Mar082017

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff Ahmad [Mersing] minta Perdana Menteri menyatakan strategi yang diambil dalam memberi kefahaman kepada rakyat berhubung Transformasi Nasional 2050 (TN50) di peringkat akar umbi serta penerimaannya setakat ini.

final • 10:00 AM

Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Mersing dengan pantunnya tadi serta dengan bow-tie nya. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Mersing bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Lenggong bertarikh 8 Mac, Yang Berhormat Simpang Renggam bertarikh 13 Mac, Yang Berhormat Kota Tinggi 14 Mac dan 15 Mac, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Sabak Bernam dan Yang Berhormat Sibuti bertarikh 16 Mac, Yang Berhormat Sekijang dan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu bertarikh 22 Mac, Yang Berhormat Setiu bertarikh 23 Mac, Yang Berhormat Kuala Selangor bertarikh 28 Mac, Yang Berhormat Kinabatangan bertarikh 29 Mac, Yang Berhormat Gerik bertarikh 3 April, Yang Berhormat Libaran bertarikh 4 April dan yang terakhir Yang Berhormat Padang Besar dan Yang Berhormat Lenggong pada 5 April kerana ianya berkaitan dengan perkara yang sama iaitu Transformasi Nasional atau TN50.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Transformasi Nasional 2050 ataupun TN50 adalah sebuah konsep falsafah dan visi yang lebih luas serta mencakupi segenap segmen dan dimensi dalam kehidupan ke arah membentuk sebuah Malaysia, sebuah negara Malaysia yang lebih berjaya dan disegani. Sesungguhnya pelaksanaan TN50 ini merupakan kesinambungan kepada dasar-dasar jangka panjang terdahulu, membolehkan kerajaan menyediakan hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun akan datang dalam melakar sebuah negara bangsa yang unggul, berwibawa dan mempunyai minda par-eselon serta melahirkan generasi khaira ummah.

Makanya dalam merancang TN50 ini, kerajaan akan mengumpul aspirasi rakyat Malaysia untuk disemak dan dimuatkan dalam dokumen TN50. Bagi tujuan ini, proses ini dimulakan oleh Kementerian Belia dan Sukan yang diberi tanggungjawab untuk mengumpul input pandangan serta maklum balas daripada golongan belia. Selain itu kementerian-kementerian lain juga akan digerakkan untuk mendapatkan aspirasi daripada stakeholders atau pemegang taruh masing-masing agar dokumen TN50 yang akan dihasilkan benar-benar bersifat inklusif.

Sebagai makluman, antara tujuan utama pelaksanaan TN50 adalah untuk mengemukakan sebuah hala tuju Malaysia yang meluas, yang gabung rapi untuk panduan masa depan Malaysia ke arah 2050 dan bukan sahaja merangka sebuah vision document atau dokumen visi, malah ianya merupakan sintesis segala pandangan dan kehendak pelbagai pihak dan diikuti jua dengan penyediaan national strategy ataupun strategi nasional, pelan pelaksanaan dan juga aspek pemantauan untuk kita sampai ke matlamat TN50.

Sebetulnya ada beberapa sebab mengapa kerajaan melaksanakan TN50.

Antaranya sebagai kesinambungan dasar dan wawasan terdahulu seperti Dasar

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Ekonomi Baru, diikuti kemudiannya Wawasan 2020 dan kini pula Transformasi Nasional 2050.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Kedua, kita perlu mempersiapkan Malaysia untuk menghadapi zaman atau dunia yang akan berubah dengan begitu pantas. Ketiga, TN50 ini kita rencanakan sebagai satu proses dengan izin Tuan Yang di-Pertua, bottom up dan tidak top down.

Dalam hal ini, melalui pelbagai wahana atau medium pandangan, aspirasi dan suara rakyat daripada semua kelompok turut didengari dan diambil kira dalam merangka visi TN50 ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hal demikian antara pendekatan yang akan dilaksanakan dalam usaha mendapatkan input-input daripada semua masyarakat, kerajaan akan bekerjasama dengan pelbagai stakeholders dalam menjayakan TN50 seperti berikut, melaksanakan National Dialogue dengan pelbagai pihak stakeholders ataupun pemegang taruh seperti melalui sesi perbincangan town hall forum dan juga menggunakan input online untuk dijadikan sebagai satu medium yang lebih menyeluruh lagi.

Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya proses pengumpulan segala pandangan pelaksanaan TN50 ini menyasarkan penyertaan seramai mungkin masyarakat di segenap lapisan tanpa mengira umur, kaum, agama dan budaya. Sebagai contoh, National Discourse atau Wacana Nasional TN50 telah dimulakan dengan memberi pengiktirafan kepada golongan belia di mana saya bersama dengan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan telah memulakan dialog TN50 pada 19 Januari 2017 yang lalu di Universiti Malaya bertemu serta mendengar aspirasi dan pandangan golongan muda.

Dalam hal ini, kerajaan juga akan meneruskan sesi Wacana Nasional TN50 ini dengan segmen-segmen lain seperti wanita, penjawat awam, ahli akademik, agamawan, budayawan, usahawan, ahli-ahli korporat dan sebagainya yang melibatkan pelbagai kaum dari Perlis membawa hingga ke Sabah dan Sarawak.

Kesimpulannya, kerajaan amat komited dengan cita-cita menjayakan TN50 ini dan setakat ini kerajaan cuma memberi sasaran, satu sasaran jangka sederhana iaitu untuk menjadikan, mengembangkan ekonomi kita daripada RM1.3 trilion kepada RM2 trilion dalam tempoh tujuh lapan tahun akan datang, serta matlamat yang merupakan jangka panjang yakni menjadikan Malaysia pada kedudukan negara termaju di dunia kelak, insya-Allah.

[Tepuk]

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff Ahmad - Mersing

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Pekan. Saya amat teliti dengan jawapan yang panjang lebar, mendalam. Ada dua soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua.

Pertama sekali saya rasa terpanggil kerana approach Perdana Menteri kali ini adalah melalui approach bottom up iaitu dalam bahasa mudah, what you want. Sementara Wawasan 2020 yang dicernakan kali pertama dalam Malaysia British Council pada tahun 1991 oleh Perdana Menteri yang dulu-dulu ada sembilan cabaran, ia bersifat top bottom atau ‘What I want’.

Justeru itu, tidak ada banyak engagement dengan rakyat dan kalau kita bertanya dengan anak-anak muda dia pun tidak boleh jawab sembilan cabaran.

Sekarang ini sudah tambah pula cabaran ke-10 hendak gulingkan Yang Amat Berhormat Pekan.

final • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff Ahmad - Mersing

Jadi saya hendak tanya apa beza Wawasan 2020 dengan TN50 dan apakah rangka kerja yang dibuat oleh kerajaan untuk memastikan masyarakat boleh terima TN50 selepas ini. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Sebahagian daripada jawapannya telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Mersing sendiri. Sebenarnya kita memulakan National Dialogue TN50 ini kerana kita hendak wawasan baru ini dirasai oleh rakyat, dihayati oleh rakyat kerana ia akan datang daripada rakyat untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.

Jadi bila kita sebut kita hendak sebuah vision, sebuah visi yang dikongsi, shared vision, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, maka kita mesti mengadakan satu proses, satu wahana di mana rakyat boleh merasakan sense of belonging, Tuan Yang di-Pertua. Jadi dengan melalui proses dialog ini apabila kita dapat mengumpulkan segala pandangan, input, selepas itu kita akan merangka hala tuju baru, maka saya yakin dan percaya rakyat akan menganggap inilah mencerminkan kehendak aspirasi rakyat. Ini kerana kalau kita buat melalui top down approach kita tidak mungkin dapat menyatakan bahawa ini adalah satu visi yang dimiliki dan dikongsi bersama oleh rakyat.

final • 10:10 AM

Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Selain daripada itu, berbeza dengan Wawasan 2020 dan saya hendak katakan bahawa kita tidak menolak Wawasan 2020, ada orang menganggap kita menolak wawasan itu, tidak. Ini merupakan kesinambungan tetapi yang berbeza antara selain daripada pendekatan, kita hendak supaya ada national strategy dan ada pelan pelaksanaan dan ada pemantauannya supaya bukan kita menetapkan sasaran TN50 nanti tetapi kita hendak pastikan bagaimana kita hendak sampai kepada matlamat yang dikehendaki oleh rakyat Malaysia.

final • 10:10 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kalau kita melihat, pertama sekali saya mengucapkan tahniah di atas wawasan baru, hala tuju baru yang dikemukakan oleh Perdana Menteri TN50. Namun saya ingin penjelasan bagaimana dengan Wawasan 2020 yang masih gagal mencapai matlamatnya di mana kita masih gagal mencapai negara maju. Jurang ekonomi antara Pantai Timur dan Pantai Barat masih jelas. Begitu juga Dasar DEB, penguasaan ekuiti bumiputera 30 peratus kita belum mencapai tahap yang maksimum.

Jadi saya ingin tahu minta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah kekangan yang dilihat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri sebagai pentadbir dalam negara kita. Apakah kekangan untuk kita mencapai matlamat dan hala tuju yang benar-benar membawa wawasan yang boleh membawa kesejahteraan dunia dan akhirat. Minta penjelasan.

final • 10:10 AM

Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Terima kasih, Yang Berhormat Rantau Panjang. Kalau kita kurangkan politicking dalam negara kita lebih mudah kita hendak sampai pada matlamat tersebut.

final • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Jadi yang pada hakikatnya kita bukan gagal, tetapi kita akui ada kelemahan-kelemahan sebab kalau kita menetapkan satu sasaran, sasaran itu mestilah merupakan satu sasaran yang dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ambitious kalau tidak dia tidak ada maknanya.

Bila kita meletakkan satu tahap yang tinggi, tentu sekali ada kekurangan dalam pencapaian kita, tambah lagi ini perlu difahami oleh Yang Berhormat ada *external factors.

External factors*, faktor-faktor luaran yang luar daripada kawalan kita, umpamanya kalau ada kemelesetan ekonomi dunia, kalau ada harga minyak yang merudum umpamanya.

Komoditi, harga komoditi yang jatuh, segala-galanya.

final • 10:10 AM

Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Ini semua di luar dari kawalan kita. Kita andaikan persekitaran yang kondusif tetapi kalau persekitaran yang sebaliknya, kita kena terima ia membawa kesan kepada pencapaian kita. Jadi saya hendak menyatakan bahawa kita bukan gagal, kita berjaya sebenarnya tetapi masih ada ruang untuk ditingkatkan lagi pada masa akan datang.

[Tepuk]

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dari BN, ada dari BN? Ya, sila.

final • 10:20 AM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang sungguh budiman dan bermata tajam.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya khusyuk dan tawaduk dengan penjelasan dasar kerangka yang hendak dilakukan dalam Transformasi Nasional 2050 di peringkat akar umbi terutamanya sekali dalam...

[Perkataan kurang jelas] setakat ini.

Namun yang jelas ialah saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Amat Berhormat berkenaan dengan memperhalusi lagi dasar kerangka Transformasi Nasional 2050 ini khusus untuk mengangkat martabat seiring dengan kemajuan negara di dalam skop pekerja itu sendiri. Dalam masa yang sama, pendapatan itu mengiringi ke negara maju, tidak tertinggal dan tidak menjadi pekerja yang dipinggirkan dalam arus Transformasi Nasional Yang Amat Berhormat lafazkan tadi.

Jadi, komitmen apa yang membolehkan pekerja ini dapat keyakinan bahawa transformasi TN50 ini benar-benar memberi manfaat kepada pekerja dan pada proses untuk ke depan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita dah membela kepentingan kaum pekerja. Antaranya bila kita perkenalkan Dasar Gaji Minimum. Dasar Gaji Minimum mengubah untung nasib para pekerja di Malaysia dengan begitu ketara. Di samping itu, kita akan berdialog dengan persatuan-persatuan pekerja seperti MTUC, kepimpinan MTUC yang baru agak lebih senang berunding dengan pihak kerajaan. Kita akan memberi tumpuan kepada bagaimana kelompok pekerja ini boleh dibela tetapi bukanlah tanpa mengira kepentingan yang lain.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Jadi sebab itulah kita adakan dialog ini dan golongan pekerja akan mendapat faedah melalui dasar-dasar kita seperti latihan upgrading of skills umpamanya dan peluang pekerjaan melalui penyediaan kerja-kerja yang menyediakan gaji yang lebih tinggi ataupun high paying jobs. Jadi ini semua adalah antara dasar yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan dan akan diperhebatkan lagi.

final • 10:20 AM

2. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan kos yang terlibat dalam usaha pencarian MH370 sama ada satu laporan yang memberikan maklumat/data penuh akan dikeluarkan untuk membantu penutupan pencarian dan syarat-syarat untuk meneruskan carian.

final • 10:20 AM

Menteri Pengangkutan - Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan dua lagi pertanyaan yang menyentuh isu yang sama iaitu pertanyaan bertarikh 9 Mac 2017 oleh Yang Berhormat Stampin dan pertanyaan bertarikh 5 April 2017 oleh Yang Berhormat Tumpat.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, operasi pencarian pesawat MH370 oleh pasukan operasi melibatkan Malaysia, Australia dan Republik Rakyat China di kawasan tambahan seluas 120,000 kilometer persegi di Lautan Hindi telah selesai dilaksanakan dan digantung pada 17 Januari 2017. Sehingga kini, anggaran perbelanjaan kerajaan dalam menanggung kos operasi pencarian tersebut adalah sebanyak RM456 juta. Keputusan menggantung operasi pencarian pesawat MH370 adalah selaras dengan persetujuan yang dicapai pada mesyuarat tripartite peringkat Menteri di antara Malaysia, Australia dan negara China yang telah diadakan pada 22 Julai 2016.

Melalui mesyuarat tersebut, ketiga-tiga negara telah bersetuju sekiranya terdapat maklumat atau petunjuk baru yang sahih dan kukuh, credible evidence diperolehi, maka operasi pencarian selanjutnya akan dipertimbangkan. Susulan daripada pergantungan operasi pencarian pesawat MH370, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengetuai pasukan bertindak, kita wujudkan satu pasukan response team yang diwujudkan untuk memantau secara berterusan bukti-bukti baru berkaitan MH370.

Siasatan kemalangan dan insiden MH370 dilaksanakan oleh pasukan penyiasat bebas antarabangsa iaitu Malaysian International Civil Aviation Organization (ICAO) Annex 13 Safety Investigation Team for MH370 yang telah ditubuhkan oleh kerajaan bagi menyiasat punca kemalangan udara pesawat MH370 berlandaskan Annex 13 ICAO.

Pasukan penyiasat antarabangsa ini turut dianggotai oleh accredited representative daripada Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, China, Perancis dan dua negara anggota ASEAN iaitu Singapura dan Indonesia.

Siasatan dijalankan dengan telus dan adil berdasarkan Annex 13 di mana semua maklumat penting dikongsi bersama dengan semua accredited representative termasuk Australia. Oleh yang demikian, dakwaan bahawa Malaysia tidak mengemukakan maklumat penting kepada pihak-pihak bertanggungjawab di Australia untuk menyiasat kehilangan pesawat MH370 adalah tidak berasas. Pasukan penyiasat telah mengeluarkan interim statement pada ulang tahun pertama dan kedua kehilangan pesawat berhubung dengan dapatan awal siasatan. Kedua-dua laporan ini hanya memperincikan fakta-fakta kejadian berdasarkan maklumat yang diperolehi pada waktu tersebut.

Untuk makluman Yang Berhormat, laporan akhir penyiasatan yang menyeluruh dan terperinci termasuk hasil siasatan ke atas pihak Kawalan Trafik Udara atau Air Traffic Control (ATC) serta Kementerian Pertahanan sedang disediakan dan akan dikeluarkan dalam tempoh satu tahun daripada tarikh pengumuman pergantungan operasi pencarian.

Berdasarkan hasil siasatan, pasukan penyiasat akan mengemukakan satu laporan yang terperinci dan syor-syor penambahbaikan keselamatan industri penerbangan awam negara kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Menteri untuk jawapan yang lengkap tetapi apa yang telah diberitahu bahawa pencarian akan diteruskan hanya bila ada maklumat baru yang kukuh atau dengan izinnya credible evidence. Ini tidak akan berlaku kalau kita tidak meneruskan usaha. Soalan tambahan saya ialah adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula data-data yang sedia ada, maklumat yang sedia ada dan juga menggunakan bantuan daripada oceanography tentang drift pattern kerana kita mendapat debris di Pantai Timur dan juga dengan maklumat radar tentera negara serantau seperti Singapura, Indonesia,

final • 10:20 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

India dan Thailand untuk mengkaji semula dengan izinnya narrow down kawasan pencarian. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat Selayang yang ingin mengetahui perkembangan selepas ini, selepas kita menggantung pencarian MH370.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kita telah wujudkan response team dan kita juga dapat sokongan daripada Australia (ATSB) akan terus mengkaji dan juga menganalisis semua data yang ada termasuk lihat balik the satellite images daripada all the satellites dan juga drift pattern yang dikatakan oleh Yang Berhormat Selayang...

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

The drift pattern akan dikaji semula menggunakan flaperon yang dijumpai. Akan tetapi the mock flaperon bukan flaperon yang sebenar untuk diletak di kawasan South Indian Ocean untuk dikaji balik the drift pattern untuk memastikan kita dapat tempat sebenar kawasan MH370. Oleh itu, the first principal review yang dikeluarkan oleh Australia tidak memberikan keyakinan tentang tempat yang sebenarnya, ia hanya about 85 percent probability. Bukan seperti dulu apabila kita tamat 60 ribu square kilometer search, ATSB the expert team beritahu kita to continue another 60 thousand square kilometer search kerana 99 peratus probability, yakin pada tempat itu yang mempunyai keyakinan tinggi. Akan tetapi sekarang, the first principal review tidak memberikan keyakinan yang begitu tinggi dan juga bersetuju untuk terus mengkaji semula data-data yang sedia ada. Sebab itu kita terpaksa menangguhkan misi pencarian ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas penerangan mengenai MH370. Seterusnya, saya sebagai soalan tambahan, saya hendak bertanya kepada pihak Yang Berhormat mengenai tindakan dan juga langkah- langkah pihak kerajaan. Terutamanya dalam mengawal berita-berita palsu yang disiarkan, terutamanya di dalam social media mengenai MH370, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua nampak handsome hari ini.

final • 10:30 AM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Tuan Yang di-Pertua sentiasa handsome. Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Berhubung dengan tindakan kerajaan terhadap berita-berita palsu yang disebarkan melalui social media, kita ucap terima kasih kepada Kementerian Penerangan dan juga Kementerian Luar Negeri yang sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan untuk memaklumkan kepada NOK dan juga orang ramai tentang berita-berita yang sahih. Kita mempunyai webpage yang sentiasa ada untuk maklumkan kepada semua NOK supaya NOK tidak orang kata disimpangkan ataupun diberikan maklumat-maklumat palsu. Bagi orang ramai, kita juga pastikan apa jua maklumat-maklumat yang kita terima, kita beri dengan jelas dan transparent daripada segi misi pencarian MH370.

Sebenarnya, data-data yang kita kumpulkan daripada misi pencarian ini, kita semua upload, ada dalam webpage kementerian dan sesiapa sahaja boleh mendapat maklumat-maklumat yang terperinci. Kita harap orang ramai boleh menggunakan official webpage yang ada di Kementerian Pengangkutan untuk mendapatkan maklumat- maklumat yang terperinci. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menurut surat khabar di Australia, ia kata GM ATSB enggan mengumumkan informasi satellite tracking. Alasan dia adalah dokumen itu would, Tuan Yang di-Pertua. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, would or could reasonably be expected to cause damage to the international relationship of the Commonwealth, termasuk Malaysia. Jadi soalan saya, adakah kerajaan akan meminta information itu daripada ATSB dan mengumumkan information itu kepada rakyat? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kita mempunyai pasukan penyiasat yang diwujudkan di bawah ICAO Annex 13 yang diterajui oleh Datuk Kwok. Pasukan ini juga diwakili oleh tujuh negara yang lain. Oleh itu, pasukan penyiasat ini telah mengumpul semua data yang ada, termasuk apa juga data-data kerjasama daripada ATSB. Saya yakin kita tunggu laporan terakhir pasukan penyiasat ini untuk kita mengetahui perkara yang mendalam berhubung dengan penyiasatan MH370. Terima kasih.

final • 10:30 AM

3. Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan apakah perkembangan dan pencapaian segala usaha yang telah dijalankan di pelbagai peringkat dan pelbagai sektor untuk mencapai matlamat besar seperti yang dijanjikan oleh Malaysia tanpa syarat untuk mengurangkan perlepasan gas karbon sehingga 40 peratus menjelang 2020.

final • 10:30 AM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama, saya ingin mengucapkan bagi pihak kementerian, terima kasih kepada Yang Berhormat kerana bertanya persoalan yang amat current pada kita di kementerian berhubung dengan pelepasan rumah kaca ataupun greenhouse gasses dan menangani impak perubahan iklim. Tuan Yang di- Pertua, United Nations Framework Convention for Climate Change dalam COP 15 di Copenhagen, Denmark pada 2009, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan hasrat sukarela negara untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca ataupun GHG hingga 40 peratus. Semasa Persidangan UNFCCC COP 15 di Copenhagen, Denmark pada 2009, Perdana Menteri mengumumkan perkara tersebut berbanding dengan intensiti pelepasan pada tahun 2005.

Pencapaian indikator sukarela ini adalah tertakluk kepada penerimaan bantuan kewangan pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti daripada negara-negara maju. Berdasarkan langkah mitigasi yang telah dan sedang dilaksanakan pada masa ini, tahap intensiti greenhouse gases telah dapat dikurangkan kepada 33 peratus pada tahun 2014. Daripada pengurangan intensiti greenhouses gases ini, 21 peratus adalah sektor bukan hutan, manakala baki 12 peratus adalah daripada sektor perhutanan seperti yang diumumkan semasa persidangan International Greentech and Eco-Product Exhibition

(IGEM) 2014.

Malaysia sedang meningkatkan program pemuliharaan hutan dan mengekalkan kawasan hutan liputan hijau memandangkan peranan penting hutan yang bertindak sebagai penyerap karbon (carbon sink). Malaysia sedang meningkatkan program pemuliharaan hutan dan mengekalkan kawasan hutan dan liputan hijau untuk manfaatkan sebagai salah satu aktiviti mitigasi perubahan iklim pada masa hadapan iaitu sistem REDD ataupun REDD+. Negara juga aktif membangunkan mekanisme pelaksanaan reducing emission from the forestation and degradation, role of conservation, sustainable management of forest and enhancement of forest carbon stock and development countries REDD+. Pelaksanaan mekanisme REDD+ adalah selari dengan matlamat komitmen negara untuk mengekalkan lebih 50 peratus kawasan hutan dan liputan hijau negara.

Pelaksanaan mekanisme REDD+ ini membolehkan negara mendapatkan sumbangan dana antarabangsa bagi mengekalkan keluasan hutan serta melaksanakan aktiviti pemuliharaan hutan. Sehubungan dengan itu, sasaran mengurangkan intensiti greenhouse gases telah berubah mengikut sasaran NDC ataupun Nationally Determined Contribution. Road map untuk effective implementation NDC dan adoption of Paris Agreement. Bagi mencapai sasaran NDC negara, kerajaan sedang membangunkan Road map untuk effective implementation NDE dan adoption of Paris Agreement. Road map ini dibangunkan untuk mengenal pasti strategi, kaedah dan keperluan pelaksanaan tindakan mitigasi adaptasi oleh pelbagai sektor berkaitan mencapai sasaran INDC negara ataupun Intended National Determined Contribution.

Dalam masa yang sama, bagi mencapai sasaran Nationally Determined Contribution negara, Kerajaan Malaysia melalui kementerian dan agensi bawahnya telah melaksanakan pelbagai program dan insentif untuk mengurangkan inisiatif pelepasan gas rumah kaca bawah sektor utama greenhouse gases negara seperti sektor tenaga, pengangkutan, sisa pepejal, proses industri dan pertanian seperti berikut:

final • 10:30 AM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

(i) menggalakkan peranan tenaga elektrik boleh baharu melalui mekanisme feed-in-tariff;

(ii) menggalakkan perjalanan tenaga elektrik boleh dibaharui di luar mekanisme feed-in-tariff;

(iii) menggalakkan pembangunan loji biogas di bawah National Key Economic Area (NKEA) di bawah Economic Transformation Program;

final • 10:40 AM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

(iv) menggalakkan aktiviti kitaran semula bagi menyekat perjalanan dan pelepasan gas metana akibat daripada pembuangan sisa organik dalam tapak pelupusan;

(v) mempertingkatkan kawasan hutan simpan yang mampu menyerap greenhouse gases;

(vi) membangunkan sistem pengangkutan awam darat berunsurkan rel;

(vii) menggalakkan penggunaan gas asli sebagai bahan api kenderaan pengangkutan awam;

(viii) membangunkan program dan menggalakkan penggunaan biodiesel B5;

(ix) menggalakkan penggunaan sistem pengiktirafan kecekapan bangunan;

(x) menggalakkan penggunaan kenderaan cekap tenaga, energy efficiency vehicle (EEVs);

(xi) menggalakkan sasaran pengurangan penggunaan tenaga lima peratus oleh bangunan-bangunan kerajaan,

(xii) menggalakkan penggunaan teknologi hijau menerusi skim pembiayaan Green Technology Financing Scheme seperti pencapaian sasaran pengurangan intensiti greenhouse gases 33 peratus yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa usaha ini akan diteruskan dengan memberi penekanan kepada pengurusan hutan secara berkekalan; dan

(xiii) pelaksanaan insentif mitigasi pelepasan greenhouse gases di pelbagai sektor berkaitan dengan menyumbang secara langsung kepada sasaran pengurangan intensiti pelepasan greenhouses gases dalam INDC negara.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dengan jawapan yang begitu panjang dan bagus sekali.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dalam perasmian baru-baru ini, kerosakan alam sekitar akan menjejaskan kehidupan yang akan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan dan juga kos yang tinggi. Titah Tuanku lagi, kita jangan memusnahkan keseimbangan ekologi dan kita kuatkuasakan undang-undang sepenuhnya untuk menunjukkan kerajaan betul- betul serius dalam memelihara dan memulihara hutan. Juga, untuk menjadikan negara kita satu negara yang ekonomi rendah karbon.

Soalan tambahan saya, apakah perancangan kementerian dalam menambah kawasan hijau dalam negara terutamanya di kawasan bandar? Apakah usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak kementerian bagi mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada tenaga elektrik yang merupakan salah satu punca daripada peningkatan gas karbon dioksida? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya amat bersetuju dengan Titah yang telah dibuat oleh Duli Tuanku. Ini kerana alam sekitar apabila telah terjejas, memang amat payah untuk mengembalikannya.

Tindakan secara strategik dibuat oleh pihak kementerian ialah untuk melihat semula undang-undang yang telah lama dan lapuk untuk menangani masalah semasa kerana undang-undang yang telah lama dan lapuk ini tidak berupaya untuk menangani masalah yang lebih moden dan lebih canggih dalam keadaan semasa sekarang ini. Ini langkah- langkah yang pertama.

Langkah yang kedua ialah untuk menguatkuasakan undang-undang.

Penguatkuasaan undang-undang dan pengenalan sistem kesedaran kepada masyarakat. Ini kerana dikatakan bahawa undang-undang dan penguatkuasaan undang- undang itu tidak akan mencukupi kalau masyarakat tidak terlibat sama kerana pihak penguatkuasaan tidak berupaya untuk pergi ke setiap tempat di kawasan.

final • 10:40 AM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Contohnya kalau kita lihat apa yang berlaku di kawasan Kuantan berhubung dengan bauksit. Apabila berlakunya bauksit ini, bahawa bauksit ini dibuat di tanah-tanah persendirian, di tanah-tanah syarikat, hanya sebahagian kecil sahaja di tanah-tanah kerajaan yang mempunyai lesen. Jadi bagaimana pula untuk penguatkuasaan? Kalau undang-undang ini tidak tepat membolehkan agensi kerajaan yang terlibat untuk memasuki tanah persendirian dengan proses yang lebih cepat, maka penguatkuasaan undang-undang akan terbantut. Maka, kesedaran pihak individu ini tidak meningkat, tidak tinggi. Maka, semua tujuan dan matlamat kerajaan akan terbantut juga. Jadi dalam keadaan sekarang kita melihat undang-undang itu sendiri dan membangunkan kesedaran masyarakat menerusi beberapa mekanisme.

Kedua, mengurangkan penggunaan energy. Tuan Yang di-Pertua, dua tiga perkara telah disebut dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru tiga hari yang lepas, mempunyai satu roadmap yang tertentu untuk mengurangkan penggunaan energy daripada fossil fuel untuk menggunakan– yang sebagaimana saya sudah sebut semuanya tadi iaitu feed-in-tariff dan semuanya itu semua untuk kegunaan untuk mengurangkan penggunaan itu dan menggalakkan penggunaan elektrik boleh diperbaharui di luar mekanisme feed-in-tariff dan menggalakkan pembangunan loji biogas di bawah National Key Economic Area. Semua perkara ini untuk mengurangkan reliance on the fossil fuel dan bakal mengurangkan– dan juga kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan electric car, electric motorcycle dan sebagainya. Ini juga akan mengurangkan emission kita keseluruhannya.

Walaupun negara Malaysia, Tuan Yang di-Pertua, adalah negara yang keempat terbesar oleh kerana pembangunannya begitu pesat di ASEAN mengeluarkan emission, dalam keadaan sedemikian, pembangunan kita decoupling-kan, apa di sebut dalam mesyuarat tersebut, kita got to decoupling kita sendiri daripada pembangunan itu tidak bermakna kita akan meningkatkan emission ataupun carbon footprint kita. Jadi ini kita kena kurangkan carbon footprint. Aktiviti manusia ini memang ada menjejaskan sedikit alam sekitar.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan berkaitan dengan road map ini.

Seperti mana Yang Berhormat Menteri tahu bahawa kerajaan telah menyediakan satu dasar iaitu Dasar Perubahan Iklim Negara. Saya ingin tanya kepada kerajaan, kepada Yang Berhormat Menteri, antara tindakan utama dalam dasar ini ialah kerajaan menyenaraikan untuk menggalakkan ekonomi rendah karbon dengan memperuntukkan kewangan yang mencukupi dan teknologi yang bersesuaian. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah perkara ini telah berjaya dilaksanakan? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tuan Yang di-Pertua, masalah kita ialah kerajaan hanya berupaya mengaturkan dasar, menguatkuasakan undang- undang dan memberi sumber kewangan untuk pihak-pihak lain terlibat khususnya pihak industri. Umpamanya kalau kita lihat sistem feed-in-tariff, ia telah berjaya dilaksanakan menerusi solar system yang mana kita punya kuota untuk dipenuhi dalam solar system pengenalan feed-in-tariff ini telah siap keseluruhannya dilaksanakan pada tahun 2011.

Lagi, pada mesyuarat Green Technology Council baru-baru ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita akan memperkenalkan di bawah TN50 ini, kita perkenalkan kepada masyarakat yang tertentu akan mendapat bantuan solar system di rumah-rumah mereka. Aktiviti ini akan diperluaskan pengenalannya di seluruh negara. Walaupun di peringkat awalnya mungkin memakan beribu buah rumah sahaja diperkenalkan tetapi selepas itu akan diperbesarkan di seluruh negara supaya mereka yang di bawah B40 itu mendapat satu pulangan hasil daripadanya, sebagai sasaran yang pertama. Kedua, kerajaan akan mendapat pulangan daripada sudut pengurangan penggunaan energy yang lain– daripada solar ataupun daripada renewable energy.

final • 10:40 AM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jadi daripada ini juga kerajaan telah mengenal pasti, memperbaharui iaitu sistem untuk mengaudit semua Federal Government building di seluruh negara. Saya sendiri telah mengadakan satu mesyuarat dipanggil Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas alam sekitar (MEXCOE) seluruh negara baru empat hari lepas susulan daripada Mesyuarat Green Technology Council. Diadakan untuk meminta supaya tiap-tiap bangunan kerajaan negeri juga patut diaudit bersama dan peruntukan kewangan telah

final • 10:50 AM

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

disediakan oleh pihak kerajaan untuk pengauditan tersebut supaya kita mengetahui sama ada bangunan federal dan negeri ini selaras dengan kehendak kerajaan supaya dia ecofriendly dan energy efficiency bangunan. Ini telah kita laksanakan. RM200 juta disediakan oleh pihak kerajaan untuk melaksanakan pengauditan tersebut.

Jadi saya menyeru sekali lagi supaya pihak negeri juga memainkan peranan yang sama supaya mengaudit bangunan-bangunan kepunyaan kerajaan negeri supaya kita mengetahui. Dalam masa yang sama, kerajaan juga minta mengurangkan temperature building kita supaya tidak menggunakan lebih sejuk daripada 24 darjah celsius di dalam bangunan. Akan tetapi di luar sana tadi, di kantin sana sejuk sangat, 16 darjah celsius Yang Berhormat. Jadi ini semua memainkan peranan yang sama. Terima kasih.

final • 10:50 AM

4. Tuan Lim Lip Eng [Segambut] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah kebankrapan mengikut negeri, jantina dan jumlah kebankrapan penjawat awam. Apakah usaha kerajaan untuk membantu golongan bankrap.

final • 10:50 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada rekod Jabatan Insolvensi Malaysia, statistik dari tahun 2013 sehingga tahun 2016 menunjukkan sebanyak 82,383 individu yang telah dijatuhkan bankrap oleh mahkamah. Daripada jumlah tersebut, negeri Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 22,593 kes, manakala Perlis mencatatkan kes yang terendah iaitu sebanyak 354 kes.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 57,082 kes kebankrapan, 69.3 peratus melibatkan golongan lelaki dan 25,301 kes kebankrapan iaitu 30.7 peratus melibatkan golongan wanita.

Kes Kebanrapan Melibatkan Penjawat Awam:

TAHUNBILANGAN KES
2013617
2014606
2015960
20161093
JUMLAH3276

Terdapat peningkatan sebanyak 13.9 peratus jumlah penjawat awam yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2016 berbanding dengan tahun 2015.

Untuk makluman, antara usaha kerajaan untuk membantu golongan yang bankrap adalah seperti berikut:

(i) pindaan kepada perundangan yang sedia ada. Rang Undang- undang Kebankrapan (Pindaan) 2016 telah membuat bacaan kali pertama pada 21 November 2016 dan akan melalui bacaan kedua pada sidang kali ini; dan

(ii) kewujudan jaringan hubungan kerjasama yang mana Jabatan Insolvensi Malaysia turut merancang untuk meluaskan jaringan hubungan kerjasama dengan badan berkanun dan badan bukan kerajaan melalui penganjuran Hari Bersama MDL, consultative meeting dengan izin, bersama rakan-rakan strategik MDL, aktiviti CSR yang dijalankan di cawangan-cawangan MDL dan Program Jerayawara yang akan menyasarkan orang awam bagi meningkatkan kesedaran akan masalah keberhutangan yang serius.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apakah cadangan kerajaan untuk melonggarkan syarat-syarat discaj daripada bankrap ‘C’ bagi

final • 10:50 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

golongan ibu tunggal, golongan OKU, golongan usia emas yang berumur 60 tahun ke atas dan khususnya golongan penjamin yang menjadi bankrap? Cadangan saya bagi penjamin yang menjadi bankrap, saya cadangkan kepada kerajaan untuk membenarkan mereka discaj sebagai bankrap selepas lima tahun sebab lima tahun sudah mencukupi dan adalah satu tempoh yang sungguh memadai. Itu sahaja. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat. Memang itulah cadangan kerajaan yang akan kita bawa dalam Akta Kebankrapan di mana the blue bill dengan izin, ada di atas meja Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Memang kita tidak menafikan bahawa perlunya dengan izin, government intervention dalam perkara kebankrapan dalam negara kita. Seperti mana disebut salah satu daripada strategi yang boleh saya sebut pada hari ini tentang pelepasan bankrap tanpa bantahan pemiutang sebagai contoh, kita kena rujuk kepada golongan-golongan seperti penjamin sosial yang dibankrapkan, bankrap yang telah meninggal dunia, bankrap dalam kategori orang kurang upaya yang disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bankrap yang mengidap penyakit kronik ataupun serius yang telah disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan.

Memang ini diterima hakikat bahawa menjadi satu bebanan secara langsung dan tidak langsung kepada kerajaan dan itu sebabnya saya berharap Yang Berhormat dan sahabat-sahabat, semua Yang Berhormat daripada semua pihak akan memberikan sokongan kepada pindaan rang undang-undang yang baru ini. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah perbezaan ataupun perbandingan di antara tahap kebankrapan di Malaysia dibandingkan dengan negara-negara lain terutamanya negara maju dan negara-negara yang mempunyai keadaan ekonomi yang lebih kurang Malaysia?

Perlukah kita menyelitkan ataupun mengadakan subjek pengurusan kewangan di peringkat awal persekolahan lagi untuk mengelakkan ia menjadi bertambah teruk?

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Labuan.

Sebenarnya contoh yang saya boleh bagi antara contoh yang comparative dengan izin, berkenaan dengan nilai minimum kebankrapan sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua.

