Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
1. Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad [Mersing] minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah tindakan kementerian untuk membanteras kes buli di kalangan pelajar sekolah memandangkan kejadian buli di sekolah dewasa ini kian menjadi-jadi agar tidak menjadi barah yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian pelajar.
Menteri Pendidikan - Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jawapan kepada soalan, Kementerian Pendidikan menyedari bahawa masalah disiplin murid masih berlaku. Walau bagaimanapun, hasil kerjasama semua pihak dan juga program yang dijalankan, Kementerian Pendidikan mendapati terdapat penurunan kes salah laku buli murid-murid di sekolah.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kes buli terdapat penurunan iaitu daripada 0.08 peratus pada tahun 2013 kepada 0.06 peratus pada tahun 2015. Walaupun terdapat penurunan statistik kes buli, pihak Kementerian Pendidikan akan terus berusaha untuk memastikan kes salah laku ini tidak berulang. Kementerian Pendidikan memberi penegasan dalam isu buli dan gengsterisme melalui arahan Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan setiap tahun mulai tahun 2009 hingga tahun 2014.
Bagi menangani gejala buli di sekolah, Kementerian Pendidikan mengambil pendekatan berikut:
(i) mewajibkan penubuhan Jawatankuasa Disiplin Sekolah selari dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001, Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah;
(ii) pihak sekolah juga diarah untuk mengadakan Mesyuarat Permuafakatan Sekolah jika difikirkan kes perlu ditangani dengan segera;
(iii) mengedarkan buku panduan Pengurusan Menangani Buli di Sekolah sebagai rujukan dan panduan kepada pihak sekolah;
(iv) mengadakan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia di bawah Program Pegawai Perhubungan Sekolah yang berperanan sebagai polis perhubungan di sekolah;
(v) mengadakan mesyuarat secara berskala bersama-sama dengan Polis Diraja Malaysia bagi memperkasakan penglibatan Polis Diraja Malaysia dalam menangani gejala salah laku murid;
(vi) merekodkan salah laku murid ke dalam Sistem Sahsiah Diri Murid secara dalam talian untuk pelaksanaan intervensi yang bersesuaian terhadap murid yang terlibat;
Menteri Pendidikan - Dato’ Seri Mahdzir Khalid
(vii) mengadakan program intervensi yang bersesuaian terhadap murid yang terlibat seperti menggunakan pengaruh rakan sebaya di bawah penubuhan Pembimbing Rakan Sebaya di sekolah;
(viii) Program Remaja Berwawasan melibatkan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia; dan
(ix) membudayakan amalan guru penyayang di sekolah dan sesi kaunseling bersama murid-murid terlibat. Terima kasih.
Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, ada penurunan 25 peratus, tahniah. Kes buli ini kecil sebenarnya. Saya hendak tanya, apakah peranan sekolah serta PIBG dalam menangani isu tersebut?
Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Tuan Yang di-Pertua, pihak sekolah dan juga PIBG sebenarnya mempunyai tanggungjawab bersama untuk menentukan bahawa kes-kes yang melibatkan budaya buli ini dapat dielakkan di sekolah.
(i) pihak pengurusan sekolah sendiri yang terdiri daripada pengetua dan juga penolong-penolong kanan sekolah yang dianggap sebagai pengurus pasukan ataupun manager kepada organisasi di sekolah;
(ii) para guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga menjaga disiplin di sekolah; dan
(iii) sarana ibu bapa. Sarana ibu bapa ialah pihak ibu bapa yang bertanggungjawab bersama dengan sekolah.
Banyak sekolah sebenarnya telah ada penubuhan Jawatankuasa Permuafakatan di antara ibu bapa dan guru-guru di sekolah. Apabila ada permuafakatan ibu bapa dan guru- guru di sekolah, banyak kes boleh diselesaikan melalui permuafakatan, melalui perbincangan.
Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, mana-mana sekolah yang pada pandangan Kementerian Pendidikan mempunyai hubungan rapat di antara sekolah dan ibu bapa, banyak masalah yang boleh diselesaikan. Bukan sahaja masalah disiplin, juga masalah yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, kokurikulum dan lain-lain aktiviti. Terima kasih.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin tahu, setakat ini, berapakah jumlah dan peratus kes-kes buli di kalangan pelajar sekolah yang telah dibawa ke mahkamah bagi kanak-kanak yang dahulunya mahkamah juvana. Terima kasih.
Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Tuan Yang di-Pertua, sukalah saya menyebut di sini statistik yang telah dapat kita rekodkan daripada Kementerian Pendidikan. Kalau mengikut tahun, pada tahun 2012, misalnya, sebanyak 4,159 kes dan pada tahun 2013 sebanyak 4,120 kes buli di sekolah.
Tahun 2014 sebanyak 2,825 kes, tahun 2015 sebanyak 2,968 kes dan kebanyakan daripada kes yang melibatkan kes buli ini adalah yang melibatkan apa yang dipanggil buli fizikal berbanding dengan kes-kes buli yang lain. Jumlah pelajar yang telah melibatkan kes polis yang kemudiannya telah dibawa ke mahkamah dan telah diputuskan untuk dibawa atau dihantar ke sekolah juvana ini, yang ini statistiknya saya boleh bagi kemudian kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
2. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, pendirian dan perancangan kementerian terhadap cadangan mewujudkan dana wakaf pendidikan tinggi di peringkat Persekutuan.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, kementerian melihat dana wakaf ini sebagai satu sumber pendanaan yang penting dalam kemapanan pembangunan pendidikan tinggi, sebenarnya.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Dalam mempamerkan kesungguhan ini, kementerian telah menjadikan kepentingan wakaf sebagai sumber pendanaan alternatif seperti yang jelas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Negara 2015-2025. Jelas sudah ada dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Negara.
Dana wakaf pendidikan tinggi hanyalah di peringkat universiti awam dan bukan di peringkat Persekutuan kerana governance wakaf ialah di bawah Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.
Untuk menunjukkan bagaimana pentingnya perkara ini, kementerian juga telah mengeluarkan satu buku panduan yang berwarna jingga ini, yang bertajuk Enhancing University Income Generation Endowment and Waqf Playbook atau pun UniTP, University Transformation Programme Purple Book khusus untuk membantu tatacara pembentukan sistem governance pengurusan wakaf di universiti- ada caranya, supaya universiti yang belum lagi ada sistem wakaf ini boleh melihat apakah cara pelaksanaannya.
Juga pada masa kini, Alhamdulillah, enam buah universiti telah menubuhkan pusat wakaf di universiti masing-masing yang terdiri daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Teknologi Malaysia dan yang terbaharu iaitu pada malam esok, satu lagi ini- bagus untuk Yang Berhormat yang bertanya soalan ini- malam esok di UNISZA ada dilancarkan tabung wakaf. Yang mengadakan sekarang ada enam, akan ada satu lagi tujuh. Kementerian berharap setiap universiti awam akan dapat menubuhkan tabung wakaf mereka masing-masing.
Sekarang ini satu pasukan berada di universiti-universiti. Pasukan sekarang ini berada di Sabah untuk melihat pelaksanaan tabung wakaf di negeri masing-masing di seluruh negara. Sekian, terima kasih.
Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Justeru itu, saya melihat apakah langkah strategik seterusnya kerajaan untuk menarik minat syarikat-syarikat korporat supaya terlibat dalam dana wakaf pendidikan tinggi negara? Sebab, cabaran yang terbesar dalam melaksanakan sistem dana wakaf ini ialah untuk mendapatkan kesanggupan daripada syarikat-syarikat korporat ini terutama milik orang Islamlah supaya mereka dapat mewakafkan sebahagian daripada perolehan mereka dalam tabung dana wakaf pendidikan negara.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya itulah sebabnya di hujung jawapan saya tadi, saya mengatakan satu pasukan telah ditubuhkan untuk memberitahu kepada rakyat terutamanya orang Islam tentang konsep wakaf itu sendiri yang mana wakaf itu berterusan, konsep keberterusan institusi wakaf itu sendiri, in perpetuity. Mengatakan apa yang kita wakaf itu akan berterusan, ia tidak akan mati di situ sahaja.
Kalau kita wakafkan, katakanlah RM10,000, RM10,000 itu akan berterusan kerana yang boleh digunakan hanya keuntungan daripada RM10,000 itu. Jika keuntungan atau pun daripada pelaburan RM10,000 itu RM1,000 atau pun RM500 daripada RM10,000 tadi, jadi yang boleh digunakan hanya RM500 ataupun RM1,000. Jadi asas sumbangan RM10,000 itu masih kekal. Jadi bermakna, pahalanya berkekalan, in perpetuity. Jadi itulah, kalau ramai yang faham, mereka akan terus menderma, memberi sumbangan kepada wakaf.
Berbeza dengan sumbangan biasa. Sumbangan biasa, kita sumbang RM10,000, apabila guna RM10,000, dia tak habis pahala. Pahala itu setakat apabila penggunaan tersebut. Akan tetapi wakaf, kita sedekah RM10,000, RM10,000 itu akan terus berada. Jadi dengan ini, kita berharap dengan penerangan yang akan dibawa ini, lebih ramai yang faham, lebih ramai yang ingin mewakafkan.
Kita juga mengharapkan setiap Majlis Agama Islam Negeri-negeri bekerjasama dengan universiti awam yang ada ini. Saya lihat, alhamdulillah, sehingga kini kerjasama daripada Majlis Agama Islam Negeri-negeri begitu baik sekali. Sebab itulah kita lihat enam, malam esok tujuh dan saya harap sebelum akhir tahun ini, semua universiti akan mewujudkan tabung wakaf mereka masing-masing dan terus meningkatkan tabungan-tabungan mereka.
Dato’ Hasan bin Arifin - Rompin
Tuan Yang di-Pertua, adakah Yang Berhormat Menteri boleh memberi satu figure awalan sebagai satu daya penarik kepada masyarakat untuk cenderung memberi wakaf? Umpamanya di Universiti Kebangsaan, berapakah sudah terkumpul wakafnya? Kedua, adakah mereka yang memberikan wakaf ini dikecualikan daripada cukai pendapatan? Terima kasih.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Sebenarnya, UKM lah yang mula tabung wakaf ini daripada tahun 2007 tetapi tidak banyak pergerakan kerana masa kini UKM hanya ada RM364,000 sahaja. Yang lebih tinggi ialah di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mempunyai RM7.43 juta tabung wakaf mereka. USIM ada RM4.24 juta. Mengatakan inilah yang ada- RM4 juta, RM7 juta- dan saya percaya dengan gerakan-gerakan pasukan wakaf itu tadi, lebih ramai lagi yang memahami konsep ini sebenarnya dan juga budaya untuk menderma ini, untuk mewakaf ini patut ada.
Dia masih lagi tidak macam negara-negara barat. Mungkin macam di Timur Tengah, di Turki dan sebagainya, budaya wakaf ini menjadi satu budaya mereka. Saya pernah pergi jumpa sebuah kedai jual karpet di Istanbul, dia beri 50,000 lira setahun lebih kurang RM100,000 kita setahun, satu buah kedai karpet untuk dana wakaf mereka. Jadi pembudayaan itu perlu dan insya-Allah, dengan adanya pembudayaan yang meningkat ini, kita akan lihat lebih banyak lagi akan dapat dikutip oleh universiti-universiti kita ini.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Sebagaimana dikatakan oleh Yang Berhormat tadi, usaha-usaha sedang dilaksanakan oleh pasukan wakaf kita untuk memastikanlah, kita cubalah. Ini kita kena minta dengan Kementerian Kewangan agar mereka kalau boleh diberi pengecualian cukai. Kita pun bersimpati kerana sekarang ini dengan penurunan harga minyak ini kita mungkin tidak dapat sepenuhnya. Walau bagaimanapun, apa yang lebih mustahak bagi kita ialah pembudayaan dan kefahaman tentang konsep wakaf itu sendiri yang dengan tidak secara langsung memberi galakan kepada penderma-penderma dan penyumbang-penyumbang untuk meningkatkan sumbangan mereka untuk dana wakaf universiti awam keseluruhannya.
Terima kasih.
3. Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, penjelasan berhubung fenomena air pasang besar yang berlaku, apakah kesan dan bagaimanakah persediaan dalam menghadapinya.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya kita mengalami air pasang tiap-tiap bulan, dua kali sebulan air pasang. Akan tetapi, fenomena yang dikatakan sebagai satu fenomena ganjil sedikit pada ketika ini ialah oleh sebab dekatnya bumi dengan bulan. Apabila berlakunya bumi itu dekat dengan bulan, tarikan bulan kepada air di permukaan bumi itu mendatangkan kelimpahan air yang lebih tinggi disebabkan di satu-satu tempat. Apa yang dikatakan fenomena perigi ini berlaku.
Inilah sebabnya di kawasan-kawasan yang tertentu khususnya di tempat yang rendah berlakunya air ini meningkat tinggi. Jadi bukanlah satu fenomena yang ganjil berlakunya air pasang ini. Jadi kita menangani dalam dua peringkat. Satu peringkat pertama ialah supaya melibat ban-ban dan revetment kita di tepian pantai yang rosak oleh sebab tidak bertahan oleh sebab ombak, pukulan ombak ini.
Oleh sebab pada masa ini juga kita mengalami iaitu angin kencang, ombak laut dan ribut ketika air pasang. Jadi dengan keadaan sedemikian revetment ini kita katakan ban ini kita lihat semula. Itu jangka pendek kita laksanakan di seluruh khususnya di tempat yang berlaku baru-baru ini iaitu di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Untuk jangka panjang kita juga buat kajian. Kajian untuk yang jangka panjang ini ialah untuk melihat secara teknikalnya dan untuk melaksanakan ban-ban laut yang lebih permanent lagi, yang lebih baik supaya reka bentuk yang tertentu dan mempunyai kos yang lebih tinggi lagi dan ini telah sedang kita laksanakan pada masa sekarang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Parit Sulong 30 saat.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apakah langkah kementerian untuk memulihkan semula pokok-pokok bakau yang selama ini berfungsi sebagai penahan dan juga pemecah ombak tetapi banyak rosak akibat ombak besar baru-baru ini seperti kejadian di kawasan Parlimen saya. Terima kasih.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Program untuk penanaman pokok di pesisiran pantai di seluruh negara ini telah kita- saya gunakan perkataan institutionalize semenjak tahun 2006 lagi.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kita mewujudkan tiga jawatankuasa Tuan Yang di-Pertua iaitu satu Jawatankuasa Pemantau Pelaksanaan Program iaitu dipengerusikan oleh sama ada Ketua Setiausaha Kementerian atau Timbalannya di kementerian saya, satu lagi jawatankuasa ialah untuk Jawatankuasa Pelaksana Program-program yang kita laksanakan di seluruh negara dan yang ketiga ialah research and development programme yang dipengerusikan oleh pihak FRIM untuk mengenal pasti jenis-jenis pokok yang bakal kita tanamkan di seluruh negara.
Setakat ini Tuan Yang di-Pertua kita telah berbelanja sebanyak RM50 million, RM50 juta keseluruhannya seluruh negara semenjak tahun 2006. Kita telah berjaya menanamkan sebanyak seluas 2,578.36 hektar dan menanam pokok sebanyak 6,319,314 pokok di seluruh negara yang untuk mengatasi masalah-masalah hakisan air dan sebagainya di tepian laut dan juga untuk menjagakan tepian laut kita dan yang ketiga ialah untuk memperbanyakkan tempat-tempat untuk ikan dan sebagainya membiak. Terima kasih.
Tuan Liew Chin Tong - Kluang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri boleh tanya bagaimana koordinasi di antara Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri. Ini kerana didapati banyak kawasan di mana walaupun Kerajaan Pusat ada program tetapi kerajaan negeri tidak semestinya mengikut program-program yang dikatakan. Terima kasih.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebenarnya oleh sebab kita melihat perkara ini dalam kaca mata Perlembagaan.
Perlembagaan telah mengagihkan tugas dan tanggungjawab kita masing-masing.
Sebenarnya kementerian saya adalah sebagai regulatory ministry. Jadi maknanya pelaksanaan kita mesti bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri. Jadi kalau kerajaan negeri tidak bekerjasama dengan kita maka semua program yang saya sebut tadi tidak akan dapat terlaksana.
Umpamanya penambakan untuk reclamation di mana-mana negeri. Kita juga memberi garis panduan-garis panduan tertentu supaya hutan-hutan bakau tidak terjejas oleh sebab program negeri untuk membuat tambakan dan untuk membuat reclamation untuk pembangunan negeri-negeri mereka. Akan tetapi akhirnya Tuan Yang di-Pertua, apabila kita hendak melaksanakan program, negeri punya tanah, negeri punya hutan dan negeri punya resources yang kita ada, kita hanya mengawal selia dan kita punya cadangan dan perancangan itu hanya boleh dilaksanakan bila pihak negeri boleh bekerjasama dengan kita dengan baik. Terima kasih.
[Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [Parit] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, apakah program-program sedia ada di universiti awam dewasa ini masih praktikal dan boleh membantu graduan mempersiapkan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Apakah tindakan susulan Kementerian terhadap beberapa laporan media yang melaporkan antara kegagalan kebolehpasaran graduan ialah kurang kemahiran berkomunikasi dan terlalu memilih pekerjaan.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Sekarang orang sudah tidak pakai sepatu sudah, ramai tidak pakai. Okey, Tuan Yang di-Pertua. Saya memohon menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Parit ini bersama dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat daripada Mersing pada hari ini; Yang Berhormat daripada Batu Pahat pada 26 Oktober; Yang Berhormat Tambun pada 1 November; Yang Berhormat Pendang pada 7 November; Yang Berhormat Nibong Tebal dan Yang Berhormat Kanowit pada 15 November memandangkan isu yang dibangkitkan ialah berkaitan iaitu kebolehpasaran graduan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, berdasarkan sistem kajian pengesanan graduan ataupun tracer study 2015, dengan izin, yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, sebanyak 76.1 peratus responden iaitu 229,568 orang graduan telah bekerja selepas enam bulan menamatkan pengajian mereka. Saya hendak tekankan di sini ialah selepas enam bulan. Kadar ini sebenarnya telah meningkat sebanyak 1 peratus berbanding pada tahun 2014.
Dapatan kajian juga mengenal pasti antara alasan mereka yang masih belum bekerja ialah seperti berikut.
Sebahagian besarnya ataupun hampir tiga suku- 73.4 peratus ataupun 40,283 orang mengatakan mereka sedang mencari pekerjaan. Sebilangan besar. Lain-lain 5.9 peratus kerana mereka sambung belajar, 4.6 peratus kerana komitmen menjaga keluarga dan 2.8 peratus kerana tawaran kerja tidak sesuai dengan kehendak mereka.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Kementerian Pendidikan Tinggi telah dan sedang mewujudkan beberapa langkah untuk meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan-graduan kita di universiti-universiti. Antara program yang dilaksanakan ialah CEO Faculty Programme di mana Ketua Pegawai Eksekutif ataupun CEO daripada 60 buah syarikat antarabangsa, tempatan dan juga pegawai-pegawai tinggi kerajaan mengambil bahagian. Antaranya syarikat SHELL, Motorola, Samsung, Huawei, Novatis, syarikat antarabangsa tempatan kita lihat Khazanah, Maybank, CIMB, AirAsia, Red Tone, Celcom, Scomi dan juga pegawai-pegawai eksekutif yang terlibat ialah antaranya Tan Sri KSN, KSP, Tan Sri Ketua Polis Negara dan beberapa orang KSU.
Mereka akan datang ke kampus, bukan hanya setakat memberi syarahan kepada pelajar-pelajar tetapi juga mereka berinteraksi dengan pensyarah-pensyarah dan pemimpin kanan universiti. Dalam masa yang sama, mereka juga diberi tugas untuk membentuk kurikulum universiti-universiti tersebut. KPI mereka untuk agar mereka turun ke universiti sebanyak 30 jam masa setahun.
Ini berbeza dengan apa yang ada di universiti luar negara ataupun universiti lain kerana walaupun ada syarahan-syarahan daripada Ketua Pegawai Eksekutif yang datang ke kampus tetapi kadang-kadang mereka hanya duduk di situ dua jam atau tiga jam dan itu sahaja datang sekali setahun. Akan tetapi dalam bentuk CEO Faculty Programme ini, mereka datang, mereka duduk di universiti, berinteraksi dan melihat kurikulum. Insya-Allah, ini akan meningkatkan lagi kolaborasi industri dan universiti.
Keduanya, program iCGPA ataupun integrated CGPA. Ini kerana CGPA biasa hanya mengukur prestasi akademik tetapi integrated CGPA mengukur, menaksir pelajar lebih daripada akademik, akan melihat sikap keusahawanan mereka, kemahiran sosial, kemahiran berkomunikasi, ini penting juga. Ini kerana ramai daripada mereka yang dahulunya tidak mampu untuk berkomunikasi dengan baik. Nilai dan sikap mereka, cara mereka, kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah, cara mereka menguruskan maklumat dan kemahiran praktikal mereka. Insya-Allah dengan adanya kemahiran-kemahiran tersebut yang kita guna sistem penilaian integrated CGPA ini, kita boleh melihat pelajar-pelajar yang holistik, yang lebih berciri keusahawanan dan juga yang seimbang.
Program 2u2i, dua ‘u’ dua ‘i’, ataupun tiga ‘u’ satu ‘i’. Bermakna ‘u’ itu maknanya universiti, satu bermakna industri. Bermakna mereka dua tahun di universiti, dua tahun industri ataupun tiga ‘u’ satu ‘i’, tiga tahun universiti dan satu tahun di industri. Ini akan meningkatkan pengalaman-pengalaman bekerja untuk graduan-graduan kita nanti.
Bukan hanya itu, semasa mereka bekerja mungkin mereka boleh menampung sedikit sebanyak keperluan pendidikan mereka. Ini telah dilaksanakan di lima buah universiti iaitu di Universiti Malaysia Kelantan dalam bidang keusahawanan; Universiti Putra Malaysia dalam bidang pengurusan ladang; Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang sains komputer; UniSZA dalam bidang sains haiwan; dan juga di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang bioteknologi.
Pada tahun hadapan akan bermula lapan program di UiTM atau Universiti Teknologi MARA dalam bidang animasi, perfileman dan juga pengurusan seni dan juga di UM dalam bidang seni visual.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Untuk seterusnya langkah yang lain yang diperkenalkan Rangka Kerja Penjanaan Pekerjaan ataupun Job Creator Framework. Kita tidak mahu graduan-graduan kita keluar hanya mencari kerja, job seeker. Kita mahu mereka menjana pekerjaan. Oleh sebab itu, program-program keusahawanan digalakkan kepada mahasiswa sama ada di dalam kampus ataupun di luar kampus semasa mereka belajar. Kita mendapat kerjasama dalam PUNB, TERAJU, MTDC, dan lain-lain agensi terutamanya MARA untuk mematikan program ini dapat berjalan dengan baik.
Kelima ialah Program Pusat Kecemerlangan Industri ataupun Industry Centre of Excellence atau ICoE iaitu kolaborasi di antara universiti kita, IPT kita dengan industri. Contoh dalam bidang electrical dan electronic, Universiti Teknologi Melaka bekerjasama dengan Huawei untuk melaksanakan program-program internet of things di mana kakitangan universiti dan juga pelajar-pelajar diberi latihan industri untuk mereka memahami teknologi terkini.
Alhamdulillah, kita lihat dalam pencapaian ataupun Malaysian University English Test atau MUET, prestasi bahasa Inggeris untuk kemasukan ke universiti pada tahun 2016 kita melihat peningkatan Band 3 ke atas sebanyak 27.8 peratus. Kementerian Pendidikan Tinggi berkeyakinan bahawa melalui program-program yang diperkenalkan ini, kebolehpasaran graduan kita pada masa akan datang akan terus meningkat, akan terus bertambah baik.
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
[Bangun]
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Dengan erti kata yang lain dalam Kementerian Pendidikan Tinggi, soaring upwards. Terima kasih.
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
[Bangun]
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Parit.
Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan sebentar tadi. Saya amat yakin bahawa usaha-usaha yang dibuat itu akan mengurangkan darjah pengangguran di negara kita.
Cuma saya nak tanya kepada Menteri, berdasarkan kepada statistik pendidikan tinggi tahun 2015, terdapat pelajar lelaki 268,000 dan pelajar wanita 389,000 lebih. Jadi, apakah tindakan atau usaha-usaha yang bakal dilakukan oleh kementerian untuk mengurangkan atau mengimbangkan perbezaan di antara lelaki dan wanita pada masa hadapan? Terima kasih.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Terima kasih Yang Berhormat. Inilah fenomena yang dihadapi bukan hanya di negara kita tetapi di seluruh dunia Yang Berhormat. Sebenarnya kalau kita lihat, ciri-ciri pendidikan yang mementingkan dan menekankan kepada hanya ciri- ciri akademik ini tidak memiliki kepada kaum lelaki sebenarnya. Ia lebih mirip kepada naluri kaum wanita. Akan tetapi kalau kita lihat dalam bidang TVET, dalam bidang teknikal dan vokasional, ini menggambarkan lebih ramai pelajar-pelajar lelaki.
Di dalam perkembangan kementerian sehingga tahun 2025 nanti, kita akan pastikan, lebih ramai, lebih banyak lagi program-program TVET yang lebih mirip kepada naluri kaum lelaki akan ditambah dengan kadar pertumbuhan 7 peratus hingga 8 peratus dibandingkan dalam bidang akademik yang 2 peratus ke 3 peratus. Ini sebenarnya keperluan, bukan hanya keperluan– ia sengaja dilaksanakan, ia merupakan keperluan industri semasa dan juga mungkin kita tidak perlu memberi terlalu banyak penekanan kepada akademik sebab itu kita ada integrated CGPA agar kita juga boleh melihat nilai-nilai yang lain dalam kita menaksir kemampuan kemajuan pelajar-pelajar kita.
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tertarik dengan jawapan Menteri di atas program 2u2i ataupun 3u1i. Saya ada pengalaman sedikit di UK, di mana graduan daripada universiti tertentu biasanya belum habis dia menerima ijazah Tuan Yang di-Pertua, dah dibooking oleh industri.
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Cara dia buat adalah graduan tidak ada masa cuti Tuan Yang di-Pertua. Ia kalau cuti panjang tiga bulan, diaturkan oleh universiti untuk bekerja dengan kilang-kilang, dengan industri. Kalau tiga tahun bermakna, tiga kilang telah dia mendapat pengalaman. Biasanya sebelum dia keluar, ada kilang-kilang ataupun industri dah booking mereka. Jadi saya nak mencadangkan kalau boleh Yang Berhormat menimbang supaya universiti dalam cuti panjang tiga bulan diaturkan oleh universiti, mereka bekerja dengan industri yang related. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Terima kasih kepada Yang Berhormat yang memberitahu pengalaman semasa belajar di luar negara dahulu. Sememang itulah yang kita lihat, yang perlu ada kepada pelajar-pelajar kita kerana saya pernah mengatakan jika universiti awam tidak berubah, jika IPT kita tidak berubah, kita akan tidak menjadi relevan.
We will become irrelevant. Oleh sebab itulah kita pastikan yang pelajar-pelajar graduan- graduan yang keluar itu mempunyai pengalaman dengan industri. Oleh sebab itu kita katakan kita ada CEO Faculty Programme, CEO datang mengajar universiti.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Kita ada program 2U2I dan ini lebih sebenarnya daripada yang mana pelajar hanya pergi satu penggal, ini dua tahun. Kalau tiga tahun belajar hanya tiga penggal. Tiga penggal, tiga bulan, tiga bulan, tiga bulan baru sembilan bulan. Dalam program 2U2I ini dia dua tahun di industri. Sebenarnya daripada apa yang dikatakan Yang Berhormat tadi saya bersetuju bahawa apabila mereka katalah dari Universiti Putra Malaysia sudah bekerja di ladang dua tahun dan industri akan tahu siapa yang baik, siapa yang kurang baik dan memang mereka akan mendapat tawaran sebelum mereka keluar. Ini akan meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan yang ada di negara kita.
2. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng] minta Menteri Pertahanan menyatakan, setakat mana fahaman pengganas IS mempengaruhi anggota Angkatan Tentera Malaysia.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini sekali dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju pada 10 November kerana kedua-duanya ada kaitan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, ancaman masa kini yang bersifat dalaman dan luaran khasnya aktiviti keganasan dan militan daripada kumpulan yang dikenali sebagai Islamic State atau Daesh boleh menyebabkan ketidakstabilan politik, ekonomi dan sosial sama ada di dalam negara mahupun di peringkat serantau atau di peringkat antarabangsa. Strategi utama kumpulan ini adalah dengan mengeksploitasikan media sosial seperti Youtube, Facebook, WhatsApp dan pelbagai aplikasi media sosial yang lain untuk menyebarkan ideologi dan doktrin mereka. Asas perjuangan mereka adalah untuk mendirikan sebuah khalifah Islam melalui konsep dan pengertian jihad yang tidak selari serta menyimpang daripada maksud jihad Islam yang sebenar di samping menggunakan doktrin konotasi spiritual seperti janji syurga dan jalan pintas untuk mencari pemurnian hidup.
Tuan Yang di-Pertua, kumpulan ini juga turut mensasarkan anggota keselamatan kita. Setakat ini, anggota ATM yang terpengaruh dengan fahaman IS atau Daesh adalah terkawal dan terhad kepada individu-individu tertentu sahaja. Bagi tahun 2014, dua orang anggota ATM telah dikenal pasti dan ditahan oleh pihak PDRM. Manakala pada tahun 2015, seramai 11 orang telah ditahan dan didakwa di mahkamah di mana sembilan daripada mereka telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman, manakala dua orang lagi masih dalam perbicaraan. Bagi tahun 2016 sehingga kini, tiada anggota ATM yang dikesan cenderung atau terlibat dalam kegiatan keganasan ini.
Namun begitu, pihak ATM terus melaksanakan inisiatif kesedaran kepada anggotanya melalui program Task Force Perisai Wira ATM. Task force ini merupakan penggabungan komponen Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) dengan komponen perisikan perkhidmatan darat laut dan udara serta diperkukuh dengan penglibatan Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Tuan Yang di-Pertua, perancangan jangka masa sederhana dan juga perancangan jangka masa panjang. Melalui Pelan Pembangunan Keupayaan ATM iaitu, dengan izin, the Fourth Dimension Malaysian Armed Forces (4D MAF), keupayaan aset dan kelengkapan turut dibangunkan seiring dengan pembangunan modal insan berkualiti yang merangkumi aspek kerohanian dan juga jati diri. Pada masa yang sama, ATM sentiasa bersiap siaga dan berupaya dalam menghadapi semua spektrum ancaman termasuk ancaman bukan tradisional, ancaman keganasan dan ancaman keselamatan sejagat melalui konsep operations other than war (OOTW). ATM juga melalui Bahagian Staf Perisikan Pertahanan
(BPSP) mempunyai unit siber di setiap perkhidmatan tentera darat, laut dan udara untuk memantau, mengesan dan melawan naratif-naratif pengganas-pengganas ini alam maya.
Akhir sekali, ATM juga merupakan sebahagian daripada pasukan khas yang ditubuhkan melalui Majlis Keselamatan Negara bersama-sama dengan PDRM dan APMM yang dikenali sebagai National Special Operations Force yang berperanan untuk menangani ancaman-ancaman khusus termasuk ancaman daripada pengganas seperti IS atau Daesh.
Penubuhan pasukan ini merupakan satu lagi inisiatif di bawah inisiatif NBOS.
Tuan Yang di-Pertua, kita sedar bahawa ancaman IS atau Daesh ini merupakan isu rentas agensi, rentas kementerian dan rentas sempadan yang menuntut ATM mengadakan kerjasama rapat dengan lain-lain agensi sama ada di dalam atau di luar negara yang melibatkan perkongsian predictive atau actionable intelligence dengan izin. Insya-Allah, perkongsian sebegini memudahkan kita untuk memantau dan mengawasi anggota-anggota tentera dengan lebih teliti. Kerajaan akan terus beriltizam dan berusaha bersungguh-sungguh bagi membasmi ancaman IS atau Daesh khususnya dari meresap di kalangan anggota tentera kita sendiri.
Sesungguhnya segala pendekatan dan langkah-langkah yang diambil memerlukan sokongan-sokongan yang padu semua pihak demi menjaga kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya. Ini kerana jika ia tidak ditangani dengan baik, ia bakal menjejaskan integrasi nasional serta memecahbelahkan perpaduan masyakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita ini. Terima kasih.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri dengan jawapan yang begitu jelas, komprehensif. Tahniah kerana tindakan yang tegas dan saya yakin pasti Kementerian Pertahanan mampu menangani masalah tersebut. Cuma saya pasti masalah ini sejak penubuhan Daesh ini, Malaysia telah menjadi sasaran mengikut territory yang dipamerkan.
Tidak dapat dinafikan juga bahawa ancaman Daesh ini bukan setakat daripada ancaman kumpulan yang terancang, tetapi juga ancaman daripada “lone wolf” atau serigala tunggal, yang saya rasa lebih sukar untuk kita meneliti dan kawal. Daripada aspek ini, kawalan senjata api khususnya di kalangan dalam ATM ini jauh lebih penting kalau dibandingkan dengan keadaan sebelum ini. Sebab kita pernah semasa Yang Amat Berhormat Pekan menjadi Menteri Pertahanan, kawalan senjata api pernah menjadi kompromi semasa insiden di Sauk, Al-Mau’nah, semasa apabila enjin jet pejuang hilang, semasa bahan letupan C4 digunakan untuk membunuh Altantuya. Ini insiden-insiden di mana jelas menunjukkan ada kompromi daripada segi...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Soalan, soalan...
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Kawalan senjata.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Soalan.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Soalan saya, apakah tindakan-tindakan yang diambil oleh kementerian untuk memastikan bahawa kawalan senjata api ini tidak terjatuh kepada kumpulan Daesh ini khususnya mereka yang bercorak “serigala tunggal”. Sekian.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Saya baru hendak puji Yang Berhormat kerana satu hujah yang memang saya setuju. Akan tetapi apabila dia kaitkan dengan Altantuya, dengan isu-isu yang tidak ada kaitan, nampak sangat berunsur politik.
Saya minta Dewan ini melihat isu Daesh ini secara serius. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi berhubung kait dengan kawalan senjata kita, bagaimana kita dapat pastikan anggota kita tidak terpengaruh, lebih-lebih lagi anggota yang telah pun terlatih.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Ini merupakan sesuatu yang bukan mudah seperti Yang Berhormat sendiri mengakui isu fenomena “lone wolf”, bukan sesuatu yang boleh kita lihat ala Al-Qaeda, Jemaah Islamiyah, Noordin Mat Top dan sebagainya kerana IS dan Daesh merupakan fenomena yang negara-negara yang jauh lebih besar daripada kita terkapai-kapai hendak mencari jalan untuk menyelesaikannya.
Sebab itu baru-baru ini dalam lawatan saya ke Perancis, sempat berbincang dengan Menteri Pertahanannya Le Drian di mana “lone wolf” menggunakan bukan senjata, yang Yang Berhormat sebut menjadi satu perkara yang membimbangkan, menggunakan trak, lori biasa membunuh puluhan rakyat yang tidak berdosa juga merupakan ancaman yang perlu kita tangani dan memikirkan kaedah yang terbaik. Sebab itu jangan kaitkan dengan isu-isu lain apabila kita hendak berdepan dengan IS. Saya minta Yang Berhormat faham, peka, prihatin bahawa ini merupakan sesuatu yang boleh menjejaskan kawasan Yang Berhormat sendiri kalau sekiranya ia dipolitikkan dan dipolemikkan.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Keduanya dalam konteks kita hendak berdepan dengan fenomena baru ini, kita tidak ada pilihan tetapi bekerjasama rapat dengan pihak-pihak yang telah melaluinya secara langsung sama ada di peringkat keselamatan dalam negeri atau dalam peringkat coalition offensive yang sekarang ini kita lihat di Mosul dan di negara-negara Timur Tengah, Syria dan Iraq. Di mana kemungkinan dalam masa terdekat ini mereka yang lari dari Syria, Iraq akan balik ke negara asal dan mereka ini juga akan mencari tempat-tempat tertentu untuk wujudkan mungkin khalifah islamiah yang baru. Sebab itu tindakan proaktif kita sama ada dalam konteks Asian dalam konteks hubungan kita bilateral dua hala dengan negara-negara yang dilalui ini merupakan cabaran kita yang benar dan yang merupakan satu perkara yang perlu kita tangani bersama.
