Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Datuk Rozman bin Isli [Labuan] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, apakah status terkini projek penanaman tanaman jagung bijirin yang berpotensi mengurangkan import makanan haiwan ternakan, dan berapakah jumlah pendapatan yang mampu diraih daripada penanaman tersebut.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ucap terima kasih Yang Berhormat Labuan yang budiman.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Budiman, Yang Berhormat Sungai Besar Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Ya?
[Ketawa] Soalan yang saya kira penting untuk melihat masa depan pertanian negara, di mana baru-baru ini pihak kementerian menyebutkan tentang kemungkinan untuk mengembangkan satu lagi tanaman yang perlu ditanam di dalam negara kita iaitu tanaman jagung bijirin. Saya ingin menjawab soalan ini, mohon keizinan untuk menjawab soalan ini bersama dengan soalan Yang Berhormat Jerantut pada 24 November.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Sebagaimana yang saya maklumkan sebentar tadi bahawa, tanaman jagung bijirin merupakan satu tanaman yang perlu dilihat dalam konteks dasar baru yang ingin kita kembangkan iaitu dasar pemakanan untuk ternakan.
Selama ini kita bercakap tentang jaminan keselamatan makanan atau food security berasaskan kepada beras yang mencukupi dan juga sumber protein seperti ayam, ikan, daging dan sebagainya. Akan tetapi satu aspek yang kita kira cukup penting ialah dalam kita menghasilkan protein yang mencukupi misalnya ayam ialah makanan ayam itu sendiri. Ini kerana selama ini kita terlalu banyak bergantung pada import di mana import kita bahan-bahan seperti kacang soya dan jagung bijirin hampir seratus peratus di mana jumlahnya lebih kurang RM5 bilion lebih pada setiap tahun.
Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, kita sekarang ini memulakan beberapa projek rintis. Kita mulakan di Terengganu dan juga di Kedah untuk melihat kesesuaian negara kita kerana selama ini satu perkara yang menjadi isu ialah pandangan-pandangan yang mengatakan Malaysia ialah negara yang tidak sesuai untuk tanaman jagung bijirin kerana faktor cuaca kita yang lembap terutama sekali. Ia tidak sesuai kalau dibandingkan dengan negara-negara pengeluar bijirin yang besar seperti Argentina, Amerika Syarikat dan sebagainya.
Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Namun begitu, kita belajar daripada negara jiran kita. Thailand ada program jagungnya, Vietnam ada program jagungnya, Indonesia ada, Filipina ada. Oleh sebab itu kita sudah merasakan kalau negara sekitar kita ini ada, maka kita perlu juga untuk membangunkan program yang saya sebutkan tadi.
Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, kita sudah memulakan tuaian yang pertama di Terengganu dan kita dapati bahawa ia sesuatu yang agak amat menggalakkan. Kita dapat, kita menjangkakan bahawa satu masa nanti kita akan dapat menghasilkan jagung bijirin kita sendiri. Namun, ia masih lagi di peringkat ujian. Setelah tuaian, kita akan proses sama selepas kita beri ayam misalnya makanan jagung yang diproses ini, apakah ayam itu akan mengalami pembesaran yang baik, yang mencukupi, yang sebenarnya ia sihat ataupun tidak.
Kemudiannya kita membuat kajian lagi bagaimana untuk membina modul tanaman jagung ini, apakah menggunakan kaedah padi ataupun kita menggunakan kawasan- kawasan yang di luar jelapang. Kawasan padi di luar jelapang, setahun ada waktu tanam padi, ada waktu tanam jagung dan sebagainya. Kita melihat modul daripada segi bagaimana untuk menghasilkan kos yang termurah tetapi hasil yang baik.
Sekarang ini sebagaimana yang kita tahu bahawa harga jagung dunia ialah sekitar RM1,000 per metrik tan. Kita melihat daripada segi kos, kos baja, kos benih, kos infrastruktur dan sebagainya. Dari situ kita akan dapat menilai apakah keuntungan yang bakal diperoleh oleh petani sekiranya mereka memulakan usaha ini.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian yang telah mengadakan langkah strategik ini untuk bukan sahaja mengurangkan import bijirin ataupun makanan kepada industri ternak kita, malah boleh satu hari nanti akan menjadi pengeksport kepada produk-produk ternakan satu hari nanti, insya-Allah.
Soalan tambahan saya, adakah kementerian mendapat bajet research and development yang mencukupi? Seterusnya, bilakah agaknya kita akan dapat mengeluarkan hibrid yang akan membolehkan kita dapat mengeluarkan bijirin ini dengan competative dan seterusnya akan dapat meluaskan lagi kawasan-kawasan penanaman jagung bijirin ini terutamanya ke Sabah dan Sarawak. Ini di mana Sabah dan Sarawak mempunyai tanah yang luas dan ia dipisahkan oleh laut yang besar yang mana ia perlu mempunyai pengeluaran sendiri untuk memastikan industri ternakan di sana juga akan dapat berkembang besar dan menyumbang kepada eksport ternakan negara. Terima kasih.
Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan tambahan dan soalan tambahan itu menggambarkan Yang Berhormat Labuan mempunyai pengetahuan yang luas tentang industri jagung ini. Sebagaimana yang kita tahu saya bersyukur bahawa dalam ucapan bajet tahun ini, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Perdana Menteri ada menyebut secara kategori bahawa bajet akan diberikan untuk tujuan pilot ataupun kajian dan sebagainya bagai tanaman jagung ini. Ini sudah ada bajetnya dan walaupun disebutkan, ini berasaskan pada projek rintisan yang diadakan di Terengganu dan di Kedah. Akan tetapi saya percaya bahawa, banyak lagi tempat-tempat lain yang boleh kita kembangkan.
Sebagaimana yang kita tahu bahawa negara yang paling hampir dengan tempat kita. Di Philippines misalnya mempunyai program yang besar dan yang paling besar sekali ialah di kawasan Mindanao dan Mindanao itu adalah hampir dengan Sabah. Jadi kalau Mindanao boleh dilakukan, kenapa Sabah tidak boleh dilakukan. Jadi sebab itu dan kita kena faham bahawa untuk bangunkan jagung ini bukan sekadar kita ada biji dan kita tebar dan tanam saja. Kita perlu bangunkan apakah hibrid ataupun apakah benih yang sesuai bagi dengan keadaan cuaca kita kerana selama ini yang selalu menghantui bagi penanam- penanam jagung ialah ianya sesuai di tempat yang kering terutama sekali apabila jagung itu masak, ia memerlukan 14 hari terus, tidak ada hujan.
Dalam negara kita selalu dikatakan susah hendak cari 14 hari secara berterusan pada timing yang kita tanam dan kita hendak tuai, tidak ada hujan pada waktu tersebut.
Akan tetapi sudah tentu kalau melalui penyelidikan kita, kita akan dapat menghasilkan variety-variety yang tertentu, yang tahan cuaca, tahan serangan tikus, serangan serangga, soal yang berkaitan dengan keupayaan tanah kita bagi menghasilkan jagung yang baik.
Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Ia akan mengambil masa, kalau setahu saya, program yang lebih besar, kita memerlukan dalam masa dua, atau tiga tahun daripada sekarang.
Akan tetapi rintisan ini merupakan satu perkara yang saya lihat sangat positif sekali dan kalau tanya kita import sebanyak 3 juta metrik tan setahun. Kalau terbaik pun, misalnya di Amerika dianggap yang terbaik, mereka dapat menghasilkan kira-kira 8 tan sehingga 10 tan per hektar. Ertinya kita memerlukan sekurang-kurang 300 ribu hingga 400 ribu hektar tanah untuk memenuhi keperluan import kita. Jadi bagi saya untuk mencari 400 ribu hektar satu perkara yang amat sukar sekali kerana kawasan MADA di Kedah pun, baru 120 ribu hektar. Jadi 400 ribu hektar itu adalah satu kawasan yang sangat luas diperlukan bagi tujuan untuk memenuhi keperluan import kita.
Namun kalau kita dapat menghasilkan kawasan-kawasan luar jelapang kita yang hanya tanam padi setahun sekali, masa yang lain lapan bulan itu yang dibiarkan tidak ada kegunaan tetapi kita tanam jagung, kita ada lebih kurang 130 ribu hektar tanah yang sudah pun rata, yang sudah pun tidak ada hutan dan sebagainya. Ini suatu perkara yang memberangsangkan. Bukan saja dapat mengurangkan import, tetapi kita akan dapat menjana pendapatan dan kekayaan baru dalam negara kita.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya rasa isu yang besar dalam soalan nombor satu ini ialah bagaimana kita telah dapat mengurangkan import makanan haiwan ternakan. Sebab itulah jagung kita bincangkan.
Tapi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, bahan yang ada dalam tangan kita sekarang ini ialah jerami. Di Perlis, Arau, di Kedah, di Kelantan, di Selangor dan juga Pulau Pinang. Tuan Yang di-Pertua, kita bakar jerami ini beribu-ribu tan dan saya dimaklumkan bahawa MARDI telah pun diarahkan untuk buat research bagaimanakah jerami padi ini boleh digunakan untuk makanan haiwan. Saya tengok di Cambodia dan Taiwan, mereka berjaya.
Jadi, adakah Yang Berhormat Menteri berhasrat untuk melihat balik peranan MARDI ini supaya daripada kita bakar begitu saja, I’m sure, saya sudah pasti jerami boleh digunakan untuk makanan haiwan khususnya lembu dan kambing. Apa pendapat Yang Berhormat Menteri dalam hal ini. Terima kasih.
Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani.
Benar, satu perkara yang perlu kita bangunkan ialah satu dasar yang jelas tentang dasar mengenai makanan haiwan kerana ini adalah merupakan satu faktor input yang paling penting untuk membina keupayaan negara dalam menghasilkan protein bagi rakyatnya.
Bagi makanan haiwan sama dengan makanan kita. Sekurang-kurangnya tiga asas yang penting. Kita perlukan karbohidrat, kita memerlukan protein, dan kita memerlukan fiber, serat yang disebutkan.
Jerami itu satu komponen sahaja. Kalau kita jadikan dia silage untuk tujuan serat tetapi yang penting di sini ialah protein. Makanan ayam itu protein. Hendak jadikan dia protein, kita perlukan protein. Jadi protein yang terbaik setakat ini kita lihat kacang soya, jagung dan kita boleh menggunakan PKC daripada kelapa sawit kita. Ini antara perkara yang perlu kita lihat. Sebab itu jagung adalah merupakan aspek yang dianggap sumber protein yang terbaik dan tenaga yang ada pada jagung tersebut untuk tujuan makanan haiwan kita. Jadi jerami hanyalah satu aspek yang diperlukan. Bukannya bagi jerami tidak perlu makan yang lain.
Ada yang saya rasa sukar untuk kita ganti. Misalnya kacang soya, amat sukar sekali. Akan tetapi jagung bijirin yang saya sebutkan tadi adalah merupakan satu sumber yang perlu kita kembangkan, kita lihat, kita kaji dan kita bangunkan dalam negara kita ini.
Terima kasih.
2. Tuan Liew Chin Tong [Kluang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, bila anggaran kos, tempoh membina pembahagi jalan raya di Jalan Batu Pahat di kawasan Parlimen Kluang.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kluang di atas soalan yang dikemukakan.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek menaik taraf Jalan Persekutuan 50 atau FT 50 daripada Batu Pahat ke Ayer Hitam seterusnya ke Kluang termasuk skop membina pusingan U, median-median dan kerja-kerja berkaitan dilaksanakan secara berfasa. Fasa 1- menaik taraf jalan FT 50. Kos projeknya RM331 juta.
Telah disiapkan pada bulan Ogos 2011. Manakala fasa 2 pula, membina pusingan U median laluan Batu Pahat ke Parit Raja sejauh 14 kilometer. Kos projek RM52.5 juta melibatkan 2 kontrak berasingan telah siap pada 2012.
Untuk Fasa 2A pula, iaitu membina pusingan U, median laluan Parit Raja ke Ayer Hitam iaitu sejauh 12 kilometer dan Fasa 3 membina pusingan U, median laluan Ayer Hitam ke Kluang sejauh 26 kilometer. Ia telah dimohon untuk pertimbangan agensi pusat dalam tempoh Rancangan Malaysia Yang Kesebelas ini. Anggaran kos kumulatif terlibat dalam Fasa 2A dan Fasa 3 ialah sebanyak RM80 juta. Pelaksanaan projek ini tertakluk pada kelulusan peruntukan daripada agensi pusat. Sekian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Liew Chin Tong - Kluang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kawasan Parlimen yang terlibat dalam jalan ini termasuk Parlimen Ayer Hitam, Kluang dan Simpang Renggam. Saya ingat 2 tahun yang lalu, Yang Berhormat Menteri Kerja Raya jawab di Parlimen bahawa projek ini akan dilaksanakan bersama dengan persetujuan di antara Yang Berhormat Menteri dengan Ahli Parlimen Ayer Hitam tetapi sampai sekarang, hari ini kami dimaklumkan.
Tuan Liew Chin Tong - Kluang
Kita di maklum bahawa projek ini belum lagi dilaksanakan dan masih lagi dalam pertimbangan. Saya hendak maklumkan Menteri tiap-tiap bulan sekurang-kurangnya satu kemalangan muat di kawasan…
Beberapa Ahli
Maut.
Tuan Liew Chin Tong - Kluang
Maut di kawasan parlimen ini, di jalan raya ini.
Saya hampir kena kemalangan tahun lepas. Nasib baik tidak ada pilihan raya kecil. So, saya minta kementerian teruskan projek ini secepat mungkin dan berikan maklumat bila akan dilaksanakan. Terima kasih.
Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kluang di atas soalan tambahan. Seperti yang saya nyatakan Yang Berhormat ya, keutamaan kementerian di dalam soal pembinaan jalan ini adalah keselamatan pengguna.
Oleh daripada itu, Yang Berhormat Kluang haruslah ketahui bahawa setiap kali Rolling Plan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas. Bermula daripada Rolling Plan yang pertama, kedua dan seterusnya selepas ini, kita meletakkan prioriti pembinaan jalan ataupun naik taraf jalan ini sebagai prioriti kita yang teratas. Begitu juga daripada senarai yang ditunjukkan oleh pihak negeri Johor sendiri telah meletakkan projek ini sebagai keutamaan yang tinggi.
Jadi Yang Berhormat Kluang, seperti yang saya nyatakan awal tadi, kita akan sekali lagi memohon dan seterusnya akan menegaskan mengenai keutamaan bagi pertimbangan agensi pusat bagi Rolling Plan yang seterusnya Yang Berhormat. Itu komitmen kementerian ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya melalui jalan yang saya maksudkan ini apabila hendak balik ke kawasan. Jadinya, sehubungan dengan apa pertanyaan tadi itu saya hendak bertanya juga pada pihak kementerian.
Selain daripada pusingan U Yang Berhormat Menteri nyatakan tadi apakah juga boleh maklumkan, kementerian boleh maklumkan status-status pembinaan jejantas dan juga pembahagi jalan bagi kawasan yang kerap kemalangan di FT50 ini. Terutamanya tadi kalau sampai Ayer Hitam, yang saya maklumkan dari Ayer Hitam sampai ke Simpang Rantai Batu Pahat. Terima kasih.
Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong dia atas soalan tambahan. Seperti jawapan saya pada awalnya Tuan Yang di-Pertua, kita meletakkan keutamaan yang tinggi ke atas keselamatan pengguna jalan raya dan khususnya untuk FT50 ini.
Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin
Sebagaimana yang dibangkitkan Yang Berhormat Parit Sulong mengenai status ya, itu projek pembinaan jejantas. Terutama sekali di bandar Batu Pahat.
Yang Berhormat, saya ingin menyatakan di sini berita baik untuk persekitaran Batu Pahat. Bahawasanya projek binaan jejantas di bandar Batu Pahat telah diluluskan Yang Berhormat ya. Dengan kos projek RM5.5 juta dan skop ini melibatkan pembinaan jejantas sebanyak RM2 juta dan pembinaan median ataupun pembahagi jalan RM3.5 juta.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Parit Sulong juga, tender projek ini telah ditutup, sebenarnya pada hari ini, 24 Oktober 2016. Insya-Allah projek ini dijangka akan dijalankan pada bulan Disember ini, 2016 atau pun seawal Januari 2017. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong.
[Soalan No. 3 - YB. Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad (Mersing) tidak hadir]
4. Tuan Loke Siew Fook [Seremban] minta Perdana Menteri menyatakan, semua projek PRIMA yang sedang dibina di setiap negeri seperti lokasi, jenis rumah dan jumlahnya serta harga setiap jenis dengan keluasannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Seremban.
Walaupun hari Jumaat meninggalkan Majlis tapi hari ini jumpa semula. Pada masa ini sebanyak 90 buah projek PR1MA, yang terdiri daripada 103,615 unit rumah PR1MA di pelbagai lokasi seluruh negara telah memulakan pembinaan. Antara lokasi projek yang telah memulakan pembinaan adalah seperti berikut:
| Bil | Negeri | Jumlah |
|---|---|---|
| 1 | Johor | 5747 |
| 2 | Kedah | 13987 |
| 3 | Melaka | 16860 |
| 4 | Negeri Sembilan | 6468 |
| 5 | Pahang | 7263 |
| 6 | Pulau Pinang | 15005 |
| 7 | Perak | 10282 |
| 8 | Perlis | 1311 |
| 9 | Sabah | 7724 |
| 10 | Sarawak | 4288 |
| 11 | Selangor | 7864 |
| 12 | Terengganu | 350 |
| 13 | Kuala Lumpur | 4797 |
| 14 | Kelantan | 1669 |
Selain daripada itu sebanyak 1,330 unit rumah PRIMA telah berjaya disiapkan.
Seperti berikut:
| Bil | Negeri | Jumlah |
|---|---|---|
| 1 | Putrajaya | 530 |
| 2 | Kuala Ketil | 321 |
| 3 | Sungai Petani 1 | 481 |
Manakala projek-projek selebihnya berada dalam pelbagai fasa pembinaan seperti mana yang telah dijadualkan.
Untuk makluman Yang Berhormat Seremban, kediaman yang disediakan oleh PR1MA adalah disasarkan kepada golongan berpendapatan sederhana dengan pendapatan isi rumah antara RM2,500 sehingga RM10,000 sebulan. Pembangunan PR1MA akan terdiri daripada rumah jenis teres dan strata.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Secara amnya rumah jenis teres yang disediakan PR1MA adalah berukuran dari 850 kaki persegi sehingga 1,600 kaki persegi. Manakala rumah jenis adalah daripada 650 kaki persegi sehingga 1,200 kaki persegi.
Harga rumah PR1MA adalah di antara RM100,000 sehingga RM400,000.
Bergantung kepada jenis, spesifikasi rumah dan juga lokasi. Harga rumah yang ditawarkan ini turut mengambil kira tahap kemampuan pemohon setempat dan secara puratanya 20 peratus lebih rendah berbanding rendah berbanding projek yang mempunyai spesifikasi yang sama dan lokasi yang sama. Yang Berhormat, terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Yang Berhormat Menteri, berapakah projek PRIMA ini yang mengalami kelewatan dari segi penyiapan rumah-rumah ini. Kerana saya difahamkan bahawa ada projek-projek PR1MA ini yang mengalami kelewatan kerana masalah pembayaran kepada subkontraktor oleh main contractor. Adakah ini benar? Kalau ini benar, berapakah projek yang terlibat dan apakah tindakan oleh pihak kerajaan dan juga pihak PRIMA untuk menyelesaikan masalah ini ?
Keduanya, dia kawasan saya, di kawasan Temiang dalam Parlimen Seremban telah beberapa tahun diuar-uarkan oleh pihak kerajaan. Pihak Kerajaan ini Barisan Nasional mengatakan bahawa satu projek PR1MA besar-besaran akan dibangunkan dan akan dijenamakan sebagai Seremban North- Seremban Utara di Kawasan Parlimen saya, di kawasan Temiang. Akan tetapi sudah beberapa tahun ini tak nampak apa-apa hanya dengar khabar sahaja. Pengumuman sudah dilakukan tetapi tak ada apa-apa projek yang dimulakan di kawasan tersebut. Apakah status projek ataupun projek Seremban North ini?
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Ahli yang berhormat bahawa semua projek PR1MA mengikut jadual. Termasuklah soalan yang ditujukan khusus daripada Yang Berhormat Seremban. Walau bagaimanapun, saya terpaksa bagi jawapan bertulis tetapi saya hendak beritahu semua projek PR1MA mengikut jadual. Ini di antara yang terbaik sehingga kini. Sebab kena ingat Yang Berhormat Seremban, saya tidak mahu sebut di Parlimen yang mulia ini. Akan tetapi Yang Berhormat Seremban kena ingat bahawa di Malaysia ini dia ada developer, dipanggil developer nombor satu, nombor dua, nombor tiga, dan sebagainya. Akan tetapi yang nombor satu itu cuba Yang Berhormat Seremban tengok berapa dia siapkan rumah setahun.
Jadi PR1MA telah menyiapkan rumah sepuluh- mungkin lima kali ganda lebih besar daripada yang terbaik tadi. Jadi saya hendak beritahu tidak mungkin PR1MA boleh berbuat demikian kalau ada masalah pembayaran dan sebagainya. Kita mengikut jadual Yang Berhormat. Sekiranya ada kes-kes tertentu yang khusus, Yang Berhormat Seremban boleh merujuk kepada saya. Buat masa sekarang Yang Berhormat Seremban sepatutnya tanya soalan tentang bajet baru-baru ini tetapi Yang Berhormat Seremban tak tanya, saya sudah bersiap siaga untuk menjawab soalan berkenaan. Akan tetapi yang lain-lain saya hendak beritahu, semuanya mengikut jadual dan boleh dikatakan PR1MA adalah yang terbaik di negara ini. Thank you.
Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Adakah Yang Berhormat sedar bahawa pemilihan lokasi pembinaan rumah PR1MA ini, khususnya di Kedah adalah tidak bersesuaian? Umpamanya, tempat yang kurang kemudahan asas di Pendang. Saya membantah sebab kemudahan asas tidak cukup.
Apakah Yang Berhormat bercadang untuk pihak PR1MA ini berunding dengan kami pemimpin tempatan untuk mencari tempat yang sesuai supaya pembeli dapat kemudahan asas yang baik dan PR1MA dapat menjual rumah dengan selesa? Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Yang Berhormat, apabila kita hendak buat rumah, Tuan Yang di-Pertua dan juga doktor-doktor lain yang ramai di sini yang dapat PhD.
baru-baru ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Termasuk Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Ya, Yang Berhormat Parit Sulong. Walau macam mana pun semua, kamu sudah terlewat daripada saya...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Okey, Tuan Yang di-Pertua, apabila kita hendak buat rumah, kita perlukan tanah.
Tanah ini diberi oleh kerajaan negeri ataupun ditunjukkan oleh kerajaan negeri dan kita yang membeli. Jadi, itu masalah besar kita sekarang ini ialah tanah. Akan tetapi hasil daripada bajet yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru- baru ini yang didengarkan oleh seluruh rakyat Malaysia kecuali sekumpulan kecil pembangkang. PAS tidak keluar. Pembangkang yang lain semua keluar. Sebahagian kecil daripada pembangkang yang tidak mendatangkan apa-apa kesan. Mereka ini tidak dengar bajet tetapi hari ini hendak bercakap pasal bajet.
Rakyat Malaysia yang dengar tidak dapat bercakap. Jadi, rakyat Malaysia menangkanlah Barisan Nasional membolehkan kita dengar bajet. Yang Berhormat, kita terpaksa dapatkan tanah daripada kerajaan negeri ataupun daripada swasta yang juga ditunjukkan oleh kerajaan negeri. Akan tetapi permohonan Yang Berhormat untuk membolehkan kita berbincang dengan pemimpin-pemimpin tempatan, maksud Yang Berhormat di sini ialah Ahli Parlimen, no problem Yang Berhormat.
Pada bila-bila masa PR1MA bersedia untuk berbincang dengan Ahli Yang Berhormat berhubung dengan lokasi yang terbaik. Oleh sebab kita bina rumah bukan di sebarang tempat. Rumah ini rumah kos sederhana untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana. Selain daripada kos tersebut, kos tinggi ataupun kos rendah.
Kalau rendah dan tinggi ini Yang Berhormat, sahabat saya di Kementerian Wilayah Persekutuan, itu tugas mereka untuk membina.
Akan tetapi kos sederhana, ini adalah tugas utama kami untuk membolehkan rakyat Malaysia ataupun mereka yang baru bekerja untuk mendapatkan rumah. Jadi Yang Berhormat, jawapannya adalah tidak adalah masalah Yang Berhormat, pada bila-bila masa.
Hari ini pun ada pegawai saya di belakang sana untuk berunding dengan mana-mana Ahli Parlimen yang sudi untuk membuat pembangunan di kawasan masing-masing. Terima kasih.
5. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menyatakan, berapakah jumlah pendapatan eksport industri kayu negara pada tahun 2015, dan sehingga suku ketiga tahun 2016, serta apakah sasaran untuk jangka 5 tahun akan datang dalam meningkatkan lagi jumlah eksport negara dalam sektor ini.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Jerantut, nilai eksport industri kayu negara pada tahun 2015 adalah RM22.14 bilion iaitu peningkatan sebanyak 6.5 peratus, berbanding RM20.79 bilion pada tahun 2014.
Bagi tempoh Januari hingga Julai tahun 2016, nilai eksport adalah RM12.52 bilion.
Peningkatan sebanyak 1.6 peratus, berbanding tempoh sama pada tahun yang sebelumnya. Kementerian menyasarkan nilai eksport industri kayu dalam tempoh lima tahun akan datang menjelang tahun 2020 meningkat ke paras RM25.77 bilion. Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tahniah kepada kementerian dan juga kerajaan di atas usaha untuk mencapai nilai eksport yang tinggi iaitu berjumlah kita difahamkan RM25.77 bilion. Soalan tambahan saya ialah apakah kelebihan yang diterima oleh industri kayu-kayan negara melalui perjanjian Free Trade Agreement (FTA) dan juga Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang mungkin kita akan laksanakan? Jadi, itu sahaja. Terima kasih.
Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Jerantut. Sebenarnya, perjanjian-perjanjian Free Trade Agreement, sekarang ini kita ada 13 Free Trade Agreement dan juga satu yang akhir sekali adalah TPPA. Di dalam perjanjian ini, Malaysia akan dikenakan kosong atau tiada cukai dengan negara-negara yang telah berbincang, berunding, yang telah menandatangani perjanjian TPPA dengan Malaysia.
Untuk pengetahuan Dewan, dengan perjanjian TPPA, Jepun telah bersetuju untuk mengurangkan cukai papan lapis yang dieksport oleh Malaysia ke Jepun.
Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur
Ini adalah satu perkembangan yang amat baik sebab Jepun tidak pernah dan di dalam perjanjian TPPA pun, Jepun tidak mengurangkan sedikit pun cukai kepada negara lain melainkan Malaysia sahaja.
Oleh sebab itu, kita membuat anggaran bahawa dengan berlakunya perjanjian TPPA ini, maka eksport papan lapis Malaysia ke Jepun akan bertambah dengan pesatnya.
Sekian, terima kasih.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Untuk memastikan supaya khazanah alam ini dapat dikekalkan dan juga dapat mengekalkan hasil mahsul komoditi hasil daripada balak ini, persoalan saya ialah berapa peratus kah kejayaan yang telah dicapai oleh kementerian untuk di dalam persoalan menanam semula pokok-pokok yang telah ditebang sama ada ditebang secara legal atau dengan illegal, dengan izin. Minta penjelasan daripada Menteri.
Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur
Terima kasih atas soalan yang baik itu.
Cuma sahaja soalan itu sebenarnya di bawah Kementerian NRE ataupun Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Dahulu memang berhubung dengan hutan ini adalah di bawah Kementerian MPIC tetapi telah dibahagikan kepada NRE. Jadi, saya harap soalan itu bolehlah ditujukan kepada kementerian yang berkenaan. Terima kasih.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Ringkas sahaja. Please.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ringkas pun ia tiga soalan tambahan.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Baru dua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak payahlah Yang Berhormat. Minta maaf Yang Berhormat.
6. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, alasan mengambil alih Projek Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara daripada kerajaan negeri terutama PPR Lembah Subang, Petaling Jaya.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tan Sri Haji Noh bin Omar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Alasan untuk mengambil alih Projek Perumahan Rakyat (PPR) ialah ekoran daripada cadangan penubuhan Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara (PPP) yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Perumahan Negara Siri 3, Bahagian 1, Tahun 2015 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 21 Ogos 2015. Penubuhan Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara (PPP) ini akan membolehkan segala aspek operasi iaitu pelaksanaan, pemantauan dan pembangunan semula program di PPR, diletakkan di bawah satu badan yang khusus bagi meningkatkan lagi kecekapan tadbir urus demi kemudahan dan kesejahteraan penghuni-penghuni PPR.
Kementerian KPKT sedang menggubal akta ini dan dijangka akan dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada tahun hadapan.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tan Sri Haji Noh bin Omar
Mengenai PPR Lembah Subang 1, urusan pengambilan PPR Lembah Subang 1 ini adalah merupakan pilot projek untuk PPR mengambil alih pengurusan PPR di seluruh negara. Untuk makluman Yang Berhormat, satu mesyuarat konsultasi berkaitan tindakan susulan pengambilan semula pengurusan Program Perumahan Rakyat Lembah Subang 1 telah pun diadakan pada 11 Oktober 2015 yang lepas yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk KSU KPKT dan juga dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tan Sri Haji Noh bin Omar
Dalam mesyuarat tersebut, pihak Kerajaan Negeri Selangor secara dasarnya tiada halangan terhadap hasrat KPKT untuk mengambil alih pengurusan PPR Lembah Subang 1 Selangor dengan meletakkan beberapa syarat. Antaranya, kerajaan negeri menuntut supaya Kerajaan Federal melalui KPKT membayar sebanyak RM50.2 juta yang telah dibelanjakan oleh pihak MPPJ bagi tujuan pengurusan dan penyelenggaraan PPR Lembah Subang 1. Terima kasih.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana dilantik sebagai Menteri KPKT tetapi ramai rakyat yang menganggap ini menteri untuk jaga hanya untuk negeri Selangor tetapi bukan seluruh negara...
[Disampuk] Dengarlah.
Secara dasarnya, kerajaan negeri tiada halangan untuk KPKT ambil alih PPR Lembah Subang. Akan tetapi, sebagai contoh, bagaimana untuk Pangsapuri Taman Medan Cahaya di PJ 2 yang diselenggarakan di bawah Suruhanjaya Perumahan Negara Berhad (SPNB), sampai sekarang, sudah 15 tahun masalah lif semua tidak boleh selesai?
So bagaimana PPR Lembah Subang ini selepas diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan ini boleh memastikan penghuni atau penduduk boleh bayar sewa mereka? Tidak banyak.
Sewa sebanyak RM124 sebulan untuk satu rumah tiga bilik. So bagaimana Kerajaan Persekutuan boleh membantu untuk memastikan mereka membayar sewa dan hal seperti flat kos rendah di Pangsapuri Taman Medan Cahaya di bawah Kementerian Kewangan tidak berulang? Terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat ini mungkin tidak ikut perkembangan saya ini. Saya sejak jadi menteri baru 100 hari lebih, saya sudah pergi negeri Melaka, saya sudah pergi Negeri Sembilan, saya sudah pergi Sarawak, saya sudah pergi Sabah, saya sudah pergi ke Kedah, saya sudah pergi ke Pahang.
Selangor ini secara kebetulan ialah negeri di dalam kawasan Lembah Klang yang maju.
Jadi kerana itulah saya dilihat seolah-olah lebih di Selangor. Akan tetapi sebagai menteri yang menjaga seluruh negara, saya sudah pusing dah.
Akan tetapi masalah yang saya dapati sekarang ini, banyak-banyak negeri yang saya pergi ialah masalah di negeri Selangor yang paling teruk sekali. Pengurusan PPR, Yang Berhormat, PPR Lembah Subang 1, kita yang buat. Tanah Federal- tanah Persekutuan, rumah kita buat, serah kepada kerajaan negeri. Itu pun kerajaan negeri tidak boleh nak urus. Keadaannya begitu daif sekali.
Yang Berhormat kata tadi sewa RM124. Saya hendak tolong kira kepada Yang Berhormat. Kalau hendak kira kita serahkan kepada kerajaan negeri, kalau kita ambil kira sudah 14 tahun yang lepas, kalau RM124 sebulan, RM124 kali dengan 3,004 unit, kali dengan 12 bulan, kali dengan 14 tahun. Kemudian kita ada bagi pula RM22 juta pada tahun 2009 melalui MPPJ. Campur semua ini, Yang Berhormat, sepatutnya kutipan yang telah diperoleh oleh kerajaan negeri adalah sebanyak RM84,579,000. RM84 juta. Yang peliknya, kutip sudah dapat RM84 juta, bila hendak serahkan balik kepada KPKT, nak minta KPKT pula bayar lagi RM50 juta...
[Disorak] Yang Berhormat, saya turun di Lembah Subang 1. Amat menyedihkan. Begitu daif sekali. Nasibnya tidak terbela. Kita buat gotong-royong perdana. Malang sekali, kita ikhlas hendak buat gotong-royong perdana tetapi kerajaan negeri menghalang tindakan kita.
Walaupun demikian, saya luluskan RM1 juta untuk Lembah Subang 1.
Saya pergi pula ke Taman Medan Cahaya. Yang Berhormat nyatakan tadi.
Kawasan Yang Berhormat tidak silap saya ini. Saya tidak tahu berapa kali Yang Berhormat turun ke kawasan tersebut. Saya turun dan saya dapati memang menyedihkan. Ini kerana urusan lif, penyelenggaraan ini adalah tanggungjawab kerajaan negeri melalui PBT. Mereka yang kutip cukai. Namun demikian, oleh kerana saya kesian melihat penduduk di sana, saya luluskan lagi RM1 juta pula di kawasan Yang Berhormat untuk memberikan pembelaan kepada penghuni PPR.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Air ada tidak? Air ada tidak situ? Masalah air ada tidak? Air, air.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Kerajaan Negeri Selangor ini ‘bangau oh bangau’ lah.
Kerajaan ‘bangau oh bangau.’ Apa juga salah, hendak tunjuk kepada orang lain. PPR tidak reti urus, salahkan kita.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Air sabotaj tidak?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Air tidak terurus, kata kita sabotaj. Jadi beritahu Menteri Besar, hentikanlah kerajaan bangau oh bangau ini. Terima kasih.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tengok pengurusan semua projek PPR ini tidak lama lagi akan diambil alih oleh Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam atau 3P ini yang mana ini adalah usaha untuk meningkatkan pengurusan PPR dan juga untuk menaik taraf infrastruktur. Jadi saya ingin ucapkan tahniah kepada kerajaan dan kementerian kerana prihatin. Kalau tunggu apa yang kita dengar tadi, Kerajaan Negeri Selangor, takut tidak jadilah. Tinggal bangau oh bangau.
Jadi soalan saya, sebenarnya sejauh manakah desakan atau aduan yang diterima terhadap keperluan untuk meningkatkan pengurusan ini dan apakah sebenarnya masalah pengurusan yang sedang dihadapi oleh PPR ini? Adakah disebabkan kepimpinan yang ada ataupun sikap manusia yang tinggal di situ? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Terima kasih Yang Berhormat. Kita lihat bahawa masalah pengurusan yang ada di PPR daripada segi kutipan sewanya, daripada segi penyelenggaraannya, memang kita akui tidak mencukupi dan kadang-kadang memang pihak pengurusannya tidak mampu untuk mengatasinya. Kerana itulah ia memerlukan bantuan daripada kerajaan. Kalau harapkan JMB sahaja kutip, mustahil mereka yang boleh menguruskan JMB ini kerana kutipannya tidak mencukupi. Kerana itulah kerajaan negeri kena bantu.
Saya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor. Dia telah pun umumkan- memang ada satu dasar Kerajaan Negeri Selangor- untuk membaiki lif. Untuk kos rendah, kerajaan negeri telah memberikan sumbangan 80 peratus tetapi 20 peratus kena disumbangkan oleh JMB, oleh penduduk. Ini dasar apa ini? Kita hendak tolong rakyat, hendak tolong, tolong betul-betul. Ini 80 peratus Kerajaan Negeri Selangor bayar, 20 peratus disumbangkan oleh rakyat. Lif ini seperti jalan. Adakah logik kalau buat jalan di luar bandar, buat jalan katakan RM100,000 tapi RM80,000 kerajaan bantu, RM20,000 rakyat kena keluarkan? Ini dasar yang tidak betul.
Kerana itulah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini telah pun mengumumkan sebanyak RM300 juta untuk kita memberikan bantuan membela nasib mereka yang tinggal di PPR dan juga yang tinggal di rumah-rumah kos rendah. Insya-Allah, dengan RM300 juta ini, kalau kita bantu, kita akan bagi 100 peratus tanpa kita hendak menyusahkan rakyat kerana kita tahu mereka ini memerlukan bantuan...
[Tepuk] Begitulah harapan saya apabila 3P nanti ditubuhkan, maka masalah pengurusan rumah PPR terutamanya akan lebih selesa demi untuk memberikan kesejahteraan hidup kepada penghuni-penghuni di PPR. Terima kasih.
7. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan adakah kementerian bercadang untuk memantapkan lagi mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan terhadap taska-taska milik swasta bagi memastikan kualiti asuhan kanak-kanak sentiasa terjamin.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datin Paduka Chew Mei Fun
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengambil tindakan memantapkan mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan terhadap taska bagi memastikan kualiti asuhan kanak- kanak sentiasa terjamin melalui, pertama, peruntukan perundangan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datin Paduka Chew Mei Fun
Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 telah dibuat pindaan pada tahun 2007.
Antara penambahbaikan yang dibuat semasa pindaan akta termasuk pemantauan dan penguatkuasaan. Pindaan akta telah dibuat dengan:
(a) meningkatkan kadar penalti dan hukuman daripada nilai denda RM1,000 kepada RM10,000 dan menambah hukuman boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya;
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datin Paduka Chew Mei Fun
(b) menambah peruntukan baru semasa pindaan akta iaitu kesalahan yang dibuat oleh pertubuhan, perbadanan, perkongsian atau pertubuhan juga boleh didakwa; dan
(c) usaha juga telah dibuat untuk membuat pindaan kepada Peraturan- peraturan Taska 2012 dengan memasukkan elemen penguatkuasaan dan pemantauan dan kini berada di tahap terakhir.
Kedua, pemeriksaan dan operasi pengesahan taska tidak berdaftar KPWKM menjalankan pemantauan melalui:
(a) menjalankan aktiviti pengesanan ke taska tidak berdaftar sepanjang masa dan memberi peringatan supaya berdaftar dengan JKM;
(b) menjalankan pemeriksaan berkala dan mengejut ke premis taska oleh pegawai diberi kuasa; dan
(c) mengambil tindakan penguatkuasaan seperti di dalam peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 seperti arahan bertulis tutup sementara, batal pendaftaran, kompaun dan menjalankan pendakwaan di mahkamah.
Hasil daripada pengesahan yang dibuat sebanyak 983 taska tidak berdaftar telah dikenal pasti sehingga Ogos 2016. Sehingga 30 September 2016 sebanyak 862 buah taska di seluruh Malaysia telah dilakukan pemeriksaan mengejut. Manakala pemantauan secara berkala bagi setiap taska akan dilakukan sebanyak dua kali setahun. Pemantauan ini dibuat dengan melihat secara menyeluruh tentang pengurusan serta mengukuh kualiti asuhan dan penjagaan di taska.
Selain daripada itu KPWKM juga membuat penilaian akreditasi taska bagi memastikan kualiti asuhan kanak-kanak berada pada tahap yang terbaik dan sentiasa dikawal kualitinya. Penilaian akreditasi taska ini merupakan Key Performance Indicator kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Keluarga dan Masyarakat pada tahun 2016 dengan sasaran sebanyak 600 buah taska dinilai untuk mengukur sama ada kualiti asuhan dan penjagaan kanak-kanak memenuhi standard minimum yang ditetapkan ataupun sebaliknya.
Mengikut statistik JKM sehingga 30 September 2016, sebanyak 862 buah taska telah diaudit di bawah Penilaian Akreditasi Taska 2016 ini. Pencapaian yang melebihi sasaran ini memberi petunjuk bahawa pihak kementerian sangat serius untuk memastikan kualiti asuhan kanak-kanak di taska berada pada tahap yang sangat memuaskan dan menjadi penanda aras kepada pengusaha-pengusaha taska di seluruh Malaysia.
Sebagai kesimpulan KPWKM dari masa ke semasa berusaha memantapkan mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan terhadap taska bagi memastikan kualiti asuhan kanak-kanak sentiasa terjamin. Walau bagaimanapun, usaha berterusan dan kerjasama bersepadu daripada semua pihak iaitu agensi kerajaan dan kerjasama bersepadu daripada semua pihak iaitu agensi sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik dan setiap anggota masyarakat diperlukan bagi memastikan aspek keselamatan pengasuhan yang sesuai mengikut umur, aktiviti yang sesuai dengan perkembangan kognitif, fizikal, emosi dan spiritual kanak-kanak ini dapat dijayakan. Sekian terima kasih.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Saya ucap tahniah kepada kerajaan kerana memberi penekanan yang sewajarnya kepada pendidikan pra sekolah. Asuhan dan pendidikan awalan yang kita tahu anak-anak kita akan menjadi baik. Kita ada sasarkan tahun 2020 ada 13,200 taska dan ini satu perkara yang amat penting.
Saya hendak bertanya kepada kerajaan, adakah kementerian bercadang untuk memperkenalkan modul pembelajaran asuhan kanak-kanak yang seragam dan lebih sistematik dengan menjadikan modul Program PERMATA sebagai panduan untuk diguna pakai ke atas semua tadika swasta yang berdaftar dengan kementerian agar pemantauan dapat dibuat dengan lebih efektif supaya kualiti pendidikan awalan kanak-kanak sentiasa terbaik, terkini dan terjamin.
Datin Paduka Chew Mei Fun
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Kursus Asuhan Permata (KAP) adalah satu kursus yang telah pun ditetapkan dan juga perlu diikuti oleh semua pengasuh-pengasuh tidak kira di taska di rumah, taska di institusi, taska di tempat kerja. Semua perlu mereka mengikuti. Selepas mereka mengikuti kursus ini barulah mereka boleh berdaftar sebagai seorang pengasuh yang berdaftar. Sekian, terima kasih.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin menanyakan soalan berkait dengan nutrisi. Saya sambut baik apa yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi tentang fokus kepada pra sekolah. Kita juga sedar UNICEF menyatakan kadar pulangan bagi sesebuah negara amat tinggi sekiranya kita memperuntukkan bajet yang secukupnya.
Tumpuan saya adalah tentang bajet 2017 di mana bantuan makanan bagi pra sekolah telah jatuh kepada RM92.9 juta sahaja.
Yang Berhormat, saya bangkitkan di sini saya rujuk juga kepada keputusan South East Asia Nutrition Survey di mana bagi anak-anak kita antara enam bulan hingga dua belas tahun. Anak-anak Malaysia ini dari segi kandungan tenaga, protein, kalsium, zat besi, vitamin C dan juga vitamin A semua terkebelakang banding dengan anak-anak Vietnam dan juga Thailand. Ini keputusan oleh mereka. Maka persoalan saya bagaimanakah kementerian memastikan kandungan nutrisi dalam bajet bantuan makanan pra sekolah yang telah turun ini benar-benar menepati untuk memastikan anak-anak kita mendapatkan nutrisi yang terbaik bukan sahaja di Rantau Asia tetapi seluruh dunia. Terima kasih.
Datin Paduka Chew Mei Fun
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai.
Untuk taska mendapatkan berdaftar dengan kerajaan mereka perlu dapat kelulusan dari empat agensi. Pertamanya JKM, keduanya Jabatan Bomba, ketiganya PBT, keempatnya Jabatan Kesihatan. Mengenai masalah nutrisi ini adalah di bawah kuasa Jabatan Kesihatan. Namun begitu, taska atau JKM selalu bekerjasama dengan pihak Jabatan Kesihatan dan kita akan berbincang dan juga kita akan tengok, mengkaji dan macam mana kita boleh memastikan apa yang telah pun peruntukan diberi kepada nutrisi pra sekolah ini dapat dilaksanakan dengan secukupnya. Sekian terima kasih.
8. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan pendirian, mengenai cadangan supaya koperasi tempatan turut diberi peluang untuk menjadi medan dalam penyaluran dan pengedaran beras negara selain daripada BERNAS.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas di atas soalan yang dikemukakan yang berkaitan dengan soal penyaluran dan pengedaran beras bagi negara.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, terdapat lebih daripada 180 koperasi di seluruh negara yang telah pun terlibat dalam rangkaian nilai dalam pengedaran penghasilan beras negara. Misalnya terdapat 46 koperasi yang diberikan lesen borong, lesen kilang padi komersial ada empat koperasi, lesen membeli padi ada 10 koperasi, lesen runcit beras ada 124 koperasi.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Menteri. Maksud soalan saya ialah mengenai kuota yang dipegang hanya oleh BERNAS. Misalnya beras Faiza kalau dia hendak import beras dia terpaksa guna kuota daripada BERNAS juga. Maknanya soalan saya berkait dengan monopoli BERNAS yang menyebabkan petani yang menjual dan juga rakyat yang membeli beras itu terpaksa membeli dengan tanpa ada tawar-menawar harga daripada syarikat yang besar.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Isunya ialah isu monopoli sejak lama apabila BERNAS mengambil alih beras ini sudah hampir 20 tahun. Saya tengok sungutan awam dan juga kajian saya daripada pandangan ilmuwan universiti mendapati bahawa tindakan kerajaan ini adalah tindakan yang tidak menguntungkan rakyat. Jadi soalan saya, sebenarnya apakah halangan pihak kerajaan dalam memikirkan dan melihat langkah-langkah yang lebih baik bagi memastikan bahawa beras dan padi negara tidak lagi dimonopoli oleh pihak BERNAS malah diwujudkan lebih daripada satu badan atau syarikat yang terlibat dengan pengurusan beras negara.
Terima kasih.
Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Sebenarnya dalam soal rantaian nilai dalam negara tidak ada monopoli. Petani misalnya bebas untuk menghantar beras mereka untuk diproses oleh sesiapa pun untuk kilang. Kilang yang berkaitan dengan BERNAS sehingga sekarang ini kurang daripada 30 peratus sedangkan kilang-kilang swasta ada. Isu yang besarnya ialah kerana berdasarkan kepada keupayaan kilang-kilang swasta yang ada sekarang untuk bersaing kerana ia memerlukan satu business model yang benar-benar competitive. Sebagai contohnya, apabila dinaikkan harga padi kepada RM1,200 yang perlu dibayar oleh pengilang kepada petani. Sekiranya terdapat kelemahan dari segi mutu padi tersebut dan pengilang merasakan ianya satu bebanan untuk mereka menjual pada tahap yang berkenaan dan ini seperti di Kelantan, kita sedar bahawa banyak kilang terpaksa ditutup akibat dengan kenaikan harga padi ini. Saya faham tentang soal itu.
Berkaitan dengan import, benar saya akui bahawa sekarang ini terdapatnya dasar yang dipersetujui sebelum ini bahawa perlunya ada kawalan dari segi siapakah yang boleh mengimport, tidak ada kebebasan, siapa pun boleh mengimport. Akan tetapi apa yang dipertanggungjawabkan kepada BERNAS sebagai timbal balas daripada kuasa untuk mengimport kepada satu badan sahaja ataupun satu syarikat sahaja BERNAS ini ialah tanggungjawab-tanggungjawab yang perlu diambil oleh BERNAS. Misalnya untuk menguruskan stockpile negara, stockpile beras yang ada pada negara bagi menjamin keselamatan makanan kita.
Di samping ada tanggungjawab lain, termasuk juga tanggungjawab untuk menjadi pembeli yang terakhir. Ertinya terdapat pengeluar-pengeluar padi ataupun petani-petani, sekiranya mereka bawa beras ataupun padi yang mereka hasilkan itu kepada kilang-kilang swasta, kemungkinan berlaku bahawa mutu padi mereka itu tidak baik dan kilang swasta berhak untuk tidak mengambilnya. Akan tetapi tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada BERNAS, BERNAS mesti mengambil beras tersebut. Jadi ertinya, sekiranya diberikan kebebasan kepada syarikat-syarikat lain misalnya untuk mengimport, apakah syarikat-syarikat ini bersedia untuk mengambil tanggungjawab yang sama.
Jadi ini juga perkara yang perlu dilihat. Mereka mesti membeli padi-padi yang dihasilkan oleh petani walaupun hasilnya tidak begitu baik dan dianggap bahawa tidak banyak yang bersedia untuk berbuat demikian. Ini kerana sekarang ini dikatakan memang kecenderungan ramai orang yang ingin mengimport kerana harga beras dunia murah, harga beras di luar sana, harga beras Siam lebih murah daripada harga yang dihasilkan oleh padi kita. Ramai yang kata terutama di Kelantan, beras Siam lebih sedap tapi murah di sana, sebab itu berlaku penyeludupan dan sebagainya tetapi nak import tidak boleh.
