Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, pada pagi ini ada tetamu kehormat kita daripada Republik Persekutuan Somalia dan rombongannya yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri iaitu Yang Amat Berhormat Mohamed Omer Arteh dan Dewan ini mengalu-alukan ketibaan beliau.
[Tepuk] Your Excellency, welcome to the Dewan Rakyat, Malaysian Parliament. Sila.
1. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minta Perdana Menteri menyatakan apakah impak dan kepentingan lawatan Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Raja Arab Saudi ke Malaysia baru-baru ini.
Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya lawatan negara oleh Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Raja Arab Saudi ke negara ini telah memberi impak yang sangat besar kepada Malaysia terutamanya dalam membina hubungan strategik yang lebih erat, hubungan ekonomi yang lebih bermanfaat dan hubungan ummah yang lebih bermakna. Pada sudut ekonomi pula, sebanyak 7 MoU kerjasama antara pihak swasta Malaysia dan Arab Saudi telah berjaya dimeterai yang melibatkan potensi perdagangan dan pelaburan rentas sempadan yang bernilai kira-kira RM9.75 bilion.
Perjanjian di antara syarikat-syarikat Malaysia dan Arab Saudi tersebut membabitkan pelbagai sektor seperti tenaga, kesihatan, pembinaan, pendidikan, industri kecil dan sederhana dan juga industri halal. Kemuncak bagi lawatan tersebut adalah pelaburan ekuiti yang membabitkan syarikat minyak bagi kedua-dua buah negara iaitu Petronas dengan Saudi Aramco bagi penyertaan Saudi Aramco di dalam projek RAPID Petronas di Pengerang Johor. Jumlah pelaburan sebanyak RM31 bilion atau USD7 bilion merupakan pelaburan terbesar yang pernah dibuat oleh sebuah syarikat Arab Saudi di Malaysia.
[Tepuk meja] Pada lawatan ini juga Raja Salman telah berkenan untuk turut memberi sokongan penuh kepada penubuhan King Salman Centre for Global Peace. Bagi tujuan ini juga, kerjasama dalam bidang pertahanan terus diperkukuhkan khususnya dalam usaha menentang keganasan dan ideologi ekstremisme agar fahaman tersebut tidak menular serta dapat dibendung di peringkat kedua-dua negara.
Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya bersempena dengan lawatan negara Baginda ke negara ini juga, isu permohonan kuota jumlah jemaah haji turut dibincangkan.
Alhamdulillah, hasil daripada perbincangan saya dengan Raja Salman bin Abdulaziz Al- Saud, baginda telah berkenan untuk meningkatkan kadar kuota haji Malaysia daripada 27,900 orang meningkat kepada 30,200 jemaah.
[Tepuk] Selain itu, Baginda juga mempertimbangkan secara mendalam permohonan Malaysia untuk menyewa tanah bagi tujuan pembinaan kompleks penginapan untuk kemudahan jemaah haji Malaysia pada masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, jelas sekali keberangkatan Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, penjaga dua masjid suci yakni Masjidil Haram dan Masjid An-Nabawi ke negara ini menjadi detik yang amat bersejarah bahawa Baginda berkeyakinan penuh terhadap kestabilan politik dan ekonomi Malaysia.
Sekali gus meletakkan hubungan dua hala Malaysia dan Arab Saudi pada kedudukan
Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
terbaik serta tahap tertinggi dan didoakan berkekalan sampai bila-bila. *Insya-Allah.
[Tepuk]*
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri dan kerajaan khususnya di atas keupayaan mempengaruhi dan membawa Baginda Raja Salman melabur ke negara ini.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Mungkin secara terperinci Yang Amat Berhormat Dato’ Sri boleh menyatakan apa impak kebaikannya kepada generasi muda dalam negara ini dari segi peluang pekerjaan dan sebagainya. Juga, apakah pengiktirafan yang telah diberi kepada Baginda Raja Salman apabila Baginda mengadakan lawatan ke negara kita? Terima kasih.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, lawatan negara Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia ini amat signifikan daripada pelbagai sudut. Antaranya, pengiktirafan terhadap Malaysia kerana Malaysia merupakan negara pertama dipilih oleh Baginda untuk dilawati oleh Baginda.
Dari segi pengiktirafan yang lain, tentu sekali kalau ada pihak yang menidakkan kita kononnya kita ini negara gagal ataupun tidak stabil ekonomi kita dan sebagainya yang menyebabkan maklumat-maklumat yang salah, Tuan Yang di-Pertua, disampaikan kepada pihak Saudi Arabia terutama sekali Aramco, kononnya EPF dah bankrap, kononnya kita tidak ada duit hendak bayar gaji pegawai kerajaan, macam-macam. Jadi pada saya, Tuan Yang di-Pertua, bila Raja Salman melawat Malaysia, lenyap segala- gala tuduhan palsu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
[Tepuk]
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang memberikan jawapan tadi. Saya hendak dapat satu penjelasan daripada Yang Amat Berhormat, selain daripada aspek ekonomi dan juga pelaburan yang kita boleh tiru ataupun boleh bekerjasama dengan Arab Saudi, adakah kerajaan bercadang untuk bekerjasama dalam bidang lain, contohnya sosial khususnya dalam indeks kadar jenayah global yang jelas Arab Saudi lebih rendah daripada negara-negara yang dikatakan selamat di dunia ini?
Mohon penjelasan. Terima kasih.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Kita boleh bekerjasama dengan Kerajaan Arab Saudi yang meliputi semua bidang, semua aspek termasuk juga macam mana kita hendak menangani soal jenayah dan sebagainya. Kita sedia untuk memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada Kerajaan Arab Saudi.
2. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan punca kejadian banjir kilat yang berlaku di sembilan buah jalan sekitar Kuala Lumpur pada 14 Mac 2017 sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan apakah status naik taraf pembesaran longkang bagi menampung air hujan sekiranya berlaku hujan lebat di Kuala Lumpur.
Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Lembah Pantai, Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengenal pasti kejadian banjir kilat di sembilan buah jalan di Kuala Lumpur pada 14 Mac 2017 tempoh hari berpunca daripada empat sebab seperti berikut:
(i) intensiti hujan yang tinggi di mana bacaan pada tolok hujan di Lebuh Pasar pada hari kejadian mencatatkan keamatan hujan sebanyak 50 milimeter. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, longkang-longkang sedia ada di Kuala Lumpur direka bentuk untuk menampung keamatan hujan sebanyak 50 milimeter. Namun begitu, dengan faktor masa dan persekitaran, kapasiti untuk menampung hujan akan berkurangan disebabkan faktor keuzuran longkang tersebut;
(ii) saluran keluar air dari jalan ke longkang terhalang oleh mendapan pasir dan sampah di tepi jalan;
(iii) saluran air keluar atau outlet pipe, dengan izin, dari jalan ke longkang tidak mencukupi; dan
Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
(iv) terdapat kelodak hakisan tanah disebabkan kerja-kerja pembangunan tanah. Dalam hal ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengenal pasti lokasi-lokasi yang kerap berlaku air bertakung di atas jalan semasa hujan lebat dan sedang menyediakan cadangan-cadangan untuk mengatasinya.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Lembah Pantai, bagi lokasi Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail, cadangan untuk menjalankan kerja- kerja untuk menaik taraf longkang akan dilaksanakan tidak lama lagi di mana kontraktor bagi kerja-kerja penaiktarafan tersebut telah pun dilantik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Bagi mengenal pasti masalah banjir kilat di Jalan Pantai Baru pula, kerja-kerja akan dilaksanakan bersekali dengan kerja-kerja menaik taraf kolam takungan banjir Universiti Malaya di mana proses tender sedang berjalan pada ketika ini. Cadangan penaikan taraf di lokasi-lokasi lain sedang dalam penyediaan reka bentuk dan dokumen tawaran.
Tuan Yang di-Pertua, pada umumnya, kejadian banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur pada 14 Mac 2017 tidak menyebabkan jalan perlu ditutup. Kenderaan masih boleh melalui walaupun agak perlahan kerana kelazimannya banjir kilat akan surut dalam masa yang singkat. Terima kasih.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ucapkan terima kasih atas jawapan walaupun sebenarnya pengumuman tentang penaiktarafan di Universiti Malaya dan Jalan Pantai Baru itu diumumkan oleh Timbalan Yang Berhormat tahun lepas.
Jadi persoalan saya, antara sebab-sebab yang diperincikan yang mengakibatkan banjir kilat sudah pun diberikan sebelumnya tetapi kita masih lagi menyaksikan fenomena ini terus berlaku. DBKL telah memperuntukkan selama tiga tahun ini antara 2015 hingga 2017 sebanyak RM600 juta lebih untuk penaiktarafan.
Apakah yang boleh kita harapkan setelah melihat kesemua pengumuman ini dibuat tetapi pelaksanaan itu belum cukup mencukupi? Mohon jawapan Yang Berhormat.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Terima kasih Yang Berhormat daripada Lembah Pantai. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja ini telah pun ditenderkan ataupun dikenal pasti permasalahan-permasalahan dalam kawasan- kawasan yang telah Yang Berhormat sebutkan tadi. Ia mengambil masa kerana urusan tender dan juga urusan kita membuat kajian.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Ahli Yang Berhormat mesti faham bahawa Kuala Lumpur ini sebuah bandar raya yang masih sedang membangun dan faktor-faktor kenaikan air ini kadangkala ia berbeza-beza di dalam satu kawasan ke satu kawasan lain kerana ketika itu kita bangunkan tempat ini dan tempat ini telah pun selesai dalam segi penaikan taraf dan sebagainya dan banjir ini beralih ke tempat lain. Jadi, beri peluang kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Untuk makluman Yang Berhormat, percayalah bahawa apa yang telah diberi atau jawapan telah diberi oleh timbalan saya khususnya di Lembah Pantai itu sendiri, masalahnya bukan masalah Dewan Bandaraya tetapi masalahnya di Universiti Malaya sendiri kerana takungan di Universiti Malaya itu tidak dapat menampung hujan yang turun dengan begitu deras dan sebagainya. Jadi kita sendiri telah berbincang dengan pihak Universiti Malaya untuk menyelesaikan dan membantu mereka untuk mendalamkan kolam mereka dan juga menaik taraf kolam tersebut dengan perbelanjaan daripada Dewan Bandaraya untuk memastikan bahawa air tidak lagi naik di jalan tersebut. Terima kasih.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin bertanya kepada kementerian. Adakah pihak kementerian ada menyediakan bantuan ihsan kepada mangsa-mangsa banjir ini dan adakah disediakan satu tabung khas untuk menangani isu dan juga tuntutan berkaitan dengan kejadian banjir kilat ini yang saya amat yakin pihak kementerian terutamanya pihak Menteri sendiri memang amat prihatin terutamanya berkaitan dengan kebajikan rakyat kita? Terima kasih.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sekijang. Untuk makluman Yang Berhormat Sekijang, ini banjir kilat. Jadi bila banjir kilat, ia akan surut dengan cepat dan banjir kilat ini pun berlaku oleh kerana sebab-sebab yang tertentu seperti yang saya telah maklumkan kepada Yang Berhormat Lembah Pantai tadi.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Jadi, kita tidak ada menyediakan peruntukan untuk membantu ataupun pertolongan-pertolongan khas kerana pertolongan-pertolongan khas ini kalau ia terlalu ketara, maka kita akan berbincang dengan pihak yang berkewajipan, umpamanya pihak- pihak kementerian lain, untuk membantu pihak-pihak yang menghadapi masalah dalam kes-kes yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, tidak ada peruntukan khusus untuk kita bantu kerana ini merupakan banjir kilat. Terima kasih.
3. Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid [Kota Tinggi] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan akhir-akhir ini terdapat beberapa kejadian serangan haiwan liar seperti gajah, kera, babi hutan dan sebagainya. Apakah tindakan segera Kementerian dan perancangan jangka masa panjang dalam menyelesaikan konflik antara manusia dan haiwan liar ini. Apakah tindakan yang diambil pihak PERHILITAN pada masa ini dianggap mencukupi.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, kita memandang serius konflik di antara manusia dan binatang. Jabatan PERHILITAN pada tahun 2012 hingga tahun 2016 telah membuat bancian sejumlah 30,786 aduan gangguan hidupan liar telah diterima. Beberapa kaedah telah dijalankan bagi menangani masalah gangguan hidupan liar ini mengikut negeri.
Pecahannya panjang Tuan Yang di-Pertua.
Bagi spesies gajah, antara tindakan segera yang telah diambil adalah menjalankan operasi tangkapan dan pindahan. Operasi tembak, halau dan pemantauan lokasi aduan. Bagi perancangan jangka panjang untuk merancang konflik menangani konflik gajah, tindakan seperti membuat sistem pagar elektrik. Ini kita telah buat sepanjang 302 kilometer di Pahang, di Johor, di Perak, Terengganu, Kelantan dan kita akan berterusan membuat sistem pagar elektrik ini.
Kedua, pemasangan collar satellite yang kita tangkap gajah itu, kita pasang collar satellite dan kita pantau pergerakan gajah ini. Melalui kaedah ini, gerakan gajah konflik boleh dikenal pasti. Melaksanakan Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan bagi mewujudkan keseimbangan di antara kelestarian populasi gajah dan aktiviti pembangunan semasa di Semenanjung Malaysia dan menjalankan kerjasama dengan universiti dan NGO dalam bidang penyelidikan dan kempen kesedaran awam.
Ketiga, pengurusan konflik spesies kera, babi hutan pula di antara tindakan yang diambil ialah mengawal populasi konflik dengan menjalankan operasi culling, pemasangan perangkap koleksi konflik, menjalankan operasi basmi musuh-musuh tanaman bersama masyarakat. Untuk makluman Dewan yang mulia ini Tuan Yang di- Pertua, bahawa kita mempunyai populasi kera Tuan Yang di-Pertua 318,816 ekor kera dibanci di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan.
Keempat, baru-baru ini menjalankan projek cubaan bagi konteks menangkap kera di Hulu Langat dan Petaling, Selangor pada tahun 2017. Sebanyak RM50,000 telah diperuntukkan bagi menangkap 2,000 ekor kera. Kerja kementerian ini bukan sahaja banjir, kera pun tangkap. Namun begitu, sebab pembangunan negara yang semakin pesat, masih terdapat aktiviti pembukaan kawasan untuk kepentingan sosio ekonomi rakyat, konflik manusia. Selagi manusia memasuki kawasan habitat binatang, perkara ini tetap akan berlaku, Tuan Yang di-Pertua.
Bagi pengurusan gajah konflik, pemasangan SPG masih dilakukan di kawasan Kedah, Pahang, Johor, Perak dan Terengganu yang dianggarkan 220 kilometer jajaran SPG perlu menanggung kos sebanyak RM11 juta yang perlu diperuntukkan.
Penambahan pemasangan collar pada 32 kumpulan gajah konflik bagi sistem amaran awal juga perlu diteruskan. Bagi pengurusan kera konflik pembangunan, perangkap kera melalui Program Menangkap Kera Komuniti adalah perlu dilakukan berterusan.
Sebanyak 1,102 buah perangkap masih diperlukan anggaran kos sebanyak RM3 juta.
Sekian Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid - Kota Tinggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tempat saya khususnya Kota Tinggi mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana minggu lepas apabila dilaporkan ada kejadian serangan gajah, Yang Berhormat Menteri hantar Jabatan PERHILITAN untuk buat pemantauan. Akan tetapi gajah ini cerdik, apabila Yang Berhormat Menteri arah sahaja, dia lari tempat lain, dia tidak datang.
Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid - Kota Tinggi
Jadi tempat saya tahun lepas ada kematian. Tahun ini banyak kali dan banyak kemusnahan berlaku dan kerugian pada petani dan penduduk tempatan. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian bercadang, pertama, buat tabung untuk membantu kerajaan negeri melaksanakan sanctuary gajah di Panti. Saya dengan Yang Berhormat P156 Tenggara.
Kedua, adakah tabung khas untuk mereka yang terkesan sebab ekonomi ini?
Mereka rosak banyak kali datang dan kasihan. Rumah rosak. Jadi adakah kementerian bercadang untuk buat tabung khas bantu mereka macam tabung banjirlah. Terima kasih.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, Pada masa sekarang kita tidak mempunyai tabung khas untuk membantu orang yang terjejas oleh kerana konflik dengan binatang daripada hutan dan sebagainya.
Akan tetapi walau bagaimanapun saya bersama dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri masih lagi memikirkan soalan mewujudkan satu tabung. Akan tetapi skop dan luas tabung itu nanti kita akan umumkan apabila telah kita bincang bersama.
Mungkin termasuk juga persoalan membantu masyarakat yang terjejas oleh masalah binatang yang mengganggu pertanian dan perumahan masyarakat. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Menteri, saya hendak sokong cadangan sahabat saya Yang Berhormat Kota Tinggi tadi bahawa perlu ada satu tabung kumpulan wang amanah untuk membantu mangsa- mangsa tadi. Misalnya di Melaka, di kawasan saya tahun lepas seorang budak umur sembilan tahun diserang babi hutan.
Cuma saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah ada koordinasi antara pihak berkuasa tempatan dengan kementerian agar kita lakukan tindakan preventif rather than selepas berlaku baru kita hendak tangani. Terima kasih.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, koordinasi di antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri memang kita laksanakan.
Masalah yang kita hadapi untuk menangani binatang-binatang ini ialah oleh kerana pembangunan yang pesat di setiap negeri yang memasuki kawasan-kawasan habitat binatang. Kadang-kadang ada pembangunan-pembangunan yang dirancang oleh pihak kerajaan negeri yang mungkin tidak ada konsultasi yang sepenuhnya dengan pihak yang berwajib umpamanya Jabatan PERHILITAN, Jabatan Hutan yang mengetahui di mana letaknya biodiversiti yang tinggi yang mana binatang-binatang itu ada.
Jadi ini kadang-kadang ada kelemahan sedikit koordinasi dalam pembangunan- pembangunan ini. Pembangunan ini diluluskan oleh kerajaan negeri tetapi apabila hendak melaksanakan perkara ini, konteks keperluan kerajaan negeri ia bercanggah sedikit dengan keperluan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Saya bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat supaya koordinasi ini diperhebat lagi. Terima kasih.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah [Jasin] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan langkah-langkah konkrit untuk menangani masalah pengeluaran (supply) graduan yang melebihi keperluan pasaran (demand) dan mismatch antara pengeluaran dan keperluan pasaran di pasaran buruh.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Jasin ini bersekali dengan dua pertanyaan lain dari Yang Berhormat Kota Raja pada 20 Mac dan juga Yang Berhormat Rantau Panjang pada 29 Mac memandangkan isu yang dibangkitkan adalah berkaitan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sistem kajian pengesanan graduan ataupun SKPG yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi merupakan satu kajian tahunan dengan tujuan untuk mendapatkan
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
angka kebolehpasaran graduan pada setiap sesi konvokesyen di institusi pendidikan tinggi.
Bagi kebolehpasaran graduan untuk tahun 2016, dapatan kajian ialah ke atas 387 IPT mendapati sebanyak 77.3 peratus graduan daripada 238,190 responden telah mendapat pekerjaan selepas enam bulan bergraduan. Bilangan yang belum bekerja sudah berkurangan sebanyak 1.36 peratus berbanding tahun 2015 menjadikan jumlah seramai 54,105 orang di mana sebanyak 52 peratus ialah graduan dalam bidang sastera dan sains sosial. Manakala 43 peratus adalah graduan dalam bidang sains teknik, teknologi maklumat dan juga komunikasi. Kebolehpasaran untuk pelajar-pelajar politeknik ialah 88.7 peratus dan kebolehpasaran untuk pelajar-pelajar kolej komuniti ialah 97.2 peratus.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Dalam menangani masalah perbezaan di antara pengeluaran graduan yang melebihi pasaran, kementerian telah mengambil beberapa langkah seperti melaksanakan penjumudan ataupun pembekuan kursus ataupun program yang tidak relevan dan tidak berdaya maju kepada keperluan semasa, mengenal pasti kursus ataupun program baru yang berorientasikan kepada industri dan memperkenalkan program dwi ijazah. Beberapa langkah telah diperkenalkan dalam mencapai usaha tersebut. Antaranya sebagaimana telah saya banyak kali katakan di Dewan ini iaitu pengenalan kepada sistem purata nilai gred kumulatif bersepadu ataupun dengan izin, integrated CGPA yang menilai kebolehan pelajar dalam bidang keusahawanan, kemampuan pengurusan, kemahiran sosial dan juga berkomunikasi.
Seterusnya ialah program 2u2i yang merupakan program di mana pelajar berada di universiti dan dua tahun di industri. Program CEO@Fakulti yang melibatkan tokoh-tokoh korporat yang berwibawa iaitu melibatkan CEO daripada Shell, Motorola, Maybank, CIMB, Khazanah dan lain-lain. Keempatnya ialah program Pusat Kecemerlangan Industri yang meningkatkan lagi kolaborasi di antara IPT dengan industri.
Tidak kurang juga yang kelimanya, program keusahawanan dengan kerjasama PUNB, TERAJU, MDTC di mana pelajar-pelajar digalakkan untuk menjana pekerjaan menjadi dengan izin job creator, bukan hanya mencari pekerjaan ataupun job seeker. Mata pelajaran juga di universiti menggunakan dengan izin, education for self-employment. Seterusnya untuk nombor enam, bahasa Inggeris juga telah diperkasakan dengan penggunaan Cambridge Accessible Tests (CATs) yang memberi penekanan membaca, menulis, mendengar dan bertutur yang mendapat pengiktirafan daripada Common European Framework Reference (CEFR). Pelaksanaan Gap Year juga iaitu akan memberi pilihan kepada pelajar untuk bekerja iaitu dengan konsep dengan izin, learn and earn di masa yang sama. Pada tahun 2023 nanti, insya-Allah kita akan pastikan 30 peratus daripada pensyarah IPT akan berpengalaman dalam bidang masing-masing dan 50 peratus daripada pelajar-pelajar polytech dan kolej komuniti mempunyai pengalaman masing-masing.
Di USIM kita lihat ada program dwi ijazah di mana pelajar-pelajar Al-Quran dan sunah mempunyai juga ijazah yang sama dalam bidang kaunseling dan juga sains komputer. Pelajar-pelajar dalam bidang fiqh dan fatwa juga mendapat ijazah yang sama dalam teknologi makanan. KPT berkeyakinan melalui langkah-langkah ini bahawa para pelajar akan dapat meningkatkan penguasaan kemahiran insaniah, berpengetahuan serta sikap yang sesuai untuk bekerja dan mempunyai keyakinan untuk menceburi bidang keusahawanan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih yang Berhormat Menteri. Jadi bagi mengatasi masalah pengangguran yang juga under employment yang semakin meningkat, jadi adakah pihak kerajaan bercadang untuk mempertimbangkan syor-syor yang akan saya buat ini:
(i) kita mahu mentransformasikan low wage labour intensive economy kepada high-wage high-tech economy;
(ii) kita mahu mendidik anak-anak daripada sekolah rendah sehinggalah ke peringkat tertiary supaya mereka lebih cenderung kepada bidang keusahawanan kerana banyak negara maju yang telah membuat perkara ini dengan memperkenalkan kurikulum-kurikulum yang relevan supaya mereka ini tidak terus bergantung kepada makan gaji;
(iii) kita mahu melihat kalau boleh kita dapat menyediakan lebih banyak lagi peluang-peluang perniagaan dan juga ruang- ruang untuk bekerja sendiri;
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
(iv) kalau boleh dibuat, kalau boleh kita hendak lihat kita mengkaji semula apa juga perancangan pendidikan mestilah selaras dengan perancangan ekonomi supaya kita dapat pastikan guna tenaga dapat kita ambil maklum;
(v) kita mahu kalau boleh kita mengubah hala tuju IPT ke arah kepada vokasional universiti seperti apa yang dibuat di Jepun; dan
(vi) kita hendak Menteri ada sebut tadi tentang pengangguran.
Pada ketika ini kita ada sebanyak sekarang 152,000 penganggur-penganggur ini. Kalau boleh kita mesti memperkenalkan reskilling, skill upgrading kepada mereka sekurang-kurangnya mereka dapat diserapkan dalam pasaran pekerjaan pada ketika ini.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, itu cadangan-cadangan. Tidak ada soalan. Lain kali Yang Berhormat Jasin, kamu buatkan soalan. Sila.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Cadangan-cadangan lain itu banyak yang boleh diambil kira oleh kementerian-kementerian yang lain. Akan tetapi saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat tadi bahawa ia pendidikan perlu diselaraskan dengan ekonomi. Oleh sebab itu saya katakan tadi CEO@Fakulti program, program iCGPA, 2u2i.
Oleh sebab itu di kementerian sekarang kita mengatakan kita sedang redesign ataupun mengubah cara kita melihat pendidikan dan dalam bentuk katakanlah, sebab itu kita mendahului dunia dalam program-program CEO@Fakulti, iCGPA, 2u2i kerana kita merasakan bahawa pelajar-pelajar perlu didedahkan dengan pengalaman yang berbeza.
Itu sedang dilaksanakan di kementerian, Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, soalan saya berkaitan dengan angka jumlah penganggur berijazah sebagai peratusan daripada jumlah penganggur keseluruhan iaitu statistik yang dikeluarkan oleh the Quality of Government Institute dari University of Gothenburg yang telah menunjukkan bahawa tahun 2011, 2012, 2013 dan 2014, jumlah peratusan penganggur berijazah daripada penganggur keseluruhan kekal tinggi di antara 29.8 peratus dan yang terkini 28.8 peratus, berbanding dengan tahun-tahun 90-an, ia hanya kekal sekitar 10 peratus. Ini menunjukkan bahawa satu per tiga daripada penganggur di Malaysia ini adalah yang berijazah Yang berhormat Menteri. Jadi soalan saya, adakah yang berhormat Menteri dan kerajaan akan mengisytiharkan ini sebagai satu krisis nasional yang memerlukan langkah dan penggemblengan usaha yang melebihi daripada yang telah diterangkan oleh Menteri setakat ini kerana terbukti sejak lima, enam tahun kebelakangan ini, segala langkah-langkah itu tidak berkesan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Saya sudah katakan tadi yang Berhormat bahawa angka yang saya petik tadi ialah angka yang daripada 238,190 responden. Saya tak tahulah angka yang Yang Berhormat petik tadi berapa respondennya. Kadar kebolehpasaran 77.3 peratus dan ia telah meningkat daripada tahun lalu sebanyak 1.36 peratus. Jadi saya hendak ulang lagi, untuk politeknik 88.7 peratus kebolehpasaran dan polytech ialah 97.2 peratus. Ini daripada responden yang lebih 238,000 orang dan ia satu kajian yang mantaplah yang saya rasa tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Bagaimana langkah-langkah yang disebutkan tadi boleh dilaksanakan apabila kita menghadapi graduan perubatan daripada 375 kolej perubatan di seberang laut dan 32 di dalam negeri ini?
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Kementerian tidak ada kawalan di atas graduan- graduan yang sedang belajar di luar negara. Akan tetapi walau bagaimanapun, baru-baru ini kerajaan telah membuat keputusan agar mereka boleh bekerja ditempatkan secara kontrak di hospital-hospital agar mereka terus mendapat kerja dengan senang selepas daripada itu.
2. Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan:
(a) tentang keadaan banjir yang berlaku setiap tahun di Pantai Timur dan berikan punca-punca utama yang mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan tertentu hampir setiap tahun; dan
(b) mengapa fenomena banjir tidak dapat diatasi dan nyatakan projek- projek pencegahan banjir yang telah dilaksanakan dan bagaimanakah dengan kesannya.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Keadaan banjir yang berlaku di Pantai Timur iaitu di kawasan Kelantan, Terengganu dan Pahang adalah berpunca daripada taburan hujan yang tinggi akibat daripada angin Monsun Timur Laut yang berlaku pada bulan Oktober hingga Januari setiap tahun.
Dalam pada itu, kerajaan turut menjalankan kajian pelan induk tebatan banjir kajian saliran bandar bagi bandar-bandar utama di seluruh Malaysia dan telah mengenal pasti antara punca utama banjir adalah termasuk:
(i) perubahan guna tanah yang ketara dalam lembangan sungai yang menyebabkan peningkatan air larian permukaan;
(ii) penambakan tanah bagi pembinaan infrastruktur perumahan dan merintangi dataran banjir, mengecilkan ruang untuk menyimpan air banjir semasa waktu puncak hujan;
(iii) air pasang berhampiran dengan laut;
(iv) sampah-sarap yang menghalang laluan air sungai dan sistem perparitan;
(v) pembukaan tanah yang tidak terkawal sebab tidak ada sistem kawalan hakisan kelodak yang menyebabkan segmen memasuki ke dalam saluran sungai menyebabkan sungai menjadi sebu yang mengakibatkan kapasiti hidraulik sungai berkurangan; dan
(vi) tradisi masyarakat yang memilih untuk mendirikan rumah mereka rendah di tanah punca banjir; Tanah rendah merupakan dataran banjir menyebabkan kawasan berisiko tinggi.
Kawasan-kawasan rendah, lembah dan pinggir sungai merupakan kawasan berdataran banjir. Dataran banjir berfungsi sebagai storan semula jadi yang berupaya menyerapkan air supaya air hujan yang turun tidak terus menjadi air larian permukaan yang terus masuk ke sistem saliran dan sungai. Apabila pembangunan dijalankan di kawasan tersebut amat sukar untuk mengelakkan banjir daripada berlaku. Kita hanya boleh mengurangkan kesan banjir dengan melaksanakan infrastruktur saliran yang efisien namun ianya memerlukan kos pembinaan operasi yang amat tinggi:
(i) kegagalan pemaju perumahan.
Ini amat penting Tuan Yang di-Pertua, mematuhi cadangan pihak perunding juga di antara punca banjir berlaku. Sebagai contoh, pematuhan kepada manual saliran mesra alam iaitu mengawal air larian di punca. Sesetengah pemaju gagal untuk menyediakan facilities seperti sistem saliran yang efisien, kolam takungan, on-site detention pond disebabkan untuk menjimatkan kos pembangunan.
Begitu juga facilities semasa pembinaan pemaju mematuhkan pelan kawalan hakisan dan kelodak, erosion sediment control plan seperti pembinaan silt trap, check dam, silt fence, sediment pond, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, bagi mengawal banjir.
Atas pembangunan radius level yang lebih tinggi juga jarang-jarang dipatuhi iaitu point six meters freeboard menyebabkan kawasan perumahan terdedah kepada banjir.
Fenomena banjir tidak dapat diatasi sebab oleh perubahan iklim yang memenuhi pola hujan seperti yang kita sedang alami sekarang. Perubahan ini berpotensi untuk menyebabkan kejadian seperti banjir, angin, di masa angin monsun.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Antara langkah struktur diambil oleh pihak kementerian bagi mengurangkan impak banjir ialah melalui pembinaan projek tebatan banjir seperti contoh pembinaan terowong yang sebagai SMART yang telah dibina semula tahun 2003 dan telah beroperasi sejak tahun 2007. Fungsi SMART adalah untuk mengatasi 45 peratus masalah banjir di Pusat Bandar raya Kuala Lumpur. Sebanyak lapan kejadian banjir besar, limpahan Sungai Klang yang berpotensi menyelamatkan kawasan tumpuan utama Pusat Bandar Kuala Lumpur telah dapat dielakkan semenjak terowong SMART mula beroperasi.
Sejak projek tebatan banjir juga membentuk berdasarkan kepada atas perlindungan banjir flood protection level yang optimum pada 100 ARI ataupun average recurrence interval untuk kawasan bandar dan 25 ataupun 50 average recurrence level, dengan izin untuk kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun, banjir tetap akan berlaku sekiranya hujan yang turun adalah melebihi daripada hujan reka bentuk, design rainfall and duration storm yang telah diguna untuk pelaksanaan projek-projek tebatan banjir.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah melaksanakan projek RTB yang telah menelan belanja sebanyak RM3.936 bilion. Projek-projek tebatan banjir telah memberi impak yang positif di mana terdapat pengurangan bilangan penduduk yang menjadi mangsa banjir dikesan daripada pelaksanaan projek tersebut.
Sebagai contoh bagi perancangan tebatan banjir di Cameron Highlands telah melalui pelaksanaan rancangan tebatan banjir Sungai Batam yang telah siap sepenuhnya, 19 November 2016 dan rancangan tebatan banjir Sungai Ringlet sedang di dalam fasa yang ketiga dengan skop kerja yang melibatkan kerja-kerja mendalam dan melebarkan sungai di sepanjang 1.9 kilometer.
Naik tarafan lima buah jambatan, pembinaan enam end part drop structure dan satu Dewan Serbaguna melaksanakan rancangan tebatan banjir Sungai Batam dapat mempunyai kadar ulang banjir 100 tahun average recurrence interval dengan peningkatan kapasiti sungai lima meter persegi kepada 220 meter persegi secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko banjir kepada 3,000 penduduk di kawasan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Tadi jawapan Yang Berhormat Menteri ingin saya tanya soalan tambahan iaitu selain dari punca-punca yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri adakah akses logging atau pembalakan yang sudah luar kawalan dan ini mengakibatkan catchment area telah terjejas. Adakah ini salah satu punca utama yang mengakibatkan banjir ini lebih teruk dari tahun-tahun yang lepas. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, memang tidak dapat dinafikan sebagaimana yang saya telah sebut dalam perenggan lima tadi iaitu nombor lima pembukaan tanah yang tidak terkawal. Jadi pembukaan tanah ini terbahagi kepada beberapa sebab. Pertamanya, pembalakan, perladangan, pertanian dan juga pembangunan perkampungan dan pembangunan untuk kediaman masyarakat.
Ini mendatangkan kesan yang buruk kepada saliran air. Apabila air ini tidak mempunyai sungai dan creek untuk melalui pergi ke sungai maka kalau sistem salirannya tidak mencukupi bahawa kawasan itu bakal terkena banjir. Hutan juga kalau ditebang sebegitu rupa dengan sendirinya kita tidak mempunyai satu tempat untuk retention kepada hujan yang banyak turun.
Khususnya pada tahun 2014 Tuan Yang di-Pertua, adalah satu fenomena yang luar biasa di mana turunan hujan pada bulan Disember umpamanya telah menjangkau hingga 725 meter padu dalam satu masa sahaja khususnya di Kelantan. Itulah mengenakan Kelantan itu menjadi banjir yang begitu rupa. Walau bagaimanapun, kita ada perancangan yang khusus di Kelantan yang makan belanja yang berbilion bakal dilaksanakan bermula dengan kontrak yang bakal kita laksanakan dengan RM300 juta dahulu tidak lama lagi tender itu akan diselesaikan. Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya melihat kelulusan untuk tebang pokok untuk menebang ini adalah di bawah kuasa Jabatan Hutan Negeri. Jadi bila kita tanya sesuatu projek yang berlaku maka berlakulah tunjuk menunjuk juga. Federal ke negeri dan negeri ke federal. Kajian EIA adalah satu perkara yang sangat penting sebelum sesuatu projek diluluskan.
