Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Datuk Aaron Ago anak Dagang [Kanowit] minta Menteri Pendidikan menyatakan, kadar penetrasi internet bagi sekolah luar bandar di Sarawak. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian bagi meningkatkan perkhidmatan internet bagi sekolah luar bandar Sarawak.
Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kanowit. Tuan Yang di- Pertua, dalam perlaksanaan 1BestariNet Fasa II, Kementerian Pendidikan Malaysia secara berperingkat sedang menaikkan taraf jalur lebar sekolah-sekolah di seluruh negara dengan capaian minimum 6Mbps, 10Mbps dan 15Mbps bagi sekolah-sekolah yang menggunakan teknologi 4G. Bagi sekolah-sekolah di luar bandar termasuk di negeri Sarawak yang menggunakan teknologi Asymmetric Digital Subscriber Line, dengan izin, ADSL atau Very Small Aperture Terminal (VSAT), Kementerian Pendidikan Malaysia secara berkala membuat pemetaan bagi mengenal pasti sekolah-sekolah yang berpotensi untuk dinaiktarafkan daripada ADSL, VSAT kepada teknologi 4G.
Untuk tahun 2016 sebanyak 75 buah sekolah di Kuching dan Samarahan akan dirangkaikan dengan 1BestariNet yang menggunakan teknologi 4G setelah infrastruktur 1BRIS siap dibina di 40 buah sekolah dan satu di bahagian teknologi pendidikan negeri Sarawak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan masalah internet connectivity di sekolah luar bandar ini telah pun kita bahaskan dalam dua tahun yang lepas.
Masalah ini pun telah saya bahaskan bagi kawasan Parlimen Kanowit sebab guru-guru di sana telah lama complain sebab connectivity internet adalah sangat kurang dan tugas mereka untuk membuat laporan yang dikehendaki oleh kementerian adalah amat sukar. Jadi kalau mengikut jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri bermakna tidak ada harapanlah bagi sekolah-sekolah pendalaman di Sarawak sebab dikatakan tadi ianya tertumpu kepada sekolah di Kota Samarahan dan Kuching, maka Parlimen Kanowit memang tidak ada harapanlah.
Jadi soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekarang ini memang banyak teknologi yang dapat kita kendali untuk membantu sekolah-sekolah ini supaya mereka dapat internet access tetapi adakah kerajaan ataupun kementerian berhasrat untuk mempercepatkan internet servis kepada kawasan pedalaman seperti menggunakan service provider seperti Maxis dan Celcom yang sekarang ini memang banyak mempunyai servis di kawasan-kawasan luar bandar untuk digabungkan dengan sistem 1BestariNet ini supaya sekolah di luar bandar ini tidak ketinggalan tahun demi tahun.
Kedua, Timbalan Menteri, ada juga di antara syarikat-syarikat tempatan ini yang pakar dalam hal internet access ataupun internet connectivity ini. Saya mencadangkan kepada kementerian untuk melibatkan mereka juga terutama syarikat seperti Astronautic Technology, mereka yang pakar dalam angkasa untuk diberi peluang untuk bersama-sama membantu dalam mengatasi masalah internet connectivity di luar bandar. Terima kasih.
Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kanowit. Yang Berhormat Kanowit seperti mana yang saya maklumkan sebentar tadi saya kata 75 sekolah di Kuching dan Samarahan itu pada tahun 2016, kita masih lagi ada tahun 2017, tahun 2018, tahun 2019. Memang ada proses untuk memastikan rangkaian ini sampai ke seluruh negeri Sarawak, itu harapan kita. Kita di Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan semua sekolah ini mendapat rangkaian yang secukupnya dan kelajuan yang diperlukan.
Yang Berhormat, bab kerjasama, kita mengalu-alukan kerjasama. Yang Berhormat mungkin sedia maklum bahawa apabila rangkaian internet ini kerjasama, syarat yang ditentukan ialah harus ada kerjasama dengan SACOFA dan bab untuk 1BestariNet ini YTLC.
Walau bagaimanapun di Kementerian Pendidikan Malaysia kita sentiasa terbuka untuk mendapatkan pandangan dan juga kerjasama dari pelbagai pihak untuk memastikan pelancaran 1BestariNet ini dapat dilaksanakan tanpa masalah.
Saya sendiri turun ke Sarawak beberapa kali dan akan terus membuat lawatan turun ke padang ke kawasan-kawasan pendalaman Sarawak untuk melihat bagaimana kita dapat menambahbaikkan sistem internet supaya bukan sahaja guru-guru tetapi anak-anak kita dapat menggunakan rangkaian ini untuk menambahbaikkan sistem pendidikan yang sedia ada di negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kisah Yang Berhormat Menteri bagi jawapan yang dibagikan.
Soalan saya, saya amat prihatin terhadap soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kanowit ini. Saya berpendapat bahawa jawapan tidak berapa begitu lengkap dibagi oleh Yang Berhormat Menteri kerana soalan ini spesifik. Apakah kadar penetrasi Internet bagi sekolah luar bandar, yang 75 sekolah jawapan yang dibagi oleh Yang Berhormat Menteri itu termasuk sekolah di Kuching dan sekolah Samarahan.
Akan tetapi soalan ini spesifik, peratusan penetrasi di specifically luar bandar di Sarawak, dan kenapakah sampai sekarang 2016, sampai sekarang masih lagi tidak ada penetrasi internet yang begitu memuaskan di Sarawak. Adakah langkah wujud supaya kita memastikan bahawa skandal seperti di Sabah tidak wujud dan adakah ini kemungkinan besar kerana inilah adalah penurunan, terdapat kelambatan dalam penetrasi Internet di luar bandar.
Terima kasih.
Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan
Terima kasih Yang Berhormat Stampin. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah sekolah 1,452 di Sarawak. Daripada 1,452 sekolah di Sarawak Yang Berhormat, 241 sekolah di bandar mendapat perkhidmatan Internet iaitu 17 menggunakan BestariNet dan 224 menggunakan interim. Interim di sini maksudnya menggunakan sistem VSAT dan ADSL.
Di luar bandar pula 1,211 sekolah dan daripada 1,211 sekolah itu, 709 menggunakan BestariNet dan 502 menggunakan sistem interim. Maksudnya 726 daripada 1,452 sekolah telah menggunakan sistem BestariNet dengan menggunakan appliances khas yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia supaya mereka dapat terus menggunakan. Akan tetapi 50 peratus lagi sekolah-sekolah, 726 lagi menggunakan sistem interim VSAT, ADSL masih lemah dan itulah kita hendak memastikan mereka dapat naik taraf daripada VSAT, ADSL ini kepada sistem 1BestariNet dan oleh sebab itulah kita cuba mempercepatkan proses.
Saya setuju mengapa ada kelewatan. Kelewatan ini berlaku kerana Yang Berhormat, ada berapa perkara yang tidak dapat persetujuan daripada pelbagai pihak di negeri Sarawak. Akan tetapi sekarang persetujuan telah pun diterima dan kita hendak mula projek pembinaan 1BRIS ini bulan 1 November dan dijangka selesai pada akhir bulan Disember. Maksudnya tahun depan mulalah perangkaian 1BRIS dengan fasa yang telah ditentukan. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
2. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, suhu bumi dan kesannya terhadap negara-negara termasuk Malaysia. Apakah langkah yang diambil bagi mengatasi masalah yang timbul berikutan kesan daripadanya.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, secara amnya tiada perubahan ketara dilihat pada suhu tahun negara berdasarkan data suhu yang direkodkan di stesen meteorologi negara sejak tahun 1969 hingga 2015. Purata suhu minimum negara adalah 18.5 darjah Celsius, manakala purata suhu maksimum negara adalah 36.5 darjah Celsius. Kesan rumah kaca, greenhouse effect berlaku kepada kepekatan gas rumah kaca atau greenhouse gases di dalam atmosfera menyebabkan kenaikan suhu purata bumi dan mengakibatkan fenomena pemanasan global.
Antara impak pemanasan global kepada negara ialah isu kenaikan paras air laut.
Kenaikan suhu purata global secara mendadak dan keturunan akan mengakibatkan pencairan glasier dan ketulan ais di kutub dan seterusnya menyebabkan kenaikan paras laut.
Kejadian tersebut dan cuaca ekstrem yang lain seperti banjir kilat dan kemarau secara langsung memberi impak kepada infrastruktur dan sosioekonomi masyarakat di negara ini.
Antara langkah menangani isu perubahan iklim pemanasan global di peringkat antarabangsa ialah Paris Agreement di bawah konvensyen rangka kerja perubahan iklim PBB ataupun Bangsa-Bangsa Bersatu. Matlamat utama Paris Agreement adalah untuk mengekalkan purata peningkatan suhu global abad ini supaya tidak melebihi dua darjah Celsius dalam jangka panjang, meningkat usaha untuk mengehadkan peningkatan suhu supaya tidak melebihi 1.5 darjah Celsius berbanding tahap era pra-industri. Tindakan susulan Paris Agreement yang perlu dilaksanakan adalah menyediakan laporan tindakan perubahan iklim yang dinamakan Nationally Determined Contributions ataupun NDC setiap lima tahun sekali. NDC merupakan sumbangan negara pada usaha global untuk menangani impak perubahan iklim bagi tempoh pasca 2020 di bawah Paris Agreement.
Tuan Yang di-Pertua, di peringkat tempatan, kerajaan Malaysia melalui kementerian dan agensi di bawahnya telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk mengurangkan pelepasan greenhouse gases di bawah sektor-sektor utama negara seperti sektor tenaga, pengangkutan, sisa pepejal, proses industri dan pertanian. Inisiatif ini secara langsung menyumbang kepada sasaran pengurangan inisiatif pelepasan greenhouse gases dalam NDC negara. Kerajaan juga giat melaksanakan program seperti rancangan tebatan banjir ataupun RTB, penanaman pokok, pewartaan kawasan hutan. Dalam masa yang sama, kajian dan penyelidikan berkaitan sumber air bencana alam, kesihatan awam dan food security juga dilaksanakan oleh agensi-agensi penyelidik kerajaan dan universiti tempatan bagi memastikan negara sentiasa bersiap siaga dalam menangani impak perubahan iklim.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Soalan tambahan, setakat mana pihak kementerian mematuhi syarat-syarat Perjanjian Paris termasuk tumbuhan di dasar laut dan juga hutan simpan yang ada laporan bahawa ada melanggar peraturan ini.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, sebenar Paris Agreement walaupun telah ditandatangani oleh 197 negara pada 22 bulan April yang lepas dan meratifikasi, Paris Agreement baru pun setakat ini sampai kepada 82 buah negara yang sudah menjangkau dia punya emission total lebih daripada mungkin 70 peratus. Syarat di bawah Paris Agreement ialah Paris Agreement will come into effect selepas sahaja 30 hari selepas emission total mencapai 55 peratus dan negara yang telah meratifikasikan 55 negara. Ini telah kita capai, tetapi ini berlaku pra 2020. Maknanya perbincangan di antara negara akan diputuskan berhubung dengan modality, procedure dan sebagainya, barulah Paris Agreement itu akan dikuatkuasakan pada 2020 nanti dengan modality dan prosedur yang dipersetujui oleh semua masyarakat yang telah menandatangani ataupun telah meratifikasikan Paris Agreement apabila diputuskan nanti.
Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, ada kebarangkalian Paris Agreement itu boleh dilaksanakan pra 2020, mesti mencapai target lebih 55 negara dan emission total lebih daripada 55 peratus. Jadi, Malaysia belum lagi dikatakan melaksanakan. Kita hantar kita punya NDC iaitu Nationally Determined Contributions, kepada Paris Agreement mengatakan okey kita hendak retain kita punya emission kepada 45 peratus iaitu 35 peratus unconditional dan 10 peratus conditional contribution.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Oleh kerana conditional ini bersyaratkan apa yang dikatakan industri kita kena dijaga. Umpamanya industri pembinaan peti ais, air conditioner yang menggunakan hydro fluorocarbons yang belum ada substitute dan substitute itu ada di tangan negara-negara yang maju dan dia dipatenkan.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jadi oleh kerana paten ini bernilai dan kita tidak mendapati- itulah kenapa kita conditionkan 10 peratus ini supaya Paris Agreement daripada greenhouse farm ini boleh menjadikan pemberian alternatif ini sebagai seamless supaya kita punya industry electrical membuat air conditioners, peti ais dan sebagainya tidak terjejas dan orang kita akan kehilangan kerja.
Begitu juga foam, bantal tilam yang kita pakai itu, membinanya menggunakan hidroklorofluorokarbon ini juga. Jadi itulah sebabnya setakat ini kita masih melaksanakan apa yang kita telah hantar daripada NDC kita. Maknanya protect our forest, planting our forest dan sebagainy- buat tebatan banjir dan sebagainya, masih dijalankan untuk mengisi apa yang kita submit dalam NDC kita. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Labuan.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Di antara masalah ataupun kesan kepada global warming ini saya rasakan adalah hakisan tepi pantai yang begitu teruk berlaku di setengah kawasan di negara kita. Jadi, adakah Yang Berhormat Menteri setuju bahawa untuk membuat benteng protection, dengan izin, adalah terlalu tinggi kosnya? Jadi, apakah setuju dengan idea sekiranya kita integrate untuk di kawasan-kawasan yang commercially viable untuk kita membuat penimbusan tanah untuk tujuan komersial tetapi kita design setelah kita study dia punya arus dan sebagainya supaya ia juga sekali gus menjadikan hakisan itu berkurangan. Terima kasih.
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas soalan Yang Berhormat Labuan. Apa yang Yang Berhormat Labuan tanya ialah sama ada apabila kita buat reclamation di satu-satu tempat ia akan mengurangkan hakisan di pantai yang berkenaan. Secara teknikalnya, kajian EIA perlu dibuat kepada tiap-tiap projek yang dilaksanakan sebagai reclamation untuk dibuatkan satu tempat lain ataupun untuk pembangunan dan sebagainya. Ia perlu memenuhi sebagaimana yang banyak saya sebutkan. Oleh kerana fenomena sea level rising ini ataupun peningkatan aras laut ini berlaku oleh kerana disebabkan global warming yang berlaku pada ketika ini, mesti diambil kira.
Fenomena hakisan laut itu - memang bersetuju Yang Berhormat, ia memang makan belanja yang begitu besar. Pada masa sekarang pun projek yang telah dan sedang kita laksana menjangkau jumlah RM10.783 bilion sedang di laksana menerusi kementerian ini.
Seluruh negara dari Sabah hingga Perlisnya, dari Kelantan hampir pergi ke Johornya, projek- projek ini- saya mempunyai senarai di sini sebanyak 51 projek yang sedang dilaksanakan.
Jadi memang kos ini mengikut yang kita lapor kepada Paris Agreement semasa perbincangan UNFCCC dahulu ialah kos untuk tebatan banjir kita sahaja pada ketika itu yang dinilai pada tahun 2015 ialah RM35 bilion.
Akan tetapi, saya masih berbincang dengan Mr. John Kerry. Saya beritahu bahawa kos ini adalah nilai pada tahun 2015. Kalau kita laksanakan pada tahun 2020, mungkin kosnya akan menjangkau jauh lebih mungkin RM50 bilion. Jadi ini betul. Saya setuju memang kosnya tinggi tetapi walau bagaimanapun, kita sedang mengkaji dengan membawa pakar supaya melihat macam mana boleh kita mempertahankan tepian laut khususnya menanam pokok-pokok, meningkatkan tahap pembangunan di tembok yang lebih tinggi dengan hanya membuat reclamation atau tembok yang secukup itu untuk kali ini sahaja. Kita mesti melihat pada masa akan datang sama ada bandar baru kita buat ataupun township yang kita akan bina itu masih terselamat dalam masa berpuluh ataupun 20 tahun yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, kita boleh kaji cadangan-cadangan yang diberi oleh Yang Berhormat. Terima kasih.
[Soalan No. 3 – YB Datuk William @ Nyallau anak Badak (Lubok Antu) tidak hadir]
4. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, pendirian kerajaan mengenai kilang kimia Malay-Sino Chemical Industries Sdn.
Berhad di Bukit Merah, Menglembu. Berikan laporan lengkap mengenai kejadian pembocoran gas klorin dan kesannya terhadap kesihatan dan keselamatan penduduk di kawasan Bukit Merah dan sekitarnya.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia, dan salam sehati sejiwa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Tuan Yang di-Pertua, yang pertama saya ucapkan selamat datang kepada guru-guru dan juga pelajar-pelajar Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Maran pada pagi ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan menguatkuasakan Akta Kilang dan Jentera 1967 [Akta 139] dan Akta Keselamatan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514]. Malay-Sino Chemical Industries Sendirian Berhad di Bukit Merah, Mengelembu, Ipoh, Perak yang merupakan sebuah kilang juga perlu mematuhi kehendak-kehendak kedua-dua akta ini serta peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya terutama peraturan khas iaitu Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996.
Negara Malaysia merupakan salah satu negara terawal di Asia yang menguatkuasakan peraturan khas bagi pasangan bahaya besar iaitu Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996. Satu seksyen khas ditubuhkan di Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan iaitu seksyen Control of Industrial Major Accident Hazard atau COMAH, dengan izin, bagi menangani dan memantau keselamatan dan kesihatan berpasangan bahaya besar ini yang melibatkan penggunaan, penyimpanan dan pengangkutan satu atau lebih bahan berbahaya.
Kerajaan memandang serius terhadap kemalangan-kemalangan yang berlaku yang melibatkan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan. Bagi kes kemalangan yang berlaku di Malay-Sino Chemical Industries Sdn. Berhad Bukit Merah Mengelembu, Ipoh, Perak.
Siasatan masih sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Sekiranya terdapat pelanggaran terhadap undang-undang yang dikuatkuasakan, tindakan mahkamah akan diambil terhadap pihak kilang Malay-Sino Chemical Industri Sdn. Berhad ini.
Pada 17 September 2016, hari Sabtu. Lebih kurang 9.45 pagi, tangki ferric chloride tiba-tiba runtuh dan pecah dan menyebabkan ferric chloride keluar memenuhi kawasan bund wall. Pihak Malay-Sino telah mengaktifkan pasukan bertindak kecemasan ERT untuk meneutralkan ferric chloride dengan menabur serbuk soda ash. Ketika pihak ERT menjalankan kerja-kerja meneutralkan ferric chloride, pihak ERT mengesan terdapat gas klorin yang terhasil daripada kebocoran pada paip penghantaran sodium hypochlorite yang pecah terkena runtuhan tangki ferric chloride. Tindak balas antara ferric chloride dan sodium hypochlorite ini telah menghasilkan gas klorin.
Setelah mengesan wujudnya gas klorin, sistem pengisian ataupun pengosongan diaktifkan dan ketika pengisian dijalankan, dua orang pekerja telah didapati terhidu gas klorin dan serta-merta dihantar ke Hospital Ipoh. Pihak Malay-Sino memaklumkan kejadian awal kepada pihak bomba, sementara seramai 25 orang daripada pasukan ERT cuba meneutralkan gas klorin dengan menggunakan sodium sulfat dan water curtain ataupun dorongan air melalui bomba.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Namun gas yang terhasil daripada tindak balas peneutralan tidak dapat dikawal pihak ERT, Malay-Sino. Pada jam 12 tengah hari bacaan gas klorin adalah 3 ppm atau teknikalnya parts per million Tuan Yang di-Pertua, parts per million. Maknanya dalam udara ini katalah kita katakan million molecule yang ada tetapi tiga daripada bahan itu adalah klorin ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Aktiviti penyingkiran gas klorin diteruskan antara ERT dan bomba dan bacaan gas klorin pada jam 1 petang adalah 0.5 ppm. Tindakan pantas dan cekap oleh Pasukan Bertindak Kecemasan Malay-Sino Chemical Industries dan pasukan bomba telah berjaya meneutralkan gas klorin sepenuhnya pada jam 2 petang dengan bacaan 0.3 parts per million. Pihak bomba mengisytiharkan green zone ataupun kawasan hijau selamat pada jam 4 petang.
Kemalangan ini menyebabkan seorang pekerja dimasukkan ke dalam wad dari 17 September 2016 sehingga 27 September 2016 dan mendapat cuti rehat selama 22 hari bermula dari 17 September 2016 sehingga 11 Oktober 2016. Seorang lagi pekerja dan empat orang anggota bomba dan penyelamat dirawat sebagai pesakit luar. Tiada penduduk sekitar yang terbencana akibat daripada kemalangan yang berlaku pada kilang ini. Terima kasih.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, isu ini adalah satu isu yang serius di mana saya sendiri telah pergi ke tempat kejadian pada 17 September lebih kurang jam 10.30 pagi.
Memang keadaannya adalah cukup teruk di mana bau gas klorin yang keluar itu adalah amat kuat sekali dan kami telah diarahkan untuk beredar dari kawasan itu dengan serta-merta.
Ramai juga di antara kami yang pergi ke sana merasa pening dan hampir pengsan. Bacaan- bacaan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa ppm adalah tiga. Saya tidak tahu sama ada bacaan itu boleh diterima ataupun tidak sebab bukan sahaja sekadar kami tidak tahan bau tersebut tetapi pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan telah layu dalam beberapa jam sahaja.
Selepas dua hari kita nampak daun-daun daripada pokok-pokok besar di sekitar kawasan itu telah gugur. Saya telah pergi melawat rumah ke rumah di kawasan Bukit Merah dan juga kawasan-kawasan sekitarnya dan saya diberitahu oleh penduduk-penduduk di sana bahawa mereka terasa pening, mereka ada yang muntah, ada yang telah pergi ke klinik untuk mendapat rawatan dan ada yang sakit perut, cirit-birit dan sebagainya.
Jadi saya…
[Dewan riuh]
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tunggulah, saya hendak tanya. Tunggu, tunggu, tunggu.
Saya hendak tanya soalan ini, penduduk di kawasan itu membantah supaya kilang itu dipindahkan dari kawasan tersebut. Jadi saya hendak minta pendirian kerajaan sama ada, ada tidak apa-apa usaha telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memindahkan kilang itu?
Oleh sebab kawasan ini adalah sebuah kawasan yang kontroversial. Dulu Asian Rare Earth, sekarang Malay-Sino. Jadi penduduk-penduduk di situ merasa tertekan dan mereka tidak puas hati wujudnya sebuah kilang kimia di sini. Jadi, saya hendak tahu sama ada kerajaan mempunyai hasrat ataupun tidak untuk memindahkan kilang itu dari kawasan penduduk ramai ini? Itu sahaja Yang Berhormat Menteri, terima kasih.
Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kita masih bertuah kerana kadar ppm ataupun parts per million yang berlaku di kilang ini adalah pada kadar 0.3. Andai katalah campuran kedua-dua bahan chemical tadi menyebabkan gas klorin ini keluar dan kita sampai kepada tahap 430 parts per million, sudah tentulah semua orang mungkin akan mati.
Oleh sebab itulah langkah atau pandangan Yang Berhormat untuk menutup, memindahkan kilang ini memang boleh satu pandangan tetapi bukan cara penyelesaian yang muktamad. Ini kerana seperti yang saya sebutkan tadi kita ada dua akta yang memastikan supaya setiap industri ataupun kilang-kilang yang dibina ini mestilah mengikut peraturan yang ada. Kita hendakkan pembangunan, kita hendakkan industri yang melahirkan, mewujudkan pekerja-pekerja dan kilang ini menyediakan pekerja untuk kawasan-kawasan ini.
Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli Parlimen Batu Gajah, kita tengah buat siasatan dan kita tidak dapat mengatakan siapa yang silap. Namun demikian bagi pihak kerajaan, bagi pihak kementerian kita tidak bertolak ansur atas kelemahan dan kesilapan yang dilakukan oleh kilang ini. Sebenarnya kita buat pemeriksaan sepanjang masa.
Bagi kilang ini pemeriksaan yang cukup hadap kita lakukan. Dari tahun ini sahaja umpamanya untuk kita memastikan supaya tidak berlaku kemalangan-kemalangan seperti ini, kita menjalankan pemeriksaan ulangan jentera pada 24 unit, 6 April 2016, 4 Mei 2016, bulan Mei kita buat, bulan Julai kita buat, bulan Ogos kita buat dan ini kemalangan yang berlaku menyebabkan gas klorin ini.
Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tidak hendak menyatakan di sini apa pendirian kerajaan seperti ini tetapi kalau hasil daripada laporan ini akhirnya kita dapati bahawa kilang perlu melakukan sesuatu. Maka pihak kerajaan bertanggungjawab untuk membuat sesuatu termasuklah mengambil tindakan pada pengusaha kilang andai kata berlaku kecuaian melibatkan kemalangan ini berlaku. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang pagi-pagi kepada saya untuk soalan kedua, soalan tambahan...
[Dewan riuh]
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Yang Berhormat Menteri, saya… [Disampuk] Ya, terima kasihlah kerana bunyi-bunyian itu. Yang Berhormat Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Jangan terganggu Yang Berhormat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Ya, ya. Saya tidak terganggu tetapi Yang Berhormat Lenggong selalu mengganggu.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya khusyuk dan tawaduk melihat jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri telah berikan. Namun isu kegusaran dan kekhuatiran itu Yang Berhormat Timbalan Menteri katakan bahawa ada dalam Akta OSHA dan ia menjadi satu perkara yang amat dikhuatiri, ditakuti oleh pekerja dalam sektor yang Yang Berhormat Timbalan Menteri bicara tadi.
Jadi melihat daripada itu, soalan saya menjurus kepada, apakah langkah kementerian untuk memastikan Akta OSHA itu sendiri terbabit dengan syarikat-syarikat berisiko tinggi yang berdepan dengan keadaan keselamatan dan kesihatan itu terpalit dengan seksyen 30 di pasti wajibkan dalam keadaan posisinya itu seksyen 30, Akta SOCSO yang memberikan para wajib kepada syarikat untuk memastikan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan itu mesti diwujudkan untuk memastikan keselamatan itu dapat dipantau.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Hebat, hebat. Fuh! Panjang soalan ini.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Dari soalan saya, adakah siasatan atau kepastian bahawa syarikat-syarikat ini dalam konteks ‘mengada’ dalam undang-undang itu? Kalau tidak ada, hukuman mestilah dilaksanakan supaya risiko itu tidak terpalit kepada pekerja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang budiman...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang budiman, Yang Berhormat Menteri pun budiman ya.
Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Budiman pun ada.
Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Saya ingat Yang Berhormat...
Seorang Ahli
Kuala Langat.
Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Yang Berhormat Kuala Langat ini dia macam gaya hendak kempen, Tuan Yang di-Pertua. MTUC punya keadaan sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Dia suara sahaja Yang Berhormat.
Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita serius. Saya ingat sama sahaja bagi kita sama ada kerajaan, pembangkang dan sebagainya, kita mesti serius. Tidak ada mainan dalam kejadian seperti ini. Andai kata kilang ini melakukan kesilapan dan kesalahan, maka tindakan mesti diambil, tidak kira siapa. Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, di negara kita ini, kita ada lebih kurang 26,115 buah kilang.
Sebanyak 316 buah kilang adalah kilang yang dikategorikan sebagai pemasangan berbahaya besar seperti mana kilang Malay-Sino ini yang terlibat dengan industri kimia dan sebagainya.
Malay-Sino Chemical Industries ini merupakan sebuah kilang yang end product ia, hasil keluaran akhirnya ialah berbentuk bahan-bahan kimia.
Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Jadi sudah tentulah bahan kimia ini lebih agak berbahaya dan kita akan memastikan pemeriksaan seperti mana yang saya sebutkan, kita buat pemeriksaan berjadual, kita lakukan. Bahkan bagi kilang-kilang yang saya sebutkan tadi umpamanya, kita membuat audit kepada kilang-kilang ini. Tahun 2013, 54 audit kita lakukan, tahun 2014 - 24, tahun 2015 - 37 dan tahun 2016 ,19 kita buat auditan.
Namun demikian Tuan Yang di-Pertua, kilang-kilang ini sebelum mereka beroperasi, kita minta supaya maklumat-maklumat atau data diberikan kepada pekerja dan juga penduduk di sekitar supaya mereka tahu ketika mana kilang ini beroperasi, apa bahan yang dikeluarkan, apa yang akan berlaku andai kata berlaku perkara-perkara yang seperti mana yang berlaku pada asid ataupun bahan kimia ini. Jadi, saya kira kerajaan sudah tentulah tidak akan bertolak ansur dalam melaksanakan perkara ini. Umpamanya penilaian terhadap tempat-tempat kerja ini, kita buat, kita lakukan seperti pengenalpastian dan penilaian bahaya besar, kawalan operasi, program kecemasan, pengurusan pengubahsuaian, sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, daripada segi polisi organisasi dan sebagainya.
Jadi, Yang Berhormat Kuala Langat tidak usah risau. Namun, kita perlukan juga feedback, maklumat daripada kita semua dan orang ramai supaya tidak berlaku kemalangan- kemalangan seperti mana ini. Kita bersyukur kerana kemalangan ini tidak menjejaskan penduduk di sekitar secara besar. Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua.
5. Datuk Koh Nai Kwong [Alor Gajah] minta Menteri Pendidikan menyatakan, adakah kementerian mempertimbangkan agar subjek pertanian moden seperti vertical farming, penanaman akuakultur sebagai satu program teknikal vokasional dan latihan (TVET) sebagai langkah menggalakkan penyertaan golongan muda ke dalam sektor pertanian.
Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah. Tuan Yang di- Pertua, Transformasi Pendidikan Vokasional ataupun TPV turut melibatkan program bidang pertanian yang berkonsepkan teknologi moden dan kurikulum agroindustri seperti bidang akuakultur, bioteknologi, ternakan dan tanaman telah dilaksanakan di kolej vokasional.
Vertical farming, dengan izin, dilaksanakan dalam bidang tanaman melalui penerapan nilai-nilai kreativiti, inovasi dan keusahawanan bagi menggalakkan penyertaan dan meningkatkan produktiviti golongan muda dalam sektor pertanian. Kemahiran vertical farming, dengan izin, amat penting dilaksanakan bagi meningkatkan daya inovasi dan kreativiti dalam bidang tanaman di kalangan pelajar kolej vokasional.
Melalui pendekatan vertical farming, pelajar mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan penanaman sayuran di negara kita. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa menggalakkan penyertaan pelajar ke bidang pertanian di kolej vokasional dengan melaksanakan program-program promosi melalui program outreach pengambilan pelajar dan karnival pertanian kolej vokasional peringkat kebangsaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang jelas tadi. Tidak dapat dinafikan program teknikal vokasional dan latihan merupakan satu langkah yang amat dititikberatkan oleh kerajaan. Soalan tambahan saya ialah adakah kementerian menimbangkan rombakan semula kepada program yang sedia ada dengan menggerakkan pertanian teknologi tinggi, moden dan menggabungkan tawaran entrepreneur fund dengan izin, untuk semua belia kerana pertanian teknologi tinggi dan moden memerlukan jumlah start up funds yang tinggi. Terima kasih
Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah atas keprihatinan mengenai pendidikan kolej-kolej vokasional di negara. Yang Berhormat, pelaksanaan Transformasi Pendidikan Vokasional menggunakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV). KSKV merupakan kurikulum yang bersifat dinamik di mana Kementerian Pendidikan Malaysia akan sentiasa melaksanakan penambahbaikan pada kurikulum kolej vokasional ini bergantung pada kehendak dan keperluan industri dan semasa dengan mengambil kira teknologi tinggi, khususnya dalam bidang pertanian.
Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan
Elemen entrepreneur atau keusahawanan merupakan salah satu elemen dalam program yang ditawarkan di kolej vokasional. Kementerian Pendidikan Malaysia sedia melakukan perbincangan dengan pelbagai pihak yang bertanggungjawab menawarkan entrepreneur fund kepada graduan kolej vokasional. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Timbalan Menteri yang menjawab. Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Kementerian Pendidikan kerana mengadakan, mengusahakan program seumpama ini. Bagi saya mewakili Parlimen Baling, sudah sememangnya di kawasan kami, kawasan luar bandar, oleh kerana itu saya amat menyokong penuh program seumpama ini. Akan tetapi, cuma hendak ada dua soalan. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimana cara, kaedah kementerian untuk membantu mereka yang lepasan TVET ini? Bagaimana caranya kerana untuk meningkatkan hasil pertanian khususnya di kawasan luar bandar. Saya faham mereka telah diberi peluang kemahiran di vokasional-vokasional tersebut, tetapi apabila mereka balik ke kawasan mereka khususnya di Baling, bagaimanakah cara untuk mendidik mereka untuk memperluaskan. Itu satu.
Keduanya, bagaimana kita hendak mempertingkatkan tahap anak-anak muda di kawasan-kawasan luar bandar khususnya, agar mereka tidak tercicir? Sebab ini lagi satu peluang kedua yang diberikan melalui TVET ini, saya menyokong penuhlah. Saya difahamkan laporan yang saya terima di antara mereka tidak menduduki peperiksaan SPM, mereka terus dapat diploma. Akan tetapi sekiranya mereka hendak sambung pengajian tinggi, jadi mereka ada sedikit kekangan. Apakah usaha Kementerian Pendidikan dalam konteks National-Blue Ocean Strategy (N-BOS) itu dengan Kementerian Pengajian Tinggi?
Adakah peluang ini dapat mereka teruskan sehingga mereka mendapat degree, malah boleh jadi PhD, tidak semestinya mereka kena ada SPM. Jadi ini satu kemahiran. Jadi saya menyokong penuh dan saya harap apa yang dibuatkan, yang disoalkan oleh Yang Berhormat Alor Gajah tadi dalam vertical farming ini juga harus ditambah nilai dalam usaha ini. Itulah soalan saya. Terima kasih.
Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan
Terima kasih Yang Berhormat Baling. Soalan-soalannya sungguh berpatutan dan spesifik kepada masa depan khususnya memperluaskan bidang pertanian. Untuk maklumat Yang Berhormat, kita di Kementerian Pendidikan Malaysia ada empat buah kolej vokasional yang fokus kepada bidang pertanian.
Ini untuk maklumat Yang Berhormat dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain ya. Di Kolej Vokasional Pertanian Chenor, Pahang; Kolej Vokasional Teluk Intan, Perak; Kolej Vokasional Datuk Lela Maharaja, Negeri Sembilan; dan Kolej Vokasional Lahad Datu di Sabah.
Menggunakan konsep NBOS juga, kita di Kementerian Pendidikan Malaysia bekerjasama bukan sahaja dengan Kementerian Pendidikan Tinggi, malah dengan Kementerian Pertanian juga untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar lepasan kolej vokasional nanti untuk meneruskan kerjaya dan memberi peluang kepada mereka. Contoh seperti mana yang ditanya oleh Yang Berhormat Alor Gajah, entrepreneur fund. Kita boleh memberi peluang kepada mereka untuk menjejakkan kaki dalam industri atau menjadi seorang usahawan sendiri dalam bidang pertanian. Itu hasrat kita. Latihan ini diserapkan dalam pendidikan mereka apabila mereka berada di kolej vokasional.
Laluan graduan diploma vokasional Malaysia ke IPT, ini merupakan satu fokus penting kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Malah 17 Oktober, satu mesyuarat telah diadakan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencari hala tuju.
Untuk makluman Yang Berhormat, hala tuju Kolej Vokasional Malaysia ini ialah kita menyediakan mereka. Empat tahun mereka belajar ataupun dua tahun Sijil Vokasional Malaysia dan dua tahun diploma vokasional, selepas empat tahun mereka belajar, kita menggalakkan mereka untuk memasuki bidang pekerjaan dengan izin, they are trained to enter the industry immediately, dengan izin.