Akan tetapi apa yang paling penting ialah rakyat sendiri hendak menangani lone wolf memerlukan mata, telinga di peringkat akar umbi. Apa yang berlaku di Nice itu mungkin ada kekangan dalam agensi-agensi risik negara berkenaan yang tidak dapat maklumat yang terkini berhubung kait dengan fenomena baru ini. Itulah saya berharap bahawa pihak Dewan yang mulia ini dapat menunjukkan kepimpinan untuk memastikan bahawa fenomena yang sekarang ini masih lagi menular dan mungkin lagi serius dan mungkin melibatkan kita dirantau ini. Kita bersama-sama rapatkan barisan kita dan menghadapinya dengan secara serius.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya adalah mana-mana negara antarabangsa yang ATM menjalinkan kerjasama yang rapat dan apakah bentuk kerjasama yang kita adakan untuk menangani ancaman Daesh dan IS ini. Terima kasih.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Yang Berhormat Labuan soalan yang tepat, tak ada unsur-unsur lain yang dilibatkan dengan soalan tambahan ini. Tuan Yang di- Pertua, semasa Malaysia mempengerusikan ADMM, Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN sebelum Laos tahun lepas ke semua 10 negara ASEAN telah membuat pendirian yang jelas bahawa kita semua bersatu, sehati untuk tentang IS habis-habisan. Bermakna kerjasama kita dengan negara-negara ASEAN ini tidak kompromi dan sekarang ini kita telah memperluaskan pendirian itu kepada kawasan-kawasan tertentu secara proaktif yang mana mungkin IS melihat ruang untuk mengambil kesempatan.
Contohnya, hubungan trilateral di antara Filipina, Indonesia, dan Malaysia khusus hendak melihat kepada Lautan Sulu, khusus hendak melihat kepada perkembangan IS di selatan Filipina di Mindanao khusus untuk menangani Abu Sayyaf yang telah pun berbaiah untuk menyokong IS dan Daesh.
Selain daripada ASEAN Yang Berhormat Labuan, kita juga telah bekerjasama rapat dengan negara-negara yang terlibat dalam coalition. Coalition yang dipimpin oleh Amerika Syarikat atau coalition yang dipimpin oleh Saudi Arabia. Di mana perkongsian maklumat dan risikan merupakan satu perkara yang perlu kita perkukuhkan dan saya beri jaminan di dalam Dewan yang mulia ini hari ini saya hendak nyatakan bahawa hubungan talian risik sama ada daripada PDRM Cawangan Khas dan unit counter terrorism city. Akan tetapi di peringkat MinDef juga di bawah BSPP kita telah pun pastikan pengalaman yang mereka lalui itu dapat dikongsi bersama dan apa maklumat yang mereka terima mengenai rakyat kita yang sekarang ini berada di Syria dan Iraq juga dikongsi bersama dengan kita dalam masa yang terdekat ini insya-Allah.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Apa pengajaran yang kita lalui dalam dua, tiga tahun kebelakangan ini saya tengok penghormatan dan juga kesedaran bahawa negara-negara besar seperti Amerika Syarikat, Perancis, United Kingdom, Germany mereka juga tak boleh keseorangan untuk berhadapan dengan IS dan memerlukan juga input lebih-lebih lagi counter narrative untuk menangani ideologi yang cukup berbahaya ini. Terima kasih.
3. Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan kementerian telah membuat keputusan untuk melaksanakan “rent-to-own” bagi PPR Kepong di Wilayah Persekutuan. Adakah pihak kementerian bersetuju jika ia dilaksanakan di seluruh Negara.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tan Sri Haji Noh bin Omar
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua izinkan saya mengucapkan setinggi-tingi tahniah kepada Yang Berhormat yang telah menang di dalam PRK Kuala Kangsar...
[Tepuk] Walaupun Yang Berhormat duduk rumah tak keluar berkempen tetapi menang besar 6:1, 6:1 sekali gus menolak deklarasi rakyat.
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Seputeh sudah marah.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Dia tak boleh terima kenyataan, tak boleh terima kenyataan ya sebelah sana. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan soalan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu bertarikh 3 November 2016 kerana kedua-dua Ahli Yang Berhormat telah pun membangkitkan mengenai pelaksanaan rent-to-own, Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dilaksanakan oleh kementerian saya.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan skim sewa beli atau rent- to-own untuk semua Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dibina oleh kementerian dan dicadangkan untuk penjualan. Secara prinsipnya konsep RTO ini dipersetujui untuk dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah utama yang dihadapi oleh mereka yang berkelayakan apabila ditawarkan memiliki PPR ini mereka gagal mendapat pinjaman daripada institusi kewangan bagi membiayai pembelian PPR tersebut.
Melalui inisiatif RTO ini, mereka yang berkelayakan akan dibantu untuk memiliki PPR setelah mereka menduduki PPR tersebut untuk tempoh tertentu. Mereka juga tidak akan dikenakan deposit sewaan seperti penyewaan rumah biasa. Dalam tempoh RTO ini mereka hanya dikehendaki membayar sewaan pada kadar tertentu termasuk bayaran penyelenggaraan dan di akhir tempoh sewaan mereka akan ditawarkan memiliki ke atas unit rumah yang telah dihuni. Dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan ini adalah merupakan dasar yang baru, oleh demikian kerajaan bersetuju untuk melaksanakannya ke atas semua projek PPR yang baru.
Sebagai permulaannya konsep RTO ini akan dilaksanakan ke atas lima PPR perintis iaitu PPR Lembah Subang II dan PPR Kampung Hassan di Selangor, PPR Gua Musang di Kelantan, PPR Ladang Siliau di Negeri Sembilan dan PPR Kepong di Kuala Lumpur.
Kerajaan juga telah bersedia memperluaskan pelaksanaan konsep RTO ini ke atas semua PPR baru di seluruh negara pada masa hadapan. Inisiatif RTO ini adalah khusus untuk mereka yang kurang berkemampuan dan berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan tanpa mengambil kira sama ada mereka adalah kakitangan kerajaan, kakitangan swasta atau yang bekerja sendiri.
Selain itu, kementerian juga telah menyediakan skim khusus bagi membantu golongan muda dan belia untuk memiliki rumah iaitu Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) dan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit). Di antara kedua- dua skim ini ada menawarkan pembiayaan deposit kepada pembeli rumah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Terima kasih.
Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya bilakah pelaksanaan ini boleh dimulakan di seluruh negara dan berapakah subsidi yang diberi kerajaan untuk setiap buah rumah PPR. Harap pelaksanaan ini dapat masukkan ke dalam bajet tambahan dan boleh dimulakan tahun hadapan supaya dapat beri manfaat segera kepada rakyat.
Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid - Kuala Kangsar
Tuan Yang di-Pertua, di Kuala Kangsar permintaan rumah kediaman amat tinggi tetapi bekalannya rendah mengakibatkan harga rumah yang tinggi. Dengan itu saya juga memohon dan berharap, Parlimen Kuala Kangsar adalah antara kawasan-kawasan keutamaan bagi pelaksanaan rent-to-own PPR di luar Wilayah Persekutuan. Terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar, seperti mana yang saya nyatakan tadi bahawa dasar ini adalah dasar yang baru, sekarang ini kementerian saya sedang menyediakan secara terperinci syarat-syarat perjanjian yang akan dilaksanakan di antaranya adalah tempoh pinjaman yang akan ditentukan dan juga syarat- syarat yang lain. Memandangkan subsidi kerajaan begitu besar kepada rumah PPR ini di mana sebuah rumah yang dibuat anggaran seunit rumah lebih kurang RM160,000. Tetapi Kerajaan Barisan Nasional ini kerajaan yang baik, rumah RM160,000 kita jual kepada rakyat hanya RM35,000 sahaja. Sudahlah jual murah, subsidi lebih RM100,000 kita bagi pula rent- to-own, tak perlu bayar deposit kerana program ini- kerana Kerajaan Barisan Nasional ingin membantu rakyat miskin yang tidak mampu memiliki rumah.
Oleh sebab itu kita kena terperinci dan kementerian saya sedang melaksanakan secara telus di mana beberapa syarat akan kita kenakan. Pertama, kita akan pastikan yang beli rumah ini belum ada rumah lagi, kita akan rujuk pemohon-pemohon ini kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk memastikan mereka belum ada rumah. Kedua, pendapatan mesti di bawah RM3,000, juga kita akan rujuk kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Ketiga, sebelum surat tawaran ini ditawarkan kepada mereka yang layak, kita akan pamerkan nama- nama mereka yang ditawarkan ini di kawasan perumahan dan di tempat-tempat tertentu supaya memberi peluang kepada orang ramai melihat siapakah mereka yang bertuah mendapat nikmat daripada kerajaan. Mana-mana nama yang dipamerkan nanti tidak ada bantahan, pihak kementerian akan mengkaji dan menyiasat bantahan-bantahan yang diterima.
Kedua, mengenai bajet kita tunggu esok. Saya juga mengharapkan supaya bajet untuk PPR ini akan kerajaan tawar, itu harapan kita. Kita tunggu sama-sama esok. Ketiga, mengenai permohonan Yang Berhormat Kuala Kangsar, insya-Allah kita kena melihat bahawa rumah yang kita hendak bina ini pertamanya mesti di dalam kawasan perbandaran ataupun di dalam kawasan-kawasan PBT. Jadi kita tahu bukan sahaja Kuala Kangsar banyak tempat yang memerlukan rumah PPR ini, namun demikian permohonan daripada Yang Berhormat saya alu-alukan. Sebagai penerima yang baharu, insya-Allah kita akan beri keutamaan untuk membalas jasa orang Kuala Kangsar yang telah memilih Yang Berhormat sebagai Ahli Parlimen yang baharu. Terima kasih.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya saya hendak merujuk program lebih lima tahun dahulu yang dilaksanakan oleh DBKL. Skim rent-to-own perumahan PPRPA yang amat sama ya dengan apa yang diumumkan oleh Yang Berhormat. Pada ketika itu ya Yang Berhormat, pinjaman kadar bunga yang dikenakan kepada 5.7 peratus dan 40,000 unit ditawarkan kepada penghuni dan rata-rata hanya 10 peratus sahaja menerima pakai kerana ramai di antara mereka tidak mampu membayar pada kadar bunga 5.7 peratus. Sekarang Yang Berhormat telah menyatakan kepada umum cadangan sebelumnya supaya pemaju dapat memberikan pinjaman dan kadar yang diumumkan ketika itu antara 12 peratus hingga 18 peratus pemaju beri pinjaman untuk pembelian perumahan.
Persoalan pertama saya, adakah kementerian Yang Berhormat mengadakan kaji selidik tentang keberkesanan program PPRPA yang ditawarkan oleh DBKL yang ternyata tidak berjaya dilaksanakan secara meluas?
Kedua, kadar bunga yang akan dikenakan oleh kementerian Yang Berhormat. Ketiga, pantauan efektif bagaimanakah yang mampu dilaksanakan kerana sekarang ini 35 peratus daripada 46,000 projek perumahan PPRPA disewa oleh penyewa asal yang berdaftar dengan DBKL kepada penghuni lain termasuk pekerja asing. Ini penting Yang Berhormat kerana kita mahukan setiap skim itu berjaya. Mohon jawapan. Terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Terima kasih, Yang Berhormat Lembah Pantai.
Mengenai dakwaan yang mengatakan interest yang dikenakan 5.8 peratus oleh DBKL saya ambil maklum apa Yang Berhormat nyatakan tadi dan kita akan siasat. Akan tetapi makluman yang ada pada saya, anggaran bayaran bulanan yang perlu dibayar oleh penyewa ini sepatutnya…
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Maaf itu skim terdahulu Yang Berhormat, di bawah mantan Menteri Wilayah. Saya akan berikan nota
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Okey. Tak apa, sebab itu saya kata saya akan lihat balik kerana yang setahu saya, yang dimaklumkan kepada saya ialah sewanya adalah lebih kurang RM275 dan kerana itu saya nyatakan tadi bahawa kementerian saya sekarang ini sedang mengkaji secara terperinci supaya kita hendak melihat bahawa apabila dasar ini dibuat ia mampu dan boleh dimiliki oleh rakyat dan rakyat mampu untuk membayar segala apa yang telah kita tetapkan. Mengenai Yang Berhormat nyatakan kenyataan saya yang kata pemaju perumahan boleh bagi pinjaman, dibenarkan untuk memberi pinjaman kepada pembeli, sebenarnya itu bukanlah dasar yang baharu.
Dasar itu sudah memang ada dan memang dibenarkan di bawah Akta Peminjam Wang dan saya hendak nyatakan bahawa tafsiran apabila saya menyatakan interest sesiapa yang meminjam wang itu interest nya 18 peratus tanpa collateral, 12 peratus ada collateral, itu di dalam undang-undang. Akan tetapi jangan lupa bila saya lupa bila saya sebut kuasa kementerian ataupun kuasa Menteri boleh menentukan interest. Itu tidak keluar surat khabar.
Jadi, kalau dasar ini yang telah diarahkan oleh Kabinet untuk kami kaji, berkesan ataupun tidak kerana hari ini kita dapati seperti yang saya nyatakan tadi, masalah rakyat hari ini selain daripada harga rumah yang mahal mereka juga sukar untuk mendapat pinjaman bank. Jangan kata rumah PPR harga rumah RM190,000 harga pasaran, hendak pinjam RM35,000 pun tak dapat. Begitu juga hari ini kita tengok pinjaman bank dia bagi 70 peratus, 80 peratus, kalau first buyer, macam mana dia hendak cari lagi 20 peratus? Ini yang sedang kita kaji. Kita hendak tengok bagaimana kita hendak membantu pembeli supaya mampu membeli rumah terutamanya rumah-rumah mampu milik yang disediakan oleh kerajaan dan juga pihak swasta. Terima kasih.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Yang Berhormat, mohon satu soalan tambahan ringkas.
Tuan Yang di-Pertua
Suara saya dengar di sini tetapi Yang Berhormat Bintulu berdiri. Begitu besar badan mesti saya notice. Sila Yang Berhormat Bintulu.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan mesti tepat jangan kongkalikung.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Ini soalan bukan kongkalikung lagi. Soalan mesti tepat. Tuan Yang di-Pertua, rent-to-own ini PPR memang skim yang terbaik. Kita sekarang hendak melaksanakan lagi PPR ini di seluruh negara. Saya hendak bertanya Menteri di kementerian tersebut, Rancangan Malaysia Kesepuluh kita janji, Timbalan Menteri ada di belakang. Bagi Bintulu 500 unit lagi, saya minta 1,000 unit lagi. Akan tetapi sampai sekarang Rancangan Malaysia Kesebelas saya punya rakyat tertunggu-tunggu. Orang golongan miskin itu tanya bila kita Barisan Nasional akan tunaikan janji? Saya minta Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, adakah rancangan untuk Bintulu dan menunaikan kementerian punya janji. Sekian, terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Terima kasih, Yang Berhormat Bintulu. Apabila saya menjadi Menteri di Kementerian ini saya lihat permohonan daripada rakan-rakan cukup banyak sekali. Boleh dikatakan setiap kawasan parlimen ada memohon rumah PPR kerana rumah ini, skim ini cukup baik seperti mana Yang Berhormat Bintulu nyatakan tadi. Buat RM160,000 jual RM35,000 sedangkan peruntukan yang kita dapat setiap tahun agak terhad.
Jadi, oleh sebab itu kementerian sedang mengkaji bagaimana cara yang terbaik untuk kita melaksanakan program ini pertama daripada segi harganya. Adakah harga yang ditetapkan pada tahun 1998 dahulu masih lagi bersesuaian dilaksanakan sehingga hari ini?
Keluasan rumah yang hanya 750 kaki persegi, adakah sesuai lagi pada masa ini?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Ketiga, kita juga sedang mencari mana-mana pihak swasta yang sanggup mendahulukan pembinaan ini, kita buat sistem macam bina kemudian serah kembali.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Ertinya kami sedang mencari jalan bagaimana untuk melaksanakan projek PPR ini dengan cara mengurangkan beban daripada kerajaan dan kita berharap pihak-pihak swasta sanggup tampil ke hadapan untuk melaksanakan program PPR ini yang banyak sebenarnya permohonan yang kita dapat daripada rakan-rakan daripada seluruh negara. Terima kasih.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, boleh lagi satu.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat, soalan tambahan maksimum tiga. Perkiraan saya sudah tiga selepas Yang Berhormat Bintulu.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Baru dua Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tuan Ng Wei Aik, Tanjong.
4. Tuan Ng Wei Aik [Tanjong] minta Perdana Menteri menyatakan, sama ada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan dibenarkan untuk mengeluarkan logo produk halal yang tersendiri walaupun mendapat tentangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki
Bismillaahi Rahmaani Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Terlebih dahulu saya minta izin daripada Tuan Yang di-Pertua, untuk saya dan Yang Berhormat Machang mengalu-alukan kehadiran rombongan Majlis Agama Islam Kelantan yang membawa imam-imam daripada Parlimen Pasir Puteh ke Dewan yang mulia ini.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Hendak tarik Yang Berhormat Pasir Putehlah nie?
Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan ini...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Bersangka baik, bersangka baik.
Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki
...Serentak dengan pertanyaan oleh Yang Berhormat Kalabakan pada 23 November 2016 kerana menyentuh isu yang sama, yang berkaitan dengan pihak yang dibenarkan mengeluarkan sijil pengesahan halal. Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 telah menamakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri sebagai pihak yang berkuasa, berwibawa untuk memperakukan bahawa mana-mana makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan ataupun barang-barang itu adalah halal mengikut Perintah Perihal Dagangan
(Takrif Halal) 2011.
Oleh hal yang demikian, kerajaan tidak melantik mana-mana pihak kecuali JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri untuk mengeluarkan sijil pengesahan halal Malaysia.
Namun begitu, kerajaan melalui JAKIM telah melaksanakan pengiktirafan terhadap badan pensijilan halal luar negara bagi memastikan bahan mentah dan produk import yang dipasarkan di Malaysia dan seluruh dunia diyakini status halalnya.
Sehingga kini, JAKIM telah mengiktiraf 54 badan pensijilan halal di 32 buah negara dan empat pihak berautoriti halal dalam kalangan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam
(OIC). Mereka ini mesti mengikuti garis panduan yang telah dikeluarkan oleh JAKIM yang hari ini diiktiraf di peringkat antarabangsa yang melihat isu halal ini secara komprehensif.
Bukan sahaja halal tetapi juga toyyiban sebagai mana di dalam surah Al-Baqarah, Allah menyebutkan, dengan izin...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Senarai penuh badan pensijilan halal dan badan autoriti yang telah diiktiraf oleh JAKIM boleh diperoleh melalui laman sesawang www.halal.gov.my. Sekian, terima kasih.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. JAKIM selalunya dilihat sebagai sebuah institusi terhadap produk halal yang tersanjung hormat sama ada di kalangan Muslim dan bukan Muslim. Masalahnya, kebelakangan ini ada beberapa tindakan yang diambil oleh JAKIM telah mencetuskan kontroversi. Di mana pretzel dogs yang dikeluarkan oleh Auntie Anne's telah diminta untuk tukar nama.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Sekarang pula mungkin ada kemungkinan hot dog juga akan diharamkan dan semua penjaja yang menjual hot dog mungkin akan hilang mata pencarian...
[Disampuk] Root beer? Root beer juga akan terjejas, McDonald’s juga perlu ditutup, semua ini. Jadi, saya berharap pihak kementerian dapat membuat sesuatu, melakukan- mengambil usaha yang sesuai supaya kontroversi ini dapat dihentikan supaya kita dapat menjaga nama baik untuk JAKIM. Oleh kerana ini tidak harus berlaku untuk dijadikan satu bahan ketawa. Memang kita perlu lihat adalah makanan itu macam mana dihasilkan. Adakah dihasilkan dengan cara yang mematuhi cara Islam dan dari mana datangnya sumber-sumber asli itu? Adakah cara pengendalian itu ada menepati hukum-hukum Islam?
Jadi, saya harap pihak Menteri dapat mengambil sesuatu untuk jaga nama baik JAKIM, terima kasih.
Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Tanjong, Tuan Ng Wei Aik kerana amat prihatin dalam isu halal. Jarang-jarang kita dengar orang bukan Islam yang begitu bersungguh-sungguh hendak memastikan aspek pematuhan Syariah ini diletakkan pada tahap yang tertinggi. Saya mengharapkan selepas pada ini mungkin Yang Berhormat juga boleh menyokong segala dasar-dasar Islam yang ada dalam konteks negara kita, Insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu yang dibangkitkan. Pertama sekali, saya perlu terangkan di sini, premis yang ramai sangat keliru iaitu soal pensijilan halal Malaysia ini ia bersifat voluntarily, dengan izin, bersifat sukarela, ia tidak bersifat wajib, ia tidak bersifat menekan, ia bukan bersifat paksaan. Ia terserah kepada premis-premis perniagaan-perniagaan sama ada mereka hendak mendapatkan pensijilan halal JAKIM ataupun tidak.
Cuma kebelakangan ini, 10 tahun, 20 tahun ini banyak syarikat, bukan sahaja di dalam negara atau di luar negara, mereka melihat bahawa ada nila tambah apabila mendapat pensijilan halal JAKIM itu. Oleh kerana sudah terbukti dalam banyak penyelidikan, apabila mereka mendapat pensijilan halal, nilai perdagangan mereka meningkat mendadak kerana keyakinan dan kesedaran masyarakat, bukan sahaja di negara kita tetapi seluruh dunia.
Tadi saya sebutkan bahawa sehingga hari ini kita sudah ada 54 badan pensijilan halal. 32 buah negara seluruh dunia, termasuk negara-negara besar seperti United Kingdom, Jepun, Amerika Syarikat, Korea, Singapura, Australia, New Zealand. Ini negara-negara yang terlalu rigid atau terlalu terperinci apabila melihat soal penghasilan sesuatu-sesuatu produk.
Oleh sebab itulah dalam konteks ini Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks JAKIM, apabila sesebuah syarikat hendak mendapatkan pensijilan halal, sudah tentulah kita mempunyai prosedur dan kita mempunyai SOP-SOP tertentu yang menetapkan bahawa seperti mana yang saya sebutkan, bahawa prinsip utama bukan sahaja halal dari segi pematuhan aspek Syariah tetapi kita kena faham.
Dalam konteks ayat Al-Quran yang saya bacakan tadi, Allah SWT menyebutkan, ia bukan sahaja soal halal tapi toyyiban. Maksud toyyiban adalah baik, baik dalam erti kata kita harus melihat secara komprehensif, secara holistik. Baik dari segi bagaimana penghasilannya, baik dari segi kandungannya, baik dari segi produk tersebut sama ada apakah ia boleh menimbulkan kemudaratan kepada pengguna dan sebagainya. Baik juga dari segi penjenamaannya, namanya mesti cantik dan ini adalah prinsip yang disebutkan oleh Nabi SAW, Nabi sendiri menyebutkan bahawa...
[Memetik sabda Rasulullah SAW] Maksudnya bahawa, sesungguhnya Allah ini adalah cantik, dan Dia amat menyukai aspek- aspek kecantikan.
Jadi, penjenamaan ini termasuk dalam soal menjadikan aspek pematuhan dari segi halal dan toyyiban sesuatu pensijilan itu di ambil kira dari semasa ke semasa dan penambahbaikan ini berlaku. Penambahbaikan ini bukan hanya berlaku mengikut kaca mata JAKIM semata-mata. JAKIM bersama Jabatan-jabatan Agama Negeri-negeri, Majlis Agama Islam Negeri-negeri, termasuk persatuan-persatuan pengguna Islam yang begitu menitikberatkan soal aspek halal yang bersifat holistik dan komprehensif.
Oleh sebab itulah apabila isu seperti Auntie Anne's ini ditimbulkan, sebenarnya isu ini sekali ditimbulkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kita cuba trace daripada mana mulanya isu ini timbul. Rupanya daripada fake account yang dibuat untuk mencetuskan polemik seolah-olah JAKIM telah mengharamkan, telah mengatakan bahawa Auntie Anne's, makanan, produk Auntie Anne's ini tidak halal.
Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki
Sebenarnya, tidak timbul. JAKIM tidak pernah mengharamkan dan tidak pernah pun menandakan syarikat itu, syarikat ini tidak halal. Cuma apabila Auntie Anne's sebagai sebuah syarikat yang mahukan pengiktirafan daripada JAKIM secara sukarela, maka mereka baharu sahaja datang bulan ogos yang lepas untuk mendapatkan pensijilan halal JAKIM.
Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki
Apabila mereka datang, dia terpaksa melalui proses-proses yang telah ditetapkan oleh JAKIM yang mana proses ini telah pun diiktiraf di peringkat piawaian antarabangsa.
Antara perkara-perkara yang masih dalam perbincangan ialah termasuklah soal dokumentasi-dokumentasi yang diperlukan untuk diberikan pengesahan.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada ketika ini proses permohonan sijil pengesahan halal Malaysia untuk Auntie Anne’s di peringkat sudah memasuki fasa proses audit halal bagi central kitchen ataupun dapur berpusat. Jadi tidak timbul lagi isu soal JAKIM tidak memberikan lagi.
Isunya sekarang masih dalam lagi proses perbincangan dan salah satu aspek dan dalam garis panduan JAKIM yang ditambah baikkan pada tahun 2015 seperti mana yang saya sebutkan tadi, bila aspek tayyibah itu diberikan penekanan di kalangan Jabatan-jabatan agama Islam setelah mendapat rungutan daripada pengguna, istilah-istilah yang boleh meragukan, yang boleh mendatangkan kemudaratan dari segi kekeliruan dan sensitiviti kepada masyarakat Islam kerana saya sebutkan tadi...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Antaranya bermaksud, sesungguhnya Allah sukakan benda-benda yang cantik, suka benda- benda yang baik-baik, jadi kalau jenama pun tidak baik dan jenama itu bagi orang Islam ada sedikit sensitif, jadi inilah aspek yang diberikan penekanan.
Akan tetapi akhirnya sudah tentukah adanya di situ budi bicara untuk diperbincangkan dan di sinilah masih lagi dalam proses perbincangan. Akan tetapi, masalahnya apabila isu ini ditimbulkan secara spekulasi dan mencorakkan perspektif yang tidak betul terhadap apa yang telah dilaksanakan oleh JAKIM. Sekian, terima kasih.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Boleh jawab dua baris sahaja.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua, soalan dia itu tentang hot dog semua ini tidak dibenarkan. Jadi ini adakah jenama tidak betul atau...
Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki
Saya jawab tadi. Tidak dengar kah?
Saya kata istilah-istilah ini harus diambil kira secara keseluruhannya...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Gudang.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Terima kasih.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tuan Yang di-Pertua, kita ada peraturan mesyuarat yang baru. Bila Menteri dia harus menjawab dengan precise dan short tetapi kita bagi Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab panjang lebar macam ini.
Maksudnya disiplin dalam Dewan ini tidak dipatuhi.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kalau peraturan baru kata bahawa Menteri jawab dengan pendek, dengan tepat tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri dibiarkan kebebasan untuk...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Itu tidak adil kepada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang Berhormat Batu tidak ikut peraturan ini.
Tuan Yang di-Pertua
Cuba Yang Berhormat Batu kalau ada ini... [Menunjukkan Buku Peraturan Mesyuarat] Cuba baca Peraturan Mesyuarat 42 sama 43. Cuba baca Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Batu menimbulkan perkara mengenai tentang disiplin.
Yang Berhormat Batu sendiri melanggar disiplin. Baca...
[Dewan riuh]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya hendak bangkitkan Peraturan Mesyuarat baru.
Tuan Yang di-Pertua
Baca, Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Batu duduk dan baca. Saya tidak jemput Yang Berhormat Batu untuk berdiri. Baca!
Ahli-ahli Yang Berhormat, tugas saya ialah mempengerusikan mesyuarat. Jangan ajar saya. Kalau saya biarkan, kalau ada kekecohan sekejap, tidak apa, kerana saya biarkan.
Kalau saya tegur, baru melanggar peraturan mesyuarat.
Sudah kita semua tahu bahawa setiap jawapan daripada Yang Berhormat Menteri itu tidak semestinya memenuhi selera masing-masing. Yang Berhormat Menteri menjawab, saya dengar. Apabila dia bercakap, dia menjawab, sama ada jawapan itu memenuhi selera Yang Berhormat Seputeh, itu soal lain. Itu semua kita sudah faham. Jadi jangan timbulkan lagi mengenai dengan soal disiplin kerana siapa yang timbulkan tidak mengikut peraturan mesyuarat, saya ambil tindakan disiplin...
Seorang Ahli
Ya, ambil Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Yang bercakap itu juga- “Ambil Tan Sri”. Siapa itu? Sila Yang Berhormat Pasir Gudang.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada RISDA atas inisiatif untuk mengeluarkan logo halal selepas menyedari ramai usahawan Muslim yang sukar memasarkan produk selepas kegagalan mendapatkan Sijil Halal daripada JAKIM.
Sehubungan itu, apakah antara halangan yang biasa dihadapi oleh usahawan Muslim dalam mendapatkan sijil halal dari JAKIM terutama dari segi prosedur dan juga tempoh kelulusan yang sering diadukan kepada kami semua. Terima kasih.
Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih juga Tuan Yang di-Pertua kerana saya hanya mendengar Tuan Yang di-Pertua sebagai Yang di-Pertua Dewan. Saya tidak dengar lain-lain dah.
Berkenaan dengan isu yang dibangkitkan, saya sudah jawab tadi bahawa RISDA tidak mempunyai kuasa dalam mengeluarkan Sijil Halal kerana mengikut akta ataupun Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, hanya JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri sahaja yang berhak dan mempunyai kuasa secara wibawanya untuk mengeluarkan tanda halal ini.
Namun, dalam aspek yang ditanyakan tadi, berkenaan dengan kekangan-kekangan dan juga soal kelambatan untuk usahawan-usahawan bumiputera, ini sudah pun diambil perhatian secara serius oleh kerajaan. Sebab itulah yang terbaru kerajaan telah pun menubuhkan Majlis Halal Malaysia yang antara lainnya untuk memastikan industri halal ini dapat dibangunkan secara holistik dan secara komprehensif mengambil kira kekangan- kekangan dan juga halangan-halangan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi.
Seperti contoh, ada beberapa perkara yang dari segi pensijilan kita tidak boleh kompromikan. Contohnya yang paling mudah, usahawan kecil yang menjual keropok lekor di Kelantan. Dia menggunakan satu dapur untuk menggoreng keropok yang dipasarkan dan pada masa yang sama, dia menggoreng keropok untuk kegunaan atau memasak untuk kegunaan keluarga dia.
Dalam konteks standard ataupun piawai yang diletakkan oleh JAKIM yang diiktiraf oleh antarabangsa, kita memerlukan bahawa usahawan tersebut mengadakan, dengan izin, separate kitchen ataupun dapur yang berasingan daripada dapur tadi. Ini satu contoh bagaimana apabila hendak mengeluarkan dapur yang baru, mereka perlu mengeluarkan kos dan untuk usahawan-usahawan kecil dan mikro, mereka perlu dipertingkatkan dari segi keupayaan mereka untuk menghasilkan ataupun hendak membina dapur baru dan kita tidak boleh kompromikan dari segi standard piawai, dari segi pensijilan.
Jadi, inilah antara lain yang harus diambil kira dalam konteks Majlis Halal Malaysia tadi untuk menggerakkan dana-dana daripada pelbagai agensi lain bekerja secara sinergi, bekerja secara holistik dan komprehensif supaya dari segi pensijilan, kita ada standard piawai yang tersendiri, tetapi dari segi mengangkat dan menaikkan taraf industri dan usahawan- usahawan kecil dan mikro ini harus dilakukan secara sistematik dan sepadu yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi.
Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama, saya boleh sebutkan JAKIM juga dari sesama ke semasa akan menilai kembali dalam konteks garis panduannya supaya bukan sahaja boleh mendapat pengiktirafan di peringkat piawaian antarabangsa tetapi yang paling penting juga dia tidak sehingga menyusahkan kepada orang lain. Terima kasih.
5. Dato' Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, apakah peranan yang dimainkan oleh pihak Kementerian bagi membendung masalah pedofilia yang dilihat semakin menjadi ancaman kepada masyarakat.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa prihatin terhadap kes-kes yang melibatkan kanak-kanak dan komited dalam memberi perlindungan dan menangani keganasan seksual termasuklah isu pedofilia. Bagi menangani isu ini, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif. Antaranya melibatkan penggubalan dasar dan perundangan, penyediaan perkhidmatan sokongan, menjalankan program intervensi, pelaksanaan program advocacy serta menjalankan kajian.
Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-kanak Dalam Dunia Siber ataupun PTCOP telah dibangunkan dan diluluskan oleh kerajaan pada 11 Februari 2015 dan telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri pada 24 Mac 20015. Pelan tindakan ini bertujuan untuk melindungi kanak-kanak daripada bahaya ancaman siber yang boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja setiap kali mereka melayari internet dan secara tidak langsung melindungi mereka daripada aktiviti jenayah pedofilia.
Usaha ini sejajar dengan matlamat Dasar Pelindungan Kanak-kanak Negara yang menetapkan bahawa setiap kanak-kanak perlu mendapat perlindungan daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi.
Pelan tindakan ini merangkumi program dan tindakan bersepadu yang perlu dilaksanakan oleh semua pihak dalam melindungi kanak-kanak dalam dunia siber. Ia juga berperanan sebagai pemangkin dalam meningkatkan kesedaran dan komitmen setiap anggota masyarakat terutamanya ibu bapa, penjaga, guru, komuniti dan NGO.
Tuan Yang di-Pertua, ekoran daripada kes pedofilia yang melibatkan individu yang bernama Richard Huckle yang didakwa atas kesalahan berunsurkan seksual ke atas kanak- kanak di negara kita, satu jawatankuasa pemandu di peringkat Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Keluarga juga telah ditubuhkan bagi membincangkan secara menyeluruh tentang kaedah pencegahan eksploitasi kanak-kanak secara seksual termasuklah pedofilia.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Skop perbincangan jawatankuasa ini adalah secara makro dan melibatkan semua aspek termasuk perundangan, kesihatan, pendidikan, pencegahan, perlindungan, program intervensi, program sokongan dan peranan serta tanggungjawab kementerian dan agensi berkenaan dengan masalah ini.
Di samping itu satu jawatankuasa teknikal juga ditubuhkan di peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat sendiri, bagi meninjau daripada aspek teknikal termasuk bagi pelaksanaan dan permohonan daftar kanak-kanak selaras dengan Akta Kanak-kanak
(Pindaan) 2016. Ahli bagi kedua-dua peringkat jawatankuasa melibatkan agensi berkaitan antaranya seperti Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, UNICEF dan juga NGO.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan semasa sambutan Hari Wanita Kebangsaan untuk meninjau satu kemungkinan untuk mewujudkan satu akta baru yang khusus bagi jenayah seksual kanak-kanak, atau meminda akta-akta berkaitan jenayah seksual kanak-kanak termasuklah Kanun Keseksaan, Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016, Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 dan Akta Keterangan 1950. Susulan itu task force jenayah seksual yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah ditubuhkan. Dengan kerjasama multi sektor ini adalah amat diharapkan ia dapat mengekang aktiviti yang amat menjijikkan ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Justeru, pihak kementerian juga menyeru semua pihak termasuklah Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengambil bahagian dalam kita sama-sama memerangi individu seperti yang disebut tadi, yang menjadi ancaman kepada masyarakat kita. Terima Kasih.
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Yang Berhormat Menteri, Richard Huckle ini semasa ditangkap pada bulan Jun, dia dijatuhkan dengan 71 pertuduhan. Daripada 71 pertuduhan itu, 22 daripada pertuduhan itu adalah di dalam negara kita melibatkan rape. Semasa dia ditangkap dia mempunyai 20,000 gambar kanak-kanak ini. Dan daripada 20,000 itu, 1,000 daripada gambar itu menunjukkan dia telah melakukan perkara jijik itu. Soalan saya ialah, dan gambar salah satu daripada gambar itu adalah gambar budak sekecil enam bulan.
Ini menunjukkan betapa jijiknya Richard Huckle ini. Dia dijatuhkan hukuman 23 life sentences.
Soalan saya, apa jadi- saya hendak tahu bagaimana kementerian menangani kanak-kanak yang beribu-ribu ini yang dianiaya di dalam negara kita? Adakah kita telah mempunyai list? Adakah kita telah berhubung dengan pihak United Kingdom mendapat semua list kanak-kanak yang telah dianiaya itu dan apakah kaunseling yang telah diberi dan di manakah perkara-perkara ini dilakukan? Ini kerana Richard Huckle ini adalah volunteers, dua tiga tahun berkebolehan melakukan ini dan lebih menakutkan dalam mahkamah semasa itu. D ia mempunyai manual bagaimana untuk seduce kanak-kanak ini dengan satu perkara yang saya hendak baca itu menyatakan dalam manual itu, dengan izin, “Impoverished kids are definitely much easier to seduce than middle class Western kids”. Ini bermakna banyak perkara dilakukan di dalam negara kita. Apakah tindakan kementerian?
