Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apa langkah yang dilakukan oleh Kementerian khususnya melalui PDRM dalam usaha membanteras love scam yang telah mengakibatkan ribuan wanita di negara ini ditipu dan melibatkan kerugian berpuluh-puluh juta Ringgit.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Itu pantun Kuala Kangsar atau pantun Sungai Besar?...
[Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, mengikut rekod Polis Diraja Malaysia sejak tahun 2013 sehingga Mei tahun ini, sebanyak 4,673 kes penipuan melalui love scam dilaporkan yang melibatkan kerugian sebanyak RM182.3 juta serta seramai 1,773 orang telah ditangkap.
PDRM telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi mencegah aktiviti ini yang terlalu meluas sebarannya melalui media sosial dan ini berlaku bukan hanya di negara kita tetapi di beberapa negara yang lain.
Modus operandi yang digunakan oleh penjenayah ialah mencari mangsa secara rambang dengan meletakkan dalam profilnya seorang lelaki berkulit putih yang kacak, tidak menyamai Yang Berhormat Baling dan mempunyai pekerjaan yang hebat atau seorang yang kaya untuk tujuan menipu khususnya kaum wanita tetapi tidak ada dalam teks itu untuk Yang Berhormat Baling [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Baling tidak dengar [Ketawa]
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Apa yang dilakukan sekarang, langkah- langkah proaktif antaranya ialah meningkatkan usaha bagi mengesan, menangkap dan mendakwa individu atau sindiket yang melakukan penipuan dengan cara cinta siber di mana melibatkan keldai akaun yang memberikan akaun bank mereka bagi memudahkan penjenayah melakukan kegiatan jenayah ini. Di samping itu, kita juga memberi amaran dan mengingatkan kepada orang perseorangan supaya jangan dijadikan keldai akaun walaupun dijanjikan habuan yang lumayan oleh penjenayah dan tindakan di bawah AMLATFA akan juga diambil ke atas pemegang akaun berkenaan.
Kami juga mengadakan kerjasama dengan Bank Negara Malaysia untuk meletakkan akaun yang mencurigakan atau, dengan izin, suspicious account untuk pemerhatian. Kami juga mengadakan kempen-kempen kesedaran atau, dengan izin, awareness campaign bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya tidak mudah percaya, tidak tamak, sentiasa teliti dan cermat, berfikiran tenang, membuat semakan dan pengesahan sebelum mengambil sesuatu keputusan. Tuan Yang di-Pertua, itu dulu jawapan saya.
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri, jawapan yang cukup mantap.
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Soalan tambahan saya ialah, dalam kes-kes jenayah tertentu seperti dadah dan judi haram, contohnya apabila sampai pada satu tahap yang serius pihak KDN telah bertindak menubuhkan pasukan khas seperti STING iaitu Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik dan STAGG iaitu Skuad Taktikal Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme.
Langkah tersebut ternyata mendatangkan hasil, oleh itu dalam menangani jenayah love scam ini. Adakah KDN berhasrat menubuhkan pasukan khas yang menggabungkan pelbagai agensi termasuk SKMM, Jabatan Imigresen dan Kementerian Pengajian Tinggi memandangkan dalam jenayah love scam ini ia melibatkan warga Afrika yang menggunakan pas pelajar bagi menjalankan kegiatan jenayah tersebut melalui laman sosial.
Jadi saya mengharapkan, pada hemat saya jika ada tiga agensi atau tiga kementerian, boleh bergabung, jadi dengan ini jenayah love scam ini boleh dihapuskan secara berkesan agar menyelamatkan wanita-wanita Malaysia yang lonely seperti yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat tadi. Tidak lagi menjadi mangsa penyangak- penyangak ‘pak hitam’ kerana ‘pak hitam’ Malaysia boleh kita percaya khususnya daripada Baling ya [Ketawa] Yang ini boleh kita percaya sebab saya tahu beliau, Yang Berhormat Baling ini telah banyak menyelamatkan wanita-wanita yang telah kena...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Diperdaya oleh love scam ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sik tak terlibat kah Yang Berhormat?
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Ya? Yang Berhormat Sik dia putih sikit [Ketawa] Jadi kita tak mahu tetapi pak hitam daripada Afrika ini memang tak boleh percaya Yang Amat Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada STING dah STAGG, PDRM mempunyai pasukan elit yang dipanggil sebagai STAFOC iaitu sebuah pasukan khusus yang diwujudkan untuk menangani jenayah-jenayah yang berstruktur atau jenayah terancang, dengan izin, organized crime. STAFOC ini memantau dan melakukan tindakan terhadap jenayah terancang yang antaranya, mana-mana kesalahan jenayah yang diletakkan di bawah POCA. Di dalam hal ini, untuk menuduh semua negara Afrika memberikan dukungan terhadap pelajar-pelajar ataupun rakyat mereka untuk melakukan love scam itu tidak adil tetapi ‘oleh kerana nila setitik maka rosak susu sebelanga’.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Apa yang kita lakukan, antaranya, kita lebih berhati-hati di dalam memberikan kelulusan terhadap visa pelajar. Pelajar luar negara yang mahu belajar di negara kita terutamanya melalui sistem EMGS atau Education Malaysia Global Services yang mana melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi, kita fikir kaedah yang terbaik adalah bagi memastikan sebenar-benarnya bahawa pelajar-pelajar berkenaan adalah pelajar yang tulen yang belajar di sini bukan terdiri daripada bakal-bakal love scam begini.
Saya juga ingin menyebutkan, untuk maklumat Dewan yang mulia ini, beberapa kes yang saya tidak berhajat untuk menyebutkan semua. Ini mengikut maklumat tambahan yang saya peroleh daripada pegawai-pegawai saya iaitu laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa love scam ini yang datang dari Indonesia tetapi ditipu oleh mangsa ini. Saya lihat bahawa mangsa ini telah hilang RM1.4 juta.
Saya ingin menyebutkan bahawa laporan ini telah dibuat melalui Damansara 5720-2016 yang bertarikh 24 hari bulan yang lalu dan kita melakukan siasatan di bawah Kanun Keseksaan dan saya ingin menyebutkan bahawa wanita Indonesia ini telah melayari laman web melalui singlemuslim.com kerana wanita ini telah menjanda selama sembilan tahun. Mangsa berkenalan dengan seorang lelaki warga negara Amerika melalui siber media, melalui media maya dan lelaki itu mendakwa bekerja di Aberdeen, United Kingdom.
Setelah berkenalan, suspek telah membuat mangsa jatuh hati dengan kata-kata manis.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Suspek memaklumkan beliau bekerja sebagai seorang microbiologist dan sedang mendapatkan kelulusan untuk menandatangani kontrak dengan Kementerian Kesihatan Malaysia di Kuala Lumpur. Maka perjanjian yang dipanggil oleh Baling sebagai ‘dating’ telah dibuat di Kuala Lumpur. Sebelum itu, mangsa telah diminta untuk memasukkan wang yang akhirnya berjumlah RM1.4 juta. Perjumpaan yang telah diatur di Kuala Lumpur tetapi jelas orang itu tidak ada.
Akan tetapi apa yang ingin saya tekankan di sini, jangan terlalu mudah jatuh cinta dengan cinta palsu...
[Tepuk] Love scam ini berbagai istilah yang telah digunakan. Malang sekali, saya tidak menyebutkan semua tetapi jangan wanita-wanita di Malaysia ini biar kita perlukan cinta dan Yang Berhormat Tanah Merah mungkin seorang pencinta wanita tetapi harus juga melihat dan membantu [Ketawa] Saya setuju sangat dengan Yang Berhormat Baling yang membantu kes-kes yang begini kerana beliau amat prihatin asalkan beliau tidak menambah sebarang cawangan baru. Secara seriusnya apa yang ingin saya tekankan di sini ialah perbuatan jenayah ini terlalu licik dan kelicikan ini perlukan laporan daripada semua pihak.
Angka-angka yang saya sebutkan tadi hanya merupakan angka-angka yang melaporkan kepada pihak polis. Mungkin ramai lagi yang belum melaporkan kepada pihak polis dan mengikut perangkaan yang saya peroleh di sini bahawa jumlah yang kita peroleh melebihi daripada negara-negara lain. Ertinya, negara kita ini terlalu mudah. Wanita-wanita negara ini bukan semua, juga tidak termasuk Setiausaha Dewan Rakyat, terlalu mudah untuk mempercayai kata-kata indah [Ketawa] Umpamanya saya ingin sebutkan pada tahun 2013, sebanyak 1,095 kes yang melibatkan tangkapan sebanyak 497 orang dan kerugian yang terlibat RM35.6 juta.
Pada tahun 2014 seramai 610 orang ditangkap yang melibatkan sebanyak 1,015 kes. Wang yang terlibat RM52.5 juta. Tahun lepas tahun 2015, terdapat 1,769 kes yang menyebabkan penangkapan yang kita lakukan sebanyak 417 dan wang yang terlibat, penipuan yang terlibat berjumlah RM60.1 juta. Tahun ini sahaja daripada Januari sehingga Mei, akhir Mei bulan lepas, sebanyak 764 kes, jumlah tangkapan sebanyak 249, wang yang terlibat RM33.8 juta. Saya sebutkan tadi, jumlahnya RM182 juta. Jangan mudah jatuh cinta dalam apa bentuk sekali pun.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Dalam scam sedemikian rupa, kita percaya memang ramai yang malu untuk tampil ke hadapan untuk melaporkan insiden tersebut dan saya rasa di situlah letaknya, pentingnya Yang Berhormat Menteri mendapat statistik yang lebih tepat yang terbaru berdasarkan mangsa dari segi mangsa dan umumnya rakyat Malaysia yang menjadi mangsa love scam tersebut supaya kita boleh buat pemantauan yang lebih terperinci. Profil walaupun mungkin ramai yang tidak ingin melaporkan, kita perlu membuat more investigative research. Satu lagi kita juga memohon, apakah cara pemantauan kerajaan melalui PDRM untuk mengawasi akaun-akaun yang mungkin dibuat oleh warga-warga asing melalui media sosial yang bertujuan untuk mengadakan scam tersebut. Saya rasa pada waktu sekarang sudah tentu ada pattern atau satu senarai yang kita boleh buat kajian supaya dapat mengesan potential media sosial punya akaun yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Terima kasih.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, dengan kerjasama Bank Negara Malaysia, PDRM dan juga institusi kewangan sentiasa memantau sebarang akaun yang disyaki dioperasi oleh operator-operator yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Melalui pemantauan itulah, jumlah berkenaan kita peroleh dan saya menyatakan RM182 juta.
Dalam hal ini, kita harus juga mengetahui bahawa akta khas iaitu AMLATFA digunakan oleh pihak Bank Negara dan disiasat sama oleh Bank Negara dan juga oleh Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan PDRM dan kita mendapati bahawa jika laporan dilakukan oleh mangsa maka mudah siasatan dilakukan. Akan tetapi jika laporan tidak dibuat dan tidak ada sebarang maklumat yang diberikan kepada pihak PDRM, tentulah mustahil untuk kita lakukan siasatan.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Dalam hal yang sedemikian, yang penting kita harus bersama-sama menentukan bahawa jenayah seperti ini, jenayah yang licik seperti ini tidak berlaku dan kita melakukan beberapa kempen kesedaran yang pelbagai kerana kumpulan yang sama juga sebenarnya adalah merupakan mereka yang terlibat dalam usaha penggubalan wang haram dan juga mereka terlibat di dalam mewujudkan makmal dadah dan juga melakukan sindiket pengedaran dadah.
Kerjasama STAFOC, STAGG, STING adalah merupakan kumpulan-kumpulan elit dalam PDRM yang telah dibentuk di mana sebarang laporan yang diterima, ditapis sama ada oleh pihak balai, IPD, IPK dan Bukit Aman. Akan tetapi tindakan STAFOC yang saya sebutkan tadi langsung terus dari Bukit Aman kepada kumpulan sasaran yang berkenaan.
Inilah kejayaan yang kita peroleh yang saya sebutkan tadi. Namun, jika mangsa malu untuk melakukan laporan, maka kita akan terus dimangsakan dan mungkin ada ramai lagi yang akan menjadi mangsa.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya menyeru masyarakat supaya tampil ke hadapan. Ketepikan soal malu, ketepikan soal rasa dihina, ketepikan itu. Oleh kerana yang penting apabila sesuatu laporan dibuat, siasatan akan dilakukan dan pada waktu yang sama ia akan membantu bakal-bakal mangsa supaya timbul kesedaran. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua media sama ada media tradisional, media elektronik dan media cetak. Saya juga ucapkan terima kasih kepada media sosial yang mula aktif membantu pihak polis dan kerajaan bagi mewujudkan kempen kesedaran ini. Kita mesti bersatu untuk menangani permasalahan ini.
Kita cari titik persamaan, bukan mencari titik perbezaan di kalangan kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ada pengalaman Yang Berhormat Parit Sulong? Ya, Yang Berhormat Parit Sulong boleh.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik untuk bertanya soalan tambahan kepada Yang Amat Berhormat Menteri yang menjawab soalan tadi. Saya hendak mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian yang membuat pelbagai aktiviti ataupun pelbagai cara untuk membanteras perkara ini. Walau bagaimanapun kita dapati Yang Amat Berhormat, bahawa yang terkena bukan calang-calang orang. Sesetengahnya berpendidikan tinggi, cerdik pandai tetapi masih lagi juga mereka ini terkena. Mungkin disebabkan malu, tidak mahu pergi ke kementerian untuk dapatkan bantuan.
Jadi, soalan tambahan saya adalah adakah kementerian ada cadangan untuk mewujudkan mungkin satu pasukan khas konsultan ataupun jururunding yang boleh membantu mereka yang terpedaya ini, yang terjebak ini secara terus tanpa ada orang tengah. Mungkin tadi pun kita nyatakan bahawa sesetengahnya malu yang boleh membanteras dan juga membantu dan mungkin juga adakah pihak kementerian, kalau kita tahu banyak laman web yang berkaitan dengan dating site ini. Adakah kementerian bercadang untuk menghalang akses terus kepada laman web-laman web ini? Terima kasih.
Akan tetapi saya bukan mangsa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, saya akan siasat sama ada Yang Berhormat Parit Sulong ini mangsa atau tidak [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, itu merupakan satu cadangan yang baik. Akan tetapi tentunya untuk mewujudkan unit khas adalah mustahil tetapi saya fikir apa yang ada dalam perkhidmatan PDRM, khususnya untuk JSJ Perdagangan ini kita telah mempunyai desk officer yang menjaga soal-soal yang begini. Akan tetapi jika ada NGO, pertubuhan bukan kerajaan yang mahu tampil ke hadapan untuk membantu, kita amat mengalu-alukan.
Mungkin dari segi khidmat perundangan pun kita akan bantu supaya mangsa itu dapat dibela. Akan tetapi jika ada parti-parti politik berhajat untuk membantu, terutamanya yang terlibat dalam PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar untuk dapat political mileage, silakan. Saya akan memberikan, dengan izin, endorsement kepada itu.
Akan tetapi secara seriusnya saya ingin menyatakan bahawa masalah ini tidak mengira parti. Masalah ini tidak mengira agama, bangsa, budaya dan ethnic group yang berbeza. Saya mengharapkan agar permasalahan ini dapat diatasi, bukan hanya memberikan pertanggungjawaban kepada pihak polis sahaja untuk melakukannya.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Kempen kesedaran harus dilakukan dan pada hemat saya, semua parti politik tanpa mengira latar belakang dan perbezaan di kalangan kita daripada segi prinsip dan furuk, kita mesti bekerjasama untuk mengatasinya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
2. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, status wakaf pendidikan tinggi dan langkah-langkah bagi memperkasakannya justeru dapat mengurangkan beban rakyat di negara ini.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pendidikan Tinggi dalam lonjakan 5 telah menjelaskan strategi dan inisiatif yang bakal diambil oleh kementerian untuk mewujudkan sistem kewangan yang mapan bagi pendidikan tinggi negara. Selain penjanaan pendapatan melalui pengkomersilan idea di universiti-universiti, program latihan-latihan, sewaan aset universiti dan endowment, kementerian melihat wakaf sebagai satu sumber ekonomi yang berpotensi besar untuk menjana pendapatan kepada universiti-universiti. Pelaksanaan wakaf oleh kementerian pada ketika ini akan diperluaskan dengan kebenaran, saya ulangi dengan kebenaran Majlis Agama Islam Negeri-negeri.
Untuk makluman, diskusi meja bulat wakaf pendidikan tinggi bersama-sama dengan Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan universiti awam telah dianjurkan pada 11 April tahun ini untuk mendapatkan kesepakatan tentang model pelaksanaan wakaf pendidikan tinggi di institusi pendidikan tinggi dalam negara. Juga satu jawatankuasa juga telah ditubuhkan pada tahun ini untuk memberi penerangan dan kefahaman kepada universiti awam tentang pelaksanaan wakaf pendidikan tinggi di universiti awam.
Pada masa ini, empat buah universiti awam telah memulakan aktiviti wakaf di universiti masing-masing iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia. Sebagai sokongan kepada universiti awam, kementerian juga sedang menghasilkan buku panduan bertajuk “Enhancing University Income Generation Endowment and Wakaf” iaitu di mana buku panduan ini akan memberi garis panduan dan cadangan struktur governance bagi pelaksanaan wakaf di universiti awam.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Menteri. Sebagaimana kita sedia maklum bahawa institusi wakaf ini begitu kukuh di dalam agama kita. Dari sudut nas dan sumbernya kukuh dan sejarah pelaksanaannya semenjak zaman Rasulullah sehingga sekarang ia begitu kukuh.
Kita memiliki contoh yang baik yang boleh kita tiru daripada negara-negara Islam yang ada di dunia hari ini.
Soalan saya, berdasarkan bacaan kajian-kajian yang saya baca, banyak di antara sarjana kita yang menyarankan supaya wakaf pendidikan ini secara khususnya perlu dilaksanakan dengan komprehensif di negara kita Malaysia dengan kekuatan negara kita yang mungkin lebih baik daripada negara-negara Islam yang lain. Lestarinya wakaf ini kerana ia tidak boleh diruntuhkan dengan sebab-sebab yang mudah. Maknanya, apabila ia telah terbina ratusan tahun maka ia kekal untuk terus berkembang.
Soalan saya, adakah pihak kerajaan mempunyai ataupun bersedia untuk membina satu visi yang lebih besar dalam tempoh dan unjuran masa yang tertentu, misalnya 10 tahun, 20 tahun. Institusi wakaf pendidikan ini mampu mengambil alih peranan PTPTN yang walaupun kita tahu banyak membantu pendidikan negara kita tetapi PTPTN ini bukanlah satu penyelesaian yang tuntas dan kekal. Bolehkah kerajaan fikirkan bahawa wakaf pendidikan ini mampu mengambil alih peranan PTPTN? Terima kasih.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas.
Sememangnya wakaf ini boleh memainkan peranan yang besar dalam sistem pendidikan negara. Bukan hanya dalam sistem pendidikan negara tetapi dalam sistem ekonomi negara kerana melalui sistem wakaf ini sumbangan itu kekal. Ia tidak berkurangan dan yang digunakan hanya merupakan hasil daripada sumbangan tersebut. Oleh sebab itulah kementerian mengambil satu sikap yang proaktif di mana kita telah membuat perbincangan dengan Majlis Agama Islam Negeri-negeri yang mana kita tahu bahawa wakaf ini hanya boleh dilaksanakan dengan kebenaran Majlis Agama Islam Negeri-negeri.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Kita juga sedang melaksanakan buku panduan supaya ia senang dilaksanakan di universiti-universiti dan juga mengadakan program-program penerangan. Saya percaya apabila program penerangan ini dapat dilaksanakan dengan baik dengan wujudnya buku- buku panduan- semalam pun apabila perbincangan saya dengan naib-naib canselor banyak universiti, ramai yang telah mengatakan kesanggupan mereka untuk melaksanakan program wakaf. Sekarang ini mereka menggunakan program endowment yang sudah ada di banyak di universiti tetapi insya-Allah, kita akan lihat bahawa program wakaf ini akan dapat diteruskan.
Ramai yang masih tidak faham tentang konsep wakaf itu sendiri. Harap dengan program-program penerangan yang akan dilaksanakan, mereka faham bahawa dengan mewakafkan sesuatu, mereka akan mendapat pahala yang berterusan kerana pokok yang disedekahkan itu akan tidak digunakan kerana apa yang digunakan adalah hasil sedekah mereka itu.
Dengan adanya penerangan-penerangan yang begitu baik, saya lihat- sebagaimana telah wujudnya, katakanlah asasnya kita lihat Universiti Al-Azhar di Mesir itu sendiri yang menggunakan konsep wakaf, Universiti Fatih Sultan Mehmet, wakil Turki juga yang menggunakan konsep wakaf dan juga banyak universiti di Eropah dan Amerika yang menggunakan konsep endowment yang tidak banyak berbeza kerana wakaf ialah endowment dalam bentuk Islam, itu sahaja bezanya, dan saya melihat potensi yang besar.
Oleh sebab itulah di kementerian, kita mengambil sikap proaktif untuk memberi penerangan dan kefahaman agar konsep ini akan dapat menjadi lebih besar dan dijanakan untuk memastikan kemapanan sistem kewangan universiti itu sendiri.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Wakaf pendidikan tinggi ini merupakan satu instrumen baru yang diperkenalkan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri dan ia merupakan satu kaedah yang amat dipuji bukan sahaja demi masa depan pendidikan tinggi yang lebih cemerlang bahkan ia menunjukkan kaedah Islam itu adalah yang terbaik berbanding dengan kaedah konvensional yang sedia ada.
Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah tujuan dan harapan sebenar pihak kementerian yang ingin dicapai berkenaan wakaf pendidikan ini apabila ia kini mula berkembang untuk dilaksanakan di kalangan pentadbir universiti-universiti tempatan, selain dapat melaksanakan kembali langkah-langkah wakaf seperti mana yang diperkenalkan oleh kerajaan tamadun-tamadun Islam yang pernah melaksanakan kaedah seperti ini sebelum ini? Sejauh manakah penglibatan NGO dan sektor swasta kepada perkembangan wakaf pendidikan di Malaysia ini? Terima kasih.
Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
Wakaf merupakan satu sektor ekonomi ketiga yang tidak dilihat dengan sepenuhnya dalam model ekonomi kita sebenarnya. Kalau kita lihat zaman kegemilangan Islam dahulu yang juga wakaf merupakan permulaan wujudnya trust deed ataupun trust act di England itu sendiri, wakaf bukan hanya untuk pendidikan tetapi wakaf boleh digunakan dalam konteks yang lebih besar di mana sektor ketiga ini, sektor wakaf ini, boleh bukan hanya membina sekolah, membina universiti, membina hospital tetapi juga boleh melibatkan diri dalam infrastruktur. Pernah zaman dahulu, zaman Kerajaan Turki dahulu, mereka membina infrastruktur seperti empangan.
Jadi wakaf boleh menjadi satu sektor ekonomi besar yang boleh menjana ekonomi dan membantu kerajaan supaya kerajaan tidak perlu lagi mengambil cukai yang tinggi kepada rakyat. Dengan kurangnya cukai kepada rakyat, bermakna perbelanjaan kerajaan akan berkurang dengan adanya wakaf.
Jadi kita lihat bukan sahaja dalam konteks universiti tetapi dalam konteks ekonomi yang lebih besar di mana boleh kita wujudkan satu universiti yang berteraskan kepada wakaf itu sendiri. Ini hanya boleh berlaku jika rakyat faham, mereka yang bersedekah ini faham, mereka yang memberi sumbangan ini faham bahawa apa yang mereka sumbangkan ini adalah sesuatu yang berterusan. Itu konsep wakaf yang ada di mana prinsipnya tidak digunakan untuk perkara-perkara yang lain.
3. Datuk Raime Unggi [Tenom] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, sejauh manakah kejayaan Kerajaan dalam mencapai matlamat untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membangunkan perdagangan dalam negeri.
Antaranya melalui program Tukar dan Atom yang bertujuan memodenkan kedai runcit dan bengkel automatif, memudahkan proses pendaftaran perniagaan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, membantu menambah baik kualiti produk PKS yang berpotensi untuk dipasarkan di hypermarket asing di Malaysia, melaksanakan program Business in Transformation bagi menyokong pembangunan industri francais melalui latihan dan pembiayaan, dan mengiktiraf premis-premis perniagaan yang menawarkan harga yang berpatutan melalui Anugerah Harga Kedai Patut termasuklah juga program-program yang dijalankan oleh agensi-agensi dan kementerian-kementerian lain.
Bagi memastikan kepentingan pengguna terpelihara dan juga nak menentukan supaya perniagaan-perniagaan mengamalkan etika dalam perniagaan yang baik, KPDNKK sentiasa mengawal selia perdagangan dalam negeri melalui 35 akta di bawah kementerian serta agensi-agensi di bawahnya seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Akta Persaingan 2010, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Sewa Beli 1967.
Bagi memastikan perlindungan hak-hak pengguna diuruskan dengan sistematik, KPDNKK telah menubuhkan Tribunal Tuntutan Pengguna atau TTPM di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang fungsi utamanya adalah mendengar dan mengadili tuntutan yang difailkan oleh pengguna dengan nilai tuntutannya tidak melebihi RM25,000.
Kementerian juga turut memainkan peranan dalam meningkatkan tadbir urus yang baik di kalangan komuniti perniagaan melalui mekanisme advocacy, galakan dan promosi.
Dalam usaha ini, kementerian telah melaksanakan program-program seperti latihan dan seminar, mewujudkan Kod Etika Perniagaan Malaysia, pembangunan Instrumen Penilaian Integriti Penjaja dan Peniaga Kecil serta pelaksanaan Ikrar Integriti Korporat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan.
Saya meneliti jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, kerajaan kita bersungguh- sungguh untuk memastikan setiap pengguna yang ada di negara kita ini dilindungi, Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan tahniah di atas kesungguhan kerajaan dalam memastikan supaya pembangunan perdagangan dalam negeri kita sentiasa berjalan lancar.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Sedarkah Yang Berhormat Menteri bahawa di bawah sana, isu-isu kenaikan harga ini sentiasa bermain termasuklah di kawasan saya, Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu kenaikan harga yang berkaitan dengan pelaksanaan GST sebagai contoh, Tuan Yang di-Pertua, di mana terdapat beberapa peniaga yang menggunakan alasan ‘kerana GST’ mengakibatkan barang-barang naik?
Jadi, saya fikir ini satu isu yang perlu ditangani oleh pihak kementerian terutama kepada para peniaga dan pengguna-pengguna di luar bandar kerana saya fikir ini tidak patut. Saya percaya dengan pelaksanaan GST yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan ini memberi win-win situation kepada kedua-dua pihak.
Jadi, saya fikir apakah pihak kementerian, yang saya dengar tadi, dalam banyak program yang dilaksanakan untuk memastikan pembangunan perniagaan ini, peniaga- peniaga kita beretika menjalankan perniagaan dapat dilaksanakan? Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri selaku mengetuai kementerian ini, bagaimana alasan-alasan yang digunakan oleh peniaga-peniaga ini yang saya lihat boleh menjejaskan pelaksanaan pihak kementerian dalam memastikan seperti mana yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tenom atas soalan yang dibangkitkan.
Isu kenaikan harga ini adalah satu isu yang telah pun dimainkan oleh satu golongan atau satu pihak dalam negara kita. Kalau soalannya adalah kerana alasan tentang GST, saya hendak memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat seperti yang saya katakan tadi melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, ini adalah merupakan akta yang kita gunakan bagi menentukan supaya harga yang ada dalam negara ini yang dikeluarkan oleh peniaga-peniaga adalah harga-harga yang berpatutan. Apabila kita berkata tentang harga yang berpatutan, ia adalah merupakan satu-satunya cara program di mana kita hendak melihat dari sudut supply chain, dari segi perniagaan yang telah pun kita benarkan dalam negara kita.
Dalam konsep perniagaan bebas, ekonomi bebas dalam negara kita maka sudah tentu supply and demand adalah merupakan sesuatu yang menyebabkan sesuatu harga itu turun ataupun naik. Maka ini yang kita lakukan dalam negara ini adalah hendak menentukan supply mencukupi dalam waktu-waktu yang tertentu dan begitu juga apabila di mana begitu tinggi, maka kita telah pun ada melalui akta yang saya telah bacakan tadi, kita kawal harganya supaya ia tidak naik melambung dalam negara kita. Manakala tentang harga yang telah pun kita kawal tersebut sudah tentu ada pengguna yang tidak mempunyai sikap yang beretika yang telah pun saya katakan tadi, ada mereka yang cuba menggunakan peluang-peluang tersebut untuk menaikkan harga-harganya.
Maka, melalui akta yang ada ini kita telah pun memeriksa sebanyak 243,390 buah premis di seluruh negara kita hendak menentukan supaya semua mereka ini mengikut, patuh kepada akta yang telah pun kita adakan. Daripada jumlah pemeriksaan yang telah kita buat, saya setuju dengan Yang Berhormat masih ada lagi peniaga-peniaga yang tidak beretika jadi alasannya bukan sebab GST, alasannya semata-mata untuk menaikkan harga dan melakukan profiteering atau pencatutan yang berlebihan dalam negara.
Jadi kepada semua rakyat, insya-Allah dengan adanya penguat kuasa yang telah pun kita pastikan supaya mereka turun ke bawah seluruh negara, akhirnya kita ada satu program yang kita namakan penyeragaman harga di Sabah, Sarawak sama juga dengan adanya di Semenanjung. Itu telah kita lakukan Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bintulu.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan kepada Yang Berhormat Tenom tetapi apa yang kita dengar itu memang banyak syok tetapi masalahnya sekarang negara kita tidak tahu Yang Berhormat Menteri ada lihat kah tidak, ada perasankah tidak banyak produk negara kita sekarang serupa rejected product tetapi apabila dijual di luar negara, harganya memang harga yang terbaik.
Kalau kita compare itu harga- kalau contoh macam tisu, brand yang sama tetapi kalau beli di luar negara lebih murah, kualitinya lebih baik tetapi brand yang sama di negara kita, terlalu nipis. Tisu pun sama, nipis. Di luar negara tebal, murah lagi. So, apa cerita termasuklah produk-produk seperti toy, permainan budak-budak, electronic toy yang dibelikan ibu bapa, budak-budak main tidak sampai seminggu sudah rosak, sudah condemn tetapi kalau dibeli di luar negara boleh bertahan lama. So, kita macam serupa tidak ada kualiti- ini kualiti punya control sudah tiada.
So, saya mahu bertanya dengan Yang Berhormat Menteri macam mana kita memastikan produk-produk ada kualiti? Tadi contoh macam GST sama juga. Sebelum GST masuk, kalau kita pergi makan mi, satu mangkuk RM4 ataupun RM3.50 tetapi sekarang sudah sampai RM8 tetapi apabila kita pergi tengok itu hawker store punya operator semua dari luar negara. So, macam mana Yang Berhormat Menteri memastikan hal ini? Macam mana kementerian boleh membantu rakyat? So, saya mahu tanya apakah tindakan yang diambil? Jangan penguatkuasaan, penguatkuasaan nama banyak cantik tetapi tidak nampak apa-apa yang berlaku di bawah. Minta penjelasan, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Ini soalan yang baik daripada Yang Berhormat Bintulu. Baiknya kerana nampak gayanya macam dia turun ke bawah sampai beli mi RM8, itu maknanya dia turun.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Cuma mi yang dibeli RM8 itu dia belum pernah lagi mengadu kepada saya, baru hari ini dia membuat aduan jadi saya hendak menerangkan bahawa aduan yang kita ada, kita buat medium saluran aduan melalui telefon dan e-mel, aplikasi telefon pintar, Ez ADU KPDNKK, ini adalah merupakan inisiatif apps yang telah pun kita buat, itu yang pertama.
Keduanya saya hendak menjelaskan kepada Yang Berhormat Bintulu, apabila kita menyebut tentang standard produk-produk yang masuk ke dalam negara kita, kita ada sekarang ini hendak memperketat, hendak melihat akta yang selama ini kita ada melalui Akta Perihal Dagangan dan Akta Hak Cipta yang ada dalam negara kita ini untuk diperbaiki supaya selepas ini semua barang, alat-alat permainan sebagai contoh, kalau hendak masuk dalam negara kita ia mesti mengikut standard yang akan kita keluarkan nanti. Insya- Allah, itu akan kita diperketat.
Ketiga tentang isu harga yang naik, barang di luar sana lebih murah. Saya hendak menjelaskan baru tiga minggu yang sudah Tuan Yang di-Pertua, saya pergi ke Golok. Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya sebut Golok, saya diam. Saya hendak dengar rakan-rakan saya ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Saya pun tidak faham Yang Berhormat. Orang Sabah jarang pergi ke Golok ya.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Hah itulah.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Saya pergi ke Golok seberang Kelantan dengan Siam, saya ambil barang-barang, kita pilih barang-barang yang kita rasa selalu digunakan oleh rakyat dalam negara kita. Barang-barang seperti yang kita kawal diesel, petrol, RON95, tepung, gula, semua barang-barang ini harga kita 45 peratus lebih murah daripada mereka, itu yang pertama.
Kedua, barang-barang seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bintulu tadi.
Toilet tissue, coffeemate, tea-mate, Milo, barang-barang susu bayi, kebanyakan barang- barang yang digunakan setiap hari itu adalah 19 peratus lebih murah negara kita daripada mereka. Jadi yang dibangkitkan isu-isu hari ini adalah kerana kita tidak membuat perbandingan yang sebenarnya. Saya bersetuju tentang standard. Standard tadi kalau kita hendak beli barang yang berkualiti yang harganya begitu mahal sudah tentu ia terpaksa menggunakan segala apa yang kita ada untuk membeli barang-barang yang mahal tersebut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Jadi kita membeli barang-barang yang sesuai dalam keadaan hari ini dan saya hendak jelaskan, saya bersetuju ada barangan yang mereka juga lebih murah seperti beras. Beras, sudah tentu mereka lebih murah kerana mereka pengeluar yang besar. Akan tetapi gula sebagai contoh, Siam juga merupakan pengeluar gula yang besar tetapi mereka jual RM2.89 satu kilo manakala kita jual RM2.84 satu kilo, walaupun mereka pengeluar.
Jadi menunjukkan bahawa kerajaan hari ini telah melihat harga-harga barang- barang yang kita hendak guna harian, yang itu yang kita jaga. Manakala barang-barang yang kita rasa boleh sesuai dengan jumlah-jumlah mereka yang mengeluarkan banyak dalam negara, sudah tentu ada yang mahal, ada yang murah, ada standard yang lebih tinggi, ada standard sesuai dengan kita. Ini ialah sesuatu yang kita semua terpaksa menerima hakikatnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
[Tepuk]
4. Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, langkah-langkah bagi meneruskan agenda ASEAN Economic Community (AEC) yang telah dilancarkan pada tahun lalu.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat Temerloh dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Pelaksanaan Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2015 telah menyumbang kepada pengukuhan ekonomi ASEAN serta peningkatan kepada kualiti hidup rakyat. ASEAN menyedari bahawa proses integrasi ekonomi serantau merupakan satu proses yang berterusan. Sehubungan ini, pemimpin-pemimpin ASEAN telah memperakukan Pelan Tindakan AEC 2025 semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 di Kuala Lumpur pada hujung tahun lepas. Pelan tindakan terbaru ini akan meneruskan lagi agenda integrasi ekonomi serantau ASEAN bagi tempoh sepuluh tahun yang akan datang.
Walaupun ASEAN telah memansuhkan duti import secara substantif dan sektor perkhidmatan dan pelaburan telah diliberalisasikan, masih terdapat halangan-halangan dalam bentuk bukan tarif dan peraturan-peraturan domestik dalam kalangan negara-negara ASEAN yang menyekat aliran perdagangan barangan, perkhidmatan dan pelaburan secara lancar di rantau ini. Pelan Tindakan AEC 2016-2025 yang menggariskan langkah-langkah strategik untuk dilaksanakan di rantau ASEAN untuk tempoh sepuluh tahun akan datang mengandungi ciri-ciri utama seperti berikut:
(i) ekonomi yang bersepadu dan cohesive;
(ii) ASEAN yang kompetitif, inovatif dan dinamik;
(iii) kesalinghubungan dan kerjasama sektoral yang diperkukuhkan;
(iv) ASEAN yang berdaya tahan, inklusif, berorientasi rakyat dan mesra rakyat; serta,
(v) perwujudan Global ASEAN.
