May192016

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik] minta Menteri Pengangkutan menyatakan usaha-usaha yang dilakukan bagi mengatasi:

(a) lori besar (hantu) dalam projek pembangunan, pembinaan dan perlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan

(b) langkah-langkah memberi kesedaran kepada pemandu agar lebih berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, lori hantu diistilahkan sebagai lori yang tidak mempunyai cukai jalan atau lesen kenderaan motor. Lori tersebut tidak dibenarkan untuk menggunakan mana-mana jalan yang telah digazetkan kecuali di kawasan-kawasan tertentu sahaja seperti tapak pembinaan dan kawasan hutan. Setiap lori hantu yang beroperasi di tapak pembinaan, perlombongan dan pembalakan adalah diwajibkan untuk didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan sebagai salah satu langkah kawal selia dan pemantauan. Di dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 seksyen 7(3), mana-mana kenderaan yang berenjin tidak berdaftar boleh dikenakan denda tidak kurang RM2,000 dan tidak melebihi RM10,000.

Bagi menangani isu lori hantu yang beroperasi di jalan raya, JPJ akan memantau pergerakan lori-lori yang beroperasi di luar kawasan pembinaan dengan menyita kenderaan atas kesalahan menggunakan kenderaan tanpa lesen, kenderaan motor yang sah dan tiada perlindungan insurans.

Selain itu, tindakan penguatkuasaan akan diambil bagi kesalahan membawa barangan tanpa permit yang sah di bawah seksyen 51, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. JPJ ataupun Jabatan Pengangkutan Jalan juga telah pun menubuhkan satu unit pasukan tindakan khas yang khusus untuk menangani kesalahan-kesalahan serius termasuk pemantauan pergerakan lori hantu di atas jalan raya yang mendatangkan kesulitan kepada orang ramai. Penubuhan pasukan elit ini adalah antara langkah yang dilihat dapat memastikan tindakan segera ke atas individu ataupun sindiket yang melakukan kesalahan lalu lintas seperti lori hantu ini dapat dibanteras dengan sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya kerajaan amat menitikberatkan elemen pendidikan kesedaran yang merupakan sebahagian langkah intervensi dalam menangani isu keselamatan jalan raya. Matlamat kerajaan adalah untuk membentuk generasi pengguna jalan raya yang lebih berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya. Bagi maksud ini, dua pendekatan telah diguna pakai iaitu melalui pendidikan secara formal dan informal.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Di bawah pendekatan pendidikan formal, kerajaan melalui Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Modul Pembelajaran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) bagi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Usaha kajian semula dalam tindakan untuk memperbaiki kelemahan dan meningkatkan lagi keberkesanan modul PKJR di sekolah-sekolah ini supaya ia terus dapat membentuk generasi pengguna jalan raya yang berhemah pada masa hadapan dengan memasukkan isu-isu terkini keselamatan jalan raya. Selain itu, kerajaan juga telah menggubal semula Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) berasaskan learning outcome based di mana penekanan diberi terhadap aspek kognitif, kemahiran dan sikap efektif. KPP baru ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2014. Maknanya, kurikulum yang baru ini mengajar supaya memandu memahami kenderaan. Biasanya pemandu, dia bawa saja kenderaan tetapi tanpa melihat keadaan kenderaan.

Seterusnya di bawah pendekatan pendidikan informal pula, kerajaan melalui Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah dan akan meneruskan pelbagai kempen media dan melaksanakan community base program untuk meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan jalan raya di kalangan orang ramai.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan amat mengalu-alukan kerjasama pintar bersama syarikat-syarikat swasta dalam meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan masyarakat. Satu majlis menandatangani memorandum persefahaman berkaitan keselamatan jalan raya telah dilaksanakan bersama Syarikat Linde Malaysia Sdn. Bhd.

pada 31 Mac 2016. Hasilnya JKJR dan Syarikat Linde akan bekerjasama dalam pemberian vest keselamatan kepada kakitangan Syarikat Linde yang menunggang motosikal ke tempat kerja mereka.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Kerjasama turut dilaksanakan dengan Persatuan Pengusaha Lori Bahan Batuan Johor di mana akan menyaksikan penglibatan kerajaan secara aktif dengan program Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Pameran Komponen Bas dan Trak Johor yang akan berlangsung pada 12 hingga 14 Ogos di Johor Bahru.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut adalah penyampaian ceramah, pertukaran topi keledar yang lama kepada yang baru dan juga peletakan pelekat visibility enhancement material (VEM) pada motosikal, pengedaran risalah mengenai keselamatan jalan raya dan khidmat nasihat kepada pengguna-pengguna jalan raya yang sentiasa membudayakan pemanduan berhemah. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar rakyat merasa ‘tampak duri takkan mengait’? Bolehkah Yang Berhormat terangkan bagaimana kita mengambil tindakan untuk bukan sahaja memberi tanpa lesen bahkan juga bab bas dan kenderaan besar-besar di jalan raya yang biasanya itu melebihi had laju?

final • 10:10 AM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Tuan Yang di-Pertua, mengenai mengambil tindakan kepada kenderaan-kenderaan awam, pihak JPJ telah menubuhkan pasukan tindakan khas tadi yang bekerjasama dengan pihak polis, pihak imigresen kerana hari ini kita, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong tadi, memang kita menyedari ada masalah dengan pemandu-pemandu yang kurang kompeten.

Lebih-lebih lagi sekarang melalui pasukan tindakan khas ini, kita dapati ada pemandu-pemandu asing ataupun pekerja-pekerja asing menjadi pemandu. Malah, pemandu teksi pun, pemilik teksi ada menyewakan kepada pemandu asing selain daripada bas. Malah, pihak JPJ telah dapat menangkap pemandu asing bawa lori sampah yang ada konsesi kerajaan. Jadi, ini memang sesuatu perkara yang membahayakan kepada orang awam. Jadi, pihak JPJ telah mengadakan satu pasukan tindakan khas untuk membanteras dan menjaga keselamatan di atas jalan raya.

Selain itu juga, pihak JPJ telah membuat satu cadangan baru dan telah dikemukakan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 kepada Peguam Negara untuk memasukkan beberapa perkara untuk memperkemaskan lagi kuasa-kuasa JPJ seperti memasuki premis kawasan pembinaan dan kawasan pembalakan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Tuan Yang di-Pertua, ini soalan penting Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Hulu Rajang, Tuan Yang di- Pertua..

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Ada kena-mengena dengan Yang Berhormat kita di Sipitang, boleh?

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Pengangkutan, ramai minat. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Setiawangsa sila, Yang Berhormat Setiawangsa [Ketawa]

final • 10:10 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Alamak, Yang Berhormat Setiawangsa pula.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Setiawangsa dia berdiri dulu [Ketawa]

final • 10:10 AM

Dato’ Ahmad Fauzi bin Zahari - Setiawangsa

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dia lebih tinggi. Sila [Ketawa]

final • 10:10 AM

Dato’ Ahmad Fauzi bin Zahari - Setiawangsa

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri soalan khusus untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengenai nombor pendaftaran ini. Nombor pendaftaran Kuala Lumpur ini sebelum ini ada alfabet, kemudian diikuti oleh nombor seperti negeri-negeri lain. Akan tetapi sekarang ini kita mempunyai alfabet diikuti oleh nombor dan diikuti oleh alfabet balik. Pada pandangan saya, ia sudah tidak menarik dan susah dibaca. Adakah kementerian mempunyai perancangan ataupun sudah boleh memikirkan supaya dipermudahkan balik nombor pendaftaran ini? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Tuan Yang di-Pertua, pandangan daripada Yang Berhormat Setiawangsa memang ada kebenaran. Apabila nombor Wilayah ini sudah begitu rumit, sebenarnya pendapatan kerajaan pun menurun kerana nombor ini tak aktif-aktif lagi.

Maka kerajaan akan mengemukakan satu pendaftaran baru iaitu untuk Wilayah, ia akan menggunakan nombor pendaftaran alfabet ‘V’ dan Putrajaya pun telah memohon untuk ada pendaftaran sendiri, maka untuk Putrajaya akan dikeluarkan pendaftaran baru dengan alfabet ‘F’. Jadi nombor-nombor ini akan mengecil balik, jadi akan mudah untuk dibaca.

Selain itu juga, ia akan create minat di Malaysia ini oleh sebab rakyat Malaysia minat dengan nombor-nombor kecil ini. Jadi kita keluarkan nombor-nombor baru untuk memberi kemudahan membaca nombor-nombor plat ini. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Tuan Yang di-Pertua, saya tak dapat soalan tambahan.

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Boleh satu lagi, Tuan Yang di- Pertua?

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau saya benarkan Yang Berhormat Putatan, bermakna ada empat pertanyaan soalan tambahan. Itu melanggar peraturan mesyuarat.

final • 10:10 AM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Gerik tadi tak dapat soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau empat, saya melanggar. Sila Yang Berhormat Kota Raja.

final • 10:10 AM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Tuan Yang di-Pertua, Gerik tak dapat soalan tambahan tadi.

final • 10:10 AM

2. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Pertahanan menyatakan, jumlah pesara tentera yang menjalani kursus pra persaraan di PERHEBAT dan bidang-bidang yang dikursuskan. Berapa peratus daripada pesara tentera ini mendapat bantuan/pinjaman modal untuk menjalani perniagaan dalam bidang yang dipilih dan akhirnya berapa peratus pula yang boleh dikategori sebagai yang berjaya.

final • 10:10 AM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan ini, izinkan saya mengalu-alukan kehadiran penuntut-penuntut Kursus Penyelia Kerani Ketenteraan Siri 1/2016 daripada Kem Wardieburn...

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera

(PERHEBAT) telah ditubuhkan pada tahun 1994 bertujuan untuk merancang, mengurus dan melaksana program-program latihan yang bersesuaian dengan perancangan persaraan anggota ATM.

Pelaksanaan program-program PERHEBAT merangkumi empat peringkat.

Peringkat pertama iaitu program pra latihan peralihan. Program ini disediakan khusus kepada bakal veteran ATM yang akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun sebelum menamatkan perkhidmatan.

Kedua, program latihan peralihan. Program latihan peralihan ini dilaksanakan selama tiga hingga 18 bulan sebelum tamat tempoh perkhidmatan.

Ketiga, program pasca latihan peralihan. Program ini dilaksanakan untuk menyediakan latihan yang berterusan kepada veteran ATM yang memerlukannya.

Dan keempat, program pembangunan sosioekonomi veteran ATM tidak berpencen. Program ini dilaksanakan untuk membantu veteran ATM yang tidak berpencen dalam bidang keusahawanan dan juga penempatan pekerjaan.

Tuan Yang di-Pertua, sejak ditubuhkan sehingga tahun 2015, PERHEBAT telah menguruskan latihan kepada seramai 209,706 orang veteran ATM sebagai persiapan persaraan mereka yang meliputi seramai 17,651 orang veteran ATM mengikuti kursus latihan peralihan di PERHEBAT, seramai 33,998 orang veteran mengikuti kursus latihan peralihan di luar PERHEBAT iaitu di institut latihan kemahiran kerajaan, institut latihan kemahiran swasta, agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat swasta, seramai 119,454 orang veteran dalam program pra latihan peralihan, seramai 23,478 orang veteran dalam program pasca latihan peralihan dan seramai 15,725 orang veteran ATM dalam program pembangunan sosioekonomi veteran ATM tidak berpencen.

Sebanyak 60 kursus yang ditawarkan di PERHEBAT merangkumi bidang-bidang seperti bidang kejuruteraan automotif, kejuruteraan elektrik dan elektronik, binaan dan kejuruteraan, media dan ICT, pengurusan pelancongan dan perhotelan, pengurusan perkhidmatan makanan dan sajian serta pembangunan keusahawanan.

Walau bagaimanapun, bakal veteran ATM juga boleh memohon untuk menjalani kursus-kursus dalam bidang lain yang mereka minati di mana agensi awam dan swasta boleh dilibatkan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi membantu veteran ATM yang berminat untuk memulakan perniagaan atau melonjakkan perniagaan mereka, kerajaan telah menyediakan dua skim.

final • 10:10 AM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Skim pertama ialah Skim Pinjaman Mikro Usahawan Veteran ATM. Kerajaan melalui Program National Blue Ocean Strategy atau NBOS telah mewujudkan skim ini dan menyalurkan dana berjumlah RM33.5 juta dengan had pinjaman maksimum RM50,000 seorang tanpa sebarang faedah. Sejak skim ini ditawarkan pada tahun 2013, seramai 1353 orang usahawan veteran ATM yang mendapat manfaat daripada skim ini.

Berdasarkan pemantauan yang dilaksanakan, didapati seramai 1065 orang atau bersamaan 78.7 peratus orang usahawan veteran ATM yang dibiayai melalui skim ini telah berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing. Baki 21.3 peratus lagi usahawan dianggap kurang berjaya dan PERHEBAT bersama TEKUN Nasional sedang berusaha membantu mereka melalui Program Mentor Mentee serta bimbingan daripada segi pengoperasian dan pengurusan kewangan.

Skim kedua ialah Skim Pinjaman Bekas Tentera. TEKUN Nasional menyediakan dana khas untuk membantu melonjakkan perniagaan usahawan veteran ATM dan ahli keluarga mereka yang layak yang menjalankan perniagaan yang berskala sederhana. Skim ini menawarkan pembiayaan pinjaman sehingga maksimum RM100,000 dengan kadar faedah 4 peratus setahun.

final • 10:20 AM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tuan Yang di-Pertua, untuk kekal relevan dan berdaya saing PERHEBAT secara pro aktif telah mengambil tindakan ke arah mencapai hala tuju PERHEBAT menjelang tahun 2020 dengan menjadikan PERHEBAT sebagai sebuah pusat kecemerlangan kemahiran tinggi dengan menjalin kerjasama strategik bersama pihak universiti dan juga industri.

Pihak PERHEBAT telah menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat terkemuka seperti Boustead Heavy Industry Corporation, Boustead Hotels and Resorts Sdn. Bhd., Sime Darby, Johor Corp., Proton, Naza, Weststar, Aeroline, DRB Hicom, Zetro Aerospace, Yayasan Peneraju, Institut Keusahawanan Negara, Destiny Bhd. dan Destiny Prima.

Perancangan juga telah diatur untuk menjalin kerjasama dengan universiti-universiti termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, JobsMalaysia, Sapura Automotive Industries Sdn.

Bhd., National Aerospace Defence Industries, Persatuan Food Truck dan sebagainya.

Oleh yang demikian, kita dapat melihat bahawa pihak industri mulai sedar bahawa mereka bukan sahaja mendapat manfaat daripada projek-projek di MINDEF tetapi mereka juga merupakan rakan kerjasama strategik dalam melatih dan menyediakan peluang- peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada veteran-veteran kita.

Akhir kata, dalam tempoh masa empat tahun yang akan datang kementerian merancang untuk menyediakan sebuah penempatan baru PERHEBAT di Serendah, Rawang. Kompleks ini dijangka dapat menempatkan lebih ramai pelatih iaitu seramai 3000 orang pelatih berbanding 1500 orang kini. Kemudahan serta fasilitet yang akan dibangunkan ini lebih kondusif dan dijangka dapat memberikan impak yang lebih baik daripada segi kualiti latihan dan program yang ditawarkan sesuai dengan keperluan dan teknologi terkini.

Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian melalui PERHEBAT akan terus berusaha untuk memastikan peluang untuk para veteran ATM bagi meneruskan kehidupan selepas persaraan sentiasa akan diberikan perhatian. Sekian terima kasih.

final • 10:20 AM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang panjang lebar, terima kasih. Saya ingin bertanya di sini bahawa PERHEBAT sekarang dalam persediaan untuk menjadikannya sebagai salah sebuah institusi penggajian tinggi kalau kiranya begitu. Jadi apakah setakat sekarang ini apakah kekuatan di dalam tenaga pengajar yang ada yang mempunyai post graduate, pasca graduan dan sebagainya.

Mungkin sedikit lagi, saya ingin bertanya kepada menteri. Adakah menteri bercadang untuk meningkatkan jumlah modal untuk pinjaman pembiayaan para pelatih ini untuk mereka lebih ramai lagi, supaya mereka lebih terlibat dalam perniagaan ini. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Terima kasih Yang Berhormat.

Pertamanya dalam keadaan ekonomi dunia serantau dan negara yang tidak menentu, kita di MINDEF awal tahun ini telah bertekad bahawa untuk tahun 2016 ini kita kena cari teras- teras tertentu supaya peruntukan yang terhad ini dapat disalurkan kepada matlamat, agenda yang betul-betul boleh membantu hala tuju MINDEF 2016.

Sukacita saya memaklumkan kepada Dewan ini bahawa satu daripada lima teras ialah untuk melihat kepada kebajikan anggota veteran dan keluarga mereka. Sebelum ini saya telah pun mengumumkan beberapa perkara yang ada kaitan dengan teras kebajikan ini dan satu aspek yang mungkin kita boleh kongsi bersama ini ialah apakah perancangan kita melihat ke hadapan.

Saya setuju dengan Yang Berhormat bahawa penglibatan pihak-pihak yang berkepentingan dalam laluan kerjaya anggota kita selepas bersara menuntut kita melihat kepada kemahiran, pendidikan dan insya-Allah satu hari nanti sampai ke menara gading. Ini merupakan satu aspek yang perlu melibatkan semua pihak yang berkepentingan. Kalau sekiranya dalam hala tuju MINDEF tahun ini kita telah melibatkan tiga aspek teras iaitu teras-teras yang dipersetujui dengan tiga stakeholders atau pihak yang berkepentingan yang cukup penting iaitu MINDEF, ATM dan pihak industri. Hendak menjayakan teras kebajikan ini, kita juga seperti jawapan asal saya tadi memerlukan kerjasama daripada pihak universiti, daripada pihak industri.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

MINDEF memberikan komitmen yang terbaik. Paling penting untuk melihat kepada kebajikan veteran kita ialah melibatkan PERHEBAT, Jabatan Veteran dan Persatuan Veteran ATM.

Ini merupakan pendekatan baru menyedari bahawa kita tidak boleh melihat kepada templat lama dalam hendak membela masa depan veteran-veteran kita. Dari segi peruntukan, ini banyak bergantung kepada perancangan kita. Saya yakin kalau sekiranya perancangan untuk membela veteran realistik dapat memenuhi betul-betul keperluan mereka, saya tidak teragak-agak untuk memohon pihak Menteri Kewangan sendiri.

Akan tetapi kita di MINDEF mesti mengetahui bersama-sama dengan stakeholders apa sebenarnya perancangan kita dan hala tuju kita. Insya-Allah apa yang kita harapkan ini akan menjadi satu realiti untuk tahun ini. Kalau tahun depan ekonomi kita bertambah baik, banyak lagi yang boleh kita lakukan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak kerajaan yang telah banyak menjalankan usaha dalam memperkasakan veteran kita dan membela nasib mereka yang telah banyak berjasa.

Usaha yang berterusan ini seharusnya diperkukuhkan supaya kita dapat meningkatkan semangat juang mereka, pertama.

Kedua, keyakinan mereka.

Ketiganya kita mahu menanamkan minat kepada pemuda-pemuda kita dan terutamanya kepada bangsa-bangsa asing yang pada ketika ini jumlah yang cukup kurang sekali dalam tentera supaya kita dapat memberi kesedaran kepada mereka. Profesion ketenteraan boleh menjamin masa depan mereka yang lebih baik.

Jadi soalan saya Tuan Yang di-Pertua sebelum itu kita dapat lihat pada tahun 2015 jumlah yang bersara dan meninggalkan perkhidmatan sebanyak 5925 orang. Ini adalah satu jumlah yang besar. Kita mahu melihat supaya apabila mereka menjadi orang awam yang lebih mencabar lagi. Mereka benar-benar telah membuat satu persediaan dan mereka telah disediakan. Bukan berdasarkan kepada kepakaran yang mereka miliki semasa dalam ketenteraan.

Jadi soalan saya, adakah kerajaan bercadang PERHEBAT ini kita naikkan taraf sebagai kolej atau kolej universiti. Oleh sebab apa yang kita lihat pada ketika ini sijil dan diploma keluaran daripada PERHEBAT tidak begitu diiktiraf oleh pihak kerajaan dan juga swasta. Seterusnya Yang Berhormat Menteri ada sebut tadi ada kolaborasi ataupun kerjasama daripada pihak kerajaan dan agensi dalam membantu keusahawanan.

final • 10:20 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Akan tetapi kita dapat melihat apabila pinjaman diberikan bukan sahaja tidak mencukupi bahkan khidmat bimbingan dan khidmat nasihat supaya mereka ini benar-benar dilihat menjadi seorang usahawan yang benar-benar berjaya. Oleh kerana apa yang terjadi pada ketika ini, banyak daripada veteran kita hanya sampai sekerat jalan sahaja dan tidak dapat memenuhi aspirasi kerajaan bagi melahirkan bekas-bekas tentera ataupun veteran yang berjaya dalam hidup mereka sebagai orang awam. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Suatu saranan yang cukup tepat dan telah pun diambil kira bukan sahaja oleh MINDEF tetapi ATM dan juga pihak persatuan dan industri. Seperti saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini tadi, hendak serahkan tanggungjawab ini bulat-bulat kepada PERHEBAT saya rasa tidak kena. Kita telah pun membuat keputusan hari itu bahawa semua pihak yang bertanggungjawab dan berkepentingan mesti bekerjasama rapat.

Maksud saya bahawa dalam konteks pembelaan kebajikan veteran ini kita mesti pastikan bahawa Jabatan Veteran juga terlibat bersama dan pihak industri yang paling penting. Kalau dahulu tidak melibatkan secara langsung tetapi hari ini kita telah tekankan kepada syarikat-syarikat industri pertahanan bahawa tidak boleh melihat kementerian ini sebagai satu kementerian untuk menjayakan dan mendapat keuntungan semata-mata.

Akan tetapi mereka juga bertanggungjawab untuk memastikan tanggungjawab sosial mereka kepada anggota dan juga veteran kita dapat dipenuhi.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Keduanya, apa yang saya maklumkan menyediakan sebuah penempatan baru untuk PERHEBAT di Serendah, Rawang yang sedang dirancang ini. Ini akan membantu kita menambah pelatih seramai 3,000 orang pelatih berbanding hanya 1,500 orang pelatih untuk PERHEBAT sahaja. Kalau kita gandingkan dengan peluang yang diberikan oleh Jabatan Veteran kita dan juga persatuan dan melihat kepada industri, saya rasa jumlah itu akan dapat memenuhi jumlah 5,000 orang yang bersara setiap tahun ini.

Akhir kata, penting dengan kita memberikan kemahiran tetapi lebih penting untuk kita pastikan ada peluang kerja dan hendak pastikan bahawa industri menyediakan pekerjaan selepas latihan itu merupakan tumpuan saya sendiri. Ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membantu saya hendak mengenal pasti sendiri di kawasan masing- masing. Contohnya di Pengerang memerlukan 600 welder dan saya sudah bincang dengan pihak Petronas bagaimana 600 welder ini dapat kita serapkan veteran-veteran kita selepas mereka melalui latihan-latihan supaya Projek Rapid sebesar itu juga dapat membantu kita membela nasib veteran-veteran kita. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin melontarkan sedikit idea. Bolehkah kita rancang satu kursus yang akhirnya boleh menawarkan veteran dengan diploma kaunseling. Oleh sebab saya berpendapat disiplin yang ada pada veteran-veteran ini boleh kita gunakan apabila mereka mendapat diploma kaunseling, kita perjawatkan mereka di sekolah-sekolah untuk mengurus disiplin murid-murid sekolah yang agak kritikal pada waktu ini.

Bayangkan Yang Berhormat Menteri, kita ada sekolah beratus ribu di Malaysia ini.

Kalau ini dapat dilaksanakan, secara tidak langsung kita dapat memenuhi keperluan veteran apabila mereka berhenti daripada perkhidmatan tentera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Boleh Yang Berhormat Lumut.

Saya setuju dan kita akan susulkan perkara ini dengan kementerian-kementerian yang terlibat. Bermakna bahawa selain daripada memastikan stakeholders dalam MINDEF ini bekerjasama melibatkan industri, mungkin sekarang kita boleh luaskan ruang kita kepada kementerian-kementerian lain dan secara itu mungkin kita dapat memastikan bahawa pendekatan kita membela nasib veteran-veteran kita tidak berada dalam tokok yang terdahulu dan melihat pendekatan yang di luar kotak, insya-Allah. Terima kasih.

final • 10:30 AM

3. Datuk Koh Nai Kwong [Alor Gajah] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, apakah hasil perbincangan kerajaan persempadanan maritim dengan negara China untuk membincangkan dan menyelesaikan isu-isu kehadiran kapal-kapal asing di perairan Malaysia khususnya tanpa kebenaran daripada negara kita.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Reezal Merican

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat atas pertanyaan yang dikemukakan. Izinkan saya menjawab pertanyaan Yang Berhormat Alor Gajah ini bersekali dengan pertanyaan- pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sibu bertarikh 19 Mei, 23 Mei dan 25 Mei, serta pertanyaan Yang Berhormat Bukit Katil bertarikh 23 Mei 2016 kerana semua pertanyaan ini menyentuh isu yang sama berkaitan dengan Laut China Selatan.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Reezal Merican

Tuan Yang di-Pertua, pada dasarnya isu Laut China Selatan ini membabitkan dua aspek utama. Perkara pertama adalah untuk memastikan keamanan, keselamatan dan juga kestabilan berlaku di kawasan Laut China Selatan berteraskan dua aspek iaitu pertama sekali kebebasan penerbangan dan juga kebebasan pelayaran atau, dengan izin, freedom of navigation ataupun freedom of overflight. Perkara kedua ataupun aspek kedua yang membabitkan Laut China Selatan adalah berkaitan dengan isu tuntutan bertindih yang membabitkan empat buah negara ASEAN berserta negara China iaitulah Brunei, Filipina, Malaysia dan juga Vietnam.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Reezal Merican

Tuan Yang di-Pertua, pendirian Malaysia berkaitan isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan adalah jelas dan konsisten. Kita sentiasa berpegang bahawa setiap tuntutan pertikaian perlu berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa iaitulah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan Undang-undang Laut 1982 atau United Nations Conventions on the Law of the Sea (UNCLOS) 1982. Malaysia berserta dengan negara-negara yang mengemukakan tuntutan bertindih di kalangan negara ASEAN sama sekali tidak mengiktiraf tuntutan negara China yang berdasarkan kepada nine-dash line kerana ia tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa termasuklah UNCLOS 1982.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan keamanan, kestabilan dan bagi mengelakkan ketegangan berlaku di Laut China Selatan, negara-negara ASEAN dan juga negara China telah menandatangani deklarasi tatalaku berkepentingan pihak-pihak berkepentingan di Laut China Selatan atau, dengan izin, Declaration on the Conduct of Parties in South China Sea pada 4 November 2002.

Melalui DOC, negara-negara ASEAN dan China bertekad untuk memastikan dan melaksanakan usaha-usaha untuk membina dan meningkatkan kesalingpercayaan serta menangani sebarang perbezaan secara aman dan damai. Pada masa ini, negara-negara ASEAN dan China sedang merundingkan Kod Tatalaku di Laut China Selatan atau, dengan izin, Code of Conduct in the South China Seas (COC).

Tuan Yang di-Pertua, kawasan maritim Malaysia di Laut China Selatan merupakan laluan perkapalan utama yang menghubungkan timur dan barat. Undang-undang antarabangsa termasuk UNCLOS 1982 memperuntukkan hak kebebasan pelayaran atau dengan izin freedom of navigation bagi semua kapal termasuk kapal perang dan kapal penguat kuasa.

Sehubungan dengan itu, kehadiran kapal-kapal perang atau kapal-kapal penguat kuasa dari mana-mana negara dalam kawasan maritim Malaysia tidak boleh dihalang atau dibantah melainkan kapal-kapal ini melaksanakan aktiviti yang bercanggah atau bertentangan dengan aspek-aspek pelayaran seperti melaksanakan aktiviti penguatkuasaan dan juga mengganggu aktiviti-aktiviti kapal-kapal lain dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan operasi freedom of navigation yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat, ingin saya maklumkan bahawa operasi ini dilaksanakan di luar kawasan maritim Malaysia dan lebih menjurus kepada membantah tindak-tanduk negara China. Sehubungan dengan itu tidak wujud keperluan Malaysia mengemukakan bantahan secara spesifik kepada negara Amerika Syarikat.

Saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini berdasarkan rekod yang kita ada, tidak ada sebarang penyerahan tuntutan ‘Ambrina Kei’ ataupun Kepulauan Spratly oleh Kerajaan British kepada Kerajaan Malaysia sewaktu mencapai kemerdekaan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, ‘Ambrina Kei’ berada dalam kawasan maritim Malaysia dan merupakan kepunyaan Malaysia manakala Spratly berada di luar kawasan maritim Malaysia.

Dalam mengendalikan Laut China Selatan, kerajaan menjadikan kepentingan negara sebagai asas utama dalam memastikan tindakan yang diambil. Kerajaan juga akan terus memantau perkembangan semasa di Laut China Selatan supaya kepentingan negara sentiasa terpelihara dan pada waktu yang sama usaha-usaha di peringkat rantau khususnya ASEAN akan dipertingkatkan supaya Laut China Selatan dan rantau Asia Tenggara kekal aman dan stabil.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Reezal Merican

Ingin saya tegaskan, Laut China Selatan isunya adalah kompleks dan membabitkan pelbagai negara. Saya juga ingin tegaskan bahawa kerajaan tidak akan sekali-kali berkompromi dalam memastikan apa jua yang boleh menjejaskan keutuhan wilayah dan kepentingan negara. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu jelas sekali. Terutama iaitu langkah-langkah yang dilakukan oleh kementerian dalam menyelesaikan konflik ataupun isu persempadanan secara aman supaya tidak memberi kesan negatif kepada perhubungan dua hala iaitu di antara negara China dan Malaysia.

final • 10:40 AM

Datuk Koh Nai Kwong - Alor Gajah

Soalan tambahan saya ialah sama ada Kerajaan Malaysia mempunyai sumber yang mencukupi untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap kapal-kapal asing yang masuk ke pantai perairan Malaysia tanpa kebenaran? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Reezal Merican

Terima kasih kepada soalan tambahan tersebut. Saya hendak menjelaskan posisi Kementerian Luar Negeri adalah untuk memastikan sebarang bentuk isu-isu membabitkan persempadanan ataupun perairan negara sentiasa berada dalam keadaan yang mana kita nak letakkan kepentingan negara tidak tergadai. Dalam aspek surveillance ataupun pengawasan, ia berada di bawah Kementerian Pertahanan dan juga agensi yang telah dipertanggungjawab iaitu APMM. Saya yakin bahawa kedua-dua kementerian dan juga agensi berkaitan telah melaksanakan secara rapi bagi memastikan pemantauan, pengawasan termasuk penguatkuasaan dilakukan dengan baik bagi memastikan bahawa kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

final • 10:40 AM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mengakui bahawa isu ini memang satu perkara yang kompleks tetapi saya hendak membangkitkan satu soalan terhadap timbalan menteri mengenai posisi ASEAN. There have been a few times, dengan izin, di mana communiqué ASEAN yang ASEAN foreign ministers yang sepatutnya dikeluarkan disekat oleh pihak-pihak tertentu. Misalnya saya beri contoh pada tahun 2012 di Cambodia. Saya rasa apabila Malaysia menjadi Asean Chair juga tahun lepas, ada juga beberapa mesyuarat atau persidangan di mana saya ucapkan dengan lebih spesifik, pihak China menyekat dan menggunakan tekanan kepada beberapa buah negara di ASEAN supaya communiqué ataupun satu posisi yang united yang boleh menggabungkan semua suara di ASEAN boleh dikeluarkan.

Jadi saya rasa ini bukan satu isu yang boleh ditangani dengan senang tetapi saya hendak timbalan menteri memberi sedikit penjelasan kepada Dewan yang mulia ini, apa yang ASEAN dan juga Malaysia boleh buat supaya the voice of ASEAN as a whole become stronger dan tidak dipengaruhi oleh beberapa buah negara tertentu yang diberi tekanan yang begitu kuat daripada beberapa pihak terutamanya daripada pihak negara China?

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Reezal Merican

Terima kasih, Yang Berhormat. Memang benar bahawa isu di Laut China Selatan adalah isu yang kompleks. Jadi sebab itulah kita adakan deklarasi of conduct among the involved parties. Walaupun ia bukan satu benda yang mudah tetapi ia membuatkan satu political instrument yang cukup penting. Ini bukan deklarasi rakyat tetapi ini deklarasi yang membawa keamanan yang lebih panjang.

Tentang soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, tidak benar bahawa kita tunduk kepada tekanan-tekanan terutamanya disebut tadi negara China. Bila ia membabitkan aspek-aspek yang menyentuh maruah dan terutamanya menyentuh kedaulatan negara kita dan juga negara-negara ASEAN yang lain, kita meletakkan kepentingan negara kita jauh lebih penting. Jadi sebab itu kita ada aspek yang disebut sebagai centrality of ASEAN.

Saya bagi contoh, barangkali mungkin kita lihat kepada communiqué pada 2015 yang baru berakhir di Kuala Lumpur, saya tidak mahu ambil di Cambodia. Maka ada terdapat kenyataan-kenyataan yang mungkin tidak membawa kepada rasa senang hati di kalangan negara-negara lain terutama negara China tetapi ia masih dimasukkan. Ini bersesuaian dengan apa yang telah disebut oleh Presiden Xi ketika mana berkunjung ke Washington bertemu dengan Presiden Obama. Kemudian ia diulangi iaitu the word militarization activity, aktiviti-aktiviti ketenteraan dimasukkan secara spesifik dan dijadikan kenyataan pengerusi ASEAN waktu itu di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib. Itu memberi perlambangan bahawa kita tidak tunduk kepada negara-negara besar dalam aspek yang membabitkan kedaulatan perairan.

Namun begitu saya hendak sentuh bahawa peri penting memelihara keamanan, kestabilan, dengan juga keselamatan yang berlaku di Laut China Selatan sebab ia membabitkan hubungan antara Timur dan Barat. Bayangkanlah bahawa ASEAN adalah rakan dagangan ketiga terbesar untuk China. *China is the largest trading partner to ASEAN.

America is the second trading partner to ASEAN. America is the second trading partner to China*. Kalau kita ambil the magnitude of volume trade yang berlaku melalui Laut China Selatan, ia merupakan jumlah bilion.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Reezal Merican

Jadi sebab itu untuk menyelesaikan tuntutan, it is not about finding the resolution but the mechanism why we reach to, dengan izin, dengan resolution itu ia memerlukan period supaya berlakunya keamanan, kestabilan juga ketenteraman agar tidak terjejas dengan negara yang terbabit dalam overlapping claim terutamanya negara kita Malaysia.