Singapura nilai minimumnya adalah SGD15,000, Thailand sebanyak THB1 juta iaitu RM124,000, bagi Brunei sebanyak BND10,000 iaitu RM31,000, Australia sebanyak AUD5,000 bersamaan RM16,000, United Kingdom sebanyak GBP5,000 bersamaan lebih kurang RM27,000, bagi Amerika Syarikat sebanyak USD15,000 bersamaan lebih kurang RM69,000. Di Malaysia, kita punya nilai minimum kebankrapan adalah RM30,000 dan harapan kerajaan dalam rang undang-undang ini, kita harap nilai ini dapat diperlihat dan dikaji semula dalam rang undang-undang ini.

Berkenaan dengan pendidikan di peringkat sekolah, mungkin kementerian yang relevan boleh menjawab tetapi yang lebih utama Yang Berhormat Labuan, harapan daripada kerajaan ialah perlunya satu perancangan yang lebih strategik kepada mereka yang berhutang. Antara yang saya sebut tadi dari segi peratusan, kita mempunyai isu dalam penjamin sosial. Mereka yang membuat jaminan yang dibankrapkan daripada sistem kita yang saya sebut selalu dalam Dewan ini di mana sistem substitute service yang mana tidak perlunya personal service dalam proses kebankrapan. Ini juga akan kita membuat pertukaran dalam undang-undang dari segi pindaan disebabkan kita perlu memberi peluang kepada mereka yang diserahkan notis kebankrapan untuk membela diri. Sistem substitute service itu antara dalam kajian proses kebankrapan, antara salah satu daripada kajian yang memberikan pembanyakan masyarakat boleh dijatuhkan bankrap daripada sistem tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

5. Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) berapakah jumlah peruntukan sedia ada untuk menambah baik infrastruktur di hospital-hospital kerajaan terutamanya hospital di kawasan pedalaman dan apakah tindakan yang patut diambil oleh kementerian bagi mengatasi masalah keselamatan di hospital kerajaan; dan

(b) apakah kekangan yang dihadapi oleh pihak kementerian sehingga peralatan perubatan di hospital tidak diselenggara dengan baik, sehingga peralatan tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik walaupun hospital-hospital mempunyai peralatan yang moden dan canggih.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Tuan Yang di-Pertua, ini berkenaan dengan hospital. Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2017, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM496,543,000 di bawah Butiran 00300 untuk kemudahan hospital bagi tujuan kerja-kerja naik taraf kemudahan di hospital termasuk hospital di bandar dan di luar bandar.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Selain daripada itu, di bawah peruntukan B.P.006000, naik taraf ubah suai dan pembaikan, sebanyak RM80 juta telah diperuntukkan untuk kerja-kerja naik taraf dan pembaikan fasiliti hospital kesihatan pada tahun 2017.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada menyediakan ubat-ubatan yang berkualiti dan berkesan di dalam merawat pesakit, peralatan perubatan juga memainkan peranan utama bagi mendiagnosis, merawat dan memantau tahap kesihatan pesakit. Kekangan utama yang sering dikaitkan berkenaan dengan peralatan perubatan ialah peralatan kerap digunakan dan telah berusia dan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan.

Kerja-kerja penyelenggaraan yang baik mengikut jadual yang ditetapkan oleh pengilang asal serta menggunakan genuine spare parts dapat menentukan sama ada peralatan perubatan tersebut dapat berfungsi dengan baik ataupun tidak.

Seterusnya terdapat beberapa isu terpencil yang menyumbang kepada kekangan ini di mana kerja-kerja penyelenggaraan tidak dapat dilaksanakan tepat mengikut jadual disebabkan oleh masalah alat-alat ganti yang terpaksa diimport daripada luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun Kementerian kesihatan Malaysia sentiasa memantau dan memastikan peralatan perubatan diselenggara dengan baik serta mencapai uptime yang disasarkan. Ini dapat dilihat dalam pencapaian uptime pada tahun 2016 iaitu 98.06 peratus. Kementerian Kesihatan juga telah menyediakan peralatan penyelenggaraan komprehensif untuk memastikan peralatan perubatan di hospital ataupun institusi dalam keadaan yang baik. Ini merangkumi testing dan commissioning, scheduled maintenance, unscheduled maintenance, decommissioning dan disposal dan technical support. Program penggantian peralatan dilaksanakan secara berterusan setiap tahun secara berperingkat terhadap peralatan yang telah pun mencapai jangka hayat yang uzur.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, dari segi kakitangan, staffing Tuan Yang di-Pertua, untuk negeri Sarawak sudah diisi hampir-hampir penuh semuanya. Bagi pegawai perubatan pakar, perjawatan telah diisi 99 peratus. Pakar klinikal 97.3 peratus, kesihatan awam 64 peratus, kesihatan keluarga jawatan yang ada 11 tetapi yang diisi ialah 19, bermakna 172.7 peratus pengisian. Pegawai perubatan bukan pakar, perjawatan yang ada 1,252, yang diisi 1,992, bermakna lebih 710 telah diisi, bermakna pengisian 156.7 peratus. Pegawai perubatan siswazah, perjawatan 870, yang diisi 744 Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi jawapan. Memang kita kalau dengar jawapan memang kita banyak-banyak syok.

final • 11:00 AM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tetapi saya sudah dengar itu jawapan, saya merasa banyak kongkalikung punya jawapan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tadi kita dengar peralatan ataupun maintenance mesti berkualiti ataupun peralatan berkualiti. Contoh macam Dewan kita sekarang, baru punya. Akan tetapi kalau kita pijak lebih-lebih daripada di karpet sana, dia keluar bulu. Bulu-bulu keluar. Ini bukan ada kualiti. Ini low quality.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Apa yang keluar Yang Berhormat Bintulu?

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Hospital pun sama.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Apa yang keluar?

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Dia bila pasang...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Bintulu, Yang Berhormat Bintulu, apa yang keluar?

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Bulu.

final • 11:00 AM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Nanti tanya satu lagi Timbalan Speaker, dia boleh bagi jelaskan...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sebab minta maaf ya, minta maaf memang saya tak dengar, tak perasan apa...

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Inilah masalah. Kita punya ini sound system ini pun tidak bagus. Kalau mulut dekat boleh, kalau jauh sikit tak dengar. [Dewan ketawa] Inilah masalah kita. Semua kita kata berkualiti. Macam ini skrin ini, satu keping.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Bukan, bukan, bukan mike ini. Kerana...

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

30 keping kasi join.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat pelan-pelan, bulu-bulu bukan blu-blu.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Itulah tadi kita sudah cerita satu, Timbalan Speaker tetapi sekarang tukar Speaker masuk. Inilah masalah kita. [Dewan ketawa] Kita kata genuine spare parts tetapi spare parts datang kongkalikung punya.

Kita pergi nampak itu hospital kerajaan, kalau mana-mana peralatan breakdown bukan kira hari, kira bulan baru boleh buat membaik pulih. Inilah kelemahan-kelemahan kementerian, lihatkah tidak? Kementerian fahamkah tidak? Tidak berkualiti, kita ada ambil berat perkara inikah? Saya nampak*...

[Disampuk]* Ini kongkalikung.

Ini satu lagi tadi saya dengar, terima kasihlah saya soalan tak ada. Dia, ini Timbalan Menteri sudah beritahu pakar macam-macam, semua sudah isi itu semua.

Saya mahu tanya, kementerian atau Menteri atau Timbalan Menteri, fahamkah tidak?

Kita contoh macam di Sarawak, pakar semua simpan di Kuching. Kita semua stesen di Kuching. Kalau Bintulu punya pesakit mahu mari, mahu jumpa pakar, mahu tunggu bulan.

Ada punya doktor kata bagi peluang, boleh awal tak? MO tanya pakar, pakar kata tak boleh. Bila dia bagi tahu pesakit, pesakit dengar, tengah jalan sudah jalan.

[Ketawa] Saya tak tahulah, kementerian fahamkah tidak? Rakyat sekarang menaik suara bagi tahu.

Ada punya kawasan jauh sikit di Sarawak. Bila dia orang jalan kaki masuk, pakai troli keluar. Harap Menteri, Timbalan Menteri faham. Jalan kaki masuk, keluar pakai troli. Sudah habis, sudah pasal dia tak boleh tunggu pakar. So saya mahu tanya satu soalan ini, adakah kementerian bercadang tiap-tiap bandar, mestilah mahu ada pakar- pakar di station di hospital tersebut. Jangan sahaja di capital. Janganlah kita tinggalkan kawasan luar bandar. Saya di sini mahu tanya kementerian, adakah pihak kementerian bercadang untuk menambah bilangan peralatan hospital kerajaan yang mengurangkan masalah temu janji pesakit yang sering kali tertunggu-tunggu akibat daripada masalah tersebut. Mohon Yang berhormat Timbalan Menteri, jawab jangan kongkalikung.

Mestilah mahu faham rakyat punya masalah. Menunggu-menunggu kita naik taraf.

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini jiran saya ini sangat-sangat bisinglah. Akan tetapi saya ada jawapanlah untuk soalan-soalan. Ada empat soalan semuanya. Bukan satu, empat.

Empat soalan. Satu tentang breakdown, peralatan-peralatan. Ini memang tugas dan tanggungjawab pihak concessionaire. Dalam hal Sarawak, dia One Medicare dan dia mestilah tentukan bahawa peralatan semuanya berjalan dengan baik dan memang setakat ini Tuan Yang di-Pertua, downtime dia ialah 98 percent, 98 persen saya sebut tadi. Kalau dia tak menepati piawai dia, maka kita potong daripada concession dia.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Mana ada.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Untuk Medicare last year, 2016, kita potong 2.2 million Tuan Yang di-Pertua kerana ia tidak menepati. Yang kedua, pakar semua di Kuching di bandar-bandar besar. Ini kalau ikut rekod yang ada Tuan Yang di-Pertua, semua hospital ada pakar. Cuma banyak atau sikit sahaja. Macam di Bintulu dia ada 10 kepakaran. Residen pakar Tuan Yang di-Pertua, di Kuching hampir 30 lah. Tiap-tiap– Tuan Yang di-Pertua, Kapit pun ada.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Yang berhormat Timbalan Menteri, itu jawapan tidak betul. Mana Bintulu ada pakar, Bintulu semua pergi Kuching, Sibu.

Janganlah kongkalikung lagi.

final • 11:10 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Yang ini...

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Yang Berhormat Timbalan Menteri, rakyat daripada Bintulu ada duduk atas sana tahu. Boleh tanya saya punya rakyat, ini kongkalikung punya.

final • 11:10 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

[Ketawa] Oh! Rupanya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhomat Bintulu ada penyokong di belakang.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ini cakap syok sendiri.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Kalau ikut rekod Tuan Yang di-Pertua memanglah.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Itu rekod tidak boleh pakai punya, kawan pun tidak boleh tolong jawab dalam office.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Hospital Miri ada ramai ya, Kapit pun ada hospital Pegawai Perubatan Dalaman Pediatrik.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Esok saya call Timbalan Menteri turun Bintulu tengok berapa orang pakar di sana.

final • 11:10 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Saya sudah pergi, boleh pergi lagi sekali no problem, saya pergi sekali lagi. Jadi memang kita bagilah ya. Bila kita siap nak hantar pegawai pakar-pakar ini dia kena ada bilik khas dia, kena ada peralatan dia. Jadi ini semua kita akan buat peringkat demi peringkat Tuan Yang di-Pertua kerana ialah masalah kekangan bajet kita Tuan Yang di-Pertua.

Selain daripada itu, seperti soalan ketiga sama dengan yang kedua iaitu memang kita bercadanglah untuk mengisi, menempatkan lebih ramai pakar, tapi masalah kita juga ialah masalah kita latih Tuan Yang di-Pertua. Hari ini kita sudah bagi seperti yang saya pernah sebut iaitu kita bagi Hadiah Latihan Perubatan (HLP) tiap-tiap tahun semenjak tahun 2015, 1,000 hadiah latihan perubatan. Setakat ini yang lulus lebih kurang 500 pakar yang lulus, dan yang resigned yang letak jawatan lebih kurang 100 hingga 120 setahun. Jadi pertambahan tiap-tiap tahun tidak begitu banyaklah. Walau bagaimanapun kita cuba melatih lagi ramai supaya ramai yang boleh kita hantar ke daerah-daerah di luar daripada bandar besar.

Peralatan kurang memang Tuan Yang di-Pertua kita akan terus dari semasa ke semasa, dari peringkat demi peringkat akan tambah lagi peralatan-peralatan yang diperlukan Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 11:10 AM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Parlimen ini kerana saya tidak ada masalah dengan loudspeaker kerana dibuat khusus orang macam sayalah terima kasih banyak.

Tuan Yang di-Pertua, pengalaman saya berkenaan dengan Hospital Kuantan kami dapati bahawasanya kekurangan peruntukan menjejaskan perkhidmatan hospital.

Manakala yang selalu mendapat tohmahan daripada rakyat biasa adalah doktor, kakitangan hospital, nurses dan sebagainya. Saya nak tanya sama ada apakah usaha kerajaan untuk memastikan bahawasanya kementerian mendapat peruntukan yang lebih, sama ada kementerian berhasrat untuk memohon di masa muka bagi mencukupkan peruntukan yang saya rasa amat ketara kekurangannya. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, memanglah untuk menjawab hal ini, tahun lepas kita mendapat RM23 bilion, tahun ini kita tambah lagi RM2 bilion jadi RM25 bilion. Itu pun kira-kira kurang mencukupi. Ini kerana kita perlu tambah lagi kakitangan staff kita termasuk doktor dan pelbagai kategori kakitangan ditambah, dan kos semakin meningkat, emolumen makin meningkat. Contohnya macam pakar, pakar pendapatan mereka kalau dibandingkan dengan rakan mereka di pihak swasta memang jauh bezanya. Akan tetapi ramai juga doktor pakar kita yang sanggup bertugas di sektor kerajaan walaupun gaji tidak seberapa.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Bagaimanapun kita pihak kementerian mencari jalan bagaimana kita boleh tambah pendapatan mereka dengan mengenakan pelbagai cara, antaranya kita bagi tambah elaun lagi. Kalau Sabah dan Sarawak tambah lagi elaun. Kita juga ada program yang dipanggil full paying patient di mana kita bagi peluang kepada pakar-pakar kita untuk bekerja menambahkan pendapatan mereka dengan mendapatkan hasil daripada full paying patient Bermakna mereka yang berminatlah, mereka yang sanggup membayar dia boleh masuk ke program full paying patient di mana dia boleh pilih pakar yang dia nak, yang mana satu dan mereka akan memberi rawatan kepada pesakit tersebut.

Jadi, juga kita hadapi masalah kekangan daripada segi peralatan kita yang lama-lama, yang sampai- sepatutnya macam mesin MRI, sepatutnya kalau ikut American standard sampai tujuh tahun sahaja tapi kita guna sampai 15 tahun. Akan tetapi kita maintain supaya ia terus boleh berfungsi selama 15 tahun. Ini perkara-perkara yang kita buat untuk pastikan pesakit dapat yang terbaik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

6. Tan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] minta Perdana Menteri menyatakan status pencerobohan kapal asing di perairan EEZ, perairan wilayah dan perairan berdampingan sekitar Sarawak dan Sabah pada tahun 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017 mengikut kategori milik negara, jenis kapal dan sama ada kapal penguatkuasaan luar negara.

final • 11:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Maritim Malaysia berfungsi untuk menjaga dan memelihara keselamatan, keamanan dan kedaulatan negara di Zon Maritim Malaysia

(ZMM) serta menyelamat nyawa dan harta benda semasa kecemasan di laut. Agensi ini telah meningkatkan rondaan dan kawalan terutama di perairan negara yang menjadi lokasi panas, berlakunya kes-kes pencerobohan kapal asing di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE). Pada tahun 2013 sehingga tahun 2017 agensi ini telah menahan 52 bot nelayan asing yang telah menceroboh perairan Zon Ekonomi Eksklusif Sabah dan Sarawak yang terdiri daripada bot nelayan Vietnam, Thailand serta Philippine. Kesemua bot yang ditahan telah dilucut hak dan dilupuskan.

Aset Maritim Malaysia dan TLDM sentiasa membuat pemantauan, rondaan dan pengawasan serta aktiviti-aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan kepentingan negara di Laut China Selatan sentiasa terpelihara. Selain itu, Maritim Malaysia juga telah meningkatkan pengawasan udara terutamanya di kawasan Pantai Timur Semenanjung yang sering di ceroboh dan diganggu oleh nelayan-nelayan asing khususnya di perairan berkenaan.

Statistik penangkapan pencerobohan kapal ataupun bot nelayan asing meningkat bermula daripada tahun 2013 sehingga tahun 2017. Ini jelas menunjukkan bahawa Maritim Malaysia sentiasa komited dalam melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan di samping mendapat sokongan melalui penyaluran maklumat oleh komuniti Maritim terutamanya golongan nelayan.

Selain daripada itu mengenai pencerobohan kapal penguatkuasaan negara lain, oleh sebab ianya melibatkan dasar hubungan luar soalan ini akan dijawab oleh Menteri Luar Negeri. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Sibu.

final • 11:10 AM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa bukan saja kapal-kapal nelayan tetapi ada juga Jabatan Penguatkuasaan Polis Maritim China dan juga Tentera Laut China pernah membuat beberapa kali rondaan rasmi sehingga ke James Shoul, 80 kilometer dari Bintulu. Begitu juga ada orang dari China dia meletak tugu kedaulatan di bawah air James Shoul dan mengisytiharkan kedaulatan terbuka di sana bahawa kawasan itu merupakan kawasan China.

Saya mahu tanya adakah Kerajaan Malaysia pernah menghalau kapal China terutamanya maritim mereka dan juga kapal tentera mereka? Adakah Kerajaan Malaysia pernah memusnahkan tugu yang dibuat dan yang ditubuhkan oleh Kerajaan China itu.

Sekian.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebutkan tadi sekiranya ianya melibatkan kapal ataupun lain-lain aset yang melibatkan negara asing Kementerian Luar Negeri akan menjawab. Saya Maritim Malaysia akan terlibat secara langsung untuk menguatkuasakan undang-undang daripada kawasan gigi pantai sehingga 200 batu nautika dari kawasan EEZ. Siapa sahaja yang melintas

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

kawasan ini yang melanggar apa-apa akta yang terlibat termasuk Akta Perikanan, Akta Pelantar Benua tindakan akan diambil. Manakala yang lain-lain yang melibatkan aset, kapal penguatkuasaan asing ataupun ketenteraan dan sebagainya kalau sekiranya berlaku, ianya akan dijawab Kementerian Luar Negeri.

final • 11:10 AM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Tuan Yang di-Pertua, ini soalan yang penting. Saya rasa mesti menjawab soalan ini, soalan yang penting dan juga itu Menteri tidak jawab bagaimana dengan tugu yang ditubuhkan oleh negara China itu?

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri sudah menjawab, yang melibatkan perkara- perkara lain Kementerian Luar Negeri akan menjawab. Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang begitu kacak pada pagi ini. Pertamanya saya hendak mengucapkan Selamat Hari Wanita dan keduanya saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri khususnya bagi segi penjagaan dan keselamatan nelayan. Ini kerana saya memuji tindakan yang dilakukan oleh Maritim Malaysia terutama sekali memberikan kelegaan kepada nelayan-nelayan di kawasan perairan tersebut daripada diganggu dan dicerobohi oleh pihak-pihak asing.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah penguatkuasaan dapat dilakukan ini dapat memastikan perairan Malaysia ini benar- benar tidak akan dicerobohi dan yang kedua apakah cabaran dan kekangan terhadap Maritim Malaysia terutama sekali bagi mengekang sebarang bentuk pencerobohan yang boleh menggugat kedaulatan tanah air kita? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Terima kasih di atas soalan tambahan.

Akan tetapi sebelum itu saya hendak minta Yang Berhormat Sibu supaya ‘Rasa nubari asmara mu’ itu jangan disimpan. Yang Berhormat boleh bincang semasa belanjawan, semasa ucapan junjung kasih. Selepas itu Kementerian Luar Negeri akan menjawab.

Kemudian, Selamat Hari Wanita Tuan Yang di-Pertua. Saya bercadang wanita yang melintasi lounge sana kita belanja ya.

Okey, berhubung dengan keselamatan negara, Maritim Malaysia akan menguatkuasakan undang-undang, itu yang penting ya. Namun kita sedia maklum, negara Malaysia ini negara Maritim ya, dikelilingi oleh laut. Dengan itu kita sangat memerlukan sokongan, maklumat daripada komuniti maritim. Jadi, sebagai tambahan sekarang ini kerajaan telah memperkenalkan Pasukan Simpanan Sukarelawan Maritim, ini sebagai tambahan. Sekarang ini kita dah membuat pengambilan sebanyak 5,000 orang. Sebahagian besar Ahli Parlimen juga menyertai dan kita akan tingkat kepada 10,000 orang supaya mereka juga menjadi mata dan telinga kepada pihak maritim untuk memaklumkan apa-apa pelanggaran ataupun kalau sekiranya ada nelayan asing yang menceroboh negara kita.

Keduanya, nelayan sendiri kena memaklumkan dengan cara sistem yang diperkenalkan di mana mereka berada sebelum mereka pergi menangkap ikan. Namun sekiranya mereka sudah berada jauh daripada tempat kawalan kita, selepas itu berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, ini menyebabkan kita mengambil masa sedikit untuk sampai kepada mereka. Kalau mereka menggunakan sistem yang telah diperkenalkan, kita boleh maklum kita boleh sampai dengan serta-merta.

Ketiganya, kita menggalakkan nelayan kita untuk menangkap ikan di laut dalam dan Maritim ataupun APMM bersedia untuk memberi perlindungan kepada mereka kalau sekiranya mereka diganggu oleh nelayan asing ataupun negara asing. Sebab kita kena ingat kedudukan EEZ berdekatan terutamanya di antara Vietnam, Indonesia dan juga Malaysia. Jadi mungkin ada berlaku pelanggaran dan sebagainya. Ada juga berlaku di mana ada penangkapan yang dibuat oleh pihak negara asing kepada nelayan kita di dalam kawasan kita. Jadi yang ini juga kita memberi perhatian untuk mengambil tindakan dari semasa ke semasa.

Saya nak maklumkan bahawa hasil usaha yang kita buat ini mampu untuk menjaga keselamatan nelayan kita dan dalam masa yang sama bukan sahaja keselamatan, kita juga menggalakkan mereka menangkap ikan di kawasan laut dalam, dalam bentuk makluman dan juga pemakluman untuk membolehkan kita bagi perlindungan kepada mereka. Jadi, kita di samping menguatkuasakan undang-undang kita juga menggalakkan nelayan kita untuk meningkatkan ekonomi mereka. Terima kasih.

final • 11:20 AM

7. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah tahap keselamatan di pusat-pusat penjagaan kanak-kanak yang berdaftar di bawah kementerian dan apakah pihak kementerian meletakkan garis panduan dan syarat yang wajib dipatuhi oleh pusat jagaan kanak-kanak dalam memastikan mereka tidak teraniaya.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat menyambut Hari Wanita kepada semua wanita yang ada di dalam Dewan ini dan juga di luar Dewan ini.

Tuan Yang di-Pertua saya mahu izin untuk menjawab soalan yang diberikan oleh Yang Berhormat Gerik pada 8 Mac 2017, Yang Berhormat Temerloh pada 20 Mac 2017 dan Yang Berhormat Wangsa Maju pada 30 Mac 2017 bersekali kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut saling berkait.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat melalui Kebajikan Masyarakat Malaysia dipertanggungjawabkan menguatkuasakan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, Akta Pusat jagaan 1993, Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012 dan Peraturan-peraturan Pusat Jagaan 1994. Prosedur operasi standard ataupun SOP yang digunakan KPWKM untuk memastikan keselamatan kanak-kanak yang ditempatkan di pusat jagaan kanak-kanak dalam keadaan yang selamat adalah berdasarkan kepada Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012 dan Peraturan-peraturan Pusat Jagaan 1994.

Setiap pengusaha taska dan pengendali pusat jagaan hendaklah mematuhi keperluan dan kehendak yang dinyatakan dalam peraturan yang telah pun ditetapkan.

Bagi memastikan tahap penyampaian perkhidmatan pusat jagaan, termasuk pusat jagaan kanak-kanak yang dikendalikan oleh pihak swasta berada di tahap keselamatan yang tinggi, kementerian menjalankan pemantauan ke pusat jagaan berkaitan. Di antara bentuk pemantau yang dijalankan ialah:

(i) menjalankan aktiviti pengesanan ke pusat jagaan dan taska tidak berdaftar sepanjang masa dan memberi peringatan supaya berdaftar dengan JKM;

(ii) menjalankan pemeriksaan berkala dan mengejut ke premis pusat jagaan dan taska oleh pegawai yang diberikan kuasa;

(iii) mengambil tindakan seperti dalam peruntukkan Akta Pusat Jagaan 1993 dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, seperti arahan bertulis, tutup sementara, batal pendaftaran, lak, kompaun dan menjalankan pendakwaan di mahkamah.

Dari Januari hingga Disember 2016 JKM telah mengeluarkan arahan bertulis kepada 42 buah taska dan 16 buah pusat jagaan. 19 buah taska dan tiga buah pusat jagaan diambil tindakan lak. 14 buah taska dan empat buah pusat jagaan dikenakan tindakan kompaun. Tiga buah taska dikenakan tutup sementara, 53 buah tiga dan 18 pusat jagaan dibatalkan pendaftaran dan 10 buah taska dan sembilan buah pusat jagaan telah didakwa.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian sentiasa proaktif memastikan kanak-kanak di taska dan pusat jagaan diberikan perlindungan sewajarnya. Langkah-langkah dan tindakan yang berbentuk advokasi, pemantauan, kawalan dan punitif sememangnya diberikan keutamaan.

Antara tindakan yang diambil oleh pihak kementerian dalam usaha menangani kes jenayah di taska dan pusat jagaan adalah seperti berikut:

(i) menjalankan pemeriksaan berkala dan mengejut ke atas taska dan pusat jagaan oleh pegawai yang diberikan kuasa;

(ii) mengenakan tindakan penguatkuasaan ke atas pengusaha taska dan pengendali pusat jagaan yang melanggar Akta Taska serta peraturan yang berkaitan;

(iii) membuat pindaan Akta Kanak-kanak 2001 dengan mengenakan hukuman yang lebih tinggi kepada pesalah;

(iv) mewujudkan Task Force Ramping Up the ECCE Industry yang berperanan untuk menangani isu-isu di taska termasuklah isu keselamatan dan penderaan kanak-kanak;

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

(v) menjalankan audit pematuhan taska ke atas 600 buah taska berdaftar di seluruh Malaysia bagi memastikan taska menyediakan perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan yang berkualiti serta mematuhi akta dan peraturan yang ditetapkan;

(vi) mengadakan program advokasi seperti Program Jom Daftar untuk menggalakkan pengusaha taska dan pengendali pusat jagaan mendaftarkan operasi mereka dengan JKM;

(vii) bekerjasama dengan pihak media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu meningkatkan kesedaran awam tentang isu-isu keselamatan dan perlindungan kanak- kanak. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Gerik.

final • 11:30 AM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Soalan, boleh?

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ya. Sila.

final • 11:30 AM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Saya ambil kesempatan, juga hendak mengucapkan Hari Wanita, tidak perasan tadi. Soalan saya, berapakah bilangan kes taska dan pusat jagaan yang telah diambil tindakan penguatkuasaan bagi tahun 2016?

Apakah kadar denda maksimum yang pernah dikenakan kepada kes yang diambil tindakan penguatkuasaan, serta bagaimanakah kaedah diguna pakai oleh kementerian bagi memantau dan mengenal pasti pusat-pusat asuhan yang tidak berdaftar? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Gerik. Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini bahawa bagi tahun sehingga Disember 2016, tindakan penguatkuasaan yang telah diambil adalah seperti berikut. Pertama, yang diberikan arahan bertulis ada sebanyak 42 buah taska dan 16 buah pusat jagaan. Bagi tindakan laporan, ada sebanyak sembilan buah taska dan tiga buah pusat jagaan. Tindakan kompaun sebanyak 14 buah taska dan empat buah pusat jagaan. Yang ditutup sementara sebanyak tiga buah taska, yang dibatalkan pendaftaran adalah sebanyak 53 buah taska dan 18 buah pusat jagaan. Yang diambil tindakan didakwa di mahkamah sebanyak 10 buah taska dan sembilan buah pusat jagaan.

Kita memanglah, sepanjang tempoh tiga tahun, kementerian telah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menjalankan tindakan penguatkuasaan dan kadar denda maksimum yang pernah dikenakan kepada taska yang melakukan kesalahan ialah RM10 000, iaitu kepada Pusat Jagaan Nur Ilmiah Rawang, Selangor. Dan untuk soalan ketiga tadi, bagaimana caranya kita memantau taska-taska yang tidak berdaftar? Ini, kerja ini memang dilaksanakan setiap masa melalui secara pemeriksaan secara berkala yang dibuat setiap tiga bulan dan juga secara mengejut, yang mana sekiranya ada aduan-aduan yang kita dapat daripada orang ramai, saya ingin ambil kesempatan minta pada semua anggota masyarakat melaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat sekiranya didapati ada taska-taska yang tidak berdaftar, maka pemantauan atau pemeriksaan secara mengejut akan dibuat bila-bila masa sahaja.

Memang kita mempunyai statistik yang begitu banyak, bahawa setiap bulan itu berlaku pemeriksaan berkala, pemeriksaan mengejut dan setiap tahun itu memang jumlahnya begitu besar dan kita sekarang ini juga melakukan proses pemutihan dan kita dapati, dengan mengadakan secara mengejut ini, pemeriksaan secara mengejut ini kita dapat memastikan beberapa taska yang tidak berdaftar ini telah pun mula berdaftar dengan JKM. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Baiklah, tamat sudah sesi Soal Jawab Lisan.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM
PENERANGAN DARIPADA MENTERI PENGANGKUTAN DI BAWAH P.M 14(1)(i)
MEMPERINGATI INSIDEN KEMALANGAN PESAWAT MALAYSIA AIRLINES MH370

Menteri Pengangkutan - Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Tuan Yang di-Pertua, hari ini Rabu, 8 Mac 2017 genap tiga tahun insiden kemalangan pesawat Malaysia Airlines

(MAS) MH370 yang membawa bersama 227 penumpang dan 12 krew dan anak kapal.

Dunia secara umumnya dan khususnya kita rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan insiden yang tidak terduga ini apabila sebuah pesawat komersial Boeing 777- 200 milik MAS yang dalam penerbangan daripada Kuala Lumpur menuju ke Beijing diberitakan telah hilang. Tarikh 8 Mac 2014 merupakan satu tarikh yang tidak akan luput dari ingatan kita semua. Pastinya waris dan keluarga penumpang dan anak kapal pesawat tersebut melalui hari-hari yang begitu sukar dan pilu selama 36 bulan ini.

Meskipun telah tiga tahun berlalu, namun kesannya masih lagi terasa terutamanya oleh ahli keluarga dan rakan taulan mangsa. Malah, kesedihan ini turut sama dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia secara amnya.

Sebanyak 13 buah negara juga turut kehilangan warga mereka dalam insiden yang sangat tragis ini. Sesungguhnya tiada kata-kata yang dapat melakarkan kesedihan dan kepiluan waris dan ahli keluarga serta sahabat handai mangsa pesawat MH370 dalam meniti masa-masa sukar ini. Tiada ada yang dapat menjadi ganti kehilangan insan yang dikasihi, hanya kenangan dan memori indah mereka menjadi peneman dan akan sentiasa tersemat dalam sanubari kita buat selama-lamanya. Saban hari, kita sentiasa mengharapkan dan berdoa agar kita dapat mencari jawapan kepada tragedi ini kerana kita bertanggungjawab kepada semua ahli keluarga mereka yang berada dalam pesawat tersebut. Pelbagai usaha telah digembleng di peringkat antarabangsa dan ia sudah tentu meruntun hati kita semua apabila misi pencarian kita tidak berhasil menemukan pesawat MH370.

Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya penggantungan misi pencarian MH370 pada 17 Januari yang lalu, setelah lebih dua setengah tahun misi tersebut dilancarkan sememangnya satu keputusan yang amat sukar dan akan dirasai oleh semua pihak terutama waris dan ahli keluarga mangsa. Keputusan yang dicapai bersama Kerajaan Australia dan Republik Rakyat China ini bukanlah diambil dengan ringan atau tanpa kepiluan. Ia pasti sukar untuk dipertimbangkan apatah lagi diterima.

Namun percayalah bahawa kita mahukan jawapan sama ada ahli keluarga, kerajaan dan rakyat Malaysia mahupun masyarakat dunia. Penggantungan ini bukanlah bermakna pengakhiran dalam komitmen tidak berbelah bahagi negara untuk merungkai tragedi malang ini. Sungguhpun pencarian digantung buat masa ini sementara menunggu lebih banyak bukti yang lebih meyakinkan berdasarkan analisa kepada data dan maklumat komprehensif yang diperoleh oleh kumpulan pakar di Australia, aspirasi untuk mencari MH370 tidak pernah diabaikan.

Tuan Yang di-Pertua, kesempatan ini juga ingin saya menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga bagi pihak Kerajaan Malaysia kepada Kerajaan Australia dan Kerajaan Republik Rakyat China kerana telah bersama-sama dengan kita semenjak misi pencarian dilancarkan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua negara dan organisasi yang ditampil memberi bantuan dalam waktu-waktu yang mencabar ini. Pada masa yang sama, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah dipertanggungjawabkan untuk mengetuai pasukan bertindak, response team yang diwujudkan bagi mengendalikan semua urusan berkaitan pesawat MH370 berikutan penggantungan misi pencarian dasar laut.

Tuan Yang di-Pertua, hakikatnya inilah takwim yang sungguh tragedi bagi kita.

Meskipun begitu, pada masa dan detik pilu sebegini, kita seharusnya memperkukuhkan lagi solidariti dan semangat perpaduan sesama kita dalam mengenang tragedi malang MH370.

final • 11:34 AM

Menteri Pengangkutan - Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Oleh yang demikian, apa yang kita lakukan hari ini adalah sebagai tanda kita memperingati genap tiga tahun tragedi malang yang menimpa negara serta mengenang mereka yang terlibat dalam nahas pilu yang amat meruntun hati kita semua. Justeru itu,

final • 11:40 AM

Menteri Pengangkutan - Dato’ Sri Liow Tiong Lai

saya berharap dan menyeru ahli keluarga, rakan taulan mangsa agar terus cekal dan kekal tabah dalam meniti hari-hari yang mendatang tanpa orang yang disayangi. Doa dan ingatan kita akan terus bersama dengan mereka yang diberi ketabahan dan kecekalan hati dalam meneruskan kehidupan harian.

Tuan Yang di-Pertua, akhir kata, bagi memperingati mangsa-mangsa tragedi yang amat menyayat hati ini. Saya memohon supaya dapatlah kiranya, Tuan Yang di- Pertua, dapat membenarkan Dewan yang mulia ini, sama-sama berdoa dan bertafakur.

Semoga ada cahaya penyelesaian di hujungnya nanti. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebagai memperingati genap tiga tahun insiden kemalangan pesawat MAS MH370 serta menghormati penumpang dan anak kapal dalam tragedi berkenaan, saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat bersama- sama bangun. Bagi yang beragama Islam, diminta menghadiahkan Al-Fatihah. Manakala bagi yang bukan beragama Islam, bertafakur selama satu minit. Al-Fatihah.

[Ahli-ahli bangun bertafakur]

final • 11:40 AM
USUL
MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Ketiga Belas”.

[7 Mac 2017]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Minta Yang Berhormat Permatang Pauh menyambung berucap. Ada masa 50 minit lagi.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyambung sebab semalam terpaksa berhenti. Tentang secara puratanya, ini adalah tentang ekonomi ya dan juga bagaimana negara kita ditadbir.

Secara puratanya amat membimbangkan tambahan pula siri tangkapan kes rasuah dan juga salah guna kuasa yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kes-kes pendakwaan terkini melibatkan agensi-agensi jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan iaitu GLCs, dan antara lainnya turut melibatkan Jabatan Air Sabah. Walaupun Sabah saya ingat banyak ada, saya pergi ke Sabah, banyak lagi tong-tong air, tidak ada lagi air daripada pili-pili. Namun begitu, ini berkait dengan rasuah dengan izin Sabah yang besar-besaran, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, FELDA yang sepatutnya menolong dan membela peladang-peladang. Jabatan Kerja Raya, Bank Negara dan Tabung Haji. Ibadat pun terpalit.

Kesemuanya melibatkan dana awam. Duit rakyat. Kesemuanya melibatkan kepentingan rakyat terbanyak. Kes-kes pendakwaan yang saya sebutkan ini adalah berkaitan dengan pembekalan air, perumahan bandar, agensi peneroka— FELDA dan

final • 11:43 AM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

projek-projek infrastruktur kepentingan rakyat dengan izin luar bandar dan dengan izin pedalaman. Projek-projek infrastruktur ini dan juga di mana lemah dan silapnya. Di manakah lemah dan silapnya sehingga penjawat-penjawat awam kanan yang sudah pun menerima gaji dan elaun dalam satu jawatan yang baik lebih daripada mencukupi boleh terjebak dalam gejala ini. Adakah pencambahan gejala rasuah di kalangan penjawat awam ini didorong oleh kegagalan Peguam Negara yang baru mendakwa sebab hari itu dia tukar, mendakwa kepimpinan tinggi negara dalam kes-kes melibatkan dana berbilion ringgit atau adakah mereka sekadar mengikuti jejak langkah? Kalau yang atas-atas itu tidak di— terima kasih.