Soalan saya Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah syarat dalam penilaian impak alam sekitar difahami dan dipatuhi oleh peneroka-peneroka dan oleh pemaju-
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
pemaju untuk tujuan pembalakan atau perladangan? Apakah komitmen kerajaan dalam memantau ketirisan dalam permohonan kelulusan yang boleh memudaratkan alam sekitar dan juga masyarakat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kalau orang kata soalan ini planted soalan, Tuan Yang di-Pertua, tidak betul tetapi saya memang menunggu soalan yang dibuat oleh Yang Berhormat. Sebenarnya kita kena melihat daripada sudut Perlembagaan, Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan jabatan di bawah kementerian ini hanyalah regulatory body, dengan izin iaitu badan pemberi perundangan, peraturan dan sebagainya. Bukan badan yang mempunyai harta sumber sendiri. Dengan sendirinya, hutan, tanah dan sebagainya itu adalah kepunyaan kerajaan negeri. Walaupun Jabatan Hutan ada di negeri tersebut, dia masih tertakluk kepada arahan dan kehendak kerajaan negeri. Jadi kalau ada pemotongan hutan, kayu dan pokok, itu bukan kementerian boleh mengawal sebabnya harta itu adalah kepunyaan kerajaan negeri. Itu yang pertama.
Kedua, EIA, Tuan Yang di-Pertua. Kita mempunyai satu kerangka yang berlainan sebelum tahun 2015. Pada tahun 2015, apabila saya menjadi menteri dalam kementerian ini, saya buat satu perubahan yang besar kepada EIA itu sendiri. Akan tetapi walau bagaimanapun, EIA ini Tuan Yang di-Pertua, dia hanya buat mitigasi sahaja secara teknikal. Maknanya apa yang makna dekat ini, projek itu mesti sudah diluluskan oleh kerajaan negeri iaitu pihak yang berkuasa dan selepas itu baru kita hendak cadangkan macam mana untuk mitigate the impact of the project ataupun pembalakan itu. Itu sebabnya.
Jadi dalam keadaan sedemikian, saya sekali lagi akan mencadangkan, insya- Allah dalam masa yang mungkin panjang sedikit oleh kerana kita hendak bincang dengan kerajaan negeri soalan hendak perkenalkan sistem EIA yang baru yang mana kita boleh kata no and yes kepada mana-mana pembangunan, mana-mana projek besar dan projek mega supaya tidak dilaksanakan oleh mana-mana pihak negeri berlandaskan new system of EIA ataupun sistem baru EIA ini, Tuan Yang di-Pertua.
Jadi dalam keadaan sedemikian, bukan tunjuk menunjuk lagi, Yang Berhormat.
Sebenarnya semua hak untuk membangunkan mana-mana tempat, sama ada pembalakan dan pembangunan biasa adalah terletak bulat-bulat kepada kerajaan negeri.
Kita hanya bagi garis panduan dan merekalah perlu mengambil tindakan yang proaktif untuk mengatasi masalah selepas dan mengawal selia dan melihat macam mana EIA itu dilaksanakan. Walaupun kita berhak memberi pemberhentian kerja ataupun stop work dalam keadaan-keadaan yang tertentu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[****Soalan No. 3** - YB. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya (Tasek Gelugor) tidak hadir]
4. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [Kubang Kerian] minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah hasil laporan siasatan tragedi nahas pesawat TUDM jenis Beechcraft yang terhempas di Butterworth Pulau Pinang pada penghujung tahun 2016.
Timbalan Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Mohd. Johari bin Baharum
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya untuk memohon menjawab soalan ini secara bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Bagan pada tarikh 3 April 2017 kerana menyentuh isu yang sama. Pada 21 Disember, sebuah pesawat Beechcraft B200T milik TUDM telah terhempas di pangkalan udara Butterworth dan mengorbankan kapten pesawat yang juga merupakan jurulatih penerbangan serta mencederakan tiga anak kapal berkenaan. Hasil daripada laporan oleh lembaga siasatan telah mendapati kemalangan itu berlaku semasa pembantu juruterbang pelatih melakukan penerbangan asymmetric circuit iaitu simulasi satu enjin tidak berfungsi. Ini merupakan satu latihan yang perlu dilalui oleh semua juruterbang TUDM semasa menjalani latihan peralihan pesawat. Kemalangan ini di-classified-kan sebagai training hazard. Lembaga siasatan telah mendapati kemalangan ini bukan berpunca daripada masalah teknikal. Pihak TUDM sentiasa menitik berat piawaian yang tinggi di dalam semua aspek latihan dan operasi. Ekoran daripada kejadian itu, pihak TUDM telah menghantar seorang jurulatih penguji TUDM ke pusat simulasi di Texas, Amerika Syarikat untuk membuat penilaian mengenai nahas tersebut. Hasil daripada penilaian
Timbalan Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Mohd. Johari bin Baharum
tersebut mendapati tiada sebarang masalah teknikal dan ini membolehkan pesawat Beechcraft B200T kembali beroperasi.
Bagi pertanyaan Yang Berhormat Bagan berkenaan dengan perkembangan terkini, tiga pegawai yang cedera adalah seperti berikut:
(i) Kapten Wai Lik TUDM. Mengalami beberapa kecederaan iaitu kebakaran tahap dua di muka, leher dan paha di sebelah kanan, patah tulang pergelangan tangan kanan, tulang rusuk keenam sebelah kanan dan tulang di sekeliling mata kanan. Beliau telah diberi rawatan dan kini berada dalam keadaan stabil dan diberi cuti sakit;
(ii) Leftenan Hamdi bin Hanafi. Dia hanya mengalami luka kecil pada dahi dan kini telah kembali bekerja; dan
(iii) Sarjan Mohd Sofi bin Azizan. Mengalami kecederaan patah tulang kaki kanan. Ketika ini berada dalam keadaan stabil dan sedang bercuti rehat atau bercuti sakit.
Terima kasih.
Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan. Sebenarnya terhempasnya pesawat ini merupakan satu kehilangan yang besar bagi negara sama ada kehilangan anggota yang telah terlatih dan juga kelengkapannya yang sudah tentu memakan kos yang sangat besar. Sudah tentu kemalangan ini bukan kemalangan yang pertama yang berlaku. Daripada apa yang telah saya tertengok dalam senarai tidak lengkap yang dicatatkan oleh Wikipedia semenjak tahun 1967 sehingga ke saat 2016, lebih daripada 60 buah pesawat yang telah terhempas di negara kita dalam keadaan tidak berlakunya peperangan. Ini merupakan satu jumlah yang bukan kecil dan sudah tentu juga memberikan kos kerugian yang sangat besar kepada pihak negara.
Dalam postmortem yang telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk umumkannya, apakah faktor-faktor yang terbesar yang menyebabkan kemalangan-kemalangan ini berlaku, sama ada dari segi kesesuaian pesawat ataupun faktor umur pesawat yang sudah lanjut sebagaimana yang telah berlaku di Pulau Pinang itu, saya difahamkan umurnya sudah 20 tahun ataupun sistem penyelenggaraan pesawat itu yang diselenggarakan. Adakah ia bertepatan ataupun mengikut SOP-nya?
Apakah langkah-langkah terbaik yang telah diambil oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan risiko kemalangan ini berulang lagi? Terima kasih.
Dato’ Seri Mohd. Johari bin Baharum
Terima kasih Yang Berhormat.
Memanglah kalau kita baca sejarah daripada penerbangan kita, ada berlaku beberapa nahas yang melibatkan pesawat-pesawat TUDM. Ini berlaku, kerana ada beberapa perkara. Mungkin kebanyakannya adalah melalui human error. Mengenai teknikal, saya boleh bagi laporan secara detail. Walau bagaimanapun, setiap kali bila berlaku nahas seperti ini, satu jawatankuasa ditubuhkan untuk siasat punca dan sebagainya. Tindakan- tindakan kita pastikan supaya perkara ini tidak berlaku lagi di masa-masa yang akan datang.
Seperti Beechcraft ini. Beechcraft ini seperti mana yang saya sebutkan tadi tidak ada masalah dari segi teknikal. Kita telah buat siasatan. Untuk itu juga kita telah menghantar laporan pesawat ke Texas dan juga menghantar juruterbang penguji kita dan didapati bahawa tidak ada berkenaan dengan masalah teknikal. Jadi ini bererti bahawa ini adalah masalah daripada juruterbang atau lain-lain lagi atau cuaca dan sebagainya yang perlu kita ambil kita.
Dato’ Seri Mohd. Johari bin Baharum
Jadi, walau bagaimanapun, perkara-perkara ini sentiasa diberi penekanan yang penting kepada soal-soal ini kerana untuk melatih seorang juruterbang, ia mengambil masa yang panjang dan kita memerlukan mereka yang mahir untuk sampai ke tahap- tahap yang sedemikian. Seperti ini mereka telah melalui tahap pertama dan sekarang ke – Beechcraft ini adalah di tahap yang kedua sebelum mereka ditempatkan di cawangan- cawangan lain. Kini mereka ini ialah di antara mereka yang terpilih untuk menjalani latihan ini.
Selain daripada itu, berkenaan dengan pesawat. Memang pesawat ini kita - sesebuah pesawat itu memang mahal. Namun demikian, usia pesawat itu tidak penting.
Yang penting ialah penyelenggaraan bagaimana kita selenggara helikopter kita kalau kita
Dato’ Seri Mohd. Johari bin Baharum
tengok helikopter Nuri yang kita gunakan berapa lama, sekian lama masih kita boleh guna lagi sampai sekarang ini kerana kita menyelenggarakannya dengan baik.
Ada juga helikopter kapal terbang kita yang kita baru beli. Umpamanya kalau kita tengok EC725 yang baru kita beli beberapa tahun. Baru-baru ini kita ground enam bulan, tak boleh terbang kerana ini masalah teknikal. Jadi walaupun ia baru, tetapi ia menghadapi masalah teknikal. Ia tak boleh terbang. Jadi ini bergantung kepada keadaan- keadaan tertentu berkenaan dengan hasil ini. Kita tidak boleh nak menentukan bahawasanya kapal terbang itu kapal terbang baru, ia akan pasti tidak berlaku masalah yang saya sebutkan tadi. Macam EC725 itu baru, yang berlaku di Siberia itu tercabut dia punya kipas semasa penerbangan. Jadi, benda ini berlaku. Terima kasih.
5. Datuk Aaron Ago anak Dagang [Kanowit] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk menambahkan peruntukan bagi mempercepatkan pembinaan jalan luar bandar terutamanya di Sarawak supaya kawasan pedalaman yang memang telah lama tertinggal dapat aksesibiliti dan dengan itu prasarana lain seperti bekalan elektrik dan air dapat juga sampai ke kawasan pedalaman di Sarawak.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kanowit yang bertanya. Untuk makluman Yang Berhormat Kanowit, di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, tahun 2017 ini, sejumlah RM1.14 bilion telah diluluskan di negeri Sarawak bagi melaksanakan program jalan luar bandar yang melibatkan 17 projek baru berbanding dengan tahun 2106 sejumlah RM509.8 juta sahaja telah diluluskan bagi pelaksanaan 10 projek baru jalan luar bandar. Peruntukan tahun 2017 ini bertujuan bagi membiayai kerja-kerja awal seperti pelantikan perunding dan pengambilan balik tanah bagi projek-projek baru. Pada masa ini, tiada peruntukan tambahan yang diluluskan bagi pelaksanaan projek jalan luar bandar di negeri Sarawak. Sekian, terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Terima kasih atas jawapan Menteri. Kita amat berterima kasihlah kepada kerajaan sekarang ini oleh kerana mengambil berat tentang pembangunan luar bandar terutamanya dari segi infrastruktur.
Dengan itu, kita ketahui banyak juga pelan dan program pembangunan luar bandar telah diperkenalkan oleh kerajaan seperti Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar, Modal Baru Ekonomi Luar Bandar, GTP Program Transformasi Luar Bandar, (RTP) dan sebagainya.
Sebab itu kita terima kasih kerana di kawasan Rejang Besin, kerajaan melalui Kementerian Luar Bandar dan Wilayah telah pun melaksanakan pembinaan jalan sepanjang 100 kilometer dari Kanowit ke Kapit dan status ini saya melihat dua jambatan besar di Sungai Kanowit dan di Sungai Katibas sudah pun dekat siap dan penduduk di sana pun sekarang ini amat gembira kerana melihat pembangunan seperti ini.
Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, ada satu seksyen jalan di sepanjang jalan Kanowit -Kapit yang 100 kilometer ini yang selalu disebut-sebutkan sebagai the missing link yang lebih kurang lapan kilometer dari Temalat ke Ngungun. Saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah status projek ini, status pembinaan the missing link ini? Kedua, pada pilihan raya negeri 2016, Perdana Menteri telah sampai ke kawasan saya di Kanowit dan memberi jaminan bahawa satu juga jalan yang lebih kurang panjang 20 kilometer dari Ngungun ke Jagau telah pun dijanjikan dan saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah status projek ini juga? Terima kasih.
Datuk Alexander Nanta Linggi
Ya, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, jalan yang sebegitu panjang itu dari Kapit untuk menghubungi pekan Kapit melalui pekan Song, pekan Ngemah ke Kanowit dan seterusnya ke Sibu dan ke seluruh negeri Sarawak. Sesungguhnya memang ada sebahagian seksyen yang dikatakan missing link, status yang sebenar. Akan tetapi, missing link ini mungkin agak mengelirukan kerana dia belum bermula, cuma belum bermula sahaja. Status terkini sebenarnya peruntukan sudah diluluskan oleh Kementerian Kewangan sebanyak RM150 juta kerana ia menggunakan alignment baru lagi dan satu lagi jambatan baru. Oleh sebab itu ada kelewatan dalam reka bentuknya dan pelantikan juru perunding. Jadi, projek ini, status sekarang adalah di peringkat proses pelantikan kontraktor dan juga untuk design. Jadi akan bermula dalam masa terdekat. Jadi panjangnya missing link ini boleh dikatakan 14.36 kilometer.
Jadi yang kedua lagi iaitu sesungguhnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa beliau melawat Ngemah pada bulan Mac tahun lepas, tahun 2016 di mana Yang Berhormat Kanowit sendiri pun ada di majlis yang sama itu telah diluluskan juga, diumumkan RM50 juta untuk membina sebatang jalan menghubungkan Nanga
Datuk Alexander Nanta Linggi
Ngungun ke Nanga Jagau di kawasan Sungai Ngemah ini, di kawasan Parlimen Yang Berhormat Kanowit. Jadi projek ini akan dilaksanakan secara jiwa murni iaitu melibatkan angkatan tentera. Ini bagi menjimatkan belanja dan mempercepatkan lagi proses pembinaan jalan ini sebab kerajaan ketahui sangat projek ini amatlah mendesak dan diperlukan secepat mungkin. Jadi, inilah berita baik Yang Berhormat. Jadi, dalam masa kini, angkatan tentera sedang dalam proses penyediaan reka bentuk.
Jadi, kedua-dua projek yang ditanya oleh Yang Berhormat dalam soalan tambahan ini tadi akan kita akan laksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini dan akan juga siap seterusnya dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Celah, Yang Berhormat Bandar Kuching?
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kebelakangan ini kita dengar, kita baca berita tentang kes rasuah yang terlibat dengan itu pegawai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang berlaku di Sabah ini yang cash RM50 juta lebih dijumpai oleh pegawai SPRM. Ini menunjukkan satu kelemahan dalam Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Apakah mekanisme yang akan dilaksanakan atau diadakan oleh kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya mengelakkan kejadian begitu berlaku juga di Sarawak? Ini kerana apa yang kita tahu peninjauan projek-projek yang dilaksanakan di luar bandar amatlah susah dan amatlah kurang sehingga ia adalah very susceptible to corruption dan keciciran. Oleh itu, soalan saya ialah apakah mekanisme atau ada apa- apa external audit yang dijalankan di kementerian di jabatan Sarawak kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk to supervise the implementation of the usage of the fund?
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Adakah itu sebabnya selama ini kita dengar beberapa juta, beberapa bilion telah diperuntukkan untuk pembangunan luar bandar tetapi kita dengar hari ini masih ada missing link sini, missing link sana, semua missing. Peruntukan juga missing.
Datuk Alexander Nanta Linggi
Soalan...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tidak payah jawab Yang Berhormat.
Tidak payah jawab Yang Berhormat, tidak payah jawab.
6. Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Pengangkutan menyatakan sejauh manakah perkembangan Perjanjian Railway Network Access Agreement antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan Railway Assets Corporation dan apakah keuntungan yang akan diperoleh oleh KTMB.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat, sebab saya tidak benarkan Menteri menjawab kerana kalau soalan itu terlampau melencong daripada soalan asal, tidak boleh tanya. Ahli Yang Berhormat, bukan bermakna saya benarkan sesuatu soalan itu diajukan ataupun soalan-soalan tambahan itu panjang bermakna tidak melanggar peraturan mesyuarat. Jadi, jangan terlampau ambil kesempatan kepada kesabaran saya. Kelmarin saya sudah ingatkan, jawapan yang terlampau panjang dan soalan tambahan yang meleret. Kadang-kadang soalan tambahan bukan soalan tambahan pun, cadangan-cadangan. Sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Tuan Yang di-Pertua, semenjak berkuat kuasanya Akta Kereta Api 1991 segala aset kereta api yang dimiliki oleh Pentadbiran Kereta Api Tanah Melayu atau di kini dikenali sebagai KTMB, telah diletak hak kepada Perbadanan Aset Keretapi atau singkatannya RAC. Namun disebabkan pada masa itu, RAC masih dalam peringkat penubuhan maka KTMB masih melaksanakan fungsi-fungsi yang sepatutnya dilaksanakan oleh RAC. Sehingga kini KTMB masih menjalankan fungsi RAC seperti penyelenggaraan aset dan lain-lain. Hal ini menyebabkan timbulnya isu pertanggungjawaban yang mana KTMB melaksanakan fungsi RAC tanpa sebarang kuasa sebagai pemilik kerana tiada sebarang perjanjian.
Justeru, pihak kerajaan telah bersetuju supaya Railway Network Access Agreement dengan izin, dimeterai. RNAA ini secara prinsipnya akan menjadikan KTMB sebagai pengendali perkhidmatan rail manakala, RAC akan bertindak sebagai pemilik, pengurus, penyelenggara segala aset-aset kereta api selari dengan klausa 89 Akta
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Kereta Api 1991. Railway Network Access Agreement (RNAA) ini telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada 22 Disember 2016.
Kini, kedua-dua agensi sedang dalam proses penyediaan tiga definitive agreement dengan izin dan lain-lain dokumen berkaitan. Dijangka RNAA akan berkuat kuasa sepenuhnya menjelang 1 Januari 2018. Kementerian Pengangkutan menjangkakan KTMB akan memperoleh keuntungan seperti setelah RNAA berkuat kuasa KTMB akan berfungsi sepenuhnya sebagai pengendali kereta api sahaja. Maka KTMB boleh fokus dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pengguna.
Seterusnya, dianggarkan hampir setiap tahun lebih separuh daripada hasil pendapatan tahunan KTMB telah diperuntukkan bagi tujuan penyelenggaraan aset-aset kereta api. Bebanan penyelenggaraan yang tinggi menyebabkan KTMB telah mengalami kerugian hampir saban tahun. Selepas RNAA berkuat kuasa, tanggungjawab penyelenggaraan aset-aset ereta api ini akan dilaksanakan oleh RAC sepenuhnya.
Maka, KTMB tidak perlu lagi memperuntukkan sebahagian besar dana bagi tujuan penyelenggaraan dan dijangka dapat membantu KTMB dalam memperbaiki kedudukan kewangan syarikat.
Mengambil kira KTMB mempunyai tenaga kerja serta kepakaran dalam bidang kereta api. KTMB berpeluang untuk mengembangkan syarikat serta melebarkan sayap perniagaan dalam bidang perundingan dan lain-lain lagi. Selain itu, KTMB turut boleh menawarkan perkhidmatan kepada RAC secara komersial. Terima kasih.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang memberi jawapan. Saya ada dua soalan yang ringkas dan straight. Pertama, saya ingin tahu sejauh mana jaminan boleh diberikan oleh kerajaan sekiranya perjanjian RNAA ditandatangani dan kemudian dikuatkuasakan di katakan pada Januari 2018, ianya tidak akan memberi kesan kepada lebih kurang 4,000 orang pekerja KTMB dari segi kehilangan pekerjaan mereka seperti mana yang dibangkitkan oleh Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB atau RUM dan juga MTUC.
Keduanya, saya hendak tanya dari segi perkhidmatan kereta api, sejauh manakah perkembangan Projek ETS atau electric train system yang diumumkan oleh Presiden KTMB pada tahun 2016, ia hendak dipanjangkan ke Pantai Timur terutamanya di Kelantan selepas kerajaan meluluskan pembelian 13 unit DEMU atau Diesel-Electric Multiple Unit daripada negara China. Terima kasih.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memahami keluh kesah daripada kakitangan KTMB yang disebutkan oleh Yang Berhormat, mengatakan 4,000 orang pada ketika ini. Dalam hubungan ini, pihak kerajaan sedang merancang menubuhkan syarikat-syarikat subsidiari yang akan mengambil alih perkhidmatan penyelenggaraan aset-aset infrastruktur dan stok kereta api ini. Kakitangan KTMB yang lebih kurang hampir 4,000 orang ini akan dipertimbangkan untuk berkhidmat dengan syarikat-syarikat yang akan ditubuhkan tertakluk kepada syarat-syarat dan terma yang dipersetujui kemudiannya.
Mengenai perkhidmatan ETS, pihak kerajaan memang terus meningkatkan perkhidmatan dan untuk ke Pantai Timur oleh sebab ia tidak ada double tracking, maka kita akan menggunakan kereta api yang menggunakan enjin diesel ini dan kita akan tingkatkan ke Pantai Timur nanti. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Gerik.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya cukup berbangga bila dapat naik kereta api ETS daripada Sentral ke Ipoh yang ambil masa dalam 2 jam lima belas minit. Pembangunan infrastruktur kepada double track yang melibatkan lebih RM30 bilion. Soalan saya, berapakah peningkatan pengguna KTM keseluruhan? Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Tuan Yang di-Pertua, mengenai pembangunan kepada double tracking ini, secara keseluruhan ianya meningkatkan sepuluh kali ganda daripada single track kepada double track. Jadi, dengan sepuluh kali ganda ini KTM juga telah meningkatkan perkhidmatan dengan membuat ETS ke utara dan keseluruhan memang ada peningkatan. Untuk keseluruhan pada tahun 2013 pengguna lebih kurang 48 juta. Seterusnya pada tahun 2014 sebanyak 50 juta dan tahun 2015 meningkat 54 juta.
Mengenai ETS peningkatan pun dilihat meningkat, 2014 ETS atau Electric Train Service ini daripada 1.7 juta naik kepada 2 juta pada tahun 2015 dan tahun 2016 ia meningkat lagi pada 3.5 juta. Pihak kerajaan akan terus meningkatkan agar ia dapat
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
memberi khidmat yang lebih kepada rakyat bagi kemudahan pengangkutan dalam negara kita. Terima kasih.
7. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan jenis penderaan kanak- kanak yang terjadi dari tahun 2015 hingga kini. Apakah faktor mahupun punca berlakunya kes sedemikian dari tahun ke tahun dan bagaimana Kementerian merancang untuk menangani masalah ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat prihatin dan memandang serius akan kes penderaan ke atas kanak-kanak yang merupakan aset penting yang bakal mencorakkan masa hadapan negara.
Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 menyatakan penderaan kanak-kanak terbahagi kepada tiga jenis atau kategori iaitu penderaan fizikal, seksual dan emosi.
Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, kes penderaan kanak-kanak mengikut jenis kes pada tahun 2015 hingga 2016 adalah seperti berikut:
| Jenis kes | Bilangan (kes) | Peratusan (%) |
|---|---|---|
| Penderaan fizikal | 2470 | 53.09 |
| Penderaan seksual | 2012 | 43.25 |
| Penderaan emosi | 170 | 3.65 |
Penderaan fizikal adalah merupakan kategori kes paling tinggi berlaku terhadap kanak-kanak yang dilaporkan kepada JKM.
Tuan Yang di-Pertua, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya kes penderaan terhadap kanak-kanak. Dalam kebanyakan kes yang amat teruk, penderaan terhadap kanak-kanak boleh membawa kepada kematian.
Antara faktor-faktor yang terlibat adalah pertama, perbalahan keluarga.
Berdasarkan statistik JKM, perbalahan keluarga adalah faktor utama yang menyumbang kepada penderaan kanak-kanak iaitu sebanyak 3,718 kes sepanjang tahun 2012 hingga 2016. Ada di kalangan ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri sehingga akhirnya kanak- kanak menjadi mangsa penderaan.
Kedua, pengabaian, kecuaian ibu bapa ataupun penjaga. Pengabaian atau kecuaian oleh ibu bapa, penjaga sama ada secara sengaja atau tidak sengaja turut menjadi faktor penyumbang kepada kes penderaan terhadap kanak-kanak.
Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat sepanjang tempoh lima tahun, sebanyak 2,419 kes dilaporkan disebabkan oleh pengabaian, kecuaian ibu bapa ataupun penjaga. Antara kejadian yang berlaku adalah seperti kanak-kanak ditinggalkan tanpa pengawasan, ditinggalkan dalam kereta, terjatuh dari eskalator, terjatuh dari bangunan dan membiarkan atau memberi kepercayaan kepada kanak-kanak keluar ke kedai atau pasar malam untuk membeli barang keperluan bersendirian.
Ketiga, masalah kewangan. Kos hidup yang tinggi di bandar dengan pendapatan yang kecil menyukarkan ibu bapa untuk membesarkan anak-anak dan menyebabkan mereka terpaksa memikirkan bagaimana harus mencari pendapatan lebih untuk diberi kepada keluarga. Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga sering menyebabkan tekanan serta perbalahan antara suami isteri dan akhirnya akan menyebabkan mereka berkasar dan bertindak ganas terhadap anak-anak.
Keempat, tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak-anak yang tidak berdosa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak- anak merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk puntung rokok atau sebagainya.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Kelima, pendidikan agama dan ilmu keibubapaan yang cetek di kalangan ibu bapa. Pendidikan agama dan ilmu keibubapaan amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberikan panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga.
Semua agama menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap orang seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menangani kes penderaan kanak-kanak, kementerian bersama agensi di bawahnya sedang dan telah mengambil langkah-langkah melaksanakan pelbagai inisiatif yang melibatkan penggubalan dasar dan perundangan, penyediaan perkhidmatan sokongan serta pelaksanaan program advocacy.
Antara tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan adalah pindaan terhadap Akta Kanak-kanak 2001 yang kini dikenali sebagai Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016, menubuhkan Majlis Kebangsaan bagi kanak-kanak, meluluskan Dasar Perlindungan Kanak-kanak, menubuhkan pusat aktiviti kanak-kanak, memberikan khidmat kaunseling, menyediakan rumah kanak-kanak, menyediakan Talian Kasih 15999 dan Childline, program advocacy, kempen keselamatan kanak-kanak di sekolah, Sahabat Bijak, Kursus Praperkahwinan SMARTSTART, program Keluarga@Kerja ataupun Parenting@Work, Kursus Ilmu Keluarga@LPPKN dan program PEKERTI@Sekolah. Terima kasih.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi.
Kalau kita lihat, kejadian penderaan kanak-kanak juga berlaku di pusat-pusat asuhan dan taska, tidak hanya di rumah, di mana setiap tahun ada sahaja berita-berita mengenainya dan yang membimbangkan, kes penderaan ini melibatkan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak kerana ia dianggap satu yang paling kejam dan memberi kesan kepada masa depan anak-anak berkenaan.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sejauh mana pemantauan yang dilaksanakan oleh kementerian terhadap taska, pusat-pusat asuhan yang sepatutnya melaksanakan tanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak sebagaimana yang diberi peranan kepada mereka? Kes-kes yang berlaku terhadap kanak-kanak di pusat-pusat juga berlaku. Jadi saya hendak tanya, apa langkah-langkah yang kementerian buat selain daripada mengawal penderaan kanak-kanak di rumah tetapi juga di pusat-pusat asuhan ini? Terima kasih.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Lenggong.
Saya kira saya telah juga menjawab soalan berkaitan dengan taska ini sebelum ini tetapi sekali lagi saya ingin nyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa bagi taska- taska, kita memang mempunyai pengawalan secara berkala yang dibuat setiap bulan dan juga secara mengejut iaitu apabila ada laporan-laporan tertentu yang dibuat oleh mana-mana pihak, orang ramai ataupun penjaga ataupun ibu bapa, akan diadakan pemeriksaan secara mengejut ke atas taska-taska ini bagi memastikan bahawa tidak akan berlaku perbuatan-perbuatan yang mendera kanak-kanak yang dijaga ataupun dihantar ke taska-taska ini. Kita juga, seperti saya sebut tadi, menyediakan talian-talian yang khusus supaya laporan dapat terus dibuat kepada kementerian.
Dalam masa yang sama juga, kita telah mencadangkan supaya taska-taska ini disediakan dengan CCTV supaya melalui CCTV itu kita dapat mengawasi ataupun mendapat maklumat jika berlakunya sesuatu penderaan yang dilakukan terhadap anak- anak yang dihantar ke taska.
Taska ini sudah maklum bahawa jika berlaku sesuatu perbuatan yang menyebabkan penderaan terhadap kanak-kanak ataupun pengabaian dan sebagainya, tindakan yang keras akan diambil terhadap mereka termasuklah mereka boleh ditutup ataupun dibatalkan pendaftaran mereka bagi taska-taska yang berdaftar. Saya ingin mengambil kesempatan ini memaklumkan kepada ibu bapa yang ada di luar sana supaya anak-anak mestilah dihantar ke taska yang berdaftar dengan JKM. Terima kasih.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Saya fikir kita semua mendukung ya usaha untuk mencegah jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
Saya hendak rujuk kenyataan oleh Madeleine Yong iaitu pengasas P.S. The Children, NGO terbesar di Malaysia yang menangani isu penderaan kanak-kanak.
Masalahnya, dalam 17 tahun dalam kes-kes yang ditangani oleh NGO ini, tidak ada satu pun, selepas siasatan, yang berhasil dengan sabitan kesalahan terhadap mereka yang bertanggungjawab dengan jenayah seksual. Saya ambil maklum juga Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut bahawa kerajaan sedang mengambil kira secara holistik
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
penyelesaian termasuk rang undang-undang Akta Jenayah Seksual yang dibincangkan oleh Kabinet pada Oktober tahun lepas.
Persoalan saya, memandangkan pihak polis, pihak kerajaan sendiri mengakui keperluan sebuah rang undang-undang baru, terkini bagi menangani dan mengkategorikan jenayah pornografi kanak-kanak secara khusus, bilakah boleh semua anggota Parlimen mengundi, mendukung akta undang-undang terkini bagi menangani jenayah seksual. Kalau boleh Mac ini pun kami akan berikan sepenuh sokongan. Saya mohon maklum balas Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Terima kasih kepada Yang Berhormat Lembah Pantai. Seperti mana yang kita semua maklum bahawa baru-baru ini sahaja satu seminar jenayah seksual kanak-kanak telah pun diadakan, baru sahaja selesai. Pada masa perasmian itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun maklumkan bahawa satu akta akan digubal untuk menangani jenayah seksual terhadap kanak-kanak ini.
Saya difahamkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah dipertanggungjawabkan untuk membuat proses-proses yang perlu sebelum akta tersebut dibawa ke Parlimen ini dan kita sama-sama menunggu. Memang itulah harapan kita semua mengapa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri, Yang Berhormat Pekan sendiri amat-amat prihatin akan perkara ini kerana kita kasih dan sayangkan pada anak- anak kita dan kita akan pastikan bahawa perbuatan, jenayah yang begitu teruk sekali ini, yang jijik ini dapat ditangani dengan sebaik mungkinnya.
Berkaitan tadi dengan soalan Yang Berhormat, mengapakah tidak ada sabitan yang dilakukan setakat ini. Itu adalah setelah siasatan dibuat, oleh pihak yang berkenaan kemudian kes diangkat ke mahkamah berkaitan dengan sabitan itu adalah menjadi tanggungjawab mahkamah ataupun hakim yang membicarakan kes. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dia ada satu statistik daripada pihak Polis Diraja Malaysia yang ada merekodkan bahawa 2,759 kes rogol, 412 kes sumbang mahram, 1,423 kes mencabul kehormatan yang melibatkan mereka yang berusia 18 tahun ke bawah termasuk kanak-kanak.
Jadi saya hendak bertanya kepada pihak kementerian mengenai, adakah atau apakah pelan strategik pihak kementerian dalam menjalankan operasi pemantauan dan juga penguatkuasaan dalam memastikan kes penderaan terhadap kanak-kanak ini dapat diturunkan dengan lebih drastik. Terima kasih.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Soalan yang cukup baik tetapi bukanlah sesuatu yang mudah dapat kita laksanakan. Walau bagaimanapun, kementerian seperti mana yang kerajaan, kita semua sedia maklum telah pun mengambil tindakan baru-baru ini dengan kita mengadakan pindaan kepada Akta Kanak-kanak, iaitu Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016, di mana di dalam akta itu kita telah juga meningkatkan hukuman terhadap pelaku atau pesalah daripada yang serendah-rendahnya kepada setinggi-tingginya.
Pada masa yang sama juga kita juga telah memastikan pihak-pihak yang tertentu seperti keluarga, penjaga, pengasuh dan juga pegawai perubatan melaporkan jika terlihat tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang datang kepada mereka adalah didera sama ada penderaan itu fizikal atau seksual. Itu sudah pun dimasukkan di dalam pindaan ini. Ini ada tujuan untuk kita mewajibkan pihak yang tertentu membuat laporan supaya kita dapat mengambil tindakan yang segera.
Ketiga, kita juga meminta supaya lain-lain pihak juga, orang ramai, guru-guru, juga anggota masyarakat, siapa yang telah melihat bahawa kanak-kanak dalam masyarakat mereka, dalam penglihatan mereka, ternampak ada tanda-tanda didera, mereka juga diminta supaya melaporkan perkara ini kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya tindakan awal dapat kita ambil sebelum berlaku lagi perkara-perkara yang lebih teruk. Ini adalah di antara perkara-perkara yang telah kita laksanakan melalui pindaan Akta Kanak-kanak ini.
Selain daripada itu, kita juga bagi memastikan sampai ke peringkat daerah pun, kita juga sekarang ini melantik pembantu pelindung daripada kalangan anggota komuniti setempat yang mana akan dilantik oleh Yang Berhormat Menteri. Ini adalah bertujuan bagi memastikan bahawa kita dapat betul-betul memantau berlakunya penderaan
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
sehinggalah ke peringkat komuniti di peringkat sekolah di mana kita berharap akan dapat dilantik di kalangan mereka ini daripada kalangan NGO dan juga guru-guru. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
8. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar] minta Menteri Kesihatan menyatakan:
(a) sejauh mana syarat-syarat pengamalan perubatan di Malaysia akan diperketatkan, dan bagaimanakah ini akan memperbaiki mutu para pengamal perubatan di Malaysia.
Apakah komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh pengamal perubatan adalah pada tahap antarabangsa; dan
(b) jumlah bilangan doktor pelatih yang mendapatkan tawaran kerja kontrak mengikut kategori dan cara penyelesaian ketidakcukupan jawatan baru untuk doktor, doktor gigi, ahli farmasi dan lain-lain
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, pengamalan perubatan di negara ini dikawal melalui peruntukan Akta Perubatan 1971 yang menetapkan syarat-syarat yang ketat bagi pendaftaran dan pengeluaran perakuan amalan tahunan untuk pengamal perubatan beramal di negara ini. Akta ini menetapkan hanya graduan daripada universiti yang diiktiraf dan tersenarai di dalam Jadual Kedua Akta Perubatan sahaja yang layak dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran pengamal.