Di antara usaha yang akan terus dilaksanakan adalah:
(i) meneruskan agenda integrasi ekonomi di rantau ini dengan usaha-usaha menangani halangan-halangan bukan tarif atau non tariff barriers;
(ii) memperkukuhkan integrasi sektor kewangan dan pasaran modal ASEAN;
(iii) aliran pergerakan tenaga mahir di rantau ini;
(iv) memperkukuhkan integrasi sektor ekonomi seperti pengangkutan, tenaga, telekomunikasi, pertanian, sains, teknologi dan perkhidmatan kesihatan; dan,
(v) memperkukuhkan kerjasama ASEAN dalam bidang-bidang baru seperti amalan tadbir urus yang baik dan global mega trends serta isu-isu baru berkaitan perdagangan.
Jumlah perdagangan Malaysia dengan negara ASEAN pada 2014 ialah RM389.03 bilion atau 26.8 peratus daripada keseluruhan perdagangan global Malaysia yang berjumlah RM1.465 trilion. Jumlah ini telah meningkat pada tahun 2015 sebanyak 3.21 peratus kepada RM401.63 bilion atau 27.4 peratus daripada keseluruhan perdagangan. Ini melibatkan RM219.41 bilion eksport dan RM182.12 bilion import antara Malaysia dan sembilan buah negara ASEAN.
Selaras dengan hasrat untuk mewujudkan satu rantau ASEAN yang bersepadu sepenuhnya ke dalam ekonomi global, pemimpin dan Menteri-menteri Ekonomi ASEAN akan terus mempertingkatkan kerjasama dengan rakan-rakan dagang utama iaitu Republik Rakyat China, Jepun, Republik Korea, India, Australia dan New Zealand serta merancakkan kerjasama ekonomi dengan Kanada, Amerika Syarikat, Kesatuan Rusia, Kesatuan Eropah dan lain-lain.
Di samping itu, ASEAN juga sedang memuktamadkan beberapa perjanjian perdagangan dengan Rakan Dialog iaitu ASEAN-Hong Kong (AHKFTA) dan Kerjasama Komprehensif Ekonomi Serantau (RCEP). ASEAN mengakui bahawa masih terdapat banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk merealisasikan potensi sebenar dan bagi ASEAN untuk menjadi rantau yang lebih berdaya saing di peringkat global. Pembentukan AEC adalah satu pencapaian bersejarah dan ia dijangka menyediakan momentum untuk integrasi ekonomi dan kewangan di rantau ini. Terima kasih.
Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah pun dikemukakan.
Sehubungan dengan soalan tambahan saya pada kali ini, kita melihat ASEAN ini mempunyai 300 juta umat Islam. Kalau kita mengikut Halal Industry Development Corporation Sdn. Bhd., ia menyebut bahawa Singapura dan Indonesia ialah merupakan rakan dagang halal yang terbesar bagi negara kita Malaysia. Sementara itu, kita tahu Malaysia ialah merupakan sebuah negara yang mempunyai fasiliti terbaik dalam industri halal termasuklah pembangunan usahawan, penyediaan logistik dan juga catatan data dagangan, pembangunan inovasi dan seumpamanya.
Maka saya melihat, perkembangan ini boleh melonjakkan bukan sahaja negara kita tetapi juga ialah rantau ASEAN ini sebagai satu destinasi halal dunia dan model terbaik pengurusan industri halal di ASEAN ini. Jadi, saya mahu kepastian dan juga maklumat daripada kementerian, apakah langkah strategik yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan perdagangan halal di rantau ASEAN ini melalui AEC yang telah pun dilancarkan? Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. 625 juta orang penduduk ASEAN. Yang Berhormat Temerloh tadi menyebut 300 juta orang penduduk beragama Islam terutama di Malaysia, Brunei dan juga di Indonesia. Daripada segi Halal Development Corporation, satu agensi di bawah MITI, pelbagai usaha kita telah lakukan, bukan hanya untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal ASEAN tetapi Malaysia sebagai hab halal dunia sebenarnya. Kita baru menubuhkan di bawah Timbalan Perdana Menteri, satu jawatankuasa yang mengintegrasikan segala perkara yang berhubung kait dengan halal. Ini termasuklah tiga buah agensi iaitu JAKIM, MITI dan juga HDC supaya segala perkara tentang halal ini diselaraskan dan dipermudahkan. Mesyuarat yang pertama di bawah Timbalan Perdana Menteri telah kita adakan.
Selain daripada itu, kita juga mengadakan acara tahunan yang dipanggil sebagai MIHAS iaitu Malaysia International Halal Showcase yang baru-baru ini diadakan. Di antaranya melibatkan 30 buah negara- banyak negara ASEAN yang terlibat. MIHAS ini dibuat dalam satu minggu yang dipanggil Halal Week yang telah juga dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri. Jadi usaha-usaha untuk kita melaksanakan dan memperkembangkan perdagangan yang berorientasikan halal ini bukan hanya sekadar halal daripada segi produk, tetapi juga halal daripada segi perkhidmatan dan ia melibatkan banyak perkara tentang isu halal ini. Kita akan terus melaksanakan apa yang terbaik untuk memastikan sebagaimana cadangan Yang Berhormat, ASEAN sebagai pintu utama produk halal di dunia. Terima kasih.
5. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, apakah langkah-langkah proaktif kementerian dalam usaha menanam budaya inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar- pelajar luar bandar agar berminat untuk mengambil kursus berasaskan STEM iaitu Science, Technology, Engineering and Mathematic, yang ditawarkan di universiti.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Bismillaahi Rahmaani Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Kalau kita tengok daripada soalan yang dikemukakan, soalan Nombor 5 itu bertanyakan berkenaan dengan menanam budaya inovasi dan kreativiti, hubungannya dengan pembelajaran bidang Science, Technology, Engineering and Mathematic atau STEM.
Sebenarnya, memang ini mempunyai hubungan yang betul, yang benar kerana setiap pelajar yang aktif ini, yang kreatif dan inovasi ini, selalunya akan meminati bidang sains dan teknologi dan akhirnya akan menjurus pembelajaran mereka dalam bidang sains, teknologi, engineering dan matematik.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Selain daripada itu, minat juga mereka ini daripada secara tidak langsung minat mereka mungkin datang daripada lawatan sambil belajar yang kita boleh tengok mereka melawat ini mungkin ada dari politik atau sains kita tidak tahu itu.
Kedua, mungkin pengaruh daripada ibu bapa. Itu pasalnya ada orang anak- beranak pun dia jadi ahli politik kerana dia mengikut bapa dan emak dia jadi ahli politik, kalau ada begitu- kalau ada saintis dia ikut, rakan sebaya ataupun role model, glamour di tempat kerja atau jawatan yang popular.
Selain daripada itu, sudah tentu Kementerian Sains dan Teknologi mempunyai sentiasa komited untuk meningkatkan bilangan modal insan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI). Untuk mencapai hasrat ini, minat terhadap sains, teknologi, engineering dan matematik hendaklah dipupuk sejak awal lagi bagi pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Hasrat ini ialah selaras dengan teras strategik lima yang terkandung Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi (DSTIN) iaitu menggalak dan memupuk kesedaran STI.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia atau Pendidikan Pra sekolah hingga ke lepas menengah dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ataupun Pendidikan Tinggi.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menerajui pelbagai program yang berorientasi kepada usaha menanam minat peringkat kreativiti dan membudayakan STI di kalangan pelajar-pelajar. Tiga pendekatan utama diambil iaitu melalui program kesedaran, program penggalakan dan pengukuhan ke arah pengajaran.
Program kesedaran STI. Antara program-program yang dianjurkan oleh MOSTI ialah yang pertama program creativity dan science for you yang dilaksanakan sejak tahun 2012 untuk memasyarakatkan, membudaya dan memberi kesedaran kepentingan sains, teknologi dan inovasi kepada rakyat. Program ini berkonsepkan karnival ini diisikan dengan pameran, pertandingan inovasi, kuiz, bengkel, ceramah, forum, aktiviti interaksi berkaitan dengan sains, teknologi dan inovasi.
Kedua, pameran ledakan kreativiti di Pusat Sains Negara cawangan wilayah utara yang menawarkan pameran bertema dengan mengetengahkan pelbagai aktiviti pendidikan hands-on, pameran, bengkel, ceramah, pertandingan yang menghubungkan kreativiti sains dan inovasi khusus untuk semua lapisan masyarakat. Selain daripada itu, Pusat Sains Negara juga menganjurkan program-program seperti perkampungan sains, perkhemahan sains, singgah sains, inovasi pendidikan, sains kit, monsun sains kem, technocamp, kelana sains, special science day yang dilaksanakan sepanjang tahun bagi meningkatkan budaya kreativiti dan inovasi di kalangan masyarakat luar bandar dan seluruh negara.
Ketiga, program jejak inovasi dan kid events merupakan antara program kesedaran inovasi di kalangan masyarakat peringkat akar umbi yang dilaksanakan oleh MOSTI melalui Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Sepanjang tahun 2011 sehingga tahun 2014, YIM telah pun menjejak lebih daripada 645,500 orang daripada masyarakat akar umbi seluruh Malaysia dan satu lagi program jaringan saintis muda dengan Akademik Sains Malaysia yang dilaksanakan sejak tahun 2012 telah membimbing seramai lebih daripada 4000 orang pelajar dari seratus buah sekolah menengah dan sekolah rendah seluruh Malaysia dengan mengadakan program Back to School di mana saintis-saintis ini membawa kajian mereka ke sekolah untuk dikongsi dengan pelajar.
Kedua, program penggalakan sains pula atau program penggalakan STI. Antara program penggalakan yang dianjurkan oleh MOSTI ialah anugerah inovasi negara yang dianjurkan setiap tahun untuk memberi pengiktirafan kepada ciptaan inovasi yang dipertandingkan bagi empat kategori iaitu produk-produk perkhidmatan akar umbi dan sekolah setiap tahun kementerian menerima sambutan yang amat menggalakkan untuk penyertaan dalam anugerah termasuklah dari sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.
Satu lagi National Science Challenge dianjurkan oleh Akademik Sains Malaysia bertujuan untuk menggalakkan kefahaman, kesedaran, penghayatan terhadap kajian sains di kalangan pelajar tingkatan empat. Peringkat separuh akhir pertandingan ini dijalankan dalam bentuk kem sains di mana pelajar-pelajar ini dibawa ke universiti penyelidikan Malaysia yang terpilih dan mereka didedahkan kepada kehidupan sebagai seorang saintis.
Program penggalakan sebegini dapat merangsang minat dan daya kreativiti pelajar dalam bidang STI ini.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Ketiga, Mainstreaming Grassroots Innovation (MaGRIs) yang diterajui oleh Yayasan Invokasi Malaysia juga bermula tahun 2016. Program ini bertujuan untuk mempertingkatkan usaha pembangunan dan pengkomersialan inovasi akar umbi melalui kolaborasi pelbagai pihak seperti Federation of Malaysian Manufacturing (FMM), Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Unit Peneraju Agenda Bumiputera
(TERAJU), Malaysia Innovation Hub (MyInnoHub), Cradle Fund Sdn Bhd, MaGIC, Entrepreneurship (SE) dan pelbagai komuniti tempatan. Program ini juga menyediakan peluang pembinaan kapasiti kepada inovator akar umbi dalam aspek pembangunan inovasi dan pembinaan pasaran.
Ketiga, agak panjang Tuan Yang di-Pertua kerana banyak kerajaan telah lakukan.
Program pengukuhan kaedah pengajaran. Antara program pengukuhan kaedah pengajaran dianjurkan oleh MOSTI adalah program-program yang menyasarkan pelajar-pelajar sekolah serta tenaga pengajar seperti pendidik Kelana Sains, Perkampungan Sains dan Singgah Sains. Program ini telah menghasilkan beberapa inovasi pembelajaran dan pengajaran.
Sistem yang lebih efektif dan menyeronokkan untuk menggalakkan dan menanam minat pelajar-pelajar luar bandar. Pengisian program ini ialah melalui aktiviti hands-on. Sesi perbincangan, pembentangan, soal jawab dan kerja berkumpulan.
Akhirnya, sekali kajian dan penambahbaikan sistem pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pendidikan sains berasaskan amalan inquiry ataupun IBSE.
Akademik Sains Malaysia telah pun mengambil inisiatif menjalankan kajian rintis IBSE ini di empat buah sekolah rendah di Hulu Langat pada tahun 2012 hingga 2013 dan projek rintis ini telah melibatkan 346 pelajar dan 20 guru untuk menilai kebolehlaksanaan IBSE dan juga menguji keberkesanannya.
Tuan Yang di-Pertua, MOSTI akan terus melaksanakan program-program pembudayaan dan kesedaran pengukuhan sains, teknologi dan inovasi bagi meningkatkan minta dan penyertaan pelajar-pelajar untuk mengambil kursus berasakan STEM. Pada masa yang sama kerajaan sedang merangka Pelan Tindakan STEM yang bersepadu melalui kerjasama antara MOSTI, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi. Sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Tinggi.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Tahniah kepada Tangga Batu yang luar biasa. Saya cakap STEM dia ‘STIM’ tetapi samalah itu.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua soalan tambahan saya ialah dengan adanya tadi NBOS digerakkan oleh MOSTI, apakah program-program ini yang manakah dapat meningkatkan lagi tahap kreativiti dan inovasi yang boleh meningkatkan daya pasaran pelajar-pelajar nanti untuk memenuhi industry demand, keperluan industri dalam bidang-bidang pekerjaan di masa depan.
Izinkan saya berpantun pendek...
Lawan tetap lawan, Demi rakyat kita pertahan, Dulu kawan-kawan, Dok pakat lawan-lawan, Sekarang kawan-kawan, Gaduh-gaduh semua mahu lawan, Lawan jangan tak lawan. Terima kasih.
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Terima kasih, dia ‘stim’ dengan STEM lebih kurang sama di mana kita graduate. Kalau di UK itu dia panggil ‘STIM’ ya.
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Sebenarnya bila kita tengok tentang kerjasama Tuan Yang di-Pertua, kita kena tengok bidang tugas kementerian masing-masing. Ini kerana bila bercerita pasal STEM atau STIM ini ada tiga kementerian yang terlibat. Bidang kuasa yang jelas di mana MOE menyediakan kurikulum sekolah dan kumpul sasar ialah murid-murid dan guru. Untuk MOHE pula Kementerian Pengajian Tinggi menyediakan kurikulum pengajian tinggi iaitu pelajar-pelajar universiti dan juga pensyarah. Itu bidang tugas mereka. MOSTI pula menyediakan dan meningkatkan kepakaran pensyarah di peringkat antarabangsa. Ini adalah tugas yang kita bagi supaya kita tidak bercelaru di hujung sekali. Kita akan duduk di bawah satu Jawatankuasa Majlis Sains Negara di mana dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Jadi, selain itu sebahagian daripada program STIM atau STEM ini bersama MOE dilaksanakan dengan melalui kerjasama NBOS yang mana perkongsian dari segi kos program pengisian dan kawalan program lokasi premis sebagai contohnya MOE menyediakan kemudahan infrastruktur dan MOSTI menyediakan Pusat Sains Negara, menyediakan pengisian program dan kepakaran.
Selain itu menerusi Scientists Network MOSTI bekerjasama dengan MOE, MOHE dan memasyarakatkan, membudaya, menggalak STI serta melibatkan- kita melibatkan industri dalam bidang ini. Contohnya, baru-baru ini ada satu program yang dipanggil National Science Challenge di mana kita bersama dengan ExxonMobil bekerjasama jadi akhirnya mereka itu dibawa untuk challenge di luar negara.
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Ini adalah sebahagian daripada kerjasama pihak industri untuk menggalakkan budaya inovasi dan sains di Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tidak ada pantun Yang Berhormat? Tak ada pantun ya?
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Pantun lawan-lawan ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Tadi pantun Yang Berhormat Pasir Mas bagus Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Kota Tinggi kira nak berlawan ya.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan syabas kepada MOSTI dan dalam sesi Parlimen yang lalu Kementerian Pendidikan pun Yang Berhormat Timbalan Menteri Tawau pun ada memberikan jawapan yang hampir sama kepada usaha-usaha untuk meningkatkan minat pelajar-pelajar kita dalam penyelidikan yang berkaitan dengan sains dan teknologi ini.
Contohnya, program Waste to Wealth, Yang Berhormat Tawau yang seperti yang disebutkan dalam jawapan yang lalu dan ini membuka minat yang cukup baik di kalangan pelajar.
Saya juga dimaklumkan baru-baru ini dilanjutkan lagi pertandingan ini di peringkat bahagian-bahagian. Ada lima bahagian di seluruh negara yang mana mereka akan bersaing dengan isu-isu teknologi ini. Kementerian Pelajaran mengatakan dalam soalan saya ketika itu bahawa usaha untuk pemasaran ini diserahkan kepada agensi-agensi yang berkenaan dan Menteri telah menjawab tadi antaranya dengan pihak industri. Jadi saya harapkan perkara ini dapat betul-betul menambah minat kerana kadang-kadang minat di sekolah ini terhenti apabila mereka masuk ke universiti kerana mungkin bidang yang dimasuki itu tidak ada kaitan dengan sains dan teknologi.
Jadi bagaimana kita hendak membina daripada awal? Bagaimana MOSTI hendak membina bersama dengan Kementerian Pelajaran supaya di peringkat sekolah ini minat yang ditanam itu dapat diberikan kesinambungan dan lanjutan dan membantu pelajar- pelajar ini memilih jurusan-jurusan yang ada kaitannya? Ini seperti soalan Yang Berhormat Kota Tinggi tadi dijuruskan kepada sekolah-sekolah luar bandar, sekolah asrama penuh, sekolah di bandar saya rasa kita tidak menjadi masalah kerana mereka mempunyai guru cemerlang, prasarana yang mencukupi.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Bagaimana sekolah luar bandar? Adakah ia diberikan perhatian yang sama? Jadi saya minta penjelasan penumpuan kepada sekolah-sekolah luar bandar khususnya. Terima kasih.
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita di peringkat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ini kita tidak mempunyai beza sementara Kementerian- pelajar bandar dan luar bandar. Kalau kita tengok banyak daripada aktiviti penggalakan sains yang dianjurkan oleh MOSTI ini kebanyakannya memang ditumpukan di luar bandar. Ini kerana kita faham sekolah-sekolah berasrama penuh ini mereka telah mempunyai kemudahan yang banyak, mereka duduk dekat bandar dan sudah tentu ini tidak menimbulkan masalah kepada mereka. Memang kebanyakan aktiviti yang kita pilih kebanyakannya pergi menjurus ke luar bandar.
Akan tetapi kita kena melihat juga untuk minat sains ini dia bukan juga bergantung pada kurikulum semata-mata tetapi seperti yang saya kata pada awal tadi, kadang-kadang minat mereka ini contoh dia kalau kita tengok yang kreativiti ini, sebenarnya dua, tiga tahun lepas banyak sekolah luar bandar dia mendapat award di peringkat antarabangsa. Sampai ada sekolah dekat Setiawan itu satu sekolah Tamil tidak salah saya ia mendapat award daripada Geneva. Sebenarnya banyak saya boleh baca kejayaan mereka dalam bidang sekolah luar bandar berjaya dalam bidang sains dan teknologi ini. Ini satu benda yang tidak boleh dinafikan.
Itu fasal saya selalu kata membuat kenyataan mengatakan bidang sains dan inovasi ini adalah satu budaya yang baik kerana kita mempunyai sistem pendidikan yang baik. Akan tetapi akhirnya apabila mereka hendak menjurus kepada bidang sains dan teknologi ini banyak faktor lain. Ini yang selalunya faktor pekerjaan, rakan sebaya macam anak saya bagus dalam peperiksaan tetapi tidak mahu jadi scientist. Dia minat hendak jadi lawyer. Ini anak saya sendiri ini. Saya kata my father science, adik-beradik saya sains tetapi akhirnya dia kata saya tak minat lah ayah, ayah sibuk sangat jadi ahli politik. Akhirnya tak minat, akhirnya hendak jadi lawyer.
Jadi saya ingat akhirnya sekali nanti pengaruh rakan sebaya, pengaruh pekerjaan atau glamornya sesuatu jawatan itu akan mempengaruhi pelajar-pelajar untuk memilih bidang sains. Itu fasalnya kita kena banyak membawa role model mereka yang berjaya di dalam bidang sains ini ke hadapan supaya mereka benar-benar berminat untuk menjadi seperti mana yang mereka impikan. Terima kasih.
6. Laksamana Pertama Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) [Lumut] minta Menteri Pendidikan menyatakan secara terperinci berhubung dengan Dual Language Program (DLP), dan sejauh mana manfaatnya kepada pelajar.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Chong Sin Woon
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terdapat lima pertanyaan yang menyentuh Dual Language Program (DLP) yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Pertanyaan-pertanyaan tersebut daripada Yang Berhormat Lumut hari ini, Yang Berhormat Maran pada 23 Mei, Yang Berhormat Shah Alam pada 25 Mei, Yang Berhormat Temerloh pada 25 Mei dan Yang Berhormat Selayang pada 26 Mei.
Oleh sebab perkara yang dibangkitkan adalah saling berkaitan izinkan saya menjawab ke semua pertanyaan tersebut secara serentak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat.
Tuan Chong Sin Woon
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dual Language Program ataupun DLP adalah satu program pengukuhan bahasa Inggeris berasaskan pilihan sekolah di bawah dasar memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuh bahasa Inggeris MBM-MBI. Pelaksanaan DLP adalah hasil dapatan makmal bahasa Inggeris pada Jun 2015. Selain memenuhi hasrat transformasi pendidikan yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025, DLP memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selain daripada bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.
Tuan Chong Sin Woon
Objektif utama pelaksanaan DLP adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris di kalangan murid melalui peningkatan masa pendedahan kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik. Kompetensi bahasa Inggeris yang baik dalam kalangan murid akan memberi kelebihan kepada murid dalam menimba lebih banyak ilmu dari pelbagai sumber. Selain itu, peluang murid untuk menceburi kerjaya peringkat global juga lebih cerah.
Berdasarkan surat siaran KPM Bilangan 18/2015, pelaksanaan rintis program dwibahasa atau Dual Language Program di sekolah pada tahun 2016, empat kriteria menjadi asas melaksanakan DLP di 300 sekolah terpilih sebagai rintis pada tahun 2016 iaitu:
(i) sumber yang mencukupi;
(ii) kesediaan pengetua atau guru besar dan guru untuk melaksanakan DLP;
(iii) permintaan dan sokongan daripada ibu bapa; dan
(iv) pencapaian sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang menyamai atau lebih baik daripada pencapaian purata kebangsaan.
Untuk makluman Dewan yang mulia, pada masa ini sebanyak 296 sekolah daripada 300 buah sekolah rintis sedang menjalankan program ini. Kementerian Pendidikan Malaysia akan meneruskan program DLP pada tahun 2017 iaitu di peringkat Tahun 2, Tahun 4 dan Tingkatan 2. Bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar, KPM telah menyediakan pelbagai sokongan antaranya garis panduan pengoperasian, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), panduan perkembangan pembelajaran murid, contoh rancangan pengajaran harian dan bahan program orientasi sains dan matematik dalam bahasa Inggeris untuk rujukan guru dan sekolah.
Di samping itu, murid yang mengikuti DLP dibekalkan buku teks, buku rujukan, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris.
Berdasarkan program kunjung bantu awal tahun ke sekolah DLP kebanyakan guru yang terlibat dengan DLP adalah guru yang bersedia dan berkebolehan menjalankan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lumut.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Kalau kita lihat perbelanjaan untuk tahun ini untuk pendidikan sekolah rendah berjumlah RM16 bilion dan sekolah menengah berjumlah RM15 bilion oleh Kementerian Pendidikan.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Jika kita lihat objektif operasi Kementerian Pendidikan ini untuk sekolah rendah tidak ada menyebut pun mengenai Dual Language Program ini. Maka, sebab itu saya kata daripada segi peruntukan pun, nanti pelaksanaan penggunaannya itu sudah menyalahi peraturan dan saya cuba melihat Google Dual Language Program ini. Saya jumpa hanya satu sahaja berlaku di Amerika Syarikat, di Florida. Tujuannya ialah untuk memahirkan penduduk-penduduk yang berbangsa Sepanyol supaya mahir dalam berbahasa Inggeris. Di ajar dalam semua mata pelajaran dan subjek kepada semua pelajar. Berbeza dengan di Malaysia ini, DLP ini. Seolah-olah saya lihat cuba menghidupkan kembali program PPSMI.
Ini merupakan satu pembaziran kepada negara dan saya agak merupakan flip flop decision ataupun keputusan flip flop yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan.
Oleh kerana itu, saya minta supaya Kementerian Pendidikan melihat semula. Saya mendapat maklumat berhubung DLP ini di Google, hanya daripada laman web “Mersinghebat”, yang menceritakan apa yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri ini.
Maka, sebab itu saya berpendapat program ini tidak menambah baik kepada sesiapa.
Memandangkan kenyataan Yang Berhormat Menteri Sains dan Teknologi mengatakan pelajar kita di sekolah rendah dengan sistem pendidikan yang ada sekarang telah berjaya di peringkat antarabangsa. Maka, sebab itu saya tak lihat mengapa kita perlu ubah lagi pendekatan pendidikan sekolah rendah dan juga sekolah menengah sampai Tingkatan 2 sahaja kalau tak silap saya daripada penjelasan “Mersinghebat.”
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Oleh yang demikian, saya minta supaya kementerian melihat semula dan adakah peruntukan yang diberi pada tahun ini melibatkan Dual Language Program? Oleh kerana itu juga saya jemput Yang Berhormat Menteri rujuk balik kepada objektif pendidikan yang telah dibentangkan di dalam Bajet 2016. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Chong Sin Woon
Terima kasih atas soalan tambahan. Sebenarnya Yang Berhormat, kalau hendak maklumat terperinci tentang DLP tak perlu Google ya, pergi ke Kementerian Pendidikan Malaysia. Kita ada semua detail tentang DLP. Yang kedua tentang bajet, sebenarnya DLP seperti mana dalam jawapan tadi adalah sebahagian daripada MBM dan MBI dan sememangnya kita ada peruntukan di bawah MBM dan MBI. Itu sebabnya kita kata DLP ini bukanlah satu dasar yang baru tetapi di bawah inisiatif MBM-MBI dan sekiranya kita melihat, memang betul pilihan ini adalah berbeza. DLP ini adalah berbeza dengan PPSMI yang dilaksanakan sebelum ini di mana yang sebelum ini adalah satu dasar semua sekolah kena ikut tetapi DLP adalah satu pilihan yang untuk sekolah-sekolah yang sudah bersedia dan sokongan dan permintaan daripada ibu bapa itu antara syarat kriteria yang sangat penting.
Jadi, kita tidak memaksa mana-mana sekolah khususnya walaupun sesebuah sekolah ingin menyertai DLP tetapi setelah kita memeriksa bahawa mereka tidak lagi mencapai kriteria yang kita tetapkan, kita tidak benarkan mereka melaksanakan DLP. Jadi, itu adalah perbezaan asas antara dua program. Sekian, terima kasih.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, lagi satu soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lipis.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang memberikan saya ruang untuk meminta soalan tambahan. Saya di sini merakamkan ucapan tahniah kepada pihak kementerian kerana dapat melaksanakan program dwibahasa ataupun DLP. Di mana program bahasa Inggeris ini saya adalah salah seorang yang pernah mempertahankan bahasa Inggeris ini diteruskan. Ia menjadi satu isu sehinggakan demonstrasi untuk membantah mata pelajaran Bahasa Inggeris ini. Saya mengucapkan tahniah kerana kementerian boleh memberi pilihan kepada sekolah-sekolah untuk melaksanakan program itu.
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, hasil daripada statistik ataupun kajian yang dibuat, berapakah pencapaian tertinggi kita daripada 296 sekolah yang telah melaksanakan ini? Ia mungkin boleh kita tumpukan juga kepada masyarakat luar bandar yang sangat lemah dalam bahasa Inggeris. Akan tetapi guru-guru yang di luar bandar ini biasanya sangat kekurangan dihantar oleh pihak kementerian menyebabkan kadang- kadang bahasa-bahasa yang digunakan oleh anak-anak kita di luar bandar ini tidak sebaik seperti murid di dalam bandar. Maknanya, tumpuan kepada luar bandar daripada segi penguasaan bahasa Inggeris ini, khususnya dalam subjek Matematik, Sains dan sebagainya. Ini amat penting untuk menjadi seorang doktor, engineer, arkitek adalah memerlukan bahasa Inggeris. Jadi, saya menyokong usaha ini tetapi berapakah yang akan dapat memastikan langkahnya boleh lebih berkesan untuk semua masyarakat sebenarnya.
Tuan Chong Sin Woon
Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Lipis dan terima kasih atas sokongan pelaksanaan pembelajaran bahasa Inggeris dalam inisiatif DLP ini. Sebenarnya DLP dilaksanakan pada tahun ini, 296 sekolah sebagai rintis.
Jadi, sekarang bulan Mei, kita baru lima bulan ya. Maka, pada akhir tahun nanti kita akan membuat penilaian dan kita boleh melaporkan pencapaian DLP pada tahun depan. Walau bagaimanapun, berkenaan dengan tumpuan kepada luar bandar.
Ingin dimaklumkan kepada Yang Berhormat, 33 peratus daripada 296 sekolah ini adalah sekolah-sekolah di luar bandar. Kita tidak mengabaikan usaha kita untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris anak-anak kita khususnya di luar bandar.
Bukan sahaja DLP untuk 296 sekolah tetapi kita juga mempunyai program HIP atau Highly Immersive Program untuk semua sekolah supaya pendedahan dan penggunaan bahasa Inggeris itu menjadi satu bahasa yang lebih lumrah penggunaannya di sekolah supaya kualiti dan penguasaan bahasa Inggeris di semua sekolah kita dapat dipertingkatkan.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bukit Katil.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya tertarik dengan pandangan Menteri tentang program DLP ini, saya fikir penting untuk kita respons sepenuhnya. Oleh kerana saya percaya Yang Berhormat juga sedar bahawa terdapat keresahan yang agak significant dalam isu ini. Misalnya, pada 26 Mac tahun ini ada satu demonstrasi yang dipimpin oleh Angkatan Belia Islam Malaysia dan juga pejuang-pejuang bahasa yang lain. Memberikan beberapa cadangan kepada kerajaan dan bantahan terhadap program ini. Disusuli pula dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Nazrin yang menyatakan bahawa beliau merasakan bahawa sebahagian pihak yang menentang inisiatif ini bimbang kerana status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan itu kemungkinan akan terjejas dan kepentingannya terhakis pada masa hadapan.
Kebimbangan ini pada hemat Sultan Nazrin perlukan satu respons daripada kerajaan berkaitan dengan dasar. Jadi, Yang Berhormat Menteri sebut tadi tentang dasar memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris atau MBM dan MBI.
Cuma saya ingin bertanya, apakah ada program-program rapi dan khusus berkaitan dengan dasar memperkukuh bahasa Melayu ini. Oleh kerana dilihat DLP ini memperkukuh bahasa Inggeris dan digerakkan di sekolah-sekolah.
Akan tetapi apakah ada satu program khas untuk memperkukuh bahasa Melayu di sekolah-sekolah selari dengan usaha kerajaan untuk memperkukuh bahasa Inggeris? Yang Berhormat Menteri juga sebut tentang pilihan. Saya ingin membawa perhatian Yang Berhormat Menteri bahawa tolong check on the ground, apakah itu berlaku? Oleh kerana banyak laporan yang kita terima yang dihantar oleh Whatsapp dan juga mesej secara senyap-senyap program ini oleh kerana terdapat keresahan di bawah kebanyakan sekolah.
Mungkin saya salah, I stand to be corrected, dengan izin. Kebanyakan program- program ini dilakukan secara senyap-senyap dan murid-murid dimasukkan ke dalam kelas DLP. Malah, kebetulan saya juga dimasukkan dalam Whatsapp group sekolah. Ibu bapa juga bertanyakan perkara yang sama, apakah PIBG maklum perkara ini? Jadi, perkara- perkara, hal-hal detail ini dan tentunya oleh kerana ada keresahan yang mempengaruhi ataupun memberikan cadangan yang lebih baik, saya fikir elok kementerian dengan beberapa pandangan oleh Ahli-ahli Dewan ini memanggil semua pihak untuk menyatakan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, bolehlah itu Yang Berhormat.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
...Membuat satu kesimpulan yang lebih baik agar program memartabatkan bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu dapat dijalankan dengan baik. Terima kasih.
Tuan Chong Sin Woon
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Katil.
Yang pertama, memang kita membuat engagement kepada semua NGO, semua pejuang bahasa, semua kumpulan yang menentang tentang DLP ini. Telah kita mengadakan mesyuarat...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Chong Sin Woon
Apa dia?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Jangan terganggu, Yang Berhormat.
Tuan Chong Sin Woon
Buang masa. Kita memang membuat engagement. Menteri sendiri berjumpa dengan pejuang bahasa, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia berjumpa. Kita telah menjelaskan kepada mereka yang tidak menyokong dasar ini- bukan dasar- program di bawah MBMMBI ini supaya kita memperjelaskan kepada setiap pihak.
Tuan Chong Sin Woon
Kedua, ini adalah soalan berkaitan dengan DLP, maka penjelasannya bagaimana kita memperkukuhkan bahasa Inggeris tetapi dari segi status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan itu tidak tergugat dengan adanya DLP, sebab Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan itu termaktub dalam Perlembagaan dan segala penerbitan buku-buku atau dokumen rasmi, semuanya masih dalam Bahasa Melayu dan untuk mendapat SPM itu masih kita mengekalkan Bahasa Melayu itu perlu mendapat kredit. Jadi status Bahasa Melayu itu tidaklah tergugat dengan adanya DLP.
Banyak program ya, Yang Berhormat, untuk memartabatkan Bahasa Melayu.
Kalau kita hendak sebut banyak tetapi bukannya untuk jawapan hari ini. Kita juga memberi pilihan kepada semua ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka untuk menyertai DLP perlu membuat surat. Ada borang untuk mereka sign, tandatangan. Jadi tidak berlaku kita paksa atau senyap-senyap kita masuk sekolah. Sekian, terima kasih.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, lagi satu soalan tambahan. Please.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat.
7. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu] minta Perdana Menteri menyatakan, langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah pendeposit- pendeposit Tabung Haji daripada berterusan menutup akaun dan membatalkan daftar haji akibat daripada fitnah bahawa Tabung Haji tidak ada duit.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, penyebaran maklumat yang tidak tepat serta fitnah yang disebarkan oleh pihak tertentu dan tidak bertanggungjawab di media sosial telah memberi impak kepada Lembaga Tabung Haji.
Institusi ini telah dilemparkan dengan pelbagai tuduhan rambang dan tidak berasas, analisa-analisa yang tidak tepat dan juga andaian-andaian yang negatif daripada pelbagai pihak.
Terdapat sebahagian daripada kalangan pendeposit Tabung Haji yang percaya akan fitnah-fitnah tersebut dan telah mengeluarkan wang mereka daripada simpanan di Tabung Haji. Pendeposit ini telah menjadi mangsa oleh hasutan daripada fitnah-fitnah tersebut dan ada di kalangan pendeposit telah kehilangan peluang untuk menikmati bonus yang telah diumumkan.
Sehubungan itu, pihak Tabung Haji amat kesal dengan fitnah yang disebarkan oleh media sosial dan individu tertentu. Situasi ini menyebabkan imej dan reputasi Tabung Haji sebagai pengurus haji dan dana Islam yang paling cemerlang di Malaysia dan diiktiraf di peringkat antarabangsa telah tercemar serta menyebabkan segelintir pendeposit hilang keyakinan terhadap Tabung Haji.
Tabung Haji sentiasa memantau kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu di media massa mahupun di media sosial dari semasa ke semasa.