Terima kasih.

final • 10:40 AM

4. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, berkenaan industri madu kelulut di negara ini dan langkah-langkah yang dilaksanakan atau bantuan-bantuan yang diberikan bagi mengembangkan lagi industri ini.

final • 10:40 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat di atas soalan yang dikemukakan. Izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Kota Melaka Tuan Sim Tong Him bertarikh 24 Mei kerana ia menyentuh isu yang sama yang berkaitan industri madu kelulut.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:40 AM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian sedar bahawa industri madu kelulut adalah merupakan suatu industri produk premium yang boleh diketengahkan bukan sahaja dalam pasaran tempatan tetapi juga pasaran antarabangsa kerana berdasarkan kepada testimoni mereka yang menggunakannya, ternyata terdapat banyak khasiat yang kelulut mempunyai kelebihan yang lebih tinggi daripada madu biasa.

Misalnya terdapat kajian yang mengatakan bahawa kandungan antioksidan iaitu keupayaan untuk melawan penyakit-penyakit tertentu seperti kanser dan sebagainya adalah empat kali ganda ataupun lebih daripada madu biasa.

Jadi sebab itu sekarang ini apabila pengusaha-pengusaha madu kelulut menghasilkan madu ini, mereka mendapat pulangan yang lebih tinggi kalau berbanding dengan madu biasa kerana purata ataupun jumlah hasil jualannya boleh mencecah sehingga RM200 per kilogram kalau berbanding dengan madu biasa antara RM40 hingga RM80. Jadi sebab itu sekarang ini terdapat perkembangan, percambahan di kalangan pengusaha-pengusaha madu kelulut seluruh Malaysia. Ada yang mendaftar dan ada yang tidak mendaftar.

Menurut kajian anggaran, terdapat lebih kurang 40,000 hingga 45,000 koloni kelulut yang terdapat di seluruh negara dan kita tidak mendapat satu angka yang spesifik, ada banyak yang mengusahakannya secara tersendiri. Jadi sebab itu pihak kementerian melihat ini adalah merupakan suatu bentuk industri yang perlu diberikan perhatian.

Terdapat beberapa perkara yang perlu kita pastikan ia dapat berlangsung. Misalnya tentang soal mengadakan kajian dari segi klinikal. Setakat ini kajian hanyalah dalam bentuk testimoni. Orang kata selepas minum ataupun menggunakan madu, dia begini-begini, lebih berbentuk testimoni. Klinikal secara mendalam belum begitu spesifik lagi.

Yang keduanya dari segi standardization. Terdapat madu kelulut yang berbeda antara satu tempat. Selain daripada environment ataupun alam sekitar yang berbeza, terdapat juga beberapa isu yang lain seperti kualitinya, jumlah moisture ataupun airnya.

final • 10:40 AM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Mungkin jumlah kandungan-kandungan asing yang ada di dalamnya. Ia merupakan suatu piawaian yang lebih baik di masa akan datang dan seterusnya untuk membangunkan satu brand kelulut yang boleh kita pasarkan dan yang pentingnya untuk dipasarkan bukan sahaja di dalam negara tetapi juga ke luar negara.

Sudah tentu dalam masa yang sama, kita katakan beberapa usaha untuk membangunkan usahawan seperti pendidikan, seminar, membantu mereka daripada segi untuk menggunakan pelbagai peralatan, mesin untuk harvest, untuk extract juga untuk mengurangkan jumlah kandungan air, sudah dibangunkan di beberapa buah tempat. Jadi, ada juga geran-geran yang diberikan terutama juga kepada usahawan-usahawan muda yang dibantu melalui kementerian. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas

Isu industri madu kelulut ini adalah menarik sebagaimana Yang Berhormat Menteri sebut dan ada beberapa isu yang saya kira besar. Cuma saya hendak ambil satu sahaja iaitu isunya ialah kebergantungan para petani, penternak kita ini untuk mendapatkan sarang madu kelulut ini, mereka terpaksa menebang pokok hutan. Untuk mendapatkan satu koloni, mereka terpaksa tebang. Ini menyebabkan boleh kata ribu-ribu pokok di hutan telah ditebang.

Kalau di kampung ini, budak-budak dadah ini, dia tebang pokok tanpa izin, dia mencuri untuk mendapatkan, menjual pokok tersebut. Ini satu isu yang besar iaitu isu gangguan terhadap ekosistem alam yang mana lebah ini, kelulut ini ialah ejen untuk pendebungaan. Jadi, kita pindahkan mereka daripada pokok hutan, pergi masuk ke kampung, ke taman-taman pembiakan. Jadi dia merosakkan, satu.

Keduanya, ini juga menyebabkan industri yang tidak mesra alam ini akan gagal menembusi pasaran antarabangsa kerana piawaiannya yang agak ketat, menyebabkan mungkin suatu hari seperti Yang Berhormat Menteri sebutkan kita sudah ada puluhan ribu sarang industri ini akan menyebabkan harga itu menjadi tepu, akan menyebabkan kejatuhan harga. Kita tidak dapat lagi harga RM200 satu kilogram. Ia pernah berlaku - saya tanya pemain industri ini, pernah berlaku di musim bunga, musim bunga durian bunga- bunga ini, madu ini, kelulut ini akan banyak mengeluarkan madu. Maka pasaran dia jatuh dan hendak dipasarkan di pasaran antarabangsa, isunya ialah industri ini tidak mesra alam.

Soalan saya, adakah pihak kerajaan sedar tentang keperluan menyediakan bantuan kewangan dan kemudahan lain terhadap usaha para penternak kita yang melakukan kajian dan inovasi membuat sarang yang membolehkan koloni kelulut ini membiak dan membina sarang baru di kebun penternakan tanpa perlu lagi kita bergantung sepenuhnya kepada penebangan pokok-pokok di hutan?

Ini saya jumpa satu kumpulan saya sebut di Kelantan telah berjaya. Dia buat sarang, dia pindahkan permaisuri itu, dia pindah sendiri ke sarang menyebabkan tidak perlu lagi dia bergantung. Cuma dia sebut untuk hendak memajukan lagi kajian dia ini, dia perlu kepada kewangan dan dia masih belum mendapat bantuan pihak kerajaan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas soalan tambahan. Kami sedar bahawa amalan menebang pokok adalah suatu perkara yang perlu diawasi dalam soal ini. Sekarang ini pun kita tahu bahawa teknologi sudah ada. Ertinya, tidak semestinya untuk menggandakan jumlah sarang tersebut dengan menebang pokok. Ia boleh digunakan sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi dengan cara kita mengalihkan permaisuri dan permaisuri baru akan diwujudkan atas koloni yang lama.

Ini sudah pun ada teknologi supaya ia dapat digandakan jumlahnya dengan membuat kotak-kotak koloni baru dan ini bukanlah suatu perkara yang baru. Saya bersedia untuk melihat apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu ada orang yang memerlukan kajian dan penyelidikan yang baru untuk menggandakannya sebab ada katakan jumlah gandaannya setakat ini maksimum boleh empatnya madu.

Jadi, madu kelulut ini dia kata tidak lebih daripada itu. Tiba-tiba kalau orang hendak lebih daripada itu, kemungkinan juga memerlukan satu kajian dan teknologi baru.

Sekiranya dapat dibuat, kami sedia untuk memberikan perhatian kepada teknologi tersebut dan bersedia untuk membantunya. Tidak ada masalah.

final • 10:50 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Gangguan daripada produk madu lebah tiruan adalah antara cabaran kepada pengusaha-pengusaha madu lebah di negara ini. Mengikut kajian, hanya 23 peratus madu yang dipasarkan di Malaysia adalah tulen. Justeru itu, apakah langkah kerajaan dalam mengawal penjualan madu lebah tiruan yang boleh menjejaskan industri ini agar ia dapat pergi jauh setanding negara-negara pengeluar madu terbaik dunia seperti Yaman, Australia, New Zealand dan sebagainya? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Saya nampak makin ramai orang berminat dengan isu madu ini. Saya tidak fikir di Labuan antara tempat selama ini menjadi satu tarikan daripada segi ternakan madu. Tadi sebahagiannya yang saya sebutkan yang penting sekali ialah standardization yang perlu kita bangunkan.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Pihak MARDI misalnya, sekarang ini akan berusaha dengan pihak Jabatan Standard dalam negara kita dalam semua jenis madu. Misalnya kalau kita katakan ada madu lain seperti madu tualang, bagaimana untuk kita mempunyai suatu standard seperti New Zealand yang terkenal dengan madu manuka. Manuka itu ialah pokok yang tertentu tetapi akhirnya brandnya, brand yang sama yang telah disahkan oleh satu jabatan yang berkaitan dalam negara yang berkenaan dan kita terima.

Akan tetapi dalam konteks negara kita, masih lagi orang mengeluarkan madu tidak ada brand, dalam botol dan kemungkinan-kemungkinan ia dicampur dengan gula dan sebagainya. Ini adalah antara isu yang perlu diberikan perhatian. Sebab itu dalam konteks yang disebutkan madu kelulut ialah satu potensi yang besar kerana kelulut ini spesiesnya lebih banyak di sekitar kawasan negara-negara tropika dan kita menganggap bahawa kelulut yang dihasilkan dalam negara kita adalah antara yang terbaik.

Terdapat kajian-kajian yang tertentu yang sebagaimana saya sebutkan tadi, hasil dan khasiatnya begitu banyak sekali dan dikatakan bahawa kalau yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas sebentar tadi, keinginan daripada peringkat antarabangsa sekarang ini sudah meningkat. Sudah tentu mereka hendakkan sesuatu yang dikatakan yang asli tadi dan kelulut ini berbeza dari segi rasanya kerana madu lain itu manis tetapi madu kelulut ini rasanya ada masam manis.

Akan tetapi masam manis itu bergantung juga dengan persekitarannya. Misalnya, kalau ia diternak di kawasan akasia, rasanya berbeza dengan kawasan yang dipenuhi dengan pokok belimbing, nanas dan sebagainya. Ada unsur-unsur begitu. Jadi, ini menyebabkan daripada segi standardizationnya memerlukan suatu penelitian yang berbeza. Misalnya kalau manuka itu sama sahaja. Rasanya lebih kurang sama sahaja tetapi kalau kita kata ini kelulut yang telah diletakkan sticker, diluluskan oleh MARDI misalnya, tetapi kelulut berdasarkan akasia, kelulut berdasarkan belimbing, kelulut yang berdasarkan kepada environment yang berkaitan dengan nanas misalnya sudah tentu berbeza yang memerlukan sedikit penelitian untuk kita buat barulah kita katakan kelulut kita dapat menembusi benar-benar pasaran antarabangsa.

Akan tetapi isu yang sekarang ini ialah daripada berdasarkan pengalaman penternak-penternak, belum pun sampai ke peringkat antarabangsa, kebanyakan mereka yang menternak itu sudah mendapat pulangan dengan cepat kerana permintaan dalaman sudah begitu tinggi sekali.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Oleh sebab itu kita katakan walau bagaimanapun ia boleh dijadikan satu produk premium yang menjadi juara bagi negara kita di masa yang akan datang. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bagan Serai, sila. Mesti berkenaan dengan madu.

final • 11:00 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Madu, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 11:00 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ya, penting Tuan Yang di-Pertua.

Madu ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nahl, ada madu yang boleh makan, ada madu yang tidak boleh makan. Jadi saya hendak sebutlah, banyak negara-negara lain seperti Australia, New Zealand, India dan sebagainya telah mempunyai banyak kajian-kajian dan usaha terhadap madu kelulut ini. Pengusaha-pengusaha di negara kita hari ini bukan saja mengadakan produk yang bernilai tinggi tapi juga industri hiliran seperti sabun, kosmetik dan sebagainya. Apa yang saya tanya kementerian ini, kerajaan perlu menggalakkan satu network ataupun hubungan kerjasama antara pengusaha, penyelidik, badan mengawal melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga Kementerian Kesihatan.

Keperluannya mewujudkan R&D atau penyelidikan yang lebih mantap. Maknanya bukan saja kita mengharapkan MARDI tetapi juga universiti-universiti penyelidik dan juga saya melihatlah madu kelulut hampir saya rasa more than 90 percent masih lagi menggunakan kaedah konvensional di mana ini akan melambatkan, membantutkan perkembangan industri ini.

final • 11:00 AM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Adakah kerajaan akan berusaha kuat untuk menyediakan penternakan secara moden, secara komersial supaya kita dapat menandingi negara-negara luar dan kita jadi champion dengan standard lesen Yang Berhormat Menteri sebut tadi. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Semua perkara yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai itu kita terima, sedang kita bangunkan, penyelidikan diteruskan.

Kita tahu bahawa daripada kelulut itu bukan hanya madunya sahaja tetapi ada pelbagai komponen yang ada dalam madu tersebut termasuk propolis, sarang dia sahaja ataupun bee bread, dipanggil roti lebah menjadi sebahagian daripada hasil daripada keseluruhan industri madu kelulut yang mempunyai khasiat dan mempunyai produk-produk yang tersendiri. Misalnya propolis boleh digunakan untuk kosmetik, untuk sabun dan sebagainya yang mempunyai kandungan-kandungan yang tertentu.

Jadi ertinya terima kasih dan kita tahu bahawa kecenderungan di kalangan Ahli- ahli Parlimen untuk melihat madu adalah merupakan suatu industri masa depan negara yang mudah, yang boleh kita bangunkan dan memberikan pendapatan-pendapatan tambahan kepada pengusaha kita. Terima kasih.

final • 11:00 AM

5. Dato' Sri Hasan bin Malek [Kuala Pilah] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, sejauh mana pihak kementerian melaksanakan dasar berbentuk kemajuan ekonomi masyarakat luar bandar khususnya kepada golongan belia. Jika ada bantuan, berapakah jumlahnya dan cara mana kaedah yang diguna pakai.

final • 11:00 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab saya ingin mengalu-alukan guru dan anak-anak pelajar dari Sekolah Pendidikan Khas Setapak [Tepuk] Untuk menjawab soalan, Tuan Yang di-Pertua pada November 2015, Kementerian Luar Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah melancarkan Transformasi Luar Bandar

(TLB) yang banyak memfokuskan kepada kegiatan ekonomi serta keusahawanan dengan penglibatan belia sebagai peneraju kepada pembangunan luar bandar dan terdapat sebanyak 16 transformasi yang telah dirangka dan akan direalisasikan bagi memacu pertumbuhan kawasan luar bandar.

Antara program-program yang akan dilaksanakan di bawah Transformasi Luar Bandar yang telah melibatkan golongan belia adalah mewujudkan techno-hub usahawan belia berpendapatan tinggi, memperluas perniagaan online business di luar bandar, rural premium outlet, menaik taraf kedai-kedai luar bandar, memperbanyakkan peluang pekerjaan di kawasan luar bandar dengan menarik pelaburan swasta serta 1Kampung 1Usahawan.

Untuk meningkatkan lagi keupayaan usahawan-usahawan di luar bandar, kementerian ini melalui agensi-agensinya juga ada menyediakan kursus dan latihan keusahawanan serta kemudahan premis perniagaan kepada usahawan-usahawan luar bandar. Menerusi MARA misalnya, latihan keusahawanan yang disediakan bertujuan untuk mewujud dan menambahkan bilangan usahawan bumiputera yang berilmu, berdaya maju, berdaya tahan serta berdaya saing sesuai dengan keperluan ekonomi semasa. Keperluan sasaran untuk latihan ini termasuk belia, usahawan sedia ada, ibu tunggal dan penjaja serta peniaga kecil yang berminat untuk menjadi usahawan.

Pihak MARA juga ada menyediakan kemudahan ruang-ruang niaga dengan menawarkan kadar sewa yang berpatutan bagi membantu usahawan kecil meningkatkan tahap kemajuan perniagaan mereka. Selain daripada itu, Program Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) yang dimulakan sejak tahun 2001 telah banyak membantu usahawan desa bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka. Had pembiayaan SPED adalah dari RM20 ribu hingga RM500 ribu berdasarkan kepada tahun operasi dan lain-lain syarat yang ditetapkan. Bilangan peminjam SPED yang telah mendapat pembiayaan dari tahun 2001 hingga 2016 adalah seramai 3,707 orang dengan peruntukan sebanyak RM371.4 juta.

Selain daripada itu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga menerusi Program Transformasi Kerajaan Fasa Kedua 2013-2015 telah melaksanakan 2 inisiatif iaitu Rural Business Challenge (RBC) dan Program Desa Lestari.

final • 11:00 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Program RBC merupakan program pembangunan usahawan belia yang dicungkil melalui pertandingan rancangan perniagaan yang telah dimulakan pada tahun 2012 dan rancangan perniagaan yang terpilih sebagai pemenang akan diguna pakai bagi pelaksanaan projek yang telah dicadangkan. Di bawah program RBC seramai 77 orang pemenang telah berjaya dipilih dan pendapatan bulanan mereka telah meningkat sebanyak 171 peratus dan berjaya mewujudkan ramai usahawan baru di bawah mereka.

Kementerian telah membelanjakan sebanyak RM58.05 juta sebagai hadiah kemenangan kepada pemenang melalui geran perniagaan. Yang Berhormat Menteri telah diwawancara oleh Malaysia Hari Ini pada pagi tadi berhubung dengan kejayaan Rural Business Challenge dan telah melancar juga program ini untuk tahun 2016 ini. Manakala Program Desa Lestari adalah program pembangunan komuniti melalui pemerkasaan aktiviti-aktiviti ekonomi yang dikendalikan oleh koperasi di kampung-kampung yang telah dikenal pasti. Kedua-dua program tersebut adalah bertujuan menjana ekonomi dan meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar dan dijangka akan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.

Pada 15 Mei 2016 baru-baru ini, Yang Berhormat Menteri telah melancarkan Program Peningkatan Pendapatan Di Luar Bandar khusus untuk golongan belia melalui konsep ‘mobilepreneur’. Seramai 230 peserta disasarkan menyertai program ini pada tahun 2016 ini dengan peruntukan yang disediakan sebanyak RM2.3 juta khusus untuk GIATMARA. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kuala Pilah.

final • 11:00 AM

Dato' Hasan bin Malek - Kuala Pilah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberi jawapan yang begitu padat, yang begitu berinformasi dan saya banggalah di atas pencapaian- pencapaian, perancangan-perancangan yang telah dibuat oleh pihak kementerian.

Beberapa program yang dibuat seperti mana disebut tadi, soal Pusat Transformasi Luar Bandar, soal Skim Pembiayaan Ekonomi Desa, RBC dan sebagainya. Secara peribadi, adakah pihak kementerian merasa cukup puas hati dengan perancangan yang ada ini dan dengan sambutan yang diberikan oleh pihak belia itu sendiri.

Kalau misalnya keadaannya baik, apa rancangan untuk hendak menambah baik lagi kejayaan-kejayaan yang telah dicapai? Sebagai contohnya, yang disebut tadi Rural Business Challenge. Memang kita dapat lihat beberapa pencapaian di kalangan anak muda di beberapa kawasan luar bandar. So, apa pendirian pihak kementerian dengan pencapaian yang ada ini dan ke arah mana yang kejayaan ini dapat kita tingkatkan kepada keadaan yang lagi cemerlang pada masa depan? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Terima kasih Yang Berhormat dengan soalan itu. Ya, kalau ditanya adakah kita berpuas hati, kita boleh mengatakan kita berpuas hati kerana ada kejayaan di kesemua peringkat yang kita laksanakan. Cuma, kita tidak puas hati kerana masih ada ruang dan peluang untuk ditambahbaikkan kejayaan kita dalam kesemua program yang kita kendalikan ini. Sebab, tidak mungkinnya kita dapat berpuas hati seratus peratus dengan kejayaan kita.

Oleh itu, kementerian akan terus berusaha untuk kita membantu golongan belia khasnya mereka yang duduk di luar bandar, dan juga mereka di bandar. Misalnya di bandar Tuan Yang di-Pertua- sebab Yang Berhormat Menteri bertanya, “Apa lagi?” Kita juga fokus kepada golongan belia bumiputera yang duduk di bandar. Oleh sebab itu kita mengenal pastikan- Yang Berhormat Menteri sendiri agak betul-betul serius khususnya dalam konsep membangunkan MARA Digital supaya golongan belia-belia bumiputera yang berniaga di bandar pun dapat menceburi diri dalam bidang ini yang seharusnya mereka ini diberi peluang.

Setakat ini, sejak MARA Digital telah ditubuhkan di Anggerik Mall dan baru-baru ini di Glo Mall, Damansara yang mana dijangkakan gerak kerja awal adalah pada penghujung Jun ini. Manakala di Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah dan Melaka akan dibuka juga.

Juga yang sudah dibuka di Bangunan MARA di Jalan Mara, kita sudah melihat ada kejayaannya dalam program nak memberi peluang untuk usahawan-usahawan bumiputera golongan belia ini menceburi diri dalam bidang IT ini. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 PM

Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya hendak tanya Menteri, di samping memberikan mereka bantuan-bantuan kewangan dan juga facility, adakah kementerian mempunyai perancangan berterusan untuk memberikan mereka kursus-kursus bukan sahaja kursus motivasi tetapi input-input yang lain supaya mereka ini khususnya usahawan-usahawan ini berada dalam landasan yang sentiasa betul? Ini kerana saya lihat, Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang usahawan kita ini dia berniaga benda ‘A’, dia sudah berjaya dalam benda ‘A’, tetapi oleh kerana pendapatan yang tinggi dan sebagainya, dia venture ke dalam B pula dan akhirnya ‘A’ tidak ke mana, ‘B’ pun tidak ke mana. Jadi ini masalah khususnya bumiputera ini, dia hendak kaya cepat. Jadi akhirnya dia gagal dan inilah masalah yang besar.

Jadi adakah kementerian mempunyai perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk sentiasa memberikan kursus supaya mereka ini kembali kepada trek yang betul? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Yang Berhormat. Ya, perkara ini kementerian amat sungguh mengetahui sangatlah kerana dalam pengalaman kita selama ini, memang seperti mana yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat tadi. Kalau sekadar kita melibatkan mereka untuk mengikuti latihan dan kursus dan selepas itu kita biarkan, mereka memang sudah nampak ada kegagalan.

Oleh sebab itu ada program baru yang baru dilancarkan dalam bulan Mei ini. Kita ada program yang dikatakan mobilepreneur. Jadi selepas peserta ataupun yang terpilih terlibat dalam program ini mereka dilatih, mereka terus dibekalkan dengan motosikal yang diubah khas untuk mereka dapat menjalankan perniagaan. Oleh sebab itu dikatakan mobilepreneur. Jadi kita bagi alat supaya mereka ini boleh memulakan perniagaan ataupun apa bidang yang diceburi oleh mereka.

Banyak lagi program yang kita buat melalui Giat MARA di mana kita bekal terus juga alat-alat ataupun apa sumber yang diperlukan oleh mereka supaya mereka ini betul- betul boleh memulakan perniagaan mereka.

Dalam Program RBC itu, kita ada dua kategori. Satu kategori hanya dikatakan rancangan perniagaan, business plan. Pemenang akan diberi RM10,000. Untuk sesiapa menang dalam feasibilities study itu tadi ataupun working paper ataupun rancangan perniagaan itu dengan RM10,000 hadiah tunai itu, kita harapkan pemenang itu dapat memulakan perniagaan mereka. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 PM

6. Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [Bandar Tun Razak] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan, kemungkinan kerajaan mengguna pakai Seksyen 114, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 terhadap syarikat konsesi yang jelas menghalang pengambilalihan sehinggakan rancangan Penstrukturan Semula Industri Air Selangor terbantut di samping sebarang punca lain yang menjejaskan kelicinan dan pelan tindakan mengatasinya.

final • 11:10 PM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bandar Tun Razak banyak masa sekarang, jadi dia boleh berpantun juga banyak-banyak.

Tuan Yang di-Pertua, melalui kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor, perjanjian-perjanjian penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu perjanjian kemudahan, perjanjian pajakan, perjanjian hak guna dan perjanjian penyelesaian telah ditandatangani pada 8 September 2015.

Susulan daripada pemeteraian perjanjian-perjanjian ini, pihak-pihak kepada perjanjian sedang mengambil tindakan-tindakan yang berkaitan dalam memenuhi obligasi di bawah perjanjian utama dan, dengan izin, condition precedent (CP) di bawah perjanjian pajakan.

Sehubungan itu, kementerian berpendapat penggunaan seksyen 114, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655], berhubung tindakan yang boleh diambil oleh Menteri berkenaan dengan pemegang lesen demi kepentingan negara belum timbul buat masa ini. Terima kasih.

final • 11:10 PM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya hendak ingatkan Dewan, semasa akta ini diluluskan pada tahun 2006, tujuan akta ini ialah antara lain menyelesaikan masalah penswastaan yang mana harga air ditentukan oleh harga penyusunan semula harta-harta ini yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha bukan kerajaan. Oleh kerana harta-harta ini sangat lumayan, rakyat Malaysia menghadapi masalah di masa akan datang di mana harga-harga air yang meningkat.

Oleh sebab itu saya ingin mengingatkan Yang Berhormat Menteri dan Dewan ini bahawa jika terdapat dalam usaha yang kita lakukan ini masih lagi syarikat-syarikat yang diminta untuk menyusunkan semula industri air ini mengenakan harga yang lebih tinggi dari yang dibincangkan, pada pandangan saya, ada yang meminta lebih daripada RM1,000 juta lebih daripada apa yang dijanjikan, adakah ini tidak mungkin kerajaan yang dikatakan mempunyai slogan mendahulukan rakyat sekarang melaksanakan slogan itu iaitu menentukan mereka ini tidak boleh dibayar dengan harga tersebut kerana ini akan membebankan rakyat? Jika kita perhatikan, kalau ada sejuta orang yang mempunyai bayaran kepada pihak pengeluar air, bererti mereka telah menambahkan kos mereka sebanyak RM1,000.

Jadi oleh sebab itu, saya meminta penjelasan daripada kementerian, sama ada kementerian memantau perkara ini? Apakah perkara yang akan dilakukan oleh kementerian untuk menentukan pembelian-pembelian ini tidak melebihi apa yang telah dijanjikan?

final • 11:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Terima kasih Yang Berhormat atas ulasan tadi dan juga persoalan, beliau cukup maklum mengenai latar belakang Akta 655 dan tujuannya dan sememangnya sebagai asas inti sari Akta 655 yang bertujuan untuk menstrukturkan industri bekalan air di setiap negeri dan setakat ini tujuh negeri telah pun migrate, dengan izin, kepada rejim ini termasuk negeri Selangor dan setakat ini ada tiga negeri lagi iaitu Kelantan, Kedah, dan Wilayah Persekutuan serta Terengganu dan Pahang yang dalam proses perbincangan. Kelantan dan Kedah dan Wilayah Persekutuan quite advanced dengan perkara ini.

Tujuan antaranya ialah memastikan supaya bekalan air adalah sustainable dan selamat di peringkat setiap negeri tersebut, dan harga itu berpatutan iaitu cost recovery plus margin yang berpatutan. Biasanya dalam perkara ini, kita gunakan konsep EPU- you know, return to capital- 9 percent to 11 percent, tidak harus melebihi daripada itu. Itu boleh dikawal oleh pihak SPAN bagi negeri-negeri yang sudah migrate kepada akta.

Bagi negeri-negeri yang lain ini, kebanyakan masalah di situ adalah oleh kerana peringkat negeri belum lagi bersedia untuk memuktamadkan perjanjian-perjanjian yang perlu dilaksanakan dan kebanyakan kerana berbincang dengan pihak kerajaan pusat untuk mengurangkan pinjaman-pinjaman yang sebelum itu ditanggung oleh mereka dan perlu diambil kira apabila mereka migrate kepada akta.

Jadi untuk maklum Yang Berhormat kita sedia maklum dalam perkara ini. Bagi negeri yang telah pun migrate pihak operator dan negeri yang menentukan kadar tarif dan tarif saya katakan should be cost recovery plus margin untuk operator yang berpatutan dan pihak SPAN sebagai regulator di bawah kementerian yang memuktamadkan boleh ataupun tidak tarif itu dinaikkan sesuai dengan kemampuan keadaan dalam lokasi atau negeri tertentu.

Bagi negeri Selangor saya maklumkan di sini bahawa semua pihak sedang menunaikan untuk mencapai dan menunaikan CP-CP yang telah ditentukan dan antara CP yang utama adalah bagi Selangor untuk mengambil alih surplus dan mereka mempunyai tempoh satu tahun daripada perjanjian utama ditandatangani dan setakat itu mesti luput pada 7 Oktober tahun ini bagi mereka mengambil alih surplus dan jika itu tidak tertunai langkah-langkah akan diambil oleh kementerian untuk mencari opsyen-opsyen yang perlu dilaksanakan.

final • 11:20 AM

7. Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [Sipitang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, jumlah kes perkahwinan membabitkan remaja bawah umur dan apakah langkah-langkah diambil untuk memastikan ia tidak berleluasa dalam kalangan masyarakat.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahi Rahmaani Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya memohon izin untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sipitang bersekali dengan soalan Yang Berhormat Puchong kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut saling berkaitan.

final • 11:24 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 11:24 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Dalam isu perkahwinan bawah umur Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil pendirian bahawa kanak-kanak perlu diberikan peluang untuk mengembangkan potensi mereka sepenuhnya. Sebarang aktiviti yang mungkin membantutkan perkembangan mereka terutamanya dari segi pendidikan dan kesihatan harus di tegah supaya mereka dapat mengejar masa hadapan yang lebih luas dan cerah.

Perkahwinan bahawa umur akan memberi tekanan daripada segi fizikal dan mental yang merangkumi aspek seperti kesihatan, pendidikan dan kewangan terhadap seseorang kanak-kanak terutamanya kanak-kanak perempuan. Membenarkan kanak-kanak berkahwin tanpa asas yang kukuh bermakna meletakkan beban dan tanggungjawab yang berat sebagai suami isteri atau ibu bapa atas bahu mereka. Jika mereka belum bersedia dengan tanggungjawab yang berat ini dikhuatiri ia membuka lebih ruang berlaku perceraian dalam usia muda dan masalah-masalah sosial yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia perundangan berkaitan dengan perkahwinan adalah di bawah undang-undang keluarga yang ditadbir secara berasingan bagi yang beragama Islam dan bukan Islam serta mengikut adat Sabah dan Sarawak. Perkahwinan Islam ditadbir di bawah Akta Undang-undang Keluarga Islam, Wilayah-wilayah Persekutuan 1984, dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri yang memperuntukkan bahawa perkahwinan di bawah umur iaitu di bawah umur 18 tahun untuk lelaki dan di bawah umur 16 tahun bagi gadis hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari mahkamah syariah.

Manakala, bagi yang bukan beragama Islam, seksyen 10 akta membaharui Undang-undang Perkahwinan dan Perceraian 1976 memperuntukkan bahawa umur minimum perkahwinan adalah pada 18 tahun. Walau bagaimanapun, seorang gadis yang telah mencapai umur 16 tahun boleh dibenarkan berkahwin dengan kebenaran yang diberikan oleh Ketua Menteri. Perkahwinan adat pula dilaksanakan dan didaftarkan di bawah undang-undang adat mengikut kaum peribumi masing-masing di Sarawak dan Enakmen Mahkamah Anak Negeri di Sabah.

Rang Undang-undang Kanak-kanak (RUKK) pindaan 2015. RUKK yang telah diluluskan di Parlimen baru-baru ini adalah satu undang-undang khas yang menjurus kepada perlindungan dan penyertaan kanak-kanak. Tidak ada peruntukan berkenaan perkahwinan kerana ia ditadbir di bawah undang-undang keluarga.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

(JKSM) jumlah permohonan perkahwinan bahawa umur bagi yang Muslim bagi tahun 2010 hingga 2015 adalah sebanyak 6,264 kes. Jumlah permohonan menunjukkan kenaikan sebanyak 6.5 peratus pada tahun 2011 iaitu 1045 kes berbanding 2010; 981 kes dan 4.5 peratus pada tahun 2012, iaitu 1095 kes. Namun menurun antara 0.5 peratus hingga 4.8 peratus mulai tahun 2013 iaitu 1090 kes, 2014, 1032 kes dan 2015, 1025 kes.

Bagi bukan Muslim rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mencatatkan jumlah perkahwinan bawah umur bagi tahun 2010 hingga tahun 2015 adalah sebanyak 2,725 kes.

Jumlah kes menunjukkan penurunan 9.2 peratus pada tahun 2011 iaitu 502 kes berbanding tahun 2010 - 553 kes. Sedikit peningkatan di antara tahun 2012 iaitu 468 kes dan tahun 2013 - 514 kes. Bilangan kes di antara tahun 2013 hingga 2015 menunjukkan bilangan menurun iaitu 410 kes pada tahun 2014 dan 328 kes yang dicatatkan pada tahun 2015.

final • 11:24 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah mengambil dan masih meneruskan beberapa langkah dan menangani isu perkahwinan bahawa umur ini seperti berikut.

Mewujudkan dasar dan pelan tindakan pendidikan kesihatan reproduktif kebangsaan untuk dilaksanakan oleh kementerian dan agensi yang bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan mengenai kesihatan reproduktif serta advokasi dalam kalangan masyarakat seperti program pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial iaitu PEKERTI.

Menubuhkan task force perkahwinan bawah umur di bahawa majlis menyelaras bagi perlindungan kanak-kanak. Task force ini terdiri daripada agensi kerajaan yang berkaitan ahli akademik dan aktivis kanak-kanak yang meneliti isu berkaitan perkahwinan bawah umur. Antara perkara yang diusulkan di bawah task force ini ialah penyediaan laporan perubatan dan laporan sosial yang perlu dipertimbangkan oleh Hakim Syarie bagi Muslim dan Ketua Menteri bagi yang bukan Muslim dan Ketua Adat sebelum meluluskan sesuatu permohonan perkahwinan bawah umur.

Meningkatkan kesedaran mengenai ilmu kesihatan reproduktif dan keibubapaan dalam kalangan remaja dan pasangan muda yang akan berkahwin melalui kursus-kursus seperti kursus pra perkahwinan dan Smart Start yang disediakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.

Mewujudkan pusat remaja Kafe@TEEN oleh LPPKN di seluruh negara yang menyasarkan golongan remaja berumur antara 13 tahun hingga 24 tahun bagi memberi maklumat berkaitan isu-isu psikososial termasuk menyediakan khidmat kaunseling kepada remaja dan inilah termasuk kesihatan reproduktif. Antara aspek yang diberikan tumpuan ialah hubungan dalam keluarga dan perhubungan antara jantina di samping khidmat nasihat klinikal dan program kemahiran hidup dan konsultasi secara berterusan dengan agensi yang bertanggungjawab ke atas undang-undang perkahwinan-perkahwinan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan juga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan mahkamah.

final • 11:24 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Tuan Yang di-Pertua, bagi mengelakkan perkahwinan muda, kesedaran masyarakat berkenaan pentingnya mengutamakan perkembangan kanak-kanak secara holistik adalah penting. Saya ingin menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat yang berada di dalam Dewan yang mulia supaya berjuang bersama-sama kerajaan untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat berkenaan kurang baiknya perkahwinan muda dan pentingnya mengutamakan pendidikan yang sempurna sebelum memulakan hidup berkeluarga. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Sipitang, saya beri.