Ada banyak majikan di luar sana yang sedia mengambil mereka walaupun mereka masih dalam Kolej Vokasional. Hampir 80 peratus sehingga 90 peratus graduan-graduan ini telah pun diambil untuk bekerja walaupun mereka belum habis lagi sistem pendidikan mereka.
Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan
Walau bagaimanapun, kita telah mewujudkan satu cara yang mana selepas mereka selesaikan Diploma Vokasional Malaysia, sekiranya mereka ada dua tahun pengalaman kerja, maka dengan menggunakan konsep APEL iaitu accreditation of prior experiential learning ini, mereka boleh memohon memasuki IPT.
Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan
Seterusnya, hala tuju mereka untuk mendapatkan ijazah dan sebagainya ada terbuka di sana. Maka, pendidikan vokasional ini walaupun tidak melalui laluan akademik cemerlang, melalui laluan teknikal dan vokasional, hala tujunya dah sedia. Maksudnya, seorang pelajar lepas PT3 memohon masuk mengambil Sijil Vokasional Malaysia boleh melanjutkan pelajarannya sampai Diploma Vokasional Malaysia selama empat tahun, selepas itu ambil pengamalan bekerja selama dua tahun, mohon IPT, masuk IPT, dapat ijazah, boleh mengambil PhD. Hala tujunya ada dan kita mempromosikan laluan-laluan ini.
Di antara promosi yang kita buat di Kementerian Pendidikan Malaysia ialah untuk memperkukuhkan dan memperkasakan pendidikan kolej vokasional di Malaysia ini. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Soalan tambahan lagi. Tuan Yang di- Pertua, tengok belah-belah kiri juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Saya belum dengar lagi suara lunak Yang Berhormat Sungai Besar dalam Dewan. Ya, Yang Berhormat Sungai Besar.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Terima kasih.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Tuan Yang di-Pertua, jeling-jeling belah kiri ini, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Terima kasih beri peluang kepada Yang Berhormat Sungai Besar. Soalan pecah telur ini...
[Ketawa] Soalan tambahan saya, oleh sebab kolej yang terdekat adalah di Telok Intan dan majoriti daripada pelajar itu datangnya dari Daerah Sabak Bernam, Sungai Besar, Parlimen yang berkaitan, ada di kalangan mereka bertanya soal bagaimana sebenarnya masa depan mereka terutama pembinaan ikon yang ada di kalangan pertanian itu sendiri sebab industrinya ini atau pengajarannya itu adalah pertanian. Adakah tidak ikon-ikon yang telah dicipta? Itu yang pertama.
Kedua, daripada segi kebolehpasaran graduan yang ada ini. Apa yang disebut tadi adalah soal bagaimana mereka bina masa depan mereka tetapi perlukan jawapan, ada atau tidak statistik terutama daripada graduan kebolehpasaran mereka dalam bidang ini? Terima kasih. Itu sahaja.
Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar dan tahniah atas kejayaan cemerlang baru-baru ini dalam pilihan raya kecil...
[Tepuk] Kita akan memastikan kejayaan ini kita kekalkan dalam PRU Ke-14 nanti.
Yang Berhormat, untuk menjawab soalan Yang Berhormat, kebolehpasaran seperti mana yang saya katakan sebentar tadi- baru-baru ini saya telah menghadiri majlis graduasi kolej vokasional dan hampir 80 peratus hingga 90 peratus pelajar-pelajar telah pun diterima bekerja. Malah, seperti mana yang saya katakan sebentar tadi juga, apabila pelajar-pelajar kolej vokasional masih di kolej, sudah ada permintaan daripada majikan untuk mengambil mereka untuk bekerja bersama. Ini menunjukkan kebolehpasaran yang ada. Apa yang kita nak lakukan sekarang ialah sekiranya pelajar itu ingin menyambung pelajaran seperti mana yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat Baling, “Adakah hala tuju?”, sudah ada hala tujunya. Kita akan suruh pelajar itu bekerja dua tahun untuk mendapatkan pengalaman dan berdasarkan kepada pengalaman, dia boleh melanjutkan pelajarannya.
Ikon-ikon dalam bidang pertanian sudah ada, Yang Berhormat. Kita dalam proses untuk membawa mereka bersama dalam jelajah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mempromosikan dan menggunakan ikon-ikon ini supaya dapat menarik minat anak-anak muda kita supaya juga mengambil minat dalam bidang vokasional ini. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
6. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan apakah rasionalnya di sebalik tindakan Hospital Universiti Malaya dan Hospital Tuanku Muhriz (Pusat Perubatan UKM) mengeluarkan surat-surat peguam untuk mengugut para pesakit bagi menyenarai hitam dan menyaman mereka ke mahkamah kerana gagal melangsaikan bil-bil perubatan masing-masing dengan penuh.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Terima kasih Yang Berhormat Cheras atas soalan yang berkaitan dengan PPUM dan PPUKM.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pusat perubatan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi atau KPT diakui sebagai salah satu pilihan untuk masyarakat mendapatkan rawatan-rawatan perubatan antara yang terbaik di Malaysia.
Sehingga kini, terdapat empat buah pusat perubatan yang beroperasi iaitu di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Sains Malaysia. Terdapat juga beberapa lagi hospital-hospital pengajian yang lain akan dibuka di universiti-universiti awam atau UA pada masa akan datang dalam perancangan kerajaan.
Perkiraan kos rawatan atau caj perubatan di hospital-hospital pengajian adalah mengikut prosedur operasi standard yang berdasarkan kepada Sistem Perakaunan Mikro.
Sistem turut membuat perbandingan dengan kadar caj yang dikenakan Kementerian Kesihatan Malaysia dan hospital-hospital swasta yang lain dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa Semakan Caj dan diluluskan oleh Lembaga Pengurusan yang turut dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Caj yang kemudiannya diluluskan turut merangkumi 60 peratus subsidi kerajaan bagi memastikan caj rawatan yang dikenakan dapat diterima oleh orang ramai.
Sehubungan dengan itu, PPUM dan PPUKM tidak menyediakan perkhidmatan perubatan secara percuma dan setiap pesakit adalah bertanggungjawab untuk membayar bil rawatan yang telah dikemukakan setelah selesai rawatan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, surat-surat tuntutan hutang tersebut telah dikeluarkan oleh syarikat pengutip hutang yang dilantik oleh Pusat Perubatan UKM atau PPUKM dan Pusat Perubatan Universiti Malaya atau PPUM. Langkah yang diambil tersebut merupakan langkah terakhir. Saya ulang, langkah terakhir setelah beberapa usaha murni dijalankan seperti memberi surat peringatan atau dihubungi melalui panggilan telefon, juga ditawarkan bayaran perkhidmatan sama ada secara ansuran ataupun bayar mengikut kemampuan.
Kedua-dua pusat perubatan ini telah memberi masa yang mencukupi kepada pesakit dan waris untuk tampil berbincang bagi menyelesaikan tunggakan hutang. Ini termasuklah dengan menawarkan saluran-saluran bantuan kewangan seperti bayaran ansuran, pengecualian atau pengurangan bil kepada mereka yang layak dan mewujudkan tabung-tabung kebajikan untuk membantu para pesakit supaya dapat diberi rawatan berterusan serta menyelesaikan bil rawatan.
Semenjak langkah terakhir ini diambil, terdapat peningkatan kutipan berjaya diperolehi melalui syarikat pengutip hutang tersebut. PPUM dan PPUKM akan tetap komited dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat sambil mengamalkan prinsip kelestarian dalam pengendalian pengurusan kewangan. Sekian, terima kasih.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagai sebuah pusat perubatan awam, baik hospital di bawah Kementerian Kesihatan ataupun hospital pengajar di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, misi dan objektifnya adalah menyediakan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan mesra kepada para pesakit. Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua, apa yang dilakukan oleh PPUM dan PPUKM itu adalah bertentangan dengan nilai murni itu.
Saya ada beberapa pucuk surat tuntutan yang bercorak ugutan yang dikeluarkan oleh ejen atau syarikat pengutip hutang yang diterima oleh pesakit yang ingin saya rujuk di sini.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Misalnya sepucuk surat yang dituju kepada seorang pesakit tua umurnya 72 tahun, telah lama bersara mengalami pelbagai penyakit kronik..
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Soalan, soalan.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Dan juga seorang penerima bantuan orang tua Jabatan Kebajikan Masyarakat. Izinkan saya memetik satu perenggan sahaja dalam surat yang berkenaan ini. “Tuan (pesakit) dikehendaki menjelaskan tuntutan tersebut dalam tempoh 14 hari dari notis ini dikeluarkan. Sekiranya tuan gagal untuk berbuat demikian tindakan undang-undang dan tindakan menyenaraihitamkan di hospital kerajaan dan swasta akan dilakukan. Nama tuan juga akan dihantar ke Bank Negara Malaysia, Credit Reference Information System (CCRIS)...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Okey, okey tanya soalan dulu, tanya soalan.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
...Financial Institution System (FIS) dan CTOS akan dilakukan ke atas Tuan dengan serta-merta.”
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Dia buat tak dengar pula dah.
Seorang Ahli
Ah long ni ah long.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Tuan Yang di-Pertua, surat ugutan ini- ini bermakna jikalau pesakit yang miskin yang tua ini masih terhutang bilnya, beliau akan dilarang mendapatkan rawatan perubatan di mana-mana hospital awam atau swasta. Beliau juga akan dilarang di semua kaunter-kaunter imigresen dan juga dilarang untuk mendapatkan apa jua perkhidmatan perbankan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya sudah jelas Yang Berhormat.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Bukankah ini satu perbuatan yang teramat sangat tidak berperikemanusiaan dan kejam? Zalim sama sekali...
[Tepuk]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, sudah jelas Yang Berhormat.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Di manakah keprihatinan dan semangat penyayang yang dilaung-laungkan oleh kerajaan selama ini
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tak apa rakyat dah dengar dah.
Duduklah dulu.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kementerian ataupun hospital-hospital pengajar ini dalam krisis kewangan?
Dato’ Noraini binti Ahmad[Parit Sulong]
Duduklah. Duduklah.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Apakah sebabnya pesakit dilayani dengan dasar yang begitu zalim di mana Ah long...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Cukuplah, Yang Berhormat. Sudah jelas dah, Yang Berhormat. Boleh duduk dah, Yang Berhormat.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Pesakitnya hanya hutang berapa wang, RM769 tetapi beliau tidak berkemampuan hendak bayar...
[Dewan riuh]
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Pagi ini dia terlupa makan ubat, dia jadi macam ni lah.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Apakah Yang Berhormat bersetuju tindakan yang tidak berpatutan ini harus dibatalkan serta-merta?
Seorang Ahli
Bagi chance Yang Berhormat Cheras, bagi chance Yang Berhormat Cheras.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Yang Berhormat Cheras terima kasih atas soalan atau statement yang dikemukakan oleh Yang Berhormat dan bagi saya ini adalah satu kes yang berkaitan dengan integriti dan nilai-nilai yang terdiri daripada kejujuran, keikhlasan....
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ratus juta hilang don’t talk about integritilah. Ratus juta hilang.
Timbalan Yang di-Pertua
Duduk, Yang Berhormat Shah Alam...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang lain tak boleh bangun ketika Menteri menjawab.
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Yang Berhormat sampaikan kepada saya bahawa pesakit ini adalah bersara saya hendak sampaikan kepada Yang Berhormat bahawa PPUM dan PPUKM tidak terima pembayaran. OKU, pesara diberi rawatan percuma jadi saya minta Yang Berhormat untuk serah surat itu kepada Kementerian Pendidikan Tinggi untuk disiasat dengan teliti.
Dan saya berharap Yang Berhormat akan memainkan satu peranan yang positif untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk menghalalkan rawatan yang diterima. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Sik.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Nampak macam marah tetapi salam sejahtera.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Termasuk pada penduduk kawasan saya Sik supaya tidak ada yang masuk wad hospital. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kerana berjaya menubuhkan hospital-hospital pengajar yang menjadi alternatif kepada hospital- hospital yang sedia ada di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sememangnya hospital-hospital pengajar ini terutama Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) diiktiraf kepakarannya bukan sahaja di dalam negara bahkan dikenali di negara-negara Asia Tenggara yang lain. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah kelebihan rawatan yang ada di hospital-hospital pengajar ini yang membezakannya dengan hospital atau pusat-pusat rawatan yang lain. Terima kasih.
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Yang Berhormat, terima kasih atas soalan berkaitan dengan kelebihan-kelebihan rawatan yang ada di hospital-hospital pengajar dan memang saya boleh beritahu bahawa hospital-hospital pengajar memang soaring upwards, dengan izin, kerana saya ada beberapa success story, dengan izin, atau kisah kejayaan yang saya boleh berkongsi dengan Yang Berhormat-Yang Berhormat.
Pertama, pakar-pakar perubatan di hospital pengajar merupakan pakar yang diiktiraf bukan hanya di dalam tetapi di luar negara khasnya di negara-negara jiran seperti Brunei, Thailand, Vietnam dan Indonesia. Selain daripada itu, hospital-hospital pengajar merupakan pusat rujukan tertiary perubatan yang menerima pesakit yang dirujuk dari hospital-hospital seluruh Malaysia dan kes-kes kecemasan dengan pelbagai jenis masalah kesihatan seperti komplikasi jantung, implan dan lain-lain kes kronik.
Hospital-hospital pengajar ini mempunyai kepakaran dan sub-kepakaran pelbagai disiplin perubatan di dalam mengaplikasikan kaedah atau teknik perawatan dan alat yang berteknologi tinggi serta terkini. Contohnya berkaitan dengan sakit diabetic, cochlear implant, rawatan glaucoma, orthopedic yang terbaik. Antara perkhidmatan perubatan terkini ialah Centre of Image Guided and Minimally Invasive Therapy, dengan izin, dan Medically Assisted Conception Centre, dengan izin. Hospital-hospital pengajar ini juga melaksanakan rawatan perubatan nuklear pertama di Malaysia. Hospital-hospital pengajar ini merupakan pusat latihan utama kepakaran dan sub-kepakaran bagi pelajar perubatan tempatan dan luar negara. Jadi ini adalah bukti bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi adalah soaring upwards, dengan izin,. Sekian, terima kasih.
7. Datuk Dr. Ewon Ebin [Ranau] minta Menteri Kerja Raya menyatakan:
(a) bila kerja-kerja membina semula jambatan di kilometer 1.27 dan kilometer 3.1 yang merentasi Sungai Mesilau yang ranap dihanyutkan banjir lumpur pada bulan Jun 2015; dan
(b) berapakah jumlah dana yang diperuntukkan.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat projek membina dua unit jambatan baharu bagi menggantikan jambatan yang runtuh akibat kejadian gempa bumi ke laluan Mesilau Nature Resort Kundasang, Sabah akan dilaksanakan bersama oleh Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pertahanan menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (N-BOS). Projek dengan anggaran kos sebanyak RM15 juta itu baru sahaja siap direka bentuk dan kini sedang dalam proses pelantikan kontraktor. Berdasarkan perancangan projek membina kedua-kedua jambatan tersebut dirancang akan dimulakan pada bulan Disember 2016 dan dijangka siap dalam tempoh 12 bulan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Dr. Ewon Ebin - Ranau
Okey, terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat Menteri tadi. Kejadian gempa bumi di Ranau sudah berlalu lebih kurang satu tahun setengah.
Akan tetapi sampai sekarang ini masih banyak infrastruktur yang belum mula di baik pulih termasuklah rangkaian jambatan juga bangunan-bangunan seperti bangunan Hospital Ranau, bangunan Balai Polis Ranau dan inilah satunya masalah yang kami hadapi di sana.
Jadi persoalan saya Tuan Yang di-Pertua ialah bolehkah kementerian mengambil tindakan segera mengenai dengan perkara ini oleh sebab ini adalah keperluan rakyat di kawasan itu.
Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin
Terima kasih Yang Berhormat Ranau atas soalan yang dikemukakan.
Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan pembinaan dan pembaikan bangunan- bangunan kerajaan yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi termasuklah hospital, balai polis dan juga sekolah adalah di bawah pengendalian kementerian dan jabatan yang berkenaan Yang Berhormat. Seperti contoh hospital di bawah Kementerian Kesihatan, balai polis di bawah Kementerian Dalam Negeri dan juga saya ingin maklumkan bahawa pengendalian isu yang berkaitan dengan bencana terutama sekali yang berlaku di daerah Ranau itu Yang Berhormat adalah di bawah pengendalian Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga Agensi Pengurusan Bencana Negara ataupun lebih dikenali sebagai NADMA.
Suka juga saya ingin nyatakan bahawa JKR salah satu agensi di bawah Kementerian Kerja Raya merupakan ahli kepada majlis ini Yang Berhormat, jawatankuasa ini. Kita akan sampaikan apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat dan kebarangkalian Yang Berhormat mungkin boleh membangkitkan isu ini kepada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan yang bertanggungjawab menjaga MKN iaitu Yang Berhormat Arau apabila mendapat ruang yang sewajarnya semasa sesi ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
8. Tuan R. Sivarasa [Subang] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan, sama ada kerajaan akan menyokong penubuhan satu Unit Pembangunan Penjaja dan Wakaf Hindu atau Hindu Endowment Board, seperti yang sedia ada di negeri Pulau Pinang dan juga di negara jiran Singapura, di negeri Selangor Darul Ehsan.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penubuhan sesuatu Lembaga Wakaf Hindu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Ini adalah memandangkan isu-isu yang terlibat adalah berkaitan dengan tanah termasuk pembinaan kuil-kuil dan tanah perkuburan. Oleh itu adalah dicadangkan perkara ini dirujuk kepada kerajaan negeri seperti mana Lembaga Wakaf Hindu negeri Pulau Pinang yang telah lama ditadbir oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Terima kasih.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan ringkas yang diberikan tadi. Yang Berhormat Timbalan Menteri kata sebab ini adalah berkaitan isu Hindu Endowment Board dengan izin adalah berkaitan dengan tanah dan sebagainya ia lebih sesuai dirujuk kepada kerajaan negeri.
Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya kurang pasti sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri faham rangka undang-undang yang terpakai untuk penubuhan sebuah Hindu Endowment Board adalah ternyata di dalam Perlembagaan Persekutuan ini disenaraikan di bawah Senarai Persekutuan di bawah Ninth Schedule, dengan izin, di Perlembagaan kita. Jadi adalah jelas tidak boleh dinafikan bahawa sekiranya sebuah Lembaga Wakaf Hindu atau Hindu Endowment Board akan ditubuhkan, ia hanya boleh ditubuhkan melalui proses Parlimen dan dengan sokongan penuh daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Persekutuan.
Walaupun kerajaan negeri boleh berhasrat menubuhkannya seperti yang telah dilakukan di Pulau Pinang, so dan negara lain seperti Singapura hanya kerajaan pusat yang boleh melakukan. Oleh sebab itu saya pun terkejut bila dengar mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak mendapat nasihat undang-undang yang sewajarnya. Jadi salah faham soalan saya, saya kena betulkan balik fahaman dia Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya minta balik Yang Berhormat Timbalan rujuk balik kepada penasihat undang- undang mungkin sebab Menteri...
[Disampuk] Nanti dulu, Menteri ialah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Itu pun saya terkejut kenapa soalan saya yang sepatutnya dijawab daripada Jabatan Perdana Menteri yang soalan asal saya ditujukan kepada Jabatan Perdana Menteri. Tiba-tiba saya dapat jawapan daripada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Saya pun kurang faham- Hindu Endowment Board dengan jelas maksud dia tidak boleh ditangani oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Jadi saya minta ini rujuk balik Tuan Yang di-Pertua. Saya pun tak tahu macam mana kekeliruan yang berlaku. Saya minta kalau boleh soalan ini ditujukan balik kepada Jabatan Perdana Menteri seperti soalan asal saya dapat nasihat daripada penasihat undang-undang yang saya rasa cukup arif di dalam hal ini. Bolehkah kemukakan semua soalan saya dijawab semula lagi? Jadi boleh soalan saya ditangguhkan hari ini kepada mungkin satu hari lagi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak payah Yang Berhormat. Biar Yang Berhormat Menteri jawab sama ada apa connection soalan dengan kementerian.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Okey.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, ini dari kementerian yang lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak payah bangun.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Sepatutnya Datuk Seri Mah Siew Keong yang jawab. Beliau sendiri keluarkan kenyataan, takkan beliau menjaga Hindu Endowment Board.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Kawan. Duduk dulu Yang Berhormat.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
It is not easy Tuan Yang di- Pertua...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya, ya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak, tidak ini soal jawab Yang Berhormat. Jadi habiskan Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Baik. Jadi supaya kita semua tidak ada keraguan Yang Berhormat Timbalan Menteri Ninth Schedule jelas Hindu Endowment Board adalah dalam Senarai Persekutuan. Jadi saya harap sebab itu soalan saya ialah adalah kerajaan akan menyokong penubuhan satu wakaf Hindu Endowment Board seperti yang sedia ada di Pulau Pinang dan di negara jiran. Jadi saya mintalah soalan ini dirujuk balik dan dijawab semula.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, - Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya menjawab? Tuan Yang di-Pertua, mengikut Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi telah ditugaskan seperti berikut iaitu ditugaskan untuk mengawal selia pembangunan Lembaga Wakaf Hindu negeri Pulau Pinang di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Jadi sebelum ini telah diperturunkan kepada Menteri untuk menjalankan tugas ini untuk mengawal selia sahaja, bukan untuk menjaga pembangunan, untuk mengawal selia disebabkan wang yang diperoleh daripada wakaf hindu ini sudah tentunya adalah wang rakyat. Jadi sebab itu Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab untuk mengawal selia sahaja. Itulah tugas yang telah diperturunkan oleh Jabatan Perdana Menteri kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.
Seterusnya juga saya menjawab bahawa penubuhan Lembaga Wakaf Hindu ini adalah atas tugas Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri akan membuat enakmen untuk penubuhan wakaf ini. Jadi memang tugas ini adalah tugas kerajaan negeri.
Jadi apabila kerajaan negeri memberi menubuhkan wakaf ini kerajaan negeri bolehlah meminta bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dan terpulanglah kepada Kerajaan Persekutuan sama ada ingin- kita akan menilai dan membuat pertimbangan yang sewajarnya kepada permohonan daripada wakaf. Sekian, terima kasih.
9. Dato' Sri Hasan bin Malek [Kuala Pilah] minta Menteri Kesihatan menyatakan, berapa ramaikah doktor pakar diletakkan di pusat-pusat kesihatan terutama kawasan luar bandar. Ini kerana keperluannya amat tinggi bagi membantu rakyat mendapatkan rawatan serta mengurangkan kesesakan di hospital besar. Apakah langkah kementerian dalam meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan di klinik desa serta pusat-pusat kesihatan.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Hasan bin Malek.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini terdapat seramai 257 pakar perubatan keluarga yang sedang berkhidmat di klinik kesihatan di seluruh negara. Usaha berterusan dilaksanakan bagi menambah bilangan pakar perubatan keluarga memandangkan bilangan masih belum mencukupi.
Perkhidmatan kepakaran perubatan keluarga di klinik kesihatan kawasan luar bandar bukan sahaja memastikan masyarakat mendapat rawatan yang lebih komprehensif dan berkualiti, tetapi juga membantu mengurangkan rujukan yang tidak wajar atau unnecessary referral ke hospital. Kes-kes yang tertentu juga tidak perlu lagi ke hospital bagi rawatan susulan. Ini banyak membantu mengurangkan kesesakan di hospital dan beban kewangan pesakit terutamanya yang tinggal jauh di hospital.
Antara langkah-langkah yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di klinik desa serta klinik kesihatan adalah meningkatkan kemahiran anggota dengan cara penyeliaan yang berterusan oleh pegawai atasan, sistem audit kad pesakit, pemantauan prestasi bagi kawasan operasi, latihan menggunakan garis panduan ataupun menu yang terkini dan evidence based serta credentialing dan privileging bagi prosedur yang telah dikenal pasti.
Selain daripada itu, penjagaan personalized care di mana jururawat yang menjaga klien adalah tetap dan tidak bertukar-tukar supaya rancangan perubatan yang konsisten. Ini akan meminimumkan masalah terlepas pandang, kecuaian, lupa dan dokumentasi yang tidak lengkap. Ia juga mengukuhkan hubungan dan kepercayaan dengan pesakit serta meningkatkan kepatuhan ataupun compliance pesakit dan mengurangkan kejadian keciciran defaulters. Sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, terdapat 995 buah klinik kesihatan yang berbagai-bagai tahap, tahap satu sampai tahap tujuh. Bagi tahap satu, type one sampai type four memang ada semuanya kemudahan, termasuk X-ray, Tuan Yang di-Pertua. Type five dan type six sampai tahap tujuh dia tidak ada X-ray.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Lain-lain semua ada, kemudahan termasuk makmal, semuanya ada. Selain daripada itu, kita juga ada klinik-klinik desa. Ini kita sedang cuba upgrade kepada KK7 di mana terdapat juga perkhidmatan pesakit luar. KD sekarang tidak ada, tetapi kita akan upgrade kepada KK7, dalam proses upgrade kepada KK7 supaya diletakkan perkhidmatan pesakit luar.
Bukan setakat itu Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pakar yang saya sebut sebentar tadi, perjawatan untuk kesihatan primer, makna di klinik-klinik kesihatan, jumlah semuanya ada 3,964 perjawatan. Kekosongan yang di isi setakat ini 3,430 dan kita akan terus cuba mengisi secepat mungkin Tuan Yang di-Pertua .
Dato’ Sri Hasan bin Malek - Kuala Pilah
Terima kasih Yang di-Pertua dan juga terima kasihlah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberi penjelasan yang cukup baik, yang cukup bermaklumat kepada kita, terutamanya bagi mereka yang duduk di kawasan-kawasan luar bandar. Saya mengucapkan tahniah atas usaha yang dibuat oleh kementerian bukan sahaja untuk menambah baik hospital-hospital di bandar, tetapi juga di kawasan-kawasan luar bandar.
Saya amat tertarik hati salah satu daripada program yang dibuat di kawasan pendalaman. Maknanya masyarakat pendalaman pun diberikan perhatian oleh pihak Kementerian Kesihatan. Salah satu daripada program yang saya lihat yang ada- saya tanya kepada kawan saya dari Sarawak tadi ialah Klinik Bergerak 1Malaysia yang telah pun dilaksanakan di kawasan-kawasan pendalaman di Sabah Sarawak, yang mana minta maaf cakaplah, saya di Kemboja tiada kemudahan-kemudahan seperti ini. Oleh sebab itu tahniahlah kepada Kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa prihatin...
[Tepuk] Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat...
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Ini Wakil Rakyat Kembojakah?
Dato’ Sri Hasan bin Malek - Kuala Pilah
Ya? Hendak beritahulah. Kalau tidak, ada itu yang tak tahu. Okey, yang saya hendak tanya sekarang ini, setakat manakah Program Klinik Bergerak 1Malaysia tadi dapat berjaya meningkatkan tahap kesihatan penduduk- penduduk di kawasan luar bandar yang ada perkhidmatan seperti itu? Soalan kedua, bagaimana sambutan rakyat kepada program ini? Terima Kasih.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Tuan Yang di- Pertua, terima kasihlah di atas soalan itu dan terima kasihlah kerana menghargai apa yang telah kita buat selama ini Tuan Yang di-Pertua. Memang di Malaysia ini coverage Tuan Yang di-Pertua, untuk kesihatan rakyat ini dia menyeluruh. Bukan hanya di bandar, luar bandar, kemudian kawasan-kawasan pedalaman juga Tuan Yang di-Pertua. Kita ada hospital di bandar, kita ada KK atau klinik kesihatan di luar bandar dan kemudian klinik KD iaitu klinik desa, ada lebih kurang 1,800 di seluruh Malaysia.
Selain daripada itu, kita ada juga klinik bergerak. Klinik bergerak ada lebih kurang 200 pasukan klinik bergerak yang pergi ke seluruh negara. Itu yang sampai dengan jalan, yang tidak sampai dengan jalan, kita pergi dengan bot. Kita ada bot klinik ya. Bot klinik ini di sungai-sungai besar di sebelah di Sarawak. Akan tetapi, dia terdapat sedikit menghadapi masalah. Itu kita akuilah kerana bot ini mudah rosak dan makan masa untuk repair. Kadang- kadang air tak cukup bila musim kemarau, tak boleh hendak sampai ke atas, ke kawasan lebih hulu. Jadi kalau tak sampai, kita juga cari jalan untuk pergi hantar dengan, pasukan kita pergi dengan four-wheel drive Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada itu, kita ada juga perkhidmatan doktor udara. Ada dua belas pasukan semuanya. Maknanya kawasan yang tak sampai dengan kereta, tak sampai dengan bot, kita hantar dengan menaiki helikopter, sampai juga.
Bagi kes-kes emergency Tuan Yang di-Pertua, kita evacuate. Kita ada medic bag, kita evacuate daripada pedalaman sampai ke hospital kita. Kos memang tinggi. Kos satu jam helikopter, satu jam RM6,800 satu jam. Hendak pergi daripada base hendak pergi ambil pesakit di pedalaman, balik ke hospital kadang-kadang empat jam. RM6,500 x empat jam, berapa? Ada RM26,000, satu kes. Akan tetapi ini semua kita tanggung. Sebab apa? Hendak beri perkhidmatan kepada seluruh rakyat kita tidak kira di mana mereka berada. Itu satu kelebihan kita Tuan Yang di-Pertua. Terima Kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya Yang Berhormat Kuala Krai. Dia kompelin tadi Speaker tak nampak dia. Sebenarnya nampak.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Bukan kompelin, muhasabah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perkembangan pembangunan klinik kesihatan ini sejak tahun 90- an atau 80-an sampai hari ini telah menunjukkan peningkatan daripada hanya dijaga oleh seorang medical assistant, kemudian kita sudah ada pegawai perubatan dan kini sudah ada pakar.
Apakah kementerian bercadang sebagai langkah-langkah stagesnya ini, untuk menjadikan beberapa klinik kesihatan yang terpilih yang mempunyai hinterland yang besar dan berjauhan dengan kemudahan hospital untuk dipertingkatkan lagi ke tahap bukan sekadar mempunyai seorang pakar kesihatan keluarga yang boleh memainkan peranan sebagai general physician, tetapi seorang pakar bedah atau general surgeon yang akan dibackup dengan pakar biusnya supaya ia dapat memberikan perkhidmatan yang lebih accessible kepada penduduk-penduduk di luar bandar dan juga melegakan sedikit beban yang ada di hospital-hospital berkenaan. Adakah kementerian punya perancangan yang sedemikian? Terima Kasih.
Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Terima Kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat perkembangan semasa, memang banyak klinik yang KD, klinik desa dulu sudah memang kita upgrade kepada klinik kesihatan. Maknanya ada kemudahan-kemudahan yang lain, termasuklah saya kata farmasi ada, makmal ada, bahagian emergency ada, kecuali x-ray tiada. Kebanyakannya begitu. Akan tetapi kalau untuk kita hendak tempatkan pakar-pakar bedah dan sebagainya, kemudahan pembedahan, ia perlu ada dewan pembedahan. Jadi kos yang terlibat dan kita lihat juga keperluan di tempat itu.
Akan tetapi setakat ini Tuan Yang di-Pertua, memang kita buat pendekatan lain pula, di mana hospital-hospital daerah yang tiada pakar tetapi dia ada dewan pembedahan. Kita hantar pakar-pakar on schedule basis, Tuan Yang di-Pertua dengan izin. Bermakna sebulan sekali, dua minggu sekali hantar pakar-pakar. Berbagai-bagai jenis pakar supaya mereka boleh melakukan pembedahan di hospital berkenaan.
Ada satu lagi pendekatan yang kita buat. Ini untuk memudahkan lagi rakyat, kita panggil cluster hospital. Ia bermakna kita combine dua tiga hospital sebagai satu cluster.
Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Hospital pakar dan hospital yang tidak ada pakar dan mereka boleh rujuk terus makna rujuk terus pakar. Mana-mana pesakit yang perlukan rawatan pakar, pergi ke hospital kerajaan yang besar-besar ini ataupun vice versa. Maknanya pakar dari hospital besar ini pergi ke hospital kecil. Itu yang kita buat, cluster dipanggil. Dah ada di Pulau Pinang, bukan semua lagi tetapi dalam proses untuk meningkatkan pentadbiran secara begitu. Mengikut cluster masing-masing, Tuan Yang di-Pertua.
10. Puan Teo Nie Ching [Kulai] minta Menteri Pendidikan menyatakan, apa tindakan yang telah diambil terhadap seorang guru di Sabah yang didakwa mewujudkan kumpulan WhatsApp dan memuat naik video lucah untuk tatapan anggota kumpulan itu.
Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kulai. Tuan Yang di-Pertua, setiap aduan yang diterima oleh sekolah, pejabat pendidikan daerah (PPD) dan jabatan pendidikan negeri dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia akan diuruskan mengikut prosedur standard pengurusan aduan awam dan diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja.
Setiap kes aduan yang statusnya berasas akan diambil tindakan sewajarnya mengikut prosedur sedia ada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bagi kes seorang guru Sabah yang dituduh menyalahgunakan aplikasi WhatsApp, KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah mengambil tindakan memberi amaran bertulis dan menukarkan guru tersebut ke sekolah lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya adalah saya rasa memandangkan bahawa amaran telah diberi kepada guru tersebut memang telah mengesahkan bahawa dia memang menyalahgunakan WhatsApp.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Jadi soalan saya, seorang guru yang menyalahgunakan WhatsApp untuk memuat naik video lucah, adakah beliau sesuai untuk terus menjadi seorang guru di sekolah? Saya rasa kita pindah guru itu ke sekolah lain tidak mengatasi isu ini kerana kalau dia tidak sesuai untuk mengajar di sekolah asal, maksudnya dia tidak sesuai untuk mengajar di sekolah lain juga kerana interest ataupun kepentingan murid-murid lain ataupun ibu bapa lain juga akan terjejas.
Jadi saya harap bahawa dan saya kurang setuju dengan keputusan KPM terhadap guru ini kerana tindakan untuk pindah dia ke tempat lain, maksudnya dia tidak sesuai untuk terus mengajar lagi. Jadi dia seharusnya diletak di luar kawasan sekolah untuk menjaga kepentingan murid-murid. Terima kasih...
[Tepuk]
Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan
Terima kasih Yang Berhormat Kulai, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita di Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil berat atau serius tentang masalah-masalah seumpama ini dan kita tidak sama sekali akan memberi laluan ataupun memberi amaran semudah ini tetapi kita sentiasa memberi ruang untuk satu penyiasatan dilakukan dan Yang Berhormat, apabila kita melakukan penyiasatan terhadap tertuduh ini dan apabila temu bual dibuat oleh pejabat pelajaran daerah bersama guru besar berkenaan, dia mendapati bahawa guru besar tersebut merupakan salah seorang admin dalam kumpulan tersebut. Bukan yang mewujudkan tajuk tetapi salah seorang admin dalam group tersebut dan guru besar menjelaskan bahawa group itu diwujudkan untuk perkara-perkara lain, bukan dalam subjek yang mana Yang Berhormat beritahu sebentar tadi.
Memandangkan itu merupakan kesilapan guru besar dan kita hendak memaklumkan kepada dia bahawa ia tidak seharusnya berada dalam kumpulan-kumpulan tersebut, maka kita mengambil tindakan dan beliau sedar silap berada dalam kumpulan tersebut dan beliau telah keluar daripada kumpulan tersebut tetapi kita terpaksa mengambil tindakan memaklumkan kepadanya bahawa sekiranya ia berlaku lagi, tindakkan yang lebih berat akan diambil terhadap beliau.
