-kanak yang memberikan keterangan di bawah rang undang- undang ini dengan adanya seksyen 118, Akta Keterangan, dan seksyen 8, Akta Sumpah 1949 yang menyatakan bahawa saksi kanak-kanak tidak kompeten untuk memberikan keterangan.
Adalah diniatkan di bawah rang undang-undang ini bahawa berhubung dengan saksi kanak-kanak, kanak-kanak adalah dianggap saksi yang kompeten. Rang undang- undang ini menaikkan status saksi kanak-kanak khususnya dalam kes jenayah seksual untuk memberikan keterangan walaupun undang-undang sedia ada menyatakan sebaliknya. Walau bagaimanapun, mahkamah masih diberi pertimbangan untuk menentukan kekompetenan kanak-kanak mengikut budi bicara mahkamah.
Yang Berhormat Parit Sulong juga menimbulkan isu berkenaan rang undang- undang ini terpakai bagi kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah dan tidak menetapkan age of consent. Saya sudah sebut dan jawab tadi.
Yang Berhormat Kuala Kangsar menimbulkan isu tentang laporan polis oleh pihak ketiga, adakah diterima dan kegagalan memberikan maklumat. Laporan polis dari pihak ketiga atau mana-mana orang adalah boleh diterima dalam siasatan tersebut oleh pihak polis.
Yang Berhormat Batu Kawan pula menyatakan tentang status dan cara pendakwaan terhadap kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, contohnya kanak-kanak yang berstatus stateless UNCHR, kanak-kanak berstatus pelarian Orang Asli dan lain-lain. Prosedur dan pemakaian undang-undang adalah sama terhadap semua kanak-kanak sekiranya jenayah berlaku di Malaysia. Bagi menentukan umur kanak-kanak, pihak pendakwa akan meminta memohon pihak PDRM untuk kanak- kanak tersebut menjalani ujian dan sekiranya disahkan kanak-kanak, pemakaian akta- akta sedia ada adalah terpakai.
Yang Berhormat Batu Kawan juga tanya berapakah umur prudent kanak-kanak yang diberi keterangan di bawah rang undang-undang ini. Tiada definisi untuk umur prudence kanak-kanak tetapi mahkamah berdasarkan kes law, memutuskan umur kanak-kanak tender years, masih matang, dengan izin, adalah umur antara 13 tahun ke bawah. Oleh yang demikian, di bawah fasal 19(2) akta ini adalah terpakai. Oleh itu, umur kanak-kanak prudence adalah di bawah 14 hingga 18 tahun. Kanak-kanak dalam lingkungan ini boleh memberi keterangan secara bersumpah.
Yang Berhormat Batu Kawan juga bertanya tentang hukuman sebat bagi kesalahan di bawah akta-akta yang dicadangkan ini. Matlamat utama penggubalan rang
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
undang-undang ini adalah untuk melindungi mangsa kanak-kanak daripada menjadi mangsa jenayah seksual dan bersifat pencegahan. Sebat merupakan salah satu langkah pencegahan yang berkesan untuk mengurangkan kadar jenayah. Selain itu, hukuman sebat diperuntukkan agar selaras dengan hukuman di bawah Kanun Keseksaan bagi kesalahan jenayah seksual seperti kesalahan rogol.
Yang Berhormat Batu Kawan juga bertanya apakah usaha kerajaan untuk memperkenalkan konsep kesalahan penyantunan terhadap kanak-kanak. Konsep kesalahan penyantunan kanak-kanak adalah diperkenalkan kepada kanak-kanak melalui pendidikan di sekolah-sekolah.
Yang Berhormat Alor Setar pula tanya tentang kes di bawah mahkamah berjumlah 2,089 tetapi hanya 140 kes sabitan dan bertanya kenapakah kes banyak dilaporkan tapi hanya 140 kes sabitan sahaja.
Daripada perspektif mahkamah, Tuan Yang di-Pertua, kekurangan keterangan bagi pembuktian, tiada kerjasama daripada keluarga mangsa seperti mangsa menarik balik kes, ketidakpatuhan seksyen 133A, Akta Keterangan 1950, kekurangan pemakaian peruntukan seksyen 31 Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 di mana penggunaan video recording sebagai pemeriksaan utama.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Batu Kawan bangun. Sila.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih di atas jawapan yang telah diberikan mengenai isu pendidikan seks di sekolah yang boleh digunakan untuk mendidik anak-anak apa itu grooming, dengan izin.
Akan tetapi setakat ini, berdasarkan jawapan yang telah diberikan Kementerian Wanita, hanya beberapa sekolah sahaja terpilih untuk menjalani program PEKERTI iaitu pendidikan seks or in other words, just basic sexual education kepada kanak-kanak daripada bangku sekolah rendah sehingga sekolah menengah tetapi bukan semua sekolah di Malaysia mempunyai syllabus sebegini.
Saya ingin bertanya, sekiranya kita ingin menggunakan idea grooming dalam akta ini, kita wajib untuk mengajar apa itu definisi grooming yang termaktub di dalam kesalahan jenayah seksual yang melibatkan grooming kepada kanak-kanak. Sebab, jika mereka tidak tahu benda-benda ini adalah grooming, maka secara tidak langsung mereka akan menjadi mangsa. They wouldn’t even know what grooming is and would become victims of it. Jadi saya ingin mendapat pandangan daripada Yang Berhormat Menteri, saya rasa sudah tiba masa benda ini dianggap serius from point of view of education. What we have here is a law that needs to be implemented tetapi we need education as well. So setakat ini, what we have been getting is just answer that is not feasible, dengan izin. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Saya sambung sikit, Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri di mana di satu sudut kita menggalakkan kanak-kanak ini bila sudah disabitkan dengan tindakan-tindakan sebegini untuk menceritakan, menjelaskan dan menerangkan tentang apa yang telah mereka lalui dan sebagainya, tetapi pada satu sudut yang berbeza, kita tidak memberi ruang untuk pendidikan tentang,seperti apa Yang Berhormat Batu Kawan sebut tadi, sebagai grooming dan sebagainya.
Saya rasa hak kanak-kanak ini perlu dididik dari sekolah lagi. Mereka kena tahu, “Ini hak saya. Oh, ini kalau tingkah laku sebegini, membahayakan saya. Kalau tingkah laku yang berbeza-beza ini perlu dikhuatiri”. Pendidikan ini siapa yang perlu dididik?
Jangan bila dah berlaku baru kita hendak bawa ke mahkamah, lepas itu kita minta dia ceritakan dan sebagainya. Saya rasa prevention is a word yang kita kena beri penekanan pada tahap ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Lanang minat juga.
Puan Alice Lau KiongYieng - Lanang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tadi Yang Berhormat Menteri jawab Yang Berhormat Batu Kawan tentang akta ini boleh dipakai oleh kanak-kanak stateless children. Jadi saya hendak tanya, kerana banyak
Puan Alice Lau KiongYieng - Lanang
kanak-kanak di rumah panjang masih tidak mempunyai apa-apa dokumen yang membuktikan bila tarikh lahir mereka, jadi apabila mereka menjadi mangsa, apakah kerajaan dapat menggunakan akta ini apabila umur kanak-kanak tidak dapat ditentukan?
Saya minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Saya ucap Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Kawan dan Yang Berhormat Kapar berkenaan dengan isu yang disebut tentang program-program kepekaan ataupun awareness campaign.
Saya menyebut dalam pembentangan bacaan kedua di peringkat dasar bahawa saya kata bahawa ini adalah permulaan perjalanan. This is the beginning of a journey, dengan izin. Maksud saya, akta ini tidak boleh menyelesaikan masalah jenayah seksual secara menyeluruh, tetapi akta ini adalah permulaan kepada proses penyelesaian, insya- Allah, secara menyeluruh.
Kenapa saya berkata demikian? Kerana kita telah mulakan sebelum akta ini dibawa kepada bacaan kali pertama, sekali pun bacaan kedua dan ketiga pada minggu ini tentang seminar jenayah seksual yang dibuat bersama PERMATA dan agensi-agensi kerajaan lain, sebab kita menyedari bahawa hanya melalui undang-undang akta ini ataupun mana-mana akta sekali pun tidak akan berjaya sebab tanggungjawab ini tanggungjawab bersama kita sebagai masyarakat. Bukan sahaja undang-undang iaitu kita sebagai pembuat undang-undang tetapi juga kepada sekolah di peringkat kepekaan kanak-kanak.
Sebagaimana Yang Berhormat sebut itu, memang betul yang mana di negara- negara lain, kanak-kanak diberikan kefahaman tentang sex education, diberikan kefahaman tentang badan mereka siapa yang boleh sentuh dan tidak boleh sentuh, sebab yang saya mulakan mukadimah, saya berkata bahawa selalunya ahli keluarga juga yang menjadi penjenayah yang utama dalam hal-hal sedemikian terutama sekali dalam kes-kes yang mana mereka boleh mengambil kesempatan daripada kanak-kanak yang memang memerlukan perlindungan daripada mereka.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Itu sebabnya dalam rang undang-undang ini kalau kita tengok secara menyeluruh, rang undang-undang ini cuba memaparkan situasi selain daripada pornografi dengan sexual grooming, dengan izin, tetapi juga kita telah memegang kepada elemen tentang mereka dalam relationship of trust yang berdekatan dengan kanak-kanak yang kita definisikan sebagai guru, sebagai jurulatih sukan, sebagai ahli-ahli keluarga.
Yang mana pada kita sepatutnya bagi kerajaan merekalah menjadi pembela, penyelamat kepada kanak-kanak dan bukannya mereka yang menjadi perpetrator kepada kejadian tersebut. Akan tetapi perkara ini seperti yang saya katakan yang mana Yang Berhormat semua sendiri tahu sebagai pembuat undang-undang bahawa undang-undang ialah salah satu daripada cara tetapi kepekaan itu perlu.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****] Itu sebabnya saya sudah sebut tentang roadshow yang akan dibuat oleh PERMATA di peringkat negeri-negeri yang mana kemungkinan Exco negeri-negeri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal keluarga dan kanak-kanak, Exco pendidikan, Exco pelajaran akan terlibat sama dalam perkara ini. Supaya menjadi satu gerakan untuk menyelesaikan isu ini dan menjadi sesuatu yang perlu diterima, sedang dan akan sentiasa. Setakat ini saya bercakap Yang Berhormat, entah-entah mana-mana anak- anak di luar sana menjadi mangsa kepada jenayah seksual. Akan tetapi kita memang setuju, saya kata tadi pada permulaan tadi pagi, selalunya perlakuan sedemikian tidak dilakukan di hadapan khalayak ramai.
Selalu dilakukan dalam keadaan tertutup dan selalunya kanak-kanak itu- dalam banyak kes selalu mengatakan bahawa mereka bersalah, mereka tidak memahami dan kadang-kadang mereka merasakan inilah interpretasi kasih sayang kepada mereka yang menyayanginya. Bukan sahaja hendak katakan bapa tiri kah, atok, bapa kandung, abang kandung, ini berlaku kerana kanak-kanak dilihat sebagai mangsa yang paling mudah.
