Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan perasaan yang amat dukacita saya ingin memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa Allahyarhamah Dato' Noriah binti Kasnon, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Ahli Parlimen Sungai Besar dan Allahyarham Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Kangsar telah pun kembali ke Rahmatullah dalam satu tragedi nahas helikopter di Batang Lupar, Sarawak pada Khamis, 5 Mei 2016 bersamaan 27 Rejab 1437 Hijrah yang turut mengorbankan empat lagi nyawa.
Sesungguhnya pemergian Allahyarhamah dan Allahyarham merupakan suatu kehilangan yang amat besar kepada negara. Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan ini dan pihak Parlimen seluruhnya ingin merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Dato' Noriah binti Kasnon. Begitu juga kepada keluarga Allahyarham Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad. Saya ingin merakamkan takziah kepada isteri Yang Berbahagia Datin Mastura binti Mohd Yazid serta seluruh ahli keluarga Allahyarham.
Saya mengharapkan seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Dato’ Noriah binti Kasnon dan Allahyarham Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terus tabah dalam menghadapi situasi ini. Kita berdoa moga-moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan Allahyarham serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Allahyarhamah Dato' Noriah binti Kasnon adalah seorang pemimpin yang berwibawa yang sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat.
Beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sungai Besar semenjak tahun 2004 sehingga kini.
Allahyarhamah berkebolehan tinggi memainkan peranan yang penting terutamanya dalam menerajui beberapa kementerian sebagai Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri Kabinet. Antaranya, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Timbalan Menteri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Ahli Parlimen kawasan Sungai Besar.
Allahyarham Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad pula adalah Ahli Parlimen Kuala Kangsar semenjak 16 Mei 2013 sehingga kini. Allahyarham juga adalah merupakan Pengerusi Malaysia Palm Oil Board (MPOB). Sesungguhnya jasa dan pengorbanan Allahyarhamah dan Allahyarham amat besar dan bermakna dalam menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Oleh yang demikian saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bangun. Kepada yang beragama Islam diminta menghadiahkan Al- Fatihah kepada roh kedua-dua dan kepada yang bukan beragama Islam diminta bertafakur selama satu minit. Al-Fatihah.
[Ahli-ahli bangun membaca Al-Fatihah dan bertafakur selama 1 minit]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih sila duduk.
1. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh] minta Menteri Kewangan menyatakan, kedudukan prestasi ekonomi negara berdasarkan landskap ekonomi dunia ketika ini setelah ringgit mula kukuh dan telah mencapai tahap tertinggi pada 14 April 2016 iaitu RM3.8650 berbanding Dolar Amerika atau peningkatan sebanyak 11 peratus sejak akhir 2015.
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Chua Tee Yong
Tuan Yang di-Pertua, prestasi ekonomi negara dijangka kekal kukuh pada tahun 2016 meskipun berhadapan dengan persekitaran luar yang tidak menentu termasuk pertumbuhan negara China yang sederhana, volatility kewangan global dan harga komoditi yang tidak menentu. Walau bagaimanapun pertumbuhan ekonomi negara dijangka terus berkembang dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh terutamanya oleh perbelanjaan sektor swasta yang dijangka kekal stabil mencatat pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus, menyumbang 54.9 peratus daripada KDNK pada tahun 2016.
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Chua Tee Yong
Sungguhpun negara berhadapan dengan kejatuhan harga minyak, namun langkah proaktif kerajaan semasa pembentangan Pengubahsuaian Bajet 2016 untuk mengautonomikan perbelanjaan awam dapat memastikan defisit akan kekal rendah pada paras 3.1 peratus daripada KDNK. Selain itu, Malaysia mempunyai kelebihan sebagai pusat perniagaan dan pelaburan. Ini dicerminkan oleh pengiktirafan badan dan agensi penarafan luar negara. Malaysia berada di kedudukan ke-18 daripada 189 buah negara dalam Doing Business Report 2016 oleh Bank Dunia. Malaysia turut memperbaiki kedudukannya dalam Global Competitiveness Report 2015-2016 oleh World Economic Forum daripada tangga ke-20 ke tangga ke-18 menjadikan Malaysia antara 20 buah negara paling berdaya saing di dunia. Selain itu, Malaysia berada pada kedudukan 14 daripada 61 buah negara dalam IMD World Competitiveness Yearbook 2015. Bagi tahun 2016, pelaburan swasta dijangka meningkat 5.5 peratus dengan peratusan pelaburan swasta kepada jumlah pelaburan dijangka kekal tinggi sebanyak 65 peratus mencerminkan aktiviti sektor swasta yang cergas. MIDA menjangkakan pelaburan asing sebanyak RM40 bilion dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan bagi tahun 2016.
Perangkaan terkini menunjukkan bahawa prestasi ekonomi negara terus berkembang meskipun berhadapan dengan ketidaktentuan persekitaran luaran. Dalam tempoh suku pertama 2016, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar berkembang 4.2 peratus terutamanya disokong oleh aktiviti ekonomi domestik. Jumlah pelaburan mencatat pertumbuhan sederhana sebanyak 0.1 peratus berikutan penurunan pelaburan awam dan pertumbuhan sektor swasta yang lebih perlahan berikutan sentimen perniagaan yang lebih berhati-hati dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu.
Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi diimbangi oleh kerancakan penggunaan swasta yang berkembang 5.3 peratus disokong oleh pertumbuhan upah dan pekerjaan. Tambahan daripada itu, penggunaan awam juga meningkat sebanyak 3.8 peratus disokong oleh perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan. Dari sudut penawaran, kesemua sektor ekonomi terus berkembang kecuali sektor pertanian. Sektor pertanian mencatat penurunan sebanyak 3.8 peratus disebabkan oleh pengeluaran minyak sawit yang lebih rendah berikutan fenomena El-Nino yang menjejaskan pengeluaran hasil tandan segar.
Walau bagaimanapun, sektor perkhidmatan terus menerajui pertumbuhan meningkat sebanyak 5.1 peratus diikuti oleh sektor pembuatan yang mencatat pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus. Perkembangan ini adalah hasil daripada pelbagai inisiatif yang diambil untuk mempelbagaikan ekonomi negara serta meningkatkan daya tahan dan daya saing negara. Tambahan pula asas-asas ekonomi yang mampan seperti kadar pengangguran yang rendah, sistem kewangan yang teguh dan rizab antarabangsa yang tinggi turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Kedudukan mata wang Ringgit semakin pulih dan Ringgit menambah nilai sebanyak 9.4 peratus berbanding Dolar Amerika Syarikat dan antara 4.4 peratus sehingga 9 peratus berbanding semua mata wang serantau dalam tempoh suku pertama 2016.
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Chua Tee Yong
Penambahan nilai Ringgit disebabkan oleh sentimen pelabur yang lebih baik yang didorong oleh faktor luaran dan domestik. Faktor-faktor utama yang menyokong kekuatan ringgit termasuk kelemahan Dolar Amerika Syarikat berbanding mata wang lain, penunjuk data ekonomi domestik yang lebih baik daripada jangkaan juga turut membantu meningkatkan sentimen pelabur dan menyumbang kepada peningkatan minat terhadap aset kewangan Ringgit.
Dalam tempoh suku pertama 2016, prestasi ekonomi negara dilihat kembali pulih.
Eksport berkembang 1 peratus kepada RM185.2 bilion. Pertumbuhan eksport disokong terutamanya oleh eksport barangan pembuatan seperti elektronik dan komoditi kimia dan bahan kimia, barang perkilangan logam, jentera, perkakasan dan peralatan. Import barangan penggunaan meningkat dua angka sebanyak 24.6 peratus mencerminkan pengeluaran swasta yang berdaya tahan. Sementara itu, kelengkapan E&E mencatatkan pertumbuhan sebanyak 8.7 peratus. Eksport E&E terutamanya semi konduktor dijangka mengimbangi permintaan yang berkurangan bagi minyak mentah dan LNG.
Selain itu, nisbah Book-to-Bill bagi bulan Mac 2016 mencatatkan 1.15. Nisbah Book-to-Bill telah melebihi paras satu semenjak Disember 2015 yang merupakan petanda baik bagi Malaysia. Pengukuhan ekonomi Amerika Syarikat dan Jerman turut akan meningkatkan permintaan bagi semi konduktor. Ekonomi negara akan terus berkembang disokong oleh asas ekonomi yang luas, kekukuhan daya tahan dan peningkatan daya saing serta kedudukan kewangan yang mampan. Sehubungan itu, kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2016 dijangka kekal kukuh dan akan mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu antara 4 peratus hingga 4.5 peratus pada tahun 2016. Sekian, terima kasih.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pihak kerajaan kerana berjaya untuk menguruskan ekonomi negara dalam saat yang boleh dianggapkan sukar terutama sepanjang suku tahun pertama 2016 [Tepuk] Seperti mana yang kita tahu, bahawasanya keadaan pengurusan ekonomi menjadi lebih sukar lagi apabila keadaan domestik yang tidak menentu terutama dengan timbulnya pelbagai isu yang dibangkitkan yang mungkin menyebabkan terhakisnya keyakinan para pelabur untuk terus melabur dalam negara kita.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, berasaskan kepada petanda sedikit penurunan dalam pertumbuhan ekonomi pada suku tahun pertama pada tahap kira-kira 4.2 peratus yang masih lagi dalam jajaran unjuran antara 4 peratus ke 4.5 peratus dan seperti mana yang kita tahu peranan penggunaan swasta dan pelaburan swasta dalam sektor ekonomi negara kelihatan semakin meningkat.
Apakah langkah-langkah strategik seterusnya yang akan dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan dorongan untuk peranan sektor swasta terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara seterusnya. Apakah keadaan ekonomi yang terurus dengan baik ini antara punca Barisan Nasional menang cemerlang dalam pilihan raya di Sarawak baru-baru ini [Tepuk] Sekiranya keadaan ini akan berterusan lagi, apakah Yang Berhormat meramalkan Barisan Nasional akan menang cemerlang pula dalam dua pilihan raya kecil yang akan datang.
Datuk Chua Tee Yong
Terima kasih atas soalan tambahan. Untuk merancakkan lagi ekonomi dan juga menggalakkan pelaburan pihak swasta, dalam Bajet 2016 dan juga dalam Pengubahsuaian Bajet 2016, kerajaan telah memberi penekanan untuk agar lebih banyak insentif dan juga penolakan cukai diberi khususnya untuk perusahaan industri sederhana atau SME supaya mereka meningkatkan dari segi pelaburan dan pengeluaran mereka.
Sebagai contoh, kita mengadakan subsidi interest untuk syariah-compliant loan dan juga memberi R&D dari segi penolakan cukai dan juga telah memberi khususnya pelbagai inisiatif melalui MIDA dan MITI khususnya untuk penolakan cukai bagi SME atau perniagaan-perniagaan yang mengeksport barangan mereka. Ini adalah bertujuan untuk terus membangun dan memastikan negara kita adalah stabil.
Dari segi kewangan pada masa sekarang, kita melihat trend harga minyak juga mula stabil. Pada purata untuk quarter pertama atau suku pertama, harga minyak puratanya ialah sebanyak USD34.
Datuk Chua Tee Yong
Pada bulan April dan Mei ialah sebanyak USD42 dan USD45. Kita yakin dengan adanya kestabilan harga minyak, tentu kerajaan akan melihat bagaimana kita boleh melaksanakan lebih banyak langkah untuk mengurangkan boleh dikatakan beban rakyat atau meningkatkan dari segi perbelanjaan untuk merangsang ekonomi lagi.
Datuk Chua Tee Yong
Selain daripada itu, kita lihat memang dari segi baru-baru ini keputusan cemerlang Barisan Nasional di Sarawak haruslah kita mengatakan tahniah kerana mereka memilih boleh dikatakan parti yang tepat. Di mana sekurang-kurangnya tiada pertindihan seperti Pakatan Harapan yang mempunyai- walaupun sudah mula tetapi pada masa sekarang mereka masih bertanding sama-sama. Tidak boleh mempunyai satu boleh dikatakan hala tuju yang sama. Maka, dalam pilihan raya kecil saya haraplah kita semua bersama-sama boleh menolong untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Apa ini jawapan tidak berkaitan.
Datuk Chua Tee Yong
Sekian, terima kasih.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang bagi pihak sebelah sana amat meyakinkanlah, perkembangan ekonomi on track dan sebagainya dan diberikan hujah bahawa kemenangan di Sarawak itu sebagai tanda bahawa rakyat menerima. Akan tetapi saya masih ingat di Sarawak, Ketua Menteri menekankan bahawa masalah-masalah yang hendak di bawa ke Sarawak ini tidak ada kaitan dengan Sarawak, 1MDB contohnya di Semenanjung. Jadi, Sarawak tidak ada kaitan. Jadi, ertinya kalau benar...
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat. Itu sebab apabila soalan itu di campur aduk dengan politik, ini jadinya. Lain kali jangan campur adukkan dengan politik. Soalan jawab dengan baik. Sila Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, maksud saya tadi, pilihan raya kecil di Semenanjung ini berbeda kerana isu yang ditolak di Sarawak itu adalah isu Semenanjung. Jadi Tuan Yang di-Pertua, laporan daripada media tiga hari yang lepas menyebut bahawa kita punya akaun semasa susut sebanyak RM5.5 bilion dan juga defisit akaun perkhidmatan pada RM6.8 bilion. Ertinya, all is not well. Malah, Fitch dan Standard & Poor’s Global Rating menzahirkan kebimbangan masa depan isu yang kita bangkitkan selama ini, 1MDB yang dilihat mampu menjejaskan kestabilan. Jadi, saya ingin bertanya satu soalan yang khusus yang juga merupakan satu indicator kedudukan ekonomi kita iaitu berapakah jumlah pelaburan asing yang telah dibawa keluar daripada negara kita ini sebagai menggambarkan satu suasana kurang yakin terhadap ekonomi negara. Terima kasih.
Datuk Chua Tee Yong
Terima kasih atas soalan tambahan. Saya pada masa sekarang tidak ada statistik untuk khususnya pelaburan ke luar negara tetapi saya mempunyai statistik yang menunjukkan pelabur asing masuk ke negara kita. Tahun 2014, pelaburan asing yang ditarik atau FDI adalah sebanyak RM35 bilion. Tahun 2015, seperti yang dikeluarkan oleh Department of Statistics - RM43 bilion. Kalau benar-benar pelabur asing tidak yakin dengan kedudukan ekonomi negara kita, saya yakin akan menunjukkan trend menurun. Akan tetapi ia jelas menunjukkan terdapat trend peningkatan. Malah, kalau kita lihat suku pertama tahun 2015, pelabur asing yang kita menarik adalah sebanyak RM9.9 bilion. Akan tetapi untuk suku pertama tahun 2016 adalah sebanyak RM15 bilion.
Maka, statistik ini menunjukkan bahawa pelabur asing masih yakin dengan kedudukan ekonomi negara Malaysia. Sekian, terima kasih.
2. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan, apakah usaha dan bantuan dalam membantu para pekebun kecil dan penoreh getah khususnya di Kedah yang dilanda kemiskinan akibat harga getah yang turun mendadak sehingga nilainya hanya sekitar RM2.24 per kilogram setakat pada 21 April 2016.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahitaala wabarakaatuh.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanya.
Kelembapan harga getah telah menjejaskan pendapatan para pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara dan tidak tertumpu kepada negeri Kedah sahaja. Dalam hal ini, kerajaan telah pun melaksanakan beberapa langkah bagi meningkatkan pendapatan golongan ini. Salah satu inisiatif adalah melaksanakan insentif pengeluaran getah atau pun IPG bermula pada 1 Januari 2015. Pada Januari 2016, paras harga pengaktifan atau pun PHP IPG telah dinaikkan dari harga SMR20 iaitu RM5.10 sekilogram kepada RM5.50 sekilogram dan bagi cup lump dari RM2.00 kepada RM2.20 sekilogram dengan peruntukan dana sebanyak RM200 juta.
Langkah ini akan membolehkan para pekebun kecil getah dengan pemilikan purata 2 hektar dan produktiviti cup lump sebanyak 3,000kg sehektar setahun menikmati pendapatan bulanan sebanyak RM1,100 berbanding dengan RM1,000 dengan kadar yang lama.
Tuan Yang di-Pertua, sehingga 30 April 2016, sebanyak 107,930 permohonan telah diluluskan untuk pengagihan IPG yang melibatkan peruntukan sebanyak RM16.5 juta.
Bagi negeri Kedah sahaja sebanyak 2,802 permohonan telah diluluskan dengan nilai IPG yang diagihkan sebanyak RM259,000. Untuk memastikan lebih ramai pekebun kecil getah menuntut IPG, kementerian dan Lembaga Getah Malaysia telah mempergiatkan program promosi berkenaan IPG. Ini termasuklah seperti berikut:
(i) Program Sembang Warung, di mana 14 program telah diadakan di seluruh negara dengan 4 di negeri Kedah;
(ii) Program Penerangan IPG dan pendaftaran kad PATG iaitu 282 program telah diadakan di seluruh negara, dengan 24 program telah diadakan di negeri Kedah;
(iii) program di televisyen seperti ‘Selamat Pagi Malaysia’, rancangan ‘Biz Malaysia’;
(iv) rancangan temu bual di radio peringkat nasional dan negeri; dan
(v) bekerjasama dengan Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, di samping itu inisiatif lain yang telah dilaksanakan bagi membantu pekebun-pekebun kecil getah ialah menyediakan peruntukan sebanyak RM6.4 juta sebagai modal pusingan kepada koperasi untuk terlibat di dalam aktiviti urus niaga getah. Peruntukan ini di sediakan di bawah mekanisme kawal selia harga di peringkat ladang bertujuan untuk mengurangkan lapisan pembeli, di samping membantu meningkatkan harga pembelian getah di peringkat ladang.
Sehingga kini Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 18 koperasi di seluruh negara termasuk empat koperasi di Kedah sedang terlibat dalam urus niaga getah. Penglibatan koperasi membolehkan para pekebun kecil menikmati harga jualan pada puratanya 10 sen sehingga 20 sen sekilogram lebih tinggi berbanding pembeli getah berlesen. Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab. Saya hendak tanya berdasarkan laman web rasmi RISDA, harga getah terkini bagi negeri Kedah adalah RM2.30 sekilogram pada 13 Mei tahun ini. Ini sekali gus menunjukkan penurunan pendapatan, khususnya kepada pekebun kecil dan penoreh getah memandangkan kos sara hidup meningkat. Kadar inflasi kalau mengikut perangkaan negara adalah 3.6 peratus.
Pendapatan penoreh getah ini dianggarkan, saya tidak tahulah di mana dapatnya jadi 1,100 tetapi dianggarkan sekitar RM300 hingga RM500 sebulan. Malah, jika dirujuk kepada pesanan rasmi di laman web rasmi Lembaga Getah Malaysia yang dibuat oleh Datuk Dr. Mohd Akhbar Mohd Said, Ketua Pengarah MRB, mengatakan- pekebun kecil getah meraih pendapatan minimum sebanyak 512 hektar berdasarkan purata produktiviti cup lump sebanyak 1,500 kilogram setahun.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Jadi, kita hendak tengok bahawa apakah ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak serius, khususnya untuk membantu golongan pekebun kecil dan penoreh getah ini bagi menambahkan pendapatan mereka. Kalau sekadar membantu agar melepasi garis kemiskinan tegar sahaja yang bawah itu kekal miskin.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya sebab juga sekarang kita menghadapi cuaca yang tidak menentu dibawa El Nino. Ini akan menjejaskan lagi pengeluaran getah dan apabila ada panas yang mengejutkan dan selepas itu banjir kilat, ini juga akan menjejaskan produktiviti.
Akan tetapi saya hendak tanya juga, kalau dibandingkan harga getah di Thailand, jiran kita, kenapakah harga getah mereka tahapnya lebih daripada 1.95 kali, almost dengan izin, dekat-dekat dua ganda kali? Jadi kalau dibandingkan dengan...
[Disampuk] Saya hendak bercakap tentang kemiskinan...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, jangan ganggu Ahli Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Selalunya kerajaan mengatakan kerana ada stockpile, Tuan Yang di-Pertua, dan itulah...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat...
[Mengetuk tukul] Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan ganggu kerana ini soalan adalah soalan yang penting mengenai dengan getah. Jangan ganggu. Sila, sila.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Jadi kalau dibandingkan cup lumps ini, apakah dikatakan bahawa dia punya content, dried rubber content- selalunya katanya adalah untuk getah skrap ini adalah lebih rendah. Namun, bagaimana Thailand boleh menjaga golongan yang miskin ini berbandingkan kita di Malaysia tidak menjaga mereka ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat. Kalau dikira kita dari segi hendak membantu rakyat, memang itu adalah satu usaha yang berterusan di mana one-off subsidi pun sudah bagi dan kita sedang mempertimbangkan lagi cara yang lain untuk membantu.
Namun begitu, ingin saya kongsikan langkah-langkah untuk menstabilkan harga getah yang telah disediakan oleh kerajaan bagi membolehkan untuk membantu penoreh getah kita dan juga mereka yang menjalankan aktiviti business dalam hal getah ini.
Dalam peringkat domestik, kita menggalakkan peningkatan penggunaan getah dalam negara sehingga 10 peratus daripada jumlah pengeluaran getah asli negara. Ini termasuk penggunaan getah dalam pembinaan jalan raya dan penghasilan produk-produk baru dan bernilai tambah berasaskan getah.
Selain daripada itu, kita juga meningkatkan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke arah menghasilkan, mempelbagaikan produk-produk baru berasaskan getah asli. Bagi tahun 2016, peruntukan sebanyak RM7.2 juta telah disediakan untuk Lembaga Getah Malaysia bagi membiayai aktiviti-aktiviti R&D.
Sebelum itu, saya hendak balik kembali kepada apa yang Yang Berhormat rujuk tadi kepada apa yang didapati dalam website. Kalau survey oleh RISDA, jumlah mereka yang ada di negeri Kedah, bilangan pekebun kecil ialah sebanyak 34,222, dan yang berdaftar dengan kementerian, kalau negeri Kedah- kita ada tiga kategori, Yang Berhormat ya. Ada kategori yang dikeluarkan kad untuk menunjukkan mereka ini berdaftar iaitu yang pertama, pemilik, ada 3,092 jumlahnya dan hektarnya adalah 4,232.81 hektar. Pemilik dan pengusaha pula di negeri Kedah sebanyak 23,552 melibatkan 34,888.36 hektar.
Pengusaha pula, jumlah pengusaha sebanyak 12,305 dan hektarnya ialah 18,023.76 hektar.
Jadi jumlah keseluruhannya di negeri Kedah yang berdaftar- sebab itu mungkin ada perbezaannya dengan apa yang didapati melalui website RISDA di mana kita jumlahnya di Kedah ialah 38,949 dan hektarnya ialah 57,144.3 hektar. Dari segi perbandingan harga yang disebut adalah tidak tepat kerana harga di Thailand adalah berdasarkan kepada harga RSS3 iaitu 100 peratus kandungan getah kering.
Puan Hajah Nancy binti Shukri
Di Malaysia pula adalah cup lumps iaitu 50 peratus kandungan getah kering. Jadi itu perbezaannya Yang Berhormat. Terima kasih ya.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat pemangku Menteri yang menjawab pada hari ini.
Perkara getah ini kita sudah bincang berulang kali dalam Dewan yang mulia ini tetapi saya melihat tidak ada satu perkembangan ataupun bantuan yang menyeluruh dapat dilakukan khususnya kepada penoreh-penoreh getah apatah lagi dari negeri Kedah, saya datang daripada Baling, di kawasan pengeluaran getah di antara yang terbesar di dalam negara ini.
Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri- saya sedar, saya faham, Yang Berhormat Menteri pun sudah tidak ada, pergi jadi Timbalan Ketua Menteri. Timbalan Menteri pun sudah meninggal dunia. KSU pun sudah meninggal dunia. Baru dilantik KSU baru kepada Datuk Nagarajan, ini orang baru walaupun dia dulu Timbalan. Tahniahlah.
Saya harap kali ini kementerian ini dapat benar-benar merasai denyutan nadi penoreh-penoreh getah di seluruh negara khususnya di kawasan saya di Baling ini. Ini perkara yang amat serius yang saya rasa saya tidak boleh berkompromi lagi sebab perkara ini yang saya nak sebutkan ada tiga perkara.
Pertama sekali, benar, kalau kita tengok hari ini, harga getah yang rakyat atau penoreh minta ini RM3 sekilo sahaja kepada getah skrap ini, mereka boleh hidup dah.
Mereka bolehlah mencapai di antara RM900 hingga RM1,000. Dengan tambahan bantuan tambahan perniagaan dan sebagainya dari segi hasil usaha tani, bolehlah pergi RM1,200 hingga RM1,300. Ini pengalaman saya, pendekatan saya, pengamatan saya dengan penoreh-penoreh. Di Baling ada 32,000 penoreh getah, untuk makluman Yang Berhormat Menteri. Itu satu.
Perkara ini tidak dapat- harga ini tidak naik langsung. Kata dalam bentuk IPG akan diberikan RM2.20 ke bawah, sekilo, getah skrap ini. Akan tetapi kalau sudah jadi RM2.21, RM2.22, RM2.23, RM2.24, mereka tidak dapat. Itu satu.
So, saya berharap kerajaan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi ini dapat gabungkan di antara RISDA dengan LGM, duduk satu meja, buat usaha bantuan dalam kita selalu sebut NBOS, NBOS, NBOS atau National Blue Ocean Strategy tetapi kita tidak nampak. RISDA dengan cara RISDA, LGM dengan cara LGM. Semua memang hendak bantu rakyat tetapi kesan itu tidak ada lagi dirasai oleh rakyat.
Betul kata Yang Berhormat Permatang Pauh, dengan musim tengkujuh, kemarau, tengkujuh, lagi musim daun luruh, ini semua effect. Kalau panas, susu pun tak keluar. Kalau hujan lebat, potong pun tak boleh. Jadi ada sahaja. This is what the kekangan-kekangan mereka. Ini satu.
Keduanya berkaitan dengan kad PAT-G tadi. Betul, kad ini kami di Baling pun sudah mula daftarkan, hampir 15,000 rakyat telah diberikan kad penoreh-penoreh getah, tetapi apa yang sedang berlaku Tuan Yang di-Pertua, kad ini mereka hanya boleh claim kalau jual getah skrap itu kepada Lateks ataupun syarikat-syarikat yang berdaftar. Akan tetapi di dalam kawasan Sungai Petani, Baling, Sik, Padang Serai dan sebagainya, semua kawasan Gerik semua ini, banyak yang orang jual beli sebelah rumah sahaja, dia tak daftar pun. Because dia hendak cepat, dia ambil, dia bagi duit di rumah tetapi dia tak boleh claim because dia bukan pernah didaftar dengan LGM ataupun dengan kerajaan khususnya kepada kementerian tersebut. Jadi dia can’t claim. You give them the card, dengan izin, tak boleh claim, Tuan Yang di-Pertua.
Jadi saya hari ini ingin mencadangkan juga, why don’t you think out of the box, cari kaedah lain. Sebab apa? RM200 juta yang telah diperuntukkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan yang begitu prihatin, yang beri RM200 juta untuk membantu penoreh getah tetapi di bawah tak sampai kerana mereka tak daftar kad dan sebagainya. Banyak red tape. Jadi apa yang kita boleh buat sekarang ini adalah dalam konteks PAT-G ini- RM200 juta, Tuan Yang di-Pertua, only RM16.5 million baru claim, dah setahun lebih dah.
Padahal seluruh negara penoreh getah hari ini sudah jatuh susah, hampir miskin kerana harga naik dan mereka tidak ada hasil langsung.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jadi saya harap ini juga dapat dilihat sama ada boleh tak cari kaedah lain? RISDA dengan LGM duduk satu meja bincang dengan KSU baru, bagi kaedah yang terbaru bagaimana mereka boleh bantu besides PAT-G tadi sebab apa tak boleh, sebab dia tak daftar. Jadi cari kaedah lain. Dalam bulan-bulan Ramadhan ini kita boleh bantu.
Yang ketiga, saya hendak tahu rancangan-rancangan yang kerajaan telah lakukan untuk membantu mereka. Bulan Ramadhan is next month, hari raya dan sebagainya. Ini semua akan menyulitkan. Kami sebagai Ahli Parlimen bolehlah bantu rakyat kami tetapi setakat mana, terbatas tanpa sokongan dan bantuan kerajaan Barisan Nasional yang semua rakyat sanjung tinggi [Tepuk] Insya-Allah pilihan raya kecil, dua-dua akan menang.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Puan Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih. Panjang betul soalannya, Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, tapi saya boleh merasakan denyut nadi Yang Berhormat Baling ini betul-betul menjiwai apa yang dirasakan oleh rakyatnya. Kalau stand lagi, memang sapu habislah dekat Baling.
Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Baling itu Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, harga semasa cup lump adalah RM2.32 satu kilogram. Ini adalah susulan hasil daripada tindakan yang diambil oleh kerajaan berbanding harga terendah RM1.62 satu kilogram yang dicatatkan pada bulan Februari tahun ini juga. Kerajaan akan terus berusaha supaya harga cup lump dapat ditingkatkan kepada RM3.00 satu kilogram. Ini usaha kita ya, usaha kerajaan.
Berhubung insentif pula, insentif yang terdekat, kerajaan sedang menimbang pemberian wang one-off, dengan izin, pada tahun ini yang melalui bantuan kejatuhan harga getah. Seperti mana yang pernah diberikan pada tahun 2013 dan 2014 melalui bantuan kerajaan tadi, berhubung dengan permohonan IPG yang masih rendah, kerajaan akan terus mempergiatkan usaha-usaha untuk menggalakkan pekebun kecil untuk mendaftar. Ramai mereka tidak mendaftar, tadi Yang Berhormat sendiri pun menyatakan mereka tidak mendaftar. Ada pula yang tidak tahu sebenarnya, walaupun usaha telah dibuat oleh pihak kementerian dalam pelbagai cara untuk mengadakan awareness program dengan izin, bagi mereka supaya mereka mengetahui ada sistem yang berkenaan supaya mereka boleh mendaftar dan boleh claim, dengan izin.
Di samping itu, Lembaga Getah Malaysia ataupun LGM akan meningkatkan penguatkuasaan supaya pembeli getah mempunyai lesen. Ini akan membolehkan pekebun- pekebun kecil dapat menikmati IPG yang dilaksanakan oleh kerajaan. Kerajaan sesungguhnya memang mempunyai langkah-langkah. Tadi saya dah menjawab separuh daripadanya untuk Yang Berhormat Permatang Pauh. Daripada peringkat domestiknya;
(i) kerajaan ada mempunyai langkah-langkah selain daripada menggalakkan peningkatan penggunaan getah dalam negara sehingga 10 peratus daripada jumlah pengeluaran getah asli negara;
(ii) kerajaan juga meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan R&D ke arah menghasilkan dan mempelbagaikan produk-produk baru berasaskan getah asli;
(iii) menyediakan standard berkenaan import bahan mentah bagi menjamin spesifikasi bahan getah mentah diimport dan kualiti SMR yang dihasilkan; dan
(iv) menyediakan infrastruktur kutipan lateks dengan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk menggalakkan para pekebun kecil meningkatkan pengeluaran lateks. Ini adalah memandangkan harga lateks adalah lebih tinggi berbanding harga cup lump. Pada masa yang sama, kerajaan juga mempunyai usaha di peringkat antarabangsa di mana Malaysia bekerjasama dengan lain-lain negara pengeluar getah asli utama dunia bagi memperkukuhkan harga. Ini termasuk bekerjasama dengan Thailand dan Indonesia di bawah kerangka International Tripartite Rubber Council ataupun ITRC, yang mana share pengeluaran ketiga-tiga negara ini pada tahun 2015 adalah 68.2 peratus daripada pengeluaran getah asli dunia.
Puan Hajah Nancy binti Shukri
Salah satu langkah yang sedang diambil oleh negara-negara ITRC ialah melaksanakan AETS Keempat dengan izin, Agreed Export Tonnage Scheme pada tahun 2016 sebagai langkah untuk mengelakkan kejatuhan harga getah asli yang berterusan.
Pelaksanaan AETS Keempat ini berkuat kuasa dari 1 Mac hingga 31 Ogos 2016 yang melibatkan pengurangan eksport oleh ketiga-tiga negara sebanyak 615,000 tan dalam tempoh tersebut. Itu sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
3. Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan:
(a) apakah perkembangan terkini peruntukan Program Agropreneur Muda yang telah dibentangkan pada Bajet 2016; dan
(b) sejauh manakah perkembangan terkini program MyBeras dan apakah maklum balas yang diterima daripada masyarakat.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam sehati sejiwa.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Selangor, soalannya yang ingin saya jawab bersekali dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan dan juga soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat dari Tebrau dan Alor Star kerana soalan-soalan mereka ini ada bersamaan dan berkaitan.
Bagi menjawab soalan mereka berhubung dengan Agropreneur Muda, a very straight forward question sebenarnya, dengan izin, Yang Berhormat ingin tahu berapa bajet untuk Agropreneur Muda ini yang telah dibentangkan tempoh hari iaitu RM20 juta dan daripada jumlah itu, RM11 juta telah pun disalurkan untuk program Agropreneur Muda ini.
Selain Bajet daripada kerajaan untuk membantu Agropreneur Muda dalam bentuk bantuan geran sebanyak 30 peratus daripada kos projek yang diberikan dalam bentuk apa yang disebut in-kind, bukan wang tunai. Selain daripada itu ialah ada juga bantuan daripada segi pinjaman-pinjaman yang diberi kepada Agropreneur Muda iaitu pinjaman daripada Agrobank dan TEKUN Nasional.
Bagi Agrobank, projek baru sebanyak RM50,000 maksimum loan yang boleh diberikan kepada Agropreneur Muda tetapi bagi mereka yang telah mempunyai projek sedia ada, untuk mengembangkan lagi, maksimum pinjamannya ialah RM300,000 yang boleh diberi oleh pihak Agrobank. Manakala TEKUN Nasional, projek baru RM50,000 dan kalau projek sedia ada, RM100,000. Ini adalah merupakan kemudahan kewangan melalui pinjaman dan pembiayaan sebagai menyokong kepada geran yang diberi oleh pihak kerajaan kepada Agropreneur Muda.
Untuk makluman Dewan dan Tuan Yang di-Pertua, jumlah Agropreneur Muda setakat ini ialah 1,680 orang dan ini merupakan senarai Agropreneur Muda sejak daripada kita mulakan program ini pada tahun 2014, lebih kurang dua tahun tempohnya kita telah berjaya membangunkan 1,681 tetapi kita masih tidak puas hati. Kita ingin melihat ramai lagi orang-orang muda menceburi bidang perniagaan. Sekian.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Ada satu lagi, minta maaf Tuan Yang di-Pertua iaitu berkenaan dengan MyBeras.
Soalan tiga bahagian kedua ialah MyBeras. Yang Berhormat bertanyakan perkembangan MyBeras. MyBeras ini, kita hanya akan laksanakan pada bulan Jun akan datang, belum laksanakan lagi. Akan tetapi sekadar untuk makluman Dewan, senarai yang telah kita perolehi daripada eKasih sebanyak 95,000 merupakan jauh, besar sungguh bezanya dengan bilangan orang yang dahulunya mendapat bantuan beras subsidi ST15.
Mengikut angka yang diberikan kepada saya oleh pegawai, kira-kira tiga juta orang menerima beras ST15 dulu, yang mana kerajaan memberikan subsidi sebanyak hampir RM500 juta setahun. Akan tetapi dengan skim yang kita perkenalkan ini, MyBeras ini, tinggal 95,000 sahaja yang akan menerima dan mengikut kos yang akan ditanggung oleh kerajaan, hanya RM100 juta.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
So daripada RM400 juta, jadi RM100 juta. Maknanya, kita akan menyelamatkan wang kerajaan dalam bentuk subsidi yang tidak perlu sebanyak RM400 juta. This is going to be a very good achievement, Tuan Yang di-Pertua, dengan izin.
Cumanya saya juga ingin memaklumkan di sini iaitu daripada segi pengedaran, distributionnya iaitu BERNAS cuma menyediakan bekalan beras. Mereka akan menghantar beras ini kepada LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang). Lembaga Pertubuhan Peladang melantik Pertubuhan Peladang Kawasan yang akan menjadi pusat pengedaran kepada penerima-penerima. Saya telah mengingatkan kepada pihak pegawai PPK yang akan menjadi pengedar di peringkat akar umbi ini, kena betul-betul bersedia untuk membantu mereka yang tidak mampu datang ke pejabat untuk menerima beras ini. Orang yang bed- ridden, yang sakit, uzur dan sebagainya mungkin tidak terima surat pun. Mungkin tidak tahu pun dia boleh dapat beras ini daripada PPK itu. Jadi pegawai yang menjaga di PPK kena orang yang prihatin betul. Caring dan sanggup go extra mile to help these poor people.