Kementerian Pendidikan Malaysia Yang Berhormat, tidak memandang ringan perkara-perkara ini dan sekiranya berlaku isu-isu yang mana menjejaskan bukan sahaja daripada segi pedagogi dan pendidikan malah hal ehwal pelajar dan guru terlibat, kita akan mengambil tindakan yang sekeras-kerasnya, Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, setakat itulah sesi soal jawab lisan untuk pagi ini.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat.
Saya ingin membangkitkan Peraturan Mesyuarat 23 di mana Ahli-ahli Parlimen telah submit soalan lisan tetapi buat masa sekarang masih belum dapat jawapan-jawapan lisan daripada kerajaan yang buku-buku lisan. Saya minta penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Peraturan Mesyuarat 23, Isi-isi Pertanyaan tetapi saya fahamlah soalan itu ya. Saya akan semak ini dan kita akan jawab secara pentadbiran mengenai perkara ini ya Yang Berhormat.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” [18 Oktober 2016]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, saya jemput Yang Berhormat Bayan Baru untuk menyambung perbahasan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri yang membentangkan Rang Undang-undang Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 2016. Saya sambung daripada semalam tetapi secara ringkasnya, mukadimah saya adalah saya menyokong rang undang-undang ini kerana dia memberi counter balance kepada World Bank dan juga IMF di mana kita mempunyai saluran yang baru untuk mendapatkan pinjaman daripada AIIB supaya negara kita boleh peroleh benefit daripada pelbagai loan facilities untuk pembangunan infrastruktur negara. Walau bagaimanapun, saya juga ingin bangkitkan beberapa cautionary notes untuk kerajaan berdasarkan kepada empat perkara.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Nombor satu adalah sovereignty atau kedaulatan. Kita tahu bahawa daripada pengalaman IMF dan juga World Bank, selalunya dia memberi loan conditions kepada negara-negara peminjam contohnya mereka akan impose seperti trade liberalization atau pembebasan perdagangan atau deregulation, privatization of essential services. Selalunya mereka impose ini kepada negara-negara yang terdesak. Apabila Korea mengalami financial crisis tahun 1998, mereka terdesak dan mereka terpaksa sign pelbagai loan condition yang pada hemat saya mungkin baik, mungkin buruk kerana kita tahu bahawa selepas Korea berjaya mendapatkan loan daripada IMF, reform the economy dan ekonomi mereka mendadak naik. Begitu juga dengan Indonesia. Sekarang Indonesia pun kembali kepada satu pertumbuhan yang sangat-sangat sihat.
Walau bagaimanapun, I think the fundamental is kita sebagai negara yang berdaulat, kita harus mempunyai kebebasan untuk menentukan hala tuju daripada segi ekonomi dan juga kedaulatan negara. Itu adalah poin saya. Jadi, AIIB ini saya rasa kita harus berhati-hati kerana kita tidak mahu bahawa loan conditions ini sama dengan IMF dan juga World Bank yang sangat tidak adil kepada negara-negara yang membangun terutamanya negara-negara yang miskin. Contohnya adalah di Bangladesh. Bangladesh apabila IMF atau World Bank memberi loan kepada mereka, mereka dipaksa untuk privatize dia punya bank- bank di Bangladesh, telco sector dan juga electricity yang mana sebenarnya ini adalah basic essentials yang diperlukan untuk kawasan-kawasan yang sangat miskin tetapi apabila di liberalize, mereka hanya tumpukan kepada tempat yang ada market seperti di bandar-bandar tetapi luar bandar diabaikan.
Akan tetapi ada loan conditions yang baik juga pada hemat saya yang dicadangkan oleh World Bank dan IMF iaitu seperti fiduciary policy condition iaitu meminta supaya kerajaan lebih bertanggungjawab, good governance, fight corruption untuk tender terbuka. Semua ini adalah baik untuk kerajaan, baik untuk negara supaya ekonomi dan juga financial system negara itu menjadi sihat. Greater transparency and good governance dan fight corruption.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ini adalah benda-benda yang baik dan harus kita contohi. Jadi ini adalah- kita juga khuatir bahawa AIIB ini mungkinlah, kita tidak tahu menjadi leverage untuk apabila mereka meminjam kepada kita, mereka akan cuba leverage kepada kedaulatan negara. Apabila memberi loan yang berbilion-bilion Ringgit kepada Malaysia, mereka akan cuba memasukkan what we call foreign policy ke dalam trade agreement. Mereka mungkin bagi berbilion-bilion Ringgit tetapi minta Malaysia berbincang dan compromise dari segi isu Laut China Selatan.
Jadi ini adalah benda-benda yang harus kita sangat berhati-hati.
Kedua ialah isu commercial interest of China kerana kita tahu bahawa AIIB ini adalah dipelopori oleh negara China dan mereka mempunyai at the time of rising, mereka menjadi world economic power, mereka cuba akan membuka pasaran di Asia Tenggara dan juga Asia yang mana merupakan satu pasaran yang sangat penting kepada mereka. Jadi yang kita tahu bahawa sekarang mereka sangat agresif.
Negara China sangat agresif membuka pasaran di seluruh dunia dan AIIB ini menjadi satu instrument yang baru untuk mereka masuk, Yang Berhormat Menteri. Mereka baru masuk dan membawa syarikat-syarikat besar bersama-sama dengan negara, bersama dengan loan sekarang. Jadi dia menjadi satu orang Cina kata ‘etiow long’... [Bercakap dalam bahasa Cina] Maksudnya satu ‘A to Z’- loan bagi, market penetration, dia ada dengan company mereka, dengan services mereka. Jadi ini akan menjadikan pasaran Malaysia dipenuhi dengan syarikat-syarikat daripada China.
Saya hendak ambil contoh construction industry. Apabila kita memberi kontrak kepada China contohnya, mereka akan bawa masuk kontraktor mereka daripada China. Engineer mereka daripada China, sampai bahan-bahan juga datang dari China. Machinery dan sebagainya. Jadi kalau kita minta loan daripada AIIB contohnya berbilion-bilion ringgit tetapi semua syarikat kontrak itu diberikan kepada China, jadi apa kebaikan untuk ekonomi negara kerana duit itu tidak memanfaatkan. It didn’t create job. Ia tidak membina peluang pekerjaan yang baru untuk rakyat Malaysia. Dia tidak ada technology transfer. Dia tidak ada supply chain kita. Tidak mendapat manfaat daripada kontraktor tersebut.
Jadi ini adalah rungutan daripada construction industry. Contohnya yang berlaku di Penang Second Bridge. Penang Second Bridge adalah kontraktor daripada China. Engineer datang daripada China, dia punya machinery datang daripada China.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Penjelasan sikit boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Bila disebut oleh Yang Berhormat Bayan Baru tidak ada transfer technology, adakah bermaksud pekerja juga dibawa daripada China yang sepatutnya mungkin dalam perjanjian mengatakan bahawa bila satu syarikat luar datang, ia memberi peluang pekerjaan kepada orang tempatan. Adakah itu maksudnya, Yang Berhormat?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Ini adalah hakikatnya. Betul, apabila mereka masuk dengan kontrak pembinaan yang besar, mereka datang dengan segala-galanya almost 80 peratus to 90 peratus daripada China.
Pekerja juga datang daripada China. Saya rasa ini adalah satu yang tidak sihat kepada industri kita kerana kalau semua daripada China kita tidak dapat technology transfer seperti Yang Berhormat Hulu Langat kata. Engineer kita tidak boleh naik dari segi pembinaan yang sofistikated seperti railway atau bangunan tinggi atau jambatan yang lebih tinggi.
Jadi saya harap kita kena hati-hati dari segi commercial interest of China. Akan tetapi walau bagaimanapun, setiap krisis atau challenges ada opportunity nya. Melalui AIIB ini, kita sebagai members nation, bagaimana kita boleh penetrate kepada negara-negara lain. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri bagaimana kita menggunakan platform AIIB ini untuk penetrate kepada negara-negara lain?
Walaupun shareholding kita sangat rendah tetapi saya nampak bahawa ini merupakan satu opportunity di mana syarikat-syarikat yang local atau tempatan, construction kah, infrastructure company kah, bolehkah mereka join melalui loan facilities yang diberikan oleh AIIB ini, offer our services penetrate market di India kah, di Bangladesh dan sebagainya.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Dulu ada Menteri-menteri yang membawa syarikat-syarikat kita ke luar negara untuk penetrate market-market tetapi sekarang kurang dengar kerana mungkin tidak berapa berjaya. Jadi saya minta supaya this one we have to assert our certain influence into AIIB. Isu ketiga ialah hubungan dua hala atau multilateral relationship dengan regional country. Apabila Malaysia aktif dalam AIIB ini di mana satu platform yang bagus, kita harus aktif dari segi pelbagai aspek terutamanya komersial yang tadi saya cakap kita kena bawa rombongan kita, company kita penetrate secara aktif dan saya minta Yang Berhormat Menteri juga jelaskan berapa shareholding kita dalam AIIB.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
[Bangun]
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Bolehkah naik sampai berapa?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Jelutong bangun.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Yang Berhormat Bayan Baru, dekat sini sekejap sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Mengenai AIIB dan disebut juga Yang Berhormat Bayan Baru bahawa kita ada peluang-peluang komersial. Jadi saya hendak tanya Malaysia ini merupakan salah satu pelopor kepada pertubuhan ASEAN dan pada tahun lepas, apabila Malaysia menjadi pengerusi kepada ASEAN, kita telah mengeluarkan satu gagasan iaitu ASEAN Economic Community (AEC). Jadi saya hendak tanya sama ada AEC itu dapat mengaut peluang-peluang supaya kita dapat memajukan agenda dan hasrat ASEAN di samping kita mendukung matlamat AIIB. Itu yang saya rasa agak penting supaya ia tidak bercanggah antara satu sama lain. Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong kerana memberi satu cadangan yang baik. Saya ingin memasukkan ucapan Yang Berhormat Jelutong dan juga Yang Berhormat Hulu Langat tadi ke dalam ucapan saya dan minta Yang Berhormat Menteri jawab juga. Saya rasa AEC ini sangat penting kerana kita tahu bahawa kalau sepuluh negara yang mempunyai populasi yang sangat tinggi dan juga emerging market dan juga mempunyai tenaga kerja yang sangat muda, ia automatically menjadi satu pasaran yang sangat-sangat penting dan kita tahu bahawa China dari segi geopolitics mereka terpaksa bekerjasama dengan lebih erat dengan ASEAN to counter balance Amerika Syarikat.
Jadi kita mempunyai satu grouping yang pada pendapat saya sangat penting. Walau bagaimanapun, kita tahu bahawa ASEAN ini dia work on consensus dan selalunya tidak dapat consensus. Itu menyebabkan ASEAN ini sangat tidak berdaya, tidak maju ke depan kerana consensus building terlalu susah dan ada Chinese interest yang Cambodia dengan Laos yang selalu ikut telunjuk China dan kita ada Singapore yang sangat rapat dengan Amerika Syarikat. Jadi ini menyebabkan regional grouping ini sangat berpecah-pecah.
Jadi saya minta supaya kalau boleh eratkan dan kena laksanakan seperti Yang Berhormat Jelutong kata laksanakan agenda AEC. Dapatkan loan supaya infrastruktur di kalangan ASEAN ini boleh diperhebat. Trade rolling atau seaport dan juga airport, telco, internet dan sebagainya. Saya rasa ini adalah agenda yang perlu kita push sebagai sepuluh negara di dalam AIIB ini untuk manfaat di negara-negara di ASEAN.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Isu yang keempat adalah transparency and governance. Saya nampak bahawa AIIB ini adalah skepticism. Ini kerana ia dipelopori oleh China dan China tidak mempunyai rekod dari segi transparency, dari segi human rights dan sebagainya. Jadi, perlulah kita memastikan bahawa AIIB ini boleh mencapai satu global standard dari segi environmental standards daripada segi human rights, labour (sumber manusia), tidak kita exploit pekerja-pekerja dan juga procurement standards yang tinggi dan juga anti rasuah, good governance and transparency. Ini adalah isu-isu yang sangat penting pada pendapat saya, AIIB sebagai satu badan dunia yang saya nampak potensi yang sangat besar untuk AIIB memainkan peranan yang sangat besar di Asia.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ini kerana kalau kita memberi satu kontrak yang besar atau loan yang besar kepada satu negara, katakan membina satu empangan. Empangan ini akan dibina di kawasan pedalaman. Pedalaman memang ada orang asal dan ia memang akan menyebabkan pemindahan orang asal. Ia memang akan melibatkan environmental issues yang terpaksa menebang hutan, membina dan sebagainya.
Jadi, kalau kita hendak mencapai global standard yang boleh dihormati oleh serata dunia, kita harus meletakkan standard kita pada tahap yang paling tinggi. Kalau kita harus menyelesaikan masalah pemindahan orang asal, kita tidak boleh exploit pekerja-pekerja yang bekerja di projek-projek tersebut dan juga memastikan alam sekitar itu terpelihara. Jadi, kalau kita ada projek atau loan yang bagi kepada satu negara tetapi ada masalah-masalah skandal kah, scandal corruption kah, skandal eksploitasi pekerja atau skandal yang menyebabkan orang asal itu di marginalize. Ini akan menyebabkan kredibiliti AIIB itu jatuh.
Jadi, saya rasa harus kita ada- we have to start with the right footing. Menteri dan juga Malaysia harus sebagai champion to make the AIIB- push our standards to the gold standards. Juga kita pun harus for ourselves, kita pun kena clean up our problem dalam negara kita seperti 1MDB. Kalau kita ingin menjadi jurucakap dari segi transparensi dan anti- corruption, we have to clean up 1MDB, di mana kita tahu bahawa Malaysia semakin menjadi seperti kleptocracy di Amerika Syarikat.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Yang Berhormat Bayan Baru, boleh saya?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ya.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Saya setuju dengan Yang Berhormat Bayan Baru tadi tentang kita hendak melihat AIIB sebagai satu platform baru untuk pembangunan infrastruktur. Akan tetapi tahu tidak Yang Berhormat Bayan Baru bahawa daripada 57 negara yang subscribe to the shares, 20 peratus ialah terdiri daripada the major powers, United Kingdom, Jerman, Itali, Rusia. Sudah tentu salah satu tujuan tersebut, saya quote di sini, “Share swap of actual just…”, mengatakan mereka masuk untuk carry the corporate governance to the highest level dalam AIIB. So, mereka pegang 20 peratus kita pegang 0.011 peratus.
Jadi, kalau kita hendak bercakap tentang governance transparency, saya ingat Yang Berhormat Baru tadi you ada misguided sikitlah, off trajectory. Stick to the issue bahawa AIIB is infrastructure specific untuk improve interconnectivity dan with the highest standards of transparency and governance. Jadi, tidak timbul isu itu. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Bayan Baru dalam statement tadi, saya tidak berapa setuju sangatlah. Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Betul, saya kata kita harus menjadi- walaupun kita tahu bahawa 20 peratus daripada- I mean, developed country yang memang letakkan corporate governance sebagai standard yang sangat tinggi. Itu sebab we have to be there. Kita harus menjadi jurucakap juga. Join the group to make sure AIIB a success story. To join the group kita pun harus ada standard yang tinggi dari segi good governance di Malaysia juga kerana hendak jadi jurucakap atau join the group. Itu sebab we have to clean up our house. Our house is dirty, full of corruption, it is becoming a kleptocracy, dengan izin. Jadi, ini menyebabkan...
[Disampuk] It is already a kleptocracy ya...
[Disampuk] It is already a kleptocracy seperti yang ditakrifkan oleh Department of Justice di Amerika Syarikat.
Jadi, itu sebab kalau kita hendak jadi bangga, kita hendak jadi maju dan kita hendak jadi hebat…
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Boleh izinkan saya sikit tidak?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Sekejap ya. Boleh, boleh...
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Tidak, saya minta izin. Jadi, kalau kita hendak pergi off tangent banyak macam ini, kita tidak boleh spesifik tentang isu AIIB. Itu saya kata tadi Yang Berhormat Bayan Baru, saya setuju tetapi stick to the framework AIIB tadi dan kita tidak pernah cakap kita jurucakap, kita tidak pernah cakap jurucakap.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Tuan Yang di-Pertua…
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Jadi, saya minta kita stick to dia punya original framework, tentang AIIB dan saya setuju part itu, kita sokong. Akan tetapi apabila you trade–off, off-tangent, kita insinuate benda-benda yang tidak ada, saya ingat it leads to the gallery ini yang kita hendak elakkan dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila- sila.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, nampaknya Yang Berhormat Kota Tinggi ini kawan baik saya. Saya tidak hendak attack dialah buka-buka macam ini [Ketawa] Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya off-tangent, tidak off- tangent ialah kuasa Tuan Yang di-Pertua, bukan dia. Kalau boleh komen, itu kena Tuan Yang di-Pertua yang komen. Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya, terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua…
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila- sila.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
…Kerana tidak tegur. Maksudnya tidak berapa off-tangent lah [Ketawa] Saya stick to the point so far dan kita hendak komen kerana ada rasa. Kita tahu bahawa negara kita penuh dengan masalah. Nama telah jatuh sebagai kleptocracy, di mana bilion-bilion Ringgit dijumpai di dalam akaun peribadi Perdana Menteri tetapi…
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang itu saya kena tegurlah [Ketawa]
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Okey. I come back to the good governance. Jadi, itu sebab haruslah kita AIIB, kita harus praktiskan yang paling baik iaitu transparensi dan good governance dalam AIIB supaya nama baik AIIB ini terpelihara. Sekali lagi saya telah ulangi bahawa we are concerned about sovereignty, kedaulatan negara. Kita concerned about commercial interest oleh China, di mana sekarang kita tahu negara China telah beli banyak aset-aset negara, termasuk Bandar Malaysia, independent power plants, sekarang hendak lobi HSR dan banyak lah commercial interest dan juga port project, Kuantan dan sebagainya.
Begitu juga isu yang ketiga hubungan dua hala dan multilateral relationship dengan negara-negara berjiran dan akhirnya adalah isu transparency and good governance yang perlu kita pastikan AIIB laksanakan. Itu daripada ucapan saya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Setiawangsa.
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Bismillaahir Rahmanir Rahiim. Tuan Yang di-Pertua, saya secara dasarnya bersetuju dengan Rang Undang-undang Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 2016 ini.
Pada hemat saya, bahawa apa juga bank yang memberi avenue kepada negara- negara membangun untuk meminjam adalah satu dasar yang baik. Tidak seperti World Bank, pada saya AIIB ini agak spesifik dengan memberi pinjaman kepada infrastruktur. Maknanya, ia amat perlu, terutamanya di Asia Pacific Region ini. Mengikut kajian ADB, institut yang telah dibuat pada 2010, mereka mengatakan bahawa region ini memerlukan lebih kurang USD8 trillion in order to continue economic development daripada 2010 hingga 2020.
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Lagi satu, perkara yang penting ialah apa yang dikatakan oleh President of World Bank, dengan izin. “The need for infrastructure in developing country is great, so that activities of the new organization would be welcomed”.
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Isu sekarang ini bukan isu sama ada kita tunduk kepada China atau tidak. Kita tidak datang kepada China tetapi disebabkan China membesar, dia datang kepada kita. Waktu sekarang ini China adalah second biggest economy in the world. HSBC dalam forecast dia, in 2050, China will be the biggest economy in the world dengan population sebanyak 1.43 bilion. I don’t think perkara-perkara ini kita boleh ignore.
Akan tetapi saya juga nak share kebimbangan seperti mana yang telah dibangkitkan oleh kawan-kawan sama ada pembangkang ataupun daripada kerajaan tentang sekiranya pinjaman dibuat. Saya tahu dalam article of agreement is already embedded mengatakan apa juga pinjaman yang diberikan ini *strictly on economy issue, nothing political about it.
So* saya ingin mencadangkan supaya benda itu being strictly adhered to. Oleh yang demikian, kalau kita membuat pinjaman sekalipun dengan AIIB ini, ia strictly kita mendapatkan pinjaman itu tanpa terikat dengan kuasa-kuasa besar dunia terutamanya China kerana mereka adalah promoter yang paling besar. Akan tetapi, sama ada geopolitik ini masuk sama ada Amerika being slighted or not, I don’t think that is something yang kita should not be unduly worried kerana out of G7 ini, five of them decided to join AIIB. Yang tidak join hanya only Amerika dengan Jepun. Sebaik sahaja UK masuk, Canada gets in, Italy gets in, France gets in, Germany gets in. So issue on geopolitik tidak timbul. UK apabila dia membuat keputusan masuk, one thing dia beritahu, we need to be in, in order to make sure corporate governance is adhered to. Tentang Amerika dengan China ini, despite yang gaduh dekat luar ini, when it comes to economy, dia tidak gaduh. Let’s look macam mana perniagaan dia antara satu sama lain.
Amerika berniaga dengan China. Amerika biggest punya trading partner is EU dengan pada tahun 2014 registered USD694 bilion, dengan Kanada sebanyak USD660 bilion, second biggest trading partner. Nombor tiga is China dengan USD590 bilion.
Mari kita lihat pula bagaimana trading China dengan United States. United States is the biggest China’s trading partner. Sebanyak 18 peratus daripada trading China adalah ke United States. Ini bermakna dalam keadaan mereka macam bergaduh ini, when it comes to economic, they are very practical. So saya rasa in issue of AIIB ini, we have to be very practical.
Akan tetapi the only issue yang saya hendak raise ialah ini. Daripada 57 country ini, tiga country dalam AIIB ini control 44.7 percent of the voting right of the share. Contohnya, China own 29.8 percent, India own 8.4 percent, Rusia punya shareholding sebanyak 6.5 peratus. Total tiga negara ini ialah 44.7 peratus. Tiga country ini hold 50 percent of the rights. Ini saya tidak tahu bagaimana kita melihat ini.
But let’s kita tengok shareholding dekat ADB. In order to get 44.7 percent seperti mana tiga country dekat AIIB itu, ia mengambil lima country. Dekat ADB, Japan owns 15.6 peratus, US 15.5 peratus, Australia 5.8 peratus, Kanada 5.2 peratus, Korea 5.0 peratus. Ini bermakna lima country ini hanya make up kepada 44 peratus ini. Bermakna dalam AIIB tiga country tetapi ADB ini lima country.
Akan tetapi kita tengok World Bank pula. World Bank ini even widely spread out. World Bank, US owns 17.48 percent, Japan 7.54 percent, China 4.86 percent, Germany 4.40 percent, UK 4.12 percent, France 4.12 percent, India 3.19 percent. Tujuh country ini barulah make up to almost 44.7 percent. Ini bermakna lebih country yang terlibat daripada AIIB ini di mana hanya tiga country. Itu yang a little bit concern sayalah. Walau bagaimanapun, saya cukup yakin bahawa ia tidak menyebabkan sesiapa juga yang meminjam terikat dengan tiga buah negara yang besar ini, dalam erti kata perniagaan dalam negara itu. Saya juga bersetuju dengan rakan- rakan lain bahawa disebabkan kebanyakan loan-loan ADB ini dalam infrastruktur, contohnya dalam energy and power di mana negara kita mempunyai quite comparative advantage, begitu juga dalam transportation, telecommunication, kita juga should take advantage out of this. Akhir kata, saya ingin...
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Apabila kita mendengar apa yang dihujahkan dari sebelah sana dan sebelah sini bahawa kita akan menyokong daripada AIIB itu nanti, siapa yang nak membuat pinjaman? Negara kita selalunya membawa China masuk ke sini dan beri, seperti yang dikatakan tadi, projek di beberapa buah tempat termasuk kita punya jana kuasa.
Adakah Malaysia ini bersedia dengan manpower-nya, bahan-bahan mentahnya dan bahan-bahan yang boleh kita guna pakai apabila mereka membuat projek di Malaysia? Boleh tak pihak kita yang mewakili dari bank kita, bank itu tadi, supaya berbincang kita juga mendapat sebahagian daripada kerja-kerja yang kita beri kepada pihak negara China itu?
Apakah pandangan Yang Berhormat?
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Saya hendak tanya juga soalan tambahan. Tadi Yang Berhormat...
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Setiawangsa duduk dahulu ya. Bagi rehat dahulu. Sila.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Soalan tambahan pada ini sebab tadi sudah tanya soalan. Ini soalan tambahan lagi pada Yang Berhormat Setiawangsa. Boleh ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Pasal apabila Yang Berhormat Parit Sulong berbahas, muka wajah Yang Berhormat Setiawangsa tetap nampak. Sila.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
[Ketawa] Macam ini, tadi Yang Berhormat Setiawangsa ada menyatakan bahawa dia khuatir mengenai komposisi negara-negara antara AIIB ini dan juga dibandingkan dengan ADB dan juga dengan World Bank. Akan tetapi tidakkah Yang Berhormat Setiawangsa merasakan bahawa kemungkinan AIIB ini adalah satu cara untuk balance out, dengan izin, apa yang ADB dan juga World Bank lakukan. Maknanya tidak berkonsentrasi kepada US based, sort of, dan juga Japan based. I mean this is maknanya opsyen lain yang diberikan dan akan memberikan lebih banyak manfaat kepada negara-negara yang hendak membuat pinjaman. Apa pandangan Yang Berhormat mengenai perkara ini?
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Yang Berhormat Parit Sulong, selepas itu saya jawab Yang Berhormat Sibuti.
Daripada pembacaan saya, kewujudan AIIB ini is strictly on infrastructure basis. So saya merasakan bahawa who else know better compare to World Bank dengan ADB kalau dibandingkan dengan AIIB ini kerana it is all about infrastructure. So orang-orang di negara Asia Pacific region ini adalah country yang memerlukan capital untuk membangun. Saya tidak rasa- ya, people might say counter balance Amerika punya ini but this is strictly business affair untuk sementara ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, dengan izin.
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Dengan izin, business affair. Dengan izin.
Akhir kata, saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sibuti.
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Oh, Yang Berhormat Sibuti. Yang Berhormat Sibuti, saya tidak tahu mengenai condition yang being attached dengan pinjaman AIIB ini tetapi saya tahu kadang-kadang apabila kita meminjam dengan negara, contohnya pada awal- kalau my recollection on this is correct- during the 1980’s apabila kita buat pinjaman soft loan dengan negara Jepun, they put attachment on that loan. Meaning that, company-company yang nak masuk itu you get it from the kind of list panel of company yang dia punya itu, during that time. Soft loan from the country.
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
But from the bank I’m not sure tetapi saya cukup yakin kita present, kita make case, we get the loan, selepas itu anything to do with contract dan sebagainya is being done by the country yang meminta loan itu. Hopefully yang article of agreement ini specifically mentioned embedded dalam artikel itu there is no such thing political interference. It is strictly business and being adhered too. Akhir kata saya ingin mengucapkan - lagi satu ialah mengenai struktur shareholding ini. At present moment as I mentioned 29.8 owned by China, 8.4 shareholding owned by India, 6.5 owned by Russia. Saya hendak tahu sama ada shareholding ini will maintain now, forever? Adakah sekiranya Malaysia berkebolehan untuk menaikkan share lagi ia boleh ataupun it is already carved in stone? Meaning that is 29.8 it’s going to be forever. Dengan itu saya menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil bahagian ini...
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Tuan Yang di-Pertua, nampak sangat Yang Berhormat Sepang tinggi lagi daripada Yang Berhormat Bukit Katil...
[Dewan riuh]
Ahli Yang Berhormat
[Ketawa] Apalah, tarik balik.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Ketawa] Saya bangun dahululah.
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Saya hendak beritahu Yang Berhormat Bukit Katil sama tinggi dengan saya, tidak apa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Itulah maksudnya, bermaknanya Yang Berhormat Parit Sulong terlalu nampak sangat ke Yang Berhormat Bukit Katil...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Saya tidak bercadang hendak bercakap panjang cuma saya ingin ada beberapa perkara yang saya ingin highlight di sini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Akan tetapi saya yakin tetap panjang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi sudah lama tidak bercakap, kalau panjang pun tidak apalah Tuan Yang di-Pertua kena maafkan jugalah. Pertama, sebelum kita pergi kepada mungkin provision dalam ini, saya ingin tanya apa sebenarnya polisi Kerajaan Barisan Nasional ini sebab kita tahu undang-undang ini dibuat setelah ada satu inisiatif dari China.
Dalam TPPA kita nampak pro kepada Amerika, dalam ini kita nampak pro kepada China. So, my question is adakah kita telah menyedari bahawa kita telah tersilap dalam TPPA, maka sekarang ini kita rasa hendak condong ke China pula. Jadi saya ingin bertanya kepada kerajaan sebenarnya apa pendirian kerajaan ini. Hendak berkawan dengan Amerika ke atau dengan China?...
[Disampuk] Hendak dua-dua juga, okeylah tetapi dengan modal yang setakat USD50 bilion sahaja saya rasa untuk kita berhadapan dengan bank seperti yang dicontrol oleh Amerika seperti ADB, Bank Dunia dan sebagainya memang mungkin agak sukar.
Walaupun kita tahu bahawa tujuan penubuhan bank ini adalah lebih kepada untuk lebih kepada membangunkan projek infrastruktur di negara yang terlibat ini sedangkan bank- bank seperti Bank Dunia itu semua boleh membasmi kemiskinan. Akan tetapi kita tetap juga merasakan bahawa dengan persaingan dengan US ini maka sudah tentulah kita perlu memastikan bank ini resilience. Itu yang pertama.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kedua, saya juga ingin bertanyakan kepada pihak kerajaan kenapakah apabila adanya desakan-desakan sama ada dalam TPPA kah dalam kes ini kita bersedia untuk membuat undang-undang khusus untuk rakyat negara ini tetapi bila permintaan daripada rakyat Malaysia untuk supaya undang-undang dibuat ataupun peraturan-peraturan dibuat kita agak slow. Sebagai contoh kita hendak buat IPCMC sampai sekarang kita bercakap tujuan untuk memperbaiki khidmat polis tidak dilayan. Akan tetapi bila kita diminta oleh China atau US, TPPA kita respons dengan cepat. Kita tahu bahawa AIIB ini setelah ada satu mesyuarat Menteri Kewangan peringkat Asia Pasifik di Beijing itu yang dalam bulan Oktober, 21 hingga 22 Oktober beberapa hari selepas itu kita sudah buat undang-undang ini.
Akan tetapi bila kita khususnya di peringkat sinilah bercakap tentang perlunya wujud undang-undang yang lebih pro kepada human rights dan sebagainya, kita lihat reaksi kerajaan ataupun tindakan respons kerajaan agak slow. Jadi ini adalah satu kekecewaanlah bagi sayalah. Itu yang saya hendak supaya kerajaan dapat memberikan respons yang bertanggungjawablah.
Seterusnya saya juga ingin bertanyakan tentang lebih kepada artikel dalam Jadual Ketiga, dalam jadual seksyen 3 khususnya Article 46 yang menyatakan immunity from judicial proceeding di mana dalam Article 46(2) ini mengatakan saya bacakan, dengan izin, “Notwithstanding the provisions of paragraph 1 of this Article, no action shall be brought against the bank by any member, or by any agency or instrumentality of a member, or by any entity or person directly or indirectly acting for or deriving claims from a member or from any agency or instrumentality of a member. Members shall have recourse to such special procedures…” So, soalannya ialah, kenapakah kita memberikan satu imuniti yang begitu luas kepada bank ini sedangkan tujuan judicial proceeding ini adalah untuk supervise. Jadi saya rasa saya melihat ada satu trend undang-undang yang dibuat di dalam negara kita ini kita cuba hendak ketepikan peranan mahkamah. Sedangkan kita seharusnya tidak bermusuh dengan mahkamah ini kerana bila adanya judicial proceeding ini kesnya bagus untuk kita memastikan adanya transparency dan juga ketelusan yang boleh memajukan bank itu sendiri. Jadi saya merasa tidak perlulah kita mengadakan Article 46 ini kita meletakkan kekebalan kepada pihak bank ini daripada judicial proceeding.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Yang Berhormat Sepang, minta penjelasan sedikit.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Mana?
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Kuala Krai.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Oh, Yang Berhormat Kuala Krai silakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Selalu Yang Berhormat Kuala Krai di depan dia nampak ini di belakang. Yang Berhormat Sepang, mengenai perkara yang terakhir disebutkan mengenai kuasa bank dan tidak ada kuasa bagi members iaitu negara- negara yang menjadi ahli untuk membawa sebarang perkara ke mahkamah. Kalau kita melihat dalam bill ini ada remedinya juga iaitu pihak ahli boleh membawa isu ini ke mahkamah mengikut artikel-artikel yang dimaktubkan dalam sebarang perjanjian apabila kita memohon pinjaman.
Ertinya bukan melalui suatu artikel di sini tetapi melalui kontrak yang dibina. Akan tetapi saya bersama dengan Yang Berhormat Sepang bahawa kalau kita menuntut sebagai ahli menuntut perkara-perkara yang kita rasa memerlukan tindakan mahkamah dalam perjanjian-perjanjian ataupun kontrak-kontrak yang kita sign, saya khuatir bank sendiri akan menolak permohonan kita kerana seolah-olah kita menyediakan satu persediaan untuk membawa mereka ke mahkamah.
Jadi apakah Yang Berhormat Sepang berpendapat artikel ataupun remedy yang ada di dalam bill ini pun tidak akan dapat membantu negeri-negeri ataupun members kepada AIIB.
Terima kasih.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krai. Tentang isu sama ada bank mungkin takutkah itu. Bagi saya kalau kita memberikan penjelasan yang sebenarnya kepada pihak bank saya rasa mereka boleh faham.
Tujuan kita mengadakan judicial proceeding ini lebih kepada supaya satu-satu supervision memastikan perjalanan pihak bank itu mengikut standard dan juga prosedur yang boleh menjamin keselamatan wang sebab ini melibatkan wang yang banyak. Jadi kita tidak mahulah apabila adanya kecuaian daripada pihak bank.
Sebagai contoh kalau bank bagi pinjaman kepada sebab dalam ini tidak dinyatakan bahawa bank tidak bagi pinjaman. Kalau dia bagi pinjaman syarikat-syarikat seperti 1MDB, tiba-tiba ada masalah, tidak boleh dibawa ke mahkamah, immune bukankah ini satu benda yang bagi saya tidak menguntungkan pihak bank sendiri. Jadi saya melihat bahawa judicial proceeding satu yang amat perlu. Jadi saya rasa sepatutnya harus ada perbincangan dengan bank supaya kita dapat memberikan satu jaminan bahawa walaupun ada judicial proceeding dia bukan bermakna kita hendak control bank. Akan tetapi untuk memastikan supaya perjalanan pihak bank itu mengikut standard yang sepatutnya.
Begitu juga saya merasa pelik kenapakah ada satu Article 48- Freedom of Assets from Restrictions yang mana mengatakan bahawa all property and assets of the Bank shall be free from restrictions, regulations, controls and moratoria of any nature. Maknanya kita memberikan satu kebebasan atau levi yang perlu besar kepada pihak bank ini sehinggakan regulations pun tidak boleh mengawal pihak bank ini, restrictions tidak dibenarkan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Jadi saya rasa ini semua tidak- dalam zaman sekarang ini saya rasa kita sepatutnya lebih kepada transparensilah, bukan kita kepada mengehadkan kuasa mahkamah dan sebagainya. Jadi saya harap pihak Menteri dapat memberikan komen terhadap artikel 46 ini dan juga artikel 48 yang bagi saya tidak begitu sesuai diadakan. Oleh sebab kalau dilaksanakan ia akan menyebabkan kita akan menjadikan bank ini rasa dia lebih selesa dan tidak ada satu check and balance yang diperlukan.