Jadi kita hendak tanya, kenapakah kes yang paling tinggi, yang internasional seantero dunia tidak pun di sebut-sebut, kalau disebut ditanya-tanya, “Oh! Ini tidak boleh disentuh kerana di dalam perbicaraan”. Tuan Yang di-Pertua, saya terpanggil mengingatkan Dewan ini mengenai satu wawancara Utusan Malaysia dengan Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman pada 18 Oktober 2015, beliau adalah seorang tokoh penjawat awam Melayu yang sudah bersara.

Wawancara tersebut turut menyentuh mengenai rasuah yang tidak begitu berkesan dibanteras di peringkat tertinggi kerajaan kalau tidak, takkan ada kes-kes ini, tiap-tiap hari kita baca kes.

Tan Sri Abdul Aziz memberitahu gejala rasuah bukan lah perkara yang baru tetapi kenapa skalanya meningkat ya? Sekitar tahun 1969 dan awal 70-an, beliau di panggil oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri masa itu Tun Abdul Razak, ayahanda kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang agar menggubal undang-undang bagi mencegah rasuah di kalangan orang politik atau members of administration di peringkat negeri dan persekutuan dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan, ini tahun 70-an.

Berikutan itu, Ordinan 22 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1970, berkaitan pencegahan rasuah di gubal dan diluluskan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Selang beberapa hari kemudian, beliau dihubungi oleh Allahyarham Tan Sri Harun Hashim, Ketua Badan Pencegah Rasuah yang dulunya dipanggil BPR dan kininya SPRM. Tan Sri Harun memberitahu, sejurus Ordinan Darurat anti rasuah dikuatkuasa, dua pemimpin UMNO iaitu Menteri Besar Terengganu dan Menteri Besar Perak ditangkap.

Ordinan 22 ini kini dibatalkan dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyusul. Tan Sri Abdul Aziz ditanya, apakah rasuah merupakan punca program kerajaan tidak begitu berkesan? Dalam wawancara Utusan Malaysia pada 18 Oktober itu, Tan Sri Abdul Aziz menjawab. Saya petik, bukan saya kata tetapi ini Tan Sri Abdul Aziz punya kata, *“Banyak undang-undang yang kita buat tetapi atas kertas sahaja.

Saya kaji ini bukan kerana kita tidak cukup undang-undang dan bukan kita tidak cukup dasar tetapi pengurusan yang lemah, pengurusan kita lemah.”* Itu yang di katakan oleh Tan Sri Abdul Aziz. Ini pandangan tokoh Melayu, ini bukan DAP punya ya, ini bukan Yang Berhormat Lim Kit Siang. Ini pandangan tokoh Melayu yang pernah berkhidmat sebagai pegawai undang-undang Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) semasa darurat 1969 dan pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Malaysia Airline System (MAS).

Saya bersetuju dengan Tan Sri Abdul Aziz mengenai punca kelemahan iaitu pengurusan kita yang lemah. Soalnya bagaimana dan kenapa kelemahan ini berterusan?

Ini 1970, realitinya kini kita mempunyai agensi anti rasuah seperti SPRM yang menjalankan penyiasatan dengan rapi contohnya, terhadap kes SRC International dan 1MDB.

final • 11:43 AM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Namun, dengan sekelip mata kemudiannya, Peguam Negara bertindak menutup kes. Bagi melindungi pimpinan tertinggi negara yang terbabit.

[Tepuk] Pegawai- pegawai SPRM pun ditukar atau diberhentikan atau disarakan.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mengambil perhatian berkenaan dengan isu pelantikan Ketua Audit Negara yang baru.

[Tepuk] Saya memahami bahawa dalam Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan, memang tidak ada disebut sama sekali syarat-syarat kelayakan bagi pelantikan Ketua Audit Negara. Pelantikan ini memadai oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-raja. Namun secara spesifik, Ketua Audit Negara wajib menjalankan tugas berdasarkan Akta Audit 1957 dan corak pengauditannya menurut seksyen 5 dan seksyen 6 akta itu. Meneliti tugas, tanggungjawab dan fungsi Ketua Audit Negara menurut Akta Audit 1957, amatlah jelas jawatan ini berkehendakkan

final • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

kepada pelantikan seorang yang berkelayakan dalam bidang kewangan atau ekonomi dan seorang itu mestilah seorang bebas dan berkecuali.

Saya mendapati beberapa negara melantik Ketua Audit Negara, bukan kita sahaja, terdiri daripada kalangan yang berkelayakan dalam bidang kewangan atau ekonomi. Ketua Audit Negara atau pengawas akaun negara di United Kingdom, di Jamaica, di Liberia dan di Sierra Leone terdiri daripada mereka yang berkelulusan profesional dalam bidang perakaunan. Jadi, saya kira kalau esok-esok siapa-siapa jadi chartered accountant macam Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng, macam Yang Berhormat Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli bolehlah kan? Insya-Allah. Manakala di negara China dan Indonesia, melantik ahli ekonomi sebagai Ketua Audit Negara. Justeru, di negara-negara yang saya sebutkan tadi tidak berbangkit isu kelayakan profesionalisme.

Pelantikan Ketua Audit Negara mereka tidak seperti mana pelantikan Ketua Audit Negara di Malaysia.

Jadi, itu saya hendak tanya kalau kita ahli mana-mana parti atau mana-mana ahli politik, kemungkinan itu menurunkan perasaan bahawa kita neutral dalam tugas- tugas kita dalam membabitkan audit dana awam di negara kita.

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Permatang Pauh, boleh mencelah sedikit? Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

Sila. Sebelum itu ya, Yang Berhormat yang berdiri untuk mencelah atau berucap, sebelum duduk sila pastikan kerusi masing-masing tidak teralih ke tempat lain ya. Sebab kerusi kita ini boleh digerak-gerakan. Boleh dipusing. Takut nanti terduduk atas lantai terus.

[Ketawa] Sila.

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

Ya. Terima kasih. Saya hendak minta Ahli Yang Berhormat dari Permatang Pauh. Dahulu Ketua Audit Negara sangat pelik sebab apa, Public Accounts Committee punya report sebahagian sudah buat secara sulit atau Official Secrets Act. Saya minta pandangan sebab kerajaan sudah lantik satu Ketua Audit Negara, patutnya kita membenarkan itu sebahagian sulit buat kepada— dibuka kepada seluruh Ahli Parlimen.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Saya setuju kalau akta Official Secrets Act ini. Akta Rahsia Sulit ini patutnya atas benda-benda yang sensitif dan yang sekuriti. Ini adalah melibatkan tentang dana awam, sepatutnya diberitahu. Kita hendak tahu kerana ini adalah pertanggungjawaban. Duit itu mestilah kita akaunkan dengan sebetulnya, jangan adanya ketirisan, jangan ada penyelewengan.

final • 11:50 AM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Sedikit.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Silakan.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 11:50 AM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya hendak gostan sedikit di atas perbincangan Yang Berhormat Permatang Pauh berkenaan dengan rasuah. Saya kira kalau kita hendak menghapuskan rasuah sepenuhnya, kita kembali kepada hukum- hukum tuhan. Nabi junjungan kita berpesan bahawasanya setiap kita adalah pemimpin.

Setiap kita. Sama ada politik ataupun pegawai kerajaan. Kita adalah pemimpin dan Al- Quran pula sambung mengatakan bahawa wajib ada dua al-quwwah kekuatan ilmu, kekuatan pemikiran dan amanah. Amanah.

Kalau kita dapat zahirkan, kita boleh inculcate kepada anak-anak muda, pada setiap orang, setiap pemimpin kita wajib memiliki dua al-quwwah kekuatan ilmu, pemikiran, amanah. Amanah pada tuhan, amanah pada sesama manusia dan amanah kepada alam sekitar. Saya yakin kita boleh mengurangkan rasuah dalam negara kita.

Apakah pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh? Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Memang betul. Kita ini kalau ada takwa, tidak banyak masalah.

Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya saya ingin menyentuh mengenai isu semasa iaitu TPPA...

final • 11:50 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Permatang Pauh, sedikit fasal Ketua Audit Negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya hendak tanya sedikit Yang Berhormat Permatang Pauh berkenaan dengan Ketua Audit Negara ini.

Tadi Yang Berhormat Permatang Pauh ada mengatakan bahawa pelantikan Ketua Audit Negara dibuat di bawah Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan. Kalau kita lihat Perkara 106 ataupun Article 106 of the Federal Constitution, menyatakan secara jelas kuasa dan tugas Ketua Audit Negara. Antaranya ialah akaun bagi Persekutuan dan bagi negeri-negeri hendaklah di audit dan dibuat laporan mengenai oleh Ketua Audit Negara. Menunjukkan ada hubungan pengetahuan ekonomi dengan Ketua Audit Negara.

Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, setuju atau tidak dengan saya. Kalau kita lihat dalam konteks negara kita sekarang ini, persepsi. Saya bercakap persepsi. Mungkin betul, mungkin tidak betul.

Persepsi ini ialah boleh katakan banyak badan-badan yang berautoriti ini, baik Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan banyak lagilah. Biasanya orang lihat persepsi ini telah dicompromise. Jadi, yang nampak belum dicompromise mungkin Ketua Audit Negara. Jadi, sebab itulah mungkin— setuju atau tidak. Persepsi ini ialah mungkin dengan pelantikan seperti ini juga orang akan membuat persepsi bahawa ini juga akan dicompromise kan. Apa pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh?

final • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Ya, memanglah satu persepsi tetapi saya ambil sedikit dan tambah sedikit mungkin tidak tengok bagaimana dia memberikan khidmat beliau. Namun, mestilah dia berjaga-jaga dan apabila dipertanggungjawab, diberikan jawatan, itu adalah amanah. Ya, saya akan masuk kepada bab lain sebab saya ingat masa saya berjalan. Selanjutnya, saya ingin menyentuh tentang isu masa depan iaitu Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA).

Saya ingin mengimbas kembali pembentangan usul penyertaan Malaysia dalam TPPA ini dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada 26 Januari 2016. Yang Berhormat Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri (MITI) pada ketika itu menyebut bahawa kajian dan laporan menunjukkan unjuran-unjuran nilai eksport Malaysia dijangka akan meningkat sebanyak USD41.7 bilion, pendapatan meningkat sebanyak USD26.3 bilion menjelang tahun 2020 dan KDNK kita akan bakal meningkat lima peratus.

Jadi, unjuran-unjuran pertumbuhan dan peningkatan ini dikatakan hanya berlaku jika kita Malaysia menyertai dan kekal dalam TPPA. Kini, kita mengetahui Amerika Syarikat di bawah kepimpinan presiden yang baru Donald Trump bertindak menarik diri daripada TPPA. Tentunya ini memberi kesan kepada masa depan TPPA.

Pastinya juga ini memberi kesan merubah unjuran pertumbuhan ekonomi negara yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Parlimen Jeli itu. Jadi, maka di sini kini saya ingin mengetahui apakah pendirian rasmi kerajaan terhadap TPPA? Berikutan penarikan Amerika Syarikat daripada TPPA ini. Persoalan berbangkit, apakah TPPA akan kekal tanpa Amerika Syarikat? Apakah TPPA boleh kekal? Apakah kerajaan turut bercadang untuk mengikuti jejak langkah pentadbiran Trump, menarik diri dari TPPA? Berikutan itu juga, bukankah wajar kerajaan menyemak semula unjuran pertumbuhan eksport, pendapatan, KDNK dan yang di uar-uarkan dengan kita menyertai TPPA?

Adakah kerajaan mempunyai cadangan mengemukakan usul baru untuk membatalkan ketetapan, penyertaan Malaysia dalam TPPA?

final • 11:50 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

Yang Berhormat Batu. Sila.

final • 11:50 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Permatang Pauh, terima kasih. Ingat tak semasa kita membahaskan TPPA ini, pihak pembangkang telah berulang kali membawa satu peringatan bahawa isu ini agak tidak tentu di Amerika Syarikat semasa pemilihan presiden belum selesai dan kami juga pernah mengingatkan supaya kerajaan waswas supaya kita tidak menjadi embarrass, dengan izin, kerana akhirnya Amerika Syarikat akan tarik diri. Untuk menghormati kedaulatan Parlimen ini, adakah kerajaan patut membawa balik untuk dibatalkan perjanjian yang kita luluskan semasa perbahasan di Parlimen? Apa pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh?

final • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Itulah saya nak tanya sebab apabila kita diberikan masa itu unjuran TPPA, ada special sesi untuk kita bersama-sama diberikan taklimat. Kena masuk. Kalau tidak, kita akan loose out apa

final • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

semua. Jadi kita nak tanya, sekarang ini apa dah jadi? Apakah cara mana negara kita menangani masalah ini dengan presiden yang baru?

Saya masuk pada perkara lain, Tuan Yang di-Pertua. Seperkara lagi dalam hal ekonomi adalah mengenai pelaburan dan pinjaman dana asing khasnya daripada negara China. Saya mengamati bahawa kerajaan meletakkan pergantungan dan sandaran melampau kepada pelaburan dan pinjaman daripada negara China. Cukup membimbangkan, syarikat-syarikat negara China telah diberi beberapa kontrak mega dan milikan ekuiti dalam projek pembangunan hartanah dan prasarana. Antaranya, Forest City, Projek Rel Pantai Timur (ECRL), Melaka Gateway, Bandar Malaysia dan Malaysia-China Kuantan Industrial Park.

Saya akui pelaburan asing penting dalam menyumbang kerancakan ekonomi negara. Namun demikian, lazimnya kehadiran mereka khasnya pelaburan daripada Jepun dan Korea Selatan dahulunya lebih bersifat membawa modal dan teknologi, membuka kilang di mana pengambilan pekerja rata-ratanya adalah daripada kalangan warganegara tempatan. Justeru, dapat dilihat manfaat langsung daripada segi membuka peluang pekerjaan dan pendedahan kemahiran kepada warga tempat serta pemindahan teknologi.

Walaupun Menteri yang menjawab semalam mengatakan jawapannya adalah 58 peratus, kalau tak silap, adalah peluang untuk warga tempatan, tetapi kenapa sedikit sangat? Patutnya yang kemahiran itu kemungkinan mereka yang datang daripada negara China tetapi kebanyakan pekerjanya– sampaikan saya dengar, betul tak betul wallahu’alam, toilet roll pun dia bawa daripada negara China.

Justeru, dapat dilihat manfaat langsung dengan memberikan pendedahan dan kemahiran kepada warga tempatan serta pemindahan teknologi. Apa yang kita ketahui, projek yang diberikan kepada China khasnya ECRL bukan sahaja melibatkan pergantungan kepada pinjaman modal China malah turut terpaksa menerima pekerja- pekerja daripada China sendiri. Apa yang saya dengar bahawa mereka tidak tahu berbahasa lain selain daripada bahasa Mandarin. Ini adalah projek Pantai Timur. ‘Ore Kelate doh’. Confuse. Saya juga ingin menarik perhatian kepada dasar semasa penggajian pekerja asing seperti yang tertera di projek rasmi Kementerian Dalam Negeri (KDN). Pada masa kini, hanya enam sektor pekerjaan yang dibenarkan mengambil pekerja asing iaitu lima sektor formal merangkumi sektor pembinaan, perkilangan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian manakala satu sektor informal adalah pekerja pembantu rumah.

Jumlah pekerja asing di Malaysia dalam tempoh tahun 2010 sehingga 2015 meningkat kepada 317,164 orang iaitu peningkatan 17.4 peratus. Kini terdapat 2.1 juta pekerja asing yang berdaftar. Lambakan pekerja asing belum mengambil kira mereka yang tidak berdaftar. Dilaporkan ia mencecah lebih daripada empat juta orang. Ini belum lagi mengambil kira keputusan kerajaan membekukan pengambilan 1.5 juta pekerja asing tambahan daripada Bangladesh yang diumumkan tahun lalu. Berapakah sebenarnya anggaran rasmi kerajaan bilangan pekerja asing yang tidak berdaftar sehingga kini?

Saya juga ingin bertanya– saya baru lepas ada masalah ini. Kita tahu bahawa kita ada juga pekerja-pekerja daripada Korea Utara. Saya juga ingin bertanya, apakah status 170 orang pekerja daripada Silantek Coalfield di Sri Aman, Sarawak dan juga projek hidro di Lawas yang pekerjanya adalah pekerja daripada Korea Utara yang apakah mereka ini berdaftar atau tidak? Ini kerana saya baru tahu juga bahawa orang-orang Korea Utara boleh datang ke Malaysia tanpa visa dan barulah sekarang ini diletakkan syarat mesti ada visa.

final • 12:00 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

[Bangun]

final • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Daripada data Kementerian Kewangan pula, kiriman wang pekerja asing yang berdaftar telah meningkat daripada RM13.4 bilion pada tahun 2010 kepada RM34.75 bilion pada tahun 2015. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM21.35 bilion atau peningkatan lebih 100 peratus iaitu 159 peratus dalam tempoh lima tahun dari tahun 2010 sampai 2015. Nyata begitu besar jumlah wang gaji dan upah yang mengalir keluar daripada negara kita. Kita pun tidak tahu berapa banyak pula nanti aliran keluar kiriman wang pekerja asing daripada negara China yang akan diambil bekerja untuk projek-projek yang saya sebutkan tadi.

final • 12:00 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Permatang Pauh, pencelahan.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Silakan.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 12:00 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Permatang Pauh, adakah Yang Berhormat Permatang Pauh bersetuju dengan saya bahawa sementara kita membuka semua sektor kepada pekerja asing, pekerja tempatan yang diramalkan ataupun telah pun dikira-kira berlakunya pembuangan kerja tempatan ini pada tahun 2017 dan kita membenarkan semua sektor pekerja asing boleh masuk bekerja dan pada masa yang sama kita juga dimaklumkan bahawa pengangguran peningkatan berlaku pada tahun 2016, apakah Yang Berhormat Permatang Pauh bersetuju dengan saya bahawa yang kita lebih utamakan adalah pekerja tempatan yang telah dibuang kerja yang berjumlah lebih 38,000 pada tahun 2016 itu dimanfaatkan untuk dikenal pasti supaya sektor seperti perkhidmatan dan sebagainya yang tidak melibatkan pekerja yang berbahaya diberi peluang untuk pekerja tempatan untuk diisi sementara kita mengambil pekerja-pekerja asing yang boleh membebankan pekerja tempatan? Apakah Yang Berhormat Permatang Pauh bersetuju dengan pandangan saya? Terima kasih.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Memang saya bersetuju dan tidaklah katakan kalau tidak ada kerja itu jadi GrabCar driver sahaja. Mestilah ada lain-lain sektor yang boleh diserapkan. Apabila mereka ini telah dibuang kerja, kita masukkan pada tempat-tempat peluang pekerjaan yang sekarang ini dikatakan terbuka atau peluang-peluang ini dia meningkat dan mereka ini sepatutnya sebagai warganegara Malaysia diberikan keutamaan. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat.

Tuan Yang di-Pertua, saya masuk kepada bab lain. Izinkan saya mengalu- alukan tindakan cekap dan pantas pihak berkuasa Malaysia dalam menangani kes berkaitan tragedi kematian Kim Jong Nam. Kes ini mendapat perhatian masyarakat antarabangsa. Ia serius dan sewajarnya sesiapa jua yang terbabit dan mendalangi insiden terkutuk ini dibawa ke muka pengadilan.

Jadi, saya memang berterima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana saya mohon diberikan kita sedikit taklimat mengenai apa yang berlaku supaya kita tidaklah membuat sesuatu yang mengeluarkan kenyataan apa-apa yang boleh mengusutkan keadaan kerana kita adalah bersama-sama dalam menjaga nama baik negara kita yang kita cintai ini.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Kita sama-sama ketahui hubungan diplomatik Malaysia dan Korea utara kini kian buruk. Kita panggil balik duta kita, kita suruh duta dia keluar dan sekarang ini warganegara kita ditahan di sana dan kita menahan warganegara di sini. Jadi menjadikan kian tegang, kedua-duanya negara ini bertindak mengusir duta dan juga mengenakan sekatan terhadap rakyat masing-masing daripada meninggalkan negara.

Sehubungan ini, saya mohon tindakan kerajaan memastikan agar 11 warganegara yang masih kini di Korea Utara ini selamat dan dapat kembali ke tanah air dan ke pangkuan keluarga secepat mungkin. Walaupun saya tengok dua daripada mereka adalah pekerja-pekerja di Bangsa-bangsa Bersatu dan Bangsa-bangsa Bersatu telah membuatkan satu langkah, tindakan pergi ke Korea Utara untuk menyelamatkan pekerja mereka yang kebetulan adalah rakyat Malaysia. Kalau boleh kita pun bersama- sama cuba usahakan secara mana kita boleh mengambil mereka dalam keadaan selamat dan boleh balik ke tanah air sendiri.

Pelbagai persoalan berbangkit ekoran daripada krisis diplomatik Malaysia dan Korea Utara. Perkembangan ini menuntut kewajaran satu taklimat khas yang saya katakan tadi, diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen bagi menjelaskan perkembangan semasa berkaitan isu ini dan kita mohon agar kalau boleh Menteri Luar Negeri, Menteri Dalam Negeri, agensi-agensi berkaitan boleh memberikan kita taklimat tentang ini.

Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya saya ingin menarik perhatian Dewan ini mengenai jenayah pembunuhan yang semakin menjadi-jadi dalam negara ini. Selain daripada kes pembunuhan Kim Jong Nam di KLIA2 pada 13 Februari tahun ini dan berlaku juga tahun ini dua pembunuhan ngeri di negeri Johor dan Pulau Pinang. Pada 21 Februari 2017, Ruby Lee Poh Ai, 49 tahun ditembak mati ketika memandu di Sungai Dua, Pulau Pinang. Begitu dahsyatnya pembunuhannya, dilaporkan lebih sepuluh das tembakan dilepaskan ke arahnya di siang hari. Belum dilaporkan maklumat polis sama ada tangkapan atau apa pun dilakukan.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Pada 22 Februari pula, sehari lepas itu, Muhammad Azim Nazri Samsuddin, 21 tahun seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Jasin, Melaka yang sedang menjalani latihan praktikal di ladang Teluk Sengat Kota Tinggi, Johor ditemui mati dengan kesan tikaman dalam kawasan ladang berkenaan juga belum dilaporkan media maklumat berhubung sebarang tangkapan suspek pembunuhan.

Dalam masa yang terdekat ini, pembunuhan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa, di kebun kelapa sawit dan di tengah kota pada siang hari. Ini amat membimbangkan rakyat. Saya hendak ingatkan kita bahawa pembunuhan dulunya kita bertanya-tanya tetapi masih lagi belum ada jawapan, macam pembunuhan Altantuya, seorang perempuan yang datang ke Malaysia. Apa terjadi? Bapanya datang hendak menuntut keadilan dan ini berleluasa nampak gayanya. Mestilah kita buat sesuatu supaya negara kita ini tidak dipandang macam senang sangat. Kalau hendak bunuh, hendak assassinkah, apakah, datang ke Malaysia. Itu terkenal. Tuan Yang di-Pertua, dalam CNN, dalam mana-mana liputan media, nampak gaya macam negara kita ini mudah sangat ditembusi.

Jadi, lagipun saya hendak masuk dalam– menurut data United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC), Malaysia mencatatkan kadar homisid 2.3 per 100,000 penduduk pada tahun 2012. Kadar ini adalah lebih tinggi daripada Iceland yang mencatatkan 0.3. Singapura, jiran kita walaupun dikatakan kecil itu, 0.2 dan saya tidak pernah dengar ini, sebab itu dia 0.00, Liechtenstein, diakui kadar homisid ini lebih rendah daripada Pakistan dan mencatatkan 7.7 dan Sudan 11.2. Namun kita di Asia ini, Malaysia ini sepatutnya kita dekat dengan Singapura, kita mestilah turunkan kadar homisid yang berlaku di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan ini terhadap kematian dalam tahanan polis. Bukan sahaja dibunuh, dalam tahanan pun boleh mati, yang berlaku saban tahun tetapi kurang diberikan perhatian yang sewajarnya. Jumlah kematian dalam tahanan polis sejak 2010 sehingga September 2016 adalah 98 kes. Ini disahkan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri sendiri dalam jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Kulai di Dewan ini dalam mesyuarat yang lalu.

Sementara itu, tiga lagi kes kematian dalam tahanan polis dicatatkan pada tahun ini sehingga Mac 2017. Mangsa terdiri daripada Soh Kai Chiok, S. Balamurugan, dan M.

Thanaseelan. Saya difahamkan Soh Kai Chiok, 49 tahun ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Bera. Beliau ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 12.15 tengah malam pada 18 Januari yang lalu. Soh Kai Chiok ditahan dan disiasat polis di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana disyaki mencuri pisang. Astaghfirullahalazim. Mengenai kematian S. Balamurugan, 44 tahun. Beliau di tahan di IPD Klang Utara dan meninggal di dalam tahanan polis pada 8 Februari lalu. Menurut peguam yang mewakili S. Balamurugan, saudara Gerard Lazarus, sewaktu pendengaran reman, Majistret telah menolak permohonan reman pihak polis. Majistret juga telah memerintahkan– ini perintah Majistret, S. Balamurugan dibebaskan, dihantar ke hospital dengan segara. Ini kerana semasa dibawa ke mahkamah, mukanya mengalami pendarahan yang teruk. Kegagalan menghantarnya ke hospital, apatah lagi pembebasannya menjurus kepada kematian S. Balamurugan dalam tahanan polis.

final • 12:10 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Silakan.

final • 12:10 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Tadi Yang Berhormat Permatang Pauh memuji kecekapan polis kerana cekap menangkap orang yang disuspek membunuh rakyat Korea ini. Akan tetapi kita rasa sedih kerana polis masih lagi belum membuat apa-apa penangkapan dengan penculikan Pastor Raymond Koh. Sudah lebih daripada dua minggu dan media sosial sekarang ini begitu rancak membincangkan misteri kehilangannya dan sebab-sebab beliau diculik dan timbul spekulasi yang mengatakan ia mungkin dilakukan oleh ekstremis agama dan sebagainya. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh dalam hal ini, kepentingan segera untuk kes ini diselesaikan oleh pihak polis?

final • 12:10 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Yang Berhormat Permatang Pauh, boleh saya tambah sedikit? Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya rasa gusar tentang kematian dalam tahanan dan sebagai seorang pernah bekerja di pihak kerajaan, hospital kerajaan, saya ingat bila ada kes pesakit, yang tertuduh ditahan dan sakit dibawa ke hospital, ada SOPnya yang diikuti.

final • 12:10 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Apa yang saya tidak fahami ialah mengapakah benda ini berlaku berulang-ulang, sedangkan SOPnya ada dan kalau sakit, kita masukkan ke hospital. Apakah tidak ada penguatkuasaannya ataupun polis kita yang selalunya profesional ada ketika-ketikanya dan tempat-tempatnya yang perlu diberikan penekanan, diberikan pembaikan dalam tindak tanduk mereka. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Memang saya kira penting untuk kita membuatkan penambahbaikan bukan sahaja– kita ada macam mana yang Tan Sri Aziz mengatakan bahawa kita mempunyai ada atas kertas, tetapi pelaksanaannya menjadikan tanda tanya.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Saya ingat kalau boleh pihak polis, pihak bertanggungjawab kalau warganegara sendiri sepatutnya kita berikan kelebihan, ini seorang warga Korea Utara yang dibunuh dan secepat mungkin dapat mengesan dan membuat tindakan yang sepatutnya yang seterusnya. Akan tetapi dalam erti kata warga Malaysia sendiri, kita rasakan bahawa macam tidak ada dijaga, tidak dilindungi. Jadi kalau boleh pihak kementerian di bawah Menterinya mengambil maklum dan juga mengambil tindakan yang sewajarnya. Jadi saya hendak katakan bahawa...

final • 12:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Permatang Pauh...

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Silakan.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 12:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Saya hendak bangkitkan isu berkaitan dengan kematian dalam tahanan dan tiga kes yang telah berlaku pada tahun ini sahaja. Satu di Bera, Pahang dan dua di Selangor. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat, adakah masa sudah sampai supaya kerajaan menubuhkan Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) yang telah dicadangkan pada tahun 2014 oleh satu Royal Commission, itu satu. Kedua ialah sikap polis sendiri yang telah menolak, yang tidak dengar arahan daripada pihak majistret yang jelas telah menolak demand untuk remand. Kedua, minta polis supaya bawa dalam kes Balamurugan kepada hospital tetapi itu pun tidak dibuat, tetapi mereka dibawa balik ke IPK dan dipukul lagi. So, saya minta pandangan Yang Berhormat bahawa adakah polis ini harus digantung serta-merta tugas mereka dan juga satu penyiasatan dilakukan secara terbuka. Minta pandangan Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Saya setuju dengan Yang Berhormat Klang sebab saya kira daripada dahulu lagi, ini bukan perkara baru kematian dalam tahanan ini. Janganlah biarkan ia berterusan kerana memberikan satu nama buruk kepada pihak polis kita ini. Saya akan teruskan— yang menyedihkan saya terdapat kes kematian dalam tahanan polis itu begitu dahsyat sekali sehingga ahli keluarga sendiri pun tidak tahu punca kematian mereka.

Sehubungan dengan itu, saya menggesa kerajaan, macam yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah memperbaiki standard operating procedure agensi-agensi penguatkuasaan khasnya pada PDRM dalam mengendalikan orang kena tahan (OKT) yang berada di bawah penyeliaan mereka dan mengambil langkah-langkah perlu bagi mengelakkan dan mencegah kematian dalam tahanan polis yang berpunca daripada kegagalan pematuhan terhadap prinsip hak asasi manusia dan kedaulatan undang- undang dengan izin, adherence to the principles of human rights and the rule of law. Apa yang Yang Berhormat Klang katakan itu memanglah sepatutnya kita ada satu penyiasatan yang rapi dan selepas itu mengambil tindakan yang sewajarnya— yang kita ada siasatan-siasatan laporan tinggi-tinggi tetapi tidak ada apa-apa selepas itu. Ini menunjukkan benda itu akan berterusan dan tidak ada menjadi pengajaran atau untuk membuat pencegahan pada masa akan datang.

Saya juga menggesa keadilan harus ditegakkan dan diperlihatkan dengan memastikan mana-mana pegawai yang bertanggungjawab ke atas kematian dalam tahanan polis semasa kes Balamurugan ini, terang-terang mengingkari perintah majistret. Jadi, pegawai yang bertanggungjawab dibawa kepada muka pengadilan. Tidak harus dibenarkan sebarang percubaan untuk melindungi mana-mana pegawai penguat kuasa yang terbabit tanpa kecuali.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu-isu berkaitan dengan kedaulatan negara. Antara isu-isunya adalah yang belum menyaksikan penyelesaian ialah isu Kepulauan Spratly. Kepulauan ini terletak dalam gugusan perairan Laut China Selatan yang melibatkan tuntutan bertindih antara banyak negara termasuk negara kita.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Kegagalan menyelesaikan masalah tuntutan bertindih gugusan ini boleh menjurus kepada ketegangan serantau. Keadaan tambah meruncing semenjak negara China membina pangkalan tentera di beberapa pulau dalam gugusan perairan yang dipertikaikan itu.

Dalam membahaskan isu ini, saya ingin menarik perhatian dan mengingatkan suatu keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkenaan dengan tuntutan bertindih dalam gugusan perairan Laut China Selatan antara Filipina dan China yang mana pihak Beijing enggan akur dengan keputusan yang telah diberikan oleh ICJ. Ini dilaporkan media antarabangsa khasnya The Guardian pada 12 Julai 2016 bertajuk dengan izin, ‘Beijing rejects tribunal's ruling in South China Sea case’. China tidak mengendahkan keputusan ICJ dan ini menunjukkan keangkuhan China menolak nilai dan norma konvensyen perundangan antarabangsa.

Di sebalik keangkuhan negara China ini, saya menggesa tuntutan bertindih Kepulauan Spratly yang melibatkan China–Malaysia diselesaikan dengan cara aman.

Oleh sebab kita adalah juga dengan lambang Bangsa-bangsa Bersatu, kita membuat satu ketetapan di peringkat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi mendesak China menghentikan pembinaan pangkalan tentera dan pengunduran tenteranya dari gugusan Laut China Selatan.

Kini kita menyaksikan juga kehadiran tentera laut Amerika Syarikat di gugusan perairan tersebut. Ini memungkinkan ketegangan dan konflik bersenjata yang tentunya akan memberikan kesan negatif terhadap keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau. Selain daripada perlunya negara China mengundurkan pangkalan tenteranya, Amerika Syarikat tidak harus melakukan apa-apa tindakan yang boleh dianggap sebagai provokasi oleh negara China. Malaysia sewajarnya harus mendesak pengunduran kehadiran kapal-kapal perang Amerika Syarikat di kawasan perairan yang dipertikaikan itu agar ia tidak menjadi justifikasi kepada pembinaan pangkalan tentera negara China.

Malaysia seeloknya mendapat suatu persetujuan bersama melibatkan negara- negara terbabit dalam apa yang dikatakan di serantau ini dalam masalahnya khasnya Filipina, Vietnam, Brunei untuk mengadakan satu sidang kemuncak khas bersama negara China mengenai isu berkaitan wilayah maritim Laut China Selatan ini. Saya menggesa isu ini diselesaikan dengan aman melalui pematuhan kepada perundangan antarabangsa dan pendekatan diplomasi di serantau ini.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua mengenai kedaulatan negara adalah berkenaan tuntutan Malaysia ke atas Pulau Batu Putih atau dikenali pihak Singapura sebagai Pedra Branca. Saya mengalu-alukan usaha Kerajaan Malaysia untuk menuntut kembali Pulau Batu Putih. Saya menyokong penuh sebarang usaha Pejabat Peguam Negara untuk menuntut kembali Pulau Batu Putih. Malahan ini sewajarnya menjadi tumpuan dan keutamaan Pejabat Peguam Negara agar memastikan Malaysia mampu membawa kes ke ICJ dengan pembuktian dan penghujahan yang kukuh. Pejabat Peguam Negara tidak harus mengulangi kelemahan yang lalu sehingga mengakibatkan penghakiman ICJ memihak kepada Singapura. Pejabat Peguam Negara juga harus memberikan keutamaan serius dengan persediaan yang rapi di ICJ agar Pulau Batu Putih kembali kepada negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, masih lagi dalam kaitan bab kedaulatan negara. Izinkan saya menarik perhatian mengenai kepentingan dan peri mustahaknya kesiapsiagaan agensi-agensi yang berkaitan langsung dengan pertahanan negara Angkatan Tentera Malaysia, kedaulatan negara menuntut jaminan sistem pertahanan angkatan tentera laut, darat dan udara yang berkemampuan melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Justeru itu, saya memandang serius apabila sehingga hari ini kerajaan masih belum berupaya membuat perolehan baru bagi menggantikan aset-aset strategik ketenteraan dan pertahanan negara yang sewajarnya diberikan perhatian dan keutamaan.

Saya difahamkan pesawat Multi-Role Combat Aircraft (MRCA) khasnya 18 buah pesawat MiG-29 yang diperoleh awal 1990-an dilaporkan kesemuanya telah tamat tempoh perkhidmatan, semua sudah pencen dan sewajarnya diganti. Saya ingin tahu kenapa kerajaan masih tidak mencadangkan perolehan baru bagi menggantikan 18 pesawat MiG-29 yang telah lupus perkhidmatannya.

Saya juga ingin menarik perhatian mengenai sistem satelit komunikasi negara.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, pengauditan menunjukkan satelit pertama negara iaitu RazakSAT mengalami masalah teknikal yang serius.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Laporan Audit menyebut RazakSAT memerlukan pembaikan teknikal berikutan hasil imej yang dipancarkan tidak memenuhi spesifikasi. Saya difahamkan juga satelit

final • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

kedua kita, TiungSAT turut mengalami masalah teknikal. Saya ingin kerajaan menjelaskan kenapa sistem satelit yang baharu tidak diperoleh? Oleh sebab sistem komunikasi satelit ini penting bagi melengkapkan sistem pertahanan negara, kenapakah masalah RazakSAT dan TiungSAT dibiarkan tanpa penggantian satelit yang baharu setelah sekian lama? Kita ada masalah.

Hari ini Menteri Pengangkutan memberi kita peringatan hari inilah MH370 hilang. Satelit, apakah yang boleh memberikan kita bagaimana mencarinya? Pertahanan negara kita sekarang ini tegang dengan Korea Utara. Apakah pertahanan kita mampu kalau dicabar pada bila-bila masa kalau apa yang kita ada tidak diperbaiki atau diperbaharui? Inilah persoalan saya kerana keselamatan dalam negara ini adalah penting, kedaulatan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian mengenai kekerapan kes penculikan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). Dalam pada itu, saya menyedari kerajaan membelanjakan sebanyak RM146.9 juta untuk ESSCOM bagi tempoh tahun 2013 hingga tahun 2016. Dan di dalam Bajet 2017 ditambah lagi sebanyak RM30 juta. Namun demikian kes-kes penculikan dan percubaan penculikan terus-menerus mengancam sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa warga tempatan dan pelancongan warga asing.

Saya ingin tahu berapakah jumlah kes penculikan dan cubaan penculikan dalam tahun-tahun kebelakangan sehingga kini? Dalam hal ini saya turut berkongsi kebimbangan yang pernah disuarakan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri mengenai kemungkinan kebocoran maklumat ESSCOM kepada pihak musuh seperti yang dilaporkan New Straits Times bertarikh 28 September 2016 bertajuk “Zahid: ESSCOM info could be leaked out to enemies.” Ini amat membimbangkan.