Singkatkan soalan.

final • 11:30 AM

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri. Daripada jumlah permohonan perkahwinan ini melebihi 6,000 dapat kah kementerian memberikan statistik penceraian yang berlaku hasil daripada perkahwinan muda ini.

Daripada apa yang disebut oleh Timbalan Menteri tadi tentang program dan kursus kaunseling, adakah tumpuan juga diberi kepada ibu bapa untuk memberi kesedaran kerana peranan ibu bapa dalam hal ini adalah sangat penting untuk memastikan anak-anak mereka tidak terjerumus dalam suasana yang mungkin terpaksa untuk kahwin muda.

final • 11:30 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd Dun

Terima kasih Yang Berhormat Sipitang. Berkenaan dengan statistik secara terperincinya itu kita belum ada tetapi daripada bancian yang kita dapat bahawa kurang daripada adalah 0.44 peratus yang berkahwin muda ini bercerai. Ertinya agak rendah lah dibandingkan dengan orang yang telah berusia lebih umur, ertinya yang lebih 18 tahun itu lebih banyak lagi yang bercerai daripada yang berkahwin muda ini.

Kedua, berkaitan dengan kursus yang diberikan PEKERTI kepada anak-anak remaja kita ini. Kita juga mengadakan kursus untuk para ibu bapa. Di antara lainnya ialah bagaimana mengendalikan tugas mereka sebagai ibu bapa dan tentunya bagaimana untuk memastikan anak-anak mereka dapat dijaga dengan baik, diberikan pendidikan dan pengetahuan supaya mereka tidak terlibat dengan perkara-perkara yang boleh menjerumuskan mereka kepada keadaan yang terperangkap dan terpaksa berkahwin muda. Kita teruskan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Sesi pertanyaan- pertanyaan bagi jawapan Lisan berakhir.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM

Puan P. Kasthuriraani A/L Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 11:30 AM

Puan P. Kasthuriraani A/L Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian Tuan Yang di-Pertua dan Dewan ini kepada point of order 23(4), dengan izin saya membaca, “Notwithstanding anything hereinbefore, a minister to whom a question is addressed may, with the approval of Tuan Yang di-Pertua, refuse to answer such question on the ground of public interest, and such refusal cannot be debated or questioned”. Dengan tanggapan bahawa semua kementerian, Menteri dan Timbalan Menteri di bawah dengan izin obligation untuk menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen.

Saya ingin membawa soalan saya yang saya mohon bertanya semalam kepada KDN menyatakan bilangan permohonan kewarganegaraan yang diterima dari tahun 2010 ke 2016 mengikut pecahan etnik dan negeri yang berjaya, yang ditolak dan yang dalam proses. Jawapan saya Tuan Yang di-Pertua lima baris sahaja. “Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara jumlah pemohon yang telah dikeluarkan dengan sijil warganegara semenjak tahun 2010 sehingga April 2016 adalah seramai lebih 43,000. Daripada jumlah tersebut permohonan tertinggi diterima daripada pemohon yang berasal dari negara Indonesia, India dan Thailand.” Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, this doesn’t answer my question at all. And I would like to bring this in this Dewan because I know many MPs here, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Many MPs say have to face half-baked answers like this in Parliament. We take the trouble to put in the questions, Tuan Yang di-Pertua. So, that we get good answers for statistical reasons and we get this kind of answers. Now, saya tanya pecahan negeri...

[Disampuk] I don’t know who’s the Tuan Yang di-Pertua here. Are you all the Speaker?

Tuan Yang di-Pertua, saya tanya pecahan negeri. Saya dapat Indonesia, India, Thailand. Tak kan dia tidak tahu perbezaan di antara negeri dan negara. Saya minta untuk pecahan permohonan yang berjaya ditolak yang dalam proses. Saya hanya dapat satu sahaja.

Saya ingin bertanya di sini Tuan Yang di-Pertua adakah Yang Berhormat Menteri cuba mengelak soalan-soalan seperti ini sebab it is clear. Five lines and my question is so detailed and I’m not the only person Tuan Yang di-Pertua. So, saya mohon di sini ...

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih.

final • 11:30 AM

Puan P. Kasthuriraani A/L Patto - Batu Kawan

Agar Tuan Yang di-Pertua a precedent is set today, now and in the future that answers are studied properly by the team, pegawai-pegawai dalam kementerian untuk memberikan jawapan yang berkualiti, yang ada standard, dan bermutu. No point of us putting in questions Tuan Yang di-Pertua and we get this kind of answers.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Puan P. Kasthuriraani A/L Patto - Batu Kawan

Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Cuma yang saya harap kalau pengumuman saya bermutu dan begitu juga saya harap kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada daripada pembangkang atau pun daripada kerajaan termasuk Menteri semua harus kita pamerkan kualiti yang bermutu sewaktu bertugas.

Akan tetapi sebagai jawapan kepada standing order yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat semua sedia maklum bahawa sebagai Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan-timbalan Yang di-Pertua kami tidak boleh mengarahkan atau mengatur bagaimana seseorang Menteri itu menjawab soalan. Itu telah kita fahami semua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Walau bagaimanapun, apa yang telah di hujah oleh Yang Berhormat itu akan dimasukkan dalam Hansard dan saya percaya bahawa Yang Berhormat Menteri yang berkenaan atau pun pegawai-pegawai yang ada akan juga dengar apa Yang Berhormat hujah tadi.

Jadi, sebagai kesimpulan saya tidak boleh mengarah atau pun memberitahu kepada menteri-menteri yang berkenaan bagaimana menjawab soalan. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Puan P. Kasthuriraani A/L Patto - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, with respect to your Chair, dengan izin, I hope you will put in a remark of advice to the Ministers to give better answers in future. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PENGAMBILAN TANAH (PINDAAN) 2016 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengambilan Tanah 1960; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG KANUN TANAH NEGARA (PINDAAN) 2016 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Tanah Negara; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Datuk Ir.

Haji Hamim bin Samuri]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG KANUN TATACARA JENAYAH (PINDAAN) 2015 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” [18 Mei 2016]

final • 11:30 AM

. Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Menteri sambung jawapan.

final • 11:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahitaala wabarakaatuh.

final • 11:38 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memaklumkan semalam saya telah menjawab isu berhubung dengan pindaan kepada seksyen 98 dan 117 yang mana saya menyentuh hanya Yang Berhormat Ipoh Barat dan Yang Berhormat Bukit Gelugor.

To put on record, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak masukkan sekali Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Bukit Katil dan juga Yang Berhormat Subang sebab isu yang sama telah dikemukakan semalam.

Untuk hari ini saya menyambung jawapan di mana saya berhenti semalam kepada isu yang disentuh oleh Yang Berhormat Ipoh Barat para ketiga iaitu seksyen ini diperuntukkan kepada orang yang telah menunjukkan keberanian luar biasa, kegigihan dan keupayaan luar biasa dalam penangkapan seseorang yang terlibat dalam kegiatan jenayah.

Jika jumlah ganjaran yang diberikan terlalu rendah maka ini akan menyebabkan orang ramai tidak mahu tampil memberikan kerjasama untuk menangani jenayah itu.

Ganjaran ini merupakan suatu insentif kepada orang awam untuk tampil dan memberikan kerjasama. Peruntukan ini juga sudah sememangnya telah ada dalam Kanun Tatacara Jenayah ini dan hanya dipinda dari segi amaun, ganjaran yang diberikan.

final • 11:38 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri

Semalam juga ada soalan berhubung dengan seksyen 425A kalau tidak silap daripada Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Bukit Gelugor dan siapa lagi semalam?

Yang Berhormat Ipoh Barat juga kalau tidak silap. Soalannya berhubung dengan 425A ini, bila 425A ini boleh digunakan?Seksyen 425A ini hanya terpakai kepada kes-kes di peringkat perbicaraan iaitu, dengan izin, trial stage. Berdasarkan nas undang-undang ataupun case law, dengan izin, trial starts upon the call of the first witness. Bagi kes yang berada di peringkat rayuan ataupun appeal stage, dengan izin, seksyen ini tidak terpakai.

Dalam hal ini, the appeal could be in the High Court or Court of Appeal, dengan izin. Jadi kalau ia pergi ke High Court ataupun Court of Appeal, prosedur yang di guna pakai bagi rayuan di mahkamah tinggi adalah prosedur yang terpakai di Bahagian VII, Bab 30 yang bermula dari seksyen 303A Kanun Tatacara Jenayah. Kalau ia pergi ke mahkamah rayuan pula, prosedur yang terpakai adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91]. Ada juga yang ditanya oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor semalam. Adakah discharge not amounting to an acquittal tidak mencukupi?

Mengapa masih perlu Seksyen 425A ini? Untuk tertuduh dibicarakan semula, bermakna tertuduh perlu ditangkap terlebih dahulu dan dibawa ke hadapan hakim. Kes masih tidak boleh dibicarakan semula jika tertuduh masih gagal dikesan.

final • 11:40 AM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

[Bangun]

final • 11:40 AM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Seksyen 425A ini adalah bertujuan untuk membolehkan kes dibicarakan meskipun tertuduh tidak dapat dikesan selepas pendakwaan berjaya menunjukkan bahawa tertuduh telah melarikan diri ataupun abscond dan waran tangkap tidak dapat dilaksanakan.

final • 11:40 AM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Dengan izin...

final • 11:40 AM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Subseksyen (3B) dengan izin. “If the court is satisfied that it is no longer in the interest of justice to await the appearance of the accused or to await the execution of the warrant”, bermakna mahkamah masih perlu memberi peluang kepada pihak pendakwaan untuk menunjukkan usaha-usaha yang diambil untuk mengesan tertuduh dan mengemukakannya ke mahkamah dan hanya setelah mahkamah berpuas hati ini tidak dapat dilakukan, barulah mahkamah akan membuat keputusan untuk meneruskan kes tanpa kehadiran tertuduh.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Gelugor bangun, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bertanya berkenaan dengan isu trial in absentia. That is essentially what this amendment is about, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Amendment seperti ini mempunyai effect, Tuan Yang di- Pertua, untuk menjalankan satu perbicaraan tanpa tertuduh. Of course, ada keadaan- keadaan exceptional di mana tertuduh abscond dan sebagainya.

final • 11:40 AM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Akan tetapi adakah kami akan membenarkan satu sistem di mana satu perbicaraan akan diadakan tanpa peguam tertuduh juga? In other words, it will be- there is no, dengan izin, sekiranya satu sabitan dia dapat, sudah tentu sabitan itu tidak bermakna oleh kerana saksi-saksi semuanya tidak disoal balas. How can we have a conviction, dengan izin, crowd the prisons even further with potential convicts who are wrongfully convicted? How can you rightly convict somebody who is not represented and on top of that, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, allow witnesses to give evidence against an absent accused without close examinations? Bukankah ini satu amendment yang draconian?

final • 11:40 AM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Yang Berhormat, saya tadi- I think I understand the question. Thank you very much.

final • 11:40 AM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

You understand the question? But nobody is answering it.

final • 11:40 AM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

I haven’t finished the answer yet.

final • 11:40 AM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

I would appreciate an answer and I would appreciate that this, dengan izin Tuan Yang di-Pertua that this draconian amendment ought to be withdrawn outright.

final • 11:40 AM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Yang Berhormat, saya menghargai your comment tetapi saya belum habis menjawab dan saya juga telah menyentuh tadi. Apa yang Yang Berhormat khuatir ini bahawa tidak ada peguam untuk membela tertuduh. Now, kita berbalik kepada prosedur di sini. Prosedurnya, kalau sekiranya perlu didengar in absentia itu, kalau perlu didengar, ia perlu melalui proses yang sebelum itu ada prosedur di mana hakim mahkamah yang membicarakan itu akan menentukan sama ada apa yang perlu dilakukan oleh pihak pendakwa. Pihak pendakwa perlu mematuhi peraturan dalam prosedur dalam tatacara ini.

Jadi ia tidaklah terus- in absentia itu terus diimplementasikan. Jadi dalam hal ini kalau kita lihat macam kes Alvin Tan yang telah melarikan diri ke luar negara, jadi ini di antara salah satu daripada sebabnya. Ia tidak berlaku sewenang-wenangnya, Yang Berhormat. Kita faham. Kita faham apa yang dikhuatiri oleh Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

[Bangun]

final • 11:40 AM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Sebelum itu- saya belum habis, Yang Berhormat.

I haven’t finished yet.

final • 11:40 AM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Boleh? Just on this issue.

final • 11:40 AM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Ya, it is on this issue. Can I finish- can you please allow me to finish my answer first? Okay, thank you very much.

final • 11:40 AM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Sebelum Yang Berhormat Menteri pergi ke isu lain. Not yet?

final • 11:40 AM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Ada juga kes yang melibatkan saksi warganegara asing. The reason why kita perlu ada ini ialah ada juga kes yang melibatkan saksi warganegara asing. Sekiranya mereka akan pulang ke negara asal selepas memberikan keterangan, seksyen akan membolehkan perbicaraan diteruskan. Selain daripada itu juga, perbicaraan juga harus diteruskan sementara saksi-saksi masih mempunyai memori yang jelas tentang kejadian. Ini kerana kalau dibiarkan terlalu lama, maka ia akan membuatkan dari segi effectiveness, dengan izin, kes itu ia membolehkan perkara yang tidak melakukan keadilan kepada kedua-dua pihak.

Peruntukkan ini bukanlah satu perkara yang baru, Yang Berhormat kerana ia juga telah pun diguna pakai oleh beberapa buah negara. Antara negara lain yang mempunyai peruntukkan ini ialah UK, Kanada dan Itali. Now, I give it to you. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang Berhormat Menteri, boleh saya bertanya because kita telah pergi ke peruntukan yang lain. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyatakan dalam kes di mana satu perbicaraan in absentia dijalankan, mahkamah ada beberapa prosedur yang akan diguna pakai oleh mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjalankan trial in absentia.

final • 11:40 AM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Bolehkah Yang Berhormat Menteri tunjukkan kepada saya dalam rang undang- undang ini, apakah kuasa mahkamah untuk menentukan sama ada satu trial in absentia sepatutnya dijalankan atau tidak? Saya baca sekarang rang undang-undang ini.

Nampaknya langsung tiada kuasa di tangan mahkamah untuk mengambil langkah-langkah yang tertentu sebelum menentukan sama ada satu perbicaraan itu sesuai untuk dijalankan in absentia. Hanya apa yang dinyatakan di dalam pindaan ini, dengan izin, saya baca dalam bahasa Inggeris adalah seperti berikut.

Subseksyen 2. *A Court may proceed or continue with the trial and pronounce judgment in the absence of the accused provided that the Court shall not pass any of the following sentences in the absence of the accused:

(a) death;

(b) imprisonment for life; and

(c) imprisonment for natural life.* Jadi a court memang ada discretion tetapi apakah langkah-langkah yang dinyatakan di dalam pindaan rang undang-undang ini untuk mengehadkan kuasa mahkamah untuk menjalankan trial in absentia? What are the steps that you mentioned earlier, Yang Berhormat Menteri? That safeguards against an abuse of this section? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih, Yang Berhormat. Please give me time untuk mendapatkan alasan. I will get back to your question nanti. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Selangor bangun ya.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju, kalau kita lihat dari segi interpretasi pindaan kepada seksyen baru 425A ini, mungkin kalau kita lihat dari segi kuasa mahkamah ini ditentukan oleh discretion of the court. Sebagai contohnya kalau kita lihat dari segi, dengan izin, trial in absentia of the accused.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Pada hemat saya, bila menyebut tentang sesuatu perbicaraan, interpretasi daripada seksyen ini ialah mahkamah boleh meneruskan sesuatu perbicaraan tanpa ada saksi. Mungkin faktor-faktor tertentu sebagai contohnya adalah untuk kepentingan masyarakat, public interest sebagai contohnya ataupun there is a ‘gravity’ in terms of the case. Saya ambil contoh mungkin kes Alvin Tan, contohnya. Ya mungkin tertuduh berada di luar negara dan pada fikiran mahkamah, mungkin mahkamah memikirkan ada kepentingan untuk rakyat untuk diteruskan kes tersebut. Mungkin application seksyen 45A ini boleh digunakan berdasarkan discretion of the Court. Ini mungkin saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Menteri, tajuk yang sama. Boleh saya buat soalan supaya boleh dijawab bersama. Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih pada Yang Berhormat Menteri. Saya ingin kemukakan beberapa pandangan tentang 425A dan minta penjelasanlah daripada pihak Yang Berhormat Menteri.

Actually, sebenarnya walaupun saya sudah dengar istilah saksi digunakan daripada Yang Berhormat Menteri dan juga daripada Yang Berhormat Kuala Selangor, bagi saya itu satu kekeliruan. Pemindaan ini tidak ada kena mengena dengan saksi. Pindaan ini adalah berkenaan dengan kehadiran yang dituduh, yang tertuduh. That is what it is about.

Bila yang tertuduh itu abscond, dilarikan diri sebelum atau semasa perbicaraan, apa yang peruntukan ini kata, yang tertuduh dia waive, dia...

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 11:50 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

He is, dengan izin he is deemed to waive his right to be present. Itulah maksud dia. Dengan itu, mahkamah boleh teruskan dengan perbicaraan.

Itu effect dia. Apa kerisauan saya, yang saya sebut dalam perbahasan semalam ialah ini melanggar Perlembagaan. Artikel 5 dan Artikel 8 jelas dan telah di tafsirkan dan memberi pelindungan yang sama di bawah undang-undang. Ini ialah satu pertukaran yang fundamental, yang menukar sistem kita dan itulah effect dia.

final • 11:50 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ini bukan pandangan saya sahaja Yang Berhormat Menteri. Inilah pandangan daripada Majlis Peguam, yang saya anggap mereka sudah fikir ini lebih mendalam.

final • 11:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

[Bangun]

final • 11:50 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Mereka ada kemahiran itu dan mereka telah pun mengemukakan pandangan ini kepada semua pihak yang berkenaan. Saya juga yakin kepada Yang Berhormat Menteri. Itulah kerisauan kita. Ini melanggar prinsip asasi macam mana kita boleh teruskan satu perbicaraan tanpa kehadiran accused itu.

Bagi saya, kita sudah kelirukan apakah tanggungjawab bila seorang orang kena tuduh (OKT) melarikan diri. Ini berlaku juga di negara lain. It is back to the enforcement agencies, dengan izin. Kita ada undang-undang. Katakan macam kes tadi yang contoh Alvin Tan itu. Dia larikan diri ke negara lain. Kita ada undang-undang ekstradisi. Itulah tanggungjawab kita. Kita gunakan proses itu untuk tangkap dia di sana dengan kerjasama negara lain itu dan bawa dia balik. Itulah fundamental, itu satu prinsip yang fundamental.

Kalau OKT dalam negara, dia dibagi ikat jamin, dia larikan diri, it is back to the police dengan enforcement agencies kita untuk cari dia, tangkap dia dan bawa balik ke mahkamah. Lepas itu, simpan dalam lokap sehingga perbicaraan habis. Inilah kita sudah buat berpuluh-puluh tahun.

Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah asas untuk pertukaran besar ini? Satu kes sahaja, Alvin Tan sahaja. Apakah impak itu kepada sistem kita yang sudah berfungsi selama ini? Ini saya minta Yang Berhormat Menteri kena fikir dengan Jabatan Peguam Negara juga. Apa yang kita buat pada hari ini, terlalu drastik pada sistem kita. Inilah yang kita minta dikaji semula because you are doing something very fundamental to the system yang bagi hemat saya ialah melanggar Perlembagaan kita. Itu yang saya...

final • 11:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Minta izin Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya tanya satu soalan bersangkut dengan apa yang ditimbulkan oleh rakan saya, Yang Berhormat Subang iaitu berkenaan dengan constitutionality dengan izin, of this proposed amendment?

Sudah jelas Tuan Yang di-Pertua, bahawa pindaan yang dicadangkan ini ialah kemungkinan besar, in fact, I am of the opinion adalah dengan izin, is unconstitutional. Oleh sebab ia menafikan hak seseorang tertuduh itu diwakili peguam. That is a constitutional right, guaranteed. So, why are we forwarding an amendment knowing that the amendment is unconstitutional? Isn’t that a waste of the Court’s time bila kebanyakan kes seperti ini akan diuji di Mahkamah Rayuan dan sebagainya? Bukankah ini akan menambahkan burden terhadap the judiciary? Terima kasih.

final • 11:50 AM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Kuala Selangor dan juga Yang Berhormat Subang. Okey, satu persatu.

Tadi Yang Berhormat bertanya saya mengenai prosedur Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi, pasal procedure which procedure, bukan? Actually, 45A itself sendirinya adalah satu prosedur. Kalau kita lihat dari segi perkataan yang digunakan, yang digunakan di sini ialah let me go back to the … [Merujuk kepada kertas jawapan] “Notwithstanding the 45A (2), a Court may proceed or continue with the trial and pronounce judgment in the absence of the accused provided that the Court shall not pass any of the following sentences…” and so on and so on, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Ini adalah satu daripada cara untuk kita memberi check and balance untuk mahkamah sama ada peruntukan ini perlu diguna pakai atau tidak. Kuasa itu diserahkan kepada mahkamah. Yang Berhormat kata sama ada ia constitutional ataupun tidak. Now, kita telah berikan- yang dituduh itu OKT diberikan hak itu, dia tahu tarikh bicara tetapi sengaja lari. Jadi, OKT sendiri tidak mahu hak untuk didengar. Tidak bertentangan dengan Perkara Lima.

Namun begitu, Yang Berhormat menyatakan ini unconstitutional sekiranya betul- betul constitutional, it is arguable, boleh dipertikaikan nanti. Jadi Yang Berhormat, tujuan kita mengadakan pindaan apa Yang Berhormat kata very draconian kah apa, itu adalah subject to, dia subjektiflah. Subject to kita punya argument. Kalau sekiranya masih juga tidak baik. Kita akan mempertimbangkan.

final • 11:50 AM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Tujuan kita untuk mengadakan pindaan ialah untuk to resolve, dengan izin masalah yang ada kita hadapi. Kita menggunakan Alvin Tan salah satu daripada kesnya tetapi ada lagi kes-kes lain yang memerlukan kita untuk membuat pindaan ini. Jadi, ia tidaklah menyatakan kita tidak mengambil kira tertuduh itu, dikatakan haknya kita tidak memberi peluang kepada mereka untuk diberi, diwakilkan oleh peguam. Saya mengingat kembali tadi apa yang di katakan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, seperti mana yang saya nyatakan yang mana adanya kes ini melibatkan national interest.

Jadi, Yang Berhormat semua, kalau masih tidak bersetuju, itu argument saya pada masa ini. Kalau kita rasa masih lagi perlu kita perbaiki nanti, insya-Allah, I will look into it. As I said, kita mendengar- macam semalam saya mendengar hujah-hujah semua dengan teliti.

Apa yang saya rasa perlu kita bincangkan semula di peringkat kementerian, insya-Allah, will do my best, will do our best seperti mana sebelum ini. Saya ingat semalam Yang Berhormat Bukit Katil bertanya mengenai perlu dibincangkan, Yang Berhormat Kota Bharu menyatakan perlu dibincangkan. Sebenarnya kita membawa bersama rakan-rakan daripada pembangkang pun kita bawa bersama untuk berbincang.

Walaupun begitu, itu tidak bermakna ia perfect. Ia boleh kita bawanya semula berbincang lagi. Akan tetapi, it was a good start, dengan izin yang mana kita membawa bersama beberapa rakan-rakan yang mewakili pembangkang untuk bersama memberi pandangan. Sebab itu, kita ambil kira juga komen-komen.

final • 11:50 AM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Akan tetapi kalau dalam hal hari ini, kalau nak ubahkan terus, nak pinda lagi, tidak meluluskan ini lagi, jadi ianya akan drag, dengan izin, masalah yang selama ini kita tunggu, dua tahun sudah untuk meluluskan rang undang-undang ini. Saya tidak memaksa pihak pembangkang bersetuju tetapi kita ambil kira komen Yang Berhormat semua dan kita akan pertimbangkan. Saya teruskan.

final • 12:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Menteri, just a final clarification, dengan izin, I’ll make it brief. Saya rujuk balik kepada apa Yang Berhormat Menteri sebut tadi, pembangkang pun telah dijemput untuk bincang. Memang itu berlaku, saya ucap terima kasih, I would like to place that on record here. Yang Berhormat Menteri telah membuat satu yang sangat baik, dia jemput wakil pembangkang dan ada mesyuarat untuk bincang ini pada sesi yang dulu bulan November tahun lepas. Akan tetapi saya masih ingat dalam pertemuan itu, kita sudah tanya kepada pegawai-pegawai daripada Jabatan Perundangan. Apakah justifikasi untuk pindaan ini dan saya masih ingat tidak ada apa-apa jawapan yang munasabah diberikan pada masa itu.

Boleh saya just bawa dua soalan. Satu ialah tadi saya gunakan, saya ingin tanya sekali lagi apa yang kita nak capai dengan pindaan ini, specifically 425A. Berbalik kepada contoh tadi, Alvin ‘Lim’ dan mungkin kes lain.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Alvin Tan.

final • 12:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Alvin Tan, I’m sorry. Kita boleh gunakan, kita boleh keluarkan waran tangkap, gunakan Interpol, ada macam-macam prosedur, banyak undang- undang dan kerjasama dengan negara lain untuk bawa dia balik. Apa yang kita hendak capai dengan meneruskan satu perbicaraan tanpa kehadiran yang kena tuduh sebab itulah precedent yang sangat serius ini. Itu soalan yang pertama.

Kedua ialah tadi Yang Berhormat Menteri kata ada precedent yang sama di negara-negara lain. Boleh Yang Berhormat Menteri sebut undang-undang yang spesifik itu supaya kita pun boleh kaji dan buat kaji selidik. Apakah undang-undang yang dimaksudkan adalah sama dengan ini di sistem perundangan di negara-negara yang sama? Terima kasih.

final • 12:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Setiu bangun.

final • 12:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Menteri, minta sedikit ya.

final • 12:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Menteri, dalam 425A ini saya perhatikan bahawa kuasa diberikan kepada pihak mahkamah untuk menentukan sama ada hendak meneruskan ataupun tidak dengan perbicaraan tanpa kehadiran tertuduh. Bermakna jelas dikatakan bahawa kalau dah tertuduh dituduh di mahkamah dan dia lari, melarikan diri, berbeza dengan yang belum dituduh. Kalau yang belum dituduh ini susah sedikit tetapi yang dah dituduh, dia tahu dah dia kena tuduh, dia larikan diri. Mahkamah biasanya akan keluarkan waran tangkap. Akan tetapi masalahnya hendak diserahkan waran tangkap itu memakan masa bertahun-tahun kadang-kadang.

Pada saya, kalau dah diteruskan dengan prosedur waran tangkap itu, maknanya dengan akhirnya mungkin dicheck di Pejabat Pendaftaran Negara, namanya, alamatnya, IC nya, sehingga akhirnya tidak dapat juga hendak dikesan. Jadi maknanya kalau dibicarakan pun, tidak habis di situ. Kalau hukuman dah diberi, setakat hukuman dah diberi tetapi boleh direopen balik kalau ikutkan 425A itu pun kuasa diberi kepada mahkamah. Bila mahkamah melihat keperluan untuk dibuka semula kes tersebut. Jadi tidak memberi masalah yang besar saya rasa. Sekurang-kurang maknanya kita ada pengecualian sebab 425A sendiri pun tidak mengambil kira perundangan yang ada sebelum ini, seksyen-seksyen yang telah dinyatakan. Apa pandangan daripada Yang Berhormat?

final • 12:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri boleh saya sentuh berkenaan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiu. Berkenaan dengan reopening of case, ini adalah jelas bahawa itu adalah boleh dibuat only in exceptional cases, itu dinyatakan di dalam rang undang-undang ini. So, it is not in all cases that a person has a right to reopen his case. In other words, kalau dia ada sebab yang munasabah kenapa tidak datang dan sebagainya, itu bukan memberi dia jaminan untuk reopen dia punya kes. Another issue perlu dipertimbangkan ialah subseksyen 4 di mana mahkamah boleh membuat satu adverse inference terhadap ketidakhadiran seseorang tertuduh.

Menteri merupakan seorang peguam juga. Kita semua tahu fungsi utama criminal justice iaitu a man is innocent until proven guilty. Jadi adakah adverse inference- adverse inference tidak pernah, tidak dikenakan terhadap an accused. Itu adalah satu prinsip mantap. Kes Elian versus PP dan sebagainya. Banyak kes yang menyatakan. So, kenapa kita perlu tukar undang-undang yang mantap, yang telah diputuskan oleh mahkamah yang tertinggi melalui undang-undang yang drastik ini. Saya berharap Menteri akan mempertimbangkan semula. Ini adalah satu pindaan yang will have a very major departure dengan izin, from the law as it is which is unwarranted. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star

Dengan izin Menteri, pendek saja dari Alor Star. Kalau saya boleh tanya atas soalan yang sama, isu yang sama. Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam isu ini saya ingat prinsip yang paling utama yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang dan juga Yang Berhormat Bukit Gelugor adalah prinsip bahawa seseorang tertuduh mesti mempunyai hak untuk membela diri, yang pertama.

Kedua adalah bahawa kita mesti memastikan bahawa seseorang tertuduh itu tahu tentang kes yang telah pun dibawa terhadap beliau. Seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Setiu tadi kadang-kadang ada masalah untuk melaksanakan saman ataupun waran tangkap. Akan tetapi itu adalah isu pelaksanaan, yang kita tidak mahu nanti adalah di mana sesuatu mahkamah akan menjalankan satu perbicaraan dalam ‘absentia’ tanpa tertuduh itu mengetahui bahawa beliau telah pun dituduh di mahkamah. Itu yang sangat penting.

Jadi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor, dia tadi ada tanya bahawa apakah safeguard dalam peraturan-peraturan yang berkenaan dengan seksyen 425. What is the safeguard to ensure that the judge exercises his discretion sebelum menjalankan satu kes in ‘absentia’. That is very important. It is not stated dalam rang undang-undang yang telah pun dicadangkan and if we proceed we cannot just say kita luluskan dulu, selepas itu kalau ada masalah baru kita balik kembali ke Parlimen untuk membuat pindaan. Terima kasih Menteri.

final • 12:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat. Saya takut saya lupa, banyak sangat soalan.

final • 12:00 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Sikit lagi Yang Berhormat Menteri. Saya rasa peruntukan 425 ini merupakan satu pengecualian sebenarnya.

Pengecualian kepada mereka yang tak nak hadir ke mahkamah. Kalau kita biarkan benda ini, kalau dituduh dengan kes-kes yang agak serius dan mereka tak nak hadir kerana melarikan diri dan sebagainya. Jadi kalaulah dia dah dituduh dan tidak hadir dengan sewenang-wenangnya, dengan sesuka hati, bermaknanya mereka ini dah, maknanya hak dia untuk membela diri dan hak dia untuk mendapatkan khidmat peguam, dia telah waive dia punya right. Bagaimana pendapat Yang Berhormat Menteri.

final • 12:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih. Saya takut lupa, banyak sangat.

Tadi Yang Berhormat Subang dan juga Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya hendak balik kepada isu mengenai tidak diberi peluang untuk diwakili oleh peguamnya. Misalnya katalah beliau sudah abscond, lepas itu diminta untuk hadir tidak ada dan dikatakan peguam pun tidak ada. It doesn’t deprive him dengan izin, dari mana keluarga tertuduh jika mereka masih berminat boleh melantik peguam untuk mewakili tertuduh atau meneruskan perwakilannya. Peguam boleh soal balas saksi. Jika terdapat sabitan, mahkamah boleh keluarkan waran committal ini dari segi prosedurnya.

final • 12:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

[Bangun]

final • 12:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Can you please wait for me to finish, otherwise I will forget.

final • 12:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Only on this issue Menteri.

final • 12:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Tunggu sekejap ya, because there are quite a number, thank you. Sebaik tertuduh dapat ditangkap, akan dibawa ke penjara untuk menjalani hukuman. Ini tidak mengecualikan hak tertuduh untuk merayu dan menjelaskan haknya kenapa beliau tidak hadir. Tadi Yang Berhormat Alor Star mengatakan tidak adil kalau orang itu tidak tahu apa pertuduhan dibuat kepadanya.

final • 12:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Ini seksyen 425A ini Yang Berhormat, kita rujuk kepada perkataan utama ialah abscond, dengan izin. Tertuduh tidak mahu meletakkan dirinya dalam bidang kuasa mahkamah setelah dituduh. Maka selari dengan seksyen 8 Akta Keterangan 1950, apabila suspek ataupun tertuduh melarikan diri mengetahui siasatan dimulakan terhadapnya, mahkamah boleh menggunakan kuasanya untuk menggunakan kelakuan melarikan diri ini sebagai relevan untuk menunjukkan tertuduh terlibat dengan pertuduhan yang dihadapinya.

Saya ingin juga hendak menyentuh di sini, kita hanya menyentuh mengenai orang kena tuduh, bagaimana pula dengan hak si mangsa? Kita perlu fikir juga dengan hak si mangsa. Keadilan bukan hanya kepada tertuduh tetapi juga kepada mangsa dan orang awam.

Menyentuh mengenai adverse inference tadi dengan izin, dari segi peruntukan mengenai adverse inference di bawah subseksyen 4 ini adalah selari dengan peruntukan seksyen 8 Akta Keterangan 1950. Misalan subseksyen (h) dan (i), yang membolehkan pendakwaan menggunakan fakta bahawa tertuduh telah melarikan diri setelah mengetahui siasatan dijalankan ke atasnya adalah fakta relevan dan boleh digunakan bagi menunjukkan kelakuan tertuduh adalah berkait dengan pertuduhan ke atasnya.

Untuk Yang Berhormat Subang, relevance lost nanti I will get back to you. Terima kasih. Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi hendak bangun.

final • 12:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Berkenaan mengenai isu counsel di mana Yang Berhormat Menteri telah mengatakan tadi bahawa sekiranya tertuduh itu tidak berada di mahkamah, telah melarikan diri dan abscond, beliau masih boleh diwakili peguam. Saya percaya Yang Berhormat Menteri ada merujuk kepada subseksyen 6 di mana ianya menyatakan, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “Where an accused has absconded and the Court proceeds or continues with his trial, counsel for the accused may continue to act for the accused in trial”.

final • 12:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Akan tetapi kita perlu ingat, kalau seorang itu absconded dan melarikan diri, beliau tidak berkebolehan untuk mengarahkan counsel. If a person has absconded, dengan izin, he is not in the position to instruct counsel, and in such, counsel cannot represent him in trial. Counsel representing an accused in trial without instruction would be going against the Legal Profession Act. Jadi, subseksyen 6 ini jelasnya bercanggah, bukan sahaja dengan Federal Constitution tetapi juga dengan *Legal Profession Act.

So,* kenapa kita buat pindaan seperti ini? Sudah tentu ianya sepatutnya dikaji semula, tentunya ianya sepatutnya ditarik balik, dengan izin.

final • 12:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Okey, terima kasih Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat bercakap mengenai counsel tidak ada. Sekarang kita kata subseksyen 6 kata boleh dia engage counsel. Sebab itu kita katakan pindaan ini, pindaan seksyen 425A ini adalah satu pindaan an enabling provision, dengan izin, untuk membolehkan kita untuk mendapatkan sepenuhnya proses-proses dari segi undang-undang untuk membolehkan perbicaraan, action to be taken di mana saya telah menyatakan tadi, keluarga tertuduh boleh melantik peguam yang lain.