Ini yang telah saya ingatkan kepada pegawailah dan minta nanti wakil-wakil rakyat, pemimpin masyarakat bantulah PPK, pantau supaya orang kata, jangan esok dituduh kerajaan juga yang kononnya ada pilih kasihlah dan sebagainya. Tidak ada pilih kasih dalam hal ini. Semua yang miskin tegar dalam senarai itu, kita akan, kalau boleh sampaikan bantuan MyBeras ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan sebentar tadi. Pendirian saya, saya ucapkan tahniah di atas Program Agropreneur Muda yang saya lihat Tuan Yang di-Pertua sebagai satu kekuatan untuk menarik minat generasi muda di Malaysia terlibat dengan program agro tani dan juga agro tani bercorak perniagaan.
Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apabila saya mendengar ada ura- ura Kerajaan Negeri Selangor ingin menguatkuasakan dasar meminta nelayan di Selangor membayar caj jeti pendaratan dan tambatan bot sebanyak RM600 setahun, adakah ini akan menyebabkan minat generasi muda terhadap Agropreneur Muda bersifat perikanan akan terjejas?
Kedua, mengenai program MyBeras. Sejauh manakah penglibatan pihak kementerian dengan kerjasama pihak SPRM supaya Program MyBeras ini akan berjaya mengurangkan segala bentuk ketirisan apabila dilaksanakan kelak pada bulan Jun? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Tuan Yang di-Pertua, kenapa pula yang Kerajaan Negeri Selangor hendak caj jeti kepada nelayan-nelayan? Jeti itu bukan dia buat. Orang lain buat, orang lain pula hendak kutip. Jadi saya tidak nampak di situ ada justification bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor hendak caj kepada nelayan, kalau betullah. Saya harap tidak dan janganlah kerana nelayan ini merupakan golongan masyarakat yang susah. Pendapatannya rendah dan kita, Kerajaan Barisan Nasional melalui Lembaga Kemajuan Ikan dan Jabatan Perikanan, kita buat Tuan Yang di-Pertua dengan izin, we are doing everything we can to help them. Akan tetapi janganlah ada pihak lain yang cuba pula melakukan sesuatu yang akan mengendalakan matlamat kita membantu golongan nelayan itu.
Berkenaan dengan MyBeras Tuan Yang di-Pertua, penglibatan SPRM kali ini, saya rasa mungkin tidak berapa diperlukan. Akan tetapi kalau ada, boleh juga campur tangan, tidak ada hal. Ada beza ST15 dengan MyBeras ini. MyBeras ini, kita supply kepada LPP. So, LPP ini dia tidak ada- dia sebagai peniaga. Hendak ambil untung dan sebagainya.
LPP kepada PPK. There is no middleman in between, dengan izin, dalam proses penghantaran dan pengedaran beras ini. Akan tetapi dulu ST15, dia ada syarikat-syarikat yang terlibat sebagai peniaga dan syarikat ini pula menggunakan orang-orang tengah, pelobilah, runnerlah, itulah ini. Ini yang menyebabkan ketirisan.
So, we are Tuan Yang di-Pertua, we’re going to plug this, all this loopholes with this new programme, dengan izin. Terima kasih.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Kuala Krai.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Pokok Sena?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pokok Sena pakai bow hari ini, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pokok Sena akan ada peluang lain lagi.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Ada peluang ya? Cukup mengancam ya hari ini. Tuan Yang di-Pertua dan kepada Yang Berhormat Menteri, terima kasih atas penjelasan mengenai Program Agropreneur yang saya rasa memang satu usaha yang boleh menarik minat anak-anak muda kita ke dalam industri pertanian. Industri pertanian ialah perniagaan, katanya. Jadi dengan bermula dengan 1,600 orang ini, saya yakin kalau dikendalikan dengan baik, minat itu akan bertambah.
Pada sesi yang lepas, Yang Berhormat Menteri ada menyebut mengenai masalah El Nino dan kesannya terhadap industri asas tani ini. Dalam konteks bulan Mac yang lalu, Yang Berhormat Menteri menyebut mengenai penternakan ikan air tawar yang terjejas kerana masalah El Nino. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sama ada masalah yang sama iaitu El Nino ini, memberikan kesan kepada 1,600 orang Agropreneur Muda yang terlibat dalam program ini dan sekiranya ia terlibat, adakah ini menjejaskan pengeluaran pertanian mereka? Kalau begitu, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membantu Agropreneur Muda ini yang terjejas akibat El Nino ini dan sampai bila kita jangka perkara ini akan berterusan berlaku? Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, memang ada kesan kepada nelayan-nelayan, pengusaha perikanan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, disebabkan oleh cuaca yang tidak elok ini.
Kita telah pun mengambil tindakan iaitu membantu mereka untuk memulihkan semula sangkar-sangkar yang perlu digunakan dan bantuan diberikan. Jumlahnya bergantunglah kepada kerosakan yang dialami oleh setiap orang daripada nelayan itu.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Jadi ini bukan sahaja Agropreneur Muda, almost everyone who’s affected Tuan Yang di-Pertua dengan izin, kita tidak biarkan, kita bantu, terima kasih.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua, tambah satu pasal petani, beras, boleh ?
Tuan Yang di-Pertua
Sila, sila.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya hendak dapatkan penjelasan tentang MyBeras apa yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi tidak sampai 100,000 data eKasih akan menerima beras daripada program MyBeras. Sedangkan saya hendak sebut bahawa yang menghasilkan beras dalam negara kita ialah petani-petani padi seluruh Malaysia yang berjumlah lebih daripada 172,000 petani padi di Semenanjung dan juga di Sabah dan Sarawak.
Bagi saya adalah tidak adil kalau mereka yang menghasilkan beras hari ini, dia kena beli beras dengan harga yang lebih mahal daripada beras yang dia keluarkan. Jadi sepatutnya bagi saya bahawa kerajaan harus juga memberikan peluang dan keutamaan kepada MyBeras ini untuk pulangan balik itu, nanti petani-petani ini pun termasuk dalam kategori yang boleh menerima program MyBeras ataupun beras dengan harga yang lebih murah. Oleh sebab bagi saya, bila beras itu nanti di salur oleh BERNAS kepada Lembaga Pertubuhan Peladang sedangkan ahli-ahli dia sendiri, Pertubuhan Peladang ini, tidak semua yang boleh dapat, yang terlibat dalam MyBeras sebab kalau daripada tidak sampai 100,000 itu menunjukkan bahawa daripada pelbagai kumpulan masyarakat yang akan dapat MyBeras.
Jadi bagi saya, saya menuntut bahawa kerajaan mempertimbangkan untuk petani padi ini pun mereka boleh mendapat beras dengan harga yang murah kalaupun tidak dapat bantuan daripada MyBeras. Minta penjelasan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, dia punya prinsip program ini adalah untuk membantu golongan miskin tegar, itu dia punya kriteria. That is the prinsip and also the philosophy.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Kita tidak bagi kepada semua orang kalau tidak masuk dalam kategori itu. Bila dikata miskin tegar, dia ada dia punya pendapatan yang telah ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi. Di Semenanjung RM580 pendapatan isi rumah miskin tegar, di Sabah dan Labuan RM710, di Sarawak RM660. This is the benchmark, dengan izin, Tuan Yang di- Pertua, bagi mereka yang dimasukkan dalam senarai miskin tegar.
Jadi berdasarkan kepada pendapatan itu, kita peroleh 95,000 orang yang dianggap sebagai orang-orang miskin tegar dan mereka inilah yang akan kita berikan bantuan dari segi MyBeras. Kalau dulu ST15, orang yang berpendapatan lebih daripada ini, yang tergolong dalam miskin tegar pun dia ada accessibility dengan berbagai-bagai cara untuk mendapatkan beras ST15. Itu tidak boleh pakai lagi, that is why dengan izin kita memperkenalkan skim ini supaya tidak ada ketirisan lagi berlaku di mana subsidi kerajaan jatuh kepada tangan orang yang bukan miskin.
Jadi ini ialah penambahbaikan atau an improvement, mechanism towards membantu orang yang miskin. Petani padi di Kedah umpamanya, walau di kedah, Sungai Manik, tempat saya pun, bukannya mereka ini semua ini miskin tegar. Pendapatan mereka mengikut average RM1,500 - RM2,000 sebulan. So, they are already, dengan izin, out of the list of miskin tegar. Terima kasih, ucap tahniah kepada Yang Berhormat, sudah tukar imej sekarang. Sudah terbalik, dulu pakai...
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Benih padi Yang Berhormat, dia menghasilkan beras daripada padi yang dijual RM1.50 sekilo termasuk subsidi. Bagi saya kalau penoreh getah dapat segala macam- dia hari ini RM1 lebih juga, dia dapat RM1 lebih juga daripada bahagi dua. Makna dari segi faktor harga Tuan Yang di-Pertua, menunjukkan bahawa petani juga adalah terlibat dalam golongan yang miskin.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Pada hari ini, dulu pakai songkok sekarang saya pula pakai songkok, dia pakai bow ties pula [Ketawa]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia sama kawan dia, Tun Mahathir lah [Ketawa]
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya ikut dengan Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya.
Tuan Yang di-Pertua
Untuk minggu ini Yang Berhormat Pokok Sena sudah exhausted kuota untuk bertanya [Ketawa] Sila Menteri. Ada lagi? Tidak ada. Okey, terima kasih.
4. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Menteri Kesihatan menyatakan, tiga jenis penyakit kanser yang dijangka paling banyak dihidap oleh rakyat Malaysia pada 10 tahun yang akan datang. Apakah yang akan dilakukan oleh kementerian untuk mengawal penyakit kanser jenis ini.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Teresa Kok Suh Sim. Sebelum itu saya juga ingin mengucapkan selamat hari guru yang jatuh pada hari ini kepada semua guru di seluruh Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, ini soalan berkenaan dengan tiga jenis penyakit kanser yang paling banyak di Malaysia yang dijangka dalam 10 tahun akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan dengan situasi semasa tiga jenis kanser yang paling mengancam rakyat Malaysia dalam tempoh 10 tahun adalah kanser payu dara, kanser usus besar ataupun colorectal dan juga kanser paru-paru. WHO dalam kenyataannya menjelaskan bahawa 1/3 dari kanser boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat dan imunisasi. Di samping itu, 1/3 kematian akibat kanser adalah dikaitkan dengan lima tingkah laku dan diet yang berisiko iaitu:
(i) berat badan yang berlebihan;
(ii) kurang pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan;
(iii) tidak aktif secara fizikal;
(iv) pengambilan tembakau; dan
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
(v) alkohol.
Pada tahun 2014, kanser merupakan penyebab kematian keempat yang paling tinggi dan menyumbang sebanyak 13 peratus dari semua kematian yang berlaku di hospital kerajaan di Malaysia, Tuan Yang di-Pertua. Menyedari penyakit kanser dijangka akan terus meningkat sekiranya tidak dikawal. Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus memperkukuhkan dan mempertingkatkan kawalan dengan memberi tumpuan kepada pencegahan, saringan, pengesanan awal dan rawatan.
Tuan Yang di-Pertua, ketiga-tiga jenis kanser yang dinyatakan sememangnya boleh dicegah dan dikesan awal. Faktor yang menyumbang kepada peningkatan risiko kanser payu dara, kanser usus besar dan kanser paru-paru adalah amalan diet yang tinggi lemak, kurang sayur-sayuran serta buah-buahan dan merokok.
Kementerian Kesihatan amat komited dalam meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan kanser di kalangan rakyat di Malaysia ini dan telah melaksanakan kempen gaya hidup sihat yang memberi fokus kepada kanser mulai tahun 1995. Aktiviti-aktiviti yang memberi fokus kepada peningkatan kesedaran rakyat mengenai pencegahan dan pengesanan awal terus kanser diteruskan sehingga masa kini. Program-program kawalan tembakau juga sentiasa dipertingkatkan untuk memerangi dan mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) termasuk kanser terutamanya kanser paru-paru.
Kerajaan kini giat mengadakan program-program yang memberi fokus kepada memperkasa komuniti agar mereka lebih mengamalkan gaya hidup sihat. Langkah ini dijangka dapat meningkatkan kesedaran rakyat dengan lebih efektif tentang pencegahan penyakit tidak berjangkit termasuk kanser. Selain itu, KKM juga bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menjalankan aktiviti- aktiviti yang berkaitan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk saringan dan pengesanan awal bagi kanser payu dara. KMM menggalakkan wanita menjalankan pemeriksaan sendiri payu dara setiap bulan bagi mengesan kelainan serta menjalankan pemeriksaan payu dara klinikal setiap tahun.
Bagi mereka berisiko tinggi untuk mendapat kanser payu dara seperti mempunyai rekod keluarga yang ada, yang telah menghidap penyakit kanser payu dara. Mereka disarankan untuk menjalankan ujian mammography secara berkala.
Kerajaan telah menyediakan perkhidmatan saringan payu dara melalui mammogram di seluruh negara mulai tahun 2012. Pada tahun 2014, KKM telah memulakan program saringan kanser usus besar atau kanser colorectal dengan mengesan darah dalam najis menggunakan, dengan izin, immunological fecal occult blood test ataupun IFOBT di klinik-klinik kesihatan diikuti dengan prosedur colonoscopy di hospital.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Dalam pelan tindakan kawalan kanser kebangsaan yang sedang dikemas kini, program-program saringan yang sedia ada akan diperkukuhkan. Aktiviti yang memberi fokus kepada peningkatan pengetahuan serta kesedaran rakyat tentang kepentingan saringan kanser payudara dan usus besar di peringat lagi dengan menjalin kerjasama dengan agensi-agensi lain termasuk NGO.
Untuk kanser paru-paru, pada masa kini tidak ada saringan yang efektif untuk mengesan awal. Oleh itu, pencegahan melalui kawalan tembakau merupakan strategi utama dalam menangani masalah ini. Oleh itu, program kesedaran untuk orang ramai berkaitan tanda-tanda dan gejala kanser paru-paru akan diperkukuhkan.
Tuan Yang di-Pertua, lebih daripada 50 peratus kes-kes kanser dikesan lewat menyebabkan peluang untuk sembuh sepenuhnya berkurangan. Punca utama kelewatan dalam pengesanan kanser adalah disebabkan pesakit tidak menjalani ujian saringan atau lewat mendapatkan nasihat doktor apabila mereka mempunyai gejala-gejala kanser, Tuan Yang di-Pertua.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Kita tahu di negara kita ini kita ada kelebihan doktor dan tidak cukup tempat untuk housemanship tetapi kita juga menghadapi masalah kekurangan doktor pakar atau specialist. Jadi, saya hendak tahu di negara kita berapa oncologist yang kita ada? Adakah kita mempunyai oncologist yang cukup untuk menangani peningkatan penyakit kanser atau pesakit kanser di negara kita.
Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Tuan Yang di-Pertua, jumlah oncologist yang sedia ada sekarang Tuan Yang di-Pertua ialah 26 orang. Kalau saya lihat detailsnya Tuan Yang di-Pertua di Hospital Pulau Pinang ada tiga, Hospital Kuala Lumpur ada tujuh, Hospital Sultan Ismail Johor Baharu ada empat, Hospital Umum Sarawak ada dua, Hospital Likas ada dua dan Institut Kanser Negara ada enam. Semua sekali berjumlah 26 Tuan Yang di-Pertua.
Memang setakat ini memang pakar-pakar dalam semua bidang memang tidak mencukupi dan memang kita sedang usaha untuk mempertingkatkan jumlah pakar-pakar kita, Tuan Yang di-Pertua. Sebab itu kita sudah tambah hadiah latihan perubatan, tambah daripada 500 dahulu naik kepada 800 dan sekarang sejak tahun sudah dan meningkat kepada 1,000 tiap-tiap tahun. Ini untuk kita pastikan jumlah pakar kita akan bertambah.
Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, lebih kurang kita yang lulus kepakaran ini dalam lebih kurang 500 setahun, yang resigned ataupun yang letak jawatan lebih kurang 100. Jadi kita ada- kita sedang usaha juga untuk mencari jalan bagaimana kita boleh meningkatkan ataupun memastikan pakar-pakar kita akan kekal dengan Kementerian Kesihatan dengan berbagai-bagai insentif, Tuan Yang di-Pertua. Ini yang kita akan buat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Masalah kanser yang dijangka akan meningkat dalam tahun-tahun yang akan datang ini. Selain dari disebabkan genetik ia juga disebabkan oleh gaya hidup dan pemakanan yang di tidak betul yang membawa kepada obesiti yang merupakan ibu segala penyakit. Satu kajian di Universiti Malaya, menunjukkan 45 peratus family yang mana pesakit mempunyai barah payudara berakhir dengan masalah kewangan yang dahsyat.
Saya hendak tanya, bagaimanakah kerajaan bercadang untuk membantu pesakit dan keluarga yang terpaksa menjalani kemoterapi. Adakah kerajaan bersedia untuk menambahkan dana untuk peruntukan untuk kanser, untuk mencapai lebih banyak pakar- pakar berkenaan dengan kanser? Seterusnya, adakah kerajaan akan kembali meneruskan subsidi mammogram ataupun mammogram percuma untuk yang telah dilakukan semenjak 2007? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Tuan Yang di-Pertua saya jawab soalan akhir dahulu. Ini banyak soalan ini [Ketawa] Yang Berhormat Bagan Serai dia memang macam itulah.
Tuan Yang di-Pertua tentang saringan mammogram ini memang ada program. Ini di bawah LPPKN. Dia bagi subsidi kepada mereka yang ada tanda-tanda kanser, memang dia bagi subsidi. Akan tetapi masalahnya cuma yang dapat manfaat yang lebih ialah mereka yang dalam bandar kerana di luar bandar dia ada masalah hendak kena rujuk kepada- daripada luar bandar hendak rujuk kepada bandar, hendak dapatkan mammogram hendak pergi tambang bas, tambang teksi itu semua, jauh terutama sekali kalau di Sabah Sarawak memang ramai yang ada yang perlu membuat mammogram tidak pergi kerana ada masalah kewangan dan sebagainya. Ini berlaku. Sebab itu, pihak LPPKN dan kementerian sedang review cara pelaksanaan program ini. Akan etapi di setiap hospital kita, memang ada program mammogram percuma yang kita bagi.
Tuan Yang di-Pertua, dalam hal rawatan kemoterapi ini memang tidak masalah bagi mereka yang perlu bantuan, memang diberi percuma oleh pihak hospital. Jadi tidak timbul masalah. Saya tidak tahu bagaimana- baru hari ini saya dapat tahu kata ada kajian yang mana orang yang mengalami kanser ini akhirnya jadi susah kerana rawatan. Akan tetapi setakat ini, pihak kementerian memang bagi percuma kemoterapi ini kepada mereka yang perlu, Tuan Yang di-Pertua.
5. Dato' Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, apakah langkah yang dilakukan oleh pihak kementerian bagi mengelakkan pelajar Malaysia di luar negara khususnya di Timur Tengah daripada terpengaruh dengan dakyah yang dibawa oleh gerakan pengganas seperti IS.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelajar Malaysia perlu mengikuti program transformasi pelajar ke luar negara sebelum mereka menyambung pengajian mereka di Timur Tengah seperti Mesir, Maghribi dan Jordan. Program ini dikelolakan oleh Biro Tatanegara (BTN) bersama-sama badan tajaan dan pengurusan pelajar berkenaan. Program ini turut meliputi pelajar-pelajar persendirian yang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa memantau pergerakan aktiviti- aktiviti pelajar Malaysia di Timur Tengah melalui Education Malaysia Egypt dan Education Malaysia Jordan, dengan izin. Program-program pendampingan pelajar juga disusun rapi dalam memastikan mereka kekal fokus pada tujuan asal mereka ke sana dan tumpuan mereka tidak terpesong dengan ideologi IS. Program-program ini juga merangkumi pelajar tajaan dan pelajar persendirian. Sekian, terima kasih.
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah adakah sudah ada kes pelajar-pelajar kita yang terlibat dengan kegiatan ini di luar negara dan apakah kementerian mempunyai program khusus untuk memantau pelajar-pelajar ini yang akan tamat dan pulang ke Malaysia.
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini tidak ada kes yang dilaporkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi dari Education Malaysia Egypt atau Education Malaysia Jordan. Kementerian Pendidikan Tinggi memang tidak bersetuju dengan gerakan seumpamanya IS dan tindakan keras akan diambil jika ada pelajar yang terlibat. Berkaitan dengan program, memang sama dengan saya adalah senarai yang berkaitan dengan program-program yang dijalankan untuk memberi bimbingan kepada pelajar supaya dapat mengelakkan mereka melibatkan diri dalam gerakan seperti IS dan saya akan memberikan beberapa contoh di sini.
Memang ceramah motivasi diberikan dan selain daripada itu program pendampingan pelajar juga dijalankan. Salah satu program ‘Sayonara Jahiliah’ juga dijalankan dan Minggu Ta’aruf juga dijalankan untuk pelajar. Sekiranya Yang Berhormat berminat bolehlah saya serah satu senarai yang berkaitan dengan program yang dijalankan. Sekian, terima kasih.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Assalamualaikum dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya bersetuju dengan tindakan kerajaan untuk membasmi kegiatan-kegiatan terrorist yang melibatkan pelajar-pelajar sama ada belajar di mana tempat sekalipun.
Cumanya selain daripada pelajar-pelajar yang belajar di Timur Tengah ataupun yang belajar di aliran agama atau ada atau tidak perangkaan yang ada di pihak kerajaan ataupun di pihak kementerian, yang mana mereka selain daripada belajar agama ini pun atau mereka yang mengaji di lain bidang pendidikan agama yang terlibat dengan kumpulan ini.
Kalau begitu, satu perkara yang saya hendak minta penjelasan. Terima kasih.
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Seperti yang saya sudah memberitahu tadi bahawa setakat ini Kementerian Pendidikan Tinggi tidak menerima kes yang berkaitan dengan pergerakan pelajar, seumpamanya IS. Sekiranya pelajar dalam negeri didapati terlibat dalam IS, jadi tindakan penguatkuasaan akan diambil oleh Kementerian Dalam Negeri. Sekiranya melibatkan pelajar luar negara iaitu akan dirujukkan kepada Kementerian Luar Negara oleh penguat kuasa negara tersebut. Sekian, terima kasih.
6. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Perdana Menteri menyatakan, tugas dan bidang kuasa Majlis Halal Malaysia (MHM) yang ditubuhkan bagi menggantikan Jawatankuasa Khas Kabinet Pengurusan dan Pembangunan Industri Halal Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam 1Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penubuhan Majlis Halal Malaysia (MHM) yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada 11 Februari 2016 adalah untuk memaksimumkan fungsi tadbir urus bagi mencapai objektif menjadikan Malaysia sebagai peneraju halal global menjelang tahun 2020. Tugas dan bidang kuasa Majlis Halal Malaysia adalah sebagai badan yang bertanggungjawab dalam menyelaras pembangunan industri halal negara.
Ia bertujuan untuk merealisasikan matlamat mewujudkan ekosistem halal yang komprehensif. Objektif penubuhan majlis adalah pertamanya, menjadi badan penasihat penggubalan Dasar Halal Negara, pengurusan dan pembangunan industri halal secara komprehensif, bersepadu dan berkesan bagi memastikan Malaysia menjadi peneraju dan pusat rujukan halal global.
Kedua, membangun dan menyelaras, dan memantau pelaksanaan inisiatif-inisiatif berkaitan halal dalam usaha mewujudkan ekosistem halal yang lengkap. Ketiganya, melaksanakan penambahbaikan, pemerkasaan dan pengantarabangsaan ekosistem halal agar lebih kompetitif di peringkat global. Manakala, fungsi Majlis Halal Malaysia pula adalah seperti berikut:
(i) mempertimbangkan dan memperakukan dasar serta langkah strategik melalui pengurusan dan pembangunan industri halal negara;
(ii) menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan dasar dan inisiatif serta langkah strategik mengenai pengurusan dan pembangunan industri halal negara;
(iii) menggalak penyertaan dan peranan sektor swasta dalam menyokong pembangunan industri halal negara; dan
(iv) melaksanakan apa-apa fungsi yang berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan halal negara mengikut keperluan dan tertakluk kepada dasar semasa kerajaan dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Kesimpulannya, penubuhan Majlis Halal Malaysia akan membantu mempertingkatkan kepercayaan dan keyakinan masyarakat dalam dan juga luar negara terhadap pengurusan dan pembangunan industri halal Malaysia. Majlis ini akan diurus tadbir sepenuhnya oleh kerajaan bagi memastikan integriti pengurusan dan pembangunan halal Malaysia terus kekal sebagai peneraju pembangunan industri halal global. Terima kasih.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Menteri dengan jawapan yang diberikan. Kita sememangnya amat mengalu-alukan penubuhan Majlis Halal Malaysia dengan harapan semoga isu-isu yang berkait dengan industri halal negara kita ini dapat diselaraskan dan diselesaikan. Yang Berhormat Menteri, soalan saya, antara isu besar yang berterusan yang menimbulkan keresahan awam dalam negara kita ialah mengenai kemasukan produk luar negara terutamanya. Terutamanya ubatan-ubatan daripada luar negara yang seolah-olah terlepas daripada sentuhan dan saringan kuat kuasa halal Malaysia. Isu ubatan-ubatan daripada luar negara.
Kesannya, isu-isu ini akan sentiasa timbul dalam masyarakat. Ini kerana masyarakat begitu prihatin dengan isu halal ini. Misalnya, isu kapsul. Kapsul ini banyak, macam-macam jenis kapsul yang diimport masuk...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Kinabatangan dan yang lain-lain, kalau bercakap itu slow down sikit kerana ada kawan yang sedang tanya soalan. Sila teruskan.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Terima kasih. Kesannya, masyarakat akan sentiasa resah. Saya fikir ini kerana ia terlepas daripada sentuhan dan juga saringan oleh JAKIM. Jadi soalan saya, adakah dengan penubuhan Majlis Halal Malaysia ini kerajaan akan melihat isu ini? Terima kasih.
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas berkaitan dengan soalan yang menyentuh soal ubat-ubatan khususnya.
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom
Oleh sebab kita memahami bahawa dalam konteks Sijil Halal Malaysia ini kita masih lagi asas yang utama yang perlu saya tambah jelaskan kepada sidang Dewan pada pagi ini ialah untuk memahami bahawa Sijil Halal ini ia masih lagi bersifat kesukarelaan.
Jadi, ini asas awal yang kita berikan.
Namun walau bagaimanapun, peningkatan kepada Majlis Halal Malaysia ini daripada Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh TPM dahulunya, untuk memantau tentang industri halal tetapi oleh kerana kita melihat perkembangan industri halal ini begitu berkembang pesat dan juga amat-amat diberikan perhatian yang tinggi, bukan hanya dalam masyarakat umat dalam konteks negara, bahkan dalam konteks luar negara juga turut terlibat.
Jadi, balik kepada kapsul yang berkaitan dengan timbul keresahan-keresahan dan juga kebimbangan-kebimbangan tentang penggunaan kapsul tersebut. Sebab itu kerajaan telah melihat bahawa ada perlu kita perkemaskan lagi untuk industri halal ini. Termasuklah yang berkaitan penubuhan Majlis Halal Malaysia, di mana dengan Majlis Halal ini kita menempatkan sebenarnya ada 9 kementerian yang duduk bersama. Termasuk kalau bila sebut kapsul, kementerian yang berkaitan kesihatan. Kita bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk kita memastikan bahawa kapsul-kapsul yang berasaskan daripada sumber yang tidak halal ini dapat kita kenal pastikan.
Jadi, saya suka hendak menekankan sekali lagi Yang Berhormat, bahawa ada 9 kementerian yang duduk bersama. Termasuk kementerian yang berkaitan dengan haiwan, binatang, perdagangan, MOSTI dan sebagainya yang duduk bersama ini untuk supaya ada jaringan-jaringan yang ia datang daripada pelbagai.
Mungkin import barangan-barangan sembelihan ini berkaitan dengan haiwan dan juga penternakan. Jadi, kementerian yang berkaitan akan mengambil perhatian dan kita akan sentiasa daripada semasa ke semasa melalui majlis ini duduk bersama supaya masing-masing mengambil perhatian. Sebab mungkin bidang tugas JAKIM yang telah ditetapkan iaitu berkaitan pengeluaran Sijil Halal bagi yang memohon. Akan tetapi pengawalan kepada kemasukan kapsul dan sebagainya ini oleh kerana ia tidak mohon Sijil Halal dan ia pun tidak menipu mengatakan ia tidak halal dan ataupun halal tetapi keadaan diam di situ akan menyebabkan ramai pengguna-pengguna yang tidak dapat memastikan.
Jadi, ini kita bekerjasama melalui Majlis Halal Malaysia dengan Kementerian Kesihatan bagi mendapat pengesahan dan langkah awal dapat diambil oleh Kementerian Kesihatan dalam memastikan kemasukan bahan-bahan yang telah ditukarkan daripada asas bahan mentah tersebut kepada bahan baru seperti mana ditukarkan kepada kapsul, ia benar-benar datang daripada sumber yang halal di dalam konteks ubat-ubatan kapsul itu tadi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad, Langkawi.
7. Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [Langkawi] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apakah kerajaan bercadang untuk mengenakan denda dalam bentuk khidmat masyarakat kepada pesalah-pesalah trafik terutamanya golongan remaja.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, di bawah Akta Kehadiran Wajib 1954 [Akta 461], mahkamah boleh, sebagai ganti hukuman atau hukuman secara menahan, membuat satu perintah kehadiran wajib mengehendaki seseorang itu hadir setiap hari di Pusat yang dinyatakan dalam perintah tersebut dan mengaku janji untuk menjalankan kerja wajib selama tempoh tidak melebihi tiga bulan dan selama bilangan jam yang tertentu setiap hari tidak melebihi empat jam sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah tersebut.
Antara tempat yang pesalah akan dihantar untuk melakukan khidmat masyarakat adalah di rumah orang-orang tua, rumah anak yatim, masjid, hospital dan melakukan kerja- kerja pembersihan dengan majlis perbandaran.
Kementerian Dalam Negeri tiada halangan atas cadangan untuk dilaksanakan hukuman ini bagi kesemua kesalahan trafik kecuali kes-kes yang melibatkan peruntukan hukuman penjara yang minimum dan terpulanglah kepada budi bicara mahkamah untuk memerintahkan hukuman kehadiran wajib ini. Terima kasih.
Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad - Langkawi
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kesalahan trafik banyak berlaku di negara ini terutamanya kepada remaja. Seperti aktiviti rempit, ia bukan sahaja membahayakan kepada diri mereka tetapi sangat berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. Akibatnya, banyak kemalangan, kematian dan kecederaan yang berlaku.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah kementerian bercadang untuk menambah baik syllabus sekolah-sekolah memandu dan melanjutkan tempoh lesen percubaan bagi melahirkan pemandu yang lebih berhemah di jalan raya?
Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi.
Soalan ini sebenarnya bukan di bawah Kementerian Dalam Negeri kerana ia lebih di bawah Kementerian Pengangkutan ya. Jadi saya hendak nyatakan di sini bahawa langkah itu baik dan dialu-alukan. Sekiranya pihak polis dan juga pihak Kementerian Dalam Negeri diperlukan untuk memberi khidmat kaunseling dan sebagainya kepada pesalah-pesalah mat rempit ini, kita sedia untuk memberikan bantuan kita. Sekian, terima kasih.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua, boleh satu lagi, Tuan Yang di-Pertua? Fasal kesalahan trafik.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, sudah melangkaui masa lebih daripada dua minit. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya bangun berkaitan dengan Peraturan Mesyuarat 23(1)(i), berkaitan dengan satu soalan saya dihantar jawapan oleh Setiausaha Dewan penolakan terhadap satu soalan saya berkaitan dengan, “Kenapa sehingga kini Perdana Menteri belum lagi menyaman Asian Wall Street Journal dan Sarawak Report yang mendedahkan pelbagai tuduhan dan penglibatan Perdana Menteri dalam skandal negara 1MDB yang telah mencalar nama baik negara? Membiarkan tanpa apa-apa tindakan undang-undang mengundang persepsi segala tuduhan terhadap Perdana Menteri adalah benar.” Soalan ini ditolak dengan alasan berasaskan kepada P.M. 23(1)(i) iaitu “Suatu pertanyaan itu tidak boleh dikeluarkan berkenaan dengan betul atau tidaknya penerangan- penerangan dalam surat-surat khabar”. Saya bangkitkan soal ini adalah kerana pihak Perdana Menteri sendiri yang mengatakan bahawa mereka akan mengambil tindakan menyaman pihak WSJ dan juga Sarawak Report. Saya tidak katakan benar ataupun tidak laporan surat khabar tersebut.
Jadi sepatutnya soalan ini harus diberikan peluang kepada Perdana Menteri untuk menjawab bahawa sama ada dia hendak mengambil tindakan ataupun tidak.
Saya boleh terima kalau dibuang soalan saya ini pada para iaitu, “Membiarkan tanpa apa-apa tindakan undang-undang mengundang persepsi segala tuduhan terhadap Perdana Menteri adalah benar.” Saya bersetuju buang ‘hok’ di bawah itu boleh.
Akan tetapi yang di atas itu saya minta tanya kenapa tidak mengambil tindakan?
Sebab, dia sendiri, Perdana Menteri sendiri, pada pihak Perdana Menteri menyatakan akan mengambil tindakan.
Jadi saya merayu kepada jasa baik Tuan Yang di-Pertua, yang kita pun hari ini serupa, untuk pertimbangkan kembali untuk memasukkan soalan saya ini di dalam senarai soalan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Itulah sebabnya seperti yang disebut dalam surat itu Yang Berhormat. Jadi kalau pun Yang Berhormat pakai bow panjang-panjang, jawapan saya sama. Itu juga Yang Berhormat.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Agensi Antidadah Kebangsaan (Pindaan) 2016 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004 [Akta 638] adalah merupakan suatu akta untuk menubuhkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk meletakhakkan kuasa kepada pegawai-pegawai AADK bagi melaksanakan fungsi-fungsi seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 6 akta tersebut.
Akta 638 telah berkuat kuasa pada 1 Ogos 2007 melalui penetapan tarikh permulaan kuat kuasa yang disiarkan sebagai P.U.(B) 287 Tahun 2007 yang mana telah menguatkuasakan semua peruntukan akta kecuali perenggan 6(a), (c) dan (d). Pada masa ini, tiada peruntukan dalam akta yang menentukan tempat tahanan di pejabat AADK dan bidang kuasa pegawai AADK untuk membawa dan menjaga orang yang disyaki sebagai penagih dadah di pejabat AADK bagi maksud menjalani ujian dan sebelum dibawa ke hadapan majistret menurut seksyen 3, dan seksyen 4 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283].
Tuan Yang di-Pertua, pindaan terhadap Akta 638 ini membolehkan tempat tahanan reman atau lokap AADK diwartakan serta membolehkan pegawai AADK membawa dan menjaga orang yang disyaki sebagai penagih dadah di tempat tahanan reman atau lokap.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, AADK mempunyai 14 buah tempat tahanan reman ataupun lokap yang telah siap dibina di seluruh negara dan bernilai keseluruhan RM135 juta dengan kapasiti seramai 910 orang tetapi masih belum digunakan mengikut tujuan ia dibina.
Antara elemen-elemen utama dalam rang undang-undang ini memperuntukkan seperti berikut.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta.
Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan takrif baru ‘Pegawai Kanan Agensi’ ke dalam Akta 683. Penjelasan berkaitan pegawai kanan agensi perlu dijelaskan di dalam tafsiran kerana ia berkaitan dengan chain of command, dengan izin.
Fasal 3 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pegawai agensi untuk mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang berpangkat koperal atau lebih rendah dan seorang pegawai penjara berpangkat sarjan dan lebih rendah di bawah Akta Penjara 1995 apabila membawa dan menjaga orang dalam tahanan agensi.
Fasal 3 juga bertujuan untuk menyifatkan pejabat agensi sebagai sebuah balai polis bagi maksud Akta 683. Ini akan memberikan kuasa kepada pegawai agensi semasa membawa dan menjagakan tahanan seperti pegawai penjara. Pegawai agensi akan dilindungi dan dipertanggungjawabkan oleh undang-undang ketika menjalankan tugas.
Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Fasal ini juga membolehkan tempat tahanan reman atau lokap agensi diguna pakai sebagai tempat tahanan yang sah di bawah seksyen 7, Akta Penjara 1995 dan memudahkan untuk mewartakan lokap di pejabat agensi.
Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya, pindaan yang dilaksanakan ini adalah bagi membantu pegawai AADK melaksanakan fungsinya dengan lebih menyeluruh dalam menjalankan program rawatan dan pemulihan penagih dadah.
Penagihan dadah merupakan sejenis penyakit kronik yang mudah berulang dan disebabkan oleh pelbagai faktor atau multifactorial health disorder, dengan izin.
Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Memandangkan penagihan dadah merupakan suatu penyakit, pengesanan, perjalanan ujian, intervensi dan rawatan awal adalah amat penting. Pada masa ini orang yang disyaki sebagai penagih dadah yang ditangkap oleh AADK ditahan di balai polis bagi maksud menjalani ujian sebelum dibawa ke hadapan majistret. Dengan pindaan ini, tempat tahanan reman atau lokap yang sedia ada di fasiliti AADK boleh digunakan untuk menahan orang yang ditangkap tersebut bagi mengurangkan beban menyediakan tempat tahanan di balai polis.
Pindaan akta ini akan memberikan kuasa kepada pegawai AADK semasa membawa dan menjaga tahanan seperti pegawai polis dan pegawai penjara dan membolehkan tahanan ditahan di pejabat AADK. Pegawai AADK yang terlatih dalam bidang rawatan dan pemulihan dadah akan dapat memberikan intervensi dan memberikan rawatan awal kepada penagih dadah agar pemulihan mereka lebih berkesan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.
Tuan Yang di-Pertua
Ada menyokong?
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat. Masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Sila, Yang Berhormat Bagan Serai.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
[Berucap dalam bahasa Arab] Bismillaahi Rahmaanir Raihim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Agensi Antidadah Kebangsaan (Pindaan) 2016.
Pada dasarnya, saya terlebih awal menyatakan bahawa Rang Undang-undang ini, pindaan ini saya setuju dan melihat kepada keputusan mesyuarat JPU Bil. 1 (2009) pada tahun 2009 bersetuju untuk melaksanakan projek lokap dan pusat tahanan ini. Dengan adanya enam lokap dan pusat tahanan yang AADK sudah siapkan pada tahun 2011, tetapi tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya kerana tiada peruntukan dalam Akta AADK 2004, tidak ada kuasa bagi pegawai agensi untuk bawa dan menjaga orang kena tahan
(OKT).
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan khususnya AADK yang berusaha untuk menangani isu dadah ini sejak sekian lamanya.
Saya kira ini adalah usaha yang serius dan bersungguh-sungguh. Satu usaha yang sentiasa kita laung-laungkan, kerajaan laung-laungkan. Dadah musuh negara, dadah musuh nombor satu, perang dadah habis-habisan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyingkap sejarah kes HIV yang pertama di Malaysia ini pada tahun 1986 dan pada masa yang singkat tahun 2005, penghidap HIV secara kumulatifnya 70,559. Daripada sini, 74 peratus adalah mereka yang menyuntik dadah, ataupun saya sebut di sini people who inject drugs (PWID), dengan izin. Pada tahun 2002, kita menghadapi kes HIV yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia, 6,978 dan pada ketika itu, 74 peratus adalah mereka–mereka yang menyuntik dadah juga. Ini ada kaitan yang sangat rapat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Kita dapati penyebaran yang begitu cepat ini adalah disebabkan penggunaan jarum, sharing of needles, dengan izin. Dalam satu kenyataan report, Tuan Yang di-Pertua saya hendak baca, daripada Executive Director UNODC, Mr. Antonio Maria. Report, izinkan saya untuk baca dalam bahasa Inggeris. Drug use is often called a disease of development, related to the increase need of psychoactive substances to reduce stress, to increase performance or simply to escape the harsh of reality. Dan kita lihat negara telah mengambil tindakan dengan mewujudkan apa yang dikatakan program pengurangan kemudaratan ataupun harm reduction program, ataupun saya sebut HRP.
Pada tahun 2006 telah dilaksanakan, HRP di Malaysia ini mengandungi OST, bermaknanya opioid substitution therapy, menggunakan methadone. Kita ada needle syringe exchange program, tukar needle itu., memberikan needle. Kita ada voluntary testing
(VCT), kita ada menyediakan ARV ataupun antiretroviral untuk HIV dan juga penyelidikan ataupun perubatan untuk penyakit-penyakit STI sexually transmitted disease. Buat kaunseling, buat education, social service, job placement. Ini dibuat, kerajaan buat kerana ini melibatkan banyak stakeholders, mereka yang berkepentingan. Contohnya MOH tentunya AADK, research education, penjara, NGO, PDRM dan juga doktor-doktor swasta.
Saya melihat kepada sejarah ini apabila pada tahun 2006, pada bulan April, National Strategic Plan untuk HIV AIDS diwujudkan diikuti dengan National Strategic Plan on HIV AIDS 2001-2015 iaitu National Task Force untuk harm reduction diwujudkan.
Tuan Yang di-Pertua, suatu anjakan paradigma pada tahun 2007 di mana kaedah sukarela diwujudkan, tidak ada paksaan. Persepsi yang berbeza yang hendak diwujudkan supaya tidak ada marginalization, tidak ada stigmatization. Ini kerajaan hendak buat supaya mereka yang dadah ini akan tampil ke depan. Jadi AADK telah shift dia punya program ini daripada punishment kepada harm reduction. Jadi tanpa syarat, tanpa paksaan. Inilah yang dilaksanakan oleh AADK yang saya ingin tanya juga adakah satu kajian secara saintifik dijalankan, program-program AADK ini sejauh mana kejayaannya? Ini cure and care clinic, semuanya lah Cure and Care 1Malaysia Clinic, dahulunya pusat serenti jadi PUSPEN, dan sekarang jadi voluntary, CCRC, CCSC, service center, rehab center, cure and care vocational center (CCH) Skuad 1M dan sebagainya. Dan juga PDRM telah mewujudkan Team STING untuk mengawal benda-benda ini.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, undang-undang dan akta yang ada hari ini, enam dekad, enam puluh tahun lebih. Untuk mengawal dadah, untuk membawa sehingga hukuman mati kepada mereka yang bawa dadah. Apa natijah yang kita lihat hari ini?
Terkini, keadaan jadi makin serius. Kerajaan serius, kerajaan bersungguh, AADK serius, tetapi keadaan jadi makin serius. Tahun 2015, terdapat penagih dadah yang baru dikesan 26,660. 76 peratus baru, 73.4 peratus orang muda.
Ini satu lagi Tuan Yang di-Pertua saya hendak sentuh. Orang muda aset negara, kalau orang muda rosak, negara akan rosak. Negara tak boleh pergi negara maju sebab orang muda yang akan bawa negara ini. Paling muda 7 tahun. Macam mana dia buat?
Bubuh ganja dalam coklat. Baik-baiklah makan coklat. Makan coklat syok itu, kena risau sedikit coklat yang pelik-pelik ini, menjadikan penagih berdaftar di Malaysia 282,660 orang.
Ini yang berdaftar. Mungkin 3,4 kali ganda yang tak daftar. Mungkin menghampiri 1 juta.
Angka sebenarnya kita tak tahu. Golongan muda hari ini telah dilatih pula nak jadi tauke- tauke dadah.Ini kebimbangan yang ada.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya cerita 2016 pula. Keldai dadah, 21 orang Malaysia ditangkap di Thailand. Ini KIV mati ini. Ini sebab undang-undang ada di sana yang bawa dadah hampir 400 juta punya income, very lucrative, dengan izin. Ini orang dah tak takut mati, mati tak apa asalkan duit banyak. Kalau tidak undang-undang ini kenapa, undang-undang ini mandatori mati. Rakyat Malaysia terlibat. 5 Mei, polis rampas dadah berjumlah RM1.14 juta dirampas di Jelapang, Perak di sebuah kuil dikatakan dan lima orang ditangkap. Ini pun boleh bawa kepada hukum- kalau ikut undang-undang Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh bawa kepada hukum mati.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua, trend sekarang ini kita lihat, demand and supply. Permintaan tinggi, supply pun tinggi. Masalahnya supply pun tinggi. Dadah tradisional, hari ini trend dadah tradisional sudah berubah daripada dadah-dadah tradisional ganja, candu kepada sintetik metamfetamin kepada pil kuda, ecstasy.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Kita lihat pada tahun 2014, ada enam orang remaja maut kerana mengambil overdose metamfetamin di satu konsert terbuka di dalam negara. Bila ada penangkapan yang banyak yang dibuat oleh PDRM dan state, bermakna, ada banyak demand. Bermakna banyak orang yang minta barang ini.
Pada Jun 2015, lab sintetik yang mengusahakan heroin dan ATS ditangkap, bernilai RM1 juta di Penang. Pada 25 Mei, satu lab lagi telah dismantle (dimusnahkan) mewujudkan ‘kristal metamfetamin’ dan ecstasy bernilai RM10 juta. Apa yang ada, catatan menunjukkan dari tahun 2008 hingga tahun 2011, 30 lab telah dimusnahkan.
Tuan Yang di-Pertua, kita bimbang Malaysia ini daripada jadi transit, dahulu user, jadi transit, sekarang ini kita bimbang dia jadi producer. Dia jadi producer sekarang ini. Kita lihat cerita dadah dalam surat khabar selalu dengar. Cerita dadah di kampung, di daerah selalu dengar. Kerajaan serius, AADK serius, NGO serius, banyak stakeholders tidak main- main. Dadah musuh negara, perangi dadah habis-habisan. Apakah sudah jadi hari ini?
Tuan Yang di-Pertua, Akta Dadah Berbahaya 1952 sudah berumur lebih dari 60 tahun. Lebih dari 60 tahun, masih meliputi pemenjaraan (imprisonment), hukuman rotan, penahanan wajib. Saya bukan apa, saya hendak wujudkan satu pemikiran di sini. Sebagai seorang wakil rakyat dan sebagai seorang doktor, saya melihat dengan izin, we have been doing the same thing and the result is not good. It is time to rethink, it is time to review…
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Selangor bangun Yang Berhormat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Silakan.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya bila mendengar penghujahan daripada Yang Berhormat Bagan Serai, ia melambangkan keseriusan beliau tentang ancaman dadah, terutama sekali tentang perkara-perkara yang dikaitkan tentang persepsi terhadap Malaysia. Ini saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Bagan Serai, kita akui undang-undang sudah banyak di Malaysia. Pada 60 tahun yang lalu diperkenalkan Akta Dadah sehingga ke hari ini AADK pun kita hendak pinda daripada segi penggunaan lokap dan sebagainya.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Bagan Serai, kalau kita lihat daripada segi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan Serai, adakah benar ataupun wujudnya persepsi bahawa Malaysia ini boleh dianggap sebagai pusat kartel pengedaran dadah, memandangkan mungkin banyaknya lobos ataupun lubang-lubang yang boleh menyebabkan kartel sanggup datang ke Malaysia dan meningkatkan lagi pengedaran dadah dalam negara kita? Ini saya hendak tanyakan kerana kita sudah banyak undang- undang, tetapi saya lihat masih lagi kita perbincangkan. Bahkan kalau tadi Yang Berhormat sebut, umur 7 tahun pun sudah terlibat dengan penagihan dadah, jadi, apa akan jadi kepada negara kita pada masa akan datang. Silakan Yang Berhormat Bagan Serai.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Satu pemikiran yang kritis. Sebab apa kita lihat, kita bimbang kartel-kartel dadah ini. Malaysia ini nampak gaya is a very nice place sebab perdagangan kita buka, pelancongan pun kita power, communication, perhubungan kita pun bagus, kita punya udara bagus, darat pun bagus, laut pun bagus dan kedudukan kita cantik daripada atas turun ke bawah, turun pergi ke bawah sana dalam peta dunia. Jadi, ini kebimbangan.
Kerajaan kena fikir ini macam mana hendak buat. Sebab apa, nampak gaya ini telah jadi tempat sasaran.
Disebabkan oleh kemudahan-kemudahan yang ada dalam negara kita hari ini, maka ada pihak-pihak tertentu menimbulkan perkara ini dan mungkin sebab itu. Satu lagi yang saya hendak sebutkan tadi, undang-undang ini mandatori mati. Undang-undang ini, transfer ini, tetapi nampak gaya macam-macam cara.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Kalau kita lihat daripada kapal terbang turun, bubuh dalam apa? Bubuh dalam- saya lihat ada macam-macam ceritalah. Ada yang bubuh dalam mulut, ada bubuh melalui dubur, ada yang telan, tidak tahu macam mana cara dia buat. Ada banyak cara. Bawa beg, dalam beg ada beg, ada beg seludup, tidak takut. Tidak takut. Jadi hari ini orang sanggup matilah untuk dapat duit yang banyak ini. Jadi, undang-undang ini kita bimbang.
Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara yang unintended, consequences ataupun kesan-kesan unintended daripada undang-undang yang ada sekarang ini. Kebimbangan kita ialah criminal pasaran gelap. Keduanya ialah kesihatan awam. Kita melihat - kita panggil policy displacement. Maknanya kesihatan awam, pihak yang mewujudkan kesihatan awam duduk di belakang. Sebab apa? Pihak yang mewujudkan undang-undang, penangkapan, pemenjaraan, penahanan, duduk di hadapan. Jadi menyebabkan ramai orang takut. Walaupun kita mewujudkan HRP, tetapi kita bimbang. Sebab apa? Penagih- penagih ini dia very sensitive. Dia tidak mahu ke hadapan, dia tidak mahu menyerah diri, dia tidak mahu datang. Kalau kita lihat dalam antara justifikasi kita hendak luluskan rang undang-undang ini adalah kerana mereka ini tidak mahu dirawat secara sukarela. Akan tetapi apa yang kita buat hari ini?
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang wujud adalah satu lagi, “...substance displacement.” Mereka pun cekap. Mereka lebih kreatif dan inovatif. Kita tahan di sini, kita serang di sini, dia pindah tempat lain. Dia pindah ke tempat pelik-pelik. Hari ini orang buat dadah dalam kuil. Betulkah saya baca ini? Orang buat dadah dalam kuil. Satu hari nanti kita jangan terkejut orang buat dadah di belakang masjid. Tempat yang orang takut, dia berani.
Mungkin dia buat dadah atas kubur. Atas kubur orang takut. Siapa yang seronok pergi kubur? Semua orang takut pergi kubur. Ada yang berani pergi kubur? Dia duduk atas kubur itu. Sebab apa? Duit mengatasi segala-galanya.
Contohnya Tuan Yang di-Pertua, substance displacement. Ini yang saya katakan tadi, daripada dadah-dadah tradisional, pindah kepada yang lebih kick. Ganja tidak main sebab ganja pun tidak tahu- di Barat ini marijuana sudah hendak diluluskan sebagai satu bentuk antidot, tetapi hari ini pindah kepada pil, ice.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
[Bangun]
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Saya pernah melihat Tuan Yang di-Pertua, satu orang yang ambil ice ini dia datang dalam klinik saya. He moves in my clinic.
Dalam klinik agak sempit, dia boleh twist and turn dan menari power punya. Dia menari dalam klinik. Rupa-rupanya dia salah seorang daripada orang yang ambil ice or syabu dan berbagai-bagai lagi.
Satu lagi saya hendak sebut, the way...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Gajah bangun Yang Berhormat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Sebentar ya, one minute. The way we deal with people who used drug, ini penting. Marginalization, stigmatization. Bagaimana kita melihat penagih dadah ini? Ini satu perkara lagi yang menyebabkan undang-undang kita, keseriusan kerajaan, keseriusan AADK, tetapi hari ini bagaimana kita lihat seseorang yang mengambil dadah?
Tuan Yang di-Pertua, ada yang kata, “Pergi matilah”, “Ini sampah masyarakat”, ”Tiada harapan lagi.” Kalau mereka ini dipenjarakan, bila keluar stigma sudah banduan.
Hendak ambil kerja? Siapa hendak ambil kerja? Siapa hendak orang keluar penjara ambil bekerja? Apatah lagi hendak ambil buat menantu. Jadi, ini stigma. Ini masalah. Mungkin ini perkara yang perlu kita buat kajian. Silakan.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Tadi Yang Berhormat Bagan Serai mengatakan bahawa kerajaan amat serius dalam menyelesaikan masalah dadah ini. Yang Berhormat juga kata ini ialah masalah serius dan kerajaan juga adalah serius dalam menyelesaikan masalah ini. Akan tetapi, saya berasa pelik jugalah. Kalau kerajaan benar- benar serius dalam menyelesaikan masalah ini, mengapakah masalah ini masih tidak dapat diselesaikan? Yang Berhormat juga mengatakan bahawa kita sudah ada satu undang- undang yang mandatorinya memberi hukuman mati. Jadi, dengan adanya hukuman undang-undang yang begitu keras, tetapi masalah ini masih tetap tidak dapat diselesaikan.
Jadi saya rasa ada sesuatu yang pelik dalam isu ini.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat, ada atau tidak agensi-agensi pelaksana ini benar-benar serius dalam menyelesaikan masalah ini? Mungkin kita ada polisi yang serius, tetapi ada atau tidak agensi-agensi pelaksana benar-benar serius dalam menyelesaikan masalah ini, mungkin tidak ada wujud gejala-gejala rasuah yang menyebabkan masalah ini terus berleluasa?
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Yang Berhormat, saya hendak bawa kepada perhatian Yang Berhormat dan juga kepada Dewan bahawa masalah ini bukan sahaja di luar malah masalah ini sudah masuk ke sekolah. Budak-budak sekolah juga sudah mula menjadi pengedar dadah. Ada kumpulan-kumpulan tertentu yang telah merekrut mereka bila mereka berada di Tingkatan 3 dan Tingkatan 4, mereka sudah direkrut. Apabila mereka keluar daripada sekolah sahaja mereka menjadi pengedar dadah.
Jadi saya rasa ini adalah isu yang amat ketara sekali dan saya rasa pelik jugalah kalau pihak kerajaan terutamanya polis dan Agensi Antidadah tidak mengetahui tentang perkara-perkara seperti ini. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat, terima kasih.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat Batu Gajah nampak memang serius. Saya setuju dengan kisah anak muda tadi. Itu sebab pada awal tadi saya kata anak-anak muda sekarang ini telah dilatih jadi tauke dadah. Kita hendak tengok ini contohnya, apa yang PEMADAM buat saya setuju sangat-sangat, iaitu ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Awal-awal lagi kita kena ajar jangan jadikan dadah kawan dia, jadikan dadah musuh dia. Kita lihat hari ini – saya hendak tanya kerajaan, apakah mekanisme yang akan kerajaan buat untuk menangani isu penyalahgunaan dadah di kalangan anak-anak muda? Sebab AADK telah mengeluarkan kenyataan kebanyakan yang ditangkap ini 25 tahun hingga 29 tahun. That is the age…
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Limbang bangun, Yang Berhormat. Di belakang.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya juga ingin hendak menarik perhatian tentang pindaan Undang-undang Agensi Antidadah Kebangsaan ini. Saya memang risau juga tentang ini terutama sekali kalau kami di kawasan kecil pun sudah ia menjadi satu perkara serius apatah lagi dalam sebuah negara. Kita dengar kerajaan memang begitu komited dan serius dalam menangani permasalahan dadah kita, pembunuh nombor satu, perosak masyarakat nombor satu di negara kita.
Jadi saya ingin hendak melihat sebab apabila kita membincang tentang dadah ini, hendak kata hukuman apa lagi yang lebih besar lebih dahsyat daripada hukuman mati. Kita sudah buat, undang-undang kita hukuman mati tetapi masih juga orang buat. Malahan kalau apa yang kita dengar baru-baru ini Malaysia ini menjadi kartel, the kingpins. Seluruh dunia ini banyak juga sudah buka pusat-pusatnya di Malaysia malahan antara menjadi pengeluar yang besar di Malaysia. Kilang yang besar mengeluarkan dadah. Itu yang kita difahamkan. Jadi saya ingin hendak bertanya Yang Berhormat Bagan Serai, apakah kemungkinan kita mendengar seperti the Golden Triangle dan sebagainya.
Dadah ini adalah menjadi barter trade kepada senjata. Apakah ada kemungkinan, mungkin ini adalah satu perancangan secara geopolitiknya untuk merosakkan belia-belia dalam sebuah negara supaya menjadi salah satu cara untuk menekan negara dengan merosakkan modal-modal insan dalam sesebuah negara seperti Malaysia ini. Apakah ini juga, rangkaian ini kalau kita lihat apabila negara kita membuat undang-undang hukuman mati, kita tahu bermacam-macam tentangan telah pun dibuat, termasuk human rights sendiri tentang undang-undang kita ini. Akan tetapi kita begitu concerns negara kita tentang dadah ini yang boleh merosakkan masa depan negara, kita tidak peduli juga, kita buat undang-undang ini.
Jadi saya ingin hendak bertanya jugalah Yang Berhormat Bagan Serai, apakah ada kemungkinan ini adalah satu perancangan yang besar bukan hanya di Malaysia tetapi seluruh dunia.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Mungkin ada satu movement yang kita tidak nampak yang memang sudah kata orang hendak kata seperti natural selection kah apa-apa atau yang mana hendak di rosak mana hendak dibangunkan, negara mana hendak di biar, negara mana hendak dirosakkan.
Jadi saya ingin hendak bertanya kepada Yang Berhormat Bagan Serai. Terima kasih.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Yang Berhormat Limbang. Satu kebimbangan yang ada kemungkinan. Sebab apabila rosak anak muda maka rosaklah negara. Maka cita-cita untuk capai negara maju akan terbantut dan ini bukan sahaja jadi pada Malaysia malah di mana-mana dalam dunia ini. Akan tetapi Tuan Yang di- Pertua, saya rasa ini bukan masa untuk kita tunjuk cari. Tunjuk sini, tunjuk sana, bukan.
Ini masa yang kita tanya diri sendiri, to question ourselves banyak mana kita buat ke arah menentang dadah ini. Kerajaan buat banyak mana kita support. AADK buat banyak mana kita support. Semua, termasuk all the stakeholders, mereka yang berkepentingan termasuk juga wakil-wakil rakyat di tempat masing-masing. Kita tahu, malah di tempat saya pun kita tahu, kita tetap ada masalah-masalah ini dan masalah sedang pergi dalam, deep rooted sehingga kita bimbang susah hendak dikawal.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya kata di awal tadi, is time to review and to rethink. Ini masa untuk duduk balik, fikir sejenak dekat mana silap ini. Tadi saya dengar Yang Berhormat Limbang kata, Yang Berhormat Batu Gajah pun cakap bagi hukum mati tidak takut. Bagi hukum mati, esok masuk dalam surat khabar keluar kena tangkap lagi.
Saya tahniahlah kepada PDRM, PDRM STING, saya tahniah, tetapi apabila banyak kena tangkap makna banyak demand, maknanya banyak yang sedang menagih dadah ini.
Silakan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Langkawi, sedar kah kita bahawa…
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bagan Serai.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Bagan Serai, ya.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Muka sama Tuan Yang di-Pertua, kembar.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Ketawa] Minta maaf. Kita sedar kah tidak, dari dulu Dewan ini membahas isu yang sama. Akan tetapi saya melihat pencapaian kita tidak sampai ke tahap mana yang kita bahaskan. Saya setuju dengan Yang Berhormat Bagan Serai iaitu kita harus melihat kenapa ia terbantut separuh jalan. Siapa yang kita harus persalahkan? Di mana kita harus mengukur langkah untuk menentukan bahawa hala tuju masa depan negara kita ini, belia-belia kita tidak tergolong dalam golongan dadah, penagih dadah.
Saya di Parlimen Kinabatangan ini, dia kampung terpencil jauh tetapi pengedar dadah ini pun sampai menyusup ke sana termasuk juga di Beluran, di tempat Tuan Yang di- Pertua kita, memang ada. Saya di situ, saya bertanya di mana penguat kuasa ketika itu?
Ada juga di kalangan masyarakat, ini bukan saya bercakap, mereka minta saya sampaikan.
Mungkin Yang Berhormat, penguat kuasa kita, pihak polis juga terlibat sama untuk memberi kesegaran kepada pengedar-pengedar dadah, dia tangkap sementara, dia lepas balik. Apa yang hairannya, dia kata pengedar ini sudah ditangkap tetapi bulan depan dia mengedar balik. Ini bermakna tuduhan itu ada kebenarannya.
Jadi sejauh mana Yang Berhormat Bagan Serai mungkin boleh mengemukakan kepada kerajaan, sejauh mana tanggapan masyarakat ini benar. Sebab kalau tidak, kalau tidak kita totally bincang pada hari ini, tahun depan kita akan bincang lagi perkara yang sama, dadah musuh utama negara, nombor satu. Hukuman mati mandatori, berapa banyak sudah orang mati. Akan tetapi hari ini mana-mana saya nampak di surat khabar, di media elektronik dadah berlambak-lambak, selepas itu dia buat kilang pemprosesan di negara kita. Pil kuda berlambak-lambak di Kelantan dan Pahang.
Ini pada saya bukan satu perkembangan yang baik dan perlu ada tindakan tegas.
Pada satu ketika, oleh sebab keseriusan saya, saya membaca dan melihat berlaku di Brazil lah dan di China.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Di mana Kerajaan Brazil melalui polis gelap dia mengeluarkan arahan penagih dadah, pengedar dadah tembak sahaja tidak perlu lagi bicara dan akhirnya negara itu sudah kurang. Jadi saya bersetuju mungkin kita perlu melakukan sesuatu. Kita perlu menembak mereka ini.
[Disampuk] Ya, sebab mereka menghancurkan masa depan negara.
Dalam al-Quran, dalam mana-mana bahawa masa depan negara itu akan bergantung kepada sejauh mana kekuatan masa depan generasi anak bangsanya. Kalau generasi anak bangsa kita penagih dadah maka Allah kata tunggulah keruntuhan sebuah bangsa negara itu.
Jadi, kita inilah rasa saya perlu melakukan sesuatu untuk memastikan bahawa gejala penagihan dadah ini dapat dibanteras. Saya memohon Yang Berhormat Bagan Serai, kalau boleh mencadangkan mana-mana sahaja pegawai, anggota yang berkhidmat dengan penguat kuasa dalam dadah ini jangan lebih dua tahun, pindah mereka. Sama ada polis kah, apakah, sebab ini saya nampak. Itulah, bukan saya yang bercakap, orang ramai, masyarakat minta saya menyampaikan bercakap.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ada unsur-unsur rasuah dan tidak pecah amanah di kalangan penguat kuasa kita.
Minta cadangan Yang Berhormat Bagan Serai.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Yang Berhormat Bagan Serai, sedikit.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Bagan Serai, sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Limbang dan Yang Berhormat Bayan Baru bangun.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Limbang, Limbang. Saya nak tambah sedikit ialah tentang apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi iaitu tentang ini sama juga kita menerima aduan daripada rakyat, dia hendak kita sampaikan juga Yang Berhormat Kinabatangan. Iaitu saya melihat tahap keseriusan itu ialah kita tidak menuduh sesiapa tetapi apabila rakyat berjumpa kepada kita, the first reaksi kita ialah buatlah laporan. “Yang Berhormat, kami tidak berani buat laporan”. “Kenapa?”, “ Ini bukan South Amerika”, saya cakap*, “Pergilah, kita ada undang-undang di negara kita”.
“Yang Berhormat, apabila kita buat laporan, baru kita balik saja dah satu selekoh jalan, kita dah kena tunggu dah, dah kena sindir macam-macam”*.
Jadi saya melihat keseriusan itu memang ada. Kalau dah orang tidak berani melapor sedangkan dalam pembasmian dadah ini adalah kerjasama daripada semua pihak, kerajaan dan rakyat sendiri tetapi saya melihat kalau dah sampai orang tidak berani membuat laporan itu, saya memang risau. Apa pendapat Yang Berhormat Bagan Serai?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Bagan Serai, sedikit boleh?
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai dan terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tentang wujudnya unsur-unsur dalaman polis. Yang Berhormat Kinabatangan mengesyaki tentang ada unsur dalaman polis yang telah membantu pengedar-pengedar dadah ini.
Saya nak bagi satu laporan pada 28 April di mana dalam satu laporan akhbar Cina ia berkata di Shah Alam. Apabila STING operation pergi ke satu tempat pemprosesan dadah, apabila mereka cuba hendak masuk ke tempat operasi itu, yang tempat pemprosesan dadah itu dia tanya polis saya sudah bayar dua minggu yang lalu. Kenapa polis masih datang ke sini? Ini telah terbukti bahawa memang ada unsur-unsur dalaman polis yang bersubahat dengan semua pengedar dadah. Jadi ini isu yang sangat serius.
Saya juga hendak petik satu surat khabar juga bahawa tahun ini kita telah polis – saya pun nak ucapkan tahniah. Polis ada yang baik, ada yang sangat teruk. Dalam kes ini, pada 21 April, hanya seminggu sebelum itu, polis telah berjaya mendapat 239 kg methamphetamine (meth) yang cukup untuk 12 juta orang, cukup untuk supply kepada 12 juta orang Malaysia untuk menggunakan meth. Jadi ini cukup serius kerana Malaysia hanya 28 juta orang tetapi ini cukup untuk 12 juta orang, ini cukup besar. Ini hanya satu kilang pemprosesan dadah. Jadi saya rasa polis, kita kena solve the problem at the source iaitu yang pengedar dadah itu. Saya rasa yang AADK sepanjang ini telah membuat kerja yang baik kerana mereka telah cuba rehabilitation dan sebagainya. Akan tetapi problemnya adalah the source, supplier.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Last sekali, saya pun nak tegur sikit Yang Berhormat Kinabatangan. Malaysia ini bukan Philippines, kita tidak boleh presiden baru nak shoot to kill. Ini adalah negara hukum, this is not law of the jungle, this is the rule of law. Jadi saya rasa Yang Berhormat Kinabatangan, ini tidak betul ya. Terima kasih.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Limbang dan Yang Berhormat Kinabatangan. Bila tindakan- tindakan yang kita katakan serius telah dibuat tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan.
Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dan ditanya ialah tentang adakah wujudnya penyelewengan, adakah wujudnya rasuah, adakah wujud perkara-perkara begitu.
Cadangan-cadangan ini sangat membina. Sudah tentu kalau seorang yang berpotensi untuk menerima habuan, duduk lama-lama di satu tempat, itu bahaya. Mungkin dia ditukarkan itu bagus.
Saya lihat oleh sebab undang-undang mandatori mati, bagi mereka yang bawa ini sampai berjuta-juta untuk memusnahkan rakyat, memusnahkan orang lain, sanggup buat kerja macam itu mungkin saya punya pendapat Tuan Yang di-Pertua, kalau hukum gantung dengar saja tak cukup gerun, kena tengok gantung itu. Itu untuk mereka yang buat kerja macam ini, ini tidak ada hati perut, ini pun bunuh orang juga. Saya tidaklah kata kita kena terus tembak tetapi maksud saya mereka yang ada undang-undang ini, kalau ada undang- undang ini mungkin orang dengar hukum mandatori maut tetapi bila mati, pukul berapa mati, bagi tengok umpamanya.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
[Bangun]
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Sibuti pun tidak boleh tahan lagi dah. Silakan Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan sahabat saya Yang Berhormat Bagan Serai. Apabila mendengar fasal hukuman tadi, kita dengar kalau di negara Mekah pun, kalau dia mencuri terus di khalayak ramai potong tangan. Kalau di sini saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat tadi jika dia betul-betul sudah disahkan pengedar dadah, kita di khalayak ramailah sebat dia ataupun gantung tak usah sampai mati supaya rakyat boleh melihat masalah-masalah ini adalah di kalangan rakyat. Saya percaya Yang Berhormat dari Pasir Mas yang pernah melawat kawasan saya Sibuti mesti bersetuju sebab kawasan saya Sibuti pun ramai pengedar dadah sehingga anak-anak kampung di luar bandar itu pun terjebak dalam dadah.
Jadi sebab itulah Yang Berhormat Bagan Serai, saya juga bercadang boleh tidak agensi-agensi ini ataupun persatuan-persatuan antidadah ini seperti PEMADAM mesti mencari ahli-ahli yang profesional seperti doktor-doktor duduk dalam itu baru boleh menasihatkan masyarakat kita. Jangan ambil siapa yang suka nak jadi pengerusi, lantik saja pun mereka sendiri tak tahu apa itu dadah sedangkan mereka hanya mendengar dadah itu berbahaya. Bolehkah Yang Berhormat bersetuju dengan saya supaya agensi- agensi ini kerap kali datang ke luar bandar.
Saya setuju juga dengan Yang Berhormat Kinabatangan supaya pegawai-pegawai polis yang ada di suatu kawasan itu janganlah terlalu lama sebab seperti kawasan saya yang kecil ini, polis itu terlalu jumpa dia hari-hari maka mereka tidak takut dengan polis, maka tidak ada kesan apa-apa. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya Yang Berhormat Bagan Serai, saya hendak dengar komen tentang gantung tak sampai mati Yang Berhormat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
[Ketawa] Separuh gantung Tuan Yang di-Pertua, gantung separuh biar ngeri. Akan tetapi sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, seeing is believing. Kita dengar orang kena gantung atau hukum mandatori mati, kita pun tidak tahu dia mati macam mana. Jadi masuk akallah walaupun saya tak nak cadangkan hukum mandatori mati hari ini tetapi masuk akallah. Kalau dah hukuman mandatori mati, tunjuk pada orang yang dah ada orang kena. Bila orang terkejut, takut, banyak benda yang tak jadi.
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, kita sekarang berhadapan dengan isu macam chicken and egg, mana satu dulu ni. Orang yang nak demand dulu atau orang yang nak supply dulu. Dulu kita bimbang budak-budak kita, rakyat Malaysia ini, anak muda ambil dadah. Sekarang tauke-tauke dadah ini anak muda.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Dulu kita bimbang transit- pergerakan transit kita jadi negara transit tetapi sekarang ini kita tengok lab-lab, makmal-makmal mengusahakan dadah wujud di Malaysia.
Jadi keadaan sebenarnya memang seperti apa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri isytiharkan bahawa kita perang dadah habis-habisan. Kita kena ingat dadah musuh negara. Ini dah berulang-ulang kali sebenarnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya berasa inilah masanya sebenarnya...
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Raja bangun.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
...Untuk kita menilai balik, kita lihat balik.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Yang Berhormat Bagan Serai, boleh sikit? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mendengar dengan teliti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bagan Serai. Seperti yang disebut beberapa kali dah 60 tahun kita melakukan perkara yang sama. Ada pepatah ataupun ada words of wisdom mungkin saya tak ingat siapa yang mengatakannya bahawa apabila kita melakukan sesuatu perkara berulang-ulang kali serupa saja caranya dan mengharapkan satu hasil yang berbeza, ia adalah satu kebodohan. I don’t know who states this, it is not from me, dengan izin.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Maknanya, kita kena kaji balik saya rasa dengan serius tentang bagaimana kita menangani soalan persoalan dadah ini. Ini pendapat saya, saya hendak bagi pendapat yang saya dengar. I have my own opinion tetapi saya merasakan bahawa apa-apa perkara yang kita haramkan dan kita kuat kuasa kan, ia memang dengan sendiri akan menggalakkan business atau pun peluang kepada mereka yang mencari keuntungan daripadanya. Saya ingat dahulu semasa saya belajar di Mesir. Ketika itu pertukaran wang haram, banyak black market. Kalau kita tukar di bank, kita dapat kadar yang rendah. Akan tetapi kalau kita tukar melalui orang kata peniaga-peniaga atau pun agen-agennya, bayangkanlah kalau RM5 duit kita kalau kita tukar, dapat satu pound sahaja duit Mesir.
Pelajar boleh tukar dengan harga yang lebih rendah dan dapat jumlah yang sama. Jadi, hendak tidak hendaknya begitulah maknanya- when there is a black market for it, there is thriving business, dengan izin.
Jadi, sekarang ini di seluruh dunia saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat Bagan Serai. Ada pendebatan tentang the pros and cons. Saya tidak hendak menyebut menghalalkan tetapi untuk menyelia, mengawal atur penggunaan dadah itu sendiri. Kerana tadi Yang Berhormat Bagan Serai telah menyebut bahawa penagihan dadah h satu penyakit. Itu yang pertama.
Kedua adalah orang muda kadang-kadang dia suka experiment. Kalau kita tengok di zaman 60-an dahulu, hippies dan sebagainya mereka melalui satu fasa kehidupan di mana mereka eksperimen on drugs. After that, mereka tinggalkan. Jadi, mungkinlah kita perlu melihat approach ini di mana kita cuba betul-betul memikirkan dan melihat negara- negara yang telah berjaya mengawal selia dan mengawal atur penggunaan dadah ini dan mengurangkan kerja penguatkuasaan, rasuah dan sebagainya apabila mereka telah menghalalkan penjualan dadah itu melalui saluran-saluran yang dikenal pasti oleh kerajaan.
Terima kasih.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Itulah Tuan Yang di-Pertua, inilah yang saya memikirkan perkara ini. Oleh sebab kita telah melaksanakan undang-undang begitu lama dan kesannya macam perkara yang sama. Hingga tadi sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan kata kita akan berulang- ulang cerita benda yang sama lagi akan datang. Sepuluh tahun lagi kita akan bincangkan benda yang sama. Dadah musuh negara, perang habis-habisan. Contohnya saya melihat, apalah salahnya kerajaan melihat model-model yang telah berjaya di luar negara sebab yang kena dadah ini bukan Malaysia sahaja. Saya bagi contohnya satu di Switzerland.
Saya berpeluang mengikuti satu lawatan sambil belajar di Switzerland. Saya pergi ke Zurich dua tahun lepas, melihat kepada model. Pada akhir tahun 1980an, keadaan dadah di sana sangat-sangat teruk menyebabkan berbagai-bagai masalah sehingga ada open drugs punya scene di satu tempat yang dinamakan Platzspitz Park. Needle Park dipanggil. Krisis di Switzerland.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Kerajaan telah mengambil satu tindakan yang drastik. Daripada pemenjaraan, daripada penangkapan, daripada itu kepada satu lagi program yang lebih komprehensif bertunjangkan prevention, rawatan dan juga undang-undang akhirnya. Akan tetapi tidak menangkap dan menghukum terus mereka ini terus masuk penjara dan sebagainya. Apa yang saya hendak nyatakan di sini Tuan Yang di-Pertua setelah satu dekad, setelah 10 tahun lebih kurang atau lebih. Hari ini keadaan open drugs scene tidak ada lagi. Program- program yang telah dilaksanakan oleh model polisi dadah di Switzerland umpamanya, telah mengurangkan kematian disebabkan overdose yang sekarang hendak jadi di Malaysia ini.
Dua tahun lepas ada orang ambil methamphetamine di stadium dan mati. Itu baru permulaan dan juga mengurangkan penyakit HIV dan juga mengurangkan jenayah-jenayah disebabkan oleh dadah dan juga memberikan kesihatan yang lebih baik pada mereka yang terjebak dengan penggunaan dadah. Maksud saya Tuan Yang di-Pertua, melihat penagih- penagih ini sebagai mereka yang ada masalah, yang mempunyai penyakit dan bukan melihat mereka sebagai orang yang penjenayah.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat, boleh sedikit tambahan Yang Berhormat? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mungkin Yang Berhormat Bagan Serai boleh mencadangkan kepada kerajaan iaitu Agensi Dadah Kebangsaan ini.
Mereka harus melihat bagaimana hendak merencana, hendak memperkukuhkan pertahanan kita. Sebab hari ini pun, ini bukan saya. Saya ini wakil rakyat yang rajin berjumpa masyarakat, berjumpa oleh rakyat. Di mana-mana kawasan, dia kata, “Dato’ ini pusat pemulihan serenti kita di mana-mana tidak boleh pakai, kenapa?” Saya kata. Kan itu satu pusat untuk memulihkan penagih-penagih dadah. Di situ dia kata, dadah pun boleh masuk juga.
Bermakna, di sinilah kelonggaran yang kita ada. Pokoknya, penguat kuasa yang kita amanahkan untuk membanteras, memulihkan mereka ini, tidak boleh kita amanahkan.
Kita bagi amanah, dia pecah amanah. Jadi, pecah amanah ini, apakah kita tinggal boleh melihat begitu tanpa apa-apa tindakan?
Justeru itu, kementerian dengan seluruh agensi dadah yang kita iktiraf ini perlu fokus, perlu ada kesungguhan. Kalau tiada kesungguhan, saya nampak penagih dadah berlambak, penagih yang tegar berulang-ulang dan negara kita akan menjadi sebuah bangsa negara kalau tidak kita kawal dengan baik, negara, rakyat, masa depan kita menjadi kita penagih-penagih dadah. Bukan lagi berkurangan tetapi ia akan membesar. Sebab kita tidak mahu perkara ini berlanjutan sebab sudah bertahun saya berbahas, tiap-tiap tahun, tiap-tiap sidang saya bahas isu yang sama. Tidak ada tindakan, no action, nothing. Saya tidak nampak ada pegawai Agensi Antidadah kita ditukar, diambil tindakan. Tidak ada.
Disebabkan mereka ini, ramai penagih dadah.
Demikian juga dengan penguat kuasa yang lain. Ini harus diambil iktibar. Inilah punca utama dia. Kalau tidak, tidak akan berlaku. Disebabkan ini, saya boleh katakan mencari pisang goreng panas lagi sukar daripada membeli dadah di Sandakan. Ini yang berlaku- RM10 pun ada harga. Akan tetapi dia dapat dadah palsu lah. Semua ada.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Dahsyat!
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terlalu dahsyat. Kalau tidak dibendung, maka hancurlah masa depan remaja-remaja belia di Sandakan itu. Terima kasih Yang Berhormat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Kinabatangan, ia bukan hendak membesar, sekarang ia sudah membesar. Sekarang ini isu ia sudah membesar dan saya hendak beritahu tadi, bukan kerajaan tidak serius, bukan AADK tidak serius, bukan tindakan-tindakan tidak dilakukan. Akan tetapi apa yang kita hendak duduk dan fikir sekarang ini adakah kaedah kita ini tidak kena. Kita patut buka mata dan tengok pada polisi-polisi luar negara yang berjaya. Looking at those who have done it successfully, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Contohnya, satu lagi di Portugal. Portugal decriminalize possession of small amount of drugs for ten days use. Dengar pun takut. Sebab apa...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Setiawangsa bangun Yang Berhormat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
...Hari ini di Malaysia, kalau kita bagi methadone, ada orang-orang yang kata, “Tengok, bagi dadah! Bagi dia mati lagi, bagi dadah lagi!” Tidak selesai. Dia kata tidak selesai tetapi Portugal yang menghadapi masalah yang sangat serius menggugat negara, hari ini tidak ada lagi, open drugs scene. Kurang HIV, kurang mati sebab overdose, kurang jenayah sebab dadah. Better health. Orang yang menagih dadah ini bukan penjenayah. Dia ini pesakit sebab itu saya setuju tadi yang edar, yang beratus juta tadi gantung tidak sampai mati. Bagi orang tengok. Saya setuju bab itu tetapi saya hendak sebut Tuan Yang di-Pertua, kaedah yang kita buat selama enam dekad ini mungkin tidak betul.
Kalau kita teruskan, takut-takut ia menjadikan satu kebodohan ataupun satu kegilaan. Saya bimbang itu Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya tampil. Oleh sebab apa saya sendiri sudah pergi melawat di Switzerland dua tahun lepas dan melihat bagaimana polisi ini. Saya pergi kepada polis utama di Zurich, melihat bagaimana polis kompromi dengan benda ini, bagaimana social worker, orang-orang yang pergi dahulu untuk menasihati sebelum polis datang. Pergi lihat bagaimana tahanan-tahanan dalam penjara, bagaimana mereka dirawat, bagaimana mereka dilayan. Mereka tidak diherdik, dipukul.
Mereka dilayan sebab apa mereka ini pesakit. Remember they are disease. Mungkin mereka dari daerah kita, mungkin saudara kita. Takut-takut- wa 'iya zubillah, takut jadi anak- anak kita, umpamanya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Puteh bangun.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Jadi, ini keadaan yang berlaku di Zurich.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Setiawangsa dan Pasir Puteh.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Silakan.
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Yang Berhormat Bagan Serai, saya hendak tanya. Ada insistence kepada kerajaan untuk mengadakan satu subjek khusus untuk sex education kerana kita ingin menghalang daripada teenage pregnancy ataupun anak-anak muda ini di kalangan pelajar terlibat dengan seks secara rambang. Akan tetapi, saya tidak nampak insistence yang sama terhadap dadah ini diajar di sekolah. Adakah sudah sampai masanya ada pelajaran ataupun subjek-subjek khusus untuk menangani isu dadah daripada awal ini untuk memberi penerangan ataupun maklumat kepada pelajar- pelajar kita ini.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya tidak berapa setuju dengan Yang Berhormat Bagan Serai apabila Yang Berhormat Bagan Serai mengatakan bahawa pihak kerajaan tidak melakukan sesuatu untuk mencegah. Bahkan, banyak usaha sudah dilakukan untuk mencegah dan mengawal penularan dadah ini sehingga kepada hukuman gantung kepada pengedar.
Semua ini usaha-usaha yang dilakukan. Kalau kita tidak usahakan sebagaimana yang dilakukan, saya rasa lebih teruk lagi, lebih teruk lagi masalah kita. Sebagaimana kita tahulah, mungkin berlaku seperti di Mexico dan lain-lain negara yang mana berlaku. Akan tetapi saya ingin mencadangkan, kita kategorikan dadah ini seperti arak. Kalau kedua- duanya memabukkan, kedua-duanya mematikan seperti mana arak samsu yang low quality itu membunuh sudah lebih banyak membunuh daripada dadah, kita kategorikan yang sama.
Jadi, kalau kita ada kategori yang sama, arak dibenarkan, maka kita sediakan tempat-tempat khas untuk penjualan dadah-dadah yang terkawal supaya, insya-Allah, bila ada kawalan seperti ini, demand itu kita boleh supply dengan harga yang murah. Jadi insya- Allah, supply yang lain daripada luar itu tidak akan datang kerana kita sudah memberikan keperluan pesakit-pesakit kita yang perlu kepada dadah ini. Jadi saya mencadangkan, kita think all over again, kita jadikan dadah ini seperti arak dan kita bertindak, hukumnya atau apa yang kita lakukan seperti arak.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Kalau mengikut Islam, mudah, diharamkan sahaja. Akan tetapi kita di Malaysia ini, kita menghalalkan arak. Jadi saya mencadangkan dadah juga kita halalkan tetapi dalam bentuk yang terkawal, bukan secara bebas tetapi tempat-tempat yang dibenarkan.
Satu tempat yang saya mencadangkan sesuai untuk inilah, seperti kita, ialah tempat yang sesuai untuk kita berikan dadah-dadah yang halal ini supaya di sana pesakit- pesakit kita ini akan dikawal dan diberikan dos-dos yang mencukupi untuk mereka dan tidak mereka ini terlalu tidak terkawal sehingga menyebabkan kematian dan sebagainya. Jadi bagaimana pendapat Yang Berhormat Bagan Serai? Mungkin ini sesuatu think out of a box lah yang mungkin...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Bagan Serai.
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
[Bangun]
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Jerantut.
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tertarik juga mendengar perbahasan kita. Ada yang mencadangkan agar dadah ini diberi untuk digunakan. Ada pandangan mengatakan penguatkuasaan kita agak longgar dan memberikan ruang kepada pihak penagih untuk mendapat kemudahan tentang penggunaan dadah ini.
Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kinabatangan tadi. Kampung- kampung yang jauh tersisih dari bandar pun, hari ini dadah ini merupakan perkara biasa.
Ada juga kemungkinan pihak penguat kuasa yang sepatutnya menjadi penghalang kepada pengedaran dadah sampai kepada masyarakat, kadang-kadang mungkin ada juga mereka yang terlibat dengan pengedaran sama ada secara berskala kecil ataupun besar.
Daripada pandangan tadi, saya teliti pandangan Yang Berhormat Bagan Serai sendiri mengatakan mengapa tidak kita cuba berikan ruang untuk penagih ini mendapat kemudahan agar mereka tidak menjadi bahan yang susah hendak cari. Apa kata kalau kita mulakan dengan perkara yang kecil, Yang Berhormat Bagan Serai. Saya hendak tanya pandangan.
Dulu kita perkatakan tentang ketum. Kerajaan ada berhasrat untuk menjadikan ketum ini bahan larangan. Sebelum kita mulakan dengan dadah-dadah yang lain, apa pandangan Yang Berhormat Bagan Serai, bersetuju atau tidak dengan saya, kita cuba daun ketum ini? Kita benarkan ketum ini digunakan secara bebas. Kalaulah sekiranya penggunaan ketum ini nanti tidak menjadikan daun ketum itu bahan yang berharga kepada pengguna, maknanya ada ruang untuk dadah ini kita bebaskan daripada segi penggunaan.
Kalaulah daun ketum ini nanti pun ia juga tidak menyelesaikan masalah, saya bimbang pandangan Yang Berhormat Bagan Serai tadi dan ada sebahagian daripada rakan-rakan kita yang lain untuk membenarkan penggunaan dadah ini bagi mengawal ataupun memberikan lambakan dadah ini di pasaran supaya ia tidak ada harga. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Bagan Serai?
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Bagan Serai, sikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Setujukah Yang Berhormat Bagan Serai kalau kita mengatakan bahawa kalau kita hendak membasmi gejala penagihan dadah yang keterlaluan dan sebagainya ini, maknanya kita kena basmi dengan sesungguh hati dan basmi sehabis-habisnya? Jadi dalam hal ini, apa juga perkara yang patut kita buat, kita mesti buat dengan bersungguh- sungguh dan undang-undang yang kita kenakan, kenakan bersungguh-sungguh.
Adakah Yang Berhormat Bagan Serai bersetuju apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh tadi?
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Sebab pada pandangan saya, kita tidak boleh membuka sedikit ruang pun kepada dadah dan kita tak boleh meniru sebagaimana yang dibuat oleh negara-negara di Barat, sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Puteh tadi. Itu banyak diamalkan di Belanda, di Netherland kerana mereka mewujudkan sebuah tempat dipanggil coffee shop.
Kita sebut coffee shop tetapi tempat itu tempat untuk mendapatkan dadah, dos-dos dadah secara legal, secara halal.
Akan tetapi kalau kita balik kepada prinsip yang terkandung di dalam Al-Quran...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Setiap perkara yang memabukkan itu adalah haram.” Jadi tidak ada ruang untuk kita kompromi di situ. Jadi bermaksud di sini, dadah suatu perkara yang memabukkan dan sudah pasti ia sesuatu yang haram. Tidak ada kompromi di situ.
Jadi di sini, dalam hal kalau kita membuka ruang, contohnya mewujudkan premis- premis yang dilegalizedkan, dengan izin, untuk membolehkan penagih-penagih ini mendapatkan dadah secara legal, secara halal, maka ia akan jadi satu budaya, satu culture dan sudah tak wujud lagi dalam minda masyarakat yang menyatakan bahawa dadah itu haram. Cumanya, mereka mungkin mengatakan yang overdose sahaja yang tidak boleh tetapi yang di bawah prescription dibolehkan. So, maknanya di sini, tidak ada lagi unsur yang mengatakan bahawa dadah adalah merupakan sejenis bahan yang diambil dan diharamkan oleh agama ataupun diharamkan oleh kerajaan kerana mereka sudah melihat bahawa ada tempat-tempat yang boleh mendapatkan dadah itu secara halal.
Jadi persoalannya di sini, sekali Yang Berhormat Bagan Serai, adakah Yang Berhormat Bagan Serai bersetuju kalau kita buka ruang sebagaimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh tadi sedangkan dalam Al-Quran dan juga dalam undang- undang negara, perkara ini telah jelas diharamkan? Terima kasih.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih semua Ahli Parlimen yang memberikan pendapat. Sudah tentulah pendidikan tentang seks, umpamanya, tentang dadah ini telah lama diwujudkan. AADK ada buat, PEMADAM ada banyak lagi buat dengan AADK ada skuad 1Malaysia dan sebagainya. Itu sedang diteruskan.
Berkenaan dengan dadah ini, bila kita sebut dadah ini, dadah ia drug. Dalam perubatan memang guna. Kalau kena myocardial infarct, bagi dia morfin bagi hilang sakit.
Jadi dadah itu memang sudah lama diguna untuk ubat tetapi- ketum itu sama juga. Kalau setakat hendak minum ketum, ramai, banyak. Kalau dekat utara itu saya ingat banyaklah minum ketum untuk bagi sihat badan tetapi masalahnya, penyalahgunaan. Campur dengan macam-macam.
Sama jugalah dengan ubat tadi. Sepatutnya dadah tadi digunakan oleh doktor yang bertauliah. Doktor yang bertauliah yang boleh bagi ubat itu tetapi doktor yang tak bertauliah yang guna. Bila yang tak bertauliah yang guna, dia cucuk ikut suka dan dicampur ikut suka, maka sudah jadi tak betul.
Perbincangan-perbincangan tadi sudah tentu melibatkan semua stakeholders, semua kementerian. Daripada KDN, daripada Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, kementerian agama- sebab apa? Ini terlibat dengan, contoh-contohnya, hukum halal haram dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, itu sebab kebimbangan saya tadi, saya melihat perkara ini banyak kali dan kita buat benda yang sama. Saya tak setuju menyatakan kerajaan tak serius, AADK tak serius. Mereka serius. Letih dah kerja pun. Orang lain tidur, dia orang tengah kerja. Tangkap ini bukan tangkap siang-siang tapi malam-malam.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Mereka serius tapi adakah kita buat benda yang betul? Tuan Yang di-Pertua dengan izin, if we work hard but in the wrong direction, we will reach the wrong place. Ini masalahnya, sebab itulah jadinya perbincangan berulang-ulang dan saya hendak minta kerajaan melihat kepada polisi-polisi luar negara yang dah berjaya, itu sahaja. Saya tak tahu, mungkin saya tak tahu detail tapi saya cadangkan apa salahnya kerajaan menghantar wakil-wakil daripada KDN, daripada AADK pergi ke Zurich, pergi tengok sekali lagi. Go detail, pergi prison.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Saya hendak pergi prison baru-baru ini dia orang tak bagi, saya hendak tengok dalam prison sebab kebimbangan yang kedua saya ada, kita hendak buka ini untuk prison, hendak wujudkan tempat tahanan reman, adakah persediaan di dalam prison cukup?
Contohnya kita lihat daripada segi pemeriksaan kesihatan, daripada segi ubat-ubatan, adakah mereka dilayan dengan betul sebagai orang sakit? Tuan Yang di-Pertua, adakah mereka diberikan ARVs, adakah mereka diberikan methadone untuk meneruskan kesinambungan rawatan dadah mereka?
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Yang Berhormat Bagan Serai.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Ini kita kena lihat, kita tak mahu lagi jadi nanti ada orang mati dalam jel disebabkan benda macam itu. Contohnyalah kalau jadi.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Yang Berhormat Bagan Serai, minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai kerana tugas AADK ini ialah sebagai untuk hendak merawat yang orang ada penyakit. Jadi kebetulan Yang Berhormat Bagan Serai ini merupakan seorang doktor, selalunya kita merawatnya ialah supaya punca penyakit itu dibanteras dahulu macam hendak kempen berkenaan dengan kencing manis iaitu kita mengharapkan supaya penggunaan gula yang kurang di kalangan rakyat di Malaysia. Begitu juga yang kita bincang hari ini ialah yang hendak diatasi oleh agensi AADK ini, Agensi Dadah Kebangsaan ini untuk hendak merawat masalah yang dihadapi oleh penagih.
Ia mempunyai kaitan yang besar terutamanya sekarang ini ialah kita mesti mencari jalan atau formula bagi hendak mengatasi punca macam mana dadah ini sampai ke tempat kita kerana kalau kita tengok dalam kaedah yang agama Islam sebut dia kata... [Bercakap dalam bahasa Arab] ertinya arak itu merupakan ibu segala kepala jahat. Dalam konteks pentadbiran negara juga kita melihat rasuah ini merupakan punca kepada keruntuhan dalam sebuah negara kerana pada bulan April pada tahun 2011 dahulu, kita melihat bagaimana SPRM telah menangkap beberapa orang pegawai Imigresen yang makan duit setiap hari RM2,000 hingga pendapatan mereka dapat RM60,000 sebulan kerana membenarkan orang masuk melalui jeti Pulau Ketam dekat dengan Pelabuhan Klang.
Itu satu contoh yang kita lihat. Kalau macam itu punya keadaan, sudah tentulah apa jaminan kita yang mereka masuk itu mereka boleh bayar RM2,000 ke RM3,000, tak kisah kerana mereka akan masuk itu banyak lagi. Begitu juga dengan kes yang tangkapan warden di penjara pada 23 Ogos pada tahun 2013 yang melibatkan bawa masuk dadah heroin ke dalam penjara. Itu antara contoh-contoh yang kita lihat. Kalau macam ini punya keadaan yang kita hendak bincang pada hari ini sebab itu perkara ini macam kata tadilah...
[Bercakap dalam bahasa Arab] Kita akan bincang. Sesi depan pun kalau ada yang sama, kita akan bincang lagi macam mana untuk hendak mengatasi masalah berkenaan dengan soal penyalahgunaan dadah ini.
Saya mengharapkan supaya dalam soal hendak mengatasi ini, semua agensi yang terlibat, kita tak boleh bagi kepada polis sahaja malahan boleh mungkin kita bergabung dengan Angkatan Tentera Malaysia, Unit Pencegahan Penyeludupan, Kastam Diraja Malaysia, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Gerakan Marin mesti digabungkan sekali kerana supaya kalau ada sebuah agensi ini ambil, agensi ini kata tak boleh kerana dia tak boleh pakat kepada benda-benda jahat ini kerana Nabi menyebut, Baginda berkata...
[Bercakap dalam bahasa Arab] Maknanya umatku ini dia tak boleh bersatu pada benda-benda hat yang salah dan jahat. Jadi kalau ada hat yang kawan ini ambil, tak boleh. Aku report. Jadi sebab itu kena perlu ada gabungan antara agensi-agensi ini. Saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Bagan Serai.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Gantang. Ini kita hendak cakap ini dengan orang yang takut dengan Tuhanlah, yang tak takut dengan Tuhan ini dia sapu semua ataupun yang tak percaya ada Tuhanlah sebab dia buat tak ada orang tengok. Bila tak ada orang tengok, rabuih semua. Sebab bila main dengan duit ini jadi masalah, itu yang beberapa Ahli Parlimen tadi membincangkan perkara yang agak perkara yang sama itu. Itu yang saya hendak kata.
Tuan Yang di-Pertua, saya dah hendak landing ini, sekejap ya. Jadi saya melihat perkara yang saya katakan tadi, akhirnya kebimbangan-kebimbangan ini kalau kita buat perkara yang sama, kita dapat hasil yang sama.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Kita tak boleh tanam padi dan harapkan gandum. Kalau kita rajin, serius tanam padi, buat undang-undang tanam padi tapi tak jadi gandum. Jadi saya harap perkataan ini kena ingat dan saya bersetuju sangat jika yang mengedar itu, yang jahat itu, yang ambil duit itu beratus juta punya produk, itu memang patut dihukum ikut undang-undang dan zahirkan hukuman itu. Bagi orang takut, itu sahaja cara dia tetapi saya berpendapat yang bawa kecil- kecil untuk kegunaan dia sebab ini penagih, penagih ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ulang sekali lagi, kita mesti lihat dia sebagai pesakit- as a patient, ada orang yang bermasalah, orang yang perlu pertolongan, perlu support. Kita tak boleh pandang serong dengan dia, kita tengok treat them with love. Mungkin kita ubah cara ini. Tuan Yang di- Pertua, baru kita lihat benda-benda yang saya yakin benda-benda ini akan berubah kerana sudah ada polisi-polisi yang telah berubah.
Jadi saya ingin tanya kerajaan, di mana transformasi undang-undang, transformasi polisi dadah kebangsaan yang diura-urakan hari itu? Kat mana kita sekarang ini? Where are we now? Apakah kita akan buat selepas ini? Kita akan buat selepas ini. Jadi saya berharap pihak kerajaan bertindak dengan lebih serius ke arah bagaimana untuk melihat benda-benda baru yang kita hendak laksanakan. Kalau kita terus melakukan perkara yang sama, maka kita lihat hari ini tak ada kesan sebab orang dah tak takut tali gantung, dia lebih minat kepada duit lagi.
Jadi bagi mereka yang terlibat dengan dadah, kita merawat mereka sebab itu contohnya di Switzerland, semua ada itu malah mereka membuat inisiatif heroin assisted therapy. Sini kalau saya sebut ini, banyak orang tak setuju. Saya pernah tanya kenapa Malaysia tak buat heroin assisted therapy? Oh tak boleh. Kan? Bagi heroin dekat dia. Kita ada tadi macam-macam cerita tentang halal haram dan sebagainya tetapi sebenarnya ada polisi-polisi yang kita ini merawat sebenarnya. Sama juga dengan methadone, kita buat maintenance therapy. Saya harap mereka daripada contohnya doktor-doktor, GP dan sebagainya tampil ke depan, bagi pendapat dan terlibat sama. Jadi ini bukan masanya untuk kita tuding jari, tetapi ini masanya untuk kita bersama-sama memikirkan apa kaedah, apa cara, apakah polisi yang patut kita buat hari ini? Polisi mana kita hendak tengok hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kerajaan perlu tengok polisi-polisi yang dah berjaya- the successful policy. Saya, dengan kata-kata itu insya-Allah saya, Bagan Serai menyokong tetapi berharap pusat tahanan ini disediakan segala yang perlu untuk merawat mereka sebagai orang yang sakit, meneruskan ubat-ubatan, methadone dan sebagainya, ARVs umpamanya disediakan supaya tak ada benda-benda berlaku dan juga mereka- mereka yang akan diberi, pegawai-pegawai yang akan diberikan kuasa untuk membawa dan menjaga OKT, yang ini kita kena check lah, kena lebih serius lagi seperti apa yang mereka semua kata. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak-banyak, Bagan Serai menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Langat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memilih saya bersama-sama menyertai walaupun saya bukan seorang doktor tetapi keprihatinan itu menyebabkan saya terpanggil untuk bersama-sama membicarakan soal Akta Agensi Antidadah Kebangsaan (2004).
Tuan Yang di-Pertua, definisi maksud pindaan ini hendak dilakukan adalah bermaksud kekhuatiran dalam segi keseluruhan rakyat Malaysia ini berkenaan dengan kemudaratan dadah ini. Walaupun pendapat-pendapat para doktor mengatakan bahawa dalam segi perubatan itu, dadah amat diperlukan dan persoalan ialah penyalahgunaan dadah itu menjadi isu pokok yang menjadi igauan mimpi buruk kepada rakyat Malaysia.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Definisi maksud “antidadah” ini, “membenci dadah secara total” kerana ini akan mencerminkan masa depan generasi akan datang.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Ini bermaksud, kesungguhan kerajaan untuk memastikan penguatkuasaan yang dipastikan dapat mengawal selia penagih-penagih dadah ini supaya mereka ini tidak berterusan menjadi penagih dan tidak menyalahgunakan dadah. Oleh sebab itu, penguatkuasaan amat diperlukan sangat dan amat malang bagi kita kerana walaupun ia sudah berlarutan puluhan tahun sejak merdeka, menjadi satu perkara yang pokok dibicarakan di mana-mana kita berada. Ini mengakibatkan ketakutan keseluruhan generasi- generasi yang akan datang dalam penyalahgunaan dadah ini.
Peranan yang dimainkan dalam pindaan yang dibuat pada kali ini ialah mendorong kepada pindaan yang dimaksudkan dengan Akta Polis 1967, begitu juga dengan Akta Penjara 1995 yang menjadikan pencetus utama dalam pindaan ini yang hendak dibuat.
Peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi itu amat penting, yang terlibat secara langsung mahu pun tidak secara langsung. Sebagai contohnya, kedapatan saya kurang melihat antara reformasi yang hendak dibuat oleh kerajaan seperti memaklumkan dengan berterusan dalam keadaan serius seperti di media-media, di media elektronik, sebagai contoh. Tidak kedapatan kesungguhan membuatkan penyalahgunaan dadah itu menjadi isu pokok yang harus kita perangi habis-habisan.
Kebanyakan daripada iklan-iklan yang kita lihat, tidak sampai pun dalam sekitar 2 peratus atau 1 peratus yang dipergunakan oleh media-media penting, utama, perdana ini yang memberikan kesan nasihat atau akibatnya penguatkuasaan dan termasuk peranan dan juga masyarakat harus diberikan keutamaan dan inisiatif yang boleh ditawarkan untuk menjamin pengedaran dadah ini tidak menjadi soal pokok yang boleh dipersendakan.
Kesungguhan ini tidak kedapatan berterusan.
Oleh sebab itu, saranan saya, seperti mana yang disarankan oleh Yang Berhormat Bagan Serai itu, saya nampak ia sungguh positif kalau diambil peranan penting dalam memastikan setiap agensi itu, termasuk penerangan, memaklumkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada keseluruhan waktu siaran mereka memaparkan...
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Yang Berhormat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Sekejap. Bagi habis ayat ini baru Yang Berhormat Kuala Selangor boleh sambung hujah daripada Yang Berhormat Kuala Langat. Boleh kita berikan ia satu keutamaan, sekurang-kurangnya 10 peratus waktu itu akan memberikan kesan kesedaran kepada umat rakyat Malaysia ini atas kesedaran, betapa amat jijiknya penyalahgunaan dadah ini dan kesannya kepada rakyat keseluruhan terutama anak muda yang akan menghadapi masa depan mereka. Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Datuk Seri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya kagum atas kelajuan momentum Yang Berhormat Kuala Langat memperjuangkan untuk mengatasi masalah dadah dalam penghujahan pada tengah hari ini. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Kuala Langat sebagai Timbalan Presiden MTUC, baru-baru ini pemangku Presiden MTUC- baru-baru ini saya didatangkan oleh sekumpulan generasi muda daripada MTUC. Mereka melahirkan perasaan kebimbangan mereka terhadap isu dadah dalam kalangan pekerja- pekerja khususnya dalam konteks kilang-kilang.
Sebagaimana Yang Berhormat menyebut sebentar tadi tentang kempen-kempen kesedaran, sejauh mana Yang Berhormat selaku pemangku presiden, menggerakkan kempen-kempen kesedaran anti dadah terutamanya dalam kalangan ahli-ahli MTUC, bahkan generasi muda di MTUC sendiri? Saya mohon penjelasan. Terima kasih.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor kerana mengutarakan isu ini. Seingat saya, sekitar tahun 1987, waktu itu perkembangan dadah itu agak bermula aktifnya. Saya pernah mengadakan motivasi pada pekerja yang terlibat secara positif dadah. Antaranya 22 orang di Glenmarie Golf Club. Dalam pada selepas membuat motivasi itu, hasilnya ialah 21 negatif dadah dan hanya seorang yang tidak dapat diselamatkan. Dalam konteks ini, saya akui bahawa peranan semua pihak kena dimainkan. MTUC menentang keras penyalahgunaan dadah ini tanpa berkompromi dan kalau mereka didapati bersalah, dihukum secara tertib. Maksudnya diberikan motivasi, diberikan kesedaran termasuk pergi ke pusat serenti.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Begitu juga peranan yang boleh dimainkan bersama oleh pihak MEF. MEF ini mewakili majikan. Malaysian Employers’ Federation ini perlu memberikan laluan kepada permotivasi ini untuk memastikan mereka yang dikenal pasti positif. Oleh sebab itu saya galakkan kepada seluruh syarikat mengadakan urine test berkala, enam bulan sekali atau setahun sekali untuk mereka memastikan dalam keadaan kesihatan fizikal mereka itu sihat dan tidak ada anasir-anasir negatif seperti dadah yang amat digeruni ini.
Oleh sebab itu saya menyambut soalan tadi dengan mengatakan dengan jelas Yang Berhormat Kuala Selangor bahawa kita, MTUC tidak pernah berkompromi dan kita menggalakkan setiap perjanjian bersama, untuk pengetahuan Yang Berhormat Kuala Selangor, mewajibkan meletakkan kesihatan itu dalam konteks perjanjian bersama yang perlu dihormati dan tanpa dilanggar.
Ini menjadi pra wajib kepada semua perjanjian bersama untuk memastikan kesihatan pekerja itu dalam keadaan yang negatif dan kita tidak ada konteks untuk bersekongkol dengan mereka yang melakukan perkara yang amat menjijikkan itu. Saya sebagai pemangku Presiden MTUC menggalakkan seluruh warga Majlis Majikan-majikan untuk sama-sama untuk memastikan setiap perjanjian dan mengadakan ujian untuk memastikan tiap-tiap tahun pekerja mereka terpinggir atau terhakis dengan persoalan dadah. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor atas soalan itu.
Ketiganya, peranan- tadi tidak habis lagi TV, media elektronik dan media massa ini. Saya ingin menyeru kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia seperti mana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang tadi, peranan semua agensi. Saya hendak melihat dan saya hendak tengok setiap peranan yang dimainkan termasuk TV1, TV2, TV3, TV7, TV9 dan segala-gala TV, memastikan mereka berperanan untuk menyedarkan dalam memberikan seperti mana Yang Berhormat Bagan Serai cakap, hukuman secara jelas bahawa peranan dadah ini atau penyalahgunaan dadah ini amat berat dan kerajaan tidak boleh berkompromi walaupun sedikit, dan tidak mengira siapa mereka, asal darjat mana mereka datang, kalau mereka terlibat secara langsung, wajib mereka dihukum. Ini akan mendorong kepada penyelesaian, insya-Allah dalam isu anti dadah yang kita rasa penyalahgunaan dadah ini amat kritikal waktu ini, termasuk di desa- desa, di pinggiran.
Ketiga, peranan polis. Sebab itu pindaan ini dibuat dalam Akta Polis dan Akta Penjara. Seperti mana Yang Berhormat Seputeh beritahu tadi, peranan-peranan daripada segi perkampungan yang jauh dari pekan pun mendapat supply daripada dadah ini.
Mengapakah jadi begitu? Jadi Datuk Seri Speaker, jelas dalam konteks ini saya melihat peranan polis amat penting iaitu memastikan polis bertanggungjawab dan prihatin serta takut dan tanggungjawab digalas dengan amanah dan mempunyai nilai integriti yang tinggi.
Akan tetapi pada masa yang sama, saya melihat peranan polis itu tidak seimbang.
Baru-baru ini seorang pegawai di Sepang, namanya tidak mahu disebut sebab dia Tengku, dia kata jangan disebut nama dan ini termasuk rakan-rakannya yang lain, tidak elok sebut nama. Okey, saya tidak sebut nama. Saya hendak telefon, mendapat maklumat.
Empat kali saya telefon. Pertama, sebab hendak sembahyang.
Kedua, mesyuarat. “I will call you back, Sir”. Ketiga, tidak jawab. Keempat, tidak jawab. Saya hanya memerlukan maklumat. Akan tetapi dia enggan menyahut panggilan saya. Ini menunjukkan bahawa tanggungjawab polis itu sebenarnya mesti berada di tahap maksima dan atas itu. Saya juga ingin menyarankan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mereka, penjawat-penjawat, anggota polis ini dinilai semula penggajian mereka.
Kalau gaji itu kecil, boleh mendorong pelbagai. Saya terkejut apabila OSPD gaji mereka N48. N52 itu paling tinggi, maksima sebagai OSPD. Datuk Seri Speaker, cuba Datuk Seri Speaker bayangkan sedang- waktu pukul 1, saya diminta berhenti sementara.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Ahli Parlimen dulu pun N48 juga.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Ya, kita telah dinaikkan JUSA B, syukur alhamdulillah atas teguran ini. Waktu yang sama, saya hendak rayu dan saya hendak sarankan kepada Menteri Dalam Negeri sementara saya berehat satu jam sekarang ini. Tuan Yang di-Pertua, suruh saya duduk. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, sambung petang Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan hingga jam 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kuala Langat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati. Meneruskan bicara dalam perbahasan Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004.
Seperti mana yang saya bicara sebentar tadi sebelum itu saya hendak ambil break selama satu minit untuk mengucapkan Selamat Hari Guru pada tahun ini 2016, sempena hari ini. Guru memainkan peranan sebagai salah sebuah agensi untuk melahirkan generasi anak muda daripada terpinggirnya jenayah pengambilan dadah berbahaya ini. Peranan guru amat penting untuk memastikan bahawa anak-anak muda masa depan generasi kita akan menghayati dan memperoleh pendidikan yang sempurna untuk mereka hindarkan jenayah dadah ini.
Meneruskan bicara saya dalam soal peranan yang saya tangguhkan pada waktu tengah hari tadi. Anggota polis yang khusus dalam Akta Polis 1967, pindaan dan peranan mereka dalam seksyen 7 yang sedang dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri. Dalam proses itu, kita kena pastikan bahawa anggota-anggota polis ini dapat menghayati dan menghadam tanggungjawab dan juga integriti polis yang kita dengar dari Kinabatangan, yang kita dengar daripada Yang Berhormat yang lain kekhuatiran dan juga persepsi rakyat di luar yang menampakkan bahawa penguatkuasaan itu dicerminkan dalam konteks negatif.
Saya tidak mahu menekankan itu keterlaluan kerana itu merupakan persepsi dan saya yakin Kementerian Dalam Negeri berperanan untuk memastikan melahirkan anggota polis berintegriti. Dalam proses itu, saya juga ingin mengambil peluang ini untuk melahirkan bahawa pertimbangan supaya mereka yang digelar sebagai anggota-anggota polis ini yang kita bicara soal pindaan terutama di bawah seksyen 7 yang ingin memberikan mereka tanggungjawab yang konsisten dan kita mengharapkan yang terbaik daripada mereka.
Namun, kita juga terlupa bahawa mereka ini ialah kumpulan-kumpulan yang pendapatan yang agak jauh ke belakang kalau dibandingkan dengan penjawat awam satu daerah. Sebagai contoh di daerah saya sendiri YDP dan DO kategorinya N54. Namun, pegawai-pegawai tertinggi polis yang paling tinggi ialah N48 yang saya lihat bahawa tidak ada keseimbangan dan juga perolehan anugerah pendapatan yang setimpal dengan peranan yang akan mereka mainkan. Termasuk Koperal dan Sarjan yang kita hendak tingkatkan kuasa mereka untuk mengawal selia dan untuk memastikan seperti mana Yang Berhormat Seputeh membicarakan tadi, di pinggir-pinggir desa terdapat juga pengedaran berlaku dan kalau ini berterusan maka akan berlakulah kecacatan atas kerja mereka yang tidak setimpal dengan pembayaran dan juga penghargaan yang diberikan kepada anggota- anggota polis.
Maka dengan demikian, saya ingin mencadangkan dengan serius-seriusnya Kementerian Dalam Negeri supaya mengkaji semula tentang penggajian mereka dan peranan mereka mainkan dalam job spesifikasi sebagai anggota penguat kuasa yang kita utamakan. Sebagai contoh bila berlaku sesuatu kawal selia ataupun arahan yang dikeluarkan, anggota-anggota inilah ke depan dan mereka berperanan untuk mengawal dan memastikan bahawa penjenayah-penjenayah ini dapat diberkas ataupun ditangkap dalam keadaan yang cukup berbahaya. Atas perkara tersebut saya yakin dan percaya peranan mereka mainkan sebagai pemangkin utama keselamatan dan menghapuskan jenayah dadah ini, peranan dan juga penghargaan itu perlu disamakan dan perlu diberi keutamaan dan saya tidak boleh mengatakan bahawa pendapatan mereka ini adalah dalam standard mereka.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Ini kita harus ambil pendekatan bahawa fokus kita untuk menghapuskan jenayah dadah dan peranan mereka perlu diutamakan dan penghargaan mereka juga perlu juga disesuaikan. Saya mengharap Timbalan Menteri supaya cadangan ini jangan diambil sepi kerana persepsi di luar sana terlalu banyak yang memberikan gambaran yang tidak baik dan salah satu motivasi untuk anggota polis ini diberikan penghargaan dengan mencorakkan pendapatan itu sebagai asas utama. Saya cadangkan juga kenalah ada penyeragaman antara pegawai penjawat awam dan juga penguasa polis supaya peranan mereka itu dilihat menampakkan, dihargai dan dalam prospek yang lain saya percaya mereka juga akan menghargai segala bentuk kebaikan dan kebajikan mereka diberikan keutamaan. Maka demikian, tanpa berdolak-dalik saya mencadangkan supaya mereka perlu dinilai semula dan dikaji penggajian mereka.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyebut tentang Akta Penjara 1995 yang disentuh dalam pindaan ini. Seperti mana yang mereka bicarakan tadi, Yang Berhormat termasuk Kinabatangan yang mengatakan bahawa beberapa orang penguasa walau bagaimana sekalipun, tetap dadah itu masuk ke dalam penjara dan perkara ini juga perlu diambil peranan. Seperti mana yang saya telah maklumkan sebelum ini dan telah pun dijanjikan oleh Menteri Dalam Negeri untuk mengkaji semula penggajian-penggajian pegawai-pegawai penjara ini juga perlu diberikan kajian semula dan dipertimbangkan supaya mereka juga tidak dianggap dianaktirikan kerana mereka menjaga penjenayah, Tuan Yang di-Pertua.
Penjenayah yang berbahaya dan sederhana juga termasuk yang lain, mereka berperanan untuk memastikan penjara itu dikawal selia dengan efisiennya tanpa ada kelonggaran dan kemasukan benda-benda najis ini yang memberikan persepsi yang negatif di luar sana. Saya juga ingin menyarankan dengan bersungguh serius bahawa Timbalan Menteri Dalam Negeri peka dan faham bahawa peranan mereka tanggungjawab yang terlalu berat yang mereka hadapi.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Maka sempena dengan pindaan yang kita hendak buat ini, bersesuaian sebutan mereka di bawah Akta Penjara 1995 ini, saya juga ingin mencadangkan dan saya ulangi mereka juga diberikan setimpal dengan apa yang mereka diberikan pertanggungjawaban yang amat berat dan mereka juga tidak boleh dipinggirkan bersama dengan Akta Polis 1967 yang saya sebut sebentar tadi. Dalam rumusan ini, saya melihat bahawa pindaan yang kita buat sesuatu kawal selia untuk menambahbaikkan. Dalam proses ini, saya ingin saya yakin dan saya percaya seimbangan perlu dilaksanakan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dalam masa kita ingin menguar-uarkan untuk memastikan jenayah dadah ini dapat dikawal selia. Penguasa-penguasa juga jangan kita pinggirkan mereka berperanan untuk memastikan segala bentuk akta pindaan yang kita lakukan petang ini akan memberi kesan baik kepada mereka dan bermotivasi mereka juga ialah part of this enactment.
Jadi, saya percaya dan saya yakin dengan pindaan ini akan menyeragamkan, akan memberikan mereka ruang yang lebih sempurna dan selesa dan yang demikian, saya berpendapat bahawa kedua-dua jabatan ini kiranya jangan dipandang sepi dan mereka juga perlu diberikan imbuhan yang sesuai untuk kita hapuskan sedikit-sedikit dan kita pastikan laluannya pindaan ini dilakukan untuk kebaikan bersama. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas ruangan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sekijang.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang- undang Agensi Antidadah Kebangsaan (Pindaan) 2016 ataupun AADK 2016 ini. Seperti mana yang kita ketahui masalah dadah ini telah lama menghantui negara kita. Sebermula tahun 1952, apabila undang-undang Akta Dadah Berbahaya diperkenalkan ditambah dengan pelbagai lagi undang-undang lain yang berkaitan dengan dadah termasuklah dengan beberapa kali pindaan bagi menyesuaikannya dengan perkembangan semasa, sehingga kini masalah dadah masih lagi belum mampu untuk negara kita atasi.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Untuk rekod, kerajaan mula-mula mengisytiharkan dadah sebagai masalah keselamatan serta musuh nombor satu negara, pada 19 Februari 1983. Ini bermakna sudah 33 tahun ia kekal sebagai masalah utama negara. Justeru, segala bentuk penambahbaikan bagi memastikan masalah berkaitan dengan dadah ini dapat kita atasi ia haruslah disokong selagi mana ia mampu membawa negara kita kepada sifar penagih dadah.
Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1995 KDN pada masa itu telah mencadangkan kepada kerajaan agar semua agensi yang bertanggungjawab dalam menangani masalah dadah diletakan di bawah bidang kuasa agensi tunggal dan ia telah dipersetujui oleh kerajaan dan dari situ wujudnya AADK ataupun Agensi Antidadah Kebangsaan pada tahun 1996.
Beberapa tahun selepas itu, wujudlah pula AADK hari ini telah diwujudkan pada tahun 2004. Selain daripada akta AADK pada tahun 2004, ADDK juga turut mengguna pakai empat undang-undang serta akta lain dalam operasi pentadbiran dan penguatkuasaannya iaitu Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988.
Walaupun mempunyai akta yang tersendiri serta disokong dengan akta-akta lain, bidang kuasa yang AADK melalui pegawai mereka masih lagi terhad dan tidak menyeluruh dalam proses menangani dan juga membasmi masalah berkaitan dengan dadah.
Melihatkan kepada senario ini, jelas apa yang diputuskan pada tahun 1995 untuk hanya mewujudkan satu agensi tunggal dalam mengatasi masalah dadah sebenarnya masih belum 100 peratus menjadi realiti. Justeru pindaan yang dicadangkan kali ini untuk memberi mandat kepada pegawai AADK untuk menjalankan kuasa dan peruntukan yang seperti mana pegawai polis dan pegawai tentera adalah satu tindakan yang amat tepat dalam proses kita memperkasakan Agensi Antidadah Kebangsaan ini ataupun AADK sebagai agensi tunggal yang bertanggung jawab dalam menangani masalah berkaitan dengan dadah.
Kita sedia maklum jika sebelum ini jika seseorang itu ditahan oleh AADK, kuasa menahan itu perlu diserah semula kepada pihak polis dan jika penahanan itu dilanjutkan, ia diserahkan pula kepada pihak penjara. Jadi selepas ini, pihak AADK bolehlah secara langsung menjalankan tugas bermula dari awal tangkapan sehinggalah ke akhir penahanan termasuklah ketika seseorang itu melalui proses pemulihan tanpa ada halangan ataupun enforcement barrier. Selain itu, kita dapat menjimatkan masa tanpa perlu melalui enforcement barrier. Proses pemulihan mereka yang terlibat dengan dadah ini juga bakal menjadi lebih lancar dan tersusun dengan tugas yang sebelum ini dipikul bersama, kini diserahkan melalui kuasa yang lebih kepada agensi yang berfokus kepada masalah dadah iaitu AADK.
Tuan Yang di-Pertua, melalui pindaan memberi kebenaran kepada pegawai AADK ini secara tidak langsung tugas yang sebelum ini hanya diberikan kepada pegawai polis dan penjara untuk membawa dan menjaga orang dalam tahanan, kini diberikan perluasan kuasa tersebut kepada pihak AADK yang sebenarnya telah pun seperti dimaklumkan oleh pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi telah membina 14 buah pusat tahanan. Pusat tahanan yang telah siap terbina ini, buat masa sekarang dilihat sebagai projek gajah putih memandangkan ia tidak dapat digunakan kerana akta semasa yang tidak memberikan kuasa kepada AADK untuk menahan pesalah-pesalah ini.
Seperti yang kita sedia maklum pihak polis selain perlu menangani masalah berkaitan dengan dadah, mereka juga perlu berhadapan dengan pelbagai jenis jenayah lain sehinggakan kapasiti lokap milik PDRM bagi sesuatu kawasan terutamanya dalam daerah saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam daerah Segamat itu, balai polis itu balai polis lama jadi memang agak sesak dan biasanya sukar hendak menampung bilangan penghuni yang terlalu ramai.
Oleh yang demikian, kebenaran yang diserahkan kepada AADK ini dilihat sebagai suatu langkah tepat bagi mengatasi masalah tersebut. Sebagai contoh bila ada berlaku tangkapan baru-baru ini, di balai polis itu bersesak-sesak, tidak tahu hendak letak dekat mana mereka yang terlibat dengan gejala penagihan dadah ini. Langkah ini juga sangatlah bersesuaian memandangkan ramai di kalangan penagih dadah ini tidak semuanya melakukan jenayah lain yang merosakkan harta benda contohnya.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Justeru, pengasingan mereka daripada penjenayah yang melakukan jenayah dilihat bersesuaian dengan perkara ini. Ini kerana kalau kita lihat kalau mereka bercampur nanti kita takut nanti baik dia hanya terlibat dengan gejala penagihan dadah bila dia sudah bercampur dengan pencuri dan dia belajar pula aktiviti-aktiviti jenayah yang lain.
Di samping itu, Pelan Strategik AADK 2015-2020 juga telah merancang bagi menyediakan 27 buah pusat tahanan sehingga tahun 2020. Maksudnya AADK sudah rancang hendak tambahkan lagi pusat-pusat tahanan. Sudah ada 14 hendak rancang tambah lagi. Bermakna penambahan 13 lagi pusat tahanan baru berbanding 14 ketika ini.
Sudah tentu kita tidak mahu jika akta ini kita tidak luluskan pada kali ini, sekali lagi projek bilik tahanan ini akan jadi projek gajah putih dan kalau ia gagal digunakan, saya khuatir masalah berkaitan dengan penagih-penagih dadah ini sukar kita hendak dapat selesaikan.
Apabila rang undang-undang diluluskan nanti, maka dengan penambahan 13 lagi pusat tahanan ini barulah kita nampak signifikannya kenapa AADK ini berfungsi sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk mengawal gejala dadah.
Namun begitu, perkara lain yang perlu diberikan perhatian khusus kepada pegawai AADK ialah apabila kebenaran membawa dan menjaga mereka yang ditahan adalah soal berkaitan dengan keselamatan pegawai AADK itu sendiri. Saya hendak mendapatkan kepastian daripada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri, sama ada pegawai AADK ini kelak adakah dilengkapkan dengan senjata api bagi memastikan keselamatan mereka terjamin. Atau adakah pihak AADK bercadang untuk memilih anggota-anggota polis yang ada ini, mungkin boleh diambil dan diserapkan di bawah AADK supaya mereka yang ada kemahiran daripada segi menggunakan senjata api dan sebagainya ini dapat membantu pihak AADK itu sendiri.
Kita perlu mendapatkan kepastian ini kerana apabila pegawai AADK ini bakal dilengkapkan dengan senjata api, adakah keselamatan mereka benar-benar terjamin.
Bukan apa, Tuan Yang di-Pertua. Terdapat beberapa orang tahanan berkaitan dengan masalah dadah ini terutamanya yang melibatkan pengedar dadah yang sememangnya diawasi oleh ketua-ketua besar mereka. Saya agak khuatir jika mereka ini ditangkap dan pegawai AADK yang terlibat dalam penangkapan mereka ini tidak terlatih, mungkin mereka bakal terdedah dengan bahaya yang datang daripada ketua-ketua pengedar dadah tersebut.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Soal keselamatan mereka, saya harap dapat diberi perhatian yang sewajarnya daripada pihak kerajaan. Kita tidak mahu sesuatu yang buruk menimpa mereka jika perkara asas berkaitan dengan keselamatan ini tidak dilihat dengan baik oleh pihak kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, seperti saya sebut di awal ucapan saya tadi, setelah 33 tahun dadah diisytiharkan sebagai musuh nombor 1 negara, justeru segala bentuk penambahbaikan dalam proses ini saya menyokong sepenuhnya. Pindaan akta ini nanti dilihat bakal memperkasa serta meningkatkan lagi bidang kuasa AADK sebagai sebahagian proses menjadi agensi tunggal dalam membanteras masalah berkaitan dengan najis dadah.
Dadah itu mempunyai evolusinya tersendiri, justeru pindaan memperkasa bidang kuasa AADK ini perlu bagi memastikan gerak kerja membanteras masalah dadah berserta evolusi ini selari dengan peredaran masa dan bersifat ke hadapan. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong pindaan Rang Undang-undang AADK ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Subang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi saya ruang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini yang bertujuan untuk meminda Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004. Saya difahamkan daripada ucapan tadi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, pindaan ini dibuat sebab kita sudah buat keputusan untuk membina beberapa buah pusat tahanan pada tahun mungkin 2009, 13 buah tempat dibina tetapi sampai sekarang tidak dapat digunakan sebab ada lakuna, dengan izin, dalam undang-undang kita sedia ada.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Oleh sebab itu pindaan ini diperlu. Pendekatan yang saya ingin ambil dalam perbahasan saya ialah Tuan Yang di-Pertua, untuk membawa satu perspektif berbeza daripada segi macam mana kita telah menangani masalah kegunaan dadah ini dalam negara kita.
Adakah pendekatan yang sudah dibuat dulu berjaya atau tidak dan kalau tidak berjaya, apakah sebabnya ia tidak berjaya? Fakta atau hakikat masalah ini sudah jadi satu masalah besar di negara kita, tidak dapat dinafikan. Saya rasa semua daripada pihak kerajaan dan juga dari sini kita tahu, kita mengakui masalah ini sudah berkembang dan tidak kurang daripada dulu sampai sekarang. Ini diiktiraf di dalam Dewan yang mulia ini pada 1985 Tuan Yang di-Pertua. Apabila Dewan ini meluluskan satu undang-undang yang cukup draconian, cukup zalim tetapi pada masa itu difikirkan perlu untuk menangani masalah dadah.
Akta itu ialah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dalam bahasa Inggeris, dengan izin, Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985 yang membenarkan macam Akta ISA dulu dan Akta Emergency Ordinance, tahanan pengedar dadah tanpa bicara. We can jail them, dengan izin, without a trial dengan kelulusan Menteri sahaja, kita tangkap dan kita tahan mereka dua tahun dan tahanan dua tahun itu boleh disambung beberapa kali pun. Masa itu, hujahan di dalam Dewan ini ialah pihak penguat kuasa melalui Menteri berhujah dan ini ada dalam rekod Hansard. Kita hujah di sini bahawa kita tahu siapa ialah pengedar dadah yang besar, the big drug traffickers, dengan izin. Akan tetapi kita tidak boleh bawa mereka ke mahkamah sebab tidak cukup saksi ataupun saksi tidak rela hadir ke mahkamah dan beri keterangan yang relevan untuk sabitkan mereka.
Oleh sebab itu, sebab saksi ini mungkin telah diugut dan sebagainya dan sebab itu, hanya undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa bicara boleh selesaikan masalah itu. Pandangan diberikan pada masa itu, pihak polis dan agensi-agensi berkenaan akan selesai dengan cepat masalah itu. Kita akan tangkap pengedar-pengedar besar ini yang sebelum itu kita tak dapat tangkap dan sabitkan ke mahkamah dan dengan itu pembekalan dadah dalam negara akan kurang dan masalah ini akan diselesai. Itu tahun 1985, hari ini kita sudah sampai 2016. 30 tahun selepas itu, kalau kita lihat pada statistik berapa orang ditangkap di bawah akta istimewa ini, akta zalim ini, akta draconian ini dan disimpan di beberapa buah pusat tahanan sebagai pengedar dadah, colonial pengedar besar ya.
Jumlahnya ialah puluhan ribu, anggaran saya dan saya mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh betulkan saya, mungkin kalau kita jumlahkan daripada 1985 sehingga sekarang, mungkin sudah sampai 40,000 hingga 50,000 orang. Bayangkan kita sudah tangkap 40,000 - 50,000 orang pengedar dadah yang besar di dalam- yang kononnya pengedar besar dalam negara kita tetapi pembekalan dadah kepada pengguna dadah yang biasa, yang cari dan beli dadah ini, masih jadi salah satu masalah yang besar, merebak di negara kita. So, itu timbulkan persoalan daripada segi penguatkuasaan, adakah betulnya kita tangkap pengedar-pengedar besar ini ataupun adakah kita- siapakah kita tangkap ini? 40,000 - 50,000 orang ini, kita tangkap dan simpan dalam pusat-pusat tahanan.
Kalaulah salah seperti saya sebut tadi, kita tidak dapat nafikan, apabila kita teliti statistik pengguna dadah yang kita tahu yang telah dikenal pasti sudah dalam lingkungan ribuan ribu, mungkin separuh juta atau lebih daripada segi jumlah, the known drug users, dengan izin. Bila kita sudah lihat statistik rampasan dadah yang dibuat oleh agensi penguatkuasaan, sudah macam tahun lepas, ratusan kilo heroin dan sebagainya telah dirampas dan diperoleh pihak polis. So, jadi kita nampak jumlah statistik yang relevan, jumlah pengguna dadah, jumlah rampasan oleh pihak polis dadah dan sebagainya, bertahun-tahun meningkat atau pun sudah ke tahap yang tinggi dan tidak kurang.
Jadi, dalam masalah ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bezakan dalam perbahasan saya, dua kumpulan yang berlainan. Satu ialah pembekal dadah, the traffickers, dengan izin. The traffickers yang besar di atas, dengan konco-konco dia di bawah yang membekal dengan satu motif sahaja, untuk dapat duit. Dia kemungkinan besar tidak menggunakan dadah tetapi dilihat ini satu peluang untuk membuat duit, dapat profit, dapat satu keuntungan yang lumayan, yang sangat besar dan sanggup ambil risiko membuat itu.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Walaupun boleh dihukum mati di bawah undang-undang negara kita. Kita ada satu kumpulan lain dan ini perlu difahami dengan teliti ialah kumpulan pengguna dadah, the drug users or the drug dependent, dengan izin. Kedua-dua kumpulan ini adalah jauh berbeza dan apa yang saya ingin syorkan dalam apa-apa dasar kita buat untuk menangani masalah ini, kita kena faham pendekatan kita kepada kedua-dua ini kena berbeza. Yang pembekal dadah memang kita mesti siasat, kenal pasti, tangkap dan simpan dalam lokap, itu jelas.
Secara berkesan supaya pembekalan itu kurang tetapi persoalan yang ingin saya timbulkan di sini ialah adakah pendekatan itu juga sesuai untuk menangani masalah pengguna dadah? Do we, dengan izin, do we deal with drug addiction, the drug users by locking him or her up in a jail or dalam tahanan preventif kah, sebagainya. Itu persoalan besar.
Ikut statistik di dunia secara keseluruhannya, The World Drugs Report 2015 dan hakikat untuk negara kita sama banyak dengan negara yang lain. Lebih 70 peratus dalam lokap yang ditahan dan disimpan dalam lokap berkaitan dengan dadah ialah pengguna dadah. Bukan pengedar, pembekal dadah. So, jadi itulah timbulnya persoalan itu.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yang menggunakan dadah itu pun ada dua jenis, Tuan Yang di-Pertua. Kita ada istilah yang digunakan, saya sebut dalam bahasa Inggeris, we have the functional drug user dan kita juga ada the problematic drug user. Apa functional drug user ini, dengan izin? Kita ada golongan- okey, saya bagi satu contoh. Seorang lawyer, profesional, berjaya dalam amalan guaman tetapi sekali seminggu dia suka hisap dadah, he will smoke a joint dengan izin. Ada kategori macam itu juga. Saya yakin kita kenal ramai yang macam itu yang menggunakan itu sebagai recreational drug, dengan izin.
Akan tetapi yang punca masalah kita di negara kita ialah the problematic drug user. Siapakah dia? Dia ialah orang yang sudah bergantung kepada dadah itu, dia ada masalah psychological, mungkin dia akan curi untuk dapat duit untuk membeli dadah itu.
Masalah psychological dia mungkin akan rosakkan keluarga dia daripada segi perkahwinan, daripada segi perjalanan keluarga dan sebagainya. Orang ini ada masalah dan dia perlu bantuan.
Adakah kedua-dua ini perlu dianggap sebagai penjenayah dan disimpan di dalam lokap-lokap yang kita bina ini? Ataupun untuk menyelesaikan masalah mereka, kita perlu satu pendekatan yang lain? Itu persoalan yang kita perlu fikir.
Sudah jadi dan sudah timbul konsensus di peringkat antarabangsa bahawa menggunakan apa yang dikatakan punitive measures ataupun langkah-langkah untuk menghukum untuk kategori pengguna dadah ini tidak berjaya langsung. Langsung tidak berjaya. Kita tidak perlu kaji lagi sebab perkara ini sudah disiasat dan dikaji secara mendalam di negara-negara lain. Saya yakin agensi AADK- betulkah AADK?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, AADK.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya, AADK itu betul. AADK pun faham ini. Saya diberitahu pada Mac 2012, Tuan Yang di-Pertua, 12 buah agensi di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu yang sudah buat kajian dan penyelidikan tentang isu ini termasuk UNICEF, UNODC, UNAIDS, UN Women dan beberapa buah agensi yang besar yang telah membuat penyelidikan mereka dan izinkan saya baca kesimpulan mereka dalam bahasa Inggeris.
Ini komen mereka tentang pendekatan di mana kita cuba menangani masalah pengguna dadah ini atau drug users dalam pusat-pusat tahanan seperti yang kita sudah buat dan kita akan terus buat. Kesimpulan mereka adalah ini, Tuan Yang di-Pertua. Saya baca, dengan izin, “There is no evidence that these centers represent a favorable or effective environment for the treatment of drug dependence and called upon states to close the centers.” The joint statement. Inilah kenyataan bersama daripada 12 buah agensi Bangsa-Bangsa Bersatu ini.
Dalam kenyataan itu, mereka juga berkata, dengan izin saya baca, “The Joint Statement also urged states which could not immediately close the centers to initiate processes not only to review conditions in compulsory centers but to also ensure moratoria on further admission into compulsory detention centers and ensure access to health services for detainees pending closure...”
Tuan R. Sivarasa - Subang
Poin saya, Tuan Yang di-Pertua, ialah saya rasa saya ingin syorkan kepada kerajaan- mungkin sudah bermula agensi AADK. Inilah nasihat daripada mereka yang sudah buat penyelidikan yang meluas. Kita patut belajar daripada mereka sebab akhirnya kita perlu merawat dan memberi bantuan yang sewajarnya kepada yang bergantung kepada dadah. Bila kita melakukan satu suffering, penderitaan, kita tangkap dia, kita isolate dia, bagi saya- ini bukan bagi saya, ini pendapat mereka, ini tidak selesai masalah itu.
Untuk merawat seorang pengguna dadah yang problematic itu, untuk keluarkan dia daripada keadaan dia, kita perlu kepada satu pendekatan yang lain. Di negara Switzerland dan juga negara Portugal, mereka sudah buat untuk beberapa tahun pendekatan yang berbeza yang sudah nampak berjaya mengurangkan jumlah orang yang guna dadah dalam negara-negara mereka.
Kalau seorang ditangkap disyaki menggunakan dadah, dia dihadapkan di hadapan sebuah panel pakar terdiri daripada doctors, lawyers, psychologist dan sebagainya yang akan menilai, yang akan evaluate orang itu dan syorkan apakah interventions, dengan izin, yang akan bantu orang itu. Matlamat mereka satu sahaja. Orang itu perlu dibantu untuk berhenti penggunaan dadah dia. Matlamat mereka ialah bila demand side, dengan izin, untuk dadah dikurangkan, then insentif dari atas untuk pembekal ataupun pengedar dadah yang just dapat untung lumayan daripada kegiatan jenayah itu, insentif itu memang akan kurang. Akan tetapi mereka menangani masalah ini dari bawah, kurangkan jumlah orang- orang yang menggunakan dadah.
Daripada segi itu saya risau tentang keadaan di negara kita. Kegunaan dadah sedang merabak di bandar, di luar bandar, kawasan pedalaman, kawasan FELDA, di merata tempat. Itu satu fact, satu hakikat yang kita tidak dapat menafikan. Saya rasa kerajaan pun tahu, agensi-agensi kita pun tahu.
Isunya ialah itulah satu aspek yang besar. Bila kita kenal mereka, kenal pasti seorang pengguna dadah, pendekatan kita ialah heret ke dalam penjara atau pusat tahanan untuk satu tempoh yang dua tahun atau sebagainya, akhirnya adakah itu mengurangkan masalah itu?
Saya ingin mengesyorkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat ada menyebut tentang dua aspek penggunaan dadah.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Pertama yang selalu dilakukan oleh penagih. Kedua, Yang Berhormat sebut tadi contoh peguam- peguam yang menggunakan seminggu sekali....
Tuan R. Sivarasa - Subang
Itu sebagai contoh, seorang yang berpendidikan tinggi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, contoh, sama ada yang berpendidikan tinggi, peguam, golongan profesional dan sebagainya.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Mungkin it could be doctor, lawyer, architect.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Pandangan Yang Berhormat Subang, adakah itu yang boleh dihalalkan penggunaan dadah ataupun bagaimana?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Saya tidak mahu masuk dalam situ, kita halalkan.
Isunya ialah kita kena bezakan masalah yang ditimbulkan oleh masyarakat secara umum itu timbul daripada golongan pengguna dadah yang bermasalah. Kategori yang saya sebutkan tadi problematic drug users.
Mengikut World Drug Report itu, ini kepakaran Bangsa-Bangsa Bersatu yang baru keluar pada tahun 2015, anggaran mereka ialah jumlah itu 12 peratus, lebih kurang, daripada semua pengguna dadah. Akan tetapi itu yang timbulkan masalah. Mereka yang akan curi, ragut beg, mereka akan pecah rumah, mereka akan buat yang tidak diingini, keluarga rosak, macam-macam masalah sosial ditimbulkan oleh mereka sebab inilah problematic itu. So, saya tumpu kepada itu sebab masalah di negara kita ini tumpu kepada mereka.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Isunya, Tuan Yang di-Pertua, ialah pendekatan kita untuk merawat mereka, membantu mereka untuk memberhentikan kedudukan mereka, keadaan mereka sebagai pengguna dadah atau drug dependence. Kalau kita tidak selesaikan itu, kita masukkan dia dalam penjara, pusat tahanan atau mana-mana pun, dua atau tiga tahun, rekod kita dari pusat serenti dulu dan pusat tahanan sekarang ialah hampir semua balik kepada penggunaan dadah. Masalah kita berterusan. So, akhirnya kita akan selesaikan ini baru kita bawa dia keluar daripada habit itu. Itu poin saya.
Dengan itu, kalau kita berjaya macan Switzerland buktikan dengan program mereka, Portugal juga sudah buktikan, baru kita boleh kurangkan ratusan ribu orang pengguna dadah yang ada di negara kita- orang muda, orang di sekolah dalam jumlah ribuan. Kita kena membantu mereka.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Dan kita kena keluarkan mereka daripada keadaan itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kapar bangun.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yes, Yang Berhormat Kapar. Silakan.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Subang.
Saya ingin mendapat pendapat dan penjelasan daripada Yang Berhormat Subang.
Saya beranggapan penghisap dadah ini lebih sebagai seorang pesakit, bukan dianggap sebagai seorang penjenayah. Mereka sebenarnya memerlukan bantuan dari sudut perubatan sama seperti orang yang kurang siuman dan sebagainya. Sebab gejala dadah ini bila dah mereka menghisap dadah ini, dia terbawa-bawa. Nak berhenti, susah. So, saya rasa bantuan dari sudut kesihatan, bantuan dari sudut perubatan diperlukan. Bukan menyeksa mereka dari sudut sebagai seorang penjenayah. Contoh, apabila jika kita tangkap mereka masukkan- bawa ke penjara. Selepas itu kita handcuff mereka, biar mereka kat sana dua tiga hari saya rasa mereka perlu diberi perubatan serta-merta.
Akan tetapi kita biarkan mereka macam itu untuk dua tiga hari, menyeksa mereka.
Sebenarnya pada pendapat saya tidak membantu sebab saya anggap penghisap- penghisap dadah ini sebagai seorang pesakit yang memerlukan bantuan perubatan secepat yang mungkin daripada anggap mereka sebagai seorang penjenayah. Pandangan Yang Berhormat, terima kasih.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Yang Berhormat Kapar atas pencelahan itu. Saya setuju dan minta dimasukkan dalam ucapan saya. Itu maksud saya yang Yang Berhormat Kapar telah terangkan lebih jelas mungkin. Mereka pesakit. Mereka perlu bantuan yang sewajarnya dan tetapi ini saya tegaskan. Ini saya tidak maksud kepada pengedar atau pembekal dadah. Itu kategori lain. Ini adalah orang yang mengguna dadah, the drug user, dengan izin.
So, kita kena- dan fakta ialah dan mungkin Timbalan Menteri boleh sahkan. Kalau kita kaji semua orang yang sekarang ditahan dalam lokap-lokap kita, pusat dan penjara pun. Saya yakin 70 peratus lebih adalah dalam kategori ini. Hanya mungkin 20 peratus kepada 25 peratus adalah betul-betul yang terlibat dalam pengedaran dadah, pembekalan untuk dia jual untuk dapat untung. Itu kategori lain, kita akan berbahas itu juga. Itu pun kita kena tangani. Akan tetapi saya tumpu pada sekarang untuk macam mana kita akan tangani yang mengguna dadah itu.
Di sini saya nampak pendekatan yang digunakan setakat ini dalam negara kita jelas gagal, dengan penuh hormat. We have failed, the numbers are increasing. So, it’s clear. The supply of drug is increasing. The rampasan dadah bertambah. So, that is the problem. Kita tak boleh butakan diri kita sendiri kepada masalah itu. We have to understand- kita kena faham itu lebih mendalam dan kaji semula pendekatan kita. Jadi itulah point saya dan saya balik kepada contoh tadi. Peguam yang- atau profesional, kata doktor lah. seorang doktor dan dia didapati dia habitual users, sekali skala. Di negara lain, dia tidak akan ditangkap dan dimasukkan dalam lokap.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Akan tetapi mungkin dia akan direfer kepada satu panel- psychological panel untuk macam bagi kaunseling dan membantu dia berhentikan itu dan pastikan penggunaan dadah oleh dia itu tidak menjejaskan patient-patient yang datang kepada dia untuk rawatan medical. Itu dah pendekatan itu.
So, jadi walaupun saya faham lah kita bawa pindaan ini sebab kita dah bina lokap tu. Lokap itu kosong, lokap itu perlu diisikan oleh orang, tetapi adakah itu langkah yang sewajarnya? Saya syorkan untuk kategori pengguna-pengguna dadah ini, kita mesti melakukan pendekatan yang berbeza. Lokap yang kita sudah bina itu, pusat tahanan yang kita sudah bina itu mungkin kita boleh pakai kepada penjenayah yang betul. Peragut- peragut beg, perompak, yang masuk pecah rumah, semua itu yang curi duit daripada kerajaan. Itu yang perlu kita masukkan, yang curi duit rakyat. Itu penjenayah yang betul, yang rampas berbilion-bilion duit rakyat. That is the truth. Itu yang penjenayah yang betul yang patut dimasukkan di dalam lokap, disimpan beberapa tahun.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Dah melencong dah. Mula-mula saya tertarik dengan ucapan. Bila start melencong ini [Ketawa]
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Tak apa Speaker, sikit-sikit. Kena-kenakan juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Subang berpendapat ada dua jenis golongan drug addict yang biasa dan juga golongan elit yang menjadi...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Bermasalah, problematic, you called the- exact term yang biasa digunakan ialah functional drug user dengan problematic drug user. Itulah golongan yang kita perlu tempuhi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Pasir Puteh bangun.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Minta laluan mencelah?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya, sila.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Subang. Kalau kita perhatikan kepada jenayah-jenayah di kampung atau di bandar pun, kebanyakan jenayah-jenayah ini dilakukan oleh penagih-penagih. Jadi, mereka ini mungkinlah pada mulanya mereka mengambil dadah itu untuk seronok-seronok sahaja. Dan akhirnya apabila mereka tidak mempunyai kerjaya tetap untuk membiayai kos pembelian dadah ini, mereka terpaksa mencuri, meragut sehingga merompak dan rasuah dan apa sahaja lah. Demi memuaskan ketagihan mereka.
Jadi adakah Yang Berhormat Subang ingin mencadangkan kita tangkap penagih- penagih yang hanya melakukan jenayah sahaja? Penagih-penagih yang tidak melakukan jenayah, kita lepaskan mereka dan kita membantu mereka kerana mereka ini pesakit.
Adakah itu cadangan daripada Yang Berhormat Subang? Terima kasih.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yang Berhormat Penampang pun bangun. Saya bagi laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Subang, setuju kah bahawa yang kategori yang telah diujar oleh Yang Berhormat Subang, mungkin kita boleh start dengan urine test, not only random tetapi some sort of, dengan izin, compulsory urine test mungkin juga bermula di Parlimen kepada Ahli- ahli Parlimen dan lepas itu kepada agensi-agensi kerajaan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Dia yang pastinya Speaker bebas.
Tuan R. Sivarasa - Subang
[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh dan Yang Berhormat Penampang. Saya respons sedikit kepada Yang Berhormat Pasir Puteh dahulu. Maksud saya ialah begini. Seorang muda mula gunakan dadah untuk syok sendiri, what’s pleasure? Untuk seronok, ya.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Akan tetapi lepas itu, dia jadi dependent- or drug dependent, dia terpaksa cari lebih dadah, tak ada duit then dia kena cari duit, itulah jadi masalah itu. Lepas itu, pendapatan dia tak cukup then dia akan cuba cari duit dan dia gunakan cara yang salah, akhirnya melakukan jenayah. Maksud saya ialah orang yang gunakan dadah boleh ditangkap. Itu bukan isu.
Akan tetapi isu dia ialah apa kita buat selepas tangkap? Itu poin yang penting.
Lepas tangkap, kalau kita tahu dia ada masalah, isu dia ialah jangan terus hantar ke pusat tahanan, masuk dalam penjara. Itu maksud saya. Kita kena tengok, kita kena menilai dia, maknanya orang ini di tahap yang mana masalah dia? Macam mana kita boleh break the addiction, dengan izin? Apakah bantuan dia? Ajaran agama, ajaran kaunseling, psychological support, macam-macam lah. Kadang-kadang cari kerja, mungkin dia tak ada kerja, adik-beradik ramai, pengguna dadah tak ada kerja sebab itu dia lakukan jenayah.
So, pendekatan- cara untuk memberi bantuan itu sangat berbeza. You need a- tidak ada satu solution untuk semua kes. So, ini yang pendekatan dia. Memang kalau dia sudah bermula melakukan jenayah, then dia sudah masuk the criminal justice system. So, dia kena menghadapi itu. Akan tetapi di sana pun, apabila kita mengiktiraf orang ini melakukan pencurian, sebab dia ialah pengguna dadah. Bukan sebab dia penjenayah betul, yang tulen.
Kita kena iktiraf itu dulu, kita recognize. Bila kita recognize itu, Tuan Yang di- Pertua then kita rujuk kepada sistem bantuan ini. Itu maksud saya dan mungkin dia kena masuk penjara, mungkin sebab dia buat yang serius ya. Akan tetapi dia akan dapat bantuan psychological, apa-apa bantuan untuk dia memberhentikan punca masalah dia ialah kegunaan dadah itu. Itu maksud dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Pasir Puteh bangun.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Untuk pencerahan sedikit.
Misalnya pegawai kerajaan, pegawai polis atau sesiapa sahaja pegawai bekerja dengan kerajaan, tetapi dengan nasib dialah, dia menjadi penagih dan dia ditangkap. Selalunya dia akan dibuang kerja. Jadi, ini adakah satu kezaliman yang dibuat oleh pihak kerajaan kepada pegawai ini sedangkan sepatutnya kita beri kerja kepada dia supaya dia ada duit, supaya dia boleh beli dadah dan dia tidak mengacau dan mencuri. Apakah pendapat Yang Berhormat Subang? Terima kasih.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya, memang. Inilah nasib ramai orang yang guna dadah sama ada di pihak swasta, syarikat-syarikat biasa ataupun di pihak kerajaan. Apabila dikenal pasti sebagai pengguna dadah, majikan akan berhentikan. Akan tetapi memang bagi saya, apa yang kita perlu buat ialah kita perlu ada support system, dengan izin, yang mana pengguna-pengguna dadah sebegini boleh rujuk kepada, boleh dibawa kepada, dapat nasihat kaunseling, bantu apa-apalah, perlu untuk mereka kurangkan dependence itu. So, pegawai kerajaan itu patut dibantu dengan cara itu. Kalau you pecat dia serta-merta tanpa beri apa-apa bantuan, dia lagi teruk. Betul, sebab pendapatan dia sudah habis, lepas beberapa bulan, dia akan cari sumber pendapatan yang lain dan mungkin masuk dalam jalan yang salah. Itu ialah fakta dia, hakikat dia dan ini sedang berlaku kepada puluhan ribu orang di negara kita. Jadi, itulah persoalan yang ingin saya timbulkan untuk pertimbangan kerajaan.
Saya difahamkan memang ada. Di dalam AADK pun sudah mula perbincangan ini.
Akan tetapi isunya sekarang ialah adakah kita cukup jelas dengan cara yang mesti kita buat pada masa hadapan untuk tangani masalah ini. Kalau kita teruskan cara macam ini sahaja, 5 tahun, 10 tahun atau 20 tahun daripada sekarang, jumlah pengguna dadah akan terus naik, rampasan dadah terus naik, masyarakat kita daripada semua kaum akan terus dirosakkan. Saya risau, mangsa yang jumlah besar sekarang adalah orang muda. Orang muda di seluruh negeri daripada semua kaum. Statistik pun menunjukkan satu yang kita perlu akui, majoriti besar adalah daripada kaum Melayu. Saya tidak faham mengapa. Akan tetapi itu pun kita kena kaji mengapa golongan mangsa yang terbesar adalah daripada masyarakat Melayu. Saya kurang pasti sama ada dari luar bandar kah atau dalam bandar kah, tetapi itu pun hakikat yang lebih daripada peratusan dalam negara kita- lebih. Itu pun kena diselidik dan dikaji selidik. Kita kena faham dengan jelas apa yang berlaku sekarang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada aspek yang kedua. Tadi saya sebut, kita bincang tentang golongan yang menggunakan dadah sahaja. Dia cari, dia beli untuk kegunaan dia, untuk keseronokan diri sendiri sebagai satu ketagihan. Akan tetapi masalah kita juga kena handle, kena tangani ialah pembekal. So di sana tadi saya sudah sebut saya mula dengan ingatkan kita tentang akta tahun 1985 iaitu the Special Preventive Measures drug law. Kita tangkap puluhan ribu orang, simpan dalam lokap atas nama dia inilah pengedar dadah yang besar dan lepas itu di luar, masalah itu jadi lebih besar juga. So, ini yang berlaku. Ini timbulkan isu, apakah asas untuk tangkap orang ini daripada peringkat permulaan? Manakah bukti dia?
Oleh sebab itu, ini sekali lagi membuktikan tahanan tanpa bicara akan disalahgunakan. Inilah contoh yang cukup jelas. Macam mana kita boleh kata kita telah tangkap 40,000? I mean semua 40,000 ini ialah pengedar dadah yang besar tetapi di luar, supply pun lebih besar lagi. Bermaksud, yang kita tangkap ini mungkin tidak dalam kategori itu, tetapi sudah disimpan dalam Simpang Renggam kah atau tempat-tempat lain untuk dua tahun atau lebih. Itu satu yang jelas bagi saya.
Saya hendak kongsi satu pengalaman. Ini yang masalah dalam aspek penguatkuasaan. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1996, saya ditangkap dan disimpan dalam reman enam hari di IPD yang balai lamalah, Dang Wangi, Jalan Stadium. Selama enam hari. Apa yang kononnya kesalahan saya ialah saya terlibat dalam penganjuran satu persidangan untuk menuntut kebebasan untuk Timor Timur yang tidak direstui oleh ketika itu kerajaan kita dan- so, saya ditangkap bersama dengan 60 orang lain dan dimasukkan dalam lokap. Dalam lokap untuk enam hari, lokap ini di balai lama. Sekarang sudah dirobohkan ataupun tidak ada lagi sebab dipindahkan.
Pada masa itu, lokap itu digazet atau diwartakan untuk 36 orang sahaja. Akan tetapi pada masa itu saya ingat yang dimasukkan lebih 100 orang. Dalam sel saya untuk enam hari, 15 orang masuk. Hari yang ketiga, jumlah dalam itu dikurangkan dan saya ada lima orang lain untuk teman saya dalam lokap. Dalam enam hari itu, ini gambaran yang saya dapat. Daripada lebih kurang 130 orang dalam lokap itu, 85 peratus ditangkap dan ada di sana sebab berkaitan dengan kesalahan dadah. Urine test positifkah, macam itu.
Bayangkan, sumber kita daripada segi kewangan, sumber manusia, semua, berapa bilion akan dibazirkan daripada segi kegunaan balai kita, pegawai polis kita sebab masalah dadah, sebanyak 85 peratus. Kes yang betul-betul ditangkap untuk kesalahan rompak, curi, ragut beg, lebih kurang 15 peratus, 80 peratus hingga 85 peratus dan siapa mereka. Dalam lokap you kena sembang banyaklah. Seorang cikgu 35 tahun, cikgu, tetapi sekarang yang sama lokap dengan saya itu.
Apa yang lebih mengejutkan, hari yang keempat. Pagi saya bangun, lepas sarapan pagi, teman-teman saya dalam lokap sudah mula hisap dadah. Dengan izin, they were ‘chasing the dragon’ in front of me. Untuk rakan-rakan yang belum faham apa ‘chasing the dragon’, itu adalah slang untuk hisap heroin. Kita bakar dalam foil dan hisap *the thing.
You inhale the smoke*. Jadi saya tanya kepada mereka, “Dadah ini dapat daripada mana?”. Jawapan kepada saya ialah “Cikgu lokap”. Cikgu lokap yang bekalkan. Berapa harga?
Seorang kata, dia korbankan cincin dia supaya dapat satu straw. Saya tanya lagi, “Berapa daripada cikgu lokap boleh buat ini?”. Sekurang-kurangnya, bukan semua. Dia jelaskan bukan semua yang boleh, tetapi sekurang-kurangnya dia boleh depend on at least one third, satu pertiga akan beri kerjasama untuk memberi mereka supply mereka. Dalam lokap.
Jadi, ini tahun 1996. Sekarang sudah 20 tahun lepas itu. Saya tidak tahu sama ada keadaan sama kah atau tidak*...
[Disampuk] .* Yang Berhormat Kapar kata, “Lebih teruk”. Mungkin dia boleh bantu kongsi duit juga. So, ini hakikat dia. Macam mana pegawai polis yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga lokap boleh memiliki dadah dan lepas itu bekalkan kepada orang dalam lokap. Ini cerita yang saya nampak dengan mata saya sendiri. I mean pengalaman saya sendiri. Jadi daripada segi penguatkuasaan, itulah jadi masalah kita. Kita ada undang-undang yang sangat teruk, sangat drakonian. Tangkap, tahan tanpa bicara, tetapi pengedar dadah masih merebak di semua tempat dan supply dadah ini masih merebak di semua tempat di Malaysia.
Jadi poin saya Tuan Yang di-Pertua, ialah untuk selesaikan masalah ini, kita perlu tangani dua aspek. Aspek yang sangat penting adalah daripada segi demand itu daripada pengguna dadah itu. Di sini saya ingin syorkan pendekatan yang lama perlu diubah.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Satu pendekatan yang berkesan, bukan sahaja berperikemanusiaan yang lebih, more humanitarian, but basically more effective. Itu yang kita perlu ada. The supply of drugs pun kena ditangani dan di sini kita kena terus terang. Adakah rasuah memainkan peranan di sini?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Sebab dadah ini memang membawa untung yang sangat lumayan, itu jelas ya.
Antara yang paling lumayan di dunia, the most profitable. So the insentif itu sangat besar untuk melakukan jenayah itu. Hukuman mati itu sudah gagal sebagai satu deterrent.
Memang mungkin kita ada reaksi yang emosi, gantung mereka, tembak mereka. Dalam sejarah kita, pengalaman kita di negara ini pendekatan itu sudah gagal langsung dan itu telah pun diakui oleh pihak polis sebab pihak polis tahu dalam pengalaman mereka yang hukuman mati ini tidak halang, tidak berfungsi sebagai satu deterrent yang efektif untuk mencegah atau mengawal masalah dadah ini.
Jadi itulah pandangan-pandangan yang saya ingin berkongsi di sini untuk pertimbangan kerajaan dan Timbalan Menteri. Usaha untuk mengkaji semula pendekatan kita kepada masalah dadah secara menyeluruh ini perlu dipertingkatkan. Membina lokap- lokap tambahan, takkan selesai masalah ini. Mengisikan lokap-lokap yang baru ini yang kosong untuk beberapa tahun tidak akan selesai. Kita perlu cari pendekatan lain yang jauh berbeza daripada sekarang. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Agensi Antidadah Kebangsaan (Pindaan) 2016.
Saya mendapati cadangan pindaan ini akan memberikan gambaran jelas bagi takrifan pegawai agensi dengan memasukkan ke Akta 638 termasuk juga untuk menaiktarafkan ataupun mengesyorkan penggunaan lokap dan pusat tahanan reman Agensi Antidadah Kebangsaan ini.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjurus kepada akta ini sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Ahli-ahli Parlimen sebentar tadi mengenai bahaya dadah dan juga perkembangan terkini mengenai statistik dadah. Kita akui bahawa kerajaan telah mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara sejak tahun 1983 lagi. Sejak tahun tersebut, lima akta telah digubal untuk menunjukkan keseriusan pihak kerajaan sejak tahun 1952 bagi tujuan-tujuan pencegah pengedaran, penagihan dadah dan usaha-usaha pemulihan penagih dadah seperti Akta Dadah Berbahaya 1952. Akta Penagih Dadah
(Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan (Pindaan) 1998; Akta Dadah Berbahaya (Langkah- langkah Pencegahan Khas) 1985; Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988; dan Akta Racun 1952.
Jika dilihat dari segi akta-akta demikian, jumlah penagih dadah bagi kes mengikut status kes baru dan berulang dilihat ada penurunan dari tahun 2010 sebanyak 23,642 kes dan menurun kepada 15,101 kes pada tahun 2012. Syabas saya ucapkan kepada semua pihak khususnya pihak PDRM dan AADK dengan penguatkuasaan akta-akta demikian.
Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, penyalahgunaan dadah kini merangkumi bukan sahaja dadah bukan sintetik seperti heroin, morfin, candu dan ganja dan jenis sintetik juga wujud ketika ini seperti syabu, pil yaba, ketamin dan erimin 5. Dadah sintetik ini sangat popular disebabkan kesan perangsang dan stimulant yang semakin digemari oleh mereka yang suka berhibur di pusat-pusat hiburan, parti-parti liar dan juga parti-parti yang tertutup.
Dadah ini berkembang seiring dengan teknologi yang ada pada masa kini selain daripada komunikasi dan juga kemudahan medium yang mudah dan cepat.
Rentetan itu Tuan Yang di-Pertua, penyalahgunaan dadah-dadah ini semakin meruncing kerana ia melibatkan seluruh lapisan masyarakat. Seperti tidak dinafikan ada nelayan yang dilaporkan, pemandu bas yang dilaporkan, begitu juga golongan profesional.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
GRO juga menggunakan dadah dan juga penuntut-penuntut universiti ada laporannya yang menggunakan dadah ini. Saya melihat AADK telah menyatakan statistik bermula Januari hingga Ogos 2014, terdapat 13,514 orang penagih dadah dan bermula Januari hingga Ogos 2015, jumlah penagih seluruh negara meningkat kepada 15,322 orang.
Saya melihat dengan peningkatan jumlah penagih ini sangat membimbangkan.
Lebih-lebih lagi kita ketahui dan mungkin Kementerian Dalam Negeri juga ketahui bahawa sindiket pengedaran dadah ini lebih ke hadapan untuk mengelirukan pihak berkuasa dengan terkini saya difahamkan memasukkan dadah di dalam bekas minuman berperisa.
Sebagai contoh, dadah yang dicampur dalam botol minuman ini akan dijual semula dengan harga RM300 di kelab-kelab malam dan pusat hiburan. Dengan keuntungan lumayan saya lihat mereka mampu perolehi, tidak mustahil pengedar dan penyeludup dadah di Malaysia akan terus bergiat aktif dan akan menggunakan teknik yang jauh lebih kreatif di luar pemikiran manusia untuk menjalankan perniagaan mereka.
Saya akui bila melihat tentang kaedah mereka melakukan pengedaran ini. Pihak PDRM telah melakukan pelbagai perkara tetapi yang paling penting ia tidak boleh hanya diletakkan beban ini kepada pihak PDRM. Pelbagai agensi juga harus dilibatkan sama ada AADK dan juga pihak-pihak berkuasa tempatan. Kita tidak boleh menafikan hakikatnya di Malaysia sudah terdapat banyak sindiket pengedaran dadah dengan pelbagai modus operandi yang digunakan. Saya juga melihat sindiket tempatan misalnya mempunyai jaringan dengan sindiket dari Myanmar, Laos dan Thailand. Dengan kemudahan internet dan telefon bimbit, mereka boleh mengambil kesempatan di ruang-ruang yang lopong yang juga dilihat punyai kelonggaran daripada segi kawalan dan juga menggerakkan logistik tanpa disedari dan dikenali.
Di sini saya ingin nyatakan, sebentar tadi pun saya telah tanyakan, adakah dengan sindiket-sindiket yang semakin meningkat ini, apakah Malaysia akan menjadi pusat pengedaran oleh kartel dadah dari luar negara? Ini sangat penting untuk kita banteras dan bagi hemat saya, kalau sukar menggunakan tenaga manusia, sudah sampai kerajaan dengan peningkatan teknologi yang mungkin digunakan oleh negara-negara maju, menggunakan teknologi terkini untuk mengawal semua pintu masuk sama ada ruang udara, darat, laut dan sebagainya supaya kita boleh menyekat kelompangan dan juga bolosnya dadah-dadah ini daripada masuk dan menyebabkan lebih ramai yang merana.
Tuan Yang di-Pertua, bila melihat dari Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) menyatakan dan menganggarkan kadar transaksi kumpulan jenayah di rantau terbabit kira-kira USD870 bilion yang bersamaan RM36 trilion dan perniagaan dadah saja meraih keuntungan sebanyak USD600 bilion seumpama RM2.4 trilion setiap tahun atau kira-kira 5 peratus daripada GDP dunia. Kita juga terdedah dengan pelbagai laporan sama ada sindiket warga negara Iran yang memproses dadah jenis syabu di kawasan elit dan mereka ini dapat dikesan berdasarkan gaya hidup mereka yang mewah. Kita tahu sebagaimana laporan-laporan yang sama ada di peringkat media sama ada elektronik ataupun internet wujud laporan-laporan ini.
Sepanjang tahun 2010 hingga 2015, pihak PDRM telah berjaya memberkas 347 orang pengedar di Malaysia. Begitu juga dengan sindiket warganegara Nigeria yang juga merupakan sindiket paling aktif di peringkat global, saya difahamkan.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Sepanjang tahun 2010-2015, seramai 798 orang pengedar yang telah ditangkap.
Modus operandi penyeludupan warganegara Nigeria ini menggunakan perkhidmatan courier udara, darat dan laut. Saya difahamkan sindiket ini juga merekrut warga Malaysia dan warganegara asing sebagai keldai dadah. Penemuan kurma heroin sebagai cara penyembunyian dadah yang diproses menunjukkan sindiket ini semakin hari semakin kreatif dan inovatif yang akan sentiasa mencari ruang untuk mengedar dadah di dalam Malaysia.
Aktiviti memproses dadah ini dalam makmal-makmal haram di kawasan-kawasan elit jelas membuktikan sindiket ini merupakan antara sindiket pengedaran dadah yang mempunyai kepakaran untuk menghasilkan dadah.
Tuan Yang di-Pertua, kedudukan Malaysia yang strategik, yang berhampiran dengan Golden Triangle dan keadaan perbatasan darat dan laut yang panjang serta luas telah membuka ruang kepada sindiket-sindiket untuk menjalankan kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah di negara ini melalui jalan tikus di sempadan negara.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Dengan demikian, kerajaan seharusnya pada hemat saya sudah sampai masanya mempertingkatkan kawalan sempadan, bukan hanya menggunakan PDRM ataupun tentera tetapi perlu dilengkapkan dengan teknologi yang terkini supaya dapat mengesan segala bentuk perbuatan keji penyeludupan najis dadah ini.
Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa Malaysia mempunyai undang- undang dadah yang ketat iaitu hukuman mati mandatori terhadap pengedar dadah jika disabit kesalahan seperti yang dinyatakan dalam seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya.
Namun begitu, rakyat kita termasuk warganegara asing masih mengambil risiko dalam kegiatan penyeludupan dadah yang lumayan ini. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 ini merupakan satu perkara yang harus difikirkan seiring dengan pindaan AADK ini supaya kita dapat membanteras segala bentuk aktiviti daripada berulang terutamanya melibatkan penagihan dadah di kalangan generasi muda.
Tuan Yang di-Pertua, mereka yang dikenakan tahanan merujuk kepada akta ini akan ditempatkan di dalam salah sebuah daripada empat buah pusat tahanan yang telah ditetapkan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah dan Pusat Pemulihan Akhlak Machang. Penentuan tempat tahanan tersebut ditentukan kepada fakta seperti tempat asal subjek keluarga, kawasan, kegiatan, jantina, tahap kesihatan dan juga umur. Sehingga 12 Mac 2015, terdapat seramai 1,280 orang tahanan telah ditempatkan di pusat-pusat tahanan yang disebutkan tadi.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun akta ini telah berkuat kuasa sejak Jun 1985 dan saya difahamkan tindakan telah diambil mengikut peruntukan-peruntukan di dalamnya namun bilangan kes yang diterima oleh AADK semakin hari semakin membimbangkan.
Kegiatan ini masih wujud terutamanya pembanterasan kepada pengedaran dadah ini harus dilakukan supaya permintaan di kalangan penagih dadah serta bekalan dan juga pengedaran dapat dibanteras sama sekali.
Tuan Yang di-Pertua, kesalahan dadah sangat serius. Seluruh dunia memandang kes ini sebagai tanggungjawab bersama kerana dadah hanya merosakkan manusia tanpa mengenal bangsa atau sesiapa sahaja. Bayangkanlah seorang pengedar dadah itu menjual kepada beratus-ratus penagih. Apa yang terkesan bukan hanya penagih yang menagih malah juga terhadap masyarakat sekeliling termasuklah ibu bapa, keluarga, masyarakat dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua merujuk kepada Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004 [Akta 638] ini, usul yang dibawa bertujuan yang memasukkan takrif pegawai kanan agensi ke dalam akta ini dalam seksyen 3 dan akta ini juga turut meminda dalam seksyen 7 untuk memberi kuasa kepada pegawai agensi bagi menjaga dan membawa orang dalam tahanan agensi sebagaimana kuasa yang diperuntukkan kepada pegawai polis. Di sini saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, bagaimana kita hendak memastikan bila kita meminda akta ini tidak akan berlakunya sebarang bentuk penggunaan khususnya penyalahgunaan kuasa kepada setiap tahanan.
Kedua, kuasa bagi membawa dan menjaga orang dalam tahanan dilihat adalah perlu bagi memudahkan pengurusan agar boleh bertindak secara terus tanpa kehadiran anggota polis. Cadangan peruntukan ini walau bagaimanapun perlu mendapat pengesahan dan perintah daripada pihak polis pada sesuatu daerah itu. Ini saya lihat satu inisiatif yang sangat baik, satu usaha sama yang baik bagi mempertingkatkan pengurusan bagi kedua- dua belah pihak sama ada pihak PDRM dan juga pihak AADK.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pihak Agensi Antidadah Kebangsaan kerana bertungkus-lumus dalam memastikan negara Malaysia tercinta ini bebas dadah. Terima kasih juga kerana mengambil inisiatif bekerjasama dengan pihak badan bukan kerajaan seperti Pertubuhan Belia yang mana di Selangor saya juga terlibat dalam usaha sama dengan AADK di Selangor untuk melakukan kempen-kempen kesedaran di kalangan generasi muda.
Setiap sesi pemulihan memerlukan masa bagi memastikan mereka yang ditahan untuk tidak kembali mengulangi kesilapan yang lalu. Sesungguhnya perjuangan dalam memastikan generasi kini dan akan datang merupakan perjuangan sivil juga. Orang ramai juga perlu diseru agar bersama-sama dengan pihak AADK untuk memerangi najis dadah.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Maklumat orang ramai dalam membantu pihak-pihak berkuasa juga merupakan sebagai penyumbang ke arah perjuangan negara. Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengesyorkan agar:
(i) setiap sekolah mewajibkan semua pelajar sebagai Ahli Kelab Antidadah dan memperhebatkan aktiviti-aktiviti pendedahan tentang kesan serta hukuman penyalahgunaan dadah;
(ii) mewujudkan Skuad Antidadah Kebangsaan dan memasukkan ke dalam kokurikulum universiti seperti badan beruniform PALAPES, Kor Seragam Polis, Kor Siswa dan seumpamanya;
(iii) memberi ganjaran dan perlindungan kepada pemberi maklumat agar menjadi mata dan telinga pihak agensi serta pihak berkuasa yang lain dalam memerangi najis dadah ini; dan
(iv) saya ingin menyarankan kepada pihak Kementerian Dalam Negeri supaya menaiktarafkan semua sistem-sistem yang ada di semua pintu masuk Malaysia sama ada di pelabuhan, lapangan terbang dan pintu sempadan kerana kita tidak mahu lagi isu jalan-jalan tikus ini dijadikan alasan sehingga menyebabkan pengedaran dadah dan mewujudkan imej Malaysia yang tidak baik.
Saya sudah fikir ini sampai masanya, tidak boleh bertangguh lagi kerana pada hemat saya ini memerlukan teknologi yang terkini untuk kita memerangi najis dadah ini.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya akhiri saya ada beberapa soalan yang ingin saya tanyakan kepada pihak kementerian terutamanya apakah mekanisme yang telah dirangka bagi menangani isu penyalahgunaan dadah yang membabitkan golongan remaja berumur 25 tahun ke bawah. Ini kerana saya khususnya di kawasan saya Kuala Selangor, saban hari saya mendengar Tuan Yang di-Pertua kes-kes penagihan dadah ini semakin meningkat. Saya telah mengutarakan kepada pihak PDRM, saya telah mengutarakan kepada pihak majlis daerah tempatan tetapi saya lihat semakin hari semakin meningkat.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Kuala Selangor?
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kuala Selangor sebelum mengutarakan beberapa soalan lagi, saya ingat hendak tanya Yang Berhormat Kuala Selangor mungkinkah masalah penggunaan dadah or salah guna dadah ini boleh diselesaikan kalau tidak 100 peratus.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Kalau kita mengikut apa yang dilakukan di negara-negara luar seperti Singapura, Korea, Jepun, di mana National Service diperkenalkan, anak-anak sekolah yang telah pun tamat Tingkatan 5, contohnya pada umur 17 tahun, lelaki dahulu, kita hantar mereka untuk masuk National Service secara wajib dua tahun. Enam bulan untuk latihan ketenteraan yang amat tegas, bersepadu dan regimented. Balance satu setengah tahun itu kita assign kan mereka sama ada ke dalam polis atau tentera. Sekarang ini pun kita telah belanja hampir RM6 bilion untuk menghantar anak-anak sekolah kita ke dalam program-program khidmat negara yang saya kira sampai sekarang tidak ada kajian yang menunjukkan kita berjaya. Akan tetapi kalau kita betul-betul hendak anak-anak kita berdisiplin dan jauh daripada masalah dadah, maka kita kena ambil sifat dan keputusan yang berani untuk menghantar anak-anak kita masuk ke alam tentera.
Apabila dia tamat dua tahun ini, dia hendaklah kita majukan mereka ke universiti.
By the time dia keluar universiti, umur dia 20 tahun atau 21 atau 25 tahun. Sorry. Maka, dia akan melepasi alam remaja dan ini sekali gus memberikan mereka peluang untuk masuk ke dalam pekerjaan. Apakah Yang Berhormat Kuala Selangor setuju dengan saya, kita mesti bersifat berani untuk mengambil keputusan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato' Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Saya fikir itu satu idea yang baik tetapi jangan hanya diletakkan perkara tersebut di bahu Kerajaan Persekutuan Oleh kerana saya ambil contoh, kalau kita lihat daripada segi statistik jumlah penagihan dadah semakin hari semakin meningkat di negeri Selangor.
Jadi, saya mintalah Yang Berhormat Sungai Petani dapat menyampaikan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor supaya idea itu juga dapat diterjemahkan dalam program-program dalam Kerajaan Negeri Selangor. Oleh sebab saya difahamkan kononnya Kerajaan Negeri Selangor mempunyai surplus wang yang semakin tinggi. Jadi, sebab itu saya fikir sudah sampai masanya baru untuk menyelesaikan masalah dadah ini jangan hanya diletakkan di bahu Kerajaan Persekutuan. Semua pihak kena ambil peranan.
Soalan saya yang kedua Tuan Yang di-Pertua, melihatkan kepada akta ini, terutama daripada segi penjagaan lokap-lokap ini. Saya hendak tanya, penagih dadah pada kebiasaannya mempunyai pelbagai jenis penyakit yang boleh mengundang keadaan kecemasan yang boleh membahayakan nyawa mereka.
Sekiranya kita gazet kan lokap ini, pusat penahanan ini dan juga lokap ini, apa jaminan pihak kerajaan melalui akta ini bagi memastikan penagih dadah yang ditempatkan di lokap agensi diberikan keperluan rawatan yang sebaik mungkin. Soalan yang terakhir ialah, saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, perbezaan polisi luar negara dengan polisi Kerajaan Malaysia berkenaan elemen penggunaan dadah. Saya fikir ini perlu ada kerana bila saya lihat perbandingan di antara negara Singapura, Australia, United Kingdom dan sebagainya, kita ada perbezaan sedikit daripada polisi-polisi penggunaan dadah dalam negara-negara maju dengan negara Malaysia.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya fikir dengan adanya usul pindaan Akta Antidadah Kebangsaan 2004, saya menyokong penuh usul ini dan menjadikan takrifan Akta Antidadah Kebangsaan (Pindaan) 2016 ini. Sekian, Kuala Selangor menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Pasir Puteh.
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Au’uzubillaa himinashsyaitoon nirrajim. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, yang memberikan peluang untuk saya untuk membahaskan rang undang-undang ini yang berkenaan dengan Akta Agensi Dadah Kebangsaan yang mana ada sedikit pindaan yang kita ingin lakukan untuk memberikan sedikit kuasa kepada pegawai-pegawai di agensi ini untuk menahan penagih-penagih di tempat-tempat yang telah dikenal pasti untuk jadi lokap untuk mereka.
Tentang dadah, kita dapat mendengar dengan bermacam-macam pandangan yang saya rasakan semua betul belaka. Akan tetapi at the end of the day, kita tahu bahawa dadah ini masih lagi menjadi musuh nombor satu, negara dan bilangan penagih bukan berkurangan tetapi masih meningkat. Kita baru mendengar tadi bahawa bilangan penagih ini yang paling banyak ialah di kalangan Orang Melayu. Bila kata Orang Melayu, orang Islam. Itulah definisi yang kita faham, Orang Melayu iaitu orang Islam.
Bermakna, orang yang bukan Islam kurang sedikit. Kenapakah orang Islam yang mempunyai penyakit untuk mendapatkan masalah ini? Adalah di sana itu perancangan, saya dengar tadi ada satu perancangan manusia-manusia atau tangan-tangan yang tidak dikenali yang ingin merosakkan generasi muda di kalangan orang Islam khususnya, sehingga ramai di antara anak-anak orang Islam ini, orang Melayu ini yang menjadi penagih. Kalau ini yang berlaku, maka kita terkenanglah akan sejarah di negeri China dahulu. Bagaimana penjajah ingin memerintah dan menguasai perniagaan dan juga negara itu, maka mereka control candu, dadah untuk dijual kepada rakyat itu. Rakyat terpaksa mendapatkan candu ini daripada pemerintah atau pun penjajah itu. Mereka dapat menguasai bangsa dan negara yang besar dengan menguasai dadah, menguasai industri atau perniagaan dadah. Jadi, kita bimbang ini mungkin menjadi masalah kepada Orang Melayu.
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Jadi, saya ingin tahu daripada pihak kementerian, betulkah figure itu bahawa Orang Melayu yang benar-benar menjadi penagih yang nombor satu di Malaysia ini? Kalau tidak silap saya, 70 peratus, 80 peratus. Betulkah tidak? Saya ingin mendapatkan figure yang sebenar.
Yang mutakhir, yang ada pada pihak kerajaan, bagaimana keadaan penagih- penagih baru apabila dipecahkan kepada bangsa atau agama ini, bangsa mana, yang beragama apakah yang mula mencebur dalam dadah ini di negara kita? Itu soalan secara umum. Bagaimana untuk mencegah, untuk melawannya? Sebagaimana kita dengar tadi dadah ini sudah menjadi lebih canggih. Bukan dadah lama dah. Dia banyak dah sintetik.
Maknanya, yang baru tetapi semuanya dadah ini ialah drugs yang memberi rangsangan kepada manusia untuk melepaskan diri mereka daripada masalah, stress. Untuk mengangkatkan nafsu mereka supaya mereka boleh merasai nikmat berhibur dengan sepuas-puasnya. Bagaimana untuk merasai nikmat yang sepuas-puasnya. Maka, mereka perlukan rangsangan dan inilah drugs yang baru ini memberikan rangsangan ini. Begitu juga drugs yang lama.
Kalau kita lihat kepada drugs yang paling lama iaitu arak. Memang arak ini adalah untuk memberi rangsangan. Kita ada masalah rumah tangga. Kita hendak menyelesaikan masalah. Apakah kita buat? Kita pergi ke kedai todi, minum todi. Bila balik kita pukul bini.
Jadi, tidak payah bergaduh. Bini pun lari takut. Kalau kita waras, bergaduh. Jadi, kalau kita pergi minum, kita tidak bergaduh. Kita balik, bini hendak lawan, kita pukul, kita bertindak ganas. Jadi, isteri akan takut. Jadi, menyelesaikan sedikit masalah tetapi menimbulkan masalah yang lebih besar. Jadi, rangsangan...
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kapar.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bercakap tentang arak, saya bangun lah. Saya difahamkan kita membincangkan tentang dadah ini kerana memudaratkan kesihatan. Saya ingin mencelah dan mendapatkan penjelasan daripada kerajaan. Arak pun memudaratkan kesihatan. Rokok pun memudaratkan kesihatan. Bila Yang Berhormat tadi mengatakan dadah ini seronok dan sebagainya, memberangsangkan dan sebagai, saya rasa mereka mula, anak-anak muda ini mula daripada hisap rokok. Bila dia sudah kepada satu tahap hisap rokok, dia mulalah masuk menghisap dadah.
So, saya rasa rokok pun, arak pun, Kerajaan Persekutuan kena klasifikasi sebagai memudaratkan kesihatan dan perlu membawa undang-undang untuk memperketat.
Komitmen daripada kerajaan saya rasa tidak nampak. Dari sudut arak tidak nampak, dari sudut rokok tidak nampak. So, apa pandangan Yang Berhormat tentang ketiga-tiga yang memudaratkan kesihatan anak-anak muda kita. Terima kasih.
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya jadikan ia sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Saya sokong sekali.
Jadi, kita lihat bahawa rangsangan ini perlu kepada manusia dan memang kita sebagai manusia perlu kepada rangsangan. Motivation untuk kita hidup dalam keadaan yang gembira dan menenangkan. Inilah yang kita mesti dapatkan, suatu yang menenangkan...
[Berucap dalam bahasa Arab] Mendapatkan ketenangan itu.
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Bagaimanakah untuk mendapat ketenangan? Sepatutnya bagi orang Islam, tidak masalah kerana ketenangan ini boleh didapati dengan zikrillah... [Menyebut sepotong ayat Al-Quran] Akan tetapi yang peliknya, kenapakah Orang Melayu ini yang paling ramai ambil dadah? Tak cukupkah dengan zikir kepada Allah, sembahyang yang lima waktu sempurnakan itu, tidak cukupkah itu untuk menenangkan dia?...
[Disampuk] Ada sahabat kita menambah tadi. Dia kata yang penagih ini tak sembahyang.
Apabila tak sembahyang, dia tak ingat kepada Allah, dia tidak ada ketenangan. Bila tidak ada ketenangan, dia kena cari ketenangan di tempat lain. Hendak cari di tempat lain, dia hisap rokok, mula-mula. Selepas itu tak cukup, dia ambil arak yang murah-murah, bir todi itu. Kemudian dia ambil ganja dan seterusnya pil kuda dan sebagainya, ikut keupayaan mereka. Jadi semuanya ini berlaku disebabkan tidak ada ketenangan.
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Kalaulah harga barang terlalu mahal, stress kehidupan, bagaimanakah hendak selesai masalah ini? Kalau dia sembahyang, diingat kepada Allah, tak ada masalah. Akan tetapi kalau dia tak berapa sembahyang, duduk di tempat-tempat yang banyak hiburan pula dan mudah bagi dia untuk berhibur- tetapi tidak mencukupi. Hiburan ini, memang dunia hiburan ini tidak mencukupi. Dia hendakkan yang lebih lagi. Maka untuk membolehkan mereka ini mempunyai rangsangan yang lebih, maka perlu kepada pil kuda. Jadi inilah yang berlaku. Jadi persoalan pokoknya ialah ketidaktenangan yang ada dalam negara kita ini.
Masalah tidak tenang. Banyak masalah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sungai Petani bangun, Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Banyak sangat hiburan dan inilah yang menyebabkan masalah yang menyebabkan ramai di antara anak-anak muda ini mencari jalan keluar dengan menagih dadah.
Sila Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya pandangan dan pendapat Yang Berhormat.
Mutakhir ini premis-premis judi kuda, sedarkah Yang Berhormat bahawa premis- premis judi kuda ini telah pun diberi lesen oleh kerajaan-kerajaan tempatan atas nama pusat hiburan berkeluarga yang tumbuh macam cendawan selepas hujan di merata-rata tempat, bukan sahaja di Selangor, negeri yang paling maju di Malaysia, yang rizabnya ada tiga, empat, lima bilion, di Pulau Pinang dan di Johor juga, negeri yang bukan diperintah oleh Pakatan. Maknanya, fenomena ini bukan fenomena kerajaan mana memerintah.
Fenomena ini fenomena yang luar biasa.