Pertama kerana umur, kedua kerana keterangan dan ketiga kerana kesempatan. Itu sebabnya rang undang-undang ini dilihat dalam mata kasar, satu rang undang-undang
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
yang dilihat sebagai definisi pencegahan. Oleh sebab kita tidak mahu mewujudkan situasi yang mana adanya sesuatu keadaan yang membenarkan.
Akan tetapi kita mewujudkan satu blanket provision, dengan izin, yang tidak membenarkan. Itu sebabnya yang mana Yang Berhormat Batu Kawan dengan Yang Berhormat Kapar mengatakan tentang pendidikan. Memang saya setuju dan dalam task force ini kita tengok dari segi aspek undang-undang yang saya sebut mungkin dibubarkan dan diwujudkan selepas ini kemungkinan atas persetujuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kemungkinan kewujudan kepekaan. Mungkin daripada agensi-agensi dan sekolah sendiri. Saya amat berterima kasih kepada PERMATA sebagai satu badan yang bertanggungjawab dalam early childhood education sebagai contoh, di mana hendak diberi dan saya telah dimaklumkan hendak diberikan kursus-kursus khas kepada cikgu-cikgu tadika, taska dan juga anak-anak tentang kefahaman berkenaan dengan isu tentang badan mereka, diri mereka, tentang sentuhan yang boleh dan tidak boleh dan sebagainya.
Ini satu langkah yang begitu progresif. Kalau kita hanya melihat undang-undang yang menyeluruh, kita sendiri sebagai pembuat undang-undang tahu undang-undang ialah satu jenis alat yang tidak menjamin. Akan tetapi dalam pada masa yang sama, undang-undang perlu membawa kepada prinsip keadilan. A man is innocent until proven guilty. Kita adalah negara yang berpegang kepada kedaulatan undang-undang, rule of law. Yang Berhormat-Yang Berhormat, ada tak di antara Yang Berhormat yang masih menjadi peguam bela dan peguam cara tahu bahawa dalam mana-mana tuduhan perlunya pembelaan. Akan tetapi dalam perkara ini kerajaan cuba dalam rang undang- undang ini mewujudkan satu situasi. Kejap ya, Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bangun]
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Kemudian sahabat saya Yang Berhormat Lanang berkata tentang stateless children yang tidak ada seperti anak-anak rumah panjang yang tidak ada dokumen. Saya bersetuju dalam perkara ini dan perlu dibawa ke tengah dalam perbincangan seterusnya yang mana yang saya telah jawab tadi dalam soalan yang ditimbulkan bahawa tidak boleh diwujudkan satu pembelaan seolah-olah kanak-kanak itu bukan kanak-kanak yang mempunyai dokumen. Mana- mana kanak-kanak dalam negara kita yang menjadi mangsa, perlu tindakan undang- undang dikenakan ke atas pemangsa tersebut, perpetrator tersebut. Silakan Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dengar apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan prinsip yang mantap, undang-undang iaitu a man is presume innocent until proven guilty. Akan tetapi masalahnya Yang Berhormat Menteri, apabila kita sebagai penggubal undang-undang, menggubal undang-undang yang terlalu luas. Di mana kalau kita lihat kepada peruntukan itu, maka ada banyak yang boleh menjadi satu kesalahan. Ini menjadikan masalah yang besar apabila ianya dijadikan bahan yang dibawa ke dalam mahkamah. Pertamanya Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat kepada seksyen 12 seperti mana saya sebut dalam hujahan saya awal tadi.
Seksyen 12 ini merujuk kepada sexual communication. Ianya digubal seperti berikut. Saya pohon izin Tuan Yang di-Pertua, untuk baca dalam bahasa Inggeris.
Sexually communicates with a child and subject to subsection 3, any person who sexually communicates with a child or encourages a child to sexually communicate, commits an offence. Di sini, subseksyen 2 juga penting for the purposes of this section, a person is said to sexually communicate if the communication or any part of communication relates to an activity that is sexual in nature. Jadi, kalau ada perbincangan dalam mana perbincangan tersebut menyentuh, walaupun sedikit, tetapi menyentuh kepada an activity that is sexual in nature and we are talking about discussions, bukan sahaja di antara budak-budak kecil tetapi mereka yang sudah mencapai umur *just under 18.
So, this is a provision that applies across the board* dan ianya boleh melingkungi atau include almost all instances in which any communication is made. Kita kena faham dalam keadaan ini kalau yang memulakan komunikasi tersebut itu adalah the child and this is not a 4 year old kid, we are talking about 16, 17 years old, which happens. Jadi, adakah itu menjadikan satu kesalahan yang membawa kepada satu kebolehan atau a possibility of a charge melalui peruntukan ini. Ini perkara-perkara yang saya rasa kita perlu lihat. Tuan Yang di-Pertua, saya kena sebut sekali lagi, kebanyakan kali kita kata, “Oh, tak apa. Kita gubal undang-undang itu. Kita bagi kepada pendakwa raya, let the AG decide”. But- tetapi apabila kita pergi ke mahkamah, mahkamah mempunyai masalah kerana mahkamah kata, hakim akan kata, “My duty is to apply the law as it is and as it
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
stands, passed by Parliament. Jadi, dalam undang-undang, kalau cukup jelas satu masalah itu ada wujud hakim yang mempunyai masalah kerana the duty of the judge is to apply it. Di sini seperti mana yang saya sebutkan tadi, *we come back to the basics.
We have got a provision of law here. Application* Tuan Yang di-Pertua, this act shall apply to a child who is under the age of 18. This is what it says, aplikasi. *It is not that this act shall apply to a victim of an offence under this act, who is under the age of 18.
So, how do we-* bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah ini? How do we do this? How do we move forward when the Act itself say that it is applicable only to those under the age of 18? So, saya minta satu penjelasan atau panduan daripada Yang Berhormat Menteri, because they look back to the Hansard, but in criminal law, where there are two interpretations that exist, you may not necessarily agree with me. Akan tetapi apabila ada interpretasi which is open, then it is the duty of the court to interpret it in a way that is favorable to the accused, which means that, if the provision remains at it stands, the only interpretation is as it stands. The act only applies to those people under 18. Apa susah sangat hendak kita pinda? Kalau betul-betul niat kita adalah untuk akta ini diguna pakai, untuk kita menghalang daripada ianya berlaku kepada victims atau mangsa that is under 18, why not we state it obviously? So, there is no problem with it, hakim-hakim tidak perlu melihat ataupun menghadapi masalah ini dalam interpretasi and it will come up at some stage. So, saya minta panduan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan isu ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tambah sedikit dengan poin yang similar. Akan tetapi saya rasa yang kita sebut ini bukan ingin mempertahankan bahawa tingkah laku ini bukan satu kesalahan. Kita juga sedar kalau dilakukan oleh seseorang yang 18 tahun atau 19 tahun, itu mungkin juga adalah kesalahan dari segi moral.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Akan tetapi isunya ialah pada seksyen 12 ini seperti yang disebut tadi sexually communicate yang kita tidak mahu selepas kita luluskan undang-undang ini yang kena dengan hukuman yang sangat-sangat keras ini adalah budak-budak yang kecil yang 18 tahun, 19 tahun kerana kita masih pegang bahawa target undang-undang ini adalah terhadap pedophiles bukan- saya bukan kata it’s sweetheart defense, the problem is we don’t want to be over penalizing kids that trying to be playful which venture into the behaviour of criminalizing it. Itulah sebab saya rasa ada keperluan kita membuat satu distinction di antara yang berbelas-belas tahun dengan yang dianggap sebagai teenagers sebagai convention. Terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jawab soalan Yang Berhormat Puchong tetapi saya melihat poin yang dia bawa itu mungkin dalam Jawatankuasa lebih senang saya hendak jawab sebab sekarang ini saya di peringkat dasar. Kita juga ada pindaan ya kepada beberapa fasal ya. I will answer your question later. Berkenaan kepada soalan yang dibawa oleh Yang Berhormat, saya sudah jawab tentang isu pembelaan dari segi umur. Saya tak akan ulang lagi sekalilah sebab saya sudah jawab. Okey. Sekarang berkenaan dengan Yang Berhormat Klang di mana Yang Berhormat bertanyakan saya tentang center of child bagaimana Malaysia boleh menjadi center of child pornography ya.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Jawabnya kerana tiada undang-undang sebagaimana rang undang-undang ini. Diharapkan dengan adanya rang undang-undang ini, dengan penguatkuasaan rang undang-undang ini, masalah ini akan dapat diatasi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Kawan bangun Yang Berhormat.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Yang Berhormat Tanjong Piai.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Short question Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
On the same point?
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
On PERMATA.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Kita hendak habis 8.30 Yang Berhormat. Saya hendak jawab...
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Hendak tahu sama ada mengapa PERMATA dipilih untuk menerajui roadshow ini untuk briefing jenayah seksual kanak-kanak pada masa kita ada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat? Should not it be under the women’s ministry? Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Saya setakat ini saya ingin memaklumkan bahawa agensi pelaksana kepada rang undang-undang ini akan menjadi Kementerian Dalam Negeri (KDN) ya. Apa yang disebut oleh yang mana yang tanya tadi Yang Berhormat itu adalah kewujudan awareness campaign yang mana banyak agensi- agensi yang akan terlibat. Saya melihat PERMATA boleh memainkan peranan sebagai satu- boleh diwujudkan sebagai satu sekretariat dalam perkara ini terutama sekali kalau kita hendak melihat kepada permulaan dari segi syllabus early childhood education yang mana telah diperjuangkan oleh PERMATA.
Sebenarnya dalam perkara ini, saya tengok ini lebih kepada kewujudan kesedaran, kempen kesedaran dahulu untuk dibawa ke peringkat negeri-negeri dengan semua agensi-agensi yang relevan. Saya harap daripada kempen ini, kita boleh melakukan pindaan-pindaan kepada terma agensi-agensi dan juga melihat kepada undang-undang dan banyak lagi undang-undang sedia ada yang perlu diwujudkan pindaan ya, saya harap selepas adanya kempen-kempen kesedaran ini.
Yang Berhormat Tanjong Piai bertanya tentang berapakah hukuman maksimum bagi hukuman penjara dan/atau sebat di bawah rang undang-undang ini dan apabila ia melibatkan kesalahan dengan hukuman penjara 30 tahun yang dilakukan oleh orang yang punya hubungan amanah. Hukuman penjara maksimum di bawah rang undang- undang ini adalah 30 tahun dan mahkamah apabila menjatuhkan hukuman dan mengambil kira hukuman tambahan di bawah fasal 17 dan memulakan hukuman maksimum siasatan iaitu seperti 24 kali sebatan yang telah diperuntukkan di bawah seksyen 288 Kanun Tatacara Jenayah. Maknanya kalau dikenakan hukuman di bawah mana-mana fasal tidak tertakluk hanya kepada fasal tersebut, tetapi boleh dikenakan hukuman pelbagai fasal tertakluk kepada kesalahan jenayah tersebut.