You are right, you kata kalau dia tidak ada, bagaimana counsel itu hendak tahu apa lagi selanjutnya cerita. Tetapi, inilah yang kita paling takut. Masalah yang kita hadapi sekarang ini adalah ada pula pihak yang, dengan izin, abused the process. Dia keluar, selepas itu ada- tadi Yang Berhormat Subang katakan kita ada extradition process, macam- macam, tetapi ia tidak semudah yang mana seperti yang dikatakan Yang Berhormat sekalian.

Jadi sebab itu kita perlu ada enabling provision, Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat masih tidak bersetuju dengan provision ini, Yang Berhormat, saya akan ambil kira tetapi Yang Berhormat Alor Setar tadi kata kita tidak boleh luluskan dahulu selepas itu kita hendak ubah, tetapi inilah pendirian setakat ini. Dan dengan alasan-alasan yang telah kita beri sama ada diterima kah tidak, itu kita tidak dapat hendak menyatakan semua, we cannot please everyone, dengan izin, Yang Berhormat, kerana kita ada sebab-sebab yang tertentu untuk memastikan segala prosedurnya kita ambil kira dan ianya memihak kepada keadilan bukan hanya kepada orang kena tuduh tetapi juga kepada mangsanya.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ada dua orang bangun, Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ya, terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Okey, Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 12:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Saya mengambil kira pandangan beberapa orang rakan tadi terutama Yang Berhormat Subang yang bertanya, dengan izin, what do you want to achieve with this amendment?

Sebelum itu, saya prihatin apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri bahawa reference ataupun perbincangan telah pun dibuat di peringkat drafting rang undang-undang ini termasuk menjemput Ahli Parlimen Pembangkang atau wakil-wakil pembangkang dan despite the consultation itu, rang undang-undang ini masih diterbitkan, dibawa ke Dewan ini dengan beberapa perkara yang akhirnya, ataupun pada ketika ini, ditarik balik. Seperti contohnya, fasal 15 ini. Ertinya, ia masih di dalam perkiraan belum sempurna kerana fasal 15 ini kalau dari segi jumlah helaiannya, lebih daripada separuh rang undang-undang ini.

Boleh kita tarik balik kerana memikirkan di sana ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki.

Begitu juga pandangan saya mewakili kawan-kawan yang lain, fasal 16 ini juga hari ini atau dua, tiga hari yang sebelum ini, kita telah pertikaikan dengan hujah bahawa sebab ataupun kewujudannya tidak membantu apa-apa. Orang yang lari daripada perbicaraan selepas dituduh melalui proses perbicaraan tanpa hadir. Peguam boleh hadir, peguam yang mungkin tidak dilantik boleh hadir. Atas kapasiti apa, atas minat apa beliau hadir? Kita tidak tahu.

final • 12:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Kemungkinan di peringkat pendakwaan, yang dituduh didapati bersalah, ada prima facie contohnya, tetapi proses untuk pihak tertuduh tidak dapat dilakukan. Jadi kita tidak akan dapat satu perbicaraan yang terbuka, yang telus, yang boleh membawa segala jenis pertuduhan dan juga pembelaan.

Jadi apa yang kita hendak tunjuk kepada masyarakat kalau dia didapati bersalah kerana dia tidak hadir? Bahawa kita strict dengan undang-undang bahawa kita tidak menerima orang yang abscond daripada mahkamah sedangkan perbicaraan itu tidak sempurna. Tidak ada pembelaan misalnya.

Jadi akhirnya, hukuman tidak dapat juga dilaksanakan, hanya atas kertas yang diputuskan oleh mahkamah. Kalau ini untuk menakut-nakutkan orang lain supaya tidak berlaku sedemikian, ianya tidak memberikan gambaran yang sebenar kerana perjalanan itu sendiri tidak menerbitkan keadilan yang sempurna untuk kes ini.

Jadi saya mengandaikan bahawa, seperti juga fasal 15, fasal 16 ini juga pihak kerajaan boleh berlapang dada membuat penangguhan supaya diperhalusi dan akhirnya kalau mengikut pandangan kita, ia ditarik balik. Tidak ada apa yang perlu dimalukan dalam hal ini kerana walaupun Yang Berhormat Menteri kata sudah dua tahun, kalau dua tahun ini hasilnya dengan fasal 15 ditarik balik, saya rasa fasal 16 ditarik balik pun tidak menjadi satu perkara yang berat kepada pihak kerajaan memandangkan hujah-hujah yang telah dibawa tadi meyakinkan kita bahawa pindaan seksyen 425A ini sangat-sangat detrimental, dengan izin, kepada justice. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Puah Hajah Nancy bin Shukri: Biar saya jawab dulu Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya rasa Yang Berhormat Kuala Krai tadi mengatakan peguam yang tidak dilantik. Saya hendak betulkan, ini peguam dilantik tahu dan saya hendak balik kepada prosedur ini di mana 425A(1) dan

(2) ini, yang (2) terutama sekali ya a court may proceed or continue with a trial and pronounce judgement in the absence of the accused provided that the court shall not pass any of the following sentences. Sebenarnya kuasa itu kepada mahkamah sudah dan berbalik kepada apa yang dikata Yang Berhormat Subang, what are we trying to achieve dengan pindaan ini. Kita telah menyatakan sebab apa kita mengadakan pindaan ini kerana ada sebabnya di mana ada kes-kes yang tertentu.

Jadi ia tidaklah sewenang-wenangnya untuk semua kes, untuk mana-mana kes tetapi dengan pertimbangan oleh mahkamah maka keputusan akan dibuat. Sebab kita memerlukan undang-undang ini adalah di antara provision yang untuk mengisi, dengan izin, kalau ada vacuum, kalau ada masalah di mana kita hadapi dari segi perundangan untuk kita mengimplementasikan sesuatu, maka we have a provision in the law dengan izin untuk membantu kita menangani masalah, satu-satu masalah.

Jadi ianya adalah di situ. Bukan untuk kita menyalahi mana-mana peraturan dan berbalik kepada perbincangan kami, tidak semestinya apa yang dikomen itu perlu diambil kira semua sebab pihak kerajaan pun telah menimbangkan beberapa banyak perkara untuk kita achieve, dengan izin, untuk kita sampai kepada satu tahap di mana satu pindaan itu diperlukan dan dipersetujui.

Jadi tidak bermakna kita, apabila pihak pembangkang mengatakan ini ada kelemahannya, bermakna kesemua undang-undang itu lemah. Sebab ada sebab tertentu yang kita mengadakannya. Jadi sebab apa ditanya kepada saya, saya sudah bagi, jawapan sudah dibagi. Jadi kalau tidak dipersetujui, itu saya tidak dapat hendak mengatakan you have to agree with me, dengan izin. Saya minta supaya kita dapat teruskan. Okey, the last one is Yang Berhormat Beruas, so that I can proceed with the other question ya. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon kepada pihak kerajaan untuk melihat dari satu lagi sudut tentang kes perbicaraan tertuduh accused of trial in absentia. Yang ingin saya hendak bawa kepada perhatian pihak kerajaan ialah kalau kita teruskan dengan cara perbicaraan ini, ia juga akan membawa, dengan izin, it will bring this repute to the court.

final • 12:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Maksudnya kalau mahkamah memberi satu perintah tetapi ia tidak boleh dilaksanakan, orang akan mengatakan apa guna pergi mahkamah, apa gunanya perbicaraan. Sebenarnya perbicaraan in absentia ini tidak menolong pihak pengadu atau the victim in the case. Mereka akan marah kerana menyusahkan mereka. Mereka terpaksa datang ke mahkamah, beri keterangan, membuang masa dan terpaksa memberhentikan kerja harian mereka untuk datang ke mahkamah untuk perbicaraan.

Mereka akan bertanya kepada pihak pendakwa apa, adakah ini proses sia-sia saja. Kalau boleh selepas penghakiman dibuat, ia tidak boleh dilaksanakan. Jadi so it is we call bringing more inconvenience to the family members ataupun victim. Yang penting ialah yang hendak ingatkan pihak kerajaan bahawa dalam prosiding jenayah, there is no time bar. Tidak ada had masa untuk mendakwa penjenayah ini dan undang-undang yang sedia ada boleh menolong memastikan mereka ini tidak larikan diri dan kita ada sekarang budi bicara mahkamah sama ada untuk diberi jamin ataupun given bail or not. Kalau itu satu kes yang serius, mahkamah boleh menggunakan budi bicara tidak membenarkan bail dan juga orang yang melarikan diri serta tuduhan tambahan akan didakwa kalau beliau ditangkap semula.

So, absconding is another offence. Jadi ada cara ataupun naikkan bail untuk sesuatu jenis kes yang kita rasa yang tertuduh itu akan larikan diri atau tidak sama sekali membenarkan bail. Jadi saya harap tidak membawa frustration to the family, bringing this repute to the court. Just like a law if not implemented as this repute, people no longer respect law then so court order. Ini sia-sia saja. Minta kerajaan kalau boleh peruntukan ini ditarik balik juga. Thank you, terima kasih.

Puah Hajah Nancy bin Shukri:Terima kasih Yang Berhormat. Saya telah menjelaskan dengan panjang lebar sebab apa kita katakan tadi apa guna mangsa bawa kes ke mahkamah sekiranya OKT lari kan. Jadi kita beri peluang ini kepada mangsa juga sebab kita tidak mahu sebab perbincangan kita lebih mementingkan kepada orang yang kena tuduh dan Yang Berhormat betul mengatakan oh, banyak prosedur yang lain yang boleh digunakan. Akan tetapi, ada juga yang kita dapati bahawa kita tidak dapat melaksanakan apa yang kita kehendaki kerana ada kekurangan dari segi perundangannya dan kalau dia lari di dalam negara agak senang. Kalau dia lari di luar negara, kita katakan okey dia abscond lepas itu kita boleh charge lagi because it’s another offence dengan izin.

Betul it’s another offence. Akan tetapi as you said, you are right, you kata dalam jenayah dia tidak ada time limit untuk menuduhnya. Dalam masa itu juga untuk menunggu untuk to charge, dengan izin, orang itu, si tertuduh itu, dia sudah abscond, yang menjadi mangsa di negara ini yang menunggu ini lagi marah kepada kerajaan. Apa tidak ada lagi perundangan kah apa untuk mengambil untuk mengisi kelompongan ataupun mengatasi kelompongan undang-undang, proses undang-undang tersebut. Itulah sebabnya kita adakan ini. So, terima kasih banyak- banyak 425 (a). Saya sudah jelaskan dengan panjang lebar, saya teruskan dari Yang Berhormat Bukit Gelugor juga. Tuan Yang di-Pertua di mana Yang Berhormat Bukit Gelugor telah mendakwa bahawa terdapat amalan tangkapan berantai atau dengan izin chained arrest iaitu permohonan reman akan dilakukan di balai polis yang lain sebaik sahaja tahanan reman asal tamat.

Saya ingin tegaskan bahawa dalam setiap permohonan reman, ia tidak dilaksanakan sewenang-wenangnya. Bagi kes seperti yang didakwa oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor, ia boleh berlaku ketika siasatan awal dijalankan ada menunjukkan terdapat alasan yang munasabah suspek juga terlibat dalam kes lain di daerah atau negeri lain yang melibatkan mangsa dan saksi-saksi yang berbeza. Selain itu ia juga melibatkan laporan polis yang turut dibuat oleh mangsa berbeza di daerah atau negeri lain. Oleh itu penyiasatan perlu dibuat dan tahanan reman lanjut adalah perlu untuk mengelakkan suspek melupuskan barang kes, mengganggu mangsa atau saksi dan membolehkan pengecaman tertuduh dilakukan oleh mangsa atau saksi kes bagi laporan polis yang berbeza.

Seterusnya Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 12:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat yang saya sebutkan tadi telah menyatakan pendirian mereka yang tidak bersetuju dengan seksyen 173A, dan seksyen 294 iaitu bon berkelakuan baik ataupun bond of good behaviour, dengan izin, tidak terpakai untuk kesalahan-kesalahan serius dan kes-kes di bawah Akta Keganasan Rumah tangga 1994 [Akta 521]. Sekejap ya. Terima kasih.

Untuk makluman pindaan untuk mengecualikan kes-kes serius dan kes-kes di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521] daripada diberikan bon berkelakuan baik selaras dengan niat seksyen 173A, Kanun Tatacara Jenayah itu sendiri yang menyentuh trivial nature of the offence sebelum seksyen 173A boleh terpakai.

final • 12:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Bagi pesalah kanak-kanak perintah yang dibuat adalah mengikut seksyen 91, Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611] dan mahkamah masih berhak membuat perintah untuk meletakkan kanak-kanak di bawah bon berkelakuan baik setelah mengambil kira graviti kesalahan dan faktor umur pesalah kanak-kanak. Sementara itu Yang Berhormat Kota Baharu ingin mengetahui mengapa serious offence dalam seksyen 173A, dan 294 ini tidak ditakrifkan.

Untuk makluman serious offence, dengan izin, telah pun ditakrifkan di bawah seksyen 52B, Kanun Keseksaan [Akta 574] iaitu seksyen kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman penjara bagi tempoh 10 tahun atau lebih.

Terdapat juga dakwaan ini dari Yang Berhormat Bukit Katil ya. Bahawa seksyen 173A ini yang mengecualikan keganasan rumah tangga ini akan menyebabkan pasangan di penjara.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat tidak semua kes keganasan rumah tangga akan berakhir dengan hukuman penjara. Sebagai contoh kesalahan seksyen 323, Kanun Keseksaan adalah kesalahan boleh di kompaun di bawah seksyen 260, Kanun Tatacara Jenayah. Walau bagaimanapun, ini tertakluk kepada persetujuan mangsa. Tujuan pindaan ini ialah supaya kes-kes keganasan rumah tangga diletakkan selari dengan peruntukan seksyen 18A, Akta Keganasan Rumah Tangga iaitu kes-kes keganasan rumah tangga adalah seizable offence, dengan izin, boleh ditangkap tanpa waran.

Seterusnya Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Subang. Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat-Yang Berhormat ini telah mempersoalkan tentang peruntukan seksyen 265A(2) berhubung perbicaraan in camera dengan izin, tanpa kehadiran tertuduh dan peguam bela. Mereka mendakwa bahawa pindaan ini akan melucutkan hak orang kena tuduh ataupun OKT daripada diwakili oleh peguam bela. Dakwaan ini sebenarnya tidak betul. OKT sebenarnya masih boleh diwakili oleh peguam bagi pertuduhan yang dibuat ke atasnya.

Saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat semua bahawa peruntukan sub seksyen 265A(2) ini hanya mengecualikan kehadiran tertuduh dan peguam pada peringkat prosiding inquiry sahaja. Prosiding inquiry tersebut bertujuan untuk menentukan sama ada seseorang saksi itu perlu atau tidak diambil keterangannya menurut seksyen 265A, 265B dan 265C. Sekiranya mahkamah berpuas hati bahawa saksi itu, minta maaf, sekiranya saksi itu wajar diberikan perlindungan OKT dan peguamnya masih berhak untuk menyoal balas saksi ini di bawah sub seksyen 265A(4)(5) semasa prosiding perbicaraan berlangsung.

Sementara itu penggunaan perkataan “shall” dalam subseksyen 265A(2) ini sebenarnya tidak mengambil kuasa budi bicara mahkamah. Ini kerana mahkamah yang tetap akan menentukan sama ada prosedur khas boleh digunakan setelah melihat dan menimbang keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa raya.

final • 12:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri saya hendak tanya berkenaan dengan seksyen 265A(2) yang ditimbulkan tadi berkenaan dengan ketidakhadiran peguam hanya timbul semasa inquiry iaitu inquiry berkenaan sama ada seseorang itu layak untuk dilindungi atau tidak. Itu akan ditentukan oleh mahkamah dan presumably pihak pendakwaan.

final • 12:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Jadi semasa inquiry tersebut hanya dua orang yang obviously satu daripadanya berkepentingan untuk pendakwaan iaitu pendakwa raya akan terlibat dalam proses inquiry.

Jadi hanya mahkamah dan pendakwaan akan terlibat untuk inquirer sama ada seorang saksi itu layak atau tidak. Jadi bagaimanakah tertuduh itu akan tahu sama ada mahkamah telah pun salah arahkan dirinya.

Andai kata mahkamah telah mengambil kira faktor-faktor yang tidak sepatutnya diambil kira dan sebagainya dan oleh itu telah pun misdirected itself dengan izin ataupun salah arahkan dirinya, bagaimanakah tertuduh akan dapat merayu terhadap keputusan yang misdirected tersebut sekiranya beliau ataupun peguamnya tidak dapat hadir semasa proses inquiry tersebut. Sekurang-kurangnya peguamnya mesti hadir di proses inquiry tersebut. Apakah justifikasi? What is justification, dengan izin, all of not allowing council to be present that inquiry process? There is absolutely no justification Yang Berhormat Menteri.

final • 12:30 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Yang Berhormat biar saya habiskan jawapan dia dan I go back sama ada ia ada termasuk dalam sinikah tidak ya.

final • 12:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih.

final • 12:30 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Okey terima kasih. Dalam hal yang sama saya ingat Yang Berhormat Shah Alam telah mendakwa bahawa perbicaraan in camera tanpa kehadiran tertuduh dan peguam belanya akan memudahkan seseorang didapati bersalah.

Ini ada kaitan. Saya ingin tegaskan bahawa dakwaan ini juga tidak benar sama sekali.

Seksyen 265A ini adalah masih tertakluk kepada mahkamah membuat inquiry dan setelah mahkamah berpuas hati terdapatnya keperluan identiti saksi untuk dirahsiakan. Meskipun identiti saksi dirahsiakan kerana ingin melindungi diri daripada terdedah kepada apa-apa ancaman daripada tertuduh. Tertuduh melalui peguam belanya masih berhak mencabar keterangan saksi melalui soal balas.

Identiti saksi masih dalam pengetahuan hakim bicara, trial judge, dengan izin.

Seksyen ini masih memerlukan hakim bicara membuat keputusan saksi ini perlu dilindungi bukan terpakai secara automatik. Oleh yang demikian, dakwaan Yang Berhormat Shah Alam itu tidak benar.

final • 12:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang Berhormat Menteri saya minta maaf just on that score dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan penjelasan Yang Berhormat Menteri berkenaan bahawa council memangnya masih boleh cross examine seorang saksi yang dilindungi. Itu bukan soalan saya, itu bukan point saya. Point saya adalah ini, adakah seseorang yang diberi perlindungan itu, saksi yang diberi perlindungan itu mahkamah akan memberi perlindungan, right? Now sama ada mahkamah menggunakan budi bicaranya dengan baik. If the court misdirect itself and takes into account extraneous material or factors and affords protection on the witness. How does the accused protect- appeal against that flawed decision? Saya percaya Majlis Peguam juga telah pun menghantar satu memorandum Yang Berhormat Menteri pada tahun lepas 2015 yang telah pun membangkitkan perkara ini.

Sekiranya mahkamah membuat satu keputusan yang silap dengan membenarkan seorang saksi itu dilindungi. Ini akan mengakibatkan satu, dengan izin, a fundamental misdirection in the entire trial yang sudah tentunya akan mengakibatkan satu miscarriage of justice. Ini semua ada prosedur yang boleh mengakibatkan miscarriage of justice. Walaupun kita memangnya perlu ingat kepada kepentingan seorang saksi, kita juga tidak boleh lupa kepentingan dan hak-hak seorang tertuduh.

Jadi itulah sebabnya Yang Berhormat Menteri kita merayu kepada kementerian untuk menarik balik peruntukan seperti ini oleh kerana ianya memangnya tidak perlu.

Memandangkan seksyen-seksyen dan peruntukan-peruntukan yang kita sedia ada sekarang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Setiu.

final • 12:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Saya hendak minta penjelasan sedikit. Seksyen 265A(2) ini kalau ditarik balik bermaknanya kesusahan akan timbul, siapa yang hendak menjadi saksi, tidak ada orang yang berani hendak tampil untuk menjadi saksi. Jadi kepentingan 265A(2) ini ia tidak benarkan kehadiran tertuduh dan juga peguam di peringkat inquiry, ini kerana mahkamah yang akan menentukan cara mana dia hendak melindungi saksi ini.

final • 12:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Adakah dengan tidak mendengar suaranya ataupun dengan tidak dilihat mukanya, dua benda yang disebut di bawah 265A(3). Jadi, bermakna kalaulah kita hendak suruh hadir maknanya dia akan cam suara ataupun kenal muka. Jadi sudah jadi satu kekalutan berlaku.

Jadi perkara ini perlu sangat cuma saya rasa boleh cadangan saya. Kita buat macam ini kita tambah sikit caranya apa-apa yang diinquiry tadi, pendapat dalam inquiry keputusannya diserahkan kepada pihak tertuduh ataupun kepada pihak peguam dan kita buat cara macam peraturan dia boleh cross balik melalui written statement kah, whatever lah, apa-apa afidavit kah apa, melalui begitu- caranya.

Begitu juga dengan sebab kalau dilihat yang empat itu the evidence given by the witness under subsection 3 yang setelah ditentukan dan bicara telah dijalankan itu mestilah be given to the accused. Bermakna kalau dia bagi maknanya dia sudah boleh menggunakan statement yang telah diberi itu untuk menyediakan satu soalan balas dengan cara sebab kita hendak melindungi saksi ini. Itu yang penting.

final • 12:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Apa pendapat ? Boleh mencelah, hendak tanya Yang Berhormat Setiu boleh? Tidak boleh ?

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Tidak boleh tanya saya.

final • 12:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Penjelasan, penjelasan.

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Penjelasan Menteri.

final • 12:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Okey, kalau tidak saya bagi pandangan sedikit tentang apa yang Yang Berhormat Setiu katakan tadi.

Isu sama ada seseorang saksi itu hadir atau tidak hadir, sudi atau tidak sudi tidak timbul langsung. Tadi Yang Berhormat Setiu kata kalau tanpa peruntukan ini siapa hendak jadi saksi kerana pada masa sekarang undang-undang yang sedia ada setiap orang yang disapina diminta untuk datang ke mahkamah mesti datang. Isunya ialah bagaimana hendak lindungi mereka. Jadi isu untuk memastikan hendak jadi saksi atau tidak itu tidak timbul mereka mesti datang. Itu sahaja penjelasan, terima kasih.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih, untuk semua Yang Berhormat yang telah memberi pandangan. Pertama tadi Yang Berhormat Bukit Gelugor menyatakan ini adalah ketidakadilan yang dilakukan kepada OKT.

Sebenarnya kalau kita hendak katakan tidak melakukan keadilan, kita hanya memikir kepada OKT kita tidak memikir kepada si mangsa. Oleh sebab itu, perlu adanya pindaan ini untuk membolehkan kita mengambil kira saksi, orang yang akan digunakan sebagai saksi perlu diberi perlindungan dan ia hanya di tahap inquiry sahaja dan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Setiu tadi betul ada orang yang takut hendak jadi saksi dan saya hendak nyatakan di sini kalau dikatakan ia tidak melakukan keadilan, tertuduh dan peguam boleh lagi, dengan izin, cross examine dalam perbicaraan sebab itu tadi adalah proses yang melibatkan inquiry sahaja tadi.

Jadi berhubung keputusan sekiranya ada misdirection undang-undang ini tidak menghalang semakan kehakiman ataupun revision dibuat. Mungkin untuk keterangan lanjut kita perlu highlight di sini, dengan izin, mengapa saksi memerlukan perlindungan. Terdapat kes-kes di mana apabila pernyataan saksi di bawah seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah yang direkodkan. Saksi telah memberi keterangan mengenai penglibatan tertuduh dalam sesuatu jenayah atau kesalahan akan tetapi apabila mereka hadir ke mahkamah sebagai saksi mereka kemudiannya memberi keterangan bahawa mereka tidak ingat salah satu daripadanya dan tidak mahu, dengan izin, refresh memory dengan merujuk kepada penyataan 112 nya.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Ada juga terdapat beberapa kes contohnya kes-kes yang melibatkan sindiket pelacuran misalnya. Saksi-saksi yang terlibat terdiri daripada kalangan mangsa pelacuran itu sendiri dan kebanyakan kes tidak dapat diteruskan untuk menuduh mereka yang menjadi dalang dalam kes pelacuran ini kerana mangsa pelacuran enggan tampil memberikan keterangan kerana takut akan keselamatan dirinya dan keluarganya maka peruntukan seperti seksyen 265 A,B dan C adalah perlu bagi melindungi saksi-saksi seperti ini.

Saya teruskan lagi dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor juga dan Yang Berhormat Shah Alam. Tuan Yang di-Pertua, terdapat juga pendapat bahawa Seksyen 399B yang dicadangkan adalah bertentangan dengan prinsip undang-undang kerana mahkamah dipaksa untuk menerima keterangan pakar. Peruntukan ini juga didakwa bercanggah dengan seksyen 44, Akta Keterangan 1950 iaitu Akta 56. Sebelum memberikan pengulasan lanjut saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat kepada kertas pindaan yang dicadangkan ke atas seksyen 399B ini, pindaan yang akan dicadangkan akan menukar perkataan, dengan izin, conclusive proof kepada prima facie proof, dengan izin.

Berbalik kepada dakwaan bahawa seksyen 399B ini menarik kuasa bicara mahkamah. Ia adalah tidak benar kerana peruntukan seksyen 399B ini hanya menyatakan bahawa mahkamah mesti menerima keterangan pakar di tahap prima facie sahaja dan OKT masih boleh mencabar keterangan tersebut sama ada mencabar kepakarannya atau mencabar keterangan saksi pakar ini dengan memanggil saksi pakar yang lain.

Yang Berhormat Pokok Sena pula, Tuan Yang di-Pertua, ketika berbahas fasal 3, seksyen 13 bertanyakan sejauh manakah maklumat diberikan akan diambil tindakan oleh Peguam Negara.

Untuk makluman, maklumat yang diberikan akan disiasat oleh pihak penguat kuasa sebelum apa-apa arahan diberikan oleh Peguam Negara. Obligasi Peguam Negara adalah untuk memastikan sama ada wujud keterangan yang mencukupi untuk membuat pertuduhan. Selain itu bagi sesetengah kesalahan yang tidak boleh tangkap ataupun non- seizable offence, dengan izin, sebelum penguat kuasa melaksanakan siasatan keizinan daripada pendakwa raya atau Peguam Negara perlu diperoleh terlebih dahulu.

Berhubung isu yang sama Yang Berhormat Pokok Sena juga ingin mengetahui sejauh manakah perlindungan diberikan kepada orang yang memberikan maklumat?

Untuk makluman, pemberi maklumat dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711]. Setiap maklumat yang diadukan oleh pengadu akan disiasat terlebih dahulu oleh pihak penguat kuasa yang berkenaan. Dalam hal ini seorang yang hendak menjadi pemberi maklumat hendaklah memenuhi keperluan di bawah seksyen 6, Akta 711 ini iaitu sebarang pendedahan berkaitan maklumat salah laku hendaklah dibuat terus kepada agensi penguatkuasaan yang melaksanakan akta ini. Bahagian III, klausa 7(1)...

final • 12:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

I finish the paragraph first.

final • 12:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Baik.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Bahagian III, klausa 7(1) akta ini turut memperuntukkan bahawa seorang pemberi maklumat diberikan perlindungan merangkumi perlindungan maklumat sulit seperti identiti, perlindungan daripada tindakan sivil dan jenayah akibat pendedahan yang dibuatnya serta turut dilindungi daripada dikenakan tindakan yang memudaratkan dirinya serta mana-mana orang yang mempunyai hubungan dengannya.

final • 12:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan Seksyen 399B yang ditimbulkan tadi iaitu berkenaan dengan pakar ataupun keterangan pakar di dalam kes-kes organized criminal group, dengan izin, seperti yang dinyatakan dalam seksyen tersebut.

final • 12:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi adalah bahawa ini adalah tidak memprejudiskan kepada tertuduh oleh kerana hakim perlu menerimanya sebagai prima facie evidence sahaja. Jadi ini merupakan satu pengakuan bahawa hakim mesti menerima satu laporan pakar walaupun pada tahap prima facie.

final • 12:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ini bukannya undang-undang seperti mana di dalam Evidence Act. Evidence Act membenarkan hakim untuk tolak seorang pakar sekiranya pada mana-mana tahap. Jadi, sudah tentunya ini juga bercanggah dengan Evidence Act dan Criminal Procedure Code itu tidak boleh mengatasi satu legislation. Jadi, ini merupakan satu peruntukan yang tidak boleh overwrite the Evidence Act. So, kenapakah kita membuat satu pindaan dengan pengetahuan bahawa ia memangnya bercanggah dengan Evidence Act? Kalau kita pergi terus kepada apa yang dinyatakan seterusnya dalam pindaan tersebut, boleh izinkan saya untuk baca Tuan Yang di-Pertua seksyen 399B(2)(a),(b),(c),(d) dan seterusnya dengan izin dalam bahasa English, “the Court shall presume that the accused is a member of an organized criminal group”. Jadi, mahkamah mesti membuat andaian bahawa sesuatu tertuduh itu ialah seorang ahli organized criminal group sekiranya laporan pakar itu diterima ataupun keterangan pakar itu diterima. Itu mengikat tangan mahkamah lagi.

Why are we tying ‘the hands’ of the Court when the Evidence Act has given ample powers to the Court since 1950? The Evidence Act is from 1950. We have not had problem in the field of expert evidence since 1950. What is the agency or what is the purpose of passing an amendment like this? Sudah tentunya ia tidak perlu Yang Berhormat Menteri.

Jadi, itu saya merayu sekali lagi agar pindaan tersebut ditarik balik. Ini adalah jelasnya bercanggah dengan Evidence Act. Ia tidak boleh dilaksanakan. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Yang Berhormat, pada mulanya memang it was written there as a conclusive proof, dengan izin. Sebab itu dipinda kepada prima facie case. Jadi, sebab itu sebenarnya ini adalah untuk membolehkan - I go back to the section ini tadi ya. Sekejap Yang Berhormat. Saya kena cari balik what I have read just now. Minta maaf.

Okey, di sini, sebab itu kita punya alasan di sini ialah kita membuat pindaan ini berdasarkan kepada apa yang telah dimaklumkan kepada kita sebelum ini dan kita menerima bahawa kita tidak dapat menggunakan perkataan ‘conclusive proof’. Jadi, berbalik kepada dakwaan tadi, saya menyatakan di sini bahawa mahkamah mesti menerima keterangan pakar di tahap prima facie sahaja supaya OKT boleh mencabar. Ini adalah daripada segi demokratik, daripada segi natural justicenya diberi peluang kepada OKT untuk mencabar keterangan tersebut yang mana kalau OKT rasa keterangan yang dikemukakan oleh pakar tidak dipersetujui.

Jadi, sebelum itu ialah conclusive proof. Akan tetapi sekarang ini, ia hanya prima facie supaya ia memberi peluang kepada OKT untuk mencabar apa yang telah dikemukakan oleh pakar. Apa yang dikatakan oleh pakar tidak semestinya dipersetujui oleh pihak OKT.

Yang Berhormat, terima kasih. Saya teruskan kepada- ada yang baru ini. Just to enhance jawapan tadi kepada Yang Berhormat. Okey, berbalik kepada 399B tadi Yang Berhormat ya. 399B(2) “If evidence is proved that the accused- (a), (b), (c), (d). “A Court shall presume that the accused is a member of an organized criminal group”. Sebenarnya mahkamah hanya akan terima keterangan sekiranya dibuktikan semua (a), (b), (c), (d) tadi.

But even then it is not conclusive proof.

final • 12:50 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

I apologize. Can I just on that score? Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyatakan (2) (a), (b), (c), (d) kena membuktikan semua kategori tersebut. Bukan membuktikan kesemua. Satu sahaja. That makes it even worse. Tadi, kenyataan Yang Berhormat Menteri seperti semua (a), (b), (c),

(d) mesti dipenuhi ataupun dibuktikan sebelum seksyen ini boleh diguna pakai. Itu bukannya tepat. Hanya satu sahaja sudah cukup oleh kerana perkataan “all”, digunakan.

final • 12:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Ya, one. At least satu sahaja. Okey, terima kasih. Seterusnya, kepada soalan Yang Berhormat Beruas. Oh! Ini bukan sebenarnya soalan. Actually it is really pandangan ataupun cadangan oleh Yang Berhormat Beruas.

final • 12:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Tuan Yang di-Pertua, terdapat cadangan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat untuk membatalkan pindaan Jadual Pertama iaitu fasal 18 dalam rang undang-undang ini.

Beliau mencadangkan untuk kesalahan di bawah seksyen 124B hingga 124E Kanun Keseksaan. Ini tidak ada kena mengena dengan ini. Kita ambil perhatian dalam hal ini.

Begitu juga dengan pindaan kepada Jadual Kanun Tatacara Jenayah yang dibangkitkan daripada pindaan Kanun Keseksaan pada tahun 2012, dengan izin. Kita ambil kira apa yang telah dicadangkan kepada kita. Banyak ada komen-komen yang telah diberi kepada kita. Kita mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. This is the way to go, dengan izin. Kita akan teruskan selagi saya menjadi Menteri yang bertanggungjawab. Kita akan teruskan perbincangan membawa bersama rakan-rakan dari mana-mana yang menjadi stakeholders dalam undang-undang berkaitan dengan kementerian terutama sekali yang saya where it is under my jurisdiction, dengan izin.

Saya mengharapkan kita dapat memperbaiki lagi walaupun pada masa ini pun memang banyak komen. Kita ambil kira dan saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih from the bottom of my heart, dengan izin semua saya amat menghargai komen- komen ini dan saya berjanji dengan Yang Berhormat Subang tadi I will fulfill my promise tadi pasal the two laws tadi. Insya-Allah, saya akan berbincang dengan pegawai. Pada masa akan datang kita akan teruskan cara yang paling baik untuk kita meneruskan, memperbaiki undang-undang dalam negara kita yang berkaitan dengan apa yang saya lakukan. Jadi, saya mengucapkan terima kasih kepada semua.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalah ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 7 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]

final • 12:50 PM

Fasal 8 - Pindaan]- Tuan Pengerus

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 12:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan fasal 8 rang undang-undang dipinda dengan memotong fasal 8. Fasal 8 rang undang-undang dipotong untuk mengekalkan kuasa budi bicara mahkamah dalam penghukuman.

final • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas.

[Tiada perbahasan]

final • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kertas Pindaan hendaklah dipersetujukan.

[Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

final • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

[Fasal 8 sebagaimana yang dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

final • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli Yang Berhormat, kita sambung petang nanti.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula]

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30 petang ini.

final • 1:00 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said] ) mempengerusikan Mesyuarat] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said] ) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal 9 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang]

final • 2:30 PM

Fasal-fasal 10, 11 dan 12 - Pindaan] - Puan Hajah Nancy binti Shukr

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan fasal 10 rang undang-undang dipinda dengan subseksyen 399B(1) yang dicadangkan dengan menggantikan perkataan, dengan izin, “conclusive proof” dengan perkataan, dengan izin, “prima facie proof”. Fasal 10 rang undang-undang ini dipinda untuk memperuntukkan bahawa mana- mana keterangan atau laporan yang diberikan oleh seorang pakar berkenaan dengan aktiviti, struktur, amalan, upacara tandatangan, insignia, ciri-ciri atau apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan sesuatu kumpulan jenayah terancang di bawah subseksyen 399B(1) yang dicadangkan hendaklah diterima sebagai bukti prima facie dan bukan sebagai bukti conclusive. Seterusnya, saya mohon mencadangkan rang undang-undang dipinda dengan menggantikan fasal 11 dengan fasal yang berikut.

“Pindaan Seksyen 402B. Subseksyen 402B(1), kod kanun dipinda dengan memotong perkataan dengan izin, “With the consent of the parties to the proceeding and…” Pindaan kepada fasal 11 rang undang-undang bertujuan untuk memperuntukkan bahawa di bawah seksyen 402B kanun, mana-mana pihak dalam suatu perbicaraan jenayah tidak dikehendaki untuk mendapatkan izin pihak lain sebelum mengemukakan apa- apa keterangan.

Di samping itu saya juga mohon mencadangkan fasal 12 rang undang-undang dipinda dalam seksyen 407B yang dicadangkan;

(a) dalam nota bahu dengan menggantikan perkataan, dengan izin, “or cannot be traced”, dengan perkataan, dengan izin, “or concealed”; dan

(b) dengan menggantikan perkataan, dengan izin, “or cannot be traced”, dengan perkataan, dengan izin, “or concealed by the accused or any person on his behalf”.

final • 2:30 PM

Fasal-fasal 10, 11 dan 12 - Pindaan] - Puan Hajah Nancy binti Shukr

Fasal 12 rang undang-undang dipinda untuk menjelaskan bahawa di bawah seksyen 407B yang dicadangkan, tertuduh dikehendaki untuk membayar penalti jika harta yang dirampas telah dilupuskan atau disembunyikan oleh tertuduh atau mana-mana orang lain bagi pihak tertuduh.

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah dibentangkan sekarang terbuka untuk dibahas. Ada hendak bahas? Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 2:30 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih. Saya ingin menyentuh mengenai pindaan kepada perkara 10 yang telah dikemukakan oleh pihak Yang Berhormat Menteri.

Kita masih lagi berpandangan bahawa keseluruhan 399B itu sepatutnya ditiadakan ataupun dikaji semula terutamanya ia kalau asalnya conclusive proof ditukar kepada prima facie proof, kita masih lagi inginkan penjelasan apakah paras ataupun level expertness nya seseorang yang kita anggap sebagai expert dalam hal ini. Ini kerana, saya rasa ia tidak boleh diukur dengan satu parameter quantifiable daripada segi kelulusan ataupun kelayakan dan seterusnya apabila kita melihat dikaitkan dengan kurungan dua itu, ada empat perkara itu, ini sangat-sangat rasanya tidak memerlukan satu kepakaran yang tinggi.

Sesiapa sahaja yang ada pengalaman sedikit sebanyak boleh dianggap sebagai pakar.

Akan tetapi kalau ini berlaku, maka saya rasa evidence yang diberikan oleh pakar ini mungkin agak cetek dan tidak boleh diterima sampai ke peringkat prima facie kes ini.

Selain daripada itu, sekali lagi kalau boleh di peringkat Jawatankuasa ini, saya minta Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan di bahagian dua itu sama ada keempat-empat perlu disatisfiedkan sebelum ia dianggap sebagai bukti pakar ataupun hanya satu sahaja kerana kalau satu sahaja, terlalu mudah untuk menjadi pakar.

Contohnya, exhibit any hand sign. Kalau kita tengok sesetengah orang apabila kita buat handshake ya, Yang Berhormat Menteri, salam ya, dia ada gerak-gerakkan jari contohnya.

Dia kait kita punya palm ataupun tapak tangan.

final • 2:37 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ada orang beranggapan itu satu isyarat bagi satu-satu kumpulan tertentu, mungkin underground atau kongsi gelap. Jadi, apabila kita banyak bertemu orang yang membuat salam atau handshake sedemikian, maka di manakah nilai ia sebagai satu bukti kepakaran? Itu sahaja. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

[Bangun]

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Setiu. Lepas itu Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 2:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya cuma nak jelaskan bahawa sebenarnya pindaan-pindaan yang dibuat ini sebenarnya bukan hanya datang daripada pihak sebelah sana. Sebenarnya sebelah kita juga, kita concern dengan benda ini. Makna, pada perbahasan tempoh hari, pihak saya juga mengambil bahagian terutama pada seksyen 282 dan juga 407B. Perkara ini telah saya bahaskan dan terdapat dalam Hansard. Jadi, tidak perlu saya ulang balik. Jadi, hanya untuk mengatakan bahawa pindaan ini adalah bertepatan dengan cadangan yang saya buat tempoh hari. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bukit Gelugor. Lepas itu, Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 2:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih.

Berkenaan dengan pindaan kepada fasal 10. Yang Berhormat Menteri, saya seperti yang

final • 2:41 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

telah pun dibahaskan tadi pada peringkat dasar berkenaan dengan peruntukan ataupun pindaan kepada seksyen 399B, our concern, dengan izin, adalah bahawa ini merupakan satu peruntukan yang mengeluarkan atau, dengan izin, remove the power of the court ataupun discretion ataupun budi bicara mahkamah dalam menerima satu keterangan pakar ataupun laporan pakar.

Seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kuala Krai tadi, kita ada di subseksyen 2, empat kategori di mana seorang itu boleh dianggap sebagai seorang pakar.

Seperti yang secara betulnya dikatakan oleh Yang Berhormat Kuala Krai tadi, adalah terlalu mudah kalau hanya satu kategori sahaja beliau boleh jadi pakar.

Kami, seperti yang telah dikatakan tadi, membantah kepada keseluruhan seksyen tersebut dan memohon agar ia ditarik balik. Akan tetapi, sekiranya perkataan “shall” itu di subseksyen 399B subseksyen 1 digantikan dengan perkataan, “may”, itu akan kekalkan budi bicara di mahkamah. In other words, the court will have the discretion whether or not to accept the evidence of an expert, dengan izin.

Ini kerana Yang Berhormat Menteri, kalau kita ingat apa yang terjumlah kepada seorang expert di subseksyen 2(a) hingga (d), ini bukannya qualification yang kita perlu dapat dari universiti atau daripada degree atau sebagainya. Ini adalah qualification any law person might have such qualifications, dengan izin. Jadi, ini terlalu senang untuk seseorang ini qualify sebagai seorang pakar. Sekiranya kalau kita terima pindaan ini, kalau seseorang itu diqualify sebagai seorang pakar, maka mahkamah mesti terima keterangannya di peringkat prima facie. Itu sudah tentunya sudah keterlaluan, Yang Berhormat Menteri.

Kalau kita menggantikan perkataan “shall” tersebut kepada “may”, at least that word would maintain the discretion of the court, dengan izin.

final • 2:41 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 2:41 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih kepada Yang Berhormat semua yang telah mengajukan komen masing-masing.

Saya berbalik kepada seksyen ini lagi. Kalau kita lihat, memang kita telah hujahkan dari awal tadi. Yang Berhormat, kita pindakan ini sebab mula-mula kita tidak mahu yang conclusive proof itu dan kita pinda kepada prima facie dengan tujuan supaya peluang itu ada diberi untuk mahkamah mengambil kira dan ia dijadikan satu kemestian untuk mengambil evidences ini sekiranya- kalau kita lihat tadi kalau saya rujuk kepada apa yang kita maksudkan dengan expert tadi, Yang Berhormat, Yang Berhormat Bukit Gelugor sendiri menyatakan expert tidak semestinya mempunyai sijil. Akan tetapi, expert boleh berdasarkan pengalaman dan tertakluk kepada mahkamah untuk terima jika beliau seorang expert. Jadi, mahkamah pula yang akan menentukan sama ada boleh terima atau tidak.

Saya rujuk lagi kepada seksyen 399B(2) ini. Hanya satu sahaja yang perlu dibuktikan. Sebab itu perkataan “or”. Jadi pelantikan dibuat berdasarkan kepada pengalaman mereka yang pernah berkhidmat di dalam, misalnya kalau polis, di dalam Cawangan D7 sebagai pegawai penangkap, pegawai penyiasat dan pegawai yang menjalankan risikan khusus berkaitan dengan apa yang mereka telah lalui khusus berkaitan dengan kongsi gelap dihadiri mereka. Keterangan adalah disifatkan sebagai expert evidence dan dia punya graviti atau weight untuk evidence itu akan ditentukan oleh mahkamah. Jadi, sebab itu ini diperlukan.

Kalau dikira kita hendak tukar kepada “may”, ia lagi memberi kelonggaran seolah- olah tidak memerlukan keputusan mahkamah. Of course, it is ‘may’ there. Jadi kalau ia “shall” di situ, sekurang-kurangnya diambil berat padahal bukannya menjadi satu conclusive proof. Itu pandangan kita, Yang Berhormat ya. Terima kasih.

final • 2:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kertas Pindaan hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

final • 2:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

[Fasal-fasal 10, 11 dan 12 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Fasal-fasal 13 dan 14 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]

final • 2:44 PM

Fasal 15 - Pindaan] - Tuan Pengerus

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 2:44 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mohon mencadangkan rang undang-undang dipinda dengan memotong fasal 15.

Fasal 15 rang undang-undang dipotong untuk membolehkan mana-mana pelucuthakan harta berhubung dengan kumpulan jenayah terancang dibuat menurut undang-undang sedia ada.

final • 2:48 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah dibentangkan sekarang terbuka untuk dibahas.

Sila Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 2:48 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bukan ingin membahaskan perkara ini sebab ia dibuang. Cuma, saya melihat ada effort yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk asalnya memasukkan fasal 15 ini dengan panjang lebar dengan pelbagai provision yang ada. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, mengapakah ia ditarik balik dan mengapa asalnya ia dimasukkan? Terma kasih.

final • 2:48 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Menteri, kalau ada jawapan.

final • 2:48 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Saya kena ingat balik semula. Sebenarnya itu sudah kita bincangkan dan sebab itu kita tarik balik. Sebab ia dikatakan tidak efektif dari awalnya dan sebab itu kita tarik balik. Kalau kita nak bincang secara detil itu kena...

final • 2:49 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cuma, saya percaya Yang Berhormat Kuala Krai dia nak tahu perbincangan dengan siapa, itu sahaja.

final • 2:49 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Dia orang pun ada wakilnya. Sebab itu saya berterima kasih kepada- jadi kalau nak detil, kita pergi ke lounge lah nanti. Terima kasih.

final • 2:49 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Fasal 15 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Fasal 16 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

final • 2:49 PM

Fasal 17 - Pindaan] - Puan Hajah Nancy binti Shukr

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mohon mencadangkan rang undang-undang dipinda dengan menggantikan fasal 17 dengan fasal yang berikut:

“Pindaan seksyen 430.

“17. Seksyen 430 kanun dipinda dengan menggantikan perkataan dengan izin, “not exceeding one hundred Ringgit”, dengan perkataan, “not less than one thousand Ringgit, and not more than ten thousand Ringgit.” Fasal 17 rang undang-undang dipinda untuk mengekalkan kuasa mahkamah di bawah seksyen 430 kanun untuk memberikan ganjaran kepada mana-mana orang yang telah menunjukkan keberanian yang luar biasa, usaha atau upaya sehingga tertangkapnya seseorang yang dituduh melakukan, cuba untuk melakukan atau bersubahat untuk melakukan suatu kesalahan yang membawa hukuman mati atau pemenjaraan.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah dibentangkan sekarang terbuka untuk dibahas.

[Tiada perbahasan]

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kertas Pindaan hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Fasal 17 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Fasal-fasal 18 hingga 21 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

final • 2:50 PM
RANG UNDANG-UNDANG KETERANGAN (PINDAAN) 2015 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Puan Hajah Nancy binti Shukri]: Terima

kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Keterangan 1950 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaan kepada Akta Keterangan 1950 ini adalah pindaan berbangkit daripada cadangan pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah yang telah diluluskan di Dewan yang mulia ini sebentar tadi. Pindaan yang dicadangkan kepada Kanun Tatacara Jenayah dibuat dengan memasukkan beberapa peruntukan baharu dan juga meminda beberapa peruntukan sedia ada.

final • 2:50 PM

Salah satu pindaan yang dicadangkan kepada Kanun Tatacara Jenayah adalah dengan memasukkan seksyen baru iaitu 265A untuk menangani isu seseorang saksi yang takut untuk tampil memberi keterangan kerana bimbang akan keselamatan dirinya.

Berikutan dengan cadangan pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah itu, pindaan untuk memasukkan seksyen baru 32A ke dalam Akta Keterangan 1950 adalah suatu pindaan berbangkit berkenaan dengan kebolehterimaan apa-apa keterangan yang diberi di bawah seksyen baru 265A, Kanun Tatacara Jenayah berkaitan dengan saksi yang dilindungi. Secara umumnya, pindaan ini ialah suatu keperluan selaras dengan objektif pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Baru 6B Kanun Keseksaan bagi membanteras jenayah-jenayah berat dan kegiatan jenayah oleh kumpulan penjenayah terancang. Pindaan ini diyakini dapat menangani masalah untuk membawa mana-mana saksi yang enggan tampil memberi keterangan di mahkamah kerana bimbang akan keselamatannya.

Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan.

final • 2:50 PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato' Jailani bin Johari

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Keterangan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

final • 2:50 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua membenarkan saya berbahas atas pindaan kepada Akta Keterangan ini. Ini merupakan satu pindaan yang pendek yang bersusulan daripada pindaan di bawah Kanun Tatacara Jenayah tadi berkenaan dengan admissibility of evidence procured under section 265A of the CPC, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Apa yang perlu ditekankan di sini seperti yang telah pun kami bahas dengan amat mendalam pagi ini dan juga semalam berkenaan dengan seksyen 265 tersebut ialah bahawa ini memberi satu perlindungan kepada saksi-saksi yang tertentu. Banyak sebab telah pun dibangkitkan oleh kami di sebelah sini juga di sebelah sana untuk menyokong dan juga membantah kepada penerimaan saksi-saksi ataupun pemberian perlindungan kepada saksi-saksi tersebut. Walaupun pindaan-pindaan CPC tersebut telah pun diluluskan tetapi itu tidak bermakna bahawa Akta Keterangan perlu menjadi mandatori. Tidak bermakna secara necessarily, does not necessarily as a result mean that such evidence opt to be mandatorily admissible. Itu ialah point saya Yang Berhormat Menteri.

Oleh sebab, kalau kita mengguna pakai perkataan, “shall” sekali lagi, saya membaca di sini, “admissibility of evidence given under section 265A of the Criminal Procedure Code 32A notwithstanding any provision in this act, evidence taken in accordance with section 265A of the Criminal Procedure Code shall be admissible in any criminal proceedings”. Dengan mengguna pakai perkataan, “shall” tersebut mahkamah tidak ada pilihan melainkan untuk menerima keterangan tersebut.

Jadi kalau terdapatnya apa-apa shortcoming berkenaan dengan keterangan tersebut, there are various shortcomings whether it’s hearsay, whether it has been properly tested in cross-examination dan sebagainya, mahkamah tidak ada pilihan untuk menolak keterangan tersebut. Kenapa kita perlu mengikat tangan mahkamah. Itu soalan saya because mahkamah tidak selalunya sepatutnya retain a discretion to admit or not to admit evidence. Walaupun evidence seorang saksi itu dilindungi.

final • 2:57 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Itu secara acara, itu secara procedure but that evidence can be scanned and be rejected. Jadi itulah saya tidak ada apa-apa argument yang lain melainkan ia sepatutnya digantikan ataupun di withdraw, so all together, tetapi at least digantikan dengan perkataan “may”, oleh sebab itu akan mengekalkan budi bicara di tangan mahkamah. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat. Seperti yang kita nyatakan semasa...

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 3:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Belum lagi, perbahasan lagi.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila, sila.

final • 3:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Menteri kita ini aktif lah hari ini. Saya hendak bertanya hendak mendapatkan pandangan daripada Tuan Yang di-Pertua kerana apabila saya membaca new section 32A ini dan merujuk kepada 265A of the CPC, 265A CPC adakah dalam CPC ini- 265A ini?

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sekarang ini bukannya...

final • 3:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Inilah yang kita hendak pinda ini.

final • 3:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ya lah, kita hendak pinda...

final • 3:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Apabila dilulus barulah kita, tadi sudah dilulus, Yang Berhormat, sudah lulus.

final • 3:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ya, itu maksud saya...

final • 3:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Dan ini ikutlah...

final • 3:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Lulus itu, lulus peringkat Dewan...

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Dia biasa rang undang-undang yang ada kaitan apabila diluluskan di peringkat Dewan akan ada susulan untuk kita membuat pindaan pada rang undang-undang yang berkaitan.

final • 3:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Sebab itulah kalau tadi..

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Izinkan saya jelaskan. Kalau kita tunggu setelah Rang Undang-undang CPC ini diluluskan dibentangkan dalam Dewan Negara dan dibawa kepada perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas itu barulah kita hendak pinda Akta Keterangan itu akan memakan masa yang lama. Jadi kita akan buat sekali gus mengenai undang-undang berkaitan. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ya, terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Persoalannya itu, isu masa sahaja ya, masa. Ertinya mungkin sebulan, dua bulan tetapi kalau kita berbahas contohnya kalau kita memakai Akta Ibunya, Akta Ibunya Akta Keterangan ini dan merujuk kepada Criminal Procedure Code (CPC) tentulah pada hari ini akta ibu yang ada itu yang sedang melalui proses pemindaan ada perkara itu lagi. Jadi ertinya ini memang prosedur biasa Dewan ataupun pengecualian-pengecualian.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya biasa, amalan biasa kita lakukan. Sila, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih, saya...

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ada juga Yang Berhormat Beruas. Ya, Yang Berhormat Beruas ada.

final • 3:00 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju dengan apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi tetapi saya hendak tambah dua perkara lagi tentang seksyen yang hendak dipinda kepada Akta Keterangan ini. Di sini selain daripada perkataan, “shall” maksudnya mesti terima perkataan, “Notwithstanding any other provision in this act”. Yang dicadangkan seksyen 32A ini, “notwithstanding any other provision in this act” ini iaitu Akta Keterangan.

“Evidence taken in accordance to section 265A of the CPC shall be admissible in any criminal proceedings”.

final • 3:00 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Pada hemah saya, perkataan, “notwithstanding any other provision” ini haruslah dibatalkan kerana kita tahu di bawah Akta Keterangan ia tertakluk kepada banyak lagi peruntukan. Semua keterangan yang boleh diterima mesti direct, not hearsay, ada section 91, 92 atau mana-mana keterangan di luar daripada documentary evidence, apa yang termaktub dalam dokumen itu override that which is oral. Jadi adakah “notwithstanding any other provision” maksudnya semua peraturan- peraturan mengenai dokumen juga akan diketepikan. Ini merupakan keterangan di bawah seksyen ini merupakan keterangan yang terlemah. Ia boleh kemungkinan besar keterangan palsu diberikan tanpa disoal balas, not unchecked, not cross examined, ini merupakan keterangan yang terlemah sekali dan kita kata shall be admissible semua peraturan- peraturan keterangan lain diketepikan, ini berbahaya.

Satu lagi perkara ialah berkenaan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan, Perkara 8 mengatakan bahawa, “All persons shall be equal before the law entitled to equal protection of the law”. Tuan Yang di-Pertua, dalam mana- mana prosiding jenayah, adakah pihak pendakwa boleh dalam sesuatu kes memilih untuk saksi tidak disoal balas. Maksudnya standard berlainan digunakan terhadap sekumpulan orang yang mungkin pihak pendakwa tidak suka ataupun pihak kerajaan tidak suka kita menggunakan keterangan ini untuk memastikan dia masuk penjara atau dihukum.

Pada kes-kes yang lain kita pilih keterangan yang biasa, dengan izin, can we have two hard of trial. One trial where evidence can be abused under section baru ini 265A ini di mana saksi-sakti tidak boleh identiti tidak boleh diketahui di mana saksi yang tidak reliable untuk menghukum sesuatu orang dan kes lain kita menetapkan mesti ikut peraturan- peraturan Akta Keterangan yang sedia ada.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bukit Gelugor ingin mencelah.

final • 3:00 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi inilah maksud saya, can we- is it constitutional under article 8, kalau article 8 kata, “…entitled to equal protection of the law”. Saya hendak Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 3:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Izinkan saya mencelah. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya just hendak tanya kepada Yang Berhormat Beruas berkenaan apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Beruas. Adakah Yang Berhormat Beruas bersetuju sekiranya pindaan ini dibenarkan. Ini akan menghakiskan the best evidence rule. Oleh sebab ia akan mempunyai efek bahawa best evidence lain seperti dokumen- dokumen yang dilindungi oleh seksyen 91 dan 92 akta yang sama akan diketepikan dan ini akan dijadikan evidence yang di mana seorang saksi yang dilindung itu, will take top priority. Apakah pandangan Yang Berhormat Beruas? Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Saya setuju dengan kekhuatiran yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Kita ada peraturan best evidence rule, kita ada peraturan chain of evidence. Kalau kita gunakan perkataan “notwithstanding”, maksudnya dalam kes-kes jenayah lain kita mesti, dengan izin, show an evidence untuk menunjukkan sesuatu barang itu ada, tidak ada break untuk mengaitkan sesuatu barang dadahkah, weaponkah dengan orang yang dikatakan melakukan jenayah itu.

Adakah dengan notwithstanding any other provision ini semua peruntukan dalam chain of evidence dan lain-lain peruntukan untuk memastikan sesuatu keterangan itu adalah benar. Adakah semua akan diketepikan. Ini sangat-sangat berbahaya. Jadi ini merupakan satu seksyen yang patut kerajaan tarik balik dan harap seksyen yang hendak dipinda kepada Akta Keterangan ini pun tidak akan diluluskan. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 3:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih, Yang Berhormat Beruas dan juga Yang Berhormat Bukit Gelugor. Tadi Yang Berhormat Bukit Gelugor menyentuh mengenai seksyen 32A ini. Kalau kita rujuk kembali kepada seksyen 32A ini, the title itself, dengan izin, “Admissibility of evidence given under section 265A of the Criminal Procedure Code”.

Ia menyentuh mengenai admissibility bukan mengenai weight of evidence, dengan izin. Kuasa itu balik kepada mahkamah. Mahkamah yang akan menilai sama ada diterima atau tidak daripada segi weight dia. We are talking about weight tetapi kalau admissibility itu peluang diberi untuk yang terlibat di dalam perbicaraan untuk mengemukakan dan ianya boleh dipertikaikan apabila di peringkat perbicaraan. Jadi tidak ada isu sama ada orang itu tidak diberi peluang ke tidak dia, apabila sudah diterima itu terus menjadi evidence yang akan diambil kira sebagai that will carry weight to the case itself, bukan ya. Jadi saya harap ini difahamkan.

final • 3:09 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Kalau boleh saya dapat penjelasan, Tuan Yang di-Pertua. Katakan di dalam sesuatu keterangan yang dibentangkan di mahkamah adalah menjadi satu peraturan di bawah seksyen 91, dan 92 Akta Keterangan mengatakan mana- mana perkara yang bercanggah dalam apa-apa dalam sesuatu dokumen itu tidak boleh diterima, is not admissible, katakan. Ini peraturan yang tetap. Any extrinsic evidence cannot be admitted to contradict that which is written. Akan tetapi kalaulah sesuatu keterangan secara oral telah diberikan oleh saksi melalui seksyen 265(a) ini, adakah keterangan secara oral itu mesti diterima hinggakan dokumen yang menunjukkan fakta yang berlainan akan diketepikan, admissibility? So, in a normal rule you cannot allow oral evidence to be admitted, now if the witness come and give oral evidence which contradict a document then here it says shall be admitted. Itu sangat berbahaya.

final • 3:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Boleh saya juga tambah kepada minta penjelasan kepada isu yang sama, Tuan Yang di-Pertua? Kalau diizinkan.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 3:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih.

Berkenaan dengan admissibility Yang Berhormat Menteri, itu bermaksud bahawa keterangan itu boleh diterima. The next step is to determine it’s weight. Kalau ia adalah weight nya boleh ditentukan dan sebagainya tetapi yang pertama sekali kita perlu tentu sama ada ia admissible. Peruntukan ini Yang Berhormat Menteri sudah tentunya akan mengatasi atau mengambil priority terhadap peruntukan-peruntukan lain berkenaan dengan admissibility of certain evidence such as sections 91, and 92 seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Beruas tadi. Sekiranya keterangan itu dilarang Yang Berhormat Menteri misalnya oleh section 91 atau 92, Evidence Act, kenapakah itu diketepikan in favor of seksyen baru ini?

Itu masalahnya.

Section 91, 92 ini saya hanya satu contoh sahaja. It deals with admissibility not weight. So, if we, dengan izin, were to allow this amendment it will override specific provision if with regard to admissibility such as sections 91, and 92. Itulah sebabnya kita meminta agar keseluruhan peruntukan ini ditarik balik. Or at the very least dipinda untuk menolak atau batalkan perkataan, “notwithstanding any other provision” tersebut dan menggantikan perkataan “shall” dengan “may”. Ini akan memberi kelonggaran kepada mahkamah untuk exercise ataupun melaksanakan budi bicaranya. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 3:10 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri adakah Yang Berhormat Menteri setuju bila kita melihat tentang pindaan Rang Undang-undang Akta Keterangan yang telah dibentangkan sebentar tadi.

Bila kita melihat juga tentang Rang Undang-undang CPC yang berkaitan dengan seksyen 265A yang telah diluluskan sebentar tadi.

final • 3:10 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Pindaan ini sangat penting terutamanya untuk menyelaraskan undang-undang berhubung, dengan izin, special provision relating to protected witnesses yang telah dipinda dengan memasukkan seksyen baru kepada seksyen 265A CPC.

Sebagaimana yang telah kita bahaskan semalam, dengan memasukkan seksyen baru ini iaitu seksyen 265A CPC adalah bagi menangani isu saksi yang enggan hadir memberikan keterangan kerana bimbangkan keselamatannya terancam sekiranya identitinya didedahkan. Saya juga melihat dengan adanya pindaan Akta Keterangan ini mungkin daripada segi falsafahnya supaya keterangan saksi itu dibenarkan untuk diambil dengan cara mana mereka tidak akan dilihat atau didengar oleh kedua-dua tertuduh termasuk peguamnya.

Jadi mungkin dari segi apa yang ingin saya nyatakan ini berkaitan dengan kepentingan sebagaimana pindaan seksyen 265A CPC tadi yang telah diluluskan dengan pindaan Akta Keterangan yang ingin kita bahaskan ini. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Sedikit.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Setiu.

final • 3:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Saya tertarik dengan pindaan kepada 32A ini. Dia kita kena ingat bahawa pindaan kepada 32A Akta Keterangan ini adalah berdasarkan kepada satu special provision, satu provision khas untuk yang ditentukan oleh pihak mahkamah cara mana keterangan hendak diberi, itu prosedur.

Jadi kalau tidak ada Akta Keterangan ini, bermaknanya just bagi keterangan.

Setakat bagi keterangan ikut prosedur tetapi apa-apa keterangan itu tidak dinyatakan di bawah mana, boleh diterima ataupun tidak. Jadi saya rasa tidak ada masalah besar sebab ini kepada special provision itu sahaja. Tidak termasuk benda lain.

Kalau berkenaan dengan documentary evidence ataupun keterangan dokumen, dia tertakluk kepada Akta Keterangan yang asal. Dia masih ada lagi keterangan, maknanya kalau hendak kemukakan melalui pembuatnya atau maker jadi masih lagi tertakluk kepada undang-undang yang asal. Ini hanya kepada keterangan yang dinyatakan cara mana hendak diambil. Itu keterangan itu sebab admissible, shall be admissible hendak boleh diterima. Kalau tidak kalau tidak letak sini boleh diterima kah tidak? There is a problem. Jadi kita kata hendaklah boleh diterima masuk. Itu sahaja. Tidak ada masalah besar saya rasa.

Terima kasih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya ada satu cadangan. Kalau boleh kita tidak perlu pinda Akta Keterangan. Maksudnya keterangan yang diberikan di bawah seksyen 265A itu tertakluk kepada peraturan admissibility yang sedia ada di bawah Akta Keterangan. Maksudnya kalau sesuatu keterangan oral itu bercanggah dengan dalam dokumen kita mesti ikut dokumen.

Ini merupakan keterangan yang sangat lemah, tidak boleh diberikan keistimewaan.

Dia ikut peraturan biasa sama ada admissible atau tidak. Sebab itu kalau boleh tidak payahlah kita pinda ini. Kita boleh terima usul diluluskan, kita akan terima keterangan yang telah diberikan di mahkamah di bawah seksyen 265A tetapi dia mesti harus pass the test semua peraturan mengenai keterangan.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih, saya hendak balik kepada yang dibincang kita ini 265A ini adalah special provisions relating protected witness. Jadi kita balik kepada isu di mana ia sama ada diterima ke tidak terima. Memang yang kita bincang ini adalah mengenai admissibility iaitu penerimaan boleh terima atau tidak.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Jadi shall be admissible itu membolehkan keterangan itu diterima dan saya hendak jelaskan lagi tidak bermakna ia terus apabila keterangan diterima, the weight of the evidence itu terus apabila mengambil kira admissibility of the evidence itu terus menjadikan kes itu, evidence itu memberi weight kepada evidence itu, terpulang kepada mahkamah lagi.

Ini sebenarnya bukan perkara baru. Sebelum ini juga kita mempunyai peruntukan seperti ini di dalam Akta Keterangan contohnya seksyen 90E Akta Keterangan yang admissibility in criminal matter of evidence obtained pursuant to requests from mutual assistance in criminal matters. Dalam seksyen ini 90E(i) izin saya bacakan di sini, “subject to subsection (2) to (9), any testimony statement or deposition together with any document or thing exhibited or annexed to such statement of deposition that is received by the Attorney General pursuant to a request made under the mutual assistance in Criminal Matters Act 2002 in respect of the criminal matter shall on its production be admitted in those criminal proceedings as evidence without further proof of any fact stated in the testimony statement or deposition and in the document if any exhibited or annexed to such statement or deposition.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Ini untuk 19E(i). Ingin saya nyatakan di sini juga, pindaan ini adalah consequential to apa yang kita telah bincangkan di dalam CPC tadi yang telah kita luluskan. Itulah kita punya alasan untuk pindaan ini.

final • 3:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 3:20 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Tadi belum jawab perkara 8.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Perkara 8 Yang Berhormat kata, everybody is equal before the law, protection of the law. Kalau kita tidak bagi pun, lagi worst, dengan izin Yang Berhormat, because inilah peluang diberi. Bukan hanya untuk yang OKT tetapi mangsa juga. Jadi semuanya diberi peluang. Apabila ada kepakaran yang memberi keterangan ini, maka ini juga diambil kira dan memberi peluang kepada semua pihak.

Mahkamah juga adalah the mahkamah adalah yang akan menentukan. Okey terima kasih.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 3:20 PM

Fasal 1 dan 2 - Pindaan] - Tuan Pengerus

Ya, sila Yang Berhormat Beruas.

final • 3:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cadangkan bahawa perkataan, “Notwithstanding any other provision in this Act…”, itu dibatalkan perkataan tersebut supaya yang ada baki perkataan ialah, “...evidence taken in accordance with section 265A of the Criminal Procedure Code shall be admissible in any criminal proceedings.” Kalau boleh, memang boleh terima but do not say overriding all other provision. Itulah cadangan saya.

final • 3:22 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bukit Gelugor. Lepas itu Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 3:22 PM

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Beruas tetapi saya ingin tambah dengan apa yang dinyatakan di sana dengan mencadangkan agar perkataan, “shall” itu seperti yang telah pun saya nyatakan tadi, dipinda dan digantikan dengan perkataan, “may”. Ini akan seperti yang saya nyatakan tadi, memberi budi bicara kepada mahkamah untuk membuat penentuan sama ada akta ataupun keterangan yang dipertikaikan itu dibenarkan atau tidak. Itu sahaja, terima kasih.

final • 3:23 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Menteri.

final • 3:23 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih atas cadangan kedua-dua pihak Yang Berhormat. Namun begitu Tuan Pengerusi, pada masa ini, kerajaan masih berpendirian pindaan ini dikekalkan untuk buat masa ini.

[****Fasal-fasal 1 dan 2** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan ada tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

final • 3:23 PM
RANG UNDANG-UNDANG BEKALAN GAS (PINDAAN) 2016 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Razali bin Ibrahim

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Bekalan Gas (Pindaan) 2016 dibacakan kali yang kedua sekarang.

final • 3:25 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya sila.

final • 3:25 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, Akta Bekalan Gas 1993 atau dikenali sebagai Akta 501 adalah bertujuan untuk memastikan aspek ekonomi dan keselamatan dalam aktiviti pengagihan dan pembekalan gas melalui talian paip kepada pengguna-pengguna di Malaysia adalah sentiasa terpelihara.

Dalam tahun 2001, Akta 501 ini telah dipinda selaras dengan penubuhan Suruhanjaya Tenaga (ST) pada tahun tersebut, selaku badan kawal selia industri pembekalan gas melalui talian paip serta dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih kuasa penguatkuasaan Akta 501 dari Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas mulai Januari 2002. Pindaan akta ini adalah bagi membolehkan peranan ST diperkukuh dan dipertingkatkan bagi mengawal selia pembekalan gas melalui talian paip. Justeru itu, Jabatan Perdana Menteri telah mencadangkan satu Rang Undang-undang Bekalan Gas

(Pindaan) 2016 yang melibatkan penambahbaikan kepada Akta 501 sedia ada bagi memastikan ia kekal relevan dengan keperluan industri pembekalan gas terkini dan disesuaikan dengan perkembangan industri dan teknologi semasa.

final • 3:25 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, peningkatan permintaan gas asli di Semenanjung Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini tidak dapat dipenuhi oleh bekalan gas melalui talian paip yang diperolehi dari lapangan-lapangan gas tempatan di perairan Semenanjung Malaysia serta bekalan gas yang diimport dari kawasan pembangunan bersama Malaysia-Thailand; Malaysia-Vietnam; dan Indonesia.

Antara inisiatif yang telah dilaksanakan kerajaan ialah dengan membangun dan mengoperasikan Terminal Penggasan Semula berkapasiti 3.8 juta tan setahun di Sungai Udang, Melaka pada tahun 2013. Terminal Penggasan Semula tersebut membolehkan gas asli cecair, dengan izin, liquefied natural gas (LNG) dibawa masuk dari Sarawak atau dari negara luar bagi memenuhi peningkatan permintaan gas asli di Semenanjung Malaysia.