Ini berlaku sekarang waktu harga beras dunia murah. Akan tetapi bayangkan sekiranya berlaku harga beras mahal, ini berlaku tahun 2008, harga beras di luar lebih mahal daripada harga beras kita. Mereka tidak boleh jual dengan harga yang terkawal dan sebagainya dan mungkin mereka tidak akan mengimport. Siapa pula yang akan mengambil tanggungjawab yang disebutkan tadi, menjaga stok pengimbal, menjaga stockpile kita dan menjaga tanggungjawab untuk membeli sebagai pembeli terakhir kepada petani dan sebagainya. Jadi ini antara perkara yang perlu kita imbangi dan kita bersedia untuk melihat perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Berkenaan dengan stockpile tadi, saya dimaklumkan bahawa stockpile beras negara ini kalau dulu BERNAS menyimpan stockpile negara sehingga 250,000 tan. Kemudian dimaklumkan hari ini stockpile itu telah berkurang sebanyak 92,000 tan. Jadi persoalannya, adakah peranan BERNAS ini yang menjaga stockpile negara ini ataupun berkaitan dengan beras ini, adakah ia benar-benar boleh mencukupi sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi.
Saya kira tadi berkenaan dengan monopoli daripada BERNAS ini, cadangan daripada Yang Berhormat Pasir Mas tadi supaya beberapa syarikat lain perlu diberikan ruang untuk mereka mendapat peluang bagi mengatasi monopoli BERNAS ini. Saya harap pihak kementerian dapat mempertimbangkan semula kerana saya yakin ada beberapa lagi GLC-GLC kerajaan yang sebenarnya boleh juga membantu bagi memastikan monopoli beras ini tidak hanya tertumpu pada pihak BERNAS.
Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Terima kasih Yang Berhormat Sekijang di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Pihak kerajaan melihat tentang keperluan, berapakah jumlah yang perlu kita simpan dalam stockpile kita kerana ada kosnya dalam tanggungjawab menguruskan stockpile. Kita melihat pelbagai faktor misalnya stockpile yang disebutkan jumlah tadi adalah keputusan yang dibuat apabila berlaku krisis makanan dunia dalam tahun 2008. Pada waktu itu kita memerlukan yang besar kerana kita bimbang harga akan terus naik dan kemungkinan negara-negara jiran yang menjadi negara tradisi kita mengimport beras mereka seperti Thailand, Vietnam pada waktu itu memutuskan untuk tidak mengeksport. Jadi kita perlukan stockpile yang besar pada ketika tersebut dan berlakunya apa yang disebutkan teknik buying negara-negara seperti Philippines dan sebagainya untuk membeli beras kita.
Akan tetapi keadaan sekarang ini agak berbeza, beras berlaku lambakan dalam pasaran dunia misalnya saya difahamkan di Thailand sahaja ada lebih kurang 11 juta simpanan beras yang tidak terjual, 11 juta metrik tan. Begitu juga kita hanya memerlukan import kurang daripada satu juta metrik tan. Negara seperti Pakistan misalnya, mereka mengeluarkan tujuh juta metrik tan setahun. Rakyat mereka hanya pakai tiga juta metrik tan hingga empat juta metrik tan. Ada lebihan lebih kurang empat juta metrik tan, berlaku lebihan.
Jadi kita melihat apa yang berlaku dalam keseluruhan bekalan beras dunia. Kalau berlaku lambakan yang besar dalam dunia, kita tidak perlu menyimpan stockpile yang besar. Jadi sebab itu kita akan melihat setiap tiga bulan, empat bulan, kita akan melihat tentang perkembangan bekalan beras dunia untuk kita melihat apakah kita perlu menambah stockpile kita atau sebaliknya.
Kembali kepada soalan tadi, kita sedia untuk melihat dan mempertimbangkan dari segi aspek apa yang dimaksudkan tadi. Apakah kita akan masuk pada satu peringkat untuk membuat, menggubal ataupun melakarkan satu dasar yang bersifat laissez-faire. Siapa nak import, importlah. Siapa nak bawa ke sini, ke sinilah. Jadi kebimbangan kita, kalau beras ini tidak dikawal, sekiranya berlaku sekarang ini mudah kita kata kerana beras luar murah, lebih murah daripada beras kita, semua orang nak bawa. Katakanlah kita laissez-faire lagi, kita rasa kebebasan, juallah dengan harga yang murah. Kemungkinan petani-petani kita akan berhadapan dengan masalah di mana tidak ada orang hendak makan beras kita kerana dia kata makan beras Siam lebih murah. Apakah kita bersedia untuk berhadapan dengan satu ketika bahawa beras yang dihasilkan oleh petani kita tidak boleh dipasarkan kerana kita memberikan kebebasan. Jadi aspek melindungi petani itu perlu dilihat.
Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Keduanya yang sebagaimana saya sebutkan tadi, sekiranya petani kita dia sudah tanam padi dan hasil yang dikeluarkannya tidak berapa menarik bagi pengilang-pengilang untuk membelinya, jadi apakah kita biarkan, biarlah lambakan begitu sahaja? Sebab itu kita memerlukan ada pihak yang kita boleh paksa dan kita boleh kawal. Kita katakan, kamu yang telah diberikan suatu kelebihan untuk diberikan hanya kamu yang boleh mengimport, kamu dapat untung di sini tetapi kamu mesti bersedia untuk rugi di tempat-tempat yang tertentu termasuk menjadi pembeli terakhir setelah petani dia pergi kilang ‘A’, kilang ‘A’ tidak mahu beli, kilang ‘B’ tidak mahu beli dan kilang ‘C’ tidak mahu beli, kamu wajib untuk mengambilnya.
Dalam dunia yang begini bersaing misalnya berlaku di Kelantan, dulu ada 16 kilang selepas itu tinggal enam, selepas itu akhirnya tidak ada. Akan tetapi kita kata BERNAS kamu wajib di sana, terimalah beras ini walaupun dikatakan beras kualiti di sana ada yang bagus dan ada yang kurang baik, tetapi kamu wajib kena beli. Jadi apakah kita bersedia satu keadaan tidak ada, tidak adalah. Petani tidak ada orang hendak beli, tidak adalah. Kita belum bersedia ke tahap di mana kita bebas biarkan petani kita tidak ada orang hendak beli beras mereka kerana untuk kepentingan pengguna, biar ambil beras dari luar, import.
Pakistan cukup gembira kerana mereka ada lambakan yang perlu sampai ke mari.
Thailand cukup gembira kerana ada lambakan 11 juta metrik tan yang tidak terjual sekarang ini dan kadang kalanya beras yang kurang baik pun datang ke mari kerana murah. Jadi ini pilihan yang terpaksa kita buat kerana kalau kita lihat banyak negara seperti Indonesia, Vietnam pun dia ada syarikat-syarikat tertentu yang diberikan monopoli bagi tujuan untuk kawalan. Jadi, ini juga pilihan yang kita bersedia untuk melihatnya. Terima kasih.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua…
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
…Boleh soalan tambahan? Ini fasal penting, ini fasal soal beras. Jawapan yang diberikan oleh Menteri…
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Cukuplah, panjang lebar jawapan yang diberikan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Jawapan dia panjang lebar, tetapi jawapan dia tidak tepat kerana ada kaedah lain…
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ini benda penting Tuan Yang di- Pertua, untuk petani…
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Saya tahu, saya tahu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
…Untuk pesawah. Saya hendak cakap tentang basic...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Akan tetapi saya hadkan dua soalan tambahan sahaja. Sudah cukup ya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Bolehlah tambah satu lagi Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Saya jemput Yang Berhormat Tuan Khoo Soo Seang.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ada kaedah lain Tuan Yang di- Pertua. Dia tidak cerita habis, dia kena cerita habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Itu pun hendak soal Yang Berhormat? Hendak soal jugakah?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sudah, sudah.
Sudah panggil Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Bolehlah Tuan Yang di-Pertua. Ini penting ini. Cara jawab macam itu sahajalah pilihan…
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua…
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ada pilihan lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak apalah Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang mementingkan rakyat, pilihan lain, kaedah lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sudah.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya dengar banyak jawapan berkenaan dengan beras, jadi izinkan saya berpantun sedikit berkenaan dengan beras.
Hasil banyak beras kerja sangat jelas, Soalan Tebrau pagi ini nombor 11.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, ya.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Sorry, sorry nombor 9.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Nombor 9 Yang Berhormat.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Saya silap, sorry [Ketawa]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kena tukar pantun ini [Ketawa]
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Soalan tidak sah. Soalan itu tidak sah, pantun tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat Menteri jawab soalan nombor 9 ya.
9. Tuan Khoo Soo Seang [Tebrau] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah usaha kerajaan untuk memberi perlindungan kepada anggota-anggota barisan depan pasukan pelaksanaan undang-undang negara seperti askar, polis, kastam dan renjer.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Saya jawab nombor 9 Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa prihatin terhadap kesejahteraan penjawat awam. Dalam hal ini, kerajaan telah menyediakan beberapa kemudahan bagi membantu anggota-anggota perkhidmatan awam termasuk pasukan polis, kastam dan renjer sekiranya mereka mendapat musibah ketika bertugasnya.
Antaranya adalah pencen hilang upaya. Pencen hilang upaya merupakan faedah tambahan yang diberikan kepada seorang anggota kerajaan yang dikehendaki bersara atau atas sebab-sebab kesihatan akibat daripada kecederaan ataupun penyakit yang bukan disebabkan oleh kecuaian atau salah laku anggota tersebut.
Keduanya adalah pencen tanggungan. Pencen tanggungan merupakan satu faedah persaraan tambahan yang diberi kepada orang-orang tanggungan, pesara atau anggota yang telah meninggal dunia akibat daripada kecederaan yang dialami semasa menjalankan tugas-tugas rasmi atau penyakit yang dihidapi atau kemalangan dalam perjalanan.
Ketiga pula ex-gratia bencana. Anggota perkhidmatan awam dan keluarga tanggungan juga layak dipertimbangkan untuk diberi ex-gratia bencana seperti yang diperuntukkan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7, Tahun 2001 (WP 6.3) Skim Ex- Gratia Bencana Kerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Faedah yang diberi di bawah skim ini khusus untuk bencana kerja yang mengakibatkan kematian atau hilang upaya (HUK) sahaja. Terima kasih.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya yang saya hendak tanya bukan sahaja daripada segi gaji, pendapatan dan sebagainya, bahkan pada Disember pada tahun lepas saya dijemput oleh Freeland untuk menghadiri Field Mission and Networking Dialogue- Conservation Enforcement. Bersama-sama di dalam kursus itu saya dapati ada rangers daripada negara-negara AIPA termasuk Malaysia.
Saya dapati bahawa tugas mereka memang menghadapi risiko yang tinggi.
Jadi soalan saya ialah sebenarnya semasa field trip itu saya nampak mereka ada peta yang mereka boleh nampak di mana poacher, di mana ada binatang dan sebagainya.
Jadi jikalau begitu, mereka lebih selamat. Kalau tidak ada, mungkin poacher mempunyai alat yang lebih canggih daripada mereka. Jadi soalan tambahan saya ialah, adakah kerajaan kita sediakan mereka dengan alat-alat dan juga software dan hardware yang lebih canggih daripada poacher. Sekian, terima kasih.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya ialah berkenaan dengan perlindungan kepada anggota barisan depan. Jadi saya tidak dapat memberi jawapan sekarang dan saya akan memberi pada Yang Berhormat Tebrau jawapan secara bertulis berkenaan dengan yang disebut menyediakan alat untuk poachers ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya berpandangan bahawa apabila kita memperkatakan tentang perlindungan kepada anggota-anggota keselamatan kita, ia bukan sahaja perlindungan semasa kerja ataupun dalam keadaan kemalangan-kemalangan yang berlaku semasa bertugas dan sebagainya, tetapi juga ia merangkumi selepas mereka menamatkan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan kerajaan.
Baru-baru ini ada satu NGO yang bernama Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia ataupun ringkasnya PAHLAWAN. Mereka telah mengadakan suatu siri jelajah ataupun road show ke seluruh negara untuk menyatakan hasrat mereka dan juga mengemukakan rayuan supaya kerajaan kita mempertimbangkan masalah kehidupan mereka selepas mereka bersara. Sebagai contohnya Tuan Yang di-Pertua, di dalam negara kita ini pesara-pesara tentera, mereka ini dianggap sebagai “miskin bandar” di bandar- bandar kecil dianggap “miskin tegar” di bandar-bandar besar dengan pendapatan ataupun pencen yang mereka terima yang tidak berpadanan untuk menampung keperluan kehidupan mereka sehari-hari.
Apa yang lebih ketara lagi, mereka yang dianggap sebagai veteran perang, anggota keselamatan yang telah bertugas tahun 50-an, 60-an dan 70-an. Apabila mereka bersara daripada perkhidmatan tentera sebagai contohnya, pencen mereka ini jauh lebih rendah daripada anggota tentera yang baru bertugas tahun 80-an ataupun 90-an. Bila bersara, pencen mereka yang baru ini lebih tinggi daripada anggota tentera yang berjasa banyak kepada negara kita. Jadi soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk mempertimbangkan suatu insentif khas ataupun kadar yang lebih munasabah kepada anggota keselamatan kita ini demi untuk menjamin kehidupan mereka. Terima kasih.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu.
Sebenarnya setakat ini saya diberikan maklumat bahawa Skim Perlindungan Takaful Kelompok ATM yang dibayar sendiri oleh anggota ATM secara wajib terdiri daripada anggota angkatan tentera melalui Koperasi Tentera ada menyediakan skim perlindungan kematian dan kemalangan diri yang menyebabkan kecacatan kekal di mana anggota tentera tersebut membayar premium melalui potongan gaji. Skim ini dilindungi oleh Great Eastern Takaful Berhad di mana Koperasi Tentera memegang 30 peratus saham. Kadar bayaran premium terendah iaitu RM4.50 untuk perlindungan bernilai RM15,000.
Pada masa ini, seramai 136,608 anggota tentera dan bekas tentera menyertai skim ini dengan perlindungan purata sebanyak RM75,000. Skim ini melindungi peserta dari mula borang penyertaan diterima semasa anggota berada di pusat latihan rekrut sehingga umur 65 tahun jika masih terus membayar premium. Dari tahun 2013 hingga 7 Oktober 2016, seramai 2,579 anggota dan warisnya telah menerima pampasan bernilai RM72 juta.
Terima kasih.
10. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [Ampang] minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah tindakan pihak kementerian untuk mengatasi isu buli yang semakin dahsyat kini viral di media sosial.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Chong Sin Woon
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia memandang serius perbuatan buli yang berlaku di sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan buku panduan pengurusan menangani buli di semua sekolah untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada warga sekolah tentang perlakuan buli dan kesannya. Melalui buku panduan tersebut, warga sekolah dapat memahami serta menghayati peranan dan fungsi masing- masing dalam melaksanakan strategi dan tindakan yang tepat di peringkat sekolah untuk mengatasi gejala buli.
KPM juga menyediakan garis panduan menangani buli melalui pembudayaan amalan penyayang dalam kalangan murid di sekolah dan asrama dengan hasrat agar murid-murid menterjemahkan sikap penyayang dan saling hormat-menghormati sebagai budaya dalam perhubungan seharian murid di sekolah dan asrama.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Chong Sin Woon
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia melaksanakan program CyberSAFE in Schools yang bertujuan untuk mendidik serta mempertingkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid mengenai isu-isu teknologi dan sosial termasuk viral kes buli yang disebarkan oleh para pengguna internet terutamanya mengenai bahaya semasa berada atas talian dan kepentingan dan kebertanggungjawaban tentang dunia siber. Sekian, terima kasih.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi jawapan Menteri adalah menyentuh daripada aspek melatih atau membuat program-program untuk penuntut. Saya cuma ingin bertanya kepada Menteri, saya mendapat feedback atau maklum balas daripada kalangan guru dan juga murid-murid sekolah bahawa guru-guru yang ada di sekolah sekarang seolah-olah tidak mempunyai kuasa, tidak mempunyai say dengan izin, ataupun untuk mengambil tindakan terhadap anak-anak atau kanak-kanak yang membuat kerja-kerja buli ini. Walaupun kementerian baru-baru ini saya dengar akan melaksanakan gantung atau menggantung anak-anak ini setahun dari sekolah tetapi apakah program-program yang hendak dilaksanakan waktu digantung, itu satu.
Keduanya, tidakkah kementerian cuba memikirkan bagaimana untuk memperkasakan peranan guru dan diberikan kuasa yang lebih besar sedikit untuk membendung gejala buli yang saya lihat seolah-olah guru-guru ini tidak diberikan kepercayaan untuk mengambil tindakan kepada anak-anak atau kanak-kanak yang melakukan kerja-kerja membuli dan mereka seolah-olah samseng sampai mereka berani untuk mengugut guru dan sebagainya. Jadi saya rasa satu program yang khas ataupun yang boleh kita memberikan review kepada guru-guru disiplin tentang skop kuasa mereka untuk membendung gejala buli ini. Terima kasih.
Tuan Chong Sin Woon
Terima kasih kepada soalan tambahan daripada Yang Berhormat Ampang. Berkenaan dengan cadangan gantung satu tahun itu masih dibincangkan di dalam peringkat kementerian. Berkenaan dengan peranan yang diberikan kepada guru, memang mengikut pekeliling, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8 tahun 2010, Garis Panduan Mencegah dan Menangani Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid Di Sekolah memperuntukkan kuasa kepada pihak sekolah termasuk pengetua, guru besar, guru disiplin untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam gejala buli.
Antara tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh pihak sekolah termasuklah:
(i) memberikan amaran keras iaitu murid dan ibu bapa perlu menandatangani surat aku janji tidak mengulangi perbuatan tersebut, atau;
(ii) mereka dilarang untuk menggunakan kemudahan di sekolah atau di asrama, atau;
(iii) dikenakan hukuman rotan tidak melebih tiga kali, atau;
(iv) gantung sekolah yang mana tempohnya tidak melebih 14 hari, atau;
(v) dikenakan hukuman buang sekolah bagi kes-kes yang serius yang melibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.
Maka melalui surat pekeliling itu, kita memberikan kuasa kepada guru, kepada guru besar dan pengetua untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat. Sekian, terima kasih.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, saya mengucapkan tahniahlah kepada pihak kementerian atas usaha-usaha yang dilaksanakan untuk membantu mengawal gejala buli di sekolah-sekolah. Persoalan saya ialah, bagaimanakah kita mengukur untuk memastikan kes-kes buli ini tidak dilindungi oleh pihak sekolah sendiri kerana terdapat beberapa kejadian bila ada kes buli berlaku, ibu bapa pergi ke sekolah, guru-guru sendiri memohon terutama sekali pihak guru besar supaya kes ini tidak diperbesarkan dan apakah tindakan kementerian hari ini bagi kes yang hebah diperkatakan, diviralkan di dalam Facebook baru- baru ini iaitu kes yang berlaku di Kuala Kangsar semasa anak-anak menjalani latihan.
Apakah tindakan kementerian? Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Chong Sin Woon
Terima kasih soalan tambahan Yang Berhormat Pasir Gudang. Pada zaman seperti hari ini yang dengan kemudahan internet dan WhatsApp, sukar untuk mana-mana sekolah untuk melindungi apa-apa kes buli yang berlaku di sekolah. Sekiranya memang wujud ada kes yang dikatakan seperti meminta supaya ibu bapa tidak membongkarkan itu, pihak ibu bapa ataupun pelajar boleh melaporkan perkara ini kepada pejabat pendidikan daerah sebab sebarang aduan yang diberikan kepada PPD, PPD akan mengambil tindakan untuk menyiasat di sekolah dan kita memang mempunyai saluran-saluran aduan yang terbuka kepada orang ramai untuk mereka melaporkan.
Sekiranya kes yang lebih serius terlibat, kadang-kadang ibu bapa akan melakukan laporan polis dan perkara itu memang akan diambil tindakan oleh KPM dan PPD khususnya terhadap mana-mana sekolah yang cuba untuk melindungi perkara ini daripada diberitahu.
Sekian, terima kasih.
11. Datuk Jumat bin Haji Idris [Sepanggar] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, apakah perancangan kementerian untuk memperluaskan jaringan Internet meliputi kawasan-kawasan tanah tinggi seperti di Inanam.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Jailani bin Johari
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sepanggar menanyakan soalan.
Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ataupun SKMM telah dan sedang melaksanakan pelbagai projek berkaitan dengan peluasan jaringan internet sama ada ianya di bawah Program Perkhidmatan Sejagat ataupun USP, dengan izin, termasuklah program dengan pihak swasta yang melibatkan penaiktarafan perkhidmatan jalur lebar termasuk peluasan jalur lebar talian tetap yang meliputi projek jalur lebar berkelajuan tinggi fasa satu ataupun, dengan izin, high speed broadband one. Jalur lebar berkelajuan tinggi fasa dua ataupun, dengan izin, high speed broadband two yang melibatkan bandar-bandar utama dan juga pelaksanaan jalur lebar mudah alih yang tertumpu di kawasan luar bandar.
Setakat suku kedua tahun 2016, kadar penembusan jalur lebar isi rumah di Malaysia ialah 76.8 peratus. Walau bagaimanapun, masih terdapat negeri-negeri yang penembusan jalur lebarnya adalah di bawah 55 peratus dan di sini seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu pembentangan Bajet 2017 baru-baru ini, pihak kerajaan akan menyediakan peruntukan sejumlah RM1 bilion supaya liputan dan kualiti jalur lebar mencapai 20 megabit per second, dengan izin, di seluruh negara.
Untuk makluman Yang Berhormat Sepanggar, di Parlimen Sepanggar sahaja sebanyak 3,912 sambungan port yang melibatkan penaiktarafan satu ibu sawat telah pun disiapkan dan dilaksanakan di bawah projek High Speed Broadband 1 manakala tambahan sebanyak 6,584 lagi sambungan port telah tersedia di bawah projek High Speed Broadband 2.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Jailani bin Johari
Kedua-dua projek ini telah berupaya menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi sehingga 100 megabit per second. Di bawah projek peluasan liputan cellular dan juga jalur lebar mudah alih pula, sebanyak 18 buah lokasi telah dinaiktarafkan bagi penyediaan perkhidmatan jalur lebar mudah alih 3G di Parlimen Sepanggar di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat.
Bagi kawasan Inanam, sebanyak 6,584 sambungan port telah tersedia di bawah Projek High Speed Broadband 1 dan High Speed Broadband 2 manakala sebanyak 49 struktur komunikasi telah tersedia yang dapat memberi liputan jalur lebar mudah alih di kawasan berkenaan. Dengan terlaksananya inisiatif ini, capaian untuk jaringan internet dapat dipertingkatkan sekali gus memanfaatkan penduduk setempat yang tinggal di Parlimen Sepanggar yang meliputi kawasan-kawasan tanah tinggi seperti di Inanam.
Terima kasih.
Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, bila agaknya peluasan jaringan internet ini akan berlaku sepenuhnya kerana pada masa ini, di samping penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, masih terdapat lagi kawasan-kawasan di mana capaian internet ini langsung tidak boleh digunakan. Terima kasih.
Dato’ Jailani bin Johari
Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Seperti yang saya maklumkan tadi, kalau kita lihat pada awalan tahun 2010 apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan Projek High Speed Broadband yang pertama kalinya, kadar penetrasi pada ketika itu ialah 55.6 peratus dan seperti yang saya berkongsi tadi, setakat kini, pada suku tahun kedua, kita telah mencapai 76.8 peratus. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa buah negeri yang masih ketinggalan di bawah 55 peratus.
Di sini seperti yang saya umumkan, dengan bajet yang diperuntukkan sejumlah RM1 bilion, insya-Allah, beberapa buah kawasan lagi akan diliputi dengan program-program, sama ada Program Pembangunan Sejagat atau pun program di bawah pihak swasta kerana di sini kita dapati bahawa pihak kementerian oleh SKMM, seboleh-bolehnya kita ingin di setiap kawasan di Malaysia ini diliputi dengan kadar keupayaan internet yang sesuai. Terima kasih.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Seremban.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 79. Saya berdiri di atas kapasiti saya sebagai Ahli Jawatankuasa Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Peraturan mesyuarat?
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Peraturan Mesyuarat 79. Jawatankuasa Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Pada hari Jumaat yang lepas, Tuan Yang di- Pertua, kita lihat ada satu kemudahan baru dalam Dewan yang mulia ini. Ada dua buah LED yang besar dalam Dewan ini tetapi hari ini sudah tidak ada. Saya hendak tanya, adakah ini satu kemudahan baru dalam Dewan yang mulia ini? Yang Amat Berhormat Pekan semasa membentangkan belanjawan ada menggunakan PowerPoint, menggunakan LED yang besar ini. Jadi saya hendak tanya, adakah kemudahan ini dilanjutkan kepada semua Ahli Parlimen? Saya yakin Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Bagan dan mungkin Yang Berhormat Permatang Pauh pun hendak guna PowerPoint dalam perbahasan mereka...
[Tepuk] Jadi saya hendak tanya, adakah kemudahan itu diberikan kepada semua Ahli Parlimen? Kalau tidak, mengapa tidak? Kali ini saya tengok, LED sudah tidak ada. Sudah pergi mana? Mana LED, Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih. Sila bagi ruling.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, 79 seperti yang diquote oleh Yang Berhormat, saya Jawatankuasa Dewan…
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Jawatankuasa Dewan berkenaan dengan… [Suara rakaman kurang jelas]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Apa pun yang berlaku dalam Dewan ini, sama ada untuk mengambil gambar, untuk mengizinkan dalam penggunaan bahasa Inggeris dan sebagainya mesti diizinkan oleh Yang di-Pertua Dewan.
Saya yakin, apa juga peralatan yang digunakan pada hari penyampaian bajet itu mendapat restu daripada Tuan Yang di-Pertua Dewan.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mempersoalkan bahawa itu tidak mendapat kebenaran daripada Tuan Yang di-Pertua cuma kalau itu satu kemudahan baru, kemudahan itu sepatutnya diberikan kepada semua Ahli Parlimen. Sebab saya, kita mengalu-alukan. Kita mengalu-alukan bahawa kalau pihak kerajaan menggunakan LED, menggunakan PowerPoint untuk presentation lebih mudah cuma lain kali janganlah pakai lambang logo parti dalam presentation Dewan Rakyat ini.
Kita nampak dacing yang besar itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Jadi saya minta kalau kemudahan itu ada, apakah kemudahan itu dilanjutkan kepada semua Ahli Parlimen?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Saya sudah jawab, Yang Berhormat. Saya yakin ia mendapat keizinan daripada Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Saya tahu mendapat izin, cuma persoalannya, adakah kemudahan itu diberikan kepada semua? Kalau tidak, mengapa…
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
It goes the same.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
It seems…
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Kalau Yang Berhormat hendak guna, minta izin. Itu sahaja.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Itu LED sudah hilang, hendak pakai macam mana? LED sudah hilang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sudahlah Yang Berhormat...
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Adakah itu satu pembelian baru dalam Parlimen atau pun sewa? Kita tidak tahu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Akan tetapi…
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Sebab saya yakin perbahasan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, oleh Yang Berhormat Gombak, oleh Yang Berhormat Bagan, oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara nanti dia hendak pakai PowerPoint.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Saya diminta sebab saya Whip, saya diminta oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara untuk tanya sebab dia hendak pakai PowerPoint. Dia hendak pakai LED untuk tunjuk itu 1MDB dan baca mana debit dan sebagainya. Jadi boleh tak...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh raise the matter ketika Speaker nanti masuk selepas ini. Bagi saya itu jawapan yang saya tahu, Yang Berhormat. Ya?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 14(1) dan dibaca bersama 43.
Tuan Yang di-Pertua, ini berkaitan dengan keputusan atau pun telah keluar dalam Hansard bertarikh 17 Oktober 2016. Tuan Yang di-Pertua, pada 17 Oktober, Tuan Yang di- Pertua telah membuat keputusan dalam mana saya dan beliau baca daripada Hansard, membuat keputusan seperti berikut. Ini berkaitan dengan jawapan-jawapan kepada isu Department of Justice dan 1MDB.
Izinkan saya dengan segala hormatnya rujuk kepada Hansard dinyatakan seperti berikut Tuan Yang di-Pertua, “Saya mendapati beberapa soalan dalam pertanyaan jawapan lisan bertulis serta usul yang telah dikemukakan bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat kali ini berkaitan dengan satu isu yang akan menjadi kegemaran Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu isu tindakan sivil in rem oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat atau singkatannya DOJ.” Seterusnya Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana, memutuskan, “Jadi untuk itu, saya setelah meneliti isi kandungan pertanyaan-pertanyaan tersebut, saya mendapati ia perkara yang masih dalam tindakan mahkamah atau pun sub judice, oleh itu Menteri yang berkenaan tidak perlu jawab kepada perkara-perkara tersebut.” Jadi Tuan Yang di-Pertua, cukup jelas bahawa jawapan yang diberikan pada 17 Oktober itu menjurus kepada soalan-soalan bertulis yang ditanya. It is there. Isi kandungan pertanyaan- pertanyaan tersebut, “Saya dapati perkara masih dalam pertimbangan, oleh itu sub judice dan Menteri tidak perlu jawab kepada perkara tersebut”. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, dalam satu sidang media kepada pemberita- pemberita pada 20 Oktober, Tuan Yang di-Pertua nampaknya- saya petik apa yang disebut dalam Malaysiakini. Ini apa yang dikatakan, “Even if no one from Malaysia is called to testify in the trial in America, they can quote what is being said in Malaysian Parliament in order to influence the trial in America.” Then, quote Tuan Yang di-Pertua, “This is why I did not allow the debate”. Beza, debate. Pertanyaan-pertanyaan lisan, itu satu. Keputusan dibuat dan saya telah masukkan usul. Akan tetapi apa yang Tuan Yang di-Pertua kata di luar Dewan, dipetik seperti berikut, “Did not allow the debate”. Jadi, saya hendak minta penjelasan kerana debate itu mula hari ini. Saya hendak tahu apa kedudukan dalam perkara tersebut. Bolehkah Tuan Yang di-Pertua bagi saya satu jawapan kerana Tuan Yang di-Pertua, apabila satu keputusan dibuat dalam Dewan, saya percaya bahawa keputusan itu perlu dipegang teguh sehingga ia diketepikan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
So, I ask for a clarification Tuan Yang di-Pertua, because this relates to the debate which starts today. So, saya minta maaf, saya perlu tanya. I also know Tuan Yang di-Pertua is not Tan Sri Speaker, but as far as Tuan Yang di-Pertua boleh, saya mintakan, kalau tidak Tan Sri Speaker mungkin boleh– ya, saya hargai. Terima kasih...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, ia akan dijawab oleh Yang Berhormat Tan Sri Speaker Yang Berhormat ya. Saya yakin dia mendengar di dalam Chamber tadi.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih, terima kasih. Saya hargai.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Duduk Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Sorry Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang ini nampaknya kita dealing with point of order. Apabila kita dealing point of order, makna kita ini ikut peraturan mesyuarat. Betul?
Beberapa Ahli
Betul.
Tuan Yang di-Pertua
Betul Yang Berhormat Puchong?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Betul.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, apabila kita ada peraturan mesyuarat, apa pun keputusan Speaker, kena back ke peraturan mesyuarat. Betul?
Beberapa Ahli
Betul.
Tuan Yang di-Pertua
Betul?
Beberapa Ahli
Betul.
Tuan Yang di-Pertua
Betul?
Beberapa Ahli
Betul.
Tuan Yang di-Pertua
Betul. Sila Yang Berhormat berdiri balik dan ulang atas peraturan mesyuarat mana?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Minta maaf. Tuan Yang di-Pertua, atas Peraturan Mesyuarat 14(1) dan dibaca bersama dengan Peraturan Mesyuarat 43.
Peraturan Mesyuarat 43 Tuan Yang di-Pertua, cukup jelas, saya...
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan Mesyuarat 14(1), Yang Berhormat beri perincian yang mana satu, selepas itu macam mana kaitan dengan peraturan mesyuarat itu.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
L kalau tidak silap.
Beberapa Ahli
Mana boleh kalau tidak silap.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Saya ada. Terima kasih. Peraturan Mesyuarat 14(1)(l) di mana- saya minta supaya ia dijelaskan oleh Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, ada dua...
Tuan Yang di-Pertua
Apa yang mahu dijelaskan Yang Berhormat? Pertama, you quote the peraturan mesyuarat, you state that specifically supaya I can rujuk juga. Baru saya boleh jawab sama Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Rujukan ia dibuat kepada apa yang disebut dalam Hansard. Tuan Yang di-Pertua, Hansard, proceeding Dewan yang mulia ini pada 17 Oktober. Di situ Tuan Yang di-Pertua ada buat keputusan. Keputusan itu menyatakan bahawa keputusan merujuk kepada pertanyaan lisan.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, itu saya ingat Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Baik, dan saya telah masukkan usul dan itu adalah perkara kedua yang saya akan bangkitkan. Akan tetapi selepas daripada itu ada satu sesi sidang akhbar. Di mana dipetik daripada media MalaysiaKini...
Tuan Yang di-Pertua
Saya ingat itu Yang Berhormat, fasal saya buat itu press conference.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Saya setuju.
Tuan Yang di-Pertua
What is the point?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
The point is, in the press conference Tuan Yang di-Pertua, dengan hormatnya, Tuan Yang di-Pertua kata bahawa, you did not allow the debate. Debate itu lain Tuan Yang di-Pertua, debate itu berbeza daripada jawapan kepada pertanyaan lisan.
Tuan Yang di-Pertua
Okay, what is the point here?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Jadi, isu itu yang saya bangkit itu, Tuan Yang di-Pertua. Never made a decision on the 17 which related to the debate. So, bagaimana Tuan Yang di-Pertua boleh beritahu kepada press bahawa your decision relates to a debate.
Tuan Yang di-Pertua
What is the point Yang Berhormat?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
So, I want an explanation now.
Tuan Yang di-Pertua
About what?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Dalam Dewan, keputusan itu hanya setakat jawapan kepada pertanyaan lisan.
Tuan Yang di-Pertua
Okay, that I understood.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
So, bagaimana di luar boleh dikatakan bahawa suatu keputusan telah pun dibuat berkenaan dengan debate?
Tuan Yang di-Pertua
Okay.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Itu, persoalannya.
Tuan Yang di-Pertua
Okay, I understood that. So, what is the point here Yang Berhormat?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
The question is, did Tan Sri make a ruling on debate in the House? And of course, Tan Sri did not do that. So, saya hendak minta penjelasan, kenapa diberitahu kepada press dan masyarakat ramai bahawa suatu keputusan tersebut telah pun dibuat. Itu nombor satu.
Nombor dua, adakah benar bahawa suatu keputusan telah pun dibuat supaya kita semua tidak dibenarkan bahaskan isu DOJ dan 1MDB dalam perbahasan ini? Itu persoalan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, terima kasih. Sila duduk. Ada lagi point of order mengenai dengan perkara ini? Ingat Yang Berhormat, kamu timbulkan point of order. Bermakna, setiap Ahli Yang Berhormat adalah mengikuti peraturan mesyuarat. Ada lagi mengenai dengan soal ini?... Tiada.
Pada ketika waktu saya membuat keputusan, saya specifically mengatakan bahawa itu tujukan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat seramai sekian saya kata. Membuat pertanyaan yang ada hubung kait seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Puchong, semua kita dengar. Untuk saya kata mengelakkan perkara jangan berulang balik seperti dahulu, di mana selepas sesi soal jawab, di mana Yang Berhormat Menteri tidak sempat untuk menjawab perkara-perkara yang perlu dijawab dalam sesi soal jawab yang perlu jawapan lisan, maka Yang Berhormat Menteri yang berkenaan tanpa merujuk kepada Tuan Yang di-Pertua, membuat jawapan bahawa saya tidak menjawab sekian, sekian oleh sebab sub judice, itu menjadi isu. Ini kerana ada Yang Berhormat yang mengatakan bahawa kenapa Yang Berhormat Menteri mengambil alih kuasa Tuan Yang di-Pertua? Correct? Maka, saya buat ketetapan, saya kata untuk mengelakkan perkara ini tidak berlaku lagi, maka apabila saya Chair kepada soalan-soalan yang tidak sempat untuk dijawab, saya kata Yang Berhormat Menteri tidak payah jawab. Jelas? Okey.
Pada Mesyuarat itu juga, Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Gelang Patah berdiri. You raised up. Yang Berhormat Puchong mengatakan bahawa, adakah ini, adakah ini? Tidak payahlah saya ulang balik kerana dalam Hansard, kalau Ahli Yang Berhormat mahu tahu, baca. Yang Berhormat Puchong pun di sini. Saya kata, kalau mahu jawapan itu, apa saya punya reason why I didn’t allow, you rujuk kepada teman-teman yang saya bagi itu jawapan, right? Okay. Saya buat kenyataan akhbar, kalaupun saya ada cakap debate pada ketika saya tersasul kerana itu saya akui bukan debate, saya mengatakan begini, bermakna you know what is the intention of that.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, nampaknya Yang Berhormat Puchong ini seolah-olah kita ini dalam mahkamah di mana one word, you are going to pin me down. Jadi, sekarang ini kalau saya tersasul, saya mohon maaf. Akan tetapi intention saya, I am referring to that, because untuk menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Puchong pada ketika itu mahu saya punya penjelasan- why. Saya terangkan juga kepada press. When you asked me question about peraturan mesyuarat, *it is not as simple as you asking me to respond to a political statement, because it is very complex. Like you are pinning me down now.
Now, what is the point your problem here? Stand up again. What is your problem here?*
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, I have no intention to pin the Speaker down. Apa yang penting Tuan Yang di-Pertua adalah kita...
Tuan Yang di-Pertua
Okay, what is the point here? Okay, if that is not the intention, okay. What is your point here?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
The point is today we start debates dan saya hendak tahu sama ada ya atau tidak, kita boleh masukkan isu ini dalam ucapan...
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Yang Berhormat Puchong duduk. Yang Berhormat Puchong I understood that now.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, has asked me a question. Let me finish, let me finish Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Okay, okay.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Please?
Tuan Yang di-Pertua
No, if I said sit down, sit down. Because, I am the authority, not you.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Sit down.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Puchong *sit down. I understood it already!
Sit down, sit down*...
[Dewan riuh]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Duduk]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, kita kata bahawa kita stick to peraturan mesyuarat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, you don’t have to shout.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, you don’t...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Okey, okey, okey. Saya duduk, saya duduk.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Saya duduk, saya duduk. Saya duduk Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Sila, sila.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Kita kata kalau mahu bangkitkan peraturan mesyuarat, kita stick to peraturan mesyuarat. I can be soft, but don’t intimidate me.
Beberapa Ahli
Nobody, nobody...
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Yang Berhormat. Tidak Yang Berhormat boleh menyampuk kalau saya bercakap kerana peraturan mesyuarat telah mengatakan bahawa Peraturan Mesyuarat 42, Peraturan Mesyuarat 43. Kalau berulang-ulang lagi, Peraturan Mesyuarat 44.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Saya belum jawab lagi Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Macam mana boleh Yang Berhormat tanya kepada satu perkara yang kamu mahu buat, saya atau Timbalan saya untuk menjawab, perkara itu belum lagi timbul. Ini kerana setiap perbahasan itu Tuan Yang di-Pertua terpaksa dengar kepada perbahasan, melanggar peraturan mesyuarat atau tidak? So, how are you going to ask me to make a ruling if the thing has not happened yet?
Tuan Yang di-Pertua
Hari ini adalah sesi perbahasan iaitu sesi perbahasan bajet. Dalam sesi perbahasan bajet, semua Yang Berhormat yang kamu terfikir, kamu timbulkan, timbulkan.
Apabila sesiapa sahaja yang duduk di sini termasuk saya menyatakan bahawa perkara itu melanggar peraturan mesyuarat, maka itu adalah tindakan dia. Apabila Yang Berhormat tidak bersetuju dengan keputusan itu, biasalah Yang Berhormat semua berdiri, selepas itu teriak-teriak sana, sebelah sana...
[Merujuk kepada blok kerajaan] ...Tunjuk-tunjuk, dan apabila Yang Berhormat semua disuruh duduk, tidak mahu juga. Kalau saya dua tiga kali saya tegur, bermakna itu melengah-lengahkan mesyuarat, maka diambil tindakan. Simple as that. So my answer to you is how may I give you an answer if that thing has not happened yet?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, saya terima Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi perkaranya yang berbangkit seperti mana yang saya sebut tadi, apa yang disebut di luar itu membawa gambaran bahawa satu keputusan telah pun dibuat tetapi oleh sebab Tuan Yang di-Pertua telah menjelaskan sekarang, maka I take it, kita boleh bawa isu itu dan kemudiannya berkenaan kepada semua keadaan tertentu, Tuan Yang di-Pertua will make a decision.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
I got to respond that. I got to respond to that, Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
You cannot used the word ‘I take it’ that we can bring that issue. You see? Saya tidak mengatakan begitu. Sewaktu perbahasan bajet, Yang Berhormat berhujah. Kalau hujah itu, kadang-kadang kalau saya tidak menegur pun, ada orang teriak-teriak, begitu juga Yang Berhormat, apabila orang bercakap di sana kamu teriak-teriak, tetapi you will not take perbahasan begitu. Seperti juga dengan main bola.
Kalau misal kata bawa bola...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Kalau ada orang main kasar, kalau referee want to put an advantage, dia biar suruh sahaja bawa itu bola, biar sampai gawang gol. We all know this.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
So, Tuan Yang di-Pertua, the ruling on 17th does not applied to the debate yet. Itu apa yang saya— saya tak ada apa masalah dengan itu.
Tuan Yang di-Pertua
Okay, come on man.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kita bangkitkan ...
Tuan Yang di-Pertua
Okey, duduk.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
I think that is alright.
Tuan Yang di-Pertua
*You should know me by now. This is our ninth year together...
[Disampuk] I have been trying my utmost best to accommodate everybody including* reformasi. Now, Yang Berhormat Seremban mahu ketawa sama saya?
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Saya sokong, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya sokong. Kalau sokong, bermakna sokong apa tindakan saya termasuk dalam perkara-perkara macam ini.
Tuan Yang di-Pertua
Apabila Yang Berhormat semua keluar pada waktu bajet, saya tertekan oleh sebab seolah-olah saya menghalau tetapi Yang Berhormat tahu semua dalam isi hati masing- masing bahawa perkara itu adalah dirancang...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Come on, man. Don’t play games with me. You people play games between you politicians. Don’t play games with me! Come on, Yang Berhormat Bagan, please. Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Permatang Pauh, don’t play games with me.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Kenapa nama saya dikaitkan, Tuan Yang di-Pertua?...
[Dewan Ketawa]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tuan Yang di-Pertua, bolehkah jelaskan apakah permainan yang Tuan Yang di-Pertua maksudkan?...
[Disampuk] What is the game you are referring to?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, okey. Since you asked, Yang Berhormat. Since you asked, I will answer to you.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
I was not in the House.
Tuan Yang di-Pertua
Okay, yes. Ahli-ahli Yang Berhormat, sewaktu ada walkout, it was just a matter of timing bila Ahli Yang Berhormat walkout kerana main ini placard ini, bukan asing bagi saya. Tidak asing bagi saya. It was just a timing. Sebelum itu pun Ahli Yang Berhormat, bukan semua Ahli Yang Berhormat ini satu hati. Ada yang terpaksa keluar kerana on the party line lain. Yang sini pun bukan oleh kerana semua satu hati. They have to decide because of the party line. Ahli Yang Berhormat fikir telinga saya ini tidak dengar apa-apa? Ada mesej yang sampai kepada saya daripada teman-teman sama ada daripada sini...
[Merujuk kepada blok kerajaan] Atau daripada sini... [Merujuk kepada blok pembangkang] Bahawa esok ada walkout. That’s why I am saying- jangan main dengan saya kerana apabila saya buat tindakan, saya serius dalam saya punya perkara.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Okey, tak apa, tak apa. Sudah, sudahlah, Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
We are not blaming you.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tuan Yang di-Pertua, ini kena berikan penjelasan.
Semasa hari belanjawan, bila Ahli-ahli Parlimen pembangkang walkout, mereka bukan menunjukkan ketidakpuasan hati ke atas, Tuan Yang di-Pertua. Ahli-ahli Parlimen pembangkang melahirkan rasa tidak puas hati ke atas Perdana Menteri. So, tidak ada kaitan dengan Tuan Yang di-Pertua. So saya tidak faham mengapa Tuan Yang di-Pertua bangkitkan perkara ini kerana tidak terarah kepada Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
So, hari ini tak payahlah bahas.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Hari ini pun keluarlah, tak payah bahas.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Kenapa berbahas hari ini? Hari ini tak payah bahas. Keluarlah semua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tak apa, tak apa.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Buat apa tak keluar?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling, tak apa.
Yang Berhormat Baling, tak apa. At least I have said my piece. Oleh sebab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong tadi itu adalah apa yang dikeluarkan oleh surat khabar. Yang portal sama konvensional surat khabar itu pun, kita tahu bahawa dua, tiga surat khabar menyebelahi kepada siapa, dua, tiga surat khabar menyebelahi kepada siapa, portal menyebelahi kepada siapa. Akan tetapi maksud saya itu, apabila saya duduk di sini, yakinlah Ahli Yang Berhormat, I am doing the best for everybody.
Tuan Yang di-Pertua
Akan tetapi jangan sampai di mana saya diheret kepada political strategy between on my right, on my left because if that happens, saya pun ada perasaan juga sendiri. Saya manusia biasa. So kalau kita semua stick to the peraturan mesyuarat seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Puchong, I can stick to the peraturan mesyuarat. Every single peraturan mesyuarat, I can stick to it. You want to play the game, we play the game. Akan tetapi kalau tidak, bahawa kita mahu satu Parlimen yang robust, boleh berbahas, jangan sampai bahawa menimbulkan ketegangan. Kerana apa-apa itu yang menimbulkan ketegangan...
Ahli-ahli Yang Berhormat, siapa yang boleh control Yang Berhormat kalau bukan diri sendiri. I cannot control you. You can just stand up, and after that you walk out and come back again. Then, that is not a Dewan anymore. You see? Who can control a Menteri Besar? Who can control a Ketua Menteri? *Who can control all these brave man and all these brave ladies and all these sophisticated minds, all those legal minds that everyday in the court of law? Nobody can. Nobody can.
You know,* dia lawyers, dia orang yang sudah lepas hakim sana, prominent lawyers. Yang lain boleh dapat QC kalau di England. They make opinions outside that the Speaker is wrong. I read tetapi what you are forgetting is this. Whether I am wrong or I am not wrong, I make decision based on peraturan mesyuarat. Is it wrong that I make a decision like that when I have my discretion? My discretion might be wrong but I am backed by peraturan mesyuarat.
Seperti juga dengan hakim-hakim, the highest court here in the land in certain cases, ada pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan tindakan hakim-hakim sampai di atas tetapi oleh sebab itulah prosedur, itulah undang-undang kita, *then you got to abide by it.
Same goes with me.* Kalau tidak, tidak boleh berhenti kita punya perbahasan.
I have received a letter daripada whips pembangkang. I just read this morning mengatakan bahawa “Bolehkah kita berbahas selepas Ketua Pembangkang, dikasi 30 minit, selepas itu 20 minit?” Bagi saya boleh, 15 minit boleh, 5 minit boleh, 1 jam boleh tetapi kalau sudah begini sudah saya terpaksa membebel begini oleh sebab replying to a very fine point of peraturan mesyuarat just because of one word, then sudah saya makan masa 10 minit. And I can do that because saya Speaker, until last time Yang Berhormat Gelang Patah gelar sama saya bahawa ‘speaking Speaker’. Kenapa tidak ‘speaking Speaker’? So what do you expect me to do? I just sit here, while you stand up selepas itu menunjuk-menunjuk antara satu sama lain? *I cannot say anything just because I am a Speaker?...
[Disampuk]* Ya, sabar. You have never been in my position. Sabar...
[Disampuk] Setiausaha, what is next? Awal pagi lagi.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Tuan Yang di-Pertua, sebelum Setiausaha.
Boleh saya minta ruling sebab tadi Timbalan Yang di-Pertua belum buat ruling berkenaan satu ruling apa yang sudah berlaku, bukan yang belum berlaku lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat. Cuba tengok Yang Berhormat dalam Peraturan Mesyuarat, kalau di negara-negara luar Ketua Majlis bermakna dia Chief Executive, Prime Minister. Dalam kita punya Peraturan Mesyuarat seharusnya Ketua Pembangkang itu ada begini, begini, begini di luar negara.
