Nov022016

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [Lipis] minta Menteri Pendidikan menyatakan, sejauh manakah jumlah terkini tahap kebolehpasaran pelajar kolej vokasional yang telah tamat pengajian untuk melanjutkan pelajaran dan menceburi bidang yang dipelajari semasa di kolej vokasional.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Lipis atas soalan yang dikemukakan mengenai Kolej Vokasional Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Transformasi Pendidikan Vokasional (TVP) bertujuan mengarus perdana pendidikan vokasional setanding dengan aliran pendidikan perdana. Transformasi ini mencorak landskap baru kepada sistem pendidikan negara yang berteraskan pencapaian kompetensi, kemahiran dan akademik.

TVP ataupun Transformasi Pendidikan Vokasional ini bermatlamatkan untuk melahirkan tenaga kerja separuh mahir dan mahir bagi memenuhi keperluan negara dalam mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, lepasan kolej vokasional telah mendapat pengiktirafan daripada kalangan pemain industri. Setakat ini, sebanyak 75 peratus graduan daripada 15 buah kolej vokasional rintis telah mendapat pekerjaan mengikut bidang dalam tempoh sebulan selepas graduasi. Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat universiti bagi mereka ini tersedia melalui kaedah APEL ataupun, dengan izin, Accreditation of Prior Experiential Learning atau Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berdasarkan minimum dua tahun pengalaman bekerja.

Bagi graduan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) yang ingin melanjutkan ke institusi pengajian tinggi secara serta-merta selepas menerima DVM juga boleh dipertimbangkan dengan syarat lulus kesetaraan Sijil Pelajaran Malaysia ataupun Sijil Vokasional Malaysia yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan dan syarat-syarat lain yang dipersetujui oleh kedua-dua kementerian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lipis.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang mengizinkan saya mengemukakan soalan tambahan. Saya hendak merakamkan ucapan tahniah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana telah menerajui perubahan khususnya di dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal vokasional yang telah ditransformasikan pada tahun 2012 lagi.

Akan tetapi di dalam soal ini, saya ingin menanyakan kepada pihak kementerian terdapat beberapa sekolah vokasional khususnya di dalam Parlimen Lipis sendiri, terdapat kekurangan dari segi kokurikulum standard kolej vokasional yang baru, peralatan yang baru diperlukan.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Maknanya peralatan ini sangat kurang sehingga pelajar-pelajar ini terpaksa menyewa bas dan sebagainya untuk pergi ke sekolah lain membuat latihan tersebut.

Soalan tambahan saya, bagaimanakah pihak KPM yang saya katakan ucapan tahniah tadi untuk mentransformasikan pendidikan vokasional ini bagi membantu negara kita ke arah negara maju berteknologi tinggi dan juga ruang pekerjaan kepada anak-anak kita yang bersekolah di vokasional?

final • 10:00 AM

Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan

Terima kasih Yang Berhormat Lipis, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dua soalan, satu mengenai isu Kuala Lipis Yang Berhormat.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah, Lipis, untuk makluman mungkin Yang Berhormat belum menerima maklumat, telah menerima peruntukan peralatan bukan ICT sebanyak RM500,000 bagi peruntukan- peruntukan peralatan pada 22 September ini, baru, okey sudah terima peralatan dan perlu dibelanjakan sebelum 30 November. Saya harap mereka dapat menggunakan peruntukan ini. Kementerian Pendidikan Malaysia juga dalam perancangan untuk melaksanakan projek ubah suai, naik taraf sebanyak hampir RM11 juta melalui April 2017.

Secara keseluruhannya, sebanyak RM55 juta telah diagihkan kepada semua institusi TVET. Dalam bab soalan sebentar- satu lagi soalan yang diminta oleh Yang Berhormat sebentar tadi, kerajaan khususnya melalui Kementerian Pendidikan Malaysia melihat keperluan dan kepentingan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional

(TVET) dalam proses membentuk negara maju. Maka aspek TVET ini diperkasakan melalui transformasi pendidikan vokasional sebagai aliran berpendidikan bertaraf perdana.

Pendidikan TVET merupakan laluan yang penting bagi negara seperti Malaysia untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi berpengetahuan, berinovasi dan mampu menghadapi saingan kepada peringkat global dan serantau serta sentiasa relevan dengan keperluan semasa. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya adalah kita tahu bahawa pendidikan vokasional ini kebanyakan ibu bapa mereka merasakan bahawa ini seolah-olah inferior education, dengan izin, yang menyebabkan mereka mungkin agak ragu untuk hantar anak-anak ke vokasional ini.

Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk hendak membetulkan persepsi ini sebab kalau kita lihat contohnya, pelajar dari vokasional dia akan pergi ke Politeknik Ungku Omar dan sebagainya. Adakah kerajaan tidak mahu menaik taraf politeknik sebagai universiti supaya ada rasa satu keyakinan kepada ibu bapa bahawa pelajar-pelajar yang cemerlang juga boleh pergi vokasional selalunya pelajar yang gagal ini ataupun tidak dapat result yang baik dihantar ke vokasional.

Jadi kita hendak supaya kalau boleh pelajaran vokasional di Malaysia ini jadi setanding dengan negara-negara di Europe sebagai contoh mereka ada dipanggil European Commission yang ada Copenhagen punya proses di mana mereka memastikan kursus-kursus vokasional yang ditawarkan ini dia tune kepada pasaran pekerjaan. Jadi saya harap kementerian mungkin boleh fikirkan perkara itu. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan

Terima kasih, Yang Berhormat Sepang. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Dalam aspek mempromosikan kolej vokasional ini Yang Berhormat, kita sentiasa melakukan tetapi di luar sana memang ada permintaan yang tinggi. Contohnya Yang Berhormat, pelajar-pelajar yang menduduki PT3 secara purata setiap tahun hampir 450,000 pelajar-pelajar yang menduduki PT3 dan daripada 450,000 pelajar yang menduduki PT3 ini Yang Berhormat, hampir 100,000 pelajar menunjuk minat memasuki bidang vokasional.

Akan tetapi di Kementerian Pendidikan Malaysia kita ada kekangan, tidak cukup kolej vokasional untuk menempatkan keperluan 100,000 pelajar. Kita hanya ada 80 kolej vokasional dan kita dalam proses membina enam lagi kolej vokasional dan bukan sahaja itu, kita dalam proses untuk menaik taraf beberapa kolej untuk menjadi kolej vokasional. Ini proses untuk memenuhi keperluan yang kita hendak untuk apa yang dinyatakan Yang Berhormat sebentar tadi.

final • 10:10 AM

Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan

Kementerian Pendidikan Malaysia juga akan sentiasa- ibu bapa saya rasa sekadar mereka memahami keperluan-keperluan ini kerana melalui kolej vokasional ini kita juga telah mewujudkan laluan graduan Diploma Vokasional Malaysia ke IPT. Dengan mengambil kursus contoh 15 kolej rintis yang kita buat sebentar tadi merupakan cohort pertama yang akan menjejak kaki ke IPT pada tahun hadapan, ini berjaya. Apabila kita lihat ada kejayaan dalam program ini maka kita akan mengambil kaedah-kaedah untuk memastikan graduan- graduan vokasional ini bukan sahaja diterima dalam negara ini tetapi diterima oleh industry player. Graduasi-graduasi kita yang sedang belajar di kolej vokasional sekarang telah pun menjadi idaman syarikat-syarikat bukan sahaja Malaysia tetapi antarabangsa seperti Honda, Tan Chong, Projek Link Shell, Naza, SapuraKencana, TWT Technology ini di antara syarikat-syarikat yang mana anak muda kita dapat mencari pekerjaan dalam on-job training dan sebagainya. Maka Kementerian Pendidikan Malaysia akan sentiasa komited untuk memastikan pelajar-pelajar lepasan vokasional ini dapat tempat di kalangan pekerja-pekerja mahir ataupun separuh mahir di negara kita. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

2. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan, kemajuan dalam rancangan untuk membina loji penjana kuasa solar, serta lokasi-lokasi yang berpotensi untuk pembinaan loji tersebut.

final • 10:10 AM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan oleh Yang Berhormat Kuantan izinkan saya bagi pihak semua mengalu- alukan kehadiran para pemimpin komuniti dan pemimpin-pemimpin PBS dari kawasan Parlimen Kota Marudu..*.

[Tepuk]* Terima kasih.

Baiklah Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Kuantan serta juga Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kerajaan telah memperkenalkan Program Large Scale Solar (LSS), dengan izin, di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas untuk meningkatkan penjanaan elektrik daripada tenaga solar di samping membuka peluang kepada syarikat-syarikat untuk membangunkan projek-projek solar berskala besar.

Program ini menyasarkan pembangunan projek-projek solar dengan kapasiti di antara 1 megawatt sehingga 50 megawatt untuk mencapai sasaran penjanaan tenaga solar daripada program ini sebanyak 1000 megawatt pada tahun 2020. Program LSS telah dilaksanakan sejak Mac 2016 peringkat pertama dalam pelaksanaan program LSS iaitu Request for Qualification (RQ) telah selesai pada April 2016 manakala proses seterusnya ialah iaitu Request for Proposal (RP) telah selesai pada September 2016.

Suruhanjaya Tenaga selaku agensi pelaksana program LSS sedang dalam proses penyemakan dokumen RP dan surat tawaran kepada pembida yang berjaya dijangka akan dikeluarkan pada bulan Disember 2016. Penentuan lokasi-lokasi yang sesuai untuk melaksanakan projek-projek solar berskala besar disenaraikan dalam garis panduan LSS yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga berdasarkan spesifikasi teknikal dan lokasi pencawang sesuai yang dikenal pasti oleh pihak utiliti iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SSB). Terima kasih.

final • 10:10 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri di atas jawapan tadi. Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan dasar menyokong syarikat untuk menjana tenaga solar. Akan tetapi saya ingin pandangan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan satu kenyataan pada di dalam The Star pada bulan April 2014 yang mengatakan bahawa satu syarikat 1MDB telah diberikan peluang untuk menjana 50 megawatt tenaga solar dan telah pun buat satu perjanjian dengan TNB untuk power purchase agreement dengan TNB selama 25 tahun.

Kemudian pada tahun 2015 kita pula dimaklumkan bahawa syarikat 1MDB ini yang menjana tenaga solar ini yang dinamakan sebagai Edra Solar telah pun dijual kepada satu syarikat milik negara China, CGN seluruh power asset 1MDB telah dijualkan kepada negara China.

final • 10:10 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Jadi di manakah rasionalnya yang menyokong syarikat-syarikat kerana apabila Edra ini dijual kepada negara China dan kemudian adakah perjanjian 25 tahun untuk menjual kepada TNB itu terus terpakai akhirnya rakyat terikat dengan rates ataupun harga kadar yang ditetapkan oleh Edra yang terpaksa diikuti oleh TNB dan kemudian rakyat yang jadi mangsa untuk membayar tarif kadar elektrik yang tinggi daripada tenaga solar. Saya pohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuantan atas perkara yang dibangkitkan itu. Seperti mana pihak awam sedia maklum aset-aset yang sebelum ini dimiliki oleh 1MDB ataupun cabang tenaganya Edra telah pun dilupuskan ataupun kepada pembeli atas dasar willing buyer, willing seller. Berasaskan kepada itu sememangnya aset dan kelulusan pada saat itu yang untuk tenaga solar ikut sama dalam valuation antara dua pihak pada waktu itu.

Namun 500 megawatt yang pada dasarnya diluluskan kepada Edra atau TNB itu sekadar 50 megawatt yang masih dalam saat ini dalam pengurusan PPA sebenarnya bahawa power purchase document belum lagi di tandatangan di antara dua pihak kerana beberapa lagi faktor yang perlu dikemas kini antara kedua-dua pihak.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

The remainder itu, yang 450, memang dalam tangan pihak Edra. Pembeli baru Edra itu dan ia akan memohon untuk melaksanakannya mengikut lokasi dan maka semua faktor yang berkaitan dengan itu perlu dirujuk balik kepada Suruhanjaya Tenaga.

Akan tetapi, untuk tujuan membolehkan pihak awam Malaysia melibatkan diri dalam penjanaan tenaga solar ini, pihak kementerian dan kerajaan telah pun meluluskan 1,000 megawatt starting tahun hadapan sampai tahun 2020. Sebanyak 200 megawatt setiap tahun di Semenanjung dan 50 megawatt setiap tahun di Sabah. *This is open bidding.

Open bidding,* telah saya sebutkan tadi yang first 200 itu sedang dalam proses penyempurnaan dan harap pada bulan Disember kita boleh keluarkan the winners dan 50 di Sabah. Jadi, tiada timbul masalah tidak ada peluang untuk pihak swasta ataupun awam Malaysia. Sebanyak 1,000 megawatt kita allocate untuk large scale farming. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, 100 megawatt setiap tahun untuk lima tahun akan datang for net metering di mana orang awam boleh pasang di rumah, consume mana yang perlu, lebihan jual kepada utiliti TNB ataupun SESB. Jadi ini mendemokrasikan access to energy farming here di Malaysia. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tan Sri Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak bertanya susulan daripada apa yang ditumpukan dalam soal yang nombor dua ini mengenai peranan korporat large scale solar farming. Akan tetapi saya hendak keluar sikit daripada soal memberi perhatian sangat kepada syarikat-syarikat besar.

Jadi saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, sama ada kuota bagi koperasi dapat juga dibukakan?

Saya mengucapkan terima kasih kerana pihak SEDA sudah meluluskan kuota untuk komuniti dan Parlimen Johor Bahru memang beruntung kerana surau, masjid di Johor Bahru semuanya, alhamdulillah, dipasang dengan solar PV dan menghasilkan kewangan kepada masjid-masjid dan surau-surau yang berkenaan.

Saya juga ucap tahniah kerana dalam bajet yang terbaru ini adanya Program Suriaku iaitu solar untuk rakyat yang miskin boleh memasang solar, ditaja memasang solar untuk mereka mendapat pendapatan tambahan.

Akan tetapi, selain daripada korporat yang besar-besar ini yang menjadi tumpuan dan minat pihak Yang Berhormat Kuantan, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri sama ada koperasi juga boleh diberikan kuota? Ini kerana koperasi merupakan bentuk perniagaan orang ramai, pemegang saham-sahamnya ialah yang kecil-kecil. Jadi kalau dapat dibukakan juga khusus untuk koperasi, saya berterima kasih sangat di atas dasar atau strategi yang boleh memperluaskan faedah daripada sistem solar PV ini kepada masyarakat. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru yang memang antara yang telah pioneer untuk mempromosikan akses komuniti kepada penjanaan tenaga solar.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Berasaskan cadangan Yang Berhormat Johor Bahrulah kuota komuniti itu telah dimulakan dan masih available pada tahun lalu yang setakat ini sudah- kelulusan keseluruhan sebenarnya hampir sembilan megawatt, already COD this kira-kira 3.2. Kami pihak kementerian dan SEDA akan terus membuka ini untuk Ahli-ahli Yang Berhormat pasang di sekolah bantuan kerajaan, di masjid, di surau, di gereja, di tokong dan di mana yang sesuai.

Mengenai dengan perihal koperasi, sebenarnya banyak juga koperasi yang mengambil bahagian dalam open bidding yang saya katakan tadi, LSS itu, kerana LSS atau large scale solar boleh mula minimum satu megawatt sampailah kepada 50 megawatt yang saya sentuhkan tadi. Dan beberapa buah syarikat koperasi juga telah mengambil bahagian dalam perkara ini dalam proses penilaian.

Satu lagi yang di bawah 425 kilowatt itu yang mana kita beri mengikut kepada balloting, main nasiblah. Menteri tak ada kuasa untuk menentukan siapa. We pulled keseluruhan itu dan juga beberapa koperasi telah masuk. Nanti kita cuba pertimbangkan kalau ada khusus yang kita boleh hadkan untuk koperasi-koperasi kerana mereka ini ahli anggota mereka adalah orang biasa dan kebanyakannya adalah orang yang mid 40. Lower and mid 40, bukan orang-orang yang kaya tetapi orang biasa yang ingin melabur saham dalam mana-mana koperasi. Pihak kementerian akan meneliti dan bagaimana boleh facilitate yang lebih terfokus kepada peranan koperasi nanti. Terima kasih.

final • 10:20 AM

3. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [Kota Tinggi] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, sejauh manakah Building Information Modeling (BIM) mampu meningkatkan kecekapan kos dan perlaksanaan di dalam projek pembinaan.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi atas soalan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pemodelan Maklumat Binaan atau Building Information Modeling (BIM), dengan izin, ialah satu proses menghasilkan dan mengelola data sepanjang kitaran sesebuah bangunan bermula daripada proses reka bentuk pembinaan sehingga bangunan tersebut diruntuhkan. Aplikasi teknologi BIM akan mentransformasikan industri pembinaan negara ke arah sistem yang lebih cekap dan menjimatkan BIM menggunakan teknologi tiga dimensi atau 3D dalam membentuk model bangunan yang melibatkan aspek geometri, hubungan antara ruang, kuantiti dan kualiti setiap komponen. Ini bermakna semua perincian kerja pakar termasuk elektrik, mekanikal, ICT, sistem kumbahan akan diintegrasikan dalam satu lukisan bersepadu BIM. Dengan itu, percanggahan dalam lokasi fasiliti-fasiliti berkenaan dan kesannya kepada ruang dan struktur akan dapat dikenal pasti di peringkat reka bentuk lagi. Ini akan mengelakkan masalah koordinasi di peringkat pembinaan dan dapat mengoptimumkan kos. Melalui teknologi BIM juga akan memudahkan proses pemantauan dibuat terhadap operasi setiap kemudahan di dalam bangunan serta mempermudahkan lagi pelaksanaan kerja-kerja baik pulih.

Setakat ini, Tuan Yang di-Pertua, dua projek kerajaan telah dibina menggunakan teknologi BIM iaitu Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya yang telah siap pembinaannya dan Kompleks Pentadbiran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam iaitu masih dalam peringkat pembinaan. Teknologi BIM ini juga akan digunakan dalam pembinaan empat buah hospital awam yang diluluskan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu hospital di Kemaman, Terengganu, hospital di Pendang, Kedah, hospital di Maran, Pahang dan juga hospital di Pasir Gudang, Johor.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Kementerian ini melalui JKR merancang untuk memperluaskan lagi penggunaan BIM di dalam projek-projek Rancangan Malaysia Kesebelas yang lain, khususnya projek- projek yang bernilai melebihi kos RM100 juta ke atas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana mengambil inisiatif untuk melaksanakan, mengaplikasikan Building Information Modelling (BIM) ini, dengan izin, untuk meletakkan kita dalam satu keadaan yang baik pada masa depan, khususnya dalam kita menuju negara maju dan 2020 kita akan- digital economy akan menyumbang 20 peratus kepada KDNKK kita. Jadi, ini amat baik.

Jadi, soalan tambahan saya ialah, apakah cadangan kerajaan dalam memastikan bahawa program BIM ini atau teknologi BIM ini akan diaplikasikan dalam projek-projek akan datang dalam negara? Apakah langkah-langkah membina kapasiti kontraktor untuk mengaplikasikan sistem ini? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi atas soalan tambahan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) bermula 2016 sehingga 2020 Yang Berhormat, telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 10 September 2015, sebenarnya telah menggariskan beberapa inisiatif bagi meningkatkan lagi produktiviti dalam industri pembinaan negara, antaranya adalah penggunaan BIM, Yang Berhormat. Antara sub inisiatif CITP bagi memastikan program BIM ini dapat diaplikasikan sepenuhnya adalah melalui penguatkuasaan projek-projek kerajaan menggunakan kaedah BIM di peringkat BIM level two Yang Berhormat, dengan izin.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya BIM mempunyai beberapa peringkat. Bermula daripada BIM level zero sehinggalah BIM level three Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, pihak JKR sebenarnya telah- yang saya maksudkan mengenai penguatkuasaan projek-projek kerajaan menggunakan kaedah BIM di peringkat BIM level two, sebenarnya Yang Berhormat, sebanyak 40 peratus projek kerajaan yang bernilai RM100 juta dan ke atas dimestikan menggunakan BIM level two menjelang tahun 2019, Yang Berhormat.

Manakala pada tahun 2020, sebanyak lima buah projek perintis telah direncanakan untuk menggunakan BIM level three, dengan izin. Tidak dinafikan pihak kerajaan Tuan Yang di-Pertua, wajar menjadi contoh kepada rakyat, khasnya kepada industri pembinaan negara. Oleh daripada demikianlah pihak JKR telah mengenal pasti projek-projek kerajaan yang sesuai untuk menggunakan BIM level three ini.

Tuan Yang di-Pertua, pihak JKR sebenarnya telah menyediakan piawaian dan juga manual proses kerja yang melibatkan BIM iaitu daripada peringkat reka bentuk sehinggalah ke peringkat penyelenggaraan atau pun maintenance. Malah level-level ini pun telah siap dibina oleh pihak JKR, Yang Berhormat. Tidak dinafikan sebenarnya penyediaan infrastruktur BIM ini iaitu penyediaan piawaian, buku rujukan dan sebaran maklumat berkaitan BIM sangat penting sebelum sesebuah polisi itu dilaksanakan. Justeru itulah Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia sedang giat mempromosikan penggunaan BIM kepada para penggiat industri pembinaan negara. Antara program-program yang telah dan sedang dilaksanakan, termasuklah program jelajah atau pun roadshow seperti program seminar dan sesi taklimat kepada para penggiat industri pembinaan di peringkat negeri dan nasional.

Selain daripada itu Yang Berhormat, penyebaran maklumat berkaitan BIM melalui media cetak dan media elektronik kepada para penggiat industri binaan juga sedang dilaksanakan dan ia berterusan. Termasuklah juga penyediaan bahan ilmiah seperti buku panduan BIM atau BIM guide, majalah BIM dan penyediaan BIM library bagi pengisian BIM.

Seterusnya, pihak kementerian dengan kerjasama pihak CIDB juga sudah tentu pemain utamanya adalah JKR juga menyediakan sesi latihan secara insentif bagi penyediaan lukisan 3D kepada para belia dan juga para profesional dengan mengenakan kos yang sangat minima.

Seterusnya Yang Berhormat, di peringkat kementerian juga menyediakan pusat rujukan setempat iaitu myBIM Centre kepada pihak industri yang ingin mendapatkan khidmat nasihat serta latihan yang berkaitan dengan penggunaan BIM. Pada masa ini Yang Berhormat, myBIM Centre dioperasi sepenuhnya oleh pihak CIDB. Itu sahaja Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:30 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, sejauh mana kajian yang telah dibuat oleh pihak kementerian, cabaran atau kekangan yang dihadapi dalam pelaksanaan projek yang berdasarkan kaedah BIM ini? Adakah kajian dibuat terhadap penjimatan kos pembinaan?

Berapa peratuskah penjimatan yang dikenal pasti? Minta penjelasan.

final • 10:30 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang atas soalan tambahan yang dikemukakan. Memang benar Yang Berhormat, perkara yang melibatkan BIM ini adalah merupakan satu perkara yang dilaksanakan secara orang kata, berterusan. Bermula dari tahun 2007 lagi, apabila ia diperkenalkan di JKR pada kali pertama sehinggalah ia telah melalui banyak proses penambahbaikan, termasuklah pelaksanaan projek-projek kerajaan yang menggunakan BIM sepenuhnya, Yang Berhormat.

Saya juga ingin menyatakan di sini, sebenarnya kebaikan pelaksanaan BIM ini merangkumi semua peringkat, Yang Berhormat. Bermula dari peringkat pelaksanaan atau pun perancangan sendiri, sehinggalah peringkat reka bentuk dan perolehan, seterusnya sehingga ke fasa pengurusan facility. Apa yang pasti Yang Berhormat, penggunaan BIM ini telah menjimatkan bukan sahaja kos, di mana variation order apabila dilihat, diproses pembinaan sendiri. Ia telah melalui projek pertama iaitu IKN sendiri. Proses pembinaan itu telah berjaya disingkatkan. Ia dapat disiapkan dengan lebih awal Yang Berhormat.

Proses mengurangkan variation order (VO) di peringkat pembinaan dan kerja pembinaan semula atau rework yang disebabkan oleh kesilapan pembinaan di tapak itu dapat diminimumkan Yang Berhormat. Begitu juga di peringkat perancangan. Saya hendak maklumkan di sini, penggunaan BIM telah berjaya mentransformasikan satu-satu projek kerajaan itu bermula dari fasa perancangan, di mana analisis pembahagian dan juga penyusunan ruang dalam reka bentuk bangunan yang bersistematik dan tepat dapat dilaksanakan.

Penilaian reka bentuk bagi tujuan memuktamadkan skop bangunan, keluasan lantai dan anggaran kos awalan reka bentuk dapat dijalankan dengan lebih mudah, tepat dan efisien. Begitu juga pada fasa reka bentuk dan perolehan Yang Berhormat. Ia banyak membantu dan apa yang penting, kolaborasi yang berlaku dapat memanfaatkan projek tersebut dan yang paling penting Yang Berhormat, kos serta masa dapat disingkatkan. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

4. Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, rancangan atau program membasmi kemiskinan yang dijalankan termasuk kerjasama dengan agensi kerajaan. Ini penting kerana usaha sama ini dapat menyalurkan bantuan bukan sahaja kepada individu tetapi isi rumah yang mungkin terdiri dari orang tua, OKU dan ibu tunggal.

final • 10:30 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa berusaha ke arah membangun golongan miskin yang menerima bantuan agar mampu keluar daripada senarai menerima bantuan kerajaan bagi saraan hidup.

Dalam memastikan usaha tersebut tercapai, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah merangka program melalui pendekatan productive welfare dengan membuat penempatan pekerjaan sama ada dengan majikan atau bekerja sendiri, memberi kemahiran dan latihan yang bersesuaian dengan minat kerjaya klien serta pemberian dana melalui bantuan geran pelancaran atau 1AZAM atau pemberian dana daripada jabatan-jabatan dan juga agensi- agensi pemberi pinjaman mikro kredit untuk memulakan perniagaan berskala kecil-kecilan.

final • 10:30 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Dalam konteks kerja sosial, semua klien yang terlibat dalam pendekatan productive welfare ini, mereka akan dibimbing melalui pendekatan kerja kes, kerja kumpulan mahupun kerja komuniti agar ke fungsian sosial mereka dapat diperkasa dan seterusnya mampu menyumbang kepada kesejahteraan hidup mereka untuk masa hadapan tanpa bantuan kerajaan.

final • 10:40 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Dalam usaha tersebut, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menjalinkan kolaborasi dan jaringan kerjasama dengan pelbagai agensi dan jabatan di sektor kerajaan, swasta, NGO, golongan korporat dan orang-orang perseorangan bagi memastikan klien dapat dibimbing dan dibantu secara berterusan dengan jaringan yang diwujudkan di peringkat negeri ataupun daerah.

Sedikit statistik Tuan Yang di-Pertua. Dalam tempoh enam tahun pelaksanaan productive welfare dari tahun 2010 hingga 2015, seramai 5,615 orang penerima Bantuan Geran Pelancaran iaitu dengan jumlah perbelanjaan berjumlah RM16.88 juta. Seramai 913 orang telah mendapat penempatan pekerjaan di bawah JobsMalaysia dan seramai 4,107 orang menerima bantuan barangan perniagaan di bawah 1AZAM di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih atas jawapan yang diberikan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya selalu melawat sebuah keluarga, ramai keluarga di kampung lebih daripada 10 orang.

Dalam keluarga tersebut ada suami isteri, warga emas dan juga single mother, orang kurang upaya. Terdapat banyak aduan bayaran lambat.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah betulkah hanya salah seorang ahli keluarga yang diberikan bantuan sahaja? Contohnya warga tua berstatus suami isteri hanya suami sahaja yang mendapat bantuan atau jika dalam sebuah rumah ada warga tua, ibu tunggal dan OKU, hanya seorang sahaja yang akan dapat. Kedua, berapakah peruntukan yang telah disalurkan kepada jabatan kebajikan di Sabah pada tahun ini berbanding tahun lalu? Sekian terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu senario di mana kes ini memang berlaku tetapi Yang Berhormat saya ingin memaklumkan bahawa tidak betul hanya seorang. Kita berpandukan kepada kes.

Jadi dalam senario Yang Berhormat katakan itu tadi, tidak mustahil Yang Berhormat, ibu tunggal dapat elaun orang tua sebab dia 60 tahun ke atas. Katalah tadi ada OKU Yang Berhormat kata dalam rumah itu juga, ada OKU dan OKU itu bekerja, kita beri dia juga iaitu elaun pekerja cacat bekerja, RM350. Sebab daripada segi OKU Yang Berhormat, dia dilihat, dinilai daripada segi individu dia sebagai seorang OKU. Akan tetapi yang lain itu adalah daripada segi isi keluarga. Jadi Yang Berhormat, saya hendak memberikan satu senario kepada Yang Berhormat, macam-macam Yang Berhormat katakan. Katalah dalam rumah ini ada seorang ibu tunggal ada lima orang anak. Jadi dia ibu tunggal lima orang anak jadi anak ini pula semua 18 tahun ke bawah.

Jadi Yang Berhormat, kita melihat sebab pendapatan ibu tunggal ini adalah di bawah RM930 sebab kita mesti melihat garis kemiskinan. Jadi dalam senario ini Yang Berhormat, di dalam rumah ini pula ketua isi rumah seorang ibu tunggal dia ada lima orang anak dan semua 18 tahun ke bawah, dia pula menjaga seorang ibu tua berusia 60 tahun ke atas yang terlantar dan ada adik seorang OKU tetapi OKU ini bekerja.

Dalam kes ini Yang Berhormat, kita melihat satu sebagai ketua isi rumah dengan lima orang anak, jadi kita memberikan dia elaun kanak-kanak. Jadi elaun kanak-kanak ini maksimumnya RM450. Jadi oleh sebab tadi seorang RM100. Oleh sebab tadi senarionya ada lima orang anak, dia sudah dapat maksimum kita bagi RM450 berlandaskan dia sebagai seorang ketua isi rumah sebab dia yang menyara seluruh isi rumah.

Selepas itu mak dia tadi orang tua dan terlantar, jadi kita melihat mak itu atas pendapatan, memang tidak ada pendapatan. Dia bukan produktif, jadi kita memberikan dia elaun orang tua. Selepas itu adik itu tadi adalah seorang OKU tetapi adik ini kita tidak lihat dia sebagai isi rumah sebab dia sebagai OKU, dia sendiri berhak mendapat. Jadi oleh sebab dia OKU bekerja, kita memberikan dia elaun EPC namanya, iaitu elaun pekerja cacat, RM350.

Jadi Yang Berhormat, ini adalah satu senario yang sebenarnya berlaku. Ada orang kata dah banyak tetapi kena cerita panjang lebar ini. Bukan terus mengatakan Yang Berhormat, “Oh sebab dia macam ini, oh seorang sahaja dapat”. Tidak, kita melihat segala kes secara total dan melihat iaitu daripada segi hak di dalam rumah itu yang sepatutnya mendapat. OKU itu sepatutnya mendapat dan sebagai orang tua sepatutnya mendapat.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Jadi ini adalah senarionya Yang Berhormat. Jadi tadi Yang Berhormat tanya pasal Sabah ya. Iaitu untuk Sabah, peruntukan untuk Sabah bagi tahun ini– Yang Berhormat tanya tahun ini ya? Ini elaun bulanan ya. Untuk Sabah iaitu untuk seramai 54,347 kes iaitu diperuntukkan RM85,943,617. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 10:40 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan kementerian yang sentiasa komited dan memerah otak memikirkan bagaimana hendak membantu orang-orang miskin. Ini jelas daripada kita lihat tahap kemiskinan negara pada tahun 1970- an menghampiri 50 percent tetapi kini adalah kurang daripada satu percent. Ini menunjukkan kejayaan yang nyata.

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya apakah sasaran kementerian untuk menurunkan lagi isi rumah miskin tegar dalam tempoh lima tahun ini berasaskan modul indeks MPI yang dirangka dalam Rancangan Malaysia Kesebelas dan adakah kementerian bersedia untuk bekerjasama dengan EPU untuk mengkaji balik paras garis kemiskinan yang sedia ada berdasarkan kuasa beli dan juga inflasi sekarang? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Yang Berhormat, ingin saya maklumkan bahawa insya-Allah melalui EPU yang lead agency, akan mengadakan satu jawatankuasa khas untuk kita menilai dari segi bantuan- bantuan, we call it social protection, dengan izin sebab didapati bahawa adanya banyak sangat agensi jabatan, kita macam dikatakan bertindih dan sebagainya. Jadi daripada bertindih, kenapa tidak kita cuba salurkan dengan betul-betul mereka yang boleh kita bantu dan di mana mereka dikategorikan sebagai produktif di bawah productive welfare kita mencari jalan supaya mereka dapat berdiri atas kaki sendiri dengan bantuan-bantuan sedikit sebanyak.

Yang Berhormat Bagan Serai, saya ingin maklumkan bahawa saya pakai garis kemiskinan RM930. Kalau garis kemiskinan yang lagi baru saya rasa lagi ramai yang

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Jadi tak apa, memang semua ini akan dikajikan secara keseluruhan sebab Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat, betul Yang Berhormat. Yang Berhormat sebut perkataan sangat betul, memerah otak. Hari-hari memerah otak, memikirkan bagaimana hendak exit, Yang Berhormat dan okey exitnya tak seberapa ramai, sebab kami memberi dua tahun untuk exit policy, Yang Berhormat, ya. Exitnya tak seberapa ramai, yang masuknya itu ramai sangat. Jadi Yang Berhormat, setiap tahun kita membelanjakan RM1.5 bilion untuk kita membantu hampir-hampir setengah juta orang yang dalam senarai yang kita kena bantu setiap bulan.

Jadi inilah caranya kita akan memastikan dan mencari jalan yang terbaik dan syukur Alhamdulillah kita akan mengadakan apa lagi. Perah otak tu sentiasa perah otaklah Yang Berhormat tetapi kalau dapat perah otak itu juga idea datang dari semua pihak supaya kita dapat mencari jalan yang terbaik. Terima kasih.

final • 10:50 AM

[Soalan No.5 – YB. Datuk Juslie bin Haji Ajirol (Libaran) tidak hadir]

6. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, berapakah jumlah kerugian yang dialami oleh kerajaan dalam kes penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi dan apakah hasil operasi kementerian dengan Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET).

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan - Dato’ Henry Sum Agong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa di atas soalan.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan - Dato’ Henry Sum Agong

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada nilai rampasan kes-kes melibatkan penyelewengan gas petroleum cecair LPG bersubsidi yang telah dibuat oleh KPDNKK dari tahun 2012 sehingga Ogos 2016, kerugian yang dialami oleh kerajaan dianggarkan berjumlah RM10.5 juta.

Mulai awal tahun 2016, KPDNKK dengan kerjasama Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) dan pelbagai agensi kerajaan yang lain telah melaksanakan ‘Op Gasak’ bertujuan membanteras penyelewengan LPG bersubsidi secara besar-besaran di seluruh negara sehingga 31 Ogos 2016 sebanyak 198 percubaan menyeleweng LPG bersubsidi telah berjaya dipatahkan dengan nilai rampasan RM5.763 juta. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Dr. Haji Izani bin Haji Husin - Pengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Penyelewengan LPG bersubsidi ini lebih kurang sama dengan penyelewengan minyak masak bersubsidi. Jadi saya harap janganlah ditarik subsidi LPG ini dan seterusnya menaikkan harga. Janganlah jadi sakit di tempat lain, berubat di tempat lain. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah punca kegagalan penguatkuasaan dalam menangani penyelewengan penyeludupan subsidi ini sehingga kerugian begitu tinggi?

final • 10:50 AM

Dato’ Henry Sum Agong

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawabkan soalan Yang Berhormat, sebenarnya tidak ada kegagalan bagi pihak penguat kuasa. Seperti mana yang kita maklum, pihak penguat kuasa kita senantiasa menjalankan tugas mereka di mana-mana tempat sekalipun. Selain daripada penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak kementerian, KPDNKK, kita juga mempunyai apa yang saya sebutkan tadi, Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara yang dinamakan National Revenue Recovery Enforcement Team (NRRET) ini yang dianggotai oleh Jabatan Peguam Negara, Kementerian KPDNKK sendiri, Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kastam Diraja, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ini merupakan golongan yang terlibat di dalam penguatkuasaan akta yang sedia di bawah KPDNKK. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan untuk soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian tentang penguatkuasaan yang rata-ratanya memang dianggap agak kurang berkesan. Terbaru kes yang diuar-uarkan ini adalah kes minyak masak. Saya penat juga nak menjawab mesej-mesej yang dihantar kepada saya berhubung kenaikan minyak masak yang tiada kawalan. Contohnya, daripada RM13.30 di Pasaraya Tesco, semalam mereka pergi naik kepada RM20.35 dan pagi ini saya dapat lagi RM20.90.

Jadi apakah tindakan kementerian sebagai agensi kerajaan yang diamanahkan untuk membantu rakyat agar rakyat tidak merasa kesannya seolah-olah kawalan tidak dapat dibuat, buruknya pada kerajaan? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

LPG dengan minyak makan.

final • 10:50 AM

Dato’ Henry Sum Agong

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana yang saya maklumkan tadi, pihak penguat kuasa kita di KPDNKK senantiasa menjalankan tugas mereka dan dibantu oleh pihak-pihak seperti mana yang saya katakan tadi. Selain daripada itu, kementerian mempunyai tagline yang membawa, tagline ‘Friends of KPDNKK’. Ini kita libatkan pihak orang awam, khususnya ketua-ketua kaum, penghulu-penghulu dan lain-lain, bila berlakunya sesuatu yang melanggar undang-undang peraturan di bawah akta ini.

Jadi pihak KPDNKK berharap ‘Friends of KPDNKK’ ini yang harus terlibat dan membantu pihak kerajaan khususnya, di dalam hal kenaikan harga barang yang tidak berpatutan ini. Jadi diharap supaya pihak awam terlibat kalau terdapat apa-apa masalah mengenai harga barang ini dan kita mohon kerjasama supaya dilaporkan kepada pihak yang berkenaan, iaitu pihak penguatkuasaan kita. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

7. Datuk Dr. Ewon Ebin [Ranau] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan:

(a) bilakah pembinaan Pusat Sains Negara yang pertama di negeri Sabah akan dimulakan; dan

(b) berapakah jumlah peruntukan yang terlibat dan apakah jenis kemudahan yang akan disediakan di pusat tersebut.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, agak sukar juga hendak menjawab soalan ini kerana yang bertanyanya adalah bekas bos saya. Jadi saya kena menjawabnya dengan penuh berhati-hati.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sekarang dia sudah pencen, Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Ayatnya kena susun dengan baik. Ya, Tuan Yang di-Pertua, cadangan Pembinaan Pusat Sains Negara cawangan Sabah masih di peringkat perancangan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kini dalam proses perbincangan dengan pihak Kerajaan Negeri Sabah berhubung dengan cadangan ini.

Masih berhubung tetapi kita sudah kenal pasti tempat dan keperluan ruang pun kita telah dapat.

Oleh itu, tarikh pembinaan dan kos yang terlibat belum dapat diputuskan walaupun proses reka bentuknya telah selesai tetapi beberapa kelulusan perlu didapatkan sebelum kita final-kan aplikasi kewangan kerana ia memerlukan kelulusan pelbagai pihak, termasuk daripada agensi Pusat. Antara perkara yang perlu dihalusi adalah termasuk spesifikasi dan cadangan projek. Ini bagi memastikan cadangan pembinaan pusat ini adalah bersesuaian dengan keperluan semasa termasuk pelan jangka masa panjang, pengubahsuaian pusat tersebut.

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Tuan Yang di-Pertua, namun begitu untuk makluman Dewan, Pusat Sains Negara cawangan Sabah akan berkonsepkan sebuah Pusat Sains Dimensi Kelima selari dengan trend terkini Pusat Sains dari seluruh dunia. Tujuannya adalah untuk meningkatkan penglibatan dalam penyertaan pengunjung, visitors engagement yang boleh memberi kesan positif kepada pembentukan minda dan ke arah melahirkan generasi celik sains.

Kalau kita tengok di pusat sains di Sabah ini kita merangka cawangan Sabah akan melibatkan elemen biodiversiti memandangkan alam semula jadi di Sabah adalah kaya dengan ekosistem, flora dan fauna dan juga mempunyai sebuah Taman Pendidikan Sains bagi memanfaatkan aktiviti pembelajaran luar darjah dan ruang rekreasi yang kondusif.

Antara perkara-perkara yang akan dibuat termasuklah teater berkonsepkan teater 7D, Taman Pendidikan Sains, camping site, water plaza, eco journey untuk exploring flora dan fauna dan beberapa lagi kemudahan yang up to the world standard. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Soalan tambahan...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ranau.

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Ewon Ebin - Ranau

Okey, terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, pembinaan pusat sains ini adalah di antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memperhebatkan lagi promosi dalam bidang sains, teknologi dan inovasi di kalangan rakyat seterusnya di kalangan orang-orang muda.

Jadi untuk maksud ini soalan saya ialah adakah kementerian MOSTI bercadang untuk menjalankan kerjasama dengan kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk meningkatkan sasaran 60 peratus pelajar yang mengambil sains menjelang 2020. Sekian.

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Tuan Yang di-Pertua, sudah tentu.

Sebenarnya salah satu daripada fungsi Kementerian Sains adalah untuk mempromosi sains bersesuaian dengan nama kementerian ini ialah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sudah tentu untuk mencapai sasaran 60:40, Kementerian Sains mempunyai kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan.

Akan tetapi untuk lebih fokus kepada negeri Sabah bersesuaian dengan pertanyaan soalan ini berkenaan dengan Pusat Sains Negara, bagi meluaskan dalam pencapaian STI kesemua lapisan masyarakat, Pusat Sains Negara telah mengenal pasti kaedah promosi terbaik adalah melalui sekolah-sekolah yang dapat menjangkau sehingga ke pedalaman Sabah, yang ini lebih penting.

Bagi menjayakan strategi ini, Pusat Sains Negara menggunakan guru sebagai ejen promosi sains, teknologi dan inovasi. Guru-guru yang dilatih dengan teknik pengajaran yang menekankan elemen Sains dan Teknologi, kejuruteraan dan matematik ataupun STEM secara tidak formal melalui program latihan untuk pendidik yang direka khas oleh Pusat Sains Negara.

Program Professional Development yang telah pun dijenamakan semula sebagai Program Inovasi Pendidikan telah dijalankan seawal tahun 2005 di Sabah. Program ini melatih seramai lebih kurang 480 guru dari seluruh daerah dari negara ini. Pada tahun 2016 Program Inovasi Pendidikan telah dijalankan di Pusat Kegiatan Guru Tamparuli pada 21 hingga 22 April 2016. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga sebenarnya tadi hendak bertanya sama dengan soalan tambahan daripada Ranau tadi kerana kita tidak mahu mensia-siakan profesionalisme yang ada di universiti di Sabah (UMS) khususnya dalam bidang sains ini. Begitu juga jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, di sekolah-sekolah.

Saya hendak bertanya untuk Pusat Sains Negara di Sabah ini apa niche bidang sains yang ditumpukan kerana kita tidak mahu ada bertindan dengan Pusat Sains Negara yang ada di Kuala Lumpur supaya ianya menggambarkan fokus yang lebih kepada apa yang ada di Sabah seperti sains marin ataupun sains alam sekitar yang mana boleh menarik pandangan rakyat khususnya di Sabah. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah

Terima kasih pertanyaan tadi.

Sebenarnya saya telah jawab dalam perenggan kedua soalan saya tadi tetapi walau bagaimanapun mungkin Yang Berhormat tidak berada dalam tempat. Jadi seperti saya kata tadi kita di Pusat Sains Negara Sabah mementingkan konsep biodiversiti iaitu niche untuk Pusat Sains Negara Sabah yang mementingkan flora dan fauna.

Itu fasalnya kalau kita tengok dalam pembentangan saya tadi saya mengatakan kita ada, kita cuba mendapatkan kawasan tapak pembinaan untuk aktiviti ini sebanyak 27,500 meter persegi yang merangkumi camping site, water plaza untuk pameran, eco journey atau exploring flora dan fauna yang menekankan kepada konsep mangrove dan pond. Kinaesthetic challenge, flying fox, top tree walk dan water rafting, wall climbing dan abseiling juga gigantic exhibit dan maze garden. Ini konsep yang kita gunakan, kita tekankan di Sabah bersesuaian dengan konsep biodiversiti yang kita tekankan di Pusat Sains ini. Terima kasih.

final • 11:00 AM

8. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, kenapa setiap tahun masih berlaku pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang terbaik dalam SPM atau STPM tidak berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam atau tidak diluluskan kursus yang dimohon oleh mereka sementara mereka yang mendapat keputusan tidak begitu baik pula ditawarkan tempat di institusi pengajian tinggi awam dan mendapat kursus yang dipohon oleh pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang terbaik.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Terima kasih, Yang Berhormat Beruas atas soalan berkaitan dengan pengambilan pelajar ke universiti awam. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat berdasarkan prinsip meritokrasi semua pemohon warganegara Malaysia yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal tidak dinafikan peluang untuk mengikuti pengajian di universiti awam (UA).

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Pemohon yang layak dan memenuhi syarat am universiti, syarat khas program pengajian serta lain-lain kriteria pemilihan yang telah ditetapkan akan dipertimbangkan mengikut pilihan program pengajian yang dipohon mengikut kelayakan, minat dan cita-cita dan kecenderungan pemohon. Bagi memasukkan sesi akademik 2016 dan 2017 kesemua 3,873 pemohon yang terdiri daripada pelajar cemerlang dengan PNGK4 telah berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian mereka di UA.

Pemilihan program pengajian oleh pemohon dan pemilihan UA juga menentukan kejayaan pemohon untuk mendapat tawaran. Tawaran program pengajian dan penempatan di UA tidak tertakluk kepada pencapaian akademik semata-mata malah bergantung kepada susunan merit pemohon, proses saringan temu duga dan ujian khas dilaksanakan oleh UA bagi sesetengah program pengajian yang memerlukan tahap kompetensi pemohon. Antara faktor kegagalan pemohon mendapat tempat di UA adalah seperti berikut:

(i) tidak memenuhi syarat khas program pengajian yang telah ditetapkan oleh UA;

(ii) bilangan tempat yang disediakan adalah terhad terutama bagi program pengajian kritikal seperti program perubatan, pergigian, farmasi, perakaunan dan undang-undang; dan

(iii) gagal dalam saringan ujian khas atau temu duga dan markah akademik atau kokurikulum yang rendah.

Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa soalan saya tadi belum dijawab iaitu kenapa tadi dikatakan semua pengambilan berlandaskan merit.

final • 11:00 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Akan tetapi setiap tahun kita dalam media mendapati ramai yang mendapat markah penuh tidak mendapat ditawarkan tempat di universiti awam ataupun yang tidak mendapat kursus yang mereka pohon tetapi pelajar-pelajar lain yang mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang pula yang dapat. Itu masalah dia yang saya tanya, belum dijawab dan kalau boleh dijawab nanti.

Saya ada satu lagi soalan tambahan, ialah bagaimana kah keputusan-keputusan pelajar cemerlang ini ataupun keputusan-keputusan pelajar-pelajar di analisa atau diproses oleh universiti-universiti sama ada satu sistem diguna pakai ataupun universiti-universiti APEX atau research university mempunyai satu cara tersendiri dan universiti-universiti awam yang lain mempunyai lagi satu proses yang berlainan. Jadi kalau boleh tadi soalan pertama boleh jawab kenapa setiap tahun masalah ini timbul sungguhpun kerajaan sudah berkali-kali mengatakan pengambilan adalah berlandaskan merit tanpa mengira kaum, agama atau tempat tinggal mereka.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Terima kasih Yang Berhormat Beruas atas soalan tambahan dan saya sebenarnya sudah menjawab soalan dan saya sudah memberi beberapa faktor kenapakah pelajar tidak mendapat tempat dan saya sudah bagi tahu bahawa tiba masa lah untuk kita mencungkil satu kesedaran antara pelajar dan ibu bapa bahawa kecemerlangan akademik bukan hanya satu faktor untuk diambil kira.

Sekiranya kita rujuk kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi yang sudah dilancarkan pada tahun 2015 hingga tahun 2025, memang lonjakan satu sudah menggariskan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi hendak melahirkan graduate yang holistik, seimbang dan berciri entrepreneur. Ini sudah membawa satu implikasi yang begitu jelas bahawa bukan hanya kita tegaskan atau memberi fokus utama yang berkaitan dengan kecemerlangan dalam akademik kerana kita hendak melahirkan pelajar yang holistik. Sebab-sebab sudah diberi walaupun Yang Berhormat tidak terima, itulah faktor yang diambil kira untuk memilih pelajar untuk masuk ke universiti...

final • 11:10 AM

[Dewan ketawa]

Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

[Tepuk] Soalan yang kedua adalah satu soalan yang begitu teknikal dan sekiranya diperlukan, saya akan menjawab dalam bentuk bertulis. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tadi dimaklumkan seramai 39,000 pelajar telah ditawarkan tempat untuk mengikuti pengajian di universiti awam bagi program pengajian sesi akademik untuk tahun 2016 dan tahun 2017. Daripada jumlah itu, 94 percent telah melepasi syarat am universiti serta syarat-syarat khas program pengajian daripada jumlah permohonan sebanyak 58,000.

Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, dengan peningkatan tahap minimum Band MUET yang merupakan syarat kemasukan ke universiti awam mengikut bidang pengajian, apakah kesan terhadap prinsip meritokrasi yang juga merupakan langkah afirmatif kerajaan bagi menjamin kedudukan dan prestasi pelajar Melayu dan juga bumiputera. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang di atas soalan tambahan. Saya tidak ada jawapan...

final • 11:10 AM

[Dewan ketawa]

Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Berkaitan dengan keistimewaan yang diberi kepada pelajar bumiputera atau pelajar Melayu. Akan tetapi saya boleh memberi jawapan dalam bentuk bertulis kerana saya tidak mahu memberi information yang salah dan selepas itu untuk retrack, dengan izin, balik. Jadi memang inisiatif ada diambil tetapi saya hendak memberi information, dengan izin, yang tepat.

Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

9. Datuk Wilson Ugak Kumbong [Hulu Rajang] minta Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah menyatakan:

(a) Status Jalan Nanga Mujong Ke Nanga Gaat, Kapit; dan

(b) Jalan Rumah Panjang TR Juntan ke Rumah Panjang TR Bengau Sungai Sut, Kapit.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hulu Rajang soal, Kapit jawab.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi

Ya, bincang di luar bertemu tadi. Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Rajang yang begitu prihatin kepada pemilih ataupun masyarakat rakyat di kawasan beliau.

Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Rajang, jalan dari Nanga Mujong ke Nanga Gaat, Kapit dan jalan rumah panjang ke rumah ataupun Tia Juntan ke Rumah Panjang Bengau Sungai Sut, Kapit tiada dalam senarai projek yang telah diluluskan kepada kementerian ini.

Walau bagaimanapun, pihak kementerian akan memanjangkan cadangan projek ini kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sarawak untuk disiasat tapak dan memohon supaya ia disenaraikan dalam senarai keutamaan kerajaan negeri serta mengemukakannya kepada kementerian ini untuk diangkat kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) ataupun UPE, Jabatan Perdana Menteri. Namun kelulusan pelaksanaannya adalah tertakluk kepada EPU, Jabatan Perdana Menteri dan kedudukan kewangan semasa kerajaan. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Tuan Yang di-Pertua, begitu sedih sekali. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Walaupun saya telah agaknya, agak jawapan demikian tetapi dengan seterusnya saya begitu kecewa sekali. Akan tetapi rakyat di kawasan saya juga kecewa dan mereka tengok di TV1 sekarang Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, jalan tersebut adalah sebahagian daripada kehendak dan nadi rakyat. Jadi, saya juga tinggal di jalan di sebelah kanan tadi. Sebagai Ahli Parlimen, belum ada jalan raya menghubungi rumah panjang saya...

final • 11:10 AM

[Dewan riuh]

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, rakyat di kawasan saya tegar Barisan Nasional tiap-tiap kali Parlimen...

final • 11:10 AM

[Dewan riuh]

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Kalau ada jalan ini, kalau ada jalan ini dia buat PRU ke-14, tetap menang bagi negeri kawasan saya...

[Tepuk] Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mohonlah sekali lagi dan apakah halangan sebenarnya yang berlaku kepada pembinaan jalan raya yang saya pohon tiga tahun berturut-turut dan adakah mekanisme penyelesaian ini akan digunakan oleh pihak kementerian bagi memastikan kepentingan rakyat dulu.

final • 11:10 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Halangan ini sebab BN.

final • 11:10 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Jadi, saya percayalah Yang Berhormat Menteri bawalah kepada EPU, kerana kita tidak mahu mengecewakan penyokong kita yang begitu kuat sekali menyokong pilihan raya negeri dan pilihan raya Parlimen akan datang supaya EPU dapat mendengar pada hari ini. Buat pembangkang tak layan sekali lah di kawasan saya...

final • 11:10 AM

[Dewan ketawa]

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Jadi saya percayalah Yang Berhormat Timbalan Menteri bawalah ke peringkat yang teratas sekali. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Rajang. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kawasan di kawasan saya, kampung saya dan saya juga begitu sedih sekali...

final • 11:10 AM

[Dewan ketawa]

Datuk Alexander Nanta Linggi

[Dewan riuh] Saya tumpang dalam kesedihan itu sebab saya pun dalam RTM 1 dilihat oleh penyokong-penyokong saya juga di kawasan...

final • 11:10 AM

Seorang Ahli

Menteri pun tak dapat juga.

final • 11:10 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri sama dengan saya juga [Ketawa]

final • 11:10 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Jadi, pertamanya Tuan Yang di-Pertua, itu pun boleh dikatakan kita menunjukkan kita tidak ada favouritism semua walaupun kawasan terlibat itu adalah kawasan saya. Akan tetapi Kerajaan Barisan Nasional tetap, tatap kata orang Sabah prihatin kepada rakyat [Ketawa] Prihatin kepada rakyat tidak ambil kira di mana pun. Yang sebenarnya kawasan Hulu Rajang ini begitu besar. Ada Sungai Baleh, sungai yang besar sekali di kawasan itu.

final • 11:10 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Sebenarnya juga buat masa dari program Sarawak Corridor of Renewable by Energy (SCORE) sedang membina jalan yang begitu panjang, begitu besar. Yang Berhormat Hulu Rajang sendiri pun dua minggu lepas buat pecah tanah dengan projek- projek mega ini untuk kita bina nanti Empangan Baleh di hulu Sungai Baleh. Jadi bukan tidak ada sama sekali. Cuma bezanya di tebing Sungai Baleh yang dikatakan ataupun yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Rajang ini kita belum ada jalan itu. Itu tidak ada masalah sangat kerana ada juga jaringan jalan-jalan balak yang sedia ada diguna pakai oleh penduduk-penduduk dekat sana. Cuma kita hendak jalan yang dibina oleh kerajaan. Jadi jangan salah sangka ya. Kawasan itu tidak terbiar sama sekali.

Oleh kerana Yang Berhormat ini dia memang cukup mesra rakyat, cukup hendak menjalankan tugas, di situlah beliau merasakan kesedihan beliau. Saya berterima kasih kerana adanya jalan ini nanti, saya pun dapat tempias kata kita, dalam kebaikannya. Oleh sebab kawasan ini sekarang dalam delineation baru akan jadi kawasan Parlimen Kapit.

Saya tidak tahulah sama ada saya jadi calon atau tidak tetapi ini menunjukkan kita boleh kerjasama. Ahli Parlimen Hulu Rajang berucap...

final • 11:20 AM

Dato' Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Akan tetapi kalau calon pun tetap menang.

final • 11:20 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Tetap menang juga. Ya. Tetap menang. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Jadi faktanya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, buat masa sekarang projek ini kita akan utamakan untuk kita mohon daripada Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri supaya ini diberi keutamaan sebab bulan Jun tahun lepas, tahun 2015, atas jemputan, undangan daripada Yang Berhormat Hulu Rajang dan juga Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan itu, Yang Berhormat Tan Sri Dr James Jemut Masing dan saya juga, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sampai ke kawasan ini dan diberitahu juga keutamaan projek ini.

Jadi kita mohonlah kerjasama daripada Unit Perancang Ekonomi supaya projek ini diberi keutamaan. Saya mohon juga, KKLW mohon daripada Kementerian Kewangan supaya diadakan juga peruntukan yang secukupnya untuk kita bina dua buah jalan ini.

Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kanowit.

final • 11:20 AM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Tidak bolehlah, berilah sebelah sini.

final • 11:20 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Ini isu tempatan.

final • 11:20 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Ini isu kawasanlah. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin tahu kalau ada jawapan ataupun maklumat berkenaan dengan jalan dari Ngungun ke Jagau yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri semasa pilihan raya yang lalu, state election. Apakah status pelaksanaan projek yang tersebut. Kalau tidak ada jawapan, mungkin jawapan bertulis pun boleh. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Ya, terima kasih Yang Berhormat Kanowit.

Kesemua projek yang telah diumumkan semasa lawatan walkabout Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sekarang sedang dalam pertimbangan untuk dilaksanakan. Jadi kita tunggu lagi kelulusan kesemuanya. Jadi oleh kerana pengumumannya adalah daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri, memang ada keutamaannya ya. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

10. Puan Teo Nie Ching [Kulai] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, sama ada kerajaan berniat untuk menggubal undang-undang untuk menghentikan diskriminasi terhadap wanita, terutamanya wanita mengandung di sektor swasta.

final • 11:20 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Malaysia merupakan negara ahli kepada Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).

Sehubungan itu, usaha kementerian adalah untuk memastikan tiada sebarang diskriminasi dilakukan terhadap wanita termasuk diskriminasi terhadap wanita di sektor awam ataupun sektor swasta. Peruntukan undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan juga telah menyentuh tentang diskriminasi terhadap wanita seperti berikut:

(i) Perkara 8 iaitu kesamarataan. Semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang; dan

(ii) kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan, ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warga negara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana- mana undang-undang yang berhubungan dengan perolehan, pemegangan ataupun lupusan harta atau perhubungan dengan penubuhan atau perjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.

Selain Perlembagaan Persekutuan, Akta Kerja 1955 yang menyentuh perkara yang berkaitan dengan diskriminasi terhadap wanita telah dipinda dan berkuat kuasa pada 1 April tahun 2012. Pada masa yang sama, kementerian sedang meneliti kemungkinan untuk menggubal undang-undang khusus ke atas diskriminasi terhadap wanita bagi memastikan Malaysia mencapai kesaksamaan gender seperti negara-negara maju yang lain. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, saya menyokong segala usaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mewujudkan undang-undang khusus untuk melindungi hak wanita terutamanya wanita mengandung yang kerja di sektor swasta. Ini kerana kita lihat kebelakangan ini ada satu kes di mana seorang guru, Noor Farida, beliau saman Kerajaan Malaysia kerana Kementerian Pendidikan menamatkan kontrak beliau apabila mendapati bahawa Noor Farida ini mengandung.

Dalam mahkamah, hakim di Mahkamah Tinggi menyatakan oleh sebab Noor Farida, beliau tidak memaklumkan majikan bahawa beliau sedang mengandung. Oleh sebab itu, ganti rugi yang diberi kepada Noor Farida walaupun mahkamah cakap bahawa beliau memang menang dalam kes tersebut tetapi ganti rugi yang diberikan kepada beliau dikurangkan daripada RM300 ribu kepada RM30 ribu sahaja.

final • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Jadi saya rasa kalau kita tidak ada satu undang-undang khusus untuk melindungi golongan ini, saya rasa memang banyak lagi wanita yang ingin bekerja di sektor swasta akan di diskriminasi. Jadi saya memohon Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini mencontohi negara seperti Netherland, UK, Australia, US dan Taiwan untuk membuat satu undang-undang untuk menyatakan bahawa wanita tidak perlu memaklumkan status mengandung atau tidak kepada majikan semasa interviu ataupun semasa diupah. Itu saja, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Terima kasih Yang Berhormat. Saya juga sangat teruja Yang Berhormat. Jadi ini adalah sesuatu yang kita kena hadir bersama- sama untuk memberi sokongan. Untuk makluman Yang Berhormat, sekarang ini memang kita dalam menggubal iaitu Akta Kesaksamaan Gender. Jadi pada masa ini saya tengah mengadakan banyak engagement sebab saya hendak kan sebuah undang-undang yang menyeluruh, yang memantapkan lagi apa tujuan kita mengadakan undang-undang tersebut.

Termasuk apa Yang Berhormat katakan tadi.

Pada masa yang sama Yang Berhormat, kita juga melihat kepada beberapa undang-undang yang lain. Ini Akta Kesaksamaan Gender in the pipeline. Insya-Allah saya akan membawa seramai mungkin untuk sama-sama tampil memberi idea, pandangan yang bernas supaya kita dapat sesuatu yang begitu menyeluruh. So, bila nanti kita bawa ke Parlimen.

Jadi yang lain-lain Yang Berhormat, yang ada juga dalam pipeline iaitu kita hendak meminda Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 iaitu di bawah Akta 521. Pada masa yang sama kita meneliti dengan begitu juga undang-undang yang ada kaitan iaitu terkandung juga di dalam Kanun Keseksaan iaitu di bawah Akta 574. Lepas itu kita tengok di bawah Kanun Prosedur Jenayah, Akta 593.

final • 11:20 AM

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Kita lihat juga di bawah Akta Pencen 1980 iaitu Akta 227 dan Akta Pekerja 1955 itu yang baru kita pinda. Pada masa yang sama, kita memang juga telah melihat kepada Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 di bawah Akta 303 iaitu berkaitan dengan poligami supaya adil kepada semuanya. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya gembira bila mendengar Yang Berhormat Menteri bercakap berkenaan dengan Akta Kesaksamaan Gender terutamanya kerana ini antara akta-akta yang kita memang mahu lihat. Saya hendak bertanya berkenaan dengan proses.

Sebelum ini, kokus gender Parlimen memang terlibat dengan agensi-agensi- terlibat dengan kementerian, terlibat dengan AG’s Chamber dan sebagainya untuk sama- sama menggubal undang-undang tetapi usaha itu telah terputus. Saya sebut semalam dalam perbahasan saya berkenaan dengan Ahli-ahli Parlimen ini are lawmakers. Seharusnya kita terlibat dalam penggubalan undang-undang itu daripada awal bukan diletakkan di atas meja kita dan kita hanya ada masa satu hari untuk melihat, untuk membahas dan meluluskan, bukan menggubal.

Jadi saya harap sangat sebagai- sebab kita tak ada juga bill committee, kita tak ada juga Jawatankuasa Parlimen dan sebagainya. Jadi saya harap sangat pihak kementerian yang progresif dan saya yakin Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini antara kementerian yang progresif, untuk melihat kepada proses melibatkan Ahli-ahli Parlimen di dalam proses penggubalan undang-undang supaya kita boleh terlibat daripada awal jadi apabila yang kita table itu we own it, kita boleh defend apa yang kita table. Kita dah teliti sebaik-baiknya daripada awal sehinggalah kita table. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan libatkan Yang Berhormat semua kokus untuk sama-sama membantu di dalam Akta Kesaksamaan Gender sebab ini adalah akta kita. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, setakat itu sesi soal jawab lisan untuk pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim

Tuan

final • 11:30 AM

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 11.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi pada hari Khamis, 3 November 2016.”

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:30 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2017 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2017

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2017 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh lapan bilion ringgit

(RM48,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2017, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2017, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 25 Tahun 2016, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah [1 November 2016]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Amat Berhormat Kementerian Dalam Negeri.

final • 11:30 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Yang di-Pertua yang sedang bertukar giliran.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada 23 rakan-rakan saya, Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 terutama yang menyentuh mengenai Kementerian Dalam Negeri.

Sebelum saya menjawab persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat, izinkan saya terlebih dahulu memanjatkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan atas keprihatinan beliau dan Kementerian Kewangan menyediakan peruntukan mengurus dan pembangunan keseluruhan sebanyak RM12.8 bilion kepada KDN untuk tahun 2017. Insya-Allah KDN akan memanfaatkan sepenuhnya peruntukan yang disalurkan bagi memberi impak yang maksimum kepada usaha memelihara keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta negara yang menjadi teras utama kementerian ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya akan menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 berdasarkan isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat seperti berikut iaitu isu mengenai polis dan kawalan sempadan, penjara, pendaftaran, imigresen dan pekerja asing, pembangunan dan infrastruktur, antidadah, kawalan terbitan teks dan Al-Quran, keselamatan dan ketenteraman awam dan hal-hal lain yang berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh perkara pertama iaitu mengenai polis dan kawalan sempadan yang mana Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Lanang, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Batu Kawan dan Yang Berhormat Stampin telah membangkitkan persoalan-persoalan mengenai langkah- langkah yang diambil oleh KDN bagi menangani aktiviti yang melibatkan ‘penjenayahan’.

Antara perkara yang dibangkitkan adalah mengenai sindiket perjudian sama ada melalui SMS atau melalui internet dan juga cadangan untuk menubuhkan kokus ataupun task force di peringkat Parlimen serta kaedah-kaedah mengatasi masalah kebocoran maklumat oleh orang dalam kepada pihak sindiket yang melaksanakan aktiviti perjudian haram.

Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, antara modus operandi terkini yang telah digunakan oleh sindiket perjudian bagi mencari pelanggan baru adalah dengan mempromosikan aktiviti perjudian melalui media sosial. Kita tahu bahawa pihak PDRM telah dapat mengesan aktiviti melalui kaedah ini sejak tahun lalu dan kita telah bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan kita telah menggunakan perantis khas atau special device dengan izin, yang dikenali sebagai Bulk SMS Frequency Spy yang boleh mengesan nombor telefon dan menghantar sehingga 30,000 SMS dalam tempoh satu jam pada jarak sejauh dua kilometer. Taktik biasa yang digunakan adalah dengan memaparkan gambar wanita-wanita cantik.

Satu kes seperti Setiausaha Dewan, berpakaian seksi dan menawarkan pemberian bonus berganda bagi kemenangan taruhan dan apabila pelanggan menghubungi sindiket berkenaan, mereka diminta memberikan nama penuh dan nombor akaun bank termasuk saya, yang kononnya untuk memudahkan urusan pembayaran wang kemenangan. Pelanggan juga boleh mengakses permainan judi online atau atas talian serta bertaruh pada kadar serendah RM50 di mana-mana dan pada bila-bila masa dengan menggunakan telefon bimbit, tablet, komputer riba dan desktop tanpa mengetahui dengan siapa mereka berurusan. Bagi mengatasi masalah ini, PDRM dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta syarikat telekomunikasi atau, dengan izin, telco untuk kami menyekat laman web serta talian telefon yang menghilangkan jaringan online casino, SMS dan aplikasi telefon bimbit yang dikenal pasti.

final • 11:33 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Polis sedang mengumpul maklumat mengenai kemungkinan penglibatan pihak tertentu menjual data pelanggan kepada sindiket bagi tujuan siasatan. KDN telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan, SKMM, pihak berkuasa tempatan atau PBT, Jabatan Air Negeri, TNB dan beberapa agensi penguatkuasaan lain untuk meminda undang-undang serta melakukan suatu tindakan bukan hanya dalam aspek perundangan tetapi yang sesuai dengan kaedah penguatkuasaan yang dilakukan.

Dalam perkara ini, cadangan oleh Ahli Yang Berhormat untuk PDRM dan agensi- agensi penguatkuasaan mengadakan kokus atau task force di peringkat Parlimen ini, kita merasakan bahawa ini merupakan suatu saranan yang harus diberikan penelitian. Kami sedang mengumpulkan maklumat untuk kita jadikan sebagai terma rujukan atau term of reference sekiranya kokus tersebut dilaksanakan oleh kita kelak.

final • 11:33 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

KDN memandang positif cadangan ini kerana ia melibatkan penyertaan semua pihak merentasi perbezaan ideologi politik di kalangan kita, perbezaan agama dan juga budaya.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di sebelah sini atau sebelah sana kerana bersama-sama dengan KDN untuk mengatasi masalah perjudian ini.

Di dalam isu kebocoran maklumat oleh orang dalam kepada premis perjudian- ini dikenali sebagai tonto- ia adalah barah yang boleh merosakkan seluruh organisasi jika tidak dibendung. Justeru, bagi menangani masalah ini, polis, Jabatan Integriti dan Perkhidmatan Standard (JIPS) telah dilibatkan sebagai, dengan izin, second layer bagi memastikan operasi dapat dilaksanakan dengan teratur. Polis juga mengadakan pusingan kerja dari semasa ke semasa terhadap anggota bertugas dalam tugas-tugas operasi.

Yang Berhormat Lanang turut bertanya pendekatan yang telah diambil untuk menjamin keselamatan orang awam dan polis susulan dakwaan pagar Balai Polis Lanang ditutup pada waktu malam.

Saya ingin memaklumkan...

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

[Bangun]

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sila, Yang Berhormat Marang.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menambah sedikit. Langkah pencegahan adalah perlu diutamakan daripada tindakan undang-undang untuk meringankan bebanan kerajaan sendiri. Penglibatan masyarakat sangat penting untuk dilibatkan sama dalam pencegahan. Apakah langkah-langkah kerajaan dalam bekerjasama dengan NGO, dengan segala pihak dalam masyarakat untuk membantu dalam pencegahan ini?

final • 11:40 AM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua, sikit.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Menteri, boleh sikit?

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Selepas ini. Saya ingin mengucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Marang yang pada hemat saya, dari bacaan yang tersirat dan bukan hanya tersurat adalah merupakan satu cadangan yang baik oleh Yang Berhormat...

[Tepuk] Memang benar saya ingin menyebutkan, dengan izin, prevention is better than cure. Di dalam perkara ini, tentunya Yang Berhormat Semporna juga mungkin akan bersetuju jika kita bekerjasama dengan semua pihak dan bukan hanya NGO tetapi juga parti-parti politik, individu dan tokoh-tokoh tertentu terutamanya saya mohon di Dewan yang mulia ini untuk kita melihat atau, dengan izin, revisit undang-undang ataupun Akta Rumah Judi Terbuka yang telah dibentangkan pada tahun 1953. Satu umur dengan Perdana Menteri dan saya, undang-undang itu. Saya fikir elok kira revisit dan saya minta kita berbincang, pihak sini dan pihak sana, untuk melihat perkara ini.

Ini kerana apa yang dilakukan dan disebut oleh Yang Berhormat Marang supaya langkah-langkah pencegahan, mewujudkan kempen-kempen kesedaran harus dilakukan.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kita tidak hanya perlu melihat aspek perundangan sahaja tetapi kita mesti menyuntik soal akidah, soal kerohanian, soal kesedaran di kalangan rakyat keseluruhannya kerana apa dilakukan oleh pihak penguatkuasaan tentunya tidak mencukupi dan tidak dapat mencari titik noktah jika langkah-langkah seperti apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Marang itu tidak dapat dilaksanakan. Insya-Allah, kita akan melakukan sesuatu yang terbaik ke arahnya.

final • 11:40 AM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Marang dan juga jawapan daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sekejap tadi. Kalau begitulah, maknanya kurikulum sekolah juga perlu diperbaiki untuk menanam sifat-sifat positif kepada pelajar daripada kecil.

Soalan saya ialah berkaitan dengan tonto yang telah dikenal pasti sebagai penghalang kepada kejayaan penguatkuasaan kita. Jadi keseriusan kerajaan dalam bab ini, saya ingin tahu sekiranya ada statistik, berapa ramai yang telah kita tangkap atau ambil tindakan kepada tonto-tonto yang terlibat? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya tidak dapat memberikan jumlah yang sebenarnya tetapi saya ingin menyebutkan bahawa langkah-langkah berterusan terus dilakukan bukan hanya sekadar tonto tetapi kita lihat bahawa perjudian dilakukan tidak lagi melalui kaedah konvensional kerana ia di atas talian. Telefon bimbit biasa, saya sebutkan tadi, tablet dan sistem siber digunakan. Jadi soal penguatkuasaan agak sukar.

Namun, kita dengan kerjasama SKMM, langkah-langkah ini dilakukan kerana kita ingin sebutkan di Dewan yang mulia ini, pangkalan data untuk kasino atau judi ini bukan di Malaysia tetapi, saya ingin sebutkan, di Manila, di Macau, di Hong Kong dan Las Vegas. Ini melibatkan bukan hanya dengan syarikat-syarikat telco tetapi juga dengan pengendali- pengendali kepada sistem media maya yang terdapat di negara ini.

Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 11:40 AM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, sedarkah Yang Berhormat Menteri bahawa kita ada masalah di bawah sana di mana kita tengok khususnya di kawasan PBT, Tuan Yang di- Pertua, kawasan-kawasan PBT ini dia ada pertindihan kuasa, overlapping of power ataupun authority. Kita ada masalah polis, kita ada masalah PBT dan masalah kastam. Bila kita berjumpa dengan kastam, dia kata dia cuma berikan lesen apabila ada permohonan yang sah untuk melakukan aktiviti perjudian. Bila kita tanya PBT, PBT kata dia setakat meluluskan lesen pusat hiburan berkeluarga. Bila kita tanya polis, polis kata dia cuma melihat kalau ada masalah jenayah di kawasan premis tersebut.

Jadi saya melihat, Yang Berhormat Menteri, isu yang besar sekarang ini ialah pusat- pusat judi ini tumbuh di pusat PBT dengan begitu banyak. Ada yang diluluskan oleh PBT, ada yang secara haram.

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, ada terbukti perniagaan yang berlaku dalam sesuatu premis ini sampai RM50,000 satu hari dan pegawai kerajaan, pelajar- pelajar, pekerja kilang, peniaga-peniaga runcit semua bertumpu dan 90 peratus dari mereka ini adalah orang Melayu dan Islam.

Jadi saya ingat harus ada satu usaha yang bersungguh-sungguh untuk memastikan supaya kuasa ini tidak bertindih dan harus melihat balik bagaimanakah kita boleh membanteras judi-judi haram ini di kawasan PBT khususnya supaya kuasa itu diletakkan pada satu kuasa.

Kalau boleh, saya mencadangkan kementerian harus hapuskan juga kelulusan pusat hiburan keluarga ini kerana mereka selalunya berlindung di sebalik kelulusan ini.

Sepatutnya pusat hiburan keluarga ini menyediakan tempat minum dan nyanyian tetapi ia tidak berlaku. Akhirnya perjudian dan menjual ice dan lain-lain aktiviti berlaku di premis ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Sama juga. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

final • 11:40 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi adalah bukan berkenaan dengan perjudian siber, internet gambling, tetapi perjudian yang dibuka di kedai-kedai di mana mesin ikan, mesin kuda itu beroperasi dan perjudian dijalankan di tempat-tempat ini.

Apa yang saya ingin tahu adalah di antara aduan yang diberi kenapa pusat-pusat ini begitu banyak, salah satu sebab adalah kerana ada entertainment license yang bukan sahaja dikeluarkan oleh PBT tetapi juga dikeluarkan oleh KDN.

final • 11:40 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Itu yang diberitahu saya atau Federal Ministry. Ini satu masalah tetapi masalah yang lebih serius, sedarkah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, dua bulan sebelum Pilihan Raya Sarawak, semua pusat perjudian, kedai-kedai mesin ikan ini semua tutup. Langsung tidak ada, dua bulan sebelum sampai ke hari undi Pilihan Raya Sarawak.

Selepas Pilihan Raya Sarawak itu, pusat-pusat ini mula beroperasi lagi. Salah satu alasan yang diberi adalah supaya semasa pilihan raya dijalankan pembangkang tidak akan guna isu ini untuk mengkritik Barisan Nasional. Seolah-olah ada satu persefahaman di antara operator-operator perjudian pusat ini dengan Barisan Nasional. Ini impression, persepsi yang diberi kepada kita. Apa sebabnya sebelum Pilihan Raya Sarawak, dua bulan langsung tidak ada, semua pusat ini tutup. Satu hari selepas undi, selepas Barisan Nasional Sarawak menang besar, itu pusat-pusat perjudian semua buka lagi.

Ini rasa berasa peliklah, saya ingin minta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Menteri, sedikit dari Yang Berhormat Limbang. Yang Berhormat Limbang, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Menteri. Saya hendak tanya Menteri, sedar atau tidak bahawa sering kali apabila ada penyerbuan dilakukan oleh pihak polis kepada pusat-pusat judi ini, mereka tahu tentang perkara ini sebelum dan mereka ubah alat-alat komputer dan sebagainya dan selepas penyerbuan dibuat, mereka bawa balik. Masa polis pergi ke pusat itu, mereka tidak dapat tangkap apa- apa ataupun mereka akan hanya bawa keluar mesin-mesin yang tidak ada apa-apa evidence. Selepas hari esok, mesin-mesin yang digunakan awal itu akan dibawa semula ke pusat-pusat tersebut dan operasi perjudian akan bermula seperti biasa.

Jadi, adakah Menteri sedar tentang perkara ini dan bagaimanakah perkara ini boleh berlaku? Minta Menteri jawab. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Menteri Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, saya sedikit kalau boleh tadi Yang Berhormat Bandar Kuching janganlah keterlaluan kata ini judi ini tidak adillah.

Tidak kira pembangkangkah, Barisan Nasional, dia tidak pilih orang.