Saya ingin tahu sejauh mana siasatan dilakukan ke atas kemungkinan kebocoran maklumat ESSCOM tersebut? Sejauh mana tindakan diambil menurut undang-undang ke atas mereka yang dikenal pasti membocorkannya? Dalam persoalan di dalam soal pertahanan negara saya ingin menegaskan tidak harus ada kealpaan, kelalaian dan sikap acuh tak acuh oleh sesiapa pun sehingga mendedahkan negara kita kepada sebarang ancaman. Tidak ada tolak ansur dan kompromi dalam soal ini. Ini seperti mana yang telah disarankan dan di dalam Titah Ucapan Seri Paduka Baginda.

Saya mohon Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu lagi poin yang penting.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Satu ya? Ya sila.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Poin saya yang terakhir adalah dalam rangka bahawa ini adalah Persidangan Parlimen yang kelima yang terakhir untuk penggal ini. Jadi tidak lama lagi Pilihan Raya Umum yang ke-14 akan diumumkan. Saya hendak mengatakan, menurut Perlembagaan Persekutuan Perkara 113, Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab atas tiga fungsi utama menjalankan pilihan raya, menyedia dan menyemak daftar pemilih dan menjalankan kajian semula penyempadanan kawasan pilihan raya.

Sehubungan itu, saya ingin membangkitkan beberapa isu SPR yang berkaitan dengan kajian semula penyempadanan dan pendaftaran pemilih. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil maklum bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah mengemukakan permohonan kepada mahkamah, memohon penggantungan dan pemberhentian segala prosiding inquiry yang dikendalikan oleh SPR berhubung isu kajian semula penyempadanan bahagian pilihan raya membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negeri Selangor.

Saya difahamkan Kerajaan Negeri Selangor telah membangkitkan isu berkaitan tindakan SPR melupuskan maklumat mengenai alamat 136,270 pemilih negeri Selangor dalam daftar pemilih yang diguna pakai bagi tujuan penyusunan semula dalam proses penyempadanan baharu bahagian pilihan raya. Tindakan Kerajaan Negeri Selangor adalah wajar demi memastikan SPR bertindak dengan adil dan dalam kajian penyempadanan semula, bahagian pilihan raya ini berasaskan daftar pemilih yang benar dan sempurna.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut Perlembagaan Malaysia perkara 115 muka surat 101 dengan izin saya membaca, “All public authorities shall on the request of the Commission give the Commission such assistance in the discharge of its duties as may be practicable; and in exercising its functions of making recommendations for the delimitation of constituencies for the elections mentioned in of article 113(1) the Commission shall seek the advice of two officers of the Federal Government with special

final • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

knowledge of the topography of, and the distribution of the population in, the unit of review for federal elections, and those offices shall be selected for that purpose by the Yang di- Pertuan Agong.” Saya ingin bertanya, boleh tak kita mengetahui siapakah kedua pegawai yang mesti dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong yang tahu tentang topografi, tahu tentang pengundi-pengundi dan bagaimana dia membuat penyempadanan semula. Saya mencadangkan supaya tanggungjawab dan fungsi yang menjalankan pilihan raya ini menyediakan daftar pemilih, menjalankan kajian semula penyempadanan semula ini diasingkan. Ini kerana pada sekarang ini nampaknya semua SPR buat kita tidak tahu yang mana satu. Ini mengelakkan SPR daripada memikul bebanan melaksanakan tiga tanggungjawab besar sekali gus. Amalan yang terbaik ialah mencontohi amalan di United Kingdom, after all kita adalah dulunya dijajah oleh United Kingdom ya. Tiga tanggungjawab tersebut dilaksanakan oleh tiga pihak berkuasa yang berasingan.

Jadi sebelum saya akhiri, ini adalah Hari Wanita Sedunia. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua. [Dewan tepuk] Dengan izin, “Women in the Changing World of Work: Planet 50:50 by 2030”, saya ingin memetik daripada laman UN huraian tema ini dengan izin, “International women’s day is the time to reflect on progress made to call for change and to celebrate acts of courage and determination by ordinary women who have played an extraordinary role in the history of the countries and communities.” Tema ini mengajak kepada agenda perubahan dengan penuh keberanian dan kesungguhan. Tema ini selari dengan betapa pentingnya agenda perubahan masa depan negara yang memberi penekanan kepada urus tadbir yang baik yang lebih baik dengan izin good governance yang menuntut kepada tiga komponen penting iaitu ketelusan, kebertanggungjawaban dan kewibawaan. Transparency, accountability and integrity. Apabila tidak ada penekanan kepada falsafah dan nilai ketelusan, kebertanggungjawaban dan kewibawaan maka tidak hairanlah berlaku pelbagai skandal yang melibat berbilion ringgit dana wang awam seperti skandal 1MDB. Seantero dunia cakap fasal 1MDB.

Justeru itu, masa depan negara kita menuntut kepada kepentingan agenda pembebasan rakyat dari belenggu yang menghimpit kesejahteraan hidup mereka.

Agenda ini hanya mampu dibawa dan diterjemahkan melalui kepimpinan yang berupaya mendukung nilai kebenaran dan keadilan.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Akhir kalam Tuan Yang di-Pertua, sudilah kiranya Ahli-ahli Dewan yang mulia ini mendengar dan menginsafi pesanan saya yang dipetik daripada sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, mafhumnya: Abu Ja’la bin Jasar r.a. berkata, “Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda”, “Tiada seorang yang diamanati oleh Allah memimpin rakyat, kemudian ketika ia mati masih dia menipu rakyat, melainkan pasti Allah mengharamkan baginya syurga”. Moga kita tidak termasuk dalam golongan itu. Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong usul ini. Wabillahi taufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.

[Tepuk]

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

30 minit ya.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Berapa?

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

30 minit.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

30 minit okey lah, bolehlah.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Boleh sambung selepas makan nanti.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin turut membahas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

final • 12:41 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Agong dan sebelum itu saya juga ingin turut mengalu-alukan dan mengucapkan Selamat Hari Wanita. Sesungguhnya wanita itu adalah satu-satunya ciptaan yang paling istimewa daripada Allah.

[Tepuk] Kita perlu beri perhatian yang sewajarnya.

final • 12:41 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Sumber inspirasi.

final • 12:41 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Ketawa] Tuan Yang di- Pertua, banyak isu yang disentuh oleh Seri Paduka Baginda. Antara lainnya menyentuh soal perpaduan. Perpaduan, kehidupan, kos sara hidup, keselamatan, kemapanan ekonomi negara, masa depan negara kita melalui TN50 dan banyak lagi. Saya ingin memetik dua atau tiga isu yang saya rasa ianya boleh memberikan kita satu inspirasi ataupun keinsafan ke arah bagaimana kita mengurus negara kita. Saya lihat bahawa perpaduan adalah penting dalam konteks pembangunan sebuah negara. Ramai kita bercerita soal perpaduan tetapi sejauh mana perpaduan itu dapat kita gemblengkan ke arah satu usaha yang boleh kita lihat untuk membantu memperkukuhkan negara kita pada masa depan yang lebih cemerlang.

Ia lebih kurang juga orang kata perpaduan, kerjasama tetapi yang sebetulnya kita bekerja tetapi tidak sama-sama. Ada ketika sama-sama tidak bekerja. Ada juga tidak sama-sama tidak bekerja. Macam kita di Dewan Rakyat ini saya lihat bersama-sama tetapi kerja kita berbeza-beza. Ada yang kata ekonomi kita tidak baik, ada yang kata keselamatan kita tidak terjamin, macam-macam. Tadi Ketua Pembangkang menyatakan bahawa kita harus memperkukuhkan dan memperkasakan keselamatan negara kita.

Namun dalam masa yang sama apabila kerajaan cuba untuk menambah nilai aset keselamatan kita, dihentam dalam berbagai-bagai bentuk. Keselamatan ini harus kita lihat sebagai satu perkara yang paling penting.

Hari ini tanpa kita duga hubungan Malaysia dengan Korea Utara saya lihat sebagai satu isu yang perlu kita sama-sama tangani bersama. Pertama, saya ingin memuji tindakan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia kerana kita tegas mempertahankan maruah bangsa negara kita. Ini penting.

[Tepuk] Walaupun kita negara kecil tetapi maruah bangsa kita harus kita pertahankan. Akan tetapi mempertahan maruah bangsa ini berbagai-bagai bentuk, adakah kita cuma mempertahan atas dasar pendirian tanpa ada persediaan. Kalau tidak ada persediaan kita tahu Korea Utara ini satu-satunya negara yang dikenali sebagai sukar untuk dijangka membuat keputusan.

Dia boleh buat keputusan dalam keadaan orang lain tidak boleh berbuat.

Dia boleh tembak peluru berpandu dia ke arah mana dan kalau ini berlaku apakah negara kita juga mempunyai penangkis peluru berpandu? Ataupun kita tinggal menadah tangan mengharap pertolongan Allah. Kalau ini berlaku maka rasa saya tidak ada antara kita yang selamat.

Jadi oleh sebab itu di samping kita memberi sokongan kepada pihak pemerintah yang telah membuat keputusan, kita juga harus melihat perkara ini sebagai bukan perkara yang remeh-temeh. Sebab sudah berlaku mereka telah menghalang rakyat Malaysia keluar daripada Korea dan kita pun terpaksa mengambil tindakan yang sama.

Seperti awal-awal saya kata tadi bahawa Korea Utara ini merupakan satu negara bangsa yang terlalu degil dengan keputusan-keputusannya dan sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mempertahankan maruah mereka.

Jadi oleh sebab itu pada saya, rakyat Malaysia di mana sahaja kita berada, di samping kita berdoa kita mempersiapkan diri kita. Sebab itu di sinilah letaknya bagaimana persiapan rapi yang kita harus sediakan. Sebab sebelum ini kita ada PLKN yang melaksanakan kursus untuk memberi kesiapsiagaan kepada generasi anak bangsa kita. Akan tetapi PLKN ini telah digantung buat sementara sebab impak dia saya nampak tidak ada kesan yang begitu positif ke arah untuk kemapanan sebuah negara bangsa.

Sebab itu kita mencadangkan supaya dikaji semula pendidikan PLKN ini. Kita mungkin harus rujuk bagaimana pelaksanaan sempena dengan pengesyoran TN50 ini.

Lebih baiklah saya mencadangkan kepada Menteri ataupun Kementerian Belia dan Sukan supaya untuk persiapan negara bangsa akan datang, TN50 ini juga mungkin diselitkan program latihan jati diri kepada anak-anak muda kita, mungkin kita ikut latihan ala tentera. Ini supaya kita setiap masa sentiasa bersedia untuk mempertahankan ataupun untuk membuat sesuatu demi untuk mempertahan negara bangsa kita.

Ini penting sebab perubahan dunia, strukturnya, isunya pun berbeza-beza.

Pemimpin berubah, dasar berubah. Di Amerika, Donald Trump naik semuanya berubah.

Dia haramkan lebih kurang 11 negara untuk memasuki Amerika. Kelmarin dia tandatangani lagi dua negara ditambah lagi, macam-macam. Jadi ini pada saya boleh

final • 12:41 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

mengundang sesuatu yang tidak boleh kita bayangkan. Jadi sebab itu kesiapsiagaan negara kita ini harus berada di dalam landasan yang paling baik.

Tuan Yang di-Pertua, negara Malaysia ini negara majmuk, negara berbilang kaum. Sebab itu saya lihat apabila negara berbilang kaum maka berbagai-bagai bangsa, kepercayaan dan agama. Kalau di Sabah dan Sarawak itu, di Sabah sahaja lebih 30 suku bangsa. Di Sarawak pun begitu. Jadi suku bangsa ini kalau kita tidak semai dengan baik ia boleh berpecah dan akan mengakibatkan perpecahan dalam bangsa negara itu sendiri.

final • 12:41 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 12:41 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Saya terima kasih juga sahabat Yang Berhormat Kinabatangan untuk memberi laluan kepada saya untuk minta penjelasan sedikit dengan isu-isu multiracialism ini dengan izin. Adakah Yang Berhormat melihat di negara kita ini berpecah belah? Saya tidak setuju dengan Yang Berhormat sebab kita tidak ada tanda-tanda yang rakyat di negara kita ini berpecah belah. Kecuali mungkin pihak di sana yang sebelah kanan saya yang sengaja meracuni rasa-rasa kerakyatan di negara kita ini. Apa pendapat Yang Berhormat jika pendapat daripada sebelah kanan saya ini sengaja mengapi-apikan kedaulatan, kedamaian antara kaum- kaum kita di negara ini.

final • 12:41 PM

Seorang Ahli

Apalah ini Yang Berhormat Putatan.

final • 12:41 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Menyampuk]

final • 12:41 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Ketawa] Yang Berhormat Putatan...

final • 12:41 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh.

final • 12:41 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kita tidak boleh buat tuduhan sebab cuma apa yang kita lihat kecenderungan anak-anak muda kita pada hari ini melalui media sosial sama ada di laman Facebook, Twitter, Instagram, YouTube dan macam-macam. Kita lihat di situlah provokasi melampau berlaku, di situlah penghinaan terhadap bangsa berlaku, penghinaan kepada Raja-raja berlaku, kepada agama dan sebagainya. Sebab itu kita lihat bagaimana apa ini pihak polis telah menahan beberapa individu...

final • 12:41 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Kinabatangan boleh?

final • 12:50 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, sila.

final • 12:50 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Boleh Tuan Yang di- Pertua?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 12:50 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Kinabatangan, saya setuju bahawa perlu dan pentingnya kita tingkatkan soal perpaduan di kalangan rakyat ini. Dari segi pandangan saya hubungan antara kaum dalam negara kita cukup baik. Akan tetapi ada unsur-unsur yang dibuat oleh kumpulan tertentu yang tidak bertanggungjawab, yang boleh jika tidak dibendung akan merosakkan perpaduan ini.

Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Kinabatangan setuju atau tidak, Yang Amat Berhormat Menteri ada sini, kita tingkatkan Jabatan Perpaduan Negara ini dari segi peruntukannya, kedudukan kementeriannya, diberi peruntukan yang lebih, kepegawaiannya, aktivitinya, supaya peranan dia lebih besar kerana isu yang mereka tangani ini semakin besar, tidak lagi boleh kita letak— pada pandangan Yang Berhormat Kinabatangan, boleh tidak kementerian ini diletakkan di tahap pada hari ini, tetapi diangkat kedudukan yang lebih tinggi supaya mereka boleh mainkan peranan yang besar selepas ini. Minta pandangan.

final • 12:50 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya setuju dengan Yang Berhormat Lenggong sebab Jabatan Perpaduan Negara ini penting untuk memberi

final • 12:50 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

bukan sahaja kefahaman tetapi ia harus memberi tekanan ke arah bagaimana kecintaan kepada sebuah negara itu penting. Kita lihat di negara-negara luar mereka juga ada parti politik tetapi dalam isu-isu tertentu, mereka boleh bersatu mempertahankan keutuhan negara mereka. Justeru itu, memang wajar Yang Berhormat Lenggong apa ini kerajaan harus memperkasakan Jabatan Perpaduan Negara ini melalui, sama ada ini kita tengok rukun tetangga sini, rukun tetangga situ, macam-macam tetapi tidak ada impaknya ke arah dalam hati sanubari masyarakat itu ke arah bagaimana mereka menjadi seorang warganegara. Kita lihat bagaimana belia-belia hari ini, belia-belia hari ini saya rasa mereka kurang kecintaan kepada negara mereka sendiri.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Seputeh. Sila.

final • 12:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Kinabatangan. Saya lihat Yang Berhormat Menteri yang jaga hal ehwal perpaduan duduk sini dengar sahaja. Saya selalu simpati pada Yang Berhormat Menteri kerana dia macam toothless tiger, itu harimau tidak ada gigi. Dia cakap banyak fasal perpaduan tetapi kalau kita lihat yang anggota dalam sesetengahlah dalam UMNO ini selalu buat perkara yang amat menyakitkan hati dan juga mengecohkan masyarakat.

Macam Jamal Yunos dia boleh mainkan apa-apa ucapan dan tindakannya yang mengapi-apikan ketegangan perkauman tetapi tidak ada tindakan yang diambil terhadap dia dan dia dilayan sebagai hero bila dia masuk ke Perhimpunan Agung UMNO.

Bukankah ini bercanggah dengan apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Lenggong dan juga Yang Berhormat Kinabatangan, kenapakah tidak ada tindakan?

Kalau Jamal Yunos sudah berada di DAP, dia sudah lama dipecat tetapi di UMNO dia adalah wira. So, jadi yang double standard ini yang diambil oleh pemimpin UMNO termasuk Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Lenggong ini bukankah ini menyusahkan Yang Berhormat Menteri dari Sabah yang menyebabkan beliau menjadi toothless tiger. Apakah, jadi Yang Berhormat Kinabatangan datang macam mana jawab? Hendak minta tolong daripada Yang Berhormat Lenggong sekarang. Sila.

final • 12:50 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini Yang Berhormat Seputeh ini sebetulnya dia yang pun racist juga. Waktu saya ingat tahun yang lalu dia buat video macam-macam. Itu pun mengendurkan perpaduan masyarakat. Macam- macam dia buat, ayamlah dalam video dia, saya pun tak faham. Jadi, ini Yang Berhormat Menteri bukan hopeless, cuma dia Yang Berhormat Menteri Perpaduan ini dia kena sentimental sedikit untuk mengimbangi semua bangsa itu.

final • 12:50 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Yang Berhormat Kinabatangan bukan hopeless, toothless, toothless.

final • 12:50 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Ketawa] Kena romantik sikit dia. Jadi, oleh sebab itu saya mencadangkan supaya SKMM khususnya memantau meletakkan satu hala tuju bagaimana media sosial ini kena dipergunakan. Jangan terlalu bebas sebab kadang-kadang mereka yang suka melakukan provokasi melampau ini apabila ditahan ditangkap polis, mereka tidak tahu apa-apa. Jadi ini masalah besar bila mereka tidak tahu apa-apa mereka ikut screenshot upload, ini pada saya merupakan satu perkara yang boleh mendatangkan malapetaka kepada individu berkenaan.

Bukan itu sahaja, seharusnya media sosial ini diguna pakai untuk memberi manfaat, untuk memberi keuntungan, untuk berniaga, untuk berkomunikasi dan sebagainya tetapi diguna untuk menghasut, diguna untuk mensabotaj, diguna untuk meracun minda masyarakat dan saya tidak menuduhlah siapa. Akan tetapi memang adalah kumpulan-kumpulan puak-puak yang sebegini. Jadi...

final • 12:50 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 12:50 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jadi puak-puak aktiviti sebegini harus tidak digalakkanlah. Ya sila, Yang Berhormat Kota Tinggi.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ada dua yang bangun. Yang Berhormat Kota Tinggi dan Yang Berhormat Kapar.

final • 12:50 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Bercakap fasal perpaduan ini Yang Berhormat Kinabatangan saya ingat hendak sokong pandangan Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Lenggong bahawa perpaduan ini bukan cakap sahaja kena buat. Saya sebenarnya bermasyarakat melalui perpaduan selama 14 tahun. Daripada sukaneka, tadika sampai kita buat SRS pergi ke rumah-

final • 12:50 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

rumah dan jaga keselamatan. Ia tidak boleh cakap teori sahaja, kena buat. Baru kita mendalami dan memahami keperluan masyarakat di akar umbi. Kalau kita kata hardware, kita spent bilion-bilion. Tadi Ketua Pembangkang pun saya setuju, kita kena tambah aset kita.

Kita boleh tambah aset hardware tetapi yang lebih penting daripada hardware ialah pengisian itu dan perpaduan adalah perisian untuk menjamin masa depan negara kita dan menjadi satu teras yang kuat dalam TN50. Jadi saya sokong apa pandangan Yang Berhormat Kinabatangan. Kita naikkan daripada jabatan kepada satu taraf yang lebih tinggi untuk perpaduan ditambah peruntukan dan diperkasakan lagi ejen-ejen perpaduan di peringkat akar umbi. Apa pandangan Yang Berhormat Kinabatangan?

Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat, saya sambung? Kapar. Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa perpaduan ini perlu dipupuk dari zaman persekolahan lagi. Kini kita dapati bahawa perpaduan di kalangan setiap kaum di zaman persekolahan agak renggang. Saya perlu Yang Berhormat dan Yang Berhormat Menteri menjelaskan apakah komitmen kerajaan dan rancangan- rancangan yang telah diambil untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar- pelajar kita di sekolah? Terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya setuju dengan kedua-duanya Yang Berhormat sebab itu saya juga sebetulnya bersetuju dengan pandangan Tengku Mahkota Johor (TMJ), iaitu dia kata kalau hendak melihat perpaduan itu lahir dalam bentuk yang lebih komprehensif, maka di peringkat sekolah. Akan tetapi di negara kita ini dia kata dia hairan, kita ada sekolah kebangsaan untuk orang Melayu, kita ada sekolah jenis Cina, jenis India, jenis Kadazan-Dusun. Jadi macam mana hendak ada perpaduan? Betul juga. Kalau betul kita ikhlas hendakkan perpaduan maka kita kena duduk, kita kena bincang, kita sacrifice. Bukan bererti kita apabila tiada sekolah jenis kebangsaan, maka bangsa itu sudah tidak ada, bahasanya tidak ada. Akan tetapi hendak betul kata orang tua-tua, “melentur buluh biar dari rebungnya.” Buluh ya, jadi kalau buluh itu dilentur sudah dewasa, sudah tua, pecahlah dia.

Oleh sebab itu, saya setuju kalau boleh kerajaan kaji betul-betul macam mana hendak memupuk perpaduan bangsa dalam sebuah negara itu. Sebab negara ini akan kita warisi kepada anak bangsa kita yang akan datang, akan kita merekalah meneruskan penghidupan ini yang sebenarnya.

[Tepuk] Kalau salah kita urus, maka masa depan anak bangsa generasi TN50 ini pun akan tenggelam mengikut apa yang telah kita acukan.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya kita sambung ya 2.30 petang. Ada 10 minit lagi.

final • 12:50 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Boleh mula 30 minit kalau tidak setengah.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Baiklah Yang Berhormat kita tangguhkan persidangan kita sehingga jam 2.30 petang.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Kinabatangan untuk 11 minit ya.

final • 2:30 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tanpa melengahkan masa saya ingin menyambung di mana kerajaan harus melihat bahawa perpaduan adalah satu komponen penting ke arah utk memupuk perpaduan negara. Justeru itu, mungkin saya ingin mencadangkan kalaupun mungkin bermula di sekolah, maka bermulalah dengan sekolah bestari. Sekolah bestari ini kita cadangkan di situlah pembelajaran sekolah menengah, sekolah rendah, jenis kebangsaan, sekolah rendah kebangsaan. Macam-macam, yang penting satu bumbung dan mereka boleh di kelas masing-masing tetapi mereka masih boleh berjumpa di kantin,

final • 2:33 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

masih boleh berjumpa di padang, bermain sama-sama. Barulah terpupuknya perpaduan itu saya lihat untuk memastikan masa depan negara betul-betul ada komitmen ke arah satu bangsa, satu negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan terima kasih di atas komitmen kerajaan ke arah memberi pembangunan seimbang di antara negeri termasuk Sabah dan Sarawak di mana bermula dengan Pan Borneo dan Pan Borneo ini saya dimaklumkan menelan belanja berbilion-bilion ringgit bagi tujuan untuk membangun jalan-jalan raya ataupun highway, lebuh raya di Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun kerajaan juga harus melihat bahawa banyak lagi jalan-jalan luar bandar, jalan-jalan kampung yang perlukan peruntukan, yang perlu untuk dibangunkan. Di Kinabatangan ini contohnya masih ada terdapat lebih kurang 12 jalan raya, jalan kampung yang perlu dinaik taraf.

Demikian juga dengan bekalan air bersih dan juga api, elektrik. Saya percaya di Beluran pun mungkin ada lagi jalan-jalan...

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tumpang Yang Berhormat, Beluran. Tumpang.

final • 2:33 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Beluran pun masih ada jalan-jalan raya yang perlu dinaik taraf dan ini perlu dilihat agar kerajaan memberi peruntukan yang lebih supaya pembangunan di antara wilayah itu terjamin dan mengurangkan kritikan-kritikan masyarakat dan rakyat bahawa anak Sabah ini dianaktirikan.

Saya juga ingin menyentuh satu isu berhubung dengan pembantu tadbir (PO) N17, PSH negeri Sabah lantikan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jun hingga Disember tahun 2013 yang telah tidak disambung. Seramai 1,000 lebih yang telah berhubung dengan saya supaya kontrak mereka ini ditengok oleh kementerian dan kerajaan supaya mendapat penyambungan. Sebab mereka sekarang ini menganggur setelah diberhentikan daripada bidang yang mereka telah dan kebetulan Yang Berhormat Timbalan Menteri pun ada. Jadi mungkin dapatlah melihat perkara ini secara lebih maklum dan lebih teliti agar dapat mempertimbangkan rungutan daripada guru-guru yang terlibat dengan lantikan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara penting. Baru-baru ini Raja Salman iaitu Raja Arab Saudi telah datang ke Malaysia dalam lawatan ke Asia Tenggara. Pertama sekali dia pilih negara Malaysia dan lawatan itu saya nampak memberi impak yang besar sejauh bagaimana hubungan negara Malaysia dengan negara Arab itu sendiri. Saya ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebab bukan saja lawatan itu menjalinkan lawatan silaturahim tetapi telah memberi impak ekonomi kepada negara kita di mana Raja Salman telah memutuskan untuk melabur RM31 bilion dengan Petronas. Jadi ini saya rasa merupakan satu perkembangan terbaru.

Bukan itu sahaja bahkan Raja Salman juga telah menambah kuota haji daripada 20 ribu kepada 30 ribu dan ini memberi impak kepada orang-orang kampung sebab kalau kita lihat ada di antara pemohon-pemohon yang hendak mengerjakan haji ini, kuota dia sampai 100 tahun daripada sekarang baru boleh menunaikan haji dan ini mendatangkan mudarat kepada mereka. Bukan itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, bahkan juga Malaysia diberi tanah di Kota Mekah melalui Tabung Haji untuk Tabung Haji menjalankan operasi perniagaan termasuk membina hotel dan membina Kompleks Tabung Haji di sana. Pada saya ini merupakan satu penghargaan yang telah diberikan oleh Raja Saudi Arabia ini kepada Malaysia dan ini pada saya merupakan satu penghormatan yang amat besar sekali.

Tuan Yang di-Pertua, kita harus melihat bagaimana Dewan Rakyat kita ini. Kita nampak kalau orang kata sekali pandang Dewan ini hebat, bagus tetapi banyak kelemahan di atas kehebatannya. Contohnya kerusi tempat duduk Ahli Parlimen ini kalau silap-silap Tuan Yang di-Pertua boleh terjerumus sendiri. Dia punya leather ini licin. Kita tidak begitu comfortable untuk duduk. Ini rasa saya, belakang saya sudah sakit. Jadi ini pada saya kalau...

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Seputeh dalam keadaan yang sama Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

...Kalau kerusi ini mendatangkan bahaya, Dewan Rakyat ini boleh kita bawa pergi mahkamah sebab Yang Berhormat Putatan pun bagi tahu belakang dia mulai sakit sudah duduk di kerusi ini. Baru dua hari. Bayangkan kalau dua bulan kita bersidang. Jadi ini perlu difikirkan.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sebelum ini tidak sakit Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sebelum ini tidak sakit.

Ya, kerusi yang dulu bagus. Jadi ini kena dipertimbangkan, kena diperhalusi. Kita punya sound system, kalau kita duduk di luar, suara keluar dulu, mulut belakang bicara, jadi macam kartun. Jadi ini pun perlu dilihat juga. Mungkin ini temporary. Jadi pada masa akan datang harap dapat tukarlah bangku-bangku ini. Bagi tahu pihak yang membuat bangku ini, dia duduk dulu.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tulisan dekat CCTV itu Yang Berhormat tidak ada kompelin kah? Tidak ada?

final • 2:33 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

CCTV kita pun tidak...

final • 2:33 PM

Timbalan Yang Di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Simpang Renggam jadi S. Renggam itu.

final • 2:33 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, tidak bagus. Kita punya badan nampak separuh. Akan tetapi yang moleknya badan kita tidak nampak besar, itu keistimewaan dia pula. Jadi pro and cons dia. Ada kebaikan dia, ada kurang baik dia. Jadi ini perlu dilihat oleh pihak kerajaan sebagai satu...

final • 2:33 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Mahu tolong, tolong.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang Di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Seputeh.

final • 2:33 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Sebenarnya saya tambah lagi.

final • 2:33 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sedikit ya.

final • 2:33 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Kinabatangan, setujukah yang bilik untuk pemberita itu letak di bawah. Kita perlu keluar melalui pemeriksaan keselamatan baru boleh pergi ke bilik media dan di bilik media itu malah tidak ada bunyi. Jadi pemberita, mereka serba salah sama ada adakan sidang akhbar sini atau kita pergi turun ke bawah.

final • 2:33 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Jadi, ini menyusahkan mereka. Satu lagi itu cafe di sebelah itu, tutup dan angin tidak boleh masuk. Kita pergi makan seolah-olah makan dalam bilik penjara. Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 2:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Mana yang baik itu dari Yang Berhormat Seputeh, kita ambil Tuan Yang di-Pertua, untuk mempertingkatkan keberkesanan di Dewan Rakyat. Alang-alang ia sudah dibina begini mahal, begini cantik.

Jadi, kalau hendak buat, buat secara serius. Beritahu pihak JKR, dia punya konsultan.

Tengok betul-betul, rasa, nikmati betul-betul. Kalau dia sudah puas hati, kalau saya suruh itu Pengarah JKR duduk sini mungkin dia pun tidak selesa. Jadi, itulah perasaannya.

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir saya melihat melalui media sosial, ceramah- ceramah, banyak mengatakan bahawa negara kita ini hampir-hampir menuju negara muflis. Akan tetapi ini saya tidak setuju sebab saya suka berjalan Tuan Yang di-Pertua.

Saya round, saya pergi tengok luar negara we are the best. Makan pun murah, hotel murah, shopping murah.

Kalau kita pergi Singapore sekarang, dia punya shopping complex lengang tidak ada orang. Oleh sebab dia kata mahal. Orang Singapore bawa duit SGD1,000 beli sini, dia boleh menikmati berbagai-bagai. Kalau orang dari Australia datang, saya tanya dia macam mana keadaan hidup dia di Australia dengan di Malaysia. Malaysia is the best, dia kata. The cheapest “bip” in the world, bayangkan. Saya pergi Pelita Tuan Yang di- Pertua, saya tengok Pelita ini restorannya empat kali ganda Dewan kita ini, 150 meja, malam-malam penuh. Ini bermakna orang ada duit untuk makan, untuk minum, tidaklah mudarat sangat. Kalau orang pergi naik umrah ini, hari-hari, ribu-ribu yang pergi umrah.

Saya tanya diri saya, di mana menampakkan ekonomi kita tidak baik? Bermakna salah guna media sosial itu berlaku. Malangnya rakyat di negara kita ini, mereka mudah menerima perkara-perkara walaupun berupa perkara yang tidak tepat.

Justeru itu, saya meminta mereka-mereka yang di luar sana, kalau menerima berita, lebih-lebih lagi berita yang tidak sahih, maka rujuklah. Jangan terus dapat berita, forward dengan orang lain. Ini rasa saya, satu perbuatan, tindakan yang tidak baik. Jadi, kerajaan melalui SKMM, melalui kementerian harus memantau bahawa media sosial ini

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

boleh mendatangkan kemudaratan, kehancuran kepada perpaduan masyarakat bangsa kita dan boleh mendatangkan mudarat kepada individu itu sendiri. Berapa banyak sudah individu didakwa di mahkamah...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masa habis, Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

...Lima saat, didakwa di mahkamah dan...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Microphone tidak mati ya, Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Ketawa] Didakwa di mahkamah sebab mereka tidak mengawasi diri mereka dan menggunakan media sosial itu sebagai untuk menghentam orang lain. Oleh demikian Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini menyokong usul Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Seremban.

final • 2:40 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu saya menjunjung kasih Ke Bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Tuanku pada hari Isnin yang lepas. Pada hari ini, 8 hari bulan Mac merupakan satu tarikh yang amat bermakna, terutamanya kepada rakyat Malaysia.

Pertamanya, 8 Mac merupakan Hari Wanita Sedunia. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua Ahli-ahli Parlimen Wanita, [Tepuk] khususnya semua rakyat yang wanita. Tidak lupa juga kepada Setiausaha Dewan Rakyat dan Timbalan-timbalan Setiausaha Dewan Rakyat yang bertugas pada petang ini dan juga pegawai-pegawai Parlimen dan semua kakitangan awam dari golongan wanita. Kita harap wanita ini kedudukan mereka diperkasakan dan kita akan terus menyokong perjuangan menuntut hak untuk wanita.

Kita harap tidak lama lagi kemungkinan dalam Dewan Rakyat ini, setahu saya belum ada sejarah wanita memegang jawatan Speaker ataupun Timbalan Speaker. Kita harap suatu hari nanti tidak berapa lama lagi mungkin ada wanita yang duduk di atas sana mempengerusikan Majlis Dewan Rakyat. Oleh kerana Kerajaan Negeri Selangor merupakan negeri pertama di Malaysia yang telah melantik seorang wanita sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri.

[Tepuk] Saya lihat ada satu kenyataan daripada Yang Berhormat Rembau pada hari ini yang menyatakan mungkin salah satu matlamat dalam TN50 ialah melihat mungkin wanita menjadi Perdana Menteri menjelang tahun 2050. Akan tetapi bagi saya ini merupakan, melambangkan satu mindset dalam Barisan Nasional bahawa wanita pada hari ini masih belum layak menjadi Perdana Menteri. Padahal di sebelah kita, kita bersedia, kita bersedia menyokong Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Perdana Menteri kalau kita diberikan mandat.

[Tepuk] Tidak payah tunggu sampai 2050.

[Tepuk] PRU-14 pun boleh wanita menjadi Perdana Menteri kalau kita diberikan mandat.

[Tepuk] Kedua Tuan Yang di-Pertua, hari ini juga merupakan ulang tahun yang ketiga MH370 yang kita telah bertafakur pada pagi tadi. Saya berharap pihak Kerajaan Malaysia akan terus menjayakan misi ataupun meneruskan misi pencarian terhadap pesawat yang telah hilang ini selama tiga tahun. Kita tidak boleh berputus asa untuk meneruskan misi ini kerana bagi keluarga mangsa-mangsa MH370 ini, mereka memerlukan satu closure dalam chapter ini dan selagi pesawat itu tidak dijumpai, tidak ada closure untuk family.

Seperti apa yang dikatakan oleh keluarga mangsa, mereka bukan sahaja hendak satu closure untuk tragedi MH370 ini tetapi lebih penting ialah misteri ini mesti dijawab untuk masa depan aviation industry. Bagaimana sebuah pesawat yang begitu canggih, yang begitu moden boleh hilang daripada dunia semacam itu. Tiga tahun tidak boleh jumpa. Jadi, kita harap dan kita minta supaya Kerajaan Malaysia walaupun memakan kos yang banyak, memakan usaha yang banyak, melibatkan negara-negara yang lain tetapi usaha untuk mencari MH370 ini mesti diteruskan walau apa pun rintangannya.

Ketiga Tuan Yang di-Pertua, hari ini juga merupakan ulang tahun yang kesembilan tsunami politik Malaysia. Oleh kerana sembilan tahun yang lepas, pada PRU-

final • 2:44 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

12 2008, 8 Mac rakyat Malaysia telah mengubah landskap politik Malaysia. Oleh kerana pada 8 Mac 2008, tsunami politik telah melanda negara Malaysia. Memang landskap politik negara kita telah berubah sejak sembilan tahun yang lalu, malah Dewan Rakyat turut berubah. Beberapa tahun ini kita melihat bahawa ada pengubahsuaian terhadap Dewan Rakyat, kepada bangunan Dewan Rakyat ini dan juga Dewan yang mulia ini. Kita nampak pada hari ini Dewan Rakyat telah berwajah baru. Akan tetapi bagi saya, aduan saya bukan seperti Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan kompelin kata kerusi tidak selesa. Bagi saya kerusi ini amat selesa tetapi apa yang lebih penting ialah sistem dan juga pemerkasaan institusi Dewan Rakyat ini.

Kita beberapa tahun ini, perjuangan Tan Sri Yang di-Pertua untuk mereformasi Parlimen. Saya mendukung perjuangan Tan Sri melalui Jawatankuasa Dewan. Saya selaku Ahli Jawatankuasa Dewan, saya menyokong penuh agenda reformasi yang telah dibawa oleh Tan Sri Speaker. Memang ada beberapa perkara, beberapa agenda pembaharuan yang telah kita laksanakan seperti MQT – Ministers Question Time dan juga Kamar Khas yang telah bersidang sejak tahun lepas. Memang kita memberikan sokongan yang begitu baik, begitu penuh kepada Kamar Khas umpamanya. Malah setiap hari apabila ada Kamar Khas, dua ucapan Kamar Khas itu sentiasa yang memberikan ucapan di Kamar Khas itu adalah Ahli-ahli Parlimen daripada pihak sebelah sini, khususnya daripada Pakatan Harapan dan daripada DAP yang kita sentiasa, setiap hari ada wakil di ucapan Kamar Khas.