Terima kasih.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd Dun
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan kes Richard Huckle ini seperti mana yang kita semua sudah maklum bahawa beliau dituduh melakukan perkara yang jijik ini di beberapa buah negara termasuk juga negara kita Malaysia. Setakat ini kita tidak ada jumlah sebenarnya berapa sebenarnya kanak-kanak dalam negara kita yang terlibat. Memang kita telah mengadakan hubungan juga dengan United Kingdom, dengan PDRM. Akan tetapi sehingga kini kita belum dapat jumlah sebenarnya dan di manakah mereka kanak-kanak yang terlibat ini dan siapakah mereka ini.
Walau macam manapun, kita masih lagi mengadakan perbincangan bersama-sama dengan mereka bagi mengenal pasti. Walaupun ada pihak yang tertentu dalam negara kita seperti NGO yang terlibat memaklumkan tempat-tempat yang tertentu ini. Namun kerana gambar-gambar yang itu walaupun grafik gambar-gambar itu yang sangat menjijikkan tetapi tidak menunjukkan wajah sebenarnya kanak-kanak yang terlibat. Perbuatan itu dinampakkan, cuma wajah-wajahnya tidak terlibat dan seperti mana yang Yang Berhormat sebutkan tadi, kanak-kanak ini ada yang bayi sekali. Jadi tidak boleh, masih lagi belum dapat dikenal pasti lagi.
Walaupun begitu kita tidak berputus asa, kita juga telah mengadakan pelbagai program bersama-sama dengan pihak-pihak yang tertentu seperti PDRM dan NGO, serta juga komuniti di tempat-tempat yang kita rasai adalah berisiko tinggi. Dalam kes seperti ini telah diadakan berbagai program untuk bersama dengan komuniti itu untuk mengadakan program kesedaran bersama dengan para ibu bapa. Bagaimana untuk menangani hal seperti ini, bagaimana untuk mendidik anak mereka supaya mereka dapat mengajar anak-anak mereka dapat menjauhkan diri daripada kata-kata ataupun perjumpaan-perjumpaan yang boleh sebenarnya menyebabkan kanak-kanak ini terperangkap dalam perbuatan pedofilia seperti yang telah kita nampak berlaku yang dilakukan oleh Richard Huckle ini.
Kita juga telah mengadakan program-program bersama-sama dengan pihak SKMM untuk melatih juga kanak-kanak dan para ibu-bapa serta komuniti kita, bagaimana mengenal pasti perkara-perkara yang boleh ada tendensinya menuju perkara ke arah melakukan perbuatan yang jijik ini. Di samping itu dalam perbincangan yang telah diadakan kerana tadi telah disebut tentang seduction yang dilakukan itu.
Bagaimana caranya dia mempunyai manual ini. Maka telah dibincangkan dalam Jawatankuasa PEMANDU itu, satu cara bagaimana kita mahu jadikan perbuatan seduction itu satu kesalahan. Bukan setelah dia lakukan, barulah diambil tindakan tetapi bagaimana kita dapat menghalangkan seduction itu daripada menjadi berlakunya perlakuan seksual atau tindakan-tindakan seksual itu.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd Dun
Jadi ini sedang dalam perbincangan bagaimana boleh dia menjadikan satu kesalahan ertinya satu preventive measure. Ini masih lagi di dalam peringkat perbincangan sekarang Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan jawapan Yang Berhormat Menteri dan saya ucapkan tahniah di atas tindakan yang proaktif di dalam isu ini. Cuma saya ingin mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ini untuk menyokong usaha yang dibuat oleh sekumpulan NGO yang diketuai ataupun yang dianggotai oleh para wartawan muda di dalam website mereka rh.com.my yang mengajak seluruh rakyat Malaysia menyokong usaha mereka yang dibuat bersama-sama dengan UNICEF dalam usaha untuk menghalang pedofilia ini.
Cuma saya tertarik dengan pandangan Yang Berhormat Menteri bahawa sudah ada Jawatankuasa PEMANDU dalam konteks ini di dalam usaha untuk menggubal satu undang- undang yang khusus dan dinyatakan tadi beberapa elemen seduction dan sebagainya akan dimasukkan. Cuma saya hendak tanya, adakah ada asas-asas awal atau pun terma-terma awal jawatankuasa ini? Ini kerana kalau boleh kita juga dari segi di sebelah sini bercadang juga untuk berikan pandangan dan pendapat tentang hal ini.
Ini kerana kalau kita lihat di Indonesia, baru-baru ini Presiden Jokowi sendiri telah pun mengumumkan bahawa di Indonesia mereka akan laksanakan kembiri secara kimia. Jadi dia akan suntik hormon wanita ini kepada lelaki sehingga ghairah seksnya turun. Jadi saya fikir sampai begitu sekali komitmen daripada negara jiran. Jadi saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Menteri tentang perkara ini. Terima kasih.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd Dun
Terima Kasih Yang Berhormat. Oleh kerana task force ini adalah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri iaitu Yang Berhormat Pengerang. Jadi saya percaya Yang Berhormat Pengerang dan rakan- rakan dalam task force itu sedang berbincang dengan teliti apakah di antaranya terma-terma dan garis panduan yang akan mereka gunakan bagi mencapai satu kata sepakat bagaimana untuk menangani masalah ini dan mungkin juga kendiri itu juga salah satunya. Saya tidak tahu, itu satu mungkin, kalau boleh nanti dipersetujui mungkin oleh Parlimen, ini satu perkara yang baik untuk diberikan pertimbangan. Terima kasih.
6. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan langkah penyelesaian ke atas masalah kesesakan lalu lintas dalam pusat Bandaraya Kuala Lumpur yang menjejaskan laluan teksi dan bas, serta kenderaan persendirian.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bukit Bintang, Kementerian Wilayah Persekutuan melalui agensinya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melaksanakan pelbagai kaedah untuk memastikan keadaan lalu lintas di Kuala Lumpur khususnya di kawasan pusat bandar supaya lebih teratur dan mempunyai kelancaran pergerakan yang wajar.
Inisiatif-inisiatif termasuk perancangan bagi meningkatkan kapasiti rangkaian jalan raya serta meluaskan rangkaian jalan raya, pengurusan lalu lintas dan penguatkuasaan.
Inisiatif-inisiatif ini telah hampir kesemuanya dilaksanakan setanding dengan bandar-bandar besar lain di dunia. Apa yang masih tinggal adalah kadar penggunaan pengangkutan awam yang rendah iaitu sekitar 22 peratus sahaja. Peratusan ini adalah sangat rendah berbanding dengan bandar-bandar besar terkemuka dunia seperti Tokyo, Singapura, Sydney dan lain- lain di mana kadar penggunaan pengangkutan awamnya lebih daripada 80 peratus.
Justeru, Kementerian Wilayah Persekutuan menumpu usaha bagi memastikan bilangan kenderaan dapat dikurangkan di pusat bandar dan seterusnya meningkatkan kelancaran lalu lintas di Kuala Lumpur. Ini termasuklah peningkatan kawalan kenderaan persendirian memasuki pusat bandar serta pelaksanaan inisiatif jangka masa pendek, sederhana dan panjang untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
Inisiatif jangka masa pendek, satu Ops Halang diadakan pada setiap bulan di mana tindakan saman dikenakan kepada pesalah trafik yang menghalang lalu lintas pada waktu puncak di Bandaraya Kuala Lumpur.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan
Kedua, task force lalu lintas Wilayah Persekutuan juga menumpu kepada penyelesaian masalah kesesakan lalu lintas yang disebabkan oleh kedudukan 44 buah sekolah yang dikenal pasti terletak di jalan-jalan utama di Pusat Bandar Kuala Lumpur.
Pendekatan yang diambil adalah melalui kolaborasi strategik yang berterusan antara pelbagai agensi seperti Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat serta engagement bersama pihak sekolah dan Lembaga Pengelola Sekolah bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di hadapan sekolah.
Antara penyelesaian yang telah dilaksanakan adalah seperti menyediakan ruang drop off dan pick up, penyediaan lay-by sebagai tempat bas sekolah menunggu, penyediaan kawasan tempat letak kereta sementara bagi ibu bapa menunggu pelajar, menyediakan speed barrier dan menggalakkan penggunaan bas sekolah pergi dan balik sekolah.
Ketiga, bagi penyelesaian masalah kesesakan lalu lintas yang dikenal pasti berpunca dari bas-bas persiaran yang berhenti menunggu pelancong di beberapa buah lokasi pelancong di beberapa buah lokasi pelancongan sekitar ibu negara. Tindakan penyelesaian antaranya adalah dengan memastikan bas-bas persiaran ini menurunkan pelancong di lokasi tarikan pelancong dan meletak bas sementara menunggu di kawasan-kawasan yang dizonkan khas seperti di Padang Merbok dan kawasan tempat letak kereta di belakang Masjid Negara.
Pelancong juga digalakkan untuk berjalan kaki ke lokasi-lokasi tarikan pelancongan yang bersesuaian. Beberapa petak letak bas juga telah disediakan di beberapa buah kawasan tarikan pelancongan namun didapati masih tidak mencukupi. Inisiatif jangka masa sederhana dan panjang, iaitu:
(i) mengawal kemasukan kenderaan di Pusat Bandar Kuala Lumpur, mengurangkan bilangan tempat letak kereta tepi jalan di dalam pusat bandar, meningkatkan penguatkuasaan kesalahan parkir di pusat bandar, melihat semula polisi kadar bilangan tempat letak kereta berbanding keluasan lantai khususnya pembangunan baru yang berada di sekitar stesen transit di pusat bandar, mewujudkan kawasan untuk kenderaan pengangkutan awam sahaja dan mewujudkan zon bebas kenderaan;
(ii) galakan penggunaan pengangkutan awam. Penyediaan park and ride seperti di LRT Sungai Besi, LRT Bandar Tasik Selatan dan MRT Taman Segera. Menyediakan rangkaian pejalan kaki yang selesa dan selamat seperti laluan pejalan kaki berbumbung dan pedestrian link bridge;
(iii) meningkatkan kemudahan hentian bas dan teksi dengan membina hentian akhir bandar yang selesa seperti di Jalan Silang dan Jalan Sultan Mahmud;
(iv) penyediaan lebih banyak laluan bas; dan
(v) pembinaan laluan basikal.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, apa-apa tindakan dan perancangan yang dilaksanakan ini tidak akan mendapat hasil yang baik jika tiada sokongan dan kerjasama pengguna jalan raya. Oleh itu semua pihak terbabit seharusnya komited dan saling bekerjasama bagi memastikan isu kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dapat diselesaikan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sejauh manakah DBKL berjaya meleraikan kesesakan lalu lintas menerusi penguat kuasa tunda kenderaan yang menghalang dan menerima bantahan orang ramai?
Tuan Yang di-Pertua, saya dapat banyak aduan dari orang awam khususnya tentang penguat kuasa DBKL yang mengunci kereta yang parking dalam petak parking.
Kereta yang parking di luar kotak tidak diambil tindakan. Ini salah menggunakan kuasa DBKL.
Saya ingin tahu juga, adakah kementerian ataupun DBKL mengadakan satu pelan untuk pengangkutan awam ialah master plan for the public transport seperi mencukupkan bas yang memberi perkhidmatan ke semua kawasan dalam DBKL? Kalau tidak, mengapa?
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Saya difahamkan bahawa bas-bas yang ada di dalam Bandaraya Kuala Lumpur tidak mencukupi. Satu master plan haruslah ada untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh DBKL. Terima kasih.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, bagi soalan pertama penguatkuasaan memang apa yang dilakukan oleh DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan akan dilaksanakan demi kebaikan semua orang. Tidak akan dijalankan semata-mata untuk mana- mana pihak.
Keduanya, kunci dalam petak dan tidak dikunci di luar kotak itu saya perlu bukti Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat ada bukti saya boleh ambil tindakan sewajarnya.
Kalau tidak ada saya pun tidak boleh jawab.
Ketiga ini, tadi saya telah terangkan bahawa kita ada rancangan jangka pendek dan juga rancangan jangka panjang. Kebanyakan aspek ini di bawah kawal selia SPAD. DBKL akan melaksanakan macam menyediakan perhentian bas dan sebagainya. Ia adalah di bawah kawal selia SPAD. Walau bagaimanapun DBKL akan bekerjasama dengan SPAD untuk melaksanakan program-program ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Negara kita ini merupakan antara negara yang tertinggi di dunia yang mendaftarkan kenderaan dan dianggarkan 700,000 setahun. Anggaran yang kita dengar tadi hampir 80 peratus rakyat masih lagi banyak bergantung banyak kepada kenderaan persendirian.
Apa yang saya hendak tanya sebab ini akan merupakan satu permasalahan kepada negara yang sedang menuju kepada kemajuan yang tinggi. Sejauh manakah perkembangan kementerian sebenarnya dalam memajukan pembangunan berorientasikan transit iaitu laluan di LRT dan MRT sekarang ini? Sejauh mana perkembangan?
Saya ingin tahu apakah sebenarnya kekangan-kekangan dan masalah yang dihadapi untuk merealisasikan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 yang tidak sampai empat tahun dari sekarang? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya fikir sesi soal jawab lisan pun elok kita gunakan jam yang berfungsi setengah jam pertama. Ya, sila.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Yang Berhormat Bagan Serai, berkenaan dengan penggunaan laluan-laluan transit yang telah disediakan, saya telah dalam jawapan saya memberitahu bahawa kita telah pun melaksanakan park and ride.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan
Kita juga sediakan hubungan pedestrian link yang mana menghubungkan walkway dan sebagainya untuk membolehkan rakyat menggunakan pengangkutan awam dan sistem connectivity yang sedia ada yang kita sediakan. Bagi soalan yang kedua, saya terpaksa bagi secara bertulislah. Saya tidak ada fakta dan saya tidak mahu sahaja jawab sesuka hati saya.
7. Dato’ Sri Hasan bin Malek [Kuala Pilah] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan bahawa, kerajaan telah membelanjakan jutaan Ringgit bagi membantu ramai pengusaha melalui pinjaman kepada IKS tempatan dalam membantu mereka untuk lahir sebagai usahawan yang mampu bersaing di pasaran tempatan dan luar negara. Bolehkah pihak kementerian menyenaraikan jumlah usahawan yang telah benar-benar berjaya dan jumlah usahawan yang kurang berjaya serta gagal.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih TYT Yang Berhormat Kuala Pilah.
Tuan Yang di-Pertua, menyedari hakikat bahawa perusahaan kecil dan sederhana
(PKS) (SME) merupakan tulang belakang dalam ekonomi negara, kerajaan terus komited dalam membantu pembangunan PKS tempatan.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Pada tahun 2015, sejumlah RM8.14 bilion telah dibelanjakan bagi melaksanakan 170 program pembangunan yang telah dan sedang memberi manfaat kepada 593,008 PKS.
Kementerian MITI sebagai contohnya melalui beberapa agensi di bawahnya menyediakan pelbagai pakej pembiayaan dan insentif bagi membantu PKS tempatan. Contohnya SME Corp. selaku agensi MITI dipertanggungjawabkan untuk pembangunan PKS telah melaksanakan program-program yang dapat membantu PKS meningkatkan kapasiti dan keupayaan agar mampu bersaing di dalam dan luar negara.
Contoh program yang pertama ialah Program Peningkatan Perniagaan atau Business Accelerator Programme (BAP) yang mana program ini menyediakan bantuan bersepadu yang merangkumi khidmat nasihat, pembangunan kapasiti dan keupayaan serta bantuan kewangan untuk meningkatkan prestasi PKS.
Kedua, Program ‘Green’ LED dilaksanakan untuk menyokong usaha kerajaan dalam mempercepatkan pertumbuhan PKS dalam industri electrical dan electronic untuk menjadi syarikat global.
Ketiga, pensijilan Malaysian Brand bagi membantu syarikat tempatan dalam penjenamaan serta mengiktiraf produk dan perkhidmatan Malaysia terutamanya PKS bagi membolehkan mereka meluaskan pasaran ke luar negara.
Agensi kedua seperti SME Bank pula yang merupakan sebuah institusi kewangan pembangunan ditubuhkan pada tahun 2005 telah dipertanggungjawabkan bagi mengendali pelbagai dana khas seperti Tabung Usahawan Siswazah, Skim My Seed SME, Dana Penggalakan IBS dan Pembiayaan Ekuiti Bumiputera. Semenjak penubuhannya sehingga kini, SME Bank telah menguruskan pembiayaan RM25.1 bilion kepada sekitar 14,716 usahawan dengan purata kelulusan sebanyak RM2.3 bilion setahun.
Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2016 pula, SME Bank telah mencatat sekitar RM2.1 bilion kelulusan bagi membantu lebih 891 usahawan dalam perniagaan mereka. Pada 2015 secara kumulatif, SME Bank telah merekodkan kadar kelulusan pinjaman sebanyak 84.3 peratus daripada jumlah permohonan keseluruhan. Ini adalah menunjukkan pencapaian yang cemerlang berbanding kadar kelulusan bank komersial sebanyak 79.3 peratus dalam jangka masa yang sama.
Kisah-kisah kejayaan boleh ditonton dalam video milik SME Bank di alamat www.yoursuccessourstory.com. Selain kisah kejayaan, berdasarkan kepada satu kajian impak yang dijalankan ke atas program pembiayaan Tabung Usahawan Siswazah di bawah kelolaan SME Bank, 77 peratus pelanggan yang dibantu di bawah program tersebut telah menunjukkan peningkatan jualan tahunan. Manakala 16.5 peratus pula telah berjaya mengembangkan perniagaan mereka dengan membuka outlet serta cawangan baru dan akan mula mengeksport barangan ke luar negara.
Hasil dari intervensi kerajaan melalui polisi dan program dilaksanakan, sumbangan PKS terhadap keluaran dalam negara kasar telah meningkat daripada 32.2 peratus pada tahun 2010 kepada 36.3 peratus pada tahun 2015. Terima kasih.
Dato' Sri Hasan bin Malek - Kuala Pilah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberi jawapan yang cukup bermaklumat dan juga sesuatu fakta yang kita tidak boleh nafikan betapa hebatnya kementerian ini dalam menangani, dalam membentuk dan melahirkan dan menjayakan program IKS ini. Ini kenyataannya. Kadang-kadang pembangkang tidak boleh hendak menerima kenyataan tersebut, kejayaan-kejayaan yang telah dicapai dalam negeri, antarabangsa dan sebagainya...
[Dewan riuh]
Dato' Sri Hasan bin Malek - Kuala Pilah
Oleh kerana itu...
[Ketawa] Bagilah saya masa sedikit ini Yang Berhormat Seremban. Oleh kerana itu Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya mengharapkan sokongan daripada sektor-sektor lain juga harus mengikuti sebagaimana juga contoh daripada agensi- agensi lain. Secara khusus kepada IKS Bumiputera, saya hendak tahu berapa jumlah usahawan IKS Bumiputera ini yang telah berjaya dan bagaimana statusnya sekarang.
Satu lagi pula ialah soal bantuan daripada pihak bank. Oleh sebab saya difahamkan pada 21 Disember 1999, Bank Negara Malaysia telah mengehendaki semua institusi perbankan supaya menyediakan dan mempamerkan piagam pelanggan yang mana berkaitan dengan urusan pengendalian IKS, pemprosesan permohonan, pembiayaan kepada usahawan-usahawan industri kecil dan sederhana. Arahan ini terkeluar semenjak tahun 1999.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kuala Pilah.
Dato' Sri Hasan bin Malek - Kuala Pilah
Soalan saya, adakah masih ada terdapat bank yang masih lagi belum memenuhi syarat ataupun tidak mengikuti arahan itu? Kalau ada, apakah alasan-alasannya? Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih. Ada pelbagai isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kuala Pilah. Seperkara yang saya ingin maklumkan mengenai kolaborasi dengan agensi-agensi lain, kita telah menubuhkan apa yang dipanggil sebagai Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Daripada MPPK itu, segala urusan PKS ini adalah diaturkan dan diselaraskan yang melibatkan 18 kementerian dan juga 68 agensi yang berbagai. Segalanya diurus dan diurusetiakan oleh MITI di bawah SME Corp.
Selain daripada itu, mengenai bumiputera, saya sudah menyebut tadi keseluruhan PKS SME di Malaysia ialah 645,000 syarikat kecil dan besar, SME. Itu tidak masuk yang besar, maaf saya. SME sahaja, small and medium enterprises- 645,000. Daripada 645,000 itu, bumiputera hanya 37 peratus. Dengan lain perkataan, daripada 100 entiti perniagaan PKS di Malaysia ini, cuma 37 milik bumiputera. Daripada 37 peratus milik bumiputera itu, 88 peratus adalah bersaiz mikro. Apakah maksud saiz mikro? Entiti perniagaan itu mempunyai lima pekerja dan ke bawah dan tidak lebih daripada RM300,000 jualan setahun. Dengan lain perkataan, ada pelbagai usaha yang perlu lagi dibangunkan untuk memastikan bahawa PKS bumiputera ini meningkat daripada mikro kepada small dan kemudian small kepada medium.
Jadi, usaha-usaha yang teliti perlu diteruskan untuk memastikan Bumiputera terus meningkat dari segi urusan kecil dan sederhana.
Mengenai bank itu, memang kita ada arahan dari segi detailnya. Mana bank yang telah melaksanakan arahan ataupun tidak itu, tidak ada pada saya sekarang.
8. Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, perkembangan semasa projek pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Menteri Pengajian Tinggi - Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah diluluskan pelaksanaannya dengan kapasiti 400 buah katil dan projek ini akan dilaksanakan secara berfasa.
Fasa pertama melibatkan pembinaan untuk kapasiti 200 buah katil termasuk kerja- kerja infrastruktur dengan kos sebanyak RM333 juta. Fasa kedua akan melibatkan pembinaan bagi kapasiti 200 buah katil lagi dengan kos sebanyak RM225 juta. Tarikh masuk tapak ataupun projek telah pun bermula oleh pihak kontraktor pada 21 Mac yang lalu. Setakat 6 Oktober 2016, status kemajuan kerja-kerja penambakan tanah telah mencapai sebanyak 22 peratus.
Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Isu berkaitan dengan Hospital UniSZA ini sudah tertangguh begitu lama daripada pengumuman awal pada Oktober 2012 dan diisytiharkan bakal siap 2015, kemudian dibuat pecah tanah pada September 2014 oleh PM. Kemudian November 2015 diumumkan akan siap akhir 2017, Februari 2016 diisytiharkan pula akan siap 2018.
Saya bimbang perkara ini akan jadi seperti mana LPT2 yang tertangguh banyak kali.
Maka, apakah jaminan yang boleh diberikan oleh Yang Berhormat Menteri supaya Hospital UniSZA ini boleh siap pada tempoh yang dijangkakan dan bila tarikh akhir dijangka siap.
Ini kerana ia sangat penting bagi rakyat di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus yang jumlah penduduknya hampir setengah juta yang berhadapan dengan masalah katil yang tidak cukup di hospital yang ada di Kuala Terengganu pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Terima kasih kepada Yang Berhormat di atas pertanyaan Yang Berhormat. Sebab itu kalau dahulunya pembinaan belum berjalan tetapi sekarang sudah berjalan.
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Saya semak semalam kerja-kerja tanah sudah berjalan dengan baik dan perbincangan-perbincangan dengan kerajaan negeri serta tapak pun telah dapat diselesaikan. Insya-Allah mengikut tarikh yang diberikan ia dijangka siap pada 15 September 2019.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Baiklah Yang Berhormat, selesai sudah Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Peraturan mesyuarat.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, peraturan mesyuarat berapa?
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Ya Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 14(1)(fa), Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, kita telah melalui dua hari ataupun dua sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari Selasa lalu dan pada pagi tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
P. M.
14(1)?
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
P. M. 14(1)(fa), Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Okey.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Saya mendapati bahawa yang pertamanya, pada hari Selasa lalu daripada tiga soalan, dua soalan daripada backbencher, satu soalan daripada pembangkang dan pagi tadi pun dua soalan daripada backbencher dan satu daripada pembangkang. Yang pertamanya ini saya rasa Tuan Yang di-Pertua ia tidak seimbang. Kalau satu minggu ada dua hari itu, maka empat soalan daripada backbencher, hanya dua soalan dari pembangkang. Ini tidak seimbang dan tidak konsisten dengan cara pertanyaan soalan kita untuk soalan-soalan biasa.
Yang keduanya ialah kita hendak tahu bagaimanakah soalan-soalan ini ditentukan?
Saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Gelang Patah telah dua hari berturut-turut memasukkan soalan tetapi tidak dinaikkan dan tidak ada apa-apa alasan mengapa soalan itu ditolak. Jadi kita hendak tahu apakah sebabnya dan apakah kriteria Tuan Yang di-Pertua ataupun pihak Speaker menentukan mana satu soalan yang dinaikkan.
Kalau soalan itu dinaikkan, adakah ia akan diberikan alasan mengapa tidak dapat dinaikkan? Itu sahaja kita kena tahu sebab kalau tiap-tiap minggu kita memasukkan soalan- soalan untuk waktu pertanyaan Menteri ini dan tidak dapat dinaikkan, kita tak tahu apa masalahnya? Kalau kita hendak tahu juga, berapa jumlah soalan yang dikemukakan. Saya harap satu penjelasan dapat diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Okey, terima kasih Yang Berhormat Seremban. Perkara ini kita akan rujuk kepada pihak urus setia dan Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Okey, Yang Berhormat Seremban boleh kita berbincang selepas ini. Ya, Yang Berhormat Bayan Baru?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya semalam saya telah bangkitkan isu tentang jawapan soalan lisan. Buku jawapan lisan sudah ini hari keempatlah belum masih terima apa-apa jawapan lisan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya perkara bersama juga dalam penelitian Pejabat Yang Berhormat Tan Sri Speaker.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya?
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, peraturan berapa?
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Peraturan Mesyuarat 18(1).
Semalam saya ada bawa satu usul di bawah perkara tentang ugutan bunuh...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat PJ Selatan telah juga, ya tak perlu disebut, saya faham. 18(1) pun...
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Akan tetapi telah pun direject.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, saya tahu Yang Berhormat pun telah menerima alasannya dan Perkara 14(1) bila ditolak...
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, semalam...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Anak Pengerusi BERSIH, kereta dia disembur oleh cat merah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Polis tak buat kerja sekarang ini. Kita hendak bahas isu ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Saya rasa perkara ini perlu dibahas, dapat permohonan persetujuan daripada Speaker untuk bahas semula perkara ini, kebenaran ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, kita ikut Peraturan Mesyuarat 18(1) bila ditolak dalam kamar tidak boleh disebut sekali lagi menurut Peraturan Mesyuarat 18(8) kecuali Yang Berhormat bawa usul persendirian. Terima kasih Yang Berhormat ya. Jadi Yang Berhormat lebih senior daripada saya, faham peraturan mesyuarat. Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat. Ini lagi senior daripada saya.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Peraturan mesyuarat. Ini mengenai peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Peraturan mesyuarat berapa Yang Berhormat?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Buku peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Buku peraturan mesyuarat?
[Ketawa]
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Belum diedar, buku yang terbaru belum diedar kepada Ahli Parlimen...
[Dewan riuh]
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Macam mana hendak rujuk?
[Ketawa] Item kosong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ya.
Betul sedang juga disediakan oleh pihak urus setia.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Selepas pilihan raya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Secepat mungkin. Kalau pilihan raya umum lambat, insya-Allah dapat [Ketawa] Kalau pilihan raya minggu depan tak sempat. Okey, sila setiausaha.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”.
[19 Oktober 2016]
Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
Sila Yang Berhormat Bukit Gelugor memulakan ucapan.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Semalam satu minit sahaja, tak sempat apa-apa. Sila.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ya, saya dah mula semalam tapi saya tak berapa lama. Jadi saya akan cuba memulakan sekarang juga sekali lagi Tuan Yang di-Pertua. Apa yang telah pun saya nyatakan tadi ataupun semalam adalah berkenaan dengan pindaan-pindaan yang dinyatakan di dalam rang undang-undang ini iaitu untuk meminda Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada rang undang-undang tersebut, apa yang dicadangkan untuk dimasukkan ataupun dipinda ke dalam akta asal adalah satu seksyen 20B yang baru yang berbunyi seperti berikut. Saya quote apa yang perlu ditekankan Tuan Yang di-Pertua, iaitu “Tanpa menjejaskan seksyen 20A, hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk mendapatkan...”, ini adalah penting Tuan Yang di-Pertua, “...nasihat Majlis”. The advice, dengan izin of the Council mengenai cadangan dan kemajuan yang berhubungan dengan, yang penting sekali Tuan Yang di-Pertua adalah berkenaan dengan kerja-kerja dengan izin land reclamation.
Now, Tuan Yang di-Pertua, untuk memahami tujuan dan niat di belakang pindaan yang dicadangkan tersebut perlulah kita mengetahui apa itu Council ataupun sebelum itu Tuan Yang di-Pertua adalah jelas bahawa pindaan ini mempunyai niat untuk melibatkan Council di dalam proses pemutusan yang melibatkan perkara-perkara yang dinyatakan di dalam seksyen 20B tersebut iaitu berkenaan dengan apa-apa penebusgunaan pinggir laut tidak termasuk penebusgunaan bagi pembinaan jeti atau pemulihan pantai dan apa-apa pembinaan infrastruktur utama negara termasuklah airport dan sebagainya. Itu adalah pembinaan-pembinaan infrastruktur yang besar.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu perkara yang mempunyai far-reaching consequences memandangkan setiap kerajaan negeri sekiranya mahu dengan contohnya atau pun sebagai contohnya mahu membuat land reclamation seperti di Pulau Pinang kalau Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang untuk membuat land reclamation perlulah state tersebut perlu mendapat nasihat daripada Majlis. Now, apakah itu terjumlah kepada, kita kena lihat kepada apakah itu Majlis dan untuk menjawab soalan tersebut Tuan Yang di-Pertua, di dalam seksyen definisi, akta asal Akta 172, kita melihat kepada Majlis. Saya ada salinan bahasa Inggeris Tuan Yang di-Pertua, minta izin untuk membaca daripada Akta 172 dalam bahasa Inggeris.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih. Now Majlis Tuan Yang di-Pertua adalah Council dengan izin. Council means the National Physical Planning Council established under section 2A. Jadi kita pergi ke seksyen 2A yang menyatakan apakah itu National Physical Planning Council?
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
*Now, there shall be established a National Physical Planning Council consisting of a Chairman who is the Prime Minister, a Deputy Chairman, being the Deputy Prime Minister.
The Minister and so on*. Ada lebih kurang 16 ataupun 15 anggota Majlis ataupun Council tersebut.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Jadi effect pindaan ini Tuan Yang di-Pertua adalah bahawa sekiranya satu negeri, misalnya Pulau Pinang berniat untuk membuat satu land reclamation di pinggir laut, perlu state government itu mendapat advice daripada Prime Minister. The state authority, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, in order to do land reclamation in the future perlu mendapat- the state authority has to get the advice of the Prime Minister. What is the rationale for the Prime Minister to get involved in the state authority affairs? Itu adalah isu yang timbul di dalam pindaan undang-undang ini. Kalau kita lihat Tuan Yang di-Pertua, kepada latar belakang pindaan akta ini, kita boleh lihat bahawa dalam peruntukan-peruntukan di bawah Akta 172 ini juga terdapat peruntukan-peruntukan lain yang melibatkan isu yang sama.
Saya membawa perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada seksyen 22(2A) dan (2B) di bawah akta asal iaitu Akta 172. Now di bawah seksyen 22, subseksyen (2A), apa yang dinyatakan di sana Tuan Yang di-Pertua ialah- saya minta izin untuk baca dalam bahasa Inggeris, “Treatment of applications section 22(1). As soon as possible after the receipt of an application for planning permission, or, if the application is one to which section 21(6) applies, as soon as possible after expiry within the period...” Ada tempoh untuk membuat bantahan, there is a period of objection and so on in the 22 subsection 1. Akan tetapi di dalam seksyen 22, subsection 2, apa yang dinyatakan adalah ini Tuan Yang di-Pertua, “In dealing with an application for planning permission, the local planning authority shall take into consideration such matters as are in its opinion expedient or necessary for proper planning and in particular.” Seksyen (2A), *“Where an application submitted under the section involves:
(a) the development of a new township for population exceeding ten thousand;
(b) a development for the construction of any major infrastructure utility; or
(c) a development effecting hill tops or hill slopes in an area designated as an environmentally sensitive in a development plan.
The community shall request from the council its advice on the application submitted.”* Ini adalah undang-undang yang sedia ada sekarang Tuan Yang di-Pertua di bawah seksyen 22(2A). Sudah ada peruntukan yang sama di mana committee di dalam kerja-kerja yang melibatkan the development of a new township for population exceeding ten thousand ataupun the development of the construction of any major infrastructure seperti airport, pelabuhan dan sebagainya. Dalam perkara-perkara ataupun keadaan-keadaan seperti itu, the state authority perlu mendapat advice ataupun nasihat daripada Council. Jadi memandangkan sudah ada peruntukan yang wujud sekarang di dalam peruntukan tersebut, apakah rasional ataupun apakah keperluan kita mempunyai pindaan kepada akta ini?
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
[Bangun]
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, what is the purpose of the amended or the proposed amendments in this bills?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Batu Kawan bangun. Ya, sila.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya ingin bertanya di sini Yang Berhormat Bukit Gelugor berdasarkan apa yang telah dihujahkan tadi.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Memandangkan keberkesanan majlis ini telah lama digunakan dalam isu-isu berkenaan dengan tanah ataupun, dengan izin, Town and Country Planning Act, mengapa pula wujud keperluan pada masa ini untuk mendapatkan nasihat majlis tersebut sebab selama ini tidak perlu ditekankan sampai menggubal peruntukan dalam akta ini. Akan tetapi kini kita nampak sudah timbul satu keperluan untuk menggubal peruntukan dalam akta ini untuk mendapat nasihat.
Jadi saya ingin tahu mengapa perlu penggubalan ini? Dengan izin, is it relevant now? All the while we have been having, the system has been in place, it’s alright melainkan, Yang Berhormat Menteri merasa bahawa sistem sebelum ini ada kesilapan, ada ketidakberkesanan dan perlu ada perubahan ini. Saya juga ingin bertanya di sini dalam rang undang-undang ini di bawah implikasi kewangan. Rang undang-undang ini akan melibatkan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya tidak dapat ditentukan sekarang ini. Yang Berhormat Bukit Gelugor, ini menimbulkan banyak persoalan. Satu, dari segi kewangan. Berapa amaunnya sampai sekarang tertera di sini terang-terang tidak ditentukan. So, we don’t know how much of money we are going to be dealing with, how much is going to go in or come out dan sekali lagi sebelum ini sekiranya tidak melibatkan perbelanjaan kewangan, kenapa tiba-tiba pula ada isu yang timbul seperti ini? Mohon ulasan daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor. Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Itu adalah satu soalan yang pertinent, dengan izin Tuan Yang di- Pertua. Berkenaan dengan...
[Disampuk] Ya, boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Ampang juga bangun. Ya sila.
Puan Hajah Zuraidah binti Kamaruddin - Ampang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Saya juga ingin meminta penjelasan kerana dengan penggubalan pindaan akta ini juga tadi mengatakan bahawa yang menduduki Pengerusi Majlis Pembangunan Persekutuan Negara adalah Yang Amat Berhormat Pekan. Jadi sekiranya setiap projek, bukan saja kalau di Penang, kalau semua negeri dalam seluruh negara ini ada projek sedemikian, Penang ada masuk untuk reclamation land, Selangor ada dan sebagainya dan inilah satu proses yang akan melambat-lambatkan projek di dalam kawasan negeri-negeri ini.
Jadi memandang Perdana Menteri juga seorang yang sibuk dengan kerja-kerja official dan juga unofficial, MO1, so, jadi saya rasa mungkin ini akan melewat-lewatkan lagi progress kerja kita di negeri-negeri terutama sekali di negeri Pakatan Harapan ya. Jadi saya harap kemungkinan sekiranya ada campur tangan daripada pihak pusat yang dipengerusikan oleh MO1 kah, Yang Berhormat Pekan kah, so jadi saya cuma harap mungkin boleh diskalakan dalam gred-gred yang tertentu yang mana mungkin diperlukan Majlis Pembangunan Fizikal Negara turut terlibat. Apa pandangan Yang Berhormat Bukit Gelugor?
Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Yang Berhormat Ampang, Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Berkenaan dengan MO1, saya tidak tahu siap itu MO1 tapi mungkin ada Ahli-ahli lain yang tahu siapa itu MO1 tapi itu adalah satu perkara yang kita boleh debate secara mendalam pada tarikh yang boleh ditetapkan.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
No, Yang Berhormat Langkawi tahu, Yang Berhormat Langkawi boleh bagi tahu juga. Akan tetapi apa yang penting Tuan Yang di-Pertua adalah isu-isu yang telah pun ditimbulkan oleh Yang Berhormat Batu Kawan dan juga oleh Yang Berhormat Ampang. Itu adalah isu-isu yang valid. Pertama sekali apakah keperluan, what is the necessity, dengan izin, apakah keperluan kita membawa pindaan ini sekarang bila sudah ada peruntukan yang sama seperti yang telah pun saya baca di bawah seksyen 22(2A).