Manakala bagi mereka yang bergraduasi dari universiti yang tidak diiktiraf perlu menduduki peperiksaan khas iaitu peperiksaan untuk tujuan pendaftaran sementara. Jika lulus dengan jayanya peperiksaan ini, barulah mereka layak untuk dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran sementara untuk menjalani latihan siswazah selama dua tahun.
Setelah selesai menjalani latihan siswazah dengan jayanya, barulah mereka layak untuk dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran penuh sebagai pengamal perubatan sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 14 akta.
Universiti tempatan yang diiktiraf dan tersenarai di dalam Jadual Kedua Akta Perubatan perlu menjalani pemeriksaan akreditasi yang ketat oleh panel yang dilantik oleh Agensi Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifying Agency dan setiap tahun institusi pendidikan ini dipantau prestasi pelaksanaan program perubatan mereka.
Pemantauan juga dilakukan oleh pihak Majlis Perubatan Malaysia dan pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Pada masa kini terdapat sejumlah 11 buah institusi pendidikan tinggi awam dan sejumlah 20 buah institusi pendidikan tinggi swasta yang menjalankan program pendidikan perubatan di dalam negara.
Untuk makluman juga, selaras dengan Akta Perubatan Pindaan 2012, mana- mana pengamal perubatan yang ingin menjalankan amalan sebagai pakar perubatan, maka mereka perlulah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia sebagai pakar dalam bidang tertentu dan didaftarkan ke dalam Daftar Pakar Kebangsaan atau National Specialist Register. Ini bagi memastikan hanya pengamal perubatan yang benar-benar layak berdaftar sebagai pakar perubatan dibenarkan menjalankan amalan sebagai pakar perubatan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, mulai daripada 5 Disember 2016 hingga 16 Februari 2017 iaitu tahun ini, sejumlah 2,335 pegawai yang berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dilantik secara kontrak merangkumi 1,297 orang pegawai perubatan, 526 orang pegawai pergigian dan 512 orang pegawai farmasi. Pelantikan akan dilaksanakan secara berfasa sepanjang tahun 2017 yang dijangka melibatkan seramai 9,300 graduan lagi iaitu 5,425 graduan perubatan, 1,921 graduan pergigian dan 1,954 graduan farmasi.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, langkah kerajaan untuk mengatasi masalah ketidakcukupan jawatan adalah melalui pelaksanaan lantikan kontrak kepada graduan perubatan, pergigian dan farmasi mulai daripada 1 Disember tahun lalu berikutan peningkatan keluaran graduan sama ada dalam dan luar negara serta kekangan jawatan tetap yang tersedia ada. Justeru menerusi pelantikan secara kontrak ini akan dapat mengatasi masalah masa menunggu penempatan untuk menjalani latihan siswazah dan khidmat wajib mereka. Ia tidak lagi terikat dengan kekosongan jawatan serta kekangan jawatan tetap. Terima kasih.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya adalah apakah key performance indicator (KPI) yang diguna pakai oleh Kerajaan Persekutuan untuk menilai perkhidmatan yang diberikan oleh pengamal perubatan pada masa kini? Soalan kedua ialah apakah dan bilakah Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk memberikan tawaran kerja tetap kepada doktor pelatih setelah mereka menyelesaikan tempoh latihan mereka?
Apakah tekanan dan halangan yang dihadapi oleh Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan cadangan ini? Tadi Yang Berhormat Menteri telah menekankan bahawa kekurangan pekerjaan sebagai salah satu contoh mengapa kekangan ini berlaku. Selain daripada faktor itu, apakah faktor-faktor lain yang sebenarnya menjadi punca tawaran kerja diberikan kontrak dan bukan tawaran kerja tetap? Itu penjelasan yang saya perlukan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk memahami mengapa kerajaan telah membuat keputusan ini, kita kena memahami perbezaan untuk kumpulan yang saya telah sebut tadi iaitu pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi daripada jawatan-jawatan di perkhidmatan awam yang lain. Ini kerana daripada segi akta, ada kewajipan bahawa semua graduan di dalam bidang perubatan mereka kena melalui dua tahun sebagai housemanship atau doktor siswazah. Kalau mereka tidak melalui itu, mereka tidak akan mendapat pendaftaran sijil penuh di dalam Malaysian Medical Council dan mereka tidak boleh meneruskan kerjaya mereka sebagai seorang pegawai perubatan di dalam negara ini. Macam itu juga untuk doktor pergigian, ada kewajipan pada masa sekarang satu tahun di mana mereka kena ada latihan di dalam kementerian sebelum mereka akan didaftar dan mereka boleh kerja sebagai bebas. Itu pun sama untuk pegawai farmasi. So, ini ialah kewajipan untuk tiga- tiga bidang ini.
Di dalam hal itu, bila jumlah jawatan yang tersedia ada itu untuk doktor siswazah contohnya atau housemanship ialah 4,000 dan jumlah keluar pada satu tahun ialah 5,000. Memang kerajaan tidak boleh memastikan semua 5,000 yang keluar itu mendapat peluang untuk mendapat jawatan. So, itulah sebab pada tahun 2015, 2016, ada jangka masa untuk menunggu untuk mendapat latihan housemanship, ada yang tunggu sembilan bulan, satu tahun dan sebagainya. Dengan mengambil kira perkara ini, kerajaan telah memutuskan kerana graduan yang datang ini bukan dari dalam negara sahaja tetapi ada yang datang dari luar negara.
Siswazah yang di dalam negara kita ada unjuran, kita tahu jumlah mereka yang keluar melalui pemantauan yang dibuat kepada institusi-institusi pengajian tinggi awam atau swasta di dalam negara. Akan tetapi untuk mereka yang pergi ke luar negara, itu di luar bidang kuasa mana-mana agensi di dalam kerajaan untuk mengenal pasti jumlah mereka yang sebenar-benarnya mengikut latihan di luar negara. Oleh itu, ini tidak boleh memastikan jumlah jawatan yang diperlukan. So jumlah keperluan ini boleh berbeza dari satu tahun ke satu tahun dengan mereka yang datang tetapi kerajaan diwajibkan memberi latihan kepada mereka. So, itu satu isu.
Isu nombor dua ialah selepas itu, untuk memastikan mereka mendapat latihan di dalam– so, itu isu kita cuba selesaikan melalui lantikan kontrak. Selepas itu, mereka menjadi pegawai perubatan. Itu bukan satu kewajipan. Selepas dua tahun habis compulsory service di dalam kerajaan, mereka mempunyai hak untuk menentukan mahu terus kerja di dalam kerajaan atau kerja di dalam swasta. Itu ialah hak seseorang pegawai. Akan tetapi sebelum ini, apa yang telah berlaku ialah tiap-tiap pegawai perubatan yang kerja di dalam sistem kerajaan secara automatik diberi peluang untuk kerja di dalam perkhidmatan Kementerian Kesihatan secara penuh untuk jangka masa panjang.
So, dulu itu sesuai kerana ada keperluan. Sekarang jumlah doktor yang ada ini contohnya di dalam Kementerian Kesihatan sahaja saya ingat sekitar sudah lebih daripada 35,000 doktor yang kerja. Mungkin kita sudah sampai ke satu tahap, keperluan, the demand di dalam Kementerian Kesihatan tidak selaras dengan supply yang datang.
So, kita kena membuat keputusan bahawa pengambilan doktor di dalam pegawai perubatan di masa akan datang akan ditentukan oleh keperluan di dalam Kementerian Kesihatan.
So, untuk memastikan bahawa doktor mendapat latihan yang mencukupi sebelum mereka keluar dan kerja secara bebas di dalam swasta contohnya, kita sudah pastikan mereka akan mendapat empat tahun kontrak iaitu dua tahun sebagai siswazah dan dua tahun sebagai pegawai perubatan. Tujuannya ialah untuk memastikan mereka dapat didedahkan kepada pelbagai jenis kes, mendapat pengalaman yang cukup dan
Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
selepas itu kalau mereka pergi ke swasta pun, mereka telah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi untuk menjalankan tugas di situ.
Selain daripada itu, lagi satu isu ialah memang walaupun daripada jumlah doktor siswazah dan doktor pegawai perubatan yang biasa, jumlah yang keluar itu banyak dan jawatan tidak mencukupi tetapi kita masih kurang di dalam bidang kepakaran. Oleh itu, apa yang kerajaan akan buat iaitu di dalam tempoh empat tahun ini, kita mahu semua pegawai perubatan yang ada untuk tunjuk minat di dalam bidang-bidang kepakaran dan menyediakan mereka mengikuti salah satu daripada bidang kepakaran.
Kalau ada buktinya ada seseorang doktor mahu ikut kepakaran, maka kerajaan akan menyediakan peluang yang mencukupi supaya mereka ini boleh teruskan khidmat di dalam Kementerian Kesihatan dan mendapat latihan di dalam bidang kepakaran dan menjadi pakar untuk kerja dalam kerajaan atau di dalam luar. Ini kerana latihan untuk semua bidang kepakaran dibuat oleh sistem kerajaan iaitu melalui kerjasama yang tersedia ada dengan Kementerian Kesihatan dan institusi pengajian tinggi awam yang secara kolaborasi kita mengadakan peperiksaan dan latihan untuk bidang-bidang kepakaran. So, itu– dan pihak swasta dan semua agensi yang lain bergantung kepada latihan yang dilakukan di sini.
Oleh sebab kita tidak mencukupi doktor-doktor yang mempunyai kepakaran di dalam pelbagai jenis bidang, maka harapan kita lebih doktor akan mengambil peluang ini dan mengikuti peluang-peluang kepakaran. So mereka yang mahu terus kerja di dalam kerajaan, salah satu daripada perkara yang akan bantu mereka kekal di dalam sistem kerajaan ialah untuk mengikut bidang-bidang kepakaran yang tertentu. Mereka kena pilih dan mengikuti kursus di dalam bidang-bidang itu. Terima kasih.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Tentang KPI tadi Yang Berhormat Menteri?
Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Pemantauan tentang pencapaian doktor ini terus dibuat di semua peringkat. Contohnya di housemanship, masa mereka buat itu ada pelbagai jenis pemantauan terhadap performance mereka termasuk log book yang mereka simpan tentang prosedur-prosedur yang telah dilakukan, laporan yang dibuat daripada konsultan mereka dan ada pelbagai jenis ukuran yang digunakan untuk memastikan bahawa mereka menepati syarat-syarat yang telah ditentukan. Kalau mereka tak buat contohnya di housemanship, tempoh mereka akan dilanjutkan.
Pada satu ketika sebelum kita telah mengubahsuai pelbagai jenis proses, ada lebih daripada 20 sampai 30 peratus daripada doktor siswazah tidak boleh habis latihan mereka di dalam dua tahun yang telah ditetapkan. So, mereka memerlukan 20 tahun 6 bulan atau ada yang memerlukan 33 tahun kerana mereka tidak capai standard yang telah kita sebutkan itu.
Di dalam bidang contohnya pegawai perubatan, kalau mereka mahu contohnya mendapat peluang untuk masuk ke dalam bidang kepakaran contohnya, cuma mereka yang telah mendapat prestasi yang tinggi yang telah diukur oleh pegawai-pegawai konsultan di bawah mereka yang mereka kerja itu dan mereka yang telah diiktiraf sebagai sudah menerima latihan yang mencukupi, mendapat pengetahuan yang memuaskan, maka mereka itu akan diberi peluang untuk mendapat kepakaran.
Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Ini ialah beberapa daripada langkah-langkah yang tersedia ada untuk memastikan bahawa doktor kita ialah setaraf dengan mereka yang di antarabangsa.
Saya boleh memberi assurance kepada Yang Berhormat doktor dan pegawai perubatan— kakitangan di Kementerian Kesihatan telah mendapat pengiktirafan di dalam pelbagai jenis pentas antarabangsa. Ini sudah diperakui bukan oleh mereka yang ada di dalam negara tetapi di dalam luar negara juga. So, salah satu daripada kebanggaan kepada rakyat Malaysia ialah suatu sistem kesihatan yang mana mereka yang kerja di situ mempunyai pengetahuan, kepakaran dan attitude kerja yang paling baik. Terima kasih.
9. Dato’ Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali [Bagan Serai] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah Malaysia sudah bersedia untuk meneruskan pembangunan era pembangunan sebuah negara maju, apakah tahap pendapatan dan kemajuan yang diukur sebagai induktor pencapaian status pembangunan ini dan bagaimanakah corak polisi pembangunan oleh kerajaan dan juga corak kehidupan harian bagi rakyat yang akan mendasari status sesebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Devamany a/l S. Krishnasamy
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Bagan Serai kerana mengaju soalannya berkenaan dengan Rancangan Malaysia Kesebelas.
Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum terdapat pelbagai kriteria yang dijadikan sebagai penanda aras sesebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Bank Dunia menetapkan pendapatan negara kasar PNK per kapita sebagai kriteria utama.
Malaysia telah menetapkan sasaran untuk mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 mengikut acuannya sendiri.
Selain pendapatan per kapita ciri-ciri seperti daya ketahanan ekonomi, tahap daya saing dan ciri-ciri pembangunan inclusive adalah di antara matlamat yang ingin dicapai. Selepas 25 tahun Wawasan 2020 diperkenalkan asas ekonomi negara terus kukuh dengan pertumbuhan purata tahunan sebenar sebanyak 5.7 peratus dalam tempoh tahun 1991 hingga tahun 2016. PNK per kapita telah meningkat 4.8 kali daripada RM7,829 dalam USD2,847 pada tahun 1991 kepada RM37,733 pada tahun 2016.
Manakala dari segi struktur ekonomi pula negara telah pun mencerminkan struktur ekonomi negara maju yang mana sektor perkhidmatan dan pembuatan kini menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi dengan sumbangan hampir 80 peratus daripada KDNK.
Negara juga masih dapat mengekalkan kadar inflasi dan kadar pengangguran yang rendah. Malah infrastruktur dan prasarana di Malaysia pada masa kini adalah hampir setanding dengan negara-negara maju serta bertaraf antarabangsa. Dalam pada itu, berdasarkan perbandingan dengan tahap minimum PNK per kapita yang ditetapkan oleh Bank Dunia pada masa ini iaitu sebanyak USD12,476 untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, negara sedang berada atas landasan yang betul untuk mencapai sasaran tersebut pada tahun 2020. Pendapatan bulanan purata isi rumah pula meningkat lebih lima kali daripada RM1,169 pada tahun 1989 kepada RM6,141 pada tahun 2014, purata Tuan Yang di-Pertua.
Dalam tempoh yang sama pendapatan penengah meningkat daripada RM812 kepada RM4,585. Jurang pendapatan yang semakin mengecil seperti yang ditunjukkan oleh pekali Gini dengan izin Gini coefficient daripada 0.442 pada tahun 1989 kepada 0.401 pada tahun 2014.
Tuan Yang di-Pertua, negara yang maju bukan hanya dinilai dari segi pencapaian dari aspek ekonomi semata-mata. Apa yang sama penting ialah aspek insaniah serta nilai-nilai yang baik dan mempunyai sikap serta pemikiran sebuah negara maju. Negara Asia yang maju seperti Jepun, Korea dan Taiwan menjadi penanda aras kepada Malaysia dalam aspek membudayakan nilai-nilai murni tempatan seperti kepatuhan kepada undang-undang, kebersihan persekitaran dan pemulihan, pemeliharaan alam sekitar yang tinggi, semangat kerja berkumpulan dan bergotong- royong dan produktif tinggi serta tidak senang putus asa serta ada ketahanan diri.
Seterusnya memberikan perkhidmatan dan produktiviti yang berkualiti.
Masih terdapat Tuan Yang di-Pertua, banyak ruang untuk diperbaiki dari aspek ini di kalangan masyarakat kita. Dalam usaha merangka dasar pasca 2020, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan TN50. Kerajaan telah mendapatkan aspirasi rakyat tentang negara maju yang diharapkan selepas tahun 2020. Hasil dapatan ini juga terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesebelas yang mana aspirasi rakyat tentang Malaysia pasca 2020 merupakan sebuah negara yang boleh melahirkan tokoh dan personaliti serta rakyat yang menjadi inspirasi kepada acuan pembangunan yang telah diidamkan serta mempunyai acuan sistem pendidikan holistik yang didorong oleh dahaga ilmu dan nilai yang murni.
Selain itu negara yang diharapkan juga akan mempunyai sebuah kerajaan yang mampu menyampaikan perkhidmatan berkesan dan memberi kepimpinan berintegrasi, berpendirian teguh dan amanah. Malaysia juga turut dijangka mempunyai bandar bertaraf dunia yang produktif di samping kawasan luar bandar yang berkembang maju, rakyat akan menjiwai dan menghargai alam sekitar dan tidak lagi menjadikan alam sekitar sebagai galang ganti kepada pencapaian ekonomi yang kukuh. Aspirasi negara yang diharapkan ini menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang benar-benar indah dan kondusif untuk didiami.
Kerajaan yakin negara mampu untuk terus mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang mapan dan berdaya tahan. Pencapaian pertumbuhan ekonomi mestilah diiringi dengan pembangunan yang bersifat inclusive dan mempunyai kesejahteraan rakyat sebagai inti patinya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Devamany a/l S. Krishnasamy
Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, semua aspek ini jika dicapai barulah kita boleh menganggap bahawa negara kita adalah sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi sepenuhnya. Kukuhnya pohon kerana akarnya Tuan Yang di- Pertua, kukuhnya negara kerana rakyatnya. Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan jawapan yang panjang lebar yang baik yang disudahi dengan pantun. Tuan Yang di-Pertua, sebuah negara yang maju perlu setiap komponen masyarakat iaitu rakyat, industri dan juga kerajaan semua bertindak berurusan dan bersikap dengan cara sesuai dengan status pembangunan kita. Tiga perkara iaitu ilmu, daya inovasi dan keusahawanan yang tinggi menjadi penentu kepada setiap sesuatunya.
Tuan Yang di-Pertua, apakah tahap pencapaian ilmu, inovasi dan keusahawanan rakyat, industri dan kerajaan pada hari ini? Apakah langkah-langkah yang akan dan perlu diambil untuk memastikan ketiga-tiga elemen ini semakin kukuh dalam setiap satu untuk kita menuju kepada negara maju. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Devamany a/l S. Krishnasamy
Cukup luas sekali Tuan Yang di- Pertua, soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Bagan Serai. Akan tetapi terima kasihlah walaupun ada suara-suara lain macam di sebelah sana itu. Sabar Ahli- ahli Yang Berhormat.
Baiklah soalan yang dikatakan adalah ilmu, inovasi dan keusahawanan di tiga peringkat iaitu rakyat, industri dan kerajaan. Betul Yang Berhormat? Pertama kita lihat dalam kerajaan, apakah langkah-langkah. Sudah ada dalam philosophy dan juga hala tuju pembangunan strategik Rancangan Malaysia Kesebelas di mana ada enam dasar utama. Pertama, keterangkuman inclusivity untuk rakyat dengan izin dalam bahasa Inggeris equitable society.
Dato’ Sri Devamany a/l S. Krishnasamy
Pengagihan kekayaan, denyutan kepada Dasar Ekonomi Baru dulu-dulu itu, masih disinambungkan. Pertama itu keterangkuman, yang kedua kesejahteraan rakyat melalui pelbagai program-program bakal diadakan. Kemudian, pembangunan modal insan yang agresif ke arah produktiviti dan juga kualiti serta ilmuan, knowledge economy. Seterusnya adalah pembangunan mampan dan juga pembangunan resilient dengan izin, iaitu berkaitan dengan alam sekitar, green, hijau kelestarian alam sekitar yang merupakan induk kepada pembangunan. Ini kerana pembangunan baru bukanlah pembangunan dari segi ekonomi dan pendapatan tetapi wellness index. Kebahagiaan hidup, happiness index dengan izin.
Seterusnya mengukuhkan infrastruktur negara. Macam pelaburan daripada negeri China, pelaburan daripada Saudi dan India, yang bakal akan dilawati oleh Perdana Menteri. Menarik FDI. Seterusnya, penjuru teraan semula ekonomi ke arah pembangunan yang mampan.
Itulah dari segi kerajaan Yang Berhormat. Dari segi rakyat pula, kita fokus rakyat dulu. Rakyat yang menjadi yang induknya. Saya rasa rakyat ini banyaklah dia punya inovasi-inovasi, social innovation iaitu kita bawah pembangunan in-situ, bukan individu sahaja. Masyarakat, individu, institusi, agensi kerajaan dan negara akan digabungkan untuk pembangunan sebegitu. Itulah sebabnya kita ada PR1MA, BR1M, Klinik 1Malaysia, Skim Latihan 1Malaysia, Malaysian Social Innovation (MSI), kita ada Mainstreaming Grassroots Innovations (MaGRIs) dengan izin, Skim Perumahan Mampu Milik, Projek Perumahan Rakyat, Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama, Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia dan Program Bantuan Rumah, banyak.
Ini adalah social innovation Yang Berhormat. Saya tidak boleh memberi segalanya dalam soal lisan dan jawab ini. Seterusnya kerana masa terhad akhir sekali, industri. Memang industri melalui satu proses modenisasi dan inovasi yang cukup agresif kerana SME merupakan tunjang kepada ekonomi negara. Inovasikan SME itu.
Agendanya tersendiri. So saya tidak ada masa untuk lebar kerana mungkin ada soalan tambahan seterusnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan tamat]
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perdagangan Strategik 2010; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Pendidikan Tinggi [Dato’ Seri Haji Idris Jusoh]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Peraturan mesyuarat. Ya, Peraturan Mesyuarat 36(4).
Tuan Yang di-Pertua
Sila. Peraturan mesyuarat?
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
36(4).
Tuan Yang di-Pertua
36(4). Sila.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Semalam saya telah menggunakan perkataan yang kurang elok terhadap Yang Berhormat daripada Ketereh. Oleh itu saya ingin menarik balik perkataan-perkataan tersebut.
[Tepuk] Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengar Ahli Yang Berhormat.
Yang berlaku kelmarin adalah kelmarin. Kalau perkara-perkara sebegitu apa yang berlaku kelmarin, apa yang disebut kelmarin melanggar peraturan mesyuarat dan sedemikiannya Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada, kalau Yang Berhormat Segambut ada, patutnya Ahli Yang Berhormat Segambut, kelmarin berdiri dan pertahankan, begitu.
Jadi jangan hal yang berlaku kelmarin lepas itu bangkitkan kepada saya sekarang. Ini kerana kalau saya benarkan itu nanti perkara-perkara yang berlaku tahun lalu pun akan juga ada Yang Berhormat berdiri dan bangkitkan. Terima kasih. Yang Berhormat Sik, sepuluh minit Yang Berhormat.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Ketiga Belas”.
[15 Mac 2017]
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. [Membaca sepotong doa] Segala puji bagi Allah seluruh sekalian alam, selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan, keluarga dan sahabat Baginda.
Tuan Yang di-Pertua disebabkan oleh sepuluh minit saya tidak membenarkan celahan.
[Dewan ketawa]
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
[Tepuk meja] Pertama sekali saya ingin menyentuh Titah Seri Paduka Baginda berkenaan dengan kewangan negara. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Pekan yang telah mengemudi negara dari segi kewangan. Pada tahun lepas kita telah mencapai kejayaan antaranya seperti berikut dan akan terus maju pada tahun ini. KDNK 4.1 peratus pada tahun 2016 di mana angka ini menepati target yang telah ditetapkan iaitu empat hingga lima peratus.
Pada 2017 kita menyasarkan KDNK di antara empat hingga lima peratus dan kita optimis angka ini akan tercapai juga.
Malaysia mendapat pelaburan secara langsung iaitu RM28 bilion pada enam bulan pertama tahun lepas. Ini adalah penambahan sebanyak 30 peratus berbanding tahun sebelum pada jangka masa yang sama. Defisit fiskal pada tahun lepas adalah 3.1 persen dan kita sasarkan pada tahun ini adalah 3 persen di mana sasaran ini diiktiraf oleh Moody’s yang Malaysia mempunyai disiplin ekonomi yang kuat. Agensi penetapan credit fees menilai Malaysia sebagai ‘A’ minus dalam ekonomi dunia berbanding negara maju dan Jepun ‘A’ dan China ‘A+.
Pada 28 Oktober 2015, Bank Dunia mengiktiraf Malaysia sebagai negara ke-18 dari 190 bukan ke-18 daripada 20 negara. Negara ke-18 dari 190 negara di dunia sebagai negara ekonomi dunia. Sekali lagi syabas dan tahniah Yang Amat Berhormat Pekan. Ini bersesuaian dengan Titah Seri Paduka Baginda di mana baginda yakin dengan keadaan ekonomi ini serta menggesa diteruskan langkah konsolidasi fiskal bagi mendapat bajet berimbang pada tahun 2020.
Kerajaan juga berusaha untuk meningkatkan ekonomi daripada 1.3 trilion tahun ini kepada 2.0 trilion pada tujuh tahun akan datang. Justeru mengekalkan Malaysia dalam 20 negara teratas dalam ekonomi dunia. Kepada yang mengutuk Yang Amat Berhormat Pekan, pengiktirafan ini bukan dibuat oleh Yang Amat Berhormat Pekan sendiri atau Menteri Kabinet, atau Kerajaan Barisan Nasional tetapi dibuat oleh badan-badan pengiktirafan antarabangsa dan Bank Dunia. Terimalah hakikat ini. Ini Raja Salman pula datang. Hebat Yang Amat Berhormat Pekan.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan di bawah naungan Seri Paduka Baginda terus mengambil langkah-langkah mengurangkan beban rakyat terutama kumpulan B40 dan M40. BR1M pada masa ini diberi tiga kali setahun iaitu setiap empat bulan sekali. Saya berharap BR1M ini diteruskan, jangan dihentikan di mana kekerapan BR1M perlu dikerapkan sehingga jika kerajaan mampu, mungkin BR1M ini boleh diberi setiap bulan seperti mana elaun diberi setiap bulan...
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Ekonomi baik, mengapa perlu BR1M.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Kepada rakyat miskin di Sweden, Belgium dan di negara-negara maju yang lain. Sebenarnya BR1M ini sangat dihargai oleh rakyat. Walaupun pembangkang mengutuk program ini tetapi apabila bayaran BR1M diumumkan tidak kira yang kutuk kerajaan ataupun tidak semuanya beratur di mesin ATM untuk mengambil BR1M.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
GST pula. GST yang terbukti sebagai kaedah kutipan cukai yang terbaik yang dilaksanakan oleh 166 buah negara daripada 196 buah negara di dunia. GST dapat membantu menambah kewangan rakyat atau kewangan kerajaan kerana wang kerajaan adalah wang rakyat untuk dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk kemudahan- kemudahan kepada rakyat dan subsidi-subsidi yang disasarkan kepada rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, kerajaan mengurangkan bebanan B40 dan M40 dengan bantuan kepada golongan-golongan tertentu dan digalakkan untuk berniaga seperti bantuan perniagaan kecil. Pendaftaran SSM adalah bertujuan untuk mendapatkan bantuan dari agensi kerajaan. Baru-baru ini, terdapat isu di mana orang yang daftar dengan SSM ditolak permohonan BR1M mereka. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Kewangan, adakah kerajaan bercadang untuk menghebahkan dan memberi penerangan awal kepada rakyat melalui media-media yang banyak seperti televisyen, radio dan media sosial?
Ini penting supaya penerangan dapat diberikan terlebih dahulu. Sebagai contoh, pemegang SSM mestilah mengisytiharkan pendapatan mereka semasa mengemaskinikan BR1M. Rakyat menjadi marah apabila tidak dimaklumkan kepada mereka kaitan antara SSM dan BR1M sehingga mereka gagal untuk mendapatkan BR1M. Kita sudah berpengalaman dengan masalah penerangan GST tetapi kenapa kita tidak belajar daripada pengalaman. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Kewangan, adakah kerajaan akan mengadakan pejabat LHDN bergerak supaya orang ramai mudah mengemaskinikan permohonan BR1M dan boleh mendapat maklumat daripada LHDN?
Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda juga prihatin terhadap tempat berteduhnya rakyat. Pertama, saya ingin menyentuh tentang rumah generasi kedua FELDA. Adakah FELDA bercadang untuk merombak dan menyusun rancangan baru untuk perumahan generasi kedua FELDA? Generasi kedua FELDA terdiri daripada dua golongan.
Pertama, mereka yang bekerja dan mempunyai pendapatan tetap dan mempunyai penyata gaji. Golongan pertama dari generasi kedua ini boleh mengambil pinjaman bank untuk membina rumah di tanah milik FELDA. Bagaimana pula dengan golongan yang satu lagi dari generasi kedua yang tidak bekerja tetap dan tidak mempunyai penyata gaji? Sudah tentu mereka ini tidak dapat membuat pinjaman dan mereka tidak dapat membuat rumah yang lebih besar dan selesa. Oleh itu, saya cadang FELDA membuat satu sistem di mana golongan generasi kedua yang tidak bekerja tetap dan berpendapatan ini dibina rumah yang murah di belakang atau di sebelah rumah generasi pertama. Ibu bapa atau generasi pertama ini menjadi penjamin dan jika bayaran bulanan rumah generasi kedua itu tidak dibayar, generasi pertama bertanggungjawab sebagai guarantor menjelaskan dari hasil tanaman mereka.
Biarlah rumah mereka murah dan kecil asalkan mereka memiliki sebuah rumah yang sesuai. Itu lebih baik daripada mereka tinggal di dalam pondok stor atau bangsal di dalam kawasan rumah generasi pertama. Di dalam Parlimen Sik terdapat kawasan FELDA iaitu FELDA Teloi Timur dan apa yang saya ceritakan bukanlah fiksyen kerana ini benar wujud di kawasan saya dan sangatlah menyedihkan. Saya harap pengerusi FELDA baru iaitu Tan Sri Yang Berhormat Johor Bahru dapat mengambil perhatian. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada beliau kerana setakat ini beliau mendapat reputasi yang tinggi di kalangan warga peneroka FELDA.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua dalam perumahan ialah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
[Disampuk] Saya ada satu minit. Rakyat termiskin ialah rakyat yang betul-betul miskin yang tidak mempunyai sebidang tanah pun.
Sudahlah mereka miskin, untuk mendapat bantuan perumahan pula tidak boleh.
Sudahlah begitu, jika mereka membina rumah di atas tanah simpanan, contohnya tanah rizab kerajaan negeri, rizab JPS, bantuan rumah dari peruntukan Parlimen pun mereka tidak boleh dapat. Ini adalah kerana tuan punya tanah rizab itu iaitu kerajaan negeri atau agensi-agensi tidak dapat memberi keizinan untuk mendirikan sebarang struktur ke atas
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
tanah berkenaan. Untuk mendapat tanah kerajaan ini bagi membina rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) adalah sukar.
Contohnya, di Parlimen Sik. Walaupun kawasannya luas iaitu 1,600 kilometer persegi bersamaan dengan keluasan negeri Perlis dan masih banyak kawasan hutan tetapi saya dapati untuk mendapat tanah bagi mendirikan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) adalah sukar. Di sana terdapat lima perumahan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)– KEDA, di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang terdiri daripada 544 buah rumah keseluruhannya. Itu pun rumah-rumah itu telah dibina 20 ke 25 tahun dahulu dan selepas itu tiada lagi pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)– KEDA.
Justeru itu, untuk mengatasi masalah ini. Saya mencadangkan kerajaan boleh meminimumkan penggunaan tanah dan memaksimumkan bilangan unit rumah iaitu rumah boleh jadi banyak dengan tanah mengguna tanah yang sikit untuk orang-orang miskin ini dengan membina flat untuk penduduk. Terutama untuk generasi ‘’Y’’ yang telah berkahwin. Flat yang saya cadangkan ini, boleh dibangunkan mungkin dua atau tiga tingkat. Jangan banyak tingkat sangat kerana jika terlalu banyak tingkat masalah sosial yang remeh temeh tetapi boleh mengakibatkan ketidakharmonian di kalangan penghuni di situ.
Saya berharap kementerian yang berkenaan menjawab ini, penting dan memberikan perhatian kepada isu ini.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Sekian, terima kasih.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Tidak boleh sekian, terima kasih.
[Ketawa] Ada banyak lagi sebenarnya. Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin sentuh sedikit berkenaan apa yang disentuh oleh Seri Paduka Baginda ialah tentang keamanan dan perpaduan. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Bagan Datok dan Yang Berhormat Sembrong yang telah berjaya meletakkan negara dalam keadaan aman dan tenteram. Tanpa keamanan dan ketenteraman terutamanya di Malaysia, sebuah negara yang berbilang kaum, bilang agama, berbilang budaya juga tidak kurang pendatang asing, rakyat tidak dapat hidup belajar, berkahwin dan sebagainya dengan aman.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu lagi konteks dalam keamanan dan perpaduan ini dan saya akan habiskan ini Tuan Yang di-Pertua, iaitu satu perkara lagi di dalam konteks perpaduan ialah bahasa. Saya ingin mencadangkan satu perkara dan saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh beri saya habis tajuk yang sedikit ini yang terakhir ini. Bahasa Melayu, saya tegaskan mesti diperkasakan. Saya cadangkan supaya bahasa Melayu, bahasa Mandarin, Cina dan bahasa Tamil mesti diajar secara wajib bermula dari sekolah rendah. Mungkin ada yang berkata mewajibkan ketiga-tiga bahasa ini adalah sukar. Saya pasti bahawa tiada perkara yang mustahil terutama jika ada perancangan dan implementasi munasabah dibuat.
Kementerian Pelajaran boleh buat kajian berkenaan dengan ini. Hakikatnya Malaysia adalah Malaysia yang ada sekarang. Kita sudah tidak boleh memaksa rakyat yang berbilang kaum untuk berkomunikasi dalam satu bahasa iaitu bahasa Melayu sahaja seperti mana ada negara lain yang berbuat begitu. Sekolah vernakular diteruskan, tulisan dalam pelbagai bahasa masih diteruskan. Pada pendapat saya, ini pendapat saya, we can’t reverse back, dengan izin. We also have to move forward, dengan izin.
Cuba bayangkan, jika berada dalam satu kumpulan rakyat Malaysia tiba-tiba ada dua tiga orang dalam kumpulan itu bercakap dalam bahasa yang kita tidak faham, saya pasti sudah tentu hati kita, perasaan kita tersentuh. Ini akan menimbulkan sedikit pemisah di antara kita semua. Bila terjadi begini sudah tentu kemesraan dan kasih sayang tergugat. Kita mahu rakyat Malaysia bersatu, berkasih sayang dan bermesra antara satu sama lain. Di mana ini akan mencipta satu asas perpaduan yang sangat kuat.
Tuan Yang di-Pertua, kita mahu rakyat Malaysia sama-sama untung. Dari segi ekonomi negara China dan negara India akan menjadi kuasa ekonomi yang besar di rantau ini. Amat rugilah juga jika kita tidak dapat menguasai bahasa dan komunikasi yang akan menguasai dunia perniagaan, dunia pelajaran dan pekerjaan anak bangsa kita.