Jadi, saya hanya hendak menyampaikan tambahan kepada apa yang saya suarakan tempoh hari iaitu bahawa aduan rakyat itu mengatakan, Yang Amat Berhormat pernah pergi Limbang, kecil, senang control. Akan tetapi rakyat mengatakan pertumbuhan judi itu they do it so openly seolah-olah tidak ada undang-undang. Itu saya hendak tambah, terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Baru-baru ini berlaku di kawasan saya iaitu kompleks beli-belah Sungei Wang, oleh kerana itu pusat hiburan perjudian yang berlaku di kawasan saya. Selepas kita membuat satu laporan melalui akhbar, media, saya alu-alukan bahawa polis ambil tindakan secepat mungkin. Lepas laporan dalam akhbar NST, the next day, esok pagi, mereka ambil tindakan hapuskan pusat hiburan yang bermain judi ini.

Adakah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mencadangkan agar satu pasukan memantau melalui media-media, akhbar, tentang pusat hiburan yang bermain judi, teruskan tindakan akan diambil. Adakah satu pasukan khas untuk memantau tentang hal ini? Minta penjelasan dari Yang Amat Berhormat.

final • 11:50 AM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, ada lima pencelahan dan saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas pencelahan berkenaan. Yang Berhormat Sungai Petani, saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan beliau dan tentunya ada, dengan izin, observation yang telah dilakukan.

final • 11:50 AM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ingin menyebutkan, selain dari Sarawak, Selangor mengeluarkan paling banyak pusat hiburan keluarga (PHK). Saya harap Selangor atas hubungan yang baik dengan pimpinan Selangor dapat memberikan nasihat kepada beliau, terutamanya di Puchong, pusat perjudian seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Saya ingin memaklumkan perkara ini dan ini melibatkan beberapa pihak kerana PHK diluluskan oleh pihak PBT. PBT adalah di bawah kerajaan negeri.

Saya harap Kerajaan Selangor, melalui PBT, polis sendiri dan beberapa pihak penguatkuasaan harus bekerjasama dalam perkara ini. Tolong hentikan pengeluaran lesen baru dan apabila telah tamat tempoh, batalkan, jangan keluarkan lagi. Pusat hiburan keluarga tidak digunakan untuk sekadar berhiburan tetapi digunakan untuk premis perjudian. Mereka berada di sebalik lesen yang diberikan. Begitu juga di Sarawak.

Saya menyebutkan, Yang Berhormat Kuching jangan mudah menuduh kita berkolaborasi seolah-olah kita mahu menutup apa yang dilakukan. Saya ingin sebutkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 49 rumah-rumah perjudian di seluruh Sarawak yang berselindung di sebalik apa yang telah disebutkan tadi. Kita telah bekerjasama dengan pihak pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak supaya mana-mana pusat hiburan keluarga yang telah tamat tempoh, jangan disambung lesen berkenaan.

Di dalam hal ini saya minta apabila saya melakukan pembentangan kelak terhadap Akta Rumah Judi Terbuka ini, sokongan daripada semua pihak.

final • 11:50 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 11:50 AM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tunggu sekejap, saya hendak jawab dahulu, lepas itu saya bagi peluang. Tidak, tidak, lepas itu saya bagi peluang kepada Yang Berhormat.

Begitu juga apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Saya fikir tidak adil untuk mengatakan bahawa mesin judi itu dirampas kemudian ada balik, dengan izin, installation dan sebagainya. Kalau Yang Berhormat lihat di balai-balai polis, mesin-mesin judi itu memenuhi ruangan evidence ataupun bukti untuk kita lakukan pertuduhan dan kita tidak ada ruang. Bukan kita ada kolaborasi untuk memindahkan mesin-mesin judi berkenaan, tidak. Kalau Yang Berhormat sendiri ada maklumat, sila beritahu saya, tindakan segera akan dilakukan. Malah pagi ini pun saya dapat beberapa maklumat daripada Ahli- ahli Yang Berhormat sebelah sini dan sebelah sana untuk kami mengambil tindakan. Ini sebab dalam soal ini tidak ada kompromi, bagi saya tidak ada kompromi. Kita mesti menghapuskan perjudian walaupun ia agak sukar.

Yang Berhormat Limbang terima kasih banyak-banyak. Saya tahu Yang Berhormat Limbang tidak pernah mahu bekerjasama dengan tauke-tauke judi kerana beliau seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional antara yang warak*...

[Tepuk]* Saya ucapkan terima kasih atas maklumat yang diberikan.

Yang Berhormat Bukit Bintang, saya tahu Yang Berhormat Bukit Bintang adalah kawasan yang agak aktif, yang tidak dinaungi oleh Ahli Parlimen Bukit Bintang sendiri.

Namun, maklumat-maklumat berkenaan Tuan Yang di-Pertua, saya ketahui dan dari semasa ke semasa kita mengambil beberapa tindakan dan pasukan khas memang telah diwujudkan. Yang Berhormat beri maklumat kepada saya directly. Yang Berhormat ada nombor telefon saya, tolong SMS saya. Yang Berhormat Seputeh, kalau ada di kawasan Yang Berhormat Seputeh pun bagi tahu saya dan insya-Allah saya akan melakukan tindakan. Sila.

final • 11:50 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak dapat penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri berkenaan dengan dakwaan oleh Yang Berhormat Kuching. Ini kalau kita ingat balik apa berlaku di Semenanjung Malaysia, yang mana di seluruh Malaysia kita nampak banyak kedai-kedai judi haram, cybercafe ini berleluasa.

final • 11:50 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Apabila Menteri Dalam Negeri mengumumkan dalam Dewan Rakyat ini bahawa satu task force akan dibuat untuk memastikan, menangani masalah ini, tiba-tiba semua kedai judi dan cyber cafe ini tutup, serentak. Ada ura-ura kita dengar mungkin dia akan balik lagi. Ini bermaksud tindakan yang hendak diambil oleh kementerian ini sangat penting.

final • 12:00 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Maksudnya ada orang dalaman yang menjadi dalang yang bersekongkol dengan mereka yang menjalankan perjudian ini. Jadi harap Menteri tidak menafikan kewujudan masalah ini kerana kalau tidak bagaimana boleh ratusan kedai judi dalam satu kawasan boleh wujud dengan rakyat tahu kewujudannya, takkan polis tidak tahu? Jadi sebab itu kita mesti menangani masalah ini dengan tegas dan harap Kementerian Dalam Negeri mesti menangani masalah dalaman kementerian di mana polis-polis atasan juga terlibat.

final • 12:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, bila ada penawaran, ada permintaan. Bila ada permintaan, ada penawaran. Dalam hal ini saya bersetuju dengan Yang Berhormat Beruas bahawa soal ini adalah soal bersama di kalangan kita. Saya fikir kalau kita menyerahkan sepenuhnya dengan hanya mempunyai langkah-langkah penguatkuasaan, ia tidak akan terus selesai permasalahan ini. Saya ingin memperakukan bahawa apa yang tumbuh, apa yang timbul, apa yang muncul sekarang ini adalah sesuatu yang menjadi fenomena yang cukup negatif yang harus kita tangani bersama. Saya bersetuju langkah-langkah proaktif mesti dilakukan dan KDN komited untuk bersama-sama bagi melakukan penghapusan. Sila.

final • 12:00 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tentunya dalam Islam ini kita tahu bahawa istilah judi ini tidak ada yang halal melainkan semuanya haram sama ada yang berlesen ataupun tidak. Selain daripada penguatkuasaan untuk mengatasi kebanjiran judi yang berlaku dalam negara kita pada hari ini, saya kira kerajaan perlu juga untuk memperhebatkan kempen untuk menjauhi judi.

Sebagaimana ada kempen anti rokok dan seumpamanya, kenapa tidak kempen anti judi ataupun jauhi judi ini diperluaskan sebab saya lihat kebanjiran pusat-pusat dan juga rumah-rumah kedai judi ini hasil daripada permintaan orang ramai yang mungkin jahil dan juga mereka terlibat dalam perjudian ekoran daripada kesempitan hidup dan seumpamanya. Jadi kalau ada kempen yang serius dan berleluasa daripada pihak kerajaan, saya rasa ia boleh membantu selain daripada penguatkuasaan yang telah diadakan.

final • 12:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 12:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Temerloh. Saya cadangkan ianya dimulakan oleh parti PAS sendiri dan insya-Allah KDN akan bekerjasama dengan PAS untuk mengadakan kempen jauhi judi ini, bukan kerana parti politik tetapi kita merasakan bahawa langkah proaktif yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Temerloh ini adalah satu perkara yang baik dan kita akan berikan dukungan.

final • 12:00 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bersetuju bahawa untuk berhadapan dengan isu judi ini agak payah kerana negara kita sendiri yang buat polisi yang bagi saya agak cacat. Kita benarkan satu perjudian dan kita haramkan satu perjudian. Sports Toto misalnya adalah perjudian yang memang berleluasa dan ia dihalalkan, so ia menarik minta untuk orang lain buka kedai judi yang sama.

Kalau Yang Amat Berhormat kata parti PAS patut mulakan dulu, saya rasa kami dah mulakan di Kelantan dan Kelantan saya rasa tidak berhadapan dengan masalah ini agak besar walaupun ada perjudian kecil tetapi kita dapat tanganinya dengan baik sehingga orang di Kelantan sendiri yang mabuk judi ini mereka tahu mereka tidak boleh berjudi kecuali kena pergi seberang ataupun mungkin datang ke Kuala Lumpur dan sebagainya.

Jadi saya harap supaya kerajaan melihat dengan lebih holistik. Cuba berfikir bagaimana untuk negara kita ini bebas betul-betul daripada judi. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tahniah Kelantan.

final • 12:00 PM

Datuk Mohd. Idris bin Jusi - Batu Pahat

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hassan - Parit

Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Parit, sekejap lagi.

Tahniah Kelantan, tahniah Yang Berhormat. Saya fikir kita boleh melakukan sesuatu yang terbaik untuk mengatasinya.

Biarpun ada tempat perjudian yang dilesenkan, bukan bererti ianya halal.

Perjudian adalah haram tetapi apa yang telah dilesenkan itu adalah untuk orang bukan Islam.

final • 12:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Mungkin bukan itu budaya mereka tetapi kita merasakan lebih baik dilesenkan untuk orang bukan Islam itu daripada dilakukan cara gelap. Tentunya di Kelantan ada juga aktiviti gelap dan saya menghidu bau-bau busuk aktiviti itu namun saya ucapkan tahniah atas komitmen kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan perjudian. Yang Berhormat Parit.

final • 12:00 PM

Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hassan - Parit

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Masalah timbulnya rumah judi dan pusat judi ini kerana masalah penguatkuasaan. Di tempat saya umpamanya di Parit, orang-orang muda selepas mereka bekerja, lepas itu mereka berpusu-pusu pergi ke Tronoh, pergi ke Seputeh, pergi ke Pusing untuk bermain mesin. Masalah penguatkuasaan saya fikir kalau kita tidak cukup ahli penguat kuasa, apa kata saya cadangkan supaya dilibatkan anggota RELA ataupun APM supaya mereka diberi juga kuasa untuk sebagai penguat kuasa. Cuma mereka itu hendaklah diberikan kursus bagaimana cara penguatkuasaan itu patut dibuat supaya mereka ada ilmu dan pengetahuan tentang cara penguatkuasaan. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat, saya terpanggil hendak bertanya kepada Yang Amat Berhormat, di samping kita bercerita tentang judi memang bagus, saya setuju dan di Johor baru-baru ini kita buat gempur judi, Alhamdulillah tahniah kepada PDRM. Cuma kalau kita bercakap judi ini, mediumnya ialah cyber, tadi Yang Berhormat Beruas pun cakap cyber cafe. Negara kita akan menjadi negara digital ekonomi tahun 2020, 20 peratus KDNK akan daripada digital ekonomi. Platformnya sama iaitu pakai komputer dan sebagainya.

Saya hendak tanya, cyber cafe ini mudah dikaitkan dengan judi padahal ada satu aspek yang amat penting baru akhir-akhir ini e-sport contohnya. Jadi satu yang menarik minat begitu ramai pengikut dan hadiahnya pun amat besar. Sukan ini berkembang dengan besar dan ia selalu mediumnya ialah melalui cyber cafe ataupun kawasan-kawasan yang kita panggil digital multimedia. Saya faham lesen daripada PBT tetapi ulasan daripada PDRM amat penting. Jadi saya minta Yang Amat Berhormat, bolehkah kita hasilkan satu frame work yang jelas, membezakan antara judi dan juga kegiatan e-sport yang saya rasa kalau kita tersilap akan menyebabkan golongan muda akan terpinggir atau terjejas dengan tanggapan-tanggapan negatif ini.

final • 12:00 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Datuk Mohd. Idris bin Jusi - Batu Pahat

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Pakai kuning fasal apa itu?

final • 12:00 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Menang bola.

final • 12:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Menang bola tidak apa tapi jangan 19 hari bulan...

final • 12:00 PM

[Dewan ketawa]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya jiwa Kedah. Macam Yang Berhormat Baling ini, dia nak sokong Kedah serba salah sebab dia orang Selangor.

final • 12:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Ni jenis ambil kesempatan semua, tumpang saja.

final • 12:00 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Ketawa] Anak dia sokong Selangor, pening dia.

final • 12:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Kalau kalah tak mengakulah.

final • 12:00 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Ketawa] Akan tetapi ikut mana pun dia bagus, dia baik.

Baik Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri. Saya hendak tanya pertama ialah isunya sekarang ini kita lihat dari segi kebocoran maklumat seperti yang disebut tadi oleh rakan-rakan. Apakah langkah-langkah menangani persoalan tersebut sebab kalau kita lihat kebocoran maklumat inilah selalunya menggagalkan operasi.

Jadi sebab itu ada kes 87 serbuan yang dibuat, hanya lapan sahaja yang berjaya.

final • 12:00 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Contohnya pernah berlaku di negeri Kedah satu ketika dahulu, 87 serbuan dibuat dalam masa tiga hari tetapi hanya lapan sahaja yang berjaya kerana mereka sudah mendapat maklumat yang lebih awal. Ini menunjukkan bahawa satu keadaan yang sangat serius dari segi kebocoran maklumat.

final • 12:00 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi yang keduanya ialah, saya faham bahawa ada satu Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme. Saya tidak pasti sama ada skuad ini berada di setiap negeri ataupun hanya berada di peringkat Kuala Lumpur, di peringkat Bukit Aman.

Jumlahnya, adakah berkemampuan untuk membuat serbuan itu di seluruh negara? Adakah berkemampuan, berkeupayaan bila kita lapor maka serbuan itu akan dibuat.

Ini sebab apabila serbuan dibuat Tuan Yang di-Pertua dan Yang Amat Berhormat, serbuan dibuat mungkin selepas itu selepas dua tiga hari dia tutup. Akan tetapi dia akan buka balik. Jadi saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Amat Berhormat, berapa jumlah pusat-pusat perjudian haram ini yang diserbu dan diambil tindakan kemudian dibuka balik di tempat yang sama?

Jadi saya hendak satu jawapan yang jelas. Apakah KPI dalam membanteras perjudian haram ini dalam memastikan supaya setiap serbuan itu berjaya dan dia tidak boleh buka balik? Jadi mesti ada satu KPI untuk dicapai oleh kementerian.

final • 12:10 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Pertama sekali saya ingin endorse bahawa pertumbuhan pusat-pusat judi khususnya dalam Parlimen Batu Pahat iaitu macam cendawan tumbuh selepas hujan lebat. Bukan sahaja lepas hujan.

Dalam satu pertemuan saya dengan Ketua Polis Daerah, disebutkan permasalahan ini dan saya bangkitkan tentang pertumbuhan pusat-pusat judi ini di kawasan-kawasan perumahan yang majoritinya orang Melayu yang beragama Islam. Jadi kalau kita sebutkan pusat-pusat judi itu yang dilesenkan untuk orang bukan Islam, jadi kita ingin bertanya kenapa dalam kawasan perumahan yang majoritinya orang Melayu. Dan yang menjadi pengunjungnya pun budak-budak muda, orang-orang Melayu. Macam kes berlaku selepas mereka terlibat dalam perjudian. Itu yang pertama.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, dalam pertemuan saya dengan Ketua Polis Daerah itu dibangkitkan tentang masalah penguat kuasa yang melibatkan pelbagai agensi. Jadi kalau ini dapat diatasi, barangkali lebih memudahkan tindakan. Saya fikir, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebagai Menteri Dalam Negeri ada kuasa untuk menggembleng pelbagai agensi untuk bertindak.

Ketiga Tuan Yang di-Pertua, bab judi ini dan juga permasalahan sosial yang lain dalam masyarakat ia sebenarnya berkait rapat dengan keadaan sosiopolitik dan ekonomi negara. Jadi ia bukan satu masalah yang terpisah. Ia bukan satu masalah yang tersendiri, dengan izin, it is a manifestation of the social problems or sociopolitical and economic problems of the society of the country. Jadi kalau kita mahu mendekati masalah ini, maka pendekatannya harus pendekatan sepadu iaitu menyelesaikan masalah kedudukan sosiopolitik dan ekonomi orang-orang kampung yang susah. Mereka mengharapkan jalan senang untuk mendapat keuntungan daripada judi yang mereka jangkakan boleh untung.

Kemudian masalah-masalah pendidikan juga. Kita jarang memberikan perhatian macam saya sebutkan dalam perbahasan bajet saya sebelum ini.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, duduk Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, dalam mencelah ini kita tanya soalan ataupun penjelasan pendek. Bukan buat kenyataan.

final • 12:10 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Setakat ini 15 orang Ahli Yang Berhormat sudah mencelah, 15. Kalau setiap itu perlu dijawab dalam 10 minit, berapa jam Yang Berhormat. Kita ada tiga hari sahaja untuk bahas berapa puluh kementerian.

final • 12:10 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Okey untuk...

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi selepas ini Yang Amat Berhormat kalau boleh beredar kepada poin lain kerana untuk judi ini kalau kita bincang judi satu minggu tidak boleh habis.

Judi ini personal. Ada yang boleh control diri, ada yang tidak yang haram pun dia buat dan tidak boleh diselesaikan. Sila yang itu penghabisan. Selepas itu Yang Amat Berhormat jawab dan move to the next point.

final • 12:10 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kalau boleh saya rumuskan oleh sebab problem ini ialah problem manifestasi daripada problem yang lebih besar dalam masyarakat. Kita mengharapkan barangkali satu pendekatan integrated, pembangunan manusia, pembangunan ekonomi, pembangunan pendidikan itu dilaksanakan untuk komuniti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Tuan Yang di-Pertua, isu saya spesifik boleh tak? Nama saya ada dipanggil tadi, kalau boleh.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya fikir itu yang tadi arahan Tuan Yang di-Pertua yang terakhir.

final • 12:10 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Yang Amat Berhormat, saya punya soalan very specific belum jawab lagi.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tajuk lain, tajuk lain. Tunggu sekejap, sabar, sabar. Selepas ini kita bincang lagi. Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:10 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, soalan judi yang tidak dijawab, adakah kami akan dapat jawapan bertulis sebab isunya belum di- address lagi.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Hendak jawablah ini. Yang Berhormat Sabarlah.

final • 12:10 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Okey terima kasih. Okey, okey boleh tetapi ruling Tuan Yang di-Pertua adalah pergi kepada isu lain Yang Amat Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya akan jawab.

final • 12:10 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Okey.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kita beruntung kerana mempunyai Tuan Yang di-Pertua yang baik hati begini.

final • 12:10 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Of course, absolutely. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih. Memang benar Tuan Yang di-Pertua ada 15 pencelahan. Oleh sebab saya pun baik hati macam Tuan Yang di- Pertua, saya entertain juga dengan izin, untuk menjawab semua soalan itu.

Yang Berhormat Parit, saya ucapkan terima kasih itu satu cadangan yang baik untuk kami berkolaborasi dengan pihak RELA dan juga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) di bawah Yang Berhormat Arau yang kita akan lihat dari segi aspek perundangan. Ini sebab perundangan tidak mengizinkan badan-badan sukarela yang begitu untuk diberikan kuasa atau melakukan citizens arrest. Yang Berhormat Kota Tinggi benar bahawa digital multimedia dan framework yang jelas harus kita lakukan bukan hanya sekadar pencerahan tetapi untuk melakukan perubahan.

Yang Berhormat Pokok Sena, saya lihat bahawa beliau amat prihatin dengan permasalahan ini. Kebocoran maklumat memang sesuatu yang berlaku. Masalah tonto memang menjadi budaya kepada tauke-tauke judi ini dan juga pengedar dadah dan juga lain-lain jenayah. Malahan saya ingin berkongsi di Dewan yang mulia ini Tuan Yang di- Pertua, saya dengan pegawai-pegawai penguat kuasa juga ada pergi ke tempat yang berkenaan. Oleh sebab tonto mungkin telah pun memberitahu awal, apabila saya pergi dengan penguat kuasa ke sana, yang tinggal hanyalah puntung-puntung rokok yang masih berasap tetapi tidak ada orang lagi. Ertinya maklumat kebocoran itu memang menjadi suatu kebiasaan.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Oleh sebab itu, pasukan khas yang dinamakan STAFOC, STING dan juga STAGG telah diwujudkan. Pasukan ini berpusat di Bukit Aman. Kita tidak pergi ke IPK, di kontinjen ataupun IPD. Kita yakin kepada polis tetapi kita khuatir tonto-tonto ini mendapat maklumat daripada komunikasi yang dilakukan. Oleh sebab itu kita terus pergi ke kumpulan sasaran.

Walau bagaimanapun Yang Berhormat Pokok Sena saya ingin mengucapkan...

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Maaf, maaf Yang Amat Berhormat ...

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Nanti sekejap.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kalau kita hendak buat report, sudah tentu kita buat report kepada polis di peringkat IPK ataupun IPD. Jadi sudah tentu apabila dia akan communicate dengan STAGG dan sebagainya di peringkat Bukit Aman.

Jadi itu yang menyebabkan saluran itu. Adakah kemudahan untuk kita report direct supaya tindakan itu boleh diambil?

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Boleh. Yang Berhormat Pokok Sena kalau terlibat pun boleh untuk melakukan report direct. Walau bagaimanapun saya ingin mengucapkan tahniah kepada penyokong dan pasukan Kedah di atas kemenangan itu.

Saya harap pemakaian selempang oleh Yang Berhormat Pokok Sena bukan sebagai petanda bahawa beliau sebenarnya penyokong tegar pasukan bola sepak Kedah.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena, yang skarf itu nanti hantar pergi antechamber [Ketawa] Sila.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Batu Pahat, saya yakin pendekatan Yang Berhormat Batu Pahat terhadap penyelesaian masalah secara holistik untuk melihat aspek sosiopolitik dan ekonomi. Saya yakin bahawa apa dicadangkan adalah suatu pendekatan holistik dan tidak hanya menyebabkan bebanan tugas itu kepada pihak penguat kuasa tetapi kita keseluruhannya. Dewan yang mulia ini menjadi platform yang terbaik.

Manakala apa yang dibangkitkan oleh rakan-rakan yang lain tidak sempat bertanya soalan saya ingin menyatakan bahawa komitmen KDN untuk bersama-sama dengan semua pihak bagi pembanterasan dan penghapusan ini akan dilakukan sepenuhnya.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ingin menyebutkan di Dewan yang mulia ini lesen-lesen perjudian yang bertopengkan pusat hiburan keluarga dikeluarkan oleh pihak PBT. Saya ingin menyebutkan bahawa KDN tidak pernah mengeluarkan mana-mana lesen perjudian. Ini harus digaris bawahi supaya jelas. Di dalam hal ini jangan meletakkan gambaran lukisan bahawa seolah- olah KDN bersekongkol dengan soal ini.

final • 12:20 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Boleh Tuan Yang di-Pertua? Kritikal, kritikal.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kalau soalan yang sama tidak boleh.

final • 12:20 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Tuan Yang di-Pertua, bagi saya satu minit sahaja boleh tidak. Soalan saya kritikal. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih banyak Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, terima kasih. Yang Amat Berhormat semalam saya ada membentangkan bahawa isu saya spesifik di mana kawasan perjudian terletak di hadapan sekolah sahaja.

Saya pernah bawakan isu ini di Dewan yang mulia ini akan tetapi ia masih wujud lagi. Saya terima banyak, baru beberapa hari sahaja saya jumpa dengan guru-guru dengan ibu bapa- saya faham gejala ini susah hendak ditangani. Pihak KDN setelah bersusah payah untuk membuat menangani gejala ini akan tetapi saya tidak boleh terima apabila tempat perjudian ini di depan sekolah.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, di depan itu sekolah Yang Berhormat, sekolah mana?

final • 12:20 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Sekolah SMK Green Road dalam saya punya kawasan.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ha begitu, supaya Menteri tahu.

final • 12:20 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Pembahasan saya semalam, saya ada katakan saya pun hendak jaga nama baik KDN. Akan tetapi kalau saya bawakan isu ini di Dewan ini sudah dua tahun, tiga tahun isu ini tidak diselesaikan, ia memberi gambaran kepada rakyat bahawa ada sesuatu yang tidak seronok berlaku dan tidak kena berlaku dengan KDN dengan pihak yang melakukan- yang pihak KDN mungkin ada orang dalaman yang sokong, ada kabel. Jadi saya mahu jaga nama baik KDN juga. In front of school I think it is too much. Terima kasih Yang Amat Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih Yang Berhormat Stampin.

Bukan hanya di depan sekolah tetapi ada di sebelah masjid, ada sebelah balai, ada sebelah tokong, ada sebelah kuil. Kalau tempat-tempat itu berada di rumah-rumah ibadat berkenaan, kita jangan menuduh bahawa mereka ada persekongkolan dengan jawatankuasa di waktu itu.

final • 12:20 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Saya tidak tuduh.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Jadi Yang Berhormat, oleh sebab secara spesifik nama itu telah diberikan, saya akan mengarahkan penguat kuasa untuk melakukan tindakan segera *by this week...

[Tepuk]* Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada tajuk lain apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lanang mengenai pagar-pagar di balai polis yang telah ditutup. Saya ingin menyebutkan bahawa PDRM telah mengeluarkan arahan kepada semua balai, pusat latihan dan berek-berek polis di seluruh negara untuk mengetatkan kawalan sebagai langkah berjaga-jaga terutamanya pada waktu malam ekoran ancaman pihak pengganas dan anggota subversif memiliki beberapa ciri serangan terutamanya mutakhir ini ada ancaman Daish yang berlaku.

Saya ingin menyebutkan bahawa di dalam balai-balai polis berkenaan, berek- berek berkenaan ada stock penyimpanan senjata. Jika kita buka, maka kita amat khuatir sebab terdapat dua peristiwa yang berlaku di mana pengganas ini telah mencuri senjata sebagaimana kita ingat peristiwa di Jenalik, Perak dan di Lahad Datu, Semporna yang ketika itu adalah antara kawasan yang juga terancam di Kampung Simunul di Semporna.

Rakan saya ini sama-sama dengan saya dan Menteri Dalam Negeri ketika itu komited untuk menyelesaikan permasalahan ini. Itu sebabnya ada rasional kenapa apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Lanang itu diatasi dan jangan ada prasangka terhadap apa yang kita lakukan.

Saya ingin menyebutkan juga balai Sibu yang disentuh oleh Yang Berhormat Lanang. Kita harap beberapa tindakan untuk pelantikan perjawatan dapat kita lakukan kerana setiap tahun untuk makluman Dewan yang mulia ini terdapat kira-kira antara 3,000 pegawai hingga 5,000 pegawai dan anggota polis yang tamat perkhidmatannya bersara.

Penggantian mestilah dilakukan. Oleh sebab itu latihan-latihan dilakukan bukan hanya di pusat-pusat latihan polis (PULAPOL) di beberapa tempat tetapi dengan kerjasama di bawah National Blue Ocean Strategy, dengan izin, kita adakan kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia di PULADA umpamanya, latihan bersama yang kita lakukan. Dalam hal ini kita meneruskan tugas untuk melakukan penggantian kepada perjawatan ini pada setiap tahun.

Yang Berhormat Kluang bertanya sebab kes-kes politik dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah yang dulunya dikendalikan oleh Cawangan Khas dan keperluan penstrukturan semula bidang tugas polis dengan memberi tumpuan kepada penyiasatan jenayah menerusi tambahan sumber tenaga dan kewangan serta mengurangkan tumpuan terhadap bidang-bidang lain. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kluang, sahabat saya mungkin sibuk di luar Dewan ini walaupun ketika ini saya menjawab soalan beliau bahawa penyiasatan kes-kes jenayah selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah seksyen 107 sehingga 120 Kanun Prosedur Jenayah dan seksyen 3(3), Akta Polis. Ini adalah peranan JSJ.

Manakala peranan cawangan khas pula lebih tertumpu pada pengumpulan maklumat. Khususnya maklumat risikan keselamatan negara daripada ancaman mana- mana organisasi atau individu dalam dan luar negara yang boleh memudaratkan keselamatan dan kedaulatan negara. Tugas cawangan khas ini termaktub di dalam Akta Polis 1967 dan piagam Cawangan Khas.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Bagi ahli-ahli politik yang melakukan kesalahan di bawah mana-mana undang- undang yang telah disebutkan, siasatan akan dilakukan mengikut akta-akta yang berkenaan. Manakala pendakwaan akan dibuat selepas mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwaraya.

final • 12:20 PM

Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai

[Bangun]

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Polis juga sentiasa memberi tumpuan dan memandang serius pada tugas-tugas penyiasatan jenayah termasuk jenayah narkotik dan jenayah komersial, penambahbaikan dan penstrukturan semula semasa dilakukan oleh kita. Yang Berhormat Kluang juga saya akan beri peluang sebentar lagi selepas saya habiskan ayat ini.

Yang Berhormat Kluang juga bertanya mengenai status dan tindakan yang telah diambil ke atas insiden seorang doktor yang ditangkap di Hospital Serdang dan persediaan PDRM memohon maaf kepada doktor berkenaan. Pihak polis telah menjalankan siasatan berkaitan dengan laporan polis di Balai Polis Dato’ Abu Bakar Baginda report 4540/16 bertarikh 8 Oktober tahun ini di bawah seksyen 323, Kanun Keseksaan. Sila.

final • 12:20 PM

Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai

Terima kasih. Saya tidak pasti jika Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri tahu bahawa di dalam laporan Inter Parliamentary Union (IPU) bulan Mac 2016 laporan itu telah melahirkan kebimbangan bahawa 19 orang Ahli Parlimen Malaysia telah dikenakan siasatan ataupun tuduhan di bawah beberapa seksyen. Kesemuanya melibatkan kebebasan bercakap atau berhimpun umpamanya di bawah Akta Hasutan, Akta MCMC, Peaceful Assembly Act dan sebagainya.

Begitu juga Yang Amat Berhormat Menteri, jumlah yang melibatkan Ahli Parlimen Malaysia adalah nombor dua paling tinggi di antara kesemua ahli IPU. Kita nombor dua selepas Democratic Republic of the Congo dan kita lebih teruk daripada negara-negara seperti Cambodia, Guatemala dan sebagainya yang tidak dikenali sebagai negara demokratik. Kesalahan-kesalahan ini bukan kerana kita curi duit rakyat tetapi kerana kita bercakap dan mengkritik terhadap pihak kerajaan.

Soalan saya, penjelasan yang saya minta Yang Berhormat Menteri, kenapakah keadaan seperti ini berlaku bukan sahaja sekarang tetapi saya rasa sejak merdeka, paten yang sama bahawa pertuduhan penyiasatan seperti ini dilakukan terhadap pembangkang dan aktivis dan sebagainya. Adakah Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri bercadang untuk menghentikan paten ini untuk memulihkan imej negara kita sebagai suatu demokrasi yang tulen dan yang menghormati hak asasi rakyat dan juga Ahli Parlimen. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua saya ambil maklum pada kenyataan itu tetapi saya harap Yang Berhormat Padang Serai berjumpa dengan beberapa syarikat insurans untuk insuranskan mulut itu. Jadi saya ingin berpindah kepada perkara lain yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kluang dan Yang Berhormat Klang, yang bertanyakan status…

final • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 12:30 PM

Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai

Tiada jawapan.

final • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya ada soalan.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

…Insiden.

final • 12:30 PM

Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, that is not an answer. Tiada jawapan, itu bukan jawapan.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ya, saya ambil maklum.

final • 12:30 PM

Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai

Ya?...

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ambil maklum, saya sudah beri peluang.

final • 12:30 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:30 PM

Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, remarks bagi ‘insuranskan mulut’ itu perlu ditarik balik.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya bagi peluang, saya bagi peluang pada Yang Berhormat Puchong.

final • 12:30 PM

Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai

You should, please withdraw, please withdraw the remarks. Unbecoming.

final • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya dengar apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang mana dinyatakan secara khusus bahawa ada bahagian khusus dalam PDRM untuk siasat kes-kes yang melibatkan Ahli Parlimen. Saya hendak tanya dalam keadaan tersebut adakah Ahli Parlimen Pekan juga disiasat oleh bahagian yang spesifik itu khususnya berkenaan dengan isu RM2.6 billion yang dikatakan di dalam akaun beliau.

Ada dua perkara yang berbangkit Tuan Yang di-Pertua. Satu, ada pengumuman daripada IGP dan juga Peguam Negara bahawa selepas ada maklumat yang menyatakan bahawa sebenarnya wang RM2.6 billion itu tidak daripada satu derma, maka siasatan dibuka semula di Malaysia. Saya hendak tahu apakah status siasatan itu? Itu nombor satu.

Kenapa sampai sekarang enam bulan lebih, kita tidak boleh mendapat satu jawapan walhal di lain tempat di dunia ini ada jawapan yang boleh diberikan berkenaan dengan sumber kewangan? Itu nombor satu Nombor dua, ada satu pengumuman dibuat oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri bahawa oleh sebab wang itu daripada derma, USD980 million, sebanyak USD890 million itu telah pun dipulangkan kerana tidak digunakan. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kata beliau ada sendiri menghubungi penderma itu. Perkara yang berbangkit Tuan Yang di-Pertua adalah ini. Kalau ia bukan derma, if this is not a donation, then who did you give that money back to? Itu nombor satu.

Nombor dua, adakah ini bermaksud bahawa apa yang dicari oleh Peguam Negara dulu bahawa ia adalah satu derma, is that- Tuan Yang di-Pertua, adakah itu bermakna bahawa siasatan polis dalam negara ini menunjukkan hasil yang tidak benar. Was it a lie in respect of the RM2.6 billion? So where do we stand now? Malaysia one position, America another position. Saya minta Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk jawab. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Satu soalan yang cukup bijak untuk lari daripada tajuk utama. Saya fikir soal itu akan dijawab oleh Menteri Kewangan II kerana ia melibatkan totality kepada permasalahan itu…

final • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini hal polis dan siasatan dan juga Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri telah buat satu kenyataan. So I am giving Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri a chance to explain himself in the Dewan.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Puchong, kita telah menyerahkan hasil siasatan itu pada pihak task force dan biarlah Menteri Kewangan II menjawab bila penggulungan itu dilakukan. Manakala pertemuan yang saya sebutkan itu, memang saya mengadakan pertemuan ketika itu, kedua-dua sumber itu menyatakan begitu, maka semua maklumat itu telah saya berikan kepada task force yang berkenaan.

final • 12:30 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sebenarnya Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sudah diinsuranskan mulut itu [Ketawa]

final • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri…

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya fikir eloklah kita…

final • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Adakah itu bermaksud bahawa apa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri beritahu, itu adalah tidak benar dan perlu disiasat semula. If that is the case then the announcement made by the Deputy Prime Minister, yourself Sir, is a complete disgrace because…

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Ini bukan mahkamah ini.

final • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

…Because at the end of the day kita ada sekarang dua keadaan yang berbeza. So cukup penting untuk rakyat negara ini. So, can we have a response from you? Terima kasih.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ya, saya merasakan bahawa apa yang saya nyatakan itu akan digulung oleh pihak yang berkenaan dan eloklah Tuan Yang di- Pertua kita bertukar ke tajuk lainlah yang secara kaitannya ada kaitan langsung dengan pihak KDN.

Yang Berhormat Kluang dan Yang Berhormat Klang bertanya status insiden tiga orang anggota polis yang didakwa memukul dua orang remaja yang berusia 14 tahun di Balai Polis IPD Klang. Kita telah melakukan siasatan berdasarkan kepada Klang report 27689/16 dan Klang report 27692/16 oleh pengadu yang mendakwa anak dan cucunya telah dipukul oleh tiga orang anggota polis semasa soal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dan mengalami kecederaan di badan. Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kes tersebut telah disiasat di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kedua-dua kertas siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya Selangor pada 9 Ogos tahun ini dan arahan pendakwaan selanjutnya sedang dilakukan.

Saya ingin menyebut apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong yang bertanyakan status tindakan bagi Bukit Puchong report 5338/2016 mengenai seorang guru yang telah memukul seorang pelajar menggunakan kasut di salah sebuah sekolah di Bukit Puchong. Polis telah menjalankan siasatan berkaitan dengan laporan itu dan suspek telah dituduh di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan pada 23 Mei yang lalu kerana melakukan kekerasan dan Yang Berhormat boleh merujuk kepada tindakan yang dilakukan.

final • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya dimaklumkan keadaan tersebut bahawa pertuduhan di bawah seksyen 323. Akan tetapi persoalan yang berbangkit dan mungkin ini juga melibatkan Kementerian Pendidikan but I seek guidance from Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Adakah kita ada satu atur cara where we deal with cases yang mana cikgu-cikgu ini menggunakan kekerasan terhadap pelajar di dalam sekolah.

Maknanya kita ada kes di mana ada aduan Tuan Yang di-Pertua bahawa ia berlaku apa yang disebut dalam bahasa Inggeris sebagai molestation. Itu satu.

Nombor dua kita ada kes pukul. Kes pukul ini bukan satu sahaja tetapi ada banyak. Akan tetapi selain daripada kita ambil tindakan dari segi undang-undang jenayah, adakah apa-apa atur cara lain yang disediakan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menangani masalah tersebut Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri? Terima kasih.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua walaupun saya belum berbincang dengan Yang Berhormat Menteri Pendidikan tetapi saya yakin pihak polis sering menjalin kerjasama dengan pihak sekolah terutamanya dengan PIBG bagi mengatasi apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Puchong. Saya fikir keprihatinan itu adalah keprihatinan yang harus diucapkan terima kasih oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan. Bagilah kita kerjasama demi kepentingan anak-anak kita.

Tuan Yang di-Pertua saya ingin beralih kepada Yang Berhormat Bayan Baru yang bertanyakan status tembakan mati terhadap Bill Kayong di Sarawak dan tindakan kerajaan untuk menangani isu penggunaan senjata api haram. Saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini, Tuan Yang di-Pertua siasatan berkait dengan laporan Lutong Report 2985/2016 dilaksanakan di bawah 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Seramai 10 orang suspek telah ditangkap bagi membantu siasatan yang mana tiga daripadanya telah dituduh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan pada 15 Julai yang lalu dan pada 29 Ogos yang lalu.

Pihak polis mengambil beberapa langkah proaktif dan menyeluruh bagi menangani permasalahan yang disebutkan itu. Di samping itu kita juga mahu melihat supaya permasalahan-permasalahan yang timbul bukan sahaja di kawasan sempadan mengenai penyeludupan senjata yang mungkin dilakukan oleh penjenayah-penjenayah berkenaan tetapi kita telah melakukan beberapa tindakan proaktif untuk melakukan tindakan itu.

Yang Berhormat Klang Tuan Yang di-Pertua bertanya sebab-sebab pihak polis tidak mendakwa pihak yang terlibat dalam kes penyelewengan kewangan melibatkan…

final • 12:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Menteri.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

…Seramai 50 wanita di Klang dan Selangor tetapi kes itu dirujuk kepada tribunal pengguna. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, polis telah menjalankan siasatan terhadap laporan Sri Muda report 17711/16 oleh seorang pengadu yang mengalami kerugian sebanyak RM6,510 dan tindakan-tindakan susulan telah dilakukan kerana kita dapati bahawa syarikat Adnizzah Enterprise milik individu yang menjadi agen pembekalan barangan secara atas talian, syarikat AE Prima Niaga telah melakukan penipuan melalui empat agen dan berpuluh lagi sub ejen yang melakukan penipuan berkenaan.

Kita telah melakukan penyelesaian kepada penyiasatan mengikut seksyen 420, Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu dan telah membuka sebanyak 25 kertas siasatan yang melibatkan enam buah negeri terhadap syarikat AE Prima Niaga dan empat buah syarikat yang menjadi agen.

final • 12:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Isu Bill Kayong, saya ingin dapat sedikit penjelasan.

Menurut laporan, tiga orang yang didakwa itu adalah dikatakan disyaki melakukan pembunuhan itu. Ada berita bahawa orang yang membayar dan tauke yang sponsor pembunuhan ini sudah melepaskan diri ke luar negara. Kita ingin dapat sedikit penjelasan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri, apakah tindakan susulan supaya culprit yang sebenarnya mengarahkan pembunuhan ini ditangkap dan didakwa dalam mahkamah?

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, pertuduhan telah dilakukan pada tiga orang yang berkenaan daripada 10 penangkapan yang dilakukan.

Manakala yang hilang at large, dengan izin, kita bekerjasama dengan pihak Interpol untuk menjejaki individu berkenaan. Jika kita mendapat maklumat dan penangkapan dilakukan, maka ekstradisi akan dilaksanakan walaupun di mana, jika benar, orang itu berada.

final • 12:40 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

[Bangun]

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebutkan bahawa penipuan-penipuan yang dilakukan melalui media sosial ini juga melibatkan skema yang menggunakan nama agama. Umpamanya baru-baru ini, Tuan Yang di-Pertua, terdapat sebuah syarikat kononnya berpangkalan di Mekah menipu ramai mereka yang mahu mencari jalan singkat untuk menjadi kaya dengan melabur dalam hotel di Mekah yang kononnya di dalam dana Islam dan dalam dana-dana yang lain. Jelas bahawa penipuan itu menggunakan beberapa nama yang berbeza. Kami juga melalui PDRM khasnya JSJ Komersil komited untuk membantu mangsa-mangsa berkenaan.

Saya ingin menasihatkan supaya jangan mudah terpedaya dengan tawaran- tawaran, muluk-muluk yang cukup kononnya halalan toyyiban, sesuatu yang halal dan dapat pulangan yang baik tapi akhirnya mereka tertipu. Sila.

final • 12:40 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada bangkitkan isu berkaitan dengan kejadian di Hospital Serdang di mana seorang doktor telah dipukul, digari dan disiasat. Tadi saya dengar Yang Berhormat Menteri ada menjawab tentang insiden ini tetapi jawapannya agak kabur. Jadi saya minta jasa baik Yang Berhormat Menteri untuk memberi penjelasan. Apakah tindakan-tindakan yang telah diambil dalam kes ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang saya jelaskan tadi, kami atau anggota polis yang berkenaan telah memohon maaf kepada doktor yang berkenaan kerana ketika itu ada berlaku kegiatan jenayah di kawasan sekitar Hospital Serdang dan kebetulan doktor itu berada di kawasan itu. Jadi pihak polis ketika itu mahu menguatkuasakan, jadi doktor itu telah tersalah tahan dan kejadian sebagaimana yang dilaporkan itu telah berlaku. Perkara itu telah diselesaikan dengan kaedah yang terbaik.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beredar kepada perkara yang lain iaitu perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain terutamanya Yang Berhormat Rantau Panjang yang bertanyakan tahap kawalan keselamatan di sempadan negara bagi menjaga keselamatan negara.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ingin menyebutkan beberapa tindakan secara proaktif termasuk menubuhkan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) di mana AKSEM ini telah melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan seperti PDRM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, AADK, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dan beberapa pihak yang lain. Kini kita juga libatkan pihak Angkatan Tentera Malaysia terutamanya rejimen sempadan untuk bersama-sama melakukan tindakan pengawalan.

Yang Berhormat Lumut bertanya tindakan KDN ke atas laporan kecurian kabel internet di kawasan Lumut. Saya ingin menyebutkan kepada Yang Berhormat Lumut bahawa kes ini telah kita lakukan siasatan dan beberapa tindakan susulan telah diambil.

Antaranya, mengadakan rondaan pencegahan oleh Unit Rondaan Bermotosikal dan juga kita telah mengadakan program kesedaran untuk kes-kes yang petty crime, dengan izin, di kawasan-kawasan yang sensitif dan kita telah melakukan engagement dengan pemimpin- pemimpin masyarakat tempatan.

final • 12:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

[Bangun]

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dan juga kita telah melakukan operasi dan pemeriksaan di kedai-kedai pembelian barangan lusuh bersama syarikat telekomunikasi. Operasi yang dikenali sebagai Operasi Lusuh ini telah dilakukan dengan kaedah-kaedah tindakan operasi berterusan untuk mengambil tindakan terhadap pemilik kedai barang lusuh berkenaan yang melanggar undang-undang.

final • 12:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan apa yang dinyatakan tadi, saya just hendak bertanya berkenaan dengan Yang Berhormat Menteri ada berkata menimbulkan langkah-langkah pencegahan yang diambil.

Ini adalah berkenaan ugutan yang dibuat oleh seorang yang bernama Jamal Yunos baru-baru ini di mana beliau menyatakan bahawa beliau adalah, kita semua tahu, ketua sebuah kumpulan yang digelar ataupun sekarang dipanggil sebagai the Red Shirts yang telah pun membuat ugutan baru-baru ini yang disiarkan secara meluas di mana beliau menyatakan, “We will not hesitate…” Saya quote apa yang dilaporkan dalam bahasa Inggeris dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “We will not hesitate to do anything to stop the BERSIH rally which is on 19 November”. Ini penting, Tuan Yang di-Pertua, “For me, our struggle will continue even if we are bathed in blood”. Sudah tentu ini adalah satu ancaman yang amat serius, Tuan Yang di-Pertua, satu ugutan yang boleh membawa kepada perkara yang tidak diingini semasa rally Bersih yang akan diadakan dalam bulan ini, dalam beberapa minggu.

Saya ingin bertanya, Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian bercadang memandangkan keseriusan perkara ini- there is the Ministry proposing, dengan izin- adakah kementerian bercadang untuk mengambil langkah-langkah pencegahan untuk menahan Jamal Yunos tersebut dengan segera untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku ekoran daripada ugutan beliau seperti yang saya telah pun nyatakan tadi? Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Minta laluan.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Bukit Gelugor, yang saya bentangkan tadi adalah menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lumut, kecurian kabel. Jamal tidak terlibat dalam kecurian kabel. Jadi saya jawab kemudianlah ya.

final • 12:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

[Bangun]

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya jawab kemudian, saya jawab kemudian.

final • 12:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Bila sampai waktunya, Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Bukit Gelugor boleh bangkitkan perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada soal penjara di mana Yang Berhormat Kuala Langat bertanyakan sekiranya kementerian bercadang mengkaji semula gaji anggota penjara agar selaras dengan skim penguatkuasaan.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ingin nyatakan kepada Ahli Yang Berhormat yang prihatin terhadap pegawai- pegawai penjara yang kebetulan berada di dalam kawasan Parlimen beliau. Insya-Allah, jika Yang Berhormat tidak berjuang pun, insya-Allah, KDN berjuang untuk menentukan bahawa pelarasan gaji untuk pegawai-pegawai dan kakitangan penjara ini akan dilakukan oleh pihak kita.

Pertamanya, kita telah membentuk jawatankuasa khas bagi mengkaji perjawatan dalam Jabatan Penjara dan kami juga telah melaksanakan time based berdasarkan kepada kecemerlangan sebagaimana yang telah dilakukan mulai tahun 2013 dari gred KX17 hingga KX22. Ini melibatkan 6,120 orang atau 44 peratus daripada seramai 13,780 orang pegawai penjara di seluruh negara.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kluang bertanyakan tempoh yang diperlukan oleh Jabatan Penjara Malaysia untuk memaklumkan ahli keluarga banduan dan peguamnya sebelum melaksanakan sesuatu hukuman mati terhadap seseorang banduan.

Saya ingin menyatakan bahawa hukuman mati terhadap seseorang banduan dilaksanakan berdasarkan undang-undang serta mengambil kira keperluan kawalan keselamatan dan hukuman mati mesti dilaksanakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh waran pelaksanaan hukuman mati yang diterima oleh Jabatan Penjara daripada mahkamah.

Walau bagaimanapun tidak ada peruntukan dalam perundangan undang-undang yang memerlukan pemakluman kepada keluarga. Namun, kita mengambil langkah perikemanusiaan bahawa kita memaklumkan kepada anggota keluarga sebelum pelaksanaan itu dilakukan supaya anggota keluarga boleh bertemu untuk kali terakhir kepada mereka yang dihukum.

Saya ingin beralih juga kepada soal Jabatan Pendaftaran Negara, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Lanang, bertanya berkenaan dengan special task force yang diwujudkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Mulai 1 Januari tahun ini, saya ingin memaklumkan bahawa tindakan-tindakan proaktif telah dilakukan. Di mana untuk Sabah dan Sarawak sahaja yang kita telah lakukan task force ini, di mana kita mempunyai unit bergerak. Walaupun kita mempunyai sasaran hingga 23 Oktober yang lalu, sepatutnya kita melaksanakan 50 program tetapi kita telah berjaya melakukan 51 program. Di mana sebanyak 3,559 permohonan dokumen pengenalan diri telah diterima dan diproses oleh JPN. Akan tetapi daripada hari ini hingga akhir tahun, kita akan melaksanakan 12 lagi aktiviti yang berkenaan.

Di samping itu juga, saya ingin memaklumkan bahawa JPN melalui beberapa langkah proaktif telah menerima beberapa permohonan oleh rakan-rakan di Dewan yang mulia ini untuk terus kita laksanakan, tidak juga terhenti. Ada juga rakan-rakan sebelah sana yang menghubungi saya sendiri, memohon agar mereka yang layak untuk diberikan dokumen dan sebagainya, saya bertindak secara profesional dalam perkara ini, menyerahkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengkaji. Akhirnya, mana-mana individu yang layak yang dikemukakan oleh sesiapa pun Ahli Parlimen di sini, telah dapat kelulusan. Yang Berhormat Sandakan bertanyakan tindakan holistik untuk mengatasi masalah PATI dan isu kad pengenalan palsu di Sabah bagi mengelakkan ancaman pengganas dan kebocoran maklumat.

Saya ingin menyebutkan bahawa masalah PATI ini kita telah atasi dengan saya sendiri bersama-sama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah menjadi pengerusi bersama kepada jawatankuasa khas dasar. Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Pairin Kitingan untuk jawatankuasa pelaksanaan. Kami mengambil langkah-langkah proaktif ini agar kita tahu bahawa permasalahan mengenai apa yang dicadangkan oleh RCI itu dapat kita pantau dan kita laksanakan berdasarkan pada, dengan izin, recommendation yang dilakukan.

final • 12:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, ada tujuh minit lagi tetapi kerana saya bersahabat dengan Yang Berhormat Ipoh Barat, saya izinkan beliau.

Asalkan tidak membangkitkan isu-isu di luar bidang yang saya sebutkan sekarang.

final • 12:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

[Bangun]

final • 12:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak tanya khusus mengenai ramai di antara beribu-ribu orang di Peninsular di sini, di mana tidak ada mempunyai kad pengenalan biru kerana kegagalan ibu bapa mereka mendapati birth certificate atau yang sedemikian. Adakah kerajaan rela untuk memberi satu amnesty untuk mereka yang ada bukti yang mereka telah dilahirkan di negara ini?

final • 12:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, tentang cadangan daripada Yang Berhormat Ipoh Barat itulah yang kita lakukan sekarang sebab kita lakukan berdasarkan pada perundangan. Sila.

final • 12:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, ya? Yang Berhormat Menteri, tentang ini masalah PATI di Sabah ini. Kita yang telah menunggu satu laporan atau recommendation dari ahli jawatankuasa teknikal.

Sekarang pun sudah mahu hampir dua tahun. Walaupun ini dijanjikan satu tahun ada satu recommendation, bagaimana kita menghapuskan atau menyelesaikan satu masalah yang begitu serius di Sabah. Akan tetapi sampai sekarang pun, sudah dua tahun tetapi kita tidak nampak apa-apa recommendation daripada teknikal itu. Sekarang pun kita tidak tahu walaupun sekarang Yang Berhormat apabila telah dilancarkan sebagai- tetapi kita tidak tahu bagaimana. Kita nampak ini PATI yang mungkin makin lagi serius.

Kita di seluruh Sabah ini, khasnya di Sandakan, nampaknya ini satu keadaan yang kalau tidak dikawal dengan baik, kita nampaknya mungkin lebih serius lagi, yang sekarang kita pun tahu kita punya di East-Coast, kita sesekali ada penculikan ini yang berlaku. Jadi, bagaimana kalau kita tidak hapus PATI ini punya masalah? Ada ini orang dalaman di sini bersama-sama ini Abu Sayyaf. Jadi, ini sesekali penculikan yang berlaku. Bagaimana kita harap Yang Berhormat mengambil ini satu masalah yang serius? Jadi, bahawa- tolonglah hapuskan ini satu masalah kita sudah yang diancam, sudah berapa tahun dah ini? Harap- harap.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ya, harap-harap itu pun saya laksanakan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, khususnya Yang Berhormat Sandakan, kita telah melakukan tindakan. Saya ingin mengumumkan di sini bahawa Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah ini telah melakukan pengusiran. Seramai 27,769 orang pada tahun 2015 dan 13,222 orang pada tahun 2013. Manakala pada tahun 2014, kita lakukan pengusiran kepada 17,770 orang. Kita komited untuk melaksanakan apa sahaja cadangan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja itu. Saya sendiri mempunyai pasukan khusus untuk melakukan tindakan susulan terhadap recommendation yang dilakukan oleh RCI berkenaan.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat, membantu, membantu. Putatan membantu. Putatan membantu.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Putatan, bantu apa?

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Oh, Yang Berhormat Putatan.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Membantu.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Pasal selalunya baju gelap, hari ini baju terang, jadi saya harap tidak ada usul untuk menambah sebarang cawangan.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terpanggil kerana apa yang berlaku, penghantaran ini Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri, soal penghantaran balik ini. Ada berlaku kapal yang rosak di tengah-tengah laut. Yang kita usir ini, terpaksa tergendala dan ramai mereka tidak dapat menampung tempat tahanan itu. Siapa yang mengeluarkan perbelanjaan ini Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri? Adakah kerajaan kita atau Kerajaan Filipina?

final • 12:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri, satu lagi soalan saya mahu tanya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jadi, kita mahu tahulah, yang satu itu jawatankuasa RCI yang teknikal itu yang dibimbing oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Pairin Kitingan itu, masih wujud atau tidak? Jadi, mengapa begitu lambat memberi satu recommendation teknikal?

Bagaimana kita yang mahu langkah untuk menyelesaikan satu masalah yang ini? Kita tidak tahu, sekarang sudah mau habis tahun sudah.

final • 12:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Walaupun dia sudah janji last year, 2015 bilang satu tahun boleh beri satu recommendation, sekarang 2016 pun sudah hampir mahu habis, belum lagi. Jadi, bagaimana ini?

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ada seminit lagi Tuan Yang di-Pertua?

Saya jawab, selepas itu jangan jawab lagi lepas ini. Jangan tanya lagi. Saya ingin sebutkan beberapa langkah telah dicadangkan oleh jawatankuasa ini. Pertamanya, menubuhkan jawatankuasa pengurusan warga asing.

Kedua, penangkapan telah dilakukan. Ketiga, mengadakan kerjasama dengan Kedutaan Republik Filipina untuk mengeluarkan travel document. Keempat, jawatankuasa ini telah menubuhkan jawatankuasa sosial dan komunikasi untuk mengadakan kempen kesedaran. Kelima, kerajaan telah memperkenalkan penggunaan terma rekod kelahiran bagi dokumen pendaftaran kelahiran.

Langkah-langkah berkenaan adalah hasil daripada recommendation yang dilakukan.

final • 12:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Bangun]

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya harap soalan berkenaan dapat dihentikan di sini buat sementara waktu atas keprihatinan saya kepada Tuan Yang di- Pertua yang telah tamat tempoh.

final • 12:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sambung tengah hari. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat kita tangguhkan sekarang ini dan kita bermesyuarat semula pada jam 2.30 petang nanti.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

final • 2:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya jemput Yang Amat Berhormat Menteri Dalam Negeri untuk menyambung jawapan.

final • 2:30 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di- Pertua, saya ingin menyentuh mengenai isu imigresen dan pekerja asing. Yang Berhormat Kepong bertanya sekiranya terdapat kajian menyeluruh mengenai jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pelaksanaan langkah-langkah berkesan selain tindakan penguatkuasaan bagi menangani masalah PATI di seluruh negara.

Saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa jumlah sebenar PATI yang berada dalam negara pada masa ini tidak dapat dipastikan kerana statistik Jabatan Imigresen Malaysia mengenai isu PATI dalam negara adalah pada kadar 3:1 iaitu setiap orang yang diperiksa dalam operasi penguatkuasaan didapati bahawa terdapat seorang PATI dalam operasi dilaksanakan oleh JIM daripada tiga orang pekerja asing. Melalui operasi penguatkuasaan dari tahun 2010 hingga 30 September tahun ini, kita dapati bahawa seramai 295,389 PATI telah berjaya ditangkap kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1969/63. Daripada jumlah tersebut, seramai 102,177 orang PATI telah didakwa dan mereka telah berada di dalam penjara dan mereka juga telah dihantar pulang.

KDN melalui JIM telah mengambil langkah-langkah serius dalam memastikan tidak ada lagi orang asing masuk ke negara tanpa dokumen perjalanan yang sah melalui langkah-langkah:

final • 2:32 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

(i) proses tapisan awal melalui pengeluaran visa di kedutaan atau pejabat perwakilan Malaysia di luar negara. Kita juga telah melihat senarai syak atau suspect list yang telah dikemukakan oleh Interpol dan ASEANAPOL serta pelbagai agensi antarabangsa yang lain dan kita lakukan tindakan;

(ii) kawalan dan pemeriksaan di pintu-pintu masuk negara meliputi pemeriksaan dokumen perjalanan, latar belakang pengembara dan penyemakan identiti dengan pengkalan data yang kita adakan atau diperoleh;

(iii) penggunaan auto gate bagi kemasukan warga Malaysia bagi menjamin keselamatan dokumen di samping memelihara identiti warganegara melalui pengecaman biometric atau cap jari; dan

(iv) kita telah mengadakan perkongsian data bersama dengan polis bagi warganegara asing yang berisiko dalam sistem SL atau suspect list. Saya ingin juga menambah bahawa Jabatan Imigresen Malaysia menyemak data warga asing yang berisiko di semua pintu masuk negara dengan menggunakan Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Warga Asing atau NERS melalui proses pengecaman data biometric, pesalah imigresen yang telah direkodkan dalam senarai syak JIM. NERS juga dapat mengenal pasti ketulenan identiti individu bersama dokumen yang digunakan berdasarkan semakan silang atau cross examine, dengan maklumat biometric dalam pangkalan data NERS.

Saya juga ingin memaklumkan kerajaan pada ketika ini mengguna pakai pendekatan operasi bersepadu dalam melaksanakan operasi penguatkuasaan yang turut diperkasakan dengan pelaksanaan pelan penguatkuasaan PATI secara holistik dan antara kekuatan pelan ini adalah untuk mengoptimumkan sumber sedia ada melalui prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi di peringkat Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Kita juga melakukan langkah-langkah penguatkuasaan dan melalui program serah diri secara sukarela PATI ini untuk kembali ke negara asal yang telah kita mulakan daripada 22 Julai 2014 hingga 3 Oktober 2016 yang lalu. Melalui program ini seramai 409,634 PATI telah menyerah diri untuk balik ke negara asal. PATI yang menyerah diri melalui program ini akan disenaraihitamkan sebelum dihantar pulang ke negara asal.

Saya ingin juga memaklumkan tentang Yang Berhormat Tanjong Piai yang bertanyakan bilakah 8,000 orang pekerja Bangladesh yang telah dimohon oleh majikan untuk bekerja dalam sektor industri perabot kerana majikan telah membayar levi sebanyak RM1,850 untuk setiap pekerja untuk bekerja dalam sektor berkenaan yang difahamkan telah menyebabkan telah berlaku kekurangan pengeksportan bahan-bahan perabot ke luar negara sebagai kekurangan pekerja asing...

final • 2:32 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Yang Berhormat...

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat tidak payah ketuk microphone itu, saya nampak. Nanti saya tunggu queue bila Yang Amat Berhormat sudahkan ayatnya nanti saya panggil.

final • 2:32 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya bagi peluang.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 2:32 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Yang Berhormat, saya ingin kembali kepada PATI yang terlibat dengan jenayah di negara kita ini yang disebutkan dalam lebih daripada 100,000. Ramai daripada mereka ini pun telah melarikan diri ke negara-negara mereka terutamanya Indonesia. Soalan saya, daripada kerjasama antara Interpol ini, berapakah jumlah mereka ini yang dapat dibawa balik untuk dihadapkan ke mahkamah di negara kita ini sebab saya tahu di Sarawak memang ramai di antara mereka penjenayah ini, dia balik ke Indonesia dan sukar untuk dibawa balik ke Sarawak untuk dihadapkan ke mahkamah, thank you.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bayan Baru juga bangun.

final • 2:32 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ya, sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih TPM. Saya ingin membangkitkan satu isu related lah tetapi related to Sarawak di mana kita- tahniahlah kepada kerajaan kerana cuba menyelesaikan masalah PATI dengan pelbagai cara-cara dan langkah-langkah yang disebutkan tadi. Akan tetapi saya ingin membangkitkan satu isu dari Sarawak di mana orang tempatan sendiri yang anak dilahirkan di Malaysia, tetapi Orang-orang Ulu lah, terutamanya daripada kaum Penan dan juga Kayan, mereka di kawasan pedalaman Sarawak di mana mereka tidak mendapat kerakyatan dan dilihat sebagai pendatang asing.

Jadi, ia menyebabkan mereka tidak boleh pergi ke sekolah, dikenakan caj yang lebih tinggi. Satu memorandum telah dihantar ke Pejabat TPM daripada seorang saudari Mujan dari kawasan Baram. Mereka telah menghantar satu memorandum kepada TPM dan minta kerajaan memberi kerakyatan dan facilities untuk memberi kewarganegaraan kepada orang tempatan di Sarawak daripada kaum Orang Ulu.

final • 2:32 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Bolehkah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri memberi sedikit maklum balas apa tindakan yang boleh dijalankan untuk membantu rakyat Malaysia di Sarawak? Terima kasih...

final • 2:40 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Yang Berhormat. Hulu Rajang, Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 2:40 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Saya terpanggil dengan Yang Berhormat tadi mengatakan orang Kayan, orang Penan. Dia ada dua- satu di Baram, satu di Belaga yang mana yang Yang Berhormat sebut tadi di sebelah Belaga kah atau di sebelah Baram?

final • 2:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Baram, Baram. Di sebelah Baram.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang saya jelaskan sebelum kita berhenti rehat tadi bahawa suatu operasi khas telah dilakukan dengan unit-unit bergerak, berjalan di kawasan-kawasan yang berkenaan dan dikendalikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu anak Belaun untuk membantu JPN bagi berada di kawasan-kawasan berkenaan untuk mendaftarkan bagi mereka yang layak. Ini telah dilakukan- saya sebutkan tadi bahawa pada tahun ini sahaja sebanyak 51 operasi telah dilakukan dan sebanyak 12 lagi operasi akan dijalankan hingga akhir tahun ini. Saya harap kalau ada di kalangan pemuda-pemudi Yang Berhormat Bayan Baru yang mempunyai bukti ada yang belum mendapat sijil kelahiran kita akan membantu Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Masalah yang mereka hadapi orang-orang yang telah dewasa atau kerana apabila mereka dilahirkan, mereka mendapatkan bidan untuk kelahiran. Mereka ada yang telah meninggal, kerana mereka komuniti yang bergerak susah hendak identify. Jadi tak ada bukti-bukti dan sebagainya. Ini kerumitan orang-orang yang hidup dalam kawasan perhutanan dan pedalaman.

Jadi, daripada segi itu saya minta supaya kerajaan boleh jangan terlalu ketat dalam prosedur-prosedur. Kena ada surat lahirlah, kena ada saksi, kena ada bidan yang buktikan dan sebagainya. Ini memang menyusahkan mereka dan kanak-kanak yang telah lahir itu tidak boleh masuk sekolah atau kena bayar yuran sekolah yang lebih tinggi.

Dewasa pula lagi susah, hendak dapat kerja susah, hendak travel pun tak ada dokumen. Ini adalah masalah yang dihadapi oleh mereka. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya cukup maklum dengan permasalahan itu. Itu sebabnya unit bergerak ini dibentuk Tuan Yang di-Pertua. Mengikut peraturan hanya Mahkamah Majistret sahaja yang boleh mengesahkan semua butiran itu.

Akan tetapi kita telah permudahkan dengan mendapatkan hanya tuan rumah untuk mengesahkan butiran berkenaan bagi kelahiran.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Akan tetapi untuk yang meninggal kami belum berhasrat untuk berbincang dengan mereka kerana mereka tidak ada lagi di dunia ini.

Oleh yang demikian, kita hanya kendalikan yang tidak ada dokumen dan langkah- langkah itu kami sedar dan kita telah jalankan dengan kaedah-kaedah yang telah saya sebutkan. Sila.

final • 2:40 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Saya ingin balik kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Untuk makluman Yang Berhormat di Sarawak, pasukan bergerak yang dikendalikan oleh seperti yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat tadi sedang bertugas untuk menyelesaikan masalah yang disebutkan Yang Berhormat. Tiada lagi isu dengan ini sebab ia sedang dijalankan di Sarawak dan di kawasan saya beberapa kali pasukan ini sudah sampai kawasan saya sebab kawasan saya pun ramai di antara mereka yang belum mendapat IC. Tugas untuk maslaah ini sedang pesat dijalankan oleh pasukan-pasukan bergerak dari Kementerian Dalam Negeri.

Jadi, Yang Amat Berhormat Menteri, soalan saya dengan PATI tadi saya ingat belum dijawab. Masalah INTERPOL dengan penjenayah-penjenayah yang telah balik kawasan, seperti Indonesia dan berapakah jumlah mereka ini dapat dipanggil balik untuk menghadapi sistem mahkamah kita seperti di Sarawak. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, terdapat hampir lima juta suspect list di seluruh dunia. Senarai ini juga dikongsi bersama oleh ASEANAPOL dan juga oleh PDRM. Jika nama-nama tersebut berada dalam senarai syak yang ada, maka secara automatik di pintu masuk itu kita terus lakukan penangkapan. Tidak ada jumlah yang sebenarnya kerana ia terus bertambah setiap kali kita mendapat pengemaskinian senarai yang berkenaan.

Walau bagaimanapun, tindakan-tindakan yang telah dilakukan oleh pihak penguat kuasa, memperlihatkan bahawa jenayah yang mereka lakukan, kerana tinggal lebih waktu ataupun tidak ada dokumen ertinya di bawah Akta Imigresen. Akan tetapi untuk melakukan jenayah sebagaimana jenayah biasa bilangan mereka terlalu kecil. Mengikut kajian oleh pihak Jabatan Penjara, berdasarkan kepada rekod jenayah hingga melibatkan pemenjaraan mereka hanya kira-kira 0.05 peratus ataupun setengah peratus sahaja daripada seluruh banduan yang ada. Jadi dalam perkara ini kita...

final • 2:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Menteri, boleh tanya soalan? Klang.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya bagi Yang Berhormat Ipoh Barat dululah.

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya hanya hendak tanya mengenai proses untuk legalize PATI ini, pekerja-pekerja asing yang tidak ada permit dan sebagainya, yang masuk secara haram dan sebagainya yang telah bermula pada bulan Februari tahun ini dan telah habis pada bulan Jun kalau saya tak silap. Saya difahamkan ramai di antara mereka walaupun telah memohon kepada pihak Imigresen tetapi belum lagi memproses application tersebut. Apakah mengenai terkini masalah tersebut?

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terdapat hampir 90,000 yang telah memohon untuk, dengan izin, to legalize. Akan tetapi lebih 50 peratus daripada mereka tidak dikeluarkan dokumen oleh pihak kedutaan ataupun pihak Pejabat Pesuruhjaya masing-masing kerana apabila mereka datang ke pejabat-pejabat berkenaan, identiti mereka tidak dapat disahkan. Jadi mustahil jika tanpa dokumen, kita tidak boleh mengeluarkan sebarang dokumen untuk mereka tinggal tetap kerana kita tidak dapat pengesahan daripada kedutaan-kedutaan yang berkenaan.

Walau bagaimanapun, kita bekerjasama dengan pihak UNHCR dan International Organisation for Migration (IOM) supaya terus memantau mereka dengan kerjasama Pejabat Kedutaan dan Pejabat Suruhanjaya Tinggi untuk kita memudahkan. Akhirnya jika tidak ada dokumen maka proses penghantaran pulang akan mengambil tempat supaya mereka tidak berada di negara ini.

final • 2:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkait dengan isu PATI pembawaan pekerja asing dari Bangladesh.

final • 2:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Beberapa kali Yang Amat Berhormat telah mengatakan dalam media dan sebagainya bahawa kerajaan Malaysia tidak akan bawa pekerja dari Bangladesh iaitu seramai 1.5 million pekerja asing Bangladesh. Akan tetapi kita dengar cerita lain di pasaran yang mengatakan bahawa sebenarnya kerajaan membawa dan memberi permit kepada broker-broker dan juga kompeni-kompeni bawa pekerja dari Bangladesh ke Malaysia. Minta penjelasan Yang Amat Berhormat. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kerajaan tidak pernah membawa mereka masuk. Kerajaan juga tidak pernah melantik mana-mana ejen pekerja asing untuk membawa mereka masuk. Kabinet telah memutuskan bahawa empat sektor sahaja yang diizinkan untuk para majikan memohon permit untuk membawa mereka masuk. Saya ulang, majikan memohon permit untuk membawa masuk pekerja iaitu sektor perkilangan, sektor perladangan, sektor perabot dan sektor perkhidmatan. Empat sahaja dan ada permintaan terhadap sektor pembinaan dan ia bergantung pada claps yang diletakkan di bawah Kementerian Kerja Raya.

Saya ingin menyebutkan di Dewan yang mulia ini, bahawa disebabkan oleh pemberhentian pengambilan pekerja-pekerja asing ini, kilang-kilang perabot yang telah menandatangani perjanjian dengan pembeli-pembeli di luar negara telah kehilangan lebih daripada RM6.7 bilion. Ini kerana produk itu tidak dapat dikeluarkan. Saya dapat juga laporan daripada sektor perladangan bahawa setiap bulan hampir RM1 bilion nilai buah tidak dapat dikutip. Ini kerana pekerja asing tidak ada dan kerana penguatkuasaan dilakukan dengan segera.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Di Sabah dan Sarawak, perlu diketahui bahawa undang-undang imigresennya adalah berbeza. Jadi mereka juga menghadapi masalah yang sama. Kita harus tahu bahawa apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan di sebabkan oleh NGO dan di Dewan yang mulia ini bahawa kebanjiran pekerja asing ini telah menyebabkan permasalahan terlalu banyak timbul termasuk masalah sosial.

Itu sebabnya kita telah mengadakan MoU dengan Kerajaan Bangladesh untuk menukarkan daripada atau government-to-government atau G-to-G kepada G-to-G Plus.

Ertinya ianya melibatkan sebuah persatuan pengambilan pekerja asing yang dipanggil nama sebagai BAIRA di Bangladesh untuk kita lakukan penapisan agar pekerja-pekerja yang berkemahiran dan yang mendapat latihan di Bangladesh sahaja atas permintaan majikan bukan permintaan kerajaan, atas permintaan majikan baru ditapis untuk diberikan kelulusan. Kita tidak akan melayan sebarang permintaan yang dibuat oleh ejen-ejen pekerjaan asing ini.

final • 2:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, clarification.

Saya terima pandangan Yang Berhormat mengatakan bahawa majikan diberi peluang untuk membawa pekerja, bukan kerajaan. Saya faham. Akan tetapi soalan saya ialah majikan ini macam Sime Darby membawa peladang mereka atau IOI untuk ladang-ladang mereka ataupun firma-firma broker pekerja yang bawa dari Bangladesh ke Malaysia khususnya macam BAIRA.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ya. Broker tidak pernah dilantik oleh KDN atau Jabatan Imigresen ataupun Kementerian Sumber Manusia. Kita hanya mengizinkan majikan sendiri yang memohon. Kita mempunyai OSC, dengan izin, one-stop centre ataupun pusat sehenti untuk memproses di mana pelbagai jabatan berada di OSC itu dan proses itu tidak dilakukan oleh KDN sahaja atau jabatan imigresen tetapi melibatkan pelbagai kementerian dan jabatan lain untuk memberikan kelulusan. Sila Yang Berhormat Beruas.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 2:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Timbalan Menteri Dalam Negeri, adakah benar Menteri sendiri kerana ada orang yang tunjukkan kepada saya di mana surat ditulis oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebab selaku Menteri Dalam Negeri untuk meluluskan beberapa ribu orang pekerja kepada sesuatu syarikat.

final • 2:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Adakah ini cara shortcut ataupun kita mesti melalui- bagi hemat saya, mesti melalui jabatan-jabatan kerajaan berkenaan untuk memastikan kita perlukan pekerja- pekerja tersebut dan tidak ada mana-mana pihak yang salah gunakan kuota yang diluluskan oleh Menteri sendiri yang mereka membawa masuk, kemudian didapati berlebihan. Itu menyebabkan ramai yang tidak dapat pekerjaan ataupun yang menganggur dan kemudian menjadi masalah apabila mereka datang ke negara kita. Apabila mereka tidak dapat wang yang cukup, lepas tempoh masa yang ditetapkan, mereka terus menjadi PATI, pendatang asing yang tidak diingini.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, tidak ada kuota yang diberikan oleh jabatan ataupun saya sendiri sebagai Menteri. Akan tetapi apabila permohonan itu dikemukakan walaupun kepada saya secara rasmi, kelulusan itu masih tertakluk kepada penapisan dan naziran yang dilakukan oleh jawatankuasa OSC tadi, one-stop centre. Old Town Coffee umpamanya yang dipunyai oleh Yang Berhormat, Yang Berhormat sendiri memohon kepada saya.

Saya ingin maklumkan di sini, saya ingin memaklumkan ini kerana kita harus transparent. Yang Berhormat berjumpa dengan saya dan saya memberikan keputusan, itu pun tidak dapat lagi. Betul tidak? Oleh sebab perlu naziran daripada jawatankuasa. Ertinya kuasa Menteri tidak muktamad. Sebaliknya mengikut nisbah yang tertentu. Oleh sebab apa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Khas Kabinet yang menangani masalah pekerja asing memberikan kuasa kepada jawatankuasa dalam OSC ini untuk menentukan berdasarkan kepada nisbah.

Oleh sebab kita tidak mengizinkan semua pekerja asing bekerja di sesuatu premis.

Sebaliknya melalui nisbah yang ditentukan iaitu sekurang-kurangnya 30 peratus pekerja tempatan, dan maksimum hanya 70 peratus pekerja asing. Akan tetapi ada masalah Yang Berhormat, ada masalah sedikit.

final • 2:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya hendak jelaskan apa fakta tadi yang Menteri Dalam Negeri yang nyatakan itu tidak benar langsung. Ingin saya jelaskan sekali lagi di sini, saya tidak ada satu pun saham dalam Old Town White Coffee dan merupakan satu syarikat yang dipaparkan di Bursa Saham Malaysia dan mempunyai paid-up capital sebanyak RM100 juta. Di antara pemegang saham adalah Tabung Haji dan juga lain-lain syarikat seperti RHB Capital dan lain-lain. Saya tidak ada satu saham pun, tidak ada.

final • 2:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

...Ini bohong, ini bohong.

final • 2:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Nanti. Oleh sebab itu satu rekaan bagi saya blogger UMNO yang sebelum pilihan raya mengatakan saya tuan punya Old Town White Coffee. Saya juga hendak jelaskan bahawa saya tidak pernah melalui Menteri Dalam Negeri untuk memohon pekerja-pekerja untuk Old Town White Coffee ini dan juga ataupun mana-mana syarikat saya.

Apa yang saya jumpa Menteri ialah kerana saya sudah meluahkan rungutan saya bagaimana susahnya untuk memohon dan mendapat kuota pekerja asing secara sah. Saya telefon setiap kali setengah jam pun tidak ada orang angkat telefon. Saya tulis surat pun tidak ada orang pun yang membalas surat saya, begitulah. Bukan saya sahaja, ramai dan berjuta-juta rakyat Malaysia mendapati begitu susahnya untuk memohon secara rasmi untuk mendapat kuota pekerja-pekerja asing.

Akan tetapi mereka menunjukkan kepada saya surat di mana Menteri meluluskan secara terus. Saya rasa itu bukan cara kita mendapatkan kelulusan pekerja asing melalui Menteri. Sepatutnya melalui jabatan supaya prosesnya akan dilakukan. Apa yang saya minta pertolongan Timbalan Perdana Menteri ialah kerana masa untuk mendapat, itu sudah luluskan di bawah pentadbiran lama, masa sudah habis. Saya hendak mohon macam- macam pun tidak dapat dipanjangkan masa.