Kita di sini cuma dia ada satu pejabat. When you ask something to my deputy yang dia tidak tahu kena mengena, dia sudah explain. Bermakna ada satu skrin di sana kerana pembentangan bajet. Pembentangan bajet ini bagi saya ialah bukan sahaja Ahli-ahli Yang Berhormat yang mendengar itu sebab kenapa dia siaran langsung kerana semua orang sana yang berminat dengan bajet mahu dengar bukan macam dahulu.
Sekarang ini oleh kerana sofistikated sudah kita punya hal semua, walaupun dia bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat yang masih lagi lapuk. Sekarang ini bahawa dalam tidak boleh kita membaca surat khabar, tidak boleh kita ini macam. Tidak boleh ini macam. Akan tetapi saya allow juga kerana segala komputer ada di atas belum pun kita ubah. Kalaulah ada juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang mahu juga begitu oleh sebab sudah dibuat, you write to me. Apa keperluan? Baru-baru ini pun Ahli Yang Berhormat minta kepada saya supaya gunakan fasal ini pun dah bajet. Saya kasi. Apa benda yang saya tidak kasi itu kalau dalam saya punya kuasa. Anything Yang Berhormat Seremban? You sit in my Jawatankuasa...
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Saya tarik nafas dahulu. Jadi bermakna perbahasan saya tidak kasi 20 minit. Saya kasi lima-lima minit satu orang. Saya kasi habis dahulu saya punya minum. You need to be that way? No problem. I can disturb. Kalau kamu Ahli-ahli Yang Berhormat berlakon, saya lagi pelakon besar. You raise your voice I can raise my voice louder than you all. No problem. You provoke me, I provoke you to the extent that I will take you out. No problem. Ramai doktor di luar sana. Sekarang kalau- sekarang sudah murah murah. Okay, let’s be serious now. That’s over. Berbahas. Okey Ahli-ahli Yang Berhormat, sila sila Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, bertenang Yang Berhormat.
Ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bermulanya perbahasan Peringkat Dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2017. Saya ingin memaklumkan bahawa Yang Berhormat Ketua Pembangkang diperuntukkan selama 90 minit, Yang Berhormat. Satu jam setengah, okey.
Seterusnya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain selepas Ketua Pembangkang berhujah 90 minit lepas itu kita kasi 30 minit setiap seorang. Then, there is a letter that I received from Yang Berhormat Seremban yang mengatakan boleh kalau begini selepas itu ada yang 20 minit. Jadi atas sebab itu Ahli Yang Berhormat, beri kepada saya nama-nama pembahas yang mahu membahas itu dan begitu juga daripada backbenchers supporting the government, give the names.
Saya ulang balik jangan Ahli-ahli Yang Berhormat berhujah dalam masa 20 minit rangkum semua mahu jawab ataupun raise issue daripada yang ditimbulkan oleh Menteri Kewangan. That would be impossible. You are caught with time. Berunding dengan teman- teman yang lain satu Ahli Yang Berhormat berhujah dengan satu isu. Half an hour good enough. Satu Yang Berhormat dengan satu isu. Lainlah yang isu yang dibangkitkan di kawasan masing-masing kerana telah saya tekankan daripada dahulu, bolehkah kalau ada shadow cabinet, tetapi tidak juga dibuat. Tidak apa. Okey, so jangan lagi sudah- *I mean you have expressed your things I have expressed mine, that’s over.
So* saya sudah minum air juga sekarang saya sudah tenang. Sila Setiausaha.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2017 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh lapan bilion Ringgit
(RM48,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2017, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2017, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 25 Tahun 2016, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah [21 Oktober 2016]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah bahawa rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang untuk Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2017 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibacakan kali yang kedua sekarang dan masalah bahawa usul di atas nama Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis sekarang. Kedua-dua masalah tersebut terbuka untuk dibahas.
Sila Yang Berhormat Permatang Pauh.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kita doakan kesihatan Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Allah Yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.
Pemilik kerajaan segala di langit, di bumi dan juga wujud di antaranya. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad SAW pembawa rahmah seluruh alam serta teladan untuk disanjungi.
Tuan Yang di-Pertua, saya hadir pada hari ini selaku Ketua Pembangkang untuk mengambil bahagian membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Pekan pada 21 Oktober yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya memulakan mukadimah ucapan ini dengan memberi peringatan berlandaskan ayat Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 188. “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain dengan jalan yang batil. Dan janganlah kamu membawa harta itu kepada hakim supaya kamu memakan sebahagian harta benda orang lain dengan cara yang batil padahal kamu mengetahui bahawa itu haram atas kalian.” Dalam kitab Al-Jami’li Ahkam Al-Quran, Imam Qurtubi memberi pengertian dalam tafsiran surah ini dengan berkata, “Barang siapa mengambil harta orang lain bukan dengan cara yang dibenarkan syariat, maka dia telah memakan dengan cara yang batil.” Di antara bentuk memakan dengan cara yang batil adalah seorang hakim yang memenangkan kamu sedangkan kamu tahu bahawa kamu salah. Sesuatu yang haram tidak berubah menjadi halal dengan keputusan hakim.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah tajuk korupsi membunuh demokrasi, rasuah menikam maruah. Korupsi atau rasuah dalam bahasa Arab nya disebut “ar-risywah” adalah pemberian sesuatu dengan tujuan membatalkan sesuatu yang hak atau membenarkan sesuatu yang batil. Persoalan pembahagian harta kekayaan negara yang saksama berkait rapat dengan ekonomi dan juga bagaimana merapatkan jurang perbezaan di antara golongan yang kaya dan rakyat yang miskin.
Akan tetapi jika pembolotan kekayaan dan amalan rasuah menular dengan begitu dahsyat di kalangan pemegang amanah maka sudah pasti jurang perbezaan ini semakin melebar dan akhirnya rakyat terus hidup tertindas dan diberi gula-gula setiap kali menjelang pilihan raya. Gula-gula ini amat kecil lagi sedikit pembahagiannya berbanding jumlah ketirisan, pembaziran dan penyelewengan ibarat seketul kelikir di kaki gunung dedak rasuah. Harus difahami menjaga hasil mahsul dan harta negara ini adalah satu amanah yang besar. Maka integriti dan prinsip pemimpin yang diberikan amanah itu amatlah penting.
Montesquieu dalam penulisannya Trias Politica, ada menyebut berkenaan sebuah gagasan yang penting demi menjamin kebebasan politik rakyat di mana perlunya ada pemisahan kuasa kekuasaan negara agar kelak tidak menjadi kemudaratan dan mendatangkan bencana kepada negara itu. Menurut Montesquieu lagi gagasan ini penting untuk mengelakkan campur aduk kuasa atau amanah yang dipertanggungjawabkan dengan kepentingan diri apabila menjadi pemerintah.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Percaya atau tidak, negara kita ini kaya dengan sumber alam semula jadi dan mempunyai rakyatnya rajin bekerja. Namun demikian, amat sedih sekali apabila negara yang kita cintai ini masih berada di tangga 54 dalam indeks persepsi rasuah ataupun corruption perception index. Bagi tahun 2015, berbanding dengan jiran Singapura yang berada di tangga lapan. Lebih mengejutkan menurut sebuah artikel yang dikeluarkan oleh TIME.com bertarikh 17 Mac 2016 tahun ini, Malaysia merupakan negara kedua selepas Brazil dalam senarai negara paling corrupt di dunia.
Bencana korapsi nasional pada tangga ke-54 ini terus menimpa rakyat yang sudah tersungkur jatuh dengan kos sara hidup yang meninggi. Hutang isi rumah membengkak, paksaan GST yang mengganas serta kadar gaji yang mendatar ditambah bahana penyelewengan yang berterusan.
Menurut Imam Al-Mawardi yang juga telah di quote, disedut oleh Yang Amat Berhormat Pekan, “Rasuah adalah apabila yang diberikan kerana menuntut sesuatu, hadiah pula apa yang disumbang tanpa sebarang balasan”. Sesungguhnya Yang Berhormat sekalian, bajet kali ini adalah bajet yang objektifnya jelas hanya sekadar untuk memenangi hati rakyat sebelum gendang pilihan raya di palu dan bukanlah untuk membela nasib rakyat kebanyakan yang mahukan penambahbaikan taraf hidup.
Tuan Yang di-Pertua, mengikut amalan biasa sebuah negara demokrasi adalah lumrah bagi pihak pembangkang untuk menjawab segala persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan oleh Menteri Kewangan. Mengimbau kembali sejarah yang lalu di mana Mantan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Kewangan tidak pernah sekalipun beliau tidak hadir ketika Ketua Pembangkang membahaskan bajet. Ini menunjukkan jelas ketokohan dan juga besar beliau yang bersifat terbuka menerima kritikan dan teguran daripada pihak pembangkang...
[Tepuk] Saya bukan sahaja hendak puji tetapi saya cakap dengan fakta. Sahsiah begini penting dalam amalan demokrasi kerana negara memerlukan kerajaan dan pembangkangan seimbang supaya wujud semak dan imbang yang berkesan. Ini barulah kematangan dalam sistem demokrasi.
Kami diselar kerana keluar Dewan tetapi pada hari ini Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan Yang Berhormat Pekan tidak hadir pun dengar hujah kami balas...
[Tepuk] Ini merupakan tahun kedua saya diberikan kepercayaan sebagai Ketua Pembangkang semenjak tahun 2015.
Pada kali kedua ini juga saya membahaskan bajet negara. Acap kali Yang Amat Berhormat Pekan pada hari Jumaat yang lalu telah menekankan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan, malah beliau sendiri meminta rakyat untuk berjimat cermat bagi menghadapi tekanan ekonomi yang akan datang.
Tadi saya sudah sebutkan konsep rasuah seperti yang telah ditakrifkan oleh Imam Al-Mawardi yang pastinya jelas rasuah tetap haram di sisi agama. Kita setuju dengan konsep mengambil kira bahawa keperluan dan maslahat semasa rakyat terbanyak memang itulah yang kita bincangkan selama ini. Saya hendak jelaskan bahawa Perdana Menteri mengatakan dengan menyedut Imam Al-Mawardi bahawa bajet ini adalah realiti dan juga mengambil kira keperluan dan maslahat semasa rakyat terbanyak. Itu yang kita hendak bincangkan bersama.
Oleh sebab itulah saya rasa terkilan kerana Menteri Kewangan tidak ada bersama- sama untuk memberikan sedikit pendengaran kepada kami yang kecil ini...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Tak mengapalah. Saya baru hendak mulakan mukadimah. Tolong ya. Puas saya meneliti setiap helaian teks ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan, namun beliau tidak menyebut peri pentingnya memerangi gejala rasuah di kalangan penjawat awam, rasuah untuk mendapatkan kontrak, penyelewengan dana awam dan salah guna kuasa. Malangnya dalam usaha membanteras rasuah yang penuh sandiwara, ikan bilis ditangkap manakala ikan jerung terlepas.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Namun, jumlah dedak rasuah ikan bilis yang berenang dalam kolam Jabatan Air Sabah sudah pun melebihi RM114 juta wang tunai tidak termasuk beberapa kereta mewah.
Bukan satu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Beberapa kereta mewah, beberapa geran tanah, barang kemas, beg tangan mewah dan sebagainya. Bayangkanlah jumlah dedak rasuah ikan-ikan jerung berbanding ikan-ikan bilis yang sudah pasti mencecah berbilion-bilion ringgit.
Jadi pada 17 Oktober 2016 yang lalu, Tuan Yang di-Pertua telah mengeluarkan satu perintah- minta maaf saya masukkan di sini dari apa yang Tuan Yang di-Pertua sebutkan tadi yang kita bincang panjang tadi di mana segala soalan yang berkaitan dengan Department of Justice tidak boleh ditanya ataupun dijawab kerana hal itu adalah pada takrifan Tuan Yang di-Pertua adalah berbentuk subjudice. Menurut laporan yang dikeluarkan melalui Portal Malaysia Kini pada 21 Oktober, Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram mengatakan bahawa kenyataan membahaskan skandal 1MDB itu sebagai subjudice adalah tidak betul dari segi undang-undang. Saya hanya quote sahaja Tuan Yang di-Pertua jangan marah. Sebelum ini Bekas Hakim dalam Mahkamah Rayuan pun Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus mengatakan bahawa...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Saya tidak marah Yang Berhormat, kerana itu cuma perbezaan pendapat. Beza dia ialah apabila adanya peguam-peguam ataupun mantan hakim macam Datuk Seri Gopal Sri Ram itu sebab saya sebut tadi macam saya kata ada di antara mereka ini yang boleh berdiskusi beyond that. Akan tetapi the facts there remains that apabila saya buat ruling bermakna backed by Peraturan Mesyuarat 23(1)(g), Peraturan Mesyuarat 36(2) dengan Peraturan Mesyuarat 21(1)(a). Mungkin mereka ini tidak baca Peraturan Mesyuarat bermakna I’m entitled to make a decision based on my discretion. Kalau discretion saya itu adalah wrong, they can say it is wrong but still that is my decision. Kalau Ahli Yang Berhormat tidak setuju dengan itu berbalik kepada Peraturan Mesyuarat 43 seperti yang dibuat oleh Yang Berhormat Gelang Patah dan Yang Berhormat Puchong. No problem. Akan tetapi jangan dalam keadaan begitu jadi kecoh kerana apabila kecoh melambat-lambatkan perbahasan, itu saya punya concern. Yang lain itu tidak mengapa, demokrasi is like that. We have to agree and disagree. Akan tetapi jangan sampai di garis pemisah di mana sampai kekecohan Ahli-ahli Yang Berhormat berdiri bertunjuk-tunjukan. Bagi saya di luar sana itu dunia mereka, dunia kita adalah di sini. Ini dunia saya Yang Berhormat Gombak. Sila.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya sikit, potong Tuan Yang di-Pertua sebab apa yang saya sebutkan...
Tuan Yang di-Pertua
Tak boleh, boleh sahaja. Memadai dengan Datuk Seri Gopal Sri Ram. Kalau saya salah boleh sahaja. Tidak ada masalah, sila.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Jadi saya sambung Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, sila.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Sebelum ini bekas Hakim Mahkamah Rayuan pun Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus turut mengatakan bahawa persoalan subjudice ini tidak timbul sama sekali kerana ia adalah perbicaraan di negara asing. Peraturan subjudice hanya terpakai apabila ia melibatkan perbicaraan di mahkamah di Malaysia. Kita tidak boleh menuding jari kepada sesiapa sekiranya kekeliruan atau kecelaruan ini akan menambahkan persepsi wujud satu konspirasi untuk menutup kesalahan. Itu sahaja itu kita punya kebimbangan. Mungkin dengan memberikan persepsi bahawa ada yang tidak kena there is something to hide, dengan izin.
Ini adalah terjadi di negara kita sendiri apabila badan eksekutif mencampuri urusan legislatif dan kehakiman di samping menggunakan segala aparatus yang ada menutup ruang-ruang yang seharusnya terbuka luas dalam negara demokrasi demi menyelamatkan air muka dua orang, tiga orang yang terlibat. Oleh itu saya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang menyeru di Dewan yang mulia ini agar keputusan Tuan Yang di-Pertua disemak dan dikaji semula.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Mohon itu sebagai satu permohonan daripada saya. Ini kerana pandangan daripada bekas-bekas hakim tertinggi perlu juga diambil kira tetapi bertepatan dengan yang Tuan Yang di-Pertua katakan, mereka tidak ada dalam Dewan...
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua, mohon mencelah.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Saya mengikuti apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang tadi dan sudah tentu apa yang Tuan Yang di-Pertua sebut beberapa minit sebelum itu. Saya bertanya kepada Ketua Pembangkang, adakah Ketua Pembangkang berhasrat untuk mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini khususnya apabila Tuan Yang di-Pertua sendiri yang mempengerusikannya supaya keseluruhan peraturan mesyuarat berkaitan dengan isu sub judice ini ditimbang semula, dikaji semula dalam semangat progresif yang Tuan Yang di-Pertua ada ini kerana isu sub judice ini sesuai untuk masa-masa dahulu dalam sistem yang lama.
Akan tetapi dalam dunia terbuka dan sebagainya Tuan Yang di-Pertua sebutkan tadi, mungkin konsep sub judice dan sebagainya ini sudah pun ketinggalan masa dan Tuan Yang di-Pertua terpaksa juga sebut sub judice sebab ada dalam peraturan mesyuarat.
Kalau sudah tidak ada dalam peraturan mesyuarat, saya yakin Tuan Yang di-Pertualah orang yang pertama ingin sangat mendengar perbahasan kita berkaitan dengan isu-isu yang sekarang ini ditafsirkan sebagai sub judice kerana ada peraturan mesyuarat yang menyebut tentang sub judice. Adakah Yang Berhormat Ketua Pembangkang berhasrat untuk mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini perkara seperti itu? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Memang kerana apa yang telah Tuan Yang di-Pertua katakan dalam buku peraturan mesyuarat ada yang tidak boleh baca paper, tidak boleh apa yang tidak berkenaan, jadi kemungkinan boleh dikaji semula dan disemak. Itu sahaja yang kami mohon agar boleh dibuatkan.
Jadi pada hari ini, saya juga mengambil kesempatan untuk menerangkan berkaitan dengan saman sivil yang dibukakan oleh Jabatan Kehakiman atau Department of Justice ...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Permatang Pauh, boleh mencelah sedikit? Boleh ya.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail
Ya, silakan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan matter of sub judice ini, saya sempat juga membuat sedikit research. Saya to be fair to the Speakerlah, memang peraturan di negara-negara pun saya lihat kebanyakan ada mengatakan bahawa itu adalah discretion on the Speaker. Akan tetapi yang membezakannya mungkin di negara lain dalam matter yang melibatkan sub judice ini biasanya Speaker di negara-negara lain pun lebih memberikan leeway kepada beberapa Ahli Parlimen untuk berbahas sebab test yang dipakai ialah there must be no real and substantial dangers of prejudice to the procedure. Sebagai contoh dalam peraturan mesyuarat negara Wales disebut perkataan, no real or substantial danger itu.
Jadi saya ingin bertanya kepada Ketua Pembangkang, bersetujukah dengan saya oleh kerana sekarang ini ada satu sort of macam satu Usul dibawa oleh Yang Berhormat Puchong yang ingin supaya Speaker mengkaji balik keputusan itu. Bersetujukah dengan saya bahawa sepatutnya usul itu diberikan penekanan dan diberikan ruang untuk dibahas.
Jadi saya minta pandangan daripada Ketua Pembangkang. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail
Terima kasih Yang Berhormat Sepang dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang saya dengar apa yang Tuan Yang di-Pertua katakan tadi bahawa boleh dibincangkan dan boleh dibawa kepada meja perundingan kerana ini adalah sesuatu dalam arena kita adalah dalam Dewan dan mereka adalah ex-Judges atau mantan Hakim, jadi boleh kita bincang dan kaji semula. Saya bersetujulah tetapi itu adalah bidang kuasa Tuan Yang di-Pertua sendiri.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail
Jadi saya hendak beritahu bahawa pada 20 hari bulan- yang diketahui umum Tuan Yang di-Pertua, bukan benda yang baru. Pada 20 Julai 2016 yang lalu, satu tindakan saman sivil telah diambil oleh Department of Justice terhadap beberapa orang defendan bagi membeku aset yang ada di Amerika Syarikat. Antara defendan yang telah disebut dalam saman tersebut ialah Low Taek Jho atau Jho Low dengan nama lain, Riza Shahriz Bin Abdul Aziz atau Reza Aziz. Saya mohon maaf Tuan Yang di-Pertua kerana pada hari ini saya tidak dapat membawa mereka berdua untuk hadir bersama-sama dan dipamerkan.
LED pun sudah tidak ada Tuan Yang di-Pertua.
Sekarang saya masuk tentang antara transformasi atau reformasi. Sesuatu yang ganjil pada bajet kali ini adalah Menteri Kewangan telah mengunjurkan sebuah perencanaan strategik peribadi yang diberi nama Transformasi Nasional 2050 atau TL50 yang sememangnya hanya menambah senarai akronim seperti ETP, GTP, DTL, PTP dan 1MDB. Ini merupakan sebuah perancangan untuk 30 tahun yang akan datang selepas 2020. Kemungkinan mungkin saya tidak ada lagi di sini dan mungkin Yang Amat Berhormat Pekan tidak tahulah kalau umur panjang ya.
Dalam memperkasakan ekonomi negara, kita seharusnya memperkasakan politik atau sistem politik dahulu. Ini memerlukan perubahan dan di Malaysia wujud dua pendekatan demi perubahan yang berbeza sama sekali. Pertama adalah pendekatan perubahan daripada Barisan Nasional yang telah memegang kuasa begitu lama yang dinamakan transformasi di mana proses perubahan yang sangat beransur-ansur, serba tidak lengkap, lesu dan lemah tidak bermaya. Pendekatan yang bergerak dengan sangat perlahan ini tidak bermaya hanya memberi fokus jangka masa pendek dalam merawat gejala-gejala pelbagai penyakit yang wujud, tetapi bukan menyediakan penyelesaian menyeluruh dalam memperbaiki kelemahan-kelemahan institusi dan struktural. Maka apabila ada penjenamaan semula seperti TL50 ini, sudah pasti Wawasan 2020 yang dikatakan sebagai dasar pokok, kita dahulu dasar 2020, Vision 2020 sudah dikorbankan akibat mahu menutup kegagalan mencapai taraf negara maju.
Kedua pula adalah pendekatan perubahan secara radikal ataupun reformasi yang kita Pakatan Harapan ajukan. Matlamat pendekatan ini adalah memperbaiki keseluruhan sistem, lantas menghasilkan satu set penyelesaian substantif demi pembangunan seimbang, inclusive dan lestari, insya-Allah. Reformasi atau transformasi? Ini merupakan persoalan penting yang berlegar dalam banyak pemikiran para pengundi yang harus dijawab semasa Pilihan Raya Umum yang akan datang, apatah lagi tatkala negara berhadapan dengan norma baru yakni pertumbuhan ekonomi dunia yang lembap dan ketidaksamaan sosioekonomi yang tinggi.
Pembentangan Belanjawan Persekutuan 2017 telah memperlihatkan pendekatan lama transformasi yang masih diteruskan, mungkin dengan meningkatkan pemberian gula- gula diakibatkan desas-desus Pilihanraya Umum yang akan berlaku secara mengejut kemungkinan. Belanjawan yang populis juga selalu digelar belanjawan pilihan raya akan menekankan penyelesaian jangka masa pendek di mana hanya mengurangkan simptom- simptom dan bukannya menyelesaikan secara dasar punca-punca berlakunya kemelesetan. Jelas dan nyata bahawa hanya reformasi yang meluas lagi menyeluruh dapat menyelesaikan permasalahan-permasalahan ini secara komprehensif.
Kos sara hidup yang melonjak, sedangkan kenaikan gaji tidak sepadan malah tidak sama sekali dimanifestasikan oleh pemilikan rumah di luar kemampuan serta peningkatan kos pendidikan, kos pengangkutan awam dan perubatan. Pengangkutan awam yang ada lah, takkan tidak ada. Pada masa yang sama kemerosotan mutu pendidikan, peningkatan hutang negara dan hutang isi rumah dan daya saing negara semakin lemah memburukkan lagi keadaan. Semua ini merupakan simptom-simptom yang tidak dapat dirawat dengan dasar-dasar negara yang tidak berkesan, ditambah lagi dengan pemborosan, ketirisan dan penyelewengan yang endemik dan meruncing.
Tuan Yang di-Pertua, kita ini hendak merawat gejala atau mengubati punca? Pada tahun 2010, Dasar Transformasi Negara (DTN) dan Modal Ekonomi Baru (NEM) telah dilancarkan berserta lima teras meriah dengan akronim ETP, GTP, PTP, 1Malaysia dan RMKe-10. Kita telah dimaklumkan bahawa pertubuhan KDNK sekurang-kurangnya 6 peratus di antara 2011 dan 2020 adalah satu kemestian yang teramat penting dalam membawa PNK per kapita ke paras USD15,000.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail
Lantas membebaskan Malaysia dari belenggu pendapatan sederhana kepada utopia negara maju berpendapatan tinggi, amat sedih sekali. Dari tahun 2011 hingga ke 2015 kadar pertumbuhan PNK per kapita kekal hambar di paras purata 5.54 peratus pertumbuhan KDNK sebenar pula hanya mampu berada di kadar 5.3 peratus. Pada masa yang sama perbelanjaan defisit menjadi kebiasaan saban tahun dari tahun 1998 sampai ke hari ini, tiap-tiap tahun sampai ke sekarang. Tahun ini juga.
Unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun 2017 seperti yang terkandung dalam World Economic Outlook Update oleh IMF dan East Asia and Pacific Economic Update oleh Bank Dunia yang dikeluarkan pada awal Oktober tahun ini, bulan ini ya 2016, masing-masing menunjukkan paras kadar 4.6 peratus dan 4.5 peratus. Kejatuhan harga petroleum dan komoditi lain ke paras yang terendah dalam tempoh belasan tahun dan tidak dijangka akan pulih secara mapan dalam masa terdekat, bakal memburukkan lagi keadaan manakala badai norma baru akan berkekalan melanda negara.
Program Transformasi Ekonomi ini tersasar jauh dari matlamat dengan penurunan kadar pertumbuhan Foreign Direct Investment (FDI), dengan izin, dan KDNK, Program Transformasi Kerajaan (GTP) tidak menampakkan apa-apa kesan positif akibat rasuah berleluasa. Program Transformasi Politik bukan sahaja tidak dilaksanakan bahkan melanjutkan lagi pemerintahan kuku besi dengan POTA, SOSMA, NSC serta Akta Hasutan yang semakin mencengkam. Rancangan Malaysia Kesebelas pula dilihat sebagai semakin bergantung pada GST yang regresif sebagai penyelamat pendapatan kerajaan walaupun mengakibatkan peningkatan kos sara hidup buat sekalian rakyat.
Seruan 1Malaysia yang meletakkan rakyat didahulukan dan kemajuan sebagai keutamaan telah lama dilihat sebagai sebuah topeng menyembunyikan pelbagai penyelewengan dan salah laku dengan contoh terutama tidak lain dan tidak bukan 1MDB.
Wajah sebenar pemusatan kuasa secara berlebihan dan kekayaan melimpah ruah di tangan elit pemimpin.
Tuan Yang di-Pertua, seawal 2008 lagi pakatan pembangkang ketika itu Pakatan Rakyat telah terlebih dahulu menawarkan pendekatan alternatif Agenda Ekonomi Malaysia sebelum wujudnya Model Ekonomi Baru dan agenda transformasi negara. Menjangkakan norma baru pertumbuhan rendah dan ketidaksamaan tinggi yang akan melanda seluruh dunia tidak dapat dihalang maka Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang ketika itu telah menggariskan konsep kehilangan potensi pertumbuhan iaitu potential growth lost negara, dengan membuat perbandingan dengan ekonomi serantau seperti Korea Selatan, Taiwan dan Singapura.
Meskipun pada tahun awal 70-an tahap kemajuan sosioekonomi negara ini dan Malaysia berada di paras hampir sama namun hari ini negara ini telah jauh meninggalkan kita di belakang. Bagi saya, dua faktor utama kegagalan ini adalah pelaksanaan yang lemah dan rasuah yang berleluasa. Manifesto para pembangkang bagi dua pilihan raya umum sejak 2008 serta belanjawan alternatif yang dibentangkan sejak tahun 2008 mengandungi pelbagai dasar yang komprehensif. Dasar-dasar ini memberikan fokus terhadap pendidikan bermutu- quality education, dengan izin, perumahan mampu milik, pengagihan yang saksama, pendapatan bermartabat, inovasi, pembangunan lestari lagi inclusive serta reformasi institusi Parlimen.
Pada hari ini saya mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua kerana sudah bermula reformasi institusi Parlimen dan sekarang ini dan terima kasih juga kepada semua warga Parlimen dan kakitangan Parlimen telah menjayakan dan cuba memberikan kita sedikit ruang untuk mereformasi institusi Parlimen tapi kena teruskan lagi, insya-Allah. Badan kehakiman serta pilihan raya yang bersih dan adil. Itu adalah salah satu yang perlu, syarat-syarat yang sebaik-baiknya untuk negara kita.
Langkah-langkah ini diremeh-temehkan manakala pendakwaan terpilih oleh pihak kerajaan sekali lagi menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang tahanan politik dalam usaha menenggelamkan laungan reformasi dengan teriakan transformasi. Jika seruan Yang Amat Berhormat Pekan agar di wujud wacana nasional, national discourse untuk TN50 maka sebelum wacana bermula segala bentuk reformasi politik dan reformasi ekonomi sudah boleh dilaksanakan hanya dengan iltizam politik ia boleh dilaksanakan.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail
Senarai reformasi politik dan ekonomi seperti yang terkandung dalam ucapan Parlimen saya semasa pelancaran Rancangan Malaysia Kesebelas dan pembentangan Belanjawan 2016 menjelaskan secara terperinci betapa perlunya reformasi politik berteraskan pemisahan kuasa. Ini termasuk proses semak dan imbang dan sosioekonomi termasuk pengagihan kuasa Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri through federalism and state empowerment, dengan izin, pendemokrasian dengan menghapuskan segala akta dan draconian yang tidak demokratik. Penswastaan GLC kepada pengurus dan pekerja-pekerja GLC untuk menggalakkan keusahawanan dan persaingan yang sihat dan adil. Walau bagaimanapun, kita masih lagi belum terlambat untuk kita bersetuju membuat perubahan sama demi Malaysia yang lebih baik.
Tuan Yang di-Pertua, mungkin kah negara kita ini sebenarnya sebuah negara berpendapatan sederhana tinggi tetapi hakikatnya adalah sebuah negara berkorupsi rasuah tinggi. Mungkin kah bajet yang dibentangkan ini bukan bajet berhemah tetapi bajet berhelah, helah sana, helah sini. Ini kerana hampir semua langkah bajet yang dikemukakan pada tahun ini 2017 kelihatan bersifat gula-gula pada rakyat. Jangan sesekali kita terlupa, “mati semut kerana gula, mati ikan kerana umpan”. Akhirnya yang akan menanggung beban, yang akan berhempas pulas membayar cukai, yang disarankan jimat cermat, yang akan mengikat perut, yang akan bergolak gadai meminjam, menggali dan menutup lubang hutang yang menggunung negara yang akan dipaksa untuk membayar GST adalah rakyat.
Buktinya, Yang Amat Berhormat sendiri telah meminta agar rakyat berjimat belanja hanya makan di kedai mamak serta menjadi pemandu Uber untuk menambah pendapatan.
Jika kita mahu tahu bagaimana rasanya menjadi pemandu Uber, bolehlah bertanya kepada bekas Menteri Dato’ Wahid Omar yang menjadi pemandu Uber, dan akhirnya menjadi Pengerusi Permodalan Nasional Berhad. Saya pun sarankan ini, saya menyeru semua anak-anak muda jadilah pemandu Uber, mana tahu mungkin satu hari berpeluang menjadi pengurus di GLC pada satu hari nanti...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Permatang Pauh, boleh? Sikit.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Tidak payah, terima kasih...
[Dewan riuh]
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tidak berani ya?
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Seterusnya saya akan menyentuh beberapa isu berkaitan ekonomi semasa.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tidak berani ya, cakap merapu- rapu ini, cakap merepek-repek ini.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, sila, sila teruskan.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Saya akan menyentuh beberapa isu berkaitan ekonomi semasa negara…
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Sebab itu dia tidak berani bagi.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Sama ada sudut mikro mahupun makro. Unjuran pendapatan negara seharusnya ditimbang balik oleh Dewan yang mulia ini. Bagi tahun 2016, sebanyak RM212.6 bilion dianggarkan akan dikutip dan bagi tahun 2017 diunjurkan sebanyak RM219.7 bilion. Dalam erti kata yang lain Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Pekan mengatakan bahawa hasil keseluruhan kerajaan untuk 2017 hanya akan meningkat sebanyak RM7.1 Bilion berbanding dengan 2016 dengan pertumbuhan ekonomi untuk 2017 dijangkakan sedikit lebih pesat berbanding dengan 2016.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Adakah ini unjurannya tepat ataupun satu silap mata yang dipakai tiap-tiap tahun?
Apakah asas kepada hujah yang mengatakan bahawa tahun depan adalah lebih baik?
Adakah ini kerana lebihan daripada hasil kutipan GST atau hasil yang dikutip katanya melalui cukai korporat dan cukai individu. Berdasarkan penelitian saya, diunjurkan bahawa personal income tax iaitu cukai pendapatan perseorangan kepada kerajaan akan meningkat dengan kadar enam peratus.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Ini adalah unjuran yang pelik kerana begitu ramai anak-anak muda, golongan belia, malah golongan berumur juga turut menjadi penganggur ekoran daripada keadaan ekonomi negara yang kurang memberangsangkan. Menurut data yang di keluarkan oleh Jabatan Statistik Negara, kadar pengangguran bagi Julai 2016 adalah 3.4 peratus, manakala bilangan kehilangan pekerjaan melibatkan 20,798 orang antara Januari dan Ogos 2016, berbanding 38,499 pemberhentian pekerja sepanjang 2015.
Ini jelas apabila PETRONAS, bank-bank komersial, syarikat-syarikat asing, MAS dan lain lagi yang ibarat berlumba-lumba bukan untuk menambahkan peluang pekerjaan bergaji tinggi tetapi berlumba-lumba memberhenti dan mengecilkan, termination and downsizing, dengan izin, operasi mereka. Tuan Yang di-Pertua, jika kita teliti dengan lebih dekat, kutipan cukai korporat di unjurkan meningkat 9.5 peratus bagi 2017.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Realitinya, suasana perniagaan sekarang agak suram sehingga menyebabkan pendapatan syarikat juga mengalami kemerosotan. Oleh itu, persoalan saya bagaimanakah kita mampu meningkatkan kutipan cukai di kalangan syarikat-syarikat ini sehingga 95.5 peratus, 9.5, dengan izin, percent.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Yang Berhormat Permatang Pauh, minta pencelahan.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Silakan.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila Yang Berhormat Permatang Pauh menyinggung isu pembuangan kerja yang menghampiri 70,000 orang ini, kedapatan mereka-mereka yang menganggur di luar sana sudah menjangkau satu angka yang cukup menakutkan. Bersetujukah dengan saya Yang Berhormat Permatang Pauh, bahawa persiapan dan juga mengemaskinikan permasalahan mereka ini, syarikat-syarikat berkenaan yang begitu memberanikan dan mencabar undang-undang negara ini membolehkan mereka bermaharajalela dan pekerja atau rakyat yang terlibat ini hidup mereka dalam keadaan yang cukup sengsara.
Sebagai contoh, PERWAJA diberikan banyak peruntukan dan sebagainya oleh kerajaan. Akan tetapi akhirnya, mengkhianati dan membuang pekerja hampir seribu tanpa memberi pampasan, tanpa memberi pulang balik potongan EPF, potongan SOCSO, potongan Tabung Haji, potongan Bank Rakyat dan sebagainya yang telah dikutip daripada pekerja. Apakah Yang Berhormat Permatang Pauh bersetuju dengan saya bahawa pengkhianat-pengkhianat ini sebenarnya tidak di ambil tindakan oleh pemerintah yang membolehkan mereka bermaharajalela. Apakah pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh, bersetuju dengan pandangan saya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Senyumanmu sungguh menawan. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Terima kasih.
Memang Yang Berhormat Kuala Langat, memang satu yang telah berlaku dan pekerja- pekerja ini tidak dapat pembelaan. Ini yang kita katakan, mesti ada rangsangan ekonomi yang lebih baik daripada pemberian sana, pemberian sini. Tanpa rangsangan yang sepatutnya mengunjurkan ekonomi negara kita dengan lebih- kita katakan growth, pertumbuhan.
Tuan Yang di-Pertua, sekarang kita beralih pula pada aspek pendapatan berasaskan gas dan petroleum. Kita negara katakan petroleum, ya. Akan tetapi meskipun cukai pendapatan dari petroleum diunjurkan meningkat sebanyak 25 peratus, kita dimaklumkan bahawa bayaran dividen daripada PETRONAS akan berkurangan kepada RM13 bilion, berbanding RM16 bilion pada tahun 2016. 2017 akan kurang walaupun dia kata peningkatan.
Selanjutnya, apakah harga siling terbaru yang diguna pakai bersesuaian dengan piawaian antarabangsa? Apakah bentuk dan formula yang digunakan kerajaan melihat perkiraan satu tong USD50 ataupun satu tong USD70? Saya meminta Menteri Kewangan, Yang Amat Berhormat, untuk memberikan penjelasan dan butiran terperinci berkenaan isu ini, termasuk kesemua sumber rujukan dan andaian yang diguna pakai memandangkan unjuran-unjuran bajet dua, tiga tahun kebelakangan ini sering kali tersasar.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Sehingga memaksa semakan atau penyesuaian semula bajet menjelang Januari tahun berikutnya. Kita tidak tahulah macam mana dia dapat the numbers.
Selain daripada pendapatan daripada percukaian. Percukaian amatlah membimbangkan apabila kerajaan terpaksa menjual aset bagi meningkatkan pendapatan negara. Tuan Yang di-Pertua, this is important, amat penting Tuan Yang di-Pertua.
Sebelum recalibration exercise 2016, ada penjualan aset negara hanya bernilai RM150 juta dan selepas tahun 2016, angka ini bertambah sehingga mencecah 10 kali ganda kepada RM1.43 bilion. Kenapa, apa yang dijual? Apakah aset-aset yang dijual melebihi RM1 bilion ini. Aset negara ini. Adakah dijual melalui tender terbuka bagi unjuran 2017, kerajaan menjangka kutipan hasil jualan aset sebanyak RM1.48 bilion.
Saya ingin tahu, apakah jenis aset negara yang hendak dilelong? Siapakah pembeli bagi aset-aset yang dijual ini? Adakah kerajaan Yang Amat Berhormat Pekan bercadang untuk menjual satu hingga dua bilion ringgit setiap tahun, ibarat sehingga menggolok gadai harta anak cucu kita bagi bertujuan menampung hutang negara. Ini persoalannya. Wasatiah atau israfiah.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan meramalkan akan membelanja sejumlah RM261 bilion untuk 2017. Pada tahun 2016, kerajaan menganggarkan perbelanjaan sebanyak RM252 bilion selepas recalibration exercise. Maknanya, perbelanjaan keseluruhan diunjurkan meningkat hampir RM9 bilion atau pada kadar 3.4 peratus. Tuan Yang di-Pertua, peningkatan 3.4 peratus ini hanyalah lebih cepat sedikit berbanding dengan julat kadar inflasi yang diunjurkan antara dua hingga tiga peratus bagi tahun 2017. Maknanya, in real terms, dengan izin, bajet ini hampir tiada nilai peningkatan sebenar jika diselaraskan dengan inflasi. No growth. Tiada perkembangan.
Jadi, dalam suasana ekonomi yang suram dan lesu sekarang, bukankah kerajaan sepatutnya pump prime untuk merancakkan ekonomi- aktiviti ekonomi, khususnya menerusi perbelanjaan pembangunan. Sebaliknya, peningkatan perbelanjaan pembangunan diunjurkan dengan hanya pada kadar 2.2 peratus, jauh lebih rendah daripada peningkatan perbelanjaan mengurus pada kadar 3.7 peratus. Malah, bajet ini langsung tidak menitik beratkan pemulihan dan memperbaiki kerosakan persepsi akibat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Maka, apakah sebenarnya tujuan unjuran-unjuran bajet ini dibuat? Boleh dikatakan bagi setiap pemberian dibuat, kalau kerajaan bagi, akan berlaku pengurangan daripada tujuan perbelanjaan pembangunan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Dia ambil sini, ambil sini, buat sehingga ke situ. Bajet ini langsung tidak cuba memangkin peningkatan dari sudut pertumbuhan ekonomi tetapi hanya memberi habuan jangka pendek.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan pengurusan.
Acap kali pada pembentangan bajet setiap tahun kami menimbulkan isu nisbah perbelanjaan pengurusan kepada perbelanjaan pembangunan. Sering kali Yang Amat Berhormat Pekan mendendangkan kepada rakyat benda-benda yang enak didengar bagi tujuan pembangunan tetapi pada realitinya bahagian tersebut menurun bagi tahun 2017.
Bagi tahun 2016, perbelanjaan mengurus mewakili 82.2 peratus daripada perbelanjaan keseluruhan. Semuanya 82.2 peratus digunakan belanja itu untuk mengurus manakala perbelanjaan pembangunan adalah hanya 17.8 peratus. Namun, bagi tahun 2017, nisbah ini diunjurkan 82.4 peratus bagi perbelanjaan mengurus manakala perbelanjaan pembangunan adalah 17.6 peratus. Nampaknya- saya tengok Yang Berhormat Gombak ada sini ya- hanya Selangor sahaja yang berani memperuntukkan 50 peratus dalam perbelanjaan keseluruhan untuk membelanjakan pembangunan.
Alhamdulillah.
Jadi satu lagi persoalan utama, bilakah kerajaan mahu memberikan fokus kepada rakyat yang lebih fokus pada rakyat Sabah dan Sarawak? Tuan Yang di-Pertua pun dari Sabah. Saudara-saudara kita di seberang Laut China Selatan terutamanya masyarakat luar bandar memerlukan pembangunan bagi mengangkat serta menaik taraf hidup mereka ke arah yang lebih baik. Amat mendukacitakan sekali apabila kerajaan tidak memberikan fokus yang sewajarnya untuk pembangunan rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Dan tiada kesungguhan meningkatkan daya tahan ekonomi negara. Pada perenggan 32 dalam teks ucapan Yang Amat Berhormat Pekan, beliau ada menyebut tentang ketidaktentuan ekonomi dunia akibat kelembapan kesemua kuasa besar ekonomi dunia secara serentak di mana kadar pertumbuhan KDNK global dijangka perlahan pada paras 3.1 peratus pada tahun 2016 berbanding 3.2 peratus pada tahun 2015. Namun demikian, langsung tiada inisiatif yang konstruktif untuk memastikan daya tahan ekonomi atau economic resilience bagi Malaysia seandainya ekonomi dunia dan harga komoditi minyak mentah terus merudum. Are we prepared, dengan izin Yang di-Pertua?
Rakyat terus dikaburi dengan pelbagai hadiah, mungkin juga derma, sedangkan negara terus terdedah kepada pelbagai ketidaktentuan mikro. Jika downside risk ini menjadi realiti, nampaknya kita harus berserah saja menerima dampak negatif seperti penyusutan nilai ringgit dan peningkatan harga barangan yang diimport terutamanya makanan. Kita pergi ke Thailand pun nilai ringgit kita jatuh berbanding Baht.
Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan juga beberapa isu berkaitan anggaran perbelanjaan pengurusan iaitu operating expenditure, dengan izin. Masuk dalam segi kesihatan. Isu kesihatan amatlah dekat dengan saya. Ia merupakan perkara pokok dan nadi bagi rakyat sesebuah negara. Kita semua perlu sihat. Bagi perbelanjaan pengurusan Kementerian Kesihatan, diunjurkan ada penurunan mendadak iaitu daripada RM3.2 bilion kepada RM1.2 bilion. Apakah penurunan mendadak ini juga berkait rapat dengan penurunan perbelanjaan pengurusan sumber manusia yang berkurangan daripada RM348 juta kepada RM17 juta saja?
Adakah kedua-dua penurunan ini berkait dengan program khusus Kementerian Kesihatan yang mana program penswastaan perkhidmatan sokongan hospital telah ditingkatkan daripada kosong kepada RM2.01 bilion? Sekiranya ia menjadi sebab utama bagi penurunan perbelanjaan pengurusan kesihatan, saya ingin tahu siapakah yang berjaya mendapat projek hasil penswastaan ini? Adakah ia melalui tender terbuka? Adakah ini bibit- bibit awal penswastaan perkhidmatan kesihatan awam negara? Adakah ini juga bermakna bahawa kos perkhidmatan kesihatan juga akan naik untuk rakyat terbanyak? Sebab Tuan Yang di-Pertua, kalau ada lah kita pergi ke swasta...
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Yang Berhormat Permatang Pauh, mencelah sikit. Yang Berhormat Permatang Pauh, saya ingin berkongsi dengan Yang Berhormat Permatang Pauh berkenaan dengan pengalaman saya.
Mengejutkan apabila penurunan itu dibuat atas kapasiti mendapatkan hasil.
Baru-baru ini, bonda saya telah mendapat operation mata dan saya terkejut apabila saya diberitahu kos operation itu termasuk GST pun dikenakan terhadap hospital- hospital kerajaan. Apakah Yang Berhormat Permatang Pauh bersetuju dengan saya, selepas ini pesakit-pesakit, rakyat akan dibebankan dengan tekanan kos-kos termasuk juga GST? Apa pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Tuan Yang di- Pertua, memang betul. Kalau hari ini pergilah check hospital sekarang ini, hospital kerajaan akan suruh pesakit itu pergi check darah di luar, outsource, kena bayar sebab reagen dah tiada. Peruntukan untuk beli reagen tiada lagi. Ini yang berlaku di hospital-hospital, di klinik- klinik kerajaan. Jadi saya juga membangkang...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Permatang Pauh.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Silakan Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya agak keliru kerana dalam bajet kita, dia punya bajet untuk perbekalan tetap tinggi dan bajet untuk pembangunan seperti mana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tadi, ia semakin menguncup. Akan tetapi pada masa yang sama, segala perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat yang kesemuanya terletak di bawah bajet perbekalan itu ditarik balik.
Ini merupakan satu fenomena yang amat merunsingkan. Bagaimana peruntukan untuk perbekalan, operation cost, gaji, pembekalan untuk hospital, ubat dan sebagainya, dari segi peruntukan itu peratusannya cukup tinggi tetapi pada masa yang sama masih tidak mampu Kerajaan Barisan Nasional membekalkan dan mengekalkan bekalan dan perkhidmatan yang telah diberikan kepada rakyat selama ini?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Di mana- tadi Yang Berhormat Permatang Pauh pun ada sebut perbandingan dengan Selangor yang mana Selangor masih boleh 50 peratus pembangunan tapi masa yang sama begitu banyak program untuk rakyat, mesra rakyat, bekalan yang terus diberi dan terus ditambah.
So, menjadi satu tanda tanyalah macam mana urusan pentadbiran kewangan negara yang begitu pincang sambil mengekalkan peratusan yang tinggi untuk bekalan yang sepatutnya bererti mungkin hampir semualah boleh bagi free fasal bekalan- ubatlah, bukulah, sekolahlah, hospitallah, gaji doktorlah, gaji gurulah tinggi sepatutnya- hebat, tapi pada masa yang sama kenapa semua ditarik balik? Pembangunan pula semakin menguncup. Mana pergi duit negara kita ini, Yang Berhormat Permatang Pauh? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Saya tidak boleh jawablah. Ini mestilah Menteri Kewangan jawab [Ketawa] Akan tetapi yang kita dengar-dengar, yang ada sisip-sisip kita dengar itu, ada masalah yang tidak dijawab iaitu satu masalah 1MDB itu, dan sebab itu kita tanya-tanya ni.
Saya juga sekarang ni merujuk kepada isu latihan dan perkhidmatan atau housemanship. Jumlah anggaran yang diperuntukkan pada tahun 2016 adalah sebanyak RM82 juta dan pada tahun 2017 diunjurkan berkurangan pada RM42 juta sahaja, yakni penurunan mendadak 49 peratus. Akan tetapi pada hari Jumaat yang lalu, Yang Amat Berhormat Pekan menguar-uarkan hampir 2,600 doktor pelatih yang sebelum ini tidak dapat menempatkan housemanship di mana-mana hospital kiranya boleh menjalani housemanship secara kontrak. Saya dengar tengok, contract worker. Dia bakal jadi doktor kontrak dan contract workerlah.
Namun demikian, anggaran perbelanjaan bagi tujuan housemanship ini menurun.
Apakah muslihat di sebalik kontradiksi di antara ucapan bajet Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dengan jumlah bajet yang diberikan, seperti mana apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam...
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya ingin masukkan soalan saya melalui Yang Berhormat Permatang Pauh mengenai latihan doktor-doktor pelatih ini.