Yang Berhormat Rantau Panjang tanya tentang bagaimanakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak dan apakah perbezaan mahkamah ini dengan mahkamah yang sedia ada? Cadangan penubuhan dengan pelaksanaan dan penubuhan Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak sedang diambil. Tindakan susulan dan pelaksanaannya sedang diusahakan oleh pihak kerajaan. Namun, tujuan penubuhan mahkamah tersebut adalah untuk mempercepatkan kes-kes yang melibatkan jenayah seksual dengan pengkhususan kepada kes-kes yang melibatkan mangsa adalah kanak-kanak di bawah rang undang-undang ini dan undang-undang lain yang berkaitan.
Yang Berhormat Rantau Panjang juga tanya tentang hukuman pemulihan bagi penjenayah seksual dalam penjara. Ketika ini diperuntukkan dalam seksyen ini akan diadakan juga penambahan kepada kewujudan kaunseling kepada mereka yang sebagai penjenayah seksual akan saya buatkan dalam Jawatankuasa.
Yang Berhormat Klang telah bertanyakan tentang...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta penjelasan sedikit Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam perbahasan saya, saya mencadangkan supaya ada rawatan atau pemulihan dalam bentuk rawatan spiritual khususnya terutama bagi mereka yang bermasalah dari segi emosi dan mental yang terdiri daripada pesalah-pesalah ini. Jadi selain daripada kaunseling, adakah kerajaan bercadang untuk memperkembangkan dalam bentuk rawatan bagi orang Islam mungkin selaras dengan Islam supaya mereka kembali bertaubat? Minta penjelasan.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Yang Berhormat, saya sebenarnya tiada kepakaran apa yang berlaku dalam penjara ya tetapi saya daripada jawapan common sense mungkin akan dipakaikan banyak perkara ya dalam hal-hal sedemikian bila kita bercakap tentang kaunseling ya.
Yang Berhormat Klang juga tanya soalan tentang kaunseling yang tidak diberikan kepada mangsa-mangsa dalam kes Richard Huckle ya. Saya tidak jawab secara khusus tetapi jawapan yang telah diberikan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak mendiskriminasikan sesiapa dalam memberikan perkhidmatan kaunseling kepada mana-mana mangsa ya. Dalam kes mangsa Richard Huckle, tiada mangsa tampil ke hadapan atau dirujuk kepada kes-kes JKM. Sebenarnya Yang Berhormat, dalam kes Richard Huckle, saksi-saksi telah tidak dibawa ataupun
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
disoal siasat dan sebagainya kerana beliau telah disabit atas pengakuan sendiri ya, on his own admission, dengan izin ya.
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Yang Berhormat Menteri, boleh sekejap, berkaitan. Terima kasih. Dalam pencelahan tadi saya ada tanya, jika kerajaan telah mengambil kira dengan action for damages through civil claim selepas conviction sebab ada halangan melalui Limitation Act di mana action can only be made within six years from the rights of a suit. Is the government going to also amend the Limitation Act so that the survivors of the sexual abuse can take action after conviction? Thank you.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Setakat ini saya tidak adanya perbincangan ataupun arahan sedemikian ya. Akan tetapi saya memang menerima ada dalam beberapa negara, ini menjadi salah satu daripada strategi untuk tidak menggalakkan perkara ini berlaku ya.
Yang Berhormat Tanjong Piai bertanya tentang pesalah kanak-kanak yang diterima, adakah kanak-kanak ini akan dituduh di bawah rang undang-undang ini? Saya rasa the general rule ialah kanak-kanak boleh dituduh di bawah mahkamah kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya akan mengambil pertimbangan sewajarnya berdasarkan kepada fakta sesuatu kes dan keupayaan kanak-kanak itu untuk dinilai. Ini adalah hukuman di bawah mahkamah kanak-kanak termasuk kesalahan dan diberikan community service. Ini kalau pesalah adalah kanak-kanak ya.
Yang Berhormat Kota Raja dalam fasal 13 dan 14 bertanya tentang fasal 13 dan 14 yang tidak mengehadkan umur pesalah seperti yang diperuntukkan negara lain. Ini juga telah saya jawab tadi dalam aspek umur ya.
Yang Berhormat Tanjong Piai bertanya tentang fasal 9 yang mengehadkan penjualan dan sebagaimana bahan pornografi kanak-kanak sahaja dan tidak memperluaskan pemakaian fasal ini kepada penjualan bahan pornografi secara umum.
Seksyen 292, dan 293 Kanun Keseksaan telah memperuntukkan kesalahan menjual dan sebagainya bahan-bahan lucah secara umum.
Yang Berhormat Puchong telah menimbulkan isu tentang umur 18 tahun, saya telah jawab tadi.
Yang Berhormat Kapar pula telah tanya tentang adakah pesalah setelah melakukan kesalah seksual terhadap mangsa berkahwin dengan mangsa itu dan akan dikenakan hukuman atau selepasnya tanpa pertuduhan dan hukuman.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Menteri. Maaf.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Pertuduhan akan diteruskan sekiranya terdapat keterangan yang mencukupi dan setiap pesalah sekiranya disabitkan akan dikenakan hukuman berdasarkan kesalahan yang dituduh di atasnya dengan berkahwin bukanlah satu alasan untuk pertuduhan itu ditarik balik atau tidak dikenakan. Silakan Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Hanya untuk to correct the record, I think jawapan itu pun akan diberikan dalam Jawatankuasa. Itu yang saya faham tadi kalau tidak silap ya, terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Tuan Yang di-Pertua, bila saya pergi kepada fasal-fasal dan juga pindaan yang dibawa, Yang Berhormat bolehlah berdiri untuk menimbulkan yang mana-mana perkara yang ditimbulkan dalam fasal-fasal.
Kemudian Yang Berhormat daripada Tebrau tentang keselamatan orang yang melaporkan di bawah seksyen 20. Jika orang ini adalah sebahagian daripada suspek, perintah perlindungan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga boleh dipohon untuk menyekat ataupun menghalang suspek untuk merapati atau berkomunikasi dengan pelapor. Terdapat peruntukan di bawah Akta Perlindungan Saksi yang mempunyai ruang untuk saksi diberikan perlindungan keselamatan.
Yang Berhormat Bukit Gelugor bertanya tentang tiadanya peruntukan mengenai penubuhan Mahkamah Khas Jenayah Seksual dimasukkan dalam undang-undang ini.
Peruntukan mengenai penubuhan Mahkamah Jenayah Seksual tidak perlu diperuntukkan dalam rang undang-undang ini dan boleh diperuntukkan secara pentadbiran. Sebagai contoh Mahkamah Perdagangan, mahkamah bagi inkues dan juga mahkamah membicarakan kes antipencatutan.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh saya minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apa yang telah saya timbulkan tadi
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
berkenaan dengan Special Court perlu dilihat di dalam konteksnya. Ini bukan satu perkara pentadbiran. Ini merupakan satu keperluan di mana hakim-hakim yang mendengar kes-kes sebegini perlu kepakaran, specialized knowledge untuk mendengar kes-kes seperti ini.
Itu sebabnya di India ada peruntukan yang khas untuk Special Court di mana yang seperti yang saya telah nyatakan tadi, the protection of children from Sexual Offences Act 2012, khususnya seksyen 28 menyatakan yang berikut, “For the purposes of providing a speedy trials, the State Government shall in consultation with the Chief Justice of the High Court by notification in their Official Gazette, designate for each district a court of session to be a special court to try the offences under the Act…” and it goes on, ia akan goes on untuk menyatakan apakah offences tersebut.
Akan tetapi spiritnya adalah untuk memberi kuasa kepada hakim-hakim yang mempunyai specialization dalam bidang ini. With the greatest of respect, that cannot be left to administrative act. Saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri sekiranya ini akan diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan. Terima kasih.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Sambung sedikit Yang Berhormat Menteri. Boleh Yang Berhormat Menteri juga...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, sila.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Boleh Yang Berhormat Menteri juga terangkan tentang Special Court ini. Adakah ia mengikut districts or state? Bagaimana kita hendak mulakan dengan Special Court ini.
Terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Yang Berhormat Bukit Gelugor dan Yang Berhormat Kapar. Sebenarnya apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat itu memang dilihat sebagai satu masalah yang berlaku pada hari ini ya. Ini kerana kes-kes sedemikian, banyaknya kes sedemikian dimasukkan dalam kes jenayah yang biasa seperti Yang Berhormat sebagai peguam bela dan peguam cara tahu. Salah satu daripada cabarannya ialah kes-kes ini di tangguh atas apa-apa alasan, enam tahun, tujuh atau lapan tahun yang menyebabkan bila kanak-kanak tersebut, kes itu didengar ia sudah menjadi kalau daripada kanak-kanak ia sudah melebihi umur.
Dalam banyak kes mereka akan lupa dan dalam kebanyakan kes mereka akan malu dan sebagainya. Itu sebabnya kenapa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyebut tentang Mahkamah Khas supaya kalau boleh harapan kerajaan dapat diselesaikan dalam masa yang begitu cepat. Kalau saya diberikan pilihan saya mahu melihat supaya kes-kes ini diselesaikan dalam masa setahun, supaya ia menjadi satu amaran yang lebih khusus kepada penjenayah bahawa dia tidak boleh menganggap bahawa kes-kes ini boleh dilambat-lambatkan.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
[Bangun]
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Let me finish ya, satu. Keduanya memang latihan diperlukan. Kalau Yang Berhormat baca kenyataan akhbar saya, tidak pernah saya berkata bahawa pengkhususan di dalam kes ini tidak perlunya latihan. Ini kerana adanya latihan terhadap hakim dan juga pendakwa. Oleh sebab specialization seperti mana Yang Berhormat sebut, saya pun dah sebut sebelum rang undang-undang ini dibaca pada kali kedua, bahawa perlunya pengkhususan. Kalau tidak, tidak ada maknanya.
Untuk mewujudkan pengkhususan ini, alhamdulillah kita telah ada Ketua Hakim yang baru, saya juga akan berjumpa dengan beliau selepas sesi Dewan Rakyat ini.
Memang untuk berbincang tentang mahkamah jenayah khas ini, sama ada dimulakan di negeri tertentu, di peringkat yang mana semuanya akan dibincangkan.
Kemudian juga saya telah juga akan panggil esok, esok saya akan panggil – lusa mungkin esok, Ketua Pengarah ILKAP, Ketua Pengarah untuk latihan mereka dalam judicial service berkenaan dengan pengkhususan dalam bidang ini, untuk dilihat untuk dibincangkan. Maknanya sebenarnya apa yang hendak disebut pada Yang Berhormat, tidak adanya saya berdiri di sini atas sebab retorik, bercakap hanya bercakap, tidak. Apa yang kita hendak tahu bahawa dalam kes ini saya katakan dari permulaan mukadimah saya, this is a beginning of a journey, itu yang saya sebut.