Oleh sebab itu saya mohon bagaimana hendak uruskan dengan kementerian beliau. Kemudian beliau memang tolong uruskan untuk memanjangkan sahaja masa untuk dapat pekerja asing. Jadi saya berharap Kementerian Dalam Negeri lebih efisien.

Dulu saya katakan mesti seperti Bank Negara. Kalau boleh, setiap surat yang kita tulis mesti ada surat balas, kita ada nombor rujukan. Kita tahu pegawai manakah yang patut kita hubungi untuk urusan selanjutnya.

final • 2:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Akan tetapi apa yang berlaku sekarang ialah setiap surat tidak dijawab, telefon berkali-kali tidak ada orang angkat. Macam mana sistem? There is a breakdown in the system? Oleh sebab itu saya pun tidak hendaklah melalui Menteri untuk dapat kuota.

Memang itu bukan, saya tidak pernah mohon. Sekali lagi saya harap memang sudah ada satu kes fitnah, I mean saman malu terhadap Menteri yang mengatakan saya anti Islam dan mohon orang Melayu jangan pergi Old Town White Coffee. Itu satu fitnah yang diwujudkan dan sampai hari ini Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sendiri pun juga terpengaruh dengan fitnah tersebut. Saya harap penjelasan hari ini boleh menjelaskan sejelas-jelasnya. Saya tidak ada satu saham pun dalam Old Town White Coffee. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Jasin.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri. Kita kena terima hakikat bahawa negara kita sebenarnya, kebergantungan kita kepada pekerja asing ini cukup besar sekali untuk menggerakkan beberapa sektor terutama perladangan, pembuatan, construction dan lain-lain.

Pada ketika ini kita dapati bahawa banyak sektor ini bukan sahaja menghadapi masalah yang cukup besar kerana kekurangan pekerja yang menyebabkan apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri tadi bahawa kita telah kehilangan revenue yang cukup besar sekali. Jadi, setakat manakah sebenarnya pemantauan yang dibuat oleh kerajaan untuk memastikan bahawa setakat manakah kita memerlukan khidmat mereka. Ini kerana pekerjaan-pekerjaan ini tidak boleh menarik minat pekerja-pekerja ataupun orang muda kita kerana perkataan 3D tadi. Jadi maknanya kebergantungan kita secara langsung.

Saya mohon penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, Menteri Sumber Manusia pun ada di sini. Kalau saya salah maklumat, beliau akan betulkan. Saya ingin menyebutkan bahawa cadangan Yang Berhormat Beruas untuk kami respons atau memberi maklum balas dalam waktu yang tertentu satu cadangan yang baik. Saya akan memberitahu pegawai-pegawai saya khususnya bahagian pekerja asing untuk melakukan tindakan itu. Begitu juga bahagian pekerja asing dan juga untuk expatriate, dengan izin di Jabatan Imigresen.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Akan tetapi saya ingin maklumkan bahawa Kabinet telah meluluskan sistem single window ataupun satu sistem berpusat untuk semua permohonan tidak lagi perlu melalui jabatan secara manual. Sebaliknya permohonan mesti dibuat secara atas talian, online application. Perkara ini telah dimulakan dan saya lebih suka Yang Berhormat kalau tidak ada mana-mana syarikat yang berjumpa dengan saya untuk memohon pekerja asing. Ini bukan jalan singkat tetapi kadang-kadang mereka bertemu dengan saya kerana masalah yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi.

Itu sebabnya oleh sebab saya agak baik hati, maka saya sign juga tetapi keputusan muktamad tertakluk kepada OSC dan jawatankuasa tadi. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jasin mengenai pemantauan, kita melakukan pemantauan dan naziran serta tindakan susulan atau, dengan izin, follow through system di mana semua permohonan ini tidak diluluskan berdasarkan kepada permohonan mengikut jumlah yang tertentu. Saya ingin sebut bahawa tidak ada kuota yang boleh diluluskan oleh mana-mana individu termasuk Menteri Dalam Negeri sendiri. Namun, kita bawa kepada jawatankuasa dan jawatankuasa yang menentukan berapakah kemunasabahan jumlah yang patut diluluskan berdasarkan kepada nisbah yang telah disebutkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih ke soal pembangunan dan infrastruktur yang ditanyakan oleh Yang Berhormat terutama Yang Berhormat Sabak Bernam yang bertanya mengenai cadangan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak bernam dan kuarters pegawai serta Pondok Polis Bagan Terap. Saya ingin menyatakan bahawa untuk IPD Sabak bernam, kita telah memasukkan di dalam rolling plan satu dan rolling plan, namun oleh sebab kekangan peruntukan ia telah diletakkan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Insya-Allah kita akan laksanakan di dalam rancangan ini dan saya ingin menyebutkan bahawa di tempat-tempat lain terdapat juga permintaan-permintaan daripada Ahli Yang Berhormat untuk saya upgrade ataupun mempertingkatkan balai-balai polis berkenaan.

Sepang umpamanya, walaupun kita berbeza kedudukan tetapi ia bukan berdasarkan pada parti politik tetapi berdasarkan kepada keperluan, ketenteraman dan keselamatan di kawasan-kawasan berkenaan dan kita sedia memberikan peruntukan berdasarkan kemampuan kewangan untuk membina balai polis atau IPD, ibu pejabat polis daerah di kawasan-kawasan kita. Akan tetapi untuk pondok polis Bagan Terap sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sabak Bernam, kita tidak dapat laksanakan tetapi kita akan mendapatkan peruntukan khusus untuk membantu jika ada pondok polis berkenaan mahu ditambah baikkan atau diubahsuai.

Yang Berhormat Tanjong Manis, bertanya mengenai perancangan KDN untuk membina sebuah balai atau pondok polis di Pulau Bruit bagi memantau dan menangani gejala dadah dan kecurian di kawasan berkenaan. Saya ingin menyebutkan bahawa Bruit adalah di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Matu Daro manakala balai polis terdekat ialah Balai Polis Daro dan perjalanan menggunakan bot menelusuri sungai selama dua jam. Kita amat sedar kekangan itu dan kita akan susuli pelaksanaannya berdasarkan kepada permintaan oleh Ahli Yang Berhormat dan ingin saya maklumkan bahawa perkara itu telah dimasukkan dalam third atau Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Kesebelas ini.

Selanjutnya mengenai aktiviti antidadah. Saya ingin merujuk kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Limbang dan Yang Berhormat Pasir Mas yang bertanyakan tindakan kerajaan untuk membendung isu sosial seperti penyalahgunaan dadah ini. Saya ingin memaklumkan bahawa dengan pelantikan Ketua Pengarah AADK baru yang mempunyai latar belakang kajian doktor falsafahnya di dalam bidang pemulihan antidadah ini yang dipinjamkan daripada JPA ke AADK, kita yakin beberapa program yang telah dilaksanakan sebelum itu akan terus dimurnikan. Ini termasuk kem Program Intelek Asuhan Rohani, Program Sayangi Hidup Elak Derita, Program SMART atau Sukses, Matang, Aktif, Rasional dan Tanggungjawab, Tomorrow’s Leaders Program dan sebagainya.

Kita mengaktifkan semula semua pusat pemulihan ini dengan kerjasama PEMADAM dan beberapa NGO yang lain dan kita yakin dengan kerjasama masyarakat, kita akan dapat melakukan sesuatu yang terbaik. Biar pun sukar tetapi kita akan terus melaksanakannya. Selanjutnya saya ingin beralih kepada soal kawalan penerbitan teks dan al-Quran.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bukit Katil bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Katill. Ya, sila.

final • 3:00 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, saya ingin tertarik dengan ulasan ringkas tentang pencegahan dadah dan kita sedia maklum bahawa Malaysia sendiri sedang berada di dalam spotlight yang bagi saya tidak memberikan manfaat kepada imej negara.

Kita sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membanteras masalah dadah dan saya percaya ada kerjasama yang baik di antara rantau untuk memastikan agar penyeludupan dadah ini dapat dihentikan. Cuma saya difahamkan baru-baru ini Yang Amat Berhormat ada membuat pertemuan dengan Presiden Duterte dari Filipina yang tentunya terkenal dengan pendekatan yang lebih radikal dalam usaha membanteras dadah. Kalau boleh dikongsi pengalaman. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Di Filipina terdapat tiga juta orang penagih dadah, dan terdapat 25,000 orang yang terlibat dalam pengedaran dadah. Kita tidak akan menggunakan pendekatan itu sebagai pendekatan yang akan dilaksanakan di negara kita. sebaliknya kita menggunakan pendekatan non conventional dengan approach, non conventional approach di mana kita akan menggunakan antaranya pendekatan kerohanian, pendekatan agama untuk melakukan pemulihan terutamanya terdapat sebuah institusi pemulihan di Kedah umpamanya.

Saya bernasib baik kerana ia ditempatkan di Pokok Sena tetapi saya tidak pasti sama ada Ahli Parlimen Pokok Sena terlibat atau tidak dalam proses pemulihan itu tetapi saya amat yakin bahawa beliau mendukung program kerohanian yang baik ini.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Beberapa buah pusat yang lain yang mengikuti modul yang sama akan kita lakukan kerana soal penyalahgunaan dadah ini bukan hanya harus dilakukan pendekatan melalui medical treatment, dengan izin, menggunakan methadone, pendekatan psikologi dan sebagainya. Akan tetapi yang penting ialah pendekatan kerohanian dan kita menggunakan beberapa ayatul syifa, ayat-ayat perubatan bagi membetulkan salah laku yang dilakukan oleh mereka. Mereka kebanyakannya melalui pendekatan ini telah dipulihkan dan mereka kembali kepada masyarakat.

final • 3:00 PM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Yang Berhormat Menteri, sikit.

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bersependapat dengan Yang Berhormat Bukit Katil bahawasanya masalah dadah dalam negara kita sekarang pada hemat saya, dengan izin, problem yang acute. Saya merasakan tentu masyarakat memberi sokongan yang sepenuhnya kepada pihak kerajaan untuk melakukan apa juga untuk membanteras kerana saya kira kalau berterusan keadaan seperti ini akan ganjillah dalam negara kita satu hari nanti.

Tuan Yang di-Pertua, saya harap tidak ada lagilah Menteri yang akan- saya pernah mendengar dalam Dewan yang sama ini bangun menyatakan kerajaan dengan bangganya menyatakan mahu membina sebuah lagi pusat serenti. Saya rasa kita tak nak dah, kalau boleh kita tak naklah, cukuplah bina pusat serenti. Kita hendak diberhentikan pernagihan ini dengan secara total dan izinkan saya menyatakan bahawa, masyarakat akan menyokong sepenuhnya. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasakan mungkin pihak kerajaan kena memikirkan satu kaedah yang mungkin agak radikal sedikit iaitu memberikan sebatan kepada sesiapa yang ditangkap atau mengambil dadah ini. Ikutlah, 10 rotan ke secara Islam, 20 rotan pun tak apa atau satu rotan secara konvensional sekarang pun mungkin mencukupi untuk mencegah pesakit-pesakit ini.

final • 3:00 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Akan tetapi saya belum mendengar lagi daripada pihak kerajaan, kenapakah approach ini tidak dibincangkan atau tidak dibuat study yang khusus untuk menyelesaikan once and for all masalah dadah ini? Terima kasih.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota dan Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya menghargai pandangan itu dan menyanjung cadangan-cadangan itu. Namun, saya fikir ia tertakluk kepada perundangan yang ada. Jika kita dapat meminda undang-undang yang ada di Dewan yang mulia ini, insya-Allah jika selepas perbahasan ia menerima cadangan itu, kita akan laksanakan.

Namun, saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia bahawa beberapa mesyuarat bersama dengan Menteri-menteri Dalam Negeri di seluruh ASEAN, ada permasalahan yang timbul kerana bekalan yang datang daripada golden triangle di mana penanam-penanam bunga popi dan bahan-bahan yang lain telah memohon supaya ada alternative income, dengan izin, ada pendapatan alternatif untuk mereka.

Apa yang telah dipersetujukan oleh Bangsa-bangsa Bersatu dan di kalangan negara-negara ASEAN supaya penanam-penanam itu tidak lagi menanam, sebaliknya digantikan dengan tanaman lain yang berbentuk lebih economical dan lebih mempunyai nilai komersial. Mungkin dengan kaedah dan pendekatan itu, kita harap tidak ada lagi bekalan baru yang datang daripada golden triangle ini. Walaupun kosnya agak tinggi bagi penggantian ataupun pampasan yang diberikan kepada growers itu, dengan izin, tetapi saya fikir itu satu langkah proaktif oleh sekretariat ASEAN untuk mengatasinya dengan kerjasama Bangsa-Bangsa Bersatu dan telah diterima pakai melalui Persidangan UNGASS iaitu persidangan antidadah di United Nations. Saya memberikan penghargaan keseluruhannya kerana kita tidak seharusnya berbeza pendapat dalam soal pembanterasan, pemulihan dan juga menjadikan masyarakat kita masyarakat yang bebas dadah. Saya fikir pihak pembangkang juga prihatin terhadap permasalahan ini sebagaimana yang kami hadapi di pihak kerajaan. Penghargaan ini saya harap, saya bersedia untuk duduk bersama-sama dengan Ahli-ahli Parlimen pelbagai parti untuk kita bersama-sama memerah pemikiran dengan intellectual discourse umpamanya, dengan izin, untuk kita sama-sama mengatasi masalah ini.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sekijang bangun.

final • 3:10 PM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Minta izin. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 3:10 PM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, selain daripada AADK yang menyediakan pusat pemulihan dadah ini, ada beberapa agensi dan juga syarikat-syarikat swasta dan juga orang persendirian yang juga turut sama membuka pusat-pusat pemulihan dadah ini.

Adakah pihak kementerian memantau mereka ini menggunakan kaedah strategi dan sebagainya untuk memulihkan penagih-penagih dadah ini dan adakah diberikan bantuan daripada pihak kementerian sendiri dan juga daripada pihak AADK itu sendiri. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ya, sedikit sahaja bantuan yang diberikan kerana ada kekangan. Namun, kita menggunakan pendekatan cost effectiveness untuk membantu ahli-ahli panel ini dan juga pusat-pusat sehenti itu. Kita telah mendaftarkan tidak kurang daripada 45 pusat sehenti swasta untuk mereka mengambil penagih-penagih dadah ini dan membantu penagih-penagih ini untuk dipulihkan. Kami juga menggunakan bekas penagih. Antaranya penyanyi Ameng yang telah menerima hukuman sebatan di Penjara Kluang. Di samping itu, telah menjalani hukuman pemenjaraan kerana beliau penagih dan beliau juga pengedar.

Oleh sebab beliau merupakan salah seorang ikon pada pengikut-pengikut dan peminat-peminatnya, kita telah meminta kerjasama Ameng untuk bersama-sama dengan AADK bagi melakukan persembahan dan menyebutkan tentang proses kesedaran yang timbul. Beliau menyatakan dalam ceramahnya, sebelum ini beliau tidak mengenal Tuhan, sebelum ini beliau tidak mengenal soal ibadah. Beliau tidak tahu bahawa... [Berucap dalam bahasa Arab] Beliau telah hafal itu. Ertinya timbul kesedaran bukan hanya dalam bentuk punishment, tetapi kita lakukan dalam bentuk rehabilitation dengan izin, pemulihan. Itu sebabnya saya menggunakan pendekatan-pendekatan yang begitu untuk kita selesaikan...

final • 3:10 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 3:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya dengar arahan daripada Tuan Yang di-Pertua tadi supaya Yang Berhormat Pokok Sena tidak lagi menggunakan selempang di dalam Dewan ini.

final • 3:10 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak, dia suruh serah. Dia hendak hadiah kepada dia. Esok, saya akan hadiahkan kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Akan tetapi saya pun sukacita juga selempang itu dipakai, asalkan warnanya dibezakan...

final • 3:10 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ini ada dua, hijau dan kuning.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Supaya tidak sesuai dengan apa yang akan kita bincangkan nanti mengenai 19 November.

final • 3:10 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya bersetujulah usaha untuk memerangi penyalahgunaan dadah dan proses pemulihan kepada penagih- penagih dadah ini. Macam disebut tadi itu, mengharapkan bahawa kemasukan bahan- bahan dari luar yang terhasil daripada bunga popi itu tidak akan berlaku lagi selepas daripada satu konvensyen yang diadakan, persetujuan dicapai baru-baru ini. Akan tetapi itu daripada tanaman, tetapi ada juga yang terhasil daripada bahan-bahan kimia dan seumpamanya. Ini juga membabitkan proses yang dibuat oleh sindiket-sindiket besar.

Jadi, ini saya masih belum kelihatan satu usaha memerangi secara habis-habisan terhadap sindiket-sindiket besar. Apa yang disebut tadi Ameng, itu saya tidak anggaplah satu sindiket. Dia hanya pengedar biasa. Kecil-kecilanlah maknanya yang ditahan. Akan tetapi sindiket besar ini seolah-olah macam polis tidak dapat hendak kesan. Sejauh mana pihak polis dalam menahan, menangkap sindiket-sindiket pengedar yang selama ini dapat mengesan sindiket-sindiket besar yang merupakan masalah yang mendatangkan masalah kepada negara kita sekarang ini.

final • 3:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Minta izin. Boleh saya sambung dari Yang Berhormat Pokok Sena?

final • 3:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Bagi saya peluang dulu untuk peminat tegar pasukan bola sepak Kedah untuk saya jawab. Tuan Yang di-Pertua, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena adalah synthetic drugs, dengan izin, ataupun dadah sintetik ya. Penangkapan terhadap dadah sintetik ini untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada tahun ini sahaja telah mencapai ke tahap lebih RM500 juta dan mereka yang mengusahakan makmal dadah ini terdiri daripada ahli-ahli kimia datang dari negara kita, dari Nigeria, dari India. Saya perlu sebut negara-negara itu dan datang daripada Columbia juga, saya sebut. Saya ingin meletakkan rekod di sini, saya ingin mengucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yang telah dapat mencapai kejayaan yang begitu.

Saya harap Yang Berhormat Pokok Sena tidaklah merendah-rendahkan kemampuan pihak polis dalam usaha ini kerana mereka telah melakukan yang terbaik.

Tambah pula, Pengarah JSJ Narkotik ini telah melakukan langkah-langkah yang proaktif.

Yang Berhormat harus memberikan penghargaan kepada JSJ Narkotik dan AADK atas kejayaan itu. Sila.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 3:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih.

Berkenaan dengan isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Saya just hendak tanya berkenaan dengan masalah yang kita panggil masalah drug mule iaitu pengedar-pengedar dadah dari luar negara yang datang ke Malaysia kebanyakannya ditahan di pelabuhan ataupun di airport, di mana adalah amat jelas kita semua tahu sebagai peguam dan juga di kalangan non-lawyers, kita semua tahu ada kebanyakan daripada drug mule ini adalah the small fry ataupun the small fish seperti yang telah pun dirujuk ataupun disebut oleh rakan saya Yang Berhormat Pokok Sena.

So memandangkan kebanyakan kes, kita panggil airport case sekarang ataupun kes pelabuhan adalah melibatkan drug mule tersebut. I would say at least 80 percent, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, of these cases involved foreigners.

final • 3:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Adakah kementerian mempunyai apa-apa cadangan untuk mengatasi masalah ini agar kita dapat menangani masalah utamanya iaitu berkenaan dengan the actual drug lords? Because, by punishing the drug mules, we are not overcoming the main problem, dengan izin. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor kerana memang drug lord ini memang agak sukar ditahan dan mereka ini cukup licik kerana mereka mempunyai jaringan antarabangsa. Pihak polis bagaimanapun, dengan kerjasama rakan-rakan mereka di rantau ini dan di peringkat antarabangsa melakukan yang terbaik. Dan kita menahan mereka sebenarnya, menghukum mereka dan mereka telah ditahan di Simpang Renggam, bukan Ahli Parlimen Simpang Renggam.

Akan tetapi, saya ingin menyebutkan bahawa usaha itu telah dilakukan dengan terbaik dan saya tidak mahu jika mereka dibawa ke mahkamah, ada peguam-peguam yang membela mereka. Kita hendaklah bersama untuk menentukan bahawa kes-kes yang seperti itu jangan dibela kerana mereka merosakkan masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, saya...

final • 3:20 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat Menteri...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Parit Sulong bangun.

final • 3:20 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Okey, terima kasih. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak memuji langkah yang dibuat oleh pihak kementerian dalam usaha untuk melantik ikon-ikon yang telah pulih ini. Akan tetapi tidak dinafikan masih ada lagi sesetengahnya yang telah kembali dan juga menagih dan juga mengedar. Mungkin ia ada kait rapat dengan penerimaan mereka di kalangan masyarakat setempat. Mungkin masih ada lagi negative perception, dengan izin, terhadap mereka ini.

final • 3:20 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Jadi saya hendak bertanya kepada pihak kementerian Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah usaha kementerian dalam menangani masalah ini? Sebab, kes berulang ini kita tengok masih ada, dan bagaimanakah kita hendak stop-kan dia supaya terus tidak menagih dadah? Daripada segi persepsi masyarakat dan sebagainya. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Nerus bangun.

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sekejap Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Tambah sedikit ini sahaja. Isu penagih berulang ini, Yang Berhormat Menteri. Saya tengok dalam data-data yang terakhir ini, kes berulang ini satu pertiga daripada jumlah semua ketagihan. Bererti, menggambarkan kepada kita bahawa proses pemulihan yang kita buat memang kita perlu discuss balik, tengok baliklah kaedah dia.

Tetapi pada masa yang sama, sejauh mana- kita hanya merawat apa yang telah rosak tetapi punca kepada kerosakan itu. Sejauh mana kita rasa kita betul-betul telah mengambil kaedah pencegahan tadi dengan pencegahan sempadan untuk masuk dadah dari luar dan pendidikan di peringkat sekolah dan sebagainya? Kerana ini saya ingat benda- benda sama yang berulang di mana-mana kawasan. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat dan juga Yang Berhormat Parit Sulong.

AADK umpamanya, mempunyai sebuah pelan tindakan holistik yang telah dikemukakan kepada Jemaah Menteri. Dasar Dadah Negara juga telah dikemukakan dan kita mengambil beberapa pendekatan bukan sahaja perubatan tetapi dari segi inabah, kerohanian.

Tentunya apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Parit Sulong telah kita laksanakan, dengan izin, it is already in the party line bagi kita melaksanakannya. Saya sedia menerima saranan daripada semua pihak jika ada perkara-perkara baru yang harus kita laksanakan untuk penambahbaikan kepada sistem rawatan, pencegahan dan penghapusan.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Beruas.

final • 3:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya membangkitkan penjelasan yang saya hendak dapat daripada Menteri Dalam Negeri, saya ingin merekodkan bahawa tadi sungguhpun saya buat satu penjelasan fakta tetapi secara peribadi saya ingin on record mengatakan Menteri Dalam Negeri kita ini memang seorang yang prihatin dan suka menolong. Saya memang menghargailah Menteri yang sedemikian sungguhpun saya berharap kementerian, sistemnya dapat diperbaiki.

Apa yang saya hendak dapat penjelasan ialah tadi Menteri Dalam Negeri mengatakan kita jangan membela mereka yang merupakan pengedar dadah. Ingin saya buat beberapa penjelasan ataupun memberi penjelasan iaitu bahawa apabila seseorang peguam itu membela seseorang yang dikatakan mengedar dadah, itu tidak bermaksud orang yang didakwa itu pengedar dadah sebenar. Biasanya, peguam-peguam membela mereka kerana mereka disalah tangkap. Takkan mangsa sesuatu sindiket ini digantung sampai mati kerana mereka tidak bersalah?

Saya secara peribadi pernah membela seorang penagih dadah di mana polis menggunakan penagih dadah ini sebagai agent provocateur untuk menangkap penagih dadah yang sebenar yang mempunyai empat paun heroin dan juga mempunyai pistol. Akan tetapi apabila saya menawar kepada pihak pendakwa raya untuk menjadikan anak guam saya sebagai seorang saksi tentang transaksi yang berlaku, pihak pendakwa raya tidak bersetuju dan hendak mendakwa kedua-dua mereka sebagai pengedar dadah. Bagi saya adalah tidak adil.

Kita tahu seorang penagih dadah ini kalau hendak bagi dia sedikit ganjaran beberapa ribu Ringgit, dia akan membuat apa sahaja tetapi kalau polis pun tahu bahawa orang ini penagih dadah, bukannya pengedar dadah yang sebenar dan menggunakan mereka sebagai agent provocateur, umpan untuk menangkap pengedar dadah yang sebenar.

final • 3:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Kita membela penagih dadah ini merupakan satu perkara yang menegakkan keadilan. Kalau penagih dadah ini ditangkap kerana menagih dadah, kita setuju tentang hukuman ataupun tindakan yang harus diambil terhadap beliau.

Jadi saya hendak dapat penjelasan ini agar peguam-peguam yang membela anak- anak guam mereka tidak dianggap bahawa kita menggalakkan pengedaran dadah. Itu sahaja. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih. Kita boleh bincanglah nanti selepas Dewan ini nanti kita pergi ke Old Town White Cafe untuk minum sama-sama, supaya masalah ini kita selesai di situ [Ketawa]

final • 3:20 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Sedikit saja. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Sebelum Yang Berhormat Menteri pergi Old Town, izinkan saya bangkitkan isu tentang pengganas IS. Sebagai Menteri yang berasal dari Negeri Perak Darul Ridzuan, kami menyokong dan mengalu-alukan pelantikan Yang Amat Berhormat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Untuk makluman Yang Berhormat, tahun depan Tahun Melawat Negeri Perak dan kami ingin mengesyorkan supaya Yang Berhormat Menteri membawa masuk lebih ramai pelancong, bukannya pengganas IS ke Perak. Yang Berhormat Menteri faham.

Satu memorandum yang ditandatangani oleh 11,000 orang pengundi-pengundi Taiping telah diserahkan kepada Yang Berhormat Menteri dan mereka pagi ini masih telefon saya menunggu berita baik daripada Yang Berhormat Menteri. Saya berdoalah, bersyukur supaya di mana Yang Berhormat Menteri akan mengumumkan berita baik. Kem tahanan pengganas IS janganlah dibawa masuk ke dalam negeri Perak. Tolong simpan di Simpang Renggam. Sana ramai orang jahat...

final • 3:20 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Akan tetapi Perak sini ramai orang baik-baik.

Lagipun, bandar Taiping ini Bandar Warisan untuk membangunkan pelancongan.

Kami mengalu-alukan kedatangan pelancong, bukannya kedatangan pengganas IS. Oleh sebab itu, saya penuh yakin Yang Berhormat Menteri akan membuat keputusan bijaksana untuk terus simpan semua pengganas di Simpang Renggam. Itulah keputusan yang bijaksana. Sekian, saya harap menunggu berita baik.

final • 3:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Berita baiknya ialah Simpang Renggam adalah tempat orang baik-baik kecuali di pusat tahanan sahaja. Begitu juga Taiping, yang lain-lain semua baik, Ahli Parlimennya pun baik. Memorandumnya telah diserahkan di sini di Dewan yang mulia ini di luar persidangan. Saya terima 11,000 itu. Jadi, kita akan putuskanlah nanti. Kita tidak akan bawa pengganas, saya janji, tetapi kita lakukan sebagai tempat pemulihan pengganas sahaja [Ketawa] Saya akan jelaskan di luar Dewan.

final • 3:20 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Itu kem tahanan jangan bawa masuk kerana ia adalah bercanggah dengan pelan induk pembangunan Daerah Larut Matang dan Sepetang.

Oleh sebab itu, ia sebenarnya juga mendapat bantahan daripada Majlis Perbandaran Taiping serta UMNO Taiping pun tidak berani- dia jumpa saya minta supaya suarakan kepada bos, Yang Berhormat Menteri dan saya harap di mana jangan lagi hilang undi daripada Bahagian Taiping. UMNO pun tidak akan undi Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Sebab itu saya suruh, minta jasa baik supaya ini- kerana memang Kem Tahanan Kemunting ini sudah bersejarah 41 tahun. Dulu memang mungkin lokasinya sesuai tetapi sekarang di tepi jalan besar. So, I believe that it is not appropriate dan minta supaya dikaji semula. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Faham. Faham, faham. Faham. Saya amat prihatin atas kebaikan hati Ahli Yang Berhormat Taiping yang juga terlibat dan prihatin untuk mempromosikan Tahun Melawat Perak. Mudah-mudahan Taiping akan dibanjiri dengan pelancong-pelancong asing dan saudara mara yang mahu melawat mereka yang dipulihkan itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berpindah kepada soal kawalan terbitan teks dan Al-Quran. Saya ingin menyentuh bahawa Yang Berhormat Bukit Gantang telah membangkitkan tentang soal pelaksanaan Quran Braille. Saya ingin menyatakan bahawa Akta Pencetakan Teks dan Al-Quran 1986 bahawa Quran Braille juga adalah di bawah skema pemantauan oleh bahagian PQ KDN dan juga JAKIM.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kita menggunakan piawaian antarabangsa untuk memantau dan menentukan bahawa Quran Braille ini merupakan Quran yang sahih, yang mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Perkara kedua yang terakhir yang ingin saya sebutkan di Dewan yang mulia ini adalah tentang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Bukit Gelugor mengenai tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972, dan Akta Hasutan 1948 terhadap tiga orang bekas Menteri.

Saya ingin menyatakan bahawa berhubung dengan isu ini, kita telah berinteraksi.

Kita maknanya, KDN dengan pihak polis untuk mengambil keterangan daripada ketiga-tiga orang bekas Menteri berkenaan berdasarkan kepada laporan polis, Chow Kit Report 8655- 2016 bertarikh 28 Oktober 2016 dan di bawah seksyen 8, Akta Rahsia Rasmi dan seksyen 4(1), Akta Hasutan 1948. Sebanyak 15 laporan polis telah dibuat mengenai isu yang sama oleh beberapa orang individu. Pihak polis akan mengambil keterangan beberapa orang individu yang terlibat.

Akhirnya, saya ingin...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Puchong bangun. Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Ipoh Barat.

Yang mana satu, Yang Berhormat?

final • 3:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 3:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, sebagai Ahli Parlimen, kami ada kekebalan apabila kami berbahas di dalam Dewan yang mulia ini. Saya rasa Perlembagaan Persekutuan itu cukup jelas, di mana dinyatakan bahawa, “...melainkan Akta Hasutan dan akta yang digubal di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, perkara-perkara lain itu tidak boleh diambil tindakan oleh pihak polis.” Saya faham apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri bahawa ada wujudnya laporan polis. Akan tetapi sekiranya laporan polis itu dibuat, ia hanya boleh disiasat sekiranya wujud satu kesalahan melalui laporan polis tersebut.

Jadi di dalam Dewan ini, kalau tidak boleh menjadi satu kesalahan, bagaimana pihak polis boleh mengambil statement berkenaan dengan satu perkara yang dihalang dalam undang-undang daripada jadi kesalahan. Itu persoalan yang kita bangkitkan. Ini cukup penting kerana kami sebagai Ahli Parlimen, apabila kita berbahas di dalam Parlimen ini, kita berbahas dengan perlindungan itu.

Oleh itu, tempat ini menjadi sebuah tempat yang mulia, di mana semua perkara dibangkitkan without fear or favor. Sekiranya keadaan ini wujud, Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua, saya rasa dari hari ini semua Ahli Parlimen apabila mereka berbahas di dalam Parlimen ini, kalau laporan polis dibuat terhadap mereka, maka mereka boleh diheret ke balai polis dan diambil statement. Itu bukan keadaan yang seharusnya menjadi. That is not the position. This Dewan, dengan izin, all the Honorable Members of this House are protected by privilege. Jadi, bagaimana boleh dalam satu keadaan di mana satu laporan polis dibuat walaupun laporan polis itu cukup jelas menjurus kepada perkara yang menjadi perkara kekebalan Ahli Parlimen. Bolehkah seorang polis yang siasat perkara itu tahu bahawa perkara itu tidak menjadi kesalahan kerana ada kekebalan? Bolehkah seseorang polis itu masih minta Ahli Parlimen itu datang ke balai untuk statement dirakamkan? Itu satu perkara yang cukup penting. Saya minta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Perdana Menteri. Persepsi di luar adalah di mana mereka berasa bahawa ada sesuatu threatening behavior oleh pihak lain terhadap Ahli-ahli Parlimen, di mana Parliamentary Privilege tidak dihormati dan sekali gus mengheret beberapa Ahli Parlimen untuk menjawab report yang telah dibuat.

final • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Walaupun report yang telah dibuat, bukankah boleh tunggu semasa selepas sesi Parlimen. Sekurang-kurangnya lagi satu bulan. Lagi-lagi mereka Tuan Yang di-Pertua, orang-orang sebelum ini di UMNO. Sekarang di sebelah sini atau sedemikian. Maka, tindakan perlu diambil terhadap mereka. Tidak ada langsung menghormati Parliamentary Privilege. Saya harap satu fikiran baru dan satu arahan akan dibuat oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri supaya memberhentikan semua perkara ini. Kalau hendak siasat, tolong siasat selepas sesi Parlimen. Hormatilah Dewan ini.

final • 3:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Minta sedikit, Yang Amat Berhormat.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Setiu.

final • 3:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Berkenaan dengan keistimewaan Ahli Parlimen ini, saya pernah menyatakan 63(4) Perlembagaan Persekutuan, memang tidak mutlak. Dalam 63(2) juga disebut, tidak boleh kalau ia melibatkan prosiding di mahkamah. Prosiding di mahkamah. Baca 63(2) Perlembagaan Persekutuan, ia kata tidak boleh kalau maknanya untuk dibawa ke mahkamah dalam mana- mana prosiding. Baca betul-betul di bawah 63(2). Kalau sesiapa yang ada perlembagaan.

Baca dulu. Cuba baca 63(2).

final • 3:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Baca dulu, baca dulu.

final • 3:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya, sudah baca- 63(2) kata bahawa apa yang disebut dalam Dewan tidak boleh dijadikan bahan dalam tindakan dalam mahkamah.

So, apa yang...

final • 3:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yes, betul. Okey, itu sudah ditentukan.

final • 3:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

So, what’s your point?

final • 3:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

My point is, tidak dinyatakan langsung dalam 63(2) menyatakan tidak boleh disiasat.

final • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

No point.

final • 3:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya, kalau ia bukan kesalahan, bagaimanakah boleh disiasat? Ini kerana CPC, seksyen 102 to 107, menyatakan bahawa kita hanya boleh siasat satu perkara yang menjadi kesalahan.

final • 3:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Sekarang masalahnya, penyiasatan...

final • 3:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

You can only investigate something that is an offense.

final • 3:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

You just- you dengar apa yang saya cakap. Okey.

final • 3:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Itu soalan yang saya bangkitkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk jawab. So, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk jawab dan bukan Ahli Parlimen untuk menjawab. Yang Berhormat Menteri ada di sini. Saya rasa dia pintar. Dia seorang yang berpengalaman. Dia orang yang tahu berkenaan perkara ini.

final • 3:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Saya bukan hendak jawab.

final • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Timbalan Perdana Menteri gunakan dia? Use him as a shield?

final • 3:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

So, lets not waste time with him, Yang Berhormat Menteri. Perhaps, an answer from you.

final • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

I’m so direct. Apa punya orang.

final • 3:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Inilah masalah dengan pihak sebelah sana. Bila kita hendak cuba membetulkan keadaan, saya hendak bertanya dengan Yang Amat Berhormat...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Hendak betulkan dalam perbahasanlah. Hendak betul dalam perbahasan. Ini kita tanya Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri jawablah.

final • 3:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Ini pertanyaan saya kepada Yang Amat Berhormat.

final • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Menteri boleh jawablah.

final • 3:30 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang mengada- ngada jadi Menteri, kenapa?

final • 3:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Dengar dulu. Saya hendak bertanya dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sama ada dalam Perlembagaan Persekutuan menyekat apa-apa siasatan kepada Ahli Parlimen di luar Parlimen? Itu soalan saya. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya telah merujuk perkara ini...

final • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Soalan bocor.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Kepada Tuan Yang di-Pertua dan saya telah merujuk perkara ini juga kepada penasihat undang-undang. Bahawa mana-mana anggota pentadbiran iaitu anggota Jemaah Menteri yang telah mengangkat sumpah rahsia yang tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi, tidak boleh sama ada semasa memegang jawatan atau selepas pegang jawatan atau di mana-mana premis yang mempunyai kekebalan sekalipun, tidak boleh menyingkap persoalan yang terlingkup di dalam Akta Rahsia Rasmi. Ini harus difahami bahawa kekebalan ini merupakan kekebalan yang tidak menyentuh perkara-perkara mengenai Akta Rahsia Rasmi dan disebutkan tadi mengenai prosiding mahkamah yang sedang dibicarakan.

Dalam soal ini, saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat jangan khuatir, jangan khuatir mengenai perkara ini.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kalau Yang Berhormat Ipoh Barat minta supaya keterangan ini dibuat selepas persidangan, saya akan beritahu kepada Ketua Polis Negara untuk menangguhkan selepas persidangan. Akan tetapi kalau Ketua Polis Negara merasakan bahawa keterangan harus diambil sekarang ini bukan untuk mengetepikan kehormatan kepada Dewan yang mulia ini tetapi sekadar mengambil keterangan yang kemudiannya akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. Jika tidak ada kes umpamanya, kita tidak perlu khuatir bahawa pertuduhan tidak dilakukan.

Jadi dalam perkara ini saya fikir insya-Allah saya akan berlaku adil, KDN akan berlaku adil. KDN dan PDRM akan berlaku adil. Saya tahu ini kawan-kawan rapat saya sehingga sekarang, jadi tahulah bahawa saya akan bertindak secara profesional untuk memberitahu pihak Ketua Polis Negara sendiri.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Beruas.

final • 3:40 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum pihak polis mengambil tindakan untuk menyiasat dari segi undang-undang, there must be a reasonable suspicion seseorang itu telah melakukan kesalahan. Jadi, sebenarnya pihak polis biarpun Tuan Yang di-Pertua ataupun mereka yang sudah buat laporan polis ini, mereka ini bukan Ahli Kabinet yang tahu mengenai perkara-perkara dalaman. Jadi, semua andaian dalam laporan polis ini, pihak polis mesti tanya mereka.

Tahukah apa yang dibincangkan dalam Kabinet? Tahukah apa dokumen yang OSA ini? You pernah baca tidak? Kalau tidak, ini semua laporan ini tidak ada, tidak berlandas dan juga tidak ada we call basic facts that can sustain a reasonable suspicion. Takkanlah kerana ada laporan polis menyusahkan semua Ahli-ahli Parlimen? Sebenarnya polis itulah tindakan yang sebenar mesti dibuat supaya Ahli-ahli Parlimen ini tidak rasa tergugat.

final • 3:40 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Setuju tidak Menteri bahawa tindakan polis mesti to establish a reasonable suspicion case? Macam Yang Berhormat Tambun ini orang baik-baik belaka. Dia pun Menteri, dia pun tahu apa itu Official Secret Act.

final • 3:40 PM

Seorang Ahli

Dia bertanya sahaja.

final • 3:40 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

...Dia tanya, mungkin perkara yang dia bangkitkan itu bukannya perkara sulit di dalam Kabinet. Jadi, saya harap polis ikutlah undang-undang juga supaya rakyat hormati. Polis tidak bertindak terhadap Ahli Parlimen yang prihatin tentang isu-isu rakyat. Setuju tidak, polis mesti ambil tindakan itu dahulu sebelum memanggil mana-mana antara kita untuk disoal siasat?

final • 3:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya hendak verifikasi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Adakah Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa nasihat yang diterima oleh Yang Berhormat Menteri adalah bahawa kekebalan di dalam Dewan Rakyat is not extended kepada satu kes yang melibatkan Akta Rahsia Rasmi? Itu nombor satu. Sekiranya jawapannya ya, yes that the privileges do not extend to an offense, dengan izin under the Official Secret Act. What is your basis for saying so Mr. Minister? Itu soalan saya. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Beruas dan Yang Berhormat Puchong adalah dua orang peguam yang tersohor di negara ini. Jadi tentu mereka mengetahui aspek-aspek sama ada extended kepada Akta Rahsia Rasmi ataupun kita panggil sebagai reasonable suspicion. Tentunya apa yang dilakukan oleh pihak polis adalah mengambil keterangan. Jadi, setelah keterangan itu diperoleh dalam bentuk apa pun, ia akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk menentukan.

Jika hanya soalan yang dikemukakan dan tidak tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi atau akta-akta yang lain, maka janganlah ada kekhuatiran terhadap tindakan untuk melakukan pertuduhan. Akan tetapi jika ada sebaliknya, maka kita serahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk menentukan. Saya harap perkara ini adalah satu perkara untuk ingatan semua termasuk diri saya sendiri jika saya terlepas dan sebagainya dari memberikan pendapat yang agak berbeza dengan apa yang termaktub dalam perundangan. Sila.

final • 3:40 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sila.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 3:40 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Dalam Negeri. Saya bimbang sebenarnya dari segi apa yang Menteri berikan jawapan tadi. Saya tidak bercadang untuk memberikan pandangan dari segi undang-undang semata-mata kerana saya percaya Yang Amat Berhormat Menteri bukan ahli undang-undang. Akan tetapi saya hendak bagi satu pandangan yang- kenapa saya bimbang ialah negara kita diasaskan atas doktrin pengasingan kuasa. Ada Ahli Parlimen yang boleh berbahas apa sahaja isu dalam negara.

Ada hakim yang akan membuat keputusan dan ada pihak eksekutif yang akan membuat day-to-day running dengan izin, negara ini.

Jadi kalau misal katakan di dalam Dewan ini, Ahli-ahli Parlimen diugut dengan cara begini, hendak bercakap bagi pandangan. Di mana letaknya asas doktrin pengasingan kuasa? Absolute power corrupts absolutely, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Jadi kalau setiap apa yang kita hendak cakap dalam Dewan ini akan under scrutiny dengan izin, daripada polis dan mereka boleh siasat, mereka ambil keterangan. Itu sahaja nampaknya pihak kerajaan tidak memahami sebenarnya apa maksud sebenarnya dasar doktrin pengasingan kuasa. Kalau tidak susahlah kita hendak berhujah di Parlimen. Setiap inci perkataan itu akan disiasat dan terserah kepada Peguam Negara pula yang dilantik dengan recommendation Perdana Menteri untuk menyiasat dan tengok ada kes atau tidak. Ini apa ini? This is not a democratic country. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Menteri sedikit lagi Yang Berhormat Menteri. Point yang sama.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tidak apa, tidak apa sekejap lagi.

Hendak jawab dahulu Yang Berhormat Bukit Katil ini, yang khuatir sangat ini fasal apa?

Kalau Yang Berhormat merasakan kita semua ada imuniti, ada kekebalan, ikut garis panduan berdasarkan apa yang dibolehkan. Terlalu banyak perkara-perkara lain yang tidak pun terkeluar daripada kekebalan kita sebagai Ahli Parlimen yang boleh dibincangkan.

Umpamanya saya menyebutkan tentang Akta Hasutan 1948 tentang masalah sensitiviti agama ataupun perkauman. Perkara ini tidak boleh disebutkan, maka tidak boleh disebutkanlah.

Saya memantau apa yang Yang Berhormat Bukit Katil lakukan tetapi setakat ini tidak ada kesalahan lah kerana beliau mungkin khuatir tindakan-tindakan dilakukan. Ini kerana dia seorang Ahli Parlimen yang baik dan beliau mengetahui tataetika sebagai Ahli Parlimen. Macam itulah cara yang baik dan contoh yang baik.

Jadi dalam hal ini apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Puchong umpamanya beliau memahami tentang apa yang dihasratkan. Saya ingin sekali lagi menasihatkan diri saya dan kita semua ini. Banyak perkara lain yang tidak tertakluk kepada apa yang berada di luar kekebalan yang boleh kita bincangkan, kita bincangkan. Saya menghormati Dewan yang mulia ini dan kita harus menjadikan etika Dewan yang mulia ini sebagai medan untuk kita berbeza pendapat tetapi yang diizinkan oleh perundangan dan agama. Adapun perbezaan pendapat kita gunakan cara adabul ikhtilaf dalam perkara ini. Ada kaedah- kaedah untuk menangani perbezaan pendapat ya. Silakan.

final • 3:40 PM

Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi saya dapat faham bahawa kalau kita dipanggil oleh polis kerana apa-apa isu kita bawa di Parlimen, kalau tidak rasa salah jangan bimbanglah. Akan tetapi panggilan itu sendiri membimbangkan kita. Di situlah pointnya. Bagi saya, saya berpandangan bahawa apa yang dibuat sehari, dua ini tidak akan dibawa ke mahkamah tetapi hanya bertujuan untuk menimbulkan ketakutan.

Soalan saya Yang Berhormat Menteri ialah kalau kita lihat dalam Artikel 63(5) tentang kekebalan Ahli Parlimen, keistimewaan Ahli Parlimen ini. Dalam cadangan (5), “Walau apa pun fasal (4), tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Yang di-Pertuan Agong...”. Tentang Yang di-Pertuan Agong pun masih diberi kekebalan.

Apa pula cerita OSA dan sebagainya? Ini saya minta pertanyaan Menteri.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya fikir elok saya...

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Menteri.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Merujukkan perkara ini mengenai salah tafsiran ini apabila Menteri Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang nanti, apabila sampai gilirannya untuk memberikan penjelasan mengenai perkara itu. Yang Berhormat Parit Buntar pun masuk lewat hendak tapi tanya soalan?

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Ya saya berminat.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sila.

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya memang bersetuju dengan pandangan rakan-rakan bahawa yang kita maksudkan di sini ialah implikasi terhadap tindakan polis yang memanggil seorang Ahli Parlimen yang di dalam Dewan yang mulia ini menyatakan sesuatu yang ada kepentingan negara. Jadi kita khuatir perkara yang ditanya itu sebagai satu perkara biasa sebagai Ahli Dewan Rakyat bertanya kepada kerajaan.

final • 3:40 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya kira tidak ada tempat yang lebih mulia daripada kita menyoal sesuatu dalam Dewan ini, itu satu. Kedua, saya minta pandangan Menteri. Apa yang dimaksudkan dengan Akta Rahsia Rasmi itu, what’s constitute, secret itu apa dia? Kalaulah secret itu mendedahkan keselamatan negara itu saya setuju, itu sebagai satu yang rahsia. Akan tetapi kalau suatu perkara yang boleh membahayakan negara dari sudut ianya satu bentuk skandal, satu bentuk yang boleh menimbulkan keraguan bahawa ianya satu rasuah, takkan tak boleh tanya.

final • 4:00 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

So, bagi kita takut implikasinya Menteri bahawa ke depan ini ia satu ugutan bagi kami kalau bercakap sedikit, ‘Oh! OSA’, kalau bercakap sikit, ‘Oh! Ini tentang sensitiviti kaum’ dan sebagainya. Sedangkan Dewan yang mulia ini seharusnya bebas daripada semua kongkongan itu kerana Dewan inilah tempat kita berbicara tentang negara kita.

Jangan dikongkong dengan mana-mana akta termasuk OSA.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya fikir apa yang dilakukan oleh pihak polis bukan suatu ugutan. Saya pun tidak bersetuju jika apa yang berlaku itu ialah satu ugutan. Saya juga pernah berpendapat sedemikian. Saya ulangi, saya juga pernah berpendapat sedemikian tetapi apa yang ada di hadapan kita ialah suatu realiti yang pada hakikatnya Perlembagaan yang ada, perundangan yang juga ada di depan kita dan juga kekangan untuk anggota pentadbiran dan juga mantan anggota pentadbiran untuk menghormati perundangan yang sedia ada.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Beruas.

final • 4:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya harap Menteri faham tentang kenapa kita bantah terhadap tindakan polis. Apa yang kita hendak tegaskan ialah pihak polis mesti mengikut undang-undang. Undang-undang negara kita ini mengatakan there must be a reasonable suspicion sebelum polis boleh memanggil sesiapa ke balai polis untuk disiasat. Kalau tanpa apa-apa asas seseorang itu dipanggil ke balai polis, itu merupakan satu tangkapan salah, wrongful imprisonment and wrongful arrest, dengan izin. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan menjamin setiap rakyat Malaysia bebas pergi ke mana-mana pun dan kebebasan ini hanya boleh disekat kalau ada syak wasangka yang munasabah bahawa seseorang itu telah melakukan kesalahan.

Jadi kalau polis memanggil iaitu bagi saya satu paksaan untuk datang ke balai polis, itu telah menidakkan hak kebebasan seseorang itu dan polis telah melakukan dengan izin, wrongful arrest and wrongful detention. Itu satu kesalahan. Saya berharap pihak polis terutamanya Kementerian Dalam Negeri yang menegakkan Undang-undang Jenayah ini memastikan pihak polis juga mengikut undang-undang.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Untuk mengambil keterangan, bukannya tangkapan yang salah atau wrong imprisonment atau arrest Yang Berhormat.

Walaupun saya bukan seorang peguam tetapi tafsiran saya itu bukan, mengambil keterangan sahaja. Saya fikir apa yang berlaku kepada Yang Berhormat Tambun yang telah ditunda tarikh untuk memberikan keterangan, maka saya fikir ini adalah suatu tindakan yang menggunakan budi bicara oleh pihak polis. Saya mengambil catatan daripada semua kenyataan pada hari ini untuk saya melakukan sesuatu yang baik supaya pihak polis terus melakukan suatu tindakan dengan cara yang adil dan saya berikan ini sebagai satu jaminan.

final • 4:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Menteri, saya nak beralih kepada satu isu lain berkait dengan isu yang telah bangkit semalam dalam perbahasan saya iaitu berkait dengan satu laporan oleh seorang bapa kepada seorang murid. Sebenarnya dua orang bapa membuat laporan kepada polis yang menyatakan bahawa anak mereka dipukul di IPK Klang. Sebenarnya selepas majistret telah membebaskan mereka, polis telah bawa mereka ke IPD dan pukul mereka sampai ada banyak marks dalam body dan juga ada seorang polis wanita yang keluarkan kasutnya dan buang atas muka mereka.

So, ini saya telah bangkitkan dalam perbahasan saya dan saya minta Menteri menjawab sebab ini merupakan satu perbuatan yang serius dan kita nak mengharumkan PDRM tetapi dalam cara ini untuk hantar budak-budak sekolah dan sebagainya tidak akan membawa satu imej yang bagus kepada pihak polis.

Isu yang kedua yang saya telah bangkit ialah berkait dengan e-marketing dan investigation police. Seramai 40 orang wanita telah ditipu sebanyak RM2.2 juta oleh ejen mereka. Mereka telah membuat laporan polis tetapi saya dapat laporan daripada mereka mengatakan bahawa polis telah refer the case to consumer tribunal. Akan tetapi saya telah menghantar surat kepada Yang Berhormat Menteri dan telah dapat jawapan bahawa isu ini akan dibawa kepada AG’s Chambers. So saya tak faham macam mana satu agensi boleh dapat dua keputusan. Satu pergi ke consumer tribunal dan kedua, Menteri mengatakan bahawa go to- will refer this matter to AG Chambers. So it is a bit confusing.

final • 4:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

So dapat clarify because it is RM2.2 million yang telah ditipu oleh wanita-wanita yang kerja dari rumah. Therefore I think the police must be much more serious.

Saya bangkitkan isu ini Yang Berhormat sebab ramai wanita di Malaysia sekarang bekerja daripada rumah dan mereka menggunakan internet, menjual barang-barang dan sebagainya dan kena tipu. Mereka datang seramai 40 orang dan semua anak-anak Melayu, daripada 20 hingga 25 tahun, sekarang mereka terpaksa tanggung beban sebanyak RM40,000 ke RM50,000 seorang sebab nak bayar balik kepada pelanggan-pelanggan dan sebagainya. Bila mereka pergi ke balai polis, polis terus refer the matter to consumer tribunal. Walhal mereka ada nama, ada gambar, ada IC number ejen-ejen berkenaan tetapi no action was taken but terus refer kepada pengguna tribunal. So, saya minta pandangan Yang Amat Berhormat Menteri dalam isu ini. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:00 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, I would like to revisit the case tentang apa yang dirujuk kepada tribunal tadi ya. So beri pada saya salinan perkara-perkara berkenaan dan saya akan lakukan tindakan segera. Akan tetapi Yang Berhormat harus berada di Dewan ini sebelum kita rehat tadi kerana tiga orang anggota polis yang didakwa telah memukul dua orang remaja ini telah saya jawab. Jadi kalau Yang Berhormat ada di Dewan ini tentulah Yang Berhormat mendengar apa yang telah saya jelaskan. Akan tetapi alangkah ruginya kerana Yang Berhormat telah tidak berada di Dewan ini. Jadi saya harap lain kali berada di Dewan ini supaya kita sama-sama mendengar.

final • 4:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, boleh ulang sikitlah.

final • 4:00 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebelum Yang Amat Berhormat mengakhiri ucapan penggulungan, saya bukan nak menyoal tentang isu pengganas IS walaupun saya ada penjara di kawasan saya tetapi saya tidak ada zoo, tidak ada zoo seperti Zoo Taiping yang menyimpan monyet [Ketawa]

final • 4:00 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 4:00 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Amat Berhormat, saya minta penjelasan tentang satu isu yang agak serius yang saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini pada tempoh hari. Saya ingin ulasan mengenai satu artikel yang disiarkan oleh Malay Mail Online mengenai ada campur tangan daripada luar negara di mana saya baca dan saya berasa amat bimbang bukan pada dana sahaja tetapi peranan yang dimainkan oleh George Soros ini. Dalam minit yang bocor itu, ia mengatakan bahawa they have moved beyond just giving funds but they have taken a lead role maknanya mereka menjadi peneraju, driver. Satu peranan yang cukup penting dan lagi mereka kata mereka telah mempertingkatkan peranan mereka dengan menggunakan networking, menggunakan syarikat antarabangsa yang mempunyai perhubungan antarabangsa dan menggunakan media asing termasuk melobi Kerajaan Amerika Syarikat untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan melepaskan Anwar Ibrahim supaya menjadikannya sebagai Perdana Menteri.

Lagi Yang Amat Berhormat, kita lihat pada beberapa bulan yang lepas, negara Rusia telah pun membannedkan George Soros dan semua organisasi yang terlibat yang ada kaitan dengan George Soros.

final • 4:00 PM

Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Lagi kita lihat negara China juga memberikan amaran yang cukup serius terhadap George Soros yang kononnya akan attack currency. Jadi saya hendak tahu dan memang mengharapkan satu tindakan yang cukup tegas sebab orang ini mempunyai rekod yang kononnya mendorong colour revolution dan mendorong pergerakan rampas kuasa secara berdarah. Jadi saya mohon satu jawapan daripada Yang Amat Berhormat. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Lipis. Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kementerian Dalam Negeri yang memberi ruang kepada saya. Sebenarnya saya hendak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Tebrau. Ini kerana berita ini dikeluarkan dalam akhbar, Yang Berhormat Simpang Renggam. Ia telah dikeluarkan dalam surat khabar utama yang mana kalau kita melihat masa yang lalu mantan Perdana Menteri Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir sangat memerangi George Soros ini sehingga menyekat beberapa perkara kepada George Soros ini dengan serangan mata wang dan sebagainya.

Akan tetapi hari ini dalam akhbar utama ini menyiarkan berita George Soros telah memberi dana yang cukup banyak kepada berbagai-bagai NGO termasuklah Merdeka Centre, MalaysiaKini. Begitu juga telah didapati membiayai sebahagian daripada demonstrasi yang dilakukan di negara kita ini, tidak lain dan tidak bukan hendak menjatuhkan kerajaan yang sedia ada ini. Jadi saya berharap supaya KDN ataupun Menteri Kewangan menyiasat sepenuhnya berapakah jumlah kedudukan kewangan yang telah disalurkan oleh George Soros ini kepada negara kita.

final • 4:00 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Yang Amat Berhormat Menteri, sedikit.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Mantan...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 4:00 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya tertarik dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam dan juga Yang Berhormat Lipis berkenaan hal berkaitan dengan pembiayaan daripada George Soros. Tadi pun wartawan ada tanya saya berkenaan pandangan saya berkenaan dengan hal berkaitan dengan tuduhan yang mengatakan George Soros membiayai NGO dan juga beberapa portal-portal yang ada di dalam negara ini.

Persoalan saya ialah, kalaulah benda itu berlaku betul, saya yakin dan percaya ambil tindakanlah. Kita tidak hendak, sedangkan kita mempunyai AMLA ada. Kita BAFIA ada. Sudah tentulah George Soros ini dia akan beri wang ini melalui bank dan sebagainya.

Kalau ada, ambil tindakan. Kita tidak perlu untuk uar-uarkan dalam media yang menjadikan rakyat pun menjadi kelam kabut dan sebagainya. Saya rasa tentu tindakan yang tidak baik.

Seolah-olah kedaulatan negara kita ini yang diancam ataupun dicampur tangan oleh orang lain.

Kalau ada orang lain yang buat benda itu ada bukti, ambil tindakan. Tidak perlu untuk kita hendak bising-bising melalui media dan sebagainya. Apakah pandangan daripada Menteri?

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Acuan politik negara ini sesuai untuk situasi dan suasana politik di negara ini. Malaysia tidak perlu campur tangan mana-mana pihak luar untuk menentukan hala tuju politik negara ini...

[Tepuk] Malaysia tidak perlu adanya pembiayaan dari luar untuk meminggirkan pemikiran utama rakyat pada keseluruhannya. Malaysia jangan harus dipengaruhi dengan pembiayaan oleh dana-dana yang datang dari luar ini sama ada kepada media atas talian ataupun organisasi NGO ataupun mana-mana individu.

Mengikut bekas Perdana Menteri yang terdahulu dan sebelum itu, menganggap beliau ini sebagai penyangak kewangan. Kini jika benar, apa yang tertulis dalam media berkenaan yang bersumberkan pada media di luar negara, maka siasatan terhadap perkara ini bukan hanya kepada tokoh berkenaan, malah kerajaan komited akan melakukan siasatan kepada mana-mana organisasi dan portal berita atau mana-mana individu yang disyaki memperoleh sumber kewangan daripada dana asing itu untuk mengganggu gugat kestabilan politik di negara ini. Ini saya mahu pastikan di Dewan yang mulia ini. Saya...

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Termasuk derma daripada pak Arab kepada UMNO.

final • 4:00 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

[Bangun]

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya harap apa yang kita lakukan, campur tangan politik dari luar ini tidak berlaku. Saya harap Yang Berhormat Pokok Sena jika adapun bantuan dari luar, saya akan tahu datangnya daripada siapa dan di mana beliau gunakan dengan beberapa akta yang sedia ada.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak, yang sudah diketahui ialah dalam akaun Perdana Menteri.

final • 4:00 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Amat Berhormat, bagi saya floor.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 4:00 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Dalam Negeri kerana memberi jaminan. Saya kira kami di sebelah sini pun bersama dalam menentukan masa depan negara. Sudah tentu kita tidak mahu ada orang lain yang memberi arahan kepada kita apa yang kita hendak buat.

Setahu saya, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam kawan saya ini, sudah pun dibangkitkan pada tahun 2011 lagi dalam BERSIH 2, BERSIH 3, BERSIH 4...

[Tepuk] Saya rasa ini bukan benda baru. Akan tetapi saya pelik, setiap kali ada BERSIH, keluarlah isu George Soros. Kalaulah benda ini- saya tidak tahu Yang Berhormat Simpang Renggam ini mungkin outdated, dia tidak tahu perkembangan semasa...

[Disampuk] Saya tidak tahu dia baca kah tidak, saya tidak tahu. Kalau betul benda ini sudah keluar tahun 2011, manakah tindakannya? Tidak ada tindakan...

[Tepuk] So, bagi saya ini cakap politik. Yang Berhormat Simpang Renggam mengheret kita kepada satu benda yang tidak ada asas...

[Tepuk] Saya minta Menteri bagi komitmen, kalau betul ada, tangkap mereka.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ya, saya tidak boleh tangkap. Saya minta polis tangkap [Ketawa]

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Ketawa] Saya hendak tanya sedikit. Terima kasih. Saya ucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Pengesyoran yang diberikan oleh kerajaan melalui Menteri Dalam Negeri tadi bahawa sekiranya ada Tuan Yang di-Pertua, mana-mana pihak yang terlibat dalam dana, perkara itu ataupun dana itu dikatakan dana yang mungkin datangnya daripada hasil yang salah. Itu satu pengesyoran yang cukup baik. Saya rasa kita semua terima.

Soalan yang ingin saya tanyakan dalam keadaan tersebut, melalui apa yang kita baca Tuan Yang di-Pertua ada sebuah syarikat yang dinamakan Red Granite yang dikatakan wang daripada negara kita itu melalui dan pergi ke syarikat itu. Saya hendak tanya Kementerian Dalam Negeri. Orang yang mengelolakan syarikat itu adalah seorang bernama Riza Aziz. Adakah pihak polis hendak cari Riza Aziz ini? Kalau mereka hendak cari untuk bantu siasatan seperti mana disebut tadi di mana dana daripada negara kita ini terdapat dan didapati dalam akaun secara salah.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ada di China lagi.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Riza Aziz ini ada dalam kapal rasmi yang dinaiki oleh Perdana Menteri ke China...

[Tepuk] So, saya hendak tanya soalan ini. Adakah pihak polis hendak ambil statement daripada Riza Aziz ini? Kalau dia boleh ambil statement daripada Ahli Parlimen, ya, kenapa tidak diambil statement daripada Riza Aziz ini?

Kenapakah beliau ada di dalam kapal rasmi Perdana Menteri dalam lawatan rasmi ke negara China? Kenapa pihak polis dalam keadaan itu tidak boleh cari beliau untuk ambil statement itu? Terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Yang Berhormat, sedikit. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri. Selain daripada Riza Aziz, saya ingin bertanya tentang Jho Low. Mana fatty itu? Mana Jho Low itu? Adakah polis pernah mencari bantuan daripada INTERPOL, keluarkan red notice untuk mencari Jho Low? Jho Low boleh fail tindakan mengarahkan ahli keluarganya memfailkan berkenaan dalam kes Department of Justice. Akan tetapi mana dia?

final • 4:00 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Saya rasa adalah tanggungjawab polis, sekurang-kurangnya memberitahu Dewan yang mulia ini apakah usaha yang telah dijalankan oleh pihak polis dan di manakah Jho Low ini yang kini telah menjadi corruption fugitive di seluruh dunia, terlibat dalam skandal kewangan terbesar 1MDB. Sekian, terima kasih.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ada lai, lai lagi [Ketawa]

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

[Bangun]

final • 4:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Taiping, persoalan itu saya tidak perlu sentuh dalam penggulungan ini dan saya fikir oleh sebab kes ini dalam siasatan...

final • 4:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Sudah dapat jawapan, tolong beritahu.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya tidak akan menggunakan jawapan tambah ini untuk jawab [Ketawa] Saya fikir apa yang harus dilakukan tiba masanya nanti mungkin Menteri yang terlibat dalam soal perundangan ini, sila tanganilah masalah itu.

final • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 4:10 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Adakah ini perkara terlalu sensitif?

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Pihak polis...

final • 4:10 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Adakah Menteri takut kepada Jho Low?... [Dewan riuh]

final • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Menteri...

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Pihak polis yang akan ambil tindakan.

final • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tetapi hanya untuk sahkan...

final • 4:10 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Janganlah lepas tangan...

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Jika ada...

final • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Adakah pihak polis juga cari Riza Aziz untuk ambil statement?

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya, kalau pihak polis cari Riza Aziz untuk ambil statement...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya sebab kita semua tahu gambar itu keluar, jelas tunjuk beliau di situ.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Puchong...

final • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

So, the question is adakah pihak polis cari Riza Aziz untuk bantu siasatan dalam kes 1MDB ini?

final • 4:10 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Akan tangkap. Jangan lupa Jho Low juga.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Dalam Negeri cukup memberikan laluan, pencelahan banyak kepada kita. Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, kalau tidak minat hendak dengar, boleh keluar.

final • 4:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya minat hendak mendengar jawapan daripada Menteri.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Akan tetapi adakah peraturan...

final • 4:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Tidak perlu Speaker hendak bantu Menteri. Menteri capable. Dia handal.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya...

final • 4:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Tidak perlu Speaker.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, saya belum habis lagi Yang Berhormat. Yang Berhormat yang membebel duduk di tempat Yang Berhormat, betulkah itu? Beradab kah?

final • 4:10 PM

Beberapa Ahli

Kurang adab, kurang ajar.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang saya sebut adalah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita memberikan laluan cukup banyak, cukup banyak. Kenapa perlu Yang Berhormat Petaling Jaya Utara ketawa, kenapa perlu?

final • 4:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Sebab Timbalan Speaker sekarang macam guru besar dalam Dewan.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

DPM macam mana hendak jawab pun kena beritahu kepada… [Rakaman kurang jelas] ...Rakyat...

final • 4:10 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat, kalau tidak mengendahkan, tidak mahu dengar apa yang saya hendak cakap, Yang Berhormat boleh keluar...

final • 4:10 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

Saya hendak sebut, kita ada peraturan. Yang Amat Berhormat cukup sabar memberikan laluan, pencelahan. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri duduk ketika Yang Berhormat hendak mendapatkan pencerahan. Akan tetapi apabila Yang Amat Berhormat hendak memberikan jawapan, Yang Berhormat lain berdiri ramai-ramai sehinggakan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tidak boleh mengeluarkan pandangan dan jawapan. Itu maksud saya. Saya perhatikan. Bukannya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara yang menjadi Pengerusi Dewan ini. Sila Yang Amat Berhormat.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, eloklah saya beralih kepada isu yang terakhir iaitu perhimpunan BERSIH...

final • 4:10 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 4:10 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Mana Jho Low, mana Jho Low?

final • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tidak, tidak. Riza Aziz ini...

final • 4:10 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

...Cukup penting untuk kepentingan negara.

final • 4:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Dua perkara yang dibangkit.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sebagaimana yang dibangkitkan...

final • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kenapa tidak boleh? Kenapa tidak boleh jawab? Dia di dalam kapal terbang rasmi Perdana Menteri Malaysia.

final • 4:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saved by the bell.

final • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Bukan kapal terbang siapa-siapa lain.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini memalukan Tuan Yang di-Pertua.

Sangat memalukan...

final • 4:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

[Ketawa] Saya mahu berpindah...

final • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Pihak polis kata dia hendak cari semua orang dari luar negara.

final • 4:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/LKarpal Singh - Bukit Gelugor

[Bangun]

final • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Akan tetapi orang yang paling penting di belakang Perdana Menteri, tidak boleh ambil statements.

final • 4:10 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya rasa Yang Berhormat Bagan Datok pun rasa malulah.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

…Kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Bukit Gelugor mengenai perhimpunan...

final • 4:10 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Lari tajuk.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Yang akan diadakan pada 19 November. Ini mungkin lebih menarik. Saya ingin menyatakan Yang Berhormat Bukit Gelugor dan Yang Berhormat Kinabatangan bertanya sekiranya KDN mempunyai hubungan dengan kumpulan baju merah. Tindakan susulan PDRM terhadap laporan yang dibuat terhadap kumpulan baju merah khususnya Jamal Yunos serta jaminan bahawa kumpulan baju merah akan menghentikan aktiviti mereka sekiranya Bersih turut berbuat demikian. Saya buka untuk perbahasan...

final • 4:10 PM

[Dewan ketawa]

Beberapa Ahli

[Bangun] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

[Menunjukkan isyarat duduk] KDN tidak mempunyai… [Disampuk] Saya ingin jawab, saya ingin jawab, saya serius. Yang Berhormat Bukit Gelugor...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ini saya beri kenyataan. KDN tidak mempunyai apa-apa hubungan, perlindungan atau janji kepada mana-mana pihak sama ada BERSIH 5.0 atau kumpulan baju merah. PDRM akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap apa jua perlanggaran dan ketidakpatuhan kepada undang-undang dan prosedur yang telah ditetapkan.

Sehingga bulan Oktober yang lalu, PDRM telah menerima sebanyak 175 laporan polis di seluruh negara mengenai BERSIH 5.0 dan akan menjalankan siasatan terhadap laporan yang diterima berdasarkan kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan, Akta Perhimpunan Aman atau undang-undang lain dan seterusnya membuat tangkapan untuk mendakwa mereka yang terlibat di mahkamah jika terdapat keperluan dan bukti untuk berbuat demikian.

KDN menggesa semua pihak menjunjung kedaulatan undang-undang seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain yang berkuat kuasa ketika ini. Kita tidak seharusnya bersandarkan dasar memperjuangkan sesuatu demi kepentingan negara atau untuk menegakkan keadilan sedangkan pada masa yang sama, kita sendiri mengingkari dan membelakangkan undang-undang yang telah digubal oleh Parlimen.

Manakala bagi isu yang melibatkan Jamal Yunos, berkait dengan laporan Jalan Tun Razak report 7721/16 di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Tun H.S.Lee report 29995/16 di bawah seksyen 504 Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM), Jalan Pantai report 10950/16 di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM), suspek telah ditangkap untuk siasatan lanjut pada 19 Oktober 2016 di Balai Ketibaan KLIA sekembalinya dari luar negara.

Saya ingin menyatakan bahawa jika tidak ada kuning, pasti tidak ada merah. Jika tidak ada Maria Chin Abdullah, sudah pasti tidak ada Jamal Yunos...

[Tepuk] Jadi dalam perkara ini, saya minta supaya semua pihak, mana merah ataupun kuning, dua-dua jangan buat perhimpunan. Cara yang terbaik ialah Dewan yang mulia ini untuk kita perbahaskan dan tidak perlu menggunakan platform yang di luar...

final • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Daripada apa yang diperundangkan untuk dilakukan. Kita harap hentikanlah...

final • 4:10 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Hentikanlah perkara mengadakan perhimpunan dan saya amat khuatir jika pelbagai warna timbul di tempat-tempat perhimpunan dengan merasakan bahawa puak ini merasa benar dan puak ini merasa benar, akhirnya, ketenteraman awam tidak akan dapat dikawal dan saya sayangkan negara saya. Kita sayangkan negara kita dan saya harap soal keamanan ini menjadi suatu landasan untuk kita bersama walaupun kita berbeza di dalam memberikan pendapat.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri. Sama ada kerajaan sedar ataupun tidak, kita memang menghormati kebebasan bersuara, kebebasan untuk menyuarakan oleh mana-mana NGO termasuk baju kuning, kita tidak perlu sebut “BERSIH”lah, baju kuning sahaja. Termasuk baju merah yang rakyat bosan melihat aktiviti BERSIH ini atau baju kuning ini, sudahlah ia di jalan raya mengganggu ketenteraman awam, dia pijak gambar pemimpin, dia sapu gambar isteri Perdana Menteri. Jadi ini bukan matlamatnya saya nampak.

Jadi kalau ini bukan matlamatnya, apakah wajar organisasi seperti ini kita biarkan bermaharajalela? Jadi pada saya, BERSIH ini telah banyak dikaitkan dengan berbagai- bagai termasuk menerima dana daripada George Soros. Jadi, haruslah sudah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan yang tegas.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kita tidak perlu- kalau mahu pilihan raya, tunggu PRU akan datang. Di situlah yakinkan rakyat. Kalau rakyat sokong sana, dia undi sana. Kalau dia masih sayangkan Barisan Nasional, maka Barisan Nasionallah yang dia akan undi. Itulah. Tidak perlu kita berperang tiap-tiap hari, ada sahaja organisasi BERSIH sana sini. Buat kacaulah. Ini kuning ini sebetulnya warna Raja-Raja. Dia pakai kuning, saya tidak tahulah siapa yang bagi kebenaran. Dia buat samseng di jalan raya, saya tidak setujulah. Ini apa organisasi BERSIH ini di biarkan bermaharajalela pada 19 hari bulan ini. Berhentikan aktiviti ini. Tiada manfaatnya untuk rakyat. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Rompin.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyuarakan kebimbangan rakyat tentang suasana budaya yang dibawa oleh baju kuning ataupun baju merah kerana dia akan lahir tidak lama lagi baju hitam, baju hijau yang akan menimbulkan suasana yang lebih gawat dalam negara kita. Saya minta kerajaan mengkaji akta berhimpun secara bersih sama ada yang dilakukan oleh BERSIH itu sesuai dengan semangat undang-undang itu digubal.

Oleh sebab kalau di luar negara, selalunya perhimpunan menyuarakan dalam konteks isu-isu semasa. Lepas itu, habis isu itu habislah perhimpunan. Bagaimana kalau nanti ada baju hitam, golongan ya baju hitam akan memakai baju hitam membawa kalimah, “Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah” menuntut bahawa Parlimen membahaskan Rang Undang-undang 355 kerana ia adalah sebahagian daripada tuntutan Perlembagaan. Ada kumpulan hitam pula, nanti akan pakai baju hitam, pergi ke seluruh negara menuntut supaya Parlimen membahaskan undang-undang- RUU KK.

Dia akan menimbulkan suasana baju hitam, baju kuning, baju merah, baju kelabu.

Jadi, spirit rang undang-undang berhimpun secara bersih tidak harus digunakan sewenang- wenangnya. Oleh sebab saya nampak tuntutan itu baju kuning bersiri dan menghasut rakyat suruh datang. Bukan spirit asal mengatakan isu, datanglah. Datanglah berhimpun. Ia bagaimana amalan yang dilakukan oleh masyarakat luar negara mana ada isu, datang.

Habis isu, habis. Ini baju kuning bersiri dan instigate rakyat untuk datang. Itu luar daripada spirit yang saya rasa digubal oleh Parlimen ini. Seolah-olah baju kuning menunjukkan satu politik pula. Jadi, saya bimbang kita Ahli-ahli Parlimen harus memikirkan bahawa spirit undang-undang harus dilihat. Sana saya bimbang akan banyak lagi warna baju akan lahir di negara kita dan menimbulkan suasana yang lebih kecoh dalam negara kita.

final • 4:20 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Indera Mahkotalah.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat, ramai yang bangun, yang mana satu? Yang Berhormat Bukit Gelugor sila.

final • 4:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apa yang telah pun kita ataupun yang ditimbulkan berkenaan dengan BERSIH ini daripada adalah jelas bahawa daripada pandangan dari sebelah sana adalah semua menentang kuning. Akan tetapi apa yang tidak diambil kira oleh barisan di sebelah sana adalah keselamatan negara. Wait, wait, wait.

Keselamatan negara Tuan Yang di-Pertua. Tidak ada mana-mana ahli BERSIH yang pernah mengatakan, “We shall continue even if we are bathed in blood”. Which BERSIH member has threaten the security of the nation? You tell me. Tiada sebarang ahli BERSIH Tuan Yang di-Pertua, yang pernah mengancam keselamatan negara. Sebelum bahagian sana menjadi emosi seperti selalunya, dia selalu boleh dapat award. Boleh macam jadi award untuk emotional behavior.

But, let’s talk about Jamal Yunos. Jamal Yunos telah pun Tuan Yang di-Pertua, telah pun membuat satu kenyataan yang teruk sekali. Beliau menyatakan, saya quote, *“We will not hesitate to do anything to stop the BERSIH rally. For me, our struggle will continue even if we are bathed in blood”. What is he trying to say? He is a criminal...

[Tepuk]*

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Why is he not being arrested? Kenapakah langkah pencegahan tidak diambil untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku sama ada kerajaan menyokong atau tidak bersih itu, tidak isunya. It is not the point if we support BERSIH or not. The point is, are we interested in securing the security of the nation by locking up criminal like Jamal Yunos. Is the ministry going to do that? Itu yang saya minta penjelasan.

final • 4:20 PM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Indera Mahkota sikit. Indera Mahkota.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang mana satu Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Parit Buntar.

final • 4:20 PM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Indera Mahkota, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi kita takut ada orang pakai baju kuning. Lepas itu ada orang pakai baju merah, ada baju hitam. Saya hendak cadangkan kita semua pakai baju putih. Selimut- Macam Yang Berhormat Seputeh. Kalau tidak ada baju putih, kita selimut dengan kapan putih senang.

Tuan Yang di-Pertua, ada tadi saya dengar kata, kalau tidak ada kuning, tidak ada merah. Cuba kita tanya apa benda yang diperjuangkan oleh kuning. Kalau kuning kata dia hendakkan pilihan raya yang bersih, dia hendakkan kekotoran ini dibuang, saya rasa kalau kita sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, SPR yang bertanggungjawab, ketemukan wakil-wakil BERSIH dengan SPR. Settlekan, selesaikan apa benda yang dia tidak puas hati. Kita boleh selesai. Ini tidak. Jadi, saya berpendapat apa kata Perlembagaan Artikel 10 atas kebebasan rakyat untuk berhimpun secara aman? Kalau ada, apa yang kita bimbang kalau merah hendak buat, dia buatlah demonstrasi di tempat lain, di hari yang lain atau isu lain.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Berhimpun boleh, tetapi membuat kacau bilau kepada rakyat itu tidak boleh.

final • 4:20 PM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Ini. Ini...