Sistem akses pihak ketiga, dengan izin, Third Party Access (TPA) telah diperkenalkan bagi membolehkan pengimport dan pembekal gas yang lain membawa masuk LNG dengan menggunakan kemudahan Terminal Penggasan Semula dan menyalurkan gas tersebut melalui talian paip penghantaran dan pengagihan kepada premis pengguna.

Keadaan ini akan dapat memastikan keberterusan bekalan gas, meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan pembekalan gas melalui persaingan dalam kalangan pembekal gas dan seterusnya menggalakkan pertubuhan industri gas negara. Sistem TPA ini juga akan membolehkan pengguna memilih mana-mana pembekal gas berpandukan kepada harga dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Selain itu, sistem TPA turut dapat meningkatkan daya saing industri pembekalan gas, mengoptimumkan kos pembangunan dan penggunaan infrastruktur gas dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, sebahagian besar pindaan dan peruntukan baru yang terdapat dalam Rang Undang-undang Bekalan Gas (Pindaan) 2016 ini adalah untuk membolehkan Suruhanjaya Tenaga mengawal selia sistem TPA seperti mana yang termaktub di dalam Program Transformasi Ekonomi, RMKe-10 yang diteruskan dalam RMKe-11.

final • 3:25 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Secara khususnya, Rang Undang-undang Bekalan Gas (Pindaan) 2016 adalah bertujuan untuk memperluaskan skop dan mengemas kini Akta 501 dalam aspek-aspek berikut:

(i) pelaksanaan rangka kerja kawal selia akses pihak ketiga;

(ii) pemantapan tadbir urus industri;

(iii) pengawal selia persaingan;

(iv) penggunaan teknologi amalan dan baik semasa; serta

(v) peningkatan akauntabiliti dan pematuhan dalam industri.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan peruntukan-peruntukan baru dan pindaan peruntukan sedia ada yang terkandung dalam Rang Undang-undang Bekalan Gas

(Pindaan) 2016 secara ringkasnya adalah seperti berikut.

Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 1 bagi memperluaskan skop Akta 501 supaya merangkumi infrastruktur pembekalan gas di bawah sistem TPA.

Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 2 bagi memuatkan tarif baru dan pindaan tarif sedia ada untuk memberi penjelasan yang lebih terperinci. Misalnya, pelbagai tarif diperkenalkan seperti berikut.

Satu, penggasan semula atau, dengan izin, regasification. Ertinya, aktiviti mengendali dan menyelenggarakan terminal penggasan semula untuk menggaskan semula gas asli cecair kepada gas asli yang dijalankan oleh pemegang lesen penggasan semula dan termasuk menerima, menyimpan dan selepas penggasan semula menghantar gas itu melalui talian paip terminal penggasan semula Kedua, pengiriman atau dengan izin, shipping. Ertinya, aktiviti pemegang lesen pengiriman yang membuat sesuatu pengiraan tentang pemegang lesen penggasan semula, pengangkutan atau pengagihan untuk memproses dan menghantar gas melalui terminal penggasan semula, talian paip penghantaran atau talian paip pengagihan ke premis pengguna.

final • 3:30 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 4 bagi menambah baik fungsi dan tugas ST untuk dalam mengawal selia aktiviti TPA seperti pengimportan ke terminal penggasan semula, pengiriman, pengangkutan, pengagihan dan peruncitan. Selain itu, ST akan turut mengawal selia persaingan dalam pasaran gas yang dibekalkan melalui talian paip.

Fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 6 bagi memperluaskan kuasa pegawai yang diberi kuasa untuk menyiasat perlakuan apa-apa kesalahan atau perlanggaran di bawah akta ini atau mana-mana peraturan dibuat di bawahnya. Kod garis panduan atau arahan yang diluluskan oleh ST. Pegawai diberi kuasa akan mempunyai kuasa penyiasatan sama seperti polis.

Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 11 bagi melesenkan aktiviti pengimportan ke terminal penggasan semula, penggasan semula pengiriman, pengangkutan, pengagihan, peruncitan selain aktiviti penggunaan gas sedia ada. ST bertanggungjawab mengeluarkan lesen dengan kelulusan Menteri bagi aktiviti yang melibatkan pembangunan dan pengoperasian infrastruktur gas berinisiatif modal seperti terminal penggasan semula, talian paip penghantaran dan talian paip pengagihan. Ini adalah bagi memastikan supaya hanya entiti perniagaan yang mempunyai keupayaan kewangan dan kepakaran dalam pembangunan dan pengendalian infrastruktur gas dan berupaya memberi perkhidmatan yang berkualiti berkaitan penggunaan infrastruktur sahaja dibenarkan bergiat dalam industri gas.

Di samping itu, ST juga bertanggungjawab mengeluarkan lesen kepada pembekal atau pengguna gas yang menjalankan aktiviti pengimportan ke terminal penggasan semula, pengiriman, peruncitan dan penggunaan gas.

Fasal 14 bertujuan untuk meminda seksyen 13 bagi memastikan wujudnya peluang yang sama dan adil kepada semua penggiat industri. Bagi tujuan ini tarif penggunaan infrastruktur gas oleh pihak ketiga akan ditetapkan oleh Menteri manakala harga gas pula ditetapkan mengikut harga pasaran melalui perjanjian antara pembekal gas dan pengguna. Walau bagaimanapun, mengikut peruntukan ini Menteri boleh menetapkan harga runcit gas yang dikenakan oleh pemegang lesen peruncitan. Ini bagi melindungi pengguna runcit seperti perniagaan restoran dan pengguna domestik.

Fasal 15 bertujuan untuk memasukkan seksyen-seksyen baru 13A hingga 13D bagi mewajibkan pemegang lesen mengemukakan pelan perniagaan, menyediakan standard prestasi pembekalan dan perkhidmatan, mengasingkan akaun aktiviti dilesenkan daripada perniagaan lain dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh ST. Kewajipan ini diperlukan bagi membolehkan pelaksanaan kawal selia ekonomi secara berkesan oleh ST.

Selain itu, maklumat yang diperoleh akan dapat membantu perancangan dan pemantauan pembangunan industri gas mengikut keperluan semasa.

Fasal 16 bertujuan untuk menggantikan peruntukan dalam seksyen 14 dengan peruntukan baru bagi membolehkan pelaksanaan sistem TPA. Peruntukan ini menetapkan kewajipan kepada pemegang lesen untuk menghantar gas yang dijanjikan kepada pengguna serta membenarkan pihak ketiga menggunakan kemudahan gas milik mereka.

Fasal 20 bertujuan untuk memansuhkan seksyen 18 kerana harga gas yang dibekalkan oleh pemegang lesen. Selain pemegang lesen peruncitan selepas tarikh berkuat kuasa Rang Undang-undang Bekalan Gas (Pindaan) 2016 ditentukan mengikut persetujuan antara pembeli dan pembekal. Perjanjian khas sedia ada akan terpakai sehingga tempoh tamat perjanjian tersebut. Walau bagaimanapun, pemegang lesen perlu menyemak semula perjanjian tersebut agar selari dengan kehendak peruntukan Akta 501 yang dipinda.

Fasal 21 bertujuan untuk meminda seksyen 19 bagi memastikan bayaran yang dikenakan bagi perkhidmatan penggasan semula, pengangkutan, pengagihan atau peruncitan ditentukan melalui meter yang sesuai. Di samping mempertingkatkan peruntukan mengenai pemeteran selaras dengan perkembangan teknologi semasa dengan membenarkan penggunaan meter prabayar, infrastruktur pemeteran automatik atau telemeter.

Fasal 26 bertujuan untuk meminda seksyen 25 bagi membolehkan pemegang lesen memasuki tanah untuk membuat penyelenggaraan, pembaikan dan menaiktarafkan talian paip atau sistem perpaipan.

final • 3:30 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Fasal 27 bertujuan untuk meminda seksyen 26 bagi membenarkan pemegang lesen bagi aktiviti penggasan semula, pengangkutan, penagihan dan peruncitan untuk memindah atau mengubah talian paip atau pemasangan kawasan lain seperti mana diarahkan oleh orang yang tersebut dalam subseksyen 24(3) untuk membantu pembangunan lain dalam kawasan berkaitan.

Fasal 30 bertujuan untuk memasukkan seksyen-seksyen baru 28A hingga 28AF bagi menggalakkan persaingan yang sihat dalam pasaran gas melalui talian paip dengan pengenalan sistem TPA di Malaysia. Peruntukan persaingan yang dimasukkan adalah selaras dengan Akta Persaingan 2010 dan syor Suruhanjaya Persaingan Malaysia bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan penggiat pasaran dalam menguruskan persekitaran yang kompetitif dalam pasaran gas. Peruntukan baru yang diperkenalkan pada asasnya mengambil kebanyakan prinsip utama dalam Akta Persaingan 2010 dengan penyesuaian kepada industri gas. Peruntukan ini juga diperlukan bagi memastikan industri gas memenuhi syarat persaingan yang adil dan telus kerana semua akta di bawah ST termasuk Akta 501 adalah dikecualikan daripada terikat kepada Akta Persaingan 2010.

Fasal 32 bertujuan untuk meminda seksyen 30 bagi membolehkan hukuman dikenakan ke atas kesalahan menjalankan aktiviti pelesen. Menaikkan hukuman untuk menidakkan, menghalang, mengancam atau melengah-lengahkan akses pegawai yang diberi kuasa kepada maklumat atau bagi menjalankan kuasa yang diberikan oleh Akta 501 ini. Di samping itu, pindaan dalam peruntukan ini juga bertujuan untuk menghukum kesalahan oleh mana-mana yang cuai, tidak amanah atau merosakkan talian paip yang menyebabkan atau boleh menyebabkan kecederaan atau kerosakan kepada manusia atau harta benda.

Fasal 33 bertujuan untuk memasukkan seksyen-seksyen baru 30A hingga 30E bagi menjadikan perlakuan memberi maklumat, ancaman dan tindakan balas dan membocorkan maklumat rahsia sebagai satu kesalahan. Peruntukan ini akan dapat membantu bagi meningkatkan penguatkuasaan Akta 501 dan sebagai penghalang kepada sesiapa yang berniat melindungi mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah akta ini. Selain itu, peruntukan ini juga turut membolehkan pihak yang terkesan disebabkan perlakuan tersebut mendapatkan arahan mahkamah untuk mendapatkan kos pendakwaan dan pampasan di mahkamah daripada pelaku.

Fasal 35 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 32A bagi memantapkan Akta 501 dengan memasukkan perlakuan cubaan dan bersubahat sebagai satu kesalahan.

Peruntukan ini bertujuan memastikan tidak ada mana-mana orang menggalakkan atau memujuk orang lain untuk melakukan kesalahan di bawah Akta 501 ini.

Fasal 37 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 34A bagi meningkatkan ketelusan dengan membolehkan orang awam mengakses maklumat berkaitan.

final • 3:30 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Perkara-perkara yang dikehendaki didaftarkan di bawah Akta 501 atau peraturan- peraturan hendaklah dikekalkan dalam daftar oleh ST. Mana-mana orang boleh mencari dan mendapatkan salinan apa-apa maklumat yang disimpan dalam daftar dengan bayaran yang ditetapkan.

Fasal 39 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 35A bagi membolehkan ST untuk melaksanakan atau menyebabkan pelaksanaan pengauditan ke atas mana-mana pemegang lesen institusi, pengilang atau pengimport kontraktor gas atau mana-mana orang lain untuk memastikan ketetapan maklumat. Ini adalah bagi membolehkan ST menjalankan perancangan, pemantauan dan mengawal selia pasaran gas dan untuk memastikan pertumbuhan dan pembangunan industri yang berterusan.

Fasal 42 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 37A hingga 37G bagi memperluaskan perlindungan kepada ST dan pihak-pihak yang terlibat dalam menguatkuasakan dan menjalankan fungsi kuasa dan tugas di bawah Akta 501.

Selain itu, peruntukan baru ini memperincikan keperluan pematuhan ke atas kod yang disediakan oleh ST. Kod-kod ini akan membantu untuk mewujudkan parameter yang bersesuaian bagi menyelaraskan aturan di antara penggiat industri gas. Peruntukan ini juga memberi kuasa kepada ST mengambil tindakan mengikut keperluan untuk menyemak dan meminda kod-kod selari dengan perkembangan industri.

final • 3:40 PM

Dato' Razali bin Ibrahim

Fasal 43 bertujuan untuk meminda seksyen 39 bagi Menteri untuk membuat peraturan-peraturan di bawah Akta 501 termasuk perkara-perkara di bawah pindaan yang dicadangkan.

Fasal 46 bertujuan untuk memasukkan peruntukan kecualian dan peralihan bagi memberikan masa selama 12 bulan bagi permohonan lesen kepada penggiat-penggiat industri sedia ada yang menjalankan aktiviti yang dilesenkan di bawah Rang Undang- undang Bekalan Gas (Pindaan) 2016. Selain itu, ia juga menerangkan peralihan dan kecualian bagi pendaftaran perbuatan, perintah, arahan, pemberikuasaan kelulusan atau keputusan sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan, Rang Undang-undang Bekalan Gas

(Pindaan) 2016 disediakan setelah mengambil kira pandangan pihak industri dan pihak- pihak berkepentingan yang lain. Selain membolehkan pelaksanaan sistem akses pihak ketiga, tripartite access, Rang Undang-undang Bekalan Gas (Pindaan) 2016 juga mewujudkan peluang sama rata, dengan izin, level playing field di kalangan pengguna kemudahan gas di samping memupuk persaingan sihat di kalangan penggiat-penggiat industri gas. Pengguna juga akan menikmati faedah melalui harga gas yang kompetitif, perkhidmatan yang berkualiti serta bekalan gas yang berdaya harap dan mapan. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 3:40 PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato' Jailani bin Johari

Saya mohon menyokong.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Bekalan Gas 1993 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 3:40 PM

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang membentangkan rang undang- undang pindaan Akta Bekalan Gas 1993.

Saya berasa sudah tiba masanya industri gas ini dan bekalannya kepada pengguna dilihat dalam kerangka yang lebih tersusun dan berstruktur. Dan lebih penting daripada itu, saya kira hasrat daripada bekalan ini berasaskan kepada tiga perkara iaitu pertama, tentang keselamatan yang merupakan pokok dan asas dalam akta ini; kedua ialah tentang governance, macam mana pentadbirannya supaya tidak berlaku di sana satu bentuk penindasan harga dan sebagainya; dan yang ketiga ialah sejauh manakah pulangan itu kembali kepada para pengguna khususnya mereka yang menjadikan, saya kira sama ada industri atau pun public atau pun orang awam.

Saya cuma ingin memberikan penekanan kepada beberapa perkara untuk dapat diberi perhatian oleh kementerian atau pun Jabatan Perdana Menteri yang merangka rang undang-undang ini.

Kalau kita tengok secara menyeluruh oil and gas industry secara lebih besar bukan sekadar bekalan gas, dalam Gallop Poll pada tahun 2013, dikatakan industri ini secara umumnya, dengan izin, is ranked as the least trusted industry despite its importance iaitu dia merupakan satu industri yang paling tidak dipercayai dari segi perspektif orang sedangkan dia merupakan satu keperluan yang amat penting dalam kehidupan masyarakat.

Ini berlaku atas sebab-sebab yang industri ini banyak melibatkan para lobi yang pada waktu yang sama mahu meraih keuntungan daripada industri ini tetapi pada waktu yang sama culas untuk menjaga alam sekitar kerana ini membabitkan soal industri yang banyak terkesan, yang memberi kesan kepada alam sekitar tentang climate change dan sebagainya.

final • 3:43 PM

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Ketiga, dapatan itu juga menyatakan bahawa isu yang kita bincang dalam climate change, dan juga isu fossil fuel ini yang gas itu sebahagian daripada yang didapati daripada bawah tanah dan sebagainya, dilihat di sana isu sebenar yang menekannya ialah apakah yang kita bincangkan di sini tentang hendak mengurangkan penggunaan atau pun hendak menghapuskan pergantungan kepada fossil fuel yang menyebabkan peningkatan karbon dan sebagainya. Inilah antara isu yang walaupun ia merupakan gas industri yang kita bincang di sini dalam konteks bekalan tetapi bukan dalam konteks exploration, tetapi sudah tentu dia punya chain of product itu ada dia punya kesan dengan apa yang kita bincangkan di sini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menekankan dalam asas yang saya sebut pertama iaitu alam sekitar, saya ingin minta penjelasan daripada pihak kementerian, adakah di sana satu sistem yang memberi ganjaran kepada pihak industri gas ini yang apabila dia sampai tahap pemeliharaan alam sekitar tertentu dia diberi ganjaran contohnya?

So, dia diberi galakan supaya dalam dia menjalankan industri itu, dia pada waktu yang sama, digalakkan untuk jaga alam sekitar dan kita selaku policy maker menyediakan satu ganjaran kepada dia kerana menjaga alam sekitar ini. Sebab, alam sekitar ini saya tengok kadang-kadang dalam polisi kita bukan benda yang asas. Dia hanya benda yang orang kata kecil, yang tidak diberikan galakan sedangkan galakan itu berupaya memberi pulangan kepada the whole idea, dengan izin, kenapa undang-undang ini datang iaitu hendak jaga kepentingan awam khususnya dalam soal pemuliharaan alam sekitar.

Kedua, saya minta penjelasan juga kepada Menteri, apakah good practice yang diamalkan oleh Suruhanjaya Tenaga dalam memastikan bahawa industri gas ini ada dia punya satu standard kayu pengukur di mana pada penghujungnya ialah kayu pengukur itu dapat mencapai tahap memelihara alam sekitar?

Selain daripada itu, apakah sistem ombudsman atau pun hisbah yang dilakukan oleh kementerian atau pun pihak yang berwajib? Sebab, yang membentangkan paper ini ialah Jabatan Perdana Menteri tetapi saya rasa daripada segi dia punya follow up, bukan sahaja Suruhanjaya Tenaga tetapi juga ia melibatkan alam sekitar, dia melibatkan Kementerian Teknologi Hijau dan sebagainya. So, bagaimana benda itu dilihat dalam konteks supaya ada di sana bentuk ombudsman dalam mereka menjalankan perniagaan mereka supaya akhirnya masyarakat terpelihara dan bekalan gas industri juga dapat menjalankan tugas mereka dengan baik.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengingatkan kepada pihak kerajaan bahawa salah satu daripada kejayaan rang undang-undang ini yang melibatkan soal alam sekitar ialah saya rasa semua pihak mesti bertanggungjawablah maknanya.

final • 3:43 PM

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Jangan pihak industri kerana mereka ini sudah berkembang kerana permintaan daripada pengguna, maka rang undang-undang ini dibuat bagi kemudahan mereka tetapi mereka tidak pula mengambil tanggungjawab mereka kepada soal standard alam sekitar, soal menjaga keselamatan dan sebagainya.

Jadi saya minta pihak kerajaan dalam melaksanakan rang undang-undang ini khususnya saya tidak tahu sejauh manakah Suruhanjaya Tenaga mempunyai kekuatan untuk memantau apa yang kita cadangkan ini. Semua pihak baik pihak industri, kerajaan, penguat kuasa maksudnya dan juga pihak awam yang dia juga kena sensitif dalam soal- soal memastikan standard yang mesti dipatuhi. Piawaian yang mesti dipatuhi.

Kedua ialah saya ingatkan perlu ada satu polisi awam yang progresif. Dengan kata lain, ya orang awam mereka perlukan bekalan ini tetapi sejauh mana mereka dilibatkan dari segi apakah kesan-kesan, apakah implikasi, apakah hak mereka sebagai pengguna dalam menentukan harga, dalam menentukan industri mengikuti standard yang ditetapkan.

So saya mencadangkan kalau boleh polisi awam ini kita buat secara progresif dan bukan sekadar kita buat undang-undang di sini dan kita paksa dia ikut sahaja sedangkan dia pun tidak tahu apa haknya, apa dia punya suara dalam soal ini.

Saya juga minta dalam hal ini kerana gas industri ini adalah pelaburan yang mahal. Saya tahu dia bukan satu pelaburan yang murah. Akan tetapi dalam pada waktu yang sama, bagi meningkatkan governance seperti mana yang terkandung dalam rang undang-undang ini, saya mencadangkan kalau boleh di sana ada ketelusan.

final • 3:50 PM

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Ada ketelusan dalam perniagaan mereka dan ada audit supaya kita tahu dalam industri ini banyak sangat isu-isu yang melibatkan keselamatan, dia akan terlibat dengan tadi disebut lesen, dia akan terlibat dengan pihak penguat kuasa contohnya. Mungkin daripada Jabatan Alam Sekitar contohnya yang terkesan dengan industri ini. So dalam rangka ini, selalunya dia punya kecenderungan industri yang sebegini rupa akan banyak melibatkan soal-soal tidak telus. Inilah yang saya risau. Di sebalik keperluan industri gas ini begitu meningkat, tidak bermakna kita membiarkan ruang kita kata hanky panky berlaku di belakang itu.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menambahkan lagi bagi mengukuhkan Jabatan Perdana Menteri yang membentang rang undang-undang ini, mesti ada komitmen untuk kita dalam membina industri gas ini, kita ada satu komitmen untuk menghapuskan sebarang bentuk rasuah kerana inilah yang akan merosakkan sebab rasuah yang berlaku dalam industri seperti ini akan memberi implikasi kepada keselamatan termasuk nyawa manusia. Oleh kerana itu, saya rasa kita tidak boleh ambil ringan dalam usaha kita untuk mengeluarkan lesen dan sebagainya, piping contohnya kalau kata kita tahu the aging, one of the factors, dengan izin, industri bekalan gas ini ialah the aging infrastructure. Infrastruktur yang sudah tidak boleh pakai. So macam mana kita hendak follow up benda itu dan kalau berlaku cover, dia hendak tutup kerana memakan kos yang tinggi dan sebagainya, maka di situlah potensi untuk rasuah akan berlaku.

Potensi ini kita hendak tutup ruang-ruang itu supaya seriousness ataupun kesungguhan melawan rasuah ini betul-betul kita put our foot di dalam industri ini secara khusus yang kita bincang dan sesungguhnya secara umum dalam semua industri.

Saya ingat di sini ada NGO-NGO yang bekerja ke arah itu khusus dalam industri ini. Saya rasa kita boleh libatkan mereka bersama dalam usaha untuk menolak ataupun dalam usaha untuk membanteras rasuah. Saya juga mencadangkan bahawa ada di sana code of conducts. Code of conducts bagi pekerja dalam industri ini dan merekalah selain daripada orang awam juga terdedah kepada isu-isu alam sekitar yang boleh membahayakan kesihatan, paru-paru dan sebagainya.

So ini antara isu health and safety, Tuan Yang di-Pertua. Health, safety and environmental issues dari segi transportation. Semalam saya rasa dalam Sinar saya ada baca lori yang bawa gas di parking di Port Dickson, macam mana kereta langgarnya dan sebagainya. So benda ini mungkin Yang Berhormat Menteri boleh bagi kita sedikit gambaran apakah kemalangan yang melibatkan industri ini dari segi transportationnya, paip yang bocor contohnya, macam mana dia boleh membahayakan paip bawah tanah, paip dasar laut dan sebagainya. Penugasan semula terminal itu bagaimana dia tidak membahayakan. Ada juga kes-kes yang berlaku dalam satu pembangunan yang dibuat, mungkin masa dia korek-korek itu, tiba-tiba dia terkorek gas di bawah tanah contohnya. Ini boleh mengakibatkan, adakah ini satu kesalahan kerana dia tidak tahu ada gas seperti mana yang disebut? Itu juga boleh jadi third party punya intervention dalam konteks dia merosakkan infrastruktur yang ada dan sebagainya.

Saya juga minta supaya dalam konteks hendak memastikan secara proaktif, semua, saya menjangkakan akan lebih banyak facilities terminal yang dibuat, gas baru yang dipasang, bla, bla, bla. So dalam konteks itu saya rasa adalah terlalu amat penting untuk kita ada di sana satu initial safe design bahawa yang dia buat itu safety dan kemudian bukan masa dia submit pelan sahaja safety tetapi tiba-tiba masa dia buat itu tidak ikut spesifikasi yang ada dalam design itu. So itu kita kena ambil tindakan sebab dia punya kos itu kepada orang ramai adalah besar.

Kemudian apakah design standard yang kita kekal atau kita tetapkan supaya tempat-tempat yang begini dapat mengikut design yang updated yang terkini sekali yang ada di peringkat antarabangsa? Kemudian dari segi inspection dari segi long term maintenancenya macam mana? How do you make sure that- saya difahamkan kalau macam Petronas yang besar-besar di Melaka itu, dia ada dia punya turnaround, dia tutup, dia shutdown, kemudian dia buat balik, dia tengok hatta kepada benda-benda yang sekecil- kecilnya. Sebenarnya ini perlu ada juga dalam kita mengembangkan industri ini supaya ada di sana long term maintenance dan integrity review dari semasa ke semasa serta bagaimana kita tengok juga menggelakkan kerosakan baik daripada pihak awam yang tidak tahu dia terkorek atau pihak construction yang bertugas.

final • 3:50 PM

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya juga minta pihak kerajaan memberikan kepada kita sedikit gambaran tentang Safety Performance Indicator (SPI). Safety Performance Indicator yang melibatkan soal pipeline safety, soal terminal dan juga pengangkutan. So saya kira itulah antara pengukuhanlah kalau boleh dianggap kepada Yang Berhormat Menteri yang membentang agar semua input ini yang terbina di atas tiga asas seperti yang saya katakan tadi.

(i) environmental issue;

(ii) governance. Macam mana pentadbiran itu termasuklah melawan rasuah dan sebagainya; dan

(iii) hak pengguna dalam dia sebagai end user kepada industri ini.

Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, lama tidak dengar Yang Berhormat Kangar. Sila, Yang Berhormat Kangar.

final • 3:50 PM

Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar

*Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.* Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Bekalan Gas (Pindaan) 2016. Saya percaya melalui cadangan pindaan ini akan memperkasakan lagi undang-undang yang melibatkan perbekalan gas. Akta Bekalan Gas 1993 telah diwartakan pada 4 Februari 1993 untuk melindungi kepentingan pengguna yang dibekalkan gas melalui saluran paip dan dari tangki simpanan atau silinder yang khususnya digunakan untuk menyalurkan gas.

Gas disalurkan secara saluran komersial dan industri serta pengguna-pengguna di rumah kediaman.

final • 3:59 PM

Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Sungguhpun begitu Akta Bekalan Gas 1993 mula berkuat kuasa serentak dengan pewartaan peraturan bekalan gas 1997 pada 17 Julai 1997. Peraturan-peraturan ini, termasuklah prosedur untuk mengeluarkan lesen bagi membekal pemasangan saluran gas, pemeriksaan, pengujian dan penyelenggaraan ke atas pemasangan gas dan juga pengesahan dan pendaftaran individu yang layak untuk menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan keselamatan awam.

Namun demikian, setelah meneliti kesemua cadangan pindaan yang dikemukakan oleh kementerian bagi pindaan 2016. Saya tertarik untuk fokus kepada beberapa perkara yang saya kira ianya penting untuk dibangkitkan dalam Dewan ini. Seperti yang kita sedia maklum, gas cecair petroleum kini merupakan bahan kimia yang amat sensitif dan amat mudah terbakar. Sedikit sahaja percikkan atau haba panas akan menyebabkan insiden yang tidak dapat kita jelaskan. Namun permintaan terhadap bekalan gas di kawasan Semenanjung meningkat dari hari ke hari yang menyebabkan wujudnya satu keadaan atau masalah kekurangan bekalan gas.

Saya menyambut baik cadangan pindaan akta yang dikemukakan oleh kementerian yang mana memperuntukkan beberapa objektif utama di antaranya:

(i) membolehkan pihak ketiga mengakses pada kemudahan gas bagi tujuan penghantaran;

(ii) mewujudkan satu persaingan yang sihat dalam kalangan pembekal gas; dan

(iii) menyediakan peluang kepada pengguna untuk menikmati harga yang lebih jauh kompetitif, kualiti perkhidmatan yang baik serta bekalan gas yang utuh.

final • 4:00 PM

Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar

Oleh hal yang demikian, rangkaian paip pengagihan gas ini di Semenanjung meliputi kawasan dari utara, Pantai Timur, tengah, selatan dengan anggaran lebih 1,500 kilometer.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada seksyen 2 memperincikan penambahan takrif-takrif berkaitan akses pihak ketiga. Persaingan dan lain-lain, ini jelas terbukti cadangan ini menggalakkan lebih banyak pihak untuk mengambil peluang dan mendorong untuk menjadi pembekal gas yang baru. Melalui pemahaman saya, setakat ini hanya terdapat sebuah pembekal gas asli dan LPG di Semenanjung iaitu GAS Malaysia Sendirian Berhad serta Sabah Energy Corp Sendirian Berhad (SEC). Membekalkan gas asli dan LPG ke Sabah dan Labuan, yang menyalurkan kepada pengguna terakhir iaitu pengguna sektor elektrik, pengguna gas industri, pengguna gas komersial dan seterusnya pengguna gas perumahan.

GAS Malaysia kini mempunyai 30,700 pelanggan dengan 700 adalah pelanggan industri yang menyumbang 99 peratus kepada pendapatannya. Malah GAS Malaysia kini menghadapi masalah memperluaskan pelanggan kerana bekalan gas asli terhad. Turut memerlukan jumlah bekalan gas yang tinggi adalah untuk kegunaan kepada pelanggan- pelanggannya. Dengan cara ini, ia dapat membantu syarikat mencatatkan keuntungan yang kukuh pada tahun hadapan.

Selain daripada itu, dijangka bekalan gas tambahan akan di bekalkan secara berperingkat kepada pelanggan dengan 40 juta millions standard cubic feet of gas pada tahun ini. 30 juta MMSCFD ini pada tahun 2014 dan 40 juta pada tahun 2015. Saya yakin dan percaya inisiatif yang diambil oleh pihak kementerian adalah untuk memastikan tidak berlaku sebarang aktiviti monopoli harga dalam pasaran pembekalan gas kepada pengguna. Namun, wujudnya persoalan pada saya apakah kriteria yang dikenakan bagi pihak ketiga sebelum diberikan akses sepenuhnya dan adakah pihak ketiga yang dimaksudkan itu, diberi akses hanya tertumpu kepada akses syarikat tempatan atau meliputi syarikat antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaan ini juga memperuntukkan akses kepada kemudahan yang mana pendatang baru dalam industri ini boleh mengguna pakai kemudahan sedia ada yang telah bangunkan. Ia secara tidak langsung dapat meringankan kos pengurusan dan tidak perlu lagi membangunkan talian pembekalan paip yang baru.

Walau bagaimanapun, persoalan di sini adalah bagaimana kementerian hendak memastikan pembekal sedia ada akan menggalakkan penggunaan kemudahan atau infrastruktur yang telah di siap dibangunkan secara bersama dengan pihak ketiga agar bermula tahap proses pengeluaran sehinggalah ke tahap peruncitan berjalan dengan lancar tanpa sebarang intervensi dari mana-mana pihak.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaan seksyen 14 pula menerangkan tentang kewajipan pemegang lesen memberi bekalan gas atau membenarkan penggunaan kemudahan gas mengikut syarat yang ditetapkan. Oleh itu, pandangan saya mendapati pemegang lesen pengiringan kepada pengguna di tetapkan mengikut harga pasaran melalui perjanjian di antara pembekal gas dan pengguna. Namun, saya percaya melalui perjanjian Trans-Pacific (TPPA) akan ada kemungkinan pihak ketiga yang hadir daripada negara-negara anggota. Namun apakah standard yang sama akan diguna pakai dalam pemberian lesen pengiriman atau shipping license daripada negara asal.

Selain daripada itu, apakah jenis penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh kementerian agar harga gas tetap berada pada paras atau mengikut syarat yang di tetapkan kerana wujud kebimbangan persaingan daripada pembekal dan kenaikan harga bekalan gas oleh peruncit jika menghadapi masalah kekurangan bekalan pada satu-satu masa atau untuk memenuhi supply and demand.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu pindaan kepada seksyen 15 pula mencadangkan pindaan untuk tambahan peruntukan pengecualian bagi pemegang lesen dengan peluasan skop akta. Seksyen ini memperincikan pengecualian boleh diberikan kepada pemegang lesen dengan membenarkan penggunaan kemudahan gas atau sebab- sebab luar daripada kawalan pemegang lesen. Maka dengan itu, antara sebab-sebab luar kawalan adalah bencana alam yang boleh mendatangkan kemusnahan harta benda dan meragut nyawa.

final • 4:00 PM

Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar

Hakikatnya, tiada siapa pun yang ingin malapetaka atau bencana menimpa tempat kediaman mereka. Namun, bencana datang tanpa dijangka dan tanpa diduga. Peningkatan jumlah kejadian bencana alam di serata dunia pada ketika ini semakin membimbangkan seluruh masyarakat dunia. Melalui pindaan yang bakal dilaksanakan ini akan memberi satu impak yang positif buat pembekal gas sedia ada termasuk kehadiran pihak ketiga di dalam pasaran dalam berkongsi menyediakan bekalan gas kepada pembekal gas yang menghadapi kekurangan bekalan.

final • 4:00 PM

Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar

Sebagai contoh, pembekal sedia ada mempunyai tarif bekalan gas yang lebih besar berbanding pembekal baru. Kemudian, didapati wujudnya kekangan pembekalan gas sektor industri perkilangan akibat daripada bencana banjir. Maka pembekal yang mempunyai kelebihan tarif boleh membekalkan gas kepada pembekal yang mempunyai kekurangan bekalan.

Saya turut terpanggil untuk mendapatkan penjelasan daripada kementerian. Jika wujudnya sebarang keadaan seperti yang dinyatakan di atas, maka adakah kementerian akan mengenakan sebarang caj tambahan ke atas pembekalan gas kepada pihak yang menghadapi kekurangan bekalan apabila pindaan terhadap akses pihak ketiga ini diluluskan?

Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan agar kerajaan mengenakan caj atau peratus daripada pihak ketiga yang hadir dari negara luar sebagai pihak akses ketiga kerana ianya akan membantu dalam meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara yang kita cintai.

Tuan Yang di-Pertua, antara pindaan seksyen lain yang saya ingin memberi tumpuan adalah kuasa Suruhanjaya Tenaga untuk mengawal selia persaingan dalam pasaran gas seperti yang dicadangkan dalam Seksyen 28A dan 28A (F). Oleh yang demikian, didapati terdapat dua jenis pelanggaran yang boleh berlaku terhadap sesuatu persaingan itu. Yang pertamanya adalah perjanjian anti persaingan dan yang keduanya penyalahgunaan kedudukan dominan. Perjanjian anti persaingan boleh dikatakan akan wujud penipuan daripada pelbagai pihak seperti penetapan harga atau syarat dagangan yang tidak adil, penipuan bidaan dan sebagainya.

Selaras dengan kemungkinan kehadiran lebih ramai pembekal gas melalui Perjanjian Trans-Pasifik yang telah didatangi baru-baru ini, kuasa yang bakal diberikan kepada Suruhanjaya Tenaga akan memberi ruang yang jelas untuk mengawal sebarang aktiviti penipuan dalam pasaran. Seterusnya menjamin hak pengguna terus terbela daripada aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti yang berlaku akibat keterbukaan.

