Nov152016

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, institusi keluarga dan komuniti mempunyai kaitan yang rapat bagi melahirkan sebuah masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Apakah program pemerkasaan komuniti dan keluarga yang dilaksanakan oleh pihak kementerian untuk menangani isu-isu dalam masyarakat pada masa ini?

final • 10:00 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Tuan Yang di-Pertua, kepentingan bagi memastikan institusi keluarga di Malaysia terus sejahtera merupakan agenda utama yang dapat dilihat berdasarkan komitmen kerajaan di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Mengangkat kepentingan institusi keluarga dengan memperkasa komuniti untuk membina masyarakat yang produktif dan sejahtera. Mulai tahun ini, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah memperkenalkan program yang memberi fokus kepada pengukuhan institusi keluarga dan komuniti iaitu projek pembangunan model pengukuhan keluarga dan komuniti atau singkatannya dipanggil FACE- FACE adalah Family and Community Empowerment. Di peringkat permulaan, program ini akan dilaksanakan di 14 komuniti terpilih di seluruh Malaysia dan akan diperluaskan sepanjang tempoh lima tahun Rancangan Malaysia Kesebelas. Program FACE bermatlamat memperkasa komuniti untuk mengukuhkan kesejahteraan institusi keluarga melalui objektif berikut:

(i) mengenal pasti keperluan setempat dan tahap kesejahteraan keluarga di kawasan terpilih berdasarkan kepada skor indeks kesejahteraan keluarga;

(ii) memperkasa mekanisme sosial dalam komuniti sedia ada dengan tanggungjawab sebagai Family Champion berdasarkan indeks kesejahteraan keluarga; dan

(iii) mengenal pasti Program Intervensi untuk meningkatkan tahap kesejahteraan keluarga.

Jadi, antara cadangan pengisian intervensi adalah di dalam lapan domain iaitu domain hubungan kekeluargaan, keluarga dan komuniti, ekonomi keluarga, keselamatan keluarga, kesihatan keluarga, keluarga dan agama, persekitaran dan perumahan dan domain teknologi dan komunikasi. Melalui intervensi lapan domain ini, LPPKN akan memperkasa komuniti dan keluarga melalui pewujudan dengan izin, Family Champion atau Teraju Keluarga. Pemimpin dalam komuniti sedia ada contohnya daripada persatuan penduduk, Rukun Tetangga, JKKK dan sebagainya akan dilibat sebagai Family Champion dalam komuniti terpilih dengan memegang tanggungjawab dalam salah satu daripada lapan intervensi tersebut. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Tahniah kepada pihak kementerian kerana dapat melaksanakan Program FACE yang saya kira ini adalah satu usaha yang baik melalui LPPKN.

final • 10:00 AM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Soalan saya, apakah strategi yang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat gunakan bagi memperkasa keluarga dan komuniti untuk mencapai kesejahteraan dan apakah manfaat yang diperolehi oleh komuniti daripada Program FACE ini? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Terima kasih Yang Berhormat daripada Sekijang. Tuan Yang di-Pertua, memang kita perlu mengadakan strategi yang betul untuk kita dapat mencapai segala yang disebut tadi di dalam FACE. Jadi, satunya kita guna strategi National Blue Ocean Strategy atau NBOS. Sebab bukan hanya kementerian saya, tetapi kementerian jabatan yang lain yang terlibat. Satunya, kita menggunakan konsep inclusivity sebab semua kita hendak pastikan tidak ketinggalan.

Jadi strategi pertama, satu mengenal pasti masalah komuniti. Jadi dibuat tinjauan secara terperinci, apakah sebenarnya keperluan sosial maklum balas daripada penduduk setempat.

Strategi kedua, merangka pelan pembangunan intervensi. Kita menubuhkan Jawatankuasa Pemandu, Jawatankuasa Teknikal, Jawatankuasa Kerja yang bukan hanya membabitkan kementerian atau jabatan, tetapi sebenarnya penduduk setempat dan juga kita akan mewujudkan Family Champion. Strategi ketiga adalah kita melaksanakan program intervensi di mana kita akan melibatkan komuniti agensi dan juga NGO termasuk keluarga atau champion tadi.

Keempat, iaitu pemantauan dan penilaian sangat penting akan diadakan secara berkala dari semasa ke semasa supaya kita mengetahui status dan penilaian keberkesanan.

Jadi agensi utama pelaksana adalah LPPKN, dan dari segi keberkesanannya ingin saya maklumkan di sini Tuan Yang di-Pertua, bahawa kita tidak buat touch and go. Kita akan membimbing komuniti tersebut sekurang-kurangnya satu tahun atau lebih, di situlah setelah kita mengadakan scoring, kita akan mengetahui masalah di komuniti tersebut dan kita akan mengadakan program intervensi secara fokus. Jadi, ini adalah di dalam Program FACE yang saya sebutkan tadi dan insya-Allah saya rasa akan memberi banyak manfaat dan kita akan mengetahui apa sebenar punca masalah yang berlaku di dalam komuniti tersebut. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan saya, kita lihat dalam negara kita terlalu banyak isu berkaitan dengan keluarga termasuk kadar penceraian yang semakin tinggi, isu kenaikan kos hidup rakyat, termasuk juga isu gejala sosial yang melibatkan ahli keluarga, remaja dan sebagainya. Jadi, sejauh mana kementerian melihat isu ini dan sejauh manakah, berapa peratus pencapaian dasar keluarga negara yang telah digarapkan oleh pihak kementerian? Jadi saya ingin penjelasan.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Terima Kasih Yang Berhormat dari Rantau Panjang. Jadi, terima kasih Yang Berhormat sebab mengaitkan kepada soalan semalam. Jadi inilah kita Tuan Yang di-Pertua, inilah sebabnya kita telah merencanakan program ini sebegitu rupa. Kita, seperti yang saya katakan tadi, kita tidak akan membuat touch and go, buat mana datang, satu program, habis.

Akan tetapi sekarang ini, kita membimbing, kita melihat apa punca masalah kita mengadakan intervensi yang berterusan bukan sahaja ke satu tahap masa tetapi sebenarnya sehingga kita dapat mengetahui punca dan kita dapat memberi satu kesedaran kepada komuniti tersebut. Itu dinamakan tadi, Family and Community Empowerment nama Orang Putih, dia cantik sikit Yang Berhormat, itu yang FACE tu.

Jadi kita akan buat ini, termasuk tadilah Yang Berhormat, perceraian. Mungkin kita masuk di satu komuniti itu, di rumah pangsa kah, di persatuan penduduk dan sebagainya kita dapati masalah itu adalah kadar penceraian yang tinggi. Macam semalam, jadi, kita pergi ke situ, kita membuat scoring, kita dalami apa sebenar yang membuatkan perceraian dan kita menggemblengkan jabatan dan kementerian yang lain untuk kita sama-sama menangani dan kita harapkan. Itu kita tidak tinggal tu, dalam satu tingkat masa, tetapi kita satu tahun atau lebih dan ini adalah untuk Rancangan Malaysia Kesebelas.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Mudah-mudahan Yang Berhormat dengan masalah yang disebutkan tadi, dengan FACE yang kita jalankan ini, kita betul-betul dapat mendalami apa sebenarnya masalah rakyat di situ, komuniti dan kita membuat program intervensi betul-betul untuk menangani masalah di situ. Kita tidak mahu program lain kita bawa, tetapi ini betul-betul kepada masalah di tempat komuniti itu. Jadi, harap program ini akan membawa kejayaan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Pendidikan menyatakan, mekanisme Kementerian Pendidikan dalam meningkatkan kualiti pencapaian server seperti e-Operasi dan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bagi meringankan beban guru di sekolah dalam kerja-kerja perkeranian dan adakah kementerian berhasrat menambah guru bantuan dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran?

final • 10:10 AM

Menteri Pendidikan - Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa prihatin dengan kebajikan guru-guru, terutama melibatkan skop atau bidang tugas hakiki guru, malahan juga menyedari kompleksiti tugas guru yang bukan berkaitan aspek pengajaran, termasuklah perkeranian yang boleh menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran para guru.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan perkhidmatan hosting untuk aplikasi dalam talian di Pusat Data Kementerian Pelajaran. Menggunakan server berkapasiti tinggi dengan jalur lebar internet dua kali dua gigabait, dua talian. Kementerian akan meningkatkan capaian melalui pembekalan pelan data guru bagi semua guru secara berperingkat.

Pada Oktober 2015, 22 aplikasi telah berjaya diintegrasikan kepada tiga modul utama, iaitu Modul Pengurusan Sekolah (MPS), Modul Pengurusan Guru (MPG) dan Modul Pengurusan Murid (MPM). Sebanyak 2,097 medan kemasukan data yang sama atau bertindih dan perlu diisi oleh guru berulang kali telah dapat dihapuskan. KPM berjaya melaksanakan inisiatif single sign-on sepenuhnya kepada 22 aplikasi yang telah diintegrasikan pada 1 Disember 2015 di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada tahun ini, kementerian melaksanakan pengintegrasian bagi lima aplikasi sedia ada dan mengaktifkan modul SSO bagi mengurangkan medan yang perlu diisi oleh guru bagi tahun 2016. Manakala dua aplikasi akan dilaksanakan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Kajian menstrukturkan semula, KPM sedang dalam pertimbangan agensi Pusat.

Sekiranya kajian menstrukturkan semula KPM ini diluluskan, ia dapat meminimumkan perpindahan fungsi serta mengurangkan beban tugas melalui fungsi perancangan pelaksanaan sekolah yang lebih teratur di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah. Pelaksanaan program di peringkat sekolah akan lebih teratur mengikut keutamaan perancangan di mana kampus institusi pendidikan guru lebih berfokuskan kepada pembangunan guru dalam perkhidmatan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Saya sebenarnya sempat meneliti ada sebuah screen capture semalam. Ada seorang guru yang menunjukkan pada jam 10 malam aplikasi Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) tidak dapat dimuat turun. Jawapan yang dimaklumkan dalam laman web, dimaklumkan bahawa capaian ke aplikasi ditutup buat sementara waktu. Jadi ada masalah-masalah di lapangan walaupun saya hargai Yang Berhormat Menteri cuba untuk mengintegrasikan.

Persoalan saya agak penting, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM4 juta untuk Program BestariNet yang dahulunya hadapi masalah connectivity. Saya mohon tindakan yang tegas terhadap syarikat ini, contohnya untuk memberikan mesej bahawa bila masa gagal program ini yang membebankan guru, kita harus menggantikan dengan program yang lebih berhasil. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas tambahan masa.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai.

Berhubung dengan soalan yang disebut mengenai dengan aplikasi. Saya sedar, sekolah- sekolah di Malaysia ini dari segi demografinya kita ada empat. Satu di kawasan bandar, satu di pinggir bandar dan satu lagi di kawasan luar bandar dan satu lagi adalah di kawasan pedalaman, interior.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Jadi untuk kawasan bandar dan kawasan pinggir bandar sebenarnya dari segi connectivity, tidak mempunyai banyak masalah. Masalah yang kita hadapi sekarang ini ialah di luar bandar dan juga di kawasan pedalaman. Di mana, setengah-setengah daripada tempat tidak mendapat connectivity yang sempurna dan malah ada tempat yang sememangnya masih lagi berada di bawah paras yang sepatutnya.

Apa yang dicadangkan dalam perbincangan dengan pihak yang membekalkan aplikasi kepada kementerian ialah supaya dapat ditingkatkan capaian di kawasan-kawasan tertentu. Dalam perjanjian, dalam persetujuan kementerian dengan syarikat yang pertamanya ialah, supaya syarikat boleh memberi perkhidmatan, dalam agreement itu boleh memberi perkhidmatan, kalau tidak diberi perkhidmatan, tidak boleh. Kita tidak bayar.

Maknanya dia bagi servis, dia bagi perkhidmatan, kementerian boleh membayar.

Sekarang ini dalam kerangka kerja syarikat, dia mempunyai pelan tindakan dari sekarang ini sehinggalah tahun hadapan untuk fasa 1 dan fasa 2 di mana ada peningkatan dari segi capaian, sekurang-kurangnya mencapai enam megabyte per second dan ada sekolah yang boleh ditingkatkan kepada 10 megabyte per second dan ada tempat yang boleh diangkat kepada 15 megabyte per second. Ini persetujuan, enam, 10 dan 15 megabyte per second di antara syarikat dengan kerajaan. Insya-Allah kita akan buat seperti mana yang telah diaturkan itu. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Maaf Tuan Yang di-Pertua, saya tersilap bukan RM4 juta, RM4 bilion, takut dirujuk kepada jawatankuasa hak. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas jawapan Menteri. Saya berminat dengan hal ini dan soalan saya adalah, bagi sekolah- sekolah yang tidak dapat perkhidmatan internet ini tidak dapat disampaikan kepada sekolah tetapi masih juga dibayar. Jadi soalan saya adalah, berapakah jumlah sekolah-sekolah yang memang tidak dapat internet tetapi masih dibayar. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Terima kasih Yang Berhormat. Setakat ini 70 peratus daripada seluruh sekolah yang ada capaian internet dan ada sekolah-sekolah yang tidak ada capaian internet. Seperti mana di negeri Sarawak seperti mana yang dimaklumkan kepada saya bahawa satu rundingan di antara Kerajaan Negeri Sarawak dengan syarikat sedang dilaksanakan. Melalui sebuah syarikat anak syarikat kerajaan negeri dan syarikat sedang berunding untuk menentukan terma-terma yang baik dan selepas itu barulah dipersetujui. Untuk negeri Sarawak misalnya telah diberi tiga zon. Zon yang pertama zon yang mencapai capaian connectivity, zon yang kedua, zon yang mencapai 50 peratus connectivity, dan zon yang akhir itu zon yang belum mencapai apa-apa connectivity. Jadi apabila persetujuan ini dibuat, saya yakin pada tahun 2017 kerja-kerja bagi menggantikan perkhidmatan apa yang dipanggil sebagai ADSL dapat diteruskan untuk di negeri Sarawak. Setakat ini kita seperti yang saya sebut kerajaan bersetuju untuk membayar kepada perkhidmatan yang dibekalkan oleh syarikat sahaja. Manakala yang tidak dibekalkan oleh syarikat itu tidak termasuk dalam proses pembayaran kepada fasa dua yang disebut ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan memaklumkan kepada Yang Berhormat Lembah Pantai iaitu perkataan RM4 bilion yang disebut untuk tahun 2011 dan tahun 2015 itu sebenarnya jumlah yang dibayar oleh kerajaan tidak sampai kepada empat bilion. Sebenarnya saya figure ada tetapi pembayaran kepada syarikat lebih kepada satu bilion sahaja. Terima kasih.

final • 10:20 AM

3. Tuan Khoo Soo Seang [Tebrau] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, sama ada Latihan Kecemasan Kebakaran (Fire Drill) berkala diwajibkan bagi semua bangunan kerajaan dan bangunan- bangunan rumah pangsa, kondominium dan sebagainya.

final • 10:20 AM

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tan Sri Haji Noh bin Omar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Latihan Kecemasan Kebakaran (Fire Drill) secara berkala adalah diwajibkan bagi sembilan kategori premis yang ditetapkan mengikut saiz sebagaimana dinyatakan dalam perintah tetap perkhidmatan bomba. Premis ditetapkan 1998 iaitu perpustakaan, hospital, hotel, asrama, pejabat, kedai, kilang, tempat perhimpunan dan juga restoran.

final • 10:20 AM

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tan Sri Haji Noh bin Omar

Mana-mana bangunan kerajaan yang termasuk dalam kategori di atas perlu mengadakan latihan kecemasan kebakaran kecuali tempat kediaman seperti kuarters, rumah pangsa atau kondominium dan sebagainya.

Tujuan latihan kecemasan kebakaran ini adalah supaya penghuni bangunan bersedia untuk menghadapi sebarang kecemasan di samping memastikan sistem keselamatan kebakaran di setiap bangunan berkenaan berfungsi dengan baik. Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5, Tahun 2007, Latihan Kecemasan Kebakaran (Fire Drill) hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun bagi bangunan kerajaan. Di mana Ketua Jabatan boleh memohon bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk memberi khidmat nasihat dan latihan yang diperlukan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tentang risiko kebakaran, adakah kerajaan mengadakan sebarang aktiviti seperti kempen kesedaran ataupun latihan? Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Tan Sri Haji Noh bin Omar

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Kempen Keselamatan Kebakaran yang dijalankan secara berterusan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada rakyat dalam membentuk sebuah masyarakat yang mengamalkan budaya mencegah kebakaran. Ertinya kita hendak menanam satu budaya diamalkan untuk kita berikan keutamaan seperti penyelenggaraan peralatan elektrik, pendawaian elektrik dan juga kemudahan keselamatan kebakaran supaya ianya selamat dan boleh berfungsi dengan baik.

Untuk makluman Yang Berhormat, berbagai-bagai program telah pun dilaksanakan seperti ceramah. Hingga bulan Oktober 2016, sebanyak 4,301 ceramah telah diadakan, 3,751 demonstrasi dan juga sebanyak 1,406 pameran kebombaan telah diadakan di seluruh negara termasuk 1,578 kali latihan kecemasan kebakaran. Bagi meningkatkan kesedaran awam dalam aspek pencegahan kebakaran sebanyak 1,556 Pasukan Bomba Komuniti dan 180 pasukan MyBomba JPP telah ditubuhkan sehingga Oktober 2016 yang melibatkan 2,628 bilangan ahli kedua-dua program tersebut. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Bukan sahaja isu berkait dengan latihan kecemasan kebakaran sebenarnya, pili-pipi bomba yang wujud di PPR pun kebanyakannya tidak dijaga dengan baik. Kalau kita teliti banyak kawasan perumahan yang di bawah seliaan DBKL, KPKT, MTEN dan sebagainya. Bagaimanakah Yang Berhormat di bawah kementerian memastikan bahawa pili-pili bomba yang ada di kawasan-kawasan perumahan dijaga dan mampu diguna pakai bila kecemasan berlaku. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tan Sri Haji Noh bin Omar

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya tidak nafikan memang terdapat pili-pili bomba di kawasan rumah PPR dan sebagainya yang mungkin tidak terurus. Namun demikian saya ingin hendak tegaskan bahawa mengikut peraturan yang ini ada sembilan kategori tadi. Namun demikian untuk kita hendak memastikan bahawa rakyat juga bersama-sama dengan pihak jabatan untuk mengatasi masalah kebakaran ini.

Maka, beberapa program seperti mana yang telah saya nyatakan tadi telah pun kita wujudkan dan juga di rumah kawasan PPRT Yang Berhormat nyatakan memang kita telah pun mencadangkan untuk menubuhkan Bomba Komuniti. Sekurang-kurangnya dia dapat memberikan kerjasama dan juga memaklumkan kepada pihak bomba jika ada paip bomba yang tidak berfungsi. Kita juga ada program mengambil paip bomba ini sebagai program anak angkat kita. Jadi terima kasih di atas perhatian Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri berakhir.

[Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:20 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dr. Mansor bin Abd Rahman [Sik] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, adakah kerajaan bercadang untuk menyediakan sebarang skim pekerjaan sebagai alternatif bagi pekerja industri minyak dan gas yang telah diberhentikan kerja berikutan kejatuhan harga minyak dunia dan setakat hari ini berapakah jumlah sebenar pekerja dari sektor ini yang telah diberhentikan.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam sehati sejiwa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sik. Tuan Yang di-Pertua sebelum saya mulakan jawapan izinkan saya mengalu-alukan tetamu yang lain iaitu penduduk kepimpinan Kampung Dalam Chenor Maran diketuai oleh Tok Empat Wahid. Kemudian Kelab Kebajikan dan Sukan Kesihatan Daerah Maran diketuai oleh Dr.

Wan Roslaiza, Dr. Khairul dan Dr. Norazila. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sik, suka saya maklumkan bahawa pada tahun 2015 seramai 44,343 pekerja telah diberhentikan. Daripada jumlah itu seramai 24,452 adalah dalam pemberhentian biasa dan 19,891 orang ataupun 44.9 peratus pekerja terlibat dalam pemberhentian secara sukarela. Mulai 1 Januari 2016 hingga September 2016, seramai 31,476 pekerja yang terlibat dalam pemberhentian, 17,051 pekerja terlibat dalam pemberhentian biasa dan 14,425 adalah pemberhentian secara sukarela.

Tuan Yang di-Pertua, sementara itu sejumlah 1,632 pekerja yang diberhentikan dalam sektor oil and gas bagi tahun 2016 dan mulai Januari 2016 hingga September 2016 adalah seramai 640 pekerja yang terlibat dalam oil and gas diberhentikan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia, kerajaan sentiasa membantu pekerja-pekerja yang terlibat dalam pemberhentian kerja melalui tindakan- tindakan seperti berikut:

(i) memastikan hak pekerja di bawah Undang-undang Buruh dipatuhi. Pekerja yang diberhentikan akan dipastikan menerima bayaran faedah yang mereka berhak terima seperti baki gaji bagi cuti tahunan, notis dan faedah-faedah penamatan kerja;

(ii) program latihan semula. Program latihan semula pekerja yang diberhentikan ini diadakan untuk membantu mereka untuk mendapatkan latihan yang bersesuaian dengan keperluan semasa. Kerajaan akan menentukan bentuk-bentuk latihan dan bantuan berbentuk yuran latihan sebagai nilai tambahan kepada mereka yang terlibat dengan pemberhentian kerja;

(iii) program penempatan semula pekerja yang diberhentikan.

Kerajaan akan membantu pekerja yang terlibat dengan pemberhentian melalui program penempatan semula mereka dengan majikan yang memerlukan pekerja dan bersesuaian dengan pengalaman dan kelayakan yang mereka ada; dan

(iv) program pengiktirafan pencapaian terdahulu. Melalui program ini, seseorang pekerja akan diberi pengiktirafan berdasarkan kepada pengalaman dan tahap kompetensi mereka berkhidmat di dalam sesebuah organisasi. Pengiktirafan ini bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang lebih baik atau setaraf dengan pekerjaan sebelum mereka diberhentikan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Sektor oil and gas juga seperti sektor-sektor yang lain terdapat pekerja asing dan juga pekerja tempatan dalam sektor mereka dan seperti mana yang kita tahu terdapat lebih kurang 1.9 juta pekerja asing di dalam Malaysia.

final • 10:30 AM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Mengikut ILO iaitu International Labour Organization, tidak ada diskriminasi di antara pekerja asing dan juga pekerja tempatan. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah apakah dasar-dasar kerajaan terhadap kedua-dua kumpulan pekerja ini iaitu pekerja asing dan juga pekerja tempatan. Apakah tindakan kerajaan ataupun usaha kerajaan untuk melindungi kepentingan pekerja tempatan kita? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sik. Memang Tuan Yang di-Pertua, mengikut piagam Pertubuhan Buruh Antarabangsa, kita tidak boleh mendiskriminasikan pekerja yang bekerja di negara kita sama ada pekerja tempatan dan juga pekerja asing. Di negara kita seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sik tadi, kita ada lebih kurang 1.9 juta pekerja asing yang boleh kata sebahagian besarnya ialah bekerja di sektor 3D ataupun sektor-sektor yang bahaya, yang dianggap kotor dan juga yang agak berat.

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun sebagai sebuah negara, kita bertanggungjawab dalam memberikan keistimewaan ataupun tidak meminggirkan atau memberikan keutamaan kepada pekerja-pekerja tempatan berbanding dengan pekerja asing.

Tuan Yang di-Pertua, majikan hendaklah memberikan tempoh notis atau membayar gaji ganti notis yang mencukupi kepada pekerja mereka mengikut kontrak perkhidmatan tetapi tidak boleh kurang daripada yang ditetapkan di bawah seksyen.

Mengikut Akta Kerja 1955 [Akta 265] seksyen 60M memperuntukkan tiada majikan boleh menamatkan perkhidmatan pekerja tempatan dengan tujuan mengambil seseorang pekerja asing. Maknanya kita tak boleh, Yang Berhormat. Jangan kita berhentikan pekerja tempatan kerana hendak ambil pekerja asing. Maknanya pekerja tempatan diutamakan.

Di bawah akta yang sama menurut seksyen 60M, sekiranya majikan dikehendaki mengurangkan tenaga kerjanya, oleh sebab lebihan pekerja yang memerlukan pengurangan pekerja, maka majikan tidaklah boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja tempatan melainkan pekerja asing dalam kategori pekerjaan yang sama ditamatkan terlebih dahulu. Inilah peraturan yang ada yang mana kita tidak akan menganaktirikan pekerja tempatan dan pekerja tempatan diberikan perhatian yang cukup baik dalam negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang sungguh budiman pagi ini.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Belum pun saya panggil sudah dia berterima kasih. Saya ucap tahniah atas gelaran Dato’ baru. Sila Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 10:30 AM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya telinga ada problem pagi ini Tuan Yang di-Pertua, hendak kena clearkan sedikit.

Tuan Yang di-Pertua, menjadi satu impian buruk apabila syarikat saya ambil rujukan PETRONAS mencadangkan menguncup operasi dan memberhentikan pekerja lantaran sepanjang puluhan tahun syarikat yakni PETRONAS sebagai contoh telah mengaut keuntungan yang luar biasa. Namun bila kemelut harga petroleum dunia jatuh, pekerja menjadi mangsa sedangkan kerangka masa depan sebagai kemungkinan boleh berlaku tidak dilakukan. Soalan saya ialah, bilakah skim insurans pekerja hendak dilaksanakan supaya kumpulan pekerja oil and gas ini diberi faedah atas kegagalan tata kelola PETRONAS tersebut. Mohon penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Langat memang cukup prihatin daripada segi pekerja ini. Sebab itu kita lantik dia salah seorang dalam jawatankuasa yang berkaitan dengan banyak pekerja termasuk gaji minimum, termasuk yang masalah insurans pekerjaan dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, kita simpati dengan pekerja di negara kita tetapi ekonomi negara ini tidak hanya dikuasai ataupun ditentukan oleh negara kita tetapi ditentukan oleh dunia keseluruhannya. Sebab itulah antara sebab-sebab yang kenapa sebahagian pekerja ini diberhentikan sama ada secara biasa ataupun sukarela. Antaranya ialah:

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

(i) ketidakstabilan pasaran ekonomi nasional dan global antarabangsa;

(ii) tiada permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan;

(iii) pemaksimuman teknologi, maklumat dan komunikasi;

(iv) penguncupan perniagaan sepenuhnya atau sebahagian;

(v) pengecilan tenaga kerja;

(vi) pengambilalihan syarikat;

(vii) penstrukturan semula organisasi; dan

(viii) penggabungan syarikat.

Ini antara faktor di mana syarikat ataupun pekerja-pekerja berkemungkinan akan diberhentikan.

Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada insurans pekerjaan. Sebenarnya kita tengah berunding, tengah membuat konsultasi dengan stakeholders termasuk MPC yang mana saya ingat Yang Berhormat Kuala Langat juga ada di dalamnya dan yang lain-lain dan kita kira insurans pekerjaan ini akan dilaksanakan insya-Allah dan tujuannya ialah untuk kita memastikan supaya pekerja-pekerja yang diberhentikan ini akan dapat perlindungan yang sebaik mungkin yang disediakan oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, kita mohon Yang Berhormat bersabar sedikit dan kita hendak lihat daripada pelbagai sudut supaya faedah daripada insurans pekerjaan ini akan dapat kita pulangkan kepada pekerja kita akibat daripada keadaan ekonomi. Namun, kita berdoa supaya ekonomi pulih keseluruhan termasuk dunia dan negara kita dengan kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Soalan tambahan boleh? Boleh tambah lagi Tuan Yang di-Pertua?

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila.

final • 10:30 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi berhubung dengan dasar-dasar yang tercatat di mana disebutkan bahawa pekerja tempatan akan diberikan keutamaan.

final • 10:30 AM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Akan tetapi keadaan yang sedang berlaku, kita melihat bahawa ramai daripada pekerja tempatan yang dihentikan kerja dan pada masa yang sama, beratus ribu pekerja asing yang dibawa masuk.

Maka sejauh mana pihak kementerian boleh menjamin pada kami dalam Dewan ini bahawa apa yang tercatat itu sebenarnya benar-benar terlaksana. Bahawa tidak ada pekerja-pekerja tempatan yang dihentikan dan kemudiannya kerjanya ataupun tugasnya diambil alih oleh pekerja-pekerja asing. Saya menyatakan pada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apa yang tercatat atas kertas selalunya cantik dan indah tetapi apa yang berlaku di bawah, hakikatnya banyak yang berbeza. Banyak kes. Kita dapat aduan bagaimana beberapa orang pegawai syarikat-syarikat swasta dan sebagainya, kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri mahu, saya boleh bawa kes-kes yang sebenar kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pekerja tempatan dihentikan dan dalam masa dua tiga bulan, tugasan mereka diserahkan kepada pekerja-pekerja asing kerana ada wujud satu kontradiksi pekerja tempatan dihentikan. Retrenchment is occurring. Beribu tetapi pada masa yang sama, pekerja asing masuk dalam negara dalam jumlah beratus ribu.

Lalu bagaimana kita boleh mengatakan bahawa apa yang telah kita catat itu benar-benar terlaksana. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberikan penjelasan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Sebenarnya, memang Yang Berhormat Shah Alam banyak yang cantik di kertas tetapi tidak indah dari segi realitinya. Begitu juga banyak yang cukup indah dari segi bahasanya tetapi tidak cantik dari segi realitinya seperti mana yang Yang Berhormat Shah Alam sebutkan.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya hendak sebut sikit. Bagi tahun 2016, daripada 31,476 pekerja diberhentikan, 27,417 adalah pekerja tempatan dan 4,059 pekerja asing. Tuan Yang di-Pertua, undang-undang akta kita cukup jelas. Pertama, saya hendak beritahu Yang Berhormat, beri kepada saya mana syarikat yang melakukan tindakan memberhentikan pekerja tempatan dan menggaji pekerja asing. Kita akan pergi segera.

Buktikan kepada kita, siapa dia syarikat ini. Sebab itulah undang-undang cukup jelas.

Jadi bagi kita, kementerian dan kerajaan cukup serius dalam perkara ini. Sebab itu saya tidak rela mengizinkan perkara-perkara ini berlaku. Sebab itulah enforcement, penguatkuasaan mesti kita laksanakan dan maklumat mesti kita peroleh. Terima kasih Yang Berhormat. Berikan kepada kita, insya-Allah kita akan buat susulan kepada tindakan yang harus kita buktikan bahawa kita memberikan keistimewaan ataupun perhatian kepada pekerja tempatan.

Berdasarkan Laporan Pemberhentian Pekerja oleh majikan-majikan, pihak Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi Jabatan Tenaga Kerja akan membuat semakan dengan majikan berkenaan. Pemeriksaan berkala turut dibuat oleh JTK bagi memastikan undang-undang dipatuhi. Yang Berhormat, terima kasih banyak. Sila hantar kepada saya. Insya-Allah kita akan buat susulan, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih banyak.

final • 10:40 AM

2. Dato' Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz [Raub] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan:

(a) berapa ekor dan tan lembu daging yang diimport oleh Malaysia setiap tahun; dan

(b) berapa syarikat yang diberi permit untuk import lembu daging.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Raub. Sebagai menjawab soalan daripada Yang Berhormat, jumlah lembu yang diimport pada tahun 2011 sampai Jun 2016.

TAHUNBILANGAN LEMBU (EKOR)
2011118000
2012105000
201393000
201499000
201596000
2016 (sehingga Jun)29000

Kemudian, import daging sejuk beku. Chill and frozen meat.

TAHUNBILANGAN LEMBU DAN KERBAU (metrik tan)
2011118000
2012123000
2013137000
2014146000
2015161000
2016 (sehingga Jun)80000

Itu jumlah import sebagaimana yang ditanya oleh Yang Berhormat Raub. Bilangan syarikat. Nyatakan bilangan syarikat yang diberi permit untuk import lembu pedaging.

Jawapannya ialah sebanyak 38 buah syarikat yang import lembu hidup, dan import daging kerbau dan lembu sejuk beku, sebanyak 90 buah syarikat. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Daripada jawapan yang diberikan kepada saya yang terdahulu, kecukupan daging lembu iaitu self-sufficiency level untuk negara kita hanya sekitar 26 peratus. Bermakna kita import banyak lembu daripada negara-negara luar. Pakistan, India, Australia dan sebagainya. Jadi saya mohon penjelasan. Ini satu error yang saya rasa kita sedikit kekurangan dan kemuncak kekurangan tersebut adalah seperti yang kita tahu NFC. Akan tetapi kita hendak tahu juga perkembangan industri ini di dalam beberapa tempat.

Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai program pembiakan lembu di Tebing Tinggi di Jerantut, ternakan lembu MARDI di Johor dan baka lembu Bali di Perak. Apa sudah jadi kepada pemindahan benih baka lembu Brahmin daripada Amerika dan bagaimana status import lembu daripada negara Mongolia.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Betul sebagaimana kata Yang Berhormat kita menghadapi masalah kekurangan daging lembu dan kerbau dalam negara lebih kurang 70 peratus. Akan tetapi, kita terus berusaha dan setakat ini telah turun pergantungan kita kepada import luar sebanyak 65 peratus. Bagi menjawab soalan yang begitu banyak tadi, empat atau lima soalan itu, saya rasa lebih baik kita bagi jawapan bertulis. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri soalan. Seperti mana Yang Berhormat Raub cakap tadi, self-sufficiency level kita untuk daging adalah 24.8 peratus tahun 2015. Untuk mutton 13.10 peratus dan untuk susu 12 peratus. Selebihnya kita import. Jadi menurut National Agrofood Policy 2011-2020, pertambahan tahunan

(annual) adalah 2.4 peratus dan kita menjangkakan ada kekurangan yang banyak.

final • 10:40 AM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Tujuh perkara yang disebut masalah atau cabarannya ialah kurang tanah, harga pemakanan yang mahal, import yang lebih murah, penglibatan sektor swasta yang kurang, disease and provision control, breathing quality dan akhirnya expertise workforce. Saya hendak tanya simple saja. Adakah kerajaan bercadang untuk take stock semua pengusaha-pengusaha lembu yang berjaya di dalam negara, contoh Holstein di Johor? Kita ambil dan kita besarkan mereka melalui penglibatan direct and indirect kerajaan. Dengan cara itu, kita dapat menambahkan kapasiti dalam angka yang agak segera. Selain itu, kita buat pembangunan baru macam NFC. So yang sudah ada itu, kita besarkan melalui empowerment directly from kerajaan. Adakah kerajaan bercadang untuk buat macam itu? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat. Untuk membiakkan lembu dalam negara ini, kita perlu dia punya ibu. Kita menghadapi masalah kekurangan. Kalau hendak diimport, kita kena import dia punya induk dia. So, mengikut perkiraan kita, memang betul kalau kita tidak dapatkan bekalan induk ini daripada luar dalam jumlah yang mencukupi, mungkin pada satu hari nanti kita punya populasi lembu dan bekalan lembu ini akan pupus dan makin kurang. Dengan izin, we have problem with supply. Akan tetapi, kita kira-kira mahal juga hendak bawa masuk ini, seekor-seekor induk ini. Kalau hendak memenuhi keperluan untuk beberapa tahun akan datang, ia melibatkan bilion ringgit untuk membekalkan lembu induk ini.

Jadi dengan izin, we are actually in dilemma, Tuan Yang di-Pertua. Pada masa yang sama harga, daging tempatan murah. Bila murah berbanding dengan kos pengeluaran, jadi ramai penternak dia tidak minatlah hendak menternak lembu ini...

[Disampuk] It is not economic. You understand? If you are the penternak, kalau jual barang rendah, rugi, hendak menternak kah?

final • 10:50 AM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:50 AM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Daging, saya kata, dia punya harga dengan kos dia itu tidak berbaloi orang hendak mengusahakan. You understand? Itu.

Belajar sikit *economic and business...

[Disampuk] Business studies.* Kalau belajar law, you tidak tahu benda ini semua. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narasshid - Kota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya sambung sikit saja? Yang Berhormat Menteri, maksud saya tadi Yang Berhormat Menteri, syarikat-syarikat yang telah berjaya, contohnya Holstein di Johor, kerajaan empower dia supaya lebih besar dengan segera. Sebab dia dah ada sistem yang berjaya dan mempunyai pengurusan yang- saya ingat itu workforce, expertise itu sebahagian daripada dua perkara yang besar. Satu, penglibatan private sector, dan keduanya, expertise dan workforce. Kalau dua ini kita buat secara syarikat-syarikat yang telah berjaya kita besarkan, dengan cara itu kita boleh cepatkan pengeluaran production tempatan. Itu maksud saya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Saya hendak tambah. You know, Tuan Yang di-Pertua, *we have come up with a strategy, which is integrated farming.

Integrated farming* maknanya kawasan-kawasan ladang yang besar-besar itu, patutnya boleh menternak lembu. Sime Darby, they have hundred thousand of hectares. FELDA pun begitu and few others plantation company, dengan izin. But, they are not interested because this is not viable business for them. Lebih untung dia maintain dia punya ladang kelapa sawit. This is the problem. The problem of economics. Terima kasih.

final • 10:50 AM

3. Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, apakah perancangan pihak kerajaan dalam meluaskan lagi liputan rangkaian telefon di kawasan luar bandar serta bilakah liputan rangkaian 4G dapat dilaksanakan secara menyeluruh yang mampu setanding dengan negara-negara maju.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Jailani bin Johari

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kinabatangan yang bertanyakan soalan.

Untuk makluman Dewan yang mulia, bagi kawasan luar bandar, kerajaan memberi fokus kepada penambahbaikan liputan 3G melalui penaiktarafan menara-menara sedia ada dan juga pembinaan menara telekomunikasi baru. Sehingga kini, sebanyak 2,963 lokasi telah pun berjaya diaktifkan di seluruh negara dengan perkhidmatan jalur lebar mudah alih 3G sejak tahun 2010. Selain daripada itu, tambahan 1,008 buah lokasi sedang dalam pelaksanaan di seluruh negara dan dijangka siap secara berperingkat sehingga akhir tahun 2017.

Bagi negeri Sabah, sebanyak 654 buah menara telekomunikasi telah dinaiktaraf dengan liputan 3G manakala sebanyak 226 buah menara telekomunikasi lagi sedang dalam proses penaiktarafan. Bagi Parlimen Yang Berhormat iaitu Kinabatangan, sebanyak 61 buah menara telekomunikasi telah siap dinaiktaraf dengan liputan 3G manakala sebanyak 19 buah menara telekomunikasi baru lagi sedang dalam proses pelaksanaan.

Bagi liputan jalur lebar mudah alih 4G, peluasan liputan kini sedang giat dilaksanakan di seluruh negara dengan tumpuan di bandar-bandar utama dan juga di pinggir bandar. Sehingga kini, peratusan liputan populasi 4G telah meningkat kepada 63 peratus dan usaha ini akan terus diperluaskan ke kawasan-kawasan lain termasuklah ke kawasan luar bandar secara berperingkat sehingga tahun 2020. Terima kasih .

final • 10:50 AM

Dato' Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, WiFi Komuniti merupakan satu perkhidmatan yang banyak membantu masyarakat luar bandar. Soalan saya, apakah kementerian masih berhasrat untuk meneruskan perkhidmatan seumpama ini untuk memberi peluang yang seimbang, yang sama rata kepada masyarakat luar bandar dari segi ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya? Dengan adanya juga WiFi Komuniti ini, ianya dapat memberi impak yang menyeluruh kepada masyarakat di kawasan setempat. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Jailani bin Johari

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya program WiFi Komuniti ataupun Kampung Tanpa Wayar yang dahulunya telah dilaksanakan oleh pihak kementerian telah pun dihentikan buat sementara kerana program ini sedang dalam kajian.

final • 10:50 AM

Dato’ Jailani bin Johari

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya apabila pihak kementerian melaksanakan program WiFi Komuniti, ia adalah merupakan satu langkah untuk memberi peluang kepada mereka yang di luar bandar juga mendapatkan akses ataupun capaian kepada jalur lebar. Akan tetapi, terdapat beberapa permasalahan di dalam melaksanakan program Kampung Tanpa Wayar ataupun WiFi Komuniti.

Insya-Allah, sebenarnya pihak kementerian sedang melaksanakan satu lagi program yang dinamakan Pusat Internet 1Malaysia di mana dengan kemudahan yang disediakan, selain daripada meletakkan jaringan infrastruktur di seluruh kawasan termasuklah di kawasan pedalaman, pada masa yang sama, dengan adanya kelajuan internet sejumlah 4 megabit per second di Pusat Internet 1Malaysia, ia akan membolehkan masyarakat di luar bandar juga melaksanakan dan menjana ekonomi bagi mereka yang berada di luar bandar. Jadi, terima kasih kepada persoalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 10:50 AM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jadi tentang ini internet punya masalah, tadi Yang Berhormat Kinabatangan sebut yang luar bandar. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri tahukah, di bandar seperti Sandakan, internet ini banyak lemah, langsung tidak boleh pakai? Kita tidak tahu bagaimana Yang Berhormat Menteri akan meningkatkan dia punya usaha ini bahawa kita di bandar boleh pakai internet ini dengan puas hati. Saya pun tidak tahulah. Saya dengar fiber optic ini sudah mahu pasang di Bandaraya KK dan Sandakan. Bilakah Sandakan ini boleh dapat fiber optic ini punya satu perusahaan? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Jailani bin Johari

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Sebenarnya apabila kita bercakap tentang kelajuan ataupun speed untuk internet, ia di negeri Sabah sama ada di Sandakan, di Semenanjung adalah sama kerana teknologi yang digunakan adalah sama oleh setiap pembekal pemberi perkhidmatan.

final • 10:50 AM

Dato’ Jailani bin Johari

Namun begitu, ada setengah-setengah kawasan ia mempunyai teknologi terkini seperti yang baru saya maklumkan 3G dan insya-Allah 4G dan juga UniFi. Akan tetapi untuk di kawasan Sandakan dan juga di kawasan-kawasan lain seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini, kita akan menggunakan peruntukan berjumlah RM1 bilion supaya liputan dan kualiti jalur lebar seluruh negara akan meningkat.

Di sini kita lihat perancangan pelaksanaan akan diteruskan. Kita memerlukan kerjasama antara pihak Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Persekutuan kerana terdapat pelbagai cabaran antaranya apabila kita ingin melaksanakan penaiktarafan ataupun pembinaan menara baru. Antaranya yang saya boleh sentuh iaitu misalannya kalau kita ingin menubuhkan jalur lebar berkelajuan tinggi, high speed broadband, dengan izin. Antara cabaran iaitu dari segi kelewatan mendapatkan kelulusan daripada pihak PBT dan juga kadangkala ada pelaksanaan syarat-syarat baru oleh pihak JKR.

Kedua, sekiranya ia melibatkan bangunan dan sebagainya, kebanyakan bangunan-bangunan lama itu masih menggunakan kabel ataupun wayar jenis copper. Ini yang menyebabkan pelaksanaan itu mengambil masa. Ketiganya, melibatkan kecurian kabel dan sebagainya.

Berbalik kepada pembinaan sistem kabel dasar laut, Yang Berhormat bertanyakan tadi insya-Allah ianya dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun 2017. Untuk program high speed broadband dan juga SUBB iaitu suburban broadband, dengan izin, di sini secara keseluruhannya di negeri Sabah sebanyak 31 ibu sawat akan dinaiktaraf dan dengan penaiktarafan ini akan membolehkan masyarakat dan juga rakyat negeri Sabah mengakses capaian internet dengan lebih selesa. Terima kasih.

final • 11:00 AM

4. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah] minta Menteri Kesihatan menyatakan, sama ada kementerian sedar bahawa Vitamin C secara suntikan intravena adalah satu bentuk rawatan yang telah digunakan untuk merawat jangkitan-jangkitan virus dengan berkesan dan selamat di banyak negara di dunia. Apakah kementerian tidak bercadang untuk mengkaji penggunaan Vitamin C intravena untuk jangkitan virus seperti demam denggi dan jangkitan zika di Malaysia.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Kedah. Tuan Yang di-Pertua, soalan ini adalah berkenaan dengan kepenggunaan vitamin C untuk rawatan denggi dan juga zika. Tuan Yang di-Pertua, kajian klinikal yang melibatkan penggunaan vitamin C dalam dos yang tinggi secara suntikan intervenus telah dijalankan bagi virus Epstein-Barr yang menyebabkan penyakit keletihan melampau. Beberapa kajian klinikal yang lain melibatkan pengambilan vitamin C secara oral ataupun secara makan dalam dos yang tinggi ialah pesakit-pesakit yang mendapat jangkitan selesema.

Keputusan kajian ini adalah positif di mana tempoh untuk sembuh adalah lebih singkat dan simptom penyakit adalah lebih ringan. Namun begitu, keputusan ini masih memerlukan kajian selanjutnya kerana melibatkan jumlah sample yang kecil. Kajian secara in vitro melalui kesan vitamin C telah dijalankan di dalam virus HIV dan vitamin C bertindak menghalang replikasi ataupun pembiakan virus tersebut.

Namun begitu, buat masa ini tiada kajian yang telah dijalankan ke atas kesan vitamin C kepada virus denggi dan zika memandangkan virus denggi dan zika adalah dari kumpulan yang berlainan, kajian awal di peringkat in vitro perlu dilakukan bagi menentukan sama ada vitamin C mempunyai keputusan yang sama ke atas kumpulan ini, Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:00 AM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin menambah bahawa kajian yang banyak telah dilakukan tetapi tidak dilaporkan dalam mainstream media kerana ianya berlaku di luar mainstream media. Ada yang disebut orthomolecular nutrition, pakar-pakar dalam bidang ini ada di merata-rata tempat dan juga kajian tentang zika dan pernah juga dilakukan rawatan terhadap influenza dan juga virus yang berkait dengan denggi. Vitamin C mematikan virus dengan cara yang common.

Jadi, ia tidak seperti antibiotik, cuma sainsnya tidak difahami di mainstream kerana tidak diajar di universiti. Soalan saya, apakah Kementerian Kesihatan tidak merasakan perlu sekurang-kurangnya mendapatkan pandangan dan membuat kajian khusus? Oleh kerana Australia telah membenarkan penggunaan IV, intravenus vitamin C, berbeza dengan oral di beberapa tempat di Australia, New Zealand membenarkannya dan beberapa negara ASEAN juga. Cuma kita masih melarang kerana kita sebenarnya tidak faham sainsnya itu. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, memang saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Kedah, Dr. Azman, dia memang doktor yang rajin membaca dan memang kesan vitamin C ialah mencegah replikasi virus-virus. Akan tetapi virus ini Tuan Yang di-Pertua, ia ada banyak jenis virus, berbagai-bagai jenis, jadi kesan vitamin C perlu dikaji dengan lebih teliti. Dalam hal Kementerian Kesihatan, yang paling sesuai ialah MR, ia ada peruntukan dan kita boleh minta supaya ia menjalankan kajian yang lebih terperinci, termasuk juga clinical trial ke atas pesakit-pesakit, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, mencegah ini lebih baik daripada merawat. Dengan izin, prevention is better than cure. Mencegah ini lebih murah, lebih mudah, lebih tidak sakit dan tidak takut. Tidak macam kita hendak lawan sakit jantung, hendak bedah kalau ada duit pun kita takut. Vitamin C yang kita bincang hari ini adalah confirm sebagai satu very strong antioxidant, very important antioxidant. Anti oksidan yang baik dan juga telah ternyata ia mengurangkan masalah penyakit jantung, kardiovaskular, strok dan juga kanser. Ini disebabkan oleh bagaimana ia melindungi selaput endothelium, selaput paling dalam sekali di dalam salur darah daripada kerosakan dan vitamin C kita boleh dapat daripada sayur- sayuran dan buah.

Persoalannya ialah berapa orang rakyat Malaysia yang makan sayur-sayuran dan buah lima, enam kali pelbagai warna satu hari? Berapa orang yang buat amalan ini tiap-tiap hari? Kalau saya ingin bertanya dari Tuan Yang di-Pertua, berapa orang yang dapat tentukan bahawa sayur dan buah yang dimakan adalah daripada tanaman-tanaman yang organik, bersih yang tidak ada guna, dengan izin, pesticide, herbicide dan macam-macam, boleh jadi suicide.

final • 11:00 AM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Adakah sayur-sayur yang kita makan hari ini adalah sayur-sayur yang segar ataupun sayur yang sudah lama? Jadi persoalan saya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, patutkah atau adakah kerajaan akan berusaha bersungguh-sungguh disebabkan perkara-perkara ini untuk memujuk supaya rakyat mengambil supplement vitamin C untuk menjaga kesihatan?

final • 11:00 AM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, ini seorang lagi doktor, ini Bagan Serai punya orang ini. Memang- boleh tidak masuk ucapan Yang Berhormat Bagan Serai, masuk sebahagian dalam ucapan saya...

final • 11:00 AM

[Dewan ketawa]

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:00 AM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Memang itulah kementerian- memang kita jalankan program- di dalam program kesihatan primer memang kita galakkan supaya rakyat kita makan banyak buah, banyak sayur yang fresh, bukan yang sudah masak, masak sudah hilang habis vitamin C. Vitamin C water soluble. Jadi, ia mudah habis, hilang.

Jadi, oleh sebab itu memang ada program itu, kita galakkan. Termasuk juga di peringkat sekolah Tuan Yang di-Pertua, kita ada program dipanggil Doktor Muda, di peringkat sekolah sudah ada 3,000 sekolah kita masuk, kita galakkan supaya budak-budak ini, para pelajar ini kita bagi pengetahuan tentang pemakanan, termasuklah pemakanan yang disebutkan tadilah. Sekolah rendah ada 3,000 sekolah, sekolah menengah lebih kurang 300 dan di peringkat universiti pun ada 20 universiti dalam program pirosis yang melibatkan mahasiswa-mahasiswa. Ini kita akan teruskan, insya-Allah.

final • 11:00 AM

Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu bagi pihak Yang Berhormat Bintulu, saya hendak mengalu- alukan kehadiran pemimpin dan rakyat kawasan Parlimen Bintulu dalam Parlimen ini...

[Tepuk]

final • 11:00 AM

5. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minta Menteri Kesihatan menyatakan, statistik graduan perubatan dari tahun 2010-2016. Apakah tindakan kementerian dalam menangani masalah kekurangan doktor pakar di seluruh negara.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Tuan Yang di-Pertua, ini berkenaan dengan jumlah pakar dan juga doktor pakar.

Tuan Yang di-Pertua, bilangan graduan perubatan yang dilantik menjalani latihan siswazah ditawarkan berkhidmat dengan kerajaan pada tahun 2010 sehingga 2016 adalah seramai 26,300. Sehingga 31 Oktober 2016, pengisian jawatan pegawai perubatan pakar pelbagai bidang di KKM adalah seramai 4,494 ataupun 92.3 peratus sahaja berbanding dengan jumlah perjawatan yang diwujudkan sebanyak 4,868. Kementerian Kesihatan memang secara berterusan berusaha meningkatkan bilangan pakar perubatan bagi mengisi kekosongan sedia ada supaya penyampaian perkhidmatan dapat ditingkatkan melalui

final • 11:00 AM

pendekatan berikut Tuan Yang di-Pertua

(v) mendapatkan perkhidmatan kepakaran daripada pihak swasta untuk berkhidmat secara sessional;

(vi) menggalakkan pegawai perubatan pakar warganegara Malaysia yang berkhidmat di luar negara untuk pulang ke tanah air; dan

(vii) penyelarasan perjawatan secara tukar ganti pegawai perubatan bukan pakar kepada pegawai perubatan pakar bersesuaian dengan bilangan pegawai perubatan yang diwartakan sebagai pegawai perubatan pakar dan penempatan pegawai mengikut keperluan perkhidmatan.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, bagi meningkatkan perkhidmatan doktor pakar di Sabah dan Sarawak, pihak KKM telah memanjangkan tempoh penempatan pegawai perubatan pakar daripada minimum enam bulan kepada minimum satu tahun Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Kalau mengikut statistik yang saya ada, tahun ini saja kita dapat lihat sehingga September, seramai 128 orang doktor pakar meletak jawatan. Kalau berbanding dengan dulu, tahun lalu sekitar 124 orang, ada peningkatan sedikit. Hospital kerajaan kini mempunyai 4,474 orang pegawai perubatan pakar kalau data sehingga September. Maknanya masih lagi belum mencukupi untuk kita capai status yang sepatutnya.

Soalan saya, sejauh mana inisiatif kementerian dalam mewujudkan lebih banyak kuota bagi perjawatan doktor perubatan serta pakar di hospital kerajaan kendalian kementerian terutama di kawasan-kawasan luar bandar dan juga kawasan pedalaman yang kita tahu masih lagi ada kekurangan dari aspek ini. Apakah perancangan serta tindakan jangka panjang kementerian bagi mengatasi kekurangan doktor pakar ini supaya rakyat di semua peringkat mendapat perkhidmatan yang sebaiknya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:10 AM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan doktor pakar ini, setakat ini kelulusan kepakaran yang berjalan selama ini kelulusan lebih kurang 400 orang pakar lulus setiap tahun tetapi yang resigned atau letak jawatan dalam lingkungan 150 orang setahun. Itu satu angka yang banyak. Yang Berhormat Lenggong bagi tadi ialah sehingga sekarang, setahun lebih kurang 150 orang yang letak jawatan. Jadi penambahan tidak begitu banyak. Jadi sebab itu jawatan yang sedia ada belum terisi penuh lagi.

Jadi sebab itu dalam hal ini pelbagai insentif telah pun kita cadangkan dan laksanakan tentang pakar-pakar kita. Antaranya kenaikan pangkat cepat tetapi kebanyakan yang sudah sampai 54, ia terhenti di situ. Ada yang 10 tahun, ada yang 12 tahun terhenti kerana perjawatan JUSA C agak kekurangan. Jadi sebab itu dalam hal ini, pihak kementerian telah berusaha dua tahun yang lepas, tahun lepas dan sebelum itu telah mendapat Khas Untuk Penyandang (KUP) jawatan JUSA C.

Bagi mereka yang pergi ke Sabah dan Sarawak, mereka pergi dengan perjawatan JUSA C. Maknanya kalau dia tidak pergi ke sana, dia tidak dapat insentif JUSA C. Dengan cara itu kita dapat menggalakkan ramai yang kekal dengan kita. Walaupun begitu, masih lagi ramai yang letak jawatan kerana itulah, kenaikan pangkat satu.

Jadi sebab itu hari ini dalam hal kita nak cuba tambahkan lagi elaun ataupun pendapatan mereka, kita wujudkan satu sistem kaedah yang dipanggil full paying patient Tuan Yang di-Pertua. Maknanya yang pesakit biasa masuk, di kaunter dia bayaran biasa tetapi yang full paying patient maknanya dia dapat pilih pakar dia dan kerja-kerja pakar dijalankan waktu petang atau malam ataupun waktu hujung minggu. Selain daripada itu, pakar-pakar kita yang bekerja, yang buat operation contohnya elective surgery, hujung minggu diberi insentif RM200 sejam. Jadi maknanya kalau dia bekerja lima jam atau sepuluh jam, dia dapat banyaklah.

Apa yang saya sebut tadi tentang insentif jangka panjang ialah kita tambahkan lagi hadiah latihan Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Begitu juga daripada RM800 kepada RM1,000 sekarang mulai tahun lepas dan mereka juga mempunyai pilihan untuk nak buat sama ada dalam negara ataupun melalui parallel program dengan universiti luar negara Tuan Yang di-Pertua. Insentif termasuk kalau yang di Sabah dan Sarawak, lebih banyak insentif yang diberi. Lebih kurang lapan jenis insentif dan elaun kalau yang pergi ke Sabah dan Sarawak. Banyak Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Tambahan.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kepong.

final • 11:10 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah langkah-langkah yang diadakan untuk memastikan standard kepakaran di dalam latihan pakar-pakar ini.

final • 11:10 AM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, memang kita ada pelbagai universiti di dalam negara yang memberi latihan tentang kepakaran ini. Mereka ada jawatankuasanya yang mewujudkan program untuk pakar-pakar ini. Merekalah yang buat assessment dalam hal ini dan dalam negara. Di luar negara memang pun dah ada sistem yang sama. Maknanya kepakaran pelajar-pelajar kita yang ambil post graduate ini memang diteliti dengan cukup baik oleh pakar-pakar masing-masing Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Kuala Krai.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bintulu.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ada beritahu dalam jawapan mana intensif, banyak lagi beri kebajikan semua kepada pakar- pakar. Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar atau tidak, kita ada masalah kekurangan doktor pakar ini. Masalah kita untuk rakyat punya mata dan telinga, kita tidak cukup serius atas isu ini. Contoh ada doktor-doktor dalam hospital, mereka berminat jadi pakar tetapi tidak dapat bantuan daripada kementerian.

Kadang-kadang dia mahu pergi jadi, contoh macam ortopedik, dia mahu jadi pakar ortopedik tetapi bila kelulusannya keluar dari pakar Kementerian Pengajian Tinggi ataupun dari mana-mana kementerian, tidak bagi dia pergi jadi pakar ortopedik. Dia minta dia pergi lain punya course. So, inilah masalah jadi satu birokrasi. Isu birokrasi ini bukan kecil dalam kementerian ini, birokrasi yang besar. Kadang-kadang kita mahu naik pangkat pun birokrasi juga, pilih kasih. Inilah doktor pakar ataupun doktor-doktor dalam hospital terutama sekali pakar. Mereka fed up, give up dengan kerajaan. Inilah kita kena lihat di situ.

Saya sekarang mahu tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, kementerian ada satu rancangan jangka pendek ataupun jangka panjang untuk menyelesaikan masalah ini?

Adakah kementerian membuat motivasi kepada doktor-doktor dan sesiapa yang hendak menjadi pakar? Kita motivate dia atau kita bagi dia sokongan penuh minta dia pergi naik lagi kursus ataupun course semua ataupun pergi belajar lagi jadi pakar. Adakah kementerian ada cadangan ini? Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Memang apa Yang Berhormat Bintulu cakap memang tepatlah bahawa memang kita dah ada tentang program ini. Sebenarnya kita menggalakkan peringkat houseman lagi kalau dia boleh buat part one contohnya, dia boleh ambil part one. Kalau dia dah lulus, dia akan terus dibenarkan untuk buat bidang kepakaran ini, apa bidang yang dia minat dia boleh pergi. Maknanya kita galakkan daripada awal lagi tentang kepakaran ini.

Jadi tidak timbul masalah ada sekatan dan sebagainya. Juga yang saya sebutkan tadi memang kita tambah lagi hadiah latihan supaya mereka dapat, kita dapat menambahkan lagi pakar kita.

final • 11:10 AM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Mulai pada tahun 2015 bertambah dan di mana empat tahun kemudian 2019 atau 2020 kita akan dapat kesannya, makna kita harap dapat menambahkan lagi jumlah pakar yang lulus di seluruh Malaysia Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

6. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) apakah rasional tindakan penutupan cawangan-cawangan bank perdagangan di Malaysia; dan

(b) kesan kepada pengangguran serta seterusnya memberi kesan kepada ekonomi negara.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Othman bin Aziz

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krai. Rasional kepada bank-bank perdagangan di Malaysia yang menutup cawangan-cawangan tertentu adalah berdasarkan kepada keputusan perniagaan ataupun commercial decision. Antara faktor yang diambil kira tentang keputusan ini adalah seperti:

(i) volume of business dengan izin, ataupun transaksi yang ada;

(ii) kesan daripada penggunaan electronic banking seperti e- payment dengan izin, online banking, self-service terminal seperti ATM dan CDM. Jadi termasuklah hari ini kita tahu kata semua transaksi ini boleh dibuat di hujung jari seperti mana Electronic Fund Transfer (EFT) dan sebagainya;

(iii) pengurangan terhadap penggunaan di kaunter;

(iv) mungkin ada cawangan yang berdekatan ataupun cawangan tersebut mudah diakses maka bank akan tutup salah satu yang mungkin kurang profitabilitynya;

(v) dari segi pekerja mereka, pekerja bank sekarang ini sudah pun digalakkan pekerja yang ada multitasking, multi experts dalam pelbagai bidang termasuk sama ada hendak terlibat dengan sales dengan marketing. Pergi jual kad kredit, dia pun buat semualah, housing loan semua dia orang buat tidak seperti mana dulu;

(vi) dari segi perkhidmatan pelanggan ataupun customer service.

Ini menjadi kan produktiviti pekerja bank lebih tinggi jika dibandingkan dengan sebelum ini; dan

(vii) sudah tentulah ada juga isu yang berkaitan dengan competition ataupun persaingan dengan bank-bank yang berada di kawasan tersebut. Jadi contohnya macam hari ini banyak agen bank telah pun dilantik terutama sekali di luar bandar.

Di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 pada dasarnya bank tidak perlu mendapat kelulusan Bank Negara untuk menutup cawangan tetapi mereka perlu memaklumkan kepada Bank Negara untuk tujuan tersebut kemudian Bank Negara akan membuat siasatan, buat proses konsultasi, mengambil kira kepentingan komuniti setempat.

Kemudian Bank Negara akan keluarkan no objection letter sekiranya Bank Negara berpuas hati tiada kesan mendadak kepada penduduk tempatan.

Berkaitan dengan soalan yang seterusnya kesan kepada pengangguran. Sebelum tindakan menutup cawangan bank, bank akan melihat tentang kedudukan pekerja mereka.

Seboleh mungkin mereka akan dipindahkan tempat kerja ataupun transfers or ataupun, dengan izin, redeployment. Kemudian ada juga program retraining, latihan semula untuk ditempatkan dalam sektor lain dan terakhirlah yang pilihan terakhir adalah pemberhentian ataupun berhenti kerja, retrenchment ataupun berhenti suka sama suka yang disebut sebagai mutual separation scheme. Berdasarkan kepada terma-terma yang dipersetujui oleh kedua pihak terutama sekali yang melibatkan NUBE- union dan sebagainya. Sehingga suku ketiga 2016 terdapat 137,000 orang pekerja di sektor bank di mana mereka ini mewakili 2.5 peratus daripada pekerja keseluruhannya. Bagi enam bulan pertama tahun 2016 sebanyak 1,425 pekerja telah berhenti melalui mutual separation scheme tersebut.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Dato’ Othman bin Aziz

Dari segi kesan kepada ekonomi, sebenarnya untuk keseluruhanlah kita hendak sebut agak sukar hendak di quantify tetapi untuk contohnya bank yang ditutup di satu-satu kawasan itu saya kira aktiviti ekonomi berterusan melalui pelbagai transaksi di bawah sama ada bank lain ataupun juga menggunakan akaun bank yang sama tetapi di cawangan yang lain ataupun cawangan baru. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang agak komprehensif.

Mengikut penelitian yang dapat saya buat ada 23 cawangan CIMB yang ditutup dan ada berita yang tidak dapat diconfirm atau yang dinafikan 27 daripada Maybank yang juga ditutup. Manakala berita mengenai bank-bank lain tidak dapat menerjah masuk ke media utama ya. Ada juga dikhabarkan satu bank asing Royal Bank of Scotland bercadang untuk menutup operasinya pada hujung tahun ini dan 100 orang lebih kakitangan mereka akan kehilangan kerja.

Dalam suasana ekonomi hari ini kita ingat Tuan Yang di-Pertua kedai-kedai jual nasi lemakkah ataupun tomyam yang tutup tetapi cawangan-cawangan bank tutup. Bank- bank yang tutup ini pula kalau ikut laporan ini adalah bank-bank yang ternama ataupun leading banks, dengan izin, di negara kita, CIMB dan Maybank. Soalan saya adakah ini sebagai suatu ukuran ataupun barometer sebenarnya sudah ada krisis dalam industri perbankan ini yang selaras dengan keadaan ekonomi.

Kalaulah ia bermula dengan jumlah yang agak signifikan ini apakah tidak dalam masa terdekat ini akan berlaku lebih banyak penutupan dan kehilangan kerja yang boleh menyebabkan suatu vicious cycle terhadap kehidupan mereka yang terlibat dengan industri ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Dato' Othman bin Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Untuk makluman Dewan yang mulia ini bilangan bank ataupun cawangan-cawangan yang telah pun ditutup untuk 2015, bank-bank perdagangan sebanyak 32 buah, bank-bank Islamic sebanyak 11 buah iaitu jumlahnya 43 buah. Manakala untuk 2016 sehingga Oktober bank perdagangan 58 buah, bank Islam ataupun Islamic banking lima buah menjadikan jumlah 63 buah.

Antara bank-bank yang telah pun menutup setengah-setengah cawangan adalah Hong Leong Bank, Maybank, Alliance Bank, RHB, Maybank Islamic, Standard Chartered, Al-Rajhi dan banyak lagi beberapa bank lain. Akan tetapi berbalik kepada soalan Yang Berhormat Kuala Krai adakah ini menunjukkan petanda ada krisis. Saya kira kalau kita tengok dari segi unjuran, kadar pertumbuhan ekonomi negara, kita akan masih berkembang antara empat peratus dan lima peratus.

Seperti yang saya sebutkan awal tadi dalam jawapan yang pertama, jawapan asal bank ini pun merupakan satu entiti perniagaan. Mereka juga perlu melihat, merasionalisasikan perniagaan mereka berdasarkan keberuntungan. Kalaulah contohnya cawangan itu cawangan yang agak di bandar yang kecil dan ada lagi persaingan dengan bank-bank lain maka sudah tentu mungkin bank itu sendiri daripada segi transaksi business pun tidak mampu hendak cover the overheads, dengan izin.

Jadi sebab itulah saya sebutkan bahawa penutupan bank ini adalah kerana pertimbangan komersial dan bukanlah kerana kononnya ada krisis tidak cukup dan sebagainyalah. Jadi pada saya ini adalah semata-mata kerana mereka membuat penyusunan semula dan berdasarkan kepada transaksi volume perniagaan dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Kita dapati setiap tahun bank-bank besar dalam negara kita mengisytiharkan keuntungan yang saya kira terlalu besar. Ini adalah hasil daripada kecekapan pengurusan ekonomi negara dan keadaan keselamatan negara. Akan tetapi nampaknya bank-bank dalam negara kita tidak friendly, tidak memberi timbal balik kepada keadaan ekonomi dan pengurusan ekonomi yang baik oleh kerajaan yang membolehkan mereka berniaga dalam keadaan selesa dan menguntungkan.

Apa yang saya perhatikan bahawa bank-bank ini memberi satu bayaran yang lumayan kepada lembaga-lembaga pengarah dan pengurusan-pengurusan yang tertinggi sahaja, sedangkan hendak menggaji security guard pun tidak mampu.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Untuk diberi pertimbangan untuk gaji pengawal keselamatan dalam bank yang terlatih supaya dapat gaji yang lebih baik. Maknanya hendak menggaji, memberi dan melantik pengawal keselamatan yang terlatih di kalangan pekerja-pekerja tempatan pun bank berkira sangat.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Akan tetapi membayar lembaga pengarah pengurusan tertinggi, tak berkira sangat walhal keuntungan adalah hasil daripada saya kata pengurusan ekonomi dan keselamatan negara yang baik. Saya rasa dukacita sesetengah bank kadang-kadang bank-bank di kalangan CIMB, Maybank mengambil keputusan yang tidak setimpal balik dengan keadaan pengurusan, keadaan negara kita ini. Mereka kira untung.

Kalau kita tengok diisytiharkan berbilion-bilion tetapi pembuangan pekerja, penutupan cawangan seolah-olah, saya mahu Bank Negara melihat ini semua dan membuat peraturan bahawa gaji-gaji lembaga pengarah bank-bank ini juga harus dipantau, gaji-gaji pengurusan tertinggi bank-bank juga harus dipantau. Mereka harus mendapat yang setimpal daripada keadaan dalam negara kita ini. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Menteri bahawa satu guideline harus diberi oleh Bank Negara di atas pengisytiharan keuntungan kepada pengurusan tertinggi dalam lembaga pengarah yang saya kira di antara yang tertinggi dalam negara kita ini.

final • 11:30 AM

Dato’ Othman bin Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Setengah- setengah bank ini ber-operate atas dasar ataupun polisi masing-masing. Saya kira apa yang disebut oleh Yang Berhormat Rompin tadi contohnya macam pembayaran emolumen kepada ahli-ahli lembaga pengarah mereka agak besar jika hendak dibandingkan dengan gaji security guards. Ya lah, kalau kita tengok dari sudut itu betul sebab yang menjadi ahli- ahli lembaga pengarah ini semua pakar, belajar pun tinggi. Jadi sudah tentulah dan pengalaman pun luas. Maka merekalah yang formulate dasar bagaimana hendak mengambil kesempatan di atas cantiknya ekonomi negara kita ini hendak meningkatkan lagi keberuntungan setiap tahun.

Namun walau bagaimanapun, kita boleh tengoklah, kita minta Bank Negara dapat melihat semula berbincang dengan pihak-pihak bank ini. akan tetapi bank ini pun dia ada dari segi pekerjanya, emolumen kepada pekerjanya juga selaras dengan industri. Jadi saya kira mungkin kalaulah hendak dinaikkan apa semua ini, terpulang balik kepada bank-bank yang terlibat dan Bank Negara insya-Allah akan ajukan isu ini kepada mereka untuk dipertimbangkan. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

saya ingin minta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini ada kes, kalau tidak silap saya Bank Muamalat di mana pekerja yang diberhentikan itu, pekerja bawahan penghantar surat sahaja diberhentikan. Bukan diberhentikan, tetapi dipindahkan daripada Sungai Petani ke Besut yang saya kira perbuatan memindahkan pekerja ini dalam keadaan seperti yang berlaku pada hari ini, bank seolah-olah cuba hendak mengurangkan kos yang mereka sedang tanggung sekarang.

Jadi adakah kementerian boleh melihat perkara-perkara yang seperti ini terutamanya melibatkan kebajikan para pekerja ini dapat dipantau sama. Kita tahu perkara ini di bawah Kementerian Sumber Manusia tetapi adakah pihak Kementerian Kewangan melalui Bank Negara boleh memantau juga bantuan-bantuan kebajikan yang boleh diberikan kepada pekerja-pekerja ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Dato’ Othman bin Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Memang ada kes-kes tertentu yang mana perpindahan ataupun transfer of employees ini daripada satu bank mungkin jaraknya jauh bukan kerana hendak mengenakan atau hendak menghukumkan pekerja tersebut. akan tetapi mungkin juga atas permintaan pekerja dan sebagainya. Namun dalam masa yang sama juga- apa pada kitalah, dasarnya ialah asalkan ia mengikuti prosedur, mengikuti tatacara dari segi terms of employment itu sama ada hendak pindahkah, hendak dipindahkan, hendak dinaikkan pangkat dan sebagainya, tidak ada diskriminasi, tidak ada hal-hal yang memangsakan pekerja, maka saya kira itu tidak ada masalah.

final • 11:30 AM

Dato’ Othman bin Aziz

Cumanya ialah, kita ambil perhatian terhadap kalau kes-kes khas macam ini.

Mungkin boleh dibawa ke kementerian supaya kita dapat tengok samalah, minta Bank Negara melihat asalkan jangan ada unsur-unsur victimization di antara employer, majikan dan pekerja. Akan tetapi selalunyalah, majikan ataupun pekerja-pekerja ini semasa hendak diambil bekerja itu, masa hendak terima employment, mereka sanggup kata boleh dan syarat pelantikan itu pun ditulis, “saudara akan dipindahkan dari masa ke semasa mengikut kesesuaian bla, bla, bla”, tetapi itu pun diterima oleh employee dan dia pun sign. Jadi bila sudah dipindahkan, dia jadi ada- tetapi yang penting adalah asalkan perpindahan, kenaikan pangkat, penurunan pangkat itu adalah mengikut prosedur tatacara urusan terms of employment dengan izin, maka pada saya tidak ada masalah. Cuma kalau ada kes khas, kes-kes tertentu, boleh dibawakan supaya kita panjangkan kepada pihak berkenaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

7. Tuan Khoo Soo Seang [Tebrau] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, tentang keperluan serta kesan-kesan positif dan negatif terhadap negara kita serta jumlah kutipan yang dijangka daripada kutipan caj jalan raya yang akan dijalankan secara berperingkat mulai 1 November tahun ini.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Assalamualaikum warrahmatullaahi wabarakaatuh, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan pemerhatian pihak Kementerian Pengangkutan, setakat ini tiada kesan negatif yang dikenal pasti melalui pelaksanaan caj jalan RC di sepadan Johor Baru-Singapura.

Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, kerajaan dijangka akan dapat mengutip hasil sebanyak RM144 juta setahun berdasarkan unjuran 20,000 kenderaan persendirian pendaftaran asing yang memasuki Malaysia sehari untuk pelaksanaan RC VEP di sempadan Malaysia-Singapura.

Selain daripada kutipan Road Charge (RC), dengan izin, sistem rekod kemasukan kenderaan pendaftaran asing (VEP) juga akan dilaksanakan mulai awal tahun 2017. Antara kesan positif yang dijangka daripada pelaksanaan ini ialah bagi mengawal kenderaan asing yang masuk melalui pendaftaran dan pengecaman kenderaan pendaftaran asing. Ini merupakan satu langkah untuk menjamin keselamatan negara terutamanya di sempadan serta penguatkuasaan kesalahan lalu lintas. Pada masa ini kenderaan pendaftaran asing tidak didaftarkan dan menyebabkan isu-isu seperti masalah kenderaan klon berleluasa.

Selain itu pemilik kenderaan terlepas daripada tindakan undang-undang selepas melakukan kesalahan sama ada kesalahan lalu lintas ataupun overstay di negara ini. Ini kerana maklumat kenderaan pendaftaran asing tidak wujud dan menyebabkan pemilik ataupun pemandu sebenar sukar dikesan. Kesan daripada pelaksanaan ini, kerajaan boleh mengawal kenderaan asing daripada mengelak daripada membayar saman-saman tertunggak dan sekali gus dapat mengawal kenderaan asing daripada sewenang-wenang melanggar peraturan jalan raya di negara Malaysia.

Di samping itu, sistem ini dibangunkan secara NBOS ataupun National Blue Ocean Strategy di mana maklumat-maklumat keluar masuk kenderaan ini dapat dikongsi bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Kastam dan sekali gus dapat memperketat kawalan di sempadan. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya saya sangka bahawa kutipan Road Charge itu mungkin akan kurangkan bilangan kenderaan Singapura yang masuk ke Malaysia untuk diisi minyak dengan lebih murah dan seterusnya dia akan kurangkan keadaan kesesakan lalu lintas. Akan tetapi rupa-rupanya, macam tak ada kesan ke atas bilangan kenderaan Singapura. Saya tak tahu sama ada Kementerian Pengangkutan ada angka tak berkenaan dengan itu di segi kemasukan kenderaan Singapura. Jadi soalan tambahan saya ialah, bilakah kutipan caj jalan raya itu akan dikenakan ke atas semua kenderaan asing yang masuk ke Malaysia. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Ab. Aziz bin Kapraw]

Tuan Yang di-Pertua, daripada 1 November sehingga 10 November, sebanyak 131,990 kenderaan asing melalui Johor Bahru daripada Singapura. Sistem ini akan kita laksanakan ke sempadan peringkat yang lain seperti di Thailand dalam waktu yang dijangka tahun hadapan. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang ini. Sedikit tambahan daripada saya. Memandangkan RC ini akan dikenakan di kawasan sempadan Johor Bharu, Singapura masuk ke Johor. Jadi saya ingin bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, pelaksanaannya, effectiveness ialah bagaimana kah sistem pungutan yang ditentukan di mana daripada RM20, RM5 akan diberikan kepada Kerajaan Negeri Johor.

Akan tetapi dalam masa yang sama, bersedia kah Kerajaan Pusat berkongsi dengan Kerajaan Negeri Johor untuk memastikan jalan-jalan raya dipastikan baik daripada jumlah kutipan ini digunakan sedikit. Ini kerana ia melambangkan kadar pelancongan yang masuk itu dengan jalan yang baik, ia memberi satu kesan yang positif kepada negeri Johor secara menyeluruh. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:30 AM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pelancongan di Johor, saya tadi Yang Berhormat Tebrau pun menyebut walaupun sudah dikenakan road charges sebanyak RM20 tetapi kenderaan masuk ke Johor tidak berkurang. Ini kerana caj ini kalau kita convert dengan Dollar Singapura hanya $6.50. Jadi $6.50 masuk ke Johor tetapi mereka boleh menikmati keuntungan dalam membuat shopping ataupun menikmati makanan-makanan yang begitu murah di negeri Johor.

Oleh sebab itu dalam konteks ini, kerajaan memang bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor untuk memastikan kemudahan-kemudahan jalan raya, kemudahan- kemudahan parking agar dapat diselaraskan dan dapat dibuat secara NBOS tadi dengan kerjasama kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat. Ia bagi memastikan kemudahan- kemudahan dapat dipertingkatkan.

Oleh sebab itu Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menyalurkan RM5 kepada Kerajaan Negeri Johor untuk kita pihak Kerajaan Negeri Johor untuk sama-sama meningkatkan prasarana jalan dan juga kemudahan-kemudahan untuk kenderaan- kenderaan asing yang bertambah di negeri Johor. Terima kasih.

final • 11:30 AM

8. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, adakah kerajaan masih mengekalkan dan menguatkuasakan peraturan tidak membenarkan pembangunan di atas lereng bukit berkecerunan melebihi 35 darjah.

final • 11:30 AM

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tan Sri Haji Noh bin Omar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Hulu Langat. Sebelum saya jawab, saya hendak betulkan sedikit soalan ini. Sebenarnya soalan ini ia bukan mengekalkan dan menguatkuasakan peraturan. Ia tidak ada peraturan. Perkara yang kita ada adalah pemakaian garis panduan. Okey terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan negeri mempunyai kuasa mutlak di dalam menilai cadangan pembangunan dan pelaksanaan yang melibatkan tanah tinggi, lereng bukit dan kawasan-kawasan yang sensitif alam sekitar termasuk kuasa dari segi pemantauan dan penguatkuasaan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia atau JPBD telah menyediakan Garis Panduan Perancangan Pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi yang telah diluluskan oleh Kabinet dan juga Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan pada tahun 2009. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan Rancangan Fizikal Negara. Rancangan Struktur Negeri serta Rancangan Tempatan Bagi Pihak Berkuasa Tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Yang Berhormat kerajaan masih mengekalkan pemakaian garis panduan iaitu tidak membenarkan pembangunan di kawasan lereng bukit berkecerunan melebihi 35 peratus yang dikategorikan di bawah Kelas 4 berkenaan sangat curam di mana tiada sebarang aktiviti dibenarkan kecuali pembinaan infrastruktur berkepentingan nasional seperti jalan, terowong, jambatan, menara telekomunikasi dan talian elektrik. Ini kerana semakin tinggi kelas kecerunan, semakin terhad pembangunan yang boleh dipertimbangkan. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini ada satu projek rumah banglo yang akan dibina di lereng bukit berkecerunan 60 darjah antara Taman Penggeroh dan Taman CUEPEC 111, Batu 9, Cheras. Penduduk sedar kerana ia telah memusnahkan pokok- pokok di lereng bukit berkenaan.

Jadi penduduk menulis surat kepada PBT iaitu MPKJ mempersoalkan kenapa diluluskan pembangunan di cerun yang terlalu curam itu. Jadi jawapan yang diberi oleh PBT iaitu kelulusan itu telah dibuat 30 tahun dahulu dan tanah individu.

Jadi persoalan saya, adakah oleh sebab ia adalah kelulusan yang dahulu dan hak milik individu, maka garis panduan itu tidak dapat diguna. Ataupun kemungkinan pemaju ini telah pun berjanji dengan PBT untuk membuat perubahan cerun daripada 60 darjah tadi secara teres turun kepada kurang daripada 35 darjah. Maka pembangunan boleh dibenarkan.

Jadi saya hendak minta, apakah bantuan daripada KPKT dalam membantu supaya projek ini tidak dapat diteruskan. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tan Sri Haji Noh bin Omar

Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Hulu Langat. Seperti mana yang saya nyatakan tadi bahawa kami ini hanya ada garis panduan sahaja. Apabila ada garis panduan, ia tertakluk kepada kerajaan negeri. Dalam masa yang sama saya tengok ada juga beberapa buah negeri yang tidak terima pakai garis panduan ini. Terima kasih ada negeri yang diterima pakai dan hendak buat penambahan baik.

Jadi seterusnya seperti Yang Berhormat nyatakan tadi ini ialah kuasa PBT. Jadi kuasa PBT maka PBT boleh menguatkuasakan seksyen 26, seksyen 27, Akta 172. Kalau ia boleh membahayakan masyarakat dan alam sekitar, maka peraturan seterusnya seperti saya nyatakan tadi iaitu peraturan yang untuk kelas 4 mesti dipatuhi. Kalau tidak dipatuhi, PBT ada kuasa untuk menghalang daripada dilaksanakan. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Apabila sebut pembangunan ini, banyaklah sebenarnya daripada segi perumahan. Saya hendak tanya sedikit berkenaan perumahan terutama pangsapuri dan juga pembangunan rumah-rumah kos rendah.

Jadi saya tengok terutama di Selangor ini, ada pangsapuri yang mengalami kerosakan dengan keselesaannya tidak ada. Lifnya rosak dan bermacam-macam-macam kerosakan yang berlaku. Akan tetapi apabila pihak, mereka tidak boleh apabila kita tanya sahaja pasal Selangor sahaja tidak boleh. Akan tetapi akhir-akhir ini pihak kementerian hendak ambil alih. Apabila hendak ambil alih, bermacam-macam-macam syarat dia bagi.

Kena bayar lebih daripada RM50 juta kalau tidak silap saya. Jadi apa cara pihak kementerian sekarang ini hendak mengatasi masalah yang dari segi kerosakan dan apa semua. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tan Sri Haji Noh bin Omar

Ya soalan ini lari sedikit. Ia berkenaan bukit cerun.

Akan tetapi walau bagaimanapun atas keprihatinan Yang Berhormat mengenai masalah- masalah pangsapuri terutamanya rumah PPR Lembah Subang 1 ini kita harap Kerajaan Negeri Selangor kena bagi kerjasama.

Kita akan melaksanakan tugas kita kerana tanah itu tanah kita, rumah itu rumah kita. Hanya serah urusan pengurusan sahaja jadi insya-Allah kita akan bincang dengan kerajaan negeri mulai 1 Januari ini kita akan masuk untuk kita mentadbir rumah-rumah pangsa Lembah Subang 1 terutamanya. Terima kasih.

final • 11:30 AM

9. Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang] minta Perdana Menteri menyatakan, perkembangan terkini cadangan memperkenalkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara yang telah diumumkan awal tahun ini.

final • 11:50 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis Agama Islam Negeri-negeri, persatuan dan juga pengetua maahad tahfiz negeri-negeri serta universiti awam telah berjaya menyediakan draf Dasar Pendidikan Tahfiz Negara ataupun ringkasnya DPTN.

final • 11:50 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Draf DPTN ini telah mendapat persetujuan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam ataupun ringkasnya MKI yang telah bersidang pada 28 Jun 2016 yang lalu.

Pada masa ini JAKIM sedang berusaha untuk membentangkan DPTN ini kepada semua negeri ataupun Majlis Agama Islam Negeri untuk mendapatkan persetujuan mereka.

Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Menteri yang telah menjawab soalan tadi. Saya hendak ucap tahniah juga kepada kerajaan kerana telah mengambil berat tentang maahad-maahad tahfiz ini.

Baru-baru ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyatakan semakin banyak maahad atau pusat pengajian tahfiz yang diwujudkan oleh pihak-pihak persendirian.

Terdapat juga pusat-pusat tahfiz ini dijalankan di rumah-rumah kedai ataupun di lokasi persendirian yang diwakafkan untuk tujuan tersebut yang dilihat tidak mempunyai persekitaran pembelajaran yang tidak begitu kondusif serta masih banyak pusat tahfiz yang masih belum berdaftar dengan pihak kerajaan.

Soalan saya, apakah usaha pihak kementerian dalam memastikan semua pusat tahfiz yang diwujudkan oleh pihak persendirian ini didaftarkan operasi mereka dan sejauh manakah pusat tahfiz terutamanya yang berdaftar dengan kerajaan dibuat pemantauan bagi memastikan pengajian mereka benar-benar menepati konsep syariah dan tidak terpesong dengan apa-apa fahaman lain terutamanya faham IS. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sekijang dalam keprihatinan untuk membincangkan soal maahad-maahad tahfiz di seluruh Malaysia. Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, suka untuk saya menjelaskan juga sekali lagi bahawa maahad-maahad tahfiz ataupun sekolah- sekolah tahfiz ataupun institusi-institusi tahfiz yang tumbuh di seluruh Malaysia dia adalah merupakan sebagaimana tadi KPKT jugalah ataupun dia di bawah kerajaan negeri dan di bawah kuasa dan di bawah bidang mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, Senarai II iaitu senarai negeri. Pengaturan dan juga untuk pengurusan yang berkaitan hal ehwal agama ialah di bawah negeri.

Namun dalam masa yang sama juga kita melihat menyedari sebagaimana kerisauan, kebimbangan Yang Berhormat Sekijang bahawa tumbuhnya maahad tahfiz- maahad tahfiz di negeri-negeri ini begitu hari ini begitu subur. Kalau boleh saya maklumkan kepada Dewan iaitu sekarang ini di negeri sahaja kita sudah ada 27 buah maahad tahfiz di peringkat negeri. 14 buah negeri kita sudah ada 27 buah maahad tahfiz yang dimiliki oleh negeri-negeri. Secara purata boleh saya katakan bahawa sebuah negeri ada dua maahad tahfiz yang dikelola dan diuruskan oleh peringkat negeri masing-masing. Di peringkat Persekutuan tentunya di Kuala Kubu Bharu kita ada di sana Darul Quran yang juga di peringkat Persekutuan.

Dalam masa yang sama, untuk makluman Yang Berhormat Sekijang, kita ada lebih kurang sebanyak 547 maahad tahfiz persendirian yang berdaftar dengan kerajaan negeri dan juga maklumat ini dihimpunkan dikumpulkan ke peringkat Persekutuan. Kalaulah ini yang berdaftar tetapi maahad-maahad tahfiz yang tak berdaftar dengan pihak kerajaan kita letakkan kalau tadi 547, kita kalikan secara purata lebih kurang kata empat kali ganda.

Maknanya kita ada lebih kurang 2,000 lebih 14 buah negeri sebab jumlah-jumlah maahad tahfiz ini.

Namun dalam masa yang sama juga sebab menyedari hakikat bahawa tumbuhnya maahad tahfiz ini dengan pelbagai kemudahan yang begitu terhad yang kadang-kadang tidak seimbang dengan keperluan pendidikan dan persekitaran yang tidak memberikan kekuatan kepada pencarian ilmu apatah lagi dalam konteks menghafal, tempat tinggalnya begitu daif, makannya begitu terhad dan anak-anak yang datang juga daripada kalangan anak-anak yang diambil daripada pelbagai kelompok dan termasuk daripada kalangan- kalangan yang dalam keadaan keperluan kehidupan mereka yang begitu terhad.

Dalam masa yang sama juga melihat kepada guru-guru yang bukan guru walaupun mungkin dia hafaz al-Quran tetapi dia bukan kalangan terlatih yang sebenar sebagaimana yang sepatutnya dalam bidang pendidikan.

final • 11:50 AM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Maka sebab itu Tuan Yang di-Pertua, kerajaan beberapa langkah yang telah diambil di antaranya ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan yang baru-baru ini telah membentangkan bajet negara 2017 memasukkan peruntukan RM30 juta untuk maahad-maahad tahfiz. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan, Perdana Menteri yang telah pun membantu untuk RM30 juta ini.

Akan tetapi dalam masa yang sama juga, kita melihat bahawa perlu kita memperkemaskan maahad tahfiz ini ke arah satu aliran untuk mereka ini supaya jangan sampai menghafaz mereka itu tidak mempunyai satu dasar yang telah diputuskan. Maka sebab itu Dasar Tahfiz Negara diperkenalkan bagi tujuan membantu pendidikan di peringkat negara Malaysia yang kita faham kerajaan memahami dia mengambil masa yang agak panjang kerana maahad-maahad tahfiz yang secara persendirian ini kadang-kadang dia rumah yang menjadi harta pewarisan ini diwakafkan. Wakaf pun bukan didaftarkan di Majlis Agama Islam tetapi wakaf mulut untuk memberitahu kata sekolah ini, rumah ini dijadikan maahad tahfiz.

Jadi, bayangkan di situlah tempat tinggalnya, di situlah tempat pembelajarannya, di situlah tempat menghafalnya begitulah kehidupan harian dan sebagainya. Jadi sebab itu Dasar Pendidikan Tahfiz Negara ini amat-amat diperlukan dan kita akan oleh sebab ia merupakan kuasa negeri, kita akan berjumpa dan bertemu dan menyampaikan maklumat ini untuk supaya dijadikan sebagai garis panduan juga kepada negeri mulai Dasar Tahfiz Negara. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Hasan bin Malek - Kuala Pilah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya amat hargai usaha-usaha yang dibuat oleh pihak JAKIM yang menggunakan kepakaran dia untuk mempertingkatkan masyarakat Islam di negara kita, satu usaha yang sangat baik. Cuma untuk makluman yang lain, saya hendak tahu adakah usaha ini dibuat juga bagi JAKIM memperluaskan, memperkembangkan usaha mereka dalam soal meningkatkan syariat Islam ini ke negara-negara luar yang ada penduduk-penduduk yang beragama Islam. Saya sebutkan ini saya tahu tetapi saya hendak di Dewan yang mulia ini dimaklumkan usaha-usaha JAKIM sebab saya banyak dengar-dengar suara-suara yang cukup positif kepada usaha yang dibuat oleh pihak JAKIM ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:50 AM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah juga selaku Tuan Yang Terutama Kerajaan Kemboja, wakil Malaysia atas keprihatinan soalan tadi. Saya hendak sebutkan mudah bahawa model Malaysia ini Tuan Yang di-Pertua, model yang diikuti oleh negara-negara umat Islam di dunia sehingga model Islam yang kita kembangkan di peringkat negara kita ini, dia merupakan model yang ingin diikuti dalam pelbagai bidang.

Ambil contoh pagi tadi, Tuan Yang di-Pertua sendiri telah minta untuk saya bertemu dengan wakil Philippines terutamanya wakil pejabat Presiden Duterte sendiri untuk mereka mempelajari bagaimana Malaysia menguruskan bahagian halal dan juga bahagian pensijilan termasuk hab halal Malaysia dan juga berkaitan dengan MITI untuk tujuan perdagangan yang berkaitan halal.

Jadi Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Kuala Pilah. Saya bertemu dan memperjelaskan bahawa kaedah pendekatan dan mereka ingin melihat dan meniru dan tentunya bukan setakat itu sahaja Yang Berhormat Kuala Pilah yang merupakan Tuan Yang Terutama Kerajaan Malaysia ke Kemboja, maknanya Kemboja kita bantu bukan hanya sekadar dasar untuk pendidikan tahfiz, termasuk juga kita bantu dari sudut pembinaan bangunan masjid di Bandaraya Kemboja itu untuk tujuan menjadi salah satu daripada mercu tanda sokongan dan juga apa yang kita lakukan. Bukan setakat itu sahaja, termasuk di Malaysia ini Tabung Haji menjadi ikutan kepada negara-negara dunia semua negara.

final • 11:50 AM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Saya suka sebutkan, Bosnia datang ke Malaysia, banyak negara tetapi Bosnia minta untuk namakan juga dia punya Syarikat Tabung Haji dia tu nama Tabung Haji juga.

Saya kata Tabung Haji ini makna lain dalam Bahasa Melayu di Malaysia ini. Jadi kalau pakai bahasa Bosnia nama tabung apa saya tak tahu. Dia kata tak, nak pakai juga Tabung Haji. Saya pun risau juga, pening juga sebab takut orang keliru antara Tabung Haji Bosnia dengan Tabung Haji Malaysia. Sehingga nama pun hendak diguna pakai.

final • 12:00 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Jadi Tuan Yang di-Pertua, inilah di antara usaha-usaha yang mempromosikan Kerajaan Malaysia yang diikuti bahkan termasuk Ar-Rahnu Gadaian Islam, termasuk produk yang berkaitan halal termasuk model haji dan banyak lagi yang diikuti, yang Malaysia laksanakan dan mereka di peringkat dunia ingin melihat Malaysia sebagai model dan contoh mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Sesi pertanyaan- pertanyaan bagi jawab lisan berakhir.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2017 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2017 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu 16 November 2016.”

final • 12:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 12:01 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 12:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 12:01 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

final • 12:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya sila.

final • 12:01 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Aturan 14(1)(l). Saya ingin mendapat penjelasan Tuan Yang di-Pertua, tafsiran Tuan Yang di-Pertua berkaitan dengan isu imuniti. Saya tidaklah mengatakan saya bercakap bagi pihak semua Ahli Parlimen tetapi apa yang saya cakap ini Tuan Yang di-Pertua, memberi kesan yang besar kepada semua Ahli Parlimen dalam negara tanpa mengira pembangkang ataupun kerajaan. Itu saya hendak tanya kepada Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu dalam negara kita, kita berdoktrinkan constitutional supremacy ataupun ketinggian Perlembagaan.

final • 12:01 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Di dalam Perlembagaan ada satu artikel iaitu Artikel 63 subarticle (3) yang mengatakan, “No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything published by or under the authority of either House of Parliament.” Dan kalau kita lihat kepada Houses of Parliament (Privileges and Powers) Act 1952 khususnya seksyen 7 Tuan Yang di-Pertua mengatakan bahawa, izinkan saya baca Tuan Yang di-Pertua, *“No member shall be liable to any civil or criminal proceedings, arrest, imprisonment, or damages by reason of any matter or thing which he may have brought by petition, bill, resolution, motion, or otherwise, or have said before the House or any committee.

Exemption from liability in damages for any act done under the authority of the House.*” So Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya ingin mendapatkan satu penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua, apakah pandangan Tuan Yang di-Pertua berkenaan undang-undang ini sebab pada pagi ini Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan pihak polis memanggil Yang Berhormat Pagoh untuk disoal siasat? Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, kita sebagai Ahli Parlimen, tanpa mengira pembangkang ataupun kerajaan, kita harus mempertahankan bersama tentang imuniti kita. Sebab Tuan Yang di-Pertua, saya katakan begitu kerana mahkamah ini dalam kes Lim Kit Siang vs. Pendakwa raya, izinkan saya memetik apa yang dicakap oleh Erskine May, Tuan Yang di-Pertua iaitu, minta maaf Tuan

final • 12:01 PM

Yang di-Pertua izinkan saya baca iaitu di bawah- ia mengatakan bahawa Erskine May

Privilege Practice 18th Edition, page 54.

Ini adalah satu quotation daripada Abdul Hamid J dalam kes Public Prosecutor vs Lim Kit Siang 1979 to MLJ, dia quoted apa yang dalam Erskine May, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “Parliamentary privilege is the sum of the peculiar rights enjoyed by each House collectively as a constituent part of the High Court of Parliament, and by Members of each House individually, without which they could not discharge their functions, and which exceed those possessed by other bodies or individuals. Thus privilege, though part of the law of the land, is to a certain extent an exemption from the ordinary law.” So Tuan Yang di-Pertua, kita ada dua undang-undang. Satu undang-undang tertinggi artikel 63 subartikel (2) dan (3) yang mengatakan bahawa hak Ahli Parlimen ini harusnya dilindungi. Jadi saya ingin bertanya kepada Tuan Yang di-Pertua, bagaimanakah- saya telah mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Pagoh dan saya mendapati bahawa kalau sekiranya apa yang dikatakan beliau itu ada melanggar Akta Hasutan, kita setuju Tuan Yang di-Pertua, di bawah artikel 73 subartikel (4) mengatakan bahawa “Kekebalan seorang Ahli Parlimen bukan mutlak di mana kalau sekiranya ucapannya mengandungi unsur menghasut, boleh diambil tindakan walaupun bercakap di dalam Parlimen”. Akan tetapi tidak terpakai untuk Akta Rahsia Rasmi (Official Secret Act). Ia hanya terpakai untuk Sedition Act sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, saya merasa bimbang kalau sekiranya Ahli Parlimen dalam keadaan bercakap mempertahankan benda yang ada kepentingan awam disoal siasat oleh polis, dia akan menyebabkan tugas kita untuk menjalankan tugas itu- it’s seriously, dengan izin, impaired. Disekat, Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya ingin meminta dua kerjasama daripada Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin bertanya apakah Tuan Yang di- Pertua juga bersetuju bahawa berdasarkan artikel 63 subartikel (2) dan (3), bahawa memang Ahli Parlimen ada satu enjoy, dengan izin, immunities yang seharusnya dilindungi oleh Parlimen ini?

Kedua, saya minta supaya Tuan Yang di-Pertua boleh menulis surat kepada Ketua Polis Negara supaya tidak terus menerus memanggil Ahli-ahli Parlimen yang bercakap di Parlimen mengenai 1MDB ini untuk disoal siasat di bawah Akta Rahsia Rasmi ataupun akta-akta lain kecuali jika kenyataan mereka ini mengandungi kenyataan yang bersifat menghasut. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:01 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Tuan Yang di-Pertua. Saya minta penjelasan sedikit berkenaan dengan point of order. Saya tidak tahu point of order mana yang digunakan, 14. Sekarang ini saya hendak gunakan Point of Order 36(10)(b). 36(10)(b) ini walaupun dalam Dewan kita tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan ya– dia banyaklah (6) ke (10)(b) itu lebih kepada seditious word pun tidak boleh digunakan di dalam ini. Dan dalam 63(2) kalau tak silap, tidak menyebut langsung fasal siasatan.

final • 12:01 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Jadi maknanya cadangan saya, kita pinda Perlembagaan kita. Kalau kita hendak supaya kita immune semua kita letakkan satu wording yang menunjukkan bahawa kita tidak boleh disiasat kecuali di bawah Akta Hasutan. Kita pinda. Itu jalan terbaik saya rasa.

Daripada kita duk bergaduh macam ini, yang ini kata tidak boleh bawa ke mahkamah, yang ini kata tidak boleh disiasat. Kita pinda habis cerita. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Sepang dan terima kasih Ahli Yang Berhormat Setiu. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sepang kerana Yang Berhormat Sepang membangkitkan isu yang begitu penting yang sekarang ini sedang menjadi polemik diperbahaskan di luar sana.

final • 12:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Begini respons saya Yang Berhormat Sepang, pendapat saya mengenai dengan provision Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah tidak penting dalam hal ini kerana saya ialah bukan pihak yang berkuasa untuk menginterpretasikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Tugas saya sebagai Speaker, saya diberi kuasa untuk mentafsirkan peruntukan-peruntukan di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang juga digubal di bawah Artikel 62.

Jadi dalam soal ini Yang Berhormat Sepang, saya ingat Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain masih ingat sewaktu Yang Berhormat Puchong diambil tindakan oleh Majlis Dewan Rakyat atas satu usul yang dibentangkan oleh seorang Yang Berhormat Menteri.

Pada ketika itu, usul meminta supaya Ahli Yang Berhormat Puchong digantung sebagai Ahli Parlimen selama sekian-sekian kalau tidak silap saya selama setahun. Satu, kesalahan oleh kerana menghina Timbalan Speaker. Satu lagi kesalahan saya tidak berapa ingat tetapi soalnya beliau telah dikenakan satu tahun.

Dalam usul tersebut, juga dipersetujui oleh Majlis ini bahawa elaun beliau ikut juga digantung iaitu tidak diberi kepada beliau selama beliau tidak bertugas sebagai Ahli Parlimen dalam Dewan ini. Akan tetapi Ahli Yang Berhormat Puchong tidak bersetuju dengan usul apa yang telah dipersetujui oleh Dewan Rakyat dan membawa kes itu ke mahkamah.

Pada hemat saya pada ketika itu ialah setiap perkara yang telah diputuskan oleh Dewan Rakyat, maka itulah keputusan dan tidak harus dipersoalkan di mahkamah. Akan tetapi pendapat kita pada ketika itu di mana keputusan itu semua dibincangkan dan dibahas dan dipersetujui bahawa Yang Berhormat Puchong digantung sekian lama dan elaun beliau tidak diberi selama itu tidak dipersetujui di mahkamah. Di mana keputusan mahkamah mengatakan bahawa Parlimen tidak berhak untuk menahan elaun tersebut.

Jadi ini sebagai contoh Yang Berhormat Sepang dan Yang Berhormat Setiu iaitu yang menentukan tafsiran, kesahihan peruntukan Perlembagaan itu adalah bukan saya sebagai Speaker. Ini kerana itu adalah sistem kita di Malaysia di mana ada separation of power. Jadi dalam soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepang tadi, Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Semporna dan Yang Berhormat Tambun ada berhujah.

Mereka bukan dihalang untuk tidak berhujah. Mereka telah berhujah tetapi ada warganegara di luar sana yang berfikir bahawa hujah itu melanggar akta, sama ada Akta Hasutan ataupun Akta Rahsia Rasmi. Jadi pihak polis mengambil tindakan untuk memanggil Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan untuk diambil keterangan.

Jadi saya fikir bahawa keterangan itu nanti sememangnya dan sepatutnya akan diserahkan kepada pihak yang berkuasa yang lain iaitu Attorney General untuk menimbang sama ada keterangan yang diambil itu melanggar akta-akta apa sahaja akta yang difikirkan bahawa sesuai dengan kesalahan. Kalau itu pertimbangan Attorney General, maka Attorney General akan mengambil tindakan untuk diangkat ke mahkamah untuk mahkamah mempertimbangkan sama ada apa yang dihujah oleh tiga orang Ahli Yang Berhormat terutama sekali apa yang dibangkitkan tadi Yang Berhormat Pagoh melanggar mana-mana akta.

Sememangnya, pada ketika itu juga saya boleh bayangkan bahawa Yang Berhormat Pagoh akan dipertahankan oleh peguam-peguam terkemuka dalam negara ini.

Mungkin Yang Berhormat Sepang juga akan diminta pada ketika itu.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi dalam soal ini, kalau Yang Berhormat Sepang dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang sependapat dengan Yang Berhormat Sepang bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat yang berhujah dalam Parlimen mempunyai kekebalan yang perlu kita pertahankan, biarlah mahkamah yang buat pronouncement. Itu adalah bukan tugas saya sebagai Speaker untuk mentafsir, saya ulang balik, bukan tugas Speaker untuk mentafsir peruntukan Perlembagaan. Biarlah due process itu berjalan. Jadi saya ulang balik, kalau apa yang difikirkan oleh Yang Berhormat Sepang itu bahawa tidak ada kesalahan di bawah Artikel 63, Perlembagaan Persekutuan, maka apa yang harus dikhuatirkan? Tidak ada yang perlu dikhuatirkan kerana mahkamah nanti akan buat pronouncement apa yang mereka fikirkan. Jadi kalau mereka fikirkan bahawa sefikiran dengan Yang Berhormat Sepang, tidak ada apa-apa yang difikirkan.

Bagi saya dan timbalan-timbalan saya, tugas kami ialah mempengerusikan Mesyuarat, memastikan bahawa perjalanan Mesyuarat lancar, memastikan semua peraturan Mesyuarat dipatuhi. Walaupun tidak dipatuhi sekali-skala, kami juga buat pertimbangan bahawa itulah sistem Parlimen berdemokrasi. We can agree to disagree. Jadi itu sebagai respons saya kepada Yang Berhormat Sepang. Setiausaha, sila teruskan.

final • 12:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2017 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2017 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2017 dan Anggaran Pembangunan 2017 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis” [Hari Kelima] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 12:10 PM
Maksud B.28 [Jadual] - Maksud P.28 [Anggaran Pembangunan 2017] -

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Pengerusi.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi

Belum pun saya sebut kementerian mana yang dibahas. Duduk dulu Ahli Yang Berhormat. Kepala Bekalan B.28, dan Kepala Pembangunan P.28, di bawah Kementerian Pengangkutan terbuka untuk dibahas.

final • 12:10 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi

Oleh kerana ramai Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kaum lelaki yang berdiri jadi biar saya panggil Yang Berhormat kaum wanita kita, dahulukan wanita. Sila Yang Berhormat Parit Sulong. Sila Yang Berhormat Parit Sulong, ucapan tahniah kerana saya difahamkan bahawa beberapa hari yang lalu telah mendapat gelaran doktor. Sila.

final • 12:10 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Terima kasih juga telah memanggil, memilih saya untuk berucap di sini.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

final • 12:18 PM

mempengerusikan Jawatankuasa] Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Okey, saya terus kepada Butiran 060400 – Pengujian dan Pelesenan Pemandu. Saya hendak bertanya kepada pihak kementerian kerana sistem pengujian dan juga pelesenan pemandu ini memang menjadi satu objektif yang kukuh dalam melahirkan pemandu kenderaan bermotor yang mematuhi peraturan dan juga berhemah.

Sehubungan dengan itu saya mohon hendak bertanya, berapakah jumlah pemandu yang telah sah mendapat lesen memandu pada tahun 2016? Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh memaklumkan dalam kategori B dan juga B2 dan seterusnya daripada jumlah tersebut, saya juga yang saya tanyakan ini adalah berkaitan untuk kawasan Parlimen Parit Sulong.

Sehubungan itu saya juga nak bertanya, berapakah jumlah pemandu yang telah dibatalkan lesen memandunya berdasarkan sistem KEJARA yang ditetapkan? Seterusnya saya hendak bertanya pada pihak kementerian, apakah pihak kementerian ada bercadang untuk mengkaji semula harga pendaftaran bagi pengambilan lesen memandu yang dilihat agak mahal? Sejauh manakah komitmen pihak kementerian untuk menggiatkan lagi program 1Komuniti 1JPJ terutamanya di Daerah Batu Pahat dan juga di Parlimen Parit Sulong?

Seterusnya Butiran 060500 – Penguatkuasaan Undang-undang. Di bawah butiran ini untuk tahun 2017 ada sebanyak RM144 juta berbanding pada tahun 2016 sebanyak RM141 juta.

final • 12:18 PM

mempengerusikan Jawatankuasa] Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Saya mohon untuk menyentuh satu isu pendaftaran lesen yang pada hemat saya masih memerlukan ada beberapa penambah baikkan. Jadi, saya ingin bertanya pada pihak kementerian apakah usaha kementerian untuk memastikan setiap motosikal yang didaftarkan dengan JPJ turut disertakan bersama dengan lesen motosikal dan saya melihat situasi sekarang ini banyak individu yang mempunyai- yang membeli motosikal tetapi tidak mempunyai lesen motosikal, khususnya di kalangan anak-anak remaja yang menyebabkan kadang-kadang apabila berlaku kemalangan, ia akan membebankan kepada anak-anak tersebut dan keluarga mangsa. Jadi, apakah pihak kementerian bercadang untuk melaksanakan undang-undang pematuhan lesen bagi setiap pembelian motosikal.

Seterusnya, Butiran 070100 - Keselamatan Jalan Raya. Saya hendak bertanya pada pihak kementerian untuk menyatakan jumlah sebenar kemalangan yang melibatkan kematian di Daerah Batu Pahat dan juga di kawasan Parlimen Parit Sulong untuk tahun 2016. Apakah pihak kementerian bercadang untuk menjalankan community based program di kawasan Parlimen Parit Sulong. Seterusnya, apakah keberkesanan kempen media keselamatan jalan raya ini dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

Seterusnya, untuk Butiran 08066 - Tuan Pengerusi minta tolong cakapkan dengan Yang Berhormat Putatan supaya dia duduk. Sebab saya tidak mahu bagi laluan pada dia.

Jadi, seterusnya...

[Ketawa]

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Putatan duduk.

final • 12:20 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Butiran 080600 - Kempen Multimedia Keselamatan Jalan Raya (JKJR). Untuk butiran ini, diperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk Kempen Multimedia Keselamatan Jalan Raya di bawah Butiran 080000 iaitu Program Khas. Saya cuma hendak bertanya apakah kempen multimedia ini termasuk pemasangan papan iklan billboard LED di jalan raya.

final • 12:20 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah ada cadangan untuk Kempen Multimedia Keselamatan Jalan Raya ini akan diperluaskan di kawasan-kawasan bukan sahaja di jalan-jalan utama tetapi bukan hanya kawasan bandar tetapi juga kawasan- kawasan di luar dan juga di pinggir bandar.

Pada jumlah itu, adakah ada- berapakah jumlah peruntukan untuk kawasan Parlimen Parit Sulong? Terakhirnya, iaitu Butiran 070000 – Pembaikan/ Pembinaan Kompleks Pejabat/ Sistem Peralatan Jabatan Laut. Saya cuma hendak bertanya pada pihak- ini saya ingin bertanya pada kementerian, berapakah jumlah dana yang diperuntukkan untuk Jabatan Laut bagi Daerah Batu Pahat? Sebab apabila ada kejadian di mana ada pelanggaran di jambatan Batu Pahat- apabila saya bertanya berapakah jumlah bot yang Jabatan Laut Batu Pahat miliki dan mereka mengatakan bahawa mereka tiada mempunyai mana-mana bot.

Jadi, saya hendak minta pada pihak kementerian untuk mungkin boleh mempertimbangkan agar Jabatan Laut Batu Pahat ini diperuntukkan bot-bot di mana ia boleh digunakan untuk tujuan pemantauan di sepanjang Sungai Batu Pahat. Mungkin juga, saya mohon juga agar ada peruntukan untuk membaiki dan menyenggara bot-bot serta sistem peralatan. Ini juga perlu dimiliki oleh Jabatan Laut Batu Pahat. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Pengerusi.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong walaupun 10 minit. Akan tetapi, lima minit sahaja dan rakan yang lain sangat digalakkan dan juga ringkas-ringkas kerana mengikut butiran dan kepala.

Ya Yang Berhormat Pokok Sena mengangguk empat lima kali. Sila.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi.

B.28 - Kementerian Pengangkutan. Butiran 060000 - Pengangkutan Darat. Saya juga hendak minta supaya isu pengangkutan darat ini harus disekalikan. Sebab sekarang ini macam terpisah ada Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD) berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ada satu bahagian pengangkutan darat juga berada pula di bawah Kementerian Pengangkutan. Jadi, kadang-kadang kita hendak bahas itu, ada perkara- perkara berkaitan dengan pengangkutan darat kena pergi kepada SPAD, ada perkara- perkara.

Jadi, kalau disekalikan saya fikir adalah lebih baik. Apa yang saya hendak sentuh berkaitan dengan Butiran 060000 ini ialah berkaitan dengan JPJ iaitu AES. Sejak 2012, Jabatan Peguam Negara telah membekukan prosiding saman AES di mahkamah dan saya difahamkan sampai ke hari-hari ini, Tuan Pengerusi. Akan tetapi, saman-saman AES itu masih dikeluarkan. Masih dikeluarkan walaupun dari segi penguatkuasaan prosiding itu di mahkamah masih tidak berjalan. Ini yang difahamkan kepada-kepada saya.

Saya difahamkan ada orang yang keluar ataupun bayar saman itu macam kompaun. Akan tetapi, bagi yang tidak bayar, mereka tidak dibawa pun ke mahkamah. Jadi, saya hendak minta supaya kerajaan supaya tidak membazir waktu dan tidak membazir tenaga daripada mengeluarkan saman-saman tanpa ada penguatkuasaan prosiding. Jadi, ini bagi saya satu benda yang membazirlah. Satu benda yang membazir. Saya pun tidak tahu kenapa prosiding itu tidak dapat dikuatkuasakan sehingga ke hari ini.

Jadi, isu yang kedua saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri yang ada di Dewan ini ialah sejak daripada bulan Februari 2015 kalau tidak silap ingatan saya, AES ini telah diambil alih oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melalui anak syarikat dia Irat Property Sendirian Berhad. Dengan bermodalkan RM555 juta yang dilaburkan melalui pembelian syarikat pengendalian AES Beta Tegap pada waktu itu dan sebuah lagi syarikat. Jadi, isu dia ialah sehingga sekarang ini berapa jumlah pembahagian, pengagihan yang perlu dibayar kepada pengendali. Pengendali baru. Saya tidak tahu bagaimana pengiraan itu telah dibuat. Sama ada mengikut skim tiga langkah yang dahulu ataupun ada yang baru.

Akan tetapi, isu ini ialah berapa jumlah pembayaran yang dibuat pembahagian daripada pembayaran-pembayaran saman yang dibayar oleh orang yang kena saman itu yang dibayar kepada LTAT.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ini sangat-sangat pentinglah bagi saya bahawa saya hendak tengok walaupun saya tidak bersetuju hingga sekarang tentang AES ini, kita tidak mahu nanti bahawa LTAT telah pun melabur RM555 juta tetapi tidak mendapat satu keuntungan. Sedangkan mereka melabur itu atas dasar keuntungan masa depan yang mereka jangka bahawa ini akan mendapat perolehan yang lebih baik kepada LTAT.

Jadi, saya hendak tahu berapa jumlah yang telah dibayar oleh pihak kerajaan kepada LTAT melalui anak syarikat dia Irat Property. Ini sangat penting untuk diketahui supaya memastikan LTAT juga menghadapi sedikit masalah kekurangan. Bagi saya bila dia tidak dapat balik RM555 juta itu, bagi saya satu kerugianlah kepada dia untuk hendak bayar dividen kepada ahli-ahli. Walaupun yang bayar saman itu ialah ahli dia sendiri- ahli LTAT angkatan tentera yang bawa kereta melebihi had dan sebagainya.

Ketiga, isu AES ini dahulunya yang mengendalikan AES ini ialah JPJ. Sekarang ini, saya tidak tahu sama ada JPJ yang melaksanakan operasinya, walaupun kamera- kamera itu semuanya adalah milik syarikat pengendali ataupun sebaliknya sekarang ini.

Adakah dikendalikan oleh pihak pengendali AES dan sebagainya.

Keempat, Butiran 050000 - Pengangkutan Udara. Saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang operasi MAS sekarang ini yang banyak dikeluh kesah oleh staff MAS yang tidak berpuas hati terhadap pengendalian MAS.

Malah, Ahli-ahli Parlimen di sini pun daripada sebelah BN pun tidak begitu gembira atas pengendalian MAS yang lebih banyak dikendalikan oleh orang-orang asing. Sehingga kita lihat bahawa penutupan laluan-laluan yang dahulunya dibuat sendiri oleh MAS tetapi akhirnya bila code sharing yang dibuat dengan Emirates ini, lebih banyak menguntungkan Emirates kerana dia langsung tidak menggunakan penerbangan MAS. Isunya ialah, apa faedah yang akan diperolehi oleh MAS dengan pergi menaja pasukan bola sepak Liverpool?

Dalam keadaan kita tidak ada penerbangan, pesawat kita itu yang pergi ke Europe ini sangat-sangat sedikit. Jadi, macam mana kita kata bahawa ini akan dapat memberikan keuntungan kepada MAS yang menaja pasukan bola sepak Liverpool ini.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Begitu juga berkaitan dengan Ketua Bahagian Kejuruteraan MAS yang banyak dipersoalkan iaitu Paul Kear. Saya hendak dapatkan kepastian, apa pandangan dari Jabatan Penerbangan Awam terhadap kebolehan, keupayaan Paul Kear ini untuk diberikan tanggungjawab bagi mengendalikan engineering MAS ini. Sedangkan sebelum ini kita lihat bahawa walaupun ia dikendalikan oleh anak tempatan warganegara Malaysia, kita lihat bahawa engineering MAS ini mendapat sambutan yang hebat daripada penerbangan- penerbangan asing yang datang untuk dihantar ke hangar MAS sendiri. Akan tetapi saya difahamkan bahawa, Paul Kear ini ada problem yang sangat tidak disenangi oleh DSA sendiri, kerana keupayaan-keupayaan dia yang tertentu. Jadi saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sendiri.

Akhir sekali ialah P.28, Butiran 00900, berkaitan dengan projek KTM iaitu Meningkatkan Keupayaan KTM.

Saya hendak dapatkan penjelasan berkaitan peranan KTM ini dalam ECRL yang telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri, dan kemudian ditandatangani di negara China baru-baru ini. Apa peranan KTM selepas ini, dan adakah KTM juga dibawa perbincangan dalam melihat projek ini yang memakan belanja sampai RM55 bilion, dan sejauh mana KTM nanti akan diberikan tanggungjawab selepas siap nanti, dan unjuran tambang dari Tumpat sampai ke KL, ataupun sampai ke Port Klang?

Jadi berapakah tambang yang akan dikenakan ke atas penumpang-penumpang kerana kos ini sangat tinggi? Isu dia ialah Yang Berhormat Menteri, kenapakah kita tidak tender? Kenapa kita macam seolah-olah ada syarat, ambil pinjaman dari bank China kemudiannya kontraktor pun juga daripada negara China. Jadi seolah-olah macam saya katakan bahawa campur tangan dalam hendak menentukan- campur tangan asing ke atas kerajaan kita, untuk menentukan pemilihan kontraktor? Seolah-olah kita kena dengar cakap orang yang berikan pembiayaan pinjaman itu kepada negara kita. Jadi sepatutnya bagi saya, seharusnya dibuat open tender kerana ini akan dapat harga yang lebih baik untuk kepentingan rakyat dan negara. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Rompin sudah signal, sedikit-sedikit sahaja. Sila, sila.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tidak banyak, sedikit sahaja.

Kita ucapkan tahniah atas kesedaran Kementerian Pengangkutan dalam perkara P.28, Butiran 06000 iaitu maintenance jeti-jeti.

Kita tahu di pulau-pulau ini, kerosakan jeti-jeti agak cepat sikit berbanding dengan di darat ini. Jadi langkah kerajaan untuk menyediakan peruntukan RM97 juta pada tahun depan cukup menggembirakan kita kerana tahun lepas memang bermasalah, tidak ada langsung peruntukkan untuk maintenance jeti-jeti khususnya di pulau-pulau, untuk jeti-jeti yang dimiliki oleh Jabatan Laut.

Keduanya Tuan Pengerusi, industri pelancongan Pulau Tioman industri yang penting, dan Pulau Tioman memang sudah terkenal di seluruh dunia tetapi kalau pada musim-musim sebegini agak sukar untuk pelancong pergi ke Pulau Tioman oleh sebab laut bergelora jadi ada juga pelancong-pelancong khususnya daripada negara Arab, dia suka melancong pada musim hujan. Jadi pengangkutan udara sangat penting.

Sejak pemberhentian penerbangan oleh Berjaya Air, kita lihat satu penurunan pelancong-pelancong yang berkualiti datang ke Pulau Tioman. Jadi selaku Ahli Parlimen Rompin, saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, apa kedudukannya projek pembinaan lapangan terbang di Pulau Tioman yang suatu ketika dahulu telah diluluskan, ditangguhkan, dan saya dengar hendak dibina semula? Jadi hendak kepastian daripada Yang Berhormat Menteri, apakah kedudukan pembinaan lapangan terbang di Pulau Tioman? Terima kasih,

final • 12:33 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 12:33 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak mulakan dengan Butiran 030000 berhubung dengan topik Pengangkutan Laut Sabah.

Saya orang Semenanjung Yang Berhormat Menteri, jadi bila saya mendengar ucapan-ucapan daripada Ahli-ahli Parlimen Sabah, sama ada sebelah sini, ataupun di sebelah sana, isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Sabah ialah tentang harga barang yang mahal di Sabah. Malah harga barang itu berbeza sangat sampai 20 ke-30 peratus.

Lazimnya, peningkatan dikatakan ketara ini diakibatkan oleh polisi kabotaj. Jadi kita hendak tanya sebenarnya, adakah sudah sampai masanya kerajaan melihat balik dalam keadaan rakyat menderita harga barang naik, walaupun ekonomi dunia kita salahkan, tetapi pengurusan harga-harga barang yang berlaku di Sabah juga disebabkan oleh kita.

Jadi apakah isunya? Adakah kita terikat dengan satu sistem di mana kita mesti menggunakan kapal-kapal feeder yang berdaftar di Malaysia untuk mengangkut barang daripada Port Klang ke Sabah? Kenapakah tidak boleh direct daripada dunia luar terus ke Sabah? Apakah isunya? Adakah harus ada polisi yang menyebabkan semua barang mesti dianchor dulu di Port Klang kemudian baru ke Sabah? Saya tidak faham. Ini bukanlah isu dua, tiga tahun malah berbelas-belas tahun isu ini sedang diperkatakan.

Jadi saya ingin mendapatkan penjelasan secara detailnya Yang Berhormat Menteri, pertama sekali apa yang mengikat kita to unwind that? Apa yang mengikat untuk tidak menghapuskan sistem ini yang kita tahu semua orang tahu, malah Yang Berhormat Putatan kalau setiap kali berucap, itulah dia. Saya tidak faham, tidakkanlah kita- undang- undang ataupun sistem ini begitu kebal hingga kita tidak boleh buat apa-apa dalam sistem ini dalam keadaan rakyat sedang menderita. Itu yang pertama.

final • 12:35 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Keduanya, saya juga bersetuju bahawa ada dua dikotomi yang amat jelas. Apa yang sedang berlaku dalam SPAD, dan juga dalam undang-undang berhubung dengan JPJ. Malah kita lihat bagaimana rakyat di bawah khususnya operator-operator bas-bas persiaran dan juga bas-bas pelancongan, serta bas-bas ekspres confused. Saya masih ingat apabila kita bincang tentang penubuhan SPAD dahulu, antara fungsi utama SPAD ialah untuk regulate, antara fungsi SPAD ialah untuk melihat bagaimana mereka boleh coordinatekan supaya dasar-dasar yang baik tentang perjalanan pengurusan pengangkutan darat ini menjadi hebat lagi.

Akan tetapi nampaknya Tuan Pengerusi, SPAD sekarang telah mengambil alih tugas melaksanakan tugas-tugas operasi. Mereka lebih aktif, dan kadang-kadang saya tengok pertindihan berlaku antara pihak operasi JPJ dengan pihak SPAD. SPAD hendak tunjuk dia ‘koboi’, JPJ pun hendak tunjuk dia ‘koboi’ juga. Jadi ini membuatkan saya amat- ada kes-kes di mana operator bas-bas persiaran datang berjumpa saya, bawa saman- saman yang banyak. Bila mereka pergi ke JPJ, JPJ kata, “This is none of our business, itu SPAD punya isu.” Akan tetapi bila pergi ke SPAD, SPAD kata, “Kita akan kaji. Buat waktu sekarang ini belum ada arahan-arahan baru.” Jadi nampaknya- saya rasa sudah tiba masanya- kerajaan pun Kerajaan Barisan Nasional, bukanlah kerajaan lain. Jadi saya rasa sudah tiba masanya SPAD dilihat, kembalikan fungsi SPAD itu sebagai fungsi asasnya ialah untuk membuat dasar, dan regulate. Daripada dia mengambil peranan untuk melaksanakan tugas-tugas operasi. Ini kerana saya rasa, banyak benda yang SPAD buat sekarang itu tidak betul.

Ketiganya, saya juga hendak minta supaya- kerajaan juga- ini masih lagi di bawah pengangkutan darat, bagaimana JPJ boleh bekerjasama dengan JKR, contohnya.

final • 12:35 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Kadang-kadang Tuan Pengerusi, signboard kita tengok. Kadang-kadang signboards yang diletakkan oleh JKR memang confusing dan akibatnya berlaku kemalangan-kemalangan khususnya di jalan-jalan raya. Malah saya rasa, walaupun ini bukanlah dalam bidang pengangkutan tetapi harus ada feedback daripada Kementerian Pengangkutan untuk memberikan feedback kepada JKR supaya signboards yang kadang- kadang outdatedlah supaya dinaikkan taraf supaya ia lebih menyenangkan pengguna- pengguna jalan raya. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana begitu baik membenarkan saya untuk membahaskan mengenai Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 050000 – Pengangkutan Udara. Ia merujuk kepada butiran ini Tuan Pengerusi, penerbangan tambang murah telah melonjakkan pertumbuhan industri penerbangan di Malaysia dengan menyediakan tambang murah kepada para penumpang. Penerbangan tambang murah dijenamakan dengan iklan- iklan yang sangat terkesan sehinggakan ia menanamkan satu kepercayaan kepada pengguna bahawa konsep tambang murah ini sememangnya menawarkan harga yang murah.

Persoalannya Tuan Pengerusi, adakah tawaran tiket penerbangan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan penerbangan terutamanya sebagai contoh AirAsia benar-benar murah ataupun hanya sekadar khayalan semata-mata yang dipaparkan menerusi promosi dan pengiklanan? Tindakan seperti tidak menyatakan maklumat harga, tambang yang tepat dengan mengenakan caj yang tidak dinyatakan dalam iklan atau surcaj yang lain perlu dibayar oleh pengguna dalam nilai akhir, lalu terjadinya caj-caj tersembunyi yang akan mengelirukan pengguna kepada nilai sebenar yang perlu dibayar.

Sehubungan dengan itu, pihak kementerian seharusnya mengenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] kepada para penyedia perkhidmatan yang melakukan kesalahan seperti yang dinyatakan sebelum ini. Sejauh manakah akta ini benar- benar berkesan untuk melindungi pengguna-pengguna ini?

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terdapat juga rungutan daripada ramai pengguna yang mengatakan bahawa kualiti servis yang disediakan oleh AirAsia amat teruk ditambah pula dengan ketiadaan fleksibiliti dan sikap tidak bertanggungjawab ke atas pengguna perkhidmatan.

Selain daripada itu, AirAsia bertindak dengan mengenakan caj terhadap semua perkhidmatan yang dilaksanakan oleh mereka, sehinggakan perkhidmatan kerusi roda juga dikenakan caj perkhidmatan. Kasihan, Tuan Pengerusi. Di sini saya ingin bertanyakan, di manakah nilai tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh pihak AirAsia sekiranya perkara seperti terbabit tidak mampu disediakan oleh mereka?

Saya percaya, ramai di antara kita masih mengingati peristiwa kes Izan Suhaila Mohd Ali dan anaknya Maryam yang menghidap Sindrom Down, penumpang pesawat AK 1455 pada tahun 2013. Mereka terperangkap di Vietnam, gara-gara tidak dibenarkan menaiki pesawat oleh kakitangan AirAsia atas alasan demam sedangkan anak kecil tersebut dibenarkan terbang oleh kakitangan AirAsia sendiri di LCCT. Tatkala itu juga, mereka tidak mempunyai bilik hotel dan juga kenderaan untuk bergerak di negara asing terbabit. Malah sebahagian wang yang mereka bawa, disumbangkan oleh penumpang- penumpang pelbagai bangsa yang mengikuti penerbangan tersebut.

Namun begitu, apabila Maryam dihantar ke hospital untuk diperiksa, beliau disahkan sihat oleh doktor di Victoria Healthcare, Vietnam. Akhirnya, tanggungjawab ini digalas oleh MAS dengan membantu menyediakan semua prosedur bagi membawa pulang ibu dan anak tersebut dari Vietnam.

Ini cumalah cebisan daripada drama yang berkisarkan. Jika hendak ditayangkan sepenuhnya, saya risau ia tidak berpenghujung. Justeru itu, adalah lebih baik sekiranya pihak AirAsia memberikan tumpuan kepada CSR daripada menghabiskan duit untuk menanggung kos pertukaran nama KLIA2 kepada Terminal Penerbangan Tambang Murah LCCT2 pada Jun yang lalu. Hakikatnya, pertukaran tersebut lebih kepada usaha untuk kepentingan syarikat terbabit daripada kepentingan rakyat dan juga negara. Ya, kita tidak menafikan kerana mereka telah meningkatkan pendapatan negara, namun harus diingat, kejayaan yang di kecapi oleh AirAsia pada hari ini turut disumbangkan oleh pihak kerajaan yang bertanggungjawab.

Akta Penerbangan Awam 1969 perlulah dikaji semula untuk memasukkan klausa khusus bagi mengawal bentuk penyiaran iklan syarikat penerbangan komersial di Malaysia yang bersifat mengelirukan di samping memasukkan klausa yang lebih mementingkan keutamaan pengguna agar mereka tidak ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh pengusaha syarikat penerbangan ini.

Saya juga mengucapkan banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan yang begitu prihatin dalam usaha menjaga kepentingan pengguna khususnya apabila mereka menggunakan syarikat-syarikat penerbangan tambang murah yang ada di negara kita.

Tinjauan yang dilakukan oleh mereka berdua, amat saya terharu khususnya bagi memberikan keyakinan oleh rakyat kepada sistem pengangkutan khususnya penerbangan awam tambang murah di negara kita.

Tuan Pengerusi, saya hendak merujuk kepada Butiran 060000 − Pengangkutan Darat. Saya ingin membawa pada Dewan yang mulia ini, untuk mengingati semula peristiwa kemalangan membabitkan enam buah kereta Myvi yang berlumba pada Mei 2015 sehingga meragut nyawa sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka yang berusia tujuh bulan yang maut dalam nahas yang membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 6.2 Lebuhraya DUKE.

Apa yang lebih memilukan, apabila dalam sekelip mata sahaja dua orang anak mereka menjadi yatim piatu. Kedua-duanya didakwa mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian.

Masing-masing mengaku tidak bersalah, prosiding masih berjalan dan tidak dapat dipastikan bilakah ia akan berakhir.

Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian untuk mengkaji semula hukuman dengan memberikan hukuman yang lebih berat kepada pesalah jalan raya. Jika perlu, saya minta agar pihak kementerian mengharamkan mereka yang terlibat dalam aktiviti lumba haram daripada memiliki atau memandu kenderaan.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Saya juga ingin mencadangkan supaya identiti mereka yang melakukan kesalahan di jalan raya ini supaya mereka didedahkan di dada-dada akhbar ataupun di media sosial untuk memberikan pengajaran kepada mereka supaya masyarakat tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini, memuji pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) yang menekankan konsep mesra rakyat semasa menyediakan perkhidmatan. Saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak JPJ yang sudi menganjurkan Program Hari Terbuka JPJ di Kuala Selangor dan ini menunjukkan komitmen pihak JPJ Selangor dalam usaha untuk mendekati rakyat.

Saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih juga kepada JPJ kerana pihak JPJ membuka satu pejabat baru khususnya yang ada di Kuala Selangor.

Saya juga ingin melihat JPJ dapat menangani isu tonto yang khususnya bertindak menghalang tugas penjawat awam serta melampaui batas undang-undang. Saya melihat undang-undang yang sedia ada seperti Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan seksyen 186 Kanun Keseksaan, tidak begitu sesuai untuk digunakan bagi mengekang aktiviti tonto ini. Justeru ini, saya ingin mencadangkan pihak kementerian, mungkin sudah sampai masanya satu undang-undang khusus dapat diwujudkan oleh pihak kementerian bagi membendung aktiviti tonto ini.

Tuan Pengerusi, menyentuh berkenaan sikap dan cara pemanduan warga Singapura. Di Singapura, sikap dan cara pemanduan mereka cukup berhemah dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Namun saya mendapat maklumat, apabila mereka memasuki negara Malaysia, sikap pemandu mereka di seberang Tambak Johor itu berubah dan sering melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya. Walaupun sering di saman atas pelbagai kesalahan, seakan-akan tidak serik dan terus mengulangi kesalahan. Di sini, saya didedahkan bahawa RM6.5 juta saman trafik yang masih belum dibayar atau dijelaskan oleh warga Singapura.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Saya melihat perkara ini seperti ada kelonggaran undang-undang yang ada oleh pihak berkuasa. Justeru itu, saya amat berharap tindakan tegas harus diambil oleh mereka yang enggan membayar saman ini. Mungkin apabila enggan membayar saman ini, telah dibicara atau dibawakan ke mahkamah dan sekiranya mereka tidak mengendahkan Tuan Pengerusi, kita kena haramkan atau pun tidak benarkan mereka masuk ke dalam negara Malaysia. Selain itu, saya juga ingin mencadangkan saman dikenakan pada mereka hendaklah dijelaskan apabila mereka hendak meninggalkan negara ini. Sehubungan dengan itu, Kuala Selangor menyokong. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:50 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Pengerusi, atas membenarkan Yang Berhormat Kuala Langat berbicara soal perbahasan untuk peringkat jawatankuasa. Merujuk dua perkara sahaja Tuan Pengerusi iaitu Butiran 08000 – Isu dan Hal Ehwal Maritim.

Apa yang dimaklumkan dengan keadaan waktu ini, penyertaan tempatan itu begitu sedikit jumlahnya, yang dimonopoli keseluruhannya ialah pekerja-pekerja asing dan kepakaran, keperluan untuk memberikan motivasi atau pun kekuatan untuk mereka meraikan pekerjaan ini sebagai satu pekerjaan yang lumayan atau pun lebih tepat pekerjaan yang dipanggil sebagai memberi kesan baik kepada negara. saya ingin mencadangkan kepada kementerian supaya mencari jalan bagaimana untuk mempromosikan maritim ini atau pun pelaut ini sebagai satu pekerjaan yang diminati anak muda, supaya persaingan dan ruang diberikan kepada pekerja asing yang saya dimaklumkan terlalu agak tidak balance kalau dihitung percentagenya jauh lebih tinggi dari pekerja asing penyertaan mereka.

Jadi dalam konteks ini perbelanjaan yang digunakan yang saya lihat, menelan belanja RM3.5 juta itu memberikan kesan kepada apakah hasil yang kita nak lakukan atau pun kita capai apabila tempoh atau pun penyertaan anak muda untuk mereka bersama bersaing atau pun berminat dalam konteks ini memberikan ruang legar yang luas untuk mereka memahami dan mereka mencintai aliran kerja ini.

final • 12:51 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Maka yang demikian, saya mencadangkan kepada kerajaan kementerian supaya mencari jalan bagaimana untuk kita dapat pasaran anak muda untuk menyertai pelaut ini atau pun maritim ini.

Keduanya, saya masih lagi ingin menyinggung soal 080200 – Kakitangan Kontrak.

2016 anggaran belanjawan untuk ini ialah RM1 juta, akan tetapi pada tahun ini RM1.5 juta, itu menunjukkan bahawa pekerjaan kontrak ini seolah-olah dilihat pekerjaan yang memerlukan pekerjaan tetap, kerana contribution mereka dengan izin, atau pun servis mereka itu memang diperlukan.

Saya ingin menyarankan kepada kementerian kalau perjawatan kontrak itu, melebihi kadar wajib iaitu kadar yang mereka ini diperlukan untuk memastikan perjalanan tata kelola itu dapat diberikan dengan begitu konsisten, maka saya mencadangkan pekerja- pekerja kontrak ini diambil menjadi pekerja tetap. Sebab kita walaupun baru-baru ini kita telah pun bersetuju dengan di bawah Jabatan Perdana Menteri, 15 tahun ke atas mereka akan di pekerja tetapkan.

Namun yang jelas ialah itu pun Tuan Pengerusi dalam sekitar 51,000 orang yang dapat hasil daripada pekerja tetap yang memberikan isyarat banyak. Satu daripadanya ialah faedah-faedah mereka yang tidak diperolehi kalau mereka pekerja kontrak atau pun persaraan mereka akan memberikan mereka tidak berkelayakan. Jadi dengan adanya pekerja tetap itu, maka mereka berhak untuk menuntut atau pun diberikan apa sahaja faedah-faedah kebajikan atau kebaikan yang ada pada pekerja itu mereka tidak dipinggirkan.

Jadi dilihat pada tiap-tiap tahun bila saya melihat bajet ini atau pun laporan yang telah diberikan, tiap-tiap tahun kementerian ada pekerja kontrak itu yang hendak diberikan gajian untuk mereka ini di-reserved-kan atas konsep kontrak. Saya menganggap bahawa perkara ini tidak boleh berterusan Tuan Pengerusi, kerana mereka yang bekerja kontrak dalam setiap kementerian, semua kementerian ada. Akan tetapi hari ini saya nak ambil pengangkutan sebab pengangkutan Menteri dia datang.

Jadi saya nak bercakap depan dia. Sekurang-kurangnya menteri ada sifat prihatin terhadap mereka yang dikontrakkan. Kalau dia umur 60 tahun ke atas, itu tidak menjadi persoalan sebab mereka ini adalah orang-orang profesional, yang saya maksudkan ialah pekerja-pekerja sokongan. Pekerja bawahan yang bekerja perkeranian, penyeliaan dan sebagainya itu sudah meletakkan bahawa mereka ini berterusan mendapat penggajian dalam bajet antara satu ke 1.5 juta itu.

Jadi menunjukkan bahawa pekerja kontrak ini memang diperlukan dan kalau sekiranya mereka yang bekerja kontrak ini difikirkan berterusan kontrak mereka sampai sehayat Yang Berhormat Menteri ya, sehayat sampai mereka retire. Mereka ini juga jangan dipinggirkan. Walaupun 15 tahun syaratnya, tetapi dalam 15 tahun syarat servis mereka itu tidak boleh dikatakan bahawa wajib 15 tahun. Kalau Yang Berhormat Menteri anggap, pekerjaan itu diperlukan walaupun tiga tahun, empat tahun, lima tahun, tujuh tahun mereka bekerja. Jadi Menteri boleh mencadangkan supaya mereka ini dikerja tetapkan, supaya mereka mendapat faedah, facilities, privilege sebagai pekerja tetap. Sekurang-kurangnya mereka ini mendapat manfaat daripada kemakmuran pendapatan negara kerana sumbangan mereka itu untuk mengelak daripada saya menunggu 2.30, dengan ini saya menutup perbicaraan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:51 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, depan Yang Berhormat Labuan tapi bukan Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Tebrau. Ada, ada peluang semua, jangan bimbang. Silakan.

final • 12:51 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi saya hendak bincang tentang Butiran 00900 - Meningkatkan Keupayaan KTM di bawah tajuk KTMB. Perkara yang saya nak sentuh ialah berkenaan dengan Shuttle Tebrau.

Sebenarnya Shuttle Tebrau merupakan satu perkhidmatan train yang sangat-sangat popular di Johor Bahru dan Singapura. Sebab-sebab ia popular adalah kerana yang pertama kadar tambangnya amat munasabah khususnya apabila dibeli secara atas talian di Malaysia. Oleh sebab saya difahamkan kalau mereka beli di kaunter, mereka hanya boleh beli satu hala daripada JB ke Woodlands pada harga RM5.

final • 12:57 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Akan tetapi apabila mereka balik mereka kena beli di Woodlands pada harga SGD5. Kalau mereka beli secara online mereka boleh beli dua hala pada kadar RM5 sahaja. Jadi jauh lebih murah.

Kedua, sebab-sebabnya dia popular ialah kerana masa perjalanan sangat singkat.

Saya sendiri pernah cuba memang daripada Johor Bahru sampai ke Woodlands ambil masa lima minit sahaja. Yang saya fikir yang paling penting ialah dengan perkhidmatan train itu, kita boleh elakkan kesesakan lalu lintas khususnya di Causeway yang sangat teruk khususnya pada hujung minggu. Kadang-kadang ambil masa beberapa jam dari Singapura sampai ke Johor Bahru. Kadang-kadang masanya adalah cukup untuk kita daripada Johor Bahru sampai ke Kuala Lumpur.

Tuan Pengerusi KTMB membuat satu kenyataan media bertarikh 3 November 2016, yang bertajuk ‘Pindaan Proses Jualan Tiket Perkhidmatan Train Shuttle Tebrau, JB Sentral ke Woodlands dan Balik ke JB Sentral untuk Perjalanan Bermula 1 Disember’. Jadi inti pati penyata media itu adalah seperti yang berikut:

(i) Pembelian tiket perkhidmatan train shuttle Tebrau ini boleh dibeli di semua kaunter tiket KTMB manakala pembelian secara atas talian telah dimansuhkan.

Jadi rasional yang disebut ialah...

final • 12:57 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Tebrau kita sambung jam 2.30. Ada tujuh minit lagi Yang Berhormat Tebrau.

Baiklah Yang Berhormat, majlis bersidang sebagai Majlis Mesyuarat.

final • 12:57 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Jemput Yang Berhormat Tebrau untuk menyambung perbahasan.

final • 2:30 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Nampaknya saya tidak boleh naik kereta api lagi lah. Saya kena naik kapal terbang kerana tinggal tujuh minit sahaja.

Tuan Pengerusi, syarat untuk membeli tiket overcounter ialah tiket hanya boleh dibeli satu hari lebih awal daripada tarikh perjalanan, dan bermula dari jam 8.30 pagi setiap hari dengan had maksimum empat keping tiket sahaja untuk seorang pembeli. Jadi, masalahnya ialah begini, oleh sebab yang beli ini ramai yang bekerja di Singapura, kalau pada waktu 8.30 pagi mereka di office, tidak mungkin mereka boleh beratur dan membeli tiket. Kalau hanya boleh diberi sehari lebih awal, bermaksud mereka tiap-tiap hari kena beratur. Itu yang tidak mungkin bagi mereka.

Kedua, sebenarnya sistem atas talian ada kelemahan. Kelemahannya termasuk yang pertama, orang yang membeli tidak perlu berikan nama, tidak ada berdaftar dan tiada had bilangan tiket yang boleh dibeli. Jadi, maka ada orang yang gunakan kesempatan ini untuk beli tiket walaupun Singaporean, sebab dia atas talian tidak ada beza dengan Singaporean ataupun orang Malaysia. Dia beli tiket dengan harga RM5 dan jual di Singapura dengan harga SGD8 setiap tiket.

final • 2:32 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Johor Baru bangun, Yang berhormat.

final • 2:32 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Okey.

final • 2:32 PM

Tan Sri Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bharu

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya seorang yang gemar penukaran proses melalui yang inovatif untuk kita memperbetulkan keadaan. Saya rasa kita ini sebagai rakyat Malaysia mempunyai sebuah kad, iaitu Kad Pengenalan kita yang boleh- dan nombor-nombornya dan kad-kadnya semua begitu unik, nombornya unik. Mengapa tidak kita kaitkan penempahan tiket itu dengan kad IC kita, Kad Pengenalan kita? Sistem komputer yang boleh bersambung kepada tempat pintu masuk itu, boleh ada scan dia, boleh membaca Kad Pengenalan kita yang sudah pun termasuk dalam database dia. Ini akan menentukan bahawa satu orang membeli hanya satu tiket berasaskan kepada Kad Pengenalan.

Ini sistem ini bukan magis, tetapi digunakan di negara-negara lain dan tambah lagi kerana kita ada Kad Pengenalan. Jadi boleh kita selesaikan soal rakyat Malaysia, soal orang asing dan juga daripada masalah seorang itu beli sampai empat, lima tiket. Apakah pandangan Yang Berhormat Tebrau?

final • 2:32 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Johor Bahru. Oleh sebab itu yang saya sebut tadi, walaupun kita beli tiket di TBS, tiket bas pun kita kena berikan Kad Pengenalan, apa pun itu- train. Jadi mungkin kita tak perlu hadkan seorang hanya satu tiket tetapi sekarang ini langsung tidak ada had, ini yang menjadi kelemahan. Jadi, pada saya kita tidak boleh batalkan tempahan tiket atas talian. Kalau kita batalkan, orang yang bekerja di Singapura langsung tidak boleh dapat tiket, yang mereka yang paling perlukan tiket train itu.

Jadi selain daripada itu, saya rasa bahawa oleh sebab satu Tebrau itu begitu popular, saya sudah buat cadangan banyak kali, yang pertama kita tambah trip. Akan tetapi saya difahamkan bahawa, kalau nak tambah trip kita perlu persetujuan daripada Kerajaan Singapura. Mungkin proses itu lambat sedikit, tetapi boleh kah kita tambah bilangan coach?

Jadikan itu lebih panjang sedikit supaya lebih ramai penumpang yang boleh menumpang.

Jadi saya berharap bahawa dengan cara-cara ini, kalau ada gunakan Kad Pengenalan mungkin susah sedikit. Walaupun mereka masih boleh, saya difahamkan sekarang ada Singaporean yang gunakan Kad Pengenalan orang Malaysia untuk beli tiket. Akan tetapi kelemahan-kelemahan itu kita boleh atasi.

Tuan Pengerusi, tadi saya ada sebut sedikit masa Soalan Jawab Lisan tentang caj jalan. Jadi oleh sebab tadi saya tidak sempat untuk bercakap panjang lebar ada beberapa perkara yang saya hendak sentuh juga. Saya tidak tahu sama ada caj jalan raya itu mendatangkan lebih banyak faedah atau keburukan. Memang kerajaan boleh menambah pendapatan, tetapi saya fikir bahawa ia akan menyusahkan pihak-pihak yang tertentu khususnya orang Malaysia juga ada yang gunakan kenderaan Singapura. Khususnya mereka yang PR di situ tidak boleh bawa kenderaan Malaysia. Jadi bolehkah kita kecualikan orang Malaysia yang memiliki kenderaan negara asing untuk tidak perlu bayar ini.

Tuan Pengerusi, berkenaan dengan perkhidmatan kereta api dari Singapura-Johor Bahru ke Kuala Lumpur, saya difahamkan bahawa perkhidmatan tren elektrik baru sampai ke Gemas. Jadi sekarang kalau dari utara hendak ke Johor Bahru, kena berhenti di Gemas dan tukar kepada kenderaan kereta api yang biasa. Serupa juga dari Johor Baru- dulu saya pernah naik kereta api dari Johor Bahru sampai ke Kuala Lumpur, tetapi sekarang kalau saya nak naik kereta api, saya kena sampai Gemas dan sana saya kena tunggu satu jam pada waktu tengah malam kerana biasanya saya ambil tren pada tengah malam untuk jimat masa. Saya kena tunggu satu jam, kemudian naik tren elektrik. Jadi pada saya ini memang amat susah. Jadi, Tuan Pengerusi memandangkan masa saya sudah tamat. Sekian, terima kasih.

final • 2:32 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 2:32 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya akan bawa ke Butiran 010300 – Perancangan Strategik dan Antarabangsa di mana saya hendak bincang mengenai Landasan Kereta Api Pantai Timur atau East-Coast Rail Line Project yang dianggarkan kos bernilai RM55 bilion untuk bina satu landasan sejauh 600 kilometer daripada Kuala Lumpur sampai ke Tumpat.

final • 2:40 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Saya tahu ini memacu ekonomi kita. Duit yang dipakai dalam pembinaan yang besar itu akan menjana aktiviti lain, dan akan mengembangkan aggregate demand. It is good for the GDP. Saya faham itu. Akan tetapi, ini satu pinjaman. Kita kena bayar balik.

Saya hendak tanya, bila kita buat projek ini, anggaran projek ini, bagaimanakah kita akan bayar balik RM55 bilion itu? Ini kerana bila saya tengok pada KTM yang sedia ada sekarang, the West-Coast Line pun, we’re making losses. Sejak 20 tahun yang lalu, kita masih tidak breakeven juga.

Saya baru baca satu newspaper account di New Straits Times online semalam.

Tajuknya ialah, “KTMB upbeat on breaking even this financial year”. Upbeat on breaking even this year. Dikatakan dalam report itu dia perlu turnover sebanyak RM650 juta untuk breakeven. Untuk 20 tahun yang lalu, mereka tidak break even. Mereka tiap-tiap tahun pun dia ada losses. Juga dikatakan dalam artikel itu, *95 percent of KTMB revenue is from rail business. Revenue this year is estimated between RM500 million and RM600 million.

So* ertinya, jika West-Coast Line pun yang ada lebih trafik tidak boleh menjana satu surplus yang besar, bagaimanakah East-Coast Line itu akan menjana cukup untuk cover the cost dan juga membayar balik RM55 bilion? Itu satu keraguan untuk saya, macam mana? It’s a good idea, good for economy sekarang for the short run tetapi long termnya macam mana kita hendak bayar balik? So itu satu soalan saya ingat kita kena fokus.

Juga, apakah terma bayaran? Kita dengar untuk 6 years tidak ada bayar, lepas itu sahaja kena bayar. Apakah bunga yang akan dicaj untuk terma long term itu? Berapakah tempoh bayaran? Berapakah bayaran setahun selepas 6 tahun itu? Berapakah bayaran setahun? Adakah perlu kita memberi mereka bukan dalam duit tetapi kena beri tanah balik kepada syarikat-syarikat China kah? Apakah terma dia? Ini penting. Jumlah RM55 bilion campur dengan bunga semua, mungkin RM100 bilion yang anak kita, cucu kita, masyarakat Malaysia kena bayar balik. So, apakah terma dia? Ini sangat penting.

Kita sekarang tengok, oh! Ada projek, akan menjana ekonomi and very happy about it tetapi this is the thing we got to see. So, bila kita tengok sistem kereta api yang kita ada yang dibina oleh British, dia punya meeting point ialah Gemas untuk East-Coast Line and West-Coast Line. Ini kerana itu ialah hujung pada Banjaran Titiwangsa, the main range.

So British tidak perlu go through the main range- itu yang expensive. Saya mahu tanya, bila kita buat pecahan kos RM55 bilion itu, berapakah kos segmen dari Kuala Lumpur sampai ke Bentong? Itu all the main range, berapakah kos itu?

Kerana itu sangat- very expensive because kena buat tunnel, terowong besar yang panjang melalui main range. Daripada Mentakab sekarang, line Gemas ke Tumpat pergi melalui Mentakab, so kita ambil daripada Mentakab ikut highway sahaja terus ke Kuantan, lepas itu ikut pantai terus ke Tumpat melalui Kuala Terengganu semua, how much is that one? Jika kita miss the main range, kita masih pakai Gemas, dari Kuala Lumpur-Gemas, Gemas ke Mentakab terus ke Kuantan, jika itu, berapa kos kita? Boleh kita kurangkan kos?

Ini kerana kita kena tengok kos. Saya tahu bila kita buat East-Coast Line, mungkin kita akan menjana aktiviti ekonomi di situ, mereka boleh bayar cukai, kita boleh dapat pendapatan kerajaan, kita boleh bayar daripada consolidate fund, memang boleh, tetapi apakah unjuran dia? Berapa business kita boleh menjana, memacukan dengan East-Coast Line itu? So adakah lebih baik kita buat daripada Mentakab dahulu, Mentakab-Kuantan- Tumpat, see if it works well, jika really rich, we have money, it can pay for itself, kita boleh buat the last track Bentong terus ke Kuala Lumpur *which is the expensive part.

So,* saya haraplah ini semua kita masih belum muktamadkan, kita timbang balik. Is it good for the country? And the payment is important. Kita kena bayar balik. Ini bukan dia bagi kita free, dia bagi kita pinjaman. So, bolehkah terma-terma ini bagi tahu pada Parlimen, bagaimana cara bayaran, apa estimate kita penjanaan ekonomi dan daripada itu jumlah cukai kita akan tambah kepada Kerajaan Pusat daripada itu, dan bagaimana kita akan bayar balik ini? Apakah bayaran setahun? Let’s see the economy of it. Bukan saya hanya mahu against the project. Kita memang mesti ada pembangunan di wilayah timur tetapi are we going about it in a safe way? Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 2:40 PM

Tan Sri Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya juga ingin mengambil bahagian daripada segi perbahasan mengenai peruntukan bagi Kementerian Pengangkutan di bawah P.28, kalau diambilkan daripada P.28, iaitu meningkatkan keupayaan KTM. Saya ada dua perkara.

Pertama, Tuan Pengerusi, mengenai dengan projek laluan berkembar di antara Gemas-Johor Bahru yang akan dimulakan, saya difahamkan, pada tahun depan. Saya hanya hendak menyampaikan permintaan daripada- saya selaku Ahli Parlimen Johor Bahru, khususnya apabila projek sebesar ini hendak dilaksanakan, kalau boleh diberikan keutamaan pendahuluan dahulu, didahulukan projek pembinaan semula jambatan- jambatan di jalan raya. Di Johor Bahru ada tiga buah jambatan bengkok iaitu jambatan jalan raya yang akan terlibat dengan laluan rel berkembar ini. Akan tetapi, daripada hanya memulakan pembinaan laluan rel, kalau bolehlah supaya projek ini memberi keutamaan pembinaan jambatan-jambatan jalan raya supaya faedah dan nikmat daripada jambatan yang besar itu dirasai oleh penduduk Johor Bahru sambil menunggu laluan berkembar dari Gemas ke Johor Bahru dilaksanakan.

Kedua ialah mengenai sama juga iaitu East-Coast Rail Link. Saya mengambil satu pendekatan yang lebih-lebih lagi kerana ia satu projek yang besar, ia melalui Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Titiwangsa ini merupakan kawasan tadahan yang begitu penting bagi negara terutamanya bagi kawasan Semenanjung, bagi Johor Bahru, Negeri Sembilan, negeri Pahang, dan sebagainya.

Jadi bila hendak dirancangkan pembinaan laluan itu iaitu dari Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Kuantan, ia saya sokong 100 peratus kerana itu satu tindakan yang strategik yang akan menjadikan Pelabuhan Kuantan sebagai pintu masuk kepada rakan-rakan dagang kita di sebelah Timur sama ada Vietnam, China, Jepun dan sebagainya. Juga, kalau barangan itu dapat dibawa melalui kereta api ke Pelabuhan Klang, ini juga akan meningkatkan keupayaan dan kedudukan Pelabuhan Klang. Tidak payahlah pusing ikut Singapura ataupun ikut Johor. Tak apa, kita menghormati kepentingan negara khususnya pembangunan yang bakal tercapai dengan adanya hubungan yang baik antara Pelabuhan Klang dengan Pelabuhan Kuantan. Itu saya setuju.

Akan tetapi, apabila laluannya pergi merentasi pula Banjaran Titiwangsa, saya hendak tanya sama ada Kementerian Pengangkutan mengambil kira impak kepada alam sekitar? Impak kepada alam sekitar ialah satu perkara yang harus kita beri keutamaan dan Kementerian Pengangkutan juga walaupun bukan tanggungjawab dia untuk hendak jaga alam sekitar tetapi sebagai kerajaan, pemerintah, tidak boleh kita hanya mengambil tindakan dalam silo.

final • 2:46 PM

Tan Sri Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

Kena juga ambil kira yang bukan core, bukan khusus kepada kementerian tetapi juga melihat kepada impak daripada projek ini kepada alam sekitar, terutama apabila ia merentasi Banjaran Titiwangsa. Saya setuju boleh dibuat ECRL tetapi saya juga berharap bahawa alternatif laluan juga diambil kira. Oleh sebab kalau dari Pelabuhan Klang masuk ke Gombak hendak pergi sama laluan dengan Karak Highway, di Gombak itu pun dah congested, dah ada kesesakan. Mengapa tidak dari Pelabuhan Klang turun bawah pergi ke Kuala Klawang, jadi tak perlulah sampai terowong 50 kilometer, jambatan 100 kilometer.

Malahan kita boleh pendekkan terowong dan kita boleh pendekkan jambatan juga dan kita boleh buka pula kawasan Pahang Barat, di mana banyak kawasan FELDA terus ke Mentakab dan seterusnya ke Kuantan.

Ini pandangan saya untuk mestilah adanya alternatif supaya rakyat melihat bahawa kita ini melihat kepada semua dan bukan mengambil satu pilihan yang kita kata masa ini itu sahajalah pilihannya. Oleh sebab itu impak kalau kita tengok, kalau kita hendak gali terowong 50 kilometer Tuan Pengerusi, berapa banyaknya tanah ini yang digali, dikeluarkan dari terowong. Manakah hendak letak tanah ini? Mesti letak tanah ini di dalam lembah-lembah. Bila bina jambatan 100 kilometer, ada juga impaknya kepada bukit dan lembah dan sebagainya. Jadi, silalah ambil kira impak kepada alam sekitar negara kita, terutamanya kepada kawasan Banjaran Titiwangsa yang menjadi kawasan tadahan yang utama bagi Semenanjung Malaysia. Sekian, terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, kita akan habiskan sebelum jam 4 petang nanti Yang Berhormat ya. Yang Berhormat Rasah.

final • 2:50 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus merujuk kepada Butiran 00900 – Meningkatkan Keupayaan KTM.

Tuan Pengerusi, apa yang saya ingin sampaikan adalah mengenai apa yang dimaksudkan dengan meningkatkan keupayaan KTM. Oleh sebab baru-baru ini apa yang saya perhatikan sebab dengan wujudnya high speed rail yang akan bermula operasi pada tahun 2026 dan pada masa yang sama, kita juga akan mendapat perkhidmatan ETS yang sepenuhnya dari Gemas sehingga ke Johor Bahru pada tahun 2021.

Jadi, saya lihat di situ ada pertindihan perkhidmatan, di mana sebenarnya kedua- dua perkhidmatan tersebut menyambungkan Kuala Lumpur dengan Johor Bahru. Jadi, dalam perkara ini, saya berharap pihak kementerian boleh sebanyak sedikit memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bagaimana kedua-dua perkhidmatan ini akan complement each other, dengan izin. Pada masa yang sama, bagi KTM, mereka mempunyai perkhidmatan kereta api antara bandar. Jadi dalam perkara ini, kita lihat sebenarnya kita ada berbagai-bagai jenis perkhidmatan kereta api. Pada masa yang sama, mereka bersaing di antara satu sama lain. Jadi, bagaimana kita hendak memastikan kesemua perkhidmatan ini, mereka boleh beroperasi di dalam satu keadaan di mana mereka boleh complement each other, dengan izin.

Seterusnya Butiran 41000 – Pembangunan Keselamatan Udara.

Saya ingin sekali lagi berharap pihak kerajaan boleh sedikit sebanyak memberi makluman kepada Dewan yang mulia ini, apakah perkembangan terkini mengenai siasatan MH17? Oleh sebab baru-baru ini, kalau tak silap 1 Oktober 2016, kita telah pun menerima maklumat bahawa pihak yang bertanggungjawab itu telah pun dikenal pasti. Akan tetapi sampai hari ini kita masih tidak melihat ada apa-apa tindakan untuk membawa mereka yang tidak bertanggungjawab ini ke muka pengadilan. Jadi, sekian perbahasan saya. Terima kasih.

final • 2:52 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya terus kepada Butiran 060900 – Pengangkutan Jalan Sarawak.

Kepada Menteri, saya hanya ingin hendak bertanya tentang hasil daripada lawatan Timbalan Menteri hari itu ke Limbang iaitu berkenaan dengan pejabat baru untuk Jabatan Pengangkutan Jalan. Oleh sebab pada masa ini mereka menyewa kedai dan saya difahamkan the expiry dah very near already, dengan izin.

Saya difahamkan kalau mengikut kepada terma-termanya, I think it’s not fit to become office anymore. So, tentang tapak untuk pejabat baru itu memang sudah dipohon kepada kerajaan negeri oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Limbang, di Bandar Baru.

Perkara kedua ialah tentang ini cerita lama juga ini Menteri, iaitu tentang weighbridge.

Kepentingan untuk membina weighbridge di Limbang kerana aktiviti-aktiviti kenderaan dari Kuching menuju ke Sabah and then the business activities, dengan izin, within northern region. Pengangkutan batu dan sebagainya yang membawa perniagaan antara negara jiran dengan kita. Jadi, rasanya kita memerlukanlah adanya sebuah weighbridge ini dibina di Limbang, because yang portable weighbridge itu Menteri, rasanya I don’t know what to say, but mungkin dapat dilihatlah sama ada ia dapat digunakan ataupun tidak. Separuh daripada setahun saya difahamkan kena hantar balik sini untuk calibration. So, how effective it is? Itu yang kedua.

Yang ketiganya ialah tentang caj jalan. Tuan Pengerusi, this is concerning our states. Mengikut laporan berita hari itu bahawa kita akan kenakan road charge untuk Singapura dan untuk mengelakkan Singapura rasa diskriminasi, mungkin juga akan disamaratakan untuk Thailand, Indonesia dan Brunei. Jadi, saya ingin hendak membangkitkan cerita Limbang-Brunei-Sabah-Sarawak.

final • 2:55 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Jadi, the vehicles are passing through Brunei, because Limbang khususnya di tengah-tengah antara Sabah dengan Sarawak and there is where Brunei is. Dua buah daerah dan sebagainya, I think everybody knows the geography. Jadi, masalahnya pada masa ini, Brunei tidak pernah mengadakan caj untuk mana-mana kenderaan dari Sabah, dan Sarawak. Kami khuatir di sana, rakyat memang risau the moment we start to charge Brunei cars, kalau dia orang start caj kita punya kenderaan, yang sengsaranya kamilah di sebelah sana. Sabah, Sarawak, and we people the worst is Limbang which is in the middle. Ke utara ke selatan, semua kena go through the border.

Jadi, inilah perkara saya rasa Menteri, dengan izin, it is not about discrimination to Singapore, but it’s the geography are both ends of Peninsula, the geography of Brunei in the middle of Sabah and Sarawak and Limbang in between is not the same. Apabila orang dari Singapura hendak masuk Semenanjung ataupun Thailand hendak masuk ke Semenanjung are both ends tapi kita ini di tengah-tengah which is impossible lah, geographically it’s not right and Brunei pun tak mengenakan caj.

Seterusnya juga ialah sebagaimana yang saya katakan tadilah, kita tak mahu Brunei trigger juga the moment we start to charge. Just for you information Sir, ini saya dapatkan maklumat dari Jabatan Imigresen dan Kastam di sempadan. Daripada Januari hingga Oktober 2016 ini, jumlah rakyat Brunei yang melintasi sempadan kita ialah 242,348, rakyat Malaysia iaitu Sabah, Sarawak 748,514. Ini jumlah penumpang atau manusia yang melintasi sempadan ini. All together sehingga Oktober 2016, 990,862.

final • 2:55 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

In terms daripada kenderaan pula, kenderaan penumpang yang keluar di kawasan Tedungan itu ialah 90,078 buah. Yang masuk 45,567 iaitu 135,645 buah kenderaan yang melintasi sempadan dari January to Oktober 2016.

Jadi kalau kita melihat ini, amatlah ia akan memberikan impak kepada kita di sana.

Sudahlah kita ini di Sarawak, Sabah, barang-barang pun harga lebih dari sini, kena lagi caj.

I think for sure these transporters they will put it back to the customers to the people of Sabah and Sarawak again because of this. Jadi kita merayu kepada kementerian supaya perkara ini kecualikan untuk kawasan sempadan kita, Brunei dan Malaysia ini.

Rasanya itu sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 3:00 PM

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:01 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Baju kuning ya.

final • 3:01 PM

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian

Bersedia untuk 19. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyebut beberapa perkara berkaitan dengan Kepala B.28 – Kementerian Pengangkutan di bawah Butiran 070000 - Keselamatan Jalan Raya; dan Butiran 080000 - Program Khusus dan juga yang berkaitan dengan JKJR.

Tuan Pengerusi, kempen keselamatan jalan raya sesuatu yang sangat penting khususnya untuk mengurangkan kemalangan yang berkaitan dengan kenderaan dan orang awam lebih-lebih lagi apabila negara kita Malaysia berada di antara negara yang paling banyak berlakunya kemalangan. Dikatakan berada di tangga yang kelima di dalam negara Asia. Maka sudah tentu kempen-kempen yang lebih baik dan berkesan untuk mendidik masyarakat dan juga rakyat bagi memberikan kesedaran kepada mereka bagaimana untuk menggunakan jalan raya dengan lebih baik.

Saya mengambil kesempatan ini untuk bertanyakan berkaitan dengan satunya kempen multimedia keselamatan jalan raya di bawah JKJR yang dulunya dikenali sebagai MKJR dan telah diperkasakan. Jumlah sebenarnya yang telah dibuat oleh pihak jabatan ini, kempen-kempen tersebut dan disalurkan melalui media mana?

final • 3:01 PM

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian

Sama ada melalui televisyen kerana saya merasakan terlalu sedikit kempen yang dibuat oleh JKJR untuk dilihat di kaca-kaca televisyen dan sudah tentu televisyen adalah media yang sangat berpengaruh dan boleh dilihat oleh kebanyakan ataupun kesemua rakyat yang ada di Malaysia ini dan memberikan kesan yang baik ataupun disalurkan di pihak ataupun melalui media-media internet, melalui telefon, SMS ataupun macam mana?

Kedua, berkaitan dengan bantuan ataupun sumbangan kepada aktiviti JKJR di negeri-negeri. Saya pernah menganggotai jabatan ini dan malangnya biasanya program- program yang dibuat oleh JKJR ini sangat terbatas. Ada mesyuarat dan ada Kempen Kesedaran Jalan Raya di hari-hari perayaan besar. Satu atau dua kempen sahaja setahun.

Boleh jadi kerana kekangan peruntukan dan juga sumbangan yang diberikan, maka mereka tidak dapat melaksanakan program-program kempen ini dan tidak dapat turun ke peringkat masyarakat terbawah untuk memberikan kesedaran. Jadi saya menganggap peruntukan yang diberikan itu sangat sedikit dan kalau boleh dipertingkatkan.

Yang lainnya, saya juga ingin bertanya berkaitan dengan modul di bawah Butiran 15000 – Pembangunan Modul JKJR.

Modul yang dibentuk ini ialah untuk siapa- siapa sasarannya, dan apa yang telah dibincangkan dan dicadangkan dalam modul-modul ini untuk pembangunan keselamatan?

Dan juga adakah di sana telah dibincangkan berkaitan dengan ritual keagamaan misalnya yang berkaitan dengan keselamatan dan juga adab-adab semasa berada di jalan raya.

Misalnya untuk memulakan kenderaan, adakah dicadangkan dengan bacaan-bacaan khusus misalnya untuk penganut-penganut Muslim atau penganut-penganut Islam dengan penggunaan bacaan yang paling ringkas seperti, “Bismillah” misalnya ataupun bacaan- bacaan doa yang saya merasakan walaupun nampak biasa dan kecil tetapi memberikan kesan yang baik untuk masyarakat dalam menjamin keselamatan mereka, memberikan ketenangan daripada segi psikologinya apabila berada di dalam kenderaan.

Saya sangat merasa sejuk hati apabila melihat ada pilot misalnya yang memulakan pemanduan mereka misalnya apa yang dibuat oleh pilot AirAsia ke Langkawi yang memulakan bacaan doa sebelum daripada memulakan pemanduan mereka di dalam kapal terbang ini. Apa salahnya jika ia dapat dikembangkan ke semua kapal-kapal terbang yang kita miliki ataupun yang berada di tempat kita dan juga kenderaan-kenderaan awam yang lain misalnya bas dan juga kenderaan yang dinaiki oleh rakyat yang terbanyak untuk memberikan kesedaran kepada mereka betapa itu adalah sesuatu yang sangat penting.

Saya juga ingin bertanya, adakah pihak kerajaan ataupun kepentingan kepada pihak kerajaan berkaitan dengan kempen berbasikal kepada rakyat Malaysia. Satu perkara yang sangat baik dan juga boleh memberikan kesedaran tentang keselamatan dan juga kempen kesihatan. Cuma saya merasakan jalan raya di Malaysia ini sangat tidak mesra kepada pemandu-pemandu ataupun penunggang-penunggang basikal yang kalau tidak diadakan event ataupun acara-acara tertentu untuk basikal ini, mereka memang tidak selamat untuk berada di jalan raya di Malaysia. Saya merasakan perkara ini juga perlu difikirkan oleh pihak kerajaan untuk memberikan kemudahan untuk disediakan di setiap jalan raya bagi penunggang-penunggang basikal khususnya.

Kemudian di bawah Butiran 13000 – Pembinaan dan Menaik Taraf Infrastruktur Lapangan Terbang.

Saya cuma ingin bertanyakan berkaitan dengan perkembangan proses untuk memanjangkan landasan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. Apakah prosesnya? Ini kerana mengikut buku laporan ekonomi, pihak kerajaan menjelaskan bahawa kerja-kerja awal telah dimulakan tetapi saya yang berulang-alik dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, saya melihat tidak nampak apa-apa pun kerja yang telah dilakukan dan bilakah sebenarnya ia akan dimulakan dan bilakah projek ini akan dapat dinikmati dan digunakan.

Akhirnya berkaitan dengan Butiran 60000 - NKRA 4 di bawah peruntukan RM39 juta. Saya cuma ingin bertanyakan pengangkutan awam manakah yang dibuat di bawah peruntukan ini yang ada di Kota Bharu. Maknanya di bawah peruntukan RM39 juta ini, apa yang telah disediakan oleh pihak kerajaan khususnya di bandar Kota Bharu di bawah tajuk pengangkutan awam yang mana? Terima kasih.

final • 3:01 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kanowit.

final • 3:01 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Terima kasih Tuan Pengerusi. Dalam kementerian ini Yang Berhormat Menteri, saya ingin menjurus kepada B.28, Butiran 080300 – Subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sarawak terutamanya.

Saya ingin mengetahui apakah jenis perkhidmatan yang diberi subsidi ini.

Komponen subsidi di bawah RAS ini. Adakah ia cuma untuk Rural Air Services ataupun termasuk juga helikopter-helikopter servis untuk kegunaan VIP, dan sebagainya. Jumlah setiap daripada servis ini yang dikendalikan oleh state government ataupun Jabatan Kesihatan daripada segi jumlah penerbangan dan kos bagi setiap tahun. Sebab saya lihat peruntukan yang diagihkan RM155 juta, anggaran yang agak besar.

final • 3:09 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Kedua, Butiran 30000 iaitu Pengangkutan Udara Sarawak. Di sini saya ingin menyentuh dengan penerbangan AirAsia yang ke Kuching, ke Sibu dan sebagainya, ke semua airport di Sarawak yang ada perkhidmatan AirAsia. Yang menjadi tidak selesa untuk passengers bagi AirAsia apabila mereka tidak menggunakan aerobridge. Kadangkala digunakan juga aerobridge tetapi kalau musim hujan, memang menjadi masalah besar untuk semua penumpang terutama mereka yang tua dan budak-budak kecil.

Saya difahamkan, saya pun tidak tahu apa, tidak tahu mengapa ada juga masa mereka menggunakan aerobridge, ada juga masa mereka tidak gunakan aerobridge. Saya telah pun bertanya kepada beberapa orang pegawai yang bertugas. Dia katakan satu kali landing, one landing, betul kah tidak ini, bayaran cuma RM85. Yang Berhormat Menteri, RM85 ini dibagikan oleh semua passenger yang datang, yang masuk atau yang mahu pergi itu, tidak kurang daripada 200 hingga 300 passengers. Bermakna seorang passenger boleh dikenakan kos dalam 30 sen ataupun 40 sen.

Bagi saya ini mustahillah, tidak munasabahlah kalau AirAsia tidak dapat menangung kos ini. Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, kenapakah tidak diberi sebagai satu compulsory untuk digunakan aerobridge di semua airport AirAsia di Malaysia? Terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Subang.

final • 3:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih Tuan Pengerusi memberi saya ruang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan di Peringkat Jawatankuasa berkaitan dengan Kementerian Pengangkutan.

Saya rujuk kepada Butiran 010500 berkaitan dengan perkhidmatan bantuan dan khususnya kepada pengangkutan udara; Butiran - 050000 Pengangkutan Udara; dan Butiran 100200 “One-Off”, berkaitan dengan pengangkutan udara.

Soalan saya yang khususnya berkaitan dengan siasatan dalam kehilangan pesawat MH 370. Seperti mana kita tahu kehilangan pesawat ini berlaku pada waktu malam, jam 1.21 dan pada waktu itu tanda pesawat ini di atas skrin radar kontrol di agensi yang berkaitan terhilang atas skrin.

Pada malam itu, daripada maklumat yang sudah diberitahu dalam Dewan ini dan sudah diketahui umum, tiga buah agensi yang berlainan, satu ialah air traffic control, dengan izin. Yang kedua ialah pemantauan oleh MAS sendiri yang dibuat secara bebas daripada air traffic control, yang ketiga ialah yang dibuat oleh radar yang dikendalikan oleh tentera kita, tentera udara. Ketiga-tiga agensi ini sudah ada pada satu masa ada tahu tentang kehilangan ataupun perjalanan pesawat ini dan apa yang sangat mengejutkan, inilah persoalan yang masih belum dijawab untuk awam ialah bagaimanakah berlakunya tiada reaksi serta-merta daripada tiga buah agensi ini pada masa tragedi ini berlaku.

Sebagai khususnya bila tanda pesawat itu hilang pada skrin air traffic control, apa reaksi daripada kakitangan kita yang ada di hadapan skrin itu, siapa dia, kenapa tidak ada respons serta-merta, kenapa selepas hubungan dengan air traffic control di Vietnam, apakah yang berlaku dan sebagainya? Saya sudah bangkitkan isu-isu ini dulu dalam Dewan ini dan pada masa itu Yang Berhormat Menteri beritahu siasatan ini masih berjalan pada masa itu.

final • 3:12 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Jadi inilah persoalan saya, saya ingin tahu, apakah perkembangan dalam siasatan itu sebab itu tidak bergantung kepada joint investigation team yang ditubuhkan di peringkat antarabangsa itu ialah isu lain. Saya tidak mahu masuk dalam isu selepas pesawat ini dikenal pasti masuk ke lautan Indian Ocean, dengan izin.

Apakah yang berlaku di sana dan mana dia sampai? Bagi saya adalah sangat penting bahawa negara kita tahu, keluarga mangsa tahu sebenarnya apa yang berlaku pada malam itu. Kenapakah tidak ada reaksi serta-merta khususnya bila tanda pesawat itu hilang dalam skrin itu? Saya banding dengan satu kes yang lebih kurang sama yang berlaku, ini berkaitan dengan pesawat yang dimiliki oleh Egypt Air di mana saya tidak ingat tarikh yang spesifik tapi ada rekod dalam ruang awam. Pesawat ini took off, dengan izin, daripada New York dan kes itu memang jelaslah berkaitan pembunuhan diri oleh pilot, kes itu.

So bila dia bawa pesawat itu 200 kilometer daripada airport dan terus terjunkan pesawat ke dalam Lautan Atlantik, tetapi isu persamaan dalam kes itu pada satu saat tanda pesawat itu hilang pada skrin radar itu air traffic control, tetapi reaksi dalam kes itu jauh berbeza di mana dalam 2 minit lebih kurang, 2, 3 minit maksimum, semua search and rescue, dengan izin, usaha sudah bergerak. Pesawat take off, took off daripada airport yang dekat. Kapal-kapal sudah bermula ke tempat yang di mana disyaki pesawat itu diterjunkan dalam lautan dan sebagainya. Dalam 2, 3 minit- sebab apabila tanda pesawat itu hilang, itu ialah satu tanda yang sangat serius- “code red”, di mana satu yang amat serius telah berlaku, pesawat itu tidak boleh dikenal pasti lagi dalam skrin dan kakitangan yang duduk di hadapan skrin tahu implikasi serius itu dan sudah bertindak serta-merta.

So, dalam kes MH370, kita dapat reaksi yang jauh berbeza. Tanda itu hilang pada 1.21 malam dan untuk beberapa jam tidak ada apa-apa reaksi, ada perhubungan, ada perbualan sedikit dengan Vietnam Air Traffic Control, lepas itu tidak apa-apa tindakan Saya pun, sebab itu siasatan itu sangat penting untuk kita dapat tahu apa yang berlaku supaya ini tidak berulang lagi kalau katakan tidak ada situasi yang sama yang berlaku.

Sama juga dengan MAS kita. MAS pun ada pemantauan yang bebas, yang berasingan daripada apa yang dilakukan oleh air traffic control dan agensi yang ketiga walaupun itu saya faham di luar bidang kuasa kementerian, adalah berkaitan dengan radar tentera udara kita. Sebab ini bersangkut rapat dengan apa yang berlaku pada malam itu.

Kenapa anggota tentera udara kita yang mengendalikan alat radar kita pada malam itu, bila mereka tahu pesawat ini ada di atas, apakah yang sebenarnya berlaku?

Jawapan yang diberi dulu ialah pesawat itu dikenal pasti sebagai pesawat civilian dan sebab itu tidak ada apa-apa tindak balas daripada tentera udara kita. Bagi saya Tuan Pengerusi, pada masa itu saya sudah sebut, saya ulang, jawapan itu tidak memuaskan.

Mana boleh kita duduk diam macam itu sebab pada masa itu tentera udara kita mesti tahu siapa pesawat itu yang atas. Sama ada pesawat adalah di tempat yang sewajarnya ataupun pesawat yang tidak boleh dikenal pasti. Sebab itulah berkait rapat dengan keselamatan negara kita. Jadi kenapa tidak ada tindakan?

Sebab itu, adalah wajar bahawa kerajaan kita buat siasatan yang lengkap, yang terperinci dalam semua aspek ini dan semua soalan ini perlu dijawab kepada rakyat dan khususnya kepada keluarga mangsa-mangsa kerana bagi mereka untuk closure mereka, dengan izin, jawapan ini adalah sangat penting. Mereka pun hendak tahu, mereka sudah hilang anggota keluarga yang dikasihi. At least kurang-kurang kerajaan kita adalah bertanggungjawab untuk memberi jawapan kepada mereka. Ini yang berlaku. Kalau kesilapan sudah berlaku, itu kita kena terima. Itulah hakikat. Kita tidak boleh ubah apa yang berlaku. Namun kita boleh belajar daripada itu dan buat perubahan dalam sistem kita, SOP kita kah apa-apa untuk memastikan ini tidak berulang lagi.

final • 3:12 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Jadi, saya haraplah kali ini kita siasatan ini sudah disempurnakan dan laporan yang terperinci diberikan kepada Dewan ini, apa yang sebenarnya berlaku supaya negara kita dapat faham punca tragedi ini, dan kita boleh buat apa-apa yang perlu untuk memastikan ia tidak berlaku. Itu sahaja, Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sandakan.

Sepatutnya pergi sini ya. Tidak apalah. Nanti dua di sini fasal dipanggil dua di sini.

final • 3:20 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin berbahas di bawah Kepala B.28, Butiran 030000, berkenaan pengangkutan laut Sabah.

Tuan Pengerusi, Sabah perlukan sebuah pelabuhan yang berdaya saing supaya pembangunan Sabah akan dipercepatkan khususnya Pelabuhan Sepanggar mempunyai tempat lokasi yang strategik. Dekat dengan bandar-bandar Asia seperti Hong Kong, Tokyo, Taipei, Shanghai dan sebagainya.

Ia sepatutnya dibangunkan sebagai sebuah pelabuhan yang berdaya saing untuk perdagangan antarabangsa. Dengan fikiran ini, kita sudah ada satu visi dan cadangan di mana Sepanggar Port ini dinaiktaraf sebagai transhipment hub, dan kita bersyukur Yang Berhormat Menteri pun setuju satu cadangan ini. Mengikut apa tarikh 29 Ogos tahun ini, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan berkata, akan memperuntukkan lebih RM1.3 bilion untuk projek tersebut. Ini saya ingin tahu, adakah ini akan terlaksana, dan bila ini boleh dijalankan? Saya minta maklumat yang lebih terperinci mengenai projek ini.

Tuan Pengerusi, kini, sudah kita tahu bahawa Pelabuhan Sepanggar adalah amat tidak berdaya saing dan semakin sesak justeru tidak mampu menampung keperluan besar dan tidak dapat dimanfaatkan daripada persaingan pasaran antarabangsa. Ia perlu diberi perhatian yang sepenuhnya oleh kementerian.

Tuan Pengerusi, dua minggu lepas ramai peniaga membuat aduan di mana kesesakan di Pelabuhan Kontena Sepanggar ini, dan pelaksanaan kaedah 100 peratus buka kontena untuk periksa, telah menyebabkan kapal-kapal asing tidak dapat singgah di port dan justeru barang-barang di atas kapal itu tidak dapat dibuka dengan tepat masa dan barang ini terus diangkat ke port lain. Saya fikir disebabkan kesuntukan masa ini ia telah menyebabkan kerugian yang besar kepada peniaga-peniaga. Masalah ini, sampai hari ini pun belum diselesaikan.

Tuan Pengerusi, bukan sahaja port di Sepanggar kurang berdaya saing, malah port di seluruh Sabah pun buruk daripada segi infrastruktur. Seperti di Sandakan, oleh sebab tidak ada facility yang efisyen, seperti kren yang tidak mencukupi yang sentiasa menyebabkan proses pemunggahan barangan adalah amat lambat. Maka pengutipan barangan mengambil masa yang panjang. Ia meningkatkan kos perniagaan itu.

Tuan Pengerusi, walaupun kerajaan setuju dengan cadangan menaik taraf Pelabuhan Sepanggar, saya tidak pasti bila ini boleh menjadi realiti supaya pembangunan Sabah boleh dipercepatkan. Ini rakyat Sabah yang sudah menunggu-nunggu, malahan saya ingin ingatkan lagi di sini, bahawa masalah dasar kobotaj ini merupakan satu fakta di Sabah yang mengehadkan pembangunan Sabah selama lebih 30 tahun kerana ia menyebabkan kos perkapalan dan pengangkutan di Sabah yang tidak berdaya saing.

Justeru, industri kita tidak dapat dibangunkan dan terus meningkatkan kos barangan yang tinggi di Sabah. Saya mahu mendesak satu kali lagi bahawa dasar ini mesti mahu dimansuhkan demi kepentingan orang Sabah. Ia membuktikan ketidakseimbangan kerajaan pada Sabah.

Walaupun Yang Berhormat Menteri Pengangkutan mempunyai banyak alasan seperti bukan satu fakta yang utama, tetapi saya ingin ulang lagi ini bahawa ia merupakan salah satu fakta dan mesti dimansuh dan dihapuskan bagi usaha mengurangkan kos pengangkutan di Sabah, dan ia adalah amat penting bagi Sabah untuk membebaskan potensi perdagangan di Sabah supaya Sabah boleh dibangunkan dengan lebih cepat dengan dasar pasaran yang lebih bebas.

Jika kerajaan tidak mahu memansuhkan dasar ini dan membela enam buah syarikat perkapalan besar ini, untuk kepentingan mereka, bukan rakyat Sabah, saya harap kos pengangkutan yang lebih tinggi ini harus dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia, tidak patut hanya rakyat Sabah yang tanggung kos ini.

Tuan Pengerusi, selain itu, saya juga hendak sentuh Butiran 060800 berkenaan pengangkutan jalan Sabah.

final • 3:20 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Saya menerima aduan di mana dasar had muatan lori di Sabah dan Semenanjung adalah jauh berbeza. Di Sabah ialah 38 tan, manakala di Semenanjung ialah 52 tan.

Walaupun had muatan di Sabah lebih rendah tetapi perkiraan cukai jalan adalah amat berbeza.

Di Semenanjung, saya diberitahu bahawa green engine menikmati diskaun 50 peratus, tetapi ini tidak ada dasar yang sama di Sabah. Selain itu, di Semenanjung, cukai jalan hanya kira kepala kereta sahaja iaitu lebih kurang RM2,800 setiap kepala kereta.

Tanpa mengira berapa treler diangkat. Manakala di Sabah pula dia tidak kira kepala kereta tetapi kira berapa treler yang diangkat. Jadi baru RM2,800 setiap treler. Kalau ambil banyak treler maka cukainya akan naik.

Ia jelas menunjukkan ketidakadilan antara Sabah dan Semenanjung. Mengapakah ia berlaku? Penjelasan yang diberi kadangkala ialah mutu jalan di Sabah adalah jauh lebih teruk berbanding Semenanjung yang menyebabkan had muatan lori di Sabah hanya boleh tanggung 38 tan. Mengapakah kualiti jalan di negeri Sabah adalah lebih teruk daripada Semenanjung? Adakah ini double standard punya jalan. Lagi teruk, cukai jalan lori di Sabah pun lebih tinggi daripada Semenanjung. Ia langsung tidak adil.

Sekarang saya diberitahu Agensi Pengangkutan Darat atau SPAD...

final • 3:20 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

[Bangun]

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Kinabalu bangun, Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Nanti dahululah. Akan masuk di Sabah dan mengambil alih LPKP. Adakah ini benar, dan apa alasan ini? Mengapa Kerajaan Persekutuan sentiasa hendak ambil kuasa yang di bawah Kerajaan Negeri. Yang Berhormat Kota Kinabalu...

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

[Ketawa] Macam marah sahaja ni.

final • 3:20 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Terima kasih, Yang Berhormat Sandakan. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Ya, double standard. Apa pandangan Yang Berhormat Sandakan, motosikal di Sabah kita beli RM40 Yang Berhormat Menteri, dibanding dengan Semenanjung RM3, apa ini? Potong leher kan! Beberapa kali saya sudah bahas tetapi belum ada- saya minta, haraplah Menteri mengambil lagi perhatian untuk Sabah. Jangan ada lagi potong. Jangan- Sabah begitu miskin, kenapakah mesti potong lagi?

final • 3:20 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Ya, terima kasih. Ucapan Yang Berhormat Kota Kinabalu masuk teks saya.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masukkan dalam mana, Yang Berhormat?

[Ketawa]

final • 3:20 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Masuk saya punya bahas.

Jelas sekali Tuan Pengerusi masalah dasar kabotaj ini, pelabuhan yang tidak berdaya saing, dan sama sekali masalah ketidakseimbangan had muatan lori antara Malaysia Timur dan Malaysia Barat, jelas menunjukkan kerajaan tidak adil pada Sabah.

final • 3:20 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Dengan dasar-dasar ini, begitu tidak adil bagaimana harga barangan di Sabah tidak mahal. Saya mendesak Kerajaan Persekutuan menghentikan segala dasar yang tidak seimbang pada Sabah dengan segera bahawa Sabah dan Semenanjung boleh menikmati harga barangan yang serata. Ini yang kita harapkan. Sekian, terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Mersing.

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad - Mersing

Tuan Pengerusi, pendek sahaja.

Butiran 020300 dan 020400, ini fasal Kuala Mersing.

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad - Mersing

Yang Berhormat Menteri dah sampai, Yang Berhormat Timbalan Menteri belum sampai.

Kuala Mersing ini amat strategik. Saya juga nak cakap bagi pihak Rompin sebab Sungai Endau itu kita kongsi. Sebelah Tanjung Gemuk, Rompin punya, sebelah Endau, Mersing punya. Setiap tahun akibat daripada hakisan, kuala ini makin lama makin tohor. Ya, Yang Berhormat Menteri mengangguk tu, betul kan. Saya pasti sewaktu Yang Berhormat Menteri datang Mersing perkara ini ditimbulkan. Jadi saya hendak timbulkan ini kerana ada seribu orang nelayan yang terlibat menggunakan kedua-dua jeti dan pelabuhan tersebut.

Saya fikir ada 15,000 ke-20,000 orang pelancong setiap bulan yang menggunakan kemudahan jeti. Bila kuala tohor, jadi dia punya perkhidmatan feri ke pulau-pulau akan terganggu.

Jadi saya hendak tanya, adakah kementerian membuat program mengorek ini secara berskala dan kalau boleh bila ia patut dimulakan. Itu jangka pendek kerana bila musim tengkujuh dibuat korek, lepas itu dia akan berlaku balik, re-silting. Apa rancangan jangka sederhana dan jangka panjang oleh kementerian supaya kedua-dua pelabuhan dan jeti yang diurus oleh Jabatan Laut ini dapat memberi manfaat kepada nelayan dan pelancong. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ini yang pasti tak semua akan dipanggil. Saya hendak balance kan dulu, nak panggil BN ya fasal dah panggil dua di sini tadi.

final • 3:30 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Pendek sahaja Tuan Pengerusi, pendek.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang di sini pun pendek kan.

Yang Berhormat Lipis pendek, Yang Berhormat Gerik pendek?

final • 3:30 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Labuan lama tidak cakap Tuan Pengerusi.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak apalah, saya bagi Yang Berhormat Gerik.

final • 3:30 PM

Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bincangkan Butiran 060400 – Pengujian dan Pelesenan Pemandu.

Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana telah membuat program MyLesen diberikan kepada belia bermula daripada umur 16 tahun. Ibu bapa sering complain kalau pergi ke pusat memandu, caj agak tinggi. Maka yang kita hendakkan orang muda dapatkan ialah lesen Kelas ‘B’ supaya harganya boleh dibayar oleh pelanggan di mana rancangan untuk mengadakan dipermudahkan oleh JPJ saya rasa tidak payahlah kita hadkan kepada warga emas tetapi kita buka juga kepada semua pelanggan yang terdiri daripada mereka yang mula berumur 16 tahun.

Saya juga berharap kementerian meneruskan pertolongan dalam Parlimen Gerik memberi lesen cara kaedah JPJ, cara yang mudah iaitu kepada Orang Asli. Mereka ini banyak motor walaupun menunggang di tengah hutan tetapi kita hendak mereka ada lesen.

Soalan saya ialah apa yang menjadi susah, minta JPJ fikirkan untuk lulus lesen. Apakah kaedah atau cara mudah bagi lulus dapat lesen?

Butiran 070100 – Keselamatan Jalan Raya. Kempen berbentuk bimbingan terutama golongan belia, pelajar-pelajar ataupun kita kata kaedah psikologi perlu diperkasakan oleh pihak jalan raya JKJR. Program kesedaran kepada ibu bapa terutama hari ini kita sudah melihat ibu bapa terlampau sayang kepada anak-anak sehinggakan anak mereka tidak ada lesen boleh naik motosikal. Ini juga kita kena fikirkan supaya boleh memberi kesedaran kepada ibu bapa bahawa menunggang tanpa lesen, bawa kereta tanpa lesen adalah merbahaya kepada diri sendiri terutama kalau berlaku accident, insurans tidak dapat melindungi.

Perkara yang ketiga dalam ini ialah kita berterima kasih kepada pihak JPJ yang menubuhkan Skuad Muda 1JPJ supaya memberi kesedaran kepada masyarakat berdisiplin naik kenderaan motosikal, maka setiap rakyat perlu memberi dukungan kepada yang tersebut.

final • 3:32 PM

Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik

Butiran 060500 – Penguatkuasaan Undang-undang. Kita minta JPJ, polis dan SPAD duduk bersama supaya bila berlaku penguatkuasaan tidaklah berlaku perkara yang bukan-bukan. Terutama kita tengok orang kampung bukan ibu bapa complain, lori bawa pasir, bawa tanah tutup tetapi tidak ikat elok-elok. Kereta hendak ikut di belakang lori cukup takut, takut pasir, batu akan kena pada cermin kereta. Walaupun undang-undang ada tetapi penguatkuasaannya macam mana.

Kadang-kadang kita bimbang kereta JPJ, kereta polis tahan lori tepi jalan tetapi masyarakat mempunyai satu persepsi. Tahan lori tadi kerana kutip duit kah atau sebenarnya menguatkuasakan undang-undang sebab di depan mata kita bila lori yang penuh tidak diikat dengan kemas, tidak adapun tindakan diambil terutama di kawasan kampung-kampung. Kita boleh tengok suasana seperti itu. Maka diharapkan kementerian memikirkan bagaimana nak memulihkan keyakinan rakyat di kawasan bawah ini supaya lebih menghargai, lebih menghormati bahawa JPJ, polis dan SPAD ialah penguatkuasaan yang hendak membentuk masyarakat mematuhi undang-undang di jalan raya.

Dalam pada itu, saya berharap juga di bawah penguatkuasaan ini, kutipan kereta- kereta yang masuk dari luar negara seperti yang ditanya pagi tadi. Difahamkan kereta- kereta dari luar negara akan dikenakan bayaran yang masuk melalui sempadan Thailand seperti di Padang Besar, begitu juga mungkin di kawasan border saya di Betong, Pengkalan Hulu. Maka soalan yang saya hendak tanya ialah sistem VEP ini akan dilaksanakan di pintu masuk sempadan, bila ia mula dikuatkuasakan dan apakah kelebihan yang Malaysia dapat kalau kenakan caj.

Saya hendak bercakap juga soal Butiran 010500 berkaitan dengan udara iaitu penerbangan AirAsia.

Rakyat di kampung berlumba-lumba membeli tiket murah daripada AirAsia. Akan tetapi apa berlaku, kadang-kadang AirAsia tidak melayan pelanggan ini dengan baik. Sudah check-in, lewat sedikit kerana jarak yang jauh, pintu tutup. Dalam tanggapan masyarakat, AirAsia menawarkan harga yang murah tetapi dalam masa yang sama terlampau strict.

Pintu tutup, maka pelanggan tadi tidak boleh naik kapal terbang AirAsia- seolah-olah pelanggan dianiaya kerana waktu itula AirAsia terlampau strict konon masa sekian-sekian.

final • 3:32 PM

Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik

Saya berharap, perkara inilah yang kementerian kena tengok, kalau MAS tidak berlaku. Dia akan tunggu, apabila kita sudah check in sehinggalah pelanggan itu dibuat pengumuman di corong-corong di airport untuk memastikan dia sampai masuk dalam kapal terbang. Walau terlewat tiga minit sekalipun. Kapal terbang tadi bukan hendak terbang lagi.

Dia akan ikut masa yang ditetapkan. Akan tetapi sebenarnya AirAsia pada tanggapan sesetengah masyarakat di bawah ini syarikat yang menganiaya pelanggan-pelanggan di peringkat bawah.

Jadi oleh sebab itu, kita carilah satu pendekatan AirAsia walaupun dia hendak untung, jagalah rakyat kita di bawah supaya tidak cerita bukan-bukan ini akan dilaungkan di peringkat bawah sementelah MAS sendiri pun tidak membanggakan rakyat Malaysia.

Macam-macam penyusunan. Sekurang-kurangnya berilah satu kebanggaan kepada rakyat Malaysia, AirAsia ini sebuah syarikat penerbangan yang menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat di bawah.

Dalam pada itu, saya juga tidak tahu ke mana saya hendak bertanya. Di Gerik ada lapangan terbang tetapi pendek iaitu 480 meter. Pihak negeri saya difahamkan akan memanjangkan landasan. Saya berharap Kementerian Pengangkutan akan membantu kerajaan negeri memanjangkan landasan kapal terbang di Gerik dengan harapan saya sekurang-sekurangnya seminggu sekali mungkin ada kapal terbang boleh turun dan pelancong bolehlah pergi ke Royal Belum, pelancong mungkin boleh pergi ke Lenggong untuk tengok Perak Man. Pelancong mungkin mudah pergi ke Pengkalan Hulu kerana ada pelbagai produk pelancongan yang kita sediakan di Pengkalan Hulu.

Dalam pada itu, Butiran 010600 maknanya jalan darat. Saya selaku Ahli Parlimen Gerik mempunyai satu impian untuk melihat Parlimen Gerik, Hulu Perak dapat dihubungi oleh perjalanan kereta api. Gerik sendiri ialah merupakan tulang belakang yang utama daripada segi kawasan Banjaran Titiwangsa.

final • 3:40 PM

Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik

Kalaulah kereta api dari Kelantan boleh menembusi Perak pergi ke Kedah, pergi ke Pulau Pinang, pergi ke utara Thailand, sedikit sebanyak pada masa hadapan merasalah orang Gerik rasa dapat peruntukan berbilion-bilion. Kalau tidak dapat RM5 juta pun rasa besar dah. Kalau di Kuala Lumpur tidak menyokong kerajaan buat flyover RM7 bilion, RM8 bilion.

Jadi masa sudah cukup. Jadi saya berharap supaya apa yang saya mohon dapat diberi pertimbangan. Dengan ini saya menyokong. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya saya minta maaf yang lain tidak boleh dipanggil. Saya panggil Yang Berhormat Stampin. Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Pengerusi, tadi hujan kena stuck dekat 14th floor. Boleh? Minta sedikit, satu sahaja.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Apa masalah Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Boleh mencelah nanti.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Cukuplah. Tidak payah proteslah fasal ini. Tidak payahlah. Tidak payah tawar menawar.

final • 3:40 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Terima kasih Tuan Pengerusi bagi peluang bagi MP dari Sarawak. Butiran 010000, 010500 iaitu Udara.

Tuan Pengerusi, di sini mengatakan di bawah pengangkutan udara objektifnya iaitu memastikan negara memiliki sistem penerbangan awam yang moden, cekap, selamat dan progresif serta memandu, memupuk dan meningkatkan lagi perkembangan industri penerbangan awam negara ini dan berupaya menjadi hab serantau.

Oleh yang demikian Tuan Pengerusi, saya beranggap bahawa jika itulah objektif kita, satu laporan terhadap MH370 perlu diadakan iaitu bagaimana pihak ATC ataupun Kementerian Pertahanan gagal dalam memastikan MH370 ini apabila ia pulang, ia make U- turn balik pergi ke Malaysia air space tetapi ia tidak dikesan.

Saya berasa bahawa satu laporan lengkap perlu didakan di mana apakah peranan Kementerian Pertahanan ataupun peranan ATC dan bagaimanakah mereka boleh gagal dalam mengadakan satu jaringan keselamatan di udara? Ini kerana Tuan Pengerusi, MH370 apabila transponder-nya ditutup dan dia patah balik dan memasuki ruangan udara Malaysia, dia merentasi sekurang-kurangnya two primary radar. Dua primary radar dan juga merentasi pangkalan udara Kelantan, Gong Kedah. Akan tetapi itu pun based SU30 kita.

Kenapakah ia tidak dikesan? Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Stampin. Saya hendak tanya juga Yang Berhormat Stampin, tumpang sedikit tanya Yang Berhormat Menteri. Adakah kita akan teruskan search for MH370 kerana kita tahu bahawa search sudah habis bulan lepas. Selepas itu negara China dan Australia tidak commit lagi. Jadi bolehkah Malaysia go alone regardless of what because this is our flight. This is Malaysia punya the pride and our- not our pride, is our- we need to find, some find it, kena search until found the aircraft. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, itu pun dalam perbahasan. Jadi saya ingin masukkan perbahasan Yang Berhormat itu dalam perbahasan saya.

Tuan Pengerusi, MH370 sebuah kapal terbang model jenis 777 dan keberatannya 150 tan seumpama 150 buah kereta Kancil ataupun kereta Myvi yang terbang di udara.

Akan tetapi apabila ia melintasi ruangan udara kita, pihak military kita ataupun ATC kita tidak buat apa-apa. Jadi jika kita hendak mengutamakan keselamatan ruangan udara Malaysia, kita perlu adakan satu laporan apa yang telah pun terjadi. Isu ini lebih daripada MH370. Bayangkan kalau sebuah peluru berpandu yang lebih kecil daripada triple seven melintasi ruangan udara Malaysia, apakah yang akan berlaku? Why there is no response from the military?

final • 3:40 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Jadi satu laporan perlu ada supaya kita boleh memberi keyakinan kepada negara lain bahawa we take serious on our air space. Jadi saya harap laporan boleh diberikan kerana sampai sekarang tiada apa-apa lagi daripada ATC dengan Kementerian Pertahanan daripada segi kecuaian tersebut.

Saya juga amat prihatin terhadap MH370 ini Tuan Pengerusi. Ada laporan antarabangsa mengatakan bahawa apabila mereka pergi buat search and rescue MH370 ini, mereka tidak membuat andaian bahawa the aircraft can glide the- they didn’t put into consideration the gliding range of the aircraft, dengan izin. Itu one of the laporan antarabangsa.

Saya amat terkejut dengan laporan yang saya baca. Jadi saya harap kerana bagi saya it’s only common sense that we put into consideration the maximum gliding range of that particular aircraft. Apabila signal satelit terakhir yang diterima daripada MH370 itu, we have to put into consideration the optimum gliding range of that aircraft at 30,000, 20,000 or 10,000 feet and also the minimum gliding distance of the aircraft dan termasuk dalam lingkungan search and rescue. Ini kerana terdapat laporan mengatakan bahawa pakar-pakar tidak put into consideration of that variable, dengan izin, dan juga ada pakar membuat model simulasi di mana ia mengatakan bahawa MH370 kemungkinannya ia terjun terus 90 degree down masuk dalam lautan. So I think kemungkinan itu adalah kecil kerana if an object dropped from the sky at terminal velocity ataupun pada velocity lebih daripada 100 kilometer per hour and hit the surface of the sea adalah seumpama melanggar ke dinding. Everything berkecai. Jadi but that did not happen kerana lebih daripada dua tahun barulah kita jumpa hanyutan sisa-sisa daripada MH370.

Jadi saya harap kementerian boleh bagi satu laporan yang lengkap iaitu kegagalan ATC dengan Kementerian Pertahanan supaya rakyat lebih yakin dan juga what’s next seperti Yang Berhormat katakan tadi.

Tajuk seterusnya iaitu Butiran 060000; Butiran 060200 iaitu Pendaftaran dan Pelesenan Kenderaan Motor; dan Butiran 061100 iaitu Pengurusan Integriti.

final • 3:40 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Tuan Pengerusi, ini satu isu yang sering dibangkitkan iaitu gejala rasuah di PUSPAKOM di Kuching. Sebagai seorang rakyat yang sering mengadakan sesi pendekatan dengan rakyat, saya difahamkan bahawa gejala rasuah tersebut telah mencapai satu tahap di mana rakyat tidak tahu macam mana hendak mengatasinya lagi.

Jadi saya ingin mendesak kementerian membuat sesuatu yang boleh mengatasi gejala ini daripada segi penyiasatan dan bukan semata-mata mengetepikan dengan mengatakan perkara tersebut tidak benar. Tuan Pengerusi, kalaulah satu atau dua orang yang membuat aduan, saya faham. Itu mungkin kes yang berasingan. Akan tetapi, setahu saya, ia sudah menjadi satu isu ketara dalam kalangan rakyat di Kuching.

Saya dimaklumkan bahawa elemen rasuah wujud setiap kali mereka membuat pemeriksaan ataupun pembaharuan kenderaan komersial mereka. Jika rasuah ataupun komisen ini tidak diberikan, pembaharuan mereka akan sukar dilepasi ataupun mengambil masa yang begitu panjang. Aktiviti ini begitu lumayan sehinggakan ada ejen yang menawarkan servis ini supaya pegawai yang terlibat tidak akan diimplikasikan. Maka ia susah dikesan. Jadi saya mendesak kementerian membuat sesuatu operasi bagi membasmi gejala buruk ini yang membebankan rakyat Sarawak. Ini kerana mereka bukan sahaja perlu membayar kos pembaharuan tetapi juga komisen kepada ejen tersebut.

Soalan saya yang seterusnya iaitu apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian dan berapa efektifkah langkah tersebut serta bilangan pegawai yang telah pun ditangkap pada tahun 2015 dan 2016 sehingga terkini? This is to gauge how effective is the operation, dengan izin.

Tuan Pengerusi, saya berpendapat juga banyak kemalangan yang berlaku di jalan raya adalah sebenarnya disebabkan oleh lesen ‘kopi O’. Apa yang berlaku adalah ramai yang mendapat lesen memandu mereka secara ‘kopi O’ ini, dengan izin, tidak fasih dalam tatatertib penggunaan jalan raya.

final • 3:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Selain itu, pemandu ‘kopi O’ ini juga tidak pandai menggunakan roundabout dan sering mengakibatkan traffic jam yang teruk serta kemalangan di roundabout di Kuching.

Jadi ini menjadi satu isu yang begitu serius apabila ia juga terlibat dengan kereta, kenderaan yang bermuatan tinggi.

Isu yang terakhir iaitu tempat meletak kereta. Di Kuching, kita boleh nampak bahawa banyak orang yang meletak kereta mereka di luar petak. So saya harap JPJ boleh membuat sesuatu kerana di kawasan contohnya di Premier 101, saya pernah merantau di kawasan situ, terdapat banyak kereta kerana perniagaannya begitu baik. Akan tetapi tidak cukup tempat untuk meletak kereta kerana banyak kereta, dia satu buah kereta dia letak dua petak. Jadi saya harap JPJ boleh menguatkuasakan isu ini supaya pengguna jalan raya boleh meletak kereta mereka dengan baik-baik dan tidak membuangkan tempat yang ada.

Jadi, itu sahaja perbahasan saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Menteri Pengangkutan - Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ucap terima kasih kepada semua Ahli Parlimen. Seramai lebih daripada 18 orang telah pun dapat menyertai perbahasan di Peringkat Jawatankuasa.

Yang Berhormat Parit Sulong telah mencadangkan supaya motosikal yang didaftarkan turut disertakan dengan lesen memandu. Bagi sesiapa hendak membeli motosikal kena ada lesen memandu. Di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, kita tidak diperuntukkan syarat supaya mana-mana yang hendak mendaftarkan kenderaan atau motosikal perlu mempunyai lesen memandu. Walau bagaimanapun, kebanyakan pihak sama ada bank dan pembiaya pinjaman kenderaan meletakkan syarat tersebut dalam pinjaman pembiayaan kenderaan. Kementerian Pengangkutan akan mengkaji cadangan Yang Berhormat Parit Sulong dan sekiranya perlu, kita akan buat pindaan yang sewajarnya.

Yang Berhormat Parit Sulong seterusnya membangkitkan mengenai lesen memandu. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah pemandu setakat Oktober 2016 - 14.3 juta orang. Jumlah pemegang lesen ‘D’ sebanyak 12 juta dan lesen B2, ‘B’ dan ‘A’ iaitu bagi Orang Kurang Upaya sebanyak 7.7 juta. Kerajaan telah memperkenalkan kawalan harga siling bagi lesen memandu yang berkuat kuasa mulai 1 September 2014 seperti berikut:

Jenis LesenHarga Siling (RM)
B2350
B900
D1150
DA (kereta automatik)1250

Ini siling tetapi ada banyak institut memandu yang lebih kurang, lebih rendah daripada yang kita umumkan siling ini.

Kerajaan sentiasa mempergiatkan usaha membantu masyarakat dengan memperbanyakkan lagi Satu Komuniti Satu JPJ dan juga program-program seumpama seperti myLesen dalam membantu masyarakat mendapatkan lesen memandu dalam kalangan belia dan penunggang motosikal. Sehingga 10 November 2016, sebanyak 48 program SKSJ telah diluluskan untuk dilaksanakan pada tahun 2016.

Yang Berhormat Gerik tadi pun membangkitkan pasal ini. Saya setujulah. Kita akan lihat kembali sama ada program yang pergi kepada warga emas itu boleh diberi pada yang pemuda-pemudi. Akan tetapi yang bagi warga emas itu ia lain sedikit sebab ia yang kebanyakannya buta huruf. Kita bagi dia bimbingan. Akan tetapi orang muda ini semua sudah berpelajaran tinggi. Kita tidak payah lagi bimbingan tetapi kita akan cuba cari jalan untuk mempercepatkan kursus ini dan membolehkan mereka mendapat lesen dengan cara yang lebih mudah tetapi dengan kualiti yang tinggilah.

final • 3:53 PM

Menteri Pengangkutan - Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Kita tidak boleh biar mereka lulus tanpa latihan yang secukupnya because kemahiran itu penting untuk jaga keselamatan jalan raya.

Yang Berhormat Parit Sulong juga turut memohon statistik jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya bagi daerah Batu Pahat, Johor untuk tahun 2016. Jumlah kematian sehingga Oktober 2016, daerah Batu Pahat - 177 orang. Bagi mengatasi masalah peningkatan kematian di daerah Batu Pahat, Kementerian Pengangkutan telah menjadikan daerah Batu Pahat sebagai anak angkat dengan menubuhkan satu Jawatankuasa sebagai platform untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di kawasan ini yang cukup tinggi. We find that kawasan Parit Sulong, Batu Pahat ini amat tinggi.

Yang Berhormat Parit Sulong turut membangkitkan mengenai aset Jabatan Laut di Batu Pahat dan mohon peruntukan diberikan pada Jabatan Laut untuk mendapatkan bot di daerah Batu Pahat. Pada masa ini, tiada kemudahan jeti di Batu Pahat yang sekali gus tidak membolehkan bot ditempatkan di sana. Walau bagaimanapun, bot-bot Jabatan Laut Malaysia yang ditempatkan di Tanjung Pelepas akan digerakkan ke Batu Pahat dari semasa ke semasa dan juga berdasarkan keperluan di kawasan tersebut.

Berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Pokok Sena, membangkitkan mengenai pendakwaan saman AES yang telah dibekukan, namun pihak JPJ masih mengeluarkan saman.

Saya hendak maklumkan Yang Berhormat Pokok Sena- Yang Berhormat Pokok Sena tidak ada? Ada, ya. Yang Berhormat Pokok Sena, kita tidak bekukan. AES ini kita teruskan. Sejumlah 14 buah kamera yang dulu itu memang saman-saman ini masih dikeluarkan dan diteruskan. Orang yang kena saman hendaklah membayar, menjelaskan saman tersebut. Jabatan Peguam Negara telah bersetuju supaya JPJ memerlukan pendakwaan sekiranya orang yang kena saman gagal membayar kompaun dan Ketua Pengarah JPJ boleh menyekat urusniaga sekiranya orang kena saman itu masih gagal menyelesaikan saman. We can blacklist the yang pengguna jalan raya tersebut...

final • 3:53 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Minta penjelasan.

final • 3:53 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Bagi Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 3:53 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Terima kasih.

final • 3:53 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Cuma saya hendak tanya, berapa jumlah keseluruhan orang yang di saman yang tidak membayar dan kemudian mereka ini pergi ke mahkamah dan berapa yang telah didakwa di mahkamah, dan berapa yang telah diblacklist akibat keengganan mereka untuk membayar dan sebagainya?

final • 3:53 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Oleh sebab isu ini masih lagi pending kerana Kabinet akan membuat keputusan, kita akan teruskan AES ini kerana kita sudah seperti kata Yang Berhormat tadi, LTAT telah ambil alih dan kita adakan dasar baru, cara baru untuk kita kendalikan program AES menjadi AWAS. Saya akan terangkan sedikit selepas ini.

final • 3:53 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Maksudnya, maknanya, betullah. Prosiding mahkamah tidak berjalan bukan?

final • 3:53 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Tidak berjalan.

final • 3:53 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Itu yang saya maksudkan.

Maknanya prosiding mahkamah tidak berjalan.

final • 3:53 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Akan tetapi saman masih boleh kita teruskan..

final • 3:53 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya, saman dikeluarkan.

final • 3:53 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Boleh dikeluarkan. Tidak ada masalah.

final • 3:53 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi belum ada kata putus daripada Peguam Negara untuk prosiding mahkamah?

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Selepas ini kita akan adakan satu cara untuk kita selesaikan isu inilah. Akan tetapi kita teruskan dengan Program AWAS yang kita lancarkan ini. Saya hendak terangkan sedikit tentang yang disebutkan mengenai kaedah pengambilalihan Beta Tegap dan ATES oleh Irat Properties, LTAT adalah atas urusan komersial dan kerajaan tidak terlibat dalam rundingan tersebut.

Walau bagaimanapun, berhubung dengan kaedah pembayaran, LTAT adalah berdasarkan bayaran fi perkhidmatan yang masih dalam peringkat rundingan iaitu kita sekarang bergantung pada bilangan kamera yang akan kita letakkan setiap kamera dengan servis dan maintenance or we charge, kita akan bayar kepada LTAT. It’s different- ia berlainan dengan yang dulu di mana the three tier di mana lebih banyak saman syarikat dapat lebih daripada denda tersebut dipulangkan kepada syarikat.

Sekarang tidak ada. Kita sudah gunakan cara yang baharu yang mana kita pastikan bahawa setiap kamera yang dipasangkan oleh anak syarikat LTAT, Irat Properties ini is contract for service. Dia gunakan kamera tersebut dan dia maintain kamera tersebut dan kemudian keluar saman semuanya di bawah JPJ. JPJ yang akan kita laksanakan tugas yang menyaman ini, bukan syarikat, not individual syarikat. Ya.

final • 4:00 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya tanya tadi itu bayaran pengagihan itu. Makna servis kalau sudah kata ikut kaedah servis, jadi bayaran yang dikenakan?

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Saya- dalam perundingan kitalah, belum kita tamatkan lagi.

final • 4:00 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Belum lagi muktamadlah.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ya, belum muktamad.

final • 4:00 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Maknanya LTAT, Irat Properties belum menerima walaupun satu sen lagilah.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ya, kira belum lagi. Kita akan…

final • 4:00 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Maknanya LTAT tidak dapat untung apa lagilah.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Belum, belum, belum. Kita belum mulakan lagi. Apabila kita mulakan nanti, kita maklumkan kemudianlah.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Pokok Sena sabar sikit, ada pengerusi di sini Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 4:00 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ya, harap Yang Berhormat Pokok Sena faham ya. I will keep you- saya akan maklumkan dari semasa ke semasa.

Untuk makluman Yang Berhormat Pokok Sena turut membangkitkan mengenai pengurusan projek East-Coast Rail Line oleh pihak KTMB.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek ECRL adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan, sekarang dalam perundingan. Ia seperti projek High Speed Rail dan lain-lain di bawah EPU, EPU. Sebab itu Yang Berhormat dari Kota Belud yang menjawab soalan-soalan berhubung dengan ECRL ini.

Seterusnya Yang Berhormat Pokok Sena membangkitkan mengenai code- sharing…

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

…Malaysia Airline Berhad (MAB)…

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri sedikit ya.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ya.

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Berkenaan dengan ECRL. Akan tetapi akhirnya ECRL itu akan diserahkan kepada KTMB. Jadi your ministry take a responsibility.

Kalau ia terlalu mahal, KTMB akan jadi bankrap kerana dia tidak mampu service loan yang dibawa oleh- keputusan yang dibuat oleh EPU dan sebagainya. Itu sebab kita minta supaya kementerian MOT ini have a stronger say in this because the loan yang diambil itu terlampau tinggi, 50.

Kita tidak tolak projek ini, bagus untuk kawasan Pantai Timur tetapi harga pembinaan jauh tinggi daripada pasaran. Kita tahu bahawa ia lebih kurang dua kali ganda lebih mahal daripada pasaran. Itu minta Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ya, terima kasihlah. Saya memang ini isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang termasuk juga Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

They continue the spin ECRL mahal, ERCL ini kosnya tinggi RM55 bilion. Akan tetapi semuanya adalah have been taken out of context. Saya sebagai Menteri Pengangkutan, saya bertanggungjawab kepada semua pembinaan landasan kereta api tidak kiralah ia High Speed Rail kah, East-Coast Rail Line kah ataupun double track kah, semua ini bawah- walaupun di bawah jagaan Kementerian Pengangkutan di bawah EPU dan sebagainya tapi kita satu kerajaan. We are transparent in our negotiation. Kita pastikan bahawa kos-kosnya tidak melebihi keperluan- it’s a very transparent cost yang mana ia tidak boleh meningkat mendadak. Semua akan tahu bahawa, tadi saya baru dengar bahawa this Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dia tidak datang, dia tidak ada di sini. I want to tell him. He is quoting satu syarikat konsultan yang gunakan the old alignment as well as dia punya perbandingan dengan yang dibuat sekarang adalah lain.

You cannot compare apple with orange. Dia gunakan kontraktor atau konsultan yang digaji oleh ECER untuk membuat satu assessment, kemudian gunakan itu untuk hendak compare dengan sekarang punya ECRL. It’s a two comparison, it’s a two different thing.

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri…

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Apabila sekarang dia membangkitkan bahawa kos itu meningkat so saya rasa we will explain all these in detail. I think Yang Berhormat from EPU, Yang Berhormat daripada Kota Belud will definitely tell you all the details. Kita nothing to hide, we have everything to tell you. I am here also to answer all the questions that you want to raise. But you see dari segi pembinaan landasan ini the alignment dia, it’s all- you see now is from Tumpat to Kuala Lumpur to Gombak is 600 kilometers.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat yang lain duduk dulu Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Let me explain. I think ia banyak telah dipusingkan ya.

Saya rasa ini tidak sepatutnya berlaku kerana apabila projek-projek seperti ini dipolitikkan and become a political issue, then dia jadilah satu orang kata bahan politik yang orang kata hendak memesongkan pandangan rakyat. Sebenarnya projek ini satu projek yang cukup baik untuk pembangunan East Coast Rail Line, pembangunan Pantai Timur.

Saya cukup- biar saya explain ya. Saya cukup orang kata terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Siput you bring up the case. Kita sudah buat feasibility study. Kita buat feasibility study dan kita tahu bahawa it is viable now. Maybe 20 years ago dia tidak viable but now apabila kita punya kargo sudah meningkat, kita punya volume, we have Kuantan Port punya kargo will increase dan kita ada Pelabuhan Klang yang cukup orang kata maju, pesat dan kita connect Kuantan Port with Port Klang.

When we carry the cargo definitely passenger is not viable. If just depends of passenger memang tidak cukup. Apabila we connect passengers and cargo, then this East Coast Rail Line is viable and they can sustain and tidak akan menjadikan kerugian kepada negara kita. Ia akan membawa lebih banyak keuntungan. Daripada segi kos- nanti. Saya belum jawab, biar saya jawab habis, satu persatu ya.

Daripada segi kos kita juga tahu bahawa whatever announce this Yang Berhormat Petaling Jaya Utara cuba pesongkan rakyat sekarang, you- the press conference katakan, you know kita punya konsultan hanya about RM30 billion, now this only RM46.2 billion. Now this even tambah dia kata RM55 billion. Actually they are not comparing apple-to-apple.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Masalahnya dia sekarang dia lain daripada segi kalau kita tengok bahan-bahan yang digunakan. We talk about pricing. The consultant is using the 2009 and 2010 punya *pricing. That is actually- at that time US Dollars is only USD3.2 Dollars to this USD1 Dollar to RM2.20. Now is already RM4.20 to USD1.5 Dollar.

At that time the consultant* gunakan the alignment is only 545 kilometers, now from Tumpat to Kuala Lumpur is 600 kilometers belum masuk lagi kita daripada Gombak kepada Port Klang. This additional that we add in. We in this- sphere line so they can connect to the Port Klang. Kita juga the tunnel link during the consultant when they do the earlier consultant job is only 30 kilometers tunnel link. Now we are using 50 kilometers tunnel link and we have more of this we call it- and also the semua alignment menggunakan guide way yang memerlukan menyambung daripada satu tempat ke satu tempat kerana tanahnya tidak rata.

So these are all because the different alignment, different areas, so they come out with different costing. So saya rasa semua isu-isu ini yang telah politikkan dengan tujuan to gain political mileage, I think I would let the details, EPU will answer all these details. I am not here to answer all this detail but I’m just here to give overall view bahawa we are a government responsible and we are accountable and transparent to all the projects especially investment for overseas. Kita akan janji pastikan ia satu projek yang baik untuk rakyat negara kita...

[Tepuk]

final • 4:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, tiga yang bangun, yang manakah Yang Berhormat Menteri?

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bayan Baru. Sila.

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana katakan ini projek yang bagus, saya terima kerana projek ini akan membantu East-Coast dan kita hendak bantu East-Coast dan kita hendak perhebatkan Kuantan Port dengan Port Klang. Itu tidak ada masalah dengan kami tetapi masalah yang kita pertikaikan Yang Berhormat Menteri kata ada new alignment dan sebagainya. Namun information itu tidak dikongsi kepada public. You have a feasibility study. I’m sure kerajaan telah buat. Kita tahu bahawa JICA *proposal.

And then* kita tahu bahawa the HSS Integrated Feasibility Study itu semua sudah buat. Kita tahu bahawa CEO of ECER juga telah mengumumkan bahawa projek akan memakan RM30 bilion. Akan tetapi sekarang tiba-tiba RM55 bilion. So it is incumbent upon the government to come and clear the air. Kalau boleh publicizes the latest. Kalau you tidak mahu kami raise issues about costing dan sebagainya kita tidak politikkan. Kita based on apa yang available to us, the information yang available to us. Jadi kalau kerajaan tidak mahu isu ini menjadi berpanjangan release the feasibility study. Bagi tahu yang the latest dan semua akan dijelaskan.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Okey terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Saya sudah sebutkan tadi bahawa apabila Yang Berhormat Kota Belud jawab hari itu Yang Berhormat Kota Belud sudah jelaskan bahawa ECER sudah panggil request for information and also proposal for many countries. Banyak negara participate, Korea participate, Japan participate, China participate, local company participate. Kemudian daripada semua itu mereka buatlah kajian feasibility study itu definitely kita akan memaklumkan kepada orang ramai. Even the Penang Government buat tunnel feasibility study pun ramai yang tak tahu.

Kita juga tahu even Penang buat, even the cost is very high cost kita pun tahu kita hendak tunggu juga *answer.

So Federal Government will be answerable to all these* dengan jelas kepada semua dan saya yakin kita akan jawab satu persatu apa yang dibentangkan di Parlimen ini.

final • 4:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Saya belum jawab Yang Berhormat Pokok Sena lagi.

Yang Berhormat Pokok Sena belum habis lagi.

final • 4:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Isu yang sama kah itu.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Yang lain lagi.

final • 4:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ini kereta api lagi. Saya terima kasih.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Manakah?

final • 4:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Kuala Krai.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ha Yang Berhormat Kuala Krai ada lagi ya.

final • 4:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 4:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Apa yang disebutkan mengenai kajian oleh HSS Integrated ini bermula pada tahun 2009 berakhir pada tahun 2015. Bottom linenya dia kata RM29 bilion. Sebelum pada itu mungkin pada masa CEO ECER ada sebut RM30 bilion tetapi hari ini kita dengar RM46 bilion. Sedangkan alignment disebut sama merentasi Titiwangsa yang sama. Menteri menyatakan itu 30 kilometer, ini 50 kilometer itu adalah option-optionnya kalau tidak terowong, viaduct. Jumlah distance-nya sama mungkin kosnya sedikit murah dengan viaduct, berbanding tunneling. Akan tetapi perbezaannya terlalu besar itu yang menimbulkan persoalan sebab ini tahun 2015 punya kajian diakhiri. Jadi tentulah kita menjangka kesan daripada kenaikan US Dollar misalnya tidak sampai begini sebab itu kita menuntut supaya di-publish-kan atau dibukakan hasil HSS Integrated kajian itu kepada ramai. Kita pun tidak mahu berkonflik dalam perkara yang boleh melengah-lengahkan satu projek yang begitu baik. Jadi selagi tidak ada jangan salahkan. Sebab inilah tempat yang terbaik untuk kita bercakap di Parlimen. Kalau ini pun kita hendak deflect, saya rasa susahlah. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 4:10 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Menteri. Saya sebagai wakil rakyat dari Pantai Timur ingin menyatakan walaupun kita tidak membantah daripada segi konsep kereta api ini, tetapi Yang Berhormat Menteri sebagai Menteri Pengangkutan bertanggungjawab untuk kedua- kereta api dan juga lebuh raya. Jadi soalannya rakyat Pantai Timur menyoalkan kerana LPT2 masih belum sempurna dan siap sepenuhnya dari Kuala Lumpur hanya sampai ke Kuala Terengganu tidak pun sampai ke Besut dan Kota Bharu sebagaimana yang sepatutnya. Jadi rangkaian ini pun belum lengkap kita sudah mahu memulakan satu lagi rangkaian kereta api pula dengan harga RM55 bilion.

Jadi di sinilah letaknya tidak ada logiknya atau daripada segi prioritynya satu rangkaian yang lebih digunakan oleh rakyat biasa belum sempurna atau siap sepenuhnya kita hendak buat satu lagi dengan harga yang begitu mahal. Itulah yang menjadi masalahnya. LPT2 yang siap digunakan pada hari ini pun volume passenger dan juga kargo tidak meningkat mana. Jadi itulah persoalan daripada segi whether it is worth it, value for money daripada segi priority. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Okey terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai dan Kuala Terengganu.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Lipis hendak tumpang juga.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Yang Berhormat Lipis ya, sikit Lipis masa tak mengizinkan.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Isu yang sama?

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Isu yang sama. Sebab tak sempat hendak berucap.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Maknanya Yang Berhormat Menteri boleh isu yang lain ya.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Okey, okey.

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Okey Tuan Pengerusi terima kasih membenarkan saya sebab saya bangun tadi empat kali tak dapat. Sebab ini sangat berkepentingan kerana ECRL adalah terlibat dalam negeri Pahang khususnya. Ini salah satu ucapan saya tak silap saya yang pertama dalam sidang Parlimen saya berucap merupakan pelabuhan darat. Hari ini ternyata ia menjadi satu realiti kepada untuk negeri saya dan untuk negeri Menteri sendiri dan untuk negeri dalam Kuala Krau juga. Maka saya sangat bersyukur dapat dilaksanakan memandangkan Pantai Timur ini jauh ketinggalan.

Cuma saya menyokong juga rakan-rakan mengatakan sepatutnya rangkaian-rangkaian itu diperluaskan. Macam Yang Berhormat Lipis umpamanya kita mempunyai laluan kereta api yang agak jauh pusingannya dan memakan masa sehingga tiga hari hendak sampai Kuala Lumpur.

Namun dengan adanya ECRL ini mungkin boleh mempercepatkan kalau ada perhubungan ataupun connecting di antara satu daerah ini yang saya hendak bangkitkan.

Saya sangat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Menteri. Persoalan ini hendaklah kita bertanya Menteri yang bertanggungjawab soal kos dan sebagainya. Sebab memandangkan keadaan masa hari ini dengan mata wang yang tidak menentu saya bersetuju kita bajetkan lebih daripada apa yang kita jangka. Sebab kerana kita fikirkan dalam masa kita membentangkan bajet apabila kita meletakkan rendah, bila kita membuat permohonan untuk menambah ada pihak-pihak yang membangkang. Kenapa dahulu tidak buat tepat bajet tersebut tetapi pada hari ini mereka bangkit mengatakan mengapa buat tinggi. Jadi apa yang kita buat semua tak kena. Jadi jangan fikirkan soal itu Menteri, saya terima kasih kerana telah ECRL telah dilancarkan di Pantai Timur. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat Lipis memang benarlah apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Lipis tadi bahawa sekarang belum lagi Letter of Award, belum lagi bagi projek ini kepada syarikat tersebut. Ini setakat anggaran sahaja dan juga all alignments itu is nothing final. Sebab itu when we come to the final agreement then kita bagi tahulah semua apa yang setiap kilometer jumlah kosnya, berapa tunnel-nya, berapa bridge-nya, viaduct-nya. Saya rasa bagi peringkat awal baru sahaja kita umumkan anggaran projek RM55 bilion sudah bising sangatlah. Pusing hari, spin the story- day 1 until now, tak berhenti-henti, tunggulah sabar sikit kita akan pastikan bahawa semua alignment yang telah kita tetapkan, all the costs kita tetapkan kemudian kita akan bagi tahu. Kita akan pastikan dia memang memanfaatkan akhirnya rakyat Malaysia yang akan manfaatkan pembangunan ECRL ini.

Yang Berhormat Kuala Terengganu itu memang jangan risau, the first phase definitely is not Tumpat to Kuala Terengganu lah. The first phase, lets LPT2 selesai dulu.

Kita akan pastikan the first phase is actually is from- ECRL is from Kuantan Port to Port Klang kita buat yang dulu. Kita akan buat peringkat-peringkat. Bukan satu hari boleh siap projek ini, kita akan pastikan pembangunan ini melalui beberapa fasa dan memanfaatkan rakyat keseluruhannya.

Yang Berhormat Pokok Sena tak habis saya jawab lagi. Berhubung dengan membangkitkan code-sharing Malaysia Airlines dan Emirates ini di bawah salah satu inisiatif yang telah dikenal pasti pelan pemulihan transformasi MAB, Khazanah Nasional Berhad telah mengkaji semula jaringan rangkaian MAB.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Susulan daripada kajian tersebut, dengan persetujuan kerajaan telah mengenal pasti beberapa laluan yang tidak menguntungkan dan perlu dihentikan buat sementara waktu bagi memastikan pelan pemulihan transformasi syarikat berhasil. Saya hendak tegaskan di sini laluannya termasuklah Kuala Lumpur, Paris, Amsterdam, Istanbul, Frankfurt dan Dubai diberhentikan. Ia adalah sementara. It’s temporary kerana kita hendak pastikan apabila we have the volume, kita akan mulakan semula. It is not permanently that kita tidak menggunakan laluan ini. Walau bagaimanapun, akses kepada destinasi ini masih dapat dicapai melalui perjanjian code sharing di antara MAB dengan syarikat penerbangan Emirates, KLM dan ahli-ahli bersekutu Oneworld.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

MAB sentiasa memantau permintaan pada laluan-laluan yang tersebut sebelum kajian semula dibuat untuk mengembalikan semula operasi penerbangan ke destinasi ini.

Lebih daripada 38 destinasi dapat dicapai melalui perjanjian code sharing dengan Emirates di Eropah dan lebih daripada 1,000 destinasi dapat dihubungi dengan ahli-ahli bersekutu Oneworld. Pendek kata, walaupun kita berhentikan laluan yang saya sebutkan tadi tetapi kita akhirnya juga menambahkan laluan kita, 38 more destinations Europe and 1000 more destinations the whole world.

So, dari segi laluan MAS, tidak dikurangkan. Saya hendak sebutkan tadi. Tadi Yang Berhormat Pokok Sena sebut Paul Kear...

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tak, itu yang kedua. Tak...tak.

Sekejap sekejap. Code sharing itu.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Oh! Code sharing tak habis lagi.

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...Apa manfaat dalam konteks code sharing ini yang diperoleh MAS, dengan dia pergi menaja pasukan bola sepak Liverpool. Sedangkan kalau dari segi code sharing dengan Emirates ini khususnya, tidak menggunakan pesawat MAS. Semuanya menggunakan pesawat Emirates. Jadi, dari segi itu maknanya kita tidak dapat hendak menunjukkan tentang MAS itu kepada masyarakat antarabangsa? Begitu juga dengan Oneworld punya code sharing.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ya, berhubung dengan Liverpool ini, Yang Berhormat Pokok Sena, Bola sepak- MAS. mengenai penajaan Kelab Bola Sepak Liverpool oleh pihak MAB. Perjanjian dengan Liverpool Football Club untuk menjadikan syarikat penerbangan rasmi, rakan global MAB. LFC adalah salah sebuah kelab bola sepak terbaik yang mempunyai penyokong di seluruh dunia.

Ini penting kerana ia akan membantu memperdekatkan lagi Malaysia Airlines dengan lebih daripada satu bilion penonton bola sepak antarabangsa, terutamanya sasaran pasaran utama bagi negara kita iaitu negara China di mana Liverpool mempunyai 40 juta peminat. Kehebatan Liverpool FC di mata dunia akan membantu meningkatkan lagi jenama kita dengan ketara, sekali gus memperkenalkan Malaysia Airlines dan Malaysia kepada amnya di mata dunia.

So, apa Yang Berhormat Pokok Sena kata bahawa walaupun kita tidak terbang ke Europe, tetapi kita target is the world. It’s the whole world especially China market and Liverpool got lots of followers in China market, as well. Kita harap di bawah kerjasama ini, secara eksklusifnya Malaysia Airlines menjadi syarikat penerbangan rasmi rakan global Kelab Bola Sepak Liverpool dan akan menikmati beberapa manfaat seperti mempamerkan logo Malaysia Airlines pada papan statik dan LED di semua perlawanan yang berlangsung di Stadium Anfield, di laman web LFC, penerbitan dan halaman Facebook selain penjenamaan bersama dalam hak-hak barang niaga dan perhubungan pelanggan melalui pengalaman dan juga seperti akses ke padang dan bertemu dengan pemain legenda Liverpool. Syarikat juga memiliki akses kepada pemain untuk diketengahkan sebagai duta dalam semua bahan komunikasi komersial Malaysia Airlines.

Selain itu, Malaysia Airlines juga akan memperoleh manfaat daripada klinik bola sepak anjuran Kelab Akademik Antarabangsa yang menjalankan program latihan dalam dan luar padang. Melalui klinik tersebut, Malaysia Airlines berharap dapat sama-sama memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda Malaysia terhadap persekitaran latihan dan bimbingan terbaik sama seperti kurikulum yang dilalui oleh bintang-bintang Liverpool.

So, it actually helps our football, sukan negara kita.

Yang Berhormat Sungai Petani...

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Paul Kear. Paul Kear.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Paul Kear itu kita, DCA sudah tolak dia. Kita sudah reject. Dia tidak boleh jadi Head of Engineering lah.

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Baik, Tuan Pengerusi. Maaf ya, Tuan Pengerusi.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya sila, sila.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Masa terhad ni.

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tak sat, sat. Confirm maknanya Paul Kear itu telah direject oleh...

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

DCA sudah reject.

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

DCA? Isunya ialah seperti yang pernah saya bangkit dalam Kementerian Kewangan, Khazanah. Macam mana Khazanah boleh membuat pelantikan pemilihan ke atas Paul Kear? Sepatutnya dia kena tanya DCA dahulu, sepatutnya dia kena dapatkan kelulusan daripada DCA. Ini menunjukkan bahawa satu kelemahan di peringkat Khazanah, boleh ambil suka hati. Seperti mana dia ambil Christoph Muller dulu. Christoph Muller bekerja tidak sampai dua tahun sebagai CEO MAS, kemudian dia buat pakatan code sharing dengan Emirates, dia berhenti, dia cabut lari dia pi kerja dengan Emirates. Jadi, saya tak boleh fikir bagaimana kita boleh membenarkan keadaan ini berlaku dalam MAS? Satu, ambil orang luar. Keduanya, kena tipu. Kena tipu, Khazanah.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih. Saya tidak ada masa.

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya sebut bahawa...Last, last, last. Seminit sahaja.

final • 4:20 PM

Seorang Ahli

Sudah lah.

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Nanti sat. Ini kepentingan syarikat nasional, kepentingan rakyat negara kita ini. Apa? Tak, isunya ialah sepatutnya kita terus mengekalkan orang dalam, orang Malaysia. Dan engineering, masalah engineer yang terkenal selama ini yang diakui oleh penerbangan-penerbangan yang lain. Kenapa perlu kita ambil Paul Kear? Kenapa perlu kita ambil orang luar? Kenapa kita perlu ambil Peter Bellew untuk menjadi CEO yang baharu? Ini bagi saya, sepatutnya pihak kerajaan harus mencari penyelesaian segera untuk mendapatkan orang tempatan supaya kita tidak kena tipu. Ini Khazanah kena tipu. Pengerusi Khazanah siapa dia? Perdana Menteri.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Amat Berhormat Menteri sudah faham itu.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Okey terima kasih. Saya memang ambil maklum dan kita ambil tindakan. Terima kasih. Yang Berhormat Rompin ada sebut berhubung dengan Lapangan Terbang Tioman. Untuk makluman Yang Berhormat Rompin, memang...

final • 4:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Tadi Tuan Pengerusi, Yang Amat Berhormat Menteri boleh jawab Yang Berhormat Sungai Petani ya?

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Lepas ini semua Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Sebab Yang Berhormat Rompin dia pendek sahaja.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Pembahas yang kedua ini. Jawapan baharu pembahas kedua.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ya, sebab Kementerian Pengangkutan akan menilai projek yang sesuai untuk menaik taraf padang terbang Pulau Tioman dengan tujuan untuk mencari satu penyelesaian atas operasi penerbangan padang terbang tersebut. Kita sudah ada padang terbang tetapi dia pendek sangat landasannya. So, kita sekarang dalam proses menilai semula dan kita akan buat satu kertas kerja ke Economic Council untuk mendapatkan persetujuan kerajaan untuk memanjangkan lagi landasan lapangan terbang yang sedia ada, untuk makluman Yang Berhormat Rompin.

Yang Berhormat Sungai Petani, ya, come to you. Yang Berhormat Sungai Petani, saya hendak jelaskan isu cabotage ini sudah banyak kali kita bincang di sini. I hope you hear and listen. Not just hear and don’t listen. Kita punya isu cabotage policy is the most liberal one. Semua negara ada cabotage policy. Even airlines pun ada cabotage policy. You know, we have 1st Freedom, 2nd Freedom, 4th Freedom, 5th Freedom. Semua negara ada. Same with maritime. Airlines contohnya, kalau Malaysia Airlines kita terbang ke China sampai Beijing, kita hendak bawa Beijing passengers pergi ke Shenzhen ataupun pergi ke Xi’an, memang tak boleh.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Jadi, kita hanya boleh terbang sini ke Beijing, dari Beijing bawa passengers pergi ke Korea, ha boleh. That is the normal practice. We called it the 5th Freedom yang ada sekarang. Same with maritime. Maritime– kita kapal masuk ke negara kita, sampai ke sini dia hendak dari Port Klang hendak pergi ke Sepanggar memang dia is cabotage policy lah tak boleh ke Sabah. Akan tetapi kalau kapal hendak pergi terus dari Hong Kong atau China hendak pergi terus ke Sepanggar, boleh. No problem.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Normally, there is a case tetapi kita lebih liberal bagi kita punya maritime. Kapal daripada Hong Kong sampai ke Port Klang. Kalau tidak ada local kapal hendak pergi ke Sepanggar, kita biar, kita boleh luluskan. Hanya isi borang sahaja, boleh kita luluskan dia sampai ke Sepanggar. So, our cabotage policy is a liberal policy. Saya hendak jelaskan di sini, jangan kata kita halang kapal-kapal antarabangsa masuk ke Sepanggar, masuk ke Kuching, tidak ada. Semua kapal boleh masuk. Any kapal boleh masuk. Akan tetapi daripada internal, daripada Port Klang hendak pergi ke Kuching, hendak pergi ke Sepanggar itu dikawal kerana kita hendak pastikan industri kapal kita ditingkatkan dan ini telah pun dapat membantu. Apabila kita introduce cabotage policy in 1980s, kita nampak industri perkapalan kita naik cukup tinggi. We have helped our vessel and also our local industry perkapalan kita. So...

final • 4:30 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Yang Berhormat Menteri...

final • 4:30 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Tidak apa, saya akan jelaskan lagi. Belum saya habis.

final • 4:30 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Tuan Pengerusi, on cabotage.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya faham.

Saya nampak Yang Berhormat Labuan bangun lama. Cuma, saya perhatikan Yang Berhormat Menteri sedang menjawab isu ini.

final • 4:30 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ya.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Jadi Yang Berhormat Menteri habiskan menjawab, saya akan persilakan Yang Berhormat Labuan.

final • 4:30 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Saya habis, saya bagi you okey?

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 4:30 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Saya hendak jelaskan ini. Saya akan pastikan semua Ahli Parlimen jelas bahawa cabotage policy ini adalah untuk keselamatan negara, national security as well as ekonomi negara kita. Kita tidak mahu menyusahkan rakyat negara kita.

Rakyat Sabah lagi kita hendak sayang, hendak jaga lagi kerana kita tahu ada salah faham di sini katakan rakyat Sabah kita menganaktirikan, kita gunakan cabotage policy hendak biarkan, tidak membenarkan industri di sana membangun, cost of living is very high in Sabah. Saya hendak jelaskan bahawa kita engage World Bank to come and do the survey. World Bank also found out, it’s not the cabotage policy yang menyebabkan cost of living tinggi. It is actually the efficiency of the port. The port is only seven or eight moves per hour dia punya kren. In Port Klang, it is 35 moves per hour. You can compare the efficiency of the port in Port Klang and also in Sepanggar, it is so much, so big a difference. Kedua, they don’t have internal punya kargo. The kargo di dalam Sabah tidak cukup untuk kapal yang ada di sana untuk angkut keluar. So, that means when the kapal datang, they charged two times. The cost itself membawa kargo dari kawasan lain masuk ke Sabah, then dia kosong dia punya ship keluar. *So, it caused the cost to go up.

So what we are doing now is to increase the efficiency of the port. That is why* peruntukan yang tadi disebutkan oleh Yang Berhormat Sandakan ya? Yang Berhormat tadi.

It is RM1.3 billion permohonan. Kita lulus RM800 juta to approve dan pastikan kita increase the efficiency of the port. Dengan itu, kita juga minta lebih banyak industri ditingkatkan di Sabah. Dengan adanya Pan Borneo Highway nanti, kita akan nampaklah. Pastikan connectivity ada dan industri di Sabah akan bangun dan we will able to reduce the cost much, much further. Okey Yang Berhormat Labuan.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Labuan.

final • 4:30 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih atas penjelasan mengenai cabotage policy. Saya rasakan penjelasan mengenai cabotage policy ini perlu kita adakan dengan lebih meluas lagi terutamanya di kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan disebabkan ia dispin, disebabkan oleh salah faham dan ramai rakyat yang merasakan apa yang dikatakan oleh ramai pihak mengenai persoalan tadi itu menjadi kefahaman yang umum. Sebenarnya cabotage policy memang sesuatu yang penting dan diperlukan. Sebenarnya ia juga membuatkan kita punya kos bertambah turun, sebenarnya.

Saya setuju sangat.

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, apakah pandangan Yang Berhormat Menteri setelah cabotage policy diadakan pada tahun 80-an dan peningkatan pembangunan industri perkapalan pun sudah berkembang maju dan sudah saya yakin mencapai ke satu tahap yang matang dan viable di Malaysia, kita punya home grown shipping industry, sudah sampai masanya supaya kita adakan satu hab lagi yang mana kita juga gunakan cabotage policy untuk mempertingkatkan lagi kekuatan syarikat-syarikat perkapalan kita? Dengan melihat kepada geografi negara kita, Port Klang itu berada di Selat Melaka. Bukan Pelabuhan Kuantan itu. Kalau Kuantan mungkin dekat lagi dengan East Malaysia. Ia di Selat Melaka. Jadi rasa tahun 80-an dan sekarang sudah dekat tahun 2020.

Saya lihat di sebelah Borneo ini perlukan satu hab pelabuhan supaya kita adakan konsep yang sama juga, cabotage policy juga, yang membolehkan nanti import mempunyai economy of scale ataupun volume yang cukup besar supaya kapal-kapal yang membawa barang ke Malaysia Timur ini mempunyai volume yang cukup besar untuk dia datang terus ke Sabah, Sarawak dan Labuan. Pilihannya, tinggal kita kena membuat satu keputusan yang berani. Kerajaan perlu membuat satu keputusan yang berani mana satu yang patutnya jadi hab. Kota Kinabalu kah, Kuching kah, Bintulu kah atau Labuan?

Oleh sebab kita tidak mempunyai clear policy inilah yang membuatkan Kuching pun mahu jadi hab, Kota Kinabalu pun mahu jadi hab, lama-lama tidak ada yang jadi hab sebab persaingan dan ia tidak mempunyai saiz yang cukup besar. Padahal, yang paling sesuai adalah Labuan. Labuan berada di tengah-tengah dan Labuan adalah sebuah kawasan atau pelabuhan yang di bawah Persekutuan dan ia natural deep harbor, maintenancenya sangat rendah. Dari sejak British sampai sekarang, tidak pernah buat maintenance untuk saltation dan masih dalam, kalau dibandingkan dengan banyak port lain yang terpaksa dredge every year. Jadi, kita perlukan keputusan yang berani, Yang Berhormat Menteri. Adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa kalau kita jadikan Labuan sebagai hab untuk complement Port Klang di sebelah sini dan kita ada Port Labuan di sebelah sana dan seterusnya kapal-kapal yang local, kapal yang daripada port ke port ini tidak jauh? Labuan ke Kota Kinabalu, ke Sandakan tidak jauh, Labuan ke Kuching, Bintulu pun tidak jauh.

Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Putatan.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri, kalau saya tidak berdiri, rakyat Sabah marah. Memang dia dengar dan saya mahu kasi tahu saya berdiri. Nanti dia kata saya masuk Dewan tidur ya. Setuju tidak?

final • 4:30 PM

Beberapa Ahli

Setuju.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Jadi soal cabotage policy memang selalu diviralkan. Jadi isu ini bukan sahaja isu yang diapi-apikan oleh pihak di sana tetapi pada rakyat akar umbi juga menyentuh fasal dasar kabotaj ini terutama sekali pembuat-pembuat, persatuan eksport dari Sabah. Buatan dari Sabah jadi mahal kerana isu kabotaj.

Saya tidak bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri. Saya tidak bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri yang menyatakan cabotage policy ini tidak membebankan rakyat negeri Sabah. Kita setuju, saya pun setuju port handling charges memang mahal.

Port handling charges di Sepanggar, Kota Kinabalu, Kuching mungkin tidak setanding dengan apa yang berlaku di Port Klang.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Akan tetapi apa yang dilaksanakan oleh kerajaan, agenda kerajaan utama, Yang Berhormat Menteri, yang kita mesti ingat iaitu satu Malaysia satu harga barang. Jadi bagaimana Yang Berhormat Menteri dapat membantu agenda dan rancangan Kerajaan Persekutuan ini untuk menyeragamkan harga barang di Malaysia?

Kalau bukan cabotage policy, apa lagi? Kalau pendapat Yang Berhormat Menteri, boleh bantu. Dan saya sokong dengan Yang Berhormat Labuan. Ini kerana dari KK ke Port Klang almost 1,008 nautical miles, jauh. Negara kita ini separated into three regions. Yang Berhormat Menteri, kalau agenda 1Malaysia satu harga itu tidak dapat dilaksanakan, bagus jangan buat.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sandakan.

final • 4:40 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jadi, tadi Yang Berhormat Menteri bilang, polisi kabotaj ini, minta kita dengar tetapi tidak listen. Saya tidak fahamlah tetapi saya beritahu Yang Berhormat Menteri. Kita dengar dan kita pun listen. Kita faham cabotage policy ini kepentingan untuk negara. Kita faham, kita bersetuju juga tetapi ini peringkat yang berlebihan kapal charges, so mestilah bagi serata. Mengapakah yang ini membebankan Sabah sahaja?

Sebab polisi ini mengehadkan barang-barang baru yang mengikut polisi bebas.

Jadi, barang-barang itu yang mahu pergi ke Kuala Lumpur kah atau vice versa, jadi ia boleh mendapatkan charges yang lebih murah. Akan tetapi sebab ini satu restriction, barangan kita yang dihantar melebihi 30 percent lebih. Ini walaupun kerajaan bilang tidak, walaupun Yang Berhormat Gopeng sudah selesaikan tetapi yang pentingnya the layman, peniaga yang di sana merasakan bahawa itu bukti yang penting. Bukan yang biasa-biasa pakai yang satu, yang data statistik itu tetapi orang yang berniaga di Sabah sana berasa bebanan ini.

Ini satu. Kita bukan serang ini cabotage policy yang diutamakan tetapi ini salah satu fakta.

Kalau ini yang mahu bangun di Sabah sana, sepatutnya ini menjadi kelebihan, charges itu yang all equally, serata Malaysia. Jangan Sabah sahaja.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Okey. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya setujulah dengan pandangan Yang Berhormat Putatan.

Cabotage policy, I didn’t say, didn’t contribute to the cost. It is one of the cost, but daripada industri perkapalan, kos kepada produk, according to the kajian World Bank, contribute 6 to 8 percent of the product cost. So, it doesn’t say that there’s no cost, definitely semua kos pengangkutan ada dalam kos produk-produk kita. Saya setuju juga bahawa kita hendak seragamkan, kalau boleh seragamkan harga- ‘1Harga 1Malaysia’. Ini satu cara yang baik lah.

KPDNKK melalui program-program mereka di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri juga akan melaksanakan one pricing for the whole country. Ini kita akan cuba lihat bagaimana untuk meringankan kos sara hidup penduduk-penduduk di kawasan Sabah.

Saya sendiri akan turun ke Sabah. I would like to meet up with all your industries, your manufacturers. Saya hendak berbincang dengan mereka. Sila berikan cadangan-cadangan bagaimana hendak kurangkan, how to reduce the cost.

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri, include me because I’m also always in collaboration with the manufacturers’ association there.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Saya akan turun, bincang dengan mereka. Kalau hendak liberalize more of the cabotage policy for Sabah, I can support that. Kita boleh terus liberalize-kan. Sekarang pun sudah liberalized. If those kapal-kapal yang dari Port Klang hendak pergi ke Sabah, tidak ada kapal negara kita, kita biar. Kita juga luluskan kapal dari luar negara. Boleh pergi. Tidak ada hal. We will continue to give more liberalizing policy for Sabah and Sarawak. Bagi yang dikatakan Yang Berhormat Labuan tadi, saya setujulah kalau boleh kita ada satu hub di sebelah timur pula. Akan tetapi kita kena tahu bahawa wujudkan satu hub atau pelabuhan yang baik, ia takkan menjanjikan bahawa ada shipliner coming atau pun adanya kargo-kargo dalam kawasan itu.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Kita yang paling penting, bukan sahaja perlu ada pelabuhan yang baik tetapi industri, kita punya kargo within our country, ada juga kargo-kargo dalam negara kita. Baru boleh menarik shipliner dari luar negara datang. Kalau kita hendak tunggu sahaja transshipment ini, tidak jadi-jadi.

Sebab itu saya setuju bahawa pantai di sebelah timur, Labuan, Sepanggar atau Kuching, kita akan mempertingkatkan keberkesanan pelabuhan-pelabuhan ini. I like Labuan Port. Labuan Port is a deep sea port. Tidak payah dredging banyak sangat. Our Kuching Port and Sepanggar Port are actually river ports. Ia ada banyak lagi mendakan. So, walau bagaimana pun, kita akan kaji bagaimana untuk membina satu hub yang baik. Akan tetapi yang pentingnya kita perlukan industri kita lah, kargo-kargo yang ada dalam negara kita dapat ditingkatkan.

Tuan Pengerusi, I tidak mahu panjangkan. Banyak lagi.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, isu lain.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

There is many more issues yang saya kena jawab. Di sini saya hendak jawab juga- this Yang Berhormat Sungai Petani, berhubung dengan SPAD dan JPJ ini. Saya hendak maklumkan bahawa kita memang akan kaji bagaimana hendak selarikanlah tindakan penguatkuasaannya. Memang ada overlapping di sini di antara JPJ dengan SPAD dan juga dari segi kompaun, juga ada perbezaan. JPJ RM300, SPAD RM1,000 to RM2,000 dan juga banyak lagi perbezaan. Kita akan pastikanlah. Kita kerjasama dengan JKR sekali dari segi signboard dan juga semua yang berhubung dengan pengangkutan awam yang ada dalam negara kita.

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Selangor, ada dalam Dewan?

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Tidak ada dalam Dewan?

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Saya jawab secara bertulislah, ya?

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

So that I can speed up a bitlah. Berhubung dengan Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 4:40 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Ya, ada. Ada.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Bincang berhubung dengan pelaut kita. Pelaut kita, kita memang galakkan local pelaut tetapi kita tahu, kita tidak ada polisi untuk hadkan kapal- kapal kita tidak boleh menggaji pekerja asing. Banyak kapal dan juga banyak pelaut kita, seafarer kita bekerja di luar negara, kapal-kapal negara luar kerana mereka beri lebih banyak insentif. Walau bagaimana pun, kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan, kita sering mengadakan pelbagai usaha untuk meningkatkan kesedaran belia-belia kita untuk menceburi dalam bidang seafarer ini.

Oleh itu, kita ada seafarer management centre yang memastikan bahawa promotion of the local seafarer ditingkatkan dan juga sijil-sijil kita dapat pastikan, juga dapat kita uruskan. Kita ada 35 training centres untuk melatih pelaut-pelaut kita. Saya harap Ahli- ahli Parlimen boleh galakkan our constituents, kawasan anak-anak muda kita untuk menyertai bidang seafarer. Ia satu bidang yang cukup menarik, very high salary dan juga kebajikan mereka adalah dijamin di bawah kita punya undang-undang. Kita akan pastikan.

Kakitangan kontrak ini, saya akan beri Kementerian Kewangan jawab nantilah.

Yang Berhormat daripada Tebrau. Yang Berhormat Tebrau juga bincang berhubung...

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Tebrau juga tidak ada dalam Dewan.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Tidak ada dalam Dewan, ya? Akan tetapi saya hendak beritahu Dewan, tadi dia ada sebut bahawa kita punya online booking tidak boleh buat. Beli tiket daripada Tebrau Shuttle dari Johor ke Singapura.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Hendak maklumkan bahawa it is a temporary shutdown for upgrading. Bukan kita tutup terus, ya? Kita sekarang hanya upgrading the website and also the software agar kita boleh memberikan perkhidmatan online yang lebih canggih pada masa-masa akan datang. Banyak persoalan Yang Berhormat Tebrau akan dijawab secara bertulislah. Berhubung dengan Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Sungai Siput tadi dah? Saya sudah jawab sedikit tadi dan saya hanya hendak tegaskan di sini bahawa your points definitely would be taken into consideration tentang bagaimana kita boleh memastikan ECRL ini boleh kita kurangkan kos. Yang Berhormat Johor Bahru, keutamaan dari segi jambatan-jambatan jalan raya ini dapat ditingkatkan apabila kita membina double track dari Gemas ke Johor Bahru.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Hal ini saya akan arahkan konsultan kita untuk dahulukan projek-projek jambatan untuk manfaatkan rakyat di Johor Bahru. Berhubung dengan Yang Berhormat Rasah yang menyatakan siasatan MH17, saya hendak maklumkan kepada semua bahawa penyiasatan criminal MH17 yang dilakukan oleh Joint Investigation Team (JIT) iaitu Netherlands, Australia, Belgium, Ukraine dan Malaysia masih lagi diteruskan dan kita anggarkan by next year dia minta lanjutkan sampai end of next year or early 2018 baru selesai the criminal investigation into MH17. Yang dilaporkan in 1st October yang dilaporkan itu hanyalah satu plenary report yang walaupun sudah kenal pasti siapa, who are those yang menembak MH17 but there are hundreds of them. They have to call every one of them to further investigate into the details.

final • 4:50 PM

Tuan Teo Kok Seong - Rasah

Yang Berhormat Menteri, jadi agak berapa suspek yang kita dapat kenal pasti?

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

So far, JIT telah pun suspect is separatist group then is 100 of them now has been identified, telah pun dikenal pasti dan kita harap JIT masih teruskan siasatan ini. Apabila kita sudah kenal pasti siapa sebenarnya yang menembak, kemudian kita akan gunakan kuasa kita, kita ada join JIT ini. We have- using our national court, mahkamah di Netherlands untuk prosecute the culprit.

final • 4:50 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Minta penjelasan. Adakah kita hendak kenal pasti perseorangan yang terlibat atau kita boleh tuduh sekumpulan mereka?

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

I think we have to go for the- it depends how far kita boleh follow the routes. Kita kenal pasti dahulu siapa dahulu, kemudian we follow from there. Dari sana kita akan ikut berapa besarnya kumpulan yang kita hendak kaitkan dalam tuduhan ini. Kita belum ada kepastian kerana siasatan masih diteruskan lagi.

Berhubung dengan Yang Berhormat Rasah juga menyatakan bahawa overlapping between KTM and high speed rail. Sebenarnya tidak ada overlapping kerana laluan yang dilalui itu berlainan. Double track lalu Pekan-pekan Segamat, lalu Kluang. High speed rail akan lalu Batu Pahat dan juga Iskandar. These two different routes dan bandar-bandar di sekitarnya akan mendapat manfaat along the way. This is kita harap pembangunan akan bertambah pesat di sekeliling kawasan tersebut.

Berhubung dengan Yang Berhormat Limbang, saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Limbang membangkitkan isu BEP. Saya tahu isunya besar kalau introduce BEP apabila Brunei bertindak balas introduce the same route charges on us then penduduk Limbang akan jadi masalah kerana akan menjadi mangsa. Oleh itu, saya akan kaji balik dengan Menteri Pengangkutan Brunei, how- what is the best solution, kita akan kaji baliklah pandangan-pandangan Yang Berhormat Limbang tadi. Kita tahu may be at the border not at the Limbang maybe at the Miri border kita akan tengok balik apa yang boleh kita lakukan yang terbaik untuk penduduk di Limbang. Sorry I occupied your space. Don’t mind. All berterabur di sini.

Yang Berhormat Limbang juga talk about your JPJ. Kita tunggu tanahlah. Kita kenal pasti kita tahu bahawa bangunan tidak sesuai tetapi kita tunggu kalau kita dapat pastikan tapak-tapak yang sesuai dijadikan pejabat baru di Limbang, kita akan bangunkan pejabat baru dengan secepat mungkin. Kita akan mengkajilah cadangan-cadangan Yang Berhormat Limbang untuk membina stesen timbang yang tetap rather than mobile punya station timbang.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Yang Berhormat Kubang Kerian menyatakan JKJR- saya ucap terima kasihlah atas keprihatinan isu keselamatan jalan raya kerana memang satu isu yang besar. Kita memang mempunyai banyak iklan tetapi bajet kita constrain. We have reduced of budget earlier back in 2010, dahulu memang ada RM30 million, RM20 million, now we only left RM1 million for iklan. Memang peruntukan kita sudah kurang tetapi kita juga dapat sokongan daripada syarikat-syarikat swasta. In fact now banyak NGO dan juga syarikat- syarikat lain insurance company juga syarikat lain they come forward and sponsor our iklan.

So, saya rasa iklan-iklan dari segi keselamatan jalan raya bukan sahaja kerajaan menggunakan peruntukan kita, kita juga dapat sokongan daripada NGO dan juga swasta untuk membantu kita membuat iklan-iklan tersebut. Oleh itu, berhubung dengan program JKJR negeri, saya setuju memang kita akan cuba tengok bagaimana untuk meningkatkan peruntukan. Memang peruntukan terhad dan kita ucap terima kasih kepada semua kerajaan negeri kerana memberikan kerjasama yang baik untuk membangunkan, meningkatkan kesedaran kempen keselamatan jalan raya di peringkat negeri dan akar umbi.

Berhubung dengan peningkatan pengangkutan awam di Kota Bharu di bawah NKRA. Buat masa, ini program-program NKRA hanya di Greater Kuala Lumpur, Klang Valley. Belum kita sempat buat di peringkat negeri. Kita akan timbang cadangan Yang Berhormat Kubang Kerian.

Pembinaan projek lapangan terbang Kota Baharu akan dijadualkan dimulakan pada bulan Julai 2017. Kita sudah mulakan. Now daripada segi value management dan sebagainya. Kita akan laksanakan projek ini.

Berhubung dengan Yang Berhormat Kanowit. Komponen subsidi rural air services. Dua komponen ya Yang Berhormat Kanowit? Satunya sewaan pajakan pesawat kerana rural air services the airlines the road semua tidak orang kata mendatangkan hasil, it’s a very low passenger numbers. Oleh itu kita beri bantuan subsidi kepada pesawat-pesawat ini, sewaan pajakan pesawat. Keduanya penanggungan daripada segi kerugian operasi yang ditanggung MASwings iaitu dalam keadaan di mana hasil revenue daripada rural air service adalah kurang daripada kos expenditure untuk mengoperasikannya. Kita ada satu sistem yang telah diwujudkan untuk membantu MASwings ataupun rural air service program ini.

Bagi AirAsia yang menggunakan aerobridge, kita galakkan AirAsia guna aerobridge tetapi is a commercial punya decision, dia boleh untuk hendak cepatkan turnaround, dia hendak gunakan tangga, dia tidak gunakan aerobridge kerana hendak cepatkan dia punya penggunaan pesawat mereka. Ya, Yang Berhormat Kanowit.

final • 4:50 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Yang Berhormat Menteri, I think I don’t agree with that, kalau gunakan tangga, ia akan mengambil lebih banyak lagi masa sebab mereka akan turun naik lagi menggunakan tangga kepada tempat boarding. Then secondly, the cost is only RM85 per landing. Kalau dua group of people coming in and going. Kalau yang datang dan pergi itu, so kita buat simple calculation only about 30 cent ataupun kurang daripada 40 cent per passenger. Why can’t they absorb that. I’m talking about such a small cost that AirAsia cannot absorb. I think that is not logical to me, thank you.

final • 4:50 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Tuan Pengerusi...

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 4:50 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Mengenai RAS yang bersubsidi. Saya dengar ianya adalah untuk Sabah, Sarawak dan Labuan. Tambang Labuan–KK RM200 adalah terlalu mahal. Jadi adakah betul Labuan itu termasuk dalam RAS yang bersubsidi itu ataupun tidak? Jadual MASwings KK, dan Labuan, kita ada satu first flight awal pagi lepas itu the next flight dekat jam lima dan selepas itu malam. Jadi jadual itu memang agak membebankan ramai orang yang terpaksa menunggu lama di antara pagi dan petang.

Adakah kementerian boleh mempengaruhi MASwings untuk membuat reschedule untuk memastikan ada satu flight di antara dua flight tadi itu. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Tuan Pengerusi terima kasih. Yang Berhormat saya tertarik dengan sistem subsidi Yang Berhormat mention tadi. Can I have the detail of how the calculation’s done. Thanks.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Okey Yang Berhormat Stampin, kita akan memberikan dari segi subsidi-subsidi yang diberi kepada MASwings untuk rural air service. Maklum pada orang kampung bahawa kerajaan memang prihatin pada pengangkutan luar bandar. Kita beri subsidi untuk mereka.

final • 5:00 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Thank you.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Okey kepada Yang Berhormat Kanowit.

final • 5:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

[Bangun]

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Kita bincang dengan AirAsia. Bagi pandangan AirAsia, dia guna tangga dia, dia boleh gunakan dua outlet dari dua pintu. Pintu depan dan pintu belakang. So, the passenger boleh keluar cepat. They can clean up the aircraft cepat. Dia boleh terbang cepat. Akan tetapi, kalau guna aerobridge only one door. So, everybody got to queue up and the time wastage along the way going out and coming in, itu ambil masa setengah jam. So, every hour and every second is important to them.

final • 5:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

All right. Okay, that is understood.

Hal subsidi MASwings ini? Saya pun tidak faham sebab tambang MASwings ini dia masih mahal daripada AirAsia. Kalau dia subsidi, dia patut lebih murah, bukan? Akan tetapi lebih mahal. Kalau Sibu-Kuching, RM200 lebih. AirAsia kita boleh dapat just about RM100.

Terima kasih.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Saya hendak maklumkan kepada semua Ahli Parlimen, ada banyak wrong perception of the MASwings. Bukan semua routes MASwings subsidized. Kita subsidize hanya routes yang rugi. Routes yang tidak ada orang- nobody’s flying. Akan tetapi, routes yang biasa like Sibu or maybe Kota Kinabalu certain profitable routes, dia tidak ada subsidi. They go as commercial rates. Normal rates. Dia tidak ada subsidi. Kalau kita subsidi semua then kerajaan teruklah, semua routes kena subsidi. Oleh itu, only the rural routes yang kita subsidize. Other routes, we are not subsidizing. Okey.

final • 5:00 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat sedikit. Tambah dengan apa Yang Berhormat cakap tadi since we are subsidizing, can we also subsidize the route for Sibu and Miri since it is a profitable- I mean can reduce the burden.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

No, we are not subsidizing. We are not subsidizing those routes.

final • 5:00 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

But then why it is more expensive than AirAsia? Sedangkan kapal terbang- jenis kapal terbang yang MASwings gunakan sepatutnya lebih kurang dari segi penggunaan fuel. It is because they are using the turboprop. It supposed to be less than AirAsia. But, AirAsia using a turbofan. So, it supposes to be higher consumption but then it can give cheaper.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

But, that route it depends on MASwings commercial decision, it has nothing to do with kementerian anymore.

final • 5:00 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

You mean commercial decision MASwings. You mean MASwings?

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

It’s a commercial consideration. Yes, MASwings. Yes.

final • 5:00 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Can we have the details on all how we do the subsidy? Or we can give up.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Memang ada banyak rayuan daripada Ahli Parlimen untuk kita sekat dari kenaikan harga MASwings ini. We have been actually talking to them.

Bagaimana untuk kurangkan harga.

final • 5:00 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

How about- can we cut away the airport tax for within Sarawak flights for domestic to reduce the burden of Sarawakian, possible?

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

That is not in our policy.

final • 5:00 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

I suggest to kementerian now.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Okey.

final • 5:00 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

*Because the air fare is too expensive.

Thank you*.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Yes, Yang Berhormat Labuan your cadangan dari semasa itu you boleh cadangkan dan kita boleh cadang pada MASwings daripada masa- masa yang lebih baik untuk rakyat di kawasan Labuan. Okey, saya kena cepat ini.

Yang Berhormat Subang, you raised a very important question dari segi MH370.

Saya hendak jelaskan tadi ada dua tiga Ahli Parlimen tanya MH370. Saya jawab sekali.

MH370, kita sudah komited untuk meneruskan misi pencarian kita sehingga habisnya 120 kilometer persegi.

So, there are people asked just now. I think Yang Berhormat Bayan Baru. He said whether if China stops and Australia stops, we will have to continue. All decision regarding MH370 dibuat dalam tripartite decision iaitu Australia, China and Malaysia. Kita sudah mula misi pencarian ini dua setengah tahun yang lalu yang kita akan complete misi pencarian ini 120,000 square kilometer. Hopefully by end of the year or latest because of the weather, it will be January next year. We should be able to complete. Kita harap after completing this then the report, the technical and the screen report will be out. So, these reports is related to what Yang Berhormat Subang said.

Yang Berhormat Subang is saying that, “I have been answering this in Parliament regarding the U-Turn 1.21 am when there is a U-turn”. So, what happened then? Kenapa kita tidak mengesan pesawat kita buat U-turn? Memang military radar showed there is a U- turn. Memang kesan. Akan tetapi, tindakan pada masa itu *because it is a hand over to Vietnam, this side is thinking Vietnam is taking over. Vietnam is thinking I haven’t received the flight. So, there is a lapse of about half an hour.

So, that is the cause of the whole problem. Investigation is definitely on this one why there is a lapse of this. When this side hand over to Vietnam and Vietnam’s supposed to receive the flight, supposed to report back on us. Vietnam also didn’t report back on us and come after that, half an hour later saying he didn’t receive the flight. So, that means this is a very serious issue in terms of international connecting the flight from one country to another country.* Dari segi ATCC punya connectivity. So…

final • 5:00 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Can we finish the explanation to Yang Berhormat Subang, I will come to you. What is happening now definitely we- walaupun the report, the final report will be out soon, I have said because the technical investigation with the MH370 telah pun kita wujudkan. This is on technical side. On the criminal is different- it’s police and also the other people. But technical wise it’s under Datuk Kok Soo Choon. He is the one who Chair this with seven countries, seven accredited as a specialist is seating in this technical investigation team. I have gone through all these details and including the U-turn and also who is at fault and what action should be taken against the officer in charge...

final • 5:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

[Bangun]

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Having said that, kita bagi Kementerian Pengangkutan, dalaman kita pun sudah buat. Orang kata peningkatan dan juga pembaikan yang sepatutnya kita mulakan dan lakukan. Kita tahu memang ada dari segi military is not talking to civil radar. Civil aviation didn’t talk to military, everybody is working on an individual platform. Ini tidak boleh diteruskan sebegini. Oleh itu, kita hendak pastikan bahawa in future, all this aviation sector, military side and our areas, civil aviation side should actually working hand in hand and improve our radar punya traceability. Kita juga cadangkan kepada ICAO pastikan bahawa all the flights now to have a signaling system. In the past is, setiap satu jam baru ada dia punya responden given back to the centre. Now is every 15 minutes. So, we call it on time, this tracking system is on now. ICAO accepted Malaysia punya proposal. Now is ICAO punya standard you give directive to all airlines in the world to follow this tracking system. Immediately, will be able to track the planes. So, MH370 is the turning point for the world aviation sector, bahawa memang pada masa dahulu apabila pilot close the respondent, tutup responden langsung kita tidak dapat track dia.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

So, now even they close the respondent, every 15 minutes they have to report back to the centre. So we hope, we’re going to improve the situation. But, who is going to be at fault and what actions taken, we will wait for the report.

final • 5:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Okey.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya. Yang Berhormat Kota Tinggi bangun hendak tanya soalan.

final • 5:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Boleh saya...

final • 5:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pendek sahaja soalan saya pada Yang Berhormat Menteri. Ini sudah lebih enam bulan.

final • 5:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Dia ada sebut Subangkah? Sorry.

final • 5:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Sudah lebih enam bulan. Pendek sahaja, sekejap Yang Berhormat Subang. Saya hendak tanya sedikit sahaja, ada kaitan. Mengenai sudah lebih enam bulan kejadian helikopter kita yang jatuh di Sungai Lingga, Batang Lupar. Jadi, ada apa-apa berita tidak ataupun kajian berita itu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Itu isu berlainan. Boleh saya sambung ini Tuan Pengerusi?

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

final • 5:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih. Terima kasih atas penjelasan Yang Berhormat Menteri. Saya rasa ya kita semua tahu tentang langkah-langkah yang baru ICAO dan sebagainya. Akan tetapi, saya hendak tumpu balik kepada– maksud saya tadi dalam soalan saya ialah apa yang berlaku pada malam itu yang melibatkan agensi-agensi kita.

Maksud saya ialah kita tidak perlu bergantung pada pasukan antarabangsa yang berlaku di antara kita dengan Vietnam ataupun hal-hal yang berlaku di luar itu mungkin kita serahkan pada sana.

Akan tetapi, kenapa kita tidak boleh siasat dan buat secara telus dan buat satu laporan tentang apa yang berlaku dalam bidang kuasa kita yang melibatkan tiga agensi.

Satu ialah air traffic control kita sendiri. Kenapa kita tidak dapat penjelasan daripada- I mean setakat sekarang, public ambil orang awam kita. Dewan ini tidak tahu siapa yang bertanggungjawab untuk bagi saya ialah kecuaian malam itu kecuaian yang nyata.

final • 5:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Bila tanda pesawat itu telah hilang dan walaupun Yang Berhormat Menteri kata, “Okey ada 20 minit ke setengah jam untuk dapat tahu secara pasti lepas Vietnam tidak jawab.” Baik. Akan tetapi lepas setengah jam pun, apa tindakan? Oleh sebab kita tahu daripada rekod yang sekarang dalam public domain dengan izin, tindakan sebenarnya berlaku empat jam ke lima jam selepas itu. Itu satu.

MAS, kenapa tidak tahu tentang hal ini? Akhirnya ialah juga dengan Tentera Udara kita. Kenapa pesawat jet kita tidak diaktifkan untuk intercept pesawat ini? Katakan itu dibuat, katakan, kali ini kita tidak perlu cari di seluruh Lautan Hindi. Oleh sebab hari itu, itu soalan yang sangat penting yang sampai sekarang tidak dijawab. Kenapa jet-jet kita tidak dikejarkan untuk tahu siapa pesawat ini yang telah dikenal pasti? Kenapa itu tidak berlaku?

Itu tidak perlu kita bergantung pada pihak antarabangsa ataupun pakar-pakar yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Menteri.

Itu jawapan yang kita sudah tanya dalam Dewan ini berkali-kali dan sampai sekarang saya nampak kita belum dapat satu jawapan. So, kenapa kerajaan tidak tubuhkan siasatan itu yang kita boleh buat dengan kapasiti kita dalam negara dan bagi jawapan kepada keluarga-keluarga yang sekarang masih menunggu jawapan itu.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, saya ingat Yang Berhormat Menteri boleh habiskan jam 5.30 petang ya.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Ya, okay left 10 minutes ya.

final • 5:10 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Thank you, thank you Yang Berhormat because this is related.

final • 5:10 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

[Bangun]

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Oh, Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 5:10 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Me? It’s not me, who?

final • 5:10 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Yang Berhormat Setiawangsa.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Yang Berhormat Setiawangsa.

final • 5:10 PM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Yang Berhormat Menteri, saya nak tanya, what is the government appetite as far as keep, searching for this MH370. We already comb 120,000 kilometers and another 10,000 kilometers left. Saya nak tanya, will there come a time that this is the budget we already allocated for. Then, right after 120,000 kilometers the budget habis and we’re going to stop? So, this is what are we going to tell the mangsa?

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

I jawab dulu yang ini, ini cepat ya. Manakala yang berhubung dengan search mission, after completing 120,000 square kilometers, kalau kita tidak jumpa lagi, maka the tripartite decision from three countries say kita stop. We have to suspend the search. We are not totally stopped, we suspend the search until further clue. If there is anymore credible clue into the sight of the plane, maka kita akan teruskan. But for the time being, the decision is after completing 120,000 square kilometers. Hopefully by January next year the latest, we have to stop the search, suspend the search for the time being.

Go back to Yang Berhormat Subang said memang dari segi tindakan ataupun laporan itu it’s all in the technical report. You can go through the report. All the contents is there then I want to tell you also sebab this case is a legal case. Now the victim is taking MAS and also the government to court. So, it is a court case. It will be a very transparent case and you will get all the details from there.

final • 5:10 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat, thank you. Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat, thank you for the answer that is given but I may want to disagree with the 30 minutes lapse because what you said just now the 30 minutes lapse, when the aircraft make the U-turn, the aircraft after 30 minutes is already coming towards Malaysia air space. So it’s not about ICAO, it’s about an unidentified UFO entering into a control air space. In 30 minutes time, it’s already inside Malaysia air space and would have been detected by our primary radar. So, it is the joke of ATC and military to actually identified, we called for identification. Therefore, this is the reason why we’re requesting for laporan lengkap so we can study the whole technicality of the issue.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat Stampin. Continue.

final • 5:10 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Tuan Pengerusi, terima kasih. Sebenarnya pada 8 Mac, 8.30 pagi saya lihat berita mengenai peristiwa ini. Video di dalam TV3 menunjukkan tanda penerbangan MH370, daripada tanda warna kuning ia jadi merah kemudian hilang. Sama seperti yang berlaku di Indonesia.

Rumusan saya apabila ia hilang, sama ada ia meletup atau terjun ke dalam laut.

Jadi masalah U-turn seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang, sungguh saya menghairankan oleh sebab kenyataan itu dibuat pada 11 Mac oleh Panglima Tentera Udara dan juga Panglima Angkatan Tentera. Oleh sebab itu saya menuntut supaya Panglima Tentera Udara membuktikan bahawa ada radar video yang menunjukkan kapal terbang pusing.

Oleh sebab Tentera Udara tidak minat dengan kapal terbang yang keluar dari negara Malaysia, tetapi mereka mengesan semua kapal terbang yang memasuki ruang udara Malaysia. Maka sebab itu, sehingga sekarang kita tertanya mengapa mereka tidak scramble aircraft untuk memintas dan menyiasat. Ini kerana mereka tidak mengesan pada malam itu. Ini rumusan saya, kegagalan Tentera Udara untuk mengesan kapal terbang yang dikatakan U-turn itu. Untuk makluman. terima kasih.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Memang kita ada dia punya bukti untuk tunjukkan bahawa pesawat itu memang benar buat U-turn. That’s why laporan teknikal yang detail akan didapati. You can get the detailed report after it’s announced.

final • 5:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Bila Yang Berhormat Menteri akan diumumkan laporan itu?

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

We hope that it can complete hopefully…

final • 5:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Jangkaan?

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

I don’t have the details.

final • 5:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

But jangkaan? When roughly do you expect, dengan izin...

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

End of the year or next year, kalau boleh, kan. It should be anytime now. It should be anytime. So, Yang Berhormat Stampin pun kata bahawa we didn’t track the flight coming in. But actually this, the military can track but not the civil aviation. Kita di ATC couldn’t track because this, they fly below the radar. So, we couldn’t track the flight coming in.

final • 5:10 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

If I can, just a bit. Again the reason why I need the laporan *because as I know, ATC have hybrid radar, means the primary radar and the secondary radar hybrid together. I don’t want to go into the technicality. But the fact that ATC having hybrid radar and aircraft that don’t have transponder, the Civil Aviation Law required the particular aircraft to identify themselves. It’s not about MH370, it’s not about MH370. Even if today, if one UFO were to fly into commercial air space, that particular aircraft must identify themselves immediately because this is a controlled air space.

Otherwise we have 100 aircrafts flying in controlled air space and may risk a collision,* dengan izin. *So, in that particular case, nothing was done. That’s why we need a comprehensive report on what happened to our military and ATC. Thank You...

[Tepuk]*

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Okey, terima kasih Yang Berhormat Stampin. Yang Berhormat Kota Tinggi bincang berhubung dengan helikopter, siasatan helikopter yang di Batang Lupar yang jatuh terhempas di Batang Lupar. Siasatan masih diteruskan terutama sekali kita cuba mendapatkan balik bangkai kapal terbang tersebut yang di dasar sungai.

Sehingga sekarang belum dapat lagi bangkai helikopter tersebut. So, apabila siasatan siap, kita akan umumkan laporan itu.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Ampang bangun.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Yang Berhormat Sandakan... Ada lagi?

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Ampang dan Yang Berhormat Kota Kinabalu.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Hendak tanya fasal helikopter.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Yang Berhormat Ampang ya. Helikopter pula.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin bertanyakan Menteri tentang helikopter. Apakah prosedur dan SOP untuk private helicopter untuk terbang? Ini kerana tengah hari tadi ada satu helicopter yang dibawa terbang oleh Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar. Saya percaya bila kita hendak meminta permohonan, mesti ada tujuan dan purpose of the trip. So in this case, what is the purpose of the trip, dengan izin. Saya sendiri nampak helikopter itu berlegar. Saya nak tahu adakah permohonan diminta? Adakah sudah diluluskan? Apakah purpose of that trip that this Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar *can fly, like as though it’s a very short notice he got it done.

So, I want to know.* Saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah prosedurnya dan mungkin berikan saya bukti bahawa ada permohonan yang valid tentang penerbangan itu.

Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kota Kinabalu.

final • 5:10 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya nak tanya Menteri regarding ini train service dari Beaufort sampai Tenom. Ini selalu rosak. Jadi saya mahu tanya, adakah Menteri akan tolong Beaufort dan Tenom? Adakah peruntukan untuk menaik taraf ini train service yang akan datang. Sekian, terima kasih.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Terima kasihlah, Yang Berhormat Ampang, prosedur memang ada lah. We have to apply to the ATC to get the clearance before he can fly. It’s a commercial aircraft, semua orang boleh terbang. Kita tidak tanya tujuan dia dan saya yakin bahawa semua penerbangan dari segi kementerian atau pun ATC, DCA kita akan pastikan dari segi keselamatan dia to ensure it is following the routes that was applied.

final • 5:20 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Tempoh dia berapa lama Menteri, minta maaf ya.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

I don’t have the detail, I will get you...

final • 5:20 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Tempoh for one application of one heli to go. What is the period? One week time,..

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

I’ll give you later..

final • 5:20 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

...Two days time, 24 hours time, dan saya nak juga tanya purpose...

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

...I’m sure bila dia apply, mesti ada from point ‘A’ to point ‘B’. Don’t tell me you just simply fly and then that’s why they got into the accident. So I’m sure that is a purpose in the application form to say that I’ll be flying from ‘A’ to ‘B’, ‘B’ to ‘C’ or come back. There must be such information in that kind of application dengan izin. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, saya pun tidak faham peraturan mana Yang Berhormat kalau perkara baru ini– perkara baru dan spesifik.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Yang Berhormat Sandakan. Saya sudah jelaskan tadi sebut kabotaj polisi. Yang lain berhubung dengan Pelabuhan Sepanggar, kita akan meningkatkan kapasiti pengendalian kontena dan kargo serta mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada kapal-kapal yang singgah di Pelabuhan Sepanggar. Memandangkan Pelabuhan Sepanggar merupakan entry point bagi perdagangan aktiviti import dan eksport di Brunei, Indonesia, Malaysia dan Philippines- BIMP-EAGA. Penambahbaikan dan pemasaran Pelaburan Sepanggar akan meningkatkan aktiviti ekonomi di negeri Sabah.

Selain daripada pelabuhan, terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi perkembangan ekonomi di negeri Sabah. Dalam itu Kerajaan Negeri Sabah kita akan bekerjasama dengan negeri Sabah untuk meningkatkan kawasan industri dan juga menjana lebih banyak kargo bagi negeri Sabah. Sambungan jalan, road connectivity ke pelabuhan harus juga ditambah baik agar bilangan kargo yang bergerak masuk ke dalam dan ke luar pelabuhan kawasan perindustrian dapat dipertingkatkan. So, saya hope I explained some of the Sepanggar Port yang Yang Berhormat tanya tadi.

final • 5:20 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Tuan Pengerusi, muatan lori itu Yang Berhormat Menteri mahu kasi cerah sikit bagaimana, mengapa yang kita telah bangkit berapa kali mengapa muatan lori di Sabah yang muatan baru 38 tan tapi Semenanjung 50 tan tetapi road tax itu yang Sabah yang lebih mahal lagi. Jadi muat barang yang rendah tetapi cukai jalan yang lebih mahal. Jadi ini salah satu fakta mengapa kita punya barangan yang begitu mahal.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Dari segi had muatan, memang Kementerian Pengangkutan ingin meningkatkan had muatan- kita akan bincang dengan JKR.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Masalahnya di Sabah bukan sahaja jalan, jambatan dia sesetengah jambatan tidak boleh menanggung berat muatan yang spesifik yang telah ditetapkan. Oleh itu, kita terpaksa kurangkan muatan bagi di negeri Sabah. Dari segi road tax memang daripada nota yang saya dapat di sini bahawa road tax di Sabah for prime mover and trailer adalah lebih rendah berbanding dengan di Semenanjung. For berat dalam muatan forty four thousand kilogram, kadar cukai jalan di Semenanjung adalah RM6,443 manakala di Sabah adalah RM6276. So, it’s not true that the road tax in Sabah is more expensive than the road tax in Semenanjung. Saya harap Yang Berhormat dapat jelaskan, dapatkan kepastian ini.

final • 5:20 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Ya Tuan Pengerusi, tetapi tentang berat yang boleh diangkat berbeza compare dengan road tax yang dibayar.

There is- kita yang mahal sebab kalau kita yang angkat barang lebih rendah bahawa kita punya road tax mesti mahu lebih rendah. Tapi macam saya pergi dia punya road tax yang tadi Yang Berhormat Menteri yang sebut itu tiada yang berbeza banyak, tetapi ada yang dia punya...

[Rakaman kurang jelas] Ada satu punya tahap itu banyak tadi yang saya sebut.

Dia yang di Semenanjung hanya kira dia punya prime mover dia punya kepala tapi trailer berapa yang diangkat tidak kira tetapi di Sabah, saya diberitahu dia tidak kira dia punya prime mover kepala tidak dikira, dia kira yang berapa yang trailer yang diangkat jadi kalau diangkat dua trailer bermakna, kalau two thousand eight is five thousand six. That is the difference that they told us, I think in the paper dari- I think they didn’t know I’ll go and having the AGM. They also rayu this problemlah.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Okey, Yang Berhormat saya akan ambil tindakan, saya akan ambil semua details ini, semua perkara yang lebih details saya akan ambil tindakan seperti yang dikatakan. Ya Yang Berhormat Kinabalu ada lagi. Berhubung dengan road tax lagi.

final • 5:20 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Ada lagi. Terima kasih. Road tax punya hal, ini pindah milik motosikal.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

That one saya setuju, saya setuju RM3 dengan RM40 kita akan selaraskan.

final • 5:20 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Ya, kenapa pula...

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

But saya hendak jelaskan, saya memang setuju kita selaraskan tetapi bukan di bawah Kementerian Pengangkutan kita sudah bawa kepada Kementerian Kewangan untuk menyelaraskan.

final • 5:20 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Saya pun mahu tahu juga Yang Berhormat Menteri, apa sebab Sabah mahu bayar RM40, Semenanjung hanya RM3- RM37 lebih mahal dari Sabah. Ini tidak ada keadilan,

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Menteri telah jawab.

final • 5:20 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

...Supaya kami pun mahu puas hati kerana isu ini sudah passed banyak kali masih belum dapat tindakan. Jadi saya haraplah ini kali yang terakhir dia mahu bahas lagilah tapi kalau tiada lagi selesai mesti mahu bahas lagi. Betul kah?

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Memang saya ambil tindakan, semua isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Berhubung dengan Ahli Yang Berhormat daripada Mersing, menyatakan tentang pengerukan di Kuala Sungai Endau dan juga di Mersing.

Sukacita saya maklumkan bahawa kerja-kerja pengerukan Kuala Sungai Mersing telah pun diawardkan kepada Syarikat MMDC mulai bulan September 2016 dan dijangka siap pada bulan November 2017 dengan kos RM19 juta.

Pada masa sekarang kerja-kerja berkaitan EIA sedang dilaksanakan dan aktiviti fizikal pengerukan akan bermula pada bulan Februari 2017. So, Yang Berhormat boleh umumkan kepada orang kampung ya, maklumkan kirim salam saya kepada mereka dan kita akan teruskan untuk mendalamkan dan juga memudahkan nelayan-nelayan yang menggunakan kuala tersebut. Untuk jangka masa panjang, pihak Jabatan Laut bercadang untuk membuat kajian feasibility study bagi pembangunan jeti atau pun terminal baru yang tidak tertakluk kepada isu pemendakan. Kita kaji balik kawasan.

final • 5:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Pendek saja boleh. Saya- tadi Yang Berhormat Mersing, saya minta kalau boleh campur Sedili dan juga Kuala Rompin. Because ketiga-tiga ini pemendakan memang sangat teruk dan nelayan tidak boleh masuk. Saya minta tolong kalau boleh Menteri tengok. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi, kita masukkan kedua-dua permohonan itu. Yang Berhormat Gerik tadi saya sudah jawab. Yang Berhormat Gerik, hubungan Gerik dengan kereta api itu kita akan kaji balik. Itu satu cadangan yang memang baik untuk kita hubungkan ke sebelah Semenanjung di West side. Yang Berhormat Stampin akhir sekali, berhubung dengan MH370 kita sudah berbincang banyak tapi yang saya nak tegaskan di sini bahawa kita akan sediakan laporan itu untuk semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan kemudiannya.

final • 5:20 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Can I make the request? Sekejap, sekejap, one minute.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cukup-cukup Yang Berhormat Stampin, Yang Berhormat kita ada dua lagi kementerian Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Okey sepuluh saat. Since we don’t have Parliament Select Committee, can we request to get involves. So we can know what’s happening after the Parliament.

final • 5:20 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Memang kementerian setujulah akan jemput kalau Yang Berhormat sudi hendak dengar laporan lebih lanjut, kita boleh bawa Yang Berhormat untuk mendengar.

final • 5:30 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Thanks.

final • 5:30 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Semua penambahbaikan tentang JPJ yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Stampin tadi kita akan pastikan bahawa peningkatan keberkesanan JPJ di kawasan luar bandar dan juga bandar kita akan terus tingkatkan. Itu sahaja Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Sedikit lagi, belum jawab tadi saya bangkitkan itu.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Itu train service tadi.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Itu train service sampai depoh kah?

final • 5:30 PM

Dato' Sri Liow Tiong Lai

Train service itu di bawah kerajaan negeri, bukan di bawah Kerajaan Pusat. Akan tetapi kerajaan negeri memohon peruntukan daripada Kerajaan Pusat, kita akan berikan peruntukan untuk mereka memperbaiki landasan kereta api termasuk gerabak-gerabaknya sekali.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih.

Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,317,956,000 untuk Maksud B.28 di bawah Kementerian Pengangkutan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,317,956,000 untuk Maksud B.28 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM3,161,025,600 untuk Maksud P.28 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2017 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

[Wang sebanyak RM3,161,025 untuk Maksud P.28 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2017]

final • 5:30 PM
Maksud B.42 [Jadual] Maksud P.42 [Anggaran Pembangunan 2017]-

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kepala bekalan B.42 dan kepala pembangunan P.42 di bawah Kementerian Kesihatan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 5:30 PM

Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan keizinan kepada saya untuk memulakan perbahasan perkara B.42 Kementerian Kesihatan. Saya akan mengambil sedikit sahaja beberapa butiran yang perlu diberikan, memohon mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian.

Pertamanya, Butiran 010300 − Kewangan. Di sini Tuan Pengerusi, saya ingin mendapatkan maklum balas daripada pihak kementerian mengenai kesahihan berita yang dipaparkan oleh sebuah akhbar iaitu akhbar Kosmo bertarikh 14 November 2016 bahawa caj hospital kerajaan akan dinaikkan sehingga 50 peratus pada 1 Disember ini atau selewat-lewatnya Januari 2017.

Menurut berita tersebut seperti mana dilaporkan, dikatakan kenaikan tersebut melibatkan kesemua jenis rawatan bagi Kelas 1 dan Kelas 2, mencakupi kos bersalin, rawatan pesakit ditahan di dalam wad, fisioterapi, radioterapi, nefrologi dan juga psikiatri.

Menurutnya lagi, saya dimaklumkan juga bahawa caj rawatan bersalin melalui pembedahan sebanyak RM800 sebelum ini akan dinaikkan kepada RM1,200. Justeru itu, saya amat berharaplah kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian, supaya apa yang dinyatakan dalam akhbar tersebut dapat diperjelaskan kerana saya amat memahami jiwa nurani Yang Berhormat Menteri terhadap isu ini.

Tuan Pengerusi, oleh kerana isu ini telah memberikan satu elemen kepanikan yang mana khususnya kepada rakyat dan sehingga mengakibatkan kerajaan menjadi mangsa di atas unsur-unsur panik tersebut. Sekiranya tidak benar, saya rasa pihak kementerian boleh membantu menjelaskan dalam Dewan yang mulia ini.

[Timbalan yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi, perkara yang seterusnya Butiran 020400 iaitu Pendidikan Kesihatan. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak kerajaan kerana menurut Bajet 2017, kerajaan amat prihatin terhadap tahap kesihatan rakyat apabila memperuntukkan sejumlah RM25 bilion kepada Kementerian Kesihatan. Daripada jumlah tersebut, saya melihat RM80 juta diperuntukkan bagi melaksanakan Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) dan pencegahan penularan wabak denggi serta Zika.

Saya melihat bahawa Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) ini bagi hemat saya merupakan satu strategi lautan biru yang mana Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan penggerak utama. Saya difahamkan, seramai kira-kira 250,000 penduduk di negara ini sudah menjalani saringan kesihatan menerusi sukarelawan Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) sejak ia ditubuhkan pada Oktober 2013. Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri khususnya apabila program KOSPEN ini banyak dilakukan, khususnya di kampung- kampung dan juga taman-taman yang ada di Kuala Selangor.

final • 5:32 PM

Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Saya juga amat berharap agar program ini dapat ditambah dan dipergiatkan lagi kerana pada hemat saya, kesedaran kesihatan ini amat penting untuk kita uar-uarkan dalam kalangan rakyat akar umbi termasuk juga keramahan dan juga kebijaksanaan doktor- doktor dan juga agensi pegawai-pegawai kesihatan di dalam Parlimen dan Daerah Kuala Selangor membimbing masyarakat khususnya melalui program KOSPEN ini.

Berdasarkan statistik yang dinyatakan dalam laman web Kementerian Kesihatan, penyakit berkaitan edaran darah merekodkan 24.71 peratus kematian di hospital kerajaan dan swasta di negara Malaysia, diikuti penyakit berkaitan sistem pernafasan, 21.70 peratus.

Manakala penyakit berkaitan jangkitan kuman pula berada di tempat yang ketiga, yang mana saya lihat punca utama kematian di negara ini dengan 13.66 peratus, manakala di kedudukan keempat adalah kanser, 13.62 peratus.

Sehubungan dengan itu, saya amat memuji inisiatif pihak Tenaga Nasional Berhad dan juga kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan nasihat dan juga kepakaran Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Program Komuniti Sihat Perkasa Negara. Mungkin selepas ini saya ingin mencadangkan supaya program KOSPEN ini dapat diperbesarkan skop, melibatkan lagi agensi-agensi kerajaan khususnya bagi elemen keselamatan yang saya fikir ini juga mungkin sebahagian daripada segi untuk melahirkan komuniti sihat bukan hanya fizikal tetapi juga mental.

Melihatkan inisiatif ini, saya amat berharap juga kerajaan dapat membesarkan lagi seperti yang saya nyatakan tadi supaya penglibatan generasi muda dapat ditambah, supaya wujud semangat kesukarelawan dalam kalangan generasi muda sama ada golongan profesional ataupun belia di kampung-kampung untuk dipergiatkan penambahan penglibatan mereka dengan program KOSPEN ini.

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 030000 − Perubatan. Bagi menjamin taraf kesihatan yang lebih baik, doktor memainkan peranan penting di dalam pembangunan sesebuah negara. Pada hemat saya, sumbangan doktor adalah untuk memastikan kesihatan awam di tahap yang memberangsangkan dan sekiranya peranan doktor tidak diberi keutamaan, maka negara akan menghadapi kemunduran seperti mana negara-negara yang mana penduduknya mudah terdedah dengan pelbagai jenis ancaman penyakit sehingga membantutkan pertumbuhan ekonomi negara terbabit.

Sehubungan dengan itu, apabila negara dikejutkan dengan adanya mungkin kenyataan oleh sesetengah pihak bahawa kira-kira 150 doktor pakar yang bekerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia meletak jawatan setiap tahun sejak enam tahun yang lalu, mengakibatkan unjuran doktor dan pesakit tidak lagi sejajar ataupun seiring. Di sini saya hendak ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah benar kenyataan ini kerana berdasarkan statistik yang diberikan, 128 doktor pakar meletak jawatan sejak Januari hingga September tahun ini berbanding 124 orang pada tempoh masa yang sama tahun lalu?

Selain daripada itu juga, negara mempunyai kekurangan hampir 900 doktor pakar kecemasan bagi menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah. Sehingga hari ini, negara hanya mempunyai- saya difahamkan kira-kira 300 orang sahaja doktor pakar kecemasan yang sememangnya tidak berupaya untuk merawat jumlah pesakit yang kian bertambah. Saya lihat ini sangat penting supaya pihak kerajaan dapat memperjelaskan.

Di samping tentang soal gaji rendah di hospital kerajaan. Apabila seseorang lepasan bidang kedoktoran menamatkan pengajiannya dan ditempatkan di hospital kerajaan dengan gred U41 dengan gaji bulanan lebih kurang RM3,000 dan bagi memperoleh kenaikan gaji, doktor tersebut haruslah melanjutkan pengajian di dalam kepakaran tertentu dan ini mungkin- saya hendak tanya pihak kementerian- bagaimana kaedah untuk merancakkan lagi semangat motivasi doktor-doktor ini khususnya di peringkat hospital kerajaan?

final • 5:32 PM

Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Saya akui, pihak kementerian banyak bantu rakyat. Cuma, kita hendak wujudkan persekitaran yang kondusif dan juga penyayang kerana baru-baru ini bila saya berada dalam salah sebuah hospital kerajaan, saya akui bebanan doktor khususnya apabila mereka terpaksa merawat jumlah pesakit yang semakin meningkat khususnya di wad-wad kecemasan.

final • 5:40 PM

Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Tuan Pengerusi, saya juga ingin bertanyakan kepada pihak kementerian kerana baru-baru ini saya difahamkan Yang Berhormat Menteri Kesihatan pernah mengumumkan tentang kewujudan Klinik Rakyat 1Malaysia di DUN Ijok di Kuala Selangor. Ini kerana pada hemat saya, ini sangat penting khususnya bagi menggerakkan warga kesihatan di kalangan masyarakat kaum India yang ada di DUN Ijok tersebut. Saya fikir selaras dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Menteri dalam masyarakat 1Malaysia dan lebih-lebih lagi kunjungan Yang Berhormat Menteri di Parlimen Kuala Selangor, sudah tentunya dengan adanya Klinik Rakyat 1Malaysia di DUN Ijok ini akan memberikan satu gambaran dan positifnya terhadap kewujudan klinik untuk memberikan khususnya rawatan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan.

Cuma, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri kerana saya juga mendapat maklumat bahawa ada juga Klinik 1Malaysia di Saujana yang mana saya lihat mereka yang mendapat rawatan tersebut bukan hanya mereka yang mungkin golongan B40 tetapi ada juga masyarakat kelas atasan yang mungkin mempunyai pendapatan yang lebih mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia. Adakah kerajaan akan mewujudkan satu ruang dan sebagainya untuk mengurangkan perkara tersebut?

Akhir kata, sekali lagi Kuala Selangor menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kepong.

final • 5:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Pengerusi, Butiran 010000 – Pengurusan dan seterusnya Butiran 020000 – Kesihatan Awam. Di sini Tuan Pengerusi, saya nampak peruntukan pengurusan dikurangkan kepada RM1.2 bilion daripada RM3.2 bilion. Ini bermakna ada banyaklah pengurangan untuk pengurusan kesihatan. Kalau kita lihat apa yang diperlukan untuk pengurusan ini, ia termasuklah sumber manusia. Ini adakah bermakna bilangan kakitangan itu akan dikurangkan? Sebab, saya nampak di sini ada pelaksanaan urusan kenaikan pangkat secara time based pada tahun ini seramai 9,500 dan tahun depan seramai 11,500. Dengan kekurangan begitu dahsyat, apakah akan dibuat untuk pengurusannya?

Sebab, kita hendak perjalanan kesihatan di negara ini meningkat. Kalau hendak meningkat, pengurusan sudah kurang begitu banyak, macam mana ia boleh ditingkatkan kualitinya dan sebagainya? Ataupun ini akan distreamline, dikurangkan kakitangan yang tidak cekap akan ditamatkan perkhidmatan? Adakah itu maksudnya? Ini lebih baik kerana walaupun ada masalah ekonomi, kita peruntukkan untuk kesihatan itu ada tambah sedikit daripada untuk kesihatan awam itu, sudah ditambah.

Dengan ini, saya berharaplah masalah kerana bilangan yang pergi ke swasta itu memang kurang kerana ekonomi yang tak tentu dan banyak yang pergi ke hospital-hospital awam termasuk di Negeri Sembilan itu memang banyaklah yang masuk ke hospital awam, bukan pergi ke hospital swasta. Inilah kita berharap perkhidmatan di hospital awam ini boleh ditingkatkan.

Dan orang yang tunggu lama sekarang, saya nampak kadangkala dia pergi pagi tunggu sampai petang pukul lima pun tak sampai lagi. Ini memang saya berharap Yang Berhormat Menteri Kesihatan dapat melawat ke hospital-hospital terutamanya hospital yang sibuk misalnya Hospital Kuala Lumpur. Kita tengok macam mana kita boleh kurangkan orang yang berbaris ini kerana memanglah mereka buat aduan kerana kita tunggu dengan lebih lama tak sampai lagi dan kadangkala kita hendak rawatan, kita mesti tunggu lagi kerana tak mampu pergi ke hospital swasta, dia tunggu di hospital awam.

Inilah, dengan kekurangan kakitangan kita, kekurangan wang pengurusan, macam mana kita boleh selesaikan masalah ini? Itulah sahaja. Sekian, terima kasih.

final • 5:42 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 5:42 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 5:46 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya menyentuh Butiran 120200 – Keperluan Emolumen Tambahan Tahun 2017 dan Butiran 120300 – Pewujudan Jawatan Baharu/Tambahan Tahun 2017 di bawah Maksud Bekalan B.42.

Tuan Pengerusi, kesihatan adalah harta. Dengan izin, health is wealth. Kalau kita hilang kesihatan, kita hilang segala-galanya. Dalam negara hendak melangkah menjadi negara maju, kita dah buat macam-macam dah. Macam-macam pembangunan, infrastruktur dan sebagainya bagus dan banyak lagi yang kita akan buat tetapi antara salah satu perkara yang sangat-sangat penting ialah berkenaan dengan kesihatan rakyat di negara Malaysia ini. Kerana kalau rakyat kita sakit, dekat mana kita hendak untung ekonomi kita? Kalau rakyat kita sakit, macam mana kita hendak kerja lebih baik lagi, hendak jadi lebih baik lagi?

Jadi saya melihat dalam perbahasan Peringkat Jawatankuasa ini...

final • 5:46 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, kalau tak ada yang sakit, hospital kena tutup, Yang Berhormat.

final • 5:46 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

[Ketawa] Saya menekankan bahawa kepentingan kesihatan ini patut diberi keutamaan dan apa yang kerajaan telah buat selama ini dan kementerian telah buat selama ini, saya amat memujilah.

Satu ucapan tahniah kerana usaha-usaha yang dilakukan.

Cumanya, kita lihat ada beberapa perkara yang perlu diperbetulkan lagi.

Umpamanya yang kita lihat sekarang ialah masalah brain drain ataupun pakar-pakar yang keluar. Mereka ini terdiri daripada mereka yang telah lama bekerja. Saya sendiri adalah salah seorang doktor, dah lama. Selama 30 tahun saya bekerja sebagai seorang doktor sebelum saya datang ke bidang politik. Saya dapat melihat bagaimana perkembangan dahulu. Kalau dahulu gajinya berapa, sekarang gajinya berapa. Kalau dulu, kita tak ada kerja. Kita datang kerja tapi kerja tak ada. Saya pun tak tahu apa makna overtime. Saya kerja, saya tak pernah dapat overtime, seingat saya. Dulu ada overtime kah? Sekarang ini macam mana keadaannya?

Tetapi hari ini keadaan dah berubah dan sebagainya. Kita lihat hari ini doktor yang banyak tersangkut di Gred U54 yang tidak dapat naik ke peringkat JUSA kerana kepenuhan jawatan itu sendiri. Saya ucap tahniah kepada kerajaan, tahniah kepada kementerian kerana dapat menjiwai perasaan doktor kerana mereka yang tersangkut lama ini, kerja kuat, tentulah hatinya terasa juga kerana mereka tidak dapat naik pangkat umpamanya, tidak dapat senioriti umpamanya. Dan di sini bagus. Saya hendak ucap tahniah kerana kerajaan telah buat sesuatulah supaya kita tidak ada masalah brain drain hari ini.

Hari ini pun specialist hospital ada banyak. Kalau saya tengok di kawasan saya berhampiran dengan Bagan Serai, di Taiping pun dah banyak specialist hospital. Specialist pun nampak macam melenggong juga mereka. Atau ini kes tak ada kerja? Dah terlampau ramai umpamanya. Kerana, mereka keluar untuk dapat imbuhan yang lebih, untuk dapat kebaikan lagi tetapi kerajaan tidak dapat membantu dalam keadaan ini.

Tuan Pengerusi, antara yang paling kurang tenaga ialah bidang neurosurgeri.

Contohnyalah, 47 orang pakar yang terdapatnya, semua ditempatkan di bandar-bandar besar. Saya pernah pergi US, pekan kecil sahaja tetapi ada neurosurgeon. Kebetulan ada saudara saya yang ada cerebral bleeding dan dia dapat diselamatkan. Cuba bayangkan kalau ada orang kena bleeding duduk di Bagan Serai, hospital pun tak siap lagi. Kalau hospital adapun, tak ada pakar lagi. Jadi kita kena fikir ini sebab negara hendak pergi negara maju.

Ini ada thought atau pemikiran yang saya hendak sampaikan ini adalah bagaimana kita patut buat benda ini dalam keadaan suasana kita yang kita katakan suasana ekonomi yang lembap dan sebagainya, apa yang kita hendak buat, apa yang kita hendak selesaikan dulu.

final • 5:46 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Pengerusi, berbalik kepada mekanisme yang dirangka oleh kerajaan yang memastikan golongan doktor perubatan dan pakar tidak beralih arah ke hospital swasta. Ini yang saya sebutkan tadi. Bila mana diwujudkan satu Gred 56, antara Gred 54 dan JUSA, di mana bagi pegawai perubatan, pakar dan pegawai pergigian pakar. Dilantik satu kumpulan lagi yang duduk di antara kedua-dua ini.

final • 5:50 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Jadi, pujian harus diberikan kepada kerajaan atas keprihatinan ini dan saya mengharapkan para doktor juga dapat mengimbangi antara perasaan dan pengorbanan.

Itu janji kita. Semua ada. Doktor-doktor sini sumpah. Itu janji kita. Bila kita sudah bertekad untuk jadi doktor, bila kita sudah bertekad untuk menjadi seorang yang memberi rawatan kesihatan, maka kita tidak boleh berkira sebenarnya. Kita tidak boleh berkira sebenarnya.

Itu yang kita amalkan dulu.

Tuan Pengerusi, selain itu saya juga mohon kepada kementerian untuk merangka pelan tindakan jangka panjang bagi mencari penyelesaian terhadap kekurangan perjawatan serta kekosongan kuota yang terhad bagi graduan-graduan perubatan. Ini kita dengar baru- baru ini. Terima kasih sekali lagi kepada kerajaan kerana telah merangka program kontrak umpamanya. Akan tetapi bagaimana masa akan datang? Ini kerana kita lihat doktor yang hendak datang ini beribu. Doktor yang hendak datang ini beribu. Dari luar negara lagi, dari dalam negara lagi. Doktor yang diterima masuk ini yang saya tahu baru-baru ini ada yang tunggu sampai lapan bulan tidak kerja lagi. Apabila mereka masuk, datang batch yang satu lagi. Jadi, ini bertempek-tempek umpamanya.

Jadi, bagaimana hendak selesaikan masalah ini kerana mereka ini sudah belajar lima enam tahun di luar ataupun di dalam negeri. Mereka telah menghabiskan masa, wang ringgit dan usaha serta penat lelah dan sebagainya serta menjadi harapan kepada keluarga umpamanya. Satu kebanggaan kepada keluarga ataupun mengubah hidup dan nasib keluarga dengan menjadi seorang doktor umpamanya. Akan tetapi adakah jadi? Sekarang ini tidak jadi lagi. Dulu, 30 tahun dulu bila kita keluar, saya ingat lagi kalau ada doktor-doktor sekarang ini, 30 tahun dulu tidak sempat kita hendak buat apa, hospital sudah panggil sebab tidak cukup.

Akan tetapi sekarang ini perjawatan itu tidak ada. Dulu kita dengar tempat latihan tidak ada. Saya asyik dengar keduanya. Perjawatannya itu sudah kosong sehinggakan diberi peluang dalam program kontrak ini. Saya setuju program kontrak ini salah satu cara sebab apa dengan ini, pertamanya graduan-graduan muda ini tidak lupa kepada amalan mereka. Ilmu mereka, amalan mereka, dia praktis. Saya puji kerajaan ini kerana biar lapan bulan anak-anak muda ini duduk di rumah, mereka bukan pergi klinik. Mereka pergi mana?

Saya tidak tahu mereka pergi mana. Mungkin ada yang pergi cari kerja sebab hendak cari makan dan dia tidak tahu, akhirnya dia akan lupa.

Ada satu orang graduan dari farmasi dia datang ke klinik saya. Dia tanya saya, dia kata minta kerja dia cakap. Saya kata kenapa kamu tidak pergi. Dia kata susah. Hidup keluarga susah. Kenapa kamu tidak pergi kerja kilang dan sebagainya saya kata. Dia kata kalau saya pergi kerja kilang, saya hilang ilmu farmasi yang saya belajar ini. Berapa tahun saya belajar sedangkan saya sudah berhubung dengan pihak universiti, tidak ada tempat kekosongan. Jadi, ini kebimbangan-kebimbangan yang wujud kepada graduan-graduan yang baru ini untuk fikir macam mana mereka hendak meneruskan kehidupan mereka.

Jadi, saya ucapkan tahniah kepada kerajaan. Di samping itu fikirlah bagaimana cara. Tentang teaching hospital, dengan izin, tentang perjawatan untuk graduan-graduan baru dan juga untuk menyokong doktor-doktor supaya dapat duduk lama dan tidak ada masalah brain drain dalam negara kita hari ini. Kalau tidak, kita susah.

Butiran seterusnya mengenai 00400 – Hospital Baharu. Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar dan Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan. Saya hendak sentuh sikit tentang yang saya sudah sebut baru-baru ini ialah bila terjadinya kebakaran di hospital di Johor. Saya beritahu kepada Yang Berhormat Menteri semasa Yang Berhormat Menteri membentangkan, sebelum kebakaran di Johor, dua kebakaran berlaku di klinik-klinik. Klinik Kesihatan Teluk Medan, Bagan Serai, Klinik Kesihatan Bagan Serai sendiri. Saya difahamkan disebabkan wiring dan kita tahu bahawa klinik-klinik ini sudah lama dan mungkin pendawaiannya, wiringnya sudah lama dan kalau jadi sesuatu yang membahayakan orang dan juga menyebabkan perkhidmatan kesihatan akan terganggu. Jadi, ini terjadi di Bagan Serai.

Saya minta kementerian lihatlah klinik. Bukan sahaja di Bagan Serai, malah di mana-mana dalam Malaysia ini. Tengok klinik-klinik yang lama. Wiring itu. Sekarang ini aircond makin banyak. Aircond makin banyak. Bilik doktor aircond. Saya tengok ada banyak aircond. Bilik ini aircond, bilik itu aircond. Antaranya macam di Klinik Bagan Serai itu, aircondnya meletup. Adakah sebab aircondnya atau wiringnya dan sebagainya? Jadi, itu saya lihat dalam ubahsuailah. Naik taraf dan pembaikan untuk melihat kepada kepentingan- kepentingan yang perlu ada.

final • 5:50 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Seperkara lagi yang telah saya cakap banyak kali pun. Saya hendak ulang sahaja.

Keperluan satu klinik yang baru di Kampung Matang Gerdu di antara Klinik Kesihatan Bagan Serai dan Klinik Kesihatan Kuala Kurau. Jarak lebih kurang lapan batu tetapi disebabkan oleh kepadatan pesakit mencecah 156 orang outpatient sehari dan dijangka akan meningkat sebab peningkatan sekolah-sekolah baru dan juga taman-taman perumahan baru. Matang Gerdu hari ini mempunyai penduduk lebih kurang 20,000 hingga 22,000 orang dan kebanyakannya adalah golongan sederhana dan ke bawah yang memerlukan perkhidmatan ini. Cuba bayangkan mereka duduk lama di sana tidak ada orang dapat memberikan perkhidmatan yang baik.

Tuan Pengerusi, akhir sekali saya hendak sebut tentang 080100 – Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia iaitu berkenaan dengan kesihatan yang disebut Yang Berhormat Kuala Selangor tadi tentang KOSPEN. Saya lihat KOSPEN ini, mereka yang terlibat ini bersemangat tetapi saya minta kerajaan beri tumpuan lebih sikit sebab KOSPEN ini dia tentang persediaan.

Kata orang, *“Sediakan payung sebelum hujan. Jangan terhantuk baru tengadah.

Jangan sampai nasi jadi bubur”*. Kalau sudah sakit, rawatannya berat. Baik kita cegah.

Saya sudah beritahu, cegah ini tidak mahal, tidak susah, tidak sakit, tidak takut. Lebih murah sebenarnya. Jadi, kita ambil pendekatan ini. Jadi, KOSPEN ini kita bagi lebih lagi.

Saya tengok ada KOSPEN. Di Bagan Serai ada mereka KOSPEN keluarkan duit sendiri dulu sebab tidak cukup duit untuk ini. Mereka beritahu saya. Jadi, kita boleh bantu.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masa habis, Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Jadi Tuan Pengerusi. Ya, Tuan Pengerusi?

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masa sudah habis.

final • 5:50 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Masa sudah habis? Saya tidak dengar, Tuan Pengerusi. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih banyak kerana bagi peluang kepada Bagan Serai untuk meluahkan perasaan. Bagan Serai menyokong.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 5:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang untuk bersama dalam perbahasan, khususnya bagi butiran Bekalan dan Pembangunan B.42. Butiran 040000 – Penyelidikan dan Sokongan Teknikal, termasuklah Butiran kecil 040200 – Kejuruteraan. Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada potongan bagi bidang kejuruteraan di bawah Kementerian Kesihatan yang melihat daripada RM367 juta pada tahun 2016 kepada hanya RM342.8 juta pada Belanjawan 2017- RM342 juta ya.

Jadi, saya nampak pemotongan hampir 13 peratus dan ini agak menyulitkan memandangkan banyak masalah yang telah dihadapi oleh pelbagai hospital di Malaysia.

Sebentar tadi Yang Berhormat Bagan Serai membangkitkan isu kebakaran dan bukan sahaja di Hospital Sultanah Aminah tetapi sebenarnya 19 kes. Kalau kita lihat daripada awal tahun 1990-an, walaupun di Hospital Sultanah Aminah ini terburuk yang berlaku kemalangan jiwa. Dari Julai hingga Ogos 2016 Tuan Pengerusi, tiga kes kebakaran.

Daripada satu bulan ini, tiga kes kebakaran dilaporkan berlaku di Hospital Lundu disebabkan litar pintas, kebakaran bilik suis utama di Hospital KPJ Sabah dan kebakaran stor di Pusat Perubatan Pakar Sri Kota.

Jadi, saya fikir wajib ada tindakan yang segera. Saya masih ingat cadangan supaya Royal Commission of Inquiry didokong oleh Yang Berhormat daripada Bagan Datok menyatakan penting untuk menyiasat dan mengenal pasti antara sebab-sebab utama berlakunya kebakaran, khusus bagi hospital-hospital di Malaysia yang berumur 20 tahun ke atas. Saya juga mencadangkan sehubungan ini bila kita melihat trend dan prestasi yang sangat buruk ini bagi pihak kementerian menubuhkan satu pasukan khas.

final • 5:56 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Saya pasti semua bekerja keras dan ini bukan suatu yang mudah tetapi cadangan saya untuk diwujudkan satu pasukan khas bersedia menangani sebarang insiden di hospital awam. Sememangnya di kala ini, bila masa berlaku degree of awareness, dengan izin Tuan Pengerusi, Menteri boleh sahaja mengemukakan ke Kabinet supaya peruntukan itu dikekalkan sejajar dengan keperluan Kementerian Kesihatan.

Contohnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang saya lawati, boleh sahaja melakukan lawatan dan membuat kajian menyeluruh tentang SOP yang paling sesuai bagi menangani dan diguna pakai oleh kakitangan hospital semasa berdepan dengan kes kecemasan, termasuklah kebakaran. Saya fikir laporan ini wajib dibentangkan to show the seriousness. Saya fikir there’s no difference. Both sides of the political divide mendukung sebarang usaha untuk memelihara dan memperbaiki keadaan demi kepentingan awam.

final • 5:56 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Tuan Pengerusi, seterusnya saya pergi kepada maksud B.42, Butiran 030000 – Perubatan dan juga butiran kecil Butiran 030400 – Rawatan Pesakit Dalam. Sebelumnya kita tahu tentang kekurangan hospital atau doktor pakar kecemasan di seluruh negara di mana sekarang ini Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan hanya 300 orang sahaja yang ada. Ini kerana daripada sasaran 900 orang itu dalam setiap tahun hanya 60 doktor sahaja yang dipilih berikutan jumlah kuota yang sedikit. Sebanyak tiga universiti yang dikenal pasti yang menghasilkan graduan bagi doktor pakar kecemasan, USM, Universiti Malaya dan UKM.

Saya sebut sebelum ini memang peruntukan dipotong. Memang bukan bawah Kementerian Kesihatan tapi sebaiknya harus diberikan penekanan bahawa setiap kementerian berjalan dan bergerak seiringan untuk memastikan sasaran Kementerian Kesihatan itu mampu kita capai.

Bagi kita Tuan Pengerusi, 75 peratus rakyat Malaysia menggunakan sistem rawatan hospital dan 90 peratus mengguna pakai sistem pesakit luar, penjagaan kesihatan.

Akan tetapi kerajaan hanya membelanjakan 55.4 peratus untuk penjagaan kesihatan. Bila masa berlakunya peningkatan kos khusus untuk wad kelas pertama dan kedua di semua hospital, dinaikkan sebanyak 50 peratus berkuat kuasa 1 Januari tahun hadapan. Saya hanya bimbang adakah kementerian melakukan kajian cost benefit untuk memberikan jaminan bahawa tidak akan berlaku lingkaran, multiply effect kepada kos-kos barangan lain.

Kita faham ada potongan tetapi it has to be sort of exception when it comes to healthcare. Jadi pada saya memanglah kita faham hanya melibatkan pesakit kelas satu dan kelas dua tetapi ia juga melibatkan Tuan Pengerusi semua jenis rawatan untuk warganegara seperti bayaran wad am dan wad bersalin, rawatan pesakit ditahan dalam wad, fisioterapi, radioterapi dan nuklear, nefrologi dan juga psikiatri. Jadi kos bersalin kelas satu di hospital awam contoh RM800 berbanding dengan kos rawatan yang sama di hospital swasta RM3,500 hingga RM6,000. Akan tetapi saya hendak tunjukkan dari segi median, kos melahirkan bayi di hospital UK dan Australia adalah lebih rendah daripada berbanding dengan Malaysia kalau lihat pada tangga gaji.

Jadi semua faktor-faktor ini harap-harap perbezaan kalau di Australia itu kadar median sebulan gaji bagi 2.6 hari semasa melahirkan anak di Malaysia median tiga bulan gaji. Jadi mungkin faktor inilah harus diambil kira. Saya pasti di sini saya mendukung penuh Kementerian Kesihatan dan Yang Berhormat Menteri kerana saya harap dapat ditekankan dalam Kabinet this is a priority. Bab-bab lain itu satu hal. Akan tetapi di Malaysia memang banyak bergantung. Yang Berhormat Permatang Pauh 14 tahun di PPUM, bertugas sebagai ophthalmologist. Jadi pada saya inilah sesuatu yang kita harus garap dan pegang sampai ke akhirnya.

Terakhir Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 020000 – Kesihatan Awam di bawah Butiran 020400 – Pendidikan Kesihatan di mana saya agak terkejut kerana berlaku penurunan dalam bajet bagi pendidikan kesihatan daripada RM65,401,400 juta pada tahun 2016 kepada RM45.8 juta pada Belanjawan 2017. Penurunan sebanyak 29 peratus, very high. Ia memperlihatkan adakah kerajaan mengurangkan tumpuan dalam memberikan informasi kepada orang awam bila masa di kawasan saya contohnya Lembah Pantai fenomena dan penyakit denggi itu masih lagi berleluasa. Baru bulan lepas, seorang anak kecil, Haikal berumur 10 tahun meninggal dunia akibat denggi.

final • 6:00 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Jadi pada saya bila masa kita bercakap tentang semua masalah kes denggi melibatkan kanak-kanak sehingga kematian bila masa demam denggi berdarah, jadi pendidikan tentang kesedaran kerana saya tahu bukan mudah, it’s not easy because it requires the support and contribution of all the committees. Maka, dari isu kesedaran ini juga termasuk dalam NKEA, Penjagaan Kesihatan berdasarkan Pelan Strategik 2011 hingga 2015 Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jadi bagaimanakah Yang Berhormat Menteri boleh menganggarkan dari segi adakah kita mahu ketepikan perkara ini? Apakah rasional dan penggantian misalannya? Ini adalah faktor-faktor yang harus diambil kira. Oleh sebab itu saya juga bekas pesakit denggi dan antara langkah efektif yang dilakukan oleh kementerian bila masa the delivery, once you monitor penyakit di klinik-klinik, laporan itu diterima dan serta-merta mereka menghantar pegawai-pegawai yang pada saya agak konsisten melakukan tugasan.

Hanya bila masa kita melihat seperti saya sebut tadi jangka masa pendek dan jangka masa panjang, kementerian harus diberikan dukungan lebih. Ini bukan soal hanya tanggungjawab Yang Berhormat Menteri. Jadi saya berharap tidak terlalu lewat untuk mengadakan beberapa perubahan dan kerana itulah saya gesa Yang Berhormat Menteri push them for Royal Commission. Ini kerana bila masa berlaku insiden seperti di Johor itu, dia membantu greater degree of awareness, greater degree of support dan harap-harap selepas itu akan membuahkan hasil dengan lebih baik. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Parit.

final • 6:00 PM

Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Pertama, saya hendak menyentuh tentang Butiran 00400 – Hospital Baru.

Saya sebenarnya ingin tahu daripada kementerian atau Yang Berhormat Menteri bilakah sebenarnya hospital ini akan dibina sebab telah pun lulus dalam Bajet 2015. Waktu saya jumpa Yang Berhormat Timbalan Menteri, dia pun nampak confused, Parit Buntar ke Parit katanya. Parit Buntar lain, Parit lain. Jadi maksudnya kami tapak pun sudah ada dan setiap kali saya balik kampung, kawasan, orang bertanya, bila hendak bina hospital. Jadi saya tidak mahu orang kampung menganggap ini satu janji kosong daripada kerajaan. Jadi saya harap daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya hendak tahu bilakah hospital ini akan dibina.

Perkara kedua ialah Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar dan Butiran 00300. Di Hospital Changkat Melintang kita ada lapan mesin dialisis yang digunakan oleh 23 orang pesakit buah pinggang. Permohonan semakin bertambah tapi permintaan tidak dapat untuk dipenuhi kerana mesin yang tidak mencukupi. Jadi saya hari ini minta kepada kementerian untuk supaya dapat menambah lagi mesin dialisis di Hospital Changkat Melintang bagi memenuhi permohonan yang semakin bertambah pada hari ini.

Permohonan-permohonan telah pun dikemukakan tapi tidak dapat ditimbangkan kerana penggunaan yang telah maksimum dan tidak dapat dipenuhi. Jadi saya mohon kepada kerajaan, Kementerian Kesihatan untuk dapat menambah lagi.

Kemudian tentang KOSPEN, saya juga bersetuju dengan pandangan rakan-rakan yang lain tadi bahawa KOSPEN merupakan satu program yang cukup baik bagi mendidik masyarakat untuk mengetahui tentang penyakit-penyakit dan sebagainya. Cuma seperti kata rakan yang lain, kena beri sedikit tambahan peruntukan supaya program yang baik ini dapat diteruskan. Itu perkara kedua.

Perkara ketiga Butiran 120400 – Kenaikan Pangkat/Time Based. Kita selalu bercakap atas kerisauan doktor-doktor yang berpengalaman dan doktor-doktor yang pakar akan keluar. Akan tetapi kita sendiri tidak berikan mereka peluang untuk naik gaji dan sebagainya. Cuma baru-baru ini kerajaan menjanjikan daripada Gred 54 pergi ke Gred 56.

Kepada saya kenapa tidak kalau doktor itu peringkat pakar dan berpengalaman, kenapa tidak terus bagi JUSA C saja supaya mengikat hati dan perasaan mereka untuk bekerja dengan kerajaan sebab hospital kerajaan perlukan pakar-pakar. Jadi kerana itu kepada saya jangan sangat pertimbangan kewangan difikirkan tetapi harus pertimbangan bagi mengekalkan pakar-pakar perubatan itu berada dalam sistem kerajaan. Itu perkara yang ketiga.

final • 6:06 PM

Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit

Perkara keempat ialah tentang penyakit, Butiran 020300 – Kawalan Penyakit. Di tempat saya tiap-tiap tahun berlaku denggi berdarah. Dalam setahun itu dua kali, tiga kali berlaku di beberapa taman. Bila berlaku kita jemput pejabat kesihatan untuk semak dan check. Selepas itu penyakit itu akan berkurangan. Soalnya sekarang kenapa penyakit itu tidak dapat terus dihapuskan walhal dikatakan Kementerian Kesihatan mempunyai team atau pasukan yang dapat menjejak, dapat menghapuskan penyakit-penyakit yang berbahaya.

final • 6:06 PM

Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit

Jika ini terus berlaku maka tentulah pandangan orang ke Pejabat Kesihatan akan berkurangan. Jadi ini yang kita tidak hendak jadi kerana itu saya berharap supaya usaha- usaha yang berterusan dapat dilakukan bagi menentukan rakyat akan dapat hidup dengan aman dan tenteram. Itu sahaja terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 6:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin menyentuh perkara yang mungkin telah disentuh oleh kawan-kawan kita yang lain di dalam B.42 dan P.42 ini. Pertamanya saya melihat antara aktiviti utama Kementerian Kesihatan ialah rawatan dan penyediaan ubat dan bekalan farmasi. Ini antara yang menyebabkan di luar di swasta antara punca kita rakyat Malaysia tidak berupaya untuk akses kepada perkhidmatan swasta ini ialah kerana harga ubat-ubatan yang mahal.

Tanggungjawab kerajaan ialah untuk menyediakan perubatan-perubatan tersebut, ubat-ubat tersebut. Kita sedia menyedari bahawa kos ubat ini mahal terutama ubat-ubat yang berjenama, yang baru dalam pasaran tetapi amat diperlukan. Sesetengah rawatan kita menyedari, sesetengah penyakit kanser misalnya akan terpaksa berbelanja bagi satu cycle rawatan mungkin dalam RM20,000 ataupun RM30,000. Ini tidak mungkin dapat diakses oleh rakyat kita yang biasa.

Dalam peruntukan yang disediakan pada tahun ini, kita menggabungkan perbekalan bagi farmasi, bagi program kesihatan awam dan juga perubatan yakni bekalan di hospital. Kita melihat suatu pengurangan yang amat ketara dalam peruntukan yang disediakan. Bagi kesihatan awam, kita melihat penurunan RM100 juta manakala di perkhidmatan perubatan ataupun di hospital pengurangan RM300 juta. Bermakna dua perkhidmatan ini sahaja sudah dikurangkan RM400 juta. Kalau kita membandingkan kementerian-kementerian lain pun kita boleh berhujah, semua kementerian mengalami penurunan dalam belanjawan kali ini termasuk juga kementerian-kementerian yang penting.

Bagi Kementerian Kesihatan kita melihat ada pertambahan dari tahun lepas berlaku tambahan hampir satu bilion. Akan tetapi jumlah pertambahan ini adalah tertumpu kepada emolumen, satu bilion itu adalah pertambahan kepada emolumen. Itu tidak dapat dielakkan kerana kita mengambil lebih ramai doktor dan kakitangan dan juga skim-skim gaji yang bertambah. Namun kita tidak boleh mengorbankan peruntukan untuk bekalan ubat.

Bagaimana kita hendak mencatu bekalan ubat bagi pesakit-pesakit dengan mengurangkan peruntukan sebanyak RM400 juta ini lebih kurang?

Jadi saya inginkan penjelasan daripada Menteri bagaimana agaknya formula.

Apakah kita akan spread out prescription kita tetapi itu tidak akan- bottom line ini kita akan terpaksa menyediakan ubat dengan jumlah yang sama. Ataupun kita mula meminta pesakit untuk mendapatkan ubat ini secara membeli direct daripada farmasi di luar. Kalau ini berlaku Yang Berhormat Menteri dan juga Tuan Pengerusi kita akan menghadapi satu masalah yang besar di kalangan pesakit-pesakit kita. Jadi kalaulah satu ketika nanti kita terikat dengan TPPA misalnya yang kita telah projek kan bahawa harga ubat akan meningkat ini tentu akan lebih membebankan. Jadi soalan saya bagaimana kerajaan akan menangani kekurangan bekalan ataupun belanjawan bajet untuk membekalkan ubat-ubat di hospital ini.

Selain daripada itu saya juga ingin menyentuh dalam bab aktiviti pencegahan dan juga screening di dalam Kementerian Kesihatan ini sama ada preventive di bawah pendidikan kesihatan kah atau promosi kesihatan atau program pembangunan kesihatan keluarga.

final • 6:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Semuanya banyak melibatkan aktiviti pencegahan termasuk juga kawalan penyakit. Kita memerlukan program-program yang lebih dapat diterima oleh masyarakat kerana program pencegahan ini memerlukan satu usaha, a push ataupun tolakan yang kuat. Ini kerana pencegahan tidak mudah diterima oleh masyarakat kita yang menunggu untuk bertindak hanya apabila mereka dalam keadaan sakit. Ertinya untuk mendapatkan rawatan adalah lebih mudah kita perjelaskan.

Jadi, apakah pendekatan kementerian untuk memastikan, contohnya untuk mengurangkan kebarangkalian berlakunya perkahwinan antara pembawa-pembawa talasemia misalnya. Hal-hal agresif, dengan izin, kementerian untuk memastikan bahawa program pendidikan ini dapat ditingkatkan kerana kita tahu merawat kes-kes talasemia ini bagi seorang pesakit amat tinggi, mencecah 5,000, 6,000, 7,000 sebulan bagi kes-kes tersebut. Jadi pencegahan dalam kes ini adalah sangat diperlukan. Jadi macam mana kesungguhan ataupun tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan program pencegahan ini.

Seterusnya dalam program perubatan Tuan Pengerusi. Kita tadi telah banyak bercakap mengenai pengambilan ataupun attrition pakar-pakar kita daripada perkhidmatan kerajaan ke swasta. Salah satu langkah yang telah disebut dalam bajet kali ini ialah untuk mewujudkan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Parit tadi Gred 56 selepas Gred 54 sebelum JUSA. Saya juga bersama dengan Yang Berhormat Parit, mewujudkan satu skim tambahan Gred 56 ini juga memerlukan satu pertambahan bajet, belanjawan.

Akan tetapi ia tidak dapat memberikan satu kepuasan berbanding dengan mewujudkan jawatan-jawatan yang lebih dalam jawatan utama ataupun JUSA ‘C’, contohnya. Tentulah kita bandingkan dengan Gred 56 satu post berbanding dengan satu post ‘C’ itu akan memerlukan peruntukan yang lebih. Akan tetapi kesannya ialah kita dapat retain pakar-pakar ini dalam perkhidmatan kita untuk satu tempoh paling tidak dengan kenaikan ke JUSA ini untuk lima tahun kita berkeyakinan pakar-pakar ini akan dapat bertahan dalam perkhidmatan.

Kemudian kalau mereka layak kalau mereka beroleh JUSA ‘B’ misalnya sudah tentu akan bertambah tempoh berada dalam perkhidmatan kerajaan mungkin another five years. Jadi saya tidak nampak apa salahnya kalau kita instead of dengan izin mewujudkan Gred 56 ini terus mewujudkan Gred JUSA ‘C’ untuk pakar-pakar ini. Saya berkeyakinan di pihak kerjaya-kerjaya yang lain perguruan, kejuruteraan, Pegawai Tadbir dan Diplomatik tidak akan berasa cemburu kerana ini dapat dijustifikasikan.

Ini kerana ia melibatkan satu jabatan kerajaan, kementerian yang boleh, yang sangat penting, yang boleh memberikan manfaat kepada semua. Jadi tidak timbul kalau kita wujudkan di Kementerian Kesihatan bertambahnya jawatan-jawatan dalam JUSA ini maka kementerian lain pun akan menuntut. Saya rasa itu tidak timbul dan kerajaan harus serius kerana selagi itu tidak berlaku maka kita akan sentiasa berbahas di dalam Dewan ini bercakap tentang pakar-pakar kita yang meninggalkan perkhidmatan kita. Tuan Pengerusi, itu sahaja. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 6:10 PM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Pengerusi atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk turut serta. Pertamanya...

final • 6:19 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tidak sihat?

final • 6:20 PM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Kurang sikit.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sesuailah berbahas mengenai Kementerian Kesihatan.

final • 6:20 PM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Tidak apa, lepas ini Menteri bagi ubat lebih sikit. Saya ingin turut serta berbahas bagi Butiran 010300 iaitu Kewangan tentang caj yang dikenakan di hospital.

final • 6:20 PM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Saya mengajak semua rakan di sini, saya yakin yang di luar sana pun tidak ada sesiapa pun boleh membuat penafian bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Kerajaan Barisan Nasional telah memberi perkhidmatan yang terbaik dan termurah sekali.

Di mana kita hendak cari perkhidmatan sebegini murah. Saya selalu cakap bayar RM1.00 bawa balik ubat untuk sebulan. Bukan satu penyakit, kadang-kadang yang ada penyakit tiga serangkai, bayarannya tetap sama.

Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua terutama sekali kepada pihak kementerian supaya kita mengambil kira penjagaan yang kita nak sediakan ini khusus memang untuk rakyat Malaysia. Terutama bagi negeri-negeri walaupun bila kita buat dasar, biasanya ia menyeluruh dasar itu tidak tertakluk kepada mana-mana negeri tetapi perkara ini seperti yang saya katakan sebelum ini sangat dirasai oleh orang-orang yang tinggal di negeri Johor kerana ramai warga Singapura datang mendapatkan perkhidmatan untuk consultation di hospital yang paling dekat iaitu Hospital Sultanah Aminah dan mereka membayar sangat murah.

Tak payah nak cerita lagi pekerja asing, sememangnya kerajaan telah menaikkan sedikit tetapi saya kira mereka ini sepatutnya membayar yuran penuh, dikenakan bayaran penuh bagi perubatan, nilai sebenar perubatan kerana mereka tidak berhak mendapat subsidi yang sememangnya dikhususkan kepada rakyat Malaysia. Kita tidak boleh menafikan mereka daripada mendapat perkhidmatan treatment, dengan izin, tetapi hak sebagai warganegara tidak harus dikongsi dengan mendapat keistimewaan pembayaran yang murah daripada kerajaan kita. Saya yakin kalau warganegara kita pergi ke Singapura, kita kena membayar seperti mana rakyat mereka juga membayar dengan harga yang bukannya murah. Jadi sebab itu mereka mengambil pilihan untuk datang ke negara kita kerana ramai di kalangan mereka mempunyai rumah di kawasan kita.

Seterusnya saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk membicarakan Butiran 010200 – Sumber Manusia, Butiran 120300 – Perwujudan Jawatan Baharu/Tambahan Tahun 2017 dan Butiran 120400 – Kenaikan Pangkat/Time Based. Kita juga sangat berterima kasih dengan doktor-doktor, nurses yang berkhidmat di hospital- hospital kerajaan ini. Jumlah pesakit yang mereka need to attend, yang perlu mereka bagi perkhidmatan bukannya sedikit. Sebagai contoh, saya ingin mengambil pusat kesihatan sahaja di Pasir Gudang, purata satu hari doktor kena berjumpa hampir tujuh ratus orang pesakit.

Dalam keadaan begini, service mereka tetap konsisten. Nurses tetap memberi senyuman kepada pesakit-pesakit yang datang. Jadi di waktu begini, kita mempunyai satu lagi data yang dimaklumkan oleh pihak kementerian bahawa jumlah pengeluaran doktor dan jumlah pengambilan mendatangkan perbezaan yang banyak hingga menyebabkan ramai di kalangan mereka-mereka siswazah ini yang telah tamat pendidikan tetapi tidak mendapat tempat. Mungkin ini sesuatu yang boleh kita laksanakan, difikirkan walaupun banyak sekarang ini mereka ini diserapkan sama ada melalui kontrak, yang kontrak diberi serap untuk kerja-kerja yang tetap dan sebagainya tetapi masih berkurangan.

Apa kata kita pendekkan mereka dengan jumlah jam kerja kerana bila mereka shorter work hours, dengan izin, perkhidmatannya pasti lebih baik kerana tidak perlu berkhidmat dengan satu waktu yang panjang. Saya yakin pihak kementerian sangat prihatin perkara ini dan kita pun nak bagi penghargaan kepada pihak kementerian cuba melakukan yang sebaik mungkin, mengadakan pelbagai inisiatif untuk menarik perhatian doktor-doktor terutama doktor pakar daripada terus meninggalkan perkhidmatan mereka.

Akan tetapi tentunya kerajaan tidak mampu menyaingi bayaran yang bakal dibayar oleh hospital-hospital swasta di mana charges mereka dengan izin adalah sangat tinggi jika dibandingkan dengan apa yang diperolehi dana daripada orang ramai kepada hospital kerajaan yang dikenakan cajnya maksud saya. Tentu bila mereka melihat dollars and cents dalam kehidupan sekarang, dengan izin, mereka lebih tertarik pergi kepada hospital swasta.

Akan tetapi kita memerlukan kepakaran ini, kita tidak mampu hilang mereka kerana kita tidak mahu hospital-hospital kita pada satu hari akan hanya mempunyai doktor-doktor biasa tapi sangat kurang dari segi doktor-doktor pakar.

Saya juga ingin menyentuh soal penggalakan pusat-pusat dialisis yang dikendalikan oleh agensi-agensi kerajaan negeri ataupun pihak-pihak swasta dan NGO. Di dalam kawasan saya Yang Berhormat Tuan Pengerusi dan juga Menteri, masih ada dua permohonan yang pending. Saya pun tidak tahulah kenapa susah sangat hendak diluluskan.

final • 6:20 PM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Dua- satu daripada kerajaan negeri sendiri, dari Pusat Islam Negeri Johor. Mereka hendak mengadakan sebuah pusat di Taman Rintih, tempat semua dah siap, tinggal tunggu kelulusan sahaja, duit pun tidak minta dengan kerajaan banyak.

Begitu juga lagi satu NGO. Saya pun dah bagi surat sokongan, mereka pun nak buat juga pusat dialisis, tak mendapat juga kelulusan. Baru-baru ini ada seorang lagi menawarkan pada saya, dia kata Yang Berhormat cari jalan, kita akan fund kan untuk Yang Berhormat lagi sebuah pusat dialisis. Kenapa keadaan ini berlaku Tuan Pengerusi? Ini kerana di Pasir Gudang hanya ada satu saja pusat dialisis, itu pun wakaf daripada Johor Corporation yang dah sekian lama, kecil tempat itu. Jadi orang Pasir Gudang, penduduk 250,000 orang bukanlah sesuatu yang nak kita banggakan jika ramai orang kita mempunyai sakit buah pinggang tetapi keadaannya dah begitu. Jadi kita kena mencari jalan yang boleh memudahkan mereka mendapat rawatan.

Saya banyak mengeluarkan surat sokongan supaya mereka ini diberi perhatian, dapat di wakaf yang menyediakan di Pasir Gudang ini tetapi tempat itu sangat terhad, kecil.

Jadi saya rasa bersesuaianlah, saya minta sangat dengan Menteri melihat perkara ini dengan lebih dekat agar kelulusan diberikan kepada kedua-dua buah tempat yang telah memohon ini dan juga yang bakal memohon sebuah lagi untuk pusat dialisis bagi memudahkan rakyat. Kita tahu dialisis makan duit banyak, jadi kita nak kurangkan dari segi kos pengangkutannya.

Terakhir Tuan Pengerusi, tentang Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan dan Butiran 00400 – Hospital Baharu. Saya ada memohon pada tahun yang sudah tentang penambahbaikan beberapa pusat kesihatan di Pasir Gudang, pusat kesihatan juga untuk ibu dan anak di Plentong tetapi hingga hari ini saya belum mendapat apa-apa lagi daripada pihak kementerian.

Sebelum saya akhiri, saya hendak ikut masa, saya mohon Menteri kita mempunyai keadaan yang sangat kritikal, Hospital Pasir Gudang harap disegerakan. Sekian, terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulai.

final • 6:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi.

Saya ada beberapa perkara yang hendak diutarakan kepada Menteri Kesihatan.

Pertama Butiran 020500 – Pemakanan dan di bawah Butiran 020100 – Pengurusan Kesihatan Awam Ibu Pejabat/Negeri.

final • 6:29 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Di sini menyatakan bahawa peratusan baby pada umur enam bulan yang menyusu susu ibu secara eksklusif telah meningkat sejak tahun 2015 pada tahap 49.4 peratus sampailah anggaran tahun depan 54 peratus. Jadi saya rasa ini bagus. Ini menunjukkan satu peningkatan. Akan tetapi saya hendak tanya di sini, apa rancangan Kementerian Kesihatan untuk lagi mempromosikan konsep untuk menyusu anak dengan susu ibu kerana kita semua tahu bahawa susu ibu adalah cukup baik untuk baby?

Akan tetapi nampaknya, tahap golongan ibu yang menyusu anak mereka secara eksklusif masih rendah kalau kita bandingkan dengan negara-negara lain. Kita pun faham bahawa kalau ikut standard WHO, memang seseorang ibu sekurang-kurangnya harus menyusukan anak mereka dua tahun.

Jadi, apakah statistik yang Kementerian Kesihatan boleh tunjukkan untuk menjelaskan kepada Dewan ini berapa banyak ibu yang menyusukan anak mereka sampai dua tahun. Bagaimanakah kita boleh mempromosikan konsep ini? Apa undang-undang yang kita boleh ubah untuk membuat lebih senang untuk golongan ibu ini untuk terus menyusukan anak-anak mereka terutamanya mereka yang berkerjaya? Ini pertama.

Kedua, saya hendak tanya di bawah Butiran 020600 di mana aktiviti Farmasi dan Bekalan Kesihatan Awam. Di sini menunjukkan bahawa kita ada satu peruntukan sebanyak RM949 juta telah diperuntukkan untuk tahun depan untuk memberi ubat vaksin bukan ubat dan juga reagen. Akan tetapi ini sebenarnya walaupun satu peruntukan yang cukup besar tetapi ini adalah satu peruntukan yang lebih kurang daripada tahun ini.

final • 6:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Ini kerana tahun ini peruntukan yang disediakan adalah RM1.1 bilion. Jadi kalau ikut Laporan Ekonomi 2017, kita memang telah menyediakan RM5.7 bilion. Ini telah dibelanjakan untuk bekalan ubat, barang guna habis, vaksin dan juga reagen untuk semua hospital dan klinik.

Akan tetapi saya hendak tanya, peruntukan untuk ubat, barang guna habis, vaksin dan juga reagen ini pada tahun yang akan datang ini, akan ditingkatkan lagi atau akan dikurangkan? Ini kerana saya sangat risau. Sejak hujung bulan September, kita telah menerima begitu banyak berita bahawa hospital-hospital kerajaan kehabisan dana untuk memberi reagen untuk menjalankan ujian lab.

Walaupun saya ada baca kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa satu dana khas telah diperuntukkan untuk mereka untuk tahun ini tetapi boleh atau tidak kita dapat satu jaminan bahawa isu ini tidak akan berulang pada bulan Disember dan juga pada tahun yang akan datang. Ini kerana nampaknya peruntukan untuk butiran ini, untuk vaksin, untuk reagen pada tahun depan, nampaknya telah dikurangkan. Jadi saya amat khuatir kerana ini adalah mengenai kepentingan pesakit.

Saya faham bahawa bajet untuk Kementerian Kesihatan untuk tahun ini memang telah dikurangkan sebanyak RM280 juta tetapi tahun depan bajet ini telah dipertingkatkan.

Akan tetapi nampaknya bekalan peruntukan untuk vaksin, untuk reagen ini tidak ditambah pada masa yang sama. Jadi di sini saya hanya hendak tanya, sama ada kita berkeyakinan bahawa isu ini tidak akan berulang.

Selain daripada itu, saya hendak sentuh Butiran 032100 − Patologi di mana saya hendak tanya, biasanya berapa cepat, berapa panjangkah masa yang diperlukan untuk memperoleh satu hasil bedah siasat? Ini kerana saya terima satu kes di mana anak sepupu saya telah meninggal dunia pada Februari tahun ini. Seorang baby yang hanya berumur 100 hari. Akan tetapi sampai sekarang bulan November, kita tidak dapat hasil bedah siasat lagi. Ini kerana baby ini mati ataupun meninggal dunia di rumah pengasuh. Jadi sangat penting untuk ibu bapa budak ini, baby ini untuk dapat hasil bedah siasat supaya mereka tahu apa itu punca kematian baby mereka. Kalau mereka hendak ambil tindakan undang- undang seperti menyaman pengasuh ini ke mahkamah, amat penting untuk mereka memperoleh hasil bedah siasat ini.

Akan tetapi nampaknya, saya tidak tahu, adakah ini satu- it is common bahawa begitu sukar untuk mendapatkan hasil bedah siasat? Jadi saya di sini hendak tanya, apa itu SOP ataupun biasanya apa itu standard untuk bukan sahaja pesakit tetapi keluarga ini untuk mendapat hasil bedah siasat? Ya.

final • 6:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat, boleh ya Tuan Pengerusi?

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya sila.

final • 6:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya ada satu kes baru-baru ini di mana seseorang telah menggantungkan diri dan mati, meninggal dunia kerana menggantungkan diri. Saya hendak penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, dalam death certificate yang dikeluarkan dalam report yang dikeluarkan awal oleh doktor, tertulis di sana hasil gantung diri. Itu sahaja.

Sebelum ini saya tidak pernah tengok penerangan sebegitu because it must be some scientific terms yang selalunya digunakan. Ini just gantung diri. Itu sahaja di tempat penjelasan. Jadi saya minta Yang Berhormat Kulai beri penjelasan, bolehkah keterangan sebegitu diterima? Terima kasih.

final • 6:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Saya biarkan Yang Berhormat Menteri untuk memberi penjelasan tentang isu dan pertanyaan ini. Akan tetapi saya rasa bukan sahaja tentang kes anak sepupu saya tetapi banyak kes kemalangan jalan raya. Keluarga mangsa juga perlu hasil bedah siasat untuk mengambil tindakan undang-undang. Jadi saya minta sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Selain daripada itu, tentang skim full paying patient dan juga kenaikan caj untuk wad Kelas 1 dan wad Kelas 2. Saya rasa ini semua strategi Kementerian Kesihatan supaya boleh meningkatkan pendapatan. Akan tetapi saya hendak tanya, sekarang saya risau.

final • 6:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Untuk full paying patient scheme ini, bagaimana kita boleh memastikan bahawa golongan miskin, pesakit daripada golongan miskin ini, golongan berpendapatan rendah ini, memang tidak akan kena diskriminasi? Ini kerana kalau sebagai seorang full paying patient, saya ada dapat satu priority untuk mengatur pembedahan. Bukan ini bermaksud bahawa untuk pesakit-pesakit yang bukan full paying patient ini, maksudnya, ada kemungkinan bahawa tarikh pembedahan mereka akan ditunda-tunda untuk memberi priority kepada full paying patient ini. Jadi di sini saya perlukan sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Akhirnya saya hendak tanya tentang P.42 Butiran 00400 di mana kita nampak bahawa peruntukan untuk membina hospital baru telah dikurangkan. Tahun ini kita ada peruntukan untuk pembinaan hospital baru adalah sebanyak RM273 juta tetapi untuk tahun yang akan datang hanyalah RM177 juta. Satu pengurangan sebanyak 35 peratus. Jadi saya hendak tanya, sama ada kita banyak Ahli Parlimen yang berbahas telah menyatakan bahawa ada satu keperluan untuk membina ataupun upgrade hospital di tempat mereka.

Jadi dengan satu pengurangan yang begitu dahsyat, adakah Kementerian Kesihatan confident bahawa kita boleh membekalkan perkhidmatan kepada semua pesakit di negara kita?

Akhir sekali, saya di sini juga hendak merekodkan penghargaan saya kepada Kementerian Kesihatan dan juga hospital-hospital kerajaan terutamanya Hospital Serdang kerana tiga bulan dahulu saya baru melahirkan anak ketiga saya di Hospital Serdang. Jadi di sini saya juga hendak merekodkan penghargaan saya kepada semua kakitangan hospital kerajaan yang telah membekalkan satu perkhidmatan yang cukup berkualiti tinggi.

Sekian sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, ramai? Akan tetapi tidak semua akan dapat peluang. Ya kita akan berhenti sebelum jam 7.30 malam nanti. Yang Berhormat Langkawi. Yang Berhormat Jerantut soalan pertama esok Yang Berhormat Jerantut.

final • 6:30 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

*Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Pengerusi, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan P.42. Saya ingin menyentuh tentang Butiran 00400 – Hospital Baharu dan Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan.

Untuk makluman Tuan Pengerusi, saya daripada Langkawi sekarang ini mempunyai masalah tentang ketidakcukupan katil di Hospital Pulau Langkawi. Langkawi hanya ada satu hospital dan mempunyai 110 katil dengan penduduk sebanyak 110,000 manusia di samping dengan kehadiran pelancong sebanyak 3.6 juta manusia setahun.

Hospital ini digunakan bukan sahaja untuk rakyat Langkawi tetapi untuk pelancong- pelancong, local tourist dan juga foreigners yang datang ke Langkawi. Apabila saya hadir di hospital, selalunya saya lihat banyak orang lain dari Malaysia, Mat Saleh dan sebagainya, patah kaki, accident dan sebagainya berada di hospital ini.

Jadi, keadaan ini menyebabkan tekanan kepada keperluan katil-katil di Pulau Langkawi. Daripada 110 katil iaitu satu bilik empat katil, telah digunakan katil-katil sementara sebanyak tujuh katil sehinggakan terpaksa disorok ke dalam toilet untuk mendapatkan space bagi melayan semua pesakit yang ada. Oleh sebab yang demikian itu, tekanan kepada pekerja juga kerana 160 orang pekerja sepatutnya mengurus 110 katil tetapi katilnya menjadi hampir berganda dengan jumlah kakitangan yang sama.

Oleh sebab yang demikian itu, saya sangatlah berharap supaya kerajaan dapat mengambil inisiatif untuk membina tambahan katil ataupun hospital tambahan kepada Langkawi memandangkan di Pulau Langkawi bukan sahaja masyarakat Langkawi yang akan menggunakannya malah pelancong-pelancong yang datang ke Langkawi yang memerlukan rawatan.

final • 6:40 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Di samping itu, saya dapati bahawa Langkawi ini sentiasa dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong iaitu Sultan Kedah kerana dia ada mempunyai sebuah istana hinggap di Langkawi. Akan tetapi di Langkawi tidak ada special room untuk Tuanku Sultan dan Tuanku Sultan dalam keadaan umurnya melebihi 90 tahun ini sudah tentu kita memerlukan satu Bilik Diraja sekiranya berlaku apa-apa kepada Tuanku.

Jadi saya mengharapkan dengan adanya bajet tahun hadapan ini, pada Butiran 00400, ia dapat memberi peluang kepada Hospital Langkawi untuk diberi sedikit peruntukan bagi membina bilik diraja khas sekiranya ada VVIP seperti Tuanku Sultan Kedah atau Tuanku-tuanku sultan yang lain yang hadir ke Langkawi untuk melancong dan sebagainya dalam keadaan yang kritikal boleh mereka ditempatkan di situ.

Pada masa yang sama, Tuan Pengerusi, saya dapati bajet tahun hadapan amatlah sedikit untuk negara kita untuk memberi hospital baru ataupun menaikkan taraf hospital baru iaitu dengan hanya RM177 juta untuk meliputi 222 Parlimen seluruh negara. Apa kata sekiranya kerajaan tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk membina hospital yang sangat penting ini, apakah boleh kerajaan menggunakan channel ataupun business model yang lain?

Contohnya, menggunakan teknik land swap, mengambil tanah-tanah yang berkualiti dan dapatkan sumber kewangan daripada itu untuk membina hospital-hospital di tempat-tempat yang mustahak seperti Langkawi ini.

Ataupun, kalaupun tidak boleh menggunakan strategi land swap, saya memohon mencadangkan supaya PFI kali yang ketiga iaitu hari itu PFI pertama RM20 bilion, PFI kedua RM20 bilion untuk membina sekolah, hospital dan juga kepentingan yang lain, apa salahnya kerajaan meneruskan dengan PFI ketiga untuk memberi peluang kepada rakyat mendapat kebaikan kesihatan daripada hospital baru yang patut diadakan dengan amat kritikal dan segera.

Di samping itu, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Gudang yang mengatakan bahawa kepada mereka yang bukan rakyat Malaysia, tak sepatutnya mereka mendapat perkhidmatan rawatan percuma ataupun subsidi. Kalaulah mereka itu datang ke Langkawi seramai dua juta manusia dari luar Malaysia, sudah tentulah saya mengharapkan supaya kerajaan membuat satu prosedur baru kepada Hospital Langkawi terutamanya agar mereka yang bukan rakyat Malaysia dikenakan bayaran sepenuhnya. Dengan demikian itu, kita dapat menyelamatkan wang negara di samping dapat menggunakannya untuk membeli ubat-ubat yang sangat diperlukan.

Saya ingin memohon kepada Yang Berhormat Menteri supaya memberi sedikit sumbangan untuk menaiktarafkan car park Hospital Langkawi. Saya tak mampu untuk membina car park itu kerana peruntukan yang ada sedikit tetapi saya harap kerajaan dapat memberi sumbangan kerana tiap-tiap kali hujan, sentiasa masyarakat akan WhatsApp, Facebook dan sebagainya kepada wakil rakyat- saya dan rakan-rakan saya supaya dapat diselesaikan masalah kereta mereka sangkut di parking di Pulau Langkawi.

Di samping itu, sekiranya Hospital Langkawi dapat ditingkatkan atau dinaiktarafkan ataupun ditambah, saya memohon supaya kuarters mereka juga dapat ditambah kerana di Langkawi sekarang ini kekurangan rumah untuk disewa memandangkan ramai di antara pemilik-pemilik rumah tamatkan kontrak rumah sewa tetapi convert kepada homestay kerana homestay lebih banyak memberi pulangan daripada rumah sewa.

Jadi, setakat itu dulu, Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, saya terpandang Yang Berhormat Kuantan. Yang Berhormat Kuala Langat tak terpandang.

final • 6:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Ini diskriminasi terhadap Klang.

final • 6:40 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya berbahas di bawah Kepala Bekalan B.42, Kementerian Kesihatan.

Izinkan saya bermula dengan Butiran 040100 – Pengurusan Penyelidikan dan Sokongan Teknikal Ibu Pejabat/Negeri.

final • 6:46 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Saya merujuk kepada output yang dipaparkan di dalam buku Anggaran Perbelanjaan ini pada muka surat 472 yang meletakkan peratus pematuhan parameter keseluruhan dalam sampel bekalan air awam. Di sini diletakkan bahawa peratus pematuhan diletakkan kepada 97 peratus compliance. Jadi, ini adalah satu jumlah yang tinggi dan saya ingin percaya bahawa ia sesuatu yang dapat dicapai.

Akan tetapi, saya ingin merujuk kepada beberapa laporan, Tuan Pengerusi, apabila ada pencemaran air minuman di Kuantan akibat daripada aktiviti perlombongan bauksit. Ada satu laporan oleh Profesor Maketab, pakar model air daripada UTM di mana dalam satu sampel yang diambil mengatakan bahawa the lead content at the consumer end which was taken from the Semambu area was at 0.022 milligram per liter, part per million, exceeded the limit set by the Health Ministry which is at 0.01 part per million. Ini dilaporkan dalam sampling yang independent yang dilakukan oleh Profesor Maketab di Kuantan. Akan tetapi, ini dinafikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada ketika itu kerana Yang Berhormat Menteri kata air dari loji rawatan Kuantan selamat diminum.

Jadi, kita pun ingin percaya kepada laporan-laporan ini. Akan tetapi, baru-baru ini saya terkejut apabila ada satu laporan dalam The Malaysian Journal of Medical Sciences bertajuk Potential Health Impacts of Bauxite Mining in Kuantan di mana ditulis oleh pakar- pakar daripada kementerian sendiri yang menyatakan berkenaan dengan potential to contaminate drinking water. Pada satu ketika apabila saya mengatakan berkenaan dengan loji rawatan air ditutup dan sebagainya, pada ketika itu semua menafikan, Menteri menafikan, Menteri Besar menafikan. Dalam laporan ini mengesahkan pula bahawa loji rawatan air di Bukit Goh was closed on the 29th of December 2015 due to severe pollution of Sungai Riau.

Jadi di sini, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kenyataan- kenyataan ini is just a political statement atau- kita bercakap tentang keselamatan, nyawa rakyat. Jadi tidak seharusnya di-politicized-kan. Dan laporan ini menakutkan saya.

final • 6:46 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Mungkinkah juga kerana logam-logam berat hanya dibuat test in the raw water, dengan izin, once every four weeks for lead, it could have escaped. Yang Berhormat Menteri, ini saya pohon penjelasan berkenaan dengan perkara ini. Begitu juga berkenaan dengan- saya ingin membawa satu lagi laporan berkenaan dengan pesticides. Pesticides residue level- organochlorine pesticides residue level in surface water of Cameron Highlands. Saya membawa isu ini kepada Kementerian Pertanian berkenaan dengan regulatory measures. Dinafikan oleh Timbalan Menteri ketika itu dan dia mengatakan bahawa this is old usage of banned pesticides. Akan tetapi laporan ini yang dilaporkan oleh Iranica Journal of Energy of Environment pada tahun 2015 oleh profesor-profesor daripada UKM mengatakan bahawa there are evidence of new usage of banned pesticides.

Jadi, parameter ini 97 percent compliance. Akan tetapi laporan-laporan ini kita terima dan apabila saya memaparkan laporan jawapan Timbalan Menteri Pertanian di dalam Facebook saya, sudah lebih kepada ribu share dan mereka kesal sangat-sangat kerana Timbalan Menteri Pertanian menafikan. I hope, saya harap sangat Yang Berhormat Menteri Kesihatan lihat kepada perkara ini, the presence of banned pesticides in drinking water. Walaupun ia mungkin di bawah level ataupun tahap yang dibenarkan.

Akan tetapi long term, dikatakan di sini bahawa long term effects, adverse effects of OCPs on health includes neurological impairment, cancer, stunted physical development and disrupts the endocrine system. Ini menakutkan. Ia mungkin tidak- ia di bawah paras selamat tetapi it is present. Sekiranya kita tidak meletakkan satu parameter in the raw water contohnya dan mungkin kita terlepas perkara ini. Ia menepati tahap the compliance kepada parameter in the drinking water tetapi ia masih wujud dan ia ada long term adverse impact. Saya hendak tahu pendirian kementerian berkenaan dengan perkara ini sebab saya amat concern tentang long term effect kepada kita warga Malaysia, long term effect kepada anak-anak kita, cucu-cucu kita, health impact.

Saya ingin terus kepada Butiran 020100 – Pengurusan Kesihatan Awam Ibu Pejabat/Negeri, Butiran 070000 – Keselamatan dan Kualiti Makanan, Butiran 032600 – Perubatan Respiratori.

final • 6:50 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Di dalam laporan yang bertajuk Potential Health Impacts of Bauxite Mining in Kuantan juga bercakap berkenaan dengan fine particles yang boleh menimbulkan harmful effects to the heart and lung disease and premature death. It is of great health concern when mining activity occurs in proximity to school area and children. Jadi, ini semua kita telah cakap berkali-kali dan saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri, apakah impak sudah dilakukan satu kajian?

Saya tahu dilaporkan di sini bahawa ada public health survey system, Kuantan Environmental Public Health Tracking System which include continuous monitoring of oil pollution dan sebagainya, treated water, monitoring of raw foods dan sebagainya dan juga mental health. Saya ingin tahu apakah data yang telah dikutip dan apakah kesannya kepada warga Kuantan? Oleh sebab sekarang ini musim hujan, saya yakin bahawa pollutant daripada lombong-lombong yang tidak di baik pulih ataupun tidak rehabilitasi akan terus mencemarkan sungai, akan terus mencemarkan ikan-ikan di sungai.

Saya refer juga kepada Yang Berhormat Menteri punya statement, Menteri Kesihatan yang menyatakan jangan makan ikan di sungai. Baru ini Timbalan Menteri Pertanian menafikan, dia kata Sungai Pahang tidak ada ikan yang polluted. Jadi, saya kata Sungai Pahang tidak ada di Kuantan sebenarnya yang ada di Kuantan, Sungai Kuantan.

Jadi, saya hendak dengar daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan laporan ini dan how has it affected the Kuantan public dari segi public health, dari segi mental health sebabnya sekarang ini hari hujan dan ada rumah yang sudah banjir lumpur.

Ada warning juga tentang banjir lumpur, kemungkinan. Dalam paper ini juga bercakap dengan kemungkinan banjir lumpur. It does give- ia memberi kesan kepada mental health warga Kuantan.

Jadi, kalau boleh saya mohon data daripada KEPTS ini, the manual data collected dan juga saya pohonlah penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan perkara ini. Should we be more stringent? Sebab kita punya water treatment plant tidak boleh filter heavy metals. We were just lucky that all the readings were clear. Oleh sebab reading itu mungkin empat minggu sekali, so ia clear. Sekali bila buat independent test, ada. Jadi, I don’t think we should take risk, I don’t think we should play with people’s life, I don’t think we should take easy on this matter. Saya pohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Limbang.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Pertama sekali, saya juga menyokong apa juga yang telah pun disuarakan oleh kedua-dua pihak, kawan-kawan di sini dan di sana tentang, dengan izin, how we want to keep our specialist supaya bekerja dengan hospital-hospital kerajaan.

Saya terus kepada perkara 00400 – Hospital Baharu. Saya, Yang Berhormat Menteri, hanya hendak bertanya hasil daripada lawatan Timbalan Menteri Kesihatan ke Limbang dalam tahun ini iaitu tentang pemindahan Klinik Nanga Medamit di mana ia di seberang sungai di Medamit which is very hard dan kita pada masa itu juga kita sendiri melihat bagaimana keadaan hospital. Tanah di belakang klinik sudah hendak runtuh atas bukit and then banyaklah, usang. Satu lagi ialah memang susahlah hendak menyeberangi ke klinik tersebut. Jadi, hari itu memang lebih kurang in principal telah dipersetujui untuk memindahkan on the town side of Nanga Medamit.

Keduanya, tentang klinik pakar yang selalu disuarakan, actually at the state level, Kerajaan Negeri pun bersuara, kita di Parlimen pun menyuarakannya tentang klinik pakar di Limbang. Kalaupun sekiranya kita bukan hendak memohon yang besar-besar, kita memahami keadaan tetapi kalaulah sekiranya pihak hospital dan juga kerajaan dapat menambah pakar. Pada masa ini, di Limbang yang pakar adalah bahagian ginekologi di mana ada seorang doktor dari Myanmar telah pun beberapa tahun di Limbang dan ini adalah pengakuan Menteri daripada staff-staff di Hospital Limbang, with his presence all this while, telah pun banyak membantu mereka di Limbang. Saya berharap juga ia dapat dikekalkan iaitu sehinggalah di mana saya difahamkan daripada maklumat yang saya terima, by March dia habis dia punya kontrak dan saya berharap ianya akan dapat disambung.

final • 6:56 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Selain itu juga sebelum ini ada seorang pakar pediatrik, pediatrician di Limbang dan juga telah pun dipulangkan atas sebab-sebab tertentu. Kita memohon agar pediatrician ini dapat dikembalikan ke Limbang. Walaupun daripada expat, no problem, because he is just as qualified as us saya rasa, insya-Allah. Kita berharap permohonan untuk klinik pakar ini masih juga lagi disuarakan kamilah rakyat Limbang, menambah lagi perkakasnya. Kita tidak dapat hanya hendak berharap dengan pakar yang melawat daripada Miri ke Limbang all the times sebab dia pun melawat. He is not doing any treatment, in the end pun kena pergi ke Miri juga lagi untuk mendapatkan rawatan.

final • 6:56 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Sebelum akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan Tuan Pengerusi khususnya kepada Kementerian Kesihatan. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri klinik yang disuarakan selama ini di Long Napir di kawasan Penan itu pada masa ini telah pun di award kontraknya dan site clearing telah bermula. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah memberikan keprihatinan kepada penduduk di pedalaman, di pergunungan untuk kaum Penan dan Kelabit dan sebagainya di kawasan pedalaman Limbang ini. Saya mengucapkan terima kasih Saya sekali lagi mengharapkan kepada pihak kerajaan, Tuan Pengerusi supaya melihat perkara permohonan untuk klinik pakar di Limbang ini, mini klinik pakar pun boleh dan menambah pakar-pakar di Limbang ini barangkali ada dua jenis, tiga jenis kepakaran yang diperlukan supaya tidak bergantung sepenuhnya untuk ke Miri ataupun ke Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Klang.

final • 7:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tunggu dekat sini lima jam.

final • 7:01 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, lima jam Yang Berhormat. Kita start dua jam setengah.

final • 7:01 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Cakap sahaja 10 minit, cakap sahaja 10 minit. Tak apa, tak apalah. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri terima kasih. Saya hendak bangkit beberapa isu di bawah tiga butiran sebenarnya yang berlainan. Satu ialah berkait dengan Butiran 020000 – Kesihatan Awam. Kedua berkenaan dengan Butiran 031900 – Radioterapi dan Onkologi. Ketiga di bawah Butiran 01000 – Promosi Kesihatan, terlalu banyak kosong.

Isu pertama saya hendak bangkit ialah berkait plain packaging of tobacco products. Tuan Pengerusi, dan juga Yang Berhormat Menteri seperti yang diketahui orang ramai dan juga Yang Berhormat Menteri bahawa tabiat merokok di Malaysia melibatkan satu golongan yang besar. Pada tahun 2005, terdapat 4.5 million smokers di Malaysia. Ini telah naik kepada lima million pada tahun 2016. Masalah di sini ialah 35 peratus daripada kematian di hospital kerajaan adalah berkait dengan tabiat smoking ataupun tabiat merokok. Lebih kurang 20,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun oleh sebab sikap dan tabiat merokok.

Saya telah bangkit isu berkait dengan plain packaging beberapa kali dan juga saya Menteri pun telah mengatakan bahawa rancangan ataupun program kementerian untuk program anti smoking kerajaan telah gagal. So, saya telah bangkit beberapa kali isu plain packaging dan saya telah baca pandangan-pandangan yang telah dikeluarkan oleh kementerian. Pada 24 Februari 2016 dengan izin Director of Disease Control Division Dr.

Chong Chee Kheong mengatakan bahawa, “Health Ministry plans to introduce generic packaging to tobacco products with the aim of producing brand recognition and ultimately reducing overall consumption.” Dia juga telah mengatakan bahawa, “This plain packaging would use standardized colors and fonts in stages.” Ini memberi satu cadangan bahawa there is an implementation plan and also a strategy yang akan dikemukakan oleh pihak kerajaan.

final • 7:01 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Malah sebenarnya kerajaan juga telah mengatakan iaitu Menteri juga mengatakan pada 31 Mei 2016 iaitu beberapa bulan lalu sempena menyambut World Tobacco Day, Menteri mengatakan dan saya quote, “Malaysia is committed to supporting this year’s theme of 'Get ready for plain packaging’.” Akan tetapi sebenarnya saya telah bangkit soalan ini di Parlimen dan setelah mendapat jawapan Menteri mengatakan yang tidak mengatakan apakah strategi, apakah rancangan dan apakah komitmen Malaysia khususnya kementerian untuk memperkenalkan *plain packaging for tobacco products.

So,* saya minta Menteri memberikan satu pandangan yang boleh diterima sebab saya takut Menteri takut kepada desakan-desakan daripada pihak swasta yang menggunakan isu hak intelek, intellectual property rights untuk tekan kerajaan supaya jangan memperkenalkan. Isu ini adalah isu rakyat dan seperti yang saya katakan tadi banyak kematian, 25 percent of all deaths in hospital is related to tobacco used and 20,000 people died because of health related, I mean tobacco related deaths in our hospital. This is serious. Therefore, we have to prioritize. Saya minta supaya pihak kerajaan supaya prioritize rakyat lebih daripada memberi keutamaan kepada pihak swasta khususnya firma- firma yang besar.

Isu yang kedua saya hendak bangkit ialah berkait dengan kanser. Saya telah mengemukakan cadangan dan tidak dapat apa-apa pandangan daripada pihak Menteri.

Saya harapkan Menteri boleh jawab bilakah kerajaan akan mengemukakan National Cancer Blueprint untuk mengatasi kanser? Kedua, bilakah kerajaan rancang untuk update atau mengemaskinikan Pendaftaran Kanser Kebangsaan ataupun National Cancer Registry? Ketiga, adakah kerajaan akan menambahkan peruntukan kewangan untuk membuat kajian-kajian berkait dengan kanser dan sebagainya?

Saya juga telah melontarkan pandangan bahawa semua GST harus dikecualikan untuk pesakit-pesakit kanser. Ubat, surgery, consulting dengan doktor di swasta ataupun juga di pihak kerajaan,di hospital-hospital kerajaan. Saya juga telah bangkit mengenai MAKNA. MAKNA merupakan satu Majlis Kanser Nasional yang merupakan NGO yang tolong kepada pemberi pertolongan kepada pesakit-pesakit kanser. Akan tetapi wang yang mereka kutip daripada orang ramai, dikenakan GST. Ini saya tak faham, langsung tak faham. So, mereka hendak tolong, hendak tolong pun ada GST. So, saya fikir kerajaan mesti ulang kaji dasar ini. Saya faham ini bukanlah di bawah tanggungjawab Menteri Kesihatan tetapi Menteri Kewangan. Mungkin mereka boleh bercakap sesama sendiri untuk mengatasi masalah ini.

Isu ketiga Tuan Pengerusi, ialah berkait dengan apa yang dipanggil 1Care.

Sebenarnya 1Care. Sebenarnya 1Care telah dikemukakan oleh kerajaan beberapa tahun tetapi oleh sebab bantahan daripada rakyat maka dibatalkan. Akan tetapi beberapa ciri, trend dalam beberapa dua tahun ini kita nampak bahawa 1Care ini mungkin akan dikemukakan tanpa label 1Care. Mengapa saya cakap seperti ini? Pertama, patologi.

Peruntukan untuk Jabatan Patologi dipotong. Saya ada surat daripada Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang ditandatangani oleh pengarah hospital dan jelas mengatakan yes there is a cut tetapi bukan untuk kritikal punya isu, isu-isu kritikal tetapi ada cut. Ini jelas ada bukti dia ada. Begitu juga kita dapati bahawa peruntukan untuk ubat yang kita terima daripada hospital peruntukan itu telah dipotong dan juga caj untuk kelas 1 dan kelas dua akan dinaikkan sebanyak 50 peratus. Menteri telah membuat explanation, penjelasan semalam mengatakan jumlah peruntukan itu belum ditentukan tetapi caj itu akan dikenakan. So, ini macam full cost recovery. Begitu juga satu lagi full payment patient pembayaran di mana kita ada pihak swasta ataupun pegawai kerajaan menjadi pegawai swasta pada selepas pukul lima. So therefore Tuan Pengerusi saya fikir they are going towards what we call full cost recovery, a very new liberal idea, full cost recovery. This is wrong sebab ini adalah hak kerajaan dan tugas kerajaan untuk menolong rakyat untuk menampung kos kesihatan yang begitu tinggi.

So, saya fikir kerajaan mesti ulang kaji dan juga memberikan subsidi khususnya kepada orang-orang miskin dan jangan membebankan rakyat yang sedang tenggelam sekarang. Terima kasih dan minta pandangan. Sorry, sorry Yang Berhormat Sungai Siput.

Tak nampak, tak nampak tadi ada masa.

final • 7:01 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, bolehlah tumpang sebab nak tutup ya.

final • 7:01 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Menteri. Actually saya hari ini hendak bawa satu isu berkenaan dengan kos ini. Adakah masalah dia sebahagian daripada peruntukan untuk kesihatan dipakai untuk beri peluang untuk kontraktor bumiputera. Is that a problem we are facing?

final • 7:09 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Macam katakan, kita ada bajet untuk farmasi RM1.6 bilion tahun lalu. Jika duit itu dipakai dan kita beli di pasaran without going through syarikat-syarikat tertentu, apa harga dia, you know- jika kita, five support services kita, sekarang swasta kan kepada tiga company yang besar you know, untuk laundry, untuk klinik, hospital semua. Jika itu kita buat sendiri dalam hospital, apakah harga itu? So RM24 billion yang kita pakai itu RM8 bilion untuk services. Dan berapa percentage daripada services itu untuk keuntungan syarikat-syarikat bumiputera? I’m not against- kita saya rasa mesti membina syarikat SME bumiputera if that should be a policy. Akan tetapi dalam perkara ini, usaha kita untuk buat itu, kurangkan bajet kita untuk bantu bumiputera yang miskin yang datang ke hospital juga.

Sekarang, macam tahun ini, our budget untuk ubat is down. Jadi kita lagi beli ubat melalui syarikat-syarikat yang caj lebih pada ubat itu daripada apa yang kita boleh beli di open market, then we are going to affect the poor people we are supposed to look after. So saya harap Yang Berhormat Menteri akan jawab isu ini. Thank you.

final • 7:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tuan Pengerusi, sedikit.

final • 7:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya sampaikan isu melalui Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Okey masa sudah habis dah [Ketawa]

final • 7:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masa sudah habis.

final • 7:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jerantut.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana beri peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan kementerian ini. Pertama, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan tahniah kepada warga Kementerian Kesihatan kerana telah berjaya membawa perkhidmatan kesihatan negara ke tahap yang lebih baik berbanding dengan sebelum ini.

Saya ingin menyentuh Butiran 020000 – Kesihatan Awam. Di bawah Kepala Butiran 020100 – Pengurusan Kesihatan Awam juga, saya hendak merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana telah mengadakan lawatan ke Parlimen Jerantut baru-baru ini dan pergi menziarahi atau melawat kawasan Taman Negara di mana terdapat sebuah Pusat Kesihatan Kecil di sana yang memerlukan perhatian dan perlu dinaik taraf segera. Saya sangat berharap agar Yang Berhormat Menteri yang pada ketika lawatan itu bersimpati dengan keadaan pusat kesihatan itu, maka dapat disegerakan pembinaannya iaitu Pusat Kesihatan KK3 bagi menampung kemudahan kesihatan di Taman Negara.

Seperti mana yang kita tahu Tuan Pengerusi, Taman Negara merupakan satu buah pusat peranginan, percutian dan menjadi tumpuan bukan sahaja dalam negara tetapi luar negara. Akan tetapi dengan keadaan pusat kesihatan yang tidak begitu memberangsangkan memberikan imej yang tidak berapa baik kepada negara kita, maka amat wajarlah sebuah pusat kesihatan baharu bertaraf KK3 dibina di Taman Negara.

Kepala Butiran 030000 – Perubatan. Saya ingin menarik perhatian kementerian saya ingin menarik perhatian kementerian pada Butiran 032100.

Tadi Yang Berhormat Kulai ada menyentuh tentang isu patologi. Pakar Patologi ini bagi negeri Pahang saya tidak tahu berapakah bilangan sebenar Pakar Patologi ini untuk setiap hospital besar seperti kalau di Pahang negerinya luas.

final • 7:11 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Kalau hanya di Kuantan sahaja yang ada tentulah menimbulkan kesukaran kepada hospital-hospital lain seperti Hospital Jerantut. Kalau memerlukan pakarnya datang kadang- kadang ia mengambil masa. Tambahan kalau ia bertindih kes, maka hospital yang jauh ini agak terlewat untuk mendapat perhatian mereka. Kadang-kadang makan masa dua hari.

Jadi ini memberikan kesan yang kurang baik khususnya kepada mangsa yang beragama Islam yang memerlukan tuntutan pengebumian jenazahnya dalam waktu yang singkat.

Butiran 031500 - Nefrologi. Umum mengetahui setakat ini purata lebih kurang 38,000 orang pesakit buah pinggang di Malaysia. Satu angka yang menggerunkan kita. Dan saya dimaklumkan pesakit buah pinggang ini selain daripada mereka menjalani pemindahan darah, tidak ada kaedah lain untuk mereka merawat penyakit buah pinggang mereka melainkan dengan menukar ataupun mengambil buah pinggang baharu. Jadi ini memerlukan kos yang lebih tinggi. Untuk itu Jerantut ini merupakan daerah pedalaman yang banyaknya terdiri daripada pesakit-pesakitnya golongan berpendapatan rendah yang merupakan penyokong tegar kepada kerajaan.

Maka keadaan hari ini, bilangan mesin yang ada di pusat pemindahan darah, Hospital Jerantut ini amat mendesak dan memerlukan tambahan kerana pesakit yang berpendapatan rendah ini ramai. Ada di antara mereka sudah mengurangkan bilangan pemindahan darah ini kalau patut tiga kali seminggu dikurangkan kepada dua kali seminggu. Jadi ini sudah pastilah membebankan pesakit itu daripada segi taraf kesihatannya kerana mereka sendiri mengurangkan kerana tak sanggup hendak mengeluarkan peruntukan lebih untuk dipindah kepada rawatan di pusat swasta.

final • 7:11 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Yang Berhormat Jerantut.

final • 7:11 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Puteh bangun Yang Berhormat.

final • 7:11 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Sedikit sahaja. Kena transfusi ini untuk pemindahan darah masuk ke dalam pesakit. Maknanya blood banking yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Jerantut tadi ialah bahagian nefrologi. Bahagian pencucian darah, nefrologi.

final • 7:11 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Terima kasih. Saya tersilap sebenarnya nefrologi, bahagian pemindahan darah. Sorry saya tersilap butiran. Sekarang ini tambahan lagi berat Tuan Pengerusi ialah tambahan bebanan pesakit yang perlu melakukan pemindahan darah ini ialah apabila hospital di Jengka dalam Parlimen Kuala Krau yang mana bangunan pusat pemindahan darah ini dikatakan tidak selamat oleh JKR.

Jadi pesakit yang ada di situ terpaksa pula dipindahkan ke pusat pemindahan darah Hospital Jerantut yang sudah sememangnya sesak dan ada juga dihantar ke Temerloh.

Ini membebankan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan di Jengka terpaksa dipindahkan ke Jerantut dan ke Temerloh. Saya difahamkan, Hospital Jengka ini memerlukan peruntukan segera sebanyak lebih kurang RM150,000 sahaja untuk membuat pengubahsuaian bagi asrama jururawat mereka ditukar kepada pusat pembersihan darah bagi Hospital Jengka. Jadi saya sangat-sangat mengharaplah agar kedua-dua hospital ini dapat ditambahkan mesin-mesin hemodialisis itu supaya ia membantu rakyat yang berpendapatan rendah yang saya katakan tadi ramai di kawasan Parlimen Jerantut, Parlimen Kuala Krau, dan juga Parlimen Lipis. Jadi kalau...

final • 7:11 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Tumpang sedikit boleh?

final • 7:11 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Tinggi ya.

final • 7:11 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Jerantut. Saya cakap fasal hospital bukan khusus kepada darah tetapi sebenarnya di Kota Tinggi pun Yang Berhormat Jerantut, Parlimen saya ada 100,000 orang. Parlimen Tenggara dekat 100,000 sekarang pembangunan begitu pesat. Jadi hospital pun sesak. Jadi memang saya haraplah supaya kerajaan menimbang untuk menggantikan Hospital Kota Tinggi. Di Pengerang sudah ada- akan ada ledakan pertambahan penduduk yang begitu besar, Yang Berhormat Jerantut dalam masa beberapa tahun. Jadi saya minta kerajaan pertimbangkan untuk hospital baharu.

final • 7:11 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Satu lagi saya hendak tanya, saya setuju sangat dengan Yang Berhormat Sungai Siput tadi, adakah kerajaan rasa perkhidmatan yang diberi melalui outsource kepada syarikat-syarikat Radicare macam tu adalah menepati. Sekiranya tidak apakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula keperluan-keperluan ini? Terima kasih Yang Berhormat Jerantut.

final • 7:11 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Masukkan dalam sebahagian daripada ucapan saya. Jadi saya sekali lagilah hendak merayu kepada pihak kementerian agar dapat memberikan perhatian segera ke Hospital Jerantut dan juga Hospital Jengka seperti mana yang saya katakan tadi.

final • 7:11 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Gangguan Yang Berhormat Jerantut. Untuk nefrologi ini dalam Butiran 031500 – Nefrologi, kita lihat perbekalan untuk tahun depan berkurangan RM100 juta.

Jadi bagaimana pihak kerajaan boleh membekalkan permohonan yang diminta oleh banyak kawasan sebenarnya untuk banyakkan hemodialisis ini? RM100 juta berkurangan daripada RM249 juta kepada RM144 juta. Ini terlalu banyak pengurangannya.

Terima kasih.

final • 7:11 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Terima kasih sahabat saya. Jadi saya juga berharap agar pihak kementerian dapat berbincang balik semula dengan Kementerian Kewangan supaya peruntukan ini setidak-tidaknya mendapat tambahan daripada peruntukan yang telah dicadangkan oleh kerajaan, oleh Kementerian Kewangan.

Ini kerana ia kita tahu berkait rapat dengan masalah pesakit buah pinggang yang memerlukan pembersihan darah. Dalam kumpulan ini seperti mana yang saya katakan tadi banyaknya golongan B40 yang mana mereka tidak berkemampuan untuk pergi mendapat rawatan di klinik swasta yang rata-ratanya mendapat rawatan kosnya RM200 ke RM300 bagi satu kali rawatan. Kalau diperlukan tiga kali seminggu sudah pastilah RM900 dibuang untuk bayar kos rawatan sahaja.

final • 7:11 PM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Jadi kalau sebulan- RM900 kali dengan empat, RM3,600. Sudah pasti golongan ini saya amat yakin mereka sanggup tidak melaksanakan pembersihan darah di pusat-pusat hemodialisis swasta melainkan mereka hanya bergantung harap kepada kerajaan. Jadi saya harap kementerian, kerajaan khususnya dapat mempertimbangkan peruntukan ini agar tidak dipotong. Tuan Pengerusi, saya menyokong. Terima kasih.

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Boleh panggil seorang sahaja lagi Yang Berhormat. Kalau tengok giliran, ini giliran PAS. PAS belum dipanggil. Yang Berhormat Kubang Kerian, sekejap. Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

final • 7:20 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya jangka sudah tidak dapat bercakap.

final • 7:21 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Jangan cakap tidak adil Yang Berhormat, tidak elok.

final • 7:21 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Adil, Speaker selalu adil.

final • 7:21 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Pasal saya selalu panggil Yang Berhormat.

final • 7:21 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Bagi yang dapat adil.

final • 7:21 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Kalau dapat tidak adil? Kalau tidak dapat tidak adil? `

final • 7:21 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Yang tidak dapat itu tidak tahu. Terima kasih...

final • 7:21 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Keadilan di mata sendiri Yang Berhormat ya.

final • 7:21 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Pertama, saya mohon kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memberi jawapan bertulis kepada saya dalam ucapan Peringkat Dasar baru-baru ini mengenai HO, FYDO dan juga Gred 56 yang kebetulan saya tiada semasa menjawab.

Kedua, mengenai kementerian hari ini, saya ingin merujuk kepada Butiran 020300.

Pertamanya mengenai kawalan penyakit terutama penyakit berjangkit yang berkait dengan Denggi terutamanya. Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat di bahagian kawalan penyakit berjangkit ini kerana mereka telah menjalankan kerja pengawalan penyakit ini dengan begitu tekun sekali. Ini kerana kita tengok pada waktu petang sampai malam, hujan mereka bekerja. Jadi saya ucap tahniah dan terima kasih kepada mereka.

Namun demikian, di sana ada beberapa perkara yang perlu kita kemas kini ataupun kita perteguhkan iaitu mengenai masalah penularan penyakit berjangkit ini terutamanya vektor penyakit ini berkaitan dengan kementerian lain seumpamanya KPKT.

Ini kerana kita tahu banyak juga penularan penyakit ini ataupun pembaikan vektor ini berkaitan dengan tanah-tanah terbiar dan juga longkang-longkang yang tidak diurus dengan baik. Jadi saya kira Kementerian Kesihatan Malaysia perlulah mengadakan rundingan- rundingan ataupun kerjasama yang terbaik antara kementerian ini untuk pencegahan yang lebih berkesan.

Kedua, saya ingin juga menyentuh Butiran 020400 – Pendidikan Kesihatan.

Saya lihat dalam bajet ini kita berkurangan hampir RM20 juta daripada Bajet 2016.

Saya ingin bertanya, adakah kita merasakan bahawa program pendidikan kesihatan kita ini ataupun kita telah berpuas hati dengan outcome? Ini kerana di dalam ini kita hendak menentukan- kita ingin membentuk sikap positif dan merubah cara pemikiran rakyat kita terhadap kepentingan kesihatan.

Dalam program yang dilaksanakan oleh kementerian dari tahun 2015, 2016 dan 2017 kelihatan lebih kurang sama. Jadi di sini saya ingin mencadangkan terutama dalam program bersama itu iaitu temu bual, bicara kesihatan di dalam TV. Saya rasa buat masa kini dalam negara kita siaran TV ada di mana-mana. Kalau kita tengok kepada bilangan program yang diadakan bagi saya ia sangat tidak mencukupi. Saya rasa dalam hal ini kita boleh mengadakan semacam satu program tetap program kesihatan boleh jadi setiap hari dengan tajaan-tajaan.

Kita tahu banyak tajaan susunya, tajaan ala-ala prosesi dan sebagainya boleh dibuat secara tajaan dengan mengadakan salah satu program tetap harian mengenai kesihatan bagi mengubah ataupun menyedarkan masyarakat mengenai peri pentingnya kawalan penyakit. Terutama kalau kita lihat penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, kencing manis, jantung dan sebagainya. Ini seharusnya semakin hari dengan bertambahnya teknologi perubatan, dengan bertambahnya bilangan doktor pakar dan sebagainya sepatutnya penyakit-penyakit ini semakin hari semakin berkurang. Jadi ke arah pendidikan yang lebih baik ini saya rasa kita perlu pertingkatkan.

Seterusnya saya ingin bertanya mengenai Klinik 1Malaysia...

final • 7:21 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Minta pencelahan.

final • 7:21 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya?

final • 7:21 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Sebelah.

final • 7:21 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bachok.

final • 7:21 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Berkaitan dengan pendidikan kesihatan ini, setuju kah Yang Berhormat Pengkalan Chepa kalau sekiranya ia dipanjangkan secara lebih menyeluruh ke sekolah-sekolah?

Di kawasan saya Tuan Pengerusi, bagaimana seorang pelajar yang dijangkiti dengan penyakit Tibi kemudian tanpa dia sedar bahawa penyakit itu membawa berjangkit pergi ke sekolah dan kemudian guru-guru yang mengajar dia dan murid-murid yang ada dalam kelas dia itu semua terpaksa melalui ujian saringan yang- ini satu perkara yang saya rasa perlu juga diambil perhatian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

final • 7:21 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Hal ini untuk mengelak daripada penyakit berjangkit ini pergi ke premis-premis yang melibatkan orang ramai seperti ini. Setuju atau tidak Yang Berhormat Pengkalan Chepa?

final • 7:21 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Sangat setuju. Pertamanya saya rasa program kesihatan sekolah telah dilaksanakan dan boleh jadi perlu dipertingkatkan kerana Tibi ataupun Tuberculosis ini suatu penyakit berjangkit. Apabila seorang kena, contact-nya mesti dibuat screening ia dipanggil Mantoux test. Maka benda itu patut dipertingkatkan lagi.

Seterusnya saya ingin, Butiran 030700 – Obstetrik dan Ginekologi, Pakar Sakit Puan.

Saya mohon kementerian, bagaimanakah caranya kita ingin meningkatkan bilangan doktor Pakar Sakit Puan ini di kalangan wanita untuk mempertingkatkan penglibatan doktor wanita dalam O&G ini? Apakah insentif-insentif ataupun bentuk-bentuk yang kita boleh encourage mereka ini berada dalam bidang sakit-sakit puan?

Seterusnya sedikit lagi iaitu masalah sumber manusia, saya telah banyak menyentuh dalam ucapan dasar.

Seperkara lagi yang baru, yang dibangkit sekarang ini mengenai Butiran 032700 – Psikiatri dan Kesihatan Mental.

Dalam akhbar, saya terbaca dari Kelantan ada 300,000 orang sakit mental. Jadi saya ingin tanya juga pihak kementerian, bentuk sakit mental yang bagaimana? Adakah affective disorder atau psychotic ataupun stress? Benda ini saya rasa bukan sahaja di Kelantan, kita hendak tahu seluruh Malaysia. Kita tahu affective disorder atau psychotic ini keturunan tetapi stress yang membawa kepada kemurungan perkara yang berkaitan dengan- jadi, saya kira bolehlah kementerian mengeluarkan data. Apakah penyakit-penyakit mental atau unsteady mental yang dimaksudkan sedemikian?

final • 7:21 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat.

final • 7:21 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Sila.

final • 7:21 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Saya juga ingin dapatkan data tentang doktor-doktor yang mengalami tekanan mental juga. Terima kasih Yang Berhormat- yang telah dirujuk untuk tindakan seterusnya.

final • 7:21 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat ‘Kota Kinabalu’, 'boleh tumpang’ Yang Berhormat.

final • 7:21 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Boleh tumpang, sila. Sila masuk dalam ucapan saya untuk dijawab nanti.

Seterusnya, sedikit ialah mengenai Klinik 1Malaysia. Yakni daripada segi kos pengurusan Klinik 1Malaysia berbanding dengan kos klinik kesihatan daripada segi kepentingannya, daripada segi servis yang diberikan, dan apakah kita tidak boleh, dalam masa sekarang ini daripada segi kepentingan klinik kesihatan itu boleh di-upgrade, boleh ditingkatkan lagi daripada segi perkhidmatannya ataupun boleh ditingkatkan klinik kesihatan itu kepada hospital daerah dan sebagainya? Ya, sila.

final • 7:21 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Laluan sikit.

final • 7:21 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Pasir Puteh.

final • 7:21 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Berkenaan dengan pakar Tuan Pengerusi, saya terlupa hendak beritahu- tentang pakar-pakar yang kita hendak cuba retain dalam Kementerian Kesihatan ini, kalau boleh masukan dalam ucapan Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Bilangan pakar-pakar yang sudah berhenti kemudian disambung kontrak berapa ramai bilangan mereka? Ini kerana kita diberitahu bahawa kerajaan ingin mengambil pakar-pakar ini dimasukkan balik ke dalam jawatan. Akan tetapi kita lihat ramai pakar yang berhenti apabila memohon untuk menyambung kontrak tidak dibenarkan, tidak diluluskan oleh pihak kerajaan.

final • 7:21 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Jadi saya ingin tahulah, berapa ramaikah pakar-pakar yang berhenti pada tahun ini misalnya dan berapa orang yang diambil balik untuk bekerja dalam kementerian?

Kemudian, tentang pakar-pakar ini- boleh teruskan lagi?

Kemudian kita tahu juga ada pakar-pakar yang lulus di luar negara...

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

final • 7:30 PM

mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ada 21 saat.

final • 7:30 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Masa 21 saat. Yang lulus di luar negara, mereka ingin balik bekerja di Malaysia tetapi memandangkan kepada keadaan ekonomi Malaysia ini, berapa ramaikah pakar-pakar perubatan yang lulus pengajian mereka di luar negara yang balik ke negara kita? Kalaulah tidak balik, adakah pihak kementerian akan mencari mereka ini untuk membawa mereka balik khususnya mereka yang mendapat JPA sponsorship dan sebagainya? Berapa ramai bilangan mereka yang terlepas, tidak balik ke Malaysia disebabkan oleh sebab mungkin masalah ekonomi dan gaji dan juga keadaan kerja di dalam Kementerian Kesihatan ini tidak memuaskan bagi mereka? Terima kasih.

final • 7:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 7:30 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Terima kasih. Habis sudah masa [Ketawa]

final • 7:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Dalam masa satu jam, boleh Yang Berhormat Menteri, cuba ya? Terima kasih.

final • 7:30 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan di Peringkat Jawatankuasa berkaitan dengan tanggungjawab Kementerian Kesihatan.

Secara menyeluruh, saya menerima cadangan-cadangan yang telah diberikan secara baik. Kebanyakan daripada pandangan yang diberi ialah selaras dengan pendirian kementerian pada masa sekarang dan banyak yang telah memberi sokongan secara langsung dan secara tidak langsung bahawa kementerian- menghargai kerja yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan dan telah menyokong keperluan kerajaan untuk memberi bantuan dan sokongan yang lebih banyak kepada Kementerian Kesihatan di dalam menunaikan tanggungjawabnya.

Oleh sebab beberapa Ahli Yang Berhormat telah menyentuh perkara yang sama, saya akan cuba menjawab soalan, isu-isu yang dibangkitkan yang diasaskan kepada tajuk- tajuk yang berbangkit. Kepada perkara-perkara tertentu, khususnya projek-projek di kawasan-kawasan masing-masing, kita akan memberi jawapan secara bertulis kepada Ahli- ahli Yang Berhormat berkaitan dengan keadaan dan projek-projek ini pada masa sekarang.

Salah satu topik yang telah dibangkitkan ialah berkaitan dengan kenaikan caj yang telah diuar-uarkan di media pada masa sekarang. Ada yang telah pun membangkitkan kepada sebuah dasar, Full Paying Patient yang telah diamalkan oleh kementerian. Saya mohon menjelaskan bahawa kenaikan caj yang telah diumumkan ialah cuma untuk Kelas 1 dan untuk separuh daripada perkhidmatan yang telah diberi untuk Kelas 2. Seperti yang saya telah jelaskan di dalam media semalam dan pada hari ini juga, ini melibatkan kurang daripada 1.5 peratus daripada semua pesakit yang mendapat rawatan dalam sistem perkhidmatan. Itu bermaksud 98.5 peratus daripada pesakit yang datang kepada sistem perkhidmatan kesihatan, mereka mendapat perkhidmatan yang lebih kurang 100 peratus percuma. Ini 1.5 peratus yang jumlahnya lebih kurang 30,000 sahaja yang secara pilihan mahu menggunakan kemudahan di Kelas 1 dan Kelas 2.

final • 7:31 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Tiada paksaan kepada mereka untuk pilih Kelas 1 tetapi mereka secara pilihan memilih Kelas 1 dan mereka berbuat sedemikian. Kerajaan meningkatkan kadarnya kerana untuk 30 tahun, kita tidak selaraskan kadar ini dengan masa sedikit. Walaupun dibuat sedemikian, dengan unsur subsidi yang paling tinggi kepada kumpulan ini. So itulah sebabnya ia dipertingkatkan dan jumlah yang kita mungkin akan kumpul daripada itu kurang daripada RM50 atau RM60 juta sahaja. Berbanding dengan RM25 bilion yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk memberi rawatan kepada pesakit pada keseluruhannya.

Daripada itu, isunya adakah ini akan ada kesan negatif kepada ekonomi negara, tidak akan bangkit kerana ini satu jumlah yang begitu sedikit dan kesannya sedikit sahaja?

Ini salah satu daripada langkah macam mana kerajaan mungkin boleh mendapatkan ini untuk memberikan subsidi kepada kumpulan yang memang kena diberikan rawatan secara percuma. Mengapakah kementerian telah mengemukakan program Full Paying Patient? Itu bukan tujuannya. Selain daripada- tujuan utama ialah untuk memberi peluang kepada pakar-pakar yang paling senior dalam sistem kita, yang kalau mereka keluar kepada sektor swasta, mungkin mereka akan mendapat pendapatan RM100,000, RM150,000.

Salah satu cara macam mana kita boleh mengekalkan mereka dalam sistem perkhidmatan kesihatan ialah untuk memberi peluang sedikit supaya mereka boleh menjalankan aktiviti, private practice dalam sistem Kementerian Kesihatan. Memang ada kawalan-kawalan tertentu untuk memastikan bahawa mereka tidak menggunakan ini secara tidak bertanggungjawab dan apa yang dilakukan oleh mereka tidak mempunyai kesan ke atas perkhidmatan kesihatan pada keseluruhannya. So, ada safeguards yang tertentu.

Cuma mereka boleh buat selepas waktu kerja dan pada waktu cuti dan ada masa optimal beberapa peratus daripada masa itu boleh digunakan dan sebagainya...

final • 7:31 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

[Bangun]

final • 7:31 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ini telah membantu kita mengekalkan beberapa orang pakar yang mempunyai kepakaran khusus dan istimewa, subspecialist dalam sistem Kementerian Kesihatan. Ini telah membantu kita untuk mereka memberi rawatan kepada pesakit yang kurang pendapatan di dalam Kementerian Kesihatan...

final • 7:31 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Menteri.

final • 7:31 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ya?

final • 7:31 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

final • 7:31 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Pengerusi...

final • 7:31 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

final • 7:31 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Ya. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga melihat caj yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi dan sememangnya tidak ada kesan kepada pesakit-pesakit Kelas 3 ataupun pesakit-pesakit yang miskin.

Kita tengok Kelas 2 dan Kelas 1, biasanya ibu bapa atau pesakit yang menggunakan perkhidmatan tersebut mereka menggunakan GL, kebanyakan GL. Saya juga melihat bahawa kos yang dikenakan berbanding dengan hospital private juga jauh lebih rendah. Itu satu daripada segi fakta.

Apa yang saya ingin sebut hari ini ialah oleh sebab Kelas 3 ini ramai digunakan oleh pesakit-pesakit daripada keluarga miskin, saya mohon sangat supaya kementerian boleh meningkatkan dari sudut infrastruktur ataupun menambah baik perkhidmatan yang mana ramai digunakan oleh pesakit-pesakit daripada keluarga miskin. Terima kasih.

Pandangan.

final • 7:31 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Saya terima cadangan ini. Ini usaha kerajaan dan selaras dengan dasar kerajaan kementerian juga.

Lagi satu perkara yang telah dijelaskan dan diperbincangkan oleh...

final • 7:31 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, isu barukah ini?

final • 7:31 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Isu baru.

final • 7:31 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Fasal saya ada satu soalan. Yang Berhormat Menteri telah membangkitkan dua isu. Satu berkait dengan charges untuk Kelas 2 dan Kelas 1. Isu satu berkait dengan Full Paying Patient.

Isu pertama, ia berkait dengan payment for First Class and Second Class kebimbangan. Selalunya mereka introduce memperkenalkan untuk First Class, Second Class. Selepas tahun kedua, ketiga, Kelas 3 pun akan dikenakan. So this is the strategy that has always been used but in other countries and I am sure that Malaysia also follow suit. Sebab this is part of privatizing the hospitals. So saya fikir, kebimbangan ini harus- mesti dijawab secara bertanggungjawab.

Kalau kerajaan boleh memberikan satu jaminan sekarang mengatakan bahawa untuk lima tahun akan datang, tidak ada- 10 tahun akan datang, tidak ada charge untuk Kelas 3. So kita boleh percaya dengan apa Yang Berhormat Menteri bercakap.

final • 7:31 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Isu kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri ialah untuk memberi peluang untuk pakar-pakar dan sebagainya.

Saya tidak ada masalah untuk memberi peluang untuk pakar-pakar. Yang saya takut ialah B40 akan dianaktirikan. Itu saya punya masalah. Saya nampak dan saya sudah cakap dengan doktor yang sekarang menjadi pakar Universiti Malaya yang menggunakan sistem private clinic dan juga bercakap dengan nurses dan sebagainya, nurses itu complain, dia mengatakan bahawa oleh sebab bos pakar itu bekerja selepas pukul 5, dia pun kena tarik mesti kerja. So, dia kerja daripada pukul lapan pagi sehingga pukul 5 petang, selepas itu bekerja untuk pakar. So therefore, the focus is not there and also you- walaupun ada pendapatan but the focus is not there and you are tired after 5 ’o clock. So, these are issues that are here. So, minta pandangan.

Dan juga isu yang berkait ialah adakah kerajaan telah membuat cost benefit analysis Universiti Malaya dan lain-lain tempat yang mengatakan bahawa this is a good idea? Adakah satu evaluation telah dibuat? Minta pandangan.

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kulai.

final • 7:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya setuju dengan niat Kementerian Kesihatan. Saya rasa niat untuk polisi-polisi yang baru ini saya rasa semuanya niat yang suci dan niat yang bagus tetapi saya risau bahawa semasa pelaksanaan ada beberapa kesan buruk.

Pertama, untuk caj kenaikan untuk wad kelas pertama dan kelas kedua, saya rasa ada tidak satu kemungkinan bahawa kerana katil di wad kelas ketiga itu sentiasa penuh, jadi apabila seorang pesakit yang datang daripada golongan berpendapatan rendah mereka masuk ke hospital tetapi oleh sebab katil di wad ketiga itu sudah penuh, jadi mereka terpaksa pergi ke wad kelas kedua supaya mereka dapat katil? Kalau situasi sebegini berlaku, apakah kaedah untuk kita membantu mereka terutamanya kepada pesakit-pesakit oleh sebab tidak ada katil yang kosong di wad kelas ketiga mereka terpaksa pergi ke wad kelas pertama ataupun kedua?

Kedua, tentang full...

final • 7:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Okey.

final • 7:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Satu lagi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Full Paying Patient Scheme atau FPPS. Saya rasa ada tidak satu kemungkinan bahawa oleh sebab full paying patient mereka boleh pilih doktor, jadi maksudnya doktor ataupun pakar yang terbaik di hospital itu sentiasa masanya akan digunakan untuk melayan full paying patient ini? Maksudnya, untuk pesakit-pesakit yang tidak mampu untuk bayar menjadi sebagai full paying patient ini, sama ada well-being mereka ataupun akses mereka untuk mendapat layanan daripada pakar yang terbagus dari hospital kerajaan ini akan dikurangkan? Ini dua kerisauan saya.

final • 7:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih. Tuan Pengerusi, Kementerian Kesihatan memang komited untuk memastikan kumpulan yang berpendapatan rendah mendapat perkhidmatan kesihatan yang bermutu tinggi. Kita tidak akan lari daripada prinsip itu.

Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Serdang tadi, berkaitan kalau...

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kulai.

final • 7:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat Kulai... [Melihat ke tempat duduk Yang Berhormat Kulai] Sudah pindah kawasan?

[Ketawa] Kalau secara keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan bahawa seseorang pesakit diletakkan di kelas dua kerana tidak ada tempat dan bukan atas pilihan pesakit sendiri, mereka tidak akan dipaksa membayar bayaran kelas dua kerana itu ialah keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan untuk membantu di dalam menguruskan apa yang tersedia ada.

Prinsip nombor dua ialah adakah- untuk jawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang dan Yang Berhormat Kulai, bahawa kerajaan mempunyai niat yang tersembunyi dan ini ialah satu usaha pertama supaya bayaran dikenakan kepada kelas ketiga. Saya mahu berjanji pada masa ini, kerajaan memang komited.

Daripada masa dahulu sampai sekarang, saya sudah beberapa kali memberitahu bahawa kerajaan mempunyai komitmen yang agak tinggi untuk memastikan kumpulan yang berpendapatan rendah mendapat perkhidmatan kesihatan seperti apa yang mereka menerima pada masa sekarang tetapi dengan mutu yang lebih tinggi pada masa sekarang dan masa yang akan datang. Kita tidak ada apa-apa niat untuk membuat bayaran terhadap mereka dan ini bukan satu usaha permulaan supaya secara step-by-step untuk mengenakan bayaran. So, saya boleh secara terbuka memberikan komitmen ini pada hari ini.

Isu FPPS. Tujuan utamanya ialah untuk mengekalkan pakar-pakar. Kalau kementerian atau kerajaan boleh membayar gaji mereka RM100,000, mungkin isu ini tidak akan berbangkit. Ahli-ahli Yang Berhormat faham ini tidak akan berlaku. Ini ialah luar daripada kemampuan kementerian untuk membayar mereka. So, bila dalam keadaan itu, kementerian kena cari cara-cara yang lain.

Saya faham mungkin ada kemungkinan-kemungkinan di mana ada penyalahgunaan kemudahan yang telah disediakan. Oleh itu, tanggungjawab kita sebagai kementerian untuk membuat pemantauan terhadap perkara ini supaya tidak ada pihak yang menyalahgunakan ini. Kalau mereka guna itu, kita akan batalkan the facilities which is given to them to use this. Kedua ialah untuk memastikan bahawa isu-isu lain, isu-isu daripada pentadbiran seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulai dan Yang Berhormat Klang tadi, dikawal secara baik supaya tujuan utamanya dicapai tanpa diskriminasi kepada pesakit- pesakit yang lain dan kepakaran yang mereka ada boleh digunakan untuk pesakit-pesakit lain. Itu ialah tujuan kerajaan. Dan sampai kita ada satu cara yang lebih baik di mana kita menggunakan...

final • 7:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 7:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

If we are going to be talking on this topic alone, I cannot move.

final • 7:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Cost benefit analysis.

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kapar dan Yang Berhormat Klang.

final • 7:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat Kapar.

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

final • 7:40 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Terima kasih. Berbalik kepada penerangan Yang Berhormat. Saya terima penjelasan dan prinsip kementerian.

final • 7:40 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Satu kerisauan saya kini di hospital kerajaan memang wad-wad tidak cukup untuk kelas ketiga. Kita dapat bayangkan di mana pesakit diletakkan di tepi tingkap, ada yang di kawasan tangga dan sebagainya. Kerisauan saya, Yang Berhormat Menteri, keadaan sekarang tertekan disebabkan oleh harga barang dan sebagainya, kos sara hidup dan sebagainya. Jika wad kelas pertama dan wad kelas kedua membuat keputusan tidak memasuki wad kedua dan wad ketiga, itu akan menambahkan permintaan orang untuk masuk wad kelas ketiga. Adakah kerajaan bersedia untuk menampung situasi itu pada ketika ini? Terima kasih.

final • 7:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Itu salah satu daripada tanggungjawab kerajaan. Berapa banyak yang boleh untuk menambahkan lagi kemudahan, saya menerima ada kesesakan di dalam banyak hospital khususnya yang ada di dalam bandar-bandar utama. Secara berterusan kita berusaha untuk meningkatkan lagi bilangan tempat yang ada di dalam hospital-hospital termasuk menambahkan blok tambahan dan sebagainya untuk menunaikan keperluan yang bertambah.

Kita memang nampak butiran bahawa pada tiap-tiap tahun jumlah pesakit yang datang untuk menggunakan perkhidmatan awam itu meningkat selaras dengan kenaikan harga dan keadaan ekonomi yang ada pada masa sekarang.

Secara kasar, untuk menjawab Yang Berhormat Klang, secara kasar saya boleh beritahu bahawa melalui FPPS, ada banyak pakar yang mungkin sudah meletakkan jawatan sebelum ini masih bekerja dengan kerajaan. So, itu salah satu daripada benefit. Akan tetapi, kalau you tanya tentang overall cost benefit studies ini, butiran itu tidak ada dengan saya dan mungkin we will look at figures and if we have it, we will give it to you...

final • 7:40 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Yang Berhormat Menteri.

final • 7:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ya.

final • 7:40 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Sikit tentang full paying patient ini. Saya percaya bahawa doktor-doktor boleh melakukan kerja tambahan itu selepas kerja after 5 pm. From 5 to 9 pm, dia boleh kerja lagi. Itu tidak ada masalah kerana doktor-doktor itu memang tough. Akan tetapi masalahnya, hanya di hospital-hospital ini sahaja ada penggunaan itu.

Bagaimanakah di hospital lain? Ia akan menimbulkan perbalahan sebab pakar-pakar di tempat lain akan berebut untuk pergi ke hospital ini. Bagaimanakah pakar-pakar di tempat lain? Jadi, akan berlaku pula mereka yang di tempat lain akan keluar daripada kementerian kerana tidak mendapat tempat di hospital. Lapan buah hospital sahaja yang ada benda ini.

Kemudian yang satu lagi Yang Berhormat, ialah tentang adakah sistem full paying patient ward ini ialah seperti private hospital? Makna, mereka yang datang itu dengan GL boleh pergi atau dengan insurance cover adakah mereka diterima untuk pergi ke sana? Jika itu berlaku, maka ia ada satu persaingan dengan hospital private di kawasan itu.

final • 7:40 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Jadi, adakah kita ini hendak menimbulkan persaingan di antara hospital kerajaan dengan hospital private di sana? Terima kasih.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Saya memang menerima pandangan berkaitan dengan isu yang pertama itu. Kita pun- kementerian sudah fikir berkaitan dengan ini. Salah satu daripada cadangan yang kita telah mencadangkan untuk memberi satu keadilan kepada semua doktor mahupun mereka bertugas di hospital yang besar atau hospital pakar yang kecil di bandar-bandar kecil, mereka mendapat peluang yang sama. Salah satu daripada itu ialah untuk memberi mereka peluang untuk mengambil- memberi mereka satu hari di dalam satu minggu untuk membuat apa-apa mengikut pilihan mereka.

Pilihan mereka bermaksud, ada yang mungkin mahu menjadi pensyarah di hospital, di universiti-universiti swasta yang ada pada masa sekarang. Ada yang mungkin membuat part time research di dalam institusi-institusi. Ada yang mungkin akan menjalankan private practice satu minggu sekali di dalam hospital-hospital swasta. Pilihan ini diberikan kepada mereka supaya satu keadilan di antara mereka yang mendapat FPP di dalam lapan buah hospital yang ada dan hospital-hospital yang lain.

Akan tetapi terpulang kepada mereka untuk pilihlah. Pilih mana. Sampai masa sekarang jumlah mereka mahu pilih peluang yang diberi itu jumlah kurang sahaja. So,

final • 7:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

mereka masih puas hati ada apa yang ada pada masa sekarang. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka kerana kebanyakan daripada mereka walaupun ada peluang untuk mendapat pendapatan yang lebih tinggi. Kalau lihat kepada lebih daripada 4,500 orang pakar yang ada di dalam Kementerian Kesihatan.