Sekiranya terdapat penyebaran maklumat yang tidak tepat, langkah sewajarnya akan diambil dalam menanganinya. Antara lain seperti berikut:
(i) memberikan penjelasan dengan fakta yang tepat dan sahih melalui sidang media oleh pihak pengurusan Tabung Haji;
(ii) mengeluarkan kenyataan akhbar;
(iii) memuat naik maklumat melalui laman sesawang Tabung Haji www.tabunghaji.com.my, Facebook, Twitter dan aplikasi mobil T- Jari, Tabung Haji e-Jari, TH e-Jari;
(iv) mengambil bahagian untuk diwawancara dalam slot tertentu di media cetak dan media elektronik;
(v) menjadikan sesi kursus, seminar, ceramah dan bengkel anjuran Tabung Haji sebagai platform penyebaran maklumat dan memberikan penjelasan kepada orang ramai; dan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki
(vi) mengambil tindakan undang-undang dan laporan polis terhadap pihak tertentu yang menyebarkan fitnah dan maklumat yang tidak berasas.
Langkah-langkah tersebut dilaksanakan dalam usaha memperbaiki persepsi dan meningkatkan lagi keyakinan pendeposit terhadap Tabung Haji. Alhamdulillah, keberkesanan langkah-langkah ini ditunjukkan dengan bilangan pendeposit baru adalah berjumlah 24,984 orang dan bilangan pendaftaran haji yang baru adalah sebanyak 40,242 orang hanya pada bulan April 2016 sahaja.
Yang menariknya, walaupun di celah-celah tohmahan yang dilemparkan terhadap institusi ini, Tabung Haji masih mencatatkan peningkatan dalam jumlah pendepositnya di mana jumlah pendeposit baru dalam tempoh-tempoh fitnah daripada Januari hingga April tahun ini berjumlah 111,329 orang pendeposit baru berbanding dengan jumlah yang mengeluarkan ataupun membatalkan haji mereka yang saya pernah menjawab di Dewan yang mulia ini iaitu daripada tempoh 1 Februari hingga 31 Mac, sejumlah 3,954 pendeposit menutup akaun dan 3,105 pendeposit telah membatalkan pendaftaran haji mereka pada tempoh apabila fitnah itu merebak dan melebar berbanding dengan 111,329 orang pendeposit baru. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, setakat itu sesi soal jawab pagi ini.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tuan Yang di-Pertua, boleh izinkan saya cuma mengutarakan sedikit perkara.
Pagi ini 146 soalan telah pun disenaraikan untuk Dewan yang mulia ini tetapi setakat saya tunggu- sabar menanti satu setengah jam, jumlah soalan yang mampu dijawab hanya tujuh sahaja. Bermaksud, 139 soalan tidak sempat dijawab.
Saya cadangkan, boleh tidak Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah pun dikatakan oleh Tan Sri Speaker, Menteri jawab janganlah panjang lebar, berpusing-pusing.
Hadkan masanya macam DUN Selangor, tiga minit. Sini Parlimen mungkin lima minit untuk satu soalan, jawapan. Bukannya bawa kita dari Eropah sampai ke Afrika Selatan tetapi soalannya tidak- saya tunggu soalan saya nombor 8 tetapi sampai soalan nombor 7 sahaja sudah mati, break.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, ringkaskan Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Ini soalan yang cukup penting tentang ubat dan GST.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, cukuplah.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Saya harap supaya speednya boleh dipercepatkan. Saya mohon jasa baik Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat cuma melihat di depan Yang Berhormat, menegur Menteri. Saya di atas ini melihat kiri, kanan dan depan, Yang Berhormat. Dia bukan sahaja Menteri menjawab secara panjang, penyoal pun panjang, Yang Berhormat. Ia berlaku di kalangan Ahli Parlimen BN, berlaku di kalangan Ahli Parlimen Pembangkang.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Jadi kalau semua boleh ringkaskan soalan dan jawapan, tidaklah sampai 100 soalan boleh kita jawab setiap pagi, mungkin kita boleh sampai 12 atau 13 soalan.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Jadi saya perlukan kerjasama semua. Saya tidak hendak- saya sudah lama tidak bagi nasihat, sudah lama tidak bagi peringatan sebegini kerana saya tahu kita bagi ingat hari ini, esok dia akan berulang lagi. Jadi kita sama-sama bagi ingatan kepada diri kita masing-masing, Yang Berhormat.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan Tuan Yang di-Pertua pakai sistem loceng...
[Dewan riuh]
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Ya, loceng.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, itu satu cadangan. Mungkin akan dibuat penambahbaikan pada masa akan datang, Yang Berhormat.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” [17 Mei 2016]
. Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membahaskan tentang isu keselamatan di laut berkaitan dengan Akta Keselamatan. Seperti kita tahu, di laut terbuka, isu keselamatan merupakan satu isu yang susah ditangani kerana keadaan di sana tidak ada perhubungan atau perjumpaan dengan apa-apa pihak keselamatan. Oleh itu, kita minta pihak kerajaan memberi tekanan yang lebih kepada isu-isu keselamatan nelayan di laut terbuka.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Sebenarnya isu keselamatan nelayan telah diutarakan lebih kurang 15 atau 20 tahun yang lepas tetapi masih belum diatasi atau ditangani dengan memuaskan hati. Kita juga rasa hairan dan juga tidak berpuas hati atas penguatkuasaan atau koordinasi penguatkuasaan dengan pelbagai agensi keselamatan negara termasuklah pihak maritim, pihak perikanan, pihak APMM atau Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan juga pihak navy, kalau terlibat.
Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Rintihan nelayan telah begitu lama diutarakan tetapi masalah pencerobohan terutamanya daripada nelayan asing khususnya dari Vietnam menjadi lebih berleluasa. Kita sedia tahu bahawasanya nelayan-nelayan dari Vietnam merupakan mereka yang lebih agresif, merupakan mereka yang mempunyai bot atau kapal yang lebih besar dan canggih dan juga kadangkalanya bersenjata. Jadi oleh sebab ini pihak nelayan tempatan telah lama...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kuala Terengganu, apa kaitan dengan rang undang-undang kita?
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Ya, rang undang-undang ini adalah untuk memberi lebih banyak penumpuan dari segi penguatkuasaan kerana begitu banyak agensi keselamatan termasuk polis marin tidak menjalankan tugas mereka di lautan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Kita sekarang ini tentang Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Ya, ini melibatkan jenayah Tuan Yang di-Pertua kerana seperti saya sebut tadi ia melibatkan pasukan yang mempunyai senjata. Saya rasa sedikit sebanyak ini adalah merangkumi tugas...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya lihat Yang Berhormat Ipoh Barat senyum, okeylah, jalanlah terus. Okey, sila, sila.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Jadi, Tuan Yang di- Pertua, saya ingin menyampaikan di sini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Fasal Yang Berhormat Ipoh Barat salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Penambahbaikan Parlimen. Ya, sila.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Apa yang kita nyatakan di sini Tuan Yang di-Pertua, keselamatan nelayan di laut perlu diberi keutamaan kerana rakyat Malaysia keseluruhannya memerlukan perlindungan yang sepatut dan sebaik- baiknya oleh kerajaan negara kita. Akan tetapi, sehingga kali ini, yang saya sebutkan tadi masalah ini telah diutarakan kepada kerajaan begitu lama, tiga Yang Berhormat Menteri yang terlibat dengan aktiviti penangkapan ikan laut dan dasar laut telah dikemukakan masalah ini. Akan tetapi sehingga hari ini masalahnya adalah lebih dari segi koordinasi di antara jabatan-jabatan keselamatan yang berkenaan yang tidak boleh menangani isu ini begitu lama. Bukan dari segi tidak ada kemudahan keselamatan untuk menangani isu ini kerana mereka mempunyai bot laju, helikopter dan sebagainya, tetapi pemantauan amatlah lemah sekali.
Apa yang diutarakan kepada nelayan-nelayan kebelakangan ini apabila mereka mengadu tentang keselamatan mereka di laut adalah tidak ada peruntukan. Ini merupakan satu alasan yang amat orang kata lemah dan pihak nelayan ini menghadapi masalah pada waktu malam di mana tidak sepatutnya berlaku aktiviti-aktiviti tertentu, nelayan asing masih mencerobohi perairan kita dengan tidak memasang lampu dan ini banyak telah menimbulkan kes-kes pelanggaran, atau accident, atau kemalangan yang hampir-hampir berlaku di mana nyawa mungkin akan terkorban. Di situlah letaknya penguatkuasaan perlu diadakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi contoh tentang jiran kita dan kesungguhan atau political will mereka mengadakan satu tahap keselamatan bagi rakyat dan khususnya nelayan mereka. Di Indonesia contohnya, apabila didapati penceroboh daripada nelayan-nelayan asing memasuki perairan mereka, mereka bukan hanya menangkap atau memegang mereka dalam waktu yang tertentu tetapi juga memusnahkan dengan membakar bot-bot yang telah melanggar peraturan mereka. Itu menunjukkan kesungguhan sebagai satu, dengan izin, detrimental action untuk tidak memberi lagi ruang untuk pencerobohan oleh pihak-pihak lain.
Baru-baru ini, pihak berkuasa Indonesia juga telah berjaya menangkap satu kapal, bukan bot, satu kapal besar daripada negara China yang pernah diburu oleh pihak keselamatan Amerika Selatan di Chile, Venezuela dan sebagainya tetapi tidak berjaya ditangkap di perairan Amerika Selatan.
Akan tetapi dengan kegigihan dan kesungguhan pihak berkuasa keselamatan Indonesia, mereka telah berjaya menangkap sebuah kapal besar dari negara China yang sama dan ini menunjukkan sekali lagi bagaimana dengan kesungguhan dan kegigihan pihak berkuasa, masalah ini boleh diatasi. Bayangkan Indonesia dengan beratus pulau- pulau kecil mereka, mereka boleh mengatasi masalah ini. Tidak ada sebabnya pihak berkuasa keselamatan kita tidak boleh menjamin keselamatan rakyat kita. Inilah satu perkara yang kita ingin utarakan di sini di mana keselamatan boleh dijamin atau diberi lebih jaminan yang kuat di darat atau Tanah Besar.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Tidak ada sebabnya pihak dan rakyat kita yang berada di laut yang merisikokan nyawa mereka mencari mata pencarian tidak diberi perlindungan yang sama. Kita rasa sudah sampai waktunya kerajaan memberi penekanan dan juga tumpuan kepada isu yang telah lama diabaikan oleh berbagai-bagai agensi dan juga beberapa Yang Berhormat Menteri sebelum daripada ini. Baik Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beralih sikit tentang commercial crime. Commercial crime adalah satu isu yang juga kita perlu diberi perhatian kerana ini merupakan satu bidang yang boleh menentukan keyakinan negara luar, antarabangsa terletak kepada Malaysia sebagai satu destinasi pelaburan dan ini adalah satu perkara yang perlu kita beri keyakinan pada committee antarabangsa.
Di antara isu-isu yang telah dibuat siasatan di bawah siasatan komersial ini adalah termasuk isu 1MDB di mana banyak siasatan telah dilakukan oleh pihak kuat kuasa atau pihak kewangan antarabangsa termasuk dari Switzerland dan juga Singapura. Ini merupakan dua buah negara yang merupakan pusat kewangan utama di mana commercial crime merupakan satu daripada keutamaan yang diberi oleh pihak berkuasa dan kita minta di sini supaya pihak kerajaan memberi tumpuan yang sama kalau kerajaan Switzerland dan juga Singapura mengambil berat, telah menjalankan siasatan yang begitu terperinci, yang bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan isu 1MDB ini, kenapakah kita masih lagi tidak memberi penekanan dan fokus yang sama? Sekurang- kurangnya adalah pendakwaan dan juga pergerakan dalam siasatan ini. Tetapi sehingga hari ini kemajuan tidak dapat kita lihat dan ini telah menimbulkan banyak keraguan bukan hanya daripada pihak pelabur tempatan tetapi antarabangsa.
Kalau lah kita ingin melihat kemakmuran dan juga kepercayaan kepada kesungguhan untuk mengatasi commercial crime, perlulah tindakan yang sepatutnya diambil. Inilah di antara perkara-perkara yang kita minta kerajaan memberi penumpuan supaya kalau negara luar boleh memberi satu penekanan tentang isu yang berasal daripada negara kita, kenapa kita tidak memberi tumpuan dan tekanan yang sama?
Itulah apa yang saya ingin utarakan dan saya harap pihak berkenaan akan dapat memberi penekanan atas dua isu ini iaitu keselamatan rakyat Malaysia di laut besar yang terbuka kerana mereka juga berhak untuk diberi perlindungan dan juga dari segi commercial crime kerana walaupun ini mungkin tidak melibatkan keselamatan nyawa tetapi ia merupakan satu perkara yang amat penting untuk survivor Malaysia sebagai destinasi pelaburan. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, saya bagi Yang Berhormat Shah Alam dulu. Saya ingat Yang Berhormat Shah Alam boleh menumpukan kepada perbahasan bagi pindaan rang undang-undang kita pada hari ini. Ya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sebab Yang Berhormat Taiping tadi sudah tegur jangan sampai ke Afrika, sampai ke...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Melilau jauh sangat daripada tajuk perbincangan kita. Sila, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Baik , terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sebab saya ingat Yang Berhormat Taiping tadi dia hendak bangun, dia hendak tegur Yang Berhormat Kuala Terengganu, tetapi dia tidak bangun. Sila.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih, Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim... [Membaca sepotong doa] Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk berhujah berhubung dengan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah ataupun Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) yang menjadi tajuk perbahasan kita pada pagi ini.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kita sebagai orang Islam kita sentiasa dipandu oleh Al-Quran dan Sunah Rasulullah SAW dan dalam soal perundangan dan penghakiman ini, kita diingatkan ataupun kita diberikan teguran oleh Allah SWT...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] , “Sekiranya kamu menghukum di antara manusia, maka hendaklah kamu menghukum dengan adil”. Persoalan menjadi hakim dan menentukan hukuman, menjatuhkan hukuman dan sebagainya, ini memang satu perkara yang sukar.
Sehingga Rasulullah SAW di dalam sebuah hadis yang saya tidak sempat hendak rujuk tetapi maksudnya lebih kuranglah, bahawa Baginda pernah bersabda, Baginda sendiri pun manusia yang biasa. Sekiranya terpaksa memilih ataupun menjatuhkan hukum di antara manusia, maka kadangkala orang yang lebih pandai berhujah itu akan mendapatkan sokongan, Baginda walaupun dia merupakan orang yang salah. Sekiranya itu berlaku, maka apa yang berlaku ialah orang yang salah yang dapat meyakinkan Rasulullah SAW sekalipun, sebenarnya dia hanya mendapat...
[Menyebut perkataan dalam bahasa Arab] Iaitu sebahagian daripada api neraka. Sekiranya itu berlaku, maka hendaklah kamu menolak...
[Menyebut perkataan dalam bahasa Arab] Iaitu dengan kamu tidak menipu ataupun tidak memberikan persaksian yang palsu.
Ini menggambarkan kepada kita bahawa persoalan hendak menentukan kesalahan sesuatu pihak itu memang sukar kerana macam-macam hujah yang boleh dikemukakan. Dalam keadaan ini, Islam mengesyorkan dan mendesak para hakim untuk berpegang kepada prinsip, ‘lebih baik dilepaskan satu orang yang bersalah daripada menghukum sebagai bersalah 10 orang yang tidak bersalah’. Maaf ya, ‘lebih baik dibebaskan 10 orang yang bersalah daripada kita menghukum bersalah seorang yang tidak bersalah’.
Maknanya, kecenderungan Islam itu ialah supaya kita jangan melakukan kezaliman. Kezaliman yang lebih besar ialah apabila orang yang tidak bersalah itu kita kata dia bersalah. Lalu kita dapati bahawa undang-undang moden yang berpegang kepada prinsip yang sama, dia berusaha untuk menentukan bahawa keadilan itu ditegakkan ke tahap hendak katakan seseorang itu bersalah, dia sampai tidak ada keraguan. Seboleh- bolehnya dengan pembuktian yang muktamad, yang jelas, yang tidak boleh dipertikaikan.
Kalau ada walaupun a shadow of doubt, walaupun sedikit keraguan, maka lebih baik kita jangan menyatakan dia bersalah.
Dalam konteks ini, kita kena lihat pindaan yang hendak dibuat ini sejauh mana ia selaras dengan falsafah yang sebegini rupa. Saya melihat bahawa pindaan ini, dalam usaha untuk memerangi jenayah, berusaha untuk memudahkan seseorang itu didapati bersalah, sampai ke tahap seperti mana yang kita lihat dalam seksyen baru 265A, 265B, 265C dan sebagainya, sampai ke tahap orang yang menuduh itu ataupun saksi yang dibawa itu, boleh dirahsiakan. Sebagai contohlah, boleh dirahsiakan maklumat ataupun identiti saksi itu daripada orang yang dituduh ataupun daripada peguamnya.
Maka, ini merupakan satu penurunan ataupun pengurangan standard of justice, dengan izin, yang mana secara biasanya, seseorang yang dituduh itu, dia dibenarkan ataupun dia berhak untuk mengetahui siapa yang menuduh dia. Ini kerana mungkin sebagai sebahagian daripada defensenya ataupun pembelaan dirinya, dia boleh mengatakan bahawa orang ini, dia mengeluarkan tuduhan-tuduhan yang sebegini rupa ataupun bukti- bukti yang sebegini rupa atas sebab-sebab yang tertentu kerana saya kenal dia. Dia pernah bertelagah dengan saya dalam isu-isu yang tertentu so dengan izin, he has an axe to grind dia ada perasaan dendam dan sebagainya, maka dia sanggup untuk menjadi seorang saksi untuk memfitnah saya dan sebagainya.
Kita boleh melihat dalam banyak kisah termasuklah dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, kes tuduhan liwat satu, kes tuduhan liwat dua. Bagaimana banyak saksi, orang- orang yang terlibat dan sebagainya, mereka sanggup mungkin sampai ke tahap memalsukan bukti-bukti dan memberikan persaksian yang palsu untuk mencapai matlamat- matlamat yang tertentu.
Oleh kerana itu, kalau kita hendak beri kelonggaran yang sebegini rupa untuk memudahkan pendakwaan dilakukan terhadap seseorang dan untuk memudahkan supaya dia didapati bersalah, kita kena fikirkan juga apa tindak balas ataupun tindakan yang sebaliknya, yang menyebelahi pihak yang tertuduh.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
I mean dengan izin, if you want to bend the rules to such an extent that you want to make it easier to convict a person dengan memberikan kebenaran tidak payah kenal sesiapa saksi ini, dirahsiakan siapa saksi ini dan sebagainya. Maka sepatutnya kita juga menentukan prosedur-prosedur yang tertentu, yang akan melindungi hak dia yang tertuduh itu. Iaitu mesti ada mungkin sebagai satu contohlah Tuan Yang di-Pertua, orang yang dibawa yang saksi yang rahsia itu, mesti ada pihak yang ketiga yang menyiasat latar belakang dia.
Cuba cari ada atau tidak sebab-sebab mengapa dia ini sanggup untuk mungkin hendak memfitnah orang yang tertuduh itu. Kita kena check dia ini dalam bank account dia ataupun dalam bank account keluarga dia ada atau tidak dia terima duit yang secara mengejut, jumlah yang besar yang boleh menimbulkan kecurigaan terhadap persaksian yang dibawa. Maknanya, apabila kita sudah buat sesuatu untuk memudahkan pihak pendakwa, tidakkah sepatutnya dilakukan satu tindakan yang sama untuk menjaga kepentingan pihak yang tertuduh.
Kalau sekadar kita memudahkan sahaja pihak pendakwa untuk mengukuhkan hujahnya dan mendapat penghukuman yang menyebelahi pihak pendakwa, sepatutnya kita juga fikirkan cara-cara untuk menentukan bahawa kelonggaran yang diberikan itu. Ini kerana persoalan merahsiakan identiti saksi adalah satu kelonggaran yang memudahkan pihak pendakwa. Kita kena juga mengemukakan cadangan-cadangan untuk menjaga kepentingan orang yang didakwa daripada saksi-saksi yang sedemikian rupa dan sebahagian yang saya sebutkan itu adalah sebagai contoh-contoh.
Ini kerana yang terpenting, kita khuatir bila diberikan kelonggaran yang sebegini rupa, maka akhirnya, kita menyalahkan ataupun menjatuhkan hukuman bersalah kepada orang yang tidak bersalah atas sebab adanya saksi yang tidak dikenali oleh yang tertuduh, yang mana mungkin dia boleh menceritakan sebab-sebab kenapa orang yang menjadi saksi itu sahaja hendak timbulkan bukti yang palsu dan sebagainya untuk mendapati dia bersalah. Lalu ini merupakan satu proses check and balance yang saya melihat tidak diberikan pertimbangan apabila dilakukan pindaan yang sebegini rupa.
Begitu juga dengan persoalan yang mana anggota masyarakat umum diwajibkan untuk memberi maklumat berhubung sesuatu kesalahan jenayah yang berlaku yang mana sekiranya dia tidak memberikan maklumat, maka dia pula mungkin boleh didakwa. Saya faham, benda ini sekali lagi ia merupakan satu usaha untuk menentukan bahawa masyarakat umum akan memberikan kerjasama. Akan tetapi dalam persoalan ini seperti mana juga dalam soal perlindungan terhadap saksi, kita kena lihat kenapa seseorang itu tidak mahu ataupun tidak sanggup untuk memberi maklumat. Adakah wajar kita mengugut mereka dengan memberitahu kepada mereka kalau mereka tidak memberi maklumat, maka mereka pula akan didakwa? Ini kerana mungkin ada sebab-sebab yang tertentu yang menyebabkan dia tidak mahu memberi maklumat itu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sebab-sebab itu kemungkinan adalah daripada kelemahan dan kegagalan diri kita sendiri iaitu kita sendiri tidak boleh berikan perlindungan yang baik terhadap mereka yang hendak memberikan maklumat ataupun yang hendak memberikan maklumat itu pun, dia tidak begitu mengetahui dengan jelas bahawa sesuatu peristiwa itu berlaku memang dalam konteks hendak berlakunya satu jenayah yang sedang dirancang. Tiba-tiba dia sebagai seorang innocent bystander didapati dia didakwa.
Lalu apakah perlindungan yang diletakkan di dalam pindaan-pindaan ataupun rang undang-undang ini yang menjamin bahawa innocent bystander yang mungkin ada maklumat tetapi dia pun tidak memahami bahawa maklumat itu ada hubung kait dengan kisah jenayah yang berlaku dan sebagainya ataupun dia sendiri tidak begitu yakin dengan ketepatan maklumat itu. Apa jaminan bahawa dia tidak akan didakwa dan didapati bersalah dan seolah-olah menjadi sebagai seorang accomplished ataupun pembantu kepada jenayah yang dilakukan.
Walaupun undang-undang ini niatnya mungkin adalah baik dengan tujuan untuk hendak mengurangkan berlakunya jenayah, hendak memaksimumkan maklumat berhubung dengan jenayah dan sebagainya tetapi kita kena mengambil kira dia punya implikasi ataupun consequence nya terhadap orang-orang yang tertuduh dan juga orang- orang yang tidak terlibat tetapi merupakan sekadar innocent bystander.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dalam kita merangka undang-undang yang sebegitu rupa, saya merasakan bahawa sekali lagi dia punya check and balance, tindak balas daripada segi aspek orang yang akan dituduh ataupun aspek orang yang akan didakwa seolah-olah tidak diambil kira.
Begitu juga dengan satu aspek berhubung dengan organized crime di mana pakar-pakar tertentu, ia akan dibawa...
Seorang Ahli
…Tarik balik semua.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Ketawa] Pakar-pakar tertentu akan dibawa sebagai saksi dan sebagainya dan dia boleh dengan mengatakan bahawa ini merupakan lambang geng dan siapa yang pakai lambang itu dengan sendirinya akan dianggap sebagai anggota geng itu. Ini sekali lagi merupakan satu tindakan yang memudahkan pihak yang hendak mendakwa. Lalu di sinilah kita nampak dari sudut kecenderungan pindaan ini ia tidak selari dengan semangat yang saya sebutkan tadi di mana tidak bersalah kecuali terbukti bersalah.
Kecenderungan untuk dikatakan tidak bersalah kecuali bukti itu sudah memang muktamad, sudah memang nyata without a shadow of doubt that he is guilty barulah didapati bersalah. Ini kalau dia ada satu lambang, dengan sendirinya mahkamah dan hakim mesti menganggap bahawa dia adalah anggota kepada kongsi gelap itu kerana apa, kerana pakar rujuk yang datang dia mengatakan bahawa “Oh! Memang lambang ini lambang kongsi gelap ataupun geng samseng dan sebagainya”. Maka siapa sahaja yang memegang ataupun mempunyai lambang itu dengan sendirinya dianggap bahawa dia adalah sebahagian daripada kongsi gelap dan geng samseng itu.
Ini merupakan andaian-andaian dan conclusions which adalah terlalu sweeping, terlalu mudah yang menyebabkan orang yang mungkin budak-budak, yang teenager dengan dia punya lambang penumbuk kah, dengan lambang ini, dia tidak tahu. Tiba-tiba dengan lambang-lambang itu ataupun dia ada Geng 44, lalu dia ada nombor 44 lah kereta dia, maka dengan sendirinya dikatakan oh dia- dengan sendirinya mahkamah mesti shall assume bahawa dia adalah sebahagian daripada geng samseng dan sebagainya.
Ini semua merupakan satu kecenderungan untuk mendapati orang yang tertuduh itu bersalah sedangkan semangat yang seperti mana yang saya sebutkan tadi ialah sebaliknya. Kalau mengikut apa yang kita sering dengar iaitu seboleh-bolehnya orang itu kita anggap tidak bersalah kecuali terbukti dengan jelas dan nyata without a shadow of doubt, dia bersalah. Begitu juga dengan beberapa lagi peruntukan-peruntukan di dalam undang-undang ini yang termasuklah persoalan ikat jamin ataupun tidak dibenarkan untuk di bound over oleh sebab dia ada kes sebelum itu ataupun dia ada terlibat dalam kes domestic violence. Dengan sendirinya tangan-tangan hakim diikat di mana dia tidak boleh lagi mempunyai pertimbangan berdasarkan kepada pengalaman dan penilaian, hakim- hakim terpaksa tidak membenarkan orang-orang ini diikat jamin dan perlu dibebaskan oleh sebab atas sebab dia pernah terlibat dan dia pernah terlibat dalam kes-kes keganasan rumah tangga dan sebagainya.
Lalu ini pun sekali lagi bagi pandangan saya merupakan persoalan-persoalan yang perlu diperhalusi dan jangan dilakukan dengan satu cara yang terlalu mudah meletakkan seseorang itu tidak boleh diikat jamin, ada implikasinya. Meletakkan orang yang mungkin dituduh oleh sebab dia sudah ada sejarah kes yang serius, apa yang serius pun kita tidak tahu. Takrif serius pun tidak dijelaskan ataupun terlibat dalam kes domestic violence maka dia tidak boleh diikat jamin dan akan dimasukkan dalam penjara, ditahan dan sebagainya, ada implikasinya terhadap orang yang dikenakan hukuman itu. Tidak semestinya tindakan memenjarakannya merupakan tindakan yang tidak mendatangkan implikasi yang lebih buruk pada jangka yang panjang.
Lalu benda-benda ini saya rasa kita perlu memberikan satu pertimbangan, satu kajian yang lebih menyeluruh dan lebih diperhalusi. Mungkin kes-kes yang tertentu perlu disenaraikan dan kes domestic violence pun begitu juga, perlu disenaraikan kes-kes yang macam mana yang mana yang dia pernah terlibat dan sebagainya. Lalu kita boleh memberikan atau menyerahkan kepada hakim untuk menilai dan membuat keputusan berhubung dengan persoalan-persoalan yang sebegini.
Saya menganggap bahawa pendekatan yang terlalu menyebelahi pihak pendakwa dan sampai ke tahap menghakis hak orang yang tertuduh itu merupakan satu tendency atau satu kecenderungan yang tidak boleh digalakkan kerana persoalan hak orang yang tertuduh itu juga amat penting kerana ada kemungkinan sememangnya dia tidak bersalah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Lalu bagi saya walaupun kita mengakui bahawa niat di sebalik pindaan-pindaan ini mungkin adalah baik dan ia hasil daripada keadaan peningkatan kadar jenayah yang sedang berlaku. Mungkin dengan cara itu dianggap bahawa tindakan yang sebegini rupa akan menjamin keselamatan umum tetapi kepentingan keselamatan, kepentingan umum dan sebagainya tidak boleh digunakan sebagai satu hujah untuk meletakkan satu kecenderungan di mana seboleh-bolehnya kita dapati orang ini bersalah kecuali dia membuktikan dia tidak bersalah. Ini seolah-olah kecenderungan pindaan-pindaan itu adalah ke arah itu.
Kalau itulah pendekatan yang ingin dilakukan maka ia merupakan pendekatan yang cincai, yang mempermudah kerja pihak pendakwa sedangkan apa yang kita inginkan ialah profesionalisme pihak pendakwa, profesionalisme pihak polis dengan segala kemudahan moden yang ada dan sebagainya, mereka boleh menentukan bahawa kesalahan itu adalah benar-benar berlaku dan orang yang melakukannya benar-benar bersalah. Dalam soal ini kita boleh timbulkan sebagai contoh, kes Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana apabila didapati bukti-bukti disimpan dalam laci, tidak mengikut prosedur dan sebagainya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ini pun diketepikan sebagai hujah untuk menyebabkan kes itu ditolak kerana tidak menepati standard-standard. Ini yang kita tidak hendak. Menepati standard-standard dan piawaian pembuktian, penghujahan dan sebagainya adalah penting kerana kita tidak mahu orang yang tak bersalah didapati bersalah. Akan tetapi saya dapati bahawa semangat di sebalik pindaan-pindaan ini adalah tidak sebegitu dan saya menyeru supaya pindaan ini ditarik balik untuk diperbaiki lagi supaya aspek-aspek keadilan itu dapat lebih dengan jelas lagi terjamin. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Bismillaahi Rahmaani Rahiim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua bagi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini iaitu Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015.
Rang undang-undang ini menjadi lebih kontroversial apabila ada golongan yang mengatakan ia kejam dan menidakkan hak asasi orang-orang yang tertuduh. Secara umumnya kita melihat dari sudut positif pindaan yang ingin dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk tindakan segera yang boleh diambil oleh pihak berkuasa untuk menangani jenayah berat dan terancang.
Tuan Yang di-Pertua, jenayah berat terancang antaranya seperti sindiket gengsterisme, perjudian, pelacuran, pemerdagangan manusia dan juga dadah yang kini menjadi satu masalah yang besar di negara kita ini. Kita lihat contohnya, masalah dadah hari ini apabila dibawa undang-undang yang sampai boleh membawa kepada hukuman mandatori mati tetapi setelah undang-undang berjalan lebih daripada 50 tahun, masih lagi orang bawa dan kita dengar berita-berita tangkapan-tangkapan yang dibuat makin banyak.
Ini menunjukkan bahawa manusia sudah tidak takut dengan undang-undang yang ada hari ini.
Di kesempatan ini saya ingin memuji kerajaan, Kementerian Dalam Negeri yang telah mengambil usaha sama untuk mempelajari pendekatan polis di Itali yang hari itu diguna pakai untuk melumpuhkan sindiket kumpulan mafia ini. Antara pendekatan yang digunakan polis Itali adalah mengasingkan banduan yang terbabit dalam jenayah berat di penjara berasingan, merampas harta, aset, wang, saham dan rangkaian perniagaan penjenayah. Perkara ini dilihat adakah melanggar hak asasi. Akan tetapi kita lihat tindakan polis ini telah mendatangkan banyak kejayaan yang hampir melumpuhkan sindiket terbabit.
Jumlah rampasan pihak berkuasa Itali dari itu kita lihat mencecah hingga RM85 bilion umpamanya. Bayangkan jumlah rampasan yang begitu banyak besar boleh menggunakan pendekatan yang dirangka begini.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Jadi meskipun di Malaysia hari ini kita ada undang-undang yang lebih tetapi tidak menyeluruh dan kita mengharapkan pindaan-pindaan yang dilakukan ini akan memperkasakan undang-undang dalam menangani kes-kes jenayah yang terancang ini.
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mengandungi 21 fasal yang ingin dipinda. Saya ingin merujuk kepada fasal 7 iaitu seksyen baru 265A, 265B dan 265C mengenai keselamatan saksi yang ingin tampil memberikan keterangan. Jadi atas budi bicara pihak mahkamah, boleh membenarkan seorang saksi itu menjalani proses melalui tatacara khas supaya identitinya tidak didedahkan dan pihak mahkamah terlebih dahulu melakukan inquiry secara tertutup bagi menentukan keterangan tersebut perlu atau tidak perlu tatacara khas. Jadi perkara ini adalah satu keperluan pada masa kini bagi menjaga keselamatan mana-mana saksi yang ingin tampil memberikan keterangan dalam menangani kes-kes jenayah.
Persoalan di sini, adakah pihak berkuasa turut memberikan tahap keselamatan yang sama kepada keluarga dan kenalan rapat yang mungkin akan terbabit. Jadi ini penting. Mana ada kita buat undang-undang hendak bagi orang itu nampak salah? Mana ada perkara-perkara yang contohnya kes-kes yang mempunyai banyak masalah untuk buat keputusan, mana ada kes-kes itu dibuat dengan semberono atau dengan begitu cepat.
Malah ada kes-kes yang dijalankan begitu lama sekali sehingga dapat berbagai-bagai saksi yang tampil. Seperti yang saya dengar daripada perbahasan-perbahasan yang lepas, banyak perkara seperti andaian-andaian kecenderungan untuk memudahkan orang itu disalahkan.
Adakah saksi datang untuk balas dendam? Adakah saksi datang ini serah diri dia untuk balas dendam sebab dia benci? Ataupun adakah kita lihat pula banyak kes-kes yang terlepas sebenarnya? Mungkin banyak kes yang terlepas. Jadi pindaan ini untuk menyelamatkan saksi untuk memberikan peluang kepada saksi untuk tampil dan pada pendapat saya fikir mana ada orang hendak pergi jadi saksi hendak tipu. Sebab dia kita bukan boleh ada perkara seseorang memberi keterangan sebagai saksi dikira ambil cincai.
Mana ada. Di mana kes pula yang dia cincai. Untuk menjatuhkan hukuman ini adalah orang-orang yang bijaksana yang ariflah dan semualah yang terlibat.
Tuan Yang di-Pertua, saya rujuk kepada fasal 12, seksyen baru 402B yang bertujuan untuk memberikan kuasa kepada mahkamah untuk mengehendaki tertuduh membayar penalti. Jika harta terlibat dalam sesuatu kes itu telah dilupuskan ataupun tidak boleh dikesan. Jadi saya ingin bertanyalah bagaimana pihak berkuasa boleh dan mampu untuk mengesan serta mengenal pasti harta dan aset sindiket terbabit yang berada di luar negara. Apakah bentuk kerjasama yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan bersama dengan negara luar setakat ini untuk mengatasi masalah ini?
Fasal 16 seksyen baru 425A yang memberikan kuasa kepada mahkamah untuk meneruskan perbicaraan dan menyelesaikan satu kes tanpa kehadiran tertuduh jika tertuduh itu melarikan diri, sebelum atas masa perbicaraan berlangsung. Mahkamah boleh menjatuhkan hukuman tanpa kehadiran tertuduh kecuali hukum mati, pemenjaraan seumur hidup dan pemenjaraan seumur hayat.
Tuan Yang di-Pertua, jadi ini satu transformasi kepada sistem pentadbiran di mahkamah jika tiada lagi kes-kes yang tertunggak yang boleh memakan masa berbulan- bulan begitu lama dan juga ia mampu untuk menjimatkan kos pengoperasian mahkamah.
Jadi meskipun terdapat pindaan terhadap seksyen 430 yang menaikkan ganjaran kepada orang ramai yang tampil membantu penyiasatan. Rakan ini tampak seperti tidak mencukupi yang mana masyarakat masih risau dan takut dengan keselamatan mereka.
Ini yang sebenarnya yang berlaku. Ini kerana ada satu-satu kesalahan, oleh kerana geng ini gengsterisme, oleh sebab geng ini geng yang sangat bahaya maka mungkin ada orang-orang yang saksi yang melihat yang mengetahui tidak berani tampil ke depan walaupun ada ganjaran yang disediakan. Sebab ini boleh melibatkan nyawa dia, ini boleh melibatkan nyawa keluarga dia, ini boleh melibatkan nyawa orang-orang yang rapat dengan dia. Jadi seperti yang saya nyatakan tadi tidak timbullah, dan saya berpendapat tidak timbul ada orang bangun dia hendak bagi tahu benda yang salah sebab semua akan dibuat secara terperinci. Soalan-soalan akan ditanya secara mendalam secara detail, orang akan dapat kesan kalau itu satu penipuan.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tidak ada perkara-perkara yang kita andaikan sebagai cincai dalam membuat keputusan sesuatu. Apa yang kita bimbang ialah penjenayah-penjenayah orang-orang yang telah buat kesalahan-kesalahan terlepas daripada apa yang dia telah lakukan selama ini.