Tuan Yang di-Pertua, berpandukan kepada penyalahgunaan kedudukan dominan pula, adalah berkemungkinan wujud situasi kartel harga yang merupakan istilah yang dikenali dalam bidang ekonomi. Dalam bidang ekonomi, kartel menyatakan perilaku dan praktik yang berhubungan dengan persaingan industri atau persaingan usaha. Secara asasnya aktiviti sedemikian akan dapat merugikan kepentingan pengguna dan kepentingan awam.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan supaya kementerian sentiasa peka terhadap keadaan-keadaan sedemikian dengan tingkatkan penguatkuasaan melalui kekerapan rondaan kepada premis-premis pembekal sama ada yang sedia ada mahupun pembekal baru agar dapat memastikan trek rekod pembekalan dikenal pasti dan mengelak kartel harga jika sekiranya terdapat kekurangan bekalan gas di pasaran yang pastinya akan mewujudkan kebimbangan di kalangan peruncit dan seterusnya memberi kesan kepada pengguna dan akhir sekali pengguna gas sektor elektrik, sektor industri, gas komersial serta gas perumahan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan itu Kangar menyokong sepenuhnya cadangan pindaan terhadap Rang Undang-undang Bekalan Gas (Pindaan) 2016. Sekian, terima kasih.

final • 4:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya berbahas Akta Bekalan Air (Pindaan) 2016.

final • 4:15 PM

Beberapa Ahli

Bekalan gas.

final • 4:15 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Sorry. Akta Bekalan Gas (Pindaan) 2016. Mohon maaf. Saya ingin bertanya pihak kerajaan sama ada adakah polisi kerajaan untuk menggalakkan penggunaan gas untuk industri dan juga untuk penjanaan kuasa elektrik bagi negara kita. Kita tahu gas amatlah penting untuk industri-industri di Malaysia tetapi ada satu masalah kalau pihak kerajaan ingin menggalakkan penggunaan gas untuk menjana elektrik dan juga untuk kegunaan industri komersial dan juga IPP di negara kita ini, kita mesti pastikan bekalan gas ini konsisten dan juga harganya berpatutan dan tidak akan berlaku seperti yang berlaku dalam tahun 2011 di mana presiden dan juga CEO Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas yang mengatakan bahawa pihak kerajaan tidak patut memberi subsidi begitu banyak untuk bekalan gas.

Masa itu kalau tidak silap saya, Petronas diminta untuk memberi subsidi sampai 70 peratus daripada harga pasaran untuk memastikan bahawa usaha pihak kerajaan untuk menarik FDI iaitu Forum Direct Investment dan juga industri-industri di negara kita dan juga memastikan tarif elektrik ditetapkan pada satu tahap yang berpatutan dan tidak membebankan. Dalam tahun 2011, dianggarkan pihak Petronas telah memberikan subsidi sehingga RM20 bilion setahun untuk membekalkan gas dengan harga yang rendah kepada TNB, kepada IPP-IPP dan juga untuk industri komersial dan untuk juga kegunaan harian di rumah.

Akan tetapi mungkin sekarang ini subsidi sudah dikurangkan ataupun ditarik balik kerana harga pasaran gas memang sudah begitu rendah sekali. Apa yang berlaku selama ini dalam tahun di mana apabila harga gas sangat tinggi pada satu ketika pihak Petronas enggan memberikan bekalan gas yang diperlukan. Seperti yang berlaku di kawasan saya di Manjung, Perak di mana paip gas besar telah pun siap disediakan tetapi lebih daripada 10 tahun tidak ada bekalan gas kepada kawasan industri Kampung Acheh dan kawasan industri lain di Manjung.

Jadi untuk memastikan bekalan gas itu konsisten dan tidak diberhentikan, saya hendak dapat jaminan daripada kerajaan apakah langkah-langkah yang hendak diambil untuk memastikan apabila harga gas ini naik melambung tinggi seperti yang berlaku dalam tahun 2001, adakah bekalan gas akan diberhentikan sekali lagi? Kalau itu berlaku, semua industri dan juga TNB dan juga IPP-IPP yang mendapat bekalan gas daripada Petronas akan mengalami masalah.

Yang saya juga hendak dapatkan, kalau itulah polisi kerajaan yang boleh menetapkan gas yang constant at affordable price di Perak ini memang kita ada permintaan yang sudah lama diminta oleh industri-industri di kawasan Kinta supaya paip bekalan gas ini disambungkan dari kawasan Manjung ke Ipoh tetapi yang pasti kita mahu tahu inilah polisi kerajaan yang memastikan bekalan gas itu adalah bekalan menjana elektrik, menjana kuasa yang berpanjangan untuk negara kita.

final • 4:15 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Kalau itulah polisi, saya hendak dapat jaminan bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Tinggi.

final • 4:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk Yang Berhormat Kota Tinggi untuk berbahas dalam Rang Undang-undang Bekalan Gas 2016. Saya sebenarnya hendak mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah merangka rang undang-undang ini untuk memperkasakan lagi program ataupun perkara-perkara berkaitan bekalan gas, tidak lain tidak bukan, outcomenya atau keberhasilannya adalah untuk kesejahteraan rakyat.

final • 4:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Saya cakap macam ini sebab kalau kita tengok rang undang-undang yang baru ini menggantikan tajuk panjang yang sebelum 1993, kalau saya bacakan sedikit, Tuan Yang

final • 4:20 PM

di-Pertua

(i) peruntukan pelesenan bagi pengimportan;

(ii) penggasan semula (regasification);

(iii) pengiriman (delivery);

(iv) pengangkutan termasuk logistiknya;

(v) pengagihan (distribution);

(vi) peruncitan;

(vii) penggunaan gas melalui talian paip atau reticulation;

(viii) pangkalan gas pada harga yang munasabah pada harga gas;

(ix) kawalan talian paip - Kita kawal talian paip dengan akta ini;

(x) pemasangan perkakas bekalan. Maknanya aksesori itu juga diberi lesen, dikawal;

(xi) perkara-perkara yang berhubungan dengan keselamatan;

(xii) pengagihan, peruncitan, retailing, consumer dan penggunaan gas dalam semua berkaitan ini.

Jadi, akta ini sendiri adalah suatu inisiatif yang amat baik, yang menggariskan semua rantaian keperluan bekalan gas ini dan diberi phasing, maknanya ada some form of control, dengan izin. Ada satu tatacara kita mengawal supaya akhirnya, maksud-maksud, perkara-perkara ini lebih definitif, definitif makna lebih jelas dan ini tidak lain tidak bukan bertujuan untuk memberi akhirnya perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Sebab itu saya ucapkan tahniah atas usaha ini untuk mengadakan rang undang-undang ini pada peringkat dasar ini, saya rasa detail kita akan bincang kemudian.

Cuma saya hendak menyentuh beberapa perkara tentang gas ini. Gas ini adalah salah satu daripada bahan bakar. Kalau ikut selaras dengan dasar kita untuk mempelbagaikan sumber energy kita, kita kena optimizekan apa yang ada pada gas, arang batu kalau ada, hidroelektrik, ada juga cakap fasal hendak buat nuklear. Mungkin ada tentangan-tentangan tertentu tetapi maknanya, dasar ini mesti diperluaskan.

Mana-mana negara dalam dunia, negara yang menggunakan energy yang banyak termasuk China dan negara besar, mereka akan melabur begitu besar sekali untuk membeli kepentingan-kepentingan dalam sumber-sumber energy di seluruh dunia termasuk di Afrika dan sebagainya. Mereka sanggup memberi dana-dana yang mudah agar mereka juga berpeluang untuk menetapkan keperluan sumber tenaga untuk kepentingan masing-masing untuk masa hadapan.

Atas sebab itu, bila kita mengadakan contohnya gas di Malaysia, salah satu cara kita untuk memberi, meningkatkan lagi penyelarasan daripada segi cost effectiveness, keyakinan pengguna, caranya kita lay out the infrastructure requirement ataupun keperluan- keperluan asas untuk menjadikan pengurusannya ini efisien. Antara lain ialah mengadakan sistem paip reticulation yang lebih efisien, yang lebih menyeluruh dan sampai ke kawasan- kawasan yang memerlukan termasuk di Beruas tadi, di kawasan-kawasan industri dan dengan cara ini, kita akan menyediakan satu infrastruktur yang terbaik. Tetapi hendak letak infrastruktur ini ada kos dan kadang-kadang kos terlampau tinggi.

Kita lihat dasar kerajaan meletakkan infrastruktur jalan contohnya. MRT kosnya RM70 bilion - RM80 bilion. Belanja infrastruktur sebagai pelaburan-pelaburan termasuk Pan-Borneo, jumlah semua kos mencecah RM120 bilion atau RM130 bilion. Saya ingat kos ini kalau kita kira semua itu, ada kata kerajaan belanja banyak, hutang banyak tetapi sebenarnya ini mempunyai kesan penggandaan. Macam mana pemerkasaan dan tanggungjawab kerajaan ketika ini untuk potensi masa depan. Gas juga tidak terkecuali.

Sistem retikulasi ini kalau kita adakan di peringkat awal, akan memberi satu kelebihan daripada segi cost effectiveness dan cost efficiency dan juga murah kalau kita buat sekarang kalau dibandingkan masa kita buat di masa kemudian.

final • 4:20 PM

di-Pertua

Atas sebab itu dengan adanya akta ini, pelabur-pelabur atau industry players akan lebih jelas di mana licensingnya, di mana monitoringnya, di mana controlnya dan dengan cara ini, mereka akan lebih berminat untuk melabur dan sekiranya ramai yang melabur, kita akan pasti mendapat sistem yang terbaik.

Sebab itu saya Tuan Yang di-Pertua, apabila saya berkesempatan berjumpa dengan kawan-kawan di Australia dalam lawatan saya. Banyak yang ditanya tentang Malaysia sebab kita masa itu ASEAN Economic Community punya Head, Chair. Jadi mereka melihat Malaysia sebagai satu pusat untuk jadi gateway (gerbang) pembangunan.

Halal product contohnya hendak pergi ke negara-negara Islam OIC dan juga bila kita signed TPPA, kita juga menjadi gateway untuk halal product di 12 negara yang participating.

Dari situ mereka berminat untuk relocate industri. Antara perkara yang ditanya oleh mereka ialah tentang satu, kemahiran. Perkara kedua, energy sector. Bila cakap energy ini di samping electricity ialah gas. Ada atau tidak paip-paip line gas dari kawasan ini ada mudah sebab mereka melihat gas ini satu, mungkin green energy dan keduanya, mereka juga melihat sebagai satu yang lebih efisien dari segi pembakaran dan untuk mereka set up kilang.

Jadi, apakah mesej yang kita hendak sampaikan kepada mereka? Inilah mesej.

Kalau kita ada satu kerangka yang lebih jelas, kerangka yang lebih spesifik, definitif dengan lesen-lesen yang ada untuk mengawal selia lebih baik, maka dengan itu akan menggalakkan mereka melabur lebih banyak untuk infrastruktur bekalan gas ini, maka itulah satu langkah yang ke hadapan. Itu sebab akta ini ada menjawab persoalan-persoalan ataupun keperluan-keperluan ini.

Tuan-tuan dan puan-puan, minta maaf [Ketawa] Macam kenduri. Tuan Yang di- Pertua juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Bersedia untuk jadi wakil itu.

final • 4:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Sebenarnya malam ini saya ada ceramah agama saya memang kebetulan saya sudah termasuk dalam kepala otak, minta maaf.

Menyebut tadi tentang alam sekitar dan safety, saya rasa pandangan Yang Berhormat Parit Buntar itu adalah satu pandangan yang relevan tetapi kita mesti faham, bekalan gas ini adalah dalam downstream sector. Kita ada midstream, kita ada upstream.

Sebenarnya industri gas dan oil ini adalah amat besar dan kita juga mempunyai known recoverable reserve gas yang agak besar. Sudah tentulah kita juga mempunyai kerangka- kerangka yang telah termaktub dalam Petronas.

Kita juga mengadakan prinsip “zero-defect” kalau pergi mana-mana Yang Berhormat pergi, kalau dekat pelantar minyak, kita nampak ‘Safety First’ dulu baru nampak benda-benda lain. Kalau saya nampak bukan nama platform itu ‘Safety First’. Jadi sudah tentulah safety ialah satu perkara yang amat diberi penilaian tinggi dalam mana-mana industri oil dan gas termasuk gas ini dan perkataan safety itu memanglah - cuma saya rasa kita tidak boleh terlampau menganggap benda ini baru. Sebenarnya sudah lama sudah oil dan gas ini dan aspek-aspek alam sekitar dan keselamatannya.

Daripada segi safety factor dengan ISO nya telah pun dicapai dan kita tahu kalau berlaku accident, kita mempunyai kadar kemalangan antara yang paling rendah. Jadi safety tadi seperti Yang Berhormat Parit Buntar cakap itu memang ada kebenarannya tetapi saya yakin dengan sistem yang kita ada sejak beberapa tahun ini. Itu sebabnya Petronas sudah berjaya beroperasi- saya rasa hampir dekat 40 negara dan kita mempunyai satu track record yang baik dari segi safety.

Ini juga menyentuh alam sekitar. Kita tahu negara kita juga one of signatory of sustainability development goal (SDG) 2030. Kita juga amat concern tentang alam sekitar, tentang sustainability. Jadi saya ingat syarikat-syarikat minyak kita- saya ini bukan menjawab bagi pihak Menteri dan pandangan saya lebih relevan kalau saya cakap dalam konteks oil dan gas tadi supaya kita tidak terlampau tersasar jauh daripada segi kebimbangan. Kita lebih specific kepada downstream sector iaitu pembekalan gas itu sendiri.

final • 4:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Kita kena melabur untuk masa depan. Melabur dalam infrastruktur khususnya macam gas ini adalah amat penting untuk menunjukkan competitiveness kita, daya saing kita masa depan. Jadi saya melihat, since kita sudah ada banyak simpanan gas yang sustainable, kita juga perlu melabur dalam bentuk-bentuk pelaburan yang membina infrastruktur gas ini khususnya kepada kita memberi capaian yang lebih jauh, masuk dalam light industry dan industri perumahan dan sebagainya dan ini akan menjanjikan kita lebih competitive dan seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) 2030 yang kita jadi salah seorang daripada signatory tahun lepas.

Atas sebab itulah saya rasa, rang undang-undang ini amat bertepatan dan ia amat baik. Cuma tadi ada kebimbangan tentang harga. Saya rasa kalau lebih banyak players, tidak ada monopoli tetapi kadang-kadang kita cakap monopoli kita buka kepada semua, tidak semua ada kemahiran, capability dan capacity untuk melaksanakan, menyelenggara dan monitor dengan baik. Itu sebab kadang-kadang it goes down, dengan izin, beberapa players in the world or in the country.

final • 4:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Jadi kita kena bina kapasiti ini juga supaya lebih ramai. Jadi dengan adanya rang undang-undang ini, dengan ada sistem kawalan dan sistem pelesenan khususnya untuk control dan lebih efektif, saya rasa ia akan memberi peluang yang lebih baik untuk pelabur- pelabur masuk, participate. Kalau ramai masuk, sudah tentulah produknya lebih baik, servisnya lebih baik dan tentu pengguna-pengguna akan dapat puluhan produk ataupun gas yang lebih baik termasuk harganya sendiri sekali. Jadi pandangan saya dari Kota Tinggi, saya amat menyokong rang undang-undang ini dan mengucapkan tahniah kepada kerajaan. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kelana Jaya.

final • 4:30 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan D.R.1/2016, Rang Undang-undang Bekalan Gas.

Tuan Yang di-Pertua, menurut huraian rang undang-undang ini tujuan utama pindaan Akta Bekalan Gas adalah untuk membolehkan Suruhanjaya Tenaga Malaysia mengawal selia proses pembekalan gas nasional. Terdapat dua isu penting yang telah menarik perhatian saya. Pertama ialah pindaan mengenai kuasa kelulusan lesen oleh Yang Berhormat Menteri dan Suruhanjaya yang ketara sekali. Kedua ialah kesan isu lesen ini terhadap para pengguna hasil gas. Kelulusan lesen sering kali melibatkan isu salah guna kuasa pemberian lesen sebenarnya.

Pada dasarnya saya tidak menafikan bahawa kerajaan perlu kawal tentang hal isu- isu pembekalan gas kerana ia mustahak dari segi keselamatan dan juga kepentingan nasional, kepentingan ekonomi kita. Saya juga mengakui bahawa pelesenan merupakan satu kaedah pengawal seliaan sektor ini yang efektif bagi memastikan taraf-taraf keselamatan dipatuhi dan harga gas dikawal. Oleh itu sebelum saya menghuraikan hujah pertama saya, saya akan memberi satu gambaran ringkas landskap ekonomi industri pembekalan gas di Malaysia sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, di Semenanjung ini setahu saya, kita hanya mempunyai satu syarikat pembekal gas iaitu GAS Malaysia dan yang penting ialah kita kena faham syarikat ini ialah milik Tan Sri Syed Mokhtar, lagi Tan Sri Syed Mokhtar. MMC melalui syarikat dia mempunyai saham 30.9 peratus GAS Malaysia, Tokyo Gas-Mitsui, partner dia 16.8 peratus, Petronas penjual gas, the actual supplier gas 14.8 peratus saja dan awam dapat 35.8 peratus. This is as of December 2015 mengikut data daripada Bursa Malaysia. Bagi isu pelesenan, fasal yang penting ialah fasal 11, 12 dan 13 mengenai pindaan-pindaan yang relevan bagi isu kita pada hari ini. Mengikut fasal-fasal ini, Suruhanjaya Tenaga mempunyai kuasa untuk meluluskan lesen pembekalan gas akan tetapi di Malaysia ada yang menganggap lesen-lesen ini bagaikan seperti kena tiket loteri. As if you get the lottery once you get a license. Biasanya mereka yang mengamalkan budaya ini akan menjual atau masuk joint venture untuk lesen tersebut.

final • 4:30 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Oleh itu ia penting. Kita kena faham isu lesen ini ialah isu yang ada kaitan dengan kemelesetan ekonomi dan juga isu kegagalan tadbir urus korporat yang penting sekali.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menyokong sistem ekonomi pasaran bebas tanpa had. I am not a supporter of the free market yang seperti dikatakan oleh pope recently. Saya sokong free market tapi kenalah fair dan control ya. Akan tetapi apa yang berlaku dalam pindaan ini ialah memberi satu sistem yang bercanggah dengan sistem free market. Saya kata ini sebab kalau kita lihat pindaan yang betul, yang ketara di depan kita ini, ia tidak beroperasi secara telus dan nampaknya memberi opportunity untuk syarikat-syarikat kroni politik.

Saya merujuk kepada fasal 12. Fasal ini telah menambah seksyen-seksyen baru iaitu seksyen 11B(a), 11B(b), 11B(c).

Ketiga-tiga seksyen ini membuktikan kuasa Yang Berhormat Menteri untuk mengeluarkan lesen khususnya seksyen 11B(1)(a) dan (b), membenarkan campur tangan Yang Berhormat Menteri dalam pengurusan pemberian lesen oleh Suruhanjaya Tenaga.

Biasanya dulunya sebelum pindaan ini ialah dalam bidang kuasa Suruhanjaya Tenaga saja.

Satu committee, sekarang nampaknya Yang Berhormat Menteri ada kuasa lebih dengan izin Tuan Yang di-Pertua, we have to be very careful because seksyen 11B(1)(a), rang undang-undang ini, saya bacakan seperti berikut dalam Bahasa Inggeris dengan izin, “The commission may grant a license for the regasification or distribution of gas with the approval of the Minister”. Perkataan yang penting ialah “With the approval of the Minister”. Ia bermakna bukan Suruhanjaya Tenaga ini buat satu group decision tetapi needs the approval of the Minister. Makna seksyen ini jelas, Suruhanjaya Tenaga ini tidak boleh memberi sebarang lesen tentang pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya bagi satu contoh, satu ilustrasi. Andaikan terdapat satu syarikat besar yang sememangnya pakar dalam pengurusan pembekalan gas. Katakan Yang Berhormat Menteri itu tidak suka pengerusi dia. Dia boleh sekat walaupun Suruhanjaya kata “Ini best, ini syarikat yang bagus, dia ada track record, dia boleh buat”. Kalau Yang Berhormat Menteri kata tidak boleh, tidak boleh. Ini adalah pindaan saya rasa yang memberi terlalu banyak kuasa kepada Yang Berhormat Menteri.

Apa yang lebih pelik ataupun lebih bercanggah ialah 11B(1)(a) ini jika dibandingkan dengan 11B(1)(b), membangkitkan isu masalah yang lebih besar. Menurut Seksyen 11B(1)(b) dan saya baca dalam bahasa Inggeris dengan izin. *“The commission may grant a license for the transportation of gas to a person designated by the Minister”.

Keyword, “Designated by the Minister”.* Seksyen tadi 11B(1)(a) kata with the Minister’s approval. Akan tetapi 11B(1)(b) pula designated by the Minister. Maknanya Minister lebih berkuasa daripada Suruhanjaya Tenaga. Ini membenarkan Yang Berhormat Menteri menetapkan seseorang individu untuk diberi lesen bagi pengangkutan gas. Seksyen ini memberikan Yang Berhormat Menteri kuasa yang mutlak manakala Suruhanjaya Tenaga pula jadi satu rubber stamp saja.

Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, mengapakah struktur-struktur ayat Seksyen 11B(1)(b) begitu berbeza daripada seksyen 11B(1)(a). Seksyen 11B(1)(a) tadi kata approval Minister. Seksyen 11B(1)(b) pula with designated by the Minister. Mengapakah perkara penggasan semula ini hanya perlukan kelulusan Yang Berhormat Menteri tetapi lesen untuk pengangkutan gas ditetapkan oleh Yang Berhormat Menteri.

Terlalu berlainan Tuan Yang di-Pertua. Situasi ini tiada logiknya malah kuasa Yang Berhormat Menteri ini amat luar biasa, terlalu luas dan terlalu luar biasa. It has to be contained, the discretion of power is way too big Oleh itu seksyen 11B(1)(b) perlu ditolak ataupun dipinda supaya lesen pengangkutan gas hanya memerlukan kelulusan saja, approval Minister, bukan penetapan individu oleh dia.

Sekiranya seksyen ini diluluskan, malulah kita semua di Parlimen ini, betul. Mana boleh Yang Berhormat Menteri tetapkan sebuah syarikat untuk mendapatkan lesen pengangkutan gas tanpa the commission. Apakah jadi fungsi Suruhanjaya Tenaga dalam perkara ini? Dengan izin, where is the check and balance? Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri memberi jawapan ikhlas mengenai kejanggalan ini. Lebih pelik lagi ialah huraian ataupun explanatory statement bagi fasal 12.

final • 4:30 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Kalau kita baca di belakang pindaan ini, the explanatory section, dia kata macam ini, saya baca. “Further the proposed amendment will empower the Minister to designate a person to be granted a transportation license with monopoly status for a specific area of their supply”. Keyword, monopoly status. Our own explanatory note, dalam pindaan ini membenarkan monopoli.

Huraian ini menyentuh isu monopoli dalam sektor pengangkutan gas. Bermakna lesen tersebut hanya akan diberi kepada seorang saja. Bukankah ini bercanggah dengan prinsip Kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa menguar-uarkan prinsip ekonomi pasaran bebas. Macam manakah pindaan ini akan sit with the TPPA? Malah bukankah ini turut bercanggah dengan Akta Persaingan kita 2010 ini? Malaysia ini Tuan Yang di-Pertua mempunyai banyak monopoli dan duopoli. Kita tengok power generation kita sudah tahu monopoli banyak. Sudah pun jelas bahawa sekiranya terdapat monopoli, harga gas kepada pengguna akan naik. Silakan.

final • 4:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya hendak dapat pandangan daripada Yang Berhormat Kelana Jaya. Biasanya bila undang-undang dibuat dengan monopoli dibenarkan, lazimnya syarikat sudah dikenal pasti. Boleh saya tumpang tanya pendapat daripada Yang Berhormat Kelana Jaya, sama ada kerajaan sebenarnya sudah ada syarikat in mind, they already have a company in mind untuk memperolehi monopoli ini? Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Batu. Itu soalan kena tanya kepada Menterilah. Setahu kita, dalam amalan dalam isu pembekalan gas ini, cuma GAS Malaysia di Semenanjung Malaysia, gas Sabah itu cerita Sabah. So memang we are already in a state of monopoly. Apa yang hairan ialah pindaan membenarkan monopoli. Saya tidak pernah lihat pindaan yang membenarkan monopoli berlaku.

Saya sambung, dengan izin, when there is no competition, there is only exploitation. Kita semua tahu kalau kita bagi monopoli, mestilah syarikat dia suka-sukalah naik harga. Oleh yang demikian, saya syorkan Dewan yang mulia ini jangan luluskan pindaan ini. Ia akan memberi kuasa berlebihan kepada Menteri untuk memberi lesen monopoli kepada seorang individu sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, isu kedua saya ialah seksyen 11B(3). Izinkan saya baca seksyen tersebut dalam bahasa Inggeris, “For the purposes of granting a license under this section, the Commission may grant more than one license to any person as the Commission deems fit.” Seksyen ini menimbulkan satu situasi di mana seseorang individu ataupun sebuah syarikat itu boleh memegang beberapa lesen, banyak lesen. Katakan di negara kita dalam 10 tahun ini yang akan datang ini dapat 10 lesen, kalau dia bolot lapan lesen, it is the same as monopoly. Seksyen ini tidak masuk akal. Kalau hendak bagi lesen, bagilah satu. Kenapa membenarkan “For the purpose of granting a license, the Commission may grant more than one license to any person”?

Jadi kita kena tengok bukan sahaja drafting, kita kena tengok amalan dia, apakah perception amalan pindaan ini. They are perceiving that possibly somebody could monopolize the licenses dalam isu ini. Undang-undang sepatutnya mengehadkan bilangan lesen. Dengan izin, we cannot allow the law to grant more than one license without limit. Kalau hendak bagi lesen lebih pun, put a limit. Oleh itu, seksyen ini perlu juga ditolak atau dipinda semula.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen 11B(4) pula. Ini juga mendatangkan masalah.

Mengikut seksyen ini, dengan izin saya baca, “No license shall be capable of being transferred, assigned, sub-assigned or otherwise disposed of unless the written consent of the Minister or the Commission has been obtained”. Biasanya lesen-lesen kerajaan ini tidak boleh assign, tidak boleh transfer tetapi kenapa masukkan word ‘unless the written consent’? Maknanya, you tidak boleh assign. Kalau you boleh kautim dengan Menteri ataupun kautim dengan Suruhanjaya Tenaga, boleh assign. This is complete nonsense, pada pandangan saya. Situasi ini amat menghairankan. Lesen tidak boleh dipindah milik tetapi asalkan Menteri beri keizinan, boleh pula.

Oleh itu, kita perlu juga meminda ataupun at least push this amendment aside. Cadangan saya, potongkan ayat “Unless the written consent of the Minister or the Commission has been obtained”.

final • 4:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Sebaik-baiknya seksyen 11B(4) hanya perlu mengatakan bahawa lesen tidak boleh dipindah milik ataupun diserah hak, full stop. Keperluan keizinan bertulis Menteri ataupun suruhanjaya tidak diperlukan.

Tuan Yang di-Pertua, lagi ada isu yang penting, semua dalam seksyen 11B ini.

Seksyen 11B(5) menyatakan bahawa “Licenses may be for such periods as the Commission may in each case approved”. Lagi kuasa discretionary yang kuat. Pindaan ini tidak masuk akal kerana ia memberi kuasa budi bicara, discretionary power yang terlalu banyak kepada Suruhanjaya Tenaga.

Tuan Yang di-Pertua, saya bagi satu ilustrasi. Andaikan ada seorang peniaga pembekal gas international, dia berhasrat untuk melabur di Malaysia, dia hendak masuk RM300 juta untuk pipeline project. Dia dapat lesen. Kalau period lesen ini discretionary seperti dalam pindaan ini, apa makna kalau dia dapat enam bulan? Matilah dia. Kalau dia dapat setahun, teruk. Kalau dia dapat 10 tahun, boleh consider. Akan tetapi discretionary power ini untuk apa sebenarnya? Adakah ini bermakna saya bagi setahun, Menteri lepas itu kata, “Saya rasa hendak tarik balik”? The investor already put in RM300 million. Susah, Tuan Yang di-Pertua. Ia penting kalau hendak buat pun bagi a fixed term 10 years, 20 years, or the period of any legitimate period. Sekiranya kerajaan hendak menarik pelaburan seperti yang saya katakan tadi, ini akan menimbulkan isu yang besar sekali untuk pelabur.

Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini jelas mempunyai isu-isu dasar yang perlu diperbaiki sebelum diluluskan. Saya tahu bahawa kita di pihak pembangkang sememangnya tidak ada peluang untuk buat amendment. Kita tahulah. Apa hendak buat, negara kita ini macam ini. Sebelah sana ikut sahaja apa Menteri hendak, dapat. Sebelah sini kita cuba sedaya upaya untuk give very good suggestion tetapi tidak dapat juga. But for the sake of the country, for the sake of encouraging foreign investment upholding free market principles, basic principles of competition, dengan izin, saya berharap kementerian boleh menarik balik rang undang-undang ini untuk dikaji semula. Kalau boleh pada masa peringkat Jawatankuasa nanti, please consider amending the relevant section. Sekiranya Menteri gagal melaksanakan langkah-langkah tersebut, saya khuatir rang undang-undang ini akan membawa mudarat kepada semua dan yang penting ialah kepada pengguna-pengguna gas kerana membenarkan sistem monopoli exists dalam rang undang-undang ini. Oleh itu, pendek sahaja perbahasan saya, saya menolak dan juga menyeru sekali lagi memintalah Menteri untuk kaji semula. Terima kasih [Tepuk]

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 4:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

[Membaca sepotong doa] Bismillaahi Rahmaani Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua beri saya peluang untuk saya berbahas Rang Undang-undang Bekalan Gas (Pindaan) 2016.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana sudah bersedia untuk membuat penambahbaikan pada Akta 501 ini.

Semenjak tahun 2009, permintaan gas telah melebihi daripada pembekalan sebenarnya dari sumber domestik di Semenanjung Malaysia. Ini menimbulkan ketidakcukupan bekalan gas kepada peruncit, pengguna dan sebagainya. Jadi melihat kepada statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga pada tahun 2015, sektor elektrik di Semenanjung Malaysia merupakan pengguna utama gas mencatatkan 55 peratus dan sektor-sektor lain seperti industri mencatatkan 31 peratus, petrokimia sebanyak tujuh peratus, sektor eksport sebanyak enam peratus, sektor pengangkutan sebanyak satu peratus dan lain-lain. Jadi antara kegunaan utama gas ini adalah tenaga elektriklah dan bahan bakar kenderaan, gas memasak, alat pemanasan, penghasilan baja dan industri petrokimia.

Saya tertarik dengan bahan bakar kenderaan ini kerana di sini kita melihat satu cara alternatif kepada pembakaran fosil, kerana pembakaran yang ada sekarang ini menyebabkan pencemaran alam.

final • 4:47 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Kita tahu sekarang dunia ini menghadapi masalah pemanasan global disebabkan oleh peningkatan pengeluaran karbon dioksida dunia. Malah, dunia hari ini begitu berhati- hati dan begitu serius.

Baru-baru ini, perjanjian yang dibuat di Paris iaitu COP 21 di mana 195 buah negara datang untuk memikirkan bagaimana untuk mengurangkan pemanasan global ini supaya suhu dunia tidak meningkat lebih daripada dua darjah Celsius, supaya tidak jadi masalah-masalah malapetaka dunia disebabkan perubahan iklim yang sangat ketara seperti ribut taufan, banjir, kemarau dan sebagainya yang sedang kita lihat hari ini. Dunia hari ini risau sebab bongkah-bongkah ais habis sudah melt dan peningkatan tahap air laut telah meningkat. Ini boleh menyebabkan banyak masalah kepada banyak negara di dunia ini. Jadi ini yang dilakukan dan antaranya adalah perjanjian negara-negara dunia ini untuk menurunkan kadar emisi karbon dioksida untuk mengurangkan pemanasan global ini.

final • 4:47 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Jadi perjanjian yang dibuat ini kita lihat banyak negara-negara Malaysia sekali lagi telah menyatakan hasratnya untuk menurunkan kadar karbon dioksida daripada 40 degrees kepada 45 degrees kepada KDNK yang mana 30 peratus adalah tanpa syarat dan 10 peratus adalah dengan bantuan kewangan daripada negara maju dan juga transfer, pemindahan teknologi.

Malaysia begitu serius tentang perubahan ini sebab saya lihat daripada pindaan yang kita akan buat ini pertama-pertama sekali adalah bahan bakar kenderaan yang kita menggunakan juga di Malaysia walaupun tidak banyak tapi kita ke arah itu kerana kita ini hendak jadi negara maju dan kita pun hendak jaga- kita hendak jadi negara maju yang kita hendak pendapatan tinggi, rakyat yang sihat, pencemaran tidak berlaku. Malah, kerajaan telah berjanji pada perjanjian Paris ini untuk menurunkan, untuk menjaga hutan 50 peratus to conserve hutan kita 50 peratus ini janji-janji yang dibuat.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga telah menghadiri satu conference, CPA conference di London baru-baru ini bertemakan climate change, perubahan cuaca ini. Di mana saya memang kagumlah saya lihat negara-negara commonwealth banyak datang untuk complain tetapi kita tengok Malaysia telah buat perjanjian, Malaysia ini telah letak satu hasrat telah letak target. Jadi ini satu perkara yang sangat baik ini sebab kita maknanya kita serius untuk mencari tenaga-tenaga baru contohnya tenaga daripada bahan bakar hari ini.

Jadi melihat senario dunia pada hari ini gas merupakan elemen penting yang menjadi punca tenaga. Kita lihatlah macam contoh negara-negara maju terutama negara- negara besar seperti Amerika, Eropah dan China tentu merekalah yang paling banyak sekali. Jepun juga merupakan negara yang paling maju dalam cara penggunaan gas asli cecair ini. Kira-kira 75 peratus gas asli cecair digunakan untuk menjana elektrik sementara 23 peratus dibekalkan untuk kegunaan rumah.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan laporan RMKe-10, pengeluaran gas asli meningkat pada kadar tahunan purata sebanyak 6 peratus dengan Sarawak menjadi pengeluar utama. Jadi meskipun begitu melihat kepada pengeluaran di dalam tempoh tiga tahun daripada 2010 hingga 2013 pengeluaran purata gas asli berkurangan sebenarnya.

Justeru itu pindaan terhadap akta ini perlu dilakukan dengan memasukkan beberapa elemen penting bagi menambah baik perkembangan kepada akses pihak ketiga.

Inisiatif akses pihak ketiga ini ataupun TPA ini diperkenalkan dalam ETP dan RMKe-10 bagi memastikan security, daya harap dan kemapanan bekalan di Malaysia terus terjamin. Terminal regasifikasi atau RGT one penggasan semula di Melaka yang mula beroperasi pada tahun 2013 membolehkan LNG, dengan izin, dibawa masuk ke Semenanjung bagi memenuhi permintaan gas dan membolehkan pelaksanaan sistem akses pihak ketiga.