MQT dan Kamar Khas telah dilaksanakan tetapi ada dua agenda penting lagi yang belum walaupun kita telah perjuangkan, kita telah cadangkan kepada kerajaan tetapi kerajaan tidak ada niat lagi untuk melaksanakannya. Pertamanya ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen. Ini akan mengembalikan martabat dan juga independence kepada Parlimen. Kita mahu supaya segala pelaksanaan, segala pentadbiran, segala urusan kewangan dan perjalanan dalam Parlimen ini ditentukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen dan diketuai oleh Speaker Dewan Rakyat. Ini satu agenda yang penting kerana kita lihat pada hari ini, institusi Speaker seolah-olah tidak dihormati. Jawatankuasa-jawatankuasa dalam Dewan tidak dihormati. Pengubahsuaian Dewan Rakyat ini, bagaimana Dewan Rakyat ini diubahsuai, tidak ada consultation dengan Speaker, tidak ada consultation dengan Jawatankuasa Dewan.

final • 2:44 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Jawatankuasa Dewan hanya diberi taklimat. Malah, kerusi yang dipilih itu, seperti kata Yang Berhormat Kinabatangan, tak selesa sebab kita tak boleh bagi feedback sebab ini semua dibuat keputusan oleh Kementerian Kerja Raya. Segala keputusan telah dibuat oleh Kementerian Kerja Raya. Kita hanya diberi taklimat selepas projek ini selesai. Saya hanya diberi taklimat dua minggu lepas. Kita lihat kerusi semua sudah ada, sudah ditempah, sudah dibeli. Bagaimana bilik media, bilik taklimat, bilik Kamar Khas semua telah disediakan dan tak ada input langsung daripada pihak Parlimen dan Jawatankuasa Dewan.

Baru-baru ini iaitu sejak semalam, saya mendapat banyak feedback daripada rakan saya bahawa mengapa ada double standard kepada Ahli Parlimen. Mengapa bilik untuk sidang media untuk Ahli Parlimen di sebelah bawah, di tingkat bawah bersama dengan bilik wartawan padahal untuk Menteri-menteri Kabinet dan Timbalan Menteri ada bilik sidang media yang selesa di sebelah sini, di sebelah kamar Dewan sahaja, ada empat kerusi di sana. Untuk Menteri ada kerusi, untuk Ahli Parlimen kena berdiri. Saya bukan complaint pasal berdiri atau tidak berdiri, ada kerusi atau tidak ada kerusi, tetapi permasalahannya ialah doktrin pengasingan kuasa itu tidak dipraktikkan.

Eksekutif bukannya lebih tinggi daripada Ahli Dewan Rakyat. Di sini Bangunan Parlimen ialah legislatif, cabang legislatif.

[Tepuk] Martabat kita ialah Ahli-ahli Parlimen semuanya sama rata tak kira dia Perdana Menteri atau Menteri atau Ahli Parlimen Pembangkang, semua martabat dan hak kita adalah sama rata. Saya minta supaya bilik sidang media di sebelah sana yang diumumkan oleh Menteri Kerja Raya semalam yang hanya boleh dipakai oleh Menteri kena dibuka kepada setiap Ahli Parlimen.

[Tepuk] Setiap Ahli Parlimen mesti ada hak untuk menggunakan segala kemudahan dalam Dewan Rakyat ini. Tak ada satu kemudahan yang boleh eksklusif kepada Menteri sahaja.

Ini sesuatu yang saya rasa amat-amat penting untuk mempertahankan martabat Dewan Rakyat ini.

Dan untuk makluman rakan-rakan, memang fungsi Jawatankuasa Dewan ialah memutuskan kemudahan dan keistimewaan Ahli-ahli Dewan Rakyat. Isu bilik sidang media itu saya boleh confirm bahawa saya selaku Ahli Jawatankuasa Dewan, kita tak pernah buat apa-apa keputusan, kita tak pernah bincang pun bagaimana bilik sidang media itu boleh digunakan. Ini adalah praktis selama ini bahawa mana-mana ruang

final • 2:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

ataupun kemudahan dalam Dewan Rakyat ini mestilah diguna pakai oleh semua Ahli Parlimen tak mengira apa kedudukan mereka sama ada mereka anggota pentadbiran ataupun Ahli Parlimen pembangkang mahupun Ahli Parlimen Bebas. Kita menghormati hak setiap Ahli Parlimen di dalam Dewan yang mulia ini.

Keempat Tuan Yang di-Pertua, salah satu lagi agenda yang sangat penting dalam reformasi Parlimen ini ialah pembentukan sistem jawatankuasa. Ini merupakan satu cadangan yang cukup penting yang telah kita bawa melalui Tan Sri Yang di-Pertua dalam Jawatankuasa Dewan kepada pihak kerajaan tetapi pihak Eksekutif tidak membuat keputusan untuk melaksanakan cadangan ini. Sehingga hari ini, walaupun sudah setahun kita buat cadangan ini, tak dilaksanakan lagi sistem jawatankuasa Parliamentary Select Committee. Kita telah mencadangkan beberapa jawatankuasa penting untuk memantau setiap kementerian, umpamanya Jawatankuasa Ekonomi, Jawatankuasa Pengangkutan Awam Darat, Jawatankuasa Keselamatan dan beberapa jawatankuasa lain untuk kita memantau perjalanan pentadbiran dan juga urusan-urusan yang melibatkan setiap kementerian.

Sistem jawatankuasa ini sangat penting untuk memantau setiap kementerian khususnya bajet kementerian, khususnya apa-apa skandal dalam kementerian, apa-apa ketirisan dan juga penyelewengan dalam kementerian. Titah Tuanku begitu jelas bahawa penyelewengan, rasuah begitu berleluasa di dalam kerajaan khususnya di kementerian- kementerian. Dan kita lihat dalam beberapa bulan ini, banyak kes MACC telah dibawa terhadap pegawai-pegawai kementerian termasuklah KSU-KSU. Selagi sistem committee ini tidak dilaksanakan dalam Dewan Rakyat ini, kita tak ada satu mekanisme yang berkesan untuk Ahli-ahli Parlimen memantau perjalanan dalam setiap kementerian itu. Saya harap sistem jawatankuasa ini mesti kita laksanakan dalam kadar yang segera.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan SPR. Dalam beberapa tahun ini memang kita rasa rakyat Malaysia, secara amnya, kepercayaan mereka terhadap kerajaan amatlah rendah. Kewibawaan, integriti dan juga kebolehpercayaan kerajaan adalah amat rendah. Seolah-olah rakyat sekarang ini tak percaya kepada kerajaan, tak percaya kepada parti politik, tak percaya kepada parti pemerintah. Apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri, apa yang dikatakan oleh Menteri dan sebagainya, mereka seolah- olah tak percaya. Salah satu sebabnya ialah kerana integriti sistem pilihan raya kita telah tercalar sejak beberapa penggal yang lepas.

Dalam penggal yang lepas, kita ada buat satu select committee, kita ada buat jawatankuasa terpilih untuk menambah baik sistem pilihan raya. Banyak cadangan kita telah cadangkan. Saya juga anggota PSC tersebut. Banyak cadangan, 22 cadangan, 22 syor kita telah cadangkan kepada kerajaan tetapi daripada 22 syor itu, hanya beberapa sahaja yang dilaksanakan. Kebanyakan syor yang penting tidak diambil berat oleh pihak kerajaan dan tidak diambil tindakan oleh SPR.

Umpamanya, automatic registration atau pendaftaran automatik. Kita mengesyorkan supaya pendaftaran automatik ini mesti dikaji dan dilaksanakan dalam kadar segera. Pada hari ini ada lebih empat juta pengundi yang layak, yang sudah berumur 21 tahun tidak lagi mendaftar. Seolah-olah Barisan Nasional, Kerajaan Barisan Nasional tak mahu pengundi-pengundi muda ini untuk membuang undi dalam PRU yang ke-14. Mengapa tidak ada satu usaha untuk memastikan empat juta pengundi muda ini mendaftar sebagai pengundi? Salah satu cara yang paling mudah ialah melaksanakan pendaftaran automatik mengikut kepada di mana mereka bermastautin. Itu salah satu perkara, salah satu cadangan yang boleh kita laksanakan.

Keduanya Tuan Yang di-Pertua, pengundi-pengundi hantu. Isu pengundi- pengundi hantu yang menyelubungi PRU-13 masih berleluasa. Di kawasan Parlimen saya baru-baru ini dalam suku yang lepas, saya mendapati ada pihak-pihak cuba membawa 1,000 pengundi hantu ke dalam kawasan saya. Saya check satu persatu, ada di antara itu rumah kosong, ada di antara itu rumah usang. Ada rumah seorang Timbalan Menteri digunakan untuk membawa beberapa pengundi hantu. Ada rumah di mana ada kedai pejabat di mana dimiliki oleh bekas exco daripada MCA digunakan sebagai alamat untuk memindahkan pengundi-pengundi hantu ini.

Kita hendak complaint kepada SPR, kita buat bantahan kepada SPR, setiap bantahan memakan RM10. 1,000 bantahan telah belanjakan RM10,000. Bayangkan perkara macam ini berlaku. Kita buat bantahan, kita buat syor kepada SPR tetapi tak ada apa-apa tindakan. Walaupun bantahan itu diterima, walaupun nama-nama itu boleh dikeluarkan tetapi itu bukan satu cara untuk menyelesaikan isu pengundi hantu itu secara komprehensif. Selagi daftar pemilih itu tidak dibersihkan mengikut pengundi-pengundi yang sah di mana mereka bermastautin, selagi itulah kewibawaan SPR itu akan tetap tidak dipercayai oleh rakyat Malaysia.

final • 2:50 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Seremban, boleh mencelah sikit?

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Penampang bangun, Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Ya.

final • 2:50 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Seremban. Setujukah Yang Berhormat Seremban bahawa satu keraguan yang besar juga adalah pada proses pengundian, kamera smartphone boleh dibawa masuk dan ada kemungkinan gambar diambil atas siapa mereka undi dan mungkin ada salah guna ataupun rasuah berlaku pada ketika itu. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Memang itu satu kebimbangan yang saya rasa memang perlu diambil kira kerana pada ketika ini, setiap orang ada handphone yang boleh mengambil gambar dan gambar-gambar itu kalau digunakan untuk mengambil ballot tersebut, ia mungkin boleh menjadi satu komoditi untuk dijual untuk mendapat wang daripada calon-calon yang bertanding. Ini salah satu perkara yang saya rasa SPR perlu betul-betul mengkaji bagaimana kita mengatasi masalah ini. Sama ada larangan untuk pengundi-pengundi membawa masuk handphone mereka tetapi itu juga ada isu logistik dan sebagainya yang perlu kita kaji bersama-sama dan perlu ada satu langkah untuk memastikan bahawa ia tidak terjadi dalam PRU yang ke-14.

Isu yang terakhir dalam topik SPR ini Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan persempadanan semula. Pada hari ini, pameran kedua telah dipamerkan di seluruh negara untuk semua negeri tidak termasuk negeri Selangor. Kita mempertikaikan mengapa SPR bertindak untuk membuat pameran ini yang kedua walaupun ada kes di negeri Selangor di mana Kerajaan Negeri Selangor telah menyaman SPR untuk mempersoalkan sama ada proses persempadanan semula yang dijalankan oleh SPR ini berlandaskan Perlembagaan. Kes itu masih berjalan tetapi SPR seolah-olah tidak menghormati mahkamah. Mereka tetap mengadakan pameran yang kedua ini walaupun kes di negeri Selangor masih berjalan. Selangor ini merupakan sebahagian daripada Semenanjung Malaysia.

final • 2:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Sepatutnya Semenanjung Malaysia ini merupakan satu unit di mana segala proses persempadanan itu perlu dijalankan secara serentak dan sebagai satu unit. Akan tetapi Selangor bagaimana boleh dikecualikan dalam proses persempadanan semula ini dan negeri-negeri lain itu berjalan seperti biasa. Ini sesuatu yang saya rasa tidak menghormati proses dalam mahkamah.

final • 3:00 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Seremban, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Seremban tentang isu persempadanan semula ini.

Ketua Pembangkang yang lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun pernah memberikan amaran bahawa kita daripada barisan pembangkang tidak akan membenarkan isu persempadanan ini dibahaskan di Parlimen jika ia tidak berasaskan dengan prinsip yang telus dan adil. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Seremban, adakah Yang Berhormat Seremban sedar bahawa dalam bantahan yang pernah kita lakukan pada tahun lalu ketika pameran mengenai persempadanan semula ini dilakukan, perkara yang penting yang kita bangkitkan ialah soal bagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya dimestikan atau diwajibkan meminta nasihat daripada dua pegawai Kerajaan Persekutuan yang mempunyai pengetahuan mengenai topografi dan taburan penduduk di mana pegawai-pegawai itu hendaklah dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong, barulah persempadanan itu boleh dikatakan dilakukan dengan asas yang berkesan.

Akan tetapi sekarang tidak ada pelantikan, kemudian ditambahkan pula dengan pameran yang kedua. Dalam pameran kedua ini Tuan Yang di-Pertua, Bukit Katil pun dah hilang dah, tinggal Parlimen Hang Tuah Jaya. Jadi kalau saya menang, saya jadi Parlimen Hang Tuahlah. Akan tetapi sampai begitu sekali mereka lakukan, bulldoze tanpa mengambil kira prinsip ketelusan dan keadilan. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil.

Parlimen Bukit Katil mungkin namanya hilang tetapi Ahli Parlimen Bukit Katil tidak hilanglah, saya yakin. Hang Tuah Jaya itu saya tidak tahulah, yang saya tahu ada Hang Tuah Mall di Melaka. Mengapa diberikan nama Hang Tuah Jaya? Jadi, ini persoalan-

final • 3:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

persoalan dan saya masukkan ucapan Yang Berhormat Bukit Katil ke dalam ucapan saya untuk dijawab oleh pihak kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak masuk kepada bab yang ketiga atau topik yang ketiga iaitu pelancongan. Baru-baru ini apabila hebahnya isu pembunuhan Kim Jong Nam ini, baru rakyat Malaysia tahu bahawa selama ini sebenarnya rakyat Korea Utara boleh masuk ke Malaysia tanpa visa. Mereka boleh keluar masuk ini tanpa visa, tidak ada sekatan langsung, hanya pasport sahaja mereka boleh masuk. Padahal selama ini kita memperjuangkan dalam Dewan yang mulia ini pasaran-pasaran yang besar untuk pelancongan seperti pasaran negara China, pasaran negara India, perlu ada visa.

Kita memperjuangkan, kita kena buat banyak proses, baru Kementerian Dalam Negeri memberikan visa free kepada negara-negara yang mempunyai hubungan yang amat baik dengan kita. Negara China dan negara India perlu ada visa lagi.

Sekarang bagi visa free hanya untuk lima belas hari. Akan tetapi sebuah negara yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa, satu ‘route states’, Korea Utara diberikan visa free. Jadi saya tidak faham bagaimana dasar visa ini dilaksanakan oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Luar Negeri.

Akan tetapi apa pun dalam soal ini, saya hendak mengatakan bahawa dalam isu pelancongan. Kita memang tahu bahawa faktor visa ini merupakan satu faktor yang penting. Baru-baru ini kita telah melawat, membuat kunjungan hormat kepada Duta Besar negara China. Salah satu perkara yang beliau bagi pandangan dan bagi feedback kepada kita ialah dalam industri pelancongan. Beliau mengatakan bahawa negara China boleh menyumbang lebih kepada industri pelancongan negara kita. Beliau kata ada satu pasaran baru yang belum diterokai oleh Kerajaan Malaysia khususnya oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Ia di wilayah utara di China, sebuah wilayah yang bernama Heilongjiang.

Heilongjiang ini mempunyai hampir 40 juta orang penduduk dan wilayah ini amat kaya.

Setiap tahun ada berjuta-juta warga emas di wilayah ini kerana terlalu sejuk di tempat mereka, mereka perlu melancong ke arah selatan negara China untuk mengelak daripada musim sejuk. Mereka ini mempunyai pendapatan yang amat tinggi, mempunyai kuasa pembelian yang amat tinggi dan mereka sekarang ini banyak pergi ke Hainan Island, Pulau Hainan di negara China. Akan tetapi Pulau Hainan ini merupakan satu tempat pelancongan yang kosnya amat tinggi sekarang, kos penginapan yang amat tinggi.

Duta Besar China mengatakan bahawa penduduk-penduduk di Heilongjiang ini, pelancong-pelancong jangka panjang ini, mereka mungkin datang dua tiga bulan.

Mereka bersedia datang ke Malaysia tetapi mereka memerlukan satu kemudahan iaitu memerlukan kemudahan visa untuk lebih tiga bulan ataupun sekurang-kurangnya tiga bulan supaya mereka boleh duduk menginap di sini, tiga bulan mereka melancong dan mereka suka Malaysia. Ini kerana kebudayaan dan juga mungkin dengan masyarakat Cina tempatan mereka boleh bergaul, ada bahasa yang sama dan sebagainya.

Ini merupakan satu pasaran baru yang kita boleh terokai dan saya harap pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bersama-sama dengan pihak Kementerian Dalam Negeri mengkaji perkara ini dan bagaimana kita menarik pelancong-pelancong jangka panjang ini daripada Heilongjiang khususnya dan juga amnya dari negara China dan juga negara-negara lain. Ini kerana kita lihat negara jiran kita di Phuket, di Krabi, pasaran pelancongan mereka bukan hanya pelancong-pelancong jangka pendek.

Mereka juga ada banyak pelancong dari Eropah yang duduk di sana berbulan-bulan semasa musim sejuk dan ini memberikan impak yang begitu besar kepada sektor pelancongan di negara Thailand.

Saya harap pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia juga mengambil iktibar ini dan juga mengkaji bagaimana kita boleh menarik pelancong- pelancong jangka panjang ini supaya mereka boleh melancong di Malaysia berbulan- bulan. Bayangkan kalau berbulan-bulan, jumlah perbelanjaan mereka ini sudah tentunya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Pelancongan ini seperti Titah Tuanku, memberikan satu sumbangan yang besar kepada ekonomi negara. Kita terasa terkilan kerana walaupun banyak perbelanjaan untuk banyak kementerian telah dipotong tetapi sepatutnya untuk pelancongan ini kita tidak boleh potong perbelanjaannya khususnya untuk bajet pengiklanan, bajet promosi dan sebagainya dan bajet untuk memperkenalkan produk- produk pelancongan tidak sepatutnya dipotong. Satu projek yang kita telah cadangkan kepada pihak kementerian khususnya daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membuat projek cabel car di Bukit Bendera.

final • 3:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Saya harap projek ini tidak dibatalkan dan diberikan priority oleh pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan juga pihak Kerajaan Pusat supaya meluluskan bajet untuk pembinaan projek cabel car di Bukit Bendera ini. Ini kerana produk Bukit Bendera ini telah menjadi satu produk pelancongan yang begitu penting dan menarik ramai pelancong ke negeri Pulau Pinang khususnya.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang keempat, perumahan. Baru-baru ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat satu keputusan bahawa Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak ada kuasa untuk memberikan...

final • 3:00 PM

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak memaklumkan perkara ini adalah subjudis dan tidak boleh dibincangkan di dalam Parlimen ini Yang Berhormat kerana kes ini masih dalam...

final • 3:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Saya pun belum masuk.

final • 3:00 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Nanti dulu, kerana kes ini masih lagi dalam peringkat rayuan di Mahkamah Rayuan yang telah pun kita failkan pada hari Jumaat...

final • 3:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Faham, faham, faham.

final • 3:00 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

...3 Mac oleh Jabatan Perumahan Negara. Saya minta maaf dengan Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Faham. Saya tahu Yang Berhormat Tenggara itu standby.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dia lebih maklum perkara ini Yang Berhormat, jadi kalau dalam mahkamah tentu sekali tidak boleh dibahas.

final • 3:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Saya cuma nak tanya. Tuan Yang di- Pertua, saya bukan merujuk kepada kes itu, saya hendak tanya apa kriteria untuk Menteri bagi tempoh lanjutan. Saya hendak tahu semasa Yang Berhormat Kota Belud menjadi Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berapakah projek yang telah dia bagi kepada tempoh lanjutan ini kerana ini mungkin satu tip of the iceberg. Pemaju itu adalah satu pemaju yang cukup buruk, BHL. Saya hendak declare interest saya dulu. Kakak saya juga ada beli satu projek di Cheras, empat tahun dah diberikan tempoh lanjutan, tidak siap lagi. Walaupun tidak siap lagi, struktur bangunan belum siap, dia dah minta deposit air, deposit elektrik. BHL ini, syarikat BHL, BHL Construction dan BHL Gemilang, ini satu syarikat yang sama.

final • 3:00 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Yang Berhormat, ini ada kaitan dengan pihak syarikat dan saya dah sebut it is subjudis. So Tuan Yang di-Pertua, saya mohon pertimbangan. Terima kasih banyak.

final • 3:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

With due respect, saya amat respect kepada Yang Berhormat Tenggara terutamanya hari ini Hari Wanita. Akan tetapi with due respect, subjudis atau tidak subjudis, itu adalah arahan daripada Tuan Yang di-Pertua, bukannya Timbalan Menteri.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Akan tetapi saya Yang Berhormat...

final • 3:00 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sila pertimbangkan. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Cuma saya hendak tanya, saya tak...

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, saya dah buat, saya dah tegur bahawa perkara itu, saya telah katakan tadi bahawa perkara ini dalam pertimbangan. Kementerian lebih maklum, tentu sekali apabila dimaklumkan bahawa perkara ini sedang dalam peringkat appeal dan tentu sekali ia fall into subjudice punya larangan. Jadi saya minta Yang Berhormat beralih kepada tajuk yang lain.

final • 3:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Saya faham. Tajuk ini saya cuma minta selama Yang Berhormat Kota Belud menjadi Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berapakah projek yang telah diberikan tempoh lanjutan dan apakah kriteria untuk setiap projek diberikan tempoh lanjutan.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

That’s fair, setakat itu sahaja Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Ya, itu saya hendak tanya. Itu perlu dijawab oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sekarang ini, mungkin Yang Berhormat Tenggara pun boleh jawab. Jangan pertahankan Yang Berhormat Kota Belud itu.

final • 3:00 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:00 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Tuan Yang di-Pertua, ini lagi satu sangkaan jahat.

final • 3:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Sangkaan jahat itu daripada...

final • 3:00 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Jangan gunakan ayat, “Jangan mempertahankan Yang Berhormat Kota Belud”. Sangkaan jahat itu. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Yang Berhormat Tenggara kena mempertahankan kebenaran.

final • 3:00 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Tidak, hari ini Hari Wanita Tuan Yang di-Pertua, please.

final • 3:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Kebenaran kena dipertahankan oleh Yang Berhormat Tenggara.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Teruskan Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique

Jangan ada sangkaan jahat. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Yang kedua ini, yang seterusnya, ini bukan sangkaan, ini berkenaan dengan Yang Berhormat Arau. Ini berkenaan dengan cara pembayaran BR1M. Saya lihat ada banyak aduan dalam media, khususnya di negeri Perlis dan negeri Perak. Dua buah negeri sahaja dibenarkan ada pembayaran BR1M secara manual. Semua tempat mereka direct bank in kepada akaun penerima-penerima BR1M masing-masing.

final • 3:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Mengapa Perlis, mengapa negeri Perak, saya tengok Ipoh Timur ada, Batu Gajah beratur berjam-jam. Orang tua sampai tunggu BR1M itu pengsan. Bagaimana kerajaan boleh membenarkan ini berlaku. Ini dasar kerajaan.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ini tanya kementerian, bukan Yang Berhormat Arau jawab. Nanti dia bangun Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Saya bukan tanya dia. Saya kata pasal dia.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya risau nanti dia bangun.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Sebab saya tahu di negeri Perlis itu Yang Berhormat Arau yang mengarahkan supaya diberikan secara manual dan dasar ini, keputusan memberikan secara manual ini sepatutnya dibuat oleh Kementerian Kewangan. Memang ini merupakan praktis beberapa tahun ini.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Setujulah BR1M itu.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Mengapa apabila ada wakil Perhimpunan Agung UMNO membangkitkan isu ini dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun lepas kenalah bagi Menteri, kenalah bagi pemimpin UMNO, Ketua Bahagian UMNO untuk memberikan BR1M supaya ada mileage politik.

final • 3:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

[Bangun]

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Saya tidak bagi jalan.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Hari itu tidak setuju BR1M.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Saya tidak bagi jalan, duduk. Yang Berhormat Arau duduk.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Seremban tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Saya tidak bagi jalan.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Peraturan mesyuarat.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Okey, peraturan mesyuarat.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Peraturan mesyuarat.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Saya minta Kementerian Kewangan supaya membatalkan pembayaran secara manual. Semua penerima BR1M sepatutnya menerima...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Peraturan mesyuarat. Kena respect peraturan mesyuarat Yang Berhormat ya.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Duduk, duduk. Very good.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Peraturan mesyuarat mana Yang Berhormat Menteri?

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Sangkaan buruk. Saya tidak sempat tengok.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Peraturan Mesyuarat 36.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Sangkaan jahat. Dia menuduh, dia kata arahan Arau. Ini adalah keputusan kerajaan. Saya hendak beritahu Yang Berhormat bahawa pemberian secara manual yang dibuat sekarang adalah yang terbaik. Sebab apa? Semua penerima BR1M boleh menerimanya dalam masa 45 minit.

final • 3:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terbaik sampai pengsan.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

45 minit atau satu jam. Kita ada empat Bank Simpanan Nasional di Perlis untuk 52,000 orang untuk pengetahuan Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat berdasarkan media sosial. Yang media sosial bukan semua orang yang terima BR1M. Keduanya, sebahagian daripada media sosial bukan datang daripada Perlis.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Dia bukannya standing order. Dia hendak berhujah, ini bukannya standing order.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Saya hendak beritahu, pemberian manual di Perlis adalah terbaik tetapi Yang Berhormat telah menuduh bahawa Arau yang buat keputusan ialah sangkaan jahat daripada seorang penjahat.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Ini bukan sangkaan jahat. Ini seolah-olah tidak mengikut dasar kerajaan sebab dasar kerajaan pembayaran sekarang sebarang pembayaran melalui elektronik, termasuk gaji Ahli Parlimen dibayar melalui elektronik.

Semua pembayaran oleh kerajaan sepatutnya dilakukan secara elektronik.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat, kerajaan telah membuat keputusan bahawa pemberian yang pertama dibuat melalui manual. Kedua dan ketiga telah diputuskan berdasarkan kepada permintaan. Akan tetapi kebanyakannya kedua dan ketiga adalah melalui akaun.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Bukannya soal permintaan atau bukan permintaan. Ini dasar, ini dasar kerajaan pembayaran secara elektronik.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Jangan berdebat Yang Berhormat ya.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat telah menuduh saya.

Saya tidak pasti siapa yang bagi maklumat kepada Yang Berhormat. Akan tetapi saya hendak beritahu...

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Akan tetapi Yang Berhormat Arau sendiri mengatakan bahawa...

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Saya hendak beritahu bahawa Arau sendiri akan buat pada hari Sabtu, Ahad, Isnin. Yang Berhormat boleh tengok di antara pemberian BR1M yang terbaik dalam dunia akan dibuat di Arau.

final • 3:10 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, teruskan Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat akan terkejut melihat bahawa...

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Dia ambil masa saya dua minit. Lagi dua minit.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Teruskanlah ya.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Oleh sebab dia menuduh saya.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Okeylah. Duduklah.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tadi Yang Berhormat sudah jelaskan.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tarik balik. Tariklah, tariklah.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Tak ada tarik-tarik.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Mana tarik-tarik.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak mengapalah Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Itu sangkaan buruk.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Saya minta supaya Kementerian Kewangan supaya membatalkan sebarang pembayaran secara manual.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Dia menuduh saya...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Dia tuduh saya.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya dengar tadi seolah-olah arahan itu datang daripada Yang Berhormat Arau tetapi sebenarnya dia bertanya kepada Kementerian Kewangan. Akan tetapi walau bagaimanapun Yang Berhormat Menteri sudah bagi penjelasan bahawa tidak ada dipersalahkan Yang Berhormat Arau tentang mekanisme dan dasar dan pemberian yang dibuat itu. Jadi jelas Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Tetapi Yang Berhormat Arau hendak jadi hero.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak perlulah, tidak perlulah.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Dia kata dia boleh control Perlis. Dia tidak perlu pun Menteri Besar, dia tidak perlu dekat Perlis itu.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Okey, 24 saat lagi Yang Berhormat. Habiskanlah ya.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ini sangkaan jahat yang kedua.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Itu bukan sangkaan jahat. Sebenarnya saya puji yang melambung kepada Yang Berhormat Arau menunjukkan betapa berpengaruhnya Yang Berhormat Arau di negeri Perlis itu.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Sebenarnya kalau berlaku kelam kabut, yang untung pembangkang. Jadi...

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Kita hendak tengok kesejahteraan rakyat, keselamatan rakyat dipertahankan. Bukannya soal politik.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ini dalam kes Perlis saya hendak beritahu bahawa Barisan nasional...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Dia ambil masa saya dua minit.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Itu sebahagian daripada ucapanlah ya.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Tuan Yang di-Pertua, ini Yang Berhormat Arau kacau. Saya minta dua minit lagi.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tahniah, tahniah. Yang Berhormat telah berjaya.

final • 3:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Ini Yang Berhormat Arau sabotaj, sabotaj.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Ini Yang Berhormat Arau sabotaj.

final • 3:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Tuan Yang di- Pertua, kena bagi dua minit lagi.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dah, sudah habis masa.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Minta satu minit.

final • 3:10 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Itu jadi macam itulah, kelam kabut.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terakhir, terakhir. Tuan Yang di-Pertua, terakhir. Duduklah.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

You duduk. You tuduh saya.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Saya punya floor.

final • 3:10 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Arau, jangan kacaulah. Yang Berhormat Arau...

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

You tuduh saya.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Duduklah.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

You duduk.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

You duduk dahulu.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Dia tuduh saya Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Ini bukan floor Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Arau tidak payah layan Yang Berhormat Seremban ini. Yang Berhormat Kota Melaka pun tidak suka dia.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Ini bukan floor Yang Berhormat Arau.

final • 3:10 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tidak payah layan Yang Berhormat Seremban. Yang Berhormat Kota Melaka pun tidak suka dia.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Ini bukan floor Yang Berhormat Arau.

Duduk.

final • 3:10 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Lenggong, duduk Yang Berhormat Lenggong.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, kalau DAP betul adil, kenapa biarkan Yang Berhormat Kota Melaka...

final • 3:10 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Arau, jangan layan Yang Berhormat Seremban. Tak guna layan Yang Berhormat Seremban.

Yang Berhormat Kota Melaka pun tidak suka dia.

final • 3:10 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Lenggong batu api, Yang Berhormat Lenggong batu api.

final • 3:10 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Kota Melaka pun tidak suka.

final • 3:10 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Duduk Yang Berhormat Arau.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tidak payah jaga kesejahteraan rakyat.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 3:10 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Seremban sudah habis masa Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Satu minit tambahan.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya cukuplah.

Terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Akhir sekali satu poin akhir sekali. Berkenaan dengan harga siling untuk harga minyak. Saya harap ada satu sesi dialog bersama-sama dengan Ahli Parlimen. Saya minta kementerian yang berkenaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri supaya mengadakan satu sesi dialog bersama-sama Ahli Parlimen untuk membincangkan soal dan mekanisme harga siling untuk harga minyak untuk rakyat Malaysia.

Ini kerana ada dialog dengan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak tetapi saya rasa tidak boleh mendengar sahaja daripada perspektif stesen minyak tetapi juga kena mendengar dari perspektif rakyat dan wakil rakyatlah yang sepatutnya berdialog dengan pihak kementerian untuk memastikan apakah mekanisme yang sepatutnya digunakan untuk melaksanakan harga siling ini pada bulan yang akan datang. Sekian terima kasih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ya ada trend baru Yang Berhormat Seremban dengan Yang Berhormat Arau selalu bertegang urat leher. Yang Berhormat Lenggong.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Sebab DAP kata hendak bela rakyat, ahli DAP pun dia tidak jaga. Yang Berhormat Kota Melaka terpaksa berhenti.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Itu tidak payah jawab Yang Berhormat ya.

final • 3:10 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Banyak Ahli Parlimen UMNO pun tidak boleh jaga juga, sama juga.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Tanya Tun Dr. Mahathir la.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat Kota Melaka seorang yang cukup baik.

final • 3:10 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

Dr. Mahathir pun tidak boleh jaga, mantan Perdana Menteri tidak boleh jaga.

final • 3:10 PM

Seorang Ahli

Menteri ampa pun letak jawatan.

final • 3:10 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tuan Yang di-Pertua..

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lenggong ya. Sudah selesai.

final • 3:10 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Pertelingkahan tadi jangan masuk sebagai waktu saya.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tak. Waktu belum start Yang Berhormat. Masa masih 30 minit.

final • 3:10 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Apa pun yang nyata Tuan Yang di-Pertua, tidak payah layan DAP, sebab tengok contoh Yang Berhormat Kota Melaka pun lari awal.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Hei, masa jalan.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masa boleh jalan sekarang.

final • 3:10 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk berbahas dalam Titah Ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Pertamanya, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya Sultan Muhammad V telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong. Bagi pihak

final • 3:17 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

rakyat dari Lenggong, kita rakamkan ucapan tahniah atas pelantikan tersebut. Saya percaya di bawah pemerintahan Baginda, Baginda dapat memayungi negara ini dengan baik dan dapat memupuk perpaduan di kalangan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan inti pati ucapan dan Titah Baginda, banyak perkara yang disentuh baik soal kepentingan negara, dari segi ekonomi, soal kedaulatan, soal perkhidmatan, soal pembangunan, semua aspek disentuh. Akan tetapi hakikat yang nyata Titah Baginda dengan jelas mengakui bahawa kerajaan yang ada hari ini benar- benar kerajaan yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

[Tepuk] Ini juga bermakna bahawa Titah Baginda dengan jelas bahawa kita adalah kerajaan yang berjaya menunaikan tanggungjawab dengan baik walaupun ada umpat keji, tohmahan, nista, dengki dan sebagainya oleh rakan-rakan sebelah sana tetapi tidak mengapalah. Kita biarkan mereka kerana mereka memang dilahirkan begitu untuk tidak bersetuju dengan kita sebenarnya.

Tuan Yang di-Pertua, Program Transformasi Negara. Tidak mengapa Yang Berhormat Seputeh. kalau agak hendak bercakap bangun. Jangan menjerit di situ.

Program Transformasi Ekonomi yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merupakan antara faktor yang menjadikan Malaysia berjaya meningkatkan daya tahan ekonominya sejak tahun 2009 lalu.

Menerusi ETP kita lihat Malaysia tidak lagi terlalu bergantung kepada harga komoditi dunia, perdagangan antarabangsa dan pelaburan asing berbanding sebelum ini. Kalau kita bandingkan dengan Singapura misalnya, ekonomi kita berkembang daripada 4.7 peratus pada tahun 2013, 6 peratus – 2014, 5 peratus – 2015. Kemudian kita lihat perkembangan-perkembangan suku pertama sahaja sudah tahun lalu dan tahun ini juga sudah berlaku peningkatan.

Ini menunjukkan bahawa apa yang dilaksanakan, dirangka oleh kerajaan benar- benar mampu untuk membolehkan ekonomi kita berada dalam keadaan baik. Sudah tentu juga kita lihat pelbagai perkara-perkara positif yang boleh membantu perkembangan ekonomi dan membantu rakyat di pelbagai peringkat.

final • 3:17 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tuan Yang di-Pertua, kita juga lihat kerajaan juga mempamerkan komitmen untuk terus menyeimbangkan semula ekonomi domestik dan merapatkan jurang antara bandar, luar bandar, antara timur dan barat dengan pelbagai program umpamanya pembinaan infrastruktur berskala besar, Pan Borneo misalnya dan projek Kereta Api Pantai Timur dan sebagainya. Inilah projek-projek yang akan memberi impak besar kepada rakyat secara keseluruhannya. Sudah tentu saya percaya barangkali untuk masa akan datang mungkin juga boleh difikirkan lagi laluan-laluan yang juga boleh membantu untuk terus memberi perkembangan yang baik kepada negara. Misalnya kalau boleh dicadangkan di sini kalau laluan daripada Kuala Kangsar dibawa masuk ke Lenggong, ke Gerik terus ke kawasan di Kulim dan keluar ke Pulau Pinang, itu yang baik. Saya tengok cikgu saya, Ahli Parlimen Gerik pun angguk. Dia bersetuju dengan pandangan ini. Ia juga boleh membangunkan kawasan World Heritage misalnya, Royal Belum dan juga pembangunan industri di Kulim. Ini laluan yang cukup baik. Saya harap perkara seumpama ini diberi kajian oleh kerajaan.

Apa yang pentingnya, kita dapat lihat kejayaan kerajaan apabila mewujudkan sistem bantuan subsidi bersasar ini dan menggantikan subsidi secara pukal yang sering kali disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini termasuklah pemberian BR1M. BR1M ini baik, Yang Berhormat Arau. Kalaulah kaedah pemberian BR1M diberi secara manual dan dilibatkan juga Yang Berhormat Seremban, saya ingat dia puji berganda-ganda.

Oleh sebab dia tidak terlibat, itu dia marah, bukan apa. Bukan kerana tidak baik tetapi kerana dia rasa rugi di situ. Itu sahaja. Jadi sebagai contoh, itu programnya. Saya percaya banyak lagi subsidi bersasar ini dibuat. Baik bantuan kepada nelayan, bantuan kepada sekolah, kita bercakap tentang hendak angkat pendidikan kita bertaraf dunia tetapi kita juga bagi bantuan persekolahan RM100 dan sebagainya.