Saya tahu bahasa-bahasa ini sudah menjadi mata pelajaran elektif kepada pelajar- pelajar. Akan tetapi, saya mencadangkan tiga bahasa ini menjadi bahasa wajib bagi pelajar di Malaysia. Kalau kita wajibkan kepada pelajar-pelajar, insya-Allah mereka boleh.
Contohnya, Tuan Yang di-Pertua. Orang Islam diwajibkan...
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Bahasa Sabah pun mesti dimasukkan juga. Bahasa Sabah dan Sarawak.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
mempengerusikan Mesyuarat] Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Ya. Bahasa Sabah boleh dimasukkan. Saya setuju.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sik. Masa sudah habis.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Okey. Tuan Yang di-Pertua.
Contohnya, kalau kita kata bahasa... Susah kita hendak belajar. Contohnya kita orang Islam, diwajibkan tahu menyebut sebutan perkataan Arab kerana mereka wajib berkata- kata dalam perkataan Arab ketika sembahyang. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap semoga rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini bersatu, berkasih sayang, maju dan berjaya. Bahasa jiwa bangsa. Bahasa asas perpaduan. Rakyat Malaysia boleh. Tuan Yang di-Pertua, saya berhenti di sini dahulu. Minta maaf banyak-banyak. Saya mengambil masa.
[Membaca sepotong doa] Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sik mohon menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Klang.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Saya lima minit extra Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, dalam tiga bulan pertama ini iaitu tahun 2017, tiga rakyat Malaysia telah mati dalam tahanan Polis Diraja Malaysia. Menurut Menteri Dalam Negeri sebanyak 1,654 telah mati dalam tahanan sejak 2010. Dalam kata lain, sebanyak 19 rakyat Malaysia telah mati dalam tahanan setiap bulan semenjak tahun 2010.
Dalam tahun ini sahaja tiga orang telah mati satu adalah Soh Kai Chiok ditemui mati pada 18 Januari di Balai Polis Triang, Bera, Pahang. Mendiang S. Balamurugan ditemui mati di IPD Klang Utara dan yang ketiga, Thanaseelan ditemui mati pada 25 Februari di Balai Polis Bukit Sentosa, Hulu Selangor.
Tuan Yang di-Pertua, kes kematian S. Balamurugan sudah pun dibincangkan panjang lebar di media tetapi beberapa soalan harus dibangkit di Dewan yang mulia ini mengenai kematian beliau dan juga saya minta Menteri Dalam Negeri menjelaskan dasar kementerian beliau. Pertama, adakah Kementerian Dalam Negeri memberi arahan kepada Polis Diraja Malaysia supaya tidak mematuhi perintah majistret dalam kes reman.
Ini adalah sebab Mahkamah Majistret Klang telah menolong permohonan reman oleh polis dan mengarahkan supaya S. Balamurugan dirawat di hospital sebab dia muntah darah di mahkamah semasa prosiding reman.
Kedua, arahan beliau dibebaskan selepas dirawat. Malangnya pegawai penyiasat mengingkari kedua-dua arahan majistret dan membawa S. Balamurugan balik ke balai. Pada malam itu, S. Balamurugan dijumpai mati di IPD Klang Utara. Adakah Menteri sudi melantik special public prosecutor dalam kes S. Balamurugan untuk menyiasat kematian beliau. Tugas special public persecutor ini boleh bekerjasama dengan EAIC iaitu Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dan SUHAKAM untuk menyiasat dan membawa pihak berkenaan ke muka pengadilan.
Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kementerian dan mohon jawapan daripada Menteri. Cadangan ialah untuk meminda rang undang-undang EAIC ataupun Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan supaya mereka diberikan kuasa untuk mendakwa pihak yang melanggar undang-undang. Ini adalah sebab sekarang EAIC atau Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan ada kuasa untuk siasat dan buat cadangan tetapi tidak ada kuasa untuk enforcement, tidak ada kuasa untuk kuatkuasakan. Nama ada kuatkuasakan tetapi tidak ada kuasa. So, saya minta supaya undang-undang ditukar, dipinda supaya kuasa untuk enforcement diberikan kepada EAIC.
Isu kedua yang saya hendak bangkit Tuan Yang di-Pertua adalah berkait dengan penyakit kanser. Sekurang-kurangnya 100,000 rakyat Malaysia menghidap kanser dan satu daripada empat rakyat Malaysia akan dijangkiti kanser sebelum berumur 70 tahun menurut Kementerian Kesihatan Malaysia. Daripada jawapan yang diberikan kepada saya daripada KKM menunjukkan bahawa terdapat 38 kes kanser baru setiap hari di Malaysia.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Untuk makluman Dewan yang mulia, ini angka ini tidak memberi gambaran keseluruhan kerana Kementerian Kesihatan Malaysia mengemas kini atau update National Cancer Registry. The National Cancer Registry latest update hanya adalah pada tahun 2011 tetapi sekarang kita di tahun 2017. Oleh itu, tidak memberi satu gambaran yang terperinci mengenai the depth of the problem. Saya minta supaya Kementerian Kesihatan Malaysia cadangkan satu pelan untuk mengemaskinikan National Cancer Registry demi kepentingan semua and as a matter of national interest. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan adalah harga ubat kanser yang tinggi dan luar kawalan kerajaan. Syarikat farmaseutikal mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan harga ubat dan pesakit tidak mempunyai pilihan lain daripada membeli dengan harga yang tinggi. Saya ingin tanya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, pertama, adakah kerajaan bersedia untuk meletakkan harga siling yang berpatutan bagi menurunkan kos harga ubat kanser. Memandangkan harga ubat yang tinggi dan kos sosial yang tinggi adakah kerajaan sudi menubuhkan national cancer fund, satu dana kanser nasional seperti mana yang dilakukan dan dilaksanakan di United Kingdom. Saya mohon supaya Menteri menyokong cadangan ini dan juga menjawab isu ini pada minggu depan.
Soalan seterusnya Tuan Yang di-Pertua adalah berkait dengan penggunaan apa yang dikatakan fleksibiliti di bawah perjanjian WTO, Agreement on Trade-Related Aspects of Intellectual Property Rights (TRIPS) untuk menjamin kepentingan negara dan kepentingan pesakit iaitu untuk menurunkan harga ubat yang begitu mahal. Adakah kementerian bersedia menggunakan fleksibiliti WTO, TRIPS ini dan adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan program ini? Isu ini adalah penting memandangkan kos rawatan kanser boleh mencecah lebih kurang RM300,000.
Isu ketiga yang saya bangkit adalah berkait dengan cadangan pelabuhan Carey di Klang. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah berkait dengan pelabuhan baru yang dicadangkan di Carey Island, Klang oleh Lembaga Pelabuhan Klang dan juga Kementerian Pengangkutan. Saya minta supaya Kementerian Pengangkutan menjelaskan beberapa isu berkait dengan cadangan pembinaan Pelabuhan Carey di Klang seperti:
(i) apakah kos sebenar pembinaan pelabuhan ini?;
(ii) adakah cadangan membina pelabuhan ini telah diterima dan diluluskan oleh Lembaga Pelabuhan Klang dan Kementerian Pengangkutan?;
(iii) adakah projek ini diberikan kepada China Merchants Group secara build-operate-transfer dan adakah Kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian ini dengan China Merchants Group?;
(iv) adakah Sime Darby bersetuju untuk menjual tanah tersebut kepada syarikat China Merchants Group dan juga kepada Lembaga Pelabuhan Klang?;
(v) apakah lebihan Pelabuhan Carey yang dicadangkan ini memandangkan pelabuhan West Port dan North Port ada kapasiti lebihan pada masa kini?; dan
(vi) bolehkah kementerian mengemukakan kepada orang ramai kos benefit pembinaan Pelabuhan Carey Island memandangkan kita ada tiga lagi pelabuhan di kawasan yang sama.
Akhir Tuan Yang di-Pertua, adalah berkenaan tenaga nuklear. Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata bahawa “Malaysia is ready to go nuclear”. Bilakah Menteri akan mengemukakan analisa kos faedah tersebut di dalam Dewan yang mulia ini dan adakah benar bahawa China General Nuclear Power Corporation akan mendapat kontrak untuk membina dua loji nuklear di Malaysia memandangkan firma ini telah membina ibu pejabat baru-baru ini di Malaysia. Apakah kos projek ini? Saya mohon supaya Menteri menjelaskan perkara ini.
Akhir sekali, berkait dengan isu Rohingya. Saya harap Malaysia akan menyokong cadangan Human Rights Council Bangsa-bangsa Bersatu untuk menubuhkan Commission of Inquiry untuk investigate crime against humanity terhadap rakyat Rohingya oleh tentera Myanmar. Minta pandangan Kementerian Luar Negeri.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kudat.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri - Kudat
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua di atas keizinan untuk saya turut bersama membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Izinkan saya merafak sembah menjunjung kasih di atas Titah sulung Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah menggariskan dengan jelas komitmen dan polisi kerajaan Baginda kepada rakyat jelata negara kita yang kita cintai ini.
Saya amat tertarik dengan beberapa isu yang telah dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan di antaranya yang paling penting sekali ialah transformasi luar bandar. Sebagai wakil rakyat yang majoriti yang tinggal di luar bandar, maka adalah menjadi tanggungjawab bagi saya untuk menyampaikan hasrat dan kepentingan masyarakat luar bandar. Saya mengucapkan kepada kerajaan, khususnya pemimpin utama kerajaan kita iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Ahli Parlimen Pekan yang juga Perdana Menteri yang telah melakukan banyak inisiatif-inisiatif bukan sahaja dalam usaha untuk membangunkan ekonomi tetapi juga menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur asas di luar bandar.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri - Kudat
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan kerana telah melaksanakan projek berimpak tinggi iaitu Pan Borneo di Sabah yang sudah tentu akan menjadi satu pemangkin ekonomi dan akan menjadi game changer kepada ekonomi negeri Sabah, dan juga kemudahan infrastruktur asas kepada rakyat di negeri Sabah. Walaupun projek ini menelan belanja begitu besar iaitu lebih daripada RM20 bilion, tetapi ianya sudah tentu akan menjadi penyumbang utama terhadap kemajuan masa depan negeri Sabah dalam pelbagai sektor.
Dalam kita mengalu-alukan projek ini, saya juga ingin mengingatkan kerajaan untuk melihat terhadap kemudahan-kemudahan infrastruktur luar bandar khususnya jalan-jalan luar bandar yang menjadi penghubung penting bagi rakyat luar bandar yang merupakan pengundi utama kepada Kerajaan Barisan Nasional yang telah memberikan kemenangan kepada Kerajaan Barisan Nasional dan sebab itu, budi baik mereka haruslah dibalas setimpal dengan memberikan kemudahan-kemudahan yang diharapkan dapat menolong mereka untuk mendapatkan keselesaan. Di kawasan saya sendiri banyak lagi jalan-jalan luar bandar yang perlu dinaik taraf, diperbaiki supaya ianya tidak lagi menjadi satu masalah komunikasi dan perhubungan kepada masyarakat.
Satu jalan yang sentiasa menjadi rungutan khususnya di media-media sosial— sekarang media sosial adalah amat berpengaruh di kalangan masyarakat dan mereka menggunakan media sosial untuk menyampaikan hasrat dan juga ketidakpuasan hati mereka dan ini sedikit sebanyak memberikan tekanan bukan sahaja kepada penjawat- penjawat awam, agensi-agensi tetapi juga khususnya kepada ahli-ahli politik seperti saya. Jalan yang sering mendapat rungutan di kawasan saya ini yang saya sudah sebut berkali-kali di Dewan yang mulia iaitu Jalan Mengkubau Laut iaitu menghubungkan Pitas, Bongkol dan Mengkubau Laut dan satu lagi jalan yang penting iaitu Jalan Telaga. Itu merupakan dua jalan yang telah pun dibawa oleh pihak JKR untuk dikemukakan kepada pihak kementerian khususnya Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.
Saya berharap supaya pihak EPU yang merupakan agensi yang bertanggungjawab untuk menyediakan value management lab dapat memberikan keutamaan terhadap projek ini dan berharap juga kepada Kementerian Kewangan untuk menyediakan peruntukan yang mencukupi kerana jalan ini adalah merupakan satu jalan yang agak diperlukan. Jadi penting bagi saya untuk menyampaikan permasalahan ini supaya ianya menjadi perhatian yang utama kepada agensi-agensi dan kementerian yang tertentu.
Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan kerana di dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia seperti mana yang telah disebutkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kerajaan telah dapat mengharungi turbulence ataupun gelombang ketidaktentuan ini dengan begitu baik sekali.
Seperti mana yang kita tahu bahawa negara kita setiap tahun berhadapan dengan gelombang kemelesetan ekonomi akibat daripada masalah-masalah bukan
Datuk Abdul Rahim bin Bakri - Kudat
sahaja di dalam tetapi di luar negara juga khususnya pemain-pemain ekonomi dunia pada hari ini dan ini memberikan kesan yang besar kepada negara kita.
Akan tetapi, di atas kecekapan pengurusan dasar fiskal dan dasar monetari yang begitu baik dan juga pelbagai inisiatif-inisiatif yang telah dilakukan, telah menunjukkan bahawa petanda-petanda dan juga statistik yang telah ditunjukkan bukan sahaja daripada dalam negara tetapi juga luar negara menunjukkan bahawa Malaysia berada di tahap yang begitu baik. Dalam World Economic Forum baru-baru ini, Malaysia telah diletakkan di tangga ke-25 di dunia dan di negara ASEAN adalah di tempat kedua.
Global competitiveness ini adalah menunjukkan bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara failed state seperti mana yang telah dicanangkan oleh pihak-pihak tertentu untuk menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Kita haruslah memastikan bahawa mereka ini tidak dapat mempengaruhi rakyat sehingga menyebabkan mereka terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang dikemukakan kerana apa yang jelas ialah pengurusan ekonomi negara kita adalah berada di tahap yang baik.
Dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu ini, negara masih lagi dapat mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang begitu baik yang dianggarkan 4.5 peratus iaitu satu pencapaian yang agak baik berbanding dengan banyak negara-negara lain dan kemampuan kita untuk menjana ekonomi kita khususnya dalam pendapatan eksport dan juga menarik pelaburan asing.
Seperkara lagi yang saya ingin bawa di dalam perbahasan ini ialah berkaitan dengan kegiatan cross border crime ataupun apa yang kita lihat hari ini ialah bukan lagi kita harus memerangi state to state war ataupun peperangan negara dengan negara tetapi kita berhadapan dengan golongan non state actor dan ini adalah merupakan sesuatu yang kita harus berkeupayaan untuk menanganinya dengan baik.
Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan khususnya, apakah yang telah terjadi kepada inisiatif untuk mewujudkan keamanan di selatan Filipina? Adakah kedua- dua pihak yang kita menjadi moderator di dalam proses ini telah mencapai kejayaan yang diharapkan? Ini kerana kejayaan perundingan damai ini akan memberikan faedah yang besar terhadap usaha kita menghadapi keganasan dan juga masalah-masalah yang boleh menimbulkan kerugian kepada negara kita, pencerobohan ataupun pihak-pihak yang cuba menggunakannya sebagai platform untuk melakukan keganasan.
Baru-baru ini kita diberitakan bahawa ada pihak yang telah ditangkap yang menggunakan Sabah sebagai transit point bagi melakukan kegiatan keganasan di negara sempadan. Ini haruslah kita lakukan dengan secara yang lebih komprehensif dan memastikan bahawa kita berkeupayaan untuk menanganinya kerana kita khuatir kalau kita tidak ada komitmen yang mencukupi, ianya akan memberikan kesan khususnya terhadap kemajuan ekonomi. Ini kerana seperti mana yang kita sedia maklum, negeri Sabah adalah bergantung kepada pembangunan sektor pelancongan, dan keganasan ini, penculikan dan kegiatan-kegiatan yang tidak terkawal akan memberikan kesan bukan sahaja dari segi ketakutan kepada rakyat yang tinggal di kawasan tersebut tetapi juga akan memberikan kesan kepada ekonomi negeri Sabah iaitu sebuah negeri yang penting di dalam negara Malaysia.
Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan memberikan sokongan terhadap inti pati Titah Seri Paduka Baginda. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, Ke Bawah Duli ada sebutkan mengenai negara ini mengamalkan prinsip wasatiyyah atau kesederhanaan. Ini memang satu prinsip yang baik.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Saya berharap dengan prinsip sedemikian kita dapat menyaksikan amalan yang sederhana dari semua bidang politik, ekonomi, sosial dan sebagainya dan dalam pilihan raya kita amalkan sikap ini dengan melaksanakan semua langkah yang wujud untuk keamanan. Semua aktiviti parti politik mestilah mengikut cara aman dan damai. Di sini kita tidak boleh menerima hal seperti pelanggaran hak asasi seperti Rohingya di Myanmar, kita tidak boleh terima. Saya berharap semua Ahli Parlimen dapat menyokong, kita tidak boleh membenarkan hal sedemikian berlaku dan pihak Bangsa-bangsa Bersatu
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
mestilah mengambil tindakan yang tegas untuk menyelesaikan masalah pelanggaran hak-hak asasi ini.
Di sini saya hendak bangkitkan mengenai masalah pelampau IS, Daish. Setakat ini kita sudah menahan 398, hampir 400 yang disyaki terlibat dengan Daish. Kita perlulah mempertingkatkan usaha kita untuk mencegah pelampau-pelampau seperti ini. Kita perlu bukan sahaja dengan apa yang disebutkan Konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan, ini melibatkan kerjasama agensi-agensi keselamatan terutamanya PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Semua pihaklah, bukan sahaja PDRM dan Anggota Tentera Malaysia mestilah sedar bahawa pelampau seumpama ini terus aktif bukan sahaja di Malaysia bahkan mereka pergi ke Timur Tengah dan sebagainya termasuk di Selatan Filipina. Kita berharaplah kerjasama di antara semua agensi termasuk PDRM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia turut dipertingkatkan dan pemantauan diperketatkan supaya tidak akan berlakunya keganasan di Malaysia ini.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, mengenai masalah perdagangan di Malaysia ini. Sejak Trump menjadi Presiden, dia mengundur daripada TPPA dan ini tinggalkan Malaysia dengan masalah. Masalah kerana seperti mana yang disebutkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa bahawa kita hendak menyertai pasaran Amerika Syarikat, Peru, Mexico dan Kanada sebab itulah kita menyertai TPPA. Akan tetapi dengan pengunduran Amerika, jadi masalah itu timbul. TPPA tidak lagi memberi kita peluang untuk pergi ke Amerika Syarikat untuk perdagangan Amerika Syarikat. Jadi sebab itulah saya nampak kementerian itu sedang sibuk dengan RCEP. Akan tetapi RCEP tidak boleh mengganti TPPA kerana tidak ada pasaran Amerika Syarikat, Peru, Mexico dan Kanada.
Di sinilah saya berharap pihak kementerian dapat mengaturkan cara-cara yang lebih berkesan. Mungkin dengan perundingan dua hala mungkin kita boleh capai. Ada saya dengar bahawa ada pihak yang sedang menunggu supaya bila Trump tidak jadi Presiden Amerika Syarikat, semua negara boleh bermula semula dengan TPPA. Itulah saya dengar strategi sesetengah orang. Akan tetapi walau bagaimanapun Tuan Yang di- Pertua, kita menghadapi masalah dan masalah mesti diatasi supaya perdagangan antarabangsa kita boleh dikembangkan lagi. Hanya empat minit sahaja.
Di sini saya memang bergembira kerana bukan sahaja Perdana Menteri, Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Parlimen, saya nampak berminat dengan pantun kita.
Karmina dan pantun adalah puisi Melayu, khazanah kebudayaan. Kita ada sisomba, kita ada syair, seloka, talibun, gurindam dan bidalan Melayu. Akan tetapi kebanyakannya termasuk syair atau seloka itu daripada Timur Tengah daripada Islam dan daripada kesusasteraan lama Hindu. Akan tetapi yang tulen khazanah dan puisi Melayu itu karmina dan pantun.
Walaupun ada orang kata ini berasal daripada Jawa, itu bukan. Di sinilah saya seperti karmina, karmina itu memang khazanah yang kaya seperti ‘gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senanglah hati’. Itu karmina. Pantun yang sempurna; *Padi bunga jangan dilurut, kalau dilurut pecah batang, hati muda jangan diturut, kalau diturut salah tatang.
[Tepuk]* Itu pantun sempurna. Akan tetapi walau bagaimanapun...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ada yang hendak jawab?
[Ketawa] Nasib baik Yang Berhormat Lenggong tidak ada ya.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Saya pun tahu sekarang ini bukan masa yang dulu kecuali di Dewan Rakyat inilah kita nampak ada yang berminat tetapi di luar itu kurang dah sekarang. Jadi di dalam upacara perkahwinan masih ada, bersanding, masih ada tetapi di banyak tempat itu dia gunakan puisi baru. Saya berharap dengan galakan daripada Ahli-ahli Parlimen, semua partilah kita dapat memperkembangkan, dapat mempertahankan khazanah yang kaya ini.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasihlah.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Jangan komen saya, baik-baik, ya. Akhirnya...
Orang hendak anak ke universiti,
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
*negara wujud banyak tempat belajar, orang hendak belajar dapat menangi, negara wujud ramai pengajar.
Negara wujud banyak tempat belajar, semua pihak sentiasa tegak kualiti, negara wujud ramai pengajar, semua pihak sentiasa baiki ciri.* Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini. Oleh kerana kesuntukan masa, saya akan menumpukan ucapan saya kepada beberapa perkara mengenai kanak-kanak dan isu kemuflisan.
Isu pertama yang saya akan bangkitkan iaitu institusi penjagaan kanak-kanak seperti taska beroperasi tanpa lesen. Menurut Jabatan Perangkaan Negara 2016, anggaran penduduk Malaysia yang dicatat adalah sebanyak 31.7 juta orang.
Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 3.4 juta adalah kanak-kanak berumur bawah empat tahun. Namun sehingga kini, keseluruhan Malaysia hanya terdapat 4,155 buah taska. Jumlah ini masih berkurangan daripada sasaran kerajaan iaitu memerlukan 13,200 buah taska pada tahun 2020. Ini bermakna ibu bapa akan menghadapi kekurangan institusi penjagaan.
Sebagaimana yang difahami, kementerian mempunyai perundangan dan peraturan bagi penubuhan pusat penjagaan yang ketat serta tegas. Namun, tahap penguatkuasaan masih lagi berada di tahap yang lemah. Tanpa pemantauan tegas dan tindakan segera terhadap institusi penjagaan yang beroperasi tanpa lesen Tuan Yang di- Pertua, ia akan memberi kesan yang negatif. Maka saya di sini mencadangkan kepada kementerian agar memperbanyakkan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk melakukan lebih kerap usaha turun padang bagi crackdown dengan izin, institusi penjagaan kanak-kanak yang beroperasi tanpa lesen dari semasa ke semasa. Selain itu, saya menyarankan agar kementerian untuk mengadakan kolaborasi dengan golongan NGO bagi memperluaskan usaha tersebut dan bagi meningkatkan pemantauan kementerian terhadap institusi penjagaan kanak-kanak yang tidak berlesen dan juga berlesen.
Isu kedua ialah peraturan atau ketetapan yang berbeza oleh pihak berkuasa tempatan iaitu PBT ke atas institusi penjagaan kanak-kanak. Operator yang ingin menubuhkan institusi penjagaan kanak-kanak seperti taska dan tadika perlu mematuhi Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taman Asuhan Kanak-kanak di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Ini adalah satu keperluan yang tidak boleh diperkecil atau dipermudahkan kerana melibatkan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak.
Menurut jawapan yang diberikan oleh kementerian kepada soalan Parlimen saya pada 8 Mac lalu, kini terdapat 96 daripada 98 PBT di Semenanjung telah menerima pakai garis panduan tersebut mengenai syarat asas yang perlu dipatuhi oleh operator institusi penjagaan kanak-kanak. Namun, terdapat aduan dan maklum balas yang diterima daripada pihak operator bahawa selain dari garis panduan tersebut, PBT telah menetapkan syarat-syarat yang kurang munasabah terutamanya dari segi pelan penukaran kegunaan bangunan untuk taska dan tadika termasuk keperluan bomba dan keselamatan serta fi yang berbeza.
Keadaan ini berlaku kerana setiap PBT mempunyai by law atau undang-undang PBT masing-masing selain daripada garis panduan kementerian. Dengan itu, soalan saya kepada kementerian, adakah objektif Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taman Asuhan Kanak-kanak sekiranya PBT boleh mewujudkan peraturan atau
Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah
ketetapan sendiri. Keadaan ini akan lebih menggalakkan operator untuk beroperasi tanpa lesen kerana ketetapan kerenah ini. Saya mencadangkan agar kementerian mengumpul dan meneliti semua by law PBT dan mewujudkan satu garis panduan yang lebih komprehensif tanpa mengabaikan keperluan dan kesejahteraan kanak-kanak.
Ketiga, isu berikutnya yang memerlukan perhatian kerajaan iaitu kepelbagaian institusi pendidikan awal kanak-kanak di pasaran kini menurut pengumpulan data yang telah dikumpulkan iaitu PERMATA secara langsung di bawah portfolio Jabatan Perdana Menteri, Taman Bimbingan Kanak-kanak atau Tabika Perpaduan di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri (JPNIN), taska adalah di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, tabika atau prasekolah di bawah penguatkuasaan Kementerian Pendidikan. Terdapat juga Tabika KEMAS di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Institusi pendidikan awal kepada kanak-kanak yang disebutkan adalah jelas di bawah pemantauan kementerian masing-masing. Namun, kekeliruan mula timbul apabila pasaran hari ini menawarkan institusi pendidikan awal kanak-kanak dengan nama atau jenama yang pelbagai dan berbeza. Sebagai contohnya, pusat perkembangan minda atau enrichment centres kanak-kanak, pusat tuisyen kanak-kanak, playhouse dan lain- lain.
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian, bagaimana institusi pendidikan awal kanak-kanak ini memperoleh lesen untuk beroperasi dan kementerian yang mana memantau operasi mereka apabila kebanyakan institusi ini beroperasi di lokasi atau bangunan komersial. Kebanyakan institusi ini beroperasi dengan menerima pelbagai umur kanak-kanak. Misalnya sesetengah pusat perkembangan minda kanak-kanak menerima kanak-kanak dari umur tiga tahun hingga umur tujuh tahun dengan alasan membantu kanak-kanak berkomunikasi dengan umur yang berbeza bagi menyediakan kanak-kanak tersebut ke alam persekolahan nanti.
Namun, ia sangat akan meningkatkan kes pengabaian apabila pengasuh perlu menjaga lingkungan umur kanak-kanak yang berbeza apabila keperluan mereka juga berbeza.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya ialah meningkatkan perlindungan kanak- kanak daripada sebarang pengeksploitasian seperti jenayah seksual. Kemajuan informasi dan teknologi mendedahkan kanak-kanak atau pelajar kepada sebarang pengeksploitasian seperti penjenayah seksual, gangguan seksual, gejala sosial yang negatif dan sebagainya. Pengukuhan untuk melindungi kanak-kanak melalui undang- undang amat dialu-alukan.
Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya sentuh topik seterusnya iaitu bilangan kemuflisan masyarakat Malaysia yang tinggi. Di Malaysia, punca yang telah menyebabkan masyarakat diisytiharkan muflis ialah ketidakcekapan dalam pengurusan kewangan terutamanya kegagalan membayar pelbagai pinjaman institusi kewangan seperti kenderaan, sewa beli, harta tanah, peribadi dan perniagaan. Menurut statistik Jabatan Insolvensi Malaysia, dari tahun 2013 sehingga tahun 2016, sebanyak 82,383 individu telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah. Jumlah kemuflisan yang tinggi amat membimbangkan kerana ia akan melucutkan perkembangan potensi seseorang individu termasuk belia dalam kawasan saya iaitu kawasan Alor Gajah dalam memajukan ekonomi negara.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mempunyai tanggungjawab yang penting untuk memupuk pengetahuan pengurusan kewangan di kalangan belia bersama-sama langkah-langkah ekonomi mikro dan peraturan untuk mengurangkan isu kemuflisan di kalangan masyarakat dan golongan belia.
Dengan itu, saya di sini mencadangkan agar kerajaan dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit iaitu AKPK, Bank Negara serta agensi lain memperkasakan langkah seperti berikut di samping pindaan undang-undang iaitu:
(i) meneruskan kempen celik pengurusan kewangan terutama di kalangan belia, diperkasakan dengan nasihat terkini mengenai simpanan dan pelaburan melalui media massa;
(ii) mencadangkan bahawa nisbah khidmat hutang individu diturunkan daripada 60 peratus kepada 30 peratus dari pendapatan bersih mereka supaya pendapatan mereka lebih fleksibel dalam meningkatkan komitmen mereka untuk membayar pinjaman pendidikan mereka supaya pinjaman mereka boleh dilangsaikan dalam masa yang singkat;
(iii) mencadangkan penyelesaian pinjaman yang lebih anjal diberi kepada individu dengan institusi kewangan tetapi tidak pada
Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah
status muflis supaya mereka boleh mempunyai peluang untuk menyusun semula masalah kewangan mereka tanpa mengisytiharkan muflis; dan
(iv) mewajibkan semua pembekal kredit untuk dengan jelas mengiklankan kadar benar peratusan tahunan atau juga dikenali sebagai true annual percentage rate iaitu APR supaya individu memahami kos sebenar kredit yang ditawarkan oleh mereka.
Dengan itu, saya menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Rantau Panjang, kita sambung 2.30 petang. Baiklah Yang Berhormat, kita tangguhkan persidangan kita sehingga jam 2.30 petang dengan Yang Berhormat Rantau Panjang memulakan perbahasan.
[Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Mewakili seluruh rakyat Rantau Panjang dan rakyat Kelantan seluruhnya, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih di atas pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV. Semoga negara kita terus aman dan makmur di bawah pemerintahan Duli Tuanku dan mendapat rahmat dan berkat daripada Allah SWT.
Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan perbahasan saya dengan mengambil satu peringatan Allah dalam Al-Quran dalam Surat Al-Maidah. Dengan izin... [Membaca ayat Al-Quran] “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam melakukan dosa dan maksiat dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksanya”. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini juga mengucapkan tahniah kepada seluruh pelajar-pelajar kita yang mendapat kecemerlangan dalam keputusan SPM pada hari ini dan semoga kejayaan mereka ini akan menjadi aset yang cukup besar pada masa depan negara kita. Selaras dengan Titah Tuanku di mana dalam Titah Tuanku menyebut bahawa supaya kerajaan memperkasakan undang-undang dan Mahkamah Syariah. Ini adalah bertepatan sebagaimana peringatan Allah dalam Al- Quran supaya kita sama-sama mentaati perintah Allah, bekerjasama dalam melaksanakan kerja takwa kepada Allah SWT. Jadi selaras dengan itu- begitu juga dengan seluruh rakyat yang beragama Islam, sangat menjunjung kasih di atas Titah Tuanku dan mengharapkan Akta Rang Undang-undang 355 dapat diperkasa dan diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat kali ini.
Sesuai dengan kehendak Allah SWT, kalau kita boleh menerima bulan, bintang dan segala ciptaan Allah, bumi yang kita pijak ini ciptaan Allah, kenapa hukum Allah kita tidak boleh terima. Sedangkan Allahlah yang menciptakan bumi, Allah jugalah yang menurunkan hukum dalam Al-Quran selaras dengan fitrah manusia. Jadi saya mengharapkan semoga sokongan daripada semua Ahli Parlimen supaya kita sama- sama memberi sokongan padu apalagi dengan kehendak Tuanku yang menitahkan agar kita memperkasakan undang-undang syariah yang selama ini sudah lebih 32 tahun tidak dipinda. Kali terakhir pindaan Akta 355 pada tahun 1984 dan sekarang melebihi 32 tahun akta ini tidak dipinda. Kita mengharapkan dengan Titah Duli Tuanku, dengan sokongan
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
penuh rakyat daripada umat Islam seluruh negara dan kita mengharapkan sokongan daripada semua Ahli Parlimen supaya akta mahkamah kita diperkasakan, insya-Allah. Hari ini berbagai-bagai kepincangan berlaku dalam negara kita terutama yang berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Banyak kes yang tertangguh di mahkamah, bagaimana kekurangan staf ataupun pegawai syariah, tangga gaji pegawai- pegawai syariah yang masih rendah yang menyebabkan ramai graduan kita yang kurang berminat untuk berada di bidang Mahkamah Syariah. Begitu juga banyak prosedur penyelesaian yang merumitkan yang menyebabkan banyak kes tertangguh terutama dari segi tuntutan nafkah, tuntutan harta pencarian dan boleh membawa kepada diskriminasi terutama kepada kaum wanita.
Saya ingin tahu setakat ini berapakah jumlah tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan terutama kepada suami-suami yang tidak bertanggungjawab terhadap rumah tangga. Suami-suami adalah ketua kepada rumah tangga sepatutnya bertanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak. Hari ini kita lihat banyak krisis rumah tangga berpunca daripada pengabaian suami sebagai ketua keluarga. Jadi saya ingin tahu daripada pihak kerajaan apakah tindakan yang telah dibuat untuk memastikan supaya undang-undang berkaitan dengan hukum kekeluargaan ini dapat diperkasakan.
Berapa kes yang telah diambil tindakan terhadap kesalahan-kesalahan seumpama ini.
Tuan Yang di-Pertua, kita melihat keruntuhan institusi keluarga hari ini sangat membimbangkan kita. Kadar penceraian dalam negara kita sangat tinggi hari ini. Kita lihat statistik menunjukkan kadar penceraian negara kita hampir 170 buah keluarga sehari bercerai dalam negara kita. Ini adalah satu angka yang cukup besar dan membuktikan kegagalan institusi keluarga.
Apakah program yang telah dibuat oleh kerajaan untuk memastikan institusi keluarga kita mantap? Ini kerana untuk kita membina sebuah negara maju, tidak ada erti negara kita maju dari sudut ekonomi, kita hendak mencapai negara maju berpendapatan tinggi sedangkan institusi keluarga kita runtuh. Hasil daripada keruntuhan institusi keluarga ini membawa kepada banyak masalah sosial di antaranya masalah pengabaian anak-anak. Inilah yang menyumbang kepada banyaknya berlaku masalah dadah, yang menyumbang kepada zina dan yang terakhir yang kita bicarakan hari ini, perkara-perkara yang sangat membimbangkan kita ialah jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak.
Jadi sebagai kerajaan yang mentadbir negara ini, seharusnya kita mengambil tindakan yang tegas terhadap perkara-perkara yang merosakkan masa depan negara kita. Oleh itu saya ingin tahu apakah penyelesaian. Tidak cukup dengan sekadar program motivasi ataupun mengadakan sekolah-sekolah harapan untuk menyelesaikan isu-isu gejala sosial seperti ini. Kita memerlukan satu tindakan undang-undang yang tegas untuk memastikan bahawa masa depan negara kita, gejala sosial negara kita dapat dibendung sepenuhnya.