Oleh sebab bagaimana kita hendak menyelesaikan kes-kes ini, sebab yang kita ada di bawah Akta Kanak-kanak 2001. Kita ada Mahkamah Kanak-kanak di mana perpetrator, pelakunya adalah kanak-kanak, itu adalah Mahkamah Khas. Akan tetapi dalam perkara ini di mana mangsa adalah kanak-kanak. Itu sebabnya perkara ini perlu kita duduk dan kaji. Saya harap dengan secepat mungkin, bila akta ini dapat
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
dikuatkuasakan dengan secepat mungkin mahkamah ini boleh wujud, kalau tidak saya juga bersetuju tidak ada maknanya. Nanti back to square one. Macam-macam laporan polis, pensabitan itu rendah.
Saya juga telah dimaklumkan oleh pakar-pakar yang menghadiri Seminar Kebangsaan Jenayah Seksual Kanak-kanak memaklumkan bahawa di United Kingdom pun, saya tidak ingat dari segi jumlah tetapi saya boleh bagi tentang jawapan bertulis bahawa di United Kingdom pun bagaimanapun ketat undang-undang, pensabitan telah tidak dapat satu jumlah yang besar. The conviction is still very low berbanding dengan laporan dengan izin. Jadi sebenarnya dalam perkara ini perlu kita dalam negara kita Malaysia melihatkan satu pendekatan out of the box bagaimana kita hendak mewujudkan supaya berlakunya keadilan kepada pemangsa-pemangsa sedemikian. Silakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita mengalu-alukan langkah-langkah yang diambil untuk make this a success. Akan tetapi seperti apa yang telah pun Yang Berhormat Menteri menyatakan tadi, Yang Berhormat Menteri telah pun menimbulkan perkara Special Court ini sebelum rang undang-undang dibentangkan juga dengan bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi ini merupakan satu perkara yang sudah kita semua tahu perlu atau adalah satu perkara yang amat penting.
So apa silapnya sekiranya kita memasukkannya ke dalam rang undang-undang ini selain daripada ianya dijadikan a mere administrative act. It is because we all know; administrative act don’t last the test of time. There are many example dengan izin, Tuan Yang di-Pertua where practice directions have been laid down which after a while are not followed and so on. Akan tetapi sekiranya kita ada satu peruntukan dalam rang undang- undang ini then it will have the force of law which is very different from an administrative practice direction. Because no practice direction has the force of law. Jadi itu adalah perbezaannya, perbezaan yang amat penting. Itulah sebabnya dalam jurisdiction yang lain seperti India yang telah pun saya nyatakan tadi terdapat peruntukan di dalam akta yang berkenaan untuk memberikan perkara ini force of law.
Oleh itu sekali lagi saya meminta pertimbangan Yang Berhormat Menteri dan juga kerajaan untuk mengambil kira perkara ini dengan sewajarnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya melihat dan berterima kasih kepada Yang Berhormat yang mempunyai sikap yang begitu proaktif dan positif dalam perkara ini. Akan tetapi walau bagaimanapun setakat ini saya sebut bahawa kita akan melihat kepada kewujudan, ia adalah tindakan pentadbiran. Walau bagaimanapun saya tidak tahu mungkin pada masa depan dengan adanya Akta Kanak-kanak kemungkinan akan digubal pindaan supaya diletakkan perkara ini sebagai pengkhususan.
Oleh sebab setakat ini saya ingin menyatakan hanya dari segi pentadbiran.
Akan tetapi saya setuju dengan poin-poin yang dibawa oleh Yang Berhormat bahawa perlunya satu ketegasan. Akan tetapi kemungkinan pada masa terdekat seperti yang saya katakan bahawa undang-undang ini sesuatu yang hidup. Selagi kita sebagai Ahli- ahli Parlimen yang bertanggungjawab dalam undang-undang untuk meminda dan menaikkan taraf, saya percaya dan yakin ia boleh dilakukan, kemungkinan. Silakan Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, hanya untuk meluaskan apa yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya mohon untuk rujuk kepada seksyen 26, Tuan Yang di- Pertua, hanya untuk dapat pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri, di mana di sini juga kita lihat bahawa ada ruang diberikan kepada Menteri. Walaupun undang- undang sekarang di hadapan Parlimen supaya diluluskan oleh Dewan Rakyat tapi kita lihat bagaimana Menteri diberi kuasa dan saya baca...
[Membaca petikan] “The minister may, upon consultation with the Public Prosecutor, amend the Schedule by order published in the Gazette, including to exclude or include any offence of any description.” So, ia luas. Means, the minister can include any offence after this with consultation of Public Prosecutor. In other words, it overrides Parliament. Soalan saya, merujuk kepada bahagian terakhir, “under any written law”, does that mean Federal law or does that also include state law? So, in other words, can the states now through the
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
minister implement laws, using this particular provision without coming through the Parliament, Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Saya akan memberi jawapan ini sebentar lagi ya. Saya tunggu jawapan secara rasmi.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat Menteri tentang special court tadi, berfungsi di mana dan sebagainya.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Itu yang saya kata bahawa adalah pentadbiran Ketua Hakim Negara baru yang baru dilantik. Saya akan bincang dengan beliau dalam peringkat pentadbiran.
Yang Berhormat Sepang pula tanya tentang berhubung dengan fasal 3 mengenai pemakaian luar wilayah, extra-territorial provision. Rang undang-undang ini bagaimanakah ia akan dilaksanakan dan apakah tatacaranya.
Peruntukan ini adalah dalam rang undang-undang bertujuan untuk membolehkan mana-mana warganegara Malaysia yang melakukan kesalahan seksual di bawah rang undang-undang ini atau mana-mana kesalahan yang disenaraikan dalam Jadual terhadap mana-mana kanak-kanak tidak mengira kewarganegaraan kanak-kanak itu di luar Malaysia boleh dihadapkan ke mahkamah di Malaysia.
Ini adalah berasas kepada Perkara 73A Perlembagaan Persekutuan...
[Membaca petikan] “Extent of Federal and State Laws in exercising the legislative powers conferred on it by its Constitution, Parliament may make laws for the whole or any part of the Federation and laws having effect outside as well as within the Federation.” Selain itu, dari aspek undang-undang antarabangsa, Nationality Principle, membenarkan sesuatu negara menjalankan bidang kuasanya terhadap warganegaranya bagi kesalahan yang dilakukan di mana-mana sahaja di luar negara. Namun, bagi maksud pelaksanaan fasal 3 rang undang-undang ini, ia turut melibatkan pemakaian undang-undang lain yang berkaitan seperti Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 dan Akta Ekstradisi. Ini adalah kerana berdasarkan Nationality Principle, walaupun sesuatu negara boleh menjalankan bidang kuasanya terhadap rakyatnya bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang itu di mana-mana sahaja, namun bidang kuasa tersebut tidak dapat dilaksanakan melainkan jika warganegara itu berada di negara itu.
Must be physically present in the country exercising the jurisdiction, dengan izin.
Bagi maksud mendapatkan keterangan di luar negara, peruntukan dalam Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 terpakai dan bagi maksud ekstradisi, peruntukan dalam Akta Ekstradisi. Kedua-dua akta ini dilaksanakan dengan kewujudan triti antara kedua-dua negara. Walau bagaimanapun, sekiranya tiada triti antara kedua- dua negara, bantuan masih boleh diberikan melalui arahan khas.
Kesimpulannya, peruntukan ini menunjukkan keseriusan kerajaan untuk memerangi kesalahan jenayah seksual dilakukan terhadap kanak-kanak tidak dikira mana mereka berada. Walaupun akan menyebabkan kos sekiranya tindakan ekstradisi diambil, namun peruntukan ini perlu dalam beberapa perkara keadaan demi keadilan terhadap kanak-kanak tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan ke atas Rang Undang-undang Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan kami di peringkat kerajaan mengambil maklum atas segala cadangan dan saranan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat, dan yang mana tidak sempat saya jawab, akan saya jawab secara bertulis. Sekian dahulu, terima kasih. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri telah habis, Yang Berhormat.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ada yang penting tidak dijawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
You can raise in the Jawatankuasa nanti.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tidak apa, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalah ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] [****Fasal 1** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]
Fasal-fasal 2 hingga 4 - Pindaan]- Tuan Pengerus
Sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Fasal 2 rang undang-undang ini dipinda sebagaimana berikut:-
(a) Dalam sub fasal (1) dengan memasukkan selepas perkataan “lapan belas” dengan perkataan “dan jika akta ini berhubung dengan mana-mana undang-undang bertulis yang lain bagi kanak-kanak yang berumur sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang bertulis itu”; dan
(b) dengan menggantikan sub fasal (2) dengan sub fasal yang berikut:
“Apa-apa sebutan tentang kanak-kanak berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual hendaklah termasuk orang yang tertuduh percaya berumur atau di bawah umur yang dinyatakan dalam peruntukan mengenai kesalahan itu masing-masing”.
Tujuan pindaan ini dibuat adalah kerana fasal 2 mengadakan peruntukan bahawa rang undang-undang ini terpakai bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun. Walau bagaimanapun, rang undang-undang ini juga membuat sebutan tentang kesalahan-kesalahan seksual di bawah undang-undang bertulis yang lain yang dinyatakan dalam Jadual.
Oleh itu, pindaan kepada fasal 2 bertujuan untuk memperuntukkan bagi umur kanak-kanak yang dinyatakan dalam undang-undang bertulis yang lain iaitu contohnya dalam seksyen 377E Kanun Keseksaan, umur kanak-kanak yang menjadi mangsa ialah di bawah 14 tahun.
Fasal 3 rang undang-undang ini dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “di bawah akta ini” perkataan “atau di bawah Jadual jika mangsa ialah kanak- kanak”. Pindaan kepada fasal 3 bertujuan untuk memperluas pemakaian peruntukan luar wilayah rang undang-undang bagi kesalahan-kesalahan di bawah Jadual jika mangsa ialah kanak-kanak.
Fasal 4 rang undang-undang dipinda sebagaimana berikut:-
(a) dalam perenggan (a)—
(i) dengan menggantikan perkataan “apa-apa gambaran sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis atau gabungan bentuk visual, audio atau bertulis atau dengan apa-
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
apa cara lain” dengan perkataan “apa-apa gambaran yang keseluruhannya atau sebahagianya sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis atau gabungan berbentuk visual, audio atau bertulis melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital optik, magnetik atau dihasilkan secara manual atau gabungan apa-apa cara adalah”; dan
(ii) dalam sub perenggan (iii) dan (iv) dengan memasukkan selepas perkataan “realistik” perkataan “atau grafik”; dan
(b) dalam perenggan (b)—
(i) dalam teks bahasa Inggeris dengan sub perenggan (i) dan (vi) dengan menggantikan perkataan “lascivious” dengan perkataan “lead”; dan
(ii) dengan menggantikan sub perenggan (v) dengan sub perenggan yang berikut:-
“(v) menunjukkan bagi maksud seksual alat kelamin, punggung, payu dara, bahagian pubis atau dubur” Pindaan kepada fasal 4 bertujuan untuk menjelaskan lagi takrif pornografi kanak-kanak selaras dengan amalan terbaik antarabangsa dan konvensyen antarabangsa yang berhubung dengan pornografi kanak-kanak.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas.
Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yes, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua.