Premis-premis yang diberikan lesen oleh kerajaan tempatan atas nama hiburan berkeluarga ini, mula-mulanya dia bubuh mesin kuda, tetapi dalam mesin-mesin kuda ini juga diletakkan alat-alat judi dan saya difahamkan ia tumbuh di mana-mana pekan. Apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua ialah kebanyakan tauke-taukenya datang dari bandar- bandar besar yang bodyguard-bodyguardnya kebanyakannya datangnya daripada gangster-gangster dan 90 peratus daripada mereka main kuda ini ialah anak-anak Melayu dan Islam.
Di tempat saya juga, Tuan Yang di-Pertua, dalam tempat mesin kuda ini bukan murid-murid sekolah yang main, cikgu sekolah pun main dan ada saya jumpa satu keluarga yang bawa anak kecil, suami dan isteri main kuda. Masuk pukul 8 pagi, keluar pukul 9 pagi esoknya. Maknanya, ini serius, Yang Berhormat. Ini serius.
Kalau sekiranya kita Ahli Parlimen- saya yakin semua Ahli Parlimen tahu. Pergilah kawasan-kawasan kita, tentu ada. Inilah masalah yang kita ada sebab saya dimaklumkan, Yang Berhormat, saya dimaklumkan, bermulanya mesin di tempat-tempat inilah anak-anak yang dalam sekolah ini diberikan- sebab Tuan Yang di-Pertua, orang yang main kuda ini, dia makan free. Maggi free, minum free dan dia main berterusan. Dibawa masuk modal RM50, dia main judi, selepas itu dia makan free, minum free dan dia boleh tunggu sampai esok pagi. Habis wang, dia keluar merompak. Selepas itu dia masuk balik main.
Apa yang berlaku ialah dari main kuda ini dia melarat main judi. Main judi ini selepas itu dia melarat dadah. Sebab itu anak-anak muda yang merompak ini ialah anak- anak muda yang di bawah 20 tahun dan kebanyakan mereka kena pil-pil kuda dan juga ice yang rasa macam Yang Berhormat kata tadi, apabila dia makan dadah ini, dia rasa dia jadi macam Incredible Hulk, dia tak takut dah [Ketawa] Dia pukul orang, dia ugut orang, dia ragut orang.
Setujukah Yang Berhormat dengan saya bahawa kerajaan, Kementerian Dalam Negeri tidak harus melihat dadah ini sebagai satu ancaman tetapi punca terjadinya, punca di mana sparknya ketagihan dadah ini bermula di mana? Oleh sebab itu saya menyeru Yang Berhormat untuk mendesak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri untuk melihat supaya pemberian dan kelulusan yang dibuat oleh majlis perbandaran ini harus juga dipantau oleh Kementerian Dalam Negeri kerana inilah antara punca masalah dadah ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya sokong. Oleh sebab itu di Kelantan memang kita tidak benarkan premis-premis judi ini, tidak ada. Mungkin di tempat-tempat lain ada lah.
Walau bagaimanapun, dia serangkai. Judi dengan arak ini atau penagihan ini, dia serangkai. Sebab itu disebut dalam Quran...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Mereka bertanya tentang khamri (iaitu arak), penagihan arak dan juga perjudian.” Apakah pandangan Islam? Islam sudah menjelaskan dengan jelas bagaimana pandangan yang bahawa ia adalah suatu yang memberi manfaat dan ada mudaratnya tetapi mudaratnya adalah lebih. Oleh sebab itu ada ayat yang lain kemudian menurunkan bahawa haram, diharamkan perjudian dan juga “khamri” ini. Jadi dalam Islam, kedua-duanya memang haram. Akan tetapi yang peliknya, kenapa Orang Melayu ini, Orang Melayu ini paling ramai penagih? Ini saya minta pihak kerajaan supaya boleh memberikan jawapan kenapa, sedangkan dalam Islam haram, tak boleh...
[Disampuk] Silakan Yang Berhormat Kapar.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Boleh, Tuan Yang di-Pertua?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat, isu tentang dadah ini, daripada pengalaman saya, saya rasa senang hendak selesaikan. Memang senang, cukup senang sebab Polis Diraja Malaysia
(PDRM) kita Bahagian Narkotik memang hebat. Itu tidak dapat dinafikan. Mereka tahu siapa raja-raja dadah, mereka tahu lokasi-lokasi tertentu. Macam diambil Kuala Lumpur, bukan semua tempat di Kuala Lumpur sarang dadah. Mereka tahu, Polis Diraja Malaysia tahu.
Bahagian Narkotik memang hebat. Tangkapan kalau dia orang hendak buat serbuan, sekali pergi sapu semua. Akan tetapi kehendak itu, political will dan semangat PDRM itu daripada kementerian sampai ke bawah, tak ada. Selagi PDRM, KDN tak bersungguh-sungguh, datanglah dengan 10 akta kah, 20 akta kah, besar mana penjarakah, dadah di Malaysia tidak boleh kita banteras. Ini cukup jelas.
Macam mana dalam penjara kita bagi dadah, dalam balai polis kita bagi dadah, pusat serenti kita bagi dadah? Ia berleluasa. Setiap kali- nanti Yang Berhormat Menteri akan bangun menjawab, *“Oh, tak ada. Everything is perfect, under control.” Come on!...
[Disampuk]* Realiti adalah ada.
Tadi Yang Berhormat Subang kata dalam penjara, sebagai mangsa dalam penjara, rakan penjara dia dibekalkan oleh ‘cikgu lokap’. Siapa itu ‘cikgu lokap’? Istilah ‘cikgu lokap’ pegawai. So, benda ini, perbahasan memang menarik, memartabatkan akta- akta ini memang baik, saya cukup terima tetapi ini atas kertas. Realiti adalah *practicality.
Practicallity* adalah PDRM dan KDN, kesungguhan itu tak ada. Minta maaf, let’s face the reality. Kalau betul-betul bersungguh-sungguh, Bahagian Narkotik boleh membanteras semua isu penyelewengan kes dadah ini dalam masa 100 hari, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Jadikan sebahagian daripada ucapan saya.
Pencegahan. Pencegahan ini saya rasa adalah yang lebih penting... [Berucap dalam bahasa Arab] Iaitu pencegahan lebih baik daripada kita berubat. Apa yang banyak kita bincangkan ini ialah cara hendak mengubat. Kita cuba mencari cara-cara yang diamalkan di barat dan di Timur, di Thailand, di Singapura, di tempat-tempat lain dan cuba untuk mencari ubat kepada penyakit ini untuk kita laksanakan di Malaysia ini.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Silakan, tak apa sebab...
[Bercakap dalam bahasa Arab] iaitu benda yang hikmah ini, benda yang baik ini di mana sahaja kita dapat maka itu kita lebih berhak untuk mendapatkannya dan ia adalah suatu yang kita hilang, tercicir daripada kita.
Jadi, mengubati cara ini ialah perkara yang kita tercicir. Mengubati penyakit dadah ini, kita tidak mempunyai ubatnya, tidak mempunyai penyelesaiannya. Maka kita kena cari di tempat-tempat lain kalau ada di sana itu jawapan kepada cara untuk menyelesaikan masalah dadah ini tetapi selalunya kita mencari di tempat lain, di tempat yang besar-besar tetapi kita lupa untuk melihat kepada kita sendiri. Sebenarnya kita dah ada ubat itu, orang tua kita dah ada.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Dalam agama kita sudah ada, dalam masyarakat kita sudah ada tetapi kita tidak kembangkannya. Kita tidak letakkan dia dalam bentuk yang cara komprehensif yang sempurna sehinggakan kita tidak nampak keindahan dan kebaikan yang ada dalam cara kita menyebabkan kita mencari di Barat, mencari di Timur untuk mencegah penyakit yang cukup simple, yang cukup mudah ini. Mudah sebenarnya, pencegahan itu mudah tetapi pencegahan itu mestilah dalam bentuk holistik keseluruhan.
Bermula daripada kita menanam akidah itu sendiri, memberi ilmu kepada anak- anak kita daripada semua masyarakat kita akan bahawa nikmat yang sebenarnya dalam kehidupan kita ialah kita menghampirkan diri kita kepada Allah. Kita tunduk kepada Allah SWT sepenuhnya. Jangan kita tunduk kepada nafsu kita. Bila kita tunduk kepada nafsu kita, maka kita akan jadi hamba kepada nafsu dan kita tidak akan menjadi hamba kepada Allah dan inilah yang berlaku kepada penagih-penagih. Mereka sudah menjadi hamba kepada nafsu mereka. Nafsu mereka ingin kepada pil kuda, mereka ketagih kepada tuhan mereka ini dan mereka lupa kepada tuhan mereka yang asal iaitu Allah SWT.
Kalau kita lihat kepada penagih, mereka tidak akan sembahyang, mereka tidak akan mengingati Allah bahkan mereka hanya ingat kepada tuhan mereka iaitu dadah.
Mereka sudah mensyirikkan diri mereka dengan Allah SWT dengan menjadikan dadah sebagai tuhan mereka. Inilah yang berlaku kepada mereka dan kita mesti pulihkan mereka, kembalikan mereka kepada menyembah Allah SWT dan tunduk kepada Allah dan mendapat ketenangan dengan berhubung dengan Allah SWT, jangan berhubung dengan dadah ini dan inilah yang mesti kita tanam dan di sini, pendidikan kita.
Ibu bapa mesti mendidik anak-anak dia supaya ada hubungan yang rapat dengan Khaliq dia, dengan Allah SWT dan mendapatkan ketenangan di situ dan tidak dengan cara- cara yang diharamkan oleh Allah. Dadah ini perkara yang diharamkan sebagaimana arak, diharamkan oleh Allah SWT. Tak kiralah negara menghalalkannya atau mana-mana manusia, semua manusia menghalalkannya tetapi di sisi Allah, dadah adalah haram dan inilah jika setiap manusia Melayu ini yang dikatakan Islam ini ingat kepada perkara ini, maka dia tak akan ambil dadah kerana dia tahu ia adalah suatu yang diharamkan oleh Allah SWT dan inilah yang kita mesti tegaskan kepada orang yang beriman, orang Islam.
Bagi orang bukan Islam, kita boleh bentangkan bahawa dadah ini musuh, adalah suatu yang membahayakan, yang merosakkan, yang boleh menjadikan seseorang itu gila.
Menjadikan seseorang itu menjadi haiwan dan bukan lagi manusia dan merosakkan dia, keluarga dia dan sebagainya. Mereka boleh memahami dengan cara demikian tetapi bagi seorang Muslim, kita mesti tekankan kepada hubungan dia dengan Allah bahawa dadah ini sesuatu yang haram bukan sesuatu yang halal walaupun Parlimen kita ini mungkin membuat keputusan menghalalkan dadah, tak apa.
Untuk orang bukan Islamlah, tetap halal. Bagi mereka tidak ada haram tiada halal.
Yang ada, yang boleh atau tak boleh. Dilarang undang-undang atau dibenarkan oleh undang-undang tetapi bagi seorang Muslim, dadah tetap haram maka oleh itu inilah yang mesti ditekankan kepada bangsa Melayu yang tak faham ini, yang ambil dadah ini, yang merosakkan diri mereka ini mesti difahamkan, mesti dididik, mesti diajar supaya mereka faham undang-undang Allah tentang perkara yang musykil, perkara-perkara yang boleh merosakkan tubuh itu adalah haram...
[Bercakap dalam bahasa Arab] Perkara yang boleh mendatangkan mudarat yang merosakkan dia, dia merosakkan atau membawa mudarat itu maka ia adalah haram.
Jadi dadah ini adalah suatu yang haram dan saya terangkan tadi bahawa ia boleh membawa kepada kekufuran dan ini yang berlaku. penagih-penagih sudah menjadi tuhannya ialah dadah tidak Allah SWT lagi. Kufur dan akibat daripada orang yang kufur ini ialah neraka. Tiada maaf bagi mu, bagi Allah SWT, itulah hukumnya. Jelas. Di dunia ini kita memaafkan kerana mereka mungkin mempunyai peluang untuk bertaubat. Manusia mesti diberi peluang untuk bertaubat.
Jadi penagih-penagih dadah ini kita kena bagi peluang untuk mereka bertaubat.
Saya menyokong Yang Berhormat Bagan Serai dalam hal ini. Kita mesti ikhtiarkan supaya mereka ini diubati, mesti ditarbiah, mesti dididik. Kalau boleh dikurung di tempat-tempat yang kita pegang mereka ini dalam satu tempoh yang dikirakan sesuai untuk kita betul-betul indoctrinate keimanan dan ketakwaan dalam diri mereka, beri kesedaran kepada mereka sehingga mereka ini boleh keluar daripada ketagihan ini dan mereka meninggalkan tuhan- tuhan yang lain, taghut-taghut yang lain ini dan kembali serta tunduk kepada Allah SWT.
Inilah usaha yang kita kena lakukan. Ini pencegahan.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Satu lagi yang kita lupa tentang pencegahan ialah undang-undang itu sendiri pencegahan. Kalau kita tahu bahawa seseorang yang minum arak bagi orang Islam yang didapati minum arak, maka dia akan dirotan 40 kali di khalayak ramai. Dia akan malu, bukan dia sahaja yang malu, keluarganya pun akan malu. Ayahnya, mak dia akan malu.
Adik beradiknya malu.
Bagaimanakah mungkin adik beradiknya ini ambil arak atau ambil dadah?
Bermakna mereka ini tidak memberi didikan kepada anak-anak mereka. Seluruh keluarga akan malu dan keluarga inilah yang akan menjaga anak-anak dia dan ahli-ahli keluarganya supaya tidak mengambil dadah, pencegahan. Kerana malu, malu untuk keluarga kita menjadi penagih dadah dan dirotan di khalayak ramai. Nanti ditanya ini anak siapa? Anak Pak Mat. Eh Pak Mat itu tok lebai, pergi ke masjid. Mak Nah mak dia itu ustazah pula.
Kenapakah boleh anak dia menjadi penagih dadah? Maka ini akan menyebabkan setiap keluarga itu akan menjaga anak-anak dia, mendidik anak-anak, mengawal anak-anak dia jangan terlibat dengan dadah. Pencegahan. Jadi cara ini tak bolehkah kita lakukan untuk pencegahan, sedikit pencegahan. Mungkin seorang dua kena tetapi selepas itu tidak ada dah orang yang hendak ambil dadah.
Kalau ditangkap mengambil dadah, rotan. Tak payah kita hendak hukum gantung tak sampai mati itu Yang Berhormat. Kalau kita hendak gantung, mesti mati. Mesti mati, immediate kalau boleh kita membunuh dengan cara yang rahmah, gantung dia biar mati terus jangan sampai dia meronta-ronta, tak boleh. Itu haram di sisi Islam. Oleh sebab itu cara yang Islam buat ialah cara yang paling rahmah kepada yang dihukum mati, biar mati terus dan cepat jangan dia menderita dan merana. Begitu juga dengan merotan ini, merotan ini tidak sakit. Bukan rotan seperti di penjara kita. Rotannya kecil, dia adalah untuk pencegahan bukan untuk mendera, bukan untuk menghina dia tetapi untuk pencegahan kepada orang lain dan pencegahan kepada diri dia juga.
Apabila tahu dia akan membawa malu kepada keluarganya, maka dia tak akan buat. Dia akan pelihara ayah dia, mak dia dan keluarga dia. Maknanya dia akan jaga diri dia supaya dia tidak menconteng arang ke muka keluarga dia. Inilah yang akan berlaku dalam masyarakat yang menjaga. Pencegahan, ini pencegahan tetapi kita tak buat. Ini masalah kita. Kita rasa kita lebih bijak daripada Allah SWT, kita lebih hebat menjalankan hukum. Kita boleh buat undang-undang yang paling hebat untuk menyelamatkan rakyat Malaysia daripada musuh nombor satu dunia sedangkan ia mudah sahaja, hendak buat tak hendak buat sahaja, it is all political will, kita hendak buat atau tidak hendak buat. Tak hendak buat tak apa, tunggulah balanya.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
[Bangun]
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Yang Berhormat Bagan Serai.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Pasir Puteh petang-petang ini semangat betul ya. Saya hendak tanya Yang Berhormat Pasir Puteh, saya dengar Yang Berhormat Pasir Puteh sebut tadi rotan itu tunjuk bagi semua orang nampak ya? Adakah Yang Berhormat Pasir Puteh bermaksud juga gantung sampai mati itu tunjuk bagi semua nampak? Sebab apa, kalau rotan itu bagi malu mungkin gantung itu bagi takut. Mungkin ada kesan yang sama. Apakah pendapat Yang Berhormat Pasir Puteh?
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Sama juga, contohnya sama.
Kita ambil satu contoh.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Seorang lelaki yang sudah berkahwin atau seorang perempuan yang sudah berkahwin, berzina. Disabitkan hukumnya dengan empat orang saksi dan pengakuannya, sabitlah maka hukumnya adalah mati. Hukuman ini mesti dilakukan di khalayak ramai, dimulakan dengan hakim itu sendiri, melontar batu yang pertama. Kemudian yang lain melontar batu semua. Maknanya di khalayak ramai. Kalau dihukum bunuh juga, kenapa tidak di khalayak ramai? Tidak ada masalah.
Kematian, bahkan kita melihat kematian yang lebih teruk lagi. Helikopter jatuh, misalnya. Mayat tidak tahu di mana. Jumpa mayat, kepala tidak ada, tangan tidak ada, dimakan oleh buaya. Lagi mengerikan kematian itu- biasa tidak ada masalah dan dalam Internet pula sekarang ini, gambar-gambar yang pelik dan sebagainya, disebarkan.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Tidak ada masalah. Akan tetapi, hukuman itu mestilah ‘rahmah’. Cara Islam menghukum ialah dengan cara yang paling ‘rahmah’, cara yang paling tidak menyakitkan, paling cepat untuk mendapatkan matlamatnya. Kematian, cepat kematian. Jangan mendera dia, jangan memanjangkan penderitaan dia, cepatkan. Itulah yang digalakkan oleh Islam.
Cara hukuman itu dilaksanakan di khalayak ramai. Ini akan menggerunkan, ini akan pencegahan.
Pencegahan yang satu lagi ialah kawalan. Memang bermacam-macam cara yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa, polis, AADK, imigresen. Semua ini diperlukan untuk mengawal kerana kita tahu negara kita sekarang ini negara yang terbuka. Bebas untuk manusia daripada mana-mana sahaja datang, keluar dan boleh menjadikan Malaysia ini sebagai transit atau pusat untuk eksport benda ini ke tempat-tempat lain. Boleh, boleh berlaku kalau kita tidak mengawalnya. Jadi pihak berkuasa mestilah mempunyai kuasa yang sepenuhnya untuk bertindak mencegah sesiapa sahaja daripada menjadi pengedar, daripada memproses perkara-perkara berkenaan dadah ini dan menangkap mereka tanpa ada rasa takut kepada sesiapa.
Saya percaya pihak polis ini melaksanakan. Saya berbincang dengan beberapa pihak polis hendak melaksanakan benda ini tetapi tangan mereka juga tergari disebabkan oleh undang-undang kita. Kita mengikat polis ini daripada bertindak dan kita perlu membuat undang-undang yang baru supaya pihak berkuasa mempunyai kuasa yang sepenuhnya untuk melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengawal sempadan kita, untuk menangkap semua gengster ini atau sesiapa sahaja yang menjadi supplier kepada dadah ini. Dengan itu, pihak polis tidak tangkap hari ini, esok lepas. Sebab apa? Sebab tidak cukup saksi, tidak cukup bukti. Bagi masalah sahaja. Jadi, perlu kepada undang-undang yang lebih kemas, lebih kuat untuk membolehkan pihak berkuasa untuk bertindak dan menggunakan kuasa ini secara adil, betul-betul kepada penjahat ini atau gengster-gengster ini atau pengedar-pengedar ini. Jangan digunakan untuk perkara-perkara yang tidak dibenarkan untuk benda-benda lain. Betul-betul menggunakan kuasa ini untuk mencegah jenayah, bukan untuk menangkap orang-orang yang tidak bersalah. Jadi, kawalan ini mesti diperkemas.
Akhir sekali ialah pemulihan, perubatan. Kita tahu setelah kita menghukum seseorang, kita hendak supaya mereka ini bertaubat. Mereka ini kembali ke pangkal jalan.
Mereka memperelok diri mereka dan di sinilah kita mesti menganggap mereka ini sebagai pesakit. Tidak boleh kita hendak menganggap lagi mereka ini sebagai penjenayah. Mereka sudah dilaksanakan hukuman ke atas mereka. Mereka ini patut diberi peluang kedua, ketiga, keempat, kelima. Jangan kita berputus asa kerana yang penting bagi kita ialah usaha kita untuk memulihkannya. Usaha dia untuk bertaubat dan kita tahu kita pun buat dosa juga. Hari ini buat dosa, kita bertaubat. Esok kita buat pula. Kita bertaubat pula. Allah menerima taubat kita dan usaha-usaha ini, pihak kerajaan dan semua keluarga dan masyarakat mesti berusaha untuk memulihkan pesakit-pesakit ini.
Kita anggap mereka ini pesakit. Memang pun kalau kita tahu mereka yang mengambil ice ini, mengambil pil kuda ini, mereka akan menjadi gila, otak mereka tidak betul. Dia merosakkan otak ini, menjadikan manusia yang tidak siuman. Jadi kita mesti bagi ubat, kawalan dan sebagainya supaya mereka ini dapat kembali menjadi waras dan diperelok kehidupan mereka, menjadi manfaat kepada masyarakat, insya-Allah. Jadi keseluruhannya itu, kalau kita hendak buat secara keseluruhan ini, maka saya percaya, secara holistik ini, saya percaya bahawa kita boleh mengawal dadah ini dan tidak merebak kepada anak-anak kita.
Kita hendak completely menyelesaikan masalah dadah ini, saya rasa tidak mungkin. Sebagaimana dengan arak, kita tidak boleh menyelesaikan masalah arak sepenuhnya. Kita hanya boleh mengawalnya. Jadi begitulah juga dengan dadah. Kita harap kita dapat membentuk dia, dapat dikawal, dan tidak merosakkan lebih ramai lagi anak kita pada masa akan datang. Jadi saya sebenarnya menyokong rang undang-undang ini.
Semoga insya-Allah, penguatkuasaan ini lebih berjaya lagi untuk mengawal pengedaran dadah ini dalam masyarakat kita. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, tinggal seorang.
Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hari ini Hari Guru. Izinkan saya menyampaikan sanjungan tinggi saya terhadap semua pendidik dengan satu pantun empat kerat.
Tanggungjawab berat membentuk generasi baru, Disanjung tinggi atas khidmat dan jasa, Mei 16 kita menyambut Hari Guru, Temanya Guru Pembina Negara Bangsa. Salam hormat kepada semua guru dan pendidik dan selamat menyambut Hari Guru Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, penyalahgunaan dan pengedaran dadah merupakan satu penyakit sosial negara kita dan cabaran besar kepada kerajaan untuk memeranginya.
Mengikut statistik yang diberi Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri baru-baru ini, jumlah terkumpul bilangan penagih dadah yang dikesan dari bulan Januari tahun 2010 hingga Februari tahun ini adalah seramai 131,841 orang. Golongan yang berumur 19 tahun ke bawah ataupun remaja, merekodkan penyalahgunaan seramai 8,730 orang.
Apa yang sangat menarik perhatian dan mengejutkan saya ialah bilangan penagih lelaki adalah seramai 127,797 orang dan ini merupakan 31.6 kali ganda bilangan penagih perempuan yang hanya 4,044 orang sahaja. Maka, bilangan penagih yang berumur 19 tahun ke bawah yang saya sebutkan tadi, 8,000 lebih pun sudah berganda bilangan penagih perempuan. Mungkin kerajaan perlu membuat kajian akan sebab-sebabnya.
Perempuan sangat kurang terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan faktor-faktor yang menyebabkan begitu ramai lelaki yang terlibat, barulah kita boleh mengatur strategi-strategi yang berkesan untuk memerangi penyalahgunaan dadah.
Statistik tahun 2001 sehingga 2015 juga menunjukkan ramai penagih baru iaitu 9,563 daripada 20,731 ataupun 46 peratus ialah penagih baru. Menurut statistik tahun 2015, 41 peratus adalah penagih berulang walaupun ramai telah menjalani program pemulihan. Apakah sebab-sebabnya begitu ramai penagih yang berulang? Adakah stigma masyarakat terhadap bekas penagih yang menganggap mereka sampah masyarakat menjadi punca masalah tersebut kerana bekas penagih payah mencari pekerjaan?
Maka, sistem sokongan masyarakat yang menyeluruh diperlukan. Saya mencadangkan memberikan insentif seperti memberi syarikat-syarikat swasta faedah dan manfaat tertentu apabila mengupah ataupun melatih bekas penagih. Kini, hanya bilangan penyalahgunaan dadah yang direkodkan dan saya pasti jumlah yang sebenar di seluruh negara adalah jauh lebih besar.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Kita semua setuju dan sedar akan pepatah prevention is better than cure dan saya cadangkan bahawa Agensi Antidadah Kebangsaan melihat semula program-program untuk menentukan apakah faktor-faktor yang mendorong penagih untuk mencuba dadah supaya kita boleh menyusun program-program yang berkesan untuk mendidik generasi muda menjauhi diri daripada penyalahgunaan dadah. Kajian terhadap kes-kes pemulihan yang berjaya dipulihkan demi memahami kenapa berjaya dan juga kajian terhadap kes-kes pemulihan yang tidak berjaya dipulihkan supaya kita tahu kenapa mereka berulang.
Tuan Yang di-Pertua, AADK memberi kuasa kepada pegawai Agensi Antidadah menahan orang yang disyaki penagih dadah, mengurus dan menjalankan tempat pemulihan dan menjalankan program antidadah. Cadangan pindaan adalah untuk memberi lebih kuasa kepada pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Polis, Akta Penjara dan mengikuti Kanun Tatacara Jenayah. Oleh kerana, AADK perlu berurusan dengan ramai tahanan, saya berpendapat peruntukan ini adalah amat diperlukan.
Memandangkan bilangan penagih remaja dan kanak-kanak semakin ramai sekarang, saya ingin tahu bagaimana AADK akan menangani kes-kes penagihan dadah dan dadah sintetik di kalangan remaja dan kanak-kanak.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Seperti dalam jawapan Menteri Kementerian Dalam Negeri pada 19 April tahun ini, didapati kanak-kanak semuda 7 tahun yang terjebak dalam dadah akibat kaedah pengedar- pengedar ini memberikan dadah di dalam gula-gula yang diberikan secara percuma.
Penjual dadah itu telah melampaui batas dengan tindakan memaksa golongan muda mengambil dadah untuk mengaut keuntungan. Isu-isu berkenaan kanak-kanak dan remaja amatlah sensitif dan saya berpendapat AADK perlu memastikan pegawai-pegawai dapat menangani perkara ini.
Selain itu, kita perlu melihat masalah pengedaran dadah, cara penjualan dan pengedaran dadah pada zaman sebelum ini amat berbeza dengan masa sekarang. Antara sebab-sebab berleluasa dadah zaman sekarang termasuklah satu kemunculan dadah baru yang tidak pernah dilihat iaitu dadah sintetik yang dihasilkan sendiri seperti campuran ketum dan bahan-bahan lain.
Kedua, cara penjualan dan pengedaran yang tidak mudah dikesan seperti meletakkan dadah dalam bentuk minuman tin dan makanan yang lain.
Ketiga, bekalan dadah senang diperoleh kerana dadah itu menyamar sebagai makanan dan minuman dan pengedar dapat berkomunikasi dengan pembeli melalui Internet dengan mudah dan cepat.
Selain itu, terdapat bahan ubatan terkawal yang mudah dibeli di media sosial dan digunakan untuk menghasilkan dadah sintetik. Justeru itu, tugas penguat kuasa sekarang lebih susah walaupun kita memberi lebih peruntukan dan lebih kuasa kepada pegawai agensi, apa yang perlu ditangani adalah kingpin atau dalang sindiket dadah yang menyebabkan bekalan dadah ini. Mereka begitu kaya dan berpengaruh sehingga menjadi sangat susah ditangkap dan orang dihadapkan ke mahkamah hanya keldai dadah yang diupah.
Setakat ini apa yang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah memantau dan merampas dadah. Saya ingin mengambil peluang mengucapkan tahniah dan syabas kepada kementerian yang dapat merampas begitu banyak jumlah dadah baru-baru ini.
Saya ingin tanya apakah tindakan atau hukuman ke atas mereka yang ditangkap red handed semasa operasi rampasan. Apakah prosedur menghapuskan dadah yang dirampas setelah selesai penyiasatan, dan apakah statistik hukuman yang telah dijalankan kepada penjenayah. Ini adalah penting kerana rakyat harus tahu PDRM telah menjalankan tugas dengan cekap dan undang-undang negara telah dilaksanakan dengan sempurna.
Tuan Yang di-Pertua, pendedahan mengenai hukuman-hukuman akan menjadi penghalang untuk golongan muda melibatkan diri dengan dadah kerana KDN dapat menunjukkan kepada golongan muda bahawa penjualan dan penyeludupan dadah akan memudaratkan diri dan keluarga. Perkara yang saya ingin mohon penjelasan termasuklah melalui pindaan rang undang-undang ini adakah pihak polis tidak lagi perlu terlibat dalam sebarang operations membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah khususnya dari segi penangkapan penjenayah.
Kedua, adakah pegawai agensi berkuasa penuh untuk melakukan penangkapan dan juga boleh mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pesalah seperti menghadapkannya di mahkamah selain daripada hanya menjadi sebuah badan pemulihan dan pusat latihan semata-mata. Ketiga, dengan penaiktarafan pejabat agensi kepada taraf balai polis. Apakah jenis pembaharuan yang akan dilaksanakan terhadap pejabat Agensi Antidadah? Memandangkan betapa serius isu dadah ke atas masyarakat dan pembangunan negara saya berharap KDN dapat memberi penekanan dan keutamaan kepada satu rancangan bersepadu untuk memerangi gejala dadah dan dadah sintetik di negara sampai ke punca iaitu dalang sindiket.
Diharap juga rancangan tersebut menjadi tanggungjawab bersama PDRM, AADK, PEMADAM, PIBG sekolah-sekolah dan sebagainya. Kita tidak boleh membiarkan dadah menjadi perosak bangsa dan negara sedangkan ada sindiket yang mengaut keuntungan.
Saya ingin tahu sama ada kementerian akan menyatupadukan semua agensi antidadah seperti AADK, PEMADAM dan balai-balai sedia ada untuk memerangi habis-habisan gejala dadah atau all out war on drug. Tuan Yang di-Pertua, berikut merupakan sedikit cadangan untuk…
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Kedah bangun Yang Berhormat.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya ingin menyatakan beberapa pengamatan dan pengalaman dan minta pandangan Yang Berhormat Tebrau.
Pertamanya, saya dari kawasan antara yang paling teruk terkena penagihan dadah dan yang saya lihat beberapa perkara. Pertamanya, setiap penagih dadah bermula dengan menghisap rokok kerana itu kurang wanita. Wanita yang menagih dadah juga bila kita tanya dia memang merokok.
Keduanya, tidak ada penagih yang sembuh 100 peratus daripada pusat pemulihan dan sistem pemulihan yang kita lakukan, yang sembuh hanyalah mereka yang telah berubah sikit tapi yang telah berubah langsung cara hidupnya dan keadaan sekeliling hidupnya, sosioekonominya, keluarganya, itu sahaja yang sembuh. Kalau dia balik kepada keadaan asal memang dia kembali menagih dadah, tidak sedikit, banyak.
Jadi pada saya untuk menyelesaikan semua masalah sosial, keluarga dan lain-lain lagi itu mengambil masa yang sangat panjang. Saya lihat kesan baik dari apa yang disebut harm reduction atau mengurangkan kerosakan oleh dadah tadi dengan memberi bahan- bahan lain ganti yang mengurangkan kebergantungan pada dadah yang merbahaya seperti methadone, buprenorphine. Pada saya, mengurangkan AIDS tadi, pengalaman negara lain seperti Iran misalnya dengan memberikan jarum dan lain-lain lagi.
Saya minta supaya Yang Berhormat respons dan juga kementerian juga jawab di manakah kedudukan kita sekarang dari segi harm reduction tadi. Pengurangan bahaya penyalahgunaan yang tadi seperti memberikan jarum dan guna buprenorphine dan methadone dan lain-lain lagi. Terima kasih.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Terima kasih tapi saya ingat soalan daripada Yang Berhormat saya tidak berhak untuk menjawab. Jadi saya serahkan kepada kementerian untuk menjawab nanti.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Berkenaan dengan cadangan dan untuk penambahbaikan. Pertama, saya mencadangkan kepada kementerian supaya setiap pegawai agensi diberi pendedahan ataupun latihan kepolisan serta kepenjaraan. Kedua, supaya setiap pegawai mempunyai pengetahuan yang meluas sebelum diberi kuasa seorang pegawai polis yang berpangkat koperal dan yang lebih rendah serta pegawai penjara yang berpangkat sarjan atau dan lebih rendah. Ketiga, saya menyeru kepada kementerian untuk menyediakan kelengkapan anggota polis serta pegawai penjara yang bersesuaian kepada pegawai Agensi Antidadah agar dapat memudahkan urusan kerja.
Tuan Yang di-Pertua, masalah dadah bukan hanya terhad kepada dadah semata- mata tetapi pelbagai masalah sosial di kalangan masyarakat. Saya berpendapat semua pihak perlu bergabung tenaga untuk menangani masalah yang begitu besar. AADK dengan sendirinya tidak boleh menyelesaikan semua masalah penagih dadah sekiranya faktor- faktor lain tidak juga diberikan perhatian. Berikut merupakan sedikit kebimbangan atau tentang penyalahgunaan kuasa oleh masyarakat dan rakyat jelata yang saya ingin sampaikan.
Pertama, apakah langkah proaktif yang bakal diambil oleh kementerian untuk memastikan tidak berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa seperti mengambil rasuah.
Kedua, sejauh manakah ketelusan yang diamalkan oleh pegawai AADK daripada membocorkan rahsia-rahsia yang melibatkan penyalahgunaan dadah dan apakah usaha yang difikirkan oleh kementerian dalam menangani masalah pembocoran maklumat. Ketiga, adakah pihak kementerian telah menjalankan sebarang kajian untuk menjadikan Malaysia sebagai negara contoh yang bebas dadah. Jika ada, apakah pelan tindakan yang bakal diambil untuk menjadikan Malaysia bebas dadah daripada kajian tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, masalah penyalahgunaan dadah juga bukan masalah individu. Ini adalah masalah keluarga juga. Kalau ada ahli keluarga yang menyalahgunakan dadah, semua ketua keluarga dalam dilema. Kita kata darah lebih pekat daripada air, jadi sama ada ahli keluarga hendak melaporkan ataupun tidak mahu melaporkan ahli keluarga yang menagih dadah dan juga beban kewangan kepada keluarga dan juga dipandang serong oleh jiran bimbang tindakan undang-undang terhadap ahli keluarga yang terlibat dan lain-lain juga.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Kepada masyarakat dan negara, kes-kes jenayah yang berkaitan dengan kemungkinan besar akan meningkat. Oleh sebab tadi pun ada ramai Ahli Yang Berhormat yang sebut bahawa ada kaitan dengan kecurian, rampas dan sebagainya. Ia juga akhirnya akan mengancam keselamatan negara dan seterusnya menjejaskan imej negara, menjejaskan industri pelancongan sekiranya keadaan keselamatan merosot, impak negatif kepada para pelabur asing sekiranya keyakinan mereka merosot. Pendek kata, jumlah kerugian dan kos memerangi penyalahgunaan dadah amat sukar disukat.
Oleh yang demikian bukan sahaja AADK itu penting, jauh lebih penting ialah keberkesanan pelaksanaan secara telus supaya Akta Antidadah Kebangsaan yang bertujuan membanteras penyalahgunaan dadah itu sendiri tidak disalah gunakan. Saya memohon jasa baik Yang Berhormat Menteri agar memberi penjelasan kepada pertanyaan saya tersebut serta memberi perhatian yang sewajarnya terhadap cadangan yang saya kemukakan.
Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian saya menyokong sepenuhnya pindaan tersebut. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih pada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan kita pada hari ini. Cuma itulah dia perbahasan kita pada hari ini adalah sebenarnya berkisar kepada pindaan Akta AADK yang bertujuan untuk memudahkan pentadbiran AADK. Ia berkisar kepada mewartakan tempat yang mana penagih atau pesakit dadah ini akan dapat ditahan dan juga mewartakan kuasa untuk pegawai AADK yang akan menahan mereka.