Oleh sebab bila involves money ini kita seharusnya be very careful dan juga mesti careless because when its come to money ini kita tidak boleh bermain-main. Kita mesti be very cautious sebab kita tahu berdasarkan pengalaman. Lagilah kalau dekat Malaysia ini, lagilah kita kena hati-hati. Kalau melibatkan bank pun kita kena hati-hati, apa lagi kalau dekat Malaysia sebab kita ada sejarah dekat Malaysia ini, sejarah yang buruk bagaimana wang- wang negara ini dengan mudah walaupun dibelanjakan dengan tidak betul pun tidak ada satu akauntabiliti yang diperlukan yang kita nampak.
Jadi saya harap apa bila ada akta seperti ini saya harap peranan mahkamah itu harus diberi penekanan yang sewajarnya. Itu sahaja Yang Berhormat Menteri. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberikan respons yang bertanggungjawablah. Terima kasih...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Itu pun saya faham kenapa Yang Berhormat Parit Sulong bangun tadi. Hendak diregister Yang Berhormat Parit Sulong hendak berbahas.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Okey, terima kasih. Terima kasih bagi saya peluang Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Okey, saya hendak mengucapkan tahniahlah kepada pihak kementerian kerana walaupun kita Malaysia termasuk dalam antara 20 buah negara yang mula-mula menandatangani MoU pada awal penubuhan AIIB ini bersama dengan China, Singapura, Thailand dan Philippine tetapi akhirnya Yang Berhormat Menteri telah membentangkan rang undang-undang ini di dalam sesi Dewan kali ini. Kita dapat melihat ini adalah satu inisiatif dan usaha untuk menyubur dan meningkatkan lagi pembangunan infrastruktur dalam sebuah negara khususnya negara-negara yang berpendapatan rendah dan juga sederhana.
Saya secara peribadi saya merasakan bahawa dan juga saya melihat bahawa AIIB ini adalah merupakan satu usaha yang sangat baik dalam usaha untuk memperkasakan lagi ekonomi dan juga kewangan serantau. Walaupun agak lewat membuat ratifikasi, tetapi saya sekali lagi hendak mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri.
Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang saya hendak minta penjelasan daripada pihak kementerian mengenai beberapa perkara yang akan saya sebutkan iaitu yang pertamanya, saya cuma hendak menanyakan kepada pihak kementerian, bagaimanakah Malaysia ini kita selaku satu negara boleh berperanan untuk memberi pandangan ataupun memberi impak kepada penggubalan dasar di dalam- memandangkan peratusan shareholding Malaysia itu sangat kecil di dalam AIIB ini. Pelaburan Malaysia yang berjumlah USD10 juta lebih kurang ini, akan dibuat secara ansuran sebanyak USD21.9 juta dalam tempoh lima tahun. Walaupun peratusan Malaysia ini kecil jika kita bandingkan dengan negara lain, tetapi jumlah ini dianggap sangat besar kepada Malaysia apa lagi dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu ini.
Seterusnya soalan saya berkaitan dengan perkara ini, adakah penyertaan Malaysia dalam AIIB ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk menimba pengalaman mereka. Seterusnya, Malaysia juga boleh memastikan bahawa tenaga kerja, saya rasa perlu untuk Malaysia dan juga melalui kementerian untuk memastikan bahawa tenaga kerja...
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Yang Berhormat Parit Sulong boleh saya mencelah?
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Ya, okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Kelana Jaya.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Parit Sulong, kita akan membuat investment sebanyak RM440 juta, lebih kuranglah kalau exchange rate pada hari ini. Jadi memang betul Yang Berhormat Parit Sulong tanya soalan yang baik sekali. Berapakah kalau Yang Berhormat Menteri boleh cakap, RM440 juta itu berapakah orang yang kita boleh hantar ke AIIB sebagai officer ataupun apakah sebenarnya yang kita boleh dapat daripada segi orang Malaysia, pakar- pakar eksekutif Malaysia, pakar financial Malaysia boleh masuk ke dalam AIIB. Terima kasih.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya. Saya juga merasakan bahawa saya minta supaya apa yang dinyatakan ataupun yang disoal oleh Yang Berhormat Kelana Jaya dapat juga dimasukkan di dalam ucapan saya sebagai point ataupun persoalan tambahan.
Oleh sebabnya saya melihat seperti yang saya katakan, jumlahnya mungkin kecil, peratusannya kecil tetapi pada Malaysia ia sangat besar terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu itu. Oleh sebab itulah kita harus mengambil peluang supaya menghantar pekerja-pekerja ataupun tenaga-tenaga profesional daripada Malaysia untuk diberi peluang bekerja di AIIB ini. Saya juga tidak mahu tenaga kerja ini ataupun tidak mahu melihat tenaga kerja di sana itu nanti hanya akan dimonopoli oleh rakyat China sahaja. Oleh sebab kita khuatir kemudiannya nanti dasar-dasar yang akan digubal itu hanya akan memberi manfaat kepada sesetengah negara sahaja.
Jadinya seterusnya, AIIB dengan kekuatan awalannya sebanyak USD100 bilion ini diharap juga dapat membantu penubuhan AEC yang telah pun dibuat pengumumannya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tahun lepas terutamanya dalam mengenai ASEAN connectivity yang telah menggariskan keperluan pembangunan infrastruktur yang besar terutamanya di ASEAN ini.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Saya kira ini dapat membantu meningkatkan perdagangan inter-ASEAN dan juga intra-ASEAN serta integrasi ekonomi yang kita harapkan di oleh ASEAN itu sendiri. Akan tetapi saya ingin melahirkan sedikit kebimbangan jikanya AIIB ini membuka cawangannya di Malaysia ini nanti, khuatirnya perkara ini akan memberikan satu saingan yang cukup kuat kepada bank-bank tempatan kita.
Seterusnya soalan saya kepada pihak Yang Berhormat Menteri mengenai perkara ini, jadi bagaimanakah pihak kementerian dapat memastikan bahawa perkara ini tidak bersaing selaku satu kerajaan yang begitu bertanggungjawab. Saya percaya kita cukup mengambil berat mengenai persaingan-persaingan luar terhadap yang akan mungkin mengganggu-gugat negara ataupun mengganggu-gugat bank-bank tempatan kita.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, kita faham dan akur bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan Public-Private Partnership (PPP) yang paling lama sekali di rantau ini. Jadinya ia sudah dimulakan semenjak tahun 1983. Jadinya program PPP di Malaysia ini menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah sangat besar di Malaysia. Jadinya, 92 peratus daripada USD44 bilion nilai pelaburan adalah daripada private sector, dengan izin. Jadinya justeru itu, dengan permulaan modal yang besar serta tujuan penubuhannya khusus untuk pembangunan infrastruktur, perkara ini akan memberi peluang, pelbagai peluang bagi syarikat-syarikat tempatan untuk mengambil bahagian dalam pembangunan negara.
Jadinya untuk memaksimumkan peluang yang diberikan oleh AIIB ini, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk mewujudkan ataupun menubuhkan satu pasukan khas yang dengan kerjasama PPP dengan negara ini untuk menyelaras dan juga menyalurkan kepakaran bagi pasaran infrastruktur Asia bukan sekadar kita bertumpu hanya di Malaysia sahaja tetapi kita harus mengambil satu jalan more advanced dengan izin dengan melihat pasaran infrastruktur Asia itu sendiri.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Seterusnya, saya kira dari segi permintaan juga untuk infrastruktur Asia dan juga keperluan kewangan bagi memenuhi permintaan ini ianya berjumlah lebih kurang USD8 trilion bagi 10 tahun yang akan datang. Malaysia mempunyai satu peluang yang sangat banyak untuk memenuhi permintaan ini kerana kepakaran Malaysia terutamanya, saya mahu membagi contoh, sebahagian daripadanya iaitu dalam sektor kewangan. Saya bagi contoh macam KWSPnya, Khazanahnya dan juga dalam sektor pembinaan. Kita mempunyai company seperti UEM dan Gamuda. Jika kepakaran ini tidak kita salur dan kita sumbangkan, kita akan rugi daripada segi tenaga kerja kerana saya percaya mereka ini mampu untuk membuktikan kepakaran mereka di peringkat antarabangsa.
Seterusnya, saya ingin bertanya juga kepada pihak Yang Berhormat Menteri mengenai langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan mengenai pembabitan Malaysia yang tidak mahu terlampau berpaksikan negara China itu sendiri. Akhirnya, saya melihat bahawa ada satu perkara yang mungkin saya kurang memahami mengenai perkara ini.
Jadi, saya hendak mohon Yang Berhormat Menteri untuk menyatakan ataupun memberi penjelasan nanti semasa menjawab apa yang saya bangkitkan ini mengenai Perkara 50, mengenai kekebalan pegawai dan juga pekerja. Kekebalan dan keistimewaan pegawai dan pekerja. Jadi, saya hendak minta penjelasan mengenai perkara ini dari segi keistimewaannya yang setakat mana dan juga kekebalan itu pegawai yang mana. Saya harap pihak Yang Berhormat Menteri dapat menjawab beberapa isu yang telah saya bangkitkan ini.
Terima kasih. Dengan itu saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato' Dr. Mohd Khairudin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh...
[Membaca sepotong doa] Terima kasih pada Tuan Yang di-Pertua.
Pertama sekali, saya telah mendengar perbahasan rakan-rakan dalam membahaskan Rang Undang-undang AIIB ini dan rata-rata saya melihat menyokong rang undang-undang ini walaupun sebahagian besar melahirkan pelbagai kebimbangan.
Dato' Dr. Mohd Khairudin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Namun, saya sendiri tidak dapat menyokong rang undang-undang ini dan tidak bersetuju dengan penyertaan Malaysia dalam penubuhan AIIB ini kerana bersebab.
Pertama sekali, dari segi dasar dan prinsip penubuhan AIIB sendiri. Pertama sekali, kalau kita lihat mana-mana bank pembangunan bertaraf dunia ditubuhkan atas kesedaran bahawa negara-negara yang ada selalunya bergantung kepada negara luar atau hutang luar negara bagi membangunkan negara mereka. Oleh kerana kesedaran bahawa cukai yang dikutip di negara mereka tidak mencukupi ataupun hasil negara mereka tidak mencukupi.
Maka, di situlah datang satu ruang dan peluang untuk penubuhan bank pembangunan seperti mana lahirnya bank di peringkat dunia dan hari ini kita diperkenalkan pula dengan AIIB. Persoalan yang perlu kita timbulkan ialah adakah penubuhan bank ini memang bertujuan untuk membantu ataupun mengambil kesempatan. Jika sekiranya matlamatnya adalah untuk membantu, ada kaedah yang diajar oleh Islam untuk membantu.
Sesuatu yang patut kita kemukakan sebagai sebuah negara yang majoritinya adalah Muslim dan negara Malaysia yang terkenal cuba memperkenalkan sistem kewangan Islam di peringkat antarabangsa.
Apa yang diperkenalkan oleh Islam yang telah ditunjukkan menerusi penubuhan IDB sebagai contoh, Islamic Development Bank yang diasaskan di Jeddah tahun 1975, yang mana asas kepada penubuhan bank pembangunan ini ialah untuk membantu negara-negara yang memerlukan bantuan untuk membangunkan infrastruktur di negara mereka dengan cara hutang yang bebas daripada riba, bebas daripada faedah. Inilah yang dikatakan betul-betul bantuan yang kita patut kita berikan kepada negara-negara yang berhadapan dengan masalah seumpama ini. Kita yakin dengan firman Allah SWT menyebut... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud, “Barang siapa yang memberi pinjaman berbentuk Qard al-Hassan, pasti akan digandakan hartanya oleh Allah SWT”. Akan tetapi kalau sekiranya tujuan penubuhan bank-bank ini adalah untuk mengambil kesempatan dan itulah bagi saya sedang berlaku pada hari ini. Kesempatan untuk mengambil untung daripada keperluan dunia. Kita lihat pada hari ini bank-bank yang ditubuhkan untuk memberikan pinjaman kepada negara-negara ini meletakkan negara- negara membangun berada dalam keadaan berhutang yang sangat tinggi. Kita lihat bagaimana berlaku pada Argentina sebagai contoh, pada awal abad ke-20 adalah negara yang kaya. Akan tetapi kemudiannya bila berhadapan dengan masalah ekonomi dan kemudian kebergantungan kepada hutang luar yang amat tinggi, hari ini kita lihat bagaimana Argentina merangkak untuk meneruskan kehidupan di negara mereka.
Contoh yang paling mudah melibatkan Greece. Bila mana berhadapan dengan masalah ekonomi dalam negara sendiri, akhirnya berhutang yang sangat tinggi. Walaupun kita lihat Kesatuan Eropah cuma memberikan pinjaman riba atas riba. Diberikan pinjaman sehingga 300 bilion, 100 bilion kemudiannya tetapi ia tidak mampu untuk mengeluarkan Greece daripada apa yang mereka hadapi sekarang.
Poinnya ialah memang bank ditubuhkan untuk berniaga hutang. Persoalan kita berniaga hutang yang macam mana? Berniaga hutang yang mengambil untung berdasarkan konsep riba. Inilah yang perlu kita bicarakan pada hari ini. Barangkali pandangan yang saya lontarkan ini mendapat tentangan banyak pihak kerana rata-rata hari ini para pemikir ekonomi dunia dan juga para pemerintah melihat bahawa tidak ada cara lain untuk kita membangunkan sesebuah negara melainkan perlu bergantung kepada hutang yang dibuat dengan berdasarkan kaedah riba. Ini pemikiran yang global.
Akan tetapi kita lihat bagaimana keruntuhan ekonomi dunia pada hari ini ialah berpunca daripada sistem yang kita anuti pada hari ini. Maka, sangat wajar Malaysia sebagai negara yang saya sebutkan tadi, negara yang sedang mempromosi sistem kewangan Islam secara global, menjadi imam atau mengepalai satu usaha untuk mengajak masyarakat dunia bergantung atau membantu negara-negara lain yang membangunkan infrastruktur mereka dengan menggunakan kaedah Qard al-Hassan. Hatta, kalau kita lihat bagaimana perbankan Islam sendiri, hari ini kita lihat data menunjukkan kepada kita perbankan Islam sendiri mempunyai aset sehingga 750 bilion seluruh dunia dan negara kita memiliki hampir 20 peratus daripadanya. Ia menunjukkan kepada kita bahawa sekiranya kita boleh explore, kita kembangkan lagi ruang-ruang untuk perbankan Islam, ia boleh membantu negara-negara di seluruh dunia, bukan hanya di peringkat Asia sahaja.
Dato' Dr. Mohd Khairudin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Oleh kerana itulah saya menegaskan di sini bahawa tidak wajar bagi Malaysia melibatkan diri dengan penubuhan AIIB ini. Dalam masa yang sama kita lihat bukan hanya isu melibatkan dasar bank itu sendiri. Bahkan kita lihat dari sudut ideologi politik. Ditimbulkan oleh sebab-sebab itu di sini bagaimana sebelum ini Malaysia terlibat dengan TPPA untuk mengambil hati Amerika sebagai contoh dan tiba-tiba diambil pula ruang dan kesempatan untuk bersama dengan China yang mengasaskan AIIB ini. Bagi saya ini adalah satu ruang dan cara Malaysia untuk berbaik dengan kedua-dua pihak.
Kalau kita lihat percent atau saham yang dimiliki oleh Malaysia hanyalah sekitar 1 peratus yang tentu tidak memungkinkan Malaysia memberikan pandangan dalam perjalanan bank AIIB ini. Bahkan, sekiranya AIIB dilaksanakan dengan pelbagai dasar yang tidak kita persetujui sekalipun, Malaysia tentu tidak mempunyai ruang yang kuat untuk membantah apa yang dibuat oleh AIIB ini. Bahkan, kehadiran Malaysia dan negara lain itu...
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato' Dr. Mohd Khairudin bin Aman Razali - Kuala Nerus
...Hanyalah sebagai cara untuk menggambarkan ia mendapat sokongan daripada negara-negara Asia. Akan tetapi hakikatnya, keuntungan yang besar adalah dimiliki oleh China itu sendiri. Jadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kelana Jaya bangun.
Dato' Dr. Mohd Khairudin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Ya.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kuala Nerus, menarik sungguh perbahasan Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya cuma perlukan satu penjelasan, adakah pandangan tentang menolak AIIB ini adalah pandangan Yang Berhormat Kuala Nerus sendiri ataupun pandangan daripada parti PAS menolak penglibatan kerajaan dalam isu menyokong AIIB. Terima kasih.
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
AIIB diasaskan untuk memberikan pinjaman berdasarkan riba dan PAS adalah parti Islam yang memperjuangkan Islam dan tentu menolak riba. Maka penubuhan mana-mana bank berdasarkan konsep riba adalah ditolak oleh Islam dan tentu ditolak oleh Parti Islam Se- Malaysia (PAS). Seterusnya...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Kuala Nerus bagi?
Seorang Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ada dua Yang Berhormat bangun. Ya Yang Berhormat Bagan Serai.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat Kuala Nerus tadi yang mengatakan seolah-olah macam Malaysia ini hendak ambil hati US. Kemudiannya sekarang ini dengan penubuhan AIIB hendak mengambil hati China, hendak jaga hati supaya semua okey.
Akan tetapi saya hendak tanya Yang Berhormat Kuala Nerus, bukankah Malaysia ini sebuah negara yang ekonomi yang terbuka, yang kita telah berdagang begitu lama.
Tujuan kita sebenarnya untuk berbaik dengan ramai supaya kita dapat berdagang dengan lebih ramai dan mendatangkan keuntungan dan kebaikan kepada negara. Jadi saya hendak tanyalah kepada Yang Berhormat Kuala Nerus, patut sebenarnya kita berbaik-baik dengan US dan juga China yang merupakan kuasa besar perniagaan di dunia sekarang ini. Kita bersangka baiklah, husnuzonlah dengan perkara ini. Apa pendapat Yang Berhormat Kuala Nerus?
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Kuala Nerus saya pun hendak bertanya juga kalau bolehlah. Saya cuma hendak tanya, saya juga tertarik dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus. Akan tetapi apa pandangan Yang Berhormat Kuala Nerus sebab sekarang kita ada sekiranya memerlukan harapnya tidaklah.
Kita mempunyai dua bank antarabangsa yang kita boleh memohon bantuan. Tidakkah dengan wujudnya AIIB ini akan memberi kita satu lagi peluang untuk membuat opsyen dari segi memberikan kadar sebagai contoh kadar yang lebih baik kepada syarikat-syarikat di Malaysia ini. Itu pertanyaan saya. Terima kasih.
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Baik terima kasih.
Menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Bagan Serai tadi- Al-Quran menyebut...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Bekerjasamalah kamu atas dasar kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bekerjasama atas dasar permusuhan dan juga dosa.” Kita boleh baik dengan semua orang dan semua pihak tetapi berbaik banyak cara dan kaedah yang kita boleh pakai. Jika baik itu menyebabkan kita melanggar perintah Allah SWT kita elakkan dan mengambil kaedah yang lain. Berbaik dengan China kita boleh mengadakan pelbagai hubungan antarabangsa melibatkan perniagaan, memudahkan urusan import-eksport dan sebagainya. Tidak semesti dengan kita menyokong penubuhan AIIB ini. Itu satu.
Kedua persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong sebentar tadi.
Kalau kita ingin mengambil ruang daripada AIIB sebagai satu lagi alternatif baru untuk mendapatkan pinjaman kenapa tidak kita explore Islamic Development Bank (IDB) yang beri pinjaman tanpa faedah. Inikah cara Malaysia memperkenalkan bank ini kerana perbankan tanpa faedah memberi untung kepada semua pihak dan inilah cara kita memperkenalkan kaedah Islam. Kalau kita hanya menjadikan alternatif yang tidak bercanggah dengan agama kita, kita mempromosi sesuatu yang tidak sesuai dengan jiwa dan keimanan kita kepada Allah SWT. Kita ada tanggungjawab kepada agama dalam perkara ini.
Saya melihat menjadi kewajipan Malaysia untuk memperkenalkan perkara ini.
Kalau Malaysia tidak mampu untuk membawa satu gagasan baru sekurang-kurangnya membantu dan mengukuhkan IDB. Jika lebih baik lagi Malaysia sebagai satu negara yang cuba menjadi kepala bagi negara orang Islam, menjadi imam dalam bahasa Arabnya. Maka marilah Malaysia menjadi imam dengan mengepalai satu penubuhan Bank Islam di peringkat Asia atau bank di peringkat Asia yang menawarkan perbankan tanpa faedah.
Islam memberi satu ruang yang sangat banyak. Kita boleh menggunakan kaedah Qardhul Hasan pinjaman tanpa faedah, kita boleh menggunakan kaedah Bai' Bithaman Ajil, kita boleh menggunakan kaedah Muzaraah memberi bantuan dalam bentuk perkongsian dalam kita membangunkan sektor pertanian, kita boleh menggunakan konsep Musaqa dan banyak lagi konsep-konsep dalam Islam yang boleh kita kembangkan untuk menggambarkan kepada dunia bahawa penyelesaian ekonomi dunia pada hari ini bukan menggunakan sistem kapitalis moden berasaskan perbankan berdasarkan konsep riba.
Akan tetapi Islam adalah penyelamat bagi seluruh umat manusia pada hari ini.
Negara-negara yang mengharapkan bantuan, mengharapkan dunia membantu mereka.
Mereka mengharapkan bantuan tanpa sebarang faedah. Itu kehendak mereka kenapa tidak negara-negara yang kaya ini memberikan bantuan, terlalu mengharapkan sebarang kepentingan daripada apa yang mereka beri. Inilah konsep yang diajar oleh agama Allah SWT dan kita bertanggungjawab dalam perkara ini untuk mempromosikan perkara ini.
Itulah sedikit daripada saya. Saya mohon tidak menyokong rang undang-undang ini.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Labuan.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Terima kasih. *Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh*, salam 1Malaysia.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk juga sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 2016 atau AIIB. Seperti rakan-rakan lain yang sudah berbahas kecuali Yang Berhormat Kuala Nerus saya menyokong rang undang-undang AIIB ini. Saya lihat Malaysia memang hebat, begitu konsisten di dalam strateginya, di dalam dasar terutamanya dalam dasar yang melibatkan geopolitik yang pernah ada dua kuasa besar. Lepas itu dia jadi satu kuasa besar dan sekarang sudah mula nampak lagi ada juga pesaing kepada Amerika Syarikat yang mengetuai ataupun melopori kebanyakan bank-bank berbagai-bagai hala seperti Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia.
Jadi Malaysia sebagai sebuah negara kecil sungguh bijak saya lihat dengan mempunyai satu strategi yang sudah ditetapkan yang saya lihat telah banyak memberi manfaat.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Walaupun kadang-kadang kita juga berhadapan dengan keadaan disadvantage disebabkan kita sebagai negara yang berkecuali. Di mana kita berkawan dengan semua jadi mungkin kadang-kadang favor itu tidaklah begitu tinggi dibandingkan dengan mereka yang memilih satu pihak sahaja. Akan tetapi secara keseluruhan saya lihat strategi Malaysia yang memilih untuk berkecuali dengan berkawan dengan semua pihak ini menguntungkan.
Sehinggalah kita dapat lihat negara kita yang begitu muda telah mendapat mencapai kejayaan yang sungguh membanggakan ini.
Saya juga sebenarnya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada negara China yang telah mengambil peranan dia sebagai sebuah negara yang berpotensi untuk menjadi kuasa besar ekonomi. Untuk menyaingi ataupun memberikan satu alternatif kepada bank-bank yang serupa, bank berbagai-bagai hala yang selama ini kebanyakannya dipelopori oleh kuasa ekonomi dunia Amerika Syarikat. Dengan sekarang mempelopori satu bank pelbagai hala yang mana fokusnya adalah untuk pembangunan infrastruktur terutamanya di rantau Asia yang memang masih memerlukan banyak pembangunan.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Banyak pembangunan yang memerlukan funding ataupun pembiayaan yang lebih teratur, yang lebih tersedia yang mana ia akan dapat membantu untuk mempertingkatkan connectivity, mempertingkatkan infrastruktur yang pelbagai yang akan dapat memberikan satu keadaan yang membolehkan rantau itu berkembang maju dalam ekonomi dengan adanya synergy dan connectivity yang baik di antara negara-negara di rantau yang masih kebanyakannya adalah terdiri daripada negara-negara membangun ataupun negara ketiga.
Selain daripada itu, Malaysia memang patut bersama dengan AIIB ini sebab ia akan menjadikan satu manifestasi bahawa kita memang mempunyai hubungan diplomatik yang erat dengan negara China walaupun kadang-kadang kita bersama dengan pesaingnya seperti yang kita dapat lihat dengan keputusan kita untuk bersama-sama dengan TPPA baru- baru ini. Maka ini menunjukkan kita konsisten dan kita akan terus memperkukuhkan lagi hubungan diplomatik kita dengan negara China. Selain daripada itu, negara China juga adalah dagangan terbesar negara sejak tahun 2009 dengan jumlah dagangan RM59 bilion lebih setahun.
Pada masa yang sama juga, kita terus menunjukkan kita punya konsistensi bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang sudah matang dan sudah menunjukkan sebagai sebuah negara yang menjadi ahli kepada international community yang bertanggungjawab, bukan sahaja kepada rakyatnya tetapi juga melihat macam mana ingin bersama untuk membantu negara-negara lain terutamanya negara-negara jiran. Selain itu, sebagai salah sebuah negara yang mengasaskan ASEAN dan ASEAN adalah satu kumpulan serantau yang mempunyai hubungan dialog yang begitu baik dengan negara China sejak tahun 1990- an dan telah meliputi 20 bidang kerjasama termasuk bidang kewangan dan maritim selain daripada memang juga sebagai rakan dagangan ASEAN yang terbesar, jadi Malaysia juga bertanggungjawab sebagai salah sebuah negara yang boleh dilihat sebagai negara yang senior ataupun memimpin ASEAN.
Dengan Malaysia menjadi ahli kepada AIIB, maka sebenarnya kita akan dapat bersama mempengaruhi dasar-dasar AIIB dan seterusnya hala tuju AIIB itu sendiri. Manfaat yang begitu besar tetapi sebenarnya investment nya kecil sahaja pun. Jadi memang satu keputusan yang sangat mudah untuk disokong dengan investment yang cuma USD109 juta, kena bayar lima kali pula itu dalam lima tahun. Saya yakin ia tidak akan mengganggu aliran tunai negara.
Jadi memang ia adalah satu keputusan yang bijak bagi Malaysia untuk bersama- sama dan saya lihat dari segi komposisi kumpulan bersama di dalam AIIB ini di mana bersama-sama dengan Thailand, Maldives, Bangladesh, saya tengok Malaysia adalah sebuah negara yang boleh dilihat sebagai sebuah negara yang akan memimpin kumpulan itu. Sudah tentu undi kumpulan itu akan dapat membawa pandangan Malaysia yang akan terus menjadi negara yang boleh mempengaruhi dasar dan arah tuju AIIB itu sendiri.
Saya juga merasakan sebagai salah sebuah ahli kepada AIIB dan juga shareholder kepada bank tersebut, ia akan memberi kelebihan kepada negara kita sekiranya kita memerlukan funding ataupun kewangan untuk keperluan-keperluan kita sendiri yang memang pun kalau dilihat masih banyak lagi infrastruktur-infrastruktur di negara kita yang perlu ditingkatkan, dibuat pada masa-masa terdekat ini.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Walaupun kalau dibandingkan dengan negara-negara lain di Asia, memang Malaysia mempunyai kedudukan yang agak di hadapan di dalam pembangunan infrastruktur tetapi ia sudah tentu akan memberikan kelebihan.
Ini juga sebenarnya menunjukkan kita bukan sahaja memikirkan keperluan negara kita tetapi juga ingin untuk sama-sama membantu komuniti dan badan-badan international untuk memastikan negara-negara lain akan terus dapat dibantu untuk membangun bersama.
Saya juga merasakan ini juga adalah satu penglibatan ataupun investment yang boleh menghasilkan return of investment yang baik memandangkan market yang begitu besar untuk kita jelajah. Jadi investment sebanyak USD100 million lebih itu saya yakin akan dapat memberikan pulangan yang berbaloi kepada negara kita Malaysia.
Cuma di sini saya ingin juga bertanya kepada Menteri, adakah dengan penglibatan kita dengan AIIB yang dipelopori oleh China ini akan sedikit sebanyak membuatkan negara kita melihat bahawa China ini adalah satu potensi besar untuk kepentingan negara. Seperti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri katakan pada hari pertama dahulu, kita kena terima hakikat bahawa negara China ini adalah satu negara yang pesat membangun. Negara yang mempunyai penduduk yang begitu besar yang boleh menyediakan pasaran kepada negara kita dan kepada negara-negara lain yang mana kita sebenarnya berpotensi untuk mendapatkan banyak manfaat selain daripada pasaran-pasaran kepada barang kita dan juga tourism dan sebagainya tetapi juga sebagai sebuah negara yang boleh kita bawa bersama di dalam pelaburan-pelaburan bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh rantau.
Dengan adanya hubungan dan ikatan melalui AIIB ini, saya lihat ada potensi untuk pelabur-pelabur Malaysia yang akan bekerjasama dengan pelabur-pelabur ataupun syarikat- syarikat besar di China untuk kita mengambil peluang bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia yang mana AIIB ini akan membantu dalam pembangunan infrastruktur mereka.
Jadi persoalannya sekarang, apakah langkah-langkah yang perlu kita buat dan kita pastikan supaya peluang itu akan dapat direbut oleh kita punya pemain-pemain industri terutamanya di dalam industri pembinaan infrastruktur? Jadi dengan itu, saya sudahi bahas saya dengan menyokong Rang Undang-undang AIIB. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Wabillahi taufiq walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Kita sambung pukul 2.30 petang ya.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Baiklah Yang Berhormat, kita tangguhkan persidangan kita sehingga jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Saya jemput Yang Berhormat Bukit Katil untuk meneruskan perbahasan.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Bismillaahi Rahmaani Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, Menteri Kewangan II dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin minta izin untuk mengalu-alukan kehadiran guru, pendidik dan para penuntut Tingkatan Enam rendah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad yang juga merupakan sekolah lama saya dan berada di dalam kawasan Bukit Katil, tepuk sikit..
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, mereka berpeluang melihat Ahli Parlimen mereka berbahas.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bersama-sama dengan Ahli-ahli Parlimen yang lain untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 2016 ini. Kita telah mendengar hujah-hujah yang telah dibawa oleh Ahli-ahli Parlimen yang lain, ada yang mengambil pendirian untuk menyokong dan ada juga yang mengambil pendirian untuk tidak menyokong. Saya mengambil pendirian untuk menimbangkan, menyokong ataupun membangkang setelah mendengar nanti penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kerana banyak perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli- ahli Parlimen. Saya fikir hampir kesemuanya telah mengambil sikap berhati-hati di dalam memberikan sokongan kepada rang undang-undang ini.
Saya ingin mulakan dengan menyatakan bahawa negara kita sekarang ini berhadapan dengan pelbagai rencam masalah global dan juga di peringkat regional. Tentunya saya bercakap tentang persoalan polisi ataupun dasar luar Malaysia, khususnya dalam menangani permasalahan rantau ini. Seperti mana yang diungkapkan oleh Perdana Menteri sewaktu hari pertama bersidang yang memberikan penjelasan bahawa keutamaan kita di dalam mengurus rantau ini adalah persoalan keamanan.
Cuma saya ingin mengkritik pandangan ini kerana kita lihat sampai tahap ini, bila kita bercakap tentang geopolitik, tidak ada suatu pengarahan ataupun dasar yang jelas bila mana perkara yang berkaitan dengan pertindihan kedaulatan negara dengan negara China di Kepulauan Spratly dan sebagainya. Kita sering mendengar bahawa perkara ini sedang dalam perundingan. Akan tetapi sebagai Ahli Dewan tentunya kita menuntut suatu penjelasan dan hala tuju berkaitan tentang perkara ini.
Kenapa saya mulakan dengan perkara ini kerana apa yang akan kita lakukan dalam rang undang-undang ialah memberikan suatu pengiktirafan kepada bank pelaburan infrastruktur ini yang dianggap oleh hampir kesemua majalah antarabangsa, majalah ekonomi antarabangsa is a China led, dengan izin, yang dipimpin oleh China. Tentulah dalam konteks ini kita akan melihat bahawa Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB), dengan izin, akan banyak bergantung kepada pelaburan daripada negara China.
Kita juga kena berhati-hati, seperti mana kita sedia maklum kedudukan ekonomi China sekarang ini berada pada tahap yang membimbangkan, merosot. Laporan media antarabangsa, terutamanya media ekonomi telah menjelaskan bahawa kedudukan ekonomi China ini bakal mencatatkan pertumbuhan yang paling perlahan dan lebih perlahan daripada tahun yang lalu. Malah ada juga laporan majalah ekonomi yang menyatakan bahawa kedudukan ekonomi China ini akan menyaksikan pertumbuhan yang paling perlahan dalam tempoh 25 tahun.
Jadi, dalam keadaan negara kita membuat pendirian untuk menandatangani perjanjian dan kemudiannya pada hari ini memasukkan rang undang-undang untuk meratifikasi atau menentu sahkan perjanjian ini, maka sudah pastilah kita mesti ada suatu pendirian atas asas apa Kabinet membuat keputusan ini. Oleh sebab itu saya ingin bertanya kepada Menteri Kewangan, apakah Kabinet telah mengambil kira kos faedah sebelum membuat keputusan ini?
Kalau ada, kita pun ingin tahu, apa sebenarnya yang memandu Kabinet atau memandu Menteri Kewangan atau memandu Menteri-Menteri di dalam kerajaan ini untuk bersetuju menandatangani perjanjian ini? Oleh kerana sebelum daripada ini kita ada pengalaman dalam Dewan Rakyat, menguruskan satu perjanjian yang begitu kontroversi iaitu TPPA. Kita lihat sendiri bagaimana kerajaan dalam bab TPPA ini telah mengambil sikap yang serius, termasuk engage, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, engage Ahli-ahli Parlimen dan memberikan penjelasan. Malah sehingga membuat satu analisis atau cost benefit analysis
(CBA), analisis kos faedah yang mana telah dibentangkan kepada Anggota Parlimen kerana ia tentunya memberikan, dengan izin, far reaching impact, impak yang cukup besar kepada negara.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Sebab itu dalam konteks ini, dalam keadaan Malaysia bergelut dengan masalah geopolitik, bergelut dengan masalah tuntutan di Spratly Island, bergelut dengan masalah negara-negara di dalam ASEAN ini untuk berunding dengan China, maka kita mengambil pendirian untuk menyokong perjanjian, menyokong penubuhan bank ini yang dianggap oleh masyarakat ekonomi sebagai another World Bank of Asia, dengan izin. Kita ada satu Bank Dunia yang kita semua sedia maklum dari segi itu dikuasai oleh Amerika Syarikat, di sini kita ada komitmen negara untuk terlibat pula dalam perjanjian yang membabitkan penubuhan bank yang dianggap sebagai the World Bank of Asia yang dipimpin oleh China.