Maknanya, inilah bentuk-bentuk bantuan yang dibuat oleh kerajaan yang sebenarnya mengelakkan ketirisan, mengurangkan kerugian dan memberi tumpuan kepada golongan kelompok yang dibuat dan dilihat penting oleh kerajaan. Oleh sebab itu, saya berharap kerajaan untuk tidak terpengaruh dengan pelbagai tohmahan dan perkara-perkara yang dilemparkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan teruskan usaha-usaha begini. Saya percaya rakyat akan menilai kita dan akan memberi terus kepercayaan kepada kita.

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Umpamanya kalau kita lihat baru-baru ini bagaimana ada pihak tertentu yang kononnya mengatakan bahawa negara luar tidak yakin kepada kita. Tidak yakin hendak melabur dalam negara kerana kononnya negara kita hendak bankrap tetapi lihat bagaimana kehadiran Baginda Raja Salman Abdulaziz Al Saud datang ke negara kita dan melabur dalam satu jumlah yang cukup besar. Ini memberi impak kepada rakyat dan keuntungannya bukan hanya kepada mereka yang menyokong Barisan Nasional.

[Tepuk] Hakikatnya ia akan memberi impak kepada rakyat secara keseluruhan. Orang di Seremban pun dapat, di Gelang Patah pun dapat. Kota Melaka tentulah. Selepas ini pindah ke sini, Yang Berhormat Kota Melaka, ya. Jangan duduk di sana semula. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian maknanya...

final • 3:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Lenggong.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Boleh?

Sikit sahaja, Yang Berhormat Lenggong. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Saya sebenarnya tertarik sekejap sebab bila dikatakan pencapaian kita ini bankrap dan sebagainya. Apa pandangan Yang Berhormat Lenggong? Sebenarnya apa pun pandangan mereka, dia songsang. Apa yang baik, dia kata tidak baik. Badan-badan bebas kata bagus, dia kata tidak bagus. Kita kata mengembang, dia kata menguncup. Jadi bolehkah kita minta rakyat lupakanlah mereka ini sebab dia songsang sedikit. Apa pandangan Yang Berhormat Lenggong?

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Saya kata awal tadi, mereka dilahirkan begitu. Payah kita hendak buat. Kita kata ‘’A’’, dia kata ‘’B’’. Kita kata ‘’B’’, dia kata ‘’C’’. Itu keadaannya. Jadi saya harap rakyat fahamlah.

final • 3:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Lenggong.

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Ini kerana apa yang kita buat ini terbukti.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rasah bangun, Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Ekonomi kita diakui oleh Bank Negara, diakui oleh...

final • 3:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Lenggong.

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Sekejap. Saya bagi, bukan saya takut. Saya bagi sekejap. Saya hendak habiskan ayat ini dulu. Maknanya yang kita buat dan kita lakukan dalam negara kita ini diperakui. Diakui oleh World Bank, diakui oleh Fitch Ratings, Standard and Poor’s, oleh badan penarafan antarabangsa yang ada kredibiliti. Jadi kalau yang perakui ialah badan-badan yang ada kredibiliti, yang diakui, tidak akanlah kita hendak dengar cakap kedai kopi yang dibuat oleh rakan-rakan kita di sebelah sini. Sila. Pendek ya.

final • 3:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Lenggong. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Cuma saya rasa kawan-kawan dari pihak sana khususnya Yang Berhormat Lenggong banyak keputusan laporan- laporan yang dilontarkan supaya rakyat boleh mempunyai keyakinan terhadap kerajaan.

Akan tetapi bagi saya, saya rasa sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab, kita haruslah selalu turun padang, dengar apakah suara mereka. Saya percaya kalau kita semua turun padang, kebanyakan daripada rakyat tidak kiralah kaum khususnya mereka yang berpendapatan rendah, kesemuanya boleh merasa kesusahan.

Akan tetapi saya tidak tahu mengapa kawan-kawan di sebelah sana suka sangat mengagung-agungkan dasar-dasar di mana khususnya sebagai contoh, GST menguntungkan kerajaan tetapi orang yang di bawah, mereka merasa kesusahan. Saya harap Yang Berhormat di sebelah sana boleh merasai apa yang di rasa oleh rakyat di situ.

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Kalau diukur, saya percaya yang rajin turun padang ialah sebelah sini.

[Ketawa]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rasah boleh duduk, Yang Berhormat Rasah.

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Saya sebut tadi...

final • 3:20 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Lenggong.

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Duduk, duduk dulu.

Ini floor saya. Duduk sekejap, saya sudah bagi tadi.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Duduk, Yang Berhormat Rasah.

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Saya sebut tadi kita bercakap juga soal yang besar tetapi kita juga memberi bantuan yang kecil-kecil. Apa maknanya? Maknanya dalam keadaan kita bercakap isu besar, ekonomi berskala besar, kita juga fikir rakyat tidak ada kasut sekolah, rakyat tidak ada beg sekolah. Kita bagi. Ini kerajaan yang bertanggungjawab. Bukan macam Kerajaan Negeri Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri Selangor. Ini yang saya sebut. Oleh sebab itu apa yang kita buat hari ini sebenarnya menjadi kegusaran.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Kawan bangun, Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Apa dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang?

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Apa, apa, apa?

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi, Yang Berhormat?

final • 3:20 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Kenapa dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang? Tadi menuduh sahaja, ‘bukan macam Kerajaan Negeri Pulau Pinang’. What’s about dengan Pulau Pinang?

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yalah, sekejaplah.

Saya bagi laluan. Ini peraturan mana dipakai ini?

final • 3:20 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Apalah Yang Berhormat Lenggong ini? Tidak ada asas pun. Main tembak sahaja.

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Sekejap. Kalau hendak cakap, minta laluan.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak bagi jalan, Yang Berhormat. Kena minta jalan, Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Duduk dulu, duduk dulu. Dia sudah panas kot.

Tuan Yang di-Pertua, hakikatnya kita bukan sahaja turun padang. Kita dengar.

Kerajaan kita, tengok hari ini, apabila kerajaan mula merancang untuk 50 tahun akan datang. Apa yang hendak dilakukan. Ini bukan perkara main-main. Menunjukkan bahawa kita fikir bukan hanya isu sekarang tetapi isu akan datang. Pergi kepada semua kelompok. Semua golongan. Petani, nelayan. Kita mahu merangka. Ini menunjukkan bahawa kita adalah kerajaan yang bertanggungjawab yang tidak hanya retorik, bercakap sahaja. Ada yang bercakap sahaja, buat tidak. Ini sebelah sini. Ini bercakap dan buat. Ini terbukti sekalian. Oleh sebab itu saya percaya dan saya harap kerajaan lakukanlah.

Buatlah kerja baik. Biasanya kerja baik ini memang orang tidak suka tetapi buat. Saya percaya rakyat akan nilai kerja kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya hari ini cukup bangga sebagai rakyat dengan ketegasan kerajaan. Walaupun negara kita kecil, walaupun kita tidak ada keupayaan ketenteraan berbanding dengan kuasa Korea Utara, tetapi semangat kita, keberanian kita. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bergegas balik daripada mesyuarat penting di Jakarta untuk apa? Untuk mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara.

Ini apa buktinya? Ini bukti bahawa keutamaan kerajaan ialah menjaga rakyat. Maknanya Kerajaan Barisan Nasional ini bukan fikir soal hendak bina kereta api laju sahaja. Soal kebajikan rakyat, soal kepentingan rakyat.

Sebab itu hari ini saya minta dalam Dewan ini, kalaulah Tuan Yang di-Pertua perlu kita buat usul khas untuk menyatakan sokongan kita wakil rakyat tanpa mengira latar belakang untuk pertahankan negara, saya cadangkan kita buatlah usul khas supaya ada usul khas tentang perlunya kita tunjukkan kepada dunia kerana apa yang berlaku hari ini, dilihat di seluruh dunia. Biar negara kita kecil, tidak apa tetapi tunjukkan rakan-

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

rakan daripada parti yang berbeza walaupun berbeza fahaman, kita tolak ke tepi. Ini soal mempertahankan negara. Kita kena sokong sungguh-sungguh soal maruah negara.

Oleh sebab itu Ahli Yang Berhormat sekalian, saya amat menyokong, amat bangga dengan pendirian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang membuat pendirian ini. Saya percaya rakyat bersama untuk mempertahankan kedaulatan negara. Apa pun, ini negara kita. Wajib kita pertahankan.

[Tepuk]

final • 3:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat Lenggong, sikit Yang Berhormat Lenggong.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Katil bangun, Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 3:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Saya tertarik dengan pandangan Yang Berhormat Lenggong mengenai hubungan mengenai masalah North Korea ini. Apa pandangan Yang Berhormat Lenggong apabila Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu semalam telah pun menggesa Malaysia dan Korea Utara bertenang dan meminta supaya sebarang masalah itu diselesaikan dengan saluran diplomatik. Kadang-kadang tidak perlu untuk escalate benda ini dengan izin bagi tujuan politik tetapi lebih kepada menggunakan pendekatan diplomasi. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Sebut dah dibuat.

Saya sudah sebut tadi. Apa yang dibuat oleh kerajaan ini bukan soal politik, bukan soal kita hendak menang pilihan raya. Ini soal negara dan pelbagai pihak saya percaya memberi pandangan kepada kerajaan kita. Namun saya cukup yakin bahawa apa yang dibuat oleh kerajaan tentu mengambil kira semua aspek, semua perkara. Akan tetapi hakikat dan perkara yang paling penting ialah kita mesti berada bersama dengan kerajaan untuk mempertahankan negara ini. Ini perkara wajib yang perlu kita buat.

Sebab itu saya hendak syorkan SKMM ini. Sudah saya tengok mula viral dalam media sosial. Bandingkan negara kita dengan meriam buluh. Korea Selatan dengan peluru berpandu dan sebagainya. Kalau ada mana-mana pihak yang mempermainkan isu ini, tangkap saja, kenakan tindakan mengikut undang-undang. Jangan sekali-kali ada mana-mana rakyat dalam negara ini yang ada rasa, ada niat untuk memperlekehkan usaha kerajaan kerana ini soal maruah kita. Ketepikanlah soal kepentingan politik dan perbezaan. Ini soal maruah kita.

Sebab itu saya menyokong pendirian yang dibuat oleh kerajaan dan saya harap, fikirkanlah kalau perlu ada usul khas dalam Dewan ini. Kita buat usul untuk menyatakan pendirian kita sebagai wakil-wakil rakyat untuk menyatakan pendirian tentang krisis Malaysia dengan Korea Utara. Sudah tentu pandangan-pandangan daripada PBB dan sebagainya, saya percaya diambil kira oleh pucuk pimpinan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya tadi sebut sedikit tentang TN50. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat berhormat Perdana Menteri kerana idea yang begitu baik dan tahniah kepada Yang berhormat Menteri Belia dan Sukan dan Menteri-menteri lain kerana mengambil inisiatif untuk kesemua peringkat, kesemua lapangan bagi membolehkan agenda negara ini datang daripada rakyat. Berbeza dahulu waktu merangka Wawasan 2020, ia datang daripada atas, tidak melibatkan rakyat secara keseluruhannya.

Apabila Transformasi Nasional ini yang bersifat eksklusif ini yang mahu mendapat pandangan, idea, inspirasi, memelihara tuju negara melalui Wacana Nasional, ia cukup baik sekali. Saya percaya, marilah kita memberi sokongan. Cuma saya harap Kementerian Belia dan Sukan juga memberi tumpuan kepada golongan muda di luar bandar ini. Tunjukkan kepada rakyat bahawa kita juga mendapat pandangan daripada mereka kerana apa yang kita buat tentu akan memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhannya. Jadi saya harap perkara in diteruskan, libatkan semua pihak dan ia memang penting menjadi besar kepada negara.

Tuan Yang di-Pertua, disentuh juga dalam Titah Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong soal yang berkaitan dengan kekeluargaan bagi menjamin kebajikan dan juga membela golongan wanita.

Saya ambil kesempatan bagi rakyat di Lenggong mengucapkan Selamat Hari Wanita. Selamat Hari Wanita, Yang Berhormat Tenggara. Saya percaya wanita cukup

final • 3:30 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

penting kepada pembangunan negara ini. Sudah tentu kita bukan hanya meraikan hari wanita, hari kanak-kanak tetapi kita harus memberi pembelaan secara khusus kepada mereka. Oleh sebab itu saya percaya apabila Rang Undang-undang Kanak-kanak

(Pindaan) 2015 misalnya, buku garis panduan pengendalian kes keganasan rumah tangga dan pelan tindakan pemerkasaan ibu tunggal misalnya yang dirangka oleh kerajaan penting dan perlu difahami oleh semua pihak dan terbaru, kerajaan juga telah menggubal Dasar dan Pelan Tindakan Keluarga Negara.

Saya harap perkara-perkara ini tidak hanya menjadi dokumen tetapi mesti dihadam oleh rakyat dan mesti diketahuinya. Hari ini kita lihat perkara-perkara yang berkaitan dengan penganiayaan seksual misalnya kepada kanak-kanak, kepada wanita begitu berleluasa dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan sindiket-sindiket misalnya meminta sedekah di merata tempat dilakukan bukan hanya oleh warganegara Malaysia tetapi banyak juga oleh warganegara luar perlu ditangani dengan baik, dengan berkesan supaya isu ini tidak berterusan berlaku dalam negara ini.

Oleh sebab itu saya ingin bertanya berapakah jumlah sebenarnya kanak-kanak dan wanita ibu tunggal yang berada dalam pemerhatian kerajaan dan mendapat bantuan rawatan psikologi daripada kementerian? Apakah perancangan seterusnya kementerian terhadap golongan ini dan untuk mereka kembali kepada masyarakat dan dunia sebenar.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ambil kesempatan dalam Dewan ini untuk mengucapkan tahniah— Yang Berhormat Arau pun sudah keluar, kepada agensi-agensi yang terlibat dalam mengendalikan bencana dalam negara kita. Kita tahu dengan fenomena perubahan iklim yang berlaku pada hari ini, banjir, kemarau tidak tentu masa dan ketika. Sudah tentu saya harap apa juga yang telah dilaksanakan sebelum ini, sebagai rakyat, sebagai pemimpin kita mesti berikan penghargaan kepada mereka terutama sekali kepada JPAM, kepada semua agensilah yang tak dapat saya sebut satu per satu, RELA, polis, tentera dan sebagainya yang terlibat sepenuhnya, yang memberi bantuan tanpa mengira waktu dan ketika. Cuma tentulah ada juga ruang-ruang yang perlu ditambah baik. Saya juga turun ke bawah dan mendengar beberapa rintihan daripada rakyat. Ketika ini dari segi bantuan kebajikan kepada rakyat diberi oleh kementerian cukup baik. Kita telah tingkatkan persediaan kita di pusat-pusat penempatan banjir dan sebagainya.

Cuma saya minta supaya dikaji kerana ketika banjir ini, ketika bencana, banyak peraturan-peraturan tertentu yang kadang-kadang mengikat kita, yang menyebabkan kita tidak boleh melakukan sesuatu kerana ia peraturan. Oleh sebab itu kalau boleh dikaji bagaimana contohnya mangsa-mangsa banjir ini yang tidak berada di pusat-pusat penempatan ini, yang berada di luar. Yang ini juga harus diberi perhatian.

Kalaulah kita tingkatkan persediaan tempat tinggal kita di pusat penempatan, tetap akan berbunyi, tetap akan ada rungutan kerana ia daripada mereka yang tidak ditangani di luar-luar pusat penempatan. Jadi saya harap baik Jabatan Kebajikan Masyarakat beri perhatian kepada isu ini. Isu ini penting walaupun kecil. Jadi tolonglah, kajilah supaya mereka-mereka yang di luar pusat penempatan ini juga diberikan perhatian sama. Adalah lebih baik mereka tinggal di rumah emak mereka yang tidak banjir daripada duduk di pusat penempatan.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar bangun Yang Berhormat...

final • 3:30 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Akan tetapi rumah mereka teruk terlalu banjir tetapi dia tidak diiktiraf sebagai mangsa. Oleh sebab itu perkara seumpama ini hendaklah dikaji supaya semua rakyat diberikan pembelaan. Apa yang dibuat ketika ini sudah baik, tambah baik daripada apa yang telah dilakukan. Sila Yang Berhormat Gerik.

final • 3:30 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Lenggong, saya bersetuju supaya pihak banjir ini mengkaji semula di mana banjir...

final • 3:30 PM

Beberapa Ahli

Mike, mike...

final • 3:30 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Hello, hello.

final • 3:30 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Di mana banjir kilat dalam tiga ke lima jam yang menyebabkan kerugian yang amat ketara kepada pemilik-pemilik rumah kerana mereka tidak ditempatkan di pusat pemindahan, akhirnya tiada bantuan yang boleh kita berikan. Terutamanya perbezaan antara Gerik dengan Lenggong. Lenggong tak teruk sangat kena tetapi ada pemindahan, boleh dibantu.

Gerik, satu taman itu habis air naik dalam empat jam, lima jam. Televisyen musnah, peti ais musnah tetapi eloklah, saya cukup bersetuju pandangan Yang Berhormat Lenggong supaya dikaji semula cara pembayaran kepada mangsa-mangsa banjir tanpa mengira

final • 3:30 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

mereka dipindahkan ataupun tidak, terutamanya yang terlibat pula kawasan Orang Asli.

Memang depa tidak ada perpindahan, depa lompat naik ke atas lagi, bukitnya. Terima kasih Yang Berhormat Lenggong.

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tambah sedikit Yang Berhormat Lenggong.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kapar.

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini di mana berlaku banjir terutamanya di kawasan Parlimen Kapar. Mangsa-mangsa yang terlibat ini tak hendak ke tempat pusat- pusat tertentu sebab dia ada anak-anak kecil, ada ibu-ibu yang sakit. Ada kalanya ibu tidak boleh jalan hendak pergi pusat-pusat ini, tiada kemudahan tertentu di pusat-pusat ini. Mereka mengambil keputusan untuk tinggal di tempat yang sama walaupun banjir.

Ada kalanya mereka pergi ke rumah-rumah jiran dan sebagainya tetapi mereka tidak dimasukkan dalam senarai sebagai mangsa banjir.

final • 3:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Oleh sebab itu kemudahan-kemudahan dan pertolongan dan bantuan yang wajar diberikan kepada mereka tidak diperolehi. Saya rasa SOP ini adalah SOP yang tidak mengambil kira mangsa-mangsa yang dalam kedudukan istimewa sebegini. Apa pandangan dan penjelasan Yang Berhormat. Terima Kasih.

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Saya bersetuju dengan kedua-dua pandangan daripada Yang Berhormat Gerik dan juga Yang Berhormat Kapar tadi. Memang itu sepatut kita lakukan sebab itu kita jangan hanya memberi tumpuan kepada mangsa di pusat penempatan sahaja. Ramai lagi yang di luar pusat penempatan. Tentu rungutan akan tetap berlaku kerana kumpulan ini tidak ditangani. Jadi, apabila sudah begitu baik dilaksanakan oleh kerajaan sekarang, maka kita harap isu-isu seumpama ini, saya bawa perkara ini kerana saya mendengar rintihan rakyat di bawah tentang isu ini. Oleh sebab itu saya harap perkara ini dikaji lebih mendalam dan berilah bantuan sama macam mana mereka yang ada di pusat penempatan. Sila.

final • 3:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong pendek sahaja saya menyentuh tentang Kapar dan juga cadangan untuk banjir. Tempat saya baru banjir hari itu, tapi adalah saya ucapkan tahniah kepada APMM dan jentera yang bergerak sebab apa. Dua perkara berlaku Yang Berhormat Lenggong, pertamanya, banjir itu kita sudah bersedia dan termasuk juga mapping. Mapping ini maknanya sebelum banjir kita sudah agak dekat mana kawasan banjir, kita kenal mana rumah yang bermasalah, kita tahu mana pengundi-pengundi kita yang perlukan bantuan. Awal-awal kita sudah tahu dan sepatutnya bila banjir ataupun nak serang banjir kita sudah tahu apa action plan yang kita sudah buat.

Jadi apa pandangan Yang Berhormat Lenggong, kita harap APM menjalankan kerja, kita juga mainkan peranan untuk mapping awal supaya mereka yang terdedah kepada bencana banjir ini mesti kita ambil kira dan itulah tujuan kita rapat kepada akar umbi. Apa pandangan Yang Berhormat Lenggong.

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Saya bersetuju, sebab itu saya nak menambah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Tinggi tadi.

Kalau boleh diperkukuhkan lagi agensi yang seumpama APMM tadi. Beri lagi kelengkapan yang lebih kepada mereka, beri lebih kuasa kepada mereka dan tentunya juga ada bantuan-bantuan yang boleh mereka segera bagi ke bawah,di samping dilaksanakan oleh JKM. JKM sudah buat yang terbaik tapi tentu anggota mereka terhad, sebab itu salah satu daripada perkara lagi yang perlu difikirkan ialah aktifkan JKK kampung itu. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung itu diberi peranan, diberi kuasa sikit. Mereka diberi kuasa dan peranan untuk bersama-sama di pusat-pusat penempatan kerana mereka tahu, merekalah yang tahu anak buah, merekalah tahu keadaan sebagaimana kalau semua ini diguna pakai dibuat melalui sistem NBOS ini saya percaya kalau tidak 100 peratus selesai pun banyak perkara yang baik dapat kita berikan kepada rakyat.

final • 3:40 PM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Yang Berhormat Lenggong, sikit sahaja. Yang Berhormat Sekijang.

final • 3:40 PM

Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Yang Berhormat Lenggong, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Lenggong, tadi Yang Berhormat Lenggong ada menyebutkan tentang kita perlu memperkasakan APMM dan

final • 3:40 PM

Datuk Haji Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

sebagainya. Setujukah Yang Berhormat Lenggong, kalau kita melihat di sini JPAM juga adalah merupakan agensi yang perlu kita perkasakan kerana sekarang ini JPAM ini mengalami masalah pegawai yang kurang dan juga penyertaan sukarelawan dalam JPAM juga semakin berkurangan, dengan peralatan yang juga tidak begitu sesuai ataupun canggih mengikut keperluan semasa. Jadi setujukah Yang Berhormat Lenggong kita juga minta supaya JPAM juga turut diperkasakan? Terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Saya amat bersetuju sebab itu saya percaya pihak kerajaan tentu membuat post-mortem daripada apa yang berlaku dan saya harap tambahkan dari segi peralatan, kelengkapan di semua agensi yang berada di barisan hadapan ini, supaya perkhidmatan kita kepada rakyat dapat ditambah baik. Ketika ini memang sudah begitu baik dan saya memuji tetapi tentu ada lagi ruang-ruang yang perlu diperbaiki dan saya harap ia dilakukan sepenuhnya.

final • 3:40 PM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Sikit sahaja Yang Berhormat Lenggong.

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Okey.

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Saya minta kalau boleh Yang Berhormat Lenggong masukkan juga pembaikpulihan untuk prasarana di kawasan- kawasan penempatan banjir contohnya tandas dan sebagainya yang kita lihat kadang- kadang prasarana ini pun terlepas pandang. Kedua, saya ingat antara perkara yang menjadi pertikaian hari ini termasuk yang kita sebut semua tadi ialah berkaitan dengan pendaftaran lewat banjir ini. Kadang-kadang pihak JKM tidak menerima pendaftaran lewat ini kerana mereka mengatakan mangsa-mangsa ini tidak terlibat dengan banjir walhal, mereka ada di rumah jiran, ibu bapa dan sebagainya seperti yang kita sudah sebutkan tadi. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Saya bersetuju itu, sebab itulah antara isu-isunya. Saya harap perkara-perkara yang dibangkitkan tadi dapat dimasukkan ke dalam ucapan saya dan kerajaan kaji semula kerana saya yakin niat kita bersama ialah untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Saya nak tumpu seterusnya kepada isu di kawasan saya juga. Saya harap EPU di bawah Yang Berhormat Kota Belud dapat meneruskan Projek Lenggong Agro Valley ini yang penting untuk memberi impak besar kepada rakyat, dan saya juga ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang baru masuk itu, dia hadir ke kawasan saya untuk melihat projek tebatan banjir dan dia telah pun diluluskan, saya harap ia dilaksanakan sesegera mungkin. Senyum sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih kerana datang ke kawasan saya tempoh hari dan beberapa perkara yang dirancang mintalah dirombak semula, mendapat pandangan daripada kita di peringkat akar umbi kerana kita tahu situasi di sana dan cuma saya harap ia segera dilaksanakan.

Saya juga minta Projek PR1MA di Bukit Nasah yang telah beberapa kali PR1MA pergi dan melawat hendaklah dilaksanakan segera, saya minta sangat-sangat ini keperluan kerana di Bukit Nasah itu kita juga akan bina 400 unit peserta Agropolitan dan ia jadi pusat pertubuhan baru, ada institusi pendidikan di situ kalau ada PR1MA di situ memberi impak besar kepada rakyat di kawasan berkenaan. Di samping itu, saya minta juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, Projek Perumahan Rakyat di Lenggong itu 14 Mac 2017 nanti Mesyuarat Lembaga Perumahan Perak dengan pihak terbabit tentang tanah. Semalam Menteri kata nak tukar syarat, sudah tukar syarat siap segera sudah boleh buat sudah. Jadi saya minta perkara ini diteruskan.

Satu saja sebelum mengakhiri perubahan generasi dua FELDA. Saya faham tentang kedudukan kewangan tetapi boleh tidak FELDA kaji. Saya tahu bahawa kalau di kawasan saya ada tiga perumahan FELDA, diluluskan sebelum ini 400 unit rumah tetapi dibuat 40 sahaja. Tapi lebih baik kalau FELDA ubah sedikit beberapa polisi dia.

Contohnya rumah ibu dia sekarang, rumah FELDA yang peneroka FELDA. Dia tidak boleh membuat rumah, kalau nak buat pun dia kena sambung dari perumahan asal.

Boleh tidak ubah dasar itu supaya benarkan anak dia buat rumah di situ.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Mungkin design dia sama tapi benarkan. Kemudian berilah lot-lot kosong, rumah-rumah kosong yang ada itu kepada generasi kedua FELDA. Ubahlah dasar sedikit dan saya rasa kalau anak-anak generasi kedua dan ketiga dapat juga tanah dapat juga rumah kosong ia boleh menyelesaikan masalah. Saya rasa Yang Berhormat Sekijang pun bersetuju.

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Jadi yang pentingnya, saya bagi pihak rakyat di kawasan saya Lenggong menjunjung kasih di atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan saya menyokong. Terima kasih.

final • 3:40 PM

[Dewan tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismilahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, pertama kali mencemar duli ke dalam Dewan. Hamba rakyat kasih Tuanku sentiasa dijunjung. Bermesyuarah, bermuzakarah kawan dan lawan.

Tuan Yang di-Pertua kita berada dalam Dewan yang serba indah ini dan hari ini kita sebelumnya mendengar rakan-rakan mengatakan bahawa Dewan yang indah ini kerusinya empuk, nak duduk pun tergelongsor. Saya tidak ingat siapa Yang Berhormat Lipis. Saya bersetuju sangatlah kita pun terasa kekok juga. Tapi saya ada sedikit pantun untuk bersama-sama kita ambil iktibar ya.

Bermula sidang di Dewan yang baru, Kerusi empuk duduk tidak jadi, Jangan tertipu jangan keliru, Yang merah saga yang kurik kundi. Janganlah kita rasa bangunan Dewan baru ini kita berasa syok, tapi hakikatnya kita mahu kualiti dan saya kira kualiti yang terbaik adalah kita menjaga akhlak kita, indah bahasa kita dan baik budi kita. Cuma kerusi ini susah sikit nak lambung fasal berat.

final • 3:49 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya akan berucap dalam masa yang diberi.

*Saya mohon maaf jikalau saya terkasar bahasa.

Niat hanya kerana untuk negara tercinta, Jangan kerana mahu memeluk kuasa, Dedak di mulut tidak bisa berkata-kata.* Tidak kata pada sesiapa, hanya pantun sahaja, umum-umum.

[Disampuk] Ya, sama-samalah, kita orang Melayu berbahasa, supaya apa yang tegur itu kalau yang baik itu diterima, kalau yang buruk itu ditolak, itu sahaja. Tidak perlu kita nak menjerit-jerit dan sebagainya. Saya akan mengambil masa dalam waktu yang kesempatan ini. Saya cuba tiga point, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi kalau tidak sempat point yang ketiga saya akan tumpu pada point yang pertama dan point yang kedua iaitu Titah Yang di-Pertuan Agong iaitu tentang ketahanan negara dalam ekonomi dunia yang mencabar. Saya kira memang satu yang relevan kalau kita boleh berbincang di sini, bermuzakarah di sini untuk mengambil kira bukan sekadar memuji memuja tetapi sanggup menerima kritikan untuk kita membaiki keadaan merentasi kepentingan politik dan sebagainya.

Saya mulakan dengan memetik kata seorang pakar dalam bidang ekonomi, yang dia merupakan pakar ekonomi yang pernah memberi sumbangan di peringkat antarabangsa. Kita berbangga dia sebagai seorang rakyat Malaysia yang pakar ekonomi menyebut bahawa, dengan izin, “While Malaysia has made impressive gains with its affirmative action policies, it is hardly a model for emulation in terms of efficient and well targeted policies, let alone improved inter-ethnic relations, or even sustained, comprehensive social policy gains”. Terjemahan, “walaupun Malaysia telah mencapai kejayaan yang meyakinkan dengan dasar affirmative nya, namun ia bukanlah satu contoh yang boleh diikuti dari segi keberkesanan dan pelaksanaan dasar yang bersasar, targeted policies. Jauh sekali hubungan antara kaum”. Maknanya Malaysia ini bukan contoh dari segi itu atau untuk kekalkan dasar sosial yang komprehensif.

Saya kira pandangan ini merujuk kepada 50 tahun perkembangan ekonomi negara dalam memberi kritikan-kritikan yang membina dan kita tahu di negara kita,

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

ekonomi yang kita selalu bercakap dalam Dewan ini amat terkesan dengan perkembangan politik semasa dalam negeri dan tidak ketinggalan terkesan dalam perkembangan ekonomi dunia dan krisis dunia. Kalau dari sudut dalaman, pembangunan ekonomi kita banyak terangsang dengan insiden-insiden yang berlaku seperti 13 Mei telah melahirkan Dasar Ekonomi Baru contohnya.

Ketika kita memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional ada tindakan- tindakan yang diambil daripada krisis antarabangsa yang menyebabkan kesan kepada ekonomi negara kita. Cuma ada satu perkara Tuan Yang di-Pertua, untuk diambil kira oleh kerajaan hari ini sebagai pembangkang. Satu perkara yang ekonomi kita banyak terkesan ialah kita tergoda dengan sentimen perkauman, kita entice with racial issues.

Kita jadi tergoda untuk menggunakan perkauman dalam kita melihat dan dalam kita membentuk perkembangan ekonomi kita. Kita masih belum mampu keluar dari nuansa- nuansa yang racist dan kesempitan agama untuk kekal berkuasa pada kos perkembangan ekonomi yang terbantut.

Dengan kata lain, kita memerlukan perkembangan ekonomi dan untuk berbuat demikian kita perlu kadangkala meninggalkan amalan-amalan lama, perangai-perangai lama kita tentang perkauman, tentang agama yang sempit dan sebaginya. Akan tetapi kita belum masih mampu keluar dan kita terus kekal dalam keadaan yang selesa ini di atas kos perkembangan ekonomi kita.

Saya ingin memetik satu kenyataan daripada Bloomberg, di dalam artikelnya pada 21 Februari baru-baru ini menyebut tentang bagaimana Indonesia telah meninggalkan ataupun telah ke hadapan meninggalkan Malaysia, dari sudut perkembangan ekonomi, Tuan Yang di-Pertua. Mereka mengambil kira Malaysia dan Indonesia ini ada persamaannya. Dia sebuah negara Islam di rantau Asia Tenggara yang majoriti Muslim. Dia juga mengambil kira isu berlaku sentimen, ras dan agama. Namun dia mahu membuat satu rumusan bagaimana Indonesia dengan suasana yang lebih kurang dengan Malaysia ini telah berjaya ke hadapan berbanding dengan Malaysia.

Finding daripada tulisan amat mengejutkan. Antara lain dia menyebut, dalam artikel itu tentang isu embezzlement ataupun kesonglapan duit public yang menyebabkan terbantutnya perkembangan Malaysia berbanding dengan Indonesia.

Saya kira kita perlu mengambil serius dalam hal ini. Kita tidak mahu hanya kerana kita hendak menyembunyikan sesuatu, ia berlaku di atas kita menggadaikan perkembangan ekonomi kita. Tidak cukup dengan tulisan daripada Bloomberg, majalah Economist pada 26 November ketika memberikan analisis nya terhadap Perhimpunan Bersih baru-baru ini, dia telah membuat analisis bahawa usaha Kerajaan Barisan Nasional hari ini melakukan berbagai-bagai perkara adalah lebih untuk mengalihkan satu isu yang telah menggemparkan negara iaitu isu 1MDB dan dalam hal ini Kerajaan Amerika melalui KARI, bukan daun kari tetapi Kleptocracy Asset Recovery Initiative.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Parit Buntar saya ingin mengingatkan saya ada rujuk dengan Tuan Yang di-Pertua tadi, mana-mana perkara yang telah disebutkan sebagai prejudis pada sesi yang lalu adalah terpakai pada sesi ini.

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya mengambil kira itu Tuan Yang di-Pertua. Hanya sekadar saya menyatakan. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya cuma ingatkan tentang keputusan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua sebelum ini Yang Berhormat Parit Buntar. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya hanya meletakkan itu sebagai satu faktor yang menyebabkan kelembapan perkembangan ekonomi.

Sekadar itu sebagai footnote untuk kita di dalam dewan ini. Dalam kenyataannya di akhir artikel...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Katil bangun, Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Boleh sikit?

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Ya, silakan.

final • 3:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar yang memberikan pandangan berkaitan dengan berita-berita terutama daripada Bloomberg sebentar tadi.

Saya ingin tarik perhatian Yang Berhormat Parit Buntar bahawa terdapat satu mantera yang sering dilontarkan daripada barisan kerajaan bahawa kita daripada pembangkang

final • 3:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

ini cuma mensabotaj ekonomi dan tentunya laporan Bloomberg ini memberikan satu persepsi atau satu jawapan yang lain.

Bukan sekadar itu, adakah Yang Berhormat Parit Buntar sedar bahawa misalnya EPF baru-baru ini, KWSP mengumumkan oleh kerana mereka tidak mampu lagi bersaing di peringkat local mereka terpaksa mencari peluang pelaburan di peringkat antarabangsa. Begitu juga di peringkat Khazanah, 44 peratus portfolio pelaburan itu adalah daripada aset-aset luar negara. Ini secara jelas menunjukkan, even GLCs dengan izin, tidak lagi meyakini the local market sehingga terpaksa mengembangkan itu ke peringkat antarabangsa. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Yang Berhormat Bukit Katil, saya kira cliche kita di dalam Dewan ini bila kita mengkritik sesuatu dasar itu terus dicop sebagai sabotaj dan kita telah dengar berkali-kali. Sedangkan saya kira jauh di lubuk hati mereka yang mendakwa ini satu sabotaj. Sebenarnya saya kira apa yang cuba kita sampaikan ini adalah untuk kebaikan negara, bukan untuk sabotaj. Saya tidak kira yang hadir di dalam Dewan ini mahu melihat negara musnah tetapi yang pastinya negara akan musnah jika kleptokrasi berlaku. Itu sudah pasti.

Bermakna kita jangan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Katil, terlalu mudah membuat andaian segala kritikan adalah kerana kita hendak sabotaj. Bagi saya itu terlalu simplistic dan sebab itulah saya daripada awal bercakap dalam ucapan ini meminta kalau terkasar bahasa, hanya sekadar menyatakan apa yang perlu kita lakukan, bukan untuk kita memburuk-burukkan keadaan.

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia– kata-kata yang di akhir artikel di dalam Economist pada 2016, “ Malaysia has always been an imperfect democracy”. No country is a full, perfect democracy, yes. “Malaysia has always been an imperfect democracy, but the rot eating at its institution is harming its international standing and its economic prospects”, dengan izin. Saya terjemahkan, “Malaysia senantiasa dikenali sebagai sebuah negara yang tidak sempurna demokrasinya”. Ini bukan satu kesalahan untuk kita menyebut demikian, semua negara tidak ada perfect demokrasinya. Akan tetapi yang lebih malang daripada itu Tuan Yang di-Pertua, “Kereputan yang memakan institusinya sedikit demi sedikit telah menjejaskan kedudukan Malaysia di mata antarabangsa dan prospek ekonomi di masa hadapan.” [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Mesyuarat****] Itu satu tulisan daripada– bukan daripada Ahli Parlimen yang hendak sabotaj negara tetapi pandangan penulis bebas yang mengandaikan bahawa jikalau perkara- perkara yang menyebabkan institusi negara tidak dapat berfungsi kerana berlakunya embezzlement dan lain-lain, maka negara itu pasti akan mendapat pandangan yang buruk di mata dunia dan prospek ekonomi hadapannya akan terjejas. Kita bercakap tentang Government Transformation Plan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Pekan, yang bercakap tentang Economic Transformation Plan dan lain-lain lagi. Akan tetapi saya melihat, dengan izin, dari segi praktiknya, dari segi amalannya, kita masih dalam kerangka lama. Dengan izin, you can have a beautiful names, you can have a beautiful rhetoric’s, but at the end of the day you are practicing the same framework.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 4:00 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Itu yang saya kira– ya?

Tuan Yang di-Pertua ada– saya beri laluan.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Jasin.

final • 4:00 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Cuma jangan mengambil masa, saya ada lima belas minit sahaja lagi. Boleh?

final • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Sikit, sikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Saya ingin berkongsi pendapat. Apabila sahabat saya Yang Berhormat Parit Buntar tadi menyebut tentang laporan daripada Bloomberg, jadi saya dapat satu laporan terakhir daripada Bloomberg yang sebenarnya menyenaraikan Malaysia di tangga ke-23 dalam Indeks Ekonomi Paling Inovatif tahun 2017, daripada Bloomberg. Kedudukan yang mendahului banyak negara yang lebih maju. Kedudukan ini sebenarnya kita meningkat dua tangga mata. Kalau dahulu kita 25, pada tangga 23 sekarang. Jadi, saya dapat lihat Yang Berhormat Parit Buntar itu mengatakan benda yang berlawanan dengan apa yang dilaporkan oleh Bloomberg baru- baru ini. Terima kasih, apa pendapat Yang Berhormat?

final • 4:00 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih. There is no contradiction Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Apa yang saya sebut dan saya petik ialah berkenaan dengan Malaysia ketinggalan belakang dari Indonesia, itu poin ia. Bukan soal Malaysia duduk– kedudukan nombor berapa. Itu mungkin ada kebenarannya, saya tidak menyentuhnya kerana ia tidak contradict dengan kenyataan saya bahawa kenyataan Malaysia ketinggalan di belakang Indonesia adalah kerana masalah pengsonglapan dan juga embezzlement yang berlaku. Itu, itu sahaja poin saya. Ia tidak mencabar apa-apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jasin, sahabat saya.

Jadi, saya rasa itu sahaja, saya rasa tidak boleh diizin untuk kita bercakap-cakap begitu. Jadi, saya move on to the next point.

final • 4:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Parit Buntar. Beri penjelasan sikit.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kota Tinggi bangun.

final • 4:00 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Ya, is it point yang sama sebab saya...

final • 4:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Pendek sahaja, pendek sahaja.

final • 4:00 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya hendak kena pindah kepada pendemokrasian.

final • 4:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Saya cepatkan, saya cepatkan, boleh? Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa pandangan Yang Berhormat Parit Buntar itu ada merit based on Bloomberg. Akan tetapi Bloomberg ini pun dinamik, ia bukan satu badan yang monitor dari segi perangkaan yang detail, yang menyeluruh macam World Economic Forum (WEF), Standard and Poor’s dan sebagainya. Because there is rating involved on financing cost. Cuma saya hendak kata, Indonesia ini ia dilihat dari sudut dinamik last satu, dua tahun. Akan tetapi keseluruhannya Malaysia masih jauh ke hadapan dari segi pembangunan yang mapan dan transformasi yang telah dilakukan.

Jadi, kalau kita terima Bloomberg sebagai satu pandangan, kita juga perlu menerima WEF, Standard and Poor’s dan ratings yang lain yang lebih menyeluruh dan lebih... Apa pandangan Yang Berhormat Parit Buntar? Terima kasih.

final • 4:00 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

No point. Saya tidak ada apa-apa masalah dengan dalil-dalil yang lain itu, cuma sekadar saya memberi satu isu bahawa hakikatnya Malaysia ketinggalan dari Indonesia. Itu sahaja dan sebab utamanya ialah berlaku embezzlement, pengsonglapan. Itu sahaja isunya. Walaupun kita ingin climb up mahu jadi lebih baik, itu tidak apa. Tidak ada masalah. Cuma saya ingin mengatakan ini faktor-faktor yang membantut perkembangan. Itu point saya. Kalau kita boleh selesaikan masalah ini, saya rasa mungkin kita boleh leap lebih jauh daripada yang kita boleh jangkakan.

Saya tidak ada masalah di situ. Saya kembali kepada persoalan bagaimana kita melihat Tuan Yang di-Pertua, ada 12 minit lagi. Kita mengalami deficit public yang cukup besar dalam konteks kita cuba memperkenalkan apa itu GST bagi revenue based untuk meningkatkan kita punya pendapatan. Akan tetapi saya ingin menarik perhatian Dewan, salah satu beban besar kita dalam berbelanja ialah sektor awam. Sektor awam memakan dua per tiga dari perbelanjaan yang mencecah hampir RM60 bilion pada tahun 2013.

Kita pernah berdebat dalam Dewan ini kalau Tuan Yang di-Pertua masih ingat, waktu itu berada di kerusi Ahli Parlimen, ketika kita berbicara tentang bagaimana kita harus mengurangkan perkhidmatan awam ini. Ya, pernah kita berdebat panjang. Ketika itu ada timbul masalah mengatakan dengan mengurangkan perkhidmatan awam ini bermakna kita ini bersikap cuba mengurangkan orang Melayu, ia menjadi satu isu yang asalnya perkara yang substantif tapi akhirnya menjadi isu yang emosional. Hari ini, persoalan yang pernah kita debat hari itu, sudah muncul dengan persoalan keperluan ekonomi dari segi revenue kita, perbelanjaan kita tidak mampu menanggung satu public service yang di anggap paling besar di Asia Pasifik ini. Oleh itu, penjimatan 15 peratus kepada perbelanjaan public service ini akan memberi kesan yang besar kepada perbelanjaan kerajaan.

Saya ingin tahu dari pihak kerajaan, apakah exit plan kita? Kalau kita tengok dalam rangka pengurangan, penjimatan ini, negara-negara Itali, Ireland, Portugal dan

final • 4:00 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

yang paling menarik United Kingdom, mengurangkan 400 ribu pekerjaan kerajaan.

Belanjawan dipotong sebanyak 49 peratus, meningkatkan umur persaraan dari 65 ke 66 sehingga tahun 2020. Potong elaun cukai pendapatan pesara, mengurangkan faedah kanak-kanak dan menaikkan cukai tembakau. Ini salah satu measures yang dibuat untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam suasana negara yang terbeban dengan pendapatan yang semakin menguncup.

Oleh sebab itu, saya minta kepada kerajaan untuk membuat pertimbangan yang wajar pada dua isu iaitu yang pertama, bagaimana kita mengurangkan beban kos perbelanjaan untuk public service? Kedua, ialah macam mana kita boleh diversified kebergantungan kita hanya pada minyak, petrol dan sebagainya tetapi perlu didiversified kepada pendapatan-pendapatan yang lain supaya ia boleh sustain? Saya mohon kepada pihak kerajaan memberi jawapan dan juga bagaimana kerajaan pada tahun 2010 telah menyebut tentang targeted subsidies ataupun subsidi yang bersasar. Hari ini kita masih belum lihat subsidi bersasar itu berjalan dalam satu sistem yang lebih sempurna.

Jadi, saya minta kerajaan mengambil pertimbangan itu bagi kita mengurangkan beban perbelanjaan dan pada waktu yang sama, mampu untuk membela golongan miskin yang terjejas dengan penstrukturan semula subsidi ini.

Seterusnya, poin yang kedua daripada Titah Yang di-Pertuan Agong, ada menyebut tentang satu istilah yang baru kita dengar walaupun sebelumnya, dari sudut pemahamannya kita sering kali berbincang di sini. Iaitu apa yang di namakan sebagai Pelan Perpaduan Kesepaduan dan Penyatuan. Persepaduan, kesepaduan dan juga penyatuan. Saya menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana dengan jujur mengatakan kita masih belum berpuas hati dengan hubungan antara kaum di dalam negara ini dan kerana itu satu pelan diperlukan.

final • 4:00 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya cuma ingin bertanya kepada Yang Berhormat Pekan selaku Perdana Menteri. Ketika Yang Berhormat Pekan dilantik menjadi Perdana Menteri, ada satu isu besar yang dibawa iaitu pelan pembangunan negara atau pelan pembangunan nasional, national blueprint dan saya diberi penghargaan untuk terlibat dalam Unity Consultative Council, perpaduan kaum, dan saya juga telah antara lain bersama rakan-rakan menyediakan satu blueprint untuk dibawa kepada pengetahuan Jabatan Perdana Menteri. Akan tetapi saya tidak lihat di mana blueprint yang disebut hampir enam tahun lapan tahun yang lalu, tiba-tiba hari ini Yang di-Pertuan Agong menyebut tentang satu keperluan pelan perpaduan kesepaduan dan penyatuan. Apakah ini bermakna Yang Berhormat Pekan tidak berjaya untuk membawa pelan ini sehingga Yang di-Pertuan Agong terpaksa ulang balik keperluan ini kerana Baginda merasakan usaha perpaduan belum lagi di tahap yang memuaskan.

Tuan Yang di-Pertua, pelbagai insiden menunjukkan bahawa pencapaian perpaduan kita masih jauh bukan kerana kita gagal tetapi kerana kita selesa dengan kedudukan kita dan tidak mahu keluar daripada kerangka yang baru. Kita masih melihat negara ini dicemari dengan pelbagai isu termasuklah isu kalimah Allah pada awal tahun 2009, 2010 yang mana walaupun ia asalnya merupakan isu teknikal tetapi akhirnya para penunggang agama dan juga kaum telah menjadikannya sebagai isu yang tidak dikendali dengan cara hikmah dan bijaksana sehingga berlaku benci-membenci antara agama dan antara kaum di negara ini.

Ia amat sedih, setalah hampir 50 tahun Dasar Ekonomi Baru yang menyasarkan jurang antara kaum serta perpaduan antara agama dan kaum ini tidak tercapai malah kita telah tersorot ke belakang dengan isu-isu yang seharusnya kita tangani dengan dialog dan bijaksana bukan dengan kebencian dan juga syak wasangka.

Isu pelaksanaan syariah menjadi medan persaingan mengukuhkan kedudukan daripada melihatnya secara substantif. Isu pelaksanaan syariah dilihat sebagai persaingan politik siapa yang lebih islamik sedangkan mahkamah syariah, pentadbiran agama masih belum sampai kepada tahap piawaiannya yang sepatutnya. Telah berapa ramai orang yang dikafirkan, telah berapa ramai orang yang ditakfirkan hanya kerana mempunyai pandangan yang berbeza, lalu menyamakan proses perundangan itu sebagai itulah hukum Allah. Sedangkan ia hanyalah satu proses yang boleh dikritik, yang boleh ditegur tetapi di bawah sana, Tuan Yang di-Pertua, telah ramai yang dikafirkan, telah ramai yang dimunafikkan, telah ramai yang diliberalkan. Apakah ini negara yang kita mahu?

Kalau nak capai TN50, kita melabel-label antara satu sama lain hanya kerana kita nak melaksanakan syariat, tidakkah buruk nama syariat? Bukan kerana syariat itu buruk tetapi orang yang nak membawa syariat itu membawa perangai yang buruk. Ini harus kita jujur dalam kita melihat kebencian kaum dan agama ini kerana selagi masih

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

ada penunggang-penunggang agama, penunggang-penunggang kaum, selagi itulah negara ini tidak akan aman.

Tuan Yang di-Pertua, persepsi hubungan antara agama dicemari dengan saling tidak percaya-mempercayai antara satu sama lain. Dan yang terkini, saya ingin merakamkan dalam Dewan yang mulia ini, seorang pastor bernama Pastor Raymond Koh yang telah diculik pada siang-siang hari 13 hari bulan, hingga ini beritanya tidak diketahui. IGP atau Ketua Polis Negara dalam membuat komen menyatakan kemungkinan ada tiga sebab. Satu, kerana soal peribadi. Kedua ialah kerana soal puak ekstrem. Dan yang ketiga adalah kerana mahu menculik menuntut wang.

Saya lebih melihat masyarakat Kristian hari ini berada dalam suasana yang agak ragu kerana mereka menganggap isu penculikan Pastor Raymond Koh adalah kerana unsur-unsur ekstremisme. Dan lebih membimbangkan, tuduhan kononnya pastor ini memurtadkan orang Melayu, hingga hari ini tidak dibuktikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan menerima mana-mana orang yang mahu memurtadkan orang Melayu. Mana boleh. Orang Islam ada agamanya. Bagaimana dia boleh memilih dengan memurtadkan dirinya dengan agama lain? Akan tetapi saya mengatakan di sini, kalau ada tuduhan kepada mana-mana pemurtadan, buktikannya di mahkamah dan ambil tindakan kepada mereka yang bersalah. Namun, persepsi hanya kerana tuduhan-tuduhan itu, lalu terus dikatakan orang memurtadkan orang Melayu, pernah dikirim ancaman kepadanya peluru hidup dan pernah dikaitkan dengan satu serbuan di UMC pada tahun 2012, tiba-tiba orang ini hilang diculik, sudah tentulah masyarakat Kristian berada dalam kebimbangan.

Oleh itu, kita semua harus menyelamatkan keadaan tanpa mengira kaum, tanpa mengira agama dan jangan sekali-kali kita tunduk kepada kehendak golongan ekstremis di atas apa-apa kos pun. Kita tidak harus takut kepada penjenayah dan ekstremis tetapi kita yang harus takut ialah kepada ketakutan dalam diri kita yang tidak bertindak.

Sebab itu, Tuan Yang di-Pertua, kita jangan memandang rendah isu ini.

Malaysia terbina di atas pelbagai kaum dan pelbagai agama. Kekalkan saling hormat- menghormati. Tuduh-menuduh isu murtad ini mesti datang dengan bukti dan jika salah, maka tangkap orang itu dan bawa dia ke meja pengadilan. Adapun kita sekadar menyatakan ia sebagai sentimen sehingga menimbulkan kebencian antara agama, malah nyawa kita terancam dan mungkin orang yang menegur ini juga dianggap sebagai orang yang liberal sedangkan kita telah menggadaikan satu potensi besar dalam negara ini di mana kita harus hidup dalam keadaan aman damai, rukun dan persefahaman seperti mana yang dikehendaki kita sebagai rakyat Malaysia.

final • 4:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Parit Buntar, minta laluan.

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Di belakang. Belakang.

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya hanya ada satu minit sahaja.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terpulang.

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Okeylah, kawan saya.

final • 4:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih sahabat saya dari Parit Buntar. Saya mendengar dengan tekun tadi hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh sahabat saya tadi mengenai masalah ekstremisme yang disebutkan tadi. Dua soalan sahaja saya hendak tanya kepada Yang Berhormat.

Adakah Yang Berhormat boleh bersetuju dengan saya kalau saya katakan bahawa ada di dalam negara kita ini, wujud usaha-usaha di kalangan sesetengah pihak untuk memurtadkan orang-orang Islam dengan pelbagai cara seperti welfare dan juga benda-benda lain? Itu yang pertama. Kedua, adakah Yang Berhormat menganggap undang-undang yang ada dalam negara kita ini yang menyekat penyebaran agama lain di kalangan orang Islam itu adalah agama yang ekstrem? Terima kasih.

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih, walaupun saya tidak melihat apa kaitannya dengan kenyataan saya. Saya tidak menyatakan saya bersetuju dengan pemurtadan dan itu ada rekod dalam Hansard. Saya menyatakan dalam konteks ini– masa saya pun dah habis. Dalam konteks ini, yang saya menyatakan

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

bahawa pemurtadan itu jika benar berlaku, Yang Berhormat Kota Bharu, ambil tindakan.

Itu isu saya.

[Tepuk] Jadi, tidak ada contradict. Saya sebut dari awal tadi, begitulah bunyinya. Bawa ke mahkamah.

Kedua tadi fasal ekstremisme, ya? Saya tidak menyatakan bahawa menyekat penyebaran agama lain itu bertentangan kerana Perlembagaan kita jelas menyebut Artikel 11(4), tidak boleh sebar. Cuma yang saya khuatir, pemurtadan itu berlaku hanya atas tuduhan dan pemurtadan itu berlaku kerana kelemahan orang Islam sendiri. Ini yang saya maksudkan kes Raymond Koh dalam konteks ini secara khusus harus dibuktikan di mahkamah. Kalau betul ada golongan ekstrem yang melakukan apa yang disebut sebagai penculikan di siang hari itu, semua kita mesti tidak tunduk kepada kehendak mereka.

Jadi saya sudahi akhirnya dengan firman Allah SWT... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Al-Maidah, ayat 32. Sekian, menjunjung kasih. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi izin kepada saya.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

[Membaca sepotong doa] Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk membahaskan ucapan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Ke-15, Sultan Muhammad V. Pertama, tahniah diucapkan kepada Sultan Muhammad V ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-15 memayungi negara bertuah Malaysia ini. Bagan Serai merafak sembah dan menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia kerana telah mencemar duli bagi merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen Ketiga Belas ini dengan buah fikiran yang begitu mantap dan bermakna. Bagan Serai ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita, khususnya wanita di Parlimen Bagan Serai.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, titah Tuanku dalam peringkat awal telah menyatakan dua tahniah yang besar. Pertama, tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, pimpinan Kabinet, pimpinan ketua-ketua jabatan, penjawat-penjawat awam dan semua yang telah berjaya membangunkan negara dan dinasihatkan kita semua saling bekerjasama, saling bantu-membantu untuk mewujudkan kejayaan dalam negara tercinta.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Kejayaan hanya akan tercapai apabila ada penyatuan, perpaduan, kasih sayang dan sentiasa melihat kebaikan orang yang lain.

Tidak kiralah di mana dari datangnya, dari negeri mana datangnya dan dari parti mana datangnya. Akan tetapi kalau kita asyik mencari kesalahan demi kesalahan, maka kejayaan tidak akan wujud. Tidak akan datang rahmat Allah SWT, tidak akan datang nusrah Allah SWT.

Tuan Yang di-Pertua, titah Tuanku tahniah kepada Polis Diraja Malaysia

(PDRM) dan juga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah berusaha menurunkan kadar jenayah dan menurunkan kes-kes yang melibatkan fahaman radikal dan sesat untuk keamanan negara kita. Inilah pengorbanan namanya. Pahlawan-pahlawan yang mungkin tidak didendangkan dengan begitu kuat, tetapi yang menjaga kesejahteraan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia kerana mewujudkan contohnya; untuk mengiktiraf mereka yang telah berjuang selama ini, mereka yang menjadi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Veteran, ini adalah NGO yang begitu tua, yang begitu lama dan yang mempunyai ramai. Kerajaan telah buat macam- macam. Kerajaan cuba telah bantu macam-macam, tetapi mungkin tidak cukup. Apa yang saya hendak sarankan hari ini, kerajaan memperkasakan lagi bantuan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Tidak semua yang susah. Ada yang berjaya, betul. Akan tetapi banyak yang saya jumpa, yang saya sembang, yang saya dengar mengalami kesusahan. Masalah perumahan tidak selesai, mereka telah berumur, ada yang telah cedera dalam peperangan dan cedera dalam perkhidmatan, masalah pekerjaan susah orang hendak ambil, masalah peluang perniagaan pun susah tidak ada modal.

Tuan Yang di-Pertua, yang pencen pula yang pencen sebelum 1994 dikatakan pencennya sedikit. Kenaikan dua percent yang tidak cukup kalau berbanding dengan mereka di pangkat yang sama mendapat pencen. Ada kumpulan yang tidak ada pencen, tidak cukup 21 tahun. Ya, memang tidak cukup tetapi kita kena tengok sebab

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

perkhidmatan mereka itu. Kita bukan hendak kata habis manis sepah dibuang tetapi masa perkhidmatan, masa selepas kita kena beri tumpuan. Mereka inilah yang banyak menyokong kerajaan. Saya menyarankan kepada kerajaan, cari satu formula untuk tolong veteran Angkatan Tentera Malaysia. Mesti ada satu formula setelah sekian lama.

Tidak cukup kita buat kutip derma tabung, tidak cukup kita buat bacaan majlis baca Yasin dan tahlil, tidak cukup kita tabur bunga di pusara.

Tuan Yang di-Pertua, ini penting. Baru-baru ini saya merasmikan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Mesyuarat Agung. Ada yang datang gigi pun tidak ada, rambut pun tiada, ada yang datang kakinya cacat, ada yang datang dengan alat bantuan kaki, ada yang datang dengan kerusi roda, berdiri tegak untuk merasmikan.

[Mendendangkan serangkap lagu] Inilah barisan kita, Yang ikhlas berjuang, Siap sedia berkorban, Untuk ibu pertiwi, Sebelum kita berjaya, Jangan harap kami pulang... Tegak Tuan Yang di-Pertua, tegak. Meremang bulu roma dengar. Macam baru jadi tentera. Nasib mereka perlu kita perjuangkan.

Tuan Yang di-Pertua, kesian saya tengok sesetengah mereka. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat— silakan.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bila mendengarkan Yang Berhormat Bagan Serai bangun berdiri menyanyikan lagu berkaitan dengan elemen patriotisme, lebih-lebih lagi memperjuangkan veteran angkatan tentera, saya terpanggil untuk berdiri. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Bagan Serai, saya baru sahaja dilantik sebagai Komander Kehormat bagi Tentera Laut Diraja Malaysia.

[Tepuk] Apabila saya bertemu dengan golongan angkatan tentera...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Selangor, cukupkah?

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua?

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cukupkah?

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Cukup?

[Ketawa] Maksud saya ialah hubungan di antara Tentera Laut Diraja Malaysia.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Faham tidak?

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Oh!

Ketinggian.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, memang pandai betul.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ketinggian jangan sentuh Tuan Yang di-Pertua, sensitif.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Sensitif.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Nanti ramai yang marah nanti. Yang Berhormat Jasin marah. Yang Berhormat Jasin pun marah.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Yang Berhormat Jasin pun marah.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sebab itu saya tidak sebut. Saya tanya cukupkah? Saya tidak sebut lain itu.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Okey. Okey, yang rendah jangan disangka...

final • 4:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Tetapi confirm tegak.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Yang rendah jangan disangka tidak tinggi. Akan tetapi saya hendak kembali balik pada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan Serai. Saya lihat bila menyebut tentang veteran angkatan tentera, saya dapat maklumat juga. Di kebanyakan angkatan tentera yang berumur lebih daripada 40 tahun, ada di kalangan mereka yang pencen awal, umur 40 tahun dan ada kalanya mereka mungkin tidak ada pekerjaan selepas itu. Saya fikir, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Bagan Serai, perlukah satu program khas untuk diberikan kepada anggota tentera, lebih-lebih lagi mereka yang bersara awal, umur 40 tahun. Di kala mereka masih muda untuk diletakkan di kawasan-kawasan strategik ataupun dilibatkan dengan agensi-agensi yang berkaitan dengan keselamatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang Berhormat Kuala Selangor ini memang walaupun rendah tetapi semangatnya cukup tinggi. Saya pun setuju dengan Yang Berhormat Kuala Selangor. Apa yang saya katakan tadi saya minta kerajaan, saya minta kementerian datangkan satu formula. Benda ini sudah lama, supaya kita dapat berjumpa dengan rakyat dan memberikan perhatian yang serius seperti yang saya katakan tadi. Bukan hanya pada masa-masa tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, tahniah pada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Sejak masuk pejabat 2009 dengan Dasar Transformasi Negara, ETPnya, GTPnya, kita lihat hari ini GDP bertambah 60 peratus sehingga 2016, eksport 25 peratus dan pelaburan 83 peratus dalam satu kajian. Ini pertunjuk-petunjuk makro yang telah menunjukkan kejayaan dasar transformasi yang dilakukan hari ini.

Hari ini Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri datang lagi dengan satu ilham, satu falsafah, satu visi melihat kepada 30 tahun akan datang, TN50 yang sekarang hangat diperkatakan. Bagaimana TN50 ini dapat membawa Malaysia dan rakyatnya mendapat jauh lagi kebaikan, kemajuan dalam negara yang mencakup berbagai-bagai aspek. Hari ini kita lihat Wawasan 2020 sudah menghampiri kepada masanya. Empat tahun lagi, tiga tahun, empat tahun lagi dan pendekatan yang dilakukan Yang Amat Berhormat adalah berbeza. Kalau kita lihat dari pendekatan Tun Dr. Mahathir umpamanya, yang keluar dengan ucapannya pada tahun 1991 dengan outline yang telah tersedia yang kita katakan daripada top bottom.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Akan tetapi apa yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah program yang merupakan bottom-up. Bermakna melihat kepada apa yang rakyat nak suarakan hari ini. Bagus apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang sebelum ini.

Dato’ Sri, dia macam lari 4x100 meter. Mana lebih penting? First runner atau last runner? Pelari pertamakah pelari yang akhir? Pelari akhir penting. Pelari yang pertama, juga bagus tetapi pelari akhir yang penting. Ini yang dilakukan oleh Dato’ Sri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. 4x100 meter pelari yang akhir yang akan membawa Malaysia kepada TN50!

[Tepuk] Jadi, proses rundingan selama dua tahun ini yang mana banyak program yang kita dah lihat untuk berjumpa dengan belia dan sebagainya, yang mana program ini telah diberikan mandat kepada KBS dan sebagai mendahului sebenarnya. Saya percaya bukan KBS sahaja. Kementerian yang lain juga bertanggungjawab melakukan aktiviti- aktiviti wacana untuk mencetuskan aspirasi anak muda dan juga aspirasi rakyat keseluruhannya kerana semua orang terlibat. Bukan sahaja anak muda dan itu sebab dialog pertama, Dialog Perdana TN50 pertama pada 19 Januari hari itu dengan satu engagement di Universiti Malaya. Itu memulakan sirinya.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang nak dibawa ini adalah besar sebenarnya. Kalau kita bercakap tentang anak muda, belia, mereka inilah yang disebut-sebut dalam Al- Quran yang disebut-sebut oleh Rasulullah SAW. Allah SWT selalu sebut “Anak muda, anak muda”. Anak muda kalau ke masjid lebih baik daripada orang tua. Betul tak?

final • 4:30 PM

Seorang Ahli

Betul.

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Anak muda yang mudah terpesong dengan godaan dunia, tentu lebih baik daripada orang tua yang tidak larat dah.

Jadi anak muda ini tinggi. Cuma apa yang saya nak sarankan hari ini, program ini bagus

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

tetapi penumpuan juga harus diberikan kepada kekuatan keimanan, amalan yang baik, kasih sayang, melihat kebaikan, menghormati orang tua-tua kerana tidak ada sifat-sifat yang mulia ini. Kalau tidak ada sifat-sifat mahmudah ini maka negara bakal hancur kalau kita tak jaga. Infrastruktur bagus tetapi akhlak tetapi perangai tetapi karakter, ini penting.

Sebab itu saya ulang dah tadi, meletakkan KBS mendahului, bagus tetapi tak boleh lepas KBS. Semua kementerian mesti terlibat, semua kementerian mesti kuat.

Kalau tidak anak muda, nama pun KBS, belia, jadi mana ada orang tua-tua dekat situ.

Kita perlu orang tua-tua yang telah banyak makan garam dahulu yang masak dengan masalah dunia, maka mereka menasihati.

final • 4:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

...Kenapa TN50?

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Batu bangun.

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Minta maaf Yang Berhormat Batu. I 15 minit lagi. Very sorry.

final • 4:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Sudah lama lah.

final • 4:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Okey...

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Biar saya sambung.

Tuan Yang di-Pertua, kenapa TN50? Kenapa kita hari ini bincang penting sangat TN50?

Ini kerana kita berada di satu tebing revolusi. Apa yang saya nak kata, revolusi industrial keempat ataupun dengan izin, the fourth industrial revolution. Kalau dulu kita datang dengan the first industrial revolution di mana kita menggunakan air dan kuasa wap untuk produksi barang-barang dan kemudian second industrial revolution, dengan izin, kita menggunakan kuasa elektrik untuk mass production dan yang ketiganya ialah menggunakan elektronik dan information untuk automated production. Kini, dunia telah merestui, dunia telah melihat revolusi industri keempat, the fourth industrial revolution, digitized economy, digitalization economy di mana kita bukan sahaja melihat saiz ekonomi, bukan sahaja melihat pada luar kotak tetapi melihat pada dalam kotak, melihat kepada ciri-ciri, knowledge economy, kreativiti, inovasi, character building, ini kita lihat.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Saya ringkas.

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Apa yang saya cuba nak gambarkan hari ini— sekejap.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Yang Berhormat, saya nak ucap tahniah kepada Yang Berhormat...

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Jasin.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

...Cukup berapi-api ini. Akan tetapi apa terjadi pada ketika ini, TN50 yang telah diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri cukup bertepatan sekali. Sekarang ini adalah musim mereka yang tidak bertanggungjawab menaburkan fitnah, merosakkan pemikiran orang-orang muda. Jadi kita akan sampai satu ketika nanti, apabila mereka dewasa, maka lahirlah satu masyarakat yang anti-establishment. Kita bercakap tentang sabotaj, semua orang marah. Saya tak sabotaj tetapi merosakkan pemikiran rakyat adalah sabotaj, membuat perkara-perkara yang tidak betul ataupun melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak bertepatan pada dunia luar adalah sabotaj. Apa pendapat Yang Berhormat?

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya setuju...

final • 4:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Bagan Serai, bagi...

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

...Kebimbangan yang ada pada Yang Berhormat Jasin. Sebab itu saya katakan tadi Tuan Yang di-Pertua, untuk melihat kepada perkembangan anak muda ini satu perkara yang penting. Kalau kita nak lihat negara sejahtera, negara membangun, infrastruktur digunakan sebaiknya mereka perlu diterapkan keimanan yang kuat, amal yang baik, perangai yang baik.

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Bagan Serai, bagi lalulah.

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

...Perkara yang wujud TN50 ini. Apa yang akan wujud TN50 ini. Dengan izin, the unlimited access to ilmu, to knowledge, connection mobile devices.

final • 4:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Bagi laluanlah.

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sebentar Yang Berhormat Batu. Sebentar.

final • 4:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Okey, okey.

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Relaks Yang Berhormat Batu. Sebentar. Okey. Hari ini dah wujud dah semua bergerak dengan mobile devices, sampai orang berjalan pun tak berhenti dengan mobile devices. Hari ini kita nak panggil teksi, kita nak book hotel, kita nak book flight, kita dah tak payah pergi, kita guna. Kita buat payment, kita guna. Kita dengar muzik dan sebagainya semua ini dah dibuatkan secara remote, dengan izin.

Hari ini kita lihat dunia telah pergi kepada digitized economy. Perlahan-lahan dunia pergi ke arah itu. Itulah TN50 nanti. Zaman TN50 nanti kita lihat the Internet of Things, robotics, kita lihat autonomous driverless vehicle, kita lihat drones. Jangan terkejut esok orang tak fikir dah fasal nak bayar tol sebab lebuh raya orang naik drone dari Kuala Lumpur ke Taiping naik drone. Mana kita tahu akan datang banyak perkara.

3D printing, nano technology, maka boleh buat halogens Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Semua ini bukan sumbangan Barisan Nasional lah Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Penggunaan big data hari ini. Contoh yang saya beritahu, micro data yang kita wujudkan nanti, kita dapat lihat BR1M yang diberikan. Hari ini kita tahu BR1M orang RM4,000 ke bawah, RM3,000 ke bawah tetapi akan datang kita akan dapat lihat orang yang terima BR1M bagaimanakah hidup mereka. Apa yang orang terima BR1M sakit apa dia kena? Orang yang terima BR1M ini dia rumah dia macam mana, keluarga dia macam mana? Adakah keluarganya porak-peranda? Adakah semua yang ada padanya? Adakah orang yang terima BR1M ini kononnya adakah mereka ini golongan yang terlibat dengan dadah? Adakah mereka ini orang yang menjaga agama dia? Big data yang akan membantu. Ini TN50 yang kita lihat. Pencapaian teknologi, Tuan Yang di-Pertua.

Saya nak sentuh tentang globalization. Ini masa benda yang kita akan hadapi selepas ini. Silakan Yang Berhormat Batu.

final • 4:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih. Saya kagum dengan perkara. Saya nak dapat pandangan daripada Yang Berhormat Bagan Serai.

Tadi sebut orang muda kena ada sikap untuk menghargai pengorbanan dan sumbangan orang-orang tua dan generasi yang sebelum ini. Apa pandangan Yang Berhormat Bagan Serai tentang TN50? Kerajaan kata itu adalah membina atas tapak dasar yang telah dibina untuk Wawasan 2020. Dia bukan menafikan, dia bukan tolak wawasan negara tetapi built on it untuk mencapai kecemerlangan yang lebih besar. Apa pandangan?

Bukankah kita mesti...

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

[Bangun]

final • 4:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

...Mendidik orang muda supaya menghargai semua sumbangan orang-orang tua, ahli-ahli politik dan pemimpin yang dulu walaupun perbezaan pandangan politik.

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Dah faham itu, dah faham dah. Thank you so much. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Apa pandangan Yang Berhormat Bagan Serai— ayat yang terakhir. Tentang sekarang media massa TV3 itu...

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Itulah sebabnya Yang Berhormat Batu...

final • 4:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

...Bertubi-tubi menghina pemimpin-pemimpin UMNO nya sendiri, yang lama.

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya kata kita kena ada husnuzon, sangka yang baik. Kesinambungan daripada wawasan inilah yang kita nak lakukan.

final • 4:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Apa pandangan dengan TV3 dan media yang memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin dahulu, seperti Tun Mahathir?

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Cuma kita melihat kepada anak muda pada tahun 2050. Globalization ataupun globalisasi yang saya maksudkan hari ini ialah cabaran-cabaran masa kini yang kita akan hadapi masa depan.

Contohnya Brexit. Kita lihat hari ini UK keluar daripada EU ataupun kita lihat hari ini bagaimana polisi di Amerika berubah. Hari ini Trump dia tak terima TPPA. Kita debat sampai nak terkeluar urat tengkuk TPPA tetapi TPPA dengan polisi apabila berubah kerajaan di Amerika. Hari ini mereka review balik NAFTA. Kita lihat hari ini Tuan Yang di- Pertua, polisi yang dibawa oleh the American first ini boleh menggugat tempat-tempat lain dalam dunia ini.

Perkara lagi ialah tentang geopolitik yang apa yang jadi pada North Korea hari ini. Orang dia yang mati, kita kena tuduh yang bukan-bukan.

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ini satu lagi perkara perbalahan di Timur Tengah ini mengancam dunia. Hari ini kuasa besar ekonomi China dengan Amerika yang mana kita lihat TN50 akan menyaksikan negara China akan mengungguli. Kalau ada orang yang sudah tutup kedai, ada orang hendak buka kedai, yang mana yang kita hendak pergi? Yang tutup kah yang buka? Kita pergi pada yang buka. Ini tutup, semua sudah tidak hendak terima American First. Jadi kita kena lihat kepada kejadian, kita kena bijak memilih serta melihat bagaimana masa depan TN50, bagaimana alam sekitar masa depan 50, bagaimana yang kita katakan perubahan cuaca global, bagaimana kita melihat penurunan emission carbon dalam dunia hari ini. TN50 akan merasai, mengungguli perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, ekonomi yang kita akan bina pada tahun-tahun yang mendatang ini dan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai top 20 nation.

Apa yang Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Perdana Menteri telah lakukan kita melihat pada kenaikan GDP per kapita berbanding kepada 1990-an. Hari ini tahun 2015 satu data menunjukkan hampir USD11,000. Seperti yang saya sebut tadi peringkat daya saing kita hari ini 19 dalam dunia. Satu tahap yang baik sebenarnya dan kita perlu berusaha ke arah itu lagi.

Ekonomi yang baik akan hanya juga dengan pendidikan yang baik. Saya hendak juruskan kepada dua benda. Satu ialah pendidikan, satu adalah kesihatan. Kita ada segala-galanya tapi orang kita sakit, tidak guna juga. Oleh sebab itu kesihatan satu perkara yang sangat penting. Pendidikan ini kalau saya sentuh satu perkara yang sangat penting is a very crucial dengan izin brain power, kuasa minda kita. Sistem pendidikan hari ini perlu ada transformasi.

Saya berpendapat sekolah-sekolah hari ini terlalu melihat kepada peperiksaan, we are to exam orientated. Tuan Yang di-Pertua, terlalu exam orientated sehingga kejayaan diukur dengan peperiksaan. Kita hampir-hampir terlupa the human factor, character building– kita sudah hampir-hampir lupa isu ini. Isu ini adalah isu yang penting kerana character driven ini yang akan menentukan kejayaan di masa akan datang. Kita melihat 30 tahun akan datang hari ini TN50 bagaimana kejayaannya.

Negara-negara maju telah melakukan hari ini. Saya melihat perkara radikal yang kita boleh kita lakukan. Satu perkara radikal ialah pisahkan peperiksaan daripada persekolahan. Berani membuat perubahan satu idea yang inovatif mencabar kelaziman kita hari ini. Tuan Yang di-Pertua, ini mungkin satu lagi peluang, satu lagi cabaran, satu lagi game changer untuk mengubah negara tercinta hari ini.

Walau bagaimanapun, kita melihat falsafah pendidikan Malaysia tentang potensi individu yang menyeluruh yang holistik, yang syumul di mana pelaksanaan sebenarnya. Hari ini kementerian kena fikirkan tentang perkara ini. Ini belum kita cerita tentang infra. Di Bagan Serai ini sudah lama sudah janji hendak buat sekolah menengah Pelangi Perdana di Jalan Baru. Sampai hari ini tidak ada apa-apa lagi, saya sedang meneliti perkara ini. Banyak lagi perkara-perkara kita tengok di merata-rata di negara hari ini. Persekolahan infrastruktur perlu dibuat kajian, perlu diberi perhatian tetapi sistem yang saya katakan hari ini menentukan kejayaan TN50.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh sedikit melalui kesihatan.