Paling malang sekali apabila kita lihat 10 peratus daripada kelahiran dalam negara kita adalah terdiri daripada anak luar nikah. Dalam tempoh sepuluh tahun, lebih daripada setengah juta anak luar nikah lahir dalam negara kita. Ini adalah satu angka yang cukup membimbangkan. Oleh sebab itulah kita sangat mengalu-alukan pindaan Akta Jenayah Seksual kepada kanak-kanak dan bukan persoalan jenayah seksual kepada kanak-kanak sahaja, jenayah seksual kepada remaja, jenayah seksual kepada orang dewasa dan termasuk orang tua. Apa sahaja perkara yang menyebabkan menjatuhkan maruah, hendaklah kita bendung sebaik-baiknya. Oleh sebab itulah saya mengalu-alukan supaya pindaan Akta Mahkamah Syariah, Akta 355 hendaklah disegerakan untuk memastikan semua perkara gejala sosial yang melibatkan maruah manusia terutamanya yang melibatkan orang Islam ini kita dapat bendung dengan sebaiknya.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkaitan dengan masalah zina yang semakin berleluasa dalam negara kita terutamanya di kalangan remaja juga.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Jadi, setakat ini apakah program-program yang telah dibuat untuk menyedarkan remaja-remaja kita hari ini? Oleh sebab kita tidak mahu semakin hari semakin banyak isu-isu yang berkaitan dengan zina ini berleluasa di kalangan remaja dan saya harap supaya kokurikulum pendidikan juga hendaklah dikaji. Saya mencadangkan Pendidikan Agama Islam hendaklah dijadikan mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan kita.
Jadi kita bukan semata-mata hanya menjadi mata pelajaran pilihan.
Di antara punca utama kita lihat hari ini apabila orang Islam sendiri terutama orang Melayu Islam, mereka baca Quran, mereka tidak faham Al-Quran. Jadi saya cadangkan supaya kerajaan memperkenalkan bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran,
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
bahasa perlembagaan, terutama dalam pendidikan kepada orang-orang Islam supaya mereka baca Al-Quran, mereka faham apa makna Al-Quran. Apabila mereka tidak faham Al-Quran, inilah yang menyebabkan kita lihat mereka melakukan perkara yang bercanggah dengan perlembagaan orang Islam itu sendiri.
Jadi saya mencadangkan selaras dengan perkembangan semasa, kita melihat hari ini 1.6 bilion umat Islam yang ada di seluruh dunia dan bahasa Arab sekarang sudah menjadi bahasa utama apalagi negara kita banyak pelabur-pelabur daripada Timur Tengah. Tidak salah dan amat dialu-alukan kalau kita jadikan subjek Bahasa Arab ini menjadi bahasa dalam sistem pendidikan kita selain daripada Bahasa Inggeris dan daripada Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya berkaitan dengan masalah tebatan banjir. Baru-baru ini diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri masa lawatan ke kawasan saya masa musim banjir, menjanjikan peruntukan baru untuk tebatan banjir di Sungai Golok, Rantau Panjang sejumlah RM800 juta. Saya harap perkara ini jangan jadi retorik untuk kempen pilihan raya semata-mata masa depan.
Berpuluh-puluh kali saya bangkit di Dewan ini dan banyak kali dijanjikan, sampai hari ini sebatang tiang pun belum lagi dibina tebatan banjir di Rantau Panjang.
Jadi, saya ingin tahu peruntukan RM800 juta yang dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ini, bilakah tebatan ini akan dibina di sepanjang Sungai Golok, Rantau Panjang? Begitu juga dengan keperluan lampu jalan yang menuju kepada Pekan Golok yang mana menjadi jalan antarabangsa, menjadi pintu masuk di sebelah Pantai Timur. Sekarang ini lampu-lampu jalan, berapa kali saya ke utarakan sampai hari ini masih gelap dan banyak membawa kepada masalah yang berlaku kemalangan.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah isu H5N1 yang berlaku di negeri Kelantan hari ini. Saya minta supaya Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan apa punca dan apakah langkah penyelesaiannya. Oleh kerana masa tidak mencukupi Tuan Yang di- Pertua, saya menyokong ucapan Titah Diraja. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih. Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya akan mulakan dengan masalah kemudahan hospital di Hospital Sultanah Aminah. Sejak insiden kebakaran ICU pada tahun lepas, Hospital Sultanah Aminah sudah kekurangan operating theater. Saya pada bulan lepas ada satu perjumpaan dengan pelawat-pelawat hospital dan saya difahamkan bahawa di antara sepuluh buah operating theater, kini tinggal dua yang boleh berfungsi. Jadi ramai pesakit yang kena dihantar kepada Hospital Sultan Ismail untuk operation dan juga ramai lagi yang kena tunggu giliran yang lama untuk mendapat perkhidmatan pembedahan.
Satu lagi masalah yang menimpa Hospital Sultan Ismail ialah masalah banjir dan juga kekurangan tempat meletak kereta yang serius. Jadi oleh kerana banjir ini, ia akan menjejaskan perkhidmatan dan juga kemudahan alat-alat yang akan rosak, saya minta bahawa kementerian ambil tindakan segera.
Saya di sini ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana usaha untuk membina rumah-rumah mampu milik. Tetapi saya difahamkan bahawa ada setengah-setengah pemohon yang berjaya diberikan rumah mampu milik tetapi gagal mendapat pinjaman bank. Jadi saya berharap bahawa kerajaan fikir macam mana boleh bantu golongan yang walaupun layak untuk mendapat rumah mampu milik tetapi tidak layak dapat pinjaman bank.
Baru-baru ini ada seorang guru yang baru mendapat pelantikan pertama dan beliau ditempatkan di Pengerang. Dia jumpa saya untuk memohon tukar. Apabila saya tanya dia tentang sebab-sebabnya, dia kata sewa rumah sangat mahal walaupun di Pengerang. Dia kata sewanya sampai RM1,500 sebulan dan bagi seorang yang baru mula berkhidmat sebagai cikgu ini memang dia tidak mampu. Jadi saya berharap bahawa kerajaan tumpukan perhatian kepada pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia di tempat-tempat seperti ini. Oleh kerana Pengerang sekarang, saya percaya semua sudah mahal.
Berkenaan dengan projek rumah-rumah sakit, ini perkara yang saya sudah bangkitkan di Parlimen banyak kali khususnya di kawasan saya banyak projek
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
perumahan dan banyak juga projek yang terbengkalai, projek yang menjadi sakit. Jadi, oleh kerana di kawasan saya ada satu projek dahulu dia terbengkalai tetapi oleh kerana cabaran pemaju di mahkamah dia sekarang hanya projek sakit sahaja bukan terbengkalai tetapi ia sudah lebih sepuluh tahun. Lebih sepuluh tahun masih tidak siap walaupun pemaju ditekan tetapi dia akan buat perlahan-lahan sampai satu blok rumah pangsa dia ambil masa satu tahun.
Jadi saya rasa bahawa kes seperti ini Yang Berhormat Menteri seharusnya diberikan lebih banyak kuasa. Kalau kes seperti ini walaupun ia bukan terbengkalai tetapi memang pasti ia tidak boleh siap. Mangsanya adalah orang-orang yang susah, orang- orang yang berpendapatan rendah. Jadi saya rasa bahawa KPKT seharus meminda akta supaya Yang Berhormat Menteri mempunyai kuasa yang tertentu walaupun pemaju bukan muflis, kalau projeknya tidak boleh siap dalam tempoh yang bersesuaian misalnya enam bulan kah, setahun kah, Yang Berhormat Menteri harusnya ada kuasa untuk ambil alih dan pulihkan projek supaya orang miskin tidak menjadi mangsa.
Perkara yang satu lagi ialah berkenaan dengan BR1M. Tadi saya dengar macam Yang Berhormat Sekijang pun ada sebut tentang orang yang sudah berdaftar dengan SSM tidak boleh dapat pinjaman. Saya check dengan website “SEBENARNYA”.
Di situ dia menafikan bahawa mereka tidak boleh dapat BR1M tetapi ini hakikat oleh kerana saya ingat ramai Ahli Parlimen dapat aduan orang yang misalnya pembawa teksi pun kena berdaftar dengan SSM, sampai orang cacat berniaga kecil pun kena berdaftar dan selepas itu mereka dinafikan BR1M.
Jadi saya harap bahawa kerajaan kaji semula untuk bantu mereka dan juga saya berharap bahawa website SEBENARNYA ini, ia sepatutnya bukan hanya tanya SSM, dia harus tanya Menteri Kewangan. Oleh kerana pada SSM dia kata tidak ada hal tetapi sebenarnya rakyat kita yang miskin itu tidak dapat pinjaman.
Saya juga hendak sentuh sedikit berkenaan dengan pengangkutan. Setakat ini perkhidmatan kereta api daripada Johor Bahru sampai ke Kuala Lumpur, kita kena ambil kereta api yang biasa sampai ke Gemas. Selepas sampai Gemas kita kena tunggu satu jam untuk ambil kereta api kelajuan tinggi ke Kuala Lumpur. Jadi ini menjadikan perkhidmatan ini tidak digemari oleh kerana kena tunggu satu jam di Gemas dan sebagainya. Saya berharap bahawa projek untuk sambungkan perkhidmatan kereta api kelajuan tinggi daripada Gemas ke Johor Bahru boleh dipercepatkan.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Tuan Yang di-Pertua, semalam kita jumpa dengan SUHAKAM, kita bincang tentang hak asasi manusia. Akan tetapi pada saya,di antara hak asai manusia, our right to know the truth, hak kita untuk mendapat kebenaran ini adalah penting. Saya dapati baru-baru jni khususnya di media sosial elektronik, banyak berita, banyak mesej yang bohong. Ini bukan orang tak tahu tetapi sengaja direkakan dan pada saya ini sudah tidak tepat, ini sudah tidak baik.
Saya minta bahawa kerajaan seharusnya, saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana adakan website SEBENARNYA untuk rakyat mungkin boleh check, boleh semak kebenaran sesuatu mesej ataupun sesuatu berita. Akan tetapi kita juga ambil tindakan yang kalau kita boleh kesan mana punca ini, orang yang membuat itu haruslah dihukum.
Tuan Yang di-Pertua, kini kita dapati bahawa ramai rakyat jelata komplain berkenaan dengan kos kehidupan yang tinggi khususnya peningkatan kos harga petrol, komoditi dan sebagainya. Jadi saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Tebrau, ada dua minit lagi ya sebab setting jam tersalah tadi.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Saya berharap bahawa kerajaan mengambil usaha yang banyak lagi untuk bantu rakyat jelata dan juga mungkin boleh jelaskan kepada rakyat jelata tentang kesan-kesan kenaikan harga petroleum dan komoditi. Tuan Yang di-Pertua, saya ingat itu sahaja yang saya hendak sampaikan. Sekian terima kasih dan juga saya ambil kesempatan ini untuk menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya ambil Yang Berhormat Nibong Tebal dululah, sila.
Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi ruang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasaan Menjunjung Kasih Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen Ketiga Belas, 6 Mac 2017.
Oleh sebab kekangan masa, saya terus kepada mulakan ucapan dengan menyentuh persoalan keselamatan pertanian negara, national food security, dengan izin. Isu ini penting kerana ia bukan sahaja berkaitan dengan keselamatan negara secara mutlak tetapi juga terkesan kepada kesejahteraan kehidupan rakyat terutama sekali berkaitan dengan kos saraan kehidupan rakyat seharian bagi memenuhi salah satu kehendak ataupun elemen penting kehendak asas ataupun basic needs dengan izin, iaitu makanan selain dari tempat kediaman, pakaian dan lain-lain.
Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, walaupun Malaysia terkenal sebagai syurga makanan tetapi negara terlalu bergantung pada import bahan ataupun barang- barang makanan. Contohnya, Kementerian Pertanian dalam tahun 2015 menyatakan Malaysia import sejumlah RM45.4 bilion makanan dan negara import lebih dari RM50 juta jenis bahan-bahan makanan segar dan beku untuk memenuhi selera makanan rakyat negara.
Dilaporkan juga Malaysia iaitu negara kita beli sayur-sayuran, buah-buahan dan daging sekurang-kurangnya dari 120 negara yang kita beli buah-bahan seperti tembikai, pisang, nanas dan juga rambutan berjumlah RM1.55 bilion antara Januari hingga Jun tahun 2014 daripada negara Afrika, Australia, India dan juga China. Bagi sayur-sayuran pula, negara import barangan seperti bawang merah, bawang putih, brokoli, cendawan, bendi, kacang, keledek, tomato dan cili dari negara-negara seperti China, India, Thailand, Australia dan juga Singapura. Ya, Singapura walaupun tanah tak ada. Ini saya harap menteri dapat memberi penjelasan kita import apa daripada Singapura ini. Dilaporkan juga di antara Januari hingga Jun 2014, Malaysia import sayur-sayuran sejumlah RM198 bilion.
Tuan Yang di-Pertua, senario ataupun data di atas menunjukkan keselamatan makanan ataupun food security, dengan izin perlu menjadi keutamaan kerajaan bagi memastikan negara mengurangkan pergantungan kepada import barang-barang keperluan makanan. Ini bermakna, kerajaan perlu memberi tekanan kepada industri tanaman makanan dan malangnya sektor ini terabai ataupun diketepikan.
Ada perubahan perhatian terutama sekali kepada sektor perindustrian di peringkat awal kita merdeka. Manakala perubahan keutamaan ini boleh kita fahami memandangkan kepada suasana geopolitik dan juga perkembangan ekonomi global seperti keperluan untuk menarik pelaburan asing, memenuhi keperluan tenaga kerja dan membuka peluang ataupun ruang pekerjaan bagi tangani isu pengangguran dan lain-lain masalah dalam negara.
Malangnya sektor industri yang negara bina pun hingga hari ini tidak terbukti menuju ke mana-mana juga. Seperti contoh, apa yang terjadi kepada Proton.
Dikhabarkan kita terpaksa jual kepada syarikat daripada China. Sekali lagi Tuan Yang di- Pertua, industri ini ternoda. Untuk mengatasi masalah ini ataupun kepincangan ini, kerajaan bukan tidak buat apa-apa. Di antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan jaminan makanan, kementerian melaksanakan beberapa projek impak besar. Antaranya, Taman Kekal Pengeluaran Makanan dengan projek- projek seperti berikut; di Zon Industri Akuakultur, Pusat Fidlot Nasional, Ladang Kontrak, Pembangunan Usahawan Asas Tani dan Entry Point Project di bawah bidang ekonomi utama negara.
Kita ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana menganjurkan program- program di atas ataupun inisiatif di atas. Namun saya benar-benar ragu-ragu dengan pelaksanaan program-program di atas.
Seperti juga dengan rakyat Malaysia keseluruhannya, saya menunggu ataupun rakyat sentiasa menunggu laporan gembira daripada kejayaan pelaksanaan program- program yang tersebut di atas. Bukan kerana apa, kerana kita biasa diterpalitkan dengan satu program seperti fidlot. Rakyat tidak mahu umpamanya melihat kita ada lembu di dalam kondo. Ya, itu satu contoh tentang pelaksanaan.
Jadi justeru itu, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah status dan kemajuan pelaksanaan projek-projek tersebut?
Rakyat seperti yang saya sebutkan tadi tidak mahu dikejutkan dengan kejadian yang itu.
Jadi bagaimana status kemajuan projek ladang-ladang yang dilakukan ataupun Ladang
Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Kontrak yang dilaksanakan oleh pihak MoA Incorporation yang melibatkan pelbagai agensi ataupun institusi seperti FAMA, Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang, Agrobank, Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, kajian ataupun isu yang saya sebutkan tadi jelas menunjukkan masalah pelaksanaan yang terpalit dengan penyelewengan, rasuah dan juga salah guna kuasa. Jadi kerajaan mesti serius tangani masalah ini. Kalau tidak negara kita akan terkenal di seluruh dunia dengan sebab yang salah. We do not want the nation to be globally known for the wrong reason, dengan izin.
Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya Yang Berhormat Menteri berkenaan ataupun kementerian berkenaan dengan usaha-usaha membangunkan tanah terbiar di seluruh negara.
Saya percaya- program membangun tanah wakaf, tanah terbiar kalau dapat dilaksanakan dengan berkesan, dapat juga membantu dasar menjamin keselamatan makanan dalam negara.
Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Jawapan Menteri kepada soalan Yang Berhormat Pendang pada 8 Mac berkenaan kedudukan tanah terbiar di Kedah. Dimaklumkan kepada kita pada Dewan ini bahawa tahap penggunaan ataupun pembangunan tanah terbiar di Kedah didapati hanya 20.3 peratus daripada keseluruhan tanah terbiar yang terdapat di negeri Kedah iaitu sebanyak 1,043.46 hektar daripada sejumlah 5,158.95 hektar. Kalaulah diandaikan kedudukan ini ataupun trend ini sama di seluruh negara, ini bermakna masih lagi rendah pembangunan tanah-tanah terbiar di dalam negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyambung ucapan ini dengan satu lagi isu yang berkaitan dengan rakyat terbanyak terutama sekali orang-orang kecil iaitu isu micro- credit. Micro-credit yang dilaksanakan oleh kerajaan hari ini adalah satu usaha yang cukup murni. Kita dapati satu usaha yang cukup murni kerana untuk meningkatkan pendapatan dan juga sosioekonomi rakyat ataupun peniaga-peniaga kecil. Jadi sehingga kini pelbagai program micro-credit dilaksanakan oleh agensi ataupun institusi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN dan juga lain-lain skim yang ditawarkan oleh institusi kewangan seperti Agrobank, Bank Rakyat dan lain-lain agensi seperti MARA, Jabatan Perdana Menteri dan jumlahnya bukan sikit, berbilion-bilion Ringgit.
Jadi, sekali lagi saya ingin membangkitkan isu pelaksanaan Tuan Yang di- Pertua dan saya khusus kepada skim TEKUN Nasional. Saya ada sedikit sentimental dengan skim TEKUN Nasional ini sebab saya merupakan pengasasnya, pengasas maksudnya design dia punya konsep, kaedah pelaksanaan, rekrut orang dan juga melaksanakan program itu supaya ia berjaya. Saya dapati ada sedikit perbezaan dengan pelaksanaannya sekarang ini terutama sekali daripada segi saluran pinjamannya. Sudah habis masa. Tak sempat nak pergi ke isu yang betul pun.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila, sila.
Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertamanya, konsep dia bila kita laksanakan dulu kita katakan ia mudah, cepat dan tidak membebankan dan ia sebagai modal tambahan kepada peniaga-peniaga kecil dan satu lagi konsepnya ialah pinjaman asas simpanan.
Akan tapi hari ini dilaporkan, dimaklumkan kepada kita yang proses pinjaman itu mengambil masa yang lama, satu hingga dua bulan. Padahal di peringkat awal, SOP nya hanyalah sepuluh hari sahaja. Bukan itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, dalam penyaluran modal pinjaman ini juga, pihak TEKUN Nasional hari ini mengambil wang pendahuluan terlebih dahulu. Mengambil wang pendahuluan terlebih dahulu maksudnya kalau RM10,000 dipinjam, maka dipotong siap-siap daripada awal tiga bulan pembayaran awal. Ini lari daripada konsep yang awal juga yang kita tidak ambil wang pendahuluan itu daripada peminjam.
Ketiganya, yang lebih serius lagi ialah kita dapati ada campur tangan politik yang agak ketara terutama sekali apabila musim pilihan raya, kita dapati tidak ikut SOP langsung. Umpamanya, macam di Pilihan Raya Kecil di Sungai Limau, di Permatang Pauh, di Teluk Intan. Saya tidak tahu di Kuala Kangsar. Jadi, wang diberikan kepada orang-orang yang bukan peniaga pun, bukan yang terlibat dalam usaha perniagaan dan ini jauh menyimpang daripada konsep awal untuk memberi kepada peminjam-peminjam yang tulen menjalankan perniagaan. Saya ingat di peringkat awal dahulu, Yang Berhormat Jeli dan juga Yang Berhormat Besut terlibat dalam program ini dan mereka tidak langsung terlibat atau campur tangan dalam usaha-usaha ini.
Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Saya salute integriti mereka pada masa itu tapi sekarang ini, ia sudah berubah.
Ada campur tangan dan campur tangan ini Tuan Yang di-Pertua, sudah tentu menjejaskan putaran ataupun kesinambungan program ini jika sekiranya seed capital ataupun wang modal tambahan ini terbantut oleh kerana masalah-masalah yang tidak dapat dibayar balik.
Lagi satu Tuan Yang di-Pertua, saya juga dapati cara mengutip pinjaman pun berbeza sangat sekarang ini. Dulu kita kata kita kutip melalui mingguan tapi sekarang ini diberi kelonggaran ataupun diminta supaya bayar secara bulanan dan bayar di pejabat ataupun bank in sahaja. Jadi ini berbeza dengan dahulunya apabila kita pergi kutip sendiri. Maknanya ada face-to-face contact dengan peminjam-peminjam tapi hari ini tidak ada. Ini menyebabkan banyak tunggakan dan kita dapati prestasi tunggakan ataupun prestasi kutipan hari ini hanya di sekitar 50, ke 60 peratus sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih.
Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Ini sangat-sangat merugikan negara kerana kita harap program ini dapat diteruskan dengan lebih jauh lagi dan mendapat manfaat kepada lebih ramai orang lagi. Oleh kerana penyelewengan ini, oleh kerana salah guna kuasa ini, perkara ini perlu diberhentikan supaya manfaatnya dapat dikongsi ataupun dinikmati oleh lebih ramai lagi rakyat negara kita ini.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua dok tengok kat saya sahaja. Jadi, saya kena berhentilah. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih di atas ruang masa yang diberikan dan saya menyokong Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahaskan Titah Diraja.
Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih di atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V. Saya ingin mengucapkan tahniah di atas pelantikan dan pertabalan Baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-15. Semoga dalam tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda sepanjang tempoh lima tahun akan datang, negara berjaya mengatasi kemelut politik, ekonomi, sosial dan sebagainya yang melanda negara sepanjang tempoh pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional selama ini.
Wabak amalan rasuah yang melanda negara ini pihak atasan hingga bawahan sudah menjadi satu fenomena hitam negara kita. Dari kes 1MDB, MO1, KSU, pengarah, Exco hingga ke kes-kes prebet, kerani, budak pejabat dan sebagainya. Sejak dari dahulu hingga sekarang, negara tidak pernah sunyi daripada kes rasuah. Dakwaan demi dakwaan mahkamah terhadap pelaku rasuah yang terjadi sekarang wajar dibanteras habis-habisan. Buktinya, kes siasatan SPRM yang dibawa ke mahkamah semakin bertambah. Pada setiap hari, belum pun mahkamah memutuskan hukuman, kes baru muncul pula. Inilah permainan di balik tabir dan ramai rakyat tidak tahu. Entah berapa banyak yang kini sedang menunggu giliran.
Tahniah dan syabas kepada SPRM yang membuat banyak tangkapan kes berbanding dengan negara-negara lain, khususnya di Malaysia, dari negeri ke negeri seperti di Sabah sampai ke Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak terkecuali dengan amalan rasuah oleh pegawai-pegawai kerajaan daripada DBKL. Saya pernah bertanya soalan bukan decent pada penggal yang lalu tentang butiran penjualan tanah DBKL Kuala Lumpur sepanjang lima tahun yang lalu. Dalam jawapan Kementerian Wilayah Persekutuan menyebut bahawa jumlah tanah yang dijual adalah sebanyak 24 bidang tanah dengan nilai jualan sebanyak RM956 juta. Ada 24 bidang tanah DBKL yang dijual kepada 24 company swasta yang amat rendah harganya jika berbanding dengan harga pasaran.
Soalan saya ialah adakah penjualan ini menepati prosedur yang ada? Adakah secara tender terbuka atau tertutup dengan persetujuan penuh Datuk Bandar Kuala Lumpur atau secara bulldoze oleh Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan?
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Apa yang menghairankan, mengapakah terdapat perbezaan tertera antara harga jualan dan luas tanah yang dijual? Ada yang tinggi, ada yang rendah walaupun dalam kawasan yang sama sedangkan ini tanah milik DBKL.
Saya beri contoh, lot tanah BN38313 dan BN46183 Kuala Lumpur di kawasan Imbi. Luasnya lebih kurang satu ekar, dijual kepada Iconic Paragon Sdn. Bhd. pada harga RM86 juta. Bermakna satu kaki persegi ialah RM1,839. Tetapi lot 37890, Jalan Rendang Tengah, Bandar Sri Petaling, mukim Petaling, keluasan tanah ialah 2.54 ekar berharga RM30 juta, ini yang dijual kepada Yayasan Wilayah Persekutuan. Bermakna, harga setiap kaki persegi ialah RM275 sahaja.
Peliknya ialah dua bidang tanah di Jalan Sentul dijual kepada satu Syarikat Sentul Raya Sdn. Bhd. setiap kaki persegi ialah RM10. Untuk satu Syarikat Sentul Raya.
Ini ialah makna ketidakpatutan harga-harga yang ditetapkan oleh DBKL dijual kepada kroni-kroni. Saya minta perkara ini disiasat mengapakah terdapat perbezaan harga yang tertera. Saya minta SPRM haruslah mengambil tindakan satu siasatan yang lebih lanjut untuk penjualan tanah-tanah di Kuala Lumpur ini.
Saya juga ingin membangkitkan projek pembinaan atas tanah taman dan permainan di Medan Imbi, Kuala Lumpur. Sewaktu iklan, bangunan yang dicadangkan akan dibina ialah untuk dua tingkat medan selera, tetapi sekarang dibina untuk lima tingkat bangunan komersial yang menyebabkan penduduk-penduduk sekitar kehilangan taman permainan dan rekreasi. Walaupun dibantahi oleh penduduk-penduduk, projek tersebut tetap diteruskan dengan mengorbankan kepentingan orang ramai. Kawasan hijau dan taman permainan sebagai kegiatan sosial penduduk-penduduk semua telah dipenuhi dengan hutan batu.
Pembangunan Kuala Lumpur yang disediakan oleh DBKL ketika ini ialah memakaikan pelan induk tahun 1984. Walaupun draf pelan induk yang baru telah dibentangkan oleh DBKL pada April 2003, namun sehinggalah sekarang ini belum diwartakan kerana Yang Berhormat Menteri masih belum mempersetujui walaupun ia telah dibahaskan oleh pakar-pakar perancangan. Tidaklah diketahui sebabnya.
Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 itu sepatutnya diwartakan pada tahun 2013 telah ditangguhkan berapa kali. Berikutan dengan itu, perancangan pembangunan Kuala Lumpur tidak ada garis panduan baru kecuali mengikuti pelan induk lama yang tidak sesuai dan segala keputusan perancangan pembangunan yang terkini adalah diragui.
DBKL adalah menjadi contoh kepada nasib perbandaran yang lain. Jika sehingga sekarang draf pelan induk pun belum diluluskan, ini merugikan rakyat. Kita bimbang kecenderungan meneruskan projek bagi satu kawasan tanpa mengambil kira atau berdasarkan pelan induk masa kini, pembangunan yang tidak terancang ini akan mengancam pembangunan-pembangunan yang sedia ada.
Baru-baru ini DBKL telah mengiklankan cadangan pembangunan Bandar Malaysia di atas lot tanah bekas Lapangan Terbang Sungai Besi seluas 486 ekar.
Cadangan itu meliputi:
(i) menukar kegunaan tanah dari kediaman kepada perdagangan;
(ii) menambah kepadatan penduduk dari 40 orang per ekar kepada 797 orang per ekar; dan
(iii) mengadakan pelan susun atur untuk pembangunan bercampur.
Sebagai Ahli Parlimen kawasan tersebut, saya ada mengemukakan bantahan bertulis kepada DBKL dan saya percaya ada orang perseorangan atau pihak lain juga membantah atas pembangunan tersebut. Saya tidak pertikai kepentingan pembangunan di situ, walaupun projek Bandar Malaysia itu telah dijual kepada syarikat dari China oleh 1MDB, tetapi yang saya pertikai ialah cadangan kepadatan penduduk melampau di situ.
Jika cadangan kepadatan 797 penduduk per ekar diterima pakai, bererti Bandar Malaysia akan mempunyai kepadatan penduduk seramai 387,342 orang. Ini kepadatan yang tinggi bagi sebuah kawasan yang luasnya kurang satu batu persegi.
Selain itu, cadangan pelan susun atur sudah tentu dilainkan dengan pelan susun atur kawasan lain dan tidak tertakluk dengan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Maknanya, Bandar Malaysia diberikan keistimewaan berbanding dengan kawasan lain kerana barangkali memenuhi kehendak dan syarat pelabur China tersebut.
Akhirnya, saya memohon supaya cadangan pembangunan Bandar Malaysia dikaji semula supaya sejajar dengan perkembangan kawasan-kawasan lain. Kajian meliputi semua impak hendaklah dilakukan sebelum dilaksanakan demi kesejahteraan warga kota Kuala Lumpur. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua, - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Batu Pahat.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk menyampaikan ucapan menjunjung kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Yang di-Pertuan Agong menyentuh satu cakupan yang sangat luas sesuai dengan kedudukan Baginda. Saya ingin merumuskan atau menyimpulkan beberapa perkara penting yang saya fikir penting saya bangkitkan sebagai wakil rakyat Batu Pahat.
Pertama sekali, Tuan Yang di-Pertua, ialah tentang hal-hal yang berkaitan dicakup oleh tema ‘cakap tidak serupa bikin’, discrepancy antara cita-cita dan idealisme dengan pelaksanaan. Saya ambil contoh, Tuan Yang di-Pertua, tentang program yang disebut sebagai TN50 atau Transformasi Nasional 2050. Satu program yang baik untuk merencanakan program masa depan, tapi kita ingin berikan perhatian dan teguran.
Daripada pemerhatian kita, pemerhatian saya bahawa TN 2050 ini disebutkan sebagai fokus untuk memacu generasi muda...
Timbalan Yang di-Pertua, - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, sekejap.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
...untuk mengangkat...
Timbalan Yang di-Pertua, - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Ampang, apa Yang Berhormat Ampang tidak berpuas hati?
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sampai ke telinga saya, Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, apa dia? Mengenai giliran pembangkang, ada dalam senarai ini. Ketua Whip yang menghantar kepada saya mengikut giliran dan tidak semestinya saya mengikut giliran yang tertulis di sini. Saya akan memanggil apabila saya terpandang terlebih dahulu dan kebetulan Yang Berhormat Batu Pahat berada di senarai nombor lima. Manakala Yang Berhormat Ampang tersenarai di bawah nombor 22.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Dan saya tidak pilih kasih di antara wakil-wakil rakyat.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Tidak apa, it’s your right Speaker, no problem. Saya tidak mempertikaikan, you can call anybody you like, dengan izin, terima kasih.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana terpandang saya dulu. Bukan cinta pandang pertama. Tuan Yang di-Pertua, tadi saya cuba menyebutkan tentang discrepancy antara cita-cita idealisme dengan pelaksanaan dengan kita tengok dengan TN50 sebagai contoh yang meletakkan sasaran belia sebagai sasaran, mahu membangunkan mereka pada masa depan.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Tetapi kalau kita lihat, peruntukan yang paling rendah ialah untuk Kementerian Belia dan Sukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Bukit Katil berminat.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua, bukan Kuala Kedah, Batu Pahat dekat skrin.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Gangguan-gangguan yang saya harap tidak mencacatkan waktu saya. Tuan Yang di-Pertua, selepas tiga tahun lebih...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sebenarnya saya juga ingin kepastian, Yang Berhormat Batu Pahat duduk di kerusi Yang Berhormat Kuala Kedah kah Batu Pahat?
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Sebab itu saya betulkan Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Okey, terima kasih. Selepas, mike.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Bentara, sila pastikan tempat duduk betul.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
I see.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Parlimen Batu Pahat sudah pupus, tidak ada. Sudah tukar, Kuala Kedah dah.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Yang Berhormat Parit Sulong beria benar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Dua-dua Kuala Kedah? Ya, sila minta urus setia tolong semak.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Ini Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila, sila. Masa dua minit ditambah.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Ini Tuan Yang di-Pertua, dia orang sabotaj saya ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ya.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Ini saya fikir dia ada network dengan Batu Pahat di sana ini. Tuan Yang di-Pertua, saya tadi menyebutkan tentang discrepancy di antara cita-cita dengan realiti. Letak belia sebagai matlamat, letak bawah Kementerian Belia dan Sukan tetapi Kementerian Belia dan Sukan dia punya peruntukan paling sikit, ciput sahaja. Jadi bagaimana mahu melaksanakan tugas besar yang diberi untuk 30 tahun dengan peruntukan yang kecil?
Tuan Yang di-Pertua, kalau mahu membina masa depan 2050 yang berteraskan pada belia, kita kena tengok kualiti belia pada masa sekarang. Kerajaan mesti bersedia untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh belia sekarang supaya mereka 2050 itu tidak hanya satu hanya buaian impian. Para belia dibuai dengan impian 2050, saudara akan berada dalam great nation, satu mimpi indah dalam tidur, bila terjaga dari igauan baru sedar, oh! Bukan great nation tetapi a failed nation! Ini berlaku Tuan Yang di-Pertua, kalau kementerian dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pekan kalau tidak melihat masalah pertama, masalah pengangguran di kalangan teenagers yang lepasan sekolah menengah.
Saya hendak tahu, berapa ramai lepasan sekolah menengah Tuan Yang di- Pertua yang keluar, berapa ramai yang menganggur dan apa tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah generasi teenagers ini, belasan tahun yang keluar ini yang kebanyakan mereka terjebak dalam pelbagai penyakit sosial yang saya tidak payah sebut panjang tetapi umum mengetahui. Jadi apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi sekarang, don’t postpone. Jangan postpone, kalau postpone, kalau ditangguhkan, 2050 baru hendak buat nanti kita akan jadi seperti program-program lain juga. Begitu juga pengangguran di kalangan siswazah. Sudah lebih 40,000 siswazah yang menganggur dan ada JobStreet
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
punya analisis, dia katakan universiti kita mereka 70 peratus daripada syarikat-syarikat menganggap yang universiti tempatan kita ini sederhana sahaja, 20 peratus melihatkan – agaknya sederhana baik dan yang paling akhir bawah 10 peratus hanya melihatkan baik.
Jadi apakah langkah kerajaan, Kementerian Pendidikan Tinggi khususnya untuk meningkatkan persepsi awam, persepsi swasta terhadap graduan-graduan kita.
Dia memang cantik, tadi saya kebetulan berjumpa dengan Menteri Pengajian Tinggi, beliau menyebutkan untuk menunjukkan saya satu dokumen, soaring upwards, programnya cantik tetapi sekitar 30 tahun lebih dalam kementerian, kita dapat lihat penyakit kita ialah penyakit kementerian ialah cantik atas kertas, miskin dalam pelaksanaan oleh pelbagai sebab.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu panjang bab itu tetapi kalau boleh saya rumuskan discrepancy antara hasrat dan cita-cita apabila kita mengabaikan masalah- masalah yang dihadapi oleh generasi muda sekarang dalam pelbagai bidang. Hutang banyak dan yang banyak ramai pula yang di declared bankrap, apakah tindakan kerajaan? Yang keluar daripada universiti, menganggur tetapi hutang sudah banyak, tidak lama bankrap. Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasinya?
Tuan Yang di-Pertua, saya menegaskan sebenarnya kalau hendak membina 2050, you have to start from now, jangan buaikan impian nanti ia hanya mimpi siang hari.
Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya hendak sebutkan ialah masalah orang kampung saya. Tiap-tiap kali saya balik kampung, ziarah ke rumah, ziarah ke kedai semuanya mengeluh pertama sekali tentang kenaikan harga barang. Paling akhir ini, minggu lepas balik kompelin tentang kenaikan ikan kembung yang Timbalan Menteri jawab, ini sementara. Saya hendak tanya Timbalan Menteri, mana dia bahan yang sudah naik ada turun? Semuanya BN sahaja, barang naik. Tidak percaya tanya Yang Berhormat Parit Sulong, jiran saya sebelah. Dia jiran baik saya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak kena dekat pilihan raya ini hendak ngam kerana...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Batu Pahat...
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
...Kita hendak saling bantu- membantu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Batu Pahat...
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Hendak habis sudah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Batu Pahat...
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Ya saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Nama sudah kembali ke tempat duduk Batu Pahat...
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Baru sekarang bermula waktu Tuan Yang di-Pertua, jadi saya ada 10 minit lagi untuk berbicara.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cuma...
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Terima kasih banyak Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cuma saya hendak tanya macam mana tahu barang naik di Parit Sulong?
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Kami selalu berbincang Tuan Yang di-Pertua. Ada private discussion.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Okey.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Akan tetapi bila kami ambil gambar, kami pastikan sentiasa ada bertiga atau berempat, tidak berdua-duaan.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila, sila.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Tuan Yang di-Pertua, dalam gurauan kita, kita ingin mengingatkan bahawa orang kampung, rakyat kampung susah. Peniaga- peniaga kecil umumnya di pasar lambak kalau kita tanya, “Datuk kita punya business sekarang turun antara 30 hingga 40 peratus”. Tahun baru cina baru-baru ini, saya pergi jumpa kedai-kedai cina yang jual barang-barang prayer materials, itu dia kata turun 40 peratus.
Saya kata macam mana, orang tidak sembahyang? Sembahyang tetapi dia beli duit kalau dulu macam ini banyak sekarang dia beli sikit ini macam. Jadi dia bagi bakar sikit sahaja. Jadi all reduced, jadi Tuan Yang di-Pertua saya hendak beritahu Yang Berhormat sebelah sana termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang defend, dia kata tidak ada masalah. Saya ingat dia orang buta, buta hati dan buta mata. Minta maaflah.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
...Amboi.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Tetapi memang betul. Saya tarik baliklah itu. Buta perasaan, tidak ada perasaan. Tidak ada langsung belas kasihan kepada rakyat. Mereka menderita, you still say, saudara masih cakap lagi mereka senang...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Batu Pahat. Walaupun buta, tahu barang naik ya.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Apa yang saya hendak sebut tadi ialah tidak ada perasaan, better minta maaflah, tarik balik. Kadang-kadang kita bila bersyarah itu terlupa. Jadi Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Masa Yang Berhormat Batu Pahat sudah habis...
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
...Sudah lama habis.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Okey, saya rumuskan Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Kena ada perhatian untuk orang kampung. Baru-baru ini saya menziarahi industri kelapa. Batu Pahat antara daerah di Johor, daerah yang kedua kelapa ini dan mereka kompelin tentang mereka ada hasrat untuk menanam semula, ada yang hendak menanam selingan tetapi benih tidak ada.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Jadi pengurusan pertolongan untuk membantu 80,000 petani kelapa, ini kita minta kerajaan untuk menguruskan dengan baik. Mudah-mudahan ia dapat dilaksanakan dengan baik.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah saya hendak menyebutkan soal perpaduan yang dibangkitkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin menegaskan kebanyakan punca perpecahan dalam masyarakat kita ini apabila konsep 3R ini masih dimainkan oleh pemerintah. Konsep 3R: race, royalty and religion. Ini masih digunakan sebagai senjata menang pilihan raya. Saya appeal, saya berharap saudara-saudara, rakan-rakan yang sesetengahnya murid saya di pelbagai tempat untuk memberhentikan hal ini supaya go on policies, ya. Jangan memecahbelahkan masyarakat berdasarkan 3R. Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, kita bersimpati dengan Yang Berhormat Sepang. Kita beri laluan kepada Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya tidak cerita barang naik Tuan Yang di-Pertua [Ketawa] Saya cerita benda lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Confirm, confirm.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana membenarkan saya berucap menggantikan Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jarang menyediakan ucapan, speech ini tetapi hari ini terpaksa sebab 10 minit sahaja. Saya tidak tahu hendak cakap apa sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya akan mulakan dulu dengan mengucapkan takziah dululah kepada beberapa keluarga di Taman Gemilang, Dengkil, Sepang atas kebakaran tiga buah rumah teres di situ yang mengakibatkan kematian seorang kanak-kanak berumur empat tahun dan saya sempat melawat dan saya rasa amat sedihlah dengan kejadian itu.
Justeru itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon supaya kalau boleh- pertama saya mengucapkan tahniah juga kepada pasukan bomba khususnya bomba di Cyberjaya dan juga bomba KLIA yang dapat datang dengan masa yang agak- saya difahamkan 16 minit mereka berjaya dapat datang tetapi tidak dapat menyelamatkan keadaan kerana kebakarannya begitu marak. Bagaimanapun, di sini saya ingin mengambil kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua, supaya kementerian yang bertanggungjawab kalau boleh saya mohon satu pasukan bomba diwujudkan di pekan Dengkil.
Pekan Dengkil ini untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, ia macam pekan koboilah. Walaupun sebelah dengan Putrajaya, tetapi ia tidak mengalami pembangunan yang pesat. Akan tetapi saya harap dengan usaha daripada Majlis Perbandaran Sepang yang mungkin akan membangunkan semula pekan Dengkil ini, mudah-mudahan dengan adanya balai bomba ini, dapat menyelesaikan masalah-masalah seperti mana yang saya nyatakan tadi. Kalau boleh, kita tidak mahu lagilah selepas ini berlakunya kehilangan nyawa akibat daripada kebakaran.
Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar ucapan ramai daripada rakan-rakan di sebelah sana yang bagi saya pesta membodeklah. Ini sebab saya rasa mungkin mereka terpaksa bodek sebab tahun ini tahun pilihan raya, mereka hendak jadi calon lagi. Jadi, mereka kena bodeklah Yang Amat Berhormat Pekan. Itu saya tidak ada masalah.
Mungkin juga ini kali terakhir mereka bercakap untuk puji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, selepas ini mungkin Perdana Menteri dari parti lain pula. Kita tidak tahu.
Kemungkinan berlaku itu tidak boleh dinafikan sebab itu saya pun simpati juga kepada Ahli-ahli Parlimen BN yang membodek itulah. Tidak mengapa, teruskan bodek kamu.
Kalau tidak, tidak bagi jalan susah nanti.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Dia sudah tidak tahu apa hendak cakaplah itu, jadi macam itu. Pening sudah, pening sudah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Ketawa] Relakslah. Sahabat- sahabat ini, sahabat GST ini memang hebatlah.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Lama tidak bersuaralah itu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya panggil MP GST ini.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Sakit kepala, sakit kepala.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, kita tahu baru-baru ini berlakunya satu peristiwa yang besar di Korea Selatan iaitu tentang seorang Presiden mereka di-impeached di Parlimen di mana Parlimen telah impeached dengan vote 234 daripada 300 undi. Saya Tuan Yang di-Pertua, ingin mencadangkan supaya di Malaysia juga ada satu impeachment. Kita perlu meminda sama ada Perlembagaan Persekutuan ataupun standing order supaya ada satu peruntukan mengenai impeachment ini. Banyak model kita boleh tiru. Kita boleh tiru di Korea Selatan, Brazil, UK, US, banyak negara yang ada impeachment ini.
Ini sebab kita tidak mahu mana-mana pemimpin khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak bersih. Kita hendak mereka bersih dan juga dilihat bersih. Dalam kes yang melibatkan Presiden di Korea itu iaitu Park, saya tidak ingat nama penuh dia, Park yang saya tahu. Beliau telah diimpeached kerana terlibat, dikatakan terlibat dengan seorang kawan lama dia, nama dia Choi Soon Sil yang menerima donation, derma kepada dua yayasan yang non-profitable dengan izin, di mana syarikat Samsung juga terlibat. Akibat daripada perkara itu menyebabkan Parlimen Korea telah membuat satu impeachment proceeding ke atas Park di mana beliau diberikan hak untuk mempertahankan diri, diberikan hak untuk cross-examine, dengan izin, saksi-saksi yang memberi keterangan. Dalam undang-undang di Korea, apabila seseorang di-impeached
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
di Parlimen, Mahkamah Perlembagaan dipanggil Constitutional Court boleh mengesahkan atau menolak impeachment itu.
Dalam kes yang melibatkan Korea Selatan itu iaitu yang melibatkan Park ini, Constitutional Court di Korea Selatan telah mengesahkan impeachment yang dibuat di Parlimen dengan undi 8-0. Apa yang interesting-nya Tuan Yang di-Pertua, kelapan-lapan orang- dia ada sembilan orang wakil, kelapan-lapan orang hakim ini semuanya adalah di-appointed, dengan izin, dibuat oleh Park sendiri. Maknanya hakim dilantik oleh Park sendiri, berani bersuara dan mengesahkan impeachment ke atas Presiden mereka sebab mereka tidak boleh terima mana-mana pemimpin mereka rasuah. Kita harus malu.
Kita orang Islam. Kita baca hadis...
[Membaca sepotong hadis] “Orang yang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah akan masuk neraka”. Di Korea Selatan mungkin mereka tidak terdedah dengan hadis ini tetapi mereka boleh sanggup walaupun dalam musim sejuk yang begitu dahsyat, mereka berhimpun dan minta supaya Parlimen buang Presiden mereka yang rasuah.
Inilah jiwa ataupun inilah rakyat yang kita perlukan. Walaupun mereka berdemonstrasi, main bola pun kuat. Kita demo pun tidak buat, main bola pun dengan Kampuchea pun kalah. Memang teruklah Malaysia ini. Sudah teruk sangatlah. Saya Tuan Yang di-Pertua, memang tidak pernah tengok bola Malaysialah. Memang saya benci tengok bola Malaysia ini, asyik kalah sahaja, dengan- itu saya cakap terus-teranglah.
Saya zaman-zaman Mokhtar Dahari, zaman Arumugam, saya tengoklah. Zaman-zaman sekarang saya rasa tidak payahlah.
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Hei! Yang Berhormat Parit Sulung. Hendak? Bangunlah ya. Jangan bising-bising macam itu.
Lagi satu Tuan Yang di-Pertua, impeachment proceeding ini bagi saya, kita boleh- tadi saya kata boleh tiru banyak model negara. Bagi saya model di Korea Selatan adalah model yang agak baik. Tidak pelik kalau kita tiru daripada model negara-negara lain sebab banyak undang-undang negara kita ini kita bermodelkan daripada negara- negara luar. Kita bagi contoh undang-undang tanah. Undang-undang tanah negara kita based pada sistem di Australia, dipanggil Torrens System daripada Robert Torrens.
Robert Torrens yang perkenalkan sistem di Australia yang kita namakan Torrens System where registration is everything. Jadi penal code, kita tiru daripada orang undang-undang kata, ‘In Pari Materia’, 100 peratus sama dengan undang-undang di India.
Jadi kalau sekiranya kita boleh tiru negara lain dalam undang-undang lain, kenapa dalam impeachment ini kita tidak boleh tiru Korea Selatan di mana saya rasa prosesnya lebih adil. Mereka diberi hak untuk mempertahankan diri di Parlimen dan juga keputusan itu mesti di-endorse oleh Mahkamah Perlembagaan. Oleh sebab itu dalam Presiden Roh Moo-Hyun sebelum ini, walaupun Parlimen membuat impeachment proceeding ke atas beliau, akhirnya Constitutional Court reversed keputusan Parlimen dan beliau selamat. Jadi, ini menunjukkan adanya keadilan. Oleh sebab itu saya minta supaya Parlimen ini betul-betul menjadi check and balancelah, unbridled check and balance ke atas mana-mana pihak. Mungkin selepas ini kalau sekiranya kita menang, kemungkinan undang-undang itu kena pada kita. We do not care. Bagi kita ini adalah untuk Malaysia.
Oleh sebab itu saya juga meminta supaya- saya hendak juga menyentuh isu wanita. Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, saya, I have a dreamlah. I have a dream kalau boleh satu hari nanti Speaker itu seorang wanita. Sebab bagi saya, sudah sampai masanya dan saya memuji Kerajaan Selangor kerana telah melantik seorang Speaker wanita, Hannah Yeoh. Ini yang kita hendakkan, bukan kita hendak sekat wanita ini jadi pihak yang rendah tahapnya ya. Bukan saya kata Speaker sekarang tidak bagus, Speaker sekarang bagus. Tuan Yang di-Pertua bagus.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Cuma saya kata kita mesti memperkasakan lagi wanita ini. Oleh sebab itu saya rasa saya bersetujulah kalau sekiranya akan datang kalau boleh kita cuba berikan kuota juga kepada wanita untuk jadi Speaker dan sebagainya. Oleh sebab saya rasa di Sepang saya berasa amat gembira kerana pegawai daerah walaupun seorang wanita tetapi bekerja keras. Saya amat kagum dengan kehebatan beliau yang rajin dan juga mempunyai wawasan-wawasan untuk memajukan Sepang walaupun seorang wanita.
Maknanya kalau kita beri peluang mereka boleh ke depan. Oleh sebab itu saya harap sangatlah mungkin kita akan adakan satu undang-undang untuk beri kuota tertentu
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
kepada wanita...
[Disampuk] Menteri pun boleh wanita takkanlah Speaker tak boleh wanita?
Seorang Ahli
Menteri Besar.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Menteri Besar pun kalau wanita pun tak ada masalah. Mungkin Yang Berhormat Parit Sulong boleh mulakan ya? Lepas ini- sahajalah. Kalau kalah lagi bagus.
[Ketawa]
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Lepas ini Ahli Parlimen Sepang pun wanita juga.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Apa?...
[Dewan ketawa]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey, tak apa. Saya rasa- tinggal 4 saat. Saya rasa itu sahaja yang saya hendak tumpukan mengenai impeachment tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Wangsa Maju.
Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi saya wakil rakyat dari Wangsa Maju ambil bahagian perbahasan Titah Diraja.
Oleh sebab masa terhad, saya hendak kongsikan beberapa pengalaman. Nombor satu tentang ini kes Pastor Raymond Koh yang sudah “hilang”. Kes ini jadi di satu jalan yang sibuk di Kelana Jaya pada 13 Februari lebih kurang 10 pagi. Saya dan beberapa kawan dan juga beberapa Ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini sudah menyaksikan YouTube yang diviralkan. YouTube menunjukkan jelas, ini kes culik ialah commando style dan juga seperti satu Hollywood movie. Nombor satu saya hendak tanya, apa tujuan mereka yang culik Pastor ini?
Nombor dua- saya hendak minta pihak polis kerja keras lagi dan cari bagaimana Pastor Raymond ini boleh diculik di satu kawasan yang begitu sibuk? Diresponse tentang kes penculikan ini, beberapa majlis berdoa- prayer vigil dan candlelight vigil sudah terjadi di Shah Alam, Johor Bahru, Seremban, Sibu dan Kuching. Juga respons dari general secretary of World Council of Churches yang berpusat di Geneva, Switzerland sudah tulis surat kepada Perdana Menteri terus. Minta kerjasama Perdana Menteri iaitu Yang Amat Berhormat Pekan bagaimana kes penculikan ini jadi dan bantu kesusahan keluarga- keluarga. Saya hendak sentuh, kalau Pastor Raymond Koh salah ikut undang-undang Malaysia, sila panggil Attorney General, kumpulkan bukti, dan bawa dia ke mahkamah.
Nombor dua, tentang perkara Wilayah Persekutuan. Sebagai wakil rakyat Wilayah Persekutuan saya pun tak berapa puas hati dan juga keliru beberapa statement daripada Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan iaitu Yang Berhormat Putrajaya.
Nombor satu, Ahli Parlimen Bukit Bintang sudah sentuh tentang structure plan. Mungkin sudah salah quote di surat khabar tetapi headline di Sinar ialah Menteri kata, “Saya tak mahu gazettekan structure plan ini.” Bagaimana Kuala Lumpur boleh jadi satu world class city kalau tak ada structure plan? Structure plan ini sangat penting atas pelan-pelan pembinaan jalan, plot ratio dan sebagainya.
Tadi saya jumpa satu developer, dia kata- dia katalah, saya pun tidak ada masa hendak semak. Bagaimana DBKL boleh lulus satu projek baharu di Jalan Kia Peng.
Footprint ialah 1 ekar setengah but plot ratio- dengar Tuan Yang di-Pertua, one is to 18.
Itu lebih tinggi KLCC. Kalau beliau atau sesiapa pergi ke Jalan Kia Peng, KLCC, setiap hari, tiada kesesakan kereta. Bagaimana boleh lulus plot ratio one is to 18? Antara banyak statements yang sangat kontroversial ialah beliau, Yang Berhormat Menteri Wilayah hendak ban kapcai dan juga banyak kes tanah awam dan green land sudah hilang.
Sebagai satu contoh, di kawasan saya ada tepi di sekolah rendah jenis kebangsaan Lee Rubber di Jalan Gombak. Sekeping tanah dirizabkan oleh bomba. Pihak sekolah sudah memohon tanah ini sudah beberapa kali tetapi gagal. Akan tetapi baru- baru ini satu Yayasan Wangsa Perdana, shareholder ialah Ketua Bahagian UMNO boleh dapat tanah ini membina kondo mewah. Bagaimana boleh macam ini, tuan-tuan dan puan-puan? Juga ada lagi satu statement kontroversi ialah Menteri Wilayah mahu federalize Pulau Pinang. Atas apa dasar? Hendak ubah Perlembagaan negara kita?
So, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya hendak sentuh sedikit tentang perkara skandal besar ialah FELDA. Dulu memang saya Timbalan Menteri yang jaga atau
Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
supervised FELDA. Pada masa itu Raja Tan Sri Muhammad Alias sebagai Pengerusi FELDA yang terbaik. Pada masa itu Menteri ialah Tan Sri Kasitah Gaddam, saya Timbalan Menteri. Memang kita ahli politik, tidak ada apa-apa campur tangan tentang perkara FELDA. Akan tetapi sekarang bila kita sentuh tentang FELDA, berita buruk.
Banyak isu. Baru-baru ini pengerusi baharu FELDA iaitu Yang Berhormat Johor Bahru beliau kata, lepas ini senaraikan FELDA Global Venture satu jumlah besar RM4.3 bilion sudah hilang!
Seorang Ahli
Lesap.
Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Tak tahulah beliau cakap bukan saya cakap. Walaupun beliau di dalam Parlimen. So, saya- lagi satu perkara. Dulu ada penjelasan atau tidak bagaimana FELDA boleh pinjam atau curi RM6 bilion dari EPF?
EPF bukan you punya bapak punya wang...
[Dewan tepuk]
Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
EPF bukan kerajaan punya wang. Itu EPF daripada contributor punya wang. So, saya hendak minta pihak Kementerian Kewangan atau pihak Jabatan Perdana Menteri jawab perkara ini. Jangan hilang fokus FELDA. FELDA mulanya 60-an bagi peluang tanah kepada orang yang tidak ada tanah iaitu peneroka. Sekarang sudah jadi satu peneroka. Dulu satu contoh baik FELDA tetapi saya hanya ada dua soalan kepada pihak FELDA iaitu bagaimana hotel di United Kingdom yang harganya lebih kurang £100 juta boleh bantu kesusahan peneroka?
Nombor dua, bagaimana bangunan yang tercanggih belakang Kedutaaan Singapura, price tagnya itu lebih kurang RM660 juta boleh bantu kesusahan peneroka?
Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Dulu Tuan Yang di-Pertua, imej FELDA ialah sederhana iaitu minta izin bahasa Inggeris kata, value for money. Bagaimana ini 6 bintang punya bangunan boleh bantu peneroka? Kalau ada peluang saya hendak sentuh beberapa perkara lagi tetapi Tuan Yang di-Pertua, kita sebagai wakil rakyat tak kira duduk di kerajaan atau di pihak pembangkang, mesti kerja keras sebab negara kita menghadapi banyak-banyak masalah. Saya harap semua Ahli Parlimen boleh kurangkan sentimen-sentimen. Tadi Batu Pahat ucap 3R ini dan kerja keras untuk membangunkan negara kita lagi. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Yang Berhormat Ipoh Timur untuk membahas Titah Diraja.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua atas hari ini kami telah masuk ke bangunan yang baru selepas diubahsuai. Dengan adanya fasiliti Dewan yang baru ini saya berharap sidang Dewan ini lebih bermakna kepada semua dengan lebih mantap di mana saya berharap kerajaan betul-betul mempertimbangkan untuk mengadakan sesi yang lebih panjang. Seperti mana kita lihat sekarang pada tarikh hari ini, kita seorang hanya diberi 10 minit sahaja untuk debat. Memang tidak cukup hanya satu isu sahaja bangkit sudah sampai masa. Apa yang saya hendak juga bangkitkan di sini adalah jawapan-jawapan yang diberi oleh Menteri kepada kami, saya amat berharap ia dapat diperbaiki.
Saya hendak bagi satu contoh, izinkan saya membaca sini. Saya telah membangkitkan soalan mengenai dasar kerajaan terkini atas isu hukuman mati mandatori. Apa jawapan yang saya diberikan amat terperanjat saya hari ini. Hanya lima baris sahaja dan yang terkandung dalam- Jabatan Peguam Negara sedang menjalankan kajian bagi meneliti isu undang-undang dan dasar hukuman mati di negara ini. Keputusan berhubung pelaksanaan hukuman mati di negara ini merupakan perkara dasar yang akan diputuskan oleh kerajaan berdasarkan hasil kajian tersebut.
Kami lihat memang jawapan tiada masalah. Tetapi apabila kita tengok apa kerajaan cakap di persada antarabangsa, Menteri telah pun mengumumkan kami akan abolish dengan izin hukuman mandatori ini. Kadang kami hendak jalankan kajian.
Bukankah kita patut jalankan kajian sebelum membuat pengumuman di persada antarabangsa, di forum antarabangsa yang mana telah mendapat sambutan yang amat baik. Sekarang kita hendak jalankan kajian. Kalau kajian katakan kita tidak harus mengubahkan hukuman mandatori, adakah kerajaan kata sekarang kita U-turn balik?
Saya rasa jawapan seperti begini adalah langsung tidak memandai. Soalan saya juga
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
bertanya berapa banduan yang sedang menghadapi hukuman mandatori mati ini di negara kita sekarang, langsung tak disentuh.
Adakah itu satu OSA sehingga tak boleh disebut langsung. Yang amat menyedihkan adalah baru dua hari yang lalu, dua lagi banduan dihukum mati. Dengan terkejut yang sepatutnya selalunya hukuman mati dijalankan pada hari Jumaat tetapi tiba- tiba dijalankan tanpa memberi peluang untuk mereka diberi peluang untuk merayu kepada pardon board Negeri Sembilan. Kenapa tergesa-gesa dalam perkara seperti ini?
Ini melibatkan nyawa orang dan sorry ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Batu Kawan.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Ipoh Timur. Apa yang telah diberitahu oleh mantan Menteri Jabatan Perdana Menteri dulu adalah mereka sedang mengkaji kajian daripada Raju Hood mengenai persepsi masyarakat dan implikasi jika Malaysia menangguhkan atau dengan izin, abolish mandatory death penalty. Tetapi sudah masuk tahun kelima selepas kajian tersebut diberikan, Kerajaan Malaysia dari Kabinet kepada Peguam Negara balik kepada Kabinet sekarang dengan Peguam Negara. Apa pandangan Yang Berhormat Ipoh Timur mengenai flip-flop ini. Terima kasih.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Ya, Yang Berhormat Batu Kawan saya memang setuju dengan apa yang telah diperkatakan oleh Yang Berhormat Batu Kawan.
Menteri pun telah tukar lagi satu orang dan masih lagi dalam kajian. Inilah apa yang berlaku bila kita menghadiri forum-forum itu kami dapat satu sambutan yang amat baik di mana Malaysia akan menjadi satu, dilihat sebagai satu negara yang akan menjadi lebih progresif di mana isu-isu ini di merata dunia sekarang. Persepsi adalah terhadap pembubaran that the repeal of that death penalty, ini dengan izin. Jadi kenapa kami lagi melengah-lengahkan kajian demi kajian ini. Saya harap Menteri dalam hal ini mesti jawab bagi satu jawapan yang tetap. Jangan kita bagi satu jawapan yang langsung tidak ada bermakna langsung. Langsung tidak mereflekskan ataupun menjadi satu gambaran apa yang kerajaan sedang buat. Forum antarabangsa memang kita dilihat sebagai negara yang amat progresif. Oh! Kita akan repeal as soon as possible, dengan izin.
Sekarang apa yang kita buat? Ada Jabatan Peguam Negara masih dalam kajian. Bukan itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang saya hendak bangkitkan ini yang telah saya bangkitkan selama tiga tahun. Walaupun jawapan diberi demi jawapan, sama juga akan dipertimbangkan dalam kajian. Apa isu yang saya bawa itu adalah satu Akta Acara Sivil 1954 di mana kerajaan telah menjalankan begitu lama kajian untuk meminda undang-undang ini. Undang-undang ini adalah berkaitan dengan pampasan kepada mangsa kemalangan jalan raya dan kali yang terakhir undang-undang ini dipinda ialah pada tahun 1984. Lebih 30 tahun sudah berlalu dan pampasan yang ditetapkan pada 30 tahun lalu masih diguna pakai sehingga hari ini.
Bayangkan kos saraan hidup semua sudah naik, harga barang-barang semua sudah naik tetapi pampasan seperti kalau seorang kehilangan anak bawah umur 18 tahun dibayar 10,000 sahaja. 10,000 sahaja untuk kehilangan seorang anak. Bayangkan kalau ini berlaku kepada kita sendiri. Adakah kita dapat terima hakikat seperti ini? Semua pendapat daripada badan-badan yang berkenaan, dengan stakeholder telah pun diberi.
Memang ada satu cadangan dinaikkan pampasan dengan izin kepada RM50,000. Buat masa ini saya rasa RM50,000 untuk kematian seorang anak bukan sangat besar sangat ataupun kematian seorang pasangan bukan besar sangat. Kenapa kerajaan tidak melaksanakannya? Lagi satu isu dalam kes ini, kakitangan kerajaan sekarang bersara pun 68, 60 tahun tetapi untuk multiplier pengiraan kehilangan pendapatan dalam akta ini masih dikekalkan pada umur 55 tahun.
Jadi, apa logiknya dan ketinggalan masa dan tibalah masa untuk kita buat apa yang harus kita buat. Pindalah undang-undang ini dengan secepat mungkin. adakah kerajaan menghadapi apa-apa masalah untuk membuat pindaan ini? Saya rasa kami tidak faham kenapa isu ini perlu diperlengah-lengahkan lagi dan saya harap dalam kes ini, Akta Acara Sivil patut dibentangkan ke dalam Dewan ini untuk dibahaskan, digubal dan dipinda dengan secepat mungkin. Memandangkan kesuntukan masa saya, saya hendak bagi satu isu lain adalah berkenaan dengan pembayaran BR1M baru-baru ini.
Saya tidak dapat menerima apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Baling bahawa tiada masalah pembayaran BR1M.
Saya hendak katakan dalam Dewan ini pada masa sekarang di dalam kawasan Ipoh Timur sekarang ada beratus orang beratur di BSN di Pasir Puteh untuk mendapat bayaran. Siapa yang beratur ini? Semuanya warga-warga tua. Ada yang pakai tongkat,
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
ada yang tak dapat jalan pun kena datang dan beratur semata-mata untuk mendapatkan bayaran ini. Kenapa kerajaan yang kononnya dikatakan prihatin rakyat perlu membuat hal sebegini dan membebankan rakyat, menyusahkan rakyat. Saya menyeru agar kerajaan terus memberhentikan cara pembayaran seperti ini dan bayar terus kepada akaun mereka.
Seorang Ahli
Tak sokong BR1M.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Setiap akhir tahun mereka perlu datang ke pejabat kami untuk membuat kemas kini. Kata akan bayar terus kepada akaun selepas buat kemas kini. Sekarang mereka hendak dapat, perlu beratur untuk dapat baucar.
Selepas itu perlu beratur lagi di BSN untuk mendapat bayaran. Kenapa kerajaan yang katakan kononnya ini memang prihatin rakyat ini rasa tidak perlu. Ada yang mereka katakan sekarang jikalau kita pergi tanya mereka ini angkara parti politik Barisan Nasional kerana mereka ketagih undi.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Mereka tahu pilihan raya akan datang dan mereka buat cara ini untuk mendapatkan undi sokongan daripada rakyat mereka. Akan tetapi rakyat ini mengatakan cara begini anda buat kami akan menolak anda daripada pilihan raya akan datang ini.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mensyuarat****] Jadi kalau semua Ahli Yang Berhormat tidak percaya apa yang saya katakan saya jemput esok ada lagi satu pemberian baucar di kawasan saya dan tengok esok BSN, beratus-ratus orang berdiri untuk tunggu satu dua jam semata-mata untuk mendapat BR1M yang pertama. Oleh yang demikian, saya berharap kerajaan dalam hal ini terus memberi satu arahan untuk memberhentikan perkara sebegini dan membuat bayaran terus kepada akaun-akaun mereka yang ada. Ini akan dapat menyenangkan mereka dan tidak perlu menyusahkan mereka.
Dengan itu saya hendak katakan dengan izin, please stop this madness. It’s a madness, dengan izin. Why should the rakyat be made to suffer, dengan izin, semata- mata kerajaan hendak tunjuk mereka yang beri pembayaran ini. Dengan itu kerana kesuntukan masa saya berakhir di sini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat petaling Jaya Selatan.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana mengizinkan saya untuk membahas Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan satu perkara yang berlaku di kawasan Parlimen saya. Bukan setakat di kawasan Petaling Jaya Selatan tetapi juga berlaku di semua kawasan Parlimen di Selangor dan juga seluruh negara. Di mana saya menerima banyak aduan tentang mereka yang telah pun berumur 21 tahun ke atas dan telah cuba mendaftar sebagai pemilik supaya mereka boleh mengundi pada pilihan raya yang akan datang.
Akan tetapi malangnya Tuan Yang di-Pertua, di mana mereka terima bantahan daripada orang tertentu, dari ahli politik parti lain. SPR memanggil mereka datang untuk membuat satu siasatan awam, datang pejabat. Apa yang berlaku di sini Tuan Yang di- Pertua, di mana ada yang pergi untuk hadir siasatan awam ini dan ada yang tidak hadir.
Kalau yang tidak hadir ini memang mereka tidak layak untuk mengundi. Selepas siasatan di mana kita tidak dapat tahu terutama di Petaling Jaya Selatan ada Ahli UMNO Bahagian dan juga AJK Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian. Namanya saya ada. Kerja mereka bantah sahaja. Sesiapa Tionghoa yang mendaftar mengundi mereka buat bantahan, tidak kira siapa. Dia hanya harap mereka yang tidak datang itu tidak jadilah pemilih pada PRU akan datang.
Mana yang hadir, semua lepas. Akan tetapi masalah sekarang ini, yang hadir itu datang mereka ambil cuti, mereka perlu bagi transport bawa teksi, sepatutnya mereka boleh claim balik, dikatakan apa yang mereka hilang semasa datang. Kalau kita hendak buat bantahan kita perlu bagi RM100 deposit. RM100 ini sepatutnya boleh ambil balik kalau orang itu datang untuk siasatan awam dan lepas, tidak ada masalah.
Akan tetapi malangnya Tuan Yang di-Pertua, wang yang hendak kita tuntut itu bukan tuntut secara terus daripada SPR, SPR macam hendak lepas tangan. SPR panggil
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
orang itu tuntut daripada orang yang buat bantahan. Bagaimana orang awam ini hendak datang ke Pejabat UMNO itu untuk datang ambil balik RM100 itu? Tidak mungkin.
Perkara ini saya pernah bangkit dalam Kamar Khas dan cerita yang panjang lebar diberikan oleh Menteri tetapi malangnya banyak kes yang berlaku. Masalah sekarang ini saya khuatir ada pihak parti politik tertentu yang cuba menghalang di mana proses pendaftaran pengundi baru ini. Ini berlaku di kawasan saya dan juga di seluruh Selangor. Amat malang di mana SPR ini sepatutnya kita bagi laluan yang mudah untuk warga Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas layak mengundi, berdaftar sebagai pemilih. Sepatutnya tiada halangan. Akan tetapi malangnya nampak ada banyak halangan.
Sebelum itu di mana setiap parti politik atau Ahli Parlimen layak untuk lantik ARO untuk daftar pemilih, tetapi sekarang kuasa ini sudah diambil alih, tidak adillah. Kita sebagai wakil rakyat, Ahli Parlimen tidak ada kuasa untuk hendak daftar pemilih baru.
Semua kena datang ke pejabat pos dan ada juga Ketua Kampung boleh jadi ARO tetapi ada yang pergi pejabat pos. Akan tetapi malangnya mereka terima surat untuk hendak datang ke siasatan awam. Ada yang belajar di luar negara. Mereka tidak dapat datang untuk siasatan awam ini. So mereka terus hilang layak menjadi pengundi.
Saya rasa keadaan ini perlu diperbetulkan di mana SPR sepatutnya menggunakan cara yang mudah. Kita sepatutnya Malaysia ini perlu mencontohi negara yang lain di mana setiap warga kalau sudah sampai umur 21 tahun ke atas, sepatutnya automatik didaftarkan. Bukan tunggu arahan ataupun pergi daftar orang bantah juga, tidak dapat jadi pemilih. Ini amat malang di Malaysia. Sampai waktunya di mana kerajaan perlu kaji di mana setiap warga Malaysia tidak kira siapa. Kalau berumur 21 tahun ke atas automatik jadi pengundi barulah. Sebab kita secara berpandu kepada nama-nama yang ada di Jabatan Pendaftaran Negara, tidak ada masalah automatik, apa masalah?
Saya tidak nampak apa masalah.
Kalau kita gunakan automatik ini, daftar ini kita tidak perlulah lantik siapa-siapa dan SPR tidak perlu turun padang. Kita tidak perlu bayar lebih, tidak perlu keluarkan peruntukan yang lebih untuk mendaftarkan pemilih baru ini.
Hal yang kedua saya hendak bangkitkan di sini tentang masalah PPR Lembah Subang di Petaling Jaya. Dalam jawapan saya, jawapan yang diberi oleh Timbalan Menteri KPKT pada Isnin lepas di mana semasa saya tanya masalah PPR Lembah Subang, mengapa status, mengapa KPKT hendak ambil balik Lembah Subang ini. Saya pelik juga mengapa Yang Berhormat Timbalan Menteri tanya saya balik, panggil saya tanya Menteri Besar dan juga masalah di Lembah Subang.
Tuan Yang di-Pertua mengikut jawapan yang diberi oleh negeri, sebenarnya kita tidak ada masalah untuk membenarkan pihak KPKT untuk ambil alih PPR Lembah Subang. Akan tetapi dengan syarat, kementerian perlu pulangkan apa yang kita telah belanja sebelum itu. Kita pun telah belanja lebih RM60 juta. Kalau Menteri KPKT bayar balik pampasan RM60 juta ini tidak ada masalah, kita boleh serahkan PPR Lembah Subang kepada kementerian. Timbalan Menteri juga mendakwa kerajaan negeri tidak jaga keadaan, masalah di Lembah Subang, ini tidak betul. Sebenarnya Timbalan Menteri bohong. Kita telah pun membelanjakan sebanyak RM60 juta untuk menjaga masalah lif, mekanikal dan juga air, semua di Lembah Subang, setiap tahun.