Dalam keadaan tersebut peruntukan adalah sama untuk mendapat advice daripada majlis. Jadi why are we introducing a duplicate of what we already have. Memandangkan di dalam setiap peruntukan Tuan Yang di-Pertua, ada implikasi kewangan seperti yang telah pun ditimbulkan oleh Yang Berhormat Batu Kawan. In other words, dengan izin, a bill is not free of charge.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Kalau kita bawa cadangan ke Parlimen untuk meminda peruntukan ataupun undang-undang melalui satu rang undang-undang, itu bukannya percuma. There are financial implications when we bring or table a bill in Parliament and those implications dengan izin Tuan Yang di-Pertua, are implications on the rakyat, on the taxpayers. Tax payers yang perlu membayar rang undang-undang yang tidak bermakna ini. Why are we burdening the taxpayers on a bill which is meaningless, which is repeating what is already in section 22(2A). Saya juga menyentuh berkenaan dengan apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Ampang tadi, itu adalah satu concern yang juga valid di dalam apa yang dinyatakan oleh rakan saya tadi di mana ini mungkin juga akan membebankan lagi kerja ataupun urusan state, any particular state. Bukan saja Pulau Pinang tapi mana-mana negeri, kerajaan negeri yang bercadang untuk mengambil kerja ataupun membuat kerja-kerja reclamation. Kalau kita hendak buat airport, kalau kita hendak buat pelabuhan dan sebagainya. We have to go through another layer of approval melalui Perdana Menteri.
Apakah rasional di bawah undang-undang ini yang perlu penglibatan Perdana Menteri? Itu adalah perkara yang penting.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Kita mempunyai banyak undang-undang sekarang yang melibatkan Perdana Menteri. MSC juga Tuan Yang di-Pertua, melibatkan Perdana Menteri. Sekarang Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan darurat di beberapa tempat yang tertentu.
Why is the Prime Minister, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, being brought in to such situation? Apakah keperluannya? Kalau kita lihat Tuan Yang di-Pertua, kepada rang undang- undang ini, kalau kita lihat kepada apa yang dinyatakan di bawah explanatory statement Tuan Yang di-Pertua. Apa yang dinyatakan di sana adalah ini saya quote, “Kehendak supaya Laporan Penilaian Kajian Impak Sosial dan laporan lain dikemukakan kepada Majlis adalah untuk membolehkan Majlis memberikan nasihat yang sewajarnya mengenai cadangan pemajuan berdasarkan laporan-laporan yang dibuat itu.” Itu semuanya the Social Impact Statement, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, juga wujud di dalam peruntukan-peruntukan yang sedia ada sekarang.
Jadi, saya minta Menteri memberi penjelasan, apakah keperluan untuk memasukkan seksyen 20B kesemua, bukan hanya peruntukan seksyen 20B, sub seksyen
(1) tetapi juga 20B, sub seksyen (2), berkenaan Social Impact Report. Apakah keperluannya bila kita sudah ada keperluan tersebut? Itu adalah isu pertama. I move on to the second issue Tuan Yang di-Pertua iaitu berkenaan, dengan izin...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
[Bangun]
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya bila saya baca rang undang-undang ini Yang Berhormat, saya sependapat dengan apa Yang Berhormat kata. Akan tetapi apakah fungsi Federal Government dan state government? Nampaknya dengan terus terang ada satu overlap dan niat jahat oleh Federal Government, Kerajaan Persekutuan iaitu untuk mengambil alih dan memberi arah jalan macam mana sesuatu negeri perlu menjalankan tugas.
Nampaknya mereka tidak mahu mengiktiraf bahawa ada peranan yang tertentu oleh kerajaan negeri, ada peranan yang tertentu oleh Kerajaan Persekutuan. Macam kesedaran baru-baru ini oleh Sarawak, di mana selepas tahun 1976, baru sedar, they were in slumber sleep. Baru sedar bahawa Sabah and Sarawak has lost its status, telah menghinakan mereka. Adakah ini semua satu niat jahat oleh Kerajaan Persekutuan and we cannot leave it to God. Setuju kepada saya?
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Seperti yang telah pun saya nyatakan tadi Tuan Yang di-Pertua, ini adalah penglibatan Kerajaan Persekutuan dalam hal ehwal kerajaan negeri. The inter- involvement, or if I may, dengan izin, the interference of the Federal Government in the affairs of the state government is what this bill is all about. Itulah, that is the short of it, the long and short of is that this bill wants to introduce Federal Government interference in the affairs of the state. Jadi...
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh.
Dato’ Hasan bin Arifin - Rompin
Tuan Yang di-Pertua, adakah secara positifnya kita melihat rang undang-undang ini ada unsur check and balance, umpama seperti Forestry Policy. Forestry adalah kuasa kerajaan negeri tetapi bila keadaan yang menyebabkan perlu direservekan untuk tadahan air, Federal Government ada kuasa untuk menentukan kawasan itu tidak dibuka. Adakah secara positifnya undang-undang ini dilihat sebagai check and balance antara kuasa kerajaan negeri untuk kepentingan seluruh rakyat?
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Check and balance, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, itu perlu kita lihat dengan konteks yang sewajarnya. Check and balance itu boleh disalahgunakan. This sort of provision can be abused. It can result in an abuse. Kenapa saya kata begitu Tuan Yang di-Pertua? Saya kata begitu oleh kerana pada masa sekarang kita sudah ada peruntukan yang sama dalam akta asal seperti yang telah saya tunjuk tadi, seksyen 22(2A), seksyen 22(2B), the General Function of the Council, dengan izin, di bawah seksyen 22(2A) saya baca, akta asal 172 dalam bahasa Inggeris, dengan izin, “The functions of the council shall be to promote the country within the framework and all that...” Dalam apa yang dinyatakan di sana, “To advise the Federal Government or the Government of the State on matters relating to the town and country planning required under this Act.” Jadi, sudah ada keperluan, sudah ada peruntukan yang dicadangkan di dalam bill ini. What is the purpose of this bill? Why are we burdening the people with this bill? Unless there is an ulterior motive to abuse, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, the proposed amendments. Jadi, saya pergi kepada isu yang kedua Tuan Yang di-Pertua iaitu isu terakhir yang ingin saya timbul berkenaan dengan...
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Batu Kawan bangun lagi. Yang Berhormat Batu Kawan.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Mungkin kita perlu lihat isu ini dari perspektif bukan sahaja negeri-negeri di bawah pembangkang seperti Selangor dan Pulau Pinang yang akan menerima impak daripada keputusan pindaan peruntukan ini tetapi juga negeri-negeri di bawah Barisan Nasional sendiri. Kuasa kerajaan negeri, negeri-negeri di bawah Barisan Nasional juga tergugat, dengan izin, interference daripada pihak Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri. Ini sebab, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, what is their involvement in this? It is a state affair dan we all know, mengikut Perlembagaan Persekutuan, semua hal ehwal dalam negeri itu, terutama sekali yang berkaitan dengan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Jadi, dengan pindaan kepada akta ini akan menimbulkan satu keadaan, di mana kemungkinan besar nasihat atau pendapat, pandangan daripada kerajaan negeri ditolak sama sekali oleh Majlis ini di atas sebab-sebab tertentu. Jadi Yang Berhormat Bukit Gelugor, apa pandangan Yang Berhormat Bukit Gelugor mengenai isu ini? Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Batu Kawan itu Tuan Yang di-Pertua, adalah berkenaan dengan the consequences, dengan izin, apa yang akan berlaku sekiranya nasihat itu tidak diterima ataupun ditolak ataupun sekiranya Council itu menolak cadangan, umpamanya seperti land reclamation yang dicadangkan oleh satu pihak negeri.
Dalam keadaan tersebut Tuan Yang di-Pertua, kita perlu lihat kepada sudut lain berkenaan dengan rang undang-undang ini iaitu dari sudut Perlembagaan, dengan izin, the Constitutionality of this proposed amendments. Kalau kita lihat dari sudut Perlembagaan tersebut, kita akan appreciate Tuan Yang di-Pertua, bahawa di dalam Perlembagaan Persekutuan Tuan Yang di-Pertua, umpamanya ataupun terutamanya di bawah Ninth Schedule of Federal Constitution, kita ada tiga senarai.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
We have three lists in the Federal Constitution, dengan izin, in the Ninth Schedule.
List-list tersebut adalah dibahagi kepada kuasa-kuasa di bawah the Federal List iaitu kuasa- kuasa yang tergolong di bawah bidang kuasa Federal. Juga ada the State List iaitu kuasa- kuasa yang tergolong di bawah bidang kuasa negeri.
Juga apa yang kita kenal sebagai the Concurrent List yang mana ada bidang kuasa untuk beberapa perkara yang diberi kepada kedua-dua the state and also the Federal Government. Untuk perkara-perkara yang berkenaan dengan town and country planning, itu tergolong ataupun it comes under the Concurrent List, under the Ninth Schedule. Sekiranya it comes under the Concurrent List, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, that would mean the state government has a say in matters pertaining to Town and Country Planning Act such as land reclamation and so on.
Apakah tujuan kita perlu pergi kepada Federal Government dan minta nasihat?
Adakah nasihat itu, dengan izin, binding? Is that what the Federal Government intends through this bill? Do they intend to create a binding provision wherein, dengan izin, that advice would be binding on the state government? That is why, I will go back to what Yang Berhormat Batu Kawan has raised just now.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Apakah implikasi ataupun the consequences sekiranya council itu menolak cadangan state government? Adakah itu akan mengikat, will it bind the state authority?
Sekiranya itu adalah matlamat ataupun intention pihak kerajaan dalam memperkenalkan rang undang-undang ini, itu jelas adalah satu perkara yang unconstitutional. Kenapakah ianya unconstitutional? Sebab, efek membuat keputusan yang binding oleh kerajaan itu akan mengeluarkan ataupun remove kuasa yang dimiliki oleh kerajaan di bawah list ketiga iaitu kerajaan juga mempunyai kuasa ataupun bidang kuasa di dalam hal-hal berkenaan *Town and Country Planning Act under the Concurrent List.
So, we have a concurrent list here,* dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Concurrent list itu memberi bidang kuasa kepada kedua-dua, federal dan state, untuk perkara-perkara berkenaan Town and Country Planning Act ataupun town and country planning. Dengan mempunyai satu peruntukan Tuan Yang di-Pertua, yang memerlukan state government mengikut nasihat Federal Government, itu akan mengeluarkan or remove that jurisdiction of the state government.
Jadi itu jelasnya adalah satu perkara yang tidak mengikut Perlembagaan. Itu perlu kita lihat dari segi masa depan oleh kerana sudah tentu, Tuan Yang di-Pertua, perkara ini akan timbul di mahkamah. It is clearly unconstitutional.
Tuan R. Sivarasa - Subang
[Bangun]
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Just one minute. Why are we introducing a statute which is clearly unconstitutional? Yang Berhormat Subang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya nak minta pandangan sedikit daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor tentang isu yang baru dibangkitkan dan juga berkaitan dengan peruntukan seksyen 20B itu juga.
Saya setuju perkara perancangan bandar dan desa, khususnya perancangan bandar, kita faham dalam Concurrent List, dengan izin. Undang-undang yang berkaitan dengan perkara di concurrent list pada fahaman saya ialah akhirnya walaupun Dewan ini boleh meluluskan pindaan yang dicadangkan oleh pihak kerajaan, akhirnya pindaan itu tidak boleh dikuatkuasakan di peringkat negeri selagi Dewan Undangan Negeri sendiri tidak meluluskan. Itulah jelas dari segi rangka Perlembagaan yang kita ada dan disebut secara nyata di dalam akta ibu juga, dengan izin, Town and Country Planning Act 1976 itu. Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat Bukit Gelugor atas itu.
Akan tetapi saya hendak balik kepada point tadi apabila Yang Berhormat Bukit Gelugor kata, dan saya setuju sepenuhnya, bahawa peruntukan baru 20B ini dengan kewajipan untuk mendapat nasihat memang tertindih, dengan izin, ialah superfluous dan tidak perlu lagi. Tidak perlu sebab kita ada peruntukan itu di bawah seksyen 22.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Akan tetapi, saya ingin minta pandangan Yang Berhormat Bukit Gelugor, apabila kita baca perkataan yang digunakan di bawah peruntukan baru ini yang dicadangkan oleh kerajaan, kita nampak peruntukan baru 20B ini kabur dan juga tidak jelas langsung.
Maksudnya begini. Kalau kita baca, dengan izin saya baca seksyen 20B(1), “Without prejudice to section 20A, it shall be the duty of every Federal Government and state government department or agency to seek advice from the Council on the development proposal relating to…” dan ada beberapa kategori.
Apa yang kabur dan tidak jelas dan ini menunjukkan drafting, dengan izin, peruntukan ini memang tidak baik sebab apa maksud, “Every department or agency”? Mana yang akan memohon untuk mendapat nasihat? Kita tahu mana-mana development proposal biasa akan berkaitan dengan beberapa agensi kerajaan baik di peringkat negeri ataupun di peringkat Persekutuan. Siapa yang akan memohon untuk dapat nasihat ini? Itu pun kabur dan tidak jelas.
Kalau kita banding dengan peruntukan yang sedia ada, amat jelas. Bila kita lihat seksyen 22(2A) di dalam akta ibu yang sedia ada, Tuan Yang di-Pertua, dengan jelas kita nampak dan saya baca dalam bahasa Inggeris, “The Committee shall request from the Council its advice”. Siapa yang bertanggungjawab untuk memohon? Disebut committee, state planning committee. Daripada siapa? The Council. Kita jelas, tidak ada kabur, tidak ada ambiguity apa-apa. Jadi saya minta pandangan.
Sebab itu, selain daripada kritikan yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor, peruntukan 20B ini perlu ditolak atas alasan itu juga. Minta pandangan.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang Berhormat Bukit Gelugor, sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Saya dengar tadi Yang Berhormat Bukit Gelugor kata peruntukan seksyen 20B ini akan mengikat. Dia buat satu pertanyaan kemungkinan mengikat dan tidak berperlembagaan. Sedar tidak, Yang Berhormat Bukit Gelugor, bahawa dalam peruntukan kita sekarang ini tidak ada panel provision pun? Tidak ada panel provision bermakna tidak binding. Bila tidak binding, cuma kemungkinan yang akan ada dalam bentuk persuasive order, lebih kurang macam itu saja. Persuasive order, high persuasive order. Maknanya tidak mengikat. Boleh kita guna, boleh kita ikut dan boleh kita tidak ikut. Itu maksud saya. Minta tolong jelaskan.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan menjawab kepada Yang Berhormat Setiu dulu. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Setiu kerana menjelaskan bahawa peruntukan itu tidak mengikat. That is exactly what we want, it cannot be binding. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Setiu, beliau juga seorang peguam.
Seorang Ahli
Hakim, hakim.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Hakim. Lagi dahsyat.
Akan tetapi apa yang perlu kita tekankan di sini, Tuan Yang di-Pertua, adalah sekiranya ia tidak mengikat, why are we having this amendment? Apakah keperluan rang undang-undang ini?
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Buang masa.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Bukan sahaja buang masa...
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Niat jahat.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Bukan sahaja buang masa, ia melibatkan dana awam. It involves public expense, the taxpayers money.
Kenapakah kita perlu, why are we wasting our time with this bill? Yang Berhormat Setiu himself have said it’s not binding. It’s a waste of time. And it is also, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, unconstitutional. Saya balik kepada apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Subang tadi, Tuan Yang di-Pertua. Saya akan akhiri atau menggulung dalam beberapa minit.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Berkenaan dengan apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Subang berkenaan dengan sama ada seksyen 20B tersebut adalah kabur ataupun tidak, saya bersetuju dengan apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Subang tersebut. Memang ianya adalah kabur dan ini merupakan satu lagi sebab untuk menolak peruntukan tersebut. Akan tetapi ini I would say respectfully, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, bahawa ini adalah satu sebab yang secondary tetapi yang utamanya kenapa rang undang-undang ini perlu ditolak adalah sebab ia langsung tidak berguna dan ia melibatkan dana awam yang perlu kita elakkan.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih. Saya telah dengar apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Ipoh Barat berkenaan dengan State-Federal relationship dan kuasa-kuasa negeri.
Akan tetapi saya ingin tanya Yang Berhormat Bukit Gelugor, adakah perlu kita ada satu sistem semak dan imbang, check and balance yang lebih kukuh kerana projek-projek pembangunan melibatkan keuntungan yang besar dan mungkin kita perlu ada sistem di mana kita boleh buat check and balance terhadap kerajaan negeri pun. Ini kerana jika kita tengok masalah macam di Lojing, masalah di Gua Musang dengan logging yang di bawah kerajaan negeri, jika mereka buat secara yang tidak begitu baik untuk alam sekitar ataupun Orang Asli, apakah ruangnya untuk kita semak dan imbang itu?
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Ataupun Lynas diluluskan di satu tempat, jika negeri katakan saya ada kuasa atas tanah, saya boleh buat. Apakah sistem dia untuk kita semak undang-undang. So, mungkin kita kena fikirkan adakah proses yang lain. Katakan kita beri kepada Federal, ini langgar pada constitution and juga ada perasaan, ada kekhuatiran isu-isu partisan akan masuk sini. So, jadi adakah perlu kita bawa satu macam council rakyat yang boleh juga bagi input untuk projek-projek pembangunan, ada yang ada masalah atas alam sekitar, ada masalah atas petani kecil, pemakanan kita atau food security di mana kita boleh wujudkan satu lagi level.
Saya ingat perlu because all these development projects ini berkaitan dengan berjuta-juta ringgit. And sometimes state governments, ini state government whether pembangkang or BN boleh *diinfluence.
So,* kita perlu satu sistem di mana rakyat biasa boleh soalkan, boleh bawa isu-isu macam ini. So I want bertanya, do you really feel that maybe this act harus bawa satu lapisan di mana you know environmental group, NGO-NGO macam itu pun diperkasakan, diberi satu mandate untuk menimbulkan isu-isu macam ini. So, kita boleh ada check and balance tapi tanpa partisan, tanpa kita rampas kuasa negeri. Apa pandangan?
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Yang Berhormat Bukit Gelugor, boleh? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Penampang.
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya harap selepas ini Yang Berhormat Bukit Gelugor boleh gulung ya. Ramai lagi yang berminat, ini baru pembahas yang kedua. Saya difahamkan rang undang-undang ini kita hendak habiskan hari ini.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ha? Hari ini meh?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya lah meh...
[Ketawa] Okey, sila.
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin tambah apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Sungai Siput tadi. Di Sabah, kita baru-baru ini dikejutkan dengan skandal yang besar di Jabatan Air di mana wang sebanyak RM100 juta telah ditemui di rumah dan juga pejabat pegawai kerajaan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air. Mungkin Yang Berhormat Bukit Gelugor boleh mengusulkan, I mean membawa satu soalan kepada Menteri di mana sistem check and balance ini bukan sahaja dibuat oleh MACC ataupun badan-badan kerajaan tetapi segala projek patut dikeluarkan dan dibentangkan kepada public so that the public can see how much is spend, dengan izin, berkenaan dengan projek-projek ini dan berapa wastage yang ada seperti mana yang didapati oleh Auditors General. Terima kasih.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Bukit Gelugor tentang isu bahawa akta ini tidak merangkumi Sabah dan Sarawak sebab- sebenarnya kalau pindaan ini tidak ada impak terlalu besar mengenai advice. Di dalam isu ini, Kerajaan Persekutuan meminta advice daripada state government but exclude Sabah dan Sarawak.
Can I have your opinion? Kalau boleh itu berikan pandangan, kenapakah dia tidak merangkumi Sabah dan Sarawak. Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih kepada kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat tadi. Berkenaan dengan check and balance, Tuan Yang di-Pertua dan sama ada ianya berkaitan dengan Sabah dan Sarawak. Saya percaya bahawa berkenaan dengan town and country planning issues, Sabah dan Sarawak tidak- ataupun is not included di dalam undang-undang tersebut. Itu adalah sebabnya- ini adalah fahaman saya bahawa pindaan ini tidak melibatkan Sabah dan Sarawak.
Akan tetapi isu yang timbul adalah terpakai kepada keseluruhan negara iaitu berkenaan dengan check and balance. When we talk about check and balance Tuan Yang di-Pertua, what do we mean by check and balance? We mean transparency. Itu adalah check and balance kepada saya. Now di dalam kes ini, check and balance yang dimaksudkan oleh kerajaan, apakah itu *check and balance? It means it must go to the desk of the Prime Minister.
The Prime Minister must chop,* itu bermaksud check and balance kepada kerajaan. That is not check and balance dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.
The Prime Minister is given too much power. Why we are giving him this power to arbitrarily dengan izin, he can potentially arbitrarily reject planning permission or cadangan untuk menolak land reclamation for example, melalui advicenya, if that advice is binding tetapi I’m grateful to Yang Berhormat Setiu *who legally is of the opinion that it is not binding as well.
That’s why I would like to,* dengan izin, menggulung ucapan saya Tuan Yang di-Pertua, by asking the Minister when he replies untuk menjelaskan apakah tujuan sebenar pindaan rang undang-undang ini dan kenapa kita perlu membebankan the taxpayers dengan satu undang- undang yang kita sudah ada seperti yang saya telah tunjukkan di dalam peruntukan- peruntukkan tersebut yang telah pun saya timbulkan tadi. Itu sahaja. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya, dengan izin, memohon untuk menolak rang undang-undang tersebut. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Lama tak dengar Yang Berhormat Sabak Bernam. Sila.
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Pertama kali, saya ingin merakamkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah melantik Yang Berhormat Tanjong Karang sebagai Menteri Penuh dan juga Timbalannya lah yang dilantik semula...
[Tepuk]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Wah, ampulah itu.
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
Tak ada ampulah, biasalah kerja.
Seorang Ahli
Biasa dah diampu?
[Ketawa]
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana diberi kesempatan turut serta dalam perbahasan Rang Undang- undang Akta Perancangan Bandar dan Desa dan juga tahniah dan mengalu-alukan langkah kerajaan untuk meminda Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. Dengan penekanan kepada aspek penilaian impak sosial dalam projek pembangunan sama ada oleh pihak kerajaan dan juga pihak swasta. Ini adalah langkah yang terbaik untuk mengukuhkan walaupun kita dengar tadi ada pro dan kontra, langkah kerajaan ini adalah tepat masanya kerana Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] telah melalui evolusi beberapa pindaan.
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
Pertama, pindaan pada tahun 1993 iaitu Akta 866 yang mengambil kira perkhidmatan pembetungan. Kedua, pindaan tahun 1995, Akta 933 yang mengukuhkan aspek pemeliharaan alam sekitar. Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) kemudiannya pindaan tahun 2001 Akta 1129 yang mewujudkan Majlis Perancangan Fizikal Negara dan penubuhan Jawatankuasa Perancangan Wilayah dan terakhir pindaan pada tahun 2007 Akta 1313 yang mengambil kira pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini memasukkan seksyen baru 20B yang mewajibkan tiap-tiap jabatan ataupun agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk mendapatkan nasihat Majlis Perancangan Fizikal Negara mengenai cadangan pemajuan pembangunan pinggir laut. Saya hendak bagi beberapa contoh yang melibatkan Parlimen Sabak Bernam kerana mungkin pada ketika itu kerajaan tidak ada penasihat dan saya dapati ada beberapa bangunan di pinggir laut terutama di Parlimen Sabak Bernam iaitu sekolah SBPI di bawah Kementerian Pendidikan, politeknik di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, Akauntan Negara di bawah Kementerian Kewangan, ILDAS, ILJAS dan juga beberapa bangunan di bawah kerajaan negeri.
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
Saya dapati kemungkinan pada ketika itu belum ada akta ini kerana mungkin setiap kementerian ia memberikan dan merancang apabila dapat peruntukan terus buat. Akan tetapi apa yang berlaku ialah apabila berada di pinggir laut, pemendapan telah berlaku di semua bangunan di kawasan pinggir laut terutama di kawasan Sungai Lang. Pihak JKR pun sudah menganalisis dan saya pun sudah bawa banyak kali di bawah Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri yang mengatakan pemendapan itu apabila dibuat oleh pihak JKR, ia berlaku dari tahun ke tahun ia mendap sehingga mungkin ada ruang yang boleh pelajar-pelajar itu masuk di dalam bawah bangunan melalui bangunan pelapis yang di bawah itu. Inilah saya menyokong bahawa perkara ini perlu ada akta ini.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Yang Berhormat Sabak Bernam.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Gerik bangun.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Yang Berhormat Sabak Bernam, kita membincangkan Akta Perancang Bandar dan Wilayah yang cuma melibatkan kawasan majlis daerah, majlis perbandaran dan juga dewan bandaraya. Selama ini apa yang kita tahu setiap perancangan yang dibuat dalam ketiga-tiga kawasan ini mesti dimasukkan dalam sebuah jawatankuasa yang boleh menentukan boleh bangun atau tidak boleh bangun.
Pada pandangan Yang Berhormat Sabak Bernam, kenapa boleh berlaku juga seperti yang berlaku di negeri Selangor sehinggakan kita menghadapi kesan air sendiri sampai hari ini tidak boleh selesai? Minta pandangan Yang Berhormat Sabak Bernam.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
Terima kasih Yang Berhormat Gerik ya. Ini nanti akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Insya-Allah bahawa sekiranya ada akta ini nanti, bahawa penyelesaiannya akan dapat diselesaikan.
Saya hendak sambung lagi sikit. Baru-baru ini berlaku banjir besar dan melibatkan kawasan di pesisiran pantai di Semenanjung Malaysia dan kawasan Selangor dan juga Sabak Bernam juga terlibat. Kita lihat bahawa pelajar-pelajar daripada beberapa buah institusi pengajian yang berada di Sabak Bernam itu telah bercuti. Ini kerana mungkin pada ketika itu perancangan bandar dan juga pihak JKR kementerian tidak melihat. Jadi apabila nanti akta ini diluluskan, kita akan mendapat nasihat. Bermakna kesan daripada pembinaan itu telah melibatkan beberapa hari pelajar tidak dapat belajar.
Tuan Yang di-Pertua, isu pembangunan lestari telah diperkenalkan sejak 1987 lagi dalam Laporan Brundtland yang menekankan pembangunan bestari dan implikasinya kepada masyarakat dan negara sama ada daripada segi fizikal, sosial dan ekonomi. Pindaan akta ini secara keseluruhannya akan memberi manfaat bagi mengenal pasti impak sosial yang terhasil daripada projek yang dicadangkan. Langkah-langkah pemantauan dan faedah positif manfaat kepada masyarakat dan alam sekitar.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
Umpamanya Paya Indah Wetland seluas 619 hektar yang diwartakan sebagai kawasan hijau yang dilaporkan telah ditukar status sebagai tanah pembangunan. Sekiranya diteruskan pembangunan di kawasan ini akan memusnahkan ekosistem semula jadi yang menjadi habitat pelbagai spesies flora dan fauna. Malah pembangunan di sini akan menjejaskan sistem pengairan termasuk kemungkinan banjir di kawasan persekitaran terutama Dengkil.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya pindaan seksyen 21A, subfasal 3(a) yang bertujuan untuk memasukkan perenggan baru 21A(1)(ea) untuk mengehendaki kandungan laporan pemajuan turut dimasukkan laporan analisis dan langkah mitigasi bagi impak sosial dan lain-lain impak. Dalam hubungan ini, pembangunan di lereng bukit memerlukan perhatian yang serius. Ini peristiwa tragedi Highland Tower, 11 Disember 1993 yang mana berada di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor, tanah runtuh akibat hujan lebat yang berterusan dan mengakibatkan 48 orang kematian.
Tragedi Highland Tower ini satu daripada tiga blok kondominium di Taman Hillview Ulu Klang, Selangor pada 11 Disember 1993 tragedi ini baru runtuh yang pertama dan terburuk. Kajian geologi Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM), Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan beberapa orang pakar daripada beberapa buah universiti telah mengkaji punca tanah runtuh yang berlaku di Highland Tower. Saya pendekkan bahawa kerana musim tengkujuh hujan yang turun 10 hari dan kadar air luar biasa. Tidak ada tanaman tutup bumi dan kesilapan daripada reka bentuk tembok penahan dan lain-lain. Inilah yang saya hendak nyatakan bahawa penasihat daripada kementerian ataupun daripada kerajaan adalah diperlukan. Ini kerana kita bimbang perkara ini akan berlaku lagi.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan. Sejauh manakah pindaan akta ini mampu mengawal perancangan pembangunan oleh kerajaan negeri dan juga syarikat yang tidak mengambil kira aspek sosial ini?
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula peranan dan tanggungjawab Majlis Perancangan Fizikal Negara yang telah ditubuhkan semenjak tahun 2003 lagi khususnya untuk terus memperkasakan peranan dan bertanggungjawab dalam menyelaras semua dasar dan aktiviti berkaitan perancangan bandar dan desa.
Bagi memastikan penggunaan sumber dan pembangunan yang lebih seimbang dan mampan di peringkat negeri dan negara. Dalam perkembangan pembangunan yang pesat masa kini, peranan MPFN adalah penting dalam meningkatkan perhubungan dan kerjasama antara setiap kerajaan negeri terutama dalam menyelaras dan menangani isu-isu pembangunan yang melewati sempadan negeri bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan secara berkualiti.
Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih. Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak mula dengan kata yang banyak...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tuan Pengerusi di peringkat- bukan di Peringkat Jawatankuasa ya, Tuan Yang di-Pertua.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Oh!
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tidak sedar apa yang dia cakap.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua, minta maaf. Terima kasih atas peluang untuk berucap yang saya hendak bermula dengan katakan banyak bandar di Malaysia tidak dibuat atau dirancang, dibentuk melalui perancangan yang baik dan rapi.
Kesesakan jalan raya di banyak kawasan bandar adalah kerana hasil daripada perancangan bandar dan wilayah yang begitu teruk, yang tidak ada wawasan. Ini berlaku pada masa dulu, sekarang. Kalau di bawah Barisan Nasional nampaknya selama-lamanya keadaan yang kurang perancangan rapi di pembuatan pembinaan satu bandar akan berlaku.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Misalnya kita lihat Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional di Putrajaya. Kita lihat sampai sekarang kereta diletakkan di tepi jalan. Ini sepatutnya satu bandar yang baru bukan bandar yang lama macam Kuala Lumpur, parkir tidak cukup. Ramai pegawai kerajaan dan juga mereka yang hendak buat urusan di kementerian terpaksa letak kereta di luar bangunan. Kita lihat amat kurang pengangkutan awam yang bawa orang pergi ke Putrajaya. Dulu apabila kerajaan buat Putrajaya, sudah pun janji adanya LRT dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Akan tetapi sampai sekarang LRT masih belum, tidak buat, telah dijanjikan tetapi tidak dilaksanakan.
Saya juga difahamkan yang pada asalnya daripada segi perancangan Putrajaya sepatutnya ada satu tempat letak kereta yang ada banyak tempat parkir di bawah tanah di Dataran Putrajaya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Kita makan dulu ya.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Okey, makan dulu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Okey.
Baiklah Yang Berhormat kita tangguhkan persidangan kita sehingga jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, saya jemput Yang Berhormat Seputeh untuk menyambung perbahasan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Seputeh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. saya hendak sambung ucapan yang saya buat tadi, yang mana saya pernah sebut yang apabila kita lihat kesesakan lalu lintas, kesesakan jalan raya di pusat bandar, semua ini adalah hasil daripada perancangan bandar dan wilayah yang teruk. Ini mungkin kita inherit daripada dulu tetapi saya rasa yang kalau kita lihat pembangunan bandar, saya adalah wakil rakyat daripada Kuala Lumpur dan apa yang DBKL dan Kerajaan Persekutuan buat sekarang sebenarnya menjadikan keadaan lebih serius dan kalau kita tidak campur tangan, kerajaan tidak ada satu perancangan bandar yang rapi, keadaan ini akan berterusan.
Tadi saya juga ada sebut sedikit tentang Putrajaya. Putrajaya didirikan daripada satu kawasan luar bandar, kawasan yang sepatutnya estet. Ia sepatutnya dijadikan sebagai model pada semua kerajaan negeri atau tempat, model city. Akan tetapi kalau kita lihat keadaan di Putrajaya sekarang, parkir tidak cukup, ramai pegawai kerajaan terpaksa letak kereta di luar bangunan. Bagi pelawat dan juga warganegara yang ada urusan untuk dijalankan di kementerian di Putrajaya, mereka juga terpaksa letak kereta di tepi jalan atau pun jalan lama, baru boleh masuk buat urusan mereka. Ini semua adalah satu tanda yang mana, this one should be a model city tetapi apabila ia dibuat, parkir pun tidak cukup. Bagaimana kita hendak tonjolkan ini adalah contoh kepada kawasan pembangunan bandar dan desa yang lain?
Saya difahamkan apabila Putrajaya dibina, kerajaan telah menjanjikan adanya kereta api atau LRT dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Akan tetapi mana itu LRT, mana itu landasan kereta api? Ia dijanjikan tetapi tidak buat dan saya juga difahamkan bahawa sepatutnya apabila Putrajaya dirancang, dataran Putrajaya di underground sepatutnya ada satu underground car park yang besar untuk semua pegawai kerajaan dan juga pelawat tetapi mana ada underground, sampai sekarang pun tidak ada. Kita lihat, kita ada bangunan yang canggih di Putrajaya tetapi kereta letak di tepi jalan, berselerak begitu sahaja. Kita tidak memberikan satu imej yang bagus juga kepada pelawat asing dan juga orang luar.
Saya hendak tahu, bilakah underground car park dirancang itu akan diadakan? Saya hendak katakan kesemua masalah yang saya sebutkan tadi menjadikan Putrajaya tidak mesra kepada rakyat. Sebagai satu buah bandar yang orang rasa lecehlah hendak pergi Putrajaya kerana tidak ada pengangkutan awam, yang tidak ada bas yang kita kata regular untuk bawa orang pergi ke sana. Ini memang satu township yang mana keperluan asas tidak dibuat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi saya hendak tanya, sama ada ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau ini Majlis Perancang Fizikal Negara pernah beri nasihat kepada pihak yang membuat Putrajaya pada waktu itu. Kalau tidak, apabila sekarang Putrajaya kita lihat ada banyak projek perluasan bandar itu dilakukan, adakah Majlis Perancang Fizikal Negara atau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan beri nasihat kepada mereka supaya masalah yang kesilapan dulu tidak diulang lagi?
Saya juga perhatikan, kalau kita lihat pembangunan atau pun perluasan bandar dan desa banyak di negara maju termasuk juga perkembangan perluasan bandar di negara China. Kerajaan negara-negara asing ini selalu mula dengan merancang sesuatu perkembangan atau perluasan bandar itu dengan mengadakan jalan raya terlebih dahulu.
Kita lihat kalau kita pergi ke second line city, di China, kita selalu lihat perluasan sesuatu bandar itu bermula dengan four lanes, jalan raya yang empat laluan di setiap belah. Apabila mereka hendak kembangkan sesuatu bandar itu, mulakan dengan jalan dahulu, selepas itu mereka mulakan dengan landasan kereta api dulu, selepas itu baru rumah dibuat, baru kedai dan kompleks itu dilakukan.
Sebenarnya ini adalah apa yang kita perlu buat apabila kita ada perluasan bandar dan juga desa. Akan tetapi saya rasa kesal, yang praktis seperti ini tidak berlaku di Malaysia.
Jelasnya...
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Tuan Yang di-Pertua, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Putatan bangun, Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Putatan baru masuk. Sila.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Saya tertarik perbahasan Yang Berhormat Seputeh. Soal model yang diambil daripada negara China. Buat jambatan dahulu, buat jalan dulu, baru kembangkan perbandaran baru. Jadi setuju atau tidak Yang Berhormat, kalau jambatan kita buat dahulu, kita buat sungai boleh? Kita bina jambatan dahulu, baru kita buat sungai boleh? Jadi saya ambil peluang ini sebab di Sabah ini, banyak kawasan yang tidak mempunyai infrastruktur seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Bolehkah Yang Berhormat setuju kalau kerajaan juga kita buat jambatan dahulu, buat jalan raya yang empat lanes itu baru kita kembangkan supaya negeri Sabah dan Sarawak dapat maju? Kalau tidak ada jambatan, kita buat jambatan dahulu, baru buat sungai.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
[Bangun]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ya, sila.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Hendak buat atau tidak Yang Berhormat, jambatan kah sungai?