Setahu saya, ramai graduan perubatan terpaksa menunggu sehingga enam bulan ke lapan bulan untuk mendapat posting latihan doktor pelatih ini. Alasan yang diberikan oleh sebab kita tidak cukup tempat untuk mereka ini dilatih kerana mereka perlu dilatih di hospital-hospital yang telah diiktiraf. Jadi bagaimana dengan mewujudkan latihan doktor pelatih secara kontrak ini, di manakah mereka ini akan dilatih? Ia ada satu paradoks lah, bagi saya. Terima kasih.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Yang Berhormat Permatang Pauh, boleh sikit? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Tadi Yang Berhormat Ketua Pembangkang bercakap tentang doktor yang sekarang ini sudah sampai ke tahap kontrak. Jadi kita ingin minta pencerahan daripada Ketua Pembangkang, isu yang dibangkitkan sekarang adalah berkaitan krisis oversupply doktor, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, yang begitu membimbangkan para graduan kedoktoran. Yang menjadi persoalannya, apa akan jadi selepas kontrak tamat pada hujung tahun 2017? Ini isunya. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Memang betul sebab saya mendapat banyak complaint, rungutan daripada pesakit-pesakit dan juga keluarga mereka bahawa kadang-kala doktor-doktor yang telah ini tidak menjalani banyak latihan yang sewajarnya, yang sepenuhnya, untuk memberikan mereka pendedahan yang terbaik mungkin untuk menjadi doktor yang berwibawa, dan doktor yang berkelayakan tinggi. Ini yang menjadi masalah dan kita nak tanya Yang Berhormat, bagaimana kita nak adakan program kontrak doktor ini? Hospital mana? Bagaimana caranya untuk mereka mendapatkan pendedahan? Sebab setahu saya, hospital swasta ini penekanan mereka tidaklah menjadi latihan sebab mereka ambil yang banyaknya yang telah dilatih oleh hospital kerajaan tetapi mereka dapatkan dalam erti kata bila swasta itu, latihan tidak ditekankan tetapi hanya servis yang ditekankan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat boleh sambung perbahasan nanti sebelah petang. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ini kita tangguhkan dan kita bermesyuarat balik pada jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.03 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Permatang Pauh ada 28 minit lagi. Sila.
Datuk Seri Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan sambung daripada mana yang telah saya berhenti pada sebelum sesi ini.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Pekan menjanjikan pemasangan 3,000 lampu LED di persimpangan jalan seluruh Malaysia. Malangnya peruntukan perkhidmatan kesihatan luar bandar bagi 2017 diunjurkan berkurangan sebanyak 18.8 peratus dari RM127 juta kepada RM112 juta. Sungguh mendukacitakan, sekiranya peruntukan pemasangan lampu LED yang dijangka menelan belanja RM15 juta diambil daripada perkhidmatan kesihatan luar bandar.
Kita mengalu-alukan pemasangan lampu LED ini tetapi tergamak kah kita mengorbankan peruntukan RM15 juta bagi memastikan perkhidmatan kesihatan luar bandar berkualiti dilencongkan kepada pihak yang bakal mendapat tender memasang 3,000 lampu LED ini. Bolehlah pasang tapi janganlah ambil daripada Kementerian Kesihatan Luar Bandar.
Kita rujuk pula Tuan Yang di-Pertua, kepada hospital baru. Peruntukan pada 2016 adalah sebanyak RM273 juta yang dijangka menyusut kepada RM177 juta bagi tahun 2017 setara dengan pengurangan sebanyak 35 peratus atau RM96 juta. Apakah justifikasi Kerajaan Pusat untuk berbuat demikian sedangkan negara kita sebenarnya masih belum mencapai paras piawaian antarabangsa.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya di sini, Yang Berhormat Kuala Kedah.
Datuk Seri Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Sila, sila.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya hendak sentuh sikit tentang hospital baru kerana setiap kali bajet, kita diberitahu bahawa ada peruntukan membina hospital baru.
Sedangkan hospital-hospital yang telah diluluskan berkali-kali pembinaannya seperti Hospital Pendang, Kedah, Hospital Bachok di Kelantan sampai sekarang tidak dibina.
Penjelasan saya ialah apakah perlu ada pengumuman baru untuk dibina hospital yang telah diberikan beberapa kali kelulusan ataupun hospital itu sahaja tinggal janji sahaja. Terima kasih.
Datuk Seri Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya hendak kan ucapan itu dimasukkan dalam ucapan saya. Ini kalau hendak uar-uarkan biarlah dia punya juga ya. Jangan uar-uarkan setahun, seperti yang saya dengar dan Pan-Borneo Highway. Jadi sekali lagi saya hendak katakan bahawa piawaian antarabangsa kita dalam erti kata health, kesihatan. Jadi walaupun sementara YAB Pekan dengan penuh bangga dan mendabik dada bahawa Malaysia sekarang tergolong di antara negara upper middle income, mengatasi banyak negara bukan sahaja di Asia malah seantero dunia.
Namun hakikatnya, perkhidmatan kesihatan di negara kita masih ditakuk kurang memuaskan dan apakah diucapkan oleh Yang Berhormat Pekan hanya satu ilusi. Piawaian yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO) pada tahun 2012 ini lamanya, menyifatkan nisbah 2.6 katil hospital bagi 1,000 penduduk sebagai wajar, sedangkan negara kita masih pada kadar nisbah 1.9 katil hospital bagi 1,000 penduduk.
Datuk Seri Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Ini bermakna, Malaysia harus menambahkan perbelanjaan untuk perkhidmatan kesihatan dan bukan memotongnya.
Tuan Yang di-Pertua, tadi kita sudah mendedahkan pemotongan demi pemotongan sehinggakan perbelanjaan bagi perkhidmatan kesihatan juga dipotong. Marilah sekarang ini kita kaji pula pemotongan perbelanjaan untuk bagi perkhidmatan pendidikan.
Tadi kesihatan, saya masuk dalam perkhidmatan pendidikan. Dalam aspek pengurusan, peruntukan pentadbiran negeri bertambah secara mendadak daripada RM896 juta pada tahun 2016 kepada RM2,534 juta bagi tahun 2017 yakni kadar kenaikan sebanyak 182.8 peratus naiknya, kenaikan 182.8 peratus dengan izin.
Apabila kita membuat satu analisa dari sudut pandangan lain, peruntukan perkhidmatan dan bekalan di bawah pentadbiran negeri meningkat daripada RM185 juta kepada RM1,669 juta.
Datuk Seri Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Kita dikejutkan dengan kadar kenaikan lebih 800 peratus. Kenapa? Ingin saya bertanya, apakah rasional bagi peningkatan berlipat kali ganda untuk aspek perkhidmatan dan bekalan di bawah pentadbiran negeri ini? Dalam keadaan di mana daya saing negara di peringkat antarabangsa kurang memberangsangkan, pelaburan untuk melahirkan graduan tempatan yang berkaliber dan tenaga kerja mahir yang amat diperlukan pada masa ini tidak masuk akal sekiranya kita memotong perbelanjaan pendidikan dan berharap untuk menzahirkan sebuah negara maju yang kompetitif. Kita tidak melabur dalam pendidikan, graduan-graduan kita keluar bagaimana? Kita potong universiti. Saya – oh, kenapa Yang Berhormat Menteri tinggalkan? Saya harap boleh dengar lagi.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Pencerahan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Minta maaf ya. TV boleh dengar. Ada mesyuarat.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Tak apa, saya tanya sahaja. Ya, silakan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh kerana memberi peluang untuk pencerahan. Kita tahu bahawa perbelanjaan untuk pendidikan tinggi cukup penting dan tahun ini kita nampak bahawa itu adalah satu yang cukup mengejutkan. Ini kerana awal tahun ini, bahawa ada 700 pelajar scholarship mereka telah dipotong. Sekarang, ini adalah tahun yang ketiga berturut-turut bahawa peruntukan untuk universiti awam dipotong. Ini cukup mendadak. Ini kerana kalau kita tambah ketiga-tiga tahun itu yang kebelakangan ini dia telah mengalami pemotongan sebanyak hampir 40 peratus daripada bajet tahun 2015.
Jadi ini sangat membimbangkan kerana kita tahu bahawa satu, pelaburan RM1 ke dalam pendidikan pada masa hadapan ia akan membawa pulang balik RM6. Pelaburan kepada pelajar-pelajar itu adalah satu yang sangat penting kepada negara kita kerana ia membangunkan ekonomi dan membangunkan negara ke tahap yang maju. Jadi saya minta komen daripada Yang Berhormat Permatang Pauh. Terima kasih.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Yang Berhormat Permatang Pauh, bersekali Yang Berhormat Permatang Pauh? Terima kasih Yang Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Permatang Pauh bersetujukah dengan saya apabila pendidikan itu dikurangkan peruntukkannya ianya akan terkesan kepada keluarga mereka yang terpaksa menanggung beban baru dengan percukaian baru. Saya nampak di sini kerajaan seolah-olah hendak melepaskan tanggungjawab itu kepada mak bapak ataupun penjaga mereka. Apakah Yang Berhormat Permatang pauh bersetuju dengan pandangan saya? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Terima kasih.
Memang setuju dan saya mohon minta Majlis masukkan ucapan ini masuk dalam ucapan saya. Apa Yang Berhormat Bayan Baru katakan, itu betul. Human Resource, Human Capital. Kita tidak menganjurkan sesuatu yang kita potong peruntukkan untuk pendidikan kita. Ini kita akan rugi pada masa yang akan datang. Peruntukkan bagi tujuan pembangunan pendidikan, diunjurkan berkurangan daripada RM2 bilion pada tahun 2016 kepada RM1 bilion bagi tahun 2017.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Seterusnya, saya ingin juga meminta butiran terperinci mengenai inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang telah diberikan peruntukkan sebanyak RM250 juta. Kenapa kosnya melambung begitu tinggi daripada tiada peruntukkan langsung pada tahun 2016 tetapi melonjak tahun 2017 sehingga RM250 juta ya. Kita menuntut penjelasan terperinci kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, yang sanggup membelanjakan sehingga RM250 juta hanya semata-mata untuk satu perkara dalam anggaran perbelanjaan Kementerian Pendidikan.
Saya merujuk pula kepada peruntukkan pembangunan bagi menengah akademik yang bernilai RM349 juta pada tahun 2017. Secara keseluruhan projek ini bernilai RM3.153 bilion. Sehingga dua tahun 2016 projek ini masih berada pada tahap 50 peratus sahaja, dari jumlah keseluruhan. Malah jumlah peruntukkan terus berkurangan.
Adakah in satu projek yang bakal diberhentikan? Adakah ini disebabkan kosnya sudah melambung sehingga menjadi overpriced, dengan izin. Maka kerajaan tidak lagi mahu berikan fokus dalam pembangunan menengah akademik. Sekali lagi, adakah ini silap anggaran atau silap mata bajet?
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Minta laluan.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Silakan.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Yang Berhormat Permatang Pauh, setuju kah Yang Berhormat jika saya kata, nanti kerajaan akan kata pemotongan bajet ini adalah supaya universiti kita tidak bergantung kepada kerajaan. Saya nak kata dua points. Satu adalah tiada correlation ataupun kaitan antara penurunan bajet dan juga peningkatan kualiti pendidikan, nombor satu. Keduanya ialah, walaupun dikatakan kerajaan berhasrat supaya universiti tidak bergantung kepada kerajaan, namun tidak ada pergantungan dari segi kewangan tetapi kerajaan tetap mengawal dan mengongkong kebebasan akademik dalam universiti.
Terbaru seorang mahasiswa daripada Universiti Malaya, saudari Anis Shafiqah, telah menerima satu surat semata-mata kerana menyuarakan satu suara hati seluruh rakyat Malaysia tentang MO1 ini. Jadi saya tidak faham mengapa walaupun di satu pihak kata hendak mengurangkan pergantungan universiti terhadap kerajaan tetapi satu pihak lagi kongkongan dan kawalan kerajaan terutamanya dari segi politik ke atas universiti begitu meningkat dan hebat, terutamanya baru-baru ini.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Memang betul dan saya mahukan masuk dalam ucapan saya sebab ini adalah point yang baik. Kongkongan antara mahasiswa untuk mengukur minda itu tidak membendung minda anak-anak muda yang berkembang kritikal untuk menangani dan menjalani hidup yang akan menjadi mencabar ini.
Jika Kementerian Pendidikan sudah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pendidik, apatah lagi keadaan yang dialami Kementerian Pendidikan Tinggi. Kadar perbelanjaan menurun jatuh sebanyak 19.3 peratus manakala perbelanjaan pembangunan pula meningkat sebanyak 63.6 peratus. Akan tetapi, jumlah keseluruhan adalah penyusutan sebanyak 9.3 peratus. Itu merupakan gambaran besar yang dialami oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
Jika kita lihat secara terperinci, bajet ini sebenarnya menimbulkan banyak persoalan dan perkara rumit daripada memberikan penyelesaian. Sebagai contoh, peruntukkan bagi perkhidmatan dan bekalan bagi tujuan pembangunan bagi tahun 2016 adalah sebanyak RM2 juta dan untuk tahun 2017 jumlah tersebut diunjurkan meningkat kepada RM1.3 bilion. Ini adalah peningkatan hampir 65 peratus. Apa penjelasan tentang ini? Kenapa naik sebegitu tinggi sekali dan mendadak? Item ini juga yang meningkat beribu kali ganda ini berbanding tahun yang sebelumnya, adakah ini rekod dunia?
Peruntukan perbelanjaan pengurusan bagi universiti awam juga bakal menjalani pengurangan iaitu lebih daripada 19 peratus daripada RM7.6 bilion pada tahun 2016 kepada RM6.1 bilion pada tahun 2017. Jika kita teliti setiap satu universiti komponen pembayaran dan bayaran tetap diunjurkan berkurangan.
Adakah pengurangan geran bagi kesemua universiti awam bermaksud pihak universiti seperti mana Yang Berhormat Bukit Mertajam kata kini perlu mencari dana sendiri bagi menampung kos operasi mereka.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Adakah ini bermakna universiti awam akan meningkatkan kadar bayaran yuran akademik? Adakah ini bermaksud universiti awam akan mengeluarkan lebih banyak saman- saman trafik dan saman disiplin terhadap pelajar bagi menampung kekurangan dana di universiti. Dengan ini kita mohon maklumat mengenai bilangan saman yang dikeluarkan dan nilai dalam Ringgit yang dikutip daripada pelajar sejak tahun 2012 sehingga sekarang bagi setiap IPTA memandangkan sebagaimana GST ini juga nampaknya menjadi sumber pendapatan baru kerajaan.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Perbelanjaan pengurusan sememangnya menunjukkan trend pengurangan setiap tahun seperti mana yang Yang Berhormat Bukit Mertajam tunjuk, daripada peruntukan sebanyak RM8.754 bilion pada tahun 2015, RM7.573 bilion pada tahun 2016 kepada RM6.117 bilion pada tahun 2017. Down trend, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, terdapat lebih daripada 20 buah universiti awam termasuk hospital pengajar dan kolej universiti awam yang mengalami pengurangan pemberian tetap, geran daripada kerajaan.
Kerajaan memotong jumlah pemberian bagi tujuan pengurusan, tetapi meningkatkan peruntukan bagi tujuan pembangunan. Baguslah, tetapi saya tidak mempertikaikan hak kerajaan untuk menambah cawangan baru bagi universiti dan kolej komuniti. Namun, tidakkah terlintas di fikiran bahawa ia akan menjadi satu masalah besar apabila kerajaan tidak dapat menampung perbelanjaan universiti dan cawangan sedia ada.
Buka cawangan lain, baru, baru tetapi yang adapun tidak terjaga, tidak terurus. Ini menjadi persoalan.
Apakah saya boleh mengatakan bahawa projek ini sebenarnya berniat semata- mata untuk mencipta kontrak baru bagi pembekal barangan dan perkhidmatan. Kita sama sekali tidak mempertikaikan bajet untuk perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, namun kenapa perlu kerajaan menafikan geran untuk universiti awam. Sebaliknya menyediakan lebihan untuk pembangunan cawangan baru universiti awam.
Berikut saya senaraikan Tuan Yang di-Pertua, beberapa buah universiti awam yang peruntukan tahunannya bakal mengalami pengurangan yang mendadak pada tahun depan berbanding pada tahun ini 2017 berbanding dengan tahun 2016:
(a) Universiti Malaya dari RM463.905 juta kepada RM370.033 juta.
Pemotongan sebanyak RM93.87 juta;
(b) UKM atau Universiti Kebangsaan Malaysia dari RM512.23 juta kepada RM352.70 juta. Pemotongan sebanyak RM159.53 juta;
(c) UiTM atau Universiti Teknologi MARA dari RM2.2 bilion kepada RM1.67 bilion. Pemotongan sebanyak RM530 juta. Lebih daripada setengah bilion ringgit;
(d) UPM atau Universiti Putra Malaysia dari RM439 juta kepada RM308 juta. Pemotongan sebanyak RM131 juta;
(e) UTM atau Universiti Teknologi Malaysia dari RM415 juta kepada RM290 juta. Pemotongan sebanyak RM125 juta;
(f) USM atau Universiti Sains Malaysia dari RM542 juta kepada RM390 juta. Pemotongan sebanyak RM152 juta; dan
(g) UIAM atau Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang kita bangga-banggakan, Universiti Islam Antarabangsa daripada RM529 juta kepada RM407 juta. Pemotongan sebanyak RM122 juta.
Lain-lain itu pun ada pemotongan tetapi tidaklah sampai sekadar yang kita lihat yang tinggi. Sudah tentu kesemua pemotongan bagi peruntukan tahun 2017 ini akan memberi impak besar terhadap 460,359 orang pelajar di IPTA-IPTA seluruh negara.
Tuan Yang di-Pertua, jelas penurunan peruntukan mendadak ini akan menyebabkan kurangnya research and development dengan izin, dan penghasilan wakalah ilmiah. Malah UMNO yang dikatakan pembela umat Melayu turut mengurangkan peruntukan bagi UiTM, Universiti Teknologi MARA dengan penurunan sebanyak RM563.1 juta. Lebih daripada setengah bilion.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Sekiranya hasil penyelidikan bahan ilmiah berkurangan akibat pemotongan bajet universiti awam, maka sudah pasti ranking kita, universiti awam kita akan terus jatuh di peringkat dunia, di mata dunia. Selain itu, masih tiada lagi sebarang inisiatif bagi melaksanakan penyeragaman yuran universiti. Jurang yuran yang terlalu besar di antara universiti adalah rentetan dasar kerajaan memberikan kuasa autonomi kepada pihak universiti untuk menetapkan kadar yuran akademik masing-masing.
Saya yakin dan percaya dengan pengurangan yang berlaku ini, maka kuranglah aktiviti mahasiswa dan kuranglah aktiviti Majlis Perwakilan Pelajar dalam merencana aktiviti bagi mahasiswa supaya menjadi lebih proaktif serta peduli tentang hal ehwal negara dan kemasyarakatan. Maka akhirnya, apakah kita hendak akan terbuktilah teori bahawa universiti di Malaysia hanya kilang untuk melahirkan robot-robot yang akhirnya tidak dapat bekerja kerana pemerintah tidak berusaha menambah peluang pekerjaan yang sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Silakan.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada awalnya dalam pembentangan tempoh hari Yang Amat Berhormat Pekan telah membawakan konsep wasatiyyah. Akan tetapi apabila pemotongan ini dilakukan, saya rasa konsep wassatiyyah ini disalahgunakan.
Konsep wassatiyyah sepatutnya digunakan, kesederhanaan ini digunakan bukan untuk memotong bajet-bajet untuk kesihatan, untuk pendidikan dan sebagainya.
So, konsep wassatiyyah apa yang telah diguna pakai oleh Yang Amat Berhormat Pekan? Saya perlu penjelasan terperinci tentang konsep wassatiyyah. Jangan hanya- just letak satu perkataan di sana dan anggap rakyat memahaminya secara mendalam. Yang Berhormat, penjelasan. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Terima kasih.
Yang Berhormat Kapar, memang betul. Itu adalah untuk Perdana Menteri, Menteri Kewangan menjawablah wasatiyyah benda? Kalau wasatiyyah ini adalah perjalanan pertengahan. Pertengahan ini bagaimana? Extremism, apa itu betul tetapi mutu pendidikan kita kena jaga, mutu kesihatan kita kena jaga. Itu termasuk dalam bagaimana kerajaan sepatutnya memberi rangsangan yang lebih baik dan menjaga serta membela nasib rakyat.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya masuk sekarang pada bidang perumahan. Ini penting. Semua kita insya-Allah inginkan rumah dan untuk mendapatkan perlindungan, roof over our heads, dengan izin. Berkenaan isu perumahan khasnya Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA dan Projek Perumahan Rakyat atau PPR. Yang Berhormat Pekan sendiri telah memaklumkan bahawa beberapa program telah direncanakan untuk membantu rakyat.
Julat harga jualan bagi rumah-rumah ini adalah sekitar RM150,000 sehingga RM300,000. Sebanyak 10,000 buah rumah telah dijanjikan untuk dibina di kawasan bandar.
Yang Amat Berhormat Pekan juga berjanji, janji ‘dicapati’ [Ketawa] Yang Amat Berhormat Pekan juga berjanji untuk memberikan skim kewangan bagi mereka yang masih bujang dan berpendapatan keluarga di paras yang memerlukan bantuan. Meskipun isu perumahan ini amat kritikal terutama bagi generasi muda, namun jumlah peruntukan bagi PR1MA hanyalah RM25 juta.
Tuan Yang di-Pertua, nilai RM25 juta sahaja adalah bersamaan dengan 0.01 peratus daripada jumlah keseluruhan bajet. Akhirnya, semua kos yang digembar- gemburkan akan diserap oleh kerajaan atas nama PR1MA terpaksa ditanggung oleh pembeli. Satu perkara lagi...
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Yang Berhormat Permatang Pauh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya ingin berkongsi sedikit dengan Yang Berhormat Permatang Pauh di atas perkara 142, paragraph antara pembangunan infrastruktur dan rumah generasi kedua FELDA, FELCRA dan RISDA yang diperuntukkan RM200 juta.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Saya hendak berkongsi dengan Yang Berhormat Permatang Pauh iaitu dalam SelangorKu di tempat kawasan saya, kita telah memberikan dan kita telah pun bersetuju merencanakan pemberian rumah yang diberi kepada generasi kedua Koperasi Seri Cheeding di Kuala Langat berjumlah 150 buah unit dengan kos satu rumah itu RM100,000.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Peruntukkan yang kita bagi atas konsep Selangorku ini boleh terbina dengan keprihatinan kerajaan negeri untuk memfokuskan pemberian generasi kedua kepada koperasi yang berada di Sri Cheding itu sendiri. Bersetujukah dengan saya, Yang Berhormat Permatang Pauh, kalau sekiranya kita ikhlas dan jujur untuk membantu generasi akan datang untuk mewujudkan rumah-rumah yang mampu milik. Akan tetapi sekarang ini bukan mampu milik tetapi kita bagi percuma kerana tanah itu sebelum ini Tuan Yang di- Pertua, sebelum 1992, rumah itu telah pun diambil oleh puak-puak yang hendak merampas tanah ini kemudian tahun 2008 kita kembalikan balik.
Hari ini kita memberikan mereka rumah unit percuma berjumlah 150 buah unit. Ini bermaksud, Yang Berhormat Permatang Pauh, bersetuju kah dengan saya bahawa kemampuan itu boleh. Hanya memerlukan keikhlasan dan komitmen. Apakah Yang Berhormat Permatang Pauh bersetuju dengan apa yang saya bicarakan tadi? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Memang bersetuju. Kalau mahu, hendak seribu dayalah, Tuan Yang di-Pertua. Kalau hendak. Kerajaan memang sudah berkuasa daripada kita merdeka. So, apa salahnya kalau boleh dibuatkan dan dibuatkan supaya kita menolong orang-orang yang memerlukan, alhamdulillah.
Tuan Yang di-Pertua
Ada lima minit lagi, Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Lima minit lagi?
Ya Allah, okey. Okey, Tuan Yang di-Pertua. Satu perkara lagi yang harus diketahui umum adalah Yang Amat Berhormat Pekan mengatakan bahawa kita boleh menggunakan wang EPF untuk membeli rumah PR1MA namun sekiranya hutang belum diselesaikan dengan PR1MA, wang EPF berkenaan tidak boleh digunakan sekiranya dalam keadaan kecemasan, untuk mengerjakan haji ataupun mereka yang sudah melebihi 50 tahun.
PR1MA juga merupakan satu tawaran gula-gula terbaik yang dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Pekan walaupun semuanya hanya adalah indah khabar daripada rupa.
Alangkah baiknya jika wang derma bernilai RM2.6 bilion yang diterima oleh Yang Amat Berhormat Pekan dibenarkan bagi tujuan perumahan rakyat.
Saya hendak masuk kepada yang penting, Tuan Yang di-Pertua. Jumaat lalu kita dengar bahawa peruntukan tambahan bagi projek bekalan air terawat di 42 perkampungan Orang Asli dan penempatan semula perkampungan antaranya di Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang. Projek rawatan bekalan air ini bakal menelan belanja RM222 juta.
Namun berdasarkan laporan yang kita terima, terdapat 18 buah kampung RPS Bertau yang terletak berhampiran dengan Cameron Highlands sudah bertahun-tahun menikmati sistem rawatan air yang baru. Namun, saat saya membahaskan ini, mereka masih mengalami gangguan bekalan air yang amat menjengkelkan dan kebanyakan masa mereka tidak menerima sebarang bekalan air.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penduduk terpaksa berjalan kaki ke seluruh pelosok kampung untuk mencari bekalan air membawa beberapa botol dan baldi. Keadaan ini amat mendukacitakan kerana mereka mesti menunggu giliran dan saya berasa hairan kerana selepas 60 tahun kita merdeka, sungguh sedih apabila masih ada lagi rakyat yang terpaksa berhempas pulas demi sebotol air. Malah lebih menyayat hati apabila nasib malang yang sepatutnya tidak berlaku ini menimpa rakyat di negeri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Saya juga diberitahu bahawa di Sabah, memang ada banyak tong, Tuan Yang di-Pertua. Tong untuk tadah air hujan.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Sikit sahaja.
Saya hendak habiskan sedikit.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Boleh? Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Permatang Pauh, disebut tadi masalah orang asal. Di kawasan saya di Batu Pahat ada tiga kawasan penempatan orang asal dan bukan sahaja masalah air. Sebut sahaja apa masalah. Masalah pengangguran, masalah sosial, masalah perumahan, masalah pemilikan tanah, masalah pendapatan, masalah kemiskinan, masalah pengangguran di kalangan belia. Jadi maknanya Tuan Yang di-Pertua, kita melihat kelompok ini adalah antara kelompok yang paling terpinggir dalam masyarakat kita.
Selepas 50 tahun, mereka johan dalam segala permasalahan. Jadi kita harapkan kali ini janji yang dijanjikan untuk kumpulan orang asal itu dipenuhi supaya tidak lagi janji hanya tinggal janji. Bagaimana, Yang Berhormat Permatang Pauh?
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Setuju, setuju.
Memang mereka sepatutnya jangan dipinggirkan dan kita mesti membela mereka dan sekurang-kurangnya apa yang disebut sebagai fail state, penduduk kita tidak mendapat air bersih. Itu adalah salah satu daripada kriteria. Jadi ini boleh menjadi peluang yang terbaik untuk meningkatkan dan memberikan air bersih ini kepada mereka, orang asal dan ini akan meningkatkan imej kita dengan lebih baik lagi, jangan imej 1MDB sahaja, Tuan Yang di- Pertua.
Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, hendak habis sudah. Saya mengajak semua Ahli Dewan yang mulia ini untuk bersatu bertekad menolak Bajet 2017 sebab berikut iaitu bajet ini tidak realistik. Bajet ini mengetepikan sama sekali konsep kerajaan berintegriti yang memberi penekanan kepada ketelusan, kebertanggungjawaban, tata kelola yang baik dan ketegasan membanteras rasuah dan saya tidak nampak bajet ini mempunyai kesungguhan dan iltizam politik untuk membanteras rasuah atau usaha menyuburkan demokrasi yang sebenarnya.
Sebagai mengakhiri ucapan saya, izinkan saya berkongsi sebuah sajak yang diadaptasi oleh Arwah WS Rendra. Sasterawan daripada Indonesia.
*Si tukang riba disebut lintah darah, Si hidung belang disebut buaya darat, Pedagang banyak hutang itulah konglomerat, Mereka yang berhutang yang bayar kok rakyat...
[Tepuk]* Yang akhir, Tuan Yang di-Pertua.
Aduh cantiknya si janda kembang; Sedap menyanyi si jali-jali; Hujan emas di rantau orang; Banjir hutang di negeri sendiri. Sekian. Terima kasih...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Dalam senarai yang dikemukakan kepada saya daripada penyokong kerajaan, nama di atas ialah Yang Berhormat Sungai Besar. Jadi Yang Berhormat Sungai Besar ini wakil rakyat baru diberi penghormatan untuk berhujah untuk Barisan Nasional dan jangan ganggu Ahli-ahli Yang Berhormat kerana ini adalah hujahnya yang sulung, dia punya speech. Dalam pada itu Yang Berhormat, jangan terlampau berhujah sehingga ia nanti akan membangkitkan protes dari teman-teman yang lain jadi timbul kekecohan. Sila, Yang Berhormat.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Bismillahi Rahmani Rahim. Dewan Rakyat, Dewan mulia, dengan hati dan denyut perasaan ucapan terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk saya diberi laluan. Ke hadapan kakanda-kakanda, adinda hormat dari Sungai Besar memikul janji demi amanah dan hasrat rakyat, ajari dinda untuk terus berbakti.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Tuan Yang di-Pertua, saya Budiman memulakan salam hormat dan mohon keizinan dari Tuan Yang di-Pertua dan kakanda-kakanda Ahli Yang Berhormat sekalian untuk adinda membuka gelanggang. Saya masih baru lagi. Tidak sampai dua pekan lamanya. Ibarat gunung, saya ini hanyalah busut. Ibarat emas, saya hanyalah suasa. Ibarat durian musang king, saya hanyalah durian tembaga. Ibarat mesyuarah di balai rong seri, saya hanyalah ketua desa.
Saya meneliti perbahasan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh yang saya kira sarat juga dengan cercaan, dengan tohmahan seolah-olah tidak ada satu kebaikan langsung yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional dan akhirnya Yang Berhormat Permatang Pauh merumuskan dia menolak Bajet 2017. Saya fikir ini tidak pelik.
Dengar pun tidak, macam mana mahu terima? Jadi pada saya ada sepuluh perkara yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh berkaitan dengan isu GST yang dilihat membebankan rakyat.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Kenapa Bajet 2017 tidak menyebut inisiatif untuk membanteras rasuah, mengkaji semula peraturan mesyuarat berkaitan dengan isu subjudice, Program-program Transformasi Nasional 2020 yang katanya bagi mengaburi Wawasan 2020. Bajet 2017 yang dilihat seperti belanjawan pilihan raya, bukan bajet berhemah tetapi bajet berhelah, ditohmah lagi dasar kerajaan yang tidak mengawal isu berkaitan pendidikan, ETP yang tiada kesan positif kerana isu rasuah, peningkatan unjuran penjualan aset untuk menampung hutang negara. Bajet 2017 yang digunakan untuk tujuan pengurusan mengambil contoh Selangor, nanti saya akan bangkitkan berkaitan isu Selangor dan juga isu kesihatan berkaitan housemanship. Tuan Yang di-Pertua, kejadian minggu lalu pada sesi pembentangan bajet, benar- benar mengejutkan. Bezanya, saya ini di DUN Sungai Panjang, negeri Selangor, saya adalah pembangkang. Di Parlimen Sungai Besar, Malaysia tanah tumpah darahku, saya ini adalah penyokong kerajaan. Ketika Yang Berhormat Pelabuhan Klang aka. Yang Berhormat Bandar Tun Razak, bentangkan bajet negeri sebelum langkah terajang Kajang, saya kekal dengar dalam sidang DUN Selangor dan saya tidak tinggalkan Dewan.
Ketika Yang Berhormat Bukit Antarabangsa juga, Yang Berhormat Gombak membentangkan bajet negeri, saya juga kekal di dalam Dewan. Walaupun dari kata-kata Yang Berhormat Gombak itu ada kalanya telinga terhiris, hati terluka, perasaan menangis, kerana apa? Ini kerana saya faham mandat dan amanah rakyat. Apabila saya pulang dua hari ke kawasan selepas sesi Parlimen, ramai yang berulang kali bertanya kepada saya, apa sebenarnya yang berlaku. Mengapakah mereka keluar daripada Dewan?
Saya sebutkan kepada mereka, bukan hanya nelayan, bukan hanya tok imam tetapi penyokong-penyokong Pakatan pun ramai yang bertanya. Kenapa mereka keluar dari Dewan? Mengapakah sebenarnya pembangkang bersikap sedemikian? Apa yang dilakukan oleh rakan-rakan di sebelah sana pada saya adalah satu tindakan yang biadab dan tidak menghormati Dewan. Saya merasai kesugulan dan berkongsi pengalaman, berkongsi perasaan bersama Tuan Yang di-Pertua, bagaimana Tun Teja itu dipersiakan oleh Hang Tuah dan bagaimana deritanya Sultan Mahmud Shah ketika ditolak peminangannya oleh Puteri Gunung Ledang dan ketika Tun Mamat datang itu, peminangan Puteri Gunung Ledang. Maknanya apa? Maknanya saya faham perasaan, berkongsi perasaan, berkongsi rasa apa yang dialami oleh Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sungai Besar, walaupun saya tidak sebut tadi bahawa saya kata sebolehnya jangan diganggu Yang Berhormat Sungai Besar, yang saya nampak Yang Berhormat Mersing berdiri juga. Jadi, adakah Yang Berhormat Sungai Besar kasi laluan kepada Yang Berhormat Mersing untuk mencelah? Sila Yang Berhormat Mersing. Boleh kasi? Bagi laluan sama Yang Berhormat Mersingkah tidak? Okey, sila Yang Berhormat Mersing.
Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Dia kena bagilah kepada senior, sudah 17 tahun dengar ucapan bajet, tidak pernah lagi kawan-kawan belah sana keluar. Saya memang tidak faham apa benda yang Yang Berhormat Sungai Besar cakap. Saya hendak tanya Yang Berhormat Sungai Besar, adakah tabii ataupun orang Johor panggil ‘fiil’ lah- keluar Dewan ini adalah tindakan luar biasa atau pembangkang memang biasanya di luar? Mana yang betul?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Sungai Besar.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Ya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Fasal dia tanya fasal Johor.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Saya ingat saya jawab satu- satu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Lepas ini ya.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Bagilah adinda yang paling muda ini. Saya melihat begini, kalau hendak tanya ini fiil atau perangai, saya baru dua pekan berada di Dewan yang mulia ini. Akan tetapi sejarah pengalaman saya di Dewan Undangan Negeri Selangor, ketika itu saya menjadi pembangkang, jadi saya ikut peraturan Dewan dan saya duduk di dalam Dewan mendengar soal perbahasan, soal usul yang dikemukakan berkaitan dengan bajet negeri. Kenapa saya duduk ketika itu? Saya hendak bagi...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Yang Berhormat Shah Alam, ini adik yang paling junior sekali, sabar. Saya hendak bagi tahu kenapa kita duduk? Ini kerana pada saya, tatkala nanti ketika ada apa-apa juga persoalan yang dikemukakan, maka saya akan ambil peluang berbahas. Kalau ada apa-apa kenyataan balas yang wajar saya kemukakan, saya ambil peluang. Saya pelik bagaimana Yang Berhormat Permatang Pauh boleh berbahas sedangkan dia tidak ada di dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Besar. Oleh kerana Yang Berhormat Mersing bertanya berhubung dengan sikap orang Johor, maka saya rasa bagus juga saya bawa untuk pertimbangan Yang Berhormat Mersing, rakyat Johor, tentang apa yang ditulis dalam Facebooknya oleh TMJ. TMJ kata kalau ada pencuri cakap jangan mencuri, adakah kamu akan duduk dalam Dewan ataupun keluar...
[Tepuk] Itu Johor. Saya asal usul ibu bapa orang Johor, tidak ada hinanya kita membantah apabila jelas yang menyampaikan ucapan itu adalah seorang ketua kerajaan kleptokrat yang dikenali dunia.
Kita menunggu peluang, kita beri dia peluang, kita tunggu dua jam. Hendak kata kita langsung tidak dengar, itu tidak betul. Kita tunggu dua jam untuk dia memberikan penjelasan tentang krisis yang melanda negara kita.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Akan tetapi nanti saya akan jawab balik. Terima kasih.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai
Saya ingat beginilah Yang Berhormat Shah Alam. Saya melihat asas kalau hendak keluar itu keluar sahaja kerana tidak suka dan keluar dan bukannya membabitkan orang lain dan akhirnya cuba mengaitkan orang lain, menjustifikasikan alasan mengapa mereka keluar. Saya fikir Yang Berhormat Shah Alam, saya yang paling muda ini melihat contoh yang tidak baik daripada Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sungai Besar.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Saya.
Tuan Yang di-Pertua
Boleh Yang Berhormat Sungai Besar duduk dahulu. Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang ini saya mahu keluar sekejap tetapi saya keluar dengan didahului cokmar dalam lima minit. Saya tangguhkan Dewan dalam lima minit.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 3.18 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 3.26 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sewaktu saya di kamar kecil tadi...
[Dewan Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
...Secara samar-samar saya teringat Peraturan Mesyuarat 23(1)(c).
Begini bunyinya.
*“Tiap-tiap pertanyaan itu hendaklah menepati peraturan- peraturan yang tersebut di bawah ini:
“Sesuatu pertanyaan itu tidak boleh mengandungi apa-apa hujah...”* Jadi yang lain-lain itu tidak payah saya sebutlah. Antara lain ialah menyindir atau menyakitkan hati. Jadi, tadi mukadimah itu pun saya dengar baik-baik, balasan dari sini saya dengar baik-baik. Kalau otak saya ini masih lagi berfungsi seperti biasa, saya sudah rasa ada sudah sindiran, sindiran dan sindiran. Menyindir, saya okey. Direct to the point, saya lagi okey. Akan tetapi, jangan sampai kecoh. Jangan sampai lagi melanggar peraturan mesyuarat, jangan lagi bertunjuk-tunjuk. Pertama.
Poin kedua, bajet ini kalaupun dia melencong, jangan terlampau jauh kepada bajet. Atas ingatan yang sedemikian, sila Yang Berhormat Sungai Besar yang baru juga dua pekan sebagai Ahli Dewan Rakyat.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
[Bangun]
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Sindir menyindir membawa bahagia.
Tuan Yang di-Pertua
Itu lagi satu peraturan mesyuarat. Cuma yang boleh bercakap sewenang-wenang ini Speaker. Yang lain itu kalau dijemput, baru boleh bercakap. Itu pun dijemput dulu, berdiri. Sila Yang Berhormat Sungai Besar.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Maklumlah Tuan Yang di- Pertua, kita bila kakanda-kakanda senior pohon, jadi kita berilah.
Saya hendak rujuk dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam. Merujuk berkaitan katanya ada pencuri, tetapi siapakah sebenarnya yang mencuri?
Yang mencuri mestilah orang yang telah terbukti bersalah dan dihukum.
[Disampuk] Itu betul juga. Dan saya hendak sebutkan kepada mereka bahawa jangan bawakan hujahan- hujahan yang longgar ini.
Tuan Yang di-Pertua
Itu juga Yang Berhormat, duduk dulu- yang mengingatkan saya Peraturan Mesyuarat 23(1)(c).
“Sesuatu pertanyaan itu tidak boleh mengandungi apa-apa hujah sangkaan jahat” Jadi yang mencuri itu sangkaan jahat. Jadi kadang-kadang perkara begini saya sekali lalu sahaja. Ada tadi Yang Berhormat bercakap dari Bayan Baru kalau tidak silap saya, dia kata satu pensyarah daripada universiti, dia mewakili semua rakyat Malaysia.
Saya termasuk rakyat Malaysia, dia tidak wakili saya [Ketawa] Orang kampung saya beribu juga, dia tidak wakili kampung saya. Jadi kalau berhujah itu, fikir-fikirkanlah dahulu kalaupun mahu menekan satu poin. Sila Yang Berhormat Sungai Besar. Saya tidak ganggu lagi.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Tidak mengapa, Tuan Yang di- Pertua, itu adalah nasihat.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Saya mendengar perbahasan Yang Berhormat Permatang Pauh berulang-ulang kali menyebut perkataan rakyat. Siapakah sebenarnya rakyat? Saya adalah rakyat, kakanda-kakanda Barisan Nasional juga adalah rakyat. Mereka yang di seberang sana juga adalah rakyat dan yang menjadi saksi dalam perbahasan ini juga adalah rakyat. Dari hujung Padang Besar hingga ke Johor Bahru, dari Tawau ke Langkawi semuanya kami adalah rakyat termasuk juga Sabah dan Sarawak. Apa maksud yang saya hendak sebutkan ini?
Saya hendak sebutkan ini ialah apa hak eksklusif Yang Berhormat Permatang Pauh menyebut bajet mereka adalah bajet yang lebih baik untuk rakyat.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Saya baca belanjawan alternatif mereka, satu persatu, satu persatu cukup tidak konsisten. Dahulu kata hendak beri pendidikan percuma, sekarang sudah tidak ada. Dahulu kata hendak hapuskan GST, sekarang ini sifar GST pula. Jadi saya melihat bajet mereka ini adalah bajet macam-macam ada.
Tuan Yang di-Pertua, kami adalah rakyat yang membentuk kerajaan. Bajet kami kalau kami lihat tebalnya lebih dua inci. Kalau hendak dilihat belanjawan alternatif ini berapa milimeter, sentimeter sahaja. Jadi pembangkang jangan pesongkan fakta. Jangan anggap rakyat itu hak mutlak mereka. Kamilah rakyat yang membentuk kerajaan...
[Tepuk] Aristotle sebut beberapa kali bahawa setiap individu dalam sistem demokrasi adalah rakyat. Plato memperteguhkan bahawa rakyat itu adalah sesiapa sahaja yang menyumbang kepada negara ternyata kita semua ini adalah rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kami adalah mewakili, menyokong kerajaan yang mendengar impian rakyat kamilah kerajaan yang mendengar impian tersebut. Tatkala seorang pesawah padi dari Sungai Besar bangun selepas solat subuh dia berdoa, “Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah urusanku dan juga kehidupanku.” Para bakal doktor di Ipoh juga bangun berdoa, “Ya Allah, aku ini masih tiada penempatan housemanship, bantulah hambaMu ini untuk permudahkan segala jenis urusanku.” Gugusan nelayan yang ada di Tumpat juga bangun berdoa, “Ya Allah, musim tengkujuh hampir tiba, Engkau permudahkanlah rezeki aku untuk menyara diriku dan keluargaku.” Apa yang ingin saya sebutkan, yang ingin saya sebutkan ialah sesungguhnya Allah yang Maha Mendengar, dia menggerakkan hati kerajaan kami dan menyahut, membantu keluhan rakyat tersebut. Berasaskan turun padang, idea dibentang, impian dirancang, keupayaan disukat, 222 tuntutan diajukan ke Yang Amat Berhormat Pekan lahirlah suatu bajet yang mendengar impian rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, bajet yang baik adalah bajet yang mendengar impian rakyat.
Bagaimanakah agaknya impian ini didengar. Yang Berhormat Menteri dari Titiwangsa menyatakan Kementerian Kewangan mengadakan ratusan mesyuarat, puluhan perjumpaan dengan focus group dan pemegang taruh. Banyak laporan yang dikemukakan daripada institusi yang punya reputasi tinggi dari World Bank untuk menyediakan bajet ini.
Namun bajet yang baik perlu bermula dengan nawaitu yang baik. Bukan hanya nawaitu yang baik tetapi juga perlu bermula dengan andaian yang baik. Bukan hanya dengan andaian yang baik tetapi perlu bermula dengan sikap yang baik. Yang Berhormat Permatang Pauh biasa dekat sidang DUN Selangor pun selalu tidak ada. Bajet alternatif Yang Berhormat Permatang Pauh menyatakan ekonomi Malaysia akan terus ribut. Ternyata ini menggunakan andaian yang lemah dan separuh masak.
Sebagai contohnya, acap kali disebut bahawa kerajaan ini terlalu bergantung kepada hasil minyak sedangkan semenjak tahun 2009 seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Pekan, kita telah ubah strategi mempelbagaikan sumber pendapatan negara.
Tengoklah, dengarlah dan jangan terlalu cepat keluar Dewan. Mereka berterusan menggunakan apa juga cara termasuk bajet alternatif untuk menghasut rakyat benci kerajaan. Ini dapat dilihat daripada memberikan persepsi yang buruk terhadap ekonomi negara. Mereka meruntuhkan keyakinan persepsi dengan menggoncang kestabilan politik.
Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau kita ingat cerita Sarjan Hassan, P.Ramlee sebut apa, dia kata kepada Buang, last sekali Sarjan Hassan bergaduh dengan Buang. Dia sebut apa, “Aku berharap tidak ada lagi orang macam engkau yang ada dekat tanah air ini.” Ungkapan P.Ramlee tahun 1955 iaitu tahun yang sama ketika pilihan raya pada negara ini...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Ingatlah peraturan Dewan.
Tuan Yang di-Pertua nanti sebut lagi nanti. Jangan bercakap kalau tidak diberi keizinan.
Kalau hendak buat pencelahan, sila bangun.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Ya ya. Okey, bangun ini.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Bangunlah kalau hendak bercakap.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Sudah bangun ini.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, sila teruskan Yang Berhormat teruskan Yang Berhormat. Ahli-ahli yang lain itu tolong duduk.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Sinis saya hendak ingatkan itu Tuan Yang di-Pertua. Sinis, sinis lagi. Saya duduk diam, saya ingat pesanan Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Kalau hendak celah, saya bagi.
Nama saya Budiman [Ketawa] Silakan Yang Berhormat Kapar.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Boleh Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bercakap tentang bajet tadi, saya hendak penerangan dan penjelasan yang tidak diberikan oleh Yang Amat Berhormat Pekan tentang apa yang baik yang diperhatikan oleh Yang Berhormat Sungai Besar.
Yang Berhormat Sungai Besar telah mulakan mukadimah tetapi poin-poin kena terus kepada bajet ini yang memberikan satu pandangan kepada rakyat bahawa ini membela nasib rakyat di bawah. Daripada tidak memfokuskan kepada benda-benda ini, mukadimah tadi tidak menyentuh langsung bajet ini, hanya sinis-sinis kepada pembangkang. Saya rasa itu tidak perlulah, terus kepada poin terangkan apa yang bagus tentang bajet ini. Biar kita ulas. Tidak payah Yang Berhormat ulas tentang pembentangan Yang Berhormat Permatang Pauh Ketua Pembangkang.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Eh tidak boleh?
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Itu Menteri boleh jawab. Ini kita hendak dengar poin daripada Yang Berhormat Sungai Besar tidak nampak apa-apa poin pun. Bagi poin, bagi poin. Kita nak dengar poin. Faktor, faktor.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar. Kalau hendak dengar jangan keluar Dewan.
Yang Berhormat Kapar kalau hendak dengar jangan keluar Dewan. Ada banyak hero-hero Hindustan, hero-hero filem Tamil...
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Di mana, di luar Dewan?
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
No, di dalam bintang filem.
Kalau hendak ikut cara Rajinikanth, dia pergi jauh cepat sampai.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Yang Amat Berhormat Pekan lagi teruk daripada Rajinikanth.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Akan tetapi kalau hendak ikut cara Shah Rukh Khan...
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Yang Amat Berhormat Pekan lagi teruk daripada Rajinikanth, tidak payah.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat yang berdiri tolong duduk Yang Berhormat.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Tuan Yang di-Pertua sindir-sindir lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk Ahli Yang Berhormat!
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Saya juga Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk Ahli Yang Berhormat! Kalau ada di antara Ahli Yang Berhormat tidak juga dengar nasihat saya sama ada suara dikasi tinggikah, secara merayukah dan Ahli Yang Berhormat adalah orang-orang sensitif daripada sindir menyindir walhal itu adalah tabiat Yang Berhormat. Lain kali datang pilihan raya jangan bertanding kerana Dewan Rakyat beginilah. Akan tetapi jangan sampai habiskan masa bertelagah seperti begitu. Nanti Yang Berhormat Kapar ada juga Yang Berhormat punya masa.
Selepas dia berhujah nanti ada juga nama kasi masuk. Jadi bercakaplah.
Tuan Yang di-Pertua
Akan tetapi bercakap janganlah sehingga pula nanti Yang Berhormat Kinabatangan berdiri ataupun Yang Berhormat Bintulu. Sila.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Baru dua pekan. Tuan Yang di- Pertua, apabila Yang Berhormat Kapar sebut penghujahan saya tidak merujuk kepada fakta-fakta, jadi sudah tentu dokumen-dokumen yang dibentangkan ini sama ada daripada segi ucapan bajet ataupun beberapa rumusan yang dikemukakan sudah tentu ada kebaikan-kebaikan yang ditunjukkan. Jadi soalnya ialah bagaimana pencerapan Yang Berhormat Kapar tentang fakta yang dikemukakan.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Mungkin Yang Berhormat Kapar melihat itu tidak baik kerana atas baju yang dia pakai. Saya juga melihat ini mungkin sesuatu yang baik atas baju yang saya pakai...
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya petik apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ekonomi sesebuah negara berkait rapat dengan persepsi. Persepsi berkaitan dengan keyakinan. Tanpa keyakinan, bagaimana ekonomi hendak berkembang.
Momokan-momokan daripada beberapa pihak sepertinya menjemput persepsi buruk dengan niat menjejaskan keyakinan pelabur kepada kita. Adakah benar ini berlaku? Saya bersetuju berkongsi pandangan dengan Yang Berhormat Permatang Pauh berkaitan dengan kelembapan ekonomi dunia. Datanya saya kongsi, Tabung Kewangan Antarabangsa mengunjurkan peningkatan pertumbuhan ekonomi dunia pada tahap 3.6 peratus pada tahun 2017.
Namun, Malaysia sebagai sebuah negara yang berkembang diunjurkan lebih sedikit daripada itu iaitu sebanyak 4.7 peratus pada tahun 2017. Benar, kalau saya rujuk ini kepada Laporan Nasdaq, harga minyak dunia telah merosot. Dahulunya sebanyak berharga dalam USD110 per tong dan menjunam kepada USD40 ke USD50 setong pada tahun 2016. Namun mengapakah kita masih lagi bertahan? Kita masih lagi bertahan untuk mengharungi ombak ini kerana kita punya asas yang sangat kukuh.
Apa buktinya? Kita lihat penarafan daripada Fitch, Moody dan Standard & Poor’s, mereka memberikan rating yang baik. Berdasarkan agensi penarafan Fitch, Malaysia diberi penarafan A minus, dengan izin berbanding dengan Filipina triple B minus, Thailand triple B plus dan Vietnam double B. Malahan taraf penarafan Malaysia adalah sama dengan kelompok negara saiz ekonominya yang lebih besar dan maju daripada negara kita seperti Korea – double A minus, China – A plus, Taiwan – A plus dan Jepun – A.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Sungai Besar.
Tuan Budiman bin Mohd. Zohdi - Sungai Besar
Silakan.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dengar Yang Berhormat Sungai Besar sebut tadi Standard & Poor’s, Moody dan Fitch Rating. Itu badan-badan penarafan antarabangsa. Kredibilitinya memang dikagumi. Maknanya ekonomi negara kita diakui dan dibuat penarafan oleh badan-badan seumpama ini. Maknanya kalau Yang Berhormat Pekan bercakap, melaporkan tentang ekonomi, ia bersandar kepada hujah-hujah yang tepat dan betul, yang boleh dipercayai.
Jadi kalau ini keadaannya, tentulah kita perlu yakin dengan ekonomi negara kita.
Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Sungai Besar, kalau itu keadaannya, takkanlah kita hendak dengar cakap-cakap daripada pihak-pihak yang tidak ada latar belakang langsung, yang ada prejudis, yang ada prasangka, yang ada niat tertentu. Jadi saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Sungai Besar, kita hendak pakai atau tidak cakap-cakap macam rakan-rakan kita ini yang langsung tidak ada asas. Cadangan dia kita hendak pakai atau pandangan tadi nak pakai daripada badan-badan penarafan antarabangsa itu.
Tuan Budiman bin Mohd. Zohdi - Sungai Besar
Penarafan kita guna pakai untuk menunjukkan ia daripada sumber yang berkredibiliti. Pembangkang juga kita pakai pandangannya tetapi kita guna pandangannya untuk menunjukkan itulah tahap pemikiran yang dia ada...
[Tepuk]
Tuan Budiman bin Mohd. Zohdi - Sungai Besar
Akhirnya Malaysia berkembang, kita berkembang dan kita lihat agensi penarafan daripada Fitch, Moody dan Standard & Poor’s ini memberikan rating yang sangat baik untuk kita. Bahkan kalau kita lihat Bank Negara setakat 14 Oktober, rizab antarabangsa sudah ada RM406 bilion atau bersamaan dengan USD97.8 bilion. Ini menunjukkan suatu kekuatan kita untuk membayar hutang import yang tertangguh selama 8.5 bulan. Suka saya juga mengingatkan data yang saya peroleh pelaburan asing setakat separuh fasa pertama tahun 2016 adalah lebih RM28 bilion di mana ini meningkat 32 peratus berbanding dengan pada tahun 2015. Ini satu angka yang sangat tinggi.
Secangkir kopi kampung Seventina Americana, Rasa aromanya masih juga tetap sama, Berbeza harga layanan dan juga suasana, Menjadi bukti berubahnya gaya hidup kita.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Tuan Budiman bin Mohd. Zohdi - Sungai Besar
Tidak faham? Kalau nak cakap minta kebenaran.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu ini ialah asas kepada kita ialah kita berubah kerana gaya hidup. Kita berubah kerana gaya hidup. Kita berubah kerana gaya hidup. Ternyata ribut yang dicadangkan dan yang dicanangkan oleh pembangkang hanyalah semata-mata sandiwara. Jengah ke kampung, selidiki nilai kutipan selepas sembahyang solat Jumaat. Nilainya jarang sangat berkurangan. Tanyalah mereka yang berkeinginan menunaikan haji dan umrah, jumlahnya bertambah setiap tahun.
Berkunjunglah ke pusat zakat, tanya mereka.
Saya sebutkan daripada statistik Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), jumlah keseluruhan pungutan zakat meningkat setiap tahun. Tahun 2008 sebanyak RM1.3 bilion meningkat kepada RM2.45 bilion pada tahun 2014. Saya hendak sebutkan kemakmuran ekonomi negara ini juga turut terkena tempiasnya di Selangor. Pada tahun 2008, kutipan zakat sebanyak RM118 juta dan sekarang ini meningkat kepada RM595 juta.
Perlu diingat, hendak sebutkan juga Kerajaan Persekutuan, agensi Kerajaan Persekutuan pun bayar zakat kepada Zakat Selangor...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Mana satu Yang Berhormat? Yang Berhormat Shah Alam atau Yang Berhormat Ketereh?
Tuan Budiman bin Mohd. Zohdi - Sungai Besar
Silakan Yang Berhormat Ketereh.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Saya ucapkan tahniah dalam ucapan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Sungai Besar sedang mempamerkan kualiti ucapan yang baik sekali. Saya tahu secara diam-diam pihak pembangkang terasa malu sendiri dengan seorang Ahli Yang Berhormat yang baru yang berhujah dengan lebih berkualiti.
Yang Berhormat, saya ingin mendapatkan penjelasan dan juga pandangan Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat telah menyebut beberapa statistik dan beberapa bukti tentang kekukuhan ekonomi negara kita yang berbeza daripada apa yang cuba digembar- gemburkan oleh pembangkang di luar sana, to create fear, to create distrust, dengan izin, dan mereka setakat ini gagal. Yang Berhormat telah menyebutkan tadi tentang bagaimana ekonomi negara kita telah diberikan penarafan sedemikian oleh Standard & Poor’s dan badan-badan berwibawa antarabangsa yang lain.
Apakah Yang Berhormat sedar bahawa Bank Dunia misalnya telah meletakkan Malaysia pada negara nombor 18, top twenty dari segi kemudahan menjalankan perniagaan. Adakah Yang Berhormat juga sedar bahawa World Economic Forum baru-baru ini telah memberikan penarafan dari sudut pembangunan pasaran kewangan dunia, negara kita berada top ten pada nombor sembilan.
Adakah Yang Berhormat juga sedar bahawa baru-baru ini World Economic Forum dalam menilai daya saing negara-negara seluruh dunia telah meletakkan negara kita top twenty pada nombor lapan belas.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Adakah Yang Berhormat juga sedar baru-baru ini World Bank dalam mengkaji tentang keselamatan dan perlindungan pelaburan-pelaburan di negara-negara seluruh dunia telah meletakkan Malaysia di nombor empat di antara hampir dua ratus buah negara.
Adakah Yang Berhormat sedar baru-baru ini Indeks Pembangunan Perniagaan Runcit Global 2016 meletakkan Malaysia pada nombor tiga seluruh dunia.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Saya menyebutkan itu Yang Berhormat, antara beberapa penarafan dunia sebagai tambahan kepada apa Yang Berhormat sebutkan. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat tentang petanda yang zahir daripada penarafan-penarafan antarabangsa ini?
Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya, mungkin melihatkan rendahnya standard Ahli-ahli Parlimen pembangkang, patut diwujudkan satu badan penarafan agar kita buat penarafan standard wakil rakyat pembangkang?...
[Tepuk]
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Saya teruskan Yang Berhormat Shah Alam. Saya mahu ia dimasukkan. Saya pun ikut macam Yang Berhormat Permatang Pauh tadi, tak ulas, saya mahu sebahagian ucapan ini dimasukkan ke dalam perbahasan saya kerana ia merupakan input yang baik.
Namun, saya nak terangkan di sini dalam bahasa yang paling mudah, ada atau tidak ada penarafan? Penarafan bermutu atau tidak bermutu? Siapakah sebenarnya yang mahu menghargai penarafan tersebut? Di pihak kerajaan bersungguh-sungguh kita mempertahankan penarafan ini, menunjukkan adanya pandangan ketiga terhadap ekonomi kita tetapi di pihak sebelah sana...
[Merujuk kepada blok pembangkang] Mereka terus meremehkan. Lihatlah sepuluh ucapan utama, tema utama yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang tadi, tidak ada satunya yang berniat baik, mengungkapkan kata-kata baik, mengungkapkan niat yang sangat sejahtera terhadap bajet yang dikemukakan pada tahun 2017 ini. Tidak ada. Jadi, saya nak berkongsi pandangan dengan Yang Berhormat Ketereh iaitu mereka ini akan berterusan untuk menjejaskan persepsi dan imej negara.
Saya teringat ketika saya kecil dahulu...
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
[Bangun]
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Sebelum tidur, kita sering, ibu kita sering- ya, Tan Sri Yang Berhormat Ketereh, silakan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Yang Berhormat Sungai Besar cuba hendak mengulas tentang suasana ataupun fiil, meminjam kata-kata Yang Berhormat Mersing tadi di pihak pembangkang. Apakah mungkin sifat yang kita sedang saksikan ini di pihak pembangkang ada kaitannya dengan apa yang disebutkan oleh Imam At-Tabarani yang menyatakan, “Pertolongan Allah bersama golongan umatnya bersatu di belakang pemerintah dan syaitan memecut untuk bersama dengan golongan orang-orang yang sengaja suka menentang pemerintah”. Ada kaitan kah atau tidak Yang Berhormat?
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Saya teruja dengan penghujahan tersebut. Saya lihat walaupun macam tak ada beza, tetapi ada beza antara yang disokong oleh syaitan dengan tidak disokong oleh syaitannya...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Saya mengikuti perbahasan Yang Berhormat. Cumanya jangan terlampau dalam sehingga pemikiran saya yang cetek ini tidak memahami. Sila.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
[Bangun]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, boleh saya bertanya? Adakah dengan menyamakan tindakan kami seolah-olah macam ingin bersama dengan syaitan...
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Dah perasan pula.
[Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Adakah ia satu perkara yang wajar?
Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang
‘Hangpa’ panggil haiwan itu apa?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kalau kiranya ia boleh digunakan sebegitu, maka insya-Allah, perbahasan saya juga akan membawa hujah yang sama untuk nak beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Tuan Yang di-Pertua, susah berdebat dengan orang lama ini, dia kuat berasa hati. Walaupun kita tak beritahu kepada dia, tetapi dia cepat perasan.
Tuan Yang di-Pertua, saya teringat ketika saya kecil, ibu saya selalu menceritakan kisah “Penggembala dan Serigala”. Ada penggembala kambing, dia selalu tipu, dia selalu buat cerita propaganda. Dia kata kampungnya akan ada serigala datang. Bukan sekali dia tipu, tiga empat kali. Rupa-rupanya penggembala ini tipu dan akhirnya Tuan Yang di- Pertua, pasukan penggembala ini tak menang pilihan raya.
Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri saya yang namanya Najib Razak itu ialah manusia biasa. Dia tidak sempurna, dia ada kelebihan, dia ada kekurangan. Sebelah sana tembak depan, tembak belakang, namun beliau berganjak tak, hadapi cubaan-cubaan, ribut-ributan, tohmah-tohmahan, cacian, kelihatannya dia seperti seorang pendekar. Saya nak sebutkan kerana dia bertikam di depan, dia tidak bertikam di belakang dan dia takkan sesekali meninggalkan gelanggang seperti layang-layang itu hanya akan terbang tinggi apabila menongkah angin. Di sebelah sana kalau mahu sokong, sokong biarlah berasas, bukan kerana baju yang dia pakai. Kalau dahulu bajunya biru, sekarang bertukar merah.
Kalau dahulu bajunya hijau, sekarang bertukar oren. Elakkanlah perkara ini. Kalau nak sokong, sokonglah kerana nawaitu dan fakta bukti, “Jangan jadi musang berbulu ayam’”.
Tuan Yang di-Pertua, kalau nak celahan bangun. Nama saya Budiman...
[Disampuk] Boleh teruskan? Tuan Yang di-Pertua, beberapa kali disebutkan berkaitan dengan GST. Saya dengar Yang Berhormat Permatang Pauh sebut, dia berikan persepsi yang negatif terhadap GST. Difitnahnya GST adalah pil racun kepada pengguna dan perniagaan. Difitnahnya GST, bukan satu tindakan menang-menang. Difitnahnya GST sebagai cukai yang cuba memihak kepada kelompok pemodal kapitalis. Realitinya, GST telah menyelamatkan Malaysia di saat kita berhadapan dengan kemelut harga minyak. GST muncul sebagai penyumbang dan hasil negara sebanyak RM30 bilion dijangkakan, berbanding dengan SST sekitar RM16 bilion. Ternyata GST telah membuka hati dan perasaan para pemodal kapitalis untuk membayar cukai sebagai tanggungjawab mereka kepada negara.
Dalam bajet alternatif disebutkan tentang...
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Minta laluan Yang Berhormat Sungai Besar.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Nanti, nanti.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Boleh? Fasal GST.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Daripada mana?... [Bertanya kepada Yang Berhormat Kuala Kangsar] Saya mata keciklah.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak minta pandangan daripada Yang Berhormat Sungai Besar. Kenapa pendapatan kita daripada GST menurun RM3.1 bilion pada suku tahun kedua tahun ini daripada RM10.1 bilion yang dijangka kita boleh kutip, tetapi ia telah menurun sebanyak 30 peratus? Adakah ini menunjukkan bahawa banyak perniagaan, banyak syarikat telah terpaksa tutup kerana rakyat yang tidak mampu untuk berbelanja? Ini kerana bila syarikat berdaftar dengan Kastam untuk kutip GST, pendapatan ini tidak akan kurang, ia akan bertambah. Akan tetapi kenapa ada penurunan sebanyak 30 peratus ini? Sila jelaskan.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Okey, saya nak jelaskan belum jadi Menteri lagi, tetapi saya boleh memberi pandangan peribadi saya. Secara asasnya, saya fikir kutipan daripada GST ini ada turun naiknya kerana ada tempoh itu disebut sebagai tempoh pemulihan atau dalam erti kata yang lain, kita baru sahaja melaksanakan GST. So, ada turun naik ini tetapi tentunya ada faktor-faktor lain yang akan menyumbang kepada turun naik ini. Saya fikir faktor-faktor ini hanya akan diperjelaskan secara terperincinya oleh pihak Yang Berhormat Menteri.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Tuan Yang di-Pertua, dalam bajet alternatif ini, dirujuk juga menggunakan kalam Allah Surah Al-Haj ayat 7 yang bermaksud, “Supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu”. Saya melihat daripada konteks GST ini, praktisnya adalah memungut sebahagian daripada kekayaan orang-orang yang berkemampuan dan diagih-agihkan untuk memenuhi keperluan kemaslahatan umum seluruh negara ini. Lagi besar seseorang itu berbelanja, lagi tinggilah kutipan untuk negara. Bukankah ini bertepatan dengan apa yang dimaksudkan oleh ayat tersebut?
Persoalannya, adakah Yang Berhormat Permatang Pauh dan rakan-rakan yang ada di seberang sana sedang mempertahankan kepentingan pemodal-pemodal kapitalis ini? Jutawan dan hartawan dari menyumbang kepada rakyat biasa. Ada rakyat biasa beli jam harga RM500 kena GST RM30. Ada jutawan kosmetik terlajak beli jam RM500,000 bayar GST RM30,000. Inilah GST.
Hari ini terlalu banyak anasir yang cuba putar belitkan fakta dan minda masyarakat, mewujudkan persepsi seolah-olah langsung tidak ada kebaikan GST itu sendiri. Hal ini saya bersetuju dengan pendirian orang. Saya persoalkan idea bajet alternatif apabila mereka mahu mencadangkan supaya peruntukan Jabatan Perdana Menteri dikurangkan sebanyak RM10 bilion. Saya membuat beberapa catatan, saya melihat bahawa di bawah Jabatan Perdana Menteri itu adalah lebih daripada 30 buah agensi yang terlibat yang memberi manfaat terus kepada pembangunan rakyat. Bagi tahun 2017, JPM diperuntukkan sebanyak RM4.9 bilion untuk belanjawan mengurus. Manakala RM11 bilion untuk belanjawan pembangunan. Jika dibandingkan pada tahun 2016, JPM telah pun mengalami pengurangan bajet sebanyak RM4 bilion. Tentunya ada perbezaan yang hendak disebut antara Jabatan Perdana Menteri itu dengan Pejabat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Bayangkan Yang Berhormat, jika pengurangan RM10 bilion ini seperti yang disarankan oleh bajet mereka tentunya pengurangan ini akhirnya akan memberi pengurangan manfaat kepada rakyat. Jangan ‘marahkan nyamuk kelambu dibakar’, ‘mengail tak dapat parit dituba’, ‘memanjat tak pandai pokok ditebang’, ‘cita tak capai rakyat diperkuda’...
Seorang Ahli
Wah! Hebat itu.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Tuan Yang di-Pertua seperti juga Yang Berhormat Permatang Pauh, saya juga ADUN di Selangor. Seperti juga Yang Berhormat Gombak, saya juga ADUN di Selangor.
Saya yakin walaupun kita serupa tetapi kita ini tidak sama kerana saya takkan keluar Dewan, ketika Dewan Undangan Negeri Selangor membentangkan bajetnya...
[Tepuk] Ternyata penilaian segera saya menunjukkan bajet alternatif yang mereka canang- canangkan ini bersifat dongeng, populis, angan-angan dan sarat dengan sandiwara wayang kulit.
Saya ambil satu contoh, isu perumahan. Tadi Yang Berhormat Kuala Langat ada sebut tentang memberikan rumah percuma. Saya akan bangkitkan isu perumahan sebenarnya apa yang berlaku di negeri Selangor ini. Dalam bajet alternatif mereka, mereka menyebut ada model perumahan awam di Vienna yang mengambil kira pertimbangan ekologi, kelestarian yang pada saya sebahagian besarnya dicedok daripada model rumah PR1MA milik Kerajaan Barisan Nasional. Apa inti patinya? Mereka mahu dalam rumah negeri Selangor ini mereka akan adakan, laksanakan kawalan ke atas keuntungan kontraktor. Nombor dua, dalam bajet ini sebut mereka hendak berikan subsidi kemudian mereka hendak adakan sekatan ke atas penjualan di pasaran terbuka. Model ini sebenarnya adalah model yang menukar kulit daripada model rumah-rumah PR1MA yang diperkenalkan oleh Barisan Nasional.
Saya hendak sebutkan ini kerana apa? Ini kerana mereka hendak buat, mereka hendak lakukan bajet ini terhadap isu perumahan, mereka hendak panggil pertandingan pemaju-pemaju perumahan.
Seorang Ahli
Ada?
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Ada, baca. Mereka hendak panggil satu pertandingan pemaju-pemaju perumahan, ada juri yang akan mengadilinya.
Banyaklah daftar, daftar, daftar tetapi barang mahu diingat PKNS, GLC Selangor tidak pula pernah menawarkan harga rumah yang lebih rendah daripada harga pasaran. Saya bersetuju kita bukan hanya mampu tengok bahkan kita hanya mampu angan-angan. Apa lagi yang tertekan dengan pemaju perumahan di Selangor? Diperkenalkan dengan cukai pemajuan 30 peratus dan cukai pemajuan ini akhirnya akan diserap dalam harga dan ditanggung oleh rakyat. Ternyata polisi Kerajaan Negeri Selangor langsung tidak memesrakan rakyat untuk membeli rumah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Gerik bangun, Yang Berhormat.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Tidak bagi dewasa, silakan.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Sungai Besar, satu kenyataan yang jarang dinyatakan dalam Parlimen. Hanya mereka sering membangkitkan apabila kita ada cukai hasil GST, salah. Akan tetapi mereka sendiri juga sama ada di Selangor ataupun Pulau Pinang mengenakan pelbagai cukai yang tinggi malangnya...
Seorang Ahli
Berapa?
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Rakyat di peringkat bawah tidak pernah mempertikaikan kalau negeri Selangor dan Pulau Pinang kenakan pelbagai cukai yang tinggi...
[Disampuk] Mereka sendiri… [Disampuk] Cukai, tidak kisah lah cukai juga. Apabila kita tegur macam ini berapa, provokasi kita, mula marah. Cukai terkini, bagaimana pandangan Yang Berhormat Sungai Besar? Terima kasih.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Itulah Sungai Besar ini, di sini ia penyokong kerajaan.
Seorang Ahli
Kerajaan Negeri Selangor?
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Kerajaan Malaysia. Di Selangor dia pembangkang. Jadi saya hendak sebutkan perkara ini kerana apa? Kenapa cukai-cukai yang dibangkitkan itu tidak diketahui oleh rakyat? Ini kerana kemahiran mereka dalam bersandiwara.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
[Bangun]
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Kemahiran mereka dalam mempromosikan sesuatu fakta sehingga perkara-perkara asas kita lupakan.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat Sungai Besar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Rasah bangun, Yang Berhormat.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Boleh?
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Boleh, saya baru dua pekan tidak perasan daripada mana.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Rasah, Rasah.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Oh! Yang Berhormat Rasah.
Okey, silakan.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Ya, terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab saya tadi dengar banyak perkataan sandiwara, bersandiwara telah pun dikeluarkan Yang Berhormat Sungai Besar. Saya cuma hendak tanya, kalau Kerajaan Barisan Nasional tidak bersandiwara ketika PRU Ke-13, saya hendak tanya, mengapakah Kerajaan Barisan Nasional pada masa itu tidak berani mengemukakan manifesto di mana jikalau Kerajaan Barisan Nasional boleh menang, mereka akan melaksanakan sistem cukai GST masa kempen? Saya rasa yang bersandiwara adalah di pihak sana, Barisan Nasional. Ini kerana pada PRU yang lepas Barisan Nasional telah pun menyebabkan rakyat Malaysia memberi undi kepada Barisan Nasional kerana percaya bahawa Barisan Nasional tidak akan melaksanakan GST selepas PRU Ke-13. Apakah pandangan Yang Berhormat Sungai Besar?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Jasin bangun, Yang Berhormat.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Nanti dulu Yang Berhormat Jasin, saya jawab ya. Saya kadang-kadang tidak mahu bercakap daripada segi sejarah.
Namun sejarahnya Menteri Kewangan yang memperkenalkan GST ini adalah datangnya daripada Yang Berhormat Permatang Pauh yang sekarang ini menjadi idola Yang Berhormat Rasah dan teman-temannya.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat Sungai Besar...
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Nanti, nanti, sikit lagi, sikit lagi.
Ada penjelasan, ada penjelasan lagi. Sabar, sabar. Saya baru dua pekan sahaja di Dewan ini. Okey- soal sandiwara, okey? Apa yang dimaksudkan dengan sandiwara? Yang dimaksudkan dengan sandiwara ialah melakonkan sesuatu adegan dengan niat menunjukkan simpati. Berapa ramai pemimpin, selepas demonstrasi terlantar di hospital dan akhirnya tidak ada apa-apa? Itu bukan sandiwara? Saya hendak sebutkan lagi yang ketiga. Soal manifesto. Duduk, datang Selangor tengok manifesto Pakatan semenjak 2008.
Apa yang mereka perkenalkan, apa yang mereka kemukakan dan apa yang mereka lakukan?
Mereka janji hendak berikan 20 peratus penurunan cukai pintu di Selangor dan akhirnya ramai yang terpesona dan akhirnya ramai yang mengundi mereka dan akhirnya mereka menubuhkan kerajaan. Kedua, tuan-tuan. Lihat lagi, begitu banyak manifesto dan siapakah Menteri Besar yang pertama di dalam negeri ini yang menyatakan manifesto itu bukan janji kalau bukan daripada Pakatan? Saya fikir Yang Berhormat Jasin ya, tadi?
Silakan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih sahabat saya daripada Sungai Besar. Saya hanya ingin membantu Yang Berhormat Sungai Besar tentang fakta yang disebutkan tadi. Apabila disebutkan tentang GST ini, seharusnyalah semua pihak mesti berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana GST ini ada sejarahnya. Ia diperkenalkan pada tahun 1992 tetapi ditangguhkan pelaksanaannya sehinggalah hanya tahun 2004 sahaja kita tubuhkan satu jawatankuasa untuk menilai semula secara intensif.
Selepas itu, ditangguhkan lagi, hanya tahun 2013 sahaja Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuat keputusan. Kita di antara negara yang paling terakhir sekali. Di ASEAN hanya dua buah negara sahaja, Malaysia dan Myanmar. Ini adalah keputusan yang sangat bijak sekali, bukan sahaja telah menyelamatkan ekonomi kita, bahkan telah dapat membantu kebergantungan kita kepada hasil petroleum.
Apa yang saya hendak sebut di sini, tadi pihak pembangkang ada sebut tentang angka. Pulangan kita, pulangan kepada revenue kerajaan. Pada tahun 2015, kalau kita lihat kepada Perkara 6.2, pendapatan kerajaan. Ia sebut di sini, kita telah dapat memungut sebanyak RM27 bilion, ini hanya sembilan bulan sahaja. Pada tahun 2006, kita jangka kita akan dapat memungut sebanyak RM38.5 bilion. Sebenarnya kalau GST tidak membantu kita, kemungkinan kita akan menghadapi satu masalah ekonomi yang lebih berat.
Bagaimanapun, keputusan untuk membenarkan GST ini satu keputusan yang cukup bijak yang mana kita dapat lihat, selama ini, banyak daripada syarikat-syarikat yang besar mengaut keuntungan, lari daripada cukai. Buktinya kalau dahulu hanya 60,000 buah syarikat sahaja mendaftar membayar SST tetapi setelah kita perkenalkan GST ini, kita dapati sebanyak 420,000 buah syarikat yang telah mendaftar. Ini satu angka yang kita tidak boleh lari, kerana apa? Baru kita tahu, ada pihak-pihak yang kononnya berkempen di sana sini, mendesak rakyat supaya bangun menentang kerajaan, jangan terima GST. Rupanya kemungkinan dia bersekongkol dengan syarikat-syarikat besar ini, yang selama ini telah lari daripada membayar cukai. Barulah kita sangka bahawa keputusan yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah keputusan yang cukup tepat sekali. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Ketereh.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Satu soalan tambahan. Yang Berhormat Rasah tadi ada menyebut bahawa kononnya Barisan Nasional tidak berani untuk menyebutkan atau memasukkan dalam manifesto Pilihan Raya 2013 dan berdasarkan andaian itu, andaian beliau bahawasanya kalau dimasukkan GST dalam manifesto itu, ertinya Barisan Nasional seolah-olah tidak boleh menang Pilihan Raya 2013.
Jadi, saya hendak tanya, Yang Berhormat adalah seorang wakil rakyat yang telah dipilih, menang pilihan raya pasca pelaksanaan GST dan Yang Berhormat walaupun waktu itu GST telah dilaksanakan, Yang Berhormat telah mencatat rekod menang dengan majoriti yang bertambah hampir 10,000 majoriti menang. Jadi, apa komen Yang Berhormat tentang logik yang cuba hendak digambarkan oleh Yang Berhormat Rasah?
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Okey Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tahu berapa lama lagi saya ada masa?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
15 minit, Yang Berhormat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Sungai Besar, sedikit.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Sekejap, sekejap. Dua lagi.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Sedikit sahaja, satu soalan.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Sekejap. Saya jawab dua. Saya jawab dua dahulu. Saya janji, nama saya Budiman.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Lepas ini nanti you bagilah ya?
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Nama saya Budiman, ya.
Saya melihat begini, Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat Ketereh memberikan tentang pandangan bahawa GST ini ada menyumbang kepada penambahbaikan dalam negara. Yang Berhormat Ketereh juga menyebut bahawa saya ini hasil produk pilihan raya pasca GST. Sebenarnya, akhirnya ia bergantung bagaimana delivery kita memanfaatkan dan menerangkan tentang GST. Ini kerana apa?
Di Parlimen, di tempat saya, di dalam kawasan saya, saya berikan penerangan yang baik. Saya berikan penerangan bahawa dengan GST inilah kita bantu anak kita masuk universiti, dengan GST inilah kita dapat bantuan BR1M tambahan kepada sampai sehingga RM1,200. Kita berikan contoh-contoh yang baik dengan syarat tidak ada langau-langau, pelancong politik datang ke tempat saya untuk meneruskan persepsi yang buruk terhadap GST.
Saya hendak sebutkan perkara ini kerana apa? Ini kerana dalam keadaan kita membina satu persepsi yang baik, ada satu kelompok lagi yang membina persepsi yang tidak baik. Akhirnya, Sungai Besar memilih dan telah memuktamadkan dalam pilihan raya kecil. Ya, silakan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau Yang Berhormat Sungai Besar dan juga Yang Berhormat Jasin dan juga dengan Yang Berhormat Ketereh begitu yakin dengan GST, saya hendak cabar Barisan Nasional dalam PRU Ke-14, masukkan dalam manifesto Barisan Nasional bahawa GST akan naik ke-8 peratus, 10 peratus, kerana...
Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang
Bodohlah, stupid, stupid. Bodoh...
[Dewan riuh]
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
...Barisan Nasional begitu yakin dengan GST dan nampak begitu baik tetapi biar rakyat dan kamu begitu yakin boleh jelas dengan rakyat di luar yang tengah sengsara. Semalam ada seorang penjaga- guard. Dia berjumpa dengan saya. Dia kata, “Yang Berhormat, saya sangat tertekan tahun ini, cukup teruk”. Sekarang dia punya gaji tidak sampai, tidak mampu untuk bayar yuran-yuran sekolah yang naik. Dia makan di kantin...
[Disampuk] Ya, ya. Ada. Jangan ingat tidak ada. Di bawah Barisan Nasional, yuran sekolah masih ada, ya. Dengan pembelian kasut dan sebagainya. Semua naik sebab GST.
Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang
Mana yuran sekolah naik, yuran sekolah yang mana?
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Tuan Yang di-Pertua,...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Bila ada yuran sekolah naik?
Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang
Yuran sekolah mana? Yuran sekolah mana? Pembohong. Apalah. Pembohong. Yuran sekolah mana?
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Tuan Yang di-Pertua, ini floor Yang Berhormat Sungai Besar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Duduklah Yang Berhormat. Yang lain duduk, Yang Berhormat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tuan Yang di-Pertua, dengan ada sekolah, musim persekolahan yang baru, mereka terpaksa beli kasut, baju dan sebagainya dengan GST, dengan kenaikan segala harga. Beliau katanya sudah tidak buat, tidak mampu survive. Dia minta saya suarakan kepada rakyat, kepada Dewan ini. Jadi Tuan Yang di- Pertua, hendak saya simpulkan, saya simpulkan.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Ingat, ini floor saya. Saya ingat lama sudah. Cukup.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Kalau Barisan Nasional begitu yakin, masukkan, saya cabar sekarang. Masukkan, kata PRU Ke-14, naikkan GST sehingga 8 peratus atau 10 peratus. Saya cabar Barisan Nasional. Buat. Laksanakan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sungai Besar, saya tahu Yang Berhormat budiman tetapi floor masa Yang Berhormat tinggal 10 minit ya, Yang Berhormat. Ya?
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Okey Tuan Yang di-Pertua.
Antara kemahiran yang paling baik sekali adalah bersandiwara. Jadi, kalau kita kurang bersandiwara dalam berhujah, oleh sebab isu yang dibawakan itu gagal. Saya hendak menyebutkan ini kerana apa? Kerana saya hendak sebutkan kepada Yang Berhormat Rasah untuk kali yang kedua, pemimpin idola merekalah antara Menteri Kewangan yang memperkenalkan GST.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Dia tak nafikan perkara ini. Itu yang pertama. Dan yang kedua, 8 peratus GST ini cadangan siapa? Cadangan siapa, angan-angan siapa, dongeng siapa?
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Dan saya juga boleh mencabar beliau, buktikan beliau akan hapuskan GST.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Saya sekali lagi Yang Berhormat...
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Masa 10 saat boleh?
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Saya bagi jiranlah. Saya sudah bagi Yang Berhormat Rasah lebih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Rasah, duduk Yang Berhormat Rasah.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Ya, silakan Yang Berhormat Kota Tinggi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Tinggi.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Saya terpanggil untuk menyentuh sedikit, hendak bertanya kepada Yang Berhormat Sungai Besar bila sahabat saya bercakap- GST ini kena cabar, 8 percent, 10 percent. Jadi ini yang saya bimbangkan ini kalau kita orang macam ini memerintah negara ini. Sebab, kita asas 6 percent ini ada asas-asas yang kukuh kenapa 6 peratus. Kita mempunyai asas-asas yang kukuh, Yang Berhormat Sungai Besar, untuk kita mengadakan satu sistem percukaian yang mampan yang untuk kita gunakan bertahun-tahun akan datang dan akan mencernakan, mencergaskan ekonomi kita mengambil kira keperluan tempatan dan dalam pada masa yang sama tidak menakutkan pelabur-pelabur.
Itu sebabnya bila kita bercakap ini kita kena ada asas yang kukuh. GST ini bukan perkara baru. Indonesia dan Turki tahun 1984 sudah buat GST. Lebih 160 negara telah buat. Kita ini sudah terlewat. Kita cakap GST ini bukan seolah-olah sebelum ini kita tidak pernah ada cukai. Ada, SST. Tinggal lagi, SST tidak efisien, banyak ketirisan. Itu sebab kita ada GST dan sampai masa kita kena buat. Kita tidak boleh menolak satu kerangka percukaian yang begitu diguna pakai di seluruh dunia.
Masalahnya, Yang Berhormat Sungai Besar, kita dimomokkan, disandiwarakan perkara-perkara yang begitu remeh. Saya bimbang Yang Berhormat Sungai Besar, kalau inilah tahap pemikiran- kalau tidak, kita cabar, buat manifesto, selepas itu kita tidak buat.
Macam ini yang saya bimbang kalau ramai yang duduk di dalam Dewan ini yang mulia ini, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak Yang Berhormat Sungai Besar, kalau inilah tahap pemikiran kita melihat sudut-sudut pelaksanaan itu dalam bentuk-bentuk yang begitu remeh, ini patutnya agaknya dia tak boleh faham dia duduk di luar Dewan agaknya. Apa pandangan Yang Berhormat Sungai Besar? Terima kasih.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Yalah, mereka hendak berhujah pun mereka tidak ada di dalam Dewan. Ini masalahnya. Akan tetapi saya hendak sebutkan perkara yang paling penting. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya kereta api laju lebih sedikit, ada banyak perkara penting yang saya perlu isukan di peringkat kawasan.
Saya hendak sebutkan satu perkara yang paling mudah ialah kami dekat Selangor ini kami sangat berbangga. Pertama, kami rakyat Selangor ini kami tak takut mati. Kenapa kami tak takut mati? Kerana setakat 22 Oktober, rakyat Selangor juara denggi. Sebanyak 94 kes harian dekat Selangor sebab denggi, sebanyak 193 kes kematian sebab denggi dan dalam manifesto Pakatan disebut beberapa kali kerana rasuah di Kementerian Kesihatan, disebut aktiviti pencegahan kesihatan menyebabkan masalah kesihatan itu tidak dapat diselesaikan.
Saya hendak sebutkan beberapa kali disebut dalam Dewan yang mulia ini. Ini kerana apa? Ini kerana isu kesihatan adalah isu kesedaran dan penguatkuasaan. Sebab itu saya hendak sebutkan dalam konteks Kerajaan Negeri Selangor, pengalaman saya dalam isu kesihatan, ia bukan soal rasuah, ia soal bagaimana kerajaan negeri ada kekuatan untuk menyelesaikan daripada segi penguatkuasaan dan juga kesedaran.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya hendak ucap terima kasih kepada kakanda- kakanda Barisan Nasional yang membantu saya di Sungai Besar dengan seluruh jiwa dan raga. Tidak dilupakan juga dengan pembangkang yang menjadi pelancong politik yang tidak bekerja, jalan-jalan cari makan ke dalam kawasan saya, mengimarahkan surau dan masjid, bersiar-siar mengenali puyu, sepat, mentarang, belut dan sebagainya. Landak di kampung saya habis, rumah sewa di kampung saya meninggi harganya. Terima kasih kerana hadir sebagai pelancong politik.
Akhirnya, rakyat di Sungai Besar telah memuktamadkan Sungai Besar memilih pada 17 Jun 2016, Sungai Besar bersama-sama dengan Barisan Nasional untuk memperjuangkan kehidupan mereka. Saya hendak sebutkan ini kerana saya hanya ada ‘Ikrar Budiman’ selain dibantu oleh Yang Berhormat Tanjong Karang selaku jentera di Sungai Besar, saya punya ‘Ikrar Budiman’. Dalam ikrar saya yang pertama itu saya mahukan ‘1Keluarga 1Mahasiswa’. Mengapa ‘1Keluarga 1Mahasiswa’? Anggaplah ini sebagai satu permulaan kepada pembinaan rangkaian anak muda profesional di Sungai Besar.
Saya punya impian yang kedua, inovasi pendapatan menerusi aktiviti pertanian.
Yang Berhormat Sungai Petani pagi tadi saya dengar dia sebut berkaitan dengan jerami padi.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Seorang pengusaha kampung saya bernama kakak Hanisah ini, tatkala semua usahawan cendawan tidak dapat meneruskan perniagaan kerana bahan yang digunakan itu adalah habuk kayu dan akhirnya gagal, dia menggunakan inovasi jerami padi sebagai punca pendapatan. Dan hari ini, ini satu-satunya pusat cendawan menggunakan media jerami padi.
Ketiga, alhamdulillah, Ahli-ahli Yang Berhormat, Sungai Besar kami ada laut yang luas terbentang, tempat nelayan mencari ikan. Kami ada sawah padi yang menguning menjadi kepuk beras negara. Kami ada kelip-kelip yang cantik. Kami punya kampung tradisi Melayu, Cina dan juga India. Inilah produk pelancongan yang akhirnya bakal menjana pendapatan kami orang-orang kampung. Saya pohon pihak kementerian bantu saya merealisasikan ‘Ikrar Budiman’ dan inilah sebenarnya harapan rakyat yang sebenar.
Sungai Besar tidak terkecuali daripada bajet ini. Nelayan yang berhadapan dengan musim tengkujuh menerima bantuan peruntukan khas. Pesawah padi kami dapat subsidi RM1.3 bilion. Kampung kami gelap, sunyi pada waktu malam. Dengan peruntukan lampu jalan sebanyak RM100 juta, mudahlah kami keluar untuk menghantar anak pergi tuisyen, ke masjid, surau dan berpencak silat.
Saban tahun akhirnya ada kalanya air pasang besar itu menakutkan kami dan tidak melenakan tidur kami. Terima kasih peruntukan RM495 juta untuk projek Rancangan Tebatan Banjir...
[Tepuk] Harap-harap RTB yang baru itu, Sungai Besar menjadi pilihan lokasinya. Ini kerana apa? Ini kerana Kuala Selangor sudah berhampiran dengan Kuala Lumpur. Tanjong Karang pula sudah jadi Menteri. Sabak Bernam dia dekat pula dengan Bagan Datok. Jadi, lokasi yang paling baik adalah di Sungai Besar.
Kami juga mahu ekonomi kami juga berkembang dengan cara ekonomi digital.
Luaskanlah capaian Internet kampung kami. Tambahkanlah Pusat Internet 1Malaysia dan kami mahu bentuk komuniti kampung kami menjadi kampung celik IT.
Akhirnya, bajet ini adalah bajet untuk menggembirakan umum. Polisi tanpa pelaksanaan yang baik akan memberi imej yang buruk bukan hanya kepada kerajaan tetapi kepada kami Ahli Parlimen Barisan Nasional. Marilah kita bersama-sama menjaga ketelusan dalam pelaksanaan agensi kerajaan. Saya pohon jasa baik penjawat awam bersama-sama melaksanakan bajet yang memenuhi impian rakyat. “Dengar sini kawan- kawan sekampung. Aku berharap janganlah hendaknya ada lagi manusia seperti kamu ini, Buang. Memang bangsa kita masih muda dan lemah. Aku tak peduli semua itu. Harapanku, kita sesama bangsa bersatu padulah hendaknya.” Ini ungkapan terakhir Sarjan Hassan apabila beliau bergaduh dengan Zainal. Apa yang disebut- akhirnya bersatu padulah hendaknya. Saya dengan rendah diri menyokong usul ini. Sekian, terima kasih...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Saya telah minta pihak pentadbiran untuk menyalakan stop clock di belakang sebagai panduan kepada Ahli- ahli yang terhad masanya 30 minit selepas ini. Jadi sedang dalam- ada masalah teknikal sedikit tetapi dia akan bernyala kemudian nanti.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Jadi selepas ini adalah pembahas-pembahas dihadkan masa selama 30 minit. Okey Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan ucapan saya dengan satu soalan mungkin kepada Tuan Yang di-Pertua.
Apakah perasaan Tuan Yang di-Pertua apabila ditanya oleh dif-dif kehormat antarabangsa apabila Tuan Yang di-Pertua ke luar negeri? Apabila Tuan Yang di-Pertua ditanya atau lebih teruk lagi diejek, disindir mengenai skandal 1MDB yang melanda negara kita, mengenai Perdana Menteri Malaysia yang telah pun menyelewengkan dikatakan kononnya menyelewengkan sekurang-kurangnya USD1 bilion ke dalam akaun peribadi beliau?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat atas instruction daripada keputusan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara yang terkandung dalam DOJ itu dikatakan sebagai subjudis, Yang Berhormat. Jadi saya minta Yang Berhormat untuk berhati-hati untuk tidak melanggar ketetapan yang telah dibuat tentang perkara ini.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya akan bangkitkan isu-isu yang berkenaan tetapi Menteri hendak jawab tidak hendak jawab itu Menteri punya kuasa lah. Seperti apa yang disebut oleh Tuan Yang di-Pertua tentang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, ia juga terlibat dengan perbahasan ya Yang Berhormat. Tadi pagi telah disebut bahawa Tuan di-Pertua yang bertugas boleh mengquestionkan siapa-siapa yang berbahas menyentuh perkara yang dikatakan subjudis.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya rasa apa yang saya buat adalah soalan dan sama ada Menteri hendak jawab tidak hendak jawab itu terletak kepada pihak Menteri. Seperti yang saya sebutkan tadi, sama ada Tuan Yang di-Pertua hendak jawab tidak hendak jawab itu tidak apa. Akan tetapi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya hendak jawab tidak hendak jawab?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Jawab tadi saya- macam mana perasaan bila jumpa dengan dif-dif kehormat yang tanya tentang Malaysia bila ada skandal- skandal sebegini. Tuan Yang di-Pertua tidak perlu jawab, saya jawab soalan sendiri.
Akan tetapi saya sebagai Wakil Rakyat yang dipilih bersama-sama dengan rakan- rakan Pakatan Harapan yang ada di sini ingin merakamkan bahawa kita rasa amat malu.
Kami malu sebab maruah rakyat Malaysia telah terjatuh. Kami malu sebab nama baik negara Malaysia telah dicemari teruk oleh skandal penyelewengan 1MDB yang bernilai berpuluh-puluh bilion yang melibatkan tidak lain daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, apabila pihak pembangkang keluar dari Dewan ingin membantah sikap Yang Amat Berhormat Pekan dalam ucapan bajet beliau minggu lalu, Yang Amat Berhormat Pekan tegur selepas itu dengan media bahawa tindakan kami memalukan. Tidak, Tuan Yang di-Pertua. Yang memalukan negara kita adalah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri...
[Tepuk] Dengan izin, it is not us who are disgraceful- menggunakan perkataan yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Pekan. *It is the Prime Minister who has disgraced the nation...
[Tepuk]* Tuan Yang di-Pertua, pegawai Malaysia yang pertama atau MO1 yang disebut sekurang-kurangnya 30 kali di dalam kes saman Kerajaan Amerika Syarikat untuk merampas harta bernilai USD1 bilion daripada pihak-pihak termasuk Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dan Riza Aziz anak tiri kepada Yang Amat Berhormat Pekan. Jho Low dan Riza Aziz telah dituduh oleh Pejabat Keadilan Amerika Syarikat- Department of Justice (DOJ) bahawa mereka telah menyelewengkan wang yang berasal daripada syarikat Kementerian Kewangan, 1MDB. Kes saman tersebut menyatakan bahawa sejumlah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat bukankah ini perkara yang termasuk di dalam DOJ, Yang Berhormat?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Ya memang ada di dalam DOJ saya hanya sebut apa yang ada dalam saman.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Bukankah Tuan Yang di-Pertua sudah buat ruling bahawa perkara-perkara tersebut adalah subjudis?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Apa-apa yang ada dalam kes saya boleh sebut. Saya hanya tidak boleh buat komen tentang perkara tersebut. Saya tidak boleh kata siapa yang salah, saya boleh sebut apa yang telah pun dibentangkan. Fakta.
Fakta.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Perkara-perkara yang termasuk di dalam DOJ telah diruled...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
It’s a public document.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
You listen first. You don’t have to be like that, I’m very baik, baik tahu?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Baik, baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tak payah marah- marah. Baik baik tidak payah garang-garang. Saya cuma kuatkuasakan apa yang diputuskan oleh Tuan Yang di-Pertua sebab itu saya kata be careful on that matter. You see? Be careful on that matter. Where do you think it is...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
I will not ...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
You are encroaching sub judice punya border then you have to relax a bit there, okay?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya hanya bentangkan fakta- fakta yang telah pun dikemukakan dalam dokumen. Benar tidak benar bergantung pada Menteri hendak jawab tidak hendak jawab, okey. I will not add my own perception on that issue. It is a public document. A public document can be cited anywhere. If we can cite it outside it will be- langsung tidak masuk akal di luar boleh sebut di dalam Dewan tidak boleh sebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ia bukan soal masuk akal tidak masuk akal tetapi kita ada– I can be relaxed on this- you caution yourself about this okay ya.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Faham terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Penjelasan. Penjelasan. Adakah Yang Berhormat Petaling Jaya Utara bersetuju bahawa tiada kemarahan, tidak ada outrage atau malu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau Menteri-Menteri yang ada mengenai Malaysia dikenal sebagai global kleptocracy? Satu perkara yang sangat aneh. Adakah Malaysia menjadi satu global kleptocracy dan kalau Malaysia menjadi global kleptocracy adakah bererti bahawa Perdana Menteri kita kleptocrat yang baharu dan semua Menteri- menteri kleptocrat. Adakah ini patut diteruskan? Dan kosong-kosong menunjukkan bahawa semua Kabinet tidak ada hormat terhadap Dewan yang mulia ini.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih Yang Berhormat Gelang Patah. Saya rasa seperti apa yang saya sebut tadi itulah sebabnya kita walked out semasa bajet kerana langsung tidak ada sebut tentang krisis yang melanda negara kami hari ini, kita hari ini. Di mana kita digelar sebagai kleptocracy terunggul seluruh dunia. Tidak malu kah? Saya yang pembangkang pun malu jangan kata yang sebelah kerajaan. Tidak ada satu ayat pun disebut oleh Yang Amat Berhormat Pekan untuk mempertahankan maruah negara kita. Satu ayat pun tidak ada.
Saya teruskan, saya teruskan. Mana saya tadi sebelum diganggu oleh Tuan Yang di-Pertua tadi [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tuan Yang di-Pertua mengganggu ya? Tidak apa lah saya tiada niat jahat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tiada niat jahat. Tiada niat jahat.
Kes saman tersebut menyatakan bahawa sejumlah USD1.03 bilion yang sepatutnya dilabur dalam 1MDB PetroSaudi Ltd. telah diselewengkan kepada Syarikat Good Star Limited yang ditubuhkan di Kepulauan Seychelles. Seperti yang dilaporkan kepada Jawatankuasa Kira- kira Wang Negara oleh Bank Negara dalam surat yang disembunyikan oleh Pengerusi PAC daripada ahli-ahli PAC, Good Star Limited dimiliki bukannya oleh PetroSaudi tetapi oleh Jho Low.
Dan antara yang menerima manfaat daripada penyelewengan ini adalah tidak lain daripada Malaysian Official 1. Dengan izin, mengikut saman DOJ, “According to JP Morgan Chase banking records between February and June of 2011 approximately USD24.5 million of this fund was transferred to an account at Riyadh Bank maintained in the name of the Saudi Prince who together with the PetroSaudi CEO co-founded PetroSaudi. From this fund USD20 million was then transferred within days to an account belonging to Malaysian Official 1”.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Siapa putera Saudi yang telah menjadi pengantara saluran wang sebanyak USD20 juta daripada Good Star Limited kepada MO1? Beliau adalah Prince Turki- Abdullah yang juga merupakan pemilik saham PetroSaudi. Pada tahun 2012 pula 1MDB telah membuat bayaran sebanyak USD1.367 bilion kepada syarikat Aabar Investment PJS Limited.