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu yang kita tidak mahu.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat...

final • 4:20 PM

[Dewan riuh]

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Kacau bilau yang macam mana itu, kacau bilau macam mana itu? Apa yang kacau bilau dia Yang Berhormat Kinabatangan, apa yang kacau bilau dia?

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

BERSIH lah yang kacau bilau.

final • 4:20 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

It’s a peaceful rally.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

It’s a peaceful rally. What are you talking about kacau bilau?

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia buat kacau bilau, itu yang rakyat marah. Tunggulah pilihan raya.

final • 4:20 PM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua. Saya, I am holding the floor, dengan izin. Saya ingat apa ini...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat. Yang Berhormat, boleh Yang Berhormat. Yang Berhormat, seorang-seorang Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

I am holding the floor Tuan Yang di-Pertua. Diizinkan oleh Tuan Yang di-Pertua, diizinkan oleh Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi kalau macam ini perangai, tidak usahlah kata merah, bersih, putih, kuning atau yellow. Kalau perangai macam ini, hapraklah jawabnya.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Terus? Menteri pergi bilik air sebab panas sangat tajuk dia. Ini semua Yang Berhormat Kinabatangan ini. Okey, saya rasa kita di sini.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat. Yang Berhormat, sekejap Yang Berhormat. Yang Berhormat, sekejap Yang Berhormat. Yang Berhormat duduk Yang Berhormat. Oleh sebab itu saya sedaya upaya untuk menjadikan Dewan ini dalam keadaan tertib, aman, tenang. Saya dengar banyak perkataan yang boleh menyakitkan hati, telinga walaupun tanpa tekan mikrofon. Saya dengar perkataan “bodoh”, “bohong”, dan cuba elakkan.

Ini kerana peristiwa-peristiwa yang berlalu adalah daripada segi perkataan- perkataan yang dikeluarkan. Seorang satu pihak kata bohong. Satu pihak kata bodoh. Jadi, bertambah panaslah kita. Jadi, elakkan mengeluarkan perkataan “bodoh”, sebab saya dengar. Sila Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya memerhatikan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi dan respons daripada rakan-rakan. Saya rasa isu yang kita hendak bincang sini bukan adanya baju kuning, adanya baju merah. Hendak ada berapa colour pun, silakan. Saya rasa tidak ada masalah. Apa yang menjadi isunya- dan saya setuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan. Apa yang jadi isunya ialah mengganggu ketenteraman. Kalau satu perhimpunan itu, satu hak yang dituntut itu mengikut undang-undang dan tuntutan itu ada kepentingan dia, saya rasa silakan.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Cuma yang kita berasa agak bimbang ialah apabila adanya Bersih yang sudah ada satu, dua, tiga, empat, lima- bukan baru. Tiba-tiba ada sekelompok yang bukan kita menyekat kebebasan dia untuk berhimpun, Yang Berhormat Menteri... Sudah lega sudah, Yang Berhormat Menteri? Alhamdulillah. Bukan masalah- merah hendak berhimpun, silakan, kita tidak ada masalah, sila berhimpun. Akan tetapi yang kita tidak mahu ialah provokasi yang boleh menimbulkan kekacauan. Itu sahaja isunya. Kalau hitam pun hendak berhimpun, apa salahnya? Himpunlah. Hijau hendak berhimpunkah, oren hendak berhimpunkah, silakan.

Kita di sini Ahli Parlimen. Kita menggubal undang-undang supaya rakyat boleh berhimpun, bukan kita menggubal undang-undang supaya rakyat jangan berhimpun. Itu isunya di sini, Yang Amat Berhormat Menteri.

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Jadi saya harap jangan jadikan isu color ataupun warna ini sebagai satu masalah.

Kita fikir macam mana supaya dari sudut civil right untuk the right to dissent, hak untuk mereka tidak bersetuju, hak mereka berhimpun, hak mereka untuk menyatakan pandangan dipelihara dan mestilah dipelihara supaya tidak diprovokasi dengan isu-isu yang boleh menimbulkan keraguan. Saya rasa itu bottom line kita dalam memberi ruang, bukan menyekat hanya kerana adanya baju merah atau hitam. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat, untuk mendapatkan pencerahan, jangan panjang-panjang berucap, Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Ya, Setiu minta...

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 4:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu perhimpunan yang telah diadakan di Pulau Pinang minggu lepas yang dianjurkan oleh dengan izin, UMNO National Youth...

[Disampuk] Baju hitam. Dia satu rally baju hitam, perhimpunan aman baju hitam yang naik motosikal.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] So, konsep dia adalah himpunan bangkit rakyat yang dianjurkan oleh National UMNO Youth and Penang UMNO Youth.

Jadi saya ingin bertanya di sini, sampai sekarang saya belum dengar apa-apa komen daripada IGP mahupun Menteri Dalam Negeri mengenai himpunan ini. Akan tetapi di dalam Dewan yang mulia ini hari ini, Yang Berhormat Menteri telah menunjukkan ketidakpuasan beliau terhadap himpunan BERSIH.

Saya ingin mendapat satu jaminan di sini bahawa semua peserta perhimpunan Bersih akan dilindungi oleh pihak polis pada 19 November nanti, sebab perhimpunan ini bukanlah seperti perhimpunan baju merah yang ‘haus darah’ rakyat Malaysia.

final • 4:30 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ada jaminankah baju kuning tidak buat kacau?

final • 4:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Tidak perlu UMNO hendak...

final • 4:30 PM

Dato' Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau ada jaminan, boleh.

Akan tetapi BERSIH ada buat kacau, bakar kereta. Mana ada jaminan?

final • 4:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, why UMNO is defending baju merah? Why is UMNO defending Baju merah here?

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sila duduk Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 4:30 PM

Dato' Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat cakap atas angin sahaja.

final • 4:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu mengapa Ahli-ahli UMNO sekarang ini membela dan mempertahankan baju merah?

*When they have actually said they want to build Malaysian...

[Tidak jelas] Why*?

final • 4:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Siapa Ahli UMNO, Yang Berhormat Batu Kawan? Yang Berhormat Batu Kawan...

final • 4:30 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya pertahankan Ahli UMNO sebab saya pun baju merah.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Kawan cukuplah.

final • 4:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Batu Kawan, siapa ahli UMNO?

final • 4:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Setiu, can you keep quiet?

final • 4:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Sebab masalah mengeluarkan perkataan.

final • 4:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

You are not the Speaker. You are not the Speaker.

final • 4:30 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

You tarik balik ‘hauskan darah’ itu.

final • 4:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta jaminan di sini, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:30 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Apa pasal you beria sangat pertahankan kuning? Tadi you kata hauskan darah. Itu perkataan yang menghasut sebenarnya.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 4:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

P.M. 36(4).

final • 4:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Hendak minta Yang Berhormat Batu Kawan tarik balik perkataan ‘haus’ itu.

final • 4:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Why are you so upset?

final • 4:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Point of order.

final • 4:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Suruh Jamal Yunos tarik balik.

Suruh Jamal Yunos tarik balik...

final • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Kawan, duduk. Point of order.

final • 4:30 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Tidak boleh cakap macam itu.

Kenapa hauskan darah? Tak boleh.

final • 4:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Saya hendak minta Dewan yang mulia ini dari kementerian untuk menjaga keselamatan peserta-peserta BERSIH. Itu sahaja.

final • 4:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

P.M. 36(4) saya minta.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, P.M. 36(4).

final • 4:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Saya tidak cakap UMNO. Saya cakap Jamal Yunos.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Kawan, duduk, Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 4:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

P.M. 36(4) jelas. Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan. Apa bahasa kurang sopan? Atau dengan perkataan lain, biadab.

final • 4:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Apa yang kurang sopannya?

final • 4:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Kamu sebut Ahli-ahli UMNO.

final • 4:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yang menyokong Jamal Yunos.

final • 4:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Bila masa kita menyokong? Itu biadab sebenarnya. Itu perkataan biadab.

final • 4:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Habis itu yang berteriak itu apa?

Sikit cakap pasal Jamal, semua berteriak sebelah sana.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Setiu.

final • 4:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Bila masa kita menyokong?...

final • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Your own Minister...

final • 4:30 PM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Do we have a Speaker in this House?

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Lipis, duduk. Yang Berhormat Batu Kawan, you must respect the Chair, Yang Berhormat Batu Kawan. *I ask to you to sit down.

He’s on standing order*.

final • 4:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Not just me, he should respect the Chair.

final • 4:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Apa ini?

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Senang sahaja. If you want people to respect the standing order, you must also respect the standing order. It’s very easy. Apa mahu gaduh?

Yang Berhormat, perkataan-perkataan yang boleh...

[Disampuk] Ya, elakkan. Yang boleh menyakiti hati Ahli lain dalam Dewan, elakkan. Elakkan perkataan itu. Yang Berhormat Setiu is betul. Perkataan yang boleh menyakiti hati Ahli yang lain- dalam peraturan mesyuarat. See. Bercakap tentang baju merah, tak perlulah tuduh UMNO, tak perlu tuduh sebagainya...

[Disampuk] Same. Kalau sebelah sini... [Merujuk kepada blok kerajaan] Bercakap bahawa sebelah sini...

[Merujuk kepada blok pembangkang] Terlibat, you will- you will stand up. The same.

final • 4:30 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Menteri pun hadir waktu baju merah...

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Jadi, kita elakkan.

Okey, saya terima Yang Berhormat Setiu tetapi saya juga minta Yang Berhormat Batu Kawan untuk elakkan perkataan-perkataan yang boleh menyakiti hati.

final • 4:30 PM

Seorang Ahli

Tarik baliklah.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tak payah, tak payah, Yang Berhormat. Cukup.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dah cukuplah.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, tidak jelas apa perkataan-perkataan yang menyakitkan hati.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

You look at the response. Dah berlaku respons dekat sini, sebab itu saya tegur.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

UMNO memang menyokong baju merah. Apa isu dia?

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sebab itu saya tegur, elakkan. Cukuplah.

final • 4:30 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Dia menyebut perkataan ‘hauskan darah’.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Jangan nak bermuka-muka, sekejap kata sokong, sekejap tidak sokong.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Itu isu lain, Yang Berhormat...

final • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Dia menyebut dengan jelas.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Memang jelas, memang menyokong.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Kawan, cukup. Perkara-perkara yang tidak dibangkit dalam perbahasan tidak boleh dibangkitkan ketika ini, Yang Berhormat. Perkara insiden di Pulau Pinang kalau dibangkit dalam perbahasan tidak apa. Kalau tidak dibangkitkan dalam perbahasan, tidak boleh dibangkitkan ketika ini. Sekarang adalah penggulungan oleh pihak Menteri. Okey.

Baik Yang Amat Berhormat, boleh teruskan.

final • 4:30 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Cukuplah, cukuplah Yang Berhormat. Dengar dulu penjelasan Menteri, Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja. Yang Berhormat Menteri, sikit sahaja.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya bagi pihak kerajaan mengambil kira semua pandangan yang diberikan tetapi kerajaan berpendirian sama ada baju kuning atau baju merah, jika salah satu atau kedua-duanya mengambil tindakan untuk berhimpun tanpa kebenaran polis atau mengikut Akta Perhimpunan Aman, tindakan pasti dilakukan oleh pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih atas respons yang telah diberikan. Saya mohon untuk menutup penggulungan ini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 4:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja, adakah Menteri tahu, terlibat...

final • 4:30 PM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Yang Berhormat Menteri, saya nak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana polis menjaga Bersih di Pahang dengan baik.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih, Yang Berhormat. Sekarang giliran Jabatan Perdana Menteri. Saya jemput Ahli Parlimen dari Pengerang.

final • 4:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Okeylah itu jawapan itu. Kita pakat pi lah 19 hari bulan ini.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

So, kita ikut Akta Perhimpunan Aman, kita ikut, tidak ada masalah ya. Kita jemputlah MP-MP Barisan Nasional pun datang hadir sekali.

final • 4:30 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Mana ada jaminan Yang Berhormat? Mana ada jaminan? Yang Berhormat Shah Alam boleh jaminkah tak ada apa- apa?

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang lain duduk, Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:30 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Which one? Yang Berhormat Batu Kawan?

final • 4:30 PM

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Minum dululah Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membuat penjelasan di sini. Kegunaan perkataan kehausan darah itu tidaklah ditujukan sama sekali kepada UMNO...

final • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sudah selesai, Yang Berhormat. Sudah selesai.

final • 4:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Dengarlah. Dia bagi penjelasan, apa masalah? Dengar.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak apalah Yang Berhormat, sudah selesai.

final • 4:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Saya ingin menjelaskan sebab saya tidak tahu apa-apa yang terkini berlaku di sini.

final • 4:30 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat Kapar duduklah.

final • 4:30 PM

Seorang Ahli

Baju merah itu UMNO lah.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Itu tuju kepada baju merah, tapi UMNO sokong.

final • 4:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Mereka terasa.

final • 4:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Bukan terhadap UMNO, tetapi dikatakan oleh geng baju merah. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Pengerang.

final • 4:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mulakan, saya ingin memaklumkan terdapat lapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang akan membahas Peringkat Dasar. Jadi saya mencadangkan setiap Menteri paling lama mungkin 40 minit.

final • 4:39 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, boleh Yang Berhormat. Kita boleh ambil perhatian itu.

final • 4:39 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Belanjawan 2017. Saya juga kesal ada beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di luar perbahasan Belanjawan 2017 di peringkat dasar khususnya Ahli-ahli Yang Berhormat dari sebelah sana.

Walau bagaimanapun, terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh hal-hal perundangan yang melibatkan agensi-agensi seperti Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan juga Parlimen Malaysia.

final • 4:39 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Saya juga akan menjawab bagi pihak jabatan-jabatan dan agensi-agensi berikut iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat Perdana Menteri dan PERMATA. Memandangkan terdapat beberapa lagi rakan-rakan Menteri yang perlu menjawab, maka untuk menjimatkan masa, saya akan menjawab secara lisan beberapa isu dan seterusnya saya akan memberikan jawapan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat andainya masa tidak mengizinkan.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan untuk membahaskan isu-isu dan hal ehwal di bawah Jabatan Peguam Negara iaitu Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Lanang, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Hulu Rajang dan Yang Berhormat Sibu.

Yang Berhormat Batu Kawan dan Yang Berhormat Bukit Bendera yang telah menyentuh mengenai isu jenayah seksual terhadap kanak-kanak, yang mana mereka telah mencadangkan agar satu undang-undang khusus bagi melindungi kanak-kanak daripada pencabulan dan sexual grooming segera diwujudkan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membuatkan pengumuman berkaitan dengan penubuhan task force jenayah seksual kanak-kanak bagi mengkaji dan meneliti isu-isu berkaitan jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak dalam ucapan beliau sempena Hari Wanita Kebangsaan 2016 pada 25 Ogos 2016.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Sehubungan dengan itu, dua mesyuarat task force telah diadakan pada 6 September 2016 dan 4 Oktober 2016. Mesyuarat tersebut telah dianggotai oleh wakil-wakil daripada Pejabat Peguam Negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, ahli-ahli akademik serta beberapa penubuhan dan pertubuhan bukan kerajaan, khasnya berkaitan kanak-kanak seperti National Council of Women's Organisations

(NCWO), dengan izin, UNICEF, P.S. The Children, Women’s Centre for Change (WCC), Malaysian Association of Social Workers (MASW), International Women's Rights Action Watch (IWRAW) dan sebagainya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada The Star, surat khabar The Star kerana sumbangan mereka yang begitu aktif melalui kempen mereka berkaitan anti- grooming. Mereka juga telah dijemput untuk membuat pembentangan dalam mesyuarat task force tersebut. Mesyuarat task force tersebut telah juga menetapkan terma rujukan sebagai berikut:

(i) mengenal pasti kekurangan dan kelemahan pada kerangka perundangan yang sedia ada seperti Kanun Keseksaan, Akta Kanak-kanak 2001, Kanun Prosedur Jenayah, Akta Keterangan 1950 dan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007; dan

(ii) membuat kajian perbandingan mengenai kesalahan jenayah seksual kanak-kanak dengan negara-negara lain seperti United Kingdom, Australia, Canada, India, Amerika Syarikat, Singapura, New Zealand dan Afrika Selatan serta mengenal pasti kesalahan yang wajar diperkenalkan di Malaysia bagi memastikan konsep perlindungan terhadap kanak-kanak adalah sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa dan memenuhi keperluan semasa.

Merangka satu model kerangka perundangan berkenaan jenayah seksual kanak- kanak yang komprehensif dengan mengambil kira pandangan dan cadangan daripada pihak-pihak berkepentingan, termasuk pertubuhan NGO, model kerangka perundangan akan dimajukan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tujuan penggubalan Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak. Susulan perkembangan ini, satu draf model kerangka perundangan khas berkaitan jenayah seksual terhadap kanak-kanak telah berjaya di rangka dan di bentang oleh semua ahli dalam mesyuarat task force jenayah seksual pada 4 Oktober 2016. Antara dasar-dasar yang sedang dipertimbangkan adalah:

(i) meluaskan skop pemakaian kesalahan jenayah seksual kanak- kanak dengan mengenakan hukuman yang lebih berat, sebagai contohnya kesalahan merogol kanak-kanak, serangan seksual kesalahan pelacuran kanak-kanak, kesalahan menyalahgunakan kedudukan amanah dan sebagainya;

(ii) memperkenalkan kesalahan jenayah seksual terhadap kanak- kanak yang baru dengan mengenakan hukuman yang lebih berat untuk kesalahan grooming of the child dan kesalahan pornografi kanak-kanak;

(iii) memperkenalkan prosedur mesra kanak (child friendly procedure) dalam pelaporan kes dan pengambilan pernyataan kanak-kanak;

(iv) mewujudkan obligasi bagi pihak tertentu untuk melaporkan kesalahan jenayah seksual kanak-kanak;

(v) menambahbaikkan kebolehterimaan keterangan kanak-kanak dalam prosiding jenayah di mahkamah dan prosedur berkaitan dengannya;

(vi) mewujudkan satu mahkamah khas yang mengendali kes jenayah seksual kanak-kanak bagi mengendalikan prosiding jenayah seksual kanak-kanak; dan

(vii) kewujudan mahkamah khas dengan majistret hakim dan pendakwa raya yang mempunyai kepakaran khusus dalam jenayah seksual kanak-kanak akan membantu kerajaan untuk mencapai hasratnya untuk melindungi kanak-kanak secara holistik.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Satu nota bersama Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung dengan perkara ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa yang terdekat. Bacaan pertama rang undang- undang juga akan dijangka dibentangkan dalam sidang Parlimen setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri. Yang Berhormat Kluang pula telah membangkitkan mengenai isu...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Mertajam bangun. Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Is it about the sexual grooming?

final • 4:40 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Ya, about sexual. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mendapatkan pandangan dan juga penjelasan daripada Menteri. Adakah dalam keadaan ini dan saya pujilah sebab ada inisiatif yang begitu baik untuk menambahbaikkan undang-undang sedia ada bagi menangani masalah sexual grooming against children. Saya hendak tanya, sehubungan dengan itu adakah cadangan ataupun- ini adalah satu cadangan lama, proposal lama iaitu untuk mewujudkan satu Akta Daftar Jenayah Seksual atau Sexual Crime Registration Act. Kini kita ada daftar untuk jenayah di bawah Akta Kanak-kanak tetapi tidak merangkumi penjenayah seksual yang lain. Itu satu.

Keduanya, adakah kita akan memasukkan juga mekanisme yang mana pesalah jenayah seksual yang namanya didaftar di bawah daftar jenayah seksual ini dilarang daripada bekerja ataupun peluang mendekati golongan yang vulnerable, termasuklah seperti di sekolah, menjadi pemandu bas sekolah, teksi, tadika dan pusat jagaan kanak- kanak dan sebagainya. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Dalam perkara ini memang kalau kita lihat, ini salah satu daripada pendekatan baru yang perlu dilihat secara holistik. Itu sebabnya kertas Jemaah Menteri akan disediakan bersama daripada Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga dengan Jabatan Perdana Menteri. Berkenaan dalam perkara ini sebab memang saya dimaklumkan perlu dinyatakan bahawa dalam banyak negara di luar sana, pendaftaran ini sudah wujud supaya adanya satu hubungan, supaya kita tahu yang mereka ada di dalam masyarakat itu adalah antara kategori.

Akan tetapi saya ingin menambah di sini Tuan Yang di-Pertua, bahawa definisi rogol sebagai contoh, kita mahu melihat bahawa bila kita melihat tentang jenayah seksual terhadap kanak-kanak, itu yang perlu dicadangkan dan akan dicadangkan ialah kita tidak hanya melihat kepada definisi di bawah Penal Code, dengan izin. Kita melihat satu definisi yang lebih luas, mengambil kira pertama, penggunaan objek. Kedua, kita melihat kepada penggunaan, dalam bahasa orang putih, dengan izin, certain organ not necessary- saya tahulah, Yang Berhormat-Yang Berhormat peguam tahu kefahaman seksyen di bawah definisi “rogol” dalam Kanun Keseksaan.

Akan tetapi definisi lebih luas dan perbuatan juga tidak semestinya lelaki terhadap perempuan tetapi juga mungkin terhadap lelaki, terhadap kanak-kanak lelaki, sebagai contoh. Man against boys, sebagai contoh, satu. Yang lebih luas yang hendak dicadangkan dan saya harap Jemaah Menteri akan mengambil kira ini sebagai salah satu langkah yang lebih positif untuk mengambil kira satu definisi yang lebih luas. Saya juga hendak tambah di dalam perkara ini, antara masalah saya berani berkata dalam kes Richard Huckle yang telah berada di Malaysia, salah satu daripada saya- mungkin saya silap dari segi ini.

Akan tetapi dari segi fakta Tuan Yang di-Pertua, kalau kes itu disabit di Malaysia dengan adanya undang-undang keterangan yang sudah ada di dalam negara kita dan sistem yang ada pada hari ini, tidak mungkin beliau boleh disabit dengan jenayah yang telah dilakukan. Terutama sekali dalam sistem mana beliau telah melakukan jenayah tersebut dalam jangka masa lebih daripada 25 tahun.

Di mana mereka melihat, saya dimaklumkan bahawa beliau telah disiasat kerana menjadi salah satu daripada penaja dalam the dark web. Maknanya, dengan izin, dia telah memasuki dalam sistem bidding dalam the dark web yang mereka melibatkan transaksi penjualan kanak-kanak, transaksi gambar pornografi dan sebagainya.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Jadi, itu sebabnya di United Kingdom bila beliau disabit dengan satu undang yang dilihat dalam pendekatan yang menerima tentang kejadian yang berlaku dari segi gambar dan juga sabitannya atas pengakuan beliau. Jadi, ini sebabnya antara yang paling penting ialah isu dalam isu dalam undang-undang anti-grooming.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Saya percaya Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian memang menyedari bahawa salah satu daripada cabaran media sosial kepada generasi muda ialah kegunaan media sosial sebagai katakan alatan grooming kepada generasi muda khasnya dalam transaksi- transaksi jenayah seksual dan sebagainya. Silakan, ada soalan?

final • 4:50 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Terima kasih dan syabas kepada Menteri kerana mengiktiraf kelemahan yang ada iaitu bukan sahaja daripada skop definisi undang-undang tetapi juga dari skop pelaksanaannya termasuklah mengiktiraf keperluan wujudnya undang-undang ini untuk merangkumi kegiatan atas talian. Saya percaya sememangnya pihak berkuasa ataupun penguat kuasa undang-undang kita ada keupayaan begini. Kita lihat sahaja Ketua Polis Negara yang begitu aktif dalam Twitter. Jadi saya harap keupayaan ini akan digunakan dan cadangan ini akan dimasukkan ke dalam kertas kerja kementerian nanti.

Akan tetapi sekali lagi saya hendak bagi peringatan bahawa tentang daftar jenayah seksual ini, sebenarnya sudah dicadangkan sejak tahun 2007, sejak kes adik Nurin itu yang begitu menyedihkan. Jadi saya harap kita tidak akan melengah-lengahkan lagi tentang perkara ini daripada undang-undang untuk mengelakkan sexual grooming kepadalah daftar jenayah seksual yang sudah memang beberapa tahun sejak tahun 2007 lagi kita tunggu. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, salah satu daripada pendekatan yang dilihat sebagai satu yang sangat-sangat diperlukan ialah kes-kes sedemikian mesti dilaksanakan dengan secepat mungkin, disebabkan oleh kanak-kanak tersebut sebagai mangsa dan sebagai saksi. Kita memerlukan itu yang saya sebut tadi dalam perbahasan saya, pembentangan saya tadi tentang apa yang disebut sebagai Mahkamah Khas. Saya telah berbincang dalam task force tersebut Tuan Yang di-Pertua bahawa sepatutnya kes-kes sedemikian diselesaikan. Kalau boleh maksimum 12 bulan sahaja daripada kes mereka yang dituduh.

Sebab kalau tiada pengsaksian kanak-kanak terutama sekali yang sudah membesar, yang sudah matang, mungkin mereka lupa, malu dan sebagainya. Ini antara salah satu sebab kalau pun ada undang-undang yang begitu hebat Tuan Yang di-Pertua, tetapi persabitannya tidak dapat dilaksanakan dengan secara adil melalui satu proses yang lebih memudahkan kepada pengsaksian, jadi ia akan tidak berlaku adil kepada mereka terutama kanak-kanak yang menjadi mangsa kepada jenayah seksual.

Yang Berhormat dari Kluang pula yang membangkitkan mengenai isu hukuman mati mandatori yang mana Yang Berhormat Kluang mencadangkan supaya hakim diberi budi bicara untuk menjatuhkan hukuman mati. Yang Berhormat Kluang juga telah mencadangkan supaya satu moratorium dilaksanakan bagi menangguhkan hukuman mati mandatori sehingga kajian berkenaan pelaksanaan hukuman mati di negara ini selesai.

Yang Berhormat Ipoh Barat dan Yang Berhormat Batu Kawan juga telah menyentuh isu yang sama di mana bertanya mengenai bila rang undang-undang berkenaan pemansuhan hukuman mati mandatori dibentangkan di Parlimen.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan sedang menjalankan satu kajian komprehensif berkenaan dengan isu hukuman mati termasuk mengambil kira cadangan supaya hakim diberi budi bicara untuk menjatuhkan hukuman mati. Kajian merangkumi keseluruhan peruntukan hukuman mati yang berkuat kuasa di dalam negara ini dan juga pelaksanaannya. Kajian ini dibuat dengan mengambil kira semua peruntukan undang-undang yang sedia ada di negara ini dan kajian perbandingan dengan peruntukan undang-undang daripada negara lain. Skop kajian tidak hanya tertumpu kepada pemansuhan hukuman mati mandatori tetapi juga hukuman mati pilihan iaitu sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Keputusan berhubung pelaksanaan hukuman mati di negara ini sama ada akan dimansuhkan ataupun diteruskan merupakan perkara dasar yang akan diputuskan oleh kerajaan berdasarkan hasil kajian tersebut.

final • 4:50 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said

Untuk makluman lanjut Ahli-ahli Yang Berhormat, pada 17 Ogos 2016 yang lalu, satu Memorandum Jemaah Menteri berhubung status kajian tersebut telah dibawa ke Jemaah Menteri dan diputuskan untuk Jabatan Peguam Negara untuk membuat kajian yang lebih lanjut berhubung dengan perkara ini. Justeru itu setelah kajian tersebut selesai ia akan dibawa semula ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk dipertimbangkan selanjutnya.

Untuk makluman, saya juga telah mempengerusikan satu mesyuarat jawatankuasa bagi membincangkan pelaksanaan hukuman mati di Malaysia pada 5 September 2016 yang lalu. Mesyuarat tersebut merangkumi ahli-ahli akademik, wakil-wakil Majlis Peguam, wakil SUHAKAM, wakil NGO seperti Amnesty International, wakil pembangkang dan Jabatan Peguam Negara serta agensi-agensi kerajaan berkaitan dengan lain.

Tahniah juga saya ingin nyatakan kepada Yang Berhormat Ipoh Barat yang telah menghadiri mesyuarat tersebut serta memberikan input yang begitu bermanfaat. Beliau juga telah lama menyumbang pandangan berkenaan perkara ini kepada Menteri yang menjaga hal ehwal perundangan pada masa itu iaitu Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang telah menyegerakan agenda ini sejak masa lama lagi. Inilah yang kita mahukan satu kerjasama antara semua pihak dan perkara ini atau mana-mana perkara yang melibatkan rakyat. Pelbagai maklum balas dan respons daripada semua pihak berkepentingan ini telah diperoleh dalam mesyuarat ini yang akan turut dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri amat prihatin terhadap perkara ini khususnya terhadap pesalah-pesalah muda atau, dengan izin, drug mules, dadah yang dikenakan sabitan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Bagaimanapun satu cadangan supaya satu moratorium dilaksanakan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman mati adalah tidak bersesuaian buat masa ini kerana sabitan telah diturunkan.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, pengenaan hukuman mati adalah berlandaskan lunas undang-undang yang sedia ada dan ini tidak boleh ditangguhkan kerana ia bertentangan dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada, kerana apabila sesuatu perbicaraan telah selesai dan tertuduh didapati bersalah, mahkamah dikehendaki untuk menjatuhkan hukuman sebagaimana yang telah ditetapkan oleh undang-undang yang berkaitan.

Yang Berhormat Ipoh Barat telah bertanya mengapa rang undang-undang mengenai unilateral conversion belum dibentangkan di Parlimen…

final • 4:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Sekejap ya, minta maaf. Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya khuatir bahawa kita sekarang ke satu lunas yang tidak tentu kerana sekarang kita balik kepada drawing board yang mana kita memberitahu pandangan baharu bahawa selepas Kabinet membuat keputusan bulan Ogos, sekarang untuk mencari satu nafas yang baharu untuk membuat kajian.

Semasa perbincangan Yang Berhormat Menteri saya pun ada bagi tahu, Hood’s report- death penalty project yang telah dijalankan di negara ini tiga, empat tahun dahulu dan yang mana khasnya mengenai abolishment of mandatory death penalty. Saya pohonlah agar kerajaan fikir balik sementara menunggu kajian muktamad, sekurang- kurangnya kita memberhentikan semua mandatori gantungan dibuat supaya seimbang.

Jangan kita selepas membuat satu keputusan untuk menerima pakai bahawa mandatory death penalty patut dihapuskan, kita tidak memberi ruangan yang sama kepada orang- orang yang terkena dengan hukuman yang telah digunakan. Ini kerana ramai di antara Ahli Parlimen, kita mendapat desakan dari keluarga-keluarga dan ramai di antara mereka di mana apa yang dikatakan adalah innocent. Tuan Yang di-Pertua saya ingin letak apa yang dibuat yang dikatakan oleh Tun Hanif Omar semasa beliau menjadi bekas IGP. Beliau datang ke satu forum di Parlimen dan mengatakan bahawa pada tahun 1990, beliau adalah satu di antara orang yang sangat tegas untuk mengadakan mandatory death penalty. Sekarang pandangan beliau sendiri telah berubah kerana beberapa faktor yang telah saya hujah sebelum ini. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh mengadakan perbincangan supaya kita memberhentikan mandatory death penalty- menjalankan sistem tersebut sehingga kajian ini muktamad.

final • 4:50 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat.

Saya memang cukup simpati dengan hujahan Yang Berhormat sebab memang terutamanya dalam kes-kes yang saya sebut tadi yang mana sepatutnya ada budi bicara hakim dalam kes-kes contohnya di bawah seksyen 39B ya. Disebabkan oleh mandatori, maka kes-kes dalam keadaan yang tertentu mereka menjadi mangsa. Itu sebabnya saya memang cukup simpati. Itu harapan daripada kerajaan dan saya sendiri sebagai Menteri yang bertanggungjawab sebagai the de facto Law Minister. Perkara ini mesti diselesaikan dengan secepat mungkin.

Saya boleh bercakap, alhamdulillah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri-menteri Kabinet telah membincangkan semasa saya menjadi de facto Minister dan perlu dibawa dan saya harap sangat kita dapat bawa secepat mungkin kerana perlunya penyelesaian dari segi dasar, pertama, undang-undang yang sebagaimana yang perlu kita lihat terutama sekali bawah seksyen 39B bagi saya ini satu yang kita tahu dengan izin, the whole world is looking at a shift for the mandatory death sentence that it should be under discretionary powers. Saya juga tahu daripada kajian yang telah dibentangkan banyak menyatakan secara konklusif bahawa there is no dengan izin, jaminan there is no guarantee that the death sentence would prevent the crime or the act of- certain act the criminal, the distribution atau pengedaran dan sebagainya to be lessen. There is no- tidak adanya concrete evidence dalam perkara ini.

final • 4:50 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said

Itu sebabnya saya perlu membawa semula selepas kajian yang perlu mereka buat dan Mesyuarat Kabinet saya ingin menyatakan bahawa Tan Sri Peguam Negara sendiri akan- telah disebut untuk sendiri membentangkan perkara ini supaya Menteri-menteri Kabinet dapat memberikan kata putus dalam Peringkat Dasar. Saya boleh memberi jaminan, pandangan saya secara peribadi. Saya bersetuju tertakluk kepada mandatory death sentence supaya tidak menjadi mandatori tetapi diberikan kuasa budi bicara kepada hakim. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri saya hargai pandangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan isu ini.

Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kajian menunjukkan bahawa the death penalty has not served dengan izin, as deterrent to cases such as drug trafficking. Itu menjadi tempat yang saya rasa mulanya kita perlu lihat masalah ini. Akan tetapi isu yang saya ingin bangkitkan Yang Berhormat Menteri adalah ini, tadi saya dengar kalau tidak silap, correct me if I am wrong Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa kami tidak boleh mengadakan moratorium kerana hukuman itu dijatuhkan oleh mahkamah dan perlu dilaksanakan. Itu adalah alasan yang diberikan.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Pertama, hukuman yang diberikan, dijatuhkan oleh mahkamah itu tidak menyebut masanya. So, tidak ada had ataupun masa tertentu dalam mana ianya perlu dilaksanakan, itu pertama. Jadi dalam isu itu- isu kedua adalah secara administrative ia boleh ditangguh, ia boleh ditangguh sekiranya ada arahan administrative sedemikian. Saya membangkitkan perkara ini Tuan Yang di-Pertua kerana kalau tidak silap saya Yang Berhormat Menteri, undang-undang di Singapore yang mana ada pindaan yang baru dibuat, undang-undang itu membenarkan mahkamah melihat kembali kepada sabitan-sabitan yang lalu dan mengkaji semula, sama ada ataupun tidak sabitan itu memadai. In other words, the new laws will allow a court to review the earlier sentences. Maknanya undang-undang baru ini tidak hanya akan terpakai kepada kes-kes yang masih belum ada sabitan.

In our Federal Constitution, Yang Berhormat Menteri memang sudah tahu Article 7, ia terpakai pada tarikh kejadian. Maka semua kes yang berlaku, kejadiannya selepas itu kalau sudah dipinda undang-undang, maka ada yang kita boleh sebut, there will be a discretion. But kita perlukan satu undang-undang yang boleh juga melihat kepada kes-kes yang sudah ada sabitannya. Itu menjadi- that is where the bulk of the problem is. So, saya minta pandangan Yang Berhormat Menteri sama ada ataupun tidak kita boleh lihat atau kaji undang-undang ini dari segi nombor satu, kita hendak adakan discretion. Kita bagi budi bicara kepada hakim dalam kes-kes yang masih dibicarakan atau kes-kes yang mana kesalahan itu akan berlaku.

final • 5:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Akan tetapi juga kita panjangkan kepada kes-kes yang mana sudah ada sabitan di mana orang itu menunggu hukuman itu dilaksanakan. Kalau itu boleh dibuat, maka saya minta supaya juga dipertimbangkan, supaya untuk semua kes kita tangguhkan secara administrative sehingga undang-undang baru ini digubal. Apabila digubal, maka hukuman mereka dapat dikaji semula untuk kita pastikan supaya tidak ada satu pun nyawa yang kita korbankan dalam keadaan-keadaan yang sebenarnya tidak seharusnya berlaku sebegitu.

Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Puchong.

Saya memang setuju sebab antara kesan hukuman mati ialah, you can’t give back life. Itu yang menjadi satu masalah yang paling besar. Itu sebab isu yang mana dibawa oleh Yang Berhormat itu akan saya bawa dalam Mesyuarat Kabinet supaya perkara ini dibuat kiraan.

Saya tidak ada senarai setakat ini berapa yang di dalam the death sentence row. Jadi saya boleh memberi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat.

Akan tetapi setakat ini there must be a balance. Itu sebab harapan saya kalau kita dapat betul-betul selesaikan ini, jadi isu yang disebut Yang Berhormat itu must take dengan izin, into consideration. Disebabkan oleh moratorium, perkara yang disebut moratorium.

Oleh sebab seperti yang dikatakan itu mewujudkan penggubalan undang-undang supaya kes-kes yang telah disabitkan, we look into the matter if it’s possible. Akan tetapi seperti yang saya kata, saya sekali lagi saya selalu menyatakan bahawa saya bukanlah Peguam Negara. Saya hanya de facto law Minister, tetapi saya akan membawa perkara ini dalam Mesyuarat Kabinet. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya, hanya untuk jaminan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa perkara moratorium itu juga akan dibawa. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Yes, we will bring. Saya sendiri akan bawa.

final • 5:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya menghargai, terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Priority, priority.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, kita sendiri sudah tahu, kalau dia sudah kena gantung macam mana kita hendak bawa balik kepada nyawa tersebut.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Kawan bangun.

final • 5:00 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pihak Yang Berhormat Menteri yang mengambil inisiatif yang betul-betul ikhlas untuk membantu mangsa-mangsa ataupun penjenayah yang telah dijatuhkan hukuman mati.

Saya mengambil pendirian yang sama seperti dengan Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Ipoh Barat untuk memohon satu moratorium kerana dengan izin, I would like to share very quickly case adik Shahrul Izani Suparman yang sudah sembilan tahun menjalani hukuman gantung di atas his charge is 39B for drug trafficking. Sampai hari ini beliau masih lagi- he still stands by his innocence. He said that the drugs he had no knowledge of the drugs on the motorbike. Jadi dalam kes-kes seperti Shahrul Izani ini, mungkin kalau beliau boleh dijatuhkan hukuman mati minggu depan, bulan depan, akhir tahun ini, awal tahun depan. So, we have no idea when this is going to happen. Sekiranya betul beliau seorang yang tidak bersalah, I agree with you Yang Berhormat that you cannot reverse, it’s an irreversible damage, you cannot bring back the life. So, in the case of this young man who until now has shown progress in prison, he has attended religious classes, he’s helping other inmates for religious counselling. So, if we do not impose a moratorium, then the state will be guilty of hanging an innocent man, perhaps. Jadi pada pandangan saya, it is quite critical untuk keputusan ini dibuat secepat mungkin, moratorium. Dengan izin, when Members of Parliament are against the death penalty, it is not the same as we are against the crime. What the government should be doing is to fight the crime and not ending life. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Saya seperti Yang Berhormat Batu Kawan, sahabat-sahabat. Kita semua adalah- saya pula sebagai mantan bekas peguam.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Kita tahu there is always two sides to a coin, macam-macam. Selalunya yang saya sebut dalam perbahasan saya itu tentang mereka yang menjadi mangsa keadaan, victim of circumstances yang mana mereka selalunya anak-anak muda yang menjadi drug mule. Kita tahu bahawa disebabkan oleh strict liability daripada seksyen 39B hanya disebabkan oleh timbangan, dia akan dikenakan sabitan hukuman mati dan hakim-hakim sendiri pun berkata mereka terikat tangan disebabkan oleh undang-undang yang sudah wujud.

Itu sebabnya yang menjadi irony of the matter, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, Amerika Syarikat yang bercakap tentang isu hak asasi mereka tidak, dengan izin, abolish death penalty. Amerika Syarikat hari-hari bercakap tentang hak asasi. Saya pun ingin menyatakan kepada banyak NGO di luar sana, civil society bagi Kerajaan Malaysia sekurang-kurangnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyebut bahawa ini satu perkara yang perlu kita kaji.

Saya selaku the de facto Law Minister membawa kepada mesyuarat Kabinet dan kita juga perlu mengambil kira walaupun saya kata dari segi kajian tidak adanya kata orang mengatakan bahawa adanya bukti bahawa undang-undang hukuman mati ini akan mengurangkan kesabitan kesalahan jenayah tersebut. Akan tetapi ada juga agensi-agensi lain, kementerian-kementerian lain yang mungkin memberikan pandangan yang berbeza tetapi daripada aspek peguam sendiri, kita sendiri memang tahu antara masalah paling besar ialah adanya death sentence tersebut sabitan dikenakan, masa pun tidak ditentukan, nyawa tidak dapat dikembalikan. Itu sebabnya bagi saya...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Saya sendiri- saya ada bersama saya senarai beberapa orang yang in the death row penalty tetapi saya rasa beri jawapan bertulislah pada Yang Berhormat Puchong dan juga Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Puteh bangun, Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Juga Yang Berhormat Ipoh Barat. Sorry? Silakan.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberikan jawapan yang komprehensif tadi. Saya sebenarnya menyokong supaya ada moratorium supaya kajian dilakukan. Apabila kajian dilakukan maka moratorium itu sepatut ada untuk menangguhkan death penalty ini. Persoalan saya bukan hanya pada mule dadah yang kita ada death penalty, ada perkara-perkara lain lagi yang mana ada death penalty.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Jadi di sini persoalan saya, adakah semua death penalty itu akan dibatalkan supaya tidak ada death penalty langsung? Kalau itu yang berlaku, maka saya rasakan tidak berapa tepat. Ini kerana ada perkara-perkara misalnya saya bagi satu contoh, pembunuhan dengan sengaja. Seseorang didapati mengambil pistol dan menembak seorang lagi, diupah atau sebagainya untuk tembak, membunuh satu nyawa. Maka, jelas bagi kita bahawa pembunuhan ini perlu kepada bunuh balik. Kalau pada Islamnya, qisas.

Jadi mungkin ini satu perbincangan yang panjanglah. Maknanya mesti ada juga death penalty untuk beberapa kesalahan yang besar dan lebih-lebih lagi dalam kesalahan- kesalahan yang seperti pembunuhan, ataupun rompakan, bunuh dan sebagainya. Jadi soalan saya juga adalah dalam committee yang ada sama dengan Menteri untuk membincangkan isu ini, adakah di sana itu wakil-wakil daripada pakar-pakar dalam bidang agama Islam untuk memberi nasihat kepada Menteri dan juga jawatankuasa tentang pandangan Islam tentang death penalty ini. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Jawapan saya kepada soalan yang terakhir itu memang adanya wakil daripada Peguam Syarie Malaysia dalam jawatankuasa tersebut. Berkenaan dengan soalan yang kedua itu saya rasa Yang Berhormat Pasir Puteh bincanglah dengan Yang Berhormat Ipoh Barat iaitu beliau adalah pakar dalam isu death sentence. Oleh sebab isu sekarang ini dia bukan sahaja dalam elemen strict liability bawah Akta Dadah Berbahaya tetapi jenayah- jenayah lain yang disebut oleh Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Yang Berhormat Ipoh Barat juga telah bertanya berkenaan rang undang-undang mengenai unilateral conversion yang belum dibentangkan di Parlimen dan beliau ingin tahu bila rang undang-undang tersebut akan dibentangkan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2016 Tuan Yang di-Pertua, telah menyatakan dalam ucapan beliau bahawa akan ada pindaan ke atas Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164] bagi menyelesaikan isu pertikaian apabila salah satu daripada pasangan suami isteri memeluk Islam. Beliau juga turut menyatakan bahawa pindaan ini akan dibuat berdasarkan tiga prinsip utama:

(i) sebarang isu berbangkit berkenaan penceraian bagi perkahwinan yang didaftarkan secara sivil perlu diselesaikan di Mahkamah Sivil terlebih dahulu bagi memastikan tuntutan seperti hak penjagaan dan nafkah anak-anak diselesaikan hingga ke peringkat pendidikan tertinggi terpelihara;

(ii) berpaksikan kepada prinsip keadilan sejagat, pindaan akta ini akan memberikan kepada kedua-dua pasangan untuk menyelesaikan isu perkahwinan sivil di Mahkamah Sivil.

Seterusnya membolehkan mereka meneruskan kehidupan masing-masing seperti untuk berkahwin lain bagi pasangan bukan Islam; dan

(iii) percanggahan yang berlaku antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah berbangkit daripada pemelukan agama Islam oleh salah seorang daripada pasangan dapat diselesaikan dan seterusnya kelompangan perundangan dan pertindihan peruntukan undang-undang sivil ada dapat diselesaikan.

Pelbagai mesyuarat sedang diadakan oleh Kementerian Dalam Negeri sebagai kementerian yang bertanggungjawab yang akan membawa kepada rang undang-undang ini yang telah dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dengan semua pihak berkaitan untuk membincangkan isu-isu berbangkit dengan pandangan yang komprehensif termasuk isu yang dibangkitkan Yang Berhormat.

Jadi, saya ingin menyatakan di sini komitmen daripada kerajaan, daripada orang nombor satu Kerajaan Malaysia menyatakan perkara ini perlu diselesaikan. Beliau juga ada menyebut bahawa harapan kalau boleh bacaan rang undang-undang pada pindaan tersebut, bacaan dibuat kali pertama dan kedua kalau boleh diizinkan dalam sesi Parlimen ini. Saya juga ingin merakam terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Bagi masa sekejap. Terima kasih atas komitmen yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri. Saya harap komitmen itu akan dijalankan dengan seberapa segera. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Menteri dan kepada Ahli-ahli Parlimen di sini, saya telah membangkitkan perkara ini bukan kali pertama.

From the year 2009, sudah lapan tahun. Beribu-ribu orang di negara ini are suffering in silence.

final • 5:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

...Ya.

final • 5:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Satu komitmen saya harap Yang Berhormat Menteri kalau boleh dalam dua minggu ke tiga minggu disegerakan. Kalau perlukan pertolongan daripada pihak di sebelah sini, we are willing to come and cooperate, help up. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rompin bangun, Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Saya juga bersama Yang Berhormat dengan Ipoh Barat bahawa perkara ini perlu diteliti dengan begitu baik. Tidak harus, kalau dari segi agama tidak harus menjurus kepada Mazhab Syafie sahaja. Dia harus terbuka kepada pandangan mazhab-mazhab lain. Tidak harus tertumpu kepada Mazhab Syafie sahaja untuk merungkai masalah ini.

Jalan penyelesaiannya ada kata umpama saya ambil katalah, seorang ibu bukan Islam mempunyai anak umur dua tahun. Suaminya melarikan anak dia masuk Islam, atau tidak masuk Islam Islam. Mahkamah nampaknya keliru tentang persoalan ini.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Secara fitrahnya secara hukum agama harus diserahkan kepada ibu walaupun suaminya telah masuk Islam. Kadang-kadang kita melihat dari segi mazhab, satu mazhab sahaja, tidak melihat pandangan-pandangan mazhab lain tentang persoalan-persoalan fiqah tertentu. Itu yang saya harapkan daripada Jabatan Perdana Menteri juga, Menteri pun ada di sini nampaknya.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Puteh bangun.

final • 5:10 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Membantu. Saya ingin menyokong pendapat daripada Yang Berhormat Rompin bahawa memang kadangkala kita ini terlalu sempit juga. Kadangkala kita banyak mengikut, kalau di Malaysia mengikut satu mazhab dan kita tidak terbuka untuk mengikut mazhab-mazhab yang lain. Walau bagaimanapun kita serahkan kepada Mahkamah Syariah.

Akan tetapi saya menyokong sebenarnya pendapat yang menyatakan apabila perkahwinan itu berlaku di Mahkamah Sivil, maka apabila berlaku penceraian dan salah seorang itu memeluk agama lain, maka dia patut diselesaikan di Mahkamah Sivil juga. Saya menyokong sebenarnya. Kalau dipercepatkan lagi, saya rasa ramai di antara kita akan menyokong undang-undang ini. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Pasir Puteh ya. Sebenarnya yang kita hendak tekankan di sini oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional adalah kita tidak boleh menzalimi keluarga yang menjadi mangsa keadaan. Takkan masalah masa nikah, masa kahwin tu dia agama bukan Islam. Tiba-tiba dia lari daripada tanggungjawab jadi orang Islam, salah satu daripada pasangan sebab tidak mahu bertanggungjawab, tanggungjawab kepada isteri dan anak ataupun suami dan anak.

Itu sebabnya kita tidak mahu mereka menggunakan Islam sebagai satu pembelaan dan memalukan agama itu sendiri. Itu sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan mesti diselesaikan dalam Mahkamah Sivil. Isu anak, isu harta, isu tanggungjawab. Oleh sebab kita ini bukan masyarakat majmuk 100 peratus hanya kepada satu agama. Kita pelbagai agama.

Itu sebab bagi saya, ucapan beliau pada Hari Wanita, Yang Berhormat Menteri Wanita pun ada di sini, beliau pun ada di sana menunjukkan komitmen Kerajaan Barisan Nasional bahawa ini mesti diselesaikan. Harapan saya diselesaikan secepat mungkin diselesaikan pada sesi sidang Parlimen ini supaya rakyat di luar sana tidak menjadi mangsa kepada mereka yang zalim dan tidak bertanggungjawab. Ini kerana yang menjadi mangsa adalah anak-anak selalunya yang tidak tahu tiba-tiba bapa dan mak itu telah lari jadi Islam sebab hendak lari dari tanggungjawab. Jadi saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Puteh sebagai satu lelaki generasi lelaki Melayu Islam yang memang begitu peka khasnya isu wanita. Silakan.

final • 5:10 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada membaca satu artikel mengenai Law Reform (Marriage and Divorce) Act. Isu yang sekarang ini yang berpanjangan katakan disebabkan kegagalan kerajaan untuk meminda Law Reform (Marriage and Divorce) Act itu.

Ini kerana dalam undang-undang ini, apabila salah seorang daripada pasangan memeluk agama Islam, hak untuk menuntut cerai di dalam Mahkamah Sivil itu telah dinafikan kepadanya. Yang hanya boleh menuntut cerai dan membawa kes mahkamah adalah pasangan yang masih di dalam agama yang asal.

Jadi saya agak tertanya-tanya dari awal dahulu, kenapakah akta ini tidak dipinda?

Maknanya apabila berlaku penceraian, maka yang masuk Islam itu pun boleh menuntut, bawa kes ini ke mahkamah dan menyelesaikan perkara ini di Mahkamah Sivil. Mereka kadang-kadang terpaksa, katanya, saya baca artikel ini juga daripada seorang lawyer, saya tidak berapa arif tentang udang-undang.

final • 5:10 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Apabila Law Reform (Marriage and Divorce) Act ini menafikan hak pasangan yang masuk Islam ini untuk membawa kesnya kepada Civil Court, maka dia pergi ke Mahkamah Syariah kerana dia seorang Islam.

final • 5:20 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Jadi maknanya punca daripada perkelahian yang menyebabkan kadang-kadang ketegangan antara agama adalah kerana kelompangan dalam undang-undang *Law Reform

(Marriage and Divorce) Act* itu sendiri. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri?

final • 5:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya juga hendak mendapatkan pandangan daripada Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya perkahwinan ini daripada segi undang-undang, mereka yang bukan Islam merupakan satu contract of marriage. Kalau fahaman saya daripada apa yang saya diberitahu oleh rakan- rakan yang mengamalkan agama Islam, mereka juga mengatakan perkahwinan itu pun satu jenis kontrak, satu ikatan janji di antara dua orang. Kalau perjanjian antara dua orang bukan Islam itu satu kontrak, ia mesti boleh juga didengar di Mahkamah Sivil dan kerana seorang Islam dan seorang bukan Islam menandatangani mana-mana kontrak yang lain, memang Mahkamah Sivil yang mendengar tuntutan dalam sesuatu kes.

Saya pun berharap kalau Mahkamah Sivil akan menjalankan tugas, melaksanakan perjanjian perkahwinan di antara dua insan yang pada masa mereka berkahwin itu bukan Islam. Kalau ada keraguan, saya mohon pindaan kepada undang-undang itu dipercepatkan kerana kalau tidak silap saya sudah lebih empat, lima tahun pindaan yang dicadangkan itu telah...

final • 5:20 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

  1. Sudah tujuh tahun, ini memang membawa kesengsaraan kepada keluarga single mother yang sudah dikatakan bercerai dan anak- anak yang kecil itu hak mereka tidak terbela. Memang itu, saya berterus terang beritahu tentang pandangan orang-orang bukan Islam tentang isu ini, mereka merasakan bagaimana Islam boleh berlaku tidak adil kerana mangsa seorang bapa yang tidak bertanggungjawab. Jadi saya berharap isu ini tidak akan menjadi satu isu sensitif tetapi menegakkan keadilan dan juga menjaga kebajikan mangsa penceraian iaitu isteri yang ditinggalkan dan anak-anak yang tidak terbela.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Beruas dan Yang Berhormat Kota Raja. Ini kerana sebenarnya berkenaan dengan isu keadilan. This is the most fairest thing that we should do and must do. Selesai dahulu perkahwinan yang bukan Islam, barulah masuk Islam. Itulah yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan beliau semasa Hari Wanita. Selesaikan dahulu. You cannot cut short your responsibility by running away. Itu sebabnya harapan saya, saya sebut banyak kali apa yang disebut oleh Yang Berhormat, ya memang dari tahun 2009, sekarang sudah 2016, saya tidak hendak cakap pasal dahulu, saya hendak cakap pasal sekarang.

We must unite dalam isu ini, kalau boleh pindaan ini tidak payahlah kita bahas, kita luluskan. Tunjuk komitmen kita sebagai dua-dua parti, parti daripada kerajaan dan bukan kerajaan bersatu dalam isu rakyat terutama mangsa keadaan. Kerana itu komitmen daripada sahabat-sahabat, saya ucap terima kasih tetapi saya tidak tahulah Yang Berhormat Shah Alam bersetuju kah tidak dengan saya.

final • 5:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Baik. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Okey.

final • 5:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Kita setuju hendak buat pindaan itu tetapi kita tidak setuju hendak luluskan tanpa bahas kerana itu kita tidak tunaikan tanggungjawab kita. Akan tetapi saya pun bersetuju untuk hendak menegaskan soal tunggu dahulu, jangan masuk Islam dahulu, selesaikan tanggungjawab dahulu, saya rasa tidak berapa betul.

Akan tetapi kita sebagai orang Islam, bila masuk Islam ini apa sahaja perjanjian yang kita sudah buat walaupun pada ketika kita buat itu kita bukan Islam, perjanjian itu wajib untuk kita tunaikan. Kalau kita dengar pada zaman Nabi SAW sendiri, apabila riba’ itu diharamkan tetapi Nabi suruh orang Islam tunaikan dahulu, selesaikan perjanjian kamu itu, jangan masuk Islam guna masuk Islam itu sebagai satu alasan untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab dan perjanjian yang telah ditandatangani dan telah dimeterai sebelum itu.

final • 5:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya hendak ceritakan kepada Yang Berhormat Menteri pengalaman kami bertemu dengan salah seorang Ketua Hakim Mahkamah Syariah. Dia pun mengeluh, dia kata dia bersusah payah hendak menunjukkan bahawa Mahkamah Syariah ini institusi yang adil tetapi apabila ada kes yang macam ini, dia tidak boleh dengar dua-dua belah pihak. Dia kena dengar hanya sebelah pihak iaitu yang baru masuk agama Islam. Dia hendak dengar yang isteri tidak boleh sebab isteri bukan Islam sebagai contoh. Lalu dia tidak boleh menegakkan keadilan. Oleh sebab itu memang saya rasakan bahawa persoalan ini perlu diberikan keutamaan, selesaikan supaya jangan Islam itu dilihat sebagai satu agama yang memberi laluan supaya keadilan itu dapat terlaksana. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Tambah sedikit daripada yang dicakapkan oleh- perjanjian perkahwinan sebelum Islam itu diiktiraf oleh Islam.

Apabila seseorang itu masuk Islam, perkahwinan dia dahulu tidak perlu berkahwin sekali lagi. Makna Islam meraikan perjanjian atau akad yang telah dilakukan sebelum Islam itu sendiri. Akan tetapi apabila seseorang itu bercerai, maka itu satu perkara. Akan tetapi apabila seseorang itu masuk Islam, maka perkahwinan itu sendiri terurai, bercerai kecuali kedua-dua pasangan itu masuk Islam, maka perjanjian itu akan terpakai. Akan tetapi kalau seseorang itu masuk Islam, pasangannya tidak masuk Islam maka perkahwinan itu terbatal, penceraian berlaku.

Jadi apabila penceraian itu berlaku, penyelesaiannya hendak letak di mana? Anak- anak siapa hendak jaga? Harta sepencarian bagaimana? Jadi yang memudahkan sekarang ini ialah perbicaraan itu dilakukan di Mahkamah Sivil kerana kita tahu beberapa masalah yang ada dalam Mahkamah Syariah kita sekarang ini tidak boleh menyelesaikan masalah dengan baik. Jadi memang kalau ada akta yang baru yang hendak dilaksanakan, memang ia suatu yang harus kita bincang dan kalaulah demikian keadaannya, demi untuk keadilan maka Islam itu ke arah keadilan. Kepada semua, bukan hanya kepada yang masuk Islam tetapi kepada non-Muslim, isteri yang tidak masuk Islam pun mesti diberikan hak kepada mereka. Itu yang kita sokong tindakan kerajaan ini, terima kasih.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat. Saya pun memang mengucapkan sangat-sangat terima kasih kepada semua Yang Berhormat kerana komitmen daripada Yang Berhormat menunjukkan bahawa sebagai Ahli Parlimen kita memang serius dalam perkara ini supaya tidak ada mereka yang boleh lari daripada tanggungjawab. Seperti yang saya nyatakan tadi harapan saya, insya-Allah harapan saya kalau boleh dalam sesi ini kita membuat pindaan kepada rang undang-undang tersebut supaya dapatlah kita sama-sama memberi kepastian kepada rakyat Malaysia yang ada di luar sana.

Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kangsar yang membahaskan isu kebankrapan di bawah Jabatan Insolvensi Malaysia. Walaupun beliau tidak ada di sini, saya jawablah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kuala Kangsar menyentuh langkah positif kerajaan yang akan meminda Akta Kebankrapan 1967.

Beliau telah membangkitkan nasib mereka yang diisytiharkan bankrap kerana hutang seperti kad kredit, pinjaman serta menjadi penjamin.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sejak tahun 1967, Akta Kebankrapan ini hanya dipinda sedikit demi sedikit dan tidak mengalami perubahan atau pembaharuan undang-undang yang ketara. Kali terakhir pindaan dilakukan iaitu pada tahun 2003, selain itu undang-undang kebankrapan masih mengekalkan konsep dan falsafah undang-undang lama berdasarkan Bankruptcy Act 1914 di United Kingdom.

Menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian sosioekonomi dalam menghadapi persekitaran global yang mencabar, kerajaan berhasrat untuk membuat pindaan yang begitu agak besar di peringkat undang-undang terhadap sistem perundangan kebankrapan sedia ada bagi mewujudkan peluang kedua. Second chance, dengan izin, kepada pembankrap-pembankrap untuk memulakan kehidupan baru dan mempertingkatkan keberkesanan serta kos penyelesaian kebankrapan yang lebih efektif selaras dengan amalan terbaik antarabangsa. Secara tidak langsung pembaharuan yang dicadangkan ini dapat mempertingkatkan daya saing dan pertumbuhan ekonomi seiring dengan teras strategi utama Rancangan Malaysia Kesebelas dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi mengerakkan pertumbuhan ekonomi.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Kerajaan sedang memberi perhatian serius terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat di Malaysia berkenaan isu keberhutangan dengan meminda Akta Kebankrapan 1967 melalui pertimbangan dasar sebagaimana yang berikut. Tindakan kebankrapan tidak boleh diambil terhadap penjamin sosial, manakala penjamin bukan sosial boleh dibankrapkan hanya dengan kebenaran mahkamah. Nilai minimum kebankrapan threshold dinaikkan kepada satu jumlah yang lebih tinggi dan munasabah iaitu RM50,000 dengan mengambil kira faktor inflasi, nilai mata wang dan keadaan ekonomi semasa.

Seseorang bankrap boleh dilepaskan awal daripada status kebankrapan selepas tempoh tiga tahun daripada tarikh pemfailan penyata hal ehwal. Pelepasan bankrap daripada kebankrapan tanpa prosedur bantahan oleh pemiutang bagi golongan bankrap tertentu iaitu pertama, penjamin sosial yang dibankrapkan di bawah Akta Kebankrapan 1967. Kedua, bankrap yang telah meninggal dunia. Ketiga, bankrap yang disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai seorang yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya. Keempat, bankrap yang telah disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan sebagai penghidap penyakit kronik atau serius.

Kemudian, pembaharuan juga dilihat kepada menetapkan keutamaan penyampaian notis kebankrapan dan petisyen kebankrapan secara kendiri dengan akuan terimaan penghutang, mewujudkan mekanisme penyelamat (rescue mechanism) iaitu penyusunan sukarela (volunteering management), memperkenalkan sistem satu perintah

(single bankruptcy order), menggantikan perintah penerimaan dan perintah penghukuman dan mewujudkan akaun bantuan insolvensi (insolvency assistance account).

Satu memorandum Jemaah Menteri bersama dengan Rang Undang-undang Kebankrapan (Pindaan) 2016 akan dibentangkan di dalam Jemaah Menteri pada masa yang terdekat untuk mempertimbangkan dan mendapat persetujuan Jemaah Menteri dan semua agensi yang berkaitan.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sudah masuk 50 minit Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Saya- adakah Tuan Yang di-Pertua mencadangkan saya memberi jawapan secara bertulis?

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Boleh. Ya.

final • 5:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat, PERMATA?

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Itu sebabnya saya kata kita ada lapan Menteri daripada...

final • 5:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Siapa yang menjawab PERMATA?

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Saya menjawab, tetapi saya akan beri jawapan bertulis.

final • 5:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Bolehlah.

final • 5:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

[Bangun]

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Jadi, dengan itu saya...

final • 5:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Bila Yang Berhormat?

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Saya balik pejabat itu, saya cuba bagilah secepat mungkin.

final • 5:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Okey, terima kasih.

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Kalau hendak tolong taipkan pun, saya ucapkan terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Yang Berhormat

final • 5:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, lagi satu isu just untuk dapat kepastian daripada Menteri. Boleh Tuan Yang di-Pertua?

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, saya rasa semua isu yang dibangkitkan akan dijawab secara bertulis.

final • 5:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Ya, tetapi ini untuk kepastian di sini sebab ia bukan jawapan tetapi just satu...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Okey.

final • 5:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, dalam ucapan dasar belanjawan saya, saya telah membangkitkan satu cadangan untuk menubuhkan all party parliamentarian group ataupun jawatankuasa khas untuk isu-isu berhubung hak asasi manusia atau hukuman gantung sampai mati atau isu jenayah seksual terhadap kanak- kanak. Cadangan saya ini adalah, dengan izin, kes-kes unilateral conversion boleh dimonitor oleh Ahli-ahli Parlimen daripada kedua-dua belah.

Jadi saya ingin mendapatkan satu kepastian di sini, sama ada Yang Berhormat setuju dengan penubuhan satu all party parliamentarian group dan dengan terperinci mengikut isu-isu seperti pendidikan, kesihatan ataupun, dengan izin, we can start with the human rights one first. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Yang Berhormat Batu Kawan, seperti Yang Berhormat tahu, semua dalam isu hal ehwal Parlimen itu di mana adanya jawatankuasa dalam standing order kita yang mana kedua-dua belah kerajaan dan bukan kerajaan dapat duduk bersama dan saya percaya wakil-wakil daripada parti pembangkang dan juga kerajaan boleh membincangkan.

Sebab bagi saya, cadangan yang disebut oleh Yang Berhormat itu boleh dikaji dan mungkin tidak dilihat sebagai satu yang tidak selari dengan transformasi Parlimen yang telah diura-urakan oleh Tan Sri Speaker. Itu pandangan peribadi saya. Sudah tentu bagi saya, perlu dibincangkan oleh jawatankuasa bersama oleh Ahli-ahli Parlimen.

Akan tetapi dalam perkara ini, saya tengok, saya sendiri seperti mana Yang Berhormat tahu dan Tuan Yang di-Pertua tahu, sebagai Pengerusi Women’s Caucus sebagai contoh, kita sebagai Ahli Parlimen kedua-dua pihak, banyak isu kita membincangkan daripada sebelum saya menjadi Menteri sehingga hari ini, sebab banyak perkara yang perlu dibincangkan bersama oleh kedua-dua pihak. Harapan saya dalam perkara ini, yang saya sebut tadi, sexual crimes against children, dalam isu unilateral conversion, ini banyak. Bukan sahaja isu Ahli-ahli Parlimen wanita, tetapi juga semua Ahli Parlimen secara menyeluruh.

Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, memandangkan masa tidak mengizinkan, maka saya akan mengakhiri ucapan penggulungan saya setakat ini. Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya ingin menyampaikan setinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Sesungguhnya pihak kami akan meneliti setiap cadangan dan kritikan yang dikemukakan oleh mana-mana pertanyaan yang tidak sempat saya bentangkan, akan saya jawab secara bertulis. Dengan ini, saya mengakhiri ucapan penggulungan Belanjawan 2017 di Dewan Rakyat ini dengan ribuan terima kasih.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Kita akan bermesyuarat sehingga jam 11.30 malam ini. Jika suasana perbahasan, penggulungan dan jawapan dibuat macam ini, saya rasa elok bagi Parlimen kita. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Menteri dari kawasan Jerai.

final • 5:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2017 di peringkat dasar dan menyentuh perkara-perkara berkaitan hal ehwal Islam. Saya telah meneliti semua isu yang telah dibangkitkan. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran dan cadangan serta saranan Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 5:35 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Tuan Yang di-Pertua, pertama, isu berkaitan pensijilan halal. Yang Berhormat Sekijang berharap supaya institusi pensijilan halal di Malaysia lebih bersifat global dengan memberi penekanan terhadap piawaian dan standard yang boleh diterima di seluruh dunia.

Sesungguhnya piawaian dan juga standard pensijilan halal di Malaysia diguna pakai oleh institusi pensijilan halal Malaysia iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau (MAIN) sememangnya bersifat global di mana Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau ringkasnya SPHM adalah menepati piawaian antarabangsa bersesuaian dengan standard yang ditetapkan oleh International Organization for Standardization (ISO).

Proses pensijilan SPHM juga dilaksanakan berdasarkan manual prosedur pensijilan halal Malaysia yang dibangunkan menepati piawaian ISO/IEC 17065- Conformity assessment- Requirement for bodies certifying products, processes and services. Sehingga kini, Majlis Pengesahan Halal Malaysia dan tujuh standard halal Malaysia diterima pakai di 54 buah badan pensijilan halal dan empat pihak berkuasa pensijilan halal di seluruh dunia yang merangkumi 32 buah negara.

Produk dan perkhidmatan yang diberikan dalam pengesahan halal bukan sahaja mematuhi keperluan hukum syarak, namun ia juga berkualiti dan memenuhi standard yang diterima di peringkat antarabangsa. Ditegaskan di sini bahawa piawaian dan standard halal Malaysia adalah mematuhi Malaysian Standard (MS). Ia juga adalah sejajar atau diterima guna daripada standard antarabangsa. Kelulusan sesuatu standard halal sebagai Malaysian Standard ditentukan oleh Akta Standard Malaysia 1996 [Akta 459].

Yang Berhormat Padang Besar mencadangkan di samping sijil logo halal JAKIM, juga diletakkan logo produk Muslim. Bagi produk-produk yang tidak ada sijil halal, diletakkan logo produk Muslim. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 telah menamakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sebagai pihak berkuasa berwibawa untuk memperakui bahawa mana-mana makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu adalah halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.

Oleh yang demikian, mana-mana pihak lain tidak dibenarkan untuk mengeluarkan sijil halal bagi produk dan perkhidmatan di negara ini. Ini bertepatan dengan tanggungjawab JAKIM dan JAIN bagi negeri masing-masing. Berkenaan cadangan mengeluarkan sijil pengesahan produk Muslim dan meletakkan logo produk Muslim adalah merupakan inisiatif yang baik dalam usaha membantu usahawan Muslim bumiputera yang belum memohon atau mendapat atau memperoleh standard Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Pihak berkuasa agama mengalu-alukan inisiatif dan usaha-usaha tersebut.

final • 5:35 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tasik Gelugor membangkitkan isu penyelarasan pendidikan tahfiz dan minta penjelasan apakah peranan di peringkat masyarakat yang telah pun digariskan oleh kerajaan supaya turut terlibat Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Beruas bangun, Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh tanya? Saya hendak minta penjelasan tentang sijil halal. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin dapat pandangan daripada Yang Berhormat Menteri tentang pensijilan halal ini. Setahu saya, diberitahu oleh rakan Islam saya, bahawa daripada segi agama Islam, semuanya halal melainkan diharamkan. Jadi isu yang saya hendak bangkitkan begini.

Kalau dahulu rakan-rakan saya yang beragama Islam, dia rasa bebas pergi makan kedai makanan laut sahaja, mereka akan pergi bersama. Dulu orang-orang Islam dia pergi ke kedai hailam, dianggapkan kedai hailam Cina ini dia menyediakan makanan halal. Dan juga kalau dulu orang-orang bukan Islam bagi kuih muih ataupun biskut-biskut yang langsung tak ada lemak binatang, ia diterima dengan baik. Akan tetapi masalah sekarang ialah minda. Oleh kerana penekanan sijil halal ini, ramai rasakan kalau sesuatu kedai itu atau restoran makanan laut itu tak ada sijil halal ini, dia haram untuk pergi bersama.

final • 5:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi saya khuatir penekanan sijil halal ini menyebabkan antara kaum ini- niat kita baik. Kita hendak kongsi makanan orang Cina yang memang halal dibuat tetapi segan- segan kita hendak berkongsi dengan yang Islam kerana takut. Memang ramai yang rasa segan-segan hendak terima kerana tak ada cop halal itu. Ini membawa satu impak sosial yang bagi saya agak negatif. Dulu memang ada Muslim dan bukan Muslim kita bergaul lebih rapat. Kalau boleh, bagaimana kita tangani isu ini supaya yang Muslim dan bukan Muslim ini dapat makan bersama dengan selesa?

final • 5:40 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak Yang Berhormat Beruas yang menimbulkan isu oleh kerana sijil halal ini menyebabkan ada keraguan untuk makan di tempat-tempat yang tidak ada sijil.

Pertamanya, Yang Berhormat Beruas, saya hendak pertegaskan sekali lagi dan berulang kali di Dewan yang mulia ini, Tuan Yang di-Pertua, bahawa sijil halal adalah merupakan sijil yang tidak diwajibkan. Ini bottom line, dengan izin Yang Berhormat, bahawa bukan diwajibkan. Dalam erti kata kalau ada kedai yang tidak ada sijil halal ataupun di mana-mana tempat yang makanan diberikan tanpa ada sijil, maknanya bukan kita mengisytiharkan makanan itu tidak halal.

Saya hendak betulkan juga pandangan atau persepsi dan mungkin Yang Berhormat juga boleh sampaikan kepada rakan-rakan Yang Berhormat yang lain bahawa sebenarnya bila satu-satu premis makanan terutamanya tidak memiliki sijil halal, bukan ertinya dia haram. Tak boleh kita mengambil kesimpulan mudah bahawa ia haram. Sebab itu kenapa kita ambil sijil ini atas nama sebagai kesukarelaan. Kesukarelaan ini kerana ialah kita memberikan peluang.

Sebab nanti Yang Berhormat, kita melihat kalau katakan kita bicarakan soal sijil ini akan menjadi wajib, bukan takat itu, di kawasan Beruas pun, Yang Berhormat, kedai-kedai Melayu yang meniaga nasi lemak, yang meniaga roti canai semua ini kebanyakan mereka tidak ada memiliki dan tidak memohon pun sijil halal, namun orang ramai makan di situ juga. Sama jugalah pau, hailam dan sebagainya, itu masih lagi kalau kita tengok di Perak ada berapa tempat yang famous ataupun terkenal dengan makanan-makanan mereka yang sedap, orang masih lagi makan.

Akan tetapi Yang Berhormat, kenapa ramai orang yang membicarakan soal sijil halal ini ialah kerana ada nilai tambah yang besar kepada ruang perniagaan mereka.

Ertinya, kalau jumlah jualan mereka itu pada tahap yang tertentu, dia boleh meningkat lebih daripada 20 ke 30 percent. Kalau Yang Berhormat- mungkin Yang Berhormat selalu naik kapal terbang MAS dan sebagainya tetapi kalau Yang Berhormat naik AirAsia- tetapi Perak, Beruas tak ada airport kot di situ. Jadi Yang Berhormat, kalau naik AirAsia, dia akan sebut dalam itu Yang Berhormat, makanan dijamin halal oleh JAKIM walaupun sebenarnya saya antara Menteri yang jaga JAKIM, dia pun tak kenal saya di situ, Yang Berhormat. Jadi, dia sebut dijamin halal. Sampai terbang ke luar negara pun, Yang Berhormat.

Nilainya ialah kerana ada nilai tambah, bukan kerana kewajipan wajib mereka ambil, tidak, tetapi ada nilai tambah yang begitu tinggi yang mana selalu saya sebutkan dan saya pertegaskan sekali lagi sebagaimana saya sebut awal tadi dalam Dewan yang mulia ini bahawa bila ada nilai tambah tersebut, dia ada kandungan yang sijil halal itu bukan sekadar hanya kandungan dia itu halal tapi termasuk proses menyediakan dan menyiapkan makanan tersebut dibuat dengan begitu baik sehingga di sana bukan hanya diauditkan tentang kehalalannya itu sahaja tetapi termasuk kebersihannya.

Bukan setakat terikat dengan bersih tetapi Kementerian Kesihatan juga ada di situ peranannya iaitulah melihat di sudut bahan-bahan pengawetan, campuran dan juga bahan- bahan yang lain adakah ia melepasi ataupun dia berada di bawah standard yang telah ditetapkan. Maknanya dia tak boleh masukkan bahan pengawet yang melebihi daripada kandungan yang telah dibenarkan dan sebagainya.

Jadi sebab itu bukan sahaja Islam, bukan Islam sekalipun bila dia tengok ada sijil halal, dia ada satu keyakinan bahawa tempat ini adalah bersih, diproses dengan baik, kemudian dijaga dengan begitu rapi di sudut pengawasan tentang kebaikan kandungan makanan tersebut. Jadi sebab itu Yang Berhormat, kenapa keadaan itu berlaku.

final • 5:40 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Namun, kita memahami, Yang Berhormat, kalau ada sijil halal itu dia akan lebih memberikan keyakinan kepada seseorang sebab hari ini mungkin dunia sudah semakin berubah, macam-macam yang dilambakkan dalam pasaran di luar sana dengan nama yang pelbagai. Ada yang nama bersifat kemelayuan tetapi tak boleh makan, ada nama yang bersifat keinggerisan tetapi boleh makan.

Jadi Yang Berhormat, maka keadaan yang seperti itu akan menyebabkan mungkin orang yang dah terbiasa dengan makanan-makanan luar yang dia pasti restoran-restoran yang tertentu, dia faham, tetapi bagi masyarakat yang masih lagi kita ada kelompok daripada kalangan masyarakat luar bandar yang orang-orang dah tua dan sebagainya- Yang Berhormat, bukan payah, kadang-kadang bila sebut kata macam ‘root beer’ sendiri pun orang naik risau. Ini orang kampung dia kata beer kah. Jadi ini keadaan-keadaan yang kenapa sijil halal itu memainkan peranan balik dalam untuk memasarkan makanan. Namun, ia tidak diwajibkan, Yang Berhormat.

Izinkan saya teruskan, Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan Yang Berhormat Tasek Gelugor yang saya sebutkan tadi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara, berdasarkan perkembangan institusi tahfiz yang semakin menggalakkan, satu dasar yang lengkap diperlukan untuk tujuan penyelarasan dan pemerkasaan institusi tersebut. Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), majlis agama Islam negeri-negeri, persatuan dan juga Pengetua Maahad Tahfiz Negeri-negeri serta universiti awam telah berjaya menyediakan draf Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN). Draf DPTN ini juga telah mendapat persetujuan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang telah bersidang pada 28 Jun 2016 yang lalu. Pada masa ini, JAKIM sedang berusaha untuk membentangkan DPTN ini kepada semua majlis agama Islam negeri untuk mendapatkan persetujuan bersama.

DPTN akan berperanan sebagai dokumen rujukan dalam memandu institusi pendidikan tahfiz di seluruh negara bagi menentukan hala tuju dan kualiti pendidikan tahfiz selaras dengan pendidikan arus perdana. DPTN juga merupakan asas untuk meletakkan model pendidikan tahfiz yang bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak hingga ke tahap pendidikan tinggi termasuk juga pendidikan sepanjang hayat mengikut acuan Malaysia.