Jadi ada satu benda kebaikan, satu transformasilah, satu pindaan yang boleh mengurangkan jenayah-jenayah yang berlaku di negara kita ini.
Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2015, satu Penunjuk Persepsi Jenayah (PCI) telah dibangunkan menggunakan empat penunjuk iaitu isyarat, ruang saya, penguat dan perkhidmatan. Berdasarkan hasil garis asas PCI pada bulan Disember 2015, sebanyak 80 peratus daripada rakyat Malaysia masih lagi belum berasa selamat dan masih takut akan jenayah apatah lagi hendak jadi saksi nanti.
Jadi fasal terakhir yang ingin disentuh adalah mengenai penambahbaikan berkenaan dengan peranti penguasa elektronik iaitu electronic monitoring device (EMD).
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Melihat kepada negara luar, pemakaian peranti ini bukanlah satu perkara baru dan ia banyak digunakan untuk memantau pesalah laku pelbagai kesalahan jenayah. Jadi, memetik kenyataan antara pereka alat pengesan ini iaitu Profesor Emeritus Kirkland dan Robert Gable dari California Lutheran University dan Claremont Graduate University.
Pembinaan peranti ini merupakan alat pencegahan jenayah dan ia seakan sama dengan pemakaian ‘diversion’ di penjara.
Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia ini sejak EMD dikuatkuasakan pada tahun lepas, sebanyak 335 kes penjenayah telah dipakaikan peranti ini. Penggunaan EMD dikuatkuasakan terhadap penjenayah yang ditahan mengikut POCA yang dipinda pada 2013 untuk membolehkan tindakan menahan tanpa perbicaraan dilakukan. Jadi, ia dilaksanakan bagi mengatasi jenayah serius dan terancang berikutan Akta Keselamatan dalam Negeri 1960.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, pengakhir kata, kerajaan juga harus memandang serius kepada kesalahan jenayah komersial yang melibatkan kerugian banyak dicatatkan di sini pada tahun lepas RM2.43 bilion. Jadi, jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 95.1 peratus, berbandingkan tahun 2014 sebanyak RM1.86 bilion.
Jadi, laporan polis yang diterima juga turut meningkat 9.01 peratus, berbanding tempoh yang sama pada tahun 2014.
Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, selaku seorang rakyat memahami akan kegusaran masyarakat dan bilangan kes jenayah yang meningkat dari semasa ke semasa. Melalui pindaan-pindaan ini diharap ia mampu menurunkan kes jenayah berat terancang dan memberi keselamatan kepada rakyat dan juga kepada negara kita supaya seperti yang saya kata daripada awal tadi supaya kita lihat mereka yang melakukan jenayah berat, mereka yang melakukan kesalahan-kesalahan berat tidak terlepas. Bukannya kita hendak adakan saksi yang tampil menceritakan benda-benda yang palsu ataupun kita hendak memudahkan cara, hendak senang-senang tuduh orang buat satu kesalahan. Ini tidak berlaku di tempat kita hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, Bagan Serai menyokong pindaan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, saya bagi Yang Berhormat Padang Serai belakang.
Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya bermula bahas saya dengan menyatakan bahawa setelah meneliti pindaan ini, bill ini, yang jelas adalah bahawa prinsip bahawa keraguan munasabah diberikan kepada seseorang yang dituduh. Prinsip bahawa kita mestilah memastikan tidak ada sesiapa pun yang tidak bersalah, didapati bersalah secara tidak betul, suatu prinsip yang perlu ditegaskan dan perlu dilindungi. Bill ini menunjukkan bahawa prinsip itu telah semakin hari semakin terhakis dalam sistem pentadbiran keadilan jenayah kita. Mengapa saya menyatakan seperti berikut?
Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai
Saya dan rakan-rakan juga tidak mempunyai apa-apa bantahan dan menyokong apabila perubahan dibuat untuk memastikan bahawa penjenayah ditangkap dan dihukum seperti sewajarnya dan rakyat biasa dilindungi. Itu tugas pihak polis dan itu tugas sistem keadilan negara, the criminal justice system, dengan izin.
Akan tetapi tidak, dengan izin, not at the expense of innocent people. Apakah masalah dengan rang undang-undang ini? Kalau kita tengok dari permulaannya, mengapakah saya kata secara prinsip tidak betul? Fasal 2 kita lihat pun sudah mula sudah, the definition of seizable offence yang menyatakan bahawa the definition of seizeable offence akan diubah supaya ia menjadi apa-apa yang dinyatakan oleh sesuatu undang- undang tersebut. Akan tetapi di dalam Kanun Acara Jenayah (CPC) telah pun dinyatakan sama ada sesuatu kesalahan itu adalah seizable offence ataupun tidak, bergantung kepada berat, bergantung kepada apa hukumannya, apakah tahap hukumannya?
Ini penting Tuan Yang di-Pertua, kerana apabila sistem keadilan jenayah kita adalah sesuatu yang telah evolved melalui beratus-ratus tahun experimentation, dengan izin. Kita telah pinjam daripada sistem Common Law, Commonwealth termasuk United Kingdom dan banyak negara-negara lain Commonwealth supaya kita dapat menyediakan satu sistem keadilan yang memberi perlindungan kepada tertuduh dan juga memastikan penjenayah dibawa ke muka pengadilan. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya temper, dengan izin, sistem yang ada dan perlu berfikir mendalam sebelum membawa apa-apa pindaan seperti ini.
Ini adalah macam fasal 2 adalah pindaan suka-suka, maknanya apabila kita mahu mengeluarkan, membawa satu undang-undang baru yang menukar apakah definisi seizable offence dan lain daripada definisi biasa, lain daripada definisi di bawah kesalahan- kesalahan lain. Pada fasal 4 contohnya, seksyen 98 telah dicadangkan akan dipinda.
Seksyen 98 ini Tuan Yang di-Pertua, satu seksyen yang telah banyak kali disalahgunakan oleh pihak berkuasa. Salah gunakan untuk menghalang perhimpunan- perhimpunan yang aman dengan mendapat satu perintah di bawah seksyen 98 untuk menghalang organizer-organizer, penganjur-penganjur sesuatu perhimpunan aman daripada datang kepada kawasan tersebut, Dataran Merdeka dan sebagainya.
Umpamanya, seksyen ini pada ingatan saya digunakan semasa Perhimpunan Aman BERSIH 3.0, digunakan juga kalau tidak silap saya semasa krisis di Perak dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, ini suatu penggunaan salah. Oleh sebab kita tahu bahawa perhimpunan aman dibenarkan di bawah fasal 10. Setiap kali ada satu perhimpunan aman yang besar seperti Bersih yang kritikal kepada kerajaan, yang menunjukkan kepada rakyat apa itu kesalahan kerajaan, maka pihak berkuasa menggunakan seksyen 98 ini. Sekarang pula ada percubaan untuk membenarkan public persecutor untuk hadir dalam sesuatu permohonan reman di bawah seksyen 98.
Akan tetapi concern rakyat mengenai penggunaan seksyen 98, is not addressed, dengan izin, tidak ada tindakan yang diambil. Seksyen 117, ini serius kerana ada lagi pindaan terhadap seksyen 117, ini seksyen reman untuk membenarkan public persecutor untuk hadir dalam permohonan. Sama seperti seksyen 98.
Tuan Yang di-Pertua, concern, dengan izin, rakyat pada masa ini mengenai proses reman bukan sama ada public persecutor boleh hadir atau tidak. Concern rakyat adalah salah guna kuasa polis dan, dengan izin, custodial abuse terhadap orang-orang yang ditangkap dan di reman dan disimpan di dalam custody polis sebelum dibawa ke mahkamah untuk dituduh ataupun dalam proses reman. Itu adalah concern rakyat pada masa ini. Kita tahu beberapa kes yang amat serius, kes Kugan, kes Dharmendran dan sebagainya. Kita lihat bahawa tidak ada tindakan yang serius untuk mengubah sistem, untuk membawa pindaan-pindaan, untuk menerima bahawa ada masalah yang serius dalam cara dengan mana polis mengendalikan orang-orang yang di- suspek yang di bawah proses reman.
Mengapakah saya menyebut seperti itu? Dalam kes Kugan, Ketua Polis Negara atau pada masa itu Ketua Polis Selangor, sekarang Ketua Polis Negara, mahkamah mendapati beliau telah melakukan misfeasance in public office, ini kes Kugan.
Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai
Sehingga hari ini, tiada tindakan diambil. Juga, keputusan kes ini juga hakim mendapati bahawa terdapat cubaan untuk cover up kes tersebut. Sehingga ini, tiada apa- apa perubahan dibawa kepada akta-akta yang terlibat ataupun akta-akta yang berkaitan.
Lagi teruk, setiap kali perkara seperti ini berlaku, tidak ada apa-apa tindakan.
Kes Dharmendran, yang baru-baru ini Laporan EAIC telah pun keluar yang mempunyai impak yang begitu serius yang telah menyatakan bahawa terdapat konspirasi untuk menutup pembunuhan secara kejam oleh Dharmendran di dalam custody polis. Telah dikeluarkan oleh EAIC. Ia menamakan list pegawai-pegawai polis yang mempunyai pangkat yang tinggi. Itu laporan EAIC.
Apabila laporan itu keluar, apakah reaksi pihak kerajaan? Apakah reaksi Menteri Dalam Negeri? Apakah reaksi Ketua Polis Negara? Tidak ada satu reaksi yang menyatakan, okey, ini sebuah badan yang penting, EAIC, yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk memantau tindakan-tindakan oleh agensi enforcement, dan oleh itu kita perlulah mengambil laporan ini secara serius dan melakukan penambahbaikan dan reform yang perlu untuk pastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi. Itu sepatutnya reaksi pihak-pihak ini- pihak kerajaan, kementerian dan sebagainya, tetapi kita tidak lihat apa-apa reaksi seperti itu daripada pihak berkuasa. Sekali lagi laporan keluar, tidak dipedulikan.
Apakah kita akan menunggu sehingga seorang lagi mati dan seorang lagi mati secara kejam di dalam lokap sebelum tindakan diambil? Berapa lama perkara ini akan berlaku? Dan ini pindaan yang dibawa. Tidak untuk tujuan memastikan perkara seperti ini tidak berlaku, custodial abuse tidak berlaku tetapi perkara seperti ini yang dibawa.
Tuan Yang di-Pertua, saya harap, isu ini adalah isu yang melibatkan semua, bukan isu yang political kerana tidak ada seorang pun di dalam Dewan ini yang boleh membawa balik atau memberi balik nyawa yang diambil secara salah. Kita tidak ada kuasa untuk mengembalikan balik nyawa yang telah diambil secara salah. Oleh itu, kita perlu memastikan, Tuan Yang di-Pertua, bahawa tidak ada dalam apa-apa keadaan seseorang itu boleh diseksa sehingga mati semasa di bawah custody badan penguatkuasaan seperti PDRM. Tetapi ini telah disahkan oleh EAIC dan sebagainya. Apakah tindakan?
Sehingga hari ini- dan perlu saya sebut, Tuan Yang di-Pertua, bahawa saya juga ialah peguam bagi keluarga Kugan. Sehingga hari ini, perkara itu berlaku beberapa tahun yang lalu tetapi sehingga hari ini bila saya berjumpa dengan ibu kepada Kugan, beliau terus menangis. Trauma yang dialami oleh beliau dan keluarga dan masih tidak ada tindakan serius yang diambil. Itu mengenai pindaan tersebut.
Sebab itu saya kata, Tuan Yang di-Pertua, fokus pindaan-pindaan seperti ini yang begitu penting, CPC, nampaknya tidak untuk memastikan bahawa sistem keadilan kita itu menurut prinsip-prinsip di bawah Perlembagaan Persekutuan, the absolute right to life and liberty, fasal 5, Tuan Yang di-Pertua. Itu adalah dengan izin, the guiding principal apa-apa pindaan terhadap Kanun Tatacara Jenayah.
Beberapa perkara lagi, Tuan Yang di-Pertua, umpamanya pindaan kepada Seksyen 173A dengan seksyen 294 dalam fasal 6 dan 9. Mengapa Tuan Yang di-Pertua, berulang kali ini berlaku di mana pihak kerajaan selalu hendak mengambil kuasa budi bicara hakim dan memberikannya kepada pihak legislature? Ini sama ada pihak hakim hendak menggunakan budi bicara di bawah 173A, 294A, kita serahkan kepada pihak hakim. Mereka yang duduk di mahkamah, mereka yang dapat menilai setiap kes secara individu, adakah keadaan-keadaan yang perlu diambil kira supaya dibuat binding over dan sebagainya? Mengapakah kuasa ini diambil? Kita lihat bahawa dalam pindaan-pindaan yang berlaku baru-baru ini, selalu ada trend seperti ini di mana budi bicara mahkamah diambil.
Fasal 7, Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak nak berpanjangan kerana tadi Yang Berhormat Shah Alam juga telah menimbulkan perkara ini mengenai protected witness.
Akan tetapi, satu dua point saja yang ingin saya sentuh ialah bagaimana peguam hendak membela seseorang tertuduh apabila tangan kita diikat, dua-dua tangan diikat ke belakang disebabkan oleh provision seperti seksyen 265A yang baru ini, dan kita diminta untuk melaksanakan tugas kita sebagai sebahagian daripada sistem keadilan jenayah negara?
Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai
Sepatutnya satu sistem keadilan jenayah yang dihormati dunia menegakkan prinsip bahawa biar 100 orang yang bersalah terlepas, jangan sehingga seorang yang tidak bersalah dihukum. Itu prinsip di mana-mana negara yang bertamadun. Apabila kita membahas undang-undang seperti ini, itu yang kita perlu ingati. Untuk semua orang saya ingati. Prinsip itu jangan kita lupa. Jangan biar seorang yang tidak bersalah dihukum.
Bermacam-macam perkara dalam seksyen 265A. Saya pun tidak tahu bagaimana kita nak bela sesiapa pun kalau ada provision seperti ini digunakan.
Seksyen 265B, identification pun dilakukan secara saksi ataupun interpreter, bagaimanakah? Bagaimana identification di mahkamah hendak dibuat melalui saksi atau interpreter? Apabila kita tidak tahu identiti, bagaimanakah kita hendak timbulkan pembelaan-pembelaan yang sepatutnya boleh ditimbulkan untuk seseorang yang tertuduh?
Jangan juga kita lupa apabila kita bahas bill atau rang undang-undang seperti ini, bahawa setiap orang yang ditangkap, dituduh di mahkamah, dengan izin, presume innocent until proven guilty. Ini semua orang tahu. Bukan sahaja sebahagian daripada undang- undang kita, semua pun tahu kalau tengok cerita Hollywood dan sebagainya. Ini prinsip penting.
Jika kita membawa kepada rang undang-undang ini, ingatan bahawa setiap orang yang berdiri di dalam dock yang dituduh itu adalah presume innocent, bukan penjenayah lagi, masih belum. So jika kita ingat perkara itu, kita tidak akan mengeluarkan perkataan- perkataan semasa berbahas menyatakan bahawa rang undang-undang ini diperlukan untuk tangkap penjenayah tetapi lupakan bahawa orang yang ada di dock adalah tidak bersalah sehingga didapati bersalah oleh mahkamah. Itu prinsip mana-mana negara bertamadun dan kita, saya harap, negara bertamadun.
Tuan Yang di-Pertua, if I may quickly go on, dengan izin. Sekali lagi saya tidak berpanjangan mengenai fasal 10 dan sebagainya, telah disebut. Akan tetapi, sekali lagi fasal 10, saya juga tidak faham mengapakah sekali lagi kuasa mahkamah diambil? Jika sama ada laporan mengenai aktiviti, structure, hand sign insignia dan sebagainya bagi organized criminal group ini adalah prima facie proof atau tidak, ini sesuatu bagi mahkamah menentukan. Tidak perlu peruntukan-peruntukan ini yang mengambil kuasa itu dari mahkamah. Mahkamah boleh evaluate sama ada hand sign tersebut, umpamanya, sesuatu yang berkaitan dengan criminal organized group. Itu terpulang kepada hakim untuk menilai keterangan yang diberi. Apa perlu?
Juga, umpamanya subseksyen 2(d), can be linked to any other matters relating to an organized criminal group. Apa itu, ‘any other matters’? Any other matters bermakna kalau minum kopi di Starbucks, itu pun any other matters yang boleh masuk di bawah subseksyen 2(d).
Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai
Jadi di dalam pindaan seperti ini tidak boleh unsur-unsur yang ambiguous seperti ini diletakkan. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya hendak sentuh mengenai Fasal 18.
Fasal 18 di pindaan adalah untuk memasukkan peruntukan-peruntukan mengenai Seksyen 124 dan sebagainya ke dalam schedule ataupun jadual pertama kepada Kanun Acara Jenayah. Ini adalah mengenai seksyen 124 dan seterusnya mengenai activity detrimental to parliamentary democracy dan beberapa lagi peruntukan-peruntukan baru yang dibuat mengenai sabotaj, espionaj dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, ini satu peruntukan yang telah disalahgunakan dengan amat serius dan ironinya Tuan Yang di-Pertua adalah bahawa peruntukan ini yang sebenarnya adalah bertujuan kononnya tujuannya adalah untuk membanteras aktiviti yang menggugat parliamentary democracy ataupun demokrasi parlimen. Kononnya itu tujuan tetapi ironinya adalah bahawa peruntukan ini pula telah digunakan untuk menggugat parliamentary democracy. Peruntukan ini sendiri, ia sendiri telah menggugat parliamentary democracy disebabkan telah disalahgunakan dengan begitu teruk sekali. Digunakan untuk apa Tuan Yang di-Pertua? Digunakan untuk menyiasat dan menangkap orang-orang yang membuat laporan ataupun membuat critical comment mengenai isu skandal 1MDB. Ya. Pengerusi Group Media The Edge juga disiasat di bawah seksyen activity detrimental to parliamentary democracy.
Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai
Kalau tidak salah saya, Yang Berhormat PJ Utara pun disiasat di bawah activity detrimental to parliamentary democracy semata-mata kerana menimbulkan isu 1MDB.
Bukankah ini, I ask honestly, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, bukankah ini satu penyalahgunaan kuasa yang amat serius untuk menggunakan seksyen ini atas bagi kes- kes yang melibatkan skandal 1MDB? Bukankah ini satu penidakan demokrasi negara kita?
Di sini Tuan Yang di-Pertua, ingin saya ...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai
Yes.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Padang Serai, saya pun hendak bagi tahu satu jawapan daripada Menteri Dalam Negeri hari ini mengatakan, saya tanya menteri masa itu menyatakan sama ada Jho Low ada di Malaysia atau sejak bila dia tidak balik ke Malaysia dan adakah beliau telah berjumpa dengan polis untuk memberi keterangan dalam siasatan kes 1MDB? Saya dapat jawapan daripada menteri kata bahawa polis hanya akan panggil saksi-saksi yang terlibat jika perlu dan walaupun polis telah membuat siasatan 1MDB di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan Jenayah Pecah Amanah tetapi polis akan panggil Jho Low dengan jika perlu dan setakat ini, ini adalah shocking ya. Setakat ini, Jho Low masih belum dipanggil. Setakat ini, tiada pertemuan antara beliau dengan pihak polis.
Ini bermaksud bahawa saya hendak tanya Yang Berhormat Padang Serai, adakah double standard kerana Yang Berhormat PJU adalah yang melaporkan skandal 1MDB tetapi saksi-saksi penting, satu dunia tahu bahawa Jho Low ini memainkan peranan yang teramat penting, is like the mastermind of all the segala mastermind of this 1MDB scandal tetapi tidak dia dipanggil. Saya nampak bahawa ada orang yang hanya melaporkan seperti Yang Berhormat Padang Serai kata, Editor The Edge yang melakukan tanggungjawab sebagai seorang pengamal media melaporkan kepada rakyat Malaysia apa yang berlaku.
Ini kepentingan awam, media mainkan peranan mereka tetapi disiasat begitu teruk sekali sampai tidak boleh keluar negara. Sekarang rakyat Malaysia yang criticize a bit about this country cannot go out of the country. Baru-baru ini, hari ini baru dilaporkan tiga tahun tidak boleh keluar negara. Ada Ahli Yang Berhormat dari PJU tidak boleh keluar, Maria Chin Abdullah yang merupakan seorang tokoh yang begitu hebat sekali tidak boleh keluar dapatkan anugerah Peace Award dari Korea, tidak boleh keluar negara tetapi Jho Low ini sampai sekarang belum tahu di mana. Adakah dipanggil atau sudah lari dari Malaysia? Ini kita tidak tahu. Dia tidak dipanggil langsung. What kind of justice is this? What kind of double standard is this? Saya minta penjelasan Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Puchong bangun. Ya, sila.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin hendak tanya kepada Yang Berhormat Padang Serai tentang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bayan Baru tadi. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Imigresen di mana dinyatakan bahawa mana-mana pihak yang memburukkan nama negara tidak boleh keluar daripada negara.
Adakah Yang Berhormat Padang Serai sedar bahawa tidak ada peruntukkan spesifik di dalam Akta Imigresen yang memberi kuasa kepada ketua pengarah untuk menghalang seseorang itu daripada keluar negara? The question is, Yang Berhormat Padang Serai are you aware, dengan izin, there is no specific prohibition in the Immigration Act that allows the Director General of Immigration untuk menghalang seseorang itu daripada keluar dari negara? Itu satu.
Dalam keadaan tersebut Yang Berhormat Padang Serai, bukankah apa yang disebut oleh Ketua Pengarah Imigresen ini satu clear cut of abuse of power di mana beliau menggunakan kedudukan beliau untuk menghalang orang daripada keluar negara dan ini juga untuk tujuan spesifik di mana kritikan dibuat terhadap kerajaan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
So in other words, those who criticized the government are barred from leaving the country. Bukankah ini juga bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana Perlembagaan Persekutuan memberikan hak kepada seseorang rakyat untuk kritik kerajaan, the right, the freedom of expression includes the freedom to criticize, dan bolehkah dalam keadaan tersebut, Ketua Pengarah menggunakan kuasa yang tidak dirujuk secara spesifik dalam undang-undang untuk menghalang seseorang daripada keluar negara? Itu nombor dua.
Nombor tiga Yang Berhormat Padang Serai, kes ini telah pun dibawa ke mahkamah melalui Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Tuan Yang di-Pertua, I di sini declare that I am acting for Tony Pua tetapi untuk makluman Dewan ini, isu ini sekarang di hadapan mahkamah. Sama ada, ada ataupun tidak ketua pengarah ada kuasa di mana pihak-pihak telah pun kemukakan hujah so isn’t it now sub judice for the director general to come out with the statement to state that there is a power and he will bar people from leaving while this matter is currently before the court, in the case of Yang Berhormat PJ Utara? Boleh saya dapat pandangan daripada Yang Berhormat Padang Serai? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, saya bermula dengan soalan oleh Yang Berhormat Puchong selepas itu Yang Berhormat Bayan Baru. Tuan Yang di-Pertua, ini satu trend yang kita lihat bahawa seolah-olah negara ini bukan lagi demokrasi. Ya Tuan Yang di-Pertua, seolah-olah tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa sekarang seolah-olah negara ini bukan lagi demokrasi kerana menurut Perlembagaan Persekutuan, menurut sistem demokrasi yang functioning democracy, dengan izin, rakyat mempunyai hak untuk menyatakan kritikan kepada kerajaan. Ridicule pun boleh, satire seperti yang dibuat oleh Zunar pun boleh. Semua ini dibenarkan.
Apa yang tidak dibenarkan di mana-mana negara termasuk negara demokrasi adalah penggunaan keganasan. Itu yang perlu ‘diperjenayahkan’ bukan perkataan- perkataan ridicule, satire, insult dan sebagainya dan saya hendak nyatakan secara jelas jikalau sekarang kita lihat bahawa menteri keluar dan menyatakan, “Oh mereka telah insult pemimpin” dan sebagainya.
Sejak bila dalam negara demokrasi, rakyat tidak boleh mengeluarkan perkataan- perkataan yang mungkin menyinggung mana-mana pemimpin? Jikalau tidak dapat menerima ridicule dan insult, jangan jadi pemimpin. Jangan jadi menteri, jangan jadi pemimpin negara kerana ini negara demokrasi. Kita bukan Korea Utara, kita bukan Republik China, kita bukan negara-negara yang mengamalkan sistem di mana rakyat tidak ada hak untuk mengeluarkan pendapat atau mengeluarkan apa-apa perkataan.
Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai
Sebab itu untuk saya, perintah yang dikeluarkan ataupun kenyataan yang dikeluarkan oleh DG Imigresen itu adalah jelas menyalahi Perlembagaan Persekutuan dan juga undang-undang. Tidak ada kuasa untuk mengeluarkan perintah seperti itu dan lebih- lebih lagi bagi Pengarah DG untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti itu. Ia menggugat keadaan bahawa civil service kita adalah neutral. Jadi pengarah sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti itu. Itu yang pertama.
Kedua, apa yang disebut Yang Berhormat Bayan Baru Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya, kita di dalam Chamber ini perlu dedikasi diri kita sendiri untuk memastikan bahawa kita ada satu sistem keadilan jenayah yang dihormati oleh dunia. Yang dihormati oleh dunia bermakna apa? Bermakna tidak boleh kelihatan bahawa tindakan diambil oleh pihak berkuasa, pihak polis ataupun pihak Peguam Negara ataupun dakwaan yang dibawa di mahkamah tidak boleh dilihat berat sebelah atau pilih kasih.
Jika kita dilihat seperti itu, dunia tidak akan hormati sistem kita. Secara komersial juga, kenapakah London menjadi tumpuan transaksi-transaksi komersial international sehingga hari ini? Mengapakah London seperti itu? Ini kerana dunia, masyarakat dunia, mempunyai keyakinan yang amat tinggi terhadap sistem perundangan dan sistem kehakiman di London. Itulah sebabnya London is a commercial capital, finance capital of the world dan jika kita hendak mencapai keadaan seperti itu, kita tidak boleh buat perkara- perkara seperti ini.
Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai
Saya mintalah kepada belah sana juga...
[Merujuk kepada Blok Kerajaan] Ingat, apa-apa yang kita buat itu untuk masa depan negara, untuk negara, for the people. Bukan untuk memastikan bahawa mana-mana parti itu terus berkuasa sama ada parti Barisan Nasional ataupun parti lain. Itu bukan tugas kita. Tugas kita apabila mendapat kuasa, membentuk kerajaan adalah untuk memerintah, memerintah dan menggunakan kuasa sebagai satu amanah untuk rakyat. Bukan untuk memastikan bahawa mana-mana pemimpin terus berkuasa ataupun mana-mana parti terus berkuasa. Itu bukan tujuannya.
Sesiapa yang melakukan perkara seperti itu, sedang memecah amanah yang telah diberi.
Tuan Yang di-Pertua, kembali kepada my last point tadi, dengan izin, mengenai seksyen 124B. Saya sebelum mengakhiri ingin membaca apa yang dinyatakan oleh Menteri pada masa itu saya percaya Yang Berhormat Padang Rengas dalam tahun 2012 apabila beliau membawa pindaan mengenai activity detrimental to parliamentary democracy ini. Di mana sekarang pada hari ini kita berhadapan dengan fakta bahawa ia telah disalahgunakan oleh pihak berkuasa untuk menangkap orang yang menyoal isu-isu seperti 1MDB. Juga dalam kes-kes yang ada pemimpin yang menganjurkan perhimpunan aman, juga ditangkap, di reman di bawah seksyen 124 dan ini yang dinyatakan oleh Menteri pada masa itu.
Tuan Yang di-Pertua, apabila membentangkan, ramai Ahli-ahli Yang Berhormat telah membangkit isu ini iaitu berkenaan dengan activity detrimental to parliamentary democracy. Cuma di peringkat awal saya ingin menyebut iaitu activity detrimental to parliamentary democracy means an activity carried out by a person or a group of persons designed to overthrow or undermine parliamentary democracy by violent or unconstitutional means. Jadi kalau setakat dalam Dewan macam mana Yang Berhormat dari Kubang Kerian yang pakai tie Burberry pada hari ini, dia mengutuk kerajaan, dia hentam kerajaan, itu biasa sebab ia bukan mengikut, “violent or unconstitutional means”. Jadi, takkanlah kita hendak mengatakan dia telah melakukan satu kesalahan. Ayat yang penting di sini must be dengan izin, kata Menteri dalam tahun 2012, “by violent or unconstitutional means”. Itu yang penting dan hal lain, buatlah. Kalau bercakap, menjerit kah, apa kah, atau di luar nanti marah saya sebagai Menteri, macam-macam dia cakap, cakaplah tetapi itu bukan by violent or unconstitutional means. Ini yang dinyatakan oleh Menteri semasa membentangkan activity detrimental to parliamentary democracy. Sekarang kita tahu dengan jelas, janji yang dibuat oleh Menteri Barisan Nasional tersebut pada tahun 2012 itu telah dimungkiri dengan jelas apabila seksyen itu telah disalahgunakan. Maknanya, suspicion kita, kita membantah pada masa itu mengapa seksyen ini dibawa. Maknanya suspicion kita, jangkaan kita, prediction kita, bahawa seksyen itu akan disalahgunakan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional telah pun berlaku, telah pun menjadi kenyataan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengakhiri dengan menyatakan bahawa kita mesti reverse trend ini membawa pindaan-pindaan yang begitu melupakan hak rakyat dan juga pindaan-pindaan yang boleh disalahgunakan oleh pihak berkuasa. Bukan pada selama-lamanya Barisan Nasional akan duduk di sana. Satu hari mungkin sebelah sini.
Apakah mereka hendak melihat undang-undang ini disalahgunakan oleh orang lain selepas itu?
Oleh kerana kita perlu ingat men come and go, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, tetapi undang-undang itu perlu dibuat, digubal, supaya tidak ada peluang untuk individu, tidak ada peluang untuk manusia ini menyalahgunakan undang-undang itu. Selalu kita mesti gubal dengan ingatan tersebut supaya bahawa mana-mana undang-undang ada potensi untuk disalahgunakan. Jadi kita gubal undang-undang itu supaya tidak ada peluang tersebut. Jadi saya minta supaya rang undang-undang ini dikaji semula oleh Menteri.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kota Bharu tidak bangun ya? Sila Yang Berhormat Kota Bharu.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pertamanya saya memulakan ucapan saya ini dengan membawa sepotong ayat Al-Quran dalam Surah Al- Maidah, ayat 49 yang berbunyi...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Hendaklah kamu menghakimi di antara manusia itu dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT”. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucap terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya walaupun tinggal tiga minit lagi, mungkin sambung sekejap nanti, untuk turut sama membahaskan rang undang-undang, cadangan untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah ataupun Criminal Procedure Code (Pindaan) 2015 yang telah dibentangkan pada hari ini. Saya berkongsi pandangan dengan rakan-rakan terutamanya di pihak pembangkang yang telah memberikan pelbagai hujah dan juga justifikasi untuk kita meminta supaya rang undang-undang ini ditarik balik ataupun dikaji semula.
Saya ingin menyatakan bahawa sebelum ini telah ada suatu macam persetujuan di peringkat kerajaan khususnya Menteri yang bertanggungjawab dalam hal undang-undang.
Satu pertemuan telah diadakan di antara kami wakil-wakil daripada pihak pembangkang untuk mengadakan suatu perbincangan dan juga peluang diberikan kepada pihak pembangkang dan satu lagi pihak iaitu Majlis Peguam Malaysia untuk sama-sama berkongsi pandangan dan juga memberikan input-input kepada pihak kerajaan supaya cadangan untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah ini akan dilakukan demi untuk kebaikan sistem keadilan keseluruhannya dan yang lebih penting lagi ialah keadilan kepada rakyat jelata kita.
Saya berkongsi pandangan dengan rakan-rakan saya yang lain yang mengatakan bahawa memang perlu dibuat pelbagai perubahan ataupun penambahbaikan ataupun reformasi terhadap transformasi dan juga reformasi terhadap undang-undang kita ini supaya ia lebih berkesan dan dapat dilaksanakan dengan lebih baik lagi. Akan tetapi dengan syarat bahawa apa-apa juga cadangan untuk meminda Perlembagaan ataupun meminda undang-undang sebagaimana yang ada di hadapan kita ini tidak mengorbankan prinsip-prinsip asas kepada perundangan itu sendiri.
Sebagaimana yang kita pernah dengar dalam prinsip perundangan, keadilan itu bukan sahaja mesti ditegakkan tetapi ia mestilah kelihatan ditegakkan. Dalam bahasa Inggerisnya disebut dengan izin, “Not only must justice be done. It must also be seen to be done”. Ini ialah prinsip asas yang perlu dipertimbangkan oleh pihak Legislative untuk mencadangkan apa juga pindaan kepada undang-undang yang ada.
Satu lagi perkara yang saya hendak tekankan sebelum diberhentikan ialah kita perlu melihat legislative pada masa ini juga perlu melihat apakah niat pembuat undang- undang pada masa dahulu ataupun dalam bahasa undang-undangnya disebut intention of legislature. Niat orang yang membuat undang-undang pada suatu masa dahulu yang mengemukakan undang-undang diluluskan seumpama ini, adakah perkara itu perlu kita fikirkan untuk kita pinda dengan sewenang-wenangnya. Sudah tentulah ia merupakan satu pertimbangan yang perlu diberikan perhatian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kota Bharu kita sambung 2.30 ya.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya, saya faham.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Baiklah Yang Berhormat, kita sambung Mesyuarat kita jam 2.30 petang. Bukan sambung tetapi ditangguhkan.
[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.01 tengah hari.]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said] )
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Kota Bharu.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya meneruskan sambungan ucapan saya ini, saya ingin mendapat satu ruling daripada Yang Berhormat sama ada kuorum cukup atau tidak untuk kita bersidang pada masa ini. Kalau dibenarkan, saya teruskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, saya percaya Yang Berhormat lain ada di luar dan dalam perjalanan masuk.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Diambil kira.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila, Yang Berhormat yang lain saya nasihatkan yang berada di luar, bentara tolong panggil untuk masuk ke dalam Dewan. Terima kasih. Sila Yang Berhormat Kota Bharu.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dari masa permulaan ucapan saya lebih kurang tiga minit sebelum berehat tadi, saya telah membangkitkan mengenai betapa keadilan ataupun justice itu perlu ditegakkan dalam kita melaksanakan apa jua undang-undang. Sistem perundangan itu mestilah menjunjung keadilan yang perlu ditegakkan berdasarkan kepada prinsip-prinsip keadilan itu sendiri.
Saya ingin memetik di dalam Islam dan juga mungkin dalam sistem-sistem perundangan yang lain, sesuatu hukuman atau sesuatu undang-undang yang diadakan itu mempunyai banyak tujuan-tujuan. Ia bukan hanya untuk menghukum ataupun untuk punishment tapi juga mempunyai tujuannya untuk prevention ataupun pencegahan dari segi education, pendidikan dan juga pengajaran dan juga deterrent untuk mencegah dan sebagainya.
Jadi inilah yang perlu ditegakkan oleh sesuatu undang-undang ataupun sesuatu pindaan yang hendak dibuat kepada undang-undang itu perlu mengambil kira prinsip- prinsip asas kepada perundangan. Berdasarkan kepada itu Tuan Yang di-Pertua, timbullah apa yang telah disebut oleh rakan-rakan saya di sebelah pembangkang tadi, beberapa prinsip perundangan yang menekankan keutamaan. Sebagai contohnya, seorang profesor perundangan yang bernama Blackstone telah menulis, mengatakan bahawa, dengan izin, “The law holds that it is better that 10 guilty persons escape than that one innocent suffer.” Lebih baik 10 orang yang bersalah itu dilepaskan daripada satu orang yang tidak bersalah itu dihukum.