Alasannya ialah ini merupakan wang cagaran yang diperlukan oleh syarikat kerajaan- Abu Dhabi International Petroleum Investment Corporation (IPIC) dan dibayar kepada anak syarikatnya Aabar Investment PJS Limited.
Tuan Yang di-Pertua, ini merupakan antara penipuan yang paling besar. Pihak PAC telah dimaklumkan oleh Ketua Audit Negara dan tercatat dalam laporan PAC bahawa perjanjian cagaran ini hanya ditandatangani beberapa hari selepas wang pinjaman 1MDB telah diterima.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Perkara ini telah menimbulkan keraguan kerana mana ada pihak peminjam ataupun penjamin yang tidak menandatangani perjanjian cagaran sebelum wang dikeluarkan. The collateral agreement was signed after the funds were disbursed. Kini kita boleh sahkan bahawa kesemuanya adalah muslihat dan helah kerana perjanjian cagaran telah ditandatangani dan bayaran telah dibuat kepada syarikat palsu yang menggunakan nama yang serupa. Wang berjumlah sebanyak RM1.367 bilion tidak dibayar kepada anak syarikat IPIC, Aabar Investments PJS sebaliknya wang telah dibayar kepada sebuah syarikat yang bernama Aabar Investments PJS Limited, ada tambah satu limited di belakang yang ditubuhkan di British Virgin Islands yang tidak dimiliki oleh IPIC.
Daripada wang yang telah diselewengkan kepada Aabar yang palsu ini terdapat USD30 juta pula yang muncul dalam akaun MO1 melalui syarikat pengantara Blackstone Asia Real Estate Partners. Kes saman DOJ berkata on or about October 30th 2012, roughly seven days after Blackstone receive USD17 million directly from Aabar, British Virgin Islands (BVI) and roughly six days after it received USD360 million indirectly from Aabar BVI, Blackstone transferred USD5 million into an account at Ambank in Malaysia held in the name of AmPrivate Banking MR. That account belongs to Malaysian Official One and it’s the same account that received USD20 million from PetroSaudi founder in 2011 within days of the receipt by the PetroSaudi co-founder of fund from Good Star. On or about November 19, 2012 less than two weeks after Blackstone received USD95 million Aabar BVI, Blackstone transferred USD25 million to the same AmPrivate Banking MR account belonging to Malaysian Official One. Siapakah Blackstone Asia Real Estate Partners? Kumpulan Blackstone merupakan nama sebuah syarikat pengurus dana yang terbesar di Amerika Syarikat.
Antara dana yang diuruskan oleh kumpulan Blackstone adalah Blackstone Real Estate Partners Asia. Sekali lagi nama Blackstone Asia Real Estate Partners nyaris sama dengan Blackstone Real Estate Partners Asia. Satu Asia di tengah nama, satu Asia di belakang nama. Syarikat yang palsu telah ditubuhkan oleh seorang yang bernama Eric Tan Kim Loong adalah jelas bahawa penyaluran wang RM30 juta ini melalui Blackstone Asia Real Estate Partners adalah untuk mengaburi punca wang tersebut dan memberikan tanggapan kepada pihak berkuasa bahawa ia merupakan pulangan daripada pelaburan yang sah dan pengurus dana Blackstone. Tuan Yang di-Pertua yang lebih dahsyat lagi berlaku pada tahun 2013 sebelum Pilihanraya Umum, 1MDB telah meminjam sebanyak RM3 bilion pada 19 Mac 2013. Niat pinjaman ini adalah yang diumumkan oleh 1MDB adalah untuk menubuhkan sebuah syarikat usaha sama dengan syarikat Aabar Investment PJS untuk melabur dalam pembangunan Tun Razak Exchange. Memorandum persefahaman antara 1MDB dan Aabar ditandatangani pada 13 Mac 2013 hanya beberapa hari sebelum pinjaman dikeluarkan dan disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri.
Akan tetapi syarikat usaha sama langsung tidak terjadi selepas memorandum ditandatangani dan pinjaman dikeluarkan. Sebaliknya hanya tiga hari selepas pinjaman RM3 bilion dikeluarkan kepada 1MDB, wang sebanyak USD620 juta yang berpunca daripada 1MDB muncul dalam akaun MO1 tiga hari kemudian. Tiga hari sahaja macam kesemua pengumuman sebelum pinjaman yang dibuat merupakan satu helah yang dirancang dengan cukup terperinci. Seminggu kemudian tambah lagi USD61 juta masuk ke dalam akaun MO1. Wang sejumlah USD681 juta ini disalurkan kepada MO1 melalui syarikat pengantara Tanore Finance Corporation.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya memetik daripada kes saman DOJ lagi. *Shortly after proceeds of 2013 bond sale were diverted to the Tanore account, USD681 million was sent from Tanore account to a bank account belonging to Malaysian Official One. On or about 21 Mac 2013, Tanore transferred USD620 million into an account at Ambank in Malaysia whose beneficiary was listed as AmPrivate Banking MR on or about 25 Mac 2013 an additional RM61 million was wired from Tanore account to the same account at Ambank, for total of USD681 million.
Tanore Finance Corporation* tidak merupakan sebuah institusi kewangan.
Sebaliknya ia merupakan sekali lagi sebuah syarikat kosong yang ditubuhkan oleh Eric Tan Kim Loong seperti Blackstone Asia Real Estate Partners sebelum ini. Secara ringkas dalam kes saman DOJ terhadap Jho Low, Riza Aziz dan lain-lain, fakta kes yang dikemukakan telah menunjukkan bahawa sebanyak USD731 juta yang berpunca daripada 1MDB telah masuk dalam akaun MO1.
Tuan Yang di-Pertua, soalan yang penting sekarang adalah siapa MO1? Ini merupakan soalan yang cukup penting sebab MO1 ini telah dituduh bahawa telah menerima manfaat yang sangat besar daripada wang yang diselewengkan daripada anak syarikat Kementerian Kewangan. MO1 ini adalah sebab utama Malaysia kini digelar sebagai kleptocracy yang terkemuka. Semua pihak yang ikhlas mempertahankan good governance dan pentadbiran yang amanah mesti mengambil berat soalan ini. Ahli-ahli Pakatan Harapan telah mengangkat placard semasa ucapan bajet yang menanyakan siapakah MO1?
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya kena mengaku itu soalan bodoh. Semua orang termasuk saya, saya pasti Tuan Yang di-Pertua sendiri kenal siapa MO1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Yang Berhormat Kota Belud sendiri pun menyebut secara rasmi bahawa yang tahu siapa MO1 itu bangang, is an idiot. Yang Berhormat Kota Belud mengaku dalam media British Broadcasting Corporation (BBC) bahawa MO1 adalah tidak lain daripada Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Pekan.
Masalahnya sekarang kenapa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang membisu. Kalau saya dituduh mencuri wang rakyat tidak kiralah sama ada RM1,000, RM1 juta saya akan serta-merta menafikan perkara tersebut dan terus mengeluarkan saman fitnah terhadap pihak yang membuat tuduhan yang liar tersebut. Saya berani kerana benar.
Kenapa pula Yang Amat Berhormat Perdana Menteri satu ayat pun tidak sebut mengenai perkara ini sejak kes DOJ difailkan di Mahkamah Amerika Syarikat pada Julai 2016. Sudah dekat lima bulan dan disebarkan seluruh dunia.
Dahulu apabila Wall street Journal membongkar penerimaan USD681 juta pada Julai 2015, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengugut hendak menyaman tetapi akhirnya tidak. Sama ada tidak berani Atau apa saya tidak tahu. Kini selepas DOJ, hendak membuat penafian pun tidak berani. Sebelum ini Peguam Negara kata sudah membuat keputusan bahawa Yang Amat Berhormat Pekan tidak bersalah berhubung Kertas Siasatan berkaitan dana USD681 juta, Tan Sri Apandi Ali berpuas hati dengan keterangan saksi dan dokumen sokongan yang menunjukkan wang dimasukkan merupakan sumbangan peribadi.
Menurut Tan Sri Apandi, seorang anak lelaki Allahyarham Raja Arab Saudi mendermakan wang RM2.2 bilion atau USD681 juta kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Saya hendak tanya, ke mana perginya alasan penderma Arab ini setelah kes saman DOJ difailkan?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Selain daripada RM20 juta yang pada awalnya pada tahun 2011 yang dimasukkan ke dalam akaun Yang Amat Berhormat Pekan pada 2011, yang disalurkan oleh Prince Turki anak kepada Raja Arab Saudi, kesemua jumlah yang lain RM711 juta datangnya daripada syarikat-syarikat palsu yang ditubuhkan oleh rakan Jho Low, Eric Tan Kim Loong. Setahu saya, Jho Low ataupun Eric Tan Kim Loong bukan Arab dan bukan keturunan raja. Adakah Tan Sri Apandi Ali masih bertegas bahawa yang USD681 juta itu merupakan derma daripada anak Raja Arab Saudi? Mana perginya kesemua penyokong Perdana Menteri yang heboh menambah kepada alasan yang cerita penderma Arab. Yang Berhormat Bagan Datok yang ada sebut bahawa beliau telah...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Bagan Serai.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
...Berjumpa dengan agen penderma Arab tersebut yang mengesahkan derma itu. Siapa Yang Berhormat Bagan Datok jumpa- penipu atau pelakon ?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Bagan Serai bangun. Hendak bagi Yang Berhormat?
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara ini saya tengok sudah banyak kali sudah.
Daripada dulu sampai sekarang kalau dia bangun tidak ada cerita lain, cerita DOJ sahaja.
Dia tidak ada benda-benda baru hendak cerita. Tidak ada benda-benda baru dia hendak cerita, cerita yang sama. Saya hendak tanya, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara ini adakah jurucakap DOJ sebenarnya ini? Jurucakap kah sebenarnya ini? Cerita benda yang samalah, lapuklah.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Kalau Yang Berhormat Bagan Serai rasa bosan, tidak nak dengar, boleh minum kopi dekat luar. Kalau ada soalan, boleh tanya dalam Dewan. Saya bukan spokesperson kepada DOJ. Saya tidak kenal siapa-siapa pun dalam DOJ. Saya hanya gunakan fakta yang dikemukakan dan minta supaya soalan- soalan ini kena dijawab dalam Dewan.
Negara kita sekarang jadi kleptocracy. Yang Berhormat Bagan Serai tidak malukah? Yang Berhormat Bagan Serai tidak kesahkah? Perdana Menteri kita. Kita hendak pertahankan Perdana Menteri kita sebab walaupun kita dalam parti yang tidak sama...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Ini cakap bukan hendak pertahankan, berbelit-belit, berpusing-pusing.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Kita perlu mempertahankan maruah negara.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Bangun sahaja cerita benda yang tidak jelas. Mana betul.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Kenapa pula Ahli-ahli Pakatan Harapan mempertahankan hak rakyat Malaysia, maruah rakyat Malaysia...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Sebab dia jadi jurucakap DOJ.
Sebenarnya jurucakap DOJ, itulah jadi macam ini. Siapa yang tidak malu? Siapa yang tidak malu pergi cerita buruk negara dekat luar? Awak yang tidak malu.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
BBC sebelah sana, penyokong kerajaan langsung tidak kesah bahawa negara kita sudah menjadi sebuah kleptocracy terkenal, terunggul seluruh dunia. Tidak malu kah?
Seorang Ahli
Ya, jawablah.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Ada pula Yang Berhormat Seri Gading yang menyebut bahawa penderma tersebut sumbangan kerajaan Arab Saudi untuk membantu UMNO lawan DAP yang kononnya disokong oleh Yahudi. What type of crap story is that?
[Ketawa] Yang Berhormat Padang Rengas, Menteri menyahut bahawa derma tersebut adalah untuk memenangkan BN dalam Pilihanraya Umum yang lalu. Beliau macam langsung tidak terfikir sama ada wang asing patut digunakan dalam pilihan raya negara sebelum mengeluarkan alasan tersebut.
Ketua UMNO Kuantan pula menjelaskan bahawa derma yang cukup besar kepada Yang Amat Berhormat Pekan itu adalah untuk membantu Malaysia melawan ISIS. Hakikat bahawa ISIS belum ditubuhkan pada masa itu tidak penting.
Kenapa penyokong-penyokong tegar ini tidak lagi menegakkan alasan penderma Arab Saudi? Adakah ia disebabkan oleh kes sama DOJ yang telah membongkarkan kebenaran dan menghapuskan segala kredibiliti alasan derma Arab? Adakah ia disebabkan penipuan mereka telah terbongkar dan bukti yang telah dan akan dipamerkan oleh pejabat keadilan Amerika Syarikat terlampau kukuh? Ini semua soalan.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Akan tetapi sebelum kami sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia dapat mengemukakan soalan dan meminta jawapan dari Menteri-Menteri yang cukup bijaksana dalam Dewan yang mulia ini, Tan Sri Yang di-Pertua telah mengiktiraf perkara ini sebagai sub judice dan membuat ruling bahawa pihak kerajaan tidak perlu jawab soalan berkaitan dengan kes yang cukup penting ini. Kalau kes mahkamah di luar negeri pun menjadi sub judice di negara kita, saya rasa kedaulatan Parlimen Malaysia tentu telah tergugat. Keputusan tersebut langsung tidak masuk akal bagi saya, pendapat saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Keputusan Speaker tidak boleh dibahas sedemikian. Ia kalau ada mesti dikemukakan oleh usul. So, I have to stop you from criticizing the Speaker on that Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Okay. I will move on.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Ha, baru dia tahu.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tumpat bangun.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Pencelahan, ringkas sahaja Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Okey.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Selain daripada DOJ Amerika Syarikat, kita ada membaca bahawa peguam negara Switzerland pula mengatakan bahawa the whole, dengan izin, MDB scheme ini adalah satu “ponzi scheme” yang mana ia merupakan satu jenayah bukan sahaja di Switzerland atau di Amerika, tetapi di Malaysia sendiri pun.
Ada orang-orang di Malaysia yang didapati, dituduh, disyaki melakukan program perniagaan “ponzi scheme” ini telah didakwa. Apa pandangan Yang Berhormat ?
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Adakah ini sub judice?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
[Ketawa] Saya jawab sebelum Speaker buat ruling. Kalau macam itu, belum sub judice [Ketawa] Saya rasa kesemua negara yang ada kes, Singapore ada kes, Switzerland ada kes, mungkin ada negara lain nanti ada kes dan banyak kes-kes yang melibatkan Malaysia- seluruh dunia. Kalau ada kes- kes sebegitu, adakah Parlimen Malaysia sekarang langsung tidak payah bahas lagi? Bila ada kes di luar negeri, tidak payah bahas di Parlimen Malaysia. Saya rasa keputusan itu keputusan Speaker, saya tidak hendak pertikai. Itu hanya merupakan pendapat saya sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, saya sesungguhnya ingin mempertahankan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Saya ingin sangat dapat menjelaskan kepada dif-dif kehormat luar negeri bahawa walaupun saya berasal dari parti yang berbeza pendapat daripada parti Perdana Menteri, institusi-institusi Malaysia adalah kukuh dan berintegriti.
Saya ingin sangat hendak beritahu semua di dunia yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bukan seorang perompak atau penyamun kerana saya tidak mahu negara Malaysia bertaraf Zimbabwe dari segi persepsi pemimpin antarabangsa. Akan tetapi kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak memberikan sebarang bukti kepada kami di dalam Parlimen bahawa dia tidak bersalah dan tuduhan-tuduhan bahawa Yang Amat Berhormat Pekan mendapat USD731 juta ini melalui syarikat-syarikat yang dikuasai oleh Jho Low adalah palsu, macam mana Ahli-ahli Parlimen Malaysia dapat mempertahankan maruah negara.
Malangnya, Yang Amat Berhormat Pekan dan Menteri-Menteri kerajaan tidak berani menjawab soalan-soalan penting ini di dalam Dewan yang mulia ini. Keengganan menjawab hanya akan meningkatkan lagi keraguan antara orang awam di Malaysia dan di seluruh dunia bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri has something to hide.
Sebaliknya, walaupun Tan Sri Speaker telah memutuskan bahawa Menteri tidak perlu jawab, pihak kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) telah mencetak risalah untuk kononnya menjelaskan tindakan saman Amerika Syarikat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Ia disebarkan merata kampung dan juga di universiti-universiti tempatan. Risalah ini bertajuk, “Saman DOJ Meragukan”, dengan jelas ingin menanam keraguan di kalangan orang ramai mengenai saman DOJ. Kalau Tan Sri Speaker kata sub judice, kenapa kerajaan boleh cuba menjawab melalui risalah di kalangan orang ramai tetapi tidak menjawab di dalam Parlimen? Dengan izin, does this government attempt not to make a mockery of our Parliamentary Institution, the highest legislative...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Speaker bertanggungjawab apa yang berlaku dalam Parlimen Yang Berhormat. I think it is very clear that…
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya bukan salahkan Speaker. Saya hanya tanya kerajaan- kenapa sini tidak boleh jawab, luar disebarkan dokumen macam ini yang banyak muka surat dengan jawapan-jawapan, banyak yang saya akan petik selepas ini. Adakah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, it is exactly one minute Yang Berhormat. Bagus juga ada time watch di sana itu ya supaya kita sedar sendiri.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
You’re supposed to tell me I have 10 more minutes [Ketawa]
Seorang Ahli
Masa kecederaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Masa kecederaan itu masa orang lain diambil Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Okey. Saya teruskan.
Misalnya, pada soalan sepuluh, benarkah dalam sama sivil ini Dato’ Seri Najib Razak didakwa melakukan jenayah? Jawapan yang diberi adalah- tidak. Dato’ Seri Najib Razak tidak didakwa dan tidak dinamakan dalam saman sivil.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Soalan 11 pula berbunyi, siapakah Malaysia Official One yang dikatakan menerima dana berkaitan 1MDB? Jawapan yang diberikan menyebut bahawa tidak wajar sebarang andaian dibuat tentang siapa MO1 sehingga DOJ mempunyai maklumat dan bukti yang kukuh untuk menamakan MO1. Jawapan yang diberikan tidak salah terhadap soalan yang dirangka. Hakikatnya ialah walaupun Yang Amat Berhormat Pekan tidak dinamakan, wang sebanyak RM731 juta telah didapati diselewengkan ke dalam akaun seorang MO1.
Isu ini adalah kenapa penyelewengan ini tidak menjadi sebuah isu yang mendapat keprihatinan daripada pihak kerajaan. Kenapa soalan ini tidak ditanya dan dijawab. Apatah lagi Menteri Yang Berhormat Kota Belud telah secara rasmi mengaku bahawa MO1 adalah Yang Berhormat Perdana Menteri. Kenapa risalah rasmi kerajaan kepada orang kampung dan pihak penuntut masih cuba menyembunyikan identiti sebenar MO1. Ada pula yang kata bahawa sedangkan pihak PAC menyiasat kes 1MDB dan telah memutuskan bahawa Yang Amat Berhormat Pekan tidak bersalah. Tidak perlulah perkara ini dibincangkan dalam Parlimen.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Masa sudah habis Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Poin yang paling akhir. Saya hendak habiskan. Saya hendak tegaskan di sini sebagai Ahli PAC. Tidak pernah PAC menyiasat Yang Amat Berhormat Pekan dalam perkara skandal 1MDB. Kalau tidak pernah kita siasat penglibatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam 1MDB, tidak mungkin PAC boleh membuat ringkasan ataupun syor ataupun penetapan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak salah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Ketua Audit Negara pun tidak siasat dalam lingkungan skop mereka. So, saya harap kalau benar-benar hendak bersihkan nama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya setuju perlu bersihkan nama baik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri biar PAC dan juga Ketua Audit Negara diberikan mandat sekali lagi untuk membuat siasatan penuh ke atas penglibatan Yang Amat Berhormat Pekan dalam skandal 1MDB supaya rakyat Malaysia tahu sama ada Yang Amat Berhormat Pekan itu salah ataupun tidak salah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tambun.
Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah - Tambun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita semua sedar yang kita sedang berpindah dari poin ‘A’ ke poin ‘B’, yang dimaksudkan dengan poin ‘A’ adalah masa kini dan poin ‘B’ adalah pada masa akan datang. Apakah harapan rakyat pada masa hadapan? Isu kita masa kini adalah bahawa terdapat jurang yang begitu luas antara orang yang berpendapatan tinggi yang bilangannya kecil daripada nisbah rakyat dan mereka yang berpendapatan rendah yang begitu ramai.
Dalam Gini coefficient kedudukan kita 46.2 peratus. Antara tertinggi iaitu jarak antara kaya dan miskin begitu jauh. Kalau kita lihat dari segi pemberian BR1M, berapakah bilangan isi keluarga di negara kita dan dapat BR1M itu adalah sebahagian besar penduduk-penduduk kita. Jika kita lihat dalam konteks pembayaran cukai, pekerja kita 14 juta, yang bayar cukai hanya 2.4 juta. Maknanya 17 peratus. Kalau kita lihat dalam konteks itu, maknanya sebahagian besar rakyat kita ini adalah mereka yang berpendapatan rendah.
Kita tahu, Tuan Yang di-Pertua bahawa pertumbuhan GDP kita empat peratus. Itu kita lihat dari segi statistik. Kita harus buat satu kajian kualitatif. Antara faktor terbesar dalam sumbangan pada GDP adalah private consumption, dengan izin ataupun perbelanjaan rakyat, ia mengandungi 52 peratus daripada GDP. Bila kita buat kajian secara kualitatif, apakah komponen daripada perbelanjaan rakyat itu? Adakah kuantiti ataupun kenaikan harga, yang kita tahu punya pertumbuhan tersebut adalah daripada kenaikan harga. Bermakna pembelian rakyat itu lebih rendah daripada dahulu. Makna kualiti hidup rakyat tidak bertambah tinggi.
Jadi, dalam konteks situ Tuan Yang di-Pertua cuba kita lihat masa depan adakah rakyat akan mencapai kesejahteraan ataupun kedudukan itu masih macam sekarang? Saya ambil contoh Korea Selatan, Tuan Yang di-Pertua. Pada tahun 1980, pendapatan per kapita Korea Selatan adalah USD1,711. Malaysia USD1,770 bermakna lebih tinggi dari Korea Selatan. Dalam tempoh 10 tahun pada tahun 1990, pendapatan per kapita Korea Selatan USD6,642 dan Malaysia, USD2,549 dalam tempoh 10 tahun.
Bila saya dengar dalam bajet, kita hendak buat TN50, tahun 2050. Adakah itu bukti bahawa pada tahun 2020, kita tidak akan capai hasrat impian rakyat itu? Itu yang menjadi persoalan saya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, bila kita lihat masa depan keyakinan kita kepada masa depan itu bergantung pada kerajaan kita. Manakala kerajaan kita baik, pentadbiran baik maka masa depan kita adalah masa depan yang cerah untuk rakyat kita. Baik itu bermaksud kerajaan yang punya dignity, integriti dan good governance.
Jadi dalam soal ini, bukan sahaja good governance dalam konteks fiskal, ia mesti meliputi semua jentera kerajaan termasuklah syarikat-syarikat kerajaan. Jadi perkara ini ialah perkara yang diketahui umum. Jadi saya hendak bangkitkan beberapa perkara ini supaya kita dapat jawapan daripada kerajaan. Saya bukan lagi dalam kerajaan, saya duduk di luar. Jadi saya mahu tahu, apakah yang akan berlaku nanti. Saya mahu tahu kerana ia akan menentukan masa depan saya dan juga masa depan seluruh rakyat negara kita.
Pertama soalan saya adalah mengapa kita tubuhkan 1MDB? Itu satu. Dalam konteks itu, mengapa kita letak lebih kurang USD4 bilion, lebih kurang RM16 bilion. Dalam Aabar PJS Limited yang bukan dimiliki oleh IPIC. Sebuah syarikat dimiliki oleh dua anak Raja yang didaftar di British Virgin Island. Mengapa tindakan-tindakan undang-undang tidak diambil atas pengurusan 1MDB kerana masukkan duit di tempat yang tidak betul. Mengapa tidak ambil tindakan kepada dua anak Raja ini kerana penyelewengan-penyelewengan wang tersebut.
Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah - Tambun
Kemudian, apa jadi kepada unit pelaburan bernilai lebih kurang USD1 bilion yang sepatutnya matang pada tahun lalu tetapi tidak tahu kisah dia. Kemudian, apa jadi dengan binding term sheet dengan IPIC? Mengapa 1MDB tidak memenuhi perjanjian tersebut?
Sehinggakan IPIC membuat saman melalui arbitration sebanyak RM6.5 bilion berjumlah USD6.5 bilion bersamaan dengan RM26 juta. Kalaulah kita kalah maknanya- bayangkan, kalaupun kita tidak kalah semua RM6.5 bilion, katakanlah RM4 bilion pun. Dalam konteks RM4 bilion. Apa jadi kepada penjualan Bandar Malaysia? Kita jual 60 peratus kepada syarikat daripada negara China yang mempunyai minoriti shareholding daripada dua syarikat daripada Malaysia.
Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah - Tambun
Saya kerja bank dulu, Tuan Yang di-Pertua. Bila kita jual ekuiti, tambah 60 peratus, bayarannya mesti diambil sekarang. Mengapa kita biarkan bayaran itu dibayar pada tahun 2022? Ia meletakkan risiko kepada 1MDB. Dalam konteks risiko kewangan, risiko perniagaan dan risiko pembayaran. Maknanya, kita tahu 2022, pembayaran akan dibuat. Perkara yang kedua yang saya ingin- seterusnya saya ingin bertanya. Saya tak mahu sebut DOJ. Saya tak mahu sebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Memang tak boleh sentuh pun Yang Berhormat.
Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah - Tambun
Ya, saya tak sentuh. Switzerland Monetary Authority akan mengambil legal proceeding. Begitu juga dengan British. Di Singapura, dua bank telah tutup. Apa akan jadi kepada negara kita?
Kemudian saya bangkit soal SRC. Mengapa Kumpulan Wang Amanah Pencen bagi pinjaman sebanyak RM4 bilion dan drawdownnya sekali gus. Biasanya kalau kita bagi pinjaman, drawdown ikut progress payment, dengan izin. Ini sekali gus dan tujuannya SRC ini adalah untuk terlibat dalam bidang perlombongan.
Akan tetapi akhirnya, perbelanjaan hanya lebih kurang RM400 juta dalam perlombongan. Yang USD1.6 bilion itu dalam bentuk pelaburan. Isunya mengapa KWAP tidak mengambil tindakan kerana wang itu tidak digunakan untuk spesifik untuk perlombongan dan wang itu sebahagiannya dalam BSI di Switzerland telah dibekukan oleh Switzerland Monetary Authority. Apakah tindakan KWAP untuk berbincang dengan Switzerland Monetary Authority?
Perkara ketiga, mengapa kita masih lagi memberi tender secara tender terhad?
Bagaimanakah impak kepada kewangan kerajaan? Di antara tender terbuka dan tender terhad, dan kita telah buat Jawatankuasa Tender, adakah tender yang diberi tanpa melalui Jawatankuasa Tender? Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, tentang PPP atau pun kerjasama awam-swasta. Saya lihat banyak daripada perjanjian lalu, ia menyebelahi kepada syarikat swasta. Tidakkah ini merupakan satu *vendor driven?...
[Tepuk]* Saya harap kalau dapat Tuan Yang di-Pertua, semak, Pan Borneo berapa harga sebenarnya?...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah - Tambun
Bila di bawah kerjasama swasta-awam, berapa harga dia? Mengapa kita hendak kerajaan kita berhadapan dengan situasi begitu? Jadi, saya tanya soalan-soalan ini, sebenarnya banyak soalan lagi. Kita sambung masa lainlah [Ketawa] Yang ini cukup...
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Penjelasan.
Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah - Tambun
Nanti, nanti, nanti, biar saya masa saya...
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Penjelasan, boleh ambil penjelasan?
Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah - Tambun
Biar dulu, saya hendak tengok masa. Tuan Yang di-Pertua, saya bukan bercakap tentang isu ini soal politik, tak ada. Saya rasa saya ada hak dan rakyat ada hak untuk tahu pasal ia akan menjejaskan, kalau terjadilah. Kita lihat ya, Perdana Menteri menyatakan bahawa persepsi menentukan survival kita. Katalah, saya tak sentuh DOJ.
Katalah kes itu tidak menyebelahi kita. Macam mana persepsi dunia kepada kita?
Katalah kes RM4 bilion dengan Aabar itu, hilang, memang Tambun memang tak dapat, tak dapat katakan. Apa jadi kepada persepsi kepada negara kita? Apa jadi kalau RM6.65 bilion yang IPIC saman itu, kita kalah? Jadi, perkara ini serius, kita hendak tahu. Kerana apa?
Kalau terjadi satu di situ, mungkin pilihan raya akan datang kata BN boleh menang, tetapi akan datang bila kes ini diangkat, saya percaya rating kita akan turun.
Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah - Tambun
Bila rating kita akan turun, ia jadi systemic effect kepada ekonomi kita. Pertama, pelabur akan keluar. Ekonomi kita akan menguncup. Peluang pekerjaan akan berkurangan.
Ini yang berlaku, malah sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, ekonomi kita sebenarnya menguncup dari segi bidang business dan juga peluang pekerjaan. Berapa banyak syarikat- syarikat yang tutup dan berapa banyak kakitangan, pekerja-pekerja yang kena buang dan berapa ramai orang-orang yang pergi untuk interview, datang interview 10,000, hendak ambil hanya 200 jawatan. Ini realiti pada negara kita.
Jadi, isu di sini yang saya bangkitkan adalah tentang Laporan Transparensi Internasional. Dari segi Indeks Persepsi Rasuah, Corruption Perception Index, bayangkan Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2000, kita nombor 36 di dunia yang paling kurang rasuah, nombor 36. Tahun 2015- 54. Saudi Arabia dulu di belakang kita, sekarang dia mendahului kita. Okey, kita boleh kata Singapura nombor 8 pasal dia negara kecil. Macam mana dengan negara besar? Perancis besar, Germany besar, yang lebih tinggi kedudukannya daripada kedudukan kita.
Jadi, inilah perkara-perkara yang besar yang saya lihat bila berlaku kes air di Sabah, berapa ratus juta yang hilang. Adakah setakat itu ataupun banyak ketirisan yang berlaku. Saya tengok Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks- katalah kita memimpin cara berteraskan dignity, integrity and good governance. Setiap sen yang kita belanjakan itu kita pulangkan kepada rakyat...
[Tepuk] Kalau kita buat daripada dahulu lagi, you just imagine Tuan Yang di-Pertua, what is our position now. Ya, you just imagine that. Ya, saya bawa imaginasi ini kerana saya sudah telah kaji banyak negara. Saya hendak ingatkan kepada Tuan Yang di-Pertua, ini datang daripada seorang wanita Indonesia semasa forum peguam di Indonesia. Antara kata-katanya kepada kerajaan bawah Presiden Jokowi. Katanya, supaya sedar- “Rakyat itu bukan penonton. Kalian itu digaji sama rakyat. Maknanya, rakyat bayar gaji kepada pemerintah...” [Tepuk] “Kalian itu harus melayani rakyat. Jangan diskusi diskusi aneh. Anda tidak mempunyai malu. Jangan rakyat menangis menunggu anda. Tuhan kasi kalian kesempatan memimpin, lakukanlah dengan baik. Yang kau kelolakan itu adalah kehidupan rakyat. Lihat apa yang terjadi pada bangsa ini. Jadilah pengapit kepada rakyat, pada bangsa dan pada negara...” [Tepuk] Itu yang dikatakan Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, saya minta supaya kita keluar daripada kerangka lama, let us look forward. Saya tengok dalam konteks negara kita, bila ada orang buat tuduhan, kita mulalah cari orang-orang, attack orang itu. You should see yourself. Jangan kita tuding jari Tuan Yang di-Pertua, tengok apa diri kita.
Saya cakap ini diri saya sendiri. Bila saya berhenti daripada jadi Menteri Kewangan, saya berhenti sukarela. Saya bekerja sebagai Timbalan Menteri empat tahun, lima tahun. Sebagai Menteri, tujuh tahun, 12 tahun. Saya punya KPI *is among the best among Ministers’, always above of hundred percent...
[Tepuk]* Saya berhenti. But you see in the social media, dua hari selepas saya berhenti, dia punya attacking kepada saya for no reason and I know who the ‘A’, ‘B’, ‘C’ yang attack saya itu. *Why play this game? Let us love the rakyat...
[Tepuk]* Kita bekerjalah untuk rakyat.
Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah - Tambun
Jadi for the future untuk memastikan masa depan yang sempurna untuk rakyat- ada 12 minit lagi ya- kita perlu sebuah kerajaan yang memiliki, saya kata tadi, dignity, integriti, mengamalkan good governance, keluar daripada amalan politik patronage. Keluar daripada amalan itu. Seperti mana saya kata, setiap sen dibelanjakan untuk menjaga rakyat dan negara. Ya, saya kata kalau dari dulu lagi kita belanja untuk rakyat, Gini coefficient kita bukan 46.2, patut jauh lebih rendah daripada itu.
Jadi, metodologi bajet kita mesti kita ubah. Tidak mahu lagi cara kementerian bawa peruntukan, pergi berbincang and some of the requirement itu is no longer relevant, Tuan Yang di-Pertua. Why don’t we do research and development? Like what South Korea did. Dalam tempoh waktu yang pendek, they turn- where is South Korea now? Pendapatan per kapita dia sudah USD27 ribu. Kita masih lingkungan USD10 ribu. Padahal kita lebih tinggi lagi daripada dia dulu. Saya kata tadi tahun 1980, kita punya pendapatan per kapita lebih tinggi, dari segi teknikal punya sumber manusia- kita lebih ramai. In 13 years, tahun 1993, bila kita bina KLCC, the second tower built by the Korean.
Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah - Tambun
Because, mereka tengok secara objektif. Dia buat research. Research hendak bawa negara itu pergi ke mana. So that is what we should be doing, Tuan Yang di-Pertua.
Jadi kita lihat dalam konteks negara kita, semua ministries, semua kementerian ini mesti lihat dari segi kekuatan, kelemahan mereka and everybody playing a role. Bukan setakat kementerian ‘A’, kementerian ‘B’. Bila kita lihat dalam konteks ekonomi, semua kementerian.
Kita lihat dalam Korea Selatan, it’s not about they producing Samsung, kereta.
Saya pergi ke New York Mesyuarat Majlis Keselamatan bulan Disember lalu. Dalam hotel di New York, Samsung punya TV, komputer Korea, kereta Korea. *How did they achieve that?
Because the whole ecosystem,* dia tengok dari segi holistik. Education, they are best in the world. Reading second, mathematic number three, Science number five and why they became like that? Because ketahanan rakyat itu. Student pergi sekolah daripada pukul 9 sampai pukul 5, government school. From 5 to 10 o'clock, private school. Sampai polis kena pergi ke sekolah-sekolah pada pukul 10 lebih pastikan mereka balik. Because the love for education coming from the heart. That’s how they build the people. Macam kita, kita bisinglah, kita bagi tahu, Malaysian university among one percent best in the world. But, 200,000 unemployed graduates sekarang. Macam mana you hendak match that among the top one percent that actually so many yang unemployed graduate?
Macam mana you hendak synchronize that? Is it because ekonomi kita pertumbuhannya lebih rendah daripada pertumbuhan rakyat dan mereka yang keluar daripada universiti ataupun sekolah menengah? Ataupun ekonomi kita rendah? So, we must look at the overall punya kedudukan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya minta jawapan-jawapan itu. Saya tidak lagi dalam Kabinet. Saya hendak tahu and for the future, please saya minta ya, no more, don’t live in tunnel vision anymore. Don’t live in tunnel vision. Jadi ada time lagi, minta...
Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah
Minta penjelasan. Tadi Yang Berhormat daripada Tambun ada sebut move forward. Saya setuju. Kita mahu masa depan. Untuk tujuan itu, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa kita sekarang dikenali sebagai global kleptocracy? Kita perlu rasa malu, rasa marah oleh kerana ini adalah tidak baik untuk masa depan kita. Bahawa kita perlu menangani isu ini. Kalau tidak benar, ada lah usul mungkin Parlimen ini untuk purge dan cleanse nama yang buruk itu.
Dan kalau benar, bahawa kita mahu tahu kenapa kita jadi global kleptocracy, kenapa Ahli-ahli Parlimen selain daripada Yang Berhormat Tambun, nampaknya sudah jadi sistem kleptocracy, tidak peduli isu ini dan supaya kita membersihkan sistem kita. Kita move forward. Kita tidak mahu menjadikan global kleptocracy satu nama- selepas Yang Berhormat meninggalkan Kabinet, kita menjadi global kleptocracy. Kita perlu memandang perkara ini dengan serius. Adakah setuju?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya, terima kasih Yang Berhormat Tambun, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mendapat pandangan Yang Berhormat Tambun.
Tadi disebut seperti mana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa ekonomi sesebuah negara bergantung kepada persepsi. Sekarang ini, persepsi buruk terhadap negara kita kononnya adalah hasil daripada usaha-usaha pembangkang. Saya rasa yakin bahawa Yang Berhormat Tambun akan bersetuju dengan saya bahawa DOJ bukan sebahagian daripada pembangkang, Peguam Negara Switzerland bukan sebahagian daripada pembangkang.
Lalu sekarang ini kalau kita hendak atasi masalah persepsi ini, tidakkah menjadi kewajipan bagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjawab semua isu ini? Dan sekiranya dia tidak menjawab, tidakkah ianya menjadi tanggungjawab dan kewajipan bagi semua Ahli Parlimen dalam Dewan ini untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membersihkan nama negara kita? Apa pandangan Yang Berhormat?
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Yang Berhormat Tambun, bersekali. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengikuti penghujahan Yang Berhormat Tambun dengan khusyuk dan tawaduk berkenaan dengan pendapatan per kapita yang begitu jauh ketinggalan dibandingkan dengan Korea.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Kekhuatiran saya pada hari ini atas sifatnya syarikat-syarikat telah menamatkan perkhidmatan yang dipanggil gergasi seperti Perwaja, Megasteel termasuk transportasi.
Dan melihat daripada fenomena ini, daripada perkembangan tahun 2017, kedudukan ekonomi negara ini akan menjurus kepada penguncupan daripada pendapatan hasil daripada pekerjaan dan juga sumber yang sepatutnya tidak boleh berlaku.
Apakah Yang Berhormat Tambun bersetuju dengan saya bahawa sekiranya kalau apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Tambun tidak dapat ditangani dengan begitu berhemat pada tahun 2017, negara berada dalam keadaan yang cukup kritikal? Yang waktu ini hampir 70 ribu yang telah pun ditamatkan pekerjaan, mahasiswa yang tidak bekerja ratusan ribu, apakah ini akan membuahkan hasil yang menakutkan kita? Apa pandangan Yang Berhormat Tambun? Terima kasih.
Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah - Tambun
Tuan Yang di-Pertua, saya ada tiga minit ya. Pertama, yang soalan yang pertama dan kedua tadi, saya ingat itu biarlah kerajaan yang jawab. Tapi saya bangkitkan perkara ini di sini. Mari kita lihat secara serius.
Bila orang bangkitkan, jangan tuding-tuding jari. You study yourself first. When there is something wrong with yourself, put things right. Itu saja. That is the best way, rather than itu. Fasal saya sendiri kena, Tuan Yang di-Pertua. Orang lain tidak kena tahu, saya sendiri kena. Macam-macam tuduhan dibuat kepada saya. Padahal saya bukan ada buat kenyataan apa pun. Why play that game? Don’t lah. Because yang saya bangkit cerita tentang 1MDB tadi, cerita SRC, it is a serious matter. Kita must settle it. If you need some people’s help... Jangan kita main ambil ringan, tuduh apa DOJ ini adalah...
DOJ, that is under AMLA. In one year, 18 cases yang kita bagi hukum bawah AMLA di negara kita.
Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah - Tambun
Kita tidak ada- orang lain tidak ada kata kita terlibat dengan negara lain, tidak ada.
But why we play that game? Nothing to do with ini. This AMLA. Duit yang dibawa masuk ke Amerika. Itu sahaja. Saya pergi ke United Nations Tuan Yang di-Pertua, bincang pasal AMLA. It is a convention di bawah United Nations. Saya sendiri bincang di sana. Saya sokong because under that convention yang kita buat under AMLA itu, we didn’t know.
Ada satu telaga minyak di Timur Tengah, every year dia bagi USD500 million kepada ISIS. Itu yang kita nak strengthen the AMLA itu involving all nations. Ini bukan soal main-main. Soal ekonomi tadi, ekonomi- what we need to do is to do a research. Saya semasa menjadi Menteri Kewangan II daripada awal saya cakap, do a research, research but people never listened. Ada three countries in this modern time ini yang daripada middle income jadi high income. Three countries, one of it is South Korea yang dua lagi saya tak nak sebutlah.
Macam mana dia jadi itu? Because of research. Apabila dia buat research, they know where to go. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kita punya bajet, kita bagi almost everybody. Sampai it becomes very thin. Kalau kita kata creative industry itu important, give it to creative industry. Kalau kita rasa rumah- we want a cheaper houses, buat IBS. Bagi insentif kepada IBS. So that they can build cheaper houses, dengan izin. Kita macam itu.
Dunia sudah macam itu.
In China, sistem IBS dia bina hotel 32 tingkat dua minggu siap. In Philippines how many terrace houses buat IBS, berapa boleh siap? Kalau itu sahaja formula untuk kita kurangkan harga rumah, do it. Fokus betul-betul. Jangan kita bagi sini sedikit, sini, sini. In the end, it becomes nothing. Jadi saya ucap terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih banyak...
[Tepuk]
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Tambun, sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Manakah senarai nama ini? Ya, Yang Berhormat Shah Alam- 30 minit Yang Berhormat. Ingatkan diri tentang perkara yang dibuat ruling oleh Tuan Yang di-Pertua tentang perkara DOJ yang sudah dibuat ruling sebagai sub judis. Saya menerima indication daripada Tuan Yang di-Pertua untuk fully implement keputusan yang telah dibuat berkenaan dengan sub judice. Saya akan mendengar, dan saya akan laksanakan perkara yang telah disebutkan sebagai sub judice oleh Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Harap Tuan Yang di-Pertua berikan tunjuk ajar, dan menegur mana yang perlu.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tadi saya ada dengar hujah daripada Yang Berhormat Ketereh yang kononnya mengatakan bahawa, kata-kata Imam Al Tabrani ialah orang yang baik- semua akan menyokong kerajaan dan yang jahat bersama-sama syaitan yang akan berusaha untuk jatuhkan kerajaan.
Saya hendak jawab. Saya tidak tahulah dia kelulusan mana ya tetapi saya baca dalam hadis Rasulullah SAW, dengan izin...
[Membaca sepotong hadis dalam bahasa Arab] Maknanya Rasulullah SAW pernah berpesan. Akan datang selepas diri ku pemerintah- pemerintah. Maka sesiapa yang mengiakan pembohongan mereka, dan membantu mereka dalam kezaliman mereka, “laisa minni” dia tidak daripada saya. “Walastu minhu”, dan aku tidak daripada dia.
Saya membuka ucapan saya pada hari ini dengan hadis itu kerana saya khuatir Yang Berhormat Ketereh memberikan satu gambaran bahawa Islam ini menuntut supaya umatnya menyokong kerajaan walau macam mana teruk sekalipun. Ini merupakan satu gambaran yang tidak tepat dan tidak betul, ia ajaran sesat dan songsang. Hakikatnya Islam menuntut umatnya untuk menegur dan membetulkan kerajaan kalau ia telah hilang arah panduannya, melakukan kezaliman dan menipu rakyat. Sesiapa yang mengiakan pemimpin yang sebegitu rupa dan membantu mereka dalam kezaliman, Nabi kata, I have nothing to do with you. Ini ajaran Islam. Ini yang pertama.
Kedua, ada yang mengatakan ekonomi kita ini semua baik. It’s fantastic, yang pembangkang sahaja yang berikan gambaran serba teruk tetapi kalau betul, kenapa semalam Perdana Menteri minta supaya kita ini ubah cara hidup kita? Kalau dahulu biasa makan di restoran yang mewah, maka sekarang pergilah makan dekat kedai mamak. Aku seorang ke restoran tidak apalah, yang lain itu lah.
Kalau betul sekiranya ekonomi kita semua baik, maka kenapa sudah mula tarik balik biasiswa, tarik balik dan kurangkan bajet untuk universiti-universiti awam? Kenapakah sudah mula dikurangkan bantuan kepada hospital-hospital dan sebagainya? Maka janganlah kita membuat satu gambaran yang bercanggah dengan ucapan Perdana Menteri sendiri. Dikatakan kita keluar dan tidak dengar. Hakikatnya kita dengar, dan kita hanya keluar apabila didapati bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak mahu menjawab semua isu seperti mana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tambun.
Kita tidak tuduh dia bersalah Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, kita inginkan jawapan-jawapan itu supaya kita boleh tolong dia kerana keadaan ekonomi negara bergantung kepada persepsi terhadapnya. Sekarang ini persepsinya buruk. Bukan kerana pembangkang tetapi semua tahu DOJ kenyataannya terbuka. Saya hendak jawab DOJ berikan kepada saya jawapan- jawapannya supaya saya boleh beritahu kepada Peguam Negara Amerika Syarikat, go fly a kite, our country is clean, our government is credible. We have integrity, we are clean. Go fly a kite. Akan tetapi macam mana saya hendak jawab? Kalau tidak ada jawapan yang datang daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya hendak beritahu benda yang sama pada Singapura, jiran kita...
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Yang Berhormat Shah Alam.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Puteh bangun Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Tanya sedikit Yang Berhormat Shah Alam. Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Dalam satu hadis mengatakan...
[Membaca sepotong hadis dalam bahasa Arab] Jadi mungkin kah kita berdiam ini kita reda dengan apa yang berlaku? Jadi macam mana pendapat Yang Berhormat Shah Alam?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya, betullah maksud hadisnya duduk diam. Maknanya kita reda. Itulah sebabnya kenapa kita tak nak diam. Apa yang berlaku kita menuntut penjelasan dan penerangan.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Minta maaf. Saya tidak ada masa ini.
Ada banyak poin. Karang kalau sudah habis saya boleh buka. Baik. So, apa yang saya sebutkan tadi kita perlukan penjelasan. Jiran kita Singapura, dua buah bank kena tutup.
Falcon Bank dan BSI Bank, dua-dua private banks from Switzerland. Ini bukan persepsi tuan-tuan. Dalam ucapan Perdana Menteri dia sebut “tuan-tuan” dan “puan-puan”. Saya pun nak sebut “tuan-tuan” dan “puan-puan”. Ini bukan soal persepsi. Bank itu- dua biji bank ini tutup. Kalau hendak tutupkan bank dia tidak boleh tutup atas persepsi. Kalau dia tutup bank atas persepsi, bank itu akan saman Kerajaan Singapura.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ini bukan perkara kecil. Maka bila dua buah bank itu ditutup, di negara jiran kita atas sebab kononnya oleh sebab kita, tidakkah sepatutnya kita memberikan penjelasan dan jawapan. Malu kita. Di Switzerland, Attorney Generalnya, Peguam Negara datang minta bantuan. Datang minta bantuan daripada Peguam Negara kita tentang kes-kes apa yang telah berlaku selama ini dan sebagainya. Tidak bertemu dan tidak beri jawapan.
Baru-baru ini- saya kena beritahulah. Saya pun telah pergi ke Kedutaan Switzerland kerana kebetulan Yang Berhormat Kuala Terengganu hendak pergi ke Switzerland dengan rombongan Ahli Parlimen. Jumpalah dengan Duta Switzerland. Dia memberitahu. Kita menunggu jawapan. Menunggu jawapan.
Kenapakah susah sangat hendak jawab? Harta-harta yang dipegang oleh Amerika Syarikat sekarang ini bukan kecil-kecil jumlahnya. Jumlah berbilion-bilion. Kenapakah kerajaan tidak buat apa-apa untuk hendak menuntut balik harta ini? Ini hak kita, ini harta rakyat. Bajet sudah tidak cukup duit, sudah kena potong ini, kena potong itu apa salahnya pergilah minta balik. Pleaselah. Berilah jawapan dan penjelasan supaya kita ini boleh berikan penjelasan kepada rakan-rakan kita bahawa sebenarnya kerajaan kita dan negara kita ini sudah cukup cantiklah. Ini semua konspirasi Yahudikah, apalah. Terpulanglah tetapi berilah jawapan. Kalau tidak beri jawapan, maka bererti kita ini seolah-olah mengaku bahawa kita bersalah.
Saya hendak tegurlah sikit Yang Berhormat Sungai Besar dalam ucapannya.