Ahli Yang Berhormat juga bertanya adakah kerajaan bercadang untuk masukkan sistem pendidikan tahfiz ke dalam sistem pendidikan negara kita secara rasmi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, salah satu teras dalam DPTN iaitu memantapkan kurikulum pendidikan tahfiz yang sesuai dengan pendidikan arus perdana.

final • 5:40 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Berdasarkan model DPTN yang akan dilaksanakan, kurikulum pendidikan tahfiz akan dibangunkan dengan mengambil kira keperluan mengintegrasikan kurikulum tahfiz dengan subjek teras kurikulum perdana keperluan kemahiran teknikal dan industri. Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) yang telah dilaksanakan di sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) terpilih pada tahun 2015 bermula tingkatan satu. Di samping itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah melaksanakan tahfiz model Ulul Albab di sekolah terpilih melalui tahun 2014. Pelajar yang melalui kurikulum ini akan dapat menguasai bidang tahfiz dan akademik yang seterusnya akan melahirkan profesional yang menguasai kedua-dua bidang ilmu tersebut.

final • 5:50 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 5:50 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak timbul persoalan, tahun ini nampaknya bajet untuk sekolah agama rakyat kerana di sana ada sekolah agama rakyat yang memang masih lagi ditadbir urus. Merekanya tidak masuk dalam skim SABK yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Maka dengan sebab itu, saya juga cadangkan supaya pihak kementerian memberikan apa-apa bantuan saluran kepada sekolah agama rakyat kerana ini sebagai satu daripada pendemokrasian dalam pendidikan. Apa pandangan daripada Yang Berhormat Menteri?

final • 5:50 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gantang. Berkaitan dengan hubung kait bajet yang telah dibentangkan kepada sekolah agama rakyat. Kita faham bahawa di sana sudah pun disebutkan tentang bantuan sekolah-sekolah agama (SABK) yang di bawah sebagaimana SJKC, SJKT dan juga termasuk sekolah tahfiz dan yang berkaitan. Walau bagaimanapun, sebagaimana Yang Berhormat Bukit Gantang sebutkan sebentar tadi, memang sememangnya kita sentiasa melihat.

Oleh sebab itu, kita mengharapkan sekolah-sekolah selain daripada sekolah agama rakyat ini, termasuk juga sekolah agama negeri yang dikelolakan oleh negeri masing-masing untuk menerima pakai cadangan dalam membantu sekolah-sekolah agama ini dengan mendaftar untuk menjadi sekolah agama bantuan kerajaan.

Persoalan yang timbul Yang Berhormat ialah kerana sekolah-sekolah ini sampai sekarang kita tengok Kementerian Pendidikan masih lagi berusaha untuk berbincang bagi tujuan pendaftaran dan sebagainya. Ini kerana dengan tujuan pendaftaran ini, saluran untuk menyalurkan bantuan kewangan dan sebagainya dapat disampaikan dengan sebaik mungkin. Namun, usaha-usaha yang sedang berjalan ini masih berjalan dalam keadaan yang ada tambahan-tambahan tetapi agak sedikit perlahan daripada sekolah yang bersedia untuk mendaftar di bawah SABK.

Dalam masa yang sama juga, kita amat mengharapkan di pihak peringkat negeri masing-masing dengan peruntukan-peruntukan negeri yang berkaitan dengan terutamanya daripada pihak Baitulmal ataupun majlis agama Islam negeri masing-masing untuk berganding bahu bersama bagi membantu sekolah-sekolah agama rakyat yang seperti ini.

final • 5:50 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Tuan Yang di-Pertua, boleh tambah? Tanya sedikit tentang kurikulum dasar di DPTN ini adalah untuk sekolah-sekolah di bawah tajaan kerajaan sahaja. Kalau saya faham begitu. Kalau macam itu, bagaimana keadaan dengan markas-markas tahfiz yang diusahakan oleh rakyat biasa yang tidak mengikut dasar atau yang ditetapkan oleh DPTN? Adakah mereka ini akan dianaktirikan dan tidak diberi sedikit pun bantuan daripada pihak kerajaan kepada pusat-pusat tahfiz rakyat itu? Itu soalan yang pertama.

Tentang satu lagi ialah untuk menambah apa yang telah dibawakan oleh sahabat saya dari Bukit Gantang tadi, ialah sekolah-sekolah yang di bawah kerajaan negeri. Oleh sebab kita tahu misalnya, contoh di Kelantan, sekolah agama rakyat daripada Kelantan ini tidak mendapat bantuan Kerajaan Pusat. Tidaklah sebegitu setara dengan sekolah-sekolah kerajaan kalau kita lihat kepada prasarana dan juga bantuan yang ada kepada sekolah- sekolah ini. Adakah pihak kerajaan boleh memberikan sedikit bantuan kepada sekolah- sekolah di bawah tajaan kerajaan negeri ini? Sedangkan kerana ada sekolah-sekolah ini sudah diberikan kepada SABK tetapi memandangkan kepada ada banyak lagi sekolah- sekolah yang belum lagi di bawah SABK, maka adakah di sana itu bantuan tambahan untuk sekolah-sekolah ini? Terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, sedikit lagi. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab tahun ini ada bajet berkenaan dengan RM50 juta kepada pondok dan tahfiz, sedangkan saya tak pastilah atas kategori apa pula bantuan yang hendak diberikan kepada kategori pondok dan juga sekolah tahfiz ini. Sedangkan sekolah agama rakyat ini memang merekanya menggunakan kurikulum kebangsaan.

Cumanya, pentadbiran mereka dan juga pengurusan mereka itu ditadbir oleh sekolah.

Jadi, saya harapkan sangatlah supaya sekolah agama rakyat ini janganlah diketepikan begitu sahaja sedangkan mereka ini mengikut pendidikan nasional sebenarnya.

Cuma, mereka hanya untuk ditadbirkan oleh pengurusan mereka sendiri. Sedangkan kalau kita ikut yang tiba-tiba tahun ini pondok dapat RM50 juta, maahad tahfiz dapat RM50 juta, baguslah. Akan tetapi sekolah agama rakyat itu jangan diketepikan kerana ini orang merupakan pioneer, dengan izin, ataupun merupakan pengasas kepada pendidikan Islam di negara kita sebelum adanya SABK dulu. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gantang dan juga Yang Berhormat Pasir Puteh.

Berkaitan apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh berkenaan dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.

final • 5:50 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Sebenarnya, Dasar Pendidikan Tahfiz Negara ini Yang Berhormat Pasir Puteh ialah perkara yang berada di bawah negeri masing-masing. Apa yang diusahakan di peringkat kerajaan ialah memperkenalkan.

Bukan setakat memperkenalkan, seterusnya mencadangkan kepada negeri-negeri untuk menerima pakai Dasar Pendidikan Tahfiz Negara ini. Oleh kerana kita melihat tumbuhnya tahfiz yang ada di peringkat persendirian, di peringkat negeri, di peringkat kampung, daerah masing-masing ini dibuat atas dasar kita berterima kasih bagi yang hak mempunyai tempat tinggal yang begitu baik, asrama yang lengkap dan juga proses penjagaan dan mengikut masa, waktu sekolah yang baik.

Namun, kita juga tidak boleh menolak banyak daripada peringkat-peringkat yang diusahakan ini dia ada rumah tinggalan keluarga dia yang begitu lama dan oleh sebab dia memikirkan apakah yang terbaik untuk hendak dimanfaatkan kepada rumah pusaka yang ditinggalkan ini, lalu dicadangkan untuk dibina sebagai satu maahad tahfiz dan disimpan di dalam itu seorang guru, lapan orang pelajar, 10 orang pelajar dengan bilik ada dua, tiga biji, dengan rumah yang begitu rupa dan ia bukan merupakan prasarana infra untuk sebuah sekolah tetapi rumah kediaman.

Macam itu juga di tempat-tempat yang lain. Lebih jauh daripada itu mungkin dia mewujudkan infra ataupun prasarana untuk sebuah sekolah. Akan tetapi oleh kerana ada cabang-cabang lain pula untuk menggerakkan ekonomi sekolah, maka anak-anak ini dipergunakan untuk kutipan derma, menadah tangan bukan hanya sekadar di kedai-kedai pam minyak, termasuk juga sampai di lebuh raya, di R&R dan sebagainya.

Jadi, mengelak daripada tohmahan dan juga penggunaan tenaga manusia yang di bawah umur ini dan juga penggunaan anak-anak tahfiz yang sepatutnya pukul lima, pukul empat, pukul 10 malam berada di tempat-tempat yang tidak wajar untuk apatah lagi untuk mengutip derma, masuk kampung ke kampung, masuk taman ke taman, jadi maka sebab itu cadangan bagi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara ini dicadangkan untuk dibawa kepada peringkat negeri.

Oleh sebab Yang Berhormat sebagaimana saya maklum, kita kena pergi sampaikan kepada negeri-negeri balik dan kita minta untuk supaya negeri mengambil kira.

Dalam pengiraan yang kita buat itu, termasuk bukan bidang itu sahaja. Kerajaan melihat bahawa perlu ada diseimbangkan, disekalikan selain daripada menghafaz di satu sudut, dalam masa yang sama diberikan pendedahan akademik sebagaimana pelajar-pelajar yang lain.

Oleh sebab itu, di awal jawapan telah saya sebutkan ada sekolah-sekolah di bawah pihak kerajaan, di mana sekolah Ulul Albab, termasuk juga SABK yang telah mula memperkenalkan syllabus ini bersekali di antara tahfiz dan juga dalam masa yang sama akademik berjalan. Didapati anak-anak ini begitu cemerlang kerana walau bila mereka mampu menghafal dengan kekuatan ingatan yang baik, dalam masa yang sama juga akademik juga mereka dapat menggarap dengan baik. Mereka mempunyai kelulusan, kejayaan di peringkat SPM mereka dan bila dia berada di universiti, keluar daripada institusi pengajian tinggi untuk berada di bidang pekerjaan, mereka mendapat pasaran yang baik.

final • 5:50 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Bayangkan seorang pelajar yang hafaz Al-Quran, dalam masa yang sama juga cemerlang dengan sijil akademik mereka di peringkat pengajian tinggi sebagai first degree, dengan izin. Dalam masa yang sama, diinterview untuk masuk kerja. Jadi tentunya pilihan kepada majikan orang yang mempunyai kelebihan ini. Jadi sebab itu Yang Berhormat, kita melihat bahawa cadangan ini dia untuk dicadangkan kepada negeri sebab pelaksanaan nanti melibatkan negeri yang memberikan kelulusan kepada pembinaan PBT. Pihak berkuasa tempatan juga mengambil kira untuk bangunan-bangunan yang bakal untuk hendak dibangunkan dan begitu juga dengan tenaga pengajar yang memang benar-benar mempunyai kelulusan.

Bukan kerana untuk dibayarkan dengan gaji yang mampu ditanggung oleh pihak sekolah tetapi ialah yang memang standardnya dan kemudian yang paling penting ialah mereka ini lulus dalam bidang hafazan.

final • 6:00 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Dalam pada masa yang sama juga akademik mereka sebagai jaminan bahawa ruang persaingan mereka dalam alam pekerjaan terutamanya adalah merupakan ruang yang adil kepada kedua-dua pihak. Baik yang di akademik saja ataupun yang dia akademik plus dengan tahfiz tadi dapat bersaing dengan lebih baik dan sebagainya.

Yang Berhormat Pasir Puteh juga tadi sebutkan bahawa selain daripada ini, sekolah agama rakyat tadi juga menyentuh bahawa saya, Yang Berhormat Pasir Puteh saya suka hendak sebutkan Yang Berhormat bahawa negeri yang paling banyak sekali mendaftar SABK, sekolah agama bantuan kerajaan ialah Kelantan. Ini dalam data yang kita miliki. Banyak negeri yang sebab Kelantan mungkin melihat dari sudut yang kepentingan sekolah-sekolah ini telah pun didaftarkan. Namun bagi sekolah-sekolah yang belum didaftarkan, mari kita bersama mengajak mereka dan juga mencadangkan untuk supaya mereka mendaftar dengan kerana dengan ruang ini akan dapat lebih dapat bantuan lebih terarah dan juga lebih tersusun dengan peningkatan bantuan-bantuan kepada mereka.

Sekali gus Yang Berhormat Bukit Gantang sebutkan juga tadi bahawa ini sekolah- sekolah agama ini merupakan sekolah yang asal memberikan sumbangan-sumbangan, membangunkan agama dalam konteks ritual dan juga rohani, membangunkan masyarakat, memimpin masyarakat dalam bidang-bidang keagamaan dan kerohanian mereka.

Tentunya kita tidak menafikan. Sebab itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet telah mengambil kira termasuk sekolah agama, termasuk SABK nya dengan tahfiz dan juga termasuk mereka yang berkaitan.

Namun dalam masa yang sama juga kita mengambil perhatian sebagaimana Yang Berhormat Bukit Gantang dan juga Yang Berhormat Pasir Puteh sebutkan tentang sekolah- sekolah agama yang masih lagi kekal sebagai sekolah agama negeri yang mungkin pihak di Bukit Gantang dan juga Pasir Puteh dan rakan-rakan Yang Berhormat yang lain mencadangkan supaya mereka ini berdaftar di bawah SABK akan memudahkan.

Walaupun saya faham bahawa ada nostalgia-nostalgia sendiri yang masih ingin mengekalkan sekolah itu di bawah pentadbiran mereka, penggajian mereka, bangunan hak milik mereka. Tapi bila mana penyusunan untuk bantuan ini perlu difikirkan. Dalam keadaan yang sama kita mengajak negeri-negeri untuk turut membantu kepada mereka yang masih lagi kekal sebagai sekolah agama rakyat. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit memuji pelaksanaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) dan berpandangan kerajaan sepatutnya memberikan perhatian kepada keperluan dasar yang konkrit dan selaras dengan sistem pendidikan kebangsaan.

Dalam kesempatan ini saya menjelaskan bahawa menerusi DPTN, kerajaan akan menyelaras pengurusan pendidikan tahfiz dengan mengambil kira Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peraturan sedia ada di negeri-negeri. Antara teras yang digariskan dalam DPTN adalah memantapkan mekanisme kawalan pendaftaran institusi tahfiz dengan mengukuh dan memantapkan pendidikan tahfiz di sudut undang-undang, melihat aspek kawalan dan juga penaziran. Di samping itu juga DPTN akan menggariskan strategi penambahbaikan premis termasuk dari sudut keselamatan, infrastruktur, sumber manusia, kebajikan dan juga kompetensi guru-guru.

Penekanan turut diberikan kepada kewujudan badan pengiktirafan pendidikan tahfiz secara berpusat, kurikulum pendidikan tahfiz yang dibangunkan juga mengambil kira keperluan mengintegrasikan kurikulum tahfiz dengan subjek teras kurikulum perdana, keperluan kemahiran teknikal dan industri untuk menjamin masa depan pelajar tahfiz. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya isu berkaitan Lembaga Tabung Haji. Yang Berhormat Kuala Krai bertanya apakah langkah kerajaan untuk memastikan bayaran pampasan kepada mangsa tragedi runtuhan kren yang dijanjikan Kerajaan Arab Saudi? Untuk makluman Ahli Yang Berhormat...

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kuala Selangor bangun Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom

Ini, ini Tabung Haji.

final • 6:00 PM

Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:00 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom

Tahfiz, silakan.

final • 6:00 PM

Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya memuji apa yang dilakukan oleh Yang Berhormat Menteri dan juga kerajaan terutama sekali dalam memartabatkan khususnya kurikulum tahfiz negara kita. Cuma saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri dari segi saluran kedua untuk mereka melanjutkan pengajian tinggi khususnya dalam IPT dalam negara kita. Adakah pandangan Yang Berhormat wujud seakan-akan jawatankuasa untuk memberikan ruang kedua sekiranya pelajar-pelajar tahfiz ini hendak melanjutkan pengajian khususnya ke peringkat ijazah dan sebagainya dalam institusi pendidikan tinggi awam negara kita? Terima kasih.

final • 6:00 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Selangor yang mengusulkan pertanyaan, adakah pelajar-pelajar tahfiz ini mempunyai ruang dan peluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan yang lebih tinggi terutamanya di universiti-universiti dalam dan juga luar negara?

Untuk maklumat Ahli Dewan, Yang Berhormat Kuala Selangor, bahawa kita di peringkat maahad tahfiz ini sebab itu kita mencadangkan, kerajaan mencadangkan ada Dasar Pendidikan Tahfiz Negara kerana ada maahad-maahad tahfiz yang diwujudkan hanya sekadar untuk, bukan hanya sekadar untuk sambung belajar. Sijil di peringkat maahad tahfiz itu sendiri pun tidak diiktiraf oleh mana-mana institusi pendidikan, apatah lagi untuk dinilai dalam konteks untuk penggajian.

Maknanya dia hendak letakkan setaraf. Adakah kelulusan itu sama dengan SPM ataupun sama dengan kelulusan STPM yang boleh dibayar penggajiannya bermula daripada tangga gaji yang tertentu? Bahkan ada banyak tempat yang tumbuh secara persendirian ini lebih bersifat untuk hanya sekadar menghafal. Jadi sebab itulah cadangan melalui ini mengambil kira termasuk pengiktirafan dan sebagainya. Walaupun kita faham ada pendidikan-pendidikan terutamanya di peringkat negeri-negeri dan juga di peringkat kebangsaan, kerajaan sendiri menubuhkan maahad tahfiz yang kita ada institut tahfiz, kita punya tempat untuk kita menempatkan pelajar tahfiz kita di Kuala Kubu di bawah JAKIM.

Itulah satu tempat untuk menempatkan pelajar-pelajar yang memang, sememangnya ada mempunyai pengiktirafan dan mereka keluar ini dalam peringkat diploma dan kemudian mereka boleh melanjutkan pelajaran terutamanya di peringkat universiti-universiti tempatan kita baik di UKM, terutamanya di USIM kerana kita ada bidang kerjasama MoU yang bersama untuk mereka melanjutkan pelajaran sehingga sampai ke peringkat master di sana.

Bahkan di luar negara, di Al-Azhar terutamanya mereka dapat melanjutkan pelajaran dan menyambung sehingga sampai ke peringkat master dan selanjutnya di peringkat universiti dalam dan juga luar negara. Namun ada lagi sijil-sijil yang tidak diperakui sebagaimana saya sebutkan awal. Yang ini kerajaan mengambil inisiatif melalui JAKIM dengan memperkenalkan, walaupun mereka belajar di luar, mereka datang untuk mengambil sijil dengan melalui proses untuk mendapatkan sijil dengan disediakan panel untuk melihat bagaimana hafazan mereka itu, adakah memang benar sebagaimana diperakui oleh pihak sekolah asal, mereka telah menghafal 30 juzuk dan kalau sekiranya melalui pemeriksaan yang telah dibuat berdasarkan kepada panel yang telah kita tetapkan, sijil di peringkat JAKIM juga akan dikeluarkan memperakui kepada mereka.

Namun keadaan ini mengambil masa dan tempoh yang agak panjang. Jadi disebabkan kurikulum yang berbeza, pendekatan pendidikan yang berbeza, kaedah mengajar yang berbeza mengikut gaya dan cara masing-masing, maka sebab itulah diperkenalkan dasar ini supaya agak seragam di peringkat masing-masing.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rompin bangun.

final • 6:00 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom

Yang Berhormat Rompin.

final • 6:00 PM

Dato' Sri Hassan bin Arifin - Rompin

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya berharap juga supaya konsep maahad tahfiz ini tidak khusus kepada sekolah-sekolah tahfiz sahaja. Dia harus konsep 30 juzuk ini juga tidak harus ditekankan 30 juzuk sahaja. Dia 10 juzuk, 5 juzuk. Katalah Sekolah Menengah Sains ada kelas tahfiz, seorang pelajar menjadi doktor akhirnya dan dia menghafal 5 juzuk. Itu sudah baik, sudah bagus.

final • 6:00 PM

Dato' Sri Hassan bin Arifin - Rompin

Jadi, kalau kita combinekan konsep tahfiz ini kepada sekolah agama dan khusus untuk tahfiz dia satu pendekatan yang tidak begitu universal dan tidak begitu luas. Tahfiz ini maknanya kalau Sekolah Menengah Sains siapa yang berminat untuk mengambil mata pelajaran tahfiz dia boleh lepas asar kah, lepas maghrib kah dan dia hafal lima juzuk, bagus. sekolah menengah vokasional ada kelas tahfiznya, dia hanya menghafal 20 juzuk dan dia menjadi seorang jurutera dan itu sudah bagus.

Jadi kita tidak perlu mengkhususkan konsep tahfiz ini jumud kepada 20 juzuk dan tidak harus kepada sekolah-sekolah yang berorientasi agama sahaja. Dia harus diperluaskan dan terbuka kepada konsep maahad tahfiz itu.

final • 6:10 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharum

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Rompin. Kita mengucapkan terima kasih kepada cadangan yang telah diberikan. Sememangnya daripada awal pun sebagaimana saya jawab tadi bahawa di sekolah-sekolah digelarkan dengan Ulul Albab dan sebagainya.

Pelajar-pelajar mereka ini dia bila selesai di peringkat SPM dengan pencapaian yang begitu cemerlang dalam masa yang sama juga mereka menghafal. Mereka sudah mulakan program ini sudah lama berjalan dari tahun 2014 lagi telah pun berjalan. Mereka ini keluar masuk menceburi bidang kedoktoran, jurutera, mereka ini mengambil bidang perundangan dan sebagainya bidang-bidang profesional yang lain. Akan tetapi mereka adalah dalam masa yang sama sebagai doktor, doktor yang praktiknya di hospital tetapi dia adalah penghafal Al-Quran.

Ini memang bukan hanya sekadar dikhususkan kepada pelajar sekolah agama.

Sudah ada ruang cumanya dia tidak begitu terdedah kepada semua peringkat sekolah kerana mengambil kira dia punya silibus dan juga mengambil kira tenaga pengajar dan sebagainya. Cadangan Yang Berhormat supaya jangan dikhususkan bila kita sebut tahfiz itu sebab di Malaysia bila sebut hafiz ini dia terikat dengan 30 juzuk. Oleh sebab itu kita sebenarnya kita tidak menjadikan ianya sebagai satu, 30 juzuk itu sahaja sebagai yang boleh dihafal. Beberapa juzuk sebab macam kita pun kadang-kadang berapa juzuk yang kita hafal sahaja.

Akan tetapi bukan menjadi kesalahan tetapi peringkat persediaan di peringkat sekolah masing-masing. Buat masa sekarang peringkat persediaan itu perlu diambil kira tenaga pengajar dan sebagainya. Namun saya bersetuju dengan Yang Berhormat Rompin untuk kita- anak-anak kita didedahkan daripada awal dengan menghafal walaupun bukan tiga puluh, lima, bukan lima, satu juzuk pun sudah memberikan kekuatan kepada mereka dalam meyakini mereka sebagai seorang Muslim apatah lagi bila mereka hendak berkahwin esok mereka memimpin keluarga, isteri ataupun suami dan anak-anak dengan kekuatan yang telah pun mereka hafal kan.

Seterusnya, Yang Berhormat Kuala Krai bertanya apakah langkah kerajaan untuk memastikan bayaran pampasan mangsa tragedi runtuhan kren yang dijanjikan oleh Kerajaan Arab Saudi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembayaran pampasan kepada mangsa tragedi runtuhan kren adalah hak mutlak Kerajaan Arab Saudi. Sehingga kini pihak Kerajaan Arab Saudi masih belum memaklumkan status pembayaran pampasan kepada mangsa runtuhan kren pada musim haji tahun 2015, 1436 Hijrah.

Dari maklumat yang diterima belum ada mana-mana negara yang telah menerima pampasan tersebut. Pihak Tabung Haji akan segera memaklumkan, menyalurkan maklumat berkenaan kedudukan dan juga status pembayaran kepada pewaris-pewaris mangsa sekiranya dimaklumkan oleh pihak Arab Saudi. Seperti yang diminta oleh pihak berkuasa Arab Saudi pada tahun lalu, Tabung Haji telah menyerah senarai nama jemaah haji yang terkorban dan tercedera akibat kejadian kren runtuh tersebut bagi tujuan Kerajaan Arab Saudi mengenal pasti mangsa-mangsa dan waris mereka yang terlibat.

Pihak Tabung Haji juga sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Arab Saudi bagi mendapat perkembangan semasa.

final • 6:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ya, Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai bangun, Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Berkaitan dengan tuntutan pampasan ini yang menjanjikan ialah Kerajaan Arab Saudi dibuat secara terbuka, dimaklumi oleh semua. Saya tidak tahulah mangsa daripada negara lain tetapi daripada negara kita, saya rasa pihak Tabung Haji dan pihak kerajaan tidak boleh hanya menunggu keputusan yang akan dibuat oleh Kerajaan Arab Saudi kerana ini telah merupakan satu janji yang kita pakat dengar semua.

Saya mohon kalau boleh pihak kerajaan dan Tabung Haji membuat sedikit usaha secara proaktif untuk bertanya dan menuntut kerana kita mempunyai hubungan yang baik dengan Kerajaan Arab Saudi kita dimaklumkan sedemikian. Jadi sudah tentulah perkara ini mereka boleh layan kerana kita adalah antara klien yang terbaik bagi urusan haji ini di negara tersebut. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharum

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai. Sebenarnya dalam jawapan yang saya sebutkan tadi Yang Berhormat, saya katakan pihak kerajaan sentiasa berusaha dan juga telah berhubung.

Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Krai, setiap kali sebelum sampainya musim haji dia Kerajaan Arab Saudi akan menjemput, sebagai contoh tahun yang lalu pihak Kerajaan Malaysia dijemput yang saya sendiri sebagai mengetuai jemputan untuk berada bersama dalam barisan ataupun satu team, dengan izin, oleh pihak Kerajaan Arab Saudi yang diketuai oleh Menteri Haji mereka membincangkan post-mortem yang lalu.

Maksudnya persiapan-persiapan, kekurangan-kekurangan, teguran-teguran dan juga penambahbaikan yang mereka perjelaskan kepada mereka dan di hadapan mereka itu semua pihak-pihak yang terlibat termasuk yang berkaitan dengan airport, yang termasuk dengan pengangkutan, JPJ, termasuk pihak polis, pihak tentera, termasuk pihak kesihatan dan pelbagai agensi yang terlibat dengan soal haji termasuk Mekah dan juga Madinah.

Mereka datang untuk memberikan taklimat dan juga teguran-teguran jika ada kepada kita Tabung Haji.

Dalam pada itu juga kita menggunakan kesempatan untuk bertanya tentang soal ini. So, kalau itu yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai berkenaan dengan proaktif kita tanyakan kepada mereka berkaitan dengan pampasan tersebut. Namun sampai ke saat ketika ini kita masih lagi bersama menunggu sebagaimana juga negara-negara lain yang sebagaimana kata Yang Berhormat juga turut mengambil perhatian tinggi kepada persoalan yang telah pun diumumkan semasa tragedi yang berlaku di Mekah pada tahun 2015.

Namun kita masih lagi menunggu dan harapan kita, kita yakin bahawa hal yang seperti ini mungkin ada faktor-faktor yang menyebabkan mereka mengambil masa yang agak sedikit panjang untuk memastikan nama-nama sebab Yang Berhormat senarai nama ini bila ketika keadaan itu berlaku yang agak cedera kurang berat dia akan balik ke tempat premis ataupun hotel negara masing-masing. Ada yang masuk hospital, sebab itu Malaysia mengambil langkah mereka ini harus masuk dahulu ke Hospital Arab Saudi untuk didaftarkan. Jadi ada senarai-senarai nama yang mereka bila diumumkan dengan jumlah tersebut dia datang tambahan baru pula sebab mereka tidak pergi melapor diri di Hospital Arab Saudi.

Jadi ini juga keadaan yang mungkin jangkaan kita menyebabkan tapisan kepada senarai nama perlu dibuat dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kita di peringkat kerajaan akan sentiasa membantu mangsa-mangsa ini untuk sentiasa bertanya khabar, bersifat proaktif seperti mana Yang Berhormat sebutkan sebentar tadi.

Yang Berhormat Jerantut membangkitkan mengenai penipuan dalam tawaran pakej haji tidak seperti yang diiklankan. Sesungguhnya Tabung Haji amat jelas dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan Pengelola Jemaah Haji (PJH). Ini untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat semua, PJH ini ialah mereka pengelola jemaah haji yang bersifat swasta tetapi dilesenkan oleh pihak Tabung Haji untuk mengelola jemaah- jemaah haji. Adalah mereka ini dipastikan terbaik dan memuaskan para jemaah haji.

Pada setiap musim haji, pihak Tabung Haji mempunyai satu pasukan petugas yang memantau dan menilai perkhidmatan yang diberikan oleh semua PJH dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat-syarikat tersebut adalah sebanding dan bertepatan seperti yang ditawarkan dalam brosur pakej masing-masing. Berkaitan dengan jarak penginapan jemaah dengan Masjid Haram Mekah atau Masjid Nabawi, Madinah adalah menepati seperti yang ditawarkan.

final • 6:10 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharum

Bagi memastikannya petugas Tabung Haji akan mengukur jarak di antara bangunan penginapan jemaah haji PJH ini dengan tempat ibadah berkenaan menggunakan roller pengukur jarak. Jarak yang direkodkan akan dibandingkan dengan jarak yang dinyatakan dalam brosur pakej PJH masing-masing. Sekiranya didapati mana-mana PJH menempatkan jemaah haji mereka di bangunan penginapan yang lebih jauh dari jarak yang dijanjikan dalam brosur pakej, PJH berkenaan telah atau akan dikenakan tindakan sewajarnya termasuk tidak dilesenkan lagi pada tahun berikutnya.

final • 6:10 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharum

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tiada kes direkodkan yang melibatkan penipuan jarak bangunan musim haji 2016 tahun ini. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa...

final • 6:20 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Yang Berhormat Menteri, saya tanya sedikit.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jerantut bangun Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Ya.

final • 6:20 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Apakah kriteria tambahan yang disediakan oleh Tabung Haji kepada syarikat-syarikat ini? Ini kerana saya dapati ada aduan yang menyatakan bahawa syarikat-syarikat pakej ini dari segi pengendaliannya, contohnya makanan, penyediaan makanan mereka tempatkan di hotel- hotel yang tidak ada dapur pun. Penyediaan makanan ini dibuat pun ada yang dibasuh makanan ini dalam tandas dan sebagainya.

Jadi apakah kriteria yang lain selain daripada penempatan dan jarak yang kita berikan kepada syarikat-syarikat ini meliputi kebajikan-kebajikan yang lain seperti dari segi penyediaan makanan seperti mana saya katakan tadi serta perkhidmatan pengangkutan. Ini kerana ada aduan yang dibuat kepada syarikat ini dari segi pengangkutan misalnya, dari segi kenderaan yang kurang sesuai, mereka mengatakan kenderaan ini Tabung Haji punya, Tabung Haji yang menentukan.

Jadi pada saya, syarikat-syarikat ini secara tidak langsung memberikan imej yang kurang baik kepada Tabung Haji dari kaca mata jemaah haji itu sendiri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:20 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Jerantut. Pertamanya berkenaan dengan makanan.

Saya suka menjelaskan daripada apa yang Standard Operation Procedure (SOP) yang dilaksanakan oleh pihak Tabung Haji bagi khusus PJH. Saya bercakap soal PJH dahulu yang mereka ini merupakan pengusaha-pengusaha untuk membawa jemaah haji secara pakej oleh mereka.

Makanan ini pun juga sebagaimana yang mereka sebutkan di dalam brochure mereka, risalah semasa mereka menawarkan pergi haji. Pihak Tabung Haji juga mengenakan syarat supaya menu makanan itu dipamerkan di dinding ataupun di tempat yang bersesuaian di tempat penginapan jemaah mereka.

Walau bagaimanapun, pihak Tabung Haji dari semasa ke semasa memantau pengusaha-pengusaha jemaah haji (PJH) ini, oleh pihak-pihak yang berkenaan di mana tahun ini kita ada 16 pihak PJH yang telah pun dilesenkan. Kita mengambil perhatian terhadap mereka.

Berkaitan dengan kenderaan, sebagaimana yang disebutkan tadi ialah saya fikir mungkin oleh kerana faktor-faktor komunikasi yang tidak tepat, sebab kenderaan di Mekah ini bukan disediakan oleh pihak Tabung Haji termasuk juga di Madinah. Ia adalah disediakan oleh pihak-pihak yang telah diberikan kuasa oleh pihak Kerajaan Arab Saudi ataupun lebih tepat kita katakan diuruskan oleh pihak JPJ Arab Saudi. Jadi pihak JPJ Arab Saudi yang menguruskan penempatan kenderaan-kenderaan.

Cumanya mungkin Yang Berhormat Jerantut, oleh kerana kadang-kadang pihak PJH ini setiap tahun menukar petugas-petugasnya. Jadi ada petugas-petugas yang baru ataupun memang dia tidak pernah mengambil perhatian sangat. Dia memudahkan jawapan, dia kata Tabung Haji yang sedia.

final • 6:20 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Sedangkan pihak Tabung Haji dalam berkaitan dengan pihak pengangkutan, baik dari Mekah ke Madinah, Madinah ke Mekah, baik dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Muzdalifah, Muzdalifah ke Mina, Mina balik ke Mekah, semuanya adalah merupakan di bawah pengurusan dan juga pentadbiran oleh pihak Kerajaan Arab Saudi ataupun saya katakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berkaitan dengan musim haji ini.

Jadi, mungkin jawapan yang diberikan itu menyebabkan telah menyalah pandu arahkan (mislead) kepada konklusi yang dibuat kesimpulan bahawa Tabung Haji yang beri kenderaan tersebut sebab Tabung Haji sendiri pun tidak ada kenderaan untuk digunakan atau untuk diuruskan melainkan juga di bawah seliaan pihak JPJ tadi. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, sudah masuk 50 minit, Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

Saya terima kasih kepada Yang Berhormat. Memang saya sudah habis pun. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itulah sahaja. Saya hendak sebut yang ini tadi tetapi Yang Berhormat Jerantut sudah bangun Tuan Yang di-Pertua.

Saya rasa itulah sahaja perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat mengenai hak ehwal Islam yang sempat saya jawab. Mana-mana perkara yang tidak sempat, perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil tindakan sewajarnya kepada Jabatan Perdana Menteri khususnya agensi-agensi yang berkaitan. Terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 6:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2017 peringkat dasar dan yang telah membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan perpaduan negara.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi peruntukan sebanyak RM248.6 juta kepada JPNIN dan Integrasi Nasional bagi tahun kewangan 2017. Bajet ini akan melonjak JPNIN untuk memupuk perpaduan dan kesepaduan rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya sependapat dengan apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Ranau dan juga Yang Berhormat Limbang. Transformasi Nasional 2050 sememangnya menjadi wadah perjuangan generasi muda sebagai kaum demi melahirkan bangsa Malaysia yang sehati sejiwa, saling memahami dan mewujudkan perpaduan yang erat.

Apa yang dihasratkan kerajaan kini dilaksanakan oleh JPNIN dengan menerapkan nilai-nilai perpaduan di 1,781 buah Tabika Perpaduan di seluruh negara dengan kemahiran sebagai persediaan menangani cabaran abad ke-21. JPNIN juga telah menubuhkan 6,218 Kelab Rukun Negara bagi pelajar-pelajar sekolah dan 150 Sekretariat Rukun Negara dan penuntut di institusi pengajian tinggi iaitu 127 di IPTA dan 23 di IPTS sebagai medium untuk menyemai dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan belia berasaskan sikap saling mempercayai, hormat-menghormati dan sikap toleransi dan juga sikap kerjasama.

Selain usaha-usaha di atas, terdapat juga usaha-usaha lain. Antara penganjuran Program Gemilang Perpaduan, Program Membudayakan Perpaduan, meraikan kepelbagaian, modul silang budaya untuk mewujudkan perpaduan yang erat di kalangan rakyat Malaysia selari dengan slogan 1Malaysia yang telah diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan ini pasti merancakkan lagi pembangunan ekonomi yang mantap.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Parit Buntar, semua dasar yang diperkenalkan sekarang oleh kerajaan adalah inclusive yang meliputi segenap aspek diperlukan oleh negara majmuk seperti Malaysia dengan berasaskan Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak semua pihak.

final • 6:25 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Dasar-dasar kerajaan ini telah diterjemahkan dalam program-program di peringkat akar umbi yang mempunyai matlamat akhir yang menjurus kepada perpaduan dan integrasi nasional.

Tuan Yang di-Pertua, saya berkongsi sentimen yang diluahkan oleh Yang Berhormat Gerik, mengenai terdapat unsur-unsur yang membangkitkan perkara-perkara sensitif seperti perkauman dan agama yang boleh mencetuskan sesuatu kejadian yang tidak diingini. Adalah menjadi aspirasi dan harapan kerajaan agar setiap warganegara Malaysia keseluruhannya boleh hidup dalam suasana mesra, berpadu, bekerjasama dan saling hormat-menghormati antara satu dengan yang lain tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang sosioekonomi.

final • 6:25 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Senario ini akan menjadi pemangkin seperti yang kita sedia maklum senario ini akan menjadi pemangkin utama kepada pembangunan negara. Isu-isu sensitif melibatkan kaum dan agama jika tidak ditangani boleh menggugat perpaduan dan kesepaduan antara kaum. Dalam usaha untuk kita membina bangsa pemimpin-pemimpin dari parti-parti politik seharusnya memperjuangkan isu-isu berkaitan pembangunan negara dan kebajikan rakyat.

Bukan cuba untuk menjadi juara kepada kaum dan agama masing-masing sehingga boleh menghina ataupun menyinggung perasaan kaum lain. Kita sememangnya peka dengan kepelbagaian etnik, agama dan budaya yang sedia wujud di negara ini.

Justeru itu, untuk mengelakkan timbulnya ketidakfahaman antara satu sama lain kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa mempromosikan persefahaman dan keharmonian di antara penganut-penganut agama atau dengan ringkasnya JKMPKA sebagai langkah untuk memantapkan perhubungan dalam kalangan penganut pelbagai agama. Pelbagai program terus dianjurkan antara sambutan Hari Toleransi Sedunia, sambutan Minggu Keharmonian Antara Agama, forum-forum, dialog dan seminar keagamaan demi memastikan keharmonian antara agama harus terjalin. Selain itu beberapa kajian mengenai persefahaman agama terus dilakukan dari semasa ke semasa oleh jabatan dan dengan kerjasama ahli-ahli akademik. Untuk meningkatkan lagi persefahaman antara penganut-penganut agama.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai the way forward, dengan izin, unity blueprint telah disediakan oleh Majlis Konsultasi Perpaduan Negara atau MKPN, yang telah mengenal pasti sembilan matlamat utama dan 18 cadangan sebagai asas untuk mengukuhkan perpaduan dan meningkatkan hubungan antara kaum. Di mana matlamat utama dan cadangan-cadangan ini turut mengambil kira pandangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Parit Buntar yang juga merupakan mantan Ahli MKPN. Seterusnya satu Pelan Tindakan Perpaduan Negara atau PTPN, yang merentasi semua pemikiran dan agensi sedang di peringkat akhir pembangunan. Bagi melengkapkan bagi pelaksanaan blueprint tersebut dan setelah dimuktamadkan akan dikemukakan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa yang terdekat.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Adalah diharapkan bahawa usaha-usaha ini akan memberi impak besar kepada pengukuhan perpaduan kaum di negara ini dan kerajaan juga sedang mengkaji pembangunan indeks komposit perpaduan nasional bagi kami untuk menilai tahap perpaduan.

Tuan Yang di-Pertua dengan mengambil kira persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semporna. Kerajaan ingin menjelaskan bahawa Bajet 2017 telah dirangka dengan begitu teliti dan memenuhi keperluan dari segala aspek untuk menjamin kesejahteraan rakyat. Usaha ini bertujuan untuk memastikan perpaduan yang telah sekian lama wujud dan terus kukuh dan terpelihara di negara ini. Saya berterima kasih Yang Berhormat Lenggong yang telah mengesyorkan supaya peruntukan dan perjawatan yang mencukupi diberikan ke Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kekangan kewangan, menyedari betapa pentingnya perpaduan dan keharmonian negara kita maka kekangan kewangan dan perjawatan tidak seharusnya menjadi halangan serta melemahkan semangat pegawai-pegawai JPN.

final • 6:30 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Nanti kalau boleh kasi habis ini dahulu. Dengan menyedari betapa pentingnya perpaduan, jabatan akan terus bekerjasama dengan jentera yang lain seperti Rukun Tetangga, Skuad Uniti, Jawatankuasa Penyelaras dan Penasihat Rukun Tetangga, badan-badan bukan kerajaan dan swasta yang merupakan rakan perpaduan yang merangkumi 27 buah agensi kerajaan dan 23 buah agensi swasta dan NGO. Ini yang turut menggembleng usaha dan tenaga bagi membantu, menjayakan program-program perpaduan dan mencintai keamanan. Yang Berhormat Putatan.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Putatan ini soal perpaduan negara.

final • 6:30 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Betul saya bersetuju. Gaduh- gaduh tidak boleh. Yang Berhormat Menteri tahniah kerana menjawat Menteri Perpaduan, ini soal perpaduan. Jadi soal BERSIH yang kita melihat berdemonstrasi di jalan Yang Berhormat Menteri, adakah ini satu-satunya memperkasakan perpaduan? Saya mahu tanya Menteri dan apakah peranan Menteri cuba menasihatkan ketua BERSIH, kuning ini- supaya kita jangan buah kecoh di negara kita. Itu satu.

Soalan yang kedua- Yang Berhormat Menteri apabila kita melihat Bajet 2017 ini ada satu perkataan yang dikatakan inclusivity. Apa jenis program-program yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri soal bagaimana kita menyatupadukan rakyat kita yang bermastautin di luar nun di sana, di hutan-hutan iaitu Orang-Orang Asli, orang-orang indigenous negara kita dan juga di Sarawak orang-orang Penan dan masyarakat- masyarakat Dayak. Dapat dihubungi secara aman dan menyatupadukan kumpulan- kumpulan etnik di Sarawak. Jangan lupa negeri kita sendiri juga mempunyai lebih daripada 40 kaum etnik.

Adakah Yang Berhormat Menteri sendiri dapat melihat kesatuan atau the unity dalam bahasa Inggeris, dengan izin, daripada melihat apa yang berlaku di Sabah ini.

Terutama apabila persatuan-persatuan etnik ini telah pun berkonvensyen pada minggu yang lalu yang mengatakan satu istilah yang menggantikan istilah lain-lain di semua jabatan kerajaan. Adakah Menteri dapat melihat ini dengan secara serius dan menyokong usaha daripada persatuan-persatuan ini memeterai perjanjian.Supaya dapat diutarakan kepada kerajaan negeri dan kepada peringkat Kerajaan Persekutuan. Minta Menteri sedikit dapat penjelasan soal ini.

final • 6:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Yang Berhormat Putatan terima kasih banyak. Saya suka soalan itu, oleh sebab ia sebenarnya menyentuh masalah- masalah yang didapati di akar umbi. Akan tetapi pertamanya, saya ingin menjawab terlebih dahulu dengan demonstrasi BERSIH. Kita ini mengamalkan demokrasi. Dalam undang- undang kita pun membolehkan kita membuat demonstrasi secara aman.

Akan tetapi apabila kita membuat, dalam pendapat saya sendirilah apa bila kita membuat demonstrasi, demonstrasi itu mesti mempunyai asas-asas yang boleh kita dengar. Akan tetapi bukan asas yang hanya menimbulkan keraguan dan perasaan tidak baik daripada orang lain. Dalam saya punya nasihat itu kalau boleh saya cakap sering kali saya ditanya oleh wartawan-wartawan. Ada baik bagi kita untuk lihat kesemua masalah, apa masalah yang kita hadapi.

final • 6:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Jangan kita buat demonstrasi seperti ini kerana tentu sekali demonstrasi ini akan disalahgunakan tafsirannya. Memang disalahgunakan atau dilihat lain daripada lain pihak itu dan ia akan menimbulkan sesuatu perselisihan faham di antara kedua-dua pihak. Jadi kalaulah boleh kita mencari jalan yang baik. Itu nasihat saya sebagai Menteri yang bertanggungjawab untuk menjaga perpaduan. Saya tidak mahu perpaduan kita ini tergugat dan juga dirosakkan melalui kesemua itu.

Keduanya...

final • 6:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Menteri, boleh celah sedikit?

final • 6:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Nanti, nanti. Saya jawab dulu pertanyaan kedua itu. Pertanyaan kedua ini berkaitan dengan inclusiveness. Dalam perkara ini, ia bukan tertumpu berkaitan dengan inclusive dalam aspek perpaduan sahaja tetapi ia merangkumi kesemua, daripada segi pembangunan dan sebagainya.

final • 6:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Kita boleh mewujudkan satu perpaduan dengan mengambil kira kesemua masalah yang dihadapi oleh rakyat kita di akar umbi. Ini sebenarnya perpaduan itu hanya boleh diwujudkan kalau sekiranya kita dapat sampai kepada akar-akar umbi itu untuk memberi sesuatu yang mereka mahu.

Kalau tidak, sememangnya ada pertanyaan atau teguran daripada akar umbi semua itu. Kenapa pembangunan tidak sampai kepada saya, tidak seimbang dengan pembangunan yang kita lihat dengan apa yang berlaku di bandar-bandar. Kalau kita berada di bandar atau di urban area, kita lihat mereka mempunyai bekalan air, bekalan lampu dan sebagainya yang boleh menyenangkan hati. But, dengan izin, if you go to the rural area, we certainly meet an extreme case di mana kita lihat mereka ini kebanyakannya belum lagi mendapat kemudahan seperti itu. Jadi apabila ini nanti tidak dilihat, maka susah bagi kita untuk mewujudkan perpaduan.

Akan tetapi dalam bajet yang kita lihat yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, kita lihat bahawa bajet ini sebilangan besar peruntukan itu akan dikhaskan untuk B40. B40 ini ialah terdapat di luar- luar bandar. Jadi minta kerjasama daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri untuk menyampaikan ini. Saya setuju kerana dalam kawasan saya begitu teruk sekali. Mahu sampai dalam satu kampung itu pun mengambil masa kurang lebih dua hari. Masuk pergi Indonesia terlebih dahulu, balik ke Sabah, baru sampai di kampung itu. So, kita akan berusaha.

final • 6:40 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri, sebab Yang Berhormat Menteri belum menjawab soalan saya sebenarnya. Soalan saya, oleh sebab Menteri menyentuh fasal program perpaduan. Soalan saya, apa jenis program di bawah kelolaan kementerian Yang Berhormat Menteri untuk menyatupadukan etnik-etnik kita yang berada di luar bandar, terutama kalau soal pembangunan itu saya tidak hairan.

Kita boleh berkolaborasi dengan kementerian-kementerian yang lain, seperti Yang Berhormat Arau pun boleh bantu.

Soalan saya tadi, pada minggu yang lepas, beberapa buah persatuan, pertubuhan etnik-etnik yang terdapat di Sabah, ada lebih daripada 20 buah persatuan yang telah pun membuat satu konvensyen menyuruh kerajaan membuat satu perubahan dalam borang- borang di jabatan-jabatan kerajaan supaya istilah “lain-lain” itu ditukar kepada satu istilah yang telah dipersetujui, dimeterai pada konvensyen itu. Itu soalan saya Yang Berhormat Menteri, apa program Yang Berhormat Menteri supaya membantu persatuan-persatuan ini selain daripada memberi peruntukan untuk pembangunan. Itu soalan saya.

final • 6:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Saya faham. Sebenarnya, sejauh pengetahuan saya, konvensyen itu ialah cara bagi mereka untuk menyatupadukan etnik- etnik di mana tidak ada tafsiran yang didapati di bawah Perlembagaan Persekutuan. Jadi saya tidak tahu macam mana perkara ini boleh timbul oleh sebab tujuan konvensyen itu ialah mencari satu terminologi untuk menyatupadukan rakyat kita supaya kita juga mempunyai satu terminologi yang boleh menyatupadukan kita sebagai national identity supaya kita boleh bersatu padu lagi.

final • 6:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Menteri, boleh celah sedikit? Nanti sudah pergi topik lain.

final • 6:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Nanti. Just this one. Sekejap lagi.

Nanti saya jemput.

Saya berpendapat Yang Berhormat Putatan, ini juga melibatkan di peringkat luar bandar. Sebenarnya tidak ada pergaduhan. Daripada segi etnik, tiada pergaduhan. Mereka hidup dengan aman, hanya menunggu pembangunan daripada kerajaan. Okey.

final • 6:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya hendak berbalik kepada isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri berkait dengan BERSIH. Soalan saya seperti ini Yang Berhormat, kita mengamalkan sistem demokrasi. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Dalam mana-mana sistem demokrasi yang ada, ruang mesti diberikan kepada mana-mana pihak untuk membuat bantahan. Bantahan itu mungkin kecil dan besar. Dalam kes ini, kita dapati BERSIH ada banyak sokongan di kalangan rakyat.

Apakah permintaan mereka? Permintaan mereka ialah untuk mengadakan satu pilihan raya yang adil, saksama dan bersih. Itulah matlamat.

final • 6:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Saya tidak faham mengapa kerajaan tidak mahu sokong ini di mana kita dapati bahawa sebenarnya matlamat BERSIH ini merupakan satu matlamat yang boleh menyatukan rakyat Malaysia sebab kita dapati jelas bahawa pada masa sekarang, bahawa pilihan raya kita tidak bersih. Sekarang kita dapati bahawa Bersih telah ada satu lagi matlamat...

final • 6:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Dengarlah, dengarlah. Di mana kita ada 1MDB, 1MDB merupakan isu yang begitu besar di seluruh dunia, tanpa di Malaysia. So sebagai Menteri yang bertugas untuk menyatukan rakyat, macam mana untuk menyatukan rakyat menghadapi untuk dapat keadilan untuk rakyat supaya wang yang berbilion Ringgit itu tidak lenyap.

final • 6:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Saya tidak mahu berbahas apa-apa perkara. Saya tidak bahas untuk menjawab itu. Oleh sebab ini sebenarnya sudah mendapat beberapa jawapan daripada pihak kerajaan. Jadi saya fikir...

final • 6:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Akan tetapi jawapan tidak boleh terima Yang Berhormat, itu fasal kata soalan terpaksa diambil balik.

final • 6:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Okey, kalau boleh saya teruskan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Kawan kerana telah menyentuh Akta Keharmonian Nasional mengingatkan saya tentang Akta Keharmonian Nasional. Saya ingin menjelaskan bahawa penggubalan Akta Keharmonian Nasional perlu mengambil masa lagi berikutan keputusan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan (Pindaan) 2015.

Memandangkan masih terdapat lagi permintaan daripada masyarakat sivil, badan bukan kerajaan dan orang perseorangan berhubung cadangan penggubalan Akta Keharmonian Nasional, maka beberapa sisi sanggar bicara atau dialog perlu diadakan lagi untuk mendapatkan lebih banyak input dan pandangan orang ramai. Memang benar satu ketika lalu, pengumuman dibuat untuk memansuhkan Akta Hasutan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional. Akan tetapi mengambil kira senario politik masa kini, kami telah memutuskan agar Akta Hasutan terus dikekalkan dengan penambahbaikan.

final • 6:40 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Akta Hasutan masih dilihat sangat relevan dalam usaha membendung sebarang isu yang boleh mengundang pertelingkahan dan sekali gus mengekang ekstremis dan perbalahan kaum atau agama yang boleh merosakkan negara.

final • 6:50 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

[Bangun]

final • 6:50 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Ya.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 6:50 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Batu Kawan juga telah saya sertakan bersama dalam bajet. Kita menyatakan bahawa keperluan negara pada hari ini ialah dua set. Satu, pertumbuhan ekonomi. Kita setuju. Kedua, yang menjadi asas kepada ekonomi negara ini perpaduan dan ini terus di bawah Menteri.

Akan tetapi kalau kita ambil apa yang berlaku dalam negara hari ini, kita berdepan dengan masalah bahawa isu perpaduan masih lagi di takuk lama. Saya terlibat secara terus dalam Majlis Konsultasi Perpaduan Negara atau NUCC, dan saya sendiri sebagai pengerusi bagi undang-undang dan polisi, antara yang telah drafkan Akta Keharmonian Nasional ini di mana tiga bill kita telah perkenalkan iaitu bill, ‘equality law’; kedua, menjenayahkan mereka yang bersifat perkauman dan juga kebencian agama dan ketiga ialah Suruhanjaya Keharmonian Nasional. Itu tiga bill yang saya kira Yang Berhormat Menteri sedar bahawa kita telah membawanya dan telah membentangkannya.

Cuma, soalan saya sekarang ini ialah negara kita hari ini memerlukan satu pendekatan di mana perkauman ini mesti ditamatkan kerana selagi ia tidak selesai, segala pertumbuhan ekonomi dan sebagainya akan terus terbantut.

final • 6:50 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Jadi saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, pertama, adakah Majlis Konsultasi Perpaduan Negara itu masih berfungsi dalam membawa blueprint unity iaitu kerja kami selama dua tahun? Kedua, bilakah undang-undang anti perkauman ini boleh dijadikan satu realiti dalam konteks negara memerlukan satu lonjakan besar supaya perpaduan dapat betul-betul dilaksanakan dengan jujur dan bukan dengan hanya retorik politik? Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Kalau sabar sedikit, itu sebenarnya saya akan terus jawab. Nanti saya jawab sekejap lagi berkaitan dengan perkara ini.

Now, saya berkata sebentar tadi Akta Hasutan ini masih dilihat dalam usaha membendung sebarang isu yang boleh mengundang pertelingkahan dan sekaligus mengekang ekstremis dan perbalahan kaum atau agama yang boleh merosakkan perpaduan negara.

Now, NUCC ini sebenarnya kita sudah bubar oleh kerana kerjanya sudah siap.

Hasil mereka buat itu, kerajaan amat berbangga oleh sebab ia telah menghasilkan satu master blueprint. Now, dengan master blueprint ini, perlu kita untuk membuat tindakan- tindakan yang boleh melengkapkan lagi yang digariskan di dalam rekomendasi- rekomendasi yang terdapat di master blueprint itu.

Now, mungkin sebentar tadi saya telah mengatakan bahawa semua tindakan ini, action blueprint ini mengambil kira dan ia merentas kepada semua kementerian dan juga agensi-agensi kerajaan untuk melaksanakan syor-syor itu. Ini akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat. Selepas ia mendapat kelulusan, apa yang disentuh oleh Yang Berhormat sebentar tadi itu berkaitan dengan kewujudan undang-undang anti diskriminasi dan sebagainya, hasil daripada apa yang- ini memerlukan kajian lagi. Hasil daripada pelan tindakan itu, kita akan terus menjalankan kajian untuk mencari satu lagi kaedah bagi menghentikan isu-isu atau perkara-perkara yang ada berhubung kait dengan agama dan juga perkauman ini.

Itu akan dibuat dalam langkah ketiga atau keempat nanti. Oleh sebab dalam- pada saya, perlu bagi saya untuk membuat sesuatu perancangan yang rapi. Oleh sebab kalau kita buat undang-undang yang secara tergopoh-gapah, saya percaya nanti ia mewujudkan masalah kemudian. Masalah perkauman dan sebagainya sudah begitu kian lama. Perlu bagi kita untuk berhati-hati untuk membuat sesuatu untuk mengatasi ini.

Tuan Yang di-Pertua, kembali kepada Yang Berhormat Batu Kawan sebentar tadi.

Memandangkan Yang Berhormat Batu Kawan sendiri membangkitkan persoalan mengenai negara ini sudah lama ditadbir oleh parti-parti politik mengikut kaum, maka kerajaan perlu masa untuk mendapatkan penerangan lanjut pihak-pihak tertentu sebelum cadangan penggubalan Akta Keharmonian diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri penggulungan saya ini, sukalah saya memetik kata-kata Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Kedua di Majlis Jamuan Teh Kongres Ceylonese Malaysia pada 22 Mac 1975 di mana beliau berkata, “Sebagai sebuah negara yang penduduknya berbilang kaum, rakyat Malaysia harus merapatkan hubungan supaya dapat mengetahui lebih dekat aspirasi, perasaan dan masalah satu-satu golongan agar tidak berlaku sebarang perbalahan”. Sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk hal ehwal perpaduan, saya menyokong penuh kenyataan di atas oleh Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak yang ingin menekankan bahawa usaha memelihara perpaduan bukanlah tanggungjawab kerajaan semata-mata tetapi merupakan tanggungjawab bersama semua pihak. Oleh itu, sekali lagi, marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk meneruskan usaha bagi mengekalkan perpaduan yang telah sekian lama terbina oleh pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan sekian, terima kasih.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Datuk Joseph Entulu anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri daripada Selangau.

final • 6:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Penampang dan Yang Berhormat Batu Gajah yang telah menyentuh agensi-agensi di bawah portfolio saya iaitu MAMPU dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau SPA, semasa Perbahasan Bajet 2017 Peringkat Dasar.

Sesungguhnya saya amat menghargai cadangan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Penampang dan Yang Berhormat Hulu Rajang membangkitkan isu klasifikasi kaum dalam borang-borang rasmi kerajaan.

Untuk makluman Yang Berhormat Penampang, Jemaah Menteri telah membincangkan cadangan klasifikasi kaum di negeri Sabah yang akan digunakan dalam borang-borang rasmi kerajaan dan Jemaah Menteri telah memutuskan supaya perkara ini diserahkan kepada Bumiputera Minority Technical Committee yang seterusnya telah memohon nasihat dari Kerajaan Negeri Sabah untuk membuat keputusan.

final • 6:58 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Setakat ini, belum ada balasan ataupun belum ada jawapan diterima oleh Bumiputera Technical Committee. Pada dasarnya, saya amat menghargai cadangan daripada Ahli Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut tidak dapat dipertimbangkan memandangkan kerajaan masih lagi belum menerima apa-apa keputusan daripada Kerajaan Negeri Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Rajang pula, kerajaan telah bersetuju menggunakan Dayak sebagai salah satu klasifikasi kaum dalam borang-borang rasmi kerajaan.

Ini ada dua bentuk borang Tuan Yang di-Pertua. Satu, yang diisi secara online. Di sana memang sudah disenaraikan jenis-jenis ataupun suku-suku kaum yang wujud di Sarawak dan cuma perlu kita tick, kita hendak diklasifikasikan di bawah kaum mana. Kalau borang itu dalam bentuk misalnya kertas, di sana memang ada diagihkan perkataan Dayak dan kalau hendak tulis, kita kaum Iban kah, Bidayuh kah, itu ada ruang diagihkan juga.

Arahan pelaksanaan keputusan kerajaan ini iaitu untuk negeri Sarawak telah dikeluarkan kepada agensi sektor awam oleh Unit Pemodenan dan Perancangan Pengurusan Malaysia ataupun MAMPU pada 27 April 2016 yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu Gajah membangkitkan isu pengambilan kaum India ke dalam perkhidmatan awam dan mencadangkan supaya lebih ramai masyarakat India diambil bekerja dalam perkhidmatan awam. Sebelum saya menjawab mengenai pengambilan kaum India ke dalam perkhidmatan awam yang dijalankan melalui SPA, suka saya jelaskan terlebih dahulu mengenai kajian tenaga buruh penduduk Malaysia mengikut kaum atau etnik supaya kita mendapat gambaran yang sebenar mengenai kadar penyertaan tenaga buruh di negara ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia 2015 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa kadar penyertaan tenaga buruh bagi bumiputera 65.5 peratus; Cina 67.6 peratus; India 64.1 peratus; dan yang lain 64.1 peratus.

Kadar penyertaan tenaga buruh ditakrifkan sebagai perkadaran penduduk dalam tenaga buruh kepada jumlah penduduk dalam umur bekerja iaitu 15 tahun hingga 64 tahun.

Ia dipersembahkan dalam bentuk peratus. Berdasarkan angka ini, jelas menunjukkan bahawa terdapat keseimbangan penyertaan tenaga buruh antara kumpulan etnik di Malaysia. Sementara itu, peratusan penduduk yang bekerja mengikut etnik ialah bumiputera 96.4 peratus; Cina 97.7 peratus; India 95.7 peratus; dan yang lain-lain 95.4 peratus...

final • 7:00 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

[Bangun]

final • 7:00 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Kadar pengangguran mengikut etnik pula bagi...

final • 7:00 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri, boleh?

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Putatan.

final • 7:00 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Silakan.

final • 7:00 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tertarik apabila disentuh soal kumpulan etnik-etnik yang minoriti ini, terutama Orang Asli. Rumpun-rumpun etnik di negeri Sarawak, Sabah, ada atau tidak Menteri mempunyai statistik, terutama sekali Orang Asli yang memegang jawatan yang tertinggi di negara kita? Kalau ada, kalau tiada apa boleh buat, etnik-etnik dari Sabah dan di Sarawak yang memegang jawatan yang dianggap sebagai senior government officer, dengan izin.

final • 7:00 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Pecahan mengikut kategori-kategori pekerjaan dan mengikut etnik ini, kita tidak ada. Akan tetapi secara terperinci di dalam buku perangkaan ini, apa yang kita hendak tahu, hampir kesemuanya ada di sini. Peratusan yang saya sebutkan tadi diambil daripada buku perangkaan ini. Yang Berhormat boleh beli ini.

Saya dengar ini cuma RM6 sahaja.

final • 7:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah sedikit? Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Ya.

final • 7:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya tertarik kepada angka-angka yang telah dikeluarkan oleh Yang Berhormat berkait dengan golongan India yang bekerja dalam kerajaan- 40 peratus, 95 peratus dan sebagainya. Akan tetapi nampaknya apabila kita- saya hendak tahu pertama, apakah kaedah yang digunakan untuk mendapat anggaran-anggaran seperti ini? What is the methodology untuk mendapatkan angka ini? Itu satu. Kedua, selalunya kita dapat- ini anecdotal, saya tidak ada kajian tetapi anecdotal yang mana orang India selalu dapat kerja di bawah, bukan di atas ataupun bukan sahaja di tengah-tengah, middle management pun tidak ada.

So, nampaknya selalunya orang India dapat kerja sebagai kerani di macam janitor dan sebagainya. Saya hendak tahu, adakah satu cara ataupun satu kaedah yang diamalkan oleh kerajaan untuk menaiktarafkan orang India, kerja middle management dan juga senior management di pihak kerajaan? Akan tetapi nombor anggaran yang dikeluarkan itu tidak begitu boleh nampaklah Yang Berhormat. Nampak anggaran di dalam paper bagus tetapi tidak boleh nampak.

final • 7:00 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Silakan saya menjawab. Yang Berhormat, ada orang cepat hendak menggunakan nisbah antara bangsa-bangsa di Malaysia.

Misalnya, orang India berapa percent, orang Cina berapa percent, orang Melayu berapa percent? Kemudian bandingkan dengan peratusan mereka bekerja dengan pihak jabatan awam ataupun public sector. Apa yang saya baca ialah yang dalam golongan working people, 15 tahun hingga 64 tahun, tidak guna kita mengambil kira yang masih muda ataupun yang sudah umur berpencen, kepada golongan yang berpencen. Jadi, saya gunakan yang 15 tahun hingga 64 tahun, kemudian saya serapkan yang bekerja dengan pihak swasta bersama dengan yang bekerja di sektor awam, dan itulah angka yang saya baca tadi, peratusannya.

Menyentuh soalan Yang Berhormat yang kedua iaitu ada kaum yang selalunya bekerja di peringkat yang terbawah. Saya baca yang dianggap sebagai white collar job di sini. Bumiputera- lebih kuranglah kita menggunakan metodologi yang sama tadi, bumiputera yang white collar ini 34.8 peratus; Cina 46.8 peratus; India 39.1 peratus; dan yang lain-lain 24 peratus. On average, kita di Malaysia ini yang di bawah white collar ini ialah 38.1 peratus. So, melihat daripada itu, honestly, dengan izin, bumiputera dan yang lain-lain ketinggalan lebih rendah peratusannya. Indian dengan Chinese, they have higher percentage. Tidak perlulah...

final • 7:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Bukan hendak debate, saya hendak tahu clarification sahajalah. Ini bercampur dengan public sector and private sector.

final • 7:00 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Yes.

final • 7:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Kedua-dua?

final • 7:00 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Yes.

final • 7:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Okey tetapi saya hendak tahu kerajaan, bukan private sector. Tidak.

final • 7:00 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Yang Berhormat, kalaulah kita di pihak sektor awam, mengambil orang bekerja mengikut nisbah yang dalam golongan orang 15 tahun hingga 64 tahun tadi, mengikut nisbah kaum tetapi tidak diambil kira yang di sektor swasta. Maka, imbangan yang kita hendak lihat ini tidak akan wujud dan akan timbul suatu suasana yang mana kebanyakan orang yang bumiputera bekerja jadi petani, nelayan, blue collar dan sebagainya dan kebanyakan yang lain itu akan menjadi pegawai ataupun white collar workers. So, I think adalah adil kita mengambil kira secara holistik yang dalam sektor swasta dan juga di sektor awam. Itulah falsafah ataupun prinsip yang saya utarakan, yang saya ketengahkan menjawab soalan ini.

final • 7:00 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Yang Berhormat Menteri.

Boleh saya tanya?

final • 7:10 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Ya.

final • 7:10 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih. Hari ini jawapan Yang Berhormat Menteri mempunyai satu pendekatan yang agak berbeza dengan memberi statistik-statistik tertentu. Akan tetapi, sering kali jawapan yang kita terima dalam Dewan Rakyat ini mengatakan bahawa orang-orang bukan Melayu terutamanya orang Cina dan orang India tidak mempunyai minat untuk memohon kerja di sektor awam. Salah satu jawapan yang saya ada di sini, di tangan saya juga mengatakan bahawa orang-orang bukan Melayu kurang berminat untuk memohon jawatan di sektor awam.

Kerajaan telah- SPA telah mengambil beberapa inisiatif tertentu untuk menggalakkan orang-orang bukan Melayu untuk memohon kerja di sektor awam. Beberapa langkah juga telah disenaraikan di sini. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak SPA untuk menggalakkan orang-orang bukan Melayu untuk memohon kerja di sektor awam?

final • 7:10 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Yang Berhormat Batu Gajah. Jawapan itu masih betul. Memang ada terutama- kaum, bangsa Cina. Untuk pekerjaan yang di peringkat bawah itu. Memang dia orang tidak suka. Itulah sebabnya pergi ke hospital misalnya, ataupun pergi ke JKR yang terdapat dalam carta organisasi di peringkat atas kebanyakannya bukan orang bumiputera. Saya pernah dengar semasa Majlis Tertinggi Barisan Nasional bermesyuarat, seorang daripada ketua pemimpin India memang mengatakan ramai orang India tidak suka memohon, yang lawyer ini tidak mahu, tidak suka mohon kerja dengan kerajaan kerana gaji masuk the entry pay untuk orang lawyer dalam sektor awam agak rendah dia kata.

So, that is still true. Akan tetapi, kenapakah kita mengadakan bermacam-macam aktiviti untuk menggalakkan orang memohon? Kita hendak kualiti yang terbaik. Kita takut orang yang baik ataupun orang yang lebih cekap ataupun mempunyai kelayakan yang lebih baik tidak terdedah kepada program-program kita, tidak memohon pekerjaan dengan pihak awam. Itulah sebabnya walaupun ramai yang kita tidak dapat layan sama ada daripada segi temu duga ataupun diberi tawaran tapi kita masih juga menjalankan tugas untuk menarik masih ramai orang supaya memohon pekerjaan dengan pihak awam, sektor awam.

final • 7:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri. Last question. Saya memang confused sedikit Yang Berhormat sebab anggaran yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi cantumkan soal pihak swasta dengan pihak kerajaan.

Kedua-dua. Akan tetapi, cara untuk employ seorang di sektor swasta dan sektor kerajaan adalah berlainan. The government must represent the people, must look like the people. Itu cara dia dan ada nisbah. Satu ke-10 orang macam itu, ada nisbah dia.

So, soalan saya sebenarnya bukan percantuman tetapi berapa orang India, Cina dan Melayu dan bumiputera di- kerja untuk kerajaan? Itu saya hendak tanya. Apakah nisbah dia? Bukan percantuman sebab ada perbezaan dia. Private sector dia itu profit motive tetapi kerajaan itu kerja untuk rakyat. Itu ada perbezaan dia.

final • 7:10 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Itu pandangan Yang Berhormat Klang.

Pandangan kita ialah supaya itulah isu perpaduan tadi. Kalau terlalu ramai sesuatu kaum itu yang menjadi white collar workers dan yang terlalu ramai yang lain itu blue collar workers petani dan sebagainya. Itu isu yang kita cuba putarkan ataupun cuba kita selesaikan dengan Dasar Ekonomi Baru. Itu sebabnya. Jadi, inequality ini dari secara holistik isu yang sangat besar. Jadi, kita tidak boleh mengatakan kita fokus kepada sektor awam. Jangan kepada sektor swasta. I think barangkalilah kita ini berbeza pendapat.

Berkenaan dengan maklumat terperinci pecahan kaum-kaum yang lain, I think you just get this bukulah...

[Menunjukkan sebuah buku] Harga RM6 sahaja. Kalau tidak silap saya RM6. Detailnya ada di sini.

final • 7:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Okey, Yang Berhormat Menteri boleh berikan....

final • 7:10 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Apakah dia?

final • 7:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri mungkin kementerian boleh memberikan buku itu kepada semua Ahli Parlimen, dapat baca. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

[Ketawa] Beli. Beli sahaja. Minta dari Statistic Department. Ada ini. Sementara itu, peratusan penduduk yang bekerja mengikut etnik ialah bumiputera 96.4 peratus; Cina 97.7 peratus; India 95.7 peratus; dan yang lain-lain 95.4 peratus. Kadar pengangguran, ini tidak boleh kita tengok sama ada dia bekerja dengan pihak awam, sektor awam ataupun pihak swasta. Pengangguran. Kadar pengangguran, mengikut etnik pula bagi bumiputera ialah 3.6 peratus; Cina 2.3 peratus; India 4.3 peratus; dan lain-lain 4.5 peratus. About the same.

Maklumat tersebut menjelaskan bahawa etnik Cina mempunyai kadar penduduk bekerja yang paling tinggi dan kadar pengangguran yang paling rendah diikuti bumiputera dan India. Jika dilihat kadar penduduk pekerja di bawah kategori kolar putih pula, iaitu jawatan pengurus, profesional, juru teknik dan profesional bersekutu dan pekerja sokongan perkeranian didapati etnik Cina mempunyai kadar penduduk bekerja kolar putih yang tertinggi iaitu 46.8 peratus; diikuti etnik India 39.1 peratus; bumiputera 34.8 peratus; dan yang lain-lain 24 peratus.

Laporan penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia 2015 ini memberi gambaran sebenar kepada kita mengenai keseimbangan penyertaan tenaga buruh di negara ini.

Malah, bagi kategori tertentu seperti kolar putih, etnik Cina dan India mempunyai kadar penduduk bekerja yang lebih tinggi berbanding bumiputera. Oleh yang demikian, kita tidak boleh hanya memberikan tumpuan kepada kadar pengisian pekerjaan dalam perkhidmatan awam sahaja kerana ia boleh menyebabkan gambaran yang tidak tepat mengenai realiti sebenar keseimbangan tenaga buruh negara.

Tuan Yang di-Pertua. Dasar pengambilan pekerja ke dalam perkhidmatan awam oleh SPA adalah berasaskan merit dan kompetensi seseorang calon. Semua calon tanpa mengira bangsa atau latar belakang yang memohon apa-apa jawatan akan mempunyai peluang yang sama untuk dipertimbangkan melalui persaingan secara terbuka dan adil.

Hanya calon yang berkualiti dan menepati syarat dan kelayakan akan dilantik ke dalam perkhidmatan awam. Namun, kita harus sedar bahawa di sektor swasta persaingan secara terbuka dan adil tidak berlaku seperti mana yang kita harapkan.

Satu kajian bertajuk, “Discrimination of High Degrees: Race and Graduate hiring in Malaysia” ataupun tahap diskriminasi bangsa dan pengambilan graduan di Malaysia oleh dua pensyarah kanan Dr. Lee Hwok Aun dari Jabatan Pengajian Pembangunan Universiti Malaya dan Dr. Muhammed Abdul Khalid, Fellow Penyelidik di Institute of Malaysian and International Studies ataupun IKMAS, Universiti Kebangsaan Malaya (UKM) menepati kedudukan bangsa seseorang calon lebih diutamakan berbanding kelayakan akademi calon untuk dipanggil temu duga bagi permohonan pekerjaan di syarikat tempatan khususnya syarikat yang dimiliki kaum Cina dan syarikat antarabangsa di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan data daripada JPA, sehingga Jun 2016 pengisian kaum India dalam perkhidmatan awam adalah seramai 64,369 orang atau 4.4 peratus daripada jumlah pengisian keseluruhan.

final • 7:10 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Manakala, data pelantikan calon bagi tahun 2016 sehingga Jun oleh SPA menunjukkan bahawa kadar calon Cina yang berjaya dilantik ke perkhidmatan awam daripada jumlah calon Cina yang hadir temu duga adalah paling tinggi iaitu 39.79 peratus; diikuti oleh calon India 32.76 peratus; bumiputera Sabah 22.07 peratus; Melayu 17.35 peratus; dan bumiputera Sarawak 15.49 peratus.

final • 7:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri saya hendak tanya soalan mengenai, Tuan Yang di-Pertua, dasar pengambilan yang Yang Berhormat lontarkan tadi dan isu berkait dengan pengambilan secara kontrak.

Berapa peratus pekerja di sektor awam yang diambil bekerja secara kontrak dan kontrak itu untuk lima tahun, tiga tahun dan adakah kontrak itu direnew atau dapat pekerja yang baru dan adakah pekerja-pekerja asing direkrut untuk memenuhi kerja-kerja ini di pihak kerajaan.

final • 7:20 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Untuk white collar job kita tidak rekrut foreign workers. Untuk di ladang dan sebagainya itu topik yang lainlah juga bukan di bawah portfolio saya. Dan berkenaan yang kontrak biasa kita tidak ada masalah untuk menyambung kontrak-kontrak dan daripada segi perks dan juga facilities hampir sama.

final • 7:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Berapa peratus?

final • 7:20 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Sebenarnya angka itu berubah mengikut waktu kerana ini ada yang berhenti, ada yang diserapkan kepada jawatan tetap dan sebagainya. Akan tetapi nanti saya akan bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat.

Manakala daripada data pelantikan calon bagi tahun 2016 sudah saya baca tadi.

SPA sebenarnya telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan pelbagai inisiatif bersama pemimpin masyarakat dan badan bukan kerajaan bagi menggalakkan lebih ramai etnik India memohon jawatan dalam perkhidmatan awam. Program karnival kerjaya diadakan di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil dan kawasan sasaran yang ditetapkan. Sebagai contoh di SJK Alor Gajah Melaka sekolah Tamil di sana, SJK Tamil Ladang Rincing Semenyih, SJK Tamil Mentakab di Pahang, SJK Tamil Rantau di Negeri Sembilan dan SJK Tamil Serdang, Selangor.

Selain itu, SPA turut mengadakan program kerjaya bersama unit pembangunan sosioekonomi masyarakat India ataupun SEDIC di Teluk Intan, Perak. Program kerjaya SEDIC di Universiti Sains Malaysia, dan program Public Sector is My Choice anjuran LEAD Malaysia dan SEDIC di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kita berharap pemimpin masyarakat dan badan bukan kerajaan akan terus turut serta dan bersama-sama dalam memberi galakan kepada calon yang berkualiti dan berkelayakan untuk memohon jawatan dalam perkhidmatan awam.

Tuan Yang di-Pertua, segala itulah ucapan saya pada kali ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi cadangan dan membangkitkan isu yang berkaitan dengan agensi-agensi di bawah portfolio saya. Sekian, terima kasih.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih, saya jemput Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim dari Arau.

Yang Berhormat Menteri, mana yang tidak ada dalam Dewan, Yang Berhormat hendak jawapan bertulis kah atau teruskan jawapan?

final • 7:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Kalau begitu saya tidak jawab apa langsunglah. Jadi..

final • 7:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang bertanya tidak ada dalam Dewan ya. Sila, Yang Berhormat Menteri. Saya jemputlah yang bertanya masuk ke Dewan. Sila.

final • 7:24 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Jawab dalam Dewan sahajalah, Lenggong dan Sekijang.

final • 7:24 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Okey, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian untuk membahas portfolio saya dalam Jabatan Perdana Menteri terutamanya berhubung dengan keselamatan, maritim, kesukarelawanan, urusan bencana dan juga PR1MA.

Saya ingin mengucap terima kasih kepada Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Semporna dan Yang Berhormat Ranau kerana prihatin ke atas keselamatan kawasan Timur Sabah ESSZONE, di mana Yang Berhormat Sandakan menyarankan agar kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya dan segera untuk menyelamatkan mangsa penculikan di perairan pantai Timur Sabah. Pada masa yang sama ESSCOM telah diberikan peruntukan yang banyak namun demikian penculikan masih berlaku. Oleh itu Yang Berhormat Sandakan mencadangkan supaya ESSCOM dibubarkan kerana gagal mengawal perairan di Sabah dengan berkesan.

Yang Berhormat Semporna membangkitkan isu kekurangan bekalan bahan api yang telah menjejaskan operasi bot-bot ESSCOM dan Yang Berhormat Ranau membangkitkan isu kebocoran maklumat oleh orang dalam.