Saya mendengar tadi hujah-hujah oleh Ahli-ahli Parlimen yang menyatakan bahawa kita ambil pengalaman Asian Development Bank (ADB). Ada yang memberikan data-data tadi yang menyatakan bahawa Asian Development Bank misalnya, ada penguasaan dari Jepun dan juga Amerika Syarikat. Kita juga ada saksikan tadi, mendengar tadi Ahli Parlimen menyebut tentang komposisi World Bank, bagaimana Amerika menguasai dan sebagainya.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Dan sekarang ini kita ada AIIB yang mana kalau ikut maklumat yang saya ada- I stand to be corrected, dengan izin, kalau maklumat ini salah bahawa kita ada penguasaan hampir 50 peratus negara China di dalam bank ini, dan tentunya presidennya merupakan warganegara China, dan tentunya kontrak-kontrak yang akan seterusnya nanti berkait dengan Kerajaan Negara China.
Sebab dalam konteks ini, saya ingin lontarkan satu persoalan, apa benefit-nya, apa keuntungannya? Apakah keuntungannya lebih besar daripada kerugian? Kerana yang akan kita labur ini bukannya satu jumlah wang yang kecil tetapi merupakan jumlah wang yang agak besar iaitu hampir RM400 juta, kalau mengikut tukaran sekarang ini. Saya ingin katakan ini kerana...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Langat bangun, Yang Berhormat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Minta celahan.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Silakan.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bukit Katil, saya terpanggil untuk menyertai pencelahan ini. Yang membimbangkan saya ketika berlakunya implementasi TPPA ini akan menjurus kepada persoalan, apakah dengan kehadiran kuasa-kuasa besar ekonomi dunia ini akan memberi kesan kepada cadangan ditubuhkan Bank Asia ini yang diketuai oleh China sedangkan China juga duduk dalam kelompok TPPA? Dan yang merunsingkan kita, apakah akan berlaku pertindihan kuasa ataupun monopoli yang akan diterajui dalam TPPA oleh Amerika dan bank ini dikuasai oleh negara China?
Jadi ini melihat kepada kekhuatiran ekonomi negara akan berada dalam kemelut, dalam serba salah. Apakah ini boleh terpalit dengan tertubuhnya bank ini dan persetujuan antara dua cabang merangkum satu aliran? Apakah Yang Berhormat Bukit Katil bersetuju dengan saya, kekeliruan ini akan mendesak ekonomi negara berada dalam keadaan kucar- kacir? Apakah pandangan Yang Berhormat Bukit Katil? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Kalau boleh saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sudah tidak sebut budimanlah ya, Yang Berhormat.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Silakan.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Saya tumpang soalan daripada sahabat saya Yang Berhormat Kuala Langat iaitu membandingkan antara Bank Infrastruktur ini dengan TPPA. Bagaimana dua kuasa besar ekonomi dunia iaitu Amerika dan negara China yang mana dahulunya Amerika nombor satu, China nombor dua tapi laporan terkini ada menyatakan China sudah pun mendahului Amerika Syarikat dan telah pun menjadi kuasa ekonomi terbesar dunia. Amerika sudah jatuh ke nombor dua.
Cuba Yang Berhormat Bukit Katil lihat bagaimana Amerika Syarikat dalam hendak menjaja dan mencari penyokong kepada TPPA tidak menjemput pun China, malah dengan cara terbuka dasar Amerika Syarikat, tidak mahu negara China masuk dalam TPPA.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Bandingkan pula dengan dasar terkini negara China yang mana dia jemput semua negara termasuk Amerika, termasuk Britain, Jepun, India dan sebagainya. Amerika pula berperangai dan tidak menunjukkan kelakuan sebagai statesman, jaguh politik antarabangsa, menolak dan menganggap bahawa cadangan Bank Infrastruktur Asia ini sebagai satu ancaman, sebagai satu yang tidak boleh diberikan sokongan manakala China dengan gigihnya mendapat sokongan daripada India dan negara-negara besar Eropah yang lain.
Jadi tidakkah ini, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Bukit Katil, merupakan suatu gambaran, senario pergolakan besar kuasa-kuasa dunia yang terkini yang mana kita di Malaysia ini harus amat berhati-hati di dalam membuat keputusan sebagaimana saya setuju dengan Yang Berhormat Bukit Katil, kita lihat apa sebenarnya pendirian kerajaan yang akan sebenarnya akhirnya ini dalam kita menyertai Bank Infrastruktur yang baru ini. Terima kasih.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Kuala Langat yang tentunya memberikan satu perspektif ataupun gambaran yang saya fikir senada dengan apa yang telah saya nyatakan terutamanya yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Langat tadi iaitu soal pertindihan kuasa ataupun kemelut.
Saya bersetuju dengan pandangan itu kerana AIIB ini tidak disokong oleh Amerika Syarikat, dan juga apabila tidak disokong oleh Amerika Syarikat, ia juga tidak akan disokong oleh konglomerat-konglomerat Amerika Syarikat. Jadi, tidakkah nanti akan berlakunya apa yang disebut sebagai perang ekonomi? Malaysia sudah pasti terbabit dalam perang ekonomi ini dan ini tentunya meletakkan kita di dalam keadaan yang cukup kritikal dan sekali gus menjawab pencelahan yang diberikan oleh Yang Berhormat Tumpat tadi iaitu bagaimana kerajaan perlu mengambil sikap berhati-hati dan memikirkan apakah strategic, dengan izin, apakah ini satu keputusan yang cukup strategik yang dibuat pada tahap ini dalam keadaan kita juga berhadapan dengan realiti semasa berlakunya perebutan dan pertindihan wilayah negara yang membabitkan kepentingan kita di Laut China Selatan atau South China Sea. But dia ada kaitan.
Ada wakil rakyat yang mengatakan bahawa itu tidak apalah, ini geopolitik satu hal, ini ekonomi. Betul tapi kita tidak boleh pisahkan antara ekonomi dan juga politik. Misalnya kalau kita ambil dalam konteks lokal, kita ada kerajaan yang memberikan impak ekonomi kepada rakyat iaitu dengan mengenakan GST 6 peratus, misalnya, dan itu kaitan antara politik dan ekonomi. Kalau kita jadi kerajaan, tidak akan ada GST. Itu kaitannya.
Sebab itu dalam konteks ini, saya sebut hujahnya ialah, dengan izin, Tuan Yang di- Pertua, we cannot disassociate dan mengatakan “Oh, ini geopolitik tak ada masalah”. Ini ekonomi. Kita trading country, negara berniaga, jadi kita kena berniaga. Ini saluran ekonomi.
Akan Tetapi dalam konteks ini, saya ingin ingatkan Dewan dengan lagu Ibrahim Bachik yang dipopularkan oleh Tan Sri S.M. Salim. Saya nak nyanyi tapi takut tak sedap...
Seorang Ahli
Cuba, cuba.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Akan tetapi saya nak bagi...
Beberapa Ahli
Nyanyilah.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Saya ahli politik, bukan penyanyi. Kalau nak menyanyi, kita boleh pergi karaoke nanti. Ada lagu, kita boleh ikut nada tetapi liriknya- apa?
*Di manis gula semut binasa, Kail berduri bersalut umpan, Di manis kata insan terlena, Kerana budi hamba terkorban.
Inilah dia lakonan hidup, Di pentas dunia insan berpura, Tipu dan daya pencapai maksud, Budi dan harta merangkum noda.*
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Ini yang kita nak minta...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Langat tahu tak lagu itu?
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Dah hafal lagu itu.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Jadi, saya nak sebut ini kerana apa yang dikatakan oleh kedua-dua wakil rakyat yang membuat pencelahan tadi, memberikan perspektif ini. Kita tidak mahu, dalam hal ini, negara kita terperangkap.
Sebab, seperti mana yang ditegaskan oleh Yang Berhormat Pekan pada hari pertama lagi, prinsip ZOPFAN itu masih lagi dipegang oleh kerajaan iaitu zone of peace dan sebagainya.
Jadi kita ambil prinsip itu dari segi dasar luar kita dan kita mesti akui satu hakikat bahawa apa saja tindakan kita, kita tidak mahu nanti terperangkap dalam pertembungan peperangan ekonomi ini dan akhirnya memberikan kesengsaraan dan kesusahan kepada negara dan juga rakyat.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua, saya pohon pencelahan lagi.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Sila.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Bab terperangkap ini, saya agak berminat.
Sebabnya, kita sebut TPPA, Tuan Yang di-Pertua, TPPA dulu kita bukan main bergelut, menunggu, berbahas antara kita dan sebagainya, dan kononnya Amerika Syarikat lah juaranya dan sebagainya. Tiba-tiba, oleh kerana pergelutan politik dalaman Amerika Syarikat, akhirnya hari ini kedua-dua calon Presiden Amerika Syarikat sama ada Donald Trump ataupun Hillary Clinton, kedua-duanya dalam kempen mereka setakat ini mengatakan mereka tidak bersetuju dengan TPPA. Kita ini dah berkelahi, dah berbagai-bagai perkara berlaku dalam Dewan dan luar Dewan, dan Menteri kita bersungguh-sungguh bawa bermacam-macam bahan-bahan kilang nak membuktikan bagaimana kita berjaya kalau menyertai TPPA, sekarang ini juara TPPA sendiri iaitu Amerika Syarikat dah kata, mereka tak berminat melalui dua calon Presiden mereka.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Jadi, saya setuju dengan Yang Berhormat Bukit Katil dan pandangan. Kalau kita terlalu sangat menyokong-menyokong bank ini akhirnya apa berlaku pada negara China kita pula terperangkap sebagaimana TPPA ini. Apa pandangan Yang Berhormat Bukit Katil.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tumpat tadi sebenarnya juga satu perkara yang harus diambil berat oleh kerajaan kerana kalaulah- kerana kita semua sedia maklum kesan TPPA itu ada.
Terutamanya pada local player, dengan izin, dengan syarikat-syarikat milik bumiputera dan sebagainya, ada kesan. Waktu taklimat dahulu kita bincang bagaimana strategi kerajaan untuk menangani perkara ini. Kontrak-kontrak, procurement, dengan izin, yang membabitkan syarikat-syarikat kerajaan- bumiputera, dan sebagainya.
Ada kesan yang terpaksa kita ambil daripada perjanjian TPPA ini. Apa yang membimbangkan saya seperti mana yang diungkapkan oleh Yang Berhormat Tumpat tadi ialah kalau TPPA ini akhirnya Hillary menang ataupun Donald Trump menang. Maka, mereka buat keputusan untuk tidak menyokong atau membatalkan TPPA. Dalam ketika itu kita telah pun menandatangani perjanjian untuk bersetuju dengan bank pelaburan AIIB ini yang merupakan China-led. Then how do we position ourselves as a country? Ini yang saya tuntut ada sedikit pencerahan daripada kerajaan terutamanya Menteri Kewangan yang tentunya boleh memberikan satu perspektif yang lebih luas kerana apa yang diungkapkan oleh Yang Berhormat Tumpat tadi ada sedikit tempias kalau berlakunya apa yang disebut sebentar tadi.
Baik. Perkara yang seterusnya Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pergi kepada peranan yang akan dimainkan oleh Malaysia. Saya ingin tanya kepada kerajaan, apakah peranan yang akan dimainkan oleh Malaysia jika terlibat ataupun jika kita- maknanya kita lulus rang undang-undang ini then kita rectify AIIB ini. Apakah peranan yang akan dimainkan oleh Malaysia, dan lebih penting, apakah tujuan sebenarnya kerajaan terlibat di dalam menandatangani perjanjian ini. Ini kerana kita khuatir, penglibatan Malaysia ini begitu kecil disebabkan saiz ekonomi kita berbanding dengan China, dan juga negara-negara lain.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Jadi, kalau penglibatan kita begitu kecil, apa sebenarnya signifikan untuk kita menjadi salah satu negara yang menyokong penubuhan bank ini. Saya dengar tadi penjelasan bahawa, perlunya kita menyokong ini sebagai satu counter balance terhadap Bank Dunia, terhadap IMF, dan sebagainya. Akan tetapi saya ingin mengingatkan kerajaan bahawa kita juga perlu bersedia dengan satu naratif tentang isu counter balance ini. Ini kerana penglibatan Malaysia di dalam AIIB ini tentunya akan mewujudkan satu persepsi bahawa Malaysia telah pun register, dengan izin, di dalam orbit negara China dan Malaysia juga akan dilihat sebagai satu negara yang akan menyokong usaha mengganggu atau meranapkan penguasaan ekonomi global yang sekarang ini dipimpin oleh Bank Dunia dan juga IMF dan sebagainya- termasuk juga Asian Development Bank (ADB).
Jadi, perkara-perkara ini perlu ada satu naratif yang sesuai sebab kalau kita timbul persepsi-persepsi seperti ini, ini tentunya akan memberikan sedikit kepayahan kepada negara dalam keadaan saiz ekonomi kita itu kecil berbanding dengan the players, dengan izin, negara-negara yang berkuasa ekonomi yang lebih besar. Oleh sebab itulah saya ingin minta supaya Menteri Kewangan juga memberikan pencerahan kepada kita, kenapa perlunya negara kita perlu menjadi negara anggota.
Sebab saya difahamkan berdasarkan pembacaan saya yang agak terbatas, tetapi saya difahamkan kalau tengok Asian Development Bank. Kita jadi member- kita jadi anggota kepada Asian Development Bank. Kita boleh menjadi consultant dan kita juga boleh buat pinjaman kerana kita jadi anggota. Untuk membuat pinjaman, untuk membuat kerja-kerja kontrak dan sebagainya- consultant di projek-projek yang dibiayai oleh Asian Development Bank kita boleh. Ini kerana kita menjadi member. Kalau tidak menjadi ahli, tidak boleh.
Akan tetapi kalau kita lihat AIIB saya sedikit pembacaan yang saya lakukan untuk mendapat kerja-kerja kontrak, consultant dan sebagainya sesebuah negara tidak perlu menjadi negara anggota kepada AIIB. Maknanya kalau kita Malaysia hendak buat projek yang di fund ataupun di danai oleh AIIB, kita tidak perlu jadi negara anggota. Jadi, apa faedahnya? sumbangan atau pelaburan kita RM400 juta ini kalau tidak menjadi negara anggota pun kita masih lagi boleh mendapat peluang melakukan projek atau menjalankan projek-projek yang di danai- yang being funded by AIIB ini.
Sebab itu dalam konteks ini, oleh sebab pelaburan ini membabitkan wang rakyat RM400 juta tentunya ini akan menuntut satu minat yang cukup tinggi daripada Wakil Rakyat, kepada Ahli-ahli Parlimen sekalian. Apa faedahnya? Apakah kerajaan di masa akan datang ini bercadang untuk membuat pinjaman terhadap bank ini? Kalau bercadang untuk membuat pinjaman saya yakin kita mesti menjadi anggota. Kalau tidak menjadi negara anggota, tidak boleh mendapat manfaat itu.
Oleh sebab itulah pada saya, dalam keadaan kita semua sedia maklum kita boleh tengok website bagaimana bank ini bertujuan untuk mendanai projek infrastruktur di negara- negara yang ekonominya lebih lemah. Maka, saya yakin sebenarnya kita tidak perlu sebenarnya untuk buat pinjaman bagi membiayai projek-projek infrastruktur di dalam negara kita kerana kita di bawah Kerajaan Barisan Nasional dasar mereka ialah untuk mengenakan GST 6 peratus dan tentunya GST ini bertujuan untuk membantu mendanai projek-projek infrastruktur.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kapar bangun.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Silakan.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Suara hari ini susah sedikit tetapi saya terpaksa juga tanya soalan ini. Ini berkenaan dengan Perkara 51 dalam akta ini ataupun rang undang- undang ini tentang pengecualian cukai. Saya hendak Menteri secara transparent, terangkan bagaimana pengecualian cukai ini memberi manfaat dan faedah kepada negara kita dan adakah keburukan yang akan menimpa daripada Perkara 51 iaitu pengecualian cukai ini?
Bahagian ini perlu diterangkan secara detail sebab saya dengar Yang Berhormat tadi berulang kali bercakap dengan tentang GST. Tempoh hari Yang Amat Berhormat Pekan kata tidak ada GST bencana terus, malapetaka terus negara kita. Dekat sini pula, kita buat satu perjanjian dan kita letakkan klausa pengecualian cukai pula. So, saya minta Menteri menerangkan bahagian ini secara detail. Terima kasih.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Yang Berhormat Bukit Katil?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Tuan Yang di-Pertua minta ke Yang Berhormat Bukit Katil. Oleh sebab penyertaan Malaysia ini dalam AIIB ini sudah tentu untuk mendapat kemudahan pembiayaan. Saya sedikit ada mesti mempunyai satu peringatan kerana ini kemudahan untuk meminjam soal pembiayaan infrastruktur. Sudah tentulah antara bendanya kita tidak mahu mengulangi seperti mana kes yang melibatkan dalam peruntukan infrastruktur di Sabah RM3.3 bilion yang menyebabkan berlakunya rasuah dan penangkapan oleh SPRM.
Maka di sini sudah tentu ada peringatan yang perlu diberikan oleh pihak kerajaan dalam soal kita mengendalikan soal bank pelaburan infrastruktur ini terutama apabila kita mendapat kemudahan pembiayaan ini. Apa pandangan daripada Yang Berhormat Bukit Katil.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Bukit Gantang dengan Yang Berhormat Kapar dan minta dimasukkan sebahagian daripada ucapan saya dan kita minta penjelasan daripada Menteri Kewangan sendiri yang tentunya boleh memberikan pencerahan kepada isu-isu yang telah dibangkitkan tadi terutamanya tentang Perkara 59. Oleh sebab kita punya ilmu berkaitan dengan international contract ini agak terbatas, jadi kita ingin tanya kepada Menteri, apakah perkara-perkara yang membabitkan pengecualian cukai, tidak boleh didakwa di mahkamah itu merupakan standard global procedure?
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Kalau betul itu merupakan satu global procedure, apakah ia boleh dipinda? Ini kerana kita tengok misalnya di Kuantan yang membabitkan pelaburan besar dari Australia, kita lihat kerajaan negeri tidak mengenakan sebarang cukai. Sudah tentunya tidak memberikan manfaat dan tidak memberikan kesan yang significant kepada local economy dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang saya sentuh tadi ialah soal apakah faedahnya daripada segi negara kita menjadi member kepada AIIB ini? Saya hendak pergi sedikit lagi.
Saya ingin tanya kepada kerajaan, kepada kementerian. Dengan pelaburan ini, dengan sumbangan kita, dengan capital yang kita berikan, apakah sebagai negara anggota kita boleh dapat allocation, dengan izin, untuk pekerja-pekerja di sana? Apakah kita dapat peluang untuk menikmati direct contracts kepada companies dari Malaysia yang akan berikan kesan kepada pertumbuhan ekonomi di dalam negara kita? Ini kerana kalau perkara-perkara ini kita tidak dapat manfaat, saya percaya kita harus kaji semula perkara yang ataupun perjanjian yang telah pun kita tandatangani.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi yang saya ingin bangkitkan ialah soal urus tadbir korporat AIIB ini. Kita sedia maklum bahawa kalau mengikut standard urus tadbir ataupun corporate governance, ini misalnya World Bank (Bank Dunia) baru-baru ini diperkemas tentang The Corporate Governance AIIB, dengan izin baru submit. Mereka meletakkan misalnya untuk sesuatu projek itu didanai oleh World Bank, ia kena ikut satu standard, environmental and social impact standards. Maknanya kalau projek itu misalnya menggugat alam sekitar, maka mereka tidak akan mendanai sesuatu projek itu. Kita pun lihat bagaimana Bank Dunia cukup serius mengatasi masalah-masalah tentang pengaliran wang haram misalnya yang meletakkan standard ataupun World Bank Standards ini ke satu tahap yang meyakinkan. Oleh sebab itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan, adakah hal-hal yang berkaitan dengan Corporate Governance AIIB ini diambil kira oleh kerajaan?...
Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
[Bangun]
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Kita sedia maklum berdasarkan pembacaan kita, bagaimana rakusnya negara China...
Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Wangsa Maju.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Melakukan serangan ekonomi terhadap negara-negara di Afrika...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Wangsa Maju bangun Yang Berhormat.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Silakan.
Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Saya tertarik tentang komen-komen tentang terjejas environment, itu perkara yang serius. Akan tetapi nampaknya latar belakang Kerajaan Barisan Nasional kita tentang Bakun Dam di Sarawak dan projek Pengerang di Johor terjejas banyak, sara hidup orang yang duduk sana. Saya harap kita ikut taraf dunia punya standard.
Terima kasih.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Ya, itu contoh yang baik yang diberikan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju dalam pencelahannya.
Misalnya ada satu projek yang akan kita buat di sini, apakah ada suatu penjelasan ataupun suatu safeguard, dengan izin, environmental and social safeguards yang up to the standard?
Ini kerana kita ingin tahu, apakah pendirian kerajaan misalnya saya sebut tadi di Afrika?
Mereka buat program-program ekonomi, pembangunan infrastruktur dan sebagainya tetapi mereka kaut keuntungan hasil bumi negara-negara di Afrika Selatan. Mereka tidak kira soal alam sekitar, mereka tidak kira tentang local laws dengan izin, mereka bolos dan mereka bagi sedikit dalam 20 percent to 25 percent. Ini tentunya akan memberi kesan yang amat malang kepada rakyat di negara-negara yang saya sebutkan tadi.
Oleh sebab itu dalam konteks ini kita ingin tanya bahawa, apakah urus tadbir korporat ini up to the international standards? Kita tahu daripada segi retorik yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negara China terutamanya berkaitan dengan AIIB, mereka mengatakan bahawa urus tadbir korporat ini akan bersandarkan prinsip bersih dan hijau dan berlandaskan amalan-amalan urus tadbir baik di peringkat global.
Akan tetapi kalau kita baca pendirian negara-negara yang tidak bersetuju misalnya Jepun, sehingga kini masih lagi berkira-kira untuk menyertai AIIB ini kerana mereka beranggapan negara China sendiri belum lagi mampu menyelesaikan masalah urus tadbir mereka seperti misalnya isu rasuah, hak asasi manusia, kemapanan hutang dan juga perlindungan alam sekitar. Jadi ini perkara-perkara yang pada saya very fundamental dalam isu yang membabitkan penglibatan kerajaan ataupun komitmen kerajaan untuk memasuki Perjanjian Penubuhan Bank AIIB ini.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Pohon penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tumpat bangun lagi Yang Berhormat.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Ya, sila.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Amat menarik kali ini pembentangan oleh tokoh kita daripada Yang Berhormat Bukit Katil ini Tuan Yang di-Pertua. Rasuah di China dan sebagainya. Ini suatu lagi yang menarik tentang negara China itu sebab di suatu pihak sebagaimana Yang Berhormat Bukit Katil sebutkan, kita amat mencurigai tahap kebersihan pentadbiran, pengurusan governance di negara China itu. Akan tetapi tidak boleh kita nafikan pula di pihak yang lain kita ada terbaca laporan-laporan bahawa negara China juga- sistem kehakiman negara China juga akan menangkap orang-orang yang rasuah dan apabila didapati salah jika kes rasuah besar dihukum bunuh, ditembak perasuah-perasuah itu oleh Kerajaan Negara China juga. Kalau begitu di Malaysia ini saya rasa ramai juga yang kena tembak sudah kalau kes rasuah sebagaimana yang kita baca di negara China itu jadi.
Ini saya harap Yang Berhormat kita dari Bukit Katil tekankan lagi kepada Yang Berhormat Menteri supaya kita benar-benar mendesak negara China supaya konsisten kepada semua pihak. Bukan sahaja kepada warganegara mereka yang tertentu tetapi dalam amalan perniagaan dan perbankan mereka dalam negara dan di peringkat antarabangsa, seperti dalam kes ini khususnya dalam bank yang kita hendak setujukan dalam mesyuarat Dewan ini. Terima kasih.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat, boleh sambung sikit?
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Sila, sila.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin satu sebab saya tidak sempat hendak bahas selepas ini. Saya hendak tahu hasrat sebenar kerajaan hendak menandatangani perjanjian ini. Adakah selepas menandatangani mereka hendak buat pinjaman duit? Terus terang sahajalah.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Oleh sebab itu saya hendak komitmen daripada kementerian, letak satu siling- dua tahun, lima tahun, kita tidak akan berfikir untuk buat pinjaman. Saya rasa komitmen itu perlu diberikan dalam Dewan yang mulia ini. Jangan kita terperangkap, selepas lulus tiba-tiba ada sesuatu yang berlaku yang di luar kawalan Dewan yang mulia ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih Yang Berhormat Kapar dan tentunya pandangan Yang Berhormat Kapar itu saya fikir Yang Berhormat Menteri faham dan boleh memberikan pencerahan selepas ini. Begitu juga dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tumpat. Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Tumpat sebenarnya baru beberapa jam yang lalu dikeluarkan dalam BBC bagaimana Kerajaan China di bawah kepimpinan Presiden Xi Jinping ini sebenarnya bersungguh- sungguh untuk menghapuskan rasuah. Walaupun saya hendak tegaskan, walaupun pengkritik-pengkritik beliau menyatakan bahawa Presiden Xi Jinping menggunakan strategi tuduhan rasuah ini untuk menghapuskan musuh-musuh politik beliau. Akan tetapi yang menariknya ialah komitmen Presiden Xi Jinping ini yang menyatakan bahawa dia akan pergi mencari the tigers, harimau-harimau rasuah ini dan juga lowly flies. Apa dipanggil lalat-lalat ini.
Ini yang saya minta kerajaan juga pertimbangkan sementara kita hendak beri sokongan kepada penubuhan AIIB ini, saya sebutkan tadi kita mesti ada urus tadbir korporat yang cukup jelas. Ada baiknya untuk kita juga meniru apa yang dibuat oleh Presiden Xi Jinping. Misalnya dalam BBC ini dikeluarkan bos-bos Communist Party yang diminta untuk membuat pengakuan mengambil rasuah dan penyelewengan. Alangkah baiknya kalau negara kita ada RTM yang siarkan bos-bos politik keluar dan dituduh dan mengaku melakukan rasuah.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Kita semua sedia maklum perkara ini cukup serius, dan kita minta supaya kerajaan mengambil in totality, dengan izin, saya sebutkan tadi, kos faedah daripada apa yang akan dilaksanakan ini.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya ingin ingatkan juga kerajaan tentang dasar kita berkaitan hubungan Malaysia dengan Israel. Saya ingin ingatkan anggota Dewan, bahawa Israel juga merupakan negara anggota kepada AIIB. Kita ingin tanya, apakah pendirian kerajaan berhubung keanggotaan Israel ini dalam AIIB, sedangkan kita tidak mempunyai hubungan diplomatik. Saya tidak tahulah hubungan dagang, mungkin ada, tetapi dalam keadaan kita menunjukkan kepada dunia kita champion, isu-isu di Palestin, kezaliman di Gaza dan sebagainya, apakah kita rela pada masa yang sama dikelompokkan sekali di dalam kelompok yang bersama-sama dengan negara Israel ini?
Sebab itu pada saya, perkara ini perlu kita jelaskan, jangan kita dianggap hipokrit.
Saya ingin ingatkan diri saya dan juga anggota Parlimen yang lain, kesan kepada rang undang-undang ini begitu besar kepada survival negara kita. Dalam keadaan kita bergulat, bergelut, dalam keadaan Menteri Luar kita sendiri mencari jalan bagaimana ingin menyelesaikan masalah geopolitik, jangan kita tambah satu lagi masalah dalam keadaan kita tidak jelas ke mana kita hendak pergi ini. Jadi jangan sudah terhantuk, baru hendak tengadah.
Itulah pepatah Melayu yang sering, yang sepatutnya menjadi ingatan kepada the government of the day, Menteri-Menteri yang sedang mengendalikan negara ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Penjelasan sedikit. Saya bukan hendak berbahas...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Peraturan mesyuarat, Yang Berhormat?
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Ya, berkenaan dengan jawapan lisan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sudah ada yang disebut pagi tadi, saya dah buat makluman sudah.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Apa masalah dengan buku-buku jawapan tersebut?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, kita tengah semak tadi. Saya tidak ada maklumat dan nanti akan dijawab secara pentadbiran nanti. Yang Berhormat Kota Tinggi.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Asian Infrastructure Investment Bank ini. Izinkan saya mulakan dengan membaca sedikit tentang purpose, fungsi-fungsi ditubuhkan AIIB ini iaitu, dengan izin, “To foster sustainable economic development, create wealth and improve infrastructure connectivity in Asia by investing in an infrastructure and other productive sectors, to promote regional cooperation partnership in addressing development challenges by working in close collaboration with other multilateral and bilateral development institutions.” Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya tertarik dengan pandangan dan daripada keseluruhannya kita setuju benda ini amat baik cuma mungkin artikulasinya sama ada memberi kita keyakinan atau yang teruk, akan memberi misleading atau membuatkan Dewan ini terasa terkacau ganggu juga dengan pandangan-pandangan yang sebagainya, off tangent. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pandangan saya, Asian Infrastructure Investment Bank ini tujuannya tidak lain tidak bukan, dari tahun 2010 sampai tahun 2020 Asian Development Bank kata, kita memerlukan pelaburan sebanyak USD8 trilion untuk memastikan infrastruktur di kawasan ini, region ini akan memenuhi keperluan dan mampan supaya sustainable di masa hadapan.
Mana hendak cari USD8 trilion ini? Jadi kita imbau kembali selepas Perang Dunia Kedua, ada inisiatif Bretton Woods contohnya pada tahun 1944 dan seterusnya European Recovery Plan dalam bentuk Marshall Plan. Selepas Perang Dunia Kedua, Eropah hancur.
Jadi Amerika yang menang pada masa itu, spend USD12 bilion ketika itu untuk memastikan infrastruktur dibina semula dan terbukti 50 tahun kemudian, 60 tahun kemudian Eropah dapat berdiri dan menjadi sebuah negara maju selepas 50, 60 tahun.
Ini hasil Pembangunan yang bernilai USD12 bilion. Dulu atau pun nilai hari ini USD120 bilion. Kalau tidak buat dahulu, mungkin hari ini Eropah bukanlah Eropah hari ini. Ini satu bukti bahawa infrastruktur adalah satu keperluan asas yang amat penting. Kita lihat tadi kalau USD8 trilion kita hendak bina pembangunan perlukan 10 tahun, kita memerlukan satu mekanisme lain untuk memastikan bahawa region rantau kita bergerak dengan keperluan- keperluan asas yang mencukupi. Asian Development Bank yang ditubuhkan ialah untuk memberi satu character atau satu kriteria yang lebih memenuhi keperluan serantau. Ianya diterajui oleh Amerika 15.5 peratus dan Jepun 15.6 peratus. Dua buah negara ini 30 peratus lebih.
Saya imbau sedikit, saya kongsi sedikit pada awalan tahun 1966 ditubuhkan, Asian Development Bank ini hanya menumpukan kepada food production. Pada tahun 70-an pula, menumpukan kepada keperluan sumber-sumber tenaga tempatan, electricity, air dan sebagainya. Pada tahun 80-an pula, membina infrastruktur tenaga dan juga sosial termasuk kesihatan yang menumpukan kepada wanita dan kanak-kanak. Tahun 90-an pula pengukuhan sektor kewangan. Kalau kita ingat tahun 1996 - 1997, kita ada Asian financial crisis, menyebabkan ekonomi merudum di banyak negara Asia dan menyebabkan kemiskinan yang bercambah dengan begitu teruk sekali.
Jadi Asian Development Bank membelanjakan dengan begitu banyak untuk membetulkan keadaan ini dan kita lihat pada ketika yang sama juga, pada akhir-akhir tahun 90-an, ada natural disaster yang besar, tsunami dan sebagainya. Ini semua memerlukan redevelopment semula atau pun pembinaan semual infrastruktur yang menentukan kesinambungan society yang ada khusus dalam regional kita. Seterusnya kita ada millennium development goal yang mana kita terdedah pula kepada perkara-perkara yang kita ingat contohnya ada istilah kesihatan HIV, SARS, influenza vaccine, dan natural disaster as well. Jadi ini menyebabkan redevelopment semula, pembangunan infrastruktur ini adalah satu keputusan- dan Asian Development Bank telah menjalankan peranan dengan baik.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Kita ingat pada tahun 2008, 2009 ada sub-prime punya crisis di mana banyak negara terjejas dengan ekonomi yang amat teruk maka Asian Development Bank juga memainkan peranan untuk menstabilkan keadaan. Baru-baru ini di Bangkok, Asian Community Dialogue, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata bahawa tahun ini, century ini adalah century Asia, Asian century. Asian century ini memerlukan lonjakan yang begitu besar untuk menjadikan ia realiti Dr Munir Majid pun cakap by 2050, China will be the biggest economy dan ASEAN yang terletak antara India dan China juga akan terkesan positif dan menjadi menuju ke arah ekonomi yang besar dalam dunia. Ini memerlukan pembangunan infrastruktur yang besar.
Kita lihat pada Asian century ini di samping kita akan menjadi agent of global growth, ini satu yang diterima pakai, diakui oleh semua, di mana-mana bahawa Asia rantau kita akan menjadi enjin global growth. Akan tetapi pada masa yang sama, di Asia juga kita ada dua per tiga daripada world poor berada dalam Asia. 1.4 bilion rakyat Asia ini duduk dengan USD2 per day, satu hari atau kurang. 600 juta yang tidak ada akses electricity. 1.7 bilion rakyat Asia ini tidak ada akses to good sanitation. Ini memerlukan perbelanjaan infrastruktur yang amat besar.
Kalau kita lihat Asian Development Bank, dia mempunyai kekangan-kekangan tertentu dan Asian Development tidak dapat memberi, menampung keperluan yang begitu mendadak dan ini nampaknya apabila China menjadi sebuah negara yang besar, ekonomi yang besar, mempunyai USD 4.5 trilion reserve sama ada dalam atau international, sudah tentu mereka mesti membangunkan negara mereka dan itu sebabnya mereka terpanggil untuk mengadakan satu platform lain yang khusus untuk infrastruktur. Itu sebab ditubuhkan Asian Investment Infrastructure Bank yang boleh menfasilitasi, memudah carakan pembinaan infrastruktur bukan sahaja di China, tetapi di seluruh negara Asia dan sebenarnya pada mulanya, ia menjadi satu perkara yang ada resistance sedikit daripada Amerika dan Jepun dan kita maklum mereka daripada Jepun dahulu pun kalau kita hendak buat East Asian Economic Caucus (EAEC) yang dipromote oleh itu, Amerika mula-mula bangkang, China yang sokong, dan Jepun pun bangkang sebab dia pun ikut Amerika.
Jadi saya hendak kata di sini, bahawa inisiatif ini diambil tidak lain tidak bukan untuk memenuhi kelompongan yang ada untuk membangunkan infrastruktur secara mampan rantau ini supaya dia menjadi global engine growth dan memenuhi keperluan yang saya sebut tadi, keperluan asas untuk rakyat Asia termasuk sanitasi, electricity, air dan sebagainya.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Itu sebabnya Asian Infrastructure Bank ini jangan kita confuse dengan Asian Development Bank semata-mata. Asian Development Bank ia punya skop mungkin lebih besar tetapi ini lebih spesifik kepada infrastructure investment. Sebenarnya kalau kita lihat, bukan sahaja pada mula-mula itu ada resistant sedikit tetapi bila perkara ini bertambah lama, negara-negara utama di dunia contohnya United Kingdom, Jerman, Itali, turut serta dan bukan itu sahaja mereka memegang pegangan 20 peratus hampir daripada pegangan shareholder funds yang telah di allocated. Kita pegang 0.11 peratus. Buat pengetahuan, Pakistan yang tak ada duit itu pun pegang 1.1 peratus. Dia bayar sepuluh kali besar daripada kita. Brunei yang tak banyak jalan pun dia bayar 0.05 peratus. separuh daripada kita.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
[Bangun]
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Jadi kalau kita lihat daripada segi pinjaman, saya ingat Brunei pun tak pinjam bank. Akan tetapi sebab ia melihat kepentingan kesungguhan. Itu sebab namanya bilateral multilateral supaya kita take position dalam keadaan yang sesuai, yang baik untuk kita melihat pembangunan ASEAN ini di masa akan datang. Ini merangkumi sosiopolitik kita, merangkumi trade kita, merangkumi investment kita dan kita sebuah negara yang bergantung kepada trade and investment. Kalau investment ini kita anggap sekadar 400 juta, ini satu perkara yang besar, kita kena memikirkan TPPA yang berjumlah USD27.5 trilion.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Bagan Serai bangun.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Sekejap.