Sebenarnya saya ini lebih suka cakap hujung tetapi hari ini mereka minta Amanah. Saya ke depan. Saya hendak tegur sikit Yang Berhormat Sungai Besar. Dia kata tadi GST ini yang dibayarnya golongan-golongan kapitalis. Amboi, sedaplah bunyinya. Kalau orang socialist, leftist seronoklah. Sokong. Ini anti kapitalis punya undang-undang.
Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Sungai Besarlah. Yang bayar GST ini rakyat. Rakyat- it’s a consumer tax. Siapa yang beli, dia yang bayar. Cukai yang dibayar oleh kilang-kilang semua dapat balik dia punya rebate. Semua dapat balik. Dia boleh tuntut balik. Dapat lama, cepat atau lambat itu bergantung kepada efficiency of the government, dengan izin. Akan tetapi hakikatnya yang membayar GST rakyat jelata tanpa mengenali kaya ataupun miskin.
Betul, GST ini menyelamatkan ekonomi negara. Kerana apa? Ini kerana kepincangan yang telah wujud sebelumnya sehingga apabila harga minyak turun, maka kerajaan terpaksa mencari sumber yang lain kerana selama ini duit dan kekayaan negara telah di boros, di belanja dengan cara-cara yang tidak berkesan dan tidak bertanggungjawab sehingga akhirnya kerajaan terpaksa melaksanakan GST kerana sebelum ini sudah berpuluh-puluh tahun Petronas sudah beri berbilion-bilion.
Duit itu pergi mana? Kenapakah tidak dilaburkan? Kenapakah tidak dibangunkan industri? Kenapakah tidak dibangunkan pertanian? Kenapa tidak dibangunkan sumber- sumber kewangan yang lain sehingga akhirnya bila harga minyak turun, maka sudah tidak ada sumber yang lain, cukai atas rakyat. Yang membayar GST bukan kapitalis, bukan orang Cina, bagi yang kebangsaan Melayu, bukan yang bukan Melayu. Yang membayar GST itu rakyat jelata yang majoritinya adalah orang Melayu, yang orang Melayu yang miskin.
Maka saya tidak faham mengapa masih kerajaan merasa bangga dengan hakikat bahawa dia terpaksa memeras daripada rakyat melalui cukai GST ini untuk menampung kekurangan yang pada awal daripada dulu lagi bila kita jadi Ahli Parlimen, Tuan Yang di- Pertua, tahun 2008. Kita sudah sebut jangan terlalu bergantung kepada minyak. Hasil minyak ini guna dengan baik, dengan bijak, labur.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Jangan bila time yang seronok, ada banyak duit, maka belanja. Selepas itu bila sudah tidak ada duit, harga minyak turun, maka dipaksa rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut tentang isu walkout inilah yang berlaku semalam. Tadi banyak sudah disentuh tetapi saya hendak jelaskan. Walkout itu berlaku bukan kerana Tuan Yang di-Pertua yang arahkan. Saya hendak kena bela Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, kalau Tuan Yang di-Pertua arahkan, Yang Berhormat tidak boleh duduk Dewan hari ini. Dia dua hari, Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Ketawa] Ya, dia halau untuk hari itu sahaja. Yang mana yang tidak mahu mendengar bajet, sila keluar. Betul, Tuan Yang di- Pertua cakap begitu tetapi bukan itu sebabnya. Oleh sebab kenapa walkout itu berlaku ialah apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri refused untuk menjawab apa-apa isu tentang 1MDB, tentang tuduhan kleptokrasi, tentang isu penyelewengan yang satu dunia sudah dengar. Dalam ucapan dia, dia menafikan. Malahan dengan nada yang sinis bertanya siapa yang bersandiwara? Dua buah bank Singapura tutup itu bukan sandiwara, Yang Berhormat. That’s a fact. That’s reality. Hakikat bahawa DOJ di Amerika Syarikat sudah kata secara terus terang. Apa yang ada di Malaysia kerajaan kleptokrasi. Itu bukan persepsi. Bukan, bukan, bukan. Bukan mimpi. That’s reality. Jawab! Answer the questions.
Ya.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Tentang walkout itu, bagaimana Yang Berhormat Shah Alam maklum bukan sahaja dalam Dewan Rakyat yang mulia ini perkara seperti ini berlaku.
Dalam perhimpunan mesyuarat, perhimpunan parti politik pun amalan dan perbuatan walkout ini ada juga pernah berlaku.
Kedua, saya lebih yakin lagi dengan hujah Yang Berhormat Shah Alam itu setelah kita mendengar hujah daripada Yang Berhormat Tambun sebentar tadi bahawa ada ciri denial syndrome yang dikata dilakukan oleh kerajaan. Tidak mahu mengakui, tidak menyebut langsung dan mengaburinya dengan gambar, dengan filem, dengan pertunjukan orang-orang yang dijemput. Ini adakah bererti bahawa kita mengambil tindakan yang agak baik dan jelas untuk menunjukkan bahawa kita sudah bosan dengan denial syndrome sebagaimana yang dibayangkan oleh Yang Berhormat Tambun tadi. Terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya, saya setuju sangat dengan apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat Tumpat. Inilah corak teguran yang perlu dibuat.
Sebenarnya bukan sahaja daripada pembangkang. Saya hendak sebut and it gives me no personal pleasure. Saya cakap ini bukan saya seronok tetapi saya hendak sebut.
Backbenchers, Pengerusi Kelab Backbenchers, you have failed! Yang Berhormat telah gagal. You are supposed to be, dengan izin, an internal opposition- check and balance.
Bukan ya kan sahaja apa sahaja yang dilakukan sampai satu dunia gelakkan Malaysia.
Akan tetapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak jawab. Backbenchers pula kecuali Yang Berhormat Tambun tadi, Aahamdulillah saya puji. Respect. Itu yang sepatutnya dilakukan oleh backbenchers. Persoal. Kalau Backbenchers memainkan peranan yang cemerlang as an internal opposition to the government, Tuan Yang di-Pertua, memang pembangkang kita ini tidak ada modallah. Kita tidak ada modal. Akan tetapi malangnya backbenchers tidak memainkan peranannya.
Saya memohon supaya pihak backbenchers khususnya pengerusinya, Yang Berhormat Johor Bahru...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 36(9), sifat Ahli-ahli tidak payah disebut dalam perbahasan ya. Itu sifat Ahli itu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya, ya. Ya kah, sifatkah? Tidak, tidak personal itu. Tidak apalah. Okey.
So saya mintalah biarlah kita sama-sama perbetulkan, kita luruskan Exco dan kerajaan kita. Bila kita nampak dia dah gelong, jangan kita dok backing walau apa sekali pun yang berlaku.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Semua umum, semua faham, semua tahu Malaysia is the laughing stock of the world. Tadi Yang Berhormat Sungai Besar pun sebut; “Ala kita dekat Selangor, kita tak walkout”. Yalah memanglah tak walkout, there is no reason to walk out. Lainlah kalau Menteri Besar dituduh kleptokrat dan dia tak jawab. Dia tak dituduh mencuri harta rakyat dan sebagainya, lalu kenapa hendak walk out ya?
Yang Berhormat-Yang Berhormat yang dihormati sekalian, saya harap pihak backbenchers akan bersatu bersama dengan Ahli-ahli Parlimen Pembangkang untuk meluruskan kerajaan seperti mana pada zaman Sayidina Umar Al-Khatab, bila dia jadi khalifah, dia berucap dan dia minta rakyat dia; “Kalau saya tak betul, maka luruskanlah saya.” Dan ada di kalangan mereka bangun dan mengatakan, kita akan meluruskan kamu dengan hujung-hujung pedang kami”. Ha ini sekarang tak payahlah guna pedang, hanya dalam Dewan kita bersuara, kita tegur. Kalau tak jawab, hendak selamatkan imej Malaysia, hendak perbetulkan persepsi negatif terhadap ekonomi negara, maka bersama-sama kita tunaikan kewajipan kita untuk memperbetulkan Perdana Menteri kita.
Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, bajet sepatutnya memberikan dengan cara jelas hala tuju negara. Rakyat dok tunggu, memang dok tunggu. Mengharap-harapkan sesuatu yang baik, yang luar biasa daripada ucapan bajet kita ini. Nombor satu, untuk perbetulkan yang dah lari alignmentnya. Akan tetapi malangnya apa yang kita lihat, bajet ini tidak memberikan satu hala tuju yang jelas. Seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Tambun tadi, bagi sini bagi sana, bagi sini bagi sana, kita dah tak tahu dah.
Dahlah yang masalah kleptokrat itu langsung tidak diambil tahu, langsung tidak dipedulikan.
Pada masa yang sama, pemberian yang dibuat, dibagi sini bagi sana, orang dah tak tahu dah hala tuju ekonomi kita ini ke mana. Apakah tumpuan kita? Daripada sumber mana yang kita hendak hasilkan sumber revenue yang baru? Tak jelas. Seolah-olah bangga dengan GST. Seolah-olah itu sahajalah satu-satunya pendekatan, satu-satunya dasar yang akan diguna pakai oleh kerajaan yang sudah tidak ada idea. Dah tak tahu hendak pergi ke mana. Beri sini beri sana, tujuannya kita semua tahu, kemungkinan besar malangnya pada keadaan kita berada di persimpangan jalan. Kita sibuk menggunakan bajet ini bukan untuk kepentingan negara, tetapi besar kemungkinan untuk hendak hadapi pilihan raya yang akan datang. Itulah yang banyak beri, beri, beri, beri.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sila, Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Shah Alam. Saya lihat mutakhir ini ekonomi dan kedudukan kewangan Indonesia ialah di antara yang terkukuh di kawasan Asia Tenggara, malah di Asia. Ini terjadi akibat Presiden dia sendiri meminta rakyat supaya menegur dia. Malah di universiti-universiti digalakkan untuk mengadakan demonstrasi-demonstrasi sekiranya ada kesalahan-kesalahan yang kerajaan buat. Galakan ini dalam bentuk demonstrasi dan juga kritikan-kritikan, malah di jalan-jalan raya kita lihat menyebabkan pegawai-pegawai kerajaan dan juga Menteri-Menteri Kabinet itu berada on toe all the time, alert bahawa rakyat sedang memerhati mereka. Akibatnya bukan sahaja ekonomi baik, tetapi rasa hormat rakyat dan saling sayang-menyayangi di antara mereka memang hebat dapat dilihat sekarang. Apakah pendapat Yang Berhormat Shah Alam tentang itu?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.
Inilah sikap kerajaan yang seperti mana yang pernah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dulu, dia kata ‘zaman kerajaan tahu semua’ telah berakhir. Itu dululah.
Sekarang ini macam-macam.
Tadi saya keluar Dewan, ada pihak wartawan tanya saya, “Apa pandangan Yang Berhormat, ugutan daripada salah seorang Menteri yang mengatakan bahawa sekiranya BERSIH itu diadakan, maka syarikat-syarikat yang membiayai BERSIH, beri sumbangan kepada BERSIH, maka kita akan tamatkan semua kontrak pada syarikat-syarikat ini”.
Ini bukan jenis tindakan kerajaan yang terbuka, yang mengalu-alukan teguran, yang bersikap tak tahu semua, hendak dengar pandangan masyarakat. Sedangkan BERSIH itu bukanlah perhimpunan haram. Kenapa hendak ambil tindakan yang sebegitu rupa, ugut yang sebegitu rupa dan sebagainya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Lalu ini sikap kerajaan yang tidak terbuka, tidak mahu ditegur. Kalau ditegur, maka dianggap sebagai musuh dan sebagainya seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Tambun tadilah. Lalu sikap yang seperti itu memang tidak wajar. Saya cukup bersetuju dengan apa yang telah dilakukan seperti mana yang diceritakan tadi oleh Yang Berhormat Sungai Petani di Indonesia- di mana biarlah ada keterbukaan, biar semua berikan pandangan. Golongan yang kuning kalau dia hendak berarak hari ini, maka yang baju merah itu buatlah minggu depan. Ini ada pula yang Timbalan Menteri kata oh yang baju merah itu akan terus selagi mana yang baju kuning itu buat. Lalu, dia akan menghantar yang baju merah untuk berlaga pula. Apakah punya pandangan? Apakah punya sikap macam ini?
So inilah satu keadaan yang amat memalukan dan kita khuatir bahawa dunia melihat dan menganggap bahawa itu satu tindakan yang dilakukan demi hendak jaga pemimpin-pemimpin yang dilihat sebagai kleptokrat. Lalu bajet ini bertujuan hendak beri hala tuju, tetapi dia tak beri. Apa yang kita lihat, ia seolah-olah satu bajet yang populis, yang merupakan bajet yang tidak bertujuan untuk menyelesaikan masalah-masalah tetapi hendak beri, beri, beri, beri supaya orang suka, orang seronok. Bila ada pilihan raya, maka harapan ialah Barisan Nasional akan kekal sebagai kerajaan.
Sekiranya begitu, sekiranya begitu, maka ia satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab kerana we are at the edge of a cliff, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
We are at the edge of a cliff, our economy is in dire straits seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Tambunlah.
Apa yang akan berlaku kalau kes-kes yang dibawa kita kalah, orang nampak kita ini betul-betul kita tak ambil apa-apa tindakan untuk hendak membersihkan nama kita dan sebagainya, orang akan lari, rating akan jatuh. Janganlah bangga sangat dengan ‘A’ minus itu. ‘A’ itu baguslah tetapi minus itu, minus itu maknanya dia tak stabil. It can change at any time. Ya, Yang Berhormat Tumpat.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
mempengerusikan Mesyuarat] Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bajet yang dibentangkan sebagaimana Yang Berhormat Shah Alam sebutkan tadi, adakah munasabah bahawa suatu bajet yang di dalamnya mengandungi suatu cadangan dasar yang baru- TN50, dasar yang besar tiba-tiba timbul untuk kita ke tahun 2050 pula. Akan tetapi dalam ucapan yang mempunyai dasar yang namanya sebegitu hebat jangka panjangnya, tiba-tiba cadangan untuk menyelesaikan masalah pengangguran ialah jadi pemandu Uber. Adakah ini logik di mana ribuan, ratusan ribu rakyat Malaysia yang boleh bekerja tetapi tiada kerja. Akan tetapi dalam ucapan yang mana mengandungi dasar untuk tahun 2050 ini, cadangan kepada masalah pengangguran ialah jadi pemandu Uber.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya, ini menunjukkan ketandusan idea. Dah tak tahu apa hendak buat. Pihak pemandu teksi minta hentikan yang GrabCar dengan Uber, tetapi oleh sebab ramai yang mencari kerja, yang dah menganggur, dah tak ada kerja, bawa kereta Uber, maka dikhuatirilah ada dia punya impak, tindak balas sekiranya mengambil tindakan. Maka dilakukan tindakan-tindakan yang tidak menyelesaikan masalah sebenarnya dan amat malanglah kalau itulah wawasan T50.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Jadi orang Melayu khususnya semua jadi pemandu kereta Grab dan Uber, something to move forward to lah ya, insya-Allah. Kita amat-amat malanglah kalau itu wawasannya. Ini yang saya sebutkan tadi, banyak masalah yang tidak diselesaikan.
Saya hendak sentuh juga tentang soal masalah harga rumah yang tinggi. Maka penyelesaiannya dinaikkan had pinjaman. Lalu had pinjaman ini dinaikkan, ia tidak menyelesaikan masalah harga rumah tinggi, ia hanya menambahkan hutang. Ramai lagi yang akan berhutang, harga rumah tetap tinggi. Lalu penyelesaian yang dibuat ini bukan satu penyelesaian yang holistik.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kita kena cari satu formula bagaimana sama ada kita nak naikkan gaji rakyat kita ataupun kita nak turunkan harga rumah supaya ratio antara gaji dengan rumah tidaklah satu ratio yang gila-gila yang menyebabkan ramai yang tidak mampu untuk membeli rumah.
Kita carilah penyelesaian, kita duduk, kita bincang apa faktor costingnya dan sebagainya. Bagaimana pula dengan gaji, bagaimana pula dengan ekonomi secara keseluruhan, kita cari penyelesaian. Bukan kita beri Panadol, diberikan naik had pinjaman itu bagaikan Panadol lah tetapi penyakit itu tidak hilang dan hutang itu berterusan. Siapa yang akan mewarisi keadaan harga rumah yang naik, hutang yang tinggi, lepas itu naik lagi, naik lagi dan sebagainya. Lalu kita kena carilah satu penyelesaian. Begitu juga dengan soal polisi rumah PR1MA dan sebagainya, ini hanya sekadar jumlah-jumlah yang tertentu itu sahajalah yang dapat.
Yang lain itu masih terpaksa menghadapi keadaan di mana tidak mampu nak beli rumah. Saya harap bahawa pihak kerajaan mengkaji dengan lebih bertanggungjawab berhubung dengan persoalan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat dan jangan nak cari penyelesaian yang mudah yang boleh diuar-uarkan dalam akhbar. Oh! Kita dah buat rumah PR1MA tetapi masalah kos rumah, kemampuan rakyat untuk beli rumah masih tidak selesai.
Begitu juga dengan masalah BR1M Tuan Yang di-Pertua. Selama ini kita rasa BR1M ini satu keperluan, kasihan rakyat miskin maka kita bantu tetapi janganlah kita bangga. Tahun depan peruntukan untuk BR1M bertambah, lagi ramai yang akan terima, eh!
Lagi ramailah yang miskin. Apakah yang kita nak bangga dengan itu? Saya rasa semua Yang Berhormat sudah pernah dengar, kan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, masa sudah cukup.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya nak tutup saja. Pepatah, kalau kita beri orang itu ikan, dia boleh makan untuk hari itu tetapi kalau kita beri dia pancing, dia boleh makan untuk selama-lamanya. Sepatutnya kerajaan cari penyelesaian, wujudkan keadaan ekonomi yang subur yang sihat, adanya kerja, adanya pendapatan, gaji yang munasabah supaya rakyat boleh hidup dalam keadaan aman, makmur dan terhormat, bukan sebagai penerima BR1M, generasi ini penerima BR1M. Generasi akan datang penerima BR1M, generasi cucu, siapa hendak selesaikan masalah ini kalau tidak kerajaan.
Dengan itu, saya menolak bajet yang telah dibentangkan. Terima kasih.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak ucap tahniah kerana mendapat anugerah SAAP- “Dato’ Sri” oleh Sultan Pahang pada hari ini. Tahniah...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Tuan Yang di-Pertua, bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri ini direncanakan bagi memastikan perjalanan kukuh pembangunan negara pada tahun hadapan ini yang saya boleh namakan bajet kita ini sebagai bajet beri nilai. Memberi nilai dari segenap jenis aspek, menyentuh pelbagai jenis sektor dan merangkumi pelbagai perkara. Ini dilihat sebagai satu bajet yang bersifat holistik dan menyeluruh dan bersifat realistik dalam mengoptimumkan penggunaan pendapatan negara.
Tuan Yang di-Pertua, bagi Bajet 2017 ini episod sambungan serta kesinambungan kepada Bajet 2016 yang dilaksanakan sepanjang tahun ini. Maka secara jelasnya kedua- dua bajet ini haruslah selari dengan pelan jangka masa panjang negara yang digarapkan melalui Rancangan Malaysia Kesebelas. Terima kasih saya ucapkan kepada Perdana Menteri kerana telah membentangkan sebuah bajet yang berpaksikan kepentingan rakyat yang jelas menunjukkan tekad untuk memastikan setiap perbelanjaan dilakukan secara berhemah dan juga terarah.
Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum selain daripada keadaan ekonomi yang lembap dan tidak menentu, kebergantungan negara terhadap hasil minyak juga terjejas teruk akibat daripada kejatuhan harga komoditi.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Jika sebelum ini hasil yang diperoleh negara melalui komoditi minyak dan gas adalah melebihi RM60 bilion, kejatuhan harga minyak dunia menyaksikan hampir 50 peratus pendapatan negara terjejas yang menyaksikan penyusutan pendapatan kerajaan kepada lebih RM30 bilion.
Namun kita bersyukur tekad kerajaan melalui political will untuk melaksanakan sistem percukaian GST telah berjaya memastikan kedudukan ekonomi dan kewangan dapat dikawal keadaannya. Melalui GST ini, penyusutan sebanyak RM30 bilion akibat kejatuhan harga minyak telah berjaya ditampung melalui kutipan GST. Selain daripada itu, keputusan merasionalisasikan subsidi dengan mengurangkan subsidi pukal lalu digantikan dengan subsidi bersasar juga satu langkah penting dan tepat pada masanya seolah-olah kita telah mendapat petunjuk lebih awal akan kedatangan hari-hari mencabar seperti yang kita hadapi hari ini.
Seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari, dengan izin, “All those major and crucial decisions were deliberately done”. Keputusan yang mungkin tidak popular di kalangan rakyat ini akhirnya menjadi penyelamat kepada negara.
Dalam ketika berhadapan situasi sukar, kedudukan fiskal negara masih dilihat mampan dan kukuh walaupun terdapat tohmahan karut-marut. Lagi mengarut menyatakan Malaysia bakal bankrap.
Sebagai rekod, dalam negara menghadapi ketidaktentuan ekonomi global sehingga menyebabkan permintaan global menjadi lemah, KDNK Malaysia untuk separuh tahun pertama 2016, masih lagi mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.1 peratus.
Pertumbuhan ini didorong oleh kestabilan permintaan domestik yang meningkat sebanyak 5 peratus serta perkembangan perbelanjaan sektor swasta kepada kadar 5.8 peratus.
Walaupun kedudukan Malaysia dalam Global Competitiveness Report jatuh ke tangga 25, namun Malaysia masih mengungguli kedudukan sebagai peneraju bagi negara membangun di rantau Asia.
Apa yang lebih menarik semalam seperti yang dilaporkan beberapa buah media, firma pelaburan global iaitu Franklin Templeton Investments telah menyatakan bajet beri nilai yang diumumkan Perdana Menteri ini merupakan suatu langkah bagi mengukuhkan lagi kedudukan fiskal negara melalui perbelanjaan berhemah yang menyaksikan keseimbangan antara sokongan pertumbuhan ekonomi serta memastikan soal kesejahteraan rakyat terus terjaga. Pada masa yang sama ia jelas menunjukkan disiplin fiskal dengan berjaya mengurangkan defisit secara beransur-ansur.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
[Bangun]
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Sekejap, sikit lagi. Selain daripada itu, firma ini juga menyatakan kejayaan Malaysia dalam memastikan disiplin fiskal negara terus terjamin melalui langkah-langkah yang tidak popular tetapi sangat diperlukan seperti pelaksanaan GST dan rasionalisasi subsidi. Silakan Yang Berhormat Bagan Serai.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Bagan Serai, silakan.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Sebelum Yang Berhormat Sekijang pergi lebih jauh lagi, saya nak tanya balik Yang Berhormat. Jadi maknanya GST yang kita laksanakan dalam setahun ini, bukanlah kerana kerajaan dah terdesak, bukanlah kerana kerajaan dah tak tahu apa nak buat, kena buat GST.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Sebenarnya, GST ini kita dah antara negara-negara yang dah di hujung-hujung.
Banyak negara lain dah buat GST. Saya difahamkan, lebih daripada 160 buah negara dah buat GST. Takkanlah 160 buah negara ini salah dan kita menetapkan 6 peratus ini di antara yang terendah. Jadi, apabila berlaku ketidaktentuan ekonomi, harga minyak jatuh dan GST dapat membantu mendapatkan pulangan GST ini hampir RM30 bilion, dapat membantu negara. Jadi bermakna, tindakan kerajaan yang betul, yang tepat, yang berani kita katakan tadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Sekijang sekali lagi.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Jadi, ini sebenarnya satu pelaksanaan yang tepat dan bukanlah kerana kita terdesak, kerana kita tak tahu apa hendak buat, kita buat GST dan mendera rakyat. Ini satu perkara yang salah dan satu pembohongan kepada rakyat. Setuju tak Yang Berhormat Sekijang?
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Masukkan ucapan Yang Berhormat Bagan Serai itu dalam teks ucapan saya ini.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai tadi, ini bermakna kerajaan pada hari ini yang dikatakan sangat lemah dan sering kali dikatakan pembangkang akan tewas pada PRU akan datang, na’uzubillahiminzalik, masih meletakkan kepentingan negara, kepentingan masa depan pewaris bangsa terlebih dahulu lebih daripada segala-galanya, termasuklah lebih daripada kepentingan politik kepartian.
Bagaimana tuduhan kononnya Perdana Menteri tidak mementingkan negara sedangkan keputusan pelaksanaan GST dan rasionalisasi subsidi ini suatu keputusan yang langsung tidak popular kepada parti pemerintah. Jika kerajaan hari ini lebih mementingkan kemenangan, saya percaya keputusan tidak popular ini sudah pasti tidak akan dilaksanakan.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah berada dalam kalangan negara berpendapatan sederhana menengah sejak tahun 1996 dan kita sememangnya dalam perjalanan menuju negara berpendapatan tinggi. Buat masa ini, industri perkhidmatan masih terus menjadi peneraju KDNK negara dengan menyumbangkan RM2.550 bilion KDNK, manakala industri pembuatan pula menyumbangkan kadar purata 4.8 peratus dengan jumlah keseluruhan RM1.111 bilion.
Industri perkhidmatan dilihat bakal terus menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara. Peningkatan kepada permintaan perniagaan jenis perkhidmatan dapat dilihat apabila ia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.4 peratus untuk tempoh separuh tahun pertama tahun ini, berbanding hanya 4.3 peratus bagi sektor pembuatan. Pertumbuhan sektor pembuatan ini juga adalah lebih perlahan, berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatatkan rekod 4.9 peratus. Apa yang merisaukan saya ketika ini adalah bagaimana industri pembuatan yang pada ketika ini masih menjadi penyumbang utama kepada KDNK negara dilihat semakin bergerak perlahan saban tahun.
Kita perlu akui, negara kita pada suatu ketika pernah menjadi pilihan pelabur luar untuk menjalankan operasi mereka kerana faktor tenaga buruh yang murah selain menawarkan insentif galakan cukai yang lumayan, namun pada masa kini, tarikan tersebut tidaklah sekuat dahulu. Ini bukanlah kerana kita tidak lagi menawarkan perkara-perkara yang pernah ditawarkan seperti sebelum ini. Sebaliknya adanya penawaran yang lebih baik, terutamanya daripada segi kos dilakukan oleh negara-negara lain, terutamanya daripada negara serantau seperti Vietnam dan Indonesia yang telah berjaya menarik syarikat- syarikat dari luar negara. Memandangkan negara kita telah bersetuju untuk menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik ataupun TPPA, maka suka atau tidak kita perlu menyiapkan diri bagi menghadapi persaingan yang lebih hebat melalui pasaran yang lebih terbuka pada masa hadapan.
Justeru, sudah tiba masanya kita mengenal pasti bidang atau industri yang boleh menjadikan kita sebagai key player yang bakal menyaksikan negara kita menjadi peneraju bagi bidang atau perniagaan tersebut kelak. Bagi industri perkhidmatan, antara sektor yang menjadi lebih pemangkin kepada industri ini sektor penjagaan kesihatan melalui produk pelancongan kesihatan. Untuk rekod, Malaysia telah dinobatkan sebagai Medical Travel Destination of the Year bagi tempoh dua tahun berturut-turut di International Medical Travel Journal Awards 2016 di samping pelbagai lagi anugerah pelancongan kesihatan yang lain.
Di samping itu, penekanan terhadap perkembangan teknologi melalui pembangunan penyelidikan dan pembangunan berasaskan permintaan industri haruslah kita pergiatkan. Walaupun negara kita saban tahun menjalankan banyak penyelidikan, namun saya difahamkan banyak hasil penemuan tidak selari dengan apa yang diperlukan oleh pihak industri. Akhirnya, penyelidikan yang dijalankan tidak mampu membawa perubahan besar serta tidak berupaya menjadi batu lonjakan kepada industri sedia ada.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Maka dengan itu, saya berharap agar semua pihak yang menjalankan aktiviti penyelidikan dapat bekerjasama rapat dengan pihak industri agar penemuan yang terhasil daripada penyelidikan yang dijalankan dapat dioptimumkan penggunaannya demi kepentingan masa hadapan industri di negara kita yang secara langsung dapat membawa kebaikan dan kejayaan kepada negara.
Selain itu, Malaysia juga menggunakan ruang dan peluang sepenuhnya sebagai peneraju hab halal dunia yang merangkumi industri perkhidmatan dan pembuatan. Untuk itu, saya berharap institusi persijilan halal di Malaysia lebih bersifat global dengan memberi penekanan terhadap piawaian dan standard yang boleh diterima di seluruh dunia berbanding perkara-perkara yang telah bersifat global. Saya mengharapkan tidaklah ia dijadikan sebagai kayu ukur utama kepada piawaian dan standard halal yang hendak ditetapkan memandangkan secara umumnya perkara yang dikatakan bersifat global tadi telah diguna pakai di seluruh dunia.
Tuan Yang di-Pertua, sepanjang hujung minggu lepas selepas pembentangan bajet beri nilai ini, banyak cakap-cakap, terutamanya di media sosial mempertikaikan peruntukan yang diberikan kepada universiti awam yang berkurangan berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Banyak juga cakap-cakap ini datangnya daripada pemimpin serta penyokong pembangkang ataupun yang baru menjadi pembangkang.
Saya tidak pasti sama ada mereka ini benar-benar tidak tahu ataupun hanyalah buat-buat tidak tahu. Seperti perkara-perkara lain yang direncanakan kerajaan, sesuatu keputusan itu dibuat berdasarkan dasar dan pelan yang telah dirancang dan dipersetujukan dan bidang pendidikan tidak terlepas daripadanya. Untuk rekod, bidang pendidikan di negara ini dipandu oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ataupun PPPM 2013- 2025, baik bagi peringkat rendah, menengah mahupun peringkat pendidikan tinggi, ia telah terbuku dan tersusun dengan baik melalui PPPM ini.
Akan tetapi bilamana terdapat pemotongan serta pengurangan terhadap peruntukan terhadap universiti-universiti awam, maka bergempita seluruh alam kononnya menyatakan kerajaan yang ada pada hari ini sanggup mengetepikan pembangunan dan perjalanan pendidikan tinggi di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, kita perlu melihat kandungan PPPM ini sebelum kita membuat sesuatu tuduhan. Adakah pemotongan ini selari ini dengan apa yang telah dirancang ataupun benar kerajaan menidakkan kemajuan sistem pendidikan tinggi di negara kita. PPPM ini dilancarkan pada tahun 2013 sebelum dipisahkan bidang kuasa pelaksanaannya pada tahun 2015 melalui pemisahan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi yang mana isi kandungan masih kekal seperti tahun 2013.
Terdapat sepuluh lonjakan yang digariskan melalui PPPM dan salah satunya ialah seperti yang dinyatakan dalam Lonjakan Kelima iaitu memastikan kelestarian kewangan yang mana IPT awam dan swasta akan mempelbagaikan sumber pendapatan untuk meningkatkan kualiti program secara berterusan, lebih berhemat dan inovatif dalam penggunaan sumber. Bermakna, dana yang akan diperuntukkan adalah berdasarkan kepada prestasi sesebuah universiti dan bukannya dengan sogokan kepada pensyarah seperti yang didedahkan oleh SPRM hari ini dalam Berita Harian.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun dilihat serangan terhadap keputusan pengurangan peruntukan kepada universiti bermotifkan politik, suka atau tidak, kita perlu akui akan timbulnya juga beberapa persoalan tentang perjalanan aktiviti dan operasi berkaitan dengan universiti. Dalam masa yang sama, kita mengetahui segala apa yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah bersandarkan kepada dasar serta pelan yang sedia ada.
Saya juga ingin bertanyakan kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi tentang bagaimana atau apakah langkah-langkah serta bentuk bantuan yang disalurkan kepada universiti awam di seluruh negara untuk meningkatkan sumber kewangan mereka dengan tidak mengambil pendekatan negatif seperti menaikkan kadar yuran atau apa-apa bentuk bayaran lain terhadap pelajar. Selain daripada itu, melalui pengurangan peruntukan kepada universiti ini, kemungkinan akan berlakunya pengurangan terhadap peruntukan geran penyelidikan. Saya juga mengetahui terdapat kementerian-kementerian lain yang turut mempunyai dana penyelidikan mereka sendiri.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Soalan saya, adakah pelajar ataupun academician boleh memohon apa-apa jenis peruntukan daripada kementerian lain untuk menjalankan kajian atau penyelidikan mereka?
Jika boleh, adakah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan memberikan sokongan serta bantuan sewajarnya kepada pelajar mahupun academician tadi untuk memastikan mereka mendapat dana yang saya sebutkan? Saya lihat ramai yang mempertikai pengurangan peruntukan kepada universiti awam ini sedangkan melalui PPPM ini telah jelas juga dinyatakan bagaimana kerajaan akan memberi fokus yang lebih kepada pembangunan pendidikan berkemahiran ataupun TVET.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Sebagaimana jelas pelajaran TVET ini dirangka melalui PPPM dan ia juga jelas diletakkan sebagai dasar penting negara apabila diberi penumpuan khusus sebagai salah satu daripada enam bentuk pemacu perubahan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas.
Bajet bernilai diumumkan memperuntukkan sejumlah RM4.6 bilion, suatu jumlah yang sangat besar dan saya sangat bersetuju dengan langkah memperluaskan bidang TVET ini memandangkan permintaan terhadap tenaga mahir dalam bidang teknikal bakal mencecah sehingga 50 peratus atau 1.5 juta orang menjelang tahun 2020.
Saya menyambut baik cadangan kerajaan untuk menggantikan peranan beberapa buah institut perguruan guru kepada politeknik serta kolej vokasional. Ini merupakan langkah yang baik untuk mengoptimumkan penggunaan bangunan milik kerajaan sedia ada berbanding menjalankan projek pembinaan baru untuk memenuhi hasrat pembangunan TVET di negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini terdapat tujuh kementerian berbeza yang mengurus dan melaksanakan sistem TVET ini. Antara masalah yang timbul melalui TVET ini masalah penyelarasan program serta pengiktirafan lulusan TVET sehingga menyukarkan laluan selepas tamat pengajian sama ada untuk mendapatkan pekerjaan atau menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi.
Oleh yang demikian, saya ingin mendapatkan kepastian daripada pihak kementerian bertanggungjawab tentang bilakah sistem akreditasi tunggal akan diwujudkan seperti mana yang telah banyak kali disuarakan sebelum ini oleh pelbagai pihak?
Saya juga ingin mendapatkan kepastian tentang apakah perkembangan terkini Jawatankuasa Kemahiran Industri yang turut dianggotai oleh pemain-pemain industri dalam mengenal pasti kompetensi dan peluang mengembangkan lagi bidang kemahiran di negara ini terutamanya dalam kurikulum pengajian TVET itu sendiri?
Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kementerian agar dapat mengeluarkan satu standard pengukuran tahap gaji bagi lepasan TVET bermula daripada Sijil Tahap 1, 2 dan 3 seterusnya ke peringkat diploma dan ijazah bagi memudahkan lepasan TVET ini mengetahui possible income, dengan izin, yang boleh diperoleh melalui tahap pembelajaran mereka. Ini adalah penting memandangkan bagi lepasan TVET, ramai yang mengetahui tahap gaji asal yang diperolehi.
Sebagai contoh, bagi lepasan diploma, gaji mereka adalah sekitar RM1,500 sahaja manakala lepasan ijazah sekitar RM2,500. Jadi jika diwujudkan standard pengukuran tahap gaji bagi lepasan TVET ini, saya percaya lebih ramai lagi yang akan dapat melihat dengan lebih jelas prospek serta masa depan yang wujud dalam bidang kemahiran dan teknikal ini dan seterusnya dapat menarik lebih ramai untuk menjadikan bidang TVET ini sebagai bidang pilihan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, untuk pembangunan luar bandar, bajet bernilai yang diumumkan Perdana Menteri turut memberi penekanan terhadap projek rakyat-centric terutamanya melibatkan projek berkemajuan serta penyediaan perkara asas di luar bandar.
Projek rakyat-centric ini dilihat bakal mengurangkan lagi jurang perbezaan kemajuan di bandar dan juga di luar bandar.
Sebagai wakil dari kawasan luar bandar, saya sangat mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri ini dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi penekanan yang lebih besar terutamanya kepada penduduk luar bandar dalam Bajet 2017 ini.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Kerajaan dijangka akan memasang sejumlah 97,000 lampu jalan pada tahun hadapan yang melibatkan peruntukan RM100 juta yang merangkumi pemasangan 3,000 buah lampu LED di persimpangan jalan. Sememangnya masih terdapat jalan-jalan kampung yang masih gelap pada malam hari ketika ini.
Walaupun begitu, saya ingin mengambil perhatian pihak kementerian berkenaan tentang lampu-lampu jalan yang telah dipasang melalui permohonan wakil rakyat ataupun pihak JKK ataupun JKKR. Terdapat rungutan daripada pihak JKK serta JKKR yang mana lampu-lampu yang dipasang ini melalui permohonan mereka, mereka sendiri pula terpaksa membayar bil-bil bulanannya. Ada bil yang mencecah puluhan ribu ringgit setiap bulan.
Jadi, ia telah menimbulkan masalah pembayaran memandangkan ketiadaan dana bagi menampung pembayaran bil tersebut.
Saya berharap agar peruntukan disediakan untuk memasang lampu jalan ini dapat digunakan juga untuk membayar bayaran bil yang terpaksa ditanggung oleh mereka ini.
Tidak kena rasanya apabila permohonan untuk kepentingan penduduk kampung ini walaupun asalnya niat untuk membantu tetapi akhirnya ia terpaksa ditanggung oleh mereka. Mohon perhatian daripada pihak kementerian tentang perkara ini.
Terima kasih juga kerana mendengar keluhan dan cadangan kami terutamanya Ahli-ahli Parlimen di kawasan luar bandar ini yang rata-ratanya melihat keperluan untuk penoreh-penoreh getah apabila diberikan elaun musim tengkujuh sebanyak RM600 untuk tiga bulan. Cuma, Tuan Yang di-Pertua, bila pekebun-pekebun kecil sawit pula dengar tentang elaun ini, ada lah pula mereka yang berkata, “Elaun untuk melawas pokok sawit, buah sawit tidak adakah, Yang Berhormat?” Jadi saya memanjangkan hasrat mereka.
Kalau ada elaun melawas untuk mereka ini, bagus juga untuk diberikan kepada pekebun- pekebun kecil.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai anak FELDA, saya menyambut baik juga pengumuman yang dibuat bagi memastikan setiap rumah di Tanah Rancangan FELDA mendapat mutu bekalan air bersih dan terawat sebagai sebahagian daripada peruntukan RM732 juta yang disediakan secara keseluruhannya bagi maksud tersebut. Masalah bekalan air rendah, contohnya seperti yang berlaku di Felda Padang Piol dan Sungai Retang di Jerantut, Felda Bukit Goh di Kuantan serta Felda Chini bukanlah perkara baru dan diharap melalui peruntukan ini, masalah berkaitan bekalan air dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada SPRM kerana berjaya membongkar kegiatan pecah amanah yang menyeleweng dana bagi pembekalan air di Sabah yang melibatkan jumlah lebih daripada RM100 juta. Ini menunjukkan kerajaan menangani perkara ini dengan serius bagi memastikan segala peruntukan yang disediakan kepada rakyat benar-benar sampai ke peringkat yang sepatutnya.
Tuan Yang di-Pertua, untuk golongan muda, antara masalah yang dihadapi oleh golongan ini pemilikan hartanah terutamanya rumah, isu pekerjaan dan juga kos sara hidup.
Isu perumahan pembinaan 10,000 unit rumah untuk disewakan selama lima tahun kepada golongan muda dilihat hanyalah sebagai penyelesaian jangka pendek. Ia tidak mampu untuk menyelesaikan masalah pokok yang dihadapi golongan ini iaitu memiliki rumah sendiri. Saya tidak nafikan kita banyak sediakan program seperti PR1MA, RUMAWIP dan sebagainya tetapi mereka ini daripada segi kewangan masih belum mampu dan layak untuk memiliki terutamanya apabila syarat-syarat yang diletakkan seperti sudah berkahwin dan sebagainya ini memberikan masalah untuk mereka memiliki rumah.
Selain daripada itu, golongan muda yang mempunyai hutang pinjaman PTPTN juga menghadapi masalah kerana ada dikatakan diberikan status C pula kepada mereka ini dan mereka tidak boleh untuk mendapatkan pinjaman bagi memiliki rumah. Jadi minta jasa baik daripada kerajaan untuk segala-gala ini dapat diberikan ruang kepada mereka agar segala hal yang telah dimaksudkan tadi dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menyelesaikan isu lambakan lulusan perubatan yang tidak mendapat penempatan housemanship, kerajaan setuju untuk melantik mereka secara kontrak. Namun, seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, terdapat hampir 2,600 orang doktor dalam kategori ini yang akan diberikan lantikan secara kontrak.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Saya tidak pasti kesemua 2,600 ini bakal dilantik secara kontrak atau tidak tetapi saya merasakan adalah sesuai jika lulusan perubatan ini turut ditempatkan di Klinik 1Malaysia sementara menunggu placement bagi menjalankan housemanship. Sekurang- kurangnya mereka dapat melaksanakan tugas sebagai doktor sementara di Klinik 1Malaysia.
Juga, saya ingin mencadangkan perkara yang sama untuk lepasan perguruan tetapi bukanlah untuk bertugas di Klinik 1Malaysia. Lepasan perguruan ini kalau dapat diletakkan juga untuk membantu mengurangkan beban-beban guru dengan dilantik sebagai pembantu guru dan diharap ia dapat memberikan keseimbangan kepada tugas-tugas guru terutamanya kepada sekolah-sekolah di seluruh negara.
Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi ini, masa tinggal tidak sampai lima minit. Saya terus kepada Transformasi Nasional 2050. Ada dua tiga perkara Yang Amat Berhormat sentuh tentang Transformasi Nasional 2050. Di akhir pembentangan Bajet 2017 tempoh hari, Perdana Menteri telah mengumumkan suatu wacana nasional tentang hala tuju negara merentasi tiga dekat yang dinamakan Transformasi Nasional 2050 ataupun TN50.
Saya yakin TN50 ini bukanlah dasar yang menidakkan dasar-dasar yang telah diperkenalkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Sebaliknya, TN50 ini merupakan suatu langkah moving forward iaitu terkehadapan bagi memastikan negara kita sentiasa bersedia menghadapi cabaran global pada masa hadapan.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Proses pembinaan negara merupakan suatu pelayaran panjang tidak berpenghujung. Tidak berpenghujung ini tidak bermakna pelayaran tersebut tidak berdestinasi. Justeru saya melihat TN50 ini bakal menjadi penentu destinasi mana yang hendak dituju dan bagaimana halangan badai ombak yang bakal dilalui dalam pelayaran tersebut harus ditempuh dengan jayanya. Oleh yang demikian, besar harapan saya agar pihak Kementerian Belia dan Sukan yang akan memulakan wacana nasional ini dapat memastikan kita berada di laluan dan di landasan yang betul dalam menuju destinasi.
Terdapat pandangan, idea serta pendapat yang sewajarnya dari pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan muda kerana akhirnya pada tahun 2050 kelak, generasi muda yang ada pada hari ini akan menentukan kejayaan, kesinambungan TN50 ini yang akan kita wariskan kepada mereka. Maksudnya TN50, Transformasi Nasional ini.
Tuan Yang di-Pertua, semalam saya merasmikan satu program kecil untuk anak- anak Tabika Perpaduan. Saya amat tertarik bila mana dalam Program Tabika Perpaduan ini, kanak-kanak semua kaum terutamanya kaum Melayu, Cina dan juga India dapat mengadakan persembahan, menyanyi, mengadakan program pidato untuk anak-anak kecil secara bersama. Program ini dilihat amat baik dalam menentukan inilah transformasi nasional untuk 50 tahun akan datang yang dilaksanakan oleh kerajaan. Justeru kita harus melihat Program TN50 ini sebagai satu harapan besar kerajaan untuk memastikan semangat kesatuan kaum di kalangan kita dapat diteruskan untuk TN50 ini.
Tuan Yang di-Pertua, itulah tadi beberapa perkara yang ingin saya sentuh berkenaan Bajet 2017 ini. Ada banyak lagi perkara-perkara lain yang kita boleh kongsikan namun oleh sebab masa yang agak terhad, itu adalah antara perkara-perkara yang dapat saya sentuh. Apa yang penting yang ingin dilihat oleh segenap lapisan rakyat adalah bagaimana segala perancangan dan peruntukan kerajaan ini kita dapat kendali dan dapat kita laksanakan.
Bukan momok kosong, bukan dikatakan sebagai bajet yang seolah-olah tidak berimbang, tidak memberikan kesan yang tidak baik kepada rakyat. Percayalah, sebagai sebuah kerajaan yang telah dapat lama memerintah, sudah pastinya bajet yang dibentangkan ini akan dapat memberikan nilai yang baik kepada rakyat. Oleh yang demikian saya berharap segala apa yang telah direncanakan oleh kerajaan dapat dilakukan dengan sebaik mungkin oleh setiap kementerian dan hasil akhirnya nanti dapat dirasai dan dinikmati oleh setiap golongan dan kumpulan yang telah kita sasarkan.
Tuan Yang di-Pertua, sedikit pantun sebelum habis berbahas pada petang ini.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Menabur bakti sepanjang hayat, Membawa suria sinar pengharapan, Bajet 2017 beri nilai berpaksikan rakyat, Memacu negara maju ke hadapan. Cukup sampai di sini perbahasan saya Tuan Yang di-Pertua. Kepada Allah jualah kita berserah agar Bajet 2017 akan dapat dilaksanakan dan seterusnya memberi ruang dan juga peluang kepada kerajaan terutama Kerajaan Barisan Nasional untuk menang pada pilihan raya akan datang. Sekian terima kasih. Sekijang mohon menyokong Rang Undang- undang Perbekalan 2017.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya mulakan perbahasan saya pada petang ini dengan satu potong ayat Al- Quran dalam surah Az-Zukhruf...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Kami telah membahagikan di antara mereka kehidupan di dunia ini dan kami angkatkan darjat di kalangan mereka antara satu sama lain”. Ertinya, apabila sebut tentang darjat, dalam kehidupan sebuah negara ia terdiri daripada rakyat dan juga terdiri daripada kalangan pemimpin, terdiri daripada kalangan perdana menteri dan juga terdiri daripada kalangan rakyat marhaen di peringkat bawah.
Semuanya itu merupakan susun atur yang telah disusunkan oleh Allah SWT terhadap kehidupan manusia. Maka sudah tentulah sebagai pemimpin dalam merangka bajet sebuah negara, maka untuk mencapai satu yang disebut sebagai keadilan sosial dengan tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan dan juga inklusif untuk mengawal inflasi dan kos sara hidup serta menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.
Ini tugas sebagai seorang pemimpin.
Mahu atau tidak mahu, kita adalah merupakan orang yang diamanahkan oleh rakyat untuk memimpin negara ini terdiri daripada kalangan kerajaan yang ada pada hari ini yang perlu memikirkan bagaimana untuk mewujudkan soal keadilan sosial dan memberikan kemudahan kepada rakyat. Ukuran kejayaan bajet yang sebenar iaitu memastikan semua pihak, rakyat, peniaga, kerajaan berada dalam keadaan yang selesa kerana kerajaan ini adalah merupakan orang yang menjadi orang yang pemudah cara bukan menjadi orang pemayah cara.
Oleh sebab itu kita harapkan supaya segala apa yang dibentangkan ini mesti mengambil kira dan kita juga berbelanja pula mengikut kemampuan serta keperluan bukannya mengikut kepada kemahuan. Orang panggil apa, kita tidak hendak nafsu kuat tetapi tenaga tidak ada. Oleh sebab itu kita perlu juga belanja ikut kemampuan dan keperluan bukannya mengikut kemahuan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, yang mampu sahaja boleh menambah.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Ya, bab ini Tuan Yang di-Pertua, saya tabik spring. Saya mampu menjaga ahli PAS sejuta tetapi tidak mampu untuk jaga dua [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Akan tetapi harap jangan ada lagi pemimpin PAS yang keluar parti, ya?
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Insya-Allah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya bersahabat dengan Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebagaimana yang diumumkan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM260.8 bilion untuk dibelanjakan pada tahun 2017. Ini satu peningkatan sebanyak 3.4 peratus daripada pengubahsuaian bajet tahun 2016. Kerajaan menjangkakan pungutan hasilnya sebanyak RM219.7 bilion yakni naik kepada 3 peratus berbanding dengan unjuran hasil pada tahun 2016. Masih lagi kutipan GST yang lebih tinggi pada tahun 2017 iaitu sebanyak RM40 bilion berbanding dengan tahun 2016 sebanyak RM30.5 bilion.