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Saya hendak lintasi, menjangkau luar sempadan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Okey.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Pengalaman saya, Yang Berhormat Seputeh, seperti mana Yang Berhormat Seputeh meluahkan ketidakpuasan hati di atas sifatnya itu dalam facilities dan privilege yang sepatutnya diadakan sebelum didirikan bangunan-bangunan tersebut. Walaupun dalam keadaan dah pun beberapa tahun ini, rintihan dan juga rungutan daripada pengguna dan mereka yang hendak berurusan dengan pihak kementerian itu mendapat kesukaran yang amat sangat. Pengalaman saya sendiri pun, terpaksa parkir luar dan berjalan hampir satu setengah kilometer. Jadi ada ruang di luar situ, di luar sana, di depan bangunan itu, dia buat parkir juga tetapi parkir yang berselerak dan tidak ada sifatnya sebagai complete parking yang sebenar.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Apakah Yang Berhormat Seputeh bersetuju kalau sekiranya Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberikan tumpuan kepada penambahbaikan atas parking yang ada itu di upgrade kan, naikkan tiga tingkat atau empat tingkat supaya kemudahan itu tidak disengsarakan pada pengguna.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Apa pandangan Yang Berhormat Seputeh kalau pembaziran wang yang lain itu boleh dilakukan, tidak pula pada yang ini. Ini keperluan asas wajib kepada pelanggan atau rakyat Malaysia. Apa pandangan Yang Berhormat Seputeh. Terima kasih.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih sahabat-sahabat saya. Saya hendak mula dengan cadangan Yang Berhormat Putatan. Buat jambatan dulu selepas itu buat sungai. Ini Barisan Nasional di Sabah lah...
[Disampuk] Kita lihat banyak ‘white elephant’, ini semua dibuat. Ini kerana konsep macam ini, buat jambatan, ada kontrak ada projek untuk kawan-kawan dia lepas itu baru kita buat air...
[Dewan riuh]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Sebenarnya saya tahu Yang Berhormat Putatan ini mahu berucap, dia mahu taruk Menteri juga mungkin. Akan tetapi yang rang undang-undang ini tiada kena mengena dengan Sabah kan? Jadi dia buat cadangan macam itu.
Tentang tempat parking, ini memang satu masalah khususnya kita lihat di pusat bandar macam Kuala Lumpur. Sebenarnya saya hendak masuk tentang isu parking dan juga Kuala Lumpur. Kita lihat kalau di Kuala Lumpur pun, pusat bandar, ibu negara kita ini, selalunya kita lihat DBKL dia bila ada pemaju hendak buat rumah, hendak buat projek kondominium baru buat jalan. Ini perancangan kita. Selepas itu bukan DBKL atau kerajaan buat jalan dulu selepas itu baru benarkan kondominium dibina. Itu sebab kita lihat kesesakan trafik semakin serius dan juga pengangkutan awam, bas itu pun tidak tahu macam mana jalan sekarang kerana tiba-tiba ada projek banyak di sana sini.
Semua ini membayangkan yang bad planning juga berlaku di ibu negara kita. Saya sebenarnya rasa sangat kesal. Saya sebenarnya hendak tanya pihak Menteri, apakah yang Putrajaya seperti masalah yang saya sebutkan tadi, terletak di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau di bawah kawalan Akta Perancangan Bandar dan Desa ini? Ini kerana bila saya baca yang Akta Perancangan Bandar dan Desa, saya lihat ada banyak muka surat tentang Perintah Wilayah Persekutuan Labuan
(Pemerluasan dan Ubah Suaian), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, banyak muka surat tentang ini tetapi tidak sebut tentang Putrajaya, tidak sebut tentang Kuala Lumpur.
Jadi apabila saya hendak sebut tentang masalah perancangan yang begitu teruk di Kuala Lumpur ini, adakah Jabatan Fizikal Negara kah ataupun kementerian yang menjaga perumahan dan kerajaan tempatan, adakah di bawah bidang kuasa mereka? Sebenarnya saya ingin tanya adakah yang Majlis yang disebutkan dalam akta ini ada kuasa untuk memberi nasihat kepada DBKL ataupun Perbadanan Putrajaya ini? Ini kerana memang apa yang kita lihat perancangan khususnya di Kuala Lumpur ini semakin teruk sekarang.
Banyak kawasan yang tidak ada bas, tidak ada LRT misalnya di kawasan saya, Jalan Kuchai Lama, Jalan Klang Lama dan sebagainya kita lihat yang kondominium yang diluluskan sekarang ini boleh sampai lebih daripada 40 tingkat dan tempat itu ada banyak tempat tidak ada bas. LRT tidak melalui tempat itu, MRT tidak ada. So, macam mana?pagi tadi Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan kata, “Oh! Kerajaan hendak menggalakkan orang ambil pengangkutan awam”. Memang kita suka ambil pengangkutan awam tapi masalahnya perancangan yang begitu tidak teratur ini sudah menjadikan pengangkutan awam, kalau hendak buat LRT pun tidak tahu macam mana hendak masuk. Bas pun ada banyak lane, ada banyak lorong dan jalan sekarang, mereka pun tidak tahu route mana yang paling sesuai bagi bas untuk melalui tempat itu.
Jadi sebagai penduduk di Kuala Lumpur mereka tidak ada pilihan selain daripada memandu kereta sendiri. Apabila semua orang pandu kereta sendiri kita lihat yang keadaan trafik di Kuala Lumpur ini menjadi semakin serius. Ini adalah memang satu masalah yang besar. Begitu juga saya lihat di Kuala Lumpur yang Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL, mereka hendak tambah lagi penduduk di Kuala Lumpur daripada 1.5 juta sekarang hendak tambah kepada 3 juta. Jadi mereka kata yang alasan diberi oleh Menteri dan juga Datuk Bandar ialah mereka mahu jadikan Kuala Lumpur sebagai satu bandar yang hidup, alive, yang ada live kata mereka. Ini kerana ada lebih orang duduk dalam Pusat Bandar Kuala Lumpur ada lebih live.
Saya tidak nafikan ini. Kalau kita lihat Hong Kong, kalau kita lihat Shanghai semua ini- mereka ada night life dan juga memang ramai orang di pusat bandar. Akan tetapi kalau kita lihat kebanyakan orang di sana mereka tidak ada kereta sendiri tetapi mereka naik LRT, MRT dan sebagainya dan bas, teksi juga 24 jam mereka tidak over charge kita.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Akan tetapi ini tidak berlaku di Kuala Lumpur. Macam mana kerajaan, Kementerian Wilayah Persekutuan dan juga DBKL hendak bawa masuk lebih orang duduk di Kuala Lumpur tanpa ambil kira trafik?
Tuan Yang di-Pertua saya hendak ambil satu contoh. DBKL pada tahun lepas telah luluskan satu projek. Kononnya adalah untuk pegawai kerajaan kerana ramai yang tidak mampu beli rumah, jadi mereka bina satu kondominium yang sangat padat dan sangat tinggi kepadatannya di Bukit Jalil. Bukit Jalil sudah jadi satu tempat yang sangat sesak dari segi trafik. Bila ada orang main bola di sana habis kita, semua kawasan persekitaran dari Puchong, Klang Lama dan sebagainya semua akan kita paralyze, tidak boleh gerak bagi kereta. Sekarang mereka mahu buat lapan blok apartmen. Dalam satu kompaun lapan blok sama-sama bawah adalah tempat letak kereta untuk penjawat awam.
Lapan blok ini kononnya 2,000 unit tahu. Sebanyak 2,000 unit untuk satu kondominium, saya duduk di kondominium 400 lebih unit sudah pun cukup ada masalah hendak bagi JMB kah hendak mentadbir atau menguruskan management kondominium kita.
Sekarang 2,000. Kalau satu unit ada empat orang duduk, 2,000 unit maksudnya ada 8,000 orang, kalau lima orang duduk dalam satu unit maksudnya ada 10,000 orang duduk dalam lapan blok kondominium yang sama itu.
Penjawat kerajaan pula semua kena datang bekerja, melaporkan diri pada pukul 8.00 pagi. Macam mana keluar? Mereka akan melalui traffic jam dalam car park, dalam kondominium itu, satu jam dahulu selepas itu keluar ke Bukit Jalil satu jam lagi, sesak kerana kesesakan trafik di jalan raya selepas itu baru boleh sampai ke tempat kerja mereka.
Bukanlah ini satu kepahitan atau pressure yang kita letak pada penjawat kerajaan kita yang terpaksa duduk dalam kondominium ini. Ini diluluskan oleh DBKL dan diluluskan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Jadi bagi saya ini satu bad planning, ini projek baru tapi diluluskan dengan cara begitu sahaja.
Jadi saya hendak tahu sama ada Majlis Fizikal Negara kah semua ini, mereka ada, do they have a say over project ini yang begitu teruk dari segi perancangan dia. Sebenarnya apakah makna bagi…
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ya, sila.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Seputeh, sedarkah Yang Berhormat Seputeh kadang-kadang blok-blok kedai juga dibina berdekatan dengan highway. Maknanya reserve daripada highway dengan blok-blok kedai dan juga apartmen yang dibina itu terlalu dekat. Saya tidak tahu macam mana, how to survive lah. Maknanya saya kira mungkin undang-undang yang ada dahulu terlalu mudah dilihat akan tetapi sekarang ini tidak praktikal langsung. Akan tetapi pembinaan demi pembinaan terus berlaku dalam bandar raya ini.
Saya tengok malah di Taman Melati contohnya dengan Taman Melawati begitu dekat. Jadi mungkin kah ini suatu yang sudah obsolete tetapi harus kerajaan melihat balik supaya ia tidak mempunyai masalah kerana sebelah highway itu ada blok-blok kedai dan juga apartmen. Apa pandangan Yang Berhormat Seputeh tentang hal ini?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih sahabat saya. Saya setujulah.
Ini adalah masalah tentang perancangan yang saya sebutkan tetapi saya nak tahu sama ada yang kementerian ini di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa ini, mereka ada kuasakah atas DBKL bila bad planning seperti ini berlaku. Bolehkah penduduk di Kuala Lumpur mereka mengadu dan juga di Putrajaya, mengadu kepada kementerian ataupun jawatankuasa atau majlis ini bila mereka menghadapi masalah seperti ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga nak sebut tentang projek infrastruktur yang kalau kita baca yang pindaan dalam rang undang-undang ini di bawah fasal 20B(1)(b)(i) iaitu berkenaan dengan apa-apa pembinaan infrastruktur utama negara termasuklah (i) lapangan terbang, pelabuhan laut, pelabuhan darat, rangkaian pengangkutan kereta api, lebuh raya, stesen jana kuasa, empangan dan tapak pembuangan sisa toksik; dan. Semua ini adalah kewajipan bagi agensi-agensi kerajaan ini untuk mendapatkan nasihat daripada Majlis mengenai cadangan pemajuan berhubungan dengan projek-projek infrastruktur yang disebutkan tadi.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Kalau kerajaan nak buat pindaan macam ini, ini adalah nak sekat mungkin ada kerajaan negeri, mungkin ada rancangan untuk buat projek-projek seperti ini. Jadi, yang kementerian ada kuasa untuk menentukan sama ada boleh diluluskan atau tidak.
Akan tetapi bila Kerajaan Pusat, bila mereka nak buat projek infrastruktur, bila mereka buat pengumuman, adakah mereka berunding dengan kerajaan negeri dahulu? Saya nak ambil satu contoh, macam kereta api berkelajuan tinggi iaitu high speed train yang menyambungkan Kuala Lumpur dengan Singapura itu. Oh! Kerajaan pergi nak buat MoU dengan negara ini, negara itu, sudah mengheboh-hebohkan dengan projek kereta api berkelajuan tinggi. Apa yang tahu, yang projek ini ia ada tiga perhentian di Johor, satu perhentian di Melaka, satu di Putrajaya. Akan tetapi projek ini yang kereta api berkelajuan tinggi ini memang melalui tanah Selangor.
Akan tetapi, adakah Kerajaan Selangor memberi persetujuan? Adakah mereka ada perundingan dahulu sebelum Perdana Menteri membuat pengumuman itu kerana ia melalui tanah negeri Selangor? Tak ada satu perhentian pun di Selangor. Kenapakah ini berlaku?
Oleh kerana kita tahu di Selangor kita ada enam juta lebih penduduk yang mana mereka perlukan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi seperti ini. Kenapa tidak ada rundingan dahulu sebelum ia diumumkan? Saya rasa ini adalah satu sikap bypass kerajaan negeri yang mana tidak sejajar dengan jiwa yang termaktub dalam pindaan rang undang-undang yang kita bahas hari ini.
Satu lagi projek infrastruktur Kerajaan Persekutuan macam River of Life.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Simpang Renggam.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ya, sila.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Saya meneliti hujah Yang Berhormat. Kita tengok Kerajaan Pulau Pinang, bila mereka mencadangkan projek terowong dasar laut, bawah dasar laut. Itu pun tak pernah maklumkan pada Federal Government. Apa pandangan Yang Berhormat?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat, dari Johor bukan? Yang Berhormat juga tidak ada di jawatankuasa fizikal negara dan sebagainya. Mana Yang Berhormat tahu tidak diumumkan?
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Seputeh.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Eh! Menteri dah jawablah. Mana saya tak tahu. Menteri pun tak jawab dalam surat.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Seputeh, minta penjelasan. Saya dari Pulau Pinang. Yang Berhormat Tasek Gelugor. Okey, saya nak confirmkan...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Hah! Ini yang jahat itu...
[Dewan riuh]
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Siapa jahat? Siapa jahat?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Siapa yang jahat? Buktikan saya jahat. Tarik balik! Tarik balik pertuduhan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Tarik balik!
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Hei! You nak cakap apa? Cakap cepat.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Hei! Tarik baliklah. Yang Berhormat Seputeh jahat!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tak boleh tuduh orang jahat dan niat itu...
[Dewan riuh]
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Hah! Ini macam budak-budak tadikalah.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Main tuduh-tuduh you jahat, you jahat. Apalah.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua, kita tahu apa yang dia buat dahululah. Dia baca semua...
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Matured sedikitlah, matang sedikitlah.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Khabar angin daripada internet.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Matang sedikitlah.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Selepas itu ada buat satu ucapan di sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tak boleh cakap orang jahat, Yang Berhormat.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Tarik balik!
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Memanglah. Ini semua tidak berniat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tarik balik Yang Berhormat, ya. Tarik balik Yang Berhormat.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Tarik balik! Saya jahat fasal apa?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya tarik balik dengan niat tak betul.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Apa saya jahat fasal apa?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat, tarik balik yang jahat tadi. Tak boleh macam itu Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua. Saya nak...
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Tarik balik!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sebentar. Sebentar Yang Berhormat. Tarik balik yang kata “Ini yang jahat” tadi. Tak boleh cakap macam itu kepada Ahli Parlimen, Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya tarik balik tetapi tukar kepada tidak berniat betul [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya tak nak layan dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tarik balik itu. Tarik balik Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Memang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tarik balik “Ini yang jahat” kepada Yang Berhormat Tasek Gelugor...
[Dewan riuh]
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Tariklah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tariklah Yang Berhormat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tariklah.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Tarik baliklah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tanpa syarat, tariklah Yang Berhormat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tariklah. Malulah...
[Dewan riuh]
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Tarik balik.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Seputeh, tariklah bukannya tarik rambut pun. Tarik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Sebentar, sebentar Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat Seputeh untuk tarik balik “Yang Berhormat Tasek Gelugor ini yang jahat” itu Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Dah tarik.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Sudah tarik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tariklah Yang Berhormat. Tanpa syarat Yang Berhormat tarik.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya sudah tarik balik, ganti kepada tidak berniat betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tak payah ganti- ganti. Tarik balik yang itu.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya sudah tarik balik yang jahat itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Okey.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tengok! Ada orang yang makan cili, sekarang dia tahu pedaslah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tak boleh macam itu.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Hah! Itulah tengok dia punya mulut, dia punya mulut lagi jahat tahu?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tak boleh cakap macam itu.
Seorang Ahli
Tuan Yang di-Pertua, dia kena tarik balik sekarang.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Tasek Gelugor kena tarik balik sekarang.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Dia punya mulut pun jahat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Nak bagi jalan, nak bagi jalan Yang Berhormat?
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Seputeh, saya nak beritahu Yang Berhormat Seputeh...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Tasek Gelugor kata saya pun jahat. Memang dia tarik balik.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Seputeh, saya mahu beritahu itu terowong dasar laut tak ada dimaklumkan kepada...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Dia nak kena tarik balik.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
...Sesiapa di peringkat kerajaan...
[Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Okey, terima kasih...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tasek Gelugor, tarik balik yang kata Yang Berhormat Seputeh jahat tadi itu.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Saya tarik balik. Habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tarik balik Yang Berhormat.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Saya tarik balik yang kata pada dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Okey, ya.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Saya minta dia tarik balik jawapan dia kata pada saya. Itu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, nak bagi jalan Yang Berhormat Seputeh?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tak mahu bagilah. You ini kacau. Tak tahu apa yang dia cakap.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Dia sudah takut. Kita mahu cerita betul punya dia sudah takut.
Seorang Ahli
Mana ada takut.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, teruskan Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua, saya nak sebut tadi tentang yang projek infrastruktur macam projek River of Life. Sebenarnya cadangan yang membersihkan, mencantikkan Sungai Klang itu cadangan daripada kerajaan Pakatan di Selangor dahulu. Selepas itu idea ini diambil oleh Kerajaan Pusat. Itu pun tak apa. Idea yang baik kita kongsi buat sama-sama. Ini sepatutnya sikap dan juga cara kita adakan kerjasama antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat.
Akan tetapi kita lihat, bila Kerajaan Pusat ada idea ini nak buat River of Life, Oh!
Mereka heboh-hebohkan ini dan mereka tumpukan kepada Kuala Lumpur sahaja. Selepas itu, Kerajaan Pusat masuk beberapa bilion untuk cantikkan bahagian Sungai Klang di Kuala Lumpur tetapi di Selangor, mereka tak peduli langsung. Macam mana Kerajaan Pusat boleh buat macam ini? Ini projek infrastruktur, idea ini daripada Selangor tetapi yang ini kalau Kerajaan Pusat nak cantikkan, nak besarkan tebing sungai, kita alu-alukan nak buat, buat seluruh Sungai Klang sampai ke Pelabuhan Klang. Ini tidak. Hanya tumpukan kepada Kuala Lumpur sahaja. Apa yang saya rasa kesal, yang projek infrastruktur seperti ini haruslah Kerajaan Pusat buat untuk semua negeri tanpa kira ia di bawah parti mana...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ya, sila.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Seputeh, setuju atau tak, tadi ada tuduhan bahawa menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak maklum kepada Kerajaan Pusat atau Persekutuan. Di mana kita juga rasa kesal kerana Kerajaan Pusat tidak pernah maklumkan kepada kerajaan negeri. Bila ada Ahli-ahli Parlimen yang sebut macam itu, setuju atau tak Yang Berhormat Seputeh, ini mencerminkan mereka tidak faham Perlembagaan Malaysia, di mana Perlembagaan Malaysia ini, penggunaan tanah itu adalah hak dan kedaulatan negeri yang tidak patut dicabuli, yang kalau kerajaan negeri rasa perlukan nasihat daripada Kerajaan Pusat, perlu kita maklum. Itu tidak ada masalah tetapi akhirnya, kuasa itu adalah kerajaan negeri sebab penggunaan tanah, di mana undang- undang sekarang yang wujud akan dipinda sebenarnya telah melanggar kedaulatan negeri.
Di mana penggunaan tanah ini sekarang perlu mendapat sungguhpun dikatakan nasihat atau pandangan tetapi akhirnya ia akan menggugat kedaulatan negeri.
Saya juga ingin dapatkan pandangan daripada Yang Berhormat Seputeh, tadi sebut Kerajaan Pusat tidak dimaklumkan tentang terowong dan penambakan laut. Macam mana mereka boleh berdiri di sini bertanya bila sebenarnya mereka sudah tahu? Sehingga sekarang, projek itu telah diumumkan banyak kali.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Oleh kerana undang-undang ini belum dikuatkuasakan, sepatutnya Perdana Menteri bolehlah memberi pandangan dia di Parlimen kah atau dalam perjumpaan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, apakah pandangan mereka, adakah mereka bersetuju atau tidak. Mereka ada apa-apa kekhuatiran, mereka boleh bawa kepada Yang Berhormat Bagan tetapi tidak pernah sekalipun Perdana Menteri kemukakan pandangan beliau. So, saya tidak faham kenapa. Yang Berhormat Seputeh boleh terangkan kenapa mereka meloncat-loncat di sana kata tidak dimaklumkan? Sekian, terima kasih.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Yang Berhormat Seputeh, sikit. Lumut.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Kota Tinggi hendak tanya sedikit, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ada dua orang yang bangun. Ya Yang Berhormat Kota Tinggi.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Kota Tinggi boleh tanya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Lumut dulu atau Yang Berhormat Kota Tinggi?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Tinggi. Yang Berhormat Seputeh tunjuk Yang Berhormat Kota Tinggi.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Saya hendak tanya Yang Berhormat Seputeh, tadi dia kata terloncat-loncat, saya tidak hendak jawab tetapi dia kata kita tidak faham Perlembagaan. Adakah kedaulatan negeri? Ya, hak dan budi bicara negeri, bidang kuasa negeri. Kedaulatan negeri ini ada kah? Jadi saya hendak tanya- yang kita tidak faham Perlembagaan ini, yang kata terloncat-loncat ini.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Yang Berhormat Seputeh, saya ingin tambah apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu dan juga Yang Berhormat Kota Tinggi. Saya ada mengemukakan soalan. Bunyi soalan macam ini, “Minta Menteri menyatakan, apakah manfaat yang diperoleh oleh Majlis Perbandaran Manjung setelah bekerjasama dengan firma Kinta Berkat dalam membangunkan Sitiawan Sentral dan sejak bila MPM dibenarkan jadi pemaju perumahan?” Soalan saya ditolak, Yang Berhormat Seputeh.
Jawapan kepada penolakan itu disebabkan oleh dikatakan soalan saya itu tidak dijawab, “Sesuatu pertanyaan tidak boleh dikeluarkan berhubung dengan apa-apa perkara yang terkandung dalam Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan”. Jadi apa yang dibentangkan sekarang bertentangan dengan jawapan yang diberikan kepada saya. Apakah pandangan Yang Berhormat Seputeh? Terima kasih.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Yang Berhormat. Memang saya bersetuju yang kerajaan negeri ini ada bidang kuasa atas tanah. Jadi yang mengehendaki kerajaan negeri mendapat persetujuan daripada Kerajaan Persekutuan tentang projek infrastruktur dan sebagainya, ini memang mencabuli bidang kuasa kerajaan negeri. Saya berharap rakan-rakan yang membangkitkan isu terowong dan sebagainya di sini kena tahu, faham bahawa bidang kuasa kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, saya...
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Seputeh, boleh kalau saya nak tanya sikit?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Simpang Renggam, hendak bagi?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Okey. Tak payah marah dia, Yang Berhormat.
Datuk Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Kita bukan menyoalkan sama ada bidang kuasa siapa. Cuma, kita dapat membongkar satu pembohongan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bagan kerana beliau kata pernah beliau memaklumkan kepada Kerajaan Persekutuan tetapi kita dapat jawapan daripada Menteri Kerja Raya mengatakan, tidak pernah pun menerima sebarang permohonan daripada pihak kerajaan negeri. Itu sahaja. Kita di sini bukan menyoalkan sama ada bidang kuasa siapa atau masalah Perlembagaan.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Tak relevanlah itu.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya sudah kata pembangunan sebegini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan terowong itu juga belum dibuat, masih dalam bentuk cadangan dan juga perhatian sahaja.
Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera
Yang Berhormat Seputeh...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Mengapakah semua isu ini dibawa tentang Pulau Pinang dan sebagainya? Saya rasa ini tentu ada...
Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera
Yang Berhormat Seputeh...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini ada muslihatlah ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bukit Bendera, slow down.
Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera
Yang Berhormat Seputeh, saya jawab.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Muslihat yang rakan-rakan sebelah sini untuk mengadakan pindaan macam ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bukit Bendera bangun, hendak bagi?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ya, sila. Sila, Yang Berhormat Bukit Bendera.
Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya hendak jawab...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Bukan hendak jawab, Yang Berhormat.
Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera
...Tuduhan yang berkenaan. Hendak tanya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, minta pandangan Yang Berhormat Seputeh.
Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera
Minta pandangan Yang Berhormat Seputeh mengenai tuduhan yang dibuat kononnya tiada pemakluman mengenai projek terowong kepada Kerajaan Pusat. Seperti mana kita semua tahu, projek terowong itu kini berada dalam proses mendapat penilaian impak alam sekitar (EIA), detail EIA. Maksudnya engagement dengan Jabatan Alam Sekitar. Tidakkah Jabatan Alam Sekitar itu sebahagian daripada Kerajaan Pusat? Jika ya, adakah Yang Berhormat Seputeh bersetuju bahawa tidak timbul isu tiada pemakluman? Sebab, memang sebahagian dalam proses itu adalah perundingan dengan jabatan Kerajaan Pusat. Minta pandangan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Memanglah sekarang waktu ada perbincangan, perundingan dengan agensi- agensi kerajaan termasuk juga pegawai di Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya.
Saya rasa semua rakan di sebelah sana membangkitkan isu yang menyoal tentang Kerajaan Pulau Pinang ini adalah kerana mereka cemburu, mereka jealous terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Itu sebabnya ada pindaan macam ini. Memang ada niat yang tidak begitu baik. Bukan jahat ya. Tidak begitu baik, tidak begitu benar hendak mengadakan rang undang-undang ini dibentangkan di Parlimen kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan, tidak panjang lagi. Akta Perancangan Bandar dan Desa ini saya hendak mencadangkan adakan fasal yang mengehendaki kesemua projek rancangan perumahan lebih daripada 100 ekar itu harus memperuntukkan tempat beribadat agama untuk semua. Kadang-kadang kita lihat ada banyak desa ataupun tempat kediaman yang baru dan luas, selalunya hanya ada masjid dan surau sahaja tetapi bagi agama selain daripada Islam, mereka tidak diperuntukkan apa-apa tempat.
Selepas itu mereka buat secara haram di tepi jalan, di kedai ataupun di rumah dan selepas itu dijadikan satu isu di kalangan penduduk itu dan pihak berkuasa negeri terpaksa mengambil tindakan terhadap mereka dan wakil rakyat ataupun kerajaan negeri ada masalah untuk cuba memindahkan semua tempat beribadat ini.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Akan tetapi, kalau ia dijadikan sebahagian daripada undang-undang, selepas bagi apa-apa projek pembangunan campuran yang lebih daripada 100 ekar dikehendaki juga memberi peruntukan untuk membuat tanah kubur, mungkin columbarium dan juga tempat membakar mayat ataupun tempat beribadat selain daripada Islam, jadi kalau semuanya ini kita letakkan, ini tidak ada isu.
Kita sekarang lihat yang kita mahu menuju ke sebuah masyarakat yang ada 4G internet, kelajuan internet 4G ini. Bila syarikat telco mereka letakkan itu telco tower, mana- mana tempat pun penduduk pergi buat bantahan tetapi kalau ia juga diletakkan macam TNB, macam Telekom diletakkan, dikehendaki oleh undang-undang di mana-mana projek pembangunan itu kita letakkan, jadi bila penduduk hendak beli rumah, mereka sudah tahu ia bersebelahan dengan stesen jana kuasa TNB, ia bersebelahan dengan mungkin sewage plant dan di sebelahnya mereka tahu di mana letaknya telco tower, jadi mereka tidak boleh membuat bising kerana apabila mereka membeli rumah, dalam tapak itu mereka sudah lihat ini adalah utiliti yang mana telah pun ditetapkan lokasinya. Jadi ini tidak akan menimbulkan isu di kalangan penduduk.
Walaupun isu yang saya sebutkan ini nampaknya di bawah jawatankuasa perancangan negeri ataupun pihak berkuasa negeri tetapi adalah lebih baik bagi kementerian untuk memasukkan cadangan seperti ini dalam garis panduan atau dalam rang undang- undang ini supaya kita boleh mengadakan satu dasar yang inclusive bagi semua pihak apabila kita mengadakan projek perluasan bandar dan desa atau pembangunan bandar dan desa pada masa akan datang demi keharmonian dan juga kesejahteraan masyarakat.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya ramai lagi tetapi saya dimaklumkan rang undang-undang ini akan dijawab Menteri sebelum jam 4.30 petang nanti. Jadi siapa yang sempat dipanggil, setakat itulah nanti.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
[Bangun]
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
[Bangun]
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Boleh saya cadangkan kita hadkan masa dan agihkan masa?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, baik.
Tuan R. Sivarasa - Subang
So, lebih kurang berapa minit seorang?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
PAS, PAS. PAS belum ada wakil.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak boleh had, Yang Berhormat. Kita had 10 minit pun dia tidak habis. So, agak-agak 10-15 minit seorang bolehlah ya? Akan tetapi tidak habis juga Yang Berhormat.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Lima minit seorang sudah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Kalau 10 minit...
[Mengira bilangan Ahli yang berdiri] Ada 150 minit. Dua jam. Tak sempat.
Seorang Ahli
Lima minit bolehlah. Baca ringkasan.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Sepatutnya dibuat 21 minit.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Lima minit seorang- bolehlah lima minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tak apalah, kita agak-agak 10 ke 15 minit seorang boleh lah Yang Berhormat ya?
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Yang Berhormat Bagan Serai tu kerap makan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sik lah ya, Yang Berhormat Sik dia belum berucap, belum berbahas lagi dari semalam ya.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera kepada semua...
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya membahaskan Rang Undang- undang Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2016. Pindaan ini bertujuan memasukkan peruntukan berkenaan penilaian impak sosial. Saya menyokong dan mengalu-alukan pindaan undang-undang ini.
Tuan Yang di-Pertua, usaha kerajaan dalam pembaharuan undang-undang dalam perancangan bandar dan desa tidak lain dan tidak bukan adalah bagi menyediakan undang- undang yang lebih dinamik dan efisien supaya persekitaran sosial yang lebih kondusif dapat dinikmati oleh rakyat.
Saya mengimbas kembali kronologi pindaan Akta Perancang Bandar dan Desa 1976. Pada tahun 1993 pindaan mengambil kira peruntukan Akta Pembetungan 1993. Ia diikuti pula oleh pindaan 1995 yang menyentuh soal lanjutan kejadian Highland Tower isu tanah dan mengukuhkan aspek pemeliharaan alam sekitar dan penyediaan laporan cadangan kemajuan. Seterusnya pindaan 2001 iaitu lanjutan property overhang. Mewujudkan Majlis Perancang Fizikal Negara dan rancangan struktur bagi semua negeri.
Pindaan yang terakhir pada tahun 2007 yang mengambil kira Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.
Tuan Yang di-Pertua, pada pindaan kali ini kerajaan berusaha memberi penumpuan kepada aspek penilaian impak sosial dalam projek pembangunan sama ada oleh pihak kerajaan sendiri mahupun swasta. Penilaian impak sosial ini merupakan satu mekanisme bagi mengenal pasti impak-impak sosial yang terhasil daripada projek yang dicadangkan. Ini penting agar masyarakat dilindungi daripada musibah seperti mana banjir dan sebagainya, tanah runtuh, pencemaran dan lain-lain. Ia juga mencadangkan langkah mitigasi iaitu usaha untuk mengurangkan risiko bencana baik melalui pembangunan fizikal atau kesedaran dan meningkatkan kemampuan menghadapi ancaman bencana.
Pemantauan bagi mengurangkan impak-impak sosial yang buruk terhadap masyarakat. Seterusnya bagi mengenal pasti peluang supaya dapat meningkatkan lagi faedah-faedah positif seperti peluang pekerjaan dan connectivity penduduk luar bandar dengan penduduk bandar. Pindaan 2016 akan melibatkan dua perkara iaitu seksyen baru dan pindaan terhadap seksyen yang sedia ada iaitu seksyen 20B dan seksyen 21A. Dalam seksyen baru 20B misalnya mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang ingin menjalankan kemajuan seperti lapangan terbang, pelabuhan laut dan darat, lebuh raya, empangan dan tapak pembangunan sisa toksik maka hendaklah mendapatkan nasihat daripada Majlis.
Hal ini penting agar rancangan pembinaan oleh Kerajaan Persekutuan atau negeri bersama pihak berkuasa tempatan menjadi selari. Pembangunan akan menjadi tidak sempurna jika tidak ada persefahaman di antara Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Seterusnya dalam pindaan seksyen 21A iaitu tambahan perenggan yang meminta analisa dan langkah-langkah mitigasi bagi impak sosial seperti menetapkan had bagi aktiviti perhutanan supaya tidak mengalami banjir dan sebagainya. Dengan ini pihak pemaju boleh merancang untuk meneliti membuat ramalan dan pengambilan tindakan terhadap kesan akibat pembinaan infrastruktur yang akan dilakukan.
Tuan Yang di-Pertua, sememangnya diakui bahawa dengan melalukan penilaian impak sosial akan memberi pelbagai kelebihan kepada seluruh negara. Sebagai contoh, kualiti dan kesejahteraan hidup rakyat dapat dipertingkatkan lagi tanpa menjejaskan komuniti yang terlibat. Pihak kerajaan juga dapat menjaga kepentingan rakyat di mana nasib rakyat akan sentiasa terbela dan arus pembangunan akan berlaku. Pihak swasta juga mendapat faedah daripada mengurangkan kos luar jangka, dengan mengurangkan kos luar jangka melancarkan pelaksanaan projek dan memenuhi keperluan serta memberi manfaat kepada komuniti.
Oleh itu dengan adanya proses penilaian impak sosial ini, masyarakat dan alam sekitar akan berada di satu tahap yang cemerlang dan sejahtera seperti sabda Nabi Muhammad SAW yang berbunyi, ‘Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya, dia melihat apa yang kamu lakukan’ riwayat hadith Muslim.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Saya akhiri ucapan saya Tuan Yang di-Pertua, wabilahitaufikwalhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Sik mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Subang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi saya ruang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Oleh sebab masa adalah singkat, saya pergi terus kepada poin-poin yang saya ingin sampaikan untuk pertimbangan Menteri yang berkenaan. Kita faham mungkin niat kerajaan untuk buat pindaan ini adalah untuk memperhalusi kelemahan-kelemahan yang mungkin sedia ada dan sebagainya. Akan tetapi saya nampak beberapa masalah tentang berkenaan dengan cadangan yang dibuat dengan dua cadangan penting dalam pindaan ini.
Satu, berkaitan dengan kewajipan untuk mendapat nasihat daripada Majlis Perancangan Fizikal Kebangsaan itu, nama penuh dia pada peringkat nampak kurang jelas bila itu yang saya persoalkan. Cadangan yang kedua ialah berkaitan dengan laporan-laporan impak sosial. Akan tetapi sebelum saya beri komen pada ini, saya hendak sebut kita ada kelemahan yang jauh lebih besar dalam undang-undang perancangan yang sedia ada khususnya akta ibu iaitu Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. Kelemahannya begini Tuan Yang di-Pertua, yang kita ada satu kedudukan sekarang di mana kita ada satu undang- undang perancangan untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbeza daripada undang-undang perancangan untuk seluruh negara.
Maksudnya saya betulkan itu untuk Semenanjung Malaysia (Peninsular Malaysia) sebab undang-undang untuk Sabah dan Sarawak adalah berlainan kecuali Labuan. Labuan adalah diliputi oleh undang-undang akta ibu ini. Kedudukan ini yang patut dibetulkan, undang- undang perancangan di Kuala Lumpur yang sedia ada di bawah Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 yang masih wujud dan masih berkesan memberi situasi begini. Bila ada dan ini sudah menimbulkan satu kedudukan di mana hak penduduk Kuala Lumpur adalah kurang, tidak sama dengan hak penduduk di luar Kuala Lumpur dari segi hak mereka dalam proses perancangan.
Perbezaan adalah ini, bila sesuatu permohonan untuk kebenaran merancang dengan izin, planning permission dibuat di Kuala Lumpur, biasa dalam proses ini ada hak untuk orang yang berjiran untuk membuat bantahan, didengar dan buat bantahan. Inilah amalan biasa dalam undang-undang perancangan dan hak itu dijamin untuk seluruh Semenanjung Malaysia untuk mana-mana permohonan untuk kebenaran merancang. Akan tetapi untuk penduduk di Kuala Lumpur, mereka hanya diberikan hak itu dalam dua keadaan di mana kegunaan tanah itu ditukar. The change of use of the land, dengan izin, ataupun density penduduk tanah itu dipertingkatkan, increase in density. Hanya dalam dua keadaan itu, orang yang berjiran dengan tapak yang akan dibangunkan itu ada hak didengar. Ia satu hak yang sangat penting dalam proses perancangan.