Saya minta panduan. Di dalam amendment ini kita juga boleh bahas apa yang terkandung dalam bill asal sekali?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya. Yang Berhormat boleh ulang dalam perbahasan ini. You have 10 minutes.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kedua-dua sekali boleh? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Fasal-fasal 2, 3 dan 4 sahaja Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yes. Terima kasih. Tuan Pengerusi, saya mengulangi apa yang saya sebut tadi berkenaan dengan kekhuatiran saya khususnya berkaitan dengan apa yang disebut di dalam seksyen 2. Di mana disebut di situ **“****This act shall apply to a child who is under the age of 18 years”. Cukup jelas bahawa interpretasi yang diberikan di situ adalah luas. Di mana ia boleh bermaksud bahawa undang-undang ini hanya terpakai kepada penjenayah yang di bawah umur 18 tahun.
Kalau dilihat, Tuan Pengerusi pada apa yang dicadangkan melalui teks pindaan sekiranya saya boleh panggil ia sedemikian. Fasal 2, tidak sama sekali mengubah keadaan berkenaan dengan interpretasi yang ada di dalam seksyen 21 dalam bil tersebut di mana masalah yang sama masih wujud. Seterusnya, kalau kita lihat kepada perkara seksyen 2(2). Disebut di situ “Any reference to a child shall include a person whom the accused for an offense under this act believes is a person under the age of 18 years”.
Saya telah pun bangkit tadi bahawa kelihatan ada wujudnya percanggahan di dalam perkara ini dan seksyen 21 di mana kalau benar undang-undang ini tidak terpakai
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
sekiranya seseorang tertuduh itu percaya bahawa kanak-kanak itu umur dia lebih daripada 18 tahun maka, it should be a complete defense by reading of a section 22. Jadi, dalam keadaan tersebut sekiranya ada keraguan maka peruntukan undang-undang ini tidak terpakai. Walaupun demikian, kalau kita lihat kepada apa yang tersebut dalam seksyen 21 ia seolah-olah ada beban yang dibawa kepada satu tertuduh untuk menunjukkan bahawa beliau telah menggunakan langkah-langkah yang munasabah untuk memutuskan umur seseorang kanak-kanak tersebut. Ini bercanggah dengan seksyen 22. Saya lihat kepada apa yang dicadangkan dalam pindaan ia juga tidak mengubah masalah yang wujud dalam teks asal walaupun dibaca bersama dengan cadangan pindaan di dalam perkara tersebut.
Tuan Pengerusi saya beralih kepada seksyen 3. Sekiranya dibenarkan.
Seksyen 3 tadi isu dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Mungkin Yang Berhormat Bukit Gelugor akan ulangi sekarang. Akan tetapi, saya hendak minta satu penjelasan bagaimana ia terpakai kepada Kanun Acara Jenayah kita. Ini kerana Tuan Pengerusi, Kanun Acara Jenayah kita ada peruntukan khusus yang membolehkan tindakan diambil secara jenayah terhadap beberapa perkara. Beberapa kesalahan sahaja yang dilakukan di luar negara. So, how does that tally with the Code of Criminal Procedure? Kedua, adakah ia terpakai kepada a child. Maknanya, kanak-kanak Malaysian child or does it refer to any child because that is important for the purpose of determining the forum in which the case should be tried. Akhir sekali saya merujuk kepada seksyen 4. Tuan Pengerusi, di dalam seksyen 4(a)(i), (ii), (iii) dan (iv), kita lihat terdapat perbezaan di antara a child engaged sexually, maknanya direct as oppose to a person appearing to be a child. Itu menjadi masalah. Ini kerana, *what a person appearing to be a child and who decide who appear to be a child?
So, what is your definition? Are you saying that is somebody small in size therefore that person appears to be a child?
So, how do we deal with this kind of provision? That is why I said the provision is so wide. Shouldn’t be actually be a child. You must prove that the person is a child. So, are we saying that in an instance* atau dalam keadaan di mana *actually it’s not a child?
But, because it appears like a child than an offense is committed. So, it’s does not make sense* Tuan Pengerusi and I think that is something that needs to be dealt with.
Yes, Tuan Pengerusi, section 4 argument also applies to section 9. Should I take it now or later to get with under section 9?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
You can do it later.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Can I take it now Yang Berhormat Menteri? Or later?
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Tuan Pengerusi, sebab pindaan fasal itu banyak. Saya rasa adalah...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
We do it stage by stage?
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
It’s more proper to do stage by stage.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Alright, can.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Sebab I am only at the fasal yang pertama dan kedua.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
I understand that Minister. I will come back to that later. I leave it at that for now. For these three sections. I stand oblige. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Anymore? Ya, Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membangkitkan apa yang telah pun saya bangkitkan pada peringkat dasar tadi. Walau bagaimanapun, tiada jawapan, that is forthcoming. Akan tetapi, ini adalah satu perkara yang penting iaitu berkenaan dengan seksyen 3 akta tersebut. Di mana yang dinyatakan di sana, saya membaca “Pemakaian luar wilayah, jika sesuatu kesalahan di bawah akta ini dilakukan oleh warganegara Malaysia terhadap kanak-kanak di mana-mana tempat di luar Malaysia, dia boleh diuruskan berkenaan
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
*dengan kesalahan itu seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam Malaysia”.
Now, what this means* dengan izin adalah bahawa *any offense committed by a Malaysian in a different jurisdiction, for example in Singapore or in Thailand and so on.
He can be tried for that same offence in Malaysia, from my understanding of it. Dia boleh diuruskan berkenaan dengan kesalahan itu seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam Malaysia. The English reading if I may quote, “Where an offence under this Act is committed by a Malaysian citizen against a child in any place outside Malaysia, he may be dealt with in respect of such offence as if the offence was committed at any place within Malaysia.” With a greatest of respect. Seksyen ini jelasnya adalah tidak mengikut Perlembagaan. It is unconstitutional for being in contradiction or in contravention of article 7 subsections 2 of the Perlembagaan Persekutuan. If I may quote that particular article “Protection against retrospective criminal laws and repeated trials, 7 subsections 2*. A person who has been acquitted or convicted of an offence shall not be tried again for the same offence, unless the conviction or acquittal is quashed (set aside) and a retrial is ordered by court superior to that by which he was acquitted or convicted”. Itu adalah apa yang kita panggil the rule against double jeopardy. Maksudnya adalah sekiranya kalau kita lihat kepada seksyen 3 di sini, apa yang dimaksudkan di sana adalah tidak kira sekiranya beliau— di seksyen 3 tidak mengambil kira sekiranya pesalah atau di sana disabitkan atau dibicarakan. In other words, even if he is tried in a difference jurisdiction. *For examples; if he tried in Singapore and found guilty in Singapore. After he served his sentences, we can still tried him in Malaysia and if he refuses to come back to Malaysia perhaps we can issue a red alert with the Interpol to compel him to come back to Malaysia to stand trial again for the same offense that he was charged and sentence in Singapore.
Now that is clearly, unconstitutional for being in contravention with article 7(2) as I just read just now. What needs to be done.* Apa perlu dibuat di sini adalah untuk menambah di dalam seksyen 3 di sini untuk membaca seperti yang saya cadangkan.
Tuan Pengerusi, di sini seksyen 3 if I may suggest, “jika sesuatu kesalahan di bawah akta ini dilakukan oleh warganegara Malaysia terhadap kanak-kanak di mana-mana tempat di luar Malaysia dan tidak dibicarakan di tempat tersebut dia boleh diuruskan berkenaan dengan kesalahan itu seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam Malaysia.”
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ini akan –– This word excludes those who has been trial in the different jurisdiction and sentenced, convicted or acquitted. In other words, those who have been trial cannot be retried here for the same offence. In other words, we will not be flouting the rules against double jeopardy.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Itu perlu dimasukkan ke dalam seksyen 3...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat sepatutnya kemukakan cadangan pindaan, baru dibahaskan Yang Berhormat ya.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Itu adalah cadangan saya.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, dia secara official masukkan cadangan pindaan sepatutnya sebelum ini, Yang Berhormat.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ya, tadi saya sudah kemukakan.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sudah?
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Sudah, tadi, sebelum ini.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Okey. Secara rasmi, tak?
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Oh! I see, I see.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya. Ini cuma dalam perbahasan, Yang Berhormat, sekarang ini untuk memutuskan cadangan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ini ialah satu contoh yang saya ingin bangkitkan untuk menunjukkan kesulitan yang timbul daripada seksyen 3 ini. Ini jelasnya merupakan satu seksyen yang unconstitutional, Tuan Pengerusi. Itu sahaja, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ada lagi? Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Tuan Pengerusi, saya akan menjawab ini adalah berkenaan dengan fasal-fasal yang relevan sahaja. Kita dalam Jawatankuasa ini kita rujuk kepada fasal-fasal yang telah disebutkan tadi.
Berkenaan dengan isu yang dibawakan oleh Yang Berhormat Puchong tentang percanggahan antara sub fasal 2(2) dengan fasal 21 mengenai anggapan umur kanak- kanak, adalah tidak wujud percanggahan antara kedua-dua seksyen ini. Sub fasal 2(2) adalah mengenai keadaan di mana fictitious child di mana dalam keadaan tertentu, orang yang dilihat seperti kanak-kanak digunakan untuk membuktikan kesalahan pesalah.
Fasal 21 pula adalah mengenai defense yang tidak boleh digunakan oleh tertuduh.
Yang Berhormat Puchong pula menimbulkan isu tentang kenapakah rang undang-undang ini mengadakan peruntukan application mengenai kanak-kanak dan bukannya sebagai peruntukan interpretation atau tafsiran. Jawapannya, ingin ditegaskan bahawa rang undang-undang ini adalah mengenai kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. Application provision diadakan sebagai satu peruntukan substantif yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak yang menjadi mangsa di bawah rang undang-undang ini adalah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Dengan ini, *provision on application is to provide for substantive provision to the offences under the bill is applicable to a child under 18. Interpretation section is just for ease of reference.
The main point is to stress upon that this law is about child victim.* Yang Berhormat Puchong pula menimbulkan tentang sama ada written law termasuk dalam state law. Rang undang-undang ini adalah berhubung dengan kesalahan-kesalahan jenayah yang merupakan dalam bidang kuasa Persekutuan sebagaimana Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, written law merujuk kepada undang- undang Persekutuan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Menteri, boleh saya mencelah?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Pertama sekali, Yang Berhormat Menteri, seksyen 2(1) itu bukan definition section. That is the problem. Ia adalah application. Jauh ada perbezaan di antara kedua-dua mereka. Kalau definition, maka kita sebut di situ definition of child is under 18 and therefore, it applies to all the references to child in the Act. Akan tapi di sini application. Kalau application, ia bermaksud bahawa kegunapakaian peruntukan ini which includes the fact of an offence, when accused. So it is very clear. This is the position that is caught by that. The act shall apply to a child is who under the age of 18 years old. So the response given by Yang Berhormat Menteri, with due respect, perhaps you can elaborate further to explain how it is an application section can become a definition section now. It does not stand to reason. Satu.