Kerajaan dijangka menanggung defisit fiskal berjumlah RM40.3 bilion atau pun 3 peratus daripada KDNK. Jadi trend defisit ini mengakibatkan jumlah Kerajaan Persekutuan hutangnya sehingga Jun 2016 berada pada paras RM655.7 bilion atau pun 53.2 peratus kepada KDNK. Tuan Yang di-Pertua, antara perkara yang kita melihat ialah kita rasa sedikit kebimbangan iaitu pengurangan dalam Bajet 2017 ini khususnya pengurangan dalam peruntukan subsidi iaitu RM22.4 bilion berbanding dengan RM25 bilion pada tahun 2016.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Begitu juga ketiadaan peruntukan untuk pampasan konsesi tol. Kita menaruh kebimbangan, kita harap-harap tidak jadi. Kemungkinan kenaikan tol pada tahun 2017 di samping subsidi minyak masak dan keperluan asas lain telah mula dihapuskan membawa kemungkinan kenaikan harga makanan di pasaran. Ini rasa kebimbangan saya, walaupun terdiri daripada kalangan pihak kerajaan tadi menyebut tentang ekonomi kita dengan kuasa membeli di kalangan rakyat. Akan tetapi hakikat kita lihat di bawah, di sana menunjukkan tentang kebimbangan daripada kalangan rakyat bawahan terutama mereka yang bekerja sendiri nelayan atau petani dan juga pekebun kecil.
Begitu juga selain daripada itu bajet universiti awam turut dikurangkan. Bajet tahun 2017 ini juga tidak memperlihatkan untuk mekanisme menghentikan soal ketirisan, penjimatan yang perlu dilakukan. Tidak banyak langkah transformasi diketengahkan untuk menangani isu-isu kritikal ekonomi negara khususnya untuk menaikkan soal kejatuhan nilai ringgit, penjimatan operasi kerajaan, hutang kerajaan, kos sara hidup rakyat, rasionalisasi konsesi, pengangguran di kalangan graduan, kenaikan harga rumah dan juga skandal 1MDB dan seumpamanya.
Pemberian BR1M yang dinaikkan sehingga sampai kepada RM1,200 akan dimanfaatkan oleh tujuh juta orang penerima dengan peruntukan sebanyak RM6.8 bilion.
Dengan jumlah yang terus meningkat ini, sudah tentu kajian perlu dibuat berkenaan dengan keberkesanan hal yang berkaitan dengan BR1M ini. Baik satu sudut tetapi kerajaan kena memikirkan kenapa kenaikan demi kenaikan penerimanya. Sepatutnya KPI kepada kita ialah kita mesti mengukur supaya lebih banyak rakyat yang memberi daripada meminta. Ini kerana kita hendak supaya...
[Bercakap dalam bahasa Arab] Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah.
Oleh sebab itu satu kajian perlu dibuat, kita melihat apakah penerima-penerima BR1M ini telah mengubah cara hidup mereka ataupun daripada orang yang menerima bantuan kepada pula pemberi bantuan? Sebagaimana pernah dibuat juga di- ada sahabat- sahabat zakat yang dibuat di Selangor. Dulunya mereka merupakan penerima zakat, sekarang ini merupakan penyumbang kepada zakat.
Tuan Yang di-Pertua, melihat kepada corak belanjawan ini pemberian BR1M dalam keadaan GST diperluaskan dan subsidi dikurangkan adalah terlalu awal untuk menjangkakan Pilihanraya Umum Ke-14 diadakan pada tahun hadapan. Namun tiada yang mustahil di Malaysia, macam disebut doa oleh Yang Berhormat Sekijang rakan saya tadi dia kata doa untuk hendak menang macam pilihan raya nampak adalah ini. Akan tetapi tidak apa, sekali ini Yang Berhormat Sekijang nampak bulan nampaknya.
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak Yang Berhormat Sekijang, PAS nampak BN kali ini.
[Ketawa]
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Betul itu Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Tuan Yang di-Pertua ini. Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya ternyata Bajet 2017 ini menyerupai Bajet 2013 yang penuh dengan janji manis yang menyuruh kepada rakyat semua peringkat daripada biasa sampai kepada tok imam. Walau bagaimanapun, kita ucap terima kasih. Hat tok-tok imam dapat itu kerana kebanyakan tok imam ini tok imam PAS. Jadi, alhamdulillah. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bercakap sikit berkenaan dengan hal yang berkaitan soal perumahan. Pada bajet tahun ini kerajaan mewujudkan skim pembiayaan akhir, end-financing untuk projek perumahan PR1MA. Ini kerana soal rumah ini soal yang asas kepada kehidupan kita kerana benda ini ada rumah sekurang-kurangnya yang lain itu tidak apa lagi. Kalau kita tengok masyarakat yang bekerja di Kuala Lumpur hampir daripada satu pertiga kadang-kadang separuh daripada gaji mereka ialah diperuntukkan untuk membayar rumah.
Melalui skim yang diperuntukkan ini, rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh mendapat pinjaman sehingga RM295,000. Walaupun cadangan ini baik, tetapi kita bimbang kapitalis-kapitalis ini mengambil kesempatan. Untuk menaikkan harga rumah daripada harga yang dulunya RM250,000 atau RM200,000 dinaikkan sampai kepada RM300,00 ataupun RM295,000. Ini perkara yang perlu difikirkan supaya ia tidak membebankan pembeli rumah. Kita bimbang walaupun dia boleh pinjam banyak, nanti kita bimbang soal hutang isi rumah semakin meningkat oleh sebab dia hendak membayar setiap bulan itu agak tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, maka sebab itu kita mengharapkan kerajaan perlu mencari satu formula untuk memastikan setiap keluarga di Malaysia ini mendapat sebuah rumah.
Mencari satu formula dengan menurunkan harga rumah dan juga di kampung-kampung pula kita lihat masih ramai mereka yang tidak ada rumah. Kadang-kadang kita hendak bagi bantuan kepada JKM ataupun melalui PLB, Baitulmal tetapi masalah yang dihadapi oleh mereka ialah tidak ada tapak rumah. Tidak ada tapak rumah. Maka kita harapkan supaya tanah-tanah tapak-tapak rumah di kawasan luar bandar itu diberikan kepada mereka yang belum ada rumah. Jangan diberikan kepada mereka yang sudah pun ada rumah.
Tuan Yang di-Pertua, ini berkenaan dengan soal penjagaan kesihatan. Kualiti perkhidmatan sistem hospital kerajaan harus dipertingkatkan daripada segi bilangan doktor pakar. Langkah meningkatkan gaji doktor pakar ini penting. Saya pernah mencadangkan di Parlimen dulu supaya gaji permulaan doktor ini bermula dengan Gred 48, bukan dengan Gred 44. Ini seronok doktor ini kalau dengar ini, walaupun isteri saya bukan doktor. Kita hendak memperjuangkan hak orang lainlah. Akan tetapi tidak tahulah Tuan Yang di-Pertua, yang ketiga doktor...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya dengar-dengar Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Okey, berkenaan dengan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Makna tidak mengaku, okeylah itu [Ketawa]
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuding-menuding nampaknya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ini presiden saya masa saya berkecimpung dalam Persatuan Mahasiswa di UKM- “Datuk Presiden”...
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
...Ada chemistry kah Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mencadangkan supaya gaji gred doktor ini dengan Gred 48. Saya simpati, benda ini boleh diceritakan pengalaman oleh Yang Berhormat Bagan Serai. Ini kerana mereka mengaji enam tahun. Tiba-tiba keluar dengan Gred 44. Tambah ini pula kita tengok housemanship- 2,600, kontrak pula. Jadi macam mana untuk kita melihat, bagaimanakah soal motivasi di kalangan pelajar-pelajar mengaji di fakulti perubatan ini mereka hendak mewujudkan orang yang baik untuk berkhidmat dengan kerajaan? Apakah implikasi kepada pengguna kalau kita melihat tentang apabila doktor-doktor pakar ini tidak ada?
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Kita tengok terpaksa kita pergi untuk ke hospital swasta. Kebetulan yang memiliki skim insurans, okey. Akan tetapi kebanyakan daripada kalangan rakyat Malaysia ini kita lihat terutama daripada kalangan orang-orang Melayu di luar bandar, kebanyakan mereka tidak memiliki kad insurans kesihatan ini sendiri.
Saya mencadangkan supaya kerajaan terus berusaha untuk meningkatkan bilangan doktor pakar hospital untuk mengurangkan masa menunggu pesakit untuk berjumpa dengan pakar dan mendapat rawatan. Saya mengharapkan kerajaan sentiasa memandang berat perkara ini sebagai langkah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan kerajaan dan seterusnya mutu kehidupan rakyat. Ini kerana kita hendak supaya rakyat sihat, insya-Allah ia akan memberikan satu hasil yang baik untuk negara. Kalau rakyat asyik sakit sahaja, bagaimana mungkin mereka hendak memberikan satu produktif untuk negara yang baik. Nampaknya bajet tahun ini tidak menyediakan peruntukan kepada pembinaan Klinik Rakyat 1Malaysia...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
[Bangun]
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Ini kena rakyat 1Malaysia ini.
Terlibat juga Kuala Krau ini. Kuala Krau ini kawasan hulu, lebih teruk daripada kawasan Bukit Gantang sebenarnya [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bagan Serai bangun.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Bagi ‘sat’, bagi ‘sat’.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Jangan tanya yang pelik-pelik sangat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kerana Yang Berhormat Bukit Gantang hari ini banyak memberikan pandangan kepada kerajaan supaya memantapkan lagi contohnya skim gaji kepada doktor. Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Bukit Gantang, yang pertamanya, tugas seorang doktor ini bila dia sudah pilih itu memang dah jadi sebati dengan diri dia sebab ada janji-janji dia pada diri dia. Akan tetapi bukanlah kerana dia kerja itu mesti bayar gaji banyak itu.
Walau bagaimanapun, insentif yang diberikan akan memberikan lebih lagi semangat.
Saya dengar tadi dalam perbahasan, Yang Berhormat Bukit Gantang berceritakan tentang keperluan pakar-pakar. Ini yang saya hendak tekankan lagi bahawa memang kerajaan patutnya memantapkan lagi usaha-usaha untuk meramaikan lagi pakar-pakar dan maintain, dengan izin, pakar-pakar ini di hospital kerajaan. Sekarang ini kita lihat kerajaan telah buat juga dalam bajet ini peruntukan untuk membina hospital baru dan menaik taraf hospital baru. Jadi bagus. Hospital baru ini bagus, tahniah dan terima kasih.
Akan tetapi walau bagaimanapun, dia macam cerita budak sekolah dengan beg barulah. Dia seronok pergi sekolah sebab ada beg baru tetapi tidak ada kesan apa-apa sangat. Saya ambil contoh kalau Parlimen Bagan Serai, kalau hospital yang baru hendak diwujudkan ini, cantik, bersih, besar, bagus tetapi bila tidak ada doktor pakar, maka kes terpaksa dihantar ke Hospital Taiping ataupun Seberang Jaya dan memakan masa yang sama juga. Kalau kereta sudah banyak sekarang ini akan menyebabkan ada kes yang mati di tengah jalan umpamanya.
Jadi, kewujudan doktor-doktor pakar di hospital daerah adalah sangat crucial, dengan izin, sekarang ini. Kita sangat mengharapkan kerajaan menyediakan pakar-pakar ini dan pakar-pakar ini mestilah bersedia untuk bekerja di hospital-hospital daerah yang lebih kecil umpama, contohnya di Parlimen Bagan Serai. Jadi saya tanya sekali lagi Yang Berhormat Bukit Gantang, setuju atau tidak Yang Berhormat Bukit Gantang bahawa penyediaan pakar-pakar ini dengan kenaikan skim yang kita cadangkan tadi ditempatkan di hospital-hospital daerah yang lebih kecil? Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Okey, terima kasih. Setuju. Masuk sebahagian daripada ucapan Yang Berhormat Bagan Serai tadi dalam ucapan saya dan saya bukan sahaja soal skim itu, biarlah skim kalau pakar ini biar letak di taraf JUSA pun tidak apa. Taraf JUSA pun tidak apa. Bukan senang kerana kita kalau boleh tidak hendak mereka ini keluar daripada perkhidmatan kerajaan. Malahan kadang-kadang kita lihat servis yang dibuat oleh doktor pakar di hospital kerajaan, maknanya lebih baik daripada yang ada kepada hospital swasta.
Tuan Yang di-Pertua, ini saya hendak perjuangkan soal berkenaan dengan kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU). Berdasarkan kepada pembentangan Bajet 2017, tiada sebarang perancangan strategik kepada pembangunan OKU selain apa yang telah pun kita sedia maklum. Sekali lagi persoalan timbul, di manakah kesungguhan kerajaan untuk membangunkan masyarakat rentan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang terdiri daripada kalangan Orang Kurang Upaya, warga emas, wanita dan kanak-kanak. Ini kerana kita lihat kalau di negara maju, Orang Kurang Upaya ini ialah merupakan orang yang cukup diberikan keutamaan dalam segala-galanya.
Maka kita sesuai pula dengan kita lihat Malaysia ini yang terdiri daripada kalangan masyarakatnya orang Islam dan agama rasminya ialah agama Islam, maka sudah tentu antara perkara yang dititikberatkan ialah soal yang berkenaan dengan Orang Kurang Upaya ini diberikan penekanan dalam kehidupan kita.
Suka saya menarik perhatian, yang pertamanya ialah berkenaan dengan elaun dan bantuan kendiri. Saya mencadangkan supaya agar Elaun Pekerja Cacat yang sedia ada pada hari ini dinaikkan daripada RM350 sebulan kepada RM550 sebulan. Ini kerana kalau kita sorot daripada dialog-dialog yang dibuat di antara komuniti OKU yang dimaklumkan kepada saya dengan kementerian, kenaikan tersebut telah dipersetujui.
Walaupun kita kata mungkin duit tidak ada, itu alasan skema biasa. Itu alasan skema biasa.
Fasal kadang-kadang kita ini ada juga benda-benda yang kita rasakan tidak ada manfaat pun macam kita lihat buat Taman Tugu Negara RM650 juta...
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
[Bangun]
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Dengan keadaan macam ini, tiba- tiba kita buat sedangkan ini saya rasakan perlu diberikan perhatian yang lebih oleh kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kuala Langat bangun.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Sila.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Adakah Yang Berhormat Bukit Gantang bersetuju dengan saya kalau sekiranya pekerja-pekerja OKU di kementerian kerajaan pada hari ini yang bekerja lima tahun atau enam tahun itu diberikan kerja tetap supaya mereka tidak dikontrakkan dan membolehkan kita membantu mereka dalam keluarga dan penghidupan mereka? Apakah Yang Berhormat Bukit Gantang bersetuju dengan cadangan yang saya kemukakan itu? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Ya, saya bersetuju dengan ‘ulama pekerja’. Saya panggil pada dia “ulama pekerja”. Dia ulama, dia alim bab pekerja ini.
Lawyer pun kalah.
Tuan Yang di-Pertua ...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Dok pekena juga.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Dicadangkan syarat pendapatan RM1,200 atau ke bawah kepada setiap OKU yang bekerja yang menikmati EPC itu dihapuskan. Adalah amat wajar untuk EPC yang berjumlah RM550 diberikan kepada semua OKU yang bekerja kerana kita melihat, mengambil contoh bagaimana OKU yang bekerja di Lembah Klang misal katakan, mereka ini terdiri daripada kalangan orang yang cacat penglihatan. Mereka hendak pergi bekerja, terpaksa kadang-kadang membayar kereta sewa RM30 setiap hari untuk berulang-alik ke tempat kerja mereka.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Bagi mereka yang normal, dengan RM900 sebulan, mungkin boleh beli rumah ataupun boleh beli sebuah kereta baru, tetapi kita lihat OKU itu terpaksa membayar wang RM30 untuk menyewa kereta untuk pergi ke tempat kerja mereka. Sebab itu, ini perlu diberikan perhatian sama ada mereka itu gaji RM1,200, asalkan mereka ini terdiri daripada kalangan OKU, maka mereka itu layak untuk mendapat wang sebanyak RM550.
Tuan Yang di-Pertua, harus juga kita sedar insentif untuk ibu bapa yang memiliki OKU. Mungkin ibu bapa yang bekerja memiliki insentif melalui potongan cukai, tetapi bagaimana pula dengan ibu bapa yang memiliki OKU sedangkan mereka ini tidak bekerja, yang berada di kampung, menjaga anak-anak mereka yang terlantar, yang tidak boleh bergerak langsung, maka sudah tentulah diberikan secara rata sebanyak RM550 juga kepada penjaga, kepada ibu bapa yang menjaga anak-anak OKU yang begitu parah ini tadi.
Tuan Yang di-Pertua, begitu juga kita perlu memudahkan bantuan dan kemudahan yang berkaitan dengan OKU dan dicadangkan supaya tidak banyaklah daripada segi birokrasi kerana terutama kalau kita lihat ada daripada kalangan OKU memang setiap tahun mereka ini kena renew. Cuba bayangkan kalau tempat saya itu mereka hendak pergi ke Taiping. Daripada kita katakan Sungai Tinggi ataupun yang berada di hujung, Permatang Raja yang lebih kurang dekat dengan 30 kilometer hendak pergi ke Taiping. Perbelanjaan sana sudahlah mereka susah, untuk hendak renew berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan mereka. Maka sudah tentu amat sukar, menyusahkan mereka...
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
[Bangun]
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Apalah salahnya, satu ialah kita boleh memberikan secara automatik kepada mereka tidak perlu renew melainkan ada surat mati. Ada surat mati kita beri. Keduanya, pegawai itu diturunkan untuk mereka itu ke sana.
Sedikit sahaja Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sedikit sahaja. Sila Yang Berhormat Sekijang.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya setuju dengan Yang Berhormat Bukit Gantang tentang hal berkaitan dengan hendak renew menyusahkan kepada golongan OKU ini. Saya ingat kita hendak cadangkan kepada pihak kerajaan, kalau boleh oleh sebab dalam zaman teknologi yang serba canggih ini, boleh atau tidak pihak kementerian menyediakan satu aplikasi yang mudah? Mungkin isi nama, alamat dan sebagainya dengan beritahu tarikh bila dan bagaimana, tekan klik sahaja pada software tersebut menggunakan smartphone, jadi semua mereka ini boleh terus kita daftarkan semula. Tidak perlu datang ke pejabat JKM. Apakah pandangan Yang Berhormat?
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Okey, saya bersetuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Sekijang tadi, masukkan sebahagian daripada cadangan saya.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu ialah saya hendak mencadangkan juga supaya pihak kerajaan mempertimbangkan perkara-perkara berikut kepada OKU ini.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Pertama ialah menyediakan tapak niaga dan kawasan himpunan usahawan- usahawan OKU di setiap bandar dan kawasan perbandaran. Wujudkan wakaf orang buta misalnya yang pernah diperkenalkan suatu masa dahulu di Kuala Lumpur.
Kedua, mengadakan kuota khusus kepada usahawan atau profesional yang terdiri daripada kalangan OKU untuk mendapat kerja sama ada di kerajaan atau pun GLC.
Ketiga, meningkatkan pengambilan OKU dalam sektor awam terutamanya dalam posisi pembuatan polisi dalam syarikat-syarikat yang berkaitan dengan GLC.
Keempat, memperuntukkan sejumlah dana bagi penyelidikan berkaitan OKU yang mampu memberi manfaat kepada pembangunan OKU secara holistik dan inklusif.
Kelima, aplikasikan Strategi Lautan Biru bagi mewujudkan kerjasama antara kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, golongan akademik IPTA, IPTS bagi pelaksanaan program pemerkasaan golongan OKU.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Tuan Yang di-Pertua, iaitu berkenaan dengan Al-Quran Braille Mushaf Malaysia kerana penerbitan Al-Quran Braille Mushaf Malaysia ini adalah perlu diusahakan dan disegerakan memandangkan ia telah pun diuar-uarkan sejak setahun lebih yang lalu.
Kebetulan saya pernah ziarah di tempat mengeluarkan berkenaan dengan al-Quran braille yang mereka buat masih lagi dengan bentuk yang agak kecil dalam bilik yang kecil berdekatan dengan Brickfields sana.
Saya kagum bagaimana mereka yang telah membuat cetak tetapi masih lagi dengan komputer yang kapasitinya agak kecil, agak sedikit untuk keluarkan ini. Oleh sebab itu saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri untuk memantau dan memastikan Quran Braille di Malaysia dilaksanakan mematuhi dengan perundangan yang sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua saya hendak menyentuh sedikit berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan doktor gigi. Oleh sebab doktor tidak bercakap saya bercakap lah doktor.
Yang Berhormat Bagan Serai tidak ada hari ini. Akta Pergigian. Saya dimaklumkan ada Akta Pergigian 2016 bakal dibentang di Parlimen bagi menggantikan Akta Pergigian 1971.
Ada beberapa perkara yang bakal dipinda. Perkara terbesar yang membimbangkan doktor pergigian adalah klausa 47(1), 47(2) yang mengehadkan rawatan tertentu hanya boleh dijalankan oleh pakar pergigian sahaja. Selama ini rawatan tersebut boleh dijalankan oleh doktor pergigian di semua negara di dunia termasuk negara maju. Mengapa Malaysia mesti ada pengehadan dalam soal ini?
Berapa orang doktor pakar gigi ikut belah Kuala Krau? Tidak ada. Pakai cabut dengan benang lain kali. Jadi pengehadan ini akan mengakibatkan monopoli pakar pergigian dalam bidang pergigian. Hal ini akan memberikan kesan yang sangat besar kepada rakyat kerana jumlah pakar pergigian di Malaysia ini sangat kurang dan kebanyakan mereka pula tertumpu di bandar-bandar besar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Bukit Gantang ini dia sentuh Kuala Krau, kawasan luar bandar, hulu tetapi Parlimen Kuala Krau yang selalu Yang Berhormat Bukit Gantang datang berceramah [Ketawa]
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Fasal di situ ada binatang-binatang yang menarik kan? Ada makanan-makanan yang menarik untuk saya. Antara kesan- kesannya nanti adalah:
(i) kos rawatan akan menjadi mahal kerana dijalankan oleh doktor pakar.
(ii) tempoh masa menunggu untuk mendapatkan rawatan terlalu lama.
Sekarang ini pun dua hingga empat bulan mungkin esok mencecah sampai lapan hingga 12 bulan.
(iii) tempoh lama ini akan mengakibatkan kondisi gigi semakin teruk dan mungkin tidak dapat diselamatkan lagi
(iv) bagi rakyat luar bandar kos untuk mendapatkan rawatan meningkat kerana kos pengangkutan berulang-alik ke bandar akan meningkat.
Tuan Yang di-Pertua, maka itulah ucapan saya terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
ya Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mengambil kesempatan ini untuk bersyukur alhamdulillah kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2017. Tuan Yang di-Pertua, jikalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita ada menjual pantun semasa ucapan bajet baru-baru ini izinkan saya untuk membelinya.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Angin sepoi dari Pekan, Tasek Gelugor terasa nyaman, Bajet rakyat BN utamakan, Terima kasih PM Malaysia terus aman.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas kejayaan beliau membentangkan bajet bagi tahun 2017 walaupun menghadapi beberapa insiden-insiden yang tidak diingini. Bertepatan dengan suasana stabil ekonomi negara dan ditambah pula dengan ketidaktentuan ekonomi global, Bajet 2017 ini telah dilihat berjiwa rakyat bersesuaian dengan temanya iaitu “Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahterakan Kehidupan Rakyat Seluruh” atau boleh kita sifatkan, bajet ini sebagai bajet people centric yang memberikan penumpuan untuk menjaga kebajikan rakyat itu sendiri. Inilah sebenarnya hala tuju yang terkandung di dalam Bajet 2017.
Walau bagaimanapun, sebentar tadi kita telah mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Shah Alam yang mempertikaikan Bajet 2017 ini tidak mempunyai hala tuju dan tidak mempunyai arah yang tertentu. Sebenarnya arah dan juga hala tuju telah pun termaktub di dalam buku bajet yang diperolehi oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi oleh sebab mereka meninggalkan Dewan ketika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentangkan bajet maka mereka telah pun missed, dengan izin, tercicir daripada maklumat-maklumat penting di dalam pembentangan bajet tersebut. Saya juga ingin menyentuh tentang apa yang telah pun disebut oleh Yang Berhormat Shah Alam juga yang mengatakan Bajet 2017 ini adalah bajet populis untuk PRU Ke-14.
Sebenarnya kalau kita melihat secara teliti dengan penuh keikhlasan, Bajet 2017 ini adalah bajet yang membincangkan banyak isu-isu mikro. Banyak hal-hal yang berkaitan dengan keperluan-keperluan rakyat di bawah sana yang kita juga tuntut yang kita juga bahaskan di dalam Dewan ini sebelum ini. Kita minta supaya rakyat diperkasakan dengan purchasing power- kuasa beli dan sebagainya sebab itu kerajaan di dalam Bajet 2017 memperkenalkan penambahan kepada nilai bayaran BR1M daripada RM1,000 kepada RM1,200 contohnya.
Itu adalah untuk memberikan satu kekuatan kepada kuasa beli, purchasing power dan dari sudut ekonomi pula kalau kita boleh melihat dengan penyaluran RM6.8 bilion ini daripada peruntukan BR1M, ia akan lebih memberikan keadaan yang baik kepada sistem ekonomi negara di mana kecairan kewangan, kuasa beli yang tinggi akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan juga pengaliran kewangan dan agihan tunai yang lebih sistematik. Tidak akan berlaku inflasi dan juga tidak akan berlaku penawaran tanpa permintaan dan sebagainya.
Jadi perkara ini perlu dilihat dalam bentuk mikro sedemikian rupa barulah kita boleh menghayati kenapa Bajet 2017 ini dibuat sedemikian rupa. Jangan kita bersikap prejudis atau pun ada perasaan-perasaan yang tidak baik. Lalu kita melihat Bajet 2017 ini dengan persepsi-persepsi yang tidak baik kita mengatakan ia seperti peruntukan bajet untuk tujuan Pilihanraya Umum Ke-14. Sebenarnya pada setiap ketika, setiap tahun sama ada ada pilihan raya atau tidak ada pilihan raya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan membentangkan bajet sebaik-baik mungkin untuk kesejahteraan kepada rakyat. Inilah janji kerajaan, inilah janji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan inilah yang slogan yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri “Janji Ditepati”. Kerajaan pernah berjanji untuk menambah nilai BRIM ini dari semasa ke semasa.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Lalu, apabila nilai BR1M ini ditambah, ada pula yang mempertikaikan, kalau tak ditambah, maka dikatakan janji tak ditepati. Malah, ada lagi orang yang menyebut mengubah pula frasa ‘janji tak ditepati’ ini kepada ‘janji dicapati’. Macam-macam istilah- istilah yang digunakan dalam bentuk penghinaan kepada apa yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku ketua negara yang mentadbir negara kita ini. Jadi, saya mengharapkan di sini bahawa pihak pembangkang hendaklah berfikiran terbuka dan lebih positif serta menilai secara mikro tentang apa juga projek-projek dan juga perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan itu secara positif.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Jadi, di sini kalau kita lihat tadi juga Yang Berhormat Bukit Gantang ada menyebutkan tentang terima kasih beliau kerana kerajaan memberikan peningkatan allowance kepada tok-tok imam, guru-guru KAFA dan sebagainya dan sebahagian besar tok imam adalah daripada penyokong-penyokong PAS, ini kita akui. Akan tetapi kerajaan bersifat secara adil, tidak ada perasaan pilih kasih dan sebagainya. Oleh sebab imam-imam adalah orang-orang yang memajukan masyarakat, menjaga kesejahteraan masyarakat yang mereka pimpin, maka menjadi satu tanggungjawab kepada kerajaan di bawah Barisan Nasional untuk memberikan kelebihan-kelebihan ini tanpa mengira parti ataupun tanpa bersifat pilih kasih. Inilah kehebatan dalam peruntukan bajet yang kita ada.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh di sini, pada tahun 2015 kita telah melalui segala liku dan cabaran pahit getir ketidakstabilan ekonomi, kejatuhan mata wang ringgit dan harga pasaran komoditi yang merudum. Namun pada tahun 2016, kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional telah berjaya bangkit dan terus membawa harapan kepada rakyat untuk mentadbir negara sehingga mampu terus tadbir dan terus berdaya saing. Kita mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, sememangnya kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak patut dipuji dan kita bersyukur kerana pembangunan Malaysia telah semakin berkembang pesat dan kita sudah semakin dikenal dunia.
Kestabilan ekonomi telah berjaya dikekalkan walaupun keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan bukan di bawah kawalan kita.
Keadaan ekonomi sekarang begitu mencabar kerana pertumbuhan perlahan ekonomi antarabangsa yang berpunca daripada kelembapan kesemua kuasa-kuasa besar ekonomi dunia secara serentak. Ditambahkan lagi dengan adanya setengah pihak di sana yang suka sangat membawa anasir-anasir yang tidak baik yang cuba memburukkan nama Malaysia di luar negara. Buktinya, bukti kejayaan kita ialah apabila ekonomi negara kian berkembang pada kadar 4.1 peratus dan kita terus yakin sasaran pertumbuhan KDNK kita, 4 peratus sehingga 4.5 peratus bagi tahun 2016 dan 4 peratus sehingga 5 peratus bagi tahun 2017 nanti akan tercapai.
Tuan Yang di-Pertua, kejayaan Kerajaan Barisan Nasional yang telah dipilih oleh rakyat secara demokrasi melalui pilihan raya sejak lebih daripada 50 tahun dahulu telah membuktikan kejayaan. Hasil Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional terus meningkat saban tahun. Berdasarkan prestasi semasa hasil tahun 2017 dijangka akan terus berkembang sekitar 3 peratus iaitu kepada RM219.7 bilion.
Seterusnya, bukti Kerajaan Barisan Nasional terus komited dan kekal relevan adalah dengan peningkatan peruntukan bagi tahun 2017 sebanyak 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Bajet 2016 iaitu berjumlah RM262.8 bilion. Walaupun ramai di sana menyangka bahawa bajet pada kali ini akan berlaku penyusutan tetapi sebaliknya penambahan dalam jumlah yang telah disebutkan tadi adalah merupakan bukti kepada kejayaan dalam urus tadbir negara yang cemerlang.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan jelas terus bersungguh-sungguh untuk memartabatkan syiar Islam. Oleh sebab itu di dalam pembentangan Bajet 2017, pelbagai insentif kepada golongan agama, terutamanya dalam usaha menyelaraskan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara dengan peruntukan sebanyak RM30 juta.
Terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Namun begitu, saya ingin mendapat penjelasan.
Sejauh manakah usaha kerajaan untuk menggalakkan masyarakat Islam kita bagi turut sama menjiwai perkara ini? Apabila kerajaan memberikan atau memantapkan keupayaan pembangunan institusi tahfiz negara, maka apakah peranan di peringkat masyarakat yang telah pun digariskan oleh kerajaan untuk menjadi panduan kepada masyarakat bagi mereka juga turut terlibat dalam pembangunan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.
Adakah pihak kerajaan bercadang untuk memasukkan sistem pendidikan tahfiz ini ke dalam sistem pendidikan negara kita secara rasmi yang sedia ada agar dapat melahirkan generasi muda yang hebat dari segi akademik dunia dan juga akademik akhirat.
Maka, akan lahirlah lebih ramai lagi doktor, jurutera atau peguam, mekanik, usahawan dan siapa juga yang dapat menghafal Al-Quran, menghayati ilmu-ilmu Al-Quran, di samping mereka memperkasakan diri mereka dengan ilmu-ilmu akademik.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Pendidikan Al-Quran dan tahfiz Al-Quran adalah ramuan terpenting di dalam konteks memelihara agama Islam. Perkara ini mampu menolak tohmahan dan fitnah daripada golongan ekstremis sama ada golongan radikal, mahupun ancaman pemikiran oleh kelompok pelampau liberalisme yang semakin galak meluaskan fahaman mereka di kalangan masyarakat kita. Lalu, apabila kita melihat satu masa nanti boleh dikatakan semua golongan profesional Islam, mereka adalah mempunyai jiwa dan keimanan serta ketakwaan dan pegangan kepada Al-Quran yang tinggi. Maka, kita akan melihat bahawa itu adalah satu kemuncak kepada kehebatan tamadun manusiawi. Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Al-Haj bermaksud, “Demikianlah perintah Allah dan barang siapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul daripada ketakwaan hati- hati mereka.” Tuan Yang di-Pertua, dalam isu pembangunan modal insan terhadap generasi muda, ia juga turut disentuh di dalam Bajet 2017. Ini amat penting sekali kerana dalam pembinaan tamadun sesebuah negara, pembangunan modal insan generasi muda adalah merupakan asetnya. Kejayaan dan kekuatan generasi muda pada hari ini adalah gambaran bagaimana masa depan negara kita. Justeru itu, saya lihat Bajet 2017 ini banyak memberi fokus kepada pembangunan generasi muda yang baru ingin kenal liku-liku kehidupan sebenar.
Namun, kerajaan perlu terus komited dalam memastikan kelangsungan pembangunan generasi muda ini. Oleh itu, perlu adanya satu dasar khusus dan saya juga ingin bertanya kepada kerajaan, apakah satu dasar khusus bagi pembentukan dan pembangunan generasi muda yang lebih berstruktur agar dapat melahirkan pelapis kita semua ini telah disediakan ataupun akan disediakan. Kita tidak mahu pelapis kita nanti seperti pihak pembangkang yang hanya tahu mencari salah kerajaan atau salah orang lain sahaja tetapi kita mahukan pelapis-pelapis yang boleh berfikiran secara adil dan juga rasional.
Tuan Yang di-Pertua, saya suka untuk terus berbicara bagi pihak golongan muda kerana saya terus ingin melihat golongan muda sebagai satu aset yang amat berguna kepada negara kita.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Ya, sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Saya tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat Tasek Gelugor yang banyak menjurus kepada agama dan anak muda, profesional yang hafal Al-Quran dan maknanya, pengkhususannya pada anak muda. Ini kerana anak muda hari ini menentukan masa depan negara. Kalau anak muda rosak, maka negara juga akan rosak. Setuju tidak Yang Berhormat dengan saya bahawa kerajaan yang ada sekarang ini memang serius.
Oleh kerana apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengisytiharkan Transformasi Nasional 2050 yang akan menjangkau tiga dekad daripada sekarang iaitu dinamakan TN50, itu bermakna pengkhususannya, fokusnya kepada anak muda, kepada orang-orang muda yang akan difikirkan hari ini di bawah Kementerian KBS. Setuju tak dengan saya Yang Berhormat? Terima kasih.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Ya, itu adalah merupakan satu pandangan yang baik dan kita minta benda ini dimasukkan. Cuma dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, kita minta supaya dalam urusan pembangunan anak-anak muda ini, kita tidak hanya memfokuskan atau membebankan kepada Kementerian Belia dan Sukan semata- mata kerana pembangunan anak-anak muda, generasi muda adalah merupakan satu pembangunan yang holistik, pembangunan yang menyeluruh dari semua aspek. Jadi kalau boleh, kalau kita dapat memperkemaskan lagi dasar pembangunan generasi muda terutama sekali dalam TN50 nanti, ia adalah merupakan satu dasar yang meliputi keseluruhan bentuk pembangunan insan khususnya kepada generasi muda.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Jadi Tuan Yang di-Pertua, generasi muda kebanyakannya adalah graduan- graduan yang lahir dari pelbagai universiti awam dan swasta dalam atau luar negara.
Kerisauan kita juga ialah hampir 200,000 orang graduan yang menganggur perlu dipandang serius oleh semua pihak. Walaupun ramai yang menyatakan peluang pekerjaan adalah terhad, para graduan atau masyarakat di luar sana tidak boleh menyalahkan kerajaan seratus peratus...
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat, sedikit. Sungai Petani.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Ya, sila.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak tanya Yang Berhormat, bersetujukah Yang Berhormat dengan saya bahawa generasi yang akan mewarisi generasi kita ini harus menjadi satu generasi yang berani khususnya berani menegur, mesti bercakap benar walaupun kadang-kadang teguran itu pahit untuk diterima? Ini kerana kita lihat negara-negara yang maju sama ada di Barat ataupun di Timur, rakyat yang berani menegur pemimpin itulah yang akan mewarisi negara yang baik. Manakala generasi yang terus menjadi beku akibat ketakutan yang luar biasa kepada pemerintah, dan dalam sejarah dunia, negara itu akan gagal. Apakah hasrat Yang Berhormat hendak melihat supaya anak-anak muda kita, anak-anak yang berani menegur, berani bercakap benar walaupun kadang-kadang apa yang dikatakan itu pahit untuk diterima? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya pun bersetuju dengan kenyataan Yang Berhormat Sungai Petani sebab itu adalah merupakan satu asas yang kuat kepada pembinaan, pembentukan sesebuah generasi.
Cumanya di sini sikit yang ingin saya komen kepada apa Yang Berhormat Sungai Petani sebutkan, dalam kita membina generasi muda yang mantap, kuat, berani menegur dan sebagainya tetapi kita juga kena memperkukuhkan mereka itu dengan tertib, adab sopan dan cara yang betul. Maka kalaulah kedua-duanya itu dapat digabungkan menjadi satu, saya rasa itu adalah merupakan apa yang kita hasratkan tentang generasi masa depan...
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
[Bangun]
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Masa sedikit sahaja. Okey, sila, sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Jerantut.
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat Tasek Gelugor, Tuan Yang di- Pertua, mengenai dengan pembentukan generasi muda. Kita bersetuju mereka menjadi generasi muda yang progresif, aktif dan sebagainya. Akan tetapi, apakah sikap yang kita hendak bentuk mereka ini- saya minta kepastian Yang Berhormat Tasek Gelugor- di antara mereka yang berani menegur, berani mengkritik, berani meluahkan perasaan dalam bentuk hasutan, berani meluahkan perasaan dalam bentuk yang sangat negatif yang boleh membawa kepada kejatuhan negara. Jadi apakah bentuk sikap yang kita mahukan daripada golongan belia ini? Berani yang berlandaskan kebenaran ataupun berani secara membuta tuli? Terima kasih.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Ya, terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Sebenarnya itulah yang kita bincangkan tentang bagaimana rupa dan keadaan generasi muda yang akan kita bina. Jadi dalam hal ini, saya rasa kita daripada mana pihak sekalipun perlu menerima hakikat bahawa elemen-elemen penting dalam pembangunan generasi muda mestilah mencakupi keimanan, keikhlasan, ketakwaan, adab tertib diiringi dengan ilmu pengetahuan dan juga semangat serta keberanian.
Jadi kalau kesemuanya itu dapat digabungkan menjadi satu- dan inilah peranannya. Kita tidak boleh menjadi pihak dalam satu ketika kita kata kita hendak membina generasi muda tetapi dalam satu ketika lain, kita membentuk generasi muda yang tidak mewakili sifat-sifat yang telah disebutkan tadi. Jadi di sini kita perlu lebih bersifat ikhlas dan terbuka dan kita ikhlas dengan cadangan kita untuk membentuk satu model generasi muda yang benar-benar sesuai dengan apa yang kita perlukan.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Kita sambung sampai malam ini.
Sila, sila.
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Parit.
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Ada selalu sebut orang-orang muda ataupun generasi muda sering dikatakan sebagai golongan yang mempunyai hutang yang banyak. Hutang bayar kereta, hutang bayar rumah dan hutang bayar kahwin. Jadi, orang tua-tua ada mengatakan, ukur baju di badan sendiri. Jadi, apakah pendapat Yang Berhormat Tasek Gelugor? Terima kasih.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Terima kasih Yang Berhormat Parit. Ini pun adalah merupakan sebahagian daripada didikan kita terhadap generasi muda.
Jadi dalam hal ini, sama ada kerajaan dan juga institusi masyarakat, institusi keluarga, kita perlu mendidik anak-anak kita tentang budaya ini sejak awal. Maknanya kita kena didik mereka dengan budaya berdikari, berusaha, tidak suka berhutang, berhutang pada perkara yang perlu dan patut sahaja bersesuaian dengan kemampuan.
Jadi, kesemuanya ini adalah merupakan satu proses yang perlu dijalankan secara pendidikan sejak daripada awal. Sistem yang kita bina di dalam negara kita juga perlu menjuruskan ke arah tidak menggalakkan budaya berhutang melampau tetapi kita menggalakkan sistem ekonomi yang lebih sihat. Jadi itulah yang perlu kita ambil tindakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya sewaktu membentangkan tentang isu generasi muda tadi ialah perkara yang berkaitan dengan banyak pengangguran dan juga kebergantungan kepada kerajaan dan sebagainya untuk bekerja. Jadi dalam hal ini, saya rasa kita juga perlu memberikan satu ruang pendidikan kepada generasi muda kita untuk mereka ini boleh terus-menerus berdikari walaupun ada peluang-peluang pekerjaan, namun ia tidak mencukupi.
Jadi dengan sebab itu, apa salahnya kalau kita memberikan semangat dan juga ruang serta peluang supaya mereka dapat berdikari, bukan hanya sekadar kursus-kursus yang kita berikan melalui program-program TVET dan sebagainya tetapi kita perlu menyediakan lebih banyak ruang dan peluang. Kita sudah pun memberikan mereka pendidikan, kemahiran tetapi mereka pun sukar juga hendak memasarkan kemahiran dan juga keupayaan mereka kerana, yang pertama, mungkin tidak ada peluang dan yang kedua ialah tidak ada ruang. Kadang-kadang ada peluang tetapi tidak ada ruang. Ruang ini juga macam-macam termasuklah ruang niaga, peluang-peluang untuk pinjaman mudah dan macam-macam lagi.
Jadi dalam hal ini kalau kita tengok, sebenarnya anak-anak muda kita ini mampu berdikari dan boleh berdikari. Sebab itu sidang Ahli Dewan sekalian, kita lihat contoh yang baru-baru ini viral tentang Nasi Lemak Anak Dara di Shah Alam. Saya hari ini tengok surat khabar saya terkejut. Surat khabar kita bagi satu fokus kepada “Nasi Lemak Anak Dara makin laris”. Apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pula menyebutkan bahawa ini adalah satu contoh yang terbaik di mana seorang graduan kejuruteraan boleh berniaga dan berjaya sehingga selepas dia mendapat publisiti yang lebih luas, maka dia menjadi seorang yang cukup berjaya. Mungkin selepas ini kita hendak tengok pula yang mungkin ada orang jual nasi kandar anak teruna. Ini ada Nasi Lemak Anak Dara. Nasi Kandar anak teruna kah, burger kah, roti john anak teruna kah, apakah, manalah tahu.
Jadi yang penting ialah ruang. Sekarang ini kalau kita tengok anak-anak muda kita tidak ada ruang niaga yang sesuai dengan perniagaan kecil-kecilan mereka di peringkat awal. Yang ada ialah rumah-rumah kedai yang perlu disewa. Bayaran sewaan sebulan RM2,000, RM3,000 malah mencecah sehingga RM20,000.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Akan tetapi kalau kerajaan boleh menggalakkan menubuhkan pusat-pusat perniagaan kecil-kecilan yang ruang sewanya mungkin tidak sampai RM100 dan sebagainya dan kita promotekan tempat-tempat perniagaan generasi muda ini dengan bentuk-bentuk perniagaan yang menjadi tarikan terutama kepada generasi muda barangkali ataupun kepada orang-orang awam yang lain. Saya rasa dia akan memberi satu minat yang mendalam dan itu menunjukkan kesungguhan kerajaan bagi membantu dan mencetuskan peluang-peluang pekerjaan baru terutama sekali di dalam perniagaan kepada anak-anak muda.
Masalahnya sekarang yang kita jumpa terutamanya sekali di kawasan saya apabila ada anak muda yang ingin untuk bekerja sendiri tapi mereka tidak ada tempat. Ada yang minat tentang pertanian tetapi tidak ada tapak pertanian dia. Ada yang minat untuk berniaga tetapi hendak kata hendak sewa satu lot kecil atas troli dalam pasar raya sebulan kena bayar RM6000. Bayangkan berapa sales yang dia perlu buat dalam masa sebulan, mungkin RM15,000 atau RM20,000 hanya menjual cenderamata dan yang tertentu.
Ini sebab saya rasa kerajaan perlu memikirkan sekarang kita perlu wujudkan satu pusat penjualan yang kecil-kecil sewaannya murah tapi menarik sehinggakan kita tengok hari ini uptown dengan downtown pun anak-anak muda begitu ramai berniaga di situ. Jadi saya rasa kerajaan kena fikir untuk memperkasakan lagi peluang-peluang pekerjaan baru dalam bentuk sedemikian kepada anak-anak muda.
Usaha yang berterusan kerajaan persekutuan perlu dipuji dengan memperluaskan lagi program agropreneur untuk 3000 orang usahawan muda dengan peruntukan RM100 juta yang telah pun dibentangkan di Bajet 2017. Malah, pengenalan program mobilepreneur juga untuk 3000 orang peserta dengan RM30 juta patut juga dipandang tinggi.
Jika kita lihat trend anak muda kita sekarang mereka lebih minat untuk menceburi bidang perniagaan tetapi tidak ada idea, tidak ada modal besar, tidak ada ruang dan ramai anak muda berniaga ini lebih berminat untuk berniaga dalam food truck. Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, walaupun program-program ini telah ada dan dirancangkan dan telah diletakkan peruntukan namun begitu kena ada satu program follow up, follow through kepada program-program semacam ini kerana program-program ini bukan tidak pernah dibuat, program mobilepreneur dan sebagainya secara sistem trak yang dibuat oleh FAMA dan macam-macam lagi perlu ada kajian dan perlu ada penambahbaikan perlu ada penilaian perlu ada pemantauan.
Ini sebab kita tidak mahu perbelanjaan puluhan juta ringgit ini berjalan lebih kurang tidak sampai satu tahun kemudian kita lihat program itu tidak diteruskan lagi. Memang banyak program yang kita perkenalkan tetapi kemudian dia mati tanpa kubur, bajetnya pun habis begitu sahaja. Bila kita tanya balik apa keadaan dia jadi begini, alasan yang diberikan begitu dan begini. Namun begitu, kita hendak tahu, janganlah perbelanjaan dibazirkan dengan program-program yang tidak ada follow up, follow through. Kadang-kadang dari segi pengurusan dan pentadbiran bila pegawai yang telah diberi in charge tentang penilaian program-program macam ini tidak ada maka program itu pun hilang habis dengan pegawai- pegawai bersara tadi juga.
Jadi kerajaan perlu memberikan perhatian dengan lebih teliti terutama sekali dalam program-program yang melibatkan perbelanjaan puluhan juta ringgit. Memang kita akui dan kita persetujui dengan program-program tersebut, namun begitu program-program ini perlu dipantau dan dilapor setiap masa untuk kita melihat keberkesanan kepada program-program yang telah dilaksanakan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini juga kita ingin melihat tentang Strategi Lautan Biru Nasional dengan peruntukan RM 140 juta agar ia mampu membawa negara kita lebih maju ke hadapan. Sebab itu penambahan lagi empat UTC, tiga RTC dilihat mampu mendekatkan lagi kerajaan persekutuan kepada rakyat dan ia perlu diperbanyakkan lagi.
Malah, dengan penambahan empat buah bas mobil CTC kawasan pedalaman juga dilihat sangat membantu untuk melancarkan dasar kerajaan. Usaha ini adalah untuk menarik setiap UTC yang disediakan itu ada job center bagi job matching dan sebagainya.
Jadi ini adalah merupakan idea-idea baru yang tadi saya dengar Yang Berhormat Shah Alam kata kerajaan ketandusan idea. Saya rasa kerajaan tidak pernah ketandusan idea.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Dari setiap masa, setiap tahun, ada sahaja sistem ada juga perkembangan- perkembangan baru yang diperkenalkan cuma kita perlu bersabar, kita perlu melihat tentang kejayaan-kejayaan ini dan insya-Allah kita akan melihat yang rakyat akan merasai nikmat agihan pembangunan yang ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Tasek Gelugor masa sudah cukup.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya- sikit lagi Tuan Yang di-Pertua seminit sahaja saya hendak sentuh di sini. Ini adalah pesan daripada rakyat kawasan saya yang berkenaan dengan elaun JKKK, elaun Ketua Kampung semua naik terima kasih banyak-banyak ucapkan, cuma mereka tanya adakah kerajaan mempunyai cadangan untuk juga untuk menambah atau memberi elaun kepada Setiausaha JKKK yang berkenaan sebab Setiausaha kata, kami yang buat kerja teruk, buat mesyuarat, buat minit, Pengerusi datang Chair meeting sahaja tapi dia dapat RM900. Jadi ini hendak mintalah kerajaan tolonglah pertimbangkan elaun untuk Setiausaha yang jawatankuasa itu tidak apalah sekali datang mesyuarat dapat RM50 tapi yang Setiausaha itu kena tolong tengoklah sama.
Jadi terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya dengan ini menyokong, saya dengan ini menyokong pembentangan bajet 2017 yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Walaikumsalam.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kuala Langat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Kita tangguh sehingga esok.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Baik Tuan Yang di- Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ahli- ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 25 Oktober 2016.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.36 petang]