Jadi saya ingin menyatakan di sini bahawa, dalam usaha kita melihat kepada Asian Infrastructure Bank ini, saya berpandangan kita- saya menyokong sebab saya melihatkan, mengunjurkan pelaburan-pelaburan ini dan berdasarkan pengalaman-pengalaman kita sebelum ini, kita pun melebur lebih banyak dalam Asian Development Bank. Berapa banyak kita pinjam dengan Asian Development Bank. Kita juga sebahagian daripada stakeholder dalam World Bank, saya tak tahu berapa, berapa banyak kita pinjam dengan World Bank. Akan tetapi sebenarnya, kerangka-kerangka yang kita sertai ini memberikan kita kekuatan dan standing yang baik untuk kita bukan sahaja champion perkara-perkara yang sesuai contohnya trade dan sebagainya. Jadi itu juga memberi kita kedudukan yang baik untuk kita meneruskan agenda kita atau polisi kita di seluruh dunia dan kita memang dipandang tinggi sebab apa? Kita mempunyai dasar-dasar yang mampan, yang memandang ke hadapan, constructive engagement, prosper-thy-neighbor dan berbagai-bagai lagi dan ini bukan perkara baru. Kita dah jalan selama 60 tahun. Saya rasa perkara-perkara ini sebenarnya banyak telah memberi kita kekuatan. Itu sebabnya saya rasa kita menyokong supaya inisiatif Asian infrastructure ini akan menjadi satu kenyataan.
Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, kita tidak dapat menolak bahawa China akan menjadi satu super power dan kita tidak menolak bahawa inisiatif Xi Jinping, Presidennya yang di announce di Indonesia, kalau tak silap saya, tentang One Belt, One Road ini dan saya difahamkan, maafkan saya kalau silap. Perbelanjaan ini akan lebih 500 bilion, 1 trilion dan ini akan berlaku dan kita portfolio yang paling sedikit sekali perbelanjaan ialah di South Asia, East Asia, Africa, Central Asia, jauh lebih banyak daripada kita. Kalaulah perbelanjaan infrastructure yang banyak ini tidak datang kepada kita sebab kita rasa kita tak nak pinjam duit atau kita tak nak jadi sebahagian, saya rasa akhirnya rakyat Malaysia yang akan rugi.
Kita lihat hari ini Myanmar, Vietnam, Cambodia, begitu agresif. Kalau infrastructure yang sama dibina di sana, lima tujuh tahun sepuluh tahun, mereka akan jauh lebih maju daripada kita dan kita akan menjadi masalah. Sebab apa? Kita tidak dapat berdaya saing dengan harapan tetapi kita mempunyai pilihan membuatnya sekarang. Itu sebabnya kita buat untuk masa depan. Tadi ada tanya berapa banyak pinjam, berapa pekerjaan? Saya rasa ini sebenarnya sebahagian daripada perancangan masa depan yang membolehkan kita dapat berdaya saing pada tahap yang terbaik dan bukan itu sahaja, dapat menarik pelaburan juga infrastructure dan trade investment yang lebih baik pada masa depan. Jadi, silakan ini, Yang Berhormat Bagan Serai.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Saya mendengar dengan telitilah pada waktu petang ini bagaimana pengisahannya daripada cerita investment banks yang telah bermula sejak dari tahun 1960-an lagi dengan World Bank nya, ADB dan IDB nya. Dengan banyak perkara yang telah dilakukan untuk membantu khususnya yang kita dengar tadi tentang bagaimana penderitaan begitu banyak manusia di kawasan Asia ini dan masalahnya tak selesai.
Sehingga kini, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Kota Tinggi, bermaknanya dengan terjadinya AIIB menunjukkan penglibatan Malaysia walaupun pada peratus yang kecil, menunjukkan kita prihatin untuk menolong kawan-kawan yang lain, manusia yang lain di dunia ini untuk menunjukkan kita ini juga bersedia untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dengan yang lain. Pewujudan AIIB ini ialah sebenarnya satu rahmat kerana ia memberikan satu lagi peluang, satu lagi usaha complementary kepada masalah- masalah yang kita hadapi, yang kita dengar tadi dengan semua investment banks yang tidak selesai.
Jadi, setuju atau tak dengan saya Yang Berhormat Kota Tinggi bahawa sebenarnya pewujudan ini adalah satu rahmat, satu blessing, satu benda yang sangat kita patut sokong.
Terima kasih.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Saya setuju.
Sebenarnya kita prihatin bukan sekarang. Dahulu pun kita dah prihatin. Saya ingat sewaktu kita ada isu financial crisis, kita membantu negara jiran kita dengan jumlah yang agak besar juga. Negara lain tengok sahaja. Bila reconstruction, negara lain lebih laju daripada kita tetapi bila menolong, kita ke depan dahulu. Kita ingat masa Tsunami sama juga.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Jadi kita ini prihatin dari dahulu. Itu sebab dasar kita dari dahulu ialah constructive engagement, prosper-thy-neighbor, kita bersederhana, kita berkawan dengan semua orang.
That is why kita berada di tahap kedudukan pada hari ini dan saya boleh katakan, kita sebenarnya dipandang tinggi oleh orang-orang di luar sana. Sebab ini bukan datang dengan sendiri. Ini dipupuk, dibela, dibaja bertahun-tahun lamanya. Itu sebabnya dasar kita sebenarnya sesuai dan ini yang kita teruskan, baik daripada ADB, baik daripada World Bank dan hari ini AIIB.
Saya suka menyentuh sedikit, tadi ada komen-komen rakan saya dari sana kata “Apa kita dapat?” Sebenarnya Yang Berhormat, Ahli Dewan, saya ingat lagi masa ketika dahulu di Kerteh, Petronas buka sebuah kilang penapisan. Ia punya tagline, ia punya instruction, semua dalam Japan, bahasa Jepun. Sebab, kita dapat AEON Credit. Jadi Jepun buatlah segala benda kita beli dari Jepun. Di Malaysia shipyard engineering, awal-awal dahulu kotak tong dalam tengah laut, buka bahasa Jepun juga. Akan tetapi hari ini MSC dah jadi Malaysia high engineering, heavy engineering. Kita dah ada kapal-kapal LNG yang kita operate the biggest fleet of liquefied natural gas, kita operate. Petronas hari ini beroperasi di 30 buah lebih negara. Jadi kalau kita kata “Apa kita dapat?” Lihatlah Petronas menjadi satu- satunya syarikat yang dipunyai oleh negara, kerajaan, yang beroperasi terbaik di dunia.
Banyak lagi kita export kita punya expertise dan ini berlaku secara berperingkat- peringkat. Jadi, janganlah kita lihat berapa kita dapat, sebenarnya lima 30, 40 tahun macam- macam dah kita lihat dan kejayaannya terukir sebab urusan dahulu, tidak pula kita jadi orang Jepun, tidak pula kita bercakap bahasa Korea. Akan tetapi kita mesti mempunyai kekuatan jati diri dan akhirnya membina keupayaan, bina kapasiti yang membolehkan kita berada pada hari ini. Jadi, kehadiran Asian Development Bank atau tambahan baru Asian Investment Bank dan mungkin ada bank lain yang akan tumbuh lepas ini sebab ekonomi ini dynamics. Ia akan berubah. Kalau kita tidak berada dalam bank dynamic itu, kita akan tertinggal.
Itu sebabnya kita conclude dengan TPPA. Sebab apa? Kalau ia jadi, kita sudah ada dalam. Kalau ia tak jadi, kita pun tak terkeluar. Ini antara position yang kita buat, yang to safeguard future of Malaysian, safeguard masa depan rakyat Malaysia, kita buat. Itu sebabnya saya rasa daripada segi AIIB ini janganlah kita bimbang sebab kita rasa benda ini stakeholders dan pelaburan-pelaburan itu akan dibuat at the highest level corporate governance. Seperti saya cakap tadi, sebagaimana yang disebut oleh German Finance Minister, Wolfgang Schäuble stated that, dengan izin, “We want to contribute our long- standing experience with international financial institutions to the creation of the new bank by setting high standards and helping the bank to get a high international reputation”. Sebanyak 20 peratus saham dia pegang.
Jadi saya tengok di sini, jangan bimbang fasal corporate governance. Kalau corporate governance dah bagus, orang tak bagus, kita punish orang itu dan tadi kalau campur 20 peratus, non-regional stakeholders, campur dengan China 29 peratus, tadi dah cakap Xi Jinping dia kata “Bunuh”, makna kita dah ada 50 peratus dah stakeholder yang very serious about corruption. So saya ingat daripada segi situ, kita jangan out of tenure banyak sangat sampai kita fail to see the real context dalam penubuhan AIIB ini. Silakan.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Saya melihat apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kota Tinggi sebentar tadi, melambangkan bahawa apa yang dilakukan pada hari ini untuk kita melihat khususnya masa depan Malaysia yang lebih baik daripada sekarang. Saya nak tanya kepada Yang Berhormat Kota Tinggi, saya lihat antara perkara-perkara yang dibangkitkan di kalangan Ahli-ahli Parlimen, mereka ada menyatakan tentang kebimbangan mereka daripada segi soal kedaulatan negara kerana ia menjurus kepada soal geopolitik dan sebagainya.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Jadi saya hendak bertanya, sepanjang kita menganggotai Bank Dunia, ADB dan yang sekarang ini AIIB ya. Saya melihat Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat dan walaupun kita menyertai Bank Dunia dan sebagainya, dasar luar negara kita masih lagi bebas dan juga dasar luar negara kita masih lagi proaktif. Saya mohon pandangan Yang Berhormat Kota Tinggi.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Yang Berhormat Kuala Selangor, saya minta masukkan dalam speech saya. Saya juga hendak sentuh sekali lagi bahawa tujuan diadakan ialah untuk- saya tidak nampak pula ni- yang kedua iaitu working close relationship with other multilateral and bilateral. Maknanya, kita complement. Kita complement institusi-institusi kewangan yang ada, architecture yang ada dan saya rasa ini satu perkara yang menjadi pokok kepada penubuhan AIIB dan banyaknya telah pun dijawab oleh kenyataan-kenyataan bila negara-negara besar Eropah masuk sekali.
Jadi, itu pun telah banyak disentuh.
Sebenarnya kalau kita kata ada berlaku sovereignty dan sebagainya, saya hendak berkongsi dengan Dewan yang mulia ini. Sebelum berlakunya pengunduran Rusia daripada bipolar menjadi unipolar, jadi satu kuasa dunia, one world. South-East Asia, kita bangga dengan Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) tetapi hari ini kita ada juga nuklear, Nimitz parking building buat servis di Singapura. Jadi, sebenarnya hari ini kita sebenarnya sudah di bawah pengaruh yang begitu besar daripada satu pengaruh dunia, super power yang satu. Sebenarnya, pada pandangan saya, kalau kita hendak neutralize, kita kena seimbangkan dengan pembangunan yang mampan dan lebih baik lagi kalau keupayaan itu datang daripada regional strength itu sendiri. Itu sebabnya a neutralized ASEAN di mana China will be a good balancing act akan memberi positive effect yang banyak kepada negara kita.
Jadi, selama-lama ini pun kita di bawah telunjuk satu orang sahaja tetapi sekarang ini kita ada potensi lain. Jadi, saya tidak nampak bagaimana kita will be dipengaruhi oleh orang lain. Sebenarnya, kita hari ini pun siang malam dipengaruhi oleh satu orang yang lain.
Jadi, saya tak nampak itu menjadi satu isu. Akan tetapi perkara pokoknya bukan fasal diinfluence, tak diinfluence, yang pokoknya ialah kita hendak bina prasarana, yang daif kita ada hari ini dan kita need to do it very fast dan kita perlukan 8-10 trillion, where do we get the money? This is how kita chip in seorang sedikit dan kita buat dalam bentuk yang lebih sustainable. Itu sebenarnya.
Jadi, itu sahaja hujahan saya. Saya terima sebahagian daripada pandangan- pandangan rakan-rakan tu ada benar, cuma mungkin dia punya weightage itu tidak berapa berat. Akan tetapi keseluruhannya inisiatif ini amat baik dan Malaysia sepatutnya kalau ada peluang saya minta kalau boleh kerajaan tambah lagi. Oleh sebab apa, duit itu ada tapi kita akan dapat keuntungan jangka masa panjang yang lebih bermakna. Sekian, saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Klang.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana beri peluang untuk saya bahas Rang Undang-undang Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 2016. Saya ingin membangkit tiga isu penting berkait dengan rang undang-undang ini.
Pertama, mengenai persaingan geopolitik di antara apa yang saya panggil IMF Amerika Syarikat dan IMF China.
Kedua, berkait dengan kuasa China dalam AIIB dari segi pengundian dan veto.
Ketiga, perluasan kuasa China melalui AIIB di rantau ini, khususnya di ASEAN,
termasuk di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Bank Dunia dan IMF berfungsi
(i) untuk memberi pinjaman kepada negara-negara membangun untuk pembinaan infrastruktur dan pembangunan ekonomi;
(ii) memberi pinjaman kepada negara-negara yang mengalami masalah kewangan.
Kedua-dua institusi antarabangsa ini dikuasai oleh Amerika Syarikat dan asas institusi ini adalah Washington Consensus yang berfungsi untuk mempromosikan kepentingan Amerika Syarikat dan juga untuk mempromosikan pasaran bebas, free market, termasuk penswastaan dan sebagainya. Akan tetapi ekonomi yang terbesar di dunia iaitu China, tidak mempunyai apa-apa peranan yang signifikan dalam IMF ataupun Bank Dunia ataupun apa yang dipanggil Bretton Woods Institution, kedua-dua ini. Malah Amerika Syarikat telah tidak memasukkan China dalam perjanjian perkongsian- Trans-Pacific Partnership.
Satu perjanjian perdagangan yang besar, yang paling besar dalam dunia yang merangkumi 40 peratus pasaran dunia.
termasuk di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Bank Dunia dan IMF berfungsi
Strategi ini adalah untuk sidelined China dan mempromosikan kepentingan Amerika Syarikat iaitu untuk mengabaikan ataupun mengeluarkan China daripada Trans-Pacific Partnership Agreement ini. Tindak balas ataupun strategi China ialah untuk mendepankan institusi sendiri, to promote its own institutions, dengan izin, melalui apa yang dipanggil Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) iaitu satu perdagangan bebas dan Asean Infrastructure Investment Bank yang tidak termasuk Amerika Syarikat.
So, what we see Tuan Yang di-Pertua ialah satu peperangan yang besar, a global trade and financial war di antara dua gergasi dunia iaitu Amerika Syarikat dengan China.
Soalan depan kita ialah ataupun soalan yang timbul yang harus dijawab oleh pihak kerajaan, khususnya Menteri ialah bagaimanakah sebuah negara kecil seperti Malaysia dapat manoeuvre di antara dua gergasi ini? Ini soalan yang saya fikir kerajaan mesti jawab. Tuan Yang di-Pertua, isu...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta penjelasan? Ya, Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang kita sedar bahawa Amerika dan China ini dalam perang dingin dalam bentuk ekonomi. Di sini juga ada pepatah Melayu Yang Berhormat, “gajah sama gajah berlaga, pelanduk masuk di tengah-tengah”. Bermakna, kita ini negara kecil tetapi kita harus bijak memainkan peranan ke arah bagaimana kita boleh manoeuvre negara besar ini, Amerika dan China?
Kita tidak diancam oleh Amerika dan tidak diancam oleh China. Bermakna, inilah kepintaran pemimpin negara kita untuk mengurus dengan baik perhubungan ekonomi antara Amerika dan China. Kita tahu dua negara ini pada hari ini memang bersaing dengan begitu hebat. Oleh sebab Amerika melihat China adalah merupakan ancaman untuk merosakkan ekonomi dia dan China mempunyai populasi yang banyak, yang tinggi, 1.3 bilion. Jadi, bayangkan bagaimana Amerika hendak bersaing dengan China. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat tentang perkara ini dan apa cadangan Yang Berhormat? Terima kasih.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Yang Berhormat. Saya memang sokong dengan pandangan Yang Berhormat bahawa masalah di antara ataupun persaingan di antara Amerika Syarikat dengan China sama seperti apa yang dikatakan iaitu gajah dengan gajah berjuang dan yang mati di tengah-tengah adalah negara kecil dan pelanduk dan sebagainya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Dia tak sebut mati Yang Berhormat. Dia kata negara kecil manoeuvre.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Maksud sama Tuan Yang di-Pertua.
Akan tetapi isu yang saya hendak bangkitkan ialah soal di sini apakah ruang yang diberikan kepada satu negara yang kecil untuk manoeuvre kedua-dua negara ini? Apakah ruang?
Selalunya kita nampak bahawa di IMF ataupun World Bank bahawa ruang untuk negara- negara kecil langsung tidak ada dan terpaksa terima klausa-klausa ataupun conditionalities daripada Amerika Syarikat supaya menukar sistem yang sedia ada di negara-negara yang mereka memberi wang ataupun memberi sokongan kewangan dan sebagainya.
So, kita dapati bahawa masalah di sini bukan isu berkait dengan bijak ataupun kepintaran. Ini adalah berkait dengan kuasa. How power is used to manipulate? How power is used to ensure that negara-negara lain, khususnya negara-negara kecil, mendengar apa yang dikatakan oleh negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan China dalam kes ini.
Tuan Yang di-Pertua, IMF dan World Bank adalah dua institusi yang saya katakan yang mempromosikan pasaran bebas dan juga mengamalkan konsep penswastaan. Soalan yang timbul adalah, bagaimanakah operasi AIIB akan berlainan daripada World Bank dan IMF yang sedia ada? Dengan pelaburan sebanyak USD100 bilion, sudah ketara bahawa AIIB akan dimonopoli oleh Kerajaan China, termasuk kuasa pengundian dan veto mereka. So, kita dapati bahawa sekarang, tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa negara kecil terpaksa bijak dan kepintaran.
Akan tetapi di sini kita dapati bahawa satu negara menyumbangkan USD100 bilion ke dana AIIB ini dan dana ini akan digunakan untuk menentukan hala tujuan dan juga struktur ekonomi-ekonomi yang menerima wang daripada mereka. Negara China juga akan menggunakan AIIB untuk memberikan pinjaman bagi pelabur infrastruktur ataupun untuk pembayaran semula hutang dengan sekatan yang kurang berbanding IMF dan World Bank iaitu conditionalities. Jadi, jika perkara ini berlaku, apakah conditionalities yang Malaysia akan terima dan conditionalities yang Malaysia tidak akan terima?
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Akan tetapi soalan yang lebih penting Tuan Yang di-Pertua dan harus dijawab oleh pihak Menteri, adakah Malaysia berkuasa ataupun ada bersuara untuk menolak mana-mana conditionalities yang akan diberikan kepada Malaysia semasa mendapat kewangan ataupun penurunan kewangan daripada pihak China?
Isu seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, adalah berkait dengan isu institusi kewangan dunia yang baru. Apa yang China buat sekarang ialah untuk melontarkan satu institusi kewangan dunia yang baru. Saya fikir ini adalah menjadi masalah sebab matlamat AIIB ini adalah untuk memberikan pinjaman untuk pembinaan lebuh raya, empangan, lapangan terbang, loji tenaga termasuk dengan nuklear. Keadaan ini memberi satu peluang ataupun pemikiran yang besar kepada negara China supaya state-owned enterprises mereka mencari peluang mendapat kontrak di Malaysia. Lebih teruk lagi ataupun kritikal bila negara China memaksa Malaysia ataupun negara-negara lain untuk menggunakan firma state-owned enterprise mereka ini.
Ini sama juga dengan Amerika Syarikat bila World Bank dan IMF memberikan financial support kepada mana-mana negara, mereka juga menentukan firma mana yang akan digunakan untuk implementasikan projek itu. So, ini sama dengan negara China, mereka akan menggunakan SOE mereka untuk menjalankan projek-projek yang telah diluluskan dan diterima oleh negara berkenaan.
Isu yang seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, adalah berkait dengan kuasa pengundian IMF dan Bank Dunia berbanding dengan AIIB. Sewaktu Bank Dunia dan IMF ditubuhkan pada tahun 1944, Amerika Syarikat mempunyai syer mengundi sebanyak 35 peratus. Sekarang Bank Dunia dan IMF mempunyai seramai 188 negara yang merupakan ahli dan Amerika Syarikat hanya mempunyai syer undi sebanyak 16.21 peratus di Bank Dunia dan 16.74 peratus di IMF. China pula mempunyai syer mengundi sebanyak 3.81 peratus di IMF dan 4.78 peratus di Bank Dunia walaupun mereka merupakan ekonomi kedua terbesar di dunia.
Ketara bahawa Amerika Syarikat mempunyai kuasa mengundi yang amat besar dan dapat menentukan Presiden Bank Dunia dan juga IMF sebagai veto walaupun keputusan tersebut dikatakan dicapai melalui proses consensus.
Dalam pada itu, China merupakan pelabur terbesar dalam AIIB dan akan mempunyai kira-kira 25 peratus kuasa mengundi. AIIB sekarang mempunyai sekurang- kurangnya 57 buah negara yang merupakan ahli mereka. Bagaimanakah operasi AIIB ini berlainan daripada IMF dan Bank Dunia sedangkan negara China ingin menubuhkan dan menguasai institusi kewangannya sendiri? Adakah Kerajaan Malaysia telah menjalankan satu cost-benefit mengenai nilai tambah bagi rakyat Malaysia kalau Malaysia menyertai AIIB berbanding dengan IMF dan Bank Dunia?
Saya memang ingin challenge Menteri dengan mengatakan, “Has the Malaysian Government done a cost-benefit analysis on the entry into AIIB?” Saya fikir tidak, selalunya tidak. Tetapi saya minta kerajaan cakap di dalam Dewan yang mulia ini, adakah mereka telah menjalankan cost benefit analysis?
Isu yang akhir, Tuan Yang di-Pertua, berkait dengan penyertaan AIIB termasuk ekonomi-ekonomi besar di dunia termasuk Jerman, Perancis, Korea Selatan dan United Kingdom. Kesemua negara ini adalah merupakan sekutu tradisional Amerika Syarikat tetapi sedang mengalami anjakan paradigma kepada negara China. Oleh sebab China sekarang menjadi negara ekonomi terbesar di dalam dunia sekarang, maka there is a divided loyalty di antara negara-negara yang besar dan kita dapati bahawa ada negara-negara yang bersekutu dengan Amerika Syarikat bersama-sama dengan China dalam projek AIIB ini.
Antara sebab mengapa perkara ini berlaku yang dilihat daripada pakar ekonomi, Joseph Stiglitz, yang mengatakan bahawa, *“Conditions of IMF or the World Bank are too forceful, a tool to reshape governance, putting nations in a humiliating position of either choosing to cave in or forgoing money. They have no regard to social aspects that are invasion to sovereignty”.
So* kita dapati bahawa banyak negara tidak menjadi ahli atau keluar daripada IMF dan World Bank dan juga menjadi ahli kepada AIIB oleh sebab masalah yang mereka hadapi apabila mereka masuk dengan IMF dan World Bank khususnya melalui conditionality yang dikenakan kepada mereka.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Akan tetapi saya hendak tanya kepada kementerian, adakah AIIB ini akan mengenakan conditionality dan adakah conditionality ini akan memperluaskan kuasa China di rantau ASEAN dan juga di Malaysia?
This is a question that is in front of Dewan yang mulia ini. This question has to be answered. Mengapakah isu ini penting sebab kita dapati bahawa di negara China ataupun prinsip China sama seperti di Amerika Syarikat. Mereka hendak meluaskan kuasa mereka untuk mendapat pasaran yang lebih besar, bukan sahaja dapat pasaran yang lebih besar tetapi monopoli geopolitik khususnya di ASEAN.
Kita dapati bahawa mereka tidak langsung, they don’t care about the recent ruling yang telah dibuat oleh Permanent Court of Arbitration pada 12 Julai 2016. Dalam laporan Permanent Court of Arbitration jelas mengatakan bahawa China harus menggunakan rule of law tetapi China kata, *no rule of law but my law. What is my law? Bilateral arrangement.
Bilateral arrangement* jelas menunjukkan bahawa they will rule over our honorable country and especially in South-East Asia bila tidak ada pandangan yang has been agreed upon, a consensus agreement di ASEAN. ASEAN today is broken because of South China Sea. Hari itu Yang Berhormat Pekan mengatakan bahawa we are united, we are neutral but it is not true. In fact, the only country di ASEAN yang menekankan *rule of law is Singapore.
Singapore* dalam ucapan Perdana Menteri mereka pada hari kebangsaan jelas mengatakan why Singapore stands for the rule of law. But Malaysia hasn’t stand up to the rule of law especially with the Chinese. Ini memberikan kita satu pandangan why we have to be careful. Sebab, kita dapati bahawa negara Cambodia digunakan oleh China untuk pecah-belahkan ASEAN. Jelas, dia pecah-belahkan ASEAN. If the influence of China increases in South-East Asia, then what happens to ASEAN unity? What happens to ASEAN unity? This is a question saya hendak minta dan...
Juga kalau kita ambil contoh Cambodia, kita dapati di Cambodia sekarang pelaburan di dalam negara China pula berjumlah 9.6 bilion pada tahun 2003 hingga 2013 dan telah naik kepada lebih kurang 13 bilion sekarang dan lebih 20 bilion telah dijanjikan kepada negara mereka. Menteri di Cambodia mengatakan bahawa, dengan izin, “In terms of money, China is the number one. The power of China is getting much bigger. We choose China because its investment does not come with conditions. A number of Western investment come with attachments and we have to be good in democracy, we have to be good in human rights.” Ini pandangan daripada Cambodia selepas mereka menerima wang daripada China. Dengan pelaburan China di Cambodia, the Chinese are able to buy loyalty from Cambodia dan ini digunakan untuk pecah-belahkan ASEAN. So, this is what is happening and we have been taken note of that. It is a part of cost benefit analysis yang mungkin akan dikemukakan oleh pihak kementerian.
Memang kita ada, Tuan Yang di-Pertua, bahawa Kerajaan China sedang underwrite seorang diktator di ASEAN dan menggunakan alasan non-interference. So, soalan yang timbul dan kerajaan harus menjawab, adakah Kerajaan Malaysia bersetuju dengan negara China untuk mendukung seorang diktator ataupun diktator-diktator di ASEAN dan lain-lain tempat termasuk menolong 1MDB dan memberi legitimasi kepada seorang pemimpin Malaysia yang berkait dengan the biggest kleptocracy, the money laundering activities scandal di dalam dunia ini?
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
So therefore the Chinese can underwrite even leaders, can underwrite leaders who are involved in the biggest money laundering scandal in the world. This is the power of China and this is the power of what power can do especially when you have money power through AIIB. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya Yang Berhormat Kuala Selangor, lepas itu Yang Berhormat Menteri boleh jawab.
Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Pertamanya saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas ruang dan peluang bagi saya untuk turut sama membahaskan Rang Undang-undang Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 2016.
Tuan Yang di-Pertua, di sebalik perkembangan positif dari sudut pembangunan ekonomi dan kemanusiaan di seluruh dunia, masalah ketidakupayaan terutamanya negara- negara yang berpendapatan sederhana dan rendah untuk menyediakan infrastruktur dan juga pembangunan yang sewajarnya menjadi isu utama yang menghalang satu pertumbuhan ekonomi negara. Apabila melihat perkara ini, kekurangan pembangunan infrastruktur ini telah menjadikan satu asas yang mana ada di kalangan negara-negara Asia yang agak ketinggalan khususnya dari segi pembangunan material dan kemanusiaan.
Kalau kita lihat Bank Dunia yang mungkin telah diperkatakan oleh segelintir Ahli-ahli Parlimen sebentar tadi, Bank Dunia yang sentiasa berganding erat dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam menjalankan projek-projek pembangunan di seluruh dunia, ada kalanya dilihat sering kali mengambil kesempatan atas kesulitan yang dihadapi oleh negara-negara yang terlibat bagi memastikan suatu agenda kuasa-kuasa besar dunia dapat dilaksanakan dengan mengenakan syarat-syarat yang mungkin boleh menekan negara-negara yang memerlukan bantuan tersebut.
Bila merujuk kepada rang undang-undang ini, rang undang-undang ini mempunyai tiga peringkat struktur pentadbiran iaitu Lembaga Gabenor, Lembaga Pengarah, Presiden dan juga kakitangan menekankan konsep, dengan izin lean, clean and green, AIIB bertekad untuk meminimumkan birokrasi, membebaskan entiti tersebut daripada gejala rasuah dan juga salah guna kuasa dengan menitikberatkan aspek pengambilan kakitangan, melaksanakan dasar terbuka dan telus serta melindungi alam sekitar.
Tuan Yang di-Pertua, bila melihatkan komposisi ini, komposisi dan juga kombinasi ini yang wujud dalam rang undang-undang ini akan memperlihatkan dan menjadikan AIIB ini sangat efisien dalam aspek urus tadbir, governance, dengan izin, akauntabiliti, kewangan, perolehan dan melindungi alam sekitar. Saya juga ada terbaca bagaimana Presiden AIIB telah menyatakan bagaimana konsep universal procurement, dengan izin, iaitu dari segi kaedah pemberian kontrak dan juga projek, ketelusan dan juga kaedah-kaedah untuk memastikan soal-soal urus tadbir ini menjadi satu perkara yang diutamakan. Cuma dalam konteks Malaysia, dengan adanya universal procurement ini sejauh manakah ruang dan peluang terutamanya syarikat-syarikat Malaysia dapat menyertai segala bentuk projek-projek yang mungkin ada khususnya apabila kita menyertai Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 2016 ini.
Tuan Yang di-Pertua, bila merujuk kepada pemegang saham, saya lihat China merupakan pemegang saham terbesar sebanyak 29 peratus; manakala India berada di tangga kedua dengan nilai pegangan saham sebanyak 8.3 peratus; diikuti Rusia – 6.5 peratus; Jerman – 4.4 peratus; Korea Selatan – 3.7 peratus; manakala Perancis, Australia, Indonesia, Brazil dan United Kingdom berada dalam kedudukan sepuluh tangga yang teratas.
Malaysia pula mempunyai nilai pegangan saham sebanyak 0.1095 peratus.
Umum mengetahui bahawa 75 peratus pemilikan saham dikhususkan kepada negara-negara Asia sebagaimana yang wujud di dalam AIIB ini. Manakala 25 peratus lagi hanya boleh dimiliki oleh negara-negara bukan Asia. Penguasaan 75 peratus ini akan memberikan satu ruang agar suara negara-negara kecil di Asia yang saya lihat selama ini mungkin dinafikan oleh institusi perbankan dunia dapat didengari di peringkat antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan ekonomi Asia yang sedang mengalami kelembapan dan ketidaktentuan ekonomi, keperluan kewujudan sebuah Bank Pelaburan Infrastruktur Asia ini adalah penting kerana ia mampu merancakkan permintaan ke atas pembangunan infrastruktur sekali gus meningkatkan peluang-peluang pekerjaan di rantau Asia. Sudah tentu apabila Malaysia menyertai AIIB ini kita mempunyai kepentingan dan ada kepentingan yang harus kita lindungi dan mungkin satu hari nanti sekiranya ada mana-mana tokoh yang boleh diangkat untuk menjadi ahli lembaga pengarah bank ini, sudah tentunya ia boleh digerakkan dengan penglibatan Malaysia dalam AIIB ini.
Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Kewujudan AIIB ini juga akan mewujudkan satu persaingan di dalam industri kewangan dunia yang saya lihat selama ini dikuasai oleh Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Pembangunan Asia (ADB). Persaingan ini akan memaksa mereka untuk bertindak untuk menurunkan kadar faedah yang selama ini sangat tinggi dikenakan ke atas negara-negara peminjam selain mengurangkan syarat-syarat pinjaman yang seolah-olah membenarkan campur tangan dalam urusan negara yang terlibat.
Kewujudan persaingan ini diakui oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) apabila ia menyatakan bahawa penubuhan AIIB ini merupakan satu usaha untuk meningkatkan skala pembiayaan untuk pembangunan mampan bagi global economic governance. Hal ini mewujudkan satu dinamika baru di kalangan industri kewangan di seluruh dunia. Menurut kajian yang dilakukan oleh McKinsey Global Institute menunjukkan bahawa dari tahun 2016 sehingga 2030, sebanyak 3.8 peratus daripada KDNK dunia diperlukan untuk dilaburkan demi membangunkan infrastruktur ekonomi iaitu sebanyak USD3.3 trilion setahun.
Sedangkan KDNK global berada di paras sederhana iaitu sebanyak 3.3 peratus. Manakala New Climate Economy menjangkakan menjelang tahun 2030, dunia memerlukan sekitar USD89 trilion untuk dilaburkan demi mewujudkan infrastruktur-infrastruktur baru bagi pembangunan rentas bandar, guna tanah dan sistem tenaga.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan dan bank pembangunan sedia ada tidak mempunyai keupayaan bagi menghadapi permasalahan ini. Maka saya lihat dengan penubuhan bank ini akan mengurangkan kekangan pembiayaan yang dihadapi oleh setiap negara yang terlibat di rantau Asia dalam merancakkan pembangunan infrastrukturnya. Menurut laporan tahunan 2012 oleh Asian Development Bank, menyatakan bahawa 1.8 bilion penduduk di Asia tidak menikmati asas perkhidmatan kebersihan, 800 juta orang pula tidak menikmati kemudahan elektrik dan 600 juta orang tidak dapat menikmati kemudahan air bersih. World Resources Institute melaporkan pada tahun 2014, sebanyak USD24.2 bilion telah dibelanjakan untuk pembangunan infrastruktur. Manakala Asian Development Bank membelanjakan USD21 billion untuk tujuan terbabit.
Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua, maka dengan itu penubuhan AIIB ini bagi saya, pada khidmat saya walaupun dilihat tidak mampu menyelesaikan keseluruhan permasalahan ini, namun sekurang-kurangnya ia mampu merapatkan jurang perbezaan khususnya jurang perbezaan infrastruktur di kalangan negara-negara Asia di rantau ini. Di samping itu juga, ia boleh memastikan rantau Asia mampu bersaing dengan rantau-rantau lain daripada aspek pertubuhan ekonomi apabila setiap infrastruktur dan pembangunan infrastruktur ini dapat disediakan. Ini juga merupakan satu keperluan khususnya bagi negara-negara yang memerlukan bantuan-bantuan ini.
Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan keperluan AIIB ini saya melihat rang undang- undang ini sangat penting untuk menguatkuasakan perjanjian antarabangsa bagi penubuhan dan pengendalian bank pelaburan infrastruktur Asia, di negara Malaysia. Peruntukkan- peruntukkan yang disenaraikan dalam rang undang-undang ini apabila saya melihatnya secara jelas mengikut undang-undang Malaysia dan pada khidmat saya akan mengelakkan sebarang permasalahan yang bangkit di masa hadapan.