Begitu jua ada satu lagi maxim yang terkenal yang mengatakan bahawa that, “It is better that 99 offenders shall escape than one innocent man be condemned.” Itu pun sama juga. Lebih baiklah 99 orang yang bersalah itu, pesalah itu dilepaskan daripada satu orang yang innocent, yang tidak bersalah itu dihukum. Jadi berdasarkan kepada inilah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Pasir Puteh berminat.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Mencelah. Boleh Yang Berhormat? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Itu mungkin apa yang dipelajari oleh Yang Berhormat di sekolah-sekolah undang-undang dan di kitab- kitab lama yang berasaskan Islam.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Dalam kehidupan kita sekarang ini, ada konsep yang dikatakan collateral damage yang mana apabila melakukan sesuatu untuk kita menghapuskan kezaliman itu, mungkin ada beberapa orang yang tidak berdosa terbunuh juga atau tertangkap dan sebagainya, yang dianggap sebagai collateral. Maknanya sacrifice yang kita kena lakukan untuk menghapuskan kezaliman ini, mungkin beberapa orang yang innocent itu juga akan terbunuh ataupun tercedera.
Sebagaimana yang kita lihat misal kata yang berlaku di Syria misalnya sekarang ini. Untuk menghapuskan IS ini, pihak Amerika menghantarkan bom dan kapal terbang dan sebagainya, mengebom tempat-tempat perlindungan ISIS atau Daish ini atau al-Qaeda ini dan membunuh juga mereka-mereka yang innocent dan ini diterima oleh masyarakat.
Adakah kaedah yang sama juga boleh dipakai? Kita hendak menghapuskan penjenayah- penjenayah yang memang mendatangkan bala yang besar kepada negara kita ini, maka sedikit kecederaan atau kesilapan yang mungkin berlaku atau kezaliman berlaku kepada beberapa orang yang tidak berdosa itu. Kita kena terimalah sebagai collateral damage kepada usaha yang kita lakukan untuk membasmi bala yang besar yang sedang melanda negara kita ini iaitu jenayah yang terancang ini. Apa pendapat Yang Berhormat Kota Bharu?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sebentar Yang Berhormat Kota Bharu. Ya bentara, berapa jumlah? Ya saya ingin dapat kepastian daripada Yang Berhormat Kota Bharu sama ada ingin meneruskan meminta kuorum atau tidak.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya minta teruskanlah. Tadi saya cuma highlight kan. Takut saya di disqualified kan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya terima kasih, sila.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih, Whip BN pun ada sini.
Menambahkan kuorum. Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat dari Pasir Puteh tadi yang telah membangkitkan isu collateral damage ataupun yang seumpama yang telah dibangkitkan. Kita sekarang ini membincangkan soal perundangan. Perundangan tidak mengenal sama ada sesuatu kesalahan itu dilakukan dengan tujuan tertentu ataupun tidak, asalkan ia memenuhi ingredients ataupun ciri-cirinya. Mempunyai yang disebut oleh bahasa undang-undangnya actus reus. Actus reus ini tindakan, yang kedua mens rea. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua pun seorang peguam, dia tahu. Ada kedua- dua perkara ini, pihak pendakwa mempunyai hak untuk mendakwa berdasarkan perundangan yang tertentu. Namun yang demikian, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Puteh tadi mungkin suatu perancangan di tempat-tempat tertentu untuk mengatasi keadaan kezaliman yang berlaku dengan begitu berleluasa. Mungkin keadaan yang seumpama itu boleh berlaku, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya berpandangan bahawa melihat kepada rang undang- undang cadangan pindaan kepada CPC ataupun Kanun Tatacara Jenayah yang dikemukakan oleh kerajaan ini. Ia seolah-olah sebuah pakej ataupun satu kombinasi di antara beberapa tujuan yang boleh dilihat sebagai tujuannya yang pertamanya, saya mengatakan bahawa kebanyakan daripada pindaan yang dibuat ini memberi keuntungan atau kelebihan atau advantage kepada pihak pendakwa, kepada pihak prosecution. Dalam hal inilah saya ingin membangkitkan dalam Dewan yang mulia ini sama ada buat masa ini masih sesuai atau tidak bahagian penggubalan, bahagian drafting yang menggubal satu- satu undang-undang atau satu-satu pindaan ini, mereka ini terletak di bawah Jabatan Peguam Negara.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Kalau itulah keadaannya akan boleh dilihat seolah-olah bahagian penggubalan ini telah menggunakan kesempatan ini untuk membuat undang-undang atau meminda undang-undang yang memberi advantages kepada pihak prosecution. Saya juga ingin mendapat penjelasan sama ada cadangan pindaan ini telah pun dibawa sama untuk perbincangan dengan pihak-pihak atau stakeholder yang berkenaan.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Umpamanya Majlis Peguam ataupun dengan SUHAKAM ataupun dengan pihak- pihak yang mungkin mewakili Dewan Rakyat sebagaimana yang saya sebut sekejap tadi, yang saya rasa saya pernah hadir yang telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Undang-undang sendiri tetapi hanya sekali itu sahaja. Mungkin saya tidak berkesempatan saya tidak tahulah, mungkin itu sahaja. Akan tetapi pokoknya pindaan ini tidak langsung diberi peluang kepada mereka yang berkenaan untuk memberi input ataupun memberi pandangan-pandangan.
Saya akan buktikan apa yang saya sebutkan ini Tuan Yang di-Pertua.
Sebagaimana yang kita maklum dalam satu-satu prosiding pendakwaan kes undang- undang, dia perlu ada pendakwa, dia perlu ada orang yang kena tuduh. Biasanya orang yang kena tuduh akan dibela oleh peguam. Itu satu jaminan di bawah Perlembagaan.
Dalam apa pun sistem pentadbiran undang-undang jenayah di dalam mahkamah, saya kira semua sistem menerima bahawa beban untuk membuktikan satu-satu kes jenayah atau, dengan izin, dalam bahasa Inggeris burden to prove untuk kes-kes jenayah, untuk criminal cases adalah terletak kepada pendakwa. Dalam sistem Islam itu sendiri pun disebut… [Berucap dalam bahasa Arab] Pendakwaan ataupun pertuduhan itu adalah terhadap orang yang mendakwa untuk membuktikan dan sumpah kepada orang yang ingkar terhadap tuduhan itu.
Ini menunjukkan bahawa untuk membuktikan satu-satu kes sama ada di bawah Kanun Keseksaan kah, bawah POCA, bawah POTA, dalam apa-apa undang-undang jenayah ia tugas ataupun tanggungjawab pihak pendakwa. Untuk membuktikan segala ingredient, dengan izin, atau ciri-ciri kesalahan itu perlu dibuktikan. Akan tetapi dengan pindaan ini saya ingin menunjukkan satu persatulah walaupun secara sepintas lalu.
Sebagai contoh saya mengambil contoh fasal 5. Fasal 5 dalam cadangan ini yang menyentuh mengenai seksyen 117.
Dalam seksyen 117 Kanun Keseksaan ini tajuknya ialah “Procedure where investigation cannot be completed within 24 hours”, ataupun prosedur di mana pendakwaan tidak boleh diselesaikan dalam tempoh 24 jam menyebabkan pihak polis yang menangkap orang yang disyaki. Belum lagi tertuduh. Orang yang disyaki, dia tidak boleh selesai penyiasatan dalam masa 24 jam perlu mendapat kebenaran daripada majistret untuk menahan orang itu, maksimumnya 14 hari.
Akan tetapi sekarang ini dengan pindaan ini dimasukkan sub seksyen 1A yang mengatakan bahawa, dengan izin, “The Public Prosecutor may appear in any application made under this section”. Jadi untuk reman ini. Selama ini yang pergi reman itu sarjan polis, inspektor polis, the most is ASP Polis sahaja, bergantung kepada kes berat atau tidak. Akan tetapi kenapa sekarang ini, apakah tujuan kerajaan memasukkan pendakwa raya boleh hadir untuk membuat permohonan reman ini? Sedangkan kita tahu bahawa pendakwa ini tugas dia adalah mendakwa. Tugas siasatan bukan tugas pendakwa ia tugas pihak polis ataupun pihak berkuasa yang melaksanakan undang-undang ini.
Jadi, ini seolah-olah pihak pendakwa menjadi pihak yang menyiasat kes. Mereka boleh menyiasat, mereka boleh menentukan sama ada seseorang yang disyaki, yang ditangkap itu boleh dilanjutkan tahanannya oleh seseorang majistret. Ini satu perkara yang menyentuh kebebasan ataupun hak kepada individu dan sekali gus saya maksud tadi, dia meringankan tugas Pendakwa.
Keduanya Tuan Yang di-Pertua, fasal 10 yang telah disentuh oleh beberapa orang rakan saya tadi. Fasal 10 ini adalah berkaitan dengan seksyen 399B yang mana ini satu seksyen baru, yang mana dengan lulusnya pindaan ini pihak pendakwa mempunyai tugas yang kurang berat. Untuk membuktikan sesuatu penglibatan seseorang tertuduh itu dalam apa yang disebut dengan izin organized criminal group. Ini memudahkan, apabila mereka pihak pendakwa memanggil seorang yang dikatakan sebagai expert ataupun seorang pakar dalam bidang mungkin criminology dan sebagainya. Maka keterangannya mesti diterima sebagai prima facie proof maknanya keterangan prima facie. Ini yang setelah dipinda, sebelum ini lagi teruk conclusive proof tetapi telah dipinda, tidak apalah. Ini prima facie proof pun benda yang memudahkan pihak pendakwa yang mana ia terdedah kepada kelemahan-kelemahan daripada segi pandangan seseorang pakar itu. Mungkin seorang pakar beri pandangan yang lain, seorang pakar yang lain beri pandangan yang lain.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Jadi tendency ataupun kecenderungan untuk meletakkan orang yang dituduh itu dalam keadaan yang tidak boleh membela diri dan suasana sebenar itu amat wujud di sini.
Perkara yang kedua yang saya sebut pakej, yang disebut tadi, yang pertamanya beban untuk pendakwaan telah diringankan, dimudahkan. Keduanya, sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat Padang Serai dan juga Yang Berhormat Shah Alam tadi. Beberapa seksyen yang dicadangkan untuk dipinda ataupun dibuat baru adalah pada anggapan dan pada pandangan saya telah dengan jelas mengambil kuasa yang diberikan kepada mahkamah oleh akta ini sebelum ini. Oleh sebab itulah di awal ucapan saya tadi saya menyeru supaya kerajaan mengkaji apa tujuan orang yang terdahulu daripada kita membuat undang-undang ini seumpama itu.
Sebagai contohnya Akta Tatacara Jenayah ini, Akta 593 ini yang dibuat, saya rasa di awal-awal pemerintahan negara kita dahulu. Orang itu akan buat, Ahli-ahli Parlimen pada masa itu, AG pada masa itu buat perkara ini. Akan tetapi pada masa ini kita mungkin secara tidak langsung saya rasa dengan sewenang-wenangnya membuat pindaan ini. Contoh yang saya hendak beri. Fasal 6 dan juga fasal 9 yang disentuh oleh Yang Berhormat Padang Serai tadi. Saya hendak bercakap ini Tuan Yang di-Pertua sebagai lawyer dalam bahasa layman kerana ramai yang tidak faham benda ini. Mungkin kami Ahli Parlimen yang masih lagi beramal kami lebih memahami keadaan ini.
Seksyen 173A saya minta rakan-rakan saya di sebelah, BBC pun dia, kalau tidak kena kes sendiri dia tidak sokonglah tetapi kena dia sendiri baru dia datang cari lawyer macam mana hendak buat. Seksyen 173A. Ini satu peruntukan yang memberi kuasa kepada hakim atau mahkamah untuk memberikan jaminan berkelakuan baik kepada seseorang tertuduh yang telah disabitkan di mahkamah dalam satu-satu kes. Katakanlah dia disabitkan dengan satu kes di bawah Kanun Keseksaan di bawah seksyen-seksyen misalnya seksyen 379 atau seksyen 380 berkaitan dengan curi. Hukumannya adalah lima tahun, 10 tahun.
Akan tetapi kalau sekiranya tertuduh ini setelah disabitkan dia membuat mitigasi ataupun membuat rayuan untuk meringankan hukuman. Dia beritahu dia ini mencuri kerana tujuan-tujuan tertentulah, misalnya terlalu miskin ataupun dia ini diperdaya, ataupun dalam keadaan-keadaan tertentu dia tidak mempunyai niat untuk mencuri dan sebagainya tetapi disabitkan juga oleh mahkamah.
Maka hakim pada masa itu boleh menggunakan budi bicara untuk memberikan orang ini tidak dihantar ke penjara. Diberikan jaminan untuk berkelakuan baik di bawah seksyen 173A. Akan tetapi dengan pindaan yang telah dibuat terhadap seksyen 173A ini Tuan Yang di-Pertua, yang mana telah dimasukkan subseksyen 8 yang berbunyi “This section shall not apply (a) if the offender is charged with a serious offence”.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Apabila pesalah itu dituduh dengan satu kesalahan yang serius, kesalahan serius pun tidak di define kan, tidak didefinisikan apa kesalahan serius ini, mencuri kah, merogol kah, merompak kah ataupun memiliki senjata berbahaya kah, tidak disebutkan apa yang ini.
Kedua, (b) if the offender is charged with the commission of an act of domestic violence as defined under section 2 of Domestic Violence Act. Ini orang yang dituduh di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga, seksyen 2. Jadi, mungkin itu masalah dalaman dalam rumah tangga, contohnya. Katakanlah orang itu disabitkan tetapi oleh sebab dia dituduh di bawah Domestic Violence Act 1994 ini, dia tidak boleh diberikan jaminan untuk berkelakuan baik walaupun alasan yang diberikan cukup munasabah.
Begitu juga di bawah seksyen 294. Seksyen 294 ini lagi serius bagi pandangan saya. Seksyen 294 ini adalah kes-kes yang melibatkan first offenders, orang yang kali pertama melakukan kesalahan, apa-apa kesalahan jenayah. Biasanya amalan atau pun apa yang diadopt oleh mahkamah, seseorang tertuduh yang disabitkan dengan satu kesalahan, apabila beliau mitigate ataupun merayu, mengatakan inilah kesalahan saya yang pertama dan rekod jenayah menunjukkan bahawa tidak ada rekod jenayah kepada tertuduh ini, maka biasanya mahkamah menggunakan seksyen ini untuk membenarkan orang itu tidak dihantar ke penjara, sebaliknya diberikan bond of good behavior, dengan izin, jamin untuk berkelakuan baik.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mendapatkan penjelasan daripada kerajaan, kenapa, ataupun apakah tujuan sebenarnya seksyen 173A dan 294 ini telah diadakan kecualian walaupun disebutkan tadi serious offences? Kecualian yang bagi saya ini suatu perkara yang kita mengambil kuasa mahkamah. Kedua iaitu fasal 8. Fasal 8 ini saya rasa lagi teruk. Fasal 8 ini berkaitan dengan seksyen 282. Seksyen 282 ini mengenai pelaksanaan hukuman penjara. Biasanya kita pernah dengar, satu orang tertuduh itu mungkin dituduh dengan 10 tuduhan, contohnya rogol. Sepuluh tuduhan rogol, merogol orang itu, merogol orang ini, 10 tuduhan dan hukuman minimumnya lima tahun penjara.
Apabila keluar dalam surat khabar, disebut tertuduh telah dihukum 50 tahun penjara kerana satu hukuman lima tahun tetapi hukumannya berjalan serentak- concurrent. Akan tetapi dengan pindaan seksyen 282E ini, seksyen 282E telah menarik kuasa hakim untuk memberikan suatu hukuman yang berjalan dengan serentak. Jadi, kalau 10 pertuduhan yang dikenakan kepada seseorang, disabitkan 10 pertuduhan, minimum punishment lima tahun, dia kena 10 x 5 memang kena pergi ke penjara 50 tahun.
Jadi, kenapakah ini berlaku? Saya dapat membayangkan, kami yang pergi ke mahkamah ini, apabila kita berhujah di depan hakim-hakim mengatakan inilah suasana, keadaan yang mana orang-orang ini perlu diberikan jaminan untuk berkelakuan baik. Saya dapat membayangkan para hakim yang arif di atas bench itu mengatakan, “Kamu punya pasallah itu, kamu yang menyokong undang-undang ini di Parlimen.” Bermakna kami tidak sokonglah, Yang Berhormat Bagan Serai tidak tahu lah. Ini concurrent dengan consecutive, cukup-cukup serius. Kalau tidak kena kepada kita, tidak kena kepada keluarga kita mungkin kita kata, “Ah padanlah dia buat kesalahan.” Akan tetapi kalau kena keluarga kita dan sebagainya, yang penting sekali kepada seluruh rakyat, ini satu perkara yang amat-amat tidak wajar sekali.
Ketiga, ini juga tidak penting. Seksyen 430 mengenai reward, bayaran kepada orang-orang difikirkan telah membantu menyelesaikan masalah-masalah yang disebut seksyen 430 ini. Seksyen 430 menyebut tajuknya, saya sebut tajuknya. Tajuknya adalah...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Kota Baharu, sedikit.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bagan Serai bangun.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua, dia sudah sebut nama saya tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Disebut kena bangunlah, macam seru. Yang Berhormat Kota Baharu, saya bukan lawyer, saya doktor. Akan tetapi saya dengar tadi, pendapat sayalah, bukan kira adik-beradik kah, tak adik-beradik, kalau dia sudah melakukan kesalahan, rogol beberapa kali? 10 kali? 20 kali? Satu kesalahan lima, kalau 10 jadi 50, eloklah kekal 50, kenapakah hendak kesian pula? Kenapakah pula concurrent? Saya dari dahulu lagi sebelum saya menjadi wakil rakyat lagi saya sudah selalu terfikir, kenapakah mesti concurrent? Kalau orang itu kena 50, dikira concurrent. 10 kali jadi lima. Jadi, pendapat saya itu tidak adil. Jadi saya rasa, saya tanyalah Yang Berhormat Kota Baharu yang selalu ke mahkamah, kalau concurrent ini setuju kah tidak setuju?
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu
Saya setuju dengan Yang Berhormat Bagan Serai kerana dia bukan lawyer, itu pemahaman dia. Akan tetapi sebenarnya ini satu perkara yang perlu ada dalam kuasa-kuasa kepada mahkamah ini, concurrent dan consecutive. Itu bergantung kepada keslah. Ada kes yang perlu...
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ada dua yang bangun, Yang Berhormat Kapar dan juga Yang Berhormat Beruas, yang manakah satu?
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu
Bagi Yang Berhormat Kapar dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya?
Yang Berhormat Kapar.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Terima kasih.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Sudah masuk awal tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kota Baharu. Berbalik kepada seksyen 282. Saya rasa dari sudut pandangan peguam, seksyen 282 ini dengan perkataan concurrent dan consecutive, saya rasa membuka ruang kepada budi bicara seorang hakim.
Oleh sebab setiap kes perlu dipandang dari sudut case-to-case basis. Apabila kita pandang sesuatu kes itu dari case-to-case basis, ia membuka ruang kepada hakim untuk meneliti sesuatu kes dan kita tidak boleh menetapkan sesuatu kes itu across the board. Semua kes macam inilah, so ruang kepada hakim dihadkan dan budi bicara hakim dihadkan. Philosophy case-to-case basis kita hampir kikis daripada wujudnya seksyen 282 ini. Saya rasa ini sesuatu yang di luar sepatutnya kita kena merangka rang undang-undang sebegini. Apakah pandangan Yang Berhormat Kota Baharu? Terima kasih.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang sebenarnya seksyen yang hendak dipinda ini sudah dicadangkan oleh pihak kerajaan untuk ditarik balik. Jadi, pada hemat saya, tidak menjadi isu lagi. Akan tetapi demi Yang Berhormat Bagan Serai mungkin pada pandangan saya adalah begini. Prinsipnya, kadang- kadang satu transaksi tetapi melibatkan banyak- dikatakan telah banyak kesalahan dilakukan. Katakan seorang itu masuk ke rumah hendak mencuri barang kemudian melarikan diri, dia ambil kereta tuan punya kemudian melarikan diri. Dia akan didakwa kerana menceroboh rumah, dia akan didakwa kerana mencuri barang kemas, dia akan didakwa kerana melarikan kereta.
Jadi, dalam satu transaksi setelah banyak definisi kesalahan telah dilakukan. Jadi, akan terlalu teruk kalau kita membenarkan pindaan ini sehinggakan seorang itu dalam melakukan satu transaksi kesalahan, dihukum berlipat ganda kalinya. Jadi, kadang-kadang agak teruklah, kalau lima tahun, lima tahun, lima tahun, 15 tahunlah. Jadi, sebab itu kita tidak boleh ada pindaan sedemikian kerana ia agak zalim dalam sesuatu keadaan. Budi bicara mesti diberikan kepada mahkamah. Terima kasih.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya dari Kapar dan juga Beruas.
Saya amat bersetuju dengan pandangan mereka itu dan saya mohon dimasukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Cuma yang disebutkan oleh Yang Berhormat Beruas tadi, kalau betullah pihak kerajaan ingin menarik balik cadangan ini, itu satu benda yang cukup baik dan saya amat- ada? Ya, ya. Saya terlepas pandang sedikit. Ketiga yang saya hendak sebut seksyen 430, tidak tahulah hendak tarik balik kah tidak.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu
Ini mengenai reward kepada orang-orang yang dikatakan- dalam seksyen ini disebut sebagai orang-orang yang berhak mendapat reward for unusual courage, diligence or exertion dan semuanyalah. Pada masa ini, peruntukan undang-undang yang ada bawah seksyen 430 ini, reward ini adalah pada pertimbangan mahkamah. Dengan izin saya baca, “Such court may order payment to him”. Akan tetapi telah dipinda dengan meletakkan perkataan “Menteri”.
Jadi saya hendak tanya kepada pihak kerajaan, apa rasional atau kemunasabahannya kuasa mahkamah ini telah ditarik dan diberikan kepada Menteri? Saya sendiri pun tidak tahu menteri manalah. Mungkin Menteri KDN kah, menteri mana, tak tahulah...
[Disampuk] Menteri Kewangan?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Yang Berhormat Kota Bharu juga, kerajaan sudah menarik balik tentang cadangan pindaan ini dalam notis untuk dipinda.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Okey, kalau itu ditarik balik, itu cukup baiklah.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Apa pun, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa secara keseluruhannya, pengambilan balik kuasa-kuasa mahkamah dalam apa juga keadaan yang sebelum ini diberikan kepada mahkamah adalah satu tindakan yang tidak sewajarnya kerana kita maklum bahawa Yang Arif hakim-hakim apabila mereka mendengar kes ini, mereka mengambil kira persoalan-persoalan fakta kes, persoalan perundangan sebelum mereka menjatuhkan hukuman dan sebagainya.
Ketiga, itu mengenai saya anggap mengambil balik ataupun menarik balik hak orang kena tuduh. Secara khususnya saya merujuk kepada fasal 16 yang melibatkan seksyen 425A yang juga telah disentuh. Saya tak pasti sama ada ditarik balik atau tidak.
Dah ditarik balikkah? Seksyen 425A iaitu mengenai perbicaraan...
[Disampuk] Tak tarik balik ya?
Jadi dalam hal ini, Tuan Yang di-Pertua, seksyen 425A satu seksyen di mana pihak pendakwa tak payah susah-susah, dalam bahasa senangnya, tak payah susah-susah hendak pergi cari orang yang kena tuduh yang tak hadir ke mahkamah sebaliknya boleh dengan peruntukan 425A ini menjalankan perbicaraan tanpa kehadiran orang yang kena tuduh. Disebut sini, “saksi yang lari” tetapi tidak didefinisikan apa maksud “saksi yang lari” ini.
Dan yang lebih teruk lagi apabila kita lihat dalam cadangan ini, seksyen 425A(5), seseorang tertuduh itu, katakanlah pada satu tarikh itu beliau tidak hadir ke mahkamah, mahkamah membenarkan pendakwa meneruskan kes ini. Datang satu hari dia datang balik mahkamah, jadi tertuduh yang disebut sini, “reappears at his trial”, dia hadir juga pada hari yang lain, dia tidak berhak untuk misalnya menyoal balas saksi-saksi yang telah dipanggil semasa ketiadaannya. Jadi apa munasabah benda ini dan apa rasionalnya benda ini berlaku?
Ini menunjukkan bahawa hak orang yang kena tuduh yang sepatutnya- terutamanya kes jenayah. Kalau kes sivil, tak apa. Kes jenayah ini walaupun peguam hadir, sepatutnya orang yang kena tuduh itu diberikan peluang untuk hadir. Kalau sekiranya dia tak hadir, pendakwa boleh minta waran tangkap, tidak ada masalah. Takkanlah ramai-ramai polis seramai kita ini tidak boleh mengesan di mana tertuduh ini berada.
Jadi di dalam semua perkara ini, Tuan Yang di-Pertua, saya merumuskan bahawa pindaan ini perlu dikaji semula dan seeloknya berbincanglah dengan stakeholders yang berkaitan seperti Majlis Peguam, SUHAKAM, Jawatankuasa Khas dalam Parlimen misalnya, kerana kita memikirkan satu undang-undang yang jangan menjadi satu mockery, satu benda yang laughing stock ataupun bahan jenaka apabila kita luluskan ini terutamanya di peringkat mahkamah antarabangsa dan juga di sistem perundangan yang lain.
Jadi sebagai kesimpulannya, Tuan Yang di-Pertua, saya mengatakan bahawa untuk memastikan sesuatu undang-undang yang dibuat atau digubal itu berkesan kepada rakyat jelata ataupun orang ramai, ia mestilah undang-undang yang menimbulkan kegerunan, undang-undang itu sendiri menimbulkan kegerunan dan ia ditambah pula dengan penguatkuasaan yang jujur yang tidak ada, dengan izin, hanky panky.
Kita cukup dukacita- kebetulan saya dari Kuala Selangor, kita dalam JKMR, Jawatankuasa Mengenai Rasuah, kita mendengar dan menerima laporan banyak penguat kuasa undang-undang kita dalam negara kita ini yang menduduki rangking tertinggi daripada segi amalan rasuah yang melibatkan kes-kes jenayah. Mungkin itulah yang melibatkan berjumpanya rangka-rangka manusia di perbatasan negara di utara sana dan juga banyak kes lain lagi. Itu dikatakan amalan rasuah di kalangan penguat kuasa. Jadi dua perkara inilah, undang-undang yang menggerunkan dan penguat kuasa yang jujur dan bebas daripada rasuah perlu dipastikan untuk memastikan undang-undang dalam negara kita ini berkesan.
Jadi dengan ini, saya menentang cadangan pindaan ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Beruas. Tak ramai yang minat ya. Ada berapa orang? Dua orang. Lepas Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Bukit Katil. Yang lain?...
[Disampuk] Ya Yang Berhormat Baling? Yang Berhormat Bukit Katil yang sebut Yang Berhormat Baling ya. Nanti Yang Berhormat Baling marah, tak masuk minum teh kita. Sila Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya membahaskan pindaan undang-undang yang dicadangkan, saya ingin memuji Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri de facto undang-undang, Yang Berhormat Batong Sadong, kerana sudi dan terbuka kepada cadangan-cadangan yang telah kami di pihak pembangkang utarakan. Oleh yang demikian, banyak peruntukan yang dicadangkan akan ditarik balik. Pindaan yang dicadangkan itu memang tidak sesuai dan adalah baik, seperti yang dicadangkan, dalam Committee Stage, semua perenggan akan ditarik balik atau dipinda. Saya memuji pihak kerajaan yang terbuka ini. Demi rakyat, kita mesti adakan undang-undang yang adil dan saksama.
Walau bagaimanapun, saya ingin mengutarakan dua lagi perkara yang belum ditarik balik atau dipinda supaya sistem pentadbiran keadilan dan jenayah di Malaysia ini akan terus dihormati dan tidak akan membawa ketidakadilan kepada mereka yang tidak bersalah.
Dua perkara yang ingin saya utarakan ialah perenggan 7 yang memperuntukkan satu peruntukan khas seksyen 265A iaitu special provision relating to protected witnesses.
Saya setuju bahawa saksi-saksi mesti dilindungi. Akan tetapi, dengan adanya peruntukan ini yang baru ini, akan berlakunya ketidakadilan kepada ramai yang akan menjadi mangsa mereka yang tidak bersalah. Ini kerana menjadi asas bahawa tugas mahkamah adalah untuk menegakkan kebenaran.
Jadi kalau kita membenarkan seseorang saksi itu dipanggil dan nama serta identitinya tidak boleh diketahui dan tidak boleh disoal balas ataupun not allowed to be cross-examined, akan berlakunya keterangan palsu that people will be framed. Ini asas sistem perundangan di mana setiap saksi yang dibawa ke mahkamah mesti disoal balas untuk menentukan kesahihan, kebenaran semua perkara yang dibawa oleh beliau di mahkamah. Akan berlakunya satu sistem di mana apa yang pihak pendakwa katakan akan menjadi satu fakta yang diterima oleh mahkamah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi saya khuatir ini peruntukan tidak boleh dibenarkan kerana yang tertuduh itu ramai yang tidak bersalah akan disabitkan kesalahan. Kita tahu bahawa ada cara-cara yang sedia ada untuk memastikan saksi-saksi tidak diugut dan masalah sekarang kelemahan enforcement ataupun pelaksanaan memastikan saksi-saksi itu tidak diugut.
Kita tahu bahawa undang-undang sedia ada sesiapa yang mengugut saksi merupakan satu kesalahan. Pihak polis boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang mengugut mana-mana saksi. Kalau yang tertuduh itu merupakan seorang yang bahaya yang mungkin akan mengugut saksi pihak mahkamah tidak haruslah memberikan peluang dijamin keluar dan harus ditahan sehingga habis perbicaraan dan kalau didapati bersalah mestilah terus dipenjarakan.
Jadi bagi saya undang-undang yang sedia ada sudah memadai dan kalau kita membenarkan seorang saksi memberi keterangan tanpa disoal balas akan wujudnya keadaan di mana kebenaran tidak dapat ditegakkan kerana kita tahu kalau sesuatu itu benar ceritanya hanya satu. Maksudnya tidak ada cerita yang kedua tetapi kalau ada yang berbohong di mahkamah memang kita peguam telah dilatih untuk soal siasat saksi itu dengan menanya soalan-soalan dengan terperinci dan biasanya seseorang itu yang bercakap bohong tidak akan dapat memberi jawapan tepat kepada semua soalan-soalan yang terperinci yang telah dikemukakan. Kita tahu melalui cross-examination kita tahu seseorang itu saksi itu berbohong atau tidak.
Kalau peluang ini tidak diberikan kepada pihak yang dituduh ini bermaksud orang boleh berbohong dan seperti I’m repeating myself seperti yang telah dikatakan ramai boleh masuk penjara mereka yang tidak bersalah. Apatah lagi dalam keadaan di Malaysia sekarang di mana pihak ahli-ahli politik ini memang campur tangan dalam isu-isu pendakwaan juga dan kes-kes jenayah di Malaysia dan kita nampak di mana Attorney General sendiri pun dipecat ini memang menakutkan.
Jadi saya harap kalau boleh pihak kerajaan juga mempertimbangkan untuk menarik balik paragraph 7 iaitu cadangan untuk menambah seksyen 265A dicadangkan.
Lagi satu perkara yang ingin saya utarakan ialah cadangan untuk dipinda schedule kepada Kanun Keseksaan, the Penal code.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Sebenarnya seksyen 124B hingga seksyen 124E telah dipinda. Harapan saya ialah apa yang telah diluluskan seksyen 124B hingga seksyen 124E ini mesti dibatalkan.
Kita jangan pinda CPC ini atau Kanun Prosedur Jenayah ini tetapi kita haruslah meminda Kanun Keseksaan atau Penal Code yang memberi peruntukan 124B hingga 124E yang telah kita luluskan sungguhpun dengan bantahan keras daripada pihak pembangkang dalam tahun 2012.
Ini kerana definisi activity detrimental to parliamentary democracy ini merupakan satu definisi yang terlalu luas dan kita tidak boleh menentukan apa itu activity detrimental to parliamentary democracy. Kalau secara amnya, Director General Imigresen yang semalam mengumumkan bahawa mereka yang mengkritik kerajaan tidak boleh dibenarkan keluar negara beliau boleh didakwa di bawah Seksyen 124B kerana mengkritik kerajaan merupakan sebahagian daripada amalan sistem demokrasi ataupun aktiviti parliamentary democracy ini dan beliau boleh dihukum sampai 20 tahun.
Begitu juga, Menteri-menteri Besar dan juga Ketua-Ketua Menteri negeri-negeri Barisan Nasional yang enggan mengiktiraf ataupun mengiktiraf jawatan Ketua Pembangkang di semua negeri Barisan Nasional. Saya difahamkan di negeri-negeri Selangor dan di negeri Pulau Pinang telah diiktiraf kedudukan itu secara rasmi. Ini kerana mana-mana orang yang tidak mengiktiraf jawatan Ketua Pembangkang ini merupakan orang yang mengamalkan satu tindakan detrimental to Parliamentary democracy. Semua Menteri Besar, Ketua-ketua Menteri negeri-negeri ini boleh didakwa dan dihukum sampai 20 tahun.
Oleh yang sedemikian, peruntukan 124B sampai 124E ini merupakan satu peruntukan yang samar-samar, we are not certain what it means. Jadi undang-undang itu mesti tepat, mesti spesifik supaya orang tahu inilah peruntukan undang-undang dan kita tidak melanggar undang-undang. Kalau kita melanggar undang-undang tanpa tahu kita melanggar undang-undang kerana undang-undang tidak pasti takrifnya ini bukan satu undang-undang yang baik.
Oleh hal demikian, saya memohon kepada pihak kerajaan supaya kita cadangannya ialah untuk meminda schedule, satu First Schedule kepada Penal Code ini kita tarik balik dan pinda pula Penal Code seksyen 124B hingga seksyen 124E itu.
Demikian, itulah sahaja perbahasan saya. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bukit Katil. Ada yang minat selepas Yang Berhormat Bukit Katil? Ya, tidak ada.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Bangunlah [Ketawa] Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri dan rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain.
Saya ingin mulakan perbahasan ini dengan mengingatkan Yang Berhormat Menteri dan juga anggota backbenchers bahawa pada tahun 2012 Perdana Menteri sendiri telah pun menggagaskan apa yang disebut sebagai transformasi politik dan malah telah pun mengeluarkan satu buku yang saya fikir tentunya menjadi panduan kepada anggota kerajaan untuk melakukan tindakan-tindakan yang selaras dengan transformasi politik ini dan tentulah tindakan-tindakan ini akan tercerna dalam setiap cadangan undang-undang ataupun dasar-dasar kerajaan.
Saya ingin memulakan dengan menarik perhatian Dewan dengan isu ataupun bab yang berkaitan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Beruas tadi secara sepintas lalu iaitu berkaitan dengan pindaan jadual pertama ini. Di mana dalam pindaan tersebut telah menggariskan pelbagai kesalahan yang menyebut tentang aktiviti, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, detrimental to parliamentary democracy. Kita lihat ada pelbagai kesalahan di situ dan saya percaya ini ada kaitan dengan pindaan terhadap Kanun Keseksaan khususnya seksyen 124.
Saya ingin meminta Yang Berhormat Menteri supaya memastikan agar perkara- perkara atau kesalahan-kesalahan yang digariskan di sini dapat dikaji semula atas sebab ia tentunya bercanggah dengan pendirian transformasi politik yang digagaskan sendiri oleh Perdana Menteri.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Malah, kita kadang-kadang menjadi keliru apakah yang dimaksudkan sebagai activity detrimental to parliamentary democracy kerana ia terlalu terbuka, terlalu luas dan tentunya subjek, dengan izin, ada kemungkinan berlakunya penyalahgunaan terhadap undang-undang ini. Sebab itulah bagi saya kalau kerangka asal kerajaan terutama Perdana Menteri telah meletakkan gagasan bahawa akan berlaku transformasi politik dengan pindaan undang-undang ini tentunya akan menyebabkan kita terkebelakang, kita reverse balik ke belakang sementara kita hendak umumkan bahawa kita hendak ke hadapan daripada segi demokrasi kita hendak jadi sebuah negara yang progresif, demokratik tapi dengan ada pelbagai kesalahan ini seolah-olah menyebabkan negara kita menuju ke arah kediktatoran.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Jadi saya fikir ini perkara yang paling fundamental dalam peringkat dasar ini kerana pada saya, Kanun Tatacara Jenayah ini tentunya memberikan suatu panduan kepada pengamal undang-undang dan juga kepada pelaksana undang-undang di luar sana bagaimanakah hala tuju undang-undang yang ingin kita kemukakan.