Nombor dua, saya minta maaf tapi mungkin Yang Berhormat Menteri did not follow what I was saying earlier. Under section 4, kalau kita lihat (i), it talks about, “(a) “child pornography” means any representation, whether visual, audio or written...” and so forth, “Of a child engaged in sexually explicit conduct”. Itu satu. Number two, “Of a person appearing to be a child”. Now, the point is, there cannot be a distinction, tidak boleh ada *distinction because in this act, any child must be a person under the age of 18 by virtue of the definition. So, you cannot have a situation where it is a person appearing as a child.
In other words, if the person is above 18 but appears as a child, then how does this act applied? Because, section 2 as Minister has said, does not allow for it to apply to a situation like this. So, section 4(a)(ii) and (iv) very clearly militates against section 2 which says that it only applies to victims who are under 18. So, does it mean that if a person who is over 18 but appears to be a child, then that is still applies? So* ini soalan yang saya bangkitkan tadi.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Thirdly, of course Yang Berhormat Menteri has given me the answer in respect of section 21. We are not actually come to that but I think perhaps your officers at the back gave you the answer. Yang Berhormat Menteri, do you not think that it is more prudent to include the word ‘Federal’ there, rather than us just having the Hansard? Because the word ‘Federal’ is not contained in section 26. It says any written law and that can include state law. So, if the answer and I hear my Minister earlier saying that it is only Federal, so it is a big distinction to be made because written law includes both Federal, state and even towards certain extent, the Common Law. But of course, we do not go to Common Law but state and Federal, it is quite clear. I think we are all aware of the fact that certain states have recently move toward amending laws to include even criminal act. So, itu persoalan yang saya bangkitkan. Terima kasih Menteri
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Tuan Pengerusi, sebenarnya bila kita tengok kepada fasal 4— saya pergi kepada fasal 4 seperti apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat menyatakan tentang perkataan fasal 4(a)(i) dan (ii) yang mana Yang Berhormat menyatakan— saya rasa emphasization, mungkin saya sebut sahajalah— “Of a person appearing to be a child engaged in sexually explicit conduct” dan kalau dalam bahasa Malaysia kita merujuk kepada “Mengenai seorang yang kelihatan seperti kanak-kanak yang sedang melakukan suatu kelakuan seksual secara terang-terangan”. Apa yang dimaksudkan melalui “seorang yang kelihatan seperti kanak-kanak” ialah pemakaian fasal ini meliputi sehingga sekiranya seseorang dewasa berpakaian seperti kanak-kanak. Contohnya, seorang dewasa berpakaian sekolah bagi tujuan melakukan aksi-aksi dalam adegan seksual dan pornografi. Penggunaan person appearing to be a child dalam child pornography adalah selaras dengan dokumen antarabangsa iaitu konvensyen antarabangsa seperti contoh, CRC Optional Protocol on the Sale of Children, Child Pornography dan Budapest Convention. Itu jawapan secara rasmi, Yang Berhormat.
Yang Berhormat menyatakan tentang aplikasi tiadanya definisi.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Ketawa] Yang Berhormat Menteri, I do not want to make things difficult but I think this is a very, very important point. That answer does not answer the question. Perhaps Yang Berhormat Menteri can look at it into more detail. It is quite clear, it is either a child under 18 or not. It cannot be a person who is over 18 but because he looks like a child because he wears short pants and T-shirt and it is small in size, the section cannot apply to him. Section 2 says it very clearly, it has to be a person that is under the age of 18. So, how can we have the provision which says that child means under 18 but never mind, if you look like a child also, it is okay. I think that is something that we have to look at, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Yang Berhormat Puchong, saya rasa Yang Berhormat mungkin tengok tentang perkataan, “In this act, “child pornography”...”— open bracket— “Means any representation, whether visual, audio or written or the combination of visual, audio or written by any other means”. Jadi interpretasi atas (a) itu memang luas dan salah satu daripada *by any other means— [Membaca petikan] “(a) any other means—
(i) of a child engaged in sexually explicit conduct; or
(ii) of a person appearing to be a child engaged in sexually explicit conduct.”* Ini sebenarnya saya melihat kepada rujukan kepada child pornography. Setakat ini, Yang Berhormat, saya percaya di bawah Kanun Keseksaan, tidak ada definisinya child pornography. Tidak ada apa-apa undang-undang dalam negara kita yang mempunyai definisi child pornography. Dan jawapan yang telah dimaklumkan oleh Jabatan Peguam Negara adalah bahawa seperti yang saya sebutkan tadi, penggunaan person appearing to be a child dalam child pornography adalah selaras dengan dokumen antarabangsa iaitu Konvensyen Antarabangsa CRC, Optional Protocol on Sale of Children, Child Pornography dan Budapest Convention. Maknanya ini adalah yang disebutkan dalam child pornography in this act. Jadi sebenarnya Yang Berhormat, inilah rujukan pemakaian fasal yang meliputi dan setakat ini, tidak adanya mana-mana rang undang-undang dalam negara kita yang mempunyai definisi child pornography...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bangun]
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
...Yang mana kita sebut tentang “any other means” yang diperuntukkan yang mana saya telah membawa di dalam fasal 2.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Sekejap ya Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Minister...
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Yang mana...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
...Can we look at...
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Maaf, fasal 4...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
At five and six, Minister. It is in five and six, but the problem is we haven’t gone to five and six.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Saya tahu tetapi saya hendak merujuk kepada 4,...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Sorry Tuan Pengerusi.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
...Child pornography dalam perenggan A yang mana saya membawa kepada pindaan dalam jawatankuasa. Rang undang- undang ini dipinda fasal 4 dalam perenggan (a) dengan menggantikan perkataan “apa- apa gambaran, sama ada berbentuk visual, audio atau bertulis atau gabungan berbentuk visual, audio atau bertulis, atau apa-apa cara lain”, dengan perkataan “apa-apa gambaran yang keseluruhannya atau sebahagiannya sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis atau gabungan bentuk visual, audio atau bertulis melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara yang elektronik, mekanikal, digital optik, magnetik atau dihasilkan secara manual atau gabungan apa-apa cara adalah (,) dan”. Kedua adalah subseksyen perenggan 3 dan 4 dengan memasukkan selepas perkataan “realistik” pada perkataan “atau grafik”. Jadi maknanya, sebenarnya apabila kita merujuk kepada fasal 4 ini, ini adalah kepada pentakrifan di bawah akta ini. Yang Berhormat menyatakan, if I’m wrong to understand, mengatakan bahawa fasal 2(a)(ii), fasal 4(a)(ii), “of a person appearing to be a child engaged in sexually explicit conduct” is contradicting to the definition which is under the pemakaian of the Child Act, betul? Which is under fasal 2, I mean that is your point, correct?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yes. What actually is the difference between a child and a person appearing to be a child? I think that is the question Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
My only answer to you is basically in reference to be the reference point yang mana digunakan tentang penggunaan “person appearing to be a child” yang mana disebut dalam child pornography selaras dengan dokumen antarabangsa iaitu konvensyen antarabangsa. Ini bukan direka-reka oleh Jabatan Peguam Negara. Ini setakat jawapan rasmi yang saya diberi. Kemudian— ini baru dalam dua— kemudian itu pada fasal 4 ya. Kemudian yang fasal 2 tadi yang mana dalam pemakaian “application”, yang mana dalam “application” Yang Berhormat, saya percaya mengatakan ini bukan definisi, betul? Itu yang disebut oleh Yang Berhormat yang mana saya merujuk dalam versi bahasa Malaysia yang mana disebutkan sebagai “pemakaian” iaitu dalam fasal 2, pemakaian yang mana akta ini hendaklah terpakai bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Menteri, the bahasa Malaysia— interpretation for the bahasa Malaysia word for “interpretation” is “tafsiran”. If you look at any other bills, like for example last week, kaedah-kaedah mahkamah sivil, the word is “tafsiran”. There is a big difference between “tafsiran” and “pemakaian”.
“Pemakaian” means application. So if the application means if it does not come within a definition, the whole act doesn’t apply. It is not a definition section, that is why we have to be a bit careful Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Saya masih berpegang kepada jawapan rasmi daripada Jabatan Peguam Negara dan masih menekankan bahawa, ditegaskan bahawa rang undang-undang ini adalah mengenai kesalahan seksual terhadap kanak- kanak and the application provision diadakan sebagai satu peruntukan substantif yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak yang menjadi mangsa di bawah rang undang- undang ini adalah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Dengan izin, provision on applications to provide for substantive provision that the offences under the bill is applicable to a child under 18. Interpretation section is just for ease of reference. Itu jawapan rasmi yang diberikan.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat Menteri, boleh saya minta penjelasan? Saya ingin merujuk kepada penerangan mengenai fasal 2 yang berbunyi seperti begini Tuan Pengerusi. “Fasal 2 memperuntukkan bahawa Akta yang dicadangkan hendaklah terpakai bagi kanak-kanak yang berumur di bawah lapan belas tahun dan apa-apa sebutan mengenai kanak-kanak hendaklah termasuk orang yang tertuduh bagi kesalahan di bawah Akta yang dicadangkan percaya berumur di bawah lapan belas tahun.” So, this is what exactly Yang Berhormat Puchong sedang terangkan tetapi Yang Berhormat Menteri tidak menjawab. Akan tetapi apabila merujuk kepada fasal 2, it is only talking about people who are below 18 years old, defeat the original purpose of the act. Sila baca Yang Berhormat Menteri, sebelum Yang Berhormat Menteri mengulas selanjutnya. Terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Yang Berhormat Kapar, saya tidak faham maksud Yang Berhormat Kapar.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Saya ulang balik. Fasal 2 ini mempunyai dua bahagian Yang Berhormat Menteri, with due respect to you. Bahagian pertama mengatakan “Fasal 2 memperuntukkan bahawa Akta yang dicadangkan hendaklah terpakai bagi kanak-kanak yang berumur di bawah lapan belas tahun...”, that part is clear. The second part, “...dan apa-apa sebutan mengenai kanak-kanak hendaklah termasuk orang yang tertuduh bagi kesalahan di bawah Akta yang dicadangkan percaya berumur di bawah lapan belas tahun”. The question raised is the second part.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Menteri get it? Kalau kita lihat kepada huraian, that is exactly what I’m saying. The definition in 2(a) does not state it’s to the victim alone. If you look at fasal 2 Tuan Pengerusi. “Fasal 2 memperuntukkan bahawa akta yang dicadangkan hendaklah terpakai kepada kanak- kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan apa-apa sebutan mengenai kanak-kanak hendaklah termasuk orang yang tertuduh bagi kesalahan...” Orang yang tertuduh bagi kesalahan, termasuk orang yang tertuduh bagi kesalahan, that means even the accused who is under 18, correct? So, that means under 18 persons can be charged, but the question is whether or not it raised to the people who are over 18. So, it doesn’t, because it doesn’t say so. So, the whole act is problematic guys, if I may say.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Saya minta maaflah Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Kapar ya. Akan tetapi mungkin pembacaan Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Kapar lain daripada pembacaan kerajaan.
Kalau kita tengok dalam bahasa, explanatory statement in English. Kita tengok— tidak apalah kita buat bahasa Malaysia kemudian kita buat bahasa Inggeris. With application dalam subseksyen 2(2) – “Any reference to a child shall include a person whom the accused for an offence under this Act believes is a person under the age of eighteen years.” Dalam explanatory statement Part I, dalam Clause 2, para 4, mengatakan, “Clause 2 provides that the proposed Act shall apply to a child who is under the age of eighteen years and any reference to a child shall include a person whom the accused for an offence under the proposed Act believes is a person under the age of eighteen years.” Jadi, saya dimaklumkan bahawa takrif child pornography— maaf dengan sub fasal 2. Saya ingin menyatakan bahawa dalam rujukan undang-undang ini adalah rang undang-undang kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. The application is referring to the victims, ini di mana akta ini adalah diwujudkan. The title says, sexual offences against, terhadap kanak-kanak. Jadi, saya tidak tengok point yang dibawa oleh Yang Berhormat dalam perkara ini tentang Clause 2 ya. Saya tidak tengok tentang mengatakan whom the accused for an offence under the proposed act believes is a person under the age of 18 years.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yes, what did that mean Yang Berhormat Menteri, what that means?
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Yang Berhormat Menteri, same question. Adakah yang pertama dengan yang kedua itu sama? If it means the same, why do we need two sentences, two parts?
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
“Shall include” Yang Berhormat Menteri? “Shall include a person whom the accused...”
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Mungkin perlu untuk kita lihat kepada seksyen itu sekali lagi. And it says, saya repeat many times. This act shall apply to a child who is under the age of 18 years. I think that has be to clarified, that provision refers application in respect of the victim, not in respect of the perpetrator, because if it is left open, then it includes both. And if it includes both, that means the victim must under the
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
age of 18 and also the accused under the age of 18. This act shall apply to a child who is under the age of 18 years old.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Saya minta maaflah Yang Berhormat, ya. Jawapan yang saya diberikan masih berpegang kepada - sebut daripada Yang Berhormat Kota Raja, this act shall apply to a child under the age of 18 years. That any refence to a child shall include a person whom the accused for an offence under this act believes is a person under the age of 18 years.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
*You see, if it says this act shall apply to a child under the age of 18 years, does it apply to people who are above the age of 18?
That is the question.*
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Tuan Pengerusi, dalam rang undang- undang ini, ia melihat kepada kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. Saya merujuk dalam fasal 2 sekali lagi bahawa who is under the age of 18 years yang mana dibacakan bersama dengan Akta Kanak-kanak 2001 yang mana kita menyatakan bahawa this is in reference to a child who is under the age of 18. Maknanya itu didefinisikan kanak-kanak.
Apabila kita tengok kepada aplikasinya, any reference to a child shall include a person whom the accused of an offence under this act believes is a person under the age of 18 years.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Dengan izin, boleh saya minta penjelasan? Adakah Yang Berhormat Menteri with respect, is Yang Berhormat Menteri saying that section 2(1) is to be read together with section 2(2)? In other words, section 2(1) does not stand on its own? Because if section 2(1) were to stand on its own, then it would appear to apply to even a perpetrator or an offender who is under 18. In other words, over 18, it does not apply to the offender. So in other wordsf dengan izin Tuan Pengerusi, in light of section 2 subsection 1, can Yang Berhormat Menteri *answer me, if an offender just by looking at 2(1) in isolation, would an offender over 18 be covered by this act? If the answer is no, then this act is seriously flawed.
I think that is the point* Yang Berhormat Puchong is trying to make, and also Yang Berhormat Kapar is trying to illustrate, I think that is the point. If we were to look at section 2(1) in isolation, then it would appear. That even an offender over the age of 18 is not covered by this act. I think that is the point. Is not it? So, saya minta penjelasan.
Terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Now, saya sudah cakap berkali-kali bahawa the perpetrator can be any age, tetapi akta ini adalah kepada mangsa. Right. Akta ini kepada mangsa. Jadi apabila akta ini kepada mangsa, aplikasinya dilihat kepada this act shall apply to a child under the age of 18 years.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Should apply to the victim.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ya, victim. This is where the word victim I think is missing.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Itu lain. Kalau dinyatakan mangsa, then it becomes very clear. The very fact that we have two interpretations here will mean that when it goes to court, this will be a problematic section or statute. What is the problem with just including the word ‘victim’ which will clear all doubt and we won’t be having this argument at 8.15 at night.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Saya minta maaf Yang Berhormat Bukit Gelugor. I beg to differ. Because the reference of fasal 2 is still to be read with Akta Kanak-kanak, that is the position of the government. If you are saying in this situation that this is a flaw, then my position is I disagree because of the application is read together with Akta Kanak-kanak. That is basically the answer that we are given.
Akan tetapi saya hendak sebut kepada Yang Berhormatlah bahawa kalau pun apa-apa cadangan Yang Berhormat, perlu dibawa pindaan rang undang-undang ini dibawa seperti mana diperuntukkan dalam seksyen 55(3) dan 57(2) Peraturan Mesyuarat. Saya hendak respons. Saya berkatakan bahawa that is the position yang kita baca dalam aplikasi.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Menteri, just to clarify this. Saya minta maaf but the Hansard and explanation is important because when the problem arises in court, perhaps the answer will able to assist. That is why we need to push it but Akta Kanak-kanak is a standalone provision. It has its own provisions. This
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
particular act, the application of this act is confined to section 2 because that is what the act says. It does not extend beyond this and for the purposes of this act, the scheme of it is that it would apply to victims who are under 18. But if you look at 2(1), the position seems to be that if the perpetrator is above 18, then this act also does not apply. So that is the problem that we have and perhaps Yang Berhormat Menteri, *that can be clarified.
Unfortunately, it is going to be a clarification by way Hansard. Perhaps* Yang Berhormat Subang wants to assist. So perhaps he can assist.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
May I just— Just on this point before Yang Berhormat Subang. Just a very – It is because Yang Berhormat Menteri made reference to the child act, but there is no reference to the child act in this act, expressly. In other words, there is no definition of the word ‘child’ in reference to Child Act in this act. So in other words, there is nothing in this act connecting this act to the Child Act. So, we cannot borrow definitions from the child act into this act when it is not expressly stated in this act. In other words, there is no expressed provisions in this act to import the definitions of a child from the Child Act. Therefore, when a judge interprets this act, he will be interpreting it on its own without any other definitions.
Tuan R. Sivarasa - Subang
[Bangun]
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Saya juga hendak bantu sedikit boleh?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya, sila.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasih Subang. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bantu sedikit. Kalau kita rujuk kepada Akta Kanak-kanak seksyen 2, perkataan yang digunakan adalah ‘tafsiran’. Ia tidak guna ‘application’. That is one. Kedua, Akta Kanak-kanak adalah berbeza sedikit kerana di bawah Akta Kanak- kanak sama, child means a person under the age of 18. Akta tersebut pakai kepada mangsa-mangsa yang di bawah 18 tahun dan juga pesalah-pesalah yang juga di bawah 18 tahun. Oleh sebab itu kita cakap adalah child offender di dalam Akta Kanak-kanak.
Jadi saya amat setuju dengan pandangan Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Bukit Gelugor bahawa kenapa tidak kita hanya tambah satu perkataan lagi di bawah rang undang-undang ini supaya the word ‘this act shall apply to a victim that is under the age of 18 years old’. Ini kerana saya rasa walaupun kita hendak buat rujukan kepada Akta Kanak- kanak, it is not going to help, does not membantu kita mendapat satu clear picture bahawa akta rang undang-undang ini memanglah terpakai kepada semua pesalah- pesalah yang atas lebih daripada umur 18 tahun. Terima kasih.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tuan Pengerusi, tadi saya...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, sila. Sila Yang Berhormat. Sambung. Yang Berhormat Menteri mendengar.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih. Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, saya bangun untuk bersetuju dengan pandangan tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Bukit Gelugor. Kita tidak ada apa- apa peruntukan yang nyata, yang mengaitkan rang undang-undang ini dengan Akta Kanak-kanak. Jadi, kita tidak boleh terus rujuk kepada Akta Kanak-kanak untuk membantu taksiran di sini. Tafsiran di sini, sorry. So, sebab tidak disebut— so dari segi drafting, mungkin lebih baik kalau kita ada satu rujukan. But malangnya, kita tidak ada rujukan itu. Oleh sebab itu, timbul ambiguity. What ambiguity in bahasa?
Seorang Ahli
Kekaburan.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Kekaburan. Terima kasih. Ada kekaburan mengenai maksud 2(1), apakah maksud ‘child’ di sana. Adakah itu termasuk orang yang melakukan kesalahan. Jadi Yang Berhormat Menteri kata, memang itu adalah rujukan kepada mangsa tetapi malangnya kita tidak ada perkataan ‘mangsa’ dalam rang undang- undang ini. Istilah itu tidak ada. Mungkin di negara lain...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Apakah tidak jelas bahawa kedua-dua ayat itu, satu dan dua merujuk kepada mangsa Yang Berhormat? Even yang tertuduh juga merujuk kepada mangsa, ayat dua itu.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yang mana? Sorry?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, 2(1) dengan (2). Both the clauses merujuk kepada mangsa. Bukankah itu interpretasi?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Betul. Saya faham. Itulah maksud yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri kepada ayat itu. Malangnya, perkataan ‘mangsa’ tidak digunakan. Itu maksud saya. Perkataan ‘kanak-kanak’ digunakan, child. Oleh sebab itulah timbul kekaburan ini. Hanya saya boleh, kalau saya boleh bantu, so I mean, mungkin seorang hakim yang mungkin akan tangani isu ini di mahkamah, dia perlu melihat kepada long title dengan izin, tajuk yang panjang di atas di mana berbunyi begini, “An act to provide for certain sexual offences against children”.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Jadi apabila kita lihat itu, kita tafsirkan di sana – apabila kita buat tafsiran kita lihat pada keseluruhan akta, kita tidak melihat kepada satu peruntukan. So, kita melihat ungkapan “sexual offenses against children” maksudnya –dan seterusnya di baris ketiga pun ada –yang kedua “other sexual offenses against children”. Maksudnya apabila kita lihat pada keseluruhan, kita mungkin boleh interpret or tafsir child itu ialah mangsa. Akan tetapi poin saya setuju dengan yang dibuat oleh Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Bukit Gelugor, sepatutnya itu diperjelaskan lebih...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Criminal law.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ini ialah criminal law. Sepatutnyalah ditafsirkan dengan lebih tepat dan jelas di peringkat awal. So, malangnya itu yang antara kelemahan-kelemahan teknikallah yang kita perhatikan dalam rang undang-undang pada peringkat sekarang.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Yang Berhormat, saya cukup terima kasih kepada semua Yang Berhormat tentang kepekaan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Akan tetapi saya memberikan jawapan daripada tadi bahawa perkataan “mangsa” memang tidak wujud dalam rang undang-undang ini tetapi di bahagian depan preamble dengan izin mengatakan dalam Bahasa Inggeris saya cakap. Dikatakan dalam, “An act to provide for certain sexual offenses against children and their punishment in addition to other sexual offenses against children and their punishment in other written laws and in relation to it to provide for the administration of justice for children and connected matters.” Bagi saya ia boleh dilihat sebagai akta yang merujuk kepada mangsa. Itu bacaan daripada pihak kerajaan. Yang Berhormat mungkin tidak bersetuju tetapi Yang Berhormat mengatakan ini akan menunjukkan keraguan. Akan tetapi bagi kerajaan, ini adalah mukadimah kepada rang undang-undang ini.