Inilah situasinya, ini mesti dibetulkan. Ini tidak adil langsung kepada semua penduduk di Wilayah Kuala Lumpur yang dinafikan hak-hak yang dijamin dengan terang kepada semua yang lain di luar Kuala Lumpur.
Kedua, Akta Ibu yang memberi hak untuk semua warganegara Malaysia di luar Kuala Lumpur juga memberi hak untuk merayu. Bila kita buat bantahan kepada badan yang menentukan kebenaran perancangan adalah kerajaan tempatan. So, kadang-kadang kerajaan tempatan menolak atau menerima bantahan.
Jadi siapa yang tak puas hati ada hak merayu kepada sesuatu badan yang juga dibentuk di bawah akta ini di Planning Appeals Board, dengan izin, di setiap negeri ada diwajibkan di bawah undang-undang ini.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Akan tetapi penduduk di Kuala Lumpur yang mungkin bantahan ditolak tidak ada mana-mana untuk buat rayuan. So, ini dua perbezaan hak yang sangat penting, sangat besar tetapi itu satu kelemahan yang sedia ada. Perkara ini telah dibawa ke mahkamah dulu tetapi tidak diselesaikan di mahkamah.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Oleh sebab mungkin mahkamah pun nampak inilah tanggungjawab kerajaan untuk buat pindaan-pindaan yang perlu untuk pastikan undang-undang kita selaras.
Memang kita tidak boleh ada keadaan-keadaan di mana ada satu one set of laws untuk Kuala Lumpur yang bagi hak yang kurang dan satu set of laws untuk seluruh Semenanjung Malaysia. Apa yang sangat mengejutkan, bila kita baca tajuk akta ibu– saya ada akta ibu di sini, kita nampak dengan terang-terang saya baca, “This act may be cited as the Town and Country Planning Act 1976 and shall apply in Peninsular Malaysia.” Jelas, tetapi hakikatnya macam Kuala Lumpur bukan dalam Peninsular Malaysia. Kalau Kuala Lumpur bukan dalam Peninsular Malaysia, saya pun tidak tahu mana Kuala Lumpur ini. Ya.
So, ini yang perlu diperbetulkan dan saya ingin syorkan kepada Yang Berhormat Menteri, silalah bawa perkara ini ke Kabinet dan kepada Peguam Negara. Kita mesti betulkan ini. Kita tidak boleh teruskan dengan keadaan ini di mana satu bilangan besar warga Malaysia yang menetap di Kuala Lumpur tetapi dinafikan hak-hak yang diberikan kepada semua yang lain di Malaysia di bawah Akta Ibu ini.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Beri laluan?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Silakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Puteh.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kalau kita lihat kepada akta yang kita bentangkan di sini, perkara 4 dalam “Tajuk Ringkas”, kita lihat akta ini mula berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jadi, bagaimanakah kalau boleh hendak disamakan apa yang dihujahkan tadi dengan apa yang disebutkan di sini bahawa akta ini akan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sedangkan Kuala Lumpur mempunyai akta yang lain dan sebenarnya mempunyai akta yang lain. Bagaimanakah hendak seragamkan? Maka apa yang dicadangkan di sini salah ini.
Bagaimana pendapat? Terima kasih.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Puteh tadi.
Inilah contoh kekeliruan ya, kecelaruan yang sedang sedia ada dalam akta-akta semua ini.
Di mana kita ada akta yang lama Akta Perancangan yang lama untuk Kuala Lumpur yang masih kekal tidak dibatalkan, tidak direpeal. Kita ada Akta Ibu ini yang berkata dia juga terpakai di Kuala Lumpur. Jadi, Kuala Lumpur nampaknya ada dua undang-undang yang terpakai pada masa yang sama dan banyak kekeliruan yang timbul akibatnya.
Inilah kelemahan yang lebih besar yang mesti ditangani oleh kerajaan. Akan tetapi kerajaan tidak menyelesaikan masalah yang besar itu dan telah bawa perkara-perkara yang tidak perlu pada pandangan saya dalam pindaan yang telah dicadangkan. Itulah yang saya ingin beri pandangan sekarang.
Pindaan pertama yang dicadangkan di sini sekarang mewajibkan setiap– saya baca ya seksyen 20B dalam bahasa Malaysia, tiap-tiap jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk mendapat nasihat Majlis untuk beberapa projek infrastruktur yang besar disenaraikan di sana. Kategori yang terbaharu yang kita nampak ialah:
(a) iaitu apa-apa penebusgunaan pinggir laut tidak termasuk penebusgunaan bagi pembinaan jeti dan pemulihan pantai.
Itu nampaknya yang baharu, yang lain semua adalah sama sedia ada dalam Akta Ibu sekarang. So, satu yang saya nampak pindaan ini memang macam kabur sebab apa dia tidak perjelaskan, satu. Bilakah kita- kewajipan mendapat nasihat ini timbul? Kita kena jelas. Waktu mana? You kena sebut.
Kalau kita bandingkan dengan Akta Ibu sangat jelas bila kita baca seksyen 22, orang yang diwajibkan mendapat nasihat tahu bila sebab bila dia baca ini dia akan lihat ini. Saya baca dalam bahasa asal itu, “When an application submitted under this section involves...” dan senarai itu adalah semua projek infrastruktur yang besar ya itu jelas, “...the Committee shall request from the council its advice.” Jelas. Bila you terima, bila you mempertimbangkan permohonan untuk kebenaran merancang, untuk projek besar, the community, kewajipan itu terletak kepada State Planning Committee terpaksa minta nasihat daripada Majlis yang tersebut.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Semua kategori projek-projek yang disenaraikan dalam pindaan ini semua ada.
Hanya tambahan baharu sahaja ialah kategori penebusgunaan pinggir laut dan sebagainya.
Kalau itulah pindaan yang perlu, just pinda itu sahajalah. Masuk kategori baharu itu dalam seksyen 22. Kenapa kita buat satu kewajipan yang baharu, yang kabur, kita tak tahu bila hendak mula. Apa yang lebih penting, siapa akan mula?
Bila kita sebut jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, siapa dia? Kita tahu kita hendak buat highway, kita kena berkaitan dengan berapa you know, badan.
Siapa yang akan bertanggungjawab untuk mendapat nasihat, bila? Ini bukan undang-undang yang baik, undang-undang yang baik mesti jelas dengan kewajipan apa-apa yang kita letak.
Jadi inilah masalah dia.
Satu lagi, kewajipan itu sudah ada macam dihujahkan tadi secara bernas oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Kenapa kita buat dua layers? Obligasi yang sama. Kewajipan yang sama. Kita buang masa, tenaga apa ini? Kita letak beban yang sangat besar atas satu proses yang sudah complicated sekarang. Ini yang tidak logik. Undang-undang kita mesti logical dan munasabah. Kita nampak di sini pindaan yang dicadangkan di sini tidak munasabah dari segi aspek itu. Ya. So, saya harap ini dapat dikaji semula sebab ini akan menimbulkan kekaburan yang lebih lagi dalam undang-undang kita.
Aspek yang kedua Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Pasir Puteh bangun.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Sekali lagi boleh? Terima kasih, Yang Berhormat Subang. Untuk menambah point daripada Yang Berhormat Subang ini untuk menyokong sebenarnya, memang jabatan-jabatan dan agensi Kerajaan Pusat dan negeri ini akan melaporkan kepada State Committee, State Perancang Committee. Maka di situlah peringkat committee negeri itu akan meminta nasihat daripada Majlis atau National Council itu. So, sudah ada.
Jadi, kalaulah jabatan-jabatan dan agensi-agensi ini semuanya ada 20 jabatan agensi dan tiap-tiap satu agensi terpaksa mendapat kajian daripada mana tidak tahu untuk membantu mereka untuk menilai yang diminta oleh Pusat Pertindihan itu akan berlaku dan ini meningkatkan kos. Tiap-tiap satu kajian itu berharga mungkin RM100,000 ke RM200,000 dan mungkin lebih lagi. Kalau sepuluh jabatan, 20 agensi melakukan kerja ini, berat. Akan tetapi kalau State Committee melakukan kerja ini satu committee sahaja yang sudah ada dalam undang-undang asal 172 itu. Terima kasih, Yang Berhormat Subang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yang Berhormat Pasir Puteh telah tangkap point ini dengan cukup jelas. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh faham apa yang dimaksudkan ini. Ya inilah point dia. Oleh sebab sekarang undang-undang yang sedia ada yang telah digubal dan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini ada peruntukan proses yang cukup jelas. Bila permohonan untuk kebenaran merancang dibuat kepada kerajaan tempatan, masa itu kalau projek itu melibatkan projek besar projek infra yang besar memang State Planning Committee wajib ada kewajipan untuk mendapat nasihat daripada Majlis di peringkat kebangsaan. Jelas.
Semua laporan yang perlu termasuk yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Pasir Puteh mungkin EIA yang perlu you know yang lengkap yang lebih detailed, social impact assessment juga semuanya akan dilengkapkan dan dihantarkan kepada Majlis. So, sebab itu mungkin tadi Yang Berhormat Simpang Renggam kurang faham kenapa Pulau Pinang mungkin proses itu belum lengkap lagi sebab laporan-laporan itu adalah tengah disiapkan.
Bila semua siap barulah itu masa yang sesuai kita hantar semua kepada Majlis di peringkat kebangsaan dan dapat nasihat mereka. Kalau laporan itu tidak siap, social impact report tidak siap, environmental impact tak siap, apa guna- apakah yang kita boleh hantar kepada Majlis?
So, sebab itu peruntukan seksyen 20B ini memang akan menimbulkan kekeliruan yang besar. You know, kita ada dua proses kita kena siapkan semua laporan dan hantar sebelum kita buat permohonan baharu untuk kebenaran merancang.
Baik, pindaan yang kedua ialah sekarang melalui seksyen ini kita tambahkan ya, satu perenggan kecil pada 21A. Tuan Yang di-Pertua, seksyen 21 atau di Akta Ibu meliputi proses- dia susulan daripada seksyen 21 ya.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Seksyen 21 adalah meliputi permohonan untuk kebenaran merancang. Kalau saya hendak robohkan rumah saya, saya hendak buat rumah baharu di Petaling Jaya sekarang saya terpaksa membuat satu permohonan untuk kebenaran merancang kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Ini wajib.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Saya akan siapkan dengan dokumentasi pelan saya yang baru itu semua saya hantar dengan fee apa-apa bayaran yang perlu. Itu seksyen 21. Seksyen 21A ini dia tambah beberapa keperluan lain macam mesti ada development concept, mesti ada location plan, site plan dan particulars of lands ownership dan sebagainya. Itu secara logik perlulah untuk hampir semua kes-kes macam itu kecil juga. Akan tetapi sekarang apa yang pindaan ini cadangkan ini kita kena faham saya harap Yang Berhormat Menteri faham ini kita sekarang tambahkan keperluan itu dengan setiap permohonan mesti ada analisa dan langkah-langkah mitigasi impak sosial dan impak yang lain seperti yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan.
Saya faham memang sosial impak itu penting itu tidak nafikan itu dan memang kita ada peruntukan yang sedia ada di undang di mana pihak berkuasa negeri boleh memerlukan social impact reports untuk beberapa permohonan yang dalam kategori-kategori tertentulah dia boleh mewajibkan itu tapi kalau kita buat pindaan dengan cara yang dicadangkan sekarang oleh kerajaan boleh bermaksud bila saya hendak renovate bangunan saya, rumah saya, saya terpaksa membuat social impact study dan masuk laporan itu. Setiap permohonan untuk kebenaran perancangan memerlukan satu social impact study. Ini yang saya tidak faham. Kita faham kepentingan social impact study tetapi untuk kategori di mana dia berguna, dia munasabah untuk mengambil kira itu bukan untuk setiap kes kita renovate atau kita buat bangunan baru, rumah baru.
So, ini lah kita kena faham sebab itu Akta Ibu ada memadai apa yang peruntukan di akta ibu adalah logikal dan munasabah dan dia reservekan kuasa kepada kerajaan negeri untuk menentukan kategori-kategori pembangunan di mana mungkin social impact analysis perlu dan beri kuasa kepada kerajaan negeri untuk menentukan itu tetapi sekarang Kerajaan Pusat melalui pindaan ini membatalkan kuasa itu. So, kita nampak pembatalan kuasa yang munasabah itu dan membuat satu peruntukan yang terlalu luas yang tidak langsung logik.
Silakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Yang Berhormat Subang tentang perkara yang telah disentuh. Saya melihat kemungkinan pindaan yang dicadang ini tidak mengikut Perlembagaan Malaysia kerana kalau kita melihat Perkara 74 dan Perkara 77 dan senarai 3 senarai bersama perenggan 5 bahawa perancangan bandar dan kampung kecuali di ibu kota Persekutuan adalah di dalam kuasa kedua-dua kerajaan tetapi dengan pindaan ini melihat bahawa kuasa sekarang dipindah kepada Majlis kerana jabatan daripada Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri hendak mendapat nasihat daripada Majlis ini.
Maknanya kuasa mutlak sudah pindah kepada majlis dan bukan lagi dalam kuasa kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan kemungkinan ini tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan. Apa pandangan Yang Berhormat?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Baik, saya setuju kuasa I mean undang-undang berkenaan dengan, sorry saya mula sekali lagi- tajuk berkenaan perancang bandar ialah dalam Concurrent List, list kedua di mana kerajaan pusat dengan negeri boleh ada kuasa untuk membuat undang-undang.
Bagi saya kewajipan mendapat nasihat ini tidak bermasalah kalau dibuat di peringkat yang sesuai seperti sedia ada dalam akta ibu di bawah seksyen 22, tidak ada masalah sebab itu adalah nasihat. Akhirnya kebenaran, permission yang akan diberikan masih di peringkat kerajaan tempatan dan lepas itu kalau ada rayuan daripada sana di peringkat State Appraisal Board dan akhirnya di bawah State Planning Committee di cawangan negeri.
Tuan R. Sivarasa - Subang
So, yang peranan Majlis Perancangan Fizikal di peringkat kebangsaan ini adalah untuk memberi nasihat. So, sebab itu di dalam artikel Perkara 76, Perlembagaan di mana di dalam semua tajuk-tajuk di bawah Concurrent List adalah jelas apa-apa pindaan atau apa- apa undang-undang yang dibuat di peringkat Dewan Rakyat mesti dipersetujui di peringkat Dewan Undangan Negeri.
Jadi bagi saya Tuan Yang di-Pertua dan saya harap Yang Berhormat Menteri boleh faham ini kita buat pindaan ini pun tidak gunakan kalau kerajaan negeri tidak setuju. So, adakah konsultasi yang saya hendak syorkan, adakah konsultasi atau perundingan yang betul-betul dibuat secara mendalam berperingkat-peringkat dengan semua badan-badan di peringkat kerajaan negeri juga sampai ke peringkat Exco termasuk Menteri-Menteri Besar sebab inilah apa pindaan-pindaan yang kita cadang ini hari adalah impak kepada kuasa kerajaan negeri dan kalau kita tidak buat perundingan yang luas itu yang mendalam itu mungkin tentunya kerajaan negeri pun tidak akan menerima pindaan-pindaan ini dan kalau kerajaan negeri tidak bersetuju, undang-undang tidak boleh pakai di sana. So, kita buang masa sahaja kita luluskan di sini tetapi tidak akan diamalkan, tidak akan dilaksanakan di peringkat kerajaan negeri.
Jadi, saya haraplah Yang Berhormat Menteri boleh kaji semula cadangan-cadangan ini rujuk balik kepada yang buat drafting. Dengan hormatlah saya hendak sebut ini bukan drafting yang telah difikirkan secara mendalam. Apa-apa yang kita buat pindaan kita kena fikirkan secara mendalam dan seksyen 20B itu memang nampak tidak clear, kabur, tidak jelas.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Yang Berhormat Subang, sebelum Yang Berhormat Subang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Silakan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Subang. Cuma ada satu dalam seksyen baru yang 20B itu ada dinyatakan bahawa nasihat Majlis harus diperoleh mengenai cadangan pemajuan yang telah disenaraikan.
Jadi satu yang saya rasa agak kabur dan saya minta penjelasan supaya apabila kita meluluskan sebarang rang undang-undang itu kita tetap dengan definisinya. Jadi, adakah nasihat Majlis yang diperlukan di sini di bawah seksyen baru 20B itu memberi maksud bahawa itu satu nasihat yang menjadi mandatori wajib ataupun ia hanya cuma sekadar nasihat iaitu advisory. Kalaulah ada percanggahan antara definisi mandatori wajib ataupun advisory adakah saluran-saluran tertentu yang tetap supaya ada saluran rayuan kalau sekiranya pihak kuasa tempatan ataupun pihak kerajaan negeri tidak bersetuju kepada nasihat yang diutarakan oleh Majlis. Terima kasih.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong atas soalan itu. Pada pandangan saya Tuan Yang di-Pertua, saya seksyen 20B ini yang di mana bunyinya lebih kurang sama dengan sekarang yang sedia ada di seksyen 22(2A) itu kewajipan itu adalah untuk memohon nasihat, memohon sahaja. Itulah kewajipan dia. So selagi saya sudah sediakan semua laporan dan saya hantar satu permohonan untuk nasihat saya sudah laksanakan kewajipan itu jelas sama ada majlis itu kebangsaan itu hendak bagi nasihat, tidak mahu bagi nasihat itu adalah isu lain dan proses pembangunan itu proses permohonan untuk kebenaran merancang itu boleh diteruskan di peringkat kerajaan tempatan di peringkat kerajaan negeri dengan atau tanpa nasihat itu. Itulah saya nampak.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Kalau begitu saya minta penjelasan sekali lagi kalaulah ia sekadar meminta nasihat daripada majlis adakah ini bermaksud apa yang telah disyaratkan di Perlembagaan 76 yang mengatakan kalau berlakunya sebarang ketidaksetujuan jadi ia harus diberikan kuasa balik kepada pihak kerajaan negeri ataupun pihak kerajaan tempatan.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang saya sebut tadi kalau kerajaan negeri katakan ini diluluskan oleh Dewan yang mulia ini dan diluluskan di peringkat atas peringkat Senate tetapi pada masa yang sama mana-mana kerajaan negerilah dapat nasihat dan mengambil pendirian bahawa mereka tidak setuju dengan pindaan ini.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Semua pindaan ini tidak boleh dilaksanakan di mana-mana negeri itu dan undang- undang yang sedia ada di akta ibu, kekal untuk dilaksanakan. Itu pandangan saya dan itu cukup jelas daripada peruntukan-peruntukan di Perlembagaan. Sebab itu, di dalam hal perancangan bandar dan desa, Kerajaan Pusat mesti berhati-hati sebab ini adalah dalam Concurrent List di mana negeri ada kuasa. Sebab apa pun kita hendak buat, jangan kita buat tergesa-gesa. Jangan kita terlalu ghairah. Kita mesti buat perundingan mendalam dengan kerajaan negeri dan baru kita boleh dapat satu muafakat untuk membuat apa yang terbaik untuk rakyat secara keseluruhan.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
[Bangun]
Tuan R. Sivarasa - Subang
Kita mengakui mesti ada kerjasama, mesti ada perkongsian maklumat, mesti ada planning yang ada selaras tetapi kena buat perundingan dengan semangat yang dengan itu juga.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Yang Berhormat Subang terakhir sekali.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya, very fast. Tuan Yang di-Pertua sudah buat...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terima sebulat suara dengan apa yang telah dihujahkan oleh Yang Berhormat Subang. Kalaulah kita berasa bahawa ada perkara-perkara yang harus didalami secara terperinci lagi, saranan saya supaya rang undang-undang ini ditarik balik supaya dikaji semula oleh pihak AG’s Chamber dan kita kembali dan meneliti sekali lagi sebab sementara.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tuan Yang di-Pertua, cadangan oleh Yang Berhormat Jelutong saya masuk dalam ucapan saya kerana itulah pandangan saya sendiri juga. Saya hendak utarakan kepada Yang Berhormat Menteri, itulah yang terbaik untuk dilakukan dalam keadaan sekarang. Buat perundingan secara mendalam dengan semua pihak, khususnya kerajaan negeri supaya apa-apa pindaan ini boleh apa yang disetujukan oleh kerajaan negeri.
Itu sahajalah saya ingin sampaikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bagan Serai.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
[Berucap dalam bahasa Arab] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, beri saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2016.
Saya mendengar dengan teliti perbahasan yang telah berlaku dan sepanjang petang ini. Banyak perbincangan tentang negeri dan Federal dan banyak juga perkataan yang diulang-ulang, dibelit-belit, yang dililit-lilit, yang terbelit-belit, terlilit-lilit sampai tidak tahu di mana hujung pangkalnya. Tiba-tiba minta Yang Berhormat Menteri faham.
Tuan Yang di-Pertua. Peranan perancangan bandar dan desa ini adalah sangat penting untuk negara hendak pergi ke negara maju. Peranan ini adalah penting untuk memandu mengawal guna tanah, pembangunan guna tanah dan juga penempatan.
Penempatan manusia di kampung-kampung, di bandar dan sebagainya. Cabaran utama pada abad ke-21 ini ialah bagaimana untuk menjalankan rancangan bangunan tetapi untuk meletakkan kesejahteraan umat, kesejahteraan manusia dengan sumber yang terhad dan melakukan pembangunan yang mampan.
This is the reality, Tuan Yang di-Pertua dengan izin. Saya melihat saya mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana telah berjaya bawa perkara ini. Akta 172 ini telah dipinda empat kali. Kalau kita lihat dengan suasana-suasana perkhidmatan pembetungan, isu Highland Towers, mewujudkan MPFN dan akhirnya tentang pengurusan sisa pepejal. Ini perkara-perkara yang penting untuk negara yang hendak pergi ke negara maju. Ini menunjukkan betapa prihatinnya dan kini dalam akta ini kita lihat yang akan membetulkan banyak tentang pemilihan khidmat impak sosial ataupun saya sebut lepas ini Social Impact Assessment (SIA).
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Melibatkan dua perkara, seksyen baru seksyen 20B, dan pindaan pada seksyen 21A. Seksyen baru memperkatakan tentang penebusgunaan pinggir laut dan juga pembinaan infrastruktur utama. Infrastruktur utama. Lapangan terbang, lebuh raya, jana kuasa, rail road dan juga pembinaan empangan. Ini besar, ini cerita besar dan apakah impak? What’s the impact? What’s the good impact? Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Apakah impak positif?
Apakah impak negatif yang bakal melanda? Ini yang kita hendak jaga supaya rakyat dalam sejahtera. Ini penekanan di dalam pindaan akta ini. Saya lihat ini penekanan dalam pindaan akta ini.
Kalau saya sebutlah di Parlimen sayalah, di Parlimen Bagan Serai. Lapangan terbang dah kena cancel. Lebuh raya terima kasihlah pada KKR, baru-baru ini sudah dirasmikan persimpangan bertingkat di Alor Pongsu. Bukan saya hendak ceritakan tentang empangan. Bagaimana empangan ini dan pemikiran tentang SIA ini. Bagaimana? Sebab apa yang kita hendak lihat sekarang kesejahteraan umat. Rakyat jangan marah. Rakyat mengecapi pembangunan yang dilaksanakan. Itu sebab daripada awal, daripada mukadimah perbahasan ini, saya katakan bidang perancangan bandar adalah satu benda yang crucial, yang very important, yang penting untuk bawa negara kepada negara maju.
Saya ucap tahniah pada kementerian kerana bawa benda ini. Empangan Tasik Bukit Merah wujud 1906 dengan keluasan 4,000 hektar dan kawasan tadahan lebih kurang 480 kilometer persegi, menyediakan pengairan utama kepada pesawah-pesawah padi, petani- petani di kawasan Parlimen Bagan Serai untuk menanam dua kali setahun. Lebih dari 24,000 hektar. Ini juga di jadikan penggunaan domestik dan perindustrian di Parlimen ini. Juga, empangan ini menyediakan kawasan untuk pelancongan umpamanya di Bukit Merah Resort umpamanya. Banyak yang sudah pergi ke Bukit Merah Resort dan pernah tengok Pulau Orang Utan. Siapa tidak pernah tengok Pulau Orang Utan, datang Parlimen Bagan Serai.
Empangan ini juga menyediakan tempat cari makan untuk nelayan-nelayan darat.
Ada jeti-jeti untuk mereka cari makan. Apa yang saya hendak nyatakan di sini dari segi aspek SIA. Aspek SIA ini, kalau kita lihat dari sudut kesihatannya dia macam juga occupational hazard sebenarnya. Dia juga macam job related diseases, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Maksud saya apa? Kalau lapangan terbang bising. Kalau bising apa jadi? Long term. Jadi pekak. Kalau lebuh raya umpamanya, asap. Habuk, asap dan sebagainya apa jadi? Paru- paru, lungs. Paru-paru boleh rosak, long term tempat yang berhabuk, berasap dan juga di pinggiran pantai umpamanya.
Akan tetapi dari segi, empangan saya hendak cerita sebab itu saya sangat-sangat berbangga dengan pindaan yang akan dibuat ini kerana akan menilai dari aspek penilaian impak khidmat sosial. Sosial itu. Apa jadi pada rakyat sosial? Pembangunan, best. Mampan tak? Apa jadi pada rakyat? Empangan Parlimen Bagan Serai. Empangan Tasik Bukit Merah pada kalau tidak silap saya pada Mei lepas telah kering kontang. Banyak yang katakan sebab El Nino sebab panas, air kering. Sawah tidak dapat di airi. Padi tidak dapat ditanam. Padi lambat ditanam. Padi rosak. Pendapatan jatuh. Petani susah. Petani menderita. Ini impak sosial yang kita hendak fikir. Ini impak sosial yang kita kena fikir, bagaimana kita hendak meringankan impak sosial. Akan datang. Akan datang ini, banyak lagi lebuh raya hendak buat ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Selangor baru bangun Yang Berhormat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Di Malaysia banyak lagi lebuh raya hendak buat ini. Sila Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya bila mendengar apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bagan Serai mengenai penilaian impak sosial. Dalam pindaan akta rang undang-undang ini, saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat Bagan Serai.
Lebih-lebih lagi dalam konteks, bila dalam seksyen baru 20B ini berkenaan dengan “Apa-apa penebusgunaan pinggir laut tidak termasuk penebusgunaan bagi penggunaan jeti ataupun pantai…” Di sini saya lihat sebagai Pengerusi Kemajuan Ikan Malaysia. Apabila nelayan-nelayan yang ada di seluruh Malaysia, tiba-tiba ada kerajaan negeri yang ingin membuat penambakan laut, apakah nasib nelayan tersebut? Jadi, saya fikir adanya seksyen baru ini sudah tentunya memberikan masa depan nelayan-nelayan terjamin.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Setidaknya untuk memastikan bekalan ikan sentiasa mencukupi dalam negara kita.
Saya mohon pandangan daripada Yang Berhormat Bagan Serai. Terima kasih.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang Berhormat Kuala Selangor ini selalu ada fikiran yang bernas, yang patut di ketengahkan. Terima kasih. Sekali lagi saya hendak ulang Tuan Yang di-Pertua.
Tentang SIA dan kesan kepada rakyat umpamanya. Saya mengambil contoh Parlimen Bagan Serai kerana memang terjadi. Apabila tasik kering kontang di katakan sebab El Nino, sebab pemanasan tetapi mungkin juga sebab kawasan tadahan diceroboh. Mungkin juga sebab pertanian-pertanian yang tidak dirancang dibuat menyebabkan air tidak dapat ditakung.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Juga bila berlaku hujan dikatakan El Nino. Nanti apabila berlaku hujan, air tidak dapat dilepaskan. Maka, tasik akan menenggelamkan pulau. Jadi, ini social impact. Apa yang jadi? Kawasan padi, makanan security negara. Petani-petani yang memperjuangkan nasib, bagi rakyat makan, menderita. Alhamdulillah banyak yang turun masa itu. Pegawai banyak yang turun, terima kasihlah. Turun balik, akhirnya petani dapat RM200 one-off. Terima kasih kerajaan negeri...
[Tepuk] TQ and TC, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Thank you and tak cukup. Macam mana hendak cukup, RM200 hendak raya masa itu. Kita lihat hari ini mereka tidak dapat tanam padi. Sekarang ini waktu menanam sudah sampai, mana hendak cari duit untuk beli benih. Mana hendak hutang lagi? Hutang bertambah lagi. Saya bercakap tentang Social Impact Assessment (SIA) supaya masa depan tidak akan berlaku benda-benda macam ini. Hari ini tengok depan mata kita berlaku.
Rakyat di Parlimen Bagan Serai yang bersawah menderita, susah berhutang. Masuk dalam surat khabar, masuk dalam Sinar Harian, masuk dalam macam-macam paper. Tidak cukup, pergi buat laporan polis lagi pun ada. Laporan polis. Saya pun hairan kenapa buat laporan polis? Oleh sebab sudah tidak tahu apa hendak buat. Jadi, saya minta kerajaan fikir tentang perkara ini. Tengok-tengok perkara ini. Tambah-tambah Parlimen Bagan Serai ini baru sahaja menang.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua...
[Disampuk] Anasir Tuan Yang di-Pertua. Saya bercakap tentang Social Impact Assessment (SIA) supaya rakyat tidak menderita, supaya rakyat bergembira, supaya rakyat apabila negara hendak pi maju tidak sampai empat tahun lagi ini sama-sama kita mengecapi. Parlimen Bagan Serai pun hendak mengecapi apa yang kita dapat hari ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Dia tunjuk dengan siapa Yang Berhormat? Dengan Yang Berhormat Sekijang?
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Sekijang senyum.
Saya tunjuk dekat Yang Berhormat Bukit Gantang selepas ini. Yang Berhormat Bukit Gantang pun duduk mendoakan sesuatu.
Tuan Yang di-Pertua, ini penekanan yang saya hendak buat. Saya melihat perkara ini adalah penting. Saya ingin bertanya kepada kementerian. Ini cerita SIA. Kosnya macam mana? Jangan nanti kita- selalu banyak benda, daripada segi kesihatan, daripada segi pendidikan, apabila sampainya fulus, al-fulus problem. Duit problem. Saya tidak mahu dengar itu. Oleh sebab kita hendak buat ini, kita hendak pi negara maju. Kosnya berapa? Kosnya ke mana? Apakah keberkesanan daripada penilaian impak ini? Siapa yang hendak buat?
Tindakan mitigasi yang macam mana? Jangan sampai kita bercakap sahaja. Kita hendak kena tahu ini detail. Hari ini kita detailkan yang negeri tidak setuju, Federal, negeri. Macam negeri dengan Federal ini bergaduh saja saya dengar. Memang dia bergaduh...
[Disampuk] Penang? Penang pun bergaduh.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ulang sekali lagi bahawa Bagan Serai sangat bersetuju dengan pindaan ini. Saya mengharapkan supaya ada kesan-kesan yang baik untuk negara. Sekali lagi saya hendak ulang, kementerian ini kementerian yang penting sebab peranan perancangan desa ini adalah untuk menuju kepada negara maju.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, doktor baru hendak mencelah Yang Berhormat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Doktor Parit Sulong. Silakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Doktor Parit Sulong.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Saya pun kagum jugalah dengan Yang Berhormat Doktor Bagan Serai. Saya takut juga sebab takut dia terjatuh di sini, susah. Susah saya, saya risau cara dia berhujah. Akan tetapi saya tertarik dengan apa yang tadi dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai mengenai SIA ini, mengenai tempoh penyediaan dia. Siapa yang hendak menilai? Saya setuju apa yang dibangkitkan. Cumanya mungkin dalam waktu yang sama Yang Berhormat Bagan Serai menyatakan mengenai kos, siapa yang hendak menyiapkan dan segala-galanya.
Akan tetapi dalam waktu yang sama, setuju kah Yang Berhormat Bagan Serai, kalau kita masukkan juga mengenai- kadang-kadang hendak menyiapkan ini ambil masa. Jadinya, tempoh masa itu juga perlu diterangkan oleh pihak kementerian mengenai tempoh masa SIA ini supaya ia tidak terlampau lama dan boleh the effect memberi suatu yang negatif semula kepada apa-apa juga projek pembangunan di sesuatu tempat itu. Mungkin daripada segi penilaian itu juga, siapakah yang boleh untuk menilai? Oleh sebab tadi Yang Berhormat mengatakan mengenai negerilah, Pusatlah dan segala-galanya. Jadinya, dalam kes ini siapa yang hendak nilai? Negeri kah atau Pusat kah? Saya minta pandangan Yang Berhormat Bagan Serai mengenai perkara ini.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Doakan supaya saya jangan jatuh. Masukkan pencelahan beliau dalam ucapan saya.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Sebab kami sama kelab ketinggian.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Jatuh politik yang bahaya ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Suara dia besar Yang Berhormat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua, jadi sekali lagi saya sarankan kerana SIA ini kita bercakap tentang assessment, tentang penilaian, tentang impak kepada rakyat. Ini perkara yang sangat penting, sangat crucial, very-very important, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya melihat itu kerana saya ambil contoh tadi di Parlimen Bagan Serai umpamanya, apabila rakyat menderita, rakyat susah, Wakil Rakyat pun lagi susah. Saya ingat di tempat-tempat lain pun sama juga begitu. Jadi, kita fikir bagaimana untuk dapat kesejahteraan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih banyak bagi saya peluang untuk bercakap pada petang yang berbahagia ini.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Boleh celah sedikit tak?
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Saya belum tutup lagi ini.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Yang Berhormat Bagan Serai, boleh celah sedikit.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Mana?
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
First block, first block.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Silakan sahabat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, ahli kelab yang sama kan [Ketawa]
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Saya presiden, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Presiden ya.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Kelab 52. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Bagan Serai satu perkara.
Adakah Yang Berhormat Bagan Serai sedar ketika membahaskan tentang Social Impact Assessment ini, sedar bahawa sebenarnya ada direction atau pengarahan baru yang mengikut trend semasa iaitu apabila kita bercakap tentang Social Impact Assessment, dengan izin, ia mestilah memberikan memperkasa demokrasi itu sendiri iaitu dengan memberikan ruang kepada kelompok masyarakat, komuniti, mempengaruhi sebarang keputusan-keputusan yang berkaitan dengan pembangunan. Kita tengok dalam pindaan ini perkara itu tidak menjadi satu keutamaan.
Perkara diberi ialah soal perlu rujuk nasihat, dapat nasihat daripada Majlis Fizikal Negara. Tidak adapun elemen-elemen yang baru kerana Yang Berhormat cakap tadi, berbahas tentang kalau kita buat lapangan terbang, takut rakyat pekak, lebuh raya, takut rakyat sedut asap. Akan tetapi tidak ada yang di mana pindaan ini memberikan keutamaan kepada memperkasa masyarakat dengan komuniti, dengan NGO dan sebagainya. Perkara ini tidak disentuh langsung. Ini dilihat seolah-olah pindaan yang bersifat politik. Apakah pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Masalah dengan Yang Berhormat Bukit Katil ini, pasal dia katil. Tuan Yang di-Pertua, diterangkan SIA ini untuk penilaian kepada rakyat, untuk kerajaan, untuk swasta. Penceritaannya detail, yang secara mendalamnya akan dibincangkan. Kita apabila buat sesuatu akta pindaan, jangan kita fikir yang tidak baik. Kita boleh bimbang tetapi jangan fikir yang tidak baik. Ini mesti hendak tipu, mesti hendak buat ini. Bukan macam itu.
Oleh sebab kerajaan yang kita ada hari ini adalah kerajaan yang prihatin, yang sentiasa fikir bagaimana rakyat dapat disejahterakan. Jadi, ini memang bersesuaian. Pindaan ini mencerminkan kerajaan kita yang prihatin. Jadi, saya ucapkan tahniah. Malah inilah yang patut kita lakukan kerana penilaian-penilaian ini akan meningkatkan kesejahteraan rakyat, akan mengurangkan beban swasta dan akan mewujudkan kerajaan yang memberikan kepentingan rakyat di hadapan...
Tuan R. Sivarasa - Subang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Subang bangun Yang Berhormat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Hendak bagi Yang Berhormat Subang?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Soalan ringkas.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Subang ini Tuan Yang di-Pertua, tidak apalah saya tidak payah komen. Yang Berhormat Subang nantilah. Bagi saya habiskan ini. Terima kasih Yang Berhormat Subang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ini bukan ahli kelab.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Parit Buntar, Parit Buntar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Parit Buntar Yang Berhormat?
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Ha, ini sebab jiran.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Jiran, jiran.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Akan tetapi jiran ini kadang-kadang fikiran dia pun tidak berapa boleh pakai juga.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Alah.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Kena raikan jiran [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak mengapalah.