Sebagai contoh dalam fasal 3 rang undang-undang ini, peruntukan secara jelas menyatakan perkara 51 di dalam perjanjian tersebut tidak akan memberi kebebasan kepada pihak bank tersebut daripada membayar duti kastam, memberi pengecualian kepada bank daripada cukai atau duti barang yang dijual, atau perkhidmatan yang dibekalkan, dan pengecualian daripada caj bagi perkhidmatan yang telah diberikan sebagaimana yang dinyatakan di dalam seksyen 3(2)(a) hingga (c). Justeru bagi saya peruntukkan itu adalah satu peruntukkan yang tidak memberikan prejudis kepada negara Malaysia.
Kedua, dalam fasal 9, dalam rang undang-undang ini secara jelas menyatakan bahawa Menteri diberikan kuasa untuk membuat peraturan yang berkaitan. Bagi saya ini satu perkara yang sangat positif dan sudah pasti Kementerian Kewangan lebih arif akan perjalanan perjanjian ini dan akan sentiasa menjaga setiap kepentingan negara khususnya dalam soal-soal ekonomi ini. Sekiranya kuasa untuk membuat apa-apa peraturan berkaitan perjanjian ini diberikan kepada pihak luar, maka ia bagi hemat saya akan mengundang campur tangan daripada negara luar dan pihak yang tidak sepatutnya, dan akan mengganggu proses pelaksanaan undang-undang ini apabila dilaksanakan kelak.
Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua, saya secara rumusannya melihat rang undang-undang ini membuktikan bahawa kerajaan Malaysia begitu komited dalam memastikan infrastruktur negara dan Asia amnya dapat dilaksanakan dengan mampan ke arah memacu rantau Asia bagi mencapai kemajuan ekonomi yang seiring dengan rantau Eropah.
Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing
Terima Kasih Kuala Selangor, saya hendak tanya, pada mana–mana bank, bila dia beri pinjam duit pada mana-mana pelanggan dia, duit yang dia bagi pinjam dan customer itu adalah aset sementara pendeposit atau shareholder yang letak duit dalam bank tersebut, pada bank ia adalah liabiliti kerana dia kena bagi interest daripada deposit yang diletak dalam bank.
Dari konteks AIIB ini kita hanya melabur share partner hanya USD100 juta. Jadi saya hendak tanya bila kita labur USD100 juta tapi kita dapat pinjam, kembangkan dan bayar balik seperti apa yang kita buat masa penubuhan FELDA dulu. Kita tidak ada duit, kita pinjam dengan World Bank, kita bayar balik pada World Bank kita dapat bangunkan tanah, bangunkan manusia sehingga ia berjaya menjadi satu entiti dan FELDA jadi public listed.
Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Kuala Selangor adakah kita dengan menjadi AIIB ini kita dapat letakkan negara kita menjadi peminjam dan ia menjadi aset kepada AIIB dan berupaya untuk membayar balik.
Tuan Haji Irmohizam Ibrahim - Kuala Kangsar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Saya melihat apa yang dinyatakan Yang Berhormat Mersing sudah tentunya dengan penyertaan Malaysia dalam AIIB ini akan meningkatkan lagi penyertaan Malaysia khususnya sebagai sebuah, dengan izin, Responsible Member of International Community. Sebuah ahli yang akan memberi kekuatan khususnya untuk membangun negara-negara sahabat yang lain kerana dari segi track record Malaysia sebagaimana yang telah disebut Yang Berhormat Mersing, penyertaan Malaysia dalam AIIB ini akan memberi nilai dan makna khususnya terutamanya bagi membangunkan bukan hanya dari segi infrastruktur, bahkan dari segi modal insan dan juga tenaga kepakaran yang ada dalam negara kita.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Yang Berhormat Kuala Selangor. Ya, Yang Berhormat Kuala Krai pula. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor kerana memberi laluan. Saya ingin membayangkan dengan apa yang diuar-uarkan tentang pencapaian Malaysia sebagai negara yang hampir menjadi negara maju, kita berkedudukan sepatutnya sudah menjadi negara pemberi pinjaman kepada negara-negara lain yang sedang membangun.
Akan tetapi dalam konteks penubuhan AIIB ini, kita punya share ataupun sumbangan kita dengan modal dalam AIIB ini. Seperti yang disebutkan Yang Berhormat Kuala Selangor tadi, 0.1 peratus kata ya. 0.1 peratus pada saya itu hanya sebagai token sahaja ya. USD109.5 juta. Sebagai sebuah negara yang hampir menjadi sebuah negara yang maju, apakah itu kedudukan kita sehingga kita tidak mempunyai suara yang kuat dalam pentadbiran bank tersebut?
Jadi saya bertanyakan Yang Berhormat Kuala Selangor, sama ada Yang Berhormat Kuala Selangor ada maklumat siapa yang decide percentage ataupun percent penyertaan negara-negara Asia di dalam bank ini. Adakah itu permintaan Malaysia atau kemampuan kita atau itu telah ditetapkan dalam statut penubuhan bank ini dahulu? Terima kasih.
Tuan Haji Irmohizam Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Kuala Krai atas persoalan yang dibangkitkan. Saya fikir dari segi nilai saham ini sudah tentu Kementerian Kewangan mempunyai maklumat yang lebih jelas. Cuma bagi pembacaan saya, saya melihat pegangan dalam saham ini dikisarkan ataupun berasaskan tentang bagaimana ia diputuskan secara bersama melalui dari segi pendekatan ataupun GDP ekonomi bagi setiap negara yang terlibat.
Sehubungan dengan itu, saya lihat bahawa Tuan Yang di-Pertua kerana keseluruhannya saya juga menyokong Rang Undang-undang Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 2016 yang saya lihat ia dirangka dengan begitu teliti khususnya mengambil segala bentuk faktor. Terutamanya iklim ekonomi negara yang begitu mencabar dan tinggi persaingannya. Dengan itu, sekali lagi saya menyokong penuh Rang Undang-undang Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 2016. Terima Kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, terima kasih...
[Disampuk] Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri Kewangan II - Datuk Johari bin Abdul Ghani
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dalam menyokong Rang Undang-undang Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 2016 di Dewan yang mulia ini.
Kerajaan sangat menghargai akan cadangan, pandangan, dan teguran yang telah diberi beberapa perkara yang dibentangkan dalam rang undang-undang tersebut. Terdapat pelbagai isu yang telah menyentuh dasar kerajaan yang telah dibangkitkan. Suka saya maklumkan perhatian dan timbangan yang sewajarnya akan diberi terhadap kebimbangan dan juga cadangan yang dikongsikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semua.
Antara Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini adalah Yang Berhormat Jasin; Yang Berhormat Kelana Jaya; Yang Berhormat Serdang; Yang Berhormat Bayan Baru; Yang Berhormat Hulu Langat; Yang Berhormat Setiawangsa; Yang Berhormat Sibuti; Yang Berhormat Parit Sulong; Yang Berhormat Sepang; Yang Berhormat Kuala Krai; Yang Berhormat Kuala Nerus; Yang Berhormat Bagan Serai; Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Bukit Katil, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Kapar; Yang Berhormat Bukit Gantang; Yang Berhormat Wangsa Maju; Yang Berhormat Kota Tinggi; Yang Berhormat Klang; dan Yang Berhormat Kuala Selangor.
Menteri Kewangan II - Datuk Johari bin Abdul Ghani
Sebahagian daripada yang saya hendak jawab ini, ia merangkumi sebahagian daripada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh beberapa orang Yang Berhormat dalam soalan yang sama.
Pertama, saya ingin menjawab soalan Yang Berhormat Kelana Jaya. Apakah return on investment oleh Malaysia dalam ekuiti AIIB ini. Menurut artikel 18 AOA AIIB ini, sebarang pulangan akan ditentukan oleh lembaga gabenor yang akan bersidang sekurang-kurangnya sekali pada setiap tahun.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, dalam penglibatan Kerajaan Malaysia dalam multilateral bank seperti ini, kita sebenarnya ini bukan kali pertama kita terlibat dalam multilateral bank. Kita pernah terlibat dalam World Bank dan juga ADB Bank dan IDB Bank.
Ketiga-tiga multilateral bank ini kita melabur sejak tahun 1998, 1996, 1974. Kita melabur atas dasar kesepakatan sebagai satu negara yang berada dalam kelompok dunia. Sebab itu kebanyakan daripada pelaburan yang kita buat ini, walaupun ia kecil tetapi mereka tidak pernah mengagihkan dividen. Kalau ada keuntungan-keuntungan yang dilakukan atau dibuat oleh World Bank, ADB Bank dan IDB Bank ini, di plough back dalam operasi bank tersebut untuk dibiayai lebih besar lagi kepada negara-negara yang memerlukan. Itu konsep dari segi ini.
Oleh itu untuk pengetahuan Yang Berhormat, saya hendak gunakan benchmark return ini, saya tidak boleh gunakan untuk multilateral bank kerana sejarah kita, tiga bank yang kita participate ini, dia tidak memberikan sebarang return secara direct kepada kita tetapi manfaat yang kita dapat ialah waktu kita mula-mula merdeka dulu, banyaklah pertolongan yang kita dapat daripada World Bank, contoh menyebabkan ekonomi kita boleh berkembang.
Sehingga hari ini, ketiga-tiga multilateral bank ini, kita tidak ada lagi exposure dengan mereka tetapi mereka masih bergerak membantu negara-negara miskin yang sedang membangun untuk membangunkan ekonomi mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kelana Jaya bangun, Yang Berhormat.
Tuan Wong Chen - Kelana Jaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, maknanya there is a zero dividend policy, is it? Ini kerana kita tidak lihat perjanjian dengan sepenuhnya. Is it anywhere stated that there would be no dividend payout ataupun kemungkinan adanya dividen. Saya tahu, saya faham. Saya memang faham benefit itu memang kita dapat soft loanlah. Dululah pada tahun 60-an, 70-an, 80-an dan 90-an. I also accept that kita sebagai negara yang lebih kaya daripada 1980, 1970. Kita perlu give back something to the world community but is there a dividend policy or not? Terima kasih.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Yang Berhormat Kelana Jaya, kita tidak ada.
Dalam AOA yang kita tandatangani, tidak ada specific clause yang mengatakan ada pulangan spesifik dividen kepada pelaburan. Kalau kita tengok konsep AIIB ini, dia telah mengguna pakai banyak formula-formula yang berada dengan multilateral bank yang sedia ada. Contoh macam World Bank, AIIB dan ADB lebih kurang banyak dia punya standard operation ataupun prosedur mereka itu sama dengan AIIB.
Kedua, saya juga disoal adakah Malaysia perlu- Yang Berhormat Kelana Jaya juga.
Adakah Malaysia perlu menjamin apa-apa bon oleh AIIB pada masa hadapan? Malaysia sebagai pemegang saham 0.4 peratus tadi, tidak menjamin sebarang bon mana-mana bank ini termasuklah World Bank, ADB Bank dan IDB Bank. Begitu juga AIIB. Tidak. Jadi kita tidak ada sebarang exposure dari segi guarantee kepada sebarang pinjaman yang dibuat oleh AIIB.
Kemudian, Yang Berhormat Kelana Jaya juga, adakah Malaysia akan dilihat sebagai memihak kepada kuasa besar China atau pengaruh geopolitical dengan penyertaan dalam AIIB.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, AIIB adalah merupakan salah satu bank pembangunan seperti mana yang saya sebut tadi, multilateral bank. Secara dasarnya setiap multilateral bank ini dia ada dia punya promoter. Macam World Bank, kalau kita tengok it’s actually the America dan kalau kita tengok Asian Development Bank, is at Japan, IDB Bank is Arab Saudi, dan AIIB is China. Kita mempunyai pengalaman dealing dengan all these multilateral banks dan kita tidak pernah melibatkan diri Malaysia secara spesifik untuk terlibat politik dengan mana-mana bank ini. Sebab itu kalau kita tengok pengalaman kita dengan World Bank, ADB Bank dan IDB Bank, tidak ada mana-mana promoter of multilateral bank ini boleh influence Kerajaan Malaysia dalam sesuatu perkara.
Setakat yang kita ada hari ini dan saya percaya, pelaburan Malaysia dalam AIIB ini juga mempunyai konsep dan matlamat yang sama iaitu kita tidak sekali-sekali membenarkan mana-mana promoter-promoter yang bawa multilateral concept dalam 57 negara yang kita terlibat dalam AIIB ini untuk influence mana-mana political atau kedaulatan kita sebagai sebuah negara Malaysia.
Yang Berhormat Jasin. Adakah Malaysia boleh gunakan dana daripada Khazanah dan bukan dari Kumpulan Yang Disatukan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, keahlian dalam AIIB adalah berdasarkan kapasiti sebagai sebuah negara dan bukannya syarikat.
Sebab itu kita tidak boleh panggil bawa masuk Khazanah untuk subscribe share ini. Dia perlulah diguna daripada kerajaan sendiri.
Yang Berhormat Jasin juga, adakah Malaysia mempunyai cara untuk keluar dari AIIB. Artikel 37, Article of Agreement AIIB memperuntukkan ruang kepada negara ahli yang ingin keluar daripada AIIB dengan menyatakan hasrat secara bertulis. There is a standard clause dalam AOA. Ada, akan tetapi lazimnya, kalau tidak ada benda-benda yang serius, saya tengok belum ada lagi berlaku di antara multilateral bank yang pernah kita mempunyai pengalaman yang ada orang datang voluntary right hendak keluar daripada kumpulan- kumpulan multilateral bank ini.
Seterusnya Yang Berhormat Serdang. Kenapa Malaysia mengambil masa yang terlalu lama untuk meratifikasi AOA AIIB ini? Proses ratifikasi AIIB ini telah dimulakan dari awal akhir tahun 2015. Proses ini mengambil masa memandangkan satu akta khusus perlu diadakan seperti mana akta-akta multilateral bank yang lain. Oleh itu dia ambil masa kita negotiate.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada mula-mula idea ini dicetuskan, Malaysia di allocate based on GDP kita. Sepatutnya kita subscribe hampir one billion shares. Bukan one thousand shares. Jadi contribution kita sepatutnya USD1 billion instead of 109. Kita ambil cuma ten percent apa yang di allocated kepada kita kerana kita merasakan bahawa kita tidak payah terlibat terlampau banyak dalam bank-bank begini kerana pertama, kita sudah ada exposure kita dengan World Bank, ADB Bank, IDB Bank. Mereka pun kita tidak guna pakai pinjaman-pinjaman daripada mereka kerana kita boleh mendapat pinjaman yang lebih mudah dan lebih murah dari segi kosnya dalam negara dan juga sebagai sebuah negara yang berdaulat, boleh dapat pinjaman daripada luar negara secara direct dengan harga ataupun kadar yang lebih rendah.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Oleh sebab itu, bila AIIB ini ditubuhkan, kita merasakan kalau kita subscribe USD1 billion, I think we have a lot of other things to do in the country rather than put our money so much into AIIB yang kita tahu kita tidak akan pinjam at this moment. Selagi kita mempunyai rating yang bagus, selagi kita ada liquidity dalam negara, selagi ada infrastruktur projek yang kita hendak bina boleh dibiayai oleh domestic financing dan juga international financing, saya tidak nampak kenapa kita kena pergi kepada AIIB ini.
Yang Berhormat Serdang juga mengatakan bahawa syarat-syarat tambahan yang boleh disalah guna oleh AIIB untuk membolehkan syarikat daripada China dilantik atau diberi kontrak. Semua syarat-syarat pinjaman adalah dibentang dan diluluskan dalam Lembaga Pengarah AIIB yang merupakan proses yang telus seperti juga mana-mana multilateral bank seperti World Bank, ADB Bank dan IDB Bank. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, saya pun pada mulanya pun agak curiga juga kalau kita subscribe ini dan anything yang kita hendak buat dalam negara, kita hendak bagi kepada China tetapi tidak.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Ini kerana kita tidak akan diusik kedaulatan dari segi bagaimana kita mentadbir kita punya ekonomi. Jadi kalau mana-mana projek yang kita buat kalau kita buat international tender dia hendak participate dia participate lah China, it got nothing to do with AIIB sebab kita tidak pinjam dekat AIIB. Jadi konsep ini kita mesti sentiasa guna pakai dalam apa sahaja international bidding yang kita buat. Tidak ada mana-mana orang boleh pressure kita. Akan tetapi kalau dia datang dengan berbagai-bagai-bagai pakej yang menyebabkan mendapat lebih murah, lebih jangka masa panjang dan sebagainya itu consideration yang berbeza.
Akan tetapi dari segi tender konsep dia tidak ada influence dari segi participation kita kepada AIIB.
Yang Berhormat Jelutong, adakah agenda AEC melalui ASEAN dapat dimanfaatkan dalam AIIB. Untuk pengetahuan Yang Berhormat kesemua negara ASEAN merupakan negara pelopor ataupun supporter kepada pembukaan AIIB ini. Pendirian bersama untuk menyertai AIIB ini adalah berdasarkan kepercayaan bahawa pembangunan infrastruktur akan terus diberi perhatian di rantau ASEAN. That is the concept and that is the reason why we support. Sebab ada juga ASEAN members kita yang masih mundur. Macam Myanmar dan sebahagian daripada negara macam Vietnam dan juga Cambodia memerlukan banyak infrastruktur.
Jadi sebab itu kita secara kolektif, ASEAN participate dalam AIIB ini untuk bagi in a way moral support so that sebahagian daripada negara-negara yang belum membangun ini dapat membangun. Tujuannya ialah kita punya perkhidmatan dalam AIIB ini juga kita kena tengok dari segi konsep apa. Sebab kita negara yang berdagang di luar, jadi apabila kita boleh dapat jual kita punya kelapa sawit, getah dan minyak jadi dengan secara tidak langsung dengan penglibatan kita dalam AIIB ini ia membuka lagi saya nampak macam pasaran yang lebih friendly.
Bayangkan kalau sesuatu negara itu dapat pinjaman daripada AIIB, Malaysia tidak terlibat tetapi Indonesia terlibat. Kemudian macam Myanmar dia hendak beli kelapa sawit, jadi sudah tentu option hendak beli kelapa sawit ini di antara Malaysia dengan Indonesia sudah tentu dia akan beli pada Indonesia kerana dia mendapat pinjaman untuk buat infrastruktur dia melalui AIIB. AIIB Indonesia is a member, we are not member, contoh.
So these are the friendships yang kita ada dalam kita punya setia kawan apabila kita masuk dalam multilateral bank ini, membolehkan kita masuk ke negara-negara orang tanpa ada sebarang masalah kerana kita sama-sama duduk dalam satu konsortium economies seperti multilateral bank ini.
Yang Berhormat Bayan Baru, bagaimana syarikat tempatan boleh mendapat faedah dan peluang memasuki pasaran di negara-negara lain dengan menggunakan platform AIIB.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sebenarnya AIIB ini juga bagus. Bagus dari segi apa?
Kalau syarikat-syarikat kita pergi di negara-negara yang tidak berapa maju macam Vietnam, Laos and then Myanmar dan mereka ini, kalau syarikat kita pergi dapatkan kontrak infrastructure tetapi kalau bank-bank mereka ini tidak boleh bayar kepada kita punya syarikat- syarikat yang pergi buat kerja-kerja di sana, masalah juga.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Akan tetapi kalau katakan dia boleh dapat pinjam dengan AIIB sudah tentu syarikat- syarikat daripada Malaysia contoh, kalau pergi buat sesuatu infrastructure project di sana sudah tentu payment is guaranteed kerana kita tahu bahawa negara-negara yang mendapat pinjaman daripada AIIB ini kita akan dapat bayaran. Syarikat-syarikat kita akan mendapat bayaran daripada mereka.
Akan tetapi kalau kita pergi kepada negara-negara yang AIIB tidak ada bantu dia contoh, World Bank tidak ada bantu mereka, ADB tidak ada bantu mereka dan IDB tidak ada bantu mereka and kita dapat projek itu USD200 million, siap projek dia tidak boleh bayar, masalah. Jadi ini merupakan salah satu daripada benefit yang kita nampak kalau kita participate dalam AIIB kerana ia boleh membenarkan atau membolehkan syarikat-syarikat kita yang berkemampuan untuk pergi mendapatkan kerja-kerja di luar sana.
Di samping itu ada juga benefit AIIB ini kerana ia membuka juga peluang-peluang pekerjaan kepada mana-mana negara members. Saya ambil contoh macam World Bank.
Sama ada kita sedar atau tidak kita ada lebih kurang dalam 60 hingga 70 rakyat Malaysia yang hari ini bekerja dalam World Bank. Jadi ada juga manfaat tetapi mereka mendapat pekerjaan ini bukan kerana Kerajaan Malaysia rekomen, dia kena apply based on dia punya own standing. Dia punya talent, qualification dan dia punya experience sebab mereka akan dipilih di kalangan talent yang ada dalam dunia yang terlibat dalam multilateral bank ini.
Kemudian isu persaingan di antara World Bank, ADB dan IDB dengan AIIB. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Bayan Baru, memang multilateral bank ini whether kita hendak terima atau tidak terima, memang ada persaingan. Ini kerana World Bank juga akan provide infrastructure financing. ADB also provide infrastructure financing. IDB pun sama dan AIIB pun sama. Jadi mereka ini buat the more the merrier bagi saya. Ini kerana bila ada bank yang banyak, kuat atau strong jadi mereka boleh compete dan they take the risk region yang dia suka. Kadang-kadang bila Asia ini mungkin China dia boleh lebih competitive. Ini kerana dia rasa kawasan ini dia kata dia feel comfortable. Akan tetapi kalau dia pergi di Europe, negara- negara Eropah mungkin dia tidak feel comfortable. Dia pergi ke Afrika mungkin dia feel comfortable, contoh.
Akan tetapi kalau dari segi konteks CIB ini dia fokus kepada Asia sudah tentu saya rasa mesti ada keistimewaan apabila ada promoter yang sanggup buat bank ini, dia mesti competitive kalau dibandingkan dengan World Bank. Akan tetapi walau bagaimanapun sebagai negara yang participate dalam empat-empat multilateral bank ini, kalau satu hari nanti, not now, sekarang ini kita tidak pakai. Kalau satu hari nanti kita perlu hendak dapatkan pinjaman daripada multilateral bank for whatever reason, kita ada choice hendak pilih whether World Bank, IDB Bank, ADB Bank atau AIIB Bank. Kita tengok yang mana murah kita ambil.
Begitu juga kepada negara-negara yang baru hendak membangun atau negara- negara yang masih mundur, yang tidak ada infrastruktur mereka juga mendapat option daripada apa ini. Sebahagian daripada projek-projek ini juga di finance, bukan sahaja AIIB.
Kadang-kadang dia joint effort between World Bank dengan AIIB ataupun ADB Bank. Dia memberikan peluang kepada negara-negara itu mendapat pinjaman yang lebih besar dan reduce atau mitigate dia punya risk.
Next one, Yang Berhormat Bayan Baru juga. Apakah AIIB mempunyai good governance dalam operasinya. AIIB ditubuhkan dengan semangat 57 buah negara. Isu good governance telah dibincang dengan teliti dan telah dipersetujui oleh semua negara lagi sebelum AOA AIIB dimuktamadkan. Saya percaya apabila AIIB ini sudah menjadi internalize, dia internalize-kan dia punya operation, macam World Bank, ADB dan IDB, saya percaya bahawa governance ini dia tidak boleh lari. This concept Yang Berhormat Bukit Katil sebut tadi, ESG ini perlu ada iaitu environment, social dan governance dia tidak boleh lari. Sebab dalam dunia sekarang ini dia ESG punya formula ini is a must for anybody who wants to go to any country. So, I think this should be the fundamental principal for any multilateral bank to go and expand their operation. Yang Berhormat Parit Sulong, adakah rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran tertentu berkhidmat di AIIB. Seperti mana yang saya sebut tadi, macam World Bank ada 60 hingga 70 orang dan ASEAN Development Bank pun ada juga rakyat Malaysia tetapi saya lupa number dia dan IDB pun ada. Saya percaya AIIB ini juga kalau ada rakyat kita yang mempunyai kepakaran, I am sure kalau apply ada kekosongan, dia perlukan input-input daripada negara-negara members untuk membuat dasar. Kemudian, dari segi…
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bayan Baru bangun.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri sikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya– terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana memberi jawapan yang bagus. Akan tetapi saya ingin satu soalan yang saya rasa Menteri tercicir adalah bagaimana kita safeguard interest supaya apabila kita– kalaulah satu hari kita dapat pinjaman daripada AIIB untuk infrastructure programme tetapi dia masuk dengan konglomerat China dan sebagainya.
Masa kini kita tahu bahawa walaupun kita tidak dapat daripada AIIB certain projek Chinese company masuk dengan kontraktornya, engineer dia, supplier dan sebagainya sehinggakan walaupun kita belanja duit untuk bina jambatan kah, dam kah tetapi dia tidak membantu local economy, dia tidak ada technology transfer. Bolehkah Menteri beri penerangan sikit. Terima kasih.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Saya tengok dari konsep Yang Berhormat tadi ialah ini terletak kepada kita. Sebagai kerajaan, kita tidak boleh membiarkan syarikat-syarikat dictate kita punya term. Kalau dia letak kita punya term yang begitu tidak munasabah dan kalau kita terima, bermakna salah itu bukan salah dia, salah kita. So, sebab itu saya sentiasa berpegang kepada bahawa kedaulatan negara tidak boleh sacrifice. We have to stand firm to make sure that bila kita participate dengan multilateral bank ini, kita bukan sahaja terkunci dengan AIIB sahaja. Kita mempunyai opsyen untuk tengok World Bank, kita tengok Asian Development Bank, kita tengok IDB Bank. Kita nak pastikan bahawa tidak ada terma-terma yang boleh memaksa kita sehingga kita hilang kedaulatan. Ini sangat penting.
Saya rasa ini bukan sahaja kita nak biarkan orang luar itu tetapi kita mempunyai hak mutlak untuk tentukan. Kalau katakan orang nak bagi kita duit pinjam, selepas itu dia dictate kita something that unreasonable, then kita buat keputusan we shouldn’t accept this. I think itu pendirian saya dan dari segi pandangan kerajaan yang saya wakili untuk MOF ini, that’s kita punya step.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ada dua yang bangun. Mana satu Yang Berhormat Menteri? Mana satu? Ya, sila Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang bangga kerana Menteri mengatakan bahawa kedaulatan negara kita tidak boleh dikompromikan. Akan tetapi daripada undang-undang yang sedang dibentangkan, terutamanya perjanjian yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia, memang keutamaan yang diberikan kepada AIIB ini akan mengkompromikan kedudukan rakyat Malaysia. Terutamanya cukai duti Kastam dan juga bebas cukai keuntungan yang diberikan kepada AIIB ini. Kita dapati kalau semua barangan yang dibawa oleh mereka tidak dijual, mereka bebas cukai duti Kastam. Jadi, ini bermaksud kalau mereka mengadakan satu projek di Malaysia, syarikat-syarikat tempatan tidak akan dapat bersaing dengan mereka. Kalau kita baca dengan baik, AIIB ini bukannya satu bank seperti yang maksud biasa sesebuah bank tetapi merupakan sebuah syarikat yang bebas berkontrak.
Jadi, melainkan kita memastikan AIIB ini bukan berniat mendapat keuntungan. Kita tidak boleh membiarkan mereka membawa masuk semua barangan bebas daripada duti Kastam. Juga imuniti yang diberikan kepada AIIB ini terlalu luas hinggakan kalau ada kerosakan berlaku selain daripada yang dinyatakan dalam seksyen 3 ataupun perkara 46, bab 9 dalam perjanjian, banyak lagi keadaan di mana kerugian akan dialami oleh rakyat Malaysia kerana kecuaian pada projek AIIB yang menyebabkan orang tercedera ataupun pegawai-pegawai mereka yang tidak jujur atas nama AIIB ini menipu orang, kita tidak boleh membawa pegawai-pegawai itu ke mahkamah. Jadi, ini tidak boleh diterima melainkan kerajaan memberi jaminan ini tidak berlaku.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingat Yang Berhormat kena faham AIIB dengan syarikat yang hendak buat kontrak. Syarikat yang nak buat kontrak sama ada ia datang daripada Amerika, ia datang daripada China atau ia datang dari India atau mana-mana, bila dia buat kontrak dengan kerajaan, there is no such thing dia ada exemption on duty or tax, unless kerajaan bagi dia macam free trade zone dan sebagainya. That’s a different application on MIDA. You kena bezakan di antara AIIB dengan syarikat yang dapat kontrak.
Syarikat-syarikat yang dapat kontrak hasil daripada financing oleh AIIB ini, AIIB is only a bank that finance the money dan yang buat projek-projek infrastructure ialah syarikat.
Jadi, syarikat-syarikat ini yang buat, dia kena subject to a normal tax. AIIB ini adalah macam multilateral bank, semua multilateral bank, World Bank, IDB Bank dan juga Asian Development Bank, juga AIIB Bank mempunyai standard clause bahawa semua negara have the mutual understanding bahawa bank-bank ini, profit mereka ini tidak ada tax. Mereka tidak bayar tax on the profit. But, not on the company yang dapat projek untuk buat infrastructure. Contoh, kalau syarikat A sendirian berhad dapat projek di Vietnam ataupun di Cambodia ataupun di Myanmar, they make profit RM100 million, they will be taxed at that respective country. Begitu juga kalaulah kita ada syarikat-syarikat yang datang buat infrastructure project di dalam negara kita dan difinance oleh AIIB, contoh, then kalau syarikat itu make money, profit, the government of Malaysia will tax them. You have to differentiate within the two entities that you- okey, Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh saya dapat penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin beg to differ daripada perjanjian yang telah ditandatangani. Tadi saya katakan AIIB ini bukannya satu bank seperti biasa yang memberikan a financing to a project. Kalau kita baca perkara artikel 45, status of the bank di bawah perjanjian tersebut dikatakan, “The Bank shall possess full juridical personality and, in particular, the full legal capacity to contract, to acquire, and dispose of, immovable and movable property, to initiate and respond to legal proceedings; and to take such other action as may be necessary or useful for its purpose and activities”. Jadi, di sini maksudnya, syarikat ini bukannya a bank that finances. Ia adalah legal entity yang bebas berkontrak nak buat projek sendiri, kalau mereka akan gunakan status ini untuk bawa masuk barangan bebas daripada duti Kastam. Jadi, inilah masalah yang akan timbul kalau mereka gunakan entiti ini untuk berkontrak menjalankan projek.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat. Kalau you baca clause itu, apa yang dimaksudkan dalam clause itu ialah kalau AIIB ini datang negara kita, dia buka office, dia beli bangunan. If there is an issue about membeli bangunan untuk buat pejabat AIIB, then they have the rights to argue on legally. Itu maksudnya. Saya nak tekankan bahawa projek-projek infrastruktur yang dia finance is not free of tax.
Akan tetapi kalau untuk operasi bank tersebut, ia ada imuniti daripada segi legal untuk all multilateral banks, sama. That is the standard. So that, operation dia tidak diganggu di mana-mana negara members, members country. Kalau tidak, bayangkan World Bank ada 189 buah negara. Every negara atau 10 percent or 20 percent of them keep swing World Bank. You cannot function as a multilateral bank. So, that is the understanding among the members when they become the members of that multilateral bank. So, only for that particular part ia memberi kemudahan dari segi fleksibiliti undang-undang untuk operasi bank tersebut, bukan untuk benda yang luar daripada operasi bank.
Bermakna, Yang Berhormat sebut tadi kalau dia dapat kontrak, therefore dia bawa barang, that got nothing to do with the bank, it got to do with the company yang dapat projek, contoh. So, you have to differentiate that. Okay, I have to move on. Selepas ini ada satu bill lagi nak kena present. Selepas itu, hari Jumaat nak kena present bajet. Okey, Yang Berhormat Parit Sulong. Yang Berhormat Parit Sulong dah, berapa kali. Sudah habis. Yang Berhormat Sepang, keistimewaan dan kekebalan diberi kepada bank di bawah artikel. Saya sudah explain tadi, kekebalan itu daripada segi only as far as operation is concerned. Then, yang lain saya sudah jawab. Yang Berhormat Bukit Katil, isu hubungan dua hala antara Malaysia dengan US dan China apabila menganggotai AIIB.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Tidak ada masalah. Kita jadi member World Bank, kita jadi member of AIIB, kita jadi member of ADB which led by Japan dan kita ada IDB but kita tidak ada masalah *politically.
So, we stay* dalam kita punya konteks sebagai pemegang saham yang kecil dalam multilateral bank ini.
Mengapa Malaysia harus terlibat dalam amalan kewangan konvensional dengan menyertai AIIB? So, multilateral bank ini kebanyakan konsep financing mereka adalah konvensional. So, itu kena terimalah sebagai sebuah negara yang berdagang dengan negara-negara luar sana except IDB or Islamic Development Bank, then they go into a syariah punya konsep but as far as World Bank, Asian Development Bank and also AIIB, they are conventional. Same thing like macam dalam negara kita, kita ada opsyen untuk Islamic Bank dan kita ada opsyen untuk conventional bank.
Next one, Yang Berhormat Bukit Katil. Penjelasan berkenaan artikel pengecualian penjualan cukai. Sudah saya sebut tadi bahawa pengecualian cukai adalah termasuk dalam keistimewaan dan kebebasan yang telah ditandatangani oleh semua participating members, participating countries macam mana yang berlaku dengan World Bank, ADB dan juga IDB.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
[Bangun]
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Yang Berhormat Kapar, tidak shave kah?...
[Disampuk] Tidak sempat?
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Itu pun masuk dalam Hansard, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Apa, mahu jadi Daesh?
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Macam Wak Doyok lah. Kenapa Malaysia masih mahu menyertai AIIB sedangkan Israel juga merupakan ahli AIIB? Ini susah hendak jawab ini.
Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat Bukit Katil, World Bank, Israel pun ada.
Asian Development Bank dia tidak ada, IDB dia tidak ada. *But you know, Israel is a participating members, so we cannot eliminate Israel from this world. If they want to participate, we can’t stop. How do we stop? We can stop whatever Israel want to do in our country. When Israel want to do outside our country, how do we stop?
Same thing like* kalau macam Olimpik, kalau Israel participate and just because of Israel participate Olimpik, so kita tidak usah participate pun tidak boleh juga. So, I think that concept I think as far as multilateral bank ini, I think we have to take out two separate matters bila kita tengok dari segi konteks Israel ini.
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Yang Berhormat Menteri, satu soalan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau Yang Berhormat Menteri menyebut tentang pinjaman yang boleh mengikut syariah, IDB sahaja yang boleh iaitu Islamic Development Bank sahaja yang membenarkan atau melaksanakan pinjaman tanpa riba’, so saya hendak tanya, adakah Kerajaan Malaysia ada membuat pinjaman dengan IDB? Kalau ada, berapa banyak?
Ini kerana seperti Yang Berhormat Menteri beritahu tadi, macam tidak mengambil satu pinjaman pun daripada mana-mana. Jadi bermakna jika ada pilihan, adakah kerajaan bercadang untuk memilih yang Islamic compliance atau yang tidak Islamic compliance?
Terima kasih.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih, Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, buat masa ini kita tidak ada exposure dari segi IDB atau Islamic Development Bank, ADB, World Bank dan AIIB. Kita tidak ada exposure. Akan tetapi sebagai Kerajaan Malaysia, kita memang menekankan kalau kita hendak buat pinjaman, kita selalu utamakan kita pergi kepada syariah compliance.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Oleh sebab itu, kita tengok kita one of the market leaders dari segi sukuk issuance dalam dunia. We representing almost 54 percent of the sukuk issuance in our country. So, itu sahaja telah menunjukkan bahawa kita are the player as far as promoting Islamic financing.