Tentunya saya hendak teruskan dengan pindaan seksyen 117. Ini saya percaya dari segi mereka yang mengamal sebagai peguam tentunya arif dan maklum bahawa kita ada suatu prosedur ataupun suatu cara di mahkamah yang ketika seseorang itu ditahan, polis menahan seseorang, disyaki dan tentunya akan melalui proses reman ini di bawah seksyen 117, selama 24 jam untuk soal siasat. Saya ingin tanya kepada Menteri dan juga yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Beruas kemungkinan ada satu Jawatankuasa yang telah pun meneliti perkara ini. Apakah rasionalnya dan kenapakah kita hendak bergerak ke belakang?
Maksud saya bergerak ke belakang ialah selama ini saya melihat daripada segi amalan undang-undang, kita nampak sudah nampak baik kerana dulu kalau di peringkat pendakwaan di Mahkamah Majistret ini kebiasaannya dikendalikan oleh polis tetapi sekarang ini kita lihat sudah ada perkara yang baik apabila dikendalikan sendiri oleh Deputy Public Prosecutor ataupun timbalan pendakwa raya. Ini satu perkara yang cukup baik. Akan tetapi kenapa dalam peringkat penyiasatan ini, kita ada pindaan ini yang membenarkan seorang Public Prosecutor ataupun Timbalan Pendakwa Raya ataupun Pendakwa Raya masuk pada tahap penyiasatan ini kerana kita harus ada prinsip yang harus kita ikuti dalam undang-undang. Apatah lagi kita mengikut cara dan pendekatan daripada United Kingdom.
Saya hendak ingatkan dan juga berkongsi dengan Yang Berhormat Menteri. Pada tahun 2013, Peguam Negara UK, Dominic Grieve- Beaconsfield Local Council, dan juga Member of Parliament, telah pun menghuraikan sejarah panjang tentang, apa yang disebut sebagai the prosecution service ini, perkhidmatan pendakwaan. Beliau telah menyatakan bahawa satu perkara yang paling fundamental yang memastikan agar keadilan dalam sistem ataupun dalam perbicaraan itu ialah kebebasan pendakwaan.
Maknanya pendakwaan ini ia tidak terpengaruh. Pihak polis akan menyiasat, investigate, dengan izin. Dia akan gunakan semua aparatus polis untuk memastikan agar orang yang disyaki itu daripada segi buktinya dapat dituduh dan laporan itu akan diserahkan kepada pihak pendakwaan. Malah negara dunia sekarang sedang bergerak ke arah independent prosecution service, dengan izin, pihak pendakwaan yang bebas ini, yang tidak terikat dengan kerajaan dan sebagainya.
Oleh sebab itu saya ingin nyatakan di sini, seingat sayalah, I stand to be corrected, seingat saya, dalam kes-kes yang penting, ada satu kes iaitu yang membabitkan pertuduhan dalam kes Altantuya. Ketika itu kalau tidak silap saya, pihak chambers telah pun melantik seorang pendakwa dari pejabat pendakwa raya untuk facilitate, untuk menyelia penyiasatan. Apa yang kita lihat waktu itu seolah-olah ada campur tangan daripada pihak pendakwaan sebab dalam kita punya sistem keadilan ini, sistem kita nampaknya telah pun berada pada landasan yang betul. Bila seseorang itu disyaki, polis akan menjalankan siasatan. Polis berpuas hati dengan siasatan, dia kemukakan kepada pihak pendakwaan dan pihak pendakwaan akan mendakwa sekiranya ada kes. Peguam akan membela dan hakim akan membuat keputusan.
Jadi kita mesti ada pendakwaan yang bebas, kita mesti ada hakim juga yang independent dan peguam yang mewakili clientnya. Jadi barulah ada yang disebut sebagai sistem keadilan yang teratur.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Akan tetapi apabila di peringkat awal lagi sudah ada peruntukan seperti ini, saya bimbang seolah-olah ada seperti suatu, bukan seolah-olah maknanya the Public Prosecutor may appear in any application. Jadi dia boleh masuk, undang-undang membenarkan. Saya hendak tanya apa sebab, kenapakah kita hendak ke belakang? Sepatutnya kita pergi ke depan tetapi seolah-olah kita sudah ke belakang.
Ini kes-kes umum, biasa Tuan Yang di-Pertua. Apa yang saya bimbang ini kalau ada kes-kes yang membabitkan kita sebagai anggota Parlimen. Saya misalnya dituduh, disoal siasat, tiba-tiba tidak boleh selesai penyiasatan, kena tahanlah. Pergi ke mahkamah, ada pula Public Prosecutor di situ, jammed lah saya. Maknanya seolah-olah ada influence.
Jadi yang itu daripada segi kes-kes human rights khususnya tentunya ini tidak lagi membantu.
Jadi sebab itu pada saya minta, saya hendak appeal kepada Yang Berhormat Menteri, saya yakin Yang Berhormat Menteri ada jawapan yang lebih baik tetapi biarlah ini dapat diberikan pertimbangan. Kalau ada ruang lagi untuk dipinda, kita minta supaya dipinda agar kita dilihat lebih, undang-undang kita ini dilihat dapat served, dengan izin, the interest of justice. Pada saya, yang penting itu ialah keadilan yang akan dicapai oleh rakyat dan ini ialah proses yang ingin kita tunjukkan bahawa proses itu ialah proses yang adil dan keputusan yang akan dapat itu insya-Allah, keputusan yang adil dan baik untuk semua.
Baik, itu yang pertama.
Kedua, tentang ...
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang Berhormat Bukit Katil, minta sedikit boleh?
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Silakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ini berkenaan dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Katil. Dia kata DPP ini dimasukkan dalam proses siasatan. Sebenarnya, semalam saya sudah terangkan. Saya kata, “Ini bukan proses siasatan. Ia masih dalam proses memohon reman itu”. Jadi maknanya, dia tidak terlibat dalam siasatan. Dapat reman barulah polis siasat. Pada masa itu dia tidak terlibatlah. Dia hanya hadir, boleh hadir, may appear, itu saja. Dia tidak lebih daripada itu. Jadi apa kerisauan sangat di pihak Yang Berhormat Bukit Katil, seolah-olah macam kalau hadir, maknanya dia akan mengganggu siasatan?
Tidak begitu ya sebab dia tidak boleh mempengaruhi Majistret ataupun hakim yang mendengar permohonan reman itu. Dia hanya boleh, mungkin dia boleh membantu dalam apa-apa prosedur dan sebagainya sebab dia silent, dia diam dalam ini, apa peranan dia sebenarnya. Hanya hadir, sebut hadir saja. Rasanya tidak ada masalah besar...
[Disampuk] Ya, itu saja. Boleh hadir, dia tidak hendak hadir pun tidak apa, dia hadir pun tidak apa.
Maknanya hadir itu, dia tidak beritahu pun. Makna dia tidak boleh, dia masih kekal dengan budi bicara oleh pihak Majistret. Kalau dia bercakap pun, tidak boleh dia terpengaruh.
Maknanya, ini masih kuasa Majistret. Ia bukan kuasa timbalan pendakwa raya itu sendiri.
Itu minta penjelasan daripada Yang Berhormat.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Saya pun seronok juga tengok Yang Berhormat Setiu. Kalau sudah datang hendak tengok saja, buat apa hadir, ya atau tak? Tidak perlu hadirlah. Saya yakin, DPP di sana pun setuju dengan saya. Dia datang hendak tengok saja. Jadi pengawas [Ketawa] Hendak buat apa hadir?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ini susah ini. Tidak semestinya hadir.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Bagi saya habis.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Kalau dia kata hendaklah hadir...
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Bagi saya selesai dulu.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Betul- tetapi kalau setakat may appear, dia boleh tidak hadir dan boleh hadir, kena fahamlah. Maknanya kalau ada peruntukan ini pun, kalau dia tidak hendak hadir pun tidak ada masalah.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Ini apa? Tengok wayang kah.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Hah! Itulah masalahnya. Bila ada peruntukan macam ini, sudah risau dah mengganggu siasatan dan sebagainya. Saya rasa mungkin Yang Berhormat Bukit Katil tidak faham. Yang Berhormat Bukit Katil memang tidak fahamlah, saya rasalah sebab itu bercakap. Sekarang ini, dia boleh hadir. Kalau dia tidak hendak hadir pun tidak apa, kena faham itu. Yang Berhormat Bukit Katil bercakap seolah-olah macam kena hadir. Nampak? Hendaklah hadir. Tidak ada. Dia bagi kelonggaran. Okey, boleh teruskan.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Macam floor dia [Ketawa]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila- sila.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya hendak dapat penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat Bukit Katil dan Yang Berhormat Setiu. Dalam sistem yang sedia ada, biasanya Majistret merupakan pengamal ataupun graduan yang agak muda. Kalau ada pendakwa raya yang dihantar daripada AG’s Chambers ataupun mereka biasanya senior.
Majistret boleh transfer out ataupun dibekukan kenaikan pangkat oleh AG’s Chambers.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi biasanya pada masa sekarang pun, kalau biasanya seseorang itu tidak dibela oleh seorang peguam bela, majistret akan sedia bagi sahaja perintah yang dipohon oleh pihak polis, apatah lagi kalau timbalan pendakwa raya yang senior datang, akan juga, dengan izin, the undue influence yang mungkin ada untuk mengikut permohonan yang dibuat oleh timbalan pendakwa raya. Pada hemat saya, hadir di mahkamah ini bukan sekadar hadir. Hadir ini maksudnya boleh membuat hujah dan boleh mewakili pihak polis dalam keadaan apabila beliau hadir di mahkamah ini. Setuju atau tidak Yang Berhormat Setiu dengan pandangan saya bahawa hadir ini maksudnya boleh bertindak bagi pihak polis. Terima kasih.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang Berhormat Bukit Katil, bukan floor saya [Ketawa]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Ya, Yang Berhormat Bukit Katil.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yang Berhormat Bukit Katil, boleh mencelah sedikit?
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Sila, sila. Boleh Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, boleh.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Katil. Saya ingin sambung sedikit daripada pencelahan yang dibuat oleh Yang Berhormat Beruas dan ini satu poin susulan daripada perbahasan tadi oleh Yang Berhormat Bukit Katil apabila Yang Berhormat Bukit Katil melahirkan kerisauan dan kebimbangan tentang peruntukan yang membenarkan DPP semua hadir semasa perbicaraan reman di hadapan majistret-majistret. Saya pun setuju seperti mana Yang Berhormat Beruas sebut, kita akan menghadapi keadaan di mana DPP yang kanan akan hadir di hadapan seorang majistret yang baru keluar daripada universiti dan jadi majistret.
Sebab apa kita ada kebimbangan dan ini saya minta pandangan Yang Berhormat Bukit Katil, masalah kita ialah berpunca daripada hakikat bahawa dalam sistem sedia ada sekarang, struktur civil service mereka, semua adalah digabung di bawah satu skim.
Judicial and legal service, dengan izin, di mana hari ini saya adalah seorang majistret, minggu depan saya boleh dipindahkan atas arahan Peguam Negara masuk jadi DPP dan sebagainya. Itulah satu hierarki yang digabungkan dalam satu struktur, satu skim. Itulah punca masalah dia.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Oleh sebab itulah kebimbangan itu real, ia bukan sesuatu yang dibayangkan sahaja dan apa yang sepatutnya berlaku dan ini saya minta pandangan Yang Berhormat Bukit Katil, di negara lain pun ada amalan yang lebih baik di mana struktur kehakiman itu mesti diasingkan daripada apa-apa skim servis yang lain. Maksudnya majistret pergi kepada section squad dan semua dalam satu skim, tidak dicampurkan dengan pegawai- pegawai DPP atau SAC yang dari Jabatan Peguam Negara.
Kalau itu dijamin dan saya harap Yang Berhormat Menteri boleh bagi pandangan, jika itu dijamin jadi kerisauan Yang Berhormat Bukit Katil mungkin kuranglah tetapi dalam keadaan sekarang ini, itu bukan situasi dia. So, kita sudah ada kes di mana Peguam Negara sendiri turun ke Mahkamah Majistret untuk buat pendakwaan. Jadi bayangkan, apakah sikap majistret kepada Peguam Negara di hadapan dia? Ini sebab dia tahu minggu depan dia boleh dipindahkan balik jadi junior DPP yang jauh di bawah hierarki Peguam Negara, itu yang akan jadi bos dia. Itulah saya rasa asas kerisauan Yang Berhormat Bukit Katil dan saya minta pandangan. Terima kasih.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mula dengan memberikan respons kepada Yang Berhormat Setiu. Saya faham perkataannya ialah “may”, boleh hadir tetapi itu yang saya bangkitkan. Apa keperluannya untuk pihak DPP atau timbalan pendakwa raya hadir pada tahap itu kerana pertamanya kalau kita hendak ambil mudahlah, kalau dia sekadar boleh hadir atau saya sebutkan tadi boleh tengok, ia tentunya membuang masa pihak timbalan pendakwa raya. Itu secara mudahlah. Ibarat kata pantun...
Bukan rusa sebarang rusa, Rusa larangan Raja Melayu, Jangan biasa membuang masa, Masa berjalan lepas selalu. Betul tak? Jadi kalau buat sesuatu dengan tidak ada tujuan, apakah manfaatnya?
Sebab itulah bila undang-undang dipinda, saya yakin mestilah ada tujuannya. Mestilah ada sebab dan musababnya, mesti ada asbabun nuzul nya Tuan Yang di-Pertua. Ya tak? Kalau tidak takkan lah suka-suka hendak pinda. Jadi kita ini hanya boleh menghukum pada yang zahir. Apa yang kita baca di sini, kita membuat suatu kesimpulan bahawa pihak sebelah pendakwa raya dilihat campur tangan dalam proses penyiasatan pihak polis. Kita dah ada satu sistem yang baik, satu kaedah penyiasatan yang telah pun kita guna pakai dan tak ada sebarang masalah. Kenapa kita perlu letakkan masalah dalam perkara yang bukan lagi menjadi masalah. Oleh sebab itu saya hendak nyatakan, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Beruas dan Yang Berhormat Subang dan saya hendak jadikan sebahagian daripada perbahasan saya. Sudah tentunya senioriti ini memainkan peranan melainkan judicial and legal service dengan izin Tuan Yang di-Pertua, itu bebas.
Majistret, hakim Mahkamah Seksyen, Mahkamah Tinggi dan semuanya, ini satu Jawatankuasa atau suruhanjaya yang memastikan mereka ini bebas. Kalau saya jadi Majistret, baru semalam keluar universiti, yang turun depan ini Peguam Negara- eh!
Goyang juga. Peguam Negara angkat pen pun saya dah tahu, ini mesti hendak bagi kena lapan keempat belas hari ini. Jadi itu daripada segi persepsi. Justice must not only be done but must be seen to be done and this issue does not serve that purpose, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya hendak minta supaya dikaji semula agar perkara ini dilihat nampak cantik dan elok. Saya hendak teruskan, saya tak mahu panjang lagi isu ini.
Saya hendak pergi kepada pindaan fasal yang berkaitan dengan seksyen 173A, fasal 6. Fasal 6 saya berbeza pendapat sedikit dengan Yang Berhormat Kota Bharu. Cuma saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri terutamanya di bahagian yang berkaitan dengan Domestic Violence Act atau Akta Keganasan Rumah tangga. Semua orang sedia maklum keganasan rumah tangga ini satu perkara yang cukup serius, banyak laporan dan saya hendak minta Menteri kalau ada data-data sepanjang lima tahun yang lalu bagaimana trend keganasan rumah tangga ini kerana yang saya faham daripada peruntukan ini ialah apabila ditiadakan jaminan kelakuan baik ini makanya seseorang suami ataupun isteri yang pukul suami, ia akan kemungkinan dikenakan penjara.
Baik, kita bayangkan satu senario bahawa katalah suami itu is sole bread winner, dia seorang sahaja yang bagi punca rezeki. Kalau dia tiada jaminan kelakuan baik diberikan maka sudah pasti dia akan ke penjara.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Katalah dia dipenjarakan, jadi bagaimana rumah tangga ataupun isteri dan anak- anak yang terpaksa beliau tanggung? Ini sedikit, the fine line yang saya hendak minta Menteri tolong bantu dan berikan pencerahan kerana perkara ini perkara baru. Saya tahu di luar sana ramai NGO dan tentu saya juga sebagai peguam yang juga ada mengendalikan beberapa kes kerana saya juga kendalikan kes syariah, ada kes-kes yang dipukul, bantai dan sebagainya. Jadi kita membayangkan keadaan itu. Kalau dia tidak boleh ada perkara ini, maknanya tidak ada jaminan dah. Maknanya kalau you kena tangkap, seorang kena tangkap dan dibawa ke mahkamah, dituduh, dah tak ada jaminan kelakuan baik. Kalau biasanya, akan berakhir dengan penjara.
Ini jadi masalah dalam kes-kes seperti ini terutamanya mereka yang kadang- kadang berada di kampung, pekerjaannya pemandu lori. Kita ada banyak kes seperti ini terutama dalam konteks masyarakat Melayu, yang bukan Melayu pun saya fikir juga relevan untuk kita bincangkan perkara ini. Jadi saya hendak cadangkan di sini, ada suatu koordinasi di kalangan kementerian-kementerian agar perkara ini dapat kita tangani dan tidaklah nanti akan timbul lagi masalah lain. Kita hendak selesaikan masalah keganasan rumah tangga, timbul pula masalah keluarga yang terabai dan sebagainya. Ini suatu perkara yang saya fikir penting untuk diberikan penekanan.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua ialah isu yang sedikit mudah iaitu pindaan seksyen 415 iaitu fasal 14. Fasal 14 ini bertujuan untuk membenarkan penjualan harta di mana dalam fasal ini harta-harta yang ditahan itu dengan perintah majistret boleh melalui lelongan awam tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang dicadangkan, dipinda dalam pindaan ini.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Jadi saya ingin tanya pihak kementerian apakah ada jaminan ketelusan pihak polis dalam mengendalikan harta yang ditahan ini? Kita tidak mahu nanti bahawa apabila lelongan itu dibuat maka kita tidak mahu dengar lagi nanti harta-harta yang ditahan itu hasilnya nanti disalahgunakan dan tidak ada jaminan ketelusan. Saya juga ingin minta Menteri untuk memberikan satu data statistik jumlah hasil lelongan awam dalam tempoh lima tahun yang terdekat ini, bagaimana ini boleh untuk menambahkan lagi income ataupun pendapatan negara dalam aspek selepas daripada pindaan ini.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin nyatakan begini, pindaan yang dikemukakan oleh kementerian kita lihat hari ini banyak pindaan-pindaan yang terpaksa ditarik balik. Saya hendak cadangkan kepada kementerian kerana kita bimbang pindaan- pindaan ini mungkin penting. Tentunya bagi pihak kementerian pindaan ini penting dan satu perkara yang tidak efektif Yang Berhormat Menteri, dalam masa kita cadangkan pindaan ini kita terpaksa tarik balik pindaan-pindaan yang telah pun kita cadangkan.
Oleh sebab itu pada saya, biarlah pindaan-pindaan yang kita kemukakan di dalam Dewan ini telah pun kita bahaskan kerana Yang Berhormat Beruas maklum tadi ada committee stage. Saya tidak tahu perkara ini jadi saya hendak tanya Menteri, betul atau tidak committee stage. Biar perkara-perkara yang kita cadangkan ini bila dimasuk ke dalam Dewan jangan kita tarik balik seolah-olah isu-isu besar yang dikemukakan ataupun cadangan besar yang dikemukakan ini seolah-olah tidak ada scrutiny lagi di peringkat jawatankuasa sehingga menyebabkan pihak kementerian mengkaji semula.
Saya yakin pindaan ini sudah lama ada dalam senarai perbahasan dan sudah banyak pandangan-pandangan yang diberikan. Sewajarnya pandangan-pandangan diberikan dikemukakan sebelum pindaan itu difinalizedkan ataupun diserahkan, diletakkan di atas meja anggota Dewan Rakyat. Jadi saya hendak minta Menteri memberikan pencerahan tentang perkara ini jadi saya fikir itu sahaja bahagian saya ataupun perbahasan saya di dalam pindaan ini. Terima kasih. Assalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ada lagi, Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Subang. Ya, sila Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan Rang Undang- undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa perkara sahaja sebagai ulasan ataupun penghujahan saya tentang Kanun Tatacara Jenayah sebagaimana yang telah banyak diperkatakan oleh Ahli-ahli Parlimen yang lain. Dilihat daripada segi tujuan asal mengapa pindaan ini dilakukan setelah melalui pelbagai perbincangan sama ada di peringkat Majlis Peguam dan juga jawatankuasa yang telah disebut oleh Ahli Parlimen Beruas sebentar tadi untuk meminda dan juga memperhalusi perkara-perkara yang harus ditambah baik bagi memperkukuhkan lagi penguatkuasaan daripada segi POTA, POCA dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjurus kepada seksyen 2 yang mana saya lihat pindaan ini dibuat dengan memasukkan selepas subseksyen 4 yang berikut, dengan izin, “Notwithstanding the definition of “seizable offence” in subsection (1), an offence under the Penal Code is a seizable offence if it is expressly provided in any written law that the offence is a seizable offence.” Saya melihat untuk pindaan ini dilakukan untuk tidak mengehadkan jenis kesalahan yang ditakrifkan sebagai seizable offence yang mana bila saya meneliti cadangan daripada pindaan ini datang daripada kokus wanita yang mana definisi ini dimasukkan atau menambah definisi di bawah seksyen 2, Akta Keganasan Rumah tangga 1994, Akta 521. Di mana tujuannya adalah untuk memberi penekanan bahawa seizable offence di bawah akta tersebut juga termasuk dalam pindaan ini dan pindaan ini juga adalah memadai oleh sebab seksyen 18A, Akta 521 memperuntukkan dengan izin, “Offences involving domestic violence shall be deemed to be seizable offences.” Saya lihat daripada segi rasionalnya ialah untuk mewujudkan penyeragaman di antara Akta Keganasan Rumah Tangga dengan pindaan seksyen 2 daripada segi tatacara jenayah ini kerana saya lihat daripada segi undang-undang ini ada dua perkara. Daripada segi substantive dan prosedur yang mana apa yang dibahaskan pada hari ini adalah berkaitan dengan procedural yang mungkin lebih ramai mereka yang telah kerap kali pergi ke mahkamah boleh memungkinkan daripada segi penggunaan pindaan-pindaan seksyen 2 ini.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang seterusnya ialah seksyen 13 kerana apabila saya meneliti yang mana seksyen 13 ini, kanun ini dipinda dengan menggantikan perenggan (1)(a) dengan perenggan yang berikut dengan izin, iaitu, “Of the commission of or the intention of any other person to commit any offence punishable under the Penal Code or any other written law or…” Kalau kita lihat daripada segi tujuannya, saya lihat daripada pandangan saya adalah untuk membenarkan orang awam memberikan maklumat kepada pihak polis tentang kelakuan atau niat mana-mana orang untuk melakukan mana-mana kesalahan yang boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan atau mana-mana undang- undang bertulis sebagai langkah untuk menangani jenayah yang semakin meningkat. Ini saya melihat daripada segi apa yang telah dibentangkan dalam pindaan ini.
Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya adalah berkaitan dengan seksyen 98 yang mana kalau dilihat seksyen 98 ini, pindaan memasukkan selepas subseksyen 5 iaitu, dengan izin, “The Public Prosecutor may appear in any application made under this section”, yang mana rasionalnya bagi pandangan saya ialah beri kuasa kepada Pendakwa Raya untuk hadir dalam mana-mana permohonan yang dibuat di bawah seksyen 98 di bawah Kanun Tatacara Jenayah ini. Ini saya lihat kehadiran DPP ini mungkin ia ada benarnya untuk membantu sekiranya perlu terutama tentang permohonan-permohonan yang mungkin dibuat oleh pendakwa raya ataupun pihak-pihak yang terbabit dalam court, dengan izin.
Seterusnya ialah seksyen 117 yang mana saya lihat kanun ini dipinda dengan memasukkan perkara dengan izin (1A) iaitu “The public prosecutor may appear in any application made under this section” dan (B) dengan memasukkan selepas subseksyen 2 subseksyen yang berikut. Saya lihat natijah pindaan seksyen 117 ini ialah bagi membenarkan Pendakwa Raya untuk hadir semasa suatu permohonan reman orang tertuduh jika penyiasatan tidak dapat disiapkan dalam masa 24 jam.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Seksyen 117, Kanun Tatacara ini dipinda selanjutnya dengan memasukkan satu peruntukan yang memberikan kuasa kepada Majistret untuk membenarkan penahanan orang tertuduh selama 14 hari jika orang itu ditahan bagi tujuan penyiasatan berhubung dengan jenayah terancang. Jika kesalahan yang sedang disiasat melibatkan dua atau lebih orang tertuduh yang boleh dihukum dengan pemenjaraan tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun suatu peruntukan yang dicadangkan untuk dimasukkan dalam seksyen 117 kanun yang memberi kuasa kepada majistret untuk menahan orang tertuduh selama satu tempoh 7 hari pada permohonan pertama dan 7 hari pada permohonan kedua.
Pada hemat saya cadangan ini wajar dikekalkan kerana ia suatu peruntukan yang membenarkan Pendakwa Raya hadir sewaktu permohonan reman ini dibuat oleh mana- mana pegawai penyiasat. Bukannya tertakluk kepada sama ada terdapat representasi atau representation, dengan izin, daripada tertuduh mahupun tidak. Ini dalam konteks pemahaman saya yang mana pada hemat saya juga Tuan Yang di-Pertua, Majistret masih mempunyai budi bicara sama ada untuk membenarkan permohonan untuk reman ataupun tidak dan sekiranya pegawai penyiasat gagal memberikan alasan yang munasabah mengapa tahanan itu dibenarkan, Majistret boleh menolak permohonan ini dengan membebaskan tertuduh. Oleh itu, Majistret tidak bertindak sebagai rubber stamp semata- mata, mungkin didakwa dan sebagainya. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada pindaan seksyen 173A...
Tuan R. Sivarasa - Subang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Subang bangun.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Mungkin Yang Berhormat belum faham lagi ataupun saya cuba jelaskan point yang dibawa tadi oleh Yang Berhormat Bukit Katil dan juga Yang Berhormat Beruas. Mereka berhujah bahawa masalah dengan pindaan ini yang memberi kuasa kepada semua DPP hadir di depan Majistret ialah seperti yang saya terangkan tadi iaitu mereka adalah dalam servis yang sama. Di mana Majistret yang akan buat keputusan yang bukan rubber stamp kononnya seperti dikatakan tadi ialah di bawah hierarki itu dan DPP mungkin 8, 10 point lebih senior, lebih kanan daripada dia.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Kalau Majistret itu dipindahkan balik ke Jabatan Peguam Negara, dia akan jadi subordinate yang jauh bawah DPP yang hadir di hadapan dia memohon perintah reman itu.
Dalam keadaan itu, itulah masalah dia. Undue influence, pengaruh yang tidak wajar yang akan ditekankan terhadap Majistret dan itulah isu dia. Bagi saya ialah kalau service kehakiman diasingkan dari Jabatan Peguam Negara, masalah ini tidak akan timbul. Akan tetapi sekarang keadaan terbalik, semua digabung. Mereka dipindahkan di antara satu sama lain. Ini kerap dan biasa berlaku. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat?
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Pada hemat saya, ini mungkin persepsi yang boleh ditimbulkan. Oleh sebab dalam konteks Majistret, sudah tentunya setiap daripada keputusan yang dikeluarkan daripada Majistret sudah tentu merujuk kepada keputusan yang melibatkan fakta kes, penilaian dan sudah tentunya without fear or favor, sudah tentunya. Akan tetapi ini boleh diperhalusi kerana bagi hemat saya, sudah tentunya pemilihan seorang Majistret itu tertakluk kepada pelbagai kriteria.
Pada hemat saya, begitu juga daripada segi Sijil Amalan Guaman. Pada ketika ini Majlis Peguam yang mengeluarkannya. Kalau segi logiknya, sepatutnya Lembaga Kelayakan, daripada segi logik.
Akan tetapi ini juga menyebabkan satu persepsi. Jadi pada hemat saya, sudah tentunya Majistret harus mempunyai kekuatan untuk memberikan sebarang bentuk keputusan sama ada- ini juga pernah jadi pengalaman saya. Makna, bila saya seorang peguam yang senior mungkin, di hadapan seorang Majistret yang junior, sudah tentunya ada wujud juga persepsi, sekiranya persepsi itu tidak dikuasai oleh Majistret tersebut. Jadi, ini mungkin satu hujahan, pandangan kita bersama. Saya membaca daripada segi terjemahan yang boleh dikaitkan daripada segi pindaan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Sedikit.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Okey, sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Setiu.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Masih tidak habis lagi dengan 117 ini. Setuju tidak Yang Berhormat Kuala Selangor, kehadiran DPP ini ataupun Timbalan Pendakwa Raya dalam proses permohonan reman adalah perlu supaya menjadi satu imbangan kepada- sebab dipihak tertuduh ataupun yang suspek, biasanya boleh dihadiri oleh peguam. Peguam ini yang tahu berkenaan dengan undang-undang. Jadi, dalam pihak pendakwaan ini, pihak ini tidak ada yang langsung tahu sesetengah berkenaan dengan undang-undang. Apa masalah ini dengan Yang Berhormat Batu ini, kepala batukah?
Apakah masalah ini? Saya baru hendak tanya...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yang Berhormat Setiu kena jaga mulut dia lah ya.
Tuan Yang di-Pertua, berharap bagi...
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Kalau you hendak tanya, you tanya Yang Berhormat Batu, apakah pula hendak interrupt saya pula?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan R. Sivarasa - Subang
Perkataan itu.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Baru bangun apa hal ini? Tidak dijemput bangun pun oleh Tuan Yang di-Pertua. Tunggu, tunggu ya. Saya bertanya, setuju ke tidak, itu saja pertanyaan saya. Maknanya, sebagai satu imbangan. Makna, kalau sebelah sana boleh diwakili oleh peguam yang mempunyai pengetahuan tentang undang- undang, yang hebat, tidak hebat, tidak kiralah. Sebab kita pun perlu ada juga untuk membantu. Mungkin daripada segi sudut undang-undang kah, apa ke, mungkin ada yang boleh memberi bantuan. Terima kasih.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Boleh sikit?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya bukan seorang pengamal undang-undang tetapi saya dengar bekas hakim tadi telah memberi satu pandangan agak kontradiksi. Sebelum itu, dikatakan Peguam Negara hantar wakil DPP hanya sebagai neutral observer, dengan izin, tidak ada buat apa-apa. Tadi, dengan celahan tadi, dia kata untuk membantu. Jadi, saya anggap itu agak berbeza. Yang Berhormat Kuala Selangor boleh tolong memberi penerangan, apakah dilihat ada kontradiksi dalam hujah seperti itu?
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Pada hemat saya, terima kasih Yang Berhormat Setiu, terima kasih Yang Berhormat Batu. Tentang apa yang saya nyatakan, dalam undang-undang ini ada 2. Satu- substantif, dua- procedural. Seperti mana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiu sebentar tadi ialah berkaitan dengan prosedur, permohonan ataupun daripada segi tatacaranya.
Saya lihat apa yang disebut oleh Yang Berhormat Setiu tadi ialah pindaan seksyen 117 ini, dengan izin, wajar dikekalkan kerana ia hanyalah satu peruntukan, satu seksyen yang membenarkan Pendakwa Raya hadir sewaktu permohonan reman ini dibuat oleh pegawai penyiasat. Bukannya tertakluk sama ada dia hendak mewakili daripada pihak tertuduh ataupun tidak. Ini prosedur dan saya lihat dalam konteks ini sudah tentunya akhirnya nanti Majistret mempunyai budi bicara sama ada untuk membenarkan atau tidak.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak merujuk kepada seksyen 173(a) yang mana saya lihat pindaan seksyen 173(a) yang mana memasukkan selepas sub seksyen (7) iaitu subseksyen (8) yang mana, dengan izin, this section shall not apply, dengan izin:
(i) if the offender is charged with a serious offence,
(ii) if the offender is charged with the commission of an act of domestic violence as defined under section 2, of the Domestic Violence Act 1994
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua, bila melihat kepada pindaan ini, pada hemat saya tujuan pindaan ini adalah untuk menangani isu mahkamah mengenakan hukuman bon jaminan sahaja sedangkan kesalahan yang dilakukan adalah serius dan sewajarnya pesalah dihukum penjara. Contohnya, bagi sabitan atas jenayah rogol. Saya melihat apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Bukit Katil, saya rasa agak bersetuju, terutama daripada segi pelaksanaannya nanti.
Oleh sebab ia berkait rapat dengan masa depan keluarga tersebut. Terutama daripada segi perkaitan mereka yang terlibat dengan kesalahan jenayah rogol dan juga, dengan izin, Domestic Violence Act. Oleh sebab mungkin dalam konteks Mahkamah Syariah berbeza tetapi dalam konteks mahkamah yang berkaitan dengan sivil, sudah tentunya perkara ini juga harus difikirkan daripada segi pelaksanaan.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang seterusnya saya hendak merujuk kepada pindaan seksyen 265, seksyen Kanun Tatacara Jenayah ini yang dikaitkan dengan seksyen 265(a), 265(b) dan juga 265(c). Pada hemat saya, saya meneliti bagi menangani isu saksi yang enggan hadir memberi keterangan kerana bimbangkan keselamatannya terancam jika identitinya didedahkan. Dicadangkan supaya keterangan saksi itu dibenarkan untuk diambil dengan cara yang mana mereka tidak akan dilihat atau didengar oleh kedua-dua tertuduh dan peguamnya. Ini saya lihat daripada segi interpretasi saya, daripada segi prosedur.
Kedua, pindaan ini juga dicadangkan akan membenarkan suara saksi diubah sekiranya saksi merasakan bahawa suaranya mungkin akan dicam. Bagi maksud itu, seksyen 265(a), 265(b) dan 265(c) dicadangkan di atas pindaan ini. Seterusnya, saya lihat pindaan ini sangat penting kerana ia daripada segi natijahnya menjelaskan secara terperinci mekanisme pemberian keterangan oleh saksi yang dilindungi. Ia menyokong pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959, manakala seksyen 27(b), Kanun Tatacara ini memperuntukkan secara umumnya pemberian keterangan melalui video atau televisyen secara langsung.
Saya lihat peruntukan ini juga serupa dan juga wujud dalam peruntukan seksyen Akta Keselamatan Langkah-langkah Khas (SOSMA) yang telah dibuktikan daripada segi keberkesanannya dalam perbicaraan kes yang melanda di Lahad Datu baru-baru ini.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya kepada seksyen 294 yang mana, dengan izin, selepas seksyen 5, subseksyen yang berikut, seksyen 6...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Kuala Selangor, boleh tidak Yang Berhormat Kuala Selangor?
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Okey, sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Bagan Serai.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Kuala Selangor, saya ada dua perkara yang hendak tanya sini.
Sekali lagilah saya kena cakaplah. Bila saya cakap saja dia orang kata dia bukan lawyer, sebab itu dia cakap macam itu tetapi apa yang saya terfikir. Hendak tanya Yang Berhormat Kuala Selangor tentang saksi tadi yang diberi perlindungan itu. Setuju tidak Yang Berhormat Kuala Selangor, yang itu adalah sangat penting. Sebab apa, ramai orang tidak berani tampil ke hadapan sebab dia bimbang tentang keselamatan dia. Malah dia tahu dan dia lihat sesuatu, dia ada perkara hendak dicakapkan, dia sangat bimbang bukan saja dia tapi keluarga dia dan kawan-kawan rapat dia yang semuanya lepas ini mungkin terancam.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Jadi saya tanyalah Yang Berhormat Kuala Selangor, setujukah tentang perkara ini, pindaan ini dilakukan? Satu perkara lagi saya hendak tanya, Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya dengar tadi pembahas ada bercakap, kalau tidak silap saya Yang Berhormat Bukit Katil tadi cakap tentang mereka yang- contohnya kesalahan rogol kah tadi, yang kalau dia dimasukkan ke dalam penjara, selepas itu macam mana pula anak dan isteri dan keluarga dia. Kadang-kadang saya terfikirlah, mereka yang rogol ini, kerja dia rogol sahaja, dia rogol, rogol, rogol, kena tangkap...