Untuk maklumat Yang Berhormat Sandakan, kerajaan sedang berusaha memastikan operasi ESSCOM pada tahap yang terbaik dalam menyelamatkan lima orang mangsa penculikan di perairan Dent Haven, Lahad Datu pada 18 Julai 2016 dibebaskan.

Bagaimanapun ESSCOM tidak terlibat dalam proses perundingan, pembayaran mahupun apa-apa yang dibuat oleh pelbagai pihak. Tanggungjawab ESSCOM adalah untuk memastikan perairan pantai Timur Sabah dalam keadaan selamat.

Bagi isu kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sandakan. Sebagai mana yang sering kali saya jelaskan sama ada melalui jawapan lisan mahupun jawapan bertulis.

Penubuhan ESSCOM adalah untuk mengekang pencerobohan kali kedua oleh Royal Sulu Force di Pantai Timur Sabah selepas pencerobohan pertama yang berlaku di kampung Tanduo Lahad Datu Februari 2013.

final • 7:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Selangor bangun.

final • 7:24 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Setakat ini ESSCOM telah berjaya memastikan, Yang Berhormat no problem.

final • 7:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Dato’ Sri Dr, sila.

final • 7:24 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Fuh, dahsyat.

final • 7:24 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Pertamanya saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana...

final • 7:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini baru balik daripada convocation.

final • 7:24 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Konvo hari Sabtu Tuan Yang di-Pertua, tadi pemakaian jubah Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Dato’ Seri Menteri. Pertamanya saya hendak ucapkan terima kasih atas keterbukaan ESSCOM berbincang dengan pihak nelayan khususnya di perairan Timur Sabah bagai menangani usaha masalah pencerobohan dan penculikan khususnya nelayan-nelayan yang ada di wilayah Timur Sabah.

Ini kerana seramai 9,600 orang nelayan ada kalanya ketakutan disebabkan masalah penculikan yang saya fikir wajar dibanteras tetapi dengan adanya kerjasama ESSCOM dengan nelayan saya lihat keyakinan itu bertambah khususnya di kalangan nelayan. Cuma saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Menteri sekiranya boleh pertamanya jawatankuasa peringkat daerah yang mungkin ESSCOM telah ada ketika ini dapat dimasukkan wakil-wakil pertubuhan nelayan supaya setidaknya perkongsian maklumat di antara nelayan dan juga ESSCOM dapat kita perkukuhkan dan untuk memastikan bahawa sekiranya akan berlakunya sebarang bentuk ancaman ia dapat dibendung secara perkongsian maklumat.

final • 7:24 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Kedua, saya ucapkan terima kasih kepada pihak ESSCOM kerana sudi menerima kunjungan hormat LKIM terutama di ESSCOM di Lahad Datu baru-baru ini, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:24 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, ini contoh wakil rakyat terbaik dalam memberi teguran yang positif kepada operasi yang kita jalankan sekarang. Yang Berhormat sedia maklum bahawa anggota keselamatan kita menyabung nyawa untuk menjaga kawasan keselamatan di ESSZONE.

Jadi oleh sebab itu mereka memerlukan sokongan, semangat daripada semua pihak terutamanya Ahli-ahli Parlimen. Jadi ini adalah di antara engagement ataupun hubungan yang wujud di antara LKIM, nelayan sana dengan pihak ESSCOM. Jadi ini kita hendak sangat itu sebab saya akan jawab selepas ini bahawa kita akan tubuh pasukan sukarela yang terdiri daripada APM, Angkatan Pertahanan Awam Laut dan juga APMM sukarelawan APMM. Kerajaan sudah setuju untuk menubuhkan dan kerajaan telah mengeluarkan peruntukan serta-merta supaya diwujudkan pasukan sukarelawan untuk APMM.

Saya akan bagi maklum bahawa kita akan membuat pengambilan serta-merta di kawasan ESSCOM. Jadi makna kata sebahagian besar para nelayan akan menyertai pasukan sukarelawan APMM dan juga sukarelawan APM.

final • 7:24 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Engagement begini di mana penyertaan rakyat mampu untuk menghadapi masalah keselamatan. Oleh sebab masalah keselamatan ini kalau kita serah kepada pasukan keselamatan tanpa sokongan rakyat kita akan menghadapi masalah. Semua negara di dunia ini mampu untuk mempertahankan negaranya apabila rakyat bersama dengan negara. Contohnya zaman dahulu Yang Berhormat Putatan, zaman dahulu kenapa Melaka kalah dalam peperangan dengan Portugis kerana yang berperang dengan Portugis cuma askar-askar sultan tetapi rakyat tidak berlawan bersama. Malah rakyat sebenarnya berada di atas pokok melihat orang sedang berperang menggunakan senjata di sana.

Demikian juga peperangan yang berlaku di Kedah pada zaman Sultan Ahmad Tajudin. Jadi askar yang berperang tetapi rakyat tidak bersama. Akan tetapi kalau rakyat bersama dan rakyat hendak boleh bersama ini dalam bentuk apa? Jadi membentuk kesukarelawanan. Saya hendak sebut port folio saya sebab kalau terlanggar dengan orang lain nanti kita akan ada masalah. Jadi saya sebut ialah Angkatan Pertahanan Awam di mana semua Ahli Parlimen yang hadir pada hari ini ialah menyertai Angkatan Pertahanan Awam dan dalam masa yang sama mereka dialu-alukan dalam kawasan ESSCOM ini untuk menyertai kesukarelawan APMM yang baru kita tubuhkan.

Saya sendiri akan menyertainya. Sudah pasti saya menteri saya akan jadi orang yang atas sikitlah untuk sama-sama menjadi sukarelawan APMM. Jadi dengan itu kita bukan sahaja mendapat pendedahan latihan dan sebagainya tetapi kita akan merupakan kumpulan yang kedua dengan pasukan tetap ini untuk menghadapi musuh negara. Ini caranya. Akan tetapi kalau bangkit-bangkit oleh sebab culik berlaku selalu maka kita cadangkan ditutup. Itu satu cadangan yang tidak munasabah datang daripada wakil rakyat.

Wakil rakyat walaupun bukan kawasan ESSCOM tetapi telah memberikan cadangan yang cukup power.

final • 7:30 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

ESSCOM, kita.

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Saya tahu saya seperti juga sahabat saya tadi, saya nampak Yang Berhormat Putatan bangun. Saya tahu Yang Berhormat Putatan akan dapat giliran sekarang.

final • 7:30 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri yang sungguh hebat. Menteri yang bagi saya, Menteri agak yang terpujilah kalau menjawat jawatan sebagai apa yang dijawatnya sekarang. Ada pernah saya mendengar dulu saranan Yang Berhormat dalam kawasan ESSCOM ini penglibatan daripada masyarakat umum a diberi keutamaan.

Oleh sebab itu semua Ahli-ahli Parlimen telah pun dijadikan ataupun dilantik sebagai honorary colonel APAM, dulu JPAM. Saya tidak berapa suka dengar APAM ini tetapi saya masih lagi maintain JPAM. Jadi maritime juga dalam jagaan Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri.

final • 7:30 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju dengan saya sebab kawasan saya mempunyai kawasan dianggap sebagai kawasan dikira sebagai semi ESSCOM yang berhadapan dengan kota raya Kota Kinabalu yang mempunyai banyak pembangunan, harta benda yang begitu mahal di persekitarannya. Anggota keselamatan telah pun diwujudkan di pulau itu. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya kalau dapat buat sebuah pangkalan maritim di Kota Kinabalu ini, supaya dapat membantu marine police, navy, dan sebagainya di kawasan yang dianggap sebagai kawasan yang amat penting sekali kerana Kota Kinabalu adalah ibu kota negeri Sabah.

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini satu orang wakil rakyat yang cukup bagus. Boleh direkodkan pujian saya, yang bukan sahaja minta suruh tutup minta buka lagi. Yang Berhormat saya akan jawab di bawah APMM sekejap lagi yang akan menyebut juga Kota Kinabalu. Jadi saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat melihat bahawa pertahanan ataupun keselamatan negara ini harus dijaga bersama oleh pasukan keselamatan dan juga rakyat.

Kemudian, saya hendak jawab Yang Berhormat Kuala Selangor yang menyebut bahawa kerjasama di antara LKIM dan supaya mereka masuk di dalam jawatankuasa yang diwakili oleh nelayan. Apabila mereka menyertai APM dan juga APMM ini kita akan ada jawatankuasa. Sudah pasti mereka akan berada di barisan pertama sebab kita perlu sangat kehadiran nelayan dan juga penduduk di situ supaya mereka menjadi pasukan sukarela ESCOMM dan juga APM. Jadi dengan penyertaan rakyat, kita akan melihat satu pertahanan negara yang digembleng tenaga dalam bentuk yang gah iaitu bagaimana untuk menghadapi ancaman keselamatan sekarang.

Jadi setakat ini Yang Berhormat, ESCOMM telah berjaya memastikan tiada sebarang pencerobohan kali kedua oleh Royal Sulu Force di Pantai Timur Sabah. Ini membuktikan bahawa ESCOMM telah berjaya dengan objektif penubuhannya. Namun ESCOMM kini menghadapi cabaran yang lain iaitu jenayah rentas sempadan di perairan Pantai Timur Sabah yang dilakukan oleh kumpulan kidnapping for ransom, KFR, dari Selatan Filipina. Langkah memperketat kawalan keselamatan yang dilakukan oleh ESCOMM khususnya di resort sangkar ikan dan laluan-laluan berisiko telah memaksa KFRG menukar modus operandi mereka dengan mengubah sasaran kepada vessel-vessel yang bergerak perlahan ataupun yang mempunyai low freeboard dan merupakan soft target. Ini jelas menunjukkan bahawa inisiatif pengukuhan dan perancangan keselamatan ke atas resorts tempat tumpuan pelancong, sangkar ikan dan laluan-laluan yang berisiko adalah berkesan dan memaksa pasukan KFRG mengubah sasaran kepada sasaran mudah ataupun soft target seperti kapal dagang, kapal tunda dan juga bot-bot nelayan.

Bagaimanapun kejadian penculikan yang kerap berlaku di kebelakangan ini merupakan cabaran besar. Kita mengenal pasti faktor-faktor berikut adalah sebagai penyebab berlakunya perkara ini.

Kita tahu bahawa pasukan kumpulan kidnapping for ransom ini menjadikan aktiviti ini sebagai satu perniagaan yang menguntungkan. Ini menyebabkan banyak kumpulan penculik baru wujud kerana hasil yang bakal diperoleh. KFRG ini tidak berada di perairan Sabah sebelum menculik. Mereka menunggu peluang di kawasan perairan Selatan Filipina sebelum masuk ke perairan Sabah untuk menculik setelah sasaran dikenal pasti.

Keduanya, kita lihat hubungan kekeluargaan di antara masyarakat Selatan Filipina dengan masyarakat di Sabah dan juga mereka yang bersimpati. Ini merupakan cabaran kepada usaha-usaha untuk membanteras aktiviti mereka ini. Mereka ini juga sebenarnya menjadi tali barut dan mata kepada kumpulan kidnapping for ransom ini. Aktiviti penculikan ke atas sempadan ini juga disebabkan oleh taraf kehidupan di Selatan Filipina yang sukar di mana peluang pekerjaan adalah terhad, harga barang mahal dan juga lain-lain lagi.

Akhir sekali, kita kenal pasti bahawa antara sebab yang kadang-kadang ada terbolos daripada pasukan keselamatan, kita dapati bahawa kawasan ESSZONE ini mempunyai nelayan yang ramai dan juga pengusaha bot tunda. Mereka tidak memasang Automatic Identification System (AIS). Terdapat banyak bot nelayan dan juga bot tunda yang mendapat permit kebenaran untuk berada di kawasan perairan ESSZONE semasa perintah berkurung dikuatkuasakan. Keengganan nelayan dan juga pengusaha bot tunda memasang AIS menyukarkan pemantauan ESSCOM di kawasan berkenaan. Oleh itu penyelesaian yang secara menyeluruh dan juga holistik seperti yang saya sebutkan tadi di mana penyertaan rakyat bersama untuk menghadapi masalah yang cukup rumit ini.

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Jadi semua pihak harus melihatnya secara positif bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini. Di antara benda yang telah disebutkan tadi ialah rakyat sendiri, LKIM sendiri, nelayan sendiri sudah pun berinteraksi dengan ESSCOM untuk bersama- sama menyelesaikan perkara ini. Akan tetapi kita lihat ada juga sebahagian daripada kawan-kawan kita di sini menimbulkan perkara-perkara yang mereka sendiri tidak dapat, tidak menghubungi rakyat di luar sana melihat apa rakyat sendiri pun telah bertindak untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini. Mereka hanya melihat apabila berlaku satu kejadian, terus ESSCOM dituduh dan sebagainya. Kali ini kalau sekiannya kita minta simpanglah orang kata bahasa yang mudah bahawa benda-benda ini tidak berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Semporna membangkitkan isu mengenai masalah bekalan bahan api yang tidak mencukupi.

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Semporna tapi saya sebut di sinilah, bahawa memang ada kadang-kadang kita mendengar bahawa mereka tidak cukup bahan api tetapi bahan api itu nombor dua. Nombor satu, apa kurangnya usaha- usaha ataupun operasi kita adakah berkurangan. Jadi kita tahu bahawa dalam ESSCOM itu ada penyelarasan kepada tiga buah agensi. Kita ada tentera, polis dan juga APMM. Kalau APMM ada kekurangan, sudah pasti polis dan juga tentera akan mengatasinya. Kini tidak ada masalah dari segi operasi walaupun ada dua tiga hari berita-berita disebutkan ada kekurangan bahan api dan sebagainya. Cuma kita dengar cerita dan berita. Saya minta kalau boleh kita dapatkan fakta yang sebenarnya sebelum kita membuat teguran.

Yang Berhormat Ranau membangkitkan mengenai kebocoran maklumat orang dalam dan tali barut khususnya pendatang tanpa izin yang berada di Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tidak ada kebocoran maklumat dari orang dalam khususnya dari ESSCOM. Kebocoran maklumat berlaku mungkin daripada PATI, tali barut dan juga- yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan pengganas-pengganas.

Sekarang saya pergi kepada PR1MA. Yang Berhormat Permatang Pauh membangkitkan berkenaan peruntukan PR1MA hanya sebanyak RM25 juta iaitu bersamaan dengan 0.01 peratus daripada keseluruhan bajet. Ini menyebabkan pembeli menyerap semua kos yang ditanggung oleh PR1MA. Yang Berhormat juga membangkitkan isu berkenaan pembeli PR1MA yang menggunakan akaun KWSP untuk membeli rumah tetapi tidak boleh membuat pengeluaran kecemasan, mengerjakan haji dan pengeluaran selepas umur 50 tahun selagi belum melangsaikan pinjaman perumahan.

Yang Berhormat Kota Raja dan Yang Berhormat Shah Alam ingin tahu berkenaan dengan pembayaran berperingkat-peringkat dalam Skim Bantuan Pinjaman Perumahan PR1MA yang dikatakan tidak akan membantu menyelesaikan masalah rakyat untuk memiliki rumah sebaliknya ia akan meningkatkan tanggungan hutang rakyat.

Yang Berhormat Bukit Gantang membangkitkan berkenaan kenaikan kelayakan pinjaman perumahan PR1MA akan mengakibatkan kapitalis menaikkan harga rumah PR1MA. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh, PR1MA telah diperuntukkan sebanyak RM25 juta di bawah perbelanjaan operasi bagi tahun 2017, jadi Yang Berhormat tengok betul-betul, ini operasi. Yang RM25 juta ini adalah untuk operasi, bayar gaji dan sebagainya, bukan untuk pembangunan. Jadi bila kita melihat buku bajet itu kita lihat betul-betul.

Memandangkan PR1MA merupakan organisasi yang mengamalkan pengurusan lean ataupun lean management maka geran peruntukan diterima ini akan dibelanja secara optimum. Selanjutnya kediaman PR1MA merupakan perumahan kos sederhana untuk golongan pertengahan di kawasan bandar dan pinggiran bandar. Tahap kemahuan pemohon adalah berbeza mengikut negeri dan kawasan.

Sistem Pendaftaran Nasional PR1MA menjadi panduan untuk mengetahui tahap kemampuan pemohon setempat. Sistem ini juga membantu dalam mengetahui permintaan pemohon bagi sebuah kawasan. Begitu juga dengan harga kediaman rumah PR1MA yang berbeza mengikut kawasan. Harga kediaman PR1MA adalah lebih rendah berbanding dengan harga rumah pasaran di kawasan yang sama. Secara purata harga kediaman PR1MA 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran yang mempunyai spesifikasi yang sama.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Setelah kesemua aspek yang disebutkan tadi diteliti, ia akan menjadi asas kepada harga kediaman rumah PR1MA. Usaha ini diharap dapat mendorong pemaju swasta agar lebih berdaya saing dalam menyediakan perumahan mampu milik di pasaran. Umum mengetahui harga rumah kediaman PR1MA adalah antara RM100,000 sampai RM400,000.

Namun begitu majoriti kediaman PR1MA iaitu sebanyak- ini saya hendak sebut supaya jangan kita mentohmah PR1MA, jangan kita menyebut bahawa negeri kita hebat tetapi PR1MA ini untuk seluruh negara. Kita hanya mungkin menyebut sebuah negeri, kononnya negeri kita hebat, PR1MA tidak hebat tetapi bagaimana negeri-negeri yang lain.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, orang hebat, Yang Berhormat Kuala Selangor bangun.

final • 7:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor, okey.

final • 7:40 PM

Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik bila Yang Berhormat Menteri membangkitkan dan menerangkan tentang PR1MA. Cuma saya hendak tanya secara ikhlas kepada Yang Berhormat Menteri yang menjaga PR1MA, kerana saya akui Yang Berhormat Menteri begitu prihatin untuk menangani isu pemilikan rumah di kalangan rakyat.

Saya hendak tanya tentang statistik perumahan PR1MA di Selangor ini. Ini kerana saya lihat sepanjang saya menjadi Ahli Parlimen Kuala Selangor sehingga hari ini seinci rumah PR1MA pun saya tidak nampak lagi. Terutama di Parlimen Kuala Selangor, kerana saya lihat banyak tuntutan di kalangan rakyat mengimpikan perumahan PR1MA khususnya di Kuala Selangor. Saya hendak tanya adakah halangan untuk PR1MA memajukan perumahan PR1MA di negeri Selangor ini?

Kalau ada boleh tidak Yang Berhormat Menteri nyatakan kerana yang paling penting kita ingin memastikan bahawa pemilikan rumah di kalangan penjawat awam dan juga generasi muda ini dapat dipertingkatkan kerana saya akui harga rumah PR1MA ini jauh lebih murah daripada rumah-rumah komersial yang lain. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 7:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat, saya hendak sambung ini sikit ya. Umum mengetahui harga kediaman PR1MA adalah antara RM100,000 sehingga RM400,000. Namun begitu majoriti kediaman rumah PR1MA sebanyak 84 peratus berharga RM300,000 ke bawah. Jadi kedudukannya seperti berikut. RM100,000 sehingga RM200,000 ialah 21 peratus, RM200,000 sehingga RM300,000 sebanyak 63 peratus.

Hanya sebilangan kecil sahaja iaitu sebanyak 16 peratus berharga lebih daripada RM300,000. Ia terletak di bandar besar ataupun di kawasan nilai harta tanah yang tinggi seperti di Lembah Klang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Berhubung dengan Selangor, Selangor sekarang ini PR1MA akan membina 7,864 unit iaitu lima projek di Selangor. Sudah pasti dalam perjalanan saya berucap ini, pegawai- pegawai sekejap lagi akan menghantar maklumat berhubung dengan kawasan Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat bersabar sekejap, sekejap lagi kita akan mendengarnya.

final • 7:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

[Bangun]

final • 7:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

PR1MA sentiasa berusaha untuk membantu golongan sasarannya memiliki rumah. Pelbagai program telah diwujudkan bagi membantu pembeli mendapatkan pembiayaan sesuai.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kota Raja bangun.

final • 7:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Terkini PR1MA telah menyediakan skim yang dinamakan Skim Bantuan Pinjaman Perumahan PR1MA. Ia hasil daripada kerjasama Kementerian Kewangan, PR1MA, Bank Negara Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersama empat buah institusi kewangan iaitu AmBank, CIMB, Maybank dan juga RHB. Skim pembiayaan akhir ini adalah eksklusif untuk pembeli kediaman rumah PR1MA yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.

Skim ini ia akan memberi peluang kepada lebih ramai pemohon untuk memiliki kediaman rumah PR1MA. Ini kerana pembiayaan kewangan akan lebih mudah dimiliki dan pembeli boleh mendapat margin pinjaman yang lebih tinggi berbanding dengan pinjaman konvensional. Siapakah tadi tanya soalan?

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kota Raja.

final • 7:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya, Yang Berhormat Kota Raja.

final • 7:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin sedikit penjelasan tentang rumah PR1MA ini. Pertama, baru ini Perdana Menteri ada mengumumkan tentang end financing dan dipanggil step up payment, macam itu. Bolehkah Yang Berhormat Menteri terangkan apa ini end financing sebab saya dapat maklumat yang berbeza-beza.

Akan tetapi betul atau tidak end financing ini ialah apabila dikatakan bahawa bagi mereka yang tidak mampu sepenuhnya. Dalam 10 tahun pertama itu, maknanya pinjaman bank itu 10 tahun pertama hanya membayar faedah ini sahaja kemudian 35 tahun kemudiannya barulah maknanya membayar sekali dengan pokok dan sebagainya. Ini adalah satu jangka masa yang panjang saya kira dan akan juga Akaun 2, KWSP juga boleh digunakan untuk membayar deposit rumah itu, pertama.

Kedua ialah saya juga kurang jelas mengenai mekanismenya. Adakah bila dalam pembinaan rumah PR1MA ini kerajaan membuat tender terbuka kepada pemaju-pemaju untuk membangunkan? Subsidi kiranya peruntukan-peruntukan kerajaan yang telah diumumkan ini untuk apa sebenarnya.

final • 7:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Ketiga, saya sebut dalam ucapan saya. Saya cuba mencari satu maklumat yang agak komprehensif dalam bentuk teks, rajah, tabulated form Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi saya tidak jumpa sebab daripada permulaan PR1MA hingga sekarang sebab pengumuman-pengumuman dibuat itu maknanya kita hendak kena pick up data dia itu daripada setiap ucapan. Agak susah bagi kita untuk follow up dengan data ini. Terima kasih.

final • 7:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Terima kasih...

final • 7:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 7:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya, Yang Berhormat Kota Melaka? Ya, silakan.

final • 7:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, tentang bagaimana dengan kelulusan atas permohonan yang saya difahamkan didaftar selepas itu? Bagaimanakah keputusan untuk memilih pemohon antara senarai yang diterima? Adakah preference diberi kepada pemohon di kawasan yang berdekatan dengan projek itu? Adakah special preference? Kalau tidak, masih kita nampak luar dari kawasan itu telah diberi peluang tetapi yang berdekatan sudah buat permohonan tidak diberi preference. Minta sikit penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 7:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Okey. Yang Berhormat, pertama sekali Yang Berhormat Kuala Selangor itu saya kena betulkan balik ya. Sebenarnya jumlah unit di Selangor ini, yang telah diluluskan, tadi yang saya sebut tadi yang dalam pembinaan. Yang Berhormat, tadi yang dalam pembinaan ialah 7,864, itu dalam pembinaan tetapi yang telah diluluskan untuk Selangor ialah 52,704. Ini angka yang cukup besar.

Kemudian Yang Berhormat Kota Raja, saya sedang menjawab itu, sedang menjawab. Yang Berhormat, dengar jawapan saya berhubung dengan akaun kedua.

Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat sedia maklum bahawa kita membuat pendaftaran terbuka, pendaftaran online. Jadi, selepas itu membuat pengundian terbuka. Sudah pasti dalam pengundian terbuka ini kita telah- kita buat di Melaka, kita akan buat pengundian terbuka dan semua orang akan melihat pengundian dibuat itu berdasarkan permohonan yang telah dibuat oleh pelbagai pihak. Kemudian Yang Berhormat bertanya sama ada kita bagi preference untuk kawasan berdekatan dan sebagainya. Jadi kalau sekiranya ada perbezaan daripada yang saya jawab tadi, saya akan jawab secara bertulis.

final • 7:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Akan tetapi buat pada masa sekarang, prinsipnya ialah kita membuat pendaftaran terbuka, pengundian terbuka apabila siap rumah ataupun rumah hampir siap ataupun permulaan kepada pembinaan rumah. Bagi saya baca habis dulu...

final • 7:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Adakah ini bermakna tiada preferencelah?

Mengikut, katakan pendaftaran terbuka dan pengundian terbuka iaitu memang tiada preference akan diberi.

final • 7:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Akan tetapi Yang Berhormat sedia maklum bahawa apabila kita buat pendaftaran terbuka, mereka akan menyebut- kita telah senaraikan projek-projek dan selepas itu orang akan memohon. Selepas itu kita akan membuat pengundian terbuka. Tidaklah sampai ke tahap katalah orang yang memohon di Perlis, kemudian ia pengundian terbuka di Melaka dan sebagainya. Jadi kita membuat pengundian itu berdasarkan kepada permohonan terbuka negeri ataupun kawasan. Walau bagaimanapun, saya akan beri jawapan secara bertulis ataupun jawapan Yang Berhormat dengar apabila sampai kita habiskan ayat-ayat rasmi yang harus saya baca kepada kawan- kawan semua.

Di bawah skim tersebut, terdapat dua kaedah yang boleh dipilih mengikut kesesuaian kewangan masing-masing. Pembeli kediaman PR1MA boleh memohon salah satu daripada kaedah ini atau kedua-duanya sekali. Pertama Yang Berhormat ya, pembeli boleh memilih untuk mendapat pembiayaan berperingkat. Kaedah ini dapat mengurangkan tekanan kewangan semasa fasa pertama pembayaran pinjaman.

Pembeli kediaman PR1MA hanya perlu membayar faedah ataupun interest asas pinjaman untuk tempoh lima tahun yang pertama. Manakala bayaran prinsipal dan juga faedah akan dibayar selepas lima tahun yang kedua. Jadi makna kata, orang-orang yang baru bekerja dan dia dapat rumah PR1MA, dia hanya bayar interest untuk lima tahun yang pertama. Lima tahun yang kedua, saya percaya selepas itu dia pun sudah, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, sudah steady sikit daripada segi kewangan, maka dia akan mula membuat pembayaran prinsipal dan juga interest.

Keduanya, pembeli juga boleh memilih untuk menggunakan akaun kedua KWSP yang akan dipagar ataupun ring fence khusus bagi pembelian kediaman rumah PR1MA.

Pilihan ini adalah untuk membantu pembeli menyokong bayaran ansuran bulanan pinjaman bank. Setelah pembayaran perumahan selesai, pembeli dibenarkan untuk membuat pengeluaran pra persaraan seperti kesihatan, pendidikan, ibadah haji dan apabila mencecah umur 50 tahun. Perincian pelaksanaan skim ini masih sedang dimuktamadkan dan sedia untuk dilaksanakan pada awal tahun depan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gombak ingin tahu berkenaan dengan tanah kerajaan...

final • 7:50 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Celah sekejap.

final • 7:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang tidak digunakan untuk diberikan kepada GLC dan PR1MA.

final • 7:50 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat, Kota Raja, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri menyebut tentang step up financing untuk lima tahun pertama hanya membayar faedah, kemudian baru kepada bayaran pokok. Dalam hal ini saya ingin bertanya, adakah kerajaan bercadang untuk pemohon-pemohon beragama Islam supaya mereka mengambil- ia tidak ada pilihan, mereka mengambil financing Islamic? Ia kerana kita sudah ada kemudahan itu hampir di semua bank. Saya fikir tidakkah kementerian ingin mewajibkan perkara ini?

final • 7:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat, saya ingat tidak ada masalah dan saya akan jawab secara bertulis ya.

Yang Berhormat Gombak ingin tahu seperti yang saya sebutkan tadi. Yang Berhormat Gombak turut membandingkan Program Rumah SelangorKu dan juga PR1MA.

Rumah PR1MA dijual pada harga RM400,000 dan tidak mampu untuk dimiliki oleh golongan baru tamat belajar dan mendapat pekerjaan serta golongan yang baru berkahwin.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat berkenaan, dengan harga dan kemudahan pembiayaan kepada pembeli PR1MA, saya telah jelaskan sebentar tadi.

final • 7:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Bagi urusan berkaitan penyediaan tanah kerajaan yang tidak diguna pakai di lokasi strategik kepada PR1MA dan GLC, ia sedang diselaraskan oleh Kementerian Kewangan.

PR1MA akur bahawa hal ehwal tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri. Sama seperti pemaju swasta yang lain, PR1MA juga masih tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Justeru, PR1MA percaya dengan sokongan kerajaan negeri dan PBT terutama Kerajaan Negeri Selangor, semestinya pelaksanaan pembangunan PR1MA dapat berjalan dengan lancar.

Sokongan Kerajaan Negeri Selangor diharap dapat diperluaskan kepada memberi pengecualian syarat Rumah SelangorKu atas pembangunan PR1MA. Ini kerana harga kediaman mampu milik PR1MA adalah lebih rendah daripada harga pasaran. Jadi, Yang Berhormat Gombak menyebut bahawa harga Rumah SelangorKu lebih rendah daripada harga PR1MA dan dengan itu, diuar-uarkanlah dengan hebatnya di seluruh negara.

Saya hendak beritahu Yang Berhormat ya, pertama sekali PR1MA akan membangun 500,000 buah rumah di seluruh negara. Rumah SelangorKu 35,000.

Keduanya, oleh sebab Rumah Selangorku ini dapat tanah yang sudah pasti PR1MA tidak akan dapat tanah seperti SelangorKu ini dapat. Pada pendapat saya, Rumah SelangorKu patut lebih rendah daripada harga sekarang. Kita tidak boleh kata Rumah SelangorKu rendah, masih tinggi. Ini kerana sepatutnya rumah itu lebih rendah lagi, harga rumah itu patut lebih rendah daripada yang telah mereka memaklumkan.

Akan tetapi kita kena ingat, kalau hendak banding dengan PR1MA, kena pastikan bahawa ada projek PR1MA, ada projek Rumah SelangorKu, baru kita boleh buat perbandingan. Akan tetapi rumah PR1MA sudah pasti harganya 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran. Rumah SelangorKu kalau betul hebat, kena lebih rendah daripada yang ditetapkan sekarang. Akan tetapi saya pasti sudah, sebab mereka juga ada unsur- unsur...

final • 7:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 7:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Keuntungan, tetapi PR1MA tidak ada. Itu perbezaannya. PR1MA membina rumah ini adalah untuk golongan pertengahan, untuk mereka yang berpendapatan sederhana di pinggir-pinggir bandar. Jadi, kita jangan mempertikaikan PR1MA itu di tahap yang merugikan golongan pertengahan.

final • 7:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Menteri...

final • 8:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Kita tidak boleh berbangga, Yang Berhormat, sama ada di Selangor...

final • 8:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Menteri...

final • 8:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya?

final • 8:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Boleh mencelah sedikit?

final • 8:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Hat Lenggong ada sedikit lagi.

final • 8:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tidak, bukan Lenggong.

Yang itu, yang itu. Yang tadi.

final • 8:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Puak ini bangun dahulu tidak mengapakah?

final • 8:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tidak mengapa, bagi saya dahulu, Yang Berhormat. Kita kawan.

final • 8:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya, Tuan Yang di-Pertua, silakan. Saya ini seorang yang adil dan saksama. Ya, persilakan.

final • 8:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Maknanya apakah itu bermaksud bahawa agak sukar untuk PR1MA melaksanakan pembinaan rumah-rumah di negeri-negeri yang nampaknya tidak memberi kerjasama? Saya faham maksud Yang Berhormat Menteri tadi. Sepatutnya rumah-rumah yang dibina oleh Kerajaan Negeri Selangor misalnya, Rumah Selangorku ini, sudah tentulah harganya lebih murah lagi kerana tanah ini milik kerajaan negeri, tetapi maknanya dia melaksanakan lebih mahal daripada rumah yang sepatutnya.

final • 8:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Jadi saya hendak tanya di sini, adakah ini bermaksud bahawa memang PR1MA menghadapi masalah- misalnya di Pulau Pinang, di Selangor- untuk mendapatkan kawasan-kawasan strategik? Atau adakah sengaja kerajaan negeri menolak permohonan, misalnya saya difahamkan di Pulau Pinang, sebenarnya banyak juga perancangan yang hendak dibuat oleh kerajaan untuk membina rumah yang memang menjadi keperluan di Pulau Pinang tetapi ditolak oleh kerajaan negeri. Apakah ini berlaku? Kalau ini berlaku, apakah punca sebenar? Saja hendak tanya pandangan Yang Berhormat Menteri sahaja.

final • 8:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ingin kembali kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Memang betul PR1MA lebih rendah daripada harga pasaran.

Isunya ialah ia masih tidak serendah Selangorku. Adakah ini- saya setuju, kita tidak boleh buat perbandingan yang sama tetapi kita juga sedang- angka Yang Berhormat Menteri bagi tadi itu adalah seluruh negara. Selangorku hanya dalam Selangor sahaja. Itulah kita tidak boleh bandingkan daripada segi jumlahnya.

Akan tetapi saya hendak bawa balik pada apa Yang Berhormat Menteri menyebut dan juga sedikit apa yang telah dibawa tadi. Adakah pernah bila-bila masa Kerajaan Pusat ingin membina atau melancarkan rumah PR1MA ini dihalang oleh Kerajaan Negeri Selangor atau Pulau Pinang atau negeri yang telah dipegang oleh pembangkang?

Kedua, kalau Yang Berhormat Menteri semak balik dalam kes-kes yang dibangunkan di Selangor, sudah tentu Yang Berhormat Menteri sedar ada tempat-tempat tertentu yang sebenarnya PR1MA telah membeli rumah daripada Selangorku untuk memuaskan kuota PR1MA. Itu Selangor tidak pernah tolak dan Selangor bekerjasama untuk membenarkan ini berlaku terutamanya memandangkan pihak PR1MA telah menyatakan bahawa pembeli-pembeli itu adalah kakitangan-kakitangan kerajaan yang ingin mendiami di Selangor. Sudah tentu itu bukti kerjasama daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu masalah perumahan tanpa mengira kepentingan parti.

final • 8:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya, Yang Berhormat...

final • 8:00 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

final • 8:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Okey. Last ya?

final • 8:00 PM

Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Mengenai perumahan PR1MA dan sebagainya, selalu beralasan bahawa kerajaan-kerajaan negeri tidak memberi kerjasama kepada perumahan ini. Saya hendak tahulah, jumlah permohonan yang telah ditolak oleh kerajaan negeri tanpa sebarang alasan yang munasabah?

final • 8:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat, pertama sekali Yang Berhormat Lenggong ya. Di manakah kerajaan negeri yang menolak dan sebagainya?

Sebenarnya dalam usaha PR1MA untuk membina rumah untuk rakyat ini, kita bekerjasama dengan swasta. Jadi, saya tidak bolehlah- sebab apa, PR1MA ada cara-cara untuk membolehkan kita laksanakan rumah PR1MA dan sudah pasti kerajaan negeri juga ingin mengetahui siapakah yang bekerjasama dengan PR1MA dan sebagainya. Jadi tidak berapa eloklah kalau saya memberi kerana sesetengah tempat mudah dapat, sesetengah tempat bukan ditolak tetapi susah, ya. Akan tetapi oleh sebab kita bekerjasama dengan swasta dan ini merupakan perniagaan.

Jadi yang Penang, kita telah melalui proses yang sesetengahnya okey, sesetengahnya mungkin kita menghadapi masalah tetapi so far, Penang okeylah. Akan tetapi Selangor kita ada sedikit masalah dan ini telah disebut oleh Yang Berhormat Gombak semasa membuat ucapan.

Saya hendak beritahu sekali lagi kepada Yang Berhormat Batu, Rumah Selangorku RM35,000 tetapi PR1MA sendiri telah meluluskan projek sebanyak 52,704 unit.

Di Selangor sendiri pun, PR1MA akan membina rumah lebih banyak dari Rumah Selangorku. Jadi pada pandangan saya, tidak wajar kita bertanding sedemikian rupa, sebaliknya kita berlumba-lumba untuk membina rumah untuk diberikan kepada rakyat.

Jangan politikkan perkara ini sebab yang ruginya rakyat nanti.

Ketiga Yang Berhormat menyebut tadi- saya yang berbincang perkara ini adalah Selangor, kawan-kawan lain tidak berbincang. Jadi saya tidak dapat menjawab untuk kerajaan negeri yang lain.

final • 8:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Akan tetapi, apa pun kita buat, bahawa tanah ini hak kerajaan negeri dan dengan itu untuk memastikan sebuah perumahan PR1MA mencapai matlamatnya 500,000 unit, maka kita hendak pastikan supaya kita bekerjasama dengan pihak swasta. Sudah pasti dengan cara tersebut kita dapat bina rumah PR1MA dan saya minta supaya Kerajaan Negeri Selangor supaya bersama-sama dengan kita atau pun memudahkan PR1MA dan jangan menghentam PR1MA kononnya bahawa PR1MA harga lebih mahal dan sebagainya.

Saya hendak beritahu, apa pun, harga rumah PR1MA 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran kerana kita bukan ada matlamat untuk mencari keuntungan.

Matlamat kita ialah untuk pastikan bahawa 500,000 yang telah diamanahkan kepada kita akan menjadi kenyataan.

Sokongan Kerajaan Negeri Selangor diharap dapat diperluaskan kepada memberi pengecualian syarat Rumah Selangorku atas pembangunan rumah PR1MA. Ini kerana seperti yang saya sebutkan tadi, harga kediaman mampu milik PR1MA adalah lebih rendah daripada harga pasaran.

Tuan Yang di-Pertua, saya ulang balik ayat tadi kerana kawan-kawan mencelah, ya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sipitang mencadangkan supaya projek PR1MA diperhebatkan di negeri Sabah. Yang Berhormat Limbang mencadangkan supaya program pemilikan rumah seperti PR1MA dapat ditingkatkan khususnya di kawasan Limbang, Sarawak. Yang Berhormat Ranau pula membangkitkan berkenaan dengan kekurangan jumlah perumahan oleh PR1MA dan lain-lain program di kawasan Ranau. Yang Berhormat Lenggong seterusnya mencadangkan agar projek rumah mampu milik PR1MA dapat direalisasikan dengan segera di kawasan Lenggong khususnya di Bukit Nasah berdekatan MRSM Gerik, Perak.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada cadangan Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Lenggong serta keprihatinan Yang Berhormat Ranau. Sesungguhnya pada ketika ini PR1MA sedang giat melaksanakan pembangunannya di seluruh negara termasuk kawasan Lenggong.

final • 8:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Bangun]

final • 8:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Bagi kawasan lain, PR1MA akan mengkaji kesesuaiannya dengan mengambil kira faktor yang saya telah jelaskan sebentar tadi.

PR1MA sentiasa mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri dari semasa ke semasa untuk mendapatkan pandangan berkenaan dengan kawasan yang sesuai untuk dibangunkan.

Sesungguhnya sebarang cadangan pembangunan bagi kawasan-kawasan yang strategik di seluruh negara amatlah dihargai. Sekiranya ada, ia bolehlah dikemukakan untuk diperhalusi dengan lebih lanjut.

final • 8:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Lenggong sedikit. Sedikit sahaja.

final • 8:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya, Yang Berhormat, ya.

final • 8:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan banyak terima kasihlah kepada PR1MA kerana begitu banyak projek perumahan dibuat bagi memenuhi keperluan rakyat di kebanyakan tempat.

Cuma, saya minta supaya PR1MA juga mengambil kira dan sentiasa mendapatkan pandangan daripada pemimpin tempatan yang juga mempunyai perancangan tersendiri dalam usaha membangunkan sesuatu kawasan di kawasan, kalau di peringkat kita, Parlimen kita sendiri.

final • 8:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Sebab itu saya harap benar supaya permohonan untuk Projek PR1MA di kawasan Parlimen Lenggong berhampiran dengan Maktab Rendah Sains Mara Gerik itu. Nama Maktab Rendah Sains Mara Gerik tetapi dalam kawasan Parlimen Lenggong, juga di situ ada kolej komuniti, SMK Seri Budiman yang mana kawasan ini telah pun kita rancang untuk menjadi kawasan perumahan baru, jaraknya lebih kurang 10 minit dari bandar Gerik sahaja.

final • 8:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Jangan ambil kira dari Bandar Lenggong itu, kalau Pekan Lenggong itu melibatkan setengah jam dari situ, lihat dari Bandar Gerik.

Kawasan ini akan menjadi kawasan perumahan baru, kita akan bina juga lebih kurang 400 unit rumah penduduk miskin di bawah Projek Agropolitan misalnya. Jadi, di kawasan perumahan baru. Jadi, saya harap PR1MA mempertimbangkan pula kerana mengikut rekod, saya difahamkan ia ditolak kerana tidak mematuhi kriteria-kriteria. Jadi, saya harap jawapan Menteri pada Dewan ini diambil kira oleh PR1MA supaya mengambil kira pandangan kita.

Oleh sebab kita mahu membangunkan kawasan ini menjadi kawasan pertumbuhan baru dengan jalan, dengan gerai baru di kawasan baru. Jadi, ini memberi impak besar kepada pembangunan di kawasan berkenaan dan tidak melaksanakan di kawasan-kawasan yang dicadangkan oleh pihak tertentu tanpa mengambil kira perancangan yang kita buat sebenarnya. Saya mengucapkan terima kasih kepada PR1MA.

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tadi Yang Berhormat Lenggong telah datang berjumpa dengan saya berhubung dengan tajuk yang sama. Sebab itu saya minta Yang Berhormat berjumpa dengan pegawai PR1MA. Yang Berhormat sudah mendapat jawapan. Jadi, itulah jawapannya berdasarkan apa yang telah saya telah jawab sebentar tadi bahawa kita akan mempertimbangkan dengan sewajarnya permohonan Yang Berhormat Lenggong.

Akan tetapi, saya ingin memaklumkan di sini bahawa PR1MA hadir untuk membina rumah bagi kumpulan yang berpendapatan sederhana. Itu beza sedikit ya, pendapatan sederhana dan ia berada di pinggir-pinggir bandar. Sudah pasti pinggir bandar ini akan menjadi kawasan bandar dan sudah pasti rumah PR1MA ini akan bernilai harga yang tinggi dalam jangka masa terdekat dan juga jangka masa panjang. Jadi, kita kena ambil aspek ini. Kalau rumah di bawah sederhana, itu kementerian dan badan lain dan rumah kos tinggi juga orang lain yang buat, PR1MA hanya di tahap itu. Mungkin kita lihat harganya mungkin berbeza di antara Perlis dan juga Cheras, sebagai contoh.

Walau bagaimanapun, tujuan utama PR1MA adalah untuk memastikan supaya golongan pertengahan, golongan yang keluar dari pusat pengajian tinggi selepas itu mendapat pekerjaan, mereka memerlukan tempat tinggal. Kalau tidak nanti, kalau mereka yang bekerja di bandar-bandar besar, kita lihat mereka terpaksa duduk di kawasan yang begitu jauh untuk datang bekerja dan sebagainya. Akan tetapi kehadiran PR1MA mampu untuk complement, dengan izin, menyelesaikan masalah perumahan. Yang Berhormat Raub menyatakan bahawa peruntukan perumahan dari tahun 2013 sehingga 2015 adalah sebanyak RM48 bilion untuk 378,000 unit rumah.

Yang Berhormat Raub ingin mengetahui status mengenai rumah PR1MA. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, akujanji Kerajaan Persekutuan bagi perumahan adalah untuk menyediakan satu juta buah rumah mampu milik dalam masa lima tahun. Daripada jumlah tersebut, PR1MA dimandatkan untuk menyediakan 500,000 unit rumah di seluruh negara pada tahun 2018. Sasaran PR1MA pada tahun 2018 adalah untuk memenuhi mandat tersebut yang akan berada di pelbagai peringkat iaitu perancangan, pembinaan dan juga siap dibina. Setakat ini, anggota Perbadanan PR1MA telah meluluskan sebanyak 268,993 unit di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 103,615 unit berada dalam pembinaan. Manakala sejumlah selebihnya adalah di peringkat perancangan. Pelaksanaan projek-projek ini mengikut jadual seperti yang dirancang.

NADMA- Ahli Yang Berhormat Kuala Krai membangkitkan isu di Kuala Krai yang masih terdapat 30 keluarga yang berada dalam rumah transit. Selain daripada itu, terdapat tiga keluarga yang tidak termasuk dalam senarai yang akan menerima rumah kerana tiada tanah. Yang Berhormat mohon supaya Menteri mengambil kira mereka yang tidak ada rumah dan tidak mendapat rumah ini diberikan atau disediakan rumah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah membuat keputusan bahawa mangsa-mangsa banjir, total loss yang layak tetapi tidak mempunyai tanah diberikan penempatan di tapak rumah kekal baharu (RKB) berkelompok. Terdapat tujuh buah tapak RKB berkelompok di Kuala Krai iaitu Tapak Maju Ternak, Tapak Puspakom, Tapak Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kampung Telekong, Kampung Manjur, Kampung Peria dan Kampung Kemubu. Manakala terdapat empat buah tapak di Gua Musang iaitu di Aring, Lebir, Bertam Baru dan 31 buah unit Program Perumahan Rakyat.

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tapak-tapak ini diperoleh melalui tukar guna status tanah pesuruhjaya tanah Persekutuan, tanah kerajaan negeri dan juga pembelian dari tanah hak milik individu. Di Kuala Krai, RKB berkelompok di Kampung Telekong dan Tapak Maju Ternak telah diduduki dan selebihnya akan diserahkan secara berperingkat mulai bulan November tahun ini. Bagi rumah transit yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai, daripada 30 keluarga yang masih mendiami perumahan tersebut, hanya 17 keluarga sahaja yang layak menerima bantuan RKB. Sebuah keluarga didapati tidak layak menerima RKB kerana rumahnya telah dibaiki. Cakap seorang-seorang pula saya ya.

final • 8:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ada, ada dengar. Dengar, dengar.

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya, ya Yang Berhormat. Satu buah itu Yang Berhormat kata tidak layak itu, rumah dia dibaiki jadi tidak layak mendapat RKB.

Kemudian bukan mangsa total loss, manakala 12 keluarga lagi tidak termasuk dalam senarai penerima RKB kerana bukan ketua isi rumah ataupun bukan mangsa banjir 2014.

Mungkin dia mangsa lain, kebakaran kah dan sebagainya. Ahli Yang Berhormat, tidak timbul persoalan double jeopardy kepada mereka yang tiada tanah dan tidak dapat memiliki rumah seperti didakwa oleh Yang Berhormat Kuala Krai. Mangsa yang layak dan tiada tanah ditempatkan di RKB berkelompok. Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah yang dipengerusikan oleh pegawai daerah, ketua jajahan dan NADMA telah memuktamadkan senarai mangsa banjir dan tidak timbul isu penganiayaan kepada mana-mana pihak.

Yang Berhormat, pejabat daerah, ketua jajahan ini adalah di bawah Kerajaan Negeri Kelantan. Walau bagaimanapun jika Yang Berhormat mempunyai bukti yang kukuh, adanya mangsa banjir yang masih terbiar dan layak, perlu dimaklumkan kepada JPBD untuk pertimbangan yang selanjutnya. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, program kita ini Kerajaan Persekutuan dengan rela hati, suci hati membina rumah dan yang memutuskannya ialah jawatankuasa tadi yang dipengerusikan oleh pegawai daerah dan juga ketua jajahan Kelantan.

final • 8:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya mengucapkan terima kasih atas tindakan yang telah diambil oleh pihak Menteri atas perkara yang telah dibangkitkan dalam perbahasan. Saya pun dimaklumkan oleh orang Kuala Krai, pihak berkuasa telah turun ke Kuala Krai untuk meneliti maklumat terbaru setelah ia dibangkitkan dalam perbahasa yang kita buat di sini, terima kasih.

Saya masih lagi menganggap mungkin ada sedikit masalah di sana. Saya pun pelik kalau sudah rumah diperbaiki, bukan total loss tetapi mereka masih lagi mahu menginap di rumah transit yang saiznya kecil, kemudahannya kurang. Akan tetapi tidak apalah kalau itu maklumat yang ada kepada Menteri, saya akur. Cumanya, mereka yang 17 lagi ini kalau boleh disegerakan dan kalau betul November, bulan inilah ya, mereka dipindahkan, saya merasakan ia satu langkah yang terbaik.

Akan tetapi sebagai Kerajaan Persekutuan, saya rasa tidak perlu timbullah hasrat dengan suci hati dan sebagainya. Kita sebagai kerajaan, tidak kiralah kerajaan negeri kah, Kerajaan Pusat kah. Ini rakyat kita, di mana yang kita berkeupayaan, kerajaan negeri ada keupayaan yang mungkin terhad, Kerajaan Pusat lebih berkeupayaan, jadi tidak timbul isu suci hati, isu mengambil berat tentang rakyat kita sendiri. Apa pun saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat, suci hati kena sebutlah juga kan? Oleh sebab kadang-kadang orang tidak suci hati dengan kita, jadi kami hendak sebut bahawa kami suci hati. Berjiwa murnilah. Kami lebih bersih daripada orang yang kata dia bersih.

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua yang dikasihi, Yang Berhormat Kota Raja ingin mengetahui peranan dan fungsi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dianggap mempunyai persamaan fungsi. Ia seolah-olah satu pembaziran wang dan mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menguruskan APMM ada portfolio sahaja.

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ahli Yang Berhormat, APMM telah ditubuhkan melalui Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004 [Akta 633] di Parlimen ini untuk melaksanakan fungsi-fungsi penguatkuasaan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan Zon Maritim Malaysia dengan tujuan melindungi kepentingan maritim dan kepentingan lain negara dalam zon yang berkaitan. Fungsi utama Maritim Malaysia adalah seperti berikut:

(i) menjaga dan memelihara keselamatan, keamanan dan kedaulatan negara di Zon Maritim Malaysia dengan penguatkuasaan undang-undang Persekutuan; dan

(ii) mencari dan menyelamat nyawa dan harta benda semasa kecemasan di laut.

Bagi memberi impak operasi penguatkuasaan menyeluruh di Zon Maritim Malaysia, sebanyak 18 buah daerah maritim diwujudkan. Daerah maritim ini diwujudkan untuk mentadbir penguatkuasaan undang-undang persekutuan seperti Akta Perikanan, Akta Kastam, Akta Imigresen, Akta Pelantar Benua, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran, senjata api dan lain-lain yang berkaitan dengan maritim di zon Maritim Malaysia. Yang Berhormat, selain itu semua daerah maritim ini ditubuhkan untuk mengumpul dan memberi maklumat-maklumat perisikan yang berkaitan dengan kegiatan pencerobohan perairan, aktiviti jenayah maritim yang diperolehi kepada agensi-agensi yang terlibat termasuklah TLDM dan juga PDRM.

Kehadiran APMM di setiap daerah juga adalah sebagai sahabat kepada komuniti maritim terutamanya kepada komuniti nelayan dalam menentukan keselamatan perairan berada dalam keadaan terkawal. Selain itu juga, APMM sentiasa bekerjasama dengan agensi dalam dan juga luar negara. Di samping itu, penubuhan asal APMM yang dianggotai oleh pelbagai agensi seperti TLDM, PDRM, KDRM, Jabatan Perikanan dan Jabatan Laut memerlukan pengawalan untuk menentukan disiplin anggota sentiasa terkawal dan dapat bertugas sebagai satu pasukan.

Ini menjadi tanggungjawab daerah-daerah maritim untuk memastikan perkara ini.

Di bawah seksyen 17(1) Akta APMM 2004 menyatakan agensi atau mana-mana bahagian agensi sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri hendaklah di bawah perintah dan kawalan am Angkatan Tentera Malaysia semasa apa-apa tempoh darurat, krisis khas atau perang. Ini menjelaskan pada waktu aman, APMM bertanggungjawab hanya melaksanakan tugas penguatkuasaan. Namun begitu, APMM pada waktu darurat ataupun krisis khas ataupun perang boleh melaksanakan peranan membantu TLDM.

Manakala peranan dan fungsi utama Tentera Laut Diraja Malaysia adalah mempertahankan kedaulatan perairan negara daripada ancaman luar atau musuh. Justeru, TLDM memerlukan sebuah angkatan armada yang besar dalam menentukan kedaulatan perairan negara sentiasa dilindungi. Walau bagaimanapun semasa aman, TLDM juga memainkan peranan sekunder dengan menyokong dan membantu APMM dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan di Zon Maritim Malaysia. Justeru itu, adalah jelas tiada pertindihan fungsi antara peranan TLDM dan juga APMM iaitu APMM melaksanakan penguatkuasaan undang-undang manakala TLDM pula mempertahankan kedaulatan negara.

Yang Berhormat menyebut bahawa TLDM kena menguatkuasakan undang- undang. Yang Berhormat, kita menguatkuasakan undang-undang perikanan, imigresen.

Makna kata kita ada bot besar dan juga bot kecil untuk menguatkuasakan undang-undang harian. Berlaku pencerobohan nelayan, TLDM ialah sebuah armada yang berada di kawasan-kawasan untuk menentukan kedaulatan negara tetapi kalau dia juga membuat penguatkuasaan undang-undang Yang Berhormat, sudah pasti ini akan merupakan sesuatu yang tidak sewajarnya berlaku. Polis buat kerja undang-undang.

Jadi tentera menjaga kedaulatan negara. So sebenarnya tidak ada pertindihan dan kita amat memerlukan APMM. Itu sebab Parlimen dahulu melihat bahawa terlampau banyak agensi yang menguatkuasakan undang-undang di laut, dengan itu disatukan di bawah APMM. Parlimen inilah yang telah mewujudkan rang undang-undang tersebut dan saya ialah menteri yang hadir untuk menjadi penyelaras dan ketua kepada penguat kuasa undang-undang di laut ya, Yang Berhormat.

Jadi sebenarnya bukan bertindih tetapi kita memerlukan penambahan aset dan juga anggota APMM untuk memastikan supaya mereka dapat menguatkuasakan undang- undang dengan baik.

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Kita memerlukan penambahan aset dan juga penambahan anggota bagi TLDM.

Cabaran kita sekarang berlainan daripada dahulu, cabaran sekarang cabaran yang hebat dan luar biasa yang memerlukan kekuatan untuk menghadapinya Yang Berhormat.

final • 8:20 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Arau. Baru-baru ini ada tertubuhnya satu pasukan baru, satu pasukan elit baru iaitu NSOF iaitu National Special Operations Force yang terdiri daripada 17 orang pegawai dan 170 orang anggota yang terdiri daripada beberapa buah agensi. Ini pasukan elit yang membawa anggota-anggota daripada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, termasuk TLDM, termasuk pegawai daripada APMM.

Saya hendak tanya, siapa yang commander kepada force ini kerana dia terdiri daripada pelbagai agensi. Dia tidak lapor kepada IGP, tidak lapor kepada Ketua Angkatan Tentera Malaysia dan seolah-olah sekarang ini force ini, pasukan elit ini di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Apakah perlembagaan kita memberikan kuasa kepada Perdana Menteri sebagai commander in chief? Ini sesuatu yang saya rasa tidak betul dan saya harap ada satu jawapan diberikan.

Siapa yang mengetuai pasukan ini dan siapa yang boleh command kepada pasukan ini dan bila dikerahkan. Satu lagi ialah semasa tertubuhnya pasukan ini, apa yang diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan bahawa bentuk ancaman yang membenarkan pasukan ini dikerahkan belum lagi ditentukan. Pasukan elit sudah ditubuhkan, senjata telah disediakan tetapi bentuk ancaman, siapa yang boleh mengerahkan dan apakah keadaan yang membenarkan kerajaan ataupun Perdana Menteri untuk mengerahkan pasukan ini belum lagi ditentukan. Saya harap Yang Berhormat Arau boleh memberikan sedikit penjelasan. Terima kasih.

final • 8:20 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Arau, boleh?

Sebelum menjawab.

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya.

final • 8:20 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sebenarnya masih tidak nampak bagaimana tentera laut menjaga keselamatan dan kedaulatan negara tetapi pada masa yang sama dianggap pencerobohan nelayan dan lain-lain itu sebagai satu bidang yang lain. Sekiranya nelayan dari luar menceroboh perairan kita, kawasan yang dironda oleh TLDM dan juga APMM adalah sama atau tidak? Jadi makna dia kita ada dua buah badan yang memantau zon-zon maritim yang Menteri sebut tadi. Kenapakah ia tidak boleh dilakukan oleh TLDM?

Kalau sekiranya TLDM misalnya tak dapat melakukan semuanya itu kerana kekurangan tenaga dan sebagainya, tidakkah lebih cekap misalnya kalau TLDM itu yang diberi pemerkasaan daripada segi jumlah tenteranya, daripada segi aset dan sebagainya.

Sebaliknya kita mewujudkan satu lagi, ya betul melalui satu akta tetapi merasakan ada pertindihan. I’m not convinced, minta maaf ya. Saya tidak convinced yang kita memerlukan dua. Sekarang kita ada lagi pula satu elite force. So satu kerja yang dilakukan oleh berbagai-bagai pihak daripada segi koordinasinya, daripada segi perbelanjaannya, daripada segi command-nya, semuanya rasanya boleh bagi sayalah can lead to confusion, dengan izin. Terima kasih.

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat ini akan bagi pelbagai pandangan tentang perkara ini. Yang Berhormat, pada dasarnya penguatkuasaan undang-undang ini ia bukan Yang Berhormat kalau kita jumpa kapal, kita tangkap. Katakan macam inilah Yang Berhormat, kalau sebuah kapal besar TLDM jumpa kapal nelayan asing, mereka berhenti hendak tangkap.

Yang Berhormat kena ingat bahawa dia menjaga keseluruhan kedaulatan, keselamatan ini tetapi kerja-kerja enforcement ini kita hendak tangkap sebuah kapal itu kena tunggu di situ satu jam, kena tarik mari ke tepi pantai dan saya pula mengeluarkan arahan bahawa tidak boleh diperundingkan di laut, sebaiknya diperundingkan di jeti. Sebab kalau diperundingkan di laut, nanti kita lihat setelah kita tahan kapal itu akhirnya tiba-tiba kapal itu lepas. Jadi orang akan kata bahawa ada perundingan, jadi saya kata runding di jeti, di tepi pantai. Yang Berhormat, hendak bergerak itu kadang-kadang kita terpaksa bergerak empat jam untuk bawa kapal yang ditangkap itu ke tepi pantai.

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Jadi, Yang Berhormat bayangkan kalau navy hendak ambil tugas tersebut, kapal perang navy hendak ambil tugas tersebut. Ini ialah benda yang rencah, ini ialah enforcement. Yang Berhormat, enforcement. Enforcement memerlukan agensi khas yang sebelum ini kita ada banyak agensi. Agensi khas untuk menguruskan enforcement sebab jikalau Yang Berhormat berada di laut, Yang Berhormat tahu bahawa ini bukan satu kerja yang mudah dan berulang alik untuk membuat penguatkuasaan undang-undang bukan sahaja daripada segi nelayan asing tetapi nelayan yang melanggar zon juga menjadi tugas agensi penguat kuasa untuk melaksanakan. Nelayan ‘A’ dengan nelayan ‘B’, sebagai zon ‘B’ dan juga zon ‘B’. Yang Berhormat ini juga memerlukan penguatkuasaan. Jadi, penguatkuasaan ini benda yang lebih rencah dan yang memerlukan agensi khusus mengenainya.

final • 8:30 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:30 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Jadi Yang Berhormat kata kapal perang boleh tangkap selepas itu dia kena iring ke jeti. Selepas itu Yang Berhormat boleh bayangkan bukan benda yang mudah untuk hendak buat apa Yang Berhormat sebutkan. Dia tak semudah, jangan kita memikirkan bahawa kita melihat laut itu laut yang kita kata yang kita perlukan penguatkuasaan. Laut Malaysia ini luas Yang Berhormat. Kita ada Selat Melaka yang cukup luas. Kita ada Laut China Selatan yang cukup luas. Kita ada sempadan di antara Semenanjung dengan Laut China Selatan, 200 batu nautika.

Kita ada Laut China Selatan 200 batu nautika dari Sarawak dan juga Sabah. Jadi Yang Berhormat ini tidak patut berlaku perkara macam ini.

final • 8:30 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:30 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Sepatutnya kita patut mencadangkan supaya...

final • 8:30 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri boleh?

final • 8:30 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Supaya APMM ditambahkan anggota. One minute Yang Berhormat, sekejap sahaja. Saya hendak jawab puak-puak ini sekejap ya.

Okey, berhubung dengan NSOF...

[Disampuk] Puak-puak ini kawanlah, kawanlah apa lagi.

final • 8:30 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Seremban, bukan puak-puak.

final • 8:30 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Tak, puak-puak ini, saya kata puak-puak ini kawan-kawan saya sebelah sanalah. Sebab apa, kalau Yang Berhormat berkawan dengan orang Kelantan. Saya tahu Yang Berhormat sudah tak berkawan dengan Kelantan. Bila kawan dengan Kelantan, kita akan kata “puak-puak”.

Sekarang sudah tak kawan dengan Kelantan tak mahu orang panggil puak pula.

Akan tetapi betul juga, Yang Berhormat sudah tak berkawan dengan Kelantan sekarang. Ini fasal NSOF. NSOF ini biarlah Kementerian Pertahanan menjawab sebab pada masa sekarang ini ia diketuai oleh ATM dan penyertaan ada pihak polis dan juga pihak APMM.

Jadi saya di pihak APMM anggota kita, anggota komando kita menyertai pasukan NSOF. Jadi saya tak boleh jawab yang ini Yang Berhormat. Bila Kementerian Pertahanan menjawab, Yang Berhormat boleh tanya dan kita sudah tahu, sudah mengaturkan tanggungjawab dan tugas mereka. Unit ini cukup diperlukan, diperlukan serta-merta sekiranya berlaku ancaman-ancaman yang telah disebutkan nanti ia memerlukan unit ini.

Unit ini ialah penyelarasan daripada tiga unit. Kita ada...

[Disampuk] Ya?

final • 8:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri sedikit.

final • 8:30 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Tak ada kuasa macam mana?

final • 8:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sedikit Yang Berhormat Menteri.

final • 8:30 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Sekarang ini kita ada penyertaan daripada APMM yang ada kepakaran laut, penyertaan daripada ATM dan juga pihak polis.

final • 8:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya dapat nak celah sedikit.

final • 8:30 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri, itu Batu..

final • 8:30 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Sekejap, sekejap Yang Berhormat ya, sebab..

final • 8:30 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Itu Batu tiada ESSCOM. Ini soal ESSCOM.

final • 8:30 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

ESSCOM?

final • 8:30 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Sekali lagi ESSCOM. Ini penting.

final • 8:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sudah jauh..

final • 8:30 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Ini Yang Berhormat Batu tiada soalan kena mengena dengan kementerian Menteri.

final • 8:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Hendak daftar, register kehadiran, buatlah lain Yang Berhormat.

final • 8:30 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Dia, dia, dia tiada kena mengena dengan pertanyaan.

final • 8:30 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Sila duduk.

final • 8:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sekarang kita hendak bahas isu ini.

final • 8:30 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Manakah Yang Berhormat Menteri? Yang Berhormat Batu kah, saya?

final • 8:30 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Ya? Yang Berhormat bangkit dulu.

final • 8:30 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Batu duduk.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat.

final • 8:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ini sudah potong stimlah, kita hendak bahas tentang..

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cuma Yang Berhormat saya hendak ingatkan bahawa kita ada tiga lagi Menteri hendak, akan menjawab dari Jabatan Perdana Menteri. Jadi kalau boleh, tolong ringkaskan.

final • 8:30 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Setuju, setuju, setuju Tuan Yang di-Pertua, saya setuju.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kita ada tiga hari sahaja untuk jawapan Menteri di peringkat dasar.

final • 8:30 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri, ini saya lihat apabila soal keselamatan di ESSCOM ini dan semua lautan di pesisir pantai, Sulu Sea kah, Laut China Selatan kah, Selat Melaka kah, tetapi Yang Berhormat Menteri tadi lupa Sulu Sea yang amat penting sekali yang perlu dijaga.

Yang Berhormat Menteri selalu apabila kita bertanya soal keselamatan ESSCOM ini, yang biasanya menjawab ialah Menteri dari Arau. Apa sebenarnya kuasa Menteri ini sebab yang setahu saya Pengerusi ESSCOM ini Ketua Menteri Sabah dan Majlis Keselamatan Negara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekali. Kalau kita minta satu permintaan daripada kerajaan, misalnya menambah aset-aset kita yang sudah lama ini yang tak ada kecekapan sudah memartabatkan keselamatan di perairan kita. Apa sebenarnya kuasa Menteri yang selalu menjawab di Parlimen ini supaya dapat menyelaraskan, berkolaborasikan dengan agensi-agensi keselamatan yang lain.

final • 8:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sebenarnya saya hendak bagi kepada banyak Unit Keselamatan ini. Kalau unit-unit ini semua membantu untuk mempertingkatkan keselamatan kita mengalu-alukan. Cuma kita berdepan dengan menteri bencana, Menteri- National Disaster Minister, isu dia ialah kita tahu dengan pengalaman menangani isu-isu bencana ini yang penting ini bukan peralatan dan juga personel. Yang lebih penting ialah kuasa command order, the order of command itu yang paling penting kerana ia menjimatkan masa dan juga membuat keputusan secara tegas.

final • 8:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Keadaan ini tadi kita sudah banyak kali tanya dari Kota Raja, Rasah, tanya who is in charge of giving the command? Itu soalan yang tidak dijawab sebab semasa disaster ini, semasa bencana berlaku atau krisis kena perlulah orang yang in charge. Saya tidak tahu sama ada menteri kah atau ada struktur yang berbeza. Terima kasih.

final • 8:30 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Okey. Yang Berhormat tadi Yang Berhormat saya telah menjawab Yang Berhormat Seremban dan dia sedang bergembira dengan jawapan saya.

final • 8:30 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Bukannya gembira, terpaksa terima sahaja.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

[Ketawa]

final • 8:30 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat ini Ketua Whip. Ketua Whip kena steady, macam saya, kan steady. Jadi Yang Berhormat, pasal apa berikan Ketua Whip kena steady dan Yang Berhormat bakal pemimpin DAP dalam masa yang terdekat mungkin ya. Okey, mengenai tajuk ini Yang Berhormat, yang itu Yang Berhormat akan tanya Kementerian Pertahanan dan saya akan sampaikan kepada Kementerian Pertahanan jawapan Yang Berhormat.

Kemudian yang keduanya Yang Berhormat Putatan menyebutkan Sulu Sea. Ya, Sulu Sea, South China Sea, Sulu Sea, Selat Melaka. Jadi menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kawasan ini. Yang Sulu Sea tadi ialah yang masuk dalam kawasan ESSCOM. APMM bila kita tubuh sahaja ESSCOM dia bukan jadi macam itu sahaja, dia penyertaan daripada tiga buah agensi utama, PDRM, ATM dan juga APMM. Jadi Yang Berhormat bertanya, siapakah komander?

Yang Berhormat telah sebut dengan tepat sekali dan saya hendak bagi tahu Yang Berhormat bahawa pada keseluruhannya aset kita yang ada mungkin lebih kurang tujuh biji macam itu ataupun lebih yang sudah mencapai umur 50 tahun. Jadi banyak negara tidak akan pakai lagi bot yang berumur 50 tahun. Dia 30 tahun sudah dilupuskan. Akan tetapi kita 50 tahun ini masih boleh pakai.

Jadi hebatnya Malaysia dan sudah pasti aset-aset ini, aset ini telah pun saya jawab di Parlimen ini. Sesetengahnya dalam pembinaan akan diganti dan sebagainya.

Siapakah yang berkuasa? Yang Berhormat, kiranya Yang Berhormat sebut tadi ialah Ketua Menteri Sabah sebagai Pengerusi dan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi hadirnya Menteri ini ialah mewakili Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Jadi sudah pasti Yang Berhormat akan tergamam dengan ucapan tersebut, dengan jawapan tersebut. Jadi saya berterima kasih kerana Yang Berhormat, minta supaya aset-aset lama kita gantikan. Yang Berhormat, bila kita tubuh sahaja ESSCOM, jadi kita juga agensi yang hadir bersama dengan ESSCOM. ESSCOM juga bila ESSCOM mendapat peruntukan, dia juga akan mengagihkan kepada agensi yang terlibat.

Contohnya ialah kehadiran 80 biji lebih bot itu dibagi sama rata di antara agensi penguat kuasa. Jadi kehadiran ESSCOM kita dapati telah bahasa Indonesianya mampu mengamankan keadaan. Kita berdoa dan kehadiran Yang Berhormat, kali ini Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan juga APMM akan bekerjasama. Ahli Parlimen akan bekerjasama sebagai mata dan telinga dan juga sama-sama membantu untuk menguatkuasakan undang-undang di kawasan ESSCOM.

final • 8:30 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Jadi kita berdoa ESSCOM yang terbaik, ya. Jadi Yang Berhormat saya telah menjawab pada keseluruhannya dan saya percaya Yang Berhormat Kota Raja juga bergembira dengan jawapan saya dan sekarang ini akan menyokong sepenuhnya supaya APMM ditambahkan aset bukan dianggap tidak relevan untuk melaksanakan tugas-tugas mereka. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah membahaskan dan bertanya dengan portfolio saya. Saya anggap itu sesuatu yang terbaik kerana Yang Berhormat semua mencadangkan perkara-perkara yang positif.

Jadi bagi pertanyaan-pertanyaan yang tidak sempat saya jawab, saya akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Kota Melaka saya rasa di antara peminat PR1MA ini. Yang Berhormat kalau orang Kota Melaka, dia sudah pasti akan memohon rumah di Kota Melaka dan bila pengundian dibuat, pengundian dibuat dalam mencorak ke arah perkara tersebut.

final • 8:40 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Jadi saya hendak ucap terima kasih dan saya telah menjawab dalam tahap yang dibenarkan iaitu sebanyak 50 minit. Jadi saya ucap terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Kita jumpa lagi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 8:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi agensi-agensi di bawah seliaan saya semasa mengambil bahagian dalam Perbahasan Bajet 2017, Peringkat Dasar, dari 24 Oktober hingga semalam pada 1 November 2016. Saya bagi pihak Jabatan Perdana Menteri amat menghargai pandangan, cadangan dan teguran yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan.

Saya turut teruja kerana pada kali ini terdapat beberapa Ahli Yang Berhormat membangkitkan beberapa isu yang jarang dibangkitkan sebelum ini seperti isu tenaga nuklear dan inovasi. Insya-Allah, semua perkara yang dibangkitkan akan saya berikan maklum balas pada hari ini. Pertama sekali iaitu Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sibuti telah memberikan pandangan positif tentang Program Genovasi dan mencadangkan agar ia diperluaskan ke kawasan Sibuti dan seluruh negara.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sibuti atas kepekaan beliau terhadap satu lagi program baik yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk rakyat iaitu Program Genovasi. Cadangan Yang Berhormat untuk memperluaskan program ini ke seluruh negara adalah bertepatan dengan matlamat dan usaha kerajaan dalam membudayakan inovasi melalui metodologi, pemikiran yang khusus untuk melahirkan generasi yang kreatif dan berinovatif.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk menerangkan Program Genovasi yang telah dimulakan sejak tahun 2013 oleh Genovasi Malaysia di bawah Agensi Inovasi Malaysia ataupun AIM. Program ini memperkenalkan pemikiran reka bentuk atau, dengan izin, design thinking, dan merupakan inisiatif pertama seumpamanya di negara ini dan di peringkat ASEAN untuk melahirkan duta inovasi yang telah diterima pakai atau dengan izin, adopted, oleh sektor awam dan swasta di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, program ini telah melatih seramai lebih 2,000 orang Duta Inovasi atau dengan izin, Innovation Ambassador, di mana 1,598 orang adalah dari sektor awam dan 700 orang dari sektor swasta.

Sehingga kini, Program Genovasi telah diperkenalkan kepada 33 institusi dalam sektor awam dengan penglibatan berterusan di antaranya:

(i) diguna pakai dalam latihan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) sejak tahun 2014.

(ii) perancangan mewujudkan kerjasama oleh Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di bawah Polis Diraja Malaysia

(PDRM) untuk memperkembangkan amalan design thinking di PDRM; dan

(iii) membangun dan memperkembangkan bakat dan amalan inovasi berasaskan design thinking oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Di samping itu, program design thinking juga diamalkan dalam penyampaian perkhidmatan awam seperti:

(i) usaha sama dengan Sekretariat National Blue Ocean Strategy

(NBOS) dalam projek One Serve yang menyasarkan penawaran 21 perkhidmatan melalui satu kaunter di Pusat Transformasi Bandar (UTC); dan

(ii) dengan izin, Digital Government Competency Capability Readiness (DGCCRF) yang bertujuan untuk menambah baik pengumpulan dan penggunaan data secara berkesan.

final • 8:41 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Genovasi juga telah menubuhkan persatuan Design Thinking Association of Malaysia (DTAM) untuk membudayakan amalan, dengan izin, design thinking di kalangan rakyat Malaysia. Program seperti ini akan dapat memperkasakan bakat muda, memupuk dan menginstitusikan budaya inovasi dalam amalan sesebuah organisasi dalam sektor awam dan swasta serta meningkatkan produktiviti dan menyumbang kepada pertubuhan ekonomi dan meningkatkan kebajikan masyarakat secara keseluruhannya. Kaedah pemikiran secara inovatif ini adalah penting sebagai pelengkap kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada terutamanya bagi menghadapi perubahan landskap sosial dan ekonomi yang dinamik serta mencabar pada masa kini dan masa hadapan.

Oleh itu, saya bersependapat dengan Yang Berhormat Sibuti, bahawa adalah wajar agar program ini diperluas dan dilaksanakan secara lebih menyeluruh bagi menghasilkan masyarakat yang berinovatif, produktif serta menyumbang kepada pembangunan negara secara lebih positif.

Tuan Yang di-Pertua, kedua ialah Yang Berhormat Klang yang ingin mengetahui Dasar Kerajaan terhadap industri nuklear di Malaysia dan ingin kepastian adakah memajukan industri ini selaras dengan Perjanjian Paris serta usaha-usaha dalam membendung perubahan iklim dunia?

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, data tahun 2015 oleh Suruhanjaya Tenaga

(ST) menunjukkan pecahan sumber tenaga untuk penjanaan elektrik 43 peratus daripada arang batu, 40 peratus daripada gas, 14 peratus daripada kuasa hidro dan satu peratus daripada minyak. Manakala sumbangan daripada tenaga boleh baharu atau dengan izin, renewable energy, termasuklah tenaga solar, biomas dan biogas adalah masih rendah iaitu kurang daripada dua peratus. Hanya sekitar 50 peratus bekalan elektrik kita kini adalah berasaskan kepada sumber tenaga dalam negara dan kadar ini semakin berkurangan.

Malaysia menghadapi kadar kebergantungan kepada import bahan api yang tinggi menjelang tahun 2030. Keadaan ini akan mengurangkan keselamatan perbekalan tenaga negara.

Sehubungan dengan itu, kita memerlukan sumber tenaga lain yang boleh digunakan untuk penjanaan elektrik pada skala besar untuk memenuhi permintaan beban asas atau base load dan mengelakkan peningkatan kebergantungan kepada sesuatu sumber tenaga yang diimport serta arang batu. Pada masa yang sama, kita juga perlu menggunakan lebih banyak sumber tenaga yang boleh mengurangkan pelepasan karbon.

Walaupun bahan api nuklear juga perlu diimport, kuantiti yang perlu diimport adalah tidak besar kerana bahan api nuklear mempunyai kandungan tenaga yang tinggi atau, dengan izin, high energy density. Sebagai contoh, sebuah loji jana kuasa nuklear berkapasiti 1,000 megawatt yang beroperasi 24 jam sehari sepanjang tahun, hanya menggunakan 30 tan bahan api nuklear.

Untuk makluman, penjanaan elektrik daripada tenaga nuklear dianggap sebagai teknologi rendah karbon atau, dengan izin, low carbon technology. Oleh yang demikian, penggunaan tenaga nuklear dianggap selaras dengan Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim global.

final • 8:41 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, sehingga hari ini kerajaan masih menerokai penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik namun masih belum ada sebarang keputusan diambil mengenainya. Selain itu, Yang Berhormat Klang juga telah mengajukan pertanyaan dan dakwaan bahawa sebuah jana kuasa nuklear akan dibina di Malaysia oleh syarikat dari negara China dan ingin bertanyakan berapakah kosnya.

Seperti yang saya katakan sebentar tadi, kerajaan pada masa ini belum pun membuat sebarang keputusan berhubung industri nuklear di negara kita pada masa ini.

Justeru itu, andaian itu adalah tidak berasas dan tidak timbul berapakah kos yang terlibat bagi projek yang tidak wujud.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 8:50 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Menteri, boleh bertanya sedikit?