Begitu juga kalau kita tengok dari segi kita punya capital market, kita punya financial institution, kita adalah satu-satu negara yang memang kita promote kita punya Islamic banking ini begitu agresif dalam negara kita.
Sudah tentu kalau pada masa-masa akan datang kalau kita benar-benar hendak buat pinjaman, sudah tentu IDB will be preference ataupun choice kepada kita provided dia tidak boleh menyebabkan interest ataupun charges yang dibagi kepada kita ini terlampau atau terlalu tinggi menyebabkan apa yang kita hendak buat dekat negara kita ini langsung tidak memberi kesan dan faedah kepada rakyat kita. Terima kasih.
Jadi Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu soalan sahajalah. Minta maaf terlambat tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri, sekurang-kurangnya penyertaan kita, kita dapat mempromosikan bank Islam dalam konsep ini. Akan tetapi soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, memandangkan kita adalah kumpulan terakhir menyertai ratifikasi kita, adakah kita mempunyai cukup masa untuk mendapatkan kelulusan daripada Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara? Ini kerana mengikut daripada perundangan Malaysia, kita akan menggunakan consolidated fund. Jadi adakah kita mempunyai masa yang cukup untuk menyertai ratifikasi ini?
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat Menteri, soalan saya tadi tentang- Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Soalan saya tentang komitmen kerajaan tidak akan pergi berhutang dalam masa terdekat. Ada apa-apa siling, had masa dan sebagainya? Terima kasih.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Yang Berhormat Jasin, I think masa cukup sebab kita supposed to subscribe hujung tahun ini pada Disember dan ada juga satu dua negara yang telah memohon untuk dapat extension another enam bulan kerana mereka pun tidak dapat hendak fulfill. Jadi kalau ikut time, kita boleh fulfill. Yang Berhormat Kapar, kalau tanya saya setakat hari ini, kita tidak ada siling tetapi apa yang saya hendak beritahu bahawa setakat hari ini, based on kita punya rating, tidak ada sebab kita hendak pinjam kepada AIIB kerana kita boleh dapat pinjaman yang lebih kompetitif menggunakan stand ataupun rating negara kita dalam negara dan juga luar negara. Lebih kompetitif. Itu sahaja.
Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Mungkin ucapan saya tidak diulas oleh Yang Berhormat Menteri pada hari ini kerana saya antara yang menolak rang undang-undang ini. Cuma, saya tertarik dengan dua, tiga perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi.
Pertamanya bila menyebut kita Malaysia adalah market leader bagi sukuk, sebagai contoh, dan kita adalah antara negara yang dihormati di bidang kewangan Islam ini. Jadi saya melihat daripada ucapan Yang Berhormat Menteri tadi menggambarkan tidak ada keuntungan yang besar sangat daripada penglibatan dengan AIIB ini. Kalau kita lihat, kita tidak perlu pinjam IDB, zero benefit dividen.
Ertinya, kita tidak ada keperluan sangat dengan AIIB ini. Kenapa tidak kita tunjukkan satu sikap kita betapa kita ingin membawa satu suasana baru perbankan dunia, saya ingin memetik kata-kata daripada bekas Gabenor Bank Negara, Dr. Zeti yang menyebut bahawa tiga dekad terakhir ini kita berhadapan dengan lebih 100 krisis perbankan dan sampai masa untuk dunia melihat bahawa perbankan ini perlu balik kepada fungsi asas iaitu menyediakan perkhidmatan kewangan yang mana menambah nilai kepada ekonomi yang benar.
Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Adakah AIIB ini boleh membantu Asia ke arah satu ekonomi yang benar atau dia akan menambahkan krisis di masa akan datang? Hari ini kita mungkin boleh bercakap sebab ia belum wujud lagi tapi akan datang? Maka Malaysia perlu mempunyai isyarat dan juga satu kesungguhan untuk kita lead perkara seumpama ini. Terima kasih.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih, Yang Berhormat. Memang secara direct kita nampak seolah-olah tidak perlu kita masuk dalam AIIB ini sebagai multilateral bank tetapi kalau kita memikirkan bahawa members yang ada di dalam AIIB ini 57 buah negara, dalam Asia kita duduk dalam keadaan negara Asia, duduk dalam regional Asia, sudah tentu kita sebagai negara yang berdagang dengan negara-negara di Asia ini, contoh kita jual kelapa sawit kita, getah kita, minyak kita, sudah tentu kita hendak negara-negara yang tidak membangun lagi ini, belum ada infrastruktur, belum ada port, belum ada jalan dan sebagainya, kita tidak boleh tinggalkan mereka kerana apabila mereka nanti setelah bangun balik dia punya infrastruktur, kemungkinan barang-barang kita boleh masuk dalam market dia dengan begitu mudah dan senang.
Jadi dari segi bigger perspektif yang kita hendak tengok dari segi ekonomi negara, sudah tentu sangat penting kita melibatkan diri walaupun sekecil yang saya sebutkan tadi kerana menunjukkan bahawa sokongan kita kepada negara-negara dalam Asia yang mundur ini supaya dapat manfaat daripada AIIB ini. Bila dorang dapat manfaat, negara mereka maju seperti mana pada 40 atau 50 tahun dahulu dengan kita, sudah tentu mereka juga akan menjadi negara macam kita pada suatu hari kelak. Itu dia punya konsep, Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Soalan terakhir saya kalau boleh Yang Berhormat Menteri. Adakah Malaysia bersedia untuk menjadi leader untuk kita menaja penubuhan Islamic Bank di peringkat Asia untuk menggantikan AIIB pada masa akan datang?
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Saya sebenarnya kalau kita tengok, Islamic country kalau kita ambil dalam konteks OIC kita punya kedudukan kewangan Islam is only fifteen percent of the entire world punya kedudukan kewangan. Sebab itu kita tak boleh berpecah banyak sangat. Bila kita berpecah, jadi kita akan jadi diluted. Oleh sebab itu kita tumpukan kepada IDB yang dipelopori oleh Arab Saudi ini. Akan tetapi ia mengambil masa sebab kita punya negara-negara yang dalam OIC ini masih lagi negara-negara yang GDP mereka rendah.
Macam China, dia second largest economy, GDP almost ten over trillion USD. So, dia berkebolehan untuk lead. Sebab hendak lead multilateral bank ini, you must be able to have a capacity to provide ataupun to borrow money to help the country yang mundur-mundur ini. Oleh sebab itu saya rasa bahawa cadangannya bagus tetapi mungkin Malaysia not ready yet. We have to make sure that kita fokus dalam kita punya negara, then play our role dengan IDB then pada satu ketika nanti mungkin kalau kita sudah betul-betul kukuh dan kuat, bukan saya cakap tak boleh, boleh tetapi mungkin later but not now. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja jawapan saya buat ini. Saya ucap terima kasih kepada semua MP yang telah terlibat dalam perbahasan ini. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] **[****Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Fasal-fasal 1 dan 9 - Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mendapat penjelasan sebab saya amat khuatir tentang peruntukan kekebalan yang diberikan kepada AIIB dan juga pegawai-pegawai mereka kerana di bawah schedule ataupun jadual kepada akta ini dikatakan peruntukan-peruntukan dalam perjanjian yang telah ditandatangani oleh pihak kerajaan Malaysia akan menjadi undang-undang di Malaysia ini. Jadi kita nampak daripada perjanjian ini memang status bank ini dia mempunyai kebebasan untuk memasuki segala jenis kontrak. Akan tetapi malangnya yang kita boleh membawa tindakan di mahkamah atau proses mahkamah terhadap bank ini hanyalah dihadkan kepada perkara- perkara yang dinyatakan di sini. Saya dapat izin untuk membaca versi bahasa Inggeris.
**“****Article 46 Immunity from Judicial Proceedings 1. The Bank shall enjoy immunity from every form of legal process, except in cases arising out of or in connection with the exercise of its powers to raise funds, through borrowings or other means, to guarantee obligations, or to buy and sell or underwrite the sale of securities, in which cases actions may be brought against the Bank only in a court of competent jurisdiction etc.” Kita nampak ini, ia terhad kepada beberapa transaksi ini tetapi ia bebas berkontrak.
Kenapa kita mesti memberi kekebalan kepada AIIB ini dan menidakkan hak rakyat atau hak pihak yang menjadi mangsa dalam apa-apa kontrak.
Kedua ialah tentang imuniti kepada pegawai-pegawai mereka di bawah Article 50 Immunities and Privileges of Officers and Employees. Kita tahu di dunia mana ada manusia, di sini ada masalah. AIIB ini juga ada pegawai-pegawai yang mungkin tidak jujur, yang mungkin menggunakan nama AIIB ini untuk menipu mana-mana pihak. Oleh kerana AIIB ini telah pun mempersembahkan pegawai-pegawai ini sebagai orang yang ada kuasa untuk bertindak bagi AIIB atau agen kepada AIIB ini. Pihak-pihak berkenaan atau other parties akan dengan persembahan ataupun the presentation by AIIB, these are authorized people they deal with them. Akan tetapi malangnya pegawai berkenaan menipu dan melesapkan wang, katakan. Takkan pihak yang menjadi mangsa tidak boleh membawa tindakan terhadap AIIB.
Jadi ini ataupun apa-apa kelalaian oleh mana-mana pihak AIIB yang menyebabkan injury, kerosakan badan ataupun orang menjadi mangsa kerana projek mana-mana AIIB yang dilaksanakan sendiri tadi dikatakan mungkin membina bangunan HQ dia sendiri. Takkan dalam projek itu kalau orang tercedera atau mati tidak boleh ambil tindakan. Jadi hak ini tidak boleh menidakkan pihak yang menjadi mangsa. Saya dapatkan penjelasan.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih. Yang Berhormat, I think concept Article 46 *if you look at the clause of this 46, clearly defined that they say, “The Bank shall enjoy immunity from every form of legal process, except in cases arising out of or in connection with the exercise of its power to raise funds”. So whatever follow with that, there is no immunity on that.
So, example if the bank operate, they raised of funds,* ada *legal issue, there is no immunity. You guarantee there is no immunity. Okay? So that means what we want to stress is that in as far as the operation of the bank that involves with the third party and the principality of the bank, there is no immunity...
[Disampuk] No, no, what I am trying to say..*
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Mohon maaf, my reading is..
Datuk Johari bin Abdul Ghani
If you are the bank..
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Except for all these that has been listed, all others they are immune.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
No.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Dengan izin, I read correct.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
You see, The bank shall enjoy immunity from every form of legal process, except in cases. So we are referring to the operation of the bank. But if the individual accused of corruption and there is an evidence of corruption, there is no immunity. We look at World Bank today, World Bank have an office here. They have employees here. For as long that employees do their work, for example buat research, dia buat research. Kemudian dia cakap okey, this bank and then they give negative comment to the certain countries. No legal action can be taken against the officer. Because on their capacity as the World Bank employees. But if they commit any corruption, there is no immunity. There is no immunity on that part. Criminal there is no immunity.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Maksud saya, kalau sebuah syarikat katakan dia menghantar duit melalui seorang pegawai, katakan RM2 juta tetapi pegawai itu melesapkan wang RM2 juta. Jadi kita tidak, kalau hendak ambil tindakan terhadap pegawai itu dia sudah melarikan diri. Mungkin dia tidak ada duit tetapi macam bank biasa, kalau pegawai kita datang ke bank masukkan wang, dia tak masuk akaun, manager yang lesapkan wang, bank mesti bayar kerana dia adalah agen yang telah diberi kuasa. Jadi kalaulah yang Menteri katakan..
Datuk Johari bin Abdul Ghani
You see, Yang Berhormat punya analogi ini tak betul.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
No, kalau..
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Because, because there is no….
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Kita pinda, pinda undang-undang ini supaya…
Datuk Johari bin Abdul Ghani
There is no reason for people to go and deliver the money to AIIB because AIIB never take deposit.
Tuan Ngeh Koo Ham - Beruas
No, the transaction in, transaction.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
You must give example that’s practical to multilateral bank.
Beberapa Ahli
[Bersorak]
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Now Yang Berhormat, wait, hang on. You cannot bring multilateral thinking and with a commercial bank thinking in Malaysia or international banking. Cannot. Since multilateral bank that you have today, World Bank, ADB, IDB, these are practical multilateral bank that whatever that you see the act here is actually almost common to everybody.
Tuan Ngeh Koo Ham - Beruas
Ya.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
So, but if you want to give example, I want to answer your example. But your example sometime I cannot relate with this multilateral, that I cannot do. I already explain to you if the AIIB give financing to one particular company to do any infrastructure work and that company is not immune atau there is no immunity for that company for any legal action. Only the bank operation. You know why? It is because kita tidak mahu bila bank AIIB ini beroperasi dengan 57 negara, if what you require only one country to take action against AIIB, the entire AIIB operation have to stop. Tidak boleh buat.
Tuan Ngeh Koo Ham - Beruas
No.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Tidak boleh buat. *No, no. This is what I’m telling.
You know if you can get an order, you cannot order the court said, ‘No, AIIB, we want to garnish the account because you know we cannot issue the money ataupun kita tidak boleh bayar kerana kita hendak selesaikan masalah ini’. How do you do that? So this is multilateral bank. That’s why all countries is equal. That means when we apply this, not only that we put this cost you know, the entire other countries that participate in this multilateral bank will have the same understanding on this. That is what I’m trying to say. So,..*
Tuan Ngeh Koo Ham - Beruas
Dengan izin, di bawah undang-undang ini, mereka boleh disaman...
Datuk Johari bin Abdul Ghani
So, I ingat Yang Berhormat ini sudah tunggu lama ini.
Tuan Ngeh Koo Ham - Beruas
They can be summoned.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Okey.
Tuan Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat.
Tuan Ngeh Koo Ham - Beruas
Katakan clarification di bawah undang-undang ini, AIIB boleh di saman.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh. Tadi sudah kata pun boleh sita dia punya harta. Dikatakan mesti penghakiman yang muktamad. Saya pun hendak dijelaskan apa maksud penghakiman muktamad ini. Is it at the high court level atau mesti sampai ke Federal Court baru kita boleh sita itu. Itu satu penjelasan. Yang penting ialah...
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Nanti kalau...
Tuan Ngeh Koo Ham - Beruas
... AIIB ini, my original issue is why do we exclude innocent people from suing. Siapa-siapa jadi mangsa. Kita tidak patutlah. Mana-mana mangsa mesti dapat keadilan. Apa pun jenis bank. Berapa besar pun sesuatu institusi.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Setuju, setuju.
Tuan Ngeh Koo Ham - Beruas
Kecuali dalam peruntukan ini, bank ini boleh di saman.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Betul.
Tuan Ngeh Koo Ham - Beruas
Bukan tidak boleh di saman.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
That’s the reason why they never say they cannot summon. If you have any matters concerning arising of fund, borrowing all that, you can summon.
Tuan Ngeh Koo Ham - Beruas
Can we limit the transaction yang this bank boleh buat di Malaysia...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat.
Tuan Ngeh Koo Ham - Beruas
...Kepada perkara yang mereka boleh disaman.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Okey.
Tuan Ngeh Koo Ham - Beruas
My proposal. Mohon kepada Yang Berhormat Menteri supaya hadkan kuasa AIIB untuk berurusan dalam segala perkara yang mana mereka boleh disaman.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Oh yeah of course. Memang boleh disaman.
Tuan Ngeh Koo Ham - Beruas
Akan tetapi di sini sekarang luas sangat. Dia boleh bebas berkontrak tetapi hanya dalam beberapa perkara sahaja mereka boleh dibawa ke mahkamah.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
Ini Yang Berhormat for this...
Tuan Ngeh Koo Ham - Beruas
That’s my view. Okay, I’ve given my will, setuju tidak setuju.
Datuk Johari bin Abdul Ghani
I can’t decide, you can’t decide, the court will decide. Don’t worry.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, habis Yang Berhormat. Sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
[Fasal-fasal 1 hingga 9 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Jadual diperintah jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tan Sri Haji Noh bin Omar
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang- undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang saya hormati, Akta Perancangan Bandar dan Desa iaitu Akta 172 tahun 1976 merupakan satu undang-undang yang dibuat di bawah fasal 1, Perkara 74; fasal 4, Perkara 76; dan fasal 2, Perkara 80, Perlembagaan Persekutuan bagi pengawalan dan pengawal seliaan yang sepatutnya mengenai perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia. Sebagai undang-undang utama kepada perancangan bandar dan desa, Akta Perancangan Bandar dan Desa sedang disemak pada masa kini untuk disesuaikan dengan keperluan pembangunan semasa.
Sejak akta ini diwartakan pada 25 Mac 1976, ia telah dipinda sebanyak empat kali oleh Dewan yang mulia ini iaitu pada tahun 1993, tahun 1995, tahun 2001 dan pindaan yang terakhir adalah pada tahun 2007. Pindaan pada tahun 2001 telah memperuntukkan berkenaan penubuhan Majlis Perancang Fizikal Negara yang mana antara fungsi majlis ini adalah untuk mempertimbangkan dasar berkaitan perancangan guna tanah termasuklah dalam penggunaan tanah dan pemulihan alam sekitar ke arah pencapaian pembangunan mampan di dalam negara.
Selaras dengan hasrat kerajaan untuk merakyatkan pembangunan dan mengatasi isu-isu sosial dalam pembangunan, peranan penilaian impak sosial merupakan langkah penting bagi memastikan aspirasi sosial negara terutamanya pembangunan inclusive dan saksama tercapai. Pindaan kepada Akta 172 pada kali ini adalah untuk memasukkan keperluan penilaian impak sosial dalam perancangan projek yang merupakan antara perkara utama yang sangat di perlukan dalam perancangan dan pembangunan negara pada masa kini.
Penilaian Impak Sosial atau, dengan izin, Social Impact Assessment (SIA) adalah pendekatan berteraskan sosial yang memberikan penekanan kepada kesejahteraan rakyat yang mana ia berperanan untuk menilai isu-isu dan alternatif pembangunan serta membuat pilihan terbaik yang mempunyai impak negatif yang minimum kepada komuniti. Penilaian Impak Sosial dalam memberi faedah kepada rakyat, kerajaan dan pihak swasta. Bagi rakyat, ia dapat memastikan pembangunan tidak menjejaskan kehidupan komuniti yang terlibat, malahan dapat meningkatkan lagi kualiti dan kesejahteraan hidup rakyat. Bagi pihak kerajaan, ia dapat memastikan kepentingan rakyat sentiasa didahulukan dan nasib rakyat sentiasa terbela dalam arus pembangunan. Manakala bagi pihak swasta, ia dapat mengurangkan kos luar jangka dan memberi faedah kelancaran projek apabila masyarakat setempat dilibatkan di peringkat awal perancangan projek serta memenuhi keperluan dan memberi manfaat kepada komuniti.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Tuan Yang di-Pertua dan ahli-ahli Dewan yang dihormati, secara keseluruhannya, cadangan pindaan yang dikemukakan ini melibatkan dua perkara iaitu penambahan seksyen baru iaitu seksyen 20B dan pindaan kepada seksyen sedia ada iaitu seksyen 21A.
Seksyen baru seksyen 20B menetapkan keperluan tiap-tiap jabatan atau agensi kerajaan untuk menyediakan Laporan Penilaian Impak Sosial bagi projek-projek yang dikemukakan kepada Majlis Perancang Fizikal Negara untuk mendapatkan nasihat.
Tan Sri Haji Noh bin Omar
Melalui seksyen 20B ini, tiap-tiap jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dikehendaki untuk mendapatkan nasihat Majlis Perancang Fizikal Negara berkenaan dua cadangan pemajuan. Iaitu cadangan pemajuan yang melibatkan penebusgunaan pinggir laut dan cadangan pemajuan bagi pembinaan infrastruktur utama negara. Penebusgunaan pinggir laut wajar mendapatkan nasihat Majlis Perancang Fizikal Negara kerana ia akan mempunyai impak alam sekitar yang ketara dan mungkin menyentuh perairan antarabangsa. Lazimnya projek ini akan memberi impak sosial terutamanya bagi penduduk setempat contohnya komuniti nelayan dan komuniti yang berhampiran.
Pembinaan infrastruktur utama negara yang lazimnya mempunyai impak kepada pembangunan ekonomi negara dan negeri yang berkaitan perlu mendapatkan nasihat Majlis Perancang Fizikal Negara. Ini supaya dapat dipertimbangkan di peringkat awal perancangan projek khususnya dari segi penyelarasan antara negeri-negeri dan mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber negara. Ini terutamanya bagi pembinaan infrastruktur yang merentasi sempadan beberapa negeri seperti landasan kereta api dan lebuh raya.
Oleh yang demikian bagi cadangan pemajuan tersebut yang diangkat bagi mendapatkan nasihat Majlis Perancang Fizikal Negara hendaklah disertakan dengan laporan penilaian impak sosial dan apa-apa laporan lain yang ditentukan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara. Perkara ini penting supaya cadangan projek dirujuk kepada Majlis Perancang Fizikal Negara untuk nasihat telah pun mengambil kira dan memberikan pertimbangan kepada impak sosial dan keperluan masyarakat setempat melalui penyediaan laporan penilaian impak sosial.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan seksyen 21A. Pindaan kedua adalah berkenaan dengan seksyen 21A sedia ada iaitu berkaitan pemantapan kandungan laporan cadangan pemajuan dengan memasukkan elemen penilaian impak sosial. Laporan cadangan pemajuan adalah dokumen yang menerangkan cadangan pemajuan dan pelan susun atur yang hendaklah disertakan bersama permohonan kebenaran merancang untuk sebarang pemajuan yang dikemukakan oleh pemaju sama ada kerajaan, individu atau pihak swasta.
Pindaan ini menetapkan supaya setiap laporan cadangan pemajuan hendaklah mengandungi langkah-langkah mitigasi impak sosial. Ini adalah untuk memastikan setiap cadangan pemajuan yang dikemukakan kepada pihak berkuasa perancang tempatan telah mengambil kira keperluan masyarakat dan memastikan cadangan projek meminimumkan impak negatif sosial. Dengan pindaan tersebut, maka sub seksyen 21A(1A) semasa dipotong.
Ini memandangkan keperluan analisis implikasi sosial kini telah ditetapkan sebagai sebahagian kandungan dalam laporan cadangan pemajuan.
Sesungguhnya cadangan pindaan-pindaan yang saya bentangkan tadi adalah bertujuan untuk memperkukuhkan pembangunan inclusive ke arah pembangunan masyarakat yang saksama. Selain daripada aspirasi pembangunan negara yang mampan pindaan-pindaan ini juga diyakini dapat memastikan pencapaian, pertumbuhan negara yang berpaksikan kesejahteraan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang. Terima kasih.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Sungai Besar.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh*, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya MP baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. Tuan Yang di-Pertua, izinkan Yang Berhormat Sungai Besar mengambil peluang dalam perbahasan Rang Undang-undang Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2016 untuk pertama kalinya di Dewan yang mulia ini. Setelah meneliti mendengar Usul yang dikemukakan dengan memasukkan peruntukan berkaitan dengan penilaian impak sosial ada keperluan untuk beberapa penjelasan lanjut terhadap perkara-perkara yang bakal saya utarakan.
Isu berkaitan dengan penilaian impak sosial ini pada saya bukanlah sesuatu isu yang baru di sesetengah negara terutamanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan juga Australia, bahkan ia telah menjadi sebahagian daripada suatu kewajipan.
Di Australia sendiri di bawah State Development and Public Works Organisation Act 1971, Environmental Protection Act 1994 memperlihatkan keperluan bahawa penilaian impak sosial ini menjadi suatu dokumen yang wajib. Malahan di pihak berkuasa tempatan itu sendiri seperti di kawasan Newcastle City Council, Randwick City Council ia telah menjadi syarat semenjak daripada tahun 1999 lagi. Apabila saya melihat perkara-perkara yang berlaku bersifat tempatan di Teluk Intan sebagai contohnya iaitu apabila Perbadanan Kemajuan Negeri Perak
(PKNP) melalui projek Perak Heavy Industries Park, Bagan Datoh Perak, social impact assessment ini sebenarnya sudah pun dilaksanakan.
Begitu juga di Kluang Johor, Jabatan Bekalan Air, construction of Kahang Dam juga merupakan impak kajian sosial ini sudah pun dilaksanakan. Kita masih ingat lagi kita tidak mahu seperti apa yang berlaku di Highland Tower. Ini benar-benar mengingatkan kita bagaimana suatu pembangunan yang runtuh itu sangat mendukacitakan. Mungkin dengan adanya penambahbaikan ini dapat mengelakkan insiden-insiden seperti ini berlaku.
Beberapa kali saya mendengar persoalan yang menyebut berkaitan dengan Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) iaitu sebagai cadangan pembangunan yang juga perlulah berkepentingan negara yang mana perlu mendapatkan nasihat daripada majlis ini.
Bagi maksud ini cadangan berkaitan dengan laporan impak sosial itu mestilah dikemukakan.
Persoalannya apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kepentingan negara itu.
Bagaimanakah jika kepentingan negara itu bertembung dengan kepentingan negeri? Apakah sebenarnya yang akan dilaksanakan? Ini kerana ada pembangunan-pembangunan mungkin bersifat ia penting kepada negeri tetapi belum tentu bersifat penting kepada negara.
Tuan Yang di-Pertua yang saya kasihi sekalian, berkaitan dengan penilaian impak sosial. Sebenarnya apakah perincian kepada impak sosial itu yang mesti diberi penjelasan.
Jika kita mengambil tema daripada kesejahteraan rakyat itu sendiri apa-apa sahaja yang memberi kesan akibat daripada pembangunan yang menjejaskan kualiti hidup, apakah jalan keluar kepada pembangunan tersebut? Adakah pembangunan itu akan diberhentikan atau punya cadangan-cadangan lain? Tentunya sesuatu yang mesti diberi penjelasan ialah impak ini diukur kepada siapa. Adakah kepada sesuatu individu atau kepada sesuatu masyarakat atau hanya kepada sesuatu keluarga? Ini mesti diberi penjelasan yang terperinci. Ini kerana apa?
Sebagai satu contoh saya ini di dalam kawasan yang ada petani, ada sawah padi, ada penanam sawit dan juga ada nelayan. Disebut tadi soal penambak laut. Katakanlah perancangan pembangunan untuk menambak kawasan sekitar laut itu di dalam daerah saya kawasan Parlimen saya di Sabak Bernam. Majoriti daripada mereka itu merupakan nelayan.
Bagaimana jika pembangunan ini memberi kesan kepada nelayan dalam masa yang sama...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Kawasan Yang Berhormat di Sungai Besar kan?
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Saya. Sungainya besar dan sungainya panjang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Bukan Sabak Bernam ya?
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Ya, sebelah sahaja. Daerah Sabak Bernam.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sebut daerah.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Di daerah Sabak Bernam. Sabak Bernam itu bandar dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tak, bila sebut, “Kawasan saya, Parlimen Sabak Bernam..” Itu dah ada orang lain punya.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Tak- oh patutlah Yang Berhormat Sabak Bernam jeling.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ha! Ya.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Saya hendak menyebutkan perkara ini kerana apa, kerana dalam satu keadaan yang tertentu, kita tidak mahu apabila penilaian ini dimasukkan, ia menjadi penyebab kepada kelewatan sesuatu pembangunan.
Saya hendak sebutkan ini, soal bagaimana penilaian kepada impak sosial ini sebab ada banyak lagi penilaian lain yang pada pandangan saya juga penting untuk kita bincangkan secara bersama, bagaimanakah penilaian terhadap Environment Impact Assessment (EIA) itu sendiri yang berkaitan dengan udara, berkaitan dengan bunyi. Bagaimana pula berkaitan dengan traffic impact assessment? Bagaimana pula tentang heritage impact assessment dan yang paling penting pula bagaimana tentang fisherman impact assessment dan pada saya, perkara-perkara ini sangat penting untuk diberi penjelasan dan sangat penting untuk diberi perbincangan. Pada saya, di Sungai Besar, kita tidak menolak pembangunan tetapi kita mahu pastikan suatu kualiti hidup, satu ekosistem hidup yang baik terjaga dan juga terpelihara.
Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar usul yang dikemukakan itu ada menyebut menjadi kewajipan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mendapatkan nasihat daripada pihak Majlis. Dalam konteks ini, ia merujuk kepada Majlis Pembangunan Fizikal Negara (MPFN) seperti mana yang telah diperincikan. Persoalannya, adakah nasihat ini mesti diikuti sepenuhnya ataupun nasihat ini boleh diikuti sebahagian sahaja ataupun nasihat ini boleh diikuti suku sahaja ataupun nasihat ini sekadar nasihat sahaja ataupun sekadar boleh untuk tidak menerima nasihat.
Jadi saya hendak ini diberi penjelasan kerana kalaulah akhirnya nasihat-nasihat ini boleh untuk tidak diterima pakai, jadi apa keperluannya? Apa faedahnya peruntukkan ini dimasukkan? Kerana apa? Kerana sudah tentu ada ukuran yang penting terhadap akta ini sama ada ianya berkaitan dengan keberkesanan terhadap pembangunan tersebut ataupun jumlah atau kalau boleh diterima kalau kerajaan negeri tidak mahu menerima nasihat ini, dia bolehlah disebut kerajaan negeri itu boleh dihukum ataupun tidak. Ini mesti diberi penjelasan yang terperinci.
Saya melihat perkara ini, jauh daripada perkara ini sebenarnya adakah kita boleh menolak secara mutlak nasihat-nasihat yang diberikan ini sebab pada saya, adanya nanti akan tiba masanya, mungkin akan adanya pertembungan di antara kepentingan kerajaan negeri dan juga kepentingan Kerajaan Pusat. Saya hendak rujuk perkara ini terhadap apa yang berlaku pada hari ini. Berlaku pada hari ini sekelompok Tok Batin Orang Asal yang diketuai oleh individu yang bernama Chegubard itu membantah rampasan sebanyak 17,900 ekar Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat. Agaknya isu ini jika akta ini dipatuhi, adakah akhirnya nanti Orang Asal ini, Orang Asli ini tidak akan membuat bantahan sekiranya pembangunan ini akhirnya mengikut kajian penilaian impak sosial. Saya difahamkan ada berapa banyak di Kuala Langat itu sendiri, Tok Batin itu sendiri Mukim Dua Belas di Kampung Pulau Kempas, Bukit Cheeding, Bukit Kecil dan sebagainya membuat bantahan terhadap pembangunan ini.
Tuan Budiman bin Mohd Zohdi - Sungai Besar
Akhirnya saya melihat ada semangat Federalism yang sangat baik supaya setiap pembangunan itu diterima dan diteliti dan diberikan manfaat secara bersama. Berpantun sudah, berbahas sudah. Hanya berhenti sahaja yang belum, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini menamatkan ucapan saya dan menyokong terhadap rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih...
[Tepuk]
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Lembah Pantai dahulu? Saya terpulang sama ada Yang Berhormat Lembah Pantai atau Yang Berhormat Bukit Bendera. Okey, Yang Berhormat Bukit Gelugor. Sila.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Lembah Pantailah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sebab saya terpandang Yang Berhormat Lembah Pantai dahulu...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sebab Ustaz Idris pun sebelah itu senyum sahaja. Sila, sila.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang Tuan Yang di-Pertua untuk membahas akta untuk meminda Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dalam rang undang-undang ini yang mana pada outside nya, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya mempunyai tiga isu yang perlu dibangkitkan berkenaan dengan rang undang-undang tersebut, yang perlu ditekankan. Yang mana apa yang telah pun dicadangkan di dalam rang undang-undang tersebut Tuan Yang di-Pertua, seperti yang boleh dilihat adalah secara umumnya satu pindaan untuk memperkenalkan satu seksyen yang baru iaitu seksyen 20B yang mana ianya meletakkan satu kewajipan untuk mendapatkan nasihat. Itulah tajuknya seperti yang boleh dilihat dalam rang undang-undang tersebut.
Now kalau kita lihat kepada akta asal iaitu Akta 172 Town and Country Planning Act 1976, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada seksyen 2A akta tersebut, kita akan lihat bahawa ada mempunyai satu sangkut paut ataupun kaitan dengan seksyen 20B yang dirujuk tadi. Di dalam seksyen 20B yang dicadangkan tersebut Tuan Yang di- Pertua, kita boleh lihat bahawa apa yang dinyatakan di sana, saya quote adalah seperti berikut, “20B. Tanpa menjejaskan seksyen 20A, hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan nasihat Majlis mengenai cadangan pemajuan dan berhubungan dengan...” Dan dua perkara dinyatakan di sana di perenggan (a) dan (b). Salah satunya adalah apa-apa penebusgunaan pinggir laut atau land reclamation dengan izin, tidak termasuk penebusgunaan bagi pembinaan jeti atau pemulihan pantai.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, adalah jelas bahawa pindaan tersebut ataupun cadangan pindaan tersebut meletakkan satu beban, dengan izin, they said the amendment Tuan Yang di-Pertua, imposes a duty, imposes a burden with respect Tuan Yang di-Pertua, satu beban di atas bahu- state authority atau kerajaan negeri ataupun Kerajaan Persekutuan. Akan tetapi dalam kes yang ini kerajaan negeri mempunyai beban untuk mendapat nasihat daripada satu entiti yang dinamakan majlis dan apakah itu majlis? Kita perlu lihat dan itu kita boleh jawab daripada Akta 172 iaitu akta asal di mana seksyen 2A memberi definisi berkenaan apakah itu Majlis dan lebih penting Tuan Yang di-Pertua berkenaan apa fungsi-fungsi majlis tersebut.
Jadi kalau kita lihat kepada seksyen 2A Akta 172, saya ada di sini versi bahasa Inggeris Tuan Yang di-Pertua. Dengan izin, boleh saya membaca apa yang dinyatakan dalam bahasa Inggeris daripada akta tersebut?
Seksyen 2A, National Planning Council. Ini adalah council yang dirujuk iaitu majlis yang dirujuk di dalam seksyen 20B yang baru tersebut. Now di bawah seksyen 2 iaitu interpretation. Kalau kita lihat kepada definisi ‘council’ iaitu majlis, apa yang dinyatakan di sana adalah council dengan izin, “Council means The National Physical Planning Council established under section 2A”.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Jadi kita kena lihat kepada seksyen 2A yang menyatakan apa itu council iaitu council itu adalah sebenarnya National Physical Planning Council dan National Physical Planning Council itu adalah saya *quote; “There shall be established a National Physical Planning Council consisting of-
(i) a Chairman, being the Prime Minister;
(ii) a Deputy Chairman, being the Deputy Prime Minister;
(iii) the Minister;* Dan beberapa pihak yang lain termasuk juga Menteri Besar ataupun Chief Minister negeri yang berkenaan. Jadi kalau kita lihat Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang diniatkan atau intention di belakang seksyen 20B sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, adalah bahawa kerajaan bercadang untuk membawa ke dalam proses pemutusan land reclamation dan proses-proses yang lain, cadangan kerajaan adalah untuk membawa ke dalam proses tersebut the Prime Minister untuk memberi satu- kita tak tahu, advice. Apa itu advice, kita tak tahu tetapi apa yang dicadangkan melalui pindaan ini adalah untuk mendapat nasihat daripada Prime Minister.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bukit Gelugor, kita sambung esok ya.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, persidangan kita hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 20 Oktober 2016.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.31 petang]