Kita ada figure di sini. Tahun 2013 kita belanja RM3.6 juta, tahun 2014 kita belanja RM3.2 juta, tahun 2015 kita belanja RM1.9 juta dan tahun 2016 kita belanja juga RM1.8 juta. Juga pembaikan dan penyelenggaraan lif. Kita belanja RM2.7 juta pada tahun 2014 dan RM1.6 juta pada tahun 2015 dan RM1.5 juta juga pada tahun 2016. Kita belanja. Ini saya rasa apa yang disebutkan oleh Timbalan Menteri KPKT tidak betul. Kita memang jaga baik keadaan apa yang berlaku di Lembah Subang.
Juga Timbalan Menteri juga menuduh kita menaikkan sewenang-wenangnya sewa bulanan di PPR Lembah Subang. Ini tidak betul. Pada yang menaikkan sewa bulanan ini daripada RM124 sebulan ke RM250 ini diluluskan semasa zaman Barisan Nasional.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Ia diluluskan pada mesyuarat MMKN pada Jun 2007. Di mana pada 2007, Pakatan belum ambil kerajaan lagi dan jangan tuduh yang kerajaan Pakatan menaikkan kenaikan sewa rumah PPR Lembah Subang. Perkara tentang Lembah Subang, saya hendak memberi maklumat sedikit di sini. Tentang Lembah Subang 2, Yang Berhormat Timbalan Menteri juga mendakwa dikatakan kita tidak bagi nama-nama pembeli untuk PPR Lembah Subang 2. Ini tidak betul.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor telah memberi nama pemohon untuk membeli sejak 2011, sekarang 2017.
Sebanyak 2,000 nama pemohon telah dihantar kepada kementerian. Namun sampai sekarang kita masih nampak PPR Lembah Subang 2 masih banyak kekosongan dan tidak ada orang yang menduduki. So, saya minta Yang Berhormat Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) jangan push masalah ini kepada negeri Selangor. Ini masalah, KPKT kena selesai segera. Jangan menuduh Kerajaan Negeri Selangor tidak buat apa-apa tentang PPR Lembah Subang.
Saya rasa itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bukit Katil.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang berikan peluang kepada saya untuk membahas Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Saya ingin merakamkan ucapan sembah tahniah di atas pelantikan Baginda Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong dan untuk makluman Dewan, Yang di-Pertuan Agong telah pun melawat negeri Melaka dan juga di kawasan saya sebelum Baginda hadir membuka rasmi Parlimen baru- baru ini.
Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mulakan perbahasan petang ini dengan membaca potongan daripada puisi Inggeris yang menjadi satu judul buku, “Ill Fares the Land” oleh tokoh sejarawan yang disegani Tony Judt. Di mana judul buku itu di ambil daripada potongan puisi Inggeris, “The Deserted Village” oleh Oliver Goldsmith. Dengan izin, “Ill fares the land, to hastening ills a prey, where wealth accumulates and men decay”. “Fasad merebak seluruh negara berjangkit mengena mangsa apabila kekayaan bertumpuk manakala manusia bertumbuk.” Dalam puisi ini menyatakan tentang bagaimana kefasadan itu ataupun penyakit yang membantutkan pembangunan negara. Dalam konteks ini, tentulah saya bercakap mengenai salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan yang berpunca daripada kelemahan urus tadbir. Saya waktu di kawasan minggu lepas, ketika membuat program bersama rakyat. Saya bertemu dengan seorang tokoh pemimpin UMNO dan oleh sebab Melaka ini terkenal dengan pantun maka dia beri saya satu pantun, Tuan Yang di-Pertua.
Dia kata “Yang Berhormat, saya hendak kongsi satu pantun”. Dia kata...
Pokok kelapa condong rebah; Jatuh pula daun yang layu; Kalau kerajaan tidak rasuah; Selamatlah kita bangsa Melayu. Jadi, yang ini satu pantun yang pada saya walaupun saya tahu ada pantun yang dahulu sering digunakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dalam ucapan-ucapannya dengan menyatakan bahawa...
Pokok kelapa condong ke laut; Jatuh pula daun yang layu; Kalau UMNO tidak dapat berpaut; Habislah kita bangsa Melayu. Akan tetapi, ini jawapan kepada pantun tadi itu. Menunjukkan bagaimana dalam budaya kita sebagai orang Melayu terutamanya saya percaya ketika saya bercakap ini ramai pengundi-pengundi Melayu di luar sana yang mendengar. Tentu di dalam konteks ini kita mesti menyatakan pendirian dengan jelas, bagaimanakah corak negara dan pemimpin-pemimpin yang akan kita kemukakan di masa yang akan datang. Kerajaan mempunyai pelbagai perancangan, ada TN50 dan sebagainya.
Akan tetapi, kalau kefasadan, rasuah dan governance ini tidak diselesaikan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Sebab sekarang kita dengar ramai exco kerajaan negeri, pemimpin-pemimpin kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan yang ditahan. Akan tetapi pada saya, itu adalah anak-anak ikan yang kecil. Jerung-jerung besar ini masih lagi
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
belum dapat ditangkap ataupun ditahan oleh SPRM. Oleh sebab itu, dalam konteks ini saya ingin mengajak ataupun meminta kerajaan terutama kementerian yang berkaitan untuk melakukan satu reformasi kepada undang-undang whistleblower ini.
Ini kerana kita tahu, undang-undang whistleblower adalah satu undang-undang yang tentunya akan membantu, bagaimana kakitangan-kakitangan kerajaan khususnya yang mengetahui tentang perlakuan rasuah ini memberi maklumat kepada SPRM atau badan-badan yang sepatutnya. Saya ingin mengajak pegawai-pegawai kerajaan tentang apa yang telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Baginda menyatakan bahawa kesal dengan kebocoran maklumat. Pada saya, kebocoran maklumat itu kalau ia berkaitan dengan mengganggu keselamatan negara, pertahanan negara, yes, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Itu tidak boleh kita kompromi.
Akan tetapi, kalau kebocoran maklumat itu bertujuan untuk mengekang rasuah dan penyelewengan maka saya minta dan mengajak terutama Ketua Setiausaha Negara akan memberi galakan kepada pegawai-pegawai kerajaan ini memberikan pendedahan kepada pihak-pihak yang berwajib terutamanya SPRM. Kalau ada political masters, dengan izin, political masters mereka yang diketahui terbabit dengan dalam perlakuan rasuah dan penyelewengan ini. Saya ingin mengajak pegawai-pegawai kerajaan khususnya untuk menyatakan pendirian dalam hal ini. Ini kerana pegawai-pegawai kerajaan ini dia bukan serve the party of the day. Pegawai-pegawai kerajaan, dia serve the charter atau ikrar Jabatan Perkhidmatan Awam.
Di mana dalam ikrar itu menyatakan bahawa kakitangan kerajaan mestilah berazam meningkatkan mutu perkhidmatan, bekerja dengan penuh tanggungjawab, berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri, berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara, bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara dan berpegang teguh pada ajaran agama.
Tidak ada satu pun yang menyatakan harus succumb dengan izin, harus tertakluk dengan arahan daripada political masters, pemimpin-pemimpin politik. Kalau kita ada mekanisme check and balance itu, saya percaya kalau ada komitmen daripada Ketua Setiausaha Negara misalnya dalam hal ini, saya yakin kita akan berhadapan dengan satu keadaan di mana ada satu elemen penting di dalam negara yang mengendalikan check and balance. Dengan izin, semak dan imbang. Agar negara kita kembali di atas trek ataupun landasan yang betul.
Saya ingin mengajak juga kerajaan ataupun ingin bertanya kepada kerajaan, memang sekarang ini kita mengalu-alukan pelaburan. Saya lihat negeri Selangor dan Pulau Pinang khususnya berjaya menarik FDI dengan izin, hampir RM4 bilion ke negeri masing-masing. Walaupun kita mendapat berbagai halangan kerana kerajaan dan negeri berbeza dengan Kerajaan Persekutuan dalam konteks ini. Akan tetapi, saya ingin memberikan peringatan dalam keadaan kita berlumba-lumba mencari peluang pelaburan. Saya ingin tanya kepada kerajaan terutamanya apakah pendirian kerajaan apabila kita melihat pelaburan daripada negara China ini seperti tidak boleh dikawal lagi.
Di Melaka misalnya, kita ada Projek Melaka Gateway. Kalau di Johor ada Forest City. Di Melaka ada Impression City. Walaupun gross development value ataupun nilai pembangunan kasar itu mencecah RM4 bilion yang dijangka siap pada tahun 2025. Akan tetapi, kita ingin tanya kepada kerajaan, apakah ada mekanisme untuk meneliti?
Misalnya, kita sudah tengok ada satu surat yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Ketua Menteri Melaka misalnya kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar agar proses title tanah 609 ekar freehold itu dapat diproses sekarang.
Kita ingin tanya apakah kerajaan mempunyai mekanisme untuk menyemak tanah-tanah yang akan diberi ini setelah ditambak, diberi secara freehold, dijual secara freehold. Bagaimana, ada kaedah untuk dikawal agar rakyat Malaysia tidak kiralah Melayu, Cina dan India dapat manfaat daripada pembangunan dan juga pelaburan ini.
Kita tidak mahu akhirnya yang mendapat laba dan keuntungan itu adalah mereka yang bukan warganegara kita sendiri tetapi merupakan warganegara yang asing. Berapa ramai di kalangan kita terutama pegawai-pegawai kerajaan yang masih lagi tidak dapat rumah, yang masih lagi terkial-kial untuk mencari rumah. Akan tetapi dalam konteks yang sama, “Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”. Ini isu yang saya ingin bawa perhatian kerajaan dan meminta penjelasan.
Misalnya, bekas diplomat Malaysia Datuk Dennis Ignatius dalam artikel dia, Malaysia China Conundrum menyatakan bagaimana Malaysia ini perlu berhati-hati dalam mengawal keadaan Malaysia kerana kita berhadapan dengan pelbagai tuntutan.
Misalnya di Spratly Island yang menuntut kita berhati-hati dalam dasar luar negara kerana kalau kita tidak berhati-hati, kita akan terperangkap dalam permainan ini.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Misalnya kita di Melaka ada pembinaan pelabuhan laut dalam berjumlah RM8 bilion. Saya ingin tanya kementerian, apa gunanya pelaburan ini untuk pelabuhan laut dalam ini sedangkan laporan Bank Dunia pada tahun 2015 menyatakan tidak ada keperluan untuk Malaysia membina sebuah lagi pelabuhan? Kerana kita sudah ada pelabuhan Klang yang masih lagi belum mencapai kapasiti penuh pada 16.6 juta, 20 foot equivalent unit atau unit bersamaan 20 kaki yang merupakan unit mereka. Apa keperluan belanja yang besar tetapi di dalam masa yang sama kita tidak nampak keperluan kecuali untuk entertain, dengan izin, kehendak-kehendak pelabur dari negara China. Sampai bila, saya ingin tanya kerajaan. kita hendak bergantung sepenuhnya kepada negara China ini?
Saya ingin terus kepada isu SPR. Saya ingin tarik perhatian Dewan— saya ingin tanya satu sahaja soalan kepada kerajaan berkaitan dengan persempadanan ini. Kenapa persempadanan ini kita lihat SPR tolak soal Perlembagaan dan sebagainya? Ketua Pembangkang tadi telah menyatakan di dalam sidang media, Perkara 113 fasal 1 yang menyatakan bahawa dalam setiap usaha untuk melakukan persempadanan, Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah meminta nasihat daripada dua orang pegawai Kerajaan persekutuan yang mempunyai pengetahuan khas mengenai topografi dan taburan penduduk dalam unit kajian semula bagi pilihan raya persekutuan dan pegawai itu hendaklah dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong.
Saya hendak tanya, mana pegawai ini? Kenapa saya hendak tanya? Sebab Tuan Yang di-Pertua tahu dalam cadangan persempadanan, bukit pun sudah hilang, katil pun sudah patah, tinggal Parlimen baru Hang Tuah Jaya. Bila saya menang, saya tidak suka disebut Ahli Parlimen Hang Tuah. Kalau Hang Jebat, saya okey.
Oleh sebab dalam konteks ini, Tuan Yang di-Pertua, saya harap agar isu-isu ini dapat dibangkitkan kerana kita mesti bergerak ke hadapan dengan penuh keberanian dan ketelusan. Insya-Allah, saya yakin— hari ini ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional tidak mahu bahas lagilah sebab mereka pun saya tahu tidak tahu hendak cakap apa, ya tak? Tadi saya dengar tadi Yang Berhormat Tebrau pun cerita pasal masalah rakyat, masalah kenaikan harga barang dan sebagainya, lebih kurang sama macam kita. Jadi saya fikir Ahli-ahli Parlimen BN pun tidak tahu sebenarnya hendak cakap apa. Dia pun tak nak bodek sangat. Jadi saya harap perkara ini let’s be real, jangan kita tidur di bawah kepompong bahawa everything is alright, banyak perkara yang hendak diperbetulkan.
Itu sahaja, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bakri.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan kesempatan kepada Bakri untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Pada mulanya, rakyat gembira apabila kerajaan berjanji dan mengumumkan menjadikan Bukit Bakri, Muar, Johor sebagai hab perabot Malaysia. Rakyat masih menanti bila tindakan kerajaan untuk merealisasikan Bukit Bakri, Muar, Johor sebagai hab perabot Malaysia? Untuk makluman kerajaan, ramai pengusaha perabot di sekitar Muar, Johor mengalami kekurangan pekerja tempatan dan asing serta bahan mentah yang melampau tinggi.
Saya mendapat aduan daripada penduduk sekitar Bukit Bakri. Muar, Johor mengenai tapak pelupusan sampah Bukit Bakri, Muar, Johor. Sepengetahuan saya, tapak ini akan ditutup untuk keselesaan penduduk sekitar. Ini kerana sering berlaku kebakaran besar yang tidak memberi keselesaan kepada penduduk serta bau yang kurang menyenangkan. Oleh demikian, saya berharap kerajaan menetapkan dengan jelas bila penutupan tapak pelupusan dapat dilaksanakan.
Juga, apakah status sebenar projek pembinaan bangunan baru Hospital Pakar Sultan Fatimah, Muar, Johor yang telah dijanjikan oleh kerajaan sekitar awal tahun 2000?
Saya ingin menyatakan kepada JKN mengenai prosedur permohonan bantuan bagi OKU dan warga emas. Adakah satu isi rumah yang mempunyai dua kelayakan iaitu OKU dan warga emas layak memohon serentak?
Kerajaan, GLC dan swasta sering merancang beberapa projek perumahan, contohnya PR1MA, PPR dan mampu milik, bagi memberi peluang kepada rakyat miskin
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
dan sederhana memiliki rumah. Namun, sejauh mana syarat-syarat permohonan dapat dipenuhi oleh rakyat-rakyat yang kebanyakan tidak mempunyai rumah? Saya mohon kepada kerajaan untuk menyenaraikan jumlah pemohon yang mendaftar sebagai pemilik rumah-rumah. Berapa jumlah pemohon yang telah berjaya menduduki rumah?
Di sini saya pun ingin minta KDN memberitahu berapa jumlah pelajar luar negara yang menyalahgunakan visa pelajar diambil tindakan dari tahun 2015 dan 2016, dari negara asal mana dan jantina. Di sini saya juga hendak tanya Kementerian KPDNKK untuk memberikan jumlah syarikat direct selling yang melanggar garis panduan kementerian mengikut tahun 2015 dan 2016.
Apakah perancangan kementerian untuk menambah baik jaringan internet di kawasan luar bandar, contoh di Bukit Naning kawasan Bakri, Muar, Johor?
Adakah kerajaan berhasrat untuk menaikkan elaun-elaun PDRM, Bomba dan Jururawat pada masa yang akan datang? Di sini saya pun hendak tanya, mengapa kawasan di Bukit Bakri, pos bergerak diberhentikan selama-lamanya? Saya harapkan Menteri boleh memberi jawapan yang jelas.
Akhir sekali, saya minta Kementerian Sumber Manusia memberitahu berapakah pekerja asing yang mahir bekerja di Malaysia dan berapakah pekerja separuh mahir bekerja di Malaysia sini? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Assalamualaikum, salam sejahtera, selamat petang. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana dapat peluang petang terakhir ini untuk mengambil bahagian membahaskan usul yang dibawa berkaitan dengan Titah Yang di-Pertuan Agong merasmikan Dewan Rakyat yang mulia ini untuk tahun 2017 ini.
Sudah tentulah kita rakyat Malaysia terutama sekali wakil-wakil rakyat, Ahli-ahli Parlimen sama-sama menjunjung kasih terhadap Baginda kerana mengambil peluang yang terbaik untuk hadir di Dewan yang mulia ini dan memberikan titah yang mempunyai bahan-bahan yang amat berguna kepada kita.
Kita bersyukur kerana sebagai Sultan Muhammad V Kelantan dan Yang di- Pertuan Agong yang baru negara kita, beliau datang ke Dewan Rakyat yang baru diperbaikkan dan ditambahkan kemudahan-kemudahannya dengan pandangan- pandangan Baginda yang amat baik tersebut.
Harapan pertama saya sebagaimana sahabat saya Yang Berhormat Ipoh Timur sebentar tadi ialah supaya Dewan Rakyat kita ini benar-benar memainkan peranan yang berpadanan dan berpatutan dengan perbelanjaan yang begitu besar yang telah negara curahkan untuk memastikan kita wakil-wakil rakyat dan kita institusi Parlimen ini dapat memainkan peranan kita dengan seberkesan-kesannya demi pembangunan yang sebenar untuk negara Malaysia tercinta kita ini.
Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks tersebutlah saya ingin sekali lagi menyeru supaya penambahbaikan peranan dan perjalanan Parlimen ini terus kita usahakan lagi.
Saya mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin Parlimen, Tan Sri Yang di-Pertua, pemimpin-pemimpin parti dalam Jawatankuasa Khas untuk menambah baik Parlimen kita ini. Itu saya akui, saya ucapkan terima kasih dan tahniah. Kita sudah ada Kamar Khas, kita sudah ada soalan untuk Menteri tiap-tiap dua hari seminggu dan sebagainya.
Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Akan tetapi saya secara konsisten Tuan Yang di-Pertua, sudah tentu ingat menyeru supaya diperkuatkan lagi peranan Dewan Parlimen kita ini khususnya melalui pengimplementasian, pelaksanaan Jawatan-jawatankuasa Pilihan yang setakat hari ini belum lagi dilaksanakan.
Saya lihat Tuan Yang di-Pertua bahawa negara kita mempunyai sebagaimana kita dengar sebentar tadi daripada Yang Berhormat Bukit Katil dan sebelum itu daripada Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan dan yang lain-lainnya termasuk daripada backbenchers sendiri kita mempunyai masalah yang begitu banyak. Jadi apa salahnya kalau kita teruskan lagi Parlimen kita ini perkembangannya untuk mencari jalan-jalan yang lebih baik untuk kita lebih berkesan iaitu salah satu caranya iaitu dengan
Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
pembentukan pengisian apa yang sudah ada dalam peraturan mesyuarat kita iaitu Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan. Ini saya harap dapat dilaksanakan dengan baik.
Lagi, perubahan yang kita lihat dalam Dewan ini, Tuan Yang di-Pertua pun ingat dan tahu bahawa buat pertama kalinya kita ada persempadanan baru dalam Dewan Rakyat kita ini. Yang dulunya ada blok ‘A’, ‘B’, ‘C’, ‘D’, ‘E’ sampai ‘F’ atau ‘G’, sekarang ini nampaknya blok-blok itu telah pun digabungkan dan ini mempunyai implikasi kepada saya yang praktikal. Pertamanya, saya mungkin ingin mencadangkan supaya cara kaedah kita berbelah bahagi, mengira undi misalnya. Istilah belah bahagi pun saya cadangkan ditukar sebab itu bukan daripada tradisi kita. Division dengan izin adalah bermakna bahawa sebagaimana Westminster Ahli-ahli Yang Berhormat bergerak mengikut pilihan mereka, betul-betul ada belah bahagi tetapi kita proses mengundi.
Oleh kerana proses mengundi kita ini melibatkan cara pengiraan undi yang melibatkan peranan ketua-ketua blok yang terpaksa menanya orang di hujung sekali pilihan mereka dalam suasana blok yang sudah pun digabungkan, dalam suasana daripada depan hingga ke belakang itu ianya jarak yang jauh adalah tidak sesuai dengan teknologi yang ada dan sebagainya. Cara pembilangan undi juga sebagai satu contoh diperbaiki, cara kaedah electronic voting kah, hanya tekan butang sokong, tidak sokong, setuju atau tidak setuju ataupun cara-cara yang demikian. Jadi oleh sebab itulah walaupun kita sudah mempunyai Dewan yang cantik dan baik, kita masih perlu lagi mengisi kecantikan ini dengan perubahan-perubahan yang jauh lebih banyak lagi walaupun yang sudah tercapai saya iktiraf Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, kita hidup hari ini dalam dunia yang mempunyai berbagai- bagai cabaran yang baru. Bukan sahaja pelantikan Presiden Amerika Syarikat yang baru yang sudah tentu amat sukar untuk kita memberi penilaian, bukan sahaja kita, White House punya kakitangan pun susah untuk menjadi jurucakap bagi beliau. Ahli-ahli Kongres dan Senat yang mewakili parti beliau Republikan pun nampaknya bercanggah pandangan dengan beliau tetapi yang penting untuk kita ialah kesan-kesannya sudah tentu ada. Satu contoh yang jelas yang diakui diterima oleh kerajaan kita ialah TPPA sudah pun dibatalkan oleh Amerika Syarikat di bawah presiden yang baru ini.
Akan tetapi bukan itu sahaja perkembangan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin secara ringkas menyatakan bahawa kita mendengar laporan-laporan bahawa baru tiga, empat hari yang lalu pegawai tertinggi daripada Bangsa-bangsa Bersatu mengisytiharkan dengan izin bahawa the world is now facing the largest humanitarian crisis in the history of the UN. Apa krisis tersebut Tuan Yang di-Pertua, ialah kita mempunyai hari ini di dunia sekitar 20 juta manusia yang hidup dalam kelaparan dan 20 juta ini hanya dikira daripada empat negara sahaja di dunia ini iaitu Yaman, Sudan Selatan negara baru, Somalia dan Nigeria. Ini adalah krisis yang kita hadapi.
Krisis yang satu lagi yang kita hadapi yang sering saya sebutkan juga ialah krisis kemanusiaan di Myanmar terhadap rakyat Rohingya. Saya telah nyatakan terima kasih kita kepada rakyat kita, pemimpin kita, Ahli Parlimen kita yang telah melawat mereka tetapi krisis ini tidak berkurangan malah menjadi lebih teruk lagi. Dalam suatu laporan dalam akhbar The Guardian misalnya, Tuesday, Selasa 14 Mac, seorang yang mewakili Bangsa-bangsa Bersatu iaitu yang merupakan pemimpin kepada United Nations Human Rights Council telah menyatakan bahawa beliau bimbang yang Myanmar sedang berusaha untuk menghalau keluar keseluruhan rakyat Rohingya daripada negara Myanmar.
Dalam bahasa Inggeris dengan izin, ‘Myanmar may be seeking to expel all ethnic Rohingya from its territory, a United Nations rights expert has said’. Ini adalah berita yang bertarikh 14 Mac, dua hari yang lalu. Begitu juga kalau kita baca laporan dengan izin United Nations Human Rights office of the High Commissioner. Laporannya, kebimbangan yang United Nations Bangsa-bangsa sendiri laporkan dalam laporan yang panjangnya 43 halaman ini, kebimbangan Bangsa-bangsa Bersatu tentang usaha yang berterusan secara sistematik untuk menghalau dan jika tidak terkeluar daripada negara Myanmar, membunuh, membakar rumah mereka dan sebagainya.
Ini memeranjatkan kita kerana nampaknya sikap Malaysia walaupun di satu pihak baik, jelas dan bersikap kemanusiaan tetapi di pihak yang lain tidak begitu jelas dan nyata. Saya rasa kita perlu tegas kepada pemimpin tertinggi Myanmar, Aung San Suu Kyi misalnya yang kita tidak boleh terus menerima dasar beliau yang tidak ingin menjalankan suatu tindakan yang tegas untuk menghentikan tindakan pembunuhan terhadap rakyat Myanmar tersebut.
Isu antarabangsa yang kedua Tuan Yang di-Pertua ialah sekali lagi melibatkan Palestin dan Israel. Baru-baru ini pada bulan Februari 2017, Parlimen Israel telah meluluskan suatu undang-undang yang secara ke belakang, retrospectively.
Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Menghalalkan pendudukan, pembinaan rumah sejumlah 4,000 unit rumah dan bangunan di Tebing Barat Palestin di atas tanah private, private land orang-orang Palestin. Tanah milik rakyat Palestin diambil alih berpuluh-puluh tahun, dibina rumah berpuluh-puluh tahun oleh orang-orang Israel. Pada Februari 2017 ini, Parlimen Israel telah meluluskan undang-undang secara ke belakang retrospective menyatakan bahawa pendudukan itu, pembinaan rumah itu adalah perkara yang halal dan sah di sisi undang-undang Israel.
Jadi oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyeru supaya kerajaan kita memainkan peranan yang lebih aktif di bidang antarabangsa supaya Parlimen kita mempunyai jawatankuasa pilihan berkaitan dengan hubungan luar negara dan supaya kerajaan dan pemimpin kita tegas dalam isu-isu ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ampang. Selepas itu Yang Berhormat Pasir Puteh.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillah terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi saya laluan untuk berbahas Titah Baginda. Saya insya-Allah akan fokus, tumpukan ucapan saya mengenai dasar-dasar wanita dalam negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan beberapa perkara bahawa ucapan saya pada hari ini adalah untuk menentukan atau untuk memberi keyakinan kepada pihak kerajaan bahawa pembudayaan wanita dalam pengumpulan dasar-dasar yang lebih progresif, inclusive dan inovatif harus dimulakan dari sekarang. Sedangkan kita sudah ingin kononnya untuk menuju ke negara maju pada 2020, kita hendak ada satu high income society dan apa yang disebut oleh Titah Baginda adalah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 59 peratus tenaga kerja wanita. Kita juga telah banyak ratify deklarasi-deklarasi antarabangsa termasuk CEDAW, MDG dan juga SDG.
Akan tetapi malangnya di Malaysia kita lihat pembudayaan wanita masih lagi ketinggalan dengan tidak adanya dasar-dasar baru yang lebih progresif yang boleh meletakkan wanita ada kesaksamaan mereka dengan rakyat atau dengan orang lelaki di negara ini. Jadi kalau dibandingkan dengan resources atau hasil yang ada dalam negara ini, orang perempuan di negara ini berhak untuk mendapat layanan jauh lebih hebat daripada yang sekarang dan mereka berhak untuk mendapat kualiti hidup yang jauh lebih hebat dari sekarang.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Jadi dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingat menyebut juga kajian-kajian daripada Harvard, United Nations, McKinsey & Company yang banyak juga ditulis oleh saudara Anas Alam Fadzil dalam portal-portal mengatakan bahawa peningkatan penglibatan wanita dalam organisasi-organisasi di peringkat kepimpinan, di peringkat pengurusan dan juga di bawahan akan meningkatkan lagi produktiviti sesebuah syarikat dan juga keberkesanan organisasi itu.
Wanita juga didapati mempunyai kecakapan emosi yang mana mereka mampu untuk mengendalikan kerja multi-tasking. Jadi, ini adalah satu kedapatan dalam survey yang mana kerajaan kita Malaysia harus melihat perkara ini dan mula untuk duduk dan menyemak kembali dasar-dasar yang lama untuk diperbaharui agar wanita di Malaysia ini nampak lebih progresif.
Pembinaan social structure, social innovation dan social sensitization, yang ini penting. Ini kerana untuk memperdayakan wanita, untuk mengangkat martabat wanita Tuan Yang di-Pertua, adalah tugas semua rakyat Malaysia ini kerana semua pihak bertanggungjawab terhadap orang perempuan kerana ibu mereka adalah orang perempuan, isteri orang perempuan dan kalau tidak ada lelaki dengan wanita, maka tidak ada generasi akan datang. Jadi orang lelaki juga itu bertanggungjawab untuk memperdayakan wanita, untuk memartabatkan nasib wanita. Jadi kalau discrimination to women, maknanya juga adalah discrimination to the nations. Jadi dengan itu sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mencadangkan agar Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu membentuk satu jawatankuasa untuk melihat dan mengkaji semula iaitu undang-undang untuk mereformasi undang- undang yang membabitkan orang perempuan, wanita. Seperti apa, seperti wanita hamil yang hendak bekerja. Kita lihat dalam survey, dalam satu kajian yang dilaksanakan oleh WAO mendapati bahawa 40 peratus responden mereka adalah wanita yang diskriminasi
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
di tempat kerja kerana hamil, 20 peratus wanita ini ditolak atau ditarik balik tawaran pekerjaan kepada mereka kerana mereka mengandung dan 30 peratus daripada wanita terpaksa melewatkan kehamilan mereka kerana takut sekiranya mereka mengandung dan bercuti.
Peluang mereka untuk naik pangkat dan mendapat gaji seperti kaum lelaki akan terjejas dan apa lagi? Satu daripada lapan wanita yang telah didiskriminasi kerana hamil ketika di tempat kerja melaporkan, membuat aduan. Satu daripada lapan. Kerana apa yang lain tidak berani untuk membuat aduan kerana mereka takut tindakan majikan akan dikenakan terhadap mereka dan mereka akan mengalami diskriminasi yang lebih teruk dalam tempat kerja mereka. Jadi dengan itu sebab itu saya minta, amat harap Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggubal dasar ini agar ia lebih menyeluruh, ia melibatkan sektor swasta, sektor kerajaan dan semua agensi yang menawarkan pekerjaan untuk orang perempuan.
Satu lagi, isu mengenai pakaian. Biarlah orang perempuan itu diberikan hak untuk memilih cara mereka untuk berpakaian ke tempat kerja. Sekiranya ada uniform, ada pakaian seragam, mesti diberikan pilihan sama ada yang hendak pakai berskirt atau berseluar panjang ataupun pakai kain. Jadi ini adalah satu hak yang harus diberikan kepada wanita dan satu undang-undang harus digubal untuk memastikan bahawa wanita juga mempunyai hak untuk memilih cara mereka berpakaian ke tempat kerja.
Ketiga, tentang dasar-dasar gangguan seksual yang mana sekarang undang- undang yang ada hanya terlungkup, terlingkup dalam keadaan tempat kerja. Akan tetapi di tempat awam masih lagi tidak ada undang-undang yang khusus yang membolehkan seorang wanita apabila mereka dimolest ataupun diraba-raba ataupun dikenakan gangguan seksual di tempat awam, di tempat restoran, mesti ada undang-undang yang boleh mereka ambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan ini.
Keempat, Undang-undang Syariah juga harus diseragamkan kerana ketidakseragaman, jadi mangsa kebanyakannya daripada kes-kes syariah adalah orang perempuan. Akan tetapi di Selangor saya hendak sebut di sini, baru-baru ini mereka telah melantik dua Hakim Syariah Tinggi, dua orang perempuan menjadi Hakim di Mahkamah Syariah Tinggi dan tujuh di Mahkamah Rendah. Jadi, proses Selangor telah membuat satu sistem hakam yang mana proses perceraian itu dicepatkan dalam masa 60 jam agar ia memudahkan terutama sekali orang perempuan yang telah dalam proses perceraian, kebanyakannya menghadapi masalah seolah-olah diambil remeh dan tidak dipandang serius, mereka harus berulang alik ke mahkamah dan sebagainya dan mengambil masa sedangkan mereka juga menjadi mangsa alimony ataupun wang alimoni dengan izin, tidak diberikan kepada mereka walaupun selepas perceraian.
Jadi ini, undang-undang yang saya sebut ini harus satu jawatankuasa yang khusus untuk melihatkan agar hak orang perempuan ataupun orang perempuan ini dilayan dengan sepatutnya kalau kita kata kita hendak menjadi negara maju, negara yang progresif. Jadi perkara-perkara begini harus dilaksanakan agar ada keseimbangan di antara orang lelaki dan orang perempuan di negara kita. Kita lihat saja dalam universiti sekarang, lebih 60 peratus pelajar universiti adalah terdiri daripada orang perempuan.
Apa terjadi dengan anak-anak lelaki kita? There must be something wrong somewhere Tuan Yang di-Pertua, dengan izin.
So, satu kajian mesti dijalankan untuk menyelidik apakah isu yang dihadapi oleh anak-anak lelaki kita apabila ke universiti, kita lihat mereka tergugur dan orang perempuan lebih ramai. Jadi, ini satu perkara yang serius kalau kita hendak menuju ke negara maju, mesti ada keseimbangan antara lelaki dan perempuan. Kita tidak mahu bila orang perempuan ke depan, apabila masuk ke tenaga pekerjaan, ekonomi negara orang perempuan juga, penglibatan orang perempuan jatuh kerana mereka kena menjaga keluarga mereka.
Ini satu lagi perkara yang saya juga hendak bawa adalah keseimbangan ini penting untuk sebuah negara maju, untuk generasi yang muda. Kita sudah tua, tidak apa, tidak jadi masalah. Akan tetapi generasi muda yang baru berkahwin, yang qualified, yang berkelayakan, wanita dan suami dan isteri berkelayakan dan satu sistem sokongan yang lebih padu harus dirangkakan agar orang perempuan yang telah banyak diberikan investment atau pelaburan oleh kerajaan untuk belajar, mereka dapat menyumbang terhadap ekonomi negara. Jadi priority ini harus dilihat tidak ada jurang yang besar. Jadi priority gender ini kita harus melihatnya dengan serius kerana pelajar-pelajar lelaki banyak yang drop out di peringkat universiti. Satu perkara yang serius yang harus kita perhatikan.
Jadi melihatkan gejala ini, ia juga penting untuk kerajaan juga melihat bagaimana kita hendak memastikan bahawa institusi rumah tangga itu bahagia dan lebih
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
berkualiti. Jadi, suami isteri bertanggungjawab untuk membina satu keluarga. Suami isteri bertanggungjawab untuk mendidik anak daripada lahir. Oleh sebab itu Kerajaan Negeri Selangor telah bermula untuk memberikan 2 minggu paternity leave. Jadi saya juga minta untuk kerajaan untuk mengkaji. Sudah tiba masanya kalau kita hendak jadi negara maju, negara maju sudah ada paternity leave yang mana orang lelaki juga diberikan paternity leave untuk bersama-sama dengan isteri untuk menjaga bayi yang kecil, bayi yang baru dilahirkan. Ini satu perkara juga yang serius saya minta Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengkaji, duduk dan menggubal dasar-dasar yang baru.
Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, adalah mengenai family planning. Family planning seperti saya sebut, kalau kita hendak keseimbangan orang lelaki dengan orang perempuan dalam memajukan negara ini, konsep family planning yang ada sekarang ini adalah sangat fokus ataupun tumpu kepada wanita hamil yang pergi check up, pergi diperiksa oleh doktor dan sebagainya. Akan tetapi family planning itu adalah satu skop yang lebih besar di mana suami dan isteri harus duduk, financial planning juga termasuk, bagaimana mereka hendak menjadualkan kelahiran anak mengikut kemampuan mereka.