Alhamdulillah, kita punya sistem kesihatan yang baik. Antara yang terbaik di dunia ialah servis dan perkhidmatannya. Saya ingin menyentuh tentang kos yang mampu. Kos yang

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

mampu bermaksud saya satu sistem yang saya panggil tier system. Tier system maknanya kalau kita tidak boleh bagi blanket subsidy. Blanket subsidy yang menyebabkan kita jadi susah sebenarnya. Hari ini kerajaan telah nampak hari ini sebab itu kita bagi targeted subsidy, subsidi bersasar. Orang miskin tidak apa tidak payah bayar, orang kaya bayar, orang sederhana bayar sikit.

Saya memberi cadangan – kalau kita bagi semua free orang pun tidak bernilai.

Siapa yang patut dapat free ? Siapa yang patut murah ? Orang yang dapat free adalah orang miskin. Itu sebab kita tidak wujud, kita sentiasa menolong orang miskin sebenarnya.

Tuan Yang di-Pertua, kalau hospital umpamanya saya bagi satu contoh. Kalau orang kaya bayar 60 peratus, ada lagi subsidi 40 peratus. Orang yang berpendapatan sederhana bayar 40 peratus, dia dapat lebih daripada 50 peratus subsidi. Orang miskin bagi free dan kerajaan telah menolong berbagai cara BR1M, tolong nelayan, pesawah, tolong pekebun kecil, peniaga-peniaga kecil. Macam-macam kerajaan telah tolong.

final • 4:40 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Sungai Siput.

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Okey.

final • 4:40 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua?

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 4:40 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Berkenan dengan kita charge untuk orang yang kaya dan bagi free. Masalah dia ialah dia akan wujudkan dual system, system dual tier di mana orang yang boleh bayar dia boleh keluar dan bila dia ada market di luar specialist kita daripada kerajaan pun keluar dekat situ. Ini kerana orang-orang kaya dapat free pun apa masalah dia mereka bayar cukai. Kita cukaikan mereka bagi mereka free lah tidak ada masalah.

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Siput sudah dapat, saya sudah faham itu. Maksud saya tier system ini – memang semua orang bayar cukai, mereka yang bayar cukai tidak apa. Kita bercerita tentang siapa yang patut dapat subsidi, siapa yang patut tidak dapat subsidi. Ini cara kita berlaku lebih adil kepada masyarakat di negara kita hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, kesihatan adalah harta kita. Mencegah lebih baik daripada merawat. Mencegah lebih murah, lebih seronok, lebih senang, lebih mudah. Oleh sebab itu saya selalu sarankan tentang pencegahan sebenarnya. Hari ini kita lihat macam- macam penyakit non-communicable disease (NCD) dengan izin telah meningkat hari ini.

Kita buat macam-macam hari ini, kita ada banyak ubat, kita ada banyak pakar, kita ada banyak universiti, kita buat R&D. Kenapa kencing manis, darah tinggi, jantung, strok semua makin meningkat? Pergi dekat IJN macam market hari ini semua orang ada tersumbat.

Apa masalahnya hari ini perlulah kita buat kajian. Kita fikirkan bagaimana kerajaan patut fikir kalau kita buat sesuatu tidak mendapatkan hasil kita perlu duduk dan muhasabah balik apa sebenarnya yang tidak kena. Adakah kita kurang exercise ataupun kita kurang makan, ataupun kita makan silap, ataupun apa sebenarnya. Ini perlu diberi perhatian. Kerajaan dan doktor-doktor semuanya perlu ada minda yang terbuka untuk fikir tentang perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya tadi sedang membincangkan TN50. Tidak kenalah kalau saya tidak sebut betapa pentingnya STEM, science, technology, mathematics, STI Talent dalam STEM ini. Kalau tidak bagaimana kita hendak mengharungi TN50. Dunia teknologi yang serba canggih, yang serba ke hadapan di mana kita hari ini rakyat Malaysia hari ini belum mencapai 60 percent dalam sains dalam STI dan kerajaan perlu beri banyak lagi perkara-perkara yang perlu dibuat supaya mereka tidak rasa sains ini menakutkan supaya mereka ada minat dan kesukaan dan keseronokan untuk mempelajari sains.

Ini perlu diterapkan daripada sekolah lagi, sekolah rendah, menengah dan seterusnya ke universiti supaya ramai lagi mengambil bidang sains kerana tanpa ilmu

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

sains ini, matematik tanpa perkara ini, maka susah kita hendak capai TN50 yang begitu berjaya.

Penekanan yang satu lagi saya hendak tekankan ialah tentang STI ini. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan kena fikirkan, kementerian kena fikirkan. Cuba fikirkan kalau kita dapat buat satu pusat creative, innovative centre di seluruh negeri di Malaysia ini.

Fikirkan supaya negeri-negeri yang jauh umpamanya tidak payah datang ke sini tetapi ada centres untuk mengiktirafnya.

Perkara terakhir yang saya hendak sebut ialah tentang pelancongan. Titah Tuanku menyebut kita semua bertanggungjawab untuk menarik pelancong. Apa yang kita buat? Hari ini – tahun ini tahun ini adalah tahun melawat negeri Perak, Visit Perak Year 2017. Tuan Yang di-Pertua, saya ini melihat antara sepuluh tempat yang pelancong sama ada dalam atau luar negeri patut melihat di negeri Perak ialah Bukit Merah Laketown Resort dan juga Pulau Orang Utan. Di sinilah terdapat satu-satunya pusat konservasi ex-situ, pusat pembelajaran di mana kita belajar tentang spesies yang terancam hari ini orang utan.

Setelah hampir-hampir 20 tahun dan Bukit Merah Laketown sudah wujud sejak 20 tahun. Satu tempat yang boleh membuat satu team building yang unik. Kita ada gunung, tempat lain pun ada gunung. Kita ada tasik yang cantik, Tasik Bukit Merah. Dulu kemarau sekarang sudah ada air, balik itu. Kita ada tasik, kita ada lengkap. Kita ada ecopark, kita ada adventure park, kita ada semua. Cukup unik dan cukup sesuai untuk team building yang terbaik dan Bukit Merah Laketown terletak bersebelahan daripada lebuh raya— PLUS di utara.

Tuan Yang di-Pertua, saya mendapati bahawa di Pulau Orang Utan ini, pusat pembelajaran ini di mana hampir-hampir semua universiti di Malaysia membuat kajian menghantar pelajarnya untuk buat pembelajaran master dan PhD dan juga daripada luar negara. Bilangan pelancong kebanyakan adalah daripada luar negara, pelancong daripada dalam negara hanyalah 20 peratus. Jadi saya menyarankan Tuan Yang di- Pertua kita ada pusat pembelajaran yang canggih, Yayasan Pulau Orang Utan telah membelanjakan bilion kewangan untuk memajukan tempat ini.

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya sarankan di sini tempat kita datang kalau Visit Malaysia, Visit Perak 2017, saya sarankan datang ke daerah Parlimen Bagan Serai di mana wujudnya Pulau Orang Utan dan juga Bukit Merah Laketown Resort yang mempunyai keunikan yang terbaik untuk team building. Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi menyatakan bahawa Bagan Serai sangat teruja dengan TN50 ini dan kita sentiasa melihat bagaimana kita sama-sama dapat menggembleng tenaga untuk menjadikan TN50 ini satu kejayaan. Sekali lagi saya hendak ingatkan bahawa meletakkan orang muda di depan adalah satu perkara yang sangat penting tetapi orang muda ini perlu dipersiapkan dengan amalan yang baik, dengan keimanan yang baik, dengan perangai yang baik dan ia akan mewujudkan satu persekitaran yang cukup canggih dengan pengetahuan yang tinggi tentang sains, teknologi, matematik dan sebagainya membawa kejayaan kepada negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan Serai menyokong Usul Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 4:50 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan ayat al-Quran dalam Surah Al-Baqarah, ayat 188. [Membaca sepotong ayat al- Quran]. “Jangan kamu makan harta di kalangan kamu dengan secara batil dan jangan kamu hulurkan harta kamu yakni dengan memberikan rasuah kepada hakim-hakim kerana kamu hendak memakan yakni mengambil sebahagian daripada harta manusia dengan berbuat dosa padahal kamu mengetahui salahnya”. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang berkenaan dengan barah rasuah.

Boleh dikatakan semua daripada kalangan pembahas-pembahas yang lalu membicarakan berkenaan dengan soal rasuah yang sudah menjadi barah, bualan daripada parlimen rakyat yakni di kedai kopi sehinggalah kepada Parlimen Malaysia di

final • 4:51 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

tempat kita. Maka dengan sebab itu, kita perlu tangani kerana ia melibatkan soal keselamatan negara, melibatkan soal berkenaan dengan pembinaan negara kita cemerlang nanti akan terbantut seandainya perkara ini kita tidak ubat dan kita tidak tekuni dengan baik.

Menurut Laporan Indeks Persepsi Rasuah 2016, Malaysia berada di kedudukan 55 daripada 176 buah negara berbanding dengan tahun lepas kedudukan dia 54. Maka terdapat beberapa kes-kes yang berprofil tinggi yang pernah disiasat oleh SPRM antaranya ialah berkenaan kes Jabatan Air Negeri Sabah, TEKUN, Bank Rakyat, JKR, Tabung Haji, DBKL dan terbaru melibatkan pula anak kepada seorang Exco di sebuah kerajaan negeri. Namun apa yang penting ialah kerana kita cukup simpati dan tahniah kepada pegawai-pegawai SPRM yang bekerja dengan bertungkus-lumus secara profesional. Kadang-kadang mereka terpaksa meninggalkan anak isteri mereka, kadang- kadang terpaksa menggadai nyawa dalam siasatan terhadap beberapa kes-kes, kadang- kadang memakan masa berbulan-bulan, maka itulah pengorbanan yang dilakukan oleh pihak pegawai-pegawai SPRM di negara kita.

Namun begitu, perlu diingat ada beberapa kes berprofil tinggi yang pernah ditutup, digugurkan daripada pertuduhan ataupun diampunkan. Contohnya seperti mana kes Eric Chia, Kasitah Gaddam, NFC dan ini semuanya memberikan kadang-kadang rasa simpati saya terhadap pegawai-pegawai SPRM. Menurut Transpirasi Internasional Malaysia menggesa SPRM juga memburu ahli-ahli politik susulan apabila berlakunya tangkapan terhadap kes-kes yang berprofil tinggi yang melibatkan dari kalangan pegawai-pegawai ataupun penjawat-penjawat awam tempoh lalu. Ini kerana menurut statistik SPRM daripada tahun 2015 yang ditahan daripada 670 hanya dua ahli politik sahaja yang ditangkap dan setakat Oktober 2016 pula terdapat dua kes. Ini kerana menurut tinjauan Barometer Rasuah Malaysia pada tahun 2014 menunjukkan bagaimana dia telah meletakkan tentang hierarki yang mereka terdedah dengan soal rasuah ini ialah pertamanya ialah parti politik, polis dan juga penjawat awam.

Maka sebab itu Presiden Pertubuhan Transpirasi Antarabangsa Malaysia (TI- M) ialah Dato' Akhbar Satar. Dia menyebut dia kata akibat daripada ketiadaan kuasa pendakwa yang ada kepada SPRM kadang-kadang masyarakat awam menuduh kononnya berlakunya tangkapan terpilih sahaja sedangkan kuasa pendakwaan tidak ada kepada SPRM kerana ia masih terletak di bawah kuasa Peguam Negara dalam Perlembagaan, Perkara 143(3).

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan pula perlu meyakinkan masyarakat antarabangsa khususnya dan pelabur-pelabur dalam negara. Oleh itu masalah integriti mesti ditekankan dan dipamerkan. Oleh itu soal moral, kejujuran, kepimpinan dan gaya hidup dan sebagainya perlu diambil perhatian oleh kita semua terutamanya mereka yang mempunyai kuas yang perlu diambil kira di dalam segala tindakan-tindakan yang boleh meyakinkan terutama dari kalangan mereka yang hendak datang berniaga dan melabur di negara kita.

Maka dengan sebab itu, memilih dan melantik pemimpin-pemimpin yang adil dan baik untuk jawatan-jawatan utama dalam soal Eksekutif, Kabinet nya, Menteri Besar, exco nya, Perdana Menteri nya, pengerusi GLC dan sebagainya biarlah kita mengharapkan supaya penekanan dalam soal integriti ini satu perkara yang amat penting. Maka dengan sebab itu kita melihat dalam institusi yang ada di dalam Islam, wujudnya hisbah untuk mengawal selia bukan sahaja terhadap hasil dan perbelanjaan bahkan juga tata kelola dalam urusan menguruskan negara juga akan dihisbah dan diperhatikan oleh golongan ini.

Tuan Yang di-Pertua, kebebasan institusi dan polisi maka tiada tolak ansur ertinya ialah zero tolerance terhadap rasuah. Dengan memberikan kebebasan kepada SPRM dan Peguam Negara untuk menyiasat dan mendakwa pesalah rasuah tanpa mengira pangkat dan darjat.

final • 4:51 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Ini satu perkara yang penting kerana kita hendak lihat negara kita ini ialah negara kita bersama, negara yang kita bina. Negara inilah negara yang kita cinta. Oleh itu, setiap mereka yang memegang jawatan terutama di peringkat eksekutif, sama ada di peringkat Kabinet ataupun Exco di negeri-negeri wajar menunjukkan teladan dalam perbelanjaan hemah supaya dapat menyedari tentang denyut nadi rakyat yang berada di bawah sana.

Tuan Yang di-Pertua, yang keduanya isu berkenaan dengan isu ancaman kedaulatan. Sebagaimana Allah SWT berfirman dalam surah Al-Anfal, ayat 60, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Siaplah untuk menghadapi mereka kekuatan apa

final • 5:00 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

sahaja yang kamu sanggupi dari kuda-kuda yang tambat untuk berperang. Dengan persiapan itu kamu menggentarkan musuh-musuh Allah, musuh kamu dan juga orang- orang selain daripada mereka yang kamu tidak mengetahui.” Malaysia sebelumnya kita telah pun bersungguh-sungguh untuk menyertai TPPA walaupun dibantah oleh banyak pihak atas faktor pertembungan geopolitik berbanding manfaat ekonomi yang minimum.

Terkini Amerika sebagai broker yang besar dalam TPPA ini telah pun menarik diri daripada TPPA sejurus kemenangan Presiden Trump. Maka kita sekarang ini telah pun berubah alih juga untuk diserahkan projek-projek kita yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat dari tanah besar China sana. Walau bagaimanapun, perlu diambil ingatan dalam soal ini bukan sahaja kita melihat dari segi sudut ekonomi malahan kita juga kena lihat dari segi geopolitik, risiko pertembungan antara China dan Amerika.

Konflik pertindihan wilayah di Laut China Selatan seperti yang disebutkan tadi juga yang melibatkan tuntutan Malaysia, Brunei, Filipina, Vietnam, China terhadap Kepulauan Spratly bakal menggugat kestabilan dan juga merosakkan diplomatik di rantau ini. China kita lihat sebagai agresif dalam tuntutan wilayah tersebut dan Amerika pula kita sudah tahu mencampuri urusan ketenteraan dan ini meletakkan negara kita ini berada di dalam keadaan yang serba salah.

Maka dengan sebab itu pada kita ialah kita menolak soal campur tangan asing dalam isu ini termasuklah yang sekarang berlaku hari ini berkenaan dengan kes yang melibatkan dengan Korea Utara. Pada hari ini kita sebagai rakyat Malaysia kena meletakkan bahawasanya soal kepentingan negara itu mengatasi segala-galanya. Oleh itu pada kita ialah kita tidak hendak soal campur tangan asing mengambil alih di dalam soal pertarungan ataupun pergaduhan antara kita dengan Korea Utara pada hari ini. Kita tidak mahu sejarah apabila campur tangan daripada kuasa asing selepas itu kita lihat negara ini akan menjadi padang jarak padang tekukur.

Iraq telah pun membuktikan, Libya telah membuktikan. Maka dengan sebab itu kita tidak akan restu dalam soal untuk campur tangan dalam urusan politik negara kita.

Biarlah negara kita yang selesaikan sendiri. Maka kita mengharapkan supaya penyelesaian ini penyelesaian yang menggunakan secara kaedah diplomatik. [Menyebut pepatah Arab] Inilah yang kita hendak bukan kuasa tentera yang kita mahu. Maka kita harapkan juga Korea Utara menghormati berkenaan dengan kedaulatan yang ada kepada negara kita Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, kepentingan Malaysia wajar dilindungi secara masyarakat madani di peringkat global. Maka sebab itu agenda memperkasakan ASEAN dalam konsep satu rantau, OIC satu ummah dan NAM sebagai satu kemanusiaan tanpa bermusuh dengan sesiapa dan kita tidak berpihak dengan sesiapa. Mengelak daripada terlalu bergantung dengan sebuah negara untuk menarik pelaburan ini merupakan satu perkara yang tidak baik.

Tuan Yang di-Pertua, maka dengan sebab itu ketika banyak projek-projek yang dianugerahkan kepada Negara China maka jangan kita lupa pula kontraktor-kontraktor tempatan, jangan kita lupa. Walaupun saya bukan kontraktor, walaupun saya bukan seorang usahawan saya tidak pandai tetapi itulah yang sampai kepada saya melalui rakan-rakan niaga kontraktor-kontraktor mengharapkan supaya janganlah lupa pula kebolehan kewibawaan kontraktor-kontraktor tempatan untuk sama-sama membangunkan projek-projek mega yang ada di dalam negara ini seperti mana pembangunan Bandar Malaysia, ECRL dan HSR dan juga pembangunan Bandar Iskandar.

Jangan lupa kerana seperti mana kerja reka bentuk kejuruteraan, kerja-kerja kontrak, kerja-kerja tanah, kerja-kerja pengubahan infrastruktur sedia seperti mana paip, kabel terutama di bandar-bandar besar, jambatan, kuarters, depot, kerja perparitan, bekalan elektrik dan air bersih kita harapkan supaya yang ini diberikan kepada kontraktor- kontraktor tempatan kerana mereka ada kebolehan. Takkanlah tidak boleh langsung. Kita tidak hendak kontraktor-kontraktor tempatan yang memang ada kebolehan, mempunyai skill yang tinggi dalam perkara ini tiba-tiba kita serahkan kepada orang luar.

Apa makna kita bercakap tentang projek mega? Apa makna kita bercakap tentang projek-projek gergasi? Apa makna kita bercakap tentang pelabur-pelabur besar datang ke negara kita sedangkan kontraktor-kontraktor tempatan hanyalah— kalau makan kuah boleh tahan lagi, takut hanyalah hisap tulang sahaja. Maka sebab itu kita harapkan perkara-perkara seperti begini tidak berlaku dalam perkara-perkara yang membabitkan soal hal-hal yang berkaitan dengan pembelaan untuk peniaga-peniaga ataupun kontraktor-kontraktor tempatan.

final • 5:00 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan soal hal yang berkaitan dengan soal kelembapan ekonomi dan semuanya di kalangan kita amat terasa kerana pertumbuhan ekonomi 2017 diunjurkan antara empat peratus hingga 4.5 peratus. Inflasi terus menjalar dua hingga tiga peratus. Pengangguran semakin menular iaitu 3.5 peratus dan ringgit kita pula hilang kadarnya sehinggakan lebih sekarang ini saya rasa sudah hampir dekat dengan RM4.80. Rakyat juga berhadapan dengan situasi ekonomi yang sangat mencabar kesan daripada kenaikan cukai terutamanya kita lihat daripada GST dan kenaikan harga yang perlu dibayar menyebabkan tabungan semakin sukar dan hutang isi rumah kian melebar kepada 88 peratus.

Kerajaan dijangka menanggung defisit fiskal berjumlah RM40.3 bilion ataupun tiga peratus daripada KDNK meneruskan rekod defisit berturut-turut sejak daripada tahun 1998. Walaupun kita tahu kutipan GST meningkat dari setahun ke setahun, pada tahun 2017 sebanyak RM40 bilion berbanding dengan tahun 2016 sebanyak RM38.5 bilion.

Hutang Kerajaan Persekutuan sehingga Jun 2016 berada pada paras RM655.7 bilion yakni 53.2 peratus daripada KDNK.

final • 5:00 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Tuan Yang di-Pertua, maka suasana-suasana beginilah yang pada kita amat mengerikan terutama kita dari kalangan rakyat-rakyat yang berada di peringkat bawahan kerana mereka adalah merupakan orang yang amat terasa sangat. Begitu juga kesan daripada sini kita lihat bagaimana terdapat 22,581 belia yang berumur 25 hingga 34 tahun telah pun diisytiharkan bankrap iaitu daripada tahun 2012 hingga September 2016.

Mereka yang bankrap ini, yang terlibat dengan pinjaman beli kenderaan seramai 26,801 orang. Ini bukan belia, ini semua ya. Pinjaman peribadi 22,153 orang. Pinjaman perumahan 18,819 kes, pinjaman sosial 5,320 dan pinjaman korporat sebanyak 2,910.

Tuan Yang di-Pertua, sebab itu semua rakyat merungut mengenai harga barang keperluan hari ini meningkat naik. Oleh sebab itu kita bercakap hari ini ialah apa sebab berlakunya keadaan ini terutamanya dalam soal barang-barang keperluan harian. Pelik, negara kita ini dikelilingi laut tetapi ikan kembung sekilo sampai RM22. Bukan kita bercakap soal ikan bawal, bukan kita bercakap soal ikan jenahak, bukan kita cakap soal udang atau sotong yang besar tetapi ini ialah makanan yang kita anggap ini makanan orang-orang biasa dari kalangan rakyat kita pada hari ini.

Tanah subur tetapi kita import makanan setahun RM22 bilion. Rumput menghijau tetapi kita import lembu daripada Thailand dan juga daripada Kemboja.

Kadang-kadang terutamanya pada hari perayaan lembu mencecah sehinggakan RM4,000 hingga RM5,000 seekor. Daging beku kita import daripada India sedangkan kalau kita lihat Holland, negeri dia sebesar negeri Pahang sahaja tetapi mampu untuk menjadi pengeksport bahan tenusu terbesar di dunia. Inilah yang menjadi fikiran, saya dok fikir kenapa jadi macam ini. Penduduk hanyalah 30 juta sahaja. Harga makanan kita meningkat kerana kita terpaksa bergantung dengan negara luar.

Ertinya, berapa banyak berlakunya pengaliran wang keluar, akhirnya imbangan dagang kita menjadi tempang dan ia memberi kesan kepada tukaran wang dengan negara luar. Begitu juga makanan ruji beras. Ini kita tidak bercakap berkenaan dengan soal dengan izin, food security iaitu makanan ini kita mesti anggap sebagai satu bahan keselamatan. Biarlah kadang-kadang susah macam mana pun sekurang-kurangnya kita hendak supaya makanan kita ini cukup. Hari ini kita bergantung harap dengan negara- negara luar di sana.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta laluan Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 5:10 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Ya, sila.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat isu tentang kos hidup rakyat yang semakin menekan. Rata-rata di kawasan luar bandar sekarang untuk mendapat sekilo ikan temenung atau ikan kembung memerlukan empat ataupun lima kilo getah baru setaraf, dapat beli sekilo ikan.

Begitu juga kita lihat dengan kenaikan harga minyak yang menambah lagi beban rakyat sehingga ada rakyat yang menyebut mintalah supaya kerajaan turunkan minyak, turunkan harga barang ataupun hapuskan GST supaya biarlah kami tidak dapat BR1M asalkan kami dapat harga barang yang murah. Jadi apa pandangan Yang Berhormat? Negara kita pengeluar minyak tetapi rakyat kita menanggung kos minyak

final • 5:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

yang mahal. Begitu juga apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Jadi apa sebenarnya masalah yang berlaku dalam negara kita? Minta pandangan.

final • 5:10 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Masuk sebahagian daripada ucapan saya. Maka dengan sebab itu apabila satu hari bulan baru-baru ini minyak diesel naik lima sen. RON95 tidak naik.

Memang kalau kita tengok dari segi umumnya baiklah fasal orang biasa pakai petrol sedangkan apabila diesel ini naik dia akan memberikan kesan kepada harga barang.

Peniaga ini dia tidak akan tanggung, dia akan serapkan harga barang itu kepada pengguna. Maka akhirnya yang menjadi orang yang terakhir ialah orang yang menerima, yang terdiri daripada orang-orang biasa ini tadi.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Seputeh.

final • 5:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Boleh saya tolong? Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Saya tadi saya amat setuju dengan pandangan Yang Berhormat Bukit Gantang. Saya dengar tadi Yang Berhormat Bagan Serai cakap banyak tentang TN50. Kalau keadaan inflasi, kenaikan harga dan isu ekonomi kita ini semakin melarut, jadi adakah harapan sampai 2050? Amat perlu bagi kita untuk tumbangkan Barisan Nasional supaya bawa harapan kepada negara kita.

final • 5:10 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Itu sudah pastilah, sudah pasti.

[Ketawa] Maka dengan sebab itu dalam soal yang kita sebut tadi...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bukit Gantang. Yang Berhormat Bukit Gantang...

final • 5:10 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

...Walaupun saya sebut tadi pertumbuhan ekonomi...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 5:10 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

...Pelabur datang...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sudah pasti apa itu?

final • 5:10 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

[Ketawa]

final • 5:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Pasti tumbangkan BN.

final • 5:10 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

[Ketawa]

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

[Ketawa]

final • 5:10 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Masuk di dalam sebahagian daripada ucapan saya.

[Ketawa] [Tepuk]

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tadi...

final • 5:10 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Apa sudah jadi negara kita?

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tadi itu, makan tengah hari baru bincang.

final • 5:10 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

[Ketawa] Apa sudah jadi dengan saya sebut tadi, terutamanya berkenaan dengan makanan ruji beras kita. Walaupun ada hasrat kerajaan untuk mencapai tahap saraan diri SSL, beras tempatan yang akan kita sasarkan sebanyak 85 peratus menjelang tahun 2020. Persoalannya, apa usaha yang kerajaan lakukan pada hari ini? Sekarang terdapat 120,000 hektar tanah terbiar.

Sebanyak 120,000 hektar tanah terbiar. Apakah kerajaan telah pun mencari pakar-pakar untuk memastikan supaya tanah-tanah ini digunakan terutamanya untuk tanaman padi di negara ini?

Maka kita faham makanan ruji di Malaysia ini ialah padi kerana orang Malaysia ini termasuklah sama ada Melayu kah, Cina kah atau India kah dia boleh tahan tidak makan nasi ini setakat empat hari sahaja. Dia boleh makan roti. Masuk hari kelima, kita tengok mata dia orang panggil apa telah berpinar mata, tidak nampak lagi ya. Maka sebab itu cukuplah dasar campur tangan politik dan utamakan kroni dihentikan untuk survival industri makanan. Berikan kepada orang yang ahlinya. Kita melihat bagaimana isu NFC iaitu untuk ternak lembu RM250 juta memberikan pengajaran kepada kita.

final • 5:10 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Pertubuhan Peladang seperti NAFAS, Persatuan Nelayan (NEKMAT) biarlah diurus dengan profesional. Perlu buta warna merentasi blok politik. Uruskanlah secara profesional. Maka kerajaan perlu melihat kepada projek pertanian dan pemakanan yang diberi peruntukan supaya tidak lagi gagal.

final • 5:10 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Yang Berhormat Bukit Gantang? Yang Berhormat Bukit Gantang sini, boleh?

final • 5:10 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Okey.

final • 5:10 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Sikit sahaja. Boleh tidak Yang Berhormat Bukit Gantang tolong juga tanya kepada Menteri apa sudah jadi dengan Program MyBeras yang dicadangkan oleh kerajaan untuk membantu golongan miskin tetapi projek itu tidak diterangkan dan kenapa ia tidak dilaksanakan oleh kerajaan. Boleh?

Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Okey, terima kasih dan kita harapkan supaya Menteri dapat menjawab sebab apa Program MyBeras itu terhenti, tidak dibuat. Tuan Yang di-Pertua, iaitu berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan soal gejala sosial yang berlaku di kalangan belia negara ini amat membimbangkan.

final • 5:10 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Maka dengan sebab itu, seperti mana kes dadah - 26,668 penagih dadah pada tahun 2015. Puratanya, 70 tangkapan sehari. Kalau kita tengok statistik yang dapat kepada pertanyaan saya pada hari ini. Tahun 2016, penagih dadah sebanyak 30,847 orang, meningkat dari semasa ke semasa. Begitu juga cerai - 92,678 pasangan seluruh negara bercerai dalam tempoh 2012 sehingga 2014. Purata 156 penceraian sehari.

Buang bayi - 78 kes pembuangan bayi dilaporkan, Januari hingga Ogos 2016. Puratanya, 10 kes sebulan. Disiplin pelajar - 13,359 pelajar terlibat kes disiplin berat pada tahun 2014. Kes buli - 2,968 kes buli dilaporkan dalam tahun 2015 yakni puratanya 250 kes sebulan. Maka dengan sebab itu, membentuk falsafah dan dasar pendidikan negara yang holistik bagi melahirkan insan yang soleh dan masyarakat yang bertamadun tinggi perlu dibentuk. Apa makna kita melihat kalau dalam keadaan yang kita tengok ianya tidak memberikan apa-apa perkara yang membolehkan kita?

Maka Tuan Yang di-Pertua, begitulah juga soal dalam disiplin ini, saya tak sempat untuk huraikan panjang. Mungkin akan dibahaskan oleh orang lain iaitu soal untuk kita hendak memperkasakan berkenaan dengan Mahkamah Syariah, sekurang- kurangnya, bukan semuanya. Sekurang-kurangnya untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku berkenaan dengan Rang Undang-undang 355. Ini semua untuk kebaikan kepada kita bersama, membentuk masyarakat madani, membentuk masyarakat yang berakhlak, bermoral dan juga berintegriti. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

[Membaca sepotong doa] Wassalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama berucap menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, di dalam Titah Baginda, Tuanku telah mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Jemaah Menteri, anggota-anggota pentadbiran, penjawat awam, pemimpin masyarakat dan seluruh rakyat yang telah berpenat lelah membangunkan negara. Tuanku juga mengucapkan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia dan anggota tentera Malaysia dalam memastikan keamanan dan keselamatan negara, khususnya dalam mengurangkan kadar jenayah dan memerangi ajaran sesat dan ideologi militan.

final • 5:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sekejap Yang Berhormat Sabak Bernam, minta petugas tolong memastikan lampu dalam Dewan ya.

final • 5:22 PM

Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam

Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapat penjelasan kadar jenayah, perjudian dan maksiat di seluruh negara bagi tempoh tiga tahun 2015, 2016 dan 2017 yang terkini, terutama di negeri Selangor. Saya ingin mendapat penjelasan pihak kerajaan, apakah langkah dan tindakan tegas yang telah diambil bagi membendung kegiatan jenayah? Perjudian dan maksiat dalam negeri Selangor yang terus merebak, termasuk di pekan-pekan dan

final • 5:22 PM

Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam

bandar-bandar kecil. Berhubung dengan ideologi militan ini, saya ingin mendapat penjelasan bilangan individu mengikut negara yang telah ditahan di bawah kesalahan ini bagi tempoh lima tahun dari tahun 2012 hingga tahun 2017 yang terkini.

Apakah langkah kerajaan, khususnya Kementerian Dalam Negeri dalam mengekang penyebaran ideologi ini, termasuk melalui internet? Apakah pula langkah proaktif Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam membendung penyebaran ideologi militan ini melalui internet? Setakat manakah langkah-langkah dan tindakan- tindakan yang telah diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang telah membuat kejayaan dalam menyekat kefahaman ideologi militan ini dari kalangan rakyat dan menghalang laman web berkenaan militan dari terus dapat diakses.

Tuan Yang di-Pertua, Tuanku dalam Titah Baginda telah menyentuh secara menyeluruh berbagai aspek. Antaranya termasuklah pengurusan kelengkapan aset dan feasibility keselamatan, langkah konsolidasi fiskal, ekonomi berteraskan produktiviti, kreativiti dan inovasi, penyusutan nilai ringgit, keprihatinan kerajaan dalam golongan B40 dan M40. Menangani kos sara hidup, program pembinaan rumah mampu milik, pembangunan prasarana pengangkutan awam, meningkatkan kualiti hidup rakyat luar bandar dan jaminan bekalan makanan negara yang mencukupi.

Baginda Tuanku turut menyentuh berhubung dengan sumbangan wanita, memelihara kebijaksanaan kanak-kanak, warga emas dan OKU. Kepentingan memelihara alam sekitar, menangani kes-kes penyakit tidak berjangkit, visi transformasi nasional, kejayaan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pembangunan modal insan melalui pendidikan tinggi. Agenda perpaduan dan integrasi nasional, amalan prinsip wasatiyah atau kesederhanaan, persediaan dan pengurusan kerajaan menghadapi bencana banjir. Baginda menghargai sumbangan rakyat yang mengharumkan negara dalam pelbagai bidang.

Akhirnya, Baginda Tuanku menyentuh berhubung kunjungan Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, penjaga dua masjid suci dan Raja Arab Saudi di Malaysia yang mengukuhkan hubungan kedua-dua negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh tentang Kementerian Pendidikan. Dalam bidang pendidikan, Tuanku telah menyentuh berhubung kejayaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berjaya membuktikan kebolehpasaran lebih 80 peratus mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan menamatkan pelajaran. Tahniah diucapkan. Bagaimanapun saya difahamkan pelajar- pelajar lepasan TVET ini sukar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti awam kerana tidak mengambil SPM. Saya juga ingin mendapat penjelasan, sejauh manakah pelaksanaan program TVET ini mendapat kerjasama dan diterajui industri untuk menyediakan modal insan berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri.

Berhubung dengan pendidikan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan kerana keputusan STPM 2016 yang terus meningkat daripada gred purata PNGK nasional kepada 2.71 berbanding 2.65 tahun 2015. 2.62 pada tahun 2014, 2.57 pada 2013. Malah bilangan calon yang memperoleh PNGK 4. bertambah kepada 565 calon iaitu 1.31 peratus berbanding 335 calon pada tahun 2015. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada semua calon STPM 2016.

Guru-guru, pegawai-pegawai dan kakitangan pendidikan daerah Sabak Bernam, seibu bapa yang telah mencapai keputusan terbaik bagi negeri Selangor dengan pencapaian PNGK 2.76 peratus yang mengatasi PNGK nasional 2.71 dan PNGK negeri 2.66.

Sementara itu, empat orang calon memperoleh 4. dan 368 calon atau 99.73 peratus telah lulus penuh.

Saya ingin mengucapkan tahniah kerana kejayaan meningkatkan gred penilaian JPS dalam pentaksiran Tingkatan 3 daripada 3.2 pada tahun 2015 kepada 3.16 pada tahun 2016. Saya berdoa semoga SPM daerah Sabak Bernam akan terus berjaya.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pendidikan, saya ingin menyentuh berhubung dengan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam yang mengalami pemendapan dan memerlukan baik pulih dengan segera dan serta-merta. Sebelum ini tindakan telah diambil dengan semburan pasir tetapi tidak berkesan dan saya mendapati mendapan terus berlaku yang membahayakan murid-murid. Saya amat khuatir dengan keadaan mendapan ini, ianya amat bahaya. Saya mohon kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan mengambil tindakan yang segera dan menyediakan peruntukan khas yang dianggarkan sebanyak RM300,000 bagi mengatasi masalah mendapan ini.

Selain daripada SBPI Sabak Bernam, Politeknik Sultan Idris Shah juga menghadapi masalah mendapan tanah yang juga memerlukan baik pulih dengan segera.

final • 5:22 PM

Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi, Tuanku turut menyentuh berhubung dengan peranan pendidikan tinggi dalam menyediakan modal insan dalam menghadapi revolusi keempat yang memerlukan kemahiran tinggi dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. Sehubungan dengan ini, saya ingin mendapat penjelasan Kementerian Pendidikan Tinggi, bilangan pelajar di universiti awam dan juga IPTS dalam bidang sains dan teknologi berbanding dengan bilangan pelajar dalam bidang sosial dan sastera. Serta apakah langkah kerajaan untuk meningkatkan bilangan lulusan dalam bidang sains dan teknologi bagi membantu melonjakkan Malaysia sebagai negara yang kompetitif.

Sehubungan dengan ini juga, tentang pengajian tinggi ini, saya ingin menyentuh berhubung dengan dakwaan Kongres Persatuan Akademi Malaysia bahawa universiti awam telah memberhentikan 6,000 pensyarah, termasuk profesor. Pemberhentian ini menyebabkan bilangan pensyarah di universiti awam menurun kepada 29,000 sahaja berbanding seramai 35,000 sebelum ini. Saya ingin mendapat penjelasan sama ada dakwaan ini benar dan apakah punca sebenarnya pensyarah-pensyarah ini diberhentikan? Kementerian Pendidikan telah menjelaskan melalui akhbar pada 7 Mac 2017 yang lalu. Namun, penjelasan Kementerian Pengajian Tinggi adalah penting di Dewan yang mulia ini. Berhubung dengan pensyarah universiti awam juga, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dikatakan akan meneliti semula dakwaan skim gaji pensyarah yang tidak diperbaharui semenjak 15 tahun yang lalu.

final • 5:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Sabak Bernam, panjang lagi?

final • 5:22 PM

Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam

Ada lagi.

final • 5:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sambung 20 minit esok. Baiklah Yang Berhormat, kita tangguhkan persidangan kita sehingga esok, Khamis, pukul 10 pagi.

final • 5:22 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.32 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026