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

final • 8:50 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Ya, berkenaan dengan tenaga nuklear ini saya hendak tanya. Saya nampak ada usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk memperkenalkan jana kuasa nuklear secara besar-besaran. Walaupun sampai sekarang kementerian masih anggap kita belum ada satu tarikh yang kukuh untuk memperkenalkan tenaga ini tetapi saya nampak ada usaha-usaha yang giat dijalankan.

Saya hendak tahu tarikh bila, at least kita ada satu. I mean, time frame dan juga apakah jaminan daripada Kerajaan Pusat tentang keselamatan. Macam mana kita hendak mengatasi masalah kalau berlakunya malapetaka kebocoran nuklear ini seperti apa yang berlaku di negara lain seperti Jepun dan Rusia.

final • 8:50 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih, Yang Berhormat. Mengenai soalan Yang Berhormat mengenai usaha-usaha, tarikh time frame kita. Kita mengenakan tahun 2030 sebagai tahun yang kita target tetapi tidak semestinya kita terus ke tahun 2030, it can be beyond that, dengan izin, melepasi 2030. Mengenai persediaan kita, kita daripada segi keselamatannya sebenarnya kita telah pada bulan yang lepas, kita ada kumpulan daripada- sekejap Yang Berhormat saya cari dahulu, kita ada dari luar negara untuk melihat, menilai kesediaan negara kita.

Jadi setakat ini laporannya masih belum dapat dikeluarkan kerana ia masih lagi dalam peringkat draf. Kita mendengar daripada, kita menunggu bantuan daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa ataupun IAEA untuk memberi kita daripada segi panduan, memberi panduan kepada kita untuk membantu kita daripada segi sejauh mana kesediaan kita di Malaysia ini. Jadi setakat ini apa yang kita ada ialah bergantung kepada garis panduan yang telah dibekalkan kepada kita melalui IAEA yang mana dokumennya bertajuk, Milestones in the Introduction of a National Nuclear Power Programme and Evaluation of the Status of National Nuclear Infrastructure Development, setakat ini itu yang kita ada.

Terima kasih.

final • 8:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 8:50 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Menteri, sedikit lagi. Saya hendak tanya, adakah kementerian sudah mengenal pasti tempat-tempat atau kawasan yang akan dibina tenaga nuklear ini? Terima kasih.

final • 8:50 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Yang Berhormat, setakat ini masih belum ada lagi. Jadi sebab itu kita yang saya cakap tadi kita ada kumpulan yang telah datang untuk menilai kesediaan kita. Jadi setakat ini masih belum ada lagi pengenalpastian untuk tempat-tempat di Malaysia ini.

final • 8:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Boleh saya celah? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 8:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sudah tentu saya sedia maklum tentang isu ini, program ini belum ada final penetapan. Cuma saya ingin dapat sedikit penjelasan daripada kerajaan kerana dalam 2014 KeTTHA telah kemukakan National Energy Efficiency Action Plan. Kita sedia maklum dalam renewal energy ini atau sustainable energy ini dia memerlukan capital investment yang sangat tinggi dan nuclear energy ini relatively lower in sense of investment.

Akan tetapi kos kepada alam sekitar itu adalah jangka panjang dan kita sukar untuk mengukur kepada peringkat awal. Tidakkah kerajaan rasa ada contradictory dan signal yang telah dihantar kepada pelbagai industry energy yang mereka sedar ada cheap energy input daripada nuklear dan akan tidak menggalakkan mereka kepada untuk invest dalam renewal energy. Kalau dengan kerajaan tidak membuat ketetapan tetapi saya dengar daripada Yang Berhormat Menteri tadi seolah-olah kita masih minat dan masih explore dan ini akan menjadi signal yang sangat mengelirukan dan dia akan menghalang perkembangan renewal energy. Sila dapat penjelasan daripada Menteri.

final • 8:50 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya berasa sukacita juga Yang Berhormat acknowledge, dengan izin, yang nuclear energy ini kira agak murah walaupun ada beberapa halangan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi.

final • 8:50 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Seperti yang saya nyatakan kita telah ada misi dari antarabangsa iaitu misi INIR yang telah meneliti hasil-hasil kajian untuk negara kita dilaksanakan oleh MNPC iaitu Malaysia Nuclear Power Corporation. Kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh MNPC ini akan memberi kita panduan, menjadi panduan untuk kita kerana ia membuat kajian dari segi perundangan dan juga kawal seliaan atau legal and regulatory study termasuk penyediaan pelan pembangunan infrastruktur kawal seliaan kuasa nuklear atau Nuclear Power Regulatory Infrastructure Development Plan. Penyediaan pelan pembangunan seperti Yang Berhormat rasa macam sangsi juga tadi di mana semua ini penyediaan Pelan Pembangunan Infrastruktur Kuasa Nuklear atau Nuclear Power Regulatory Infrastructure Development Plan, kajian kemungkinan atau feasibilities study dan kajian pendapat umum dan penyediaan pelan komunikasi komprehensif.

Jadi agak terlalu awal untuk kita hendak memberi ketetapan di sini. Jadi kita perlu mendapatkan maklum balas kerana apa yang dilakukan oleh kumpulan ini, mereka dari luar negara adalah neutral body, dengan izin. Mereka datang untuk menilai kesediaan negara kita. Jadi sebab itu kita akan mengambil kira daripada kajian yang telah dilakukan oleh mereka dan dilaporkan nanti, kita akan melihat daripada segi saranan mereka sama ada Malaysia bersedia ataupun tidak dalam hal ini, Yang Berhormat. Saya terus kepada...

final • 8:50 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Menteri...

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

final • 8:50 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Yang Berhormat, boleh tidak saya habiskan ini sebab mungkin ada antara soalan itu termasuk dalam jawapan untuk soalan yang dianjurkan oleh Yang Berhormat Hulu Langat, boleh tunggu ya, Mana tahu ada dalam ini.

Terima kasih.

Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hulu Langat ingin mengetahui berhubung persiapan kerajaan untuk penggunaan tenaga nuklear di Malaysia.

Beliau juga ingin mengetahui dari sudut bilangan kepakaran dan pembangunan peraturan- peraturan berkaitan tenaga nuklear di negara ini.

Jadi untuk makluman Dewan yang mulia ini, persiapan kerajaan mengenai tenaga nuklear adalah berdasarkan garis panduan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa atau, dengan izin, International Atomic Energy Agency. Garis panduan IAEA yang utama dalam hal ini dokumen bertajuk Milestones in the Introduction of a National Nuclear Power Program, dan Evaluation of the Status of the National Nuclear Infrastructure Development. Di sini Yang Berhormat, garis panduan ini meliputi 19 isu infrastruktur termasuk pembangunan modal insan serta rangka kerja perundangan dan peraturan kawal seliaan.

final • 8:50 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Garis panduan ini juga adalah berdasarkan kepada tiga fasa dan tiga peristiwa penting atau dengan izin, milestones. Malaysia dianggap masih berada di fasa satu kerana belum mencapai peristiwa penting satu iaitu membuat keputusan dan komitmen berpengetahuan mengenai pembangunan program jana kuasa nuklear.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Berdasarkan laporan awal Misi Kajian Infrastruktur Nuklear Bersepadu atau dengan izin, Integrated Nuclear Infrastructure Review (INIR) untuk fasa satu, Malaysia telah membangunkan asas pengetahuan yang bersesuaian dan bersedia untuk membuat keputusan yang berpengetahuan mengenai pembangunan tenaga nuklear. Laporan lengkap misi INIR ini dijadualkan diterima awal tahun 2017 dan akan diteliti dan dipertimbangkan oleh kerajaan.

final • 9:00 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Tadi oleh sebab Yang Berhormat ada bertanya tentang persediaan kita, bukan?

Walaupun begitu, seperti yang saya nyatakan sebentar tadi, sehingga kini kerajaan masih belum membuat keputusan berhubung pembangunan projek kuasa nuklear. Terima kasih.

final • 9:00 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Ya, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Untuk membuat keputusan pada akhirnya, ia akan ditentukan oleh rakyat. So, tidak ada seorang rakyat setuju supaya kilang jana kuasa nuklear ini dibina di hadapan rumah mereka. So saya hendak tanya, adakah kementerian bersedia untuk mengadakan satu referendum untuk mendapat maklum balas daripada rakyat? Berapa peratus mereka yang akan tidak setuju tentang pembinaan jana kuasa nuklear ini?

final • 9:00 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat. Your concern is my concern, dengan izin, sebab itu memberi akibat kepada kita semua. Jadi seperti yang saya nyatakan tadi, belum ada persediaan itu. Kita cuma membuat persediaan daripada segi hendak mengetahui sejauh mana persediaan kita di negara ini. Jadi belum ada tahap untuk melihat kepada site, untuk melihat kepada referendum kerana belum lagi sampai ke situ kita ya. So, do not worry about that. Insya-Allah Yang Berhormat, kalau adapun, saya pun juga akan memastikan semua perkara seperti yang melibatkan rakyat akan kita ambil kira.

Saya akan teruskan jawapan untuk Yang Berhormat Hulu Langat. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan dan kerjasama negara-negara pembekal atau pemilik teknologi jana kuasa nuklear untuk membangunkan tenaga kerja dalam bidang ini. Pada masa ini, institusi pengajian tinggi di Malaysia mampu menghasilkan sekitar 130 orang graduan dalam bidang sains dan kejuruteraan nuklear, berbanding dengan lebih daripada 55,000 orang graduan dalam bidang-bidang kejuruteraan lain.

Jumlah bilangan tenaga kerja yang diperlukan untuk mengendali dan menyelenggarakan dua unit loji jana kuasa nuklear berkapasiti 1,000 megawatt setiap satu adalah sekitar 1,200 orang. Daripada jumlah ini, hanya sekitar 200 orang jurutera nuklear dan selebihnya adalah dari bidang-bidang lain yang perlu memahami aspek-aspek nuklear.

Walaupun masih tidak mencukupi bilangannya, Malaysia telah mula membangunkan modal insan serta kepakaran dalam bidang sains dan kejuruteraan nuklear semenjak Pusat Penyelidikan Tenaga Atom Tun Dr. Ismail (PUSPATI) yang kini dinamakan Agensi Nuklear Malaysia ditubuhkan pada tahun 1972. Reaktor nuklear pertama iaitu reaktor penyelidikan berkapasiti satu megawatt termal iaitu yang tidak menghasilkan kuasa elektrik di agensi ini telah mula beroperasi pada Jun 1982 dan masih terus beroperasi.

Agensi ini berperanan menyokong dan memajukan penggunaan sains dan teknologi nuklear dalam bidang-bidang perubatan dan kesihatan, pertanian, industri, pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar dan bidang-bidang lain. Agensi ini juga mampu dibangunkan sebagai organisasi sokongan teknikal atau, dengan izin, Technical Support Organization (TSO) untuk program janakuasa nuklear.

Dalam kajian perundangan dan kawal seliaan- legal and regulatory study yang telah dilaksanakan oleh MNPC pula, draf awal satu rang undang-undang komprehensif mengenai semua aspek penggunaan tenaga atom iaitu yang lebih luas daripada tenaga nuklear, misalnya termasuk penggunaan sinar X-ray telah disediakan untuk penyediaan lanjut draf rang undang-undang untuk tujuan penggubalan. Satu set draf peraturan dan garis panduan kawal seliaan, regulation dan regulatory guidelines di bawah draf awal rang undang-undang ini. Draf-draf ini masih memerlukan tindakan lanjut untuk penyediaan draf rang undang-undang untuk tujuan penggubalan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya adalah daripada beberapa Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Kuala Langat; Yang Berhormat Selayang; Yang Berhormat Gopeng; Yang Berhormat Setiawangsa; Yang Berhormat Kota Baharu; Yang Berhormat Parit Sulung; Yang Berhormat Bukit Katil...

final • 9:00 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang Berhormat, lagi satu soalan.

Last one. Tentang nuklear ini, setakat ini, berapa jumlah kos yang telah dilaburkan untuk menjalankan aktiviti ataupun kajian ini? Jumlahnya.

final • 9:00 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Yang Berhormat, saya hendak nyatakan di sini, MNPC adalah salah satu daripada agensi yang terlibat dalam aktiviti nuklear. Kita ada MOSTI dan juga KeTTHA yang berkaitan dengan hal nuklear ini. Jadi kalau saya hendak memberikan kos di sini, agak sukar untuk saya.

final • 9:00 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Jadi, ia adalah bergantung kepada aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Kalau MNPC sahaja, kita masih hanya di peringkat regulatory dan juga membantu aktiviti yang dijalankan oleh pihak agensi-agensi yang lain. Jadi untuk memberi kos yang tepat, agak sukar bagi saya Yang Berhormat ya.

Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua. Beberapa Ahli Yang Berhormat yang telah saya sebutkan tadi telah membangkitkan beberapa isu yang menyentuh tentang perkhidmatan teksi. Kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu ini telah mengaitkan dan mengajukan persoalan tentang Uber dan GrabCar.

Tuan Yang di-Pertua, pada hari pertama Dewan Rakyat sesi kali ini iaitu pada 17 Oktober yang lepas, semasa Sesi Soalan Jawab Lisan di Dewan yang mulia ini, saya memaklumkan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang telah diformulasikan dan akan dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran industri teksi yang sihat dan adil kepada semua pihak iaitu pemandu, pengguna dan pengendali. TITP bukan hanya dibangunkan melalui andaian atau rekaan daripada mereka yang hanya duduk di meja dan hadapan komputer, tetapi ia telah dibangunkan hasil daripada penyelidikan yang teliti, kaji selidik yang luas, perbandingan dan konsultasi berterusan dengan kesemua stakeholders, dengan izin, dalam industri ini.

Sebagai contoh, satu lab selama sebulan setengah telah diadakan bagi menyediakan platform untuk semua stakeholders sama ada berkumpulan mahupun individu, daripada pemandu teksi hinggalah kepada pengendali dan pengguna dapat tampil dan mengemukakan pandangan, cadangan dan juga luahan permasalahan yang dihadapi oleh mereka dalam industri teksi ini.

Oleh itu, semua isu dan kegusaran yang telah disuarakan oleh Ahli Yang Berhormat semasa sesi perbahasan telah pun diketahui malah tidak keterlaluan untuk saya katakan di sini, terdapat beberapa isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu hanyalah dengan izin, tip of the iceberg. Melalui penyelidikan dan konsultasi yang telah dijalankan, kerajaan bukan sahaja telah ambil maklum berhubung isu-isu itu, malah telah mengenal pasti isu yang jauh lebih dan luas daripada apa yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat semua.

Apa yang saya maksudkan di sini saya mahu memberi jaminan bahawa TITP yang dibangunkan sebenarnya merangkumi dan memberi tumpuan untuk mengatasi kesemua masalah yang ada dalam industri teksi pada hari ini.

final • 9:00 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Ramai Ahli Yang Berhormat ketika berbahas menyuarakan bahawa pemandu teksi tidak dapat bersaing dengan perubahan trend dan teknologi dalam industri ini melalui kemunculan e-hailing. Sering diperkatakan, dengan izin saya quote di sini, “They are not on the same level playing field.” Kerajaan telah pun mengambil maklum akan perkara ini semasa sesi konsultasi dijalankan bersama pemandu-pemandu teksi sebelum ini.

Dalam hal ini, Tuan Yang di-Pertua, untuk meletakkan mereka di tahap yang sama untuk bersaing adalah tidak wajar untuk kita menurunkan tahap mana-mana pihak semata- mata untuk meletakkan mereka dan bersaing di atas padang yang sama. Oleh itu, pendekatan yang diambil melalui TITP adalah untuk memberi sokongan dan mengangkat pemandu teksi ke padang yang lebih tinggi untuk mampu bersaing dengan adil melalui cara ini iaitu pertama, kita menangani permasalahan dan halangan yang mereka hadapi pada masa ini; kedua, kita melengkapkan mereka dengan keperluan yang diperlukan; ketiga, membolehkan mereka menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan berdaya saing; dan keempat, hasilnya rakyat dan pengguna memperoleh perkhidmatan yang berkualiti melalui pemain industri yang berdaya saing.

Tuan Yang di-Pertua, hasil dapatan penyelidikan dan konsultasi yang telah dijalankan mendapati terdapat empat isu teras dalam industri teksi ini iaitu:

(i) sistem pajak yang dianggap berat sebelah;

(ii) pendapatan pemandu yang rendah;

(iii) aduan yang sering diterima berhubung kualiti perkhidmatan; dan

(iv) kemunculan trend baru kaedah mendapatkan teksi melalui e- Hailing.

final • 9:10 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Tuan Yang di-Pertua, beberapa orang Ahli Yang Berhormat turut menyuarakan pendapat bahawa pemandu teksi tertekan kerana terpaksa menyewa kenderaan dari syarikat ekoran mereka tidak mempunyai permit individu. Juga didakwa bahawa syarikat- syarikat ini pula mengenakan sewaan yang tinggi dan turut memaksa pemandu membayar walaupun mereka tidak memandu dan mempunyai sijil sakit. Selain itu, syarikat tidak menyediakan insurans, tidak mencarum dan tidak memberi cuti tahunan.

Dalam hal ini, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menerangkan dengan lebih terperinci hubung kait permit dan sistem pajak dengan syarikat. Pertama daripada segi permit. Terdapat dua jenis permit iaitu individu dan syarikat.

Untuk makluman, tiada pengeluaran lesen baru sama ada kepada individu atau syarikat dikeluarkan oleh SPAD sejak ditubuhkan pada tahun 2010. Manakala untuk pemegang permit sedia ada, permit mereka sememangnya diperbaharui sekiranya cukup syarat.

Kedua daripada segi kenderaan. Bagi pemegang permit individu, mereka boleh terus membeli kenderaan sendiri untuk dijadikan teksi. Bagi mereka yang tidak mempunyai permit individu, mereka boleh menggunakan permit syarikat melalui perjanjian sewa beli yang meliputi sewa beli kenderaan dan sewaan permit.

Ketiga, tidak mampu mendapatkan kenderaan. Sementara itu, terdapat sebilangan pemegang permit individu yang tidak mampu untuk mendapatkan kemudahan pinjaman kenderaan melalui institusi kewangan. Mereka beralih kepada syarikat-syarikat teksi yang bersedia untuk memberikan kemudahan sewa beli kenderaan yang kita namakan sebagai sistem pajak. Di akhir kontrak perjanjian dalam sistem pajak ini, kenderaan tersebut akan menjadi milik pemandu. Ini bermakna perjanjian dalam sistem pajak ini adalah sama konsepnya seperti perjanjian, dengan izin, hire purchase kenderaan yang digunakan oleh institusi kewangan.

Keempat, sistem pajak dan hubungan syarikat dengan pemandu. Dalam perjanjian sistem pajak ini, kita dapati bahawa terma-terma yang diguna pakai dalam industri pada masa ini berat sebelah dan tidak menjaga kebajikan pemandu. Pada masa yang sama, perlu diingatkan bahawa hubungan syarikat dengan pemandu bukanlah hubungan seperti majikan dengan pekerja tetapi merupakan hubungan antara dua pihak yang bersetuju atas perjanjian komersial sewa beli kenderaan. Oleh sebab inilah syarikat teksi pada masa ini tidak terikat untuk perlu menyediakan kemudahan dan keistimewaan kepada pemandu teksi seperti cuti tahunan, cuti sakit dan sebagainya seperti mana majikan biasa sediakan untuk pekerja mereka.

Melalui TITP ini, kita boleh menyelesaikan permasalahan yang disebutkan sebentar tadi. Daripada segi isu permit, permit individu akan dikeluarkan kepada pemandu teksi sedia ada yang telah tamat kontrak dalam sistem pajak. Kemampuan untuk menyediakan kenderaan setelah diberikan permit, kerajaan akan menyediakan geran wang tunai sebanyak RM5,000 yang boleh digunakan sebagai pendahuluan atau down payment, dengan izin, bagi membantu pemandu membeli kenderaan.

Ketiga, mengatasi kelemahan dalam sistem pajak yang sedia ada. Seperti yang dinyatakan sebentar tadi, terma kontrak sistem pajak sedia ada dilihat membebankan pemandu. Oleh itu, undang-undang spesifik akan digubal untuk memastikan terma-terma kontrak ini memenuhi standard piawaian minimum yang ditetapkan bagi memberi keadilan kepada semua pihak iaitu pemandu dan syarikat.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu pendapatan pemandu, kerajaan ambil maklum mengenai aduan bahawa pendapatan pemandu-pemandu teksi terjejas akibat kewujudan perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan GrabCar yang didakwa mencuri pelanggan teksi sedia ada. Walau bagaimanapun, kita perlu melihat dari pelbagai sudut berhubung dengan dakwaan kemerosotan penumpang teksi. Ini kerana telah dikenal pasti terdapat ketidaksamaan ataupun mismatch, dengan izin, jurang antara permintaan dan penawaran perkhidmatan teksi.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, 52 peratus daripada jumlah penumpang cenderung menggunakan mobile apps untuk mendapatkan perkhidmatan teksi. Manakala pada masa yang sama, hanya 14 peratus sahaja pemandu teksi menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan penumpang.

final • 9:10 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Jelas ada permintaan terhadap perkhidmatan teksi, namun terdapat perbezaan cara penumpang mendapatkan teksi dengan cara pemandu mendapatkan penumpang.

Akhirnya, satu kerugian di pihak pemandu sekiranya mereka kehilangan pelanggan semata- mata kerana cara penawaran perkhidmatan oleh pemandu teksi tidak berhubung atau, dengan izin, not connected dengan cara permintaan oleh penumpang.

Tanpa penggunaan teknologi, pemandu terpaksa menggunakan cara konvensional di mana mereka perlu sentiasa bergerak untuk mendapatkan penumpang. Hal ini menyebabkan kos operasi mereka meningkat dan statistik menunjukkan perjalanan berbayar pemandu teksi di negara ini berada di sekitar 45 peratus sahaja berbanding dengan Singapura sekitar 90 peratus dan juga Jakarta Indonesia sekitar 80 peratus.

Selain itu, saya turut ingin berkongsi dapatan kajian bahawa pemandu teksi yang menggunakan mobile apps boleh menjana tambahan lebih 30 peratus perjalanan berbayar berbanding pemandu yang hanya menggunakan cara konvensional. Ini bermakna penggunaan peluang yang disediakan oleh teknologi secara langsung boleh meningkatkan pendapatan pemandu teksi di negara ini.

Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, perkhidmatan e-hailing tidak seharusnya dilihat sebagai suatu masalah sebaliknya ia harus dilihat sebagai sebuah platform untuk menambahkan pendapatan.

final • 9:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu bangun, Yang Berhormat.

final • 9:10 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Tuan Yang di-Pertua...

final • 9:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sedikit. Terima kasih. Saya teliti tadi apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi tentang pemandu teksi yang ikut syarikat berlesen dengan yang diurus oleh Uber dan GrabCar.

Saya secara peribadi tidak menolak teknologi yang makin maju dan menggunakan teknologi secara efisien cara untuk meningkatkan pendapatan. Akan tetapi, masalah sekarang ialah mereka tidak bersaing atas platform yang sama kerana kalau pemandu teksi dengan syarikat baik pun hire purchase atau sewa, mereka terpaksa biayai kos seperti PUSPAKOM, health care check dan semua ini menjadi beban dan expenses pemandu teksi.

final • 9:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Akan tetapi bagi GrabCar dan Uber, mereka diuruskan sebagai syarikat yang berasingan. Mereka tidak perlukan sebarang kos dan kita tidak impose syarat yang sama terhadap dua-dua pihak dan ini menyebabkan pemandu teksi dalam pihak yang losing side. Pada masa yang sama, ia tidak boleh mutually complement sebab pemandu teksi yang terikat dengan syarikat, mereka tidak boleh gunakan perkhidmatan apps ini untuk mendapatkan pelanggan. So, perkara ini tidak boleh dibandingkan begitu. Jadi, sesuatu penetapan untuk memastikan persaingan itu adalah pada platform yang level playing field, barulah kita boleh membantu ini. Kalau tidak, pemandu teksi yang terikat dengan syarikat ini, mereka akan menjadi mangsa kepada satu sistem yang tidak adil. Terima kasih.

final • 9:20 PM

Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri

Okey, terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya saya akan menjawab perkara itu dalam jawapan saya ini.

final • 9:20 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Minta laluan Yang Berhormat.

Mengenai teksi juga.

final • 9:20 PM

Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri

Boleh tak saya habiskan ini supaya...

final • 9:20 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Mengenai teksi juga.

final • 9:20 PM

Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri

Saya tahu tetapi saya belum habis jawapan.

Mungkin ia ada di dalam ini sebab apa yang disentuh oleh Yang Berhormat Batu tadi sebenarnya ada dalam sini. Seperti yang saya nyatakan pada 17 hari bulan dulu apabila saya menjawab, sebenarnya apa yang kita adakan pada TITP ini adalah berdasarkan kepada apa Yang Berhormat sebut tadi, semua isu-isu yang telah dikemukakan kepada kita. Jadi, biar saya teruskan jawapan, kalau ada hendak tanya lagi boleh saya beri peluang.

final • 9:20 PM

Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri

Tuan Yang di-Pertua, berhubung isu e-Hailing. Terdapat beberapa Ahli Yang Berhormat menggesa agar kerajaan mengkaji semula keputusan untuk membenarkan perkhidmatan ini beroperasi di bawah kawal seliaan. Seperti yang telah saya nyatakan tadi, kerajaan tidak membuat keputusan untuk bersetuju dengan TITP ini dengan terburu-buru.

TITP yang dicadangkan ini telah dibangunkan hasil daripada penyelidikan terperinci oleh pelbagai agensi kerajaan dan mereka yang terlibat secara langsung dalam industri ini.

Kemunculan perkhidmatan e-Hailing yang menjadi trend sebagai pilihan pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan teksi ini adalah selari dengan arus teknologi pada hari ini. Ini terbukti apabila lebih 70 peratus daripada lebih 45,000 orang responden kaji selidik atas talian atau online survey respondents, dengan izin, mahukan perkhidmatan e-Hailing dibenarkan dan dikawal selia operasinya dan saya percaya tadi Yang Berhormat pun bersetuju supaya kita mengikut arus teknologi.

Satu lagi fakta menarik yang ingin saya kongsi bersama Ahli Yang Berhormat adalah berhubung dengan dakwaan bahawa pemandu teksi kini tidak mempunyai penumpang kerana pelanggan mereka telah dicuri oleh pemandu perkhidmatan e-Hailing. Sebenarnya kajian mendapati 59 peratus daripada mereka yang menggunakan e-Hailing seperti Uber dan GrabCar tidak pernah menggunakan perkhidmatan teksi sebelum ini. Ini bermakna terdapat permintaan ataupun pelanggan yang baru daripada segmen ini. Ia sebenarnya peluang ataupun opportunity kepada industri ini. Justeru, perkhidmatan e- Hailing tidak harus dilihat sebagai saingan kepada kaedah operasi teksi konvensional tetapi harus digunakan sebagai peluang kepada para pemandu teksi serta pelengkap dalam mengimbangi tawaran perkhidmatan dengan permintaan dan trend pasaran.

Yang Berhormat sekalian, pengguna pada hari ini cenderung untuk menggunakan teknologi dan perkhidmatan teksi juga tidak wajar memilih untuk tidak memanfaatkannya.

Oleh yang demikian, TITP menyaksikan perkhidmatan e-Hailing akan beroperasi tertakluk kepada peruntukan dan seliaan undang-undang. Pemandu e-Hailing kelak hendaklah mematuhi apa juga peraturan yang ditetapkan seperti mana yang ditetapkan kepada pemandu teksi. Ini menjawab Yang Berhormat Batu tadi ya. Sebagai contoh, pemeriksaan kenderaan secara berkala, keperluan insurans dan sebagainya. Tidak akan ada lagi alasan bahawa ada perbezaan prosedur seliaan antara pemandu teksi dan pemandu e-Hailing, malah pemandu teksi sebenarnya akan memperoleh kelebihan, di mana mereka boleh mendapat akses kepada penumpang melalui kedua-dua cara iaitu melalui aplikasi atau e- Hailing dan secara konvensional atau street hailing. Berbanding pemandu e-Hailing yang hanya terhad aksesnya kepada pengguna melalui mobile apps. Untuk makluman, e-hailing di Malaysia pada hari ini bukan hanya terhad kepada Uber dan GrabCar sahaja malah terdapat beberapa syarikat e-Hailing tempatan yang baru seperti All Ride, ToGo, Easy Cabs Link dan Move yang turut menawarkan perkhidmatan teksi melalui mobile apps. Dengan itu Yang Berhormat, saya harap maklum balas saya pada hari ini dapat memberi penjelasan dan gambaran yang jelas kepada Yang Berhormat semua. Tadi Yang Berhormat Kota Bharu hendak bertanya.

final • 9:20 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, terima kasih. Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri, saya telah beberapa kali membangkitkan soal teksi dan juga perkhidmatan GrabCar dan Uber ini di dalam Dewan yang mulia ini dan telah mendapat jawapan daripada Yang Berhormat sendiri sebelum ini. Namun demikian, saya membuat tinjauan dan juga mendapat aduan-aduan daripada pihak pemandu teksi bahawa sememangnya perkhidmatan yang ingin diperkenalkan oleh kerajaan, Uber dan Grab ini mahu tidak mahu kita terpaksa akui ia akan menjejaskan pendapatan pemandu teksi, diambil kira bebanan atau liabiliti yang terpaksa ditanggung oleh mereka ini.

Saya bagi contoh, saya beberapa hari yang lepas saya naik teksi biru daripada KL Sentral sahaja datang ke sini. Saya berbual dengan pemandu, dia beritahu sewanya- dia bawa kereta Exora harganya dalam RM80,000 di pasaran tetapi dia kena bayar kereta dan juga sewa permitnya RM100 satu hari. Kalau sebulan, RM3,000 untuk enam tahun. Jadi, dia terpaksa membayar kosnya lebih daripada RM200,000 untuk sebuah teksi itu.

Jadi, ini bebanan yang ada pada mereka, tak kira lagi minyak atau LPG dan juga makan minum mereka. Dia menunjukkan kepada saya dengan jelas, dengan muka yang sedih, dia kata tiap-tiap bulan dia membuat catatan pendapatannya yang saya tengok ada RM2,700, RM2,500, RM2,100 sedangkan dia kena bayar kepada teksi atau syarikat ini RM3,000 satu bulan. Itu daripada segi terjejasnya pendapatan.

final • 9:20 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang keduanya, Yang Berhormat Menteri menyebutkan mengenai saingan. Saya juga diberitahu bahawa apabila ramai pemandu teksi yang dikatakan lebih daripada 20,000 orang menyerahkan balik teksi kepada syarikat dan mereka ini mengambil alternatifnya untuk membawa kereta GrabCar dan Uber. Ini menyebabkan perkhidmatan Uber dan GrabCar ini juga mendapat saingan di kalangan mereka. Mereka mengatakan sebelum ini mereka dapat mungkin RM3,000 atau RM4,000 satu bulan, sekarang ini hanya RM1,000 lebih sahaja. Jadi, tidak dapat menyelesaikan juga masalah walaupun mereka bertukar daripada teksi kepada Uber dan GrabCar ini.

final • 9:20 PM

Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Saya faham.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri dah melebihi 50 minit Yang Berhormat.

final • 9:20 PM

Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Hanya untuk menjawab Yang Berhormat tadi. Kita faham apa Yang Berhormat nyatakan di sini semuanya mempunyai perasaan simpati terhadap pemandu-pemandu teksi, begitu juga kita. Oleh sebab kita telah ada engagement, dengan izin, dengan mereka dan sebab atas aduan-aduan merekalah lahirnya TITP ini. Insya-Allah apabila telah di-regulate nanti, dengan izin, kalau kita telah pinda undang-undang semua, mereka akan menjadi di tahap yang sama. Jadi, apa Yang Berhormat nyatakan tadi itu adalah memang telah diambil kira.

Sebab itulah daripada 11 cadangan dalam TITP itu, 10 telah mengambil kira pandangan yang mana ia mengambil kira rungutan daripada pemandu-pemandu teksi ini.

Memang kita menyedarinya, cuma apa yang kita lakukan di sini ialah kita hendak memberitahu bahawa pihak SPAD akan pergi kepada mereka dari kawasan ke kawasan untuk menjelaskan. Mungkin ada yang masih belum jelas bagaimana terma-terma yang di bawah TITP ini kerana apabila Uber dan GrabCar misalnya, di-regulate nanti, mereka akan menghadapi ataupun terpaksa melalui prosedur yang sama, undang-undang yang sama.

Jadi, tidak ada masalah daripada segi Uber dan GrabCar, they can escape, dengan izin, daripada semua prosedur ini. Jadi semuanya akan melalui proses yang sama, there will be the level playing field ini, dengan izin. Jadi Yang Berhormat ...

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Menteri sedikit sahaja. Dalam level playing field ...

final • 9:30 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Ini Tuan Yang di-Pertua okey?

final • 9:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sedikit sahaja dalam level playing field sebab kalau Uber dan GrabCar dilegalize, adakah perlu lagi kita isu lesen kepada pemandu teksi? Itu satu. Kedua ialah bagaimana kerajaan cadangkan untuk impose GST atas Uber dan GrabCar? Bagaimanakah kerajaan dapat mengutip cukai daripada syarikat- syarikat apps ini yang untungnya beratus ribu atau berjuta-juta kerana mereka agak invisible daripada segi struktur syarikatnya? Terima kasih.

final • 9:30 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat. Kita berbalik kepada isu yang sama. Apabila kita sudah regulate nanti Yang Berhormat, insya-Allah maka semuanya itu akan mengikut peraturan yang mana akan dipersetujui mereka. Ini kerana adalah salah satu daripada cara untuk kita mengatasi masalah yang dihadapi oleh pemandu teksi.

Kita mahu mereka untuk menggunakan prosedur yang sama dan juga melalui proses undang-undang yang sama. Jadi insya-Allah semua ini akan kita atasi. Seperti yang saya nyatakan, kita akan menghantar pasukan dari SPAD untuk pergi ke tempat-tempat untuk bercakap ataupun mengadakan engagement, dengan izin, kepada mereka yang affected ini, dengan izin Yang Berhormat.

Saya rasa, itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang telah terlibat dan juga memberi cadangan dan juga pandangan kepada kita, kepada pihak Jabatan Perdana Menteri. Insya-Allah kita akan berbincang lagi pada masa yang lain. Terima kasih banyak.

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Giliran Yang Berhormat Menteri dari kawasan Muar.

final • 9:30 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim

Bismillaahir Rahmaani Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk menyambung sesi penggulungan bagi pihak Jabatan Perdana Menteri yang melibatkan beberapa buah agensi iaitu FELDA, SPRM dan IIM. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat atas keprihatinan, cadangan dan pandangan yang telah diutarakan. Sudah tentu segala yang baik itu akan diambil kira dalam pengendalian pihak kerajaan di masa akan datang demi faedah bersama.

Tuan Yang di-Pertua, Program Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF) telah mendapat perhatian Ahli Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Pasir Puteh ketika membahaskan Bajet 2017 ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek PGBF ini terbahagi kepada dua fasa pembinaan iaitu fasa pertama melibatkan sebanyak 8,470 buah unit rumah dan fasa kedua sebanyak 11,530 buah unit rumah.

Pelaksanaannya adalah setelah meneliti kedudukan lokasi, kesesuaian tapak, keluasan tanah dan permintaan daripada generasi baru FELDA itu sendiri. Sebanyak 2,574 unit daripada fasa 1 telah mula diagihkan secara berperingkat kepada pemohon yang layak dan dijangka selesai menjelang akhir tahun 2016 ini.

Pihak FELDA telah membiayai sebanyak RM500 juta bagi projek fasa 1 dan baki pembiayaan sedang diusahakan melalui syarikat kewangan tempatan dan bantuan daripada kerajaan. FELDA kini juga sedang dalam proses perbincangan bersama beberapa buah institusi kewangan. Antaranya pihak Bank Simpanan Nasional dan Malaysia Building Society Berhad (MBSB) bagi membantu generasi baharu FELDA mendapatkan pembiayaan pinjaman dalam memiliki rumah PGBF ini.

Bagi pembinaan dalam fasa kedua, pihak FELDA telah berada di peringkat akhir bagi mengenal pasti pihak kontraktor yang layak dan berkemampuan dengan menggunakan kaedah Inisiatif Pendanaan Swasta, Private Funds Initiative (PFI) yang dijangka dimulakan selewat-lewatnya pada awal tahun 2017.

Bagi Yang Berhormat Lenggong, pembinaan PGBF di kawasan Parlimen Lenggong termasuk dalam perancangan fasa 2 dan permintaan Yang Berhormat untuk menambah unit tersebut akan diambil kira dalam peringkat pelaksanaannya nanti.

Yang Berhormat Paya Besar, pembinaan PGBF di FELDA Bukit Sagu telah tergendala akibat penggulungan syarikat yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah ke atas pihak kontraktor dan sehingga FELDA terpaksa menamatkan kontrak tersebut. Proses tender semula bagi melantik kontraktor baharu sedang dalam proses dan dijangka akan dilantik selewat-lewatnya awal tahun hadapan dan dijangka siap projek tersebut pada tahun 2018.

Yang Berhormat Raub, sebanyak 80 unit telah dicadangkan di FELDA Krau 1 dan di peringkat akhir pelaksanaan untuk dibangunkan dalam fasa 2. Selain itu, beberapa buah tapak telah dikenal pasti dan masih dalam proses penilaian di Parlimen Raub meliputi FELDA Tersang 1, FELDA Tersang 2, FELDA Tersang 3 serta FELDA Lembah Klau.

Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Pasir Puteh berkaitan bayaran hasil peneroka. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, amalan terdahulu hasil bayaran sawit peneroka dibayar sebanyak empat kali sebulan. Mulai bulan September tahun ini, bayaran sebanyak dua kali sebulan telah dilaksanakan berikutan perkara ini telah dibincangkan dan dipersetujui di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Peneroka Bil.2, Tahun 2016, pada bulan Mei yang lalu.

Tujuan kaedah ini dilaksanakan adalah untuk membantu meningkatkan kawalan keselamatan wang, menjimatkan kos pengurusan dan amalan pengurusan hutang yang lebih efektif. Bayaran pertama akan dibuat pada 16 hingga 18 hari bulan setiap bulan untuk pendahuluan tunai hasil. Manakala bayaran kedua dibuat pada 23 hingga 25 hari bulan setiap bulan bagi baki akhir pay sheet peneroka.

final • 9:32 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim

Bagi bayaran hasil getah peneroka pula ia tidak berubah iaitu dibayar empat kali sebulan. Bayaran ini dibuat secara tunai atau kredit ke dalam akaun bank peneroka mengikut permintaan mereka.

Bagi dakwaan mengatakan bahawa FELDA menindas peneroka yang mengusahakan ladang sendiri. Dimaklumkan bahawa daripada jumlah keseluruhan peneroka iaitu seramai 112,635 orang, seramai 34,975 orang telah mengusahakan ladang masing-masing. Ia terbahagi kepada dua kategori. Pertama, peneroka yang melakukan tanam semula secara sendiri dari awal iaitu seramai 16,800 orang. Kedua, peneroka yang ambil alih dari FELDA selepas tanam semula pula adalah seramai 18,175 orang.

Ia berlaku apabila tiba tempoh berhasil, terdapat peneroka yang berhasrat untuk menguruskan sendiri dan mengambil alih kebun dengan mengemukakan permohonan secara rasmi kepada FELDA berdasarkan peraturan sedia ada. FELDA masih menguruskan peneroka yang urus sendiri dengan mengatur jadual penuaian, pesanan baja dan mewujudkan pay sheet individu. Justeru itu, tidak berlaku penindasan kepada peneroka yang terbabit.

Seterusnya, Yang Berhormat Paya Besar mencadangkan untuk FGV melantik seorang pengerusi tersendiri yang berlatarbelakangkan ekonomi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Paya Besar atas pandangan tersebut. Namun begitu, seperti Yang Berhormat sedia maklum, FELDA Global Ventures Holdings Sdn. Bhd (FGVH) merupakan syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia dan pelantikan pengerusi atau mana-mana ahli lembaga pengarahnya tertakluk kepada keperluan penyenaraian Bursa Malaysia dan Akta Syarikat 1965.

Seterusnya prestasi sebuah syarikat adalah bergantung kepada pasaran komoditi perniagaan teras syarikat tersebut serta tatacara pengurusan perniagaan yang baik. Ia tidak semata-mata bergantung kepada siapakah yang menjadi pengerusi sesebuah syarikat.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya Tuan Yang di-Pertua untuk meneruskan perkara-perkara yang berkaitan SPRM. Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Tambun membangkitkan soal kedudukan Malaysia di tangga ke-54 dalam Corruption Perception Index, dengan izin, CPI dan mempersoalkan keseriusan kerajaan dalam membasmi rasuah di negara ini. Dibangkitkan juga bahawa Bajet 2017 tidak menyatakan kepentingan memerangi rasuah di kalangan penjawat awam.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menerima hakikat bahawa kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah 2015 menurun sebanyak 4-mata kepada 54 berbanding 50 pada tahun 2014. Walaupun Malaysia termasuk dalam senarai negara yang mempunyai skor menurun, tetapi negara masih berada kedua terbaik di Asia Tenggara di belakang negara Singapura. Perlu juga saya nyatakan di sini bahawa kemerosotan skor CPI ini turut dialami oleh negaraFilipina, Jepun malahan Hong Kong. Ia berikutan kaedah pengukuran CPI bergantung kepada kajian-kajian yang dijalankan, yang memberi penekanan berbeza dalam setiap kali kajian itu dibuat termasuk daripada segi lokasi, responden dan juga melibatkan perkara-perkara berkaitan kebebasan media dan lain-lainnya.

Yang Berhormat Sandakan mencadangkan agar SPRM diberi kuasa yang bebas dan sepenuhnya dalam menjalankan siasatan. Perkara ini telah dijawab berulang kali kerana selaras dengan kewujudan sebagai entiti tunggal pencegahan rasuah di Malaysia, SPRM telah diperuntukkan kuasa yang luas seperti yang termaktub di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang khusus untuk menyiasat dan mencegah sebarang bentuk perlakuan rasuah serta salah guna kuasa.

final • 9:32 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim

Fungsi penguatkuasaan adalah seperti yang dinyatakan pada seksyen 7(a) dan 7(b) Akta SPRM 2009 iaitu pegawai-pegawai SPRM hendaklah menerima, menimbang, mengesan dan menyiasat aduan yang diterima mengenai apa-apa kesalahan, apa-apa percubaan atau apa-apa komplot yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 sebagaimana yang difikirkan praktik oleh Ketua Pesuruhjaya atau pegawai SPRM sendiri.

Yang Berhormat Rantau Panjang juga membangkitkan supaya SPRM menyiasat isu penyalahgunaan peruntukan kementerian-kementerian yang digunakan untuk ejen dan jentera Barisan Nasional bagi menghadapi pilihan raya.

final • 9:40 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim

Untuk makluman Yang Berhormat, isu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat ini terlalu umum untuk saya jawab dan adalah sukar untuk pihak SPRM mengambil tindakan dan saya pohon agar Yang Berhormat mengemukakan maklumat dan bukti yang lebih khusus sekiranya ada kepada mana-mana pejabat SPRM di seluruh negara.

Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Sandakan dan beberapa orang Ahli Yang Berhormat juga mahu siasatan penuh bagi memastikan semua yang terlibat dalam kes rasuah penyelewengan projek infrastruktur Jabatan Air Negeri Sabah termasuk pegawai tinggi dan pimpinan kerajaan ditangkap.

Berkenaan kes rasuah Jabatan Air Negeri Sabah, operasi mengesan orang-orang yang terlibat masih dijalankan sehingga kini. Masa yang panjang diperlukan bagi meneliti kesemua dokumen yang dirampas serta menyiapkan kertas siasatan.

Buat masa ini, sehingga hari ini, siasatan kes itu hanya menjurus kepada penglibatan pegawai-pegawai kerajaan yang menerima rasuah serta penyalahgunaan kuasa dan tidak melibatkan mana-mana ahli politik sama ada di peringkat negeri Sabah atau Kerajaan Persekutuan. Sehubungan itu, adalah diharapkan agar semua pihak tidak mempolitikkan isu ini atau mengambil kesempatan terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya bagi kepentingan mana-mana pihak.

final • 9:40 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

[Bangun]

final • 9:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 9:40 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Biarlah SPRM melaksanakan tugasnya sehingga selesai bagi menjamin keadilan kepada rakyat negeri Sabah.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Batu bangun Yang Berhormat.

final • 9:40 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Ya.

final • 9:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang manakah satu?

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 9:40 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dalam kesempatan membahaskan bajet baru- baru ini banyak menyentuh mengenai SPRM. Mungkin tidak tahulah ada dalam catatan Yang Berhormat Menteri atau tidak.

Satu perkara yang saya bangkitkan ialah bagaimana kita nampak sedikit ketidakseriusan kelihatan pada pihak kerajaan dalam menangani rasuah ini adalah antaranya ialah kita tidak mengambil sebagaimana contoh-contoh di negara lain.

Contohnya di Hong Kong dan sebagainya yang menangani isu rasuah di kalangan penjawat awam atau pegawai kerajaan ini melalui konsep MIPO atau misconduct in public office. Tidak pernah diambil pendekatan ini di dalam SPRM kita.

Kedua, walaupun kelihatan kerajaan cuba menunjukkan rasa tanggungjawab menangani rasuah ini dengan menubuhkan badan-badan bebas antaranya jawatankuasa khas mengenai rasuah dan sebagainya. Akan tetapi saya hendak menarik perhatian Yang Berhormat bahawa sejak peletakan jawatan ataupun bersaranya mantan Pengerusi JKMR dan juga mantan Yang di-Pertua Dewan Negara yang dahulu pada bulan April, sehingga sekarang ini belum lagi dilantik Pengerusi JKMR ini yang mana JKMR ini peranannya cukup besar.

Antaranya memberi nasihat kepada Perdana Menteri mengenai masalah rasuah yang ada hasil daripada JKMR menerima laporan tahunan daripada SPRM dan juga ulasan Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah yang diterima tiap-tiap tahun. Ini sudah bulan November. Sepatutnya dibentangkan, dikemukakan kepada Perdana Menteri sebelum akhir tahun ini. Jadi, saya hendak tanya apa tindakan yang akan diambil oleh kerajaan dalam hal ini? Terima kasih.

final • 9:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih. Tadi saya dengar dengan teliti bahawa kita tidak seharusnya mempolitikkan isu Sabah Water Board rasuah ini tetapi saya agak Yang Berhormat Menteri harus jelas dengan pengumuman yang diterima.

Ini kerana setahu kita yang telah diteliti, pertama sekali, yang menyatakan wang ini melibatkan Federal allocation itu datang daripada pihak sana bukan daripada kami.

final • 9:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Dakwaan yang dibawa oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah sendiri yang menyatakan ini sebahagian daripada peruntukan yang telah diberi melalui bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah yang dipegang oleh Yang Berhormat Semporna dahulu. Ini bukan datang daripada pihak sini tetapi kalau itu informasi yang tidak tepat, baiklah kita betulkan sekarang supaya persepsi negatif dan khabar angin ini tidak tersebar dan membentuk satu persepsi yang salah.

Saya juga ingin dapatkan penjelasan kalau boleh kerana melibatkan RM3.3 bilion ini, itu kalau datang daripada alokasi peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, itu mestilah melibatkan satu jumlah yang begitu besar dan saya tidak nampak jabatan mana yang mempunyai kuasa untuk begitu. So, saya ingin mendapatkan penjelasan. Terima kasih.

final • 9:40 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Terima kasih kedua-dua orang Ahli Yang Berhormat dari Kota Bharu dan Batu. Pertama perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Bharu sebenarnya saya sudah jawab awal sekali iaitu ada banyak cadangan yang baik, yang akan kita pertimbangkan seperti MIPO di Hong Kong dan sebagainya sebab ia memang satu perkara yang tidak perlu saya jawab tetapi kita akan tengok mana praktis yang terbaik untuk kita ikuti. Oleh sebab itu saya tidak jawab cadangan, pandangan. Saya menjawab persoalan yang ditimbulkan. Itu bukan persoalan. Itu memang cadangan yang boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan oleh kerajaan.

Cumanya daripada segi JKMR, saya bersetuju dengan Yang Berhormat bila bertanya tentang lantikan Pengerusi bagi kita menjalankan tugas-tugas JKMR. Ia sudah pun kita kemukakan ke Pejabat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita sedang menanti keputusan ataupun pemberitahuan seterusnya.

Bagi Yang Berhormat Batu, sebenarnya nasihat ataupun penyampaian saya tadi itu tidak ditujukan kepada hanya pihak pembangkang. Cuma saya menyatakan kepada mana-mana pihak sebab siasatan belum lagi lengkap. Kita tidak mahu ada persepsi- persepsi yang menyatakan bahawa orang itu terlibat, orang ini terlibat sehingga ia boleh menjejaskan integriti siasatan tersebut. Jadi, tidaklah saya berniat, kalau tersilap dengar, saya tidak boleh buat apa tetapi kalau saya ada menyebut menasihati pihak pembangkang untuk tidak mempolitikkan, saya minta maaf. Akan tetapi yang saya cakap tadi semua kerana ini dibangkitkan oleh pegawai-pegawai kita kerana terlalu banyak spekulasi tentang siapakah yang terlibat, bagaimana ia berlaku.

Ini kerana untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkara ini tidak pun menjadi perbincangan kita sebelum ini walhal siasatan telah pun dibuat hampir satu tahun yang lalu.

Akan tetapi apabila operasi itu terbongkar, ia menjadi minat ramai dan kita hendak beritahu, begitu sekali teliti sehingga tidak ada orang pun yang dapat menghidu. Bayangkan kalau dalam siasatan, perkara ini dihidu seperti yang kita selalu dengar hendak buat satu raid tonto, semua sudah dapat maklumat. Maka ia akan menjejaskan siasatan. Oleh sebab itu apa yang dibangkitkan itu sangat mustahak untuk kita pertimbangkan agar permintaan kita semua tentang isu bekalan air Sabah ini dapat diselesaikan.

Kedua, sebahagian besar soalan Yang Berhormat Batu itu tidak bolehlah saya hendak keluarkan sebab masih dalam siasatan. Akan tetapi seperti yang kita tahu, bajet ini adalah sedikit besar daripada biasa dan sebab besarnya itu banyak pula yang diambilnya tetapi ia bukan hanya datang daripada Persekutuan. Sebahagian besar itu- saya tidak pasti saya boleh kongsi atau tidak, tetapi kalau ada pengumuman telah dibuat oleh SPRM, pakailah yang itu daripada Kerajaan Persekutuan dan sebahagian ada juga yang disalurkan daripada Kerajaan Negeri Sabah. Jadi, biarlah kita serahkan kepada pihak SPRM untuk memuktamadkan siasatan mereka kerana dokumen seperti yang diumumkan pun cukup banyak, yang terlibat itu cukup ramai.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rantau Panjang bangun Yang Berhormat.

final • 9:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin minta penjelasan, sejauh mana kerajaan berusaha untuk mengatasi masalah isu rasuah yang semakin kronik dalam negara kita. Jadi, apakah mekanisme pemantauan projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan tidak berlaku sebagaimana apa yang disebut oleh Yang Berhormat?

final • 9:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Jadi saya ingin tahu juga dari sudut statistik ataupun kajian yang dibuat oleh pihak kerajaan, indeks rasuah di kalangan jabatan-jabatan kerajaan yang melibatkan pegawai- pegawai, agensi part mana yang paling tinggi kadar rasuah dan sejauh mana tindakan dibuat supaya perkara ini dapat diatasi? Saya juga ingin tahu, daripada kes-kes yang telah disiasat, berapa peratus yang didakwa, dan berapa peratus yang setakat ini yang telah diambil tindakan? Minta penjelasan.

final • 9:40 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Details itu semua saya rasa saya boleh bekalkan kemudian sebab saya pun pernah jawab di Dewan ini sebelum ini. Akan tetapi, saya tidak ada dengan saya daripada segi detail. Cuma soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang sebenarnya ada ditanya oleh Yang Berhormat Tanah Merah yang mencadangkan SPRM bersama agensi lain mewujudkan satu badan pemantau pelaksanaan projek untuk memastikan semua yang di rancang dapat dilaksanakan tanpa berlakunya perlakuan rasuah.

Jadi, saya bacakan sahaja jawapan yang telah kita sediakan bagi Yang Berhormat Tanah Merah. Iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah telah melaksanakan tindakan memantau pelaksanaan beberapa projek pembangunan contohnya pelaksanaan projek Mass Rapid Transit (MRT) dari Sungai Buloh ke Kajang. Selain itu, SPRM turut memperkenalkan satu program yang dikenali sebagai Ikrar Integriti Korporat (CIP) bagi menangani isu rasuah di kalangan badan korporat. CIP ialah sebuah dokumen yang membolehkan sebuah syarikat menzahirkan komitmen untuk menegakkan prinsip anti rasuah sesama badan korporat di Malaysia.

Melalui kriteria tersebut sesebuah syarikat mempunyai deklarasi bahawa ia tidak akan terlibat dengan aktiviti rasuah. Akan berusaha untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang bebas daripada rasuah dan menegakkan prinsip anti korupsi sesama badan korporat di Malaysia dalam amalan perniagaan baik, hubungan dengan rakan niaga mahupun kerajaan. Ikrar ini dapat membantu organisasi dalam mengambil langkah, pertama, mengesan kegiatan rasuah serta mengelakkan organisasi pelaksanaan program integriti dan memperkukuhkan sistem kawalan dalaman mereka sendiri dalam usaha mencegah rasuah.

Yang Berhormat, kita pun sudah maklumkan di sini bahawa kita ada badan-badan di setiap kementerian yang dilatih. Kita juga melatih pegawai kita di akademi MACA. Bagi memastikan jumlah pegawai-pegawai yang di tempatkan di dalam agensi-agensi terutama agensi-agensi yang berisiko tinggi dapat kita laksanakan. Ada lagu?

final • 9:50 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat Menteri. Please data-data yang saya minta tadi.

final • 9:50 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Data nanti saya bagi kemudian.

final • 9:50 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih.

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Puchong bangun, Yang Berhormat.

final • 9:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri cakap berkenaan dengan siasatan, Yang Berhormat Menteri kata tadi bahawa memang SPRM akan siasat semua kes dalam mana ada asas untuk disiasat. Kita maklum bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa kes berkenaan dengan wang dalam akaun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ataupun Ahli Parlimen Pekan itu telah pun disiasat oleh SPRM. Dalam siasatan itu, ada keputusan dibuat bahawa RM2.6 bilion itu adalah daripada derma.

Selepas daripada itu, terdapat siasatan di negara lain yang menunjukkan bahawa keputusan itu iaitu bahawa ia hasil daripada derma itu tidak betul. Itu yang kita juga sedia maklum. Jadi, persoalan saya, sehubungan dengan keputusan daripada Amerika Syarikat itu, adakah SPRM membuka semula siasatan ini terhadap Yang Amat Berhormat Pekan. Itu nombor satu, kerana dilaporkan begitu. Saya hendak pengesahan.

final • 9:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Nombor dua, adakah pihak SPRM sedang bekerjasama dengan mana-mana agensi daripada Amerika Syarikat untuk perkara ini kerana pada 22 Julai tahun ini ada pengumuman dibuat oleh Tan Sri Abu Kassim bahawa memang ada kerjasama dengan DOJ- dengan FBI yang dibuat. Sekiranya ada, apakah tindakan yang sedang dilaksanakan MACC ataupun SPRM untuk kes ini? Sehingga bila kita perlu tunggu untuk satu jawapan berkenaan dengan perkara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 9:50 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Sebenarnya saya pun dengar soalan ini dibangkitkan ketika Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri menggulung bagi pihak Kementerian Dalam Negeri. Dia sebenarnya ada banyak. Yang Berhormat Puchong pun tahu dalam soal dana mungkin melibatkan pengaliran dana yang melibatkan Kementerian Kewangan. Ada juga tentang pecah amanah ataupun penyalah pengubahan wang haram. Mungkin di bawah kementerian yang berbeza.

Bagi SPRM, kita telah pun membuat siasatan kita atas semua maklumat yang kita peroleh. Saya masih berpegang kepada kenyataan AG, Peguam Negara pada 26 Januari tahun ini yang semua boleh dapatkan kenyataan akhbar tersebut yang mengatakan bahawa soal perkara yang dibangkitkan itu telah pun tutup. Untuk saya mengatakan bahawa ia dibuka balik tentang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sebab perkara ini sudah pun diberikan ke Pejabat Peguam Negara. Akan tetapi mengenai SRC, kita masih ada lagi siasatan. Perkara ini pun saya sudah jawab dahulu. Kita tidak kata terus tutup kerana daripada segi SRC, siasatan kepada pengurusan syarikat tersebut masih lagi dalam siasatan kita.

Akan tetapi, ia melibatkan pihak-pihak luar yang memerlukan beberapa prosedur dan mengambil sedikit masa. Namun begitu, perlu saya nyatakan di Dewan ini bahawa siasatan kepada pihak pengurusan syarikat SRC ini masih dalam siasatan pihak SPRM.

final • 9:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, apabila keputusan dibuat oleh Peguam Negara, saya rasa dalam bulan Januari kalau tidak silap saya dengar Yang Berhormat Menteri sebut tadi. Kita tahu bahawa keputusan itu dibuat tanpa Peguam Negara akur kepada satu permintaan daripada MACC, SPRM supaya SPRM dibenarkan mendapatkan kerjasama daripada negara asing, mutual assistance daripada negara lain. Mutual assistance itu sangat penting untuk kita dapat tahu rangkaian ataupun rantaian, the money trail untuk mengesahkan daripada mana sumber wang ini datang. Ini apa Yang Berhormat sendiri sebut tadi, apa yang penting untuk kita lihat kepada siasatan sumber wang tersebut.

Jadi, dalam keadaan itu bila kita tidak- Peguam Negara tidak akur kepada permintaan itu, dengan izin, there was a request for mutual assistance- the Attorney General refused the request. Ini perkara yang saya ungkit daripada kenyataan daripada Lim Chee Wee daripada MACC tanpa ada maklumat itu. Sekarang kita ada maklumat dari Amerika Syarikat melalui tindakan ini di mana dikatakan bahawa kalau dilihat kepada money trail itu, maka terus terang bahawa keputusan Peguam Negara itu adalah tidak betul dan tidak boleh didukung sama sekali.

Dalam keadaan tersebut, adakah tidak MACC atau SPRM berhasrat untuk kaji semula dan siasat semula? Itu adalah apa yang disebut oleh yang saya faham disebut oleh Peguam Negara melalui press release dan juga daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tadi. So, an answer please without assistance, by way of mutual assistance, kita tidak tahu sumber ini datang dari mana. We have not traced it. How do we say that the Attorney General was right? Why is SPRM keeping quite? Kenapakah tidak SPRM ingin teruskan tanya kepada Peguam Negara sekarang? Sekarang kita ada kes 1MDB di Amerika Syarikat minta sekali lagi supaya mutual assistance diberikan supaya kita boleh siasat perkara itu. Kenapakah tidak dibuat sedemikian? Sila jawab. Terima kasih.

final • 9:50 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Dakwaan atau tuduhan kepada Peguam Negara tidaklah berada dalam keupayaan saya untuk menjawab. Saya tidak kata tidak. Saya tidak kata ya, tetapi kena tanya Peguam Negaralah. Cuma kita tidak memberi kuasa untuk perkara yang dibangkitkan. Mutual assistance itu, kita sudah mohon pun. Akan tetapi untuk mendakwa kata dia buat keputusan dan sebagainya itu pada saya bukan dalam bidang tugas saya.

final • 9:50 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Kedua, kita hanya melihat tentang rasuah. Kita tidak cakap duit itu tidak melihat tentang duit itu dari mana. Sama ada duit itu tertakluk kepada perlakuan rasuah atau tidak.

Maknanya, perkara-perkara yang di definisikan sebagai satu rasuah itu berlaku menyebabkan kita membuatkan siasatan. Kita tidak boleh kata andaian-andaian tentang 1MDB disebut, tentang perkara-perkara di Amerika, di Switzerland. Dia mungkin melihat tentang soal aliran kewangan. Kita hanya melihat tentang rasuah. Saya menjawab ini bagi pihak badan yang dipertanggungjawabkan untuk menyiasat soal-soal rasuah. Dokumen yang kita peroleh menyebabkan keputusan itu dibuat oleh Peguam Negara.

final • 9:50 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, saya bukan tidak hendak dengar atau tidak hendak layan tapi perkara ini telah berulang-ulang kali diperkatakan.

final • 10:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Satu perkara yang last, yang akhir. Saya soal berkenaan mutual assistance dulu. Apa yang saya sebut kita tahu bahawa permohonan untuk mutual assistance dahulu itu telah pun ditolak. Itu kita tahu tapi selepas daripada itu oleh sebab sekarang kita ada maklumat baru di mana kita lihat apa yang didedahkan oleh DOJ.

So, MACC, SPRM sekarang tahu bahawa terdapat maklumat baru. Kenapa tidak dibuat satu permohonan semula. Why doesn’t MACC make a fresh application to confirm or to revert what is stated by DOJ. Why are we keeping silent? Itu persoalan saya kerana apabila kita sebut saya setuju Timbalan Menteri sebut berkenaan dengan rasuah tapi untuk kita dapat tahu sama ada ataupun tidak ia rasuah kita kena tahu sumber. Itu tempat permulaan for us to understand where it came from then to measure, dengan izin, whether the explanation can be believed. So, kenapa why is SPRM keeping quiet now? Seluruh dunia lihat kepada kes ini tetapi SPRM di Malaysia yang kononnya mengatakan mereka fight corruption dan sebagainya and not just corruption sir, also abuse of power. Kenapakah tidak ada tindakan? Itu soalan saya, now with the new revelation. What is SPRM doing? Terima kasih.

final • 10:00 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Yang ini pun telah diperkatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Ada sebuah task force dibentuk, jadi task force ini- janganlah ketawa Yang Berhormat.

final • 10:00 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:00 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Yang Berhormat jangan tanya saya lepas ini, saya tidak suka orang yang- tidak perlu, saya tidak bagi, sebab Yang Berhormat berdiri tadi…

final • 10:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya ada soalan

final • 10:00 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Tidak apa, saya tidak hendak bagi.

final • 10:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ini telah dijawab oleh Menteri sendiri.

final • 10:00 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Tidak apa, saya tidak hendak bagi.

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Biar tertib Yang Berhormat. Duduk dulu.

final • 10:00 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Saya tidak hendak bagi. Saya di sini berusaha untuk kita mencari jalan- “Huh” itu satu perkara kalau daripada segi adab, cukup tidak beradap.

final • 10:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya tidak on mike, saya boleh ketawa dan saya ada hak saya sendiri...

final • 10:00 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Razali bin Ibrahim

Duduk, duduk.

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Duduk Yang Berhormat.

final • 10:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Akan tetapi ini soalan daripada Menteri.

final • 10:00 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Jadi hak saya macam mana? Saya hendak jawab Yang Berhormat Puchong.

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Duduk, duduk dulu Yang Berhormat. Biar tertib ya, duduk dulu. Lepas itu bangun minta izin Menteri.

final • 10:00 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Sudah dua minggu Yang Berhormat boleh cakap kita dengar, tidak adapun kita “Huh” kan Yang Berhormat punya pandangan. Saya hendak beritahu untuk mengatakan kita tidak ada langsung membuat permohonan, pada saya kita serahkan kepada satu task force yang diumumkan pun jadi pada saya dan saya sudah jawab tadi kita masih menyiasat tentang SRC. Apabila tiba waktu kita terpaksa berhubungan dengan maklumat dari luar sudah tentu perkara itu kita terpaksa lakukan, ialah maknanya untuk kita daripada segi rasuah but kita akan menyerahkan kepada task force yang sedang melihat perkara ini bukan hanya mengenai soal rasuah. Perkara ini jauh lebih besar dan SPRM sudah tentu berada dalam kelompok perbincangan tersebut.

Cuma saya tidak boleh hendak beri jaminan tentang siasatan-siasatan secara detail kerana ia melibatkan pihak yang pelbagai dan dalam bentuk yang lebih luas di luar sempadan negara kita.

final • 10:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih, Timbalan Menteri saya hargai jawapan diberikan tapi hanya untuk mengatakan bahawa menurut akta itu kalau tidak silap saya. Correct me if I am wrong. Menurut akta itu permohonan untuk mutual assistance itu harus datang daripada SPRM dan oleh itu the first time also kalau tidak silap and again correct me if I am wrong permohonan datangnya daripada SPRM tapi ditolak. Itu maklumat yang saya ada, so now with this revelation has SPRM made a new and fresh application for mutual assistance and reopen the investigation. Itu soalan yang khusus saya. That’s the last question, terima kasih.

final • 10:00 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Saya bukan tidak hendak jawab, saya tidak adapun dari segi- this is about black and white, sama ada dibuat atau tidak kita kena tunggulah belakang bagi pada saya.

Akan tetapi, tidak dibangkitkan secara khusus sebab kita di Dewan ini pun ada ruling kata tidak boleh dan sebagainya. Jadi saya tidak ada maklumat tentang such request sudah dibuat atau belum. Akan tetapi kalau ikut kepada penerangan yang diberikan dalam menyediakan jawapan SRC masih dalam siasatan kepada pengurusan dan saya percaya kalau maklumat itu ada di luar negara kita the mutual asistance akan di mohon juga cuma tempoh masa saya tidak tahu ataupun dalam keadaan saya menjawab ini sudah pun dimohon sebab ia berkaitan dengan siasatan.

Jadi saya tidak privy kepada siasatan lengkap SPRM. Saya tidak bagi jawapan bertulis saya akan jumpa Yang Berhormat untuk beritahu apa kedudukan. Hanya Yang Berhormat seorang. Jadi kalau keluar, antara Yang Berhormat dengan saya.

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 10:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sikit sahaja Yang Berhormat. Okey saya, terima kasih kepada Menteri, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya ada sedikit “Huh” saya tarik balik, nothing personal sebab saya terima jawapan daripada Menteri. Menteri kata…

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Kita boleh buat dalam keadaan yang tertib macam ini.

final • 10:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey, sebab dia bercanggah dengan jawapan daripada Menteri itu sebab saya ada… [Disampuk] Kongkalikung diamlah.

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Teruskan-teruskan, jangan terganggu di sana.

final • 10:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Dan saya tanya kepada Menteri bahawa menyatakan sama ada Riza Aziz dan Low Taek Jho, Jho Low telah dipanggil siasat oleh SPRM kah belum? Berkenaan kes 1MDB dan mana pertemuan tersebut berlaku tetapi Menteri jawab bahawa, “Untuk maklumat Yang Berhormat pihak SPRM tidak menjalankan siasatan terhadap kes 1MDB tetapi dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)”. Jadi, tadi Menteri kata ada satu task force baru untuk menyiasat 1MDB tetapi jawapan di sini kata SPRM tidak menjalankan siasatan tersebut. Itu sebab saya confused-lah.

Bolehkah Menteri jawab?

final • 10:00 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Menteri mana jawab, Menteri mana jawab ?

final • 10:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Menteri Yang Berhormat Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

final • 10:00 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Saya tidak mahu di Dewan ini kita bercanggah antara saya dengan Menteri, sebab itu kita kena tengok daripada segi cluster siasatan. Kalau boleh saya perbetulkan, jangan anggap saya bercanggah dengan Menteri.

Kalau dia merujuk kepada kes penggubahan wang haram dan sebagainya mungkin jawapan itu betul tapi kalau SPRM, Riza memang tidak termasuk dalam siasatan rasuah. Jadi tidak perlu SPRM hendak panggil pun sebab dia punya kaitan dakwaan kalau DOJ yang sini sebut ramai pun menyatakan tentang dua nama tersebut, itu kes lain. Akan tetapi daripada segi SPRM kita sudah jumpa Jho Low untuk buat siasatan tentang rasuah yang cerita fasal 1MDB dan sebagainya. Itu yang dimaklumkan, jadi perkara itu sudah selesai. Akan tetapi kalau hendak kaitkan Riza dengan SPRM, dia tidak pun termasuk dalam siasatan kita kerana kalau kita tengok apa yang berlaku di sana dan dia bukan bagi duit dekat sesiapa atau dalam cerita yang dikatakan tentang perlakuan rasuah.

Jadi memang ada agensi-agensi yang berlainan yang terlibat termasuk yang diberitahu oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Menteri Kewangan Kedua ketika menggulung nanti pun terpaksa pun menyentuh tentang aliran tersebut dan tidak semestinya perkara itu bersalahan dengan rasuah. Tidak semestinya perkara itu menjadi satu kesalahan pun tetapi saya hanya menjawab bagi pihak siasatan SPRM yang kita sudah pun mengatakan bahawa sumbangan dana kalau itu dirujuk bukan daripada 1MDB. Sebab itu ini yang diumumkan oleh peguam negara bahawa 1MDB tidak terlibat dalam dana tersebut.

Ini antara perkara kita kena faham jadi jangan, sebab saya tidak ada maklumat tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru, kenyataan, bacaan dan untuk apa ia dibuat oleh Menteri. Akan tetapi saya tidak berniat untuk membuat jawapan balas, cuma saya bagi tahu daripada segi skop kerja SPRM kita tidak menyiasat Riza dan tidak perlu panggil untuk menyiasat pun.

final • 10:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih, kepada Timbalan Menteri kerana confirm nombor satu, telah panggil Jho Low untuk siasatan. SPRM telah panggil untuk siasatan kepada Jho Low dan saya hendak minta Menteri boleh bagi tahu kah bilakah itu berlaku. Soalan saya yang kedua adalah kenapa Riza Aziz tidak dipanggil kerana ini kes DOJ adalah disifatkan oleh Amerika Syarikat the kleptocracy, dia rasuah raksasa dia bukan lagi rasuah sahaja, kes rasuah tetapi rasuah raksasa. You know, pencuri wang rakyat dan Attorney General Department of Justice mengatakan duit rakyat Malaysia dicuri.

So, kalau kes macam ini sebesar macam ini…

final • 10:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Bagaimana SPRM boleh justify bahawa dia tidak membuat siasatan terhadap Riza Aziz kerana jelas bahawa duit 1MDB digunakan untuk beli Hollywood movie-lah, beli bungalow dekat Los Angeles, Hollywood, beli pesawat, beli apartment, condominium dekat New York. Ini jelas. Jadi, how do you justify? Ini soalan nombor dua saya, minta penjelasan daripada Menteri.

final • 10:00 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Yang Berhormat, Yang Berhormat mewujudkan satu suasana kepercayaan. Saya tak boleh setuju. Kalau saya dengar satu taklimat, 1MDB kata duit dia tak hilang pun. 1MDB tidak hilang duit. Yang mengatakan 1MDB atau rakyat Malaysia duit dicuri ini ialah DOJ. Biarlah DOJ buktikan perkara tersebut...

final • 10:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Razali bin Ibrahim

Jadi macam mana Yang Berhormat boleh kata dia salah?...

[Disampuk] Tak, ini perkara yang ada di hadapan kita. Saya tak nak pertikaikan.

DOJ, saya tak tahu Tuan Yang di-Pertua, perkara ini boleh kita bahaskan atau tidak. Ini pemahaman saya. DOJ memulakan cubaan dia kata rakyat Malaysia punya duit kena ambil, tapi 1MDB kata, “Duit saya tak hilang”. Saya pun tengah tunggu juga apa yang betul.

final • 10:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 10:10 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Tak apa Yang Berhormat. Saya cuma hendak jawab Yang Berhormat Bayan Baru sekejap tetapi Yang Berhormat tadi mewujudkan suasana seolah-olah benda itu sebenarnya betul. Itu belum lagi cerita fasal rasuah. Orang ada banyak duit beli barang, apakah salah dia? Akan tetapi yang saya jawab ini hanyalah skop rasuah.

final • 10:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Itu sebab kita minta SPRM menyiasat tetapi SPRM kata tidak ada kes.

final • 10:10 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Sekejap, sekejap. Saya tak habis jawab. Dengar, dengar.

final • 10:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tak nak siasat.

final • 10:10 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Tak, tak, saya tak sampai situ lagi.

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, seorang, seorang Yang Berhormat.

final • 10:10 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Saya tak sampai situ lagi.

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Puchong- sebentar Yang Berhormat ya. Yang Berhormat Puchong mengemukakan soalan dalam nada yang garang dan kuat tetapi dia ikut peraturan dan tertib, Yang Berhormat. So, you can do that. Thanks.

final • 10:10 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Saya boleh faham Yang Berhormat Puchong memang dia punya- dia bukan marah, memang suara dia macam itu. Dia sama macam mendiang ayah dia yang I think we don’t really miss mendiang sebab sama. Sebab itu...

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, saya cuma ingin menyatakan ruling by the Speaker that sub judice on matters yang…

final • 10:10 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Related.

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, please.

final • 10:10 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Sebab itu saya hanya cakap SPRM, bila dia bertanya.

Akan tetapi kita tak bolehlah pula Yang Berhormat menyiasat atau memberikan arahan kepada SPRM. Yang Berhormat mencadangkan untuk dipanggil...

[Disampuk] Tak, ada dia punya metodologi. Sebab itu daripada awal lagi saya bagi tahu kalau boleh kita jangan ganggu macam mana mereka melakukan siasatan.

Akan tetapi Yang Berhormat suruh dia buat. Dia tak buat, Yang Berhormat marah dia kerana tidak ikut cakap Yang Berhormat seolah-olah Yang Berhormat betul, dia salah.

Tak boleh macam itu. Yang Berhormat boleh bagi cadangan dan saya sudah pun memberikan jawapan setakat yang saya boleh. Saya tak boleh bagi lebih sebab saya pun tak tahu bila siasatan itu dibuat. Jangan kata Yang Berhormat duduk dibelah pembangkang, saya yang belah kerajaan pun tak pernah hendak beri arahan kepada SPRM kerana itu kuasa yang kita bagi di bawah akta tahun 2009 tersebut. Jadi kita serahkanlah kepada SRPM. Saya rasa benda ini akan berlarutan panjang. Saya...

final • 10:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Boleh bagi saya satu soalan yang pendek tak?

final • 10:10 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Boleh tak kita ambil yang terakhir? Kalau tidak, panjang cerita ini.

final • 10:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kalau boleh, kalau boleh. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya rasa apa yang ingin diajukan adalah ini. Kalau kita ada, seperti mana Yang Berhormat sendiri sebut tadi, kita ada satu kes yang sekarang ini menerima laporan dan liputan yang cukup luas merata dunia di mana DOJ menyatakan bahawa ia hasil rasuah dan sebagainya termasuk juga Riza dan Jho Low. Jadi persoalan dia, bila ada wujudkan keadaan sedemikian, apakah tindakan badan yang kita ada di negara ini iaitu SPRM? Takkan SPRM kata, “Okay, let them carry on. Prove. We will do nothing”? Itu soalan yang kita ajukan.

Saya faham ada limitation kerana the act itself, Tuan Yang di-Pertua, has limitation. Tetapi selaku Menteri, saya harap bahawa mungkin Menteri boleh beri satu pencerahan kepada semua Ahli Parlimen adakah SPRM hanya berdiam diri dan tak berbuat apa-apa ataupun adakah satu siasatan yang dijalankan dan apakah status siasatan itu? Ini pengetahuan umum negara kita dan ini sebagai soalan dalam Dewan Rakyat. Terima kasih.

final • 10:10 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Boleh tambah satu lagi soalan?

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri, boleh?

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Seorang, seorang Yang Berhormat. Let him answer first.

final • 10:10 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Saya hendak bagi tahu satu sahaja. Jaminan kita telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Sewaktu kes ini keluar, beliau membuat kenyataan bahawa kita akan bagi kerjasama sepenuhnya jika dia meminta untuk kerjasama. Sampai ke hari ini pun kita tak pernah diminta untuk mengemukakan apa-apa bentuk dokumen dalam membantu siasatan yang sedang mereka buat. Ini hendak bagi tahu. Maknanya, kenyataan itu dibuat dan dikuti- SPRM pun ada buat dan 1MDB pun ada buat- bahawa kita bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya jika diminta berbuat demikian. Jadi untuk mengatakan keseriusan, kita memang komited. Saya pakai kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sendiri.

Kedua, daripada segi sama ada SPRM buat atau tidak, saya rasa Yang Berhormat Puchong mengulangi lagi. Nanti kita duduk minum dan saya akan cerita dengan Yang Berhormat sahaja kalau saya dapat maklumat seperti Yang Berhormat inginkan.

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri...

final • 10:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tadi you belum jawab saya, bila Jho Low telah dipanggil, bilakah itu? Bulan Januari kah atau baru-baru ini dipanggil?

final • 10:10 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Sebenarnya- ini sudah lebih sikitlah. Sebenarnya kalau dari dulu Yang Berhormat perasan, semua soalan tentang yang sedang disiasat tak jawab sebab itu berada dalam akta. Akan tetapi kita duduk dengan pegawai SPRM, kita duduk dengan Pesuruhjaya SPRM, untuk memuaskan hati rakyat, kita tak boleh hanya jawab “Oh, dalam siasatan”. Kita cuba cari perkara yang boleh dikongsi tetapi tak bolehlah hendak minta detail apa, bila, dekat mana. Itu sudah lebihlah, Yang Berhormat. Saya pun tak pernah tanya masa saya jumpa dia orang. Saya pun tak pernah tanya. Sudah bagi tahu sudah jumpa, okey, cukup. Tetapi kalau hendak, saya rasa itu sudah kita berlanggaran dengan akta yang ada.