Jiran boleh cakap macam itulah Yang Berhormat ya.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Dia tidak boleh cakap macam itu. Biasalah, pandangan berbeza, itulah politik kan? Okey, saya tadi ada sebut niat baik tadi tentang akta, Yang Berhormat Bagan Serai. Saya hendak tanya, akta yang sedia ada pun dalam konteks hubungan Federal dengan negeri pun tidak dihormati oleh Federal.
Contohnya, royalti Kelantan. Itu yang sudah ada, bukan niat baik yang hendak buat. Sudah ada ini. Royalti Kelantan tidak bagi. Selepas itu royalti Terengganu duk bagi tetapi apabila pembangkang menang, tarik balik. So, macam mana Yang Berhormat Bagan Serai kata hendak berjaya? Benda yang sudah ada pun dia tidak boleh jaga, lagu mana kita hendak percaya yang hak duk buat ini? Jadi, saya minta bagi penjelasanlah. Kata pandangan yang bernas itu dipersilakanlah...
[Tepuk]
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Parit Buntar ini jiran saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Nak tambah lagi, Yang Berhormat. Dia nak tambah lagi.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Hendak tambah lagi? Aduh.
Silakan Yang Berhormat Parit Buntar.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Itu yang Kelantan. Termasuk juga- Federal dia campur tangan kuasa negeri- kita sudah ada JKK, dia pi tambah JKKP pula.
So macam mana hubungan Federal dengan negeri ini hendak dihormati kalau benda-benda begini yang dah ada pun tak dipenuhi? Dan saya rasa tidak salah, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita pertikaikan niat itu. Itu point saya...
[Tepuk]
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasihlah Yang Berhormat Parit Buntar. Ini cerita negeri dengan Federal ini negeri-negeri yang nakal yang dipimpin oleh pembangkanglah kan? Sebab itu dia tak sama.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Pasal apa pula nakal? Orang sudah pilih pembangkang. Tak bolehlah begitu.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tadi kita sudah katakan kita menghormati perbezaan, ini bezalah nama dia...
[Dewan riuh]
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Ini demokrasi.
Kena hormatlah.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Siapa-siapa yang memerintah negeri itu, dia kena hormatlah undang-undang. Itu saja.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Sudahlah Yang Berhormat Parit Buntar, duduk. Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Puteh bangun, Yang Berhormat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Silakan Yang Berhormat Pasir Puteh. Yang ini saya boleh pakai sikit.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Saya tidak mahu bercakap tentang niat-niat. Itu niat saya tak tahulah. Yang ada dengan kita ialah akta ini. Jadi, saya cukup tertariklah tentang SIA atau social impact study. Saya rasa ini mesti ada lah, kerana ia memberi kesan kepada masalah masyarakat.
Persoalan saya kepada Yang Berhormat Bagan Serai ialah apa hubungan dengan petani-petani tadi tidak mendapat air yang cukup dengan SIA? Saya tak faham itu. Itu satu.
Saya rasa itu semua takdir Allah SWT yang tak menurunkan hujan di tempat Yang Berhormat Parit Buntar ini sehingga Tasik Bukit Merah itu tidak ada air dan menyebabkan bekalan air tak cukup. Kuasa tuhan. Jadi kita tidak boleh...
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya betulkan. Bagan Serai, bukan Parit Buntar. Parit Buntar turun hujan, insya-Allah.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Ya Yang Berhormat Parit Buntar, Bagan Serai. Takdir yang Allah tentukan yang mana pengaduan itu tidak boleh kepada Kerajaan Pusat tapi kepada Allah Yang Maha Kuasa. Berdoa kepada Dia dan minta hujan. Doa hujan. Itu pun kita belajar tentang solat istisqa’. Jadi saya cadangkan supaya Yang Berhormat Parit Buntar, istisqa’ kena ada, di samping...
[Disampuk] Eh, Yang Berhormat Bagan Serai. Minta maaf, saya tertukar tadi. Itu satu.
Kemudian...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Nampak gaya Yang Berhormat Pasir Puteh kena duduk sebelah ni. Dua kali sebut salah. Yang Berhormat Parit Buntar perangai macam lain.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Satu lagi saya sokong sangat.
Satu lagi....
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Parit Buntar hujan turun.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
TQ, TS. TQ, TC...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
TQ, TC...
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
TQ, TC. Ha, itu saya sokong.
Saya sokong yang itu. Minta lagi dengan Kerajaan Pusat tambah. Insya-Allah, kerajaan akan memberi. Insya-Allah. Terima kasih.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Yang Berhormat Bagan Serai nakal, sebab itu hujan tak turun.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Pasir Puteh ini dia sekejap setuju, sekejap tak setuju. Saya pun keliru juga. Mula-mula saya nak puji dia, lama- lama saya tak boleh puji dia juga.
Tuan Yang di-Pertua, ini cerita nawaitu kita, cerita niat kita untuk buat kebaikan.
Kalau dulunya, memang semua orang ada kelemahan-kelemahan dan saya tak kata di Bagan Serai orang tak buat istisqa’. Kita buat solat hajat, kita buat istisqa’, kita buat solat taubat, kita buat ramai-ramai. Kita buat atas padang. Dan kita tak salahkan Allah SWT. Ini takdir Allah SWT tetapi yang saya memperkatakan, memperincikan adalah kesan kepada manusia dan saya memberikan contoh yang pada kebetulannya berlaku di Parlimen Bagan Serai. Jadi ini untuk masa depan. This is for future. Untuk masa depan negara maju yang kita hendak bawa ini.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagilah mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada kementerian dan pada kerajaan dan juga kepada kawan-kawan yang memberikan pendapat dan sekali lagi saya hendak ulang, saya akan sebut, bahawa Bagan Serai menyokong Rang Undang-undang Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2016.
Terima Kasih Tuan Yang di-Pertua .
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya. Saya kena panggil Yang Berhormat Gombak. Kita ada lebih kurang 15 minit Yang Berhormat ya.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua, sampai pukul berapa Menteri hendak jawab?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
The last one lah ini.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Oh? Okeylah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Fasal kita selepas itu ada masa satu jam untuk gulung habiskan ini.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Okey.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan pada petang ini.
Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasaan ini kerana saya melihat pindaan yang dicadangkan ini bukan sahaja untuk memperkukuhkan hubungan dengan Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan-kerajaan negeri tetapi yang lebih penting daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, ialah untuk memelihara kedaulatan negeri yang berkenaan dan menjamin hak rakyat di dalam negeri-negeri yang berkenaan.
Saya melihat ada dua perkara utama yang dicadangkan dalam pindaan kepada akta ibu ini. Pertama, untuk memasukkan selepas seksyen 20A yang menyatakan kewajipan untuk mendapatkan nasihat.
Persoalan yang ingin saya bangkitkan dalam perbahasaan ini ialah merujuk kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ataupun Akta 172 ini, telah pun termaktub satu klausa 20A yang bertajuk, “Kewajipan Untuk Berunding” di mana dinyatakan, “Maka hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk berunding dengan Jawatankuasa mengenai apa-apa aktiviti pemajuan yang ia bercadang untuk dijalankan di dalam negeri itu”.
Persoalan saya ialah, klausa ini telah pun termaktub dalam Akta 172 tetapi Kerajaan Persekutuan tidak pernah mematuhi seksyen 20A ini. Banyak contoh yang boleh kita berikan.
Sebagai contoh, di dalam negeri Selangor, banyak lebuh-lebuh raya yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Persekutuan telah banyak menandatangani banyak projek- projek mega dan memberikan kelulusan kepada syarikat-syarikat konsesi untuk membina lebuh raya, tidak pernah mereka berunding dengan kerajaan negeri.
Sebagai contoh, apabila Kerajaan Persekutuan memberikan kepada syarikat konsesi untuk membina Lebuhraya KIDEX, tidak dirujuk kepada kerajaan negeri. Sedangkan, sudah ada termaktub dalam Akta 172 seksyen 20A yang dengan terang dan jelas menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan perlu berunding dengan kerajaan negeri apa- apa aktiviti pemajuan yang ia bercadang untuk dijalankan di dalam negeri tersebut.
Jadi di mana keperluan untuk Kerajaan Persekutuan hari ini datang semula ke dalam Dewan Rakyat untuk tambah satu lagi kewajipan untuk mendapatkan nasihat? Nasihat apa yang diperlukan? Sedangkan rundingan tidak dijalankan, mereka bulldoze dan asak kerajaan negeri dengan pelbagai bentuk cadangan untuk memberikan kekayaan kepada kroni-kroni UMNO dan Barisan Nasional, khususnya menjelang pilihan raya yang akan datang, melanggar peruntukan-peruntukan yang ada dalam Akta 172, hari ini datang semula hendak tambah semula satu klausa. Klausa yang adapun mereka tak patuh, hendak tambah satu lagi klausa.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Oleh sebab itu saya sekali lagi ingin menegaskan tidak ada keperluan untuk meminda akta ibu ini dengan memasukkan seksyen yang baru kewajipan untuk mendapatkan nasihat. Ini kerana bagi negeri Selangor, seksyen 20A sudah cukup jelas yang menuntut supaya Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri termasuk jabatan-jabatan dan agensi yang berkaitan mesti mengadakan rundingan terlebih dahulu dan rundingan ini mestilah dibuat dengan jawatankuasa. Maksud jawatankuasa di sini ialah State Planning Committee yang bersidang hampir setiap bulan untuk menentukan apakah corak pembangunan, apakah skala pembangunan yang dibenarkan untuk memajukan negeri dan memberi kemakmuran kepada rakyat di dalam negeri yang tersebut.
Kedua Tuan Yang di-Pertua, yang ingin saya bangkitkan juga ialah cadangan untuk meminda seksyen 21A. Ini juga saya tidak nampak kewajarannya kerana sekali lagi kalau kita melihat kepada Akta 172 memang sudah ada dengan jelas seksyen 21A- maaf seksyen 21A(1A). Ini yang disebut di sini, “pihak berkuasa negeri boleh menentukan bahawa laporan cadangan pemajuan yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan kategori tertentu pemajuan hendaklah termasuk sesuatu analisis mengenai implikasi sosial pemajuan itu bagi kawasan yang menjadi perkara permohonan bagi kebenaran merancang itu”. Sudah ada satu klausa seksyen 21A(1A) yang mewajibkan mesti dibuat social impact assessment sebelum sesuatu kemajuan dibangunkan khususnya yang berskala besar.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ini kita mendukung untuk kita promote sustainable development dalam negeri yang berkenaan. Akan tetapi bukan dihapuskan seksyen 21A(1A) ini dan diserapkan di bawah seksyen 21A selepas (e) seolah-olah projek-projek yang kecil pun seperti yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Subang perlu dirujuk kepada Majlis Fizikal Negara.
Fikirkan kalau Yang Berhormat Tanjong Karang hendak ubahsuai dapur, maklumlah anak bertambah ramai, cucu bertambah ramai ataupun isteri, saya tidak kata isteri, saya tidak pasti isteri dia ramai atau tidak tetapi apakah perlu dirujuk kepada Majlis Fizikal Negara? Di mana keperluannya untuk merujuk segala-gala ubah suai dan kerja pemajuan ini kepada Majlis Fizikal Negara. Ini kerana bagi saya provision yang sedia ada sudah cukup, itu pun Tuan Yang di-Pertua akta yang sedia adapun telah dicabuli oleh Kerajaan Persekutuan.
Sekali lagi saya bagi contoh apabila Kerajaan Persekutuan menandatangani pelbagai bentuk projek, sama ada DASH, sama ada KIDEX, sama ada EKVE, sama ada SUKE, sama ada DUKE. DUKE tidak ada kajian Social Impact Assessment yang dibuat. Apa yang dibuat ialah tandatangan perjanjian dengan syarikat-syarikat konsesi, asak kerajaan negeri untuk menerima dan meluluskan. Ini tidak akan berlaku di negeri Selangor sebab itu dua tahun yang lalu kita mengambil keputusan walaupun Kerajaan Persekutuan bersekongkol dengan KIDEX, memberikan kelulusan kerajaan negeri menolak pembangunan KIDEX di dalam negeri Selangor kerana tidak mematuhi undang-undang dan peruntukan yang sedia ada...
[Tepuk] Mereka boleh asak negeri Melaka, Negeri Sembilan, negeri Johor tetapi mereka tidak boleh asak negeri Pulau Pinang, negeri Selangor kerana kita berpegang kepada peruntukan yang sedia ada. Mengapa peruntukan ini hendak dihapuskan? Social Impact Assessment ini amat penting untuk menjamin sustainable development bagi negeri yang berkenaan. Akan tetapi mereka tidak buat dan sekarang hendak diserapkan pula di bawah klausa 21A yang menjadikan keperluan untuk segala bentuk pembangunan termasuk yang kecil mesti dilakukan Social Impact Assessment. Maka Tuan Yang di-Pertua...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yang Berhormat Gombak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Subang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Gombak. Saya hendak minta pandangan sedikit tentang peruntukan 20B yang baru dicadangkan oleh kerajaan untuk meletakkan satu lagi tambahan, boleh saya sebut tambahan kewajipan untuk memohon untuk nasihat kepada Majlis di peringkat kerajaan. Tadi Yang Berhormat Gombak sudah sebut sudah ada peruntukan 20A yang cukup jelas yang telah dilanggar berkali-kali oleh Kerajaan Pusat.
Pada masa yang sama dalam Akta Ibu saya perhatikan di bawah seksyen 22(2A) kita nampak apabila permohonan untuk kebenaran merancang ditujukan kepada kerajaan tempatan dan khususnya yang meliputi pembangunan-pembangunan besar. Contoh ini di sini diperincikan (2A)(a)(b)(c) di mana kita buat township yang baru lebih besar untuk 100 hektar atau infrastruktur yang facility yang besar macam airport, seaport dan sebagainya.
Semua ini kita lihat di seksyen (2A) itu ada kebajikan yang jelas,”The committee shall request from the Council its advice on the application submitted.” Jadi bila permohonan itu diterima akan diangkat kepada State Planning Committee. State Planning Committee akan memohon nasihat daripada Majlis di peringkat kebangsaan. Jadi apabila undang-undang itu sudah ada peruntukan yang cukup jelas yang telah diamalkan sudah ada perlu kah kita tambah dengan seksyen 20A ini. Bukankah ini bertindih dan tidak berguna? Minta pandangan.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih Yang Berhormat Subang. Saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Subang kerana dalam perbahasan di peringkat awal tadi saya dengan tegas menyatakan peruntukan 20A itu sudah memadai. Untuk mewujudkan satu consultation ataupun rundingan di antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri. Mengapa perlu dipinda Akta Ibu ini dan memasukkan klausa-klausa yang jauh lebih lemah daripada apa yang sedia ada. Kalau yang disebut oleh Yang Berhormat Subang seksyen 22(2A) itu dengan jelas menyatakan kalau new township ataupun satu pembangunan baru yang lebih daripada 100 hektar. Itu kita rujuk kepada Majlis Fizikal Negara dan itu juga yang dibuatkan oleh kerajaan negeri.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Baru-baru ini ada satu pembangunan yang cukup besar di Kwasa Land. Kita bawa angkat perkara ini di Majlis Fizikal Negara kerana keluasan pembangunan ini melebihi daripada 100 hektar. Kalau kerajaan negeri boleh mengambil inisiatif ini mengapa Kerajaan Persekutuan masih lagi berdegil dan tidak mahu mematuhi peruntukan-peruntukan yang sedia ada dan cuba melemahkan lagi dan meremehkan peranan kerajaan negeri.
Sedangkan segala bentuk pindaan ataupun pembangunan yang kecil termasuk renovation ataupun ubahsuai itu adalah bidang kuasa kerajaan tempatan.
Takkan itu pun hendak kena bawa kepada Majlis Fizikal Negara. Di mana peranan Jawatankuasa Perancang Negeri? Di mana peranan SPC? Di mana peranan PBT kalau semuanya hendak diambil oleh Majlis Fizikal Negara yang bersidang tiga kali setahun maksimum. Ada ketika hanya dua kali setahun. Bagaimana negeri-negeri yang berkenaan ingin memajukan negeri tersebut kalau birokrasi yang terlalu kuat yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan?
Sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan seksyen 20A itu sudah cukup kuat asalkan Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri mematuhi dan menghormati peruntukan tersebut. Namun apa yang berlaku seperti beberapa lebuh raya termasuk juga projek-projek infrastruktur seperti LRT, MRT dan juga talian penghantaran voltan tinggi TNB. Sering berlaku sebelum ini semua pemajuan ini tidak dirujuk kepada kerajaan negeri sedangkan apabila berlaku projek-projek talian penghantaran voltan tinggi ini terpaksa melalui hutan simpan, terpaksa melalui tanah-tanah milik individu ataupun milik syarikat-syarikat tertentu.
Akhirnya membebankan kerajaan negeri seperti KIDEX, seperti DASH yang membuat consultancy dengan stakeholders dengan rakyat bukannya Kerajaan Persekutuan, bukannya kementerian, kerajaan negeri. Sedangkan semua kelulusan telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan tetapi mereka tidak membuat social impact assessment, mereka tidak engage dengan stakeholders. Akhirnya kelulusan diberikan kepada syarikat, kerajaan negeri yang terpaksa dibebankan dengan consultancy, town hall meeting, serangan, kritikan daripada stakeholders.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Jadi kalau inilah kelakuan kementerian dan Kerajaan Persekutuan, saya tidak nampak ada kewajarannya untuk mendukung pindaan ini kerana sebenarnya ianya bertambah meremehkan lagi peranan-peranan kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan untuk memastikan ada kerjasama yang lebih erat di masa yang akan datang.
Sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan pindaan yang hendak dibuat dengan memasukkan seksyen 20B ini perlu disemak semula kerana apa yang disebut dalam seksyen 20B ini dengan jelas seksyen 20B(1)(a), “apa-apa penebusgunaan pinggir laut tidak termasuk penebusgunaan bagi pembinaan jeti atau pemulihan pantai”, tidak ada sebarang perincian tentang skalanya, tentang saiz pembangunannya. Ini akan menyebabkan banyak projek akan mengalami kelewatan dan tidak dapat dilaksanakan.
Keduanya, berhubung Social Impact Assessment yang dicadangkan untuk dibatalkan subseksyen (1A) saya ingin menegaskan perkara ini tidak boleh berlaku kerana subseksyen (1A) itu sudah cukup jelas menyatakan keperluan pihak-pihak yang berkenaan melakukan SIA bagi menjamin kepentingan rakyat dan juga menjamin sustainable development dalam negeri yang berkenaan.
Akhirnya seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang, seksyen ‘22(2A)’ juga sudah cukup jelas untuk memastikan pihak-pihak yang terbabit mematuhi peruntukan tersebut dalam mengemukakan sesuatu permohonan yang berskala besar kepada Majlis Fizikal Negara dan bukannya projek-projek naik taraf yang kecil seperti longkang, parit ataupun ubah suai rumah yang pastinya akan menimbulkan lebih banyak birokrasi dan tidak memberikan kebaikan kepada negeri dan rakyat.
Dengan itu saya memohon kementerian untuk meneliti dan menghalusi pandangan ini bagi kepentingan Persekutuan dan juga kerajaan negeri. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih. Sila Yang Berhormat Menteri menjawab.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ada sikit lagi, Tuan Yang di- Pertua? Pukul 4.30 petang, ada lagi tujuh minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Boleh saya minta? Boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri KPKT yang telah membawa pindaan baru kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa ini.
Saya rasakan ini merupakan satu perkara yang sangat baik kerana ianya mementingkan rakyat, untuk kesejahteraan rakyat.
Saya juga berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri juga yang baru-baru ini telah turun padang di Selangor kerana masalah air. Masalah air ini berlaku kerana...
[Disampuk] Bagilah, ini baru hendak cerita pencemaran. Berlaku pencemaran kerana adanya kilang-kilang yang illegal yang beroperasi secara haram. Jadi bila berlaku macam itu, tidak adapun pihak kerajaan negeri mengambil kisah. Jadi bila kita hendak memperkenalkan yang baru, undang-undang baru hendak menentang pula. Di Selangor sendiri pun apa yang berlaku tidak dibuat endah pun. Tidak kisah..
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Yang Berhormat Setiu.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Sudah, masa, masa, tak sempat hendak celah, hendak celah.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Habis kalau tiga kali setahun bersidang, macam mana hendak memajukan rakyat macam ini?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Boleh tanya, boleh tanya Yang Berhormat Menteri lepas ini ya. Nanti saya hendak beritahu pasal Selangor. Akan tetapi yang hebatnya dia punya Menteri Besar dia ini turun padang juga tetapi berjumpa dengan anak dara. Anak dara pasal apa? Hotdog atau apa kah*?...
[Disampuk]* Nasi lemak! Nasi lemak anak dara! Hebat Gombak, hebat, hebat ya...
[Disampuk] Ha, inilah dia. Masalah yang berlaku, tetapi tidak ambil kisah dengan kilang-kilang haram ini.
Saya hairan bila kilang haram ada, sama ada tidak berani ataupun ada apa-apa di sebaliknya...
[Dewan riuh]
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Mungkin kita tidak tahu. Manalah tahu dekat-dekat pilihan raya ini, apa-apa pun boleh berlaku. Lama sangat dah tindakan. Okey, saya teruskan kepada pindaan.
Soalan pertama saya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, sebelum pihak Yang Berhormat Menteri bawa ke sini, seksyen 20B terutamanya, sebenarnya ada rundingan.
Rundingan dibuat di peringkat negeri, setiap negeri. Ada dibuat atau tidak?
Seorang Ahli
Ada.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Kalau ada dibuat, boleh nyatakan berapa kali dan tarikh-tarikhnya kalau boleh beritahu ya. Saya hendak sentuh kepada seksyen 20B. Seksyen 20B ini sebenarnya dia bukanlah perkara yang kata hendak dikatakan wajib. Walaupun disebut wajib di situ, tetapi untuk dapatkan nasihat. Kalau tidak ikut pun tidak ada apa masalah. Cuma untuk memperbaiki peruntukan yang sedia ada. Kalau peruntukan sedia ada perundingan, tetapi ini dilebihkan lagi untuk dapatkan nasihat.
Dia kalau seksyen 20B ini, dia rundingan kepada PFN ini sebenarnya diberikan di peringkat awal lagi, peringkat awal perancangan. Dia bukan macam kalau seksyen 22(2A)(b) tadi, dia memang kena ada daripada awal untuk dapatkan nasihat tetapi masalahnya, dia dapat nasihat itu selepas sudah ditentukan lokasinya, ditentukan jajarannya, barulah hendak dapat nasihat. Apa guna sudah? Tidak berguna langsung. Inilah kepentingan kenapa perlu ada pindaan-pindaan ini. Saya hendak nyatakan bahawa pindaan yang kita buat ini semata- mata untuk kepentingan rakyat. Tidak ada lain. Tidak lain, tidak bukan hanya kepentingan rakyat sahaja.
Saya hendak nyatakan, saya hendak ulang balik, saya katakan bahawa selama ini kita rasakan bahawa ianya tidak berperlembagaan. Kalau sebab tidak ada provision berkenaan dengan penalti, jadi saya hendak menyatakan di sini, ianya lebih berbentuk kalau tak mengikat sekali pun, ia hanya boleh disebut sebagai persuasive. Kita hendak ikut boleh, tak nak ikut pun boleh.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Setiu, boleh?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Jangan jadi macam Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Hei, lari soalan.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang Berhormat Sepang ini yang ada undang-undang yang mengikat pun, dia...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okeylah, okeylah...
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Dia pun tidak ada ikut, yang dia kata apa? Yang dia katanya undang-undang persuasive itu yang kena ikut.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Boleh soal tidak?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Apa masalah dengan Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya hairan...
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang Berhormat Sepang ini dia undang-undang lama dia kata tidak boleh. Undang-undang lama dia kata tidak mengikat...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Hendak tanya soalan ini boleh tak?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Walaupun undang-undang Mahkamah Persekutuan tidak mengikat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okeylah, okeylah. Boleh? KL Stesen.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang guna bertambah daripada Singapura, Britain, dan British. Apa yang itu persuasive? Persuasive tidak boleh digunakan kalau kita sudah ada undang-undang yang mengikat. Kena faham, ini Yang Berhormat Sepang pun tidak tahu undang-undang. Ini yang masalah dia. Dia bulldoze sahaja, dia hendak buat apa pun, dia bulldoze sahaja.
Sudah, masa dah cukup kah belum?...
[Disampuk] 29? Kalau ada 29, saya tutuplah.
Saya tutup dan menyokong pindaan kepada...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tan Sri Haji Noh bin Omar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang mengambil bahagian membincangkan pindaannya tidak banyak, dua sahaja pindaan dia tetapi hujahnya begitu panjang lebar. Saya hendak ucapkan tahniah kepada barisan Kerajaan daripada Sungai Besar, Sabak Bernam, Sik, Bagan Serai dan Setiu.
Daripada pembangkang, Bukit Gelugor, Seputeh, Subang dan Gombak dan juga rakan-rakan yang turut mencelah di antara perbahasan ini. Saya lihat, saya tidak keluar Dewan. Saya dengar daripada mula sampai habis. Bila saya dengar dengan ucapan, memang jelaslah bahawa pandangan, tafsiran pihak kerajaan dengan pihak pembangkang memang jauh sekali. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan daripada backbencher kita yang betul-betul memahami mengenai pindaan ini...
[Disampuk] Iaitu mengenai impak sosial.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya dengar sebelah sana banyak cerita. Saya akan ulas mengenai rang undang- undang ini. Impak sosial, dia tanya apakah tafsiran impak sosial. Saya hendak nyatakan kepada Yang Berhormat Sungai Besar. Tahniahlah, orang baru jadi Ahli Parlimen, menang, 9,191. Kalah sebab Yang Berhormat Gombak Yang Berhormat Menteri Besar.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tan Sri Haji Noh bin Omar
Terima kasihlah Yang Berhormat Sungai Besar. Saya hendak nyatakan bahawa berdasarkan Manual Penilaian Impak Sosial- impak sosial ditakrifkan sebagai, “Kesan ke atas individu, keluarga atau sesuatu komuniti akibat sesuatu pembangunan yang akan menjejaskan atau mengubah gaya hidup dan kualiti hidup, hubungan dan kesejahteraan rakyat.” Ini tafsiran yang betul ditanya oleh Yang Berhormat Sungai Besar, terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Serai yang telah pun memberi bukti-bukti yang mengatakan apabila tafsiran, apabila tidak ada social impact ini tidak dibuat kajian dengan betul, kesannya ialah kepada masyarakat. Terima kasih juga Yang Berhormat Sabak Bernam, juga rakan yang baca sejarah. Ini bukan kali pertama kita membuat pindaan dan bila pindaan-pindaan hari ini kita buat, saya dengar sebelah sana banyak mempersoalkan kuasa di antara Federal dan juga kuasa kerajaan negeri. Akan tetapi daripada sebelah sini telah faham bahawa tujuan kita mengadakan kajian sosial ini ialah untuk kita hendak memberikan kehidupan yang lebih sempurna kepada rakyat.
Tadi Yang Berhormat Bagan Serai ada contoh. Saya ingat tadi juga Yang Berhormat Gombak pun bangkit. Dia kata, mengapa kajian sosial tidak dibuat. Jadi sebab itulah kita hendak perketatkan undang-undang ini dengan kita membuat sedikit pindaan yang kita mewajibkan bahawa kajian sosial impak ini hendaklah dilaporkan kepada Majlis Perancang Fizikal Negara. Saya hendak pergi banyak yang menyentuh mengenai seksyen 22(2A) ini.
Saya hendak jelaskan bahawa...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Boleh minta penjelasan sikit.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Belum, saya belum terang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Hendak pergi ke tajuk lain sekarang. SIA dulu.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Tidak ada. I akan jawab you punya.
Tuan R. Sivarasa - Subang
SIA dulu. SIA saja dulu. SIA. Social impact assessment yang dijawab tadi. Point itu sebelum kita masuk point lain.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Apa dia?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya, tadi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri menjelaskan social impact assessment itu bagus untuk rakyat dan sebagainya. Sebab itu dimasukkan, diwajibkan sekarang dan perlu dilaporkan kepada Majlis Fizikal Kebangsaan itu. Kita, saya rasa kita kena state for the record lah. Sesiapapun tidak nafikan kebergunaan atau bergunanya social impact assessment itu penting bagi projek-projek skala yang sesuai. Itu yang kita kena faham. Kita mahu buat, kita tidak buang kegunaan SIA itu. Kita menerima itu.
Hanya sekarang bila kita teliti cara pindaan dibuat, cadangan kerajaan sekarang dimasukkan, diselitkan dalam seksyen 21A dalam kandungan, the Development Proposal Report.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya faham. Saya faham. Itu yang banyak disebut.
Saya faham.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Bila kita masuk itu...
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya faham.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Semua permohonan mesti ada.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Ya, saya faham.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Macam Yang Berhormat Menteri sebut...
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Itu Yang Berhormat Gombak sebut tadi.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Kita buat parit baru, kita buat longkang baru, kita buat rumah baru.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Ya, jadi hendak buat longkang. Hendak buat longkang perlu rujuk kah. Hendak buat tandas, hendak pergi dalam tandas kena rujuk kah. Itu maksud Yang Berhormat Gombak. Saya fahamlah. Sebab itu...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Kita sudah masuk di tempat yang salah.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Sekejap, sekejap. Sebab itu oleh kerana seksyen yang berkehendakkan analisis mengenai impak sosial ini pemaju bagi sesuatu kawasan yang menjadi pakar pembangunan sebab dia telah adapun sebenarnya di bawah 21(1A) sudah ada sudah pun.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya sedia ada tapi sekarang kita hendak batal itu.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Ya.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Sekarang cadangan katanya ialah untuk batal itu.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Yalah, dengar dulu. Dia ini ada. Sebab itu kita potong yang ini, kita masukkan di bawah 21A kerana di bawah 21A ini apabila perancangan itu dihantar, dia bukan saja mesti menghantar konsep dan justifikasi pemaju, peta lokasi dan pelan tapak, butir-butir hak milik tanah dan seterusnya.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya, saya faham.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Termasuklah dengan kajian impak sosial dan ini terpulang kepada Kerajaan Negeri Selangor, mana-mana kerajaan negeri.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Okey.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Yang ini diputuskan oleh pihak jawatankuasa di PBT masing-masing.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Baik, Yang Berhormat saya faham tapi saya hendak tanya sekali ini saja...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat sekejap Yang Berhormat. Kita tidak boleh berdialog Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tidak betul. Sekejap.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Tidak apa, tidak apa, saya bagi.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya faham.
Hanya saya hendak jelaskan. Kalau kita baca dengan teliti seksyen 21. Tajuknya dalam bahasa Inggeris “Application for Planning Permission.” Cara kita akan memohon untuk kebenaran merancang dan ini terpakai pada semua kebenaran merancang di semua skala, kecil sampai besar. Maksudnya, saya hendak buat rumah baru, saya runtuhkan rumah lama, saya buat rumah baru, saya kena buat permohonan itu, kebenaran merancang. Saya kena memenuhi apa keperluan 21 dan termasuk juga 21A di mana termasuk Development Proposal Report. Inilah amalan biasa.
Jadi sekarang apa kerajaan bercadang masukkan keperluan SIA ini dalam itu, itu yang masalah kita. Kalau you masuk dalam itu, terselit dalam 21A dan terliputi oleh 21, semua permohonan kebenaran merancang terikat oleh itu. Sebab itu undang-undang sedia ada, ada peruntukan (1A) di mana dirizabkan kepada kerajaan negeri kuasa untuk menentukan kategori-kategori pembangunan yang memerlukan SIA. Kita tidak menafikan SIA itu perlu.
Akan tetapi kuasa itu dirizabkan untuk kerajaan negeri menentukan bila perlu dia akan perlukan SIA itu dibuat, diwajibkan. Sekarang kita batal itu dan kita bawa semua perlukan membaiki longkang terikat sekarang untuk SIA. Itu yang kita hendak nasihatkan. Kaji balik ini, buat dengan sebaik, dengan cara yang wajar.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Kita tidak tolak pun SIA itu. Kita tidak.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya faham, saya faham. Yang Berhormat, kita melihat ini, kajian ini secara menyeluruh. Kalau Yang Berhormat hendak repair rumah, tidak ada kena mengena dengan jiran sebelah, apa masalahnya tetapi kalau Yang Berhormat hendak buat rumah, hendak dirikan rumah mengganggu jiran sebelah atau kawasan sebelahnya, kenalah membuat laporan ini dan perkara ini bukannya perkara baru sudah memang ada dalam akta kita. Hanya kita hendak perketatkan kerana kita dapati ada juga di antara pihak-pihak kerajaan tempatan yang patutnya ada tetapi tidak dibuat kajian impak sosial ini. Ini kita hendak memperkukuhkan lagi dan ini bukannya ada kuasa kepada, bukan hanya kepada Majlis Perancang Fizikal Negara saja.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Kita hendak pastikan bahawa apa juga permohonan yang dibuat, mestilah memberikan kekitaan kepada rakyat. Saya ingat cukup jelas perkara itu dan benda yang ada kita potong dan kita perkuatkan. Itu yang pertama.
Kemudian banyak yang cerita mengenai apakah rasional untuk pindaan ini berbanding subseksyen (22).
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yang Berhormat Menteri. Hendak betulkan sedikit sahaja. Tadi Yang Berhormat Menteri kata, SIA ini semua wajib hantar kepada Majlis Perancang Fizikal Negara. Saya hendak betulkan sedikit. Itu bukan yang disebut dalam pindaan. Yang dalam pindaan sebut untuk semua permohonan yang akan dimajukan kepada PBT, pihak kerajaan tempatan. Itu yang disebut di sana ya tapi itu pun masih bermasalahlah sebab itu akan meliputi semua permohonan untuk kerajaan merancang. Yang tadi point saya tadi.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Betul saya faham. Itulah maksud saya itu pun. Dia ada yang hantar kepada PBT, ada yang hantar kepada yang kuasa PBT kita serahkan kepada PBT. Saya dapat maklumat, ini Menteri Besar pun ada dari Selangor yang bagi maklumat.
Dia kata sebagai contoh, umumnya impak sosial adalah diambil kira untuk setiap pemajuan.
Cuma skala penyediaan analisis akan berbeza mengikut skala pembangunan yang hendak dilakukan kerana impak analisis dan mitigasi sosial bagi pemaju yang kecil atau pengubahsuaian bangunan boleh ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan apabila permohonan tersebut dipertimbangkan untuk kelulusan.
Saya ada tetapi saya malas hendak bacalah benda ini. Jelas, ambil contoh. Sebagai contoh macam tadi akan kepentingan kepada analisis sosial dalam pembangunan, maka kebanyakan pihak berkuasa perancang tempatan di negeri Selangor sendiri telah pun mensyaratkan supaya analisis implikasi sosial disertakan dalam permohonan. Bermakna, terima kasihlah kalau Selangor sudah mula. Ini maksudnya.
Jadi benda ini kecil tetapi bahasnya dekat satu jam. Kita hendak memperkukuhkan lagi impak sosial dan kerana itu kita lihat hari ini apa yang berlaku seperti yang Yang Berhormat Gombak kata tadi, tidak dikaji, buat kajian impak sosial. Tadi Yang Berhormat Kuala Selangor pun ada sebut. Saya pun pernah jadi Yang Berhormat Menteri Pertanian dulu.
Orang buat tambak laut, tambak-tambak sesuka hati dia, masalah nelayan tidak ada pembelaan. Bila hendak buat satu-satu kawasan perumahan. Setinggan-setinggan tidak ada pembelaannya.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Jadi ini yang kita membuatkan satu undang-undang untuk memastikan supaya ada kajian dibuat untuk sosial impak ini.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, saya minta laluan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Pertama, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana membuat keterangan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa sebelum pindaan ini dicadangkan pun kerajaan di Selangor telah pun menjalankan berbagai- bagai langkah untuk memastikan SIA ini dibuat di dalam semua projek pemajuan. Itu satu keterangan yang akan direkodkan dan membuktikan bahawa kerajaan negeri telah mengambil langkah yang proaktif sebelum cadangan ini ditimbulkan.
Kedua, mengapa kerajaan negeri mengambil langkah tersebut kerana provision yang ada pada 21A(1A), jadi sebab itu saya dalam perbahasan ini menyatakan 21A(1A), ini merupakan satu klausa yang memberikan kuasa kepada kerajaan negeri untuk memastikan semua pemajuan ini mesti mematuhi keperluan untuk membuat SIA. Akan tetapi sekarang yang dicadangkan ini ia dilihat seolah-olah meremehkan keperluan SIA itu. Kalau ini dilakukan dan diletakkan di bawah 21A(1A), kebimbangan kita ianya akan menyebabkan semua pemajuan dalam negeri yang berkenaan akan berlaku kelewatan.