Dalam rang undang-undang ini yang mempunyai 45 fasal ini yang ingin dipinda dan ditambah terhadap akta yang sedia ada. Pindaan terhadap rang undang-undang ini membolehkan Suruhanjaya mengawal selia daripada aspek ekonomi, dalam pelesenan bagi pengimportan ke terminal penggasan semula, pengiriman, pengangkutan, pengagihan, peruncitan ataupun pembinaan dalam pembekalan gas.

final • 4:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, perkara ini merujuk kepada fasal 4 pindaan subseksyen 13(3)(4) dan peruntukan baru seksyen 13A akta 501 untuk membolehkan suruhanjaya meluaskan pengawalseliaan terhadap syarikat-syarikat LNG di Malaysia. Ini menambahkan lagi ketelusan, kejujuran sebab apa penyeliaan jadi lebih baik memandangkan penggunaannya tinggi. Perkara utama yang ingin disentuh adalah mengenai fasal 30 bahagian baru VIA, seksyen 28A hingga 28F untuk menggalakkan persaingan dalam pasaran gas dengan memperkenalkan akses pihak ketiga di Malaysia.

Jadi objektif akses pihak ketiga ini diperkenalkan adalah satu menyediakan sistem operasi infrastruktur atau kemudahan gas yang membolehkan pihak ketiga mengakses kemudahan tersebut untuk menghantar gas kepada pengguna, piping lah.

Kedua, mewujudkan pengguna yang sama rata, level playing field, dengan izin, dan memupuk persaingan sihat di kalangan pembekal gas di dalam industri gas.

Ketiganya, memastikan faedah-faedah dapat dinikmati oleh pengguna melalui harga gas yang kompetitif, perkhidmatan yang berkualiti serta bekalan gas yang berdaya harap dan mampan.

Jadi peluang yang sama rata inilah- jadi ingin tanya kepada kementerian apakah kriteria-kriteria untuk pemilihan syarikat-syarikat yang akan mengambil bahagian dalam usaha ini. Maknanya tentu ada kriteria-kriteria, tentu ada cara-cara penilaian bukan maknanya satu company itu masuk dia terus dapat- terus dapat tanpa penilaian, tanpa ujian dan sebagainya terus dapat, itu tidak mungkin kerana kita ada banyak ada company- company yang akan masuk dan telah memberi peluang yang sama rata. Saya tidak nampak sepatutnya tidak ada monopoli dalam perkara ini.

Dalam pindaan ini peluang pasaran akan lebih terbuka dan meluas dan tidak hanya dimonopoli oleh sesetengah syarikat gergasi sahaja. Kita tidak boleh menuduh terus macam itu. Ini sebab syarikat-syarikat ini akan masuk, syarikat-syarikat ini akan..

final • 4:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Boleh mencelah?

final • 4:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sila.

final • 4:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih banyak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, ialah isu monopoli ini bukan isu saya ini isu dia dalam explanatory note kena baca sendiri Yang Berhormat Bagan Serai boleh kah, baca klausa fasal 13 dia cakap terus terang, this amendment will empower the minister to designate the person granted transportation license with monopoly status. Sila.

final • 4:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Maksud saya ini, maksud saya di sini syarikat itu ada kriteria dia bukanlah Menteri itu datang terima monopoli macam itu.

Mungkin Yang Berhormat Kelana Jaya tidak faham juga dia baca tapi dia tidak faham ataupun dia baca fahaman dia singkat ini macam ini jadi macam ini.

final • 4:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Minta.

final • 4:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya cuba hendak nyatakan Menteri tidak boleh pilih macam itu tentu ada syarikat, tentu ada kriteria-kriteria pemilihan dia.

final • 4:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Minta penjelasan.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Minta penjelasan.

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Bagan serai.

final • 4:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tidak, bagi saya habis. Lepas ini boleh bahas.

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Boleh ya.

final • 4:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Boleh, tidak betul itu.

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Saya hendak tanya you faham kah atau tidak maksud monopoli [Ketawa] Itu sahaja?

final • 4:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Duduklah, monopoli kita fahamlah. Kita fahamlah monopoli. Saya ceritakan dia maksudkan kenapa syarikat ini- pemilihan dibuat oleh Menteri bukan pilihan macam itu ada kriteria-kriteria. Apa kriteria- kriteria pemilihan....

final • 4:50 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Minta pandangan Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Nampak, lepas itu apa maksud kriteria-kriteria pula. Apa makna kriteria-kriteria, kalau monopoli, monopoli sahaja lah. Apa kena mengena dengan kriteria-kriteria. Sejak bila ada kriteria, monopoli is monopoly, that’s all.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Duduklah Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Susah, dengan ini Tuan Yang di- Pertua.

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Sejak bila monopoli ada kriteria.

final • 4:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Pindaan ini peluang pasaran akan lebih terbuka yang saya sebut yang lebih meluas. Memberi peluang kepada orang lain bukan itu sahaja melalui pindaan ini infrastruktur sedia ada dari utara hinggalah ke selatan boleh diakses oleh pihak ketiga serta menggunakan kapasiti kemudahan gas tersebut bagi tujuan penghantaran kepada pengguna.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu bangun Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

Monopoli bagi peluang. Okey.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih, Yang Berhormat Bagan Serai saya cuma saya setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan Serai tadi sebab Yang Berhormat Bagan Serai ingin melihatkan peluang dibukakan dan Menteri mempunyai kriteria untuk memilih syarikat untuk menguruskan tugasan ini. Cuma saya hendak dapat pandangan peribadi daripada Yang Berhormat Bagan Serai sama ada kriteria yang begitu baik dengan spesifikasi yang baik tapi akhirnya masih memilih sebuah syarikat sahaja yang untuk menjalankan tugas monopoli.

Apakah cadangan Yang Berhormat Bagan Serai untuk mengelakkan monopoli itu selepas dia dapat konsesi ini mereka perform dengan baik? Saya ingin mendapatkan pandangan daripada Yang Berhormat Bagan Serai sebab Yang Berhormat Bagan Serai tadi sebut kalau terbuka bagi peluang pasaran dia akan meningkatkan kecekapan, efficiency sesebuah syarikat tetapi selepas sebuah syarikat dapat monopoli apakah jaminan untuk pastikan syarikat itu yang memenuhi semua kriteria tetap berfungsi dengan baik, terima kasih.

final • 4:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Itulah saya sebut tadi walau bagaimanapun Menteri akan menjawab perkara ini dengan lebih jelas tapi pada pendapat sayalah, pada pendapat saya apabila sesuatu syarikat diambil tentu syarikat itu dinilai, tentu ada follow up, tentu ada lihat bagaimana performance dia dan ada kriteria-kriteria yang mungkin akan menyebabkan dia sambung atau tidak disambung.

Jadi tidak timbul perkataan monopoli dan kita tidak boleh buruk sangka dan kata terus dia akan control semua. Itu pun tidak betul sebenarnya jadi jangan risaulah Menteri akan jawab.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Itu dalam undang-undang bukan kita yang kata tapi undang-undang.

final • 4:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Saya faham macam lain tapi...

final • 4:50 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Yang Berhormat Bagan Serai, Labuan?

final • 4:50 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 4:50 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Bagi Yang Berhormat Labuan dulu.

final • 4:50 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Adakah Yang Berhormat Bagan Serai setuju ada kadang-kadang situasi di mana monopoli itu adalah baik.

final • 4:50 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Sebab ia memerlukan investment yang besar dan ia memerlukan pembangunan industri seperti mana satu hari dahulu kita perlukan monopoli di dalam telecommunication, di dalam supply of- di mana infrastruktur-infrastruktur yang meluas perlu dilaksanakan.

Apabila sampai masanya untuk dibuka maka ia akan dibuka. Itu adalah cuma provision membolehkan, tidak semestinya digunakan. Kalau situasi itu perlukan monopoli, maka kita ada option untuk mengadakan monopoli. Banyak industri-industri sebenarnya yang dibuat monopoli atau oligopoli, tidak semestinya kita kena tutup option. Jadi, apabila kita perlu nanti kita tidak boleh mengadakan option yang baik untuk situasi pada masa itu.

final • 5:00 PM

Dato' Othman bin Aziz - Jerlun

Yang Berhormat Bagan Serai, hendak tambah sedikit.

final • 5:00 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Ya.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Ya, ramai yang bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Jerlun.

final • 5:00 PM

Dato' Othman bin Aziz - Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Bagan Serai. Lanjutan dari apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Labuan, kita melihat bahawa selama ini kalau di Malaysia ini kalau kita bercakap soal gas kita kait hanya Petronas. Kemudian, dari segi pengedaran masa ketika ini hanya ada GAS Malaysia.

Sebab apa, sudah tentulah antara sebab utamanya dari segi CapEx, dari segi modal yang begitu besar, infrastruktur yang cukup meluas yang perlu dilaburkan dan saya rasa tidak ada banyak syarikat yang datang ke depan mengemukakan cadangan untuk terlibat secara langsung kerana pulangannya pun tidak tinggi.

Dalam masa yang sama kalau kita tengok juga kalau retail gas memasak ini contohnya hanya beberapa syarikat. Mungkin lima atau enam syarikat yang mempunyai kaitan dengan antarabangsa umpamanya Shell, ESSO dan sebagainya. Ini pun juga sudah tentu memerlukan CapEx atau pun modal awal yang cukup tinggi. Jadi, sebab itulah pada saya apa yang cuba dibuat oleh pihak kerajaan hari ini untuk mengemukakan cadangan sekiranya ada cadangan-cadangan daripada pihak yang sanggup melabur dengan begitu besar, maka ruang itu tidak akan ditutup. Apa pandangan Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 5:00 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Labuan dan Jerlun.

final • 5:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Tinggi di belakang itu.

final • 5:00 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Silakan, silakan.

final • 5:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mencelah sedikit, hendak bertanya. Sebenarnya banyak, hendak bercakap macam pakar tetapi sebenarnya tukang bakar sahaja. Macam Yang Berhormat Kelana Jaya kawan saya.

Saya hendak tanya dia ada elemen of CapEx investment. Maknanya kita kena melabur dengan banyak. Selepas itu sudah ada satu critical mass atau critical volume baru ini boleh difully commercialized. Banyak contoh seperti Yang Berhormat Jerlun cakap, dahulu orang ketawakan Genting, kenapa buat Genting itu atas gunung. Sekarang ini semua orang pergi Genting hendak buat kawasan di Sentosa Island, Singapore dan Fort Lauderdale, Florida dan macam-macam. Jadi, makna dia kena ada critical mass.

Kerajaan begitu menjawab untuk memastikan industri ini berkembang. Kita ada PFI, sebagai contohnya. Kita kena bina infrastruktur dahulu, kena bantu tetapi bila pada masa kerajaan tidak mempunyai kepakaran, kita tidak ada pengalaman, di situ dan kita hendak dalam keadaan yang segera.

final • 5:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Mungkin kita ambil satu, dua parti yang bagus dan kita bina kapasiti. Selepas satu ketika ada kemahiran kita sudah tahu selok-belok, maka kita akan adakan kerangka kerja yang lebih spesifik.

Itu sebabnya rangka undang-undang ini dibuat sebab sampai masanya infrastruktur ini dikembangkan melalui kerangka yang lebih baik, yang dikawal, di monitor di kawasan yang baik sebab tujuannya adalah untuk kebaikan rakyat bukan hanya cerita pasal industri monopoli.Sebenarnya kepentingan untuk rakyat. Sebenarnya untuk kepentingan rakyat. Jadi itu sebabnya jangan ketawa sebab apa kadang-kadang Kelana Jaya ini dia cakap di Hong Kong. Belum apa-apa dia cakap. Sekarang ini sudah senyap.

Itu sebab saya kata jangan kita guna Dewan mislead people. Kita cakap pada yang benar dan jangan cakap banyak-banyak pusing.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Point of order. Kalau hendak sokong monopoli tidak ada masalah.

final • 5:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Ini seorang lagi. Monopoli...

final • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu.

final • 5:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Cakap, saya hendak cakap.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kita setuju dengan...

final • 5:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Ini my floor, my floor. Duduk.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tidak boleh, jangan mencelah Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tidak ada masalah.

final • 5:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Duduk.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya pun setuju.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Kelana Jaya duduk Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Apa ini?

This my floor.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dia tengah mencelah tetapi dicelah atas mencelah Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Jadi, monopoli pun kena faham. Kadang-kadang orang cakap ini, macam pandai, business tidak pandai. You have to build the capacity first. Bila kita belum kuat, bukan namanya monopoli.

Itu namanya kita bantu. Sampai satu ketika dia boleh ada critical mass, monopoli dia menguasai segala-gala. Itu monopoli.

final • 5:00 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 5:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Dan tambah kroni, itu satu lagi. Inilah mentaliti pembangkang. Kita hendak bina satu baik, dia sudah set dah skewed. Itu sebab ini kita hendak buat benda yang baik, pun pandangan saya Yang Berhormat Bagan Serai jangan bimbang sangat. Saya sudah beritahu satu persatu. Bila kita ada licensing, kita ada controlling, kita manage dan banyak pelabur masuk, orang yakin akan melabur. Akan tetapi kalau kita buat cara pandangan macam Yang Berhormat Ampang ini, itu sebab semua tidak boleh jadi. Jadi, saya minta apa pandangan Yang Berhormat Bagan Serai.

Jadi, sebenarnya bukan monopoli. Pandangan saya kita bina kapasiti, sampai satu ketika ada critical mass lepas itu kita liberalisasi. Ini peranan kita buat banyak kali dalam kerajaan. Itu sebab kita boleh berjaya. Sana cakap sahaja, bukan pakar. Tukang bakar.

Terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 5:00 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya mohon pencelahan Labuan, Jerlun dan Kota Tinggi dimasukkan dalam perbahasan saya.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Bagan Serai, to be fair saya tidak tolak. Saya kata apa yang jaminan itu supaya monopoli itu tidak...

final • 5:00 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, inilah pandangan yang jelas tentang apa itu monopoli.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

...Disalahgunakan selepas...

final • 5:00 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang dicanangkan oleh pembangkang itu menunjukkan mereka ini terkeliru dan mengelirukan dan kadang-kadang terkenyit-kenyit.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Apa ini?

final • 5:00 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tidak faham, tidak faham.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kita tidak kata kita tolak, cuma...

final • 5:00 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Kita buat benda baik untuk menambah baik membuka peluang pekerjaan...

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tadi saya tanya Yang Berhormat Bagan Serai, saya clearly...

final • 5:00 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Akan tetapi dituduh sebagai monopoli. Dia faham monopoli...

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

After you get it whether how to jamin monopoli ini tidak di abused. Saya tidak kata kita tolak monopoli itu tersendiri.

final • 5:00 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Kita sudah beritahu dah apa maknanya sebab apa...

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Dia tidak dengar dengan baik.

Tadi saya kata dia kriteria...

final • 5:00 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sebab apa kriteria-kriteria. Saya daripada awal lagi Tuan Yang di-Pertua sudah bercakap tentang kriteria-kriteria.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Selepas terpilih sama ada company itu maintain the performance atau tidak.

final • 5:00 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sama ada tidak faham atau pun rosak telinga atau pun tidak tahulah. Saya hendak bercakap, duduklah. Duduklah, duduklah. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tidak faham.

final • 5:00 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Duduk elok-elok. Tuan Yang di- Pertua...

[Disampuk] Mungkin rosak telinga. Kena jumpa pakar telinga. Jadi, kita jelas benda ini. Bila kita buat terbuka mereka yang mempunyai berkeupayaan, mempunyai kekuatan, mempunyai kriteria-kriteria yang diperlukan, maka kerajaan akan ambil. Bukan Menteri pakai ambil suka hati dia. Mana ada cara macam itu.

Dia akan diikuti, dia akan disusun melihat performance dia bagaimana jika ada company-company lain yang masuk. Kalau ada company lain yang masuk yang lebih bagus, mungkin Menteri akan buat keputusan. Jadi, bila Yang Berhormat Menteri buat keputusan contohnya ‘A’, ‘B’, ‘C’ masuk, Menteri buat keputusan untuk ambil ‘B’ maka itu monopoli. Sebab apa, ‘B’ dapat. Kalau ‘B’ dapat itu monopoli. Kelirukan semua orang hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, secara tidak langsung, pasaran terbuka ini, open market ini mencipta satu peluang pekerjaan baru dan mengurangkan kadar pengangguran. Kita kena tengok ini.

final • 5:00 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Bila ada rang undang-undang yang dibuat penambahbaikan bukan sahaja-sahaja buat, bukan hendak menyusahkan, bukan hendak mengelirukan, tetapi untuk memberi kebaikan. Ini tambah pekerjaan. Ini mengurangkan pengangguran. Jadi, peluang-peluang pekerjaan ini kita lihatlah usaha-usaha kerajaan yang positif.

Tuan Yang di-Pertua, konsep pasaran terbuka ini sangat baik kerana ia menggalakkan pasaran yang kompetitif serta membolehkan harga gas dijual dengan harga yang berpatutan. Itu kita lihat. Namun, perkara yang harus dititikberatkan oleh kementerian adalah mengenai manipulation, manipulasi harga yang mampu dilakukan oleh pembekal- pembekal kerana pakat-pakat jual dengan harga yang mahal. Macam mana? Jadi, ini kerajaan kena tengoklah.

Jadi, hal ini boleh jadi jika tiada penguatkuasaan yang tegas daripada suruhanjaya dalam memantau aktiviti pengagihan gas kepada pengguna dan peruncit. Meskipun harga gas telah ditetapkan, namun pembekal boleh meletakkan margin keuntungan yang tinggi jika perkara ini tidak dipantau.

Jadi, sekali lagilah kita lihat macam sekaranglah apabila kerajaan telah dengan usaha yang gigih dan serius melaksanakan GST supaya negara lebih baik, rakyat lebih terjamin tetapi ada pihak-pihak yang menaikkan harga, menaikkan keuntungan. Tiba-tiba dia kata dia rugi, dia hendak untung lebih. Ini adalah tamak dan haloba, manusia yang rakus. Bukan salah kerajaan tetapi salah orang-orang yang menaikkan harga ini dan menggunakan GST sebagai tempat untuk dia menyatakan. Ada golongan-golongan yang tidak faham dan saya sebut tadi terkeliru dan mengelirukan ini akan terus cerita benda- benda macam ini.

Tuan Yang di-Pertua, pelbagai pindaan yang dilakukan terhadap akta ini adalah bagi melicinkan proses pentadbiran dan pengurusan bagi membolehkan kecekapan pengagihan sumber yang lebih efisien serta memperluaskan skop kuasa suruhanjaya yang bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab untuk penguatkuasaan yang dilakukan.

Saya Bagan Serai Tuan Yang di-Pertua menyokong pindaan ini. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 5:00 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Bismillaahi Rahmaani Rahiim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya bersama-sama terlibat walaupun mungkin hanya ringkas sahaja.

final • 5:09 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Saya memang bersetuju akta ini dipinda, diganti dan ditambah dengan seksyen baru bagi melancarkan lagi pengurusan pentadbiran gas sama ada dari segi aspek ekonomi dan keselamatan. Sebagaimana disebut dalam beberapa fasal, izinkan saya ulang fasal- fasal ini kerana ada tujuannya.

Pertama, untuk mengadakan peruntukan pelesenan.

Fasal 2, untuk mengadakan peruntukkan pelesenan bagi pengimportan ke terminal penggasan semula, pengiriman, pengangkutan, pengagihan dan sebagainya.

Fasal 4 ganti subseksyen 3. Akta ini terpakai bagi penghantaran gas iaitu seperti berikut:

(i) gas asli cecair LNG melalui terminal penggasan semula;

(ii) gas asli melalui loji pemprosesan gas dan terminal gas daratan; dan

(iii) gas asli melalui talian paip Trans Thai-Malaysia.

Fasal 6, peranan dan tugas suruhanjaya yang lebih menyeluruh.

Fasal 8 memberi kuasa pegawai menyiasat apa-apa pelanggaran atau kesalahan di bawah Akta 501.

final • 5:10 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Fasal 12, entiti perniagaan yang kukuh sahaja boleh mengambil bahagian dalam pasaran gas.

Fasal 13, suruhanjaya boleh gantung pemegang lesen dan alih aliran paip gas.

Fasal 15, pemegang lesen perlu kemukakan pelan perniagaan.

Fasal 21, permeteran penghantaran untuk membenarkan meter prabayar, infrastruktur meter automatik atau tele-permeteran.

Fasal 25, fasal 26 dan fasal 27 mengehendaki pemegang lesen mematuhi kehendak pelesenan.

Fasal 30 bahagian baru untuk menggalakkan persaingan pasaran gas.

Fasal 39, akta baru seksyen 35A membolehkan suruhanjaya membuat audit terhadap pemegang lesen dan kontraktor dan lain-lain.

Fasal 42 memasukkan seksyen baru yang membolehkan Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] diguna kepada suruhanjaya dan juga untuk tribunal rayuan persaingan gas.

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya yang ingin saya mohon penjelasan ialah pertama, kita tahu berdasarkan Akta Pembangunan Petroleum 1974, semua punca minyak dan gas dikawal oleh Petronas.

Sekarang, selain daripada Petronas, syarikat-syarikat lain yang terlibat dalam industri minyak dan gas ialah Bumi Armada Berhad, Dialog Group Berhad iaitu syarikat kerjasama Malaysia-Australia dan SapuraCrest dan SapuraKencana. Adakah kerajaan sekarang akan membuka dengan lebih luas lagi kepada syarikat-syarikat petroleum dan gas sama ada syarikat tempatan dan luar negara memandangkan pindaan ini melibatkan pelesenan, perancangan perniagaan dan kawalan pemegang lesen.

Soalan kedua, adakah keperluan gas kita terutama gas asli cecair iaitu LNG tidak cukup dan perlu mengimport daripada luar negara? Adakah benar, saya terbaca pada tahun 2015, kita sudah pun membuat perjanjian untuk pembelian gas dari Australia.

Malaysia sebenarnya pengimport kedua terbesar gas asli cecair (LNG) selepas Qatar pada tahun 2012.

Eksport antara 2011 dan 2015 secara purata tahunan walaupun menurun sedikit iaitu sebanyak RM6.28 bilion. Malaysia ini memang menaikkan pengeluaran awalan gas dengan kenaikan 5 peratus per tahun sehingga 2020 tetapi polisi oil and gas mempertahankan simpanan gas supaya jaminan bekalan jangka panjang kepada rakyat Malaysia. Malaysia mempunyai penyimpanan atau reserve gas petroleum cecair (LPG) keempat di kawasan Asia Pasifik dan merupakan 10 peratus pengeksport dunia.

Merujuk kepada sesi Januari 2011, Malaysia mempunyai simpanan gas sebanyak 89.9 trilion kaki padu iaitu 42.9 trilion kaki padu di Sarawak, 11.9 trilion kaki padu di Sabah dan 35.1 trilion di Semenanjung. Jadi jangka masa hayat simpanan 39 tahun. Jadi simpanan yang terbesar di pantai Sarawak dan Sarawak masih di kawal oleh Petronas.

Mengapa kita perlu mengimport lagi gas asli cecair ini dari luar negara. Itu persoalannya.

Ketiga, adakah Malaysia akan menambah lagi rangkaian paip gas yang ada sekarang. Umpamanya dari Sarawak ke Semenanjung atau ke Indonesia atau dari Kerteh ke Kota Bharu kerana fasal 5 membuat pindaan seksyen 2. Umpamanya dalam tarif (AN) disebut talian paip dan (AO) tambahan takrif talian paip pengagihan dan (AP) menaik taraf atau mentakrifkan talian paip pengagihan.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sudah mempunyai rangkaian paip gas terpanjang di Asia. Rangkaian paip gas sepanjang 1,700 kilometer dari pusat penapisan Kerteh, Terengganu ke seluruh Semenanjung iaitu yang mengikut fasa-fasa dari Kerteh-Gebeng- Segamat; Segamat-Johor Bahru-Pasir Gudang; Segamat-Pedas-Serdang; Serdang-Gurun- Kangar; kemudian Serdang-Port Dickson-Melaka.

Dalam menjaga keselamatan sistem ini, sensor juga dipasang. Saya percaya sensornya daripada NDT. Sensor yang dipasang untuk mengesan kebocoran dan pusat pemantauan rangkaian paip juga dirujuk di Pedas, Negeri Sembilan, Gebeng, Pahang, Segamat, Johor. Negara ASEAN pula mempromosi pembangunan rangkaian sistem paip gas antara ASEAN iaitu Trans-ASEAN Gas Pipeline System (TAGP).

final • 5:10 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Malaysia pula ada bilateral gas pipeline menyambung Thailand, Indonesia dan Singapura. Rangkaian paip gas Trans Thai-Malaysia (TTM) untuk alirkan gas dari kawasan pembangunan bersama Malaysia-Thailand Joint Development Area (JDA) sepanjang 255 kilometer ke loji pemisahan gas. Gas Separation Plant (GSPD) Pantai Cenang. Rangkaian paip gas ini akhirnya disambung sepanjang 93 kilometer ke kompleks penggunaan gas di Changlun, Kedah.

Jadi saya mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Stampin.

final • 5:10 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang. Saya difahamkan objektif utama pindaan akta ini adalah supaya suruhanjaya mengawal selia dari segi aspek ekonomi supaya pembekalan gas pada harga yang munasabah boleh diadakan. Akan tetapi terdapat beberapa soalan yang ingin saya bangkitkan iaitu huraian 13 fasal 12 iaitu kemasukan seksyen baru 11A, 11B dan 11C ke dalam Akta 501. Dalam suatu kenyataan tercatat bahawa dia mengatakan bahawa pindaan yang dicadangkan memberi Menteri kuasa untuk menetapkan seorang untuk diberikan lesen pengangkutan dengan status monopoli untuk suatu kawasan bekalan gas yang spesifik.

Jadi saya tertarik dalam pindaan tersebut kerana bukankah ia secara tidak langsung bercanggah walaupun dari segi aspek yang lain dengan huraian 16 fasal 15 di mana ia tercatat, fasal 15 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 13A, 13B, 13C dan 13D ke dalam Akta 501 untuk mempertingkatkan kawal selia ekonomi, kecekapan dan daya saingan aspek pihak ketiga. Seterusnya dia juga menyatakan bahawa bagi memastikan pertumbuhan dan pembangunan industri yang berterusan.

Jadi soalan saya kepada punca-punca gas dari Sarawak, adakah negeri seperti Sarawak akan diberikan keutamaan dalam perniagaan ataupun monopoli industri tersebut seperti yang dihuraikan pada huraian 13 daripada segi aspek pengangkutan dan status monopoli.

final • 5:18 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Saya memandang serius perkara ini kerana Kerajaan Persekutuan seumpamanya mempunyai kuasa yang begitu mutlak seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kelana Jaya. Sedarlah jika wujudnya penyalahgunaan kuasa mahkamah negeri kita iaitu negeri Sarawak yang akan rugi dan tiada ruangan bagi kita untuk melindungi ekonomi kita yang berasaskan oil and gas dengan izin.

Ini kerana saya berpendapat bahawa perlunya suatu jaminan daripada Kerajaan Persekutuan supaya keutamaan perlu wujud terutamanya kepada negeri Sarawak supaya wujudnya ruangan kepada negeri kita untuk membangunkan industri oil and gas di negeri Sarawak. Ini adalah upaya negeri kita sendiri boleh juga mengambil kesempatan yang ada, yang dikurniakan oleh Tuhan bagi menakluki industri ini demi memberi rangsangan kepada ekonomi negeri Sarawak, supaya negeri kita diberi protection, dengan izin, dari segi ekonomi terutamanya industri oil and gas di tanah kita sendiri.

Saya menegaskan bahawa negeri Sarawak perlu suatu jaminan daripada akta ini supaya keutamaan ini perlu wujud dan jaminan terhadap negeri kita perlu tercatat dalam akta ini. Jelas sekarang, kepentingan negeri Sarawak adalah terancam jika wujudnya penyalahgunaan kuasa serta runtuhnya check and balance seperti yang dibangkitkan oleh begitu ramai Yang Berhormat di sebelah sini...

[Merujuk kepada blok pembangkang] Jadi sama minta penjelasan daripada segi bagaimana negeri Sarawak boleh dengan wujudnya akta ini mewujudkan suatu ekonomi berasaskan bahan-bahan mentah ini yang terdapat di negeri tanah air kita sendiri demi meningkatkan lagi ekonomi Sarawak yang berasaskan industri oil and gas. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 5:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahi Rahmaani Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Muar, Dato’ Razali bin Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana telah membantu saya membentangkan Rang Undang-undang Bekalan Gas (Pindaan) 2016 ini. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan rang undang-undang ini dan saya akan cuba menjawab pelbagai isu-isu yang telah dibangkitkan. Namun sebelum saya menjawab soalan ataupun isu-isu secara spesifik, izinkan saya memberikan sedikit perspektif saya.

Tuan Yang di-Pertua, ini merupakan rang undang-undang yang ketiga yang saya bentangkan sejak saya dilantik sebagai Yang Berhormat Menteri tiga tahun yang lalu.

Pertama, adalah berkenaan penubuhan Malaysia Airlines Berhad.

Keduanya, tentang penubuhan Suruhanjaya Aviation Commission, dengan izin, dan ini yang ketiga. Dalam kesemua, ketiga-tiga rang undang-undang ini, saya membentangkannya atas kepercayaan saya sendiri bahawa ia mendatangkan manfaat yang tinggi kepada negara yang perlu dilaksanakan.

Untuk rang undang-undang ini, izinkan saya sekali lagi memberikan sedikit penekanan tentang mengapa kita membentangkan rang undang-undang ini. Kita sedar bahawa peningkatan permintaan gas asli di Semenanjung Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini memang tidak dapat dipenuhi oleh bekalan gas melalui talian paip yang kita peroleh dari lapangan-lapangan gas tempatan di perairan Semenanjung Malaysia dan juga bekalan gas yang kita import dari kawasan pembangunan bersama Malaysia-Thailand, Malaysia-Vietnam dan juga Indonesia.

Antara inisiatif yang kita telah laksanakan ialah dengan membangunkan dan mengoperasikan terminal penggasan semula ataupun regasification terminal, dengan izin yang berkapasiti 3.8 juta tan setahun di Sungai Udang, Melaka pada tahun 2013 iaitu tiga tahun yang lalu. Terminal penggasan semula tersebut telah membolehkan gas asli cecair ataupun liquefied natural gas, dengan izin, dibawa masuk dari negeri Sarawak terutamanya ataupun negara luar bagi memenuhi peningkatan permintaan gas asli di Semenanjung Malaysia.

Apa yang kita hendak perkenalkan dalam rang undang-undang ini ialah sistem akses pihak ketiga ataupun third party access, dengan izin, yang membolehkan pengimport dan pembekal gas yang lain membawa masuk LNG dengan menggunakan kemudahan terminal penggasan semula dan menyalurkan gas tersebut melalui talian paip penghantaran dan pengagihan kepada premis pengguna. Ini akan dapat memastikan keberterusan bekalan gas, meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan pembekalan gas melalui persaingan di kalangan pembekal gas dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan industri gas negara.

Sistem akses pihak ketiga ini juga akan membolehkan pengguna memilih mana- mana pembekal gas berpandukan kepada harga dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Selain itu, sistem akses pihak ketiga ini juga dapat meningkatkan daya saing industri pembekalan gas, mengoptimumkan kos pembangunan dan penggunaan infrastruktur gas dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Jadi, tujuannya, kalau sekarang ini hanya Petronas dan juga GAS Malaysia yang memainkan peranan dalam industri ini dan dengan wujudnya rang undang-undang yang kita hendak bentangkan ini, akan membolehkan lebih ramai lagi pihak-pihak untuk menggunakan infrastruktur yang sedia ada dan juga membangunkan infrastruktur yang baru untuk meningkatkan lagi competition dan juga bekalan untuk negara kita ini. Jadi, itu niat kita di pihak kerajaan. Niat yang baik, yang murni dan saya harap dapat sokongan daripada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat semua.

Izinkan saya menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan. Pertama sekali, yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar. Adakah terdapat satu sistem yang memberikan ganjaran kepada pemain industri yang menjaga kepentingan alam sekitar?

final • 5:22 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Pada masa ini Tuan Yang di-Pertua, terdapat beberapa skim insentif yang diberikan oleh kerajaan, yang diberikan dari segi insentif cukai kepada pemain industri.

Insentif cukai ini dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

(MITI). Antara insentif cukai ialah membangunkan industri berasaskan teknologi hijau seperti Investment Tax Allowance dan Pioneer Status, dengan izin.

Apakah kuasa yang diberikan kepada Suruhanjaya Tenaga untuk melaksanakan audit untuk memastikan keselamatan dan sebagainya? Menurut seksyen 35A yang baharu, seksyen ini memberikan kuasa kepada Suruhanjaya Tenaga untuk menjalankan ataupun menyebabkan dijalankan audit ke atas pemegang lesen, pengilang, pengimport, institusi dan juga orang lain.

Soalan ketiga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar. Sejauh manakah pulangan akta kepada pengguna? Akta pindaan ini akan dapat memastikan wujudnya persaingan yang adil dalam kalangan pembekal-pembekal gas. Antara faedah persaingan adalah para pembekal akan bersaing untuk membekalkan perkhidmatan yang terbaik pada harga yang kompetitif. Kewujudan persaingan akan memberi faedah kepada pihak pengguna kerana pengguna dapat memilih pembekal yang terbaik untuk dirinya.

Yang Berhormat Kangar pula telah bertanya bagaimanakah tarif pengguna kemudahan gas ditetapkan. Tuan Yang di-Pertua, ada tiga jenis tarif penggunaan kemudahan gas yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga dengan kelulusan Menteri iaitu:

(i) tarif penggunaan terminal penggasan semula;

(ii) tarif penggunaan talian paip penghantaran; dan

(iii) tarif penggunaan talian paip pengagihan.

Tarif ditetapkan berdasarkan kepada keperluan pendapatan tahunan ataupun annual revenue requirement, dengan izin mengikut satu formula yang mengambil kira antara lain kos purata wajaran modal ataupun weighted average cost of capital, dengan izin. Aset yang dikawal selia yang akan memberikan pulangan ke atas aset yang dikawal selia. Ini akan dicampur dengan susut nilai aset yang dikawal selia, kos operasi perniagaan, cukai dan insentif ataupun penalti bagi kecekapan.

Jumlah keperluan pendapatan tahunan akan dibahagikan dengan jumlah isi padu gas yang di gas semula. Jumlah isi padu yang dihantar atau jumlah isi padu gas yang diagih pada tahun semasa bagi mendapatkan kadar tarif yang akan dibayar oleh pengguna kemudahan gas. Tarif akan ditetapkan bagi tempoh yang tertentu dan cadangan awal kita adalah di antara tiga hingga lima tahun dan maklumat ini akan direview dari semasa ke semasa, dengan izin.

final • 5:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, sambung hari Isnin Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat di Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 23 Mei 2016.

final • 5:22 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026