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi, Yang Berhormat?

final • 10:10 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Minta penjelasan. Tanjong.

final • 10:10 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Last lah ya.

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, saya duduk dalam PAC. Ini bukan OSA. Kalau tuduhan itu berasaskan daripada media, Yang Berhormat Puchong, daripada media kononnya...

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, ajukan kepada Menteri, Yang Berhormat. Jangan ajukan kepada Yang Berhormat Puchong ya.

final • 10:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tak apa. Saya boleh jawab nanti.

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Nanti Yang Berhormat Puchong bangun, Yang Berhormat.

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Kalau sekiranya ada evidence. Kalau tidak ada evidence, salah atau tidak, Yang Berhormat Menteri? Ya, kalau ada evidence, they have been holding evidence, sekiranya Yang Berhormat Puchong ada evidence, salah atau tidak? Kalau ada evidence, lapor. Okey, baik.

final • 10:10 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Saya mahu tanya.

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Tanjong.

final • 10:10 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Mengenai task force baru seperti yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Menteri, satu task force yang baru bagi menyiasat kes SRC itu, boleh kita dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, siapa anggotanya, skop siasatan mereka dan apakah kemajuan setakat ini supaya kita tak mengulangi kesilapan task force yang sebelum itu. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Pertama...

final • 10:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Last, boleh? Terima kasih. Satu sahaja. Ini very fair question to Minister. Perkara ini pun banyak dibangkitkan oleh media massa atau masyarakat selepas kes ini berlaku. Apabila DOJ mengambil prosiding di mahkamah di Amerika, dan perkara ini memang jelas, mahu atau tidak mahu kita terpaksa akui kerajaan kita Malaysia mempunyai interest, mempunyai kepentingan. Jadi dalam satu- satu prosiding mahkamah, bila satu tindakan yang dibawa ke atas satu pihak yang kita ada kepentingan, biasanya kita perlu masuk dalam kes itu sebagai intervener, sebagai pencelah dalam prosiding DOJ. Soalannya, adakah kerajaan kita berhasrat untuk menjadi intervener dalam prosiding DOJ ini? Terima kasih.

final • 10:10 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Yang Berhormat Menteri, sikit.

final • 10:10 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Oh, lagi? Banyak ini. Ini kawan-kawan saya ini. Yang Berhormat Lipis dan Yang Berhormat Bintulu, selepas itu kita...

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, kita tutup ya.

final • 10:10 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Yang Berhormat Menteri, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat perkembangan ini sedangkan beberapa kali Tuan Yang di-Pertua telah beritahu tentang soal kes yang sedang dijalankan ini dalam penyiasatan. Jadi, tidak perlu dibangkitkan. Akan tetapi saya hendak bertanyakan kepada Menteri, apakah setakat ini perkembangan pula yang saya tengok agak lambat dalam kes soal perbicaraan Ketua Menteri Pulau Pinang?

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bintulu.

final • 10:10 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, ini kita putar belit, putar belit, memang kali-kali kongkalikung.

final • 10:10 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Saya- kenapa kita mahu ikut semua Amerika kata. Kalau Amerika ada bukti semua, minta DOJ buktikan. Saya sebagai manusia, as my personal point of view, DOJ…

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Memang manusia, memang manusia Yang Berhormat...

final • 10:20 PM

[Dewan ketawa]

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ya, tidak apa, inilah kadang-kadang kong sikit. Itu DOJ, saya nampak dalam surat khabar dan media ini semua, dia belum lagi apa- apa bukti, pun belum bawa pergi mahkamah. Apakah fasal huru-hara mahu publisiti? Kita di sini punya pun ikut kongkalikung juga. Itu Orang Putih suruh kita pergi terjun, kita pun ikut pergi terjun...

[Disampuk] Kalau kita bangkitkan sama punya isu sama pembangkang, belum kita sentuh sikit, sudah pruk prak, pruk prak semua orang tidak boleh dengar apa dia cakap. Itulah macam Yang Berhormat Lipis kata, macam mana Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Bila dulu kita sentuh sikit, sudah pruk prak, pruk prak, hentam hampir jam. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, tidak payah buang masa, putar balik putar balik ini memang cerita kongkalikung lah.

final • 10:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua point of order.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hah?

final • 10:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Point of order.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Point of order Yang Berhormat.

final • 10:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Perkara 36(12). Nombor satu kes DOJ mengelirukan Dewan. Kes DOJ telah pun difailkan di mahkamah. Itu dia kata tidak. Nombor dua, saya tidak faham ini pruk prak pruk prak itu maksud dia apa...

final • 10:20 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Mungkin kita boleh minta satu penjelasan daripada Menteri. Terima kasih [Ketawa]

final • 10:20 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Fail dalam mahkamah doesn’t mean that is the evidence. Mahkamah belum buat keputusan lagi. Sama juga macam Yang Berhormat Puchong pergi mahkamah, fail semua, belum tentu lagi menang atau kalah. Kalau kalah, memang kepala kongkalikung.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sudah, cukuplah itu.

final • 10:20 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Okeylah.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tadi ada point of order, sebentar Yang Berhormat. Tadi ada point of order Yang Berhormat Puchong,…

final • 10:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kalau dalam mahkamah apa maksudnya sub judice.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

…Saya katakan bahawa tidak ada pelanggaran ya. Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tuan Yang di-Pertua, boleh betulkan Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Bintulu.

final • 10:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Bukan Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Bintulu. Kalau tidak ada fail dalam mahkamah, bagaimanakah datangnya sub judice? Jangan mislead the Dewan.

final • 10:20 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ya lah. Doesn’t mean there is kesalahan.

final • 10:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

No one is talking about kesalahan.

final • 10:20 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

You kata dalam kes selalu…

final • 10:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tidak ada siapa-siapa yang sebut kesalahan.

final • 10:20 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Itu kepala batu punya, selalu kita sentuh, you cakap not fair.

final • 10:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bintulu, dia kata tidak ada kait kes dalam mahkamah.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 10:20 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Belum mahkamah buat keputusan. Oh, sekarang cerita lain. Kamu ini kepala batu punya kongkalikung, kampung standard punya.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Boleh tarik balik panggil seorang Ahli Parlimen yang lain kepala batu...

final • 10:20 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Razali bin Ibrahim

Tidak, apa yang dia maksudkan pruk prak pruk prak ini saya rasa macam ini. Ada setengah orang mahkamah sudah putus salah pun kita kata tidak salah...

[Disampuk] Itu mungkin maksudnyalah, itu maksud dia. Saya yang boleh faham perkataan pruk prak pruk prak itu ya tetapi tidak apa.

Pertama Yang Berhormat Putatan, saya setuju evidence ini mustahak dan saya hendak beritahu kepada Ahli Yang Berhormat, sahajalah kita hendak kongsi, ada pernah dakwaan dibuat bahawa Kerajaan Negeri Selangor melakukan- bukan kerajaan ya, dikatakan yang buat pun geng Yang Berhormat juga, beritahu tentang perkhidmatan seks.

Itu disiasat, itu disiasat. Bila kita siasat, bukti itu kita dapati tidak wujud. Maknanya, siasatan kita buat bila ada dakwaan-dakwaan seperti itu dan bukti itu sangat mustahak. Bila kita dapati tidak adapun, ini patut Yang Berhormat sukalah, sebab perkara itu sudah ditutup.

final • 10:20 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Dia lawyer.

final • 10:20 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Dalam siasatan kita dapati bahawa dakwaan itu tidak berasas. Yang buat pun Yang Berhormat di kalangan Yang Berhormat juga menuduh kerajaan...

final • 10:20 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Yang Berhormat Timbalan Menteri, macam mana tidak wujud, ada video?

final • 10:20 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Tidak, ini yang itulah, dia bukan yang lain, yang lain, lain. Yang Berhormat Lipis pun nakal juga. Ini sudah pukul 10.30 malam. Jadi maknanya, evidence itu penting.

Yang Berhormat Tanjong, bila saya sebut SRC menyiasat, itu tidak ada kena mengena dengan task force. Saya tidak boleh jawab untuk pihak task force.

final • 10:20 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau dia ada evidence pun, kalau dia tidak kasi lapor itu salah juga.

final • 10:20 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Itu pun salah jugalah, betullah itu. Jadi mahkamah kita malam ini.

Keduanya, bila saya kata SPRM menyiasat SRC, kita menyiasat atas tugas bidang kuasa kita. Task force, saya tidak berada dalam kedudukan untuk menjawab bagi pihak task force dan SRC ini tidak ada kena mengena dengan task force kerana siasatan itu dibuat oleh pihak SPRM.

Ketiga, dari segi…

final • 10:20 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Minta pandangan. Apakah peranan dan fungsi task force yang disebutkan tadi?

final • 10:20 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Saya sudah jawab tadi, saya tidak berada dalam kedudukan sebab task force ini beyond SPRM.

final • 10:20 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Beyond SPRM?

final • 10:20 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Jadi, saya tidak boleh cakap bagi pihak task force yang dianggotai oleh pelbagai- jadi, tanya orang lainlah.

final • 10:20 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Siapakah yang ketuai task force itu?

final • 10:20 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Saya tidak boleh jawab bagi pihak task force. Aduh.

final • 10:20 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Atau bolehkah saya tanya Menteri mana?

final • 10:20 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Nanti tanyalah.

final • 10:20 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Siapakah Menteri yang akan menjawab?

final • 10:20 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

No, perkara ini kalau masa bahas dulu tanyakan senang sikit ada Menteri yang akan terus jawab. Jadi, boleh tanya…

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 10:20 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Ya lah saya hendak tahu, siapakah Menteri yang boleh saya tanya?

final • 10:20 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Nanti carilah, you know. Nanti carilah benda itu.

final • 10:20 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Mengapa begitu sulit, tidak boleh…

final • 10:20 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Janganlah panjang-panjang, tunggu Jawatankuasa nantikan ada Yang Berhormat. Aduh.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat.

final • 10:20 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Saya rasa ini penting, ini task force penting.

final • 10:20 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

No, no nanti masa Jawatankuasa, Yang Berhormat buat kajian sikit, tanya masa Jawatankuasa ya. Okey, ketiganya intervene.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 10:20 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Satu soalan yang baik, cumanya macam saya bagi tahu tadi, saya juga tidak boleh jawablah sebab ini kes lain, bukan SPRM. Akan tetapi pada saya kalau hendak intervene, kita mesti ada kepentingan. Perkara itu dibuat bagi pihak kita pun kita tidak tahu. Ini hakikat ya, Yang Berhormat Kota Bharu, saya rasa saya faham ya.

Katakanlah benda ini dirujuk kepada negara kita untuk difailkan bagi pihak kita, mungkin. Akan tetapi kita pun tidak tahu, jadi sama ada kerajaan untuk intervene atau tidak, saya masih berpegang kepada kita akan bagi kerjasama dan mungkin benda itu lebih complicated daripada yang kita bayangkan selain daripada gag order ataupun petua yang dibuat Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Lipis, yang ini bagus Barisan Nasional. Ada banyak kes yang disiasat tidak memilih parti politik tapi Barisan Nasional tidak pernah tanya tentang kedudukan. Akan tetapi Yang Berhormat Lipis, maafkan saya…

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak boleh jawab Yang Berhormat.

final • 10:20 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

…Kes itu sudah pergi ke mahkamah. Bukan SPRM hendak jawab, kita sudah lengkapkan siasatan dan dakwaan telah pun dibuat. Jadi, itu kita tunggulah. Yang Berhormat Bintulu, saya sudah jawab awal sekali. Jadi Tuan Yang di- Pertua, saya tunggu juga Tuan Yang di-Pertua tanya, Yang Berhormat ini sudah masuk dekat sejam.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 10:20 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Saya cadang tadi hendak buat sekejap sahaja, tapi banyak pula minat yang bertanya. Akhir sekali, yang ini pun penting. Akhir sekali ya, saya harap semua setuju dengan yang ini. Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru dan Yang Berhormat Kuala Selangor, tentang isu pembiayaan politik. Sukacita dimaklumkan bahawa keperluan untuk mewujudkan satu undang-undang berkaitan dana politik merupakan satu usaha yang sangat positif. Ia adalah sebahagian daripada Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang memberi penekanan terutama dalam memperbaiki gerak kerja kerajaan dan proses tadbir urus serta memerangi rasuah. Inisiatif ini perlu dilihat sebagai satu daripada langkah yang dicadangkan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Adalah penting untuk diambil maklum bahawa pada tahun 2009, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri secara peribadi telah mencadangkan satu pembaharuan sistem pembiayaan politik di Malaysia ketika mengumumkan GTP tersebut. Bahkan, salah satu cadangan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya pada tahun 2012 turut menyentuh isu pembiayaan politik ini. Walau bagaimanapun, usaha tersebut tidak dapat sambutan daripada parti-parti politik dalam negara kita pada ketika itu.

Kesungguhan kerajaan untuk melakukan transformasi politik ini sekali lagi terbukti apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan mengenai penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) pada 14 Disember 2015 di mana keanggotaannya dicadangkan meliputi wakil-wakil dari parti-parti politik termasuk pembangkang. Sebaliknya parti pembangkang pada ketika itu telah menyatakan pendirian untuk tidak menganggotainya.

Tuan Yang di-Pertua, JKNMPP merupakan sebuah platform bagi ahli membincangkan langkah-langkah peningkatan ketelusan akauntabiliti dan pematuhan integriti oleh parti-parti dan ahli politik dalam proses memperoleh dana bagi tujuan aktiviti masing-masing. Terma rujukan adalah seperti berikut:

(i) mengenal pasti, membincang dan menangani isu pembiayaan parti-parti politik dan ahli politik;

(ii) memeriksa dan menilai amalan terbaik, mekanisme undang- undang dan peraturan yang digunakan di negara-negara lain;

(iii) untuk memeriksa dan menilai institusi sokongan yang sesuai atau rangka kerja untuk menyelia dan memantau pembiayaan politik;

final • 10:20 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

(iv) menggubal keperluan perundangan dan kawal selia yang sesuai bagi memudahkan pengawasan dan ketelusan dan akauntabiliti dalam pembiayaan parti politik;

(v) memberi khidmat nasihat kepada kumpulan berkepentingan dan pihak berkepentingan yang lain mengenai mekanisme pembiayaan politik yang berintegriti; dan

(vi) membuat syor kepada Jemaah Menteri mengenai undang-undang yang diperlukan, peraturan-peraturan serta institusi sokongan untuk mentadbir dan memantau pematuhan terhadap mekanisme pembiayaan politik yang berintegriti.

Justeru, dalam melaksanakan amanah yang diberi, JKNMPP telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Paul Low, telah menjalankan sebanyak 29 siri konsultasi dan mesyuarat dengan pelbagai pihak, termasuk dalam dan luar negara sebaik pengumuman dibuat. JKNMPP turut mengadakan Persidangan Antarabangsa Integriti Politik dengan tema Memperkukuhkan Ketelusan dan Pembiayaan Politik di Malaysia pada 24 dan 25 Mei tahun ini.

final • 10:20 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Persidangan ini telah bertindak sebagai proses untuk mendapatkan penanda aras yang terbaik bagi negara kita di mana pakar-pakar dari Mexico, Korea Selatan, Indonesia dan Taiwan telah dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka dalam aspek pengurusan pembiayaan politik agar pengajaran penting dapat kita pelajari.

Selaku kerajaan yang mendukung prinsip-prinsip demokrasi, pandangan serta maklum balas daripada semua pihak pemegang taruh terhadap cadangan yang diterima akan dilakukan. Berkaitan itu, penubuhan task force untuk mengambil tindakan susulan berhubung dengan penggubalan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik akan dibuat sebelum rang undang-undang tersebut dibentangkan ke dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan seterusnya kita dibahaskan di Parlimen ini. Adalah diharapkan agar usaha murni kerajaan ini dapat mendukung prinsip integriti dan demokrasi, dan mendapat sokongan semua Ahli Dewan tanpa mengira parti dan fahaman...

final • 10:30 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Biarlah usaha murni ini bermula daripada kita di Dewan ini sebagai penggubal dasar.

final • 10:30 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Berkenaan JKNPP.

final • 10:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Ya.

final • 10:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, habiskan dulu Yang Berhormat. Saya melihat Yang Berhormat dan saya tunggu noktah. Oleh sebab itu...

final • 10:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Ya, sikit lagi. Biarlah usaha murni bermula daripada kita Ahli-ahli Dewan sebagai penggubal dasar dalam usaha untuk meningkatkan integriti dalam negara kita. Sila.

final • 10:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 10:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Ya, satu lah.

final • 10:30 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Saya ingin bertanyakan. Saya rasa setiap pilihan raya kenalah adil dan saksama terhadap semua parti yang bertanding. Mengapakah terdapat syor di peringkat JKNPP ini? Di mana calon-calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya mereka tidak dihadkan perbelanjaan. Selama ini memang wujudnya had perbelanjaan tetapi mengapa had tersebut kena akan dikeluarkan mengikut syor yang dicadangkan oleh JKNPP itu? Silakan.

final • 10:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Pertama, di peringkat cadangan. Keduanya, daripada segi had JKNPP tidak ada kuasa untuk melanggar Akta Pilihan Raya. Daripada segi had untuk satu-satu calon itu bawah SPR. Kita hendak cakap had itu mungkin kalau Yang Berhormat baca balik mengenai dana yang perlu diisytiharkan sama ada secara individu atau secara parti untuk diumumkan. Itu cadangan-cadangan, ada 32 cadangan. Saya tidak berniat untuk mengemukakan itu...

final • 10:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masuk 60 minit Yang Berhormat.

final • 10:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Sudah masuk sejam betul itu. Akan tetapi pada saya tentang pilihan raya penggunaan kewangan calon adalah di bawah Akta Suruhanjaya Pilihanraya. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berhajat untuk beri sebab...

final • 10:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya ada tanya soalan kan?

final • 10:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Tidak, sebab ada ramai lagi, sebab...

final • 10:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sikit sahaja boleh? Sikit sahaja. Terima kasih.

final • 10:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Okeylah, kita bagi sebab dia yang bangkit fasal ini pun.

final • 10:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tanya tentang kita ada satu Jawatankuasa Parlimen Penambahbaikan Proses Pilihan Raya pada tahun 2012. Dalam committee tersebut telah ada syorkan bahawa sebenarnya ada, ada perbincangan tentang political funding ini dan saya baca laporan tersebut di mana ada kedua-dua pihak bersetuju bahawa kita boleh contohi *German Model.

German Model* kerajaan allocate sedikit daripada funding kepada semua parti politik untuk menjalankan aktiviti politik. Ini kerana kita tahu bahawa politik itu perlukan duit dan dana untuk menjalankan aktiviti di kawasan dan juga untuk ahli-ahli mereka. Akan tetapi kita tidak boleh keterlaluan sebab sekarang masalahnya adalah kalau tidak hadkan seperti apa yang disyorkan oleh Yang Berhormat Menteri, adalah tiada had untuk political donation. Jadi timbullah masalah RM2.6 billion kah yang pelbagai ini.

Jadi, kalau kita bagi kerajaan yang bagi- allocate political funding dan dibahagikan mengikut jumlah undi popular, maka dia boleh menggunakan duit tersebut untuk menjalankan aktiviti. Sekali gus cut off all the corruptions, lobi kah, cut off peniaga-peniaga yang minta kontrak lobi dan bagi rasuah kepada pimpinan-pimpinan politik. Itulah satu pencadangan yang baik daripada jawatankuasa tersebut tahun 2012. Kenapakah tidak memakai cadangan tersebut dan you go around the world and come back with something that is ridiculous? In my opinion lah ya Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 10:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Pertama kerajaan di Malaysia tidak pun pernah membiayai mana-mana parti politik dalam pilihan raya. Barisan Nasional pun tidak pernah dapat pada ketika pilihan raya. Jadi Jerman dia ada model dia sendiri. Kita dalam pilihan raya Barisan Nasional terpaksa menggunakan dana yang dia ada. Itu kena jelas.

Kedua, ada banyak cadangan. Saya ingin menghormati Parti Gerakan menghantar memorandum lengkap dengan cadangan untuk dipertimbangkan oleh pihak jawatankuasa.

Parti-parti Yang Berhormat boleh bagi tetapi saya yang dengar yang terbaru semua daripada segi pengisytiharan pun kita tidak boleh hendak setuju. Oleh sebab kita kata akan ada syarikat-syarikat yang akan dihukum dan sebagainya.

Pada saya, banyak persoalan di kalangan rakyat apabila kita buat kutipan, kita masuk dalam YouTube, kita masuk dalam website, “Marilah sama-sama menyumbang”, kita tidak ada prosedur yang jelas untuk declare berapa banyak kita kutip. Kita tidak ada prosedur yang jelas berapa banyak pula kita belanja. Mengutip duit rakyat ini satu perkara yang menuntut integriti paling tinggi. Kalau yang ini pun kita tidak boleh setuju untuk mengisytiharkan seperti yang saya pernah sebut...

final • 10:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 10:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

...Saya baca dalam laporan. Saya tidak hendak bagi soalan sudah, saya hendak gulung.

final • 10:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sedikit?

final • 10:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Memang sakit sikitlah terima ini tetapi saya hendak rujuk dalam laporan, parti-parti politik yang berdaftar di bawah ROS pun hanya 28.6 peratus sahaja yang menyerahkan laporan. Duduklah saya tidak bagi sudah. Selepas ini saya akan duduk untuk disambung. JPM ada satu lagi Timbalan Menteri hendak jawab fasal EPU.

final • 10:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, ya.

final • 10:30 PM

Dato’ Razali bin Ibrahim

Tidak adil kepada kita nanti duduk sampai tengah malam. Saya hendak beritahu, kalau kita sendiri sebagai parti politik, ada peraturan bawah ROS untuk mengemukakan kita pun tidak boleh buat 100 peratus. Macam mana kita hendak cakap fasal integriti? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Sebelum saya jemput Yang Berhormat Senator, saya ingin maklumkan bahawa saya telah menerima permohonan dan membenarkan giliran Kementerian Pelancongan dan kemudiannya dinaikkan ke nombor empat dan Kementerian Wilayah Persekutuan di nombor 8 dalam Senarai Giliran Menteri-Menteri Menjawab. Senarai baru adalah seperti yang tertera dalam kertas edaran berwarna biru muda.

Okey, giliran selanjutnya ialah Yang Berhormat Menteri Senator Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy.

final • 10:30 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Salam bahagia dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2017.

Perkara-perkara yang telah dibangkitkan adalah mengenai Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), PEMANDU, TERAJU dan juga industri petroleum. Akan tetapi sebelum saya mula, izinkan saya mendinginkan suasana Dewan kerana membara seketika tadi. “Indah khabar daripada rupa” Tuan Yang di-Pertua, “menanam tebu di bibir” sahaja, “membina mahligai di udara, terseksa fakta ditelan prasangka”, izinkan saya perdanakan fakta.

final • 10:37 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Kepong tidak ada hendak jawab Yang Berhormat.

final • 10:37 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Tidak payah tanya soalan tambahan kerana ini puisi.

final • 10:37 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Okey.

final • 10:37 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Terdapat 14 isu yang dibangkitkan dan isu utama 7 sahaja. Prestasi ekonomi, jurang pendapatan pembangunan ekonomi masyarakat, pembangunan wilayah infrastruktur, pengurusan projek dan industri petroleum dan gas.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin memberi penjelasan kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh walaupun beliau tiada.

Akan tetapi saya rasa oleh sebab isunya ialah satu isu yang dekat dengan hati ramai berkenaan dengan dasar kerajaan dalam merancang ekonomi negara dan kos sara hidup.

Maka, izinkan saya juga menerimalah kerana ia melibatkan kos yang tinggi untuk memiliki rumah, kerana ini merupakan denyutan rakyat. So, penjelasan di Dewan yang mulia ini boleh menjernihkan minda-minda tertentu yang saya telah puisikan tadi prasangka.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dakwaan bahawa kerajaan gagal dalam perancangan membangunkan ekonomi negara tidak benar. Pada masa ini kedudukan ekonomi negara adalah lebih stabil dan baik berbanding ketika negara mengalami krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dan 1998, dan juga krisis subprime 2007. Walaupun terdapat tanda-tanda penyederhanaan dalam pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun 2016 dan tahun 2017, negara masih berada di landasan yang betul dengan jangkaan kadar pertumbuhan di antara 4 hingga 4.5 peratus pada tahun 2016.

final • 10:37 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Pertumbuhan ini merupakan paras yang setanding dengan pertumbuhan yang menyederhana di kalangan rakan dagang utama. Contohnya negara China, Singapura, Jepun, Amerika Syarikat dan Korea. Namun tidak dapat dinafikan, selaras dengan perubahan gaya hidup, perubahan corak perbelanjaan dan faktor ekonomi luaran, rakyat pada masa ini berdepan dengan peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga rumah.

final • 10:40 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam tempoh tahun 2009-2014, pertumbuhan perbelanjaan purata isi rumah, dengan izin, main household spending adalah lebih pantas berbanding dengan pertumbuhan average income, dengan izin, iaitu pertumbuhan pendapatan purata. Selain itu Indeks Harga Rumah sejak tahun 2013 juga telah meningkat dengan mendadak dalam tempoh berkenaan berbanding peningkatan dalam pendapatan purata isi rumah.

Maka selaras dengan usaha atau selaras dengan perkara-perkara yang telah diambil perhatian oleh kerajaan, kerajaan telah cuba meningkatkan pendapatan rakyat.

Pendapatan isi rumah kasar bulanan menengah iaitu medium dan telah meningkat hampir sekali ganda daripada RM2,841 pada tahun 2009 kepada RM4,585 pada tahun 2014.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, maka pada tahun ini kita nampak peningkatan T20, Top 20, dengan izin, sebanyak 7.5 peratus daripada segi pendapatan isi rumah kasar tetapi bagi B40, Below 40, dengan izin, pendapatan isi rumah adalah 12 peratus. Maka jurang itu dapat kita kurangkan. Malah peningkatan isi rumah B40 adalah lebih tinggi dan jurang antara isi rumah luar bandar dan bandar semakin mengecil. Prestasi ini jelas menggambarkan bahawa kerajaan mengambil langkah yang bersesuaian dari semasa ke semasa.

Kerajaan sentiasa mengambil langkah meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat B40 seperti berikut:

(i) pemantauan dan penguatkuasaan peraturan berkaitan dengan kawalan harga termasuk rumah;

(ii) meningkatkan penyediaan rumah mampu milik;

(iii) memperkenalkan jaringan keselamatan sosial (social safety net) yang bersepadu dan komprehensif; dan

(iv) program pengurusan kewangan dan hutang.

Sementara itu, indeks harga rumah menunjukkan trend yang menyederhana sejak tahun 2013 setelah meningkat dengan mendadak pada tempoh 2010-2012. Sejak itu 9.5 peratus berbanding dengan peningkatan dalam pendapatan purata isi rumah 86 peratus dalam tempoh yang sama. Maka kalau kita rasa sekarang kita sudah pun, dengan izin, harmonize price mechanism kerana permintaan dan penawaran itu berbeza.

Seterusnya izinkan saya juga memberi ulasan terhadap saranan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Tambun yang mahukan kerajaan melihat secara holistik usaha merangka dasar dan memangku negara. Memang jelas. Izinkan saya menceritakan secara holistik, apa yang telah berlaku dalam tempoh tujuh tahun ini sejak kita memperkenalkan Program Transformasi Negara yang mana GTP dan ETP diperkenalkan yang sedia maklum oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan mulia ini. Ia telah dirangkumkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, terlebih dahulu Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Maka per capita income, dengan izin, mengikut Bank Dunia USD15,000. Sekarang telah diubah suai kerana mengikut currency yang berbeza yang terumbang ambing pada tahun 2015, tahap minimum USD12,736 dan kita telah pun dekat dengan tahap itu. Kita telah hampir USD9,000 lebih ke tahap 2020 yang bakal dijadikan sasaran kita.

Langkah-langkah yang sedang diambil adalah untuk menentukan peralihan transformasi sektor industri kepada pengeluaran berintensif modal dan juga knowledge economy, dengan izin, serta berteknologi tinggi. Ini kerana kita tidak mampu bersaing dengan negara-negara seperti China dan negara lain yang mampu mengeluarkan barangan-barangan produk yang murah yang tidak boleh dipersaingkan di persada dunia.

Maka kita fokus contohnya dalam produk kimia, elektronik, elektrik, mesin dan peralatan dan juga industri-industri yang meningkatkan kualiti dan kuantiti tenaga kerja kita. Maka semua langkah ini akan menghasilkan pekerjaan yang berpendapatan tinggi dan meningkatkan pendapatan per kapita.

Yang Berhormat Tambun dan Semporna telah membangkitkan mengenai masalah pengangguran di Malaysia dan meletakkan 1,200,000 orang menganggur. Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya memurnikan maklumat ini.

final • 10:40 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa prihatin dalam isu pengangguran yang banyak dibicarakan di surat khabar dan juga di Dewan ini. Berdasarkan Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) tahun 2015 yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, sebanyak 76.1 peratus responden dari 229,568 orang graduan telah bekerja selepas enam bulan menamatkan pengajian mereka.

Oleh yang demikian, kenyataan Yang Berhormat Tambun dan juga Yang Berhormat Semporna tidaklah benar. Seperti jawapan kementerian tersebut dalam Dewan yang mulia ini pada 20 Oktober yang lalu, dapatan kajian juga mendapati bahawa graduan masih belum bekerja dengan alasan seperti berikut:

(i) 40,283 orang iaitu 73.4 peratus responden sedang mencari pekerjaan;

(ii) 3,220 orang atau 5.9 peratus daripada responden sambung belajar;

(iii) 2,523 orang atau 4.6 peratus responden ada komitmen menjaga keluarga; dan

(iv) 1,536 orang atau 2.8 peratus responden mengatakan tawaran tidak sesuai dengan kelulusan mereka.

Jumlahnya lebih kurang 48,000 orang.

final • 10:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rantau Panjang bangun dan mencela kemurnian jawapan Yang Berhormat.

final • 10:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih.

Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin penjelasan. Apa yang digulungkan oleh Yang Berhormat tadi berkaitan dengan pendapatan isi rumah. Jadi adakah perbandingan yang dibuat terhadap pendapatan isi rumah dengan peningkatan hutang isi rumah? Jadi kita lihat hari ini, peningkatan isi rumah dalam negara kita sudah sampai ke tahap yang kritikal, yang cukup membimbangkan. Jadi sejauh mana keseimbangan ini untuk kita melihat realiti kemampuan rakyat negara kita?

Begitu juga saya ingin penjelasan berkaitan untuk peningkatan pendapatan rakyat.

Sejauh mana usaha yang dibuat untuk pergantungan kita terutama kepada industri ataupun sistem pembuatan yang berteraskan inovasi. Jadi perkara ini cukup penting untuk kita melahirkan hasil yang lumayan atau pun yang lebih baik untuk masa depan negara.

Berkaitan dengan pengangguran Yang Berhormat sebut tadi, dalam kajian yang dibuat pengangguran kebanyakan juga melibatkan pekerja-pekerja graduan yang masih tinggi.

Begitu juga kebanyakan mereka bekerja dengan gaji yang rendah walaupun mereka ada kerja tetapi pekerjaan yang mereka dapat di bawah kelulusan sebenarnya.

Sepatutnya mereka mendapat pendapatan yang lebih tetapi mungkin kerana halangan, kekangan yang susah mendapat kerja jadi perkara ini perlu dibuat dan begitu juga kebajikan kepada pekerja-pekerja yang dibuang kerja. Jadi sejauh mana perkara ini diberi perhatian?

final • 10:40 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sambung sekali?

final • 10:40 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Boleh.

final • 10:40 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apa mekanisme yang digunakan oleh kerajaan untuk menilai dan mengukur kadar pengangguran sebab kita ada angka- angka yang berbeza. Tadi menurut penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri, 48,000 orang tetapi kita juga ada graduan yang tidak dapat kerja seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang, kerja yang mereka hendak dan ada juga yang diberhentikan kerja dan sebagainya. So, apakah mekanisme yang sedang diguna oleh Kerajaan Persekutuan untuk menilai kadar pengangguran setiap tahun? Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:40 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 10:40 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Izinkan saya menjawab sana kerana kalau terlalu banyak- saya rasa empat perkara yang telah dibangkitkan.

final • 10:40 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Pertama Yang Berhormat Rantau Panjang, tekanan hutang. Saya mengakui bahawa ini satu bebanan rakyat. Maka kerajaan tengah atau banyak membuat perkara- perkara untuk meningkatkan pendapatan dahulu di peringkat akar umbi, B40 ini. Banyak program 1AZAM, latihan kemahiran keusahawanan, pinjaman micro credit untuk menghijrahkan mereka ke keusahawanan kerana kadang-kadang harga komoditi getah dan kelapa sawit jatuh. Maka kita beri peluang untuk mereka melibatkan diri untuk perniagaan- perniagaan kecil-kecilan.

Maka dengan menyediakan Amanah Ikhtiar Malaysia, Agrobank, Bank Simpanan Nasional diberi dana tambahan untuk meluaskan lagi kemudahan ini. Kemudian jika peringkat luar bandar, khususnya di luar bandar di mana Skim Pembiayaan Ekonomi Desa

(SPED) diwujudkan, Program Desa Lestari (Desa Abad ke- 21), kemudian program latihan bimbingan usahawan, program pemasaran promosi dan Mini Rural Transformation Centre di mana kita letakkan tanpa orang tengah, mereka terus bawa dan jual kepada pembeli- pembeli dan customer. Selain daripada itu, daripada segi bebanan rumah contohnya. Ramai yang sangkut tidak boleh bayar. Apabila pendapatan kurang, bayaran balik kepada bank menjadi satu bebanan. Maka, kerajaan dalam Bajet 2017 ini merangka pelbagai cara untuk membantu mereka menggunakan konsep National Blue Ocean Strategy iaitu MyBeautiful New Home, harga B40 RM40,000 hingga RM50,000 seunit. Sejumlah RM200 juta diperuntukkan membina 9,850 unit baharu dan menyiapkan 11,250 unit PPR. Sejumlah RM710 juta membina 30,000 unit di atas tanah kerajaan di lokasi strategik di kawasan bandar.

Kemiskinan bandar semakin menular, maka kita bantu mereka di sini. Kemudian membina 10,000 buah unit rumah di bandar yang disewa oleh golongan muda. Tekanan kepada penganggur, dua orang bekerja pun tidak mampu untuk menjaga perbelanjaan family. Maka kita bantu mereka dengan cara ini, 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat, SPNB dengan subsidi RM20,000 seunit, RM200 juta setiap step up and financing cost rumah PR1MA melalui kerjasama Bank Negara.

So, banyak. Ini kerana kita memahami suasana ekonomi kita dan juga inflasi yang telah memberi tekanan kepada keluarga-keluarga ini. Kedua, inovasi. Saya setuju bahawa unemployability kita, dengan izin, adalah kerana keupayaan kita untuk bersaing di pasaran kerja. Untuk itu kerajaan cuba untuk upskill mereka dan juga kalau ada graduan-graduan yang tidak berupaya untuk mendapat pekerjaan diberi latihan semula enam bulan dalam pelbagai sektor untuk diserapkan ke dalam alam pekerjaan. Ini dilakukan dalam sektor kerajaan juga di mana mereka dibawa sebagai pelatih enam bulan dengan gaji hampir RM1,500 hingga RM2,000 dan mereka akan diserapkan balik ke kerajaan atau di luar supaya ada skill kerja. Ini yang dibuat. Maka saya bersetuju bahawa kita kena hijrah kepada pekerjaan-pekerjaan yang berpengetahuan, knowledge economy. Akhir sekali pengangguran. Pengangguran ini merupakan satu perkara yang saya katakan tadi kepada Yang Berhormat Kapar yang kata bahawa 48,000 tadi adalah daripada 226,000 feedback yang kita dapat daripada kajian. Sebanyak 48,000 itu adalah daripada satu kajian yang dibuat dari 226,000 orang yang saya katakan tadi...

final • 10:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

[Bangun]

final • 10:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

[Bangun]

final • 10:50 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

...Boleh, tidak bagi peluang kepada kedua-dua Yang Berhormat dahulu.

final • 10:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat, saya jawab yang ini dahulu, senang cadangan. Boleh Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, saya mencadangkan kerajaan boleh melalui pejabat Yang Berhormat Timbalan Menteri buka untuk satu bulan online portal dan meminta sesiapa yang sedang menganggur membuat ataupun menghantar data direct kepada pejabat Yang Berhormat melalui online.

final • 10:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Kalau kita buka untuk sebulan dan buat promosi secara terbuka dan mereka akan datang ke hadapan menghantar data-data, nama-nama mereka dan sebab-sebab tertentu baru kita boleh mengenal pasti betul-betul berapa ramai yang menjadi penganiayaan kepada situasi pengangguran ini. Saya rasa buka satu jangka masa, buka satu mekanisme yang betul-betul jitu, bukan melalui kajian yang rambang. Saya minta cadangan ini boleh dipertimbangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih.

final • 10:50 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Sebelum saya membenarkan dua orang Ahli Yang Berhormat itu berucap, saya ingin memberikan dua maklumat tambahan sedikit daripada aspek peminjam berkenaan pengangguran rakyat Malaysia berdasarkan Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh 2015. Kadar pengangguran sebanyak 3.1 peratus bersamaan dengan 450,300 orang. Organization for Economy Corporation Development

(OECD) mentafsirkan guna tenaga penuh sekadar pengangguran di bawah empat peratus.

So, it’s still manageable. Cuma seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kapar itu apakah alasan-alasan kenapa mereka tidak bekerja. Could be very varied, dengan izin.

Oleh sebab banyak sebab, ada yang hendak menjaga keluarga, macam saya katakan tadi. Itu sebabnya saya merangka kan empat alasan yang telah kita buat melalui kajian, why, kenapa mereka tidak bekerja. So, kita mendapati bahawa peratusan perbezaan sebab-sebab kenapa mereka tidak bekerja yang saya rangka tadi dengan mengambil responden 226,000 sebagai satu ukuran minimum from that 450,000. Saya terima pandangan yang dikatakan tadi maybe kita memerlukan satu yang lebih komprehensif untuk mendapat maklum balas. Yang Berhormat Batu Gajah itu nanti.

final • 10:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Tadi Timbalan Menteri ada menyebut bahawa kadar pengangguran sekarang ada 3.1 peratus. Saya hendak mendapatkan pandangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada tidak pada tahun hadapan pada tahun 2017 kadar pengangguran negara akan bertambah lagi. Oleh sebab saya difahamkan ada maklumat-maklumat tertentu yang mengatakan bahawa kadar pengangguran negara akan meningkat kepada 3.5 peratus pada tahun hadapan.

Saya juga hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar atau tidak sekarang apa yang Yang Berhormat Timbalan Menteri ceritakan itu mereka yang mencari kerja tetapi banyak juga yang diberhentikan kerja. Sebagai contoh saya telah mendapat satu jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia pada hari ini bahawa industri sektor kewangan pada tahun 2015 sahaja telah memberhentikan 17,628 orang pekerja. Saya rasa banyak lagi sektor-sektor yang menghadapi masalah dan mereka akan memberhentikan pekerja- pekerja. Ini akan meningkatkan lagi kadar pengangguran pada tahun hadapan. Apakah pandangan Yang Berhormat?

final • 10:50 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Baik, fenomena ini memang ada. Oleh sebab ini adalah di bawah Kementerian Sumber Manusia tetapi saya izinkan saya untuk membuat perangkaan, alasan ataupun langkah yang dibuat secara mikro di Malaysia. Itu sebabnya kita terpaksa menarik banyak pelaburan, penjanaan projek-projek raksasa di mana kalau kilang-kilang besar berpindah ke negara-negara lain kerana alasan kos, alasan ekonomi dunia yang semakin merudum maka kita terpaksa mencari penjanaan ekonomi dengan pelbagai industri di mana dia ada pendapatan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia. Itu sebabnya kita sudah menarik banyak. Kita nampak sekarang projek infrastruktur secara raksasa dibuat untuk penjanaan ekonomi fokus kepada peluang pekerjaan, itu sebabnya.

Kalau kita tengok TVET akan menjadi dasar pendidikan kerana employability kita masih di tahap yang membimbangkan. Oleh sebab itu kita kembali kepada technical education kerana kita kekurangan golongan berkemahiran yang boleh menjana pendapatan yang tinggi. Maka 3.5 peratus itu kita doa kepada Tuhan supaya negara kita dapat maju dan keluar daripada keadaan ekonomi sekarang. Saya rasa harga petroleum semakin kukuh, GLC rangkaiannya sudah pun kukuh. Saya rasa dengan adanya pendapatan yang lebih kukuh dengan adanya social security net kita dapat membantu meredakan keadaan.

final • 10:50 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

[Bangun]

final • 10:50 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Yang Berhormat, sana telah lebih...

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Tinggi bangun, belakang pun ada.

final • 10:50 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Yang Berhormat Kuala Langat, ada sudah bangun terlebih awal.

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Raja.

final • 10:50 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:50 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Kena tengok di belakang sikit.

final • 10:50 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya ingin bertanya tadi mengenai 226,000 yang dikaji itu. Bagaimanakah dia punya distribusi umur mereka? B40 ini secara umum kita tahu ada tujuh juta ke berapa juta yang akan dapat BR1M dan sebagainya.

final • 10:50 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Cuma my concern Yang Berhormat ialah tentang umur mereka. Kita bercakap mengenai transformasi, kita bercakap mengenai latihan, kita bercakap mengenai potensi, ini mungkin orang yang berumur muda. Bagaimana dengan mereka yang berumur 40 ke-50 tahun ke atas. Jadi kalau boleh Yang Berhormat terangkan sedikit tentang kumpulan dikaji dan sama ada kita ada data yang B40 yang terima bantuan kerajaan ini, mereka dalam golongan umur mana? Sebab saya lihat kalau yang muda-muda datang pada kita tidak ada kerja, tidak terima kerja dan sebagainya, kita boleh lorongkan kepada program-program yang telah kerajaan wujudkan untuk mereka mentransformasikan diri mereka, melatih diri.

Akan tetapi bagi kumpulan yang umurnya agak meningkat, selalunya saya tengok 45 tahun ke atas *unemployable, not very likely to be trainable and some of them are sick.

Now, how do we*, minta maaf. Bagaimanakah kita meningkatkan pendapatan mereka ini?

Adakah kita akan mengklasifikasikan mereka ini sebagai satu kumpulan yang mungkin kita tidak boleh transform, hanya bagi safety net dan hanya bagi bantuan, bagaimanakah?

Terima kasih.

final • 11:00 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Kita ada data-data mengenai BR1M dan siapa yang kita bagi dan kita boleh analisis sebegitu tetapi sekarang saya tidak ada data berkenaan. Cadangan itu saya terima baik.

Kita balik kepada Yang Berhormat Kota Tinggi yang telah banyak kali bangun tetapi dia di belakang saya, minta maaf ya.

final • 11:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Saya di tepi ya, bukan di belakang. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya ucapkan tahniah kerana TVET tahun lepas RM48 bilion, tahun depan RM46 bilion, tahun lepas 330,000 orang penerima, tahun depan 300,000 lebih orang. So 600,000 lebih orang dalam masa dua tahun. Saya ingat by 2020, kita akan ada pool of skilled workers yang akan mengurangkan kebergantungan luar negara, meningkatkan taraf pendapatan mereka dan ini akan dapat membantu. BR1M ialah bantuan sahaja tetapi inilah structurally yang akan bantu mengeluarkan kita dari itu. Kita ada 14.7 juta orang pekerja, 200,000 lebih atau 4.4 percent yang masih menganggur atau tidak dapat kerja, itu peratusan yang saya ingat agak rendah.

Cuma soalan saya, ada cadangan daripada belah sana ini, dia kata gaji minimum RM1,500. Daripada RM1,000 naik RM1,500. Dia calculate, dia kira-kira, dia katakan kita perlukan dan top-up dalam RM2.5 bilion, belah sana RM2.5 bilion swasta, kerajaan RM2.5 bilion. Akan tetapi pakar-pakar mengatakan kalau kita laksanakan ini, gaji minimum ini, kosnya antara RM30 bilion hingga RM50 bilion. Saya hendak tanya, apa jenis bajet yang kita buat kita cakap kos RM5 bilion tetapi kos sebenarnya mungkin mencecah RM50 bilion.

Ini satu anggaran yang sangat-sangat tak bertanggungjawab kerana ia bukan sahaja bahaya, ia boleh menyebabkan pelabur-pelabur lari, kos naik dan kalau kita kira ini silap-silap nak tambah gaji minimum, ramai yang akan menganggur lagi. Saya rasa ini satu bajet yang sangat dangkal dan cetek dan saya hendak tanya pada Menteri, saya hendak cakap, apakah jenis bajet yang dibuat ini dan apakah pandangan Menteri? Saya panggil bajet ini ‘bajet kertas kajang’. Sumbang dan tidak bertanggungjawab. Apa pandangan Menteri.

final • 11:00 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Tidak boleh tohmahan begitu Yang Berhormat. Saya rasa bajet telah dikaji betul-betul walaupun bajet ini perlu dijawab oleh Kementerian Kewangan tetapi saya rela mempertahankan lunas-lunas yang telah digunakan untuk merangka bajet ini kerana saya rasa kalau gaji minimum telah dimulakan jauh lebih awal, RM900 sekarang ditingkatkan RM100 untuk jadi RM1,000. Ia kerana kalau kita hendak ke arah negara berpendapatan tinggi, macam mana kita ada orang-orang yang gaji sampai perbelanjaan rumah sendiri tidak boleh dijaga.

Dua, kita tidak boleh bersaing dengan pekerja-pekerja asing. Kita kena menaiktarafkan kapasiti dan juga tahap kemahiran pekerja-pekerja kita. Untuk itu ada banyak mekanisme lain. Syarikat-syarikat yang bakal datang ke Malaysia syarikat-syarikat yang mempunyai pengeluaran barang-barangan lain, bukan macam dulu di mana t-shirt boleh jual RM5 dari negara China. Kita tidak boleh keluarkan t-shirt. Kita pergi kepada cheap electronics, kita pergi ke solar panel, kita pergi ke pengeluaran barang-barangan yang berteknologi tinggi dan mempunyai knowledge component. Kita kena naikkan mereka ke arah itu. Ini pula dijana oleh syarikat-syarikat yang mempunyai kapasiti untuk membayar gaji yang baik.

Maka transformasi itu mungkin memberi kesan sedikit tetapi kita terpaksa menelan bisa demi madu kemudian. Itulah, terima kasih. Akan tetapi janganlah Yang Berhormat Kota Tinggi, tidak payahlah bahasa begitu keras kerana perangkan dokumen yang tebal ini.

final • 11:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Tak, saya ingat Menteri salah. Saya cakap cadangan itu dibuat oleh pihak sebelah sana.

final • 11:00 PM

Seorang Ahli

Pembangkang.

final • 11:00 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Siapakah yang buat?

final • 11:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Pembangkang buat RM1,500 gaji minimum. Kalau nak buat ini, kosnya dia kata RM5 bilion sahaja.

final • 11:00 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Sorry lah, saya salah faham Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Menteri, boleh buat pencelahan.

final • 11:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Akan tetapi sebenarnya pakar-pakar mengatakan RM50 bilion, apakah jenis? Jadi saya ingat inilah bajet yang tidak bertanggungjawab, saya panggil “bajet kertas kajang.”

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dia tengah mencelah Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Tiap-tiap tahun saya lama duduk di Dewan yang mulia ini. Dia buat mesti nak tunjuk kepada rakyat, dia ada bajet sendiri. Itu sebab saya mulakan puisi tadi, betul tak. Indah khabar daripada rupa, menanam tebu di bibir saja, membina mahligai di udara.

final • 11:00 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Ya, Menteri.

final • 11:00 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Udarakannya sahaja, usah bicara.

Teruskan...

final • 11:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

...Pembangkang.

final • 11:00 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Tak payahlah buat macam ini, rosakkan negara.

final • 11:00 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Baling, duduk dulululah Yang Berhormat Baling.

final • 11:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Pembangkang tetap pembangkang...

final • 11:00 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Menteri.

final • 11:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Menteri setuju tak? Pembangkang tetap pembangkang, kerja dia untuk cari salah.

final • 11:00 PM

Seorang Ahli

Apakah salah kita buat bajet alternatif?

final • 11:00 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Okey, Menteri.

final • 11:00 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Tidak payah keringkan air liur Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Bukan kering, nak tabur air liur, nak tabur air liur.

final • 11:00 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Yang Berhormat Kuala Langat, apakah cerita?

final • 11:00 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Ya, mahu cerita sikit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Tidak boleh tohmahan ya.

final • 11:00 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Tidak ada tohmahan tetapi fakta. Okey, saya tidak perlu...

final • 11:00 PM

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Fakta bukan auta ya, fakta ya.

final • 11:00 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

...Jadi tidak perlu menyinggung apa Yang Berhormat Kota Tinggi cakap dan Yang Berhormat Baling cakap.

Biar saya fikir apa yang saya hendak cakap...

final • 11:00 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Kalau nak fikir, tak payah cakap saja Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Menteri, saya belum lontarkan singgungan saya, baru saya hendak bercakap. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas kebenaran berbicara untuk menyahut apa yang Timbalan Menteri cakap tadi.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tahniah Yang Berhormat, tahniah dapat ‘Datukship’ Yang Berhormat .

final • 11:00 PM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Saya menumpu sepenuhnya penjelasan dan kerangka...

final • 11:00 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Pulau Pinang, Pulau Pinang.

final • 11:00 PM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

...Dan kerangka yang akan dilakukan oleh kerajaan dalam pembentukan untuk pengangguran yang dikatakan sekitar 450,000 itu dan tidak termasuk kepada mereka yang telah pun dibuang kerja. Dalam suasana pada hari ini, akan berlaku banyak perbincangan terutama tumpuan kepada TPPA yang akan menjurus lagi untuk kita meletakkan di mana pasaran pekerja kita yang boleh tidak bersaing dengan gelombang besar daripada negara-negara luar. Ini memberikan isyarat bahawa persiapan itu dalam kerangka untuk kita berdepan dalam suasana yang pelbagai yang kita tidak tahu daripada alunan yang akan didendangkan oleh mereka ini.

Namun saya juga ingin mengambil peluang ini untuk menyarankan kepada kementerian supaya juga memikirkan ke arah kementerian yang lain yang mendorong dalam segi untuk memperkasakan dan memberikan persiapan yang lebih terperinci.

Sebagai contoh, dalam pembentukan CIDB kepada jabatan, Kementerian JKR yang menggaris pandukan beberapa jawatan bercirikan kemahiran.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, jangan berucap Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Ini bukan berucap, nak jelas Menteri, tunggu dulu.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dalam pencelahan, kena ringkas Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Tunggu dulu, habis saya bercakap barulah sambut.

final • 11:00 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Yang Berhormat kawan ku.

final • 11:00 PM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Jadi apakah kementerian juga...

final • 11:00 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Yang Berhormat kawan ku Kuala Langat, tanya soalan Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

...Berkesudian, we are the same platform dilahirkan ketika kanak-kanak dulu. Apa perancangan daripada kementerian untuk memastikan seperti skilled construction workers yang diambil daripada pekerja asing, dibenarkan, boleh diberi peluang kepada pekerja pengangguran ini menceburi deskripsi kerja itu dalam beberapa jawatan seperti mana yang saya dimaklumkan dalam 26 jawatan termasuklah chargeman, plumber, carpenter dan sebagainya. Itu menjurus kepada persiapan pengangguran itu diberikan kemahiran untuk memastikan peluang itu kepada mereka diutamakan.

final • 11:00 PM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Jadi dalam konteks ini, saya percaya kementerian sudah bersedia untuk mendengar juga daripada kementerian yang lain untuk mereka rangkumkan supaya pengangguran itu dapat diberi peluang kepada mereka ini terlebih dahulu sebelum pekerja asing. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam soal ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Baling, macam itu kita nak kena cakap.

final • 11:10 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Siapakah yang bahas sekarang ini?

final • 11:10 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Kota Tinggi, bukan nak membelasah-belasah.

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Yang Berhormat Baling.

final • 11:10 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Siapakah yang bahas ini? Pembangkang atau Menteri? Patut Menteri bahas, ini pembangkang bahas...

final • 11:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Ini cara orang, ini sebagai Presiden MTUC. Hoi, dahsyat!

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Yang Berhormat, saya akan keluar daripada pagar-pagar kelucuan ini kepada perkara yang lebih mendesak untuk negara.

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, bagus Yang Berhormat.

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Yang Berhormat dari Permatang Pauh dan Yang Berhormat Lembah Pantai telah membawa perkara berkenaan dengan program transformasi GTP/ETP yang dikatakan tidak kena sasaran. Maka saya rasa baliklah kepada www.pemandu.gov.my. Report card telah pun ada untuk tahun 2011, 2012, 2013, 2014, 2015. Dengan jitu...

final • 11:10 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Menteri, saya minta jawapan tadi, adakah Menteri berkesudian untuk bersama dengan CIDB untuk merangka satu bentuk kerangka kepada pengangguran ini diberi peluang...

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Betul. Okey, okey, okey. Saya jawab.

final • 11:10 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Untuk memastikan sebelum kita ambil pekerja asing, kita ambil pekerja tempatan...

final • 11:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Saya jawab, saya jawab, saya jawab, Yang Berhormat, saya jawab. Ini kerana cara...

final • 11:10 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Manakah lucunya? Tak ada lucu.

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Okey, okey. Cara dilafazkan tadi cara berdebat, saya ingat tak ada soalan mengikut bahasa yang ku memahami, dengan izin, betul tidak?

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Akan tetapi walau bagaimanapun, cadangan itu cadangan baik, tidak berniat jahat.

Maka saya tetap akan memberi syor itu kepada pihak berkenaan, CIDB untuk merangkumkan segala cadangan untuk kemahiran itu. Walaupun sudah ada, mungkin disatukan dan diselaraskan. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Dia sama sekolah dengan saya. Masa sekolah pun jahat, sini nakal [Ketawa] Baik, kita teruskan Yang Berhormat. Saya balik kepada GDP/ETP. Saya rasa segala maklumat mengenai kecapaian GDP/ETP telah pun ada di sana. Saya minta supaya diturunkan daripada laman web yang dikatakan tadi untuk melihat apakah NKRA yang telah berjaya dilakukan khususnya luar bandar, jenayah, pendidikan, sara hidup, rasuah, pengangkutan, luar bandar, taraf hidup isi rumah yang kurang, rendah.

Segala-galanya telah ada rancangannya dan laporan itu terperinci. Contohnya, kalau kita katakan peningkatan pembangunan luar bandar, seramai 5.1 juta orang penduduk kawasan luar bandar telah mendapat manfaat. Contohnya, 4,554.03 kilometer jalan luar bandar siap dibina memberi manfaat kepada 2.4 juta orang. Macam itu banyak angka. So baliklah kepada laman web untuk pastikan semua ini. Untuk transformasi ekonomi pula, tak payah saya cerita. Satu pembangunan kawasan, regional development. Contohnya Kuala Lumpur, sekarang kita ada rangkaian LRT, MRT...

final • 11:10 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Rangkaian banyak lagi.

final • 11:10 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Yang Berhormat Menteri, Hulu Rajang.

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Boleh saya habiskan ini?

final • 11:10 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Okey, baik.

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Maka, kita nampak perubahan yang berlaku sekarang. Saya hari itu telah menjawab soalan mengenai penumpang-penumpang LRT. Sekarang kita nampak perubahan yang berlaku di sini. Maka, saya rasa tak perlu saya banyak cerita, banyak sangat perubahan ekonomi yang telah dilakukan secara agresif Yang Berhormat.

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, saya minta agar jawapan ini dihabiskan sebelum pukul 11.30 malam ini Yang Berhormat ya.

final • 11:10 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, pagi tadi saya terpanggil atas jawapan Yang Berhormat Menteri iaitu untuk memperkasakan, memberi permohonan kepada pembangunan luar bandar seperti jalan-jalan. Yang Berhormat Menteri, pagi tadi saya telah mendengar jawapan dari KKLW mengenai jalan raya yang saya minta iaitu Jalan Rumah Juntan dan jalan dari Mujong ke Nanga Gaat.

Pada tahun 2015, saya telah menerima surat senarai jalan itu diberi kepada EPU.

Akan tetapi dijawab oleh Yang Berhormat Menteri tadi, tidak ada jawapan dari EPU. Jadi saya minta Yang Berhormat yang bertanggungjawab dari EPU supaya minta jalan yang saya sebut pagi tadi supaya diangkatkan ke tahun 2017 ini.

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Okey, saya akan angkatkan Yang Berhormat. Baik, saya teruskan ya. Satu lagi soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Sandakan mengatakan tidak ada pembangunan seimbang di antara Sabah dengan...

[Disampuk] Oleh sebab tuntutan ini beliau tiada, maka secara bertulis Yang Berhormat, dengan izin.

final • 11:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Eh, jawablah. Semua ini akan rekod...

final • 11:10 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya sini, saya sayang pada Sabah. Saya akan mendengar bagi pihak.

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Nanti, nanti, nanti. Dia kawan saya.

final • 11:10 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Mana boleh.

Tidak boleh. Tidak boleh.

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Yang Berhormat Seputeh kawan saya, duduk.

final • 11:10 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Kalau dia sudah balik ‘titun’, tak boleh.

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Yang Berhormat Baling.

final • 11:10 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Kalau sudah balik ‘titun’, jangan jawab.

final • 11:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Baling, you bukan Speakerlah. Bukan you punya pasal.

final • 11:10 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Eh! Tak boleh, tak boleh. Kalau sudah balik ‘titun’, jangan jawab. Duduk, duduk, duduk...

final • 11:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, ya. Habiskan Yang Berhormat.

final • 11:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya suka dengar suara Yang Berhormat.

Saya suka dengar jawapan Yang Berhormat.

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Dari tahun 2004 sampai sekarang, tak tahu peraturan mesyuarat Yang Berhormat. Peraturan mesyuarat, duduk Yang Berhormat.

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Kita teruskan. Okey, Yang Berhormat Semporna pun tak ada di sini, maka saya akan bagi secara bertulis. Seterusnya Yang Berhormat dari Sungai Siput, adakah? Secara bertulis. Yang Berhormat daripada Parit Buntar? Macam mana Yang Berhormat tanya soalan, saya hendak jawab tiada di sini.

final • 11:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Malas, Yang Berhormat mahu balik awal, itu sebablah tanya macam ini.

final • 11:10 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Yang Berhormat, kita orang sopan.

Kita hormat wanita. Dia suruh duduk, dia suruh duduk.

final • 11:10 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Okey. Akan tetapi saya cakap benar dengan Yang Berhormat Menteri, pembangkang ini datang ke Dewan yang mulia ini untuk fitnah, untuk marah, untuk mereka mengelirukan Dewan.

final • 11:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Baling, saya rasa perkataan macam itu boleh tarik baliklah. Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Kalau tidak, mereka tidak akan balik. Banyak sudah kosong. Tengok, ramai sudah kosong.

final • 11:10 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, kita sudah tanya soalan. Biar Yang Berhormat Menteri jawab. Semua persoalan yang ditimbulkan oleh...

final • 11:10 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Apa ini Yang Berhormat Batu Gajah, duduklah.

final • 11:10 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Jawab ada yang ada sinilah.

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

You want to stop him, you must be on point of order.

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Sipitang ada? Pasir Gudang ada?

final • 11:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, tiada situ, ulas sikit.

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sabar Yang Berhormat.

final • 11:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Okey, can may I, may I?

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

So, dia dijawab secara bertulis.

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Are you on point of order?

final • 11:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

No, I am asking for clarification.

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Then, clarification from whom, Minister?

final • 11:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

No, macam sekarang Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa poin...

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Kalau begitu, daripada mana Yang Berhormat?

final • 11:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

No, no, I am asking your clarification.

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

You asking clarification from me?

final • 11:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Yes, yes because some of- okey, sebagai Ahli Parlimen, kita tidak berulang fakta isu dan sebagainya.

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Jadi, jadi...

final • 11:10 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Maksud saya, jadi ada Ahli Parlimen yang tak adapun, mungkin benda itu penting untuk kita. So this is my argument.

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sebentar...

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Nanti, nanti Yang Berhormat. Yang Berhormat Kapar, saya akan bagi secara bertulis. Ini termasuk sana dan sini pun tak datang. Maka dua-dua samalah adil.

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya.

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Sekarang saya masuk kepada soalan Yang Berhormat Kapar kerana ada. Saya akan menghormati dan saya akan jawab. Isu pembangunan masyarakat yang terakhir daripada Yang Berhormat dari Kapar. Beliau telah membangkitkan tentang peruntukan kepada SEDIC bagi membangunkan kaum India.

Peruntukan yang telah diberi kepada SEDIC dan Sikh, dan bagaimana untuk memastikan peruntukan disalurkan berjaya mencapai matlamatnya?

Maka saya jawab Yang Berhormat, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2004 sebanyak RM68 juta telah diperuntukkan bagi program pembangunan sosioekonomi masyarakat India terutama bagi golongan B40. Daripada jumlah ini, sebanyak RM22,559,011.10 telah disalurkan kepada 44 program badan bukan kerajaan

(NGO).

Kesemua program yang diluluskan pada tahun 2014 telah memanfaatkan secara langsung lebih daripada 92,838 orang golongan masyarakat India dari seluruh Semenanjung Malaysia. Manakala bagi tahun 2015, sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan bagi program pembangunan sosioekonomi masyarakat India. Sebanyak RM82,422,446.15 telah disalurkan kepada 379 program NGO, dan RM6,369,220 bagi tujuh buah pusat latihan kemahiran swasta ILKS bagi program peningkatan kapasiti dan juga capability kumpulan B40 masyarakat India.

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Untuk program seterusnya Yang Berhormat, bagi tahun 2016, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM60 juta bagi program pembangunan sosioekonomi masyarakat India terutama golongan B40.

final • 11:10 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Peruntukan ini merupakan perbelanjaan komited bagi 167 program bukan kerajaan, NGO dan 22 program Pusat Latihan Kemahiran Swasta (ILKS). Kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi Program Pembangunan Sosial Masyarakat India bagi tahun depan dalam bajet yang baru dibentangkan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, hasil dan impak program dilaksanakan dapat diukur sekurang-kurangnya tiga tahun dari tahun pelaksanaan. Namun, pihak kerajaan sedang berusaha untuk mengadakan kajian interim untuk mengenal pasti impak yang diperolehi daripada program-program ini. Okey. Itu untuk SEDIC lah.

Untuk SEED...

final • 11:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

[Bangun]

final • 11:20 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

[Bangun]

final • 11:20 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Saya akan jawab dulu, selepas itu nanti kedua-dua Yang Berhormat boleh tanya.

Ahli Yang Berhormat, untuk SEED pula iaitu Sekretariat Khas Untuk Memperkasa Usahawan India (SEED) di bawah Jabatan Perdana Menteri telah diagihkan dana pinjaman perniagaan sebanyak RM1.15 bilion. Diagihkan dana perniagaan begitu banyak. Lebih kurang lah ya saya angkakan kerana ia RM1.149 bilion kepada 28,116 orang usahawan India sehingga bulan September 2016.

Ini merupakan dana yang difasilitasi oleh sekretariat SEED melalui agensi kerajaan dan institusi kewangan milik kerajaan. Dana ini perniagaan mikro. Ia disalurkan melalui TEKUN dan Amanah Ikhtiar Malaysia. Ini dana khas yang diperuntukkan untuk usahawan India bagi tahap PKS, SME ya, perniagaan kecil dan sederhana dan agensi yang terlibat ialah SME Bank Malaysia, Malaysian Industrial Development Finance Berhad

(MIDF), Credit Guarantee Corporation (CGC) di bawah Bank Negara Malaysia dan SME Corp. Okey, Yang Berhormat.

final • 11:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Saya ingin membantu sebab ini kena mengena dengan kumpulan sasaran. SEDIC ini bila kita rujuk kepada website SEDIC sendiri, dia telah memecahkan kepada dua bentuk golongan. Satu fokus khas iaitu ibu tunggal, pelajar tercicir, belia berisiko tinggi, penganggur dan golongan terpencil, dan bahagian kedua kumpulan-kumpulan berisiko tinggi. Bagaimanakah Yang Berhormat hendak memastikan bahawa golongan-golongan yang dikhaskan ini kumpulan tersasar menerima bantuan ini?

Saya bagi contoh- untuk tahun 2015, Yayasan Sakti, dia buat program yang dikenali sebagai Y2Y “Find and Bind” project, disasarkan kepada belia India dan 20 ribu orang telah mengambil bahagian dalam program ini. Macam mana hendak kenal pasti mereka tergolong dalam kumpulan sasaran awal SEDIC? Itu bahagian pertama saya.

Bahagian kedua saya adalah, hari itu pun saya tanya tentang pencapaian itu kena transparent sebab kita kena bantu. Saya bukan hendak bad intention or ill-intentioned. I want our community to progress. So based on that, saya hendak bagi satu contoh kepada Yang Berhormat. Kita ada satu program yang dinamakan sebagai Mengendalikan Isu-isu Dokumentasi dalam Kalangan Masyarakat India dengan kod SEDIC/SCP/DOK/07. This is a program under SEDIC. All right. Program ini adalah untuk membantu masyarakat India Malaysia yang masih menghadapi masalah berkenaan isu kewarganegaraan. Ia telah dimulakan, kalau ikut rekod sini- you can of course correct me if I am wrong. Ia telah dimulakan September 2014.

By now, kita sepatutnya sudah ada bilangan warganegara yang sebelumnya tidak dapat dan kini telah dapat. So if you can give us the detail, ini adalah bantuan...

[Disampuk] Ya, thank you, dengan izin. Yang telah membantu berapa ramai warganegara yang sebelum ini tiada IC biru tetapi sekarang sudah ada IC biru. So, benda itu kena jelas. Pencapaian yang telah dilalui melalui SEDIC ini perlu dijelaskan. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:20 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Baik, yang pertama itu, pada tahun 2014, SEDIC baru bermula. Diberi kelulusan pada bulan Mei tapi September baru mereka bergerak. Maka standard operating prosedur-nya belum lagi dirangka dengan jelas pada tahun 2014. Akan tetapi pada tahun 2015, telah dijernihkan dan telah pun dirangka proses- prosesnya dengan begitu baik sekali. Dan fokusnya balik kepada belia. Itu sebab kita nampak 129,700 orang belia difokuskan dalam bantuan kewangan.

Untuk soalan yang kedua itu, saya akan maklum balas melalui bertulis mengenai apakah yang telah dibuat daripada masalah dokumentasi.

Untuk makluman Yang Berhormat Kapar, dokumentasi sekarang adalah di bawah SITF, di bawah naungan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam yang menjaga dan mempunyai dia punya mekanisme untuk membantu golongan-golongan yang ada masalah dokumentasi.

Persepsinya banyak di luar tapi daripada segi apa yang saya tahu, hampir 17 ribu permohonan telah dimajukan kepada pihak SITF dan hampir 10 ribu lebih telah pun diselesaikan kes-kes ini. Akan tetapi, untuk membuat kajian sejauh manakah ketenatan perkara ini di peringkat akar umbi, itulah dijadikan mekanisme di sana dan saya akan bagi maklum balas mengenai kedapatan-kedapatan daripada kajian yang dibuat. Saya tidak ada di sini sekarang.

final • 11:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Ya.

final • 11:20 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Boleh tidak kita izinkan Yang Berhormat Batu Gajah sikit?

final • 11:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Saya sambung dulu.

final • 11:20 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Kerana tuntutan masa memanggil- manggil.

final • 11:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

*Very sharp. Two questions.

Thank you.* Yang pertama sekali, saya faham di akar umbi berapa ramai itu saya tidak soalkan.

final • 11:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Gajah duduk dulu, Yang Berhormat.

final • 11:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Yang saya soalkan berapa ramai yang telah memperoleh sejak ia dilaksanakan? *That number one.

Number two,* Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam website SEDIC ini, setiap NGO dan badan-badan yang memperoleh dana, peruntukan tidak diletak? Apa yang diletakkan standard seperti- you have, dengan izin, pemohon, program, bilangan peserta, e- mel, nombor telefon, nombor faks. That is there. What I am asking since last year is there must be a column indicating this is the amount that you are giving to that particular yayasan*.

I think that should be,* dengan izin, sorry. Saya rasa itu yang perlu dimasukkan dalam website SEDIC. Terima kasih Yang Berhormat, thank you.

final • 11:20 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Cadangan itu saya akan majukan kepada pihak SEDIC. Yang Berhormat Batu Gajah. Akan tetapi sebelum itu ya- untuk habiskan itu- untuk makluman Yang Berhormat dari Kapar, sebanyak RM3,385,000 diberi untuk peserta-peserta seramai 273 orang usahawan di Parlimen Kapar. Itulah, kita bantu juga.

final • 11:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tidak kata tidak bantu ya. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:20 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Bukan Yang Berhormat Kapar, saya tidak tuduh. Saya maklumkan saja. Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 11:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Saya terima dengan hati yang baik, dengan hati yang murni.

final • 11:20 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju - Batu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, di luar tersebar luas bahawa SEDIC telah menjadi ‘kerbau dicucuk hidung’. Tidak bebas dan masih dipengaruhi oleh pihak MIC.

Adakah benar bahawa SEDIC berfungsi mengikut telunjuk MIC?

final • 11:20 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju - Batu Gajah

Kalau tidak benar, adakah Yang Berhormat Menteri sanggup memberikan senarai NGO-NGO yang mendapat peruntukan daripada kerajaan dan berapakah jumlah yang diperuntukkan kepada mereka?

Satu lagi soalan saya hendak tahu, dalam Bajet 2017, sejumlah RM50 juta diperuntukkan bagi program peningkatan kapasiti dan pendapatan bagi kaum India. RM50 juta ini masuk dalam akaun mana? Siapakah yang akan menguruskan RM50 juta ini?

SEDIC, SEED ataupun siapa? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Lontaran tuduhan, bahaya Yang Berhormat. Jangan biarkan perasaan menular. Jangan risau. SEDIC satu aktiviti...

final • 11:20 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju - Batu Gajah

Ini yang kita dengar di luar.

final • 11:20 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Cerita luar macam-macam.

final • 11:20 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju - Batu Gajah

Itu saya hendak tanya kepastian daripada Yang Berhormat Menteri. Saya hendak Yang Berhormat Menteri jelaskan dalam Dewan ini adakah benar atau tidak.

final • 11:20 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Yang Berhormat Batu Gajah, saya jawab. Saya bertamadun.

final • 11:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, jangan berdialog, Yang Berhormat.

final • 11:20 PM

Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Yang Berhormat, jangan dengar di luar. Mari jumpa saya, saya akan maklumkan proses-prosesnya kerana panjang. Prosesnya memang lah terjaga, dana itu terjaga. Pemberian peruntukan itu cukup cantik kerana ada sistem dia baik dan diuruskan oleh seorang profesor dari universiti dengan golongan kakitangan kerajaan yang berwibawa. Tidak pengaruh, tidak ada.

Yang Berhormat jangan risau, jangan buat macam itulah, tidak baik kerana niat kita ikhlas. Persepsi janganlah dibawa kerana benda ini, perkara ini adalah satu yang telah membantu ramai orang. Jangan menanam bisa dalam minda mereka [Tepuk] Madukan hati, tolong ya. Dan saya akan, seperti mana yang diminta oleh Yang Berhormat Kapar, saya akan minta supaya SEDIC dapat menguruskan perbincangan dengan Yang Berhormat supaya tunjuk semuanya. Nothing to hide, dengan izin.

So, oleh sebab masa...

final • 11:20 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

[Bangun]

final • 11:30 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 PM

Dato' Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Tidak payah, Tuan Yang di-Pertua, saya akan habiskanlah.

final • 11:30 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Yang Berhormat Menteri, yang RM50 juta itu tidak jawab.

final • 11:30 PM

Dato' Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Eh, memang ada.

final • 11:30 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Untuk apa? RM50 juta untuk...

final • 11:30 PM

Dato' Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Yang Berhormat, itulah sebabnya datang jumpa.

final • 11:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat, jangan berdialog Yang Berhormat.

final • 11:30 PM

Dato' Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

SIDIC tidak ada kena-mengena SIT.

SIT lain, SIDIC lain. Itulah sebabnya kena faham. SIT adalah untuk usahawan, usahawan di mana dana itu- Yang Berhormat Kapar, duduk sekejap Yang Berhormat Kapar. SIT, penjanaan dana itu yang diberi kepada SIT akan diuruskan oleh TEKUN di bawah MOA dan juga Amanah Ikhtiar Malaysia yang merupakan satu entiti tersendiri.

final • 11:30 PM

Dato' Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

SIT akan hanya pemudah cara, fasilitator untuk menyediakan masyarakat menerima dana dengan memberi kapasiti. SIT pula, pengagihan mereka mengikut proses- proses SOP yang begitu rapi kerana di ada banyak, panjanglah cerita dia. Ada lapan proses yang dilakukan. Pada 2014 tidak jelas, sekarang daripada 2015 cukup mantap. So, tidak payah risau. Percayalah saya Yang Berhormat.

final • 11:30 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Yang Berhormat Menteri, saya faham, yang saya tidak faham itu dalam ucapan Bajet dikatakan ada RM50 juta diperuntukkan...

final • 11:30 PM

Dato' Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Mana SIT kah, SIDIK?

final • 11:30 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

...Untuk meningkatkan kapasiti dan pendapatan itu sahaja, itu sahaja saya hendak tahu.

final • 11:30 PM

Dato' Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Dua-dua, dua-dua Yang Berhormat.

Jangan risau kerana ada RM150 juta diperuntukkan untuk dua-dua. Nanti kita akan bagi dia punya breakdown.

final • 11:30 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Yang Berhormat Timbalan Menteri, RM150 juta itu untuk TEKUN dan Amanah Ikhtiar, ada satu lagi yang RM50 juta...

final • 11:30 PM

Dato' Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Untuk SIT.

final • 11:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Batu Gajah, jangan berdialog Yang Berhormat.

final • 11:30 PM

Dato' Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Tidak apa, kita habiskan Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya terima baiklah cadangan. Jangan gaduh, tidak payahlah, ini baik punya cerita. Betul tidak? Saya akan habiskan.

final • 11:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, bolehlah jawab secara bertulis Yang Berhormat.

final • 11:30 PM

Dato' Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Soalan daripada- Yang Berhormat Tambun, tidak ada. Secara bertulis kita akan sampaikan.

Akhir sekali, Yang Berhormat daripada Rasah ada?...

final • 11:30 PM

[Dewan riuh]

Dato' Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Maka, syukurlah kita ke hadrat Tuhan kerana masa telah pun sampai. Yang Berhormat, saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri sedikit sahaja, Yang Berhormat Menteri, boleh?

final • 11:30 PM

Dato' Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Saya punya kawan baik. Beliau wakil MIC di peringkat sebelah sana...

final • 11:30 PM

[Dewan ketawa]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Menteri, saya hendak sentuh sedikit sahaja sebelum Yang Berhormat Menteri berhenti.

Tadi Yang Berhormat kata ada menanamkan bisa dalam minda. Jadi, itulah bezanya Yang Berhormat Menteri pernah menjadi Speaker di negeri yang sama dalam Dewan yang mulia.

Yang Berhormat Batu Gajah, negeri yang sama di bawah pokok. Itulah beza... [Dewan ketawa]

final • 11:30 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Sudahlah, sudahlah Yang Berhormat Baling...

final • 11:30 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Yang Berhormat Baling, saya jadi Speaker sebelum dialah. Sebab saya jadi Speaker lah dia ada peluang jadi Speaker tau.

final • 11:30 PM

Dato' Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Okey, okey, okey.

final • 11:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Iyalah, dia tidak berkampung.

final • 11:30 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Yang Berhormat tidak pernah jadi Speaker, dia tidak ada peluang jadi Speaker tau. Sudah beberapa tahun MIC tidak dapat jadi Speaker, baru dia dapat jadi Speaker...

final • 11:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat di bawah pokok, Yang Berhormat Menteri di Dewan yang mulia, itu sahaja beza. Saya tidak kata salah...

final • 11:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat, kenapakah hendak marah?...

final • 11:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Jubah pun saya punya, Yang Berhormat...

final • 11:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Kenapakah Yang Berhormat hendak marah? Yang Berhormat jadi Speaker di bawah pokok, Yang Berhormat di dalam Dewan, itu sahaja beza...

final • 11:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Yang Berhormat Baling, berapa kali MIC pernah jadi Speaker?

final • 11:30 PM

Dato' Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Duduk, duduk, duduk.

final • 11:30 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Jawab itu dahulu.

final • 11:30 PM

Dato' Sri Devamany A/L S. Krishnasamy

Yang Berhormat, saya habiskan, perbezaan antara peterana, singgahsana dan kaki lima. Maka, dengan izin Tuan Yang di- Pertua, saya menamatkan penggulungan saya dan saya ucap terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membawa dan membangkitkan isu-isu. Kepada yang tidak dapat, kita akan bekalkan jawapan bertulis. Terima kasih.

final • 11:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 3 November 2016.

final • 11:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada jam 11.34 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026