Jadi, dalam satu tahun mereka yang letak jawatan di lingkungan 150 hingga 160 sahaja. Bermaksud, yang bakinya masih kekal dalam sistem dan banyak yang kekal dalam sistem sampai mereka bersara. Ini kerana ada satu generasi doktor yang memberi keutamaan kepada peluang untuk berkhidmat dan kepada masyarakat pada keseluruhannya dengan menerima pulangan yang kurang. Mereka boleh menerima ini kerana kepuasan mereka melalui perkhidmatan yang diberi. Saya berharap ada lebih orang macam itu dan isu ini tidak akan timbul.

final • 7:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut bahawa strategi baru ini dilakukan untuk mengekalkan tenaga pakar supaya mereka tidak keluar bekerja di swasta. Sebab pendapatan di swasta jauh lebih besar berbanding dengan pendapatan yang di sektor awam. Jadi, saya hendak minta daripada Yang Berhormat Menteri, agaknya kalau sistem ini dilaksanakan, berapakah peratus pendapatan doktor-doktor pakar ini akan bertambah?

Agak-agak. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Kita ada satu figure dia boleh- tidak boleh melampau sangat. Saya ingat dua kali ganda daripada gaji mereka yang terima, kalau dapat 15,000 atau 20,000. Boleh tambah dua kali ganda, bukan lebih daripada itu. Sistem tidak membolehkan mereka mendapat lebih daripada itu.

So, itu bermaksud mereka tidak boleh kerja sampai mendapat beratus-ratus ribu melalui sistem kerajaan. So, ini cuma memberi mereka sedikit ruang untuk mendapat pada masa dengan beberapa kawalan untuk memastikan bahawa mereka masih boleh kerja dan menyumbang kepada perkhidmatan di dalam kesihatan- perkhidmatan Kementerian Kesihatan awam.

Tuan Pengerusi, berkaitan dengan isu ini- isu berkaitan dengan jumlah pakar yang ada di dalam negara dan keperluan untuk meningkatkan lagi jumlah pakar. Sampai tahun 2013, peluang-peluang iaitu peluang-peluang untuk mengikuti kursus-kursus kepakaran di dalam universiti-universiti tempatan cuma terhad kepada 300 orang sahaja. Selepas tahun 2013, melalui usaha kementerian dengan kerjasama universiti-universiti tempatan yang menyediakan kursus-kursus kepakaran ini, jumlah tempat ini sudah ditambah untuk 1,000.

Setiap tahun kita nampak pada masa sekarang melalui sistem kepakaran di universiti, lebih daripada 800 sampai 900 orang doktor mendapat peluang untuk mengikuti kursus di dalam pelbagai jenis kepakaran. Termasuk pada masa sekarang kementerian menggalakkan mereka mengikuti kursus-kursus kepakaran dan mendapat pengiktirafan kepakaran melalui apa yang dipakai- dipanggil sebagai the alternative pathway atau mengikuti untuk mendapat pengiktirafan daripada contohnya the Royal Colleges daripada United Kingdom.

Melalui itu lebih daripada 300 lebih orang doktor, setiap tahun mengikuti kursus- kursus kepakaran untuk mendapat pensijilan di peringkat itu. So, dengan ini dari tahun 2018 hingga 2019, secara permulaan jumlah doktor pakar yang akan masuk ke dalam sistem kita akan meningkat daripada 300 hingga 400 pada masa dahulu sampai lebih daripada 1,000.

Dengan itu, saya mempunyai keyakinan kekurangan pakar yang ada di dalam pelbagai jenis bidang pengkhususan ini akan kurang. Kita boleh meningkatkan dan menambahkan lagi peluang-peluang latihan di dalam bidang-bidang pengkhususan khususnya. Supaya di dalam semua bidang, contohnya bidang neuro surgery yang telah dibangkitkan tadi. Cuma ada 40 lebih orang Neuro Surgeon sahaja di dalam seluruh sistem Kementerian Kesihatan.

Kita boleh memberi mereka lebih peluang bagi menambahkan. Ini satu proses berterusan dan dengan masa, saya mempunyai harapan bahawa ini boleh dicapai. Kita boleh memastikan semua hospital yang memerlukan doktor pakar di dalam bidang-bidang tertentu mendapat doktor yang mencukupi. Ahli-ahli Yang Berhormat telah pun menunjukkan penghargaan kepada Program KOSPEN yang telah diwujudkan oleh kementerian.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Prinsip di belakang Program KOSPEN ialah untuk melibatkan masyarakat di peringkat akar umbi dalam agenda kesihatan. Ini ialah satu untuk meningkatkan kesedaran di kalangan peringkat akar umbi tentang isu-isu kesihatan.

Kedua, menggunakan mereka, sukarelawan ini untuk membantu dalam proses saringan untuk mengesan khususnya chronic diseases of non communicable diseases

(NCD) kerana di dalam lebih daripada 4,000 locality di mana pada masa sekarang kita mempunyai KOSPEN. Sukarelawan yang ada di situ mereka telah diberi latihan untuk membuat pemeriksaan tekanan darah, menguji paras gula di dalam darah, membuat pemeriksaan body mass index, memberi nasihat kepada masyarakat di situ tentang makanan yang nutritious. Mewujudkan tempat untuk membuat exercise dan mengadakan kempen anti merokok dan sebagainya.

Ini kerana, berlaku di peringkat akar umbi dan di terajui oleh pemimpin-pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi. Kementerian mempunyai keyakinan yang besar bahawa ini boleh membawa perubahan terhadap keadaan chronic diseases of the NCD di dalam negara kita.

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita kerana secara umum telah mengumumkan satu peruntukan khusus kepada ini. Dengan adanya peruntukan ini, kita boleh memberi suntikan yang baru dan semangat yang baru kepada semua sukarelawan yang telah melibatkan diri dalam program ini supaya mereka boleh menjalankan program ini secara lebih baik.

Lagi satu perkara...

final • 7:50 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat Menteri.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ya. Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila, Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 7:50 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini saya hendak memuji langkah yang dibuat oleh kementerian mengenai KOSPEN ini. Cuma tadi Yang Berhormat Menteri nyatakan bahawa mereka ini kita gunakan sebagai usaha untuk mengetahui kalau sekiranya ada penyakit yang tidak berjangkit ini daripada awal. Cuma saya tengok, terutamanya dekat kawasan saya kita buat daripada- mengikut JKK.

final • 7:50 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Saya hendak tanya pihak kementerian, ada tidak saran sama ada hendak dikembangkan ataupun satu JKK itu berapa ramai. Kemudian bila kementerian sudah bagi training, pusat kesihatan tempatan bagi training, saya cuma hendak tahu selepas itu macam mana? Adakah training itu sekali ataupun sentiasa being updated they go through the process of belajar lagi dan belajar lagi. Itu saya kalau boleh Yang Berhormat Menteri memaklumkan kepada Dewan. Terima kasih.

final • 8:00 PM

Dato' Dr. Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ucap tahniah kepada kementerian dan kerajaan kerana menambahkan bajet saya rasa untuk KOSPEN ini. Ini kerana saya dapati macam dalam ucapan saya tadi KOSPEN ini saya lihat sebagai satu perkara yang penting di akar umbi.

Saya hendak tanya Menteri, adakah usaha-usaha dilakukan lebih lagi untuk menaikkan semangat mereka supaya ramai lagi yang hendak join? Begitu juga adakah kursus-kursus seperti CPR which is very important dilaksanakan? Ini kerana mereka ini berdepan dengan masyarakat. Tiba-tiba kalau adalah orang yang pengsan tidak bernyawa, tidak bernafas mereka adakah cekap dalam bidang ini. Jadi itu yang penting.

Ini kerana contohnya di Parlimen Bagai Serai, saya ada berjumpa dengan beberapa orang yang begitu bersemangat tetapi juga meluahkan sedikit keluhan mengatakan claimsnya yang agak lambat. Jadi maklumlah mereka ini akar umbi dan kebanyakan mereka tidak ada pendapatan yang begitu tinggi tetapi bersemangat. Ini penting untuk pencegahan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Menteri.

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Menteri. Bagi peluang Yang Berhormat Menteri duduk. Sila.

final • 8:00 PM

Dato’ Sri Dr Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi yang segak. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma hendak tambah sedikit apa yang tadi Yang Berhormat Parit Sulong dan ...

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya tidak dengar perkataan itu tadi apa?

final • 8:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Tuan Pengerusi yang segak dan menawan. Misai nampak dari sini.

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Okey, terima kasih.

final • 8:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Okey terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak menambah daripada Yang Berhormat Parit Sulong dan juga Yang Berhormat Bagan Serai tentang KOSPEN Tuan Pengerusi.

Saya di Kuala Selangor saya lihat impak program ini sangat baik. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri untuk menambah lagi peruntukan ini. Cuma ada pelbagai permintaan daripada agensi-agensi yang lain seperti JPAM, RELA dan juga Pertubuhan Belia yang ingin juga ingin melibatkan diri dengan KOSPEN. Saya mohon agar kalau boleh pada tahun hadapan kita kembangkan lagi lebih banyak lagi agensi supaya kesedaran kesihatan itu dapat diperlebar dan diperluaskan. Lebih-lebih lagi Tuan Pengerusi ada di kalangan mereka yang mengikut program KOSPEN ini kali pertama jumpa picagari.

Dia lihat picagari itu dia pelik. Jadi dia gunakan itu jadi bahan souvenir mereka bila mereka pulang ke rumah. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya memahami bahawa Program KOSPEN telah mengadakan satu kesan yang begitu positif di peringkat akar umbi. Tujuan saya pun harapan saya pun adalah untuk memberi mereka suntikan semangat yang lebih kuat melalui bantuan-bantuan yang boleh diberi. Itulah sebab secara khusus semasa ada dialog bajet ini dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri saya telah mengemukakan bahawa ada keperluan untuk bantu program ini. Saya telah ambil masa untuk menjelaskan kepada Perdana Menteri bahawa apa yang program dan apakah manfaat yang boleh didapati melalui program ini. Ini kerana pada masa sekarang kita telah memberi latihan kepada lebih daripada 40,000 orang sukarelawan di seluruh negara dan tujuan itulah untuk meningkatkan lagi.

Daripada awalnya rancangan Program KOSPEN ialah secara berkala untuk menambahkan lagi tahap pengetahuan mereka termasuk apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Bagan Serai kalau boleh pada satu ketika memberi latihan di dalam CPR. Satu cadangan yang baik kerana kalau di dalam tiap-tiap kampung ada satu orang, dua orang yang telah diberi di dalam CPR. Mungkin mereka akan menjadi penyelamat kepada satu- satu kes tertentu dan ini akan satu perkara yang akan mempunyai satu kesan yang begitu positif di dalam kawasan-kawasan khususnya kawasan di dalam, di desa. Kerajaan akan terus dalam usaha untuk menambahkan lagi peluang-peluang yang telah disediakan melalui program ini dan memperluaskan lagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan selaras dengan harapan yang telah ditunjukkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat pun telah berbincang tentang isu jawatan yang telah diwujudkan kepada doktor-doktor siswazah. Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan mereka mendapat peluang untuk mengikuti latihan dan mendapat pengalaman yang mencukupi. Kerajaan telah memutuskan untuk mewujudkan jawatan- jawatan kontrak ini kerana pada tahun yang lalu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak mempunyai jawatan yang mencukupi untuk jumlah graduan baru yang termasuk ke dalam sistem kita. Manakala kepada mereka yang kita secara wajib kena memberi latihan doktor siswazah ataupun houseman training dan untuk memastikan mereka mendapat pengalaman yang mencukupi.

Itulah sebab pada satu ketika masa menunggu untuk ditempatkan lebih kurang sampai paling teruk satu tahun, satu tahun setengah ada doktor yang menunggu kerana tidak ada kekosongan untuk mereka isikan. Dengan mengambil kira perkara ini dan bila kita lihat kepada jumlah mereka yang akan pulang, akan menamatkan pendidikan perubatan mereka mahupun di dalam negara atau dari luar negara, daripada unjuran yang kita ada ini ialah satu perkara yang akan berterusan kepada beberapa tahun yang akan datang.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Dengan mengambil kira keadaan sedemikian satu penyelesaian yang dilihat oleh kerajaan sebagai satu penyelesaian bukan sahaja untuk doktor perubatan tetapi untuk doktor pergigian dengan pihak farmasi ialah untuk mewujudkan jawatan-jawatan kontrak.

Melalui jawatan kontrak ini tiga perkara boleh dicapai. Satu, mereka boleh ditempatkan secara cepat. Kedua, mereka akan diberi latihan yang mencukupi. Contoh untuk doktor cadangan kita sekurang-kurangnya mereka mendapat latihan untuk empat tahun. Untuk farmasi tiga tahun dan untuk dentistry tiga tahun.

Isu ialah apa yang akan berlaku kepada mereka selepas tempoh kontrak ini tamat.

Kementerian sekarang sedang lihat kepada perkara ini dan bincang dengan universiti- universiti yang dipertanggungjawab untuk menyediakan kursus-kursus kepakaran dan sebagainya. Untuk pada masa sekarang menyediakan garis panduan. Semua doktor yang ada di situ mereka akan digalakkan untuk memilih satu bidang pengkhususan dan kepakaran. Kalau ada satu sistem di mana mereka boleh, satu saringan boleh dilakukan terhadap mereka, ini akan bantu semua orang yang mahu mengikuti kursus-kursus tertentu diberi peluang yang mencukupi supaya mereka boleh mengikuti latihan secara berterusan di dalam bidang-bidang kepakaran termasuk di dalam bidang family medicine.

Kita sudah sampai kepada satu tahap di mana pada satu ketika dahulu cuma doktor dengan degree asas sahaja atau ijazah asas boleh menjadi general practitioner.

Akan tetapi di dalam beberapa buah negara yang lain pada masa sekarang untuk menjadi apa yang dipanggil doktor pakar keluarga, mereka memerlukan latihan tambahan. Saya berharap semua doktor selepas menamatkan tempoh doktor siswazah, sebelum menamatkan tempoh perkhidmatan kewajipan dengan kementerian, mereka akan pilih bidang-bidang tertentu lepas itu meneruskan latihan di dalam bidang itu. Itulah harapan kita.

Kita akan menyediakan garis panduan yang jelas supaya doctors boleh tahu apa yang mereka sepatutnya buat di dalam 4 tahun ini untuk menyediakan masa hadapan mereka.

Lanjutan dengan itu ialah usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk memberi peluang kepada pakar-pakar yang ada pada masa sekarang di dalam Gred 54. Akan tetapi ada yang sudah tunggu sembilan tahun di dalam Gred 54 sampai ada yang sepuluh tahun Gred 54 tetapi tidak mendapat peluang untuk dinaik pangkat kepada JUSA ‘C’. Jumlah ini begitu besar. Walaupun ada mereka, Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan bahawa mungkin pihak-pihak di perkhidmatan awam yang lain tidak akan cemburu kalau doktor dinaikkan pangkat dan mereka tidak dinaikkan pangkat, tetapi ini ialah we are expecting something out of the norm.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Dengan mengambil kira perkara ini, dan dengan ambil kira keadaan bahawa jumlah jawatan JUSA ‘C’ dikawal oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, oleh itu kalau ada jumlah yang menunggu pada masa sekarang lebih daripada 900 orang doktor. Semua tidak boleh naik pangkat kepada JUSA ‘C’ dan untuk memastikan bahawa mereka diberi satu peluang untuk meningkatkan di dalam tangga kerjaya mereka, satu lapisan baru diwujudkan iaitu Gred 56. Dengan ini, ini khusus untuk pakar sahaja bukan untuk kumpulan yang lain dan ini boleh ditambah mengikut keperluan.

Oleh itu, melalui kerjasama JPA sekarang selepas satu tempoh yang tertentu, semua doktor daripada Gred 54 boleh naik pangkat sampai Gred 56 dan perbezaan dengan JUSA ‘C’ akan ditetapkan oleh JPA dan selepas itu mereka yang layak akan dinaikkan pangkat kepada JUSA ‘C’ juga. Itu tidak bererti peluang mendapat JUSA ‘C’ tidak ada.

Mereka akan ada peluang ini tetapi untuk mereka yang sudah naik- jangka masa yang mereka menunggu tanpa kenaikan pangkat itu akan dipendekkan.

final • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 8:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, yang dihuraikan tadi tentang tangga atau scale, Gred 54 ke Gred 56 dan sebagainya. Persoalan yang saya ingin bangkitkan di sini ialah saya fikir isunya bukan scale tetapi ialah gaji dia dan dalam konteks kedoktoran ini oleh sebab isteri saya doktor, kita tahu bahawa dia cepat meningkat tangga itu tetapi sampai satu peringkat, dia terpaksa menunggu sekian lama. Saya percaya scale Gred 56 ini diwujudkan untuk pastikan agar doktor-doktor pakar ini tidak lari keluar.

final • 8:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Akan tetapi adakah kerajaan bersetuju ataupun boleh mempertimbangkan bahawa sebenarnya isu yang paling pokok itu ialah isu gaji dia. Kalau setakat scale sahaja tapi gajinya masih lagi naik mungkin dalam jumlah yang sedikit, tidak berkadar dengan mereka yang praktis di luar iaitu di hospital swasta dan sebagainya, ia juga tidak mampu sebenarnya untuk menghalang mereka yang mempunyai kepakaran ini keluar dari hospital kerajaan. Ini kerana hendak menunggu sampai JUSA ‘C’ itu saya percaya Menteri juga faham menunggunya agak lama untuk sampai ke tahap itu. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Ahli Yang Berhormat atas pandangan itu. Saya setuju bahawa mungkin ini tidak boleh dikatakan satu penyelesaian muktamad dan seperti yang saya telah jelaskan tadi. Kalau kita mahu membandingkan dengan pendapatan dalam sektor swasta, tidak ada caralah macam mana kita boleh mengimbangkan kedua-dua perkara itu. Akan tetapi dengan mengambil kira ada mereka yang tunggu tanpa apa-apa kenaikan untuk satu masa yang begitu panjang, ini ialah satu cadangan apa yang dilaksanakan pada masa sekarang, lebih baik daripada apa yang ada pada masa dahulu dan jumlah ini akan ditetapkan oleh JPA.

Saya diberitahu jumlah ini akan memberi satu penggalakan kepada doktor dan memberi mereka satu kepuasan kepada mereka yang sudah tunggu begitu lama dan memberi mereka harapan bahawa lepas itu beberapa tahun yang akan datang, mereka boleh mendapat JUSA ‘C’. Itulah harapan kerajaan di dalam mengadakan cadangan ini dan saya berharap melalui ini, isu banyak doktor yang telah menunggu untuk satu jangka masa yang begitu panjang untuk dinaikkan pangkat ini akan diselesaikan.

Satu perkara lagi ialah tentang apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian khususnya dengan mengambil kira apa yang sudah berlaku di dalam Hospital Sultanah Aminah dan beberapa klinik seperti yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Bagan Serai tadi tentang penyelenggaraan fasiliti-fasiliti di Kementerian Kesihatan supaya insiden-insiden seperti yang telah berlaku ini tidak akan berlaku lagi.

Saya menerima kita ada cabaran dalam perkara ini kerana seperti yang saya telah menghuraikan di dalam Dewan ini sebelum ini, banyak daripada kemudahan kita pun kemudahan yang begitu lama. Hospital yang lebih daripada 50 tahun ada lebih daripada 48 buah hospital dan ada lagi yang 20 tahun ke-30 tahun, begitu juga klinik-klinik kesihatan.

Saya mempunyai pendirian yang tegas bahawa kementerian mesti melakukan semua yang sepatutnya dilakukan untuk memastikan bahawa keadaan macam ini tidak akan berlaku lagi dan untuk membuat itu, kita sudah memulakan beberapa proses.

Pertama ialah proses untuk membuat pengauditan keselamatan kebakaran di semua hospital yang kita ada di dalam Kementerian Kesihatan khususnya yang lebih daripada 50 tahun. Kedua ialah untuk mewujudkan satu Suruhanjaya yang akan menggunakan apa yang telah berlaku di hospital HSA sebagai satu latar belakang untuk lihat kepada proses-proses tersedia ada di dalam Kementerian Kesihatan pada keseluruhannya dan mencadangkan langkah-langkah memperbaiki untuk meningkatkan lagi proses-proses tersedia ada, lihat kepada SOP yang tersedia ada dan lihat kepada apa- apa kelemahan yang ada pada masa sekarang dan untuk mengambil intervention yang sepatutnya diambil untuk memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi.

Saya mempunyai harapan dan keyakinan yang besar bahawa melalui usaha ini, perkara-perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi dan pesakit kita dan rakyat Malaysia boleh mendapat rawatan di dalam hospital-hospital kerajaan di dalam satu suasana yang lebih selamat.

Satu lagi perkara yang telah dibincangkan oleh banyak Ahli Yang Berhormat ialah tentang perkhidmatan hemodialisis. Pada masa sekarang terdapat lebih 30,000 penyakit- penyakit end stage chronic disease yang ada dan lebih daripada 15,000 ke 16,000 yang memerlukan treatment for that yang mengikuti rawatan dialisis. Tanggungjawab ini diagihkan di antara kerajaan dan pihak swasta yang setuju untuk tidak mendapat keuntungan atau non-charitable bodies. Ketiga ialah hospital-hospital swasta yang menjalankan hemodialisis dengan tujuan mendapat keuntungan dan lebih daripada 60 peratus daripada dialisis dilakukan oleh pihak swasta.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Kementerian secara berterusan berusaha untuk meningkatkan lagi peluang- peluang hemodialisis dalam sektor awam. Ini dibuat macam optimization of the hemodialysis facility hospital-hospital yang tersedia ada dan baru-baru ini kita telah lihat kepada klinik-klinik di mana klinik-klinik ada kemudahan atau kawasan yang membenarkan untuk membuka kemudahan hemodialisis di dalam klinik-klinik kesihatan juga. Dalam bajet yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan kepada sektor swasta yang menjalankan aktiviti hemodialisis tanpa profit atau tanpa keuntungan, mereka akan diberi ganjaran lebih kurang supaya mereka boleh membeli peralatan-peralatan untuk membantu mereka dalam menjalankan aktiviti ini.

Saya memahami harapan apa yang diberitahu oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Selain daripada hemodialisis, kerajaan mempunyai rancangan untuk menggalakkan apa yang dipanggil peritoneal dialysis dan peritoneal dialysis ini tidak dilakukan oleh hospital tetapi boleh dilakukan di rumah sendiri. Kita menggalakkan program ini dan secara berterusan minta pesakit kalau boleh pilih peritoneal dialysis sebelum mereka mendapat hemodialisis. Kalau mereka boleh menerima cadangan ini, jumlah mereka yang boleh dirawat atau home dialysis di dalam rumah mereka akan bertambah dan keperluan untuk menambahkan lagi pusat-pusat hemodialisis akan kurang.

final • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Jerantut pun sebut hemodialisis di Hospital Jengka hendak ditutup 14 hari bulan iaitu semalam.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ya, saya diberitahu.

final • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

65 orang pesakit itu.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ya, saya diberitahu peruntukan yang diperlukan untuk tambah baik ialah cuma RM150,000 dan Tuan Pengerusi, terima kasih kerana berkongsi pandangan ini juga dan kita akan usaha untuk memberi peruntukan itu untuk memperbaiki apa yang ada di Hospital Jengka.

final • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih, terima kasih.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Lagi satu perkara yang telah mendapat perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat ialah tentang bekalan ubat dan bekalan lain yang ada dan ini telah ada pelbagai jenis pandangan dan cadangan. Dan daripada bajet yang diberi ini, ada butiran yang menunjukkan mungkin ada kekurangan daripada apa yang diberi pada tahun yang lalu. Akan tetapi kementerian mempunyai tanggungjawab untuk memastikan semua pesakit yang datang mendapat rawatan yang mencukupi termasuk ubat. Di dalam mengurangkan kos ubat ini, kita ada mempunyai pelbagai jenis dasar. Salah satu daripada iaitu ialah untuk memberi keutamaan kepada penggunaan ubat-ubat generik kerana ini lebih murah daripada ubat patented medicine yang ada, dan seberapa boleh kalau ada pilihan generik, kementerian akan memberi tumpuan kepada ubat-ubat generik.

Dalam hal ini, Ahli Yang Berhormat daripada Sungai Siput ada bertanya adakah kebolehan untuk mendapat bekalan-bekalan ini akibat daripada proses perolehan yang diamalkan oleh kementerian. Secara betul, kebanyakan daripada kebolehan kepada bulk purchasing of medication dibuat melalui tender terbuka. Di dalam tender terbuka, harga yang paling rendah digunakan sebagai langkah untuk mendapat itu. So, saya tidak tahu di mana ada pandangan bahawa kementerian membayar lebih tinggi kepada ubat yang boleh didapati. Sebenarnya this is a bidding process, tender terbuka. Walaupun ada contohnya kalau Pharma Niaga pihak yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan logistik itu, tetapi dalam perolehan untuk kebanyakan daripada ubat dijalankan oleh kementerian sendiri dan selepas itu the logistic process yang ditangani oleh pihak Pharma Niaga dengan satu kos tertentu yang diberi kepada mereka untuk menguruskan logistik.

So daripada segi itu, kementerian memang lihat kepada perkara perolehan ini dan kita pun berkongsi pandangan yang sama seperti Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa kita kena mendapat the optimal and best pricing di dalam menerima ubat-ubat supaya ia ialah selaras dengan harga pasaran yang tersedia ada.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Walaupun kita ada program-program tertentu untuk membantu usahawan- usahawan bumiputera seperti syarikat anak angkat dan sebagainya, langkah ini sebenarnya tidak akan mengancamkan kebolehan kementerian untuk mendapat harga ubat dengan harga yang berpatutan.

final • 8:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kota Raja.

final • 8:20 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, saya Kota Raja. Mengenai bekalan ubat ini, saya ingin bertanya. Tadi saya tidak sempat untuk berucap. Kita mendapat aduan bahawa sesetengah ubat tidak dapat diberi oleh pihak hospital.

Jadi bolehkah kita tahu apakah jenis-jenis ubat yang tidak dapat diberi sebab kadang-kadang kita hendak jawab kepada pesakit itu mereka bertanya, kenapa tidak ada dan sebagainya. Baru-baru ini saya didatangi oleh seorang pesakit yang didiagnosis ada Hepatitis C. Dia a seorang pesara kerajaan. Ini di Hospital Selayang. Saya diberitahu dia disuruh beli ubat sendiri. Hospital uruskan tetapi dia kena bayar. Katanya RM53,000 sebulan. Dia perlu tiga bulan, dan satu sen pun dia tidak dapat daripada kerajaan sebagai seorang pensioner. Jadi dalam keadaan-keadaan ini, Yang Berhormat Menteri, sukar bagi rakyat hendak bayar RM53,000 sebulan selama tiga bulan. Saya tidak tahu ubat apa. I am outdated about the current medication. Akan tetapi beliau terpaksa berhutang dan dia kata saya sebagai pensioner tidak ada apa. I am government servant. Terima kasih.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Rawatan untuk Hepatitis C ialah satu perkara yang baru, dan memang betul rawatannya mahal, dan isu adakah JPA bayar balik kepada seorang pesara? Itu terpulang kepada JPA. Saya tidak mahu sentuh berkaitan dengan ini. Akan tetapi apa yang dibuat oleh pihak kementerian pada masa sekarang, kerana kita mempunyai lebih daripada 400,000 Hepatitis C carriers di dalam negara kita dan kalau untuk merawat dengan kos yang Ahli Yang Berhormat telah beritahu, memang satu perkara, *the budget for the government will be massive.

So* satu langkah yang kita sedang buat, ini satu perkara yang luas biasa. Melalui satu usaha yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan, dengan satu buah agensi antarabangsa iaitu agency for the Drug for Neglected Disease atau DNDI, kita telah mewujudkan satu kerjasama di mana ada satu ubat baru yang telah dikenal pasti bahawa ia mempunyai efficiency yang sama berkaitan dengan Hepatitis C dan sudah melalui phase three trials dan phase four trials dan mereka telah bersetuju untuk berkongsi dengan Malaysia dan kita melalui IMR sekarang dalam usaha untuk memastikan ubat ini boleh dibuat di sini.

So bila kita buat itu, we have negotiate at a very affordable price supaya dengan itu, when that happen, which happen in one or two years, semua pesakit Hepatitis C yang ada di dalam negara kita boleh dirawat. So ini ialah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian macam mana kita boleh mendapat ubat yang berkesan dengan harga yang murah supaya penyakit-penyakit macam ini boleh dirawat. Kita telah adakan perbincangan dengan syarikat yang mengeluarkan ubat ini.

Ada dua buah syarikat yang ada ubat untuk Hepatitis C yang berkesan. Kedua-dua pun harga lebih kurang sama. Bolehkah mereka mengurangkan. Di dalam Amerika Syarikat, it is USD80,000 dan bolehkah mereka mengurangkan kos ini kepada pesakit di sini. They have brought it down to some level but still kerana the numbers yang kita ada itu terlampau banyak, kita tidak boleh merawat semua tetapi kita sedang lihat kepada satu formula yang sesuai di mana kalaupun ada peruntukkan yang terhad, ini boleh digunakan untuk memberi rawatan kepada satu kumpulan because mengapa kementerian memberi tekanan yang besar untuk merawat Hepatitis C.

Ini kerana, kalau ada di kalangan doktor di sini boleh faham, ada satu ketika there was no treatment for this disease dan pada masa sekarang, we have a treatable condition. Ini kerana dia ada satu treatable condition, memang kita mahu cari semua langkah yang boleh supaya pesakit di dalam Malaysia boleh dirawat.

Saya berharap, melalui usaha yang kita lakukan untuk mendapat dana tambahan dan cara-cara alternatif untuk mendapat ubat yang baru, saya berharap dalam dua tahun, tiga tahun ini, there will be a new future for Hepatitis C patient di dalam negara kita.

final • 8:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Menteri, panjang lagi? Yang Berhormat Menteri, panjang lagi?

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Panjang.

final • 8:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, saya tidak suruh berhenti kerana sudah dapat RM150,000. Sila, Yang Berhormat Bagan Serai. Saya tanya sahaja. Saya tanya. Saya tanya. Sekadar tanya.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ini ada dalam Hansard.

final • 8:20 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya mendengar dengan teliti tentang clinical trials tadi. Saya cuma hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Adakah disebabkan clinical trials ini memerlukan lagi mungkin dua tiga tahun lagi, adakah benar bahawa bila ini selesai, betul-betul ubat ini dapat dikurangkan harganya, ataupun adakah lebih baik kita mengambil generik sekarang ini dan generik mendapat harga yang lebih murah lagi daripada apa yang kita jangkakan.

Terima kasih.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Apa yang saya maksudkan, it is already in the late stage sampai ke manufacturing stage sudah. So dia sudah melalui proses-proses awal.

Oleh itu, bila kita menamatkan pemeriksaan dan kajian yang kita buat masa sekarang, it will be in the manufacturing stage and ubat ini akan disediakan dan keberkesanan ini telah dibuktikan. Sampai masa sekarang tiada generik untuk Hepatitis C. So oleh itu we are forced to use the original medicine dan negara kita bukan sebuah negara yang kaya dan bukan negara yang miskin. Oleh itu walaupun ada ubat ini diberi secara lebih murah kepada negara-negara yang lain yang diterima sebagai they are in the low income countries tetapi kerana we are in the so called high-middle income country, itu kelebihan dan keistimewaan tidak diberi kepada negara kita.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Oleh itu kita kena menghadapi perkara ini then we have to face the situation. Ini adalah keputusan yang dibuat oleh pihak antarabangsa di dalam beberapa perkara dan oleh syarikat-syarikat yang mengeluarkan ubat itu. Ya Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya sila.

final • 8:30 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih. Saya hendak bertanya, saya dengar ubat ini boleh dapat segelintir harga dia dari India. Akan tetapi adakah sekatan pada kita untuk bawa dari India? India saya ingat harga dia hanya 10 peratus. Hanya 10 peratus daripada harga yang kita kena bayar, tetapi adakah halangan untuk kita dapatkan itu?

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Halangan itulah yang saya jelaskan tadi. That special licensing right diberi pada India kerana dia diterima sebagai satu negara yang diiktiraf in the low per capita income for health and sebab itu the licensing was given to them. Akan tetapi licensing ini tidak akan diberi kepada kita dan memang syarikat tidak akan membenarkan India eksport ubat itu untuk negara kita untuk digunakan. So, this either you must be poor or you must be very rich. So, bila di antara ini, this is the problem we are facing. Sebab itulah kita kena gunakan cara-cara yang lain untuk mendapatkan ubat ini.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kulai telah membangkitkan berkaitan dengan program penyusuan dan I got some figures to give you.

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini isu penyusuan ibu.

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Penyusuan ibu.

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Saya belum tamatkan ayat saya, Tuan Pengerusi.

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sebab bila Yang Berhormat Menteri menyebut itu nampak ramai yang kepala dia tegak sikit.

final • 8:30 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Sudah lewat malam Tuan Pengerusi.

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tadi terlentok.

Yang Berhormat Batu Kawan ketawa. Sila.

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

I will give you the direct figures tetapi pada keseluruhannya, jumlah mereka yang menyusu secara eksklusif sudah meningkat in the last ten years dan untuk the first six months walaupun tidak sampai kepada dua tahun. So, itu ialah satu dan ini ialah kejayaan daripada program-program yang telah dijalankan oleh kementerian.

Selain daripada itu, seperti Ahli Yang Berhormat memahami, jumlah ibu yang bekerja sudah meningkat. Oleh itu selain daripada kempen ini, kita pun memerlukan contohnya majikan dan pihak-pihak yang lain, menyediakan struktur dan infrastruktur yang membenarkan dan membolehkan penyusuan oleh ibu dalam tempat-tempat kerja masing- masing or tempat untuk menyimpan susu dan sebagainya. Ini ialah perkara yang kena ditambahkan dan kalau usaha-usaha ini berjaya, saya ingat jumlah mereka yang akan menyusu badan secara eksklusif ini akan bertambah.

Lagi satu perkara yang dibangkitkan, this is luar biasa...

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Saya jelaskan ini berkaitan dengan hasil bedah siasat yang Ahli Yang Berhormat Kulai dan saya ingat daripada Yang Berhormat Kapar telah bangkit. Saya akan siasat perkara ini. Ini luar biasa. Apa yang telah dilakukan satu tempoh yang digunakan dan nombor dua, adalah sebab kematian yang telah diberitahu oleh Ahli Yang Berhormat Kapar. Ini nampak kalau itu yang betul, saya tidak tahu ini dikeluarkan oleh polis atau pihak doktor.

final • 8:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

MO, MO.

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Kalau MO ini memang tidak patutlah, saya terima. Ini kerana daripada segi siasatan bedah, you must give a more scientific cause for the death. Kalau kedua-dua kes ini, kalau saya mendapat maklumat tambahan, saya boleh beri jawapan yang lebih banyak, lebih baik.

Tuan Pengerusi, banyak yang telah disentuh tentang meningkatkan kemudahan di dalam hospital, tambahan blok, tambahan bed, tempat-tempat parking oleh beberapa Ahli Yang Berhormat termasuk Ahli Yang Berhormat daripada Langkawi dan Ahli Yang Berhormat yang lain. Ini satu perkara yang secara berterusan diusahakan oleh kerajaan dan saya memahami, saya menerima hakikat bahawa kita tidak boleh menyelesaikan semua isu sekali gus kerana peruntukan yang diberi terhad.

final • 8:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Akan tetapi kita mempunyai rancangan untuk memastikan bahawa kemudahan di Kementerian Kesihatan dipertingkatkan secara berterusan dan saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa dengan masa, keperluan- keperluan yang diminta akan diselesaikan.

Secara akhir ialah berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuantan.

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ada dua yang bangun Yang Berhormat.

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Nanti saya selesaikan. Ya Yang Berhormat Kepong.

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kepong dan juga Yang Berhormat Kulai.

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat Kepong.

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kepong hendak tanya isu apa Yang Berhormat Kepong? Susu ibu sudah lalu sudah.

final • 8:30 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini isu lain, isu lain.

final • 8:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat, pada wang pengurusan sudah dikurangkan daripada RM3.2 bilion kepada RM1.2 bilion dan kemudahan-kemudahan yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu, macam mana kita boleh dapat? Kita kurangkan RM2 bilion sudah.

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, kita akan minta, minta tambahan bila dikurangkan. Itu yang proses dan saya berharap seperti yang biasa dilakukan pada tahun ini, di pertengahan tahun ini, mid term review ini, kalau ada apa-apa kekurangan untuk kementerian, kerajaan boleh menunaikan keperluan kita. Ya Yang Berhormat Kulai.

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 8:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hanya hendak beri contoh. Saya juga seorang breastfeeding mother. Jadi saya sendiri pun bawa breast pump saya datang ke Dewan, pam susu di dalam Dewan semasa waktu rehat dan saya pun tidak...

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Bukan dalam Dewan.

final • 8:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Semasa rehat.

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Di tempat yang ditetapkan.

final • 8:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Ya jadi saya rasa ini saya pun tidak- saya ada, kita cakap itu ice cooler bag. Jadi saya rasa sekarang teknologi mengizinkan golongan ibu untuk membawa semua ini ke tempat kerja. Akan tetapi saya rasa kita ada satu suasana yang mother friendly punya supaya apabila working mother mereka pam susu di tempat kerja mereka, di tempat duduk mereka, kita tidak ada satu gangguan.

Jadi di sini saya ada satu cadangan kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan supaya boleh atau tidak mungkin bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia, kita wujudkan undang-undang supaya kita memastikan bahawa suasana syarikat kah ataupun sektor swasta ataupun tempat kerja ini lebih breastfeeding friendly, mesra untuk menyokong breastfeeding ini supaya kita, lihatlah kita tahu manfaat untuk breastfeeding. Jadi saya rasa kita boleh promosikan program breastfeeding ini lagi. Terima kasih.

final • 8:30 PM

Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Sokong breastfeeding?

final • 8:30 PM

Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, saya sokong apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kulai. Ini kerana saya mendengar juga aduan kerana bila tidak adanya environment tersebut, anak-anak tersebut resah dan juga akan menimbulkan masalah kepada keluarga tersebut. Jadi saya sokong apa yang dikatakan Yang Berhormat Kulai kerana benda ini perkara yang serius dan harus diambil perhatian. Terima kasih.

final • 8:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih, terima kasih.

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Saya setuju bahawa seperti yang secara prinsip saya telah jelaskan tadi, tanggungjawab untuk meningkatkan peratusan mereka yang membuat penyusuan ibu boleh ditingkatkan kepada infrastruktur disediakan, kemudahan disediakan dan bantuan diberi dan penggalakan diberi oleh kerajaan.

Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat Kuantan, sudah balik?

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuantan ada.

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Oh! Ada. Tentang isu air. Saya setuju, means kita tiada ada orang yang pandangan yang berbeza bahawa rakyat mesti mendapat air yang selamat dan sihat dan apa-apa proses yang kita ada, kena menjamin perkara ini.

Dalam isu bauxite contamination yang ada di Kuantan tahun yang lalu di mana kita telah mengadakan pelbagai jenis perbincangan dan kementerian saya pun kita ada perbincangan dengan pihak-pihak tertentu.

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Jawapan yang telah diberi di Dewan ini kepada soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat diasaskan kepada butiran yang kita telah dapat melalui pemeriksaan-pemeriksaan yang dibuat di loji-loji rawatan air di tempat terbabit. Seperti Ahli- ahli Yang Berhormat mungkin tahu bahawa tanggungjawab kementerian ialah untuk lihat kepada the outflow after the treatment for consumption. Di dalam the raw water di dalam sungai dan di dalam the catchment areas ini, memang ada pihak-pihak tertentu yang mempunyai tanggungjawab.

Akan tetapi, tentang mengapa ada perbezaan dalam kajian yang dibuat oleh pihak-pihak yang berlainan ini, itulah satu perkara yang saya susah untuk menjawab, adakah kerana ini dibuat di tempat yang lain atau adakah ia dibuat pada masa yang lain.

Akan tetapi, butiran yang dikeluarkan oleh kita diasaskan kepada butiran yang mengikut keputusan pemeriksaan air yang dibuat pada masa itu.

Saya setuju bahawa kita mesti meningkatkan lagi proses ini. Saya tahu banyak daripada loji-loji rawatan air kita ialah sudah berumur dan kaedah yang digunakan pun tidak boleh dikatakan which is the most recent or the best practice. Perkara ini telah diperbincangkan oleh Bahagian Kejuruteraan di bawah kementerian dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk menjaga kualiti air, untuk membuat pelaburan yang lebih tinggi di dalam mewujudkan loji-loji air yang mempunyai taraf yang lebih tinggi yang mempunyai kapasiti filtration yang lebih banyak untuk menambahkan lagi jumlah benda-benda yang boleh ditapis melalui proses filtration ini supaya untuk meningkatkan mutu dan tahap air. So, oleh itu, saya tidak mempunyai niat untuk berbahas di dalam perkara ini.

Cuma, untuk berkongsi bahawa dalam isu ini, tiada pandangan yang berbeza.

Bahawa kita mahu satu mutu air yang tinggi yang dijamin keselamatannya dan kesihatannya dan kalau ada apa-apa kelemahan dalam proses itu, kita akan lihat kepada perkara ini.

Yang Berhormat telah merujuk kepada beberapa kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar tempatan, we will look at it. Kalau there are weaknesses in the system, kita akan lihat macam mana kita boleh mempertingkatkan proses itu.

final • 8:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Balik kepada Yang Berhormat Klang berkaitan dengan rokok and plain packaging. Secara berterusan we have been taking initiative untuk mengurangkan jumlah rakyat Malaysia yang merokok seperti apa yang Ahli Yang Berhormat telah beritahu tadi, 4.5 million smokers, dan lebih kurang 23 peratus daripada mereka yang lebih daripada 18 tahun.

Pada masa sekarang, banyak yang dilakukan seperti apa yang Ahli Yang Berhormat tahu iaitu advertisement tidak digalakkan, di kedai-kedai kita telah minta bahawa rokok mesti diasingkan, there is no- mereka tidak boleh memaparkan rokok secara terbuka di dalam kedai-kedai. Banyak tempat telah diisytiharkan sebagai kawasan-kawasan tanpa rokok dan proses ini berterusan.

Saya tahu ada beberapa buah negara yang telah mengenakan what is called plain packaging dan kita di peringkat kementerian telah bincang ini secara lebih luas. Keputusan kementerian tidak akan diasaskan kepada desakan daripada pihak swasta. Be rest assured about that. Akan tetapi apa yang kita mahu pastikan bahawa ialah kerana ada beberapa kes legal yang telah dibuat di dalam beberapa buah negara yang lain. Walaupun di Australia sudah selesai pada masa sekarang tapi ada lagi satu yang menunggu di negara Thailand, contohnya. We are looking at what are the implications of those cases.

final • 8:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Kalau kita jelas dalam perkara ini bahawa daripada apa yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bahawa in the name of public health bahawa ini boleh dipertahankan, bahawa the trade advertising right of the company ini kita boleh deny it dan ini boleh dipertahankan oleh kita, then we got no objections untuk mengadakan plain packaging. So ini we are just waiting for appropriate time supaya ini boleh dilakukan dan saya berharap ini dapat bantu kita untuk mengurangkan jumlah mereka yang merokok.

Lagi satu isu yang kita hadapi di dalam negara kita ialah tentang illicit cigarette yang menjadi satu isu yang besar. Kita telah minta kerjasama dari pihak Kastam dan pihak- pihak yang lain supaya itu boleh dikawal kerana walaupun kita mendapat kejayaan di dalam the legal cigarette dengan harga yang sudah bertambah begitu banyak because we increase the taxation yang pada satu ketika cuma RM12 sekarang RM17 dan ini ada kesan sedikit untuk mengurangkan jumlah mereka yang merokok tetapi kerana adanya *illicit cigarette, we are not achieving the real target which we want.

So* ini ialah beberapa daripada cabaran yang dihadapi oleh kementerian di dalam menangani isu mengurangkan jumlah mereka yang merokok di dalam negara ini. Saya berkongsi semangat Ahli Yang Berhormat dalam perkara ini dan sebagai kementerian yang diberi tanggungjawab dengan tanggungjawab ini, kita akan buat apa yang sepatutnya dibuat untuk mengurangkan supaya kita boleh mencapai the tobacco free world sebelum tahun 2030 yang telah dicadangkan oleh the WHO. Sebagai penutup ialah isu berkaitan dengan saringan untuk penyakit-penyakit berjangkit. Sebagai contoh, tibi. Pada tahun yang lalu kita telah berjaya untuk buat saringan kepada lebih daripada setengah juta orang di dalam negara kita. Saringan ini kebanyakannya untuk pemeriksaan kahak. Selain daripada itu buat pemeriksaan X-ray melalui pelbagai jenis kaedah termasuk mobile X-ray unit yang ada contohnya di Sabah, yang pergi ke merata-rata tempat. Kita menggunakan langkah-langkah ini untuk membuat saringan.

Untuk contoh yang diberi tadi berkaitan dengan seorang murid yang masuk ke dalam satu buah sekolah tapi beliau ada tibi tidak dikesan, ini terpulang kepada banyak pihak, contohnya klinik-klinik kesihatan, doktor-doktor yang merawat tibi kerana kita memberitahu semua orang yang mempunyai batuk yang tidak boleh dirawat secara senang, lebih daripada dua minggu, mesti melakukan pemeriksaan kahak.

Peluang untuk buat pemeriksaan kahak ini ada di semua klinik kesihatan. Banyak yang Penolong-penolong Perubatan, Pegawai Perubatan yang telah dilantik di dalam ini.

Kita hendaklah menyediakan LED mikroskop di banyak tempat. Senang untuk periksa untuk lihat kepada basilus yang menyebabkan tibi. So dengan kaedah ini, tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh mengesan mereka yang ada Tibi if we got a slight suspicion iaitu bahawa orang ini ada tibi. So kemudahan ini diperluaskan dan melalui ini, we have picked up more paces with tibi. Kerana picking them up more paces, we have reduced the number of active tibi patients in the community. Itulah secara ringkas Tuan Pengerusi, beberapa daripada isu…

final • 8:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Untuk isu-isu yang lain, saya akan beri jawapan secara bertulis. Terima kasih.

final • 8:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih.

final • 8:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri…

final • 8:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sudah habis.

final • 8:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

National Blueprint cancer…

final • 8:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Cancer registry under National Cancer Society.

final • 8:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Boleh saya tanya juga?

final • 8:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Sudah habis...

final • 8:40 PM

[Dewan Ketawa]

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

[Ketawa]

final • 8:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM23,462,797,400 untuk Maksud B.42 di bawah Kementerian Kesihatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM23,462,797,400 untuk Maksud B.42 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 8:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,338,188,800 untuk Maksud P.42 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2017 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,338,188,800 untuk Maksud P.42 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2017]

final • 8:40 PM
Maksud B.30 [Jadual] - Maksud P.30 [Anggaran Pembangunan 2017] -

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi...

[Beberapa Ahli Yang Berhormat berdiri] Belum panggil lagi.

Kepala Bekalan B.30, dan Kepala Pembangunan P.30 di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi terbuka untuk dibahas. Berapa orangkah berminat?

final • 8:50 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 8:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Empat, lima- Timbalan Menteri ada? Dua, empat, tiga daripada pembangkang, tiga daripada BN ya?

Sila, tiga, enam orang sahaja ya? Terima kasih. Sila Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 8:50 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menunjukkan bajet yang seimbang antara pengurusan sebanyak RM586.19 juta, dan pembangunan RM551.35 juta.

Merujuk pada Kepala B.30 Butiran 010200 – Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi

(STI) yang berjumlah RM19.4 juta. Soalan saya, bila Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi yang telah disemak semula akan diedar untuk pengetahuan umum? Bolehkah ‘Science Outlook’ yang telah dikeluarkan oleh Akademi Sains diedar kepada Ahli-ahli Dewan yang mulia ini untuk pengetahuan Yang Berhormat sekalian?

Butiran 020300 – Pusat Sains Negara (PSN) yang berjumlah RM12.16 juta.

Adakah jumlah ini merangkumi semua Pusat Sains Negara yang ada di seluruh Malaysia?

Soalan saya, berapa banyakkah Pusat Sains yang ada di seluruh Malaysia ini dan adakah ia termasuk Sabah? Oleh sebab pengunjung Pusat Sains Negara ini dikenakan bayaran, berapakah jumlah pendapatan yang dikutip sebagai usaha mengurangkan beban kementerian?

Merujuk, P.30, Butiran 00604 – Pusat Sains Negara (PSN) yang berjumlah RM25.8 juta. Adakah ia hanya untuk pembinaan Pusat Sains Negara Sabah ataupun ada lagi di tempat lain?

Butiran 020400 – Standard Malaysia yang berjumlah RM16.56 juta. Adakah ia di bawah SIRIM atau institusi berasingan? Saya kira tentu setiap penggunaan Standard Malaysia akan dikenakan bayaran yang mungkin boleh diseimbangkan atau mendapat pulangan balik untuk kementerian. Berapakah jumlah pendapatan tahunan yang diperoleh oleh kerajaan?

final • 8:51 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Adakah bawah P.30, Butiran 00100 - SIRIM Bhd. berjumlah RM27.1 juta melibatkan pembinaan bangunan baru ataupun untuk membantu industri dalam mengkomersialkan produk mereka?

Merujuk Butiran 020100 – Kimia yang berjumlah RM99.34 juta antara peruntukan yang besar di samping R&D. Saya berharap penjelasan dari segi skop kerja Jabatan Kimia yang saya fikir agak besar, agak luas, bukan sahaja untuk analisis kimia di bawah kementerian MOSTI tetapi juga untuk kementerian-kementerian lain. Jadi, mohon penjelasan yang lengkap, mungkin termasuk kes-kes yang melibatkan kes mahkamah dan sebagainya.

Apa bentuk pembangunan tambahan yang akan dibuat oleh Jabatan Kimia mengikut P.30, Butiran 00200 – Jabatan Kimia Malaysia yang berjumlah RM52.65 juta.

Adakah untuk bangunan atau pun perkara-perkara yang lain?

Butiran 030100 – Agensi Nuklear Malaysia iaitu di bawah R&D yang berjumlah RM78.51 juta. Saya mohon penjelasan, adakah Nuklear Malaysia ini hanya menumpukan R&D untuk bidang-bidang nuklear sahaja iaitu melibatkan radioaktif dan sinaran sahaja ataupun bidang-bidang yang lain? Kalau ada, saya mohon penjelasan berserta dengan contoh-contohnya. Apakah R&D baru yang akan dilaksanakan mulai tahun 2017 ini yang boleh memberi pendedahan kepada masyarakat dan memberi sumbangan besar kepada negara?

Merujuk P.30, Butiran 00900 – Agensi Nuklear Malaysia berjumlah RM11.93 juta, adakah ia dimanfaatkan untuk pembangunan R&D atau menaik taraf bangunan di Agensi Nuklear Malaysia?

Saya juga sangat berminat mendapat perincian tentang pembangunan R&D yang dibuat melalui peruntukan P.30, Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan

(R&D) yang berjumlah RM107.5 juta.

Butiran 040100 – Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) saya berminat untuk mendapatkan penjelasan syarikat-syarikat ataupun klasifikasi bentuk-bentuk aktiviti yang diselia oleh LPTA mengikut bidang-bidang yang tertentu. Oleh sebab saya kira tentu ia banyak syarikat yang mungkin tidak diketahui oleh umum bahawa mereka telah pun menggunakan sama ada bahan radioaktif atau sinaran ataupun peralatan-peralatan yang mengeluarkan sinaran untuk kegunaan processing produk-produk mereka.

Saya juga ingin mendapat penjelasan perincian P.30 Butiran 00605 – Bahagian Bioteknologi Kebangsaan (BIOTEK), dan Butiran 01600 - Cybersecurity Malaysia; yang berjumlah RM33.2 juta yang saya dengan ikhlas menyatakan, saya tidak ada pengetahuan mengenai ini dan saya minta penjelasan.

Saya berharap yang terakhir di bawah Kepala P.30, Butiran 02100 – Commercialisation of R&D Fund (CRDF) berjumlah RM40 juta. Saya berharap dapat mencapai hasrat kementerian untuk membantu penyelidik-penyelidik bagi mengkomersialkan produk mereka, terutama yang mendapat fund, umpamanya TechnoFund dan sebagainya.

Jadi, saya hendak merujuk juga syarikat yang saya pernah sebut, syarikat yang mengeluarkan motosikal elektrik mendapat TechnoFund kalau tak silap saya RM2.3 juta.

Jadi, dengan peruntukan yang ada sedikit ini, saya berharap kementerian- MOSTI dapat terus membantu mengkomersialkan motosikal elektrik yang telah dibangunkan di Sungai Petani untuk membantu merealisasikan negara hijau. Sekian, terima kasih.

final • 8:51 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tadi saya sebut tiga ya, Kuantan, Stampin, daripada pembangkang; Parit Sulong, Kuala Selangor dan juga Bagan Serai. Sila Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 8:51 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Ada beberapa perkara yang saya hendak bangkitkan dalam peringkat Jawatankuasa Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi ini.

final • 8:59 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yang pertamanya, Butiran 020000 - Perkhidmatan dan ini merujuk kepada Butiran tersebut. Jadinya, task ini memang ditubuhkan untuk memudahkan syarikat untuk yang layak dalam memperoleh teknologi asing untuk digunakan segera dalam aktiviti pengeluaran sesuatu syarikat tersebut. Jadinya, sempena dengan itu, saya hendak bertanya kepada pihak kementerian sama ada- saya mohon untuk bertanya mengenai teknologi, dalam sektor manakah yang kementerian akan fokuskan untuk tahun 2017 ini?

final • 8:59 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Saya juga hendak tanya kepada pihak kementerian, untuk menyatakan teknologi apa yang telah diperoleh selama beberapa tahun kebelakangan. Kalau sekiranya tidak mempunyai data tersebut, saya hendakkan untuk lima tahun yang terakhir, apakah jenis teknologi yang telah diperoleh. Mungkin boleh dibuat secara bertulis.

Seterusnya Butiran 00605 pasal BIOTEK. Polisi biotech negara ini ia memang menyasarkan biotech sebagai enjin baru untuk ekonomi Malaysia. Jadi berdasarkan kepada apa butiran ini yang saya nyatakan ini, saya mohon untuk bertanya bagaimanakah pihak kementerian melihat industri kecil dan sederhana seperti perusahaan tempe dan juga kicap yang mengamalkan sistem fermentasi secara tradisional terutamanya di kawasan luar bandar seperti di kawasan Parlimen saya sendiri. Mungkin adakah ia boleh mampu diangkat ke peringkat yang lebih tinggi lagi dengan menggunakan kelebihan biodiversiti ini dalam penemuan komersial, dalam pembangunan produk-produk asli ini.

Seterusnya Butiran 03700 – Yayasan Inovasi Malaysia Kita faham antara objektif utama YIM ini adalah untuk mengadakan program pendidikan dan kesedaran yang meningkatkan kesedaran terhadap sains dan teknologi di peringkat sekolah dan juga akar umbi. Jadinya saya mohon hendak bertanya kepada Yayasan Inovasi Malaysia, adakah terdapat apa-apa perancangan ataupun program dan juga kempen yang seumpama ini yang boleh dibawa keluar bandar terutamanya dalam meningkatkan minat para pelajar terutamanya di Parlimen kawasan saya, kawasan Parlimen Parit Sulong tentang kepentingan sains dan teknologi ini. Seterusnya mampu untuk menambah bilangan para pelajar dalam jurusan sains di sekolah menengah.

Seterusnya Butiran 00800 iaitu Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

Saya tengok terdapat kekurangan dalam butiran ini dari segi sebelum ini pada tahun ini RM107 juta berbanding tahun lepas RM145 juta. Apabila sejurus daripada kekurangan ini saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, berapakah jumlah program penyelidikan yang akan dibuat dan yang telah dirancang? Apakah bidang-bidang penyelidikan yang akan difokuskan untuk tahun 2017? Daripada ini, berapakah jumlah penerima projek yang dijangka akan dapat manfaat daripada jumlah yang diberikan? Bagaimanakah R&D ini nanti akan dipantau sehingga ia dapat dibawa ke peringkat commercialization untuk suatu produk tersebut?

Terakhirnya Butiran 010200 mengenai Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi. Tahun ini tahun Malaysia Commercialization Year 2016. Jadi saya percaya MOSTI ada menetapkan KPI untuk R&D menjelang akhir tahun ini. Jadi soalan saya, setakat sekarang ini, sejauh manakah KPI ini telah berjaya dicapai? Saya juga hendak tahu berapakah jumlah sebenar produk R&D yang berjaya dipasarkan setakat ini. Ini sebab kadang-kadang Tuan Pengerusi, kita bagus dari segi membuat R&D tetapi dari segi hendak memasarkannya itu yang saya hendak tanya daripada pihak kementerian.

Seterusnya saya hendak bertanya kepada pihak kementerian mengenai Geran Inovasi Sosial yang telah diluluskan sepanjang tahun 2016 bawah Geran Pembangunan MOSTI Social Innovation kalau boleh dikongsi dalam jawapan Yang Berhormat Menteri mengenai berapakah geran ini? Siapakah yang mendapat manfaat daripada geran-geran ini? Terima kasih.

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya ,Yang Berhormat Kuantan.

final • 9:00 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Izinkan saya membahaskan di bawah Kepala B.30 ini. Di bawah butiran satu sahaja Butiran 040100 iaitu Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA).

final • 9:04 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri satu perkara. Kenapakah pihak kementerian beri muka sangat kepada Lynas? Saya tahu bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri akan kata bahawa Yang Berhormat Kuantan tidak habis-habis dengan isu ini.

Akan tetapi saya ingin bawa lagi satu aspek daripada apa syarat Lynas. baru-baru ini kita dengar Yang Berhormat Menteri mengaku bahawa PDF tidak dikenal pasti, belum dikenal pasti sedangkan itu syarat di dalam lesen TOL dalam 10 bulan yang pertama. Akan tetapi tidak dilaksanakan oleh Lynas.

Hari ini saya hendak tanya pula berkenaan dengan bayaran cagaran bagi lesen yang merupakan syarat lesen TOL di mana ada satu jadual yang telah diberikan oleh pihak kementerian, pihak AELB untuk dibayar oleh Lynas sebagai ansuran cagaran. Jadual ini mengatakan bahawa jumlah ansuran pada tahun 2013 ialah USD6.05 juta. Akan tetapi Lynas bayar USD3 juta. Tahun 2014, USD5 juta patut dibayar tetapi Lynas bayar USD3 juta. Tahun 2015 patut bayar USD7.79 juta tetapi Lynas bayar USD0.5 juta. Tahun 2016 patut bayar USD7.79 juta tetapi Lynas bayar USD0 juta.

Kemudian, sudahlah Lynas tidak tepati syarat-syarat ini. Sebelum diberi lesen FOSL pada bulan September baru-baru ini, Lynas bayar USD4.5 juta pada 1 Julai 2016. Ini appear dalam cashflow Lynas punya yearly report. Bermaksud jumlah yang dibayar oleh Lynas setakat ini hanya USD11 juta. Sedangkan jumlah yang harus dibayar ialah USD26.63 juta. Maksudnya Lynas hanya bayar 41 peratus daripada jumlah yang mereka harus bayar.

Akan tetapi mereka tidak tepati syarat PDF untuk kenal pasti lokasi PDF dalam waktu TOL.

Akan tetapi mereka terus diberikan lesen. Yang Berhormat Menteri, saya hendak beritahu bahawa setiap kali saya bercakap dengan Lynas, Yang Berhormat Menteri akan mengatakan bahawa Lynas itu selamat. Akan tetapi aspek selamat yang diberikan hanya daripada aspek sinaran.

Tuan Pengerusi, orang Kuantan tahu bahawa sinaran daripada radioactive waste, dari kilang Lynas ialah sinaran alfa. Orang Kuantan tahu, bukan orang Kuantan tidak tahu.

Kita tahu juga sinaran alfa ini boleh dihentikan, stoppable by paper. Akan tetapi ia long life, ia long life. Ia low-level tetapi ia long life. Jadi letak meter bacaan radiasi sinaran itu dekat Balai Polis Kuantan, 38 kilometer jauh dari Gebeng. Sedangkan kita semua tahu sinaran alfa itu boleh dihentikan stoppable by paper. Kita hendak tipu siapa? Selepas itu terus kata selamat, selamat, selamat. Sedangkan dari hari pertama saya bercakap, Yang Berhormat Menteri pun sudah bertukar, Yang Berhormat Timbalan Menteri pun sudah bertukar, saya sentiasa bercakap berkenaan Radioactive Waste Management Plan. Akan tetapi tidak pernah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri kah berkenaan dengan Radioactive Waste Management Plan. Perkara yang hanya dijawab berkenaan sinaran, sinaran dan sinaran itu selamat. Letak bacaan 38 kilometer dekat balai polis kata selamat.

Ini yang saya hendak tahulah siapa AELB hendak lindungi? Kenapa hendak lindungi sangat Lynas? Kenapakah bagi muka sangat dengan Lynas sedangkan mereka tidak tepati syarat-syarat ini? Saya hendak beritahu sekiranya Yang Berhormat Menteri tidak sedar bahawa Lynas apabila mereka ambil alih Ashton Rare Earths, Ashton Rare Earths telah mendapat lesen untuk membuat kilang di Australia pada tahun 1992. Antara syarat yang dikenakan ke atas Ashton Rare Earths ialah kilang itu mesti return back the radioactive waste to the mine iaitu di Mount Weld dalam tempoh lapan hari, maximum of eight days to be kept on site. Akan tetapi Malaysia kita bagi alasan macam-macam. Kita allow, kita bagi pula, kita buat pula syarat yang membenarkan mereka recycle pada tahun 2011. So that they can recycle the waste. Lynas WLP ialah at 6.2 Becquerel per grams. Setakat ini sudah 170,000 metrik tan telah dihasilkan sisa WLP daripada Lynas. Ini jawapan daripada sidang DUN Negeri Pahang. Maksudnya mereka kena dilute 6.2 times sebelum boleh recycle.

final • 9:04 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Itu pun tak pasti boleh stable, 6.2 maksudnya dah satu juta, saya kira tadi satu juta tan, 1.05 million tan kalau kita nak dilute 6.2 menjadikan ia satu becquerel per gram.

Barulah boleh nak recycle, barulah boleh nak buat soil conditioner dan sebagainya.

final • 9:10 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Jadi masih tidak adapun jawapan, nak hantar balik Australia tak boleh, PDF tidak ada, recycle tak boleh dan Menteri baru-baru ini ada kata “Oh we will cross the bridge when we come to it”. Hari ini saya dapat maklumat, saya dapat tahu pula tak bayar pula wang cagaran, tidak menepati syarat wang cagaran. Hendak bagi muka pada Lynas apa fasal?

It’s a hundred percent Australian owned company dan masa depan warga Kuantan diperjudikan.

Saya nak refer kepada satu laporan Report on Lynas Environmental Hazard by Malaysian Physicians for Peace and Social Responsibility di mana disebut berkenaan dengan, “The poor design of the linear system of the RSF will include the use of a single barrier, instead of independent multiple barriers. This will not guarantee safe, leak-proof storage of radioactive and hazardous waste. The potential leaching of trace metals, including radioactive lanthanide metals, from the residues may result in contamination of the underlying soil and groundwater resources. The design of the RSF facilities is therefore technically inappropriate because it does not prevent leakage. It will allow radioactive and toxic wastes to leak and enter the natural layers of earth under the Lynas facility and reach the underground table. It will therefore be impossible for the Lynas plant to contain such radioactive contamination to the environment.” Menteri kata RSF di Lynas boleh simpan WLP itu selama 20 tahun. Kalau berlaku contamination kepada underground water siapa yang akan bertanggungjawab? Warga Kuantan yang jadi mangsa. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa Lynas dalam salah satu laporan daripada Jabatan Alam Sekitar di Australia, saya ada baca bahawa mereka did not comply to the thickness of the lining of the waste tank, tempat simpanan sisa radioaktif mereka dan dia punya concentration plant di Mount Weld itu hanya 1.8 becquerel per gram sedangkan di Gebeng di kilang Lynas ialah 6.2 becquerel per gram. Jadi persoalan-persoalan ini saya takkan henti, saya tidak akan penat, saya tidak akan rehat kerana saya tahu dan saya amat khuatir dengan cara kementerian melindungi Lynas dalam keadaan di mana jelas sangat-sangat bahawa tidak ada kepentingan, tidak ada kebaikan malah banyak masalah yang timbul oleh kilang Lynas di situ. Akan tetapi setiap kali Menteri jawab, it’s safe because of radiation. Saya hendak dengar dari segi radioactive waste management dan saya dah bercakap bertahun-tahun it’s radioactive waste management, please get it in. Lynas field, AELB beri muka, ALB terus sambung lesen mereka, sekarang mereka dapat tiga tahun lagi dan mereka terus tipu rakyat Kuantan dan kata, “We are sustainable dan we are green” dan sebagainya. So pohon penjelasan, terima kasih.

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Selangor. Selepas Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Stampin dan Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 9:10 PM

Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya untuk turut sama membahaskan peringkat Jawatankuasa B.30, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Saya ingin merujuk kepada Butiran 010200 – Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi.

Tuan Pengerusi, sekarang ini apabila kerajaan bercakap tentang economy digital, ekonomi yang berdasarkan platform, ekonomi yang berdasarkan perkongsian maklumat dalam internet dan begitu juga dengan konsep big data. Saya melihat International Data Corporation (IDC) menganggarkan saiz pasaran bagi Internet of Things (IoT) akan berkembang lebih daripada RM10 trilion pada tahun 2020 dan pada rangka kerja strategi IoT kebangsaan menganggarkan saiz pasaran Internet of Things tempatan akan berjumlah RM9.8 bilion.

Industri IoT ini saya melihat akan dibangunkan bagi memanfaatkan potensi pasaran tempatan dan global dengan menambah baik rangka kawal selia pelaksanaan, memperkukuhkan R&D- research and development, membangunkan standard, menaik taraf infrastruktur dan memanfaatkan inisiatif yang sedia ada. Keupayaan usahawan teknologi dan juga aplikasi dan perkhidmatan IoT juga pada hemah saya perlu dipertingkatkan oleh pihak kementerian melalui program pembangunan PKS dan inkubasi.

final • 9:14 PM

Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Saya lihat apabila menyebut tentang peranan IDC tadi, pembangunan industri IoT juga bukan hanya boleh tertumpu pada bidang teknikal semata-mata bahkan harus mencakupi semua bidang seperti kesihatan, logistik, pertanian, bandar pintar, industri halal dan pembuatan termaju. Selain daripada itu juga boleh gabungkan dengan elemen-elemen seperti sebagaimana saya sebutkan tadi iaitu big data analytical ataupun analytics. Pemangkin utama dalam peralihan ini ke arah pembuatan lebih tinggi nilainya adalah kerana peningkatan ruang dan peluang-peluang terutama sekali pasaran yang disebabkan oleh Internet of Things (IoT).

Tuan Pengerusi, apabila merujuk kepada dunia IoT ataupun Internet of Things ini, pelbagai benda boleh di digital kan dan disambungkan kepada internet yang mampu mewujudkan rangkaian di antara mesin elektronik dan manusia. Menurut kepada CISCO system, sebanyak 50 bilion benda mungkin digabungkan atau disambungkan dengan internet menjelang tahun 2020 iaitu dua kali ganda melebihi jumlah sedia ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu saya melihat ianya akan mempunyai satu revolusi baru terutama sekali dalam konteks dunia dan negara kita bagi mempertingkatkan keupayaan ini. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, sejauh manakah keupayaan IoT ini, revolusi terhadap teknologi-teknologi lama seperti embedded system, rangkaian sensor tanpa wayar, sistem kawalan automasi yang boleh dilaksanakan.

Tanpa kita sedari Tuan Pengerusi, konsep IoT ini saya lihat telah banyak dibangunkan di negara kita dalam kehidupan seharian. Misalnya pembelian secara online dan maklumat trafik. Saya ambil contoh dalam konteks perikanan yang mana sistem pemantauan kapal perikanan ataupun dikenali sebagai vessel monitoring system (VMS) telah diguna pakai oleh para nelayan. Terima kasih kepada pihak kementerian kerana bantu golongan nelayan tentang pengenalan sistem ini.

Pada hemah saya, ianya merupakan satu sistem berkomputer yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi satelit untuk mengesan vessel penangkapan ikan, dengan izin mobile transceiver unit iaitu MTU dipasang di atas vessel untuk mendapatkan data kedudukan, kaedah khususnya perjalanan masa dan juga kedudukan, track perjalanan dan kelajuan vessel yang mana menggunakan global positioning system GPS. Perkara ini juga bagi hemah saya memudahkan para nelayan di dalam proses penangkapan ikan di laut di samping meningkatkan lagi jumlah tangkapan mereka.

Tuan Pengerusi, saya lihat juga menerusi aplikasi IoT ini, manfaat ini boleh diaplikasikan juga kepada penentuan ketulenan produk Musang King yang dieksport ke China apabila timbul isu dakwaan daripada Thailand dan Indonesia bahawa durian yang dieksport oleh mereka merupakan durian Musang King. Dengan memanfaatkan Internet of Things ini, inovasi IoT data-data berkaitan Musang King telah direkodkan dengan menggunakan bar code sehinggakan pengguna dapat mengenal pasti daripada manakah pokok tersebut ditanam dan ianya mempunyai DNA marker pada setiap produk tersebut.

Ini saya lihat bila menyebut tentang aplikasi IoT juga, pertikaian mengenai ketulenan Musang King dapat diselesaikan dan sekali gus meningkatkan nilai eksport Malaysia ke China mencecah RM300 juta dalam durian ini. Jika kita lihat IoT ini akan memudahkan lagi urusan seharian masyarakat. Oleh itu saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian bagi mengurangkan penambahan bilangan kenderaan di ibu kota yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas, mungkin aplikasi ini boleh dibangunkan. Saya lihat ini boleh dilakukan melalui semangat yang ditunjukkan oleh pihak kementerian ini.

final • 9:14 PM

Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Tuan Pengerusi yang terakhir saya ingin tanyakan, sejauh manakah kesediaan pihak kerajaan bagi menghadapi gelombang pembangunan IoT ataupun Internet of Things ini yang saya lihat akan merivosasikan atau merevolusikan kerajaan sedia ada kepada kerajaan digital. Ini kerana apabila lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke China baru-baru ini perkara ini menjadi antara topik yang mana kerajaan dan juga beberapa usahawan di China seperti alibaba.

final • 9:20 PM

Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Saya lihat merupakan satu perkara yang harus diambil perhatian khususnya oleh pihak kementerian kerana saya lihat gelombang ini semakin lama semakin kuat dan bagaimana pihak kementerian boleh memberikan iaitu terutama sekali tunjuk ajar ataupun kesediaan dari segi merancang revolusi ini. Begitu juga saya ingin melihat perancangan kerajaan khususnya mengenai konsep big data ini dan juga digital economy yang saya lihat semakin hari semakin digunakan di negara-negara maju di seluruh dunia.

Saya juga ingin memohon akhir sekali ialah program-program kesedaran sains dan teknologi ini. Saya mengharap dapatlah diwujudkan dan diadakan di Parlimen Kuala Selangor kerana saya lihat perlu ada kesedaran khususnya minatnya anak-anak muda khususnya di sekolah-sekolah menengah luar bandar tentang kesedaran meminati sains dan teknologi ini. Saya amat berharap agar permintaan saya ini dapat diterima oleh pihak kementerian. Akhir kata Kuala Selangor menyokong. Terima kasih...

[Tepuk]

final • 9:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Stampin.

final • 9:20 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya punya bahas singkat sahaja iaitu saya berminat dalam Butiran 00702 – Alat-alat Kelengkapan yang meningkat daripada RM56 million kepada RM86 million. Jadi apakah jenis kelengkapan yang akan dibeli. Bagaimana peruntukan ini akan digunakan?

Butiran 02000. Saya juga berminat dalam Butiran 02000 – Technology Acquisition Fund (TAF) iaitu peruntukan sebanyak RM10 million dan Butiran 02100 – Commercialisation of R&D Fund (CRDF) bagaimana RM45 million akan digunakan.

Seterusnya saya akan ke Butiran 01200 – Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Saya ingin mendapat kesempatan pada hari ini untuk mencadangkan kepada kementerian untuk menerokai kegiatan rocketry di kalangan generasi muda kita. Generasi kita sekarang berada di dunia yang dipenuhi dengan perkembangan teknologi yang berkembang begitu pesat sekali Tuan Pengerusi yang tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia. Pada hari ini kita sudah mempunyai keupayaan untuk melihat serta memerhati bagaimana particle cahaya ataupun zarah cahaya yang dikenali sebagai photon ini melintasi sesuatu benda secara slow motion di tangkap di dalam video yang mempunyai frame rep selaju satu trilion per saat.

Walaupun kelajuan cahaya adalah lebih kurang 300,000 kilometer per saat, pada hari ini juga pakar saintis hari ini telah berjaya menangkap bagaimana particle cahaya berinteraksi pada masa yang serentak sebagai satu gelombang serta particle. Maka dengan kematangan teknologi komputer sekarang saya rasa sudah tiba masanya kita perlu membuka ruangan ini supaya generasi kita tidak ketinggalan zaman daripada space race yang akan maka sudah pun bermula.

Di Amerika Syarikat sudah terdapat beberapa buah syarikat swasta tanpa apa pun jenis peruntukan mahupun bantuan daripada Kerajaan Amerika Syarikat berjaya membuat pelancaran roket ke angkasa. Pada hari ini dengan saya ada satu magazine yang isu *November Fortune...

[Sambil menunjukkan senaskah dokumen]* Dia punya muka pertama, bukan pertama dia dalam artikel dia, “The great rocket race…”. Isu-isu roket ya. Ini bukan dari NASA, ini daripada syarikat-syarikat swasta daripada Amerika Syarikat.

final • 9:21 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Parit Sulong berminat ya.

final • 9:21 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Haah, saya pun berminat juga ini.

Terima kasih Tuan Pengerusi. saya tertarik dengan apa Yang Berhormat Stampin tadi nyatakan terutamanya mengenai rocketry ini. Saya tengok memang ia macam sebahagian daripada amateur rocket. Cumanya saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat kalau misalannya Yang Berhormat tadi cadangkan supaya kerajaan open it up, adakah Yang Berhormat merasakan bahawa kemungkinan takut disalahgunakan.

final • 9:21 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Bagaimanakah Yang Berhormat boleh mencadangkan kepada pihak kementerian bagaimana cara untuk menambahkan pengetahuan di kalangan the youngster terutamanya kita ini masih lagi baru dalam perkara ini kalau kita bandingkan dengan negara-negara lain terutama di US? Kalau Yang Berhormat boleh terangkan sedikit mengenai perkara ini.

Terima kasih.

final • 9:21 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Sulong. Memang suatu persoalan yang paling baik sekali kerana saya pun ada sediakan perbahasan saya dalam isu amateur rocket ini. Pada pendapat saya- nanti saya akan masukkan ke isu amateur rocket ini. Amateur rocket ini- the good thing about amateur rocket is that teknologi ini dia sudah matang. Maka apabila kita benarkan generasi kita untuk- apabila mereka membuka ruangan amateur rocket ini kepada generasi muda kita, sudah terdapat begitu banyak know-how dalam menggunakan peralatan yang sudah sedia ada di pasaran.

Peralatan di pasaran ini juga ada dia punya sistem keselamatan yang sedia ada untuk...

[Disampuk] Ya, yang sedia ada yang membuat amateur rocket sudah ada ciri-ciri keselamatan di mana sesiapa yang ceburi dalam amateur rocketry ini mereka boleh meneliti bagaimana menggunakan secara selamat. Saya hendak beri satu contoh iaitu alat kawalan jauh kapal terbang, remote control plane. Sama juga dengan remote control plane, memang ada bahaya kalau kita terkena propeller apakah, tetapi remote control plane hobi ini jika digunakan secara betul dia boleh merangsang para remaja kita dalam reka bentuk kapal terbang.

Jadi hobi ini menjadikan satu rangsangan kepada generasi muda kita dalam perkembangan aeroangkasa, aeronautik dan sama juga dalam amateur rocketry. Itu saya punya pandangan ya. Maka kalau saya boleh teruskan saya punya perbahasan. Salah satu contohnya adalah syarikat SpaceX, syarikat yang didirikan oleh entrepreneur Elon Musk, Blue Origin, Scale Composite yang mendirikan Virgin Galactic dan lain-lain itu pun salah satu satellite research.

Itu pun salah satu research satelit kita dilancarkan oleh SpaceX, maka cadangan saya, nombor satu supaya kementerian dengan kerjasama serta berunding dengan agensi dan kementerian yang lain yang membenarkan amateur rocketry di Malaysia. Ngam-ngam apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Parit Sulong. Iaitu membenarkan penjualan serta pembelian alat-alatan hobi yang berkenaan. Ini seumpama sebagaimana real control point ini boleh memberi rangsangan generasi kita dalam bidang aeroangkasa serta aeronautical.

final • 9:21 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Stampin. Kota Tinggi, boleh?

final • 9:21 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 9:21 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tertarik dengan Yang Berhormat Stampin sebab rocketry ini.

Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Stampin sekarang ini kerajaan sedang bergerak mempopularkan sains, teknologi, kejuruteraan and matematik (STEM). Saya kebetulan Yang Berhormat Stampin, saya baru dua tiga hari lepas saya lancarkan Persatuan Drone Kota Tinggi. Jadi kita ada HO. It’s all about- cuma yang menariknya Yang Berhormat Stampin saya tengok, bila kita buat drone ini ataupun remote control ia banyak elemen termasuk *remote sensing, telemetry, photography, aviation, avionics and programming.

So* tidakkah STEM ini juga menunjukkan bahawa kita sudah ada kerangka yang kita hendak buat dan cuma kita tambah sahaja rocketry sebagai satu lagi elemen yang boleh merangsang tapi cerita pendeknya STEM ini memang pun sebahagian daripada kerangka yang telah digerakkan oleh Kementerian Pendidikan dan juga MOSTI boleh tambah memperkasakan lagi dengan tambahan rocketry. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Stampin. Terima kasih.

final • 9:21 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Saya rasa itu adalah satu cadangan yang begitu baik sekali. Jadi saya ingin masukkan teks Yang Berhormat tadi ke dalam teks saya.

Ya, memang betul kita boleh tambahkan satu lagi bidang iaitu rocketry kepada STEM Yang Berhormat katakan tadikan ini kerana dia pun sudah ada aktiviti-aktiviti drone di mana berkaitan dengan teknologi rocketry juga. Ini kerana ia involve teknologi control system dan seterusnya. Jadi saya memang bersetuju dengan apa Yang Berhormat cadangkan.

final • 9:21 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Jadi yang kedua yang saya ingin katakan adalah cadangan saya iaitu mendorong universiti-universiti kita supaya usaha ini boleh dimulakan. Saya ingin mencadangkan kepada kementerian supaya kita fokus dalam usaha kita untuk memperoleh mahupun membangunkan teknologi know-how dalam teknologi pelancaran. Saya berpendapat bahawa teknologi pelancaran ke new space dan seterusnya ke Low Earth Orbit ataupun LEO adalah suatu yang boleh dicapai tanpa dana yang begitu banyak kerana teknologi komputer yang sudah matang serta informasi teknologi yang boleh didapati dengan begitu senang kerana ia adalah suatu teknologi di mana 1960-an itu pun yang saya cadangkan hanya Low Earth Orbit teknologi yang terbabit.

final • 9:21 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Maka saya berpendapat bahawa apabila kita berjaya melakukan dan mengatasi know-how ini, kita akan membuka suatu frontier yang begitu besar kepada para penyelidik kita across all kind of discipline. Ia akan menjadi suatu rangsangan kepada disiplin yang lain contohnya, membolehkan kita melancarkan satelit mikro kita yang beratnya bermula daripada beberapa ratus gram sahaja. Maka daripada 20 lebih local university yang kita ada, dengan izin, kita membuka suatu peluang keemasan kepada para penyelidik kita dengan membuat dan membangunkan data collection satellite untuk menerokai R&D yang melibatkan mikrograviti, micro surveillance yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, radiasi, human anatomy, sistem pemancar microwave, biologi, fundamental science, contohnya fizik, quantum physics dan sebagainya.

Bersyukurlah pada suatu hari nanti, rakyat Malaysia dapat membangunkan syarikat seperti Space Act, maka tidak payah kita bergantung 100 peratus kepada negara lain dan mungkin pada suatu hari nanti, kita juga boleh menghantar robot ke bulan ataupun mars dengan teknologi buatan Malaysia. Terima kasih.

final • 9:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 9:30 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera. Saya menyentuh Butiran 010200 – Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi (STI). RM19.39 juta di bawah maksud Bekalan B.30 dan Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), RM107.5 juta di bawah P.30.

Tuan Pengerusi, penggubalan dan pelaksanaan Dasar Sains dan Teknologi Negara pertama bermula 1986, Pembangunan Industri Teknologi: Satu Pelan Tindakan Kebangsaan 1990, dan Dasar Sains dan Teknologi Negara kedua dan pelan tindakan pada tahun 2002. Ini mencerminkan komitmen kerajaan, komitmen negara ini ke arah negara yang maju, ke arah menuju kepada sains untuk memberikan sesuatu yang terbaik untuk negara kita ini.

Seperti yang kita tahu, sains dan teknologi ia adalah asas kepada kemajuan.

Kalau kita bercakap tentang negara maju, kita memerlukan kehebatan tentang sains dan teknologi. Sebab itu usaha yang dilakukan oleh kerajaan, kita harus memberikan satu pujian. Pembangunan sains dan teknologi dan inovasi mampu memberi Malaysia ke arah negara maju yang kita inginkan. Cuba bayangkan pada tahun 2020 yang kita inginkan yang kita impikan selama ini, sejauh mana kita telah mencapai tahap yang kita hendak sebenarnya.

Saya sudah sentuh merujuk melihat kepada pembangunan teknologi dalam sektor kesihatan teknologi, memberi rawatan yang lebih efektif dan cekap pada para pesakit. Saya masih ingat lagi 30 tahun yang dulu, 30 years ago, dengan izin. Saya baru keluar daripada universiti. Masa itu kalau buat open prostatectomy, buka, operation nya panjang. Operation kalau di perut ini panjang kerana melintang pun panjang. Nampak sahaja, lepas operation duduk wad, berapa lama dulu buat. Kadang-kadang seminggu, dua minggu, tiga minggu, sebulan, kalau ada infection, lebih lama lagi. Pembedahan yang dulu melibatkan banyak kehilangan darah, banyak masalah jangkitan, banyak masalah komplikasi dan banyak masalah dan juga menyebabkan mungkin lebih banyak perbelanjaan sebab terpaksa tinggal di hospital dan tidak dapat melakukan kerja dengan cepat kerana lambat baik.

final • 9:31 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Kemudian tahun 1980-an, 1990-an, datang pembedahan laparoskopik. Masa itu kita lihat, pembedahan sudah jadi ringkas, pesakit tidak duduk lama di hospital, pesakit boleh balik cepat, komplikasi yang kurang, pembedahan yang lebih baik, daripada segi kosmetik yang lebih baik dan juga akhirnya menyebabkan kos efektif yang lebih baik. Hari ini kita lihat wujudnya robotic surgery, prosthetic robotic surgery. Hari ini boleh buat hysterectomy, myomectomy, boleh buat thyroidectomy, robotic surgery yang ada di dunia hari ini, inilah kemajuan sains dalam dunia kesihatan. Sebab itu Tuan Pengerusi kita lihat, teknologi yang ada hari ini boleh mampu mengubati pesakit-pesakit dengan lebih cekap, dengan lebih baik lagi umpamanya penyakit-penyakit yang serius seperti kanser.

Sebab itu pada peringkat awalnya dalam pemeriksaan awal-awal hari ini, saya memperkatakan tentang mencegah lebih baik daripada merawat tetapi apabila ada kesakitan, apabila penyakit sudah datang, maka kita lihat hari ini, sains dan teknologi yang sudah maju hari ini telah memberikan banyak kebaikan. Sebab itu kita lihat Minimally Invasive Surgery (MIS) yang sudah wujud telah sekian lama ini memberikan kebaikan dan negara-negara yang maju telah jauh lebih jauh lagi. Malaysia hari ini, mungkin bergerak ke arah itu.

Tuan Pengerusi, pembangunan teknologi bagi bidang perubatan adalah satu keperluan pada ketika ini, penyelidikan...

final • 9:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Selangor bangun Yang Berhormat. Hendak kongsikan pengalaman.

final • 9:31 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ya? Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang Berhormat Kuala Selangor, memang. Silakan Yang Berhormat Kuala Selangor. Robotic surgery.

final • 9:31 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya hendak tanya Yang Berhormat Bagan Serai dan dapatkan sedikit penjelasan tentang robotic surgery ini kerana saya melihat perkembangan robotic surgery ini semakin hari semakin berkembang terutama sekali di negara maju. Cuma daripada segi accuracy khususnya dalam pembedahan menggunakan robotic surgery kerana ada banyak pandangan. Ini kerana mengatakan bahawa accuracy robotic surgery berbanding menggunakan doktor pakar ataupun surgery manusia, accuracy doktor ataupun manusia lebih tinggi berbanding dengan robotic surgery.

Oleh itu saya minta pandangan Yang Berhormat Bagan Serai. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 9:31 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang Berhormat Kuala Selangor, ia robotic surgery ini, ia macam komputer lah. Sepandai-pandai komputer, kitalah yang menentukan itu. Kita silap petik, dia jadi lainlah. Sepandai-pandai komputer, kita yang petik komputer itu. Kalau kita petik salah, dia jadi salah. Jadi robotic surgery ini, ia bukan duduk macam itu sendiri. Ia adalah maneuver nya adalah doktor itu sendiri.

final • 9:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 9:31 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Jadi apa yang saya katakan doktor dengan peralatan sains dan teknologi, dengan doktor yang telah mengkaji sains dan teknologi, pembedahannya lebih precise, dengan izin. Lebih tepat sebenarnya.

Sebab laparoskopik...

final • 9:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Daripada segi kos Yang Berhormat, daripada segi kos dengan teknologi yang moden dan cepat dan sebagainya, kenapa kos lebih tinggi sekarang?

final • 9:31 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ya, memang ada costing nya. Akan tetapi seperti yang saya katakan tadi, kalau dulu open surgery, duduk di hospital mungkin sebulan, dua bulan contohnya. Dengan komplikasinya, kosmetiknya, tidak dapat balik kerjanya akhirnya mungkin lebih banyak. Jadi hari ini, ada orang boleh operate pagi, petang balik. Ada kemungkinan satu hari nanti pergi ke pagi balik petang. Pergi pagi, hidung penyek, balik petang hidung sudah mancung. Contohnya, opening.

final • 9:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krau bangun Yang Berhormat.

final • 9:31 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya hendak sentuh sikit lagi Tuan Pengerusi Yang Berhormat Kuala Selangor. Precise maknanya, salah satunya saya hendak katakan bahawa robotic surgery, ia 3D manipulation. Robotic surgery ini mengurangkan tremors, boleh mengurangkan tremors. Jadi tremors yang ada contohnya, gegaran tangan dan sebagainya ia dapat dikurangkan. Ia ada sistem yang ada pada robot itu dapat mengurangkan kelemahan yang ada pada manusia itu sendiri. Jadi apa yang dibuat itu lebih tepat, lebih cepat pembedahan yang lebih kecil, lebih minor, lebih cantik, lebih baik, kurang berdarah, kurang komplikasi, lebih cantik. Ini yang akan ada pada robotic surgery itu.

Tuan Pengerusi, ada? Tuan Pengerusi, pembangunan aplikasi pintar bagi daily umpamanya, yang mampu membawa manfaat kepada masyarakat terutamanya bagi kawasan yang mencatat kes denggi yang tinggi di Malaysia. Aplikasi ini adalah bentuk pengeluaran teknologi bagi memudahkan masyarakat mengenal pasti kawasan kediaman mereka di tahap yang macam mana. Jadi saya ingin bertanya kepada kementerian, sejauh manakah penggunaan aplikasi ini diuar-uarkan oleh kementerian dan adakah masyarakat tahu dan sedar akan kewujudan aplikasi tersebut? Hari ini orang tengok ada drone, ada roket ada semua, aplikasi denggi umpamanya, kita buka smartphone boleh tengok kawasan mana ini. Kuala Selangor, denggi banyak. Kita boleh tengok di mana denggi banyak umpamanya. Bagaimanakah kementerian bercadang untuk menjadikan aplikasi yang dibangunkan seperti i-Dengue berguna kepada masyarakat luar bandar?

Selain itu...

final • 9:31 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Peraturan Mesyuarat Tuan Pengerusi.

final • 9:31 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Pembangunan aplikasi meteorologi...

final • 9:31 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Tuan Pengerusi...

final • 9:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Peraturan mesyuarat Yang Berhormat.

final • 9:31 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Saya hendak mencelah ini. 36(6) ini. Kuala Selangor, denggi ini, hendak kena betulkan.

final • 9:31 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

[Ketawa] Tuan Pengerusi, saya hanya bagi contoh sahaja. Saya boleh kata Kuala Krau ataupun Tenggara kah. Saya boleh kata, “Saya bagi contoh sahaja, saya bagi contoh sahaja”. Bagan Serai pun boleh.

Saya hendak katakan, di mana kita hendak tengok aplikasi i-Dengue ini, di mana denggi banyak. Jadi kita tahu umpamanya.

Jadi ini soalannya, bagaimanakah kementerian bercadang untuk menjadi aplikasi yang dibangunkan seperti i-Dengue berguna kepada masyarakat luar bandar? Selain itu, bagaimana aplikasi meteorologi mengenai tahap air pasang surut dan sebagainya sedikit sebanyak boleh membantu golongan nelayan? Jadi nelayan pun buka, nelayan pun buka dia punya smartphone dia tengok, air pasang macam mana, pasang besar, supermoon, dia boleh nampak umpamanya daripada ini. Sekarang ini semua orang pakai ini...

[Menunjukkan sebuah smartphone] Saya pernah jalan di satu bangunan, saudara kita yang jadi guard di situ, dia sibuk dengan dia punya smartphone.

final • 9:31 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Tinggi bangun Yang Berhormat.

final • 9:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Kota Tinggi.

final • 9:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Boleh tumpang 30 saat saja?

final • 9:40 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Boleh.

final • 9:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sebut Butiran 00800 dan banyak lagi tentang research and development dalam kementerian ini. Jadi saya hendak minta kalau boleh, Yang Berhormat Bagan Serai, hendak tanya Menteri, kita punya per kapita purchasing power parity kita belanja untuk R&D kita hanya USD226 padahal Singapura USD1,600, Switzerland USD1,600, Korea USD1,500 dan Amerika USD1,400. Jadi kalau begitu rendah ini, macam mana kita hendak capai teknologi yang kita dapat? Itu satu.

Keduanya, saya tengok ini pecahan dia, kalau boleh Menteri sebut apa butir dan apa outcome based dia? Kita belanja, apa keberhasilannya? Terima kasih.

final • 9:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Biar Menteri jawab. Ada 30 saat untuk saya.

Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada kementerianlah berkenaan dengan Butiran 050100 – Akademi Sains Malaysia. Berdasarkan statistik yang diberi, hanya 90,000 pelajar aliran sains yang menduduki SPM, jauh kurang berbanding 270,000 yang diperlukan setiap tahun. Jadi maknanya adakah kita mencapai 60 peratus pelajar-pelajar sains?

Adakah pelajar-pelajar kita ini takut untuk aliran sains? Adakah sains telah digembar- gemburkan susah dan payah, masalah dan sebagainya terutama pelajar-pelajar luar bandar?

Jadi Tuan Pengerusi, sains ini sepatutnya adalah fun. Sepatutnya sains ini lebih memudahkan, sains lebih menyeronokkan dan supaya negara kita ini penuh- kalau tidak, nanti satu hari bila negara maju, saintis datang daripada luar negara, orang kita tak jadi apa-apa. Jadi ini sangat-sangat penting. Jadi saya harap terutamanya research university seperti UKM, UPM semua dapat memberikan gabungan yang baik bagaimana untuk membantu masyarakat pelajar-pelajar khususnya di luar bandar untuk meminati pelajaran sains. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 9:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 9:40 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Terima kasih kepada enam orang pakar- pakar sains yang telah pun bercerita tentang Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Saya akan menjawab...

final • 9:42 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Robotik teknologi Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 9:42 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Ya. Saya akan menjawab kadang- kadang mungkin ada bercampur-campur tetapi, insya-Allah, saya akan jawab sebaik mungkin yang saya mampu.

Berkenaan dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara. Oh, Yang Berhormat ada ya? Tak nampak kepala tadi. Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara ataupun DSTIN telah pun dilaksanakan semenjak tahun 2013. Ia mempunyai enam teras yang melibatkan memajukan R&D, membangunkan industri berasaskan teknologi, membangunkan bakat, governance, melaksanakan pembudayaan dan melibatkan di peringkat antarabangsa. Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) ini juga merupakan dasar utama yang menjadi rujukan kepada dasar-dasar sectarian di MOSTI sama ada bidang biotech, nanoteknologi, IoT, angkasa, teknologi baharu dan sebagainya.

Buat masa sekarang, Tuan Pengerusi, tidak ada dasar-dasar baharu yang menggantikan DSTIN buat masa sekarang. Jadi tidak timbul mengatakan dasar ini ada perubahan yang terbaharu yang hendak dilaksanakan. Ini rekod yang saya ada.

Kedua, untuk Agensi Nuklear Malaysia, adakah aktiviti melibatkan R&D sahaja atau adakah lain-lain? Apakah R&D baharu yang dibuat untuk manfaatkan rakyat dan apakah peruntukan untuk R&D atau naik taraf bangunan infrastruktur atau lain-lain?

final • 9:42 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Aktiviti R&D pengkomersialan teknologi, transfer of technology, latihan kepada- ini aktivitinya ya. Kita buat, selain daripada R&D, pengkomersialan produk pun kita buat, transfer of technology, latihan kepada pelajar-pelajar industri- ada juga universiti yang menghantar pelajar-pelajarnya ke Agensi Nuklear Malaysia- memberi perkhidmatan servis kepada industri atau rakyat seperti projek-projek yang melibatkan MSI seperti yang saya telah bentangkan semalam dalam satu soal jawab lisan, memastikan safety dan juga security dalam penggunaan teknologi nuklear.

Jadi mereka ini kalau ada melibatkan perkara-perkara ini, selalunya Agensi Nuklear Malaysia akan menjadi pakar rujuk dan selalunya apa nasihat kita, mereka ikuti sebelum mereka menjalankan aktiviti itu.

Beberapa spill-off daripada R&D selain daripada- ada orang takut bila cerita R&D.

Spill-off daripada syarikat R&D antaranya adalah kita juga membuat ground penetrating radar ataupun GPR untuk mengenal pasti kebocoran paip di bawah tanah. Ini pun kita terlibat. Kita juga terlibat seperti mana semalam saya cakap setelah diberitahu dalam banyak televisyen semalam, variety of tanaman yang di luar yang baharu yang tahan lasak, yang saya cakap fasal tanaman hibrid dan tanaman mutan ya. Semalam saya terangkan dalam jawapan soal jawab lisan dan telah pun mendapat liputan yang meluas dalam akhbar hari ini dan televisyen semalam.

Peruntukan adalah untuk mengurus pembangunan termasuk naik taraf untuk R&D menggunakan- peruntukan adalah digunakan untuk mengurus. Peruntukan yang kita dapat untuk membangunkan R&D, naikkan taraf R&D dan juga menggunakannya untuk dana- dana lain. Selain daripada itu, Agensi Nuklear juga mendapat geran. Mereka boleh apply geran ScienceFund, TechnoFund atau lain-lain yang dipusatkan di MOSTI. Jadi duit itu tidak digunakan- selain daripada digunakan untuk kegunaannya sendiri, Agensi Nuklear juga boleh meminta geran penyelidikan yang tengah buat. Yang sekarang tengah sibuk mereka buat, mereka dapat ScienceFund kalau research ini bercorak fundamental. Kalau benda yang ada advance, mungkin kita menggunakan TechnoFund ataupun InnoFund dan sekarang ini mereka juga sedang giat menjalankan projek di bawah MOSTI Social Innovation.

Yang Berhormat Hulu Langat juga bertanya berkenaan dengan Pusat Sains Negara ya. Berapakah hasil kutipan tiket di Pusat Sains Negara? Pusat Sains Negara yang ada sekarang, satu di Bukit Kiara yang tersergam indah tetapi ditutup kerana bumbungnya bocor dan sudah pun diluluskan peruntukan dua tahun lepas dan akan mula beroperasi pada bulan Mac 2017. Itu menggunakan peruntukan yang kita luluskan di Dewan yang mulia ini. Pusat Sains Negara cawangan wilayah utara terletaknya di Gunung Kerian, Kedah. Betul-betul di bawah gunung itu, kawasannya cantik. Dan cadangan Pusat Sains the next one kita akan buat di Sabah, di Kampung Layang-layang, Tuaran di atas tapak 20 ekar yang telah pun dapat daripada kerajaan negeri.

Harga tiket untuk PSN ini untuk dewasa ialah RM6 dan budak sekolah sebanyak RM2, tetapi saya tak ada jumlah kutipan setiap tahun. Saya akan cuba dapatkan dengan cara bertulis. Akan tetapi, setahu saya, pendapatan ini tidak boleh digunakan untuk- dia merupakan pendapatan kepada kerajaan. Bukan pendapatan yang boleh dibelanjakan oleh Pusat Sains. Jadi wang ini adalah wang yang disatukan. Jadi, saya tidak ada jumlah kutipan dekat sini tetapi saya akan dapatkan dan bagi jawapan bertulis.

Yang Berhormat Hulu Langat juga bertanyakan tentang MTDC. Sudah tentu MTDC ini adalah satu agensi yang berjaya kerana salah satu geran yang sangat popular di bawah MTDC adalah dipanggil CRDF ataupun Commercialization Research Development Fund. Ini ialah merupakan satu geran yang diletakkan di bawah pembiayaan di bawah MTDC.

Jadi, di bawah tahun pengkomersialan MCY, MTDC telah membantu dalam pengkomersialan ini dan yang terbaru ini, Kementerian Sains- kalau tengok surat khabar malam tadi punya atau warta berita- telah membantu lapan syarikat teknologi ke pasaran.

Antara produk-produknya adalah educational robot, electric pedal-assisted bicycle, yang diberitahu tadi untuk projek Sikal Elektrik Rakyat 1Malaysia (SER1M) yang sudah pun kita tunjukkan dan adapun kita sudah bagi kepada pusat-pusat pengajian tinggi dan benda ini menjadi begitu popular. Memang kita terus dengan membantu sehingga produk ini menjadi satu jenama negara pada masa akan datang.

final • 9:42 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Hulu Langat bangun Yang Berhormat.

final • 9:42 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Sedikit penjelasan. Kalau saya tengok dengan peruntukan RM40 juta, bagaimana MOSTI boleh membantu mengkomersialkan produk-produk yang tadi kata ada lapan dan mungkin yang saya minta tadi, motosikal elektrik? Ia terlalu kecil.

final • 9:42 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Jadi macam mana, adakah hanya sebagai kongsi bersama dengan syarikat- syarikat berkenaan? Terima kasih.

final • 9:50 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Yang Berhormat, bukan begitu ya.

Sebenarnya yang ini yang ia ada di level MTDC, yang ini level RM40 juta itu adalah di bawah CIDF. Untuk pengusaha-pengusaha untuk mengkomersialkan produk, mereka masih lagi boleh menggunakan kemudahan lain yang ada dekat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Ada juga yang tidak memilih untuk- macam hendak mengkomersialkan produk dengan menggunakan wang yang lebih banyak, mereka boleh menggunakan MDV, adventure capital yang juga diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Akan tetapi yang sangat popular sebenarnya ada satu lagi. Kebanyakan produk kita ini selain daripada InnoFund saya katakan tadi, ada satu geran dipanggil TechnoFund ya. TechnoFund inilah geran pra-pengkomersialan. Sebenarnya step-nya begini. Mula-mula kita minta ScienceFund untuk fundamental research, applied research. Selepas itu kalau kita rasa ada ciri-ciri kejayaan di fundamental research itu, di applied research itu, mereka boleh minta sejumlah fund sebanyak RM500,000 lagi maksimum untuk membuat prototaip.

Ini akan menghasil- ada lagi RM500,000.

Selepas prototaip ini agak berjaya, prototaip nampak real dan sudah pun menepati ciri-ciri inovasi yang dikehendaki oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, mereka boleh minta satu lagi geran dipanggil InnoFund. InnoFund ini berjumlah RM3 juta, yang saya kata yang tidak perlu dibayar duit, jadi ini juga merupakan satu alternatif. Ada banyak juga syarikat yang akan berakhir di pra-pengkomersialan dan mereka terus dapat membina empayar perniagaan mereka sendiri.

Akan tetapi ada juga kementerian, ada juga produk yang apabila berakhir dengan TechnoFund, mereka masih lagi belum sampai matlamat yang mereka hendak, mereka akan bawa pergi ke CIDF. Makna, tidak semua lump begitu. Jadi, wang RM40 juta ini, of course duit berapa banyak yang kita dapat tentulah tidak mencukupi. Akan tetapi kita akan menggunakan kaedah yang sebaik mungkin supaya membolehkan geran ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk menghasilkan produk berjenama negara yang memberi high impact kepada negara pada masa akan datang.

Yang Berhormat Hulu Langat juga bertanya berkenaan dengan SIRIM iaitu jumlah RM16.5 juta, adakah untuk SIRIM atau agensi-agensi lain? Sebenarnya, ada enam buah agensi Jabatan Standard Malaysia. Sebenarnya Yang Berhormat, sebenarnya Jabatan Standard Malaysia sudah tidak letakkan di bawah SIRIM lagi. Ia adalah agensi yang bersendirian. Jadi, of course semua wang itu akan berjalan secara bersendirian oleh Jabatan Standard Malaysia.

Jadi, untuk enam buah agensi pembangunan standard iaitu- ada juga wang-wang sebahagian daripada wang itu- ada sebahagian daripada standard ini mungkin ada SIRIM yang buat. Kita akan bayar Malaysia Timber Industry Board (MTIB) pun ada buat standard, kita pun akan bayar kepada mereka. Institut Kimia Malaysia, Malaysian Association of Standards Users, Malaysian Plastics Manufacturers Association dan Lembaga Getah Malaysia.

Soalan seterusnya- sepatutnya memang wang itu untuk Jabatan Standard Malaysia tetapi oleh kerana kerja-kerja standard ini berdasarkan kepada kepakaran agensi- agensi tertentu. Jadi, oleh sebab itu kita terpaksa bayarlah kepada mereka ini, macam kita subkontraklah kan? Macam kita subkontrak kerja-kerja itu. Ini adalah kerja-kerja biasa dan jabatan mereka juga akan melantik pakar-pakar yang terlibat dalam bidang-bidang itu. Jadi, pembayaran ini digunakan untuk kerja-kerja itulah.

final • 9:50 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Yang Berhormat Hulu Langat juga bertanya projek-projek yang dijalankan oleh Cybersecurity Malaysia menggunakan bajet sebanyak RM33.119 juta ataupun RM33 juta lebih kurang. Okey, projek pembangunan Cybersecurity bagi tahun 2017 adalah seperti berikut. Sebenarnya cerita fasal Cybersecurity ini memang dua, tiga bulan ini sangat tersebar luas. Jadi, sebahagiannya saya simpulkan di sini:

(i) pengukuhan ketahanan negara terhadap ancaman siber;

(ii) pembangunan forensik siber dan siasatan;

(iii) pembangunan makmal penyelidikan dan perkhidmatan jaminan keselamatan teknologi termaju;

(iv) pembangunan perkhidmatan penilaian kriptografi negara;

(v) pembangunan pusat jaminan keselamatan siber negara;

(vi) pendidikan keselamatan siber dan pembangunan profesional; dan

(vii) pembangunan sistem analisis strategik, keselamatan siber negara.

Projek ini adalah untuk memperkasakan dan memperkukuhkan lagi keselamatan siber negara. Cybersecurity Malaysia merupakan pusat rujukan teknikal keselamatan siber negara. Jadi, ini adalah satu tugas berat tetapi telah pun dapat dilaksanakan dengan baik oleh Cybersecurity Malaysia. Mereka telah menepati cita rasa negara untuk menjadi negara maju dalam keselamatan siber.

Tuan Pengerusi, saya cuba tengok lagi ada atau tidak Yang Berhormat Hulu Langat lagi. Jabatan Kimia Malaysia. Jabatan Kimia Malaysia seperti yang kita tahu, kita kata kita bagi belanja mengurusnya RM99.34 juta dan adalah lain-lainnya penjelasan. Jadi, seperti biasalah kita tahu Jabatan Kimia Malaysia memang sentiasa menjalankan tugas- tugas tradisional mereka seperti belanja mengurus ialah untuk operasi dan pengurusan.

Setahu saya ia melibatkan semua jenis ujian dan mereka juga diminta hadir ke mahkamah untuk menjadi saksi kepada produk yang mereka jalankan ujian. Termasuklah daripada PDRM, Kementerian Dalam Negeri, KKM, Kastam, JPN dan ini ialah merupakan tugas rutin mereka. Jadi, kalau apa-apa pertikaian tentang produk, tentang barang-barang yang perlu dijalankan, sudah tentu Jabatan Kimia Malaysia akan mewakili kerajaan untuk pengesahan produk. Ini adalah tugas lama yang telah mereka lakukan dan mereka terus melakukannya.

Mereka juga melakukan ujian rutin seperti ujian air atau ujian makanan, ujian keracunan, ujian dadah. Ini adalah tugas-tugas yang biasa mereka jalankan semenjak asal lagi. Ini adalah tugas Jabatan Kimia Malaysia dan kita patut bagi pujian kepada mereka dan mereka mempunyai cawangan di seluruh Malaysia tentang kerja-kerja mereka ini. Mereka menjalankan tugas dengan profesional dan mereka selalu akan stand di mahkamah untuk menentukan kebenaran apa yang telah mereka lakukan. Status untuk CRDF dengan TEF, saya ingat Yang Berhormat tidak tanya yang ini. Yang Berhormat ada tanya fasal TEF?

Tidak ada?

final • 9:50 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 9:50 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Tidak ada Yang Berhormat tanya?

Mungkin ada orang lain tanya tetapi saya tidak perasan.

final • 9:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Stampin, CRDF.

final • 9:50 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Oh, Yang Berhormat Stampin tanya.

Tidak apa, saya tinggalkan ini dulu sebab saya tak perasan itu ada. Yang Berhormat Hulu Langat bertanya dengan pembangunan industri bioteknologi negara, betul ya? Okey.

Bioteknologi- Bioeconomy Development dulu namanya Bio– tidak salah saya dulu namanya Biotech Corp. Kita telah tukar namanya kepada Bioeconomy Development Malaysia, adalah agensi kerajaan yang telah diberi mandat untuk melaksanakan Dasar Bioteknologi Negara ataupun NBP dan satu pelan induk 15 tahun daripada tahun 2005 sampai tahun 2020.

Ini adalah Dasar Bioteknologi Negara. Dasar bioteknologi ini dilancarkan dengan visi peranan bioteknologi sebagai agen-agen ekonomi bagi memakmurkan negara pada tahun 2020. Matlamat utama adalah untuk memastikan Malaysia sebagai penentu utama bidang bioteknologi di seluruh dunia, di peringkat dunia.

final • 9:50 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Terdapat tiga fasa perkembangan yang perlu mereka lakukan. Fasa pembangunan kapasiti iaitu tahun 2005 – 2010, fasa daripada sains ke perniagaan tahun 2011 – 2015 dan fasa membangunkan perniagaan tahun 2016 – 2020.

Sehingga 1 September 2016, ini ada yang Yang Berhormat tanya tadi berkenaan dengan kejayaannya. Sehingga 1 September 2016, jumlah syarikat yang berstatus bionexus telah meningkat pada 274 buah syarikat dengan jumlah pelaburan yang diluluskan adalah RM6.95 bilion. Sudah tentu ini bukan duit datang ke MOSTI, ini ialah pelaburan dalam bidang bioteknologi. Dulu saya pun confused juga. Apabila tanya kata duit banyak ini, melabur dekat MOSTI, bukan. Maksudnya, ia melabur ke dalam negara.

final • 9:50 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Selain daripada itu, syarikat-syarikat tersebut juga telah mewujudkan, meningkatkan peluang pekerjaan kepada 11,516 orang pekerja di mana 3,805 orang merupakan pekerja mahir. Ini sumbangan secara tidak langsung kepada ekonomi negara.

Antara komponen penting dalam dasar bioteknologi negara, membangunkan bioteknologi pertanian, membangunkan bioteknologi penjagaan kesihatan dan pembangunan bioteknologi perindustrian. Fasa kedua industri bioteknologi telah mencatatkan real investment RM11.1 bilion dan revenue RM52.2 bilion dan pekerjaan 84,153. Ini adalah sebahagian hasil hanya kepada ekonomi negara.

Yang Berhormat juga bertanya berkenaan dengan penjelasan syarikat-syarikat yang diselia oleh IPTA. Syarikat-syarikat yang melibatkan radiograf industry, tolok nuklear, penjualan, sel penyinaran, kalau dia ada buat R&D dan penyelidikan, pemasangan pengujian penyelenggaraan, mineral dan radioaktif semula jadi. Ini adalah bahagian- bahagian yang mereka dan contoh-contoh industri yang terlibat, yang terpaksa mereka pantau dalam industri kilang elektronik, industri tayar, pertanian, quality control, minyak dan gas. Penyelidikan-penyelidikan seperti kerja-kerja di MARDI, Ujian Tanpa Musnah (NDT), pensterilan, penyelenggaraan dan quality control itu, kilang membuat minuman seperti CocaCola dan semua yang menggunakan benda ini, mereka akan menjalankan pemantauan.

Yang itu senarai yang saya ada, saya ingat ada sedikit lagi. Berkenaan dengan Pusat Sains Negara tadi saya sudah sentuh. Saya ingat buat masa sekarang ini senarai yang saya ada. Kepada Yang Berhormat Hulu Langat, semua saya sudah completekan.

Sudah complete. Kita pergi pula yang kedua. Yang Berhormat Parit Sulong, tidak salah saya. The next one is Yang Berhormat Parit Sulong. Yang Berhormat Parit Sulong telah bertanya berkenaan dengan walaupun ada dia cakap panjang juga tadi tetapi kebanyakannya itu syarahan sebenarnya. Soalannya ada, soalannya sedikit sahaja.

Walaupun dia panjang...

final • 10:00 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Mana ada syarahan. Cuba tengok balik semula Hansard itu.

final • 10:00 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

[Ketawa] Wow, hari ini dia marah, ya.

Hari ini dia marah, tidak boleh usik. Selalunya usik, dia gembira.

final • 10:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, teguran daripada profesor itu.

final • 10:00 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Fasal selalu dia usik, dia gembira. Hari ini dia tidak gembira ya.

final • 10:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sudah larut malam Yang Berhormat.

final • 10:00 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Apa dia?

final • 10:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Larut malam.

final • 10:00 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Oh ya, saya tidak perasan itu. Saya ingat awal lagi. Minta maaf. Memang tahun 2016 adalah tahun yang kita katakan tahun pengkomersialan negara.

final • 10:00 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Ini adalah rentetan pada tahun 2014 adalah tahun pengkomersialan MOSTI. Oleh sebab itu kejayaannya pengkomersialan MOSTI, maka kita minta kerajaan mengisytiharkan tahun 2015 adalah Malaysia Commercialization Year (MCY) dengan bermatlamatkan supaya- kita bermatlamatkan supaya pengkomersialan ini, pengkomersialan produk R&D adalah merupakan satu budaya penyelidikan. Kita berharap at the end of penyelidikan mesti ada sesuatu benda yang perlu dikomersialkan. Yang ini sepatutnya matlamat kita dalam mengisytiharkan tahun pengkomersialan. Ini kerana apabila benda dikomersialkan, lebih- lebih lagi produk-produk yang mempunyai impak tinggi, ia akan memberikan kesan kepada ekonomi negara dan akan mewujudkan usahawan di negara kita.

Sebenarnya sebanyak 26 agensi yang di rekod pada saya iaitu sebanyak 26 buah agensi telah beri komitmen untuk komersialkan 150 produk yang telah dikenal pasti. Untuk pengetahuan Tuan Pengerusi, sebenarnya MCY ini adalah kerjasama NBOS, bukan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sahaja. Sebenarnya kita telah combine produk- produk kerana kementerian lain juga ada menghasilkan, mereka juga menjalankan penyelidikan menggunakan untuk fokus produk-produk untuk kementerian mereka. Jadi oleh sebab itu, kita telah agensi kan, kita telah combine semua dan klimaksnya kalau tidak salah saya, lagi dua minggu. Kita akan ada satu pameran besar-besaran, kalau tidak salah saya tadi, saya ada baca dalam saya punya web, dia kata tunggu 11 hari ke 16 hari lagi.

Sebanyak 26 buah agensi telah pun diberikan komitmen keistimewaan untuk komersialkan sehingga 150 produk yang telah dikenal pasti. Contoh satu kejayaan permulaan bagi single platform pengkomersialan telah berjaya mendapat sokongan pelbagai R&D, universiti dan agensi-agensi pembangunan teknologi. Sehingga 31 Oktober 2016, sebanyak 70 produk telah berada di pasaran. Walaupun kita baru uar-uarkan, 150 buah produk datang dan 75 buah produk sudah pun diterima di pasaran.

Di antaranya adalah Mi-Trace iaitu musang king tracer oleh MIMOS. Tadi ada cakap. Yang Berhormat Kuala Selangor ada cerita pasal musang king. Minggu ini cerita pasal musang king. Mi-Trace itu adalah daripada MIMOS telah pun trace musang king. Itu telah kita ada. MyMAT tidak salah saya, perangkap nyamuk daripada IMR. Ada satu benda warna hitam, itu pun kita telah pasarkan. Nutrition- oleh MARDI. Minuman kesihatan bernutrisi tinggi. Ini juga telah berjaya dipasarkan.

Tadi Yang Berhormat Parit Sulong juga bertanya peranan Yayasan Inovasi Malaysia dalam meningkatkan bilangan pelajar Sains. Untuk pengetahuan Tuan Pengerusi, sebenarnya Yayasan Inovasi Malaysia memang itu adalah sebahagian daripada- namanya Yayasan Inovasi. Ia ini hendak menyerapkan budaya inovasi di kalangan rakyat Malaysia.

Ia tidak tersekat daripada sekolah atau mana-mana. Jadi sudah tentu apa yang telah dilakukan selama ini seperti Jejak Inovasi yang telah dianjurkan untuk menghasilkan produk. Ini telah dilakukan dengan baik.

Satu lagi kerja yang diberitahu oleh Yang Berhormat Parit Sulong ialah berkenaan dengan- saya selalunya silap cakap ini. Nanti Yang Berhormat Kota Tinggi, dia marah jangan silap. Dia kata stim. Saya kata stem. Saya hari itu semasa bentang tahun lepas, dia kata mana ada ‘stim’, ‘stem’ dia kata. Saya takut saya tersilap cakap. Hari ini, saya ingat kata-kata itu. Stem ya, stem. Akan tetapi ejaannya macam stim pun boleh juga, ya. Selari dengan stem, dia kata.

final • 10:00 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:00 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Apa dia? Apa dia Yang Berhormat Parit Sulong?

final • 10:00 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

...Sebut betul-betul.

final • 10:00 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Betul. Saya betul, saya betul. Tidak boleh bergurau dia hari ini, ada masalahkah dia hari ini?

final • 10:00 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Sudah malam.

final • 10:00 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Sudah malam. Minta maaf. Objektif YIM adalah untuk meningkatkan kesedaran dan aktiviti inovasi di peringkat akar umbi dan bukan secara langsung terlibat dengan golongan pelajar. Saya sudah kata tadi. Sebenarnya apabila cerita pasal stem ini, sebenarnya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sangat memandang serius. Itu fasalnya tahun lepas, kita juga telah membuat akta baru NBOT.

final • 10:00 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Sebenarnya inilah untuk menyahut di hujung sekali akta baru stem nanti, ada keuntungan kepada mereka yang terlibat. Itu fasalnya kita kata, kita ada menubuhkan board of technology di mana akhirnya esok anak-anak kita yang ambil bidang stem ini akan ada bergelar technologist and so on, ya.

final • 10:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri pandangan ke belakang, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:00 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Apa dia?

final • 10:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Menoleh ke belakang.

final • 10:00 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Oh saya suka tengok Yang Berhormat Kota Tinggi. Saya hendak tengok Yang Berhormat Parit Sulong takut dia marah Tuan Pengerusi. Akan tetapi sebenarnya Tuan Pengerusi, bidang untuk memproses stem ini bukan sahaja kerja-kerja Yayasan Inovasi tetapi juga merupakan kerja-kerja keseluruhan kementerian kita. Kita telah mengadakan banyak program sebenarnya dari semasa ke semasa untuk projek ini seperti Kimia Ke Desa, Duta Sains, MCY dan macam-macam kita buat.

Kita sentiasa melakukan yang terbaik untuk memastikan jumlah anak-anak kita yang masuk bidang sains ini menjadi seperti apa yang kita kehendaki. Lebih-lebih lagi bidang ini adalah sentiasa di hati saya. Sudah tentu, saya tahu, saya pelajar kampung dahulu. Minat sains ini pada mulanya, kita rasa susah tetapi akhirnya rupanya sains itu bukanlah satu benda yang susah kalau kita sentiasa bercakap dengan anak kita, bidang itu tidak susah.

Jadi saya mengalami sendiri. Saya dahulu sekolah kampung, akhirnya masuk dalam bidang sains juga tetapi ini timbul. Akan tetapi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi masih meneruskan aktiviti ini.

final • 10:00 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Tahniah. Sekejap. Cumanya banyak cakap buat sana, buat sana, buat sini. Bila hendak pergi ke Parit Sulong? Itu soalan.

final • 10:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Parit Sulong baru graduate PhD, Yang Berhormat. Dia garang sedikit hari ini.

final • 10:00 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Oh, ya, ya. Terima kasih. Ya. Saya ingat. Saya minta maaf. Saya akan pastikan Jabatan Kimia Johor dia ada dengar dia bercakap ini kita akan buat...

final • 10:00 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:10 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

[Menyampuk]

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Saya rasa macam tidak ada program dia kah Yang Berhormat. Yayasan Inovasi itu kerja dia mencari produk inovasi, menyemai budaya inovasi.

final • 10:10 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Itu tidak bagus sangat, saya ada bawa yang lain lagi besar daripada itu.

final • 10:10 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Saya bawa besar lagi daripada itu.

Nanti bagi Yang Berhormat Parit Sulong dululah.

final • 10:10 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Saya tidak makan briyani, saya makan burger sahaja...

[Ketawa] Yang Berhormat Parit Sulong juga bertanya program penyelidikan

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

dan program pembangunan R&D tahun 2017, apakah bidang fokus utama penerima serta manfaat yang akan diperoleh dan bagaimana pemantauan dibuat untuk mengkomersialkan produk ini. Sebenarnya apabila pengurangan duit ini Tuan Pengerusi, sudah tentu kita terpaksa alih fokus sedikitkan. Jadi kita akan memberi fokus kepada nano teknologi IoT, cyber security and robotic. Ini ialah sebahagian bidang utama yang kita akan tuju pada tahun 2016 memandangkan peruntukan yang berkurangan itu.

Dengan pengurangan itu bidang fokus utama seperti saya sebut tadi adalah dijangka penerima akan berkurangan daripada 2016 sebanyak 100 penerima jadi sudah tentunya akan berkurangan- manfaat produk servis berasaskan perk terutama yang akan dipasarkan di peringkat nasional dan global kerana di mana-mana orang bercerita pasal IoT sekarang, orang bercerita pasal nano, bercerita pasal big data, bercerita pasal robotik. Tadi pembedahan pun hendak menggunakan robotik jadi sudah tentu bidang ini akan merupakan satu keutamaan MOSTI pada tahun 2017.

Pemantauan telah pun wujud di bawah jawatankuasa pemantauan. Oh ya, tadi dia bertanya- Yang Berhormat Parit Sulong juga bertanya, dia kata kalau produk ini kita bagi duit macam mana kita hendak pantau dia? Sudah tentu kita ada- sebenarnya kita pembayaran walaupun kita bagi dia RM3 juta Tuan Pengerusi, sebenarnya kita bukan bagi RM3 juta itu terus, kita akan bagi dia bergantung kepada milestone. Dia tiap-tiap satu milestone itu bila dia hendak bayar, mula-mula kena bagi 30 peratus. Bila dia hendak pergi the next milestone tu ada committee pemantauan dia. Bila committee pemantauan itu mengenal pasti kata masa dia minta next milestone ini kena bayar sekian banyak baru dia bayar. Kalau dia sudah achieve apa yang dia hendak.

Jadi sudah tentu pemantauan ini sangat ketat dan apabila mereka tidak mencapai matlamat yang kita hendak untuk next milestone, kita tidak akan bayar dan kita akan ajar dia supaya sampai for the next milestone. So, ini ialah kerja utama yang kita perlu laksanakan. Itu sebabnya kadang-kadang ada orang complain, kata lambat bayar kerana itu ini dan kita terpaksa melakukan hal ini kerana ini adalah merupakan duit rakyat yang perlu kita laburkan.

Sekarang saya pergi kepada Yang Berhormat Kuantan pula. Saya tadi sebelum datang ke sini, saya ada taklimat dengan agensi saya, saya bercerita. Saya duduk atas kerusi, saya tanya- kita akan mendapat banyak soalan daripada Yang Berhormat Kuantan.

Saya sudah tanya kerana saya...

final • 10:10 PM

Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Janganlah balik dahulu- saya ada tanya Yang Berhormat Kuantan tadi, selepas itu pegawai saya kata dengan kawan-kawan saya, jangan risau soalan itu kerana saya akan jawab jawapannya. Saya kata dia oleh sebab jawapan itu panjang, soalannya detail kita akan menjawab secara bertulis. Itu yang saya cakap tadi. Akan tetapi walau bagaimanapun- yang itu saya beritahu tadilah- kerana panjang, masuk-masuk betul soalannya panjang, very technical jadi saya ingat saya akan minta pegawai saya menjawab secara bertulis.

The next one, tidak salah saya Yang Berhormat Bagan Serai...

final • 10:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuantan Bangun Yang Berhormat.

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Ya?

final • 10:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuantan.

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Boleh, boleh.

final • 10:10 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Takkanlah pegawai-pegawai Yang Berhormat Menteri tidak tahu berkenaan dengan bayaran daripada Lynas kepada AELB?

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Mereka memang ada tulis dengan saya tetapi saya tidak berhajat untuk membacanya kerana saya ingat lebih baik soalan ini dijawab dengan detail, dengan peraturan-peraturan itu dan ini kerana bila kita...

final • 10:10 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Akan tetapi...

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Kerana kita pun faham...

final • 10:10 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Akan tetapi jadual dia jelas dan pembayaran dia cukup jelas.

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Saya tahu, saya tahu. Ia ada lagi sub- sub sektor rayuan itu, rayuan ini yang saya tahu. Jadi itu fasalnya saya tak nak benda itu berlaku kesilapan, ada ini tetapi saya tak nak buat kerana dia ada lagi rayuan yang dibuat pada berapa hari bulan, selepas itu kalau macam ini kita ada perbincangan. Benda-benda itu perlukan detail- saya akan bagi jawapan secara detail, jangan risau. Saya tahu kenapa bayaran-bayaran itu begitu, begitu, begitu. Saya tahu dan mereka pun ada tulis tetapi saya tahu ada benda yang perlu kita detail kan.

final • 10:10 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Sebab itu saya kata MOSTI bagi muka dekat Lynas.

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Bukan masalah bagi muka tetapi kita ialah kerajaan yang bertanggungjawab kepada negara. Oleh sebab itu kita bertanggungjawab kepada negara dan pada masa sama kita juga bertanggungjawab kepada rakyat kita. Akan tetapi kita boleh tengok logik sajalah jawapan Yang Berhormat.

Kalaulah alat yang dipasang dekat muka pintu Lynas itu sudah selamat, bacaannya rendah bawah daripada bacaan sepatutnya sudah tentulah jarak 37 kilometer lagi lebih selamat.

Logik sahaja, tapi takkanlah itu pun kita tidak faham.

final • 10:10 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Sebab itu Yang Berhormat Menteri, saya kata the issue of safety is not on radiation alone. Saya sentiasa bercakap berkenaan dengan radioactive waste management tetapi...

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Ya, saya akan jawab...

final • 10:10 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Akan tetapi pihak-pihak Yang Berhormat sentiasa menjawab berkenaan dengan sinaran.

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Saya sudah kata, saya ada jawapan panjang...

final • 10:10 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

It’s always radiation...

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Saya tak nak baca jawapan ini kerana...

final • 10:10 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

...Dan Yang Berhormat Menteri pun...

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

...kerana saya nak bagi bertulis.

final • 10:10 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Dan Yang Berhormat Menteri pun baru-baru ini pun tak boleh jawab berkenaan dengan PDF...

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Fasal Yang Berhormat ini, fasal apa selama ini kalau kita bercakap pun, Yang Berhormat dok ulang, dok ulang.

final • 10:10 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Ya sebab you never answer the issue on safety dari aspek radioactive waste management.

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Kerana saya kata, kita akan bagi jawapan ini bertulis kerana ada data-data yang kita perlu bagi.

final • 10:10 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Saya tunggu, jangan tunggu sampai habis sesi.

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Oh, itu terpulang kepada kita bila hendak bagi ya.

[Ketawa] Selepas itu tetapi tak apa- selepas Yang Berhormat tadi, Yang Berhormat Kuantan sudah selesai. Banyak pula kertas Yang Berhormat Kuantan ini saya sudah taruh di bawah. Oh ada dekat sini, kenapa bagi muka? Besar jawapan dia ini hah tetapi saya tak bagi mukalah.

Yang Berhormat Stampin? Yang Berhormat Stampin sudah last. Yang Berhormat Stampin yang banyak tadi. Nanti saya tengok Yang Berhormat Hulu Langat campur pula.

Oh Yang Berhormat Bagan Serai yes. Pelajar mengambil sains, teknologi dan engineering. Sebenarnya, kita sangat aktif perkara-perkara ini, sangat aktif. Memang sangat aktif.

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Kita boleh katakan sepanjang tahun kita mempromosikan sains ini of course Yang Berhormat pun tahu ya. Ini bukan kerja kementerian sains sahaja. Ini adalah kerja Kementerian Pendidikan, yang ini- eh dah balik dah? Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Sudah tentu ini adalah merupakan tugas utama kita.

Akan tetapi bila bercerita tentang saya tengok Yang Berhormat beria-ia cerita fasal pembedahan dan sebagainya. Kalau ia merupakan satu inovasi kepada kita sudah tentu seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ialah satu kementerian yang memberi bantuan kepada mereka yang hendak menginovasi kan sesuatu method kepada negara.

Jadi kalau ada orang yang hendak buat benda itu, yang tidak ada lagi orang buat sudah tentu kita akan membiayai kerja-kerja ini dan kita boleh buat bantu sehingga mereka dapat digunakan sampai bila benda itu sudah berakhir di situ terpulang kepada Kementerian Kesihatan pula untuk menggunakan kaedah ini untuk dipraktikkan dan seterusnya.

Jadi ini ialah sebahagian- jadi MOSTI melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memupuk, membangunkan dan menggilap bakat-bakat sains. Program Duta Sains telah berjaya menghasilkan 56 orang duta sains yang memupuk minat di kalangan pelajar.

Pertandingan National Science Challenge (NSC) telah menarik minat lebih 15,000 orang pelajar menengah setiap tahun. Ketiga Inquiry-Based Science Education (IBSE) yang kita ajar di sekolah memupuk minat pelajar melalui pembelajaran yang menarik dan hands on. Yang Berhormat Bagan Serai juga bertanya tentang sains tadi. MOSTI giat menyelesaikan masalah ini dengan- silap Yang Berhormat Kota Tinggi. STEM action plan, kolaborasi bersama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi, pelan ini melihat pembangunan bakat STEM by design and not by the chance. STEM training challenge, training Centre, MOSTI mewujudkan pusat ini ialah untuk meningkatkan skil dan keyakinan guru-guru untuk menduduki STEM dengan adanya kualiti guru yang tinggi dapat menghasilkan pelajar yang minat kepada STEM.

Saya ingat itu kita pergi ke Yang Berhormat Kuala Selangor. Dia kata IoT sejauh manakah keupayaan IoT. Kita memang menjurus budaya IoT ini dengan baik supaya semua Yang Berhormat tahu, Tuan Pengerusi IoT ini punya advance yang kita sudah jumpa sekarang ini ada segelintir- ada penyelidik beritahu, dia kata kalau kita tanam pokok, IoT ini siapa tanam pokok ini kalau kita hari ini bagi dia baja, esok dia beritahu dekat kita aku ini kekurangan natrium tahu, kau bukan bagi baja kalsium, sampai boleh macam itu sekali.

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Kita juga membiayai penyelidikan itu- kita boleh. Pasal pokok pun sudah boleh bercakap. Dia program kan pokok itu bangun pagi-pagi esok kita sembur pokok racun, kita sembur dia bagi baja on computer- silap baja. Saya sebenarnya hendakkan natrium bukan kalsium. Macam-macam. Sampai begitulah kita sponsor projek. Jadi, sudah tentu IoT memainkan peranan yang penting. IoT adalah sistem berasaskan internet sensor perisian dan perkakasan elektrik yang boleh bercakap each other. Dia boleh talk- we can talk. Alat- alat pun boleh talk sekarang ini.

IoT sebenarnya salah satu bidang teknologi utama dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dan pertumbuhan IoT ini telah menghasilkan 14,270 pekerjaan dalam tempoh lima tahun. Ini akan wujud. Berdasarkan kepada nasional IoT strategy yang mana road map 2015 yang diterajui oleh MIMOS. Teknologi IoT di Malaysia mempunyai tahunan sebanyak 95 bilion menjelang 2010 melalui inisiatif ekonomi ETP, GTP, Digital Malaysia dan Digital Lifestyle Malaysia.

Saya ingat Yang Berhormat Stampin. Habis ini, Stampin pula. Kita pergi Yang Berhormat Stampin pula, Yang Berhormat Stampin ini memang minat bidang Sains daripada satelit sampai ke mini satelit sampai beberapa projek. Saya ingat satelit mungkin- saya ada satu jawapan seronok tadi. Saya tengok tadi Yang Berhormat Stampin dia bercerita pasal roket. Pasal roket. Sebenarnya tahniah memang kita pun semalam surat khabar...

final • 10:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Sebab dia parti roket.

final • 10:20 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

[Ketawa] Tuan Pengerusi. Saya ingat dia memang minat benda ini dan saya mendapati memang kita membantu perkara ini. Saya ingat ada satu nelayan tadi cerita pasal semalam warta berita semalam dalam surat khabar.

final • 10:20 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Tidak salah saya kita adalah satu negara- satu sekolah daripada Langkawi tidak salah saya telah menangi satu award Asia Pasifik berkenaan dengan sistem pelancaran roket ini. Ini menunjukkan kata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui agensi- agensi sangat menitik beratkan bidang ini kalau kita merasakan ini adalah satu keperluan sudah tentu kita akan membiayai kerja-kerja penyelidikan dan akan membantu sekolah- sekolah untuk menjurus ke arah itu.

Menerusi amateur roket di peringkat amateur rocketry…

final • 10:20 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Rocketry.

final • 10:20 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

...Di golongan-golongan muda- betul ya. Okey, tambahan MOSTI juga turun padang melalui Young Scientist Network. Akademi Sains Malaysia menjalankan penyelidikan mengenai rocketry di peringkat sekolah. Di mana saintis muda dari universiti-universiti tempatan memberi pendedahan penyelidikan ringkas awal berkenaan dengan teknologi roket di pesta-pesta sains dan juga di sekolah-sekolah dan mengadakan demonstrasi- demonstration.

Inisiatif pembelian tempatan amateur rocket. Teknologi roket merupakan satu teknologi berstatus tinggi dan berkait rapat dengan aspek ketenteraan. Ini paling penting.

Pembelian peralatan yang spesifik sukar disebabkan International Traffic in Arms Regulations (ITR) yang mengawal eksport dan import barangan produk teknologi angkasa ketenteraan. Malaysia tidak termasuk di dalam Missile Technology Control Regime (MTCR).

Kesukaran membawa masuk peralatan ini agak sukar dan penyelidikan berkaitan dengan bahan-bahan roket- bahan-bahan bakar dengan universiti-universiti penyelidikan berkaitan dengan bahan bakar roket. Juga bekerjasama dengan Nottingham universiti untuk mengatasi masalah ini yang kita telah lakukan.

final • 10:20 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Berhormat Menteri. Kalau saya tanya sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya faham atas restriction daripada eksport- daripada negara contohnya US. Bagaimana kalau amateur rocket ini bahan-bahan itu dibuat di Malaysia. Adakah kerajaan boleh benarkan supaya rakyat biasa juga boleh menceburi amateur rocket dibuat di Malaysia. Terima kasih.

final • 10:20 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Seperti saya terangkan tadi Yang Berhormat kalau barangan ini tidak bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Ini adalah merupakan satu benda yang kita galakkan di Malaysia. Jadi kita akan membiayai di bawah projek inovasi itulah pasal wujudnya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, apa sahaja produk yang berunsur inovasi akan membiayai penyelidikan untuk memperoleh peralatan itu.

final • 10:20 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

[Bangun]

final • 10:20 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Jadi dia geran di bawah InnoFund.

final • 10:20 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Terima kasih, maksudnya kesimpulannya jika ada satu kilang atau syarikat baru yang didirikan dan membuat alatan amateur rocket boleh dibenarkan?

final • 10:20 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Oh, itu lesen bukan di bawah kita ya.

final • 10:20 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Boleh kah kerajaan benarkan?

final • 10:20 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Saya ingat...

final • 10:20 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Kalau itu di Australia okey.

final • 10:20 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Mungkin itu saya kena rujuk kepada ke kementerian lain. Saya tidak tahu itu tugas kementerian saya atau tidak dalam menguruskan...

final • 10:20 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Kalau boleh saya mendapat jawapan bertulis selepas ini, terima kasih.

final • 10:20 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Saya ingat kita kena refer kepada- tidak ada data lagi.

final • 10:20 PM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Penerokaan amateur rocket dalam kalangan golongan muda angkasa dengan kerjasama universiti tempatan, UTM dan Nottingham Universiti menjalankan penyelidikan berkenaan teknologi salur roket dan bahan-bahan bakar roket secara berterusan di bawah TechnoFund dan ScienceFund. Serta usaha sama dengan agensi kerajaan seperti STRIDE.

Jadi, setakat ini angkasa tidak mempunyai peralatan dan tanah kursus untuk melaksanakan aktiviti itu dan mereka bolehlah menggunakan dana-dana yang sedia ada di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Saya ingat Tuan Pengerusi itu sahaja yang dapat saya jawab. Sekian, terima kasih, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 10:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM586,190,000 untuk Kepala B.30 anggaran perbelanjaan mengurus 2017 jadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM586,190,000 untuk Maksud B.30 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 10:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masalahnya ialah wang sejumlah RM551,346,300 untuk Kepala P.30 anggaran perbelanjaan pembangunan 2017 diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM551,346,300 untuk Maksud P.30 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mempengerusikan

final • 10:20 PM

Jawatankuasa] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Rabu, 16 November 2016.

final • 10:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 10.27 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026