Jadi, tujuan pindaan akta adalah untuk mengurangkan beban pihak polis dan juga penjara dari segi menahan penagih-penagih dadah ini. Ia juga bertujuan untuk mengasingkan penagih dadah yang baru dengan juga penagih dadah yang tegar. Ia juga bertujuan untuk mengasingkan penagih dadah yang ditangkap dengan juga penjenayah- penjenayah yang lain yang ditahan di dalam lokap polis. Saya hendak maklumkan di sini juga bahawa penahan di pusat-pusat AADK ini adalah bersifat kepada aspek pemulihan daripada hukuman. Kadang-kadang dalam pusat tahanan yang ada ini, ada penagih dadah atau pesakit dadah yang mungkin telah hilang dia punya pertimbangan dia disebabkan oleh kerosakan dari segi mental dan juga boleh bersifat ganas dan memerlukan layanan yang lebih rapi daripada pegawai-pegawai yang menahan mereka.
Kita juga mendapati di Kementerian Dalam Negeri bahawa kebanyakan penagih dadah ditinggalkan oleh keluarga kerana keluarga tidak lagi sanggup untuk menjaga mereka yang telah ditangkap ini. Jadi perkara ini, sentiasa berulang atau penagih ini sentiasa berulang kepada penagihan mereka dan ditangkap semula. Jadi, sebab pindaan dibuat juga adalah untuk menjamin hak asasi dan juga dignity, dengan izin, mereka yang ditahan sebagai pesalah dadah ini. Pindaan juga dapat memastikan bahawa fasiliti klinik dan juga perubatan dapat di adakan di pusat-pusat tahanan ini supaya mereka ditahan ini akan dapat diberikan layanan perubatan dan juga fasiliti-fasiliti menjurus kepada perubatan mereka di tempat-tempat ini.
Saya bagi contoh, keperluan penagih wanita pun akan dapat dipelihara kerana banyak juga penagih wanita yang terjebak dalam penagihan dadah ini. Ada antara mereka yang hamil yang memerlukan rawatan yang lebih rapi daripada mereka yang menahan mereka ini. Ada juga penagih-penagih kanak-kanak yang tidak elok untuk ditempatkan dalam lokap-lokap di balai-balai polis. Jadi mereka boleh dibawa ke lokap di pusat-pusat AADK dan juga diasingkan daripada penagih-penagih lebih dewasa daripada mereka.
Mereka juga boleh diberikan rawatan kesihatan dan juga kemudahan persekolahan di pusat tahanan AADK ini.
Jadi mereka yang ditahan di pusat AADK juga akan dapat dipantau oleh lembaga pelawat yang dilantik oleh kerajaan untuk memantau kebajikan mereka.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Jadi saya sama sekali menolaklah apa-apa dakwaan bahawa pusat-pusat tahanan ini adalah merupakan pusat tahanan yang tidak berperikemanusiaan dan juga pusat tahanan ini membazir dari segi kegunaan mereka. Jadi saya tidak mahu menjawab lebih panjang kerana tadi Yang Berhormat bercerita pasal hal-hal dadah yang tidak ada kena mengena dengan bil pada hari ini atau dengan rang undang-undang pada hari ini. Cuma saya hendak ulas sedikit mengenai dasar dadah kebangsaan yang juga boleh menjawab banyak daripada pertanyaan yang telah di utarakan oleh Yang Berhormat tadi.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Dasar Dadah Kebangsaan, pendekatannya ialah secara holistik yang merangkumi semua aspek. Maknanya, daripada segi dadah itu sendiri, jenisnya dan juga pendekatan untuk menyekat permintaan dan juga pembekalan dadah tersebut, dari segi pembuatan dadah itu tersebut. Dasar Dadah Kebangsaan juga adalah berdasarkan kepada ciri-ciri negara dan juga rakyat yang ada di dalam negara kita. Faktor budaya, agama, kaum, geografi, sejarah, jenayah tanpa sempadan, hak asasi manusia, piawaian antarabangsa dan akhirnya, limitasi bajet untuk mengatasi masalah ini juga menjadi faktor-faktor dalam penggubahan Dasar Dadah Kebangsaan. Dasar ini kalau Yang Berhormat amati, sebenarnya telah disesuaikan ikut masa.
Akan tetapi yang pokoknya, kerajaan masih mengekalkan dasar toleransi sifar berkenaan dengan penagihan dadah ini kerana dadah ini musuh paling utama negara.
Akan tetapi daripada cara penguatkuasaan dadah ini, ia telah berubah daripada semasa ke semasa. Maknanya, kalau dulu kita kerajaan mengamalkan penguatkuasaan lebih kepada penguatkuasaan secara fizikal iaitu melihat kepada pengurangan bekalan. Kerajaan menumpukan atau menetapkan kepada polis untuk mengadakan operasi dan sebagainya untuk menghalang pembekalan dadah di negara kita. Kerajaan juga mengenakan hukuman yang paling berat iaitu hukuman mati kepada mereka-mereka yang terlibat dalam penggunaan dadah ini atau aktiviti pengedaran dadah.
Sekarang ini kerajaan lebih menumpukan atau mengalihkan pandangan untuk menyelesaikan masalah dadah ini daripada pendekatan hukuman kepada pendekatan rawatan. Maknanya, tadi ada di antara Yang Berhormat mengatakan bahawa kita patut melihat penagih dadah ini atau pesalah dadah ini sebagai mereka yang bukan penjenayah tetapi ia dianggap sebagai pesakit dan kita tumpukan usaha kita kepada merawat mereka supaya mereka dapat kembali ke masyarakat. Selain daripada itu, kita juga mengamalkan model psycho-social, dengan izin, iaitu memberikan kaunseling, pengajaran agama, latihan vokasional kepada pesalah-pesalah dadah ini supaya mereka akan dapat kembali semula ke dalam masyarakat.
Di sini saya juga ingin menjelaskan bahawa ada tekanan-tekanan daripada masyarakat antarabangsa kepada Malaysia berkenaan dengan cara kita menyelesaikan masalah dadah ini. Tekanan ini juga adalah perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita terpaksa ataupun bertentangan dengan amalan agama kita, amalan kaum kita dan juga perundangan kita perlu diubah dan sebagainya. Jadi, saya baru-baru ini telah berada di New York City, menghadiri UN General Assembly Special Session on Drugs. Di sana ada usaha daripada negara-negara barat ini yang sebenarnya sudah mengalah kepada mereka- mereka yang mengedar dadah dan sebagainya ini ataupun mereka yang menjadi pesakit dadah di negara mereka. Mereka seolah-olah sudah mengalah dan mengambil pendekatan yang berbeza dengan pendekatan yang diambil oleh Malaysia sekarang ini.
Masalahnya badan-badan seperti United Nations sendiri menentukan ataupun memberikan piawaian yang akhirnya juga memaksa Malaysia untuk menyelaraskan cara kita, dasar kita, cara kita menyelesaikan masalah dadah ini dengan cara dunia sekarang mengatasi masalah ini. Keputusan UN ini mempengaruhi dasar dadah negara kita ini. Saya hendak bagi contoh di sini, perkara-perkara yang dibincangkan di sana dan juga yang diperjuangkan oleh negara-negara barat ini dan juga negara Latin Amerika untuk makluman Ahli Dewan, di mana mereka menuju ke arah untuk decriminalize dadah ini. Maknanya, satu caranya ialah dadah ini tidak lagi dianggap sebagai perkara yang diharamkan dan ia boleh di takrif sebagai dadah yang boleh digunakan untuk kegunaan sendiri-sendiri dalam jumlah yang rendahlah kadar dosnya dan sebagainya.
Sebagai contoh, saya hendak bagi di sini adalah dadah seperti marijuana, ganja dan sebagainya tidak lagi akan ditakrifkan sebagai dadah yang berbahaya dan dilarang dan ia boleh di jual di mana-mana kedai di dalam negara mereka.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Di negara Amerika Syarikat pun sudah dilaksanakan perkara ini, negara di Amerika Selatan pun, Colombia dan sebagainya, di Europe, negara seperti Belanda telah melaksanakan dasar untuk menghalalkan penggunaan marijuana ini. Sampai ke peringkat di mana sekarang ini mereka tidak lagi memfokuskan kepada melarang penggunaan marijuana tersebut tetapi menggalakkan rakyat dia untuk menggunakan. Caranya, philosophynya dia kata, dadah ini kalau ia dibuat dengan betul, ia akan berikan efek yang betul, dengan dos yang betul, jadi maknanya ia tidak memudaratkan kesihatan mereka yang mengambil dadah tersebut.
Ada tempat-tempat untuk hendak menguji keaslian dadah ini. Ada tempat untuk menguji keaslian marijuana ini supaya ia merupakan dadah yang asli yang dianggap tidak memudaratkan kesihatan mereka mengambilnya. Selepas itu ada lagilah cara-cara lain yang mereka mempromosikan iaitu teknik untuk harm reduction ini. Teknik harm reduction ini bagus untuk kita gunakan di Malaysia.
Akan tetapi ia patutnya digunakan pada had-had yang tertentu. Macam sekarang ini kita ada mengikuti cara-cara Barat menggunakan teknik harm reduction ini dengan mengedarkan replacement needle. Maknanya, hendak mengelakkan daripada penagih dadah menggunakan jarum yang sama untuk menyuntik diri mereka, kita edarkan jarum- jarum gantian supaya mereka tidak menggunakan jarum yang sama. Selepas itu kita mengedarkan dadah gantian seperti methadone yang dianggap mempunyai dos yang rendah tetapi ia juga akhirnya akan menyebabkan penagih tersebut boleh bergantung pada methadone itu sendiri dan sebagainya.
Jadi, ada banyak cara-cara yang dipraktikkan oleh barat atau dipromosikan oleh negara-negara barat sekarang ini yang tidak terbukti dia punya kajian saintifiknya tetapi ia dibuat mungkin dengan tujuan yang lain. Jadi, sebagai satu contoh lagi, fokus yang mereka adakan sebagai tekanan kepada negara-negara yang mempunyai toleransi yang lebih rendah kepada dadah ini adalah untuk sebagai contoh, mengubah atau membuat pindaan regulatory, contohnya hukuman mati. Kita di Malaysia memang sudah mengenakan hukuman mati mandatori yang mempunyai masalahnya tersendiri.
Oleh kerana apabila pesalah dalam kes dadah ini dia hendak di bawa ke pendakwaan mahkamah, kadang-kadang saksi tidak rela untuk hendak memberikan keterangan terhadap mereka ataupun ujian yang paling utama yang digunakan untuk membuktikan kesalahan mereka adalah dari segi possession. Maknanya, dadah tersebut ada di atas badan mereka, baru kita boleh gunakan sebagai bukti. Itu menyebabkan selalunya pendakwaan di mahkamah ini susah untuk dibuat.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Sebab itulah kita gunakan Akta LLPK yang disebutkan oleh Yang Berhormat Subang. Namun saya tidak mahu menjelaskannya di sini kerana saya telah menjelaskan pada sesi yang lepas apabila kita telah meminda Akta LLPK di dalam persidangan yang lepas.
Jadi ada cara-cara yang kita pakai yang mungkin tidak selari dengan perkembangan negara-negara barat ini yang lebih menumpukan kepada perundangan dari segi yang mementingkan human rights keseluruhannya yang mungkin tidak selari dengan keadaan kita, budaya kita di Malaysia. Jadi apa yang ditentukan di UN ini mungkin akan memberikan ataupun akan memaksa kita untuk meminda undang-undang kita juga.
Satu lagi, tadi ada hujah-hujah daripada Yang Berhormat Pasir Puteh yang menyatakan pengaruh agama ini begitu penting dalam memastikan bahawa masalah dadah ini dapat diselesaikan. Di negara Barat, mereka tidak ada pertimbangan mengenai bukti- bukti ataupun cara-cara yang bersandarkan kepada agama. Mereka hanya menumpukan kepada bukti-bukti saintifik yang mungkin tidak selari juga dengan kita di sini ya. Itu satu lagi pendekatan. Dia kata beginilah. Mereka mengemukakan kajian yang mengatakan bahawa ganja ini tidak berbahaya tetapi kalau dari segi agama, apa-apa yang mengkhayalkan itu dah haram. Jadi bagaimana kita hendak menyesuaikan undang-undang negara kita dengan tekanan daripada negara-negara barat ini?
Jadi saya...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tuan Yang di-Pertua, boleh minta penjelasan sedikit?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Subang bangun, Yang Berhormat.
Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Okey.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Boleh saya tanya sedikit tentang keberkesanan, the effectiveness daripada pengalaman kita dengan mula-mula pusat serenti, selepas itu PUSPEN sekejap, those yang pusat tahanan itu, pengalaman kita tentang kadar relapse pengguna-pengguna dadah yang kita masukkan di dalam itu dan keluar.
Sebab, saya difahamkan kita ada dua skim. Satu yang kita masukkan mereka, kita tahan mereka dalam pusat-pusat ini. Ada satu yang berdasarkan kepada voluntary treatment, saya harap dibetulkan kalau saya sebut nama salah, Cure and Care Service Centre. Itu adalah pendekatan yang berbeza di mana pengguna dadah itu secara sukarela beri kerjasama dan ambil bahagian dalam pemulihan itu, berbeza daripada pemulihan di mana macam pusat serenti dulu kita tahan mereka seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.
Jadi saya difahamkan the rate of relapse, kadar relapse daripada pusat-pusat tahanan ini memang sangat tinggi. Maksudnya, hampir semua yang masuk, Tuan Yang di- Pertua, yang masuk dalam pusat-pusat tahanan ini, lepas mereka keluar kononnya selepas dipulihkan, tapi bila mereka keluar balik kepada masyarakat, dia masuk balik kepada kegunaan dadah. Jadi bermaksud tempoh tahanan itu tidak berkesan, tidak ada efek kepada mereka.
Akan tetapi pada masa yang sama, skim yang sukarelawan itu, Cure and Care ini, dia ada satu relapse rate yang jauh lebih kurang, that means lebih kurang 50 atau 45 peratus sahaja yang masuk balik atau kembali kepada kegunaan dadah. Ini adalah kajian kerajaan sendiri ya. Ini membuktikan mana yang lebih berkesan dan mana yang kurang.
Jadi persoalan saya ialah kenapa kita meneruskan dengan tumpu kepada tahanan? Sebab, dalam pengalaman kita dan ini bukan pengalaman kita sahaja tapi pengalaman di dunia, tahanan berpanjangan tidak berkesan untuk memberhentikan the drug habit, dengan izin. Minta penjelasan.
Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Okey, soalan itu soalan yang baik. Ini ada kena mengena juga dengan soalan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh iaitu mengenai kaum manakah yang terlibat dalam aktiviti dadah. Memang betul, orang Melayu, kaum Melayu yang merupakan mereka yang telah dikenal pasti sebagai terlibat dalam aktiviti dadah dan juga ditempatkan dalam pusat pemulihan.
Soal kadar relapse di kalangan penagih dadah ini memang sukar untuk dilaksanakan secara keseluruhan disebabkan oleh faktor-faktor yang saya sebutkan awal tadi. Sebagai contoh, kalau orang Melayu dia beragama Islam, kadang-kadang keluarganya menghadapi masalah untuk mengakui bahawa anak atau keluarganya terlibat dalam aktiviti dadah. Dia tidak mudah untuk datang atau tampil ke hadapan secara sukarela untuk menyerahkan keluarga mereka untuk dipulihkan di pusat rawatan berbanding dengan mereka yang berbangsa lain.
Jadi, saya hendak jelaskan di sini, tadi Yang Berhormat Bagan Serai juga menyebut masalah dadah ini kalau betul-betul diperincikan sebabnya adalah akibat daripada pembangunan ekonomi negara. Itu memberikan stress atau tekanan kepada masyarakat yang sentiasa menghadapi tekanan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik, kerja yang lebih berat, dan sebab itu mereka menggunakan dadah ini untuk mempertingkatkan lagi keupayaan fizikal mereka ataupun mereka mengambil dadah ini untuk melarikan diri daripada realiti sebenar dunia ini dan mereka mudah menjadi penagih.
Satu lagi perkara yang saya hendak maklumkan di sini ialah kita bukan tahan mereka untuk kita hukum mereka. Kita tahan mereka untuk berikan mereka aktiviti pemulihan yang telah saya sebutkan sebelum ini. Antara success factor, dengan izin, yang ada kepada kaedah pemulihan penagih ini supaya mereka tidak terjebak kepada program relapse adalah untuk mengasingkan mereka untuk tempoh masa yang panjang daripada masyarakat setempat, daripada rumah mereka, daripada kawan-kawan mereka, daripada environment mereka yang mereka dulu ada.
Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Jadi dengan pengasingan ini, diharapkan bahawa hubungan mereka dengan kawan-kawan mereka terputus. Kalau lebih baik lagi, mereka boleh pergi memulakan hidup mereka di tempat lain.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
[Bangun]
Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Jadi, inilah dia masalah yang dihadapi sekarang ini di mana pengaruh rakan-rakan terutama sekali di peringkat sekolah ya. Dulu sekolah mengah, sekarang turun kepada sekolah rendah pula. Pengaruh kawan-kawan yang menggalakkan penggunaan dadah ini yang akhirnya menjadi vicious cycle, dengan izin, apabila kawan-kawan mereka ini sekiranya tidak diasingkan daripada rakan-rakan mereka, mereka akan kembali semula kepada aktiviti penagihan dadah.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta penjelasan sedikit ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya tertarik dengan apa yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan dengan kaedah pemulihan. Jadi saya hendak tahu setakat ini, berapa kes yang telah dibuat kaedah pemulihan secara Islam terutama bagi penagih dadah yang beragama Islam? Sebab, kita lihat dengan pemulihan yang telah sedia ada tidak memberi kesan, maknanya kembali menagih balik.
Jadi apabila pemulihan kaedah Islam ini, hidup mereka lebih tergantung, berpegang teguh dengan agama, dia akan menjadi benteng yang sangat bertahan daripada pengaruh persekitaran. Ini adalah satu benteng kekuatan terutama bagi orang Islam. Jadi sejauh mana pendekatan kaedah ini telah dipraktikkan? Saya juga ingin tahu, berapa kes yang telah dilaksanakan?
Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Seperti yang saya katakan tadi, pendidikan agama ini adalah sebahagian daripada modul yang digunakan dalam modul keseluruhan untuk memulihkan penagih dadah di pusat-pusat tahanan.
Sebenarnya pindaan kita pada hari ini ia lebih berkenaan dengan tindakan penahanan sebelum apa-apa pendakwaan dibuat di mahkamah. Ia sebenarnya pindahkan mereka daripada lokap polis pergi kepada lokap AADK dan lepas itu, apabila mereka sudah melalui pendakwaan di mahkamah ataupun mereka telah dijatuhkan hukuman di bawah LLPK, mereka ditempatkan dalam pusat tahanan LLPK yang ada tetapi bukan dalam lokap lagi, dia dikeluarkan.
Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Jadi modul yang digunakan tidaklah secara spesifik kepada penggunaan agama Islam sebagai contoh kerana penagih-penagih ini pun ada yang melibatkan mereka daripada agama lain. Ada juga yang tak ada agama. Akan tetapi ciri-ciri ataupun sifat-sifat yang baik daripada agama ini boleh digunakan dalam modul untuk hendak memulihkan mereka yang terlibat dalam – mereka yang telah ditahan di pusat-pusat ini.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
[Bangun] Ya, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Timbalan Menteri tadi mengakui bahawa penghisap dadah ini adalah boleh dikategorikan sebagai pesakit. Akan tetapi bila Timbalan Menteri mengakui tadi, kita masukkan dari satu lokap ke satu lokap dan sebagainya. Bayangkan dah beberapa hari dia menghisap dadah, gian dengan ketagihan dadah, tiba-tiba ditangkap lepas itu disimpan tiga hari. Gian itu makin menjadi. So, itu yang saya maksudkan there and then, dia dianggap sebagai pesakit, dia perlu diberi perubatan ataupun sesuatu kaedah perubatan untuk memperbaiki. Tiga hari itu tanpa dia dapat dadah itu adalah sesuatu yang dia tak boleh terima. Dia menjadi lebih provokatif. Itu yang pertama.
Kedua, bila kita kata pulihkan dia enam bulan dan sebagainya, bila dia keluar dari pusat-pusat pemulihan ini, ke mana? Ibu bapa tak terima, masyarakat tak terima. Apa kesinambungan kehidupan mereka? Kalau pesakit pun, pesakit kronik, bila dia keluar dari hospital, ada kesinambungan dia. Ada keluarga dia, ada masyarakat yang beri perhatian dan sebagainya. Akan tetapi penagih dadah ini tak diberi perhatian sebab imej kita terhadap mereka. Pandangan kita terhadap mereka sentiasa serong. So, that is why saya cuba membawa perhatian Dewan yang mulia ini jangan anggap mereka sebagai penjenayah. Ini lebih kepada penagih, bukan pengedar. Fokus kepada penagih. Mereka kalau diberi perhatian sebagai pesakit, masyarakat pun akan terima. Kita akan sedia membantu. So, persepsi secara holistik perlu berubah. Minta pandangan Timbalan Menteri, terima kasih.
Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Terima kasih. Soalan daripada Yang Berhormat Kapar memang baik. Oleh sebab itu saya hendak jelaskan di sini bahawa tadi tujuan kita meminda akta ini dengan memberikan kuasa kepada AADK menahan pesakit dadah ini di pusat-pusat AADK menjurus kepada menjaga kepentingan mereka. Tadi soal withdrawal symptoms yang tadi Yang Berhormat sebut dengan izin selama tiga hari mereka di lokap, mereka mungkin ada nafsu ketagihan tinggi. Dulu mereka ditahan dalam lokap. Lokap mana? Lokap polis yang tidak ada langsung kaedah intervensi yang boleh dibuat oleh pegawai polis. Fasal pegawai polis pun tak tahu cara nak buat perkara tersebut, dari segi bagaimana nak merawat mereka yang mempunyai withdrawal symptom ini dan sebagainya.
Jadi apabila mereka ditempatkan di dalam lokap AADK ini maknanya mereka akan mendapat rawatan serta-merta, intervensi daripada pegawai AADK yang betul-betul mahir mengenai cara nak menguruskan mereka dan juga mereka akan dapat diredakan nafsu penagihan mereka dengan pelbagai cara. Daripada cara dulu kita letakkan mereka ke lokap polis di tempat yang mana mereka ini akan mendapat rawatan yang baik. Itu satu.
Kedua, selalunya mereka yang ditahan ini akan ditempatkan dan ditahan di bawah LLPK. Dua tahun, LLPK ini. Mereka akan ditahan di pusat LLPK selalunya di Simpang Renggam ataupun di Machang selama dua tahun. Di sana, mereka akan diberikan rawatan yang boleh memulihkan kerohanian mereka. Pada waktu yang sama mereka juga akan diberikan intervensi oleh keluarga mereka. Kita cuba cari keluarga mereka. Minta keluarga mereka bersama-sama dalam rawatan yang diberikan.
Jadi kita tidak mahu keluarga mereka lepas tangan sahaja. Akan tetapi adalah insiden yang berlaku di mana keluarga lepas tangan ya. Akan tetapi seboleh-bolehnya kita dalam modul rawatan utama itu, keluarga memainkan peranan yang penting dalam memulihkan mereka yang terlibat dalam penagihan dadah ini. Memang ia bukannya satu perkara yang guaranteed ya. Akan tetapi kita buat apa- kita cuba cara yang boleh memulihkan mereka kerana ketagihan dadah ini merupakan satu perkara psikologi atau minda yang bukan mudah untuk dipulihkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Subang bangun.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Menteri. Ya, saya daripada penjelasan daripada Timbalan Menteri, kita faham prosedur yang akan dilakukan selepas pengguna dadah ini ditangkap untuk sebagai drug, penagih dadah bukan pengedar. We’re no- only this category. Dia akan disimpan dalam pusat AADK ini sementara lepas itu melalui proses mahkamah, akan hantar ke tempat pusat tahanan LLPK di Simpang Renggam dan tempat-tempat lain untuk dua tahun. Itulah poin-poin saya tadi. Keberkesanan tahanan tempoh dua tahun itu dalam untuk proses pemulihan mereka. Memang tujuan kita pemulihan, betul itu kita terima.
Soalan yang saya timbulkan ialah adakah proses ini berkesan? Kajian yang kita kena belajar daripada kajian juga, Profesor Dr. Adibah Kamaruzaman, Dekan Perubatan Universiti Malaya telah buat kajian ini. Dia bandingkan kadar relapse di dalam pusat-pusat sebegitu di mana mereka ditahan dua tahun semua, dan dia dapati 100 peratus itu kenyataan dia 100 peratus relapse selepas mereka keluar dalam satu tahun. Dia bandingkan dengan pusat-pusat lain yang gunakan pendekatan voluntary treatment, yang Cure and Care Service Center itu. Di mana lepas tempoh yang sama, kurang 40 peratus sudah, kadar relapse itu kurang daripada 40 peratus.
Itulah poin saya iaitu kenapa kita masih tumpukan kepada pendekatan tahan.
Tahan mereka, so mereka tak boleh kerja, diasingkan daripada keluarga, daripada masyarakat dan sebagainya. Oleh sebab kadar itu sudah terbukti. Ini bukan kajian ini sahaja. Pengalaman kita berpuluh-puluh tahun ini menunjukkan jumlah yang guna dadah meningkat. Kadar permintaan untuk dadah meningkat dan sebagainya. Itulah hakikat, it has been staring us in our face dengan izin. Kenapa kita tak mahu kaji semula pendekatan itu dan shift, kita alih kepada pendekatan yang terbukti daripada kajian ini lebih berkesan.
Itulah soalan saya.
Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Terima kasih, Yang Berhormat Subang. Saya tak nak berbahas dengan panjang lebar perkara ini kerana masa kita pun dah suntuk. Akan tetapi saya boleh bagi maklumat kepada Yang Berhormat mengenai kadar kejayaan AADK melalui Cure and Care Center yang dilaksanakan juga oleh AADK dan juga pusat-pusat tahanan yang dilaksanakan seperti di bawah Akta LLPK.
Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Jadi yang penting di sini adalah kita nak memantapkan lagi AADK untuk memberikan rawatan alternatif yang boleh memulihkan mereka yang terlibat dalam penagihan dadah. Pegawai AADK sentiasa ditingkatkan keupayaan mereka untuk menjalankan tugas penguatkuasaan yang baru ini. Mereka akan diberikan pelbagai jenis latihan seperti latihan akademik, perundangan, seni mempertahankan diri, pengendalian senjata api dan banyak lagi latihan yang akan diberikan kepada pegawai AADK untuk melaksanakan tugas mereka di bawah pindaan yang baru ini.
Jadi selain daripada itu, banyak soalan-soalan tadi yang telah diutarakan ini panjang kalau saya hendak menjawab ini fasal dia tak ada kena mengena dengan akta ini.
Jadi saya mohon izinlah daripada Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, boleh Yang Berhormat.
Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Kalau boleh saya hentikanlah jawapan saya di sini, sekiranya ia boleh diterima. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, boleh. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Masalah ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang Ordinan Perkapalan Saudagar
(Pindaan) 2016 untuk dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (OPS 1952) telah berkuat kuasa sejak tahun 1952, yang mana kali terakhir ia telah dipinda adalah pada tahun 2011. Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maritim yang ulung, aspek modal insan iaitu profesional atau pelaut yang bekerja di atas kapal terutamanya, perlu diberi penekanan daripada segi standard kekompetenan dan hal ehwal kebajikan mereka.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Oleh yang demikian, kerajaan pada 31 Julai 2013 telah bersetuju supaya Malaysia menerima pakai International Maritime Labour Convention, 2006 iaitu Konvensyen MLC 2006, konvensyen antarabangsa yang menyediakan standard dan peraturan berhubung hal ehwal kekompetenan dan kebajikan pelaut. Konvensyen MLC 2006 antara lain menyentuh mengenai hak-hak pelaut, mendapatkan persekitaran kerja yang selesa dan selamat.
Konvensyen ini juga mengandungi peruntukan mengenai keperluan minimum pelaut bekerja di atas kapal, syarat-syarat pekerjaan, penginapan, kemudahan rekreasi, pembekalan makanan, perlindungan kesihatan, kebajikan dan perlindungan keselamatan sosial pelaut.
MLC 2006 pada asasnya mengandungi tiga bahagian iaitu peraturan, piawaian dan garis panduan. Peraturan dan piawaian ialah komponen konvensyen yang wajib dipatuhi negara ahli, manakala garis panduan merupakan komponen konvensyen yang bersifat voluntari. Selaku negara ahli kepada Konvensyen MLC 2006, Malaysia bertanggungjawab untuk mempunyai perundangan domestik yang melaksanakan konvensyen yang diterima pakai ini.
Oleh demikian, Kementerian Pengangkutan bertindak sebagai agensi peneraju mencadangkan pindaan kepada OPS 1952 dengan menggantikan keseluruhan Bahagian III ordinan tersebut. Ini bagi membolehkan perundangan sektor maritim Malaysia sentiasa berada di tahap tertinggi selaras dengan peraturan dan amalan antarabangsa serta setanding dengan perundangan negara maritim yang lain. Dalam konteks ini, ia bertujuan memastikan kepentingan pelaut secara khususnya dan negara amnya, sentiasa terpelihara.
Selain itu, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pindaan atas OPS 1952 ini juga akan memasukkan inti pati pindaan secara pasif yang dibuat ke atas International Convention on Standards of Training, Certification, Watchkeeping (STCW), Manila Amendments 2010. STCW adalah konvensyen antarabangsa yang menyediakan standard dan peraturan dalam latihan pelaut, pensijilan kekompetenan pelaut dan aktiviti watchkeeping yang dilakukan ketika pelayaran.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan tujuan yang telah saya jelaskan sebentar tadi, izinkan saya menyatakan secara ringkas butir-butir pindaan yang dicadangkan kepada OPS 1952 yang mengandungi tujuh fasal secara keseluruhan Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2016.
Fasal 1 adalah berhubung dengan tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan boleh menetapkan tarikh kuat kuasa akta ini pada satu tarikh mahupun secara bersekali atau berasingan bagi setiap peruntukan dalam akta ini melalui pemberitahuan dalam warta.
Fasal 2 pula adalah berhubung dengan cadangan pindaan am pada OPS 1952 iaitu dengan menggantikan perkataan ‘passenger steamer’ dengan perkataan ‘passenger ship’ dan perkataan ‘seaman’ dengan perkataan ‘seafarer’, yang mana berkaitan dan diperuntukkan pindaan dicadangkan bagi membolehkan definisi semasa diguna pakai menggantikan definisi yang tidak lagi digunakan oleh komuniti maritim antarabangsa.
Fasal 3 adalah berhubung cadangan pindaan pada seksyen 2, OPS 1952, antaranya:
(i) memasukkan takrif baru ‘Malaysian waters’ means the territorial waters of Malaysia as determined in accordance with the Territorial Sea Act 2012 [Act 750] ;
(ii) menggantikan takrif-takrif berikut selaras dengan perubahan takrif di peringkat antarabangsa dan ini termasuk ‘passenger steamer’ kepada ‘*passenger ship’.
‘Passenger ship’ means any ship carrying more than twelve passengers. ‘Seafarer’ means any person who is employed or engaged in any capacity on board a ship to which this Ordinance applies, but does not include -* Seterusnya seperti di dalam rang undang-undang atau dalam singkatan rang undang-undang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh habiskan dalam masa 10 minit, Yang Berhormat?
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
Boleh. Fasal 4 pula adalah cadangan penggantian Bahagian III OPS 1952. Cadangan penggantian ini akan memasukkan peruntukan baru selaras dengan kehendak MLC 2006 yang mana Malaysia merupakan negara ahli dan bagi tujuan memperkasakan pelaksanaan Bahagian III OPS 1952. Peruntukan yang terlibat turut merangkumi aspek seperti berikut:
(i) perlindungan kesihatan di atas kapal dan darat;
(ii) tanggungjawab pemunya kapal;
(iii) kesihatan, perlindungan keselamatan dan pencegahan kemalangan atas kapal;
(iv) kemudahan untuk fasiliti kesihatan dan kebajikan di daratan; dan
(v) keselamatan sosial.
Dalam pada itu fasal 4 ini juga menyentuh peruntukan waktu rehat minimum kepada pelaut di atas kapal Malaysia. Waktu rehat minimum yang diperuntukkan kepada pelaut adalah 10 jam dalam tempoh 24 jam dan 77 jam dalam tempoh tujuh hari bekerja.
Pemunya kapal yang tidak mematuhi peruntukan ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000. Denda ini yang pertama kali diperkenalkan, mengambil kira akan kepentingan bagi pelaut untuk mendapatkan rehat yang cukup.
Selain itu, pemunya kapal yang gagal melindungi pelaut di bawah Skim Keselamatan Sosial dan Faedah iaitu PERKESO boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi tempoh dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Manakala mana-mana perbuatan yang membahayakan kapal, struktur atau individu secara sengaja boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi tempoh lima tahun atau kedua-duanya sekali. Tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan kelangsungan operasi kapal yang selamat.
Fasal 5 adalah mengenai cadangan memasukkan seksyen baru iaitu seksyen 404A. Seksyen baru 404A memberi kuasa kepada Menteri Pengangkutan untuk membuat kaedah-kaedah di bawah Bahagian X, OPS 1952. Kaedah-kaedah yang dimasukkan di antaranya adalah merangkumi aspek:
(i) pengurusan wreck;
(ii) prosedur tuntutan, penjualan, mengenal pasti lokasi dan pelupusan wreck tidak dituntut;
(iii) perkara berhubung dengan pembayaran, penggajian untuk kerja-kerja salvage;
(iv) fi bagi setiap kerja yang dibenarkan di bawah bahagian ini; dan
(v) perkara berhubung dengan kuasa yang diperuntukkan kepada penerima ataupun receiver di bawah seksyen 381.
Fasal 6 pula adalah berhubung dengan pindaan yang dicadangkan oleh ordinan ibu dalam Jadual Ketiga.
Fasal 7 adalah merupakan fasal terakhir di dalam rang undang-undang ini yang mengandungi peruntukan bagi kecualian dan peralihan iaitu:
(i) peruntukan di bawah Bahagian III ordinan ibu hendaklah kekal berkuat kuasa dan terus terpakai bagi mana-mana pemunya kapal, nakhoda, pelaut atau kapal untuk semua maksud dan dalam semua hal berhubung dengan apa-apa kehendak di bawah peruntukan-peruntukan tersebut sebelum akta ini mula berkuat kuasa seolah-olah peruntukan itu tidak diganti oleh akta ini;
Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi
(ii) apa-apa kaedah yang dibuat di bawah Bahagian III ordinan ibu sebelum akta ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah dibuat di bawah Bahagian III akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dipinda, dibatalkan atau digantikan oleh mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Bahagian III akta ini;
(iii) mana-mana pemunya, nakhoda atau pelaut tertakluk kepada Bahagian III hendaklah mematuhi peruntukan Bahagian III dalam tempoh enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa akta ini atau bagi tempoh lain yang lebih lama yang dibenarkan oleh pengarah laut; dan
(iv) mana-mana keperluan di bawah Bahagian III yang berkaitan dengan pembinaan kapal hendaklah terpakai bagi kapal yang dibina pada atau selepas tarikh akta ini berkuat kuasa.
Tuan Yang di-Pertua, bagi membolehkan Konvensyen MLC 2006 dan Konvensyen STCW Manila Amendment 2010 dilaksanakan dengan berkesan dan sempurna, Bahagian III Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 di cadang dipinda. Rang undang-undang di cadang ini menyenaraikan banyak faedah-faedah yang dapat diraih oleh negara susulan kepada penguatkuasaan peraturan-peraturannya seperti cadangan ke atas Rang Undang-undang Ordinan Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2016 adalah selari dengan obligasi Malaysia sebagai negara ahli kepada Konvensyen MLC 2006 dan Konvensyen STCW Manila Amendment 2010 yang diterima pakai Malaysia serta pindaan secara pasif.
Susulan itu adalah menjadi keperluan bagi kedua-dua konvensyen tersebut digubal sebagai perundangan maritim Malaysia. Ini bagi memastikan setiap konvensyen ini boleh dilaksanakan secara berkesan. Perundangan maritim yang baru ini dilihat dapat menyeragamkan dan menambah baik perundangan maritim sedia ada di samping dapat memenuhi aspirasi kedua-dua konvensyen yang diterima pakai Malaysia. Oleh demikian, cadangan rang undang-undang ini dijangka dapat menjamin tahap kekompetenan pelaut dan memelihara kebajikan serta hak para pelaut yang bekerja di atas kapal Malaysia dan kapal-kapal yang beroperasi di perairan Malaysia tanpa menidakkan kepentingan komersial sektor perkapalan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ada sesiapa menyokong?
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Setakat terima kasih Yang Berhormat, sambung esok.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Oh! Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa 17 Mei 2016.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.38 petang]