Satu dasar baru dan satu modul baru harus dirangka agar orang lelaki juga terlibat dalam proses-proses family planning ini. Dengan ini, barulah kita boleh memastikan bahawa negara ini dapat kemajuan yang kita hendak seperti kata hendak maju pada tahun 2020, negara maju. Akan tetapi kalau ini tidak dapat dilaksanakan sekarang ini, tidak mungkin kita akan dapat status negara maju dengan erti kata yang sebenar.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya tahu sudah masa. Saya ingin menyebut di sini satu quote yang diberi oleh Justin Trudeau, iaitu Perdana Menteri daripada Kanada yang mengatakan bahawa, “When women and girls get ahead, everyone does better in society”,
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Kalau kita bandingkan dengan apa yang Menteri Belia dan Sukan, seorang Menteri yang termuda dalam negara ini yang mempunyai pandangan yang sangat kolot dan juga terkebelakang yang mengatakan bahawa status wanita untuk diperdayakan, wanita akan selamat berjalan di sana sini hanya pada tahun 2050. Kalau inilah standard Menteri yang termuda, yang pandai dalam negara ini masih memikirkan tentang wanita di Malaysia hanya akan maju pada tahun 2050, saya tidak tahu apa akan terjadi pada negara ini.
Ketika itu mungkin sekarang mereka di sana, Barisan Nasional yang memerintah ini, yang ada kuasa tunggu tahun 2050 untuk melaksanakan. Saya percaya tahun 2050, sebelum tahun 2050, orang Barisan Nasional sudah duduk sebelah sini. Lagi tidak mampu hendak melaksanakan pemerdayaan wanita dan menggubal dasar-dasar yang baru untuk wanita.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana beri laluan kepada saya. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Puteh.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Kata-kata aluan dalam bahasa Arab]* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan izin bagi saya untuk berucap Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-15 Sultan Muhammad V sempena perasmian Mesyuarat Pertama, penggal Kelima Parlimen ke-13 pada 6 Mac baru-baru ini.
Tuanku telah menyentuh tentang masalah ekonomi negara kita dan perbincangan yang sudah panjang telah kita dengar tentang keadaan ekonomi negara kita yang agak tidak menentu sekarang dan dijangka akan berterusan untuk setahun dua lagi. Keperitan rakyat di bawah yang sebagaimana kita tahu ialah kerana kos sara hidup yang meningkat, kita melihat rata-rata di bawah sana keluhan daripada golongan bawahan B40 dan middle class M40 juga merasai keperitan peningkatan kos sara hidup. Saya percaya pihak kerajaan sudah berusaha dengan sedaya upaya dengan berbagai-bagai cara, perancangan dan juga pelaksanaan termasuk BR1M dan lain-lain lagi untuk membantu golongan yang bermasalah ini.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Saya ingin menyentuh sedikit tentang hutang isi rumah kerana saya percaya inilah masalah kita, masalah hutang. Hutang ini adalah masalah yang paling besar bagi saya dan juga bagi negara. Ini kerana kita tahu hutang isi rumah sudah mencapai lebih kurang 88.4 peratus daripada KDNK berjumlah lebih daripada RM1 trilion. Ini suatu masalah yang besar lebih-lebih lagi yang mana boleh menyebabkan kepincangan, permasalahan yang besar kepada rakyat di negara kita.
Kita tahu juga bahawa lebih daripada 70 peratus daripada pinjaman ini ialah kerana membeli rumah dan juga kenderaan. Rumah dan kenderaan. Jadi masalah perumahan dan juga masalah kenderaan, pengangkutan adalah suatu yang juga patut diberi tumpuan oleh pihak kerajaan untuk membantu rakyat di bawah sana.
Dalam hal ini saya rasakan bahawa pemilikan rumah ini mengundang hutang kepada rakyat kita. Kita mesti mencari suatu yang boleh mengurangkan rakyat kita berhutang. Kalau di negara-negara komunis, kerajaan membuat rumah untuk rakyatnya dan rakyatnya membayar sewa. Saya rasa ini juga mungkin juga sepatutnya menjadi suatu dari perancangan yang besar, yang lebih besar yang mesti dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menyediakan rumah-rumah yang sederhana, yang sesuai untuk rakyat kita di bawah sana dan disewakan kepada mereka dengan sewa yang boleh dibayar oleh mereka tanpa mereka menanggung hutang.
Ini kerana kita tahu hutang ini sebenarnya ialah suatu yang dibuat-buat sahaja dalam akaun bank-bank. Mereka yang untung berbilion-bilion tidak ada sandaran apa- apa pun kepada wang ini. Ia adalah suatu yang diinflasikan oleh pihak-pihak yang mempunyai capital atau mempunyai bank ini. Maka sebenarnya bukan harta yang sebenarnya. Ia mencengkam rakyat. Maka kita mesti berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan rakyat kita daripada berhutang. Kalau kita boleh mengurangkan hutang rakyat ini dengan menyediakan rumah-rumah yang sederhana untuk mereka, maka kita akan membantu rakyat-rakyat yang hidup dalam keadaan yang memerlukan tempat perlindungan.
Untuk kenderaan, kita kurangkan eksais duti kepada kenderaan-kenderaan yang diperlukan oleh rakyat termiskin, rakyat di bawah sana untuk motosikal atau untuk kereta- kereta yang murah, yang sisinya rendah. Kita kurangkan lagi eksais duti kepada mereka supaya mereka boleh memiliki kenderaan ini dan menyediakan juga kalau di bandar- bandar besar menyediakan pengangkutan awam yang baik untuk mereka.
Jadi tahniah kepada kerajaan untuk merancang kepada kita banyak rails yang sesuai untuk kegunaan kita. Perancangan ini LRT, MRT dan juga East Coast Rail ini saya amat menyokong supaya pihak kerajaan mengadakan public transport yang baik untuk rakyat kita supaya tidak payah mereka membeli kenderaan-kenderaan yang hanya membuat congestion di jalan-jalan sahaja. Kos minyak pun akan terus naik, memberikan beban kepada rakyat. Jadi apabila ada pengangkutan awam yang baik, maka ia akan menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi oleh golongan yang termiskin ini.
Anak-anak kita yang belajar. Kita tahu sekarang anak-anak kita menghadapi masalah walaupun ada PTPTN pinjaman oleh pihak kerajaan kepada anak-anak ini tetapi rata-rata mereka kompelin tidak mencukupi. Tidak mencukupi dengan kos kehidupan yang meningkat pada hari ini.
Apakah pihak kerajaan boleh membantu lagi dengan membuka peluang untuk anak-anak dari golongan keluarga yang miskin yang dalam IPTA atau IPTS ini yang perlu kepada bantuan yang sedikit lagi. Bolehkah pihak kerajaan mengadakan satu tabung untuk membantu mereka mengenali mereka dahulu, kemudian membantu mereka yang memerlukan bantuan ini dengan satu one-off mungkin di tengah semester mereka menyediakan RM200, RM300 untuk membantu mereka dalam satu-satu semester. Saya mencadangkan kepada pihak kerajaan, pihak kementerian supaya memikirkan hal ini.
Baik, perkara yang kedua saya ingin sebut di sini ialah tentang masalah jenayah.
Tuanku telah memuji PDRM kerana telah berjaya mengurangkan indeks jenayah lebih kurang 47 peratus daripada tahun 2009 sehingga tahun 2016, separuh daripada 200,000 jenayah indeks menjadi 100,000. Lebih kurang 47 peratus dan tahniah saya ucapkan kepada pihak PDRM untuk hal ini dengan harapan bahawa ia akan memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa kita berada dalam masyarakat yang aman. Kita tidak fear, tidak takut kepada crimes. Akan tetapi adakah hakikat sebenar di bawah sana kita merasa selamat dengan keadaan ini? Kita semua, adakah kita merasa selamat? Rata-rata saya bertanya kepada semua orang, rakan-rakan dan kawan-kawan yang saya bertemu, mereka tidak rasa selamat. Bukan di bandar sahaja tetapi di kampung juga mereka tidak rasa selamat kerana crimes itu masih lagi berleluasa.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Kalau di kampung-kampung dan saya percaya di bandar-bandar cause of crimes kebanyakan kecurian. Kecurian ini berpunca daripada apa? Berpunca daripada anak- anak kita yang ketagih dadah. Sourcenya daripada ketagih dadah. Kemudian mereka mencuri kerana terpaksa, kerana mereka terpaksa mencari kewangan, tidak ada kerja.
Mereka terpaksa mencuri. Jadi tiada sesiapa pun yang selamat daripada mereka ini.
Puncanya ialah dadah.
Oleh sebab itu, saya percaya bahawa kita mesti berusaha sedaya upaya untuk mencegah, untuk mengawal dadah ini. Dadah ini sepatutnya menjadi musuh kita yang utama. Selalu juga saya mencadangkan orang-orang penagih dadah ini atau sebelum hendak menagih dadah ini dia takut apa? Masalah apa orang menagih dadah ini? Dia hendak try, dia hendak enjoy, dia hendak hilangkan kesusahannya, kepayahan dia atau kesakitan dia maka dia ambil dadah.
Dia takut kepada sakit. Oleh sebab itu kita kena buat sesuatu kalau ambil dadah awak akan sakit. Ini kita bawa mereka ke pusat serenti. Tempat kita bagi makan, bagi mereka rehat. Mereka akan enjoy. Kita kena ada sesuatu yang mereka takut, yang mereka sakit. Paling mudah sekali sakitnya ialah rotan sahaja. Rotan sahaja. Tidak payah masuk pusat serenti, rotan sahaja. Penagih dadah bagi dua puluh, tiga puluh kali rotan.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Mereka akan insya-Allah, tidak akan meningkat masalah dadah ini. Akan tetapi ramai di antara kita tidak suka dengan rotan. Ini penderaan kepada manusia sedangkan ia adalah sesuatu yang boleh mencegah. Jadi oleh sebab itu saya mencadangkan supaya fikirkan. Boleh kita buat satu undang-undang yang boleh kita rotan orang-orang yang menagih dadah ini. Apabila positif sahaja mereka ini kepada metamfetamin misalnya atau kepada apa-apa dadah, kita rotan mereka sepuluh rotankah, mereka selesai, balik. Esok, mereka ambil dadah lagi, sepuluh rotan lagi. Tiap-tiap hari sepuluh rotan, mereka akan give up. Kami tidak akan beri rotan.
Adik-adik mereka, train mereka tengok kepada rotan, takut kepada rotan tidak akan berkawan dengan mereka ini, tidak akan ambil dadah. Ini suatu yang mencegah.
Memang undang-undang ini boleh mencegah sebenarnya tetapi kita tidak mengambil cara ini. Kita sayang, kita membiarkan. Memang itulah masalah pun kita di kampung- kampung. Ibu-ibu cukup sayang kepada anak-anak penagih ini. Akhirnya, jadi masalah yang besar dalam masyarakat kita. Ini masalah yang cukup besar yang saya rasa kita kena beri tumpuan pencegahan kepada dadah ini.
Terima kasih kerana masa tidak ada. Saya harap ada sepuluh minit lagi. Ada banyak lagi tetapi tidak apalah. Alhamdulillah, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Selayang. Selepas Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Raub. Yang lain tidak payah bangun.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan Titah Seri Paduka Baginda.
Perkara yang pertama yang saya hendak sentuh ialah tentang peraturan-peraturan kawalan harga dan antipencatutan. Mekanisme untuk menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah bagi barangan 2016 yang telah digazet pada 22 Disember 2016 dan dikuatkuasakan pada 1 hari bulan tahun ini. Pada awalnya, tujuan untuk mengadakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan ialah untuk mengadakan satu masa yang terhad supaya peniaga-peniaga tidak mengambil peluang untuk menaikkan harga untuk mendapatkan keuntungan tinggi tetapi terhad kepada masa 18 bulan.
Akan tetapi dengan peraturan yang baru ini tidak ada tempoh yang terhad. Ini bermakna bahawa keuntungan telah dikawalkan kepada semua barang dan ini bercanggah dengan konsep dan prinsip untuk mengadakan free market bahawa peniaga hendak menentukan risiko mereka dan juga kepulangan kepada mereka. Apa yang penting sekali ialah harga itu tidak ditetapkan dengan cara monopoli. Selain daripada itu, prinsip untuk free market terpulang kepada peniaga-peniaga.
Kedua ialah formula yang digunakan, dengan izin, sungguh confusing iaitu x1=SP2-C1 over C1 times 100 dan apa formula itu, menggunakan hampir 50 muka surat.
Peniaga-peniaga biasa tidak akan mengetahui. Akauntan-akauntan juga tidak tahu bagaimana hendak mengikut formula ini dan peniaga biasa kita tidak membuat
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
accounting tentang kos seunit seperti yang diadakan di dalam peraturan ini. So peraturan ini, saya diminta untuk kaji semula.
Perkara kedua ialah tentang Laporan Audit yang pada masa ini diklasifikasikan sebagai rahsia. Saya minta kerajaan untuk membebaskan dan diklasifikasikan Laporan Ketua Audit tentang 1MDB supaya rakyat dan juga pelabur-pelabur asing dan tempatan mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku.
Perkara ketiga ialah tentang TPPA. Walaupun jawapan telah diberikan di Dewan ini, saya meminta kerajaan untuk membawa semula ke Dewan untuk berbahas kerana perkara ini sungguh tidak sama dengan apa yang kita bahas pada waktu itu kerana seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe bahawa tidak ada makna untuk meneruskan TPPA tanpa ada akses ke dalam pasaran Amerika Syarikat.
Sebab itu saya minta kita mengkaji semula dan membahas semula dan beberapa peraturan yang kita telah mengetahui bahawa sovereignty dan investment dispute yang kita hendak bahas semula.
Perkara yang seterusnya ialah tentang sistem AP, sistem import permit, eksais duti dan sebagainya. Untuk menurunkan kos sara hidup, beberapa pakar ekonomi telah berkata, kalau kita melihat dan mengkaji semula senarai tentang barang-barang yang hendak ada AP dan import duti kalau dimansuhkan, kita dapat mengurangkan kos sara hidup sebanyak 20 peratus. Memang ada beberapa barang yang penting demi kesihatan dan keselamatan tetapi ada yang tidak memberikan manfaat tetapi hanya mengkayakan import holder yang kita ketahui bahawa ini adalah antaranya rent-seeking activity. Satu contoh, ialah AP atau import duti untuk kubis. Pada 2010, harga ex farm untuk sekilogram kubis adalah di antara 45 sen sehingga 65 sen dan harga runcit adalah lebih kurang RM1. Hari ini, dengan sistem AP yang kita ada, harga runcit untuk kubis sekilogram ialah RM6.49 sen dan di dalam tempoh 2010 sehingga hari ini kita melihat walaupun harga ex farm telah jatuh tetapi harga borong, wholesale untuk kubis telah naik dan harga runcitnya telah naik. Sistem AP ini tidak melindungi petani-petani kerana mereka hanya dapat menyewa tanah, tidak ada milikan tanah dan tidak dapat melabur untuk menurunkan kos dan keluarkan keluaran. Hari ini, kawasan tanaman kubis di Cameron Highlands telah turun 40 peratus daripada 1,600 hektar hari ini sudah menjadi seribu hektar. So, ini adalah antara perkara yang kita boleh lihat untuk mengurangkan beban kos sara hidup kepada rakyat selain daripada kereta dan sebagainya.
Satu perkara juga yang kita hendak lihat ialah tentang industri keluli. Stew industri.
Dengan kenaikan harga gas yang sebelum ini industri ini telah mengalami masalah tentang bekalan, hari ini masalah ini telah diselesaikan dengan mengadakan regasification plant di Melaka tetapi harga untuk gas telah naik sehingga 27.5 sen per one million British thermal unit. Dalam tempoh dua tahun, harga gas telah naik lima kali dan jumlah peratusan kenaikan ini adalah 68 peratus. Ini memang mengadakan satu kesan negatif kepada industri keluli dan juga, dengan izin, competitiveness mereka untuk bersaing dengan beberapa produk terutamanya import-import daripada China yang kita ketahui mereka di dalam tempoh ini melakukan dumping dan beberapa complaint dan aduan telah dibuat tentang anti-dumping.
Walaupun kerajaan telah mengeluarkan beberapa keputusan tentang anti- dumping tetapi kalau kita tidak membantu industri kita sendiri dengan mengadakan kos yang lebih rendah, akhirnya bahan akan menjadi tinggi dan bahan juga mengadakan kesan kepada harga rumah kerana ia adalah antara bahan-bahan yang telah digunakan untuk pembinaan rumah.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Selain daripada ini, tentang industri automotif, tentang AP yang sebelum ini mengikut National Automotive Policy, open AP hendak dimansuhkan dan francais AP untuk dimasukkan pada tahun 2020 ini kita telah ubah tetapi saya meminta dengan keadaan dan suasana ekonomi yang sedia ada untuk melihat tentang keputusan untuk meneruskan open AP untuk kereta dan juga dengan cadangan untuk menjual majoriti ekuiti Proton kepada syarikat yang asing. Masa sudah sampai untuk melihat semula bagaimana kita boleh menurunkan harga eksais dan sebagainya untuk meringankan beban rakyat dengan harga kereta yang munasabah. Dengan ini saya ucapkan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Raub.
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Membaca sepotong doa] Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya pergi kepada ibu atau isu induk, saya ingin menyebut mengenai beberapa perkara mengenai kawasan saya, Raub. Dari 2013 sampai ke hari ini satu isu yang saya selalu sebut dan saya telah berjumpa dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri ketika itu dan sekarang ini sudah menjadi Menteri penuh iaitu Menteri Pendidikan Tinggi mengenai isu air di Raub.
Tiap-tiap hari boleh dikatakan dua tiga hari sekali air tidak ada. Air di rumah saya pun kadang-kadang tidak ada. Jadi masalah ini ialah masalah penggantian paip air yang terlalu usang. Ada juga di beberapa kampung seperti di Kampung Ulu Atuk di Kuala Atuk di Sega dan di Cenua dan di beberapa tempat lain tidak pernah dapat air yang berpaip sampai ke hari ini. Jadi saya mohon pihak kerajaan memikir perkara ini memberi peruntukan untuk menggantikan paip-paip yang lama dan usang supaya rintihan rakyat mengenai isu air di Raub ini dapat diselesaikan ke sekian kalinya.
Jadi dengan itu saya ingin bercakap mengenai satu perkara iaitu ada pesanan daripada Falsafah Yunani atau Greek bahawa kos atau harga yang kita bayar kerana tidak mempedulikan bagaimana urusan kerajaan dikendalikan ialah akhirnya kita mendapati diri kita diperintah oleh orang-orang jahat. Apalagi pimpinan yang jahat itu tidak cekap, akan memusnahkan negara, tidak melakukan yang benar, adil dan melakukan sesuatu dengan substandard menyebabkan negara akan musnah.
Peranan kita di sini ialah memantau bagaimana business kerajaan dijalankan oleh mereka yang diberi amanah sebab apa, terima pemberian amanah ini. Tahun lalu kita dengar Yang Amat Berhormat Pekan dengan gahnya berteriak menyebut mengenai Surah An-Nisa, Ayat 58. Kalau saya diizinkan membacanya di sini, [Membaca sepotong ayat al-Quran], yang bermaksud, “Allah telah memerintah kamu memberi dan menyerahkan amanah kepada mereka yang berhak menerimanya dan bila kamu menghukum sesama manusia hendaklah melakukannya dengan adil”. Ini menunjukkan bila kita diberi tanggungjawab pastikan penerima itu ada kapasiti untuk menjalankannya bukan memberi kerana convenience, bukan memberi amanah kerana orang itu akan menyokong keputusan yang kita buat. Baru-baru ini negara dikejutkan dengan pelantikan seorang yang sudah pencen dan dari disiplin yang sungguh berlainan menjadi Ketua Audit Negara. Ini betul atau tidak tetapi yang saya dengar perkhabaran ialah bahawa moral mereka di dalam Jabatan Audit Negara sangat rendah.
Dari ribuan penjawat, tidak ada seorang akauntan yang layak menjadi Ketua Audit Negara. Nampaknya seperti biasa prinsip memberi amanah kepada yang berhak menerimanya dibuang ke luar tingkap. Seperti biasa, bikin tidak serupa cakap. Nabi sudah berpesan bila kita beri amanah kepada yang tidak berhak, maka nantilah saat kemusnahan dan kehancuran.
Saya juga dengar seorang Ahli Parlimen bercakap mengenai konsep, baldatun thayyibatun wa rabbun ghafur dan menyeru khususnya orang-orang Ahli Parlimen Pembangkang supaya jangan, dengan izin, “Rock the boat” dan jangan, “Disturb the apple cart” Ini kerana negara yang diredai oleh Tuhan ini akan musnah dan hancur tetapi dia lupa hendak beritahu bahawa akhirnya negeri yang blessed country, negeri yang baldatun thayyibatun wa rabbun ghafur ini musnah apabila pemimpin dan rakyatnya kufur.
Kufur maknanya melakukan segala kejahatan. Melakukan rasuah, mencuri wang, salah juga kuasa dan untuk mencuri harta kekayaan dan lain secara berterusan dan istiqamah termasuk kegagalan mengurus ekonomi negara dengan baik. Pemimpin rasuah, pegawai kerajaan rasuah, orang PTJ rasuah, Pejabat Tanah rasuah, Jabatan Imigresen rasuah, polis pun rasuah, hakim pun rasuah, penguat kuasa agama pun rasuah.
Ini laporan daripada Transparency International Malaysia yang kalau sempat saya akan sebut lagi sebentar lagi. Ini ungkapan dari Surau Saba’, ayat 15-17. [Membaca sepotong ayat al-Quran] yang bermaksud, “Apabila pemimpin kufur dan rakyatnya menyokong pemimpin yang kufur, maka negara akan musnah”. Kita lihat sekarang ini perangkaan-perangkaan yang muluk yang mengkhayalkan kita diberi kepada kita. Bagaimana pertumbuhan ekonomi negara kita ini empat peratus tetapi dia lupa empat peratus sekarang tetapi yang menunjukkan pola yang declining daripada enam peratus, lima peratus, empat peratus dan empat peratus ini kita bangkit daripada base yang rendah. Tidak sama dengan pertumbuhan ekonomi
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
dua peratus Singapura sebagai contoh ataupun dua peratus ekonomi UK, sebagai contoh.
Sebagai bandingan yang hampir kepada kita, golongan B40 meningkat pendapatan mereka daripada 2012 sampai 2014 sebanyak 40 peratus. T20 hanya mencatat pertumbuhan sebanyak 18 peratus tetapi 18 peratus itu daripada base yang besar yang mendapat RM1,900 sebulan manakala B40 hanya mendapat RM800 lebih.
Tentulah orang B40 ini akan memilih untuk mencatat pertumbuhan yang rendah tetapi ia ada base yang besar.
Jadi isu yang paling penting dalam negara kita ini adalah rasuah yang beroperasi di bawah pimpinan yang kleptocracy. Sampai ke hari ini saya dan rakyat bertanya-tanya siasatan ke atas 1MDB ini tidak pernah berakhir dan tidak pernah terjawab walaupun ada Menteri cakap telah di bincang dan didebatkan di dalam Parlimen dengan begitu terperinci tetapi itu jauh panggang dari api.
Mereka yang terlibat tidak disiasat. Eric Tan, Jasmine Lo, Shahril Helmi, Ismi Ismail, Jho Low, K.C. Thang, ini semua dalam Lembaga Pengarah. Lembaga Pengarah 1MDB tidak pernah pun disiasat sebab apa? Sebab mereka ini telah lalai menjalankan fiduciary duty mereka. Negara-negara lain semua menghukum pesalah laku tetapi Malaysia tidak melakukan apa-apa. Jho Low tidak dikerah pulang supaya boleh diadili oleh mahkamah. Sita ke atas 17 aset yang bernilai berbilion ringgit tidak dituntut dan dicabar oleh Kerajaan Malaysia.
Bagaimanakah kita terutama saya menyeru daripada Ahli Parlimen dari sebelah sana, mengapa tidak mempersoalkan bagaimana kita boleh merelakan Jho Low yang mengambil wang dari 1MDB menuntut dan mencabar Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk menyita aset-aset yang telah disita oleh mereka?
Jadi, sebaliknya pemimpin negara ini meminta diberi masa untuk menyelesaikan masalah dengan menjual aset-aset negara. Ini taktik yang selalu dan biasa dilakukan, beri masa supaya dia boleh jual aset sebanyak mungkin dan menutup lubang-lubang yang telah mereka galikan sendiri. Jadi saya ada dua minit lagi, saya hendak bercakap mengenai peneroka FELDA.
Saya baru dapat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi bagaimana wang hasil daripada apungan FGV.
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Dia berkata di sini daripada apungan Felda Global Ventures, FELDA memperolehi RM5.99 bilion dan sebanyak RM1.6 bilion telah diperuntukkan untuk bayaran durian runtuh. Rupa-rupanya duit ini datang daripada peneroka FELDA sendiri.
Bukan duit daripada kerajaan yang datang daripada langit untuk diberi secara percuma.
Butirannya, ini menjawab Pengerusi FELDA tanya RM4.3 bilion pergi ke mana. Ini ada disenaraikan. Di antaranya pelaburan jangka panjang RM1.4 bilion. Ini tidak dihuraikan.
Ini jawapan yang kalau orang Pahang kata tidak semenggah kerana tidak menghuraikan dengan detail pelaburan jangka panjang itu apa ertinya. Perbelanjaan pengurusan 903 juta. Pinjaman pembesaran rumah peneroka 400 juta.
Setahun lalu saya ingat dalam bajet diberitahu bahawa peruntukan untuk generasi FELDA kedua 2 bilion iaitu 1.4 bilion untuk membina 20,000 rumah. Akan tetapi kita tidak tahu, kita tidak tengok dan lihat apakah betul-betul ada diwujudkan perumahan untuk generasi kedua. Empat second lagi. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi hendak beritahu rupa-rupanya sekarang ini pemimpin kita, kita mesti letak the fear of God dalam dia punya hati sebab undang-undang manusia ini dia tidak takut. Dia kena tahu.
Jadi saya mengakhiri ucapan saya ini ada satu Surah Saad, ayat 26. [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Wahai Daud, sesungguhnya kami telah menjadikan kamu khalifah di bumi ini. Maka hukumlah antara manusia dengan benar dan adil dan janganlah kamu menurut hawa nafsu sehinggan ia menyesatkan kamu daripada jalan dan keredaan Allah”. Mereka yang sesat daripada jalan Allah akan menerima azab yang sangat berat di hari perhitungan. Satu lagi line, yang mendedahkan salah laku, yang mendedahkan jenayah ekonomi diancam dan didera oleh sistem perundangan, yang melakukan jenayah tidak dibawa kepada pengadilan.
Nyatalah pemimpin kita hari ini mengikut hawa nafsu apabila memperlakukan pelaksanaan undang-undang. Mereka ini sudah tergelincir dan menolak jalan-jalan Allah.
Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wasallamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya pembahas yang terakhir, Yang berhormat Jelutong.
[Dewan ketawa]
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jelutong ingin melafazkan hasrat menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Ketiga Belas baru-baru ini. Saya ingin imbas kembali kepada pencelahan saya semasa Yang Berhormat Kota Melaka berucap mengenai isu-isu yang berkaitan dengan broadband, liputan broadband dan juga kelajuan broadband dan kualiti broadband pada keseluruhannya.
Pada suatu ketika dulu pernah digunakan definisi bahawa broadband yang digunapakai di negara-negara OECD ialah lebih kurang 516 KBps, kilobyte per second.
Akan tetapi oleh sebab ada perubahan teknologi dan sebagainya, jadi definisi tidak lagi diguna pakai. Kalau di Malaysia kita lebih menumpukan statistik kita kepada penembusan broadband di seluruh negara. Akan tetapi apa yang diguna pakai di seluruh dunia, definisinya agak bercanggah.
Saya ingin memetik laporan terakhir daripada Akamai’s, laporan berpenggal iaitu, the State of Internet bagi penggal satu 2016 di mana disebutkan piawaian yang telah tercapai oleh negara-negara maju daripada Eropah, Amerika Syarikat Utara ke Asia Pasifik dan sebagainya. Sudah sempat saya kutip bahawa kalau kita berpaksikan teknologi protokol internet IPv4 di mana kualiti broadband itu disukat menerusi dua kriteria. Kriteria yang pertama ialah kelajuan pautan purata atau dalam bahasa Inggeris nya average connection speed dan satu lagi ialah kelajuan pautan kemuncak iaitu peak connection speed. Dari sini kita bahagikan kepada dua bahagian, kelajuan broadband dari segi fixed line broadband dan juga broadband secara mobile.
Jadi saya ingin memetik ada sedikit statistik. Saya sengaja hendak memetik statistik supaya ia masuk di dalam Hansard supaya dapat dibaca, diteliti oleh Menteri yang berkenaan bahawa kalau kita hendak mempamerkan kelakuan dan kualiti broadband di Malaysia, kita harus mengguna pakai piawaian yang baru secocok dengan apa yang dimuatkan dalam laporan Akamai’s ini. Kalau kita lihat dari segi kelajuan pautan purata, di Malaysia, kita mencapai lebih kurang 6.4 megabits per second. Kalau berbanding dengan negara Thailand, saya gunakan Thailand sebab Thailand dikira sebagai negara yang lebih mundur dari segi sosioekonomi dan sebagainya kalau berbanding dengan Malaysia.
Akan tetapi Thailand pada penggal pertama tahun 2016 telah mencapai kelajuan melebihi 10.8 megabits per second. Kalau kita lihat pula kedudukan ranking global, Thailand ditempatkan ke-39 manakala Malaysia jatuh ke tempat ke-74. Saya boleh ambil kira, semasa kita bercakap tentang spektrum yang diberikan kepada semua pelesen SKMM, dari segi LTE, 4G dan sebagainya, Thailand masih mundur.
Thailand masih berkecimpung dalam bahagian spektrum untuk 3G sahaja tetapi mereka sekarang ini telah dapat mendahului kita. Kalau kita lihat pula dari segi kelajuan pautan kemuncak, the peak connection speed, Thailand mencapai speed 69.6 megabits per second di mana kalau Malaysia hanya mencapai 46.3 megabits per second. Jadi dari segi ranking globalnya, Thailand diletak ke tempat ke-20 manakala Malaysia jatuh di bawah tempat ke-54.
Jadi saya hendak masuk lagi dari segi taburan broadband. Kalau kita ambil tiga definisi yang diguna pakai oleh Akamai’s iaitu manakah negara yang dapat mencapai lebih peratusannya melebihi 4 megabits per second dan yang kedua ialah 10 megabits per second dan yang ketiga 15 megabits per second.
Jadi kalau di bahagian 4 megabits per second, Thailand pencapaiannya setinggi 96 peratus manakala Malaysia hanya 68 peratus. Ini menunjukkan bahawa global ranking Thailand dari segi pencapaian speed 4 megabits per second ke atas ditempatkan ke tempat yang ke-5 manakala Malaysia ialah tempat ke-69. Satu lagi, kalau bagi kriteria 10 megabits per second, Thailand mencapai pencapaian 39 percent dan diletakkan global rankingnya 36 manakala Malaysia tempat global ranking nya 66 dan pencapaiannya hanya 11 persen sahaja.
Kalau bagi kriteria 15 megabits per second, peratusan pencapaian Thailand ialah 15 peratus dan tempat global ranking nya 39, manakala Malaysia hanya mencapai 3.1 percent dan kedudukan kita secara global ranking ialah 60. Jadi itu ialah apa yang terjadi untuk fixed line. Manakala untuk mobile broadband juga ada dia punya statistik.
Kalau di Malaysia telah mencapai hanya untuk average connection speed kita mencapai hanya 3.3 megabits per second manakala di Thailand mereka telah mencapai 5.1 megabits per second.
Saya hanya membuat cabutan statistik yang berkenaan dengan Malaysia dan juga jiran yang terdekat dengan kita. Mereka mempunyai infrastruktur yang agak mundur
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
kalau berbanding dengan Malaysia, kalau di mana di Malaysia kita menggunakan sistem perparitan bersepadu di mana semua fiber optics dan dia punya kabel ditanam di bawah tanah. Di Thailand mereka cuma sangkut di atas tiang-tiang lampu dan sebagainya. Jadi kita dapat lihat ada atap rumbia dan ada atap genting kalau hendak buat satu perbandingan secara infrastruktur.
Jadi saranan saya kepada kementerian juga Menteri yang berkenaan ialah kalau kita hendak banding dengan negara-negara maju di Asia Pasifik, bukan sahaja di Eropah maka jaguh di Asia Pasifik itu ialah South Korea. South Korea mencapai untuk– saya cuma memetik average mobile connection speed. Kalau average mobile connection speed, jaguh di Asia Pasifik ialah Korea Selatan dan mencapai 13.0 megabits per second. Kalau untuk kelajuan, peak mobile connection, jaguhnya di Australia sebanyak 147.6 megabits per second.
Jadi saya hendak beritahu kepada Menteri berkenaan bahawa kita tidak boleh sewenang-wenang menyalahkan Telekom Malaysia kerana tidak membekalkan broadband yang laju yang setaraf dengan Thailand dan setaraf dengan dunia-dunia pertama. Apa yang berlaku di sini ialah sistem di SKMM. SKMM merupakan Suruhanjaya mengeluarkan lesen kepada pembekal-pembekal perkhidmatan seperti Telekom Malaysia, TIME dotCom dan sebagainya. Masing-masing diberikan spektrum, masing-masing diberikan instrument assignment dan sebagainya.
Sepatutnya kesemua pelesen ini sama ada pelesen NFP atau NSP harus diberikan satu perintah supaya mereka jangan cherry-pick untuk menembusi ke kawasan-kawasan yang memberikan pulangan yang pantas, pulangan yang senang- lenang. Akan tetapi mereka harus bersaing dan juga memikul rasa tanggungjawab sosial dan ekonomi supaya kesamarataan liputan dan juga kelajuan yang elok bagi infrastruktur itu dapat diberikan kepada semua lapisan rakyat.
Adakah SKMM mempunyai kuasa sedemikian? Saya rasa ada sebab sebagai Menteri dapat memberikan perintah ke atas Pengerusi SKMM supaya ada sebarang strategi dan tactical maneuver supaya ada sebarang intervention di dalam industri ini.
Jadi saya lihat kalau Telekom Malaysia pemilik majoritinya ialah MoF Incorporated. Kalau bagi TIME dotCom, pemilik majoritinya ialah Khazanah. So, to whoever who is holding the executive power at MOF Inc. dan juga Khazanah, I am staring at you so that you really make some forms of intervention, interventive measures to force all the pelesen- pelesen SKMM and NFP and NSP supaya you bersaing dan juga you ensure you achieve two things. One, accessibility to broadband, yang kedua, affordability in terms of pricing. Itulah saranan saya dan saya sengaja mengutip statistik ini supaya kita lihat dari segi apa yang telah dijalankan di luar negara supaya kita tidak mundur kalau berbanding dengan jiran kita di Thailand pun. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Setakat itulah sesi perbahasan untuk usul ini. Saya ingin maklumkan seramai 124 orang Ahli yang sempat mengambil bahagian untuk usul ini. Ahli-ahli Yang berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin 20 Mac 2017.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.33 petang]