Oleh sebab itu saya cadangkan tadi supaya 21A(1A), ini dikekalkan. Sudah cukup kuat sekiranya negeri patuh kepada klausa yang sedia ada memastikan SIA itu dibuat dan negeri Selangor sudah buat. Kalau negeri lain ingin belajar saya bersedia untuk memimpin negeri-negeri yang lain yang di bawah UMNO dan Barisan Nasional...
[Dewan riuh]
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Tidak, saya tadi sahaja ambil contoh negeri Selangor.
Saya sudah tahu sudah itulah jawapan daripada Yang Berhormat Gombak. Hendak tunjuk dia hebat [Ketawa] Yang Berhormat, kita ini ada banyak negeri, ada yang kita lihat ada yang buat. Ada yang kita lihat tidak diambil berat sebab itu kita hendak pastikan supaya ianya selaras.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] …Itu negeri UMNO.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
[Ketawa] Tidak apa sekejap lagi saya hendak sebut fasal negeri Selangor. Kemudian banyak yang sebut termasuklah Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya ingat Yang Berhormat Subang, lawyer yang mana saya tengok background peguam ini. Dia mempersoalkan sama ada subseksyen (2A) ini sedia ada dan rasional yang melibatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam membuat keputusan berkaitan pembangunan negeri.
Saya hendak maklumkan bahawa sebenarnya MPFN yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi jangan lupa dalam mempengerusikan pengerusi dia- kena baca sampai habis, ahli Jawatankuasanya, sebab ahli jawatankuasanya ialah terdiri daripada Menteri semua, termasuk Menteri-menteri Besar termasuk Ketua-ketua Menteri. Jadi, apakah sebelah sana tidak percaya dengan kehebatan Menteri Besar Selangor yang memang hadiri Mesyuarat Pembangunan Fizikal.
Jadi jangan kita hendak menjadikan isu kepada Perdana Menteri, hendak memandang rendah kata dia sibuk dan sebagainya yang mana kalau kata Ahli Pembangkang memperlekehkan fungsi Majlis Pembangunan Fizikal ini, ini bermakna secara tidak langsung, secara langsung, memperlekehkan ahli-ahli yang ada di dalamnya yang juga terdiri daripada Ketua Menteri daripada Pulau Pinang pun ada hadir, Menteri Besar Selangor pun ada hadir.
Jadi, dibincangkan bersama dan perkara ini ialah perkara yang kita telah pun laksanakan dan segala perancangan yang telah pun dibawa kepada pihak Majlis Pembangunan Negara ini saya lihat cukup banyak telah diluluskan. Rekod saya telah hampir 70 permohonan-permohonan yang telah diluluskan oleh Majlis ini. Tidak timbullah soal kita setahun tiga kali mesyuarat dan sebagainya, hanya hendak memberikan gambaran dan memperlekehkan kewibawaan kita untuk mentadbir di dalam negara kita.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua boleh saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih.
Berkenaan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri, saya just hendak bertanya berkenaan dengan MP National Physical Planning Council yang disebutkan tadi bahawa juga terdapatnya Chief Minister ataupun Menteri Besar di dalam majlis tersebut.
Adakah Yang Berhormat Menteri setuju bahawa melainkan Chief Minister, kesemua ahli di dalam Majlis itu adalah semua Federal Minister, betul atau tidak?
Sekiranya ada lebih kurang 15 ahli di dalam Majlis tersebut dengan izin, do you not think that any say of the Menteri Besar ataupun Chief Minister will be obviously outnumbered by the Federal Ministers. Kalau kita boleh buat bilangan, *we can count then we can see under section (2A) obviously the Chief Minister or Menteri Besar in Selangor or Penang would be easily outnumbered.
So,* bagaimana okey sekiranya itu adalah keadaannya, bagaimanakah kerajaan bercadang untuk mengadakan, to have a check and balance untuk kita tahu bagaimana keputusan dibuat, di bawah National Physical Planning Council ini. Apakah langkah-langkah diambil di bawah keputusan advice tersebut? Terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya ingat, saya nampaklah Yang Berhormat ingat Mesyuarat Majlis Pembangunan Fizikal ini ada macam mesyuarat di dalam Parlimen ini kah?
Hendak kena ada undi dan sebagainya. Yang Berhormat, peguam tetapi semalam Yang Berhormat Kinabatangan kata Yang Berhormat, peguam 1st Class tetapi nampaknya daripada hujah Yang Berhormat, 3rd Class punya peguam. Tidak berapa faham apa yang dicakap.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Yang Berhormat mempertikaikan, ini Yang Berhormat kena ingat, Yang Berhormat pun cakap tadi. Saya hendak terangkan bahawa perancangan bandar dan desa adalah di bawah senarai bersama, senarai bersama di dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kedua-duanya mempunyai kuasa eksekutif dan kuasa membuat undang-undang mengenainya. Oleh itu hasrat di sebalik aktiviti di bawah senarai bersama adalah perundingan, perundingan.
Oleh sebab itu tadi ramai orang tanya kalau kata negeri tidak mahu ikut, kita tidak boleh buat apa, kita hanya boleh memberi nasihat. Soalnya memberi nasihat daripada dahulu akta ini pun kita tengok banyak kalau atas negeri kita hanya memberi nasihat kerana kita memahami dan kita menghormati…
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Just tahniah at this memandangkan you are high class dan kami semua di bawah Menteri…
[Dewan riuh]
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Apa yang kita perlu, memandangkan saya tidak mempertikaikan your high ‘classness’, apa yang perlu kita- saya hendak tanya sekarang.
Memandangkan jawapan Yang Berhormat Menteri tadi bolehkah Yang Berhormat Menteri bagi jaminan sekarang bahawa advice di dalam seksyen (2A) tersebut ataupun (2B) tersebut tidak mengikat. *Does not have binding effect. Will you give me that assurance now?...
[Tepuk] Because we need it in the Hansard, can you give us the assurance,* dengan izin Tuan Yang di-Pertua that the advice referred to in the rang undang-undang is not binding. If you can, that will be good enough for us. Boleh atau tidak?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya ingat beginilah…
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ataupun you hendak buat sebaliknya sekarang, kata sebaliknya. Macam mana? Tadi Yang Berhormat Menteri cakap kalau saya… [Disampuk] Ya, it is only advice, so can you give us the assurance in Parliament now that it is not binding? Sekiranya itu, if you can give us the assurance that it is not binding, I am sure most of us here will not have a problem. Boleh atau tidak, boleh?
Alright, terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Okey, saya faham, saya faham. I faham, I faham. Saya faham saya boleh jawab tetapi kalau Yang Berhormat kaji betul-betul rang undang-undang ini ada atau tidak ada legal implikasinya.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Ini saya jawab, ini saya jawab, saya jawab.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh atau tidak, bagi jaminan yes or no. Is it binding or not? Simple as that. That is all we want. Senang soalannya.
Is it binding or is it not? Adakah ia bersifat mengikat atau tidak.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Penjelasan, penjelasan.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Yang Berhormat Menteri, semasa saya minta mencelah semasa Yang Berhormat Subang berucap saya juga tanya sama itu mandatori dan wajib ataupun cuma advisory, kalau bercanggah di antara wajib dan advisory apa pula dia punya jalan keluar. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Bagi satu ketetapan, boleh.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Minta penjelasan, penjelasan ini tadi.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya sudah beritahu tadi bahawa tidak ada legal binding. Saya sudah cakap tadi, tidak ada legal binding.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Baik, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, we have an assurance from the Minister. Terima kasih, but this is not binding. Terima kasih, thank you for the Minister, so that sekiranya ini pergi ke mahkamah, then kita boleh beritahu mahkamah mengikut Hansard, Menteri yang high class ini juga cakap tidak binding...
[Dewan riuh]
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
[Tepuk] Jadi, it is a waste of time arguing this bill. Itu sahaja, terima kasih Menteri, thank you.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang Berhormat Bukit Gelugor, minta penjelasan ya.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya nak tanya Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Minta penjelasan, minta penjelasan. Sedikit, sedikit.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya kata tidak ada legal binding, hanya ada high persuasive value seperti mana Yang Berhormat Setiu katakan tadi. Yang Berhormat Setiu dah faham tadi, Yang Berhormat Setiu apabila mencelah betul, hanya hal persuasive value tidak ada legal binding kerana seperti saya cakap tadi, kalau Yang Berhormat lawyer, Yang Berhormat tidak perlu tanya soalan ini kerana di dalam ini kalau tidak ada legal binding...
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Sebagai lawyer lah kena tanya.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
...Kesannya...
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Sebagai lawyer lah kena tanya.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Lawyer putar, lawyer putar.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Saya nak...
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Dari direct question, answer lah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh saya dapat penjelasan?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya hendak jawab, saya nak kata.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Sedikit, sedikit, penjelasan...
[Dewan riuh]
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Penjelasan, penjelasan, please.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya hendak jawab, tidak ada legal binding, faham, okey. Maksud saya, kalau saya jadi Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya tidak akan tanya soalan itu kerana memang tidak ada sebut pun ada legal binding dalam undang-undang ini.
Itu maksud saya. Tidak perlu tanya soalan ini sebab memang tidak ada di dalam undang- undang ini ada legal binding, kalau mana-mana kerajaan negeri yang tak mengikut arahan kita, yang tidak mahu mematuhi Majlis Perundangan Fizikal, kita tidak boleh buat apa. Itu tidak ada, kita tidak boleh buat apa kerana itu adalah kuasa kerajaan negeri, kita berunding.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Okey, kalau tiada legal binding, then what is the effect?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Ya?
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Kalau tiada legal binding, what is the effect?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Baik, senang.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
What is the point? Moral value?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Bagi saya terangkan dulu.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Ha, jawab-jawab. Kalau tidak ada legal binding, what is the value?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Jadi, sebab itu...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Persuasive isn’t it? Persuasive.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Jadi, sebab itu saya katakan tadi bahawa ini adalah Majlis Perundangan Fizikal Negara. Katalah kita hendak buat highway, ia merentasi negeri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, yang lain duduk ya.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Penjelasan.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Bermakna, ia kena ada satu, kita buat mesyuarat dengan Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri, kita kena berunding sesama Menteri.
Kalau kita hendak buat lagi satu kawasan yang melibatkan perbekalan air, misal kata. Air datang daripada negeri lain, hendak masuk ke negeri lain, mesti melibatkan juga rundingan di antara negeri-negeri. Kita hanya sebagai Badan Majlis Pembangunan Fizikal untuk kita nak meluluskan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, selama ini tidak ada masalah, kenapa, what’s the point of having this kerana selama ini tidak ada masalah. What’s the point of having this?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Apa masalahnya?
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Apa jadahnya pindaan ini?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Kenapa kena masukkan...
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Menteri, kalau tidak ada legal binding, apa jadahnya pindaan ini?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Okey, yang ini senang saja saya jawab.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya dapat penjelasan?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Sebab...
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Apa masalah kalau nak ditentang, kalau tidak ada legal binding, apa masalah, apa takut?
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Kenapa hendak pinda, kita hendak buat benda yang tidak ada legal binding? Ini mengarut.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang lain-lain pun tidak ada legal binding juga.
[Dewan riuh]
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Inilah undang- undang otak udang.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, saya ada kebenaran.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tak payah nak pinda.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang sebelum ini telah diluluskan, tidak ada legal binding juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Okey, tidak apa. Saya hendak beritahu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh dapat penjelasan?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Yang Berhormat Kapar sila cakap, sila cakap.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang lain duduk. Yang Berhormat Kapar, sila.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Baik, saya bagi Yang Berhormat Kapar cakap, saya tak nak jadi pasar. Ini bukan pasar, okey saya bagi siapa?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Beruas.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Ya, Yang Berhormat Beruas, sila Yang Berhormat Beruas. Gentleman, jangan jadi Yang Berhormat Kapar. Kalau nak bangun Yang Berhormat Kapar, ikut peraturan.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
[Bangun]
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Okey, saya bagi Yang Berhormat Kapar.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
No, no bagilah Yang Berhormat Beruas dulu.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Okey, Yang Berhormat Beruas, lepas itu Yang Berhormat Kapar.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi isu ini, apa maksud menasihat ini, dibangkitkan oleh ramai peguam di sini adalah kerana dari segi convention, kalau Menteri Besar ataupun Perdana Menteri menasihati Sultan ataupun Yang di-Pertuan Agong, dari segi convention, nasihat itu mesti diterima. Jadi, sebab itu kita hendak dapat penjelasan bahawa dalam undang-undang ini, kalau nasihat itu sekadar nasihat dan tidak perlu diikuti, kami memang sedia menerima.
Itulah saja kepastian supaya tidak nanti Menteri bagi jawapan satu di sini bahawa ia tidak- it’s not legally binding, nanti mahkamah pula dari segi convention dan kes-kes yang sudah ditetapkan mengatakan ia adalah binding. Jadi, kalau itu jelas, tidak jadi masalah.
Kalau boleh, itulah pendirian pihak kerajaan dan itulah akan ditafsirkan sebagai not legally binding, nasihat ini oleh mahkamah. Itu sahaja kita nak dapat kepastian.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Sedikit penjelasan, Yang Berhormat Menteri, sedikit penjelasan.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Dia bagi Yang Berhormat Kapar lah.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang Berhormat Kapar dulu, okey-okey.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Yang Berhormat Kapar ini...
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Lepas Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Setiu ya.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Okey, tadi seperti penerangan, banyak hujah dah kata tanya tentang legal binding atau tidak. Sekarang kita bawa isu nasihat.
Satu sahaja, apa rasional datang dengan amendment ini? Benda ini dah ada dari awal, what is the spirit of this amendment. You have to be honest to the Dewan, that’s all. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang Berhormat Menteri, sedikit penjelasan ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ini berkenaan dengan legal binding yang disebut-sebut ini. Kita boleh bercakap, saya boleh interpret sendiri di sini sebagai Ahli Parlimen tetapi yang sebenarnya siapa yang kena interpret the law? Kita sebagai pembuat sahaja. Inilah masalah, kadang-kadang tidak faham juga ini. Kita pembuat undang- undang...
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Intention of Parliament is important.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Kalau kita minta Menteri yang interpret tetapi ini atas kefahaman...
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Ini membuat undang-undang tanpa tahu tujuan.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Tidak layak menjadi Ahli Parlimen.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Fahaman sebagai Ahli Parlimen.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
The intention of Parliament is important.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Pembuat undang-undang. Kita kena faham kedudukan kita, bukan tugas kita untuk mentafsirkan undang-undang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Jadi, pada pendapat Ahli Yang Berhormat...
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang mentafsir adalah di mahkamah. Kalau kita nak kata, “Oh, Menteri cakap sekarang, kita kata mengikat”, tidak boleh, kita salah dari segi undang-undangnya.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Hendak pergi terus main bola kenapa, latihan buat apa?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Kenapa kita hendak... [Dewan riuh]
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Apa cerita ini? Kita hendak gubal ini, kita yang gubal.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Hendak tanya pendapat Menteri, nak tanya pendapat orang lain boleh tetapi hanya setakat pendapat.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Ini kita yang gubal.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Akan tetapi untuk membuat keputusan, membuat satu perintah sama ada ia binding atau tidak adalah...
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Apa yang dikatakan oleh Menteri penting sebab Hansard boleh dirujuk di mahkamah.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
...Tugas mahkamah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Penjelasan.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ini saya rasa salah faham semua ini.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Menteri, abaikan yang itu, jawab yang ini.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, kita sebagai penggubal undang-undang, kita mesti buat undang-undang yang jelas. Jangan ada keraguan hinggakan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Beruas, tidak boleh macam ini.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya hendak minta Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak boleh macam ini, seorang-seorang berbahas. Yang Berhormat Menteri, sila teruskan jawapan.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya dah dengar, saya dah beritahu tidak ada legal binding, jelas. Akan tetapi seperti mana Yang Berhormat Setiu cakap. Begitu juga apabila ramai yang bercakap, kuasa kerajaan negeri dan Kerajaan Federal, bawah tanah kuasa kerajaan negeri, betul. Akan tetapi kita jangan lupa ada juga kuasa di bawah Kerajaan Federal di bawah akta ini, Akta Pembangunan Bandar dan Desa. Kes ini telah pun ditentukan di bawah kes Majlis Perbandaran Subang Jaya melawan Visa Maya Sdn. Bhd.
Apa hakim cakap? Hakim kata betul kerajaan negeri ada kuasa tanah tetapi hakim kata di mana di bawah Kanun Tanah Negara, kerajaan negeri menguruskan pentadbiran hal ehwal tanah, itu kuasa negeri dia kata. Manakala, Akta 172 ini menguruskan berkaitan perancangan dan penggunaan setiap plot tanah. Ini jelas. Ini tadi ramai kata ini tanah kuasa kerajaan negeri, macam mana kita hendak campur tangan. Betul, tanah kuasa kerajaan negeri. Kita kata ini tanah komersial, betul tetapi bila kerajaan negeri pula ada zoning nya, ada perancangannya, takkan nak buat rumah menghala ke zoning industry, itu maksudnya.
Ini kita kena faham, kalau ada keraguan, mahkamah tolong membuat keputusan.
Jadi, yang saya kata tadi bahawa pihak sebelah sana yang ramainya peguam yang saya tengok sengaja nak memutarbelitkan undang-undang ini. Dia tanya saya sebab apa, ini bukannya perkara baru, ini hanya pindaan sahaja, satu pindaan, dua pindaan. Sebelum ini dah lima kali, empat kali pindaan yang telah disebut, tidak adapun timbul soal ini. Soal ini hari ini sebab apa, sebab kita dapati hari ini ialah ada kawasan-kawasan negeri, nak buat penambahan, inilah spesifik.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Sebelum ini tambak laut sebagai contoh, kalau dia hanya buat tambak laut sahaja tanpa mengkaji masalah nelayannya, penduduknya, rumah yang duduk di tepi sungai apa dah berlaku, setinggan ke mana, itu lebih baik daripada terus buat tanpa membuat perbincangan. Kalau nanti terus buat, apa yang akan berlaku? Rakyat akan bangun buat demonstrasi, dia akan bantah, tidak ada pembelaan. Tidak tahulah kalau demonstrasi ini budaya pembangkang, memang suka demonstrasi sebab itu kali dia tidak berapa setuju untuk di bincang lebih baik untuk kesejahteraan rakyat.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Jadi sebab itu rang undang-undang ini cukup jelas. Hanya diputar-belit oleh pihak sebelah sana mengatakan ini bercanggah dengan Perlembagaan.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Minta penjelasan.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya hendak bagi tahu, saya sudah terangkan tadi.
Yang Berhormat Bukit Gelugor pula boleh tambah lagi kata— dan Yang Berhormat Ipoh Barat pun mencelah kata yang ini ada niat jahat. Niat jahat? Eh, kalau kita niat jahat, ini Menteri Besar ada.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Minta laluan.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya pun ada menghadiri bersama-sama dengan mesyuarat Majlis Pembangunan Fizikal Negara baru-baru ini. Cadangan daripada negeri Selangor kita luluskan, tak ada apa-apa masalah. Kita dalam mesyuarat Majlis Pembangunan Fizikal Negara ini bukan macam dalam Dewan ini hendak bertengkar, tidak. Kita mengambil konsensus, persetujuan bersama, menghormati antara satu sama lain, lebih-lebih lagi projek yang merentasi negeri. Kena ada hormat-menghormati antara satu sama lain.
Perkara ini bukannya perkara baru, hanya kita hendak tambah. Kalau selama ini hanya kena buat EIA sahaja, kita rasa tak cukup. EIA sahaja tak cukup. Kena buat kajian sosial impak ini kerana untuk memikirkan kesejahteraan rakyat di masa hadapan. Ini tujuan dia, very simple. Yang hendak kata- tadi saya tengok daripada pembangkang, Yang Berhormat Seputeh pula- mana Yang Berhormat Seputeh? Yang Berhormat Gombak bagi tahu Yang Berhormat Seputeh?
Seorang Ahli
Tak ada, tak ada. Dah balik.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Minta laluan.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Dia kata ini buat tak betul, River of Life hanya sampai di Wilayah Persekutuan, tak masuk ke Selangor. Eh, Gombak pun dapat River of Life. Macam mana Yang Berhormat Seputeh tak tahu? Jadi saya lihat bahawa yang dia...
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Menteri, ada dua yang bangun. Yang mana satu?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Yang itu... [Menunjuk jari kepada Yang Berhormat Tanjong]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Tanjong.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Berkenaan dengan pindaan baru 20B itu, telah tersebut di sini bahawa kewajipan untuk mendapatkan nasihat. Akan tetapi masalahnya, adakah mungkin berlakunya satu keadaan di mana perkara-perkara ataupun ‘projek’ yang dibawa oleh kerajaan negeri atau agensi tidak dapat disenaraikan dalam agenda dan ini akan menyebabkan berlakunya kelewatan? Memang ini juga berlaku di majlis-majlis seperti Majlis Tanah Negara. Perkara yang hendak dibawa oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, sampai hari ini sudah lebih lima tahun tidak dapat disenaraikan, tidak dimasukkan dalam agenda.
Adakah keadaan ini akan berlaku dan menyebabkan banyak projek ini mengalami kelewatan? Terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Sedikit sahaja, boleh?
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Saya setuju dengan apa Yang Berhormat Menteri kata kalau hendak buat kajian impak sosial tetapi mengapa pula perlu ada duty ataupun kewajipan untuk mendapatkan nasihat daripada Majlis Pembangunan Fizikal Negara? Sedangkan, kalau diperlukan ataupun diwajibkan buat impak sosial, maka kita masukkan sahaja kajian impak sosial. Saya rasa itu tidak ada masalah. Sekarang kita sudah ada Rancangan Fizikal, Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan. Jadi mengapa pula pencerobohan ataupun encroachment tambahan ini ke atas kuasa ataupun hak negeri?
Terima kasih.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Sedikit sahaja, dua perkara. Satu ialah saya ingin dapat penjelasan sama ada is it legal binding untuk Majlis ini untuk memberi nasihat? Kalau tak ada nasihat atau nasihat tak diberi, adakah projek ini boleh dijalankan?
Kedua ialah, bila nasihat diberi, sungguhpun Menteri sebut tidak legally binding, adakah Kerajaan Pusat juga legally responsible terhadap nasihat yang diberi? Katalah Kerajaan Pusat kata setuju atau tidak setuju, selepas itu sekiranya ada apa-apa masalah terhadap nasihat itu, maka ia adalah tanggungjawab siapa? Pihak yang memberi nasihat atau tidak? Terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Menteri, sekejap ya. Isu legal binding atau tak legal binding ini saya ingat Yang Berhormat Menteri tadi dah jawab. Kalau kita ulang-ulang lagi, jam 5.30 kita tak boleh selesai.
Isu lain, Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Baik. Saya dah tahu dah perangai pembangkang ini, mereka pusing benda-benda yang sama. Cakap pun buang masa sahaja. Saya dah cakap tadi.
Dia kata siapa pula yang akan bertanggungjawab. Eh, yang ini adalah satu konsensus. Ini kita buat mesyuarat sebab yang pertamanya kita hendak membuat penyelarasan proses perancangan supaya kita dapat pastikan perundingan dijalankan. Kita hendak menggalakkan negeri-negeri mengadakan amalan perancangan yang baik di negeri masing-masing ke arah pembangunan mampan, lebih-lebih lagi nanti kalau projek itu merentasi sempadan. Ini yang kita duduk, kita bentang. Kalau dia melibatkan negeri lain, barangkali Menteri Besar lain akan buat komen. Itu sahaja mesyuaratnya.
Bukannya macam- tak tahulah macam Yang Berhormat Batu gambarkan siapa, ada legally binding atau tidak ada legally binding. Saya dah terangkan tadi, ramai. Saya kata ini ialah Concurrent List sama-sama ada kuasa. So, kita kata kita menasihati sahaja. Mengapa sekarang timbul?
Sebelum ini banyak perkara yang kita sebelum ini dah beberapa kali mesyuarat dah.
Kita Majlis Pembangunan Fizikal Negara ini bukan sekarang kita tubuhkan, dekat 70 kes kita dah bawa dah. Tak adapun timbul legal binding, tak ada legal binding. Hanya sekarang sahaja. Hanya hendak memutarbelitkan isu supaya hendak memberi gambaran kepada rakyat seolah-olah Kerajaan Federal cuba campur tangan urusan kerajaan negeri kerana ada kerajaan negeri yang mungkin pembangkang. Itu sahaja matlamat apa yang dinyatakan oleh sebelah sana tadi.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Menteri, minta pencelahan.
Seorang Ahli
Sudahlah tu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya bukan seorang peguam untuk menginterpretasikan ayat tetapi saya hendak minta panduan daripada Yang Berhormat Menteri atas pindaan yang dibuat itu atas sifatnya sebagai perkataan yang boleh menjurus kepada pelbagai interpretasi.
Satu ialah ayat yang berbunyi, “Kewajipan tiap-tiap”. Itu satu. Keduanya, “Mendapat nasihat Majlis”. Nombor tiga, “Sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis”. Dan yang keempat ialah “Ditentukan oleh Majlis”. Jadi saya minta apa definisi secara interpretasi yang detail itu maksud akhirnya itu “Majlis menentukan”? Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Pertama, saya hendak bacakan persepsi. Sebelah sana asyik sebut sahaja, dia kata ini Federal. Ini bukannya soalan Federal. Bila kata Majlis, Yang Berhormat kata Majlis, siapa dalam Majlis ini? Adakah kuasa Perdana Menteri seorang? Kita konsensus, biarlah bincang. Bila kata soal Majlis, tak boleh kata ini kuasa Federal. Dalam Majlis itu termasuk semua Menteri Besar dan Ketua Menteri kecuali Sabah dan Sarawak, kita duduk dan kita bincang. Kita bawa paper yang dicadangkan daripada kerajaan negeri, kemudian kita bawa masuk melalui kita punya urus setia.
Sebagai contoh, yang baru-baru ini yang mana Yang Berhormat pun ada iaitu pada 21 Julai 2016, Permohonan Nasihat oleh Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor di bawah subseksyen 22(2) Akta 172. Tajuknya, Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pembangunan Logistik Tentera Darat 140 Hektar Di Mukim Beranang Daerah Hulu Selangor, Selangor untuk Tetuan Boustead Plantation. Kita bagi pandangan dan kita bersetuju. Tinggal lagi, selepas ini kalau mana-mana negeri hendak buat cadangan macam ini, mesti ada SIA ini, mesti diterangkan kesannya. Sebab apa? Masa depan. Bila kita dah buat perancangan, tidaklah nanti rakyat memberontak. Saya setuju.
Saya beri contoh- saya ingat Ahli Parlimen Gombak pun tahu. Hendak buat highway di tempat saya, Lebuh Raya Pantai Barat, masuk membelah kampung. Saya pun tak bersetuju, saya lawan. Kerana apa? Kerana pada masa itu akta ini belum dikuatkuasakan lagi. Dia main buat sahaja tanpa tanya pendapat penduduk dan orang kampung. Ini masuk kampung, belah kampung, hendak ganti rumah, berapa hendak ganti, tak pernah tanya orang kampung, tak pernah tanya penduduk. Ini yang kerajaan hendak buat supaya...
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
...Akan datang ini kita hendak teruskan untuk kesejahteraan bandar. Yang ini kena dimasukkan dahulu.
Dato’ Hasan bin Arifin - Rompin
[Bangun]
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Sebab itu dalam perancangan kita, siapa yang untung?
Federal untung kerana projek berjalan dengan baik.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, mohon laluan.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Kerajaan negeri pun untung, pihak swasta yang akan menjalankan projek pun akan dapat untung.
Dato’ Hasan bin Arifin - Rompin
Laluan, laluan.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri ada sebut sebentar tadi bahawa projek Lebuh Raya Pantai Barat itu asalnya membelah kampung kerana pada ketika itu tidak ada akta ini. Sekali lagi saya hendak ingatkan Yang Berhormat Menteri, akta sudah ada. Seksyen 21A(1A) di mana pihak berkuasa negeri boleh menentukan bahawa laporan cadangan pemajuan yang dikemukakan di bawah subseksyen 1 berkenaan dengan kategori tertentu pemajuan hendaklah termasuk sesuatu analisis mengenai implikasi sosial pemajuan itu. Sudah ada.
Sebab itulah kita juga turut membantah.
Masalah yang saya sebut tadi, apabila Kerajaan Persekutuan memberikan konsesi ini kepada syarikat-syarikat tersebut, Kerajaan Persekutuan tidak menetapkan supaya mereka mendapatkan SIA terlebih dahulu ataupun TIA terlebih dahulu ataupun EIA terlebih dahulu.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Semua perjanjian ditandatangani, konsesi diberikan, baru diasak kepada kerajaan negeri untuk meluluskan. Kalau kerajaan negeri seperti kerajaan negeri yang lain tidak meneliti perkara (1A) ini, pastinya projek itu akan diteruskan. Akan tetapi kerana Kerajaan Negeri Selangorlah maka kita membantah kerana ia tidak ditetapkan untuk mematuhi 21A(1A). Jadi perbahasan kami ialah tidak ada keperluan untuk membuat pindaan ini sedangkan klausa yang sedia ada sudah cukup kuat. Yang penting, Kerajaan Persekutuan, Yang Berhormat Menteri mesti patuh kepada undang-undang.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Okey, terima kasih.
Dato’ Hasan bin Arifin - Rompin
Yang Berhormat.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya lagi sekalilah, saya ingat Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli Parlimen Gombak faham, kena baca undang-undang.
Yang Berhormat, seksyen 21A(1) itu, ia kata, “Sebagai tambahan belah-belah hendaklah”. Hendaklah dalam bahasa Inggeris kata it shall, it’s mandatory. Kemudiannya seksyen 21A yang Yang Berhormat kata hendak minta kekal itu, kena baca, “Pihak berkuasa boleh...” Boleh is a may, budi bicara. Oleh sebab itu kita kata no, no more budi bicara. It is mandatory. Mesti hantarkan laporan. Sebab itu ada yang buat, ada yang tidak. Oleh kerana itulah kita masukkan dalam itu. Jadi Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Tan Sri Haji Noh bin Omar
[Tepuk] Saya ingat yang tadi...
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dato’ Hasan bin Arifin - Rompin
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Termasuk laporan okey.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Benda ini dua sahaja.
Dato’ Hasan bin Arifin - Rompin
Yang Berhormat Menteri, saya mencelah.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Sekejap lagi. Saya...
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Saya punya tidak jawab, belum jawab soalan saya, Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Apa dia? Oh, itu. Okey, baik. Yang mana permohonan ini, saya sudah beritahu...
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Termasuk laporan okey tetapi mengapa perlu dapat nasihat?
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Ya, kita akan mohon. Kita ada urus setia dia dan sebelum paper ini dibawa masuk ke mesyuarat Majlis Pembangunan Fizikal ini, mestilah syarat-syaratnya dipenuhi. Seperti kata sekarang ini, mesti ada laporan EIA ini kerana itu wajib ada. Sekarang ini tambah lagi satu syarat wajib lagi iaitu laporan mengenai kajian sosial impak ini, mesti dipenuhkan. Kita ada kita punya- macam kita hendak buat mesyuarat tetapi kalau pihak kerajaan negeri menghantar satu kertas kerja untuk bawa ke dalam mesyuarat majlis yang tidak memenuhinya nanti, apabila timbul persoalan dalam mesyuarat, akan ditolak.
Oleh sebab itu kita sebagai urus setia, kementerian KPKT, kita pastikan bila kita bawa, perfect. Masuk, kita tidak diminta banyak, konsensus dan diluluskan. Itu sahaja. Jadi yang ini kita...
Tuan R. Sivarasa - Subang
[Bangun]
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Saya hendak beritahu bahawa tidak ada mana-mana negeri kalau bawa yang cukup syarat yang kita tolak. Saya dah kata lebih 70 kita sudah bawa masuk sudah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Rompin bangun, Yang Berhormat.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Jadi janganlah kalau sebab satu itu hendak dijadikan isu. Jadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Rompin bangun, Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan- masa pun sudah lebih. Saya ucapkan terima kasih...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Rompin bangun.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Last.
Dato’ Hasan bin Arifin - Rompin
Yang Berhormat Menteri, saya melihat semasa saya mencelah tadi...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tuan Yang di-Pertua, selepas itu Subang.
Dato’ Hasan bin Arifin - Rompin
...Dan Yang Berhormat Sungai Siput pun agak setuju bahawa semangat undang-undang ini adalah lebih daripada menunjukkan check and balance yang lebih terperinci. Dan apabila termaktub dalam undang-undang, rakyat akan menilai. Apabila Kerajaan Persekutuan tidak mengikut nasihat kerajaan negeri, rakyat menilai. Apabila kerajaan negeri tidak mengikut nasihat Kerajaan Persekutuan, rakyat menilai. So, undang-undang ini tidak lebih daripada satu undang-undang yang menunjukkan suasana check and balance di antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Terima kasih. Itulah pandangan Yang Berhormat Rompin. Jadi saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yang Berhormat Menteri, sikit sahaja, sikit sahaja.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Tak ada, tak ada. Cakap dengan Yang Berhormat ini sampai esok pun tidak habis sebab Yang Berhormat peguam.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Sikit. Masa kita sampai 5.30 petang.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Akan tetapi walaupun Yang Berhormat peguam, Yang Berhormat tidak faham undang-undang. Yang Berhormat pusing-pusing.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tidak apa, tidak apa.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Kalau kita nak bahas berkaitan undang-undang...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ini pun soalan yang penting.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
...Yang Berhormat ada tafsiran Yang Berhormat, saya ada tafsiran saya. Jadi saya sudah jawab sudah.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tidak, you boleh jawab. Saya tanya sikit sahaja.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Hendak jawab sampai esok pun tidak habis. Dua isu sahaja.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tadi...
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Apa?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Mengikut Yang Berhormat Menteri- saya faham penjelasan- adalah tujuan kerajaan hendak mewajibkan SIA ini. Saya faham untuk wajib.
Dulu you sudah wujud itu “May”, itu bukan mandatori. Sekarang sudah jadi mandatori. Kita faham. Akan tetapi mandatori untuk kategori mana? Saya betulkan, takkan you lihat untuk projek longkang di peringkat Majlis Perancang Fizikal Negara? You akan lihat pada projek- projek besar, projek infrastruktur besar. Itulah tujuannya kita faham tetapi cara you buat sekarang masuk dalam seksyen 21(1), you bagi mandatori untuk semua permohonan...
[Dewan riuh]
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Tidak apa, tidak apa.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Itu sahaja yang you faham.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Okeylah, tidak apalah.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tidak ada kita buat salah...
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Yang Berhormat Subang, terima kasih. Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Subang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Itu sahaja. Kena buat cara yang betul.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Yang Berhormat Subang, yang itu juga benda- cakap pembangkang kalau dia kata putih, dia tidak akan berubah. Cakaplah sampai esok pun kerana itu perangai pembangkang. Kalau dia tidak perangai macam itu, rakyat tidak akan percaya dengan apa hujah dia. Jadi saya hendak beritahu bahawa saya sudah jawab dengan jelas apa yang dibangkitkan tadi. Dengan ini, saya ucapkan terima kasih kepada semua rakan yang ambil bahagian dan segala pandangan akan kita ambil perhatian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan]
Seorang Ahli
Tuan Yang di-Pertua, minta belah bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Belah bahagi kena bangun 15 orang.
[Lebih 15 orang Ahli bangun minta diadakan belah bahagi]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana lebih daripada 15 orang bangun meminta diadakan belah bahagian, maka mengikut Peraturan Mesyuarat 46(4), saya memerintahkan supaya suatu belah bahagian diadakan sekarang.
Setiausaha, sila bunyikan loceng selama dua minit.
[Loceng dibunyikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain sila duduk, Yang Berhormat. Saya belum memerintahkan dihitung lagi. Saya minta Yang Berhormat jangan hitung lagi sehingga semua Yang Berhormat duduk di tempat masing-masing. Selagi ada yang berdiri, saya tidak akan memerintahkan lagi undi.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Ini injury time ini.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ini peraturan. Tak boleh kata macam itu.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, jangan hitung lagi, Yang Berhormat, baik pembangkang, baik Barisan Nasional.
Saya belum perintahkan lagi untuk menghitung.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, dah dua perintah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Bentara, beritahu saya belum perintah lagi untuk menghitung...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Semua sudah duduk? Selagi ada yang berdiri, saya tidak benarkan. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang menjadi penghitung undi, sila ambil tempat masing-masing di hadapan blok Yang Berhormat.
Undian dijalankan sekarang.
[Pengundian dijalankan]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Baiklah Yang Berhormat, sila duduk di tempat masing-masing.
Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan undi adalah bersetuju 63, tidak bersetuju 51...
[Tepuk] Dengan ini, rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa. [Fasal 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] [Rang Undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 4 petang, hari Jumaat, 21 Oktober 2016.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.33 petang]