Kemudian Yang Berhormat lompat kepada aplikasi. Yang Berhormat kata ini bukan definisi, ini aplikasi. Akan tetapi kita meletakkan aplikasi ini bukan dalam bentuk definisi yang mana saya memberikan penerangan kepada Yang Berhormat. Kemudian saya menyatakan bahawa, “This act shall apply to a child who is under the age of eighteen years.” Yang Berhormat sebut pada saya, ini tidak rujuk pada Akta Kanak-kanak tetapi macam mana kita rujuk kepada Akta Kanak-kanak? Akan tetapi bagi negara kita sejak tahun 2001, apabila sebut tentang kanak-kanak pembicaraan secara umum menyatakan Akta Kanak-kanak mendefinisikan kanak-kanak. Apabila menggunakan perkataan “kanak-kanak” adalah bawah 18 tahun. Itu cara the drafting, this is the style of the drafting dengan izin. Akan tetapi Yang Berhormat menyatakan akan mewujudkan kekeliruan. That is your point. Itu sebabnya kita datang ke Dewan ini, dalam Dewan ini yang mana Yang Berhormat semua berbahas. Kita dalam peringkat Jawatankuasa Tuan Pengerusi ya. Tujuh minit ya.
Kemudian Yang Berhormat sebut tentang...
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang Berhormat Menteri sedikit?
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Saya...
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Setiu bangun.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Sedikit?
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Sekejap, biar saya habis bab ini.
Kemudian Yang Berhormat mengatakan tentang Fasal 22, yang mana Yang Berhormat menyatakan ini menunjukkan seolah-olah tentang tidak merujuk kepada mangsa tetapi merujuk kepada a person whom the accused for an offense. Saya telah memberikan penerangan kepada – sekejap ya Yang Berhormat, pada perkara ini.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Daripada tadi saya terangkan tentang jawapan rasmi yang telah diberikan oleh Jabatan Peguam Negara dan mereka menyatakan bahawa tentang Fasal 22. Kemudian Yang Berhormat menyatakan ini dilihat sebagai tidak konsisten ataupun katakan bercanggah kepada objektif utama kepada rang undang-undang ini. Saya diberikan maklumat tentang – saya rujuk balik kepada Akta Kanak-kanak 2001. A Child is referring to both offender and child victim di bawah Akta Kanak-kanak 2001. Akta Kanak-kanak memperuntukkan takrif kanak-kanak sebagai “(a) a person under the age of eighteen”, kemudian “(b) in relation to a criminal proceeding means a person”. Dalam rang undang- undang ini kanak-kanak merupakan child victim.
Seksyen 91, Akta Kanak-kanak memperuntukkan mengenai hukuman terhadap pesalah kanak-kanak. Jadi saya rasa mungkin ini dilihat kepada perkataan bahasa yang mana bagi saya dengan izin, the drafting yang diwujudkan dalam aplikasi. Yang Berhormat Setiu.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Before that Yang Berhormat Setiu, just before that. Yang Berhormat Menteri, can I also just get for the record Tuan Pengerusi.
Maaf Yang Berhormat Setiu. Untuk 26 just now Yang Berhormat Menteri, perkataan “written law” means Federal Law. Just for the record for the Hansard. I believe Yang Berhormat Menteri said it just now but I can’t remember. Can we just confirm that?
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
*I respond when we reach to the 26.
Because I’m handling two – subsection two, subsection three and subsection four for now.*
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yes, of course. Of course. Thank you, thank you.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya Yang Berhormat Setiu.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Apabila merujuk kepada pemakaian seksyen 2 ini, persoalan saya adalah sama ada bila dia sebut kanak-kanak itu adakah termasuk sekali dengan kanak-kanak yang tertuduh itu percaya ia adalah kanak-kanak? Bawah 18 tahun, itu yang – adakah itu maksudnya bawah application seksyen 2 tadi? Oleh sebab kita mungkin hendak relate dengan maksud child pornography. Kalau ada dia appear sebagai kanak-kanak, dia boleh diambil kira sebagai kanak-kanak. Adakah itu yang dimaksudkan bawah pemakaian seksyen 2 ini? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ini yang dibahas panjang lebar Yang Berhormat ya.
[Ketawa]
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Itu sebenarnya...
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri sudah menjawab perkara tersebut Yang Berhormat ya.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Oleh sebabnya saya – sebenarnya saya kalau hendak jawab ini nanti description kita dalam child pornography itu akan lebih lurid, lebih dengan izin very detail.
Saya hendak masuk kepada bab ini – saya pun saya buat mukadimah pun saya cakap tentang perkataan-perkataan, banyak perkataan itu memang susah saya hendak cakapkan sebab kita dalam Dewan, kita bercakap secara terbuka. Akan tetapi sebenarnya kita tidak meletakkan definisi, kita meletakkan aplikasi. Kemudian Yang Berhormat merujuk kepada child pornography yang mana saya kata kita tidak ada definisi child pornography dalam mana-mana rang undang-undang dalam negara kita kecuali pada hari ini kita membawa rang undang-undang bawah definisi dan kita menuju kepada offenses relating to child pornography dan kita mendefinisikan child pornography dalam fasal 4.
Kemudian child pornography Yang Berhormat Setiu kata, adakah kemungkinan orang yang berlakon seperti kanak-kanak? Betul tidak Yang Berhormat Setiu? Itu Yang Berhormat Setiu kata dalam concept of child pornography dibacakan fasal 4 dengan fasal 2 sekali, itu kata Yang Berhormat Setiu kan, betul?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yes.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Maknanya dikatakan apabila orang itu dalam tindakan child pornography, jadi definisi child pornography itu – dalam (a) itu memberikan definisi child pornography dan kita membesarkan fasal tersebut. We are widening the fasal 4. Makna saya sebut tadi selain daripada ayat-ayat yang ada ini, yang mana kita belum sampai lagi ya sebab Yang Berhormat masih di fasal 2.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Akan tetapi kemudian kita ada fasal 2 (a)(ii) yang menyatakan, “of a person appearing to be a child engaged in sexually explicit conduct”. Jadi yang mana Yang Berhormat Setiu kata, adakah fasal (a)(ii) ini dibaca bersama dengan aplikasi fasal 22, betul Yang Berhormat? Yang mana Yang Berhormat berkata “Any reference to a child shall include a person whom the accused for an offense are under this act believes is a person under the age of eighteen years”. Itu sebenarnya yang mana Yang Berhormat Setiu menyatakan dalam perkara ini.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Oh no, the other way.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Wait, wait. Okay Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Sebenarnya apa yang berlaku that one relates to di mana accused believes he is under eighteen. Section 4 (ii) refers to a person who appears to be a child. So, the question is, if that person is actually not a child, he’s nineteen or twenty, but appears to be a child kerana badan dia kecil, *does it include that person? Cannot be because section 2 says it applies the whole act only applies to children under eighteen.
So, how can you have under eighteen definition but then one section does say never mind-lah, even over eighteen but it appears to be a child it can be done. So that is the problem* Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Yang Berhormat, saya hendak jawab itu sahaja yang saya boleh jawab. Akan tetapi terpulang kepada Yang Berhormat. Akan tetapi kalau Yang Berhormat hendak buat fasal di bawah – maaf, di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat Tuan Pengerusi, yang mana Yang Berhormat hendak bawa kepada pindaan itu mungkin kita boleh undi. Akan tetapi setakat ini saya boleh memberi itu jawapan di peringkat dalam Jawatankuasa. Terpulang kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat mengatakan bahawa it is not clear, boleh mewujudkan kesangsian.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Akan tetapi saya berpegang kepada mukadimah kepada akta ini yang menyatakan bahawa this is, “An act to provide for certain sexual offences against children and their punishment in addition to other sexual offences against children and their punishment in other written laws and in relation to it to provide for the administration of justice for children and other connected matters. Itu bagi saya adalah mukadimah pembukaan. Sekarang, bila bercakap tentang child pornography kalau kita mengambil contoh Yang Berhormat Setiu, saya sebut dalam fasal ini bahawa kita sentuh kepada dua. Rang undang-undang ini adalah rang undang-undang kepada membela kanak- kanak di bawah umur 18 tahun, itu rang undang-undang ini. Kalau pemangsa ataupun perpetrator bawah umur 18 tahun ataupun atas umur 18 tahun, itu tidak menjadi ukuran kepada rang undang-undang ini sebab rang undang-undang ini ialah rang undang- undang kepada mangsa.
Yang Berhormat mengatakan bahawa wujudnya kesangsian dalam Fasal 2, saya dah jawab. Jadi bagi saya, kita kena buka kepada undi. Itu sahaja yang saya boleh bagikan keputusan sebab kita dah terangkan kepada Yang Berhormat tentang pembacaan dia but Yang Berhormat sebagai peguam bela, peguam cara dan saya yakin Yang Berhormat pun boleh membawa kes-kes sedemikian sebagai pembelaan, kemungkinan ini yang akan dibawa oleh Yang Berhormat dan Yang Berhormat sebut pula kita akan rujuk kepada hansard. Itu kepada---dan saya dah kata daripada mula bahawa dalam semua kes sedemikian, kita tidak boleh lari daripada kuasa budi bicara hakim dan kuasa pendakwa raya. Saya dah kata banyak kali, saya dah terangkan tetapi rang undang-undang ini adalah rang undang-undang yang wujud sebagai satu deterrent dengan izin, dan kita tidak ada definisi child pornography dalam Fasal 4. Itulah kali pertama kita wujudkan dalam rang undang-undang ini dan juga dibaca dengan rang undang-undang yang lain dan undang-undang yang lain pun tidak ada child pornography. Kemudian kita ada dalam Fasal 5, saya lompat sekejap, saya tahu kita terlampau laju nak melompat tetapi dalam, maaf bukan Fasal 5 tetapi di bawah child grooming, iaitu di bawah Bahagian III – Offences Relating to Child Grooming. Bererti di dalam perkara ini, sebenarnya yang saya hendak sebut kepada Yang Berhormat itu memang kita mewujudkan sesuatu perkara yang baru.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Fifteen minutes.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Habis?
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Saya rasa itu sahaja yang saya nak cakap untuk rang undang-undang 2, 3 dan 4 di mana Pengerusi minta kepada pindaan dalam kertas. Silakan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Pengerusi, bukan untuk rang undang-undang tetapi untuk seksyen-seksyen itulah. Ya, hanya terhad, Yes.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Fasal-fasal?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yes, yes. Fasal-fasal. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, kita akan putuskan 2, 3 dan 4, Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah ialah bahawa pindaan seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [****Fasal-fasal 2, 3 dan 4** seperti yang dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa 4 April 2017.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.33 malam]