[Disampuk] Rogol bersirikah. Akan tetapi perangai orang rogol ini dekat rumah macam mana agak-agak?
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Minta maaf Yang Berhormat, bukan kes rogol, kes rumah tangga. Janganlah putar belit. Kes rumah tangga dengan benda itu berbeza.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Pasal Yang Berhormat Kapar dia lawyer, dia tahu hendak cakap.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Bukan tahu hendak cakap, jangan putar belit. Tadi rogol itu lain, yang ini lain. Pandangan yang minta penjelasan daripada Menteri itu berbeza.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Akan tetapi dia pandai, dia bangun tidak ada siapa bagi, dia bangun.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Sebab saya kena betulkan. Kalau tidak, berputar belit sampai esok pagi.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Kenapakah dia bangun? Ini floor siapa ini?
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Saya hendak betulkan.
Belajarlah, belajar.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tiba-tiba pula dia bangun.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Ada orang bagi kah? Masalah Yang Berhormat Kapar ini. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Bukan Kapar salah, Yang Berhormat Bagan Serai memang salah. Kapar pandai hendak betulkan. Terima sahajalah kesilapan.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Kapar berdiri tanpa kebenaran pandai.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Kalau belakang tersilap, look at the mirror.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Saya nampak Yang Berhormat Kuala Selangor yang berbahas ini. Siapakah yang mencelah?
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Saya yang mencelah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Okey, okey.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Ini datang daripada mana ini?
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Saya mencelah dalam celahan untuk memperbetulkan Yang Berhormat Bagan Serai yang putar belit dari tadi.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak apalah, saya terdengar perbahasan tadi, celahan tadi, baiklah, rumah tanggalah. Kisah rumah tangga, domestik violencekah apa.
Jadi ada saya dengar tadi kalau dia dimasukkan dalam penjara, bagaimanakah keluarga dan anak dia? Akan tetapi, sebelum dia masuk penjara, apakah perangai dia?
Orang macam ini dia jagakah keluarga dia? Dia bagikah makan anak bini dia? Kerja dia, balik, kalau nasib tak baik, kalau tanya, dapat penamparlah. “Balik mana?” ‘Pang’ kena penampar, kena pukul, lebam-lebam. Dah itu bila kena tangkap, kita bimbang pula kalau dia masuk penjara macam manalah keluarga dia, macam manalah anak-anak dia. Yang Berhormat Kuala Selangor, saya hendak tanya Yang Berhormat Kuala Selangor. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Baling bangun, Yang Berhormat.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Okey.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Kuala Selangor, saya macam Yang Berhormat Bagan Serai. Yang Berhormat Bagan Serai seorang doktor.
Yang Berhormat Kapar lawyer, saya tidak boleh lawan dialah.
Akan tetapi saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Kuala Selangor, sama ada Yang Berhormat Kuala Selangor setuju atau tidak- sebelum itu saya hendak sebut sedikit, saya bukan doktor tetapi saya adalah seorang Pengerusi Pengaduan Awam yang banyak mendengar rintihan-rintihan kes-kes rumah tangga ini, yang mana lawyer Yang Berhormat Kapar sebut tadi, ini kes domestic violence, dengan izin. Jadi saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Kuala Selangor setuju atau tidak, dalam konteks kes ini, tadi ada yang sebut rogol, ada yang sebut violence. Violence dia punya terjemahannya tidak berapa tepat. Dia di antara violence, dia ada di bawah 506, criminal intimidation. Dia pernah jadi seksyen 323, 324. Maknanya mereka boleh jamin di mahkamah RM3000, RM2000, RM5000 atas budi bicara majistret tersebut, akan dikeluarkan. Akan tetapi kalau kita tengok hari ini, kita hendak memperjuangkan supaya mereka tidak dibenarkan diberi jamin. Betul atau tidak? Lawyer lebih tahulah.
Jadi dalam konteks tersebut, banyak isu yang saya dapat mereka melapor kepada saya, di antaranya berkaitan dengan takut, fobia. Bila mana fobia, mereka takut. Walaupun mereka dijamin dalam perhatian polis tetapi polis tidak mampu jaga semua kes rumah tangga ini. Dia hendak cari kes ragut, kes dadah, kes pencuri, perompak lebih banyak lagi.
Jadi, apakah Yang Berhormat Kuala Selangor setuju, dengan pindaan ini tadi dapat sedikit sebanyak mengurangkan institusi keluarga itu, domestic violence tadi, daripada takut supaya mereka diancam dan dicari balik oleh si suami ataupun keluarga suami ataupun si isteri dan sebagainya? Terima kasih.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Kapar dan juga Yang Berhormat Baling. Saya lihat semua mengikuti perkara ini dengan penuh beremosi dan juga- bukan beremosi tetapi dengan penuh khusyuk dan tawaduk lebih-lebih lagi melibatkan kes rogol dan Domestic Violence Act. Saya ucapkan tahniahlah.
Pertama saya hendak menjawab soalan tentang protection of saksi ini, dengan izin. Kalau kita lihat dengan pindaan seksyen 265A, 265B dan 265C, saya akui ada kalanya saksi ini dia takut hendak tampil ke hadapan mungkin disebabkan masalah keselamatan dia. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan tentang kes-kes yang berkaitan dengan kes jenayah yang terancang dan juga, dengan izin, organized crime. Saya lihat juga, bagaimana pindaan akta ini lebih memperkukuhkan, kalau kita lihat seksyen 265C, yang mana seksyen 265C, dengan izin, protection of identity of witness yang mana pindaan ini juga melindungi saksi tersebut dari segi nama, alamat rumah, termasuk juga wajah mereka, suara mereka sehinggakan saksi itu tidak akan diketahui untuk melindungi saksi-saksi ini supaya mereka dapat memberikan keterangan terhadap satu kes jenayah.
Mengenai tentang perkara yang dibangkit oleh Yang Berhormat Bagan Serai dan juga Yang Berhormat Baling. Saya akui daripada segi perkara yang berkaitan dengan- kita kena beza Domestic Violence Act dan juga kes rogol. Ia berbeza. Dengan izin, keganasan rumah tangga melibatkan rumah tangga tetapi kes rogol ini melibatkan jenayah yang mengakibatkan emosi seseorang itu dan ada akibat-akibat selepasnya. Oleh sebab itu saya setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Baling kerana bagaimana untuk memperkukuhkan daripada segi prosedur ini.
Kita lihat daripada segi pindaan ini, setelah saya lihat, seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah ini telah dipinda untuk memperkukuhkan lagi perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Baling dengan masukkan subseksyen 6 yang mana, dengan izin...
*[Membaca petikan] “This section shall not apply
(a) if the offender charged with a serious offence; or
(b) if the offender is charged with the commission of an act of domestic violence as defined under section 2 of the Domestic Violence Act 1994.”*
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Saya lihat daripada segi falsafah pindaan ini adalah untuk menangani isu mahkamah mengenakan hukuman bon jaminan sahaja selepas disabitkan dengan sesuatu kesalahan sedangkan kesalahan yang dilakukan adalah serius dan sewajarnya pesalah dihukum penjara, contohnya bagi sabitan atas jenayah rogol. Maksudnya, daripada segi prosedurnya jelas untuk melindungi terutama saksi-saksi tersebut.
Seterusnya perkara yang terakhir...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Mohon mencelah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Subang bangun, Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Selangor.
Yang Berhormat Kuala Selangor, saya bangun hanya untuk membetulkan sedikit hujahan tadi tentang penambahbaikan yang dibuat oleh peruntukan-peruntukan berkenaan dengan keganasan keluarga ataupun domestic violence. Saya setuju secara dasar dengan apa yang disebut. Hanya saya hendak betulkan sedikit fahaman Yang Berhormat Kuala Selangor tadi bila Yang Berhormat Kuala Selangor kata bila rujuk kepada pindaan tadi di mana kuasa untuk discharge, dengan izin, kuasa untuk discharge atau bagi conditional discharge telah dikeluarkan untuk kes-kes domestic violence pada peringkat mereka dituduh. Itu yang telah dibuat sekarang. Kuasa untuk memberi hukuman yang berbeza selepas sabitan masih kekal di bawah Kanun Tatacara Jenayah (CPC) di bawah seksyen 294 kalau tidak silap saya.
Saya tidak ada masalah dengan ini sebab apa yang berlaku di banyak kes, polis tangkap orang yang dituduh atas kesalahan keganasan keluarga itu bawa ke mahkamah tetapi tidak diambil serius dan banyak kes macam tidak diteruskan. Untuk menangani masalah itu, saya rasa pindaan ini telah dibuat supaya kes itu diteruskan. Akan tetapi lepas habis bicara, lepas disabit, memang dalam tangan hakim ada kuasa untuk tengok semua, mengambil kira semua keadaan dan memberi apa-apa hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dibuktikan di hadapan mahkamah.
Itu sahaja saya ingin betulkan. Terima kasih.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Yang Berhormat Subang atas pencerahan yang diberikan terhadap apa yang telah saya nyatakan. Ini dalam konteks amalan guaman yang mungkin beliau telah terlibat. Saya lihat ini sangat penting kerana dalam konteks persepsi rakyat terhadap pindaan ini, sudah tentunya mereka inginkan keadilan terutama dalam kes-kes yang melibatkan seperti apa yang dinyatakan sebentar tadi.
Seterusnya saya hendak melihat kepada perkara yang seterusnya mengenai seksyen 388A yang mana, dengan izin, when a person shall not be released on bail. Ini kerana apabila saya melihat pindaan kepada tatacara ini, tujuan pindaan ini adalah untuk tidak membenarkan jaminan diberikan kepada mana-mana orang yang menganggotai kumpulan jenayah terancang yang dipertuduh dengan kesalahan yang berat. Jaminan juga boleh dibantah dalam kes di mana anggota kumpulan itu tidak dipertuduh dengan kesalahan yang berat apabila sesuatu sijil dikeluarkan oleh Pendakwa Raya.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Apabila saya merujuk pada seksyen 386A, ini juga adalah untuk memastikan bahawa saksi akan memberikan keterangan, tidak akan merasa takut ataupun terancam.
Apabila saya lihat ini juga sangat penting kerana apabila pindaan ini dilakukan Tuan Yang di-Pertua supaya saksi tidak akan merasa takut dan juga gusar apabila diminta hadir memberikan keterangan di mahkamah dan dengan adanya satu tempoh masa yang ditetapkan seperti dalam seksyen 172B, clause 4, di bawah Kanun Tatacara Jenayah ini ia dapat mengimbangi kepentingan saksi ataupun orang awam dengan kepentingan tertuduh.
Pada hemat saya ia wajar dipertimbangkan.
Saya juga hendak merujuk pada seksyen 399A, pindaan kepada seksyen tersebut, dengan izin, evidence of report by an expert on matters relating to organized criminal group yang mana saya lihat peruntukan baru ini dimasukkan untuk penerimaan oleh mahkamah sebarang keterangan pakar berhubung dengan sesuatu kumpulan jenayah terancang sebagai suatu fakta dan andaian urutan daripada keterangan tersebut.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Kalau kita lihat daripada segi perkara yang menarik minat saya ialah, dengan izin, the court shall admit the evidence as prima facie proof of the facts, saya lihat pada pandangan hemat saya pindaan ini dibuat adalah supaya memudahkan pihak pendakwaan memasukkan keterangan berkenaan keahlian dalam kumpulan jenayah terancang.
Cadangan ini boleh dipertimbangkan oleh sebab ia mengimbangi kepentingan tertuduh dengan kepentingan awam secara keseluruhannya.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada seksyen 407, Kanun Tatacara ini yang mana dipinda dengan memasukkan subseksyen 2 iaitu subseksyen yang berikut, dengan izin, seksyen 407B, dengan izin, penalti, “Penalty if property has been disposed or cannot be traced”, yang saya lihat dari segi falsafah ataupun mengapa pindaan ini dilakukan pada hemat saya, peruntukan ini mengehendaki tertuduh yang kesnya telah dibuktikan untuk membayar penalti jika harta yang dirampas telah dilupuskan atau tidak boleh dikesan. Tujuan pindaan ini pada hemat saya dilakukan untuk memastikan bahawa sesuatu harta itu tidak sewenang-wenangnya akan dilupuskan oleh tertuduh tanpa sebarang tindakan yang boleh diambil terhadapnya.
Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya saya melihat dan meneliti tentang pindaan-pindaan yang dicadangkan oleh pihak kerajaan, saya besar ertinya untuk kita menyokong pindaan ini kerana pada hemat saya pelbagai kaedah engagement yang sudah dilakukan.
Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang melakukan pelbagai engagement untuk memastikan segala bentuk cadangan khususnya daripada pihak-pihak berwajib dan juga pihak-pihak yang mengamalkan amalan guaman ini dengan adanya pindaan-pindaan tersebut. Dengan ini saya menyokong penuh cadangan dan syor- syor pindaan oleh pihak kerajaan mengenai Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Subang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan dengan rang undang- undang untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah dan juga Akta Kanun Tatacara Jenayah
(Pindaan) 2012.
Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah ini adalah sangat penting dalam pengurusan sistem pengadilan untuk kes-kes jenayah dalam negara kita. Akta ini meliputi proses itu daripada awal sampai habis. Meliputi proses pada masa kesalahan itu berlaku, diperhatikan ataupun dikendali, proses macam mana dibawa kepada perhatian agensi- agensi penguat kuasa khususnya polis, kuasa-kuasa polis untuk menyiasat kesalahan- kesalahan itu dan juga prosedur membawa ke mahkamah dan seterusnya sampai habis bicara di mahkamah, hukuman dan proses rayuan.
Jadi dari semasa ke semasa kita faham, kita perlu mengkaji undang-undang yang sedia ada dan kalau perlu penambahbaikan kita perlu buat. Daripada segi itu, sebelum saya masuk secara khusus Tuan Yang di-Pertua dalam kandungan cadangan-cadangan spesifik dalam rang undang-undang ini, saya ingin membawa kepada perhatian Yang Berhormat Menteri tentang beberapa kes serius di mana berlaku pelanggaran hak asasi yang sangat teruk, sangat penting atau serius dan saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah tindakan-tindakan yang akan diambil oleh pihak kerajaan sebab dalam kes-kes itu dengan jelas telah berlaku salah laku oleh pihak penyiasat khususnya pihak polis yang telah menangkap dan menyiasat kes itu dan satu kes khususnya kes berkaitan dengan yang ditangkap dan ditahan bernama N. Dharmendran di mana kes beliau telah dibawa kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), istilah bahasa Inggeris.
Agensi ini ditubuhkan oleh kerajaan sendiri untuk menyiasat salah laku oleh agensi-agensi penguatkuasaan termasuk pihak polis (PDRM). Kes N. Dharmendran ini, saya akan sebut dua kes, Tuan Yang di-Pertua. Satu adalah berkaitan dengan mendiang N.
Dharmendran dan satu lagi kes ialah berkaitan mendiang Kugan.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Sebelum saya teruskan saya ingin mengisytiharkan kepentingan saya dalam kedua-dua kes ini sebab dalam kes Kugan saya telah hadir di mahkamah dalam kes itu sebagai peguam bela untuk keluarga mendiang.
Dalam kes N. Dharmendran terdapat peguam-peguam yang beramal di dalam firma guaman saya yang terlibat dalam kes itu. Kedua-dua kes ini merupakan kematian dalam lokap dan sebenarnya setelah kita meneliti fakta-fakta kes ini menunjukkan pembunuhan dalam lokap, dengan izin, they were killed in the lockup, they were murdered in the lockup. Sebab itu dalam kes N. Dharmendran pertuduhan di bawah Seksyen 302, di bawah Penal Code. Apa yang saya ingin bawa kepada perhatian Yang Berhormat Menteri dalam laporan yang cukup komprehensif yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan baru-baru ini mungkin sebulan, dua bulan dahulu, apa yang telah ditulis dalam laporan sebagai dapatan mereka ialah satu salah laku yang sangat serius di mana, dengan izin saya baca daripada muka surat 234 laporan itu di bawah tajuk, ‘Pakatan untuk membuat entry palsu salah nyata di buku harian balai station diary lockup D9’. Itu adalah antaranya yang disebut di sini dan juga di muka surat 240, di sini dapatan yang bertajuk, ‘Meminda (tampering) dalam meminda catatan dalam lockup diary’ itu. Saya terkejut apabila melihat pangkat pegawai-pegawai yang telah dinamakan dalam laporan ini dan saya akan baca syor selepas ini.
Nama-nama yang disebut di sini bukan, ada memang termasuk pangkat-pangkat bawahan, koperal, lans koperal, sarjan dan sebagainya tetapi nama-nama yang juga disebutkan termasuk pegawai kanan seperti senior assistant commissioner, nombor saksinya SP39 di sini. Senior Assistant Commissioner, Khairi Ahrasa- “A.H.R.A.S.A” Ejaan itu. Peringkat pegawai-pegawai Deputy Superintendent of Police (DSP) pun disebut dan pegawai-pegawai kanan disebut di sini.
Semua dinamakan dalam dapatan suruhanjaya selepas siasatan mereka sebagai pegawai-pegawai yang telah mengarahkan pemalsuan atau tampering catatan-catatan dalam lockup diary di dalam balai-balai berkenaan.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Saya alih kepada syor di muka surat 263, perenggan 32.19, dengan izin, saya baca. Ini syor Suruhanjaya ini ke Jabatan Peguam Negara dan sebab itu jabatan ini adalah di bawah penilaian Yang Berhormat Menteri. Saya minta pandangan dan komen daripada Yang Berhormat Menteri...
[Membaca petikan] “Jabatan Peguam Negara menimbang jika pertuduhan jenayah wajar dibawa ke atas pegawai-pegawai dan anggota-anggota yang dikenal pasti di perenggan 31.2, 31.3, dan 31.4 dalam laporan ini kerana pakatan atau persubahan dalam membuat atau memberikan kenyataan-kenyataan palsu atau gangguan tempering di dalam buku harian balai lokap D9 dan sebagainya”. Pegawai-pegawai semua dinamakan dalam perenggan-perenggan tersebut dan kenapa ini bukan pemalsuan atau tampering yang biasa Tuan Yang di-Pertua? Ini merupakan satu jenayah yang sangat serius ialah sebab jenayah yang utama ialah pembunuhan mendiang Dharmendran dalam lokap itu sudah berlaku dan buktinya sudah ada semuanya itu. Siapa yang membunuh itu, masih lagi jadi satu persoalan walaupun ada nama-nama yang dituduh. Bila kita bertindak untuk menutup atau cover up, dengan izin satu kesalahan macam begitu serius sebagai murder, kesalahan itu boleh dihukum kalau kita ikut Penal Code, boleh cukup hampir berat kalau kita buat pembunuhan itu when we cover up the murder. Ini bukan cover-up yang biasa. You are covering up a case of murder in the lockup. Jadi saya harap, kerajaan akan ambil serius perkara ini dan sebab inilah syor dan laporan daripada Suruhanjaya sendiri yang telah ditubuhkan oleh kerajaan dan saya minta pada Yang Berhormat Menteri, memberi pandangan dan apakah tindakan yang telah diambil setakat ini menurut laporan ini. Itulah persoalan yang pertama sebab ramai bila kita lihat jumlah pegawai-pegawai yang disenaraikan di dalam tiga perenggan yang disebut itu, ramai. Saya tidak mahu sebut di sini. Semua PDRM sudah macam membuat ini, tidak.
Akan tetapi apabila kita ada, dengan izin, bad apples macam ini yang muncul, yang telah dikenal pasti, kita mesti ambil tindakan yang tegas. Kalau tidak nama baik PDRM secara keseluruhannya akan dicemar dan akan terus dicemari.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Itulah pandangan saya dan pihak kerajaan yang bertanggungjawab untuk maintain integriti dan kewibawaan agensi-agensi ini mesti dilihat ambil tindakan yang tegas dalam hal ini. Kita tidak boleh harapkan pihak polis sendiri ambil tindakan sebab itulah agensi yang disalahkan di sini. Apa-apa tindakan yang wajar dibuat harus didatangi dari atas, it has to be top down dan Menteri yang ambil tanggungjawab mesti dilihat ambil tindakan yang tegas dan wajar untuk kes ini sebab kes-kes ini ada impak yang besar secara keseluruhan di masyarakat kita.
Kes yang kedua melibatkan mendiang Kugan berlaku pada tahun 2009 yang mana beliau ditangkap...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sebentar, sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, ada kaitan atau tidak dengan pindaan?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ini berkaitan dengan proses siasatan. Memang ada kaitan dengan undang-undang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Indirectly ya?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya. Kes Kugan, memang. Setiap kes fakta-fakta akan berbeza tetapi pokoknya adalah lebih kurang sama. Mendiang Kugan ditangkap, disimpan di lokap, kalau tidak silap saya di Subang Jaya untuk enam hari dan dalam enam hari itu dipukul teruk bertubi-tubi berterusan untuk enam hari sehingga dia mati. Akhir itulah memang satu pembunuhanlah dalam lokap.
Kes itu yang dibicarakan daripada segi tuntutan sivil dibawa ke mahkamah oleh keluarga beliau dan dalam penghakiman yang diturunkan di mahkamah, kita dapati dapatan-dapatan yang lebih kurang sama muncul dalam kes N. Dharmendran.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya baca dua perenggan sahaja daripada penghakiman itu untuk menunjukkan persamaan itu daripada segi salah laku yang dilakukan tetapi oleh pegawai-pegawai yang lain. Muka surat 371 di penghakiman yang diturunkan oleh Mahkamah Rayuan, ini sudah sampai ke peringkat sana, saya baca- inilah mereka ulang dapatan-dapatan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi.
Dia kata, dengan izin, dalam bahasa Inggeris saya baca...
[Membaca petikan] “Thirdly, there has been no disciplinary action taken against officers who had made an abated entries in the Station Diary, for every 4 hours of their rotation duty between 15 to 16 January 2009, and between 16 January and 20 January 2009. The entries which have been found to be false it must have been made with the knowledge and/or instruction of the superior officers in charge of the Taipan Police Station”. Itu perenggan yang pertama.
Perenggan seterusnya...
[Membaca Petikan] “The entries in the Station Diary by the officers during rotation of their duty every 4 hours have been found to be inconsistent and flies in the face of the grievous injuries found in both the post mortem reports”. Maksud hakim pada masa itu ialah semua catatan dalam lockup diary dicatat, “OKT dalam keadaan baik”. Itulah maksud mereka.
Akan tetapi pada masa itu sekarang sudah dibuktikan, OKT dipukul teruk dengan kecederaan yang ternyata yang very jelas atas badan dia sehingga dia mati pada akhir enam hari itu. Baik, so jadi faktanya yang pokok itu sama.
Kes ini sudah berlaku sejak tahun 2009 dan dalam keterangan di mahkamah, telah juga dibuktikan bahawa pada masa itu selepas kematian berlaku, ada satu pertemuan yang dianjurkan di IPK Shah Alam perbincangan untuk macam mana untuk antara pihak polislah macam mana hendak tangani kes ini.
Pada masa itu, Ketua Polis Negara sekarang pada masa itu ialah Ketua Polis Selangor yang bertanggungjawab untuk balai itu. Apa yang perlu disiasat di sini ialah macam mana pemalsuan lockup diary ini berlaku yang bertujuan dengan jelas ialah untuk, dengan izin, cover up again, sekali lagi untuk menutup, melindungi satu jenayah yang sangat serius iaitu pembunuhan dalam lokap.
Saya nampak dalam laporan daripada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, mereka pun ambil berat masalah ini dan dalam laporan mereka, pun ada satu syor sekarang yang saya juga minta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri, yang mana mereka syorkan.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Saya bacakan...
[Membaca petikan] “...bahawa kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara disyorkan supaya meminda peruntukan Kanun Keseksaan dan Akta Keterangan bagi memasukkan peruntukan anggapan atau presumption yang meletakkan beban bukti ke atas pegawai dan anggota yang menjalankan soal siasat ke atas orang tahanan sebagai bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan atau kematian yang dialami oleh orang tahanan sehingga dibuktikan sebaliknya oleh pegawai dan anggota yang mempunyai jagaan atau pengendalian atas orang tahanan tersebut”. Secara prinsip ini, memang wajar, sebab bila kita tangkap seorang, memang kita tangkap untuk tujuan siasatan. Itu ialah hak polis. Kita bagi mereka kuasa untuk itu. Akan tetapi apabila ada seseorang yang ditangkap dan disimpan dalam jagaan mereka, mereka mesti bertanggungjawab untuk keadaan yang ditangkap itu. Maksudnya, kalau dia sakit, kena bawa ke hospital, sebab kalau dia tidak boleh keluar dari lokap dan pergi ke hospital dan dia tidak boleh dipukul atau dicederakan sehingga mati seperti yang berlaku di dalam kedua-dua kes yang saya sebut ini kes Dharmendran dan kes Kugan.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Jadi saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah pandangan kerajaan atas syor ini, dan apakah tindakan-tindakan yang akan diambil? Isu kematian dalam lokap atau death in custody dianggap seluruh dunia ini sebagai jenayah yang sangat serius. Ini sebab agensi penguatkuasaan itu diberi tanggungjawab untuk kuasa yang begitu besar, kuasa untuk tangkap seorang dan simpan dalam lokap dan sebab itu kita mesti ada tindak balas yang wajar apabila kuasa yang besar itu disalah gunakan sehingga tahanan itu dibunuh di dalam lokap itu.
Tuan Yang di-Pertua, saya sekarang rujuk balik kepada pindaan-pindaan yang sekarang dicadangkan. Saya yakin ramai daripada Yang Berhormat telah memberi pandangan khususnya kepada pihak pembangkang juga. Saya memang anggap beberapa peruntukan ini sebagai pindaan yang positif khususnya pindaan-pindaan yang dibuat untuk memperkuatkan undang-undang yang berkaitan dengan keganasan keluarga atau domestic violence. Jadi apa pindaan ini, di mana dulu sebagai contoh masalah yang timbul daripada segi sikap polis kepada keganasan keluarga ialah mereka tidak ambil serius, tidak menganggap kesalahan itu sebagai seizable offence, dengan izin, di mana mereka boleh ditangkap terus sesiapa yang dituduh, suami atau isteri yang melakukan. Kadang-kadang ada satu, dua orang isteri juga yang melakukan keganasan itu tetapi kebanyakannya yang majoriti sangat besar 90 peratus orang lelaki atau suami.
Akan tetapi, polis enggan mengambil tindakan mengambil dan melihat kesalahan itu sebagai kesalahan ringan. Hari ini kita melihat pindaan yang menjelaskan mesti dianggap sebagai seizable offence, itu bagus juga. Saya tidak ada masalah dengan pengeluaran kuasa di bawah seksyen 173A di mana kuasa-kuasa untuk discharge bagi condition discharge pada peringkat pertuduhan tidak diberi lagi kepada mahkamah.
Pada masa yang sama, saya juga melihat kuasa di bawah seksyen 294 pun dikeluarkan. Itu bagi saya merupakan sesuatu yang keterlaluan. we have gone too far. Selepas bicara, selepas sabitan saya rasa kita perlu beri budi bicara, hukuman itu mesti diberi secara penuhnya kepada hakim atau kepada mahkamah. Kita tidak perlu ganggu budi bicara yang sedia ada supaya hakim boleh gunakan apa-apa, the range of option, dengan izin, dalam hukuman itu untuk beri hukuman yang setimpal dengan keadaan yang dibuktikan di hadapannya.
Jadi pengeluaran kuasa di bawah 294, saya baru perhatikan di fasal 9 itu, saya minta dikaji semula kalau boleh ditarik balik.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Yang Berhormat Subang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Silakan.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Subang. Saya ingin meminta komen daripada Yang Berhormat Subang mengenai perkara terakhir yang disebutkan tadi mengenai seksyen 294 ini.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Pada pandangan Yang Berhormat Subang adakah ini berpunca daripada beberapa keputusan perbicaraan di mahkamah yang kelihatannya tidak memihak kepada pihak pendakwa raya yang menyebabkan kelonggaran, kelegaan ataupun ruang untuk pihak hakim untuk membuat keputusan ini mesti dikekang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krau...
Seseorang Ahli
Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Kuala Krai.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yang Berhormat Kuala Krai atas soalan tadi. Saya tidak tahu, sebenarnya saya tidak tahu jawapan itu dan saya minta Yang Berhormat Menteri memberi pencerahan sedikit kenapa pindaan ini dicadangkan. Memang ini memberi kerisauan dan ini serupa dengan pindaan yang telah ditarik balik dan saya ucap terima kasih pindaan yang asal untuk di fasal 8 sekarang dibatalkan.
Akan tetapi memang cadangan itu bermasalah sebab itu pun adalah satu pindaan yang menyekat dan mengeluarkan bidang kuasa yang sedia ada, bukan bidang kuasa, budi bicara sedia ada kepada hakim dan serupa macam dibuat sekarang di fasal 9, di mana budi bicara di bawah seksyen 294 pun dikeluarkan. Namun fasal 8 telah ditarik balik sebahagiannya, bukan sepenuhnya sebahagianya tetapi pengeluaran kuasa 294 ini masih dikekalkan.
Bagi saya akhirnya kita mesti ada keyakinan itu dan kuasa mahkamah itu, mahkamah yang tahu perincian fakta kes yang berlaku, kesalahan yang telah berlaku dan dibuktikan di hadapan mereka. Mereka tahu semua latar belakang keluarga itu yang tertuduh dalam, luar dan sebagainya. Mereka mesti diberi budi bicara yang penuh untuk menurunkan apa-apa hukuman yang wajar.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang sekarang saya risau sangat dan saya ingin merekodkan bantahan yang tegas sekali ialah fasal 7. Fasal 7 ialah bertajuk, “Special provision relating to protected witness”. Kuasa ini sangat-sangat membimbangkan.
Ini memang saya nampak adalah unprecedented, di mana kita sekarang mengubah sistem perbicaraan kita untuk semua kesalahan yang serius dan telah memberi kuasa membawa saksi yang tidak boleh dilihat ataupun boleh didengar dengan suara yang asal, dengan izin, can you imagine? Suaranya pun boleh diubah, macam mana dengan sound distortion system kah, kita tidak tahu siapa dia dan macam mana saksi- keterangan macam ini boleh dibawa ke dalam mahkamah yang adil, bicara yang terbuka dan adil. Itu satu prinsip fundamental yang asas.
Kalau kita ganggu itu, mula roboh sistem pengadilan yang kita sudah tubuhkan dan ini satu ancaman yang secara terbesar. Pandangan saya dengan hormat, peruntukan ini bagi saya jelas melanggar Perlembagaan Malaysia kita. Perlembagaan Malaysia bab yang untuk menjamin hak asasi. Artikel 5, right to life sekarang telah ditafsirkan bermaksud- telah ditafsirkan beberapa kes sampai Mahkamah Persekutuan meliputi, dengan izin, procedural fairness. Procedural fairness is fundamental to the protection under the constitution dan…
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Kedah bangun.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Oh! Sorry, Yang Berhormat Kuala Kedah silakan.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Subang. Saya ingin komen Yang Berhormat, saya juga bila saya baca itu saya rasa sangat ngeri kerana saya ingat sungguh beberapa anecdote zaman darurat dan zaman pemerintahan Jepun. Saksi memakai hood dan itu saya ingat kisah- kisah yang dikisahkan kepada saya daripada bapa saya misalnya, sampai sekarang dikecam dan diingati sebagai perbicaraan yang tidak adil itu, satu.
Kedua, saya juga hendak tahu sebagai bukan pengamal undang-undang, apa weightage, apakah nilai kesaksian diberikan oleh saksi yang identitinya tidak diketahui, suaranya pun tidak dapat dikesan, tidak dikenali? Ini merupakan kebimbangan kita kerana kita memerlukan badan kehakiman yang integritinya sangat tinggi dan tidak dipersoalkan langsung untuk dia memproses evidence atau bukti begitu. Terima kasih.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya setuju dan contoh dari Jepun saya akan masuk dalam perbahasan saya juga.
Kita ada precedence yang kita tidak mahu ulang dalam sejarah perundangan negara kita. Pada masa kita ada Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) yang sangat zalim yang kita telah mansuhkan, masa itu pada tahun-tahun pertengahan kita bawa masuk peraturan atau regulation. Peraturan-peraturan istimewa what we called the extra regulation, dengan izin, itu ringkasan dia, dengan memberi kuasa yang sama di mana saksi boleh dapat ke mahkamah memakai hood macam yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Kuala Kedah, nama tidak tahu dan dia bercakap dalam mahkamah. Apa yang saya sangat bimbang dalam peruntukan ini kita bawa saksi yang kita tidak dapat tahu siapa dan hak untuk soal pun tersekat sangat sebab soalan-soalan yang berkaitan dengan identitinya akan disebut.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Jadi macam mana soalan boleh dibuat, sesetengah soalan yang akan ditujukan pun tidak akan dibenarkan sebab memang ada impak untuk mendedahkan siapa dia. Jadi bermaksud orang akan datang ke mahkamah, cakap tidak boleh disoal dan apakah sistem macam itu. Jadi ini yang saya tidak faham, manakah negara-negara lain di dunia ini yang buat? Masalah saya faham, masalah kita tahu, masalah saksi yang takut datang ke mahkamah, itu biasa khususnya dalam kes-kes organized crime, itu kita boleh cakap terus terang di sini. Itu fakta mana-mana sistem pengadilan di mana-mana negara di dunia, bukan khusus, special pada Malaysia. We don’t have a special society that has this problem. Masalah ini ada di semua negara. Kenapa kita tidak boleh belajar daripada negara-negara lain juga yang ada pengalaman ini.
Banyak negara, saya bagi contoh Itali ada mafia yang tersusun. Amerika Syarikat ada banyak organized crime yang tersusun yang pada masa dulu mereka sangat kuat juga.
Chicago is famous for the organized crime tetapi mereka berjaya bawa kes-kes ke mahkamah dan dakwa di mahkamah dan sabitkan sesiapa dan penjarakan mereka. Ada juga yang dihukum mati. Macam mana mereka buat, itu yang kita kena faham. Mereka tak kompromi prinsip yang asas itu iaitu kesalahan mesti dibuktikan di mahkamah terbuka.
Kesalahan yang sangat serius macam terrorism, itu pun dibuat macam itu.
Di Indonesia, kita tidak pergi jauh. Indonesia ada pengalaman terrorisme, they have the problem juga tetapi mereka tidak tutup masalah itu macam kita buat, kita tahan tanpa bicara. Mereka ada prinsip yang sangat penting. Terrorist akan dibawa ke mahkamah terbuka, kita bawa semua bukti, kita buktikan mereka terrorist dan kita hukum mereka. Itu yang selaras dengan agama-agama semua, agama Islam khususnya. Agama Islam mewajibkan kita buat macam itu, agama-agama lain pun macam itu. Prinsip hak asasi antarabangsa pun selaras dengan itu. Kenapakah kerajaan buat macam ini sekarang?
Meruntuhkan, ini akan menjejaskan satu fundamental principal dalam negara kita.
Kes di negara lain, di Amerika Syarikat sebagai contoh. Mereka pun masalah ini biasa. Saksi yang akan membantu membuktikan kesalahan organized crime sebagai contoh. Memang dia takut tetapi di sana dia berjaya buktikan itu. Mereka ada witness protection schemes. Skim-skim untuk melindungi dan memberi perlindungan kepada saksi.
Kita kena kaji, kena belajar dan bawa di sini juga macam mana kita boleh buat. Bukan meruntuhkan sistem keadilan itu daripada segi asas, from a basic practicing point of view.
Cadangan ini atau pindaan ini Tuan Yang di-Pertua, akan mencemarkan imej negara kita sebagai negara yang sekarang pergi ke belakang daripada segi perlindungan hak asasi, daripada segi etika kita, nilai keadilan kita dan sebagainya. Memang ini akan dikritik bukan sahaja di negara kita, di seluruh dunia.
Saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri, peruntukan ini mesti dikaji semula. Kerajaan boleh menggunakan majoriti dalam Dewan yang mulia ini untuk lulus, itu senang kita buat tetapi ingatlah apakah impak kepada sistem pengadilan yang telah ditubuhkan di dalam negara kita sejak 1957 apabila negara kita dilahirkan di bawah perlembagaan yang baru dan sekarang kita cemarkan perlembagaan itu dengan peruntukan seperti ini. Jadi ini sangat-sangat serius dan bagi saya kita tidak boleh terimalah cadangan-cadangan macam ini.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Saya ingin juga dengar, saya tidak berpeluang mendengar ucapan pembentangan asal daripada Yang Berhormat Menteri tetapi manakah bukti kes-kes kita, kenapa peruntukan macam ini diperlukan. Mana kes-kes yang kita sudah gagal untuk mendakwa, dan sabit di mahkamah sebab saksi tidak boleh datang. Bolehkah Jabatan Peguam Negara bagi mana bukti itu, baru kita boleh faham dan kita boleh menilai dan kata mesti ada langkah-langkah lain untuk memastikan atau membantu dan memastikan saksi-saksi ini berani datang dan beri keterangan di mahkamah. Kita kena fikir cara itu tetapi saya belum lihat dalam negara kita di mana kes-kesnya. Mana kes-kes yang tidak boleh didakwakan, mana kes-kes yang telah didakwa tetapi gagal sebab saksi tidak datang. Adakah sebab ia macam ini.
Di banyak kes di negara lain, mereka boleh membuat ini tanpa masalah yang besar dan mereka telah wujudkan sebab mereka pun ada masalah yang sama, mereka telah wujudkan skim-skim untuk melindungi saksi-saksi yang telah berjaya. Kenapa kita tidak boleh buat sedemikian dan kita sanggup menghancurkan prinsip asas dalam sistem pengadilan kita.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, bagi saya itulah peruntukan cadangan pindaan yang sangat bermasalah dan perlu kita kaji semula. Saya boleh yakin, saya boleh kata dengan 100 peratus peruntukan ini akan dicabar di mahkamah dan of course kita akan menunggu keputusan mahkamah but dengan jelaslah ini kita boleh kata adalah satu yang tidak selaras dengan khasnya yang dijamin di bawah perlembagaan kita sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, saya alih kepada pindaan yang membenarkan kes-kes diteruskan walaupun yang tertuduh melarikan diri. Saya cari fasal itu sekejap ya. Baik fasal 16 Tuan Yang di-Pertua. Dalam peruntukan baru ini, ini satu perubahan yang sangat significant dalam sistem kita sebab sebelum ini sistem kita tidak mengiktiraf trial in absentia, tidak, langsung tidak. Jadi ini satu perubahan yang sangat besar kalau ia dilaksanakan.
Sistem kita setakat ini sejak tahun 1957 sampai sekarang dan selaras dengan banyak negara yang lain, common law system semua tidak mengiktiraf trial in absentia tetapi ini akan dihalalkan, trial in absentia sekarang akan dihalalkan dengan pindaan ini.
Kita ada dua keadaan di sini Tuan Yang di-Pertua. Satu ialah tertuduh dibawa ke mahkamah, ditangkap, disiasat, dibawa ke mahkamah, selepas itu melarikan diri. Dalam keadaan itu bicara boleh teruskan sampai habis. Itu saya rasa boleh dipertimbangkan sebab sudah dihadapkan di mahkamah. Dia dituduh tetapi dia mungkin dijamin dan selepas itu dia larikan diri. Persoalan timbul, adakah dalam keadaan itu perbicaraan mesti diberhentikan dan semua proses itu berhenti macam itu dan tidak adil juga kepada mangsa, keluarga dan sebagainya. Akan tetapi peruntukan ini juga meliputi keadaan di mana kes- kes waran tangkap sahaja. Ini sangat berbahaya.
Bila kita masukkan ini untuk kes di mana waran tangkap hanya dikeluarkan untuk seorang suspek yang akan dihadapkan di mahkamah tetapi dalam kes keadaan itu pun kita boleh teruskan bicara apabila dia tidak hadir di mahkamah selepas kononnya dikatakan waran sudah diserahkan kepada dia, mahkamah boleh teruskan dengan bicara sebab dalam keadaan itu mahkamah belum nampak dia. Ini bergantung pada satu proses administratif yang kita tahu proses administratif adalah boleh kadang-kadang ada kelemahan. Betulkah waran itu disampaikan kepada orang yang dituduh itu, itu yang sekarang dimasukkan.
Dalam keadaan itu pun, bicara boleh diteruskan in absentia sampai hukuman. Bagi saya ini sudah keterlaluan. Kalau dia dihadapkan di mahkamah, itu lain. Proses itu sudah mula di hadapan hakim, selepas itu kalau tengah bicara dia larikan diri, itu keadaan lain. Di sini kuasa yang besar ini sekarang dilanjutkan untuk keadaan di mana tidak wajar lagi.
Hanya kita bergantung pada mungkin pegawai polis yang datang ke mahkamah nanti, ya waran dikeluarkan, saya sudah serahkan, dia tidak ada di sini. Atas itu saja, kita teruskan dan habiskan bicara dan kita akan hukum. Ini bagi saya merupakan satu bahaya yang besar.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kapar bangun.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya, ya sila.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Yang Berhormat Subang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya rasa sebelum pindaan ini, undang-undang lebih ketat supaya tak ada salah guna kuasa. Kesemua ruang perlu dikaji sebelum seseorang itu dijatuhkan hukuman. Akan tetapi dengan pindaan yang berlaku sekarang, membuka ruang untuk seseorang itu dijatuhkan hukuman dengan lebih senang. Ini membuka floodgates untuk seseorang yang dianggap sebagai suspek untuk dijatuhkan hukuman. Sebelum ini kita nampak undang- undang ketat. Jadi, konsep untuk jatuhkan hukuman kepada seseorang itu diambil berat melalui beberapa proses. Suspek kena hadir ke mahkamah, orang yang dituduh hadir ke mahkamah, dibicarakan dan sebagainya. Sekarang kita nampak pendakwa raya mengambil jalan yang lebih senang.
Tumpuan untuk jatuhkan hukuman lebih daripada proses untuk jatuhkan hukuman.
So, apakah pandangan Yang Berhormat? Oleh sebab saya berpendapat bahawa proses itu kena teliti, satu persatu and every angle kena tunjuk yang orang yang kena tahan ini, orang yang kena tuduh ini adalah bersalah. Akan tetapi sekarang doesn’t matter. Kita lebih kepada tangkap, terus hendak jatuhkan hukuman, so kita dah lari daripada konsep kes-kes yang melibatkan jenayah. Pandangan Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Yang Berhormat Kapar atas pandangan itu. Apa yang saya fahamlah dengan pindaan ini di fasal 16, di mana peruntukan baru seksyen 425(A) akan dimasukkan di dalam Kanun Acara Jenayah ialah perbicaraan itu akan diteruskan. Apa yang saya terangkan tadi ialah kita ada dua keadaan.
Keadaan satu ialah dia dituduh, didakwa di mahkamah, tuduhan dibaca dan sebagainya dan di satu peringkat selepas itu sebelum tamat perbicaraan, dia larikan diri. Itu satu. Yang kedua ialah hanya berdasarkan waran tangkap dikeluarkan dan OKT itu atau orang yang kena tuduh itu tidak hadir di mahkamah, mereka boleh teruskan dengan perbicaraan.
Mungkin Yang Berhormat Menteri akan berhujah check and balance atau protection itu ialah perbicaraan itu mesti dijalankan. Memang perbicaraan akan dijalankan, saksi akan dipanggil dan sebagainya. Akan tetapi bagi saya, ini memang membimbangkan.
Ini satu peruntukan yang bahaya.
Apa yang kita perlu fikirkan ialah ini ialah satu perubahan yang sangat asas yang tidak pernah dilihat dalam sistem kita. Kalau kita teliti semua sistem yang serupa dengan sistem perundangan negara kita, kita kaji semua Commonwealth system, kita mula dengan UK atau United Kingdom, di mana yang kita dapat undang-undang kita. India, macam Kanun Acara Jenayah kita dibawa dari India tetapi sebelum itu ia asal dari United Kingdom.
Kita tengok pada Australia, New Zealand, semua sistem ini, termasuk Amerika Syarikat.
Semua ini boleh dikatakan ialah Commonwealth systems. Ada nilai-nilai falsafah, prinsip yang sama dalam sistem perundangan jenayah mereka dan tidak pernah satu pun mereka tidak mengamalkan trial in absentia ini.
Jadi, ini bukan peruntukan yang kecil, ini bukan pindaan yang kecil. Jangan kita salah faham ini. Pindaan ini ialah sangat significant dan ada bawa transformasi atau perubahan yang sangat besar tetapi bukan baik. Ini bukan penambahbaikan, dengan hormat saya kata kepada Yang Berhormat Menteri. Ini akan juga bagi sayalah, ini merupakan satu regression, dengan izin, kita bawa sistem kita ke belakang dan bukan instead ke depan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, itulah pandangan-pandangan yang saya ingin kemukakan.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
[Bangun]
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yang Berhormat Kuala Krai?
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Yang Berhormat Subang, minta penjelasan sedikit.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya, silakan.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin memahami perkara 16 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang. Cuma dalam pindaan yang hendak dibawa ini, dalam perkara 425(A)(2) disebut a court may proceed, bukan shall proceed.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Jadi, sudah tentu saya rasa pihak kerajaan akan mengatakan the court may still have the discretion not to continue with the trial, because dia boleh ataupun tidak boleh.
Akan tetapi saya melihat ia suatu perbezaan daripada sistem-sistem seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Subang di negara-negara yang lain. Jadi, ini merupakan satu permulaan kepada introduction of trial in absence ini, mula-mula kita bermula dengan “may proceed.” Adakah kekhuatiran di sana suatu hari- a court shall proceed untuk melaksanakan trial in absence? Terima kasih.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai atas pandangan itu. Bagi saya, walaupun perkataan yang sekarang dimasukkan dalam peruntukan ini ialah istilah “may”, dan bukan “shall”. Effectnya sama, effect daripada segi amalan secara praktikal yang akan berlaku di mahkamah, sama. Walaupun perkataan itu “may”, bila situasi atau keadaan ini timbul di sesebuah kes yang selepas pindaan ini mula dilaksanakan, apakah alasan hakim untuk tidak meneruskan? Ini yang masalah dia.
So, kita akan melihat selepas peruntukan ini diluluskan dan diamalkan, semua kes yang memenuhi syarat ini, di mana OKT melarikan diri ataupun waran tangkap dikeluarkan, lepas itu tidak hadir ke mahkamah dan sebagainya, kes akan diteruskan. Oleh sebab proses perbicaraan itu dalam mana-mana sistem, termasuk kita punya ialah satu perkara kepentingan awam, it’s a matter of public interest. Satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan, tidak boleh diberhentikan secara sewenang-wenangnya.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Dengan izin.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Sekejap, just hendak habiskan the point. Sekarang sudah diperuntukkan kuasa untuk meneruskan. Jadi, mahkamah akan teruskan melainkan kalau ada alasan-alasan yang sangat kuat untuk tidak meneruskan dan saya tidak nampak dalam most cases lah itu akan berlaku. Silakan Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Yang Berhormat Subang. Saya just hendak tanya berkenaan dengan isu perbicaraan di dalam absentia, di mana seorang tertuduh itu melarikan diri dan sebagainya. Pada sistem kita sekarang, di mana berlakunya insiden seperti itu di mana seorang tertuduh melarikan diri, abscond for example, dengan izin, kita ada sistem di mana hakim akan mengenakan satu perintah yang dipanggil DNAA atau discharge not amounting to an acquittal, di mana pertuduhan itu masih wujud. Jadi, sekiranya tertuduh ataupun orang itu ditangkap ataupun dikesan pada masa depan, pertuduhan itu boleh diteruskan.
Now, saya ada dua soalan. Pertama sekali, adakah sistem itu yang kita ada sekarang itu sudah cukup? Is it not effective oleh sebab pertuduhan itu masih wujud, itu pertama. Nombor dua, sekiranya seorang tertuduh itu melarikan diri atau abscond, bukankah itu bermaksud beliau sudah berhenti memberi arahan kepada peguamnya? If, dengan izin, an accused abscond, can his lawyer continue representing him? Surely he would not have further instruction. Jadi, sekiranya lawyer tidak ada arahan lanjut untuk mewakili seorang tertuduh yang melarikan diri, adakah trial in absentia akan juga dijalankan tanpa peguam? Sekiranya tanpa peguam, bukankah ini merupakan satu penyalahgunaan proses, di mana satu perbicaraan in absentia, bukan sahaja in absentia of tertuduh tetapi juga in absentia of his counsel. Kalau itu berlaku, itu akan menjadikan satu perbicaraan di mana hanya hakim dan pendakwa raya yang meneruskan perbicaraan? Bukankah itu satu perkara yang tak masuk akal? Apakah pandangan Yang Berhormat Subang?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
A Kangaroo court.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor atas pandangan tadi.
Saya rasa soalan yang kedua lebih senang untuk dijawab dahulu. Bagi saya bila macam Yang Berhormat Bukit Gelugor sudah berpendapat apabila seorang OKT melarikan diri, peranan peguam tidak ada apa-apa makna lagi. Peguam tidak boleh hadir di mahkamah dan kata saya ada arahan daripada seorang yang sudah melarikan diri, tidak boleh. So, dengan secara automatik, apa-apa peranan yang dimainkan oleh peguam ini berhenti apabila OKT itu tidak ada di mahkamah. So, isu itu bagi saya lebih jelas dan lebih senang untuk dijawab.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Soalan yang pertama itu penting dan ini saya ingin tanya susulan daripada pandangan Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya akan minta masuk dalam ucapan saya.
Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah asas untuk membawa pindaan ini? Apakah pengalaman kita di mahkamah yang sedia ada sekarang yang menunjukkan masalah ini besar- masalah OKT melarikan diri? Apakah statistiknya?
Manakah kes-kes mereka? Apakah punca masalah itu? Kenapa agensi-agensi penguat kuasa yang berkenaan sama ada polis kah, kastam, imigresen kah, semua yang berkenaan, apakah peranan mereka? Kenapakah mereka tidak boleh kesan OKT yang melarikan diri ini? Adakah kelemahan di sana? Kita kena betulkan kelemahan-kelemahan di sana dan bukan mencari penyelesaian macam cara runtuhkan prinsip asas dalam sistem.
Jadi, dengan izin, what is the mischief you are trying to cure dengan pindaan ini but you are trying to destroy something far bigger, something far more important dengan membawa sistem ini? So, mana kes- kita kena tanya kepada agensi penguatkuasaan. OKT melarikan diri, kenapakah ia jadi dan kenapa tidak boleh cari dia?
So, sistem kita akan menjadi- I mean, bayangkan bicara macam ini, one sided lah.
Pendakwaan masuk bawa saksi, hukuman diturunkan. They are meaningless. Dan apa yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor, sistem yang sedia ada berjalan macam ini, bila OKT melarikan diri, mereka juga melakukan kesalahan tambahan. Selain daripada kesalahan yang mana dia dihadapkan ke mahkamah, bila dia melarikan diri, itu pun kesalahan.
Tanggungjawab agensi-agensi penguatkuasaan adalah cari dia. Sekarang dengan teknologi, dengan polis yang terlatih, itu bukan masalah yang sangat besar. Cari, tangkap dan bawa balik ke mahkamah dan dia akan dibicarakan untuk kesalahan itu juga. Itu yang patut dibuat. Bukan mulakan dengan buka pintu untuk kita pergi kepada sistem trial in absentia dan ini sekarang yang kita bawa dengan pindaan ini.
Jadi di dalam pindaan ini, saya perlu rekodkanlah bantahan yang cukup tegas. Kita boleh lulus sebab majoriti akan dipakai tetapi yang saya risau, the impact atau kecederaan atau damage yang kita lakukan kepada sistem pengadilan jenayah kita adalah sangat asas atau quite fundamental dengan pindaan ini dan juga pindaan yang membenarkan saksi- saksi dibawa dengan diselindungi daripada proses bicara dan sistem atau prinsip trial in open court iaitu satu sistem prinsip yang sangat asas dalam sistem kita.
Jadi dengan itu, saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua membenarkan saya membuat perbahasan ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sekijang.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk turut sama berbahas dalam pindaan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah ini.
Apabila membaca pindaan yang dicadangkan ini, apa yang dapat saya fahami ialah bagaimana undang-undang dalam negara kita ini dapat memastikan hak perlindungan kepada saksi, orang yang disyaki atau suspek kejadian jenayah tidak mudah terlepas serta memartabatkan institusi keadilan dan mahkamah.
Saya akan sentuh dua, tiga fasal sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Mengikut fasal 7, dengan kemasukan baru seksyen 265A, 265B dan 265C yang memberi peruntukan kepada saksi yang enggan identiti didedahkan diambil melalui tatacara khas. Apabila melihat peruntukan ini, saya merasakan ia satu keperluan bagi memastikan keselamatan saksi ini sentiasa terjamin memandangkan mereka yang melakukan jenayah berat serta serius ini ada yang didalangi oleh kumpulan besar yang lain.
Kita tidak mahu suatu yang buruk berlaku kepada saksi-saksi ini memandangkan mereka ini jika dilihat sebagai aset kepada sesuatu kes jenayah memandangkan melalui rekod yang boleh didapati daripada sesi soal jawab sesuatu kes itu, besar kemungkinan itu dapat diselesaikan dengan lebih awal.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Ini juga bagi menjamin wajah mereka yang tidak dapat diketahui oleh kumpulan jenayah besar lain yang mungkin dianggotai oleh tertuduh yang didakwa. Kita harus maklum apabila sesuatu kes dibicarakan di mahkamah, soal teknikal akan digunakan sebaik mungkin oleh kedua-dua belah pihak bagi membuktikan kewibawaan fakta sesuatu kes. Saya risau jika perlindungan kepada saksi ini tidak dipertingkat dan ditambah baik, kemungkinan saksi-saksi ini untuk mempunyai percanggahan keterangan kepada kes adalah lebih tinggi.
Justeru itu, peruntukan ini saya rasakan satu keperluan utama dan melihatkan rasional yang saya nyatakan di sini, ia perlu disokong.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Kedah bangun, Yang Berhormat.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat memberi peluang kepada saya.
Saya faham benar, seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Subang, tentang keperluan saksi itu diberi perlindungan dan saya tidak ada masalah dengan itu. Malahan, saya berharap supaya memang saksi dapat datang dengan selamat memberikan keterangan.
Cuma, saya hendak ingatkan bahawa wibawa saksi ini ialah satu isu yang sangat besar. Dalam sejarah manusia juga, kalau kita tengok semua peradaban Islam terutamanya, meletakkan syarat yang ketat untuk saksi. Mesti tidak fasiq misalannya, dan mesti tidak berbohong dan lain-lain lagi. Jadi bagaimana perkara itu, wibawa saksi ini, dapat dipertahankan kalau identitinya juga tidak dikenali? Terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam bangun, Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Sekijang.
Apa yang saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Sekijang ialah kita memikirkan tentang perlindungan saksi itu, itu benda yang bagus dan penting, tetapi bagaimana dengan hak yang tertuduh? Sekiranya orang yang menjadi saksi itu tidak dikenali, apakah jaminan bahawa yang tertuduh itu mendapat haknya untuk membela dirinya dengan sebaik mungkin sedangkan dia tidak tahu yang menuduh dia itu siapa? Lalu, bagaimanakah kita hendak menjamin keadilan?
Yang penting sekarang ini kita buat mahkamah, kita bayar gaji hakim yang tinggi, apa yang kita hendak capai ialah keadilan. Lalu dalam soal menjamin keadilan, pihak yang tertuduh ada kemungkinan dia tidak bersalah. Bukan semua yang dituduh polis mesti dia bersalah. Lalu, kita kena fikirkan juga macam mana kita hendak tentukan bahawa dia tidak dizalimi? Bila dia dituduh oleh seseorang, dia tidak kenali siapa, dia hendak bela diri dia macam mana? Macam mana dia hendak bela diri dia sedangkan maklumat tentang siapa orang yang menuduh dia itu, yang memberi maklumat dia itu adalah amat penting untuk memungkinkan dia membela diri?
Lalu di sinilah kita, seperti mana yang saya sebutkan pagi tadi, kita mesti bertindak dengan cara yang adil. Jangan kita fikir satu sudut sahaja. Kita kena fikir- okey, keselamatan saksi itu bagus, kita boleh fikirkan bermacam-macam cara untuk hendak jaga keselamatan saksi itu, tetapi bila kita sudah tidak beri hak kepada yang dituduh untuk membela diri dengan sepenuhnya termasuk dengan mengetahui siapa yang menuduhnya, yang mana mungkin bila diketahui yang menuduh dia ini orang yang ada dendam terhadap dirinya kah, apa kah, dan bermacam-macamlah? Macam mana kita hendak mengemukakan hujah yang juga akan membela orang yang tertuduh?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Jangan kita fikir, kita hendak tangkap dia, siapa yang dituduh, kita tangkap. Kita hendak mudahkan kerja untuk hendak tangkap, hendak masukkan penjara.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Itu bukan cara yang adil sedangkan keadilan itu menuntut supaya yang dituduh boleh kenal siapa yang menuduhnya supaya dia boleh membela diri. Apakah pandangan Yang Berhormat Sekijang? Undang-undang 101.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kedah dan juga Yang Berhormat Shah Alam. Kalau mengikut pandangan saya sebab saya bukan mahir dalam segi perundangan tetapi ini pandangan yang saya sebutkan tadi.
Antara sebab utama ialah kerisauan melihatkan kepada saksi yang akan berada di mahkamah nanti jika dapat diketahui. Contoh jika wajahnya dapat dikenal pasti mungkin jika kes tersebut ialah kes yang melibatkan jenayah yang besar ada kartel dan sebagainya ia mungkin akan menyebabkan keselamatan saksi itu lebih tidak terjamin sebenarnya. Itu kalau melibatkan kes yang besar contohnya melibatkan kartel-kartel yang saya sebutkan tadi.
Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua. Sebelum satu kes itu dibawa ke mahkamah sudah tentu pihak penyiasatan telah menjalankan tugas mereka dahulu dan ia akan dicadangkan kepada pihak AG sama ada perlu dibawa ke mahkamah atau tidak. Melalui ini jika seorang itu melalui siasatan awal pihak polis serta pihak siasatan lain mendapati terdapat kes yang perlu dibawa ke mahkamah. Maka sangatlah bertepatan melalui pindaan seksyen 173A agar suspek itu tidak dilepaskan atau dibebaskan dengan syarat atau tanpa syarat. Saya ambil contoh jika seorang saksi terlibat dengan jenayah terancang apabila mereka ini dibebaskan akan terdapat kemungkinan untuk mereka melarikan diri. Apabila ini berlaku, maka akan berlaku masalah ketika pendakwaan hendak dijalankan.
Selain itu bagi kes keganasan rumah tangga. Kemungkinan mereka yang disyaki ini untuk mencari ahli keluarga seterusnya boleh membawa ancaman kepada ahli keluarga orang yang disyaki ini. Jadi risiko ini dapat dikurangkan melalui pindaan seksyen 294.
Walaupun dikatakan mereka ini perlu mematuhi bon yang ditetapkan tetapi risikonya tetap ada. Maka sangatlah bersesuaian jika kita eliminate terus kemungkinan ini.
Tuan Yang di-Pertua, melalui seksyen baru 425A yang dicadangkan di bawah pindaan kanun ini saya melihat ia adalah satu yang sangat tepat. Sering kali kita melihat seorang dituduh cuba dengan sengaja melengah-lengahkan suatu perbicaraan. Ada beberapa kes yang mana orang yang dituduh pernah melengah-lengahkan perbicaraannya.
Ada satu kes yang pernah makan masa bertahun-tahun disebabkan perkara ini. Jadi sudah tentu sistem perundangan negara tidak dapat dijalankan dengan baik dan nasib mangsa tidak dapat ditegakkan dengan secepat mungkin. Sedangkan bukti serta fakta kes telah dapat diperkukuhkan lebih awal jika tiada tindakan melengahkan perbicaraan tersebut.
Selain itu seorang yang dituduh itu tidak mungkin lagi akan tidak hadir ke mahkamah memandangkan perbicaraan akan tetap diteruskan tanpa kehadiran mereka.
Apabila mereka tidak hadir ini sebenarnya satu kerugian bagi pihak tertuduh dalam proses membela diri. Jadi sudah tentu bagi seseorang tertuduh yang yakin mereka tidak bersalah akan memastikan perbicaraan mereka ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Ini sebenarnya adalah win-win situation kepada tertuduh serta mangsa. Bagi mereka yang tidak bersalah perbicaraan dapat diselesaikan lebih awal. Bagi mangsa jika terbukti tertuduh melakukan kesalahan, maka sistem keadilan akan dapat diangkat. Sudah tentu apabila ini berlaku stigma serta pandangan masyarakat terhadap institusi keadilan dan kredibiliti mahkamah dapat ditingkatkan. Jadi rakyat akan lebih percaya kepada mahkamah di negara kita.
Saya merasakan pindaan ini sebenarnya adalah baik buat sistem keadilan dalam proses perjalanan mahkamah di negara kita. Saya berharap melalui pindaan ini martabat institusi mahkamah akan dapat kita pertingkatkan dan rakyat dapat melihat sistem keadilan negara sememangnya dapat ditegakkan.
Untuk itu Tuan Yang di-Pertua saya menyokong pindaan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya habis?...
[Disampuk] Tidak boleh lebih lagi kalau duduk tempat lainlah. Ya sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Tuan Yang di-Pertua terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah sama-sama menyuarakan pandangan, cadangan dan juga turut memohon penjelasan yang lebih ketika membahaskan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015 ini mulai pada hari Selasa, semalam dan juga hari ini Rabu, 18 Mei.
Ingin saya hendak nyatakan di sini saya mendengar dengan amat teliti dan cuba memahami apa yang telah dikomen, dikritik. Kita mengambil pandangan tersebut sebagai satu cara untuk menambah baik rang undang-undang ini. Kalau kita lihat daripada rekod sebelum ini pada mulanya ia dibawa dibentangkan di sini, saya sendiri yang sebenarnya tidak bersetuju dengan beberapa provision, dengan izin, yang dimasukkan. Di mana saya sendiri meminta supaya ia dipinda.
Jadi sebab itu apa yang telah dinyatakan di dalam Dewan yang mulia ini sama ada bersetuju secara sepenuhnya, tidak bersetuju. Kita cuba menimbangkan apa yang telah dinyatakan supaya kita dapat menghalusinya lagi. Jadi saya amat menghargai pandangan dan cadangan yang telah diberikan dan kini akan memberi penerangan lanjut terhadap pertanyaan dan persoalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Bukit Gelugor dan juga Yang Berhormat Padang Serai. Mereka khuatir pindaan kepada seksyen 98, dan 117, menyebabkan tiada pengasingan kuasa antara peranan sebagai penyiasat, pendakwa dan hakim.
Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat telah menyatakan bahawa pindaan kepada seksyen 117 yang membenarkan Pendakwa Raya untuk hadir dalam prosiding reman dikhuatiri akan menyebabkan tiada pengasingan kuasa antara peranan sebagai penyiasat, pendakwa dan hakim. Kehadiran Pendakwa Raya adalah bergantung kepada jenis kes yang disiasat terutamanya bagi kes-kes berkepentingan awam. Kehadiran Pendakwa Raya ini adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan awam dan negara. Tujuan kehadiran Pendakwa Raya atau Timbalan Pendakwa Raya yang diberi kuasa ialah untuk memastikan terdapat alasan yang mencukupi di sisi undang-undang untuk tahanan reman dibuat dalam tempoh reman yang diperlukan.
Yang Berhormat Ipoh Barat sendiri semalam telah berkongsi pengalaman beliau dengan menyatakan bahawa ada masanya mahkamah dan pegawai polis tidak memberikan alasan dalam permohonan reman dapat dielakkan. Oleh yang demikian kehadiran Pendakwa Raya dalam permohonan reman akan memastikan tempoh reman yang dipohon oleh pihak penyiasat adalah munasabah berdasarkan graviti kes dan pihak penyiasat diselia daripada menyalahgunakan permohonan tempoh reman seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat semalam. Kehadiran Pendakwa Raya ini juga akan memastikan tempoh yang munasabah untuk penyiasatan dipohon dan hak suspek juga dilindungi. Kehadiran pendakwa raya bukanlah bertujuan untuk mencampuradukkan peranan penyiasat, pendakwa dan hakim. Akan tetapi ia adalah untuk memastikan ada alasan yang boleh menjustifikasikan tempoh tahanan dilanjutkan.
Pendakwa Raya berperanan memastikan siasatan yang menyeluruh dijalankan oleh pihak penyiasat untuk membolehkan keputusan dicapai sama ada terdapat keterangan yang mencukupi untuk pertuduhan dibuat dan tempoh tahanan bergantung kepada alasan untuk tahanan dilanjutkan bagi memastikan siasatan kes dilengkapkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri
Hakim bebas membuat keputusan berhubung tempoh tahanan ini. Setelah berpuas hati dengan alasan yang diberikan sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 117 yang menyatakan, dengan izin, the accusation or information is well founded atau jika tiada alasan yang diberikan tidak melanjutkan tempoh tahanan reman berdasarkan hujahan peguam dan pendakwa raya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri
Kedua juga dari Yang Berhormat Ipoh Barat dan juga Yang Berhormat Bukit Gelugor. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Barat dan juga Yang Berhormat Bukit Gelugor berpandangan bahawa perbicaraan tidak seharusnya diteruskan tanpa kehadiran OKT ataupun Orang Kena Tahan. kerana ia akan mengabaikan hak Orang Kena Tahan.
Untuk makluman hak OKT tidak dinafikan di bawah peruntukan seksyen 425A Kanun Tatacara Jenayah ini. Ini kerana tertuduh diberikan peluang untuk hadir ke mahkamah dan mendengar keterangan saksi-saksi pendakwaan bagi kes yang dihadapkan terhadap beliau. Sekiranya tertuduh gagal hadir pada tarikh bicara, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap beliau dan waran tangkap tersebut perlu dikuatkuasakan.
Namun sekiranya mahkamah berpuas hati demi keadilan, adalah tidak wajar lagi kes ditangguhkan untuk kehadiran tertuduh sehingga waran tangkap dikuatkuasakan, mahkamah bolehlah pada bila-bila masa meneruskan dengan perbicaraan. Dalam apa-apa keadaan pun, hakim perlulah berpuas hati bahawa kes wajar diteruskan setelah syarat seksyen ini dipenuhi iaitu tertuduh telah melarikan diri ataupun abscond, dengan izin, setelah pertuduhan dibuat ke atasnya. Perlu diingatkan keadilan dan hak asasi bukan sahaja kepada OKT tetapi hak mangsa juga perlu dilindungi.
Daripada segi peruntukan mengenai adverse inference, dengan izin, di bawah subseksyen (4) ini adalah selari dengan peruntukan seksyen 8, Akta Keterangan 1950.
Misalan (h) dan (i) yang membolehkan pendakwaan menggunakan fakta bahawa tertuduh telah melarikan diri setelah mengetahui siasatan dijalankan ke atasnya fakta relevan dan boleh digunakan bagi menunjukkan kelakuan tertuduh adalah berkait dengan pertuduhan ke atasnya.
Berhubung dengan statistik bilangan kes OKT yang melarikan diri seperti mana
yang diminta oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, datanya adalah seperti berikut
| Tahun | Jumlah (Orang) | |||
|---|---|---|---|---|
| 2013 | 1215 | |||
| 2014 | 1560 | 2015 | 1157 |
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ipoh Barat bangun.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ya terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih kepada jawapan tersebut. Yang Berhormat Menteri saya khuatir kerana pada pengetahuan saya situasi yang sama ada di England, di India dan sebagainya tetapi mereka tidak perlukan satu perubahan yang sangat drastik di mana kes dijalankan tanpa accused in court. Nampaknya ada kesegeraan, ada sesuatu yang tidak kena. Apakah sebabnya ia perlu? Walhal untuk 58 tahun kalau kita tidak perlu dan di negara-negara yang maju tidak perlu menggunakan sedemikian. Kenapa kita pula adakan rang undang-undang perubahan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya Yang Berhormat Bukit Gelugor bangun Yang Berhormat, Hendak bagi?
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
Dengan izin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan isu yang timbul iaitu ketidakhadiran seseorang tertuduh semasa perbicaraan. Sekiranya tertuduh itu berhak untuk diwakili peguam di sisi undang-undang iaitu a constitutional right to be represented, bukankah sesuatu perbicaraan yang dijalankan in the absence of tertuduh di mana peguam beliau terpaksa untuk menarik diri, itu akan bercanggah dengan the Federal Constitution dan kalau kita selalu khuatir dengan isu seorang tertuduh abscond, apa yang kita buat dengan kes-kes yang lebih serius seperti Altantuya di mana Sirul melarikan diri.
What steps have been taken by the government until today to trace Sirul from Australia, dengan izin. Isn’t that a more pressing issue di mana apakah figure ataupun what are the figures, dengan izin, kenapa kita perlu ada satu perubahan undang-undang yang sebegitu drastik sehingga kita boleh menjalankan satu kes tanpa tertuduh, tanpa peguamnya. Hanya dalam kehadiran Pendakwa Raya dan Hakim.
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh - Bukit Gelugor
How is that the fair thing to- why are we taking such drastic steps? Bukankah keadaan pada masa sekarang di mana hakim mempunyai kuasa untuk DNAA, bukankah itu cukup. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam bangun Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Lebih kurang sama saja tetapi dengan mungkin...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Nada yang berbeza.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Nada dan cara yang berbeza. Kita memahami dan mengakui bahawa kehadiran yang tertuduh dan peguamnya untuk membela diri satu prinsip keadilan yang tidak boleh kita gadaikan. Bagaimana kita boleh menjalankan satu perbicaraan tanpa adanya satu pembelaan terhadap yang tertuduh. Apa makna keputusannya kiranya akhirnya tetap dikatakan dia bersalah tetapi the whole process is flawed, dengan izin.
Saya merasakan bahawa dengan adanya peruntukan yang sebegini rupa, kita membuka pintu untuk melihat banyak kes yang akan berlaku di mana akan adanya perbicaraan tanpa adanya kehadiran orang yang tertuduh dan the whole process itu sudah tidak bermakna ya.
Saya berasakan lebih baik untuk kita mengkaji mana masalahnya yang boleh menyebabkan orang-orang ini boleh abscond dan seperti mana yang saya sempat dengar apa yang disebut oleh Yang Berhormat Subang dalam suasana keadaan yang ada sekarang ini, dunia yang moden dan teknologi yang hebat, saya tidak percaya bahawa kalau ada usaha yang bersungguh-sungguh yang menelan, yang boleh kita belanjakan RM2.6 bilion dan sebagainya untuk hendak cari orang-orang yang tertuduh ini supaya dia datang, dia hadir dan sebagainya, kita akan gagal. Kecuali kalau memang tidak ada satu usaha yang benar-benar bersungguh. Lalu bila kita membenarkan perkara ini dan kita menganggap ia satu perkara yang biasa, semua akan buat perbicaraan tanpa hadirnya orang yang tertuduh. Tidak perlulah bersungguh-sungguh hendak cari kerana macam mana pun akhirnya kita akan bicarakan itu juga dan saya rasa itu satu kompromi yang matter of principle yang tidak boleh saya terima. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ada lagi bangun.
Tidak ada lagi. 1 minit saja.
Puan Hajah Nancy bin Shukri
Terima kasih Yang Berhormat. Ketiga-tiga Yang Berhormat semua isu yang sama. Jawapannya ada sini tapi saya rasa saya hendak menghalusi lagi jawapan ini supaya saya dapat menjiwai apa yang saya hendak jawab.
Sebenarnya ada tapi a very simple answer which I cannot, I belum dapat menjiwainya. Jadi itu saya rasa saya boleh sambung nanti sebab saya belum habis dengan isu-isu yang diutarakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat but anyway, insya-Allah esok saya akan sambung. I’ve got the answer sini. Saya janji okey. Terima kasih.
Saya teruskan dengan Yang Berhormat Ipoh Barat mengapa mesti ada minimum amaun yang ditetapkan. Untuk makluman, jumlah yang ditetapkan sebelum terlalu rendah iaitu tidak melebihi RM100.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat,
Puan Hajah Nancy bin Shukri
Tujuan....
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
You have the whole night to perhalusi jawapan. Boleh sambung esok.
Puan Hajah Nancy bin Shukri
Ya, sambung esok ya. Kalau boleh email awal- awal soalan lagi bagus. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10, hari Khamis, 19 Mei 2016.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang]